Dewan Rakyat · 15 July 2020

15th Parliament, session 3, meeting 2 · 1,610 turns · 44,972 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Wan Hassan bin Mohd RamliPAS · PNDungun · question

1. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, apa tindakan yang telah diambil oleh kementerian dalam menangani isu gelandangan dan pelesiran semasa tempoh Pelaksanaan Kawalan Pergerakan.

Datuk Seri Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHMenteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Titiwangsa

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Dungun yang bertanyakan soalan. Untuk makluman Yang Berhormat Dungun, semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat dalam operasi menyelamat gelandangan berdasarkan kuasa yang diturunkan oleh Menteri Kesihatan kepada Datuk Bandar, Yang di-Pertua pihak berkuasa tempatan dan pegawai penguat kuasa PBT sebagai pegawai yang diberi kuasa di bawah seksyen 3, Akta 342 dalam memastikan penyebaran pandemik COVID-19 dapat dikawal. Operasi menyelamat tersebut turut melibatkan kerjasama daripada PBT. Seramai 1,283 orang gelandangan telah diselamatkan dan telah ditempatkan di 23 buah pusat gelandangan sementara di seluruh Malaysia. JKM telah dilantik sebagai ahli Task Force Gelandangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di bawah Crisis Management Committee, dengan izin, yang ditubuhkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Wilayah Persekutuan. Selain daripada Kementerian Pembangunan Wanita dan JKM, task force ini turut melibatkan keahlian daripada kementerian dan agensi lain yang berkaitan iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri dan beberapa agensi yang berkepentingan dalam pengendalian isu gelandangan. Bagi kawasan Kuala Lumpur yang mencatatkan bilangan gelandangan yang tertinggi, hampir 50 peratus, KWP dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah menempatkan gelandangan yang telah diselamatkan di dewan orang ramai, pusat komuniti dan juga balai raya. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga turut memainkan peranan dalam menjalankan profiling ke atas gelandangan yang berada dalam kategori kumpulan sasar kementerian iaitu orang kurang upaya, warga emas dan juga kanak-kanak. Profiling gelandangan dilaksanakan bagi membolehkan pengendalian kes dan penempatan yang bersesuaian dibuat dan persediaan bagi tindakan kemasukan ke institusi JKM mengikut prosedur yang telah ditetapkan sekiranya perlu. Beberapa tindakan telah diambil terhadap gelandangan yang merupakan kumpulan sasar Kementerian Pembangunan Wanita melibatkan penghantaran pulang kepada keluarga khususnya bagi gelandangan yang masih mempunyai waris dan yang boleh dihubungi serta kemasukan ke institusi JKM bagi yang tiada waris.

Datuk Seri Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHMenteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Titiwangsa

Bagi memantapkan jati diri dan sahsiah, Kementerian Wilayah Persekutuan juga telah menempatkan 139 orang gelandangan yang berada dalam kumpulan umur produktif untuk mengikuti kursus pembangunan sahsiah diri yang kini sedang berlangsung di Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Princess Haliza, Sepang bermula daripada 18 Jun 2020 dan akan berakhir pada 18 Julai 2020, tidak lama lagi. Kementerian Pembangunan Wanita dan agensi di bawahnya bersama-sama dengan kementerian lain dan agensi berkaitan berserta dengan NGO terlibat dalam pelaksanaan modul-modul semasa kursus tersebut berlangsung. Selain itu, seramai 50 orang gelandangan yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah telah ditempatkan di Pahang bersama NGO komited untuk menjalani pemulihan. Terima kasih.

Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya, apakah jumlah gelandangan secara statistik sebenar yang berada di bandar-bandar besar di Malaysia? Kemudian, apakah perancangan secara menyeluruh dan holistik kementerian bagi menangani isu gelandangan dan pelesiran ini serta penglibatan atau engagement dengan badan-badan atau pihak-pihak bukan kerajaan ataupun swasta sama ada yang telah sedia ada atau dalam perancangan akan datang?

Saya pohon supaya jangan melihat masalah gelandangan sebagai satu masalah, tetapi lihatlah masalah yang telah dihadapi oleh gelandangan untuk diselesaikan secara menyeluruh pada masa akan datang. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Sila Yang Berhormat Menteri menjawabnya.

Datuk Seri Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHTitiwangsa

Terima kasih. Kita semua sedia maklum bahawa isu gelandangan ini bukan hanya terletak kepada isu sesuatu kementerian tetapi ia adalah tanggungjawab kita bersama, sama ada di pihak kementerian, daripada pihak NGO, daripada pihak kerajaan tempatan, negeri dan sebagainya. Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Jadi sepanjang tempoh PKP ini, sebanyak 23 pusat transit gelandangan telah pun dibuka terutamanya di kawasan di bandar raya. Kalau boleh saya sebutkan ini jumlah gelandangan tadi sebanyak 1,283 orang, 87 peratus adalah merupakan daripada lelaki dan 13 peratus wanita. Negeri yang paling banyak mencatatkan gelandangan adalah 50 peratus daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, diikuti dengan Johor seramai 248 mewakili 20 peratus dan juga diikuti dengan negeri Sarawak 145 orang. Pada peringkat kementerian, saya ambil maklum bahawa perkara ini perlu diselesaikan bersama. Maka cadangan menangani isu gelandangan dan pengemisan ini sebenarnya telah dan kita sedang dalam membincangkan untuk menambah baik bagi menyelesaikan isu ini. Oleh kerana apabila kita dapati mereka yang telah kita saring sewaktu PKP ini, mereka ada yang mempunyai masalah mental, ada juga penagihan dadah, penyakit berjangkit, di mana dalam usaha untuk membantu mereka ini ada yang telah kita kembalikan kepada keluarga, juga membantu mereka memberi kemahiran. Ini supaya akhirnya mereka ini dapat berdikari dan boleh mendapat pekerjaan. Di pihak kementerian, kita juga ingin mengkaji semula Akta Orang-orang Papa 1977. Sudah lama dari tahun 1977 yang akan dilihat balik. Di samping itu juga, kita berharap agar kita juga akan menambah baik dari segi pengaktifan semula sekretariat penyelarasan bagi menangani isu gelandangan dan pengemisan ini yang mana ia akan melibatkan daripada pelbagai kementerian dan juga agensi termasuk juga daripada NGO. Kita faham waktu ketika PKP ini, NGO juga mempunyai peranan yang sangat baik dalam membantu kementerian dalam menangani isu gelandangan ini. Jadi saya hendak ucapkan ribuan terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat iaitu kerajaan negeri, PBT, NGO, korporat dan individu yang telah pun membantu sepanjang COVID- 19 ini dan selama ini membantu isu gelandangan, insya-Allah. Terima kasih.

Puan Hannah YeohDAP · PHSegambut

Tuan Yang di-Pertua, Segambut.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya jemput untuk soalan tambahan kedua. Saya bagi Yang Berhormat Segambut. Sila.

Puan Hannah YeohDAP · PHSegambut

Terima kasih. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah kementerian sudah mengadakan pertemuan dengan UNHCR. Ini kerana sekarang ini di Kuala Lumpur keadaan sangat genting kerana PBT telah membuat keputusan bahawa semua premis tidak boleh disewakan kepada warga bukan Malaysia, warga asing terutamanya refugees. Kita sudah dapat WhatsApp viral kanak-kanak dan keluarga refugee ini semua telah dikeluarkan dari rumah dan mereka tiada tempat tinggal. Jadi ini akan menimbulkan satu isu keselamatan kalau tidak ada koordinasi di antara MKN dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan juga UNHCR. Terima kasih.

Datuk Seri Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHTitiwangsa

Terima kasih Yang Berhormat Segambut. Berkaitan dengan isu refugee ini, sebenarnya di pihak kementerian juga kita mengadakan- ia bukan sahaja ketika ini tetapi di waktu PKP juga ada beberapa refugee daripada Rohingya dan sebagainya di mana yang ini kita telah pun bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri. Apabila isu berkaitan dengan warga asing ini, kita perlu mendapatkan juga pandangan dan juga pendapat bukan sahaja daripada KDN, tetapi juga daripada Kementerian Luar. Ini akan dilihat dari semasa ke semasa dan paling pentingnya bahawa kanak-kanak ini juga di bawah Akta Kanak-kanak ini, kita akan memastikan bahawa keselamatan mereka ini akan terjamin. Terima kasih.

Puan Hannah YeohDAP · PHSegambut

Tuan Yang di-Pertua, soalan saya belum dijawab. Saya hendak tanya, apakah rancangan terdekat sekarang. Ini kerana mereka sudah dikeluarkan dari premis dan ini akan menjadikan isu gelandangan dan nombor ini akan naik kalau kita masih dalam perbincangan tetapi PBT telah buat keputusan untuk mengeluarkan mereka daripada premis.

Datuk Seri Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHTitiwangsa

Yang Berhormat sebut akan mengeluarkan mereka, maknanya belum dikeluarkan lagi. Jadi yang ini...

Puan Hannah YeohDAP · PHSegambut

Sudah ada messages, semua sudah viral, NGO sedang carikan tempat. Tidak tahu mana hendak pergi kerana kerajaan kata tidak boleh simpan mereka di rumah. Kemudian mereka tidak boleh keluar. Itu sebab saya tanya sama ada Yang Berhormat Menteri sudah berjumpa dengan UNHCR.

Datuk Seri Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHTitiwangsa

Kita sudah ada transit untuk refugee ini.

Puan Hannah YeohDAP · PHSegambut

Adakah Yang Berhormat Menteri tahu bahawa sekarang ini refugees sudah tidak ada tempat tinggal? Sudah kah Yang Berhormat Menteri berjumpa dengan UNHCR?

Soalan tambahan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Menteri, ini bukan perbahasan. Jadi, apa yang telah dijawab kita terima seadanya. Baik, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya akan terus kepada pertanyaan soalan yang seterusnya. Saya ingin menjemput Yang Berhormat Bakri.

Tidak boleh satu lagi Tuan Yang di- Pertua?

Yeo Bee YinDAP · PHPuchong · question

2. Puan Yeo Bee Yin [Bakri] minta Menteri Tenaga dan Sumber Asli menyatakan, status pelaksanaan program Large Scale Solar (LSS) pakej ketiga serta langkah yang diambil bagi memastikan kos penjanaan bagi program LSS@MEnTARI yang baru diumumkan kekal kompetitif dan rendah.

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin NasarahUMNO · BNMenteri Tenaga dan Sumber Asli · Lenggong

Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bakri mantan Menteri Tenaga dan Sumber Asli. Saya ingin maklumkan kesemua lima pembida yang berjaya dalam bidaan Large Scale Solar Pusingan Ketiga (LSS3) telah menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dengan Tenaga Nasional Berhad. Walau bagaimanapun, syarikat-syarikat tersebut mengalami kelewatan pelaksanaan projek berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat daripada COVID-19. Kesemua pembida tersebut dijangka akan mencapai financial close sebelum akhir tahun ini.

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin NasarahUMNO · BNMenteri Tenaga dan Sumber Asli · Lenggong

Bagi memastikan kos penjanaan di bawah program LSS kekal kompetitif dan rendah, kerajaan telah meneruskan proses bidaan terbuka bagi penjanaan tenaga boleh baharu (TBB) di bawah Program LSS@MEnTARI. Langkah ini adalah selaras dengan dasar perolehan tenaga elektrik kerajaan iaitu mengikut prinsip least cost option, dan pastikan industri TBB negara bersaing secara sihat. Terima kasih.

Dato’ Mohd Rashid HasnonPKR · PHTimbalan Yang di- Pertua · Batu Pahat

Sila soalan tambahan yang pertama.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri sama ada kerajaan akan teruskan usaha-usaha dan juga sasaran Kerajaan Pakatan Harapan untuk meningkatkan tenaga boleh baharu dalam campuran elektrik ke-20 peratus menjelang tahun 2025. Apakah perkembangan sejak Mac 2020? Bagaimana pula dengan dasar NEM 2.0, Net Energy Metering 2.0 untuk menggalakkan penjanaan tenaga solar atas bumbung. Adakah dasar “one-on-one” offset akan diteruskan oleh kerajaan?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Menteri.

Dalam apa keadaan sekalipun, kementerian akan terus melaksanakan segala polisi dan dasar yang baik yang dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini. Walau bagaimanapun, sudah tentu mengambil kira perkembangan semasa khususnya dalam perkembangan sektor tenaga, perkara- perkara baharu yang penting mesti diambil perhatian. Berkaitan dengan MESI 2.0 yang telah pun dirancang oleh kerajaan...

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Saya tanya NEM 2.0.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

NEM atau Net Energy Metering, bukan MESI 2.0.

Berkaitan dengan NEM dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan tenaga boleh baharu yang dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini kita akan teruskan, tetapi kita akan kaji dari semasa ke semasa untuk menyesuaikan dengan perubahan sektor tenaga. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan kedua, saya jemput Yang Berhormat Jempol.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jempol, Jempol.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta penjelasan sedikit sahaja. Tuan Yang di-Pertua. Minta penjelasan.

Kerajaan telah menetapkan supaya penyertaan hanya dibuka kepada syarikat-syarikat 100 peratus milik tempatan yang diperbadankan atau didaftarkan di Malaysia. Syarikat-syarikat telah tersenarai di Bursa Malaysia yang berminat menyertai LSS@MEnTARI hendaklah memiliki sekurang- kurangnya 75 peratus pegangan saham tempatan. Soalan saya, apakah perbezaan di antara LSS3 dan LSS@MEnTARI serta nyatakan matlamat kementerian mengadakan bidaan pada LSS ini. Difahamkan semasa LSS3, kuota solar tersebut dianugerahkan hanya kepada syarikat luar negara. Mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin NasarahUMNO · BNMenteri Tenaga dan Sumber Asli · Lenggong

Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Saya ingin menyebut bahawa matlamat kerajaan dalam menawarkan 1,000 megawatt kuota solar iaitu kuota yang paling besar dalam sejarah bidaan yang pernah dibuat oleh kerajaan ialah untuk memastikan supaya sektor tenaga terus lestari dan mampan. Ini sebenarnya sebagai usaha untuk memulihkan dan merancakkan semula ekonomi negara. Pasca penularan wabak COVID-19. Oleh itu bagi memastikan supaya industri ini kekal dan memberi manfaat kepada negara, kita mahu terus berusaha untuk memastikan pelaburan bidang TBB memberi kesan limpahan kepada ekonomi negara dengan menggalakkan penyertaan syarikat-syarikat tempatan.

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin NasarahUMNO · BNMenteri Tenaga dan Sumber Asli · Lenggong

Bezanya LSS Mentari berbanding dengan LSS 3 yang dibuat oleh mantan menteri dahulu ialah di mana dahulunya membuka bidaan kepada syarikat-syarikat antarabangsa hingga menyebabkan lima syarikat ditawarkan itu empat daripadanya diperoleh oleh syarikat yang rakan kongsinya daripada antarabangsa. Umpamanya daripada Jerman, Sepanyol, Perancis dan Singapura. Oleh sebab kita melihat bahawa keyakinan dan keperluan untuk kita beri peluang kepada syarikat tempatan, maka kali ini kita hanya, sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Jempol tadi kita hanya membuka peluang kepada syarikat-syarikat 100 peratus milik tempatan yang diperbadankan di Malaysia dan syarikat-syarikat yang tersenarai di bursa saham Kuala Lumpur mesti memiliki sekurang-kurangnya 75 peratus pegangan saham tempatan. Ini menunjukkan bahawa kerajaan hari ini yakin dengan keupayaan syarikat tempatan berbanding dengan yang mantan Menteri dahulu. Sebab itu, kita berkeyakinan dengan apa yang kita lakukan ini ia akan memberi peluang untuk mewujudkan peluang- peluang pekerjaan baru tak kurang daripada 12 ribu peluang pekerjaan. Tentunya melalui pakej ini kita yakin sekurang-kurangnya 25 syarikat tempatan akan diberi peluang. Ini menunjukkan bahawa kita yakin atas keupayaan syarikat tempatan. Terima kasih.

Dato’ Ir Haji Amiruddin bin HamzahBERSATU · PHKubang Pasu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya ada tiga bahagian. Sedikit sahaja, pendek-pendek sahaja. Pertamanya adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa had maksimum bidaan 50 megawatt ini terlalu kecil ataupun tidak menyebabkan adanya economies of scale yang menyebabkan bahawa tujuan untuk kita merendahkan conventional generation cost sebanyak 23 sen itu sukar untuk dicapai. Jadi adakah ini akan dilihat semula, pertama. Keduanya, bidaan. Masa bidaan yang diberikan tiga bulan ini dikatakan terlalu singkat kerana banyak benda yang hendak kena dipastikan dalam masa. Maknanya kalau boleh dikembalikan kepada enam bulan seperti sebelum ini. Ketiganya kita harap pihak kementerian dapat berbincang dengan pihak negeri untuk setiap negeri mengadakan garis panduan tentang pelaksanaan LSS ini kerana banyak negeri yang kemudiannya tidak dapat dilaksanakan sebab tidak ada garis panduan. So, dalam masa yang diberikan mereka itu ding dong ke sana ke sini tidak dapat meneruskan. Jadi tiga benda saya tanya.

Terima kasih atas soalan Yang Berhormat Kubang Pasu. Saya fikir bahawa kita tidak wajar untuk membuat spekulasi mengenai tarif kerana apa yang sedang dilakukan ini masih lagi dalam proses bidaan dan di peringkat pelaksanaan. Kita berkeyakinan dengan penurunan beberapa harga. Misalnya panel solar yang mengalami kejatuhan harga yang rendah. Ini memberi peluang dan kemungkinan akan menyebabkan harga yang ditawarkan oleh syarikat yang menyertai bidaan ini akan membuat harga yang terbaik. Ini berdasarkan kajian yang kita lakukan dan kita berkeyakinan ia akan terus memastikan industri solar negara terus kekal kompetitif. Berkaitan dengan tempoh tiga bulan, oleh kerana program ini ialah program di bawah pakej rangsangan ekonomi dan sebab itu kajian telah dibuat oleh Suruhanjaya Tenaga untuk mengkaji untuk memendekkan tempoh terutama sebagai mana yang disebut oleh Yang Berhormat Kubang Pasu tadi. Kita berkeyakinan berasaskan kajian yang kita buat, tempoh itu memadai dengan apa yang kita lakukan dan kita tidak berhasrat untuk membuat kajian tersebut. Perkara lain berkaitan dengan negeri yang dimaksudkan tadi, memang ada negeri-negeri yang memohon untuk terlibat dalam industri ini, namun kita berpegang kepada prinsip kita untuk membuat bidaan secara terbuka dan terpulang kepada negeri untuk menyertai industri ini. Walau bagaimanapun, bidaan telah pun tutup dan proses akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Kesimpulan yang saya hendak sebut di sini bahawa semua proses yang kita lakukan ini telah pun dibuat kajian teliti oleh Suruhanjaya Tenaga dan kita berkeyakinan ia memberi kebaikan kepada syarikat-syarikat yang menyertai ini. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyampaikan serangkap pantun pagi ini.

Angkara COVID-19 ramai yang merana; Pergerakan juga ada batasan; Tuan Yang di-Pertua yang bijaksana; Soalan tiga Jerantut perlukan penjelasan.

Ahmad Nazlan bin IdrisUMNO · BNJerantut · question

3. Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan, jumlah kerugian pendapatan yang ditanggung industri pelancongan akibat daripada impak wabak COVID-19.

Dato’ Sri Hajah Nancy ShukriPBB · GPSMenteri Pelancongan, Seni dan Budaya · Batang Sadong

Terima kasih. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jerantut di atas soalan dan pantun saya tak boleh jawab saya tak pandai. Sebelum saya meneruskan untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Jerantut ini, izinkan saya Tuan Yang di-Pertua untuk turut menjawab dan memberi maklum balas kepada soalan ini bersekali dengan 10 pertanyaan lisan yang lain kerana ia menyentuh perkara yang sama iaitu kesan penularan wabak COVID-19 kepada industri pelancongan negara. Soalan-soalan berkenaan ialah pertanyaan nombor 17 oleh Yang Berhormat Tanjong Manis, pada 15 Julai. Pertanyaan Yang Berhormat Wangsa Maju, pada 21 Julai, Yang Berhormat Beaufort dan Yang Berhormat Bukit Bintang, 3 Ogos. Pertanyaan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai bertarikh 12 Ogos. Pertanyaan oleh Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Taiping bertarikh 18 Ogos. Pertanyaan oleh Yang Berhormat Batang Lupar bertarikh 26 Ogos dan yang terakhir pertanyaan oleh Yang Berhormat Batu Gajah bertarikh 27 Ogos. Tuan Yang di-Pertua, penularan wabak COVID-19 bukan sahaja memberi impak kepada Malaysia, malah hampir semua negara di seluruh dunia turut terpaksa menerima kesan negatifnya. Dalam situasi yang tidak pernah berlaku ini, Malaysia telah mengambil keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020 dan diikuti beberapa fasa lain yang masih berkuat kuasa sehingga hari ini. Antara langkah utama semasa PKP ini ialah penutupan sempadan antara negeri dan juga sempadan negara. Langkah drastik ini sememangnya perlu dilakukan bagi mengawal penularan wabak COVID-19. Namun, industri pelancongan negara adalah pihak yang paling terjejas dalam situasi ini. Selaras dengan perkembangan ini, Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) telah mengumumkan pembatalan Kempen Tahun Melawat Malaysia Tahun 2020 dengan serta-merta. Pembatalan ini adalah wajar memandangkan penutupan sempadan negara tidak membenarkan warga asing memasuki Malaysia. Dengan ketidakhadiran pelancong dari luar negara ini, MOTAC menjangkakan ketibaan dan perbelanjaan pelancong antarabangsa ke Malaysia bagi tahun 2020 akan menurun sebanyak 75 peratus berbanding tahun 2019. Industri pelancongan negara terutamanya yang berkaitan dengan penginapan, pengangkutan, membeli-belah, makanan dan minuman dan penganjuran acara-acara perniagaan di bawah MICE telah terjejas teruk. Sehingga Jun 2020, kementerian menganggarkan sektor-sektor ini mengalami kerugian sebanyak RM45 bilion akibat penularan wabak COVID-19 ini. Daripada jumlah tersebut MOTAC mengunjurkan kerugian segmen pelancong antarabangsa adalah melebihi RM31 bilion. Manakala bagi segmen pelancong domestik kementerian menganggarkan kerugian melebihi RM13 bilion. Berdasarkan statistik MOTAC bagi tempoh Januari hingga Mac 2020, perbelanjaan pelancong antarabangsa merekodkan penurunan sebanyak 41.5 peratus daripada RM21.4 bilion pada tahun 2019 kepada RM12.5 bilion.

Dato’ Sri Hajah Nancy ShukriPBB · GPSMenteri Pelancongan, Seni dan Budaya · Batang Sadong

Jumlah kerugian ini termasuklah kehilangan pekerjaan, punca pendapatan, ekoran aktiviti perniagaan yang tidak boleh dijalankan, pemotongan gaji, pembatalan tempahan produk pelancongan, serta hotel dan pakej pelancongan. Demi masa, saya berhenti di sini. Boleh tanya soalan tambahan nanti. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sila, soalan pertama Yang Berhormat Jerantut.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas penjelasan yang diberikan sebentar tadi. Tahniah atas jawapan yang diberikan. Saya hendak jemput Yang Berhormat Menteri datang ke Jerantut khususnya Taman Negara, untuk tengok sendiri bagaimana kesengsaraan rakan-rakan kita yang terlibat dalam pelancongan ini akibat daripada COVID-19 ini. Akan tetapi, itu bukan soalan Tuan Yang di-Pertua, makluman sahaja. Semua mengetahui, pelancong asing merupakan penyumbang terbesar dari segi pendapatan industri khususnya agensi pelancongan di negara kita. Dengan penutupan sempadan ini, maknanya pelancong asing tidak datang. Kerajaan memberi one-off kepada sektor pelancongan, tetapi tidak mencukupi. Jadi, saya hendak tanya, apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian sekiranya penutupan sempadan ini berlaku dengan dipanjangkan lagi tempohnya. Jadi, apakah bantuan-bantuan yang boleh diberikan selain daripada one-off kepada sektor ini. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Sri Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Walaupun pintu sempadan negara ditutup mulai 18 Mac, namun kehadiran pelancong telah mula menunjukkan kemerosotan sejak Januari 2020 lagi apabila telah ada negara-negara yang membuat penutupan sempadan dan nasihat perjalanan ataupun travel advice untuk tidak datang ke benua Asia dan juga Malaysia di awal penularan wabak COVID-19 di China. Selepas 18 Mac, bilangan ini menjadi sifar secara total. Oleh itu, salah satu fokus perancangan MoTAC pada masa ini dan pasca PKP kelak adalah untuk menumpukan perhatian dan promosi bagi melonjakkan bilangan pelancongan domestik bagi sedikit sebanyak menampung kehilangan kehadiran pelancong asing. Tadi, dijemput ke Jerantut, insya-Allah saya pergi, sebab kami telah pun pergi secara domestik ke negeri-negeri di Malaysia ini. Secara purata, Malaysia menerima ketibaan antara seramai 22 juta orang hingga 25 juta orang pelancong asing setiap tahun. Oleh itu, kita perlukan rakyat Malaysia untuk melancong dalam negara bak kata tagline kita, “Cuti-cuti Malaysia” bagi memastikan kelangsungan aktiviti dalam industri ini agar aktiviti ekonomi dapat terus dijanakan. Banyak lagi saya hendak cakap. Cuma, saya nak ucapkan tahniah kepada beberapa Ahli Yang Berhormat yang mana saya perhatikan telah mempromosikan domestic tourism ini di kawasan mereka masing-masing. Tahniah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya jemput soalan tambahan kedua.

Balik Pulau, Balik Pulau!

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Saya jemput- Yang Berhormat Balik Pulau.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan tadi. Saya ingin bertanya mengenai kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 6 Julai yang lepas mengatakan bahawa pemulihan sektor pelancongan ini akan mengambil masa sehingga empat tahun. Sedangkan United Nations World Tourism Organization (UNWTO) cuma menyatakan, recovery akan bermula quarter end 2020 ataupun early 2021. Ini bercanggah dengan kenyataan daripada badan dunia. Empat tahun ini akan menyebabkan kesengsaraan lagi dalam bidang sektor pelancongan ini. Kita tahu seramai 3.3 juta orang bergantung dengan sektor pelancongan, it’s an intensive industry, dengan izin. Hal ini akan menyebabkan juga kejatuhan GDP negara. Kita tahu dalam GDP, sejumlah 15.2 percent coming from tourism, dengan izin. Jadi, kalau kenyataan PM itu tidak membantu langsung, ataupun adakah ada perancangan daripada MoTAC sendiri untuk memulihkan ataupun memendekkan tempoh pemulihan itu sendiri? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau.

Dato’ Sri Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat yang mana telah menjalankan tugas yang sama pada sebelum

Dato’ Sri Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

ini. Sebenarnya, apa Yang Amat Berhormat nyatakan secara menyeluruh- ia akan pulih secara menyeluruh. Kami menjangka daripada segi permulaannya pada tahun hadapan, second quarter of next year insya-Allah. Akan tetapi, dalam pada masa yang sama itu semuanya jangkaan. Cuma, kita mempunyai banyak perancangan dan juga mengambil tindakan untuk memastikan pemulihan ekonomi akan berjalan lebih awal. Saya hendak nyatakan di sini, banyak telah kita lakukan misalnya daripada segi promosi domestic tourism yang telah kami lakukan, walaupun kita menjangka akhirnya pada mungkin pada akhir tahun ini. Akan tetapi, pada beberapa minggu yang lepas ini kita sudah nampak bagaimana kita telah melakukan recovery dan nampaknya hotel-hotel yang telah bermula beroperasi begitu banyak sekali. Kebanyakannya telah- dia punya occupancy rate, dengan izin, adanya 75 peratus dan ada 100 peratus. Itu yang kita dapat maklum balas daripada Malaysian Association of Hotels dan juga yang lain-lain yang bekerjasama dengan kita. Malah, kami berterima kasih juga dengan airlines macam FireFly, AirAsia dan juga MAS yang telah memberi pakej-pakej untuk membantu...

Saya rasa fakta itu salah YBM salah. It cannot be 75 percent or 100 percent. Average is 31 percent of occupancy rate. Jadi...

Dato’ Sri Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Yang Berhormat, yang menerima laporan bukan Yang Berhormat.

Ya, saya tahu...

Dato’ Sri Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Yang menerima laporan daripada MoTAC.

...Ini laporan daripada MAH.

Dato’ Sri Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Kami kementerian menerima laporan secara rasmi.

Saya rasa itu fakta yang salah. Oleh sebab apa- hotel sekarang- salah itu...

Dato’ Sri Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Kalau laporan itu salah, laporan itu diberi kepada kita salah, itulah laporan yang kita terima.

Macam mana dapat, daripada 75 peratus, kepada 100 peratus?

Dato’ Sri Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

...Akan tetapi Yang Berhormat bukan Menteri lagi.

Bukan.

Dato’ Sri Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Jadi, Yang Berhormat tidak menerima semua ini. Yang menerima adalah kami. Kami mendapat...

Maklumat daripada MAH- Malaysian Association of Hotels.

Dato’ Sri Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Antaranya- itu antaranya. Salah satu daripadanya. Yang Berhormat, yang menerima laporan ini setiap minggu, setiap hari adalah MoTAC, bukan Yang Berhormat, okey. Terima kasih.

Salahuddin bin AyubAMANAH · PHPulai · question

4. Dato’ Seri Haji Salahuddin bin Ayub [Pulai] minta Menteri Pertanian dan Industri Makanan menyatakan, adakah kementerian bercadang untuk membuka pasaran- open market, benih padi sah.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNMenteri Pertanian dan Industri Makanan · Beluran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat Pulai. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencatatkan ini merupakan pengalaman pertama saya menjawab soalan walaupun berada di Dewan ini sejak 20 tahun yang lalu. Lebih bersejarah kerana soalan yang akan dijawab ini...

Tahniah, tahniah!

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNMenteri Pertanian dan Industri Makanan · Beluran

...Ia datang daripada mantan Menteri Pertanian itu sendiri... [Tepuk] Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Insentif Benih Padi Sah merupakan salah satu daripada program subsidi dan insentif yang diuruskan oleh kementerian bagi membantu golongan sasar dalam sektor padi dan beras iaitu pesawah padi. Ia bermatlamat untuk membantu pesawah mengurangkan kos pengeluaran padi serta menggalakkan mereka menggunakan benih padi yang sah, yang berkualiti, bermutu tinggi, rintang penyakit dan mengurangkan risiko padi angin. Sehingga kini, keperluan sebenar benih padi sah di Semenanjung Malaysia adalah sebanyak 72 ribu tan metrik setahun melibatkan peruntukan sebanyak RM75 juta. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penawaran bekalan benih padi sah ketika ini sememangnya telah dibuat secara terbuka walaupun tidak secara mutlak. Ia terbuka kepada syarikat ataupun pembekal-pembekal yang berminat, yang mempunyai kapasiti pengeluaran dan memenuhi syarat. Mereka dipelawa untuk memasuki tender pembekalan secara terbuka dan terkawal bagi Program Insentif Benih Padi Sah tersebut. Berdasarkan kepada perolehan secara tender terbuka sebelum ini, iaitu tahun 2017 hingga 2019, sebanyak 16 buah syarikat telah mengemukakan permohonan yang mana daripada jumlah tersebut hanya sejumlah sembilan buah syarikat telah berjaya dipilih dan diberi kuota pembekalan benih padi sah berdasarkan kepada kriteria-kriteria ketat yang ditentukan seperti mempunyai kapasiti ladang, kilang, stor penyimpanan serta peralatan pemprosesan benih. Bagi tujuan penambahbaikan terhadap Program Insentif Benih Padi Sah yang sedia ada, kementerian telah dan akan melaksanakan pelbagai inisiatif. Antaranya, penyediaan stok penimbal benih padi sah bagi memastikan kemapanan stok bekalan benih yang dikehendaki oleh pesawah setiap tahun dan setiap musim. Kedua, penyelarasan semula kuota di kalangan pembekal bagi menampung kekurangan kapasiti pembekalan tertentu serta mengelak dominasi syarikat pembekal tertentu terhadap pasaran benih padi sah. Ketiga, mengenal pasti dan menetapkan variety berkualiti.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNMenteri Pertanian dan Industri Makanan · Beluran

Keempat, semakan semula terhadap syarat-syarat program bagi memastikan penghasilan benih padi yang terbaik dan berkualiti tinggi. Kementerian juga sentiasa bersikap terbuka dan bersedia untuk melakukan sebarang penambahbaikan terhadap Program Insentif Benih Padi Sah ini untuk menjamin dan memastikan bekalan benih yang dijamin kualitinya, sekali gus dapat menyumbang kepada peningkatan pengeluaran. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila, soalan tambahan pertama Yang Berhormat Pulai.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih rakan saya, terima kasih datang sendiri untuk menjawab soalan. Saya rasa Yang Berhormat, pesawah di luar masih bergelut dengan kehidupan. Saya rasa kita sentiasa boleh bekerjasama bagi memastikan kita dapat memberikan yang terbaik kepada mereka. Yang Berhormat Menteri, cabaran seterusnya adalah sebagaimana yang sedia maklum adalah tentang climate change, ketidaktentuan cuaca dan yang paling terkini adalah tentang COVID-19. Saya ingin tahu, kesan tiga atau empat bulan yang pesawah tidak dapat menguruskan ladang benih mereka ini, adakah kita mencukupi stockpile benih ini pada masa akan datang?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih.

Juga saya ingin mendapat kepastian kerana ini menyebabkan food security. Adakah ada unjuran Yang Berhormat telah masukkan dalam RMK-12 tentang perancangan jangka pendek dan sederhana, bagaimana kita membantu membangunkan industri benih ini? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Pulai. Sila, Yang Berhormat Menteri jawab, satu minit.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Ahli-ahli Yang Berhormat, untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian sedar bahawa beberapa faktor climate change dan yang terkini COVID-19, sedikit sebanyak mengganggu industri Agro Makanan pada keseluruhannya. Akan tetapi untuk makluman Yang Berhormat bagi bekalan benih sah

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

ini sejak tiga bulan yang lalu kementerian tidak mendapat makluman tentang gangguan benih dan sebagainya, ia nya berjalan dengan lancar. Dimaklumkan bahawa proses penanaman padi yang berlaku dua tiga bulan yang lalu di Selangor dan kini sedang berlaku di Utara Semenanjung Malaysia berjalan dengan lancar tanpa gangguan daripada bekalan benih yang disasarkan oleh kerajaan ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih. Saya jemput soalan tambahan kedua, Yang Berhormat Jempol.

Yang Berhormat Jelebu, Tuan Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Maaf, Yang Berhormat Jelebu.

Jangan tukar. Saya tetap hendak, Yang Berhormat Jelebu, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Oleh sebab duduk dekat-dekat itu.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebenarnya pesawah padi ini dia sentiasa bergelut Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat, bukan dia tidak hendak tanam padi, akan tetapi tidak untung. Pada April lepas, kalau tidak silap saya Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertanian beritahu stok beras kita berada di peringkat pemborong, pengilang dan sebagainya sebanyak 500 tan sebulan, walaupun penggunaan kita 200 tan sahaja. Itu pun bergantung kepada beras-beras yang diimport daripada nagara-negara luar untuk menampung keperluan beras kita. Soalan saya Yang Berhormat Menteri, ada tidak satu inisiatif luar biasa untuk menggalakkan pengeluaran padi tempatan supaya kita tidak bergantung kepada import beras dari luar negara. Oleh kerana kita harus belajar pada pandemik COVID-19 ini, beras ataupun pengimportan tidak boleh berlaku di dalam negara, jadi kita tidak mahu kekurangan stok bekalan untuk masa-masa yang akan datang. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Menteri, jawab satu minit.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Terima kasih Ahli Yang Berhormat Jelebu. Yang Berhormat Jempol? Yang Berhormat Jelebu.

Yang Berhormat Jelebu, Yang Berhormat Menteri, bukan Yang Berhormat Jempol.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Jelebu.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tahap kebergantungan negara terhadap beras import adalah sebanyak 30 peratus. Maknanya negara kita mampu mengeluarkan permintaan dan kegunaan tempatan sebanyak 70 peratus. Itu merupakan kedudukan pada ketika ini. Tentulah menjadi hasrat kementerian dan kerajaan untuk memastikan tahap SSL beras ini ditingkatkan pada masa-masa akan datang. Tentu sekali kementerian mempunyai perancangan jangka masa pendek dan jangka masa panjang untuk menambah pengeluaran beras negara supaya diunjurkan lebih daripada 70 peratus seperti yang sedia ada.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih. Saya beri ruang satu lagi soalan tambahan.

Soalan tambahan daripada Yang Berhormat Sik.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Daripada Yang Berhormat Kulim Bandar- Baharu. Sila.

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHKulim-Bandar Baharu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pada Yang Berhormat Menteri, industri padi dan beras ini

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHKulim-Bandar Baharu

bila saya perhatikan players-nya atau stakeholders-nya, ada pembenih sembilan buah syarikat, 200 ribu orang penanam padi, 160 orang pengilang, 1,700 orang pemborong, 57 ribu orang peruncit, dan seramai 31 juta orang rakyat yang makan beras. Kemudian, kita ada satu sahaja pengimport iaitu BERNAS. Penanam padi seramai 200 ribu for decades bergelut dengan kemiskinan, mereka berada di kerak bawah kemiskinan. Yang untung ialah yang jual benih, pengilang dan pemborong. Peruncit ini kita tekan dia oleh sebab kita set harga siling RM2.60, tidak boleh lebih daripada itu. Akan tetapi BERNAS ini boleh dikatakan selesa lah akaun dia ya. Tahun 2021, tempoh monopoli dia tamat. Soalan saya, apakah persiapan kementerian ke arah menghadapi tamatnya monopoli BERNAS, akan disambung lagi kah, atau akan dibuka- kalau dibuka, bila? Terima kasih,

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Daripada Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Sila Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Saya ingin menjawab soalan tersebut akan tetapi sebagai mantan Tuan Yang di-Pertua, soalan tersebut terkeluar daripada soalan asal... [Tepuk] Tentu sekalinya bertentangan dengan Peraturan Mesyuarat 24(3), maka saya tidak berhasrat untuk menjawab soalan tersebut. Terima kasih [Ketawa] [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih.

Satu lagi soalan tambahan daripada Yang Berhormat Sik, penting.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Menteri, saya beri peluang satu lagi.

Satu lagi soalan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Sik.

Ya, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Ya, saya boleh bagi. Sila

Yang Berhormat Menteri satu lagi?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Satu lagi pertanyaan lisan.

Boleh ya? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila, oleh sebab jauh di belakang sana, bagi peluang pada yang berdirilah.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Ya, sebenarnya di luar daripada Peraturan Mesyuarat kerana maksimum tiga soalan, saya boleh berikan [Ketawa]

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Akan tetapi saya guna kuasa saya.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Yang Berhormat Menteri, mana boleh beri arahan kepada Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHIpoh Timor

Tuan Yang di-Pertua, kena lecture ini.

Ini isu penting ini.

Yang Berhormat, Kuala Krau setuju tiga sahaja. Tuan Yang di-Pertua pun tidak boleh melanggar Peraturan Mesyuarat.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHIpoh Timor

Tuan Yang di-Pertua kena lecture.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik, tidak apa.

Tuan Sabri bin AzitPAS · PNJerai

Pengerusi MADA.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tidak apa beri Tuan Yang di-Pertua peluang. Apa-apa pun keputusan-keputusan, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik.

Keputusan Tuan Yang di- Pertua tidak boleh melanggar Peraturan Mesyuarat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Ya.

Boleh ya?

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tuan Yang di-Pertua, adalah Peraturan Mesyuarat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Ya... [Ketawa]

[Dewan riuh]

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Sokong Tuan Yang di- Pertua.

Yang Berhormat Menteri, boleh ya?

Dilanggar akan dibuang.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Saya benarkan Yang Berhormat Sik oleh sebab dia berada di jauh sana.

Baik, satu soalan penting berkaitan pengeluaran benih padi sah ini. Kita dimaklumkan dan kita menghadapi satu keadaan yang sukar kepada petani pada musim padi tahun lepas, ada berlaku kelewatan dan ketidaklancaran pengagihan benih padi ini. Jadi soalan saya, apakah rasional pihak kementerian yang sebelum ini memberi kuota yang berlebihan kepada beberapa syarikat yang pengeluar benih padi ini berbanding syarikat-syarikat yang berkaitan dengan kerajaan GLC termasuk di MADA di Kedah, MADA CORP di Jelapang padi Kedah. Kita memerlukan sebanyak 28 ribu tan benih padi sah akan tetapi hanya diberi kuota sebanyak 8,000 tan sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Sik, baik.

Jadi, saya mohon Yang Berhormat Menteri dapat memperbaiki apa yang telah dilakukan oleh kementerian sebelum ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Memang diakui Yang Berhormat, beberapa syarikat di kalangan sembilan syarikat yang dibenarkan melalui tender mempunyai kuota yang berlebihan berbanding dengan syarikat-syarikat yang lain. Ia berasaskan kepada kapasiti keupayaan syarikat tersebut untuk membekalkan benih secara lebih berbanding dengan syarikat-syarikat yang lain. Walau bagaimanapun, kementerian sentiasa memantau keadaan ini dan berharapkan ia dapat diselaraskan secara lebih adil di masa akan datang.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim Yang Berhormat Arau.

Bina rumah dengan simen; Gerak langkah seorang panglima; Hari-hari datang Parlimen; Soalan saya nombor lima.

Shahidan bin KassimPAS · PNArau · question

5. Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau] minta Menteri Pengangkutan menyatakan, adakah terdapat sebarang perancangan untuk melakukan pindaan terhadap akta sedia ada mengenai isu pemandu mabuk yang disabitkan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah. Bagi kes yang menyebabkan kematian pula, apakah hukuman mati akan diperkenalkan.

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka SiongMCA · BNMenteri Pengangkutan · Ayer Hitam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya menjawab soalan ini bersekali dengan dua soalan ini bersekali dengan dua soalan yang lain pada hari ini iaitu soalan nombor 24 oleh Yang Berhormat Lumut dan soalan nombor 30 oleh Yang Berhormat Puchong oleh sebab ia

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka SiongMCA · BNMenteri Pengangkutan · Ayer Hitam

menyentuh perkara yang sama iaitu mengenai masalah pemanduan di bawah pengaruh alkohol.

