Dewan Rakyat · 16 July 2020

15th Parliament, session 3, meeting 2 · 930 turns · 48,172 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Menteri Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Tuan Yang di-Pertua, selamat pagi. Sebelum memulakan pertanyaan atas isu peraturan, saya ingin mohon petua daripada Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, peraturan apa itu.

Saya merujuk kepada dua peraturan mesyuarat. Satu 35(1), masa bercakap dan berkaitan dengan 35(4), berkenaan dengan kejadian kelmarin ketika Yang Berhormat Bagan sedang berucap, terdapat gangguan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat backbencher daripada Perikatan Nasional. Bila saya membangkitkan isu peraturan, Timbalan Speaker yang mempengerusikan prosiding kelmarin telah menyatakan bahawa beliau perlu merujuk kepada Hansard sebelum membuat sebarang keputusan. Akan tetapi pada hemat saya, beliau sebagai seorang Timbalan Yang di-Pertua yang mempengerusikan prosiding mesyuarat, mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terus tanpa merujuk kepada Hansard kerana kalau perkara itu berlaku di hadapan umpamanya pagi ini di hadapan Tuan Yang di-Pertua, saya percaya Tuan Yang di-Pertua mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tanpa merujuk kepada Hansard. Kelmarin ketika Yang Berhormat Bagan sedang berucap, ucapan beliau telah diberikan masa 40 minit tetapi gangguan-gangguan yang dibuat oleh Yang Berhormat Pasir Salak dan Yang Berhormat Baling sehingga melontarkan perkataan-perkataan seperti ‘bodoh’ dan sebagainya, tidak diambil sebarang tindakan. Jadi saya mohon jasa baik Tuan Yang di-Pertua untuk memberi petua kalau boleh maklumkan kepada Timbalan Yang di-Pertua kalau berlaku sekali lagi perkara itu untuk- dan dibangkitkan supaya diambil tindakan dan saya juga mohon kalau boleh masa ucapan itu diberhentikan seketika ketika Tuan Yang di-Pertua sedang membuat keputusan menerima bantahan-bantahan. Ini kerana kalau masa itu dibenarkan untuk berlalu, saya rasa pihak yang berbahas atau Yang Berhormat yang berbahas tidak akan dapat memberikan perbahasan secara lancar. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya sebenarnya tidak mempengerusikan mesyuarat itu. Jadi saya perlu berbincang dengan Timbalan Yang di-Pertua akan apa yang terjadi semalam itu. Saya pun tidak tahu di bawah keadaan apa perkara itu terjadi. Saya rasa kalau Timbalan Yang di-Pertua mengambil keputusan sedemikian mungkin adalah kerana pada masa itu sesuatu perkara yang dinyatakan itu tidak terang baginya atau sebagainya. Beri saya sedikit masa untuk membincangkan dengan Timbalan Yang di-Pertua, kalau boleh.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Kita pun hendak ada masa, hendak mengikut masa yang ditetapkan seberapa boleh yang dapatlah kerana kita hendakkan semua seberapa ramai yang mungkin Ahli-ahli Yang Berhormat bercakap dan berbahas terutamanya di dalam Titah Diraja ini. Jadi saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat pun fahamlah tentang kekangan masa yang kita ada.

Tuan Yang di-Pertua

Kalau begitu, saya pun inginkan memohon kepada Ahli-ahli Yang Berhormat kalau hendak memintas dan meminta laluan itu cuma sesuatu yang substantial-lah, yang benar-benar penting kerana ia akan memakan masa pembahas yang diberikan ya. Dengan tidak melengahkan masa, saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Beaufort untuk kemukakan pertanyaan dalam masa satu minit.

Azizah Mohd DunUMNO · BNBeaufort · question

1. Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun [Beaufort] minta Perdana Menteri menyatakan, komitmen kerajaan dalam menangani isu integriti dan rasuah dalam negara yang kini dilihat lebih tertumpu kepada ekonomi dan kesihatan akibat pandemik COVID-19 serta apakah perkembangan status ke semua inisiatif yang terkandung dalam Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023, dan adakah usaha daripada kerajaan untuk memperkemas NACP tersebut dalam menentukan hal tuju baharu setelah hampir dua tahun pelaksanaannya semenjak dilancarkan pada Januari 2019.

Tan Sri Dato' Sri Haji Muhyiddin bin Md. YassinBERSATU · PNPerdana Menteri · Pagoh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebagaimana yang diumumkan pada 11 Mac 2020 yang lalu, Kerajaan Perikatan Nasional telah menyatakan komitmen untuk menentang dan membanteras rasuah. Dalam hal ini kerajaan akan meneruskan usaha untuk meningkatkan tadbir urus dan integriti melalui pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023. Ini bagi meningkatkan kecekapan dan ketelusan pengurusan kerajaan berteraskan prinsip governance, integrity dan anti rasuah. Ia selaras dengan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa sidang pembukaan Penggal Ketiga, Parlimen Keempat Belas pada 18 Mei 2020 yang lalu agar kerajaan terus melaksanakan NACP. Sehingga 31 Mei 2020, sebanyak 28 inisiatif di bawah enam strategi pelaksanaan NACP berkenaan telah selesai dilaksanakan iaitu: (i) tadbir urus politik sebanyak 13 inisiatif; (ii) pentadbiran sektor awam sebanyak tiga inisiatif;

Tan Sri Dato' Sri Haji Muhyiddin bin Md. YassinBERSATU · PNPerdana Menteri · Pagoh

(iii) perolehan awam empat inisiatif; (iv) perundangan dan kehakiman satu inisiatif; (v) penguatkuasaan undang-undang lima inisiatif; dan (vi) tadbir urus korporat dua inisiatif. Bagi memastikan hasrat murni kerajaan ini dapat dilaksanakan secara tersusun dan berkesan, peranan Pusat Governans, Integriti, & Anti-Rasuah (GIACC) sebagai Sekretariat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) dikekalkan. JKKMAR dipertanggungjawabkan menyelaras pelaksanaan, memantau dan menilai keberkesanan semua inisiatif berkaitan Governans, Integriti, & Anti-Rasuah (GIACC) di semua sektor sama ada kerajaan mahupun swasta. Manakala Jawatankuasa Anti-Rasuah (JAR) yang dilaksanakan di beberapa peringkat kementerian dan jabatan juga akan diteruskan bagi memastikan dasar yang dibuat tidak berkompromi kepada sebarang tindakan rasuah. Kerajaan akan terus memantau semua inisiatif di bawah JKKMAR dan NACP bagi memastikan pelaksanaannya membawa impak yang positif kepada negara. Semua peningkatan dan usaha kerajaan arah membanteras amalan rasuah dan salah guna kuasa akan diberikan penekanan oleh Kerajaan Perikatan Nasional melalui dasar-dasar yang telah dipersetujui seperti yang dinyatakan dalam Inisiatif NACP 2019- 2023 termasuk inisiatif NACP yang berbentuk berasaskan laporan Pertubuhan Bangsa- bangsa Bersatu (PBB) melalui penyataan United Nations Convention On Anti-Corruption dan NACP 2019-2023 dibuat dengan mengambil kira piawaian Laporan Antarabangsa PBB melalui UNCAC. Namun, perkara-perkara yang telah dirangka tidak mengabaikan piawaian daripada konteks amalan tempatan yang lebih bersifat praktikal dan mampu mengatasi pencapaian berdasarkan piawaian di peringkat antarabangsa.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya persilakan Yang Berhormat Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun untuk menanyakan soalan tambahan pertama.

Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas jawapan dan tahniah diucapkan kepada kerajaan Perikatan Nasional atas daya usaha dalam tempoh yang terbatas ini. Di dalam Pelan Anti-Rasuah Nasional (NACP) telah ditetapkan enam bidang keutamaan yang menjadi teras dalam usaha membanteras rasuah dan bidang nombor satu ialah tadbir urus politik. Daripada 22 inisiatif yang utama yang telah dikenal pasti di dalam NACP, nombor satu ialah memperkenalkan undang-undang baharu berkaitan pembiayaan politik. Soalan saya adakah draf undang-undang berkenaan telah tersedia dan bilakah kerajaan bercadang untuk membentangkannya di Parlimen ini? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih Yang Berhormat. Kerajaan mengambil maklum bahawa memang terdapat keperluan untuk kita wujudkan satu rang undang-undang yang mengawal sumbangan politik. Secara amnya keperluan ini telah dinyatakan di bawah inisiatif 1.2.5 NACP. Setakat ini dasar sumbangan politik dalam kerangka undang-undang telah pun dikemukakan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-undang Parlimen, di bentang 7 November 2019 dalam pentadbiran yang dahulu. PAC telah diminta untuk menyediakan laporan berkaitan dengan dasar sumbangan politik kepada kerajaan sebelum Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga, Parlimen Ke-14. Namun, setakat 16 Julai ini Tuan Yang di-Pertua, GIACC sebagai penyelaras Rang Undang-undang Sumbangan Politik ini masih belum menerima apa-apa laporan tersebut daripada PAC, saya kira ialah kerana PAC baharu sahaja dibentuk baru-baru ini. Jadi mengambil kira keadaan semasa, PAC akan meneruskan penyediaan laporan berkaitan dengan dasar sumbangan politik ini dan mengemukakannya kepada kerajaan bila siap nanti, insya-Allah.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Pertanyaan tambahan.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Yang Berhormat Kulai, soalan tambahan.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHIpoh Timor

Yang Berhormat Ipoh Timur.

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Yang Berhormat Kulai, soalan tambahan.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Yang Amat Berhormat Pagoh tadi sebut bahawa semua inisiatif dalam NACP akan dilaksanakan dan saya rasa itu adalah satu aku janji dan juga komitmen yang sangat bagus. Yang Amat Berhormat Pagoh pada 11 Mac juga telah sebut bahawa semua Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri perlulah isytihar harta benda mereka dan ini juga merupakan salah satu inisiatif di bawah NACP. Jadi saya hendak minta Yang Amat Berhormat Pagoh jelaskan apa sudah berlaku selepas 11 Mac kerana dalam PC sidang media tersebut Yang Amat Berhormat Pagoh sebut bahawa tempoh masa yang diberi kepada Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri satu bulan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Saya mengambil pandangan itu sebagai pandangan yang agak baik. Pertamanya, dalam tataetika untuk isytihar harta ini sebenarnya bukan sebulan, saya minta maaf, tiga bulan ya. Yang Berhormat bekas Menteri Undang-undang pun ada, mengangguk. Jadi oleh sebab itu masa yang telah diberikan bagi saya telah mencukupi. Cuma setakat ini saya hendak maklumkan daripada senarai kabinet, 97 percent telah pun menyerahkan. Ada lagi lima lagi. Jadi yang lima ini saya tidak payah sebut, saya akan mengambil perhatian berat dan minta supaya disegerakan supaya perkara itu akan disempurnakan juga. Demikian juga di peringkat Yang Berhormat Timbalan-timbalan Menteri dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat Parlimen daripada pihak kita. Jadi saya hendak ucapkan tahniahlah kepada pihak di sana yang saya dengar telah menyelesaikan, fasal dalam pentadbiran yang dahulu semua telah isytihar. Akan tetapi di sini banyak yang baharu jadi mereka memerlukan sedikit masa, saya percaya akan disempurnakan dalam tempoh yang terdekat. Terima kasih.

Beberapa ahliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Soalan tambahan. Isu penting.

Tuan Yang di-Pertua

Maaf. Saya tidak dapat memberi soalan tambahan lagi sebab tadi pun sudah diambil lima minit untuk membicarakan soal peraturan. Maaf ya. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau dari Tuaran untuk memberikan soalan beliau.

Wilfred Madius TangauUPKO · PHTuaran · question

2. Datuk Seri Panglima Madius Tangau [Tuaran] minta Menteri Pendidikan menyatakan adakan kementerian sedar mengenai kewujudan bangunan-bangunan sekolah di Sabah yang telah diisytiharkan oleh Jabatan Kerja Raya sebagai tidak selamat untuk digunakan seperti bangunan asrama dan flat guru, SMK Tun Fuad, Kiulu; dan apa langkah-langkah yang telah, sedang dan akan diambil untuk menanganinya.

Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PNMenteri Pendidikan

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa prihatin dan terus memberi perhatian kepada usaha-usaha menyediakan fasiliti bangunan dan kemudahan sekolah yang dapat berfungsi dengan baik untuk semua sekolah di seluruh negara. Ini adalah penting untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dalam keadaan selamat di sekolah. KPM juga sentiasa memantau keadaan fasiliti bangunan dan kemudahan sekolah melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Dalam hal ini, KPM mempunyai maklumat perincian mengenai fizikal komponen atau fasiliti bangunan di sekolah yang tidak sempurna, tidak berfungsi dan tidak selamat digunakan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, mulai tahun 2019, KPM melaksanakan analisis Skor Gred Impak sebagai penambahbaikan bagi menentukan tahap keadaan fizikal komponen atau fasiliti bangunan sekolah daif. Skor ini mempunyai tujuh tahap di mana tahap enam buah bangunan yang tidak selamat dengan pengesahan daripada JPN dan PPD. Manakala, tahap tujuh buah bangunan yang tidak selamat dengan pengesahan dari Jabatan Kerja Raya (JKR). Melalui penilaian ini, KPM dapat menentukan keutamaan untuk melaksanakan projek pembangunan semula atau menaik taraf bangunan sekolah yang tidak selamat untuk digunakan. Khususnya untuk negeri Sabah, sehingga 31 Mei 2020, terdapat sebanyak 414 buah sekolah yang mempunyai bangunan pada tahap skala impak enam dan 52 buah sekolah yang mempunyai bangunan pada tahap skala impak tujuh. Bagi tujuan menaik taraf dan membangunkan semula bangunan daif di sekolah seluruh negeri Sabah, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM1.252 bilion dalam tempoh RMKe-11 iaitu bagi tahun 2016 hingga tahun 2020. Peruntukan ini adalah untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan membangunkan semula bangunan daif di 237 buah sekolah di Sabah dalam RMKe-11.

Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PNMenteri Pendidikan

Baki bangunan daif lain akan dinaik taraf di bawah RMKe-12 tertakluk kepada keupayaan kewangan kerajaan. KPM juga menggunakan peruntukan daripada program khusus penyelenggaraan institusi pendidikan untuk tujuan penyelenggaraan berdasarkan keutamaan mengikut skala impak tadi. Bagi tahun 2020, peruntukan penyelenggaraan bagi negeri Sabah adalah sebanyak RM39.5 juta. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM mengambil maklum mengenai keadaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Fuad Stephens di Kiulu. Asrama sekolah ini telah dikategorikan sebagai tidak selamat untuk diduduki berdasarkan laporan teknikal oleh Cawangan Kejuruteraan dan Struktur JKR Malaysia. Laporan ini telah diterima oleh KPM pada 31 Januari 2020. KPM telah memperuntukkan sejumlah RM1.5 juta untuk kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan sekolah ini. Mengikut perancangan, kerja-kerja membaik pulih asrama dan fasiliti lain di sekolah tersebut akan dapat diselesaikan dalam tempoh lapan bulan selepas proses perolehan dibuat. Pada peringkat awal, pihak JKR bercadang untuk membuat pelawaan tender pada bulan Mac 2020. Walau bagaimanapun, pelawaan tender ini ditangguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Terkini pihak JKR Malaysia telah membuka iklan tender pada 30 Jun 2020 dan akan ditutup pada 3 Ogos 2020. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat 315 orang murid yang tinggal di asrama di SMK Tun Fuad Stephens. Memandangkan asrama tidak selamat digunakan, pihak sekolah telah mengubah suai dewan makan, rumah guru dan bilik darjah untuk dijadikan asrama sementara. Seramai 114 orang murid ditempatkan di asrama sementara ini.

Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PNMenteri Pendidikan

Selain daripada itu, pihak sekolah dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) telah menyediakan penginapan untuk 58 orang murid di bangunan berdekatan dengan sekolah yang telah diubahsuai menjadi asrama. Baki 143 orang murid lagi berulang alik dari rumah ke sekolah. Pihak sekolah sedang mengubah suai beberapa fasiliti sekolah dan mengenal pasti premis berhampiran sekolah yang bersesuaian untuk disewa sebagai tempat tinggal sementara bagi menampung baki murid ini. Sementara menunggu fasiliti sementara ini siap, KPM akan menampung tambang pengangkutan bagi murid yang berulang-alik dari rumah ke sekolah. KPM akan terus berusaha untuk memastikan bangunan daif di sekolah-sekolah dapat disiapkan bagi membolehkan murid khususnya di kawasan pedalaman mengikuti pembelajaran dalam keadaan selamat. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan sebentar tadi. Pada minggu lepas saya sendiri telah melawat ke sekolah ini. Selaku Ahli Parlimen Tuaran, oleh sebab pihak PIBG begitu prihatin tentang keadaan dan saya dapati bahawa memang bangunan ini tidak selamat diduduki, ini kerana bahan-bahan yang digunakan adalah pasir laut 40 tahun yang lalu dan sebagainya. Jadi asrama telah diisytiharkan sebagai tidak selamat dan dipindahkan pelajar- pelajar seperti mana dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi. Namun, bagaimanakah pula dengan sekolah? Blok sekolah juga dibina dengan cara yang sama dan walaupun ada tampal sana sini tetapi saya lihat ia tidak selamat sebab banyak sudah kerosakan-kerosakan, simen-simen telah jatuh dan sebagainya. Soalan tambahan saya ialah apakah sekolah ini masih selamat dan apakah ini akan terus digunakan walaupun asrama tidak boleh digunakan. Apa sekolah ini boleh digunakan. Kalau tidak boleh digunakan, di mana nanti pelajar-pelajar akan meneruskan pengajian mereka pada masa ini. Bagi asrama sama NGO yang disebut sebentar tadi, saya juga telah melawat semua ini dan pertanyaan saya ialah apakah pihak kerajaan juga akan memberi peruntukan untuk membina bilik-bilik baharu untuk pelajar-pelajar ini. Sebenarnya pelajar di sana bilangannya di asrama...

Tuan Yang di-Pertua

Tolong ringkaskan Yang Berhormat.

Jumlah 300 orang. Terima kasih.

Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PN

Terima kasih Yang Berhormat atas keprihatinan terhadap keadaan di sekolah, di kawasan Yang Berhormat. Pertama sekali saya ingin jelaskan bahawa peruntukan RM1.5 juta tadi bukan hanya untuk asrama tetapi adalah untuk seluruh sekolah bergantung kepada fasiliti yang perlu diberi penambahbaikan. Jadi, apa yang kita tekankan adalah bahawa sekiranya pihak JKR memaklumkan kepada pihak KPM bahawa keadaan bangunan tersebut tidak selamat, maka kita akan mengambil tindakan segera. Oleh sebab itu kita ada skala-skala yang disebutkan tadi. Ada skala pada pandangan kita skala enam itu, pada pandangan kita tidak selamat tapi kita masih menunggu laporan profesional teknikal daripada pihak JKR untuk menentukan keadaan sebenar dari sudut struktur dan sebagainya. Apabila kita mendapat laporan tersebut, maka kita akan mengambil tindakan susulan segera bagi memastikan keselamatan pelajar terjamin. Apa yang saya ingin tekankan di sini seperti mana apa yang kita sentiasa sebut dalam konteks COVID-19 sebagai contoh, keutamaan pihak KPM keselamatan pelajar-pelajar dalam proses pembelajaran mereka. Sekian, terima kasih.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri kita hari ini bukan sahaja berhadapan dengan isu sekolah-sekolah daif daripada segi struktur bangunan tetapi juga kita berhadapan dengan isu sekolah-sekolah yang terdedah terhadap risiko bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh. Contohnya di kawasan Kimanis. Di kawasan saya Yang Berhormat, ada sebuah sekolah namanya Sekolah Kebangsaan Daingin, Kimanis, Papar. Sekolah ini setiap kali berlaku hujan lebat, akan berlaku banjir dan bila berlaku banjir, akan banyak berlaku kerosakan terhadap struktur bangunan dan juga kerosakan harta benda di sekolah tersebut setiap kali hujan lebat. Jadi saya ingin minta daripada kementerian soalan saya, bolehkah tidak bagi jaminan kepada saya dan kepada rakyat Kimanis, Yang Berhormat Menteri EPU juga ada di sini dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga ada di sini. Boleh tidak bagi

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

jaminan agar sekolah ini dipindahkan. Dipindahkan semula ke kawasan yang lebih tinggi. Sewaktu saya menjadi ADUN Yang Berhormat, saya telah mengenal pasti sebuah tapak untuk sekolah ini. Saya telah minta PPD turun bersama-sama dengan saya, saya minta dengan JKR sekali tapak sudah jadi. Saya minta jaminan, boleh tidak diberi jaminan untuk dibina pada tahun hadapan RMKe-12 terima kasih.

Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PN

Terima kasih Yang Berhormat Kimanis. Pertama sekali, kita sedar bahawa terdapat banyak sekolah yang berada dalam kedudukan yang berhampiran dengan sungai sebagai contoh, atau di kawasan lembah dan sekolah- sekolah ini apabila berlakunya banjir, maka sekolah-sekolah ini akan terkesan terlebih dahulu. Daripada segi ekonominya juga, setiap tahun di Ketereh sendiri di kampung saya, di kampung saya begitu juga ada satu buah sekolah naik air sikit habis banjir. Akan tetapi daripada segi ekonominya kita sedar bahawa perkara ini jika berlarutan kesan, impact kewangannya adalah cukup besar. Oleh sebab itu kita sedang menganalisis dan mengenal pasti sekolah-sekolah yang berada dalam keadaan ini, yang berada di kawasan lembah, berada di kawasan sebelah sungai, apa kaedah yang terbaik yang kita akan lakukan. Keutamaan yang akan diletakkan pada sekolah-sekolah ini bergantung kepada masalah yang dihadapi oleh sekolah tersebut. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Satu lagi Tuan Yang di-Pertua.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Simpang Renggam Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Maaf kita kekurangan masa. Maaf, maaf. Saya mempersilakan Tuan Khoo Poay Tiong sekarang untuk menanyakan soalan yang ketiga.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Saya tanggalkan face mask sebelum berucap. Tuan Yang di-Pertua, kalau ikut SOP kita sepatutnya sentiasa memakai face mask ketika dalam Parlimen. Mantan Tuan Yang di-Pertua pun ada sebut.

Tuan Yang di-Pertua

Soalan.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, kita sepatutnya pakai face mask, hanya apabila berucap tanggalkan face mask. Saya harap supaya SOP ini diikuti sebab Parlimen bersidang... [Tidak jelas]

Sendiri pun tidak pakai, itu pun mahu bising. Aiya.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Secara langsung. Rakyat di luar melihat, mereka tertanya-tanya kenapa dalam Parlimen kita tidak mengikut SOP.

Tuan Yang di-Pertua

Tolong tanya soalan. Tolong tanya soalan.

Sendiri pakai dululah. Biar kawasan sana banyak jaga.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Saya pakai ma, lu sendiri tidak pakai.

Tuan Yang di-Pertua

Tolong tanya soalan Yang Berhormat.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Mereka tidak fahamlah Tuan Yang di- Pertua. Mantan Tuan Yang di-Pertua kata, bila berucap boleh tanggalkan mask. Kalau tidak berucap, kita sepatutnya pakai mask.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat kita sudah kesuntukan masa.

Kamu duduk sana pun tidak pakai.

Tuan Yang di-Pertua

Saya pohon soalan.

Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka · question

3. Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka] minta Perdana Menteri menyatakan, apa sebab perubahan had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) daripada RM980 sebulan kepada RM2,208 sebulan dan apakah kesan perubahan ini kepada dasar ekonomi dan sosial kerajaan.

Dato’ Sri Mustapa bin MohamedUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) · Jeli

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) merujuk kepada jumlah pendapatan yang diperlukan oleh sebuah isi rumah bagi memenuhi keperluan minimum makanan dan bukan makanan untuk hidup sihat dan aktif dalam masyarakat. Kaedah pengukuran kemiskinan mutlak ini menjadi amalan yang diterima pakai di peringkat antarabangsa, antaranya oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan diamalkan oleh banyak negara membangun. Kaedah ini mengambil kira ciri-ciri demografi isi rumah seperti saiz ahli isi rumah, umur, jantina dan berat badan setiap ahli isi rumah serta lokasi mengikut negeri, bandar dan luar bandar. Metodologi PGK 2005 telah ditambah baik. Metodologi 2019 mengekalkan tiga buah komponen asas iaitu keperluan makanan, bukan makanan dan ciri-ciri isi rumah. Walau bagaimanapun, elemen yang diambil kira dalam keperluan makanan dan bukan makanan ditambah baik untuk menggambarkan peningkatan kualiti dalam kehidupan rakyat kita. Bilangan kalori yang dianggap mencukupi pada tahun 2005 diubahsuai. Bukan sahaja kandungan kalori tetapi juga keperluan sajian bagi makanan yang lebih seimbang. Selain itu, corak perbelanjaan sudah berbeza. Sebagai contoh, kad prabayar dan kos pendidikan yang tidak termasuk dalam senarai barangan bukan makanan tahun 2005, sekarang ini merupakan keperluan asas. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan metodologi PGK 2019, garis kemiskinan seluruh negara berjumlah RM2,208, berbanding dengan PGK 2016 yang menggunakan pakai metodologi 2005 iaitu RM980. Kenaikan ini disebabkan oleh beberapa faktor: (i) konsep PGK makanan yang berubah daripada keperluan minimum kalori kepada keperluan optimum minimum yang menunjukkan peningkatan kualiti item makanan berdasarkan Piramid Makanan 2020 yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan; (ii) bagi PGK bukan makanan pula, keperluan kumpulan B20 telah bertambah daripada 106 item kepada 146 item; dan (iii) perubahan pola perbelanjaan isi rumah, harga barangan dan perkhidmatan semasa. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan metodologi PGK 2019, kadar kemiskinan mutlak 5.6 peratus pada tahun 2019, berbanding 7.6 peratus tahun 2016. Ini menunjukkan dasar dan strategi pembasmian kemiskinan dijalankan oleh kerajaan telah berhasil. Berkaitan bahagian kedua soalan Yang Berhormat Kota Melaka, Tuan Yang di- Pertua, kerajaan komited dalam melaksanakan Program Membasmi Kemiskinan dan Peningkatan Pendapatan dalam menangani jurang kekayaan dan pendapatan di kalangan rakyat. Ini sejajar dengan tiga objektif Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 iaitu: (i) pembangunan untuk semua, (ii) menangani jurang kekayaan dan pendapatan; dan (iii) negara bersatu, makmur dan bermaruah. Ini adalah untuk memastikan seluruh rakyat Malaysia mengecap taraf hidup wajar ataupun, dengan izin, decent standard of living menjelang tahun 2030. Umumnya, kita telah berjaya, Ahli Yang Berhormat. Sebagai contoh, UNDP telah mengiktiraf kejayaan Malaysia. Membasmi kemiskinan agenda utama kerajaan sejak merdeka hingga hari ini. Kerajaan hari ini terus komited dalam membasmi kemiskinan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya. Dengan perubahan ini, sudah pasti keluarga yang akan didefinisikan sebagai keluarga miskin telah meningkat. Kalau berdasarkan kepada RM980, ia hanya sekadar lebih kurang 24 ribu keluarga yang miskin. Akan tetapi dengan definisi yang baharu ini, jumlah keluarga yang miskin telah meningkat kepada 405 ribu keluarga. Jadi, soalan saya ialah apakah langkah kerajaan jangka pendek untuk membantu keluarga sedemikian? Saya nak tekankan kepada sistem e-Kasih di sini. Di mana sistem e-Kasih,

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

bolehkah kerajaan dalam masa yang terdekat mendaftarkan semua 405 ribu keluarga ini dalam sistem tersebut supaya kerajaan ada data tersebut dan dapat membantu mereka? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, e-Kasih ini diuruskan oleh Unit Pelaksanaan dan Pemantauan ICU dengan kerjasama UPEN negeri-negeri. Ada senarai yang membolehkan rakyat berdaftar. Pada masa ini, angkanya kira-kira 180 ribu keluarga. Kalau mengikut angka kemiskinan mengikut metodologi lama, 24,700 keluarga seperti Yang Berhormat sebut dan pada hari ini, 5,441 keluarga. Jadi, e-Kasih ini ada kira-kira 200 ribu keluarga, berbanding dengan isi rumah yang miskin, 5,441 keluarga. Saya nak jelaskan bahawa kaedah ini akan digunakan bermula tahun hadapan. Maknanya, kita ada masa untuk membaiki peraturan, proses dan prosedur, termasuklah e-Kasih. e-Kasih ini suatu perkara yang amat popular di peringkat akar umbi. Kita tahu ada beberapa kekangan. Sudah pasti dengan kaedah yang baharu ini, e-Kasih juga akan ditambah baik. Itu berkaitan dengan e-Kasih. Jadi, untuk menjawab soalan Yang Berhormat, kita akan cuba pastikan bahawa 5,441 keluarga ini akan tergolong dalam senarai e-Kasih. Sekarang ini, jumlah e-Kasih ialah 200 ribu keluarga. Walaupun angka ikut metodologi lama ialah 24,700 keluarga. Soalan pertama Yang Berhormat berkaitan dengan langkah jangka pendek, ini memang menjadi matlamat kerajaan, umpamanya di bawah PENJANA. Di bawah PRIHATIN dan PENJANA yang diumumkan oleh kerajaan, kerajaan telah mengeluarkan bantuan untuk membantu bukan sahaja B40 tetapi juga M40. Sebagai makluman, kira-kira 3.1 juta B40 telah dibantu iaitu RM1,600 telah diberi kepada mereka dan M40 buat pertama kalinya, jumlahnya kira-kira 7.4 juta orang telah mendapat bantuan. Jadi, itu antara langkah jangka pendek yang telah diambil oleh kerajaan. Selain itu, seperti yang sedia maklum, ada juga langkah-langkah yang diambil oleh PERKESO di bawah EIS, skim insurans. Sekarang ini lebih 50,000 sudah pun berhenti kerja. Mereka ada insurans, mereka akan dapat pampasan, subsidi upah umpamanya. Itu juga antara beberapa langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menangani isu-isu yang dihadapi dalam zaman pandemik COVID-19 ini. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Jelebu.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk to be exact, dengan izin, dengan kaedah PGK RM980, ada 16,653 keluarga. PGK RM2,208, jumlahnya meningkat kepada 388,788 keluarga ke 405,441, Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya, Tuan Yang di-Pertua, bila kita perkenalkan PGK, menaikkan PGK RM2,208 ini, hampir setengah daripada penjawat awam termasuk dalam golongan miskin. Hampir 80 peratus daripada semua pesara kerajaan tergolong dalam golongan miskin. Soalan saya, adakah pihak kerajaan bercadang ataupun mengambil kira gaji minimum kita yang diperkenalkan sekarang ini sebanyak RM1,100 dan RM1,200. Kalau gaji minimum ini, maknanya di bawah paras PGK yang digariskan oleh pihak kerajaan baharu. Adakah kita bercadang ataupun kerajaan bercadang untuk menaikkan gaji minimum ini? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai pencerahan, gaji sudah pasti diberi kepada individu. Konsep ini berasaskan kepada isi rumah ataupun household. Household ini ada empat orang. Ia umpamanya, kalau seorang penjawat awam itu isterinya bekerja dan anaknya mungkin seorang doktor dan mungkin membantu bapanya RM1,000 sebulan atau sebagainya dan mungkin dia juga terima BR1M, sebagai contoh. Maka, ini semua diambil kira. Maknanya, konsep ini merujuk kepada isi rumah. Gaji Yang Berhormat Jelebu sebut tadi merujuk kepada pendapatan yang diperoleh daripada kerja sebagai penjawat awam. Itu sebagai pencerahan. Ini merujuk kepada isi rumah, bukan individu. Keduanya, ia juga merujuk kepada saiz isi rumah yang sekarang ini 3.9 satu keluarga. Jadi, soalan kedua ataupun persoalan yang dibangkitkan seterusnya adalah berkaitan penjawat awam dan juga yang menerima pencen. Saya sudah mengadakan libat urus dengan Presiden CUEPACS pada hari Isnin, malam Selasa lalu seperti yang dicadangkan oleh pihak JPA untuk memberi pencerahan kepada mereka. Encik Adnan, Presiden CUEPACS dan sembilan kepimpinan tertinggi CUEPACS hadir dalam libat urus

tersebut. Saya jelaskan kepada mereka bahawa kaedah yang kita gunakan ialah berdasarkan kepada household. Bermakna, mungkin seorang pemandu umpamanya, pemandu ini gred H11 kalau tak silap saya. Mungkin dia kerja sambilan masa cuti ataupun hari minggu, isterinya bekerja. Jadi maknanya, saya terangkan kepada pihak CUEPACS bahawa kita ambil kira kesemua pendapatan, termasuklah apa yang dipanggil bayaran pindahan atau transfer income yang menjadi kelaziman, di Kelantan umpamanya. Bagi wakil rakyat dari Kelantan, satu fenomena di Kelantan ialah anak-anak menyumbang kepada ibu bapa. Ini merupakan kelaziman kita tetapi mungkin di Kelantan, lebih lazim di tempat lain. Maka, ini juga dikira sebagai pendapatan isi rumah tersebut.

Jadi, insya-Allah, kita akan terus adakan libat urus termasuklah dengan MTUC untuk beri pencerahan. Apa pun, kaedah ini akan dilaksanakan tahun depan daripada segi dasarnya. Implikasi dasar, kita cukup sedar bahawa implikasinya cukup besar pada dasar dan sosioekonomi negara tetapi sekurang-kurangnya kita mempunyai angka yang tepat termasuklah lebih bersasar. Kita berikan kumpulan B40 umpamanya, kepada B1, B2, B3 dan B4 dan ini membolehkan kita membantu rakyat dengan lebih bersasar. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. [Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Mahdzir bin KhalidUMNO · BNPadang Terap · question

1. Dato' Seri Mahdzir bin Khalid [Padang Terap] minta Perdana Menteri menyatakan, sejauh mana tahap kesiapsiagaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menghadapi kemungkinan berlakunya Pilihan Raya Umum (PRU) dan apakah perkembangan cadangan untuk mengaplikasikan kaedah pengundian secara elektronik (e-undi) dalam pilihan raya sebagai alternatif kepada kaedah konvensional dalam tempoh pasca COVID-19.

Dato' Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) · Kota Bharu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Padang Terap, Ahli Parlimen yang senior bertanya mengenai hal pilihan raya umum. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Suruhanjaya Pilihan Raya yang merupakan sebuah agensi yang amat berpengalaman dan komited dalam negara kita sentiasa bersedia untuk menghadapi kemungkinan berlakunya Pilihanraya Umum Ke-15. Ini adalah penting bagi memastikan pengendalian perjalanan pilihan raya tersebut berjalan dengan lancar dan sempurna terutamanya dalam tempoh pasca COVID-19. Sehubungan dengan itu, SPR telah membuat pelbagai persiapan dan perancangan yang menyeluruh yang meliputi aspek-aspek antaranya keperluan bajet pilihan raya, peralatan, logistik, pembangunan sistem pengurusan sumber manusia dan latihan kepada petugas. SPR juga telah mengadakan libat urus- engagement dengan jabatan-jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan dalam membantu melancarkan lagi proses pilihan raya. Sebagai persiapan menghadapi PRU ke-15, SPR juga akan mewujudkan lebih banyak lagi pusat mengundi tambahan ke atas daerah mengundi yang mempunyai bilangan pemilih yang tinggi. Urusan pengemaskinian daerah mengundi ini akan dilaksanakan oleh SPR dari semasa ke semasa selaras dengan peruntukan seksyen 72 Akta Pilihan Raya 1958. SPR akan memastikan perwujudan pusat-pusat pengundi baharu ini akan memudahkan pemilih untuk keluar mengundi pada masa hadapan. Selain daripada itu, Tuan Yang di-Pertua, SPR juga menjalankan urusan pengemaskinian daftar pemilih dari semasa ke semasa berdasarkan Peraturan 10 dan 25 Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002. Exercise ini termasuklah

Dato' Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) · Kota Bharu

memotong nama pemilih yang telah disahkan meninggal dunia dan memotong nama pemilih yang juga telah disahkan melepaskan atau dilucutkan hak kewarganegaraan mereka. Bagi memastikan pilihan raya dilaksanakan dengan adil dan telus, SPR akan meneruskan pelaksanaan penambahbaikan terhadap proses penjalanan- conduct pilihan raya seperti yang dilaksanakan dalam beberapa pilihan raya kecil selepas PRU ke-14 baru-baru ini. Pada masa ini pula, Tuan Yang di-Pertua, proses penjalanan pilihan raya perlu disesuaikan mengikut garis panduan pencegahan COVID-19 selaras dengan arahan PKP di bawah Akta 342 yang telah dikuatkuasakan di mana perkara ini telah dilaksanakan baru-baru ini dalam PRK Dewan Undangan Negeri N23 Chini. Berhubung dengan cadangan untuk mengaplikasikan kaedah pengundian secara elektronik atau e-undi dalam pilihan raya, SPR sedang mengadakan libat urus dengan semua pihak yang terlibat dari dalam dan juga luar negara bagi meneliti kesesuaian kaedah pengundian ini. Penggunaan kaedah ini juga melibatkan beberapa cabaran baharu berkaitan dengan isu-isu kerahsiaan, keselamatan, kos dan juga pendidikan kepada para pengundi. Maka dalam hal ini, SPR masih belum berpuas hati dengan isu kerahsiaan dan keselamatan. Justeru itu. SPR akan terus mengadakan libat urus dengan pihak berkaitan sebelum sebarang keputusan berhubungan dengan e-undi ini dikemukakan kepada pihak kerajaan. Terima kasih.

Dato' Seri Mahdzir bin KhalidUMNO · BNPadang Terap

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas penjelasan berkaitan dengan tahap kesiapsiagaan SPR untuk menghadapi pilihan raya. Soalan tambahan saya, Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan pengundian e- undi ini ataupun secara elektronik ini yang merupakan salah satu daripada aplikasi yang telah digunakan di banyak negara. Apakah kerajaan bercadang untuk pada masa yang akan datang untuk mengadakan serentak konvensional mengundi seperti yang ada sekarang ini dan ditambah pula dengan sesetengah tempat barangkali undi secara elektronik? Terima kasih.

Dato' Takiyuddin bin HassanPAS · PNKota Bharu

Terima kasih kepada Yang Berhormat Padang Terap atas soalan tambahan. Sebagaimana Yang Berhormat sebut, memang di dunia ini banyak negara yang telah melaksanakan electronic voting ini. Antaranya kita pernah mendengar negara-negara seperti Estonia, Brazil, India dan juga Switzerland serta United States. Namun demikian, laporan juga menunjukkan bahawa sistem e-voting yang dilaksanakan di negara-negara tersebut terpaksa dikaji semula dan dibuat beberapa penambahbaikan dan akhirnya ada negara yang kembali kepada sistem manual. Ini adalah kerana terdapat banyak sekali perkara-perkara yang menyebabkan keputusan- keputusan pilihan raya itu dipersoalkan dan juga ia terbukti merupakan satu sistem yang tidak begitu efektif. Oleh sebab itu, di Malaysia ini, sebagaimana saya sebutkan tadi, sistem ataupun kaedah pilihan raya yang ada ini diteruskan di samping akan cuba ditambah baik dari semasa ke semasa. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berkenaan dengan isu pilihan raya, saya ingin bertanya apakah pihak Suruhanjaya Pilihan Raya mempunyai cadangan untuk menambah baik proses bagi pengundi di luar negara? Kita tahu sewaktu PRU-14 banyak masalah yang dihadapi. Ada yang terima kertas undi begitu lambat, ada yang terpaksa titip kepada kawan, naik kapal terbang dan sampai tidak sampai itu menjadi satu masalah. Juga, termasuklah bagi negara-negara yang besar seperti Amerika Syarikat, ramai rakyat Malaysia yang ada di banyak tempat tetapi tempat mengundinya tidak cukup, tidak banyak. Berbanding dengan Indonesia, kita lihat sewaktu Pemilu mereka, banyak tempat mengundi, walaupun di Malaysia, bagi warganegara Indonesia. Pohon pandangan. Terima kasih.

Dato' Takiyuddin bin HassanPAS · PNKota Bharu

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Lembah Pantai. Itu satu soalan yang cukup baik. Sebagaimana saya sebutkan tadi bahawa SPR sentiasa memerhatikan ataupun membuat post-mortem mengenai pelaksanaan penjalanan- the conduct of pilihan raya termasuklah bagi rakyat kita yang berada di luar negara. Setakat ini, SPR agak berpuas

Dato' Takiyuddin bin HassanPAS · PNKota Bharu

hati dengan perjalanan pengundi-pengundi kita dari luar negara. Namun demikian, sebagaimana saya sebutkan tadi, penambahbaikan itu sentiasa akan diadakan dari semasa ke semasa dan, insya-Allah, kita mengharapkan PRU-15 ini akan ada improvement terhadap perkara-perkara yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Terima kasih.

Mukhriz bin MahathirBERSATU · PHJerlun · question

2. Dato' Seri Utama Haji Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir [Jerlun] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan, inisiatif dan strategi memulihkan aktiviti perdagangan dan ekonomi yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19. Nyatakan langkah-langkah segera dan pelan jangka sederhana untuk mencergaskan semula sektor perindustrian, khususnya menarik aliran pelaburan asing ke dalam pelbagai sektor di Malaysia.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliPKR · PHMenteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Gombak

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab soalan Yang Berhormat Jerlun bersama dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Padang Terap yang dijadualkan pada 10 Ogos memandangkan isu yang dibangkitkan adalah berkaitan.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliPKR · PHMenteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Gombak

Seperti Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, kerajaan telah berjaya menangani penularan COVID-19 dan diiktiraf oleh masyarakat dunia. Maka, kerajaan hari ini meletakkan komitmen yang sama penting untuk segera mencerdaskan ekonomi negara dalam memastikan negara kekal kompetitif sebagai destinasi pelaburan yang berkualiti dan seterusnya meningkatkan prestasi perdagangan negara. Pada 5 Jun 2020, kerajaan telah mengumumkan pakej PENJANA yang memberi penekanan khusus kepada cadangan serta perancangan strategik ke arah menarik lebih ramai pelabur asing dan tempatan pasca COVID-19. Di antara langkah- langkah utama adalah: (i) pakej pengecualian cukai istimewa bagi menggalakkan syarikat asing memindah atau relocate operasinya ke Malaysia dan menjadikan Malaysia sebagai pusat rangkaian bekalan antarabangsa; (ii) syarikat sedia ada di Malaysia yang bercadang untuk memindahkan operasinya di luar negara ke Malaysia akan menikmati 100 peratus Elaun Cukai Pelaburan atau dengan izin, Investment Tax Allowance selama lima tahun untuk pelaburan modal melebihi RM300 juta; (iii) galakan Elaun Pelaburan Semula atau Reinvestment Allowance tambahan bagi tahun taksiran 2020 hingga 2022 untuk syarikat sedia ada dalam aktiviti pembuatan dan pertanian terpilih yang melaksanakan pelaburan semula; (iv) penambahbaikan Dana Strategik Pelaburan Tempatan (DISF) bagi tempoh 1 Jun sehingga 31 Disember 2020; (v) kelulusan Lesen Pengilangan atau Manufacturing License secara fast track melalui platform digital ‘e-ML’ untuk industri yang tidak sensitif dalam tempoh dua hari bekerja. Sebagai contoh, dalam tempoh dua minggu pertama bulan Julai 2020, MITI telah memberi kelulusan kepada 16 syarikat melalui kaedah fast track ini; dan (vi) penubuhan Project Acceleration and Coordination Unit (PACU) di MIDA untuk mempercepatkan kelulusan dari pelbagai agensi dan pelaksanaan projek pelaburan di Malaysia dalam pelbagai peringkat. Bagi menarik aliran pelaburan asing ke Malaysia, MIDA sedang menilai beberapa cadangan projek pelaburan sehingga Jun 2020 dengan nilai keseluruhan RM36.4 bilion. MIDA juga telah mengenal pasti 433 projek berprofil tinggi dengan pelaburan berpotensi sebanyak RM97.4 bilion dalam memastikan pelaburan yang berimpak tinggi terhadap pertumbuhan ekonomi negara dan memberikan manfaat kepada rakyat. Tuan Yang di-Pertua, bagi memulihkan aktiviti perdagangan dan melestarikan eksport, MATRADE telah mengambil beberapa inisiatif dan strategi dengan memberi

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliPKR · PHMenteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Gombak

fokus kepada penggunaan teknologi digital di samping membantu syarikat mengurangkan kos promosi eksport. Ini bagi memastikan syarikat pengeksport Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa. Selaras dengan peningkatan penggunaan platform digital ekoran pandemik COVID-19, MATRADE telah memperluaskan skop Geran Pembangunan Pasaran (MDG) untuk menampung kos penyertaan syarikat Malaysia di pameran perdagangan antarabangsa secara maya di dalam dan luar negara. MDG juga menampung 30 peratus kos logistik termasuk pengangkutan dan pergudangan bagi penghantaran produk ke luar negara. Semasa tempoh PKP sehingga 30 Jun 2020, sebanyak 495 permohonan daripada 413 buah syarikat telah diproses dan geran bernilai RM5.09 juta telah disalurkan. Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, MATRADE turut menggalakkan syarikat menggunakan platform digital bagi tujuan eksport melalui program eTRADE. Program ini membantu syarikat pengeksport mempromosikan produk dan perkhidmatan ke pasaran global menerusi penyenaraian di 20 buah platform eDagang antarabangsa terpilih. Sepanjang tempoh PKP sehingga 30 Jun 2020, sebanyak 414 permohonan untuk menyertai program eTRADE telah diluluskan oleh MATRADE. Secara kesimpulannya, kerajaan akan terus memperkukuhkan usaha-usaha untuk memastikan Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan yang berdaya saing dan mempertingkatkan perdagangan bagi menjana pertumbuhan ekonomi negara. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sepertimana yang kita tahu apabila berlakunya COVID-19 ini, ada banyak ketidaktentuan dan pelabur mengambil sikap tunggu dan lihat. Kita menghadapi persaingan yang begitu sengit bukan hanya daripada negara-negara lain yang menarik pelaburan tetapi lebih khusus lagi dalam daerah ataupun di zon ASEAN ini. Kita juga tahu bahawa Malaysia antara lain menjadi destinasi pelaburan yang menarik bagi sektor perkhidmatan. Dengan adanya pendekatan ‘work from home’, apakah yang dilakukan oleh pihak MITI untuk memastikan pelabur-pelabur asing ini tetap memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan? Soalan kedua saya, bagaimanakah pula dengan pelabur-pelabur yang telah pun diluluskan permit untuk mendirikan kilang sebelum masalah COVID-19 hari itu? Berapa banyakkah antara mereka yang telah menarik balik tujuan mereka untuk melabur di negara kita ini?

Terima kasih Yang Berhormat Jerlun, untuk soalan yang kedua saya akan kemukakan secara bertulis, secara spesifik jumlah pelabur-pelabur yang telah mengemukakan permohonan sebelum COVID-19 tetapi ada kemungkinan mereka menarik balik. Namun seperti yang saya nyatakan tadi, kita telah mengenal pasti 433 projek baharu yang mempunyai potensi untuk meletakkan pelaburan mereka di Malaysia dengan nilai sebanyak RM97.4 bilion. Ini dalam proses rundingan di antara Malaysia melalui MIDA bagi memastikan pelaburan yang berimpak tinggi ini dapat datang ke negara kita. Saya juga telah menjelaskan tadi dalam keadaan pertembungan trade war di antara Amerika dan China ini, beberapa usaha sedang dilakukan untuk relocate operasi mereka ke rantau ini khususnya ke Malaysia. Beberapa insentif telah pun diumumkan oleh kerajaan dalam PENJANA bagi tujuan yang berkenaan. Begitu juga persoalan yang pertama yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jerlun tentang apakah inisiatif yang dilakukan untuk memastikan kaedah ‘work from home’ ini dapat diperkasakan. Sekali lagi seperti yang saya nyatakan tadi, kita telah meningkatkan usaha-usaha penggunaan platform digital ini ekoran pandemik COVID-19. Beberapa inisiatif telah pun kita gunakan termasuk MATRADE telah memperkenalkan skop baharu dalam Geran Pembangunan Pasaran ini bagi memastikan syarikat-syarikat tempatan dapat mendakap teknologi-teknologi baharu ini bagi memperluaskan pasaran mereka bukan sahaja di rantau ini tetapi juga di peringkat global. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya telah meneliti jawapan Yang Berhormat Menteri tadi, saya nak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah. Baling nak ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kerajaan melalui kementerian Yang Berhormat Menteri yang telah melakukan terbaik dalam masa usaha kita menangani COVID-19 ini. Soalan tambahan saya, kita sedia maklum bahawa Bank Negara telah umumkan bahawa pertumbuhan GDP tahun ini amat perlahan di antara -2 peratus dan

0.5 peratus. Apakah keadaan ini akan berterusan? Apakah langkah pemulihan ekonomi negara dalam kehidupan normal baharu COVID-19 ini yang dapat kerajaan lakukan? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Baling. Kerajaan mengambil maklum tentang pengumuman Bank Negara bahawa pertumbuhan ekonomi negara pada tahun ini memang lembap di antara -2 peratus hingga 0.5 peratus. Oleh sebab itu kerajaan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Pagoh telah mengambil satu tindakan yang cukup proaktif dengan memperkenalkan strategi 6R ini iaitu resolve, resilience, restart, recovery, revitalize and reform. Ada enam strategi yang telah diperkenalkan dan pada ketika ini, kita di tahap pemulihan ataupun recovery.

