Dewan Rakyat · 29 July 2021

15th Parliament, session 3, meeting 0 · 699 turns · 18,229 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

(Pembukaan)

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Peraturan Mesyuarat, Tuan Yang di-Pertua.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ketua Pembangkang.

(Pembukaan)

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Peraturan Mesyuarat 14(1)(g) dan (i). Ini berkaitan ramai Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak dapat kesempatan menyampaikan pandangan mereka dalam sesi ini kerana sangat terbatas. Saya faham kekangannya dan saya bersetuju dengan apa yang diumumkan oleh Tuan Yang di- Pertua sebelum ini bahawa ada kekangan bersabit dengan ketetapan yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan mengenai COVID-19. Akan tetapi, saya minta pertimbangan Tuan Yang di-Pertua, bincang dengan Yang Berhormat Menteri untuk menambah hari. Umpamanya, isu pendidikan tidak dapat dibahaskan secara terperinci. Beberapa isu kesihatan dan COVID-19 juga ramai yang tidak dapat menyampaikan pandangan. Jadi kalau boleh dengan semua perbatasan waktu selama tiga jam, empat jam untuk hari-hari berikut, itu kita boleh terima. Akan tetapi, saya minta pertimbangan kerana ramai Ahli Yang Berhormat tidak dapat menyampaikan pandangan mereka.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Secara kebetulan...

(Pembukaan)

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Tuan Yang di-Pertua.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Kejap. Secara kebetulan saya pun hendak menyatakan sesuatu tentang masa ini.

(Pembukaan)

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Tuan Yang di-Pertua.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Sekejap, sekejap. Tentang masa ini terdapat banyak orang kata persepsi yang tidak betullah di luar sana. Boleh jadi juga kerana diperbincangkan pun dengan secara yang salah dalam Dewan ini. Sebenarnya, bukanlah menjadi kuasa saya untuk menambah masa. Aturan 12(1) mengatakan, “tiap-tiap persidangan Majlis hendaklah dimulakan pada pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari dan disambung semula dari pukul 2.30 petang hingga 5.30 petang atau lebih awal lagi setelah selesai atau ditangguhkan urusan dalam Aturan Urusan Mesyuarat.” Peraturan 12(3) pula menyatakan, ini kuasa saya. “Tuan Yang di-Pertua boleh melanjutkan masa Mesyuarat selepas pukul 5.30 petang atau selepas apa-apa masa yang telah ditetapkan oleh Majlis Mesyuarat setakat yang tidak melebihi 15 minit saja”. Itu saja kuasa saya. Itulah sebab pada hari-hari, tiap-tiap hari bila saya duduk yang terakhir itu untuk pengerusikan Mesyuarat, saya terus gunakan kuasa ini, budi bicara ini untuk melanjutkan masa hingga pukul 5.45 petang. Maksimum sudah, maksimum. Saya pun dah kata banyak kali tentang perkara ini. Okey, tapi...

(Pembukaan)

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Tuan Yang di-Pertua.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Sekejap, sekejap. Akan tetapi, 12(1) ada proviso. Ada proviso. Provisonya mengatakan sebegini. Saya petik, “...Dengan syarat bahawa sesuatu usul yang akan diputuskan tanpa pindaan atau perbahasan boleh dikeluarkan oleh seorang Menteri pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan untuk mengubah waktu persidangan Majlis”. Jadi, terpulang sebenarnya kepada Yang Berhormat Menteri untuk

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

berbuat demikian sekiranya beliau mendapati sesuai dan beliau setuju dengan perkara untuk memanjangkan atau memendekkan ataupun meminda waktu persidangan. Itu saya hendak bagi peneranganlah. Jadi kalau terdapat apa-apa cadangan seperti yang Yang Berhormat Ketua Pembangkang nyatakan tadi, maka perlulah di – orang kata dibincangkan dengan Yang Berhormat Menterilah. Bagi saya kalau ada usul tersebut, maka saya ikutlah keputusan Dewan. So, saya hendak sekali lagilah saya hendak tegaskan bahawa kuasa ini bukan kuasa saya. Selama 15 minit sudah – Saya maksimum sudah. Itu kuasa saya. Saya harap penerangan tersebut diterima oleh Yang Berhormat.

(Pembukaan)

Tuan P. PrabakaranPKR · PHBatu

Tuan Yang di-Pertua, mungkin bagi ruang untuk kami merayu kepada Yang Berhormat Menteri.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat perlu tekan sekali lagi.

(Pembukaan)

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Saya terima baik penjelasan Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab itu, saya sebut di sini bahawa Tuan Yang di-Pertua selaras dengan Menteri berkenaan. Ini kerana, Menteri berkenaan yang ada, saya pohon penjelasan ataupun jawapan daripada beliau ke atas permohonan ramai Ahli-ahli Yang Berhormat untuk membolehkan lebih ramai mengambil bahagian dalam penerangan atau perbincangan. Kalau pun ditambah hari, tidak semestinya jam 10.00 pagi sampai 5.30 petang. Maka kalau hendak dikatakan ikut kekangan yang ditetapkan, kita hadkan tempoh masa pun tidak apa. Akan tetapi, itu yang kita pohon pertimbangan kalau boleh Tuan Yang di-Pertua izinkan Menteri beri penjelasan sekarang saya hargai.

(Pembukaan)

Tuan P. PrabakaranPKR · PHBatu

Tuan Yang di-Pertua.

(Pembukaan)

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Tuan Yang di-Pertua.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Saya rasa Yang Berhormat yang belakang itu tadi.

(Pembukaan)

Tuan P. PrabakaranPKR · PHBatu

Yang Berhormat Batu.

(Pembukaan)

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Yang Berhormat Bayan Baru.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bayan Baru.

(Pembukaan)

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Yang Berhormat Pasir Gudang dulu dan Yang Berhormat Bayan Baru.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Yang belakang, Yang Berhormat. Ya.

(Pembukaan)

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Yang Berhormat Pasir Gudang dulu.

(Pembukaan)

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, tiga minit sahaja. Pasir Gudang ingin mengemukakan satu perkara penting. Hari ini merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, hari ini 29 Julai. Dimaklumkan dalam Dewan ini Proklamasi Darurat tidak akan disambungkan, maknanya akan tamat pada 1 Ogos yang dekat ini. Jadi, saya ingin membantu Dewan dan membantu juga kerajaan, kita di sini kedua-dua pihak bersetuju bahawa Proklamasi Darurat ini hendak dibatalkan, revoke atau annulment. Kedua-dua kita bersetuju dan Ordinan Darurat ada tujuh saya lihat yang telah dibentangkan atas meja kita dan telah dimaklumkan Kabinet telah membatalkan, itu bagus, kami setuju. Akan tetapi ada baiknya prosedur pembatalan Proklamasi Darurat dan juga ordinan-ordinan itu kita buat mengikut due proses Perlembagaan dan undang-undang yang betul, dengan tertib. Kalau boleh Tuan Yang di-Pertua, kita akan bagi ruang untuk Yang Berhormat Menteri Kewangan membentangkannya, tiada masalah tetapi kita selesaikan perkara ini. Banyak implikasinya jika Proklamasi Darurat dan ordinan ini dibatalkan dengan tidak teratur akan timbul banyak masalah. Jadi, saya mohon pada Tuan Yang di-Pertua kerana proses undang-undang bukan berada di tangan Kabinet tetapi di dalam Dewan Parlimen ini dan Perlembagaan itu supreme, jadi saya mohon. Terima kasih kepada pihak Dewan dan kerajaan yang telah membentangkan dokumen-dokumen itu atas meja kami. Saya mohon sedikit masa Dewan ini, kita bincang sedikit, sama-sama kita tamatkan, kita batalkan dan kemudian kita kemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan, due proses itu kita lakukan sebaik-baiknya untuk rakyat dan negara kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

(Pembukaan)

Tuan P. PrabakaranPKR · PHBatu

Tuan Yang di-Pertua.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Saya perlu jawab...

(Pembukaan)

Tuan P. PrabakaranPKR · PHBatu

Tuan Yang di-Pertua, belakang.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Saya perlu jawab Yang Berhormat Pasir Gudang dahulu, boleh? Apakah perkara yang sama?

(Pembukaan)

Tuan P. PrabakaranPKR · PHBatu

Perkara sama.

(Pembukaan)

Perkara sama.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Kalau perkara sama, Yang Berhormat Puchong.

(Pembukaan)

Tuan P. PrabakaranPKR · PHBatu

Sini sama, Tuan Yang di-Pertua. [Mengangkat tangan] Tuan Yang di-Pertua tidak nampak belakang.

(Pembukaan)

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Ya, terima kasih.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Saya perasan mikrofon ini kalau empat orang atau lebih tekan butang pada masa yang sama ia akan tidak bunyi terus.

(Pembukaan)

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Saya faham.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Jadi...

(Pembukaan)

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua, saya telah pun masukkan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 26(1)(q) dan juga dibaca bersama 36(12).

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Oh, usul...

(Pembukaan)

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Pagi semalam.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

(Pembukaan)

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Jadi, saya hanya minta adakah satu keputusan dibuat berkenaan perkara itu Tuan Yang di-Pertua? Terima kasih

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Maaf Yang Berhormat belum, saya baru dapat surat penjelasan dari Yang Berhormat Menteri pagi tadi. Beri saya sedikit masa lagi untuk baca penjelasan itu semua kemudian saya akan buat keputusan.

(Pembukaan)

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Boleh saya dapat, lebih kurang bila?

(Pembukaan)

Tuan P. PrabakaranPKR · PHBatu

Tuan Yang di-Pertua sini, Batu, Batu.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Hari ini lah...

(Pembukaan)

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

More or less when? Today?

(Pembukaan)

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

[Bangun]

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Mengenai Yang Berhormat Sepang juga serupa tetapi saya kena jumpa Yang Berhormat Sepang sedikit untuk discuss pasal permohonan Yang Berhormat Sepang untuk saya refuse itu. Boleh saya jumpa Yang Berhormat Sepang selepas pukul 11 pagi nanti. Ya?

(Pembukaan)

Tuan P. PrabakaranPKR · PHBatu

Tuan Yang di-Pertua, Batu, Batu, belakang.

(Pembukaan)

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

(Pembukaan)

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Tuan Yang di-Pertua...

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Saya nak kena jawab Yang Berhormat Pasir Gudang dahulu, Yang Berhormat Pasir Gudang. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang kerana menimbulkan...

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan kita dengar dahulu usul-usul berkenaan Peraturan 12 ini.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Tumpang saya ingat, tumpang saya ingat Yang Berhormat Pasir Gudang, sebab saya ini impromptu ya. [Ketawa] Tumpang saya ingat. Mengenai apa Yang Berhormat Pasir Gudang timbulkan itu, itu ialah mengenai 150(3) lah sebenarnya ya. Saya tidak boleh buat apa itu interpretasi 150(3) sebagai seorang peguam dalam Dewan ini kerana itu bukan kuasa saya tetapi sefahaman saya 150(3) itu dia ada tiga elemen. Satu elemen, dia kata Proklamasi Darurat atau apa-apa ordinan yang dibuat mestilah dibentangkan di dalam Dewan apabila Parlimen bersidang, laid. Laid before the

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Parliament. First element. Bahagian kedua pada 150(3) itu. Bahagian keduanya, frasanya ialah unless sooner revoke, unless sooner revoke ya. Jadi nombor satunya, perlu dibentangkan, must be laid. Kedua, frasa yang penting ialah ‘unless sooner revoke’. Frasa yang kedua yang penting ya. Kemudian frasa yang ketiga, elemen yang ketiga yang menjadi buah perbincangan kita selalu. The House may – sorry, both of the Houses may resolve to annul. So, dia tiga elemen ya. Satu, must be laid before the House, mesti dibentangkan di dalam Dewan. Kedua, unless sooner revoke, kecuali telah dibatalkan terlebih awal. Ketiga, kedua-dua Dewan boleh menetapkan atau membuat ketetapan atau resolusi untuk dalam bahasa Inggerisnya annulled atau dalam bahasa Malaysianya ungkai. Okey, keperluan untuk membentangkan Proklamasi Darurat ataupun ordinan- ordinan yang telah dibuat itu adalah amat terang dan nyata dalam 150(3). Akan tetapi persoalannya sekarang apakah ia perlu didebat, dibahas dan sebagainya. Ini pendapat saya, pendapat saya. Perlembagaan Persekutuan itu adalah satu undang-undang yang amat specific, penggunaan bahasa yang digunakan dalam Perlembagaan Persekutuan itu amat specific. It is chosen deliberately dengan izin, semua perkataan itu is chosen deliberately. So, di dalam 150(3) penggunaannya pun very deliberate, must be laid. Dia tidak kata must be table sebagai contohnya. Kita buat comparison dengan Artikel 100 mengenai supply bill. So, dia kata every year there must be a supply bill tabled. So, apabila jadi bill itu dia rang undang-undang lah, apabila rang undang-undang itu, of course kita kena ada bacaan pertama, kedua, bahas, jawatankuasa dan bacaan ketiga because dia kata, dia kata, supply bill ya. Kita kontraskan kepada Artikel 99 sebagai comparison Yang Berhormat. Artikel 99 merujuk kepada annual financial statement. So, dia kata, “The Yang di- Pertuan Agong shall, in respect of every financial year, cause to be laid before the House of Representatives a statement of the estimated receipts and expenditure of the Federation...” So, again 99, ia tidak kata bill, ia very specific, dia kata laid. So, every year masa budget itu kita lay, government akan lay annual financial statement dan apabila laid itu tidak adalah perbahasan mengenai annual financial statement itu. Kita cuma ada perbahasan mengenai budget sahaja. So, that is why I said the Constitution ini dengan izin, menggunakan perkataan- perkataan yang amat spesifik and these words dengan izin, are chosen deliberately, it is not willingly, deliberately. Dia ada maknanya yang tersendiri, maknanya yang tersendiri. So, 150(3) dia kata laid. Saya bagi lagi satu lagi satu contoh, Yang Berhormat Puchong. Yang Berhormat Puchong seorang peguam Perlembagaan. Saya bagi lagi satu contoh, kalau kita pergi ke SPR, macam saya dekat SPR dahulu, schedule 13. Schedule 13 mengenai delimitation or rather redelineation. So, kalau kita pergi ke section 9, schedule 13.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Oleh sebab kalau kita pergi ke section 9, schedule 13, dia kata, as soon as maybe after the Election Commission has submitted their report to the Prime Minister, report mengenai redelineation itu, under section 8, “He shall lay the report before The House of Representative”. The Prime Minister must lay the report for The House of Representative together except when the case where the report states no alteration has got to be made. He shall lay with the draft of an order to be made under section 12. Okay, again, bila dia lay the report, report itu tidak akan dibahas. Tidak akan dibahas tetapi kita perlu ke section 10, if any draft order referred to in section 9 tadi is approved by The House by resolution supported by the vote or not less than one half of the total number. So again, walaupun report itu di-lay tetapi draft order itu kena ada resolution of not less than one half of the total number Members of The House, to approve. So again, they deliberate. Apabila report itu di-lay, tetapi draft order yang dilampirkan itu mesti di-approve. So again, bila Perlembagaan itu memerlukan approval, ia akan kata either through a bill or through a draft order dan sebagainya. Pada pendapat saya lah, hak untuk revoke itu, dia kata, unless sooner revoke. Unless sooner revoke, itu under Artikel 150(3), ia membayangkan satu keadaan di mana ianya di-revoke walaupun belum ke Parlimen. Itulah pemahaman saya tetapi of course terpulanglah kepada pihak kerajaan, pihak Menteri untuk mengambil tindakan yang mereka fikir mengikut Perlembagaan Persekutuan. Bukan untuk saya untuk...

(Pembukaan)

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Tuan Yang di-Pertua, benarkan hujahan ringkas balas, hujahan tambahan saya, Tuan Yang di-Pertua.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Ringkas, ringkas.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua, mohon...

(Pembukaan)

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Tuan Yang di-Pertua...

(Pembukaan)

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Hujahan tambahan saya, Tuan Yang di-Pertua iaitu penting kita sentuh perkara ini untuk hendak tolong Dewan ini. Dalam ordinan ini ada menyebut tentang pilihan raya kecil Sarawak, jadi pada 21 hari bulan itu maknanya perlu diadakan.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Itu saya tidak tahulah, Yang Berhormat.

(Pembukaan)

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Jadi ini implikasi pertama. Yang kedua, tentang Kumpulan Wang Amanah Nasional (KWAN) ini yang melibatkan RM5 bilion.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Itu saya tidak boleh jawablah Yang Berhormat, itu...

(Pembukaan)

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Oleh sebab itu kita kena tengok perkara ini.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

(Pembukaan)

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Ketiga, beribu orang kalau tidak pun beratus orang yang kena kompaun, kuantum kompaun itu ada yang RM10,000 dan sebagainya.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat, itu sebab saya kata hari Isnin ini kita bincang semua itu.

(Pembukaan)

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Hari Isnin sudah... [Ketawa]

(Pembukaan)

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Sudah lambat.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Puchong.

(Pembukaan)

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Darurat sudah tamat, sudah akademik Yang Arif, Tuan Yang di-Pertua.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat, agenda Mesyuarat Khas 11(3) bukan agenda saya. Saya sudah kata banyak kali.

(Pembukaan)

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Ada satu, satu sahaja poin.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Banyak kali saya sudah kata. Oleh sebab masalah yang saya hadapi ini ialah perkara-perkara yang dibangkitkan itu saya telah terangkan banyak kali. Ia bukan agenda saya dan saya tidak tetapkan agenda.

(Pembukaan)

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Saya faham, Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak tolong kerajaan di sebelah sana.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Urusan, urusan. Yang Berhormat Puchong pula.

(Pembukaan)

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Tuan Yang di-Pertua, satu last point.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Puchong pula.

(Pembukaan)

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Tuan Yang di-Pertua.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Puchong pula, maaf.

(Pembukaan)

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Selepas itu Beruas ya, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Puchong.

(Pembukaan)

Yang Berhormat Muar.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Akan tetapi sebelum Yang Berhormat Beruas, saya rasa Yang Berhormat Muar, Yang Berhormat Muar sudah bangun dari awal.

(Pembukaan)

Tuan P. PrabakaranPKR · PHBatu

Tuan Yang di-Pertua, Batu tunggu daripada tadi.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Puchong dahulu.

(Pembukaan)

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Boleh saya teruskan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya terima apa yang disebut tadi oleh Tuan Yang di-Pertua sebagai pandangan daripada Tuan Yang di-Pertua. Memang sebagai peguam, Tuan Yang di-Pertua ada kelayakan dan juga ada pengalaman dalam perkara-perkara ini.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Thank you.