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka SiongMCA · BNMenteri Pengangkutan · Ayer Hitam

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, isu berkaitan dengan kemalangan maut yang disebabkan oleh pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol adalah sesuatu perkara yang amat dipandang serius oleh kerajaan khususnya Kementerian Pengangkutan. Seperti umum mengetahui, kebelakangan ini kemalangan maut melibatkan pemandu mabuk semakin kerap berlaku dan dilaporkan di dalam media massa. Sekiranya perkara ini tidak ditangani dengan serius ia akan membawa kesan yang amat negatif kepada orang ramai dan pengguna jalan lain yang tidak bersalah. Sehubungan itu, Jemaah Menteri pada 24 Jun 2020 telah pun bersetuju secara dasarnya untuk meminda seksyen 41, hingga 45, secara khusus untuk kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol, dadah dan memandu secara melulu. Pindaan ini bertujuan untuk menjadikan satu bentuk deterrence dan pengajaran kepada orang ramai supaya mematuhi semua peraturan jalan raya. Ketiga-tiga komponen hukuman akan dipinda termasuklah kadar denda, tempoh penjara dan tempoh penggantungan lesen memandu kenderaan. Berdasarkan kepada keputusan Jemaah Menteri tersebut, Kementerian Pengangkutan akan meminda seksyen 41, hingga 45, Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Jabatan Peguam Negara telah menyemak draf Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 dan draf RUU ini akan dibentangkan untuk persetujuan Jemaah Menteri pada 17 Julai 2020 dan seterusnya untuk dibentangkan di Dewan yang mulia ini pada sesi kali ini. Selain daripada pindaan hukuman, kerajaan juga akan meminda had kandungan alkohol yang dibenarkan supaya selaras dengan piawaian yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu daripada 35 mikrogram alkohol dalam 100 mililiter nafas, 80 miligram alkohol dalam 100 mililiter darah ataupun 107 miligram alkohol dalam 100 mililiter air kencing kepada 22 mikrogram alkohol dalam 100 mililiter nafas, 50 miligram alkohol dalam 100 mililiter darah atau 67 miligram alkohol dalam 100 mililiter air kencing. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Pengangkutan telah melaksanakan satu soal selidik atas talian mengenai perkara ini iaitu daripada 21 Mei 2020 hingga 4 Jun 2020 yang lepas. Berdasarkan kepada dapatan kajian sebanyak 345,000 responden telah menyertai soal selidik ini. Hampir 97 peratus responden memberi maklum balas yang positif dan bersetuju bahawa kuantum hukuman sedia ada tidak memadai. Sebagai contoh seramai 324,489 orang iaitu 94 peratus responden bersetuju agar kadar hukuman penjara, denda dan tempoh hilang kelayakan lesen memandu ditingkatkan ke atas pemandu yang disabitkan kesalahan memandu ketika berada di bawah pengaruh alkohol bagi memberi kesedaran kepada umum dan keinsafan kepada pesalah. Berkenaan dengan cadangan mengenakan hukuman mati bagi kesalahan menyebabkan kematian akibat daripada memandu di bawah pengaruh alkohol, Kementerian Pengangkutan berpendapat kes melibatkan pemandu mabuk perlulah mengikut lunas undang-undang yang sedia ada. Jika Kanun Keseksaan Akta 574 digunakan untuk menjatuhkan hukuman mati ia perlu dibuktikan di mahkamah bahawa pemandu mabuk tersebut mempunyai niat untuk membunuh melampaui keraguan munasabah- beyond reasonable doubt. Memang kita geram tetapi kita tidak boleh mengambil tindakan secara melulu supaya pemandu mabuk ini tidak terlepas daripada tindakan undang-undang yang sewajarnya. Maka Kementerian Pengangkutan telah mengambil keputusan untuk meminda seksyen-seksyen termasuklah had kandungan alkohol supaya seseorang itu yang memandu melebihi had-had tersebut akan dikenakan hukuman yang jauh lebih berat. Maka Kementerian Pengangkutan berharap agar pindaan yang dicadangkan kali ini dapat mendidik, mengubah sikap semua pengguna di atas jalan raya. Perkara ini sekali gus bertujuan membendung berlakunya kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol, dadah dan juga memandu secara melulu dalam menjaga keselamatan pengguna jalan raya di Malaysia secara keseluruhan. Dalam masa yang sama, Kementerian Pengangkutan berpendapat bahawa selain daripada langkah-langkah undang-undang, program kesedaran dan juga

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka SiongMCA · BNMenteri Pengangkutan · Ayer Hitam

pendidikan perlu juga digandakan. Sebagai contoh Kementerian Pengangkutan giat menggalakkan program pencegahan memandu di bawah pengaruh alkohol seperti melaksanakan konsep designated driver serta penggunaan kenderaan perkhidmatan awam seperti teksi dan e-hailing. Dengan adanya usaha-usaha holistik ini, Kementerian Pengangkutan berharap isu dapat ditangani untuk menjaga kepentingan dan keselamatan semua pengguna jalan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, jawapan yang cukup bernas. Terima kasih kepada Kerajaan Perikatan Nasional yang begitu komited untuk menangani masalah isu pemandu mabuk. Akan tetapi Yang Berhormat boleh tidak bagi sedikit gambaran, apakah hukuman yang dijangka dikenakan di bawah cadangan RUU 33 ini untuk membolehkan rakyat mendapat gambaran awal. Oleh kerana Yang Berhormat telah memaklumkan bahawa kita tidak mahu meminda Kanun Keseksaan walaupun ada negara baru berbuat demikian seperti Perancis dan lain-lain lagi. Mereka buat di bawah Kanun Keseksaan, pinda Kanun Keseksaan. Akan tetapi untuk Yang Berhormat ini cuba bagi gambaran sikit supaya sebelum undang-undang diperkenalkan orang sudah takut untuk memandu dengan mabuk.

Terima kasih Yang Berhormat Arau di atas soalan yang agak bernas ini. Seperti mana yang saya maklumkan tadi, kita telah mendapat persetujuan secara prinsip daripada Kabinet dan pada minggu ini kita akan membuat endorsement terhadap draf undang-undang. Saya setuju saya boleh memberi sedikit gambaran kepada Yang Berhormat apa yang akan dipinda dalam rang undang-undang kali ini. Sudah tentunya dari segi tempoh pergantungan lesen, kadar denda dan hukuman penjara akan kita kenakan dan hukuman penjara itu untuk kesalahan tertentu seperti membawa maut ia adalah satu penjara serta hukuman yang mandatori, itu nombor satu. Saya bagi contoh lagi, saya ada lima seksyen itu. Seksyen 44 kalau ikut apa yang ada sekarang, hukuman ke atas kesalahan di bawah seksyen 44, berkaitan dengan kesalahan memandu semasa di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah yang menyebabkan kecederaan dan kematian ia tidak ada perbezaan kalau ikut undang-undang kali ini. Akan tetapi dalam seksyen 44 kali ini, kita akan memasukkan, bezakan kalau sesuatu kemalangan itu membawa maut dengan membawa kecederaan dia akan dikenakan hukuman yang berlainan.

Tuan Pang Hok LiongDAP · PHLabis

[Bangun]

Jadi lebih berat kalau ia membawa maut dalam sesuatu kemalangan. Jadi, di bawah seksyen 44, yang baharu, kita sudah mencadangkan saya bagi contoh kadar penjara maksimum ditetapkan pada masa ini ialah 10 tahun dengan pindaan kali ini ia akan ditingkatkan kepada 15 tahun untuk kesalahan pertama dan 20 tahun jika disabitkan bagi kesalahan yang berikut. Kadar denda yang dicadangkan untuk dinaikkan daripada maksimum RM20 ribu sekarang kepada RM100 ribu untuk kesalahan pertama... [Tepuk] Dan untuk kesalahan yang berikutnya kedua, dia akan dikenakan denda RM150 ribu. Tempoh penggantungan lesen juga dicadangkan dinaikkan daripada 10 tahun kepada 20 tahun. Jadi selain daripada ini, seksyen 45(A) juga memandu atau menjaga kenderaan motor dengan kepekatan alkohol melebihi had, hukuman penjara akan dicadangkan untuk dijadikan sebagai satu hukuman mandatori kepada mereka yang disabitkan kesalahan di bawah seksyen ini. Ini bermaksud kita serius. Amaran kita ialah kalau sudah mabuk ataupun mengambil alkohol jangan memandu dan kita tidak boleh mencabuli hak orang lain untuk minum tetapi bila sudah minum jangan bawa, ini akan memudaratkan orang lain. Jadi, amaran kita ialah dan mesej daripada rakyat ialah kali ini kita komited, kita hendak pastikan kita menjaga keselamatan orang lain. Terima kasih... [Tepuk]

Tuan Pang Hok LiongDAP · PHLabis

Labis.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan yang kedua, saya jemput Yang Berhormat Seremban.

Lumut, sebahagian daripada soalan tadi.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Selepas itu Kinabatangan.

Yang Berhormat Menteri kata daripada Lumut, hendak ingatkan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ya.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan syabas kepada Yang Berhormat Ayer Hitam kerana kebanyakan cadangan pindaan terhadap rang undang-undang ini adalah berdasarkan kepada cadangan yang kita hendak bawa semasa kita dalam Kerajaan Pakatan Harapan seperti meningkatkan hukuman kepada maksimum 20 tahun dan juga menurunkan had alkohol kepada tahap yang dicadangkan oleh WHO khususnya kepada 50 miligram alkohol dalam 100 mililiter darah.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Namun begitu, walaupun cadangan-cadangan ini adalah sesuatu yang baik tetapi apa yang lebih penting ialah bagaimana kita hendak menguatkuasakan undang- undang ini. Saya difahamkan bahawa ada bidang kuasa yang berlainan, umpamanya dalam menguatkuasakan undang-undang ini, ia lebih kepada pihak polis. Bagaimana JPJ dapat diperkasakan untuk juga menguatkuasakan undang-undang ini? Itu yang pertama. Kedua ialah dari segi kredibiliti dan juga memastikan bahawa ada integriti di pihak penguatkuasaan. Semasa saya di kementerian, saya telah pun membincangkan dengan pihak JPJ bagaimana untuk memasang body camera kepada pihak penguat kuasa untuk dijadikan sebagai satu pilot project supaya apabila pegawai-pegawai menguatkuasakan undang-undang ini, mereka dapat menguatkuasakannya dengan tegas dan juga dengan penuh berintegriti dan tidak ada apa-apa unsur rasuah semasa penguatkuasaan. Adakah itu dapat dilaksanakan. Terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Seremban selaku mantan Menteri Pengangkutan. Apa yang baik itu kita terima, apa yang telah dilakukan dalam 22 bulan, cadangan dan kita pada kali ini dalam tempoh tidak sampai 100 hari, kita telah buat keputusan dan masuk dalam Kabinet dan kita hendak bawa dalam pembentangan Dewan kali ini untuk kita pinda rang undang-undang... [Tepuk] Ini menampakkan komitmen kerajaan sekarang kerana kita tidak boleh tunggu lagi. Ini kerana kes maut setakat hari ini untuk tahun ini sudah sebanyak 12 kematian. Jadi, saya rasa itu yang pertama. Akan tetapi walau bagaimanapun, saya menerima baik cadangan Yang Berhormat sebagai senior saya, predecessor dan saya sentiasa mengambil pandangan yang baik daripada Yang Berhormat. Apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat, pertanyaan Yang Berhormat tentang JPJ. Dalam pindaan kali ini juga, kita melihat polis telah menjalankan tugas dengan baik tetapi ada keperluan kerana akta ini di bawah JPJ. Apakah tidak kita memberi kuasa juga kepada pegawai penguat kuasa JPJ untuk mereka menguatkuasakan undang-undang ini. Jadi secara prinsipnya Kabinet telah meluluskan, ia dapat diperluaskan untuk bab menangkap mereka yang terlibat dalam pemanduan mabuk. Itu kita boleh lakukan dan ini kita perluaskan penguat kuasa, untuk apa? Demi keselamatan rakyat jelata, yang pertama. Jadi, jawapannya ialah diperluaskan kepada JPJ. Kedua, apa Yang Berhormat katakan tadi ini soal integriti ya. Saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat, perkara ini sentiasa diberi perhatian. Saya faham ada yang mencadangkan body cam dan ada yang mencadangkan cara yang lebih telus untuk kita menjalankan penguatkuasaan. Bukan sahaja saya melihat JPJ, mungkin polis mereka ada cara yang lebih canggih untuk kita mengawal. Pada kali ini, apa yang kita hendak tegaskan ialah bukan sekadar untuk kita menguatkuasakan undang-undang, banyak lagi loophole yang kita perketatkan. Pertama, kalau kita lihat daripada segi EBA yang ada iaitu evidential, brutalizer and analyzer. Ini adalah satu perkara yang sangat penting. EBA ini cuma ada sebanyak 55 unit, kita perlukan peruntukan tambahan untuk kita tambah baik untuk polis ataupun JPJ. Maka bila ada kelengkapan ini, dapat kita memantau dengan lebih rapi. Jadi, dari segi integriti, dia kena bawa ke balai polis yang terdekat atau JPJ dan kita hendak memastikan tidak ada elemen penyelewengan. Maka, saya memberi jaminan bahawa kita akan mengutamakan soal integriti baik untuk polis ataupun JPJ. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih. Saya bagi satu lagi kepada Yang Berhormat Lumut kerana memang ada soalan bertulis dari beliau. Silakan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana menjawab soalan daripada Lumut tadi. Cadangan yang diberikan adalah tindakan-tindakan, penyelesaian- penyelesaian yang bersifat selepas berlaku. Ada cadangan daripada rakan-rakan kita terutamanya daripada kumpulan hijau supaya kita selesaikan masalah at source, kalau kita boleh mengharamkan pembuatan alkohol dan pengimportan serta penjualan di negara kita. Apakah kementerian terfikir sama langkah-langkah tersebut? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Lumut. Sebenarnya kita telah mengadakan dialog dengan Dewan Pemuda PAS juga ataupun kepada mana-mana NGO, lima agama datang bersama memberi pandangan yang berlainan. Kita duduk dalam satu masyarakat majmuk, kita mengambil pandangan semua. Saya ingin memaklumkan bahawa pendirian MOT ialah kita berdasarkan kepada lunas undang-undang yang ada. Kita berpandukan kepada Perlembagaan. Bagi saya, saya bukan Islam tetapi saya tidak minum pun, tidak ada masalah. Akan tetapi, saya tidak mencabuli hak orang lain untuk dia hendak minum sampai mabuk, ditenggelami dengan kolam renang, itu tidak menjadi masalah bagi saya. Akan tetapi apabila dia memandu, itu akan menjadi satu perkara yang pantang bagi saya. Saya akan ambil tindakan. Ini komitmen kita, jadi kita kena bezakan apabila seseorang itu sudah minum, jangan bawa kenderaan. Amaran kita memang keras, kali ini kita serius. Kedua, kita juga melihat dalam soal pendidikan kita kena mengajar daripada segi bolehlah control at source kalau kita lihat seseorang itu sudah minum, kita minta pusat hiburan bagi amaran juga. Sesiapa kawan-kawan teman bersama itu, kita minta ambil Grab dan kita banyak lagi kemudahan yang ada. Seperti mana yang saya katakan kita boleh wujudkan satu pekerjaan baru designated driver dan ini biasa di China. Jadi bagi saya, kita tidak menghalang hak sesiapalah tetapi apabila seseorang itu sudah minum, jangan bawa, ini akan menyusahkan rakyat jelata. Jadi ini merentasi kaum, agama tetapi kita buat ini untuk kepentingan sejagat. Terima kasih.

Shamsul Iskandar bin Mohd AkinPKR · PHHang Tuah Jaya · question

6. Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin [Hang Tuah Jaya] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan, bagaimana status pembelajaran bagi mahasiswa di IPTA dan IPTS. Tiadakah perancangan oleh KPT dalam mengembalikan semula sesi PnP Mahasiswa agar kembali di universiti masing-masing dengan pengamalan normal baharu memandangkan mahasiswa berhadapan dengan pergelutan capaian internet yang ketara sebagaimana isu yang dialami oleh rakan-rakan mahasiswa di kawasan pendalaman Sabah dan Sarawak.

Dato' Dr. Noraini AhmadUMNO · BNMenteri Pengajian Tinggi · Parit Sulong

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Hang Tuah Jaya atas soalan yang diajukan. Tuan Yang di-Pertua, sebagai pematuhan kepada Perintah Kawalan Pergerakan yang diisytiharkan oleh kerajaan bagi membendung COVID-19, kementerian telah mengarahkan semua IPT menangguhkan aktiviti akademik masing-masing mulai 18 Mac 2020. Dalam hal ini, semua IPT juga telah diminta untuk membuat penjadualan semula kalendar akademik 2020/2021 dan meneruskan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian. Sepanjang tempoh tersebut, KPT telah menerima pelbagai maklum balas dan pandangan daripada pelajar, keluarga, institusi dan badan profesional berhubungan dengan kebimbangan terhadap kualiti program akademik yang dilaksanakan secara dalam talian. Mereka berpandangan bahawa keberkesanan pembelajaran bagi program- program tertentu khususnya yang melibatkan latih amal, klinikal dan praktikal masih memerlukan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka. Justeru pada 16 Mei tempoh hari, Mesyuarat Khas Menteri-menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan, Majlis Keselamatan Negara telah bersetuju untuk membenarkan lima kategori pelajar IPT pulang dan meneruskan pengajian di kampus iaitu: (i) pelajar pasca siswazah mod penyelidikan yang berkeperluan;

Dato' Dr. Noraini AhmadUMNO · BNMenteri Pengajian Tinggi · Parit Sulong

(ii) pelajar semester tahun akhir pengajian peringkat sijil, diploma dan ijazah sarjana muda yang memerlukan latihan praktikal dan peralatan khas; (iii) pelajar semester tahun akhir yang tidak mempunyai akses dan persekitaran kondusif bagi melaksanakan PDP dalam talian; (iv) pelajar berkeperluan khas; dan (v) pelajar baru sesi akademik 2020/2021. Mengambil kira situasi COVID-19 yang semakin pulih, KPT telah mendapat persetujuan daripada Jemaah Menteri pada 8 Julai 2020 untuk membenarkan kemasukan semula pelajar IPT ke kampus secara berperingkat mulai Julai sehingga September 2020. Kemasukan pelajar ke kampus sepenuhnya pula adalah pada bulan Oktober 2020. Dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di kampus, IPT telah diberi fleksibiliti untuk menentukan mod pembelajaran yang bersesuaian mengikut keperluan program. Ini termasuklah menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian. Namun begitu, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran hendaklah mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh kerajaan. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan. Yang Berhormat sentuh tadi mengenai maklum balas yang diterima daripada pelbagai kumpulan mengenai kualiti pembelajaran program akademik. Seperti mana yang saya percaya, kementerian juga maklum ada satu kajian yang dibuat oleh International Association of Universities yang menunjukkan terdapat disruption, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, ataupun gangguan yang signifikan kepada pembelajaran di pengajian tinggi khususnya tentang kualiti dan infrastruktur. Justeru, Hang Tuah Jaya merasakan perlu kepada pemerkasaan pembelajaran dalam talian supaya tidak wujud keadaan yang tidak seimbang di kalangan universiti. Jadi kita ingin tahu, Hang Tuah Jaya ingin tahu apakah persiapan kementerian untuk membantu mengatasi permasalahan ini. Satu lagi Yang Berhormat Menteri ialah mengenai yuran ini. Mahasiswa- mahasiswa di Malaysia ini mereka tentunya tidak masuk ke kampus sejak bulan Mac yang lalu dan difahamkan tadi melalui jawapan Yang Berhormat Menteri, mereka hanya akan bermula pada bulan Oktober. Jadi ada tujuh bulan mereka tidak masuk ke kampus, hanya belajar dalam talian. Jadi, saya ingin tahu komitmen kementerian, apakah ada inisiatif untuk mengembalikan sebahagian bayaran yuran yang telah dibuat oleh mahasiswa kepada universiti. Terima kasih.

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Terima kasih di atas soalan yang telah diberikan. Kerajaan sudah semestinya prihatin terhadap keperluan untuk memastikan akses pengajaran dan pembelajaran pelajar di IPT tidak terganggu akibat COVID-19. Sudah semestinya juga kita membantu menyediakan pelajar agar bersedia belajar mengikut cara norma baharu, Tuan Yang di- Pertua. Pendekatan yang boleh diambil adalah melalui PDP dalam talian itu sendiri. Antara perancangan kementerian adalah untuk memastikan infrastruktur, capaian internet dapat dipertingkatkan. Walau bagaimanapun, cabarannya sudah semestinya ada. Malah cabaran ini bukan hanya dihadapi oleh universiti tempatan sahaja tetapi juga universiti di luar negara. Saya hendak berkongsi satu laporan dalam World Economic Forum yang bertarikh 12 Mei, ada mengatakan bahawa komponen pembelajaran dalam talian mengikut study HolonIQ hanya di takat dua peratus sahaja di peringkat dunia. Malah University of Cambridge juga ada membuat kenyataan mengatakan bahawa mereka hanya bersedia untuk melaksanakan PDP dalam talian pada tahun 2021. Sudah semestinya KPT prihatin terhadap cabaran ini dan tentunya akan membantu universiti melakukan pengubahsuaian agar mahasiswa dapat menimba ilmu dengan lebih berkesan. Soalan mengenai yuran pula, KPT memang prihatin terhadap maklum balas daripada para pelajar, ibu bapa dan pihak-pihak berkepentingan supaya yuran-yuran

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

terutamanya di universiti awam dapat dikurangkan dalam membantu meringankan beban kewangan pelajar dan ibu bapa akibat COVID-19. Dalam hal ini, KPT telah membuat rundingan dan perbincangan bersama dengan Kementerian Kewangan mengenai yuran pengajian. Hasil daripada rundingan tersebut, kerajaan sebenarnya telah bersetuju untuk mengurangkan kadar yuran asrama dan yuran perkhidmatan ataupun yuran aktiviti universiti awam sehingga 15 peratus Yang Berhormat, setelah mengambil kira keupayaan kewangan kerajaan dan universiti awam. Pengurangan yuran bagi semester kedua sesi akademik 2019/2020 untuk pelajar ini melibatkan sejumlah peruntukan sebanyak RM72 juta. Daripada jumlah berkenaan, RM20 juta telah dipersetujui bersama dengan Kementerian Kewangan dan selebihnya RM52 juta pula adalah menggunakan peruntukan dalaman universiti masing- masing melalui penjimatan dalam tempoh PKP. Insya-Allah, seramai 523,318 orang pelajar universiti awam di seluruh negara dijangka akan mendapat manfaat daripada keputusan ini. Terima kasih.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, dua minggu lepas saya menerima satu aduan daripada seorang pensyarah di UiTM Kota Kinabalu, Sabah yang mana beliau terpaksa naik bumbung, naik atap rumahnya kerana apa, hanya untuk mendapatkan signal internet. Dia terpaksa hendak check assignment mahasiswa, dia hendak buat online kuliah dengan mahasiswa. Jadi, masalah begini sangat membimbangkan kita kalau tidak dapat diatasi oleh kerajaan. Soalan saya Yang Berhormat Menteri, apakah strategi kementerian untuk menambah baik capaian internet di IPT di Sabah dan Sarawak? Terima kasih.

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih Yang Berhormat Kimanis. Sebenarnya kementerian memang telah mengenal pasti beberapa cabaran dalam melaksanakan PDP dalam talian, antaranya adalah akses internet yang terbatas, liputan WiFi yang terhad. Selepas itu kos pelan data internet yang masih lagi tinggi dan pelajar sendiri tidak memiliki peralatan pembelajaran yang sesuai seperti telefon pintar dan juga komputer riba. Jadi, kerajaan telah menggariskan beberapa strategi bagi mengatasi cabaran- cabaran ini. Antara strategi yang telah dikenal pasti adalah pihak universiti sendiri telah diminta mengambil tindakan segera oleh KPT dengan menghantar bahan PDP melalui pos supaya pelajar tidak ketinggalan dalam mengikuti pengajian berikut. Dalam waktu yang sama juga, kementerian masih lagi meneruskan rundingan bersama dengan pihak MCMC dalam mencari jalan penyelesaian masalah capaian internet pelajar di luar bandar termasuk pelajar di Sabah dan Sarawak. Antara usaha yang dimaklumkan kepada kita oleh pihak MCMC adalah meningkatkan capaian internet di Pusat Internet Desa. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya rasa kebanyakan mahasiswa faham keperluan untuk memulangkan mereka ke universiti masing-masing. Akan tetapi kebanyakan daripada mereka bingung kenapa tarikh kemasukan ke universiti itu berubah-ubah. Pada peringkat awal, kenyataan yang dikeluarkan oleh kementerian adalah online distance learning sampai bulan Disember. Kebanyakan mahasiswa datangnya daripada keluarga susah terpaksa menamatkan kontrak sewa rumah mereka dan apabila mereka tamatkan awal, sewa deposit tidak dapat semula. Anak-anak mahasiswa dari Sabah dan Sarawak telah membeli tiket pada peringkat awal dan belanjanya agak besar. Persoalannya kerana perubahan dasar dan tarikh yang dilakukan oleh kerajaan, adakah kerajaan akan mempertimbangkan untuk mengurangkan bebanan kos seperti sewa, kos penerbangan anak-anak muda dari Sabah dan Sarawak untuk memastikan bahawa perubahan ini tetap dapat ditangani oleh kerajaan untuk meringankan beban mahasiswa di peringkat universiti. Terima kasih Yang Berhormat.

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih Yang Berhormat Muar. Tarikh pembukaan universiti ini adalah berdasarkan keadaan situasi semasa COVID-19 yang mana kita juga telah melihat keputusan kerajaan untuk membuka sektor ekonomi, juga termasuklah di IPT, IPTS dan segala-galanya. Daripada segi keperluan untuk membantu pelajar-pelajar ini, ada juga perbincangan di pihak kementerian bersama dengan syarikat penerbangan supaya boleh diaturkan agar kos penerbangan itu dapat dibuat secara special untuk pelajar-pelajar. Sekian, terima kasih.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua, cadangan, bukan soalan. Cadangan sahaja bukan soalan.

Tuan P. PrabakaranPKR · PHBatu

Tuan Yang di-Pertua, soalan, anak muda.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Bukan soalan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ini sesi soalan.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Ini untuk kepentingan anak-anak kita di IPT.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bunga mawar harum semerbak; Cantik dipandang dek mata; Jika tidak mahu COVID merebak; Patuhilah SOP dan jarak antara kita.

Abdul Latiff bin Abdul RahmanPAS · PNKuala Krai · question

7. Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan, apakah perancangan pihak kementerian untuk kembali meletakkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan selepas ia terjejas teruk akibat wabak COVID-19 dan apakah kesannya terhadap Tahun Melawat Malaysia 2020.

Dato’ Sri Hajah Nancy ShukriPBB · GPSMenteri Pelancongan, Seni dan Budaya · Batang Sadong

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bagi menjawab soalan daripada Yang Berhormat Kuala Krai ini, sekali lagi saya minta izin untuk menjawab soalan ini bersekali dengan pertanyaan-pertanyaan lisan lain kerana ia juga menyentuh perkara yang sama.

Dato’ Sri Hajah Nancy ShukriPBB · GPSMenteri Pelancongan, Seni dan Budaya · Batang Sadong

Soalan-soalan berkenaan daripada Yang Berhormat Arau dan Yang Berhormat Seputeh pada 21 Julai 2020; Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Tanjong serta Yang Berhormat Baling pada 3 Ogos 2020; Yang Berhormat Tambun pada 6 Ogos 2020; Yang Berhormat Kalabakan pada 12 Ogos 2020; pertanyaan daripada Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Hulu Selangor, Yang Berhormat Sandakan pada 18 Ogos 2020; dan pertanyaan oleh Yang Berhormat Sarikei pada 27 Ogos. Tuan Yang di-Pertua, seperti yang telah saya nyatakan semasa menjawab soalan oleh Yang Berhormat Jerantut sebentar tadi, penularan wabak COVID-19 telah memberi impak negatif yang sangat besar kepada industri pelancongan negara. Kerajaan sedar bahawa pihak dalam industri ini sedang menghadapi kesukaran yang berat pada saat ini. Justeru, kerajaan melalui Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) telah merancang pelaksanaan pelan pemulihan pelancongan dan kebudayaan dalam usaha membantu industri pelancongan dan kebudayaan untuk bangkit semula. Usaha ini merangkumi pelan jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang. Setelah menilai pelbagai faktor, kerajaan telah bersetuju membenarkan sektor pelancongan domestik untuk beroperasi semula bermula 10 Jun 2020. Ini membolehkan penggiat industri pelancongan domestik seperti industri perhotelan, inap desa (homestay) dan pemandu pelancong merancakkan semula aktiviti pelancongan yang terhenti sebelum ini. Bagi membantu industri ini untuk bangkit semula, kerajaan telah menyediakan insentif dan bantuan menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), PRIHATIN PKS Tambahan dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang boleh dimanfaatkan oleh pemain industri pelancongan dan kebudayaan tempatan. Bantuan ini bukan sahaja bagi meneruskan kelangsungan aktiviti sedia ada, malah boleh turut digunakan untuk menambah baik produk industri ini. Selain daripada insentif tersebut, MOTAC sendiri juga telah melaksanakan inisiatif-inisiatif khusus bagi membantu stakeholders dalam industri yang terlibat. Antaranya menawarkan kursus Domestic Tourism Vibes secara dalam talian dengan kerjasama Persatuan Institut-institut Latihan Pelancongan Malaysia (ATTIM) dan Malaysian Tourist Guides Council (MTGC).

Dato’ Sri Hajah Nancy ShukriPBB · GPSMenteri Pelancongan, Seni dan Budaya · Batang Sadong

Kedua ialah pengecualian bayaran fi lesen bagi pengusaha-pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong bermula 17 Mac 2020 hingga 31 Disember 2020. Ketiga, pemberian diskaun pembayaran kompaun sebanyak 40 peratus kepada semua pengusahaan pelancongan dan pemandu pelancong berlesen yang dikenakan kompaun oleh kementerian sebelum 31 Disember 2020. Seterusnya keempat, perlanjutan tempoh bayaran kompaun sehingga 31 Disember 2020 bagi semua kompaun yang dikeluarkan kepada syarikat atau pemandu pelancong berlesen. Sebenarnya banyak lagi tetapi yang saya hendak tegaskan di sini, kita juga menyediakan platform e-Kraf Bazar yang membolehkan usahawan kraf menjalankan aktiviti promosi dan penjualan produk secara online. Ini amat membantu khususnya di peringkat awal PKP dilaksanakan. Seterusnya juga, pelancaran aplikasi Craft On The Go pada 1 April 2020 bagi menyediakan perkhidmatan secara digital dalam bentuk mobile apps kepada masyarakat bagi meningkatkan kebolehcapaian maklumat mengenai usahawan kraf di seluruh Malaysia. Banyak lagi, Tuan Yang di-Pertua, tetapi kalau hendak ini, boleh jumpa saya sendiri ataupun tanya soalan- ataupun boleh debate kalau terlalu banyak yang hendak diketahui. Kalau saya hendak ini, nanti saya ambil masa orang lain pula. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih. Sila soalan tambahan pertama Yang Berhormat Kuala Krai.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita faham tumpuan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri tadi dalam sektor pelancongan dan Yang Berhormat Menteri pun telah memberi jawapan secara panjang lebar. Akan tetapi, bagaimana pula dengan satu lagi sektor di bawah kementerian iaitu seni dan budaya? Contohnya, pengusaha-pengusaha kraf tempatan yang ramai di kalangan individu ataupun komuniti di kawasan luar bandar yang menghasilkan produk- produk mereka tetapi selama ini pembeli barangan mereka hanyalah pelancong dari luar negara. Ini kerana produk-produk mereka dihantar untuk dijual di kedai-kedai yang menjadi tumpuan pelancong dari luar negara. Saya bagi contoh di Kuala Krai, terdapat pembuatan tembikar di Kampung Mambong di mana perusahaan ini telah berusia lebih daripada 150 tahun. Kewujudan tembikar tradisi dari tahun 1868 di Kampung Mambong di persisiran Sungai Galas dalam Parlimen Kuala Krai merupakan satu fenomena yang sangat unik. Jadi, bagaimanakah kerajaan mahu memastikan golongan ini juga dibantu? Ini kerana kita tidak mahu kementerian hanya tumpukan kepada sektor pelancongan tetapi golongan ini tertinggal dan tidak dibantu. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Sri Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Saya memang bersetuju dengan Yang Berhormat Kuala Krai bahawa golongan ini juga perlu dibantu. Kita di MOTAC sememangnya prihatin dan sentiasa menjaga kepentingan stakeholders dalam industri di bawah seliaan kami. Pengusaha kraf tempatan juga tidak terpinggir daripada dibantu oleh MOTAC. Selain daripada insentif-insentif yang boleh dimanfaatkan oleh pengusaha kraf ini melalui PRIHATIN, Prihatin PKS dan PENJANA, MOTAC juga telah melaksanakan inisiatif- inisiatif untuk membantu mereka. Antaranya kita telah bangunkan platform e-Kraf Bazar bagi membolehkan pengusaha kraf tempatan boleh mencapai capaian pasaran yang lebih meluas daripada hanya mengharapkan pelancong datang membeli produk mereka di kedai-kedai dan kawasan tertentu. Saya juga hendak tegaskan di sini, banyak lagi yang kita lakukan melalui online. Boleh lihat. Cuma saya hendak nyatakan seni dan budaya serta produk kraf tempatan kita sememangnya halus pembuatannya. Akan tetapi, memang betul, ramai yang tidak tahu kerana dijual melalui pasaran di mana pelancong luar yang mendapatnya. Saya juga hendak promosi di sini. Ada kalanya rakyat kita sendiri terkejut apabila mendapat tahu bahawa kraf tangan kita yang ada di negara kita ini memang pun memenuhi cita rasa dan minat kita tetapi sebelum ini kita tidak tahu pun ia ada dan dihasilkan oleh orang kita.

Dato’ Sri Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Jadi, teruskan terokai negara kita. Oleh sebab itu, kami pergi ke negeri-negeri untuk membantu mempromosikan domestic tourism. Baru-baru ini, saya hendak nyatakan, saya nampak, saya baca yang viral mengenai produk yang dihasilkan oleh seorang steward yang tidak dapat terbang pada masa ini. Beliau menghasilkan produk yang begitu unik sekali di mana beliau menghiaskan patung dengan menggunakan pakaian-pakaian etnik. Bagi saya, itu adalah satu souvenir yang begitu unik untuk negara kita Malaysia untuk kita ketengahkan kepada pelancong-pelancong, bukan sahaja di luar negara tetapi dalam negara kita untuk mengetahui apakah pakaian setiap etnik di dalam negara kita ini. Terima kasih.

Tuan Haji Yusuf bin Abd WahabPBB · GPSTanjong Manis

Tuan Yang di-Pertua, soalan berkaitan soalan saya nombor 17.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih. Soalan tambahan yang kedua saya kena pilih sebelah sini. .

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya bersetuju bahawa untuk menggalakkan sektor pelancongan domestik ini. Akan tetapi, apakah perancangan kerajaan dalam suasana COVID-19 yang masih belum selesai dan sudah tentu ada kebimbangan dan ketakutan daripada segi pelancongan domestik ini untuk pergi ke tempat-tempat itu? Kecuali kalau ada sesuatu yang meyakinkan pihak kerajaan khususnya kementerian bahawa di sini adalah destinasi pelancongan selamat, sihat dan bersih. Jadi, apa perancangan kerajaan untuk mewujudkan kempen-kempen yang seperti ini?

Dato’ Sri Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih Yang Berhormat. Bagus soalan Yang Berhormat itu. Oleh sebab itu, itu adalah recovery strategi kita yang pertama. Kita mahu supaya destinasi pelancongan dalam negara kita, malah seluruh negara di setiap negeri akan mematuhi SOP. Sebab itu kita mahu rakyat memperkasakan diri mereka sendiri untuk memastikan untuk SOP itu dipatuhi. Kedua ialah, untuk itu, kita juga perlu melihat supaya keadaan kita selamat dan kami mempromosikan tempat ini tempat yang selamat. Malaysia ini destinasi yang selamat untuk dilawati. Jadi, sebab itu kami sentiasa memantau. Memantau hotel kah, tempat-tempat awam kah, kami sentiasa memantau dan kami membantu untuk mempromosikan. Sebab itu yang hendak tanya saya fasal hotel itu, saya sendiri turun ke hotel, saya tanya pihak hotel berapa occupancy rate, sebab kita hendak melihat apakah observation yang dibuat oleh orang ramai juga. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Kita juga menjalankan survey untuk mengetahui sama ada orang kita bersedia untuk melancong. Jadi, sebab itu kita membantu untuk menghasilkan SOP-SOP dengan bantuan penggiat-penggiat industri. Kami sentiasa berbincang dengan penggiat-penggiat industri pelancongan untuk membantu kita memberi maklum balas kepada kita dan memastikan SOP ini semuanya dipatuhi dan juga untuk kita memberi keyakinan kepada orang kita untuk melancong di dalam negeri. Yang Berhormat Pokok Sena, silalah melancong di negeri sendiri dan promosikan sebab ini satu perkara yang baik dan saya nampak rakan-rakan Yang Berhormat yang lain telah membantu. Mempromosinya bukan hanya tempat peranginan tetapi tempat makan pun boleh kita ketengahkan. Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dengan itu, sekian sahaja sesi soal jawab pada hari ini. [Masa Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan tamat]

Usul — Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan AgongMotion

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah: “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, demikian bunyinya: “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Ketiga, Parlimen Yang Keempat Belas.” [14 Mac 2020]

Tuan Yang di-Pertua

Saya menjemput Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Port Dickson untuk menyambung ucapan Yang Berhormat. Silakan.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Ucapan Yang Berhormat berbaki satu jam 24 minit.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin memulakan dengan membetulkan beberapa fakta yang disebut oleh Perdana Menteri tentang pengangguran dan saya ucapkan terima kasih kerana Menteri Ekonomi juga memberi maklum kepada saya. Angka sebenarnya sekarang ialah 860 ribu. Apa yang disebutkan oleh Perdana Menteri dua hari yang lalu 720 ribu. Jadi lari 100 ribu lebih. Akan tetapi, unjuran untuk akhir tahun ini, ini yang membimbangkan. Sekarang ini kalau jumlah peningkatannya hanya mencecah 826.1 ribu orang. MIER mengandaikan, kalau senario ekonomi ini tidak bertambah baik ia akan mencecah 1.46 juta. Saya tekankan perkara ini kerana ia ada hubung kait dengan penggubalan dasar kita dan juga sama ada Pakej Rangsangan Ekonomi dan juga Pakej PRIHATIN. Ini kerana satu juta itu tidak melibatkan satu juta keluarga. PERKESO umpamanya menyebut, tiga hari pertama Julai itu penurunan atau kehilangan jumlah pekerjaan itu sama dengan setengah bulan April. Jadi employment retention program umpamanya itu sudah oversubscribed, walaupun ada kenyataan daripada kerajaan untuk memberikan pertimbangan untuk hal yang sedemikian. Saya tekankan soal pengangguran ini...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, ada permohonan untuk mencelah.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Pengangguran ini kerana dalam merangka program kita, sama ada Pakej PRIHATIN atau Pakej Rangsangan dalam menjana pertumbuhan ekonomi. Soal mengendali permasalahan keluarga yang terjejas akibat pengangguran yang tidak termasuk sepertimana yang saya sebut semalam unpaid leave. Unpaid leave kalau sebulan kita fikir mungkin sebahagian keluarga boleh bertahan tetapi kalau lebih daripada itu mungkin akan hadapi masalah.

Terima kasih, Yang Berhormat Port Dickson, sepertimana yang kita ketahui dalam negara ini ada undang-undang dan akta yang membolehkan pembelaan terhadap mereka yang terpaksa diheret dalam COVID-19 ini. Ada tiga fasal Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini, mengikut pandangan daripada Malaysian Employers Federation (MEF) sekitar 1.46 juta yang akan

kehilangan pekerjaan kalau tidak dapat diselesaikan dalam kadar segera. Kita ada satu lagi tabungan yang telah pun diluluskan dalam Dewan ini tetapi tidak digunakan oleh Kerajaan Perikatan Nasional secara total. Sepertimana dalam skim insurans pekerja. Dalam skim insurans pekerja sudah termaktub dengan jelas, kalau syarikat itu tidak beroperasi, berlaku rentikerja sentara ataupun bencana akan layak mendapat SIP. Namun apa yang saya lihat, sampai ke hari ini SIP tidak digunakan sebagai landasan untuk memberikan laluan atau membantu pekerja. Sepatutnya kerajaan menyumbang atau menyuntik dalam tabungan ini kerana ia ada potongan 0.2 peratus majikan, 0.2- pekerja. Akan tetapi, tidak digunakan kerana apa? Kerana mungkin tidak tahu ataupun takut wang itu tidak dikembalikan. Saya hendak bagi tahu wang itu, wang itu boleh dikembalikan kerana itu adalah kutipan pencarum. Keduanya, dalam SIP itu ada penyelesaian, memberikan pengetahuan tentang bagaimana mereka hendak berdepan dengan keadaan bencana itu dan diberikan ilmu untuk mereka mendapat masa depan yang lebih baik daripada apa yang ada. Jadi, conclusion-nya saya lihat ialah kegagalan menggunakan SIP, yang ada undang-undang yang telah dibuat pada tahun 2017. Bermaksud adalah untuk memberikan kelonggaran atau peluang terbaik pekerja yang kita khuatir 10 peratus kalau diambil kira sekitar 3.3 juta yang akan berdepan dengan pembuangan yang luar biasa dalam COVID-19 ini. Apakah Yang Berhormat Port Dickson bersetuju dengan saya bahawa kerajaan tidak boleh melengah waktu dan ini adalah yang terbaik untuk kerajaan memastikan bahawa SIP ini tidak diabaikan dan pastikan 1.4 juta yang diramalkan oleh MEF ini tidak menjadi igauan buruk kepada semua pekerja yang terlibat secara langsung dalam COVID-19 ini? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Terima kasih, Yang Berhormat Kapar. Skim Insurans Pekerjaan ini telah diperkenalkan dan saya percaya Menteri yang berkenaan harus jelaskan. Hal ini kerana selain daripada dana daripada pencarum, ia memberi suatu pendekatan yang lebih komprehensif. Ada umpamanya jangkaan atau anticipation ada masalah, kemudian training. Itu dimasukkan dalam skim insurans pekerja. Saya harap teguran yang dibuat oleh Yang Berhormat Kapar itu diberi perhatian. Saya akan teruskan dengan membicarakan tentang beberapa langkah fiskal dan juga ekonomi secara menyeluruh yang dibuat oleh kerajaan termasuk pertamanya soal dana PRIHATIN, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), soal PRIHATIN tambahan dan juga untuk PKS. Kebanyakan program-program ini dari segi inisiatif umpamanya pakej PRIHATIN itu di dukung. Saya tegaskan semalam perbahasan di Parlimen itu bukan untuk melengahkan. Jangan guna alasan kononnya kerana ada perdebatan atau perbahasan Parlimen, langkah membantu rakyat itu dilengahkan. Itu tidak benar sama sekali. Itu hanya hujah, dalih untuk mengelak daripada perbahasan Parlimen. Kalau Parlimen berbahas umpamanya bulan Mac dan tidak selesai perbahasan hendak laksanakan, tidak ada masalah sama sekali. Ini sudah ditegaskan sebab itu kenyataan-kenyataan kita itu. Semua usaha Pakej Rangsangan dan Pakej PRIHATIN itu di dukung. Cuma peluang kita bahas. Saya bagi contoh umpamanya Pakej PKS. Pelaksanaannya itu dipertikaikan kerana di salur melalui bank. Bank ada beberapa peraturan dan syarat keutamaan termasuk collateral, termasuk track record SME berkenaan dengan bank. Jadi yang lain di peringkat bawahan ini, SME yang agak lebih bawah tidak akan mendapat manfaat. Oleh sebab itu, kita merasakan pelaksanaan itu harus diubahsuai supaya agensi yang bertanggungjawab dapat bersama mengendali dana selain daripada penyerahan total kepada bank. Saya tekankan yang lebih penting ialah berapa jumlah dana. Saya katakan lima peratus itu tidak mencukupi. Lima peratus mengandaikan ekonomi akan dapat diperbaiki atau membangun akhir tahun ini atau awal tahun depan. Akan tetapi, semua angka- angka menunjukkan penurunan dan jangkaan jumlah pengangguran dan sebagainya itu bertambah. Defisit membengkak bukan menjadi masalah. Oleh yang demikian, saya menggesa kerajaan untuk memberikan perhatian dan menimbangkan untuk menambah peruntukan segera dengan keutamaan menjana pertumbuhan ekonomi dan keutamaan Pakej PRIHATIN, kita tidak mampu melihat sebagai rakyat jutaan yang menghadapi masalah hidup seperti biasa.

Yang Berhormat Port Dickson. Saya tidak mahu- sekali saya tekankan ya. Tidak mahu jadi masalah defisit yang membengkak ataupun kewangan ekosistem ini menjadi istilah yang umum tetapi memberikan penjelasan. Kalau kita hendak tambah dari lima hingga 10 peratus, saya sebut semalam Singapura itu agak contoh yang lain sebab dia sampai mengangkat hingga 20 peratus. Akan tetapi umumnya negara-negara anggap 10 peratus itu mungkin memadai untuk peringkat ini...

[Bangun]

Johor Bahru mintak laluan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Port Dickson. Yang Berhormat Port Dickson sebut tadi bahawa betapa pentingnya ada perbahasan itu dan juga hasrat daripada Pakatan Harapan untuk menambah baik dari segi jumlah yang kita hendak kongsikan ataupun hendak agihkan kepada rakyat serta menambah baik soal pelaksanaan. Yang Berhormat Port Dickson tadi sebut bagaimana skim-skim pinjaman kepada PKS ini disalurkan melalui bank-bank ataupun agensi tertentu. Saya hendak ambil satu contoh buat Yang Berhormat Port Dickson bertanyakan kepada Menteri, kita tahu bahawa satu peruntukan sebanyak RM500 juta telah disalurkan melalui Bank Simpanan Nasional. Apabila pengumuman itu dibuat, kerajaan memberi jaminan kepada IKS ini, kamu boleh memohon sehingga hujung tahun dan apabila memohon dalam tempoh seminggu, proses ini akan dilaksanakan, dua minggu kamu akan dapat wang tersebut. Apa yang berlaku sekarang Yang Berhormat Port Dickson, bila saya dapat aduan daripada IKS-IKS ini, mereka sebut bila pergi ke bank tersebut, permohonan telah ditutup, 22 Mei telah ditutup. Maka IKS-IKS ini yang cuba memohon sekarang tidak dapat mohon. Apa yang saya hendak mohon juga kepada Menteri untuk menyatakan kebenarannya, pada bulan Mei itu sebagai contoh di Johor, apabila kita lihat dari segi backlog terdapat lebih daripada 13 ribu majikan yang mohon tertangguh dan kerana begitu banyak backlog permohonan yang tidak boleh diproses, maka permohonan ini ditutup. Jadi, saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Port Dickson supaya peruntukan ini kita semak semula. Apa jadi kepada IKS-IKS yang datang ke bank selepas 22 Mei ini? Adakah kerajaan mempunyai rekod berapa banyak IKS yang telah ditolak ke tepi, tidak boleh masuk permohonan sedangkan permohonan sebelum ini masih gagal diproses. Mohon penjelasan.