Angka yang diumumkan oleh Bank Negara itu memang satu angka yang dijangkakan kerana daripada 195 buah negara di dunia, 150 buah negara mengalami kelembapan pertumbuhan ekonomi. Walau bagaimanapun, sukacita saya berkongsi dengan Dewan yang mulia ini bahawa pakar-pakar ekonomi termasuk badan-badan antarabangsa baru-baru ini termasuk IMF, World Bank dan juga Standard and Poor’s telah mengemukakan satu laporan yang terbaru bahawa pertumbuhan ekonomi Malaysia pada tahun 2021 dijangkakan di antara 6.3 peratus hingga 7.5 peratus. Ini membuktikan walaupun ini merupakan satu unjuran pada tahun hadapan tetapi ia menggambarkan tahap keyakinan pelabur-pelabur asing bahawa Malaysia di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Pagoh kekal destinasi pelaburan dunia pada hari ini... [Tepuk] Terima kasih.

Jalaluddin bin AliasUMNO · BNJelebu · question

3. Dato' Jalaluddin bin Alias [Jelebu] minta Perdana Menteri menyatakan, setakat suku kedua 2020 ini, sejauh mana perkembangan pelaksanaan Kertas Putih FELDA.

Dato’ Sri Mustapa bin MohamedUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) · Jeli

Tuan Yang di-Pertua, seperti Yang Berhormat Jelebu dan Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Kertas Putih FELDA yang dibentangkan di Dewan ini pada 10 April tahun lalu telah menggariskan pelbagai strategi untuk dilaksanakan dalam tempoh jangka pendek, sederhana dan jangka panjang. Antara strategi utama yang telah dan sedang dilaksanakan adalah menambah baik tadbir urus korporat, menangani masalah aliran tunai, rasionalisasi pelaburan dan kepentingan, memperkasakan peneroka, memperkukuhkan sistem perakaunan dan meningkatkan penglibatan dalam aktiviti hiliran. Secara keseluruhannya, kesemua strategi yang dirancang di bawah Pelan Pemulihan FELDA seperti yang digariskan dalam kertas putih telah atau sedang dilaksanakan. Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan kesemua strategi tersebut disokong melalui peruntukan kewangan termasuk juga pemberian jaminan kerajaan berjumlah RM6.23 bilion yang diberikan dalam tempoh empat tahun. Peruntukan tersebut terdiri daripada Program Pembangunan Peneroka bagi mendapatkan hasil baharu berjumlah RM1 bilion, penyiapan projek terbengkalai Perumahan Generasi Baharu FELDA atau PGBF berjumlah RM250 juta, penghapusan faedah hutang kebun peneroka berjumlah RM2 bilion, pemberian pinjaman sara hidup dan pendahuluan hasil kepada peneroka berjumlah RM480 juta dan pemberian jaminan ke atas penstrukturan semula pinjaman FELDA berjumlah RM2.5 bilion. Tuan Yang di-Pertua, di bawah Program Pembangunan Peneroka bagi mendapatkan hasil baharu ataupun PPP, FELDA telah melaksanakan projek rintis di FELDA Bukit Rokan, Negeri Sembilan atas tanah seluas 77 ekar. Lebih daripada 300 orang peserta peneroka terlibat dalam program ini yang melibatkan aktiviti penanaman sayur dan cili secara fertigasi, penternakan arnab pedaging dan penanaman cendawan. Pelaksanaan program PPP ini akan diperluaskan ke Bukit Aping Barat, FELDA Semenchu, FELDA Cuping, FELDA Kerteh 6, FELDA Keratong 7 dan FELDA Sahabat di Sabah. Antara program yang bakal dilaksanakan ternakan lembu pedaging, tanaman herba, tanaman kacang dan juga tanaman roselle.

Dato’ Sri Mustapa bin MohamedUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) · Jeli

Bagi penyiapan rumah terbengkalai Perumahan Generasi Baharu FELDA atau PGBF daripada 4,794 unit kediaman di 20 buah lokasi yang telah melepasi tahap siap 70 peratus, sebanyak 2,058 buah unit di 10 buah lokasi telah siap dibina dan telah pun dapat sijil perakuan siap dan pematuhan atau CCC. Baki 2,020 buah unit kediaman di enam buah lokasi dijadualkan siap menjelang hujung tahun ini serta 716 buah unit kediaman di empat buah lokasi di jadual disiapkan tahun depan. Untuk faedah hutang kebun pula, FELDA telah memuktamadkan lebih 20 ribu daripada 78 ribu penyata hutang peneroka yang terlibat dengan program tanam semula. Proses memuktamadkan penyata ini akan siap pada September tahun ini. Bagi sara hidup dan pendahuluan hasil kepada peneroka, kerajaan telah pun menyalurkan peruntukan sebanyak RM480 juta kepada FELDA. FELDA juga sedang berunding dengan Kementerian Kewangan bagi penerbitan sukuk berjaminan kerajaan untuk melaksanakan penstrukturan semula pencarum FELDA. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah menubuhkan pasukan khas yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Wahid Omar bagi mencari kaedah terbaik memastikan kemandirian dan kemapanan kewangan FELDA untuk manfaat warga peneroka. Pasukan ini telah mengadakan sesi libat urus dengan Lembaga Pengarah FELDA, pengurusan kanan, FGV, wakil-wakil peneroka dan pelbagai pihak berkepentingan lain. Pasukan ini dijangka akan membentangkan hasil laporannya pada awal bulan Ogos 2020. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana telah mengambil beberapa langkah penyelesaian ke arah cadangan Kertas Putih FELDA. Dalam banyak tajuk Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tumpukan kepada rumah PGBF, Perumahan Generasi Kedua FELDA. Yang Berhormat Menteri sudah beritahu 70 peratus ke atas akan selesai dalam tahun 2021. Saya hendak minta penjelasan kerajaan, 70 peratus ke bawah Tuan Yang di-Pertua. Di Jelebu dan Jempol ada lima projek PGBF iaitu Palong 12, Palong 8, Pasoh 2, Pasoh 3, Paloh 16 sebanyak 776 unit. Rumah cantik cuma tidak capai 70 peratus. Ada 60 peratus, atas sedikit sahaja. Ada atau tidak perancangan kerajaan untuk buat kolaborasi atau kerjasama sama ada dengan syarikat yang berkaitan dengan kerajaan atau syarikat swasta ataupun dengan SPNB untuk selesaikan masalah ini, once for all dengan izin. Ini kerana vandalisme sudah berlaku. Rugi dua, FELDA rugi, anak muda rugi tidak dapat rumah dan akhirnya kita akan melihat satu lagi projek terbengkalai berada di kawasan-kawasan FELDA. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Jelebu. Di Jelebu ada tiga buah rumah generasi kedua, generasi baharu ini. Di Pasoh 1 seperti Yang Berhormat sedia maklum sudah siap 144 unit, CCC telah pun diberikan Oktober 2018. Kedua, di Pasoh 2 seperti Yang Berhormat sedia maklum di bawah peruntukan Prihatin disediakan peruntukan RM16.5 juta untuk menyiapkan 70 unit Pasoh 2 Mengenai yang kurang 70 peratus ini seperti yang disebut oleh Yang Berhormat, ada 150 unit di Pasoh 3 yang memerlukan RM29 juta. Itu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Juga dibangkitkan tentang Jempol tadi rakan sebelah Yang Berhormat Jelebu. Sebagai makluman Ahli Yang Berhormat, skim ini diperkenalkan pada tahun 2013 dan pada jangkaan awalnya melibatkan 20 ribu unit rumah yang dalam pembinaan dan telah siap 8,314 unit. Jadi 20 ribu unit ini melibatkan kos RM1.5 bilion. Antara masalah yang dihadapi ialah modelnya tidak mapan. Ini kerana kosnya RM198 ribu satu unit dan dijual pada RM90 ribu. Bermakna bagi setiap rumah subsidinya RM100 ribu. Inilah masalah yang dihadapi oleh pihak kerajaan dan FELDA. Apa pun kita terima baik cadangan Yang Berhormat. Insya-Allah kita akan cari kaedah khususnya pasukan petugas di bawah Tan Sri Wahid dan di bawah kepimpinan Yang Berhormat Besut, Pengerusi FELDA yang baharu. Insya-Allah kita akan cari kaedah-kaedah baru bagaimana untuk menangani masalah rumah-rumah yang kurang 70 peratus tahap kesiapannya. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Okey terima kasih. Kalau kita rujuk kepada kertas putih ada menyebutkan penguasaan mekanisasi dan automasi akan meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing. Saya ingin bertanya, sejauh mana kerajaan telah melaksanakan urusan

ini sehingga dalam keadaan COVID-19 ini pintu negara masih ditutup dan juga kadar penganggurannya yang kritikal terutama di kalangan anak-anak generasi muda FELDA. Sejauh mana kerajaan melaksanakan perkara ini sehingga anak-anak generasi muda FELDA ini dapat ditempatkan di lokasi-lokasi yang sepatutnya dalam keadaan hari ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat. Ada dua buah komponen soalan tersebut. Pertama ialah berkaitan dengan automasi di FELDA dan menggantikan pekerja asing. Kedua- soalan umum untuk menempatkan mungkin generasi baru FELDA dalam sektor-sektor tertentu supaya mereka dapat bekerja. Mengenai automasi ini, ini satu perkara yang memang diberi perhatian oleh kerajaan. Kita ada satu Majlis Sains Negara yang bermesyuarat tiga empat hari lalu dipengerusikan oleh Perdana Menteri, urus setia oleh MOSTI.

Kita sedang merangka kaedah-kaedah baharu untuk meningkatkan automasi dan teknologi. Kita sedar bahawa kejayaan kita mungkin tidak seberapa, itu sebabnya pergantungan kepada sektor pekerja asing masih tinggi. Bagi FELDA khususnya, pada hari Selasa lalu, 7 Julai diadakan kerjasama MoU, tandatangan antara pihak UniMAP, MOSTI dan FELDA untuk mencari kaedah bagaimana automasi dapat ditingkatkan di FELDA termasuklah penggunaan mesin. Oleh sebab itu kita boleh mengurangkan pergantungan kepada tenaga buruh. Untuk generasi baharu FELDA ini, insya-Allah dalam rancangan kerajaan termasuklah dalam PRIHATIN dan lain-lain, ia akan diambil kira supaya peluang-peluang yang lebih diberikan kepada generasi muda untuk mendapat pekerjaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih banyak. Cadangan dalam Kertas Putih FELDA itu antaranya untuk mengumpulkan kembali tanah- tanah peneroka menjadi ladang yang besar adalah suatu yang tidak praktikal. Ini bererti ia tidak boleh berjaya. Bagaimanakah- mengenai ada satu cadangan dahulu untuk mewujudkan Gedung Makanan Negara supaya tanah-tanah peneroka FELDA dijadikan juga pusat-pusat penternakan, tanaman herba dan pelbagai usaha di bawah tanah 10 ekar yang disediakan itu. Projek besar, nama Gedung Makanan Negara. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, gedung ini sudah lama dah semasa Yang Berhormat juga bertugas sebagai salah seorang yang menjadi pemangkin kepada kemajuan FELDA suatu masa dahulu. Jadi dulu satu masa hendak ternak satu juta ekor lembu di kawasan FELDA, Yang Berhormat Pontian masih ingat. Jadi ini memang merupakan satu perkara yang penting, itu sebabnya kerajaan telah bersetuju untuk memperuntukkan RM1 bilion. Setakat ini RM38 juta telah diperuntukkan. Menjelang tahun ini RM100 juta, insya-Allah dan bermula di Bukit Rokan di Tampin, Negeri Sembilan ada ternakan arnab. Di situ juga ada beberapa orang pengusaha yang hendak menternak lembu. Saya berkesempatan melawat Bukit Rokan ini, berjumpa dengan dua orang penternak, seorang ada 250 ekor dan seorang lagi 100 ekor ya. Seorang bernama Faiz, tidak silap saya. Jadi dua-dua mereka berjaya dan ini merupakan salah satu daripada pendekatan baharu yang diambil oleh FELDA. Insya- Allah dia bawah kepimpinan Pengerusi baharu, Yang Berhormat Besut ini kita ada menaruh penuh keyakinan, beliau mampu untuk melonjakkan FELDA untuk mencapai kejayaan yang lebih hebat di masa akan datang, termasuklah menjadikan FELDA sebagai Gedung Makanan Negara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Industri digital milik anak muda; Nombor empat soalan saya.

Syed Saddiq bin Syed Abdul RahmanMUDA · PHMuar · question

4. Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman [Muar] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan rancangan dan insentif untuk membangun serta mengukuhkan industri 'start-up' negara pasca wabak pandemik COVID-19 terutamanya kepada belia yang menceburi bidang ekonomi ini.

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ HashimPAS · PNTimbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Kuala Terengganu

Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, statistik yang telah dikeluarkan oleh MaGIC iaitu salah sebuah agensi di

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ HashimPAS · PNTimbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Kuala Terengganu

bawah MOSTI, kebanyakan pemilik syarikat start-up terdiri daripada orang muda iaitu sebanyak 83.43 peratus merupakan pemilik di bawah umur 40 tahun. Sebanyak 53.79 peratus pula merupakan pemilik di bawah umur 30 tahun yang dikategorikan sebagai belia. Berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh MaGIC ini, pada 4 April 2020 hampir 50 peratus syarikat start-up memerlukan di antara RM500 ribu sehingga RM1 juta untuk memastikan kelestarian perniagaan sepanjang tahun 2020. Justeru, kementerian ini telah menyelaraskan inisiatif bagi merancakkan semula start-up negara seperti melalui Technology Start-ups Funding Relief Facility (TSFRF) dalam usaha membantu syarikat- syarikat start-up teknologi yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19. TSFRF ini telah dilancarkan pada 15 Mei 2020 dengan menyediakan bantuan kewangan bagi menampung aliran tunai seterusnya mengekalkan kelangsungan operasi perniagaan, syarikat-syarikat terpilih. TSFRF ini terbuka kepada semua syarikat start-up teknologi milikan rakyat tempatan atau tenaga kerja majoriti rakyat tempatan atau majoriti pendapatan dijana di dalam negara Malaysia. Pakej rangsangan ini menawarkan tempoh pembiayaan sehingga lima tahun, tertakluk kepada semakan tahunan serta pengecualian bayaran fi guaman selain tiada fi dan kos tambahan yang harus ditanggung oleh pemohon. Proses ini akan dibuat secara cepat dan mudah. Dana RM100 juta untuk TSFRF ini tambahan kepada peruntukan yang telah disalurkan kepada agensi-agensi tech funding di bawah MOSTI iaitulah Malaysia Debt Venture Berhad, Cradle Fund Sdn Berhad, MAVCAP, Kumpulan Modal Perdana dan Malaysia Technology Development Corporation sebelum dan menjadikan jumlah terkini sebanyak RM315 juta. Peruntukan ini disalurkan kepada syarikat-syarikat start-up dalam bentuk pinjaman, geran, inisiatif pembangunan kapasiti, sokongan operasi, akses kepada pasaran dan lain-lain lagi. Tuan Yang di-Pertua, Cradle akan turut menawarkan program pembiayaan baharu berbentuk geran berjumlah RM26.5 juta bagi tahun 2020 yang telah bermula pada penghujung Jun 2020. Program pembiayaan ini adalah khusus untuk permohonan baharu yang akan membantu membiayai syarikat start-up technology selepas mengambil kira isu serta cabaran yang dihadapi disebabkan oleh COVID-19. Manakala MAVCAP telah melancarkan dua program pembiayaan ekuiti baharu iaitu LuneX berjumlah USD10 juta yang memberi fokus kepada start-up Fintech serta Asia Greentech Fund USD20 juta dengan fokus kepada start-up teknologi hijau. Sebuah program pembiayaan ekuiti sambungan iaitu SuperSeed Fund II dengan jumlah USD10 juta juga telah dilancarkan dalam tempoh masa terdekat. Selain daripada itu kerajaan juga telah memperuntukkan RM100 juta bagi initiative National Technology and Innovation Sandbox (NTIS) yang merupakan salah satu inisiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA). NTIS dapat memberi manfaat yang besar kepada industri start-up negara di dalam mengharungi cabaran ekonomi terutamanya pasca COVID-19 melalui pendekatan sandbox untuk mempercepatkan penciptaan dan pengkomersialan teknologi serta inovasi di semua peringkat di dalam menyediakan zon tertentu bagi pelaksanaan rintis inovasi masing-masing di samping melaksanakan kelonggaran peraturan untuk menguji cuba teknologi yang baharu. Pembentukan NTIS ini di bawah kawal selia MOSTI, mampu memperkasakan serta menyediakan laluan pengkomersialan pantas bagi produk teknologi, perkhidmatan serta inovasi daripada syarikat start-up tempatan, merangkumi semua peringkat pembangunan teknologi. Menerusi MaGIC, inisiatif pembangunan kapasiti seperti Global Isolator Programme (GAP) akan terus dilaksanakan oleh MaGIC bagi menyokong kemampanan start-up termasuklah melaksanakannya secara atas talian serta mengembangkan kerjasama dan penglibatan daripada start-up antarabangsa. Selain itu Program Boot Camp yang menyasarkan Deep Tech dan Emerging Tech akan turut dilancarkan bagi membimbing bakat tempatan bagi penghasilan prototaip yang dapat menyelesaikan penyataan masalah berkaitan COVID-19 melalui teknologi seperti machine learning, robotics, nanotech dan drone tech. Dalam usaha untuk mendigitalkan perkhidmatan kerajaan, Cradle melalui inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) akan melaksanakan satu Siri Roadshow Jeyarawara Hackathon di seluruh negara yang akan dilancarkan dalam bulan Ogos 2020 dan dilancarkan sehingga akhir tahun. Melalui siri-siri hackathon yang dilaksanakan kelak dianggarkan lebih daripada 1,000 orang peserta daripada kalangan belia akan terlibat dan hampir 100 ribu orang pemegang taruh akan menerima kesan positif daripada usaha ini. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kerajaan daripada dahulu telah pun membelanjakan ratusan untuk merangsang institusi start-up di Malaysia. Akan tetapi kalau kita lihat pembandingan kita dengan negara-negara jiran contohnya di Indonesia yang telah pun berjaya melahirkan empat Unicorn dan satu Decacorn khususnya Tokopedia, Bukalapak, OVO dan Traveloka dan bagi Decacorn seperti Gojek. Di Malaysia sebelum ini kita ada iaitu Grab tetapi sekarang telah pun bertempat di Singapura. Persoalan saya, di Malaysia kita ada banyak start-up baik seperti MyLorry dan juga our very own drone company yang top ten in the world tetapi masalahnya tidak dapat bantuan kerajaan khususnya daripada segi ekosistemnya. Adakah kerajaan akan menetapkan garis masa untuk Malaysia sendiri melahirkan tech unicorn ataupun decacorn kita tersendiri seperti negara-negara jiran? Terima kasih.

Terima kasih. Apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi adalah benar. Kita- daripada 1,000, mengikut laporan oleh Tech in Asia 2019, di dalam Malaysia pada ketika ini yang terdapat sebanyak 1,825 start-up yang mana daripada jumlah itu, 1,645 start-up berada di bawah MaGIC. Kita mempunyai banyak start-ups yang agak terkenal di bawah program kita seperti yang disebutkan tadi. Grab adalah dikembangkan di bawah agensi kita dan apabila Grab pergi ke Singapore, itu satu tanda bahawa kemajuan yang bagaimana kita telah menjadikan setup start-up kita ini berkembang ke pasaran antarabangsa. Walau bagaimanapun, di bawah MOSTI, kita sentiasa memperkenalkan pelbagai skim-skim baharu bagi membolehkan start-up ini dibantu selanjutnya. Masalah mengkomersialkannya satu masalah yang besar di mana sekarang cuba dicari jalan di bawah agensi MOSTI bagi menghubungkan pihak start-up dengan pasaran yakni industri. Jadi, itu saja jawapan saya setakat ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Silakan Yang Berhormat Kuala Krai.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah apakah sasaran serta objektif yang hendak dicapai menerusi inisiatif serta peruntukan besar kepada syarikat start-up menerusi pelan rancangan ekonomi PRIHATIN dan PENJANA sebelum ini? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Dipersilakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Terima kasih. Objektif peruntukan dan inisiatif yang dilaksanakan adalah bagi mewujudkan lebih banyak syarikat start-up yang berdaya saing, mampan dan mempunyai kelestarian yang tinggi. Ini akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bagi rakyat yang terjejas akibat COVID-19. Selain daripada itu, ia mempunyai objektif bagi memberikan sumbangan kepada KDNK negara yang terkesan akibat daripada PKP dan pembangunan teknologi tinggi negara. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, bagi ruang untuk orang dekat atas untuk bertanya juga Tuan Yang di-Pertua.

Sabri bin AzitPAS · PNJerai · question

5. Tuan Sabri bin Azit [Jerai] minta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan, tentang komitmen penarafan guru-guru KAFA sebagai guru tetap dan berpencen dan jika dalam kajian apakah ada penetapan unjuran dari segi tempoh masa ke arah penarafan tersebut.

Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-BakriMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, alhamdulillah... [Membaca sepotong doa] Saya mohon izin untuk menjawab pertanyaan ini serentak dengan satu pertanyaan lain kerana menyentuh isu yang sama iaitu usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan bagi menaiktarafkan guru- guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) ke jawatan tetap. Pertanyaan tersebut pertanyaan oleh Yang Berhormat Kuantan pada 4 Ogos 2020.

Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-BakriMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan hari ini amat komited dan prihatin terhadap guru- guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang sentiasa memberikan khidmat bakti sejak tahun 1990. Oleh yang demikian, segala usaha ke arah memperkasakan guru-guru KAFA akan terus dilaksanakan secara berfasa. Justeru, kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan melaksanakan pemerkasaan KAFA merangkumi perkara-perkara berikut, antaranya: (i) menyeragamkan pelaksanaan KAFA di seluruh negara dengan kerjasama JAKIM dan Kementerian Pendidikan Malaysia; (ii) menyeragamkan kokurikulum dan buku teks; (iii) menambah elemen tahfiz juzuk 30 di dalam kokurikulum KAFA sebagai nilai tambah kepada KAFA; (iv) latihan guru dan penyelia KAFA; (v) pengiktirafan kepada guru dan penyelia KAFA dengan mewujudkan skim perjawatan yang bersesuaian; dan (vi) menyusun semula struktur operasi pengurusan KAFA melibatkan aspek pengurusan sumber manusia, pembiayaan, penaksiran dan juga infrastruktur. Kerajaan sentiasa prihatin dalam menjaga kebajikan guru KAFA. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, elaun guru KAFA telah dinaikkan sebanyak RM100, menjadikan elaun mereka kini sebanyak RM1,000 sebulan. Kenaikan elaun ini melibatkan perbelanjaan sebanyak RM481,593,000 kepada 35 ribu orang guru KAFA seperti diluluskan di dalam Belanjawan tahun 2020. Jumlah ini termasuk jumlah caruman KWSP untuk semua guru. Selain itu, bagi tujuan penyerapan guru KAFA, JAKIM dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan modul latihan serta melaksanakan latihan kompetensi kepada guru-guru KAFA bagi menjadikan guru-guru KAFA kompeten dan bermutu dalam profesion keguruan. Pada masa yang sama, guru-guru KAFA perlu memenuhi kelayakan ikhtisas yang merupakan elemen penting bagi memenuhi syarat dan kelayakan yang ditentukan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Perkara-perkara ini akan sentiasa diperkemas dan dibuat secara berperingkat bagi memastikan hasrat penyerapan guru KAFA secara tetap dapat direalisasikan. Insya-Allah, kerajaan hari ini akan terus komited dalam memastikan nasib guru- guru KAFA sentiasa terbela dan mampu berdiri setanding dengan guru sekolah yang lain. Pemerkasaan guru-guru KAFA akan terus menjadi komitmen utama Kerajaan Perikatan Nasional supaya institusi KAFA dan pendidikan Islam akan terus dilihat bermutu serta mampu menghasilkan alim ulama yang profesional dan menyumbang untuk ummah dan negara ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dipersilakan Yang Berhormat Tuan Sabri untuk soalan tambahan yang pertama.

Tuan Sabri bin AzitPAS · PNJerai

Terima kasih atas penjelasan Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, dengan jumlah seramai 350 orang penyelia KAFA, kedudukan gred mereka di S19 sejak 30 tahun yang lalu belum disemak. Memandangkan penyelia-penyelia KAFA, beban dan komitmen mereka semakin bertambah, soalan saya, Yang Berhormat Menteri, adakah telah ada kajian untuk menaikkan gred penyelia guru KAFA yang tidak pernah dinaikkan sejak 30 tahun yang lalu. Harap ada penjelasan.

Terima kasih. Sebenarnya, kita dari semasa ke semasa sedang mengkaji tentang guru KAFA ini. Sebagai contoh, untuk langkah pertama baru-baru ini, kami telah cuba untuk mendapatkan sebarang permasalahan guru KAFA. Apabila mana mereka ini, kita tengok dan kita tahu untuk masalah-masalah yang dihadapi terutamanya masalah tentang pembayaran gaji dan seumpamanya, kita selaraskan dengan sebaik-baiknya. Adapun isu yang dibangkitkan tadi, insya-Allah ia termasuk dalam pemerhatian kami untuk kami ambil tindakan dengan sebaiknya.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan.

Namun begitu, saya tidak dengar jawapan kepada soalan berkenaan dengan unjuran daripada segi tempoh masa ke arah penarafan tersebut. Yang Berhormat Menteri menyebut berkenaan dengan beberapa langkah pemerkasaan. Akan tetapi, Yang Berhormat Menteri tidak menyebut berkenaan dengan unjuran, tempoh masa- timeline. Seingat saya sewaktu Kerajaan Pakatan Harapan dulu, kita meletakkan projek rintis untuk tahun 2020 dan di akhir projek rintis itu, akan terus berlaku penyerapan kepada jawatan. Projek rintis ini berlaku tahun 2020, 2021 dan 2022. Harap Yang Berhormat Menteri memberikan penjelasan berkenaan dengan penyerapan tersebut dan terima kasihlah kerana menyebut bahawa ada peningkatan dari sudut elaun kerana ia berlaku sewaktu Kerajaan Pakatan Harapan. Selama 30 tahun guru-guru KAFA berada di situ, tidak ada siapa yang ambil berat tentang kebajikan mereka. Jadi, ada banyak lagi perkara yang harus dilakukan dan berharap Yang Berhormat Menteri dapat memberikan penjelasan jelas berkenaan dengan unjuran tempoh masa. Terima kasih.

Terima kasih atas pencerahan tadi. Sebenarnya kita, sebagaimana yang kita ketahui bahawa proses-proses kita sedang giat jalankan.

Apa yang telah kami lakukan, yang pertama kita akan tengok sejauh mana permasalahan-permasalahan guru KAFA ini. Oleh sebab kami telah nyatakan tadi senarai apa yang kami hendak akan buat satu persatu terlebih dahulu. Kerjasama yang kami akan lakukan ini insya-Allah kami akan kerjasama dengan KPM dan juga JPA. Seperti mana yang kami nyatakan tadi bahawa projek rintis yang dijadualkan pada Mac 2020 terpaksa kita pinda ke tahun hadapan berikutan kerana pandemik COVID-19 ini yang sedang kita langsungkan tetapi kita terpaksa tunda ke tahun seterusnya, insya-Allah wallahu ‘alam.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Soalan terakhir Tuan yang di-Pertua. Tuan yang di-Pertua, soalan terakhir boleh tak?

Tuan Yang di-Pertua

Maaf. Saya menjemput Yang Berhormat Puan Teresa Kok untuk soalan seterusnya.

Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh · question

6. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan perbandingan pendapatan eksport minyak sawit Januari-Jun 2020 berbanding dengan Januari-Jun 2019. Apa jangkaan jumlah pendapatan eksport minyak sawit bagi tahun 2020. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi [Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali] Terima kasih Tuan yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Merujuk kepada soalan yang dikemukakan tadi, pertamanya saya melihat kepada rekod terkini yang ada pada kementerian, alhamdulillah berkat usaha sungguh-sungguh dan juga daripada warga industri dengan bantuan warga kementerian, berlaku peningkatan terhadap eksport sawit Malaysia untuk Januari hingga Jun 2020. Berdasarkan rekod terkini Jabatan Perangkaan Malaysia, pendapatan eksport minyak sawit dan produk berasaskan sawit bagi Januari hingga April 2020 adalah sebanyak RM21.3 bilion, berbanding RM20.8 bilion bagi tempoh yang sama tahun 2019 iaitu peningkatan sebanyak RM500 juta. Data terkini yang dikeluarkan oleh pihak MPOC pula, ini data awalan menunjukkan bahawa nilai eksport minyak sawit sahaja bagi tempoh Januari hingga Jun 2020 ialah RM21.165 bilion, berbanding RM20.906 bilion bagi tempoh Januari hingga Jun 2019. Di sini kita lihat peningkatan sebanyak RM290 juta. Manakala nilai eksport keseluruhan bagi minyak sawit dan produk berasaskan sawit untuk tempoh Januari hingga Jun 2020 ialah RM32.471 bilion, berbanding RM31.915 bilion bagi tempoh yang sama tahun 2019 iaitu peningkatan sebanyak RM566 juta. Tuan Yang di-Pertua, kementerian menjangkakan pendapatan eksport minyak sawit dan produk berasaskan sawit bagi tahun 2020 adalah di antara RM65 bilion hingga RM70 bilion, insya-Allah. Lebih tinggi daripada nilai eksport keseluruhan minyak sawit

dan produk berasaskan sawit pada tahun 2019 iaitu RM63.731 bilion. Kementerian optimis sasaran ini boleh dicapai mengambil kira nilai eksport semasa sekarang iaitu tempoh Januari hingga Jun sebanyak RM32.47 bilion. Tuan Yang di-Pertua, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kerajaan telah mengambil langkah strategik memberikan kelonggaran bersyarat kepada para pemain industri untuk terus kekal beroperasi. Kerajaan juga telah mengambil langkah drastik menggandakan promosi melalui misi-misi ekonomi dan teknikal ke banyak negara, khususnya di India dan Timur Tengah di samping menerokai pasaran baharu dalam tempoh PKP. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dipersilakan Yang Berhormat Seputeh untuk soalan tambahan pertama.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salam sayangi sawit ku. Saya tidak pasti sama ada jangkaan pendapatan eksport minyak sawit bagi keseluruhan tahun 2020 ini akan tercapai selepas kerajaan membekukan pengambilan pekerja asing ke negara kita atas alasan memberi peluang pekerjaan kepada pekerja tempatan. Yang Berhormat Menteri juga kata minta warga Malaysia kerja di ladang sawit dan boleh dapat pendapatan sebanyak RM3,000 satu bulan. Akan tetapi kita tahu warga Malaysia ini berapa tinggi gaji pun mereka tidak suka bekerja di ladang dan mereka biasanya adalah sebagai supervisor dan manager sahaja. Jadi, saya ada baca kenyataan daripada Persatuan Pemilik Ladang Malaysia tentang dasar kerajaan ini. Mereka kata kalau ini berterusan pada tahun ini, pengeluaran eksport kita ini akan jatuh 25 peratus pengeluaran sawit dan juga kerugian RM12 bilion satu tahun. Jadi, ini bermaksud apa yang dijangka oleh Yang Berhormat itu mungkin tidak akan capai kalau kita yang industri sawit tidak dibenarkan untuk mengambil lebih pekerja asing atau kekalkan pekerja asing di ladang mereka. Kalau kita lihat industri sarung tangan...

Tuan Yang di-Pertua

Soalan, soalan Yang Berhormat.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

...Rubber gloves, MITI memperjuangkannya. Jadi, Yang Berhormat Menteri adalah jaga industri komoditi dan perladangan...

Tuan Yang di-Pertua

Pohon soalannya Yang Berhormat.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Jadi, kalau Yang Berhormat Menteri tidak memperjuangkan industri sawit dan getah atas isu pekerja asing...

Tuan Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Soalan kah apa ini?

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, soalan Yang Berhormat.

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

Persoalan saya ialah KPI Yang Berhormat Menteri tidak akan capai kerana dia hanya yang dengar arahan daripada KDN, Menteri Dalam Negeri...

Tuan Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Soalan kah, lecture ini?

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

....Hanya berminat macam mana menjatuhkan...

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Dia ingat dia Menteri kot.

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

...Kerajaan Pakatan Harapan dan menyusahkan pemimpin Pakatan Harapan.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Dia tidak tahu...

Soalan, soalan. Sudah lah.

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat Seputeh, you bukan Menteri lagi ya.

Tuan Yang di-Pertua

Tolong. Terima kasih saya persilakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

...Industri perladangan sawit. Jadi, saya hanya bimbang KPI Yang Berhormat Menteri tidak tercapai. Sila jawab.

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan I · Bagan Serai

Tak makan ubat kah?

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tak, dia ingat dia Menteri lagi.

Tuan Yang di-Pertua

Tolong, tolong. Ya, dipersilakan.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih kerana Tuan Yang di-Pertua membenarkan Yang Berhormat Seputeh untuk berucap panjang dan saya mengalu-alukan semangat daripada Yang Berhormat Seputeh. Sangat mengejutkan saya bila mana saya mendengar ucapan ataupun soalan berbaur ucapan daripada Yang Berhormat Seputeh menggambarkan seolah-olah tidak menyokong untuk kerajaan kita dan negara kita meramaikan rakyat tempatan untuk bekerja berbanding pekerja asing...

[Dewan tepuk]

Bagi saya ini suatu hala tuju yang sangat salah sebenarnya. Di kala berlakunya PKP seumpama ini, inilah masa kita untuk mengembalikan hak rakyat Malaysia untuk bekerja di ladang-ladang. Alasan yang kita berikan bahawa mereka tidak minat, ini persoalan subjektif yang memerlukan kempen. Bagi saya, saya amat optimis. Kita boleh gerakkan perkara ini. Akan tetapi kalau Yang Berhormat Seputeh sebagai bekas Menteri bersikap seperti ini, negative thinking terhadap rakyat Malaysia sendiri, patutlah industri sawit tidak maju.

Ini bukan ceramah.

Bagi saya, saya bersikap sangat positif, optimis bahawa kita boleh menggerakkan yang terbaik untuk negara kita dan kita akan kempen besar-besaran. Di samping kita membuat kerja untuk promosi di luar negara, kita juga bergerak untuk memperkasakan industri di peringkat pengeluaran. Saya yakin dengan perbincangan yang baik di peringkat MPOA dengan persatuan, insya-Allah kita gandakan lagi. Hari ini untuk peringkat sekarang, di peringkat penggunaan tenaga kerja warga asing, kita masih mengekalkan lagi, cuma tidak ada penambahan yang baharu. Saya minta dengan MPOA, khususnya pemain industri untuk secara berperingkat, 20 percent, 20 percent, 20 percent untuk bergerak ke arah meramaikan warga tempatan dalam industri ini. Saya yakin apa yang saya sebutkan tadi akan tercapai dengan kerja sungguh dari semua pihak, pemain industri dan juga warga kementerian, insya-Allah.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya jemput Yang Berhormat Jempol untuk soalan tambahan kedua.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya, saya ucapkan tahniah kepada Menteri yang bersungguh-sungguh untuk memajukan industri sawit. Di mana report yang diberi tadi daripada Januari hingga Jun naik iaitu lebih RM500 juta walaupun tidak minum sesudu pun minyak sawit. Soalan saya, apakah strategi dan faktor lain yang telah dirancang oleh kementerian bagi menyumbang kepada peningkatan import minyak sawit mentah ke negara lain? Apakah pelan tindakan yang diambil bagi membantu pengusaha kelapa sawit akibat ketidaktentuan harga komoditi sawit dalam pasaran global? Mohon jawapan Menteri. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Menteri.

Ya, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat yang bertanya tadi. Suka juga saya bantu Yang Berhormat Seputeh dalam isu ini tentang sesudu minyak sawit, yang digalakkan ialah sesudu minyak sawit merah- red palm oil. Ini saya mahu bantu Yang Berhormat Seputeh. Akan tetapi yang saya lebih galakkan ialah vitamin E daripada minyak sawit iaitu dipanggil tocotrienols. Ini yang patut diambil oleh rakyat Malaysia. Tocotrienols iaitu vitamin E daripada minyak sawit dan saya ada edarkan secara percuma kepada semua Ahli Parlimen, ini untuk kesihatan. Itu dia ya. Untuk menjawab soalan tadi, sangat menarik. Pertama sekali, untuk kita– memanglah harga sawit, harga komoditi dan ia tidak akan stabil bergantung kepada permintaan dan juga tawaran yang kita berikan. Akan tetapi apa yang kita buat di peringkat kerajaan ialah pertama sekali, kita memberi pengecualian untuk duti eksport bermula dari 1 Julai hingga akhir Disember 2020 untuk menggalakkan permintaan. Ini kerana kita ada stok yang mencukupi, bukan hanya untuk dalam negara tetapi juga untuk rakyat di luar negara, itu untuk dieksport. Jadi, itu yang kita buat.

Di samping di peringkat dalaman kita sendiri dan di peringkat ladang kita, kita membuat banyak polisi yang baik untuk menggalakkan atau mengaktifkan lagi hasilan di peringkat perladangan. Antaranya termasuklah yang dibincangkan pada awal tadi oleh Yang Berhormat Menteri Ekonomi tentang mekanisasi di peringkat perladangan. Ini semua kaedah yang tersedia ada sebenarnya menunggu untuk rakyat kita di bidang ini mengambil manfaat daripada apa yang disediakan oleh kerajaan untuk kita meningkatkan lagi hasil di peringkat ladang sawit khusus untuk meningkatkan pendapatan B40 dalam bidang industri sawit. Itu untuk makluman Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Boleh minta satu lagi?

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya pun nak pohon satu pemberian itu. Saya tidak dapat. Saya mempersilakan Yang Berhormat Tan Sri Noh bin Haji Omar untuk soalan seterusnya.

Noh OmarUMNO · BNTanjong Karang · question

7. Tan Sri Noh bin Haji Omar [Tanjong Karang] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan benarkah dakwaan bahawa Kabinet telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh lesen operasi loji pemprosesan nadir bumi Lynas sehingga tahun 2023 dan apakah syarat yang telah ditetapkan oleh kementerian serta apakah jaminan kementerian bahawa ia selamat daripada kesan radiasi.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu BakarUMNO · BNMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Rembau

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat daripada Tanjong Karang. Untuk makluman Yang Berhormat Tanjong Karang, ini bukanlah dakwaan tetapi permohonan syarikat Lynas Malaysia Sdn. Bhd. untuk memperbaharui lesen yang tamat pada 3 Mac 2020 telah diluluskan bagi tempoh tiga tahun sehingga 2 Mac 2023 oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom setelah Lynas telah mematuhi kesemua syarat tambahan lesen terdahulu. Selain itu, hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh AELB juga menunjukkan bahawa pihak Lynas telah mematuhi semua kehendak peruntukan dan syarat lesen yang dikenakan di bawah Akta 304. Justeru itu, kerajaan yang lepas telah bersetuju supaya lesen operasi Lynas diteruskan.

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Jawapan cukup jelas. Hanya saya lihat isu Lynas ini, ia ada mencipta sejarah tersendirilah. Ia bermula zaman pemerintahan Barisan Nasional. Pada masa itu bantahan begitu hebat daripada sebelah Pakatan Harapan. Yang Berhormat Kuantan pun berarak dan Yang Berhormat Bentong pun berdemonstrasi. Akan tetapi yang peliknya, apabila Pakatan Harapan memerintah, boleh luluskan pula. Jadi itu yang saya hendak tanya, mengapakah benda ini ada perbezaan? Ia ada double standard. Apakah tindakan Barisan Nasional dulu salah dan Pakatan Harapan semuanya betul? Begitu juga kalau kita lihat bahawa Australia telah pun menolak tawaran Kerajaan Malaysia untuk menghantar balik sisa pembuangan radioaktif dari kilang nadir bumi Lynas di Gebeng. Jadi, apakah syarat yang ditetapkan bagi Lynas ini untuk mengatasi masalah ini setelah Australia menolak?

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Mengikut rekod yang saya ada, berdasarkan kepada tandatangan yang dibuat pada tahun 2012 di bawah Kempen Harapan Untuk Malaysia, tidak kurang daripada 13 Menteri Pakatan Harapan telah menandatangani ikrar untuk tutup Lynas sekiranya mereka membentuk Kerajaan Persekutuan. Ini rekod. Nama-nama ini ada di sini sekiranya hendak dikehendaki. Namun demikian, sepertimana yang kita ketahui, Lynas bukan sahaja masih lagi beroperasi tetapi dilanjutkan lesen di bawah kerajaan yang lepas. Namun demikian, saya juga ingin menarik perhatian bahawa pada 4 Disember 2018, arahan telah dikeluarkan oleh Lembaga Pelesenan Atom Malaysia (AELB) untuk Lynas keluarkan sisa water leach purification ke negara asal. Ini juga disokong oleh beberapa kenyataan yang telah dibuat bahawa, dengan izin, “Lynas has to ship out its waste.” Inilah pendirian selepas kerajaan tidak dapat tutup kilang Lynas, mereka telah buat keputusan sisa water leach purification itu mestilah dihantar balik ke Australia.

Kabinet Menteri pada waktu itu telah mengarahkan Menteri untuk pergi ke Australia, “Yesterday, the Cabinet decided to let me go personally to Australia.” Mungkin untuk berunding agar Australia dapat menerima sisa tersebut. Namun demikian, perkara itu tidak dilaksanakan. Pada 12 Julai 2019, Kabinet telah setuju supaya lesen operasi Lynas dilanjutkan selama enam bulan selepas tempoh lesen operasi sedia ada tamat pada 2 September 2019, tetapi dikenakan beberapa syarat. Syarat-syaratnya sepertimana telah ditetapkan oleh AELB. Antaranya pemegang lesen hendaklah memulakan proses pembangunan kemudahan pelupusan kekal, permanent disposal facility (PDF). Pemegang lesen hendaklah mengemukakan rancangan kemajuan kerja untuk pembinaan PDF. Ini supaya ada tempat untuk dibuang sisa tersebut yang terdapat dalam syarat untuk lesen awal zaman Barisan Nasional juga. Apabila tujuh syarat ini telah ditetapkan, maka keputusan dibuat oleh Kabinet untuk melanjutkan lesen sehingga 2 Mac 2023.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Pohon Tuan Yang di-Pertua.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Kuantan. Tuan Yang di-Pertua, nanti Kuantan juga ya sebab tadi disebut Kuantan. Soalan Kuantan lepas ini ya. Tadi disebut Kuantan.

Tuan Yang di-Pertua

Saya mempersilakan Yang Berhormat Bakri. Yang Berhormat Bakri dulu.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Pertama, saya hendak tanya, apakah pandangan Yang Berhormat Menteri terhadap operasi Lynas sekarang? Kedua, adakah Yang Berhormat Menteri bersetuju bahawa syarat-syarat yang diletakkan untuk lesen operasi Lynas di bawah Kerajaan Pakatan Harapan adalah jauh lebih ketat jika kita bandingkan dengan zaman di Barisan Nasional? Pertama, adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa di mana salah satu syarat untuk lesen Lynas hendaklah mengemukakan dan membina cracking and leaching facilities di luar negara supaya selepas pembinaan facility tersebut, Lynas tidak boleh lagi menghasilkan radioaktif residu, radioaktif WLP di Malaysia. Adakah ini jauh lebih ketat? Kedua, saya hendak tanya adakah Yang Berhormat Menteri sedar juga bahawa pada syarat-syarat itu, WLP tidak boleh digunakan untuk CondiSoil di mana ia boleh digunakan untuk pertanian di bawah zaman Barisan Nasional? Adakah Yang Berhormat Menteri sedar juga bahawa lesen boleh ditarik balik di bawah Akta Pelesenan Tenaga Atom jika Lynas tidak mematuhi semua syarat ini? Oleh itu, saya hendak tanya perkara yang paling penting adalah adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa ini adalah jauh lebih ketat? Apakah pandangan Yang Berhormat Menteri terhadap operasi Lynas di Malaysia?

Terima kasih kepada Yang Berhormat Bakri yang merupakan mantan Menteri yang menjaga AELB sebelum ini. Untuk makluman Yang Berhormat, pertamanya, kalau kita lihat pada lesen asal yang dikeluarkan oleh AELB dan juga syarat yang dikenakan oleh MIDA, kita pun telah meletakkan tiga syarat. Pertama adalah untuk melihat sama ada sisa water leach purification ini boleh dapat dikitar semula melalui R&D. Dan jika gagal dikomersialkan, pelupusan di PDF. Dan jika gagal dikenal pasti lokasi, bawa keluar kepada sumber asal. Jadi dari sudut pengurusan sisa WLP, sebenarnya dalam syarat asal pun ada pelupusan di PDF. Namun demikian, kita telah memberi sedikit masa untuk membangunkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk melihat sama ada sisa water leach purification (WLP) itu dapat dikitar semula ataupun tidak. Oleh sebab itu ada tiga fasa R&D. We wanted to see, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, whether we could recycle this residue material. Jadi, ada beberapa R&D yang telah dilaksanakan antaranya untuk WLP itu boleh ditukarkan kepada produk komersial untuk membuat bahan asas binaan jalan, roads based. Hasil R&D ini oleh IKRAM telah lulus. Namun demikian, tidak ada sesiapa yang telah ingin ataupun minat untuk komersialkan R&D tersebut.

Kedua, WLP boleh ditukarkan kepada produk komersial untuk membuat bahan soil conditioner, CondiSoil. Sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat Bakri tadi.

Yang ini dibangunkan oleh Agensi Nuklear Malaysia, MARDI, SIRIM dan Jabatan Kimia dan Jabatan Pertanian. Field test nya berjaya tetapi tidak ada takers untuk commercialization. Ketiga, WLP boleh digunakan sebagai bahan pemuliharaan tanah gersang kesan perlombongan bauksit di Bukit Goh dan R&D tersebut dijalankan dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang. Jadi semua R&D ini salah satu proses bagaimana kita ingin menguruskan sisa tersebut. Kita tidak sampai ke tahap untuk minta supaya satu PDF dibangunkan. Namun demikian, saya akui bahawa di bawah pengurusan Yang Berhormat Bakri, ditetapkan bahawa R&D ini dihentikan sebab dibuat satu review oleh sebuah jawatankuasa eksekutif yang terdiri daripada pakar-pakar dan mereka kata bahawa tempoh masa kita melihat R&D ini sudah cukup. Sekarang ini kita kena melihat dua lagi opsyen. Satu adalah sama ada kita hendak bina PDF ataupun kita hendak hantar pulang. Asalnya Menteri bertegas hendak hantar pulang tetapi Australia tidak terima sisa tersebut. Jadi apabila tidak terima maka timbul opsyen PDF. Sekarang ini untuk makluman Dewan, Lynas pemegang lesen hendaklah memulakan proses pembangunan kemudahan pelupusan kekal (PDF) di lokasi bersesuaian pada tahun pertama daripada tarikh kelulusan lesen. Lesen ini telah dilulus oleh AELB pada bulan Mac 2020. Maka, sekarang ini dalam proses untuk kita menjalankan segala kajian EIA, RIA dan sebagainya. Kalau sekiranya Lynas tidak dapat memulakan proses pembangunan PDF dalam tempoh masa satu tahun dari tempoh masa keputusan untuk dilanjutkan lesen itu dibuat yakni pada bulan Mac 2021, maka ya Yang Berhormat Bakri lesen itu boleh ditarik balik.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri belum jawab soalan saya lagi.