(Pembukaan)

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Apa yang penting Tuan Yang di-Pertua telah pun membuat rujukan kepada beberapa fasal di dalam Perlembagaan Persekutuan yang menunjukkan juga perkataan “laid” tersebut dengan jelas wujud dan oleh yang sedemikian diberikan takrifan seperti mana dalam konteks peruntukan tersebut, artikel tersebut.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Itu kefahaman saya lah, kefahaman saya.

(Pembukaan)

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Saya terima.Akan tetapi ada tiga perkara saya bangkitkan. Satu adalah Tuan Yang di-Pertua, sebagai Tuan Yang di-Pertua yang mempengerusikan Dewan yang mulia ini, saya rasa Tuan Yang di-Pertua apabila Tuan Yang di-Pertua boleh memberi pendapat yang menunjukkan bahawa ada beza dalam pendapat itu kerana di sini saya akan menjelaskan selepas rundingan singkat, apa kah pendapat saya. Maka, kalau ada perbezaan pendapat, itu sudah mencukupi untuk Tuan Yang di-Pertua buat keputusan supaya usul saya dibenarkan dan perkara ini dibahaskan. [Tepuk] It is because at this point bukan soal Tuan Yang di-Pertua buat keputusan.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Usul yang mana, usul yang mana?

(Pembukaan)

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Usul saya di bawah 36.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Usul yang terhadap Yang Berhormat Menteri.

(Pembukaan)

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Usul yang sudah saya failkan semalam.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Ya, saya akan buat pertimbangan .

(Pembukaan)

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Jadi when the Speaker is of the view that there is an issue to be tried or to be debated dan saya rasa di sini ada, then that itself is sufficient Tuan Yang di-Pertua to allow the motion to be debated and let it be resolved there. That is number one. Number two Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan perkataan yang digunakan secara khusus di dalam Artikel 150(3). Tuan Yang di-Pertua, ya ada disebut di situ perkataan laid tetapi Tuan Yang di-Pertua, kita kena faham bahawa ruling dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua dengan menggunakan Standing Order 100 (Peraturan Mesyuarat 100) yang cukup jelas menyatakan seperti berikut, saya baca. “Semua perkara yang tidak disyaratkan terang-terang dalam peraturan ini dan semua perkara berkenaan dengan menjalankan peraturan ini pada perkara satu persatunya, hendaklah diaturkan menurut cara yang tidak berlawanan dengan peraturan ini sebagaimana yang diperintahkan oleh Tuan Yang di-Pertua dari satu masa ke satu masa.” Jadi dalam keadaan ini, Tuan Yang di-Pertua buat keputusan supaya kita dibenarkan untuk berhujah, berbahas. Di situlah Tuan Yang di-Pertua saya tanya kenapa kalau boleh dibahas tidak dibuat keputusan bahawa kita juga boleh buat undi. Ini perkataan dia. So, if Tuan Yang di-Pertua has exercise discretion to allow a debate, then the question is why not exercises a discretion to allow a vote. Ini adalah sebab saya bawa hujahan itu. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita terima, kalau kita terima bahawa kalau satu perkataan spesifik yang ditafsirkan, digunakan kita kena ikut, maka perkataan ‘revoke’ Tuan Yang di-Pertua, juga telah pun ditafsirkan di dalam kes Teh Cheng Poh, revocation is by the King. Jadi kenapa kita tidak memberikan penekanan itu kepada Artikel 150(3). Kenapa ada perbezaan?

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Okey, boleh saya jawab.

(Pembukaan)

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Just one last point, Tuan Yang di-Pertua.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Seminit.

(Pembukaan)

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Dalam keadaan tersebut Tuan Yang di- Pertua, saya merujuk kepada Artikel 150(3) kerana Artikel 150(3) Tuan Yang di-Pertua, saya setuju dengan apa yang Tuan Yang di-Pertua buat. We break it down into three parts. If there is no revocation, Tuan Yang di-Pertua, the second part comes in, which means there has to be a motion. If there is a motion, ada usul, that motion must be debated and voted on. That is why Tuan Yang di-Pertua, kita minta untuk satu ruling berkenaan dengan revocation. Oleh kerana kerajaan kata, sudah di-revoke. Kita semua tahu memang belum kerana prosedur tidak diikut. That is why they are running all over the places now to try to get things done. But Tuan Yang di-Pertua, if there is no revocation, then there must be a motion file for the purpose of being annulled. Kita perlukan masa untuk itu. That is why Tuan Yang di-Pertua, I echoed the words of Yang Berhormat Semporna. What is important here Tuan Yang di-Pertua, sangat penting, ialah kita ini kena faham dan memberikan perhatian kepada pengasingan kuasa. Kuasa yang diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong adalah kuasa yang terjamin di bawah Perlembagaan Persekutuan. We cannot Tuan Yang di-Pertua, we cannot ignore it. We must give it effect. Jadi in that’s context Tuan Yang di-Pertua that I have a response to it, Tuan Yang di-Pertua.

(Pembukaan)

Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Puchong.

(Pembukaan)

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

I hope Tuan Yang di-Pertua understand. I see where Tuan Yang di-Pertua is coming from the legal point of view. Akan tetapi kepada saya yang sangat penting adalah isu sama ada pengasingan kuasa dan setakat mana Dewan ini menghormati Perlembagaan Persekutuan, menghormati institusi Yang di-Pertuan Agong dan juga Parlimen. This is the reason why saya minta supaya usul saya dibenarkan dan kita debate.

(Pembukaan)

Yang Berhormat Puchong, can I, can I...

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Muar pula.

(Pembukaan)

Yang Berhormat Puchong, dengan izin, I just want to– Yang Berhormat Puchong tadi.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Muar sudah tunggu lama selepas ini Yang Berhormat Semporna.

(Pembukaan)

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Beruas, Beruas.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua, saya pun satu.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Beruas selepas itu Yang Berhormat Semporna.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua, ringkas sahaja. The precedent of today will set a very dangerous precedent for future dictators in Malaysia. Apabila seseorang Perdana Menteri pada masa yang akan datang, 10, 20 tahun yang akan datang, yang bakal hilang kuasa, akan pergi jumpa Yang di- Pertuan Agong untuk minta pengisytiharan darurat. Apabila Tuan Yang di-Pertuan Agong menolak dan Raja-raja Melayu menolak, dia kata itu tidak ada dalam Perlembagaan Persekutuan dan Yang di-Pertuan Agong perlu mendapatkan nasihat daripada Kabinet. Selepas itu dia isytiharkan darurat dan apabila darurat diisytiharkan Yang di- Pertuan Agong suruh melalui Parlimen, Parlimen dimatikan dan Parlimen ditutup. Fungsi Raja-raja Melayu diketepikan, fungsi Parlimen ditutup .

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

(Pembukaan)

...Dan apabila ingin dibentangkan di sini diberhentikan.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat ini bukan point of order. This is going to the merit, sorry. Yang Berhormat Beruas dahulu lepas itu Yang Berhormat Semporna, Yang Berhormat Beruas.

(Pembukaan)

Saya juga ya.

(Pembukaan)

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Ya.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua, keputusan... [Pembesar suara dimatikan]

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Beruas, ya.

(Pembukaan)

Tuan P. PrabakaranPKR · PHBatu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Batu tunggu lagi.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua, keputusan Dewan Rakyat pada hari ini bakal menentukan keputusan 10 hingga 20 tahun yang akan datang. The decision of today will hunt us in the future.

(Pembukaan)

Duduklah Yang Berhormat Muar, duduklah.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Beruas.

(Pembukaan)

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Beruas.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Beruas.

(Pembukaan)

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun bangkit tentang Peraturan Mesyuarat 43. Saya memang setuju dengan pentafsiran Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan laid and table. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, only state half of the law, yang setengah lain yang penting itu ialah di bawah peraturan tetap pada bila-bila masa sahaja pihak mana-mana Ahli Parlimen boleh mengusulkan sesuatu dan di bawah Perkara 150(3) itu dikatakan mesti ada satu resolusi. Jadi, maksudnya cara kita membuat resolusi ini memanglah melalui satu usul sebab itu saya sudah kemukakan empat usul untuk dibahas dan kemudian dibuat keputusan. Kalau sesuatu perkara itu di-laid sama ada oleh pihak kerajaan ataupun pihak yang lain mana-mana Ahli Parlimen boleh mengusulkan sama ada laporan SUHAKAM kah laporan kewangan kah ada hak untuk kita mengusulkan untuk membahaskan kalau perlu. Itu diperuntukkan di bawah undang-undang. Memandangkan Tuan Yang di-Pertua telah menolak semua usul saya ini, saya telah pun memfailkan rayuan kepada Dewan Rakyat, itu hak rayuan saya.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Saya.

(Pembukaan)

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Jadi Tuan Yang di-Pertua mesti ikut. Ini hak setiap Ahli Parlimen kerana kita sudah dalam peraturan tetap memberikan penghormatan tertinggi kepada Tuan Yang di-Pertua untuk membuat sesuatu keputusan yang dikatakan muktamad melainkan that’s only one exception to your decision iaitu Majlis Dewan Rakyat ini yang membuat kata putus terakhir. Di mahkamah ada rayuan yang dibenarkan. Di sini hanya satu-satunya rayuan kepada Majlis Dewan Rakyat kerana mahkamah cannot interfere due to the law of separation of powers mahkamah tidak boleh campur tangan. Akan tetapi malangnya sampai hari ini, ini hari keempat, saya tak nampak usul untuk dibentangkan di Dewan Rakyat ini untuk mengetepikan keputusan Tuan Yang di-Pertua disenaraikan. Jadi Tuan Yang di-Pertua, kalau usul saya dibawa di sini dan dipersetujui oleh Majlis Dewan Rakyat akan dengan sendirinya menghidupkan usul asal saya tentang proklamasi atau pengisytiharan darurat dan Ordinan-ordinan Darurat supaya ia boleh diputuskan dan resolusi boleh dibuat mengikut 150(3). Jadi, itu jelas undang-undang jelas.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Sekarang kita...

(Pembukaan)

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Jadi, haraplah hak saya ini dihormati. Tuan Yang di-Pertua, the rules are made to facilitate, not frustrate but kalau tak dibenarkan maksudnya Tuan Yang di-Pertua menggunakan rules to frustrate, that will be acting to the detriment and going against the Parliament itself. Jadi, harapan saya hendak dapat satu keputusan dari hari pertama saya bentangkan. Saya minta satu jaminan daripada Tuan Yang di-Pertua untuk honor atau menghormati peruntukan peraturan mesyuarat yang telah ditetapkan. Akan tetapi sampai hai ini tidak ada.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Saya akan buat, saya akan buat.

(Pembukaan)

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

So, we cannot delay until Monday and say tidak ada buat masa itu sudah pun frustrating hak Ahli Parlimen.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Faham, faham. Yang Berhormat Semporna dahulu ya.

(Pembukaan)

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Rentetan daripada Yang Berhormat Puchong menyebutkan menyatakan tentang perundangan negara kita 150(3) bukan hanya harus dilihat dari sudut itu. Kalau kita melihat Perlembagaan Malaysia yang ada, 150(7) kalau diizinkan Tuan Yang di-Pertua. “At the expiry date of a period of six months beginning with the date on which a Proclamation of Emergency ceases to be in force, any ordinance promulgated in pursuance of this Proclamation, and any law made while the Proclamation was in force, shall cease to have effect, except as to things done or omitted to be done before expiry date of the period.”

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

(Pembukaan)

Maknanya, ordinan yang disebutkan itu walaupun dinyatakan telah di-revoke selepas enam bulan Proclamation of Emergency 150 masih lagi berjalan, ordinan itu kecuali ianya di-revoke dan ini yang sampai Februari 2020. This is Perlembagaan, interpretation of the law is it, unless omitted dan ini yang saya Tuan Yang di-Pertua, I think we might have to have clarity dari segi perundangan negara kita perjalanan dia. Bukan hanya 150(3) tetapi 150(7) juga harus dilihat di mana perkara ini ordinan yang ada masih berjalan itu. Walaupun dikatakan purely academic because payungnya emergency lapse by Monday, say after Monday ya. Kita katakan. Itu yang saya bila melihat kenapa benda ini prolong sehingga perlu penjelasan sehingga Isnin? Ini kerana kita faham by then Emergency Proclamation is already— tetapi kita kena harus juga faham ada 13 ordinan yang telah dibentangkan. Cuma revoke mentioned by the Minister waktu itu ialah enam maknanya ada lagi tujuh di situ, ya. Ini yang saya Tuan Yang di-Pertua kita persoalkan walaupun emergency lapse by first end of the month but it doesn’t mean ordinance is sudah habis sudah, tidak. Jadi minta Tuan Yang di-Pertua supaya perkara ini perlu diperjelaskan perundangan negara kita.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua please.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Beaufort ya.

(Pembukaan)

Interpretasi undang-undang Perlembagaan kita. Perkataan di dalam Perlembagaan 150(3). Jadi, hari ini dalam Parlimen kita bukan di mahkamah. Kalau ada pihak yang inginkan interpretasinya, maka bolehlah memohon kepada mahkamah untuk interpretasi ini Tuan Yang di-Pertua.

(Pembukaan)

[Dewan riuh]

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua. [Pembesar suara dimatikan]

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sepang orang lama.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Selepas itu Yang Berhormat Batu.

(Pembukaan)

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Tidak, Yang Berhormat Sepang dulu, selepas itu Yang Berhormat Batu. Yang Berhormat Batu pun sudah lama menunggu.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa with due respect, saya rasa Tuan Yang di-Pertua tersilap. Saya rasa Tuan Yang di- Pertua, kita sekarang berhadapan dengan Perlembagaan. Perlembagaan sepatutnya is a sui generis, stand on its own. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa Tuan Yang di-Pertua aware dengan beberapa kes, kes Nordin Salleh. Kes Nordin Salleh Tuan Yang di-Pertua sebagai contoh dalam Perlembagaan yang melibatkan Artikel 10(1)(c) tidak adapun hak untuk keluar dari persatuan, yang ada adalah hak berpersatuan. Akan tetapi mahkamah telah mentafsirkan walaupun tiada ada perkataan itu tetapi perkataan itu sebab hak persatuan termasuk hak keluar daripada persatuan. Menggunakan keputusan minoriti kes di India untuk hendak memutuskan bahawa hak itu boleh dilaksanakan. Mahkamah Persekutuan tolong dengan izin mematuhi ataupun mengikuti keputusan mahkamah di India keputusan minoriti. Hakim Anand saya ingat lagi, ‘Kes .....Baginda’ very clear Tuan Yang di-Pertua mengatakan bahawa perlembagaan ini mesti ditafsirkan secara broadly. Kita— the concept is not carved on the stone, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa perlembagaan ini very clear. Kita mesti mentafsirkan dia secara broad. Dia tidak tertakluk kepada apa yang dipanggil stare decisis ataupun legal precedent. Ini Perlembagaan kecuali undang-undang lain. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya merasakan bahawa sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua kalau sekiranya ada even lacuna ataupun kekosongan dalam Perlembagaan contoh jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak ada dalam Perlembagaan tetapi kita ikut formation, kita ikut amalan. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita baca Artikel 150(3) very clear Tuan Yang di- Pertua, tidak— dalam undang-undang lain tidak ada perkataan resolution ....pass ataupun shall cease to have effect. Jadi Tuan Yang di-Pertua, mana-mana orang yang baca perlembagaan Artikel 150(3) tidak boleh lari daripada mentafsirkan bahawa mesti dibentangkan dan dibahaskan. Itu adalah tafsiran yang paling munasabah. Itu yang pertama Tuan Yang di-Pertua. Kedua Tuan Yang di-Pertua saya mengatakan bahawa Tuan Yang di-Pertua dalam...

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Saya bukan hakim ini Yang Berhormat.

(Pembukaan)

Kalau Tuan Yang di-Pertua hakim, saya daripada awal lagi saya sudah pecat. Minta maaf, minta maaf.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Macam mana?

(Pembukaan)

Kecuali Tuan Yang di-Pertua adalah hakim yang bernama Ad bin Harun. Tuan Yang di-Pertua, saya kenal seorang...

(Pembukaan)

Yang Berhormat Sepang cukuplah, cukup. Yang Berhormat Sepang buang masa Dewan.

(Pembukaan)

Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman RazaliPAS · GSMenteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi · Kuala Nerus

Apalah mengarut itu Yang Berhormat Sepang.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua...

(Pembukaan)

Makan ubat tak lagi?

(Pembukaan)

Sesiapa yang tidak tahu itu duduk diamlah. Duduk, dengar, diam. Tuan Yang di-Pertua...

(Pembukaan)

Makan ubat dahulu itu. [Tidak jelas]

(Pembukaan)

...Tentang kuasa Tuan Yang di-Pertua kata...

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu sudah tunggu lama ini.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 12. Tuan Yang di-Pertua mengatakan Tuan Yang di-Pertua tidak ada kuasa. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya Tuan Yang di-Pertua ada kuasa.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Kita discuss Point of Order, saya tahu Yang Berhormat.

(Pembukaan)

Ya lah. Tuan Yang di-Pertua, you have power. Sekarang ini bukan you tidak ada power.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Apakah power saya?

(Pembukaan)

You tidak ada political will untuk buat perubahan.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Tidak, power saya itu datang dari mana?

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua, ada artikel-artikel – our order...

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat follow Perlembagaan Persekutuan dan sebagainya...

(Pembukaan)

90 itu Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua ada kuasa. Boleh suspend the standing order untuk buat perubahan. Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua tidak pernah langsung rujuk...

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

[Ketawa] Saya hendak suspend Yang Berhormat.

(Pembukaan)

Okey

(Pembukaan)

[Dewan riuh]

(Pembukaan)

Itu kuasa Tuan Yang di-Pertua. Kuasa Tuan Yang di-Pertua.

(Pembukaan)

By all means go ahead.

(Pembukaan)

Sudahlah Yang Berhormat Sepang.

(Pembukaan)

Setuju, setuju. Tuan Yang di-Pertua kena buat macam itu.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu...

(Pembukaan)

Setuju Tuan Yang di-Pertua, setuju.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu dahulu.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua, you want to suspend me, you have the power

(Pembukaan)

Yang Berhormat Sepang melanggar peraturan itu, suspend dia.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, maksud sayalah contohnya, bukan saya hendak suspend Yang Berhormat.

(Pembukaan)

Alhamdulillah.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Saya hormat Yang Berhormat ini.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua...

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

You are one of the best around.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua, I just want to highlight Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya Tuan Yang di-Pertua ada kuasa. Tuan Yang di-Pertua baca betul-betul Peraturan 90, Tuan Yang di-Pertua ada kusa untuk melanjutkan masa.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Okey, saya hendak jawab ini, boleh saya jawab dahulu? Akan tetapi, saya hendak dengar Yang Berhormat Batu dahulu. Yang Berhormat Batu sudah lama tunggu, kasihan dia. Selepas ini saya hendak jawab untuk point ini.