Yang Berhormat Port Dickson. Lembah Pantai.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru kerana ini memberikan satu fakta berdasarkan kenyataan dan pengalaman apa yang berlaku.

Yang Berhormat Port Dickson.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Ada dua- saya hendak jelaskan ini dulu ya. Satu tentang pelaksanaan awal. IKS menyatakan yang diberikan perhatian dan dukungan dan kelulusan lebih banyak IKS yang besar yang punyai track record yang baik dan kolateral memuaskan untuk bank. Tujuan kita ialah menyelamatkan IKS. Saya tidak menghalang kalau satu atau dua yang dipilih kerana keupayaan mereka tetapi ternyata IKS di peringkat yang lebih rendah itu nampak tersisih daripada yang lain. Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Johor Bahru menunjukkan bahawa jumlahnya sekarang tidak cukup dan jumlah yang memerlukan itu masih bertambah lebih besar dan memerlukan penjelasan daripada kerajaan mengenai kedudukan tersebut.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Minta laluan.

Lembah Pantai.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Setiawangsa.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Setiawangsa.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Okey. Terima kasih. Pokoknya, adakah Yang Berhormat Port Dickson setuju bahawa dengan krisis yang berlaku pada hari ini sebenarnya conventional economic prescription, dengan izin, tidak lagi boleh dipakai tetapi kita perlu satu anjakan paradigma yang benar-benar menyeluruh. Apakah harapan Yang Berhormat Port Dickson terhadap apa yang diuar-uarkan oleh pihak kerajaan dalam pembentangan new deal yang mereka katakan?

Yang Berhormat Port Dickson, boleh? Saya bukan MCKK tetapi- Lembah Pantai [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Lembah Pantai.

Semua tadi MCKK [Ketawa] Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Port Dickson itu berkenaan dengan pembentangan di Parlimen, saya kesal sehingga hari ini belum kelihatan bila agaknya kerajaan akan membentangkan pakej rangsangan ini ke Parlimen untuk kita bahas. Mungkin bulan September atau mungkin- tidak tentu lagi. Itu perkara yang pertama kerana yang Yang Berhormat Port Dickson bangkitkan adalah persoalan yang boleh dibangkitkan berkenaan dengan pelaksanaan. Saya bagi satu contoh semalam kita dilaporkan isu moratorium bank. Setakat semalam bernilai RM55.2 bilion bukan satu jumlah yang kecil. Kita tahu dan kita sedar sewaktu ia diumumkan sekitar 26 Mac yang lalu sebelum diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 27 Mac sehingga hujung April- sehingga masuk ke April bila ia dimulakan, timbul keadaan di mana tidak tentu moratorium itu akan berkenaan dengan kadar faedah. Timbul masalah di situ kerana tidak ada perbincangan. Jika perkara itu dibincangkan dan dibahaskan di Parlimen, sudah tentu kita akan dapat teliti perkara ini. Apakah pandangan Yang Berhormat Port Dickson tentang isu moratorium bank ini? Juga kalau kita lihat, sekiranya perkara ini dibawa ke Parlimen dan dibincangkan dengan Ahli-ahli Parlimen, sebagai contoh isu wage subsidy dengan izin, sewaktu ia mula diumumkan nilainya adalah sekitar RM6.5 bilion. Akan tetapi kami di belah Pakatan Harapan telah mengumumkan dan telah memaklumkan bahawa jumlah itu tidak memadai. Malah mekanisme penyaluran dana itu juga kita lihat kalau dibandingkan dengan negara-negara lain dibayar kepada syarikat dan syarikat yang membayar kepada pekerja. Jadi, isu tentang pelaksanaan itu seharusnya boleh kita bahas dan kita cari jalan penyelesaian yang lebih baik. Apa pandangan Yang Berhormat Port Dickson? Terima kasih.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Terima kasih. Pertama Yang Berhormat Setiawangsa tentang prescription biasa ekonomi. Kita jelaskan bahawa yang disebut new normal dalam menghadapi COVID-19 ini tidak harus memberi pendekatan ala kapitalis yang sama dengan kebobrokan yang sama. Harus ada kekuatan dan kesediaan untuk menerima kenyataan baharu atau new realities ini dengan- betul disebut anjakan paradigma. Anjakan paradigma ini disebut oleh kerajaan sudah 30 tahun. Akan tetapi anjakan paradigma ini difahamkan sebagai sedikit perubahan. Kalau Tuan Yang di-Pertua sedia maklum kalau Thomas Kuhn itu anjakan paradigma itu systemic change. Maknanya kalau kita hendak ubah kesan climate change, kesan inequality dan penekanan digital technology, ini patut menjadi kerangka baharu. Kalau tidak, kita lakukan perubahan ini- beberapa buah pakej rangsangan ini mengekalkan inequality, kesenjangan akan bertambah, sama juga. Malah sekarang ini kemiskinan bertambah dan kesenjangan bertambah. Maknanya, new realities itu, pendekatan baharu tidak membantu menyelesaikan masalah asasi negara termasuk penggunaan teknologi, menyelamatkan persekitaran dan climate dan ketiganya soal yang disebut kemiskinan dan kesenjangan.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Minta laluan Yang Berhormat Port Dickson.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Lembah Pantai, Perdana Menteri telah beri perakuan dan saya terima baik bahawa dalam sesi ini juga pakej akan diumumkan. Belum ada dalam peraturan dan belum ada dalam makluman tetapi saya masih ingat Perdana Menteri menyebut kita akan bentangkan pakej tambahan termasuk membahaskan pakej yang telah diperkenalkan dalam sesi ini.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Kita menunggu kerana kalau tidak umpamanya seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Lembah Pantai, tidak ada ruang untuk membahaskan secara spesifik dan untuk Menteri menjawab dan menjelaskan selain daripada perbahasan umum Titah Diraja pada hari ini.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Minta laluan Yang Berhormat Port Dickson. Terima kasih. Bukan MCKK, Bukit Mertajam High School. Saya setuju dengan perbahasan dan ucapan daripada Yang Berhormat Port Dickson tentang perlunya satu tindakan yang lebih drastik dari apa yang dilakukan oleh kerajaan setakat ini untuk membangunkan dan membolehkan semula ekonomi kita pasca wabak COVID-19. Saya hendak minta sedikit ulasan daripada Yang Berhormat Port Dickson tentang satu golongan yang saya rasa mungkin antara golongan yang paling terkesan iaitu golongan anak muda dan belia di Malaysia. Data terbaharu menunjukkan bahawa pengangguran belia telah mencecah 12.9 peratus iaitu satu angka yang paling tinggi dalam sejarah negara kita sejak tahun 1982, tahun kelahiran saya. Saya rasa golongan ini memang jarang mendapat perhatian dan daripada apa yang kita lihat setakat ini mungkin syarikat-syarikat yang lebih besar akan mendapat sedikit manfaat daripada pelbagai pakej kerajaan tetapi apa pula dengan golongan belia dan golongan anak muda? Terima kasih.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Mertajam, kirim salam...

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHPermatang Pauh

Sedikit Yang Berhormat Port Dickson...

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

...Kirim salam kepada orang Cherok Tok Kun.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHPermatang Pauh

...Yang Berhormat Permatang Pauh, kalau boleh bersekali. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Kita perlu ada sidang Parlimen ini untuk memperkenalkan undang-undang bagi menyelamatkan dan menjaga kebajikan syarikat- syarikat termasuklah semua penyewa premis. Contoh di Singapura, mereka adakan seawal April 2020 sebuah akta baharu, Akta COVID-19 (Langkah Sementara). Maksudnya, Parlimen bersidang untuk memperkenalkan undang-undang, force majeure yang memastikan contractual obligation dapat terbatal di kala bencana ekonomi melanda rakyatnya. Sekarang kita dengar Yang Berhormat Menteri umum, hanya pada bulan Julai baru hendak bincang fasal rang undang-undang bagi Malaysia. Apakah pendapat Yang Berhormat? Adakah kita kehilangan peluang yang begitu sementara beratus-ratus syarikat-syarikat termasuklah penyewa premis yang kehilangan dana dan diusir kerana tidak dikuatkuasakan undang-undang sebegini bagi menghormati dan menjaga hak mereka. Mohon pandangan Yang Berhormat.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Terima kasih. Yang Berhormat Bukit Mertajam membangkitkan soal kesan COVID-19, pengangguran terutama pengangguran belia. Kenyataan daripada Jabatan Perangkaan yang terbaharu menunjukkan jumlah cohort belia ini terlalu tinggi, maka program pelaksanaan oleh kerajaan itu tidak boleh seperti dulu. Saya bangkitkan sekarang tentang new normal ini, masalahnya ialah kalau kita lihat- dan kita banyak inisiatif yang kita sokong. Saya tidak mahu nanti dianggap kita bangkang semua, tidak. Pakej PRIHATIN kita sokong tetapi kita menekankan keperluan melakukan anjakan yang benar. Umpamanya, saya sebut tadi bagaimana tentang Green New Deal. Bagaimana tentang pendekatan masalah kemiskinan dan kesenjangan. COVID-19 ini menyebabkan di antara lain, yang kaya bertambah kaya, yang miskin lebih papa kedana. Jadi, maknanya langkah kita tidak boleh langkah biasa. Bagaimana boleh kita tangani? Bukan sahaja di sini, di Amerika Syarikat. Beberapa buah syarikat yang mencatat kekayaan yang luar biasa dan kebetulan orang-orang itu berpengaruh dalam ruling clique atau ruling elite. Adakah keupayaan, keberanian, ketegasan, pimpinan untuk menentukan golongan yang mengaut kekayaan yang besar ini dapat memberikan pulangan, mengagihkan kekayaan kepada golongan yang berpendapatan rendah. Bila syarikat itu untung berpuluh-puluh bilion, mereka hanya berbelanja dengan seenak-enaknya. Bila dia menghadapi masalah, pertama dilakukan buang pekerja.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Kedua, mohon suntikan daripada kerajaan dan kebetulan mereka ini kelompok yang berpengaruh. Dia main golf sekali, dia ada reception dan dinner, hadiah-hadiah sekali jadi orang-orang ini didengar ke timbang atau berbanding dengan golongan yang banyak. Oleh sebab itu, saya katakan perlu ada anjakan untuk menerima kenyataan new normal is not bringing back the old norm. Yang Berhormat Permatang Pauh menyebut tentang akta. Ya, saya tidak faham mengapa pada September diadakan. Kalau kita rasa perkara ini terdesak, biarlah dibahaskan. Apa Yang Berhormat Permatang Pauh sebut, itu akta. Pakej ini yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri belum ada dalam jadual. Saya tidak tahu, kalau ikut jadual setelah perbahasan, jawapan Menteri- belum ada. Bila hendak dibentangkan. Kalau dibentangkan dan kemudian minta bahas dua jam, ia tidak ada makna dari segi pengiktirafan, penghormatan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk membahaskan dan memberikan input yang sebaiknya. Jadi, saya tekankan sekali lagi ya, keperluan memenuhi lompangan dari sudut pendekatan kita yang lemah sebelum ini iaitu soal kemiskinan dan kesenjangan yang termasuk belia dan wanita, soal Green New Deal, persekitaran dan climate change, soal penggunaan teknologi baharu, digital yang belum dapat kita bereskan kerana isu kelemahan online, connectivity- kita sudah bincang dan ramai Ahli-ahli Yang Berhormat sentuh. Saya fikir hal ini diberi penekanan selain daripada etika atau akhlak dalam pemerintahan. Ini kerana, kita boleh bicara semua ini tanpa soal akhlak dan etika dalam kerajaan, pemborosan, ketirisan dan rasuah akan terus menular. Saya berpindah sekarang tentang isu COVID-19 dan tentunya seperti mana Ahli-ahli Yang Berhormat yang berbincang dan menyentuh sebelum ini kita bersama menyatakan penghargaan kepada rakan-rakan di barisan hadapan... [Tepuk] Yang cukup menyentuh perasaan kita. Kesediaan mereka bekerja, kesediaan mereka menghadapi risiko, bukan soal kerja berat sahaja. Akan tetapi, saya hendak tekankan kepada kerajaan, bila kita sebut tentang barisan hadapan, doktor, jururawat, pakar-pakar, specialist lainnya, technician jangan lupa, pencuci- kadang-kadang ada yang saya pergi jumpa seorang pencuci dia kata macam kami ini tidak ada risiko. Jadi, tolonglah ingat supaya semua ini bertahan. Saya tanya apa istilah, pembersih, pencuci ini. Kalau P. Ramlee dia guna “Hei tukang cuci” [Ketawa] Jadi, saya harap kita ambil kategori ini, kalau kita ada, adalah sedikit habuan, kalaupun tidak ribu- ribu untuk seperti pakar bagilah sejumlah RM100 kah atau RM200. Sekurang-kurangnya pada tukang cuci yang telah juga mengorbankan masa dan risiko... [Tepuk] Baik, satu hal yang telah saya sentuh sebelum ini iaitu tentang pengumuman jumlah yang dilakukan. Jumlah jangkitan COVID-19 yang agak rendah dan membanggakan. Dari segi umumnya, saya ingin tekankan bahawa peranan Kementerian Kesihatan terutamanya penjawat awamnya lah- Saya tidak mahu sentuh Yang Berhormat Menterinya. Itu, membanggakan... [Tepuk] Nampak dapat segera, malah Yang Berhormat Menteri Kanan pun menyebut tentang pengumuman yang harian. Ini memberikan rasa lega di kalangan rakyat kerana tahu masalahnya- dan oleh sebab diberi peringatan tentang penjarakan atau pembatasan sosial, yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri tiap hari. Ini langkah-langkah yang baik termasuk juga Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan yang turun walaupun style nya agak lain sikit tetapi turun ke bawah untuk mendapat- menyentuh permasalahan rakyat secara langsung. Akan tetapi, saya hendak tekankan satu hal yang jangan kita remehkan, iaitu apakah benar jumlah ini jumlah yang real. Kalau kita banding tiga negara yang jumlahnya penduduknya lebih kurang sama, Malaysia, Australia dan Kanada. Testing capacity atau keupayaan menguji kita ini terlalu rendah. Malaysia sejumlah 0.18 ujian tiap 1,000 orang, Australia sejumlah 1.98, Kanada sejumlah1.03. Kita hendak tahu jumlah jangkitan, ia terkait dengan jumlah ujian. Kita uji seramai 10,000 orang dalam kluster kita dapat seramai 1,000 orang. Kita uji seramai 100 orang mungkin dapat satu. Oleh demikian, untuk menjamin keselamatan rakyat testing capacity itu mesti lebih meningkat. Kanada seperti mana saya sebut tadi, sejumlah 1.03 per thousand, ada sebanyak 243 kes baharu dan sejumlah 8,783 kematian. Australia sejumlah 1.98, sebanyak 183 kes baharu dan sejumlah 108 kematian. Malaysia tahap ujiannya sejumlah 0.18 bagi tiap seramai 1,000 orang, tujuh kes baharu, sejumlah122 kematian. Kita doakan ke hadrat Allah SWT, mudah-mudahan kita berjaya dalam usaha kita, tetapi keupayaan menguji itu penting.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Kedua, soal kaedah yang digunakan. Saya tidak menyatakan saya mempunyai kepakaran, tetapi dari maklumat yang diperoleh, kajian dibuat, kaedah ujian yang kita guna antigen, itu ada pertikaiannya berbanding dengan apa yang dibuat oleh Sarawak Disaster Management Committee yang jauh lebih berkesan. Contohnya, bila di-test di KLIA menggunakan ujian Polymerase Chain Reaction (PCR), negatif. Dikaji di KLIA, negatif. Turun ke Kuching, dikaji mengikut kaedah yang digunakan oleh SDMC iaitu menggunakan antigen- positif kerana menggunakan PCR. Maaf. Di KLIA guna antigen, PCR di Sarawak dan PCR itu lebih spesifik, lebih menepati dan dapat mengesan kes penyakit. Saya percaya pakar-pakar di Kementerian Kesihatan boleh meneliti semula. Saya tidak mahu umpamanya memberikan satu pandangan kepakaran, tetapi berdasarkan kenyataan yang berlaku bahawa test...

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

[Bangun]

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Lebih teliti yang dilakukan di Sarawak oleh Sarawak Disaster Management Committee.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Yang Berhormat ‘Permatang Pauh’, boleh mencelah? Yang Berhormat Sungai Buloh.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Yang Berhormat Gopeng.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Sorry, Yang Berhormat Port Dickson. Sorry [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Boleh Yang Berhormat Gopeng dulu?

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Ya.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Ketua Pembangkang. Memang kalau kita lihat, sama ada Ketua Pembangkang setuju bahawa ketetapan, accuracy test untuk COVID-19 ini merupakan asas kepada kejayaan untuk kita menangani kemungkinan wabak yang seterusnya. Juga, kapasiti test juga merupakan basic ataupun asas kepada kejayaan untuk kita menangani. Ini sebab kalau kita lihat, pandemik ini masih berlangsung di luar. Ini bermakna risiko untuk wabak berterusan, ada kluster berterusan di Malaysia ini real dan pasti akan berlaku. Kita mesti ada test yang tepat dan jumlah test yang mencukupi supaya kita boleh mengawal sekiranya wabak itu berlaku. Setuju tak Ketua Pembangkang?

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Yang Berhormat Port Dickson...

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Terima kasih Yang Berhormat Gopeng. Yang Berhormat Gopeng mempunyai kepakaranlah berbanding saya. Jadi, saya setuju bahawa pertama, menambah kapasiti ujian. Kedua, memastikan kaedah ujian itu yang terbaik supaya kita dapat mengesan dengan persis atau dengan pasti. Ya.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson...

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Dari mana?

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Yang Berhormat Sungai Buloh minta mencelah.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Kalau Yang Berhormat Sungai Buloh, saya bagi keutamaan [Ketawa]

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Terima kasih. Saya nak minta penjelasan sedikit tentang isu ujian yang baru disentuh oleh Yang Berhormat Port Dickson yang saya setuju juga adalah sangat penting. Kita setuju secara menyeluruh seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Port Dickson tadi, prestasi khususnya oleh Kementerian Kesihatan dan khususnya oleh Ketua Pengarahnya, Yang Berusaha Datuk Dr. Noor Hisham memang membanggakan dan ini telah dipuji daripada beberapa negara di dunia ini juga. Ketua Pengarah telah memastikan melalui sidang akhbar harian bahawa ketelusan dia nampak dari segi jumlah kes, jumlah di hospital, kes baharu, taburan dia dan beberapa data tentang berlakunya kes.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Akan tetapi daripada segi nombor atau jumlah ujian, saya pun setuju saya ada kerisauan yang sama yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Port Dickson sebab angka itu memang jelas sangat rendah kalau dibandingkan dengan negara-negara seperti Australia dan Kanada. Kedua juga, isu ketelusan sebab berbanding dengan ketelusan yang cukup baik tentang kes-kes baharu, kes di hospital dan sebagainya, kita kurang lihat data tentang ujian ini. Mana ujian dibuat secara spesifik, berapa ujian setiap minggu ataupun setiap beberapa hari, ini patut didedahkan. Saya setuju juga jumlah ujian sangat penting untuk mendapat tahu dengan sebenarnya, apakah incidence, the actual incidence of COVID- 19 di dalam negara. Jadi, setujukah Yang Berhormat Port Dickson kalau satu, saya nak cadangkan kerajaan patut lebih telus dalam hal ini? Kedua, kita dah belanja beberapa ratus bilion untuk memulihkan ekonomi, tetapi kerajaan patut melabur jauh lebih dana dalam hal ini dan memastikan bahawa ujian yang berkesan seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Gopeng patut dilakukan jauh lebih meluas. Berdasarkan data daripada ujian itu, perlu dilaporkan kepada rakyat Malaysia. Minta pandangan Yang Berhormat Port Dickson.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Yang Berhormat Port Dickson, Bandar Kuching ingin mencelah...

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Buloh. Saya anggap tekanan tentang ketelusan, transparency itu penting. Kita ucap terima kasih kerana Ketua Pengarah dan juga Yang Berhormat Menteri yang memberikan pandangan harian tentang faktor keselamatan ini membantu. Akan tetapi yang kita minta ini, ketelusan supaya kita benar-benar tahu jumlahnya dan jenis penyakitnya, di mana dan di kluster. Ada disebutkan, tetapi yang diminta oleh Yang Berhormat Sungai Buloh ini lebih teliti. Akan tetapi terkait dengan hal ini juga, saya nak sebut tentang kejutan kita tentang keupayaan kesihatan...

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Yang Berhormat Port Dickson, boleh saya mencelah?

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Baik. Keupayaan program dan prasarana kesihatan kita, bukan sahaja terhadap COVID-19. Ini kerana denggi masih merupakan masalah besar di negara kita. Kemudian, Presiden Persatuan Kanser menyebut umpamanya, pesakit barah menghadapi kelewatan rawatan sehingga enam bulan, kalau orang miskinlah. Kalau VVIP atau VIP, dia terus, boleh. Macam saya kata dulu, macam sakit jantung, kalau orang itu VIP, sakit sahaja, terus bawa, terus masuk bilik bedah. Selepas ujianlah. Akan tetapi kalau dia itu Makcik Kiah, tunggu enam bulan. Sementara nak tunggu, mati dulu, barulah ada tarikh pembedahan. Hal-hal ini harus kita ambil kesempatan ini melihat tentang keutamaan mengawal, menjaga kepentingan kesihatan yang merentas semua kelompok. Jangan hanya memihak kepada golongan atasan kerana kemudahan itu memang selalu menjurus kepada golongan atas. Ya.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Yang Berhormat Port Dickson, terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Port Dickson. Saya sangat bersetuju dengan perbahasan tadi, tetapi saya cuma nak berbalik kepada isu yang sebelum ini berkenaan dengan Rapid Test Kit (RTK) antigen yang digunakan di sempadan dan juga tempat masuk ke negara ini. Seperti yang dikatakan, memang tepat ada enam kes sebenarnya yang datang ke KLIA negatif dengan antigen RTK, tetapi positif dengan RTP-PCR di Kuching, Sarawak. Akan tetapi ini membawa satu persoalan, adakah kerajaan haruslah telus dengan informasi yang ada? Sebenarnya, berapakah kes false negative ini, dengan izin, yang telah masuk ke negara kita dan telah balik ke kawasan mereka masing-masing, ke rumah masing-masing? Walaupun kita ada polisi bahawa mereka kena di-home quarantine, tetapi false negative tersebut yang ditunjukkan oleh antigen RTK tersebut mungkin akan memberikan satu, dengan izin, satu false sense of security. Disebabkan itu, mereka mungkin tidak mengambil langkah-langkah berjaga-jaga yang sepatutnya. Mereka mungkin menjangkiti keluarga mereka, keluarga mereka keluar ke tempat awam. Jadi, kita haruslah bertanya. Mungkin kerajaan boleh memberikan soalan dan cara-cara bagaimana mereka menangani isu ini. Bagaimana mereka dapat isolate kes- kes ini supaya kita dapat mengelakkan satu gelombang kedua ataupun satu jangkitan yang lain. Apakah pandangan Yang Berhormat Port Dickson?

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching, juga doktor yang mempunyai kepakaran, kefahaman yang lebih baik daripada saya. Cuma saya nak tekankan begini, kalau berlaku negatif palsu, false negative, di KLIA dan satu kes yang dikesan di Kuching, Sarawak kerana menggunakan kaedah yang berbeza, apakah ujian kita selama ini ada kelemahan besar?

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Itu umpamanya soalan-soalan yang harus dikemukakan dan penyelesaian jawapan yang lebih telus oleh Kementerian Kesihatan. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak pindah kepada soal yang saya ingat sangat...

Mohon izin. Yang Berhormat Port Dickson mohon izin.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Baik, baik.

Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson. Seperti mana yang kita sedia maklum di peringkat dunia ini, untuk mengatasi masalah COVID-19, penyelidikan dan pembangunan sedang dilakukan oleh pelbagai pusat-pusat penyelidikan sedunia. Antaranya di Oxford dan sebagainya. Baru-baru ini kita juga terkejut dengan berita bahawa Presiden Amerika Syarikat cuba untuk memonopoli penyelidikan-penyelidikan ini dengan membeli, dengan tawaran membeli hasil penyelidikan tersebut dan itu telah dihalang oleh pihak EU. Kita juga sedar bahawa sekiranya terjumpa satu vaksin untuk merawat COVID-19 nanti, tentunya negara-negara Barat yang akan memanfaatkan sepenuhnya terdahulu sebelum ia sampai ke negara-negara yang Timur seperti kita di Malaysia ini. Adakah Yang Berhormat Port Dickson setuju penekanan untuk Malaysia sendiri melakukan penyelidikan dan pembangunan untuk mencari antara lain vaksin untuk memulihkan dan juga vaksin untuk imuniti bagi mencegah daripada COVID-19 ini menular perlu diberikan perhatian oleh kerajaan yang ada sekarang ini dengan peruntukan yang mencukupi?

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Gopeng. Boleh, Gopeng?

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Apa pandangan Yang Berhormat Jerlun itu, kita berikan perhatian kerana COVID- 19 ini bukan lagi menjadi masalah di Barat atau di negara China tetapi terjadi juga di negara kita. Kita punyai kekuatan. Saya setuju dengan gesaan Yang Berhormat Jerlun kerana berdasarkan pengalaman kita tentang malaria dulu di bawah Allahyarham Prof. Dato' Dr. Ungku Omar, tatkala menjadi Pengarah Institute American Research, pusat penyelidikan perubatan. Beliau menekankan penyakit yang lebih dikesan di dalam negara kita. Jadi, diberikan umpamanya pertama, cacing kerawit. Kedua, malaria dan sekarang oleh sebab COVID-19, saya percaya perkara ini juga boleh dilakukan dan saya faham beberapa buah institusi kita termasuk universiti memberikan tumpuan selain apa yang dibuat oleh negara China, Amerika Syarikat dan di Barat. Perhatian yang diberikan oleh Yang Berhormat itu penting kerana negara- negara seperti Amerika Syarikat itu terlalu ego dan self-centered, sehingga mengatakan research itu patut hanya menjadi milik mereka dulu. Jadi, kemanusiaan itu terhakis. Penyakit ini penyakit menyentuh semua manusia. Kalau kira di dalam Islam ini, karamah insaniah itu sudah terhakis parah. Kita lihat dalam kes Black Lives Matter, soal penghinaan terhadap kulit hitam, soal penentangan terhadap golongan- dalam isu imigresen, halangan kepada orang asing dan soal pesakit COVID-19. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, soal COVID-19 ini kerana saya hendak sentuh soal lain.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang dan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Tadi Yang Berhormat Ketua Pembangkang telah membangkitkan soal akibat kekangan kepada sistem kesihatan, pesakit kanser dan sebagainya yang tidak mendapat rawatan dalam masa yang terdekat. Jadi, memang dalam BBC research, ada buat kajian berkenaan dengan impact COVID-19 ini. Ini bukan setakat kadar pesakit COVID-19 ataupun kematian akibat COVID-19 tetapi kelebihan kematian akibat pandemik ini, sepanjang pandemik ini.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Di United Kingdom sebagai contoh, kadar kematian meningkat sebanyak 25 peratus sepanjang masa pandemik tersebut. Bukan akibat COVID-19 tetapi akibat penyakit-penyakit yang lain. Di negara lain, seperti di Indonesia, setiap pesakit yang mati kerana COVID-19, ada kelebihan kematian lapan kali- ganda kematian akibat penyakit- penyakit yang lain seperti kanser, sakit jantung dan sebagainya kerana kekangan terhadap sistem penyampaian kesihatan. Jadi, apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Port Dickson dan Yang Berhormat Ketua Pembangkang adalah tepat pada waktunya yang mana apabila kita ambil kira impak kesihatan COVID-19, bukan setakat impak direct daripada pandemik tersebut. Akan tetapi impak indirect oleh sebab kekangan terhadap sistem kesihatan. Sekian.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Terima kasih. Ini apa yang ditekankan sebelum ini tentang keperluan kita melihat semula. Kalau kita lihat di Kementerian Kesihatan dan kesan daripada jangkitan ini lebih parah kepada golongan pendapatan rendah. Kalau di Amerika Syarikat, lebih ramai yang korban dalam kalangan kulit hitam dan minoriti. Maknanya systemic problem ini mesti ditangani selain daripada kemudahan asas yang boleh diperoleh oleh rakyat. Saya ingin menyentuh tentang soal kemiskinan dan nampaknya dalam ucapan Titah Yang di-Pertuan Agong, disentuh tentang masalah rakyat dan masalah kemiskinan. Kita mula dihebahkan tentang masalah kemiskinan ini oleh pendeta Tan Sri Zainal Abidin bin Ahmad (Za'aba). Pakar bahasa, pemikir Melayu unggul yang sangat prihatin tentang masalah kemiskinan. Walaupun bagi beliau kupasan kemiskinan itu lebih menyeluruh. Beliau sebut- Orang Melayu masa itu miskin harta benda, miskin sekali dalam kehidupan mereka sebagai petani yang tidak diberikan perhatian, bantuan dan pertolongan oleh penjajah Inggeris. Akan tetapi katanya, satu masalah lain juga yang agak terkecuali. Ini saya cukup membanggakan kita kerana keupayaan pemikir Melayu ulung ini, menyatakan kemiskinan juga yang kita harus sangat prihatin ialah kemiskinan akal budi. Kemiskinan akhlak kerana kedangkalan agama yang menyebabkan kita ini miskin serba-serbi katanya. Pada tahun 1961, Dr. Syed Husin Ali, membuat kajian dan kemudian berkembang dari Bagan di Batu Pahat, Kerdau di Temerloh dan Kangkong di Kedah. Beliau lihat ketiga-tiga kawasan dan daerah ini dari sudut kemiskinan dan kesenjangan. Pada tahun 1961 sudah dikupas tentang masalah kesenjangan. Allahyarham Za'aba memberikan gambaran makro secara menyeluruh. Dr. Syed Husin Ali memberikan study mikro yang menunjukkan secara terperinci tentang social stratification atau susun lapis masyarakat akibat penindasan lintah darat dan juga cengkaman penguasaan tanah, orang tengah, kekurangan modal dan lain-lain. Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz pada tahun 1965 menulis rencana kecil tetapi punyai dampak yang menyeluruh dalam kalangan rakyat tentang kemiskinan di Kemaman, di Mersing dan beliau menggunakan indeks sarung. Hendak tahu miskin tidak miskin, tengok jumlah sarung dia ada. Sarung itulah solat, sarung itulah tidur dan sarung itulah untuk bekerja dan maksimum dua buah sarung di Kemaman. Baik. Jadi, maknanya kita bicara soal kemiskinan ini sudah berlarutan sudah. Tahun 1971, Allahyarham Tun Abdul Razak mengemukakan satu pandangan dan pertama kali dalam sejarah tanah air kita, memberikan penekanan yang kuat tentang masalah kemiskinan. Majoriti Melayu Bumiputera dan juga yang lain sebab beliau kata membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. Kita bahaskan tetapi masalah kemiskinan ini walaupun banyak diselesaikan. Saya tidak mahu memberikan gambaran seolah-olah tidak ada yang dilakukan. Kerajaan terdahulu daripada merdeka, dari dasar ekonomi baharu dan sampailah Barisan Nasional, Pakatan Harapan dan sekarang semua ini pun. Akan tetapi kenyataannya apa? Masalah ini masih menghantui kita dan yang lebih parah ialah kerana melihat pekali Gini- Gini coefficient, kesenjangan itu terus. Dulu, kita- banyak orang bicara tentang Melayu miskin, Cina kaya.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Itu dia punya mantera. Sekarang ini Gini coefficient iaitu kesenjangan antara Melayu maha kaya dengan Melayu miskin, lebih melebar. Selain daripada soal perbezaan di antara Melayu, Cina dan India. Jadi, itu kita harus juga perhatikan berdasarkan kajian Profesor Fatimah Kari di antara lain.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Pohon laluan.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Saya nak sentuh umpamanya, memang kerajaan dan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi sekarang mengumumkan tentang kenaikan jumlah, saya setuju. Begitu juga pendekatan yang disebut pelbagai dimensi iaitu Multidimensional Poverty Line Index. Akan tetapi kita harus ingat ya, dalam kajian sebelum kita menyentuh hal ini, kita harus terima kenyataan pendekatan kita yang sama tak boleh diteruskan dah. Baik Kerajaan Barisan Nasional atau Pakatan Harapan, jumlah peruntukan itu besar, Tuan Yang di-Pertua. Saya tak nafikan itu. Sebanyak RM26 bilion, sebanyak RM28 bilion satu tahun. Akan tetapi, tidak boleh kita nafikan bahawa ketirisannya juga besar. Ketirisan daripada dan kebocoran bagi subsidi minyak kepada ‘aparat-aparat’ politik di bawah, disapu setengah dan ini diulang oleh Audit Negara hampir setiap tahun tanpa tindakan yang jelas. Kita lihat umpamanya laporan...

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Yang Berhormat Port Dickson.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Nanti sekejap. Laporan Ketua Audit Negara yang baru diterbitkan semalam dan disampaikan kepada kita semalam. Kebetulan Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pun ada. Kerajaan Persekutuan- Aktiviti Kementerian, yang dikaji di antara lain ialah Program Perumahan Rakyat berkonsepkan rent-to-own. Ini projek bagi rakyat paling miskin ini pun, masih ada masalah. Saya tak tahu kebocoran, saya tak tahu perompakan, saya tak tahu apa, tetapi pokoknya Ketua Audit Negara menegur dengan keras bahawa berdasarkan skop pengauditan, PPR iaitu Program Rakyat Miskin pun masih tidak dilaksanakan dengan cekap. Bukan masalah peruntukan, bukan masalah dasar tetapi masalah di bawah kelemahan termasuk pemilihan kontraktor, seperti biasa lah. Kita bagi kontraktor terpilih jadi akhirnya pelantikan kontraktor, penyiap dan pentadbiran kontrak tidak teratur. Ini saya fikir satu masalah besar kita. Semua bicara soal kemiskinan, bila sentuh soal rakyat yang miskin, semua bergegar bercakap. Akan tetapi bila buat bina rumah rakyat termiskin pun ada kecurangan. Belum lagi soal bantuan makanan, ikan, makanan yang sejumlah RM100, dapat habuan sebanyak RM60 kerana kos itu, kos ini. Ahli-ahli Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua, hal ini mesti dihentikan. Ini soal kita pertanggungjawaban kerana kita bicara soal hidup rakyat yang susah. COVID- 19 ini hanya exacerbate menambah rumit permasalahan ini.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Boleh mencelah?

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Untuk rumah-rumah tadi yang saya sebut- hendak habiskan.

Pontian boleh?

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Kualiti kerja kurang memuaskan, penyelenggaraan tidak dilakukan, sebab apa? Sebab projek-projek ini susah nak mendatangkan yang banyak. Jadi, oleh yang demikian, kalau pengalaman saya dahulu bina rumah-rumah kos rendah- Wangsa Maju, Gombak, Ampang dan di Kerinchi. Pertama hendak dapat kelulusan paling susah. Sudah lulus, paling rumit terpaksa kita handle personally untuk pastikan ia dilaksanakan. Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi tahu masa itu dia di Kementerian Kewangan. Bukan mudah. Ini kerana orang tahu ini projek-projek kalau dapat habuan pun paling kecil. Jadi sebab itu saya anggap contoh ini, ada 10 contoh tetapi saya ingat memadai kita buat satu. Sila, Yang Berhormat Setiawangsa.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Tuan Yang di-Pertua. Adakah Yang Berhormat Port Dickson setuju bahawa hari ini kita perlu ubah pandangan kita terhadap kemiskinan sebab biasanya bila disebut Melayu miskin itu biasanya disebut Melayu di luar bandar. Akan tetapi isu di kawasan bandar, kemiskinan bandar sekarang satu isu yang serius, ada laporan UNICEF yang menyebut tentang isu malnutrisi di PPR, di Petaling Jaya, di Kuala Lumpur dan di Putrajaya. Kita ada banyak insiden ini. Jadi, adakah ada kelemahan di peringkat dasar selama ini yang tidak melihat secara serius kemiskinan bandar dan lebih tertumpu terhadap masyarakat luar bandar. Bukan kita nafikan, tetapi kadang-kadang tertinggal masyarakat miskin bandar ini.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Kedua, Yang Berhormat Port Dickson. Saya juga hendak dapat pandangan Yang Berhormat Port Dickson kerana ia melibatkan Yang Berhormat Port Dickson di mana isu program PPR ini sebenarnya diumumkan oleh Yang Berhormat Port Dickson dalam ucapan Belanjawan 1995. Akan tetapi bila saya pergi ke laman web kerajaan di KPKT, dia padamkan sejarah tersebut dan mengatakan ia diperkenalkan pada tahun 1998.

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHKulim-Bandar Baharu

Beri laluan, Yang Berhormat Port Dickson.

Kalau boleh Pontian. Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson. Untuk kita keluar daripada putaran ganas kemiskinan ini, mungkin ada dua kaedah. Satu ialah pemberian bantuan-bantuan sama ada kepada rumah ataupun bantuan one-off dan sebagainya. Akan tetapi, ada satu lagi kaedah yang lebih mujarab untuk membasmi kemiskinan iaitu melalui anak-anak orang yang miskin ini diberikan pendidikan yang tinggi dan kemahiran yang tinggi. Maka ia boleh menjadikan apa yang dipanggil sebagai vertical mobility, pergerakan menegak membolehkan pembasmian kemiskinan itu dilaksanakan dalam sebuah generasi. Sebagai contoh dalam Dewan ini, Yang Berhormat Port Dickson pun tahu ramai kita di sini ialah anak-anak orang miskin, dan tidak perlu menyebut satu persatu, memang ramai. Kita berjaya di sini kerana pendidikan dan apa pandangan Yang Berhormat Port Dickson supaya kita perkasakan sungguh-sungguh dalam hal pendidikan keluarga- keluarga yang miskin ini. Terima kasih.

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHKulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat Port Dickson, saya nak minta pencelahan bersekali dengan sahabat-sahabat saya, Yang Berhormat Pontian dan juga Yang Berhormat Setiawangsa. Saya tertarik poin Yang Berhormat Port Dickson dalam topik kemiskinan. Sahabat saya, Yang Berhormat Paya Besar sekarang Timbalan Menteri Kewangan, secara spesifik saya hendak tujukan bahawa data penerima orang miskin ini, yang kita beri BR1M dan BSH itu jumlahnya sebanyak RM10 juta. Saya berpeluang untuk menganalisis data itu. Penemuannya sangat memeranjatkan. Antaranya yang memiliki kenderaan mewah BMW, yang umur kurang 10 tahun. Itu jumlahnya seribu orang lebih. Mereka terima bantuan BR1M di tunai daripada mula. Cuma yang terkini setelah saya maklumkan kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan yang lepas, dikeluarkan. Ada penerima BR1M yang mempunyai sebanyak 50 buah motokar, yang memiliki sebanyak 40 buah motokar, orang Kuantan. Yakni yang sejumlah 50 itu orang Sarawak. Ada yang sebanyak 39 buah motokar, orang Kelantan. Ada nama dalam itu dan kita tahu namanya, alamatnya, nombor kad pengenalannya, semua lengkap. Ini data. Saya fikir Yang Berhormat Port Dickson, daripada segi polisi dan niat untuk membantu orang miskin itu tiada khilaf di kalangan kita. Kesungguhan dan komitmen itu. Dari sudut pelaksanaannya itu, ketempangan dan cacatnya ketara. Saya perhatikan. Saya sempat menghadiri taklimat Dr. Amjad asal Palestine yang attach dengan kerajaan dalam satu kajian bersama Dr. Jomo, diminta buat oleh EPF. Saya hadir waktu taklimatnya kepada bekas Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Antara yang memeranjatkan terhadap segmen bantuan BR1M. Di mana yang disebut kebocoran yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Port Dickson tadi, ia berlaku di sini. Di kata di Lembah Klang, daya yang mereka temui- tujuh daripada sepuluh isi rumah yang layak terima BR1M tercicir, tidak masuk. Jadi, kalau kita bentangkan angka. Angkanya nampak begitu baik, tetapi tidak sampai. Inilah akhirnya yang lebih membimbangkan apabila baru-baru ini sahabat saya, Yang Berhormat Jeli mengumumkan poverty line income yang baru. Ini bukan soal kain sarung, tetapi ini soal garis kemiskinan. Saya fikir dengan angka itu sekarang, hampir separuh daripada kakitangan awam kita masuk kategori miskin. Apakah komen Yang Berhormat Port Dickson dalam perkara ini?

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Yang Berhormat Port Dickson, boleh saya tambah?

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Pertama, Yang Berhormat Titiwangsa- Yang Berhormat Setiawangsa, masalah ya. Yang Berhormat Setiawangsa, maaf. Kemiskinan bandar.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Kalau kita tengok kajian multidimensional poverty line income ini ia transparent, maknanya tidak menjurus kepada rural, urban dan wilayah. Ini juga berkaitan dengan beberapa kajian yang dibuat seperti mana yang dilakukan di Indonesia itu, kajian kemiskinan itu untuk setiap province, urban, rural. Kota, desa, kota, desa. Cuba lihat, saya kurang suka istilah ‘luar bandar’. Saya ini pengikut Ungku Aziz. ‘Luar bandar’ ini always urban biased. Dia kata, mengapa kita tidak kata ‘luar desa’, kota itu? Di kota, desa. Bandar, desa atau kawasan pedalaman. Jadi, bukan bandar, luar bandar. Jadi, kalau dilihat di sini, miskin bandar kajian UNICEF, saya ingat kita bahaskan di Parlimen dulu, ada Yang Berhormat Menteri berkenaan kemudian dia hanya mengetepikan, tidak ada asas katanya. Padahal, kajian itu kajian yang agak teliti yang mengejutkan tentang kedudukan kemiskinan bandar dari sudut kesihatan, dari sudut perumahan dan pendidikan yang sangat membimbangkan. Yang Berhormat Pontian menyebut tentang soal pendidikan, saya setuju. Antara kekuatan Dasar Ekonomi Baharu walaupun banyak kelemahannya kerana lebih banyak menjaga golongan elit di atas tetapi kekuatan kejayaan besarnya mobiliti sosial vertikal akibat daripada peluang pendidikan. Sekolah Menengah Sains, Maktab Rendah Sains MARA, kemudahan-kemudahan itu yang memberikan peluang kepada anak-anak muda yang kurang berpendidikan- keluarga daripada pendapatan rendah dapat menjadi golongan profesional dan memperbaiki kedudukan hidup mereka, saya akui saya bukan daripada kategori anak orang miskin. Ayah saya Ahli Parlimen UMNO. Untuk makluman, Setiausaha Agung UMNO.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Yang Berhormat Port Dickson, boleh saya dapat- boleh saya mencelah?