Tuan Yang di-Pertua, soalan isu penting ini.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Tak jawab lagi.

Isu penting.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Soalan belum jawab.

Tuan Yang di-Pertua

Pohon duduk. Minta jawapan secara bertulis.

Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa · question

8. Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa] minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan mengenai Perumahan Awam dan Projek Perumahan Rakyat di Kuala Lumpur: (a) apakah perancangan penaiktarafan PA/PPR sedia ada agar menjadi lebih selesa dan mesra penduduk ; dan (b) adakah wujud rancangan membangunkan PA kepadatan rendah kepada PA/PPR kepadatan tinggi yang baru dengan kemudahan lebih baik untuk jangka masa panjang.

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji MusaUMNO · BNMenteri Wilayah Persekutuan · Ketereh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Setiawangsa yang bertanya satu soalan yang sangat baik, menyentuh tentang keselesaan dan kebajikan penghuni-penghuni di Perumahan Awam dan juga penghuni-penghuni di Perumahan Rakyat khususnya di Kuala Lumpur. Saya ingin membahagikan perancangan kepada tiga skop iaitu meningkatkan keselesaan dari sudut fizikalnya. Kedua, daripada segi ekonomi penduduk dan yang ketiganya dari sudut sosial. Untuk makluman Yang Berhormat dari sudut fizikal, kita sangat memahami masalah ketidakselesaan di PA dan PPR kebanyakannya berkaitan dengan soal infrastruktur dan social amenities. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi skop ini satu perbelanjaan sejumlah RM481 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan pelbagai usaha. Antaranya termasuklah untuk membaik pulih dan menukar lif-lif yang usang di PA dan PPR. Terdapat lebih daripada 500 buah lif yang perlu diselenggarakan dan sebahagian besar daripadanya telah berusia lebih daripada 30 tahun. Oleh itu kita telah membuat perancangan pada tahun ini sepuluh peratus daripada lif itu sedang diganti dan menjelang akhir tahun depan kita menyasarkan 30

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji MusaUMNO · BNMenteri Wilayah Persekutuan · Ketereh

peratus daripada lif itu yang perlu diganti sama sekali dengan menelan perbelanjaan kira- kira RM45 juta. Itu sebagai satu contoh. Banyak lagi perkara-perkara yang berkaitan dengan keselesaan fizikal termasuklah penyediaan tempat letak kereta yang mencukupi. Sehingga kini lebih daripada tujuh ribu petak tempat letak kereta tambahan telah dibina di beberapa belas buah PPR dan program itu sedang diteruskan. Saya hanya tunjukkan contoh-contoh aspek penambahbaikan fizikal. Namun begitu Tuan Yang di-Pertua, penambahan pembaikan kemudahan fizikal dan social amenities sahaja tidak mencukupi terutamanya bagi PA dan PPR yang telah terlalu lama usianya, sempit ruang tinggalnya, kira-kira 400 kaki persegi sahaja dan bangunan-bangunan yang terlalu uzur. Oleh itu, perancangan bagi peningkatan fizikal ini tidak cukup dengan hanya memperbaiki kemudahan fizikal tetapi kerajaan membuat ketetapan untuk melakukan program urban renewal yakni menukar sama sekali PA dan PPR usang kepada pembinaan unit-unit baharu yang lebih besar. Untuk makluman Yang Berhormat, sekarang ini dalam perancangan dan sudah dimulakan insya-Allah 12 ribu unit baharu yang akan dibina dengan keluasan kira-kira 800 kaki persegi dengan kemudahan yang lebih lengkap. Untuk makluman Yang Berhormat, kita merancang dalam tempoh Rancangan Malaysia Kedua Belas, sasarannya ialah kira-kira 20 ribu unit rumah-rumah kos rendah yang baharu akan dibina. Sementara untuk masalah ekonomi Yang Berhormat, sukalah saya memaklumkan penekanan sekarang ialah untuk mengatasi tekanan akibat daripada urban poverty. Saya ingin mengambil peluang dalam Dewan yang mulia ini untuk mengumumkan lima inisiatif baharu yang akan kita lancarkan bagi membantu penghuni- penghuni di rumah-rumah PA dan PPR. (i) Program MYGrocer iaitu membawa peluang untuk membeli keperluan harian pada harga yang lebih rendah; (ii) Program MYSchoolBus, untuk memastikan penghuni yang terpaksa menghantar anak-anak mereka ke sekolah dapat menjimatkan perbelanjaan kos bas sekolah; (iii) Program MYFood iaitu program untuk memberikan bantuan berkonsepkan food bank yang tersusun; (iv) Program MYMedic ialah satu program membawa perkhidmatan kesihatan ke PPR di 178 tempat yang telah dikenal pasti; dan (v) Program MYJobs ialah untuk memberikan peluang-peluang penambahan pendapatan sampingan. Lima program ini akan dilancarkan secara berperingkat, ditumpukan di 178 buah kawasan PA dan PPR bagi meningkatkan keselesaan penduduk. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan kepada Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali saya mengucapkan penghargaan kepada pihak kementerian dan pihak kerajaan, tidak kira sebelum ini dan sekarang yang telah membantu di kawasan saya di PPR Semarak, Kampung Baru Air Panas dan Desa Rejang. Kita dapat kemudahan tempat letak kereta yang baharu. Cuma ada dua perkara yang saya hendak bangkitkan. Pertama ialah adakah pihak Yang Berhormat Menteri yang merupakan seorang town planner juga daripada segi kelulusan bersedia untuk berkolaborasi. Saya boleh bawa pengalaman daripada apa yang kita buat di Selangor, kita buat perpustakaan dan sebagainya di kawasan perumahan PPR. Kalau boleh dijawab secara bertulis status pembangunan semula Perumahan Awam di Setapak Jaya 1A yang melibatkan syarikat DMIA dan perkara ini telah tertangguh dari zaman Barisan Nasional lagi kemudian zaman Pakatan Harapan dan hari ini Perikatan Nasional. Jadi penduduk yang tinggal di sana meminta satu penjelasan terhadap perkara tersebut. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Soal berkolaborasi tidak ada masalah. Yang Berhormat sebagai seorang Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat dialu-alukan untuk bekerjasama dengan kita di kementerian atas perkara-perkara kebaikan bagi rakyat.

Tentang cadangan misalnya hendak mengadakan perpustakaan dan sebagainya, untuk makluman Yang Berhormat pada masa ini 15 buah perpustakaan telah mula dibuka dan beroperasi di perumahan-perumahan awam dan usaha itu memang ada dalam perancangan dan boleh kita teruskan. Mengenai pertanyaan Yang Berhormat tentang perumahan di kawasan Yang Berhormat di Setiawangsa khususnya Perumahan Awam Setapak Jaya 1A, sukalah saya memaklumkan insya-Allah projek itu akan diteruskan dan kita akan membina sekurang- kurangnya 588 unit rumah baharu yang lebih besar dan lebih selesa untuk pengundi- pengundi di kawasan Yang Berhormat. Insya-Allah, dijangka siap pada awal tahun 2024 bermula daripada sekarang.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi Pertanyaan-pertanyaan Jawab Lisan. Sila Setiausaha. [Masa Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan tamat]

Usul Menangguhkan Mesyuarat Di Bawah P.M. 18(1) — Rancangan Pengilhakan Israel Ke Atas Tebing Barat Dan Lembah JordanUrgent matter

Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya berdiri pada tengah hari ini iaitu memohon kebenaran daripada Tuan Yang di-Pertua untuk saya mengguna pakai Peraturan Mesyuarat 18(1) iaitu mencadangkan supaya Majlis Mesyuarat ditangguhkan bagi tujuan merundingkan perkara tertentu berkepentingan orang ramai yang berkehendak disegerakan untuk dibahaskan dalam Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, 14 Julai 2020 dua hari lepas, saya telah mengemukakan surat untuk memberi notis, memberitahu bahawa saya ingin mencadangkan supaya Majlis Mesyuarat ini ditangguhkan dengan usul yang berbunyi demikian; “Bahawa saya Parlimen Ledang mohon mencadangkan agar Majlis Mesyuarat ini ditangguhkan mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) untuk membahaskan berkenaan kecaman dan juga tindakan Kerajaan Malaysia terhadap rancangan pengilhakan atau annexation plan dengan izin, oleh Israel ke atas Tebing Barat dan Lembah Jordan dalam jajahan negara Palestin yang melanggar undang-undang antarabangsa.” Tuan Yang di-Pertua, usul ini ialah perkara tertentu iaitu berkaitan rancangan pengilhakan atau perampasan Tebing Barat dan sebahagian Lembah Jordan oleh Israel. Sebagai sebahagian daripada rancangan imperialisme Amerika Syarikat yang kononnya disebut sebagai “Pelan damai abad ini”- “Deal of the century”. Rencana pengilhakan bertujuan untuk menghalalkan dan mentadbir secara langsung penempatan haram Israel di sebahagian besar Jerusalem dan Tebing Barat termasuk Lembah Jordan. Tuan Yang di-Pertua, usul ini juga ialah usul yang berkehendak disegerakan kerana rancangan pengilhakan berkenaan telah dimulakan pada 1 Julai yang lalu. Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata bahawa Israel akan mengamalkan kedaulatan sehingga 30 peratus daripada Tebing Barat meliputi penempatan haram Israel dan tanah pertanian yang subuh di Lembah Jordan bermula pada 1 Julai. Usaha untuk mendapatkan sokongan pentadbiran Trump sedang giat dilaksanakan. Namun, terdapat banyak penentangan pelbagai pihak termasuk ugutan sekatan ekonomi ke atas Israel juga yang bertambah kuat. Untuk makluman tambahan lagi kepada perkara itu, saya rasa walaupun dunia sedang giat mencari jalan keluar daripada wabak COVID-19 dan berlakunya keruntuhan ekonomi, namun Israel terus giat untuk memastikan bahawa pelan mereka ini berjalan. Tuan Yang di-Pertua, usul ini juga melibatkan kepentingan ramai kerana langkah pengilhakan itu melibatkan rampasan ke atas tanah, rumah dan juga harta penduduk awam tanpa menghiraukan undang-undang mahupun kemanusiaan. Ia

merupakan satu bentuk penjajahan dan keganasan disiang hari. Sebelum ini rakyat Palestin telah diusir dari kediaman mereka, diculik dan dibunuh oleh pihak berkuasa Israel. Rancangan pengilhakan ini hanya akan menambah buruk kehidupan mereka dan Israel selayak-layaknya wajib dikecam. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia sentiasa berpendirian tegas dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin. Atas nama keadilan, atas nama keamanan, atas nama kemanusiaan sedunia, Ahli-ahli Parlimen khususnya dan Malaysia amnya wajib terus bersuara bersama-sama Ahli-ahli Parlimen sedunia yang lain serta masyarakat antarabangsa untuk mengecam Israel dan Amerika Syarikat supaya rencana jahat mereka dihentikan dan tidak sewenang-wenangnya dilakukan secara unilateral tanpa menghiraukan undang-undang antarabangsa... [Tepuk] Justeru Tuan Yang di-Pertua, saya mengesyorkan supaya Majlis Mesyuarat ini ditangguhkan untuk Dewan ini membincang dan membahaskan usul ini biar pun dalam tempoh yang singkat, mungkin sekitar 30 minit atau sejam yang menunjukkan sokongan penuh seluruh Ahli-ahli Yang Berhormat daripada kedua-dua belah pihak supaya ia menjadi satu dukungan yang kuat dan menunjukkan suara daripada keseluruhannya rakyat dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya mohon mencadangkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Ahli-ahli Yang Berhormat saya sebenarnya telah menerima satu Pemberitahu Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) oleh Yang Berhormat kawasan Ledang pada hari Selasa 14 Julai 2020. Teks usul itu adalah seperti yang dibacakan oleh Ahli Yang Berhormat Ledang sebentar tadi. Bagi membolehkan perkara ini ditimbangkan oleh Majlis Mesyuarat, saya sebagai Tuan Yang di-Pertua hendaklah berpuas hati bahawa perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu memenuhi tiga syarat. Syarat yang pertama ialah bahawa perkara itu tertentu. Syarat kedua ia adalah bagi kepentingan orang ramai dan syarat yang ketiga ialah ia berkehendak disegerakan. Setelah meneliti perkara ini dan mendapati bahawa: (i) perkara ini adalah perkara yang tertentu; (ii) perkara bagi kepentingan orang ramai; dan (iii) perkara ini juga perlu disegerakan. Oleh yang demikian, saya membenarkan usul ini untuk dibahaskan. Mengikut Peraturan Mesyuarat 16(6), usul ini akan dibahaskan pada hari ini, Khamis 16 Julai 2020 jam 2.30 petang di Kamar Khas. Saya akan membenarkan pihak pencadang untuk bahas selama 30 minit dan selepas itu pihak kerajaan akan menjawab selama 30 minit. Terima kasih.

Usul — Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan AgongMotion

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah: “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, demikian bunyinya: “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Ketiga, Parlimen Keempat Belas.” [15 Mac 2020]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, senarai pembahas-pembahas untuk Titah Diraja pada sesi ini yang pertamanya ialah Yang Berhormat Hulu Rajang masanya 20 minit. Keduanya ialah Yang Berhormat Bukit Mertajam 20 minit dan kemudiannya Yang Berhormat Kinabatangan 20 minit. Silakan Yang Berhormat Hulu Rajang untuk memulakan perbahasan.

Datuk Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Saya di sini Tuan Yang di-Pertua. Semalam di belakang, berucap di hadapan. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said) mempengerusikan Mesyuarat] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberi bagi saya membahaskan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong. Saya di kesempatan ini juga merakamkan tahniah pada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas kebijaksanaan baginda menyelesaikan kemelut politik yang melanda negara kita baru-baru ini. Baginda telah bijak menggunakan Perkara 43 dalam Perlembagaan Persekutuan dan melantik Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Sri Haji Muhyiddin bin Md. Yassin sebagai Perdana Menteri yang kelapan setelah mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin mengucapkan selamat datang kepada Tuan Yang di-Pertua sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan juga kepada Timbalan Yang di-Pertua yang mengendalikan pengerusi pada pagi ini iaitu wanita pertama yang baharu dilantik agar bersama memartabatkan institusi Dewan Rakyat di negara kita. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil kesempatan ini merakamkan jutaan tahniah kepada kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Ahli Parlimen dari Pagoh di bawah Perikatan Nasional yang telah berjaya mengawal pandemik COVID-19 dengan jayanya.

Datuk Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Kita sangat bangga apabila negara Malaysia diiktiraf di antara lima buah negara terbaik di dunia berjaya mengawal pandemik ini. Jutaan tahniah kepada semua frontliners kita di seluruh negara ini yang telah bertungkus-lumus siang dan malam bagi memastikan negara kita terus dilindungi Tuan Yang di-Pertua. Saya juga tidak ketinggalan ingin merakamkan tahniah kepada semua barisan Kabinet yang baharu yang cekal dan berdedikasi dalam menjalankan tugas dan amanah yang telah diberikan. Semoga perpaduan erat di bawah Perikatan Nasional akan dapat menjana semula ekonomi negara yang merudum akibat gegaran ekonomi dunia ini. Tuan Yang di-Pertua, semasa tempoh PKP dilaksanakan, ramai rakyat di kawasan Parlimen saya di Hulu Rajang, tidak dapat pergi kerja. Maka, hilang mata pencarian. Bagi menyara kehidupan keluarga mereka, ada di antara mereka terpaksa ‘kais pagi makan pagi’, ‘kais petang makan petang’, Tuan Yang di-Pertua. Apabila Kerajaan PN dengan pantasnya mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, ia telah memberikan mereka nafas baharu untuk meneruskan kehidupan seperti biasa. Rakyat dari kawasan Parlimen Hulu Rajang ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga barisan Kerajaan Perikatan Nasional ini kerana prihatin dan memberikan bantuan yang telah dihulurkan. Selain daripada itu, saya ingin mengucapkan terima kasih pada Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kerana telah memberi sumbangan food basket sebanyak dua ribu kepada isu rumah di Parlimen Hulu Rajang semasa musim PKP, telah sedikit sebanyak Tuan Yang di-Pertua meringankan beban dan tanggungjawab oleh setiap keluarga mereka. Kami rakan-rakan daripada GPS akan terus bersama Kerajaan PN dalam mendukung harapan dan memartabatkan aspirasi rakyat, Tuan Yang di-Pertua. Kesihatan, Tuan Yang di-Pertua. Baru-baru ini Timbalan Menteri Kesihatan II, Yang Berhormat Datuk Aaron Ago Dagang selaku Ahli Parlimen Kanowit telah

Datuk Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

mengadakan lawatan kerja ke Klinik Sg. Asap dan juga ke Hospital Kapit. Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada beliau, sudi untuk turun padang dan melihat sendiri masalah yang dihadapi. Saiz Hospital Kapit yang sedia ada tidak dapat menampung bilangan pesakit yang kian bertambah dari hari ke hari. Saya ingin mencadangkan agar mewujudkan sebuah hospital baharu di Kapit dan juga hospital baharu di Sungai Asap Apau Koyan di daerah Belaga, Tuan Yang di-Pertua. Selain daripada itu, saya mahu Kementerian Kesihatan juga untuk menaik taraf klinik seperti Klinik Nanga Mujong, Klinik Nanga Gat, klinik di Sungai Tunong, klinik di Tubau dan juga klinik di Nanga Merit perlu dinaiktarafkan dengan kadar segera Tuan Yang di-Pertua. Saya turut ingin menarik perhatian Kementerian Kesihatan dan semua agensi penguat kuasa kesihatan agar pemantauan berkala dan tegas perlu diadakan dari semasa ke semasa, khususnya untuk memantau pekerja asing yang bekerja di sektor industri agar sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan, Tuan Yang di-Pertua. Pihak industri juga boleh sentiasa mendapatkan khidmat nasional daripada NIOSH Malaysia bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja sentiasa berada di tahap optimum. Ini kerana kita mahu negara kita bebas COVID-19 dengan sepenuhnya, Tuan Yang di- Pertua. Kemudahan infrastruktur, Tuan Yang di-Pertua. Jalan raya merupakan perkara asas kepada pembangunan sesebuah negara. Saya ingin memohon Menteri Kerja Raya Malaysia agar menyegerakan naik taraf jalan dari simpang Bakun ke Empangan Bakun Dam yang banyak berlubang-lubang. Juga saya suka ingin mengingatkan kepada Kementerian Kerja Raya bahawa jalan Pan Borneo dari Bintulu ke simpang Bakun telah siap dengan baik. Terima kasih kepada Kerajaan Perikatan Nasional atau Kerajaan Pakatan Harapan dulu-dulu. Namun, jalan masuk Pekan Sebauh, simpangnya tiada junction Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya menyuarakan daripada hati rakyat untuk membuat pusingan U-turn ini sejauh dua kilometer kalau hendak masuk ke Pekan Sebauh. Jadi saya mohon agar sebuah jalan pintas diwujudkan dengan segera agar memudahkan rakyat untuk masuk dan keluar dari Pekan Sebauh. Untuk Kementerian Pembangunan Luar Bandar pula, saya ingin berharap agar Yang Berhormat Menteri dapat mempercepatkan proses pembaikpulihan jalan seperti berikut: (i) projek menaik taraf jalan balak ke Penempatan Semula Tegulang (Fasa 6) di daerah Belaga Bahagian Kapit sejauh 95 kilometer; (ii) projek menaik taraf jalan balak ke Penempatan Semula Mentalun (Fasa 5) di daerah Belaga Bahagian Kapit sepanjang 17.5 kilometer; dan (iii) juga saya mohon Jalan dari Rumah Nyamok ke SMK Baleh terus ke Rumah Layang Nanga Kain Baleh diberi perhatian dengan secepat mungkin, Tuan Yang di-Pertua. Saya menyeru agar kemudahan infrastruktur di kawasan Parlimen Hulu Rajang disegerakan tanpa sebarang kelewatan. Saya mohon, tolonglah kami di kawasan luar bandar, Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak minta lebuh raya yang bertingkat atau mewah. Hanya infrastruktur yang baik, bagi membolehkan rakyat di kawasan pedalaman mempunyai akses kualiti jalan yang baik. Komunikasi di luar bandar Tuan Yang di-Pertua. Kawasan luar bandar seperti di Hulu Rajang amat memerlukan pembangunan infrastruktur digital yang berterusan. Saya tidak mahu insiden seperti yang berlaku di Sabah, melibatkan seorang pelajar panjat pokok bagi mendapatkan talian internet bagi menjawab peperiksaan. Perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku, lebih-lebih lagi kita sedang bergerak ke arah Revolusi Industri 4.0, Tuan Yang di-Pertua. Justeru itu, saya ingin merayu dan memohon pertimbangan agar pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia dapat menyediakan tambahan menara komunikasi di kawasan Parlimen Hulu Rajang dengan menggunakan tenaga solar tanpa bergantung kepada tenaga diesel yang dilihat tidak relevan dalam memastikan bekalan elektrik untuk menara komunikasi di setiap yang tidak mencukupi. Ini merupakan Tuan Yang di-Pertua, senarai yang memerlukan menara komunikasi di luar bandar. Saya tidak akan sebut Tuan Yang di-Pertua. Banyak nama, sungai Long, Long, nanti Tuan Yang di- Pertua tidak tahu tetapi saya akan majukan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, untuk diambil tindakan dan seterusnya... [Menunjukkan helaian kertas] Kemudahan fasiliti pengangkutan, Tuan Yang di-Pertua. Saya turut kesal dengan melihat baru-baru ini beberapa insiden kemalangan jalan raya disebabkan oleh

Datuk Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

pemandu mabuk, Tuan Yang di-Pertua. Ini telah mengakibatkan kehilangan nyawa keluarga yang tersayang. Kini sudah tiba masanya kita menambahbaikkan Akta Pengangkutan Jalan terutamanya bagi seksyen 45A, dan seksyen 44, Akta Pengangkutan Jalan 1987. Ini kerana undang-undang sedia ada tidak memberi ketakutan kepada pemandu mabuk. Jika undang-undang dan agensi penguat kuasa tidak dapat mengambil tindakan yang lebih keras terhadap pesalah mabuk, undang-undang ini perlu digubal dengan segera agar hukuman setimpal dikenakan ke atas pemandu mabuk yang memandu sehingga mengorbankan nyawa pengguna jalan raya yang tidak bersalah, Tuan Yang di- Pertua. Keselamatan, Tuan Yang di-Pertua. Baru-baru ini saya bersama dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak dan juga Yang Berhormat Tan Sri Dr. James, Timbalan Ketua Menteri telah mengadakan lawatan kerja ke Empangan Hidro Baleh. Empangan ini dijangka akan siap pada tahun 2026 dan mampu menghasilkan 1,300 megawatt tenaga. Di Sarawak kita mempunyai empat empangan utama iaitu Empangan Baleh, Empangan Bakun, Empangan Murum dan Empangan Batang Ai. Lokasi tiga daripada empat empangan ini terletak di Parlimen Hulu Rajang. Jadi, tidak jauh daripada sempadan Tuan Yang di-Pertua. Tahap kesiapsiagaan kita dalam sistem pertahanan negara perlu disegerakan bagi mengelakkan berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini di masa hadapan. Justeru itu, saya mencadangkan agar mewujudkan Kompleks CIQ di Tapak Megah dan juga CIQ di Long Singut, Baleh Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Di mana ia bakal dapat mengekang kemasukan pendatang tanpa izin ke negeri kita serta mengawal penyeludupan barangan bersubsidi. Saya Tuan Yang di-Pertua, telah menangkap 12 orang asing menyeberangi sempadan kita. Telah menangkap dengan Senator sekali semasa COVID-19 ini. Betapa bahayanya. Mereka telah memberikan alasan kepada saya bahawa mereka mencari kayu gaharu tetapi sebaliknya. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada gaharu mungkin mereka membawa dadah ke kawasan kita kerana kita tidak ada persempadanan, tidak ada ICQ, tidak ada pertahanan di kawasan Hulu Baleh, di kawasan Parlimen Hulu Rajang. Maka dengan itu, saya menyeru bahawa Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan yang drastik supaya mereka yang melintasi sempadan itu akan dikenakan tindakan. Ketika ini, COVID-19, takut menular ke kawasan kita di negeri Sarawak atau di Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mencadangkan kepada Kementerian Pertahanan supaya jaringan keselamatan, laluan sempadan Kalimantan dan Sarawak, dengan izin, Sarawak-Kalimantan border security alignment perlu diwujudkan dengan kadar segera. Ini kerana kita sedia maklum bahawa ibu kota Indonesia mungkin akan berpindah ke Kalimantan dalam beberapa tahun akan datang. Kalau dari kawasan saya, straight line 450 kilometer kapital Indonesia berdekatan dengan Parlimen Hulu Rajang. Juga tidak dilupakan kemudahan balai polis di Belaga harus dinaiktarafkan. Balai polis Kapit harus dinaiktarafkan. Balai pondok polis di Tubau memerlukan penaiktarafan dalam kadar yang segera. Manakala balai polis di Sungai Asap sangat memerlukan sebuah balai polis yang baru bagi memastikan masyarakat di sekeliling sentiasa dilindungi dan di bawah pengawalan pihak berkuasa. Kemudahan perbankan. Saya merasa semasa COVID-19 ini, terima kasih kerana saya tahu beberapa perkara yang penting berkenaan masalah-masalah di Hulu Rajang. Semasa tempoh PKP dilaksanakan, ramai rakyat di kawasan pendalaman menghadapi kesukaran bagi keluar mengambil wang tunai bagi membeli keperluan harian mereka. Ada di antara mereka terpaksa berulang alik dari Pekan Sungai Asap ke Pekan Belaga, tujuannya adalah untuk mengeluarkan duit di ATM. Namun malangnya, semasa datang ke Pekan Belaga, mesin ATM tidak ada duit, Tuan Yang di-Pertua. Mereka mengeluh, mereka marah. Mereka bukan marah kepada bank tetapi mereka marah kepada wakil rakyat dan kerajaan. Maka dengan itu, saya memohon kepada Kementerian Kewangan supaya menambahkan cawangan Agrobank, bank BSN, Bank Rakyat perlu ditambah bagi penduduk di Sungai Asap dan juga bagi penduduk di Belaga. Saya ingin mencadangkan satu lagi kepada Kementerian Kewangan agar berbincang dengan agensi seperti yang saya sebutkan tadi, Agrobank dan Bank Rakyat serta BSN. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, saya minta agar diwujudkan mobile bank di kawasan pendalaman bagi memudahkan mereka untuk menguruskan sistem

Datuk Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

kewangan mereka. Ini kerana di kawasan saya banyak suku kaum Penan, suku Iban yang tidak dapat mengeluarkan duit semasa PKP.

Yang Berhormat Hulu Rajang, boleh?

Datuk Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Okey Yang Berhormat Jelebu.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini untuk menyentuh soal bank ini. Ini bukan sahaja di Hulu Rajang, malah berlaku di seluruh negara. Pandangan saya sama ada Yang Berhormat Hulu Rajang bersetuju atau tidak, apabila kita cek balik di kawasan saya di Jelebu beberapa buah kawasan bank ditutup. Apabila kita tanya kepada pihak pengurusan bank, Maybank, CIMB, bank-bank komersial ini, alasannya ialah perniagaan bank sekarang sudah tidak untung kerana customer yang walk in untuk masuk ke bank sudah berkurangan kerana mereka menggunakan online. Kesimpulannya Yang Berhormat Hulu Rajang ialah bank-bank ini Tuan Yang di- Pertua memikirkan profit-oriented dalam perbankan...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat, soalan.

Ini hendak tanya Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Soalan bukan ceramah.

Saya hendak tanya ini Tuan Yang di- Pertua.

Datuk Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Okey Yang Berhormat Jelebu.

Saya hendak soalan, hendak tanya pandangan kepada Yang Berhormat Hulu Rajang, setuju atau tidak bank ditutup atas alasan kerana profit-oriented. Bolehkah tidak Kementerian Kewangan membuat sedikit social-oriented.

Datuk Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

CSR.

CSR untuk membantu orang luar bandar yang tidak pandai online...

Datuk Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Betul.

...Dan bukalah bank ini, janganlah fikir untung sahaja. Setuju kah tidak Tuan Yang di-Pertua? Tuan Yang di-Pertua, setuju tidak kepada pandangan saya?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Biar Yang Berhormat yang berbahas menjawab. Terima kasih.

Datuk Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Yang Berhormat Jelebu, saya ada panjang lagi. Okey terima kasih Yang Berhormat Jelebu. Bukan 100, 300 peratus.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Tinggal tiga minit.

Datuk Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

...Timbalan Menteri Kewangan II terus ambil tindakan. Ini keluhan daripada rakyat. Kita kerajaan. Kalau kita bukan kerajaan, kita tidak boleh bercakap pada hari ini. So, teruskan dan buat seperti mana yang telah dipinta oleh Yang Berhormat Jelebu. Jadi, masukkan ucapan Yang Berhormat Jelebu dalam teks saya. Saya turut ingin memohon juga agar satu lagi pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri dapat juga ditempatkan di bahagian Kapit bagi membantu kemudahan urusan kerja untuk masyarakat kawasan pendalaman dan juga kontraktor-kontraktor di luar bandar. Kemudahan pendidikan di Hulu Rajang. Tuan Yang di-Pertua, sejak PKP dilaksanakan kita melihat jutaan pelajar sekolah di seluruh negara telah mengikuti pembelajaran alaf baru iaitu menggunakan sistem online atau video conferencing. Namun peratusan pelajar yang menggunakan sistem ini lebih sesuai untuk mereka yang berada di kawasan bandar kerana mempunyai akses rangkaian internet agak baik.

Datuk Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Akan tetapi, keadaan jauh berbeza di kawasan luar bandar kerana akses kepada kemudahan teknologi masih jauh di belakang. Negara kita kini sedang menuju ke arah digitalization, Tuan Yang di-Pertua. Namun kita masih bergelut dengan masalah internet. Net, net ini di Hulu Rajang tidak ada. Di rumah panjang tidak ada. Jadi saya kesian dengan rakyat saya semasa PKP, budak-budak ataupun tingkatan atas ini untuk menggunakan internet tidak ada, jadi ketinggalan daripada segi pelajaran Tuan Yang di- Pertua. Saya mahu masalah internet di kawasan luar bandar diselesaikan dengan kadar segera dan tanpa sebarang kompromi.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat, sila gulung.

Yang Berhormat.

Datuk Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Ya, ya. Oh! Gulung. Sedikit lagi. Give me two minutes.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Tinggal 52 saat.

Datuk Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Dengan itu, it is now become a basic need in our daily life Tuan Yang di-Pertua. Semasa pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional dahulu, negeri Sarawak telah diperuntukkan sejumlah RM1 bilion untuk pembangunan pendidikan di seluruh negara khususnya melibatkan sekolah yang daif, namun Kerajaan Pakatan Harapan telah menafikan hak tersebut semasa pentadbiran mereka. Jadi saya berharap Kerajaan Perikatan Nasional ini meneruskan agenda pendidikan ini tanpa menyekat sebarang peruntukan bagi membolehkan pelajar dan pendidik terus menikmati kemudahan-kemudahan pendidikan yang terbaik. Bukan hadiah yang kita tuntut, GPS memberikan hadiah kepada Perikatan Nasional dan kita memerintah sekarang ini. Jadi hadiah itu teruskan RM1 bilion untuk negeri Sarawak. Sekejap lagi boleh?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Tidak boleh Yang Berhormat.

Datuk Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Aduh.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Terima kasih Yang Berhormat.

Datuk Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Saya Hulu Rajang duduk di atas, pinggang pun sakit Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Saya faham Yang Berhormat tetapi ramai sahabat...

Datuk Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Okeylah terima kasih...

Kesianlah sedikit Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Terima kasih.

Datuk Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

...Dan saya menyokong Titah Duli Yang Maha Mulia, Yang di-Pertuan Agong. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Terima kasih. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Bukit Mertajam, silakan.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang untuk menyertai perbahasan Menjunjung Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Carik baju Raja dilompati todak; Bukan disahaja sebab akal budak. Tuan Yang di-Pertua dan rakan-rakan yang saya hormati sekalian, rangkap tersebut merupakan seloka rakyat yang dirakam untuk kita dalam Sulalatus Salatin ataupun pertuturan segala Raja, ataupun lebih dikenali sebagai Sejarah Melayu.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Ia adalah tentang kisah Singapura Dilanggar Todak yang saya rasa ramai yang sudah tahu tentang cerita ini. Babak ini sebenarnya menginsafkan kita tentang tiga perkara. Pertama, jangan sekali pandang rendah anak muda. Kedua, anak muda mampu dan sudah pernah dalam sejarah panjang bumi ini, menyumbang kepada bangsa dan negara kita. Ketiga, kita harus berwaspada terhadap pembesar-pembesar yang khianat, memperlekeh, menghina, malah menganiaya anak muda. Dalam cerita Singapura Dilanggar Todak tadi digambarkan seolah-olah kerana penganiayaan terhadap Hang Nadim, maka Singapura telah diserang Majapahit dan Rajanya terpaksa melarikan diri. Tuan Yang di-Pertua, ramai anak muda di luar sana sebenarnya berasa amat kecewa apabila mereka melihat bagaimana pada hari Isnin yang lalu, saudara saya Yang Berhormat dari Muar bangkit berucap dan beliau disindir oleh rakan-rakan yang lain di sini dengan pelbagai atau bermacam-macam sindiran, penghinaan. Saya berharap kita akan mengambil teladan daripada cerita nenek moyang kita untuk menunjukkan kepimpinan yang lebih baik. Di sini saya ingin mengetengahkan dan mengambil peluang ini untuk merakamkan pengiktirafan terhadap satu inisiatif hebat anak muda Malaysia iaitu Parlimen Digital. Sidang Parlimen ini yang berlangsung dari 4 hingga 5 hari bulan Julai, melibatkan 222 orang anak muda Malaysia berumur antara 15 hingga 35 tahun. Dalam masa kita memberikan berbagai-bagai alasan untuk tidak bersidang, anak muda Malaysia telah menunjukkan jalan mempelopori sidang secara atas talian. Saya berasa amat bangga, kita sebenarnya sudah ada Parlimen Belia yang hebat dan kini kita ada Parlimen Digital. Di sini saya hendak mengetengahkan empat perkara berkaitan Parlimen Digital ini. Pertama, saya berharap kerajaan akan menghentikan segala kacau ganggu terhadap Ahli-ahli Parlimen Digital. Saya difahamkan dan ini ada dalam laporan berita media bahawa ada di kalangan Ahli-ahli Parlimen Digital kita telah didatangi dan dipanggil oleh pihak polis untuk disoal selidik. Saya tidak menyalahkan PDRM sebab ini memang menjadi tugas mereka. Akan tetapi masalahnya saya hendak menyeru agar pihak kerajaan jangan salah guna kuasa untuk menggertak dan juga menakut-nakutkan anak muda kita. Mereka pun tidak gentar, berani kerana benar. Kedua, saya berharap kerajaan pada masa kini akan dapat mewujudkan kerjasama yang lebih erat, termasuk daripada segi pengagihan sumber di antara Parlimen Belia dan juga Parlimen Digital. Kedua-dua mereka sebenarnya bukan pesaing. Mereka ialah anak muda Malaysia yang beraspirasi untuk menyumbang ke arah pembinaan bangsa dan negara. Justeru, saya melihat tidak ada masalah untuk kerajaan merapatkan lagi, mengeratkan lagi kerjasama dan usaha kedua-dua badan ini. Ketiga, saya menyeru agar kerajaan, terutamanya Kementerian Belia dan Sukan mengambil cadangan-cadangan dan idea-idea yang telah dibentangkan dan dibahaskan dalam Parlimen Digital untuk dipertimbangkan sebagai dasar kerajaan. Akhir sekali, tentang Parlimen Digital. Saya memohon agar Parlimen ini mengambil teladan daripada inisiatif anak muda kita dalam Parlimen Digital. Kita harus bersiap sedia menghadapi keadaan, di mana sidang fizikal tidak dapat dijalankan. Contohnya, di negara jiran di Singapura, mereka telah meminda undang- undang untuk membenarkan Parlimen bersidang di lokasi-lokasi selain dalam Dewan Parlimen. Ada juga Parlimen-parlimen negara lain di dunia yang membenarkan sidang secara atas talian. Urusan Parlimen, urusan rakyat. Justeru, tidak patut terhenti jika ada cara lain untuk bersidang. Kita tidak mahu mengulangi episod sidang Parlimen sekerat hari pada 18 Mei yang lalu. Saya sebenarnya tidak setuju apabila ada yang mendakwa bahawa Parlimen ini birokrasi, Parlimen ini red tape. Tidak, Parlimen ialah tempat masalah rakyat mendapat perhatian dan nasib rakyat mendapat pembelaan. Tuan Yang di-Pertua, masih lagi tentang belia. Baru-baru ini saya terbaca satu laporan oleh ahli ekonomi negara kita, Dr. Lee Hock Ann berkaitan pengangguran di kalangan belia Malaysia. Kadar pengangguran kebangsaan pada hari ini mencecah lima peratus iaitu kadar yang paling tinggi dalam 30 tahun. Akan tetapi lebih teruk lagi, kadar pengangguran belia mencecah sebanyak 12.9 peratus setakat bulan April 2020 ini. Ini merupakan yang tertinggi dalam 38 tahun iaitu sejak 1982, tahun kelahiran saya. Ini merupakan satu perkembangan yang amat membimbangkan. Antara golongan belia yang menghadapi cabaran terbesar ialah- di senarai keempat golongan belia ini dalam kajian Dr. Lee Hock Ann.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Satu, graduan yang baru habis ataupun baru tamat pengajian. Kedua, belia dari kawasan pedalaman. Ketiga, belia daripada komuniti India dan keempat, belia wanita. Bagi belia yang bekerja pula, mereka akan menghadapi masalah guna tenaga tidak penuh ataupun, dengan izin, underemployment. Mengikut maklumat Laporan Khazanah Research Institute 2018 contohnya, sejumlah 95 peratus anak muda ataupun pekerja muda, young workers orang Malaysia dalam pekerjaan tidak mahir adalah overeducated iaitu mereka mempunyai tahap pendidikan yang lebih tinggi daripada apa yang dituntut oleh pekerjaan mereka. Sejumlah 50 peratus pekerja muda dalam pekerjaan berkemahiran rendah adalah overeducated. Dalam kata lain, anak muda Malaysia ini tidak mendapat pekerjaan yang setimpal dengan taraf pendidikan mereka. Memandangkan di sini data untuk kadar guna tenaga tidak penuh sukar untuk didapati, saya ingin memohon jasa baik pihak Yang Berhormat Menteri untuk memberikan atau mengemukakan data kadar guna tenaga tidak penuh ataupun underemployment mengikut pecahan umur, jantina, kaum, negeri, sektor pekerjaan dan sebagainya. Terima kasih saya dahulukan. Berkaitan juga dengan isu ekonomi dan anak muda ini, izinkan saya mengemukakan empat cadangan berikut. Pertama, kerajaan perlu membuat peralihan yang lebih drastik ataupun lebih pantas dalam sistem pendidikan kita ke arah Revolusi Industri 4.0. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, we cannot and we must not train our young children for a world which does not exist. Pendekatan TVET tidak boleh terhad kepada pendidikan aliran teknik semata-mata. Malah, secara keseluruhannya sistem pendidikan kita harus mengambil pendekatan TVET. Mengapakah? Ini kerana Revolusi Industri 4.0 adalah berasaskan kemahiran, berteraskan kemahiran. Kedua, kerajaan perlu menambah baik skim subsidi upah supaya lebih tersasar dan lebih berkesan. Sehingga tahap ini, sudah empat bulan. Selepas empat bulan, saya percaya kerajaan sudah patut mempunyai data tentang tahap keseriusan kesan wabak COVID-19 ke atas sektor-sektor yang berbeza. Jika subsidi dan bantuan diberi, kalau kata dipukul sama rata, diberi sama rata, maka sektor yang paling terkesan itu mungkin tidak akan mendapat bantuan yang mencukupi. Saya sarankan agar subsidi diberi secara lebih tersasar, berperingkat mungkin bermula daripada sebanyak 10 hingga 40 peratus bagi industri yang kurang terkesan. Kita naikkan sehingga sebanyak 70 peratus subsidi upah ini kepada sektor yang paling terkesan. Ini adalah perlu untuk menyelamatkan pekerjaan bagi rakyat Malaysia. Selain untuk membantu pengusaha-pengusaha usahawan, terutamanya daripada kategori perusahaan kecil dan sederhana (PKS/SME). Ketiga, kerajaan perlu mengambil pendekatan counter cyclical yang lebih drastik. Pendekatan counter-cyclical ini juga dikenali oleh sesetengah ahli ekonomi sebagai prinsip Nabi Yusuf yang berjaya membawa Mesir mengharungi tempoh kemarau bukan setahun dua, malah tujuh tahun lamanya. Prinsip ini sebenarnya mudah. Kerajaan berjimat cermat semasa ekonomi lebih baik dan lebih stabil. Apabila berlaku kemurungan ekonomi, maka kerajaan perlu mempertingkatkan lagi perbelanjaan bagi merangsangkan ekonomi. Inilah masanya untuk kerajaan melaksanakan projek-projek pembangunan awam yang memberikan manfaat kepada rakyat seperti membina hospital, sekolah, jalan raya, kemudahan awam, kemudahan pengangkutan dan sebagainya. Akan tetapi apabila terdengar pembangkang kata ini masanya untuk membuat projek-projek besar, jangan pula Yang Berhormat Menteri, ingat ini blank cheque.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Projek besar kena buat, perbelanjaan kena buat tapi dengan satu syarat iaitu perlu tegas berpegang kepada prinsip urus tadbir ataupun good governance. Kita kena ada tender terbuka. Kita kena pastikan tiada kebocoran, tiada pembaziran, tiada rasuah. Sebab, jika kita berbelanja, berbelanja besar lagi dan ada berlaku ketirisan, maka bukan ekonomi rakyat yang diselamatkan tetapi ekonomi kroni yang akan dapat manfaat. Keempat...

Yang Berhormat Bukit Mertajam, boleh sedikit? Hang Tuah Jaya.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Ya, silakan Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.

Tuan Yang di-Pertua, boleh? Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Mertajam. Sebelum Yang Berhormat Bukit Mertajam pergi kepada poin yang lain, saya hendak

minta pandangan Yang Berhormat berkaitan dengan yang disebut tadi soal belia di bandar. Secara khususnya yang saya hendak tanya ialah soal belia miskin bandar dan juga belia miskin di desa yang kebetulan Menteri Pembangunan Luar Bandar pun ada di sini. Kita dengar beberapa hari dalam Dewan ini antara tumpuan kerajaan itu adalah untuk memperkasa kepada platform digital. Tentulah bila kita sebut soal belia sama ada di bandar ataupun di desa ini keutamaan kita untuk memberikan tumpuan kepada pendidikan. Yang Berhormat juga sebut soal TVET sebentar tadi. Jadi saya ingin tanya Yang Berhormat, selain daripada TVET, apakah Yang Berhormat setuju supaya kita memberikan tumpuan kepada aspek-aspek keusahawanan? Ini kerana kita tahu sekarang ini bila kita sebut keusahawanan, ia tidak lagi keusahawanan yang konvensional tetapi lebih kepada menggunakan platform digital, apatah lagi dalam pasca COVID ini. Kita lihat baru-baru ini ada cadangan daripada MDEC misalnya kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara yang berkait dengan pemerkasaan dalam platform digital ini tentunya dalam kerangka untuk membantu rakyat. Akan tetapi, kalau kita boleh perincikan...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Soalan, Yang Berhormat. Panjang sangat soalan.

Kalau boleh kita perincikan kepada persoalan bagaimana pandangan Yang Berhormat untuk memastikan agar aspek keusahawanan ini diberikan keutamaan terutamanya keusahawanan digital. Terima kasih.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Saya setuju dan saya harap apa yang diucapkan oleh Yang Berhormat Hang Tuah Jaya itu dimasukkan ke dalam ucapan supaya ia boleh dijawab Menteri. Akan tetapi, saya rasa pendidikan haruslah menyeluruh. Apa yang saya katakan tadi kita kena berteraskan TVET kerana industri 4.0 memang berteraskan kemahiran. Tadi sambung dekat mana? [Ketawa] Keempat, kerajaan perlu memberikan tumpuan penuh kepada penjanaan peluang pekerjaan sama ada secara tidak langsung melalui pemberian rangsangan kepada sektor swasta ataupun membuat pelaburan projek-projek awam ataupun kerajaan bertindak sendiri sebagai pencipta pekerjaan. Sebagai contohnya di negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mewujudkan pekerjaan sementara ataupun, dengan izin, temporary jobs enam bulan ataupun setahun semata-mata untuk menyerap pekerja-pekerja yang mungkin hilang pekerjaan mereka dalam tempoh ini. Contohnya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengumumkan pelantikan digital coaches, digital promoters seramai 1,000 orang untuk membantu warga setempat, warga emas, komuniti setempat untuk beralih kepada pendigitalan. Ini satu cara kill two birds with one stone. Masih lagi tentang ekonomi sedikit. Saya hendak sentuh tentang industri sukan. Satu buah industri yang saya rasa amat terjejas berikutan hampir empat bulan sektor sukan tidak dibenarkan untuk beroperasi secara besar-besaran akibat wabak COVID. Kesannya bukan setakat ke atas pelabur dan usahawan sukan tempatan malah terhadap pekerja dalam industri ini. Contohnya jurulatih, fitness instructor, juruterapi sukan, pengurus acara- event manager, dan sebagainya. Walaupun kini sudah dibuka sektor ini, namun norma-norma baharu tetap menjejaskan sektor ini. Justeru, saya ingin bagi tiga cadangan kepada kerajaan untuk membantu industri sukan. Satu, wujudkan geran kelangsungan industri sukan untuk memberi bantuan kepada usahawan sukan. Kedua, saya mohon untuk memperkenalkan skim pengecualian atau pengurangan cukai ke atas cukai korporat untuk syarikat-syarikat yang memberikan kemudahan sukan. Contohnya, keahlian gim kepada pekerja mereka, menganjurkan program sukan ataupun memberikan tajaan kepada sektor sukan. Saya tahu Menteri mungkin akan jawab kalau bagi tajaan, boleh menerusi Majlis Sukan Negara. Saya ucapkan terima kasih kepada warga Majlis Sukan Negara yang sekian lama ini bertanggungjawab menjaga hal ehwal sukan di negara kita. Akan tetapi,

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

saya rasa sudah tiba masanya Menteri di KBS boleh berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk mengadakan potongan secara langsung kepada cukai korporat dalam hal ini. Ketiga, saya minta untuk kerajaan menggalakkan agensi-agensi kerajaan menggunakan kemudahan sukan sektor swasta terutamanya yang dimiliki oleh pengusaha sukan tempatan seperti gelanggang badminton, gelanggang futsal, gim dan sebagainya supaya kita boleh membantu mereka bangkit semula daripada kesan wabak ini. Wabak COVID-19 memang amat dirasai dan kesannya amat mendalam kepada rakyat Malaysia. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pekerja barisan hadapan yang telah bekerja keras melindungi kita. Di sini saya hendak sebut tentang aplikasi MySejahtera. Sebelum itu, saya ingin memperkenalkan aplikasi Penang Contact Tracer (PgCare) yang dilancarkan oleh Kerajaan Pulau Pinang pada 15 Mei 2020. Aplikasi ini dibangunkan secara percuma kepada kerajaan negeri oleh syarikat Madison Tech, sebuah syarikat orang Malaysia. Saya hendak minta kerajaan memberikan kos dan juga kontraktor yang terlibat mengikut pecahan aplikasi MySejahtera, MyTrace dan juga Gerak Malaysia. Berbalik kepada MySejahtera. Saya ada tiga cadangan untuk penambahbaikan. Satu, keabsahan data yang diberikan. Sebab kalau kita menggunakan aplikasi PgCare, pengguna kali pertama akan diminta untuk mengisi OTP atau One-Time Password bagi memastikan nombor telefon yang diisi adalah betul. Ciri ini sebenarnya tidak ada dalam aplikasi atau dalam sistem MySejahtera, kalau kita tidak menggunakan apps MySejahtera tersebut. Macam saya tadi saya masuk ke Dewan ini, saya gunakan aplikasi pengimbas QR yang tersendiri dan saya perlu mengisi nombor telefon saya setiap kali. Kadangkala mungkin tersilap ataupun mungkin ada orang yang sengaja untuk tidak bagi nombor yang betul. Ini telah bercanggah dengan tujuan sistem contact tracing. Keduanya, kita perlu elakkan pengisian maklumat pengguna secara berulang kali. Tadi saya sudah kata, kalau saya guna pengimbas QR selain daripada MySejahtera, maka mungkin tersilap sebab setiap kali kena isi dan juga ini menyusahkan pengguna. Saya harap ini boleh diperbaiki. Ketiga, saya berharap kerajaan akan memperkenalkan atau membenarkan penggunaan SMS untuk merekodkan kemasukan ke premis-premis yang terlibat kerana bukan semua orang menggunakan telefon pintar dan bukan semua telefon pintar mampu untuk- mungkin sudah overload ataupun sebagainya dan sesetengah tempat mungkin capaian internet-nya pun tidak begitu baik. Jadi, ada hikmahnya kalau kerajaan juga membenarkan penggunaan SMS sebagai cara untuk login. Kesemua ciri ini sebenarnya sudah ada dalam PgCare sejak pelancaran lagi. Saya harap perkongsian pengalaman ini, kita boleh membantu untuk menambahbaikkan sistem aplikasi untuk kita melawan COVID-19 ini bersama-sama.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Mohon mencelah, Yang Berhormat Bukit Mertajam. Sikit sahaja.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Okey.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Saya hendak tanya pendapat Yang Berhormat Bukit Mertajam. Kalau kita lihat, kita banyak aplikasi contact tracing ini. Kita ada MySejahtera, di Penang ada PgCare, di Sarawak ada Qmunity, di Selangor ada Selangkah. Adakah Yang Berhormat berpendapat bahawa kita lebih baik seragamkan semua ini supaya database adalah di bawah kerajaan supaya lebih selamat rather than banyak third party database? Apakah pendapat Yang Berhormat?