(Pembukaan)

Tuan P. PrabakaranPKR · PHBatu

Isu yang saya hendak bangkitkan...

(Pembukaan)

Yang Berhormat Pasir Puteh, Point of Order.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Okey sekejap. Yang Berhormat Pasir Puteh.

(Pembukaan)

Yang Berhormat Pasir Puteh buang masa sahaja.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu.

(Pembukaan)

Tuan P. PrabakaranPKR · PHBatu

Isu yang saya hendak bangkitkan sama dengan Ketua Pembangkang. So, mungkin Tuan Yang di-Pertua boleh jawab dahulu selepas itu balik kepada saya.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Yang Ketua Pembangkang tadi saya sudah jawab.

(Pembukaan)

Tuan P. PrabakaranPKR · PHBatu

Ada, saya hendak bagi pandangan sedikit.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Saya sudah jawab, cukuplah.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua...

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Puteh pula.

(Pembukaan)

Tuan P. PrabakaranPKR · PHBatu

Benda itu penting Tuan Yang di-Pertua.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Tidak, sudah sama, saya sudah jawab tadi. Maaf. Yang Berhormat Pasir Puteh.

(Pembukaan)

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya merujuk kepada Peraturan 14 berkenaan dengan tatacara, peraturan mesyuarat kita di mana saya pun tidak tahu setiap pagi yang dibincangkan duduk di bawah peraturan mana tidak tahu.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Itulah.

(Pembukaan)

Jadi sekarang ini, kita masa singkat. Ketua Pembangkang minta supaya tambah. Sedangkan yang membazirkan masa ini ialah pembangkang. Kalau kita bercakap point semua sekali dan saya telah sebut ...

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Betul.

(Pembukaan)

...Sebelum daripada ini kalau kita bincang COVID-19. Saya tidak pernah nampak lagi ada satu point, satu benda yang baharu yang belum lagi KKM buat yang dicadangkan oleh pihak pembangkang. Tidak ada lagi.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Betul.

(Pembukaan)

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Tidak ada masa Yang Berhormat Pasir Puteh.

(Pembukaan)

Itu dengar, tidak ada masa dia sebut.

(Pembukaan)

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Tidak ada masa untuk berbahas...

(Pembukaan)

Empat hari kita bersidang...

(Pembukaan)

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Tidak ada masa untuk berbahas Yang Berhormat.

(Pembukaan)

[Menyampuk] ...Hendak bagi pandangan...

(Pembukaan)

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

...Di Dewan.

(Pembukaan)

Tuan Yang di- Pertua, mesti dipegang...

(Pembukaan)

Sudah jadi bahan ketawalah, memalukan lah.

(Pembukaan)

Tengok.

(Pembukaan)

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Yang Berhormat Pasir Puteh semua perkara ini masih belum buat keputusan.

(Pembukaan)

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Yang Berhormat Pasir Puteh tidak hendak bising ke tidak ada masa hendak berbahas dalam Dewan?

(Pembukaan)

Inilah perangai.

(Pembukaan)

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Kita belum dapat jawapan lagi.

(Pembukaan)

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

...Isu ini belum bincang lagi.

(Pembukaan)

Jadi saya minta supaya Tuan Yang di-Pertua bertegas dalam perkara ini.

(Pembukaan)

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

...Kita bangkitkan untuk dapat jawapan.

(Pembukaan)

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

...Tidak ada masa untuk berbahas di Dewan.

(Pembukaan)

[Dewan riuh]

(Pembukaan)

...Kita layan...

(Pembukaan)

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

...That is the issue.

(Pembukaan)

...Rugi masa sahaja. Buang masa sahaja. Kita ini penting. Datang dari jauh, Sabah, Sarawak mari bercakap kosong.

(Pembukaan)

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Yang Berhormat Pasir Puteh.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Maaf, maaf. Saya kena jawab dahulu. Saya rasa saya perlu menjawab sedikit Yang Berhormat Puchong tadi ya. Yang Berhormat Puchong, maaf ya. Last, last. Saya faham Yang Berhormat Pasir Puteh memang menimbulkan satu peraturan yang amat jelas. Kita kena discuss Point of Order sebenarnya tetapi ini semua polemik ilmiah ini sebenarnya. Saya memang suka polemik ilmiah ini tetapi saya, ini bukan tempatnya. Akan tetapi tidak apa. Yang Berhormat Puchong, saya perlu jawab sedikit. Izinkan saya. Teh Cheng Poh. Of course, semalam pun saya sudah cakap. Kita semua akur dan acknowledge keputusan dalam Teh Cheng Poh kerana ia keputusan privy council. Mahkamah yang tertinggi yang boleh memberi nasihat kepada kita pada masa tersebut. Keputusan Teh Cheng Poh ini ialah mengikat mana-mana mahkamah di bawahnya sehingga sekarang. Of course, Teh Cheng Poh itu sememangnya terdapat satu perenggan Yang Berhormat Puchong rujuk semalam di mana ia menyatakan kuasa untuk revoke itu adalah tertakluk kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong. Akan tetapi ia juga mempunyai perenggan yang berikutnya yang tidak dirujuk, yang memperhalusi bagaimana kuasa yang Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Yang di- Pertuan Agong itu perlu dilaksanakan. Its sets out dengan izin, its sets out how that discussion of the Yang di-Pertuan Agong out to be executed. So, saya tidaklah membincangkan perkara itu. Terpulanglah kepada pihak Menteri nanti menjawab untuk merujuk kepadanya. So, Teh Cheng Poh bukan sahaja dia kata kausa itu kuasa Baginda Yang di-Pertuan Agong tetapi ia juga mengatakan dengan jelas, bagaimana kuasa Yang di-Pertuan Agong itu perlu dilaksanakan. That is all that I want to say at this point.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua...

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Kemudian mengenai Peraturan Mesyuarat 100. It’s a good point, good point. Akan tetapi Yang Berhormat perlu – saya pun pernah menggunakan kuasa budi bicara ini apa yang saya panggil residual powers. Residual power saya di bawah aturan 100. Contohnya pada masa bajet dahulu terdapat empat usul yang sama. Jadi dalam peraturan mesyuarat tidak diperuntukkan bagaimana empat usul yang sama perlu dibahaskan dan diundi. Tidak akan kita hendak bahaskan setiap satu sedangkan usul-usul itu sama. Usul ‘a’ sama, ‘b’ sama, ‘c’ sama, ‘d’ sama. Kalau kita membahaskan usul ‘a’, kemudian mengundi, katalah usul ‘a’ dibenarkan. Kemudian ‘b’ kita bahas lagi sekali, undinya kalah dan tidak dibenarkan. Jadi bagaimana ‘a’ itu dibenarkan, ‘b’ tidak dibenarkan? Jadi saya guna S.O 100 dalam keadaan itu untuk consolidate semua usul macam kita buat di mahkamah, kita panggil consolidation dan dibahaskan bersekali dan diundi hanya satu kali. Itu kerana tidak ada peraturan mengenainya dalam peraturan mesyuarat. Apa yang perlu diperhatikan Yang Berhormat dalam peraturan mesyuarat 100 ini, ia

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

menyatakan begini. Apa-apa kuasa saya itu, dalam peraturan mesyuarat 100 itu, quote ya quote. Hendaklah diaturkan menurut cara yang tidak berlawanan dengan peraturan- peraturan ini. So, I cannot use whatever residual power dengan izin that I have under Standing Order 100 in a way which is inconsistent with the standing order. So, Standing O rder kita sekarang ada 11(3). 11(3) kata agenda sidang khas ditetapkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. So, whatever power that I am going to use under and pursuant to 100 cannot be an inconsistent with 11(3). That is the problem that I have Yang Berhormat. [Tepuk]

(Pembukaan)

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Saya setuju Yang Berhormat.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Kita lawyer, kita faham, kita cakap semua ini. Akan tetapi rakyat di luar sana tidak akan faham bagaimanapun that is final point of law which we discuss.

(Pembukaan)

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

I agree totally Tuan Yang di-Pertua.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Itu dilema yang saya ada.

(Pembukaan)

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua...

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Satu point lagi, satu point lagi. Yang Berhormat pun telah katakan mengenai lay dan sebaginya. Yang Berhormat Sepang pun.

(Pembukaan)

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Tuan Yang di-Pertua, sebab itu saya kata hak...

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Sekejap, sekejap.

(Pembukaan)

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

...Beruas untuk bawa usul itu mesti dibawa ...

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Sekejap, sekejap. Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Beruas pun menimbulkan isu yang sama. Semalam Yang Berhormat Sepang memberi satu interpretasi yang very adventurous. Very adventurous interpretation. I admire your spirit of adventure.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua...

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Di mana kononnya kita boleh tafsir secara luas tidak terikat.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua, itu bukan perkataan saya,Perlembagaan Persekutuan.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Saya faham.

(Pembukaan)

Mahkamah, mahkamah Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua baca keputusan.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Saya faham, sekejaplah saya hendak cakap.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua, boleh berhenti. Yang Berhormat Kota Bharu sudah bangun untuk menjawab.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Sebenarnya Yang Berhormat Sepang...

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua, boleh berhenti menjadi spoke person, Yang Berhormat Kota Bharu sudah bangun.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Sekejap, sekejap. Sebenarnya yang.

(Pembukaan)

[Dewan riuh]

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Sabar-sabar. Sebenarnya saya tahu tentang prinsip. Saya amat tahu tentang prinsip interpretasi Perlembagaan Persekutuan yang mesti diberi tafsiran yang amat luas kerana kes yang decide, salah satu kes yang putuskan perkara itu adalah kes yang saya buat sendiri. Saya buat sendiri kes itu dalam kes rujukan Perlembagaan vs Sultan Kelantan. Saya buat sendiri kes itu, saya tahu. Dia kata Perlembagaan Persekutuan itu mesti ditafsirkan secara meluas. [Tepuk] Akan tetapi Yang Berhormat, itu adalah prinsip tafsiran. Tafsiran ini apabila perkara itu tidak clear, tidak terang maka perlu ditafsir.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Yang saya katakan tadi ini, terang, very clear, dia kata lay, dia tidak kata bill. Dia tidak kata must be approved. It’s very clear. So, there is no dengan izin, tidak ada keperluan untuk tafsiran pun.

(Pembukaan)

Clear akan ada debate. Tuan Yang di Pertua, cara Tuan Yang di-Pertua pusing itu kalah lawyers di mahkamah di dunia ini.

(Pembukaan)

[Dewan riuh]

(Pembukaan)

Kesalahan itu. Tuduhan kepada Tuan Yang di-Pertua itu. Gantung Yang Berhormat Sepang itu, gantung.

(Pembukaan)

Memang Tuan Yang di-Pertua pandai pusing, 360 darjah Tuan Yang di-Pertua pusing.

(Pembukaan)

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua, kalau Tuan Yang di-Pertua [Tidak jelas] percayalah.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua guna kuasa gantung Yang Berhormat Sepang. Gunakan kuasa Tuan Yang di-Pertua.

(Pembukaan)

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua, just 10 seconds.

(Pembukaan)

Dato' Takiyuddin bin HassanPAS · PNKota Bharu

Tuan Yang di-Pertua, point of order.

(Pembukaan)

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

10 saat, just to clear.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Kita end-lah sebab kita nak pergi ke Aturan Urusan Mesyuarat.

(Pembukaan)

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua, saya faham dan saya ingin straight to the point. Isunya di sini berkenaan dengan takrifan.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

(Pembukaan)

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Akan tetapi, Tuan Yang di-Pertua seperti mana saya sebut tadi, perkara pokok di sini adalah sama ada ataupun tidak ia telah pun di-revoke. Kalau tidak di-revoke maka Artikel 150(3) menyatakan...

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri akan jawab.

(Pembukaan)

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

...Bahawa satu usul telah dibawa dan dalam usul itu kita boleh bahas dan undi.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Saya faham.

(Pembukaan)

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

That is what I’m saying.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Saya akan buat perutusan. Saya baru terima surat penjelasan.

(Pembukaan)

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Soalan pokok itu.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, amalan saya mengenai usul mengelirukan itu...

(Pembukaan)

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Peraturan 36(12).

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

...Dari day satu, dari day satu amalan saya, bila saya terima usul itu saya tak nak nafikan the right to be heard. Jadi saya akan berikan kepada si polan yang di-complaint itu untuk memberi penjelasan.

(Pembukaan)

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

That’s right.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Amalan saya, 100 percent.

(Pembukaan)

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Saya setuju dengan amalan Tuan Yang di-Pertua.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

So, hari ini baru saya dapat penjelasan itu.

(Pembukaan)

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Dengan izin, baik, baik.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Biar saya tengok ya.

(Pembukaan)

Tuan Yang di- Pertua.

(Pembukaan)

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

(Pembukaan)

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Tuan Yang di-Pertua, usul saya sangat jelas. Hak saya merayu kepada Dewan... [Sistem pembesar suara dimatikan]

(Pembukaan)

Tuan Yang di- Pertua, berkenaan isu ini saja.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Boleh kita – Yang Berhormat Puchong ada – Eh bukan Yang Berhormat Puchong...

(Pembukaan)

Dato' Takiyuddin bin HassanPAS · PNKota Bharu

Tuan Yang di-Pertua.

(Pembukaan)

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Kenapakah belum disenaraikan usul saya.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jelutong ya.

(Pembukaan)

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Point of order ya, point of order.

(Pembukaan)

Dato' Takiyuddin bin HassanPAS · PNKota Bharu

Tuan Yang di-Pertua, point of order.

(Pembukaan)

Saya telah berdiri dari tadi mendengar.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Ada point of order?

(Pembukaan)

...Syarahan Tuan Yang di-Pertua...

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Order apa? Bukan syarahan.

(Pembukaan)

...Dan kuliah.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Saya tidak pernah bagi syarahan. Apabila ditanya saya jawablah.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua, I feel so sorry for you seriously. I feel so sorry for you because of Yang Berhormat Kota Bharu, you had been put into a very difficult position dengan izin.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Tidak, I’m not in a difficult position.

(Pembukaan)

Akan tetapi, tolonglah jangan jadi spokesman, spokesperson.

(Pembukaan)

[Dewan riuh]

(Pembukaan)

Biarkan Yang Berhormat Kota Bharu, kalau Yang Berhormat Kota Bharu berani buat kenyataan, beliau berani tanggung.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua. [Sistem pembesar suara dimatikan]

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat, sekejap. Saya duduk saja tadi selepas doa, perkara-perkara ini dibangkitkan dan diminta penjelasan dari saya. Saya dah cakap bukan kuasa saya tetapi telah diminta, saya jawablah. Kalau tidak minta, saya tak jawab. Bukan kerja saya pun, bukan kerja saya pun. So, boleh kita– Tidak apalah, boleh kita...

(Pembukaan)

Yang Berhormat Kota Bharu sudah bangun, biarkan Yang Berhormat Kota Bharu jawab.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Okey, can we? Boleh kita teruskan.

(Pembukaan)

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak satu keputusan daripada Tuan Yang di-Pertua tentang usul saya.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Saya akan buat, sekejap. Saya akan buatlah lepas ini. Okey, boleh kita ke Aturan Urusan Mesyuarat, tolong.

(Pembukaan)

Dato' Takiyuddin bin HassanPAS · PNKota Bharu

Tuan Yang di-Pertua.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kota Bharu dah bangun, biar dia jawab.

(Pembukaan)

Dato' Takiyuddin bin HassanPAS · PNKota Bharu

Tuan Yang di-Pertua.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Saya tak nak terima lagi ini, banyak dah sangat.

(Pembukaan)

Dato' Takiyuddin bin HassanPAS · PNKota Bharu

Point of order Tuan Yang di-Pertua.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Kita sudah berpolemik sampai 10.53 pagi, dah 53 minit. Ya? Last-last.

(Pembukaan)

Selama 53 minit tidak sabar, kami dah tunggu 260 hari sabar tau.

(Pembukaan)

Dato' Takiyuddin bin HassanPAS · PNKota Bharu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

(Pembukaan)

Parlimen tidak buka, apa 53 minit pun tak sabar.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Duduklah.

(Pembukaan)

Selama 53 minit pun Tuan Yang di-Pertua tak sabar. Kami... [Sistem pembesar suara dimatikan]

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sepang, saya lagi sabar. Yang Berhormat Sepang bila bercakap, tidak ada siapa bangkang pun. Saya bila bercakap, 80 orang bangkang and I take one by one, I take. One by one saya layan. Ya, boleh kita Yang Berhormat.

(Pembukaan)

Dato' Takiyuddin bin HassanPAS · PNKota Bharu

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana tadi disebut mengenai tanggungjawab saya sebagai Menteri yang menjaga Parlimen berkaitan dengan apa yang dibangkitkan oleh yang saya hormati Yang Berhormat Ketua Pembangkang mengenai penambahan masa ataupun penambahan hari dan sebagainya. Ini merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 12(1) di provisor yang mengatakan bahawa kecuali jika ada usul Menteri. Saya hendak jelaskan sedikit sebagai background, Tuan Yang di-Pertua. Ini penting walaupun sebahagian daripada kita sudah tahu. Pada jam 8.00 pagi, 26 Julai iaitu hari pertama kita bersidang, Tuan Yang di-Pertua telah memanggil satu mesyuarat khas yang turut dihadiri dari sebelah sini oleh Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan juga beberapa orang Yang Berhormat Menteri. Di sebelah sana saya boleh sebut Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Seremban, Yang Berhormat Labuan, minta maaf kalau ada lagi yang saya – itu yang hadir. Turut hadir adalah Yang Berbahagia Tan Sri Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah. Saya hendak beritahu secara terus terang dalam mesyuarat ini, boleh disahkan oleh rakan-rakan di sebelah sana. Dia beri dua cadangan, dua options oleh Ketua Pengarah Kesihatan. Pertama, persidangan ini tidak boleh diadakan terus, itu option yang pertama. Dia sebut tidak boleh sebab kalau dalam kes biasa, dengan 77 orang dalam satu tempat diisytiharkan positif COVID-19, sudah PKPD. Itu diberitahu oleh Tan Sri Noor Hisham. Walau bagaimanapun kalau beliau, oleh kerana kita sudah hadir pada hari ini, option yang kedua ialah mengehadkan bilangan kehadiran Ahli Parlimen pada satu-satu masa.

(Pembukaan)

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

It’s nothing new. I think - Tuan Yang di-Pertua...

(Pembukaan)

Dato' Takiyuddin bin HassanPAS · PNKota Bharu

Sekejaplah, saya tidak beri laluan.

(Pembukaan)

Tuan P. PrabakaranPKR · PHBatu

Yang Berhormat Menteri.