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

[Ketawa] Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu memberikan satu pandangan yang sangat penting, sebab apa yang beliau memberikan contoh- contoh kebocoran. Kalau tanya saya, Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) harus beri perhatian. Di Kelantan, ada 39 buah motokar yang ambil BR1M itu, minta dia bayar balik. Haram wang itu... [Tepuk] Atau di Selangor, mana-mana tidak kiralah, yang di Sarawak dia ada 50 buah motokar, ambil wang BR1M selama bertahun ya. Minta balik wang itu kerana wang itu bukan wang bukan hadiah. Memang salah teknikal, salah pegawai untuk menyalurkan tetapi mana boleh. Manakala yang ada BMW, mana munasabah kita teruskan sistem begini. Apa yang lebih membimbangkan apabila di Lembah Kelang, memang kajian itu menunjukkan ramai yang tercicir, yang tidak dapat bantuan. Sebelum Yang Berhormat Beruas, minta maaf. Saya hendak menyebut tentang kajian Profesor Dr. Fatimah binti Kari di Universiti Malaya. Ini penting untuk perhatian Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi). Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) sekarang ini teliti sikitlah. Fatimah Kari mengkaji tentang pesara KWSP. Diambil kohort pesara KWSP, dikaji. Tuan Yang di-Pertua, hasilnya mengejutkan. Daripada pesara KWSP, maknanya pegawai-pegawai kerajaan yang banyak dan majoriti, 84 peratus masuk kategori miskin. Maknanya, majoriti pegawai kerajaan yang membayar KWSP, 84 peratus masuk kategori miskin. Lebih parah di kalangan wanita. Ini maknanya program kita, sebab itu kita kata kalau kita kenal pasti ini, maknanya kita boleh jurus lebih teliti lagi. Kemudian, memang majoriti Melayu. Akan tetapi yang lebih miskin kalau ikut kohort kaum, etnik India, pesara KWSP di kalangan etnik India jauh lebih miskin diikuti oleh Melayu. Dalam kajian ini, seperti mana disebut multidimensional poverty measure among Malaysian Employee Provident Fund Retirees oleh Saeed Solaimany, Vagin Vaghefi dan Fatimah Kari menyebut di antara lain beberapa pendekatan yang saya ingat berbeza daripada kajian yang biasa kerana lebih mikro dan melihat kepada angka dan data yang lebih teliti, termasuk saya katakan masalah wanita, makanan, perumahan, pendidikan dan kesihatan. Ini yang disebut multidimensional. Ukuran untuk makanan jauh lebih mudah. Akan tetapi seperti mana yang pernah disebut, saya ingat oleh Yang Berhormat Pasir Mas semalam, ia mesti berbeza, bandar, desa dan wilayah, kita akui. Maknanya, kajian kita harus lebih menyeluruh sekarang. Kalau tidak, ia tidak lebih daripada retorik-retorik bagi orang dengar, orang tepuk tangan, dapat BR1M sikit, dia happy, kemudian yang bocor banyak, dia tidak tahu atau dia tidak ambil tahu. Kemudian dapat bantuan sedikit, semua seronok, yang bocor, yang sapu, dia tidak ambil tahu. Jadi, kita hendak pastikan dalam new normal ini supaya kebocoran ini dapat dihentikan dan wang itu khusus kepada sasarnya. Yang Berhormat Beruas.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson. Saya hendak dapat pandangan Yang Berhormat Port Dickson. Pada hemat saya, adalah perlu diperbaiki persepsi dalam negara kita ini bahawa sesetengah bangsa itu jauh lebih kaya dari yang lain. Saya sebagai satu contoh ada dikatakan orang Cina sangat kaya. Orang Melayu miskin ataupun India miskin. Sebenarnya, kemiskinan ini melibatkan semua bangsa, terutamanya bagi saya apabila dikatakan orang Cina kaya ini. Kalau kita lihat generasi yang lepas, saya nampak ramai orang-orang Cina kuli. Mereka begitu miskin, papa kedana sehinggakan ramai di antara mereka terdesak, tidak cukup makan. Anak-anak mereka terpaksa diberikan kepada orang lain untuk dianakangkatkan. Kalau di kalangan orang Melayu, saya rasa ramai yang di mana mak mereka adalah orang Cina yang telah diberikan untuk di anak angkatkan. Kita tahu, sebagai manusia kita tidak akan berikan anak kita kepada orang lain melainkan terdesak. Jadi maksud saya, ini satu persepsi yang tidak betul mengatakan orang Cina itu kaya. Saya tahu, masa kecil kita hendak membeli roti pun bapa kata hendak jimat. Tidak boleh beli roti luar. Jimat, masak bubur sendiri. Jadi, adalah baik kalau kita melihat semua bangsa ini bukan atas kaya atau tidak mengikut warna kulit mereka tetapi status ekonomi mereka supaya ada satu persefahaman dan keharmonian di antara semua kaum. Bagi orang-orang Cina, orang Melayulah terkaya di Malaysia kerana land bank, tanah-tanah mereka begitu banyak. Jadi, adalah bagi saya lebih positif atau menggalakkan kalau kerajaan boleh menggalakkan orang Melayu mendapat pendapatan lebih daripada tanah-tanah mereka dan orang-orang Cina pun tidak payahlah kita kata cemburu orang Melayu banyak tanah. Setiap bangsa ini mesti melalui cara sendiri, mewujudkan kekayaan. Bagi saya, negara Cina satu contoh yang terbaik, di mana di bawah sistem komunis yang lama, semua orang miskin, tidak ada wang untuk diagih-agihkan antara rakyat negara Cina. Selama 40 tahun ini mereka menjana kekayaan untuk setiap rakyat dan semua rakyat menjadi kaya. Jadi, itulah harapan saya, polisi kerajaan juga mestilah menggunakan cara menjana kekayaan. Bukan melaga-lagakan antara bangsa-bangsa di Malaysia. Setuju Yang Berhormat Port Dickson?

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Terima kasih Yang Berhormat Beruas.

Yang Berhormat Port Dickson, Selayang.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Bila saya sebut, incidence of poverty, deprivation of home ownership, transportation, income and education, Melayu teruk tetapi quote di sini, “Di kalangan Cina dan India pun significantly high among retirees.”

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Jadi kalau orang dia bercakap ini daripada segi umum, orang Melayu hendak dengar begitu, dia pergi tanya Melayu miskin, Cina kaya, ini sebenarnya dangkal atau jahil. Sebab memang ada ramai Cina kaya tetapi saya tahu pengalaman saya di Permatang Pauh dahulu dan sekarang di Port Dickson, ada juga Cina miskin. Jumlah Melayu besar tetapi apabila kita sebut kemiskinan- Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan miskin. Jadi, harus ada usaha menangani masalah tersebut. Kalau kajian yang saya sebut tadi tentang deprivation ini, ia memang jelas ia jumlah tinggi rendah. Ia tidak kata hanya satu kaum, paling tinggi orang Melayu. Akan tetapi kalau di kalangan paling miskin dalam kategori pesara, orang India. Jumlah Cina, itu signifikan. Jadi oleh yang demikian, pendekatan kita harus pendekatan telus bagi semua rakyat di negara kita...

Yang Berhormat Port Dickson, Selayang.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Akhir sebelum saya hendak pindah ke hal-hal lain.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, silakan.

Yang Berhormat, antara perkara untuk kemiskinan antara kaum, nampaknya masih ada persepsi mengikut stereotaip kolonial bahawa kaum Melayu malas, Cina ialah tamak dan sebagainya.

Setuju atau tidak Yang Berhormat Port Dickson sudah sampai masa bahawa kita keluarkan daripada persepsi ini seperti yang dikatakan oleh Syed Hussein Alatas dalam buku beliau The Myth of the Lazy Native? Dalam era baharu ini, kita hendak keluarkan dan ubah minda kita tentang colonial stereotype. Setuju atau tidak?

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Terima kasih Yang Berhormat Selayang. Buku Syed Hussein Alatas itu memang teks kita dulu, The Myth of the Lazy Native atau mitos peribumi malas. Ia menyanggah sebenarnya konsep kolonial, penjajah ini yang punyai mantera yang tetap bahawa semua indigenous tribes ini malas. Dijawab oleh Jose Rizal, pejuang Filipina. Katanya, The Indolence of the Filipino. Menjawab prasangka oleh penjajah Sepanyol. Masalah kita di sini ialah pandangan ini menjangkiti rakyat Malaysia. Malah ada Melayu, cendekiawan Melayu, profesional Melayu juga memberikan andaian yang sama- teori malas, tidak mahu bekerja- tanpa menekankan apa yang umpamanya John Rawls, Amartya Sen menyebut bahawa justice is fairness. Beri kemudahan dahulu, beri ruang kepada mereka, beri kesempatan kepada mereka. Dia tidak kerja, buang mereka. Akan tetapi belum kita beri kemudahan kepada dia, sekolah pun robek, kemudahan tidak diberikan, kemudian kita dok berikan leteran tentang sikap mereka. Jadi, benar yang disebut oleh Yang Berhormat Selayang. Saya hendak sebutkan di sini, kita harus lebih matang, lebih bertanggungjawab. Saya sebagai seorang Muslim sukar untuk menerima faham perkauman sempit. Saya sukar. Saya besar di kampung Melayu, saya belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar, saya mula aktif dalam Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya yang cukup garang pada masa itu. Saya aktif dalam pelajar Islam dan Angkatan Belia Islam Malaysia dan saya tidak dapat menerima pandangan sempit perkauman dalam menangani masalah- masalah. Ini kerana bagi saya kekuatan Islam itu pertama, ia menekankan keadilan dan kemanusiaan... [Tepuk] Penekanan Islam itu mesti... [Berucap dalam bahasa Arab] Iaitu penekanan tentang keadilan dan ihsan. Humanity itu sangat penting.

Hidup Yang Berhormat Port Dickson.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Baik, terima kasih. Masih hidup. Baik, saya hendak membangkitkan tentang isu yang lain sebelum akhir kerana ini juga menyentuh tentang apabila kita bercakap soal perkauman ya. Ada orang kata, oleh itu kita jadi less a Malay. No! Saya adalah di antara daripada dahulu, soal Bahasa Melayu mesti ditingkatkan. Penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi jangan ditolak ansur. Kadang- kadang dalam jabatan kerajaan, surat-menyurat dalam bahasa Inggeris. Ini tidak boleh diizinkan. Salahnya salah siapa? Salah kita- kerajaan. Jadi oleh yang demikian, soal isu Melayu, bahasa, Islam, kedaulatan Raja-Raja Melayu, hak keistimewaan Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan tidak harus dipertikai. Akan tetapi ia tidak boleh diberikan sebagai sijil untuk menolak hak dan kebebasan orang lain. Ini prinsip yang telah kita sepakati. Soal kaum- walaupun disinggung di sini, kadang-kadang kita main-main. Saya pun ada juga kadang-kadang bergurau-gurau. Kalau orang itu hitam sikit, dei. Maksud senda gurauan. Akan tetapi apabila saya mula belajar Islam- saya percaya rakan-rakan saya pun tahu, bahawa ini disanggah. Ada kes pengalaman Rasulullah SAW dengan Abu Dharr al-Ghifari. Abu Dzar al-Ghifari seorang sahabat, seorang pejuang soal rakyat, seorang yang sangat prihatin terhadap orang miskin. Akan tetapi dia pernah panggil Sayidina Bilal yang kulit hitam, bibir tebal, dari Habsyah, dahulu hamba abdi, dipanggil... [Berucap dalam Bahasa Arab] “Hai anak orang perempuan kulit hitam.” [Berucap dalam bahasa Arab] “Wahai anak orang gelap, orang hitam.” Ada yang mengatakan dia bukan maksud menghina. Dia cuma hendak beritahu, “Hei kulit hitam.” Akan tetapi, apakah jawapan Rasulullah SAW? Itu jawapan sangat tegas sehingga saya ada pengalaman peribadi saya, saya panggil anak saudara saya seorang pak hitam, saya selepas itu tidak berani lagi sudah walaupun senda gurauan, apatah lagi kalau maksud menghina. Rasulullah menegur... [Membaca sepotong Hadis] Maknanya menyinggung orang dari segi warna kulit, kaum ini dan budaya ini sebenarnya menepati characteristic of Jahiliyya society... [Tepuk] Ini dalam hadis.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Saya tidak mahu singgung, bukan maksud saya. Minta maaf. Saya tidak mahu singgung daripada segi peribadi di sini, Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak beritahu tanggungjawab saya, pengajaran yang saya perolehi. Apabila di sekolah kita selalu gurau-gurau- saya di sekolah sebelum ke Malay College itu sekolah high school, Cina dan India memang kita panggil macam-macam. Saya kadang-kadang tidak faham maknanya. Pandekutty- kita tidak tahu maknanya. Akan tetapi kenyataan itu perkataan- perkataan menghina. Saya kena minta maaf. Kena ingat ya. Maknanya sungguh kata Rasulullah SAW kepada Abu Dharr seorang yang sangat mulia, peribadi yang sangat baik dan pejuang yang jaga sangat prihatin menegur khalifah-khalifah kerana kalau ada rumah besar, jubah hebat, semua itu dia sangat- tetapi ditegur, “Dalam dirimu masih ada sifat dan perangai jahiliah kerana menyebut tentang orang daripada segi keturunannya, warna kulitnya.” Apakah rumusan ikhwanukum qaulukum? “Saudara itu, Bilal itu, saudara kamu, adik-beradik kamu juga.” Bilal hamba abdi yang miskin, yang bibir tebal, kulit hitam berakhir sebagai Gabenor Madinah. Itu pengajaran kita. Jangan sentuh sama sekali. Jadi, saya tahu perdebatan ini kerana Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga sebut tentang kedudukan Islam. Jadi saya bawa tentang isu ini. Nanti jangan kata tidak relevan pula. Kita hendak sentuh juga tentang satu warkah Sayidina Ali bin Abi Talib yang sangat popular. Saya ingat lagi, Yang Berhormat Pontian, masa mula-mula saya dilantik menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, itu antara tugas yang pertama saya buat dengan kelulusan Perdana Menteri pada masa itu, Tun Mahathir, iaitu mengedarkan warkah Saiyidina Ali bin Abi Talib, amirul mukminin masa itu, khalifah, kepada Malik Ibn al-Harith al-Asytar, Gabenor Mesir.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Hari ini dia cakap soal bukan sahaja soal keyakinan akidah atau hukum, dia cakap soal etika dalam pemerintahan dan kerajaan. Jangan golongan elit, golongan khusus juga penguasa menuntut atau memberatkan ketua mereka untuk menjamin kesenangan hidup mereka. Maknanya politik ini, percaturan di kalangan penguasa elit untuk mengagih habuan di antara mereka tetapi tidak membantu orang lain yang menghadapi kesukaran. Mereka tidak ada kecenderungan untuk menegakkan keadilan. Kalau dalam konteks sekarang, keadilan itu milik penguasa, sang penguasa. Siapa yang berkuasa, dia hentam golongan yang lawan. Jadi ada personal vendetta. Saya tidak mahu pertahankan sesiapa. Oleh sebab itu kalau kita hendak kaji, hendak ambil tindakan, jangan kerana permusuhan politik, jangan kerana kita mendera orang yang tidak menyokong kita... [Tepuk] Ini pengajaran kepada semua. Baik, tetapi rumusan daripada warkah Ali bin Abi Talib r.a mengingatkan kita supaya menjaga rakyat, jangan dengki terhadap rakyat atau khianat terhadap rakyat. Berlengah daripada apa yang kau tidak nampak. Jangan pula cepat menerima hasutan daripada penghasut kerana penghasut itu pengkhianat walaupun ia nampak seperti orang baik...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Betul... [Tepuk]

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Saya bagi matannya. Tafsir sendiri-sendiri.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Dalam etika pentadbiran ini, kita kena ingat- ada orang kata, “Oh, kalau gitu Anwar sebagai Ketua Pembangkang dia hendak sentuh sebelah sana.” Tidak.Saya juga menyentuh pihak kami untuk mengingatkan kerana kami juga pernah merasa apa itu kuasa dan kuasa itu amanah dan akan dipertanggungjawabkan. Ini kerana Rasulullah SAW dalam hal ini menyebut, ada kaum sebelum kamu, bila orang besar, bangsawan masa itu, VIP mencuri atau merompak, mereka dibebaskan. Kalau rakyat marhaen yang di bawah, yang lemah, yang miskin mencuri, hukum terus ke atas mereka...

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

[Berucap dalam bahasa Arab] Maknanya- ini ustaz-ustaz ramai ini, saya minta maaf baca. Saya mengaji sekolah orang putih. Binasa kaum, Tuan Yang di-Pertua, sebelum kamu ada pemerintah, ada kerajaan, binasa kerana apa? Bila golongan bangsawan, golongan elit, yang kaya-raya, yang senang, jawatan tinggi, merompak, mencuri, mereka dengan mudah dibebaskan. Akan tetapi kalau rakyat yang susah, yang miskin, mereka itu cepat dihukum. Ya, mudah-mudahan jadi pengajaran dan peringatan kepada kita...

Yang Berhormat Port Dickson.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Semua, tanpa kecuali...

Yang Berhormat Port Dickson.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Dan saya...

Sedikit, boleh? Terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Saya amat tertarik dengan warkah Ali bin Abi Talib tadi cuma saya juga kalau boleh ingin sama- sama membantu Dewan ini untuk mengingatkan kembali pantun Allahyarham Tok Guru Nik Aziz satu ketika dahulu. Ikan belanak ditutup saji; Saji dianyam oleh Pak Mahat; Orang khianat jangan dipuji; Makin dipuji, makinlah jahat. Ini peringatan cukup besar untuk... [Tepuk]

Siapakah pengkhianat itu?

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Allahyarham Tok Guru Nik Aziz, tokoh walaupun tidak sama parti dengan saya tetapi di antara tokoh politik dan alim yang saya sangat hormati dan sanjung. Akan tetapi tentang warkah ini, saya ingat kalau, dengan izin Tuan Yang di- Pertua, saya sudah dapatkan naskhahnya dalam terjemahan Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang baik dan hendak beri kepada Parlimen supaya Parlimen boleh edar kepada Ahli-ahli Parlimen. Ini sebenarnya merentas kepentingan parti, sekadar peringatan kepada kita bahawa Ahli Parlimen ini mesti bergerak, berbicara atas prinsip etika yang sangat kuat bahawa mereka ini mewakili golongan yang daif dan susah, yang suara mereka jarang kedengaran. Kalau kita tidak waspada, kita hanya akan menjadi kelompok yang dianggap bangsawan, kelompok elit yang berlegar kekayaan di kalangan kita. Sistem apa pun selagi tidak ada systemic shift ataupun paradigm shift, kesannya penerusan satu sistem yang tidak akan memberi pembelaan kepada rakyat terbanyak terutama golongan miskin. Terima kasih. Wassalamualaikum... [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson, Ketua Pembangkang. Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya menjemput pembahas berikut, saya ingin memaklumkan bahawa saya telah menerima senarai pembahas untuk hari ini daripada pihak penyokong kerajaan dan juga pihak pembangkang. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan tempoh masa perbahasan bagi setiap Yang Berhormat adalah seperti yang ditetapkan iaitu 20 minit bagi setiap pembahas. Sebelum saya menjemput Ahli Yang Berhormat Arau untuk memberikan perbahasan beliau, saya ingin- untuk kesenangan Ahli-ahli Yang Berhormat yang akan berbahas selepas ini untuk berada di Dewan, saya ingin memberitahu senarai pembahas selepas ini iaitu: (i) Yang Berhormat Arau; (ii) Yang Berhormat Bagan; (iii) Yang Berhormat Batang Lupar; dan (iv) Yang Berhormat Parit Buntar. Saya mempersilakan dengan ini Yang Berhormat Arau untuk memulakan perbahasan beliau. Silakan Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua. Satu perkara sebelum Yang Berhormat Arau meneruskan, bagaimanakah dengan kemudahan mikrofon untuk kami yang duduk di belakang? Kami difahamkan oleh Yang Berhormat Port Dickson, Ketua Pembangkang bahawa permintaan telah dibuat tetapi sehingga sekarang- malahan keadaan saya lebih teruk, di belakang tembok pula itu [Ketawa] Tidak ada speaker, tidak ada mikrofon, tidak ada komputer, di belakang tembok. Jadi saya hendak dapatkan perhatian Speaker pun susah.

Jadi mintalah Kerajaan Perikatan Nasional, berilah perhatian kepada kami. Jangan mengekang kamilah... [Tepuk] Jelutong selalu dikekang, lebih-lebih lagi sekarang pula tidak diberi perhatian.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jelutong, sebenarnya pagi tadi saya sendiri datang melihat keadaan yang di belakang itu, saya telah arahkan Setiausaha Dewan Rakyat untuk mengambil tindakan yang cepat untuk menyediakan lebih banyak mikrofon dan sebagainya. Saya minta maaflah kerana kekangan yang kita ada akibat COVID ini tetapi kita akan buat secepat mungkin dan sebaik mungkin.

Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Ya. Yang Berhormat Arau dipersilakan. Masa 20 minit tetapi silakan sekarang. Ya.

Sepatutnya 2.30 petang kita makan dahulu bukan...

[Dewan riuh]

Tidak apa, ini intro sikit ya. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya merafakkan rasa bersyukur ke hadrat Allah SWT dan setinggi penghargaan kepada Tuan Yang di-Pertua yang memberi ruang kepada saya untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 18 Mei yang lalu. Alhamdulillah saya merafak sembah dan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia kerana telah mencemar duli bagi merasmikan Mesyuarat Penggal Ketiga, Parlimen Keempat Belas serta menyampaikan Titah dengan penuh makna dan bijaksana. Pertama sekali Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang peristiwa hitam, gelap dalam sejarah Parlimen. Kena sebut sedikit supaya tidak diulangi oleh mana-mana pihak selepas ini. Semasa pelantikan Speaker Dewan Rakyat semasa PH memerintah dulu, kami masa itu pihak pembangkang, kami dengan tertib dan penuh hormat memberi penghayatan kepada Speaker...

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat...

Semasa mengangkat sumpah tetapi...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, maaf. Sekarang sudah pukul satu.

Semasa Speaker angkat sumpah ...

Sudah, sudah, cukup, cukup. Habis sudah. Pukul satu. Sambung, sambung.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, oleh sebab masa telah pukul satu...

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

saya terpaksa ...

Hormat Speaker, hormat Speaker.

Habiskan ayat ya.

Potong stim lah.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Yang Berhormat Arau, tidak payahlah Yang Berhormat Arau.

...tetapi mereka semasa Yang di- Pertua mengangkat sumpah, mereka mengeluarkan perkataan-perkataan yang penuh jahat....

[Dewan riuh]

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

Arahan Speaker.

....Seperti “barua”, dan sebagainya.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Masa itu Yang Berhormat Arau kalah teruk.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang sudah pukul 1 tengah hari, Yang Berhormat semua akan sambung bahas pada pukul 2.30 petang. Sekarang saya tangguhkan Dewan sehingga pukul 2.30 petang. Terima kasih.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.36 petang]

Tuan Yang di-Pertua

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said) mempengerusikan

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Silakan Yang Berhormat Arau.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon diberi sedikit kelebihan masa sebagaimana yang diberikan kepada pengerusi-pengerusi backbencher pada masa yang lepas. Biarlah Tuan Yang di-Pertua buat keputusan. Kita hendaklah berhujah dengan tenang kerana kita ini orang-orang demokratik, bukan orang komunis. Pertama sekali ialah seperti yang saya sebutkan tadi iaitu semasa pelantikan Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau...

Kita lupakan. Sejarah ini kita lupakan tetapi lain kali jangan buat lagi semasa Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua sudah setuju bagi Yang Berhormat 40 minit dari tadi. Jadi kita berikan tolak daripada beberapa minit yang mula tinggal.

Tidak mengapa, no problem. Saya bagi beberapa minit pun saya akan patuh sebab saya orang yang ikut arahan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Terima kasih Yang Berhormat Arau.

Bagi 10 minit pun tidak ada masalah. Akan tetapi kawan-kawan kita di sana ini macam di peringkat paras bahaya pemikiran mereka. Jadi silalah pergi klinik untuk melihat kemampuan kita untuk berfikir. Kita terima hakikat bahawa semasa pelantikan Tuan Yang di-Pertua, semasa beliau angkat sumpah kita buat bising, kita maki dan keluarlah perkataan ‘barua’. Itu sebab saya tanya adakah perkataan ‘barua’ ini dibenarkan di Parlimen? Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua tidak buat ruling, Timbalan Yang di-Pertua tidak buat ruling, maka biarlah ‘barua’ itu menjadi satu perkataan yang boleh dipakai tetapi di luar tidak boleh dipakai.

Luar tajuk, luar tajuk.

Kami tidak akan pakai perkataan tersebut kerana perkataan tersebut jelas menggambarkan sesuatu yang kurang baik. Akan tetapi mereka yang telah pakai perkataan yang berkenaan, eloklah tarik balik dan minta maaf dengan cara terhormat.

Itu yang terbaik. Ini kerana apa? Kalau tidak tercatat dalam sejarah Parlimen, semasa Tuan Yang di-Pertua angkat sumpah, kita mengeluarkan perkataan ‘barua’. Cukup, habis. Sejarah itu diumumkan sekali sahaja bahawa telah berlaku kecacatan di pihak pembangkang semasa pelantikan Tuan Yang di-Pertua, yang mana semasa kami jadi pembangkang, semasa pelantikan Tuan Yang di-Pertua, kami hormat dan kita memberi peluang untuk diangkat sumpah dengan baiknya. Keduanya, saya ingin mengucap tahniah bahawa bukan semua Pakatan Harapan tak berjaya. Ada kejayaan PH yang luar biasa. Tak tepuk tangan? [Ketawa]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Nanti, rahsia. Kejayaan Pakatan Harapan yang besar ialah telah berjaya menumbang Kerajaan Barisan Nasional. Ini hebat. Dulu kami Barisan Nasional ada sebanyak 132 Kerusi. Akan tetapi masa pilihan raya lepas kami tinggal sejumlah 79 Kerusi. Kita kalah. Tahniah, PH menang. Ini kejayaan yang luar biasa. Makna boleh tumbangkan sebuah kerajaan yang hebat, gagah, perkasa memerintah negara selama 60 tahun. Akan tetapi PH berjaya kalahkan kami. Bukanlah PH tetapi gabungan parti-parti yang belum daftar yang terdiri daripada PKR, DAP, BERSATU. Oleh sebab kami berpecah belah, maka yang untungnya ialah PKR. Daripada sejumlah 29 buah kerusi naik jadi sebanyak 50 buah kerusi. DAP daripada sebanyak 27 buah kerusi ataupun 28 buah kerusi, naik jadi sebanyak 42 buah kerusi. Oleh sebab kami berpecah belah, jadi mereka berjaya. Kemudian BERSATU yang baru ditubuhkan pun dapat sejumlah 13 buah kerusi. Ini kejayaan luar biasa, ucap tahniah. Itu tidak dapat dinafikan, itu sejarah. Akan tetapi malangnya setelah diberi tempoh untuk memerintah, Pakatan Harapan gagal untuk menguruskan negara. Gagal sekali, gagal. Antara kegagalan yang besar ialah terdapat huru-hara ekonomi yang luar biasa. Ini kenyataan Yang Berhormat. Yang Berhormat Jelutong walaupun dia tidak pandai main saham tetapi saya ada mengajar daripadanya ya. Supaya dia faham bahawa semasa kita memerintah pada 19 April 2018, paras komposit indeks ialah sejumlah 1,859.18. Semasa PRU itu, komposit-komposit indeks ialah sejumlah 1,846.51. Itu ialah kedudukan market kita, pasaran kita. Akan tetapi semasa PH ambil alih, kita dapati ia jatuh di paras yang luar biasa. Pada 31 Disember 2018, dia mencatatkan kejatuhan sehingga sejumlah 1,690. Kita kehilangan nilai lebih daripada sejumlah RM270 bilion. Kemudian turun lagi sehingga ke sejumlah 1,531. Malah, semasa Yang Amat Berhormat Pagoh mengambil alih sebagai Perdana Menteri, ia market crash kerana COVID-19 seluruh dunia turun sampai sejumlah 1,460. Tuan-tuan bayangkan daripada sejumlah 1,800 turun ke sebanyak 1,400. Ini bererti mereka yang mempunyai saham sebanyak RM1 mungkin sahamnya mungkin bernilai hanya 4 sen, 2 sen. Ada satu saham tinggal 1 sen, saham. Kalau tak faham, dengar sekali lagi ya. Pasaran kes saham kita jatuh dan jatuh dengan teruknya pada 2 Mac 2020 sehingga ke sejumlah 1,460 composite index. Akan tetapi, syukur alhamdulillah, semasa Tan Sri Dato’ Sri Haji Muhyiddin bin Md. Yassin, Yang Amat Berhormat Pagoh mengambil alih menjadi Perdana Menteri, perlahan-lahan dengan cara yang tenang dan steady, market sekarang telah naik pada 13 Julai, market telah naik balik kepada sejumlah 1,606. Ini satu kejayaan dalam jangka masa yang pendek... [Tepuk] Tiga bulan lebih sikit sahaja.

[Bangun] Yang Berhormat Arau.

Padahal masa 22 bulan jatuh daripada sejumlah 1,846 jatuh ke sejumlah 1,531 sehingga sebanyak 1,460. Sekarang naik balik sebanyak 1,600, market dengan izin, recover perlahan-lahan. Dulu saham yang tinggal tujuh sen sekarang dah naik 18 sen dan sebagainya. Saham Tabung Haji, TH Plantation yang jatuh dengan teruknya, sekarang telah recover kepada 30 sen dan sebagainya.

Yang Berhormat Arau.

Demikian juga SGV. SGV pada hari ini naik dengan hebat sedikit 6 sen lebih, tak tahu fasal apa. Kita pun tak dengar berita, tetapi dia naik balik...

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Yang Berhormat Arau.

Akan tetapi kita lihat ada confident dalam kalangan pelabur-pelabur untuk melabur dalam pasaran saham...

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Yang Berhormat Arau, minta laluan...

Minta penjelasan.

Yang Berhormat Arau, boleh? Saya nak tanya sikit...

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Ada 40 minit, minta laluan sini, Yang Berhormat Bukit Mertajam...

Okey, Yang Berhormat Jelutong dulu.

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Terima kasih, sahabat saya.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Selepas ini Yang Berhormat Bukit Mertajam.

Walaupun tidak berpendirian sama dengan saya dalam prinsip-prinsip politik, saya tertarik dengan perbahasan. Persoalan saya, sebagai salah seorang perintis, pelopor Sheraton Move dan perbahasan cukup menarik, kenapa tak beri keyakinan menjawat jawatan Yang Berhormat Menteri dalam Kabinet Yang Berhormat Pagoh...

[Dewan ketawa]

[Dewan riuh]

Tuan Wong Kah WohDAP · PHIpoh Timor

Yang Berhormat Arau susah hati betul.

Jangan bimbang, akan tiba masanya. Rezeki ini hak Allah SWT. Ini hak Allah SWT... [Membaca sepotong ayat Al- Quran]

Sekurang-kurangnya GLC pun tak dapat, kenapakah?

...Bermakna, kalau Allah SWT hendak angkat martabat seseorang, tidak ada sesiapa pun yang menghalang. Akan tetapi kalau Allah SWT hendak jatuhkan martabat, tidak ada sesiapa boleh menghalang.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Yang Berhormat Arau.

...Hanya yang ada ialah tawakal kepada Allah SWT. Saya tawakal kepada Allah SWT.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Yang Berhormat Arau.

...Kalau sudah sampai masa saya akan berada di sana, saya berada di sana. Kalau saya terus berada di sini, di sini. Akan tetapi saya tidak mahu pergi ke sana.

[Dewan riuh]

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Yang Berhormat Arau.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKampar

Boleh bincang dengan Yang Berhormat Pagoh.

Selama 22 bulan sudah cukup.

Adakah itu bermaksud Yang Berhormat Pagoh tidak yakin dengan Yang Berhormat Arau? Kesetiaan Yang Berhormat Arau? Adakah tu bermaksud Yang Berhormat Pagoh tidak begitu yakin dengan kesetiaan perjuangan Yang Berhormat Arau?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Jelutong.

Tuan Haji Awang bin HashimPAS · PNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Pendang

Yang Berhormat Jelutong...

Takut akan dikhianati atau ditikam dari belakang.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat...

Cukuplah Yang Berhormat Jelutong.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Jelutong...

[Dewan riuh]

Bekas Menteri Besar, saya bekas Menteri Besar...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)

Ya. Yang Berhormat Arau. Sekejap Yang Berhormat Arau.

...Kami kawan baik. Tidak ada masalah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Arau.

Itu saya tak mahu respons, diganggu.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Arau... sekejap Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Jelutong kalau hendak berdiri, berdiri. Akan tetapi tunggu dijemput.

Tunggu dijemput.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)

Kita cerita fasal pintu, kita bukan dalam Parlimen masuk ikut tingkap. Kita ikut pintu.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)

Silakan Yang Berhormat Arau.

Jadi, pasaran saham recover balik, syukur alhamdulillah. Rakyat Malaysia dalam YouTube sedang memerhati ucapan saya.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Yang Berhormat Arau, minta laluan.

Saya hendak beritahu bahawa di bawah Tan Sri Dato’ Haji Sri Muhyiddin bin Md. Yassin kita lihat pasaran kita telah naik balik. Yang Amat Berhormat Pagoh, confident pelabur bukan sahaja pada kehebatan kita merancang ekonomi, tetapi kepada persepsi-persepsi bahawa ini manusia yang memberikan jiwa dan raganya kepada negara untuk dibangunkan. Thank you, Tan Sri.

Selepas ini dapat GLC lah, dapat GLC.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKampar

Yang Berhormat Arau, boleh? Minta laluan boleh?

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Yang Berhormat Arau, ekonomi, ekonomi.

Kita lihat kemampuan pembangkang ia tidak mahu ikut peraturan. Perangai komunis.

[Dewan riuh]

Kalau kita hendak bercakap, bangun. Kalau saya bagi, silakan. Kalau saya tak bagi, tak boleh. Ini boleh.

Saya ikut Yang Berhormat Arau sahaja. Yang Berhormat Arau pun buat macam itu dahulu. Saya ikut Yang Berhormat Arau sahaja. [Ketawa]

Saya tak pernah. Saya dikenali oleh― The Straits Times kalau buat kajian saya ialah pembangkang nombor satu yang hebat masa itu. [Ketawa]

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Terima kasih Yang Berhormat Arau dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ada beberapa fakta...

Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)

Kejap...

Ini puji sendiri Tuan Yang di-Pertua, ini puji sendiri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)

...Yang Berhormat Kuala Langat, kejap Yang Berhormat Jelutong.

Tuan Yang di-Pertua, sebab itu saya tanya kenapa tidak beri peluang untuk jadi Menteri?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)

Ini Yang Berhormat Gopeng― biarlah Yang Berhormat Gopeng bercakap dahulu. Satu, satu, satu, satu, satu, satu. Silakan.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ada beberapa fakta yang diberikan oleh Yang Berhormat Arau itu tidak tepat daripada segi ekonomi.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Pertama, indeks bursa yang paling rendah bukan sejumlah 1,400 tetapi 1,219 pada 18 Mac yang lalu. Angka itu tak tepat yang diberikan. Kedua, kita tidak boleh gunakan indeks bursa sebagai ukuran ekonomi kerana kalau kita lihat apa yang berlaku di Amerika Syarikat misalannya, walaupun Wall Street melambung tinggi sebanyak 26 ribu lebih, tetapi kadar pengangguran- seramai 40 juta orang di Amerika Syarikat yang menganggur. Di Malaysia, kita lihat indeks bursa tinggi.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat kena tanya untuk penjelasan, bukan bagi ceramah.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Ya, itu sebab...

Yang Berhormat Arau, Baling.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat sudah, dua soalan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)

Penjelasan, biar Yang Berhormat Arau jawab. Silakan Yang Berhormat Arau.

Saya bagi tarikh, Yang Berhormat bagi tarikh Yang Berhormat, saya bagi tarikh saya. Tarikh saya tidak boleh dinafikan. Ini saya ambil daripada, come on man, ini ialah laporan berhubung. Kalau turun 1,200 Yang Berhormat mengesahkan bahawa PH, gagal sama sekali.

Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Baling Yang Berhormat Arau.

Tidak bohong, saya tolong ini, saya tolong Yang Berhormat bagi 1,400, Yang Berhormat patut, patutlah seronok ucap terima kasih kepada saya. Saya nak sembunyikan yang paling lemah 1,200. Rupanya teruk.

Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Baling Yang Berhormat Arau.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Ini bukan fasal Perikatan lah, bukan saya Pakatan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)

Boleh Yang Berhormat Arau?

Ini, semua sebelah pembangkang diberhentikan serta-merta. Saya bagi satu orang daripada Barisan, sebab saya banyak nak cakap ya.

Terima kasih Yang Berhormat Arau, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Arau setuju atau tidak dengan saya bahawa kalau kita tengok permulaan hujah Yang Berhormat Arau sudah cantik, elok. Parti Pakatan Harapan menjadi pembangkang hari ini kerana mereka score gol sendiri, bukan fasal kita pun. Mereka jatuh tersungkur sendiri kerana tidak ada persefahaman di antara mereka. Saya hendak bagi tahu satu lagi fakta kepada Yang Berhormat Arau, setuju atau tidak bahawa sesungguhnya apa saja yang dibagi tahu, dicakap, dibahas oleh Pakatan Pembangkang ini, hari ini Pakatan Harapan, bahawa sesungguhnya era Yang Amat Berhormat Pagoh hari ini kita punya ekonomi, kelam naik, akan naik lebih baik daripada zaman mereka. Zaman mereka, semua pelabur lari keluar, balik, tak nak labur di Malaysia, takut dengan keadaan. Hari-hari mereka bergaduh sama sendiri, siapa hendak jadi Perdana Menteri. Jadi, adakah Yang Berhormat Arau setuju dengan saya atau tidak?

Saya bagi persetujuan seratus peratus dan saya akan mulakan ucapan saya yang sebenarnya. Jadi, saya minta duduk kejap ya. Yang Berhormat Shah Alam, saya belum bercakap lagi ya.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau.

Okey, yang pertama sekali.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Tidak berani, tidak apa.

Kejayaan PH menjatuhkan Barisan. Kegagalan PH ialah...

Tuan Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Yang Berhormat Arau.

Satu, yang pertamanya saya bagi sikit penjelasan politik.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Mohon laluan Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Bukit Mertajam, Yang Berhormat Arau.

Fasal politik...

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Sekejap, ekonomi tadi.

Sekejap, saya akan bagi.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Okey.

Ini kawan saya sama.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Terima kasih, terima kasih.

Sekejap. Dia ada bahasa pasar...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya bukan kawan kah Yang Berhormat Arau?

Okey, semua kawan.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Bagilah juga Yang Berhormat Arau lepas ini.

Kawan tapi saya nak kawan- kawan yang...

Itu tidak payah. Itu hari-hari pergi pow punya.

Jangan tunjukkan sifat mabuk kita ya. Okey, yang pertama sekali falsafah politik ya, falsafah politik, tolong dengar, ini ialah lecture hebat daripada seorang ada kelulusan PhD ya. Kita ingat semasa era 20-an, 30- an, 40-an dulu, terdapat ideologi politik baharu yang bermaharajalela dalam dunia iaitu yang dipanggil communism. Komunis, komunisme, iaitu mereka menghalalkan cara untuk mencapai matlamat, wujudkan huru-hara untuk mendapatkan kuasa. Maka, terdapatlah negara-negara yang telah menerima komunis dan peperangan yang hebat berlaku di Amerika Latin dan Asia Tengah dan sebagainya.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

[Bangun]

Akhirnya kita lihat bahawa yang betul-betul komunis sekarang ini ialah China dengan Cuba. Walaupun sebelum ini Rusia, tetapi selepas itu mereka pergi ke sistem yang lebih ke arah pertengahan yang dipanggil sosialisme. Jadi sosialisme ini, kalau komunisme ini dia melibatkan ideologi, melibatkan agama dan sebagainya, tetapi sosialis ini satu sistem yang diperkenalkan oleh mereka tetapi mereka telah lupakan pemikiran bahawa wujudkan huru-hara untuk mencapai kuasa. Kesilapan teknik beberapa orang kawan kita di Malaysia ini, mereka sudah berkuasa, kenapa mesti wujudkan huru-hara.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Yang Berhormat Arau, mohon laluan.

Kenapa wujudkan huru-hara politik dan juga ekonomi sehingga menyebabkan pelabur dalam masa yang singkat pelabur hilang confident. Malah, orang-orang yang menyokong PH termasuk pakar-pakar ekonomi yang menyokong PH menegur PH yang mana kita lihat mereka tidak langsung memikirkan bahawa perkataan-perkataan mereka boleh menyebabkan pelabur lari. Minta maaflah sahabat saya ini Yang Berhormat Menteri Kewangan.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Ini pakar dari mana? PhD dari mana ini?

Yang Berhormat Menteri Kewangan kita lihat bahawa kalau dia bercakap, tiap-tiap kali dia bercakap, saham akan jatuh.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Yang Berhormat Arau, minta laluan.

Saya ialah pemain saham yang kecil.

Yang Berhormat Pagoh, Yang Berhormat Pagoh, bagi peluang hendak tanya soalan.

Kejap lagi, kejap lagi. Kemudian saya bagi tahu bahawa kepada kawan-kawan di sana...

Bagi soalan, tanya soalan.

Mereka sudah ada kuasa, mengapa mesti kamu wujudkan huru-hara politik, berlaku, kita lihat peningkatan kepada...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Sudah ada kuasa...

Minta laluan.

Kita lihat orang menghina jata negara dan sebagainya.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Ekonomi negara Yang Berhormat Arau.

Saham jatuh, tiap-tiap hari cakap saham akan jatuh dan sebagainya.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Isu ekonomi Yang Berhormat Arau, minta laluan.

Maka berlakulah gerakan. Gerakan ini memang diketahui oleh Yang Berhormat Langkawi. Gerakan bahawa DAP tidak sewajarnya bersama dalam kerajaan kerana beberapa tindakan yang melulu, yang menyebabkan ekonomi kita bermasalah dan...

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Yang Berhormat Arau.

...Terdapat huru-hara politik.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Yang Berhormat Arau.

Maka gerakan ini berlaku, tetapi gerakan ini berlaku, menyokong Yang Berhormat Langkawi untuk terus jadi Perdana Menteri.

Yang Berhormat Arau, minta celah Yang Berhormat Arau.

Jadi, ini cerita memendekkannya.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Cakap seorang bolehlah. Cakap seorang.

Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Langkawi kita sokong jadi Perdana Menteri tetapi tiba-tiba Yang Berhormat Langkawi berhenti. Kami pun tak kenan, Yang Berhormat Pagoh tidak masuk dalam senarai untuk sokong jadi Perdana Menteri.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Terpaksa, terpaksa pilih Yang Berhormat Pagoh Yang Berhormat Arau. Kesian Yang Berhormat Pagoh.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Yang Berhormat Arau, minta laluan

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Terpaksa ya, terpaksa pilih Yang Berhormat Pagoh.

Akan tetapi bila Yang Berhormat Langkawi berhenti, kita bersyukur...

Yang Berhormat Arau minta laluan.

Yang Berhormat Pagoh datang untuk menyelamatkan Malaysia. Yang Berhormat Pagoh bukan pengkhianat, dia penyelamat kepada negara.

Yang Berhormat Arau.

Kalau sekiranya Yang Berhormat Pagoh tidak datang, sudah pasti saya...

Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau.

Saya kira mungkin akan berlaku suara...

Minta laluan Yang Berhormat Arau.

...Politik dan juga pemikiran.

Yang Berhormat Arau.

Yang Berhormat Pagoh datang, tiba-tiba Allah uji, dengan COVID-19...

Beri laluanlah, jangan cakap.

Minta laluan Yang Berhormat Arau.

Kita uji dengan ekonomi yang merudum tetapi kita lihat Yang Berhormat Pagoh telah berjaya membawa Malaysia menjadi negara yang terbaik untuk menyelenggarakan pandemik COVID-19.

Yang Berhormat Arau.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Prestasi yang...

Dipuji di seluruh negara. Menteri- menteri mereka hari-hari muncul kecuali raya.

Yang Berhormat Arau, minta laluan Yang Berhormat Arau.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Yang Berhormat Arau, ini Yang Berhormat Bukit Mertajam.

Bagi Yang Berhormat Pontian dulu. Yang Berhormat Arau, bukan hanya mereka menyebabkan huru-hara politik tapi juga huru-hara ekonomi. Konon rompakan RM18.4 juga wang GST, refund GST. Adakah RM18.4 bilion- wang GST. Itu satu penipuan yang cukup besar dan kita minta supaya Dewan Rakyat ini mengambil tindakan semula kepada pengucap yang mengatakan bahawa Barisan Nasional merompak RM18.4 bilion- wang GST. Apakah pandangan Yang Berhormat Arau?

Ini boleh dimasukkan sebahagian daripada ucapan saya yang memang akan dimasukkan sekejap lagi. Banyak kenyataan yang merupakan penipuan kepada rakyat.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Minta laluan Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Bukit Mertajam minta laluan.

Rakyat percaya kononnya kita ambil duit RM18.4 bilion. Hei! Hendak ambil duit pergi ke mana, semua akaun mesti melalui akaun kerajaan yang dilihat oleh semua pihak.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Bagaimanakah dengan wang 1MDB?

PAC telah membuktikan bahawa...

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Minta laluan Yang Berhormat Arau.

...Kita tidak merompak. Kerajaan tidak merompak tetapi malangnya pengucap tersebut tidak mahu minta maaf dan berkeras kepala...

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Yang Berhormat Arau, kan janji hendak bagi Yang Berhormat Bukit Mertajam.

Allah Maha kuasa, pengucap tersebut telah pun...

Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau, boleh bagi Yang Berhormat Gerik ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau.

Perdana Menteri telah berjaya menangani COVID-19. Dunia, tuan-tuan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Arau.

Negara-negara besar, kita lihat dia ada gelombang kedua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Arau.

...Gelombang ketiga ialah menjurus kepada sifar pandemik. Ini adalah...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Arau.

Ini adalah kepujian, saya minta supaya teruskan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Bukit Mertajam.

Yang Berhormat Gerik boleh.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)

Tadi Yang Berhormat Arau hendak bagi dia kah atau hendak suruh dia duduk.

Lupa kawan-kawan di belakang ya. Tengah hebat berucap.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Bukit Mertajam, Yang Berhormat Arau hendak bagi pada Yang Berhormat Gerik. Sila duduk Yang Berhormat Bukit Mertajam.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Okey.

Boleh Yang Berhormat Arau. Terima kasih Yang Berhormat Arau.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)

Dia tak nak bagi. Dia bagi kepada Yang Berhormat Gerik.