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Saya setuju bahawa pangkalan data dan juga data-data perlu dikawal, diuruskan dengan lebih baik, dengan lebih terperinci. Bukan sahaja lebih senang untuk kita mencapai data-data tersebut apabila perlu tetapi juga untuk keselamatan data peribadi. Akhir sekali, saya dengar ada juga orang yang kata kita jangan berpolitik. Sebenarnya untuk saya...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Sila gulung ya, Yang Berhormat.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Ya, ini penggulungan. The answer to bad politics is not no politics. The answer to the bad politics is good politics, dengan

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

izin. Jadi saya berharap kita hentikan politik rasuah, kita hentikan politik khianat, kita hentikan politik perkauman. Contohnya, tadi saya terbaca satu laporan media bahawa Menteri Pendidikan menjawab kepada saya bahawa kerajaan tidak ada cadangan untuk mengubah keputusan pengenalan jawi dalam mata pelajaran buku teks Darjah Empat...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Ini penggulungan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Ahli Yang Berhormat, dah habis dah. Dah habis, Yang Berhormat. Sila duduk.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Ini penggulungan. Just 30 seconds, 30 saat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Sila duduk Yang Berhormat.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Jadi saya harap benda ini tidak patut langsung bangkit. Sebab, dulu bising tentang perkauman, Timbalan Menteri Pendidikan sendiri telah berkeras untuk menyeru kerajaan untuk menghapuskan...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Saya ada pembahas seterusnya.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Okey, maafkan saya Tuan Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat sudah bagi peluang untuk soalan.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Saya menjunjung kasih...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Titah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Silakan Yang Berhormat Kinabatangan.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengambil kesempatan untuk membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Rakyat pada suatu ketika, awal tahun 2020, kita digemparkan dengan keadaan politik negara kita yang nampak berlaku perubahan secara luar biasa iaitu belum pernah berlaku Tuan Yang di-Pertua. Sebuah kerajaan yang telah menang dalam pilihan raya tiba-tiba runtuh tidak sampai dua tahun, dalam 21 bulan. Bayangkan, saya pun tidak pernah menjangka perkara ini berlaku tetapi beginilah akibatnya apabila kerajaan itu dipilih oleh rakyat atas dasar mereka memberi janji-janji dan memberi kata-kata yang manis kepada rakyat tetapi mereka tidak dapat menunaikan janji itu. Maka rakyat bertindak meminta mereka dibubarkan.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Akhirnya, apakah yang berlaku?...

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kinabatangan, boleh tanya?

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Yang Berhormat Kinabatangan.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini baru mukadimah. Jangan dulu, duduk dulu.

Mukadimah ini menarik.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Minta penjelasan, minta penjelasan.

Mukadimah menarik.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Mukadimah saya ini lima minit. Belum- baru pukul berapa.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Kawan-kawan, kawan-kawan, jangan...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat, Yang Berhormat Kinabatangan bagi mereka mencelah kah atau tidak?

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Nanti saya bagi sebab sekarang belum lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Sekejap ya. Terima kasih.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya ini kalau tidak bagi tidak boleh Tuan Yang di-Pertua. Saya memang kaki bagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Saya faham, saya faham.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Cuma baru mukadimah, belum lagi. Jadi, akhirnya Kerajaan Pakatan Harapan dijatuhkan oleh Pakatan Harapan sendiri. Bagi saya, jawapan yang paling baik kita buat pilihan raya, bagi rakyat balik memilih kerajaan. Akan tetapi rupa-rupanya ketua negara kita, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memilih untuk membentuk satu buah kerajaan. Keputusan itu keputusan yang terbaik sebab bayangkan kalau Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong meminta untuk diadakan pilihan raya dalam keadaan COVID-19 menyerang di seluruh dunia, mula daripada China, di Eropah dan di Amerika tidak terkecuali negara kita, maka sudah tentu rakyat berada dalam keadaan kesengsaraan. Pilihan yang teramat mulia Yang di-Pertuan Agong memang betul dan memang tepat. Justeru itu Tuan Yang di-Pertua, terwujudlah sebuah kerajaan baharu. Walaupun bukan melalui pilihan raya tetapi kebanyakan ahli-ahlinya dipilih oleh rakyat dan Kerajaan Perikatan Nasional atau PN. Justeru itu, apakah yang perlu kerajaan sekarang buat? Kerajaan Perikatan Nasional harus dinampak dan harus melakukan sesuatu yang terbaik daripada kerajaan- kerajaan yang dulu. Bermakna Kerajaan Perikatan Nasional, Menteri-menteri dia, Timbalan-timbalan Menteri dia dan pemimpin-pemimpin seluruhnya harus ada komitmen yang tinggi terhadap kepentingan rakyat. Kepentingan rakyat diutamakan. Kalau ini dapat kita utamakan, saya yakin dan saya percaya, pilihan raya akan datang Perikatan Nasional akan terus mendominasi kemenangan demi kemenangan di atas hati rakyat.

Yang Berhormat Kinabatangan, boleh Yang Berhormat Kinabatangan?

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Masa 30 saat dari sekarang.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Yang Berhormat Kinabatangan.

Terima kasih.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Yang Berhormat Kinabatangan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kinabatangan sebut tadi soal pilihan raya tetapi Yang Berhormat Kinabatangan sedia maklum bahawa ketika Yang di-Pertuan Agong menjemput Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional terutamanya untuk hadir ke Istana Negara. Parti Yang Berhormat sebut soal kita hendak pilihan raya walaupun ketika itu negara sedang bergulat dengan masalah COVID-19 dan juga ekonomi. Adakah pilihan raya ini satu keutamaan kepada parti Yang Berhormat? Ini kerana kita tengok pimpinan parti Yang Berhormat menyatakan beberapa kali biar ada pilihan raya, biar ada pilihan raya walaupun negara sekarang ini dan rakyat sekarang ini sedang berhadapan dengan masalah ekonomi dan masalah COVID-19 tetapi parti Yang Berhormat tetap menyatakan bahawa mahu pilihan raya.

Okey, Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Yang Berhormat Kinabatangan, sikit Yang Berhormat Kinabatangan.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Sekejap, saya jawab dulu.

Okey, okey.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya rasa Yang Berhormat Hang Tuah Jaya tidak begitu bertuah ini hari sebab UMNO tidak pernah membuat pendirian, pihak yang bercakap itu sebahagian daripada pemimpin-pemimpin UMNO. Dalam sebuah parti yang tiga juta lebih ahli ini, terlalu sukar untuk kita mengawal pandangan yang pelbagai. Oleh sebab itu, kita UMNO sentiasa menghormati kepelbagaian pendapat. Saya tidak tahulah dalam PKR kalau ada begitu.

Jadi, Yang Berhormat tidak setuju pilihan raya snap polls, pilihan raya tergempar? Tidak setuju dengan pilihan raya sekarang kan? Yang Berhormat tidak setuju?

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Duduk dulu. Soal setuju atau tidak bukan soal saya sebab kita ada pemerintah dan ada ketua. Kalau ketua cakap kita pilihan raya, kalau gendang sudah dipalu, Kinabatangan akan terus maju ke hadapan...

[Dewan riuh]

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Sikit Yang Berhormat Kinabatangan, sikit. Kimanis.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Sila, sila.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Okey, terima kasih. Saya...

Yang Berhormat Kinabatangan, tadi patut saya.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Sekejaplah, Kimanis dulu, Kimanis dulu.

Lepas Yang Berhormat Kimanis. Okey, okey.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Saya agak tertarik dengan cadangan Yang Berhormat Kinabatangan bahawa kerajaan yang ada pada hari ini harus lebih baik daripada Kerajaan Pakatan Harapan yang lalu kerana mereka terbukti sebuah kerajaan yang zalim. Kenapakah saya katakan zalim Yang Berhormat Kinabatangan? Contoh di kawasan saya, sebuah projek Kolej Komuniti Kimanis telah diluluskan dan telah dibuat soft launching pun dibatalkan oleh PH, memang zalim Kerajaan PH ini. Apakah pandangan Yang Berhormat Kinabatangan?

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya...

Yang Berhormat Kinabatangan, bagi saya sekalilah. Boleh? Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Yang Berhormat Kinabatangan, saya dengar Yang Berhormat Kinabatangan tadi, saya boleh dikatakan setujulah. Mungkin zaman PH dulu banyak kelemahan. Saya tidak ada masalah, itu kita boleh terima tetapi apa yang saya hendak tanya pada Yang Berhormat Kinabatangan, kenapa dalam keadaan BN ataupun PN telah memenangi beberapa pilihan raya kecil, tidak boleh tunggu untuk sampai PRU15 untuk jatuhkan Kerajaan Pakatan Harapan? Kerana apa perlu ambil tengah- tengah jalan?

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat, faham...

[Dewan riuh]

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Pertama, Tuan Yang di-Pertua, saya sebetulnya keliru sebab kedua-kedua wakil rakyat ini bercakap tidak ada nama kawasan yang keluar. Jadi, saya pun tidak tahu, saya lupa ini. Ini Yang Berhormat Kimanis dan yang ini saya ingat, Yang Berhormat Sepang tetapi saya tidak tahu. Jadi, kalau boleh besok, lusa atau minggu depan bubuhlah nama masing-masing, senang. Yang Berhormat Kimanis...

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Setuju, setuju.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat Kimanis, memang saya setuju sebab itu apabila kerajaan ini zalim kepada rakyat, rakyat akan menagih janji-janji itu. Jadi...

Yang Berhormat Kinabatangan, sikit.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Sekejap dulu. Jadi, Allah ini Maha Berkuasa. Jangan ingat kita berkuasa. Oleh sebab itu saya ingin memperingatkan Kerajaan PN hari ini jangan ingat kita berkuasa sebab kuasa ini hanya titipan daripada Allah. Allah yang memberi kuasa dan Allah juga yang akan merampas kuasa. Yang Berhormat Sepang, jawapan saya jelas iaitu UMNO bukan ada kena mengena dengan menjatuhkan kerajaan ini. Pihak yang menghancurkan kerajaan ini pemimpin Yang Berhormat dari Langkawi. Apabila kerajaan sudah tidak ada, maka sudah tentu mesti ada kerajaan yang baharu. Betul kah tidak?

Tidak betul, tidak betul.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Daripada segi logik...

Tidak betul.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Daripada segi logik akal ialah...

Tidak betul, you are asking me ya? Adakah Yang Berhormat tanya saya ? Okey [Ketawa] Sebenarnya...

Yang Berhormat Kinabatangan, sikit.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Hanya 30 saat boleh.

Okey, terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Saya suka apa yang Yang Berhormat Kimanis bangkitkan tadi tentang projek yang telah buat soft launch tetapi terpaksa dibatalkan. Saya juga hendak tanya adakah Yang Berhormat juga akan setuju kerana Hospital Padang Besar ini Kerajaan Barisan Nasional sudah umum sejak Rancangan Malaysia Kesembilan tetapi sampai sekarang upacara pecah tanah sudah tiga atau empat kali sudah, setiap kali pilihan raya buat pecah tanah tetapi tidak dilaksanakan sehingga sekarang. Apakah pendapat Yang Berhormat? Adakah itu juga satu sikap tidak bertanggungjawab?

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kalau ini projek untuk kepentingan rakyat, saya mahu kerajaan yang pada hari ini bina hospital itu dengan segera.

Terima kasih Yang Berhormat.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Sama-sama.

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tuan Yang di-Pertua, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga ada kebimbangan dan juga memberi perhatian terhadap dengan beberapa perkara iaitu keseimbangan pembangunan wilayah yang seimbang. Sudah tentu memang tidak seimbang. Pembangunan di semenanjung tidak sama dengan di Sabah dan tidak sama dengan di Sarawak. Baginda secara fokus menyentuh soal hospital, klinik kesihatan, klinik desa, jalan-jalan kampung, bekalan api elektrik, bekalan air bersih dan sebagainya perumahan rakyat. Jadi, saya meminta kerajaan yang pada hari ini, contoh yang jelas di kawasan saya di Kinabatangan, terdapat sepanjang Jalan Tongod-Pinanga terdapat paip air yang besar tetapi air tidak sampai ke kampung-kampung. Terdapat kabel elektrik di seluruh jalan yang besar tetapi elektrik tidak mengalir ke kampung-kampung. Jadi, Yang Berhormat Menteri ini ada di sini, sahabat saya, saya rasa tolong ambil perhatian. Saya akan lebih fokus tentang pembangunan ini dalam membahaskan dalam bajet tambahan nanti. Sebab saya...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Ahli-ahli Yang Berhormat, waktu sekarang menunjukkan jam 1 tengah hari.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Mesyuarat akan berhenti rehat dan akan disambung semula jam 2.30 petang.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya berdoa mudah- mudahan Tuan Yang di-Pertua sihat, tambah saya 20 minit balik.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Kinabatangan akan sambung bahas dengan baki tinggal sembilan minit dan 50 saat. Terima kasih.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua

Perbahasan diteruskan.

Yang Berhormat Padang Serai, kuorum cukup tidak?

Tuan Yang di-Pertua

Saya ingin menjemput Yang Berhormat Kinabatangan.

Puan Rusnah binti AluaiPKR · PHTangga Batu

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua, minta izin.

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

Puan Rusnah binti AluaiPKR · PHTangga Batu

Saya hendak bangkitkan di sini iaitu saya lihat dalam perbahasan-perbahasan kita empat hari ini, saya rasa terdapat beberapa, maknanya penggunaan bahasa Inggeris yang tidak dikawal di dalam Dewan ini. Jadi kadang-kadang ada bercakap itu dengan tidak izin. Kita faham boleh cakap tapi dengan izin. Jadi Tuan Yang di-Pertua boleh ingatkan tentang penggunaan bahasa Malaysia dalam Dewan ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Terima kasih. Ya, saya ingin mengingatkan semua termasuk diri saya sendiri untuk meminta izin dahulu sebelum menggunakan bahasa Inggeris.

Baiklah Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Kalau boleh, kita gunakan Bahasa Malaysia. Saya jemput Yang Berhormat...

Steady Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kinabatangan untuk meneruskan ucapan.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadenUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Sembilan minit 50 saat.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadenUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, Seri Paduka Baginda juga memperingatkan kerajaan agar melihat kepentingan-kepentingan rakyat iaitu seperti mempertingkatkan pembangunan di kampung-kampung, jalan raya luar bandar, api elektrik luar bandar, air bersih luar bandar juga capaian internet di mana capaian internet ini telah menjadi beberapa masalah dan isu bukan saja di bandar bah, di luar bandar bahkan di bandar dan baru- baru ini di Kota Marudu terdapat seorang pelajar sehingga memanjat pokok kayu untuk mendapat capaian internet. Di kawasan saya pun begitu Tuan Yang di-Pertua, guru-guru kena naik bukit untuk mencari line internet. Jadi kementerian yang bertanggungjawab berhubung dengan capaian internet ini harus melihat perkara ini secara lebih saksama sebab kita sudah menuju abad 21. Kita masih lagi ketinggalan berbanding dengan negara-negara yang kita telah lalui. Kalau di Thailand, di Philippines, kita tidak lagi, mereka sudah mencapai sampai tujuh GB, kita empat pun susah. Kadang-kadang di kampung tinggal dua, line tinggal satu. Akan tetapi kita peruntukan banyak telah dibuat. Jadi ini perlu dilihat secara saksama untuk memastikan pembangunan wilayah yang seimbang dapat dilaksanakan. Demikian juga dengan ekonomi yang melanda negara kita. Selepas PH memerintah, jatuh kemudian COVID-19 datang dan dalam tiga bulan ini Tuan Yang di- Pertua, memang negara kita tidak terkecuali daripada dilanda musibah, dilanda masalah. Banyak kerosakan, banyak hilang pekerjaan, banyak hilang pendapatan dan ada juga yang hilang arah tuju. Banyak yang papa kedana, peniaga, usahawan, pemborong kedai runcit, perhotelan, koperasi, usahawan kecil dan sederhana, sektor pelancong, peniaga-

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadenUMNO · BNKinabatangan

peniaga di gerai kaki lima dan sebagainya. Pokoknya hampir semua yang telah tidak terkecuali daripada dilanda musibah. Petani, penternak, nelayan, pekebun, penoreh getah dan lain-lain. Jadi, apa yang kerajaan boleh lakukan untuk memastikan bahawa mereka ini terbela untuk untung nasib mereka sebab tiga bulan bayangkan, sewa kedai kena dibayar, pekerja kena dibayar dan banyak yang telah gulung tikar. Di Sabah, dianggarkan 104 buah hotel dan sektor-sektor pelancongan juga akan tutup. Jadi bagaimana cara kerajaan untuk menangani isu yang seumpama ini. Tuan Yang di-Pertua, isu di Sabah yang perlu dilihat iaitu bagaimana kerajaan pada hari ini untuk menentukan iaitu hala tuju pembersihan PPI ataupun pendatang tanpa izin di Sabah. Ada dicadangkan dulu pemberian BSH, selepas itu IMM13 yang diiktiraf. Saya ingin mengesyorkan di Dewan yang mulia ini supaya Jawatankuasa tertinggi daripada kerajaan dan juga kerajaan negeri untuk membincang sebab isu PTI ini harus diselesaikan dengan apa cara sekalipun. Walaupun kita faham bahawa Kerajaan Philippines juga seharusnya bertanggungjawab, kita meminta mereka untuk mewujudkan duta di kedutaan Kota Kinabalu, tetapi Kerajaan Philippines sampai hari ini masih enggan untuk mewujudkan kedutaan ataupun konsulat di Sabah. Ini yang menjadi masalah yang kita hadapi dan berpuluh-puluh tahunlah isu PTI ini tidak akan selesai. Isu selanjut Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan kepada agar membuat satu Blue Ocean Strategy ataupun strategi gelombang biru untuk menyelesaikan berbagai-bagai perkara iaitu termasuk membanci penduduk, membanci kemiskinan, membanci pembangunan dan membanci keperluan-keperluan lain di semua Parlimen, di semua daerah sebab selama ini kerajaan tidak mempunyai data maklumat atau data bank untuk melihat pembangunan apa yang diperlukan di Kinabatangan contohnya. Apa yang ada, apa yang tidak ada, berapa hospital dia mahu, berapa sekolah dia mahu. Jadi, ini yang penting supaya Kerajaan Perikatan Nasional ini harus dilihat rakyat lebih baik daripada kerajaan-kerajaan yang terdahulu. Jadi kementerian di EPU kah, ICU kah harus melaksanakan amanah yang dibuat Blue Ocean Strategy satu kali turun ke kampung, ke bandar, ke desa, buat bancian secara serentak dan kita tahu berapa sebenarnya kependudukan Malaysia ini, berapa PTI, berapa pembangunan diperlukan dan sebagainya. Justeru itu, pembangunan akan direncanakan mengikut data-data maklumat tersebut. Saya juga meminta Kementerian Pelajaran, saya ingin bertanya sebab Sekolah Menengah Kebangsaan Sukau ini sebetulnya, sudah 20 tahun. Sekolah menengah sudah 20 tahun, banyak perancangan sewaktu Barisan Nasional, macam-macam. Akan tetapi sampai hari ini masih dipanggil sekolah menengah daif.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadenUMNO · BNKinabatangan

Saya minta Yang Berhormat Menteri tolong beri perhatian dengan pembangunan Sekolah Menengah Sukau dengan Sekolah Menengah Kampung Paris. Di Kinabatangan ini untuk makluman Yang Berhormat Menteri, masih banyak sekolah- sekolah daif dan saya secara rasmi menjemput Yang Berhormat Menteri ke Kinabatangan lah untuk kita sama-sama meninjau perkembangan-perkembangan pendidikan oleh sebab pendidikan ini penting. Kita tidak seharusnya melihat pendidikan ini secara lebih sempit, akan tetapi kita lihat secara terbuka. Kita harus, walaupun mungkin kerajaan berhadapan dengan kekangan kewangan, akan tetapi mungkin kita boleh rencanakan. Orang kata sedikit- sedikit pun kita mula, mungkin kita langkah pertama ini lebih baik kita bermula daripada keadaan yang tidak ada, oleh sebab pendidikan adalah investment ataupun pelaburan jangka panjang. Ia akan boleh melepaskan masyarakat daripada belenggu kemiskinan. Saya tidak juga meminta kerajaan bertindak tanpa membuat perancangan, sebab apa pun yang kita rakyat inginkan iaitu outcome dan bagaimana cara kita menangani isu-isu demi isu-isu? Kalau kita boleh rencana dengan baik, kita duduk, kita bincang, kita selaraskan, saya rasa perkara ini bukanlah terlalu sukar untuk kita laksanakan. Ini penting untuk kita membawa unjuran masyarakat pada masa akan datang. Kita harus melihat secara lebih holistik, secara lebih rasional iaitu ke arah mana kerajaan ini hala tujukan kekuatan kita. Kita bukan hanya berpolitik semata-mata, akan tetapi kita ingin membangunkan negara kita, ingin membangunkan rakyat dan ingin

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadenUMNO · BNKinabatangan

membangunkan masyarakat. Kalau ini dapat kita lunaskan hala tuju kita dengan sebaik mungkin...

Yang Berhormat Kinabatangan.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Rasa saya, kita akan..

Boleh?

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Siapakah itu?

Belakang ini.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan, Tuan Yang di-Pertua. Bercakap soal keseimbangan pendidikan ini di kawasan luar bandar dengan bandar, kita dapat rungutan daripada ibu bapa terutamanya sekolah-sekolah kawasan luar bandar tentang kekurangan guru-guru di luar bandar. Kita faham guru ditempatkan oleh pihak kementerian di luar bandar. Akan tetapi kitalah tempat dia orang berjumpa dengan wakil rakyat dengan Ahli Parlimen untuk minta pindah kerajaan kawasan yang berdekatan dengan rumah di kawasan bandar. Akhirnya kawasan luar bandar ini akan mengalami masalah kekurangan guru. Contoh kalau di Kelantan, di kawasan Gua Musang, sebahagian di Kuala Krai dan kawasan Jeli terdapat dengan nyata dan jelasnya kekurangan guru-guru di kawasan luar bandar. Ini akan menyebabkan anak-anak kita di kawasan luar bandar tidak akan mendapat pendidikan yang sempurna kerana kekurangan guru-guru. Apakah pandangan Yang Berhormat Kinabatangan?

Tambah sedikit, tambah sedikit, yang sebelah. Saya ingin bercakap dengan Yang Berhormat Kinabatangan, bila mana sekolah empat bulan ditutup, infrastruktur di sekolah dengan tandas yang rosak, dalam keadaan kemudahan air, elektrik dan sebagainya. Baharu-baharu ini kita tahu Yang Berhormat Menteri pun ada melawat di Jeli, seorang guru mati terjatuh dari bangunan sekolah oleh sebab membaiki bekalan air ataupun paip yang ada. Jadi kita tidak mahu guru yang sepatutnya mengajar, sibuk untuk membaiki tandas dan sebagainya oleh sebab tidak kecukupan daripada segi kemudahan oleh sebab peruntukan dan sebagainya. Apakah pandangan Yang Berhormat Kinabatangan?

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kebetulan Yang Berhormat Machang dan Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Menteri dia ada sini jadi saya jadikan dia sebagai sebahagian daripada hujah saya dan Yang Berhormat Menteri boleh jawab kan. Tuan Yang di-Pertua sebagai penggulungan, saya juga meminta kerajaan agar fokus dalam beberapa bidang iaitu pertanian dan keusahawanan, oleh sebab ini penting. Negara kita ini- kalau di Eropah kita melihat bagaimana peladang-peladang di luar negara, mereka di Korea, di Taiwan, mereka begitu berjaya- successful, dalam industri pertanian. Akan tetapi di negara kita ini, kita tidak ada hala tuju dalam pertanian. Usahawan pun begitu. Jadi saya meminta kerajaan, kalau boleh kedua-dua kementerian ini buat kajian secara terperinci, buat orang kata blueprint ke arah bagaimana negara kita menganjak industri pertanian dan industri usahawan ini ke-satu tahap yang boleh membawa anjakan paradigma kepada anak-anak muda khususnya lulusan graduate di luar sana yang tidak bekerja untuk menceburi bidang-bidang tertentu dalam pertanian dan keusahawanan. Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong usul yang telah dibawa oleh rakan saya Yang Berhormat Pontian dalam membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Saya ingin umumkan barisan pembahas-pembahas yang berikutnya. Selepas ini saya ingin menjemput Yang Berhormat Sepang, 20 minit kemudiannya Yang Berhormat Pasir Puteh juga 20 minit, disusuli pula dengan Yang Berhormat dari Sungai Petani. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Sepang.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mulakan saya ingin beritahu bahawa saya tidak memberi ruang untuk mencelah kecuali dua orang sahaja, yang sebelah sana saya beri Yang Berhormat Kinabatangan sebab tadi dia beri saya, dengan di sini mungkin saya benarkan Yang Berhormat Shah Alam sahaja.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan ya.

Okey, yang lain minta maaf ya sebab 20 minit.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan ya.

Okey, Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memulakan perbahasan saya pada petang ini dengan membaca dua hadis. Pertamanya hadis yang berbunyi... [Membaca sepotong Hadis] Setiap agama ini ada satu, dengan izin, character trade, ada satu akhlak dan akhlak Islam rasa malu. Dalam hadis 40 yang hadis Riwayat Bukhari, hadis ini dalam Imam Nawawi... [Membaca sepotong Hadis] Kalau sekiranya kita tidak tahu malu, kita buatlah apa yang kita suka. Jadi saya mulakan berdasarkan dua hadis ini. Saya telah membaca dan telah meneliti ucapan Titah Yang Mulia Tuanku dan saya bersetuju bahawa kita seharusnya tanpa mengira blok, memang berterima kasih kepada kita punya frontliners, dengan izin, barisan hadapan. Di sini saya ingin mencadangkan Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh kita mungkin sudah sampai masanya kita mungkin mengabadikan pengorbanan mereka ini dengan satu pengabdian yang mungkin kekal. Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan, boleh memikirkan sama ada kita hendak meletakkan satu tarikh hari khas. Kalau kita ada Hari Wanita, Hari Ibu, Hari Bapa, kita mungkin akan adakan satu Hari Frontliners. Saya ingin mencadangkan. Ataupun kita meletakkan satu, apa-apalah sama ada dataran ke atau apa ke yang kita namakan Dataran Frontliners kah, untuk kita menghargai pengorbanan mereka. Oleh sebab isu COVID-19 ini mungkin tidak pernah berlaku selama ini, jadi kita selalu melihat bagaimana mereka mengorbankan nyawa dan juga segala-galanyalah untuk keselamatan kita semua. Jadi, saya ingin meminta kerajaan memandang serius dalam cadangan ini. Itu yang pertama. Keduanya, saya ingin menyentuh juga tentang Titah Diraja mengenai pembentukan kerajaan. Saya ingin tegaskan di sini bahawa pada dasarnya kami ini tidak ada masalah untuk dijatuhkan. Sebenarnya, kita pun sudah biasa menjadi pembangkang sebelum ini. Cumanya ada beza, dahulu masa kami jadi pembangkang, kita biasa berhadapan dengan pilihan raya dan kita biasa kalah dengan Kerajaan Barisan Nasional. Kita juga mengadakan protes dan kita memfailkan petisyen pilihan raya dan sebagainya. Akan tetapi pada akhirnya kita menerima bahawa kerajaan itu adalah kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Walaupun kita mungkin ada tidak setuju dengan- akan tetapi kita menerima. Akan tetapi untuk kali ini, saya terpaksa minta maaf kepada rakan-rakan kerajaan di sebelah sana, kerajaan pintu belakang ataupun kerajaan tebuk atap.

Hei! Mana ada pintu belakanglah, pintu istana.

Tidak apalah, itu you punya jenama, saya punya jenama kerajaan pintu belakang ataupun kerajaan tebuk atap. Kita berbeza pendapatlah, tak ada masalah. Oleh sebab kerajaan tebuk atap ini bukan saya bagi nama, itu Yang Berhormat Maran yang bagi nama. Kerajaan pintu belakang ini saya pernah dengar daripada Yang Berhormat Rembau, pernah menyatakan pintu belakang. Bukan saya yang cakap.

Yang Berhormat Shah Alam bangun itu. Pakat, pakat lah itu.

Kejap, sabar dahulu. Saya bagi kepada Yang Berhormat Shah Alam. Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam [Ketawa]

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dia mana-mana kerajaan pun, dia kena pergi ke istana. Yang masuk pintu belakang, kena pergi istana, yang tebuk atap kena pergi istana, yang masuk pintu depan pun kena pergi istana. Hakikat pergi istana tidak menafikan bahawa Kerajaan Perikatan Nasional kerajaan pintu belakang... [Tepuk] Yang dibentuk, bukan kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri letak jawatan.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Perdana Menteri letak jawatan ini perkara biasa. Tun Mahathir pernah letak jawatan dulu serah kepada Tun Dato' Seri Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi. Tun Dato' Seri Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi letak jawatan serah kepada Dato’ Sri Mohd Najib. Perkara biasa, tidak jatuhnya kerajaan bila Perdana Menteri...

Patut letak jawatan serah kepada Yang Berhormat Shah Alam patut.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Ya. Tidak jatuhnya kerajaan bila Perdana Menteri letak jawatan. Jatuhnya kerajaan bila ada yang lompat... [Tepuk] Ada yang khianat menjadikan hilangnya majoriti...

PAN tak lompat kah? PAS dengan PAN tidak lompat kah?

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Maka terpaksalah...

Tuan Che Alias bin HamidPAS · PNKemaman

Yang Berhormat Shah Alam pun melompat.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Terpaksalah...

Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Sepang melompat semua.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Kerajaan baharu ditubuhkan. Apa pandangan Yang Berhormat?

Yang Berhormat Sepang.

Yang Berhormat Sepang lompat jauh.

Saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh sahabat saya.

Kerajaan PH tumbang bukan kerana pengkhianat.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Arau.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak izinkan.

Setuju sebab kroni, sebab kroni setujulah.

[Rakaman kurang jelas] Kerana Parti Bersatu keluar daripada...

Saya telah menyatakan... [Rakaman kurang jelas] oleh Yang Berhormat Shah Alam...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Arau, pohon duduk.

Soal pintu belakang, pintu depan tidak timbul.

...Saya ingin menyatakan bahawa kerajaan yang ada sekarang kerajaan tebuk atap yang sebenarnya bagi saya...

No, bukan kerajaan tebuk atap. Kamu yang tebuk lubang kamu sendiri.

...Tidak mendapat mandat rakyat.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Arau boleh duduk. Terima kasih.

Dalam bahasa yang lebih tepat lagilah kerajaan pengkhianat.

Bukan kerajaan yang ingin ditebuk tetapi ia bocor sendiri.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Arau, terima kasih.

Seterusnya, saya ingin menyatakan bahawa kita kena berlaku adil kepada Yang Berhormat Langkawi. Saya tahu di sebelah sana mengatakan bahawa sebab segala ini letak jawatan tetapi Yang Berhormat Shah Alam telah menerangkan tetapi saya hendak tambah sedikit. Sebenarnya apa yang dilakukan oleh Yang Berhormat Langkawi itu kalau kita melihat dari sudut demokrasi yang maju, ia satu tindakan yang bermaruah sebab dia merasakan bahawa dia tidak lagi mendapat majoriti. Dia terpaksa letak jawatan. Itu bagi saya tindakan yang bermaruah. Hanya orang yang bermaruah yang boleh faham, kalau tidak bermaruah tidak faham... [Tepuk]

Popular interim.

Jadi saya merasakan bahawa kita sebenarnya berlaku jujurlah. Saya merasa kesal apabila Yang Berhormat Langkawi berucap- we may disagree with him, minta izin, minta maaf. Kita boleh tidak bersetuju dengan beliau tetapi kita tidak boleh menolak hakikat beliau negarawan yang patut dihormati. Jadi saya...

Yang Berhormat Sepang boleh mohon mencelah?

Tidak, saya hanya benarkan Yang Berhormat Kinabatangan sahaja.

Ini Jelebu Yang Berhormat Sepang.

Yang Berhormat Jelebu tidak ada standard, minta maaf turun...

[Dewan ketawa]

Saya benarkan Yang Berhormat Kinabatangan sahaja duduk. Duduk, duduk. Saya tak benarkan.

Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Terima kasih Yang Berhormat Sepang atas kesombongan yang melampau.

Jangan sombonglah Yang Berhormat Sepang. Yang Berhormat Sepang ini tidak habis-habis lagi.

Tidak apalah. Boleh cakap apa- apalah.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jelebu.

Saya benarkan Yang Berhormat Kinabatangan sahaja. Kalau hendak, tanya melalui Yang Berhormat Kinabatangan.

Fasal itu Yang Berhormat Sepang standard fasal itu... [Rakaman kurang jelas]

Tuan Yang di-Pertua

Tolong duduk Yang Berhormat.

Kita juga mendengar ucapan pintu istana, jadi saya hendak tambah sikit lagi. Semalam saya dengar Yang Berhormat Pontian kata kita juga mendapat mandat rakyat. Sebenarnya Yang Berhormat Pontian saya hendak beritahu, memang you all dapat mandat rakyat tapi mandat rakyat sebagai pembangkang, bukan sebagai kerajaan. Kena sedar dirilah.

Rakyat kawasan saya memilih kita untuk menjadi kerajaan. Itu mandat yang diberi oleh rakyat kawasan saya.

Akan tetapi kalah, tidak dapat. Hendak buat macam mana.

Sekarang sudah apabila tukar jadi kerajaan.

Okey tidak apa. Tuan Yang di- Pertua, saya tidak izinkan.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pontian.

Mana ada rakyat mengundi...

Jangan layanlah, dia sudah meroyan.

Ada rakyat mengundi untuk jadi pembangkang?

Cakap orang. Kalau... [Rakaman kurang jelas] Tidak boleh bagi. Bagilah laluan, dengarlah. Kalau cakap seorang-seorang bolehlah.

Tuan Yang di-Pertua

Pohon duduk.

No, saya bukan takut dengan debat ini. Saya paling suka berdebat tetapi masa 20 minit ini.

Tambah kali 20 minit.

Yang Berhormat Jelebu kalau kita hendak berdebat, saya cadangkan minta kita berdebat berdua di dalam RTM. Sila minta, boleh?

Boleh, saya boleh sahaja. Berdebat di sini dulu.

Sini tidak kira 20 minit. Allah, tidak fahamlah.

Bagilah saya. RTM itu kemudian, bagi saya dulu. Bagilah, saya minta sekejap saja.

Duduklah.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jelebu.

Kalau Yang Berhormat Sepang minta dekat Jelebu, saya bagi bila-bila masa. Sekarang bagilah saya dulu.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jelebu pohon duduk.

Saya tidak akan kacau kalau you minta. Kita teruskan dengan...

Sini pun tidak boleh, macam mana nak... [Rakaman kurang jelas] Malam ini pun boleh, tidak ada masalah.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin mengatakan bahawa- saya juga merasakan bahawa– semalam dikatakan bahawa kerajaan bertindak kata Yang Berhormat daripada Tanjong Karang bahawa kerajaan ini begitu cemerlang dalam menangani isu COVID-19. Saya ingin menyatakan bahawa kita harus jujur sebenarnya bukan kerajaan, Ketua Pengarah Kesihatan dan teamnya yang telah berjaya meletakkan Malaysia ini dihormati kerana menangani isu COVID-19. Kalau kita tengok perangai Menteri-menteri daripada segi isu COVID-19 ini, minta maaflah kita rasa malu sangat. Kita jadi laughing stock, dengan izin.

Dunia pun sudah iktiraf kita terbaik. Tidak baca kah?

Itu dunia iktiraf kerana ada Ketua Pengarah Kesihatan. Kalau ada Menteri Kesihatan fasal air suam, siapakah hendak hormat? Doraemon siapa hendak hormat? Come on lah, this one is a fact lah. Jangan hendak...

Yang Berhormat Sepang pernah menganggap dirinya Tuhan. Kalau saya jadi Tuhan, saya tidak jadikan kamu.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat duduk.

Tuan Yang di-Pertua, saya minta supaya padamkan jangan benarkan Yang Berhormat Arau bercakap. Semalam dia sudah mengarut, hari ini tidak payah mengarut lagi sudah.

Semalam saya bercakap Yang Berhormat ganggu saya. Siapa yang... [Rakaman kurang jelas]

Ini pembohong ini. Saya tidak langsung ganggu, I don’t even ask people.

Perkataan ‘pembohong’ unparliamentary. Tarik balik.

Nampak? Tidak, saya hendak katakan tuduhan kamu tidak betul tetapi itu bohonglah. Jadi, saya hendak teruskan.

Yang Berhormat bangun.

Tidak apalah Yang Berhormat Arau. Tidak payah kacau.

Yang Berhormat pernah menafikan Yang Berhormat pernah mengaku menjadi Tuhan.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak mengatakan bahawa cara kita menangani isu COVID-19 ini kadang-kadang kita melihat rakyat ini tidak puas hati.

Yang Berhormat Sepang, saya minta sekali lagi, Yang Berhormat Sepang.

Sebagai contoh Tuan Yang di- Pertua, Timbalan Menteri Kesihatan beliau berkata kita hendaklah social distancing dan sebagainya dengan izin. Akan tetapi beliau juga yang terlibat sampai didakwa di mahkamah. Jadi macam mana seorang Timbalan Menteri Kesihatan bercakap tentang supaya...

Yang Berhormat Sepang, bagi dekat Yang Berhormat Jelebu, bagi dekat Machang. Yang Berhormat Sepang.

...Kita menjaga penjarakan sosial tetapi dia didakwa di mahkamah.

Yang Berhormat Sepang, tidak bagi dekat Yang Berhormat Jelebu tetapi bagi dekat Machang.

Sepatutnya dia letak jawatan kerana dia tidak menunjukkan contoh-contoh yang baik.

Kalau Yang Berhormat Sepang wakil rakyat ada class, bagilah pencelahan.

Tuan Yang di-Pertua

Tolong duduk. Tolong duduk.

Peraturan mesyuarat.

Tuan Yang di-Pertua

Ya Yang Berhormat Baling.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak usul...

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan apa itu?

Peraturan 36(2) iaitu bila dia gelar Yang Berhormat Menteri kami Doraemon. Ini satu perkara yang tidak baik. Dia kata tidak boleh perform macam Doraemon.

Tidak apa tidak payah layanlah.

Jadi ini satu kesalahan. Saya minta Yang Berhormat Sepang tarik balik sebab kita tidak hendak sudah. Sebab saya sebutkan ini...

Tuan Yang di-Pertua

36?

Tuan Yang di- Pertua, saya bacakan.

Yang Berhormat Sepang tarik balik.

Tuan Che Alias bin HamidPAS · PNKemaman

Tarik balik. Tarik balik.

“36(4) menjadi kesalahan bagi Ahli-ahli Dewan yang menggunakan bahasa kurang sopan (biadab) atau membuat penyataan yang seksis...’’ Ini kurang sopan. Saya hendak ingat balik kepada Tuan Yang di-Pertua arah saya tarik hari pertama, walau saya tidak salah, saya hormat, saya tarik. Saya minta Yang Berhormat Sepang tarik balik. Disebut tidak bagus.

Tuan Yang di-Pertua, ini habiskan masa saya sahaja.

Tarik balik, tarik balik.

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

Tuan Yang di-Pertua, both of us kita ini lawyer kita tahu..

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sepang, boleh kah kita setujui...

Tidak setuju.

Tuan Yang di-Pertua

...Bahawa kita jangan guna perkataan-perkataan yang... [Rakaman kurang jelas]

Tuan Yang di-Pertua, saya hanya katakan Doraemon ini berdasarkan apa yang dinyatakan.

Tarik balik, tarik balik.

Kena tarik balik.

Tuan Yang di-Pertua, both of us...

Tuan Yang di-Pertua

Saya rasa perkataan Doraemon dan sebagainya...

Tuan Yang di-Pertua...

[Dewan riuh]

Dia sendiri ini Tuan Yang di- Pertua, dia sendiri macam Nobita tahu. Macam Nobita.

Tuan Yang di-Pertua

Tolong duduk. Tolong duduk. Yang Berhormat Machang tolong duduk.

Macam Nobita, macam giant tahu. Dia sendiri itu...

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Sila duduk. Saya sedang membuat keputusan.

Itulah Nobita dari Sepang tahu.

Tuan Yang di-Pertua

Saya sedang membuat keputusan. Saya rasa fasal Doraemon itu...

Tuan Yang di-Pertua, saya menghormati tetapi saya kata Tuan Yang di-Pertua saya bukan tuduh. Saya hendak nyatakan apa yang dinyatakan benda ini menjadi...

Tuan Yang di-Pertua

Tarik, tolong tarik balik.

Tarik sahajalah. Apa punya penggunaan ayatlah.

Tuan Che Alias bin HamidPAS · PNKemaman

Tarik balik.

Tuan Yang di-Pertua

Tolong tarik balik.

Mana ada standard macam ini.

Tuan Yang di-Pertua, kenapa...

Tuan Yang di-Pertua

Ini kerana itu menentu karakter.

Low-class lah.

Tuan Yang di-Pertua, saya bukan tuduh, saya kata apa yang dinyatakan dalam media.

Yang Berhormat Sepang ini selalu menghina orang tahu dalam Dewan. Ini perangai tidak habis-habis sombong, angkuh, bongkak tahu. Ubahlah perangai Yang Berhormat Sepang sudahlah.

Tuan Yang di-Pertua

Saya sudah buat ruling. Yang Berhormat Sepang, tolong tarik balik, tolong tarik balik.

Tuan Yang di-Pertua, saya boleh tarik balik tetapi...

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

...Bahawa apa yang dinyatakan itu semua orang sudah baca.

Tuan Yang di-Pertua

Tidak apa. Tarik balik.

Tarik sajalah Yang Berhormat Sepang.

Tuan Yang di-Pertua, saya minta jangan kacau lagi.

Kalau sopan kita tidak kacau.

Low-class lah apa baranglah.

Tuan Yang di-Pertua

Sudah tarik balik. Sudah ditarik balik.

Sebenarnya mereka takut apabila saya bercakap.

Tuan Yang di-Pertua

Tolong duduk.

Apa hendak takut...

[Dewan riuh]

Kalau standard Yang Berhormat Sepang jauh lagilah dengan kasut.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Tuan Yang di-Pertua...

[Dewan riuh]

[Pembesar suara dimatikan]

Tuan Yang di-Pertua

Tolong duduk. Tolong duduk. Yang Berhormat Sepang sila sambung enam minit 43 saat sahaja lagi. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, saya kena nyatakan bahawa beberapa perkara yang dalam dari segi kes-kes yang melibatkan kes-kes tertentu rakyat melihat ada wujudnya diskriminasi. Sebagai contohnya Tuan Yang di-Pertua, kita melihat bagaimana ada rakyat yang dituduh mencuri petai dan dikenakan hukuman 15 bulan. Akan tetapi dalam masa yang sama kita juga melihat ada seorang ahli politik yang dituduh dengan 46 pertuduhan jenayah telah dibebaskan terus. Not even DNA, Tuan Yang di-Pertua.

Point of order Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak beritahu semalam Tuan Yang di-Pertua sudah buat ruling. Kes-kes dalam mahkamah jangan sebut. Yang Berhormat Sepang itu pun tidak tahu Tuan Yang di- Pertua, kata lawyer. Apa baranglah.

Ini kes sudah habislah.

Apa punya barang ini Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Faham-faham. Sila duduk. Saya buat ruling. Dua perkara itu setelah selesai di mahkamah, saya rasa tidak ada rayuan, maka tidak sub judice.

Ini apabila ada Tuan Yang di- Pertua pandai, senang.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, silakan.

Semalam tak sokong. Semalam tak sokong.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua yang dulu...

Hari itu kata Tuan Yang di-Pertua tak standard, hari ini puji pula.

Betul, betul, betul.

Tuan Yang di-Pertua

Maaf.

Tuan Yang di-Pertua sekarang pandai, yang dulu tak pandai. Bagus, bagus, bagus.

Tuan Yang di-Pertua, tak...

Bekas Timbalan Menteri... [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Yang di-Pertua

Okey, tolong duduk. Lima minit 20 saat sahaja lagi [Ketawa]

Sekejap, sekejap.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, silakan.

Jadi, ini bermakna Tuan Yang di- Pertua sekarang lebih bagus daripada yang dulu tetapi kenapa Yang Berhormat menentang pelantikan Tuan Yang di-Pertua ini?

Hari ini sokong Tuan Yang di-Pertua, semalam... [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Yang di-Pertua

Maaf, maaf. Yang Berhormat Sepang, silakan.

Saya harap lepas ini jangan kacau lagilah. Come on lah, jangan takutlah. Kalau nak gabung, kita pergi RTM nanti ya, kita buat debate...

Kita tak kacau...

Jangan kacau sayalah...

Bagi tahu Yang Berhormat Sepang, RTM bila? No problem, mafi mushkila.

Saya baik ini. Saya tengah baik ini, jangan kacau.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat pun saya rasa jangan provoke.

Okey, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya nak mengatakan bahawa apabila berlakunya diskriminasi seseorang Tuan Yang di-Pertua, rakyat merasakan bahawa apabila berlakunya perubahan kerajaan ini, seolah-olah macam segala pendakwaan yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Harapan dahulu mungkin lepas ini satu persatu akan dibebaskan. Ini...

Tuan Yang di-Pertua

Saya rasa itu tidak berlandaskan fakta. Itu spekulasi.

Itu yang saya rasa rakyat mungkin merasakan. Saya tak cakap ini, saya cakap rakyat merasakan. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya nak bertanya kepada pihak Yang Berhormat Menteri yang bertanggungjawab, kenapakah dalam kes yang melibatkan bekas pemimpin dari Sabah ataupun pemimpin dari Sabah itu, kenapakah dilepaskan terus? Not even DNA. Sepatutnya, kalau kita rasa nak lepaskan pun, kita hanya lepaskan discharge not amounting to an acquittal ataupun dibebaskan tanpa dilepaskan. Jadi, kita kalau ada...

Banglo dengan terowong macam mana Yang Berhormat Sepang?

Kalau ada sekiranya...

Banglo dengan terowong?

Kalau sekiranya ada evidence baharu nanti mungkin...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Machang tolong...

Ini double standard ini.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Machang, sila duduk.

Tuan Yang di-Pertua, saya tak benarkan. Tolong duduk. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya merasakan juga dalam kes yang melibatkan...

Yang Berhormat, bagaimanakah kes terowong dan juga banglo?

Tuan Yang di-Pertua, minta Yang Berhormat Arau jangan kacau, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya juga ingin menyatakan bahawa– Saya ingin mengatakan– Saya ingin quote apa yang dikatakan oleh seorang ulama...

Yang Berhormat Shah Alam, saya boleh minta laluan Yang Berhormat Shah Alam? Oh, Yang Berhormat Sepang. Sorry.

Dia mengatakan... [Memetik ucapan ulama dalam bahasa Arab] “Allah SWT boleh mendirikan sebuah kerajaan yang adil walaupun diperintah oleh orang bukan Islam”... [Memetik ucapan ulama dalam bahasa Arab] “Dan Allah tidak mendirikan sebuah kerajaan yang zalim walaupun diperintah oleh orang Islam”. Jadi, zalim tak zalim ataupun adil tak adil ini tak semestinya berdasarkan agama. Ini sebab kerajaan yang mungkin diperintah oleh orang bukan Islam pun boleh mendatangkan keadilan dan sebuah kerajaan diperintah oleh orang Islam pun boleh melahirkan ketidakadilan seperti mana kerajaan sekarang. Saya ingin menyatakan bahawa Tuan Yang di-Pertua, apabila kita lihat diskriminasi antara rakyat, contohnya ada seorang ibu tunggal tak dapat bayar RM1,000, langgar PKP sampai dipenjarakan lapan hari sedangkan ada seorang anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, dikenakan RM800 sahaja. Jadi, ini orang kata diskriminasi. Oleh sebab itu, ada sebuah hadis mengatakan, hadis ini riwayat Bukhari. Dia kata apa... [Membaca sepotong hadis] ...

Anak bekas Menteri Pertahanan macam mana?

Biarlah saya terjemah dahulu. Kamu bukan faham pun.

Tolong bagi jawapan sikit sahaja.

“Allah...”

Hai! Lebai sangatlah dia itu, orang lain semua tak faham.

“...Sesungguhnya...”

Hafal tiga ayat itu sahaja, itu sahaja diulang.

“Sesungguhnya mereka yang binasa sebelum kamu ialah kerana apa, kerana adanya diskriminasi...”

Yang Berhormat, minta penjelasan.

“Apabila seseorang yang...”

Yang Berhormat Sepang, minta penjelasan.

“...Kaya ataupun seseorang yang ada pangkat melakukan jenayah, mereka itu dibiarkan. Akan tetapi apabila orang yang...”

Ya, seperti yang berlaku pada kes terowong dan juga banglo...

“...Lemah dan biasa, dikenakan hukuman khas”.

Ditarik balik, tak dihukum langsung.

Jadi, saya mengatakan bahawa diskriminasi ini kerajaan mesti ambil berat. Seterusnya yang terakhir, oleh sebab masa nak habis, saya nak mengatakan bahawa saya minta supaya kerajaan mengambil satu inisiatif menyelesaikan masalah rakyat berkaitan tentang bil TNB yang agak tinggi. Saya telah mengambil inisiatif berjumpa dengan TNB dan saya minta mereka memberikan penjelasan dan saya telah siarkan penjelasan mereka dalam Facebook saya. Akan tetapi saya merasakan rakyat masih lagi bertanyakan kenapakah isu bil ini masih lagi tinggi. Jadi, saya harap rakyat diberikan peluang untuk ditolonglah. Di sini

saya ingin quote apa dilakukan oleh Kerajaan Singapura. Kerajaan Singapura untuk makluman Dewan, telah pun memperuntukkan satu bajet yang agak besar untuk rakyat, di mana dalam ketika musim COVID-19 ini– Saya membaca apa yang dinyatakan dalam surat khabar. Mereka telah set aside, dengan izin, SGD72 bilion yang hampir kepada 80 peratus daripada dia punya peruntukan sebanyak SGD93 bilion untuk COVID-19. Antaranya untuk menolong para pekerja terus kekal dalam pekerjaan dan juga menyokong perniagaan dan kakitangan mereka. Jadi, dalam sekarang pada zaman ini kata Tuan Yang di-Pertua, mereka ada satu istilah dipanggil ‘COVID generation’ ataupun ‘lockdown generation’. Jadi, kita harap kerajaan dapat memperuntukkan satu jumlah yang besar untuk menolong para pekerja yang mungkin kehilangan pekerjaan. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Pasir Puteh untuk memberikan perbahasan beliau. Dipersilakan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Pertamanya, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua Dewan dan terima kasih kepada semua pembahas untuk membahas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Dalam kesempatan ini, suka saya ingin menarik perhatian bahawa kenyataan ataupun titah dari Seri Paduka Baginda yang meletakkan isu penyatuan kaum ataupun perpaduan mesti diwujudkan dalam negara kita ini adalah satu titah yang sangat tepat. Dalam kesempatan ini, saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada beberapa pihak yang sanggup mengorbankan banyak kepentingan di dalam parti masing-masing sehingga terbentuknya Perikatan Nasional yang menjadi kerajaan pada hari ini.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

Saya merasakan penyatuan yang berlaku dalam negara kita ini mampu menjadi model kepada dunia. Hari ini kita melihat ramai rakan kepimpinan daripada dunia Arab menyambut baik penyatuan yang dibina di dalam negara kita ini. Saya penuh rasa yakin bahawa penyatuan yang dibina ini, ia mengorbankan perasaan banyak pihak di dalam parti-parti politik yang ada. Di sini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih, khusus kepada rakan-rakan di dalam UMNO, di mana mereka berkorban banyak. Mereka sanggup menggadaikan banyak kepentingan untuk memastikan gagasan yang sebegini mulia, sebegini mustahak dalam pembangunan negara ini berlaku. Hari ini saya rasa negara kita ini mencapai kesatu tahap yang sangat baik. Apabila kita membentuk sebuah kerajaan melalui perpaduan...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Puteh ingin memberi laluan atau tidak?

Boleh, sekejap.

Tuan Yang di-Pertua

Okey, silakan.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Puteh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya nak minta pandangan Yang Berhormat Pasir Puteh terhadap apa yang disebut oleh Yang Berhormat Sepang tadi, di mana dikatakan bahawa kerajaan yang Islam yang dipimpin oleh orang Islam sekalipun yang menjadi sebagai asas perpaduan Perikatan Nasional yang dikatakan Muafakat Nasional Melayu Islam itu, walaupun dipimpin oleh orang Islam tetapi boleh jadi zalim. Kerajaan yang walaupun dipimpin oleh orang yang bukan Islam tetapi dia boleh adil. Ini nombor satu. Nombor dua, yang mana yang Yang Berhormat Pasir Mas begitu bangga dengan kerajaan yang dibentuk melalui Perikatan– Yang Berhormat Pasir Puteh begitu bangga dengan kerajaan yang dibentuk, tidakkah Yang Berhormat Pasir Puteh fikirkan, bagaimana kerajaan ini yang telah terbentuk, yang mempunyai majoriti yang begitu tipis, menjejas masa depan dan pembangunan negara dan ia dilakukan melalui pengkhianatan yang tidak mengambil berat kepentingan negara. Bila jumlah majoriti yang sebegitu, manalah pelabur yang nak datang?

Ya, ya.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Mereka sangsi...

Saya sudah faham.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya minta dua komen itu, dua persoalan itu.

Boleh duduk.

Boleh minta sikit lanjutan, 30 saat.

Terima kasih kepada rakan saya dari Shah Alam.

Tuan Yang di-Pertua

Teruskan.

Boleh minta sikit?

Saya kira Yang Berhormat Shah Alam orang yang lebih tua daripada saya.

Saya rasa Yang Berhormat Shah Alam ini perlu dia kena buka mindanya yang lebih ke hadapan. Begitu juga dengan Yang Berhormat Sepang. Perlunya rakan saya kena faham bahawa penubuhan kerajaan yang ditubuhkan ini kerajaan yang sah walaupun kita memperoleh simple majority. Akan tetapi, saya hendak ingat kepada Yang Berhormat Shah Alam. Kalau kita hendak mengejar two-third majority, kita bubarkan Parlimen, kita bertanding dan tentunya Yang Berhormat Shah Alam berada di Shah Alam, bukan berada di dalam Dewan yang mulia ini.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Silakan. Jangan cakap saja. Saya sudah dengar berkali-kali. Bubarlah.

Ya, Yang Berhormat Shah Alam boleh tunggu. Yang Berhormat Shah Alam boleh tunggu.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Bahawa kuasa ada dalam tangan tuan-tuan.

Yang Berhormat Shah Alam, saya minta duduk. Ini floor saya. Saya jawab dulu.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Kuasa ada di dalam tangan tuan- tuan. Bubarlah! Saya menunggu. Saya menunggu.

Saya bagi secara profesional kepada Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Bubarlah.

Tidak apa, Yang Berhormat Shah Alam, tunggu.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Shah Alam, terima kasih.

Yang Berhormat Shah Alam, tunggu dan Yang Berhormat Shah Alam, ingat yang saya sebut. Insya- Allah...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Tak payah cakap. Buat saja.

Dalam sedikit masa lagi Yang Berhormat Shah Alam akan tahu di mana tempat duduk Yang Berhormat Shah Alam... [Berucap dalam bahasa Arab]

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat ini ingat Yang Berhormat siapa? Ahli nujum kah? Ahli nujum kah? Yang Berhormat boleh nampak kah masa depan?

“Orang yang banyak berlaku zalim sebelum daripada ini, dia akan tahu di mana tempat jatuh dia.” Dia akan tahu.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Bubar dan kita tengok siapa yang berani... [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Shah Alam, pohon duduk. Terima kasih. Dipersilakan Yang Berhormat.

Tuan Yang di- Pertua, penyatuan yang dibina dalam negara kita, sekali lagi saya rakamkan jutaan penghargaan kepada rakan-rakan yang masing-masing apabila kita berbincang, kita tidak tamak untuk mencari kepentingan parti masing-masing, alhamdulillah. Ini menjadi model dan akhirnya kita bersatu. Saya hendak...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

GLC itu macam mana, Yang Berhormat Pasir Puteh? GLC.

Kalau kita lihat apa yang berlaku dalam dunia- ini kita kena ambil pengajaran. Negara Arab sebagai contoh...

Yang Berhormat Shah Alam sudah lari sudah. Yang Berhormat Shah Alam sudah lari.

Kita duduk dalam dunia yang begitu luas...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Tidak lari. Jalan saja. GLC macam mana? GLC.

Kita lihat negara- negara Arab ini, buminya besar. Arab Saudi, Mesir, Libya. Satu buah negara ini macam sebuah benua tetapi ia duduk dalam kelompok yang berbagai-bagai...

Yang Berhormat Shah Alam sentaplah itu.

Ia tidak boleh berhadapan dengan Israel yang sangat kecil, sebab negara Arab ini dia bertelingkah, dia berpecah di antara satu sama lain. Saya merakamkan penghargaan yang tinggi kepada rakan-rakan yang kita ambil pengajaran ini dan kita bentuk penyatuan yang sangat hebat dalam negara kita yang saya kira kita akan mampu memacu ekonomi kita yang lebih baik dan kita akan meletakkan posisi Malaysia ini salah satu daripada negara yang hebat di muka dunia selepas daripada ini. Insya-Allah, kita akan pastikan negara kita ini tidak akan berlaku konflik perkauman, konflik keagamaan ini tidak akan berlaku di dalam negara kita. Alhamdulillah, hari ini, kita sedang berjalan ke arah itu. Tuan Yang di-Pertua, isu yang kedua yang saya hendak sebut sebagaimana yang dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenaan dengan rangsangan ekonomi yang kita letak sebuah pakej dan begitu juga pakej PRIHATIN yang diperkenalkan. Pakej ini sedikit sebanyak ia membantu negara kita ini bangkit pada aspek ekonomi dan ternyata kita mendapat pujian daripada negara-negara lain dan dianggap Malaysia ini sebuah negara antara yang terbaik dalam dunia menangani COVID-19. Kita berhadapan dengan sejumlah 826.1 ribu- masyarakat kita yang hilang pekerjaan berbanding dengan penduduk yang bekerja sebanyak 14.89 juta orang. Namun, angka ini saya mengharapkan kepada pihak kementerian-kementerian secara keseluruhannya supaya fikir macam mana rakyat dalam negara kita, mereka akan memperoleh sumber pendapatan dan mereka ada peluang untuk mencari pekerjaan. Bukan sahaja pekerjaan-pekerjaan yang dicadangkan secara direct melalui kerajaan, namun, kerajaan mampu mencetuskan peluang pekerjaan hasil daripada pakej rangsangan ekonomi dan juga pakej PRIHATIN yang ada dalam negara kita. Suka saya ingin menyinggung sedikit berkenaan dengan peluang-peluang yang ada dalam negara kita seperti badan-badan zakat di dalam negara kita. Zakat ada di peringkat Wilayah Persekutuan dan ada di peringkat negeri-negeri. Saya mengucapkan syabas kepada kakitangan yang menguruskan zakat ini dengan baik. Namun begitu, ia perlu penambahbaikan. Apabila zakat diagihkan, saya minta kepada pihak yang bertanggungjawab supaya memikirkan satu teknikal agar zakat ini menjadi pemangkin kepada ekonomi keluarga-keluarga yang menerima zakat. Dalam erti kata yang lain, saya tidak menafikan ada individu yang perlu diterima secara cash. Orang tua, OKU, okey. Akan tetapi, sekiranya badan-badan zakat ini

diselaraskan melalui menteri agama, sebagai contoh, wujudkan sebuah agensi khusus seperti TEKUN, seperti PUNB yang ia buat pelan yang baik untuk mencari sasaran penerima-penerima zakat dalam kalangan asnaf ini untuk kita janakannya. Kita kursuskan dia, kita bagikan sumbangan modal. Kemudian, kita jaga dan kita pandu dia supaya kalau kita boleh melangkaui- sebagai contoh, dalam masa satu tahun kita boleh menyelesaikan masalah 1,000, buah keluarga, sebagai contoh, tentunya kalau lima tahun, ia boleh 5,000, buah keluarga yang mampu keluar daripada kepompong kemiskinan ini. Jadi, apa yang ada sekarang ini, ya, ada dibuat tetapi ia sangat tidak menjurus ke arah kita pandu dia. Kita buat kursus kepada dia, kita cari sasaran. Bukan kita menunggu sasaran ini yang meminta. Kita cari siapa yang boleh kita trainkan dia supaya dia boleh menjadi ahli perniagaan, dia boleh menggunakan hasil daripada zakat ini untuk dia pandu kehidupan. Saya rasa- sebagai contoh LPP. LPP hari ini, alhamdulillah, membentuk satu trend perniagaan melalui pertanian. Fertigasi yang kerajaan bagikan geran, kalau dipandu dengan baik dan kalau sebahagian daripada geran ini disupport oleh jabatan- jabatan zakat yang diselaraskan ke peringkat negeri-negeri, tentunya saya kira ramai dalam kalangan masyarakat di negara kita ini dia boleh keluar daripada kepompong kemiskinan dan dia boleh bentuk foundation ekonomi ini dalam keluarga dia dan, insya- Allah, benda ini ia akan berterusan. Cuma, saya hendak fokuskan kalau boleh dibentuk sebuah agensi secara tersusun melalui jabatan zakat ini. Agensi secara tersusun bagi memastikan agihan ini bertepatan dan digunakan dengan sebaik yang mungkin.

Datuk Dr. Hasan bin BahromAMANAH · PHTampin

Tampin boleh mencelah sedikit? Tampin, Tampin, Tampin. Sini, sini.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

Okey, okey. Boleh, silakan. Sekejap, sekejap ya.

Datuk Dr. Hasan bin BahromAMANAH · PHTampin

Oleh sebab nama tidak ada, kita kena angkat tanganlah [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Dipersilakan.

Datuk Dr. Hasan bin BahromAMANAH · PHTampin

Okey, terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih kepada- Yang Berhormat Pasir Mas ya? Yang Berhormat Pasir Puteh kah Yang Berhormat Pasir Mas?

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Puteh.

Datuk Dr. Hasan bin BahromAMANAH · PHTampin

Yang Berhormat Pasir Puteh kerana memberi ruang untuk saya mencelah sedikit. Apakah pandangan daripada Yang Berhormat Pasir Puteh tentang mencadangkan kepada kerajaan supaya menubuhkan satu perbadanan zakat negara untuk menyatukan himpunan kutipan zakat-zakat di negeri ini? Walaupun urusan agama urusan negeri, termasuk juga zakat, tetapi apa Yang Berhormat Pasir Puteh bersetuju kalau kerajaan menubuhkan satu perbadanan zakat negara untuk menyatukan, sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pasir Puteh tadi, daripada segi pengurusan, dari segi agihan dan daripada segi program- program yang hendak dilaksanakan?

Okey, okey, saya dah faham.

Datuk Dr. Hasan bin BahromAMANAH · PHTampin

Daripada segi program-program yang hendak dilaksanakan.

Okey, saya dah faham. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tampin. Alangkah baiknya kalau Yang Berhormat Sepang bercakap macam ini. Yang Berhormat Shah Alam bercakap macam ini. Maknanya ada wawasan, ada cara, ada perbincangan kita standard dalam Parlimen. Terima kasih sekali lagi Yang Berhormat Tampin. Dalam isu menyatukan badan-badan zakat di peringkat negeri ini, saya rasa ada kerumitan untuk kita buat. Saya rasa matlamat untuk kita capai tidak semestinya kita

menyatukan badan-badan zakat kerana kita tahu majlis agama ataupun pejabat zakat di peringkat negeri ini berada di bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan di negeri-negeri masing-masing. Akan tetapi untuk kita mencapai kan objektif sebagaimana yang saya sebut tadi, perlu kita ambil mana-mana jalan yang boleh memberi kejayaan kepada kita. Sekali lagi terima kasih. Ketiga, yang ingin saya sebut iaitu pakej ataupun ekonomi yang disebut oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenaan dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang meletakkan agihan ekonomi secara saksama. Saya ingin membuat cadangan kepada pihak kerajaan supaya agihan ekonomi secara saksama ini dilihat secara yang lebih meluas kerana kedudukan negeri-negeri di dalam negara kita sebelum daripada ini sangat mendukacitakan. Kita ada negeri yang dahulunya diperintah oleh UMNO Barisan Nasional dan negeri-negeri yang diperintah oleh PAS dan ada negeri yang diperintah oleh parti-parti di Sabah dan Sarawak macam-macam dan permainan politik ini menyebabkan agihan ekonomi ini berlaku dengan tidak adil. Alhamdulillah hari ini kita dah selesai dan alhamdulillah kita boleh hidup berganding bahu di antara satu sama lain. Maka pengagihan ekonomi secara saksama ini perlu dilihat secara lebih teratur dan lebih baik. Antara yang saya hendak fokuskan ialah jurang perbezaan di antara negeri- negeri, Pantai Barat dengan Pantai Timur. Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Di Semenanjung Malaysia ini, negeri Kelantan sebagai contoh hampir boleh saya sebut dianaktirikan sekian lama. Maka perpaduan di dalam kerajaan yang telah dibentuk, saya sangat optimis dan sangat yakin bahawa isu ini tidak berbangkit lagi. Cuma saya ingin sebut perlu diberi perhatian yang sewajarnya kepada negeri Kelantan. Sebagai contoh, saya ambil di bawah Kementerian Pelancongan sebagai contoh. Kita di dalam negara kita, pelancongan ini kita fokus kepada pantai yang cantik. Banyaknya begitu sahaja. Ke manakah nak melancong? Pulau Perhentian, Pulau Redang. Kita pergi kepada pulau, kita pergi kepada kecantikan ini. Kita tidak fokus sebagaimana negara-negara lain. Antaranya kesan-kesan sejarah. Adab budaya yang ada dalam masyarakat yang berbagai-bagai yang diminati oleh negara-negara Eropah dan negara-negara di sebelah Timur Tengah, sebelah Middle East. Kekayaan ini perlu dibangkitkan. Negeri Kelantan sebagai contoh ada dengan dikir barat, ada dengan wayang kulit, ada dengan menora, ada dengan macam-macam yang tidak ada di negeri lain bahkan tidak ada di mana-mana dunia. Mengapakah kita tidak jadikan sumber yang kuat ini untuk menjadi sumber kepada pelancongan? Pelancongan sebagaimana yang kita maklum, ia memberikan input yang sangat baik kepada kekuatan ekonomi negara. Mesir berdiri dengan pelancongan. Jordan berdiri dengan pelancongan dan banyak lagi negara-negara lain seperti Kemboja, Vietnam, ia mula berdiri melalui ekosistem pelancongan itu sendiri.

Boleh sedikit?

Jadi saya minta supaya tempat-tempat yang bersejarah sebagai contoh kalau di Kelantan, sepanjang perairan sungai di negeri Kelantan ini ada sejarah-sejarah yang sudah terpendam. Bagaimana zaman dahulu penghantaran ufti peperangan yang berlaku dengan Jepun dan macam-macam sejarah yang berlaku. Akan tetapi kalau kita pergi hari ini tidak ada inisiatif yang diambil oleh Kementerian Pelancongan dan saya kira kalau diambil ini, walaupun kita menelan kos katakanlah kita angap besar. Akan tetapi saya yakin dalam tempoh lima tahun, kos ini kita boleh bayar cash.

Okey, Yang Berhormat Pasir Puteh, sebelum tamat. Konsep yang disebut oleh Yang Berhormat Pasir Puteh tadi saksama. Apa kata kalau kita menggunakan konsep adil. Kalau Kelantan kurang pembangunan, kita bagi lebih ke Kelantan. Kalau wilayah sudah membangun, kita bagi kurang kepada wilayah. Kalau Sabah dan Sarawak belum membangun, kita bagi lebih ke Sabah dan Sarawak. Kalau Pulau Pinang sudah lebih pembangunan, kita bagi kurang peruntukan ke Pulau Pinang. Apakah pandangan Yang Berhormat Pasir Puteh?

Ya, itu boleh masuk sebahagian daripada ucapan saya dan itu yang saya nak fokus, bukan bermakna kata tak bagi tetapi perlu diberi perhatian supaya keadilan agihan ini kita dapat agihkan dengan seadil yang mungkin. Saya ingin rumuskan bahawa kalau kita betul-betul, Parlimen ini kita boleh bincang dengan rasional dengan baik.

Saya nak nasihatkan kepada semua rakan supaya jangan kita mempertahankan parti masing-masing secara membabi buta. PH, semua yang dia buat dulu betul belaka. Dia anggap begitu. Terimalah pandangan-pandangan yang baik, yang dikritik dan insya-Allah orang yang mengkritik pun dia kena ada budi bahasa dia, dia kena ada tatacara sendiri. Jangan semata-mata kita tunjuk satu sikap yang tidak profesional menyebabkan saya nak tekankan kita yang akan rugi. Perkelahian kalau berlaku antara kaum, antara agama, bertembung di antara parti-parti yang ada ini, siapakah yang untung? Jawapannya yang untung musuh-musuh kita. Kita akan rugi. Jadi sebab itu kita kena lebih terbuka dan kita kena bergerak untuk maju ke hadapan. Semua. Walaupun pembangkang dan ucapan saya waktu saya berada di pembangkang, saya minta menawarkan diri mana-mana tempat yang pihak kerajaan nak bantuan daripada kami, kita bersedia untuk menyumbang kepada kerajaan kerana bila kita sumbang kepada kerajaan, kita akan mendapat keuntungan dan nama negara kita akan harum di muka dunia ini. Sekian, terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan mudah-mudahan insya- Allah kita boleh berbincang dengan baik. Wassalamualaikum warahmatullah.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Puteh. Saya mempersilakan Yang Berhormat Sungai Petani. Silakan.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana memberikan peluang kepada saya untuk berucap petang ini. Sebelum itu, inginlah saya mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Speaker, mantan Speaker Tan Sri Arif yang telah menjalankan tugas yang amat baik selama 20 bulan dan kepada Tuan Yang di-Pertua yang baru, selamat datang. Harap-harap kita dapat berada dalam keadaan seperti yang Yang Berhormat Pasir Puteh kata tadi tenang dan tidak berperang sentiasa. Kedua, saya juga mengucapkan terima kasih dan syabas kepada semua frontliners, tentera, polis, doktor, nurses, semua kakitangan awam yang telah pun memberikan masa dan tenaga mereka untuk bersama-sama membantu rakyat bagi menyelesaikan masalah COVID-19. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak mulakan dengan melihat masa depan negara kita. Seperti yang ramai kawan selalu sebut bahawa pelajaran ialah satu investment yang cukup penting dan saya amat setuju bahawa sekiranya kita invest dalam pendidikan, insya-Allah kita akan melihat vertical mobility seperti yang sentiasa disebut oleh Yang Berhormat Pontian dan teman-teman lain. Bagaimana ramai di kalangan kita di sini yang datang daripada keluarga miskin tetapi dengan peluang yang ada untuk kita mendapat pendidikan, akhirnya kita berada di sini ataupun kawan-kawan kita yang lebih berjaya daripada kita yang ada di luar. Oleh sebab pendidikan lah kita naik ataupun keluar daripada kepompong kemiskinan.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Namun pun begitu Tuan Yang di-Pertua, saya amat bimbang apabila melihat walaupun kita berjaya mengeluarkan ramai graduan, malah bermula dengan setiap tahun kita mengeluarkan ataupun lepasan SPM sahaja hampir 500 ribu orang setiap tahun dan graduan-graduan universiti sahaja hampir 100 ribu orang graduan setiap tahun, dan data menunjukkan bahawa pengangguran makin hari makin banyak. Dilaporkan kita mungkin mencapai jumlah satu juta dalam masa tiga bulan ke-empat bulan ini kalau sekiranya COVID-19 tidak terhenti. Jadi isu yang saya hendak bangkitkan sekarang ini adalah bagaimana dalam sistem pendidikan yang kita ada ini, adakah kita telah bersedia untuk memberikan segala bentuk ilmu kepada anak-anak muda kita, walaupun apa yang terjadi mereka mesti survive. Jadi jangan terlalu berharap kepada sesiapa juga sama ada kerajaan ataupun syarikat untuk employ them tetapi harus ada kekuatan untuk memberikan ilmu kepada anak-anak kita dalam keadaan apa pun juga, you must survive. Maksudnya di sini bukan sahaja mereka mesti tidak menjadi employee tetapi harus di-create-kan suasana untuk mereka mencipta menjadi employer. Ini saya rasa yang berjaya di negeri-negeri lain termasuklah di Korea, Taiwan, Jepun dan juga sekarang ini di China. Apabila pelajar-pelajar kita didedahkan dengan pengetahuan dan

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

ilmu untuk menjadi employer ataupun menjadi innovator ataupun keberanian untuk keluar daripada kepompong makan gaji, saya yakin walaupun dalam keadaan apa pun jua mereka akan survive. Namun pun begitu elemen disiplin penting. Oleh sebab itu saya semenjak tahun 2008 dalam Dewan ini saya sentiasa mengatakan bahawa national service ala tentera mesti diperkenalkan. Saya yakin setelah melihat beberapa buah negara contohnya jangan jauhlah, Singapura, Taiwan, Korea dan sekarang ini China dalam masa 40 tahun sahaja China boleh keluar daripada kemiskinan. Kerana apa? Ini kerana disiplin. Oleh sebab itu kita tengok bekas-bekas tentera kita. Oleh sebab selepas sahaja ia tamat berkhidmat dalam tentera, dia balik kampung. Akan tetapi gaya dan cara dia membawa diri dia, cara dia bertindak dan berfikir, disiplin itu amat penting. Akhirnya apa berlaku? Akhirnya bukan sahaja dia dan keluarganya berjaya tetapi dia juga boleh membawa negara dia. Oleh sebab itu saya ingin mengusulkan kepada kerajaan walaupun dahulu saya sudah berkali-kali cakap tetapi kerajaan kata tidak sesuai, tidak sesuai tetapi sekarang ada kerajaan baharu. Kalau ingin melihat generasi kita yang akan datang lebih disiplin, lebih berani, lebih tegas dan lebih mempunyai inovatif, kenalkanlah National Service. Ini supaya apabila mereka ini sebelum masuk universiti, kita hantar ke kem-kem untuk setahun contohnya.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Apabila dia keluar dari kem terdapat dua perkara yang penting. Pertama, dia akan menjadi seorang tentera yang boleh memegang senjata. Dia tidak payah lagi hendak mencari masalah-masalah untuk recruitment dan sebagainya sebab automatically mereka yang keluar dari kem setelah setahun, akan menjadi good soldiers. Kedua, mulai sekarang...

Pohon penjelasan.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Kita dapat melatih rakyat kita, the young generation untuk for the future yang mempunyai disiplin dan kekuatan bukan sahaja dalaman tetapi juga kekuatan luaran. Masa 30 seconds cukup.

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Saya mendengar ucapan Yang Berhormat Sungai Petani seolah-olah kita ini ingin untuk membina dan membangunkan generasi. Akan tetapi ada soalnya ada ketikanya ucapan-ucapan yang juga keluar mengatakan bahawa rakyat tempatan malas. Anak-anak muda kita malas. Jadi, semacam ada satu yang bercanggah di antara kedua-dua ucapan itu. Pohon penjelasan.

Berkaitan National Service. Kenapakah PLKN hari itu Pakatan Harapan tiadakan? Saya kira PLKN itu ada komponen National Service Yang Berhormat sebut. Apakah kata kita teruskan PLKN? Apakah pandangan Yang Berhormat?

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Ya, saya tidak ada masalah dengan national- sebelum itu saya dengan ini. Percanggahan maksudnya Melayu miskin, Melayu malas. Seperti yang dikatakan oleh Ketua Pembangkang terbukti bahawa ada tulisan- tulisan yang mengatakan bahawa tidak betul. Oleh sebab yang disebut Melayu malas ataupun masyarakat Melayu malas itu penjajah. Akan tetapi saya anak orang kampung yang bapa saya penoreh getah. Bapa saya bangun sebelum subuh. Tidak mungkin bapa saya malas. Itu fakta yang salah disebabkan diuar-uarkan.

[Bangun]

Apa yang saya bangkitkan seperti mana Yang Berhormat Langkawi pernah sebut...

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Banyak kali.

...Banyak kali.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Itu Yang Berhormat Langkawi. Yang Berhormat kena tanya Yang Berhormat Langkawi. Ini floor saya.

Ini ada percanggahan pandangan.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Itu Yang Berhormat Langkawi ya. Ini Sungai Petani. Jadi berbeza itu. Sungai Petani pulau.

Ya faham.

Yang Berhormat Sungai Petani.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak teruskan. Oleh sebab itu- saya bagi, saya bagi sekejap lagi. Oleh sebab itu saya katakan kenakan. Baik, untuk menjawab Pontian, yang kita tidak setuju dengan PLKN ini Yang Berhormat Pontian, bukan sahaja kurikulumnya tidak tepat, kalau kita tengok kurikulum tetapi perbelanjaannya luar biasa Yang Berhormat Pontian. Sebuah kem, bayangkanlah boleh ada kontrak untuk busses sahaja, busses. Ada orang yang dapat kontrak bas, walhal latihan berlaku dalam kem. Begitu juga makanan, pakaian dan sebagainya. Itu yang kita katakan bahawa ini program merapu. Akhirnya apa yang berlaku, pelajar-pelajar terkeluar daripada PLKN tidak dapat apa. Tidak ada ilmu yang dapat tetapi orang yang melaksanakan PLKN itu orang yang ada interest dalam PLKN itu yang buat duit. Oleh sebab itu kita tentang habis-habisan kerana ia tidak cost effective dan tidak memberikan apa-apa makna kepada rakyat. Yang Berhormat Pontian bekas pegawai BTN, kita tahu dengan kos yang kita belanja mungkin kita boleh buat lebih jauh dan lebih baik daripada PLKN ini buat. Oleh sebab itu, saya tengok PLKN itu bukan sahaja perbelanjaannya yang luar biasa tetapi ia telah pun disalahgunakan.

BTN yang baik pun dihapuskan juga.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Oleh sebab itu saya cadangkan serahkan kepada tentera.

Jadi BTN patut dihidupkan, PLKN patut diperbaiki ya.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Oleh sebab itu saya katakan tadi bahawa serah kepada tentera supaya kita ikut seperti apa yang telah pun dibuat oleh negara-negara lain khususnya yang telah berjaya. Contohnya Singapura, Taiwan dan juga Korea seperti yang saya katakan tadi. Baik. Silakan.

Yang Berhormat Sungai Petani saya reverse balik apa yang disebut oleh Yang Berhormat Sungai Petani. Saya salute dengan pendirian Yang Berhormat Sungai Petani. Adakah kerana sistem pendidikan kita Yang Berhormat Sungai Petani, sistem pendidikan di peringkat rendah, menengah malah di peringkat pengajian tinggi yang tidak memberikan kemahiran yang mencukupi apabila graduan kita keluar, mereka bergantung kepada pekerjaan yang mereka harapkan tetapi tidak menawarkan pekerjaan kepada market ataupun market demand kita di luar Yang Berhormat Sungai Petani? Saya mohon pandangan.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Sebanyak 100 peratus Yang Berhormat Jelebu. Saya bersama dengan Yang Berhormat Jelebu dalam hal ini. Oleh sebab saya melihat bahawa graduan-graduan kita khususnya sekarang ini dalam keadaan teknologi yang ada, percayalah Yang Berhormat Jelebu kalau suruh buat essay they will cut and paste sahaja kerana sistem yang diadakan tidak seperti yang sepatutnya yang mana membina kekuatan pelajar itu apabila dia keluar patut menjadi holistik. Keberanian luar biasa, knowledge luar biasa, kepakaran luar biasa dan akhirnya dia akan terkeluar daripada pergantungan. Isu yang kita ada sekarang ini soal pergantungan. Dia tiba-tiba dia keluar- saya pernah berborak dengan beberapa orang pensyarah di maktab perguruan. Dalam satu seminar, apabila dibuka Q&A ada pelajar-pelajar yang mengaku bahawa mereka takut hendak pergi ke sekolah kerana mereka kata ilmu kami rasa-rasa macam tidak cukup. Maknanya mereka sendiri merasakan macam tidak cukup ilmu.

Datuk Dr. Hasan bin BahromAMANAH · PHTampin

Yang Berhormat Sungai Petani.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Oleh sebab itu mereka merasakan bahawa kalau dia hendak masuk ke sekolah-sekolah mengajar dia sendiri takut. Ini adalah yang diberitahu kepada saya oleh pensyarah-pensyarah.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, terdapat permohonan di belakang itu.

Datuk Dr. Hasan bin BahromAMANAH · PHTampin

Tampin, Tampin.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Oh! Yang Berhormat Tampin. Kena sebut, kena jerit nama Yang Berhormat Tampin. Terima kasih.

Datuk Dr. Hasan bin BahromAMANAH · PHTampin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apakah Yang Berhormat Sungai Petani bersetuju bahawa sistem pendidikan kita sekarang ini banyak menumpukan soal mementingkan peperiksaan? Oleh sebab itulah pembinaan soal jati diri, pembinaan sahsiah, pembinaan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sungai Petani tadi belum dapat kita capai sepenuhnya. Jadi apa Yang Berhormat Sungai Petani bersetuju sekiranya syllabus kita daripada Darjah Satu sampai katakanlah Tingkatan Tiga mementingkan soal pembinaan daripada segi aspek sahsiah ataupun keperibadian ataupun jati diri. Terima kasih.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Baik. Saya setuju dengan Yang Berhormat Tampin. Cuma yang saya hendak sebut di sini, apa juga kelompangan yang ada dalam sistem pendidikan yang kita ada sekarang- kita hendak buat semua sekali dalam serentak ini mungkin mengambil masa. Akan tetapi yang boleh kita buat immediately, saya katakan ialah memperkenalkan National Service. Oleh sebab itu National Service dalam masa setahun ini, saya minta sangat-sangat kerajaan lihat supaya ia boleh memberikan- apa jua kelemahan-kelemahan yang ada dalam sistem itu, yang penting ialah untuk memberikan ekstra- yang ekstra yang tidak ada dalam pendidikan itu untuk pastikan yang pelajar- pelajar kita ini menjadi warganegara yang baik. Bukan sahaja warganegara yang baik daripada segi akhlak, ilmu, kekuatan minda, kebolehan-kebolehan lain, tetapi juga kekuatan fizikal dan tatanegara itu.

Minta sedikit Yang Berhormat Sungai Petani.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Ya, silakan.

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Tuan Yang di-Pertua, isu pengangguran mahasiswa khususnya dan juga orang muda ini selalu dilihat dalam kerangka sama ada kemampuan mereka untuk mendapat kerja ataupun tidak. Walaupun ini ada kebenarannya tersendiri, bagi saya ia tidak mewakili sepenuhnya persekitaran pekerjaan itu sendiri. Kalau dulu pada tahun 90-an terutamanya lewat 90-an dan juga awal milenium baharu ini, dahulu diploma dan degree ini dibuat singkat. Oleh sebab apa? Oleh sebab hendak lahirkan graduan cepat. Akhirnya kita ada lambakan graduan yang mana tidak dapat ditampung oleh pasaran. Kemudian sekarang barulah balik kepada diploma tiga tahun, ijazah empat tahun. Sebenarnya, ini tempoh yang sudah cukup. Kita kalau hendak buat National Service ini dengan situasi kewangan negara yang agak terhimpit, ini hanya akan menambah kos. Bagi saya, kita kena kemaskan sistem pendidikan di universiti dan lagi satu kena wujudkan satu persekitaran yang adil. Kita lahirkan ramai graduan dalam bidang kejuruteraan dan sebagainya tapi bila hendak dapat projek kerajaan, kena ada kelas ‘F’. Kelas ‘F’ ini telah ditutup punya lama yang dikuasai oleh kelompok orang politik. Jadi bagaimana mahasiswa yang kita kata kita didik untuk berdikari ini hendak bersaing kalau sistem itu sendiri tidak membenarkan persaingan.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Baik, terima kasih Yang Berhormat Kangar. Ya, tetapi apa pun jua yang saya hendak sebut di sini, kita harus invest. Keberanian untuk invest, keberanian untuk melihat kembali bagaimana kita mendidik anak-anak kita. Kita suka atau tidak suka, kita kena tengok. Oleh sebab apa, kejayaan- kejayaan jiran-jiran kita, boleh kita tumpang, kita lihat dan kita copy. Ini kerana kalau kita berada di tahap yang begini juga, saya tidak nampak yang kita akan menjadi negara maju walaupun kita extent lah tahun 2030, kah 2050, kah. Akan tetapi kalau cara kita laksanakan kerja kita- cara kita bekerja, cara kita mempunyai pemikiran yang masih di takuk lama, saya tak nampak yang kita akan progress seperti yang diharapkan. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya hendak melihat bagaimana juga kawan- kawan kita di Sabah dan Sarawak. Saya ingat sejak saya berada di Dewan ini tahun 2008, permintaan Yang Berhormat Kinabatangan, permintaan Sarawakian yang meminta sekolah-sekolah yang daif ini- berpuluh-puluh tahun sudah saya dengar. Takkanlah sampai- berapa kali tukar kerajaan dah. Dari Barisan Nasional pi ke Pakatan Harapan. Sekarang patah balik pula ke Perikatan Nasional. Ini berapa kali kerajaan sudah ini- akan tetapi masalah sekolah daif masih tak selesai. Jadi maknanya sekarang ini kita tidak pun

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

sebenarnya serius. Kerajaan mana ambil lah- tak serius sebenarnya. Sebab kita main politik. Akan tetapi kita abaikan masalah masa depan negara kita. Oleh sebab itu termasuklah –saya bimbang Tuan Yang di-Pertua tentang fitnah ini. Sekarang ini, zaman social media. Bagaimana anak muda kita, kita didik. Saya baru- baru ini beratur di supermarket di Sungai Petani. Depan saya seorang ibu bawa anak dia. Depan ibu itu ada pemuda PAS, budak umur 18 atau 19 tahun, pakai baju PAS lepas itu anak yang ibu bawa itu- lebih kurang umur dalam 11 tahun. Dia kata, “mak, PAS - Parti Ajaran Sesat”. Mak dia beralih tengok saya. Mak dia malu pada saya sebab dia kenal saya. Jadi saya pun terfikir bagaimana Yang Amat Berhormat Pagoh- saya hendak tegurlah Yang Amat Berhormat Pagoh, kita boleh berpolitik. Saya pun bertelagah juga dengan PAS tetapi untuk masuk dalam YouTube mengatakan PAS “Parti Ajaran Sesat”. Bukan sahaja orang tua-tua macam kita dalam Dewan ini tahu, tetapi yang mendengar ucapan itu juga anak-anak di luar. Yang dalam minda dia berkata “Parti Ajaran” –ini soal akidah. Ini soal suatu yang berat. Ini bukan soal politik. Jadi, begitu juga ada di kalangan politicians yang mengatakan bahawa Cina bersamaan DAP, DAP sama dengan komunis. Tuan Yang di-Pertua, ini bahaya. Kita orang politik tak sedar kadang-kadang bahawa kita sedap cakap sahaja. Akan tetapi dia ada kaitan dengan budak-budak di sekolah. Dengan anak-anak kita yang percaya bahawa PAS itu “Parti Ajaran Sesat”, walhal tidak dan Cina itu bersamaan dengan DAP. DAP itu dia komunis, walhal tidak. Akan tetapi apa yang kita buat pada anak-anak kita? Ini yang berlaku. Kita lupa bahawa apa yang kita ucap itu, masa depan negara kita menjadi suatu yang luar biasa akan berlaku. Oleh sebab itu saya juga hendak caution kawan-kawan. Kita boleh berpolitik tetapi ini sesuatu yang amat bahaya kalau kita tidak berwaspada. Akhir sekali sebab masa tak cukup, Tuan Yang di-Pertua, saya minta lah. Saya orang Kedah. Sepatutnya padi kami ini sepatutnya kita menjadi jelapang padi dan saya lihat sekarang Kementerian Pertanian dan Industri Makanan kena berawas betul. Ini kerana hendak buat padi ini, hendak tanam padi ini industri yang tidak menguntungkan langsung. Untuk itu apa yang sedang berlaku ialah labour makin problem, orang yang hendak bekerja di sawah padi semakin sikit dan banyak pula oleh sebab kawasan padi ini tidak diusahakan maka mereka start kambus tanah dan buat perumahan. Apa yang sedang berlaku ialah Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab tidak ada kawalan dan tidak ada benih yang baharu, tidak ada produktiviti, orang akan menjauhkan diri daripada tanam padi. Akhirnya orang yang ada bendang pun akan biarkan bendang dia ataupun sewa dekat orang. Masalah yang kita ada ialah produktiviti sudah kurang, labour makin kurang, tidak ada jenis-jenis padi yang baharu ataupun yang boleh membuatkan yield yang lebih baik. Saya bimbang. Saya bimbang satu hari orang akan tinggalkan industri ini. Sebab ia langsung tidak menguntungkan kecuali kita buat suatu revolusi yang luar biasa. Kalau setakat hendak tampung-tampung, tak jadi. Sebab itu saya minta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan lihat betul-betul. Lima tahun, 15 tahun, 35 tahun dari sekarang. Saya takut kita akan menjadi sebuah negara pengimport padi yang secara total sebab untuk berada dalam industri padi ini ialah suatu yang tidak menguntungkan langsung. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ucapkan terima kasih dan saya hendak sebut yang terakhir saya minta supaya kerajaan melihat balik tentang anggota- anggota tentera kita yang telah pun berkhidmat, sama ada pegawai ataupun anggota. Saya lihat kita tidak memberikan yang terbaik kepada pesara-pesara tentera kita. Saya minta lah supaya melihat kembali pengorbanan yang mereka ada dan saya minta khususnya pegawai-pegawai tentera kita atau anggota-anggota kita tidak berpencen. Lihat bagaimana kita boleh membantu mereka. Saya lihat sekarang ini ada hampir 300 ribu, bekas-bekas tentera kita ini yang memang tertekan kehidupan mereka. Harus ada sesuatu usaha yang dilakukan untuk bagaimana meningkatkan ekonomi mereka sama ada kita memberikan peluang mereka untuk menjadi usahawan-usahawan dengan memberikan latihan secukupnya ataupun membantu mereka sehabisnya. Ini kerana ramai luar di sana khususnya anggota- anggota tentera yang telah berkahwin, yang ada anak tetapi akhirnya mereka menderita dengan kehidupan yang ada sekarang. Oleh itu saya ucapkan terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Saya ingin mengumumkan senarai pembahas-pembahas selepas ini. Selepas ini saya ingin menjemput Yang Berhormat Pekan. Selepas Yang Berhormat Pekan ialah Yang Berhormat Papar, kemudiannya Yang Berhormat Beaufort. Selepas itu Yang Berhormat Ipoh Barat disusuli dengan Yang Berhormat Gerik, Yang Berhormat Lumut dan akhir sekali Yang Berhormat Setiu. Semuanya 20 minit. Saya silakan Yang Berhormat Pekan untuk menyampaikan perbahasan beliau... [Tepuk]

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun untuk menyokong Titah Diraja sempena pembukaan sesi Parlimen Ke-14, Penggal Ketiga. Saya seperti rakan-rakan lain ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah ke atas pelantikan Yang Berhormat sebagai Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Yang Berhormat Dato’ Sri Azalina Othman Said sebagai Timbalan Yang di-Pertua.

Sebagai permulaan, saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih ke atas kejayaan Kerajaan Perikatan Nasional dan frontliners mengawal dan membendung wabak COVID-19 dalam negara. Alhamdulillah, kita bersyukur kerajaan bertukar tangan pada masa yang paling tepat dan usaha tegas serta tiada kompromi telah memerangi wabak COVID-19 sehingga berjaya menjadikan Malaysia sebagai antara segelintir negara-negara dalam dunia yang berjaya mengawal COVID-19. Berbanding dengan kerajaan dahulu, kerajaan kini nampaknya lebih fokus untuk menghentikan COVID-19. Kalau Kerajaan PH sebelum ini hanya menyasarkan rakyat tidak boleh ditegur dan jika ditegur akan didakwa. Sebagai contoh, seorang Menteri PH memarahi rakyat yang mahu menyekat pelancong asing, mencari dan mendakwa dalam mahkamah rakyat yang mengeluarkan kebimbangan terhadap COVID-19 dan beri gelaran kepada rakyat dengan gelaran seperti coronapalatau. Satu lagi contoh, DBKL di bawah Yang Berhormat Shah Alam yang meluluskan perhimpunan tabligh seramai 16 ribu orang peserta ketika di tengah-tengah pandemik. Walau bagaimanapun, saya menyeru kerajaan untuk lebih berjaga-jaga dan lebih tegas dalam usaha mengawal kes import sama ada dari warga kita yang pulang dari luar negara atau pelawat-pelawat asing kerana ini antara punca utama kenapa beberapa negara lain terpaksa melaksanakan semula perintah berkurung selepas mereka pada mulanya percaya mereka telah berjaya mengawal COVID-19. Kuarantin dan saringan kes import adalah sangat penting. Sesiapa yang melanggar kuarantin mesti dikenakan hukuman penjara mandatori dan bukan dengan di denda atau di kompaun sahaja seperti satu kes yang berlaku di Sarawak baru-baru ini. Kita perlu ingat bahawa krisis COVID-19 seluruh dunia masih dalam trend meningkat dengan jumlah kes baharu setiap hari pada minggu ini sudah melebihi 200 ribu orang setiap hari iaitu 10 kali ganda berbanding jumlah kes baru 20,000 seluruh dunia semasa kita memulakan Perintah Kawalan Pergerakan Fasa Pertama pada 18 Mac lalu. Oleh sebab itu, sebagai negara yang ekonomi terbuka, yang banyak bergantung kepada perdagangan antarabangsa, pengeluaran komoditi dan pelancongan, ia tidak cukup sekadar Malaysia menang sahaja tetapi negara-negara lain dalam dunia masih bergelut dengan ancaman COVID-19. Justeru, saya percaya bahawa air crisis economy COVID-19 akan bertambah lebih teruk sebelum ia memulih. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, dalam bahasa Inggeris, make no mistake, the worst is yet to come and we are not out of the words yet. Jangan tersilap atau mengambil ringan, ini krisis ekonomi paling parah pernah negara dan dunia hadapi sejak 100 tahun lepas iaitu sejak 1920-an yang dikenali sebagai The Great Depression. Sebagai contoh, ekonomi negara Singapura menjunam 41.2 peratus pada Suku Kedua tahun 2020 berbanding suku sebelumnya yang juga turut menurun 10.6 peratus. Manakala lebih 30 juta orang di Amerika Syarikat sudah kehilangan kerja. Perlu disedari bahawa adalah lebih mudah sesebuah perniagaan ditutup atau dimufliskan berbanding untuk membuka perniagaan yang baharu atau mencari pelabur.