(Pembukaan)

Dato' Takiyuddin bin HassanPAS · PNKota Bharu

Satu-satu masa dan juga hadkan masa. Sebagai contoh disebut sendiri oleh Tuan Yang di-Pertua, pukul 2.00. Itu cadangan Ketua Pengarah. Sepatutnya, saya ingat lagi beberapa orang di sebelah sini ingat, rakan-rakan di sebelah sana sepatutnya get back to Tuan Yang di-Pertua, beritahu kita boleh setuju berapa orang, sampai pukul berapa. Akan tetapi, sampai hari ini saya rasa rakan-rakan kita di sebelah sana tidak get back to Tuan Yang di-Pertua untuk itu.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Tidak, dah get back pada saya.

(Pembukaan)

Dato' Takiyuddin bin HassanPAS · PNKota Bharu

Jadi, sekejap, sekejap.

(Pembukaan)

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHKulim-Bandar Baharu

Tidak betul, tidak betul Tuan Yang di-Pertua. Biar saya correct yang itu.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Dah get back pada saya.

(Pembukaan)

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHKulim-Bandar Baharu

Tidak semua dalam pengetahuan Yang Berhormat Menteri Undang-undang. Saya sendiri telah berjumpa dengan Tuan Yang di-Pertua keesokan harinya.

(Pembukaan)

[Dewan riuh]

(Pembukaan)

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHKulim-Bandar Baharu

Saya minta maaf, perkara paling bahaya bila kita bercakap benda yang kita tidak tahu. [Tepuk]

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Sebenarnya Yang Berhormat Menteri.

(Pembukaan)

Tuan P. PrabakaranPKR · PHBatu

Saya hendak tanya soalan kepada Yang Berhormat Menteri.

(Pembukaan)

Dato' Takiyuddin bin HassanPAS · PNKota Bharu

Walau apa pun dicakapkan oleh Yang Berhormat Kulim Bandar-Baharu kepada Tuan Yang di-Pertua.

(Pembukaan)

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Yang Berhormat Menteri jangan putar belit fakta dalam Dewan yang mulia ini. Yang Berhormat Menteri selalu putar belit fakta.

(Pembukaan)

Dato' Takiyuddin bin HassanPAS · PNKota Bharu

Apa yang berlaku, sekejap-sekejap. This is my floor... [Sistem pembesar suara dimatikan]

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Sudahlah.

(Pembukaan)

Dato' Takiyuddin bin HassanPAS · PNKota Bharu

Apa pun yang berlaku, yang dilakukan dalam pelaksanaan ini, semua boleh dibenarkan hadir. Time-nya sebagaimana di dalam Peraturan Mesyuarat 12(1) iaitu sehingga pukul 5.30 petang. Dengan Peraturan Mesyuarat 11(3), Tuan Yang di-Pertua, melanjutkan 15 minit. Adapun, ini my part. Adapun provisor kepada 12(1) iaitu kuasa Menteri berdasarkan kepada pandangan pakar, ini bukan pandangan politik, pandangan pakar. Saya hendak mengesahkan saya mendapat mandat daripada Ketua Majlis untuk tidak melanjutkan masa ini daripada 5.30 petang ataupun 5.45 petang...

(Pembukaan)

Tuan P. PrabakaranPKR · PHBatu

Yang Berhormat Menteri, mohon mencelah. Yang Berhormat Menteri, bagi ruang dekat belakang, hendak tanya soalan.

(Pembukaan)

Dato' Takiyuddin bin HassanPAS · PNKota Bharu

...Ataupun hari persidangan. Itu saya hendak maklumkan. Terima kasih. [Sistem pembesar suara dimatikan]

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Okey, boleh kita teruskan dengan Aturan Urusan Mesyuarat. Ya, Yang Berhormat Bukit Gelugor, point of order ya Yang Berhormat Bukit Gelugor?

(Pembukaan)

Tuan P. PrabakaranPKR · PHBatu

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya soalan kepada Yang Berhormat Menteri tadi, masa buat jawapan tadi. Tuan Yang di-Pertua.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bukit Gelugor, ya.

(Pembukaan)

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin kembali kepada Point of order 36(12) iaitu berkenaan dengan pengeliruan.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Misleading?

(Pembukaan)

Yes, misleading. Saya ingin bertanya memandangkan Yang Berhormat Ketereh juga berada di Parlimen pada hari ini.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat?

(Pembukaan)

Yang Berhormat Ketereh.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ketereh?

(Pembukaan)

Ya, juga berada di Parlimen hari ini. Boleh kita mendapat pengesahan di dalam Dewan ini berkenaan apa yang telah pun beliau menyatakan beberapa hari yang lalu bahawa revocation of the ordinances dengan izin Tuan Yang di-Pertua, masih dalam proses. Oleh yang demikian, belum dibuat. Ini adalah bercanggah dengan jelas dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kota Bharu. Oleh yang demikian, ini akan menjadi isu yang relevan bila membuat keputusan berkenaan dengan motion yang dibangkitkan. Boleh saya dapat pengesahan?

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Tidak boleh, tidak boleh.

(Pembukaan)

Daripada Yang Berhormat Ketereh pun ada di sini.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Kita kena ikut Aturan Urusan Mesyuarat.

(Pembukaan)

Why is that Tuan Yang di-Pertua? Why?

(Pembukaan)

Yang Berhormat Ketereh ada di sini. [Sistem pembesar suara dimatikan]

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat, sekarang aturan urusannya ialah – Yang Berhormat Menteri Kewangan dah tunggu sejam dah. Saya hendak mempersilakan Yang Berhormat Menteri Kewangan.

(Pembukaan)

Tuan P. PrabakaranPKR · PHBatu

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa Yang Berhormat Menteri-menteri ini menggunakan alasan COVID-19...

(Pembukaan)

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Tuan Yang di-Pertua, tadi Bayan Baru bagi laluan kepada Yang Berhormat Pasir Gudang. Perkara baharu.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Untuk beri penerangan.

(Pembukaan)

Tuan P. PrabakaranPKR · PHBatu

Jangan guna alasan COVID-19. [Sistem pembesar suara dimatikan]

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Untuk memberi penerangan berkenaan pakej-pakej bantuan ekonomi. Silakan.

PENERANGAN DARIPADA Y.B. MENTERI KEWANGAN DI BAWAH P.M. 14(1)(i) — Langkah Dan Strategi Semua Pakej Rangsangan Ekonomi

Menteri KewanganYM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat Kota Bharu menyatakan bahawa beliau mengambil tindakan ini di atas nasihat pakar... [Pembesar suara ditutup]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, tolong. Tolong. Saya rayu kepada Yang Berhormat ya. Kita jalankan Aturan Urusan Mesyuarat dahulu. Maaf ya. Yang Berhormat Menteri, silakan.

Tuan Yang di-Pertua, kita rayu dengar dahulu isu Perlembagaan.

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat serta seluruh rakyat Malaysia, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya saya diberi kesempatan untuk berdiri, bersua muka dan dapat bersama-sama dengan Ahli Yang Berhormat semua. Mengikut perbahasan sepanjang empat hari semasa sidang khas di Parlimen kali ini, saya dengan penuh rendah diri dan bertanggungjawab akan membentangkan langkah dan strategi bagi semua pakej rangsangan ekonomi yang telah diumumkan sebelum ini. Tuan Yang di-Pertua, kira-kira 500 hari yang lalu, negara mula menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan susulan menularnya wabak COVID-19. Sejak itu, pelbagai episod dan pengajaran telah kita lalui. Peperangan ini bukanlah mudah. Musuh tidak statik malah hari ini berubah menjadi lebih agresif. Kita telah hadapi setiap cabaran dengan cekal, merumuskan strategi untuk melindungi nyawa rakyat, mempertahankan ekonomi dengan izin, to ensure the very survival of the nation. Demi memastikan negara kita tidak rebah, tewas disebabkan pandemik ini. Maka, respons kerajaan dalam peperangan mencabar ini adalah merumuskan tidak kurang daripada

lapan pakej stimulus ekonomi dan bantuan rakyat ditambah pula dengan belanjawan terbesar dalam sejarah negara iaitu Belanjawan 2021 bernilai RM322.5 bilion. Untuk memastikan setiap lapisan rakyat kita terbela nasib mereka dari Sabah, Sarawak ke Semenanjung, memperkasa sistem kesihatan awam, menyokong kelangsungan perniagaan dan memastikan ekonomi kita terus bertahan walau digasak teruk oleh COVID-19. Yang Berhormat semua, kegawatan ekonomi global tahun lalu dikatakan adalah yang paling teruk sejak Perang Dunia Kedua. Banyak negara merudum jatuh pasaran dan kewangannya. Syukur, negara telah melalui badai tahun lalu dengan selamat walau terpukul dan tercalar tetapi belum rebah dan jauh sekali daripada kalah. Kesejahteraan ekonomi kita adalah penting dalam peperangan mengatasi COVID-19 kerana tanpa ketahanan ekonomi kita, tidak akan mampu menjana kekuatan dana dan sumber untuk terus melawan pandemik ini. Kerajaan telah pun bersiap siaga dan kini giat menggerakkan strategi negara untuk melangkah ke hadapan berpegang kepada empat elemen utama iaitu: (i) melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan sebagai usaha mengurangkan penularan wabak; (ii) memperkasa Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang membina ketahanan diri; (iii) memperkenalkan pakej-pakej bantuan dan rangsangan ekonomi untuk memastikan kehidupan rakyat terpelihara dan memulihkan semula ekonomi; dan (iv) memperkenalkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) sebagai strategi peralihan keluar secara berfasa daripada krisis COVID-19. Penguatkuasaan PKP, program imunisasi dan pakej bantuan ini saling lengkap melengkapi satu sama lain. Saya ingin tegaskan, vaksinasi adalah kunci utama kejayaan kepada pemulihan negara. Seperti yang telah dijelaskan pada hari pertama sidang, Pelan Pemulihan Negara mengguna pakai pendekatan seluruh negara atau dengan izin, full of nation approach dalam menangani krisis wabak ini dengan menggembleng usaha semua pihak termasuk kerajaan negeri, sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan atau NGO, pakar-pakar malah kerjasama dengan parti-parti politik. Rakan-rakan sekerja saya, Yang Berhormat Menteri Kesihatan dan Yang Berhormat Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah pun memberi penerangan mengenai aspek kesihatan dan Program Vaksinasi Kebangsaan. Hari ini, saya pula akan memberi penerangan mengenai kesemua pakej rangsangan dan bantuan yang telah kerajaan laksanakan setakat ini. Sehingga kini, kerajaan telah mengumumkan lapan pakej bantuan dan rangsangan ekonomi bernilai RM530 bilion sejak wabak COVID-19 melanda negara. Pada tahun 2020 sahaja, pakej yang dilaksanakan bernilai RM305 bilion atau 22.7 peratus daripada KDNK. Ini merupakan antara kadar terbesar berbanding pakej-pakej rangsangan negara lain seperti Indonesia, Korea Selatan dan Amerika Syarikat. Saya akui cabaran terbesar kita dalam menangani krisis ini ialah mengimbangi pelbagai keperluan dengan sumber kewangan negara yang terhad. Kami perlu mengimbangi antara menyelamat nyawa dan melindungi mata pencarian. Antara pelbagai keperluan sektor dan perusahaan dan pastinya mengimbangi keperluan mendesak hari ini dan menjaga kepentingan generasi akan datang. Sehabis mungkin kami di Kementerian Kewangan akan mempertimbangkan kewajaran sesuatu perkara sebelum meluluskan sebarang peruntukan. Kami akan cuba mencari penyelesaian yang paling optimum bagi krisis ini supaya masa depan negara tercinta ini terus terpelihara serta kedudukan ekonomi dan fiskal kerajaan masih stabil apabila kita keluar dari kancah krisis ini kelak, insya-Allah. Tuan Yang di-Pertua, penerangan saya pada hari ini akan memperincikan inisiatif-inisiatif utama yang terkandung di bawah semua pakej yang telah dilaksanakan dari kaca mata tiga aspek: (i) melindungi nyawa melalui pengukuhan sistem kesihatan awam dan vaksinasi kebangsaan; (ii) melindungi rakyat; dan (iii) menjamin kelangsungan perniagaan. Di samping itu, saya juga akan menjelaskan kesan kepada ekonomi dan apakah kedudukan kewangan semasa dalam tempoh kita menghadapi krisis ini.

Tuan Yang di-Pertua, agenda utama kerajaan sejak awal penularan wabak COVID-19 adalah untuk memastikan keselamatan rakyat sentiasa terjamin. Sehubungan itu, ia mesti disokong melalui sistem kesihatan awam yang sentiasa bersedia menghadapi sebarang ancaman kesihatan berada pada kapasiti optimum dan berfungsi pada tahap yang terbaik. Untuk itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selaku institusi yang menerajui segenap aspek kesihatan awam telah dibekalkan peruntukan khas lebih RM3.7 bilion khusus sebagai perbelanjaan berkaitan pandemik COVID-19 tidak termasuk perolehan vaksin. Antaranya di bawah pakej PRIHATIN, sebanyak RM1.6 bilion telah diperuntukkan di bawah Belanjawan 2021 sebanyak RM1.4 bilion. Manakala peruntukan tambahan lebih RM500 juta telah dibuat bawah pakej PEMERKASA Tambahan. Malah, Kerajaan Persekutuan juga telah menyalurkan peruntukan khas kepada semua negeri bagi menangani wabak COVID-19 dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM260 juta. Kesemua perbelanjaan ini adalah untuk pembelian kit ujian saringan, kos logistik berkaitan vaksin, meningkatkan kapasiti peralatan kesihatan dan perubatan serta wad ICU dan juga menampung perbelanjaan elaun khas kepada sukarelawan kesihatan. Sehubungan itu, kerajaan amat menghargai peranan petugas barisan hadapan kesihatan ataupun frontliners yang terus berjuang memastikan operasi perkhidmatan kesihatan awam negara tidak lumpuh saat mengendalikan krisis ini. Di bawah pakej PERMAI, sejumlah RM150 juta diperuntukkan antaranya untuk menambah seramai lebih 3,500 orang petugas kesihatan untuk KKM. Kerajaan juga telah bersetuju memperuntukkan RM1.2 bilion bagi melanjutkan tempoh perkhidmatan lebih 14,000 orang pegawai perubatan dan jururawat lantikan kontrak sedia ada. Di samping itu, kita juga melantik semula secara kontrak lebih 500 orang petugas kesihatan yang telah bersara wajib. Saya juga ingin memaklumkan atas dasar keprihatinan kerajaan kepada frontliners, elaun khas petugas kesihatan di PPV turut di selaras kepada RM600. Secara keseluruhan, kerajaan telah memperuntukkan lebih RM300 juta bagi tujuan ini. Kerajaan juga telah mengadakan kerjasama dengan institusi kesihatan swasta untuk menerima pesakit COVID-19 yang dipindahkan dari hospital awam serta turut membenarkan klinik dan hospital swasta berfungsi sebagai pusat pemberian vaksin. Selain bekalan vaksin diagihkan secara percuma, setakat ini kerajaan telah memperuntukkan RM200 juta bagi program penyumbaluaran program imunisasi dengan kerjasama pihak perubatan swasta. Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya nyatakan sebentar tadi, Program Vaksinasi Kebangsaan kita merupakan kunci utama kejayaan kita melawan COVID-19. Kerajaan telah memperkasa usaha di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi memastikan kejayaan proses vaksinasi seperti yang kita saksikan hari ini.

Secara puratanya, lebih 400,000 dos telah berjaya dilaksanakan setiap hari malah, kita pernah mencecah lebih 550,000 dosa sehari dan peningkatan kadar vaksinasi ini adalah hasil kerjasama pelbagai pihak. Insya-Allah, kerajaan menyasarkan imunisasi 100 peratus populasi dewasa menjelang akhir Oktober nanti. Inilah sasaran terpenting dalam memastikan kejayaan Pelan Pemulihan Negara. Daripada segi perbelanjaan, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM3.9 bilion bagi perolehan bekalan vaksin yang telah ditandatangani kontrak sebanyak 79.9 juta dos. Kita juga amat menghargai sumbangan sebanyak 2.9 juta dos vaksin dari negara Jepun, Amerika Syarikat, China dan United Kingdom. Berkenaan perolehan vaksin pula, baru semalam saya telah bertemu Ahli-ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) untuk memberi penjelasan secara terperinci mengenai ketulusan proses perolehan vaksin COVID-19. Tuan Yang di-Pertua, aspek kedua dalam inisiatif utama pakej-pakej bantuan adalah melindungi rakyat. Kerajaan sama sekali tidak akan berkompromi mengenai kesejahteraan dan keselamatan rakyat. Suara dan keluhan rakyat terus didengari dan menjadi panduan kepada inisiatif-inisiatif pakej bantuan kerajaan. Golongan B40 dan kumpulan rentan sentiasa diberi tumpuan dalam semua pakej rangsangan kerajaan kerana mereka lah yang paling terkesan daripada langkah penutupan ekonomi. Malah, impaknya turut dirasai golongan M40. Oleh itu, kerajaan perlu mengubahsuai bantuan-bantuan yang diberikan mengikut keadaan dan golongan yang terkesan. Namun, kerajaan akan memastikan kumpulan rentan dan B40 tetap menerima bantuan yang lebih banyak secara berterusan. Di samping bantuan langsung yang