Terima kasih Yang Berhormat Arau,

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Yang Berhormat Arau bagi dekat Yang Berhormat Gerik ya. Okey. Yang Berhormat Arau, semasa PH memerintah, setiap hari rakyat di luar bandar bangun pagi memikirkan apa PH akan buat esok. Tuduh kita perompak, pegawai kerajaan hendak kena tidak dapat pencen, tidak boleh, hendak dikecilkan penjawat awam dan pelbagai lagi walaupun sebenarnya DAP ada 40 lebih sikit, tetapi mereka tunjuk belang. Di sekolah, fahaman komunis, ubah buku sejarah dan pelbagai lagi yang mengecil hati terutama orang Melayu. Dalam masa yang sama, Menteri sendiri mengatakan Melayu ialah pendatang di Tanah Melayu. Apakah komen Yang Berhormat Arau dalam perkara ini?

Saya bukan saja menyokong tapi masuk sebahagian daripada ucapan saya.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Yang Berhormat Arau, janji hendak bagi Yang Berhormat Bukit Mertajam tadi.

Okey, saya bagi satu Yang Berhormat Bukit Mertajam, orang lain tidak boleh. Ya, silakan. Apa yang besar sangat, lama bangun ini.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Terima kasih Yang Berhormat Arau dan juga Tuan Yang di-Pertua. Saya nampak Yang Berhormat Arau begitu berkobar- kobar, semangat menyebut tentang naik turunnya pasaran saham, ekonomi orang kampung dan sebagainya. Akan tetapi sedar kah? Ini soalan. Sedar kah Yang Berhormat Arau bahawa yang menguruskan ekonomi zaman PH sekarang menjadi Yang Berhormat Menteri di PN. Yang menguruskan pembangunan usahawan pada zaman PH sekarang menjadi Yang Berhormat Menteri di PN. Yang menguruskan pembangunan desa luar bandar di PH sekarang jadi Yang Berhormat Menteri di sebelah PN. Jadi saya rasa kita kena adil bahawa wujud satu apa yang tadi Yang Berhormat Arau katakan tindakan untuk menghuru-harakan kerajaan demi kuasa. Setuju kah Yang Berhormat Arau?

Yang ini saya tidak setujulah.

Tolong minta maaflah Yang Berhormat Arau.

Yang ini tidak bersetuju dan tidak boleh masuk ke dalam ucapan saya [Ketawa]

[Dewan riuh]

Yang Berhormat ini saya hendak beritahu banyak orang-orang yang hebat, baik. Akan tetapi tidak boleh tunjuk kehebatan mereka kerana pemerintahan tersebut tidak diurus dengan baik. Sekarang ini pemerintahan diurus dengan baik siapa sahaja mereka, daripada mana mereka boleh menunjukkan kehebatan mereka. Saya lagi sekali saya hendak beritahu bahawa marilah kita mengisytiharkan rakyat Malaysia bahawa Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Md. Yassin- “Abah” kita, penyelamat kepada negara dan bukan pengkhianat negara... [Tepuk]

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKampar

Yang Berhormat Arau.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Md. Yassin lagi muda kah lagi tua dari Yang Berhormat Arau? Siapakah lagi tua Yang Berhormat Arau?...

[Dewan riuh]

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKampar

Yang Berhormat Arau hendak pujilah, hebat.

Kemudian...

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Minta sambung sedikit.

Saya hendak beritahu bahawa bila tuan-tuan menyebut dia pengkhianat, sebenarnya Yang Berhormat sendiri menuduh pada diri sendiri. Cuba tengok jari ya?

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Yang Berhormat Arau.

Ditunjuk dekat orang, satu jari balik kepada kita- jari besar pula.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Yang Berhormat Arau.

Kalau sekiranya Yang Berhormat Shah Alam- tuduh macam itu, jari besar kepadanya. Dia walaupun tidak sebut datang dari kawasan Shah Alam.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Yang Berhormat Arau.

Akan tetapi dia tidak mabuk saya tahu ya.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Sekarang boleh tutuplah, sudah kerajaan PN kan? Sila tutup. Sila tutup.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya hendak tengok Yang Berhormat Arau.

Akan tetapi yang janji Yang Berhormat Shah Alam yang janji.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Tidak.

Yang Berhormat Shah Alam yang janji, Yang Berhormat Shah Alam yang tutup. Hari ini menang esok sudah tutup.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Tidak, bukan saya.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Dato' Dr. Hasan bin Mohamed Ali yang tutup dahulu.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Yang Berhormat Arau.

Saya ada bukti Yang Berhormat Shah Alam ada janji dengan rakyat Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Yang Berhormat Arau.

Semasa PH juga, ada beberapa...

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Yang Berhormat Arau.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Sambung sedikit Yang Berhormat Arau.

Yang tidak diuruskan dengan baik. Pertama, hutang telah meningkat kepada RM130 bilion.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Sekarang lebih lagi.

RM130 bilion ambil wang Petronas RM102 bilion, jual harta RM40 bilion...

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Sekarang lagi teruk.

Kutip cukai RM20 bilion. Ke manakah pergi? Rakyat dapat sudah, rakyat dapat RM30.

Bon Samurai punya duit.

Yang Berhormat Arau, sedikit.

Kemudian, saya hendak sentuh...

Sedikit saya hendak menambah data itu.

Fasal Tabung Haji ya.

Yang Berhormat Arau, Pontian sedikit.

Tabung Haji. Hari ini Gerakan Pembela Ummah.

Sahabat.

Ummah meminta Kerajaan PN menamatkan segera lantikan Pengerusi dan Lembaga Pengarah Tabung Haji yang diterajui lantikan Pakatan Harapan. Pengerusinya Mohd Zai Mustafa berkata bahawa apa yang berlaku dalam Tabung Haji sekarang ini tidak dapat dipulihkan dan banyak perkara yang harus diberi perhatian. Saya setuju, kita tubuh RCI. Kita lihat bahawa tuduhan yang mengatakan bahawa ada penyalahgunaan tentang Tabung Haji itu kita buktikan tetapi menjual harta Tabung Haji...

Yang nilainya ialah RM244 bilion akan tetapi dijual dengan harga RM170 bilion maka saya ingin bertanya apakah benar..

Million.

Million maaf, RM244 juta.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Okey.

Sekarang ini dijual kepada Tamaco dengan harga...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua.

RM170 juta. Apakah benar terdapat surat?

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Dia bertanya boleh saya jawab?

Daripada CEO Tabung Haji yang mengatakan.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Dia bertanya boleh saya jawab?

Yang Berhormat Menteri jawab, Yang Berhormat Menteri jawab.

Meminta kepada...

Yang Berhormat Shah Alam sudah bukan Yang Berhormat Menteri sudah, biar Yang Berhormat Menteri jawab.

[Menyampuk]

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Hendak tanya.

Sekarang bukan Yang Berhormat Menteri sudah.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Tanya kerajaan PH. Tanya kerajaan PH kan? Hendak saya jawab? Boleh saya jawab? Tidak apa selepas ini Yang Berhormat Parit Buntar yang akan jawab.

...Tabung Haji hampa jual. Tabung Haji bukan hak kamu. Tabung Haji hak pendeposit orang Islam. Hangpa pi jual?

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Tahu pun.

Apakah ini cerita?

Hendak tambah sedikit?

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Tahu pun. Dah itu yang kamu rompak Tabung Haji siapa suruh?

Kamu telah gagal...

Buktikan. Dua tahun setengah tidak boleh buktikan?

[Menyampuk]

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Terbukti.

Forensic auditing. Kamu buat forensic auditing, manakah? Sampai sekarang ini...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Shah Alam duduk.

Siasat sepenuhnya dan kita minta...

Yang Berhormat Arau, Tabung Haji.

Semalam saya telah membangkitkan banyak tentang Tabung Haji ini.

Akan tetapi apabila mereka mengambil alih pemerintahan, yang mereka cuba sembunyikan ialah kejatuhan saham lebih kepada 300 mata, itu menghilangkan lebih kurang RM400 bilion daripada pasaran. Akibat daripada itu, FGV rugi, Khazanah rugi, Tabung Haji rugi, banyak syarikat bawah KWSP rugi, segala kerugian itu mereka kata kita yang salah walhal zaman mereka saham jatuh merudum. Itu sebab, okey.

Okey. Ini bukan sahaja termasuk sebahagian daripada ucapan saya akan tetapi ditulis dengan hebat bahawa kenyataan mereka menjatuhkan ekonomi selepas itu dia tuduh kami. Perkataan-perkataan yang keluar daripada Yang Berhormat Menteri mereka tersebut ini hari keluar statement esok jatuh, ini hari keluar statement esok jatuh. Mana ada logik dalam sejarah pasaran saham boleh jatuh...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Kita keluarkan statement yang benar.

Sampai RM500 bilion.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Shah Alam duduk.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Dengan fakta yang benar, dengan angka yang benar, itu sebab jatuh.

Ini Yang Berhormat Shah Alam ini dahulu perangai tidak elok.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Shah Alam duduk.

...Tempoh 22 bulan, elok sedikit. Sekarang sudah jadi tidak elok semula.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Shah Alam tidak boleh.

Sudah tua bangka sudah berubahlah sedikit [Ketawa]

[Dewan riuh]

Okey sekarang ini mai-mai tajuk ini. Jadi kita minta kita setuju, kita minta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya kita tubuh RCI untuk semak Tabung Haji. Jangan ada tuduhan orang itu salah guna dan sebagainya. Saya benci kepada tuduhan. Saya benci kepada kenyataan-kenyataan yang berbentuk retorik. Tadi apa ini Yang Berhormat Ketua Pembangkang menceritakan tentang kemiskinan, saya setujulah. Akan tetapi kena bagi cerita macam mana hendak buat tentang kemiskinan. Kita duk sebut kemiskinan, sat lagi orang check pengisytiharan harta baharu kita tidak berani bercakap. Pengisytiharan harta kadang-kadang begitu tinggi cakap fasal kemiskinan. Kalau kita betul-betul ikhlas...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Bila MP akan isytihar harta...

Bagilah 50 percent daripada harta.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua, bilakah MP PN akan isytihar harta?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Shah Alam berdiri ini atas platform apa?

Okey. Sekarang ini kita masuk kepada..

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Ataupun Yang Berhormat Shah Alam sekarang sudah menjadi Yang Berhormat Arau? Saya pun tak faham.

Tajuk baharu yang hebat. Jadi kepada..

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Silakan.

Tajuk lain.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Arau lagi kurang kepada 10 minit. Silakan Yang Berhormat Arau.

Okey, sekarang ini kepada penyelamat negara saya ingin mencadangkan beberapa perkara dengar sini ya. Ini hebat untuk semua ya untuk rakyat. Kalau tuan-tuan Yang Berhormat ganggu masa saya berucap bererti Yang Berhormat telah membenci rakyat...

[Dewan riuh]

[Ketawa] Kalau sayang kepada rakyat, dengar ucapan cadangan yang hebat ini ya. Pertama sekali, teruskan PKP teruskan. Mesti apa penjarakan sosial yang hebat, teruskan. Pakai mask, cuci tangan.

You tidak pakai.

Pakai mask?

Semasa berucap hendak masuk gambar-gambar ini kita tidak payah pakai mask lah ya.

[Ketawa]

Janganlah kacau macam budak- budaklah

[Dewan riuh]

Yang Berhormat Arau saya ada soalan tentang PKP.

Keduanya ialah.

Yang keduanya ialah.

Yang Berhormat Arau tentang PKP.

Semasa ekonomi kita meleset pada tahun 1998-1999...

Kita telah memperkenalkan...

Yang Berhormat.

Pelaburan awam. Ini dahulu, sekarang ini pelaburan swasta telah menurun, pelaburan awam harus ditingkatkan. Saya mencadangkan supaya pelaburan awam ditingkatkan sebagai mana yang dibuat sekarang. Yang kedua...

Yang Berhormat Arau.

Pre-emptive. Kita hanya mencadangkan...

Yang Berhormat Arau.

Yang besar-besar akan tetapi saya hendak mencadangkan pre-emptive yang ini untuk kelas ‘F’. Dahulu kita telah cadangkan pre-emptive, saya ditakdirkan masa itu menjadi Yang Berhormat Menteri Besar diperkenalkan pre-emptive di mana kelas ‘F’ di peringkat pertengahan ini mereka terlibat untuk menggerakkan ekonomi. Kita lihat pertumbuhan ekonomi berjaya ditingkatkan lebih dari satu peratus bila diperkenalkan pre-emptive. Belanja sedikit untuk untung besar sebab dia tahu ialah yang dikatakan orang ekonomi ini ialah pergerakannya sama ada lembap ataupun cergas.

Apabila kita perkenalkan pre-emptive kita lihat kecergasan ekonomi itu berjalan dengan baiknya. Jadi saya cadangkan supaya pendekatan pre-emptive diwujudkan semula untuk masa terkini. Tidak ada yang menentang? Very good kalau tidak saya cerita pada rakyat nanti...

Yang Berhormat Arau.

Kemudian yang keduanya..

Ada soalan.

Kita lihat PH telah memberhentikan pekerja-pekerja kontrak. Kesian. 17 ribu orang dibuang. Hei! Kamu ini tidak ada perikemanusiaan kah? Buang orang bekerja, orang cari makan doa mereka telah dizalimi. Mereka berdoa kepada Allah, menangis mereka. Anak, sudah beranak ada yang bercucu terpaksa dihentikan. Kamu ialah manusia yang tidak berperikemanusiaan. Berhenti pula bulan Ramadan lagi. Ya Allah, ya Tuhan ku.

Ini ahli agama Yang Berhormat Hulu Langat tadi bersetuju dengan saya. Bahawa mana boleh berhentikan orang macam itu dan detil ucapannya dia pun tidak setuju tetapi mereka berhentikan dengan hebatnya.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Boleh?

Macam itu Yang Berhormat Shah Alam gila kuasa punya.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Boleh saya respons?

Maka, saya menyarankan supaya pekerja-pekerja kontrak ini...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Boleh saya respons?

Tidak. Saya habis ini saya benarkan. Saya benarkan sebab Yang Berhormat Shah Alam terlampau rindu kepada saya. Duduk.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Ya, baik terima kasih. Kita hentikan pekerja kontrak...

Pekerja-pekerja kontrak ini dibagi semula jawatan mereka.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Eh! Kata bagi kah tidak?

JASA. Nanti saya habiskan ini.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Oh! Okey habiskan. Okey, okey.

Ucapan yang hebat lagi perkasa [Ketawa] Kedua, JASA yang telah diberhentikan bagi balik jawatan tersebut, sebab apa? Tidak ada benda yang tidak logik untuk buang pekerjaan manusia yang telah berkhidmat dengan cemerlang kepada negara. Kemudian saya juga mencadangkan supaya business online ini supaya diperhebat dalam cara yang tertentu yang sekarang ini kita tidak nampak dengan cara ketara diberikan. Masa COVID-19, harum manis Perlis telah menjadi-jadi di peringkat tertingginya, harum manis tidak dapat dijual. Tidak dapat dihantar ke Kuala Lumpur tetapi beberapa orang manusia telah muncul membuat business online, dengan izin, dan mereka telah menerima tempahan dan menghantar. Walaupun kadang-kadang penghantar itu ambil tempoh seminggu tetapi harum manis Perlis telah di dapat di pasar dengan baik. Banyak daripada kawan-kawan kita yang dapat merasai harum manis termasuk... [Rakaman kurang jelas]

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Baik terima kasih Yang Berhormat Arau.

Jadi, kita minta supaya ini diberi perhatian.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih Yang Berhormat Arau [Ketawa]

Kemudian, saya juga mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri Keselamatan, Yang Berhormat Menteri Ekonomi, Yang Berhormat Menteri-menteri kanan supaya untuk tempoh ini kita bagilah bantuan berbentuk beras sebanyak 10 kilogram tiap-tiap bulan kepada tiap-tiap keluarga.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Eh! Kamu ketawa? Kamu kaya tidak apa tetapi bagaimana tentang orang-orang miskin seperti yang disebut oleh Ketua Pembangkang. Ya, sila Yang Berhormat Shah Alam. Yang Berhormat Shah Alam tidak apa, cukup. Alhamdulillah. Kemudian... [Disampuk]

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Kata hendak bagi laluan? Hendak bagi laluan? Terima kasih Yang Berhormat Arau.

Saya juga minta peluang pekerjaan kepada... [Disampuk]

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Baik terima kasih. Tuan Yang di- Pertua, saya hendak sebut tentang soal pekerja-pekerja kontrak. Memang betul ada pekerja-pekerja kontrak yang telah diberhentikan. Mereka telah diberhentikan oleh sebab bila dibayar kadar kontrak, dibayar pekerja sebanyak RM100 sehari tetapi dibayar kepada syarikat. Syarikat bayar mereka sebanyak RM30 sehari. Yakni yang santap yang makan besar syarikat-syarikat, yang membekalkan pekerja, yang mendapat keuntungan. Pekerja diberikan gaji yang rendah dan kita gantikan pekerja-pekerja kontrak ini dengan jawatan-jawatan tetap. Ini adalah lebih baik dan lebih adil bagi mereka dalam keadaan di mana pekerja-pekerja kontrak ini telah diamalkan bertahun-tahun...

Mabuk ini. Tidak faham. Otherwise, talking ini.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

...Hanya mengayakan syarikat- syarikat pembekal pekerja dan bukan...

Yang Berhormat, okey sekarang...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

...Mendatangkan keuntungan pekerja-pekerja itu sendiri.

Sila duduk, sila duduk.

Yang Berhormat Arau.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Bila mereka dibayar dengan kadar yang tetap...

Saya maksudkan ialah pekerja- pekerja kontrak kerajaan...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Bila mereka dibayar dengan kadar yang tetap maka- lebih tinggi.

Orang cerita kontrak pegawai lu cerita lain. Ini Yang Berhormat Shah Alam kongkalikung lah.

Sudah mabuk lah. Sudah mabuk.

Pekerja-pekerja kontrak kerajaan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Shah Alam soalan.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Tidak, kalau sudah bagi laluan berilah laluan biar saya jawab sepenuhnya. Saya harap...

Saya cakap tajuk lain. Dia cakap tajuk lain.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Shah Alam minit ketujuh. Laluan adalah untuk soalan seperti biasa.

Sekarang saya tidak bagi. Saya bukan cakap kepada... [Disampuk]

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Tidak, dia minta saya jelaskan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Shah Alam tidak boleh bagi ceramah, nanti Yang Berhormat Shah Alam bahas.

Ya, saya bukan cakap kepada pekerja... [Disampuk]

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya tidak bagi ceramah saya hendak minta dia beri perincian.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Tidak boleh. Dia bertanya untuk verifikasi.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Lalu dia beri angka yang banyak, ramai tetapi perincian itu tidak ada.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Verifikasi Yang Berhormat. Verifikasi.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Baik terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, saya cakap tajuk...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Boleh verifikasi kan?

Pegawai kerajaan yang bertaraf kontrak yang dihentikan. Awak cakap pekerja syarikat itulah... [Ketawa]

Yang Berhormat Shah Alam ini bingung sebenarnya.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Sama. Bila bagi angka itu...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Bagilah breakdown dia, barulah betul.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

...Barulah betul.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Arau bagi kebenaran tidak Yang Berhormat Arau?

Berhubung dengan pekerja- pekerja... [Disampuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Yang di-Pertua, peraturan-peraturan Tuan Yang di-Pertua. Isu peraturan.

Pekerja-pekerja kontrak kerajaan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Sekejap.

Jadi, saya cadangkan supaya mereka ini diambil semula sejumlah 17 ribu orang yang telah diberhentikan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Dua minit lebih Yang Berhormat Arau. Sila.

36(4) perkataan- Tuan Yang di-Pertua. Peraturan.

Peluang pekerjaan kepada orang- orang muda. Jangan ganggu.

Saya minta...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Sekejap, tunggu selepas dia.

Oleh sebab, saya hendak minta fasal peluang pekerjaan dekat orang-orang muda. Orang-orang muda Malaysia lihat bila saya cakap untuk orang muda diganggu oleh DAP dengan teruknya...

[Dewan riuh]

Point of order. Point of order.

DAP tidak kira orang muda. Dia hanya pentingkan diri mereka sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, seorang peguam...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Arau, duduk sekejap Yang Berhormat Arau.

Saya hendak minta supaya kerajaan beri perhatian khusus peluang pekerjaan kepada orang-orang muda.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Peraturan mesyuarat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Arau, duduk sekejap Yang Berhormat Arau. Duduk sekejap Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Arau, saya tambah sekejap lagi. Yang Berhormat Arau Point of Order Yang Berhormat Arau...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Arau, saya hendak dengar point of order.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKampar

Peraturan mesyuarat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Dua minit saya tambah. Sila, point of order yang mana.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Jelutong.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Point of order yang mana?

36(4) Perkataan yang kurang sopan. Tadi bila Yang Berhormat Shah Alam sedang berucap saya tengok Yang Berhormat Pasir Salak mengeluarkan perkataan ‘mabuk’. Kenapakah? Kenapa berulang kali mengeluarkan perkataan ‘mabuk’ dan ‘bingung’. Kenapakah?

Saya tidak kata mabuk, saya kata ‘bingung’.

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita ingin mengadakan satu code of conduct, saya minta perkataan-perkataan sebegitu tidak dibenarkan. Kalau hendak bahas dengarlah bahasan balas oleh Yang Berhormat Shah Alam.

Okey, Point of Order itu...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Jelutong, I think... tetapi saya...

Akan tetapi, tidak boleh perkataan itu dikeluarkan berulang kali. Yang Berhormat Baling pun kata mabuk, Yang Berhormat Pasir Salak kata mabuk kepada Yang Berhormat Shah Alam.

Yang Berhormat Jelutong, your day is over, okay? Your day, your time has already passed.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Jelutong sit down! Yang Berhormat Jelutong. Sit down!

No, are you going to allow this?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Sit down! How am I going to speak with you speaking at the same time?...

[Dewan riuh]

Hei! Barua pun boleh.

Now is not your time, it’s not your day. Come on.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Sit down Yang Berhormat Jelutong, duduk. Ya, saya...

Sedar diri your day is over.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Sekejaplah. Yang Berhormat Pasir Salak duduk. Yang Berhormat Jelutong, your Point of Order I take into account. The Speaker hendak tengok pada code of conduct. Ia punya definisi is very wide dalam Standing Order. We are trying to find a middle ground on this. I’ll take your point. Tadi dia bercakap dua orang itu saya tidak dengar. Saya tidak dengar, I cannot hear because everybody’s speaking at the same time. Saya tidak dengar. Saya kena tengok kepada Hansard untuk jawab. If you are patient, I can answer you tomorrow or I’ll inform the Speaker but as of now I cannot. Can you wait or be in the motion?

Okay, I will wait for you tomorrow.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

All right, thank you. Sekarang tinggal dua minit tambahan kah gulung Yang Berhormat Arau?

Yang Berhormat Jelutong tanya Yang Berhormat Pasir Salak. Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Arau.

Saya pun menggulung.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Jelutong bawa Standing Order. Saya jawab untuk bantahan.

Akan tetapi ganggu masa saya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Sekarang saya hendak tanya Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau hendak jawab gulung lagi tambahan dua minit kah, Yang Berhormat Arau hendak...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Okey, dua minit silakan dan menggulung.

Jangan tanpa gangguan. Tanpa gangguan daripada Yang Berhormat Jelutong...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Tidak payah pada isu yang disebutkan Yang Berhormat Jelutong saya akan jawab. I will answer with the Speaker. The word is wide.

Akhir sekali, marilah kita Ahli-ahli Parlimen di Malaysia ini mengucap terima kasih kepada barisan hadapan yang telah bertungkus-lumus bersabung nyawa untuk menangani pandemik COVID-19. Kita ucap terima kasih. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Keselamatan, semua Menteri, Yang Berhormat Menteri Kesihatan, semua Menteri-menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri kepada pegawai-pegawai kerajaan terutamanya kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham dan juga semua sekali barisan hadapan termasuk yang di bahagian kampung JKK dan tidak ketinggalan ialah kehebatan Ahli-ahli Dewan Negeri dan juga Ahli-ahli Parlimen yang menjadi barisan hadapan yang luar biasa. Kita tidak sebut nama kita tetapi kita berada di barisan hadapan untuk menyokong usaha kerajaan menangani COVID-19. Kita juga menolong mereka yang tidak mendapat bantuan bekalan makanan dan sebagainya. Kerajaan tolong. Kerajaan telah memberi bantuan yang hampir-hampir kepada semua mereka yang memerlukan di bawah COVID-19. Terima kasih kepada kerajaan, terima kasih rakyat Malaysia kerana telah memberi sokongan yang hebat kepada kerajaan.

Saya hendak beritahu bahawa kalau buat pilihan raya pada hari ini, tumbanglah semua Yang Berhormat. Kami akan menang.

Mimpi. Mimpi.

Kalau buat pilihan raya awal tahun depan pun kami akan menang. Ini kerana kerajaan sekarang tidak berjaya untuk menangani...

Buat, buatlah Yang Berhormat Arau. Buat pilihan raya Yang Berhormat Arau.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKampar

Buat pilihan raya, buatlah.

Saya akan kalahkan kamu nombor satu... [Menuding jari]

Buat pilihan raya Yang Berhormat Arau.

Mat Jenin, Mat Jenin.

Kita minta usaha baik...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Arau.

...Untuk merangsang ekonomi.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Duduk Yang Berhormat Arau sudah habis.

Memberi peluang pekerjaan terutamanya kepada orang-orang muda.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Arau sudah. Terima kasih Yang Berhormat Arau.

Diteruskan dengan hebatnya dan jangan dengar cakap pembangkang yang penuh dengan retorik...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Silakan pembahas yang seterusnya. Yang Berhormat Arau sudah cukup.

Akan tetapi, tidak ada makna segala-galanya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Arau sudah cukup Yang Berhormat Arau. Sila terima kasih Yang Berhormat Arau.

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Terima kasih Yang Berhormat Arau, terima kasih.

Tahniah kepada puan yang telah dilantik menjadi Timbalan Yang di-Pertua. Sekian wabillahitaufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Bagan sebanyak 20 minit.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Bolehkah dapat sebanyak 40 minit?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Saya dapat arahan daripada Tuan Yang di-Pertua sebanyak 20 minit.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Ini kerana pihak Yang Berhormat Arau pun dapat sebanyak 40 minit. Saya minta boleh dapat sebanyak 40 minit tidak?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Saya kena tanya pada Tuan Yang di-Pertua, dimaklumkan pada saya sebanyak 20 minit...

[Dewan riuh]

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Saya harap Tuan Yang di-Pertua boleh berikan pertimbangan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Saya Timbalan Yang di-Pertua. Dia sudah tetapkan sebanyak 20 minit Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Batang Lupar dan Yang Berhormat Parit Buntar kecuali.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Timbalan Tuan Yang di-Pertua, saya rasa Tuan Yang di-Pertua baharu dia tidak fasih dengan prosedur dalam Dewan. Ini kerana biasanya kalau di sana dapat masa yang panjang, sini akan tambah lagi. Jadi, saya rasa itulah perlulah...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Kulai.

Kita dulu dapat dua minit saja, mereka dapat 10 minit.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

...Untuk betulkan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Kulai, terima kasih kerana hendak mengajar saya tapi saya rasa saya lagi lama dari Yang Berhormat Kulai. Jadi, tidak apalah Yang Berhormat Kulai, terima kasih. Arahan yang saya dapat 20 minit, saya akan tanya SUDR pada Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Saya cubalah, saya serah kepada Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)

Terima kasih Yang Berhormat, silakan.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Saya ingin mengambil bahagian dalam ucapan Menjunjung Kasih Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong. Ingin juga mengulangi apa yang disebutkan oleh Tuanku di mana kita pun, pihak kami di sini pun hendak mengucapkan terima kasih kepada barisan depan yang menangani krisis COVID, khususnya daripada Kementerian Kesihatan dan juga pasukan keselamatan yang telah bertungkus-lumus untuk membolehkan kita terus selamat dan juga sihat... [Tepuk] Di sini saya rasa jasa mereka tetap akan dikenang. Pada masa yang sama, kami juga harap bahawa pihak kerajaan akan memberikan keprihatinan yang mencukupi ke atas mereka atau kepada mereka yang dilanda dengan pelbagai masalah oleh sebab PKP dan juga kesan kepada ekonomi ekoran daripada krisis COVID-19. Kalau kita lihat, mengikut angka-angka, unjuran kadar keluaran dalam negara kasar dijangka turun kononnya dua peratus untuk tahun ini atau mungkin lebih. Ini merupakan satu cabaran yang amat besar. Sungguhpun kita setuju dengan langkah- langkah yang diambil, sebenarnya lebih banyak usaha harus diberikan. Akan tetapi pihak kami tidak faham mengapa ia tidak dapat dibahaskan supaya kita dapat halusi dan perbaiki langkah-langkah yang dapat dilaksanakan untuk memberikan kebajikan kepada rakyat. Jawapan yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ialah bahawa tidak cukup masa. Mengapa tidak cukup masa, bilakah kita boleh mengambil bahagian untuk memberikan pandangan? Ia kerana apabila PKP berlaku, tidak patut bahawa Parlimen juga dihentikan tugas sucinya. Jadi oleh sebab itu, kami tidak bersetuju. Ini tidak bermakna kalau kita bersidang beberapa hari, bermakna bahawa langkah- langkah tersebut akan dihentikan. Di sini saya ingin membawa beberapa masalah dalam pelaksanaan langkah- langkah pakej rangsangan ekonomi- stimulus package. Kita dengar banyak aduan daripada peniaga-peniaga yang tidak dapat bantuan pinjaman yang telah dijanjikan seperti contoh: (i) permohonan mereka tidak layak; dan (ii) ada yang dapat kelulusan daripada pihak bank-bank tetapi tidak dapat pinjaman disalurkan kepada mereka.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Inilah masalah yang kita harus berikan penekanan. Pada masa yang sama, kita kena akui juga bahawa terdapat ketirisan daripada saluran yang telah diberikan. Contohnya, rakan saya telah bangkitkan, apabila pakej ataupun bantuan hamper diberikan, kononnya RM100 tetapi nilainya hanya RM35. Mengapakah perkara sedemikian boleh berlaku? Itulah isu-isu yang harus diberikan perhatian. Tuan Yang di-Pertua, kita kena lihat bahawa sungguhpun angka menunjukkan bahawa keadaan ekonomi adalah dalam keadaan yang serius, ini hanya angka. Contohnya, saya hendak sebut di sini kalau kita lihat daripada segi indeks pengeluaran perindustrian jatuh 4.9 peratus untuk bulan Mac, jatuh 32 peratus untuk bulan April, jatuh 22.1 peratus untuk bulan Mei. Akan tetapi impak dan kesan kepada perniagaan adalah lebih ketara. Apakah bantuan yang boleh diberikan kepada mereka sekiranya hendak memperluaskan bantuan dan juga pinjaman ini? Itu tentu akan disokong oleh pihak pembangkang tetapi yang menjadi masalahnya ialah bila ia tidak sampai. Pertama, tidak cukup. Kedua, tidak sampai. Di sini saya bagi satu contoh, kita lihat daripada segi moratorium. Moratorium memang ada bantu tetapi sekadar enam bulan tidak cukup. Mengapakah tidak boleh diumumkan ia dilanjutkan enam bulan lagi? Ini amat penting supaya kita dapat memberikan jaminan kepada perniagaan-perniagaan. Tuan Yang di-Pertua, kita lihat kebimbangan di sesetengah pihak bahawa mungkin akan datang gelombang kedua COVID-19. Sekiranya gelombang kedua berlaku, saya rasa ini mungkin akan menjadi satu pukulan maut kepada ekonomi kita semua. Jadi, oleh sebab itu adalah perlu bahawa kita mendirikan benteng yang lebih kukuh dan salah satu langkah ialah untuk melanjutkan moratorium dari bank-bank kepada semua perniagaan. Dilaporkan baru-baru ini, Menteri Kewangan menyatakan sebanyak RM55 bilion telah diperuntukkan, ini pun satu jumlah yang tidak mencukupi, ia harus digandakan. Di sini saya harap bahawa pihak kerajaan boleh menyahut saranan ini untuk melanjutkan moratorium untuk tempoh enam bulan lagi.

Mohon mencelah.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Satu lagi ialah tentang rebat bil elektrik.

Tuan Yang di- Pertua, minta mencelah sedikit.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Saya minta maaf kerana tidak dapat lanjutkan, masa 20 minit. Saya hanya ada 20 minit, saya hendak tumpukan ucapan saya. Saya minta maaf. Kalau ada 40 minit, saya akan layan.

Sedikit sahaja.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Satu lagi adalah berkaitan dengan rebat bil elektrik.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Bagan, saya baru dapat notis daripada Tuan Yang di-Pertua, membenarkan Yang Berhormat 40 minit.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Oh! Baik, terima kasih.

Ha! Bolehlah mencelah sedikit.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Nanti saya habis.

Habis apa nak celah?

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Saya akan bagi.

Habis, habislah.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Habis ini saya akan berikan kepada Yang Berhormat.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Satu lagi ialah tentang rebat bil elektrik. Bil elektrik untuk satu bulan RM77 sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Apakah bantuan RM77 sebulan sekiranya bil elektrik naik RM200? Ia tidak bermakna langsung. Bolehkah saya cadangkan bahawa rebat RM77 sebulan ini digandakan kepada RM154. Jadi, sekiranya bil elektrik naik RM200, sekurang-kurangnya dibayar lebih RM50.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Ini amat perlu, bukan sahaja untuk mereka yang susah tetapi juga untuk mereka dalam berpendapatan sederhana. Jadi, saya harap perkara ini boleh dipertimbangkan. Janganlah kita hanya jaga dalam keadaan sekarang yang susah, hanya jaga keuntungan syarikat-syarikat besar. Jadi, saya harap perkara ini boleh diberikan pertimbangan. Pada masa yang sama, mengapa tidak berikan rebat elektrik kepada syarikat-syarikat, bukan hanya kepada sektor domestik sahaja, juga harus diberikan kepada syarikat-syarikat. Sila Yang Berhormat Pasir Salak.

Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Tuan Yang di-Pertua, kita berasa hairan iaitu Yang Berhormat Bagan menunjukkan keprihatinan yang begitu hebat sekali. Bak kata Yang Berhormat Arau, hebat. Prihatin terhadap peniaga, rakyat dan sebagainya. Akan tetapi saya diberitahu, di masa dulu saya diberitahu, saya hendak jawapan daripada Yang Berhormat, betul atau tidak, ramai peniaga yang menghadapi masalah kesusahan, termasuk masalah bank dan sebagainya, Yang Berhormat tidak layan langsung. Mereka datang berjumpa dengan Yang Berhormat, Yang Berhormat tidak bagi masa langsung untuk mereka berjumpa, tidak mahu melayan mereka dan mereka mengadu kepada saya pada hari ini. Perkara ini berlaku.

[Menyampuk]

Apakah tidak berkaitan? Keprihatinan kepada ekonomi, rakyat dan sebagainya, hari ini diluahkan menunjukkan dialah orang yang paling pejuang kepada rakyat. Akan tetapi waktu berkuasa sebagai Menteri Kewangan, Yang Berhormat memberi arahan ke Lembaga Hasil Dalam Negeri, memeriksa semua, yang menekan pembayar-pembayar cukai, kenapakah dilakukan pada waktu itu? Hari ini semuanya ini sudah terbuka, terbongkar. Di MOF, pada masa Yang Berhormat menjadi Menteri Kewangan, dipenuhi dengan red bean army, penuh dalam pejabat Menteri Kewangan itu, dengan Tony Pua yang tidak ada kena-mengena.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)

Soalan Yang Berhormat Pasir Salak.

Kenapakah ini boleh berlaku? Hari ini menunjukkan Yang Berhormat seorang yang...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)

Soalan Yang Berhormat Pasir Salak, soalan.

Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Kita janganlah menyalahgunakan peluang yang diberikan. Saya tolak sama sekali fitnah yang dikeluarkan tadi. Apa yang penting sekali apabila semua...

Tolong beri jawapannya. Yang Berhormat juga menganiayai banyak kontraktor.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Ini mencelah tanpa mendapat persetujuan...

Komunis.

Sana mencelah lagi teruklah. Ini Yang Berhormat Shah Alam buruk perangai daripada dahulu, sekarang balik kepada perangai lama.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Bukit Mertajam.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Ini adalah tidak benar sama sekali, Yang Berhormat, kerana apabila...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua, Point of order.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

...Ada aduan yang telah diberikan kepada pihak kami...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Point of order.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya rasa Yang Berhormat Pasir Salak ini banyak...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Point of order yang mana?

Point of order nombor berapa?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Point of order yang nombor berapa?

Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Unparliamentary.

Masa sudah habis.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Point of order yang mana?

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Nombor berapa itu- P.M.36(1), ya?

Dahulu bolehlah semasa jadi Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

P.M.36...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Kalau tidak silap sayalah...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

P.M.36 berapa?

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

P.M.36(6).

Tidak betul itu.

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Duduklah. Duduk baca dahulu. Duduk baca dahulu peraturan.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

P.M.36(6), unparliamentary.

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Baca, baca. Baca P.M.36(6), baca.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

P.M.36(6).

Ha! Baru hendak buka beg kah? Baru hendak buka beg?

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Hendak saya baca kah?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Silakan.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Okey, P.M.36(6). Saya hendak menjimatkan masa. Ingat kita sudah hafal sudah.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini Yang Berhormat Shah Alam menghabiskan masa sahaja.

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Lain kali hafallah. Hafal, hafal.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Kinabatangan, biarkan Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

“Seorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa Ahli lain.” Tadi dia menyebut tentang soal perangai buruk. Saya rasa setakat inilah...

Perangai siapa yang buruk itu, Tuan Yang di-Pertua?

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

...Saya pernah...

Perangai siapa? Perangai Yang Berhormat Shah Alam lah buruk.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Pasir Salak, sekejap Yang Berhormat Pasir Salak. Point of order nya dalam ucapan...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

P.M.36(6), perangai buruk, sangkaan buruk yang dinyatakan. Apabila dia katakan bahawa Yang Berhormat Shah Alam menunjukkan perangai buruk dari dahulu, so, saya rasa itu satu kenyataan dan tuduhan yang tidak berasas.

Sejak bilakah Yang Berhormat Shah Alam ini baik?

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Ya lah, saya sudah 12 tahun menjadi Ahli Parlimen. Sudah 12 tahun.

Yang Berhormat Shah Alam pun hari- hari mahu pow kontraktor sahaja.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Hari pertama sahaja...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Tidak apa. Macam inilah, Yang Berhormat Shah Alam. Saya sebenarnya...

Kita cadangkan datang Parlimen pakai plaster mulut semua, tidak payah bercakap.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Duduk Yang Berhormat Baling. Saya rasa sebenarnya kita ini, perbahasan ini begitu penting.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Ya, betul.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

...Sebab Yang Berhormat Bagan sebagai mantan Menteri, saya rasa dia dalam aspek kewangan ya, jadi Yang Berhormat Bagan memberi peluang dan dia hendak berikan jawapan tadi.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Akan tetapi sekarang ini tentang isu bantahan-bantahan ini, saya hendak bagi saya punya petualah. Petua saya, seperti yang saya sebutkan tadi, ayat-ayat dalam peraturan mesyuarat ini sangat luas. Jadi kita mesti ada satu perincian. Jadi, saya minta kalau boleh semua sabar dahulu.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Ya, right.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Pending that. Nanti kita tengok macam mana kita hendak selesaikannya sebab ayat-ayat ini agak luas. Sangkaan-sangkaan ini saya pun macam-macam sangkaan saya dengar. Jadi kalau kita...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Adakah- adakah...

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Cukuplah Yang Berhormat Shah Alam. Saya mahu dengar Yang Berhormat Bagan punya ucapan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Speaker akan bermesyuarat, kita hendak bincang perkara ini.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Okey, okey, bagus.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Sebab kita mula sesi ini...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Itu saya setuju tetapi, Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Jadi, ini yang menjadi isu sekarang.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita tidak beri satu ruling...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Akan tetapi saya sekarang, saya...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

...Dia akan terus menggunakan. Boleh tidak saya mencadangkan supaya ia tidak digunakan lagi...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Sekejap Yang Berhormat.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

...Sambil menunggu ruling Tuan Yang di-Pertua. Bolehkah tidak?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Sekejap Yang Berhormat. Macam inilah, Yang Berhormat. Saya faham. Kalau semua hendak pergi kepada point sangkaan jahat dan semua dalam peraturan mesyuarat, yang mana-mana hendak membuat perbahasan ini nanti tidak dapat selesai. Nanti apa akan jadi pada esok, minggu depan? Jadi 20 minit, 10 minit, lima minit, nanti orang kata tidak ada demokrasi.

Tuan Yang di-Pertua, waktu Point of order, the time should be stopped.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Ya betul tetapi saya...

Stop the time. Let the Speaker stop the time kalau isu point of order dibangkitkan untuk membenarkan perbahasan sepenuhnya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

There are also situations whereby masa berlalu sebab you are taking time off the Dewan. Saya faham. Jadi saya kata, saya minta semua boleh tidak menunggu, biar Speaker hendak membuat ini, Speaker baru dengan keputusannya, kita buat ruling bersama-sama untuk mencari jalan tengah. Pending on that, boleh tidak semua orang jangan tuduh menuduh? Sebab sekarang ini dalam keadaan sebegitu, semua orang tengah sensitif. Jadi saya hendak minta tolonglah. Yang Berhormat Bagan, habiskan...

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Hendak jawab, jawab. Tidak hendak jawab, tidak apa.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Saya ringkas sahaja. Saya akan menjawab ringkas. Saya rasa saya sudah bagi peluang.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Habiskan.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Berkaitan dengan bahawa pihak Kementerian Kewangan tidak melayan sebarang aduan, ini tidak benar. Kalau kita lihat satu...

Saya boleh bawa orang dia, saksi dia.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

...Video daripada Tribunal Pengguna di mana Tribunal Pengguna Islam ini menyatakan bahawa beliau menghargai usaha pihak saya untuk menjawab semua surat yang telah diberikan. Sebelum ini tidak diberikan layanan tetapi kerana daripada arahan Menteri, maka bank-bank telah memberikan layanan yang sebelum ini tidak dapat. Saya rasa ini bukti yang paling kukuh bahawa kita melayan semua aduan. Berkaitan dengan LHDN, memang bahawa di bawah pemerintahan Pakatan Harapan dan ini pun boleh disahkan oleh menteri-menteri di sebelah sana yang dahulu bersama dengan kita, bahawa kita telah mengeluarkan arahan bahawa LHDN tidak boleh pergi bersama dengan balaclava mask, senjata api M-16 dan sebagainya. Mestilah mengikuti prosedur yang ditetapkan. Ini ialah di bawah PH. Kalau sekarang baru hendak pergi menyerbu dan sebagainya, itu sudah berubah. Memang tidak ada arahan untuk mengarahkan pihak LHDN mengambil tindakan ke atas sesiapa. Ini terpulang kepada LHDN kerana kita menghormati LHDN sebagai sebuah badan profesional.

Jawapan itu tidak betul. Tidak betul itu.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Kita harap bahawa pihak kerajaan boleh teruskan sikap sebegini...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Pasir Salak.

Pegawai sendiri kata arahan dari atas.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Saya tidak mahu layan lagilah.

Pegawai sendiri kata...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Pasir Salak.

...Dari atas.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Saya hendak teruskan. Di sini, Tuan Yang di- Pertua...

Saya hendak betulkan ini jawapan...

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Ini kena...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Pasir Salak...

Jangan mengelirukan Dewan.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Ini tidak betul.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Pasir Salak, biar dia...

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Statement ini tidak betul.

Tidak betul itu.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Pasir Salak...

Jangan menipu Dewan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Cukuplah Yang Berhormat Pasir Salak. Biar dia habiskan.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak merujuk kepada defisit fiskal berbanding KDNK tahun 2020 yang dijangka mencecah enam peratus berbanding 3.4 peratus pada tahun 2019. Now, kenaikan defisit fiskal ini sesuatu yang membimbangkan kerana boleh menjejaskan kita punya credit ratings, dengan izin, yang telah pun diturunkan daripada segi outlook nya daripada stabil kepada negatif. Ini harus ditangani dengan cermat. Di sini, kenaikan defisit ini diperlukan tetapi pada hemat saya, ia haruslah dikawal supaya ketirisan dan juga masalah rasuah dapat dibendung. Di sini kita kurang lihat komitmen Kerajaan PN ke atas menangani rasuah. Kita berharap bahawa perkara ini boleh diberikan perhatian supaya sistem tender terbuka yang diamalkan sebelum ini dapat diteruskan dan bukanlah diganti dengan sistem tender award secara langsung yang akan merugikan...

Terowong macam mana?

Terowong macam mana, terowong?

Penang punya terowong macam mana?

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

...Dan juga penting bagi memastikan segala perbelanjaan kerajaan...