Oleh sebab itu kita perlu memberi tumpuan paling utama kepada usaha untuk menentukan perniagaan-perniagaan dan pekerjaan yang sedia ada, yang kini dalam keadaan cemas supaya dalam apa jua keadaan macam mana pun, jangan sampai gulung tikar. Pelbagai pertolongan dalam beberapa buah pakej prihatin sudah pun diumumkan Kerajaan PN hari ini tetapi bantuan kerajaan tidak boleh terhenti dan sentiasa perlu diubahsuai mengikut keadaan. Negara-negara lain turut melaksanakan pakej-pakej bantuan baharu dari semasa ke semasa kerana krisis COVID-19 sangat serius. Tuan Yang di-Pertua, kita tidak boleh main-main. Kerajaan PN jangan mengambil ringan krisis COVID-19 seperti Menteri Kewangan PH dahulu yang umum kononnya Malaysia bebas risiko kemelesetan ekonomi pada bulan Februari 2020 dan pada ketika itu semasa wabak COVID-19 mula mengancam. Selaras dengan hakikat ini, maka saya ingin menyarankan supaya Bank Negara Malaysia dan bank-bank kita mengkaji semula keputusan untuk tidak melanjutkan tempoh moratorium bagi peminjam. Ini adalah kerana saya amat bimbang banyak syarikat dan peminjam bank tidak mampu membayar ansuran bulanan apabila moratorium tamat sehingga terpaksa diisytiharkan muflis. Kita perlu sedar bahawa sebab utama bank-bank mahu bayaran ansuran disambung semula ialah supaya mereka ingin pokok atau bayaran prinsipal pinjaman dibayar agar mereka ada dana untuk menyediakan pinjaman semula kepada pelanggan baharu. Sebaliknya, jika permintaan untuk peminjam baharu juga telah menjunam, maka tiada keperluan untuk bank memaksa pelanggan mereka membayar semula pokok atau prinsipal pinjaman. Jika bank tidak mampu melanjutkan lagi moratorium untuk bayaran ansuran kepada kedua-dua pokok dan faedah peminjam, pertimbangkanlah Tuan Yang di-Pertua untuk memberi tempoh di mana peminjam cuma perlu bayar ansuran bulanan bagi bahagian faedah sahaja dan tidak melibatkan prinsipal. Dalam hal ini, kerajaan perlu lebih bertegas dan tidak tunduk kepada kemahuan bank-bank sahaja. Kerajaan dan tabung-tabung amanah berkait kerajaan adalah antara pemegang saham terbesar bank-bank di Malaysia. Manakala seluruh industri bank adalah di bawah kawalan kerajaan. Sejak sekian lama, bank-bank mencatat keuntungan besar berbilion-bilion setiap tahun. Sebagai contoh, jika selama ini sebuah bank biasanya membuat keuntungan melebihi RM5 bilion tetapi tahun ini hanya mendapat keuntungan hanyalah RM2 bilion sahaja. Ia tidak akan melumpuhkan sistem kewangan negara. Inilah masanya bank-bank perlu berkorban supaya pelanggan-pelanggan mereka tidak terjejas dan masih mampu untuk mengembalikan keuntungan berbilion-bilion kepada bank pada masa depan apabila krisis COVID-19 berakhir. Kita juga perlu menerima realiti bahawa semua bidang perniagaan tidak menerima impak sama rata dari krisis COVID-19. Ada sektor-sektor tertentu yang memerlukan masa yang lebih lama lagi.

Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, kita perlu mengambil langkah mempercepatkan lagi proses kelulusan untuk sebarang pelaburan dan perniagaan baharu bagi pelabur- pelabur yang masih yakin. Jika dulu kita perlu 10 syarat dipenuhi untuk sebuah pelaburan baharu dibenarkan bermula operasi, kita luluskan sahaja jika lima ataupun enam daripada syarat yang diperlukan dapat dipenuhi. Dalam tempoh yang tertentu, syarikat berkenaan diberi masa untuk memenuhi syarat-syarat yang lain. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan juga disarankan untuk mempercepatkan projek-projek infra rakyat sedia ada seperti ECRL, MRT2, LRT3, Pengerang RTS, Lebuhraya Central Spine Road, Pan Borneo Highway dan sebagainya, termasuk projek-projek skala kecil dan sederhana seperti pembinaan jambatan, masjid, jalan yang telah dihentikan oleh Kerajaan PH dahulu. Proses untuk menganugerahkan projek-projek tersebut perlulah dipendekkan dan dipermudahkan. Tuan Yang di-Pertua, saya suka ingin menyentuh tentang kewangan, di mana Kerajaan PN memerlukan ruang fiskal yang mencukupi untuk melaksanakan bantuan- bantuan demi menyelamatkan ekonomi kita daripada krisis COVID. Akta Pinjaman Tempatan 1959 dan Akta Perbadanan Kerajaan 1983 tidak membenarkan kerajaan untuk meminjam lagi apabila hutang negara melebihi had statutory nisbah hutang kepada KDNK pada 55 peratus.

Hutang negara telah naik daripada RM686.8 bilion pada akhir tahun 2017 semasa BN memerintah ke RM823.8 bilion pada akhir suku pertama tahun 2020. Manakala jaminan hutang kerajaan juga naik daripada RM238 bilion ke RM280.4 bilion dalam tempoh yang sama. Ini tidak termasuk lambakan aset-aset yang dijual dan dana Petronas yang dijarah. Semasa saya menerajui kerajaan, kerajaan berjaya menurunkan defisit negara tiap-tiap tahun untuk lapan tahun berturut-turut. Selain melaksanakan cukai GST, kita juga telah berjaya menurunkan kebergantungan negara kepada hasil minyak daripada 44 peratus ke-12.2 peratus pada akhir tahun 2017. Akan tetapi apabila Kerajaan PH ambil alih, defisit negara telah meningkat pada tiap-tiap tahun dan kebergantungan negara pada hasil minyak juga meningkat kepada 33 peratus. Akibatnya, nisbah hutang kepada KDNK yang telah diturunkan oleh Kerajaan BN dahulu ke-48.7 peratus pada suku pertama tahun 2018 sebelum PRU Ke-14 telah U- turn dan naik sehingga 54.4 peratus pada akhir suku pertama tahun 2020. Dalam 22 bulan, semasa PH sahaja, nisbah hutang kepada KDNK telah dinaikkan hampir enam peratus. Ini bermakna, kita sudah hampir mencecah had statutory 55 peratus seperti yang saya sebutkan tadi. Kerajaan PN cuma ada ruang sebanyak 0.6 peratus daripada KDNK untuk menghadapi cabaran paling besar COVID ini. Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri PH, Yang Berhormat Langkawi pada bulan Februari lalu, negara mempunyai kekayaan mencecah RM2 trilion iaitu naik RM1.2 trilion daripada RM800 bilion pada akhir tahun 2008. Walaupun aset negara besar tetapi tempoh COVID ini bukanlah masa yang sesuai untuk menjual aset-aset negara kerana harga rendah daripada pasaran. Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sarankan kepada kerajaan untuk mengemukakan usul serta-merta untuk menaikkan had statutory hutang 55 peratus kepada paras yang lebih tinggi lagi. Kerajaan PN perlu ada ruang fiskal atau, dengan izin, fiscal space yang lebih besar untuk melawan impak ekonomi COVID, tanpa terpaksa menjual aset negara pada masa nilai-nilai aset rendah. Tuan Yang di-Pertua, saya berasa amat sedih dengan Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia minggu lalu yang berkata bahawa nisbah Gini negara telah meningkat buat kali pertama sejak tahun 2004. Pekali Gini ini ataupun Gini coefficient kaedah paling popular mengukur ketidaksamarataan pendapatan yang mana nilai pekali Gini berada di antara kosong dan satu. Semakin kecil nilainya, semakin saksama agihan pendapatan. Ini bermakna, jurang pendapatan golongan miskin dan kaya di negara ini melebar pada tahun 2019 buat kali pertama sejak tahun 2014. Sehingga kini, tidak ada seorang pemimpin PH berani mengulas tentang kadar kenaikan pendapatan isi rumah pertengahan golongan B40 cuma naik 1.8 peratus setahun bagi tahun 2017, 2018 dan 2019 iaitu jauh di bawah kadar kenaikan tahunan 6.6 peratus bagi tahun 2015, 2016 sewaktu BN berkuasa. Tahun 2013 dan tahun 2014 jauh lebih tinggi kadar kenaikan, pendapatan golongan B40 adalah pada paras 19.1 peratus kerana semasa itu BR1M telah mula dilaksanakan. Adakah kumpulan PH plus fikir kadar kenaikan pendapatan tahunan 1.8 peratus adalah cukup bagi golongan B40 untuk menghadapi kos sara hidup yang semakin naik? Ini membuktikan bahawa dasar-dasar sewaktu Kerajaan PH tidak membantu golongan B40 dan M40, sebaliknya lebih memperkayakan golongan T20. Kadar 1.8 peratus untuk tahun 2017 hingga tahun 2019 ini pun tidak memberi gambaran sebenar apa yang berlaku di bawah PH kerana pada tahun 2017, ekonomi adalah mantap. Jika angka semasa tahun 2017 dikeluarkan, saya pasti pendapatan golongan B40 bagi tahun 2018 dan tahun 2019 adalah negatif. Data rasmi Jabatan Perangkaan ini sebenarnya mengesahkan tahun 2018 dan tahun 2019 di bawah PH masa yang sangat sukar bagi golongan B40 dan ini adalah sebelum krisis COVID bermula. Tuan Yang di-Pertua, benar-benar zaman ikat perut. Pada zaman COVID ini, golongan B40 dan M40 juga golongan yang akan menerima impak negatif yang paling besar. Maka, mereka sudah menderita dua tahun semasa pemerintahan rejim ‘gagalkrasi’ dan Kerajaan PN tidak boleh membiarkan keadaan ini bertambah susah. Oleh sebab itu, saya harap Kerajaan PN akan memberi keutamaan untuk memastikan kelangsungan golongan B40 dan M40 pada zaman krisis COVID ini. Tuan Yang di- Pertua, dengan ini...

Yang Berhormat Pekan, mohon saya mencelah. Sebelum Yang Berhormat Pekan duduk ya.

Ya, Yang Berhormat, boleh...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ya, tinggal satu minit sahaja.

Apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Pekan supaya siling 55 peratus itu kita naikkan daripada KDNK, bererti dengan lain perkataan, Yang Berhormat Pekan mencadangkan supaya kerajaan membuat satu bentuk tambahan lagi rangsangan supaya nanti wujud apa yang dipanggil sebagai v-curve. Sekarang ini ekonomi kita menurun begitu mendadak. Dengan rangsangan yang cukup besar, maka ekonomi kita juga boleh meningkat dengan mendadak. Adakah itu hasrat Yang Berhormat Pekan supaya ditambah lagi rangsangan RM255 bilion? Itu mungkin double daripada angka yang ada sekarang ini. Apakah pandangan Yang Berhormat Pekan?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Pekan rumuskan sekali.

Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Pontian kerana bila kita menghadapi krisis pasca COVID ini, kita mesti melakukan apa sahaja. Maknanya, bantuan tidak boleh terhenti Tuan Yang di-Pertua, mesti berterusan dan mesti bertambah lagi sehingga ekonomi kita pulih dan kita dapat menjamin bahawa setiap perniagaan tidak akan muflis tetapi dapat diteruskan... [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Pekan. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Papar. Masa 20 minit.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Petang ini saya ingin berpantun sedikit. Petang hari pergi ke pekan; Pulang membawa sebungkus laksa; Hidup muhibah perlu diamalkan; Di negara Malaysia berbilang bangsa. Air mengalir dalam terusan; Mengair sawah ratusan relung; Bekerjasama dalam segala urusan Tanda bersatu bergotong-royong. Cantik bergugus buah papaya; Masak dipetik satu persatu; Walaupun berlainan bangsa budaya; Kerana muhibah kita bersatu. Saya juga ingin memetik surah Al-Ma'idah, ayat 2, “Tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan takwa, dan janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat seksa-Nya.” Alhamdulillah, Kerajaan Pakatan Harapan kerajaan kasihkan dan pedulikan rakyat walaupun ia tersungkur disebabkan oleh pemimpin-pemimpin yang tidak mengutamakan mandat rakyat pada PRU-14 yang dahulu. Dengan tertubuhnya kerajaan baharu ini, berbagai-bagai peruntukan pembangunan yang telah dipohon ditangguhkan dan ada yang dibatalkan. Selaku wakil rakyat dari Papar, saya ingin mengucapkan tahniah serta jutaan terima kasih kepada frontliners, dengan izin, atas segala usaha dan kerjasama pihak berkuasa dan kerajaan tempatan yang telah banyak berkorban masa dan nyawa. Saya juga ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Puan Saziah binti

Mohd Said dan mangsa-mangsa yang lain yang telah kehilangan nyawa sewaktu bertugas sepanjang PKP yang lalu. Perdana Menteri sekarang pada ucapan ulung beliau mengakui bahawa beliau sedar bahawa pelantikan beliau bukanlah melalui pilihan raya, sebaliknya beliau dilantik setelah mendapat sokongan majoriti Ahli-ahli Dewan Rakyat walhal ini termasuk beberapa Ahli Parlimen yang tidak menyokongnya. Perdana Menteri sekarang ini mahukan negara kita berada kembali dalam landasan yang betul dan memperjuangkan rakyat. Apakah kerajaan sebelum ini tidak membela rakyat? Perdana Menteri kita sekarang ini berjanji dan berusaha untuk melonjakkan kualiti pendidikan negara. Dengan pengalaman beliau selama enam tahun sebagai Menteri Pendidikan, saya yakin dan percaya pengurusan melibatkan pendidikan terutamanya di negeri Sabah akan dapat diutamakan. Baru-baru ini, kami rakyat Sabah dikejutkan apabila jemputan kepada Ketua Menteri Sabah untuk merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sabah Tahun 2020 dibatalkan oleh Jabatan Pendidikan pada saat-saat akhir. Kita faham dan tahu bahawa Jabatan Pendidikan merupakan jabatan di bawah Kerajaan Persekutuan. Apakah sebenarnya motif ini? Apakah ini satu kaedah baharu dalam mempolitikkan isu pendidikan di negeri Sabah? Ini seolah-olah menghina orang Sabah. Tindakan seperti ini telah melampaui batas permainan politik. Yang menjadi mangsa ialah tenaga pengajar dan kemungkinan juga para pelajar. Perbuatan seperti ini adalah tidak wajar kerana Kerajaan Negeri Sabah juga sentiasa mengutamakan pendidikan dengan pelbagai bantuan untuk meningkatkan lagi infrastruktur sekolah. Jadi, apakah salahnya Ketua Menteri merasmikan majlis tersebut? Kalau memang sudah tidak mahu Ketua Menteri merasmikan majlis tersebut, janganlah beliau dijemput supaya rakyat Sabah tidak merasa terhina kerana pemimpin mereka dibuat begini.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Yang Berhormat Papar. Yang Berhormat Papar, bagi laluan.

Ini sudah bertentangan dengan kenyataan Perdana Menteri bahawa beliau...

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Yang Berhormat Papar, bagi laluan sekejap boleh?

Sekejap, sekejap.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Yang Berhormat Papar, Kimanis.

Habiskan dahulu. Ini sudah bertentangan dengan kenyataan Perdana Menteri bahawa beliau Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah termasuklah nelayan-nelayan, peniaga-peniaga, penjawat awam, pekerja swasta. Kalau ia betul, perkara seperti yang saya nyatakan tadi tidak akan terjadi. Jadi, saya berharap sangat agar perkara seperti ini tidak akan berulang lagi. Walaupun kami di Sabah...

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Boleh sekejap, Yang Berhormat Papar?

...Sebagai negeri pembangkang...

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Yang Berhormat Papar, sekejap boleh?

...Akan tetapi akan sentiasa memberikan kerjasama sepenuhnya...

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Sekejaplah Yang Berhormat Papar beri laluan.

...Kepada Kerajaan Persekutuan dalam konteks government-to-government relation.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Kimanis. Bagi laluan.

Insya-Allah, akan melakukan yang terbaik. Minta maaf ya, sekejap, sekejap. Reformasi. Pakatan Harapan...

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Jiran, jiran.

...Telah membuat reformasi di Parlimen dengan tertubuhnya jawatankuasa-jawatankuasa pilihan khas untuk menangani masalah timbang tara yang berkaitan dengan pentadbiran negara. Public Account Committee diketuai oleh Ahli Parlimen pembangkang yang menunjukkan bahawa kerajaan terdahulu mahukan yang terbaik dalam pentadbiran kewangan negara. Justeru, saya ingin bertanya kepada Kerajaan Perikatan Nasional, adakah Perikatan Nasional akan membuat perkara yang sama melantik Ahli Parlimen pembangkang sebagai Pengerusi PAC? Perdana Menteri juga berjanji akan memberi keutamaan kepada usaha-usaha untuk meningkatkan integriti dan tadbir urus kerajaan yang baik. Alhamdulillah. Malangnya, ramai atau semua MP kerajaan yang tidak dilantik dalam Kabinet telah dilantik sebagai pengerusi syarikat-syarikat GLC kerajaan. Apakah tujuan sebenar pelantikan ini? Adakah ia sebagai ghanimah demi mendapatkan sokongan daripada wakil-wakil rakyat tertentu?

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Yang Berhormat Papar, sekejap boleh Yang Berhormat Papar?

Apakah kesemua mereka...

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Yang Berhormat Papar, bagi laluan sikit Yang Berhormat Papar.

...Mempunyai pengalaman dan kelulusan yang membolehkan mereka menerajui syarikat GLC? Saya khuatir...

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Yang Berhormat Papar, sekejap bagi laluan, boleh? Kimanis.

...Pelantikan ini akan menyebabkan kepincangan dalam organisasi tersebut.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Kimanis, Kimanis, Kimanis, Yang Berhormat Papar.

Sekejap, sekejap. Selepas habis, last, saya akan bagi ruang dan peluang.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Janji ya, janji ya?

Ya, ya. Dengan pelantikan ini, sudah tentu kerajaan akan berbelanja lebih dan menambah bebanan kerajaan yang sudah dihambat dengan belanja bantuan melibatkan rakyat yang terjejas kerana pandemik COVID-19. Saya berharap mereka ini akan dapat menjalankan tugas dengan baik dan bukan GLC-GLC ini digunakan untuk kepentingan politik dan peribadi.

Pasir Salak tumpang mencelah ini.

Seperti yang kita tahu, dua buah pakej bantuan kewangan yang diumumkan baru-baru ini...

Yang Berhormat Papar.

...Adalah yang terbanyak dalam negara.

Yang Berhormat Papar.

PRIHATIN berjumlah RM260 bilion...

Yang Berhormat Papar...

...Manakala PENJANA sebanyak RM35 bilion.

Apakah ini Yang Berhormat Papar ini? Pekak kot.

...Berbanding RM67 bilion yang dibelanjakan bagi menangani impak negatif krisis kewangan global lebih sedekad yang lepas. Bukannya saya pekak tetapi saya tidak pernah mengacau orang.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Bagilah laluan.

Bukan kacau, mahu bertanya ini. Cuma mahu bertanya.

Ahli-ahli ekonomi berpendapat...

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Pencelahan. Boleh tak, Yang Berhormat Papar?

...Pakej bantuan tersebut adalah wajar...

Ini bercakap seorang-seorang sahaja, apakah hal ini?

...Berikutan impak COVID-19 yang jauh lebih buruk berbanding krisis ekonomi global pada tahun 2009. Persoalan yang timbul daripada rakyat adalah dari manakah dana-dana itu dan perinciannya kerana ia tidak dibahaskan di Parlimen. Kami di pihak pembangkang mengalu-alukan bantuan seperti ini untuk rakyat, alhamdulillah. Rakyat yang menerima bantuan ini akan bersyukur tetapi jangan pula terjadi seperti ungkapan peribahasa yang terbalik iaitu bersenang- senang dahulu, bersusah-susah kemudian. Ini akan terjadi sekiranya sumber-sumber bantuan ini tidak telus dan tidak terang. Bajet 2020- bajet kasih kan rakyat yang memacu pertumbuhan dan penghasilan saksama ke arah kemakmuran bersama. Adakah ini akan diteruskan seperti pelaksanaan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang akan melonjakkan pertumbuhan- pertumbuhan ekonomi negara dan merapatkan jurang ekonomi dalam masyarakat? Tuan Yang di-Pertua, Sabah merupakan negeri yang tercorot daripada segi ekonomi, pencapaian pendidikan dan pembangunan infrastruktur. Walaupun pada zahirnya Sabah kaya dengan hasil semula jadi tetapi kekayaan ini tidak dapat diterjemahkan kepada ekonomi yang mampan kerana sebahagian besar hasil diambil oleh Kerajaan Pusat, apatah lagi Kerajaan Sabah sudah menjadi negeri pembangkang.

Disebabkan oleh kekangan ekonomi dan hasil tahunan yang tidak memberangsangkan telah menyebabkan Sabah mundur untuk membangun seperti negeri-negeri lain di Semenanjung. Sabah negeri yang kedua terbesar di Malaysia dan keluasannya 56 luas saiz Semenanjung Malaysia. Sabah negeri yang ketiga pesat penduduk di Malaysia. Akan tetapi, hanya menerima sebanyak 10 peratus peruntukan pembangunan setiap tahun. Mungkin ini akan dikurangkan apabila kami berada di pihak pembangkang. Untuk pengetahuan, Sabah menghasilkan sebanyak 30 peratus pengeluaran minyak negara dan pengeluaran terbesar minyak kelapa sawit di Malaysia iaitu sebanyak 28 percent. Tuan Yang di-Pertua, walaupun kami negeri pembangkang kami adalah salah sebuah negeri penyumbang terbesar dana kepada Kerajaan Persekutuan. Dari itu, kami mahu kesulitan rakyat Sabah diutamakan dan diselesaikan. Sabah memerlukan peruntukan yang mencukupi bagi mengurus kesulitan nelayan-nelayan pantai dan petani. Bekalan air untuk luar bandar yang sempurna. Tebatan banjir untuk kampung-kampung dekat bandar dan luar bandar yang baik. Bekalan elektrik yang sempurna untuk kampung dalam dan luar bandar. Sistem perhubungan yang sempurna dalam dan luar bandar. Penempatan setinggan dan menyediakan rumah mampu milik perlu ditangani dengan lebih baik dan strategik. Liputan internet tidak baik...

Sekarang boleh tidak?

...Tempat saya bukan sahaja kena...

Yang Berhormat Papar. Boleh sekarang? Mencelah.

...Mencari pokok yang tinggi tetapi juga kita kena cari bukit yang tinggi untuk dapat liputan internet yang baik.

Boleh? Sedikit.

Contohnya, Kampung Marahang, Kampung Gana, Kampung Kogopon, Tenaki, Ovai, Bisuang dan lain-lain kampung.

Tuan Yang di- Pertua, boleh minta tanya dengan Yang Berhormat Papar. Benarkan kah atau tidak?

Saya percaya ini tidak akan dapat dilaksanakan kerana kita berlainan ideologi politik tetapi kalau betul apa yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri...

Baca sahajalah engkau.

...Bahawa beliau Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk semua, dari Perlis hingga ke Sabah. Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Pakatan Harapan telah memberikan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dana untuk tahun 2020 yang begitu banyak. Untuk pengetahuan bersama, Sabah masih jauh lagi ketinggalan daripada segi pembangunan pertanian. Setakat ini... [Disampuk]

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Ini saya sokong. Boleh Yang Berhormat Papar? Yang Berhormat Papar, saya mahu sokong. Yang Berhormat Papar.

...Berapa banyak dana yang telah diagihkan ke negeri Sabah...

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Kimanis mahu sokong ini.

...Permasalahan nelayan dan petani...

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Bagi lah peluang. Mahu sokong. Mahu sokong.

...Nelayan dan petani seperti...

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Boleh, boleh? Sedikit sahaja.

Jangan kacau dahulu. Maaf, maaf.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Boleh? Sedikit sahaja.

Meningkatkan taraf hidup dan membasmi kemiskinan nelayan pesisiran pantai.

Saya pun mahu tanya ini. Sudah lama tunggu [Ketawa]

Menyediakan infrastruktur...

Bilakah mahu habis ini?

...Asas perikanan, mengagihkan diesel bersubsidi, mempergiatkan dan memajukan industri akuakultur.

Apakah ini?

[Bangun]

Ha, peraturan mesyuarat. [Ketawa]

Memajukan usahawan tempatan untuk mengeluarkan pengeluaran makanan, membangun dan meningkatkan kemahiran perniagaan. Di negeri Sabah kita ada nelayan...

Peraturan mesyuarat.

Ha, peraturan mesyuarat.

...Akan tetapi disebabkan peruntukan banyak program.

Peraturan mesyuarat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Ya, sila Yang Berhormat Hulu Langat.

Yang Berhormat Timbalan Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk pada Perkara 35(1). Saya dapati bahawa terdapat dua orang Ahli Parlimen yang mengganggu dan ini sangat tidak wajar dan Tuan Yang di-Pertua hanya duduk diam.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Ini bukan mengganggu Yang Berhormat. Ini minta laluan. Minta laluan bukan mengganggu. Minta laluan.

Saya mohon petua daripada Tuan Yang di-Pertua, tunjukkan yang anda tegas dan adil.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Minta laluan. Minta laluan bukan mengganggu Yang Berhormat. Saya minta laluan.

Saya tidak... [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Kedua-dua memohon laluan. Memang floor ini adalah floor Yang Berhormat Papar. Yang Berhormat Papar boleh menggunakan Peraturan Mesyuarat 37 untuk tidak diganggu. Sila Yang Berhormat Papar.

Saya tidak mahu diganggu.

[Menyampuk]

Bagilah laluan.

Ada masa saya akan bagi laluan. Insya-Allah.

Kalau tidak mahu diganggu, bagilah laluan.

Dia sudah bagi jawapan tidak mahu diganggu.

Saya akan bagi laluan. Nanti selepas saya habis.

Ya, sudah habis apa mahu diganggu? [Ketawa]

Takkan tidak faham- faham lagi?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Pasir Salak dan Yang Berhormat Kimanis. Yang Berhormat Pasir Salak dan Yang Berhormat Kimanis. Yang Berhormat Papar telah menyebut menggunakan Peraturan Mesyuarat 37 untuk dia tidak diganggu. Sila hormati. Sila Yang Berhormat Papar.

Kalau tidak mahu diganggu... [Ketawa]

Di negeri Sabah kita ada Ko-nelayan tetapi di sebabkan oleh kekurangan peruntukan banyak program-program untuk kesejahteraan nelayan tidak dapat dilaksanakan secara meluas. Seperti yang diucapkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa beliau Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dari Perlis hingga ke Sabah. Jadi, saya percaya dengan kenyataan tersebut Kerajaan Persekutuan akan dapat membantu nelayan-nelayan dari negeri Sabah. Kalau boleh, Kerajaan Persekutuan harus mengoptimumkan dan melaksanakan community-based program melalui kerjasama dengan Ko-Nelayan. Ada baiknya Ko-Nelayan diangkat sebagai sebuah agensi pelaksana di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, agar penyelarasan penyaluran peruntukan pembangunan yang melibatkan sektor perikanan dan masyarakat nelayan dapat dibuat mengikut keutamaan dan untuk mengelakkan pertindihan program antara agensi negeri dan agensi Persekutuan. Pada waktu kemarau, penduduk-penduduk yang bergantung pada air graviti akan merasa kesusahan hidup kerana takungan air graviti semuanya kering. Pada waktu kemarau juga berlaku kebakaran di mana banyak poly pipe yang digunakan untuk

menyalurkan air ke rumah-rumah banyak yang terbakar kerana poly pipe ini hanya diletak di atas tanah dan tidak ditanam. Ini menyebabkan kampung-kampung terputus air. Bayangkan kalau kita tidak ada air untuk diminum dan untuk kegunaan lain. Banyak kebun juga yang akan terbakar dan ini akan menyusahkan orang-orang kampung. Jalan raya yang buruk dan berlubang-lubang menyebabkan orang-orang kampung akan ditiup debu tanah setiap hari kemarau dan bermain lumpur pada waktu hujan. Ini kejadian yang selalu dihadapi. Bayangkan wahai wakil-wakil rakyat sekalian. Ada orang sakit untuk dibawa ke hospital, mati di tengah jalan kerana jalan yang rosak dan selalu ditenggelami air di waktu hujan. Selain daripada itu, banyak kampung yang berhampiran bandar, pekan yang setiap kali hujan akan terjadi banjir kilat. Begitu juga, banyak kampung di pedalaman akan mengalami nasib yang sama. Bayangkan apa yang akan terjadi kepada barang- barang di dalam rumah apabila terjadi banjir kilat. Ini bukan sekali tetapi berkali-kali. Cuba kita bayangkan penderitaan mereka ini, banjir kilat ini terjadi disebabkan oleh perparitan yang tidak ada dan tidak teratur disebabkan tidak ada dana peruntukan untuk membina, menyelenggarakan parit-parit dan longkang-longkang demi melancarkan laluan air. Sebagai contoh Kampung Kawang, Kampung Gusi, Seri Menanti, Kampung Kinarut, Kampung Anak, Kampung Sabok, Kampung Langkuas dan lain-lain. Selalunya mengalami banjir kilat walaupun kampung ini dekat dengan bandar disebabkan parit yang tidak diselenggarakan menyebabkan sampah sarap menyekat pengaliran air dengan betul. Kampung Kawang memerlukan pembersihan dan pendalaman parit besar sejauh tiga kilometer. Ini kita akan buat permohonan untuk membesarkan parit ini. Baru- baru ini negeri Sabah juga mengalami cuaca yang tidak menentu. Banyak tempat yang mengalami banjir kilat menyebabkan kerugian yang besar kepada penduduk kampung. Banyak ternakan ayam, itik, kambing yang mati dibawa arus yang deras. Ruang tamu yang berlumpur sehingga dua kaki tebal. Barang-barang di dalam rumah seperti televisyen, peti sejuk, perabot, tempat tidur dan semuanya rosak. Kampung-kampung yang dimaksudkan dan memerlukan perhatian dari kerajaan ialah Kampung Bolitikon, Kampung Moliyon, Kampung Mondikot, Kampung Molonis, Molonsi, Kaiduan, Bisuang, Labau, Mandalipau, Tampasak, Mook, Limputung dan Timbangan. Dari itu saya merayu kepada kementerian tertentu supaya mengambil perhatian akan kesengsaraan penduduk-penduduk kampung di negeri Sabah. Kami orang-orang Sabah mahu pembaharuan. Kami mahu pembangunan yang setara. Biarlah pembangunan itu untuk semua dapat merasainya...

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Yang Berhormat Papar, boleh sudah Yang Berhormat Papar? Boleh Yang Berhormat Papar? Habis sudah.

Selain daripada banjir yang besar telah melanda di daerah Papar di mana banyak sawah padi yang tenggelam...

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Yang Berhormat Papar boleh bagi laluan? Mahu habis sudah ini.

...Seperti di Kampung Limbahau baru- baru ini...

Kalau PN, selesai semua.

Apa yang paling sedih baja-baja dan benih-benih padi yang...

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Boleh? Bagi laluan Yang Berhormat Papar. Mahu habis sudah ini.

Benih-benih padi yang diberikan oleh Jabatan Peladang habis hanyut dibawa arus deras.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Masa sudah mahu habis, boleh bagi kah Yang Berhormat Papar?

Para petani merungut untuk bantuan. Saya dengan ini memohon kepada kerajaan untuk mengganti baja-baja dan benih-benih padi yang telah hanyut dibawa air. Nelayan-nelayan pantai di Sabah dan juga di P.175 Papar menghadapi bermacam ancaman kerana kemasukan dan pencerobohan nelayan-

nelayan laut dari Vietnam dan kawasan kuasaan menyebabkan pendapatan-pendapatan mereka merosot hari demi hari.

Ini adalah disebabkan oleh pemberian lesen menangkap ikan laut dalam yang dikeluarkan oleh Kerajaan Pusat yang tidak terkawal. Ini juga menyebabkan penangkapan ikan laut secara besar-besaran yang tidak terkawal dilakukan oleh mereka termasuk penangkapan secara haram.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Masa telah tamat Yang Berhormat Papar.

Sedikit, penggulungan. Dari itu, saya juga merayu kepada Kerajaan Pusat supaya kelulusan lesen eksport makanan laut dibekukan dikembalikan ke Sabah. Logiknya tangkapan laut dari Sabah dan hasilnya patut dikembalikan ke Sabah. Jika ini dapat dilaksanakan maka Sabah boleh membuat polisi untuk membantu nelayan dan ini akan boleh meningkatkan eksport produk makanan laut beku sekali gus meningkatkan pendapatan nelayan tempatan.

Banyak lagi?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Masa telah tamat.

Ya, ya.

Tengok, banyak lagi.

Jadi, dengan ini...

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Bagi dulu, bagi laluan dulu sebelum tutup.

Saya menyokong usul Yang di-Pertuan Agong. Sekian terima kasih.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Alah.

Biasa, biasa.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Papar. Saya ingin menjemput seterusnya Yang Berhormat Beaufort kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Ipoh Barat, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Gerik. Dipersilakan Yang Berhormat Beaufort.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tadi, Yang Berhormat Papar dan sekarang Beaufort. Tuan Yang di-Pertua, episod 24 Februari 2020 telah pun berlalu. Kita tahu apa yang sudah berlaku. Alhamdulillah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah pun melantik seorang Perdana Menteri yang baharu, Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin. Saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang kelapan yang telah mengambil alih kerajaan dalam masa negara dan seluruh dunia ini berhadapan dengan pandemik COVID-19. Alhamdulillah, dengan kuasa Allah SWT dengan sokongan daripada barisan Kabinet dan juga pegawai-pegawai kerajaan dan barisan hadapan, negara telah dapat menangani dan menghadapi pandemik yang cukup menggerunkan dan menakutkan semua orang, bukan sahaja kita di Malaysia ini malah di seluruh dunia. Kalau kita melihat televisyen CNN dan sebagainya, itu sahajalah berita yang keluar setiap masa dan waktu, amat-amat menakutkan semua orang. Akan tetapi alhamdulillah, dengan kegigihan dan kebijaksanaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di bawah kerajaan baharu Perikatan Nasional ini, dengan sokongan dan bantuan daripada barisan Kabinet, pegawai-pegawai kerajaan dan rakyat keseluruhannya yang nampaknya begitu patuh dengan perintah dan arahan daripada kerajaan sehinggakan apa juga yang telah disampaikan oleh kerajaan dapat dipatuhi

dengan begitu baik dan kita dapat menanganinya dengan kerjasama daripada semua pihak. Untuk itu, saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Ketua Pengarah Kesihatan kita, kepada barisan hadapan kita, kepada para doktor kita, kepada jururawat kita, petugas-petugas di hospital, Polis Diraja Malaysia, bomba, RELA dan NGOs kita, ramai yang bekerjasama untuk memastikan apa yang dihadapi oleh negara kita ini sama-sama kita hadapinya, sama-sama kita menanganinya dan sama-sama kita cuba membantu supaya negara kita berada dalam keadaan yang baik walaupun kita baru sahaja- kerajaan ini baru sahaja mengambil alih tampuk pemerintahan. Ya, alhamdulillah kerjasama yang baik ini telah menunjukkan hasil yang begitu baik sekali sehinggakan kita menjadi salah sebuah negara yang telah diiktiraf di antara lima buah negara dalam dunia dapat menangani COVID-19 ini dengan begitu baik sekali, alhamdulillah. Oleh sebab itu, maka tiba masanya kita terus juga mendengar pesanan dan nasihat dari Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di dalam Titah Diraja yang mana baginda telah mengingatkan bukan sahaja kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, tetapi saya yakin nasihat ini adalah juga kepada kita Ahli-ahli Parlimen dan kepada semua para pemimpin, termasuk yang berada di akar umbi. Nasihat baginda, “Laksanakan amanah ini dengan jujur dan penuh tanggungjawab, serta jangan sekali- kali mengabaikan kesejahteraan rakyat jelata.” Nasihat ini adalah amat penting bagi kita untuk memberikan perhatian. Oleh sebab itu, saya bersyukur walaupun pada mulanya perbahasan di sini banyak yang kata- mengata di antara satu sama lain, tetapi semakin lama dan semakin hari kita lihat kebanyakan Yang Berhormat kita telah pun memberikan perhatian kepada kesejahteraan rakyat kita. Bukan sahaja di kawasan kita, tetapi di seluruh negara. Sesungguhnya cabaran yang dihadapi sekarang disebabkan oleh pandemik COVID-19 ini adalah menghantui semua orang. Anak-anak kita yang belajar tidak dapat belajar seperti biasa, terpaksa secara online sama ada mereka berada di luar bandar ataupun di dalam bandar. Juga anak-anak kita yang berada di luar negara, kalau ada yang balik ke dalam negara terpaksa belajar secara online. Orang-orang yang bekerja banyak kehilangan pekerjaan. Orang-orang yang berniaga ada yang kena tutup perniagaannya, ada yang mengalami kerugian. Keadaan ekonomi yang teruk ini mestilah sama-sama kita hadapi dengan penuh kesabaran, dengan penuh kesedaran dan dengan penuh keinsafan bahawa kita kena bersatu untuk mencari jalan menyelesaikan masalah dalam negara kita Malaysia yang tercinta ini. Minggu lalu, saya telah ditemui oleh seorang kawan lama. Bersama-sama beliau ada dua orang anaknya. Seorang anak perempuan itu telah kehilangan kerjanya, telah dibuang kerja. Suaminya juga telah hilang jawatannya. Mereka terlibat di dalam industri penerbangan negara ini. Kedua-duanya sudah tidak ada lagi punca pendapatan. Ada anak, ada bayaran rumah yang masih terhutang, kereta yang masih terhutang dan masa depan nampak gelap. Seorang anak pula yang cantik jelita mempunyai Master’s Degree, dengan izin, tetapi sekarang dia menjadi supir kepada ibunya. Akan tetapi kedua-dua mereka tidaklah merasakan seolah-olah this is the end of the world, tidak, dengan izin. Mereka tidak putus asa. Mereka datang menemui saya dan meminta supaya kalau boleh ada kerjasama di antara mereka, anak-anak muda dan kaum wanita kita yang mahu berniaga dan mahu berusaha untuk memastikan masa hadapan mereka akan lebih cerah lagi. Walaupun mereka sudah tidak mempunyai jawatan, mereka mahu mencari jalan bagaimana boleh bekerjasama dengan MARA, misalnya. Bagaimana kita dapat membantu mereka supaya mereka boleh menjadi usahawan yang berjaya, insya-Allah. Alhamdulillah, saya ucapkan tahniah kepada anak- anak perempuan yang sedemikian, wanita yang sedemikian yang tidak berputus asa mencari jalan bagaimana mereka dapat mencapai kejayaan. Semalam, saya telah menemui sekumpulan anak-anak muda lagi yang terlibat di dalam bidang industri fesyen dalam negara kita ini. Anak-anak muda mereka ini, ada lelaki dan ada yang perempuan. Mereka ini biasanya kalau di masa bulan Ramadhan, bulan puasa mereka akan mendapat tempahan yang tidak dapat mereka penuhi. Ramai orang kita yang mahu berhari raya mahu buat baju yang baharu untuk diri sendiri dan untuk anak-anak, maka tempahan akan bertimbun-timbun. Malahan tidak dapat mereka penuhi. Akan tetapi kali ini disebabkan oleh COVID-19 tempahan sudah tidak ada, menurun. Pendapatan juga menurun. Akan tetapi adakah mereka ini juga give up,

dengan izin? Tidak, mereka mahu berusaha cara bagaimana pula dapat memperbaiki perniagaan mereka dengan mengambil kira norma-norma baharu ini.

Mereka semalam belajar bagaimana untuk mempromosikan hasil mereka, ciptaan mereka, reka bentuk mereka, pakaian, beg tangan dan sebagainya secara online dengan teknologi yang baharu. Ini menunjukkan bahawa orang-orang muda di negara kita Malaysia ini orang-orang muda yang cekal. Sesungguhnya kita yakin bahawa masa depan untuk orang-orang Malaysia, anak-anak muda kita termasuk anak-anak bumiputera Melayu ini ada. Maka terpulang kepada kita di dalam Dewan yang mulia ini untuk membantu mereka kerana di tangan kita ada kuasa-kuasa tertentu. Bagaimana- misalnya sekiranya kita dapat menghasilkan usahawan-usahawan yang berjaya ini. Bagaimanakah kita membantu mereka supaya mereka lebih berjaya lagi? Mereka memerlukan pertolongan kita daripada segi latihan. Mungkin daripada segi pinjaman. Bukan hendak diberi geran sahaja tidak. Pinjaman supaya mereka boleh membayarnya nanti. Mereka boleh berbangga bahawa- ya, kami membayar dengan usaha kami, bukan semata-mata diberikan begitu sahaja. Akan tetapi, kerajaan kalau bersedia untuk memberikan peruntukan ini kepada agensi-agensi dan badan-badan tertentu dalam negara ini, kementerian yang tertentu supaya kita dapat menggembleng tenaga bersama bukan secara bersendirian. Saya ingin mencadangkan di sini supaya agensi-agensi, kementerian-kementerian yang berkaitan dengan membangunkan usahawan-usahawan dalam negara Malaysia ini. Jangan menjadi champion sendiri. Jangan mahu jadi hero sendiri tetapi kita gabungkan daya pemikiran kita, tenaga kita, kewangan dan peruntukan yang disediakan kepada kita supaya kita betul-betul dapat membangunkan usahawan-usahawan yang berjaya, yang berdaya tahan, yang berdaya saing. Walau apa pun bencana yang menimpa negara, mereka masih boleh berdiri teguh lagi. Akan tetapi, dalam masa yang sama, kita dapat melihat bahawa bukan sahaja di negara kita, negara-negara yang maju seperti United States of America, memang ramai para usahawan yang menghadapi masalah semasa COVID-19 ini. Kita mengambil iktibar dari situ dan menyedari bahawa kita ini tidaklah boleh dikatakan bahawa kita ini dalam keadaan yang terlalu susah sangat sehingga kita merasa hampir hendak putus asa. Sedang anak-anak muda kita di luar sana masih lagi mahu berusaha. Jadi saya berharap supaya kerjasama ini dapat kita wujudkan di kalangan kementerian- kementerian dan agensi-agensi dalam Kerajaan Perikatan Nasional ini kita dapat membantu usahawan-usahawan kita yang memerlukan kita pada masa dan ketika ini. Saya juga telah melihat Titah Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenaan dengan masalah pendatang tanpa izin. Pendatang tanpa izin ini, bagi kami di Sabah – Yang Berhormat Papar tadi tidak menyebutnya, satu masalah yang besar, yang real kerana terlalu ramai. Walaupun ada disebut jumlah di sini pemegang IMM13 seramai 51,645, sijil banci 47 ribu, burung-burung 39 ribu, kesemuanya 139 ribu. Akan tetapi, sebenarnya mungkin ada lagi ramai di luar sana yang tidak dibanci, tidak diketahui di mana mereka berada. Ada di pelosok sana, pelosok sini. Ada yang tidak berani keluar takut kena tangkap dan sebagainya. Jadi bagi kami ini satu masalah yang amat-amat real, mungkin di sini tidak menyedarinya. Oleh sebab itu, kita minta supaya tindakan yang tegas diambil bagaimana kita dapat menyelesaikan masalah ini. Sekiranya mereka ini boleh dihantar balik ke negara mereka, maka berundinglah dengan negara-negara berkenaan supaya mereka boleh kembali dalam keadaan yang baik ke negara mereka. Kita bukan menganiaya mereka, kita tidak mahu menganiaya sesiapa pun. Kita bersimpati dengan mereka.

Yang Berhormat Beaufort, mohon penjelasan?

Ini Yang Berhormat Sepanggar punya Kerajaan dulu. Sekejap sahaja.

Mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Beaufort mengenai pengumuman daripada Menteri Dalam Negeri yang mengatakan bahawa burung-burung dan sijil banci akan diberikan kad IMM13. So, mohon pendirian daripada Yang Berhormat Beaufort, adakah Yang Berhormat setuju dengan cadangan ini? Terima kasih.

Sebenarnya, IMM13 ini ia tidak akan mengeluarkan- tidak akan memberikan kepada orang-orang yang baru tetapi kepada yang ada sahaja. Tujuannya bukanlah untuk menjadikan mereka itu nanti warganegara kita boleh dapat IC jika memohon dan sebagainya. Akan tetapi, supaya mereka ada dokumen dan tindakan nanti boleh dibuat untuk berbincang negara dengan negara supaya mereka yang patut kembali ke negara mereka boleh kembali ke negara mereka dan juga membolehkan untuk mendapat dokumen daripada negara mereka sendiri. Saya sebagai wakil rakyat dari negeri Sabah amat berterima kasih supaya perkara ini dapat dilaksanakan dengan segera dan kita tidak merasakan bimbang lagi dalam negara kita sendiri kerana kita takut. Kadang-kadang kita merasa takut. Anak- anak saya pun takut, “Mommy, PTI kah itu?” Dalam masa COVID-19 ini orang Sabah- PTI itu mommy, bawa COVID. Jadi kita jadi bimbang. Sebenarnya kita tidak mahu bersikap demikian tetapi adalah baik, kalau boleh supaya kita tidak tahu mereka datang, kita tidak pasti- tidak melalui itu, ini semua- medical- tidak melalui medical inspection, dengan izin, dan sebagainya. Maka akan membawa banyak lagi penyakit dan sebagainya ke dalam negara kita selain daripada masalah dadah, jenayah dan sebagainya. Oleh sebab itulah, perkara ini mestilah dengan segera diselesaikan...

Jadi Yang Berhormat Beaufort setujulah, dalam kata lain Yang Berhormat Beaufort setuju dengan cadangan tersebut?

Cadangan itu mengikut apa yang kementerian katakanlah bukan cadangan yang kita interpretasi kita dari luar yang mana boleh menyelesaikan masalah kita.

Jadi maknanya Yang Berhormat Beaufort setujulah bahawa pelaksanaan yang IMM13 itu sebenarnya adalah sama dengan cadangan pelaksanaan PSS dulu di mana seingat saya sewaktu saya duduk berada di sebelah sana sewaktu kita mencadangkan PSS itu juga telah mengatakan bahawa 136,055 orang pemegang ketiga-tiga dokumen tadi hendaklah ditukar kepada satu dokumen digelar Pas Sementara Sabah. Yang sebenarnya cadangan ini dulu datang daripada Kerajaan Barisan Nasional. Jadi setuju atau tidak.?

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Tiada, yang PSS itu beza. Yang Berhormat Sepanggar cakap dalam ini PSS itu akan diberikan kalau dimohon untuk dapat warganegara.

Saya tidak pernah- untuk makluman Yang Berhormat Kimanis dalam Hansard bahawa tidak ada...

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

You cakap dalam Dewan. You cakap PSS boleh digunakan untuk memohon warganegara...

Yang Berhormat Kimanis, Yang Berhormat Pagoh sendiri telah menyebut di Pilihan Raya Kecil Kimanis... [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Kimanis, ini floor Yang Berhormat Beaufort. Minta Yang Berhormat Beaufort bagi respons kepada Yang Berhormat Sepanggar. Sila.

Yang Berhormat Kimanis, untuk makluman Yang Berhormat Pagoh sendiri sewaktu di Kimanis telah menyebut bahawa PSS tidak akan diberikan kewarganegaraan.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Yang Berhormat Sepanggar sebutkan dalam Dewan yang mulia ini mengatakan bahawa PSS itu boleh digunakan untuk memohon warganegara. Tidak boleh.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Beaufort. Ini floor Yang Berhormat Beaufort. Yang Berhormat Sepanggar. Yang Berhormat Beaufort sila.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Boleh bagi saya laluan Yang Berhormat Beaufort sekejap? Boleh?

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Yang Berhormat Sepanggar cakap dalam Dewan ini...

Semenanjung bolehkah?

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

...PSS boleh digunakan untuk memohon warganegara. This is wrong. Tidak boleh. Mana boleh cakap begitu...

PSS tidak pernah boleh memohon kewarganegaraan Yang Berhormat. Jangan mengelirukan Dewan.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

...mengatasi masalah PTI...