diberikan melalui pakej-pakej yang dilaksanakan, mereka juga menikmati pelbagai subsidi barang keperluan, diskaun dan kemudahan lain. Saya mulakan dengan Program Bantuan Tunai kepada rakyat yang merupakan antara inisiatif utama dan terbesar. Pada tahun lalu di bawah Pakej Prihatin, kerajaan telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang berjumlah RM18 bilion yang memanfaatkan seramai 11 juta orang penerima. Inilah bantuan tunai terbesar dalam sejarah negara. Buat pertama kalinya juga, kerajaan turut membantu isi rumah M40 yang turut terkesan dengan pelaksanaan PKP pada tahun lepas. Bantuan BPN telah banyak memberi kelegaan kepada rakyat, malah ada juga yang menggunakannya sebagai modal untuk berniaga kecil-kecilan. Kini, di bawah Pakej PEMULIH, kerajaan terus membantu rakyat kumpulan B40 dan kumpulan M40 melalui tiga lagi program bantuan tunai iaitu Bantuan Prihatin Rakyat, Bantuan Khas COVID-19 dan Bantuan Kehilangan Pendapatan. Bayaran di dalam separuh kedua tahun 2021 di bawah ketiga-tiga program ini bernilai RM10 bilion. Insya- Allah, setiap bulan Julai hinggalah bulan Disember, bantuan kerajaan akan berterusan bagi mengurangkan kos sara hidup mereka. Izinkan saya memberi penjelasan seperti berikut; (i) Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) merupakan sebuah inisiatif bantuan tunai dengan kadar antara RM450 hingga RM2,300 untuk 8.4 juta orang penerima B40; (ii) Bantuan Khas COVID-19 (BKC) adalah bantuan tunai secara one-off di bawah Pakej PEMULIH untuk manfaat seramai 11.4 juta orang penerima; Antara ciri keistimewaan BKC adalah penerima BPR sedia ada akan layak secara automatik dan ia turut dinikmati oleh kumpulan M40. Insya- Allah BKC pada kadar RM250 hingga RM1,300 akan mula disalurkan pada bulan Ogos, bulan November dan bulan Disember, dan; (iii) Bantuan Kehilangan Pendapatan yang berjumlah sebanyak RM500 akan diberikan kepada mana-mana individu yang telah diberhentikan kerja atau tiada lagi caruman di KWSP ataupun PERKESO sekurang-kurangnya tiga bulan berturut- turut sepanjang tahun 2021. Pembayaran akan dibuat pada bulan Oktober nanti. Dengan penguatkuasaan PKP dalam tempoh yang panjang, kami sedar akan kepayahan golongan rentan untuk mendapatkan bekalan makanan perlu. Oleh itu selain bantuan tunai, antara inisiatif yang sedang rancak dijalankan pada masa ini ialah Program Bantuan Bakul Makanan. Kerajaan telah menyediakan peruntukan berjumlah lebih RM200 juta untuk Program Bantuan Makanan yang telah diagihkan seperti berikut; (i) bantuan yang disalurkan melalui Ahli Parlimen dengan peruntukan RM300,000 setiap kawasan setiap kawasan Parlimen. Di sini saya ingin mengucapkan tanda penghargaan kepada kebanyakan Ahli Yang Berhormat yang turut menggunakan dana sendiri dan jentera masing- masing untuk mengedar Bakul Makanan kepada rakyat; (ii) bantuan melibatkan kerjasama NGO yang dikawal selia oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Antara program yang dijalankan adalah Bakul Makanan di bawah Pakej PERMAI yang menyampaikan lebih 430,000 pek makanan dan yang terkini Program Bakul Prihatin Negara dan Program PRIHATIN Kasih sebanyak RM100 juta dengan tumpuan kepada golongan miskin bandar; dan (iii) bantuan melibatkan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) yang membantu menyediakan Bakul Makanan kepada lebih 50,000 isi rumah masyarakat Orang Asli. Kerajaan melihat program ini benar-benar dirasai dan dihargai oleh rakyat. Terdapat banyak permintaan supaya program seumpama ini dapat diteruskan dan kita sedia mempertimbangkan dalam masa terdekat ini. Tuan Yang di-Pertua, selain segmen khidmat rakyat yang terbesar di bawah kumpulan B40 dan M40, kerajaan juga membantu golongan sasar yang tertentu. Bagi golongan belia, kerajaan telah memperkenalkan Program e-Belia yang merupakan sebuah inisiatif kredit e-tunai bernilai RM150 untuk manfaat seramai dua juta orang belia. Di samping itu, sebuah skim pembiayaan PEMERKASA Belia telah disediakan melalui

BSN dengan kadar serendah tiga peratus bagi membolehkan belia mendapatkan pembiayaan sehingga RM50,000 sebagai modal untuk memulakan perniagaan. Seterusnya kepada adik-adik pelajar. Bagi menyokong sesi PdPR yang dijalankan, kerajaan telah melaksanakan inisiatif Jaringan Prihatin bernilai RM3.5 bilion di mana lebih satu juta orang keluarga telah menerima manfaat sebanyak RM300 subsidi bagi pembelian peranti pintar dan hampir 1.5 juta menerima subsidi Pelan Data berjumlah RM180. Kerajaan juga bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi, telah bersetuju untuk melanjutkan pemberian satu gigabytes secara percuma sehingga 31 Disember 2021. Kita juga tidak lupakan golongan wanita dan ibu tunggal, apakah pula bantuan yang mereka terima? Di sini saya ingin memberi sedikit gambaran mudah. Contohnya, seorang ibu tunggal berpendapatan di bawah RM1,200 dan telah kehilangan pekerjaan serta perlu menyara seramai dua orang anak. Hakikatnya, beliau layak menerima bantuan BPR, Bakul Makanan, Elaun Mencari Pekerjaan, diskaun bil elektrik, bantuan JKM bagi kategori Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin dan layak untuk mendapatkan kemudahan Jaringan Prihatin iaitu rebat RM300 bagi pembelian telefon. Dianggarkan ibu tunggal ini boleh mendapat bantuan berjumlah RM10,400 sehingga hujung tahun ini. Berikut pula adalah Kumpulan Pencari Kerja dan Pelatih. Di bawah Belanjawan 2021 iaitu Program Penjana Kerjaya, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM2 bilion untuk inisiatif pengambilan pekerja. Kerajaan juga telah menubuhkan Majlis Pekerjaan Negara dengan sasaran mencipta 500,000 peluang pekerjaan dan penempatan latihan kemahiran melalui kerjasama strategik di antara agensi kerajaan dan pemain industri. Setakat ini, gerak kerja di bawah Majlis Pekerjaan Negara telah menghasilkan hampir 320,000 peluang pekerjaan. Sehubungan dengan itu, Short Term Employment Programmed (MySTEP) menyasarkan sebanyak 50,000 peluang pekerjaan secara kontrak di pelbagai kementerian dan agensi serta syarikat berkaitan kerajaan. Setakat 30 Jun 2021, seramai 39,300 orang atau bersamaan sebanyak 79 peratus telah berjaya mendapat pekerjaan melalui program MySTEP yang menawarkan gaji antara RM1,400 hingga RM2,000 sebulan. Di bawah inisiatif Penjana Kerjaya 2.0, lebih 141,000 orang telah berjaya diambil bekerja. Semasa pengumuman Pakej PEMULIH Penjana Kerja 3.0 telah diperkenalkan dengan beberapa penambahbaikan. Antaranya mengurangkan had kelayakan gaji bagi Program Malaysianization dan pelonggaran tempoh kontrak pengajian bagi kategori pekerja yang berusia 50 tahun ke atas, golongan OKU dan juga bekas banduan. Tidak dilupakan dengan kumpulan tertentu seperti pemandu bas, pemandu teksi, Imam, Bilal, pengusaha kantin di sekolah, pengusaha tadika dan pengusaha pusat sukan juga turut menerima bantuan khas secara one-off antara RM500 hingga RM3,000. Ingin saya nyatakan untuk rakyat secara umumnya, kerajaan komited untuk terus memastikan rakyat Malaysia menikmati subsidi bahan api untuk pengisian petrol kenderaan, minyak masak dan tong gas LPG. Di samping layak menikmati diskaun bil elektrik selama tiga bulan melalui bulan ini sehingga bulan September nanti.

Malah ramai yang mungkin tidak sedar kerajaan juga telah menurunkan kadar cukai pendapatan sebanyak satu masa peratusan bagi individu M40 serta had pelepasan cukai pendapatan bagi gaya hidup dinaikkan kepada RM2,500 kepada RM3,000. Seterusnya berkaitan Program i-Citra dan penangguhan enam bulan moratorium pinjaman. Insya-Allah bayaran pertama i-Citra akan dikreditkan kepada akaun bank ahli pada Selasa hadapan iaitu mulai 3 Ogos 2021 nanti. Ini dijangka memanfaatkan seramai empat juta orang ahli KWSP, manakala bagi moratorium permohonan telah pun dibuka awal bulan ini. Saya ambil kesempatan ini untuk menyarankan sesiapa yang menghadapi sebarang masalah dalam mendapatkan moratorium pinjaman untuk menghubungi BNM tele link atau mendapatkan khidmat nasihat daripada AKPK bagi menguruskan aliran tunai mereka. KWSP juga membuka hotline i-Citra untuk membolehkan ahli KWSP mendapatkan sebarang penjelasan. Selain daripada moratorium pinjaman bank, pemegang polisi insurans dan takaful juga akan layak untuk menikmati manfaat daripada inisiatif penangguhan pembayaran premium insurans dan sumbangan takaful yang dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021. Selain itu, tidak dilupakan kerajaan juga melaksanakan penangguhan pinjaman pelajaran secara bersasar melibatkan JPA, MARA, PTPK dan PTPTN.

Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, banyak lagi bantuan-bantuan yang berbentuk tunai dan bukan kewangan yang telah disalurkan oleh kerajaan kepada rakyat sepanjang mengharungi pandemik COVID-19 ini. Di samping itu, terdapat juga bantuan- bantuan yang terus tersedia melalui kerajaan negeri dan pusat-pusat zakat negeri untuk dimanfaatkan rakyat yang memerlukan. Kerajaan terus berusaha untuk memastikan tiada golongan masyarakat tercicir seperti mana ungkapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan izin, ‘’ no one is left behind’’ Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, aspek ketiga berkaitan pakej bantuan adalah tentang kelangsungan perniagaan. Sejak dari awal lagi bila pakej- pakej ini diumumkan kerajaan tidak pernah meminggirkan mereka yang giat menceburi arena perniagaan apatah lagi kini mereka sedang bergelut dengan kekangan aliran tunai akibat penutupan sektor-sektor ekonomi. Kerajaan sedar bahawa para usahawan mempunyai pelbagai komitmen seperti bil-bil, sewa dan gaji pekerja yang perlu dibayar. Oleh kerana itu, bantuan yang berterusan telah dan sedang dilaksanakan bagi menjamin kelangsungan dan melonjakkan kembali perniagaan mereka. Pengusaha mikro serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) merupakan sumber utama pendapatan rakyat dan tulang belakang kepada ekonomi negara. Menurut data rasmi oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2020, PKS menyumbangkan sebanyak 38.2 peratus daripada KDNK negara. Manakala 48 peratus daripada pekerja di Malaysia berada dalam sektor PKS. Ini belum mengambil kira mereka yang beroperasi dalam sektor informal. Oleh itu, bagi menjamin kelangsungan hidup PKS kerajaan telah bersetuju untuk menampung sebahagian gaji pekerja melalui Program Subsidi Upah (PSU). Program ini telah mendapat sambutan baik daripada golongan majikan. Dengan adanya PSU, PKS yang mengalami pengurangan pendapatan akibat COVID-19 akan diberi subsidi upah sebanyak RM600 sebulan untuk setiap pekerja dengan had 500 pekerja setiap PKS. Sesebuah PKS dengan 500 orang pekerja boleh menikmati jumlah subsidi hingga RM300,000 sebulan sepanjang tempoh program ini. Untuk makluman, kerajaan telah memperuntukkan hampir RM20 bilion untuk PSU dan setakat ini RM15.6 bilion telah disalurkan untuk memanfaatkan lebih 330,000 buah majikan dan insya-Allah menyelamatkan 2.8 juta orang pekerja daripada kehilangan pekerjaan. Melalui PEMULIH yang diumumkan baru-baru ini, kerajaan berjanji akan terus memberikan manfaat PSU kepada PKS-PKS yang terkesan sehingga keadaan kembali pulih dan mereka boleh beroperasi semula seperti biasa. Langkah pemulihan PKS turut disokong oleh pelaksanaan moratorium pinjaman secara automatik selama enam bulan di bawah PRIHATIN yang bermula dari April sehingga September 2020. Disusuli dengan bantuan bayaran balik secara bersasar yang diumumkan sewaktu Belanjawan 2021 dan PEMULIH baru-baru ini. Pelaksanaan moratorium ini secara asasnya bertujuan memberi talian hayat kepada PKS yang terjejas untuk melegakan kekangan aliran tunai dan dapat terus bertahan. Bagi memberi gambaran yang lebih jelas mengenai nilai bantuan serta sokongan yang boleh dimanfaatkan oleh PKS di bawah pakej-pakej ini, izinkan saya memberi contoh manfaat yang diterima oleh sebuah syarikat pengedar peralatan sukan yang mempunyai 35 orang pekerja. Disebabkan oleh penutupan sektor ekonomi berikutan COVID-19 mereka tidak dapat beroperasi sehingga menyebabkan kerugian. Oleh itu mereka dikira layak untuk menerima bantuan seperti PSU, penangguhan levi dan moratorium pinjaman yang dianggarkan berjumlah RM370 ribu bagi sepanjang tahun ini. Tambahan lagi sekiranya syarikat ini mendapatkan pembiayaan baharu ia boleh meminjam sehingga RM50,000 di bawah Skim PEMERKASA yang ditawarkan oleh BSN. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan juga memahami denyut nadi para usahawan mikro yang terjejas dengan krisis ekonomi yang melanda negara hari ini. Mereka ini adalah peniaga kecil, aneka juadah, mereka lah tukang gunting rambut kita, mereka lah yang menjahit pakaian kita. Kebanyakan usahawan mikro mengharapkan jualan harian untuk terus hidup dan tidak mempunyai dana perniagaan yang besar. Mereka adalah kelompok yang cukup terkesan dan wajar terus dibantu. Sebagai usaha untuk meringankan beban kewangan mereka, kerajaan telah memperkenalkan tahun lalu Geran Khas Prihatin (GKP) iaitu satu geran tunai khas yang diberi secara langsung kepada perusahaan mikro yang layak. GKP dapat memberi kelegaan kepada usahawan mikro dalam mengharungi rintangan ketika ini.

Jika dikira bermula dari GKP 1.0 tahun lalu sehingga yang terkini di bawah PEMULIH, jumlah keseluruhan GKP yang telah dan akan disalurkan adalah RM6.1 bilion di mana setiap usahawan mikro yang layak boleh mendapat bantuan sehingga RM6,500. Kerajaan turut menyediakan pembiayaan mikro kredit melalui pelbagai agensi kerajaan antaranya BSN, TEKUN Nasional dan Agrobank. Kerajaan faham keperluan mendesak peniaga maka telah sedaya upaya memudahkan prosedur permohonan dan kelulusan bagi setiap pemohon. Saya ingin berkongsi kisah sebuah usahawan mikro yang menjalankan perniagaan gunting rambut dengan pekerja seramai tiga orang dan kini menyewa premis dimiliki MARA. Oleh kerana pelaksanaan PKP mereka telah menanggung kerugian dan sedang berjuang untuk terus beroperasi. Pengusaha sendiri layak untuk menerima bantuan seperti PSU, GKP, penangguhan sewa premis serta moratorium pinjaman dengan nilai keseluruhan sehingga RM75 ribu sepanjang tahun ini. Ini belum lagi mengambil kira Skim Pembiayaan Mikro Kredit yang layak dipohon oleh mereka. Selain daripada bantuan-bantuan kepada PKS dan usahawan mikro yang disebutkan tadi, kerajaan juga menyediakan dana bantuan khas kepada sektor tertentu seperti pengusaha di sektor pelancongan, pertanian, pengangkutan dan beberapa lagi bagi membantu mereka untuk beroperasi semula setelah keadaan kembali pulih. Keputusan bagi melaksanakan bantuan khas ini dibuat memandangkan kumpulan PKS ini antara yang terjejas teruk setelah berbulan-bulan tidak dibenarkan beroperasi. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menghuraikan mengenai prestasi ekonomi dan kedudukan semasa kewangan Kerajaan Persekutuan. Berikutan langkah penutupan ekonomi, KDNK negara telah menguncup sebanyak 5.6 peratus tahun lalu. Malah bukan hanya Malaysia yang terkesan tetapi banyak negara lain seluruh dunia juga mengalami kemelesetan ekonomi. Seperti beberapa contoh Singapura yang menjunam 5.4 peratus, United Kingdom mencatatkan pertumbuhan -9.8 peratus, Jepun -4.7 peratus dan Filipina -9.6 peratus. Namun setelah kita lebih memahami kesan wabak berkenaan kita telah melaksanakan PKP yang lebih bersasar. Ini membolehkan aktiviti ekonomi terpilih untuk terus berjalan sekali gus memberi kelegaan untuk rakyat keluar mencari rezeki di samping mengurangkan tekanan ke atas beban kewangan oleh kerajaan supaya dapat terus memberi bantuan. Dengan pelaksanaan PKP 3.0, baru-baru ini negara telah mengalami kerugian KDNK sebanyak kira-kira RM1.1 bilion sehari berbanding dengan kerugian sebanyak kira-kira RM2.4 bilion sewaktu PKP penuh pada Mac tahun lalu. Oleh itu, KDNK pada tahun 2021 dijangka mencatatkan pertumbuhan lebih rendah berbanding anggaran awal sebelum ini iaitu antara 6 hingga 7.5 peratus. Anggaran rasmi akan diumumkan pada bulan Ogos bersama Laporan Suku Kedua KDNK nanti di mana kesan PKP dan pelaksanaan BPN ke atas ekonomi pada separuh pertama tahun ini akan dapat dilihat sepenuhnya. Sudah tentu krisis ini juga memberi kesan kepada pasaran buruh kita. Walau bagaimanapun kadar pengangguran telah menyederhanakan kepada 4.5 peratus pada bulan Mei berbanding 5.3 peratus setahun yang lepas iaitu kadar tertinggi sejak tahun 1990. Alhamdulillah dengan membenarkan sektor ekonomi dibuka secara bersasar dan disokong dengan bantuan-bantuan yang telah saya sampaikan tadi, kita berjaya mengelak daripada kadar pengangguran naik dengan mendadak dan lebih ramai lagi pekerja diberhentikan.