Terowong dan banglo.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

...Benar-benar sampai kepada rakyat jelata. Antara persoalan yang perlu dijawab demi prinsip ketelusan adalah, satu, berapa unjuran saiz baki semasa kerajaan, current balance untuk tahun 2020? Ini kerana sebelum ini tidak pernah dalam keadaan defisit. Selalu dalam keadaan surplus atau lebihan. Sekiranya dalam keadaan defisit, saya rasa itu kali pertama dalam sejarah.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Kedua, bagaimanakah kerajaan akan mengimbangi baki semasa apabila pendapatan berkurangan tetapi perbelanjaan meningkat melebihi had yang dibenarkan Belanjawan 2020? Untuk pengetahuan semua, pendapatan kerajaan pada suku pertama tahun 2020 sudah jatuh 29 peratus daripada RM63.7 bilion kepada RM45.3 bilion berbanding satu tahun sebelum ini. Ini satu cabaran yang besar macam mana kita boleh menutup kekurangan ini. Kita boleh pinjam. Ya, memang pinjam, tetapi kita pun kena menerima hakikat bahawa tambahan pinjaman ini akan menambahkan hutang kerajaan. Itulah sebabnya penting bahawa apabila kita pinjam sungguhpun pinjaman kerajaan bertambah, kita kena memastikan ia sampai kepada rakyat, bukanlah kepada kroni-kroni seperti dahulu. Ketiga, adakah Subsidi Upah dibiayai melalui perbelanjaan pengurusan? Itu sangat penting. Keempat, bilakah Belanjawan 2020 akan disemak semula bagi menaikkan had perbelanjaan? Kelima, jika ia tidak boleh diimbangi, adakah kerajaan akan menggubal undang-undang untuk memberikan kerajaan kelonggaran untuk berbelanja? Saiz baki semasa kerajaan, terutamanya, amat membimbangkan. Pada suku pertama tahun 2020, data menunjukkan ia berada dalam keadaan defisit yang besar iaitu sebanyak negatif RM17.2 bilion. Walaupun angka ini perlu dilihat dari sudut tahunan, jumlah RM17.2 bilion defisit ini, ini untuk current balance. Hanya untuk current balance.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Jikalau untuk sebuah syarikat current balance negative itu insolvent bankrupt, saya rasa semua tahu. Ini jauh berbeza daripada nilai biasa bagi sesuatu suku tahunan. Sebagai perbandingan, baki semasa untuk suku pertama tahun 2019 adalah positif RM4.3 bilion di bawah Pakatan Harapan dan itulah sebabnya ia sesuatu yang harus diberikan perhatian. Bercakap tentang ketulusan, kerajaan harus terus melaporkan nilai hutang langsung dan juga liabiliti lain sepertimana yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan. Saya berharap nilai terbaru bagi akhir Jun 2020 perlu disebarkan dan dikongsi di Parlimen. Laporan hutang dan liabiliti kerajaan berkala adalah penting sebagai sebahagian daripada usaha untuk beralih daripada asas tunai kepada akaun asas akruan yang lebih tulus dan komprehensif. Saya hendak menyatakan di sini semasa saya menjadi Menteri Kewangan, saya tidak pernah luluskan penjualan sebarang aset kerajaan... [Tepuk] Penjualan sekiranya berlaku, adalah di bawah tangan Menteri-menteri lain, bukan di bawah Menteri Kewangan.

[Dewan riuh]

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

So, janganlah salahkan pihak Menteri yang tidak jual aset...

Yang Berhormat Bagan, sebutlah siapa nama Menteri itu. Senang bagi tahu Menteri mana yang jual, Perdana Menteri dahulu kah atau siapa? Yang Berhormat Bagan, you be a gentlemen Sir. You bagi tahu, senang kita.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Itu Yang Berhormat Baling, dia...

Aset-aset bawah Syarikat Menteri Kewangan, siapakah yang benarkan ia dijual?

You just said...

Syarikat-syarikat di bawah milik Kementerian Kewangan...

[Dewan riuh]

You said bukan Yang Berhormat Bagan buat.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Saya hendak nyatakan di sini, bukan...

...Siapakah punya kuasa untuk dijual?

Tuan Yang di-Pertua, kalau...

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Jikalau hendak tanya apa, tanya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Ia akan tahu pihak mana.

Tidak ada. Syarikat- syarikat milik Menteri Kewangan. Aset dijual, siapakah yang lulus?

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Jangan lupa bahawa banyak keputusan yang dibuat oleh pihak Kerajaan Pakatan Harapan semua diluluskan pihak Kabinet.

Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Kabinet apa? Kabinet apa- Menteri Kewangan bodoh kah, tidak tahu buat apa kah?...

[Dewan riuh]

Tarik balik, Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Akan tetapi... [Disampuk] Bukan daripada pihak Kementerian Kewangan...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Tarik balik.

Tuan Yang di-Pertua, saya minta Yang Berhormat Pasir Salak tarik balik kenyataan itu.

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Wong Kah WohDAP · PHIpoh Timor

Tuan Yang di-Pertua.

Kurang ajar betul dia!

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Sekiranya pihak Yang Berhormat tidak faham perkara ini...

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

Mana boleh Tuan Yang di-Pertua benarkan Yang Berhormat Pasir Salak...

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

...Tidak layak jadi kerajaan.

Saya tanya Menteri Kewangan, takkan lah bisu... [Sistem pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Sudah, sudah. Kejap, kejap. Yang Berhormat Bagan, hendak atau hendak teruskan? Okey, teruskan. Yang lain duduk.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Jikalau saya jawab pun mereka tidak faham. Hutang langsung kerajaan telah meningkat daripada RM793 bilion...

Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Bagan...

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Pada akhir tahun 2019 kepada RM823 bilion...

Saya hendak tanya, IHH dijual kepada Mitsui, siapakah yang lulus?

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

...Pada akhir Mac 2020.

Sudahlah, tidak ada integriti, tidak ada siapa hendak dengar lagi. You have no integrity, no more.

Tuan Yang di-Pertua, this is our honour... [Sistem pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Kejap! Kejap! Yang Berhormat Bagan hendak continue kah atau kita hendak selesai isu tentang tuduh menuduh?

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

No, saya sudah sebut bahawa Kementerian Kewangan... [Sistem pembesar suara dimatikan]

Speaker, stop the floor.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Kejap! Kejap!

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Jelutong, beritahu saya mana dalam perintah standing order kena berhentikan masa?

Tuan Yang di-Pertua, dahulu semasa amalan apabila isu standing order dibangkitkan...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

No, No, Yang Berhormat Jelutong.

Otherwise the Speaker won’t have enough time…

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Jelutong, daripada dahulu, sesi masa masih berjalan...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Let’s be fair Yang Berhormat Jelutong. Itu sebabnya saya cuba...

Are you going to allow them to interrupt?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Jelutong, I am making a decision here. Saya sudah buat keputusan bahawa, biarlah mana-mana Speaker hendak buat keputusan, dia orang hendak jawab kah ataupun dia hendak address kepada intervention daripada mana-mana bawah Perkara 37. Jikalau there is a bantahan, on the standing order, biarlah Speaker yang menjawab. Isu tentang masa itu, saya punya keputusan bahawa masa will go on. Jikalau tidak, kita ini sampai subuh tidak selesai. Jadi, kita telah tetapkan dan juga Speaker telah memberi masa kepada Yang Berhormat Bagan extra time. sekarang Yang Berhormat Bagan sudah tinggal hanya 16 minit. Jadi, saya hendak tanya Bagan, hendak continue kah atau kita hendak address isu yang dibawa ini? Saya hendak buat keputusan sebagai Speaker pada hari ini...

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Saya akan buat sekali gus. Saya akan buat sekali gus.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Silakan.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Boleh saya beri jawapan sekali gus?

Yang Berhormat Bagan, saya...

Yang Berhormat Bagan, boleh saya mencelah?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Sekejap. Yang Berhormat Bagan, dia hendak selesai. Dia tidak...

Betul. Tuan Yang di-Pertua...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Siapa berdiri, refer pada Standing Order yang mana.

I’m asking you Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Saya tidak bagi jalan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Standing Order mana Yang Berhormat Baling?

Tidak bagi jalan ke Pontian?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Baling, Standing Order yang mana?

Boleh bagi jalan ke Pontian?

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Saya cakap ungkapan ini dulu, saya bagi Yang Berhormat Pontian.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Kejap! This is Standing Order untuk Perkara 37...

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Duduk! Duduk dahulu saya bagi nanti.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Pontian...

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Saya hendak sebut di sini, kalau sebut perkataan aset-aset sama ada daripada Khazanah ataupun Mitsui, ia bukanlah diluluskan oleh pihak Kementerian Kewangan. Jikalau hendak tanya Menteri mana, tanyalah Yang Berhormat Gombak. Sila Yang Berhormat Pontian...

[Dewan riuh]

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Peraturan mesyuarat... [Menunjukkan buku Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Sekejap!

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat...

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin AliPKR · PHMenteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Gombak

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Sekejap! Tidak boleh. Yang Berhormat Gombak...

Yang Berhormat Bagan is asking for trouble.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Bagan sudah jemput tadi. Silakan, apakah soalan dia?

Tadi ingat Yang Berhormat Gombak hendak memberikan pandangan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Tidak boleh, tidak boleh. Saya tidak benarkan. Saya hendak Yang Berhormat Pontian. Sila.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Kepada...

...Yang Berhormat Bagan menimbulkan tentang hutang...

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Tuan Yang di-Pertua... [Menunjukkan buku Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat]

Tentang defisit yang bertambah, apa semua. Saya hendak tanya Yang Berhormat Bagan ketika COVID-19 ini, daripada 194 buah negara dalam dunia, manakah negara yang defisitnya tidak bertambah? Mana negara yang hutangnya tidak bertambah ketika COVID-19 melanda seluruh dunia. Kita hendak minta supaya Menteri Kewangan yang baru pergi belajar ke negara itu kalau boleh masuk ke negara itu. Untuk kita mengetahui sebab telah tadi disebut berulang-ulang, bertambah-bertambah dan sebagainya dan ini sememang sebenarnya memang berlaku apabila COVID-19 menyerang.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Silakan.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Di sini saya ingin...

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Peraturan mesyuarat.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Menyatakan bahawa pihak pembangkang meminta sungguhpun bertambah...

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Pastikan ia dapat disalurkan kepada rakyat. Jangan kerana kita tambah hutang ia tidak mencapai sasarannya. Kita lihat ada banyak perniagaan dia tidak dapat bantuan yang dipohon dan perlukan. So, Itulah mesej saya. Sekiranya kita tambah, kalau boleh kawal lah. Macam apabila Pakatan Harapan mula memerintah, kita berdepan dengan masalah hutang 1MDB tetapi kita masih dapat kekalkan ratings daripada Moody's, S&P dan juga Fitch...

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Akan tetapi sekarang kita lihat banyak penurunan daripada credit ratings oleh ketiga-tiga agensi ini. Itulah sebabnya kita harap kawalah dengan baik supaya tidak berlaku ketirisan yang kita lihat, kita nampak, tadi saya sebut hamper RM100 tetapi nilainya RM35. Itulah contoh di mana kita...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Kejap Yang Berhormat Bagan...

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

kita harap dapat diberikan perhatian oleh pihak kerajaan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Okey, Yang Berhormat Bagan.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Di sini saya ingin sebut tentang pengangguran...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Kejap, kejap Yang Berhormat Bagan. Yang Berhormat Bukit Mertajam.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

...Tidak bagi jalan.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada peraturan mesyuarat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Peraturan mesyuarat mana?

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Peraturan Mesyuarat 36(4) - “Adalah menjadi kesalahan bagi Ahli-ahli Dewan yang menggunakan bahasa kurang sopan (biadab) atau membuat pernyataan yang seksis”. Tadi saya telah mendengar bahawa Ahli Yang Berhormat Pasir Salak menggunakan perkataan ‘Menteri Kewangan bodoh’, saya tidak tahu beliau merujuk kepada Menteri Kewangan sekarang ataupun yang mana. Akan tetapi saya rasa itu satu perkataan biadab dan tidak patut digunakan dalam Dewan ini. Saya mohon supaya Tuan Yang di-Pertua minta Yang Berhormat Pasir Salak tarik balik dan mohon maaf.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat, Yang Berhormat...

Saya cakap...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Bukit Mertajam...

...Takkan Menteri Kewangan bodoh. Faham atau tidak ayat itu?...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Pasir Salak...

Takkan Menteri Kewangan bodoh, tidak tahu apa yang berlaku.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Pasir Salak, saya sudah beritahu tadi...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Kenapakah tengok- tengok ini?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Pasir Salak saya sudah beritahu sebentar tadi. Yang Berhormat Bukit Mertajam, saya sudah jawab tentang peraturan sebab ayat dia luas... [Disampuk] Saya sudah ulangi empat kali hingga lima kali. Saya tidak boleh buat keputusan sebab saya hendak berlaku adil. Apa-apa tuduhan, saya akan check Hansard dan saya akan bincang dengan Speaker. Itu dalam mana-mana perkataan yang begitu luas tetapi apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi bagi saya, saya rasa, saya punya keputusan ialah pada sekarang ini disebabkan dalam keadaan kita tengah berbahas, saya pun hendak memberi penghormatan kepada semua pembahas. kalau standing order yang disebut itu standing order yang pada saya- saya tahu ada benda yang sensitif ada yang tidak. Itu sebab saya hendak minta kefahaman kepada semua pihak.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Please understand, saya faham. I understand the sensitivity of everybody tetapi saya pun minta bantuan supaya faham tentang kedudukan Speaker dan Timbalan Speaker supaya kami boleh membuat keputusan menyeluruh. Saya minta biarlah pada hari esok kami hendak ada mesyuarat, itu yang saya minta. Boleh atau tidak semua sabar. Pending that, saya sudah minta tolong jangan guna ayat yang menunjukkan provokasi...

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Selepas kita sudah bincang, then barulah senang kita hendak buat keputusan. Oleh sebab ayat-ayat yang diguna ini, perkataan dia ialah general dengan spesifik. Ayat yang disebut ini banyaknya kepada yang spesifik. Dalam peraturan mesyuarat, ayatnya banyak pada general. Jadi, ini yang menjadi kepada budi bicara yang kadang-kadang keputusan. Jikalau keputusan dibuat, mana-mana pihak akan menyatakan Speaker berat sebelah. Terutama Timbalan Speaker ini kononnya atas lantikan wakil daripada parti-parti politik. Ini menyebabkan kita perlu berhati-hati kesan kepada keputusan Speaker.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Saya cuba sedaya upaya hendak habiskan supaya pembahas boleh selesaikan. Jadi, saya hendak minta boleh tidak kita tunggu? Jadi, kita boleh membuat keputusan pada esok hari.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua, esok.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Esok pukul 10, saya harap insya-Allah Speaker akan membuatkan kenyataan. Boleh?

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Ini peraturan mesyuarat mana pula Yang Berhormat?

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Peraturan Mesyuarat 36(6) juga, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Peraturan yang mana lagi? Peraturan yang sama.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Berkaitan...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Peraturan yang mana Yang Berhormat?

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Saya kira jikalau kita buat...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Peraturan yang sama kah tidak? Yang Berhormat, peraturan yang sama kah tidak? Yang Berhormat yang sama ya?

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Peraturan yang sama. Cuma pada saya...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Boleh tidak tunggu Yang Berhormat?

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Pada saya perkara ini adalah penting.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat, boleh tidak tunggu Yang Berhormat?

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Jikalau kita lihat di media-media sosial anak-anak muda mula mempertikaikan integriti Ahli Parlimen...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat, Yang Berhormat. [Sistem pembesar suara dimatikan]

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

...Yang dilihat tidak beradab dan menunjukkan contoh yang tidak baik...

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

[Sistem pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua, pada saya ini perkara penting.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat- kalau saya tutup, maknanya saya hendak semua duduk.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyampaikan sesuatu...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat mantan cikgu, mantan Menteri.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

...Yang mewakili suara rakyat dan anak muda. Mereka malu. [Sistem pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Mereka malu dengan sikap kita.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua, kita menunjukkan contoh yang tidak baik kepada rakyat, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Lakukanlah yang sebaiknya, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat.

Mereka pun marah tukar kasut dulu.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat...

Warna kasut tukar pun mereka marah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat, janganlah macam ini. Saya tahulah Yang Berhormat semua mantan Menteri. Jadi, bila Speaker atau Timbalan Speaker hendak bercakap, bagi lah penghormatan. Yang Berhormat kata anak muda yang tengok Facebook dan tengok live pun beratus ribu dan berjuta juga. Yang Berhormat, saya padam, Yang Berhormat pun padam, on, saya off, saya on dan saya off semuanya, Yang Berhormat pun berkelakuan boleh dilihat sebagai tidak begitu parliamentarian...

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Ini Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat, setiap kali kita bercakap, kesian pada Yang Berhormat Bagan. Saya hendak cuba habiskan perbahasan Yang Berhormat Bagan, mantan Menteri.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Saya teruskan, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Boleh? Boleh tidak kita tunggu esok?

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Bagan, boleh bagi?

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Teruskan.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Bagan, boleh bagi?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Peraturan mesyuarat yang mana pula Yang Berhormat Bintulu?

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Saya hendak teruskan ucapan saya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Hendak minta laluan.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Tidak.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Peraturan mesyuarat kah, minta laluan?

Minta laluan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Laluan kena tanya kepada Yang Berhormat Bagan.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Saya hendak teruskan ucapan saya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Tanya pada Yang Berhormat Bagan. Boleh bagi laluan?

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Saya hendak teruskan ucapan saya.

Boleh bagi kah?

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Boleh bagi laluan?

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Saya hendak teruskan ucapan saya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Boleh bagi laluan?

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Saya hendak teruskan ucapan saya.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Boleh bagi laluan?

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Tidak bagi, tidak bagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Dia tidak bagi laluan...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

[Sistem pembesar suara dimatikan]

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Naik sebanyak 3.2 peratus kepada 5.3 peratus pada bulan Mei. Kadar ini bersamaan dengan 830 ribu orang yang menganggur. Ini satu perkara yang amat serius. Sekiranya kita hendak tambah pinjaman kerajaan, kami harap bahawa pekerjaan mereka boleh diselamatkan. Ini adalah amat penting. Apa gunanya kita belanjakan puluhan bilion kalau pekerjaan tidak boleh diselamatkan dan kalau perniagaan juga tidak boleh diselamatkan. Itu rayuan dan juga harapan daripada semua pihak.

Who is talking man?

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Kita sedia bersama-sama menyokong sekiranya pinjaman ini dapat selamatkan pekerjaan dan juga selamatkan perniagaan. Sekiranya ini tidak dapat dilaksanakan, ini membuktikan bahawa semua usaha ini hanya sesuatu yang sia-sia. Janganlah kita mencurahkan air di daun keladi. So, itulah sebabnya kita harap sekali lagi, biarkan usaha ini dapat benar-benar membantu marhaen, orang biasa. Bukanlah mereka yang besar-besar. So, di sini saya sekali lagi ingin menyatakan pentingnya bahawa kita berikan tumpuan kepada ekonomi. Suka atau tidak suka, saya rasa satu isu yang amat penting ialah 1MDB. Kalau kita lihat satu laporan daripada New Straits Times...

1MDB dan terowong. 1MDB dan terowong...

[Dewan riuh]

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

...Yacht sebanyak USD686 juta.

Terowong cerita dulu. Terowong, terowong.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Adalah perlu bahawa...

Terowong cerita dulu.

Minggu depan kita cerita terowong.

Kenapakah tidak berani cerita terowong?

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

...Kapal layar Topaz ini. Ini melibatkan...

Consultant sahaja RM16 juta.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

...Jumlah sebanyak USD180 juta daripada 1MDB. Itu satu perkara penting.

1MDB kes tengah jalan.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Ini kerana kalau kita lihat Yang Amat Berhormat Pagoh...

Tuan Yang di- Pertua, tengah jalan kes itu. Jadi, janganlah...

[Dewan riuh]

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Yang Amat Berhormat Pagoh sendiri.

Sensitif, tidak boleh cakap.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Yang Berhormat Baling, kacau.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

[Menyampuk]

Kalau hendak cerita fasal banglo tidak apa, banglo sudah kena kes tarik, AG sudah tarik. Kes yang ini tidak boleh.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

[Menyampuk]

Terowong sudah kena tarik, kes yang 1MDB ini kes belum buat keputusan. Tidak boleh, tidak boleh.

Tuan Yang di-Pertua, mana boleh ganggu Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Baling... [Sistem pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat, kita sudah buat keputusan pada sesi-sesi daripada dulu, kes-kes mahkamah di bawah sub judice. Semua kes sub judice saya rasa kita...

Mana dia mahu ikut undang-undang. Dia sendiri undang-undang.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Maknanya, kedua-dua pihak, mana-mana kes yang ada dalam mahkamah, ikut peraturan mesyuarat dilihat sebagai sub judice.

Akan tetapi kes terowong dalam mahkamah atau tidak?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Keputusan saya...

Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Kejap. Keputusan saya, semua kes yang ada kena mengena dengan kes mahkamah yang masih dalam proceeding, kita tidak boleh bawa kerana sub judice.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Kes yang tidak dalam proceeding, saya rasa tidak ada dalam peraturan mesyuarat.

Jadi, ini bermakna...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Ini keputusan saya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Silakan Yang Berhormat Bagan.

Jadi, ini bermakna kes terowong... [Sistem pembesar suara dimatikan]

Kes banglo dengan terowong, Terubong, Terubong.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Sekejap.

Kes banglo dan terowong boleh, Tuan Yang di-Pertua?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Sekejap.

Tuan Yang di-Pertua, banglo dengan terowong boleh, Tuan Yang di-Pertua?

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

[Menyampuk]

Itu sudah tidak ada mahkamah.

Saya hendak minta penjelasan daripada... [Sistem pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Sekejap.

Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Bagan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Semua hendak bercakap, macam mana saya hendak bercakap?

Tidak, saya tanya...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Sekejap.

...Tentang Yang Berhormat...

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Nanti, nanti. Saya dapat penjelasan daripada Tuan Yang di-Pertua dulu.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Arau, biarlah saya jemput dulu. Yang Berhormat Jelebu, saya faham. Biar- sekejap, sekejap. Bukan saya jemput Yang Berhormat.

Oh, bukan jemput. Sorry.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Beritahu saja Yang Berhormat.

Saya ingat Tuan Yang di-Pertua jemput saya bercakap.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Tidak. Saya sebut sebagai contoh. Biar saya jemput baru berdiri. Janganlah semua main rempuh saja.

Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak cuba...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat, saya tidak jemput Yang Berhormat.

Oh, okey, okey. Silap.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Tidak boleh.

Sorry, sorry Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat duduk.

Ya, ya. Saya duduk sekarang.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Belum, belum. Belum lagi. Sekejap lagi. Biarkan– sekejap, saya hendak buat keputusan saya.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Okey. baik.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Semua kes sub judice yang ada dalam kes-kes, bagi saya kes mahkamah, kita kena berlaku adil sebab Dewan sudah buat keputusan. Kita setuju. Kes yang mana belum dalam kes mahkamah, memang boleh sebab ia tidak tertulis dalam peraturan mesyuarat. Itu keputusan saya.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Itu about Topaz.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Silakan Yang Berhormat.

Yang Berhormat.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Topaz, what about Topaz? Ini belum bangkit. Ini baru punya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Kes yang mana?

Yang Berhormat.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Topaz. The super yacht.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Kes yang mana?

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Topaz.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Oh, super yacht.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Super yacht, ini yang baru punya, kes yang baru dibongkarkan.

Yang Berhormat.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Ini bukan yang lama. Itu baru dibongkarkan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat, saya cakap...

Yang Berhormat.

1MDB tidak boleh. Masa itu Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Bagan ada.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

[Tidak jelas]

Yang Berhormat Bagan dengar dengan Tan Sri Ariff, Tuan Yang di-Pertua masa itu, didengar.

Tuan Yang di-Pertua. [Sistem pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Sudah? Ya, sila.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Ini keputusan Tuan Yang di-Pertua, saya ikut arahan Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Okey. Tinggal dua minit.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Ya, harap diberikan masa kecederaan.

Yang Berhormat.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Banyak gangguan daripada pihak sana.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Tinggal dua minit dan 40 saat.

Standing Order Yang Berhormat.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Ya, saya juga hendak bangkitkan satu isu...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Tidak ada masa kecederaan ya.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Harap bagi, ini terpulanglah pada Tuan Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Saya tidak dapat bagi kalau...

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Ya, saya ingin minta juga bahawa pihak kerajaan juga berikan perhatian kepada permintaan daripada kaum masyarakat bukan Islam di Kedah kerana mereka bimbang bahawa rumah ibadat mereka menghadapi pencerobohan ataupun perobohan.

Yang Berhormat, saya sudah bangun lama Yang Berhormat.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Kita harap bahawa semua pihak boleh sensitif tentang perkara ini. Tindakan yang diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Kedah telah menyentuh sensitiviti tersebut.

Yang Berhormat Bagan, boleh Yang Berhormat Bagan?

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

So, di sini kami harap bahawa...

Saya bukan minta Yang Berhormat Jelutong, saya minta Yang Berhormat Bagan.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

...Janganlah sesuka hati merobohkan rumah ibadat bukan Islam. Ini kerana kalau kita lihat di bawah zaman pemerintahan Tok Guru Tuan Haji Nik Aziz, tidak pernah berlaku di Kelantan. Apa yang berlaku di negeri Kedah, ada sesuatu yang amat dikesali. Kita harap pertimbangan yang sewajarnya dapat diberikan supaya tidak lihat bahawa sensitiviti dan juga rumah ibadat bukan Islam yang sekian lamanya ini sekarang tergugat dan terancam. Akhirnya, berkaitan dengan falsafah pemerintahan Pakatan Harapan berbanding dengan Perikatan Nasional. Selalunya disebut bahawa betapa baiknya Perikatan Nasional. Akan tetapi lupa pula bahawa banyak dasar ini adalah daripada Pakatan Harapan. Termasuk sendiri Menteri-menteri yang dulu dalam Pakatan Harapan, sekarang dalam Perikatan Nasional...

Baguslah itu. Yang Amat Berhormat Pagoh gentlemen.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Mengapa mereka berpaling tadah...

Yang Amat Berhormat Pagoh gentlemen lah itu.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Diamlah. Yang Berhormat Baling, duduklah Yang Berhormat Baling.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Akan tetapi sekurang-kurangnya...

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

...Pakatan Harapan dipandu oleh falsafah...

Kalau Yang Berhormat hendak ungkit...

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

...Manifesto Pakatan Harapan. Ini amat penting.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Yang Berhormat Baling, you better watch out.

DNA UMNO, tidak payah ungkit. Akan tetapi apa yang paling penting mereka telah memberikan perkhidmatan yang lebih baik masa PN daripada masa PH.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Kita hendak lihat apabila Pakatan Harapan dipandu oleh Manifesto Pakatan Harapan.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Apakah falsafah Kerajaan Perikatan Nasional? Adakah mereka ada satu manifesto? Adakah mereka ada dasar? Kecuali untuk kekal kuasa bertungkus-lumus...

Manifesto pun tidak buat macam mana hendak jadi manifesto...

[Dewan riuh]

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Daripada tidak ada manifesto langsung, daripada tidak ada manifesto langsung. Tidak malu, tidak malu. Muka tembok.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

...Kepada keputusan yang diberikan...

Tipu rakyat siang malam.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

...Itulah sebabnya. Sungguhpun kita mungkin ada pandangan yang berbeza. Biarlah kita hormati lunas-lunas demokrasi. Mandat rakyat tahun 2018 mestilah dihormati dan ditegakkan...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Masa sudah tamat Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

...dan kita akan terus berjuang...

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Tuan Yang di-Pertua, tambah lagi selamat 10 minit lagi.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

...Untuk tegakkan mandat ini sungguhpun ada pihak yang...

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Tuan Yang di-Pertua, tambah selama 10 minit lagi.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

...Telah berpaling tadah. Sekian, terima kasih.

...Bekas Menteri Kewangan telah gagal menguruskan ekonomi... [Sistem pembesar suara dimatikan]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Manifesto pun tipu banyak.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Okey, sekarang saya jemput Yang Berhormat Batang Lupar...

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Yang Berhormat Pasir Salak pun sama.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Ada? Yang Berhormat Batang Lupur tidak ada?

Batang Lupar Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Batang Lupar ada?

Ada, ini berdiri ini Yang Berhormat Batang Lupar.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Ada. Silakan selama 20 minit. Yang Berhormat?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Selama 20 minit.

Berapa minit?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Selamat 20 minit.

Sebut baik-baik sikit. Batang Lupar bukan batang apa pun.

Terima kasih, kepada Tuan Yang di-Pertua. Batang Lupar luas terbentang, harap kita lepas ini bertenang. Terima kasih atas kesempatan yang diberikan ke Batang Lupar untuk mengambil bahagian dalam perbahasan pada kali ini. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] Terlebih dahulu saya ingin menjunjung kasih Titah Ucapan Diraja Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa Pembukaan Penggal Ketiga, Parlimen Ke-14 baru-baru ini. Setinggi tahniah diucapkan kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar bin Azizan @ Harun dan Yang Berhormat Timbalan Yang di- Pertua Dato’ Sri Azalina Othman Said yang turut mencipta sejarah sebagai wanita pertama dipilih mempengerusikan sidang Dewan Rakyat... [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, keyakinan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kepada kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tan Sri Dato’ Sri Haji Muhyiddin bin Md. Yassin, barisan Kabinet baharu serta kerajaan ketika ini terzahir dalam tempoh masa yang amat singkat apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah berjaya mengemudi Malaysia sehingga diiktiraf sebagai antara lima buah negara terbaik di dunia dalam mengawal pandemik COVID-19. Malah sedaya-upaya memastikan ekonomi Malaysia berada di landasan yang betul dengan memperkenalkan beberapa inisiatif dan pakej rangsangan ekonomi seperti Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bernilai RM35 bilion. Syabas diucapkan. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada Kerajaan Pusat di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Kerajaan Negeri Sarawak di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg kerana telah mengambil inisiatif untuk menyelesaikan isu antara kerajaan Sarawak dan PETRONAS, dengan cekap dan harmoni. Setinggi-tinggi penghargaan daripada kami rakyat Sarawak kerana mendengar pandangan dan usul kami dalam perkara ini. Ini merupakan satu wawasan jauh beliau, agar semua pihak dapat menerima manfaat seadil-adilnya. Walaupun wujud perbezaan pendapat, tetapi kesejahteraan rakyat dan negara telah diberi keutamaan supaya isu ini tidak berlarutan yang berakhir boleh memberi impak negatif kepada semua. Sebagai negeri terbesar di Malaysia, Sarawak dijangka memberi sumbangan berimpak tinggi terhadap pertumbuhan ekonomi negara. Pada masa ini, Sarawak menyumbang lebih kurang 10 peratus kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Dengan wawasan menjadi negeri maju pada tahun 2030 oleh kepimpinan negeri, saya yakin Sarawak mampu memberi sumbangan lebih besar dalam tempoh terdekat. Oleh itu, saya menyeru agar Kerajaan Pusat dan Kerajaan Sarawak terus berkongsi dan merangka strategi bersama untuk pertumbuhan ekonomi kedua-duanya dan dapat menyumbang di antara satu sama yang lain. Sarawak mempunyai sumber asli yang banyak dan potensi biodiversiti yang luas. Tambahan dengan wawasan ekonomi digital oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak. Saya percaya pertumbuhan ekonomi yang disasarkan akan dapat dicapai bersama. Agenda Sarawak First akan terus menjadi keutamaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) demi kepentingan negeri dan rakyatnya. GPS di bawah Kepimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri akan terus memberikan sokongan kepada Kerajaan Pusat terutamanya dalam memastikan negara terus stabil berdepan dengan pelbagai cabaran ketika ini. GPS sentiasa mengutamakan kepentingan Sarawak dan apa yang terbaik untuk Sarawak serta menyokong Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kami berasa bahawa kami boleh bekerjasama dengan Perikatan Nasional dalam membangunkan lagi Sarawak. Lihat sahaja pelbagai kesepakatan yang tercapai di antara GPS dan Perikatan Nasional sebaik sahaja Perikatan Nasional membentuk kerajaan.

Saya juga ingin memanjangkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Perikatan Nasional kerana tidak ketinggalan memberi fokus ke Sabah dan Sarawak dalam Kabinet baharu dengan pewujudan jawatan Menteri dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi hal ehwal Sarawak dan Sabah. Sarawak mengumumkan penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi Sarawak atau, dengan izin, Sarawak Economic Action Council untuk mempermudah strategi pemulihan ekonomi pasca COVID-19 sehingga tahun 2030 dengan penekanan kepada ekonomi digital dan kelestarian alam sekitar. Bagi meningkatkan produktiviti dan daya saing ekonomi, Kerajaan Negeri Sarawak akan meningkatkan agenda ekonomi digital di semua sektor ekonomi Sarawak, selain pusat data memainkan peranan penting dalam mendorong inovasi kepada bidang aplikasi digital. Selain daripada itu, Sarawak akan memastikan bahawa persekitaran yang bersih, sihat dan berdaya tahan untuk generasi sekarang dan akan datang tercapai. Sembilan cadangan utama yang digariskan kerajaan negeri meliputi sektor-sektor utama dan penting iaitu pusat data raya dan inovasi- tenaga terbaharu, perlombongan, sumber pendapatan terbaharu, produktiviti tahap tinggi, sektor pertanian komersial dan komoditi, perkilangan hiliran nilai tinggi, menghijaukan semula Sarawak melalui industri penanaman hutan secara agresif, kepelbagaian pelancongan, perkhidmatan sosial berkualiti untuk rakyat, tenaga boleh diperbaharui- bekalan masa depan serta penyelarasan masa depan pendidikan dan sumber manusia. Sarawak turut bersama bergandingan dengan Kerajaan Pusat menangani situasi pandemik COVID-19. Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang banyak memberikan tumpuan untuk mengurangkan kesan COVID-19 dan melindungi kesejahteraan rakyat melalui langkah-langkah proaktif bagi kakitangan barisan hadapan, isi rumah, komuniti perniagaan dan seluruh lapisan rakyat. Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang tersedia atas keprihatinan Kerajaan Sarawak terhadap rakyat dan gabungan kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Persekutuan iaitu PRIHATIN dan PENJANA akan dapat mengukuhkan lagi kemampuan Sarawak membantu rakyat serta industri yang terjejas akibat COVID-19.

Tuan Yang di-Pertua, menyahut saranan dari Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong dalam Titah Baginda baru-baru ini, industri komoditi berasaskan pertanian sememangnya turut menjadi agenda utama saya sebagai wakil rakyat di Batang Lupar. Sarawak berhasrat untuk meningkatkan pendapatan rakyat dan merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar. Antara strategi utama adalah dengan memperkasakan sektor pertanian moden melalui penyediaan infrastruktur dan kemudahan yang cukup. Walau bagaimanapun, perancangan yang holistik perlu dilakukan oleh kerajaan agar matlamat ini benar-benar dapat dicapai, mengambil kira faktor-faktor yang mungkin menjejaskan segala perancangan. Kerajaan perlu melihat sokongan oleh inisiatif ekonomi digital yang giat dirangka dapat turut di laksana. Pembangunan industri pertanian secara lestari di kawasan luar bandar sedaya upaya dibangunkan walaupun dengan kekangan yang dihadapi daripada segi infrastruktur dan logistik. Saya amat berterima kasih kepada kerajaan terutamanya Kementerian Pertanian dan Industri Makanan yang melihat potensi besar di Batang Lupar dengan membuka kawasan baharu untuk pengeluaran padi yang tinggi dan menawarkan banyak peluang pekerjaan di kawasan IADA Batang Lupar dan sememangnya sangat berpotensi untuk dijadikan sebagai hab pengeluaran makanan Malaysia. IADA Batang Lupar merupakan kawasan jelapang padi negara yang baharu bagi menyumbang ke arah tahap sara diri padi sebanyak 72 peratus menjelang tahun 2020, tahun ini. Bagi tujuan ini, IADA disasarkan untuk purata pengeluaran hasil padi ke tahap 6.5 tan metrik sehektar, semusim dan ini seterusnya akan mengurangkan kebergantungan negara kepada import beras. Selain itu IADA juga mempunyai objektif meningkatkan pendapatan golongan sasar. Bagi tujuan ini, IADA akan dilengkapkan dengan kemudahan infrastruktur serta sistem moden bagi meningkatkan tahap pengeluaran. Golongan sasar juga akan turut diberikan latihan mencukupi agar sentiasa progresif dan bersemangat keusahawanan. Ini bagi memastikan mereka dapat meningkatkan taraf kehidupan, pendapatan dan berdaya maju. Inisiatif-inisiatif lain sebagai enabler untuk peningkatan hasil yang dibangunkan adalah seperti penggunaan variety padi sah baharu yang berhasil tinggi dan rintang penyakit.

Dalam mendepani situasi di luar jangka pandemik COVID-19, saya memuji kesiapsiagaan kerajaan dalam memastikan keperluan makanan asas kepada rakyat mencukupi. Walau bagaimanapun, masih terdapat panic buying di kalangan rakyat walaupun kerajaan menjamin bekalan makanan asas terutamanya tidak akan terputus. Realitinya rak-rak di pasar raya tetap kosong bagi beberapa barangan tumpuan seperti roti, bahan mentah, malahan tisu tandas pun kadang-kadang tidak ada. Keadaan ini pastinya tidak akan wujud jika benar-benar bekalan bagi barangan tersebut mencukupi. Sama ada ia terputus di peringkat pembekal, mahupun pemborong atau peruncit, ia tidak boleh dijadikan alasan kerana akhirnya pengguna yang akan menjadi mangsa. Jika dilihat Dasar Agromakanan Negara 2011-2020 bermatlamatkan dalam menjamin bekalan makanan yang mencukupi dan selamat menjadi sektor agromakanan seperti industri yang berdaya saing dan mampan dan meningkatkan tahap pendapatan usahawan tani telah tercapai. Saya percaya banyak usaha yang terus dilakukan oleh kerajaan bagi menangani isu penambahan import barang makanan dan mengurangkan defisit makanan selain memperkukuhkan aplikasi teknologi dalam sektor agromakanan selaras dengan gelombang Revolusi Perindustrian 4.0. Apakah perancangan kerajaan untuk bersiap sedia ke arah gelombang Revolusi Perindustrian 4.0? Tuan Yang di-Pertua, sektor pelancongan adalah antara sektor yang paling terjejas bukan sahaja di Malaysia, malahan di seluruh dunia. World Trade and Tourism Council telah mengeluarkan amaran bahawa pandemik COVID-19 boleh mengakibatkan 50 juta orang pekerja kehilangan sumber pendapatan di seluruh dunia dalam sektor ini. Lebih membimbangkan lagi apabila negara-negara Asia adalah negara yang paling menerima impak negatif di mana jumlah tersebut, 30 juta pekerjaan melibatkan negara- negara Asia. Sektor pelancongan global yang terdiri daripada 10 peratus GDP dianggarkan memerlukan tempoh 10 bulan untuk dipulihkan jika pandemik COVID-19 berakhir. Sektor pelancongan Malaysia adalah antara yang terkesan teruk bermula awal tahun ini akibat pandemik COVID-19. Tambah terkesan apabila tahun 2020, Malaysia sepatutnya meraikan jangkaan 30 juta orang pelancong dunia sempena Tahun Melawat Malaysia. Untuk rekod, industri pelancongan negara menyumbang RM84.1 bilion kepada pertumbuhan ekonomi negara menerusi ketibaan kira-kira 25.8 juta orang pelancong antarabangsa pada tahun 2018. Trend kemasukan pelancong asing ke Malaysia sejak tujuh tahun kebelakangan ini adalah sekitar 22 hingga 25 juta setahun. Berikutan pandemik COVID-19 dan juga pembatalan Tahun Melawat Malaysia 2020...

[Bangun]

...Malaysia memerlukan sokongan pelancongan domestik secara total bagi memastikan sektor ini tidak terus berdepan dengan kerugian dan rakyat Malaysia masih boleh menikmati percutian di dalam negara.

Yang Berhormat Batang Lupar.

Saya percaya ini merupakan antara cabaran terbesar kerajaan terutama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bagi merancakkan semula sektor pelancongan seterusnya menjana semua pendapatan negara melalui aktiviti dalam sektor ini.

Mohon pencelahan.

Beberapa langkah drastik...

Boleh?

Saya sikit sahaja time saya.

Sikit sahaja fasal pelancongan...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ada tinggal empat minit lagi, sila Yang Berhormat Jelebu.

...Boleh, Yang Berhormat Batang Lupar.

Okey sikit.

Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar. Tuan Yang di-Pertua, saya setuju dengan pandangan daripada Yang Berhormat Batang Lupar tentang kesan yang sangat besar kepada industri pelancongan kerana 25 ke-30 juta orang pelancong luar tidak boleh masuk ke negara. Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Batang Lupar, kita hendak aktifkan pelancongan domestik tetapi hotel kita mahal, kos hotel mahal, kos tempat tinggal dan beberapa kos yang lain. Untuk menjadi ataupun untuk mengaktifkan pelancong-pelancong domestik ini Yang Berhormat Batang Lupar, saya hendak cadangkan kepada kementerian supaya bincang dengan hoteliers supaya kos hotel ini kita bagi diskaun during the pandemic dan juga termasuk kita naik taraf dan tingkatkan keupayaan homestays yang berada dalam negara. Apakah pandangan Yang Berhormat Batang Lupar? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Jelebu, masukkan dalam ucapan saya. Sebenarnya saya ada di sini yang saya ingin cadangkan iaitu supaya kita memberi tumpuan kepada pelancongan domestik. Jadi apa Yang Berhormat Jelebu katakan tadi kerana ia bukan sahaja mampu menjana pendapatan negara malahan ia merupakan instrumen integrasi nasional dan berupaya meningkatkan perasaan cinta negara iaitu dengan kita banyak melancong dalam negara. Jika selama ini warga emas boleh mendapat diskaun hingga 50 peratus untuk tambahan ya Yang Berhormat Jelebu, tambahan. Jika warga emas boleh mendapat diskaun sehingga 50 peratus untuk menggunakan pengangkutan awam, tiket masuk ke taman tema, muzium dan tempat-tempat pelancongan lain, saya mencadangkan agar kementerian memanjangkan skop ini untuk harga bilik hotel atau pakej percutian kepada golongan ini. Ini boleh membantu menyemarakkan lagi pelancongan tempatan. Bukannya muda sahaja Yang Berhormat ya, yang warga emas pun saya rasa eloklah kita bagi ketenangan kepada mereka [Ketawa] Produk pelancongan bukan hanya terhad kepada tempat menarik, alam sekitar semula jadi, inap desa, hotel dan taman tema, produk-produk tempatan terutamanya produk yang unik bagi sesuatu tempat atau negeri sama ada daripada segi produk makanan, kraf tangan, bahan mentah dan sebagainya turut perlu dipromosikan. Pada masa yang sama untuk melancong, bukan sahaja menyentuh faktor bajet tetapi juga kelapangan waktu. Ini untuk yang bekerja pula.

Ada yang mempunyai wang untuk berehat atau getaway, dengan izin, namun tidak mempunyai masa untuk pergi bercuti. Kenapa tidak boleh kita mencadangkan di sini supaya dipertimbangkan memberi cuti tambahan satu hari setiap hari Jumaat atau tambahan cuti pada hari Ahad bagi negeri-negeri yang bercuti pada hari Jumaat. Ini boleh memberi ruang untuk warga tempatan bercuti dan menghabiskan masa yang berkualiti bersama keluarga dengan melancong dalam tempoh yang lebih lama iaitu boleh duduk tiga hari dua malam berbanding dua hari satu malam. Secara tidak langsung, juga ia dapat meleraikan kumpulan pelancong bersesak-sesak di sebuah tempat pada satu masa. Tambahan satu malam ini juga boleh memberi ruang untuk menikmati percutian ke destinasi-destinasi yang lebih jauh seperti silalah datang ke Sabah dan Sarawak.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ada 30 saat lagi Yang Berhormat.

Okey. [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik.

Ini fasal kemiskinan sedikit sebanyak.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila.

Saya ingin mendapat penjelasan sebab ada diumumkan had pendapatan garis kemiskinan yang baharu ini, RM2,208 berbanding kadar sekarang RM980. Jadi, lebih ramai lagi orang miskin. Kalau dapat daripada segi gaji minimum, sebab kita ada gaji minimum RM1,200, jadi bermakna ramai sangat orang miskin. Jadi, harap kerajaan dapat memberi sedikit penjelasan. Jadi dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya menghormati Tuan Yang di- Pertua, jadi saya ingin menyentuh di sini bahawa GPS, kami Gabungan Parti Sarawak menyokong sepenuhnya supaya kita dapat terus maju di masa Perikatan Nasional ini. Sekian, terima kasih... [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Parit Buntar, diikuti oleh Yang Berhormat Tanjong Karang, kemudian dikuti oleh Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu dan yang terakhir mungkin hari ini, Yang Berhormat Hulu Rajang. Silakan Yang Berhormat Parit Buntar, 20 minit.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya mohon soalan. Kalau boleh, diminta sedikit tambahan kerana ada isu Tabung Haji yang menjadi perbahasan cukup panas dalam Dewan ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Teruskan dulu.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Boleh?