Check balik Hansard. Jawapan saya dulu.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

...Bukan warganegara- you are wrong. You said at this Dewan. Tidak boleh.

No, no. Saya tidak pernah sebut bahawa PSS boleh memohon kewarganegaraan. Jangan mengelirukan Dewan.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

...mana boleh PSS untuk guna untuk dapat kewarganegaraan. Tidak boleh. Salah Yang Berhormat.

Tidak pernah, tidak pernah.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

You cakap dalam Dewan- ada bukti videonya.

Check balik Hansard.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Ada video.

Biar saya jadi orang tengah, boleh? [ketawa]

Yang Berhormat video yang di- viral-kan itu video yang diedit, dipotong separuh sahaja.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

No, ada Hansard juga.

Check Hansard balik.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Beaufort, hendak teruskan. Sila Yang Berhormat Beaufort.

Tuan Yang di-Pertua, biarlah nanti itu Menteri akan menjawab. Memberikan penerangan sebab kalau sini bergaduh macam begini kita tidak dapat cerita sebenarnya.

Tuan Yang di-Pertua, kalau saya boleh kata daripada Yang Berhormat Kimanis...

Saya tidak bagi laluan.

...Untuk check Hansard balik.

Tidak bagi laluan lagi.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Sudahlah Yang Berhormat, you sudah dulu cakap, sudahlah.

Tunggulah daripada Menteri nanti untuk memberikan penjelasan sebaik-baiknya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Teruskan Yang Berhormat Beaufort.

Tuan Yang di-Pertua, masa saya sudah pendek. Saya ingin menyebut tentang masalah belia juga.

Satu perkara yang penting. Belia ini perlu diberikan perhatian terutama disebut juga dalam Titah Tuanku berkenaan dengan TVET. Oleh sebab itu, banyak latihan TVET ini melalui Giat Mara, IKM dan sebagainya. Ini telah melahirkan begitu ramai graduan dalam negara kita. Saya minta juga kepada graduan-graduan ini mereka diberikan peluang untuk menyumbang kepada negara ini. Di mana-mana sahaja mereka boleh memberikan

sumbangan mereka, maka saya minta agensi-agensi dalam negara ini memberikan peluang kepada mereka ini kerana mereka ini anak-anak daripada perkumpulan rakyat termiskin dan B40. Berikan peluang kepada mereka untuk berniaga, untuk bekerja supaya kita dapat membantu rakyat kita yang dikatakan miskin dari luar bandar itu mencapai kejayaan kerana kita ingin mereka berjaya, kita ingin mereka keluar daripada kepompong kemiskinan. Tuan Yang di-Pertua, di Sabah ini banyak masalah. Antara masalah yang sekarang ini, current di kawasan saya di Beaufort ialah masalah air. Ini saya sudah sebut berkali-kali di dalam Dewan yang mulia ini. Saya baru dimaklumkan oleh pegawai saya dari pejabat saya di Pusat Khidmat Parlimen Beaufort, hari ini air memang bermasalah di Beaufort. Beberapa hari sudah air bermasalah. Jadi saya sebut walaupun kami sudah ada loji baharu, kos dengan RM226 juta yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan, tetapi masalah ini masih tidak selesai. Jadi hari ini masih bermasalah. Saya mintalah kepada pihak-pihak yang berkenaan sama ada di peringkat persekutuan, juga di peringkat negeri supaya lihat dan selesaikan masalah ini supaya rakyat kita di luar bandar ini daripada kita gaduh benda-benda yang lain, kita selesaikan masalah rakyat kita yang memerlukan ini. Mereka juga perlukan buka air, dapat paip air bersih dan dapat membuat kerja-kerja mereka, dapat makan, minum dan sebagainya. Akan tetapi sekarang ini masalah ini menjadi-jadi. Kita kena marah, kita wakil rakyat kena marah. Kita bawa sudah peruntukan tetapi masalah tidak selesai. Jadi tolong tengok di manakah sebenarnya masalah ini. Apa penyebabnya? Tolong cari jalan dan selesaikan dengan sebaik mungkin.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Masa telah tamat.

Ya, apa hendak dikata, masa sudah sampai, terpaksalah saya berhenti. Terima kasih, saya menjunjung kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Ipoh Barat. 20 minit.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya berterima kasih berpeluang mengambil bahagian dalam ucapan Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sebelum dan selepas saya menjadi Menteri Sumber Manusia, saya telah membayangkan dan mengharapkan agar semua pekerja tempatan dapat bekerja dalam suasana kerja tanpa sekatan. Pengendalian kes-kes di Mahkamah Industri selama bertahun-tahun menyebabkan saya menyedari bahawa banyak pekerja telah kehilangan dan kekurangan perwakilan kolektif dan mereka tidak dapat membela dan menuntut keadilan di Mahkamah Industri walaupun ditindas oleh majikan. Semasa saya menjadi Menteri Sumber Manusia, visi saya adalah untuk memperkukuhkan hak pekerja. Untuk mencapai dan merealisasikan matlamat ini, kesatuan sekerja mestilah diberi ruang dan digalakkan untuk ditubuhkan secara bebas agar permuafakatan antara majikan dan pekerja dapat dicapai. Langkah ini dapat meningkatkan kemajuan negara dalam masa yang singkat. Negara kita belum lagi meratifikasikan convention International Labour Organization 87 yang menyentuh kepada kebebasan persatuan dan hak perlindungan organisasi, Fundamental Convention 87 on Freedom of Association and The Protection of the Rights to Organize walaupun telah merdeka selama 62 tahun. Kerajaan PH giat berusaha masa itu untuk mengesahkan, namun ia tidak terjadi selepas pemindahan kuasa berlaku. Justeru itu saya menyeru Kerajaan Perikatan Nasional agar dapat meratifikasikan Konvensyen 87. Pada prinsipnya pindaan yang menggabungkan dan merangkumi Konvensyen 87 termasuk juga dalam pindaan Industrial Relations Act yang telah dipersetujui oleh Parlimen dan juga telah mendapat persetujuan dari Yang di-Pertuan Agong. Kami juga sedang dalam proses masa itu untuk meminda Akta Kesatuan Sekerja untuk memudahkan Konvensyen 87. Pemindaan Akta Kerja 1955 harus digubal dan dikuatkuasakan sebagai undang-undang untuk memastikan majikan dan pekerja dapat mencapai kesepakatan. Perbincangan yang sengit berlaku semasa isu yang berkaitan dengan masa depan pekerja, future of works, dibangkitkan dalam mesyuarat International Labour Organization di Geneva pada tahun lepas. Mesyuarat tersebut telah menyatakan secara

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

jelas bahawa kemajuan teknologi seperti kecerdasan kemajuan, artificial intelligence, automasi dan robotik akan mencipta pekerjaan baharu. Namun ia tidak mendatangkan manfaat atau peluang baharu kepada pekerja yang baru hilang pekerjaan dalam peralihan ini. Kejadian sebegini akan menjadi perkara biasa dan umum pada masa depan dan akan berlaku di seluruh negara. Kemahiran hari ini sudah tidak sesuai dan sepadan dengan pekerjaan yang sedia ada dan kemahiran baharu diperoleh dengan cepat akan menjadi lumpuh, outdated by the time it is implemented. Banyak pekerjaan dijangka bakal pupus pada masa depan. Kehijauan ekonomi, green economy yang menjadi trend di seluruh dunia akan mewujudkan berjuta-juta pekerjaan kerana negara merupakan amalan lestari dan teknologi bersih. Akan tetapi pekerjaan lain akan semakin pupus dan ketinggalan. Dalam konteks ini latihan reskilling, upskilling, cross-skilling diperlukan agar dapat melatih pekerja tempatan yang berkemahiran tinggi. Adakah negara kita sedang menghala ke hala tuju yang betul? Adakah kita sedia membantu pekerja tempatan untuk melakukan peralihan ke atas pekerjaan yang mempunyai masa depan yang cerah. Apa perancangan kerajaan untuk peralihan seperti itu. Ini adalah impian yang dicita-citakan dan ingin direalisasikan oleh Kerajaan Pakatan Harapan dahulu. Diharapkan latihan dan pembangunan ini dapat memberi penekanan yang lebih besar untuk meningkatkan tenaga kerja kemahiran dari 28 peratus yang sedia ada ke-35 peratus dalam masa lima tahun. Impian dan visi ini amatlah mustahak untuk mencapai kejayaan. Impian saya adalah untuk melihat Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian yang menghormati hak asasi pekerja dan mencapai kesepakatan antara majikan dengan pekerja dan melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan berpendidikan. Ini akan mengurangkan jurang antara yang kaya dan miskin selain menghapuskan hubungan tuan hamba, master and servant relationship yang mencirikan landskap dan situasi industri semasa. Memperkuatkan semangat melalui perpaduan solidariti. Dalam konteks COVID-19 dan kemerosotan serta kelembapan ekonomi, pakar ekonomi telah memberikan tumpuan dan ramalan mengenai insiden yang akan terjadi dalam beberapa bulan ini terutamanya daripada segi ekonomi. Apa yang difikirkan fokus dan tumpuan adalah seperti tempoh penghasilan vaksin yang efektif terhadap perawatan COVID-19 dan kadar pengangguran yang meningkat secara mendadak. Namun segala ini masih di luar dugaan kita semua. Pakar ekonomi telah meramal bahawa dua juta orang pekerja di Malaysia akan menganggur tidak lama lagi. Kadar pengangguran telah pada setakat ini mencapai 5.3 peratus setakat ini. Banyak organisasi telah membuat keputusan untuk menamatkan perniagaan kerana mereka telah tersinggung dan tawar hati terhadap prospek perniagaan, masa depan tanpa berunding dengan rakan kongsi atau pemegang saham mereka. Kejadian ini kerap berlaku di atas organisasi yang tidak bersatu. Krisis pengangguran COVID-19 telah menunjukkan betapa pentingnya dan kritikal semangat kerjasama dan kesatuan sekerja untuk melahirkan keseimbangan terhadap keputusan majikan. Sesungguhnya ramalan dan dugaan serta kadar pengangguran yang tinggi telah menunjukkan kemelesetan dan kemerosotan ekonomi. Kerajaan perlu menanganinya, must take necessary step to overcome. Saya berpendapat bahawa kerajaan harus memberi fokus dan tumpuan yang serius pada perkara ini. Tuan Yang di-Pertua, saya pohon agar satu bipartisan committee di antara pembangkang dan kerajaan diwujudkan supaya perkara-perkara ini dapat dibincangkan. Di antaranya saya pohon committee itu termasuk para ketua industri, kesatuan kerja dan ahli ekonomi seharusnya di undang untuk turut serta dalam satu sesi dialog untuk membincangkan cara menstabilkan perniagaan dan pekerjaan.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Juga National Labour Advisory Council yang semasa saya menjadi Yang Berhormat Menteri pada tahun dahulu, kita telah mengadakan sepuluh perjumpaan. Saya harap perjumpaan itu yang membawa banyak manfaat di antara kesatuan pekerja, pekerja dan majikan akan dilanjutkan dan lebih inisiatif dibuat dalam perkara tersebut. Memperkasakan green jobs. Negara-negara seperti Singapore, Denmark dan Australia telah memacukan ekonomi mereka untuk mengurangkan kadar pengangguran. Sebagai contoh, negara Singapore telah mengeluarkan Pakej Rangsangan Ekonomi Ketiga yang telah meningkatkan dan menambahbaikkan Skim Sokongan Pekerjaan (JSS) daripada

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Pakej Rangsangan Ekonomi Ketiga sebelumnya dengan membayar 75 peratus daripada gaji bulanan iaitu SGD460 kepada setiap pekerja tempatan untuk bulan Mei 2020. Pekerja ekonomi gig juga dimanfaatkan daripada Skim Sokongan Pekerja ini. Pekerja ekonomi gig dan individu yang bekerja sendiri di Malaysia juga tidak dilindungi. Sedangkan setiap pekerja dan juga pengarah di Singapura diberikan perlindungan yang sama. Saya harap pekerja-pekerja gig ekonomi diberi perlindungan daripada segi undang-undang dan memberi pertolongan kepada mereka yang tidak ada kesatuan pekerja dan sebagainya. Saya difahamkan pada masa sekarang lebih kurang 26 peratus pekerja-pekerja di Malaysia orang-orang yang bekerja dalam gig ekonomi. Ini akan meningkat lebih, saya difahamkan lebih 50 peratus tidak lama lagi. Mereka tidak ada perlindungan- safety net yang tertentu. Semasa kita dalam kerajaan, kita telah berbincang mengenai perkara tersebut dan ingin menggubal undang-undang tersebut. Itu sebab Akta Kerja, beberapa perbincangan telah dibuat dan saya telah membawa kepada Kabinet untuk mendapat kelulusan draf Akta Kerja. Saya harap ia dapat menggubal undang-undang dan introduce kepada Parlimen untuk tindakan seterusnya. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin beberapa perkara mustahak. Kita selalu cakap kita banyak dengar Ahli-ahli Parlimen mengatakan mengenai front workers. Apa itu front workers, Tuan Yang di-Pertua? Itu mereka yang telah mengorbankan diri mereka untuk menolong orang-orang yang mendapat atau possible to get COVID-19. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, sebelum pandemik ini adakah kita pernah memberi sedikit kelonggaran, a special help to them? The 3D- dangerous, difficult, demeaning dirty. Kalau tanpa pengambil sampah, tanpa jururawat-jururawat, tanpa doktor-doktor yang sedemikian, saya rasa seperti yang telah dibuat di England, saya pohon agar kerajaan menyedari bahawa ini adalah mustahak. They are the special gift to this nation and everywhere. The most critical time they stood by the people. Semasa kita tidak boleh keluar dalam MCO, mereka keluar untuk kerja, menghadapi satu situasi yang serius. Akan tetapi apakah pendapatan mereka? Itulah yang menjadi mustahak. Kalau tidak ada pengambil sampah, apakah akan jadi Tuan Yang di-Pertua? Apakah akan jadi kepada yang tidak mencuci longkang? Pada masa Movement Control Order (MCO). Kita tidak pergi kerja, mereka terpaksa pergi, mereka terpaksa membuat kerja-kerja sedemikian, baharu negara dan semua kita faham apakah ini mustahak? Apakah pekerja-pekerja ini? Adakah mereka diupah dengan gaji yang baik atau gaji yang rasional. Tuan Yang di-Pertua, saya cadangkan satu ministerial committee ditubuhkan supaya pekerja-pekerja yang terlibat dalam perkara ini diberi perhatian yang luar biasa, diberi perhatian yang terdekat supaya pertolongan dapat diberi kepada mereka, kita mengupah mereka, memberi satu upah yang lebih lumayan daripada dahulu. Ini perlu kita ingat, ini bukan satu perkara yang baharu yang saya cadangkan. Ini kalau kita tengok negara-negara maju, mereka mengiktiraf bahawa pada masa COVID-19, baharu kesedaran luar biasa. Security guard has become so of a necessity dalam MCO. Sekarang kita tahu bahawa mereka ini adalah basic necessity people. Saya berharap ini sedikit kelonggaran dalam ministerial committee saya cadangkan ditubuhkan supaya menolong mereka. Kita tahu kita juga ada Majlis Perunding Gaji Negara, minimum wage. Saya harap satu sesi dibuat dengan seberapa cepat yang boleh supaya gaji minimum dapat ditingkatkan kepada pihak-pihak yang dalam 3D- dangerous, difficult, demeaning, dirty. Mereka perlukan pertolongan, mereka satu jenis pekerja yang sangat mustahak dalam sistem negara ini. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan mengenai di mana dua buah tokong hindu telah dirobohkan baru-baru ini. Satu di Taiping pada masa MCO dan lagi satu di Alor Setar pada 8 Julai. Di mana tindakan oleh pihak-pihak berkenaan adalah tidak sensitif, tokong-tokong ini telah wujud di sana lebih dari 100 tahun, ada dokumen- dokumen mengenai perkara tersebut. Kerajaan Persekutuan perlu mengambil iktiraf bahawa dalam negara berbilang bangsa dan agama, kita perlu ada harmoni yang tertentu. Jangan kita pergi sewenang- wenangnya merobohkan tokong-tokong ini dengan tanpa mengadakan diskusi-diskusi dengan pihak-pihak yang berkenaan. Ini adalah mustahak, jangan kita lupa Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2008, Kerajaan Selangor tumbang kerana satu antara perkaranya adalah ini, di mana tokong-tokong dirobohkan tanpa merasa bahawa perlu ada discussion dan sebagainya. Kita kata bahawa kalau tokong-tokong itu telah berada di sana lebih daripada 100 tahun dan sebagainya, sebab-sebab yang tertentu, mereka tidak ada dokumentasi

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

atau ada dokumentasi akan tetapi terletak dalam tapak-tapak yang mungkin perlu diubahsuai, pergi beri masa kepada mereka, buat perbincangan dengan komuniti- komuniti tersebut sebelum tindakan sedemikian diambil. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga bangkitkan perkara di mana kita perlu fikir bahawa kes-kes di Mahkamah Buruh dan di Mahkamah Perusahaan. Sekarang sangat telah naik kerana COVID-19. Saya pohon agar Industrial Relations Act di mana telah diluluskan oleh Parlimen pada bulan Disember, ia digazet kan seberapa segera yang boleh. Yang Berhormat Menteri perlu mengesahkan berapakah kes-kes yang sedang ada di meja beliau untuk dirujuk ke Mahkamah Perusahaan. Saya telah membawa rang undang-undang mengubah dan memberi kuasa supaya merujuk kes-kes tersebut terus ke Mahkamah Perusahaan tanpa mendapat kebenaran atau kelulusan Yang Berhormat Menteri. Itu adalah yang saya cadangkan di seksyen 23, 22, 20(2) Industrial Relations Act/Akta Perhubungan Perusahaan itu. Saya pohon ia di gazet dengan seberapa cepat dan betul supaya ia akan memberi proses untuk melancarkan perkara sedemikian. Tuan Yang di-Pertua, ini mengenai masyarakat India. Saya ingin tahu apakah usaha-usaha yang sedang dibuat untuk meningkatkan perlindungan kepada mereka, terutamanya dalam ekonomi? Di mana the latest study menunjukkan ramai di antara mereka pengangguran sangat tinggi dan mereka perlukan pertolongan yang luar biasa. Apakah kerajaan akan membuat untuk menolong masyarakat ini selain daripada masyarakat Orang Asli dan masyarakat-masyarakat yang lain? Tuan Yang di-Pertua,...

Tuan Kesavan a/l SubramaniamPKR · PHSungai Siput

Sungai Siput minta laluan. Sungai Siput.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Belakangnya. Sila Yang Berhormat Sungai Siput.

Tuan Kesavan a/l SubramaniamPKR · PHSungai Siput

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Di mana Yang Berhormat Ipoh Barat telah menyentuh berkenaan dengan isu-isu masyarakat India, di antaranya kuil yang telah dirobohkan dan juga isu-isu mengenai perancangan pembangunan ekonomi masyarakat India. Adakah Yang Berhormat Ipoh Barat bersetuju dengan saya bahawa terdapat pimpinan-pimpinan MIC dalam gabungan Perikatan Nasional sudah mula menyuarakan kekesalan mereka terhadap Kerajaan Perikatan Nasional di mana mereka dipinggirkan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Ipoh Barat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Kita tahu masalah yang dihadapi MIC sekarang. Saya difahamkan mereka adalah outcast dalam Perikatan Nasional. Ini sangat dibincangkan di media-media Tamil khususnya. Akan tetapi saya ingin kata bahawa satu di antaranya adalah kewajipan kita sendiri di pihak pembangkang untuk membawa perkara-perkara berkaitan itu untuk perhatian kerajaan dan tindakan perlu diambil. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membawa kes mengenai Subsidi Upah dan sebagainya yang dibuat oleh PERKESO. Saya rasa apa yang dibuat oleh PERKESO itu bagus tetapi kita tidak boleh menafikan bahawa tidak ada sebab yang tertentu kenapa wang yang diberi kepada PERKESO untuk disalurkan kepada majikan banyak antara proses itu sangat lambat dan ramai di antara pekerja-pekerja pun tidak mendapat manfaat-manfaat tersebut. Orang yang sangat serius yang affected dalam proses ini pekerja-pekerja hotel. Saya hari ini pun berjumpa dengan beberapa orang pekerja hotel di mana mereka telah mendapat VSS. Ramai di antara mereka yang telah bekerja untuk berpuluh-puluh tahun tiba-tiba rasa tidak ada harapan dan mungkin dengan VSS mendapat pampasan dan macam mana mereka hendak hidup dalam keadaan sedemikian. Saya pun ada dialog antara kementerian dengan mereka. Tidak perlu tunggu hingga mereka datang. Tolong pergi berjumpa dengan pekerja-pekerja hotel di negara ini dan mengetahui masalah mereka supaya kita dapat mengambil inisiatif-inisiatif yang baharu untuk mengatasi masalah tersebut. Saya juga pohon Human Resources Development Fund untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam train and retraining, skilling and upskilling dalam negara ini. Dan berapakah orang yang telah dikenal pasti untuk menjalankan program-program dan berapakah wang yang telah diagihkan oleh kerajaan untuk menguatkan lagi perkara ini?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali, saya hendak kata semasa saya menjadi Menteri, saya telah mengarahkan ILP-ILP di negara ini berfungsi dari pukul lima petang ke 11 malam supaya lebih pekerja-pekerja di negara ini dapat training and retraining. Adakah usaha ini dilanjutkan? Dan berapa orang telah mendapat manfaat-manfaat tersebut? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Gerik.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana telah memberi ruang dan peluang untuk turut sama membahaskan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena perasmian Persidangan Dewan Rakyat Parlimen Ke-14, Penggal Ketiga pada 18 Mei 2020. Inilah kali pertama berlakunya sesi perbahasan tertangguh yang disebabkan oleh penularan wabak COVID-19. Walaupun tertangguh selama kira-kira 55 hari, namun, setiap butiran yang terkandung dalam Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku itu masih segar dalam ingatan saya. Sekali gus menjadi sumber ilham buat saya turut membahaskannya pada persidangan ini. Terawal dalam senarai keutamaan bahas bicara saya ialah berkaitan ekonomi. Persekitaran ekonomi yang tidak menentu di peringkat global telah tempias kepada kita. Fenomena ini menjadi lumrah dalam amalan ekonomi terbuka pada era dunia tanpa sempadan. Kesannya berjangkit kepada setiap sektor ekonomi dan lapisan masyarakat. Ia menjadi lebih parah akibat penularan wabak COVID-19 yang melanda negara ini dan seluruh dunia bermula sekitar Februari 2020 sehingga hari ini. Hampir setiap sektor ekonomi telah terkesan teruk, malah ada yang hampir lumpuh. Alhamdulillah, berkat kesungguhan pihak kerajaan dan kerjasama seluruh rakyat, kini terdapat tanda-tanda positif menunjukkan penularan wabak ini sudah dapat dikawal. Bertolak daripada tanda-tanda positif itu, usaha pemulihan ekonomi mula dirancakkan. Bagi maksud tersebut, pihak kerajaan telah menzahirkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan disusuli dengan Pakej Penjana Ekonomi (PENJANA) yang secara terangkum melibatkan peruntukan sebanyak RM295 bilion. Ini merupakan jumlah peruntukan yang paling besar dalam sejarah Malaysia. Mampukah peruntukan sebanyak itu menyembuhkan kecederaan ekonomi yang dialami akibat COVID-19 dan mengembalikan keampuhan pertumbuhan ekonomi ke tahap yang dihasratkan adalah persoalan yang berlegar dalam fikiran rakyat. Pihak-pihak yang berwibawa mengenai ekonomi termasuk Bank Negara Malaysia, IMF, Bank Dunia dan para pengkaji serta penyelidik rata-rata meramalkan Malaysia akan mengalami pertumbuhan ekonomi yang menguncup pada kadar negatif ataupun jika bernasib baik, di sekitar 0.5 peratus. Ekoran daripada penguncupan itu, kadar pengangguran dijangka meningkat sekali gus menghakis peluang sebilangan besar rakyat daripada menikmati kehidupan yang berkualiti. Malah, tidak kurang juga akan mengalami himpitan duka lara. Diramalkan tidak kurang daripada 500 hingga 800 ribu orang akan menjadi penganggur, manakala di kalangan anak muda lepasan sekolah serta IPT yang jumlahnya bertambah ratusan ribu setiap tahun akan mengalami kerumitan kritikal untuk mendapatkan pekerjaan. Dalam konteks ini, rakyat perlu diyakinkan bahawa pemulihan ekonomi yang direncanakan melalui pakej PRIHATIN dan juga PENJANA itu benar-benar mampu menangani cabaran-cabaran tersebut. Justeru, timbul kewajaran untuk kita bersama- sama memastikan pengisian pakej-pakej tersebut benar-benar menepati matlamat tanpa sebarang ketirisan ataupun tersalah sasar. Bersekali dengan harapan ini ialah saranan supaya di samping memberi ikan, berilah juga joran dan latihan memancing. Tuan Yang di-Pertua, beberapa hari lepas, pihak kerajaan telah menaikkan angka Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) isi rumah kepada RM2,208 daripada RM980 yang diguna pakai sejak tahun 2005. Anjakan tersebut telah menyebabkan jumlah isi rumah dalam kategori miskin meningkat kepada sebanyak 405,441 berbanding 16,653 sebelumnya.

Sehubungan dengan itu, saya berpendapat bahawa menaikkan angka PGK suatu kewajaran kerana ia mencerminkan realiti sebenar kualiti hidup rakyat dalam persekitaran ekonomi yang kian mencabar serta kos sara hidup yang meningkat. Walau bagaimanapun, apabila melihat angka jumlah isi rumah miskin meningkat dengan ketara pada kadar hampir tiga kali- ganda, saya berasa gusar dan cemas sekali gus tertanya-tanya apakah langkah-langkah pembasmian kemiskinan yang sedang dan akan dilaksanakan melalui pakej PRIHATIN dan PENJANA benar-benar mampu mencapai matlamat dalam tempoh seberapa segera. Seperti yang kita sedia ketahui, terdapat beberapa kategori golongan atau kategori kemiskinan iaitu miskin tegar, miskin dan juga golongan mudah miskin. Selain daripada itu, terdapat satu lagi kategori miskin yang saya istilahkan sebagai miskin transit. Mereka yang tergolong dalam kategori ini adalah golongan yang tiba-tiba hilang sumber pendapatan akibat hilang pekerjaan ataupun terkandas dalam perniagaan tetapi kembali terlepas daripada garis kemiskinan apabila mendapat pekerjaan baharu ataupun memulakan perniagaan baharu. Penularan wabak COVID-19 baru-baru ini telah banyak melahirkan golongan miskin transit. Apabila kita bercakap mengenai pembasmian kemiskinan, elok juga kita lihat kepada punca atau penyebab serta ciri-ciri kemiskinan supaya langkah pembasmian benar-benar berkesan.

Di samping berpunca daripada miskin harta atau miskin yang diwarisi penyebab-penyebab lain termasuk miskin ilmu, miskin usaha, miskin daya upaya dan miskin peluang. Maka itu, timbul peri pentingnya kita melihat dari pelbagai perspektif supaya usaha pembasmian mencakupi segenap dimensi. Sebagai sebuah kerajaan yang prihatin serta komited terhadap kesejahteraan rakyat, saya ingin mengesyorkan supaya kita beri tumpuan kepada mewujudkan seberapa banyak dan seberapa luas peluang untuk diterjemahkan oleh rakyat ke arah meningkatkan pendapatan, sekali gus menikmati kehidupan yang berkualiti. Melalui peluang yang berkualiti, rakyat boleh menjana pendapatan yang berkualiti dan seterusnya menikmati kehidupan yang berkualiti. Bertitik tolak daripada soal berkualiti, saya ingin mengesyorkan supaya pihak kerajaan melebarkan jaringan peluang terutama di sektor-sektor serta wilayah yang dikenali sebagai lubuk kemiskinan. Sebagai contoh, masyarakat pesawah padi, pekebun kecil, nelayan dan penternak. Peluang menjana pendapatan secara off-farm ataupun di luar sawah dan kebun perlu diwujudkan. Melahirkan seorang usahawan di kalangan generasi kedua membuka lebih banyak peluang bersasar daripada segi perniagaan dan kemudahan-kemudahan serta bantuan ke arah itu langkah wajar. Terdapat ramai anak muda di kawasan luar bandar sama ada di kawasan sawah, sektor pekebun kecil, masyarakat nelayan dan penternak yang bagaikan tercari-cari hala tuju, tercari-cari peluang yang sesuai untuk membaiki kehidupan. Jika golongan ini dibiarkan terabai, mereka kelak akan menjadi pewaris kepada kemiskinan yang dilalui oleh ibu bapa mereka. Kadang-kadang kita tersalah tafsir dengan mengatakan mereka ini terlalu memilih pekerjaan, tak mahu buat kerja 3D- difficult, dirty and dangerous. Malah, terdapat golongan yang melabelkan golongan tersebut sebagai pemalas. Maka itu, saya tekankan soal peluang yang berkualiti supaya boleh diterjemahkan kepada pendapatan berkualiti dan seterusnya, boleh pula menikmati kehidupan yang berkualiti. Menyentuh tentang pendapatan berkualiti, saya menyambut baik keputusan pihak kerajaan meningkatkan angka Pendapatan Garis Kemiskinan isi rumah kepada RM2,208 kerana ia merupakan angka yang lebih realistik berpandukan kos sara hidup yang kian meningkat. Sehubungan dengan perkara ini, meningkatkan PGK kepada RM2,208 tidak memberikan apa-apa erti jika usaha mengekang kenaikan kos sara hidup gagal dilaksanakan. Langkah pihak kerajaan meningkatkan angka PGK suatu langkah yang harus dipuji dan ia merupakan suatu langkah berani. Jika Kerajaan Perikatan Nasional mahu meraih jenama populis, kadar PGK lama pada tahap RM980 boleh diguna pakai supaya angka jumlah isi rumah tidak kelihatan meningkat dengan mendadak. Dengan meningkatkan angka PGK, membuktikan ketulusan dan ketelusan serta kesungguhan Kerajaan PN menangani isu kemiskinan rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, kesan buruk penularan wabak COVID-19 amat dahsyat. Ia belum pernah berlaku dalam sejarah negara ini. Segenap lapisan masyarakat terkesan, lebih-lebih lagi golongan yang hidup ibarat kais pagi makan pagi. Sesungguhnya, bagi meringankan penderitaan rakyat, kerajaan memberi pelbagai bantuan di bawah pakej PRIHATIN dan pakej PENJANA. Namun, persoalan yang berlegar di fikiran kita ialah yang menyentuh tiga perkara asas iaitu pertama, ke mana, dan untuk apa sebenarnya wang bantuan itu dibelanjakan? Kedua, apakah akan terjadi selepas wang bantuan itu habis dibelanjakan? Ketiga, apakah rakyat sudah cukup bersedia untuk merealisasikan proses pemulihan? Apa yang saya bimbang ialah kalau-kalau berlaku keciciran di kalangan golongan bawahan B40 berbanding kelajuan golongan berkemampuan, lantas melebarkan lagi jurang antara golongan berada dengan golongan kurang berada. Oleh itu, saya ingin mengesyorkan supaya pihak kerajaan mengambil perhatian mengenai perkara yang dibangkitkan ini kerana kapasiti untuk bangun semula di kalangan rakyat adalah berbeza- beza. Berbalik kepada soal rasional bahawa tiada kemakmuran jika tiada keamanan. Saya ingin mengaitkan perkara ini dengan soal pemulihan dan merancakkan pertumbuhan ekonomi. Daripada pemerhatian saya, terdapat beberapa ironis, dan kejanggalan. Misalnya, semasa pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan, terdapat beberapa orang, pucuk pimpinan PH yang bagaikan berlumba-lumba untuk menjadi juara berkokok ke sana ke sini mengatakan hutang negara melebihi RM1 trilion, sekali gus menggambarkan negara ini di ambang muflis. Akibatnya, pasaran saham menjunam dengan mendadak, minat para pelabur jadi hambar. Ekoran daripada itu, pertumbuhan ekonomi terjejas, rakyat dilanda derita. Walhal, kisah hutang negara melebihi RM1 trilion itu siri penceritaan karut bagi menutup kegagalan PH memenuhi janji-janji manifesto PRU Ke-14. Turut mencurah cuka kepada luka ialah senario di mana hampir setiap hari dipaparkan kisah penangkapan orang-orang tertentu daripada kalangan kerajaan sebelum PH atas pertuduhan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram. Ironisnya, sebilangan besar daripada kes tersebut belum pun dijatuhkan hukuman mahkamah tetapi persepsi warga tempatan dan global ialah bahawa negara ini penuh dengan amalan rasuah dan anasir-anasir buruk. Implikasi dan padahnya ialah anggapan negatif para pelabur bahawa Malaysia bukanlah tempat yang selamat untuk melabur. Bersambung daripada kisah itu ialah episod-episod politik yang mendebarkan serta menjurus kepada anggapan masyarakat serta pelabur bahawa negara ini dilanda ketidakstabilan politik. Bermula pelbagai kekecohan dalaman parti-parti komponen PH, diikuti pula dengan polemik janji tidak ditepati dalam konteks peralihan penjawat Perdana Menteri serta episod cakar-mencakar di kalangan warga PH dan juga di antara PH dan pembangkang pada masa itu khususnya UMNO dan Muafakat Nasional. Puncak kepada episod-episod politik wayangan itu ialah peletakan jawatan Yang Berhormat Tun Dr. Mahathir bin Mohamad sebagai Perdana Menteri, sekali gus meruntuhkan Kabinet dan Kerajaan PH. Kekecohan itu tidak berhenti setakat itu, malah bersambung hingga ke hari ini dengan naratif dan lakonan baharu iaitu hendak menumbangkan Kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Sri Haji Muhyiddin bin Md. Yassin. Pelik tetapi benar bahawa pelakon utama dalam siri wayangan tersebut adalah orang yang sama. Secara jujur, marilah kita sama-sama berikan suatu pendirian yang berpaksi. Satu soalan mudah iaitu bolehkah negara ini merealisasikan impian negara maju melalui ‘Wawasan Kemakmuran Bersama 2030’ jika berterusan berlaku wabak-wabak penyakit politik akibat daripada wayangan politik bergeseran yang tidak berkesudahan. Itu belum lagi disentuh tentang ribut dan gelora yang bakal melanda arena politik tanah air apabila kian menghampiri perang besar PRU Ke-15. Pelik tetapi benar bahawa di negara ini, haba dan kepanasan politik tidak terhenti pada pilihan raya seperti di negara-negara lain. Malangnya di negara tercinta ini, politik kembali panas atau dipanaskan semula sebaik selepas pilihan raya.

Pendek kata, rakyat Malaysia bagaikan diasuh untuk berpolitik sepanjang masa. Rakyat dijadikan penonton yang rimas terhadap pelakon-pelakon politik handalan walhal rakyat menyemai harapan yang tinggi untuk nasib mereka terus terbela. Pelakon-pelakon handalan yang saya maksudkan itu, ramai yang mengisi tempat duduk di persidangan di Dewan Rakyat yang mulia ini.

Sepanjang tempoh persidangan semenjak empat hari lepas, rakyat ditonjolkan dengan watak-watak yang sebahagiannya menghabiskan lebih banyak masa bertengkar dan berpolitik atas isu-isu kecilan dan remeh. Malahan, untuk memadamkan isu gelap yang telah mengambil masa entah beberapa jam manakala rakyat tertunggu-tunggu untuk mengikuti perbahasan yang menjanjikan manfaat buat menebus nasib mereka lebih-lebih lagi selepas dilanda COVID-19. Peringatan ini tidak mengecualikan diri saya sendiri. Tuan Yang di-Pertua, soalan yang amat penting untuk kita sama-sama mencari jawapan ialah ke mana rakyat ingin dibawa selepas ini? Ancaman COVID-19 nampaknya semakin dapat dibendung. Berkat kerjasama segenap lapisan masyarakat, maknanya kecederaan kesihatan mudah-mudahan bukan lagi menjadi ancaman. Justeru itu, yang lebih penting untuk kita tumpukan ialah tindakan mengubat kecederaan ekonomi yang kita alami dan seterusnya melakar road map baharu dalam pertumbuhan ekonomi untuk memakmurkan rakyat dan negara. Saya bukan pakar ekonomi, cuma sekadar mampu menimbulkan persoalan yang tercetus daripada kerisauan saya terhadap masa depan rakyat dan negara. Negara kita ini mempunyai asas ekonomi yang kukuh dan ia telah diletakkan di atas landasan yang betul sebelum dikecamukkan selama 22 bulan di bawah pemerintahan PH. Namun begitu, demi rakyat, walau bagaimana berkecamuk sekalipun, marilah sama-sama kita berganding bahu, membetulkan semua mana yang salah dan menyembuhkan mana yang sakit. Berpolitik sepanjang masa yang terisi dengan agenda tumbang-menumbang tanpa henti, kutuk-mengutuk dan dendam-mendendam sesama sendiri tidak akan mendapat keberkatan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila rumuskan Yang Berhormat. 15 saat lagi.

Terima kasih. Titah Duli Yang Maha Mulia, sarat dengan penuh pesanan dan nasihat yang menyuntikkan nilai tersohor dalam tatasusila urus tadbir dan kepimpinan negara demi kebaikan rakyat. Sewajarnya, kita merafak sembah setinggi-tinggi junjungan kasih atas pesanan dan nasihat daripada Duli Yang Maha Mulia Tuanku itu. Saya akhiri dengan tiga rangkap pantun. Sampan pusaka mudik ke hulu; Muatan sarat rempah dan lada; Sebelum dicela dengarlah dulu; Mungkin terdapat hikmah berguna. Kalau hendak menggoreng lada; Ambil minyak tuang-tuangkan; Kalau hendak membangun negara; Parti yang haprak buang-buangkan... [Tepuk] Rintik-rintik hujan gerimis; Singgah berteduh di pohon jati; Bawalah balik mana yang manis; Sebarang yang keruh tinggalkan di sini. Tuan Yang di-Pertua, ucapan saya berakhir di sini. Gerik menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Gerik. Ahli Yang Berhormat, kalau ikut senarai ada dua lagi iaitu Yang Berhormat Lumut dan Yang Berhormat Setiu. Akan tetapi masa telah menunjukkan 5.30 petang. Dengan ini, Ahli-ahli Yang Berhormat Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin, 20 Julai 2020. Terima kasih.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.34 petang]

Kamar KhasSpecial Chamber

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said) mempengerusikan Mesyuarat]

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M.17) — Kanak-kanak Palauh Minta Sedekah di Bandar-bandar Utama di SabahSpecial Chamber

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk berucap dalam Kamar Khas ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan isu kanak-kanak Palauh di Malaysia. Adalah diketahui umum bahawa kanak-kanak mempunyai hak mereka termasuk hak untuk membesar dalam keadaan yang selamat, bersih dan aman, mendapatkan pendidikan, tidak didedahkan kepada keganasan, tidak diperlukan untuk bekerja, dikahwinkan bawah umur dan lain- lain. Namun demikian kebanyakan kanak-kanak Palauh ini tidak dapat menikmati hak ini.

Tuan Yang di-Pertua, masalah kanak-kanak terabai ini adalah paling kritikal di kawasan Sabah. Sebelum ini, maslah ini hanya berlaku di kawasan Pantai Timur Sabah, kawasan-kawasan seperti Sandakan, Lahad Datu, Semporna dan Tawau. Namun demikian, tahun ini saya juga mendapati masalah ini berlaku di Kota Kinabalu.

Apa yang berlaku di Kota Kinabalu adalah terdapat anak-anak Palauh yang bukan warganegara yang berbahaya dan mengemis di jalan-jalan di pusat bandar Kota Kinabalu. Pengemis ini telah dilihat mengetuk tingkap kereta apabila lampu isyarat menjadi merah dan meminta wang dalam cawan plastik kecil. Bukan sahaja kanak-kanak pengemis ini adalah gangguan, mereka juga meletakkan diri mereka dan pengguna jalan raya berisiko kemalangan jalan raya.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Sebelum ini, saya telah pun menyampaikan banyak aduan tentang kehadiran pengemis asing ini yang kebanyakannya kanak-kanak meminta wang di sekitar pusat bandar Kota Kinabalu kepada pihak berkuasa dan di sini saya ingin memuji tindakan segera yang diambil terutamanya oleh Dewan Bandar raya Kota Kinabalu (DBKK).

Saya gembira kerana dalam tempoh 24 jam, DBKK dan Jabatan Imigresen telah menjalankan penguatkuasaan dengan segera dan menangkap pengemis ini untuk siasatan lanjut. Saya telah dimaklumkan bahawa para pengemis ini bukan sahaja daripada kalangan pendatang asing tanpa izin tetapi kebanyakan mereka adalah orang-orang tanpa warganegara yang tinggal atas perahu dari Pantai Timur Sabah terutama di sekitar kawasan Lahad Datu dan Semporna. Mereka sebelum ini berpindah ke kawasan Bandar Tawau dan sekarang mereka telah pun sampai ke Kota Kinabalu.

Saya mengesyaki bahawa terdapat sindiket terancang yang terlibat dalam membawa kanak-kanak ini dan pengemis ke kawasan Kota Kinabalu.

Kanak-kanak dapat dilihat meminta duit, lepas itu wang yang dikumpulkan kanak-kanak ini akan diserahkan kepada orang lain. Jelas mereka sedang dieksploitasi dan terdapat beberapa sindiket di belakang kehadiran mereka di bandar Kota Kinabalu. Oleh yang demikian, saya ingin bertanya apakah cadangan penyelesaian masalah ini untuk jangka masa panjang. Apakah tindakan yang diambil untuk mengenal pasti anggota-anggota sindiket ini dan bagaimanakah hak kanak-kanak ini tidak dicabuli. Itu sahaja ucapan saya, terima kasih.

Datin Mastura binti Mohd YazidUMNO · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) · Kuala Kangsar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kota Kinabalu. Berdasarkan usul yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kota Kinabalu ini, saya percaya beliau merujuk kepada kanak-kanak daripada masyarakat Pala’u atau Palauh.

Status kedudukan masyarakat Palauh menjadi isu yang sangat rumit untuk diselesaikan di negeri Sabah. Masyarakat ini telah hidup secara nomad atau tidak tetap di antara perairan Sabah, Indonesia dan Filipina sejak berabad lamanya. Oleh yang demikian, mereka tidak mempunyai kerakyatan mana- mana negara. Sebahagian daripada mereka juga telah menetap di perairan Sabah.

Namun demikian, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, masyarakat Palauh yang banyak bergerak secara nomad di perairan Filipina juga telah

Datin Mastura binti Mohd YazidUMNO · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) · Kuala Kangsar

banyak tinggal di perairan Sabah, terutamanya di Pantai Timur. Sebahagian besar mereka juga telah mulai beralih cara hidup daripada tinggal sepenuhnya di dalam bot kepada membina rumah di daratan. Mereka juga telah mula berhijrah ke kawasan Pantai Barat Sabah terutamanya di Kota Kinabalu.

Daripada segi dokumentasi, sebahagian besar mereka ini tidak berdokumen kerana tidak mempunyai kerakyatan mana-mana negara.

Sebahagian mereka mempunyai sijil lahir yang bukan merupakan dokumen yang membenarkan seseorang itu berada di Malaysia secara sah ataupun mengiktiraf sebagai warganegara.

Desakan hidup dan kesukaran mencari pekerjaan disebabkan ketiadaan dokumen telah menyebabkan ada di antara golongan ini mengemis di bandar- bandar di Sabah termasuk kanak-kanak. Pada tahun 2007, Rumah Ehsan Kanak-kanak Jalanan (RPEKKJ) telah diwujudkan bagi menempatkan kanak- kanak bukan warganegara atau jalanan yang didapati merayau dan meminta sedekah tanpa kehadiran penjaga mereka. Majoriti mereka ialah bangsa Palauh.

Di RPEKKJ, mereka diberi pendidikan asas dan makan minum. Namun demikian, RPEKKJ telah dibubarkan pada hujung tahun 2019 kerana didapati kurang berkesan dalam menyelesaikan masalah kanak-kanak jalanan dan Palauh selain lokasi yang tidak sesuai iaitu di dalam Pusat Tahanan Sementara

(PTS) yang menempatkan tahanan yang melakukan kesalahan imigresen.

Susulan penutupan RPEKKJ, kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah bekerjasama dengan United Nations Children’s Fund

(UNICEF) bagi menubuhkan pusat aktiviti kanak-kanak. Kanak-kanak jalanan dan Palauh akan mempelajari asas membaca, mengira, menulis, melukis dan pelbagai bentuk aktiviti lain yang sesuai dengan perkembangan usia mereka.

Mereka akan disediakan makanan ringan dan mereka juga tidak ditahan di pusat berkenaan, sebaliknya akan pulang ke rumah masing-masing setelah menjalani pelbagai aktiviti di pusat tersebut pada waktu siang.

Datin Mastura binti Mohd YazidUMNO · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) · Kuala Kangsar

Kaedah ini diharapkan mampu menarik minat lebih ramai kanak-kanak Palauh dan menghindar mereka daripada terlibat dengan aktiviti tidak sihat terutamanya merayau tanpa tujuan. Pusat ini dijangka beroperasi mulai April 2020 namun terpaksa ditangguhkan ke waktu yang sesuai berikutan wabak COVID-19 yang melanda negara.

Kerajaan Negeri Sabah juga memberi perhatian terhadap masalah masyarakat Palauh ini memandangkan isu ini berlaku di dalam negeri Sabah.

Kerajaan negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Masyarakat

Datin Mastura binti Mohd YazidUMNO · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) · Kuala Kangsar

Palauh yang menggabungkan beberapa agensi daripada Kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan negeri bagi mencadangkan langkah-langkah terbaik bagi menangani masalah golongan ini, termasuk pendidikan, pekerjaan dan tempat tinggal.

Kelebihan golongan ini terutamanya berkaitan kehidupan di maritim akan digunakan sebaiknya bagi kebaikan semua pihak, terutamanya rakyat Sabah dan juga bagi masyarakat itu sendiri. Namun demikian, jawatankuasa ini telah tertangguh pada masa sekarang kerana memberi tumpuan dalam menangani wabak COVID-19 dan juga bencana banjir yang berlaku di negeri Sabah baru-baru ini. Keadaan yang dialami oleh masyarakat Palauh juga mendapat perhatian NGO tempatan dan luar negara.

Kerajaan tidak menghalang sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh NGO untuk membantu golongan ini terutamanya memberi pendidikan asas kepada kanak-kanak selagi mereka mematuhi garis panduan dan perundangan semasa yang berkuat kuasa. Susulan redanya wabak COVID-19, Kerajaan Persekutuan bersama kerajaan negeri akan kembali memberikan perhatian yang lebih terhadap isu ini dan mencari kaedah terbaik untuk mengurangkan masalah yang timbul akibat keadaan yang dialami oleh masyarakat Palauh ini.

Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M.17) — Peruntukan Untuk Pembangunan Tentera di Bukit BenderaSpecial Chamber

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pada kesempatan petang ini, izinkan saya membangkitkan isu yang berkaitan dengan peruntukan untuk pembangunan tentera di bawah Parlimen Bukit Bendera. Terdapat tiga buah markas tentera di Parlimen Bukit Bendera:

(i) Rejimen 509 Askar Wataniah;

(ii) Markas Staf Stesen Batu Feringghi; dan

(iii) Institut Kepimpinan dan Pengurusan (INSKEP) TUDM Setiap markas tentera memerlukan peruntukan pembangunan daripada kerajaan, sama ada untuk kerja membaik pulih kemudahan sedia ada yang telah rosak, penyelenggaraan berkala dan penambahan atau penambahbaikan kepada kemudahan yang sedia ada. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membekalkan kemudahan yang bersesuaian berlandaskan kemampuan kewangan semasa kerajaan supaya anggota

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

tentera dapat berkhidmat dengan baik untuk menjaga keamanan dan kedaulatan negara.

Saya ingin memohon maklumat dan maklum balas berikut daripada Kementerian Pertahanan untuk perkara-perkara di bawah:

(i) memohon menyenaraikan jumlah peruntukan pembangunan yang diperoleh oleh setiap satu markas di Parlimen Bukit Bendera pada tahun 2018 dan tahun 2019;

(ii) senaraikan perancangan peruntukan pembangunan oleh markas-markas tersebut pada tahun 2020; dan

(iii) senaraikan kuarters tentera di Pulau Pinang dan apakah usaha berterusan penambahbaikan fasiliti tentera amnya dan di Parlimen Bukit Bendera khasnya.

Saya memohon supaya Yang Berhormat Menteri Pertahanan dan Kementerian Pertahanan dapat memberikan jawapan terhadap setiap satu persoalan yang dibangkitkan di atas. Sekian, terima kasih.

Dato' Sri Ismail Sabri bin YaakobUMNO · BNMenteri Pertahanan · Bera

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Ahli Parlimen Bukit Bendera yang membawa isu ini.

Untuk makluman Yang Berhormat, Rejimen 509 Askar Wataniah dan Markas Staf Stesen Pulau Pinang berada di bawah perintah Markas Divisyen Kedua Infantri. Peranan Rejimen 509 Askar Wataniah ialah menyediakan keanggotaan bagi membantu angkatan tetap apabila diperlukan serta bersedia membantu pihak berkuasa awam semasa kecemasan dan bencana alam.

Manakala Markas Staf Stesen Pulau Pinang berperanan menyelaraskan keperluan pembaikan dan senggaraan prasarana kem serta menyelaraskan pentadbiran kontrak perkhidmatan selain daripada mentadbir pekerja awam dan mengkoordinasi landskap kecantikan kem.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, Institut Kepimpinan dan Pengurusan TUDM (INSKEP) TUDM yang bertanggungjawab dalam menyediakan latihan ikhtisas kepada anggota dan pegawai TUDM telah berpindah ke pangkalan udara Sendayan pada awal tahun ini. Tempatnya telah diambil alih oleh Sekolah Kulinari dan Hospitaliti TUDM (SKH) TUDM.

Fungsi sekolah ini adalah untuk melaksanakan latihan dan kursus kerjaya kepada anggota TUDM di dalam ketukangan chef tentera dengan kumpulan khusus terhadap peningkatan kualiti dan profesionalisme pengurusan kulinari dan hospitaliti TUDM.

Dato' Sri Ismail Sabri bin YaakobUMNO · BNMenteri Pertahanan · Bera

Bagi pertanyaan Yang Berhormat tentang peruntukan yang disalurkan pada tahun 2018, 2019 dan 2020 bagi fasiliti dan pembangunan ketiga-tiga unit ataupun markas berkenaan, suka saya jelaskan bahawa yang pertama, Rejimen 509 pada tahun 2018 telah menerima peruntukan sebanyak RM71,458 bagi senggaraan bangunan teknikal serta peruntukan kecemasan sebanyak RM20,000.

Pada tahun 2019, rejimen ini telah diperuntukkan sebanyak RM63,900, peruntukan kecemasan sebanyak RM120,000 bagi tujuan senggaraan seperti berlaku pokok tumbang yang telah merosakkan bangunan markas rejimen.

Manakala pada tahun ini, rejimen ini telah diperuntukkan sebanyak RM136,400 bagi pembaikan bangunan teknikal seperti pembaikan bumbung dan pendawaian elektrik di bilik gerakan dan pejabat tadbir rejimen. Rejimen 509 AW ini tidak mempunyai pegangan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) yang diuruskan.

Manakala Markas Staf Stesen Pulau Pinang (MSSPP) pada tahun 2018 telah menerima peruntukan sebanyak RM30,000 bagi anggaran bangunan teknikal dan RM30,000 bagi senggaraan RKAT. Pada tahun 2018 juga, Markas Staf Stesen juga turut menerima peruntukan kecemasan sebanyak RM16,450 bagi senggaraan seperti saluran paip air yang pecah di surau Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) dan senggaraan tangki air yang berkarat dan bocor di tangki air utama Kem Tun Razak. Peruntukan yang diterima pada tahun 2019 pula sebanyak RM70,000 bagi senggaraan bangunan teknikal dan RM2.01 juta bagi senggaraan RKAT.

Selain daripada itu, tahun 2019 Markas Staf Stesen juga turut menerima peruntukan kecemasan sebanyak RM150,300 bagi tujuan senggaraan seperti senggaraan tangki air di Blok G4, G5 dan G8 RKAT di Kem Sungai Ara serta senggaraan kebocoran saluran paip air di Blok 101 Kem Tun Razak dan senggaraan bumbung rosak di RKAT 10A akibat pokok tumbang semasa ribut.

Manakala pada tahun ini, peruntukan yang disediakan adalah sebanyak RM76,640 bagi kerja-kerja pembaikan bangunan teknikal serta sebanyak RM2.43 juta bagi RKAT. Mengenai Institut Kepimpinan dan Pengurusan TUDM ataupun INSKEP TUDM, telah menerima peruntukan senggaraan sebanyak RM550,000 bagi tahun 2018 dan RM750,000 bagi tahun 2019.

Dato' Sri Ismail Sabri bin YaakobUMNO · BNMenteri Pertahanan · Bera

Bagi tahun 2020, sekolah kulinari dan hospitaliti TUDM yang mengambil alih tempat INSKEP TUDM telah menerima peruntukan pembangunan sebanyak RM350,000 untuk kerja-kerja ubahsuai dan peningkatan

Dato' Sri Ismail Sabri bin YaakobUMNO · BNMenteri Pertahanan · Bera

bersesuaian dengan keperluan dan fungsi sekolah berkenaan. Manakala untuk urusan senggaraan bagi tahun 2020, sekolah ini menerima peruntukan sebanyak RM350,000.

Bagi pertanyaan Yang Berhormat tentang kuarters tentera, dimaklumkan bahawa terdapat 836 buah Rumah Keluarga Angkatan Tentera ataupun RKAT di bawah pegangan Markas Staf Stesen Pulau Pinang iaitu 165 buah RKAT di Bukit Gedung, 200 buah RKAT di Apartmen Sri Pahlawan dan 471 buah RKAT di Kem Sungai Ara.

Bagi RKAT di bawah pegangan sekolah kulinari dan hospitaliti TUDM pula terdapat 62 buah unit rumah yang merangkumi 33 unit RKAT milik TUDM di Tanjung Tokong. Keseluruhan RKAT Tanjung Tokong ini dikosongkan kerana mengalami kerosakan teruk dan sedang dalam proses pelupusan secara outright sale purchase di peringkat Kementerian Pertahanan. Manakala 29 buah unit RKAT yang fully furnish pula disewa di kondominium sekitar Pulau Pinang iaitu Adilah Homes, Marina Towers, Leader Garden, Tanjung Park, Twin Towers, Marvis Star dan Miami Green yang dilengkapkan dengan kemudahan kondominium.

Penyediaan kemudahan RKAT ini bagi memastikan kebajikan dan keselesaan anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia sentiasa terpelihara. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan itu tamatlah sesi ucapan di bawah usul berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan, Peraturan Mesyuarat 17 pada hari ini.

Kamar Khas — Usul Menangguhkan Mesyuarat Di Bawah P.M. 18(1) — RANCANGAN PENGILAHAKAN OLEH ISRAEL KE ATAS TEBING BARAT DAN LEMBAH JORDAN Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Azalina Othman Said]: Ahli-ahliSpecial Chamber

Yang Berhormat, menurut keputusan yang telah dibuat pada hari Khamis 16 Julai 2020, satu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) telah dibenarkan untuk dibahas pada petang ini. Saya sekarang memulakan perbahasan usul ini. Pihak pencadang akan diberi 30 minit dan pihak kerajaan akan diberi 30 minit. Akan tetapi kalau hendak bercakap kurang pun bolehlah. Ada bersama saya beberapa nama untuk berbahas. Jadi Yang Berhormat Ledang, sila kemukakan perbahasan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya selaku pembawa usul yang mana usul ini telah dimasukkan pada 14 Julai 2020 dan telah pun diluluskan untuk dibahaskan dalam Kamar Khas ini pada tengah hari ini juga.

Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang mewakili Wisma Putra dan pegawai-pegawainya untuk mendengar usul yang saya akan bawakan ini untuk dibahas, dibincang dan diputuskan dalam Kamar Khas ini.

Saya juga akan beri peluang kepada rakan-rakan yang lainlah untuk juga memberikan pandangan mereka. Jadi saya harap tidak akan mengambil masa terlalu lama tetapi berilah ruang yang munasabah untuk disampaikan.

Tuan Yang di-Pertua, usul yang saya bawa ini berkaitan dengan rancangan pengilhakan ataupun annexation plan oleh Israel ke atas Tebing Barat dan Lembah Jordan, dalam jajahan negara Palestin yang sudah tentunya melanggar undang-undang antarabangsa.

Rancangan pengilahakan ataupun perampasan Tebing Barat dan juga sebahagian Lembah Jordan tersebut merupakan sebahagian daripada rancangan imperialisme Amerika Syarikat yang kononnya disebut sebagai Pelan Damai Abad ini atau pun Deal of The Century. Ia bertujuan untuk menghalalkan dan mentadbir secara langsung penempatan haram Israel di sebahagian besar Jerusalem dan juga Tebing Barat termasuk Lembah Jordan.

Rancangan ini bukan hanya baru bermula dengan rancangan pengilhakan terkini tetapi telah berjalan sejak pembentukan negara haram Israel pada tahun 1948 dan juga pendudukan Jerusalem Timur Tebing Barat dan Semenanjung Gaza pada 1967. Dunia telah menyaksikan pelbagai pelanggaran hak asasi manusia yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap rakyat Palestin. Tahun 1947 menyaksikan pelan pembahagian ataupun partition plan yang dibentangkan oleh Israel di PBB diluluskan menghasilkan Resolusi 181 yang memisahkan negara Palestin kepada beberapa bahagian.

Di Tebing Barat khususnya penjajahan Israel ke atas tanah milik rakyat Palestin ini bermula pada Perang Timur Tengah 1967. Selama lebih daripada setengah abad Tuan Yang di-Pertua, rakyat Palestin telah menanggung keganasan hampir setiap hari bukan sahaja oleh rejim Israel tetapi juga oleh kumpulan ekstremis Yahudi yang merupakan penduduk-penduduk haram di kawasan Palestin ini.

Wanita dan kanak-kanak Palestin telah menjadi sasaran kekejaman dan mereka terbunuh dengan cara yang paling kejam. Tindakan-tindakan ini adalah tindakan tidak berperikemanusiaan. Terkini, Israel merancang untuk mengamalkan kedaulatan sehingga 30 peratus daripada Tebing Barat meliputi penempatan haram Israel dan tanah pertanian yang subur di Lembah Jordan bermula pada 1 Julai 2020.

Rancangan ini akan mengakibatkan 4.5 peratus penduduk Palestin di Tebing Barat berada dalam kawasan yang akan diilhakan iaitu kawasan yang terpisah-pisah yang disebut sebagai Bantustan.

Israel mendakwa bahawa rancangan pengilhakan ini adalah terabsah atas dasar hak sejarah dan agama kerana tanah itu adalah kata mereka milik leluhur Israel. Selain itu, Israel mendakwa kehadiran mereka di situ adalah penting bagi strategi pertahanan Israel.

Tuan Yang di-Pertua, rancangan pengilhakan ini tidak dapat dijalankan sepenuhnya oleh pihak Israel tanpa sokongan daripada pihak sekutu Israel.

Namun, perkembangan setakat ini menyaksikan bahawa beberapa badan dunia seperti PBB, Liga Arab, Kesatuan Eropah membantah rancangan tersebut.

Pengerusi Dasar Luar EU, Josep Borrell menyatakan pengilhakan akan menjejaskan hubungan Israel dan EU. Beberapa negara termasuk rakan sekutu Israel sendiri telah membantah pelan tersebut. Antara negara tersebut adalah United Kingdom, Perancis, Jerman, China malah Rusia dan lain-lain.

Menteri Luar German, Heiko Maas memberi amaran kepada Kerajaan Netanyahu berkenaan dengan rancangan tersebut.

Perdana Menteri Britain Boris Johnson mengeluarkan kenyataan bahawa UK tidak akan mengiktiraf sebarang perubahan kepada sempadan yang telah ditetapkan pada 1967 melainkan turut dipersetujui oleh pihak Palestin.

Tuan Yang di-Pertua, kita seharusnya berasa amat bimbang dengan penghalalan dan juga pengamalan kedaulatan Israel ke atas pembinaan penempatan haram Israel di atas tanah rakyat Palestin. Ini kerana ia jelas sebuah pelanggaran ketara ke atas undang-undang antarabangsa dalam bentuk penjajahan penempatan dan pembersihan etnik. Boleh dikatakan dan disebutkan secara meluas sebagai satu tindakan Apartheid.

Menurut Fourth Geneva Convention, penghuni tidak boleh pindahkan penduduknya ke wilayah yang ia huni untuk mencegah penjajahan wilayah yang diduduki. Pengilhakan wilayah yang diperolehi melalui kekerasan tidak

dibenarkan di bawah undang-undang antarabangsa seperti yang termaktub dalam mukadimah Resolusi UNFC 242 1967.

So, “terang lagi bersuluh” bahawa ini adalah rencana jahat Israel dan ini akan menamatkan penyelesaian dua negara untuk kebaikan Palestin yang sudah lama diusahakan. Sudah pasti akan membawa kepada pertembungan baharu dan kehilangan nyawa serta hak yang berpanjangan.

Saya menjunjung kasih Titah Yang di-Pertuan Agong dalam hal ini dan mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana telah pun mengeluarkan kenyataan untuk mengecam tindakan Israel. Namun, saya juga ingin mencadangkan melalui usul ini agar kerajaan, Parlimen, NGO dan juga masyarakat melaksanakan beberapa langkah tambahan yang boleh diambil bagi menunjukkan keprihatinan Malaysia dan menyertai gerakan antarabangsa untuk menekan Israel supaya menghentikan rancangan ini.

Saya mencadangkan seperti berikut. Pertama, Malaysia melalui OIC dan PBB wajar menggesa Perhimpunan Agung PBB untuk mengusir Israel daripada perhimpunan dan semua agensi PBB memandangkan kegagalan Israel untuk memenuhi kewajipan dan aku janjinya sebagai anggota PBB sebagaimana yang dinyatakan dalam Piagam PBB.

Kedua, mewujudkan sebuah petisyen yang ditandatangani oleh seluruh Ahli Parlimen daripada kedua-dua belah pihak untuk memberi satu isyarat yang jelas bantahan terhadap rancangan ini. Petisyen ini dicadangkan agar dibawa kepada Kedutaan Amerika Syarikat kepada PBB, kepada kesatuan Ahli Parlimen Serantau seperti ASEAN.

Ketiga, mencadangkan Ahli-ahli Parlimen untuk membawa mesej kesedaran melalui usaha sama dengan NGO-NGO berkaitan di kawasan masing-masing berkenaan perkembangan di Palestin dan menyediakan panduan kepada mereka untuk menunjukkan sokongan dan solidariti kepada Palestin dalam perjuangan mereka untuk kebebasan dan keamanan.

Keempat, mencadangkan agar Ahli-ahli Parlimen memanfaatkan jaringan masing-masing, network masing-masing di peringkat dalam negara, antarabangsa dan serantau bagi menormalisasikan sokongan kepada Palestin dan bantahan terhadap Pelan Pengilhakan Israel.

Terakhir dan kelima, kerajaan mengiktiraf, menyokong dan membantu usaha-usaha yang dilaksanakan oleh NGO-NGO tempatan berkaitan bantahan terhadap Israel seperti usaha-usaha daripada Humanitarian CARE Malaysia

(MyCARE), daripada Palestinian Cultural Organization (PICOM), daripada MyAQSA, daripada NGO-NGO lain yang terlibat.

Jadi, sekali lagi Tuan Yang di-Pertua saya dengan rendah diri sebagai pembawa usul ini menyarankan supaya langkah yang dicadangkan ini dapat dilaksanakan oleh semua pihak melihatkan kepada kredibiliti Malaysia sebagai sebuah negara yang memperjuangkan hak asasi dan kemanusiaan. Saya mohon mencadang, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Terima kasih Yang Berhormat. Ada bersama saya tiga nama. Jadi saya akan menjemput setiap Ahli Yang Berhormat dimulakan dengan Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Padang Rengas, kemudian Yang Berhormat Sik.

Kemudian Yang Berhormat Timbalan Menteri akan menjawab. Jadi, setiap daripada Yang Berhormat 10 minit. Yang Berhormat Timbalan Menteri kalau panjang sangat bolehlah jawapan bertulis. Bagi ruanglah. Kemungkinan ada yang hendak. Silakan Yang Berhormat.

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya bangkit untuk menyokong usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Ledang ini. Seperti dimaklumkan ini, Kerajaan Malaysia mempunyai stand yang cukup cantik dalam urusan Palestin ini sejak dahulu lagi, zaman Tuanku Abdul Rahman sehingga pada hari ini. Kita berbangga dengan kerjasama yang diberikan oleh Kementerian Luar Negeri, Wisma Putra dalam urusan Palestin ini.

Seperti dimaklumi, kerajaan Zionis Israel ini dengan sokongan Kerajaan Amerika Syarikat telah merampas sebahagian daripada wilayah Tebing Barat khususnya di Lembah Jordan dan juga kawasan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat.

Netanyahu dalam masa tempoh tiga tahun semakin rancak. Kalau kita lihat dia telah mengisytiharkan seperti yang disebutkan tadi. Tarikh 1 Julai 2020 ini jika berjaya, ia adalah rampasan wilayah yang ketiga dalam tempoh tiga tahun selepas rampasan Israel ke atas wilayah Baitulmuqaddis Timur dan Bukit Golan di Syria yang diiktiraf oleh Amerika Syarikat masing-masing pada tahun 2017 dan tahun 2019. Ini ialah yang ketiga yang mereka sedang merancang untuk menyempurnakan pengambilalihan sepenuhnya bumi Palestin.

Pelbagai pihak antarabangsa telah menyatakan bantahan seperti yang disebutkan tadi dan lebih dahsyat sekali di Parlimen Jerman itu sendiri kalau

kita lihat mereka telah sebulat suara tanpa ada sebarang penentangan daripada Ahli Parlimen mereka menentang tindakan ini.

So, kalau kita Malaysia, Ahli-ahli Parlimen tidak bersepakat untuk membuat tindakan yang sama sangat memalukan. Ini kerana kita terkenal dengan rasa tanggungjawab kemanusiaan. Bagi orang Islam, mereka merasakan ini satu perjuangan tetapi bagi saya, saya ingin menekankan bahawa ini adalah isu kemanusiaan yang kita rakyat Malaysia perlu bangkit.

Kalau kita biarkan rasa tidak puas hati penduduk Palestin dibuli, dibuli, dibuli seolah-olah kita mengizinkan rasa marah dendam dan akhirnya akan melahirkan terrorist. Mereka yang akan membawa kerosakan dengan tujuan membalas dendam. So, Malaysia adalah merupakan benteng yang terbaik untuk memastikan perkara ini tidak berlaku.

Seperti yang kita sebutkan tadi, saya merasakan bahawa kita tidak perlu ragu-ragu dalam perkara ini. Ini kerana ia selari dengan apa yang PBB telah putuskan Artikel 49. Saya ringkaskan Artikel Konvensyen Geneva Keempat itu.

Kuasa yang menjajah, yang sedang menakluki sekarang ini tidak boleh menghantar atau memindahkan penduduknya ke dalam wilayah yang dikuasai.

Ini jelas disebutkan oleh PBB.

Kalau Malaysia buat apa-apa tindakan yang tegas sekalipun, ia bertepatan dengan resolusi-resolusi PBB itu sendiri. Kalau kita tengok Resolusi 242 dengan jelas menyatakan penolakan ke atas pengambilan wilayah melalui perang dan keperluan untuk berusaha ke arah keamanan yang adil dan berkekalan. Ini adalah merupakan sekali lagi kita tidak perlu malu, tidak perlu rasa teragak-agak kerana bertepatan dengan resolusi-resolusi yang pernah dibuat oleh PBB.

Saya juga ingin menambah cadangan yang disebutkan tadi selain daripada ke PBB. Kerajaan Malaysia juga tidak perlu rasa segan dan perlu berterusan untuk mengusulkan kepada ASEAN walaupun saya percaya ada kekangan, tidak boleh masuk campur urusan luar negara tetapi kita perlu untuk terus membawa isu ini kepada ASEAN. Sudah tentu OIC dan forum-forum lain yang Malaysia anggotai agar turut mengecam tindakan ini.

Kerajaan Malaysia juga perlu memeriksa urusan perdagangan yang sedia ada kalau tidak mengambil langkah boikot ataupun memutuskan hubungan tetapi sekurang-kurangnya memadai memaklumkan kepada rakyat Malaysia tanpa segan-segan. Syarikat-syarikat yang memang ada urusan di tanah haram Israel yang menjajah Palestin itu seperti HP, Caterpillar dan juga G4S yang begitu aktif di sana membuat kerja-kerja yang seolah-olah menyokong pengambilalihan tempat-tempat Palestin itu.

Kalau kita kata kita tidak mampu ataupun tidak mahu boikot tetapi sekurang-kurangnya Kerajaan Malaysia mengisytiharkan inilah syarikat- syarikat yang berinteraksi dengan Israel, bekerjasama menyusahkan penduduk-penduduk Palestin itu.

Jadi, saya rasa untuk memberi peluang kepada rakan-rakan yang lain saya menyokong usul ini dan meminta supaya Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Luar Negeri untuk meneruskan sokongan padu dalam isu Palestin ini tetapi kita tingkatkan lagi dengan apa yang telah kita lakukan.

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Terima kasih. Yang Berhormat Padang Rengas. Silakan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya membaca sokongan saya ini, saya hendak ucapkan tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua yang seperti biasa dia menang tidak bertanding. Jadi dahulu semasa pilihan raya pun menang tidak bertanding dua kali. Ini pun menang tidak bertanding. Apa benda yang dia pakai saya tidak tahulah.

Ya saya juga bersama dengan rakan-rakan yang lain ingin menyatakan sokongan saya kepada usul ini. Kita tengok macam Israel ini cara dia mengambil alih kawasan ini semua dirancang. Tahun 1967 dahulu selepas peperangan dengan Arab, Arab-Israeli War, dia menduduki dahulu occupied terrorist kepunyaan Palestin iaitu Tebing Barat dan juga Lembah Jordan.

Dia sanggup tunggu, dia tunggu beberapa tahun kemudian. Sekarang berlaku pengilhakan, annexation pula, the next stage. Annexationnya itu dibuat secara 30 peratus terlebih dahulu. Apa yang akan menghalangkan dia 30 tahun daripada sekarang mengambil 100 peratus? Inilah cara orang-orang Zionis. Saya sebut Zionis kerana kita bukan ada apa-apa masalah dengan Yahudi, kita anti Zionis iaitu implisme untuk menguasai tanah-tanah yang dikatakan bukti yang paling kuat ialah dia kata dalam Al-Quran, dalam Bible ini semua tanah hak Yahudi.

Jadi inilah yang digunakan dan kita lihat itu bahawa tidak cukup untuk kita hanya hendak mengutuk Israel tetapi sekutunya, terutama sekali Amerika Syarikat ya. Terus terang dalam apa hal sekalipun kalau ianya melibatkan Israel, mereka menggunakan dia punya kuasa veto di dalam Majlis

Keselamatan untuk menolak apa sahaja, ada kaitan dengan pengutukan terhadap Israel.

Ini yang digunakan di dalam Majlis Keselamatan dan saya percaya iaitu bahawa mereka mendapat galakan apabila Trump selaku Presiden Amerika Syarikat di bawah pentadbirannya, akhirnya menyatakan bahawa mereka mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara kepada negara Israel. Inilah isyarat yang diberikan kepada Israel iaitu bahawa ‘kamu buatlah’. Itu pun beberapa tahun juga selepas itu baru diambil tindakan mengatakan bahawa mereka akan memindahkan kedutaan mereka di Baitulmuqaddis. Inilah ya apabila Trump mengatakan bahawa dia akan memindahkan kedutaannya itu ke Baitulmuqaddis, ini isyarat terakhir kepada Israel bahawa go ahead, I’m giving you the green light. You can occupy the land. Jadi, ini rancangan bukannya satu perkara yang dilakukan ad hoc, mengejut tetapi perancangan yang dilakukan walaupun akan makan masa puluhan tahun, mereka tetap bersabar. Kalau mereka nyatakan mengikut Al- Quran kah mengikut Bible, mereka telah kehilangan kawasan ini ribuan tahun dahulu, apa sangat kalau 30 tahun lagi untuk menguasai semuanya.

Kebimbangan kita ialah kalau dia dah occupy ini semua and next jadi negara dia, dia tidak berhenti di situ.

Dia akan cari jalan yang lain seperti Golan Height tidak ada kena mengena langsung dengan apa ini tetapi dia ambil. Dia akan cari cara lain lagi untuk mengembangkan lagi kawasan Israel ini. Bukan hanya setakat Tebing Barat, hanya setakat Tebing Barat, bukan hanya setakat Lembah Jordan, Golan Height, seluruh Middle East itu nanti mungkin termasuk Madinah.

Mereka merancang untuk mengambil kawasan-kawasan ini sebab iri hatinya mereka kepada Islam dan juga Arab itu tidak ada noktahnya. Mereka akan terus berterusan cari jalan bagaimana untuk melemahkan Islam ini.

Jadi, sebab itu saya menyokong penuh iaitu bahawa tindakan sekeras- kerasnya harus diambil bukan sahaja kepada Israel tetapi juga kepada Amerika Syarikat iaitu dia punya sekutu yang paling kuat menyokong dia dalam apa usaha juga, tidak ada salah langsung Israel ini. Dalam apa hal sekalipun mereka lakukan, tidak ada langsung kesalahan.

Jadi sebab itu saya juga ingin menyatakan bukan hanya setakat kita mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel mengilhakan Tebing Barat dan juga Jordan Valley tetapi juga terhadap Amerika Syarikat. Tak perlu kita nak rasa bimbang, takut kah apa kah. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Hulu Langat, ambil apa tindakan juga. Jangan kita letak rintangan di hadapan kita mengatakan iaitu bahawa kalau kita buat ini, mungkin kita lemah. Jangan. Apa

juga yang kita fikirkan, yang kita boleh buat yang boleh melemahkan mereka, kita lakukan.

Saya selaku Timbalan Pengerusi kepada IPU berjanji di sini, kita akan menghantarkan usul bantahan terhadap tindakan Israel ini dan juga kepada Amerika Syarikat dalam IPU.

[Tepuk] Saya rasa Yang Berhormat juga merupakan setiausaha ataupun bendahari. Minta maaf, kita akan hantar. Kita akan ada mesyuarat selepas ini dan kita akan hantar usul mengutuk dan membantah sekeras-kerasnya kepada negara Israel terhadap pengilhakan Lembah Jordan dan juga Tebing Barat. Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya, Yang Berhormat Sik.

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua. Tidak lewat untuk saya juga mengucapkan tahniah di atas pelantikan, satu kedudukan yang tinggi di Parlimen kita. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sudah pasti juga terima kasih kepada Yang Berhormat Ledang di atas usul yang telah dibentangkan untuk petang ini dan sudah pasti juga ia sebagai suatu solidarity yang jelas daripada kita, sebuah negara yang kecil tetapi mempunyai hubungan persaudaraan dan kekuatan kepada seluruh rakyat Palestin yang sedang ditindas hari ini.

Usul untuk kita membantah sekeras-kerasnya pengilhakan Wilayah Palestin adalah suatu mesej bahawa kita bersama dengan seluruh masyarakat antarabangsa di Timur dan Barat hari ini, termasuk di Eropah bahawa kita mengecam sekeras-kerasnya apa yang sedang dilakukan oleh rejim Zionis Israel. Apa maksud ilhak ini dan sudah pasti ada yang tersurat dan tersirat.

Kalau dilihat daripada segi bahasanya Tuan Yang di-Pertua, diambil daripada perkataan Arab, al-hakka iaitu menyambung, memasukkan atau menghubung, ya itulah usaha jahat rejim Zionis Israel untuk menyambung usaha mereka melebarkan satu gerakan imperialis penjajahan kepada keseluruhan tanah Palestin. Bermula perampasan mereka ke atas Baitulmuqaddis Timur pada tahun 1980, disambung lagi penaklukan ke atas Bukit Golan di Syria pada tahun 1981 dan inilah projek yang disebut Gerakan Israel Raya yang hendak menguasai keseluruhan di bumi Palestin, termasuk di negara-negara jiran sehinggalah sebahagian daripada bumi Arab itu sendiri.

Inilah suatu permusuhan yang sedang dilakukan oleh gerakan Zionis kepada kemanusiaan di seluruh dunia.

Tuan Yang di-Pertua, sudah jelas apa yang sedang dirancang ini sebahagian daripada usaha Israel untuk menguasai keseluruhan sumber air yang sedang mengairi di Sungai Jordan, yang memberi keperluan asas air ini kepada rakyat-rakyat di sebelah Tebing Barat itu sendiri dan juga di sebelah Jordan. Sejumlah 100,000 warga Syria melarikan diri, 100 buah perkampungan mereka dimusnahkan dan tanah mereka diberi kepada 22,000 penduduk Yahudi ketika mana mereka merampas Bukit Golan di Syria. Kini Israel menguasai 60 peratus air bersih daripada Laut Galilee dan Tebing Barat.

Air disalurkan kepada keperluan penduduk Israel lebih kurang 450,000 orang yang tidak termasuk di Jerusalem Timur untuk mengairi laman rumah dan kolam-kolam mandi mereka. Di ketika ini di mana rakyat Palestin terpaksa berhempas pulas mengorek perigi dan telaga kerana ketika mana mereka ketiadaan air bersih untuk perkampungan dan rumah-rumah mereka.

Berbanding dengan 2.2 juta warga Palestin yang kekeringan air untuk kegunaan domestik mereka. Inilah yang telah dilakukan sejak tahun 1967 yang lalu.

Tuan Yang di-Pertua, sudah jelas kita melihat apa yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Hulu Langat dan Yang Berhormat Padang Rengas tadi bahawa apa yang berlaku ini adalah satu gerakan besar Zionis antarabangsa yang mereka mendapat lampu hijau besar daripada pentadbiran Donald Trump di Amerika dan sudah pasti kita menghadapi suatu penentangan yang sangat kuat daripada kononnya kuasa besar dunia.

Namun saya bersetuju dengan Yang Berhormat Padang Rengas tadi, kita jangan berasa takut dan lemah. Jangan berasa kita ini kerdil walaupun kita berada di sebuah negara yang kecil tetapi kita mempunyai suara yang besar, jiwa yang besar untuk kita menyatakan tidak ada lagi suatu penindasan kepada kemanusiaan di Palestin.

Saya mengikuti beberapa banyak program dan persidangan di peringkat antarabangsa termasuk apa yang sedang disuarakan oleh beberapa pihak di Lebanon, di Syria sendiri, the right of return to Palestine. Bagaimana hak rakyat Palestin untuk dikembalikan, mereka dapat kembali ke kampung- kampung halaman mereka. Ada di antara mereka, ibu-ibu ataupun datuk dan nenek yang telah pun menjadi pelarian puluhan tahun di Lebanon dan di negara-negara jiran yang lain. Mereka masih menyimpan kunci rumah mereka untuk pada satu hari nanti mereka kembali pulang ke tanah air mereka. Inilah

semangat yang mereka sedang gerakkan di kalangan anak-anak muda termasuk pemuda-pemuda Palestin.

Tuan Yang di-Pertua, saya di akhirnya untuk mencadangkan beberapa langkah dan tindakan yang boleh kita ambil di peringkat kita sebagai sebuah negara yang berdaulat, negara yang mempunyai hubungan yang sangat akrab, hubungan diplomatik khususnya dengan pihak berkuasa Palestin itu sendiri sama ada di sebelah Tebing Barat ataupun di Semenanjung Gaza.

Saya mencadangkan untuk kita mengukuhkan hubungan diplomatik ini dengan pihak berkuasa Palestin dengan kita meneruskan apa yang telah dicadangkan oleh pihak Kerajaan Malaysia sebelum ini iaitu kita membuka kedutaan khas Palestin sama ada di Amman, Jordan ataupun di Kaherah, Mesir. Kedua-dua negara ini sangat penting kerana hubungan dari segi geografinya yang sangat dekat dengan kedua-dua wilayah yang sedang dikepung ini.

Kita gunalah guna sama segala kemudahan-kemudahan pegawai- pegawai diplomatik kita yang berada di Amman, Jordan dan di Kaherah, Mesir untuk kita menjadi penghubung langsung dengan kerajaan di Semenanjung Gaza iaitu di kedutaan kita di Kaherah dan hubungan kita dengan pihak berkuasa Palestin (Palestine authority) di Tebing Barat melalui kedutaan kita di Amman, Jordan. Jadi saya mencadangkan itu dapat diusahakan dengan sebaiknya oleh pihak Kementerian Luar Negeri.

Kedua, sudah pastilah kita juga melahirkan rasa marah, amarah kita dengan apa yang dilakukan oleh Amerika Syarikat yang menjadi tulang belakang kepada pengilhakan ini. Kita sudah pasti perlu rasa beraninya kita menghantar nota bantahan kita kepada kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur. Dengan jelas kita tidak bersetuju dengan apa yang sedang dilakukan oleh kuasa besar ini.

Ketiga, saya mencadangkan sudah pastilah disebut tadi oleh Yang Berhormat Ledang sendiri bagaimana kita perlu mengukuhkan pengaktifan kita di dalam OIC itu sendiri yang hari ini sangat lemah, yang sangat tidak bermaya, yang menjadi mungkin ejekan, momokan di kalangan masyarakat umat Islam sendiri di atas ketidakprihatinan mereka dan kelemahan mereka dalam mengangkat isu ini untuk diambil satu tindakan yang lebih kuat khususnya untuk kita mengambil tindakan undang-undang yang sudah jelas di dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Ia adalah satu pelanggaran hak asasi manusia yang sangat besar. Peranan Malaysia sudah pasti sangat diperlukan lagi untuk menyegarkan kembali peranan OIC itu sendiri dalam membela umat Palestin.

Keempat Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan pengukuhan hubungan di antara rakyat kepada rakyat, rakyat Malaysia dengan rakyat Palestin itu sendiri (people to people) dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

Hubungan kita langsung kita membantu rakyat Palestin yang hari ini ada sebahagiannya datang ke Malaysia atas mereka ini sebahagiannya adalah pelajar-pelajar ataupun mereka yang menjadi pelarian dan sebagainya. Perlu diambil perhatian oleh pihak kementerian bahawa mereka adalah sebagai duta di sini dan kita menyatakan hubungan rakyat kepada rakyat itu sangat kuat untuk mengukuhkan hubungan kita kedua-dua negara ini.

Kelima ialah perlu digerakkan sudah pastilah di kalangan rakyat yang luas di sana dengan pelbagai kita masyarakat majmuk ini yang kita sudah bersatu hati sama ada Muslim ataupun non Muslim iaitu dengan kempen yang sedang digerakkan oleh seluruh masyarakat sivil antarabangsa iaitu boycott divestment dan sanctions (BDS) dengan izin. Kita boikot, lupus dan sekat segala apa yang ada hubungan dengan Israel. Itu adalah satu kuasa yang sangat besar yang dilakukan sendiri oleh negara-negara di Eropah, termasuk negara Venezuela dan sebagainya, negara-negara yang mereka ini bukan negara Islam tetapi mereka sangat sensitif apa yang sedang berlaku penindasan di negara Palestin.

Jadi itulah cadangan dari saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.

Dato' Kamarudin JaffarPKR · PHTimbalan Menteri Luar Negeri · Bandar Tun Razak

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Saya pertama-tamanya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Padang Rengas dan Yang Berhormat Sik kerana telah melalui Yang Berhormat Ledang membawa suatu usul yang amat penting berkaitan dengan pengilhakan bumi-bumi Palestin oleh negara jajahan negara Israel ini.

Kehadiran dan pembawakan usul ini menandakan bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat dan Parlimen kita konsisten dan senantiasa memperjuangkan suatu isu besar antarabangsa.

Yang baiknya adalah sesuatu isu yang kita mempunyai kesepakatan yang jelas daripada empat orang Ahli Parlimen yang berucap tadi Tuan Yang

Dato' Kamarudin JaffarPKR · PHTimbalan Menteri Luar Negeri · Bandar Tun Razak

di-Pertua, dua mewakili kerajaan dan dua lagi mewakili pembangkang tetapi kesepakatan pandangan adalah jelas kita lihat daripada ucapan-ucapan mereka tadi. Kita lihat pula kehadiran Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain juga menandakan bahawa isu ini adalah isu yang amat-amat dipandang tinggi oleh keseluruhan anggota Parlimen Malaysia kita ini. Jadi, ini adalah suatu perkara yang amat positif untuk masa depan negara kita.

Keduanya, saya boleh sebutkan bahawa pengalaman pertama saya berkhidmat dalam Kementerian Luar Negeri ini sebagai orang kedua dalam struktur kementerian. Apa yang saya dapat lihat kesan dengan amat jelas daripada semua pegawai yang kita mendengar taklimatnya ialah bahawa isu Palestin melawan Israel ini adalah suatu isu yang secara konsisten sebagaimana yang disebutkan tadi daripada awal negara Malaysia ini sendiri, bermula daripada Yang Amat Berhormat Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri dan Menteri Luar, pendirian negara kita, pendirian Wisma Putra, pendirian Kerajaan Malaysia adalah amat konsisten dalam membantah tindakan Israel dan memperjuangkan hak kenegaraan untuk negara Palestin kita ini.

Jadi, sebenarnya isu Palestin merupakan satu isu yang sentiasa dekat di hati rakyat Malaysia. Dasar Luar Malaysia berhubung isu Palestin sentiasa konsisten dan kerajaan sentiasa mengutuk sekeras-kerasnya rancangan- rancangan kejam Israel yang mengakibatkan penderitaan kepada rakyat Palestin. Umum diketahui Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel telah mengumumkan rancangan Israel untuk mengilhak sebahagian Tebing Barat.

Berikut adalah sedikit sebanyak latar belakang mengenai perkara ini iaitu semasa perjanjian Kerajaan Perpaduan Nasional (National Unity Government) Israel di antara Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel dengan Benny Gantz Perdana Menteri alternate kepada kerajaan mereka pada 20 April 2020 yang lalu.

Kedua-dua pihak bersetuju supaya Benjamin Netanyahu membentangkan usul rancangan mengilhak sebahagian wilayah Tebing Barat kepada Parlimen Israel kena set seawal 1 Julai 2020 ini. Selain daripada negara-negara Arab dan OIC, rancangan Israel untuk mengilhak sebahagian wilayah Tebing Barat turut mendapat tentangan sebagaimana kita dengar tadi juga daripada banyak negara lain, termasuk negara-negara rakan Israel sendiri seperti Australia, Jerman, Perancis dan United Kingdom. Kesatuan Eropah rakan dagang terbesar Israel turut menentang rancangan Israel tersebut dan mengugut untuk melaksanakan sekatan terhadap Israel sekiranya rancangan tersebut dilaksanakan.

Dato' Kamarudin JaffarPKR · PHTimbalan Menteri Luar Negeri · Bandar Tun Razak

Untuk Malaysia pula, selain daripada kita di pihak kerajaan, badan- badan bukan kerajaan seperti Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia

(MAPIM), Humanitarian CARE Malaysia Berhad (MyCARE), Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM), Yayasan Al-Quds Malaysia, BDS Malaysia, Islamic Renaissance France turut menyuarakan tentangan terhadap rancangan Israel tersebut.

Dato' Kamarudin JaffarPKR · PHTimbalan Menteri Luar Negeri · Bandar Tun Razak

Jadi kebulatan pandangan dan sikap kerajaan dan rakyat adalah jelas dalam negara kita dalam kes seperti ini. Rancangan Israel ini turut mendapat pelbagai reaksi Kongres Amerika Syarikat. Sekumpulan anggota Kongres Demokrat yang progresif di Amerika Syarikat telah mendesak pentadbiran Presiden Trump untuk menghalang cadangan Israel untuk mengilhak sebahagian Wilayah Tebing Barat ini daripada diteruskan dan menghentikan bantuan ketenteraan kepada Israel sekiranya rancangan tersebut diteruskan.

Mungkin sebab itu Amerika Syarikat sehingga kini masih belum memberikan kata putus kepada Israel untuk meneruskan rancangan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Malaysia sentiasa konsisten dengan dasar luarnya terhadap isu penindasan Israel ke atas rakyat Palestin secara berterusan. Malaysia sejak dahulu lagi mengutuk sekeras-kerasnya pembinaan penempatan haram oleh Israel. Tindakan Parlimen Israel meluluskan pembinaan penempatan haram sememangnya menyalahi undang-undang, sebagaimana kita dengar juga tadi oleh Yang Berhormat, antarabangsa. Khususnya Resolusi 2334 Majlis Keselamatan PBB yang diluluskan pada 23 Disember 2016.

Dalam konteks ini Malaysia melihat rancangan Israel untuk mengilhak sebahagian Wilayah Tebing Barat adalah sebagai lanjutan kepada pencabulan berterusan Israel ke atas hak-hak Palestin dan penghinaan terhadap undang-undang antarabangsa. Saya amat bersetuju dengan Yang Berhormat Padang Rengas kita tadi. Ini rancangan yang Israel lakukan dengan cara yang amat sistematik demi kepentingan mereka sahaja selama puluhan tahun lamanya.

Aktiviti penempatan haram Israel ini juga mengancam penyelesaian kepada konflik itu yang seluruh dunia cuba usahakan. Lanjutan daripada isu ini antara perkara yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia kita adalah seperti berikut iaitu:

(i) Kementerian Luar Negeri telah mengeluarkan kenyataan pada 22 Mei 2020 bagi mengutuk sekeras-kerasnya

Dato' Kamarudin JaffarPKR · PHTimbalan Menteri Luar Negeri · Bandar Tun Razak

rancangan Israel untuk mengilhak sebahagian Wilayah Tebing Barat;

(ii) Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah berbincang dengan Presiden Tayyip Erdogan, Presiden Republik Turki mengenai isu ini semasa perbualan telefon pada 28 Mei 2020. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga membangkitkan isu yang sama semasa perbualan telefon dengan Presiden Erdogan pada 1 Jun 2020;

(iii) saya sendiri telah mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Open-Ended Virtual Extraordinary Meeting dengan izin, peringkat Menteri-menteri Luar Negeri yang diadakan secara atas talian virtual dengan izin, pada 10 Jun 2020 bagi membincangkan rancangan Israel untuk mengilhak sebahagian Wilayah Tebing Barat ini;

(iv) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong melalui satu kenyataan media bertarikh 14 Jun 2020 menzahirkan rasa sangat prihatin dan sokongan baginda kepada rakyat Palestin yang terus dijajah dan ditindas oleh rejim Israel.

Seri Paduka Baginda juga menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk mendoakan agar rakyat Palestin dilindungi serta menitahkan agar masjid-masjid dan surau-surau untuk mengadakan solat sunat hajat dan doa selamat. Jadi ini menandakan keseluruhan rakyat negara termasuklah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sendiri mengambil pendirian yang tegas atas isu ini;

(v) semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-36 melalui persidangan video pada 20 Jun 2020, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah merayu supaya Majlis Keselamatan PBB untuk menentang rancangan Israel untuk mengilhakan Tebing Barat ini; dan

(vi) di atas permintaan Kerajaan Palestin, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah merakamkan satu video pada 2 Julai 2020 yang lalu bagi menyatakan sokongan kepada Kerajaan Palestin menentang keputusan sepihak Israel untuk mengilhak Tebing Barat. Kerajaan Palestin memaklumkan bahawa rakaman tersebut akan disiarkan

Dato' Kamarudin JaffarPKR · PHTimbalan Menteri Luar Negeri · Bandar Tun Razak

bersama-sama dengan video sokongan daripada pemimpin-pemimpin dunia yang lain. Antara pemimpin dunia yang dijemput untuk merakamkan video tersebut adalah mantan Presiden Amerika Syarikat, Jimmy Carter, Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres, Setiausaha Agung Liga Arab, Yang Mulia Abdullah al-Thani bin Al- Husayn serta Presiden Maldives, Ibrahim Mohamed Salih; Tuan Yang di-Pertua, semasa mesyuarat tergempar Pertubuhan OIC, Open-Ended Virtual Extraordinary Meeting dengan izin, peringkat Menteri- menteri Luar Negeri yang diadakan secara atas talian pada 10 Jun 2020, Malaysia dan semua negara anggota OIC yang hadir ke mesyuarat tersebut telah mengulangi sokongan padu yang berterusan terhadap Palestin serta mengutuk dan menolak tindakan kejam Israel untuk mengilhak tanah Palestin di Tebing Barat ini.

Mesyuarat tersebut telah menzahirkan persetujuan sebulat suara semua negara anggota OIC untuk menerima pakai resolusi OIC mengenai ancaman Israel mengilhak sebahagian tanah milik Palestin yang dijajah semenjak 1967 dulu lagi iaitu dalam bahasa Inggerisnya treats of the Israeli occupation government to annex part of the State of Palestine statutory occupied in 1967 dengan izin. Malaysia berpendirian teguh bahawa penyelesaian terbaik kepada konflik Palestin-Israel hanya boleh dicapai melalui rundingan bagi memastikan keamanan, keselamatan dan kestabilan serantau yang berkekalan.

Justeru Malaysia akan terus bekerjasama dengan negara-negara rakan yang lain untuk memperjuangkan nasib rakyat Palestin dalam pelbagai forum termasuk dua hala dan pelbagai hala. Sukacita saya tegaskan di sini bahawa Malaysia akan sentiasa memainkan peranan yang aktif dalam usaha mencari penyelesaian yang adil dan berkekalan kepada konflik Palestin-Israel khususnya ke arah mewujudkan sebuah negara Palestin yang berdaulat dan merdeka.

Malaysia dengan ini secara teguh akan sentiasa menyatakan bantahan terhadap sikap Israel kepada Palestin tidak kira bagi mereka yang tertindas di Tebing Barat mahupun mereka yang dikepung secara berterusan di Semenanjung Gaza yang mengakibatkan penderitaan dan kesusahan yang berterusan. Malaysia juga akan terus menggesa masyarakat antarabangsa untuk mengambil tindakan serius bagi mengakhiri pendudukan haram Israel dan menubuhkan negara Palestin yang merdeka.

Dato' Kamarudin JaffarPKR · PHTimbalan Menteri Luar Negeri · Bandar Tun Razak

Saya juga ingin merujuk kepada cadangan-cadangan yang diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya dan Wisma Putra akan mengambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya untuk seboleh-bolehnya mengambil cadangan-cadangan ini untuk kita bawa ke peringkat yang atasan ataupun di peringkat antarabangsa. Saya amat mengalu-alukan cadangan supaya Ahli- ahli Parlimen kita terlibat secara aktif bersuara di medan-medan dalam negara dan luar negara untuk membawa isu ini ke perhatian rakyat kita dan ke seluruh dunia.

Sudah tentu Wisma Putra mengiktiraf peranan NGO-NGO yang terlibat dan menganggap peranan mereka adalah amat penting untuk menunjukkan wajah bahawa kita berjuang bukan atas nama kerajaan sahaja tetapi juga bersama-sama dengan rakyat melalui NGO-NGO dalam negara kita ini. Cadangan-cadangan lain yang dibangkitkan adalah amat-amat kita sanjung. Berkaitan dengan cadangan supaya Kedutaan Palestin kita dipindahkan ke Amman Jordan ataupun kekal di Kaherah. Sebagaimana yang kita maklum, kerajaan kita semenjak beberapa tahun yang lalu lagi sudah pun mempunyai dipanggil, [Disampuk] bukan duta, dipanggil kita terlibat dan mempunyai bahagian khas tentang Palestin di kedutaan kita di Kaherah.

Kemudian ada cadangan supaya kita wujudkan kedutaan khusus di Amman Jordan. Cadangan ini sedang dalam proses perbincangan dan kita kena memberi dan mengambil kira sikap negara tuan rumah itu iaitu Jordan tentang cadangan balas mereka terhadap cadangan ini. Apa pun kerajaan dan Wisma Putra memutuskan bahawa kalaupun tidak ada suatu kedutaan yang khusus tertakluk kepada pendirian kerajaan tuan rumah maka satu, sekali lagi bahagian khas tentang Palestin ini akan diwujudkan lebih besar daripada apa yang sedang berada di Kaherah, kedutaan kita di Kaherah. Itu adalah dalam pertimbangan dan perkiraan Wisma Putra. Jadi itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, terima kasih dan terima kasih kepada semua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang, hari Isnin, 20 Julai 2020.

[Kamar Khas tamat pada pukul 2.43 petang]