Malah, sejak bulan Oktober yang lepas, tawaran untuk pekerja mahir telah mula meningkat hasil program-program kerajaan untuk meningkatkan peluang pekerjaan yang lebih berkualiti. Tuan Yang di-Pertua, daripada segi kedudukan kewangan, Bajet 2021 telah dibentangkan dengan unjuran defisit fiskal sebanyak 5.4 peratus kepada KDNK. Setelah mengambil kira gelombang COVID-19 pada awal tahun 2021, serta pelaksanaan PPN Fasa 1, sejak awal bulan Jun, kerajaan telah melaksanakan pakej bantuan tambahan iaitu, PERMAI, PEMERKASA, PEMERKASA Tambahan dan PEMULIH. Pertambahan ini dijangka meningkatkan defisit fiskal di antara 6.5 hingga tujuh peratus pada KDNK tahun ini. Saya ingin menekankan bahawa peningkatan ini bukanlah asing bagi negara kita. Berdasarkan data dari Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam memerangi wabak COVID-19, kebanyakan kerajaan di seluruh dunia telah memperuntukkan lebih daripada USD16.5 trillion dalam bentuk perbelanjaan fiskal. Ini

telah menyebabkan purata defisit keseluruhan kepada KDNK untuk tahun ini akan mencecah 9.9 peratus bagi negara maju, 7.1 peratus bagi negara membangun dan 5.2 peratus bagi negara berpendapatan rendah. Oleh itu, purata nisbah hutang kepada KDNK dunia juga dijangka meningkat sehingga 98.8 peratus tahun ini. Bagi memastikan ketelusan perbelanjaan sepanjang krisis pandemik ini, Kumpulan Wang COVID-19 (KWC-19) telah ditubuhkan di bawah Akta 830 dan diluluskan oleh Parlimen pada tahun lalu. Peruntukan KWC-19 yang dibiayai oleh pinjaman kerajaan telah digunakan untuk perbelanjaan pakej-pakej bantuan serta perbelanjaan tambahan bagi menambah baik sektor kesihatan awam dan pelaksanaan PICK. Program-program kebajikan rakyat seperti Subsidi Upah, GKP, BPN, BPR dan sebagainya disalurkan melalui KWC-19. Setakat 30 Jun 2021, sejumlah RM55 bilion telah dibelanjakan, di mana RM38 bilion dibelanjakan pada tahun lalu. Tuan Yang di-Pertua, sehingga akhir bulan Jun tahun ini, paras hutang statutory telah pun mencecah 56.8 peratus. Namun, ia masih di bawah had statutory 60 peratus KDNK yang dibenarkan. Dengan ruang fiskal yang terhad, kerajaan tiada pilihan selain mengoptimumkan sumber pembiayaan sedia ada melalui rasionalisasi perbelanjaan, peningkatan hasil daripada ekosistem kerajaan, termasuk penggunaan dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) serta bersedia meningkatkan had siling KWC-19. Dalam masa yang sama, kerajaan bersedia melonggarkan peraturan had hutang untuk menyokong Pelan Pemulihan Ekonomi berdasarkan kemampuan keberhutangan negara. Oleh itu, kerajaan akan mengusulkan di dalam Dewan yang mulia ini cadangan pindaan tersebut pada penggal akan datang. Memandang ke hadapan langkah-langkah bagi mengukuhkan kedudukan kewangan kerajaan terutamanya langkah berkaitan hasil adalah amat penting demi memastikan kedudukan kewangan kerajaan kembali kukuh dan berdaya tahan dalam tempoh jangka sederhana dan panjang. Sebelum pandemik COVID-19 melanda negara, kita berada di atas landasan pengukuhan fiskal yang konsisten sejak negara beralih keluar daripada krisis kewangan global pada tahun 2009. Ini di mana, defisit kita dikurangkan dari 6.7 peratus kepada 3.4 peratus pada tahun 2019, sebelum meningkat semula kepada 6.2 peratus pada tahun lepas. Oleh itu, setelah ekonomi kembali pulih, kerajaan akan melaksanakan langkah konsolidasi dan pengukuhan kedudukan fiskal kerajaan, termasuk meluaskan asas hasil, mengukuhkan pentadbiran dan pematuhan cukai serta meningkatkan kecekapan perbelanjaan bagi mengawal paras defisit fiskal negara. Pengenalan strategi hasil jangka sederhana merupakan salah satu langkah bagi memastikan kutipan hasil mampu membiayai perbelanjaan kerajaan. Selain itu, Akta Tanggungjawab Fiskal juga sedang digubal bagi menambah baik tadbir urus dan ketulusan dalam pengurusan fiskal negara. Namun, kerajaan memberikan komitmen tidak akan memperkenalkan sebarang pembaharuan fiskal selagi ekonomi belum stabil. Tuan Yang di-Pertua, seperti yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa sesi penerangan Pelan Pemulihan Negara tempoh hari, PPN merupakan strategi peralihan keluar daripada krisis COVID-19 secara berfasa, teratur dan selamat. PPN mengambil pendekatan seluruh negara yang bersifat dinamik serta disokong oleh fakta-fakta sains dan penilaian indikator. Sebagai sebuah pelan yang berpandangan ke hadapan dan anjal, ia bertujuan untuk memastikan keseimbangan dalam usaha kita menyelamatkan nyawa, memastikan kelangsungan hidup rakyat dan memelihara kesejahteraan ekonomi. Sukacita, ingin saya maklumkan di sini, bahawa Portal Pelan Pemulihan Negara telah pun dilancarkan pada hari Isnin lalu. Seluruh rakyat Malaysia kini boleh melayari laman web sesawang di www.pelanpemulihannegara.gov.my, yang akan memaparkan indikator-indikator terkini serta maklumat berkaitan PPN, manfaat pakej-pakej bantuan dan juga pelaksanaan SOP terkini. Seterusnya, kesinambungan PPN akan diadun dan disusuli dengan usaha pemulihan dan pemerkasaan melalui Bajet 2022 dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe- 12) yang bakal dibentangkan di hadapan semua Ahli Dewan serta seluruh rakyat Malaysia dalam masa beberapa bulan akan datang. Tuan Yang di-Pertua, ingin saya tegaskan, kita tidak hanya mahu gah dengan pengumuman semata-mata tetapi juga ingin mencapai outcome dari pakej-pakej bantuan itu. Oleh itu, sebagai bukti bahawa kerajaan serius dalam memastikan bantuan-bantuan

ini segera sampai kepada rakyat, Agensi Pelaksanaan Ekonomi dan Koordinasi Strategik Nasional (LAKSANA) telah ditubuhkan di bawah Kementerian Kewangan. LAKSANA akan bertindak sebagai pemudah cara dan pemantau rapi pelaksanaan inisiatif serta bantuan yang diumumkan di bawah pakej-pakej rangsangan dan belanjawan negara. LAKSANA menyenggara dan memantau pelaksanaan dengan mewujudkan koordinasi strategik dan bersepadu di antara 53 kementerian dan agensi bertujuan memudahkan tatacara, mengurangkan birokrasi serta membolehkan perkongsian data bagi melaksanakan semak silang maklumat penerima dan sebagainya. Alhamdulillah, berkat usaha ini, kerajaan mampu bergerak dengan lebih pantas bagi membantu mereka yang terkesan. Bukan itu sahaja, Kementerian Kewangan juga telah menyediakan ruang yang luas kepada rakyat untuk memberikan maklum balas melalui beberapa saluran seperti pusat panggilan dan Portal Manfaat Belanjawan 2021. Semua maklum balas akan dikaji supaya penyelesaian boleh dirumuskan untuk menyelesaikan isu yang timbul dan rakyat tidak terhenti daripada menerima bantuan. Kerajaan juga mendukung usaha bagi menjamin ketelusan pelaksanaan pakej- pakej rangsangan ini. Sehubungan dengan itu, pihak LAKSANA telah menghasilkan 63 naskhah laporan LAKSANA yang memperincikan status pelaksanaan pakej-pakej rangsangan dan penerangan isu-isu semasa yang relevan. Maklumat juga dimuat naik di akaun Facebook dan portal rasmi Kementerian Kewangan. Suka saya umumkan juga, bahawa maklumat mengenai status penganjuran pakej-pakej ini boleh didapati melalui Portal Kewangan Rakyat yang akan dilancarkan hari ini. Portal Kewangan Rakyat akan menjadi platform sehenti bagi mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan penyaluran bantuan kepada rakyat dan perniagaan. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan akui walaupun telah melaksanakan lebih 450 program dan insentif melalui pakej-pakej bantuan, masih terdapat ruang untuk penambahbaikan. Memandang ke hadapan, insya-Allah, kami akan meneliti segala maklum balas, tuntutan dan permohonan yang diterima untuk dipertimbangkan lebih- lebih lagi dalam merangka Bajet 2022 nanti. Seperti yang saya nyatakan pada awal bicara tadi, dalam masa kita menangani krisis ini, sebarang inisiatif atau bantuan haruslah dilaksanakan dengan tatacara fiskal yang berkhidmat tanpa menjejaskan ketahanan kewangan semasa ataupun kedudukan fiskal pada hari-hari akan datang. Namun, apa yang pasti, kerajaan telah membuktikan dengan lapan pakej dalam masa hanya 15 bulan, bahawa kita sentiasa mendengar dan sedia bertindak supaya rakyat dan ekonomi dapat terus bertahan dalam tempoh yang mencabar ini. Apa yang paling utama sekarang, kita perlu giatkan usaha vaksinasi sekurang- kurangnya 80 peratus penduduk dewasa di seluruh negara. Saya pasti rakyat tidak mahu lagi menoleh ke belakang setelah terkurung untuk tempoh sekian lama. Insya-Allah, tahun ini, once and for all, kita tamatkan segala duka durjana. Pelan Pemulihan Negara dengan tema ‘Menang Bersama’, dirangka sebagai hala tuju peralihan keluar daripada krisis ini secara segera, sistematik dan selamat. Melangkah ke hadapan, kita semua harus bersedia untuk menyesuaikan diri bergerak dari kemelut pandemik ke situasi yang endemik, merentas satu realiti baru dan membina semula negara. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak berhasrat untuk berucap panjang, sebelum saya menoktahkan ucapan ini, saya ingin menzahirkan setinggi penghargaan kepada semua pihak yang sudi bertemu dengan pasukan Kementerian Kewangan untuk berkongsi idea tentang kesemua pakej bantuan, belanjawan negara dan kini Pelan Pemulihan Negara. Wakil-wakil daripada perniagaan dan industri, pakar-pakar bidang, pihak NGO dan pastinya Ahli-ahli Dewan ini sendiri yang merangkumi pelbagai parti politik dan latar belakang, semuanya telah menyampaikan pandangan bernas mereka atas niat ikhlas membela nasib rakyat dan negara. Usaha dan kerjasama sebeginilah yang saya pasti rakyat mahukan daripada kita.

Walau di masa lain, kita berbeza haluan tetapi di saat negara memerlukan, kita ketepikan semua perbezaan itu untuk tangani krisis ini bersama [Tepuk] . Dengan izin, let us uphold the spirit of collaboration for the good of the nation. Truly we can be better. United we are stronger together.

Tuan Yang di-Pertua, saya sudah dengan lafaz wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Terima kasih Yang Berhormat Senator. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan bahawa teks penerangan yang Yang Berhormat Menteri Kewangan sebentar tadi boleh dimuat turun melalui kod QR yang telah dipaparkan di tablet di hadapan meja Yang Berhormat sekalian. Saya menjemput Yang Berhormat Bagan yang akan berucap untuk masa yang sama dengan Yang Berhormat Senator Menteri tetapi tolak 10 minit ya. Ini kerana, Yang Berhormat Bagan mencadangkan bahawa Yang Berhormat Port Dickson akan mengambil 10 minit tersebut. Saya dimaklumkan oleh Tuan Yang di-Pertua. Saya jemput lepas Yang Berhormat Bagan, masa yang sama tolak 10 minit saya akan jemput Yang Berhormat Pekan. Silakan.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

[Ketawa] Ini kena diskaun macam ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas jemputan untuk memulakan perbahasan dalam sesi Parlimen Khas ini. Saya amat kesal dengan menyaksikan bilangan jangkitan dan juga kematian yang mengerikan hari demi hari yang mencecah rekod setiap hari. Pada masa yang sama ekonomi adalah dalam keadaan terumbang ambing dan terbantut yang amat menakutkan. Adalah perlu untuk menyelamatkan bukan sahaja nyawa tetapi juga mata pencarian dengan satu anjakan baharu COVID-19. Satu Pelan Normalisasi Ekonomi menerusi suntikan dana tambahan sebanyak RM45 bilion dan juga moratorium pinjaman bank tanpa faedah sehingga akhir tahun 2021. Anjakan COVID-19 dan Pelan Normalisasi Ekonomi mestilah bergerak sejajar dengan bergerak daripada sekatan atau COVID-19 sifar kepada satu dasar mitigasi yang menyesuaikan diri hidup bersama COVID-19 serta beralih daripada sekatan pergerakan penuh kepada sekatan pergerakan bersasar yang boleh mengurangkan kesan ekonomi yang buruk. Pembukaan semula ekonomi secara berperingkat mestilah melihat mestilah memansuhkan, membatalkan perbezaan di antara perniagaan perlu dan tidak perlu. Ini kerana, ini adalah satu perbezaan palsu. Semua perniagaan adalah perlu kerana mereka mahu hidup dan dapat pendapatan. Ini termasuk memansuhkan pengeluaran surat kebenaran daripada MITI dan juga kementerian yang selalu disalahgunakan. Ini juga harus dihapuskan. Pelan Normalisasi Ekonomi akan membenarkan ekonomi dibuka semula kerana pada tahun 2020 kita boleh anggap ini adalah satu tahun di mana sasaran ekonomi tersasar. Diunjurkan defisit bajet sebanyak 6 peratus tetapi sebenarnya 6.2 peratus. Tahap pengangguran adalah dianggarkan 4.2 peratus tetapi yang sebenarnya adalah 4.5 peratus. GDP dianggar akan susut sebanyak 5.5 peratus tetapi susut 5.6 peratus. Sasaran ekonomi Malaysia untuk tahun ini akan mengulangi sasaran tersasar seperti yang berlaku pada tahun 2020. Contohnya, defisit bajet akan diturunkan daripada ramalan 5.4 peratus sebaliknya akan naik kepada tujuh peratus. Kadar pengangguran tidak akan dikurangkan kepada 3.5 peratus seperti mana yang diramalkan pada Belanjawan 2021 tetapi dijangka naik kepada 5 peratus. Hutang dan juga liabiliti dijangka akan melebihi RM1.3 trilion. Di sini saya harap Yang Berhormat Menteri boleh berikan jumlah penuh hutang dan liabiliti kerajaan. GDP juga telah diturunkan. Ramalannya yang agak optimistik dalam Belanjawan 2021 ialah sehingga 7.5 peratus. Akan tetapi, kini dijangka diturunkan kepada 4 peratus, sungguhpun melaksanakan 8 pakej rangsangan ekonomi sebanyak RM530 bilion dan Belanjawan 2021 sebanyak RM322.5 bilion iaitu belanjawan yang paling besar dalam sejarah Malaysia. Dalam kata lain ekonomi kita tidak akan menjalani normalisasi pada akhir 2021. Ini tetap akan lebih kecil berbanding dengan akhir 2019 iaitu tahun terakhir Pakatan Harapan menjadi kerajaan. Penguncupan ekonomi sebanyak 5.6 peratus pada tahun 2020 telah menjejaskan perniagaan kecil dan juga pekerja biasa khususnya IKS. Sumbangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) kepada GDP atau KDNK telah susut sebanyak 7.3 peratus pada tahun 2020 mengikut Jabatan Perangkaan. Susutan 7.3 peratus ini adalah lebih tinggi daripada perniagaan bukan SME di mana mereka turun sebanyak 4.6 peratus sahaja. Ini lah kali pertama sumbangan SME atau IKS kepada GDP adalah lebih rendah berbanding dengan GDP negara dan juga sumbangan perniagaan bukan SME sejak tahun 2004. So, bermakna kalau perniagaan besar, kesannya tidak begitu buruk berbanding dengan SME.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Kita lihat sumbangan SME kepada GDP untuk tahun 2020 adalah 38.2 peratus berbanding dengan tahun 2019 iaitu 38.9 peratus. Ini menunjukkan impak besar negatif ke atas isi rumah negara kita kerana SME – ada 1 juta SME dan mereka merangkumi 98.5 peratus syarikat-syarikat di Malaysia. Kesannya besar kerana mereka juga menggaji 7.3 juta orang rakyat Malaysia pada tahun 2020 yang merupakan 48 peratus daripada semua pekerja di Malaysia. Bila IKS gagal, kadar pengangguran akan naik lebih tinggi daripada 4.5 peratus sekarang. Mengapakah kerajaan boleh begitu yakin bahawa 8 pakej rangsangan ekonomi sebanyak RM530 bilion dan Belanjawan 2021 sebanyak RM322.5 bilion boleh menyelamatkan 1 juta SME? Satu kajian daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada 4 Jun melaporkan bahawa 90 peratus daripada SME dan Mikro menghadapi risiko gulung tikar. Association of SME juga mendedahkan bahawa 100 ribu SME telah gulung tikar tahun lepas dan 50 ribu lagi SME menghadapi risiko gulung tikar dalam tahun ini. Sejak MCO pertama dikenakan pada tahun lepas, Malaysia menghadapi kerugian ekonomi yang dianggarkan sampai atau sekurang-kurangnya RM500 bilion. Ini begitu sukar dan menyulitkan untuk SME dan pekerja biasa yang menanggung beban yang lebih besar berbanding dengan syarikat besar. Itulah sebab utama mengapa lapan pakej rangsangan ekonomi sebanyak RM530 bilion tidak berkesan adalah iaitu kerana suntikan dana secara langsung hanya RM83 bilion sahaja dengan bakinya diberikan dalam bentuk pinjaman, jaminan dan insentif bukan kewangan.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Apakah gunanya memberikan potongan cukai bila perniagaan tiada untung langsung kerana tiada pendapatan oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)? Ini bagi pun tidak bermakna. Adalah satu keperluan untuk membuat satu anjakan ekonomi merangka satu pelan normalisasi ekonomi untuk membenarkan sektor ekonomi dibuka semula, supaya negara boleh balik ke normal, pada tahap tahun 2019. Formula dan kaedah lama untuk memberikan bantuan one-off tidak boleh diterima pakai lagi kerana ini hanya financial band-aid, dengan izin dan tidak akan melindungi mata pencarian pekerja biasa dan juga rakyat Malaysia yang menghadapi masalah kewangan. Perlunya ada bantuan kewangan secara berkala yang kerap untuk menyelamatkan pekerjaan, perniagaan dan juga mata pencarian. Pertama, daripada RM45 bilion suntikan dana secara langsung, RM35 bilion harus digunakan untuk membantu perniagaan boleh terus kekal survive dalam bentuk subsidi utiliti, upah dan sewa. Insentif gaji dan juga pengambilan pekerja, untuk mewujudkan pekerjaan baharu, geran kewangan, insentif kewangan, bukanlah pinjaman atau jaminan kerana banyak yang tidak layak kerana mereka tidak ada sebarang pendapatan.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Yang Berhormat Bagan. Mohon Yang Berhormat Pasir Gudang satu minit mencelah Yang Berhormat?

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Ya. Sekejap saya habis, nanti saya bagi.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Terima kasih.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Industri pelancongan kehilangan RM100 bilion pada tahun lepas dan dijangka menghadapi kerugian yang sama. Akan tetapi tidak ada sebarang bantuan untuk membolehkan industri yang menyumbangkan 16 peratus kepada GDP untuk terus hidup. Ia macam bayi...