Boleh, boleh, boleh esok.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Teruskan 20 minit dulu.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya terima itu sebagai satu- boleh, insya-Allah. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya mulakan bicara dalam ucapan ini, bagi saya merafakkan setinggi sembah ke Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas kesudian Yang di-Pertuan Agong membuat titah kepada patik sekalian. Saya ingin rakamkan di sini bahawa di atas apa sahaja perbezaan pandangan dan pendapat walaupun Dewan ini sejuk, tetapi kepala kita nampaknya tak sejuk. Patik ingin menegaskan kepada Tuanku bahawa semua kami di sini daripada mana-mana blok sekalipun, merupakan rakyat Tuanku yang taat setia kepada negara di bawah naungan Tuanku. We are all loyal, subjects to your Majesty. Begitulah juga kita bernaung di bawah Yang di-Pertuan Agong dalam satu naungan yang kita harapkan, apa sahaja kemelut yang kita hadapi daripada COVID-19 dan sebagainya akan berlalu. Saya juga ingin merakamkan penghargaan tidak terhingga kepada mantan Yang di-Pertua Dewan ataupun Speaker yang telah dikosongkan kerusinya semasa beliau masih segak duduk di kerusinya. Hasrat dan cita-cita Yang Berusaha Tan Sri Dato’ Mohamad Ariff bin Md Yusof merupakan satu lambang komitmen usaha gigih without fear or favor bagi menjadikan Parlimen Malaysia ini dihormati dan disanjung serta bertaraf dunia... [Tepuk] Saya ingin mencatatkan di sini seorang penulis dari Scotland pernah berkata sesuatu tentang Parlimen yang merupakan satu fenomena bukan sahaja pada masa ini yang disaksikan, tetapi juga sebelumnya daripada awal kurun ke-19 lagi. Beliau berkata, “We all know what Parliament is and we are all ashamed of it”. Semua kita tahu Parlimen itu apa, kita juga malu kadang-kadang dengan Parlimen itu sendiri. Saya yakin Yang Berusaha Tan Sri Dato’ Mohamad Ariff telah melakukan yang terbaik dan saya yakin usaha-usaha ini akan terus diperkasakan. Saya ingin memberikan beberapa rangkap pantun, Orangnya arif cukup ternama; Selain arif, belum tertera; Budi tuan terkenang selama; Kata nasihat, umpama mutiara. Tuan Yang di-Pertua, Parlimen kita ini sebuah tempat yang cukup mulia. Oleh sebab itu kita masuk Parlimen dalam adab dan etika yang ditetapkan. Akan tetapi kita janganlah hanya luaran menjaga adab dan etika pakaian, tetapi tidak ada di sana adab dan etika ketika kita berbahas dan ketika kita berucap. Ini adalah berpandukan kepada Parlimen bebas. Ia tidak terikat. Pandangan tidak semestinya semua sama, kita boleh berbeza. Cuma kadangkala kita tidak dipandu oleh dhomir kita. Dhomir ataupun sedar dhomir yang disebut sebagai conscience itu sangat penting supaya segala keputusan yang kita buat, undi yang kita ambil, hujah yang kita kemukakan, mestilah berdiri di atas tiga perkara untuk sama-sama kita ambil iktibar termasuklah kepada Parit Buntar sendiri. Pertama, dhomir itu dipandu oleh kekuatan hujah dan merit. Bukan kita memperkecil-kecilkan, memilih kata-kata yang unparliamentary. Kita mesti meyakinkan apa yang kita nak hujahkan kepada soalan kenapa, konteks yang lebih besarnya apa, serta implikasi kepada tindakan-tindakan kita. So, seperti kata pepatah Inggeris, “Sooner or later everyone sits down to a banquet of consequences.”

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Dalam Islam, kaedah ini dikenali sebagai ‘iktibar Maalatul-Af’al’. Bukan seronok cakap ikut dan, tetapi apa keputusan yang kita buat di sini, pasti akan memberi kesan yang besar kepada seluruh negara. Kedua, mesti mengikut peraturan dan hukum. Tak boleh kita bulldoze ikut dan kerana peraturan dan hukum itu sendiri lambang kepada peradaban, lambang kepada ketamadunan. Ini Parlimen lambang ketamadunan, tetapi orang tak nampak kita ini ikut tamadun apabila kita melanggar hukum-hukum dan juga aturan-aturan yang kita sendiri telah setujui. Ketiga, kita perlu ada GPS moral. Bukan Gabungan Parti Sarawak, tidak GPS. Akan tetapi, Global Positioning System yang memandu kita dalam apa sahaja bicara kita di dalam Dewan ini. Satu, memartabatkan kemanusiaan. Jangan hina sesama manusia. Hitamkah, putihkah, birukah, hijaukah, kita manusia. Jadi, kalau ada lagi remarks yang begitu, saya rasa kita belum lagi ada satu panduan moral yang memartabatkan manusia itu di tempatnya. Menghormati warna kulit, keturunan, latar belakang kaum, bangsa dan agama. Jangan kerana kita nak menegakkan hujah, kita menghina mana-mana kaum, mana-mana bangsa, mana-mana keturunan, kulit dan warna. Ini lambang ketamadunan. Oleh sebab itu, hendaklah kita pastikan moral kita dipandu oleh lambang-lambang ini sebagai simbol kepada seluruh rakyat Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya akan seterusnya masuk kepada isu Tabung Haji. Saya mohon supaya soalan saya ataupun apa kenyataan yang saya buat, dibuat respons oleh pihak kerajaan.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya minta Tuan Yang di-Pertua, atas sebab waktu dan kekangan, melainkan Tuan Yang di-Pertua bagi saya sebanyak 30 minit. Oleh sebab, isu ini sangat besar Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa kalau dibiarkan berbagai-bagai persepsi. Ia bukan soal saya yang terkesan. Saya selalu berdoa kepada Allah SWT seperti mana yang disebut di dalam Surah Yusuf... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Bermaksud, “Kamu telah dipesongkan dengan satu urusan untuk kepentingan kamu sendiri dan aku akan bersabar. Sesungguhnya sabar itu satu keindahan. Allah SWT sahajalah yang menjadi penolong kepada apa yang kamu katakan”. Saya tidak ada masalah. Cuma, yang kita bimbang ialah isu Tabung Haji ini melibatkan soal institusi umat Islam yang melibatkan sebanyak sembilan juta, hampir- pendeposit. Sejumlah RM70 bilion hampir, nilai dan seramai 30 ribu orang hampir setiap tahun kita mengendalikan haji dan operasinya kecuali tahun ini. Maka, saya tidak fikir ia masalah peribadi. Saya harus akur dan jujur di sini kepada sahabat-sahabat dan Ahli-ahli Dewan yang saya hormati sekalian. Bukan mudah untuk membuat keputusan pemulihan Tabung Haji. Bolehlah saya ibaratkan, bak kata pepatah orang Melayu kita, ‘ditelan mati mak, diluah mati bapak’. Ia keputusan yang sukar. Akan tetapi, apakan daya, apabila kita mendapati dan diumpamakan Tabung Haji ini umpama kanser. Tabung Haji ini umpama kanser, Tuan Yang di-Pertua. Jika tidak diubati dan tidak dihentikan virusnya atau tidak dihentikan pendarahannya, maka keseluruhan sistem ini bukan sahaja Tabung Haji tetapi kita akan menerima risiko systemic daripada pasaran, kewangan dan sebagainya. Itulah alasannya. Tuan Yang di-Pertua, boleh tambah lagi?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Teruskan. Ada sebanyak 10 minit lagi. Silakan. Teruskan, teruskan.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Minta tambah lagi Tuan Yang di-Pertua. Risiko systemic, risiko systemic dan oleh sebab itulah Gabenor Bank Negara telah mengeluarkan surat. Ini sendiri diakui sendiri oleh pengerusinya pada 23 Disember 2015, Tuan Yang di-Pertua. Apa tiga perkara besar yang diletakkan di situ yang kita anggap ini kalau tidak diubati, ia akan jadi kanser. Satu, amalan agihan bonus dividen hibah yang secara puratanya melebihi keuntungan semasa. Maknanya, hibah dikeluarkan, ya- melebihi keuntungan semasa bagi tempoh tahun 2012 hingga tahun 2014, sebanyak 107 peratus mengakibatkan- ini kesannya. Paras rizab keuntungan terkumpul semakin merosot dan ini amat bahaya. Kita ada rizab iaitu keuntungan yang dihimpunkan dan yang dikumpulkan. Apabila kita bayar hibah tanpa kita melihat keadaan ini menyebabkan rizab diambil dan dikorek. Ini amat bahaya kepada aset dan juga kesihatan Tabung haji itu sendiri.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Kedua, diberikan ingatan tentang pematuhan akta- seksyen 22 iaitu aset apabila lebih rendah, tidak boleh dikeluarkan hibah dan pada tahun 2014- catatan yang saya ada di sini. Sejak pada tahun 2014, defisitnya ialah sejumlah RM350 juta. Pada tahun 2015, defisitnya ialah sejumlah RM3.086 bilion dan pada tahun 2016, defisitnya ialah sejumlah RM4.131 bilion. Apabila saya pegang, sampai pada hujung tahun 2018, pertengahannya sudah pun membengkak sebanyak RM10 bilion. Ini kansernya. Anda tidak boleh memberikan apa-apa komen jikalau anda tidak daripada awal mengiktiraf bahawa Tabung Haji sakit. Kalau anda tidak boleh terima ini semua, maka tidak fahamlah prescription, ubat-ubat yang diberikan itu. Tidak fahamlah cara hendak selesaikannya macam mana. Buat macam ini, buat macam itu. Oleh sebab itu, saya minta kita terima ini dulu. Baik. Apa diagnosis ini Tuan Yang di-Pertua- adalah daripada saya sendiri ataupun sekadar daripada pengurusan Tabung Haji yang baharu. Saya ingin jelaskan di sini, diagnosis ini daripada segi, kita kata sakitnya Tabung Haji ini- macam kanser. Kalau kita tidak buat sesuatu, masalah, maka yang memberikan kita hasil daripada rumusan ini- oleh sebab itu, Ahli-ahli Dewan sekalian, dan mereka yang tular di luar sana, terima ini dahulu. Orang Arab kata... [Berucap dalam bahasa Arab] Kalau pada awal tidak faham dan tidak boleh tengok masalah, maka di hujungnya kita tidak akan nampak penyelesaian. Oleh sebab itu, apabila sudah keluar satu jawapan yang saya tanya pada hari pertama. Beliau berkata untuk membuat untung. Ini bermakna penyelesaian itu sudah pun dapat. Akan tetapi, kerana kita tidak faham apa realiti asalnya, awalnya apa? Maka, kita tidak akan faham ubat-ubat yang diberikan untuk kita pulihkan dengan apa yang dinamakan sebagai Pelan Pemulihan dan Penstrukturan Semula Tabung Haji. Situ dahulu. Tuan Yang di-Pertua, PwC telah dilantik pada bulan Oktober 2018. Saya ada lagi lima minit Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

...Tambah lagi lima minit.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Tolong bagi saya masa sikit. PwC pada bulan Oktober 2018 telah mengeluarkan dapatannya. Ernst & Young pada tahun 2018 juga telah mengeluarkan dapatannya. Begitu juga Jabatan Audit Negara sebelumnya, telah pun memberikan Emphasis of Matter dan saya hendak check dengan Pengerusi Tabung Haji yang sebelum saya mengambil alih duk ada di sini, Yang Berhormat Baling. Roland Berger. Pada bulan Februari 2018, Tabung Haji ambil Roland Berger ini untuk buat satu forensik supaya- saya pun yakin, takkanlah Pengerusi Tabung Haji yang hebat perkasa ini, Yang Berhormat hendak runtuhkan Tabung Haji. Saya rasa tidak ada. Mesti dia hendak mempertahankan. Mestilah dia akan tahu ini tanggungjawab besar. Oleh sebab itu, dia lantik Roland Berger ini. Akan tetapi, apabila saya datang, saya lantik lagi PwC, kita lantik lagi Ernst & Young, kita ambil lagi daripada Laporan Jabatan Audit Negara dan Bank Negara follow- up pada tahun 2019. Maka, ini hasilnya. Boleh kita kongsi bersama di dalam Dewan yang mulia ini. Hasilnya telah menunjukkan ada lapan kesemua tetapi saya ambil yang besar- besar saja. Hasilnya menunjukkan aset lebih rendah dari tanggungan sejak tahun 2014 dan betullah apabila Gabenor Bank Negara telah highlight benda itu. Maknanya, kita hendak justify. Bukan kita hendak senang-senang kata aset lebih rendah, tidak! Kita hendak justify lagi. Kita hendak verify lagi, Orang Putih kata. Kita hendak tengok betul kah atau ini sekadar emosi? Tidak. Jawapannya memang betul. Sejak tahun 2014, 2015 dan 2016, aset lebih rendah dan pada- saya kata, saya ambil pada tahun 2018 setelah kita membuat rosot nilai dan sebagainya yang membengkak sehingga sejumlah RM10 bilion. Tuan Yang di-Pertua, tolong catat elok-elok apa yang saya hendak kata ini. Kalau ikut daripada laporan pada tahun 2014 sampai 2016 ini, hibah tidak boleh dikeluarkan. Hibah tidak boleh dikeluarkan. Oleh sebab itu, dalam dapatan mereka seterusnya menyatakan bahawa, berlaku perlanggaran akta- seksyen 22 yang menyatakan bahawa hibah tidak boleh dikeluarkan dalam keadaan aset lebih rendah daripada tanggungan. Itulah yang berlaku sejak pada tahun 2014...

Boleh sedikit? Saya dengar sudah dan nama saya disebut beberapa kali...

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya- masa saya tidak ada.

Tidak bolehlah macam itu.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Tidak, saya...

Kalau hendak adil...

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Tuan Yang di-Pertua...

Ayat Al-Quran telah dilafazkan dan dibacakan dengan elok...

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Tuan Yang di-Pertua, saya harap...

Kita kena bercakap berlandaskan... [Berucap dalam bahasa Arab]

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Tuan Yang di-Pertua...

“Bercakaplah kamu benar walaupun pahit”. Saya sedia menerimanya.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya...

Akan tetapi, berilah saya peluang sedikit.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya hanya akan mendengar...

Saya ada tiga sahaja persoalan. Kalau tak bagi, ini baik cakap tulis buku, tulis dalam surat khabar sahaja, tak payah kita bahas dalam Parlimen.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Apa yang akan dijelaskan oleh Yang Berhormat Baling apabila dia berucap, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Baling, ini floor Yang Berhormat Parit Buntar. Kita dengar dahulu... [Disampuk] Tak apa, you have your floor later, tak apa.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik. Saya akan bagi tambahan. Tak apa.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Tuan Yang di-Pertua, saya jujurnya...

Tak apa lah, Yang Berhormat tak gentlemen, itulah. Saya akan bahas, saya akan jawab balik.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Yes.

Akan tetapi saya nak bagi tahu, saya nak tanya satu sahaja soalan. Satu sahaja soalan.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Tak payah, tak payah. Saya tidak akan layan apa-apa soalan.

Ini soalan ini kena jawab.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Tuan Yang di-Pertua...

Kenapa kami paksa Yang Berhormat waktu jadi Menteri, suruh buat RCI? Dia kata apa?

[Sistem pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Tak payah, tak payah. Tak apa ini Yang Berhormat Baling. Baik.

Saya rasa Yang Berhormat...

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Itu saya boleh jawab Yang Berhormat Baling, saya akan jawab. Sabar, sabar, saya akan jawab.

Tak boleh, jangan macam itu. Kita orang baik-baik. Jadi, niat baik, mukadimah baik, saya rasa must be fair. Itu saya nak minta.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Okey, Yang Berhormat Baling. Terima kasih. Yang Berhormat Parit Buntar, sila.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya hanya mencatatkan laporan, Yang Berhormat Baling. Bukan saya reka. Ini laporan... [Menunjukkan senaskah dokumen]

Sebagai bekas Pengerusi Tabung Haji, saya penuh sarat dengan maklumat jua. Jangan pandang rendah kepada orang lain.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Silakan. Saya tidak pernah memandang rendah. Saya hanya melaporkan...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Parit Buntar, teruskan Yang Berhormat Parit Buntar. Teruskan.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

...Apa yang ada hasil dapatan daripada siasatan bebas...

Tuan Yang di- Pertua, masa saya ambil alih, aset RM48.2 bilion. Tahun 2017, RM74.7 bilion kami simpan duit dalam Tabung Haji. Saya ada fakta zaman saya jadi Pengerusi.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Tak apa.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Tak apa, ini Yang Berhormat Baling, you will have your time. Yang Berhormat Parit Buntar, silakan.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

You will have your floor. Saya akan dengar, tolong maklum saya bila...

Ada floor pun janganlah mengelirukan Dewan. Mentang-mentang ada floor, boleh cerita...

Malam nanti viral-lah apa yang Yang Berhormat Parit Buntar cakap ini macam dia betul.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya sekadar melaporkan siasatan bebas...

Laporan, bolehlah dibahaskan. Kalau cakap seorang-seorang, bukan bahas.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Bahaslah, bahaslah nanti. Bila nanti...

Ini bahas? Sudah bahas, dengan Yang Berhormat Parit Buntar lah sekarang bahas.

Zaman saya tiap-tiap tahun ada buku macam ini Tabung Haji.... [Menunjukkan senaskah buku]

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Tuan Yang di-Pertua, bila Yang Berhormat Pasir Salak...

Zaman Yang Berhormat ada buku macam ini atas meja untuk Ahli Parlimen tengok? Tak ada. Bohong sahaja.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

...Masa dia, dia akan berbahaslah...

Kalau dia tak boleh jawab, maknanya bahas dengan kerusi sahaja kah?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat, sila. Sila Yang Berhormat Parit Buntar.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Itu satu ya.

Apa pun saya nak rekodkan, ini tidak adil, perbahasan ini sebagai seorang bekas Menteri. Ini saya nak masuk dalam Hansard. Mengelirukan Dewan... [Sistem pembesar suara dimatikan]

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya, Tuan Yang di- Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Baling, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Sila Yang Berhormat Parit Buntar.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Nanti yang akan jawab bukan Yang Berhormat Baling. Nanti yang akan jawab Menteri. Yang Berhormat Baling bukan Menteri Agama.

Yang Berhormat bekas Menteri, bertanggungjawablah. Kalau nak jadi Menteri esok, kena bertanggungjawab.

...Bekas Pengerusi- saya yang bukan... [Sistem pembesar suara dimatikan]

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Kalau Perikatan Nasional sekarang kerajaan, sudah tentulah Yang Berhormat Baling akan ada akses untuk bincang dengan Tabung Haji...

Ya tetapi malam ini keluar dah viral, seolah-olah Yang Berhormat Parit Buntar ini betul.

Forensic auditing dua tahun setengah, 22 bulan buat forensic auditing, tidak ada dapat kami curi duit. Kami tidak pernah... [Sistem pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya minta Yang Berhormat Parit Buntar sila rumuskan.

Yang Berhormat Parit Buntar ini bukan pandai sangat pun bab-bab itu. Harta semua.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Nampak tak Tuan Yang di-Pertua? Ini yang saya kata tadi itu. Dia tak dengar yang kata dhomir tadi...

Dulu Pakatan Harapan kata kami curi duit. Merompak... [Sistem pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Pasir Salak. Sila duduk. Saya nak minta Yang Berhormat Parit Buntar rumuskan poin-poin penting.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Pedih didengar ah.

Aset turun nilai, duit rakyat, bukan faham pun.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Tuan Yang di-Pertua, nilai rosot juga tidak diletakkan pada tahap yang sebenarnya iaitu berlaku pertukaran 70 peratus, 85 peratus, 90 peratus...

Are you saying Jabatan Audit Negara menipu? Are you saying JAN menipu?

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Tuan Yang di-Pertua, saya nak bercakap...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Teruskan, teruskan. Saya bagi untuk rumuskan.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya nak bercakap macam mana kalau ada gangguan? Saya sebut ini hasil daripada emphasis of matter dari Jabatan Audit Negara tentang kewangan Tabung Haji berakhir 2017.

Kenapa JAN bagi kupon sebelum-sebelum itu luluskan untuk bayar hibah, kenapakah? Kami tak boleh bayar hibah kalau Jabatan Audit Negara tak bagi kupon meluluskan, dan diluluskan dalam Parlimen.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Tuan Yang di-Pertua, diletak dalam emphasis of matter. Emphasis of matter ini...

Emphasis of matter itu ia tak ada satu ketepatan. Ini forensik kami buat ini setiap tahun punya keuntungan. Kami bekerja untuk semua pendeposit. Itu yang kami- ada rakyat kata dulu, dia nak pulang balik? Yang Berhormat Menteri waktu itu kata tak perlu, halal...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Baling, sila duduk. Enough, you will have your time. Sila. Minta last one minute, rumuskan.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya nak bagi tahu, emphasis of matter ini bukan kata dia tak layak keluarkan. Itu hanya satu teguran yang sangat-sangat keras maksudnya itu. Ini independent... [Disampuk] Nantilah, dengar dulu. Dengar dulu. Ini yang saya kata dengar dulu. Kemudian anda nak jawab, silakan. Oleh sebab itu saya kata, rosot nilai tidak dibuat dengan betul.

Saya dah dengar, saya nak bagi pandangan hujah tetapi tak bagi. Selepas itu, kawan-kawan Yang Berhormat Parit Buntar semua tuduh... [Sistem pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Baling, ini floor Yang Berhormat Parit Buntar. Bagi Yang Berhormat Parit Buntar rumuskan.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Tidak ada sesiapa yang menuduh sesiapa.

Kena buat peraturan baharu ini, Tuan Yang di-Pertua. Bila tuduhan dibuat, mesti benar menjawab. Jangan main dengar sahaja.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Siapakah yang menuduh? Saya tidak menuduh, saya hanya menceritakan apa yang menjadikan kami melakukan penstrukturan semula. Itu sahaja. Kalau tak setuju, silakan. Saya tidak ada masalah.

Okey, saya nak tanya satu sahaja soalan.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Lepas itu Tuan Yang di- Pertua, saya juga ingin menjelaskan...

Adakah kami mencuri duit Tabung Haji? [Sistem pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Baling,...

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ikut peraturan mesyuarat, Yang Berhormat Baling. Sila duduk. Last one minute.

Sila jawab...

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Laporan polis telah pun dibuat kepada Abdul Aziz Abdul Rahim,...

Dah dipanggil dan dibuktikan tidak ada kes.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

...CEO Ismi, CEO Johan Abdullah,...

Saya dah dipanggil.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

...CEO Hadi Azwan, CFO Rozaida Omar, LA Hazlina Mohd Khalid, SGM Rafina Mohd Arif di atas salah guna dana Yayasan Tabung Haji.

Bukan Tabung Haji, okey. Bukan duit Tabung Haji. Yayasan itu UMNO sumbang RM25 juta kepada yayasan. Polis sudah sahkan benda itu tak betul. Tak ada kecurian duit Tabung Haji. UMNO gave RM25 million to Yayasan untuk agihkan kepada... [Sistem pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik Yang Berhormat Parit Buntar, saya telah berikan lebih masa. Sepatutnya 4.42 sekarang 4.47. I gave an additional five minutes. Atas gangguan tersebut, saya telah beri masa. Saya nak... [Disampuk] Sekali lagi saya bagi one last minute.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya juga ingin menjelaskan di sini tentang kewangan Tabung Haji...

Bilakah Yang Berhormat ingin bertaubat atas melakukan dosa menuduh orang?

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

...Pada tahun 2017. Saya tidak menuduh sesiapa dalam Dewan ini, Tuan Yang di-Pertua. Saya hanya menceritakan apa yang ada...

Saya bertanya soalan, ada curi duit atau tidak? Duit Tabung Haji kena curi oleh Pengerusi atau tidak? Itu saya tanya. Sebagai seorang Islam, yang baca ayat Al-Quran tadi... [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Baling, you will have your time, Yang Berhormat Baling. Is it not clear what I’ve said? Saya bagi dia tempoh last one minute. Sekali lagi, jaga.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Tuan Yang di-Pertua, tiada langsung nilai rosot dibuat dalam pelaburan selaku rakan iaitu dalam TH Heavy Engineering dan Pelikan Berhad dengan kehilangan nilai rosot ia iaitu RM478 juta, termasuk juga yang patut diterima daripada anak syarikat RM510 juta, tidak diterima. Apa yang diterima hanya RM125 juta. Ini akan menggambarkan keadaan sebenar kedudukan kewangan Tabung Haji. Oleh sebab itulah kami telah mengambil tindakan untuk melakukan pemulihan dan menstrukturkan semula. Alhamdulillah, jawapan daripada Perdana Menteri pada 13 Julai 2020 menyatakan bahawa kedudukan terkini aset Lembaga Tabung Haji seperti yang diumumkan dalam laporan prestasi setengah tahun pertama tahun 2020 setelah saya tinggalkan...

Buat magic, itu buat magic.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

...Adalah berjumlah RM78 bilion dengan lebihan aset- RM1.9 bilion. [Sistem pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Lebih penting daripada itu, selaras dengan pelaksanaan Pelan Pemulihan ini, aset-aset yang kurang berdaya saing telah dipindahkan kepada syarikat tujuan khas Urusharta Jamaah di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Dengan demikian lebih penting daripada ini, ini hujah yang dilakukan, fitnah yang dilakukan, TH tidak dikuasai oleh orang bukan Islam. Ini paling penting untuk kita jawab kepada rakyat... [Sistem pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Tuan Yang di-Pertua, saya hanya ingin mengucapkan terima kasih kerana masa yang telah diberikan. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Walaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh. Baik, sila Yang Berhormat Tanjong Karang. Masa 20 minit. Sila.

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Titah Ke Kawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Ini bab Tabung Haji ini letih kita dengar dah. Saya hendak minta supaya tubuhlah suruhanjaya diraja. Ini kita dah cadang lama dah daripada dia jadi Yang Berhormat Menteri dalam Pakatan Harapan sampai sekarang. Tolong tubuhkan. Ini masalah umat Islam. Jangan di bawah sana sebab kita berlainan politik, ramai rakyat menjadi mangsa. Saya ingat bab Tabung Haji ini stop-lah. Tubuh suruhanjayalah senang, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, teruskan Yang Berhormat Tanjong Karang.

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya hendak mengucapkan tahniah kepada sahabat saya Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan-timbalan Yang di- Pertua yang dilantik. Tahun ini tahun 2020. Tahun 2020 ini kalau ikut Wawasan 2020 ini, negara maju yang dipelopori oleh Yang Berhormat Langkawi waktu menjadi Perdana Menteri. Akan tetapi, nampaknya tahun 2020 ini ia dah jadi kongkalikung dah. Ia dah jadi tahun kelam kabut yang juga dipuncakan oleh Yang Berhormat Langkawi. Izinkan saya membaca petikan daripada Titah Yang di-Pertuan Agong. “Pada 24 Februari 2020 yang lalu, naratif landskap politik negara telah sekali lagi digegarkan menerusi peletakan jawatan Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh.” Lepas itu ada lagilah. “Oleh yang demikian, Beta bertanggungjawab untuk melantik seorang Perdana Menteri yang baharu sepertimana yang dikehendaki oleh Perlembagaan Persekutuan Perkara 43. Pada 25 Februari dan 26 Februari 2020, Beta telah mengadakan sesi pertemuan secara perseorangan dengan Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk menilai sendiri sokongan kepercayaan mereka.” Baik, ini Wawasan 2020 ini. Patut sudah negara maju tetapi dah jadi negara kongkalikung, menjadi kelam kabut. Saya hendak ulas sini seperti yang rakan saya telah cakapkan, saya hendak lebih detailed lagi. Kita tahu- ini pun sejarah ini. Saya ingat tidak pernah lagi sejak kita merdeka, setiap Ahli Parlimen dijemput menghadap Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong untuk menentukan siapakah yang layak menjadi Perdana Menteri. Kita yang terlibat, kita dipanggil dan masa itu diberi peluang hendak menamakan siapakah Perdana Menteri kita. Pada masa itu, saya hendak tegaskan memang betul kami UMNO dan PAS, MN memang kita hendak bubar Dewan. Apa yang menjadi dan menimbulkan masalahnya sebelah Pakatan Harapan. Ada kumpulan menamakan Yang Berhormat Langkawi, ada kumpulan hendak mencalonkan Yang Berhormat Port Dickson. Bila dah keadaan kelam kabut macam ini, Tuan Yang di-Pertua, maka tindakan Yang di-Pertuan Agong itu memang bijaklah. Panggil kita. Bila dah tidak ada mana-mana orang yang mendapat sokongan majoriti, maka tidak pelantikan Perdana Menteri. Jadi, kerana itu kita dipanggil, ketua-ketua parti dipanggil.

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya hendak mengatakan bahawa pengorbanan kami di sini termasuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dari Pagoh dan rakan-rakan kita ini- mereka ini bukannya pengkhianat. Mereka ini ialah, bagi saya, seperti sebatang lilin yang membakar diri mereka untuk menerangkan rakyat di dalam negara kita, mendirikan kepentingan negara kita. Bayangkan kalau keadaan politik kita kelam kabut, COVID-19 sedang menyerang kita, apakah akan jadi di dalam negara kita? Alhamdulillah, ada hikmahnya apabila Kerajaan Pakatan Nasional ini ditubuhkan dan kami memberikan sokongan... [Disampuk] Perikatan Nasional ini ditubuhkan. Kami rela demi menjaga rakyat dan juga negara kita.

Yang Berhormat Tanjong Karang, boleh bertanya?

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Nanti. Bagi saya habis. Saya habis poin dulu.

Okey.

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Baik. Oleh sebab itu, saya kata kami semua berkorban kerana kepentingan rakyat. Bayang- saya hendak ulang lagi. Kalau keadaan politik kita tidak stabil, bagaimanakah kita hendak menghadapi masalah COVID-19? Alhamdulillah, dengan kebijaksanaan Perdana Menteri kita dari Pagoh dan juga bantuan daripada Ahli-ahli Kabinet dan juga frontliners, maka negara kita dijadikan contoh negara yang terbaik mengatasi COVID-19. Ini patut kita kena bersyukur. Berhentilah cakap khianat-khianat ini. Mereka ini sebagai lilin, saya hendak beritahu. Berkorban diri mereka demi kepentingan rakyat dan juga negara kita. Oleh sebab itu, kita lihat memanglah Perikatan Nasional tidak ada manifesto. Betul, tidak ada manifesto. Kita tubuh kerana hendak menyelamatkan keadaan politik kita demi rakyat kita. Oleh itu, saya juga hendak ingatkan sahabat-sahabat saya yang dah jadi Yang Berhormat Menteri ini, tolong lupakanlah manifesto-manifesto daripada Barisan Nasional kah, manifesto daripada Pakatan Harapan kah, tolong lupakan. Ayuh kita tengok ke hadapan dan segala keputusan yang dibuat mesti mengambil kira perasaan UMNO, perasaan PAS dan juga ahli-ahli gabungan yang lain. Saya meminta maaf kepada Yang Berhormat Menteri KPKT. Saya amat terasa terguris hati semalam, amat terkejut apabila Yang Berhormat Menteri KPKT memberikan jawapan di dalam Dewan ini semalam semasa soal jawab MQT semalam bahawa Yang Berhormat masih lagi mengatakan bahawa “KPKT semenjak tahun 2018 sehingga sekarang masih lagi dalam penyediaan kertas untuk dibentangkan dalam Kabinet yang disasarkan pada tahun 2021.” Kemudian, “Buat ketika ini, KPKT telah membentuk dua Jawatankuasa. Jadi pada ketika ini, saya kira sudah tiba masanya untuk rakyat untuk boleh menerima pilihan raya kerajaan tempatan.” Saya lebih sedih lagi apabila Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa Selangor dan Pulau Pinang akan dijadikan negeri untuk dijadikan percubaan ini. Saya hendak tegaskan dalam Dewan ini bahawa PAS dan UMNO di negeri Selangor, kami menolak pilihan raya PBT ini. Jelas. Ini siapa punya manifesto? Ini manifesto Pakatan Harapan. Saya tidak tahulah sama ada daripada DAP atau sebagainya, saya tidak tahu, tetapi dalam manifesto Pakatan Harapan. Dan dalam jawapan semalam, Yang Berhormat Menteri juga mengatakan bahawa Yang Berhormat Langkawi tidak bersetuju.

Yang Berhormat Tanjong Karang.

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Nanti. Tidak bersetuju. Jadi kalau yang dah Perdana Menteri Pakatan Harapan dulu pun dah tidak bersetuju, mengapakah Yang Berhormat hendak bawa lagi? Tolonglah, Yang Berhormat Menteri KPKT, sebutlah pengumuman bahawa Kerajaan Perikatan Nasional dengan ini membatalkan hasrat untuk mengadakan pilihan raya PBT ini... [Tepuk] Tolong. Ini supaya kita senang dekat bawah ini. Okey, siapakah tadi?

Lembah Pantai.

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Okey, sila.

Lepas ini saya ya.

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Pendek, pendek. Tolong beza ya di antara mencelah dengan memberi ucapan. Tolong beza. Mencelah saya beri, jangan berucap. Berucap, stop.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Sepang ya. Yang Berhormat Sepang.

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Sepang yang minta tadi.

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang.

Lepas ini saya ya.

Terima kasih. Yang Berhormat Tanjong Karang, ada dua persoalan. Satu sahaja yang saya hendak tanya Yang Berhormat. Ini betul mencelah ya. Nanti kalau jawab pun jawab betul-betul ya, jangan jawab menyeleweng ya [Ketawa] Tidak adalah, ini mengingatkan kawan-kawan ya. Pertamanya hendak tanya kepada Yang Berhormat tentang Yang Berhormat kata- Yang Berhormat ada tidak baca kenyataan daripada Yang Berhormat Langkawi mengenai kenapa dia meletakkan jawatan? Itu yang pertama. Keduanya, Yang Berhormat kata cara Kerajaan Perikatan Nasional ini mengatasi masalah COVID ini agak hebatlah. Adakah termasuk yang hebat itu contohnya cadangan kita supaya Doraemon, lepas itu ada seorang Yang Berhormat Menteri Kesihatan telefon kata 260 buah negara di dunia ini yang fakta salah? Adakah itu termasuk dalam definisi hebat?

Siapakah Doraemon itu? Doraemon itu siapa?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Sila.

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Isu yang kedua itu jangan ambillah. Kita tengok pengiktirafan dunialah pada kita. Janganlah pergi pandangan kecil. Oleh sebab itu Pakatan Harapan tidak lama memerintah kerana pandangannya terlampau sempit.

Betul itu.

Otak kecil, badan sahaja besar.

[Bangun]

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Dengar dulu, dengar dulu. Kedua, jangan tanya sebab-sebab letak jawatan. Saya hendak tanya Yang Berhormat, waktu menghadap Yang di-Pertuan Agong dulu, Yang Berhormat, undi siapa? Undi Yang Berhormat Port Dickson atau undi Yang Berhormat Langkawi? Tolong beritahu. Sila, sila.

Saya pula ditanya? Okeylah. Boleh ambil masa jawab?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

It is his floor.

Tidak. Dia tanya saya tadi.

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tidak apa. Saya hendak tanya terus, undi masa itu calonkan Yang Berhormat Port Dickson atau calonkan Yang Berhormat Langkawi? Itu cukup. Itu sahaja dua. Very simple. Jawab. Jawablah.

Jawablah. Yang Berhormat Port Dickson atau Yang Berhormat Langkawi?

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Dahlah. Kalau tidak mahu jawab...

Saya minta izin Tuan Yang di- Pertua.

Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman RazaliPAS · GSMenteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi · Kuala Nerus

Jawab sahajalah. Ringkas sahaja, peguam.

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Okey, tidak apa, tidak apa.

Jawab sahajalah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya minta Yang Berhormat Tanjong Karang teruskan perbahasan.

A dan B. Yang Berhormat Port Dickson atau Yang Berhormat Langkawi sahaja. Tidak payah hurai.

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Dahlah, duduklah. Duduk, duduk.

Tidak perlu tanya saya. Saya bukan Menteri. Buat apa tanya soalan? You’re asking me a question, saya minta izin.

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya gentleman, saya gentleman. Bila saya bagi jalan, saya bagi jalan. Saya tanya.

Bukan you yang bagi jalan, Speaker yang bagi jalan. You bukan Speaker. You tidak dilantik, Menteri pun tidak lantik. Malulah sikit.

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat, tak apa saya hendak beritahu, saya hendak beritahu...

Banyak pusing-pusinglah.

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tidak ada pusing. Saya hendak beritahu, saya sebagai Ahli Parlimen Tanjong Karang saya tulis bubar Parlimen, itu saya. Akan tetapi Yang Berhormat Sepang, saya sudah tahu...

Okey, tanya Yang Berhormat Lembah Pantai. Yang Berhormat Lembah Pantai gentleman. Tanya Yang Berhormat Lembah Pantai. Yang Berhormat Lembah Pantai gentleman.

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Sudahlah, Yang Berhormat Sepang tidak ada standard.

Yang Berhormat Lembah Pantai dengan Yang Berhormat Sepang jawab.

Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Port Dickson.

Boleh atau tidak saya jawab?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Lembah Pantai.

Can I answer the question?... [Disampuk] Nampaklah itu, he asked me the question. I want to answer, tidak boleh pula.

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Tidak apa. [Sistem pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya minta Yang Berhormat Lembah Pantai. Yang Berhormat Lembah Pantai, sila Yang Berhormat Lembah Pantai.

Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya berkenaan dengan- saya tertarik dengan kenyataan Yang Berhormat Tanjong Karang tadi berkenaan dengan isu pilihan raya kerajaan tempatan.

Adakah ini memberi satu gambaran bahawa sekiranya Yang Berhormat Menteri KPKT membentangkan kertas cadangan kepada Kabinet sekiranya pada Jun atau Julai 2021, bermaksud mungkin Yang Berhormat Tanjong Karang ataupun rakan-rakan bersedia untuk tarik diri daripada kerajaan? Terima kasih.

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ini bukan masalah tarik diri. Ini hasrat kita. Saya harap Yang Berhormat Menteri pun boleh faham bahawa cadangan Pilihan Raya PBT ini daripada Kerajaan PH, sekarang Kerajaan Perikatan Nasional, tidak ada manifesto dan jelas dalam ucapan kita. Malah Yang Berhormat Pokok Sena pun semalam cuba hendak membuat provokasi. Ditanya, “PAS, macam mana PAS?” PAS clear, memang tidak hendak. Betul?... [Disampuk] PAS tidak hendak. UMNO pun tidak hendak ini. Tanya, PAS hendak PBT? Tidak hendak? Ha, beritahu PAS hendak atau tidak hendak?

Ya, kita perlu tegas. Pilihan Raya PBT kita akan tolak...

[Dewan riuh]

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Jelas. Jadi, itu sahaja dan kita harapkan Kabinet kena ambil perhatianlah. Yang Berhormat Menteri kena ambil perhatian, tidak payahlah bawa surat atau paper kepada Kabinet, Menteri. Lupakan sahaja. PBS suka? Sarawak pun sokong? Tanya Sarawak. Sarawak pun tidak sokong [Ketawa]

Datuk Alexander Nanta LinggiPBB · GPSMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna · Kapit

Tuan Yang di-Pertua, Sarawak tidak hendak pilihan raya jadi PBT. Ini GPS [Ketawa]

Kita sepakat.

Tengok, gentleman semua, Yang Berhormat Sepang.

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Kita sepakat. Walaupun tidak ada manifesto tetapi kita sealiran, seperjuangan. Ini yang kita hendak...

[Dewan riuh]

Kita sepakat, kita sepakat.

Ini saya hendak tambah sikit. Sarawak Plus – Yang Berhormat Puncak Borneo. Sarawak Plus pun tidak hendak PBT adakan pilihan raya...

[Dewan riuh]

Yang Berhormat Tanjong Karang, boleh tanya lagi soalan?

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Sarawak pun tidak hendak?

Yang Berhormat Tanjong Karang, boleh lagi?

Steady Yang Berhormat Puncak Borneo, steady.

Ini semua tipu Yang Berhormat Port Dickson. Kasihan Yang Berhormat Port Dickson. Inilah penipu Yang Berhormat Port Dickson.

Boleh? Boleh Yang Berhormat Tanjong Karang? Sikit sahaja. Sikit sahaja, boleh?

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Apakah dia lagi?

Sikit sahaja, sikit boleh?

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tidak boleh. Boleh, saya bagi jalan dengan syarat declare. Yang Berhormat calon Yang Berhormat Port Dickson ataupun Yang Berhormat Langkawi? Tolong jawab itu dahulu.

[Ketawa]

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Jawab dahulu, jawab dahulu. Boleh atau tidak? Jawab dahulu. Kalau tidak boleh jawab duduk. Tidak boleh jawab duduk.

Tuan Che Alias bin HamidPAS · PNKemaman

Jawab, jawab.

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tidak boleh jawab duduk, saya tidak bagi jalan...

[Dewan riuh]

Yang Berhormat Kulim hendak tahu, Yang Berhormat Kulim hendak tahu, jawab. Yang Berhormat Port Dickson atau Yang Berhormat Langkawi?

Tuan Yang di-Pertua, yang saya tahu...

Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman RazaliPAS · GSMenteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi · Kuala Nerus

Jawab sahajalah. Pejuang PAS dahulu jawab sahaja dengan...

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya terus, saya terus. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak teruskan. Masa tinggal tujuh minit.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya dengan dia?

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tidak payah tanya.

Boleh atau tidak tanya...

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Kalau orang tidak standard macam ini, macam mana saya hendak layan? Saya tanya soalan simple pun tidak boleh jawab.

Tuan Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

Soalan simple pun Yang Berhormat Sepang tidak boleh jawab.

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Kalau soalan simple tidak boleh jawab...

[Dewan riuh]

Saya bukan bercakap, saya sekarang sedang bertanya soalan.

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tuan Yang di-Pertua...

Kalau saya berucap baru saya jawab... [Sistem pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik. Saya minta Yang Berhormat Tanjong Karang teruskan, tujuh minit lagi. Sila.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya tidak layan orang yang tiada pendirian, saya tidak mahu layan. Okey...

Dia loncat lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Teruskan Yang Berhormat Tanjong Karang ya.

...Cakap ini.

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Kaki loncat daripada PAS, daripada PAS loncat AMANAH. Daripada AMANAH sudah tidak sokong Yang Berhormat Langkawi pula. Habis macam mana? Tidak payahlah, tidak ada standard. Duduklah [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, setakat Jun ini, saya hendak tahu masalah pandemik COVID-19, ini serius kepada perusahaan kecil dan sederhana. Setakat Jun 2020, jumlah usahawan PKS yang berdaftar di Malaysia sebanyak 907,065 buah syarikat dan 186,855 daripadanya ataupun 20.6 peratus usahawan PKS wanita. Daripada PKS berdaftar pula, 88.5 peratus perniagaan gulung tikar dan 91.15 peratus mampu meneruskan perniagaan. Maksudnya ini banyak figure kita. Hanya kesimpulan saya hendak buat ialah tolonglah, kerajaan, agensi-agensi kerajaan, tolonglah jangan sangat hendak ikut prosedur. Ini hendak pinjam, CTOS pun hendak kena tengok, apakah lagi? Lagi satu CTOS, lagi satu CCRIS, apakah lagi? CCRIS pun hendak kena tengok, CTOS lagi.

Kalau keris itu lambang UMNO.

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Jadi yang- itu biar PH buat, PN jangan buat. Biar, PH rakyat sudah tolak, macam-macam prosedur. Menteri Kewangan sudah bagi kontrak sudah potong 10 peratus, itu rakyat sudah menyampah. Tolong saya hendak minta. Semalam Yang Berhormat Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi pun sudah beritahu, perancangan yang baik. Jadi saya harap tolonglah, peruntukan khas pun telah ada. Jadi, janganlah menyusahkan rakyat, tolong rakyat terutamanya usahawan-usahawan. Banyak orang cakap pelancongan pun sama, tadi telah dibangkitkan. Siapakah hendak tolong mereka ini? Kalau setakat peruntukan ini sahaja ada tetapi prosedurnya, SOP nya, peraturannya sama seperti sebelum ini maka orang kata nanti yang kena tempelak kita. Orang kata, cakap tidak serupa bikin nanti. Jadi tolong ketepikanlah prosedur-prosedur ini. Apa yang penting lihat betul-betul bahawa usahawan ini mestilah diberikan pertolongan. Saya juga hendak ambil kesempatan ini hendak mengucapkan terima kasihlah kepada Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Industri Makanan sudi datang ke Tanjong Karang walaupun dalam COVID-19 tengah melanda. Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Industri Makanan sanggup menggadaikan masalah kesihatan dia datang turun padang, tengok sawah padi. Terima kasih.

Hebat Yang Berhormat Menteri.

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Inilah baru Menteri betul, turun padang. Jadi saya – walau bagaimanapun, Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Industri Makanan ada di sini tolong – saya hendak rekodkan, saya ini mewakili pesawah. Pertama, tolong mana-mana petani yang mendapat hasil kurang lima tan satu hektar, bagilah mereka ini bantuan benih padi percuma. Pagi tadi dibincangkan, benih padi sah tadi. After all, benih padi sah memang ada subsidi daripada kerajaan. Kalau tidak silap saya, ada 70 juta kita sudah belanja. Bagilah kepada mereka yang hasilnya lima tan ke bawah kerana mereka ini mungkin mereka yang menerima penyakit tetapi yang mana malas, tidak usah bagilah. Sebab-sebabnya, kadang-kadang penyakit melanda. Macam hari ini di Tanjong Karang, Yang Berhormat Menteri pun saya sudah beritahu hari itu. Di sawah sempadan, hasilnya amat kurang sekali, tolong itu yang pertama. Kedua, hendak direkodkan walaupun Yang Berhormat Menteri sudah bersetuju, saya hendak rekodkan mewakili Pertubuhan Peladang, saya juga ahli Pertubuhan Peladang. Tolong, warta yang dibawa oleh bekas Menteri Pertanian hari itu, yang memberikan kuasa kepada Menteri untuk melantik Ahli Lembaga Pengarah NAFAS, Ahli Lembaga Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri sehingga di Pertubuhan Peladang Kawasan Yang Berhormat Menteri ada kuasa melantik. Tolong batalkan warta tersebut. Serahkan kepada ahli, mereka yang hendak memilih pemimpin-pemimpin mereka. Mengapakah ada yang kacau campur tangan politik? Mengapakah Yang Berhormat Menteri hendak campur tangan? Ini lantikan Menteri lebih ramai daripada lantikan yang dipilih oleh ahli-ahli, enam orang yang Menteri lantik, lima yang dipilih. Manakah lebih besar? Kuasa Menteri kah atau kuasa ahli yang beribu? Ini Yang Berhormat Menteri- tolong batalkan dengan segera warta yang juga saya tengok tidak betul dibuat. Warta pun warta cap ayam saya tengok hari itu. Tolong, ini juga. Ketiga juga nelayan. Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Industri Makanan ada di dalam ini. Saya ini dapat memorandum daripada persatuan nelayan. Ini, Automatic Identification System (AIS). Daerah Kuala Selangor, saya hendak beritahu total vessel zone B yang pasang AIS ada 93 buah. Total kerosakan AIS yang diperiksa kontraktor sebanyak 64 buah. Sebanyak 64 buah sudah rosak Yang Berhormat Menteri. Kalau mereka hendak baiki satu AIS ini, mereka kena bayar RM6,200. Jadi tolong tengok balik. Tolonglah nelayan-nelayan ini, kasihan mereka. Janganlah- betul, AIS ini saya tahu memang satu matlamat yang baik tetapi pelaksanaannya tolong tengok balik. Dengarlah rintihan nelayan. Cara pasang AIS pun tidak betul. Mereka walaupun nelayan tidak sekolah tetapi mereka tahu cara pasang pun tidak betul, kerosakan banyak berlaku. Hendak repair satu RM6,000. Kemudian hendak minta lagi ini, tolong review balik ini. Dia kena bayar rupanya, saya baru tahu bahawa nelayan juga kena bayar fi SKMM sebanyak RM120 setahun. Apalah banyaknya RM120 setahun ini? Kita yang pasang.

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Akhirnya, kita lihat bahawa nelayan-nelayan yang tidak membayar, saya pun ada dapat surat ini. Mereka diberi surat kepada saya ini. Surat notis daripada SKMM, siapa tidak bayar, dia tidak boleh guna. Kalau guna juga, akan didenda. Dendanya bukan main mahal lagi ini.

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Betullah, merupakan satu kesalahan kalau tidak ada kebenaran, dia kata ini. Ini surat daripada SKMM punya ini... [Menunjukkan senaskah dokumen] Dia kata apa ini? Dia beri amaran kepada- Saya ambil satu contoh ini. Nama nelayan ini, Lian Chung Bok, dari Sabak Bernam.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Masa sudah tamat. Minta rumuskan.

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Jadi tolong. Saya hendak minta kecualikanlah bayaran RM120 itu daripada SKMM ini kerana nelayan kita harus diberikan pembelaan. Last sekali, AIM iaitu AIM ini kita tahu Amanah Ikhtiar ini. Saya hendak tanya, Amanah Ikhtiar ini sekarang ini di bawah jabatan mana. Di bawah kementerian mana? Hari ini saya dimaklumkan bahawa Amanah Ikhtiar ini betul atau tidak betul. Sudah tidak dapat sumbangan daripada Kementerian Kewangan. Tolong tengok balik AIM ini. Beratus ribu orang ahli AIM orang miskin, wanita miskin yang dulu kita cukup bangga. Ini kerana bila kita kata bayar yang paling baik, contohnya Amanah Ikhtiar, hari ini Amanah Ikhtiar- tolong. Ini saya hendak ingatkan pentadbir-pentadbir Amanah Ikhtiar, ini bukan syarikat kamu. Ini syarikat amanah. Tolong tengok. Kalau MD dia, CEO dia tidak betul, tukar CEO dia. Ini saya dapat rayuan daripada Amanah Ikhtiar, saya bagi contoh ini. Orang lain bagi tempoh. Saya hendak baca ini contoh last. Bagaimanakah CEO ini boleh buat pengumuman? “Amanah Ikhtiar Malaysia akan menangguhkan kutipan bayaran balik program Sahabat Amanah Ikhtiar untuk tempoh dua minggu bermula hari ini hingga 31 Mac”. Orang beri enam bulan, dia beri dua minggu, sebagai contoh. Saya hendak dapatkan jawapan, siapa yang bertanggungjawab untuk memantau perniagaan atau pengurusan Amanah Ikhtiar ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Silakan.

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHKulim-Bandar Baharu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... [Membaca sepotong doa] Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas izin untuk saya ikut mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja. Saya mulakan dengan topik pertama, moratorium. Sejak kerajaan mengumumkan 1 April untuk memberikan kelonggaran, tidak perlu orang ramai dan juga sektor perniagaan bagi membayar pinjaman yang berakhir September. Saya membaca kenyataan Menteri Kewangan hari ini yang melaporkan RM55.2 bilion merupakan jumlah yang sekarang ini ditanggung oleh pihak bank. Dari sudut perspektif rakyat yang hilang kerja, hilang punca pendapatan, sudah tentu moratorium ini memberikan kelegaan. Dari sudut perniagaan juga begitu kerana mereka berdepan dengan sewa premis, mereka kena bayar gaji dan upah pekerja, moratorium ini melegakan. Namun menjelang September, saya ikuti pengumuman Bank Negara dan MOF, ini semacam non-committal, open-ended statement. Ini kerana di satu sisi, hendak kena dipertahankan institusi perbankan. Di sisi yang lain, hendak kena berdepan dengan nasib rakyat yang sedang bergelut dengan masalah akibat COVID-19. Jadi saya mohon Kementerian Kewangan nanti, dalam penggulungan untuk dapat memberikan sedikit pencerahan tentang dilema yang sedang dihadapi sekarang. Tuan Yang di-Pertua, tajuk kedua- saya memilih untuk berkongsi tentang isu Tabung Haji. Saya semalam mengambil sedikit masa untuk meneliti Financial Year Report 2019 di bawah tajuk, “Under-performing Assets to be Carve-out for Recovery”. Maknanya, carve-out list hendak dihantar kepada special purpose vehicle. Saya dapati, Tabung Haji ini melabur kalau ikut senarai ini 102 buah syarikat dan rugi pelaburannya itu, rugi ya.

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHKulim-Bandar Baharu

Rugi ini maknanya book value kita banding dengan market value, kemudian kita akan dapat gain or loss. Jadi, ia memberikan return on investment. Sebanyak 102 pegangan saham Tabung Haji dalam segmen pelaburan, ruginya 101 buah syarikat, rugi. Maknanya, Tabung Haji- Akta Tabung Haji membenarkan bila rakyat Malaysia simpan, duit itu boleh digunakan untuk faedah pendeposit, boleh juga digunakan untuk meniaga. Jadi Tabung Haji pun melabur, melabur, melabur, melabur, melabur, kemudian jumlah pelaburannya itu- ini tidak termasuk Bank Islam, tidak termasuk TH Plantations ya. Itu kelas tersendiri. Akan tetapi bila saya tengok di sini, pelaburannya misalnya dalam Scomi Energy Services, return on investment negatif 93.16 peratus. Bumi Armada Berhad, return on investment- pelaburan Tabung Haji setakat tahun kewangan 2019, negatif 81.74 peratus. Puncak Niaga Holdings, kita tahu siapa punya. Tabung Haji melabur juga dalam Puncak Niaga. Return on investment negatif 86.08 peratus. Parkson Holdings, return on investment negatif 89.46 peratus. Book value RM331.6 juta, market value RM34.5 juta. Malaysia Marine and Heavy Engineering, book value RM444 juta, market value sekarang RM60 juta. Return on investment rugi 85.25 peratus. Jadi, senarai panjang. Sebanyak 102 buah syarikat, 101 buah syarikat rugi. Baik ya. Saya dapati antara masalahnya adalah diversification, dia terlalu diverse dan tidak ada satu niche pelaburan. Sektor perladangan kah, sektor pembinaan kah, sektor borong dan runcit kah, sektor perkhidmatan kah, dia tidak ada niche-nya. Dia melabur semua.

Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, boleh sikit Yang Berhormat? Sikit boleh?

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHKulim-Bandar Baharu

Sila.

Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Saya dok tengok Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu dari semalam. Alhamdulillah, saya sukalah kita berdebat begini. Niche itu saya hendak betulkan sedikit. Memang ada dan satu lagi bukan keseluruhannya duit RM74 bilion yang disimpan pendeposit kita, kita guna pakai. Dia ada beberapa peratus yang telah diluluskan zaman terdahulu sebelum saya jadi pengerusi. Duit itu telah dilaburkan khususnya dalam syarikat-syarikat bumiputera yang hendak pergi IPO, satu. Kedua, sememangnya waktu mereka membuat book value, waktu itu market sedang merudum, memanglah itu valuation-nya. Apa yang pokoknya saya harap Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu bersetuju dengan saya, tidak ada duit yang dicuri oleh mana-mana individu. Ini perniagaan yang mana saya akur dan banyak yang disebutkan tadi, sebelum saya jadi pengerusi yang dibeli saham-saham itu begitu lama. Ada yang zaman saya. Itulah yang saya hendak sampaikan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Baling.

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHKulim-Bandar Baharu

Oleh sebab itu saya sebut sumber maklumat saya. Laporan kewangan 2019, pelaburan di 102 saham syarikat, rugi 101. Baik. Kalau sudah rugi lima tahun, enam tahun, tujuh tahun, mana-mana pengurusan pun akan stop the bleeding dan itu hanya dibuat pada tahun 2018. Itu hakikatlah. Pada ketika itu, total asset Tabung Haji ialah RM66 bilion, liabiliti sudah RM76 bilion, menjadikan kerugian waktu itu sudah pun RM10 bilion. Itu dalam financial report. Jadi, RM10 bilion itu macam mana kita hendak pulihkan? Oleh sebab itu dipindahkan kepada special purpose vehicle, parking di bawah Ministry of Finance Incorporated dan pembiayaannya dikeluarkan sukuk dan kerajaan jamin. Itulah maksudnya. Jadi, pada masa yang sama...

Kerajaan jamin itu I think, tengok balik semula. Tidak ada keluar sukuk, kerajaan tidak jamin.

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHKulim-Bandar Baharu

Ada. Dipanggil redeemable convertible, itu panjang. Itu saya boleh share dengan Yang Berhormat Baling di luar Dewan dan kita boleh bahaskan nanti bila Menteri jawab. Okey. Pada masa yang sama, Tabung Haji juga menanggung subsidi jemaah haji. Tiap-tiap tahun, RM390 juta. Katakanlah kos biaya haji RM10 ribu katakan, atas RM10 ribu bagi yang menunaikan fardu haji kali pertama, ikut muassasah. Amalan sekarang Tabung Haji akan bayar RM5,300, 53 peratus subsidi.

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHKulim-Bandar Baharu

Tiap-tiap tahun inflasi meningkat. Inflasi di sini meningkat, inflasi di Saudi pun meningkat. Tambang kapal terbang, tambang hotel, pengangkutan, kos makan minum meningkat. Tabung Haji terus biaya. Pada ketika kedudukan kewangan Tabung Haji sihat, tidak ada masalah tetapi apabila Tabung Haji sakit, ini Tabung Haji hendak buat satu keputusan. Katakanlah ya kerana kedudukan kewangan tidak mengizinkan RM390 juta setahun terus meningkat tau ni, terus meningkat. Subsidi hendak kena tanggung, hibah nak kena bayar, Tabung Haji, Yang Berhormat Menteri Agama hendak kena bentang kepada Jemaah Menteri keputusan politiknya subsidi hajinya hendak ditanggung lagi atau tidak. Hendak dikurangkan kah atau apa? Katakanlah keputusannya kita tamatkan, kita akan tengok bagaimana kecewanya umat Islam yang menyimpan, mengharapkan pengurusan yang bagus. Akan tetapi kalau sudah melabur begitu banyak syarikat dan tengok dalam laporan kewangan pula rugi, jadi itu mengecewakan mereka. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya pun tadi dengar Yang Berhormat Pontian apabila disebut semua itu jatuh kerana Kerajaan Pakatan Harapan. Saya tidak suka sweeping statement. Yang Berhormat Pontian ini bekas Timbalan Menteri. Saya tadi sempat google dalam Bloomberg. Saya ambil contoh Tabung Haji labur dalam Datasonic Group Berhad. Tren saham Tabung Haji dalam Datasonic ini sedang menaik. Saya baca dalam Bloomberg, Mac 2020 the counter has been steadily rising since March 2020 and reached a 1 year high of RM1.67. Daripada berapa? Daripada 60 sen, 50 sen naik, naik, naik RM1.67. Akan tetapi investors engage in sell-down of their holdings in Datasonic as uncertainties over the new political landscape weighed on sentiment. Jadi apabila kita tengok grafnya itu, ia menjunam selepas berlaku perubahan kerajaan dengan cara yang kita faham tadi. Itu menyumbang kepada menjunamnya saham Tabung Haji. Itu antara menyumbang. Sumber Bloomberg. Laporan Mac 2020 saya quote tadi. Jadi, saya fikir kalau kita hendak move on, kita kena terima satu hakikat Tabung Haji sakit dan pelan pemulihan telah diluluskan oleh Jemaah Menteri Kerajaan Pakatan Harapan telah dibentangkan kepada Parlimen. Kita telah perakukan. Move on kenyataan- kenyataan politik jual aset kepada orang China dan segala macam itu lupakanlah. Move on lah kalau kita hendak tengok bahawa institusi orang Melayu Islam ini kita hendak pulihkan, kita harus bagi dukungan penuh Akan tetapi soal accountability mesti ada. Oleh sebab itu, saya nanti akan mendengar jawapan daripada Yang Berhormat Menteri terhadap perkara ini. Itu Tabung Haji. BERNAS menjadi pilihan tajuk saya yang ketiga. Macam Yang Berhormat Tanjong Karang, dia akan bercakap soal penanam padi. BERNAS ini, industri padi ini pada saya dalam istilah yang direct saya hendak sebut, industri yang sangat zalim, sangat zalim. Dia ada beberapa stakeholdersnya. Sebuah kerajaan. Kerajaan ini setiap tahun asyik bagi subsidi sahaja. Banyak, RM2 bilion subsidi. Subsidi racun, subsidi baja, subsidi bajak, segala macam subsidi. Penanam padi 200 ribu. Pengilang, pemborong, peruncit, BERNAS. Amalan sekarang, polisi sekarang adalah harga padi kita ada polisi harga lantai. Berapa banyak pun penanam padi tempatan hasilkan padi, BERNAS kena beli dengan harga RM1.20 sekilo atau RM1,200 satu tan. Di antara RM1.20 harga padi, padi dihantar ke kilang, kemudian pemborong, kemudian peruncit, kerajaan sekarang dia cap amalan sekarang, dia cap harga beras tidak boleh melebihi RM2.60. Maknanya berhempas pulas bagaimanapun, jemur panas membanting tulang, nilai pesawah padi, hasil padi mereka itu apabila jadi beras tidak boleh dijual lebih RM2.60, tidak boleh. Itu polisinya. Di satu sisi yang lain, kerajaan benarkan BERNAS import beras. Banyak mana pun import beras, 1 juta tan, kerajaan tidak cap harga beras yang BERNAS import. Jadi, akibatnya pengilang, pemborong, peruncit, mereka squeeze margin antara RM1.20 dengan RM2.60. Cadangan saya Tuan Yang di-Pertua, sudah sampai masanya dua perkara kena dibuat. Pertama, kita kena lift the cap. Angkat syiling RM2.60. Beras tempatan tidak payah ada cap. Jadi orang akan tanya, what is going to happen to those vulnerable groups orang miskin kalau harga syiling itu kita buang. Kita katakan bahawa kerajaan patut cap beras import sebab beras import ini 1 juta tan, 60 percent beras Vietnam. Bakinya adalah India, Thailand sedikit sebanyak. Kemudian Basmathi special rice.

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHKulim-Bandar Baharu

Jadi kita cap beras import. Those vulnerable groups, they can still buy the rice at the cheaper price because, dengan izin, sebab kita cap harga beras import. Sahabat saya Yang Berhormat Kapit, saya hendak anjurkan, saya telah sekurang-kurangnya tunaikan tanggungjawab saya sehingga membentangkan idea ini di peringkat Majlis Tindakan Ekonomi Negara yang ikut disertai oleh Yang Amat Berhormat Pagoh dan Yang Berhormat Gombak. Saya percaya, sebab satu mesyuarat tidak selesai. Saya telah bentangkan, tidak ada penolakan, tidak ada persetujuan tetapi idea itu tergantung dan kita patut tengok. Ini kerana tahun 2021, BERNAS akan habis tempoh monopoli. Kalau hari ini sahabat saya Yang Berhormat Kapit buat reverse investment di India tanam padi, harga yang lebih murah tidak boleh bawa masuk ke sini melainkan melalui AP BERNAS. Ya, bagi contohlah. Jadi, rakyat Malaysia tidak berpeluang untuk menikmati beras yang berkualiti tinggi pada harga yang murah kerana polisi ini. Cadangan saya adalah, sampai masanya kerajaan tengok balik dan buka kepada lebih banyak pemain. Persaingan akan menggalakkan harga yang lebih kompetitif, kualiti barangan lebih baik kepada rakyat. BERNAS. Tuan Yang di-Pertua, RUU 355 satu tajuk yang saya pilih. Seawal tahun 1993, negeri Kelantan mendahului yang lain buat Enakmen Kanun Jenayah Syariah tetapi waktu itu Kelantan dan PAS tidak ada kuasa politik di peringkat Persekutuan, tidak ada. Sekarang, PAS menjadi anggota kepada Kerajaan Persekutuan. Saya fikir, saya menghargai hak Yang Berhormat Marang membentangkan rang undang-undang persendirian. Kerajaan bersetuju rang undang-undang persendirian seharusnya disambut dan disambung oleh kerajaan. Jadikan sebagai rang undang- undang kerajaan tetapi itu tidak berlaku. Sekarang, rakan-rakan saya daripada PAS sudah menjadi sebahagian daripada kerajaan. Maknanya dia perlukan seorang sahaja. Katakanlah Menteri Undang-undang ataupun Menteri Agama. Dia cuma perlu buat Memo Jemaah Menteri, bentang kepada Kabinet. Dapatkan keputusan dasar bahawa Jemaah Menteri bersetuju untuk rang undang-undang ini diteruskan dan dibentangkan. Setuju sahaja, Menteri yang berkenaan boleh buat dialog dengan semua stakeholders, pengamal undang-undang, masyarakat sivil, rakyat dan sebagainya. Kemudian, bentang atau buat satu rang undang-undang yang sudah pun ada. Kita tidak bermula degan kosong. Hantar kepada Peguam Negara. Peguam Negara teliti, tengok dekat mana yang bertembung dengan Perlembagaan Persekutuan, kuasa negeri, kuasa persekutuan, Undang-undang Jenayah, Criminal Law, Undang-undang Jenayah Syariah macam mana dan harmonikan. Bentang balik dalam Jemaah Menteri untuk pelaksanaan. Saya percaya daripada Yang Berhormat Ayer Hitam tidak ada masalah, Yang Berhormat Kapit tidak ada masalah sebab ini hak orang Islam untuk tegakkan. Saya percaya rakan-rakan Yang Berhormat Segamat tidak ada masalah, saya fikir. OIeh kerana ini saya hendak tanya pula kepada Menteri, bilakah ini akan dilakukan? Saya hendak tengok bila. Ini kerana rakyat Kelantan sudah pun secara sah memilih kerajaan. Lama sudah dengan kerajaan itu dia bentangkan undang-undang ini dalam Dewan Undangan Negeri secara sah, cuma tersangkut sebab tidak ada kuasa politik di peringkat Persekutuan, sekarang sudah ada. Ada Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Kubang Kerian ada, Yang Berhormat Kota Bharu ada, yang bergelar Menteri di peringkat agama, rakan saya Yang Berhormat Pengkalan Chepa sekarang jadi Timbalan Menteri Agama. Bola di kaki anda. Biarlah tempoh memegang kuasa politik ini anda telah membuktikan bahawa anda betul- betul menunaikan janji seperti mana janji kepada rakyat dan umat Islam,

Tuan Che Alias bin HamidPAS · PNKemaman

Insya-Allah, PAS buat.

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHKulim-Bandar Baharu

Sorry, Yang Berhormat Kinabatangan bersetuju? Setuju kan? Tidak ada masalah ya. Terima kasih banyak. Itu saya pilih sebagai tajuk saya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Satu minit. Akhir, baik, sila.

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHKulim-Bandar Baharu

Terakhir, satu minit. Isytihar aset ini sebuah legasi Kerajaan Pakatan Harapan ya.

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHKulim-Bandar Baharu

Saya ikuti ucapan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Pagoh yang telah pun mengeluarkan arahan kepada semua Menteri, Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen Perikatan Nasional untuk isytihar. Saya sebut ini supaya tidak ada jurang antara cakap dan buat. Apabila Pakatan Harapan buat polisi ini, saya antara orang yang paling awal, top three kemukakan. Apabila tahun kedua, Januari 2020 saya juga orang yang pertama memberikan pengisytiharan aset. Jadi saya hendak tahu, apa status pengisytiharan aset supaya ia tidak ada isytihar aset ini tidak ada dalam Islam, berlawanan dengan Islam. So, sedangkan semua kita tahu dalam kisah peristiwa Sayidina Umar Al-Khattab sewaktu dia dilihat pakai jubah baru, kemudian dia hendak bagi pidato, ada pengikut dia kata tolong jangan dengar apa yang Umar cakap sehingga dia jelaskan jubah baru dia dapat daripada mana. Oleh sebab kain yang dia buat jubah sama dengan kain yang aku dapat. Ini sebahagian daripada hadiah daripada hasil perang. Akan tetapi kain yang aku dapat tidak cukup sehelai jubah. Macam mana dia dapat siapkan sehelai jubah. Sehinggalah Umar minta anaknya Abdullah bin Umar berikan penjelasan. Anak dia kata bahagian aku, aku bagi kepada ayah aku. Sehingga mereka jelas begitu. Simboliknya dia kena jelaskan. Jubah itu pun rakyat tuntut untuk dijelaskan. Mana boleh kita kata ada dalam Islam tidak boleh isytihar harta. Jadi...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik. Terima kasih.

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHKulim-Bandar Baharu

Sudah habis Tuan Yang di-Pertua? Okey, kalau sudah habis saya ucap terima kasih. Saya hargai ketekunan dan perhatian diberi rakan-rakan. Mudah-mudahan Allah Taala berkati majlis dan perhimpunan kita. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Waalaikumussalam. Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Ahli Yang Berhormat, jam telah menunjukkan 5.32 petang. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis esok 16 Julai 2020.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.32 petang]

Kamar KhasSpecial Chamber

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Bekalan Air Negeri MelakaSpecial Chamber

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, tajuk ucapan bagi Kamar Khas petang ini ialah Bekalan Air Negeri Melaka. Tuan Yang di-Pertua, pada sesi Parlimen tahun lepas, iaitu pada 7 November 2019, saya telah membangkitkan isu bekalan air untuk negeri Melaka di Kamar Khas ini. Pada ketika itu, lebih kurang 19 kawasan di Melaka telah mengalami gangguan bekalan air akibat daripada fenomena musim panas dan purata hujan yang rendah.

Malangnya pada bulan Januari 2020 tahun ini, masalah ini bertambah serius sehingga catuan air berjadual terpaksa dijalankan untuk lebih dua bulan.

Perkara ini telah mendatangkan banyak kemudaratan bukan sahaja kepada para penduduk tetapi juga kepada pihak industri yang terpaksa menanggung kerugian.

Tuan Yang di-Pertua, masalah bekalan air tidak berlaku secara tiba- tiba. Ia berlaku kerana terdapat kegagalan untuk merancang dan mengurus aset air dengan baik dalam jangka masa panjang. Sebagai contoh, sejak tahun 2004 lagi sudah terdapat perancangan bahawa empangan yang baharu diperlukan untuk negeri Melaka. Ini membawa kepada projek Empangan Jernih yang telah dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia ke-10 dan kemudiannya Rancangan Malaysia Ke-11. Malangnya Empangan Jernih tidak terbina. Lebih teruk lagi projek ini dibatalkan pada tahun 2017 oleh kerajaan yang lama.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Tetapi di bawah kerajaan Pakatan Harapan, pihak kementerian dan kerajaan negeri telah meluluskan semula projek Empangan Jernih pada tahun 2018. Pada masa yang sama, projek off-river storage (ORS) juga akan dijalankan. Kedua-dua projek ini dijangka siap sekitar 2023 dan mampu menampung permintaan bekalan air Melaka untuk jangka masa panjang iaitu sehingga tahun 2050.

Maka, saya memohon kerajaan menyatakan status terkini projek-projek ini. Adakah mereka sudah dimulakan dan apakah kerja-kerja yang telah dilakukan setakat ini? Saya juga ingin mengutarakan satu perkara penting iaitu mengenai loji air untuk Empangan Jernih. Saya memohon penjelasan kementerian mengenai status dan perancangan untuk loji ini dan adakah ia akan siap serentak dengan Empangan Jernih ataupun loji lain yang akan digunakan?

Selain daripada itu, keadaan semasa masih terdesak. Daripada segi jangka masa pendek, negeri Melaka masih terdedah kepada risiko gangguan bekalan air untuk tahun ini dan tahun hadapan. Maka, sementara menunggu projek jangka masa panjang siap iaitu Empangan Jernih dan projek ORS, langkah-langkah jangka masa pendek juga perlu diambil. Sebelum ini, Kerajaan Negeri Melaka di bawah Pakatan Harapan telah mengambil langkah- langkah jangka masa pendek seperti mengepamkan air dari tasik dan kolam- kolam, pelencongan Sungai Kesang dan operasi pembenihan awan.

Oleh itu, saya turut memohon penjelasan daripada pihak Kerajaan Persekutuan mengenai langkah-langkah jangka masa pendek yang telah dirancang untuk mengatasi masalah air di Melaka ini. Sekian, terima kasih.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNMenteri Alam Sekitar dan Air · Kubang Kerian

Bismillahir Rahmanir Rahim. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab soalan Yang Berhormat Kota Melaka, izinkan saya untuk memaklumkan Dewan yang mulia ini bahawa semasa lawatan kerja saya ke Melaka pada 9 Julai 2020, saya telah mengumumkan penggunaan frasa Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) bagi menggantikan frasa off-river storage (ORS).

Tuan Yang di-Pertua, kementerian sedia maklum dan prihatin di atas masalah bekalan air yang membelenggu rakyat negeri Melaka yang disebabkan oleh faktor kekurangan sumber air. Saya ingin mengulas kenyataan Yang Berhormat bahawa projek ini sebenarnya tidak pernah dibatalkan tetapi ianya dikaji semula daripada segi saiz dan kesesuaian tapak kerana kajian tersebut telah dimuktamadkan dengan saiznya telah dikecilkan

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNMenteri Alam Sekitar dan Air · Kubang Kerian

daripada 25 juta meter padu kepada 13 juta meter padu supaya tidak menjejaskan penduduk dan warisan setempat.

Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini, Projek Pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) Jernih sedia untuk ditender pada bila-bila masa dan tertakluk kepada persetujuan beberapa perkara, terutamanya pengesahan daripada Kerajaan Negeri Sembilan supaya ia tiada halangan terhadap pembinaan projek ini sebelum ia diteruskan kerana hampir seluruh kawasan tadahan berada di Negeri Sembilan.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNMenteri Alam Sekitar dan Air · Kubang Kerian

Isu lain yang dibangkitkan juga oleh Kerajaan Negeri Sembilan adalah kerisauan mengenai kuantiti air di kawasan hilir dan impak ke atas hidupan akuatik yang terdapat di Sungai Rembau. Simpanan daripada TAPS atau Takungan Air Pinggiran Sungai Jernih akan digunakan sebagai sumber air kepada loji rawatan air (LRA) Sg. Jernih yang akan dibina. LRA Sg. Jernih ini terbahagi kepada dua fasa iaitu fasa 1 sebanyak 45 juta liter sehari yang dijangka siap pada tahun 2022 dan fasa 2 sebanyak 45 juta liter sehari yang akan dijangka siap pada tahun 2045.

Bagi Projek Pembinaan TAPS Melaka pula, perunding bagi pelaksanaannya telah dilantik, sedang di peringkat kajian kemungkinan selama 10 bulan bermula Oktober 2019 bagi mengenal pasti kebolehlaksanaan projek ini dan kecukupan sumber air di dua lokasi cadangan TAPS iaitu Tasik Biru, Jasin dan juga Sg. Rembau di Alor Gajah, Melaka. TAPS Melaka akan menyediakan tambahan sumber air sebanyak 310 juta liter sehari bagi memenuhi keperluan bekalan air semasa dan sehingga tahun 2040. Projek ini dijangka dapat ditender selewat-lewatnya pada tahun 2021 dan mengambil masa selama 36 bulan untuk disiapkan.

Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak perunding juga sedang mengumpulkan khidmat perunding bagi membolehkan projek TAPS Tasik Biru, Jasin dapat dilaksanakan lebih awal bagi membolehkan sumber air tambahan disediakan bagi negeri Melaka yang mengalami masalah bekalan air berikut kekurangan sumber air buat masa kini.

Tuan Yang di-Pertua, memandangkan Projek Pembinaan TAPS Jernih dan Melaka berkenaan akan mengambil masa selama 2 hingga 3 tahun untuk disiapkan, maka langkah mitigasi jangka pendek juga sedang dilaksanakan sama ada oleh pihak kerajaan negeri mahupun Kerajaan Persekutuan. Bagi peringkat Kerajaan Persekutuan, kementerian telah meneliti akan permohonan Kerajaan Negeri Melaka untuk pelaksanaan dua projek mitigasi penyaluran air mentah dari Sungai Kesang dan Tasik Biru ke Empangan Jus, Daerah Jasin.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNMenteri Alam Sekitar dan Air · Kubang Kerian

Penilaian awal sebanyak 220 juta liter sehari dan Empangan Durian Tunggal, Daerah Alor Gajah. Penilaian awal sebanyak 160 juta liter sehari yang melibatkan permohonan peruntukan sebanyak RM300 juta sebagai alternatif bagi menghadapi musim kemarau.

Berdasarkan kepada penelitian dan pertimbangan daripada aspek teknikal dan pengurusan kepada single source dependency aset strategik, kementerian bercadang untuk mengesyorkan pelaksanaan projek penyaluran air mentah dari Sungai Kesang dan Tasik Biru ke Empangan Jus, Daerah Jasin yang melibatkan peruntukan sebanyak RM150 juta yang akan dipohon kepada EPU dalam Rancangan Malaysia ke-12. Sementara kementerian berpandangan bahawa projek penyaluran air dari Tasik Biru dan Sungai Kesang ke Empangan Durian Tunggal kurang bersesuaian untuk dilaksanakan berdasarkan alasan berikut:

(i) tidak menumpukan keseluruhan sistem bekalan air Melaka ke Empangan Durian Tunggal. Kebergantungan sumber air kepada single source ataupun sumber yang satu merupakan amalan pengurusan risiko yang tidak strategik. sekiranya berlaku pencemaran, kemarau atau bencana alam, ia akan meninggalkan kesan yang besar bagi seluruh bekalan air bagi negeri Melaka,

(ii) kapasiti kebolehambilan air mentah tidak mencukupi untuk disalurkan ke Empangan Durian Tunggal memandangkan Tasik Biru merupakan komponen projek ORS Melaka yang akan menyalurkan air ke Empangan Jus dan juga yang akan membekalkan air mentah untuk LRA Merlimau dan LRA Chin Chin.

Kementerian juga sedang meneliti satu lagi projek sumber air mentah untuk penyelesaian jangka masa panjang bagi negeri Melaka dan Negeri Sembilan iaitu Projek TAPS Linggi. Berdasarkan kepada penelitian awal, Projek TAPS Linggi ini berupaya menyediakan bekalan sebanyak 250 juta liter sehari. Anggaran awal kos projek ini adalah sebanyak RM400 juta.

Bahagian Bekalan Air pada masa ini sedang melaksanakan kajian untuk membangunkan sumber air di Sungai Linggi. Di sini, kementerian mencadangkan agar Kerajaan Negeri Melaka bersetuju supaya loji rawatan air yang akan dibina menggunakan sumber air mentah daripada TAPS Linggi diusahakan secara bersama antara Kerajaan Negeri Sembilan dan Kerajaan Negeri Melaka bagi membekalkan air di kawasan sempadan bersama.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNMenteri Alam Sekitar dan Air · Kubang Kerian

Oleh kerana Negeri Sembilan mempunyai bekalan air yang banyak dan kementerian menjangkakan bahawa projek ini perlu diusahasama di antara dua negeri bagi menampung kekurangan air di negeri Melaka. Pihak kementerian mencadangkan supaya Kerajaan Melaka melaksanakan pengurusan permintaan iaitu mengurangkan penggunaan domestik air daripada 225 liter per kapita sehari kepada 180 liter per kapita sehari sebagaimana yang ditetapkan dalam Rancangan Malaysia ke Sebelas. Selain itu, Yang Berhormat juga diminta untuk dapat kita saling bekerjasama bagi membantu menggalakkan penggunaan peralatan dan gajet jimat air supaya penggunaan air dapat dijimatkan. Terima kasih.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Kelewatan Dalam Penghantaran Bungkusan oleh Pos Malaysia di Sabah dan SarawakSpecial Chamber

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk berucap dalam Kamar Khas ini. Tuan Yang di-Pertua, pada 22 Jun 2020, Pos Malaysia Berhad telah pun memuat naik suatu notis dan dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengulanginya di sini.

‘Pos Malaysia hadapi peningkatan jumlah bungkusan mendadak. Para pelanggan yang dihargai, ingin dimaklumkan bahawa kami sedang menghadapi peningkatan jumlah bungkusan yang mendadak terutamanya di Sabah dan Sarawak. Berikutan peningkatan tersebut, kami menjangkakan kelewatan penghantaran bungkusan pada ketika ini. Kami sedang gigih berusaha untuk meningkatkan kapasiti untuk memastikan penghantaran dapat dilakukan secepat mungkin.

Bagi para pelanggan kami di Sabah dan Sarawak, kami juga menghadapi kekangan daripada segi jumlah penerbangan yang terhad yang mungkin menyebabkan kelewatan yang tidak dijangka. Kami menghargai kesabaran ada dan terima kasih kerana memahami situasi ini’. Saya ingin bertanya, berapakah jumlah sebenar peningkatan bungkusan sehingga dikatakan sebagai peningkatan yang mendadak? Saya percaya pihak Pos Malaysia akan berpandangan bahawa peningkatan mendadak ini adalah buat sementara waktu sahaja atas sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19. Saya tidak dapat bersetuju dengan pandangan ini. Saya berpendapat bahawa peningkatan penghantaran bungkusan ini bukan buat sementara waktu sahaja tetapi akan terus berlaku

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

dan terus meningkat dengan kemajuan teknologi, dengan penggunaan telefon pintar yang semakin meluas, pembinaan lebih banyak menara telekomunikasi, akses yang lebih luas ke internet berkelajuan tinggi dan juga promosi e-wallet oleh kedua-dua kerajaan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional sehinggakan orang di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak juga mula memesan barang secara dalam talian dan mengharapkannya dihantar ke depan pintu rumah mereka.

Baru-baru ini, seorang pelajar universiti dari Pitas di bahagian Utara Sabah menjadi terkenal selepas beliau terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan isyarat telefon untuk mengambil peperiksaan melalui telefon pintarnya. Trend memesan barang secara dalam talian dan menghantarnya melalui pos telah berlaku selama bertahun-tahun dan oleh itu pengurusan atasan Pos Malaysia tidak boleh menyatakan bahawa mereka langsung tidak dapat menjangkakannya. Pada hemat saya, alasan seperti peningkatan jumlah bungkusan yang mendadak atau jumlah penerbangan yang terhad adalah tidak boleh diterima sama sekali.

Pos Malaysia dalam posting Facebook yang sama mengatakan bahawa mereka akan berusaha untuk meningkatkan kapasiti. Persoalan saya, apakah tindakan yang akan diambil kerajaan bagi membantu Pos Malaysia meningkatkan kapasiti? Adakan ini termasuk pengambilan lebih banyak kakitangan penghantaran ataupun melabur dalam lebih banyak kenderaan penghantaran seperti kapal terbang, van penghantaran atau motosikal? Sila Yang Berhormat Menteri jelaskan apakah rancangan kukuh kementerian bagi meningkatkan kapasiti Pos Malaysia terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Sekian, terima kasih.

Dato’ Saifuddin AbdullahBERSATU · PNMenteri Komunikasi dan Multimedia · Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih juga sahabat lama saya, Yang Berhormat Kota Kinabalu. Saya sangat-sangat berterima kasih kerana Yang Berhormat Kota Kinabalu membawa persoalan yang sangat penting yang berkaitan dengan perkhidmatan oleh Pos Malaysia.

Dalam dunia perkembangan teknologi yang begitu pantas, memang apa yang disebut oleh Yang Berhormat, berlakunya peningkatan daripada segi penglibatan orang ramai menggunakan teknologi membuat pesanan untuk pelbagai jenis barangan dan sebagainya. Itu sesuatu yang memang kita jangka tetapi COVID-19 memang tak dijangka dan PKP adalah tindakan yang juga tidak pernah difikirkan. Tidak ada mana-mana parti politik akan buat manifesto

Dato’ Saifuddin AbdullahBERSATU · PNMenteri Komunikasi dan Multimedia · Indera Mahkota

[Ketawa] yang ada kaitan dengan PKP. Tidak pada zaman PH dan tidak juga zaman PN.

Dato’ Saifuddin AbdullahBERSATU · PNMenteri Komunikasi dan Multimedia · Indera Mahkota

Berkaitan pelajar muda di Pitas itu, sebenarnya SKMM telah menziarah tempat itu pada keesokan harinya dan kita tidak mahu berdebatlah dengan isu yang ditimbulkan oleh pelajar yang berkenaan. Sepertimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, COVID-19 dan PKP telah menyebabkan seperti saya katakan tadi lebih ramai pengguna beralih kepada kaedah pembelian secara dalam talian.

Ini menyebabkan peningkatan jumlah bungkusan yang diterima oleh Pos Malaysia adalah jauh lebih tinggi daripada kapasiti memproses dan serahan yang sedia ada. Pada kebiasaannya, Pos Malaysia menerima purata antara 7 hingga 8 juta barang sebulan. Pada April 2020, jumlah bungkusan yang diterima telah meningkat secara mendadak kepada 12.7 juta item iaitu peningkatan sebanyak 82 peratus berbanding bulan Februari 2020.

Pada bulan Mei dan Jun 2020, jumlah barangan itu kekal tinggi melebihi 10.8 juta sebulan. Jadi dia peak betul-betul pada bulan April. Jumlah barang yang perlu dihantar ke Sabah dan Sarawak telah meningkat secara mendadak pada bulan Mei iaitu sebanyak 791 ribu berbanding 65 ribu pada bulan Mac 2020. Jumlah barangan terus meningkat kepada 1.39 juta pada bulan Jun 2020. Keadaan ini telah memberi tekanan kepada kapasiti pemprosesan dan serahan barangan Pos Malaysia.

Untuk makluman, Pos Malaysia mempunyai kapasiti pemprosesan bungkusan antara 300 ribu hingga 400 ribu item sehari. Dengan peningkatan volum yang mendadak ini, Pos Malaysia kini perlu memproses item antara 600 ribu hingga 800 ribu item sehari iaitu bersamaan peningkatan lebih kurang 100 peratus.

Pelaksanaan PKP juga telah menyebabkan banyak syarikat penerbangan komersial membatalkan penerbangan ke Sabah dan Sarawak.

Dari Semenanjung ke sana dan begitu juga sebaliknya. Pengurangan bilangan penerbangan secara drastik ini telah memberi impak terhadap kapasiti penghantaran item ke Sabah dan Sarawak dan seterusnya menyebabkan kelewatan penghantaran.

Bagi mengatasi situasi ini, Pos Malaysia telah mengambil beberapa langkah:

(i) sejak pertengahan April 2020, Pos Malaysia telah menggunakan perkhidmatan penerbangan kargo daripada beberapa syarikat tempatan dan serantau bagi

Dato’ Saifuddin AbdullahBERSATU · PNMenteri Komunikasi dan Multimedia · Indera Mahkota

menggantikan kekurangan penerbangan komersial.

Melalui inisiatif ini, Pos Malaysia dapat meningkatkan kekerapan penerbangan dan telah melaksanakan jumlah waktu penerbangan atau dengan izin, block hours yang lebih tinggi iaitu antara 520 block hours hingga 540 block hours sebulan berbanding antara 260 block hours hingga 280 block hours sebelum pelaksanaan PKP. Jadi, kenaikan lebih kurang 100 peratus juga selari dengan kenaikan lebih kurang 100 peratus untuk jumlah item tadi.

Pos Malaysia juga telah menambah seramai lebih 1,300 orang kakitangan separuh masa untuk mempercepatkan pemprosesan dan isian bungkusan di pusat-pusat Pos Laju seluruh negara sejak 1 April 2020.

Daripada jumlah ini, 30 peratus adalah pelantikan di Sabah dan Sarawak.

Di semenanjung Yang Berhormat, termasuk juga pekerja-pekerja Pos Malaysia yang lazimnya dia bukan kerja menghantar barangan, mereka juga dibenarkan untuk menggunakan kenderaan sendiri yang diperiksa oleh Pos Malaysia dengan syarat dia guna stiker Pos Malaysia dan dia pakai baju korporat Pos Malaysia untuk menghantar barangan.

Bagi meningkatkan kapasiti serahan kepada penerima bungkusan, Pos Malaysia telah menambah bilangan ejen serahan di bawah Program Pos Rider.

Program ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Pelan Transformasi Pos yang melantik ejen serahan bagi membantu kakitangan serahan sedia ada.

Sehingga kini, seramai 299 ejen Pos Rider sepenuh masa telah dilantik termasuk juga lebih 1,400 ejen Pos Rider sambilan yang diambil mengikut keperluan.

Daripada jumlah keseluruhan ini, seramai 224 adalah lantikan di Sabah dan 270 di Sarawak. Program Pos Rider ini bukan sahaja membantu meningkatkan kapasiti serahan Pos Malaysia malah ia juga membuka peluang pekerjaan dan pendapatan tambahan kepada rakyat dan komuniti setempat, terutama sewaktu musim PKP.

Akhir sekali, Pos Malaysia juga akan membuka sebuah Pusat Pos Laju di Lok Kawi, Sabah pada pertengahan bulan ini yakni Julai 2020 yang dipercayai akan meningkatkan kapasiti pemprosesan dan mempercepatkan serahan di kawasan-kawasan sekitar Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Petagas, Kepayan, Lapangan Terbang Kota Kinabalu, Kinarut, Lok Kawi sendiri, Kem Tentera dan kampung-kampung yang berhampiran. Pusat ini juga akan menjadi hab pengangkutan item-item mel dan kurier baharu untuk penghantaran ke bandar-bandar utama di Sabah. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang, hari Khamis, 16 Julai 2020.

[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.56 petang]