Tuan Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

Yang diabaikan. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Bayi yang dibuang. Bayi yang dibuang tanpa sebarang bantuan yang bermakna. Kedua, moratorium pinjaman bank tidak bermakna tanpa dikecualikan faedah dan juga tidak hanya diberikan kepada individu tetapi juga harus diberikan kepada syarikat. Impak negatif kepada pendapatan bank adalah kecil sahaja. Dijangka di antara 0.5 peratus kepada enam peratus untuk kebanyakan bank. Mengecualikan kompaun interest dan bayaran denda lewat tidak akan membantu peminjam jika mereka membayar kos faedah yang sama semasa mereka masih tidak ada sebarang pendapatan. Tidak seperti moratorium pertama tahun lepas, faedah untuk pinjaman sewa beli tidak dikecualikan. Untuk pemegang kad kredit juga tidak tertakluk di bawah moratorium ini. Akan tetapi mereka hanya dibiayai semula dalam bentuk pinjaman tetap tanpa menjejaskan faedah berbayar. Tidak ada penjimatan langsung untuk pemegang kad kredit dan peminjam sewa beli. Loan moratorium adalah penangguhan pembayaran

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

pinjaman dan industri bank harus buat haircut ke atas keuntungan yang agak sihat mereka. Kalau kita lihat pada tahun 2019, keuntungan selepas cukai adalah RM32.3 bilion. Sedangkan pada tahun 2020 adalah sebanyak RM23 bilion. Itulah keuntungan selepas cukai. Mereka mampu menanggung lima bulan tanpa faedah sehingga akhir tahun 2021. Yang Berhormat Pasir Gudang.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Terima kasih Yang Berhormat Bagan dan Tuan Yang di-Pertua. Bolehkah melalui Yang Berhormat Bagan, Pasir Gudang mohon pengesahan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan sumbangan pekerja dan juga KWSP melalui program i-Lestari, i-Sinar, i-Citra dikumpulkan lebih RM100 juta daripada wang pekerja dalam KWSP telah digunakan dalam program pakej rangsangan ini? Manakala apa Yang Berhormat Menteri Kewangan sebut ada lapan pakej kerajaan, kerajaan hanya mengemukakan suntikan cash atau tunai hanya lebih kurang lebih RM80 juta. Adakah fakta yang sebut ini benar iaitu sumbangan pekerja dari duit pekerja sendiri, daripada safety net mereka, skim pencen mereka ini, jumlahnya lebih besar daripada sumbangan kerajaan sendiri? Soalan saya Yang Berhormat Bagan tolong tanyakan kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan, apakah rancangan kerajaan untuk menolong pekerja ini supaya wang KWSP mereka ini dapat dipulihkan semula. Contohnya, program i-Citra kita ada lebih kurang 15— pencarum KWSP pekerja, lebih kurang enam juta pekerja tidak mampu hendak keluarkan i-Citra sebab duit dia sudah habis dalam KWSP, dikeluarkan dalam i- Lestari dan i-Sinar. Jadi Yang Berhormat Bagan tolong tanyakan. Terima kasih.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Terima kasih. Harap ini jadi sebahagian dari ucapan saya.

Datuk Dr. Shahruddin bin Md SallehBERSATU · PHSri Gading

Boleh Yang Berhormat Sri Gading?

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Sekejap, saya habis dulu kemudian saya bagi. Okey, ketiga ialah kalau kita lihat di Malaysia ekonomi agak buruk di mana bukan sahaja ramai yang tidak pernah dulu minta bakul makanan, sekarang minta buat kali pertama. Saya rasa itu menunjukkan betapa teruknya kesan ekonomi. Saya harap kerajaan boleh berikan peruntukan yang sama kepada semua kawasan pembangkang seperti mana yang mereka diberikan sebelum ini. Ini kerana untuk bantu orang miskin, sebab di kawasan pembangkang mereka juga adalah rakyat Malaysia. Itulah sebabnya kita harap boleh naikkan bantuan kebajikan kepada RM1,000 untuk kumpulan B40 dan penganggur. Oleh kerana, inilah yang dijanjikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa berkempen dalam pilihan raya di Sabah. Ini hanya melibatkan kos tambahan RM5 bilion untuk lima bulan akhir tahun ini.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

[Bangun]

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

[Bangun]

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Kita minta supaya boleh diwujudkan satu sosial safety net untuk membantu mereka yang menganggur dan pekerja yang menghadapi masalah cash flow.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Yang Berhormat Bukit Mertajam?

Datuk Dr. Shahruddin bin Md SallehBERSATU · PHSri Gading

Yang Berhormat Sri Gading?

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bagan. Setelah mendengar apa yang telah dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan dan menyatakan tentang keadaan kewangan negara yang amat terbatas, dan juga perbelanjaan dari semalam dan sebelum itu kita melihat KKM disebutkan belanja sebanyak RM3.7 bilion. Kementerian Sains belanja hampir RM5 bilion lebih untuk vaksin dan berbagai-bagai. Akan tetapi, malangnya di peringkat akar umbi tidak kelihatan bagaimana kewangan ini dapat diterjemahkan menjadi kenyataan. Bayangkan kemudahan katil di hospital pun tidak cukup. Bayangkan rakyat kita hendak mendapat oksigen, one oksigen, tangki itu have to be shared by at least two or three people. Sound like kita dalam keadaan negara yang third world countries. Apa yang membimbangkan saya ialah, saya hendak bertanya Yang Berhormat Bagan. Baru-baru ini kita dapat melihat bagaimana pihak kerajaan melakukan iaitu menggunakan Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN), RM20 bilion diambil satu

per empat oleh kerajaan untuk membeli vaksin melalui— tidak melalui— tanpa perbincangan Parlimen. Ini kewangan untuk generasi kita yang akan datang dan selepas itu kita melihat dalam pembinaan 5G, kerajaan tidak menggunakan kaedah yang lain. Malahan kerajaan mengambil seakan-akan kerajaan hendak berbuat, they want to be a business. Negara seperti Korea dan Thailand, they do it in different kind of form to generate income. Akan tetapi malangnya pada hari ini kita dapat melihat daripada 5G yang ada. Sepatutnya menjana sekurang-kurangnya USD3 bilion, akan tetapi malangnya pada hari negeri kerajaan perlu berbelanja hampir RM11 bilion untuk membina prasarana untuk menggunakan 5G.

Saya ingin menambah sikit, saya hendak bertanya, berapakah jumlah dan nilai kontrak perolehan kerajaan dipecahkan mengikut kementerian yang diberikan oleh kerajaan sejak tahun 2020 hingga 1 Julai 2021. Berapakah jumlah nilai secara runding terus mengikut kementerian pada tempoh yang sama. Terima kasih Yang Berhormat Bagan.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Yang Berhormat Bagan.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Yang Berhormat Bagan. Tentang moratorium.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Nanti kejap. Saya habis tentang vaksin, then saya bagi. Harap ia boleh jadi sebahagian daripada ucapan saya. Keempat ialah perlunya ada tambahan RM4 bilion untuk sektor kesihatan. Bukan sahaja mengambil semua pegawai kontrak sama ada doktor, pharmacist dan juga doktor gigi tetapi juga untuk memastikan sistem sokongan kesihatan dapat ditambah, ICU, katil ICU ditambah dan juga penting sekali ialah vaksinasi. Yang Berhormat Rembau semalam menyatakan 12.5 juta orang rakyat Malaysia telah menerima sekurang-kurangnya satu dos dan daripada 18.8 juta orang dewasa yang mendaftarkan. Oleh sebab 18.8 juta orang dewasa rakyat Malaysia yang mendaftar diri merupakan 80.5 peratus daripada populasi dewasa di Malaysia, 37.6 juta dos diperlukan. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] Kerajaan sudah terima 26.4 juta dos, kurang 10.2 juta dos. Mengapa tidak boleh beli 10.2 juta dos supaya semua rakyat dewasa yang mendaftarkan diri boleh di vaksin dengan serta-merta. Tidak payah tunggu tiga bulan. Mengapa kena tiga bulan? Semalam mungkin Yang Berhormat Senator Menteri Kewangan tidak ada, Menteri berkenaan Yang Berhormat Rembau menyatakan tidak ada wang untuk beli 10.2 juta dos. Saya hendak cadangkan keluarkan wang. Pembangkang akan sokong. Ini kerana kita tidak boleh tunggu. Kalau tunggu tiga bulan lagi, tidak tahu berapa ramai akan mati.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Lebih penting kita selamatkan nyawa daripada selamatkan perbelanjaan. So, saya harap bahawa jangan tunggu lagi. Pharmaniaga ada 14 juta, kita sekarang kurang 10.2 juta untuk vaksinasi 18.8 juta rakyat Malaysia. Beli daripada Pharmaniaga. Kos dia dianggarkan RM1.5 bilion. Kita mampu keluarkan RM1.5 bilion untuk selamatkan 18.8 juta rakyat Malaysia. Sila.

Datuk Dr. Shahruddin bin Md SallehBERSATU · PHSri Gading

Terima kasih Yang Berhormat Bagan beri laluan. Cuma hendakkan komen daripada Yang Berhormat Bagan tentang kenyataan yang menyatakan bahawa, minta izin ya, Malaysians are self- financing themselves through moratorium’s and EPF withdrawals sebanyak RM350 bilion daripada jumlah packages yang disebutkan tadi lapan, RM530 bilion. Maknanya rakyat tanggung sendiri. Rakyat tetap sengsara. Itu satu kenyataan yang pertama. Keduanya ialah stimulus pakej ini telah melupakan langsung sektor pertanian luar bandar kepada petani, nelayan dan penternak. Kalau saya lihat daripada apa yang didapatkan oleh petani, paling banyak RM1 bilion daripada RM530 bilion tadi ya, zero point percent, almost nil, zero. Dibandingkan dengan packages untuk PRIHATIN SME yang mendapat RM10 bilion yang disumbangkan oleh kerajaan. Saya minta komen.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Saya rasa bukan saya yang jawab. Yang Berhormat Menteri yang jawab. Ini masuk sebahagian ucapan saya. Apa yang penting ialah kita tidak boleh tunggu lagi.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Boleh minta tentang...

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Sekejap. Kita hendak sokong wira-wira kita, frontliners, wira-wira di sektor kesihatan. Bagi mereka tambahan RM4 bilion. Kita tidak mahu dengar cerita yang menyayat hati, macam Miss Bowie Kong di mana bapanya dinafikan oksigen, katil, selimut dan juga makanan sebelum beliau mati oleh sebab COVID-19 di Hospital Serdang. Let us achieve herd immunity dengan izin Tuan Yang di- Pertua. Let us achieve herd immunity not only through inoculation and infection. We want to achieve herd immunity through inoculation. So, kelima itu insentif pengambilan kerja sebanyak RM500 sebulan kepada pekerja tempatan dan juga kepada majikan RM300 sebulan untuk mewujudkan peluang pekerjaan. Kadar pengangguran di kalangan belia di antara umur 15 tahun hingga 30 tahun masih tinggi dan untuk bulan Mei naik 0.5 peratus kepada 9.2 peratus. Ini satu angka yang agak tinggi. Keenam kita harus memudah cara pembukaan semula ekonomi dengan menghapuskan fictitious differentiation dengan izin between essential and non- essential business. Tidak ada makna langsung. Saya harap penting ialah kita harus tegaskan, disentralisasi, decentralization and whole of all society effort adalah kritikal untuk memastikan negara kita balik secara normal dan juga ekonomi balik ke pangkal jalan kerana centralization of powers termasuk proklamasi darurat hanya telah menjadi krisis politik, kesihatan, kemelesetan ekonomi dan juga ketidakstabilan politik menjadi lebih teruk lagi. Yang Berhormat daripada Rasah.

Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Bagan.

Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Kangar.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Terima kasih Yang Berhormat Bagan.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Singkat, lima minit lagi singkat.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Tadi saya dengar ucapan daripada Yang Berhormat Bagan, bekas Yang Berhormat Menteri Kewangan berkenaan dengan bakul makanan. Tadi dalam ucapan oleh Yang Berhormat Senator Menteri Kewangan ada menyatakan bahawa RM300,000 tersebut sekiranya perlu boleh ditambah. Jadi saya mohon pandangan daripada Yang Berhormat Bagan apakah RM300,000 kalau secara one-off, bagi saya, kawasan saya tidak cukup. Saya rasa semua di sini bersetuju dan semalam Yang Berhormat Arau pun ada cerita, kalau boleh kerajaan bagi setiap bulan sehingga seluruh negara masuk ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara. Oleh sebab kalau fasa 4 itu semua sudah boleh kerja. Jadi kalau boleh kita bagi setiap kawasan melalui pejabat Ahli Parlimen. Cuma bukan saja untuk bakul makanan tetapi untuk benda-benda yang berkaitan dengan COVID-19 termasuk ujian kit tersebut. Terima kasih Yang Berhormat Bagan.

Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Kangar minta sikit.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Yang Berhormat Kota Melaka.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Okey, Yang Berhormat Rasah.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Nanti Kota Melaka, Kangar.

Terima kasih Yang Berhormat Bagan.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Singkat ya.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, berapakah peminjam yang telah membuat permohonan untuk mendapatkan moratorium kali ini. Berapakah telah diluluskan dan berapa telah diterima oleh peminjam. Oleh sebab saya lihat ya banyak bank telah keluarkan moratorium yang baru kepada mereka, pelan mereka tetapi membebankan mereka. Ini diakui oleh bank sendiri. Sebagai contoh ya. Ini surat letter offer untuk moratorium kali ini. Bank sendiri

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

menyatakan, “please take note that the approved plan offered will incur additional borrowing cost due to the deform installment.” Jadi di sini, jangan kerajaan bangga dengan moratorium yang telah diberikan sebab itu bukan moratorium yang benar-benar moratorium. Apa yang kita hendak ialah jangan kenakan interest. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka.

Sikit Yang Berhormat Bagan ya.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Yang Berhormat Kangar.

Pakej bantuan ini dia tidak harus kita lihat terpisah daripada perbelanjaan keseluruhan termasuk belanjawan. Cuma saya hendak sebut dalam belanjawan yang lepas saya bangkitkan kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan kita kurangkan perbelanjaan sosial dan juga subsidi sebanyak RM3 bilion. Akan tetapi masa itu Menteri Kewangan dia mengelak untuk menjawab, dia kata kita banyak bagi bantuan pakej-pakej ini. Apa yang saya hendak sebut dalam pengalaman saya bila saya turun dalam satu kes di Kampung Hutan Melintang, DUN Kayang di bahawa Parlimen Kangar, bila saya pergi jumpa dengan makcik ini dia kata dia punya bantuan bulanan daripada JKM sudah ditarik balik. Ditarik balik, apa sebab dia? Oleh sebab anak dia dulu yang bekerja, anak dia sudah hilang kerja semasa PKP, anak dia balik. Oleh sebab anak dia sekarang duduk dengan dia, jadi dia sudah tidak dinilai sebagai tidak layak lagi untuk menerima bantuan JKM. Inilah kesan dia yang saya cuba tanyakan kepada Menteri Kewangan dekat mana belanja sosial dan juga subsidi yang ditarik balik.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Kangar.

Jadi saya minta ini dipertimbangkan untuk diperbetulkan.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Terima kasih. Yang Berhormat Pulai.

Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Terlanjur Menteri Kewangan ada di sini, saya minta supaya ada penjelasan supaya penjelasan berapa sebenarnya yang kita bayar untuk vaksin. Oleh sebab 415,000 dihadiahkan oleh United Kingdom, Jepun satu juta, US satu juta. Kita dapat banyak lagi vaksin yang diberikan secara percuma. Maka, saya rasa dengan imbuhan itu, lebih banyak yang boleh kita berikan lagi kepada rakyat Malaysia. Terima kasih.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Terima kasih, ini semua jadi sebahagian dari ucapan saya. Saya pasti Yang Berhormat Menteri Kewangan yang mampu jawab ini akan gulung dengan baik nanti.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Bagan. Dua minit lagi.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Akhirnya, ya, saya tahu. Satu ialah tentang pemansuhan Ordinan Darurat. Implikasi kewangan ini besar kerana ada dua Ordinan Darurat berkaitan dengan Kementerian Kewangan.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Satu ialah KWAN di mana RM5 bilion diangkat untuk membeli vaksin. Satu lagi ialah di mana perbelanjaan boleh diluluskan oleh Perdana Menteri tanpa Parlimen iaitu sama ada Bajet Perbekalan ataupun Perbekalan Tambahan (Supplementary Budget). So, sekarang apakah implikasi bila ia disebut dimansuhkan sama ada dimansuhkan atau dalam proses saya pun keliru kerana itu pihak Menteri Undang- undang cakap dimansuhkan tetapi Menteri Wilayah Persekutuan cakap dalam proses. Hadir mesyuarat yang sama tetapi keluar cakap lain. Adakah mereka hadir mesyuarat yang sama tidak? So, itu yang menjadi masalah. So, apakah implikasi kewangan daripada KWAN ini berapa dibelanjakan dan kalau ada kekurangan shortfall macam mana pihak kementerian akan cari punca yang baharu, semua yang baharu untuk buat imbuhan balik kerana ini satu perkara yang penting. Di sini Tuan Yang di-Pertua, saya harap bahawa...

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Yang Berhormat Bagan, Kepong.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Kepong hendak mencelah, sudah tidak sempat Yang Berhormat Kepong, tidak sempat.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Yang Berhormat Kepong, sekejap yang Yang Berhormat Kepong.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Saya hendak tanya sama ada kerajaan ada pelan tidak untuk membeli vaksin jenis Johnson & Johnson iaitu jenis satu dos selesai sudah. Ini boleh membantu warga asing yang tanpa dokumen. Mereka dapat satu dos tidak payah pulang untuk kembali untuk 2nd dose Terima kasih.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

So, akhirnya saya hendak gulung. Terima kasih. Harap ini semua – apa yang diharapkan oleh rakyat ialah kita harap vaksin boleh sampai cepat. Kalau perlu gunakan dana yang sedia ada untuk beli lebih banyak, tidak payah tunggu sampai bulan Oktober. Kalau boleh kita tempah dan beli dan harap ia boleh sampai hari ini juga, bulan ini juga. Oleh kerana jangan kita ulangi kesilapan tahun lepas di mana kerana kita lambat tempah akhirnya vaksin lambat sampai yang mengakibatkan kematian yang begitu tinggi, kes jangkitan yang begitu tinggi. Sudah sampai masanya kita mengakui kesilapan yang berlaku sebelum ini dan sekiranya hati terbuka bersedia untuk kerjasama dengan semua pihak seperti yang saya sebut. Pembangkang sedia berikan kerjasama, berikan peruntukan tambahan RM1.5 bilion untuk beli 10.2 juta dos vaksin yang diperlukan untuk pastikan semua yang daftar boleh dapat dengan segera supaya kita boleh bina sebuah negara yang normal dan lebih baik lagi. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, Yang Berhormat Bagan.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Peraturan mesyuarat, peraturan mesyuarat.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Peraturan mesyuarat maaf satu minit. Peraturan Mesyuarat 26(q) dan (l) dan (k) dan juga yang penting 36(12). Ini merujuk kepada kenyataan yang baru dikeluarkan oleh Istana Negara. [Tepuk] .

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Derhaka, derhaka.

Dengar bagus, bagus.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Istana Negara mengeluarkan kenyataan yang menyebut dengan jelas bahawa kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin melanggar prinsip Perlembagaan dan tidak menghormati Institusi Raja. [Tepuk] Kedua, menyebut secara khusus dengan atas nama Menteri Jabatan Perdana Menteri Yang Berhormat Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan telah mengelirukan Dewan Rakyat. [Tepuk]

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Letak jawatan.

Rujuk dia!

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Tuan Yang di-Pertua, kita sampai bukan sekadar krisis Perlembagaan, penghinaan kepada Raja secara tegas dan usaha menipu Parlimen dan rakyat yang dikeluarkan oleh Istana Negara. Saya mohon ...

Yang Berhormat Pagoh letak jawatan!

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Baca, baca.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Kenyataan ini baru keluar, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan penghargaan atas pelaksanaan persidangan sejajar dengan saranan Duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu. Seri Paduka Baginda menegaskan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Parlimen. Perkara 150(2b) dibaca dengan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan secara jelas memperuntukkan kuasa penggubalan dan pembatalan Ordinan-ordinan Darurat terletak kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Maka Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa amat dukacita [Tepuk] dengan kenyataan dibuat di Parlimen pada 26 Julai iaitu kerajaan telah membatalkan semua ordinan yang dimasyhurkan oleh baginda walhal pembatalan belum lagi diperkenankan oleh Yang di- Pertuan Agong.

Rujuk Yang Berhormat Kota Bharu.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Seri Paduka Baginda Agong juga menzahirkan rasa amat dukacita kerana apa yang telah diperkenankan dan dititahkan kepada Yang Berhormat Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun semasa Majlis Menghadap secara maya pada 24 Julai bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentangkan dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan dirungkaikan telah tidak dilaksanakan.

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

[Tepuk]

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Derhaka, derhaka.

Memang derhaka.

Derhaka, derhaka.

Kurang ajar.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Patutlah Speaker jaga.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Kenyataan Yang Berhormat Menteri..

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sekejap, sekejap, senyap.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Melayu Isle, Melayu Isle..

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Kenyataan Menteri di Parlimen pada 26 Julai adalah tidak tepat dan telah mengelirukan Ahli-ahli Dewan Rakyat. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong turut menegaskan bahawa permohonan pembatalan semua Ordinan Darurat pada 21 Julai telah dilakukan secara tergesa-gesa tanpa pembentangan di Parlimen dan kenyataannya bercanggah serta mengelirukan Parlimen. Bukan sahaja gagal menghormati prinsip kedaulatan undang-undang yang terkandung dalam Rukun Negara malah telah membelakangi fungsi dan kuasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong [Tepuk] selaku Ketua Umum, Ketua Utama Negara seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Baginda bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri seperti terkandung dalam Perkara 41 Perlembagaan Persekutuan. Baginda maklum namun Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menzahirkan pandangan bahawa baginda selaku Ketua Utama Negara mempunyai kewajipan untuk menyampaikan nasihat dan teguran jika berlaku sebarang tindakan yang tidak berperlembagaan oleh mana-mana pihak. [Tepuk]

[Dewan riuh]

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Muhyiddin letak jawatan.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Khususnya mereka yang melaksanakan fungsi dan kuasa di bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Tuan P. PrabakaranPKR · PHBatu

Letak jawatan Perdana Menteri!

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong menegaskan bahawa Ahli-ahli Parlimen seperti memberikan keutamaan, dengar ini semua, Ahli Parlimen semua dari semua parti dengar kenyataan ini. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menegaskan bahawa Ahli-ahli Parlimen memberikan keutamaan kepada kemaslahatan dan kesejahteraan rakyat serta negara

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

pada sesi Parlimen ini sedang berlangsung untuk mencari penyelesaian terhadap pelbagai masalah yang dihadapi rakyat dan negara ketika krisis pandemik COVID-19 itu. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengambil kesempatan menyeru rakyat untuk bersama mendoakan agar negara sentiasa berada di bawah lindungan Allah S.W.T, dijauhi dari sebarang musibah dan wabak COVID-19 dapat dibendung serta diakhiri dengan segera.

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

[Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih....

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Kenyataan ini jelas...

Tuan P. PrabakaranPKR · PHBatu

Hendak mencelah sedikit, Yang Berhormat Port Dickson. Yang Berhormat Port Dickson, hendak celah sikit.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Kenyataan ini jelas menunjukkan Kabinet yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin telah melanggar semangat Perlembagaan, menghina Institusi Raja Berperlembagaan khususnya Yang di-Pertuan Agong dan ini termasuk juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengelirukan Dewan dan oleh yang demikian telah tidak bercakap benar kepada Dewan dan mengelirukan rakyat Malaysia. Kita tidak ada pilihan selain menuntut Perdana Menteri meletakkan jawatan.

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

[Tepuk]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan P. PrabakaranPKR · PHBatu

Betul, setuju! Letak jawatan hari ini juga. [Tepuk]

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Ahli-ahli Yang Berhormat, diam, diam. Minta duduk, minta duduk.

[Dewan riuh]

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Mana Tuan Yang di-Pertua?

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Letak jawatan.

Yang Berhormat Pagoh letak jawatan.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Letak jawatan! Penipu!

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Yang Berhormat Dato’ Takiyuddin.

[Dewan riuh]

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

[Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Ahli-ahli Yang Berhormat...

[Dewan riuh]

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Jangan derhaka!

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Saya baru dimaklumkan ini merupakan peraturan...

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Mana Tuan Yang di-Pertua?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

...Peraturan 36(12). Baik.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Mana Tuan Yang di-Pertua? Kita hendak Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua jaga abang.

Tuan P. PrabakaranPKR · PHBatu

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bagi pandangan sedikit Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Apakah dia itu?

Tuan P. PrabakaranPKR · PHBatu

Tuan Yang di-Pertua, Batu, Batu.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Tidak perlu, tidak perlu. Saya rujuk kepada apa peraturan mesyuarat yang hendak dirujukkan.

Tuan P. PrabakaranPKR · PHBatu

Tuan Yang di-Pertua...

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Peraturan mesyuarat.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Jikalau dibiarkan perkara ini terus berlaku tanpa ada...

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Point of order.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

...Sikap gentleman daripada Yang Berhormat Kota Bharu dan juga Yang Berhormat Pagoh untuk meletak jawatan...

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Point of order.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

...Ia akan menjadi titik hitam dalam sejarah negara kita. [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Saya hendak peraturan mesyuarat mana? Kita dalam – kena patuh kepada peraturan mesyuarat.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Ia akan menjadi precedent untuk pemimpin seluruh dunia... [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua..

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

...Dan juga memimpin secara diktator. [Pembesar suara dimatikan]

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Puchong.

[Dewan riuh]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Puchong adakah rujuk yang sama ke?

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua point of order. Tuan Yang di-Pertua, minta point of order mana saya huraikan. Peraturan Mesyuarat 26(1)(b). Saya baca. Ini apa yang dinyatakan oleh point of order tersebut kecuali jika ada syarat- syarat lain dalam peraturan-peraturan mesyuarat ini, usul-usul yang hendak dibawa ke dalam mesyuarat hendaklah didahulukan dengan pemberitahuan kecuali usul-usul yang tersebut di bawah ini dan (b), usul berkenaan dengan hak dan kebebasan semasa kejadian itu berlaku. Tuan Yang di-Pertua, saya memfailkan usul di bawah Peruntukan 26 (1)(p) dan juga 36(12). Saya failkan semalam. Di dalam usul itu saya bawa soal bersama-sama ataupun tidak Yang Berhormat Kota Bharu telah pun mengelirukan Dewan yang mulia ini. Sehingga sekarang tidak ada keputusan. Walaupun ia satu perkara yang patut diberikan keutamaan kerana isu di situ ialah isu yang sangat serius. Isu berkenaan dengan kuasa di bawah Artikel 150(3) sekarang melalui surat dari Istana kita mendapatkan pencerahan. Soalan saya kenapa sehingga sekarang tidak dibenarkan untuk usul itu dibahas?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik, saya jawab kan.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Bukan sahaja setakat Yang Berhormat Kota Bharu. Ini adalah sebuah kerajaan, networks on collective responsibility. Semua Yang Berhormat Menteri di situ, mereka tahu.

Letak jawatan!

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tahu. Kenapakah Tuan Yang di-Pertua melindungi mereka?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik, terima kasih.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Kenapakah Tuan Yang di-Pertua melindungi mereka? Saya mahu satu keputusan sekarang. Minta usul itu dibawa ke depan, kita bincang usul itu sekarang.

[Dewan riuh]

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

[Tepuk] [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Benda yang sama juga. Baik.

Tuan Yang di-Pertua jangan derhaka Tuan Yang di-Pertua. Jangan derhaka! Jangan derhaka!

Jangan derhaka!

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Jelutong.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Kalau Tuan Yang di-Pertua tidak boleh membawa ke depan usul itu, Tuan Yang di-Pertua pun patut letak jawatan!

[Dewan tepuk]

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

[Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Puchong dan juga Yang Berhormat Port Dickson tadi. Ahli-ahli Yang Berhormat kita pun baru dapat...

Tuan Yang di-Pertua.

Point of order.

Point of Order 99.

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tuan Yang di-Pertua, Tanjong Karang.

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sekarang kita sebut— point of order yang mana?

Point of order Tuan Yang di-Pertua...

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tuan Yang di-Pertua sebab soalan ini soalan serius. Ini soalan yang amat penting. Saya kalau boleh saya hendak cadang seperti biasa, apabila ada perkara yang agak kontroversi, saya kalau hendak cadang biarlah Dewan ini kita tangguh dahulu. Tangguh sementara.

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tangguh sementara, kalau tidak akan selesai. Tangguh sementara dahulu...

Tangguh, tangguh.

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

...Apakah keputusan yang terbaik sebab ini serius melibatkan Perlembagaan 99.

Tuan Yang di-Pertua Peraturan 99, Tangguh.

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tuan Yang di-Pertua dengar saya. Tangguh dahulu.

Panggil Tuan Yang di-Pertua masuk balik, panggil Tuan Yang di-Pertua.

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tangguh sementara.

[Dewan riuh]

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

[Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik, terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang.

[Dewan riuh]

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri masuk, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri masuk. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Boleh saya bercakap? Boleh minta yang lain duduk dahulu. Minta yang lain duduk. Minta Ahli-ahli Yang Berhormat duduk dahulu.

[Dewan riuh]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Minta Ahli-ahli Yang Berhormat sila duduk dahulu.

[Dewan riuh]

Yang Berhormat Pagoh kena masuk Dewan Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Pagoh.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik, kita telah dengar tadi...

Yang Berhormat Kota Bharu.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

...Disebut oleh dua peraturan mesyuarat dan...

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Tuan Yang di-Pertua kita tidak boleh menganggap perkara ini tidak berlaku dan kita tidak boleh...

Tuan Yang di-Pertua, mana Yang Berhormat Kota Bharu? Mana Yang Berhormat Pagoh? Kenapa lari? Kenapa tidak datang ke Dewan... [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Jelutong sila duduk dahulu.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Timbalan Yang di-Pertua, tidak ada kuasa sudah. Sila panggil Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Saya sekejap. Saya panggil...

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Timbalan Yang di-Pertua jaga abang dia.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

...Kenyataan ini ialah kenyataan media betul?

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Timbalan Yang di-Pertua jaga abang.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Sila panggil Tuan Yang di-Pertua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 99.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Ini merupakan kenyataan media yang saya pun baru dapat daripada SUDR bagi saya...

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Tuan Yang di-Pertua, janganlah hendak melengahkan masa. Kena buat keputusan immediate. Ini soal besar.

Buat keputusan secepat mungkin.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Setakat kenyataan media...

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Kita menjunjung... [Pembesar suara dimatikan]

...Tidak boleh tunggu.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Saya perlu rujuk kepada Pejabat Timbalan Yang di-Pertua kerana ini adalah Peraturan 36(12). Rujuk kepada hak-hak dan kebebasan. Saya tidak mahu hendak mengganggu perbahasan bagi kita teruskan sampai waktu pukul 1.00...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Pukul 1.00 dan kita masih dalam aturan mesyuarat untuk mendengar pembentangan aturan mesyuarat ini, baik.

[Dewan riuh]

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua, jangan derhaka Titah Tuanku.

Tuan Yang di-Pertua...

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua, jangan derhaka Titah Tuanku.

[Dewan riuh]

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

[Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Saya boleh juga tangguh 15 minit boleh, boleh tangguh tetapi saya hendak minta pada Ahli-ahli Yang Berhormat, saya hendak teruskan juga. Baik, sila-sila.

[Dewan riuh]

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tangguh-tangguh, kena tangguh sampai jam 1.00.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

[Dewan riuh]

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

[Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Semporna 15 minit. Sila.

Tuan Yang di- Pertua, Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil maklum apa yang disebut oleh Yang Berhormat Tanjong Karang. Tuan Yang di-Pertua ulas kata ini hanya kenyataan media. Tuan Yang di-Pertua, jangan berdolak- dalik. Kenyataan ini kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Istana Negara langsung. Boleh tengok Facebook buat live sekarang.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Faham,faham.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Bukan ini kenyataan media biasa. Jangan mempermainkan soal Titah Diraja...

Tuan Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

Sebab itu kena tangguh dahulu tengok semua.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

...Yang bersangkut paut dengan Parlimen.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Saya tangguh dahulu boleh, tangguh dahulu tidak apa.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tuan Yang di-Pertua, kita tangguhkan Dewan Rakyat sebab isu ini isu serius Perlembagaan.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

[Tidak jelas] Kita tangguh untuk semak. Jangan kata...

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kita tangguh dahulu Dewan untuk membincangkan perkara serius.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tangguh, semak, dapat kepastian.

[Dewan riuh]

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Manakah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri?

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kita tangguh dahulu Dewan.

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tangguh dahulu sampai 2.30 petang.

Tangguh, tangguh, tangguh Dewan.

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tuan Yang di-Pertua tangguhlah sampai 2.30 petang. Boleh tangguh.

[Dewan riuh]

Tangguhkan Dewan. Yang Berhormat Bera, you say something-lah.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

No, no, no 15 minutes.

Yang Berhormat Bera...

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

They can tell us mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri?

…You say something, say something.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Minta dia datang jawab, tanggungjawab.

[Dewan riuh]

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

[Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik, Ahli-ahli Yang Berhormat sila duduk. Sila tenang, tenang,tenang.

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik, Ahli-ahli Yang Berhormat saya merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 12(2) iaitu untuk menangguhkan Mesyuarat ini selama 15 minit untuk saya buat perbincangan di dalam. Sila Yang Berhormat, Majlis ditangguhkan.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 12.29 tengah hari]

[Mesyuarat ditempohkan selama 15 minit]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 12.45 tengah hari]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTeluk Intan

Mana Tuan Yang di-Pertua?

Bukan Tuan Yang di-Pertua ini...

Tuan Yang di-Pertua, we want another Tuan Yang di-Pertua, not you.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Tenanglah, tenanglah dulu.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Mana Tuan Yang di-Pertua? Tuan Yang di- Pertua jaga abang...

[Dewan riuh]

Mana Tuan Yang di- Pertua? Where is the Tuan Yang di-Pertua?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Mana Tuan Yang di-Pertua?

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Tenanglah, tenanglah dulu.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah adakan sedikit perbincangan dan membuat keputusan untuk menempohkan Mesyuarat ini sehingga pukul satu, breaktime. Kemudian dimulakan semula 2.30 petang.

Tuan Yang di- Pertua, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Saya ulang sekali lagi. Untuk menempohkan sehingga pukul 1, dan disambung semula pada pukul 2.30 petang. Sekian, terima kasih.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 12.46 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said) mempengerusikan Mesyuarat]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ahli-ahli Yang Berhormat perbincangan masih diadakan berkenaan Aturan Pengurusan Mesyuarat pada hari ini. Sehubungan dengan itu, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 12(2), sekarang ini saya menempohkan mesyuarat pada hari ini sehingga pukul 3.30 petang. Terima kasih.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 2.32 petang]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 3.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat, pemakluman Tuan Yang di-Pertua. Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua telah menerima surat pemakluman daripada Ketua Pengarah Kesihatan yang berbunyi begini. Dukacita dimaklumkan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah dimaklumkan pada 29 Julai 2021, jam 12 tengah hari mengenai dua kes positif COVID-19, yang telah hadir ke Parlimen...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Kes pertama ialah seorang petugas yang telah hadir ke Parlimen sejak hari Isnin 26 Julai 2021, sehingga Rabu 28 Julai 2021, dengan nilai kitaran ambangnya- CT value 18.7- below 20, high viral load and infectivity. Manakala kes kedua, dikesan positif pada hari Khamis 29 Julai 2021, semasa saringan di Parlimen menggunakan ujian kendiri- RTK-Ag Saliva. Penilaian risiko berdasarkan maklumat siasatan awal mendapati kedua-dua kes tersebut dikhuatiri telah berada di beberapa buah lokasi di sekitar Parlimen semasa tempoh tersebut.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sehubungan dengan itu, dipohon saringan gejala dan ujian saringan pengesanan COVID-19 dijalankan ke atas semua yang hadir dan berada di Parlimen Malaysia termasuklah semua Ahli Parlimen, pegawai-pegawai, warga Parlimen dan pekerja-pekerja. Tiada siapa dibenarkan keluar dari Kompleks Parlimen sehingga keputusan diperoleh. Ujian saringan akan dilakukan di Pintu 3 Blok Utama yang akan mula beroperasi- sejak semalam pun. Keutamaan diberikan kepada Ahli-ahli Parlimen. Mesyuarat ditempohkan sehingga jam 5.15 petang- Peraturan Mesyuarat 12(2). Sekian, terima kasih.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 3.35 petang]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 5.08 petang]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, hasil daripada ujian saringan RTK-Ag Saliva yang masih sedang dijalankan di Parlimen...

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua, kita teruskanlah. Kenapa kita hendak buat...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

...Didapati dua lagi kes positif yang baharu telah dikesan.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Apa ini?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

...Two more.

Apa kaitan dengan ini semua ini? Tiada kaitan semualah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Peringkat seterusnya ialah penilaian risiko oleh pihak Kementerian Kesihatan.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

...Ini...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dan pegawai-pegawai yang telah berada di Kompleks Parlimen pada hari Isnin 26 Julai, Selasa 27 Julai, Rabu 28 Julai yang lalu tetapi tidak hadir pada hari ini maka disarankan untuk menjalani ujian di mana-mana klinik yang berdekatan dengan kadar segera. Jadi jumlahnya setakat ini, ada seramai empat orang yang telah dijangkiti positif COVID-19. Selaras dengan itu, dengan Peraturan Mesyuarat 12(2), sekarang saya menempohkan mesyuarat sehingga...

Apakah ini?

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Apakah ini?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

... Mesyuarat pada hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin, 2 Ogos 2021. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat..

[Dewan riuh]

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.20 petang]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Nota: Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 bagi Dewan Rakyat pada Isnin, 2 Ogos 2021 ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak.