Dewan Rakyat · 15 September 2021

15th Parliament, session 4, meeting 1 · 559 turns · 53,282 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Lukanisman bin Awang SauniPBB · GPSSibuti · question

1. Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [Sibuti] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah tindakan proaktif kerajaan terhadap maklumat penerima vaksin yang tidak mempunyai kad pengenalan diri terutama sekali di Sarawak dan adakah kerajaan akan mengambil tindakan mengenai isu individu tanpa pengenalan diri.

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri I · Kuala Krau

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Yang Berhormat Sibuti yang begitu mengambil berat terhadap kesihatan dan keselamatan di dalam negara kita. Namun begitu, memang kerajaan ingin menggalakkan semua individu di dalam negara kita mendapatkan vaksinasi supaya semua individu selamat dari segi COVID-19. Namun begitu, tugas Kementerian Dalam Negeri (KDN) terpaksa mengimbangkan antara kesihatan dan juga keselamatan serta kedaulatan negara. Oleh sebab itulah, walaupun ada pihak-pihak tertentu nak memastikan semua individu sama ada yang mempunyai kad pengenalan diri atau warganegara yang mempunyai kad pengenalan diri mendapatkan vaksinasi, namun begitu, kita menggalakkan supaya mana- mana individu yang tidak mempunyai kad pengenalan diri untuk kita mendaftarkan mereka menerusi peraturan-peraturan yang sedia ada. Langkah-langkah proaktif yang telah dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri iaitu melalui JPN di mana kita ada Program MEKAR, membawa kita turun ke kawasan pedalaman untuk mendaftarkan mana-mana individu yang belum mempunyai kad pengenalan diri. Menerusi Ops Patuh, Kita membuat pemeriksaan kepada kad pengenalan atau pengesahan dokumen terhadap PATI dan kita menggalakkan supaya majikan-majikan memastikan semua pekerja mereka ini mendapatkan vaksinasi. Bagi negeri Sabah dan Sarawak kita ada jawatankuasa. Bagi Sabah khususnya, kita ada Jawatankuasa JKPWAS untuk menentukan supaya mana-mana individu di negeri Sabah yang belum dapat identiti kad individu untuk kita murnikan menerusi perundangan yang sedia ada. Jadi, saya harap mana-mana pihak atau individu yang tidak mempunyai kad pengenalan atau identiti untuk tampil ke hadapan untuk berbuat demikian bagi proses untuk kita mendapatkan vaksinasi ini berjalan dengan lancar. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih atas jawapan Timbalan Menteri tadi. Saya ingin membangkitkan berkenaan tentang di dalam proses vaksinasi di Sarawak kita telah mengguna pakai vaksin dahulu dan juga mendaftar kemudian dan juga kerajaan negeri membenarkan kesemua rakyat yang tidak memiliki pengenalan diri untuk menerima vaksin. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah data-data yang diperoleh melalui proses vaksinasi ini terutama sekali yang tiada pengenalan diri akan

diproses, akan dikesan dan juga akan diberikan kewarganegaraan sekiranya memenuhi syarat? Terdapat juga dakwaan yang mengatakan masih ramai lagi warga asal, orang asal, orang Penan di Sarawak dan juga di Sabah tidak mempunyai pengenalan diri. Apakah langkah-langkah way forward pihak Kementerian Dalam Negeri untuk mengesan dan juga apakah timeline ataupun jangka masa kerajaan untuk memastikan populasi tidak mempunyai pengenalan diri ini diberikan hak kewarganegaraan?

Terima kasih Yang Berhormat Sibuti. Saya hendak sebut sekali lagi tentang langkah-langkah yang kita buat khususnya bagi mana-mana individu yang belum mempunyai identiti di Sarawak, di mana kita telah wujudkan satu Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan Peringkat Negeri Sarawak dan kita bincang bersama melalui Kementerian Dalam Negeri. Kita harap kerjasama ini dapat kita teruskan bagi memastikan semua individu yang disebut oleh Yang Berhormat tadi dapat kita berikan kad identiti mereka. Begitu juga tentang di mana kita telah tukarkan Pasukan Petugas Khas (PPK) ini yang ditubuhkan pada tahun 2015 kepada Program MEKAR kita, di mana mobile kita akan turun ke kawasan pedalaman sepertimana yang saya sebutkan sebelum ini. Kita juga mengalu-alukan kementerian yang lain memberikan data-data sama ada Kementerian Kesihatan Malaysia atau MOSTI memberikan data kepada kita. Mana-mana individu yang telah menerima vaksin untuk salurkan maklumat kepada pihak Kementerian Dalam Negeri untuk kita mengambil tindakan yang selanjutnya. Terima kasih.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Berkaitan dengan mereka yang tidak mempunyai warganegara tetapi ini ada kaitan iaitu isu pelajar-pelajar asing yang belajar di Malaysia yang visanya telah tamat tempoh dan ingin memperbaharui. Saya menerima banyak komen daripada mereka yang mereka diarahkan untuk keluar dan kemudian pulang semula ke Malaysia untuk memperbaharui visa mereka. Jadi, saya harap Kementerian Dalam Negeri tidak meletakkan syarat sedemikian kerana ia akan meningkatkan lagi risiko apabila mereka keluar dan pulang kembali. Kalau boleh mereka memperbaharui visa di dalam negara sendiri. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam yang selalu mahu memastikan kebajikan pelajar di dalam negara kita dan juga pelajar dari luar negara terbela dari segi kebajikan dan juga identiti mereka. Saya nak nyatakan bahawa kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri sentiasa bersikap terbuka. Mana-mana pelajar yang mempunyai tamat tempoh visa untuk belajar di dalam negara kita boleh berhubung dengan pihak Jabatan Imigresen Malaysia dan kita tidak akan bertindak kejam untuk mengambil tindakan yang keterlaluan. Akan tetapi, kita akan memberikan khidmat nasihat yang sewajarnya kepada pelajar tersebut bagi membolehkan kerjasama di antara negara-negara luar yang mahu supaya menjadikan hasrat Kerajaan Malaysia menjadikan Malaysia di antara hab pendidikan yang terkenal dalam dunia kita. Terima kasih– di peringkat antarabangsa, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau boleh perkara itu dipermudahkan kerana banyak aduan, mereka terpaksa keluar dan datang semula untuk buat visa.

Ya, minta Yang Berhormat– kalau Yang Berhormat sudah ada data-data tersebut, boleh bekalkan kepada saya untuk kita mengambil tindakan yang sewajarnya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya benarkan satu soalan tambahan yang ketiga daripada Yang Berhormat Ipoh Barat. Terima kasih.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, kita semua maklum ada lebih kurang di antara 3 juta ke 4 juta yang terlibat dengan pendatang asing tanpa izin (PATI). Saya difahamkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sekarang sedang berusaha dengan kuat untuk menangkap mereka. Apa ini bermakna. Kalau vaksinasi diberi keutamaan tetapi kita serta– masa yang sama kita nak tangkap orang-orang dalam PATI ini. Jadi soalan saya, adakah ini praktikal? Kita semua tahu, you can vaccinate the whole of Malaysians. Kalau kamu tidak vaccinate yang– pihak-pihak yang pelarian dengan ada kad UNHCR dan juga dengan PATI, apa efektifnya? Tidak ada masuk akal langsung. Kita patut mengambil tindakan sedemikian, menangkap mereka dulu-dulu semasa kita ada masa. Sekarang, fokus kita adalah untuk memberi vaksinasi. Jadi soalan saya, Tuan Yang di-Pertua, adalah, adakah kerajaan sedar bahawa satu kesilapan yang besar telah dibuat kerana bila kita nak pergi tangkap orang-orang macam ini, dia larikan lagi ke dalam hutan-hutan. Dia sudah, assimilate sudah dengan masyarakat dan tidak boleh tangkap sama mereka...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, Yang Berhormat Ipoh Barat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

...Adakah keutamaan akan diberi untuk sedikit kelonggaran memandangkan kita sekarang membuat recalibration of workers. Adakah keutamaan akan diberi supaya kita memanggil mereka dan memberi lebih perhatian kepada– supaya satu masalah yang besar di negara ini yang tidak akan selesai- selesai, jika KDN membuat sedemikian untuk menangkap mereka pada masa sekarang.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, Yang Berhormat Ipoh Barat. Sila, Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Saya percaya Yang Berhormat Ipoh Barat, bekas Menteri Sumber Manusia, memang dia mempunyai data dan pengalaman yang luas terhadap masalah pekerja asing di dalam negara kita, terutama sekali masalah PATI, yang disebut oleh Yang Berhormat Ipoh Barat terlalu ramai. Sebenarnya Yang Berhormat Ipoh Barat, KDN kita telah berhubung negara-negara asal, negara sumber. Mereka negara-negara sumber telah bersetuju untuk kita membuat program penghantaran pulang, untuk kita memberikan, mengesahkan dokumentasi mereka apabila mereka pulang dan mereka boleh membuat proses untuk kembali di dalam negara kita. Kita tidak mengambil tindakan yang sebegitu kejam. Oleh sebab itu, contoh beberapa negara iaitu Filipina, Indonesia– puluhan program untuk penghantaran pulang telah kita lakukan. Ini mendapat kerjasama yang cukup baik dengan negara-negara sumber kita. Mengenai tindakan yang kita perlu ambil, ini adalah untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan negara kita. Oleh sebab itulah, kita ada program yang disebut oleh Yang Berhormat Ipoh Barat tadi. Insya-Allah, program ini akan kita bangunkan dan sedang kita ketengahkan antara kerjasama antara KDN dan Kementerian Sumber Manusia. Insya-Allah, kita akan pastikan bahawa kadar PATI di dalam negara kita akan berkurangan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertanyaan seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Tuan M. Kulasegaran, Ipoh Barat.

M. Kulasegaran a/l V. Murugeson DAP · PHIpoh Barat · question

2. Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan sebab kerajaan masih melancarkan PROTEK dan mengenakan bayaran terhadap majikan ataupun potongan levi untuk vaksinasi sedangkan kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM5 bilion untuk vaksinasi yang dikatakan dapat menampung keperluan 110 peratus populasi.

Datuk Seri M. SaravananMIC · BNMenteri Sumber Manusia · Tapah

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Kemungkinan soalan ini lewat sedikit, sebab jawapannya mungkin lebih akademik daripada way forward, dengan izin. Tuan Yang di-Pertua, pada awalnya Kementerian Sumber Manusia melalui Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan Program Vaksinasi Tenaga Kerja Nasional (PROTEK) bermula pada bulan Ogos 2021 memandangkan syarikat-syarikat ingin mempercepatkan pemberian vaksin kepada pekerja mereka. Setelah mendengar keluhan daripada para majikan yang mahu mengembalikan sektor pekerjaan yang terhenti lama akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Kementerian Sumber Manusia melalui Pembangunan Sumber Manusia Berhad telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan program ini. Program ini menawarkan pilihan kepada majikan yang sukarela mahu mempercepatkan proses pemberian vaksin kepada para pekerja bagi meningkatkan kadar imuniti kelompok di kalangan mereka. Melalui inisiatif ini, pihak majikan khususnya di sektor perkhidmatan dan pembuatan yang menjadi tunjang utama ekonomi negara dapat beroperasi semula dengan mematuhi SOP yang ditetapkan bagi meningkatkan produktiviti dan daya saing, seterusnya mampu mempercepatkan proses pemulihan ekonomi negara serta menjamin kesejahteraan rakyat. Akan tetapi, Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun setelah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memutuskan untuk membenarkan para pekerja mendapatkan vaksin secara walk-in mulai 1 Ogos 2021, banyak majikan telah menyahut seruan kerajaan dan telah menghantar para pekerja ke pusat-pusat pemberian vaksin as walk-in. Maka, Kementerian Sumber Manusia memutuskan untuk tidak meneruskan PROTEK. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Soalan tambahan pertama, sila.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Terima kasih, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat, khususnya apa yang dibuat oleh HRDF ini salah mengikut undang-undang. Kalau kita baca Seksyen 3; “The main objective of the Corporation shall be the imposition and collection of a human resources development levy for the purpose of promoting the training and development of employees, apprentices and trainees and the establishment and administration of the Fund”. Ini khususnya dan HRDF telah menyeleweng. Dia telah keluar dari apa yang core dia. Core dia adalah untuk training dan retraining. Buatlah kerja itu. Jangan kita mengambil alih kerja-kerja lain sebagai swasta, private sector. Semua yang dibuat oleh GLC-GLC lain perlu dibuat oleh kementerian juga. Kita perlu ingat, kalaupun ada tekanan daripada majikan, itu tidak bermakna kita perlu memberi kemudahan tersebut. Kalau saya, saya dah baca PROTEK ini, semua ini...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Ipoh Barat, tanya soalannya. Soalannya apa. Ini pertanyaan. Pertanyaan.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

...jadi semua ini, wang ini akan dikeluarkan daripada levi. Bermakna, “ada udang di sebalik batu”. Ada komisen-komisen dan sebagainya. Jadi, ingatlah. Saya pohonlah Yang Berhormat Menteri, supaya menubuhkan satu independent investigation group. Macam bila kita dalam kementerian, Governance Oversight Committee untuk menyiasat perkara ini dan jika perlu mengambil tindakan terhadap orang-orang yang terlibat, yang menyeleweng dalam hal ini. Adakah Yang Berhormat Menteri berani untuk berbuat yang demikian?

[Dewan riuh]

Ceramah itu. Bukan soalan itu.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila, Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya cukup berterima kasih kepada mantan Menteri Sumber Manusia atas keprihatinan, kepercayaan

terhadap Kementerian Sumber Manusia. Tuan Yang di-Pertua, kalau saya duduk di sebelah sana mungkin saya pun boleh bagi pandangan yang sama. Akan tetapi, negara kita menghadapi keadaan yang luar biasa. Kelembapan ekonomi, krisis kesihatan, sedikit sebanyak krisis politik dan sebagainya. Apabila tiada kestabilan politik, negara kita tidak akan maju. Maka, ini menjadi tanggungjawab semua. Apabila kita tubuhkan HRDF ataupun Pembangunan Sumber Manusia Berhad– saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Ipoh Barat tanggungjawab kita hanya fokus kepada latihan dan sebagainya. Akan tetapi, hari ini, dalam keadaan yang cukup luar biasa seperti darurat, maka semua kementerian perlu memainkan peranan dan think out of the box. Memandangkan dalam keadaan COVID-19 bulan ini, kita tiada sebarang latihan kemahiran dan sebagainya – face-to-face. Maka, levi yang sedia ada, apabila majikan setuju, kita membuat satu pendekatan untuk menyelamatkan negara dalam keadaan krisis. This is crisis. These are not normal circumstances. So, yang bab “ada udang di sebalik batu” mungkin sebelah sana sahaja yang tahu perkara-perkara macam ini. Kita telus. We’d never know if– bila masa ada “udang di sebalik batu”. Mungkin Yang Berhormat Ipoh Barat lebih arif, mengenal pasti udang- udang.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

No, what is the core issue? Core– dalam ini the act, very clearly dia kata. Training and retraining. You tidak ada kuasa.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Ipoh Barat, sesi pertanyaan sudah habis. Pertanyaan yang kedua. Ahli-ahli Yang Berhormat seterusnya, saya ingin menjemput Cameron Highlands.

Tuan Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Tuan Yang di-Pertua. Soalan Cameron Highlands, yang ketiga.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya sudah panggil, tidak ada yang menjawab. Tidak apa. Saya sudah masuk soalan yang ketiga. Minta maaf, Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Menteri Pembangunan Luar Bandar untuk menjawabnya. Tiga minit.

Ramli bin Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands · question

3. Tuan Ramli bin Dato' Mohd Nor [Cameron Highlands] minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan, apakah langkah yang dilakukan oleh pihak kementerian bagi memastikan masyarakat Orang Asli tidak tercicir daripada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin MohamadUMNO · BNTimbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I · Lipis

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Cameron Highlands yang mengajukan soalan pada pagi ini. Pihak kementerian melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah melaksanakan beberapa langkah bagi memastikan masyarakat Orang Asli tidak tercicir daripada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Kerajaan melalui JAKOA telah melaksanakan kempen kesedaran secara bergerak dan berfokus dari kampung ke kampung dan dari rumah ke rumah. Kempen ini bertujuan untuk memberi kesedaran mengenai COVID-19 serta meningkatkan kefahaman tentang keperluan vaksin dan menangkis dakyah serta berita palsu yang tersebar. JAKOA juga mengedar dan melaksanakan pendaftaran vaksinasi secara manual dan menangani isu ketiadaan peranti, kurang liputan internat, serta isu tidak celik penggunaan maklumat IT. Selain membantu bagi pendaftaran, JAKOA juga menyediakan kemudahan pengangkutan ke Pusat Pemberian Vaksin- PPV dan menjalankan usaha sama antara agensi seperti MARA Liner yang menyediakan pusat pemberian vaksin

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin MohamadUMNO · BNTimbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I · Lipis

bergerak yang secara mobilisasi dan menjalankan program outreach bersama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di kawasan pinggir dan pendalaman. Berita baiknya, bermula bulan ini, vaksin CanSino yang hanya memerlukan satu dos lengkap mula dibekalkan kepada masyarakat Orang Asli dan dijangka akan mempercepatkan lagi kadar vaksinasi Orang Asli di seluruh negara terutamanya bagi penempatan yang terletak di kawasan pendalaman. Atas berkat usaha-usaha yang dinyatakan, jumlah terkini masyarakat Orang Asli yang telah menerima vaksin seramai 82, 555 orang daripada jumlah keseluruhan Orang Asli yang sepatutnya divaksinkan seluruh negara 144,180 orang. Kadar vaksinasi harian Orang Asli terkini menunjukkan trend penambahan yang sangat baik pada setiap hari. Pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan turut bekerjasama dengan agensi strategik lain yang mempercepatkan proses vaksinasi masyarakat Orang Asli. Saya juga percaya, penggunaan optimum aset-aset kerajaan seperti helikopter dan bot-bot ke kawasan-kawasan pedalaman Orang Asli akan dapat kita tingkatkan kadar vaksinasi ini. Kerajaan akan memastikan seluruh keluarga Malaysia akan dapat menjalankan kehidupan seperti biasa seterusnya memulihkan ekonomi yang terjejas, menjana pendapatan untuk sara hidup masa hadapan. Terima kasih.

Tuan Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat Menteri, kita fahami kebanyakan penduduk masyarakat Orang Asli ini menghadapi masalah infrastruktur. Dengan wujudnya CanSino ini, satu alternatif kepada vaksin- ubat- ubat vaksin yang lain, hanya satu dos sahaja. Apakah perancangan bagi mencapai mereka terutama sekali kepada suku kaum-suku kaum yang duduk di pedalaman seperti suku kaum Batek di Kuala Tahan dan sebagainya? Mereka ini menghadapi masalah reach daripada segi perhubungan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Okeylah, Timbalan Menteri. Satu minit.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Cameron Highlands. Saya sebenarnya hendak merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Cameron Highlands yang sentiasa turut serta bersama dalam kempen untuk memberi vaksin kepada Orang Asli. Bukan sekadar di Cameron Highlands, beliau juga turut serta bersama dengan saya dalam kempen-kempen tersebut di seluruh negara. Perkara ini, beliau amat arif sebenarnya. Oleh sebab itu dalam jawapan saya sebentar tadi, kita menggunakan secara optimum iaitu kita menggunakan helikopter. Sebagai contoh, hari Sabtu yang lepas, saya sendiri menghantar CanSino menggunakan helikopter. Walaupun, saya menghantar saja tidak menaiki helikopter kerana kita ada pre-council. Inilah saya katakan sebentar tadi dalam rangkaian kata keluarga Malaysia untuk kita dapat bersama menyelesaikan semua masalah termasuk Orang Asli. Jadi, kita menggunakan helikopter dan bot-bot. Ini semuanya dibantu oleh pihak kerajaan yang mana pihak bomba membantu daripada segi helikopter dan pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) juga turut membantu. Jadi, agensi-agensi kerajaan kita optimumkan bagi memenuhi segala permintaan untuk menyelesaikan permasalahan vaksinasi COVID-19 ini. Terima kasih, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Dr. Hasan bin BahromAMANAH · PHTampin

Tuan Yang di-Pertua, Tampin, Tampin.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Pasir Gudang.

Datuk Dr. Hasan bin BahromAMANAH · PHTampin

Tampin.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya- yang kedua saya jemput Yang Berhormat Tampin.

Datuk Dr. Hasan bin BahromAMANAH · PHTampin

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan tahniah kepada kementerian yang menjaga hal ehwal Orang Asli ini telah berusaha untuk memastikan Orang Asli ataupun orang asal mendapat vaksin yang sempurna. Persoalan saya adalah, setakat ini berapa peratus kah orang-orang asal telah mendapat vaksin atas usaha yang telah dilakukan itu? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila, Timbalan Menteri. Satu Minit.

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Tampin yang mengemukakan soalan. Peratusan setakat ini, daripada 144,180 orang masyarakat orang asal ataupun Orang Asli, seramai 82,555 telah divaksin. Peratusan ialah sebanyak 57 peratus telah di vaksin dan baki sebanyak lebih kurang dalam 40- lebih kurang 50 ribu lagi yang masih belum di vaksin. Usaha ini sebenarnya tidak menjadi masalah dan halangan kepada masyarakat Orang Asli untuk menerima vaksin. Mereka telah bersetuju menerima vaksin. Akan tetapi, ia bergantung kepada penerimaan vaksin kepada kita untuk kita memastikan mereka dapat di vaksin. Secara kebetulan Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar ada di dalam Dewan, saya meminta supaya kita segera dapat bekalan vaksin CanSino sebanyak 50 ribu. Saya percaya 100 peratus kita boleh selesaikan vaksin kepada masyarakat Orang Asli. Terima kasih, Yang Berhormat.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi isu Orang Asli. Pasir Gudang.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik. Saya beri pada Pasir Gudang. Masa 30 saat.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, bolehkah berikan secara bertulis pun tidak apa kemudian akan peratusan vaksinasi kepada masyarakat Orang Asli di Parlimen Pasir Gudang. Perkara ini penting, kerana baru-baru ini penempatan Orang Asli di Kampung Kuala Masai, ramai Orang Asli yang kena- positif COVID-19. Jadi, bolehkah tambahannya mobile – unit bergerak ke kampung berkenaan untuk melakukan vaksinasi? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, Sila, Timbalan Menteri.

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Gudang. Sebenarnya, kami sudah maklumkan bahawa mobile bergerak kami di bawah MARA Liner pada bila-bila masa sahaja kami boleh hadir ke tempat Yang Berhormat. Yang Berhormat memaklumkan, bila masa yang bersesuaian dan insya-Allah kita boleh membantu sekiranya vaksin kita terima. Kita juga kena meletakkan sekiranya vaksin kita terima, kita boleh bergerak membantu masyarakat Orang Asli di Pasir Gudang. Sebenarnya bukan di Pasir Gudang sahaja, di semua tempat kita akan bantu. Saya telah menerima banyak tempat sebenarnya. Saya telah pergi banyak tempat vaksinasi masyarakat Orang Asli. Bermula dari awal kempen saya di tempat Orang Asli sebenarnya, pada asalnya, masyarakat Orang Asli tidak mahu divaksin. Akan tetapi, hampir semua hendak menerima vaksin. Saya menerima sebenarnya daripada pegawai iaitu lebih kurang tetapi, di Johor sahaja bukan di Pasir Gudang. Di Johor sahaja kita sudah mencecah 5,385 orang bersamaan 45.3 peratus yang telah divaksin. Akan tetapi, untuk di Pasir Gudang saya akan jawab secara bertulislah ataupun saya akan maklumkan kepada Yang Berhormat Pasir Gudang. Terima kasih.

Rusnah binti AluaiPKR · PHTangga Batu · question

4. Puan Rusnah binti Aluai [Tangga Batu] minta Menteri Kesihatan menyatakan adakah kementerian mempunyai rancangan untuk menjamin masa depan doktor-doktor kontrak agar negara tidak mengalami brain drain pada masa akan datang.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila Menteri Kesihatan untuk menjawabnya. Tiga minit.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu BakarUMNO · BNMenteri Kesihatan · Rembau

Tuan Yang di- Pertua, izinkan saya menjawab soalan ini bersekali dengan soalan Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Sarikei, Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Libaran, Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Johor Bahru, Yang Berhormat Muar dan Yang Berhormat Pandan, yang turut menyentuh isu yang sama. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah pegawai perubatan adalah seramai 55,981 orang, iaitu 32,885 orang pegawai lantikan tetap yang merangkumi 26,892 orang pegawai perubatan lantikan tetap dan 5,993 orang pakar perubatan lantikan tetap. 23,096 orang pegawai lantikan kontrak yang merangkumi 23,077 orang pegawai perubatan lantikan kontrak dan 19 orang pakar perubatan lantikan kontrak. Berdasarkan rekod Kementerian Kesihatan Malaysia, perincian doktor yang telah meletak jawatan sejak tahun 2016 hingga Jun 2021 adalah seperti berikut:- | Pakar Perubatan | | |-----------------|--------------| |Tahun |Jumlah (Orang)| |2016 |158 | |2017 |170 | |2018 |198 | |2019 |229 | |2020 |161 | |Sehingga Jun 2021|32 | |Keseluruhan |948 |<END_TABLE_MARKER> |Pegawai Perubatan| | |-----------------|--------------| |Tahun |Jumlah (Orang)| |2016 |874 | |2017 |869 | |2018 |734 | |2019 |915 | |2020 |534 | |Sehingga Jun 2021|102 | |Keseluruhan |4,028 |<END_TABLE_MARKER> Tuan Yang di-Pertua, Akta Perubatan 1971 menetapkan bahawa graduan perubatan yang telah mendapat pendaftaran sementara dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) perlu diberi peluang untuk menjalani latihan siswazah oleh pihak kerajaan. Sebelum tahun 2016, semua graduan perubatan yang menjalani latihan siswazah di Kementerian Kesihatan Malaysia telah dilantik secara tetap oleh kerajaan.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu BakarUMNO · BNMenteri Kesihatan · Rembau

Walau bagaimanapun, peningkatan mendadak graduan perubatan semenjak tahun 2016 telah menyebabkan tekanan tinggi untuk meneruskan pelantikan tetap. Sebagai gambaran, antara tahun 2009 hingga 2015, keluaran graduan perubatan hanya sekitar 3,000 setahun, tetapi bermula tahun 2016 jumlah keluaran graduan perubatan adalah antara 5,000 hingga 6,000 setiap tahun. Berdasarkan perkembangan ini, kerajaan pada 13 Oktober 2016, telah memutuskan supaya graduan perubatan ditawarkan pelantikan secara kontrak bagi menjalani latihan siswazah dan melengkapkan khidmat wajib selaras dengan obligasi di bawah Akta Perubatan 1971. Selepas melengkapkan latihan siswazah dan khidmat wajib, graduan perubatan mengharapkan supaya mereka diserap sebagai pegawai perubatan lantikan tetap. Walau bagaimanapun, berikutan pelaksanaan Dasar Kawalan Saiz Perkhidmatan Awam dan Kawalan Perbelanjaan Kewangan secara berhemah, bukan semua graduan perubatan yang melengkapkan latihan siswazah dapat dilantik secara tetap disebabkan perjawatan yang terhad. Buat masa ini, pegawai perubatan lantikan kontrak diberi emolumen yang setara dengan pegawai lantikan tetap. Daripada aspek pemberian kemudahan lain seperti kemudahan cuti, perubatan, kuarters, pinjaman, kenderaan dan komputer, perkara ini diberi berdasarkan peraturan yang berkuat kuasa. Selain itu, pegawai perubatan lantikan kontrak turut mendapat kemudahan cuti seperti cuti rehat, cuti sakit, cuti haji, cuti bersalin, cuti tanpa rekod isteri bersalin, cuti tanpa rekod kematian ahli keluarga terdekat dan cuti tanpa rekod perayaan. Pegawai perubatan lantikan kontrak juga telah dipanjangkan kemudahan rawatan perubatan kepada ibu bapa mulai tahun 2016. Manakala pada 14 Julai 2021, kerajaan juga telah bersetuju dengan pemanjangan cuti tugas khas perubatan (hazard leave), cuti TB serta tambang mengunjungi wilayah asal kepada pegawai perubatan lantikan kontrak. Bagi menangani masalah yang dihadapi oleh doktor kontrak, kerajaan pada 14 Julai 2021 telah bersetuju supaya pegawai perubatan lantikan kontrak yang telah melengkapkan khidmat wajib dua tahun, dilanjutkan tempoh kontrak untuk dua tahun lagi bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan dan membolehkan pegawai membuat persediaan bagi menyambung pengajian kepakaran. Selain itu, dalam tempoh dua tahun lanjutan kontrak ini sekiranya pegawai ditawarkan pengajian kepakaran, maka pegawai akan ditawarkan kontrak lanjutan selama empat tahun lagi untuk melengkapkan pengajian kepakaran. Kerajaan juga bersetuju agar KKM dan agensi berkaitan menyediakan sebuah pelan komprehensif yang merangkumi tindakan jangka pendek, sederhana dan panjang bagi menangani isu doktor kontrak ini. Sehubungan dengan itu, sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan pada 20 Ogos 2021. Fokus keutamaan jawatankuasa ini adalah seperti berikut— Tuan Yang di-Pertua, saya mohon tempoh masa sikit sebab isu yang penting ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Ya, baik, baik.

Fokus keutamaan jawatankuasa ini adalah seperti berikut: (i) mengemukakan permohonan peruntukan bagi tajaan yang setara dengan Hadiah Latihan Persekutuan kepada Kementerian Kewangan Malaysia bagi membolehkan pegawai perubatan dan pergigian kontrak mengikuti pengajian kepakaran; (ii) meneliti dan mengemukakan permohonan untuk mewujudkan perjawatan tetap tambahan mengikut keperluan fasiliti kepada agensi pusat; (iii) meneliti strategi bagi meningkatkan lagi peluang pekerjaan dalam perkhidmatan kesihatan di kementerian dan agensi awam lain serta sektor swasta agar lebih peluang pekerjaan disediakan kepada graduan perubatan di Malaysia; (iv) meneliti dan meminda ketetapan sedia ada dalam Akta Perubatan 1971, Akta Pergigian dan Akta Pendaftaran Ahli Farmasi berkaitan dengan latihan siswazah dan khidmat wajib

serta mekanisme pelaksanaan pengajian kepakaran yang lebih fleksibel; dan (v) mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi meneliti kesesuaian pindaan Akta Pencen 1980 atau memperkenalkan penambahbaikan yang setara kerana sebarang pindaan juga melibatkan penjawat awam lain dan implikasi terhadap dasar sedia ada berkaitan Skim Pencen dalam perkhidmatan awam. Penyediaan pelan komprehensif ini akan melibatkan penyertaan wakil JPA, Perbendaharaan, Unit Perancang Ekonomi dan Kementerian Pengajian Tinggi serta agensi-agensi KKM untuk kita melihat kepada penyelesaian jangka masa panjang isu doktor kontrak ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih. Sila soalan tambahan yang bersamanya. Yang Berhormat Tangga Batu.

Puan Rusnah binti AluaiPKR · PHTangga Batu

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dengan penjelasan yang panjang lebar, detil dan usaha-usaha untuk membaiki perkhidmatan perubatan ini. Namun, saya memfokuskan tentang masa depan doktor- doktor apabila mereka hari itu— kita dapati doktor-doktor muda mengadakan hartal sehingga diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Jadi, diharap usaha mereka dapat perhatian dan menjanjikan masa depan yang lebih baik untuk doktor-doktor ini. Seterusnya, saya ingin bertanya jika jumlah doktor kita sudah melebihi dan menyebabkan mereka tidak boleh diserap ke jawatan tetap, mengapakah pesakit-pesakit kena menunggu berjam-jam di hospital? Mengapakah berbulan-bulan malah bertahun untuk mendapatkan perkhidmatan kepakaran? Adakah kerana kita tidak dapat mewujudkan perjawatan kerana kurang sangat jumlah hospital baharu yang diwujudkan? Terima kasih.

Terima kasih Ahli Yang Berhormat daripada Tangga Batu. Berkenaan dengan masa depan mereka, saya amat prihatin dengan kedudukan dan juga keadaan kerjaya doktor-doktor dan juga doktor kontrak kita. Oleh sebab itu, kita bukan hanya melihat kepada perlanjutan tempoh kontrak yang telah dipersetujui oleh kerajaan, tetapi antara penyelesaian yang dinantikan oleh mereka juga adalah peluang untuk mendapat tajaan Hadiah Latihan Persekutuan supaya mereka dapat melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana.

Sekarang ini syarat dia hanya diberikan permohonan ini kepada pegawai tetap sahaja dan pegawai kontrak ini hanya boleh mohon untuk latihan melalui parallel pathway. Akan tetapi sekarang ini kita ingin memberi kemudahan yang sama kepada mereka supaya layak untuk memohon bagi mendapat Hadiah Latihan Persekutuan, bagi membolehkan mereka ini mengikuti pengajian kepakaran di IPTA-IPTA tempatan. Ini untuk masa depan mereka dan saya rasa ini adalah perkara yang juga yang telah dituntut dan dinanti-nantikan. Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya sekarang ini kita tidak kekurangan doktor siswazah tetapi apa yang kita perlukan sekarang ini adalah keperluan pakar. Keperluan pakar kita, pakar yang sedia ada dalam Kementerian Kesihatan Malaysia adalah 6,183 orang pada tahun 2019. Sekarang ini keseluruhan campur dengan swasta, kurang lebih 13 ribu orang. Keperluan kita untuk tahun 2030 adalah 28 ribu orang. Sebab itulah ini yang menjadi antara masalah waktu menunggu (waiting time) untuk jumpa pakar. Sebab itu kita perlu mengoptimumkan bukan hanya kemudahan yang sedia ada supaya kita dapat mengurangkan waktu menunggu untuk berjumpa dengan pakar tetapi juga Kementerian Kewangan harus memberi komitmen supaya kita dapat melatih doktor- doktor ini supaya menjadi pakar untuk memenuhi keperluan kita 10 tahun akan datang yang mana disease burden kita akan meningkat disebabkan masyarakat yang semakin menua di Malaysia dan juga insiden NCD yang semakin tinggi iaitu masalah-masalah jangkitan ataupun penyakit tidak berjangkit dan ini akan memerlukan jumlah pakar yang tinggi yang perlu kita latih daripada sekarang. Terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Krai untuk soalan tambahan kedua. Minta maaf Yang Berhormat Pontian. Baik, Yang Berhormat Kuala Krai.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah apakah faktor yang menyebabkan ramai para doktor termasuk doktor pakar ini meletakkan jawatan dan yang kedua ialah apakah perancangan dan juga pelan pihak kerajaan untuk memanfaatkan jumlah yang besar di kalangan graduan perubatan dalam negara kita ini khususnya dalam menyediakan peluang pekerjaan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Menteri, satu minit.

Ya, sudah pasti antara faktor mereka meninggalkan perkhidmatan kesihatan awam adalah peluang-peluang di sektor swasta terutamanya bagi pakar dan kita walaupun daripada semasa ke semasa telah meningkatkan elaun kepakaran kepada pakar-pakar kita dalam perkhidmatan awam, namun demikian ia tidak boleh setanding dengan apa yang mereka dapat di sektor swasta. Kita juga memberi kelonggaran kepada pakar-pakar kita selama satu hari seminggu untuk mereka melaksanakan tugas di sektor swasta untuk mendapat pendapatan tambahan. Jadi di sini, perlu kita melihat apa lagi kemudahan yang perlu kita bagi kepada mereka supaya mereka kekal dalam sistem kesihatan awam. Saya ingin menyatakan bahawa mereka kekal ini sebab sense of national duty, sebab mereka ada satu semangat untuk memastikan bahawa sumbangan diberikan terus kepada negara sedangkan latihan mereka semua ditanggung oleh kerajaan dan saya rasa ini adalah satu semangat yang terbaik dan boleh dipuji. Ini kerana semua pakar atau kebanyakan pakar di Malaysia adalah pakar yang datang dari kilang Kementerian Kesihatan Malaysia termasuklah mereka yang ada di hospital swasta sekarang. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Soalan yang kedua, yang kedua. Bahagian yang kedua tadi belum jawab.

Tuan Yang di-Pertua, boleh tambah satu?

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Kuala Selangor.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya telah bagi masa panjang dah untuk soalan ini. Saya nak teruskan pertanyaan yang seterusnya.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tak boleh lagi? Ini soalan yang sangat penting.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya ingin menjemput Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah.

Terima kasih, Yang di-Pertua. Soalan nombor lima.

Shamsul Anuar bin NasarahUMNO · BNLenggong · question

5. Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah [Lenggong] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan apakah perancangan kerajaan dalam memulihkan semula ekonomi negara serta bentuk-bentuk bantuan yang boleh diberikan terutamanya kepada perusahaan kecil sederhana sebagai starter untuk mereka meneruskan kelangsungan operasi perniagaan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila, Yang Berhormat Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk menjawabnya.

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNMenteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi · Tanjong Karang

Terima kasih, Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang kita sedia

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNMenteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi · Tanjong Karang

maklum, pelbagai langkah dan inisiatif telah diambil oleh kerajaan bagi membantu meringankan beban PKS akibat kesan penularan pandemik COVID-19, menerusi beberapa pakej rancangan ekonomi yang melibatkan beberapa kementerian berkaitan yang berjumlah RM530 bilion. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi melalui agensi-agensi di bawahnya telah melaksanakan pelbagai program untuk membantu usahawan termasuklah mereka yang baru bermula ataupun starter seperti berikut. Pertama, melalui SME Corporation Malaysia ataupun SME Corp. Malaysia. Program Pembiayaan Pengukuhan PKS dilaksanakan dengan kerjasama Malaysian Industrial Development Finance (MIDF) sebagai agensi pelaksana. Program ini menyediakan pembiayaan pinjaman mudah kepada PKS terutamanya dalam sektor- sektor yang terjejas akibat COVID-19 dengan kadar faedah tiga peratus dan tanpa yuran pemprosesan. Ini dapat membantu aliran tunai perniagaan sekali gus membantu memastikan kelangsungan perniagaan PKS. Jumlah peruntukan terlibat adalah sebanyak RM50 juta di bawah dana PEMERKASA. Kedua, Program Business Accelerator (BAP 3.0) merupakan kerjasama antara SME Corp. Malaysia dan SME Bank selaku agensi pelaksana memberikan kemudahan pembiayaan kepada PKS untuk menampung kos modal kerja seperti utiliti, sewa dan kos- kos lain termasuk pembelian stok dan juga bahan mentah. Bantuan juga disediakan dalam bentuk geran kepada PKS yang mempunyai potensi perkembangan perniagaan dengan bantuan untuk aktiviti seperti promosi, pensijilan dan juga pendekatan output e-dagang serta pembelian mesin peralatan. Pada tahun 2020 hingga Julai 2021, sejumlah RM69.3 juta nilai geran telah diluluskan kepada 320 PKS. Ketiga, Program Peningkatan Enterpris Bumiputera, bertujuan meningkatkan daya saing PKS bumiputera menerusi bantuan bersepadu yang meliputi khidmat nasihat dan sokongan kewangan dalam bentuk geran bersamaan. Bantuan yang disediakan termasuklah untuk meningkatkan produktiviti, mekanisme, automasi dan juga melaksana pelbagai promosi dan pengiklanan pelaksanaan e-dagang. Pada tahun 2020 hingga Julai 2021, RM40 juta nilai geran telah pun diluluskan kepada 338 PKS. Dalam masa yang sama, SME Bank juga mempunyai beberapa program seperti SME Relief Programme yang juga telah berjaya memberikan kelulusan pembiayaan bernilai RM833.74 juta kepada 1,356 PKS. Dalam masa yang sama, Bank Rakyat juga telah pun memperkenalkan beberapa program di antaranya BR Cash ditambah baik kepada program baharu yang dikenali sebagai BR Flexi dengan penambahan jumlah tahap pembiayaan maksimum daripada RM300 ribu kepada satu juta. Agensi yang juga di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi iaitu Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) juga telah pun melalui Program RECURVE, yang bertujuan untuk membantu usahawan francais menampung kos operasi bulanan seperti gaji pekerja, sewa premis dan sebagainya yang telah pun memperuntukkan pembiayaan sebanyak RM20 juta kepada 200 usahawan francais. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Sila soalan tambahan pertama.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pandemik COVID-19, realitinya beri impak besar kepada pengusaha industri kecil dan sederhana dalam semua sektor. Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan. Disebut tadi pelbagai bantuan diberi, namun mesti dilihat apakah inisiatif diberi tadi benar-benar sampai ke kumpulan sasaran. Kita tak mahu ia disebut bilion jutaan tetapi realitinya masih lagi terkial-kial usahawan kecil dan sederhana untuk mendapat dana dan sebagainya.

Oleh sebab itu, kita harap kerajaan membentangkan satu kerangka yang betul- betul konkrit dalam soal penyelesaian jangka pendek, sederhana dan panjang. Apakah kementerian boleh atau berhasrat untuk mengkaji semula, contohnya Akta Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana 1995 (Akta 539) bagi kita memperkasa, melindungi kepentingan semula industri kecil dan sederhana. Terutama ketika pandemik ini dan akan beralih kepada fasa baru ini daripada aspek perundangan, kewangan, soal

hutang, soal kontrak bagi memastikan supaya industri kecil dan sederhana ini dapat terus mampu untuk beroperasi dan tidak gulung tikar. Realitinya Yang Berhormat, di bawah, industri kecil dan sederhana masih lagi menghadapi masalah walaupun dana-dana yang disebut tadi besar. Oleh sebab itu, kita harap kementerian tumpukan soal pelaksanaan supaya kaedah penyampaian benar- benar dapat dinikmati oleh mereka yang terlibat. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Menteri, satu minit.

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih sahabat saya dari Lenggong. Saya bersetuju dengan apa Yang Berhormat nyatakan bahawa kita tidak nafikan, sudah tentu kita tidak mampu hendak menolong keseluruhan usahawan dengan peruntukan- peruntukan yang disediakan. Namun demikian, untuk kita hendak memperkasakan daripada segi pelaksanaannya, maka di bawah kementerian saya, kita ada sembilan buah agensi, berbagai-bagai agensi. Ada program-program mereka tersendiri. Maka, saya akan mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi membantu usahawan yang terkesan ini supaya segala peruntukan dapat diselaraskan kerana kita tahu dalam usahawan ini ada mikro, industri kecil-sederhana dan sebagainya. Jadi, kita akan selaraskan ini melalui jawatankuasa yang akan diketuai oleh Ketua Setiausaha dan juga saya akan bekerjasama dengan persatuan-persatuan. Saya tengok semua bidang usahawan ini ada berbagai-bagai persatuan. Jadi, insya-Allah saya akan berjumpa dengan persatuan dan kita dengan kerjasama persatuan-persatuan seperti beberapa buah persatuan, maka mereka akan membantu kita untuk melaksanakan supaya bantuan yang diberikan oleh kerajaan ini akan sampai kepada kumpulan sasaran. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih. Sila soalan tambahan.

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan daripada Sik.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Bukit Bintang.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, berikutan pandemik COVID-19 yang telah memasuki tahun kedua, ramai rakyat yang telah hilang pekerjaan dan pendapatan. Saya ingin tahu apakah usaha kerajaan untuk membantu golongan tersebut supaya kembali produktif? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Menteri.

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bintang. Pertamanya, Yang Berhormat kata memang ramai yang terjejas. Oleh itu, kita ada dalam program yang saya akan tumpukan dalam tempoh 100 hari ini iaitu beberapa golongan, termasuk golongan Yang Berhormat katakan tadi iaitu usahawan-usahawan yang terkesan akibat COVID-19. Dalam masa yang sama juga, kita akan juga membantu ada golongan yang diberhentikan kerja dan mana yang diberhentikan kerja yang ingin menjadi usahawan, ini juga akan menjadi tumpuan kepada kita. Golongan yang ketiga ialah mahasiswa yang tiada pekerjaan tetapi ingin menjadi usahawan. Ini juga kita akan berikan tumpuan. Keempat, juga kita ada satu skim usahawan asnaf ini, membantu usahawan asnaf dengan dasar “hari ini mereka penerima zakat, insya-Allah satu hari mereka akan jadi pembayar zakat”. Kemudian, usahawan-usahawan yang menggunakan modal mereka sendiri. Virtual office pun kita akan perkenalkan, di mana kita tahu banyak dah tutup office, hendak mulakan balik tentu tidak mampu. Jadi, dengan sistem virtual office ini mungkin akan meringankan beban mereka. Kita juga akan memberikan penumpuan kepada pemasaran secara digital. Ini juga salah satu perniagaan yang baru yang kita lihat boleh memberikan keuntungan dengan tanpa membuka office dan sebagainya. Jadi, saya ambil perhatian

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

apa Yang Berhormat cadangkan, saya memang merasai begitu ramai usahawan yang terkesan kerana pandemik COVID-19 ini. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Lagi soalan, Sik mohon satu soalan tambahan.

Hulu Langat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Saya ingin teruskan. Seterusnya, Yang Berhormat Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji tidak dapat berada di dalam Dewan. Saya ingin seterusnya menjemput Yang Berhormat Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir, Setiu.

[Soalan No. 6 – YB. Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji (Raub) tidak hadir]

Shaharizukirnain bin Abdul KadirPAS · PNSetiu · question

7. Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir [Setiu] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan tindakan yang akan dikenakan ke atas golongan yang memalsukan sijil suntikan vaksin.

Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri I · Kuala Krau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Setiu. Kementerian Dalam Negeri sentiasa komited dalam memastikan sebarang pelanggaran SOP bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan juga Pelan Pemulihan Negara agar diambil tindakan tegas bagi membendung penularan wabak COVID-19. Bersabit dengan tindakan yang akan dikenakan ke atas golongan yang memalsukan sijil suntikan vaksin, langkah-langkah bagi mengatasi perkara ini serta tindakan undang-undang atas kesalahan tersebut boleh diambil di bawah seksyen 22(D) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) berhubung kesalahan memberi maklumat palsu. Siasatan akan dijalankan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada iaitu sama ada di bawah Akta 342 atau Kanun Keseksaan. Manakala di bawah seksyen 24, Akta 342, kesalahan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak lebih tujuh tahun atau kedua-duanya sekali. Di bawah seksyen 25, Akta 342, sebelum pertuduhan dimulakan dengan izin pendakwa raya, kompaun boleh diberikan bagi mana-mana kesalahan di bawah akta ini, untuk individu tidak melebihi RM10,000; manakala perbadanan tidak melebihi RM50,000. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Soalan tambahan pertama, Yang Berhormat Setiu, sila.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Berapa orangkah yang telah diambil tindakan setakat ini? Adakah kerajaan untuk memastikan ketulenan sijil vaksin ini, adakah kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri dan KKM bercadang untuk menggunakan mekanisme tandatangan digital berkriptografi bagi menyemak ketulenan sijil vaksin tersebut? Sekian.

Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Untuk makluman Yang Berhormat, yang telah kita tuduh ialah sejumlah 10 orang dan yang telah kita dapati bersalah - seorang. Manakala mengikut pecahan negeri bagi pengetahuan Yang Berhormat, Kelantan – seorang, Melaka – dua orang, Sarawak – empat orang, Perak – seorang, Sabah – dua orang dan jumlahnya 10 orang. Seorang telah disabitkan kesalahan iaitu di Sarawak, di mana mahkamah telah memberi sabitan dan dihukum penjara. Terima kasih.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Soalan tambahan.

Soalan tambahan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Soalan tambahan yang kedua, saya jemput Yang Berhormat Kota Melaka.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Ada satu soalan lagi tidak jawab tadi, berkait dengan tandatangan digital itu.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila.

Ya, tandatangan digital. Saya percaya Yang Berhormat Menteri Kesihatan akan meneliti perkara ini bersama dengan MOSTI untuk memastikan bahawa tandatangan digital bagi memastikan sijil vaksin ini adalah sijil yang tulen bagi mengelakkan pemalsuan berlaku. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih. Sila Yang Berhormat Kota Melaka.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah mengikut laporan, telah mengatakan ada sesetengah doktor yang tidak bertanggungjawab telah update sistem MySejahtera kerana mereka telah dapat bayaran, sungguhpun pengguna MySejahtera tersebut belum lagi menerima vaksin. Jadi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah hasil siasatan dan adakah doktor-doktor yang tidak bertanggungjawab ini telah dikenal pasti? Terima kasih.

Terima kasih kepada sahabat saya. Untuk kegiatan memalsukan MySejahtera ini, saya akan memberikan fakta bertulis, jawapan bertulis kepada Yang Berhormat kerana tidak ada fakta pada saya mengenai pemalsuan yang melibatkan doktor bagi pemalsuan MySejahtera. Kita akan bekalkan kepada Yang Berhormat. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik, pertanyaan jawab lisan seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Dato' Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir.

Mukhriz bin MahathirBERSATU · PHJerlun · question

8. Dato' Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir [Jerlun] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan langkah melahirkan pelapis sukan negara memandangkan sukan di peringkat negeri dan kebangsaan tidak dapat diadakan akibat COVID-19: (a) nyatakan persediaan negara menjelang Sukan SEA yang ditangguhkan hingga tahun hadapan; dan (b) adakah negara hanya bergantung pada kudrat atlet senior bagi menggalas cabaran negara di peringkat antarabangsa.

Dato' Seri Ahmad Faizal bin AzumuBERSATU · PHMenteri Belia dan Sukan · Tambun

Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, kementerian melalui Majlis Sukan Negara masih meneruskan program latihan sepenuh masa atlet di bawah Program Podium dan juga pelapis kebangsaan secara kem latihan berpusat mengikut konsep Gelembung Sukan dengan kebenaran daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) bermula 1 Jun 2020. Program latihan atlet ini akan diteruskan sebagai persiapan atlet ke arah temasya Sukan SEA, Para ASEAN Hanoi 2021, Sukan Asia, Para Asia Hangzhou 2022 dan Sukan Komanwel Birmingham 2022 nanti.

Dato' Seri Ahmad Faizal bin AzumuBERSATU · PHMenteri Belia dan Sukan · Tambun

Walaupun pandemik COVID-19 ini memberi cabaran yang sangat berbeza terhadap program persediaan atlet daripada segi latihan dan pendedahan kejohanan, kementerian sentiasa mengambil inisiatif untuk memastikan atlet-atlet negara berada di tahap yang kompetitif. Pada tahun 2020 sebanyak 43 daripada 160 pendedahan pertandingan sahaja yang dapat disertai.

Dato' Seri Ahmad Faizal bin AzumuBERSATU · PHMenteri Belia dan Sukan · Tambun

Namun begitu, beberapa buah negara telah pun mula menganjurkan kejohanan- kejohanan antarabangsa dengan penyediaan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bagi memastikan keselamatan atlet terjaga. Antara kejohanan yang telah kita sertai, kejohanan olahraga di Kazakhstan pada 19 hingga 20 Jun 2021, kejohanan badminton di Sepanyol pada 16 hingga 19 Jun 2021, sesi kelayakan sukan memanah Olimpik 2020 dan World Cup Stage 3 pada 16 hingga 27 Jun 2021 dan kejohanan golf di Scotland pada 17 hingga 23 Ogos 2020. Begitu juga dengan kejohanan menembak di Lima, Peru pada 10 hingga19 Jun 2021. Tuan Yang di-Pertua, Program Pelapis Kebangsaan menyediakan kumpulan atlet backup yang berkualiti dan bakal menjadi pengganti kepada atlet-atlet senior negara. Seramai 262 daripada 15 sukan sedang giat menjalani latihan sepenuh masa di bawah bimbingan jurulatih yang berpengalaman. Selain pelapis kebangsaan, program pembangunan jangka panjang juga turut dilaksanakan bagi memastikan kesinambungan atlet-atlet senior yang sedia ada. Antara program-program yang dilaksanakan adalah seperti program pelapis negeri, program bakat serta program khas iaitu Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN), Program Pembangunan Ragbi negara (PPRN) dan Program Pembangunan Hoki Negara. Atlet-atlet ini perlu diberikan pendedahan awal ke temasya sukan antarabangsa supaya mereka lebih bersedia untuk menghadapi temasya sukan yang lebih berprestij pada masa yang akan datang. Pada masa yang sama juga ia nya adalah sebagai persediaan untuk memastikan atlet-atlet pelapis ini setanding dan mampu menggantikan atlet-atlet senior yang bakal bersara kelak. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya seperti mana yang kita sedia maklum biasannya Sukan SEA ini dianggap satu acara sukan yang biasanya memberi kelebihan kepada pihak hos kerana hos dapat mengenal pasti apakah sukan- sukan yang mereka mempunyai kelebihan dan itu yang dimasukkan dalam acara tersebut. Yang lebih penting lagi ialah acara-acara antarabangsa seperti Sukan Asia yang bakal diadakan tahun depan. Oleh itu, saya ingin bertanya adakah KBS memberi peluang kepada atlet-atlet pelapis kita untuk menyertai Sukan SEA ini sebagai pendedahan kepada mereka untuk persediaan mereka menghadapi acara yang lebih besar seperti Sukan Asia?

Terima kasih Yang Berhormat Jerlun atas soalan itu dan benarlah apa yang disebutkan bahawa Sukan SEA banyak memberi kelebihan kepada hos yang mana mereka mengenal pasti sukan-sukan yang boleh mereka mendapat pulangan daripada segi medal emas untuk dimenangi. Akan tetapi dalam masa yang sama, apa yang telah kementerian- strategi kementerian lakukan dengan mengadakan sukan-sukan seperti Sukan Malaysia (SUKMA) yang mana kita mengenal pasti barisan pelapis untuk kita kemukakan mereka di pertandingan yang lebih berprestij bermula dengan Sukan SEA, Sukan Asia dan seterusnya Sukan Olimpik. Maka bagi tujuan itu kita mengadakan pelbagai program untuk memastikan apa juga sukan yang diadakan di dalam Sukan SEA dan juga Sukan Asia itu kita mempunyai atlet ataupun pasukan yang boleh berupaya menandingi pasukan-pasukan daripada negara-negara yang terlibat. Jadi itu saya harap dapat menjawab soalan Yang Berhormat. Terima kasih.

Yang Berhormat Tumpat.

Mohon soalan tambahan, soalan tambahan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya kena ambil sebelah sini. Saya jemput Yang Berhormat Tumpat.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Berkait dengan isu melahirkan dengan ramai pelapis daripada golongan muda, saya tertarik untuk mendapat penjelasan kementerian mengenai sukan bola sepak berkait

dengan skuad kebangsaan. Selaku presiden salah sebuah kelab yang sedang bersaing dalam Liga Perdana Malaysia, hari ini persoalan ini sangat menarik perhatian saya. Sejak kebelakangan ini seolah-olah pihak berkepentingan dalam sukan ini lebih cenderung untuk menaturalisasikan pemain-pemain luar berbanding mengguna pakai tenaga-tenaga muda yang menunjukkan prestasi yang baik di peringkat domestik. Saya boleh menyokong langkah-langkah ini demi kebaikan bola sepak dalam negara. Cuma perkara ini seolah-olah tidak selaras dengan hasrat kementerian seperti mana yang dijawab Yang Berhormat Menteri juga tadi untuk menonjolkan lebih ramai golongan muda ke peringkat antarabangsa. Jadi mohon kementerian memberikan pandangan terhadap perkara ini. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya kira itu pandangan yang amat baik bagi kementerian dan juga sukan bola sepak di negara ini kerana kita juga berpandangan bahawa program naturalisasi bagi pemain di dalam pasukan kebangsaan ini adalah satu pendekatan jangka pendek. Akan tetapi kita juga sedia maklum bahawa kita mempunyai program seperti Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) ini yang akan mencungkil bakat-bakat baru di dalam bola sepak ini. Dalam masa yang sama, sebenarnya pada waktu yang sekarang ini ada kita mempunyai ramai pemain-pemain yang sedang belajar dan berlatih di luar negara dan insya-Allah apabila tiba masanya mereka ini akan ditonjolkan bagi mewakili negara kita dan saya harap suatu hari nanti sukan bola sepak yang merupakan sukan yang paling diminati di negara ini akan dapat mengharumkan nama negara dengan bersaing di peringkat yang tertinggi di dunia ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Soalan tambahan ketiga. Baik, berkaitan yang sama ya. Sila Yang Berhormat Muar.

Sedikit sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya apabila tengok Yang Berhormat Tambun dengan Yang Berhormat Jerlun saling jawab soalan seperti kekasih yang putus cinta kembali bersama semula untuk tanya soalan yang lebih pertinent, dengan izin.

Tiga segi itu.

Saya ingin mohon kepada Yang Berhormat Menteri untuk desak kepada MKN untuk mempercepatkan proses pembukaan industri gym sebab banyak gym operators yang sedang tunggu untuk “gulung tikar” jika tidak dapat dibuka dan juga sukan-sukan lain yang bukan dikategorikan sebagai hiburan seperti boling. Saya tahu Yang Berhormat Menteri pun pakar juga main boling untuk dibenarkan dibuka semula kerana ia merupakan sukan dan harus diberikan pengiktirafan yang sewajarnya. Jika tidak banyak industri ini seperti ini akan teruk terkesan. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Muar. Benar, kita juga berasa begitu kasihan kepada operator-operator fasiliti-fasiliti sukan dan juga penggemar ataupun pengguna-pengguna gimnasium dan sebagainya. Oleh disebabkan perkara itu, kita juga sedang berurusan dengan cukup rapat dengan Kementerian Kesihatan. Kita telah pun menyediakan cadangan untuk mengadakan SOP yang ketat bagi membolehkan fasiliti-fasiliti sukan ini dibuka dan saya percaya buat masa sekarang ini pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sedang memperhalusi cadangan-cadangan yang dibuat. Insya-Allah dalam masa yang terdekat ini dapatlah kita kembali membuka gimnasium dan juga sukan-sukan rekreasi seperti boling ini dapat beroperasi semula dengan SOP dan juga masalah ventilasi yang perlu kita perbaiki untuk menghadapi masalah COVID-19 sekarang ini. Terima kasih Yang Berhormat.

Wan Hassan bin Mohd RamliPAS · PNDungun · question

9. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Kesihatan menyatakan, keberkesanan Talian Bantuan Sokongan Psikososial yang diwujudkan semenjak 25 Mac 2020 untuk membantu rakyat yang mengalami gangguan kesihatan mental sepanjang pandemik COVID-19 ini melanda.

Datuk Aaron Ago DagangPRS · GPSTimbalan Menteri Kesihatan II · Kanowit

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mewujudkan Talian Bantuan Sokongan Psikososial pada 24 Mac 2020 dengan kerjasama Mercy Malaysia.

Datuk Aaron Ago DagangPRS · GPSTimbalan Menteri Kesihatan II · Kanowit

Talian ini tersedia untuk semua lapisan masyarakat di Malaysia bagi memberi sokongan emosi kepada yang memerlukan. Selain daripada talian ini terdapat juga talian bantuan dari agensi-agensi lain iaitu Talian Kasih daripada Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Talian KSK Care daripada JAKIM yang turut menyediakan perkhidmatan sokongan psikososial. Sejumlah 210,630 jumlah panggilan dari Mac 2020 kepada September tahun ini yang telah didapati melalui talian-talian ini dan kalau breakdown nya pada tahun yang lepas, 2020 cuma 44,061 berbanding bulan Januari sampai September tahun ini, 166,869 panggilan. Jadi terdapat peningkatan yang amat ketara daripada jumlah panggilan yang diterima pada tahun ini. Daripada jumlah kumulatif panggilan yang diterima bermula pandemik ini, sebanyak 82.2 peratus adalah berkaitan dengan isu-isu yang memerlukan sokongan emosi dan kaunseling. Perkhidmatan Talian Bantuan Sokongan Psikososial ini turut membantu dalam mengurangkan masalah kesihatan mental seperti kemurungan, anxiety, stress melalui sesi tele-kaunseling. Sepanjang tempoh Mac 2021 hingga September tahun ini sejumlah 956 kes ataupun bersamaan dengan 0.4 peratus yang disyaki mengalami gangguan atau penyakit mental yang dirujuk kepada pakar perubatan keluarga atau psikiatri untuk intervensi selanjutnya. Selain daripada itu, Kementerian Kesihatan juga telah melancarkan kempen Let’s Talk Minda Sihat yang dilaksanakan selaras dengan Pelan Publisiti Kesihatan Mental di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS). Sehingga Ogos tahun ini sebanyak 20 buah badan bukan kerajaan atau NGO telah terlibat dalam aktiviti serta program advokasi kesihatan mental. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Soalan tambahan pertama, sila Yang Berhormat Dungun.

Terima kasih kepada jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita akan melihat kepada perkara yang mesti diberikan perhatian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia ialah di bawah Public Health and Social Measures iaitu kesihatan awam dan tindakan-tindakan sosial. Jadi, apakah pelan strategik dan komprehensif bagi tempoh jangka masa panjang bagi pengurusan kesihatan mental pasca COVID-19? Ini adalah kerana akan ada lagi kesan-kesan daripada penyakit-penyakit lain yang juga membawa kepada kepentingan pengurusan mental ini diberikan perhatian penuh oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Jadi pohon jawapan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Datuk Aaron Ago DagangPRS · GPSKanowit

Terima kasih ke atas soalan tambahan, Yang Berhormat. Bagi pelan strategik yang telah kita aturkan di Kementerian Kesihatan memang sudah ada daripada tahun terdahulu jadi the way forward untuk memberi servis kepada psikososial ini bagi kita adalah satu daripadanya ialah tadi saya telah terangkan yang baru-baru ini ialah Let’s Talk Minda Sihat dan ini akan dilancarkan pada bulan Oktober. Akan tetapi selebih dari itu, strategi yang lain adalah untuk menambah baik ataupun increase the number of NGO’s untuk membantu dalam permasalahan ini dan juga kita akan bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam dalam pelbagai – untuk memberi sokongan kepada kita dan juga support daripada kementerian-kementerian lain seperti Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan satu lagi adalah melibatkan komuniti.

Datuk Aaron Ago DagangPRS · GPSKanowit

Sekarang kita tukarkan strategi kita, we call it, ‘task setting’ iaitu komuniti terlibat langsung dalam kempen kesihatan mental dan satu lagi yang kita dapat lihat adalah dalam MySejahtera sendiri, individual-individual boleh akses kepada MySejahtera untuk membuat assessment sendiri. Dalam MySejahtera kita ada Digital Health boleh dibuka dan boleh membuat assessment sama ada kita ini ada masalah mental ataupun tidak dan banyak-banyak lagilah yang telah lined up dari kementerian bagi strategi untuk mengatasi masalah sosial di kalangan kita. Thank you.

Puan Hannah YeohDAP · PHSegambut

Segambut, soalan tambahan.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Soalan tambahan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Soalan tambahan kedua saya jemput Yang Berhormat Segambut, sila.

Puan Hannah YeohDAP · PHSegambut

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya. Berdasarkan peningkatan kes tadi bagaimanakah Kementerian Kesihatan memperkasakan Pusat Komuniti Kesihatan Mental iaitu Unit MENTARI bawah KKM dan apakah jenis koordinasi yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan bersama Talian Kasih untuk memastikan kes-kes gelandangan yang mempunyai masalah kesihatan mental tidak dibiarkan di tepi jalan sahaja. Sekarang ini ada peningkatan banyak kes seperti ini tetapi apabila rakyat telefon Talian Kasih, Talian Kasih akan hantar JKM ke tapak, JKM akan lihat ini kes kesihatan mental mereka biarkan kerana mereka kata bukan bidang kuasa mereka. Jadi apakah tindakan KKM untuk mengkoordinasikan ini? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Datuk Aaron Ago DagangPRS · GPSKanowit

Terima kasih, Yang Berhormat. Dalam Talian Bantuan Sokongan Psikososial ini kita melibatkan banyak agensi dan NGO dan apabila kita membuat analisis dan kita akan forward-kan masalah-masalah itu. Kalau dari segi seumpama penderaan atau keganasan, penjagaan kanak-kanak, masalah itu kita hantar atau forward kepada Women’s Health Organizations. Kalau daripada segi mental of course kita akan forward kepada Kementerian Kesihatan dan sebagainya. Jadi, begitulah cara kita oleh sebab itu sekarang ini cuma yang kita ada adalah melalui talian-talian yang sedia ada untuk kita buat assessment based on aduan-aduan mereka yang mendapat kemurungan ataupun anxiety daripada segi kehilangan pekerjaan, dari segi konflik keluarga, dari segi stigma jangkitan dan sebagainya. Itulah yang kita telah...

Puan Hannah YeohDAP · PHSegambut

Tuan Yang di-Pertua, soalan saya belum dijawab kerana saya tanya KKM, bagaimana KKM mengendalikan kes itu tetapi Yang Berhormat Timbalan Menteri kata mereka forward kepada KKM. So, saya tidak faham apa usaha yang dilakukan selepas menerima panggilan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Timbalan Menteri, jawab.

Datuk Aaron Ago DagangPRS · GPSKanowit

Ya, kita buat analisis. Kalau dikatakan based on dia punya call itu, kalau anything to do with keganasan, kita akan forward kepada Women’s Health atau penjagaan kanak-kanak, kita forward kepada Women’s Health Organization. Mereka akan kendalikan masalah-masalah itu. Kalau mental, of course kita akan pergi kepada hospital dan kebanyakannya seperti yang tadi kita buat kaunseling dan 82 peratus memerlukan kaunseling daripada kaunselor-kaunselor kita yang ditempatkan di semua klinik, di semua hospital. Sekarang kita mempunyai, target kita adalah at least satu daerah kita ada satu pakar psikologi untuk mengendalikan kes-kes ini. Terima kasih.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Tuan Yang di-Pertua, minta satu soalan lagi, satu lagi.

Minta satu lagi, satu lagi soalan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Saya ingin teruskan..

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Satu lagi. Tuan Yang di-Pertua, tadi...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim untuk soalan..

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Tuan Yang di-Pertua, tadi isu sukan dibenarkan untuk soalan tambahan kedua. Isu ini minta satu lagilah, Tuan Yang di-Pertua.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Tuan Yang di-Pertua, isu penting.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Saya telah bagi dua dan yang ketiga saya sudah banyak kali bagilah tadi.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Ya, tetapi ini kesihatan mental itu isu yang penting, Tuan Yang di-Pertua. Janganlah...

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Tuan Yang di-Pertua, isu ini sangat penting.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Ya, minta satu. Kenapa isu sukan boleh ada soalan tambahan kedua dan ketiga, kenapa isu mental ini tidak boleh? Minta satu soalan tambahan lagi.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Ini isu kesihatan mental.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Bukan masalah boleh atau tidak boleh, saya ada peraturan saya.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Ya, tadi bagikan, sekarang tidak boleh izinkan.

[Dewan riuh]

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Ini ikut budi bicara, Tuan Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Berapa panjang...

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Kalau Tuan Yang di-Pertua boleh benarkan...

Satu sahaja lagi, Tuan Yang di-Pertua.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Bagi ruang kepada wanita, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Saya bagi satu kepada Yang Berhormat Kulai.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Tuan Yang di-Pertua, sedikit, satu lagi Tuan Yang di-Pertua.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Sedikit sahaja, Tuan Yang di- Pertua. Sedikit sahaja, sedikit sahaja.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih. [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Saya bagi kepada Yang Berhormat Kulai. Yang Berhormat sila.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan bahawa panggilan ataupun permintaan untuk bantuan sokongan psikososial telah meningkat dengan begitu ketara. Jadi, saya hendak tanya sama ada apa pendirian KKM terhadap cubaan bunuh diri sebagai satu kesalahan jenayah. Sama ada KKM berhasrat untuk teruskan usaha Pakatan Harapan untuk pastikan cubaan bunuh diri bukan satu kesalahan jenayah di bawah Seksyen 309, Kanun Keseksaan. Ini kerana, saya rasa cubaan bunuh diri ini adalah satu keadaan kesihatan yang perlu rawatan dan juga bantuan daripada KKM dan bukanlah hukuman daripada mahkamah. Terima kasih.

Datuk Aaron Ago DagangPRS · GPSKanowit

Terima kasih Yang Berhormat Kulai. Memanglah kalau mengikut akta yang dahulu cubaan bunuh diri atau bunuh diri ini adalah satu

Datuk Aaron Ago DagangPRS · GPSKanowit

kesalahan criminal tetapi sekarang ini – baru-baru ini I the think understanding daripada semua Menteri sebelum ini adalah untuk do not decriminalize keadaan ini. Jadi itu, pindaan akta itu masih dalam understanding dengan Attorney General dan saya difahamkan ia akan dibawa kepada Kabinet untuk not to criminalize mereka yang cuba diri atau bunuh diri. Kalau bunuh diri, sudah matilah. Jadi, kes memang kita tahu sudah meningkat slightly only dalam 2 percent dari last year kepada this year baru naik 2 percent dalam 600 ke 800 lebih sahaja. Terima kasih.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Yang Berhormat Menteri, boleh kami dapat jaminan akan ada moratorium terhadap kes-kes cubaan... [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Batu Kawan, baca Peraturan Mesyuarat 35(1). You kena dapat permission daripada Tuan Yang di-Pertua untuk bercakap.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Saya hendak dapat sedikit sebab Tuan Yang di-Pertua tidak bagi saya peluang tadi.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

You kena dapat permission daripada Tuan Yang di-Pertua untuk bercakap.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

This is important so please make a good decision for us. This is a national issue.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Tak, tak. Ikut Peraturan Mesyuarat. Peraturan Mesyuarat Yang Berhormat.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Isu kesihatan Tuan Yang di- Pertua. You can make the decision, but you are not doing it. [Pembesar suara dimatikan]

Anwar bin IbrahimPKR · PHTambun · question

10. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [Port Dickson] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi mengatasi pengangguran yang menurut statistik sehingga 9 Ogos 2021, kadar pengangguran meningkat kepada 4.8 peratus dan apakah program terkini khususnya kepada siswazah yang tidak mendapat peluang pekerjaan.

Datuk Seri M. SaravananMIC · BNMenteri Sumber Manusia · Tapah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memandangkan soalan ini amat penting bagi rakyat Malaysia sebab ini menyentuh kedudukan pengangguran dan sebagainya dan tambahan pula datang daripada Yang Berhormat Ketua Pembangkang yang bertaraf Yang Berhormat Menteri maka izinkan saya memberi jawapan yang cukup komprehensif dan agak sedikit panjang. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan data terkini kaji selidik tenaga buruh oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), kadar pengangguran rakyat Malaysia pada suku kedua 2021 menurun 0.3 peratus daripada 5.1 peratus kepada 4.8 peratus berbanding dengan suku kedua 2020. Walau bagaimanapun, mengikut perbandingan tahun ke tahun kadar pengangguran keseluruhan menurun sebanyak 0.1 peratus berbanding 4.9 peratus pada Jun 2020. Sebagai kerajaan yang prihatin, beberapa inisiatif di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi seperti PRIHATIN, PENJANA dan PEMULIH telah dilaksanakan untuk membantu majikan-majikan mengekalkan pekerja mereka dan mengawal pengurangan bilangan pekerja yang dihentikan oleh syarikat. Di bawah pakej tersebut, Program Subsidi Upah diperkenalkan untuk membantu majikan mengekalkan majikan mereka dan kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM23 bilion secara keseluruhan untuk program ini. Bantuan kewangan di bawah PSU telah berjaya mengurangkan jumlah kes kehilangan pekerjaan pada tahun 2020 iaitu seramai 107,024 orang.

Datuk Seri M. SaravananMIC · BNMenteri Sumber Manusia · Tapah

Setakat 20 Ogos 2021, statistik hanya mencatatkan 43,924 orang kehilangan pekerjaan. Sekiranya tiada bantuan PSU, pekerja yang akan kehilangan pekerjaan mungkin jauh lebih tinggi seperti yang berlaku di negara-negara lain. Di bawah pakej baharu yang diumumkan oleh kerajaan iaitu Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi atau dikenali sebagai PEMULIH, Kementerian Sumber Manusia melalui PERKESO melaksanakan beberapa inisiatif untuk tempoh mulai 15 Julai 2021 hingga 31 Julai 2021. Antara program yang dilaksanakan adalah PSU 4.0 dengan peruntukan sebanyak RM3.8 bilion untuk membantu majikan mengurangkan kos operasi perniagaan dan telah dimanfaatkan oleh 2.5 juta orang pekerja. Di samping itu, program-program di bawah Penjana Kerjaya 3.0 yang bertujuan menyediakan peluang kerjaya dilaksanakan termasuk program seperti inisiatif yang membantu golongan muda terjejas dengan memberi dorongan kepada majikan untuk membuat pengambilan pekerja berusia 40 tahun ke atas, OKU dan bekas banduan dengan tempoh kontrak penggajian dikurangkan daripada setahun kepada enam bulan. Tuan Yang di-Pertua, Malaysianization yang menggalakkan majikan menggantikan pekerja asing dengan pekerja tempatan. Program KerjayaGig merupakan perluasan insentif pengambilan pekerja meliputi PekerjaanGig atau sementara untuk golongan penganggur lebih daripada 180 hari. Inisiatif penempatan pekerjaan oleh Agensi Pekerjaan Swasta (APS) diberikan secara one-off bagi penempatan pekerja berkemahiran rendah. Menyentuh isu pengangguran dalam kalangan siswazah, statistik siswazah 2020 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia turut melaporkan kadar pengangguran siswazah meningkat kepada 4.4 peratus berbanding dengan 3.5 peratus pada 2019. Sehubungan dengan itu program mendepani situasi ini, kerajaan memperkenalkan Program Perantisan yang secara tidak langsung membuka peluang pekerjaan secara perantisan bagi golongan graduan. Pada graduan yang dilantik sebagai perantis layak untuk menjalani latihan bagi peningkatan kemahiran dan kemahiran semula, reskilling dan upskilling Tuan Yang di-Pertua. Jumlah perantis yang telah mendapat peluang menjalani perantis ialah 44,843 orang graduan. Kementerian Sumber Manusia melalui PERKESO turut bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Belia dan Sukan untuk melaksanakan program-program penempatan pekerjaan dengan menganjurkan aktiviti temu duga termasuk kepada golongan siswazah. Microsoft Malaysia dengan kerjasama PERKESO, Junior Achievement Malaysia dan CloudSwyft telah melaksanakan Program Kemahiran Digital Bagi Kerjaya Hari Esok. Program bertujuan untuk mendedahkan peserta kepada kursus dan pensijilan kemahiran digital berkonsepkan bersedia untuk masa depan, kemahiran insaniah dan peluang penempatan pekerjaan yang berpotensi. Kerajaan turut meluaskan Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) meliputi golongan tidak mencarum dengan PERKESO termasuklah graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal yang dikenali sebagai Sistem Insurans Pekerjaan Prihatin 2.0. Pencari kerja yang belum mencarum dengan PERKESO perlu mendaftar di portal Pekerjaan Negara atau MyFutureJobs dan perlu menghadiri temu duga terbuka sekurang- kurangnya tiga kali dalam tempoh dua bulan. Insentif EMP akan diberikan sebanyak RM300 sebulan dan sekiranya pencari kerja kembali bekerja atau mendapat pekerjaan melalui MyFutureJobs, jumlah insentif sebanyak RM400 akan turut diberikan. Tuan Yang di-Pertua, selain itu Sistem Insurans Pekerjaan di bawah PERKESO juga menyediakan program-program bagi peningkatan modal insan dan kebolehpasaran pekerja seperti khidmat kaunseling kerjaya, skill profiling, penulisan resume, mock interview, latihan kemahiran bahasa dan penyampaian serta seminar pekerjaan kepada pencarumnya. Dengan inisiatif-inisiatif ini, kebolehpasaran mereka akan ditingkatkan dan meluaskan peluang mereka memasuki pasaran kerja. Tuan Yang di-Pertua, akhirnya kementerian melalui Pembangunan Sumber Manusia Berhad telah melancarkan inisiatif PENJANA HRD Corp dengan objektif untuk

Datuk Seri M. SaravananMIC · BNMenteri Sumber Manusia · Tapah

menyokong agen dan kerajaan di dalam memulihkan semula ekonomi negara yang terkesan akibat COVID-19. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sila soalan tambahan pertama sila Yang Berhormat.

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Terima kasih. Jawapan yang agak menyeluruh cuma beberapa kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri itu hanya pengulangan kenyataan-kenyataan tentang langkah-langkah telah pun diambil. Sebahagiannya ada kesan, saya tidak nafikan. Akan tetapi, kalau kita lihat umpamanya angka yang disebut di kalangan siswazah menganggur 4.4 peratus itu tinggi. Akan tetapi, kalau jumlah apa yang disebut guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran keseluruhan jumlah, itu mencecah lebih 1 juta. Saya usulkan supaya – minta pandangan Yang Berhormat Menteri melihat kepada program-program mengatasi masalah mismatch keperluan industri. Kalau kita lihat di antara – yang saya dengar sendiri daripada PSDC Pulau Pinang itu mengambil inisiatif dari industri, memberi latihan dan pendedahan. Jadi, saya minta Yang Berhormat Menteri melihat beberapa program yang baharu untuk mengatasi masalah mismatch ini kerana siswazah tidak dapat disesuaikan dengan keperluan industri. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua

Jemput Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat Port Dickson. Tuan Yang di-Pertua, seperti mana Yang Berhormat sedia maklum, tanggungjawab Kementerian Sumber Manusia bukanlah untuk melahirkan peluang-peluang pekerjaan. Akan tetapi lebih kepada menjaga kebajikan dan kesejahteraan warga kerja. The role of the Ministry of Human Resources is to look after the welfare and well-being of the workforce. Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, untuk meningkatkan peluang-peluang pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia melalui agensi-agensinya melaksanakan pelbagai program untuk melahirkan modal insan yang kompetitif. Itu adalah tanggungjawab kita.

Dr. Maszlee Bin MalekBERSATU · PHSimpang Renggam

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua, dalam keadaan krisis, Yang Berhormat Port Dickson amat arif, dalam keadaan krisis politik dan krisis kesihatan, hanya dua pendekatan boleh meningkatkan peluang-peluang pekerjaan dan mengurangkan kadar pengangguran. Yang pertama adalah meningkatkan produktiviti. Yang kedua, adalah pelaburan asing. Ini adalah dua perkara yang penting. Kalau kita sudah sebut untuk meningkatkan peluang-peluang pekerjaan, mengurangkan kadar pengangguran dan mengurangkan jurang dan sebagainya. Dua pendekatan ini amat penting, yang pertama meningkatkan produktiviti. Kalau hendak meningkatkan produktiviti Yang Amat Berhormat Port Dickson, kita perlukan labour force, meningkatkan warga kerja. Hari ini kalau kita ikut dasar dan data daripada MyFutureJobs, kekurangan pekerja sejak 1 Januari 2021 sehingga hari ini adalah sebanyak 1.5 juta pekerja, kekurangan, the shortage of workers 1.5 million. Today, kalau hari ini kita ikut the real time figure, peluang pekerjaan sedia ada di MyFutureJobs ialah sebanyak 212,000. Tetapi saya tidak membenarkan pekerja asing masuk ke dalam negara supaya peluang itu harus diberi kepada warga tempatan. Ini ialah satu masalah besar kerana kita tidak dapat meningkatkan produktiviti. Pada masa yang sama Yang Berhormat Port Dickson pernah berada di dalam kerajaan ataupun pernah digelar sebagai Menteri Kewangan yang terbaik di Rantau Asia. Yang Berhormat Port Dickson pada masa itu. Dalam keadaan itu Yang Berhormat, keadaan itu bukan sahaja hanya sebab kewibawaan Yang Berhormat Port Dickson tetapi lebih kepada kestabilan politik yang telah ditunjukkan di bawah kepimpinan Yang Berhormat Langkawi. Untuk sebuah negara berjaya, meningkatkan produktiviti, membawa pelabur asing, yang penting adalah kestabilan politik. Hari ini saya percaya dalam zaman Yang Berhormat pernah menjadi Menteri Kewangan, Yang Berhormat Langkawi telah memberi kestabilan politik negara yang cukup tinggi.

Dr. Maszlee Bin MalekBERSATU · PHSimpang Renggam

[Ketawa]

Maka kita berjaya. Dengan adanya Memorandum Persefahaman di antara kerajaan dan pihak Yang Berhormat Port Dickson, saya percaya kita akan meningkatkan peluang pekerjaan.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya alih kepada tajuk balik. Ini sudah keluar.

Kita sempat mengurangkan kadar pengangguran.

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

Terima kasih.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Yang saya tanya Yang Berhormat Menteri tentang masalah anjakan paradigma, contohnya mengadakan latihan. Walaupun ini bukan hanya melibatkan Menteri Sumber Manusia sahaja, mungkin juga termasuk Menteri Pendidikan dan lain-lain, bagaimana boleh ada pendekatan segera yang baru iaitu memberi latihan supaya tidak ada mismatch di kalangan siswazah dan diploma holders dengan industri. Itu saya bagi contoh Pulau Pinang PSDC. Hendak berlarut ke arah lain pula, fasal apa.

Saya setuju Yang Berhormat Port Dickson. Semuanya akan berjaya dengan adanya kestabilan politik. Saya percaya memorandum yang kita sudah tandatangani akan memberi kesan yang positif. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

Dr. Maszlee Bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Ada soalan tambahan nombor dua.

Dr. Maszlee Bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Ya.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Yang Berhormat Beaufort.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Saya ucapkan tahniah di atas segala usaha yang telah dilaksanakan untuk membantu anak-anak muda kita dalam keadaan yang getir ini. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, bagaimana pula usaha-usaha yang dilaksanakan khususnya kepada anak-anak muda yang berada di luar bandar kerana mereka ini kadang-kadang ketinggalan, tidak dapat maklumat-maklumat dan tidak ada program outreach kepada mereka. Ini menjadikan mereka tidak mendapat peluang-peluang yang sepatutnya juga mereka dapat raikan untuk mendapat pekerjaan ataupun cara-cara bagaimana membantu mereka mendapat sesuap nasi dengan mendapat pekerjaan dan sebagainya. Bolehkah Yang Berhormat maklumkan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri tolong ringkas sebab ada lagi satu soalan.

Tuan Yang di-Pertua, apabila saya sebut kadar pengangguran jika dibanding dengan suku tahun 2020 dengan hari ini telah turun daripada 5.1 peratus kepada 4.8 peratus. Ramai di luar masih ragui sama ada fakta ini betul atau tidak. Kebetulan Tuan Yang di-Pertua, keadaan ini berubah bukan sebab kedudukan ekonomi, tetapi daripada segi minda warga Malaysia khususnya golongan belia yang sudah mula menerima peluang-peluang pekerjaan yang sedia ada dalam keadaan COVID-19 dan kelembapan ekonomi. Ramai golongan belia telah terlibat dalam sektor gig ekonomi dan sebagainya. Maka itu telah memberi satu kaedah kita sempat mengurangkan. Bagi menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, pelbagai program-program sedang dijalankan khususnya sebagai Program Latihan Industri Berstruktur, Young Employable Students dan sebagainya untuk memastikan kita memberi peluang-peluang ini kepada golongan belia di luar bandar. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, soalan akhir saya jemput Yang Berhormat Haji Ahmad Nazlan.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Izinkan saya menyampaikan serangkap pantun penutup kita. Tahniah Yang Berhormat Menteri diberi jawatan, Semoga amanah melestari wawasan, Tuan Yang di-Pertua yang penuh kehebatan, Soalan sebelas Yang Berhormat Jerantut pohon penjelasan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Menteri.

Ahmad Nazlan bin IdrisUMNO · BNJerantut · question

11. Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut] minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan kaedah yang digunakan untuk mengedarkan peruntukan RM305.26 juta oleh MARA kepada usahawan-usahawan PKS di luar bandar dan nyatakan bantuan- bantuan lain yang diberi kepada usahawan yang terjejas akibat penularan COVID-19.

Dato’ Seri Mahdzir bin KhalidUMNO · BNMenteri Pembangunan Luar Bandar · Padang Terap

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Jerantut yang bertanya soalan nombor sebelas. MARA telah memperuntukkan sebanyak RM324.3 juta bagi membantu para usahawan yang terjejas akibat daripada wabak COVID-19. Sehingga kini MARA telah meluluskan pembiayaan perniagaan berjumlah RM311.36 juta kepada 2,966 orang usahawan di bawah tiga skim seperti berikut. Jumlah keseluruhan peruntukan yang telah dibelanjakan adalah 96 peratus. Nombor satu, Skim Pembiayaan Pengukuhan Perniagaan (SPAK) di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN). Skim ini bertujuan untuk membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro bumiputera yang terjejas akibat COVID-19 bagi meneruskan kelangsungan perniagaan dengan nilai pembiayaan maksimum sebanyak RM10 ribu. Melalui program ini seramai 1,601 usahawan telah mendapat manfaat dengan implikasi kewangan sebanyak RM13.6 juta. Skim yang kedua dipanggil Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro (S3P) di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA). Skim ini bertujuan untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana, mikro bumiputera yang terjejas sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan. Seramai 1,208 usahawan telah mendapat manfaat. Maksimum pembiayaan adalah sebanyak RM50 ribu. Implikasi kewangan kepada MARA sebanyak RM43.8 juta. Skim yang ketiga adalah Skim Pembiayaan Mudah Jaya di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA). MARA menawarkan bantuan pembiayaan berbentuk pinjaman modal kerja untuk membantu usahawan Bumiputera yang terjejas termasuk pengusaha Kolej Latihan Bumiputera. Seramai 133 usahawan telah menerima pembiayaan SPiM PENJANA PKS dengan had melibatkan pembiayaan RM1 juta yang melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM100 juta. Yang akhirnya adalah 24 IPTS menerima manfaat di bawah SPiM PENJANA IPTS dengan pembiayaan sehingga RM50 juta dengan implikasi kewangan sehingga RM154.3 juta. Selain daripada itu, di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), MARA juga turut memperkenalkan inisiatif penangguhan moratorium dan penjadualan semula bayaran balik pembiayaan perniagaan MARA. MARA memberi penangguhan bayaran balik pinjaman MARA selama tiga bulan selepas kelulusan diberikan atau penjadualan semula bayaran balik pembiayaan perniagaan MARA dengan memanjangkan tempoh pembiayaan balik sehingga 36 bulan.

Dato’ Seri Mahdzir bin KhalidUMNO · BNMenteri Pembangunan Luar Bandar · Padang Terap

Setakat 31 Julai 2021 seramai 7,562 usahawan telah memohon untuk tujuan moratorium dan penangguhan pembayaran balik. MARA juga menawarkan pengecualian bayaran sewa pada semua penyewa premis perniagaan MARA bermula daripada Julai hingga September 2021 dan pemberian diskaun dari Oktober hingga Disember 2021.

Dato’ Seri Mahdzir bin KhalidUMNO · BNMenteri Pembangunan Luar Bandar · Padang Terap

Inisiatif ini telah memberi manfaat kepada 5,913 penyewa MARA di seluruh negara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Oleh kerana masa telah tamat, tiada soalan tambahan. Maaf. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan pada hari ini. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat semua. [Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti SamsudinBERSATU · PNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) · Masjid Tanah

Tuan Yang di-Pertua, “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 7.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Isnin, 20 September 2021.”

Tuan Yang di-Pertua

Ada yang menyokong?

Tuan Che Alias bin HamidPAS · PNKemaman

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Usul — Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan AgongMotion

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguh atas masalah; “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak- banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Keempat belas”. [14 September 2021]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah dapat senarai. Terdapat 26 orang hari ini. Saya harap dapat memberikan 15 minit pada setiap orang,

Tuan Yang di-Pertua

insya-Allah kita boleh tamat sekitar 7.30 malam. Saya sekarang menjemput Yang Berhormat Pengerang.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberikan peluang dan ruang untuk turut serta mengambil bahagian di dalam perbahasan menjunjung kasih titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang berlaku pada 13 September 2021. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Backbenchers yang baharu Yang Berhormat Pasir Salak kerana memberikan saya peluang mewakili sebagai pembahas yang pertama pada hari ini. Saya sebenarnya hanya nak menyentuh dua perkara sahaja. Pertama sekali berkenaan dengan angka 114 yang telah dititah oleh Yang di-Pertuan Agong yang mana Yang Amat Berhormat Bera diberikan pengabsahan sebagai Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) dengan selaras pelantikan oleh Yang di-Pertuan Agong dan ini berlaku suka tidak suka tentang wujudnya kekhilafan yang menimbulkan terkilan dan dukacitanya Istana Negara kerana Ordinan Darurat tidak dibahaskan dan dibatalkan di Dewan yang mulia ini. [Tepuk] Walaupun Proklamasi Darurat tamat pada 1 Ogos 2021. Ini satu sejarah hitam yang perlu kita sebagai wakil rakyat menyedari bahawa kuasa yang ada pada kita tidak boleh dikotak-katikkan. Apa yang harus kita belajar juga daripada insiden ini ialah sebagai Ahli-Ahli Parlimen yang berpegang kepada prinsip Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen, kita terikat kepada Perlembagaan tidak kisah mana kita duduk. Kita tidak boleh buat sesuka hati kita hanya kerana kita ada kuasa, kerana kuasa kita adalah sementara. Dari rakyat kita dipilih, dan kepada rakyat kita akan dinilai, kerana kuasa kita adalah sebenarnya kuasa rakyat Tuan Yang di-Pertua. Rakyat telah mewakilkan kuasa kepada kita. Itu sebabnya orang barat berkata rumah ini disebut dengan izin ‘The August House’ bukan hanya rumah bulan Ogos tetapi rumah yang menyentuh kepada kod konsep Temple of Democracy. Maknanya ini adalah rumah kita. Kita adalah tuan rumah kepada Parlimen pada hari ini mengikut perlembagaan. [Tepuk] Itu sebabnya saya mengalu-alukan niat dan tindakan kerajaan hari ini di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kesembilan yang mewujudkan MoU Persefahaman, Transformasi dan Kestabilan Politik 2021 antara kerajaan dan pihak pembangkang iaitu melalui blok Pakatan Harapan sebagai langkah bentuk kerjasama dwipartisan menjulang semangat Keluarga Malaysia selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong ke arah mencapai matlamat ‘Malaysia Makmur, Inklusif dan Mampan’. Titah Yang di-Pertuan Agong untuk demokrasi bermusyawarah dalam mencari penyelesaian kepada apa juga permasalahan maka Yang di-Pertuan Agong mengalu- alukan keterbukaan kerajaan dengan memberi peluang kepada semua Ahli-ahli Parlimen untuk terlibat dalam tadbir urus negara. Kerjasama ini bakal bentuk landskap politik baharu dalam membawa perubahan dalam sistem pentadbiran negara. Titah Yang di-Pertuan Agong juga menyatakan penekanannya yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua. Maka 44 daripada Ahli Parlimen yang tidak memegang jawatan di blok kerajaan, 105 dari blok pembangkang akan diharap dapat memainkan peranan untuk negara atas semangat perpaduan kesepakatan, kebersamaan keluarga Malaysia dan bukan keluarga 69. Oleh itu saya bagi pihak geng 44, Tuan Yang di-Pertua, geng tidak ada jawatan di belakang ini, ingin memberi sedikit pandangan, cadangan, teguran kepada kerajaan dengan harapan menerima dengan hati dan tangan yang terbuka. Janganlah mulut kata ya, akan tetapi hati kata lain. Pertama saya hendak sentuh tentang transformasi pentadbiran. Payung transformasi pentadbiran sudah tentu Akta Anti Lompat Parti. Sebenarnya Yang

Berhormat Tuan Yang di-Pertua saya telah memasukkan Rang Undang-undang Peribadi, Private Members Bill iaitu yang dipanggil Pemecatan Ahli Parlimen 2021. Transformasi pentadbiran yang dicadangkan oleh kerajaan dengan wujudnya Rang Undang-undang Akta Lompat Parti wajib dan wajar dilakukan secepat mungkin. Bukannya apa. Sebab kalau katak itu hendak lompat, dia tidak ikut masa Tuan Yang di- Pertua. Siang pagi, malam petang.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Betul! Betul!

Itu sebabnya saya hendak bagi sedikit pantun kepada semua katak yang lompat. [Tepuk] Lompat si katak lompat; Lompat di dalam perigi; Lompat jangan tak lompat; Nanti tidak sempat menjadi. Itu sebabnya Tuan Yang di-Pertua atas konsep demokrasi, kita kena...

Tuan Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

Boleh tanya?

... wujudkan Akta Lompat Parti.

Tuan Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

Yang Berhormat Pengerang boleh...

Abang Mat tunggu sekejap Abang Mat, sembilan minit. Sekejap sahaja, saya bagi balik. Tetapi Akta Lompat Parti ini bahaya dia satu sahaja. Dia lompat apa pun sebab kerana dipecat, kerana digabungkan, kerana ya lah apabila dia tidak suka, dia pergilah. Mewujudkan satu mekanisme melalui Rang Undang-undang ini Pemecatan Ahli Parlimen supaya senarionya lebih terbuka dan diberikan kuasa kepada rakyat untuk menentukan sama ada hendak gantikan atau tidak ganti kepada yang melompat itu. Sebab kita mesti menerima Tuan Yang di-Pertua tidak semestinya yang melompat itu lompat kerana dia hendak lompat, kadang-kadang dia dipaksa lompat kerana dia telah dipecat. Jadi cadangan saya dengan Rang Undang-undang ini, macam orang bercerailah. Saya dahulu Tuan Yang di-Pertua, jadi Peguam Syariah 20 tahun. Ya, Abang Mat, Peguam Syariah, Abang Mat.

Yang Berhormat, boleh saya mencelah?

Sekejap.

Boleh saya mencelah Yang Berhormat?

Sekejap, sekejap.

Yang ini penting.

Sekejap. Peraturan kata saya kena bagi kebenaran.

Tuan Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

Yang Berhormat...

Sekejap Yang Berhormat, biar saya habis. Maknanya itu sebab dalam Islam apabila cerai, dia kena ada masa idah selepas gugur talak. Tiga bulan, dia kena relaks. Dia kena fikir. Hendak cerai atau tidak hendak cerai, hendak sambung, tidak hendak sambung. Jadi apa yang saya cadangkan di sini Rang Undang-undang Pemecatan Ahli Parlimen biarlah referendum dibuat kepada rakyat untuk tentukan wakil rakyat yang lompat itu digantikan ataupun tidak. Itu sahaja. [Tepuk]

Jadi saya minta tolonglah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Berhormat abang saya, Yang Berhormat Menteri Undang-undang yang baharu, Yang Berhormat Santubong, untuk berikan laluan fast track kepada rang undang-undang saya untuk didebatkan, dan diambil alih oleh kerajaan sebagai asas kepada Akta Anti Lompat Parti dan Pemecatan Ahli Parlimen 2021 digabungkan untuk mewujudkan Parlimen yang lebih berwibawa dan merangkumi. Silakan Yang Berhormat Abang Mat dan Yang Berhormat Beaufort. Silakan. Seminit sahaja ya Yang Berhormat.

Tuan Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

Nampak Yang Berhormat Pengerang bila jadi Ahli Parlimen biasa ini, cemerlang sekali. Saya hendak tanya satu, individu lompat. Macam mana parti lompat misalnya BERSATU bersama dengan PH, lompat sebelah sana dan wujudnya PEJUANG. Kami dahulu bersama Pakatan Rakyat - PAS, PKR, DAP. PAS bercerai dengan DAP dan KEADILAN. Kalau parti lompat bagaimana keadaan begitu? Adakah kita lompat bersama ataupun kita pilih keadaan yang macam mana? Ini minta pakar undang-undang tolong jelaskan.

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Okey Yang Berhormat. Bagaimana pula dengan mereka yang hendak juga melompat tetapi ada sebab-sebab tertentu tidak jadi melompat. Bagaimana pula dengan mereka yang mengatakan, “Eh kak, pergilah kak. Ini penting. Kakak kena pergi bersama-sama masuk dalam BERSATU” Bagaimana itu?

Terima kasih. Itu sebab dalam Islam bila bercerai itu tidak boleh ikut hati, tukang cucuk ramai. Tukang kipas lagi ramai. Maksud saya ialah banyak sebab alasan yang melompat.

Yang Berhormat tukang cucuk juga lah itu kan?

Saya minta maaf Yang Berhormat, cucuk-cucuk ini saya tidak faham ya. Maknanya Yang Berhormat, saya jawab pada soalan abang Mat, sebenarnya mekanisme yang saya cadangkan ialah merujuk kepada elemen parti yang pergi sebagai gabungan. Masalah kita yang paling penting ialah, untuk Yang Berhormat fahami ialah, mekanisme mesti ada sebab tidak semesti yang pergi itu atas alasan hanya kerana lompat. Kemungkinan dipecat atau mungkin yang berlaku kerana kerajaan gabungan, tetapi yang kita hendak wujudkan ialah satu sistem yang mana dia tidak boleh hanya lompat sesuka hati bila-bila masa. Adanya mekanisme dan mekanisme yang paling penting dan paling wajar ialah mana rakyat menjadi penentu kepada pengganti. Ini sebab saya percaya tidak semua yang bertanding mungkin dalam PRU Ke-15 ini akan menjadi mereka yang mewakili parti politik, kemungkinan akan mewakili sebagai calon bebas, sebagai contoh. Tidak akan bila dia gabung selepas menang kerusi itu terus digugurkan talak? Dia kenalah diberikan idah kepada yang mengundi, kemungkinan dia masuk pada kerajaan yang disokong oleh pengundi. Jadi, kita memberi kuasa kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya untuk membuat referendum memalui petisyen daripada rakyat tersebut, sama ada yang telah lompat kerusi itu terus gugurkan, diadakan Pilihan Raya Kecil atau kita kekalkan mereka yang telah lompat. Lompatan ini tertakluk kepada sebab masing-masing tetapi yang lebih penting, mewujudkan mekanisme supaya lompatan itu tidak hanya dia lompat dan terus hilang kerusi dan kemudian bukan sahaja menyusahkan rakyat tetapi juga menyusahkan kos kepada pihak SPR. Dalam bab ini saya hendak sebut satu sahaja perkara. Bila orang bertanding, dia bukan hanya bertanding seorang diri. Kalau dia mewakili parti, kos parti itu lebih tinggi daripada kos untuk pilihan raya. Persediaan, nama-nama calon, nama-nama jentera,

bukan sahaja itu, termasuk juga data-data yang telah mereka gunakan untuk pilihan raya. Jadi ini tidak berlaku adil, bukan sahaja kepada parti tetapi yang lebih penting tidak berlaku adil kepada rakyat. Akhir sekali, saya hendak tekankan dalam bab ini, perkataan yang paling penting ialah kita mesti menekankan bahawa kalau mungkin ke, pada masa depan pilihan raya kita mungkin pilihan raya kepada blok parti dan bukan individu. Terpulanglah pada kerajaan dan saya rasa MOU yang ditandatangani ini ialah platform yang terbaik untuk kerajaan mewujudkan pendekatan yang baharu untuk pilihan raya pada PRU Ke-15 akan datang.

Yang Berhormat Pengerang, Merbok hendak mencelah sekejap.

Sekejap ya. Keduanya, saya ada dua minit lebih, ialah Jawatankuasa Pilihan Khas yang memang bagi saya ada dalam Standing Orders kita. Kita tahu sejarahnya wujud apabila Norman St John-Stevas, Leader of the House of Commons, menyebut dalam tahun 1979, “Formation of the committee should constitute the most important Parliamentary reform of the century,” Maknanya kalau kita baca bersama Perkara 43(3) Perlembagaan Persekutuan, Jemaah Menteri bertanggungjawab secara bersama kepada Parlimen. Jadi, Jawatankuasa Pilihan Khas ialah satu jawatankuasa yang boleh menjadi satu oversight body, ataupun boleh dijadikan sebagai badan pemantau kepada kerja-kerja pelaksanaan dasar oleh kerajaan. Apabila negara berhadapan dengan COVID-19 pada awal tahun 2020 dan 2021, kita dapat lihat dalam banyak negara di dunia yang telah mewujudkan Jawatankuasa Pilihan Khas sebagai satu platform untuk memberikan tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja kepada Ahli-ahli Parlimen tetapi juga pada kerajaan untuk bertanggungjawab. Kita tidak boleh lari bahawa perlu diberikan Jawatankuasa Pilihan Khas ini tidak dilihat sebagai satu platform yang amat kecil tetapi sesuatu yang boleh mewujudkan democratic governance, transparency dan accountability yang boleh, dengan izin, yang boleh dilihat sebagai indicator utama kepada perjalanan mesyuarat. Saya hendak menekankan di sini bahawa kerajaan mampu membuat pindaan di bawah Peraturan Mesyuarat dengan Jawatankuasa Pilihan, bukan sahaja dalam mewujudkan pendekatan-pendekatan yang memang boleh bersedia berhadapan dengan COVID-19 tetapi yang lebih penting saya hendak tekan di sini bahawa, saya mintalah Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri, bila Jawatankuasa Pilihan Khas panggil, janganlah tak datang ya. Janganlah pandang Jawatankuasa Pilihan Khas ini sebagai anak kecil. Ikut perlembagaan, Kabinet bertanggungjawab juga kepada Parlimen dan juga jawatankuasa kecil. Masalah kita di sini kadang-kadang bila kita berjawatan, kita ingat orang kena ikut cakap kita, walhal kita lupa bahawa jawatan yang kita pegang itu sebenarnya amanah yang diberikan oleh rakyat. Akhir sekali saya- sebelum saya- saya minta tambahan ya Tuan Yang di-Pertua. Kalaupun saya ganti, nanti 2.30 saya tambah sedikit. Saya hendak tekan pada satu perkara yang agak sensitif, saya minta maaf ya Tuan Yang di-Pertua. Ini, Jabatan Peguam Negara ini. Saya hendak kena cakaplah. Peguam Negara dan Pendakwa Raya, tidak boleh orang yang sama, kena tukar. Peguam Negara, Penasihat Kerajaan, Penasihat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Peguam Negara boleh diberikan kepada Yang Berhormat Menteri Undang-undang. Pendakwa Raya tidak boleh dilantik oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Pendakwa Raya mesti dilantik macam kita melantik hakim. Satu jawatankuasa khas tidak boleh dipecat dan juga seorang individu yang mempunyai kebebasan untuk bekerja sebagai Pendakwa Raya. Maknanya di sini kita pisahkan Pendakwa Raya dengan Peguam Negara dan kemudian kita wujudkan satu Suruhanjaya Perkhidmatan yang khas dan saya hendak mencadangkan kepada kerajaan, kalau Yang Berhormat Menteri Undang-undang boleh respons, bahawa kita pernah mempunyai seorang Yang Berhormat Menteri Kabinet yang

juga Peguam Negara iaitu arwah Tan Sri Datuk Seri Panglima Abdul Kadir bin Sheikh Fadzil dan arwah Tan Sri Dato’ Seri Haji Hamzah bin Dato’ Abu Samah. Jadi, sekurang-kurangnya Peguam Negara boleh datang ke Dewan dan menjawab kepada semua soalan undang-undang dan tak payahlah Yang Berhormat Menteri menunggu masa dan semua memberi kepada jawapan-jawapan secara bertulis yang kadang-kadang lengkap dan tidak lengkap. Saya bercadang ini merupakan cadangan yang teguran supaya kita menerima hakikat bahawa kuasa mendakwa ialah kuasa yang begitu besar dan kita tidak mahu Peguam Negara kita dilihat sebagai mempunyai persepsi tekanan politik. Kita hendak Peguam Negara dalam negara kita Peguam Negara yang begitu bebas. Akan tetapi, Pendakwa Raya memang Pendakwa Raya, Peguam Negara, Peguam Negara. Itu sebabnya akhir sekali sebelum saya duduk saya minta...

Boleh saya mencelah dan bertanya Yang Berhormat Pengerang.

Siapakah yang hendak celah?

Tuan Yang di-Pertua

Masa sudah tamat sudah. Masa tamat itu, sorry.

Siapakah?... Oh! Saya tidak nampak. Boleh Tuan Yang di-Pertua?

Tuan Yang di-Pertua

Seminit boleh tak?

Seminit. Seminit mencelah seminit menjawab.

Tuan Yang di-Pertua

Another minute.

Just sedikit sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Pengerang. Saya hendak bertanya berkenaan dengan isu Peguam Negara. Baru-baru ini kita dapat satu penghakiman dari Mahkamah Persekutuan di mana dinyatakan bahawa Peguam Negara juga boleh disaman ataupun diambil tindakan undang-undang, sama ada beliau membawa ataupun initiate prosecution secara abuse, whether there is an abuse.

Now, bukankah ini merupakan satu action dari mahkamah sendiri yang mengiktiraf bahawa Peguam Negara tersebut boleh juga melakukan abuse of power. Oleh yang demikian, bukankah apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Pengerang tadi bahawa Peguam Negara menjadi accountable ke Parlimen itu adalah amat penting. Apakah pandangan Yang Berhormat Pengerang berkenaan isu ini? Terima kasih.

Yang Berhormat Bukit Gelugor, saya amat setuju, sebab– itu yang saya kata, kalau menteri undang-undang boleh menjadi Peguam Negara, jadi menteri undang-undang mungkin dilihat sebagai aspek politik. Dia mungkin diletak dalam persepsi tort of missed reasons sebagai contoh, undang-undang sivil atas apa-apa nasihat yang diberi, yang salah, itu boleh berlaku. Akan tetapi disebabkan pendakwa raya dalam banyak negara mempunyai imuniti. Imuniti yang diberi memang tidak 100 peratus tetapi imuniti adalah kepada keputusan untuk mendakwa. Akan tetapi kita tidak mahu satu keadaan konflik di mana seorang pendakwa raya– satu, Peguam Negara menasihati kerajaan, Perdana Menteri, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, kemudian dia menasihati Majlis Raja-raja. Semuanya orang yang sama. Jadi, saya hendak mencadangkan kepada kerajaan, kalau boleh pecah-pecahlah kepada individu-individu tertentu supaya justice not only to be seen, but to be seen, to be done. Dengan itu, Pengerang menyokong pada Titah Yang di-Pertuan Agong. Wabillahi Taufiq Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.

Tuan Yang di-Pertua

Wa’alaikumussalam. Terima kasih Yang Berhormat Pengerang. Saya ingin menjemput Yang Berhormat Semporna selepas ini. Sebelum Yang Berhormat Semporna start, saya ingin maklumkan selepas Yang Berhormat Semporna

Tuan Yang di-Pertua

ialah Yang Berhormat Pekan, kemudian Yang Berhormat Bagan, selepas itu Yang Berhormat Hulu Rajang, selama 15 minit seorang. So, satu jam semuanya. Pada pukul 2.30, kita akan mulakan dengan Yang Berhormat Jerlun, dikuti Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Tuaran dan Yang Berhormat Padang Rengas. Silakan Yang Berhormat Semporna.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk berbahas dan dalam inti pati Titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong. Saya menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas Titah Diraja Baginda sempena Penggal Keempat Parlimen Ke-14 pada 13 September 2021. Saya juga menyambut baik titah Baginda Yang di-Pertuan Agong agar kerjasama di antara semua pihak akan dapat dijayakan untuk bukan hanya menjadikan negara kita di landasan yang sepatutnya. Rakyat di negara kita ini, kehidupan mereka akan dapat kita langsungkan dan pertumbuhan ekonomi akan dapat kita tingkatkan. Namun demikian, setelah mendengar apa yang telah dilontarkan oleh Yang Berhormat Pengerang tadi, tentang lompat melompat, tentang keadaan negara kita. Sebenarnya kalau kita melihat the root cause, keadaan negara kita yang sehingga pada hari ini, rakyat di negara ini, bukan hanya rakyat di negara ini, malahan pimpinan dunia tidak begitu yakin tentang kestabilan politik di negara ini. Kestabilan politik di negara ini, setelah Pilihan Raya Ke-14 kita sedar dan tahu rakyat di negara ini berhempas pulas, bekerja keras, datang dari luar negara, dalam hujan, dalam panas. Sehingga kita berupaya untuk membentuk satu pemerintahan yang baharu, reform kerajaan untuk membolehkan supaya pemerintahan itu akan dapat meletakkan negara ini di landasan yang sepatutnya. Akan tetapi malangnya, kita selaku Ahli Yang Berhormat dan pimpinan di negara ini yang menjadi pimpinan, melahirkan contoh dan nilai-nilai kehidupan kita berpolitik yang kita katakan there are no good values in how not only we execute our responsibilities as Members of Parliament, as a leader of a party. Oleh sebab apa? Kita melihat kerangka yang ada, mandat rakyat bukan hanya persoalan lompat melompat, peralihan yang berlaku di negara ini. Kita lontarkan selaku barisan pembangkang pada hari ini sebelum itu menyatakan Sheraton Move. Kita kuasa yang ada, diberi mandat oleh rakyat, stolen mandat itu... [Tepuk] Yes, kita akui. Betul, we agreed and yet, now we are working with them. We signed memorandum with them. We don’t realize that. Where are the values in our life? As a leader of this country, as a politician in this country, we have to have clarity, dengan izin, daripada segi nilai kehidupan kita, kuasa yang diberi mandat. Oleh sebab itu, rakyat pada hari ini, the root cause was unstability because of them. Ini yang dikatakan jumlah tidak cukup. We are playing with numbers for human lives in this country. Malaysia is a very wonderful country, a resourceful country. We could have been a very good example for the world sebagai satu negara pelbagai bangsa yang ada di negara ini, tidak mengira agama, tidak mengira bangsa. We could have united the country, the way forward. Akan tetapi malangnya, oleh sebab kita katakan, kuasa ada, we are driven- sorry to say, by the greed and the lust to have position, hendak tempat. I could have been there if I want to. But, is that the value that I have? I potong my own brother dalam pilihan raya yang telah lalu. My own brother, I cried, I apologized to him. It is not because of my blood. I was representing a president of a party. I am not thinking about my blood, bukan fasal darah saya, bukan fasal idea saya. Akan tetapi kita mementingkan negara, kita mementingkan rakyat. Adakah dengan kita mementingkan rakyat tanpa kita tandatangan, maka kita tidak pentingkan rakyat? Adakah kita apabila kita tidak tandatangan, kita tidak pentingkan negara kita? Kita boleh berbahas di Parlimen. I can go along anti-hopping law yang di negara ini kalau sekiranya itu menjadi satu landasan and I can approve, saya boleh bagi

sokongan sepenuhnya. Di Dewan yang mulia ini kalau sekiranya rang undang-undang itu dapat kita meterai tapi apakah kandungan ia? Untuk mengelakkan. Adakah apabila orang itu lompat, selepas itu pilihan raya diadakan. Adakah apabila dia melompat, suspend them for two terms? Adakah apabila dia melompat, suspend them for life? Supaya tidak boleh bertanding dalam gelanggang politik, menjadi contoh yang tidak baik kepada umat di negara ini. We must know the content, ini landasan kita, wakil rakyat sudah angkat sumpah depan- di Dewan yang mulia ini untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara kita. Akan tetapi malangnya kita tidak berkhidmat, kita hanya berkhidmat pentingkan satu parti kita, satu kedudukan kita, nafsu kita. Saya tahu, bukan senang selaku wakil rakyat, bukan senang selaku pembangkang, but end of the day, we are born poor, we will die poor. We can’t even talk, dengan izin. We are not even dressed, but the moment you died, you will die poor’s way. You are not dressed, you can’t bring anything.

Yang Berhormat, boleh saya mencelah?

Tidak mengapa, nanti. Saya tidak ada masa sangat, saya minta kerjasama kalau boleh. Ini sebahagian penjelasan yang saya hendak nyatakan. I’ll give a chance kalau masanya panjang. Cuma selain daripada itu, saya hendak jelaskan, ini yang saya katakan. Now, apa yang Yang Berhormat Pengerang katakan, lompat. Apa yang kita katakan stolen power yang ada. Now we are working, is that the value that we have? Kita hendak lahirkan contoh yang baik kepada umat di negara ini. Sebagai pemimpin...

Sedikit sahaja Yang Berhormat.

So, saya berharap sungguh, keadaan yang pada hari ini...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Beaufort, tolong Yang Berhormat Beaufort.

Satu minit sahaja Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Beaufort, Yang Berhormat tidak benarkan.

Tidak mengapa, nanti. Tidak mengapa...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Beaufort, tolong.

Yang Berhormat Beaufort lompat ini.

Saya melihat- saya tidak pernah lompat pun. I was suspended, saya digantung. It is not because of that. Persoalan ia kalau kita lihat, banyak rang undang-undang. Hendak timbulkan masalah, contohnya 18 tahun rang undang-undang ini sudah diluluskan dalam Parlimen semasa pemerintahan dahulu. Ini just need to implement. MA63 sudah kita bentuk jawatankuasa. Saya dengan hendak bentuk lagi jawatankuasa. Berapa technical group yang kita hendak lahirkan ini? Kita tahu apa kandungan, AG tahu, Jabatan Perdana Menteri tahu. Macam mana kandungan itu harus kita laksanakan, insya-Allah. Saya- untuk kepentingan negara, rakyat, untuk kita hendak born Malaysian, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, if that is what need to be realized, MA63, saya akan support. Akan tetapi tidak bererti kalau kita tidak tandatangan, maka ini akan menjejaskan unity. I don’t want at the end of the day, if government of the day failed and I signed that memorandum, I also failed. Rakyat akan melihat kita tentang bagaimana kedudukan pemerintahan negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang persoalan yang agak penting. Pengangguran di negara ini agak membimbangkan kita. Dalam rekod yang ada,

berdaftar 778 ribu orang rakyat yang menganggur tetapi saya pun lebih daripada itu. Berjuta orang menganggur, ketandusan. Kalau kita melihat daripada segi kerangka pentadbiran negara kita, 70 peratus daripada hasil negara ini ialah private consumption. Over 70 percent revenue yang kita drive daripada revenue negara kita. Akan tetapi kita sedar hari ini sudah merudum dah. Fasal apa? There is no purchasing power. Fasal apa? Pengangguran meningkat. Kita belanja peruntukan yang ada RM530 bilion- pakej yang telah dilakukan oleh pimpinan terdahulu, more than RM500 billion. Akan tetapi RM500 billion yang ada adakah sebahagian besar itu datangnya daripada kerajaan? Tidak. It comes from the people. EPF dia, akaun dia, moratorium dia. Sebahagian besar itu datang daripada kewangan rakyat sendiri. Saver yang ada dalam KWSP. Ini membimbangkan kita dalam keadaan pengurusan ini. Sepatutnya apa yang kita hendak ialah bukan hanya mismatch of job. Ada graduan diisi dengan pekerjaan SPM. It’s not about mismatch of job here. The need for us, every penny, dengan izin that we spend in this country. Apakah outcome dia? Apakah kesudahan dia? Bukan hanya hasil kepada negara, hasil kepada jobs created out of that spending yang ada. Kalau kita belanja RM100 juta, berapa peluang pekerjaan yang kita boleh berikan kepada rakyat di negara ini. Kita lihat hari ini dalam kita belanja RM530 bilion, pengangguran meningkat. Maknanya tidak tally. Maknanya we have never been able to create more jobs. But how do you sustain existing jobs? Job creation pun tiada di situ tetapi existing jobs pun tidak ada. Then how do you sustain them? Saya bagi contoh, it is not just good enough dengan kita bagi B40, M40. What you touch the nerve of economy. I give one example. Di PETRONAS, the biggest outlet di situ siapa dia, apakah dia? Parkson, retail shop, Parkson. Who is the owner? Tan Sri William Cheng. You give RM1,500 or RM2,000 to the salesgirls- penjual di situ. Mungkin baik. Dia boleh beli makan, boleh beli handphone. Baik, but how can you sustain that? But if you touch the nerve, bagi bantuan dengan pemilik syarikat- William Cheng, bukan hanya dia mampu untuk bayar elektrik, lampu dia di KLCC, can pay rental to PETRONAS, can also sustain the jobs of those people yang dia bagi peluang pekerjaan. Ini yang kita hendakkan. Jangan nanti mismatch di sana, but it’s not that so much. Creation of jobs yang ada. Sekarang ini kita nampak Form 5, kerja Form 5 diisi oleh graduan. Jadi ini yang membimbangkan kita. Sepatutnya bukan jawatan yang SPM, diploma holders taken by the graduan tetapi juga kita hendakkan supaya creation of job, those people yang qualified, degree holders kena ada peluang pekerjaan di negara ini. Tuan Yang di-Pertua, saya bimbang sangat daripada segi peluang pekerjaan ini kalau kita tidak atasi immediately. Saya currently contohnya daripada segi SME. Saya difahamkan dalam beberapa bulan kalau kita tidak boleh sustain, inject untuk membantu SME di negara ini dalam lingkungan mungkin bukan hanya beribu, ratusan ribu orang rakyat di negara ini akan menganggur. Tuan Yang di-Pertua, saya berharap usaha untuk memulihkan ekonomi ini satu langkah yang perlu kita lakukan dan we need to- you know, spell out where the government of the day belanjawan akan datang bukan kita tidak boleh sokong. Kita boleh sokong, jangan bimbang sangat. To me, if the money is spent wisely, if the money is meant for the people dan rakyat then we can support. But if it’s not, perbelanjaan-perbelanjaan yang tidak ada hasilnya. Contoh macam tahun lalu, you just imagine APEC kita anjurkan. Selepas itu, APEC belanja sampai berpuluh juta. Itu pun through zooming. Tak akan lah kita tak faham bagaimana perbelanjaan yang ada leakages, pembaziran. Tuan Yang di-Pertua, di samping itu juga saya hendak menyentuh tentang kesihatan. Kesiapsiagaan mendepani fasa pandemik COVID-19 yang cukup penting di negara kita yang menjadi masalah tentang kehidupan di negara ini. Saya melihat keadaan ini bukan hanya di peringkat negeri Sabah. Bahkan juga di Selangor, di tempat-tempat lain. Daripada segi kemudahan asas yang tidak begitu mencukupi. Bukan hanya seperti yang saya nyatakan. Katil yang fitted dengan oxygen tidak cukup. Just imagine in Sabah alone 38 katil sahaja yang fitted for empat stage patient yang ada, hanya 38 katil sahaja. Ada tambahan kemungkinan mudah-mudahan akan dapat ditambah. It’s a mere press of button by the doctor- that particular person can die.

Fasal dia katakan bahawa tidak cukup katil, dan sekarang ini kita gunakan kaedah kuarantin di peringkat rumah- kendiri. Yang positif- letak di rumah, dan itu data yang saya katakan dipersoalkan. Data yang ada nampak- sekarang hospital, you go to Shah Alam, go to Klang. Tidak crowded. Fasal apa tidak crowded? Fasal they are advising dasar yang ada, menggalakkan supaya pesakit yang positif duduk di rumah. When they are in the house, they don’t have medical facilities. Mana ada pakar hendak monitor temperature dia, oxygen content dia yang kemungkinan kalau tidak diurus dengan baik mereka bukan hanya akan meninggal dunia, bahkan juga mereka ini akan menjangkiti keluarga yang ada di rumah. And that’s why as a result of that policy, di Selangor alone sampai berapa orang yang dah meninggal dunia yang ada. Saya berharap usaha untuk meningkatkan kesiapsiagaan ini bukan hanya dari sudut untuk dasar yang perlu kita lakukan pendekatan. Malam semalam, bila dilonggarkan, saya nampak di sungai- di Selangor, berpesta. Saya hendak melihat supaya negara kita, rakyat kita gembira, hendak luahkan supaya unwind all the depressed kind of feelings in them tetapi ini bukan musim dia. Kita selaku pemerintah we must guide our people to ensure that dengan izin, supaya bila mana rakyat yang ada kita utamakan, which particular sector kita hendak revive? Peluang pekerjaan industri yang ada which can create jobs and also can revive the economy. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya tak nak ambil ruang untuk pihak yang lain oleh sebab masa agak singkat. Namun demikian banyak perkara yang saya hendak nyatakan. Saya berharap usaha untuk meningkatkan bukan hanya kesiapsiagaan Kementerian Kesihatan yang ada. Saya ada suarakan contoh macam alhamdulillah kita boleh kerjasama. Saya tidak dapat berbahas di sini, saya berhubung dengan bukan hanya Menteri Kesihatan sekarang. Menteri Kesihatan dahulu pun saya cadangkan Hospital Medan di Tawau buka. Ada katil sudah. Cuma nobody manning. Saya tahu- tentera while I was there, ada tenaga dia. Tidak akan kita tidak boleh lahirkan untuk membantu rakyat menyelamatkan nyawa manusia. Kadar yang agak tinggi di peringkat negeri Sabah hari ini. Ada satu ketika 45 orang meninggal dunia. It’s very high but unfortunately it doesn’t tally. Vaksin yang diberikan agak rendah tetapi kes yang ada cukup meningkat. Kes mati cukup banyak tetapi vaksin kurang diberikan. Terima kasih banyak Tuan Yang di-Pertua, atas ruang yang diberikan kepada saya untuk berbahas pada hari ini.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Pekan. Selepas Yang Berhormat Pekan, Yang Berhormat Bagan ya.

Tuan Yang di-Pertua, minta maaf saya ingin membangkitkan peraturan mesyuarat sedikit. Sedikit sahaja.

Tuan Yang di-Pertua

Tiada masa. Tolong.

Tidak, sedikit sahaja. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya minta petua daripada Tuan Yang di-Pertua. Sekarang ini saya tidak jelas adakah Peraturan Mesyuarat 36(4). Saya hendak minta penjelasan daripada Tuan Yang di-Pertua adakah perkataan “memalukan”, ini satu perkataan yang unparliamentary dan offensive?

Tuan Yang di-Pertua

Itu telah dibuat rulling oleh Timbalan Speaker.

Tak, saya nak tanya. Saya nak tanya.

Isu tidak penting. Tidak penting.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pekan.

Tuan Yang di-Pertua, kita nak dapatkan satu penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua

Tak. Itu telah dibuat oleh Timbalan Speaker tadi. Tanya dia. Tanya dia.

Tak semalam dia bagi....

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pekan, silakan.

Mengarut itu.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pekan.

Memalukan Tuan Yang di- Pertua. Tidak mahu membuat keputusan memalukan, memalukan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, saya berpeluang sekali lagi pada kali ini untuk membahaskan ucapan menjunjung kasih di atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Tuan Yang di-Pertua, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat negara ini... [Tepuk] Sesungguhnya Sabah dan Sarawak amat dekat di hati saya. Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan Ahli Parlimen Bera sebagai Perdana Menteri Malaysia Kesembilan. Insya-Allah sepertimana yang telah saya nyatakan sebelum ini, saya sedia memberikan kerjasama kepada Perdana Menteri dan kerajaan dalam membantu dalam menangani isu-isu berkaitan negara dan rakyat. Tuan Yang di-Pertua, saya juga merakamkan Al-Fatihah dan takziah kepada semua mangsa COVID-19 di negara kita yang sehingga 13 September 2021 telah berjumlah 21,124 kematian. Kita mesti berdepan dengan realiti. Realiti bahawa situasi COVID-19 Malaysia adalah antara paling parah di dunia. Ini berdasarkan pada bilangan penduduk daripada segi jumlah kadar kes baharu dan kadar kematian. Ini tidak boleh dinafikan. Daripada segi kewangan fiskal kerajaan pula, defisit bajet telah dinaikkan dua kali dan unjuran pertumbuhan ekonomi tahun ini telah dipotong hampir separuh dari tujuh peratus ke 3.5 peratus atau empat peratus iaitu di bawah pada taraf kadar purata pertumbuhan ekonomi dunia dan ekonomi Malaysia dari segi nilai KDNKnya masih rendah berbanding dengan nilai KDNK tahun 2019. Hutang kerajaan pula dijangka akan benar- benar mencecah RM1 trilion pada akhir tahun ini, berbanding RM687 bilion pada akhir tahun 2017 yakni sebelum PRU Ke-14. Kenaikan melebihi 47 peratus atau RM310 bilion amat laju sekali sejak PRU Ke-14 pada ketika saiz ekonomi negara sedang menguncup. Keadaan kritikal fiskal ekonomi negara ini boleh dilihat daripada prestasi Bursa Saham Malaysia yang menjadi paling teruk di Asia Pasifik dan kedua tercorot di dunia selepas Venezuela pada separuh tahun pertama 2021 akibat pengaliran keluar dana asing setiap tahun yang tidak henti-henti sejak PRU Ke-14. Sebagai perbandingan, betapa jauh kita sudah undur ke belakang berbanding dunia, nilai indeks Dow Jones USA telah naik 42 peratus dari 24,000 poin pada bulan April 2018, sebelum PRU14, ke lebih 34,500 poin, semalam. Namun bagi tempoh yang sama, Indeks Bursa Malaysia yang pernah digelar sebagai pasaran saham paling lama menaik dalam dunia atau world’s longest bull run market sebelum PRU14 pula jatuh 20 peratus dari hampir 1,900 poin ke 1,550 semalam. Bagaimanapun, selepas pertukaran kerajaan ada sedikit pemulihan di mana Bursa Malaysia naik 100 mata setelah keyakinan pelabur asing mula kembali setelah mencatat pengaliran masuk dana asing bagi lima minggu berturut-turut. Akan tetapi prestasi pasaran saham kita masih antara yang terbelakang dalam dunia bagi tahun ini. Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, pendekatan yang telah digunakan oleh kerajaan perlu berubah dan kita jangan menggunakan pendekatan yang telah terbukti gagal seperti sebelum ini. Kerajaan baharu perlu menggunakan pendekatan, strategi baharu untuk kembali pulih. Saya sebenarnya berpuas hati dengan perkembangan mutakhir ini di mana MoU kerjasama politik dengan pihak pembangkang telah dipersetujui.

Selain itu, keinginan kerajaan untuk menaikkan sekali lagi had hutang kerajaan ke-65 peratus bagi membuka ruang lebih besar untuk membantu kerajaan serta pelaksanaan moratorium pinjaman tanpa faedah bagi golongan B50 telah diumumkan oleh kerajaan. Saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan tetapi yang peliknya, saya sudah mencadangkan perkara ini sekian lama. Pada masa itu dikatakan tidak boleh, mustahil. Alih-alih bila berubah kerajaan, boleh pula. Saya berharap Tuan Yang di-Pertua, perkara ini diperluaskan untuk melibatkan SME juga. Tuan Yang di-Pertua, realitinya pasaran saham Malaysia adalah di bawah nilai atau undervalued berbanding negara-negara lain yang pada ketika ini juga bermaksud kita ada peluang untuk membolehkan seluruh rakyat Malaysia turut terlibat bersama-sama dalam pemulihan ekonomi kita. Pada ketika ini, harga saham berada paras rendah yang bermaksud ada banyak syarikat membayar dividen yang lebih tinggi berbanding dengan kadar faedah bank.

Yang Berhormat, izin laluan?

Oleh itu, saya- masa suntuk lah Yang Berhormat. Suntuk sangat, saya ada banyak hendak cakap di sini. Oleh itu saya mencadangkan kerajaan boleh memperkenalkan program kepada bank-bank agar membiayai 70 peratus daripada pembelian saham bagi setiap rakyat yang ingin membuat pelaburan dalam senarai saham yang dibenarkan. Tuan Yang di-Pertua, memandangkan pasaran saham melambangkan keyakinan dan kecergasan ekonomi, kerajaan perlu melaksanakan langkah yang mampu menambah keyakinan pelabur untuk menjadikan pasaran saham Malaysia lebih dinamik, lebih menarik dan lebih merangsang, dengan izin, we must make our stock market more dynamic, appealing, and exciting. Antara langkah yang boleh diambil dan perlu diambil termasuk menggantung sekali lagi, dengan izin, regulated short selling, securities borrowing and lending sekurang- kurangnya selama enam bulan seperti yang dilaksanakan tahun lepas untuk menstabilkan pasaran saham dan melindungi pelabur runcit. Di samping itu, kita perlu mempercepatkan proses mendapatkan kelulusan Suruhanjaya Sekuriti (SC) dalam semua urusan syarikat tersenarai. Saya mendapat maklum bahawa tempoh kelulusan oleh SC pada masa ini memakan masa yang terlalu lama. Selain itu, langkah boleh menaikkan aliran tunai dalam ekonomi termasuk cadangan i-Survive yang saya telah sebutkan sebelum ini. Mengambil kira kenyataan dari kerajaan bahawa kita tidak ada banyak duit untuk membantu rakyat, saya cadangkan Skim i-Survive iaitu skim pinjaman mudah dengan caj perkhidmatan sebenar paling rendah sebanyak RM3,000 hingga RM5,000 pinjaman pada setiap pemohon. Sesiapa yang daripada golongan B40, M40 boleh memohon kepada bank dan akan diluluskan secara automatik untuk dibayar terus ke dalam akaun pemohon dalam masa dua, tiga hari kemudian. Pinjaman ini disediakan oleh bank tetapi dengan jaminan penuh kerajaan. Caj perkhidmatan sebenar paling maksimum tiga peratus atau bersamaan dengan RM90 setahun bagi pinjaman RM3,000 dalam tempoh bayaran balik selama tiga tahun. Kerajaan akan membantu pembayaran balik setiap tahun dengan geran atau potongan dari BPN sehingga dijelaskan penuh. Tuan Yang di-Pertua, kaedah ini tidak memberi impak kepada hutang langsung negara kerana ia merupakan jaminan kerajaan pada bank.

Kepada pihak bank, jangan bimbang atau khuatir. Bank khuatir bank tidak mempunyai cukup dana untuk memberikan pinjaman i-Survive. Ini kerana, jika 10 juta orang rakyat memohon RM5,000 seorang, jumlah baharu RM50 bilion. Tidak sampai 10 peratus daripada jumlah pinjaman bank yang dibuat bank pada hari ini. Sesungguhnya bank-bank Malaysia mencatatkan keuntungan tertinggi biarpun dalam keadaan pandemik. Kerajaan patut menaikkan had pengeluaran i-Citra daripada RM5,000 ke RM10,000 tetapi dengan syarat kerajaan mesti bersungguh memulakan usaha-usaha

menaikkan semula aset KWSP dengan memberikan lebih banyak peluang perniagaan bagi syarikat-syarikat dimiliki oleh KWSP. Tuan Yang di-Pertua, kita mesti juga mengikut trend semasa dunia. Contohnya, dalam tukaran mata wang kripto ataupun cryptocurrency. Sekarang kripto seluruh dunia bernilai lebih kurang USD2 trillion. Bitcoin sahaja mempunyai hampir USD1 trillion. Sudah ada beberapa buah negara dalam dunia telah menerima mata wang kripto. Sejak tahun 2019, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah meluluskan empat platform dagangan kripto untuk membenarkan rakyat membeli dan melabur dalam aset digital crypto dalam mata wang ringgit. Namun, usaha ini perlu ditambah baik dengan matlamat bagi Malaysia mengambil peluang untuk bekerjasama dengan platform dagangan kripto antarabangsa bagi memudahkan, menggalakkan dan membenarkan pemegang kripto asing membawa masuk aset mereka ke negara secepat mungkin untuk dilabur di dalam aset fizikal di pasaran tempatan. Sesungguhnya, sasaran kita adalah untuk membawa aset kripto melabur di dalam Malaysia, bukan untuk rakyat Malaysia membawa keluar. Tuan Yang di- Pertua, perkara seperti yang saya cadangkan ini telah pun diambil langkah berani seperti negara Switzerland, Singapura, Australia dan Korea. Kita jangan lambat untuk merebut peluang. Tuan Yang di-Pertua, kita perlu mengambil langkah-langkah yang lebih inovatif dalam menghadapi norma baharu ini bagi memulihkan ekonomi. Malaysia perlu melaksanakan visi yang lebih relevan, termasuk menarik minat pelabur antarabangsa dan mempercepatkan projek-projek infra rakyat yang memberikan peluang pekerjaan baharu berpendapatan tinggi. Sekiranya langkah-langkah ini dilakukan, maka kita boleh isytiharkan kepada dunia bahawa Malaysia is back. Tuan Yang di-Pertua, satu hakikat yang perlu kita sedari bahawa ekonomi tidak akan dipulihkan selagi kita tidak mampu mengawal COVID-19. Selagi kes-kes COVID-19 tinggi, rakyat tidak akan berasa selamat untuk berbelanja, akan kurang minat untuk melabur biarpun kadar vaksinasi adalah tinggi. Namun lockdown berbulan-bulan lamanya bukanlah jalan penyelesaian. Perlu tahu bahawa empat bulan empat hari lockdown sebelum ini yang bermula pada 12 Mei lalu, merupakan satu tempoh yang begitu panjang. Jadi, macam mana perniagaan boleh bertahan begitu lama. Peluang untuk sekali lagi melaksanakan total lockdown yang amat ketat seperti PKP 1.0 tahun lepas sudah berlalu apabila peluang itu dipersia-siakan oleh kerajaan dahulu yang membuat PKP 2.0 dan PKP 3.0 separuh masak. Namun, Tuan Yang di-Pertua, sekiranya kes meningkat semula sehingga kadar jumlah katil di ICU melebihi 85 peratus bagi mana-mana negeri, saya cadangkan sekatan pemutus litar atau dengan izin circuit breaker ataupun lockdown paling ketat dan singkat selama lima hingga tujuh hari sahaja dengan jaminan ia tidak akan dilanjutkan. Jangan dibuat lockdown berbulan-bulan lamanya tetapi jika perlu juga, perlu terus mengawal COVID-19 untuk menjaga keadaan COVID-19 dan kesihatan rakyat. Tuan Yang di-Pertua, ramai yang memberikan cadangan kepada kerajaan untuk membuat perbelanjaan tetapi kurang yang mencadangkan bagaimana kita boleh memperoleh hasil atau pendapatan kepada negara. Oleh itu, saya ingin mencadangkan kerajaan memperkenalkan pakej cukai pemulihan COVID-19 sementara selama dua tahun. Contohnya, seperti cukai durian runtuh, cukai pembangunan kondo mewah, cukai duti setem transaksi pertukaran harta dan juga perdagangan saham, kenaikan cukai peribadi pada golongan berpendapatan tinggi. Setelah dua tahun, cukai-cukai baharu ini bolehlah dihentikan. Tuan Yang di-Pertua, seperkara lagi, satu contoh lagi ialah bagaimana perkara ini boleh dilakukan ialah dalam industri talian daripada syarikat-syarikat gergasi antarabangsa seperti Amazon, Netflix, YouTube, Google dan Facebook yang mengaut keuntungan tetapi tidak pernah dicukai oleh negara kita. Ini adalah cukai ke atas keuntungan syarikat, bukan atas pengguna, atas pelanggan. Ini bukan perkara baharu. Negara-negara lain seperti Australia dan Indonesia pernah menuntut dan dibayar oleh syarikat-syarikat tersebut. Jadi, Malaysia perlulah melakukan perkara yang sama.

Seperkara lagi yang saya hendak sebutkan di sini berhubung dengan Digital National Berhad yang sedang membina infrastruktur 5G di negara ini. Penjualan boleh dibuat kepada syarikat-syarikat telco tempatan untuk menjana pendapatan negara serta mengurangkan beban perbelanjaan bagi projek yang bernilai RM15 bilion ini. Maknanya, kalau kita jual sebahagian daripada saham ini kepada telco-telco tempatan, boleh membantu dalam membiayai perbelanjaan yang besar itu. Tuan Yang di-Pertua, realitinya kalau sekiranya kita tidak ambil tindakan vaksinasi kepada buruh-buruh asing sama ada yang ada sijil ataupun sah ataupun tidak, maka inilah satu ancaman kepada negara ini. Maka, saya ingin mencadangkan supaya semuanya pekerja asing diberikan tempoh selama empat bulan di mana mereka perlu mengambil tindakan vaksinasi. Ini tempoh imuniti Tuan Yang di-Pertua dan selepas empat bulan itu, mereka yang tidak ambil vaksinasi perlulah dihantar balik dan majikan-majikan yang menyara mereka perlu diambil tindakan tegas termasuk mandatori penjara. Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab masa tidak mengizinkan, saya berharap cadangan-cadangan ini boleh membantu dalam kerajaan merangka dasar dan strategi baharu. Pokoknya, daripada segi rakyat, apa yang mereka harapkan ialah pembaharuan yang berani- bold, dan inovatif. Sebab itulah moga-moga kerajaan baharu ini akan bergerak ke hadapan, kerajaan mesti lebih berani, lebih inovatif dan bergerak lebih maju bermula sekarang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong. [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Pekan. Yang Berhormat Bagan, silakan.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin mengambil bahagian dalam Usul Menjunjung Kasih pada titah diraja yang telah diadakan dalam satu ketika yang amat kritikal untuk negara. Di sini Tuan Yang di-Pertua, kita tahu bahawa masalah COVID-19 dan kemelesetan ekonomi masih belum berakhir lagi. Sungguhpun ada pelbagai usaha telah dilancarkan, tetapi ia gagal sama sekali termasuk MCO ataupun PKP bersiri yang diadakan, termasuk juga darurat. Akan tetapi, semuanya nampaknya tidak berjaya untuk mengatasi bukan sahaja pandemik COVID-19 tetapi juga kemelesetan ekonomi ekoran daripada pandemik COVID-19 ini.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Itulah sebabnya apabila kita lihat dalam keadaan di mana kestabilan politik digugat dengan masalah politik dalaman dalam kerajaan yang menyebabkan bahawa tumpuan tidak boleh diberikan untuk melawan dan mengatasi masalah COVID-19 dan kemelesetan ekonomi. Maka pihak Pakatan Harapan rasa kita kena buat sesuatu usaha, thinking outside the box. Satu usaha yang luar biasa, dianggap luar biasa kerana tak pernah berlaku dalam Malaysia untuk memaksa tumpuan diberikan untuk mengatasi dua krisis gergasi ini iaitu COVID-19 dan juga kemelesetan ekonomi. Saya hendak tegaskan di sini, masalah ketidakstabilan politik berpunca daripada Langkah Sheraton tahun lepas... [Tepuk] Dan oleh kerana masalah lompat melompat menyebabkan bahawa ia memang menjadi sesuatu yang boleh digunakan sebagai senjata untuk mengugut kerajaan sekiranya tidak mematuhi ataupun menurut perintah ataupun hasrat mereka. Kita boleh lihat apabila bekas Perdana Menteri kehilangan majoriti sokongan Ahli Parlimen adalah berpunca daripada faktor itu dan timbullah permainan numbers game seperti yang berlaku sehingga Perdana Menteri dari Pagoh menjadi Perdana Menteri yang paling singkat dalam sejarah Malaysia. Yang Berhormat Bera tahu bahawa sekiranya beliau tidak membuat langkah yang sewajarnya, maka beliau juga akan jadi mangsa atau terkorban dalam permainan politik dalaman dan sabotaj dalam kerajaannya sendiri. Itulah sebabnya tawaran dibuat kepada pihak parti pembangkang. Saya try nak cakap terus terang di sini, rakyat sudah penat, sudah lelah, sudah letih dengan permainan politik numbers game oleh pihak kerajaan. Rakyat mahu lihat satu usaha pendekatan whole-of-nation untuk menangani COVID-19 dan juga kemelesetan ekonomi. Dengan tambahan input yang kita berikan juga, maka MoU telah ditandatangani pada 13

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

September 2021 di mana bukan sahaja berdasarkan apa yang ditawarkan oleh pihak mantan Perdana Menteri sebelum terpaksa meletak jawatan tetapi lebih baik daripada itu. Sungguhpun pihak kerajaan ingin menggambarkan bahawa kerajaan sekarang stabil kerana dapat sokongan daripada pihak pembangkang, saya ingin tegaskan di sini bahawa yang berlaku merupakan persetujuan oleh pihak Pakatan Harapan bahawa sekiranya ada undi percaya, pihak pembangkang akan mengambil sikap berkecuali dalam Belanjawan 2022 dengan prasyarat bahawa ada perbincangan dengan pihak parti pembangkang di mana input-input kita akan diberi pertimbangan. Maka kita bersedia untuk berkecuali dan syarat-syarat yang termeterai dalam MoU yang kita tandatangani mestilah dilaksanakan. Kalau tidak dilaksanakan, maka ia akan terbatal dengan sendirinya... [Tepuk] Kami ikhlas, kami jujur, kami mahukan tumpuan diberikan untuk lawan COVID-19 dan selamatkan ekonomi Malaysia... [Tepuk] Ini kerana nyawa dan mata pencarian rakyat lebih penting daripada segala-galanya. Kami rasa sekurang-kurangnya pihak kerajaan terima cadangan yang kita buat selama ini untuk membuat suntikan RM45 bilion ke dalam ekonomi, suntikan secara langsung di mana sungguhpun...

Yang Berhormat, boleh tanya?

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Just a while. Sungguhpun telah lancarkan lapan buah pakej Rangsangan Ekonomi sebanyak RM530 bilion tetapi tidak berjaya langsung sekali untuk selamatkan ekonomi Malaysia dan mengapa? Jelas jawapannya. Ia kerana suntikan dana secara langsung secara kecil, hanya lebih RM80 bilion sahaja. Sungguhpun ekonomi rugi lebih RM500 bilion sejak MCO 1.0 dilaksanakan, suntikan dana secara langsung hanya RM83 bilion. Itulah sebabnya kita cadang buatkan suntikan dana secara langsung RM45 bilion sehingga akhir tahun ini, sekurang-kurangnya dapat selamatkan ekonomi. Menteri Kewangan telah membalas dengan meluluskan cadangan ini semalam dan menyatakan ingin menaikkan had atau siling Dana COVID-19 daripada RM65 bilion kepada RM110 bilion iaitu genap RM45 bilion yang disyorkan oleh Pakatan Harapan selama ini... [Tepuk] Saya tahu ada pelbagai pihak yang kata jangan selalu ungkit-ungkit RM45 bilion, tak jadi. Akhirnya jadi juga... [Tepuk] Lagi satu yang penting ialah permintaan oleh pihak parti pembangkang bahawa dalam moratorium pinjaman bank, mestilah ada satu klausa mengecualikan pembayaran faedah. Ditolak oleh pihak kerajaan berkali-kali akhirnya juga jadi, masuk dalam MoU. Semalam Menteri Kewangan pun telah umumkan kaji untuk kecualikan pembayaran faedah untuk penduduk 50 peratus terbawah. Inilah faedah yang diterima oleh rakyat, dua faedah besar yang diterima oleh rakyat ekoran MoU yang ditandatangani oleh Pakatan Harapan dan Kerajaan Malaysia. Tanpa tandatangan ini, semua ini tak akan jadi. Sila Yang Berhormat Muar.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya rasa MoU yang dilakukan adalah MoU yang bersejarah. Sambil ia bersejarah, reforms yang dilakukan ini tidak boleh hanya dipusatkan di peringkat Persekutuan. Jika kita betul ingin membina Malaysia yang adil dan saksama, keputusan yang sama harus juga dibawa oleh kerajaan-kerajaan negeri bawah pentadbiran Pakatan Harapan. Persoalan saya mudah, adakah pimpinan negeri bawah Pakatan Harapan seperti Negeri Sembilan, Selangor dan juga Pulau Pinang akan mengembalikan hak peruntukan yang adil dan saksama kepada semua ADUN termasuk ADUN pembangkang. Jika di Parlimen kita tuntut, di negeri-negeri pun kita perlu adil juga. Inilah reforms yang berkekalan supaya walaupun lima tahun kedua puluh tahun yang akan datang, kerajaan bertukar-tukar, hak yang saksama ini, layanan kepada semua rakyat tidak kira kawasan mereka harus diiktiraf pada hari ini dan selama-lamanya. Terima kasih.

Yang Berhormat Bagan, Lembah Pantai. Ringkas. Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Bagan dan Tuan Yang di-Pertua. Ringkas sahaja. Adakah Yang Berhormat Bagan merasakan selain daripada dua perkara manfaat terus kepada rakyat seperti Yang Berhormat Bagan

sebutkan tadi, adakah Yang Berhormat setuju bahawa salah satu lagi perkara yang memang manfaat yang akan dinikmati terus oleh rakyat melalui Memorandum Persefahaman ini termasuklah RM10 bilion kepada 11 juta orang rakyat yang miskin tegar, miskin bandar, yang hilang pendapatan yang akan diterima dalam masa terdekat. Apakah pandangan Yang Berhormat Bagan?

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Saya memang setuju dengan pandangan Yang Berhormat Lembah Pantai dan juga Yang Berhormat Muar. Boleh jadi sebahagian daripada ucapan saya. Tentu saya tak sempat untuk datang kepada perkara tiga, Yang Berhormat Lembah Pantai lebih pantas daripada saya. Tentang apa yang disyorkan oleh Yang Berhormat Muar, memang saya bersetuju. Saya pun telah berhubung dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang tentang perkara ini dan beliau tentu setuju dengan pandangan yang diutarakan.

Yang Berhormat Bagan.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Akan tetapi untuk negeri-negeri lain, saya rasa ini terpulang kepada Pakatan Harapan masing-masing tetapi saya sendiri akan syorkan dalam Mesyuarat Majlis Presiden bahawa kita pun buat balasan yang serupa.

Yang Berhormat Bagan, kalau boleh saya minta juga negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional ataupun Perikatan Nasional juga, offer yang sama perlu dipanjangkan. Terima kasih... [Tepuk]

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Ya, itu yang kita pun hasratkan dan kita harap pihak kerajaan boleh mempertimbangkannya. Terima kasih kepada Yang Berhormat Sepanggar. Satu lagi ialah tentang reformasi politik kerana bukan sahaja daripada segi ekonomi sahaja tetapi juga daripada segi reformasi Parlimen dan di sini saya ingin menyambut baik apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Pengerang iaitu recall election, dan dalam MoU ini dinyatakan bahawa sebelum Mac tahun depan, mesti ada satu pindaan Perlembagaan Persekutuan dan juga satu Akta Anti Lompat Parti.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Saya rasa perlu kita mengambil kira apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Pengerang yang amat bernas dan saya rasa sesuatu yang amat waras untuk dimasukkan supaya kita berikan peluang kepada rakyat untuk tentukan segala-galanya. Dalam MoU ini ada disebutkan ada Jawatankuasa Pemandu untuk membincangkan perkara ini dan saya akan minta ahli-ahli kita untuk membawa perkara ini untuk pertimbangan dan perbincangan dengan lima orang Yang Berhormat Menteri yang menjadi ahli kepada Jawatankuasa Pemandu ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tegaskan di sini, apabila kita tandatangan MoU, ini tidak bermakna kita tidak akan mainkan peranan pembangkang. Kita masih pembangkang. Kalau kerajaan buat tidak betul, kita terus akan tegur. [Tepuk] Kalau ada penyalahgunaan kuasa, kita terus akan buat kritikan. Kalau ada ketirisan, kalau ada rasuah, kalau ada penyelewengan,parti pembangkang tidak akan lepas sama sekali. Itulah sebabnya janganlah ingat bahawa oleh kerana kita sain MoU, kita sudah bagi laluan percuma (free pass), tidak. Tidak! Tidak! Tidak! Kita masih memainkan peranan semak dan imbang sebagai parti pembangkang. Kalau anda buat salah, kita akan betulkannya. Kalau anda terpesong, kita akan tarik anda ke pangkal jalan yang betul. Itulah peranan pembangkang yang kita akan terus kekalkan. Itulah sebab di sini kita harap komitmen kerajaan kalau untuk membanteras rasuah tidak boleh terus leka. Yang Berhormat Segambut telah buat pertanyaan tentang seorang Yang Berhormat Menteri. Macam mana boleh bayar hutang berjuta ringgit bila dia punya aset pada tahun 2019 hanya setakat RM72,000 sahaja. Jawapan yang diberikan, SPRM telah buat siasatan, tidak ada kes. Kalau tidak ada kes, bolehkah kerajaan menjelaskan macam mana daripada aset RM72,000 boleh mampu buat bayaran RM1.3 juta. Wang datang dari mana? [Tepuk] Bolehkah satu jawapan diberikan untuk menunjukkan bahawa semangat MoU ini boleh terus ditegakkan. Saya harap sekurang-kurangnya SPRM pun harus berikan penjelasan. Jangan benarkan SPRM diperalatkan sebagai satu senjata politik. Bila lawan kerajaan, pelbagai

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

siasatan dan dakwaan diugut, diancam ke atas mereka. Akan tetapi sebaik sahaja ‘lompat si katak lompat’ ke pihak kerajaan, semua ini hilang macam satu permainan silap mata. Itu bukanlah SPRM yang rakyat hasratkan kerana mahu SPRM lawan rasuah, bukan tutup rasuah. Tuan Yang di-Pertua, perkara yang amat penting sekali tentulah usaha untuk lawan COVID-19. Usaha di mana kita lihat, kita mesti beralih daripada satu dasar containment membasmi COVID-19 yang kerana sudah gagal kepada satu dasar baru iaitu mitigasi di mana kita boleh hidup bersama COVID-19. Untuk membolehkan ia berlaku supaya ekonomi boleh buka semula, perlunya ada find, test, trace, isolate, support and vaccinate (FTTIS+V). Ini perlukan perbelanjaan yang besar dan ini juga termasuk dalam Pelan Kebangkitan Ekonomi RM45 bilion di mana kita harus adakan ujian mass screening, saringan ujian secara am sebanyak 300 ribu atau one percent of the population of Malaysia sebagai satu langkah pencegahan untuk memastikan bahawa sekiranya ada jangkitan, Kita boleh dengan serta-merta mengambil tindakan sasaran, tindakan bersasar jangan tersasar. Tindakan bersasar ke atas jangkitan yang berlaku. Di sini saya ingin sebut kita lihat sungguhpun sekarang masih terkawal tetapi sudah ada lebih dua juta jangkitan iaitu hampir setiap 15 orang, ada seorang yang dijangkiti dengan COVID-19. Itu satu angka yang amat menakutkan, menggerunkan. Itulah sebabnya perlu untuk membuat perbelanjaan yang lebih untuk usaha ini, dalam RM45 bilion. Harap sekurang-kurangnya RM5 bilion boleh bagi kepada sektor kesihatan untuk memastikan kita ada katil ICU yang mencukupi, ada kakitangan yang mencukupi, ada sumber-sumber yang mencukupi untuk menyokong frontliner kita, wira-wira kita. Jangan biarkan mereka kerja seorang. [Tepuk] Berikanlah mereka kelengkapan yang sewajarnya supaya mereka boleh lawan, perang dan menang atas COVID-19. Kematian sebanyak 21,587 orang adalah sesuatu yang amat tragik sekali. Kita lihat contohnya di Pulau Pinang. Pulau Pinang dari segi kematian per kapita paling tinggi di Malaysia, 17.1 untuk setiap 100 ribu orang penduduk. The highest in the country Tuan Yang di-Pertua. Katil tidak cukup, ICU 94 percent. Cases number two in the country is13,900. Ini saya rasa di seluruh negara. Bolehkah kita pastikan hospital padang (field hospital) dibina? Kita berikanlah wang yang mencukupi kerana kita perlu selamatkan nyawa. Kalau ada bangunan yang tidak digunakan, baik oleh Kementerian Kesihatan ataupun...

Tuan Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

Boleh saya tanya? Ada cadangan daripada Yang Berhormat Kubang Pasu tetapi di luar Parlimenlah supaya pihak tertentu khasnya pihak tentera buat hospital seperti di Wuhan di mana ditempatkan lima ke enam ribu orang pesakit positif di situ. Kita boleh guna tanah-tanah lapang. Pihak tentera boleh diarahkan untuk buat hospital sementara itu dan di situ kita dapat kendalikan seperti dikendalikan di Wuhan, China.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Ini sesuatu yang harus dipertimbangkan. Ada dana, saya rasa kita boleh buat. Ini boleh jadi sebahagian daripada ucapan saya. Itu singkat sahaja Tuan Yang di-Pertua, tentang itu katil-katil. Kalau ada bangunan-bangunan yang tidak digunakan oleh pihak swasta, kita boleh gunakannya retrofit. Hanya RM5 juta atau RM10 juta cukup retrofit supaya kita boleh pasang, kita boleh letak lebih banyak katil ICU. Itu penting untuk selamatkan nyawa. Di Pulau Pinang, kita ada satu bangunan saya ingat RM10 juta kita boleh retrofit, tambah 60 ke 70 buah katil ICU. Itu yang penting sekali Tuan Yang di-Pertua. Di samping itu saya harap bahawa kita boleh mengambil semua kontrak doktor, pegawai-pegawai perubatan dalam kontrak supaya boleh meminta mereka, menggunakan mereka untuk membantu kita lawan COVID-19. Sebelum saya akhiri ucapan saya, hanya ada dua perkara ringkas.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, terus sampai pukul satulah Yang Berhormat.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Ya, dua perkara ringkas sahaja. Satu ialah tentang kadar pengangguran. Kadar pengangguran telah naik sebanyak 10 ribu kepada 778 ribu orang. Kekal 40.8 peratus pada bulan Julai.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Yang lebih membimbangkan ialah untuk golongan muda daripada 15 hingga 24 tahun. Untuk bulan Julai naik satu peratus Tuan Yang di-Pertua, daripada 12.7 peratus kepada 13.7 peratus, kenaikan 31,000. Kita harap boleh buat tindakan, unjurkan lebih banyak peluang pekerjaan supaya mereka boleh dapat kerja. Akhirnya, kita mahu melindungi orang muda tetapi juga melindungi atau menjamin masa depan mereka. We want to protect our young and also the future of our young. Untuk membolehkan perkara ini dapat dilakukan, kita mesti menjamin masa depan digital mereka. Saya ingin menyeru pihak kerajaan, pastikan bahawa Dasar Kabotaj Yang Berhormat Menteri Pengangkutan yang salah dan silap ini. [Tepuk] Berikanlah pengecualian kepada syarikat-syarikat digital asing untuk buat submarine cables kerana ini telah menyebabkan kita hilang baik daripada Apricot, Facebook, Google dan juga pelaburan sebanyak RM15 bilion. Pengerusi Ambank, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff sendiri menyatakan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan salah melancarkan satu Dasar Kabotaj yang silap, tidak mahu berikan pengecualian. Kita harap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menjamin masa depan digital kita, tolak Dasar Kabotaj yang silap oleh Yang Berhormat Menteri Pengangkutan. Selamatkan masa depan digital kita. Sekian terima kasih, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Saya akan hentikan persidangan sekarang pukul satu sehingga pukul 2.30 petang. Pada pukul 2.30 petang kita akan mulakan dengan Yang Berhormat Hulu Rajang, kemudian Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Tuaran dan seterusnya. Terima kasih semua.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Tuan Yang di-Pertua

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ahli Yang Berhormat, kita menyambung semula perbahasan ke atas usul menjunjung kasih. Dengan itu saya menjemput Yang Berhormat Hulu Rajang. Lima belas minit.

Datuk Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua di atas peluang yang diberi bagi saya membahas titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di kesempatan ini sekali lagi saya ingin merakamkan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong di atas kebijaksanaan baginda menyelesaikan kemelut politik yang melanda negara kita baru-baru ini. Baginda telah bertindak bijak dengan pendekatan secara berdemokrasi, telah menerima perkenan menghadap 114 Ahli Parlimen yang telah sebulat suara memberikan sokongan kepada Ahli Parlimen Bera, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob dan seterusnya dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan. Saya yakin ianya telah melakar sejarah baharu dalam pentadbiran negara kita, di mana negara kita telah menyaksikan pelantikan tiga Perdana Menteri selepas pasca PRU ke-14. Secara peribadi, saya mendoakan agar kestabilan dan kematangan politik yang direalisasikan bersama ini dapat dikekalkan kesinambungannya pada masa akan datang. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada barisan Jemaah Menteri yang baru dilantik dengan harapan agar sentiasa berdedikasi menggalas serta melaksanakan tanggungjawab tugasan yang telah diamanahkan.

Datuk Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Saya yakin tempoh menjelang 100 hari yang akan datang merupakan saat genting buat barisan Kabinet untuk membuktikan dedikasi, kecekapan serta empati Yang Berhormat Menteri bekerja untuk rakyat kita. Rakyat Malaysia sedang memerhatikan kita dan prestasi Yang Berhormat Menteri akan menjadi kayu pengukur kepada pentadbiran kerajaan Keluarga Malaysia kita. Saya turut ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana pertama kali dalam sejarah negara kita, telah berjaya menandatangani memorandum persefahaman MoU Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dan Pakatan Harapan yang merupakan satu lembaran baru dalam landskap politik negara kita. Ini jelas membuktikan kepimpinan kerajaan pada hari ini telah membawa satu reformasi dan transformasi baharu dalam pentadbiran negara kita. Saya berharap agar penjajaran baru ini boleh diadaptasikan oleh kepimpinan kerajaan-kerajaan negeri di seluruh negara. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini merakamkan jutaan tahniah dan penghargaan kepada kepimpinan mantan Perdana Menteri, Yang Berhormat Tan Sri Haji Mahiaddin bin Md Yasin, di atas usaha telah digalas dalam mengawal pandemik COVID-19. Pelantikan beliau mempengerusikan Majlis Pemulihan Negara (MPN) adalah sangat bertepatan dalam usaha meneruskan agenda pemulihan negara yang telah disusun pelaksanaannya sebelum ini. Kita masih belum berjaya dalam menangani pandemik COVID-19, namun saya yakin usaha berterusan dalam meningkatkan kadar pemberian vaksinasi akan membantu dalam menurunkan kadar kes secara berperingkat. Kesihatan, Tuan Yang di-Pertua, peruntukan besar telah diberi kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengawal selia pengurusan pandemik COVID-19. Tahniah diucapkan kepada semua barisan hadapan kesihatan, keselamatan negara yang bertungkus-lumus dalam memastikan jentera kesihatan negara sentiasa berada dalam kesiapsiagaan. Saya ingin menagihkan simpati kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan yang baharu, Yang Berhormat Ahli Parlimen Rembau, agar dapat mengambil prihatin kepada permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat di luar bandar seperti masyarakat di kawasan Parlimen Hulu Rajang. Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, saya ke Hospital Kapit yang sedia ada tidak mencukupi menampung bilangan pesakit yang kini bertambah dari hari ke hari. Saya mohon Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memberi peruntukan supaya Hospital Kapit dibangunkan lebih besar. Justeru itu, mencadangkan agar pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mempertimbangkan pembinaan sebuah hospital atau klinik yang besar lagi di Sungai Asap Apau Koyan di Daerah Belaga. Selain daripada itu, klinik di Nanga Mujong harus diberi naik tarafkan. Klinik Nanga Gaat dan klinik di Sungai Tunuk, Klinik Tubau, Klinik Nanga Merit perlu dinaik tarafkan dengan kadar segera Tuan Yang di-Pertua. Saya turut ingin mencadangkan agar klinik- klinik [Tidak jelas] dijadikan pusat kuarantin sementara bagi membolehkan mereka yang bergejala COVID-19 dapat menjalani tempoh kuarantin tidak jauh dari penempatan mereka. Kemudahan infrastruktur, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin terus merujuk perkara ini untuk perhatian dan tindakan Kementerian Pembangunan Luar Bandar Malaysia pula saya harap agar Yang Berhormat Menteri yang baharu dapat mempercepatkan proses pembaik pulih jalan seperti ini: (i) Projek naik taraf jalan balak ke penempatan semula Tegulang Fasa 6 di Daerah Belaga bahagian Kapit sejauh 9.5 kilometer; (ii) Projek naik taraf jalan balak ke penempatan semula Metalun Fasa 5 di Daerah Belaga, Kapit sepanjang 17.5 kilometer; dan (iii) Jalan dari Rumah Nyamok ke SMK Balleh terus ke Rumah Layang, Rumah Gare Nanga Kain Balleh. Diberi perhatian dengan secepat mungkin. Saya harap tindakan untuk melaksanakannya harus dipercepatkan. Saya telah banyak kali membawa perkara ini, Tuan Yang di-Pertua, ke perhatian pihak kementerian namun sentiasa menerima jawapan

Datuk Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

yang mengecewakan. Rakyat di kawasan saya tidak meminta bangunan pencakar langit, Tuan Yang di-Pertua, hanyalah pembangunan jalan raya yang baik. Semoga perkara ini menjadi agenda utama Yang Berhormat Menteri KPLB dalam memastikan permasalahan ini dapatkan jalan penyelesaian dengan secara segera.

Datuk Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Saya turut ingin mencadangkan kepada Kementerian Kewangan agar berbincang dengan pihak perbankan seperti Bank Agro atau BSN agar dapat membukakan satu cawangan baru di Sungai Asap Apau Koyan dan juga menambah baikkan satu lagi Bank Agro di Pekan Belaga yang kini Pekan Belaga mempunyai penduduk kapasiti 50,000 orang. Semalam beratur Tuan Yang di-Pertua, kerana tidak cukup bank dan tiada bank di Sungai Asap Apau Koyan. Kemudahan komunikasi di luar bandar — Tuan Yang di-Pertua, COVID-19 membuka satu lembaran baru dalam dunia digitalisasi negara kita. Hari ini kebanyakan urusan harian kita dijalankan atas talian. Ini membuktikan betapa pentingnya jaringan jalur lebar dalam memastikan urusan harian dapat dijalankan tanpa sebarang kelewatan. Kawasan luar bandar seperti di Hulu Rajang kawasan saya, Parlimen Baram, Parlimen Kapit, Parlimen Kanowit amat memerlukan pembangunan infrastruktur digital yang berterusan. Justeru itu, saya ingin menyeru dan memohon pertimbangan agar pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia dapat menyiarkan tambahan menara komunikasi di kawasan saya juga di Parlimen Hulu Rajang dengan menggunakan tenaga solar, tanpa bergantung lagi kepada tenaga diesel yang dilihat tidak relevan dalam memastikan bekalan elektrik untuk menara telekomunikasi yang sentiasa tidak mencukupi. Saya ingin meminta menara di: (i) Long Busang dan Long Jawit, Belaga; (ii) Rumah Melintang Sungai Kapit; (iii) Punan Sama, Punan Biau, Belaga; (iv) Nanga Merirai, Baleh Kapit; (v) Rumah Derik, Hulu Jelalong, Tubau, Bintulu; (vi) SK Lubuk Mawang, Sungai Majau; (vii) Nanga Merlimau, Sungai Mujong. Harus diberi perhatian daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Keselamatan — Di Sarawak, kita mempunyai empat empangan utama iaitu Empangan Bakun, Empangan Baleh yang sedang dalam pembinaan, Murum dan Batang Ai. Tiga dari lokasi empangan ini terletak di kawasan Parlimen Hulu Rajang dan berada tidak jauh dari sempadan Kalimantan, Indonesia. Tahap kesiapsiagaan kita dalam sistem pertahanan negara perlu disegerakan bagi mengelakkan berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini di masa hadapan. Justeru itu Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan agar mewujudkan Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Tapak Megah dan Long Singut, Baleh di mana bakal dapat mengekang permasalahan sempadan seperti kemasukan pendatang tanpa izin ke Malaysia dan juga mengawal penyeludupan barang bersubsidi dan dadah ke negara jiran. Saya juga ingin mencadangkan kepada Kementerian Pertahanan agar jaringan keselamatan di laluan sempadan Kalimantan dan Sarawak, dengan izin, Sarawak– Kalimantan border security alignment perlu diwujudkan dengan kadar segera. Ketika ini, Tentera Nasional Indonesia (TNI) di sebelah sempadan Kalimantan memiliki 89 pos kawalan berbanding dengan kita hanya 12 pos kawalan.

Datuk Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Justeru itu juga, kita harus bersedia dalam menambahkan pos kawalan di sempadan di negara kita bagi memastikan tiada sebarang aktiviti haram dapat dijalankan di kawasan persempadanan ini. Juga tidak dilupakan kemudahan balai polis di Belaga yang terbakar tahun lepas, Kapit mesti dinaik taraf, Pekan Tubau memerlukan naik taraf dengan kadar yang segera. Manakala di Sungai Asap memerlukan sebuah balai polis yang baru bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat sentiasa terjamin dilindungi di bawah pengawalan pihak berkuasa. Kemudahan pendidikan di Hulu Rajang — Tuan Yang di-Pertua, sejak PKP dilaksanakan kita melihat jutaan pelajar sekolah di seluruh negara telah mengikuti keadaan pembelajaran alaf baru iaitu, dengan izin, virtual learning. Namun, kaedah pembelajaran ini lebih sesuai untuk mereka yang berada di kawasan bandar kerana mempunyai akses kepada rangkaian internet yang pantas dan stabil. Walau bagaimanapun, keadaan berbeza di kawasan luar bandar dengan akses kepada kemudahan teknologi yang masih jauh ketinggalan di belakang. Negara kini sedang menuju ke arah digitalization, dengan izin, namun kita masih bergelut dengan masalah capaian internet. Saya mahu masalah internet di kawasan luar bandar diselesaikan Tuan Yang di-Pertua, dengan kadar segera tanpa sebarang komprominya. Tindakan ini merupakan satu double standard yang kita berikan kepada masyarakat di luar bandar, khususnya di kawasan Parlimen saya di Hulu Rajang, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, “Education is for all. We can’t be having double standard in our education system”, Tuan Yang di-Pertua. Saya turut ingin mencadangkan pada Kementerian Pendidikan agar menyelaraskan semula cuti sekolah kerana sudah lama pelajar di kawasan luar bandar bercuti persekolahan yang panjang kerana tidak dapat melaksanakan PdPR dengan sempurna. Ramai ibu bapa juga gusar kerana ianya akan mengganggu proses pembelajaran mereka yang lama tertangguh. Kesimpulannya Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri perbahasan saya, saya ingin membawa kita menghayati semula prinsip Rukun Negara. Prinsip-prinsip dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian perpaduan kaum demi memastikan kerajaan dan kestabilan negara. Baru-baru ini terdapat kenyataan seorang Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, memerlukan terdapat perubahan Rang Undang-undang Akta Kawalan dan Sekatan Pengembangan Doktrin atau Penyebaran Kepercayaan Agama Dalam Kalangan Orang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) yang telah pun menimbulkan rasa kurang senang di kalangan rakyat, khususnya di negeri Sarawak. Walaupun rang undang-undang tersebut dimaklumkan hanya diguna pakai di Wilayah Persekutuan, namun saya melihat ianya tidak menambahkan semangat keluarga Malaysia yang diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Justeru itu, saya ingin mencadangkan agar rundingan dan libat urus dengan semua pemegang taruh terlebih dahulu supaya penggubalan tidak menjadi pandemik politik berbau perkauman yang sempit.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Minta Yang Berhormat habiskan.

Datuk Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Ini penting bagi memastikan semangat kepercayaan kepada Tuhan seperti termaktub dalam Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan dapat diterjemahkan di bawah konsep warga Malaysia secara menyeluruh. Saya selaku wakil rakyat dari Gabungan Parti Sarawak ingin menyatakan sokongan penuh kepada kerajaan kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato' Sri Ismail Sabri, Perdana Menteri Malaysia dalam sebarang inisiatif dalam usaha untuk memberikan manfaat kepada rakyat Sarawak. GPS turut menghargai pengumuman terbaik Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai MA63. Semoga lembaran baru ini akan memberikan motivasi serta semangat kepada Sarawak untuk terus berjaya dan berdaya saing serta melangkau kejayaan setanding dengan negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia.

Datuk Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Dengan itu, saya menyokong penuh Titah Diraja Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Rajang. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Jerlun, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Kuala Nerus dan Yang Berhormat Tuaran. Sila Yang Berhormat Jerlun, 15 minit.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua diatas peluang untuk saya turut membahas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong yang telah berlangsung pada 13 September yang lepas. Pertamanya, saya ingin menyentuh mengenai Program Mitigasi COVID-19 yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan. Kita dapati bahawa keputusan-keputusan yang begitu berat, yang begitu penting, yang melibatkan nyawa manusia sedang dibuat oleh kerajaan. Tentunya sebelum keputusan seperti itu boleh dibuat, asas-asas yang diambil kira sebelum keputusan boleh dicapai, perlulah tepat dan menyeluruh. Kita dapati bahawa ketepatan data untuk dijadikan asas keputusan penting itu digunakan untuk membuka sekolah contohnya ataupun membuka ekonomi dalam keadaan kita tahu bahawa kebanyakan daripada anak-anak murid dan juga kebanyakan daripada guru-guru belum lagi mendapat vaksin ataupun tidak divaksinkan sepenuhnya.

Mati itu benar Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi kalau angka kematian pun boleh ralat sepertimana yang telah berlaku pada 11 September baru-baru ini, angkanya mencapai 592 kematian pada hari itu sahaja, bagaimana dengan angka-angka positif jangkitan harian yang kebanyakannya tidak datang daripada ujian masa, baik PCR ataupun RTK. Sepatutnya untuk membuat sebarang keputusan yang begitu penting yang melibatkan nyawa, maklumat itu mestilah menyeluruh dan tepat. Jangan nanti kita putuskan satu-satu hal walhal asas-asas keputusan itu tidak tepat dan tidak betul. Seperkara lagi yang ingin saya bangkitkan ialah apa yang diputuskan oleh pihak MITI. MITI saya kira perlu memperhalusi situasi setiap satu sektor industri supaya menepati keadaan sambil menjamin sekatan penularan COVID-19 ini. Ini memberi kesan kepada imej kita sebagai destinasi pelaburan. Kalau peraturan dan pendekatan yang kita gunakan itu tidak jelas, tidak tepat, pelabur yang sedia ada akan lari dan pelabur baru pun tidak akan mempertimbangkan Malaysia sebagai destinasi pelaburannya. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu laporan di dalam Wall Street Journal turut dilaporkan oleh BBC menyatakan bahawa bekalan cips di Malaysia terjejas akibat daripada lockdown. Oleh kerana itu, rantaian bekalan dunia bagi sektor automotif, bagi sektor telefon pintar dan juga sektor peralatan perubatan telah terjejas akibat daripada kurangnya bekalan cips daripada Malaysia. Ini sangat membimbangkan Tuan Yang di-Pertua kerana tentunya ia akan menjejaskan imej negara kita ini sebagai sebuah negara yang memberi keutamaan kepada industri berteknologi tinggi. Sektor industri di Malaysia ini untuk makluman semua memang pun sudah bersedia untuk berbelanja untuk menepati SOP-SOP yang berkait dengan industri. Pekerja boleh dijarakkan, pengadang seperti mana yang kita ada hari ini di Parlimen ini boleh dipasang, automasi boleh ditambah, tempat tinggal pekerja boleh diubahsuai. Semua ini mereka sanggup lakukan dan sanggup belanja semata-mata untuk kelangsungan operasi pengeluaran mereka. Saya lihat bahawa Kementerian Sumber Manusia perlu menguatkuasakan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja iaitu Akta 446. Sudah pun ada tetapi tidak dikuatkuasakan yang mana ini tentunya akan membantu industri untuk mematuhi semua SOP baharu. Tambah pula lagi dengan SOP COVID-19.

Masalahnya ialah SOP untuk industri ini tidak seragam dan berubah-ubah. Jadi sambil satu kilang itu bersiap sedia untuk menggunakan SOP baharu dan belanja untuk memenuhinya tetapi akhirnya ia berubah lagi. Jadi ini yang membingungkan mereka dan akhirnya mereka putus asa dan membuat keputusan untuk keluar dari Malaysia. Saya rasa bahawa memang ada ketepatannya apabila MKN mengeluarkan satu cadangan supaya sektor-sektor industri ini sendiri yang mengeluarkan SOP mereka tetapi kesannya ialah bahawa kita tidak dapat untuk menguruskan keseragaman di antara industri. Seterusnya mengenai kewangan Tuan Yang di-Pertua. Selain daripada Bajet 2021 yang telah diluluskan tahun lepas yang berjumlah RM322.5 bilion, kerajaan juga mengumumkan sejak tahun 2020 berkait dengan bantuan-bantuan COVID-19 ini, tambahan RM530 bilion. Jadi lebih kurang jumlahnya ialah RM852.5 bilion. Ini satu angka yang begitu besar sekali. Selain keperluan Kementerian Kesihatan tentunya ada juga suntikan kepada industri kecil dan sederhana dan juga bantuan kepada masyarakat kita daripada golongan B40 dan M40 yang terjejas. Akan tetapi kenapa terlalu sedikit? Ke manakah perginya ratusan bilion yang telah diumumkan itu? Saya memberi contoh industri pelancongan. Sebelum ini menyumbang hasil kepada negara mungkin antara yang kedua atau yang ketiga terbesar dalam negara kita ini. Ia satu sektor ekonomi yang sangat penting. Sehingga 20 Ogos tahun ini, hanya RM337 perusahaan mikro kecil dan sederhana berkait dengan pelancongan yang dapat bantuan kerajaan iaitu hanya 3.6 peratus jumlah syarikat pelancongan yang berdaftar. Daripada RM600 juta untuk industri pelancongan, hanya 11.2 peratus sahaja yang telah disalurkan. Dari dana pinjaman mudah untuk PKS pelancongan, hanya 2.9 peratus sahaja antara mereka yang dapat bantuan tersebut. Ini sangat merunsingkan. Bagaimana kita hendak membantu sektor pelancongan yang begitu penting ini untuk selamatkan diri untuk menyumbang kepada hasil negara kalau kerajaan tidak memberi tumpuan kepada keperluan mereka dalam keadaan krisis COVID-19 ini. Seterusnya mengenai bantuan khas yang disediakan untuk rakyat. Berbanding dengan jumlah Bajet 2021 plus, plus kerana ada pula nanti belanjawan tambahan, apa yang disediakan untuk bantuan khas ini juga terlalu sedikit. Dalam masa rakyat sedang merana ini, hanya RM10 bilion sahaja dari RM322.5 bilion plus, plus saya kata tadi iaitu hanyalah kurang daripada tiga peratus kalau berbanding dengan jumlah RM322.5 bilion yang dibelanjakan untuk miskin tegar, B40 dan M40. Itu pun yang miskin tegar ini dapat RM1,300 bayarannya RM500 dahulu, kemudian RM500 pada bulan 11 dan RM300 lagi bulan 12. RM1,300 untuk sepanjang tahun ini. PKP kita bermula bulan Jun, Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi bayaran pertamanya tertangguh selama tiga bulan. Itu belum kira lagi B40 pula dapat RM800 jumlahnya, RM500 dahulu, kemudian RM300 lagi bulan 11. M40 one-off RM250. Adakah kita boleh makan dengan RM250 bantuan sepanjang tahun dalam keadaan COVID-19. Yang tidak berkahwin, yang warga emas B40 one-off RM200. M40 pula RM100 sampai hujung tahun, RM100. Ini semua perbelanjaan yang sepatutnya dilihat sebagai pelaburan kerana setiap kali kerajaan berbelanja atau memberi bantuan kepada rakyat, rakyat akan belanja wang itu dan ini akan berkitar dalam ekonomi kita. Jadi, apabila tidak dibelanjakan atau terlalu sedikit dibelanjakan bayangkanlah apa kerugian yang terpaksa ditanggung oleh negara kita ini. Jadi, bantuan langsung yang diberikan kepada rakyat berbanding dengan jumlah KDNK kita terlalu sedikit dalam keadaan kita menghadapi krisis. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Kementerian Kewangan baru-baru ini telah mengumumkan bahawa pakej rangsangan berjumlah RM300 bilion untuk membantu rakyat telah disediakan. Saya ingin bertanya kenapa sampai ke hari ini tidak dibelanjakan wang itu? Kalau betul lah untuk rakyat, kenapa sampai hari ini hanya RM10 bilion sahaja yang telah diumumkan. Kalau sudah ada duit itu, kenapa kita dengar baru-baru ini bahawa siling hutang statutori hendak dinaikkan sehingga 65 peratus. Hendak pinjam duit itu, buat apa kalau sudah ada RM300 bilion untuk dibelanjakan.

Sambil-sambil itu, apa yang kita lihat rakyat sendiri mencari sumber dana bagi menampung keperluan mereka sendiri. Antaranya ialah moratorium yang telah pun diluluskan, terima kasih banyak. Moratorium pinjaman.

Itu pun membantu rakyat. Kemudian rakyat sendiri keluarkan duit daripada KWSP. Kesemuanya berjumlah RM350 bilion. Ini duit rakyat sendiri yang tidak sepatutnya dianggap sebagai sebahagian daripada bantuan daripada kerajaan. Ini bukan duit kerajaan, ini duit rakyat, ya. RM350 bilion telah pun dikeluarkan. Jadi, inilah keadaan yang kita hadapi sekarang. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit mengenai Majlis Pemulihan Negara (MPN). Sebenarnya MPN ini telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Langkawi sewaktu menghadap Yang di-Pertuan Agong. Sejurus kemudian kerajaan di bawah Yang Berhormat Pagoh mengumumkan bahawa kerajaan ketika itu hendak melakukan Pelan Pemulihan Negara. Tidak apalah, kita anggap itu sebagai mungkin ciplak idea daripada Yang Berhormat Langkawi tetapi asalkan dapat membantu rakyat, kita tidak menghalang ya. Kemudian Yang Berhormat Menteri Kewangan setelah berjumpa dengan Yang Berhormat Langkawi, bincang mengenai MPN ini, sejurus kemudian membuat pengumuman pula bahawa kerajaan ingin menubuhkan MPN tetapi melantik pula Yang Berhormat Pagoh menjadi Pengerusinya... [Ketawa] Jadi, perkara itu terbawa-bawa sampailah ke kerajaan baharu yang sekarang ini dipimpin oleh Yang Berhormat Bera. Kita dikejutkan sekali lagi apabila diumumkan pula bahawa Yang Berhormat Pagoh terus menjadi Pengerusi kepada MPN bertaraf Menteri. Saya sudah sebut sudah semalam. Apakah agaknya yang boleh Yang Berhormat Pagoh lakukan? Ya, sebagai seorang Pengerusi bertaraf Menteri bagi Majlis Pemulihan Negara yang tidak mampu beliau lakukan sewaktu beliau memegang jawatan tertinggi negara, Perdana Menteri dengan kuasa darurat... [Tepuk]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

...Betul, betul.

Kalau zaman itu pun dia tidak boleh buat, kenapakah waktu ini dia boleh buat? Jadi itu persoalan dia. Apa yang kita cadangkan bezanya di antara MPN cadangan Yang Berhormat Langkawi dan yang dibuat oleh kerajaan ialah bahawa kita hendak guna idea-idea, cetusan pemikiran daripada pakar-pakar dalam bidang-bidang yang relevan untuk mencadangkan satu pendekatan yang terbaik bagi menyelamatkan keadaan dalam negara kita ini. Sebaliknya kita dapati apa yang dicadangkan ialah hanya 50 peratus anggota MPN kerajaan ini adalah daripada pakar, 25 peratus merupakan ahli politik, mungkin Ahli Parlimen daripada kerajaan, 25 peratus lagi daripada Ahli Parlimen pembangkang. Saya tidaklah hendak menyoal ya keupayaan Ahli-ahli Parlimen ataupun orang politik ini untuk menyumbang idea tetapi ini telah dibuat pun sebelum ini dan tidak berjaya. Maka saya rasa paling penting sekarang ini kita serahkan bulat-bulat kepada orang yang pakar dalam bidang untuk mencadangkan kepada kerajaan apa langkah- langkah terbaik untuk kita menangani krisis berlipat ganda yang kita hadapi pada ketika ini. Ada cadangan kami, Yang Berhormat Langkawi mempengerusikan MPN ini kerana tidak ada sebarang kepentingan politik yang hendak diletakkan. Beliau sendiri telah mengumumkan akan meletak jawatan sebagai Pengerusi PEJUANG sekiranya dilantik sebagai Pengerusi MPN malah yang saya dimaklumkan bahawa apabila Yang Amat Bera telah berjumpa dengan Yang Berhormat Langkawi, sebelum beliau telah dilantik menjadi Perdana Menteri baru-baru ini, telah dijanjikan bahawa MPN ini akan ditubuhkan sekiranya Yang Berhormat Bera menjadi Perdana Menteri dan Yang Berhormat Langkawi dilantik sebagai Pengerusinya. Malangnya janji itu tidak di kota tetapi kita rasakan bahawa ini masih lagi lah satu perkara yang sangat penting sekiranya kita serius ingin menangani yang kita hadapi pada hari ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Masa sudah tamat.

Maka dengan isu saya menyokong Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kuala Nerus. Lima belas minit.

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Waalaikumusalam.

Alhamdulillah, wassolatu wasala rasulillah. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Allah Taala berfirman dalam surah Al-Rum, ayat-21... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Maksudnya, firman Allah Taala dan antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan daripada diri kamu sendiri pasangan untuk kamu beroleh ketenangan dan juga dijadikan antara kamu kasih sayang dan juga rahmat. Sesungguhnya yang demikian itu merupakan tanda-tanda bagi kaum yang sentiasa berfikir. Sadaqallahul azim. Pertamanya, saya hendak ucapkan terima kasih atas peluang yang diberikan pada petang ini. Kedua, saya menjunjung kasih atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong semasa membuka Penggal Keempat, Parlimen Keempat Belas kelmarin. Saya juga ambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Bera yang dilantik menjadi Perdana Menteri, Yang Berhormat Bera dan juga seluruh Ahli Kabinet yang baru dilantik. Insya-Allah kita boleh memacu negara kita dengan lebih baik dalam menangani situasi pandemik yang ada pada hari dan juga situasi berkaitan dengan ekonomi pada hari ini. Saya akan membahaskan titah diraja ini berdasarkan konsep atau ruang lingkup, Keluarga Malaysia yang diperkenalkan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri kerana bagi saya ini merupakan satu konsep yang sangat luas, mencakupi banyak perkara yang boleh kita jadikan asas dalam kita meneruskan usaha-usaha berkerajaan pada hari ini untuk kita akhirnya mencapai satu status bagi negara yang maju, negara sejahtera, harmoni lagi berkebajikan. Pertama, izinkan saya untuk melihat apakah yang dimaksudkan dengan keluarga. Satu istilah yang sebenarnya dekat dengan diri kita sendiri kerana keluarga bermaksud ikatan darah kerana disebabkan oleh kaum, bangsa. Kedua, keluarga juga melibatkan ikatan perkahwinan. Bermula dengan ibu dan bapa, suami isteri yang akhirnya menjadi ibu dan bapa kepada anak-anak dan keluarga juga merujuk kepada mereka yang ada ikatan susuan, itu dalam Islam dan keluarga juga merujuk kepada mereka yang ada perkongsian dari sudut agama ataupun dari sudut negara. Mereka yang satu agama, Islam sebagai contoh, mereka bersaudara dari sudut agamanya. Maka dengan melihat kepada kaedah umum keluarga ini bagi sebuah negara yang kita panggil keluarga besar Malaysia, tentulah keluarga besar Malaysia ini akan diikat dengan semangat kebersamaan yang akan membenihkan satunya, sifat tenang dan juga perasaan tenang, membenihkan kasih dan juga sayang dan juga rahmah. Oleh sebab itulah saya mulakan dengan ayat dalam surah Al-Rum tadi yang menceritakan tentang konsep kekeluargaan dalam Islam bermula dengan adanya pasangan suami dan isteri yang akhirnya akan membenihkan satunya As-Sakinah, ketenangan jiwa. Kedua, mawaddah, kasih dan sayang, yang ketiga rahmah. Bagi sebuah negara yang besar seperti Malaysia dengan penduduk 32 juta orang dan pelbagai bangsa, pelbagai kaum, keturunan, pelbagai agama, maka tentulah konsep berkeluarga sangat kita perlukan untuk kita melahirkan rakyat yang berkasih sayang, rakyat yang bersatu padu, rakyat yang saling mempertahankan satu sama lain, rakyat yang boleh berkongsi apa saja nikmat yang kita ada dan rakyat yang boleh memberikan sifat pengorbanan untuk orang lain yang dipanggil sebagai Keluarga Malaysia. Itu asas kepada keluarga.

Saya yakin bahawa pendekatan Keluarga Malaysia ini merupakan pendekatan terbaik di kala mana kita berhadapan dengan tiga krisis. Pertama, krisis pandemik kesihatan yang berlalu tempoh yang sangat panjang, hampir dua tahun, bermula pada penghujung tahun 2019 dan masih lagi belum berakhir. Kedua, pandemik ekonomi yang berlaku disebabkan oleh krisis melibatkan pandemik kesihatan. Ketiga, yang lagi besar sebenarnya ialah pandemik ataupun krisis melibatkan politik kita sendiri. Bertukar tiga Kerajaan dalam tempoh satu penggal. Ini suatu yang sangat perlu kita lihat dengan lebih jelas. Maka bagi saya pendekatan Keluarga Malaysia ialah pendekatan yang mampu untuk kita bersama-sama menangani tiga situasi atau tiga krisis yang saya sebutkan sebentar tadi dan insya-Allah kita boleh melakukan yang terbaik dalam konteks semasa pada hari ini. Untuk itu saya ingin mengajak semua Yang Berhormat untuk melihat tiga skop yang boleh kembangkan menerusi konsep Malaysia atau Keluarga Malaysia ini. Pertama, berasaskan konsep yang saya sebut dalam bahasa Arab iaitu tasamuh siasi atau bahasa Inggerisnya- political tolerance, atau bahasa Melayunya- tolak ansur politik. Baik, itulah yang perlu kita jadikan sebagai asas bersama kita. Saya yakin bahawa MoU yang dibuat antara kerajaan dengan pembangkang yang dipanggil Persefahaman Transformasi dan juga Kestabilan Politik adalah salah satu daripada konsep yang menggambarkan tolak ansur politik dan ia bukan perkara yang baru, bahkan kami di peringkat Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dulu kita perkenalkan dan cadangkan menerusi Presiden PAS konsep unity government pada tahun 2008.

Kita perkenalkan juga konsep Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) untuk mengajak rakyat, sama ada kerajaan ataupun pembangkang untuk bersama-sama. Jikalau kita rujuk balik pada apa yang dibentangkan oleh PAS pada tahun 201 yang melibatkan BPMS, kita tetapkan tujuh prinsip iaitu berpolitik berasaskan prinsip, berpolitik berasaskan dakwah amar makruf nahi mungkar, berpolitik berdasarkan penyelesaian Islam, berpolitik berdasarkan keutamaan untuk rakyat, berpolitik yang diplomasi, berpolitik dalam bentuk realiti bukan persepsi fitnah dan juga berpolitik dalam cara yang rasional dan juga profesional. Alhamdulillah, kalau inilah tujuh prinsip yang kita boleh laksanakan dalam kerajaan atau dalam menjadi pembangkang, kita yakin bahawa negara mampu melahirkan rakyat yang matang berpolitik walaupun kita mungkin berbeza pendapat dan pandangan dan pelbagai isu melibatkan kerajaan. Akan tetapi ada kebersamaan, iaitu untuk menjadikan negara kita lebih baik, bukan hanya untuk diri kita, bahkan untuk dunia sekali, insya-Allah. Itu yang pertama yang melibatkan konsep ta'awun atau konsep tahaluf siyasi, konsep toleransi dalam berpolitik. Saya yakin bahawa, kalau kedua-dua pihak dapat melaksanakan apa yang kita telah tandatangani bersama, kita yakin bahawa negara pasti akan mendapat manfaat. Walaupun tidak menafikan bahawa pembangkang perlu terus melaksanakan tugasan untuk membangkang kerajaan, mengkritik kerajaan, memberi komentar kepada kerajaan, sebagai salah satu cara untuk semak dan imbang yang baik bagi kerajaan kita melaksanakan tugasan mereka. Itu yang pertama. Kedua, saya hendak merujuk kepada kaedah kedua yang saya panggil sebagai ta’awun iqtisadi atau dalam bahasa Inggeris economic corporation, bahasa Malaysia kita sebut kerjasama ekonomi. Dalam konteks kita berhadapan krisis ekonomi yang sangat parah, kalau kita lihat kepada hutang isi rumah Malaysia yang menyumbang kepada 93 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk Disember 2020 berbanding nisbah 82 peratus sahaja untuk tahun 2019. Ini menunjukkan kita berhadapan suasana yang sangat kritikal berkaitan dengan ekonomi. Maka tentulah kebersamaan, perkongsian, ta’awun ataupun persefahaman tolong-menolong dalam perkara melibatkan ekonomi, sangat penting bagi negara Malaysia. Oleh sebab itu kita lihat pada zaman Nabi SAW di awal pembinaan negara Islam al-Madīnah al-Munawwarah, Baginda perkenalkan pasar yang bertujuan membuka ruang perniagaan untuk rakyat, pasaran baharu berniaga untuk mereka kembali bangkit menguruskan ekonomi mereka.

Pada hari ini, kerana faktor pandemik, ramai yang kehilangan pekerjaan, ramai yang terpaksa gulung tikar menutup perniagaan. Mereka tidak mampu membayar sewa kedai dan membayar gaji pekerja-pekerja. Maka tentulah sebagai kerajaan, kita perlu untuk membuka kembali ekonomi ini dan membuka pasaran-pasaran baharu ekonomi yang boleh bagi peluang pekerjaan kepada rakyat bagi menggantikan apa yang telah hilang. Saya yakin bahawa, sangat penting terutama yang melibatkan B40, marhaen mereka yang ada peluang perniagaan diberikan peluang-peluang untuk dibantu pembiayaan menerusi TEKUN sebagai contoh, peluang perniagaan kecil-kecilan di peringkat gerai-gerai di kampung-kampung, perniagaan online yang menggunakan Grab dan Panda semua mesti kita perkemaskan dan memperkasakan lagi agar rakyat boleh bangkit daripada pandemik yang sedang berlaku pada hari ini. Saya mohon supaya TEKUN boleh menggubal satu program khas. TEKUN dipimpin oleh sahabat saya Yang Berhormat Setiu. Saya mohon untuk menggubal satu program khas untuk kita menggalakkan rakyat marhaen terlibat dengan perniagaan keci- kecilan yang paling kurang cukup untuk makan minum mereka selama sebulan. Itu yang pertama. Kedua, saya rasa perlu untuk kita kembali, untuk reset, susun semula ekonomi pasca COVID. Antaranya kalau kita lihat sebelum ini, agihan kekayaan dalam negara kita tidak adil. Berlaku lompang, di mana negeri di sebelah Pantai Timur, bahkan negeri di sebelah Sabah dan Sarawak agak diabaikan dari sudut kekayaan ekonomi, maka perlu sekarang macam mana kita mahu pastikan bahawa keadilan itu menyeluruh kepada semua rakyat Malaysia, baik di mana mereka berada. Sebagai contoh, Kelantan dan Terengganu kita mengalu-alukan usaha yang dibuat oleh kerajaan pada bulan Ogos 2020 kita telah umumkan untuk fasa tiga Lebuh raya Pantai Timur (LPT). Itu satu pendekatan yang sangat baik, saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan dengan peruntukan sebanyak RM35 juta yang diawalkan untuk kita melihat dan mengkaji peluang untuk kita mulakan projek yang dipanggil sebagai LPT 3. Dalam masa yang sama, saya mengajak kerajaan juga untuk melihat bagaimana untuk kita perkasakan lagi satu lagi lebuh raya yang telah lama usianya. Bermula pada tahun 70-an, siap pada 80-an iaitu Lebuh raya Timur Barat dari Jeli sampai ke Grik yang perlu diperkasakan dan diperluaskan kerana ia akan membuka ruang ekonomi yang baik untuk negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan juga Terengganu. Dalam masa yang sama juga, lebuh raya telah sedia ada dari Gua Musang sampai ke Cameron Highlands juga mesti dipastikan sentiasa diselenggara dengan baik untuk memastikan ekonomi sentiasa berkembang. Sistem lebuh raya, sistem kereta api dan sistem lapangan terbang melibatkan dua buah negeri iaitu Kelantan dan Terengganu mesti diberikan peruntukan special untuk kita pastikan kekayaan ekonomi boleh berkembang di dua buah negeri tersebut. Begitu juga saya mengajak untuk kita melihat sektor pertanian. Sebelum ini di peringkat Kementerian Pertanian diwujudkan satu program yang dipanggil Jawatankuasa Food Security ataupun Jawatankuasa Keselamatan Makanan yang sangat kritikal bagi kita sebenarnya. Ini kerana kita telah bergantung kepada bekalan luar yang melibatkan daging- daging, melibatkan beras sendiri bergantung kepada luar. Saya yakin bahawa kerajaan bersedia untuk perkasakan lagi konsep food security ini untuk memastikan rakyat boleh terlibat dengan apa yang dihasratkan oleh kerajaan. Pada masa yang sama, dari sudut pendanaan. Pendanaan dalam Islam, kita ada konsep wakaf, kita ada konsep zakat. Saya mohon agar Menteri Agama berunding di peringkat negeri mewujudkan jawatankuasa khas untuk kita perkasakan konsep wakaf tunai dan juga agihan zakat yang boleh dilakukan dengan lebih adil dan baik agar semua rakyat dapat menikmati terutamanya melibatkan asnaf gharimin, asnaf orang yang berhutang. Oleh sebab ramai orang berhutang pada hari ini, maka asnaf gharimin yang ada dalam peruntukan di peringkat zakat mesti diperkasakan dan ia hanya mampu dilaksanakan kalau kita boleh selaraskan semua perkara melibatkan dengan negeri- negeri yang ada kuasa melibatkan agama.

Juga, saya ingin mengajak kerajaan untuk melihat reformasi percukaian yang ada pada hari ini. PAS pernah mencadangkan untuk melaksanakan dua tiga cukai yang baharu. Antaranya cukai yang melibatkan keuntungan saham. Pada hari ini kalau kita ambil contoh satu bentuk saham yang sangat menarik dipanggil crude palm oil futures (FCPO) ataupun niaga hadapan melibatkan crude palm oil ataupun minyak sawit mentah. Satu perniagaan yang sedang rancak sekarang dan saya ada pengalaman peribadi selepas– dalam tempoh sebulan yang lalu terlibat dengan FCPO dengan hanya modal sebanyak RM20,000 telah mendapat untung dalam tempoh tiga minggu sebanyak RM6,000 yang dalam sudut Islamnya, dengan keuntungan itu, kita perlu membayar zakat 2.5 percent sebanyak RM150. Jikalau dengan modal kecil seumpama itu, kita mendapat untung dan boleh dibayar zakat, maka tentulah kalau kerajaan melihat peluang-peluang mengenakan cukai atas nama Kerajaan Persekutuan dikenakan cukai, saya yakin bahawa banyak dana yang dapat kita ambil untuk digunakan oleh Kerajaan Persekutuan. Begitu juga melibatkan cukai simpanan korporat, cukai atas saham yang lain dan juga cukai ekonomi digital dan juga melibatkan GST yang pernah saya bincangkan dahulu dan kita PAS mencadangkan dua tiga perubahan melibatkan cukai GST yang kita tolak pada tahun 2018 yang lalu untuk kita betulkan mana-mana yang silap dan kita boleh melihat perubahan-perubahan yang baik untuk pastikan cukai dapat dilaksanakan dengan cara yang dikehendaki oleh Islam. Terakhir, beri peluang untuk bercerita yang ketiga dalam konteks Keluarga Malaysia, iaitu Takaful Isimna’i disebut sebagai solidariti sosial. Penting untuk negara kita Malaysia dalam konteks berhadapan dengan isu-isu politik, isu-isu ekonomi untuk kita mewujudkan suatu semangat solidariti antara rakyat dalam perkara kebajikan. Saya merujuk kepada apa yang berlaku pada zaman Nabi SAW, bila mana berlaku kekurangan bekalan makanan Nabi bersabda pada mereka semoga Allah Taala merahmati kaum Asya’ari [berucap dalam bahasa Arab] “kalau mereka kekurangan bekalan makanan ketika berperang ataupun kurang bekalan daripada Madinah’’ [Berucap dalam bahasa Arab] “mereka himpun semua bekalan makanan di tempat yang satu’’. [Berucap dalam bahasa Arab] Kemudian, dengan semula antara mereka dengan cara sama rata. Konsep ini, CSR korporat mesti diperkasakan dengan baik dan diberikan satu pengecualian atau rebat cukai yang baik untuk menggalakkan para korporat menyumbang. Sebagai contoh di peringkat perladangan sawit yang pada hari ini mendapat untung berganda iaitu tiga kali ganda daripada sebelumnya. Mereka yang terlibat di bidang getah ataupun sarung getah perubatan, keuntungan yang ratusan bilion. Maka CSR mereka diperlukan untuk bantu rakyat dan kerajaan patut memberi suatu rebat percukaian untuk mereka.

Itulah antara yang sempat saya sampaikan. Oleh kerana masa tidak mencukupi terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tuaran kemudian kita melangkau ke Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Sila Yang Berhormat Tuaran.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Tuaran untuk turut membahaskan Usul Menjunjung Kasih di Atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Beaufort. Tuan Yang di-Pertua, dua hari lagi kita akan meraikan sambutan hari kelahiran negara kita Malaysia iaitu Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September. Menjunjung kasih Tuanku kerana pada point 58 muka surat 15 Titah Ucapan Diraja, Tuanku menyebut tentang sambutan Hari Malaysia dan seterusnya memberi seruan kepada Ahli-ahli Yang

Berhormat di Dewan yang mulia ini dan juga seluruh rakyat Malaysia supaya menghayati sejarah kemerdekaan negara dan pembentukan Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, Dewan yang mulia ini harus diingatkan bahawa pengisytiharan bilakah sebenarnya hari kelahiran Malaysia itu telah terlewat selama 48 tahun selepas Perjanjian Pembentukan Malaysia ditandatangani United Kingdom, the Federation of Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak pada 16 September 1963. Pengisytiharan tersebut hanya dilakukan pada 19 Oktober 2009 oleh Yang Berhormat Pekan selaku Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada ketika itu di Dewan yang mulia ini semasa menjawab satu soalan tentang Hari Malaysia. Kemudian, selepas itu Hari Malaysia diamalkan sebagai cuti umum bermula 16 September 2010 dan hanya pertama kali diraikan sebagai satu sambutan rasmi kerajaan pada 16 September 2011 iaitu 50 tahun selepas pembentukan Malaysia. Tentunya rakyat Malaysia terutama sekali generasi muda tertanya-tanya apakah sebenarnya yang telah terjadi? Kenapa hari kelahiran negara tercinta ini telah dinafikan dalam sambutan hari jadi selama 50 tahun dan yang lebih penting lagi ialah kenapakah fakta-fakta sejarah tentang pembentukan Malaysia ini tidak dimuatkan sepenuhnya secara terperinci di dalam buku-buku teks mata pelajaran Sejarah dalam sistem persekolahan Malaysia? Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, ekoran daripada titah diraja ini, Tuaran meminta Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pendidikan supaya memperbetulkan fakta- fakta sejarah tersebut. Kerajaan harus mempertimbangkan untuk melaksanakan mata pelajaran Ketatanegaraan dalam sistem persekolahan Malaysia bermula daripada tadika sehinggalah ke universiti. Satu lagi pertanyaan rakyat termasuk golongan generasi muda ialah sejak sambutan rasmi Hari Malaysia diadakan pada tahun 2011, sambutan hanya digilir-gilirkan di antara Sabah dan Sarawak. Sudah 11 tahun kita raikan Hari Malaysia tetapi warga ibu kota Kuala Lumpur belum lagi menikmati sambutan tersebut. Apa sudah jadi? Kenapa? Tuan Yang di-Pertua, Tuaran ingin bertanya apakah kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Bera akan memulakan Sambutan Hari Malaysia ini dilaksanakan di Semenanjung Malaysia selepas ini? Dalam bentuk apakah Hari Malaysia serta sejarah pembentukan Malaysia boleh dihayati oleh seluruh rakyat Malaysia supaya akhirnya dia akan menjadi jati diri rakyat Malaysia sepertimana yang telah dititahkan oleh Tuanku dalam titah diraja tersebut. Tentunya sejarah pembentukan Malaysia tidak lengkap jika sekiranya tidak ada kesungguhan untuk melaksanakan Kandungan Perjanjian Pembentukan Malaysia 1963 tahun ini sepenuhnya. Kerajaan Pakatan Harapan yang lalu telah pun mengenal pasti 21 perkara untuk dilaksanakan. Malah, 17 perkara sudah pun dipersetujui untuk dilaksanakan. Tuaran juga meminta kerajaan memberitahu Dewan yang mulia ini sejauh manakah kejayaan pelaksanaan 17 perkara yang telah pun dipersetujui tersebut dan apakah langkah-langkah yang sedang diambil untuk memastikan agar lima lagi perkara yang belum dipersetujui itu dapat dipersetujui dan akhirnya dilaksanakan. Sementara itu, Tuaran ingin mencadangkan supaya hal-hal yang berkaitan dalam perbincangan dalam kajian pelaksanaan MA63 ini di declassify dokumen-dokumen tersebut sebab tidak wajar, pada pandangan Tuaran ini tidak wajar diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi ataupun Official Secrets Act (OSA) 1972. Sebab ini adalah perkara sejarah yang sepatutnya diketahui oleh rakyat, yang sepatutnya diketahui umum. Apa yang rahsia sangat sehingga anda diletakkan di bawah OSA? Declassify biar rakyat sendiri yang mengetahui apakah kandungan-kandungannya dan dengan cara demikian baharulah rakyat dan negara ini pemimpin-pemimpin dan semuanya akan dapat menghayati apa yang dipanggil sebagai Malaysia Agreement 1963 (MA63) ini. Menjunjung kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga pada point 42 muka surat 11 yang telah memperakui bahawa jurang pembangunan antara wilayah dan negeri masih wujud khususnya Sabah dan Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, pembangunan Sabah berada 10 tahun ke terbelakang berbanding negeri-negeri lain di Semenanjung. Selagi perancangan negara tidak mengutamakan perspektif Sabah dalam merancang pembangunan negara, selagi itulah Sabah ini akan berterusan sebagai the least developed territory of Malaysia. Walaupun GDP per kapita Sabah telah meningkat ke USD 5,000 pada ketika ini berbanding dengan tahun 1953. Namun angka tersebut hanyalah setengah daripada GDP negara pada kadar USD 10,000. Pada Tuaran, Rancangan Malaysia ke-12 yang disebut dalam point 40 muka surat 11 Titah Ucapan Diraja ini tidak menjanjikan apa-apa kelainan dan tidak akan memberi harapan kepada rakyat Sabah sebab dokumen itu telah dirumuskan dengan pendekatan yang sama sejak Rancangan Malaysia Pertama. Tidak ada apa-apa yang baharu hanya senarai projek dan sebagainya tetapi tidak mengutamakan perkara pokok yang boleh merubah, yang boleh mentransformasikan pembangunan ekonomi di negeri Sabah. Saya bagi satu contoh bagaimanakah ekonomi Sabah dapat dilonjakkan tanpa peningkatan secara drastik dalam infrastruktur pengangkutan dan logistik khususnya pembinaan pelabuhan yang mampu menarik syarikat perkapalan antarabangsa untuk mendaftar pelabuhan-pelabuhan di sana. Bayangkanlah Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua daripada Johor. Bayangkanlah jurang perbezaan di antara infrastruktur di Pelabuhan Tanjung Pelepas Johor yang ada 54 buah kren dan lima kilometer panjang dermaga berbanding dengan hanya empat kren dan 500 meter panjang dermaga untuk Pelabuhan Sepanggar di Kota Kinabalu, Sabah. Tentunya turnaround time bagi Pelabuhan Sepanggar adalah jauh lebih lemah dan hanya empat kapal yang boleh berlabuh pada satu-satu ketika. Oleh sebab itulah walaupun Dasar Kabotaj sudah direlaks sejak tahun 2017 dan membolehkan syarikat perkapalan antarabangsa mendaftar untuk mengangkut kontena daripada Sabah., akan tetapi sehingga pada hari ini iaitu sudah lebih lima tahun Dasar Kabotaj telah di relaks kan tetapi tidak ada satu pun syarikat perkapalan antarabangsa yang mendaftar di Pelabuhan Sepanggar Kota Kinabalu. Kerana apa? Oleh sebab infrastrukturnya yang perlu ditingkatkan.

Begitu juga dengan pelabuhan-pelabuhan yang lain yang memerlukan infrastruktur yang lebih sophisticated termasuklah Pelabuhan POIC di Lahad Datu dan di Sandakan dan sebagainya. Pada Tuaran, Tuan Yang di-Pertua, selagi pemesatan kuasa di Putrajaya masih bermaharajalela dan agenda desentralisasi dinafikan, maka selama itulah jurang pembangunan wilayah, khususnya di antara Sabah dan Semenanjung ini, akan berterusan. Masalah pengangguran di Sabah pada kadar 8 peratus pada ketika ini akan terus meningkat sebab peluang-peluang pekerjaan berkualiti sangat-sangat terhad. Pelaburan dalam sektor pembuatan dan pemprosesan perlu dipertingkatkan sehinggalah sumbangan industri terhadap GDP meningkat daripada hanya 7 peratus yang ada sekarang ini kepada sekurang-kurangnya 35 peratus dalam pada segera sepertimana yang dicita-citakan dalam titah diraja ini iaitu kita mahu negara kita ini supaya dia adalah negara maju berpendapatan tinggi. Dalam hal pendidikan pula, Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang diamalkan sekarang kerana COVID-19 dan saya lihat jika betullah, jika benarlah pencapaian dalam peperiksaan SPM dan sebagainya tahun lalu itu jauh lebih bagus daripada sebelum diamalkan PdPR ini, jika itulah yang betul, jika itulah yang lebih baik, maka amalan PdPR ini sebenarnya sesuatu yang baik— yang boleh diteruskan dan dengan itu maka dari segi prasarana pendidikan dari segi infrastrukturnya bukan lagi bangunan yang diutamakan tetapi yang harus diutamakan ialah soal-soal jalur lebar, internet connectivity. Maka Tuaran meminta kerajaan supaya memberi keutamaan kepada pelaksanaan dasar-dasar komunikasi, serta memberi peruntukan untuk penggunaan teknologi satelit untuk memastikan pemberian jalur lebar ataupun broadband internet connectivity di setiap pelosok negara bermula daripada negeri Sabah. Hanya dengan penggunaan teknologi satelit, kita akan dapat internet connectivity tidak kira di mana pun

tempat, sama ada di gaung-gaung, betapa terpencil pun jika sekiranya kita menggunakan teknologi satelit tetapi kerajaan harus mengadakan dasar tertentu. So sehingga pada hari ini, apatah lagi communication satellite kita tidak ada, hanya MEASAT yang ada, hanya private sector yang ada. Akan tetapi bagaimana dengan harga datanya? Kalau harga datanya begitu mahal, maka mereka di luar bandar tidak mampu. Barangkali ada dasar-dasar subsidi harus dilaksanakan di luar-luar bandar supaya bukan sahaja pelajar-pelajar yang mendapat manfaat, tetapi juga mereka yang terlibat dalam pertanian yang akan menggunakan automasi sepertimana yang dicadangkan dalam titah ucapan diraja ini di mana tuanku mahu supaya aktiviti-aktiviti seperti perladangan dan sebaginya akan menggunakan teknologi automasi supaya kita tidak bergantung dengan pekerja-pekerja asing. Dengan oleh itu, jika sekiranya tidak ada internet connectivity di luar bandar dalam sektor pertanian, bagaimanakah kita dapat melaksanakan semua ini? Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan Reformasi Parlimen. Kalau Reformasi Parlimen ini sangat-sangat pentinglah untuk pastikan agar cabaran-cabaran pembangunan disebutkan tadi itu kita dapat atasi kerana pada hari ini, selama ini peranan Ahli-ahli Parlimen hanya disukat dari segi kemampuan kita untuk memberi pelayanan kebajikan— menjalankan kebajikan di kawasan kita ataupun barangkali bertanya soalan berucap seperti ini. Akan tetapi apakah itu cukup? Hari ini perlu sepertimana doktrin separation of powers. Kita mahu benar-benar Parlimen ini adalah bebas dan bukan lagi didominasi oleh pihak eksekutif. Eksekutif yang menentukan itu, ini dan sebagainya dan ini tentunya memerlukan instrumen-instrumen perundangan memastikan agar Ahli-ahli Parlimen dan Dewan yang mulia ini dapat memainkan peranan yang penting bukan sahaja sebagai semak dan imbang dalam hal- hal urus tadbir, tetapi juga terlibat langsung dalam memastikan agar dasar-dasar yang bersesuaian dan yang penting untuk pembangunan negara itu dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Jadi itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Jempol, kemudian Yang Berhormat Raub, kemudian Yang Berhormat Pontian dan Yang Berhormat Pulai. Sila Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHKulim-Bandar Baharu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, sekalian Ahli-ahli Yang Berhormat. Dalam mengambil giliran membahaskan Usul junjung kasih ke atas titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, saya ada tiga perkara. Pertama ialah berkenaan dengan exit strategy pandemik COVID-19 yang sedang kita alami sekarang. Sebenarnya kita berhadapan dengan dilema untuk mencapai keseimbangan di antara menjaga nyawa dengan menghidupkan ekonomi. Kalau kita teruskan lockdown, ekonomi menjadi statik, kesannya buruk kepada ekonomi negara dan rakyat. Kalau kita buka, risiko COVID-19 merebak, jadi berkaitan dengan kesihatan dan nyawa. Ini adalah ujian terbesar yang sedang negara hadapi. Tuan Yang di-Pertua, sememangnya merangka exit strategy ini bukan satu tugas yang mudah. Sekarang di beberapa negara di dunia, mereka mula bercakap tentang hidup bersama COVID-19, pasrah dan terima hakikat. Tidak boleh dalam masa terdekat, COVID-19 ini diatasi masalahnya. Istilah baharu adalah endemik. Menteri Kesihatan mengumumkan Oktober tahun ini, apabila peratusan vaksinasi membabitkan rakyat sudah mencapai tahap herd immunity, kita akan bergerak kepada era endemik. Itu bermaksud petunjuk dan petanda awal, kita akan bersedia melalui satu fasa baharu dalam merangka exit strategy atau plan rencana jalan keluar ini berulang kali disebut oleh kerajaan bahawa penyelesaiannya akan berpandukan kepada data, sains

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHKulim-Bandar Baharu

dan ada garis masa. Hari ini, dunia bercakap tentang penyelesaian berasaskan sains dan data mengenai exit strategy pandemik COVID-19 ialah apa yang diistilahkan sebagai intermittent work. Intermittent work ini adalah formula empat hari kerja, sepuluh hari lockdown. Minggu berikutnya empat hari kerja, kemudian sepuluh hari lockdown. Kenapa empat hari kerja? Apabila seseorang dikesan positif dengan virus COVID-19, sains membuktikan bahawa tiga hari berikutnya, tidak ada risiko yang mengalami positif itu boleh menjangkiti orang lain. Virus tidak tersebar sebab pada ketika itu sains menyebut virus berada pada keadaan yang paling lemah. Bila dia mula sebar kepada orang lain? Hari yang kelima, hari yang keenam.

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHKulim-Bandar Baharu

Jadi, formula yang dikemukakan oleh para saintis sekarang dalam merangka exit strategy supaya para pembuat dasar mempertimbangkannya ialah formula intermittent work, the idea is a two-week cycle. Maknanya, 4 hari kerja, 10 hari lockdown. Sains menyebut bahawa kaedah ini adalah kaedah yang dianggap praktikal untuk dipertimbangkan. Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, ketika Menteri Kesihatan mula-mula mengumumkan tentang exit strategy ataupun endemik COVID-19 ini menjelang Oktober, apakah kerajaan sudah mengambil kira juga, selepas pengambilan vaksin akan ada satu tempoh di mana kesannya tidak lagi kuat. Orang mula bercakap tentang booster. Program vaksin booster. Oleh sebab kesan pengambilan vaksin itu ada tempohnya yang menyebabkan kekuatan antibodi orang yang mengambil dua vaksin itu akan melemahkan. Booster, bilakah kerajaan akan memulakannya? Oleh sebab sudah di umum kita akan pergi kepada endemik. Saya fikir ini akan menjadi panduan dan hala tuju yang sangat jelas. Jika sekiranya rakyat diberitahu bahawa ini memang ada dalam perancangan dan sepertimana Pelan Vaksin Nasional, pelan booster ini juga haruslah dikongsi dengan rakyat jelata. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pagoh selepas melepaskan jawatan Perdana Menteri kekal dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara. Satu ketika, ketika masih menjadi Perdana Menteri, Yang Berhormat Pagoh telah mengumumkan COVID-19 exit plan yang berasaskan kepada tiga panduan. Pertama, kadar jangkitan harian. Kedua, keupayaan kapasiti sistem kesihatan awam. Wad, ICU, kecukupan tabung oksigen dan sebagainya. Ketiga, peratus rakyat yang telah mendapat vaksinasi. Diberi benchmark nya. Misalnya, jika peratus rakyat yang telah menerima vaksin 60 peratus, keupayaan kapasiti sistem kesihatan itu dianggap moderate dan kes harian kurang 500. Maka, reopening of economy ini akan dilakukan, termasuklah domestic tourism. Saya ingin bertanya, polisi ini apakah kekal dalam pentadbiran kerajaan hari ini? Misalnya, diumumkan pelancongan domestik di Langkawi mula dibuka. AirAsia telah menjual hampir 200 ribu tiket. Sudah dibuka. Akan tetapi jika ikut exit plan yang diumum oleh Yang Berhormat Pagoh, saya anggap masih terpakai sebab sekarang beliau menjadi Pengerusi Majlis Pemulihan Negara. Ini hanya akan berlaku jika kes harian kurang daripada 500. Sekarang kes harian masih lagi 5 angka. Akan tetapi domestic tourism telah dibuka. Jadi, apakah ini syor berasaskan sains dan data ataupun exit plan itu sudah pun tidak pakai lagi? Atau bagaimana? Jadi, saya perlukan kejelasan atau clarity dalam perkara ini. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh pandemik COVID-19 memberi kesan kepada ekonomi. Pra COVID-19 dahulu, masalah di negara kita ini adalah masalah jurang pendapatan yang kaya dengan yang miskin. Ada juga masalah jurang kemudahan, infra. Maksudnya, sekolah, jalan raya, kemudahan air bersih, capaian internat, kualiti perkhidmatan kesihatan itu juga ada jurang. Pengangguran atau disebut unemployment, underemployment. Maknanya, qualification tinggi tetapi bekerja untuk kelayakan yang lebih rendah. Ini adalah pattern masalah, corak masalah rakyat sebelum COVID-19. Semasa COVID- 19, keadaan ini menjadi semakin parah. Jurang kesenjangan dalam bidang pendidikan misalnya, Tuan Yang di-Pertua. Ibu bapa sibuk mencari nafkah sekarang. Anak-anak yang tinggal di rumah harus sekurang-kurangnya memiliki gajet untuk mengikuti pembelajaran atas talian.

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHKulim-Bandar Baharu

Jadi, ini juga menyumbang kepada jurang anak-anak yang tertinggal dan di luar daripada pengawasan ibu bapa yang sibuk untuk mencari nafkah menyara kehidupan. Semasa COVID-19, jurang ini menjadi semakin melebar. Tuan punya restoran juga bergelut untuk menghidupkan semula perniagaan mereka. Industri kecil dan sederhana juga begitu. Post COVID-19 memang wujud beberapa peluang. Misalnya, eCommerce berkembang dengan begitu besar sekali. Pembelajaran atas talian sudah menjadi satu trend yang tidak mungkin akan berpatah balik. Isunya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyebut dua perkara yang harus menjadi tumpuan kerajaan. Pertama ialah pelan untuk menyelesaikan kesenjangan di kalangan rakyat ataupun menyelesaikan masalah inequality, dengan izin. Baik pendapatan mahu pendidikan ataupun infra sekolah, jalan, air, internat. Zaman kita melihat ekonomi negara itu dianggap baik dengan ukuran GDP, kadar defisit atau rating yang diberikan oleh agensi rating antarabangsa. Saya fikir kita tidak perlu terlalu obsess dengan angka itu. Ukuran yang baharu yang kita ingin cadangkan ialah lihat dari sudut keupayaan kerajaan untuk mendekatkan kesenjangan ini. Kedua ialah perlindungan sosial. Saya boleh nyatakan bahawa secara fakta, peruntukan kerajaan saban tahun cukup besar. Subsidi atau pemberian tunai, bantuan kepada rakyat di bawah Program Perlindungan Sosial cukup besar di antara 25 bilion hingga 30 bilion. Dalam perjumpaan saya dengan Menteri Kewangan hujung minggu lepas disebut sudah 30 bilion. Pelbagai kementerian menyalurkannya. Ratusan agensi dan jabatan turut terlibat dalam sistem penyampaian. Pada akhirnya, kajian pernah dibuat apabila KWSP (EPF) melantik sekumpulan penyelidik yang ikut melibatkan seorang penyelidik daripada Palestin, Prof Dr. Amjat beberapa tahun lepas. Pada akhir kajiannya terhadap bajet sebesar 26 bilion untuk membantu rakyat dalam bentuk subsidi dan bantuan kewangan yang lain, kesannya net impactnya zero. Saya bincang dengan Yang Berhormat Menteri Kewangan baru-baru ini. Dia mengakui sebab antara kelemahannya selain daripada pelbagai agensi, jabatan dan kementerian terlibat, ukuran kita cuma setakat kejayaan disbursement, duit itu dibelanjakan. Akan tetapi kita tidak memberi tumpuan kepada kesan daripada bantuan itu. Kalau bantuan itu mengharap dapat mendekatkan jurang kemiskinan, kajian membuktikan bahawa zero impact. Apakah kita akan meneruskannya lagi dengan pendekatan sekarang atau ketika kita sedang merangka untuk membentang Rancangan Malaysia ke-12 dan kemudiannya bajet untuk tahun hadapan? Saya cadangkan supaya ekonomi yang berpandukan kepada conventional figures- GDP, defisit, rating dan segala macam ataupun pendekatan memberikan big projects, big allocations dengan mengharapkan trickle down benefits ataupun mengharapkan kutipan cukai korporat boleh menambah pendapatan negara. Saya fikir itu pendekatan cara lama. Kita perlu beri tumpuan kepada menyelesaikan kesenjangan dan perlindungan sosial terhadap masalah rakyat, ia perlu dilakukan kajian ataupun study yang berasaskan kepada data granular.

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHKulim-Bandar Baharu

Ia tidak boleh berdasarkan kepada pandangan. Kenapa orang Melayu miskin misalnya. Orang Melayu dikatakan malas. Kenapa orang Melayu miskin? Sebab berlaku rasuah dan ketirisan. Itu pandangan. Kita harus membuat, mengemukakan pelan atau rancangan ekonomi berasaskan kajian. Ia mesti bersifat data driven policies. Ia mesti memastikan tidak berlaku misallocation of resources. Saya ingin menganjurkan supaya kaedah ini diberi perhatian oleh kerajaan. Kalau itu boleh dilakukan Tuan Yang di-Pertua– satu minit yang terakhir sebelum saya mendarat. Barulah kita boleh dinamakan menunaikan amanah sebagai orang politik. Di kalangan ahli-ahli politik, para cendekiawan Islam tujuan politik itu ada tiga: (i) tegakkan keadilan; (ii) urus tadbir negara untuk menjaga maslahah rakyat; dan (iii) berikan hak kepada yang berhak.

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHKulim-Bandar Baharu

Tegakkan keadilan, tadbir urus negara untuk meletakkan maslahah rakyat sebagai keutamaan dan berikan hak kepada yang berhak. Kalau yang berhak itu Melayu, beri. Kalau yang berhak itu Cina, beri. Kalau yang berhak itu India, Iban, Dayak, Kadazan, bagi. Berikan hak kepada yang berhak dan prinsip itu lebih-lebih lagi kalau kita sebagai Muslim, berasaskan kepada tegakkan yang maaruf, elakkan kemungkaran. Saya fikir ini pesan untuk saya sendiri sebagai orang politik dan pesan juga kepada sekalian yang di kalangan kita. Mudah-mudahan kita akan mendapat hidayah dan rahmat daripada Allah SWT. Sekian. [Berucap dalam bahasa Arab] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Waalaikumussalam warahmatullah. Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Jempol, 15 minit.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian pada hari ini sebagai membincangkan Usul Menjunjung Kasih Titah Tuanku. Raja perintah adil dan saksama, Kasih Baginda tiada terhingga, Seisi dunia masyhur namanya, Sekalian rakyat merasa bangga. Terlebih dahulu izinkan saya merakamkan jutaan terima kasih kepada para petugas barisan hadapan di seluruh negara yang telah berhempas pulas sejak negara dilanda wabak COVID-19. Begitu juga para atlet negara yang telah berjuang sehabis baik di kejohanan terbesar dunia temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua yang terlibat termasuk kepada mantan Menteri Belia dan Sukan. Berbalik kepada topik perbincangan kita hari ini, titah baginda tempoh hari jelas menunjukkan keprihatinan tuanku terhadap soal kesihatan dan keselamatan rakyat sejagat. Tuanku juga menggesa semua pihak turut berlapang dada saling bekerjasama secara bipartisan serta menunjukkan kematangan politik supaya kepentingan rakyat terus menjadi agenda utama. Isu yang berkaitan kestabilan politik negara sememangnya perlu mempunyai batas dan titik noktah serta hendaklah dihentikan dengan kadar segera supaya rakyat tidak seharusnya menjadi mangsa. Hal ini kerana masih ramai rakyat di luar sana yang terkesan akibat COVID-19 dan perlu dibantu dengan sebaik mungkin supaya nasib hidup mereka dapat dibela. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan tahniah kepada kepimpinan Yang Amat Berhormat Bera yang telah melakar sejarah baharu dengan memeterai Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik. Begitu juga rakan-rakan pembangkang, saya telah juga membulatkan tekad dengan mengetepikan segala perbezaan ideologi politik untuk kita bersama-sama memacu kestabilan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Perkara ini sememangnya selari dengan seruan tuanku supaya pihak mengamalkan demokrasi musyawarah dan mencari penyelesaian demi mencapai matlamat Malaysia makmur, inklusif dan mampan. Pagi ini juga menerusi kenyataan Istana Negara, tuanku telah menzahirkan rasa syukur dan sukacita dengan kerjasama rentas parti yang telah dimeterai melalui MoU pada 13 September 2021. Pada pagi ini di mana kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh Istana Negara telah menekankan bahawa baginda mengulangi pandangan Baginda bahawa rakyat tidak sewajarnya dibebankan dengan kemelut politik yang tidak berkesudahan ketika negara bergelut menghadapi isu kesihatan dan kelembapan ekonomi akibat pandemik COVID-19.

Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa ia selaras dengan pendirian Duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu dan kepentingan pembentukan kerajaan yang stabil berfungsi dengan cekap serta berhemah dalam keadaan negara menghadapi krisis. Ini semua pagi ini sudah dapat kenyataan media. Saya yakin bahawa dengan adanya kenyataan ini, lebih memantapkan lagi fahaman kita bagaimana kerjasama transformasi ini dapat dilakukan dengan baik. Jadi menerusi pendekatan ini, saya berharap agar agenda memperkasakan rakyat dan pemulihan negara dapat disegerakan dan dilaksanakan supaya status negara berpendapatan tinggi dapat kita capai dalam masa yang terdekat. Oleh yang demikian kerajaan baharu telah pun dibentuk hendaklah memberi fokus sepenuhnya terhadap usaha memerangi pandemik COVID-19 dan membawa negara dan rakyat keluar daripada krisis ini dengan segera. Saya ingin memuji pendekatan yang diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri seterusnya kementerian perlu membuktikan pencapaian selama tempoh 100 hari pertama. Yang ini menunjukkan ketegasan Yang Amat Berhormat Bera bahawa mana-mana Menteri, Timbalan Menteri tak perform dalam tempoh 100 hari pastinya tindakan ini boleh menggugurkan sama ada Menteri ataupun Timbalan Menteri atas penilaian rakyat itu sendiri. Jadi hari ini kita mahu Menteri yang baru dilantik, Timbalan Menteri yang baru dilantik hendaklah bertindak bekerja dengan amanah, berintegriti untuk menjaga kepentingan rakyat. Perkara ini jelas menunjukkan keseriusan kerajaan untuk memupuk amalan budaya kerja berprestasi tinggi bagi mencapai sasaran jangka pendek dan jangka panjang di semua setiap kementerian yang diterajui oleh Menteri tersebut. Untuk itu, memastikan kementerian dan barisan Kabinet menggalas tanggungjawab dan amanah dengan lebih komited dan proaktif. Saya ingin mencadangkan agar setiap kementerian; Menteri dan Timbalan Menteri membentangkan sasaran dan key performance index (KPI) supaya ia dapat dinilai oleh rakyat sejauh mana prestasi Menteri dan Timbalan Menteri ini dapat dinilai. Tindakan ini selaras dengan ciri sebuah negara yang mempunyai tadbir urus pemerintahan yang lebih baik ataupun good governance di mana terdapat ketelusan, keterbukaan dari segi maklumat. Justeru itu, saya ingin mengingatkan kepada rakan- rakan yang menganggotai kerajaan dalam barisan Kabinet untuk terus bekerja dan melipatgandakan usaha kerana 100 hari pertama akan berakhir pada 8 Disember 2021.

Seterusnya, sepertimana yang telah ditekankan oleh tuanku, kerajaan hendaklah memberikan penekanan terhadap penyediaan infrastruktur, perkhidmatan jalur lebar ke seluruh negara bagi membentuk ekosistem yang lebih baik. Dalam norma kehidupan baharu ini, kemudahan dan kepantasan Internet amat penting kepada rakyat. Sekiranya tiada perkhidmatan ini, banyak perkara menjadi terbatas dan tidak dapat dilaksanakan. Bagi murid yang masih bersekolah, internet diperlukan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Bagi golongan usahawan pula, internet diperlukan untuk menyelesaikan urusan dan transaksi berkaitan perniagaan. Kini keperluan internet menjadi lebih penting apabila terdapat keperluan untuk mempamerkan status vaksinasi di aplikasi MySejahtera. Ini banyak berlaku ketika outreach programme yang saya lakukan di kawasan Parlimen Jempol. Banyak kawasan yang tidak dapat pencapaian internet. Malah bila kita hendak mendaftar ataupun kita hendak menggunakan aplikasi MySejahtera ini, tidak dapat. Ini menunjukkan bahawa banyak lagi kawasan di luar bandar termasuk Sabah dan Sarawak, di Pedalaman 1, Pedalaman 2 dan Pedalaman 3. Sudah pastinya ia juga tercicir dalam soal pembelajaran anak-anak dan juga bagaimana aplikasi vaksin ini dapat digunakan dengan sebaik mungkin. Saya juga ingin menarik perhatian, contohnya warung-warung yang terletak di kawasan yang tidak mempunyai capaian internet. Bagaimanakah pematuhan SOP hendak dijalankan? Apakah alternatif yang mereka ada? Pandemik COVID-19 telah menunjukkan kepada kita betapa mundurnya kemudahan internet dan capaian di kawasan luar bandar. Meskipun telah mula

berkembang di Malaysia sejak tahun 1983, kini negara kita sedang memasuki era baharu iaitu 5G tetapi dalam keadaan internet di luar bandar masih menyedihkan. Malah capaian dan kelajuan internet di luar bandar sememangnya perlu diatasi dengan kadar segera oleh kerajaan. Justeru itu, dengan adanya lantikan Menteri yang baharu, kepimpinan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, maka besarlah harapan saya untuk melihat penduduk di luar bandar dapat menikmati kemudahan internet yang lebih baik. Ini pun salah satu KPI 100 hari Menteri. Semua syarikat telco di negara kita perlu mengambil tindakan drastik dalam menurunkan kadar pakej yang ditawarkan terutamanya Internet kediaman, home internet bagi menyokong konsep bekerja dari rumah (work from home). Jadi yang ini pun memainkan peranan bagaimana internet ini, jalur lebar ini sangat penting di semua pelosok rakyat pelbagai lapisan. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh berhubung dengan pembukaan sekolah yang akan bermula pada 3 Oktober 2021. Pada tahun ini, sekolah telah pun ditutup lima bulan lamanya iaitu bulan Mei 2021 yang lalu. Bagaimanakah dengan persiapan kali ini bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini berlaku berulang kembali? Apakah keadaan di setiap sekolah, khususnya sekolah yang terletak di luar bandar? Sudah berada dalam keadaan yang baik ataupun selamat yang boleh diduduki ataupun boleh murid-murid ini hadir ke sekolah. Yang Berhormat Menteri telah mengumumkan pengambilan one-off baru-baru ini bagi mengisi kekurangan guru. Tahniah saya ucapkan. Namun begitu, kekurangan pembantu makmal juga perlu diambil perhatian. Tahun ini calon-calon SPM akan menduduki ujian amali. Banyak sekolah pembantu makmal tidak diisi. Saya bimbang dengan perkara ini akan menjejaskan persiapan anak-anak yang akan menduduki peperiksaan nanti. Adakah setiap sekolah terlibat dalam sesi pembukaan sekolah pada kali ini di sanitasi secara bersekala serta diberi penyukat suhu? [Dato’ Sri Azalina Othman Said (Pengerang) mempengerusikan Mesyuarat] Berdasarkan garis panduan pengurusan asrama, saya difahamkan ujian kendiri COVID-19 perlu dilaksanakan sebanyak tiga kali oleh murid-murid yang terlibat semasa pendaftaran masuk, hari keenam dan hari keempat belas. Harga runcit maksimum bagi Kit Ujian Pantas Antigen COVID di pasaran tempatan telah ditetapkan sebanyak RM19.90 seunit. Adakah kos sebanyak RM59.70 dilakukan ujian kendiri tersebut ditanggung oleh ibu dan ayah sedangkan pendapatan ibu dan ayah masih lagi dalam keadaan tidak mencukupi untuk menyara keluarga akibat pandemik COVID-19? Saya pohon agar perkara ini dapat dijelaskan oleh Menteri yang bertanggungjawab. Hal ini kerana masih ramai lagi ibu ayah di luar sana tidak jelas dengan SOP pembukaan sesi persekolahan yang akan datang. Saya khuatir sekiranya kekeliruan tersebut menjadi sebab ibu ayah tidak mahu menghantar anak-anak ke sekolah. Jika perkara ini berlaku, sudah tentulah matlamat kerajaan untuk mengelakkan pelajar daripada terus merenggang dengan sistem persekolahan tidak akan tercapai. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, sebelum ini program vaksinasi telah menjadi strategi untuk mengekang jangkitan COVID-19 di negara. Peratusan penerima vaksin juga dijadikan sebagai penanda aras dalam Pelan Pemulihan Negara. Walau bagaimanapun, kemunculan varian baharu yang membimbangkan telah melenyapkan harapan bagi mencapai imuniti berkelompok kerana memiliki ciri-ciri yang boleh mengatasi keberkesanan vaksin. Susulan itu WHO telah meletakkan wabak COVID-19 sebagai endemik dan ia menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia berdasarkan data semasa kes jangkitan harian baharu dan kematian yang amat tinggi. Saya amat berharap agar kerajaan tidak tergesa-gesa untuk menukar status pandemik kepada endemik. Pada hemat saya, strategi baharu seharusnya perlu dirangka dan disusun terlebih dahulu sebelum kita mengisytiharkan COVID-19 ini sebagai endemik. Penjelasan dan penerangan mengenai tatacara untuk kehidupan bersama virus ini juga perlu disampaikan dengan jelas khususnya kepada penduduk di luar bandar. Bila kata kita hendak hidup bersama, sudah pasti kita tahu ciri-ciri kehidupan kita bersama mereka. Bersama dengan orang yang kita tidak suka, bersama COVID-19 yang

cukup menjadi musuh tetapi apakan daya kerajaan, apakan daya rakyat, inilah ujian yang Allah SWT turunkan kepada kita. Suka atau tidak suka kita hidup bersama. Jadi apakah SOP nya yang kita perlu patuhi dan apakah kajian yang telah dibuat terlebih dahulu bagi mengukur tahap persiapan dan persediaan rakyat untuk hidup bersama virus COVID-19? Sekiranya Malaysia beralih ke fasa endemik, adakah kerajaan akan membuat peraturan untuk mewajibkan seluruh rakyat Malaysia akan dapat vaksin? Akhir sekali, kemunculan wabak COVID-19 ini telah menjadi ancaman besar yang tidak dijangka oleh para peniaga tempatan. Pelaksanaan sebagai sekatan pergerakan dan PPN secara berfasa telah memberi kesan kepada mereka. Pandemik yang telah berlanjutan sejak lebih setahun lalu telah mengubah sebahagian besar usahawan kecil yang mengharapkan sumber pendapatan, memilih untuk gulung tikar. Sebagai contoh, 6,000 orang usahawan kedai gunting rambut telah dilaporkan membuat keputusan untuk menutup perniagaan mereka akibat...

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Tuan Yang di-Pertua...

Yang Berhormat.

Terkesan Perintah Kawalan Pergerakan.

Yang Berhormat, lama lagi?

Sedikit lagi. Hendak habis sudah.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Tuan Yang di-Pertua, ada...

Oh! Speaker baharu ya. Okey.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Boleh? Ada perkara penting Tuan Yang di-Pertua.

Keadaan ini juga berlaku...

Biar dia habiskan.

Kepada usahawan kecil yang lain antaranya...

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Boleh.

Pengusaha kedai makan di medan selera, cuci kereta dan juga kedai perabot. Soalan saya, adakah terdapat sebarang perancangan strategik untuk cuba membantu menyelamatkan perniagaan usahawan-usahawan yang bakal tutup kedai bagi usahawan-usahawan yang masih berada bertahan sehingga hari ini? Apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk merancakkan kembali ekonomi mereka?

Saya amat berharap agar usahawan yang terjejas sepanjang tempoh pandemik ini dikenal pasti kesemuanya dan dibantu oleh kementerian-kementerian yang berwajib. Sekian sahaja daripada saya, saya menyokong. Terima kasih.

Terima kasih. Silakan Yang Berhormat.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih banyak dan tahniah atas lantikan semula.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Selamat kembali bertugas.

Yang Berhormat, saya nak maklumkan bahawa saya telah diminta...

Tuan Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

Kami tak faham. Tolong jelaskan sekejap.

Saya telah diminta oleh Tuan Yang di-Pertua di bawah Peraturan Mesyuarat 73, untuk mempengerusikan Mesyuarat bagi sementara waktu.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Selamat kembali bertugas.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Jadi perkara yang sama Tuan Yang di-Pertua, yang saya ingin bangkitkan.

Yang Berhormat Pasir Gudang, yang mana?

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Iaitu berkenaan dengan –saya terperanjat Tuan Yang di-Pertua. Pagi tadi Tuan Yang di-Pertua ialah Yang Berhormat yang berada sebagai backbencher tetapi petang ini tiba-tiba mempengerusikan Mesyuarat ini. Saya tidak ada masalah Yang Berhormat Pengerang untuk mempengerusikan. Hanya prosedur dia, adakah ini betul? Sedangkan kita sedang bermesyuarat bagi membincangkan titah diraja dan tiada pemakluman daripada Tuan Yang di-Pertua Dewan ini tentang penggantian yang begitu mudah, begitu simple. Jadi soalnya, adakah peraturan mesyuarat ini diguna pakai dengan sebetulnya? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Perkara yang sama, Tuan Yang di-Pertua. Saya pun rasa sebenarnya keputusan semalam untuk tundakan pelantikan Timbalan Yang di-Pertuan yang baharu merupakan satu keputusan yang tidak betul. Ini kerana kita tahu betapa beratnya kerja kerana sekarang sampai hujung Disember, tiap-tiap hari ada sidang Parlimen. Jadi, ada keperluan untuk mendapatkan Timbalan Yang di-Pertua yang baru. Saya rasa kecewalah kerana Yang Berhormat Pengerang meletak jawatan. Sebenarnya saya rasa Yang Berhormat sangat sesuai dan juga sangat layak untuk menjadi Timbalan Yang di-Pertua sehinggakan Tuan Yang di-Pertua pun. Akan tetapi kerana telah membuat keputusan untuk letak jawatan, jadi kekosongan itu patut diisi secepat mungkin. Saya tidak tahu kenapa dengar dan baca berita bahawa ada masalah parti Bersatu tidak setuju dengan parti UMNO yang ingin melantik Timbalan Yang di-Pertua yang baru. Ini isu dalaman, selesaikan. Jangan menyebabkan Parlimen ini tak ada Timbalan Yang di-Pertua yang mencukupi untuk mempengerusikan. Sekarang terpaksa lantik semula Yang Berhormat Pengerang jadi temporary Speaker. Tapi tak apa, saya harap bahawa usul tersebut dibawa balik untuk pilih Timbalan Yang di-Pertua secepat mungkin. Terima kasih.

Ya, terima kasih Yang Berhormat. Dia bawah Peraturan Mesyuarat 73, sementara sahaja macam mutaah, sekejap sahaja. Sekejap sahaja Yang Berhormat, mutaah, sekejap sahaja. Jadi, hari Isnin ke Selasa pun mungkin orang lain.

Datuk Dr. Hasan bin BahromAMANAH · PHTampin

Bahaya sebut mutaah tu.

Yang Berhormat Bayan Baru kah, Yang Berhormat Pasir Gudang, saya akan maklum kepada Tuan Yang di-Pertua tetapi kuasa di bawah Peraturan Mesyuarat 73 ya. Hari ini banyak lagi, saya diminta untuk jadi Pengerusi sementara. Saya jemput Yang Berhormat Raub, silakan. 15 minit kan? Masa 15 minit. Silakan.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera kepada semua warga Dewan yang dimuliakan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin merafak sembah serta menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah mencemar dulu merasmikan Mesyuarat Penggal Keempat, Parlimen Keempat Belas pada 13 September 2021 yang lalu. Dua perkara penting yang telah dititahkan oleh Seri Paduka Baginda Tuanku yang perlu diselesaikan demi kemaslahatan rakyat dan negara. Berusaha bersama-sama

membasmi, mengurangkan epidemik COVID-19 serta memulihkan kembali ekonomi negara dan rakyat. Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan dahulu dengan alam sekitar, pertanian lestari dan sumber asli. RUU PERHILITAN dan RUU Perhutanan telah dirangka dan melalui prosesnya melebihi tiga tahun. Saya berharap dengan adanya persefahaman di antara kerajaan dengan pembangkang Pakatan Harapan pada dua hari yang lepas, ianya dapat dipermudahkan dan dipercepatkan. RUU ini sudah masuk empat kerajaan, iaitu Barisan Nasional, Pakatan Harapan, Perikatan Nasional dan juga kerajaan yang terkini. Jabatan, agensi ataupun PERHILITAN dan Perhutanan Pusat sepatutnya diberi hak bersuara secara rasmi untuk membantah atau tidak menyokong aktiviti manusia di dalam hutan, sama ada dalam industri pembalakan ataupun perlombongan. Ini secara tidak langsung akan menjamin habitat asal haiwan liar dan mengurangkan konflik haiwan liar dengan manusia. Sekarang ini, Jabatan PERHILITAN sudah seolah-olah menjadi seperti syarikat kurier yang mengambil haiwan dari satu lokasi dan dilepaskan ke satu lokasi lain. Di kesempatan ini juga, saya memohon kerajaan memasukkan spesies pollinator dimasukkan dalam senarai habitat dilindungi. Kawasan habitat asal, kawasan migratory, kawasan pembiakan juga dijadikan santuari haiwan liar kekal sepenuhnya. Memohon juga Kerajaan Pusat melalui PERHILITAN, Perhutanan (JPSM), JPS dan JMG - Alam Sekitar membuat kajian setiap tahun peruntukan yang dikeluarkan untuk membaiki sungai, jambatan, jalan raya serta tanah runtuh yang disebabkan oleh bencana banjir, kepala air dan pergerakan tanah yang diakibatkan secara tidak langsung oleh perubahan iklim yang aktiviti penebangan balak dan perlombongan. Satu kajian saintifik secara ilmiah perlu dibuat dengan perbandingan hasil-hasil cukai premium yang dikutip oleh negeri yang terlibat dengan pembalakan dan perlombongan. Perbandingan kos-kos ini penting bagi mengawal perubahan iklim, kos- kos membaik pulih infrastruktur dan juga bantuan-bantuan kepada mangsa. Saya ingin juga bertanya kepada kerajaan yang telah melantik juru perunding dari Amerika Syarikat iaitu Boston Consulting Group untuk mereka dan mendraf arah tuju negara dalam hal perubahan iklim dan Malaysia Towards Net Zero. Tiada kah syarikat tempatan yang layak dan berapakah bayaran yang dibuat kepada syarikat ini? Memohon juga kerajaan membuat satu format panduan agar pengiraan pelepasan gas dalam metrik tan yakni greenhouse gas ataupun gas rumah hijau. Gas rumah hijau ini bakal ditanggung oleh negara akibat kelulusan foreign direct investment (FDI) oleh kerajaan dari bulan Mac 2020 sehingga kini. Apakah anggaran pengiraan pelepasan gas rumah hijau ini telah disertakan dalam rancangan Net Zero Negara? Jika tidak, apakah pelan pemulihan yang telah atau dicadangkan untuk dilaksanakan? Justeru, saya memohon kerajaan supaya melaksanakan Skim Bebas Cukai kepada semua industri pembuat barangan eco-friendly untuk kegunaan tempatan dan juga kepada kilang-kilang yang mengamalkan konsep zero pollution, zero waste, minimum carbon footprint dalam pengendalian pengoperasian harian. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin masuk sedikit berkenaan dengan perlombongan yang berlaku baru-baru ini di Tasik Chini. Saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kerajaan sama ada JMG Pusat yang mengawal dan mengeluarkan lesen operasi perlombongan. Semasa lawatan saya sebagai Timbalan Menteri pada 6 Mac 2019, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri berkata, hanya ada satu kawasan perlombongan bijih besi berlesen beroperasi dan akan tamat lesennya pada Oktober 2019 tetapi pada Jun 2021, kita dikejutkan oleh berita perlombongan yang meliputi 40.51 hektar.

Tuan Yang di-Pertua, saya penuh yakin seluruh warga Dewan yang mulia ini mungkin mengikuti perkembangan apa yang berlaku pada bulan Julai 2021 di Parlimen Raub. Di mana selama kurang lebih tiga minggu sebanyak 15 ribu pokok durian Musang King yang berumur antara 15 hingga 18 tahun yang sarat dengan buah yang boleh dikutip hasilnya telah ditebang.

Anggaran kerugian kasar pendapatan tahunan kepada petani melebihi RM20 juta setahun. Cukai pendapatan- income tax mungkin boleh dikutip sekitar 24 peratus hingga 28 peratus daripada keuntungan ini. Difahamkan juga boleh mendapat hasil kutipan permit sementara dengan izin tapping right untuk 250 ekar ini. Dalam semakan saya, pada tahun 1948 sebelum Merdeka, Pejabat Hutan ataupun yang dikenali ketika itu FOREST Negeri Pahang ketika itu telah mengeluarkan permit sewa untuk 700 ekar bagi menanam halia di kawasan Bukit Tinggi yang berstatus hutan simpan. Walau ia berstatus tanaman kontan yang kini sudah melebihi 73 tahun, mungkin sudah generasi yang kedua dan ketiga. Tindakan kurang cerdik dan kurang bertamadun ini telah merugikan rakyat, negara mahupun negeri. Lebih-lebih lagi ia dilakukan semasa epidemik COVID-19 yang cukup menderitakan rakyat. Tuan Yang di-Pertua, permintaan pelbagai durian negara China pada tahun 2010- 2017 naik purata 75 peratus setiap tahun dengan bermula 16.2 ribu tan. Pada tahun 2017, eksport pelbagai durian ke negara China berjumlah 330 ribu tan. Manakala permintaan satu peratus daripada penduduk Negeri China 350 ribu tan. Pada tahun 2018, permintaan naik dua kali ganda yakni 67 peratus dari segi nilai tahun 2018, nilainya 10 bilion Renminbi (RMB) dalam duit China ya. Justeru itu saya merayu campur tangan Kerajaan Pusat melalui jabatan agensi tertentu dapat membantu petani-petani sektor durian ini supaya boleh berdaya saing dan juga menyumbang hasil mereka. Durian juga boleh dijadikan salah satu tanaman alternatif untuk menggantikan kelapa sawit.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Penjelasan.

Dengan membantu pekebun kecil, petani kampung tradisi supaya durian kampung premium Musang King dapat dieksport ke luar negara walaupun berskala kecil. Dengan adanya hab sejuk beku durian, mereka dapat menyimpan stok, branding, proses, produk hiliran dan meluaskan pasaran antarabangsa dengan standard food grade antarabangsa.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Penjelasan. Sedikit Yang Berhormat Raub, Bayan Baru.

Lima minit.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Sedikit.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya minta penjelasan Yang Berhormat Raub tentang tindakan. Tadi Yang Berhormat Raub bercakap tentang tindakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Saya nampak bahawa boleh mencari penyelesaian secara menang-menang, win-win. Petani diberi pemutihan. Selepas itu kerajaan negeri boleh mendapat cukai tanah, income tax dan sebagainya. Petani dibuat regulation yang lebih ketat supaya in future tidak ada land clearing anymore tetapi yang sudah land clearing itu membuat pemutihan dan buat regulation yang ketat supaya petani pun boleh cari makan, kerajaan boleh dapat cukai dan boleh pelihara alam sekitar. Apakah pandangan Yang Berhormat Raub? Terima kasih.

Ya, terima kasih. Saya setuju dengan apa yang dikatakan, tolong masuk dalam ucapan saya. Kerajaan Pusat boleh melabur, membina kilang sejuk beku untuk petani-petani kecil supaya ia seragam, dapat menjimatkan kawasan, tidak membazir pelaburan kerana kilang sejuk beku ini hanya digunakan dua kali musim setahun. Ia tidak mengganggu permintaan setempat kerana banyak kilang sejuk beku diwujudkan. Dapat menjaga standard serta kualiti antarabangsa bagi industri kecil serta nama baik durian Malaysia. Secara tidak langsung, ia dapat menjana ekonomi setempat, menambah pendapatan pihak kerajaan negeri, memperluaskan industri hiliran yang berasaskan durian seperti jus durian, biskut durian, tepung durian, kuih-muih dan masakan.

Seterusnya, ia dapat juga menarik pelancong dari pelbagai negara. Ia akan menjadi pemangkin kepada hab sektor agrotourism. Dari sudut alam sekitar, dapat mengekalkan kehijauan, mencegah hakisan dan dianggap salah satu pokok hutan yang boleh hidup beratus-ratus tahun dan juga kalau dibandingkan dengan kelapa sawit. Daripada segi biologi pula, ia dapat menstabilkan sistem pemeluwapan di mana satu- pokok yang berdiameter 30 inci dapat menjalankan proses penstabilan sistem alam sekitar semula jadi. Dengan menyedut air sekitar 100 hingga 150 liter air sehari, bayangkan jika ada berapa juta ekar pokok durian. Semasa hujan lebat melampau, pokok durian akan menyedut lebihan air daripada muka bumi dan disimpan dalam pokok. Selepas proses fotosintesis berlaku, lebihan air akan dikeluarkan melalui ruang udara di setiap daun. Maka ia akan menstabilkan ekosistem, menjana wap air yang berkualiti di ruang udara. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit berkenaan dadah. Dalam sepanjang pandemik COVID-19 ini, kejadian membunuh diri naik mendadak. Sebanyak lebih daripada 1,708 kes kejadian sepanjang pandemik ini atau purata melibatkan 93 orang, kehilangan nyawa setiap bulan. Sebab utama kejadian ini adalah disebabkan oleh depresi akibat terkurung lama, kewangan, hilang punca pendapatan, perselisihan rumah tangga dan juga penyalahgunaan dadah. Talian sokongan telco sosial KKM, KPMKM dan NGO yakni Pengasih yang memberi sokongan psikososial meningkat sebanyak lima kali ganda daripada biasa. Teras utama yang perlu diperbaiki merupakan meminda Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 1983. Undang-undang lama ya. Perkara ini telah berulang kali diperkatakan, namun tidak ada tindakan yang membawa kepada sebarang perubahan. Saya mencadangkan supaya diwujudkan satu komuniti khas bagi melihat serta memperhalusi perkara ini untuk dibawa ke Dewan yang mulia ini. Selain itu, kita juga perlu mengurangkan bekalan dadah haram. Undang-undang kita sudah cukup keras, namun isu integriti rasuah telah menggagalkan isu bekalan dadah haram. Kita lihat pada dua tahun berturut-turut lepas tangkapan yang begitu besar,termasuk anggota penguat kuasa juga terlibat. Kita perlu melihat kepada model negara yang dapat mengawal perkara ini. Mereka menggunakan kaedah pendekatan kesihatan awam, public health oleh kerana terbukti atau bahawa penagihan dadah adalah suatu penyakit. Menurut WHO, penagihan adalah kronik dan penyakit yang berulang. Boleh tambah sedikit masa lagi?

Satu minit Yang Berhormat.

Cadangan saya ialah supaya kerajaan menyalurkan bantuan kepada mereka yang tampil secara sukarelawan dan menyalurkan sumbangan sewajarnya supaya dapat menjalankan rawatan serta pemulihan dadah NGO. Izinkan juga saya masuk untuk ekonomi, SME berkenaan dengan sumber tenaga boleh baharu, dengan izin, renewable energy. Polisi renewable energy perlu dirombak untuk bersaing dengan negara-negara ASEAN yang lain. Malaysia ketinggalan di belakang daripada negara-negara lain. Salah satu sektor agak perlahan ialah pelaksanaan kenderaan yang menggunakan kuasa elektrik di atas jalan raya terutama penggunaan basikal elektrik dan kereta EV dan bas. Ini sudah pun dibincangkan bertahun-tahun tetapi masih tiada polisi yang jelas untuk pelaksanaan yang segera. Kekurangan inisiatif kepada individu pemilik rumah untuk menggalakkan mereka memasang bumbung solar.

Penggalakan seperti pengurangan cukai pendapatan supaya duit itu dapat digunakan bagi pemasangan bumbung solar akan membantu mempercepatkan pemilik rumah untuk memasang bumbung solar. Sebagai agensi SEDA, sepatutnya menyediakan cara-cara yang berkesan untuk menggalakkan pemasangan bumbung solar kepada pemilik-pemilik rumah, penjanaan kuasa sendiri.

Kita sepatutnya menyesuaikan penggunaan ruang bumbung bagi jumlah pemasangan solar setaraf dengan pembesaran pengembangan kita dalam skala Sistem Solar yang besar ini. Skala solar yang besar 1,000 megawatt telah dilaksanakan pada tahun lepas di bawah LSS 4 oleh Suruhanjaya Tenaga tetapi jumlah kawasan untuk tujuan ini telah ditapis dan dikurangkan kerana ia bukanlah cadangan yang bernas. Ia akan menyebabkan lebih banyak masalah yang bawa kepada perubahan iklim dan perancangan pengurangan jejak karbon yang tidak baik.

Yang Berhormat, lebih daripada satu minit sudah.

Sedikit lagi. Jutaan ekar tanah perladangan telah—

Tidak boleh Yang Berhormat, ramai hendak bahas.

Kasihan dia orang.

Jadi saya ingin kata itu sahaja. Saya menyokong titah Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.

Terima kasih, Yang Berhormat. Yang Berhormat Pontian, bakal Timbalan Yang di-Pertua, silakan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Menarik Yang Berhormat Dato’ Sri Tuan Yang di-Pertua ada di situ. Memang kita tahu ia ada dalam peraturan mesyuarat, “Mana- mana Ahli Dewan yang dikehendaki oleh Tuan Yang di-Pertua sebenarnya boleh berada di situ untuk sementara”. Dengan rendah hati dan rendah diri, izinkan saya membalas tiga rangkap pantun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Pantunnya berbunyi begini: “Yang Berhormat Tok Mat menulis hikayat, Di tepi anjung berbahasa baku, Kami berkhidmat untuk rakyat, Di bawah lembayung Daulat Tuanku”. “Pergi Bera mencari buah, Jumpa Pak Long membeli duku, Martabatkan negara kembali bermaruah, Kami menjunjung titah Tuanku”. “Semangat membara siswa dan siswi, Belajar hebat jadi manusia, Pertahan negara ibu pertiwi, Itulah hasrat sumpah setia”. Tuan Yang di-Pertua, pantun ini dia ada rima di tengah dan rima di hujung dan ciptaan asli saya sendiri.

[Ketawa]

Saya cukup gembira apabila Yang Berhormat Pengerang mencadangkan tentang Akta Anti-Lompat Parti yang juga sebenarnya telah saya cadangkan pada 20 Disember 2018 lagi. Pada ketika itu, tiada siapa yang kisah tentang akta itu tetapi kita telah mencadangkan kerana pada pandangan

saya akta itu perlu diadakan kerana lompat itu mencemar demokrasi, lompat parti mengkhianati pengundi, lompat melanggar etika parti, jika lompat automatik berlaku pilihan raya kecil dan yang lompat tidak dibenarkan bertanding pilihan raya kecil itu. Itu antara cadangan dan juga saya katakan kepada akta itu patut kenakan denda kepada MP yang lompat parti seperti pulangkan dana RM200,000 yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya yang telah diguna ketika kempen kembali kepada parti dan peringkat negeri juga wajar adakan akta itu untuk menghalang ADUN daripada melompat dan seterusnya, saya sebut Malaysia akan jadi salah satu contoh demokrasi yang terbaik jika akta ini dibuat pada 20 Disember 2018 yang lalu telah saya cadangkan ke pihak umum. Tuan Yang di-Pertua, perkara pertama yang saya ingin nyatakan di sini ialah tentang Keluarga Malaysia. Keluarga Malaysia ini satu jenama yang baik tetapi yang kita ingin tahu ialah apakah konsep dan apakah perincian tentang Keluarga Malaysia ini. Kalau kita melihat apa yang telah dibuat ketika Kerajaan Barisan Nasional, kita ada Gagasan 1Malaysia dan di bawah Gagasan 1Malaysia itu ada ceraian-ceraian program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Klinik 1Malaysia, Kedai 1Malaysia, Skim Latihan 1Malaysia (SL1M), Amanah Saham 1Malaysia dan juga ada disebut Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA). Adakah kerajaan bercadang ingin mengadakan konsep-konsep seperti ini? Contoh, Bantuan Rakyat Keluarga Malaysia, Skim Latihan Keluarga Malaysia, Amanah Saham Keluarga Malaysia, Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia supaya Keluarga Malaysia itu bukan hanya menjadi retorik kosong tetapi adalah program-program berisi yang sesuai untuk rakyat, itu yang pertama. Kedua, saya ingin bertanya kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga MOSTI mengenai transformasi sistem kesihatan negara. Apakah yang dimaksudkan tentang Agenda Nasional Malaysia Sihat? Saya juga ingin menyeru kepada kedua-dua kementerian agar kita tidak meminta-minta lagi vaksin sebagaimana susahnya untuk kita membeli vaksin pada awal tahun ini sehingga kita hanya dapat baru beberapa bulan. Kalau kita boleh mengeluarkan vaksin sendiri maka itu saya anggap sebagai satu transformasi sistem kesihatan negara yang ada hala tuju jangka panjang. Tadi Menteri Kesihatan ada menyebut tentang doktor kontrak. Saya ingin memberi cadangan supaya doktor kontrak yang diberikan kontrak 2+2+4 ini sekitar lapan tahun selepas itu akan disambung jadi tetap, mereka diberikan kemudahan-kemudahan sebagaimana setaranya pegawai-pegawai tetap dengan ada elaun yang tertentu, dengan ada pinjaman perumahan terutamanya. Saya difahamkan doktor kontrak boleh dapat pinjaman kenderaan tetapi langsung tidak dapat pinjaman perumahan. Oleh kerana mereka itu sudah doktor, saya yakin mereka akan membayar segala pinjaman itu walaupun mereka tidak lagi bekerja dengan kerajaan. Perkara ketiga kepada Kementerian Kewangan. Disebut dalam titah bahawa terdapat RM530 bilion. Saya ingin tahu apakah perincian kepada pakej-pakej rangsangan itu. Tahniah kepada Menteri Kewangan yang membuat satu unit yang baik namanya LAKSANA untuk melaksanakan dan juga memastikan segala rangsangan itu dijalankan dengan baik. Saya juga ingin bertanya kepada Menteri Kewangan, memang tidak sukar untuk kita menaikkan had siling daripada 55 peratus tahun sudah, kita naikkan pada 60 peratus untuk hutang daripada KDNK Negara, ini khabarnya hendak dinaikkan kepada 65 peratus siling hutang dibandingkan dengan KDNK Negara. Akan tetapi saya ingin bertanya sekarang ini purata pembayaran hutang ialah 10 peratus daripada bajet, itu pun hanya membayar interest kepada hutang tersebut. Adakah dengan kita menaikkan siling kepada 65 peratus ini bermakna kita akan membayar dan menggunakan 20 peratus daripada Belanjawan? Apa jadi dengan pembangunan? Apa jadi dengan program-program yang lain jika kita terlalu bergantung dengan hutang. Bagaimana kalau kita mengenakan cukai yang lebih besar kepada syarikat- syarikat yang mendapat keuntungan ketika pandemik. Apakah di antara contoh- contohnya? Pengeluar sarung tangan kaya-raya mereka, pengeluar face mask juga mungkin kaya, pengeluar sanitiser mungkin juga kaya, vaksin dan orang yang

menggunakan syarikat-syarikat yang dapat memberikan vaksin ataupun yang terlibat tentang pengeluaran vaksin, kaya-raya. Bagaimana kita boleh sebagaimana Yang Berhormat Pekan cadang tadi, beberapa cukai-cukai tertentu dengan tempoh yang tertentu. Selepas pandemik selesai cukai itu kita batalkan. Keempat Tuan Yang di-Pertua ialah kemiskinan. Kemiskinan bertambah akibat COVID-19 ini. B40 jadi B50, M40 turun kepada M30 dan sebagainya. Ada satu kajian daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menyebut bahawa berlaku penyusutan simpanan, berlaku peningkatan kos, berlaku peningkatan hutang di kalangan rakyat. Miskin bandar juga bertambah. Saya ingin bertanya kepada Kementerian Ekonomi, apakah yang mereka lakukan bukan setakat perancangan tetapi tindakan-tindakan yang konkrit untuk membasmi kemiskinan ini? Kita bukan hanya memberi ikan, kita bukan hanya memberi kail, kita kena ajar mereka menggunakan jala.

Kita kena ajar mereka untuk mencari ikan di laut dalam, bukan hanya memberi kail dan juga joran, bukan hanya memberi ikan. Perkara kelima ialah pelaburan baru kepada MITI. Memang disebut angka-angkanya begitu hebat tetapi kita hendak pelaburan-pelaburan baru itu dibuat juga di kawasan pinggir bandar dan luar bandar. Seperti di Pontian contohnya, kita ada tanah kerajaan, kita boleh sediakan tanah kerajaan itu dan pusat industri baru adakan di Pontian. Saya ingin bertanya mengenai pelaburan Microsoft. Microsoft ini Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum bahawa ia adalah syarikat gergasi teknologi global dan syarikat Microsoft ini membuka kilang di Sedenak, betul-betul sempadan Pontian dalam Parlimen Kulai. Apakah peluang rakyat untuk menyediakan tenaga kerja mahir dan juga tenaga kerja separa mahir untuk kilang, pusat data Microsoft di Sedenak itu? Perkara keenam disebut oleh Kementerian Pembangunan Usahawan, konsep yang saya selalu sebut dalam media sosial saya iaitu ‘bangsa usahawan’. Terima kasih kerana Menteri menggunakan konsep yang telah saya utarakan sebelum ini, nama ‘bangsa usahawan’. Saya ingin tahu, apakah perincian bangsa usahawan yang Kementerian Pembangunan Usahawan ingin laksanakan? Kementerian ini antara kementerian yang paling sedikit dapat bajet di kalangan semua kementerian. Satu lagi ialah Kementerian Perpaduan. Yang Berhormat Menterinya ada di sini. Amat tidak adil memberikan Kementerian Perpaduan yang sebegitu penting dengan bajet sebegitu kecil. Begitu juga amat tidak adil memberikan bajet yang sebegitu kecil untuk satu kementerian yang penting bagi mewujudkan usahawan di negara kita. Apa rancangan kementerian untuk contoh, memperbanyakkan promosi eksport PKS, terutama PKS bumiputera dan juga di luar bandar? Perkara ketujuh ialah KPLB. Saya cadang perlu bina pusat-pusat pemasaran online desa. Kita tahu bahawa business online menjadi perkara yang cukup trending dan cukup popular dan cukup praktikal ketika COVID-19. Maka, kita ingin mencadangkan supaya KPLB menumpukan perkara itu. Namun, pastikan ia dapat menaikkan pendapatan rakyat di luar bandar dan kita latih rakyat di luar bandar untuk juga terlibat dalam business online. Perkara kelapan, tidak disebut dalam MOU kerajaan dan juga pembangkang mengenai satu akta yang saya fikir amat penting iaitu Akta Dana Politik atau Akta Kawal Selia Dana Politik atau Akta Dana dan Perbelanjaan Politik. Pada tahun 2015 dan tahun 2016, Tuan Yang di-Pertua juga tahu bahawa kita sudah ada iaitu drafnya, Political Donation and Expenditure Act 2016 (PDEA), dengan izin. Kenapa tidak dilaksanakan perkara itu? Saya juga ingin tahu perincian terhadap Pelan Anti Rasuah Nasional, Pelan Anti Rasuah Organisasi yang disebut dalam Titah. Kembali kepada PDEA atau ADP atau apa juga namanya yang berhubung tentang Akta Dana Politik ini, maka ia perlu diadakan kerana pemberi dan penerima dana politik tidak patut dizalimi. Saya tidak mahu bercerita panjang dalam Dewan Rakyat ini tetapi saya ialah salah seorang mangsa kezaliman dana politik yang tidak diaktakan. Kalau kita hendak cerita, panjang ceritanya tetapi itulah menyebabkan saya jadi kluster mahkamah.

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang kesembilan. PTPTN ini satu kejayaan membantu pendidikan. Apakah tawaran baru kerajaan baru tentang PTPTN? Kita dapat maklum bahawa 3.51 juta orang penerima PTPTN. Anak-anak kita juga mungkin sebahagiannya adalah penerima PTPTN. Berapa jumlah segala dana PTPTN ini yang telah diberikan kepada 3.51 juta orang penerima ini? RM63.8 bilion. Memanglah adalah suatu yang mustahil untuk kita agaknya untuk menghapuskan segala-galanya. Akan tetapi apa kata kalau ketika COVID-19 ini, kita hapuskan 10 peratus daripada hutang PTPTN ini. Ia agak popular, tambah lagi 20 peratus, lagilah popular. Akan tetapi kalau janji palsu, janji bohong, hendak hapuskan semua, ia tidak berlaku dan ia tidak mungkin berlaku kerana RM63.8 bilion itu bukan wang yang sedikit. Jadi, saya ingin mencadangkan kepada PTPTN, kena cari dana dengan melakukan pelaburan-pelaburan. Sudah ada Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dan kita kumpulkan dana itu, potong cukai, potong gaji supaya dana SSPN ini, dananya hebat, banyak, mungkin beratus bilion. Dengan wang beratus bilion itu, maka kita laburkan dengan pelaburan-pelaburan yang selamat. Daripada dana keuntungan itu kita hapuskan 10 peratus ke 20 peratus hutang PTPTN RM63.8 bilion ini. Itu cadangan saya. Kesepuluh, ada 20 perkara Tuan Yang di-Pertua, yang saya cadangkan sebagai transformasi Parlimen, sebagai calon Timbalan Tuan Yang di-Pertua. Boleh lihat dalam media sosial saya. Akan tetapi terima kasih kerajaan, semalam telah menyatakan bahawa ingin mewujudkan seorang lagi Timbalan Yang di-Pertua. Ia sesuai dengan cadangan saya nombor tiga daripada 20 itu. Timbalan Yang di-Pertua yang ketiga itu daripada pembangkang dan kalau boleh satu daripada tiga Timbalan Yang di-Pertua itu wanita, kalau boleh satu daripada tiga Timbalan Yang di-Pertua itu ialah datang dari Sabah atau Sarawak. Itu satu cadangan nombor tiga. Kelihatan sebahagiannya telah dinyatakan akan dilaksanakan oleh kerajaan sebagaimana yang dijawab oleh Menteri semalam petang. Satu lagi dalam perkara cadangan itu, saya tidak akan menyentuh ke-20 nya kerana masa tidak mencukupi iaitu mengadakan hari terbuka kementerian, di mana Yang Berhormat Menteri ada di sini. Hari terbuka kementerian-kementerian, Ketua Setiausaha ada di sini, Ketua-ketua Pengarah agensi sesebuah kementerian itu semua ada di sini, Timbalan Menterinya ada di sini. Adakan pameran-pameran di seluruh bangunan ini dan sediakan mereka menghadap Ahli Parlimen yang ada daripada kerajaan dan juga pembangkang untuk kita nyatakan apa masalah di kawasan kita terhadap kementerian- kementerian itu. Mungkin bagi hari Khamis - Kementerian Pendidikan, mungkin petang hari Khamis - Kementerian Kewangan. Begitulah bergilir-gilir setiap kali sesi sidang Parlimen, adakan hari terbuka kementerian supaya Ahli-ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang boleh bertemu terus dengan Menteri-menteri dan Timbalan Menteri. Terima kasih. Saya mohon menyokong.

Terima kasih Yang Berhormat Pontian, manusia merancang, Allah tentukan. Saya menjemput Yang Berhormat Pulai. Silakan.

Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, saya gembira melihat Tuan Yang di-Pertua pada petang ini. Ucapan yang Tuan Yang di-Pertua berikan pada pagi tadi saya rasa layak untuk kita kongsi bersama untuk kebaikan Dewan yang mulia ini, rakyat dan negara. Saya mungkin bermula dengan melihat beberapa detik penting yang berlaku dalam tanah air kita, khususnya dalam pertukaran tiga Perdana Menteri dalam tempoh tidak sampai satu penggal selepas PRU14. Banyak adegan yang begitu dramatik yang saya lihat pada pemikiran saya sebagai Ahli Parlimen pada hari ini memerlukan kepada Perlembagaan Negara ini dilihat

semula, it just needs to be revisited. Saya juga teruja, Yang Berhormat Menteri Undang- undang juga berada di hadapan saya pada petang ini. Terima kasih. Apabila kita melihat tentang constitution ini, the Federal Constitution of Malaysia, ia ditubuhkan oleh Suruhanjaya Reid pada bulan Jun 1956 yang diketuai oleh seorang hakim British, Lord Reid dan ada dua orang hakim dari Pakistan. Ini termasuklah Hakim Abdul Hamid yang menganggotai suruhanjaya itu. Pada waktu itu, mungkin kita kekurangan pakar-pakar perundangan, maklumlah kita belum merdeka. Akan tetapi setelah 65 tahun negara kita merdeka.

Saya rasa kita telah punya ramai kepakaran. Bekas-bekas hakim, kita ada nama- nama besar yang dianggap sebagai legal giant yang ada pada hari ini yang saya rasa mampu untuk menjadi pasukan yang mengkaji secara holistik tentang kebaikan-kebaikan dan kelemahan-kelemahan perlembagaan negara yang ada pada hari ini. Contohnya, adakah masih relevan perkataan-perkataan seperti by the advice of the Prime Minister terhadap Yang di-Pertuan Agong sebagai contoh. Adakah masih lagi relevan di mana kita melihat dalam melaksanakan peristiwa-peristiwa yang berlaku, penggunaan SD sebagai contoh yang pada suatu masa dahulu dianggap SD ini sangat berharga dan sangat penting. Akan tetapi hari ini SD sudah menjadi semacam rubbish, menjadi sampah dan tidak ada nilai. Ini kerana terbukti baru-baru ini setelah Ahli-ahli Parlimen diberikan peluang untuk menghantar SD, Yang di-Pertuan Agong pula memanggil seorang demi seorang untuk mengabsahkan SD itu. Kalau sayalah Tuan Yang di-Pertua, sudah sign satu SD, dipanggil lagi untuk mengatakan betul atau tidak, saya rasa something wrong with me yang melibatkan mungkin integriti saya sendiri. Oleh itu setelah puluhan tahun negara kita ini beredar dengan masa kita dianugerahkan dengan kemerdekaan dan ramai cendekiawan, profesional dalam bidang perundangan, saya rasa Parlimen harus melihat kepada satu jawatankuasa khas untuk kita melihat kembali secara serius tentang mana-mana kelemahan yang wujud dalam perlembagaan. Ini kerana Tuan Yang di-Pertua, bukanlah suatu yang berdosa ya, yang memalukan kerana saya perhatikan sejak negara kita merdeka, telah berlaku 22 kali pindaan perlembagaan yang membuktikan bahawa perlembagaan itu juga tidak statik, tidak beku, ia dinamik, ia perlu dipinda, dilihat semula kerana perjalanan ini sangat penting. Apabila kita menjunjung tinggi institusi diraja termasuklah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu sebagai payung terakhir, saya rasa peranan kita pada hari ini bukan hari ini sahaja, Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu, institusi Melayu itu perlu dipelihara. Akan tetapi pada masa-masa akan datang, generasi akan datang juga perlu menghormati institusi kita. Jangan kerana tingkah laku kita pada hari ini, orang-orang politik, yang mungkin interfere, yang mungkin menodai institusi ini, maka institusi ini tidak lagi dihormati pada masa yang akan datang. Kita tidak mahu perkara ini berlaku dalam negara kita yang tercinta ini. Saya mengambil contoh, sebagai contoh Perkara MA63 yang menjadi battle cry, war cry pada rakan-rakan kita di Sabah dan Sarawak. PH sewaktu kita mengambil alih kerajaan dengan segera kita mengambil tindakan meminda, membawa pindaan perlembagaan. Akan tetapi malangnya tidak mendapat sokongan dua per tiga. Lepaslah tanggungjawab kami. Akan tetapi kerajaan yang ada pada hari ini, perhatikan rakan-rakan saya dari Sabah, Sarawak, daripada saya masuk Parlimen ini, sampai hari ini isu-isu tentang hak pembangunannya masih tertinggal dan saya mahu supaya perlembagaan negara termasuk MA63 ini kita lihat secara objektif. Jangan pandang rendah, pandang kecil perkara ini. Saya mahu merakamkan Tuan Yang di-Pertua dalam Dewan pada petang ini bahawa saya tidak mahu ada kuasa-kuasa besar yang akhirnya mengambil kesempatan Sabah, Sarawak nanti dijadikan seperti Timor Leste. Jangan perkara ini diperkecilkan. Pada hari Perjanjian Malaysia ditandatangani, betul ramai di kalangan mereka Iban, Kadazan, Dayak yang tinggal di rumah-rumah panjang. Mungkin pada waktu itu tidak ramai di antara mereka yang berpendidikan tinggi. Akan tetapi hari ini Tuan Yang di-

Pertua, telah ramai orang Iban, Kadazan, Murut, Dayak yang telah berpelajaran. Mereka sudah pandai membaca apa dia MA63 dan perkara ini perlu kita perjelaskan. Tajuk seterusnya adalah tentang bagaimana saya melihat dari segi perlembagaan, peranan AG. Saya setuju dengan Datuk tadi, kita pernah menikmati suatu sistem Yang Berhormat Tan Sri Abu Samah, Yang Berhormat Tan Sri Abdul Kadir Yusof ya, pada waktu itu, dia berada dalam Parlimen, dia sebagai AG. Kita boleh soal di dalam Parlimen, kebertanggungjawaban. Lepas itu sistem itu ditukar dan susah untuk kita question, yang jawab nanti adalah Menteri Undang-undang. Akan tetapi kita mahu supaya AG- saya tidak mahu AG, KSN, Ketua Polis Negara, Speaker Dewan Negara, Speaker Dewan Rakyat menjadi office boy, menjadi budak suruhan. Mereka adalah penjawat- penjawat awam yang dipandang tinggi oleh masyarakat dan negara pada masa akan datang. Saya ingin menyentuh Tuan Yang di-Pertua pada 17 Ogos, Yang di-Pertuan Agong memanggil semua ketua-ketua parti ke Istana Negara. Memberikan taklimat kepada Ketua-ketua parti sebaik saja Perdana Menteri yang kelapan meletakkan jawatan. Satu, majlis rasmi. Yang hadir adalah Yang di-Pertuan Agong, Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Ada di sana Ketua Hakim Negara, ada di sana AG, Peguam Negara, ada di sana KSN, ada di sana Ketua Polis Negara dan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan menyampaikan ucapan. Ini saya hendak kaitkan dengan Yang di-Pertuan Agong ini dinasihati. Ini according to the constitution, things that are enshrined very clear in our constitution. Baik, kita ambil sudut itu. Yang di-Pertuan Agong mesti dinasihati. Maka Agong pun bertitah, bukan seorang, bukan secret meeting. Mana-mana Ahli Dewan Rakyat yang dilantik nanti sebagai Perdana Menteri yang kesembilan mesti membawa undi percaya ke dalam Parlimen. Tuan Yang di-Pertua, correct me if I’m wrong. Very clear. Ada surat yang dikeluarkan selepas itu dari Pejabat Istana Negara yang mengesahkan tentang titah ini. Saya tidak mahu campur sama ada pihak di sana mahu bawa vote of C atau tidak. Itu bukan urusan kami. Dalam MoU jelas it is not our business. Itu awak punya urusan hendak bawa ataupun tidak bawa. Akan tetapi saya ingin menyatakan di sini adakah Yang di- Pertuan Agong itu diberikan nasihat yang betul oleh AG. Saya ambil dari segi constitution kerana selepas daripada itu, the same AG, the same person mengatakan tidak perlu untuk Perdana Menteri yang kesembilan membawa vote of confidence di dalam Parlimen. Ini sudah menjadi satu flip-flop. Apa pun gambaran latar belakangnya, apa pun hujah yang akan diberikan oleh pimpinan politik, maknanya Agong telah bertitah pada waktu itu dan termasuklah Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang saya sangat hormat daripada segi ketinggian ilmunya, dari segi wibawanya sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Saya tidak mahu Tuan Yang di-Pertua perkara ini berlaku dalam negara kita. The same AG, orang yang sama sebagai Peguam Negara menyatakan pada hari 17 lain, dan kemudian mengeluarkan satu kenyataan bahawa Perdana Menteri yang kesembilan tidak perlu membawa vote of confidence.

Oleh kerana ini sangat penting, menjejaskan kredibiliti, menjejaskan institusi Yang di-Pertuan Agong dan memberikan kesan besar kepada Parlimen ini sendiri kerana pada waktu itu adalah dalam mesyuarat ini juga ada Speaker Dewan Negara dan ada Speaker Dewan Rakyat. Perkara ini perlu diselesaikan. Shakespeare mengatakan, “Something is rotten in the state of Denmark”. Jangan ada something is rotten at Istana Negara. Saya tidak mahu perkara ini berlaku dan merakamkan dalam Dewan yang mulia ini bahawa jangan institusi ini dirosakkan oleh nasihat yang tidak betul dan perlu diambil suatu tindakan. Keduanya Tuan Yang di-Pertua, negara harus diselamatkan dari adegan-adegan yang memalukan ini. Saya setuju dengan rakan-rakan Tuan Yang di-Pertua, Undang- undang Anti-Lompat Parti ini mesti kita laksanakan dalam sesi ini ataupun paling lewat sebelum hujung tahun ini. Ini penting. Kita bangsa Johor. Pulai dan Pengerang tidak jauh, kita bangsa Johor. Kota Tinggi juga bangsa Johor. Sultan kita bertitah semasa perasmian Dewan Undangan Negeri, saya hadir. Baginda menyatakan, “Jangan jadikan Dewan ini sebagai sangkar beruk”. Ya, saya setuju, ampun tuanku saya setuju. Jangan jadikan

Dewan Parlimen dan jadikan mana-mana DUN sebagai sangkar beruk. Lompat satu parti pada satu parti yang lain sehingga jatuh kerajaan. Anti-lompat parti ini penting.

Yang Berhormat...

Sebab itu jangan kita...

Yang Berhormat...

Tidak sampai setengah minit.

Yang Berhormat, bukankah Yang Berhormat pun berpindah daripada PAS...

Jangan sampai kita menjadi sesuatu perkara yang akan ditertawakan pada masa yang akan datang. Saya lari daripada PAS dahulu, tidak jatuh kerajaan. Itu ada recall Parliament, recall election yang pernah kita cadangkan. Kami lari tidak jatuh kerajaan. Ini lari bersubahat bersama bersekongkol menjatuhkan kerajaan. Ini beruk-beruk yang harus kita kekang, jangan ada lagi dalam Dewan yang mulia ini, Dewan ini menjadi sebagai sangkar beruk-beruk ini. We are lawmakers. We are not political prostitutes. Kita lawmakers. Kita dipilih oleh rakyat untuk menjadi Yang Berhormat, Honorable Members of this House. Kita bukan pelacur politik. Oleh itu kita mahu supaya akta ini dapat dilaksanakan secara objektif dan kita mahu supaya kerajaan masa hadapan Yang di-Pertuan Agong, Parlimen ini benar- benar dapat kita pelihara demi kesejahteraan kita pada masa akan datang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang saya juga menumpang belajar daripada kepakaran Tuan Yang di-Pertua, berkongsi idea-idea yang besar, berlainan parti tidak mengapa. Kita harus menyelamatkan negara kita daripada anasir lompat parti, kerajaan tebuk atap, untuk kita pastikan Parlimen yang mulia ini dipelihara pada masa akan datang. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Pulai, bangsa Johor. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Tumpat.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahi rahmani rahim. Alhamdulillahi rabbil alamin wabihi nasta'in, wassalatu wassalamu ala asrafil mursalin, wa'ala alihi wasahbihi ajma'in. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk sama-sama mengambil bahagian dalam membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah dititahkan dua hari lalu iaitu pada 13 September 2021 pada Majlis Pembukaan Penggal Keempat, Parlimen Keempat Belas yang menyentuh pelbagai perkara penting demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat Malaysia yang berada di bawah naungan baginda. Sesungguhnya keprihatinan yang ditunjukkan oleh baginda sepanjang negara dilanda wabak pandemik COVID-19 adalah satu contoh teladan yang sangat baik kepada rakyat jelata. Inilah satu kata-kata yang selalu disebut, “Rakyat dan Raja berpisah tiada”. Semoga Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Tuanku Permaisuri akan terus mendapat rahmat daripada Allah SWT dan sentiasa diberikan kesihatan baik untuk terus memayungi rakyat seluruhnya. Tuan Yang di-Pertua, kita memahami bahawa negara menghadapi sebuah peperangan melawan wabak yang telah memakan masa hampir dua tahun. Ramai yang telah kehilangan insan yang tersayang, pergi tanpa sempat diucapkan selamat tinggal, ahli keluarga, rakan taulan dan jiran tetangga telah dijemput Ilahi disebabkan virus yang kita sendiri tidak dapat lihat dengan mata kasar. Tidak kurang juga mereka yang hilang punca pendapatan, perniagaan yang terpaksa ditutup, ada yang dibuang kerja dan sebagainya. Inilah peritnya yang terpaksa dibayar dengan sebuah peperangan melawan COVID-19. Dalam tempoh yang sama juga negara menyaksikan peralihan tampuk pemerintahan. Ia berlaku ketika negara berada diambang pandemik dan sekali lagi berulang ketika negara semakin menghampiri kejayaan melawan pandemik COVID-19 ini.

Kita perlu yakin bahawa sinar cahaya di hujung terowong semakin jelas. Dengan kadar vaksinasi yang tinggi ketika ini, insya-Allah tidak mustahil kita akan dapat beralih ke fasa endemik dan seterusnya kembali ke fasa pra-pandemik. Di sini saya ingin terlebih dahulu mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Bera, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kesembilan. Demikian ucapan tahniah saya kepada Ahli-ahli Parlimen yang terpilih yang dilantik sebagai anggota pentadbiran, baik sebagai Menteri mahupun Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, meneruskan ucapan saya ini kita juga tidak harus lupa bagaimana tempoh yang sangat singkat lebih kurang setahun enam bulan Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin berjaya memimpin negara dengan baik menghadapi episod paling kritikal negara berhadapan dengan pandemik COVID-19 dan juga krisis politik dan krisis ekonomi. Tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Pagoh berserta barisan Kabinetnya di atas pencapaian yang hebat mengambil kira suasana yang sangat menyukarkan ini. Dalam suasana sukar ini, Kerajaan Perikatan Nasional telah terus komited memimpin, menyediakan pelbagai dasar dan polisi bagi memastikan negara dapat bertahan dalam situasi yang genting bermula sejak Mac 2020 sehingga Ogos 2021. Dalam mendepani strategi akhir atau exit plan daripada kemelut pandemik Pelan Pemulihan Negara telah diperkenalkan sebagai kunci utama bagi membuka pintu ke fasa endemik iaitu fasa kita hidup bersama ataupun coexist dengan virus COVID-19. Fasa endemik adalah soft landing sebelum kita kembali ke era pra pandemik insya-Allah. Semoga Allah SWT segera mengangkat wabak ini dari bumi Malaysia. Beberapa strategi telah dirangka dengan langkah-langkah drastik mengikut lunas- lunas perundangan. Program-program saringan besar-besaran yang dilaksanakan bagi memastikan proses trace, track and isolate dilakukan secara terancang dan strategi utama kerajaan dalam tempoh ini tertumpu kepada program vaksinasi di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Dalam soal vaksinasi di Malaysia kredit sewajarnya diberikan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, JKJAV termasuk juga ProtectHealth Sdn. Bhd. yang bertungkus-lumus sejak awal bagi memastikan program vaksinasi negara berjalan dengan lancar. Kadar vaksinasi negara berada pada momentum yang terbaik ketika ini dengan kadar populasi dewasa yang menerima vaksin lengkap menghampiri 80 peratus.

Berdasarkan unjuran KKM dalam laman web COVIDNOW, dalam tempoh kurang daripada 10 hari lagi kita akan mencapai sasaran 80 peratus dewasa menerima vaksinasi lengkap. Manakala, dalam tempoh sebulan insya-Allah kita akan mencapai 100 peratus populasi dewasa menerima dos lengkap. Ini merupakan kejayaan yang penting dan sewajarnya diuar-uarkan kepada semua rakyat di negara ini sekali gus memberikan harapan bahawa tidak lama lagi negara akan berada di fasa endemik seterusnya ke fasa pra-pandemik. Inilah sebuah kejayaan yang diimpikan oleh rakyat meskipun di sebalik cemuhan golongan yang tidak pernah mahu mengerti dengan melemparkan pelbagai tohmahan bahawa negara sedang gagal. Pihak tersebut sekadar menangguk di air keruh sekali gus menjelaskan sikap mereka sendiri yang sebenarnya telah gagal memimpin negara walaupun diberi peluang memerintah untuk tempoh 22 bulan. Bagaimana mereka dengan yakin bercakap soal kegagalan Kerajaan Perikatan Nasional dalam kerajaan masih bertungkus-lumus menyingsing lengan dengan segala kudrat membawa negara ini keluar daripada pandemik seperti yang kita lihat pada hari ini. Sebenarnya pihak yang sama juga pernah mendakwa negara diambang kebankrapan satu ketika dahulu dengan dakwaan hutang negara sudah mencecah lebih RM1 trilion seterusnya ia dicanangkan ke seluruh dunia. Namun apabila Perikatan Nasional memerintah, tidak timbul meskipun kerajaan berdepan dengan situasi pandemik

COVID-19 yang bukan sahaja menghimpit sistem kesihatan global dan negara malah juga memberi kesan langsung terhadap ekonomi negara. Bahkan dalam masa setahun lebih ini, rakyat terus dibantu dengan lapan pakej survival bermula dengan pakej PRIHATIN, PRIHATIN PKS TAMBAHAN, PENJANA, KITA PRIHATIN, PERMAI, PEMERKASA dan PEMULIH. Pakej bantuan ini keseluruhannya bernilai RM 305 bilion atau 22.7 peratus daripada KDNK. Ditambah lagi dengan Belanjawan 2021 yang mengetengahkan pengembangan belanjawan fiskal bernilai RM 322.5 bilion sedangkan rakyat terutamanya orang Islam tidak lagi dalam suasana kebimbangan. Aset-aset berkepentingan mereka berisiko dijual bagi menampung kekurangan dalam masalah kewangan ini. Malah bantuan tunai diteruskan kepada rakyat melalui PPN, BPR dan BKC yang terkini. Malah, ia juga menjadi sejarah apabila kerajaan juga mula melihat survival bantuan tunai kepada golongan M40 yang berhadapan dengan pandemik. Ini termasuklah bantuan kepada golongan PKS yang menjadi tunjang sektor ekonomi negara. Golongan rentan, Program Subsidi Upah, moratorium, pengeluaran KSP dan sebagainya. Terlalu banyak untuk saya senaraikan tetapi itulah lambang keprihatinan kerajaan yang wajar diteruskan pada masa endemik kelak. Kesimpulannya, Kerajaan Perikatan Nasional adalah merupakan kerajaan yang berjaya, bukannya kerajaan yang gagal seperti mana yang ditohmahkan. Kalau gagal pun adalah gagal untuk mengatasi persepsi-persepsi yang dicipta oleh pihak pembangkang pada masa itu yang termakan oleh rakyat terbanyak terutamanya anak-anak muda. Tuan Yang di-Pertua, meneruskan ucapan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam Titahnya menyentuh mengenai keseimbangan pembangunan antara wilayah. Saya sering kali menegaskan bahawa antara teras utama yang perlu diberikan perhatian oleh kerajaan adalah mengurangkan kesenjangan pembangunan antara wilayah-wilayah di seluruh negara khususnya yang melibatkan negeri-negeri yang miskin seperti Sabah, Sarawak dan sudah tentulah Kelantan. Bahkan, ia telah menjadi teras dalam mana-mana rancangan Malaysia termasuklah ketika kerajaan lalu membentangkan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-11 pada 2018. Namun, masih gagal mengurangkan gap tersebut. Malah, soal ketidakseimbangan pembangunan ini juga telah dijadikan perhatian utama dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dengan Rancangan Malaysia Ke-12 akan menjadi lonjakan awal terhadapnya. Semalam kita telah mendengar ucapan perbahasan daripada Yang Berhormat Pasir Mas yang menyenaraikan projek-projek yang diperlukan oleh rakyat Kelantan namun masih belum dijayakan walaupun telah beberapa kali dibentangkan di Parlimen dan diluluskan. Saya tidak berhasrat untuk mengulanginya di sini. Namun di sini, saya ingin membacakan dua tajuk berita yang viral yang sangat menyayat hati yang menimpa rakyat di Tumpat, Kelantan. Pertama mengenai penduduk Teluk Renjuna Tumpat yang terputus bekalan makanan tiga hari. Berita ini keluar pada 9 Januari 2021 yang menjadi viral yang cukup kuat di mana lebih 2,000 penduduk di perkampungan pulau di Mukim Teluk Renjuna di sini berharap mendapat perhatian banyak pihak selepas hampir tiga hari terputus bekalan makanan susulan gelombang ketiga banjir melanda Kelantan ketika itu. Rata-rata penduduk mendakwa mereka terputus hubungan dengan dunia luar berikutan arus sungai di setiap perkampungan pulau itu mengalir deras sejak Rabu lalu dengan paras air melebihi sepuluh meter. Berita ini mendapat sambutan yang cukup kuat daripada netizen dan sudah tentulah kecamannya dihalakan kepada pemimpin-pemimpin tempatan termasuklah saya selaku Ahli Parlimen Tumpat. Berita yang seterusnya yang juga turut menyayat hati apabila dinyatakan oleh frontliners iaitu dengan tajuk “Cabaran bawa jenazah COVID-19 di kampung atas pulau”. “Pengalaman berjalan kaki sejauh hampir 600 meter dengan keadaan lencun dengan peluh disebabkan memakai sut pakaian perlindungan khas (PPE) untuk mengambil jenazah mangsa COVID-19 menjadi pengalaman yang sukar untuk dilupakan”.

“Tidak cukup dengan itu, bot yang digunakan untuk membawa jenazah warga emas yang meninggal dunia di rumahnya di Teluk Renjuna pagi semalam juga terlekat kerana air sungai surut menyebabkan pasukan petugas beramai-ramai menolak supaya bot kembali dapat dikemudikan”. Ini adalah merupakan dua kisah yang berlaku di satu kepulauan di Tumpat. Ini bukan bahagian pedalaman Sabah dan Sarawak. Ia hanyalah di seberang sungai dari Kota Bharu. Saya selaku Ahli Parlimen Tumpat telah beberapa kali dan telah pun berjumpa dengan Yang Berhormat Menteri Kewangan, telah pun sampaikan hasrat ini kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan Luar Bandar dan sebagainya untuk rakyat ini diberi kemudahan terutamanya jambatan yang menghubungkan mereka di antara kepulauan itu dengan tanah besar sama ada Tumpat ataupun di Kota Bharu bagi memudahkan urusan mereka. Berita yang viral ini adalah di antara beberapa peristiwa yang menyayat hati yang diberi perhatian oleh netizen sedangkan masalah yang dihadapi oleh penduduk di sini adalah merupakan masalah yang dihadapi mereka secara harian. Baik yang menghadapi masalah kecemasan, masalah pelajar-pelajar yang tidak dapat menghadiri peperiksaan kerana air cetek, masalah tidak dapat merentasi sungai kerana airnya pasang dan sebagainya. Ini adalah merupakan masalah harian yang berlaku di Tumpat bukannya di kawasan pendalaman Sabah dan Sarawak dan saya mengharapkan diberi perhatian oleh kerajaan hari ini. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua saya ingin membangkitkan di mana kerajaan sebelum ini telah meluluskan– ini disebut oleh Yang Berhormat Pasir Mas semalam cuma saya bagi detailnya. Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Golok Fasa 1 yang melibatkan jajaran Tumpat dan Pasir Mas. Semalam Yang Berhormat Pasir Mas sebut dia akan banjir. Terakhir banjir ini akan terkumpul ataupun terhenti di Tumpat– yang telah bermula pada 23 April 2018 dan dijangka siap pada tahun hadapan. Soalan saya, berapa peratuskah projek ini telah pun siap dan jangkaan ia akan dapat disiapkan selepas negara mengalami pandemik.

Adakah kerajaan juga akan meneruskan projek ini pada fasa kedua dan ketiga yang melibatkan jajaran-jajaran lain. Oleh itu saya mohon kerajaan untuk memberikan tumpuan terhadap aspek keseimbangan pembangunan antara wilayah ini. Tuan Yang di-Pertua...

Yang Berhormat...

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda, bagi saya hendak habiskan ayat ini. Menyentuh mengenai kawalan sempadan negara dan Tumpat adalah merupakan wilayah ataupun daerah sempadan negara dengan Thailand. Sehubungan dengan itu, saya meminta kerajaan supaya memberikan perhatian kerana sesungguhnya kegagalan mengawal sempadan ini bukan sahaja menatijahkan masalah yang berlaku di kawasan sempadan itu, tetapi juga di kawasan-kawasan lain dalam negara. Daripada segi infrastrukturnya, daripada segi personnelnya, daripada segi peralatannya mestilah mencukupi untuk memastikan keselamatan sempadan negara dapat dikawal sebaiknya. Tuan Yang di-Pertua, ada banyak lagi yang saya sebut, cuma saya hendak sudahi dengan pantun. Saya hendak jawab pantun Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan menggunakan pembayang daripada Seri Paduka sendiri. Dari Segamat ke Kota Tinggi, Hajat mulanya ke Kuala Pahang, Hebat tuanku gigih berbakti, Rakyat jelata bertambahlah sayang. Kalau memandang langit yang tinggi, Jangan lupa rumput di bawah,

Patik akan bekerja sepenuh hati, Tanpa mengenal penat dan lelah. Rempah halia digaul diuli, Buat ramuan nasi kebuli, Sumpah setia ketaatan diberi, Ke hadapan tuanku patik berjanji. Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia, saya mohon menyokong, Tumpat.

Terima kasih Yang Berhormat. Nasib Yang Berhormat tidak baca pantun dalam loghat orang Kelantan. Nanti saya tidak faham. Sekarang dijemput...

Jikalau diberi masa, boleh Tuan Yang di-Pertua.

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Sungai Petani, silakan.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, selamat kembali bertugas, saya rindu tidak dengar suara Tuan Yang di-Pertua hari ini. Alhamdulillah...

Tambah lagi seminit, silakan.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Saya ucapkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dapat mengambil bahagian dalam membahaskan ucapan. Terima kasih kepada tuanku yang telah pun berucap dalam Dewan pada 13 September 2021 yang lalu. Di antara perkara-perkara yang tuanku menyebut, saya kira menjadi penting untuk kita semua hayati ialah bagaimana tuanku telah meminta supaya satu keadaan politik yang lebih stabil dan tuanku sendiri telah pun menghargai usaha ke arah merealisasikan pendekatan baharu kerjasama dwipartisan di antara semua pihak. Tuanku menyebut ini kerana untuk memastikan suhu politik ini berada dalam keadaan yang terkawal. Jadi, sudah tentu kita menyambut baik sebagai Ahli Parlimen pembangkang yang melihat bahawa sudah tiba masanya bahawa kita mesti memberikan perhatian yang lebih terhadap membina sebuah negara yang lebih stabil, memberikan kedudukan, menyelamatkan keadaan khususnya dalam keadaan pandemik COVID-19 ini, keadaan ekonomi yang tidak tentu arah. Oleh sebab itulah, akhirnya pihak pembangkang khususnya PH telah pun bersetuju untuk meteraikan satu MoU dengan kerajaan. Jadi sudah tentu rakyat di bawah tertanya-tanya adakah ini, suatu yang jarang- jarang berlaku dan pelik kerana tiba-tiba apabila kerajaan baharu yang susah kita hendak sebut Kerajaan Keluarga Malaysia, saya panggil kerajaan PM Ismail Sabri. Tiba-tiba dia telah pun memberikan laluan dengan menjemput pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan untuk berbincang bagaimana bersama-sama boleh kita turunkan suhu politik. Akhirnya mari bekerjasama bagi memastikan masalah yang dihadapi oleh rakyat dapat diselesaikan. Alhamdulillah, kita sambut dengan memberikan sepenuhnya harapan agar semua yang kita catatkan dalam MoU itu dapat kita laksanakan dengan satu niat dan tujuan bahawa masalah rakyat dapat kita selesaikan. Sudah tentu antara perkara-perkara yang penting Tuan Yang di-Pertua yang kita sebut selalu ialah tentang undi 18 tahun. Bagaimana undi 18 ini menjadi penting kepada kita. Oleh sebab selama ini kita menyangka bahawa anak-anak muda, kita telah berbahas panjang anak-anak muda berumur 18 tahun, layak kah mereka menjadi pengundi- pengundi.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Akan tetapi, kita telah berbincang panjang, kita telah menyatakan bahawa kalau anak-anak muda berumur 18 tahun ini kita benarkan mereka menjadi tentera dan polis dan mereka menggalang nyawa mereka untuk mempertahankan negara, tetapi mengapa pula apabila datang untuk mereka membuat pilihan, memilih kerajaan, kita katakan mereka ini tidak layak, mereka masih mentah, mungkin mereka tidak cukup umur untuk membuat keputusan bagi memilih sebuah kerajaan. Jadi, alhamdulillah antara perkara yang kita sebut dalam MoU itu, bahawa undi 18 tahun ini mesti kita selesaikan dan mereka yang berumur 18 tahun ini mesti boleh mengundi dalam pilihan raya yang akan datang. Keduanya, tentang pembaharuan Parlimen ini sendiri. Sistem yang kita ada, yang telah pun berjalan baik tetapi kita lihat ada kepincangan-kepincangan yang berlaku. Jadi, sudah tentu kita mahu sistem yang kita ada ini diperbaiki dan semua juga kepentingan ini dapat kita selesaikan. Alhamdulillah, ini juga telah pun termaktub dalam MoU itu. Seterusnya ialah, kita hendak melihat bahawa semua yang disebut secara hitam dan putih dalam MoU itu dapat kita laksanakan. Oleh sebab itu, saya kira Ketua Pembangkang telah pun menyebut, walaupun kami bersetuju untuk bersama-sama dengan kerajaan PM Ismail Sabri ini memastikan bahawa kita dapat bersama-sama membangunkan negara. Kami tidak dan tidak menjadi sebahagian daripada eksekutif. Kami menyokong untuk memastikan apa juga yang telah diperkatakan, apa yang telah dijanjikan dalam MoU itu dapat dilaksanakan. Sekiranya ia hanya tinggal kata-kata, sudah pasti kami akan mengambil tindakan. Seterusnya, tidak berdiam diri tetapi terus menjadi pembangkang yang akhirnya akan menolak apa juga yang akan dilaksanakan oleh kerajaan sekiranya tindakan-tindakan yang disebut tidak dilaksanakan. Tuan Yang di-Pertua, keduanya saya hendak menyebut tentang pandemik COVID-19. Saya melihat bahawa sudah tiba masanya angka-angka yang disebut oleh kementerian setiap hari, kadang-kadang angka-angka yang disebut dan dicatatkan itu tidak memberikan makna apa-apa kepada kita. Sebagai contohnya, apa gunanya kita menyebut tentang kes-kes baharu, jumlah kes, kes-kes yang sembuh harian, kes-kes yang aktif dan sebagainya. Saya kira kena ada satu cara melaporkan supaya laporan itu lebih bersifat objektif. Rakyat di bawah sudah penat dan lelah dihidangkan dengan angka-angka yang saya kira tidak memberikan manfaat, sekadar untuk makluman sahaja. Ini tidak akan memberikan apa-apa makna kepada kita. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Oleh sebab itu saya mencadangkan kerajaan lebih memberikan angka-angka ataupun maklumat-maklumat yang lebih positif, yang lebih memberi makna supaya memotivasikan rakyat di bawah supaya bersama-sama memerangi COVID-19 ini. Untuk bersama-sama mengambil tindakan memastikan COVID-19 ini dapat dilandaikan. Jadi, saya cadangkan supaya kerajaan melihat balik, adakah angka-angka yang sentiasa kita pamerkan itu memberikan manfaat atau tidak kepada kita semua. Di samping itu, saya kira ada juga cadangan supaya kerajaan harus memberikan penekanan yang lebih kepada rakyat di negara kita supaya bersama-sama memperbaiki kedudukan diri kita. Maknanya dengan melakukan senaman yang lebih dengan memakan makanan yang lebih supaya akhirnya kita tidak bergantung kepada apa yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan ataupun agensi-agensi lain. Ini bermaksud, harus ada tindakan-tindakan yang dikira tindakan yang lebih personal untuk pastikan kita semua menjaga diri kita.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya hendak menyebut tentang apa yang sedang berlaku khususnya di negeri saya di Kedah. Saya melihat sekarang ini hak Kedah hampir seluruh daerah di Kedah berada dalam keadaan red zone. Kenaikan jumlah mereka yang dijangkiti dengan COVID-19 ini tiba-tiba melonjak dalam masa dua bulan yang lepas ini kepada satu angka yang amat menggerunkan.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Jadi, apabila kita analyse apakah sebab yang menyebabkan satu negeri yang nun di atas di sana yang tidak padat penduduknya sepertinya di Kuala Lumpur ataupun di Johor tetapi negeri pertanian yang penduduknya tidak sepadat negeri-negeri yang membangun tetapi menghadapi satu jumlah yang luar biasa jumlahnya. Antara penyebab-penyebab yang boleh saya sebutkan di sini ialah yang pertama sekali kehadiran vaksin yang amat lambat. Kehadiran vaksin yang amat lambat dan tidak mencukupi. Sekiranya kami mendapat vaksin yang cukup pada masa yang tepat, saya rasa sudah tentu masalah ini dapat kita selesaikan dengan lebih awal dan kawalan dapat dilaksanakan. Ada kes-kes di tempat saya seperti Sungai Petani berada di dalam Daerah Kuala Muda. Ada orang yang telah mendaftar seawal bulan Februari untuk mendapat satu dos sekarang ini masih lagi belum terjadi. Ini bermaksud ada masalah dalam pengagihan vaksin dan juga ada masalah dalam MySejahtera itu sendiri. Di samping itu, kita lihat tidak ada polisi yang jelas tentang memberikan vaksinasi kepada pendatang-pendatang yang tidak berdokumentasi. Mereka yang tidak berdokumentasi ini khususnya daripada Rohingya ramai berada di Kedah dan mereka ini hidup dalam komuniti kami. Mereka berada di kampung, di bandar dan mereka juga berada di taman-taman. Jadi, tidak ada satu polisi yang jelas. Jadi, KKM khususnya, saya berjumpa sendiri dengan pengarah. Saya berjumpa dengan-apakah polisi yang ada sekarang? Jadi, oleh sebab tidak ada polisi yang jelas, akibatnya mereka yang kita anggap sebagai pendatang haram, yang tidak mempunyai dokumentasi akhirnya tidak di vaksin. Sedangkan mereka hidup dalam komuniti. Jadi, mereka inilah di antara carrier penyumbang kepada merebaknya virus ini dalam komuniti-komuniti di Kedah. Di samping itu, ramai penduduk di Kedah yang tinggal khususnya di Kedah selatan. Sama ada di Kulim, Sungai Petani yang bekerja di Pulau Pinang, yang bekerja di kilang-kilang. Apabila kilang-kilang tidak ditutup pada waktu yang sepatutnya seperti dua bulan yang lalu, ramai di antara mereka yang bekerja di kilang, berkomunikasi dan berulang- alik menaiki kenderaan daripada Sungai Petani, Kulim, Pulau Pinang ataupun mereka yang bekerja di Pulau Pinang tetapi tinggal di Sungai Petani. Akhirnya apa yang berlaku saya melihat walaupun ada sekatan-sekatan jalan raya tetapi agak pelik, polis akan check kereta-kereta sahaja tanya ada surat tidak. Akan tetapi motosikal yang dipandu laju tidak ditahan. Sedangkan kebanyakan mereka yang bekerja di kilang-kilang menunggang motosikal. Jadi, mereka inilah yang terlepas daripada sekatan jalan raya dan tidak di check. Akhirnya apa yang akan berlaku, ada kes-kes di mana dalam satu kampung sampai tujuh ke lapan orang meninggal dalam masa seminggu. Jadi, ini menjadi masalah yang kita ada. Saya harap pihak kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan mempercepatkan supply vaksin ke Kedah khususnya ke kawasan-kawasan yang amat memerlukan seperti di Kuala Muda dan juga di Alor Setar dengan kadar yang segera. Tuan Yang di-Pertua, saya juga hendak sebut tentang efek COVID-19 kepada ekonomi negara. Semua Ahli Parlimen telah bercakap bagaimanakah mereka yang terlibat dalam perniagaan amat menderita sekarang disebabkan oleh lockdown yang terlalu lama. Jadi, saya ingin mencadangkan oleh kerana proses untuk membenarkan masyarakat bergerak sedang berlaku. Fasa-fasa telah pun dibuka di mana masyarakat akan insya-Allah dibenarkan untuk menjalankan kehidupan seperti biasa dalam masa terdekat ini. Saya memohon supaya kerajaan mengambil tindakan segera supaya membenarkan mereka yang ingin memulakan balik perniagaan mereka. Harus ada satu polisi di mana Kerajaan Persekutuan memaklumkan kepada kerajaan-kerajaan Negeri supaya membenarkan mereka yang terjejas perniagaan mereka ini memulakan perniagaan dengan memberikan segala bentuk bantuan mikro kredit dan sebagainya termasuklah membuka kawasan-kawasan baharu bagi mereka memulakan perniagaan seperti contohnya pasar malam, pasar hari dan lain-lain dengan tidak mengenakan syarat yang ketat dengan memberikan mikro kredit, dengan memberikan lesen percuma untuk tahun ini.

Tuan Sabri bin AzitPAS · PNJerai

Jerai, Jerai.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Memeriahkan balik keadaan perniagaan sampai akhirnya mereka dapat hidup dengan keadaan yang–

Tuan Sabri bin AzitPAS · PNJerai

Jerai, Yang Berhormat.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Ya, Yang Berhormat Jerai.

Tuan Sabri bin AzitPAS · PNJerai

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani, Tuan Yang di-Pertua. Tempat kita di Gurun berlaku kepala air dan berlaku banjir menyebabkan di kawasan Gurun terlibat dengan rumah-rumah di tepi sungai rizab itu. Jadi, apa pandangan Yang Berhormat tentang rumah-rumah yang ada di tepi sungai itu? Adakah hasil pembalakan di atas Gunung Jerai? Sekian, Yang Berhormat.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Terima kasih Yang Berhormat. Saya hendak masuk tentang banjir ini. Ada tajuk dia. Soal yang kita sebut adalah bagaimana terlihat, Tuan Yang di-Pertua, bagaimana kalau alam sekitar ini kita tidak kawal. Dia soalnya apa yang berlaku di Jerai itu hanyalah satu episod kecil tetapi di seluruh negara ini kalaulah tidak dikawal alam sekitarnya, kalaulah tidak dikawal penebangan hutannya, saya masih ingat lagi apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri sekarang bekas menteri yang menjaga alam sekitar dahulu. Kita sebut ini bagaimana kalau sekiranya hutan-hutan kita, kita tidak kawal. Bagaimana sekiranya hutan-hutan ini kita tidak jaga. Inilah yang akan terjadi. Saya masih ingat lagi ada juga pemimpin-pemimpin di negeri-negeri yang mengatakan sekiranya federal tidak membantu kami dari segi kewangan, kami akan tebang hutan-hutan kami. Macam mana boleh buat statement macam itu? Ransom Kerajaan Federal kalau sekiranya kamu tidak bagi bantuan kewangan kepada kami, kami akan tebang hutan negeri kami. Itu satu tindakan saya kira yang tidak berpatutan kerana hutan ini bukan milik kita. Hutan juga bukan milik kerajaan. Hutan ialah milik rakyat. Hutan ialah untuk masa hadapan. Sebab itu apa yang berlaku di Kedah itu, itu contoh satu episod yang sangat kecil. Banyak lagi episod-episod yang kita tengok di luar sama ada di Pahang, di Terengganu dan di negeri-negeri lain, sama. Kalau sekiranya hutan tidak dijaga semua orang tahu inilah akibatnya.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, mohon tamatkan Yang Berhormat.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Jadi, sebab itulah last sekali saya Tuan Yang di-Pertua, kalau bagi seminit lagi, saya minta. Saya amat setuju dengan Pengerang isu tentang sistem pilihan raya. Saya juga ingin mencadangkan supaya sistem ini kita lihat kembali malah kita harus ada keberanian untuk membuat perubahan kepada sistem pilihan raya kita. Saya ingin mencadangkan supaya juga di samping apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pengerang. Saya ingin mencadangkan supaya ada party-list. Party-list juga harus dipertimbangkan dalam sistem yang kita ada sekarang. Sebab dengan party- list ini akan memastikan sesiapa juga yang lompat, dia boleh lompat parti tetapi parti yang menang di kawasan dia itu tidak akan hilang. Maknanya, dia boleh lompat setinggi malah jatuh setinggi mana pun, dia pergi seorang-seorang dialah. Akan tetapi parti yang dia menang itu tetap menjadi pilihan rakyat dan kerajaan yang dipilih oleh rakyat itu tidak akan jatuh. Jadi, saya cadangkan supaya kita menyokong pandangan Yang Berhormat Pengerang untuk membawa usul, satu-satu usul ke Parlimen ini untuk melihat sistem pilihan raya kita ubah supaya masa hadapan kita lebih terjamin.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon duduk.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Dijemput Yang Berhormat Kuala Langat, 12 minit.

Sudah potong dua minit eh— tiga minit?

Tuan Yang di-Pertua

Terpaksa kerana kita ada 15.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kuala Langat hendak ambil bahagian di dalam perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong. Salam sejahtera dan salam hormat kepada semua yang hadir. Selama dua tahun ini negara kita telah pun lihat macam mana keadaan dengan COVID- 19 dan apa yang telah dilakukan di dalam negara kita. So, saya hendak ambil kesempatan ini untuk mencadangkan beberapa isu penting kepada kerajaan untuk ambil tindakan- tindakan sewajarnya. Sejak beberapa bulan yang lepas tatkala krisis sebelum perubahan tampuk pimpinan kerajaan baru-baru ini, pihak kerajaan serta pembangkang dilihat oleh rakyat sebagai lemah, berpecah belah dan kurang dihormati dari mata rakyat. Perkara ini menyebabkan pelaburan luar negara menarik balik ataupun menangguhkan plan mereka untuk melabur dalam negara dan pasaran, mahupun ekonomi negara kita. Ini menyebabkan peluang pekerjaan berkurangan dengan jurang antara golongan yang kaya dan miskin semakin berkembang. Sekiranya situasi ini dibiarkan menjadi begitu sahaja, Malaysia akan menjadi sebuah negara yang kurang stabil dengan kemungkinan konflik oleh pelbagai pihak yang berkepentingan akan tercetus menjadi suatu kenyataan. Sememangnya senario ini tidak harus dibiarkan menjadi realiti. Solusi sejagat yang membolehkan semua pihak termasuk kerajaan dan pembangkang bekerjasama demi kesejahteraan negara dan kepentingan rakyat adalah wajar. Oleh yang demikian, MoU yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak baru-baru ini bagi saya merupakan perkara yang patut supaya kerajaan dilihat sebagai lebih telus dan terbuka. Saya minta semua menteri yang telah dilantik untuk kerjasama dengan semua Ahli Parlimen sama ada pembangkang ataupun di kerajaan untuk bawa kestabilan yang cukup untuk masa depan yang akan datang. Akan tetapi, ini hanya boleh berlaku sekiranya semua kementerian beroperasi secara seiringan. Malangnya kebanyakan menteri lebih suka berfungsi secara silo demi kepentingan parti sendiri sahaja. Ini realitinya yang saya nampak. Pada ketika ini, isu yang paling besar yang dihadapi oleh sesetengah sektor adalah bekalan buruh. Baru-baru pagi tadi saya dengar Menteri Sumber Manusia yang katakan kita ada kekosongan sampai 1.5 juta tempat untuk bekerja di dalam negara kita. Malaysia tidak mungkin boleh berfungsi tanpa buruh asing. This is a reality. We must accept the fact that this is a reality. Malaysia tidak mungkin boleh berfungsi tanpa buruh asing. Para menteri harus duduk semeja untuk menyelesaikan isu ini secara efektif dan sekali gus tanpa membuang masa. It is not rocket science Yang Berhormat sekalian. Jalanlah penyelesaian isu ini adalah demi kepentingan rakyat dan negara. Situasi COVID- 19 sudah mula menjadi endemik. Dengan ini semua pihak harus kembali bekerja dalam skala normal dengan secepat yang mampu. Akan tetapi isu yang kian merunsing pada ketika ini adalah pembukaan perkhidmatan yang perlu dan perkhidmatan bukan keperluan utama (essential services and non-essential services). Ini adalah satu argument yang ada di luar sana dan kita kena beri tumpuan kepada ini. Faktanya perkhidmatan perlu tidak mungkin beroperasi secara efektif tanpa perkhidmatan bukan keperluan utama kerana kedua-duanya saling memerlukan. Oleh yang demikian, saya mohon supaya kedua-dua jenis perkhidmatan ini dibuka segera. Hanya ahli politik yang mempunyai pandangan yang seorang dan berjangka pendek akan menanam rasa takut dan kebencian semasa masyarakat. Mereka mungkin berfikir bahawa tindakan mereka adalah wajar serta perlu. Akan tetapi sejarah akan dilakar bahawa jalan yang diambil mereka sudah pasti akan gagal. Kita tidak seharusnya memperjudikan masa depan negara hanya untuk memenuhi agenda sendiri. Agenda semua di Dewan yang mulia ini mesti memberi tumpuan kepada anak-anak dan cucu- cucu kami.

Bagi mencapai objektif ini, ingin saya berikan perkenan khas terhadap kepentingan pendidikan. Dari segi pendidikan, ingin saya katakan bahawa kita telah gagal dari segi pembangunan. Kita perlu memikirkan semula dasar pendidikan kita dan hala tuju dalam 20 tahun yang akan datang. Sekiranya kita tidak melihat ke hadapan dan merancang sekarang sudah pasti kita akan gagal. Sedangkan negara jiran telah melangkah jauh ke hadapan kerana perancangan yang strategik, kita masih lagi buntu memikirkan agenda peribadi dan ideologi perkauman dan agama. Kementerian Pendidikan Malaysia harus memberikan tumpuan kepada pembangunan modal insan dan negara. Polisi pendidikan yang dipupuk harus membolehkan pemikiran terbukan untuk mengembangkan pendidikan sekular, liberal, teknikal dan ilmiah. Kita perlu mempunyai political will untuk membawa perubahan ini. Saya hendak sentuh sedikit tentang sistem kesihatan kita di dalam dua tahun ini. Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dan semua ahli frontliners di dalam negara kita. Walaupun ada suara-suara yang mengatakan kelemahan kita tetapi yang kita jayakan di dalam sistem kesihatan ini menunjukkan bahawa negara kita masih boleh dan akan sentiasa mengadakan sebuah sistem kesihatan yang bertaraf dunia di dalam negara kita. Pandemik ini bermula sebagai fenomena biologi tetapi telah berkembang kepada arus-arus politik dan sosial. Mana-mana pihak yang merasakan bahawa pandemik ini akan berakhir dalam tempoh beberapa bulan sahaja, silap. Itu sebab kita perlu memikirkan semula proses pembukaan sekolah pada tempoh lebih awal tanpa rangka keselamatan yang tetap. Ini saya mintalah Kementerian Pendidikan Malaysia kita untuk kaji balik dengan caranya untuk pembukaan sekolah kita sekarang. The virus mutation yang saya boleh katakan dalam bahasa Inggeris– The mutations are ongoing and a cautious approach is needed. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sentuhkan suatu perkara sekarang yang berlaku pada masa sekarang. Baru-baru ini mahkamah telah putuskan satu kenyataan yang bijak yang diterima oleh rakyat semua, di mana seorang anak yang lahir di luar negara dengan ibunya sebagai warganegara Malaysia kena diiktiraf sebagai warganegara Malaysia. Ini telah dapat sokongan dari beberapa Ahli Kabinet selepas keputusan mahkamah. Saya tidak faham– I am not sure why kerajaan sekarang appeal atas keputusan ini.

Saya harap bahawa pejabat AG akan meneliti balik perkara ini dan Kabinet akan bincang perkara ini. Saya harap AG akan tarik balik appeal ini yang telah dikeluarkan. Ini satu isu penting untuk negara dan kita kena beri pengiktirafan kepada wanita kita sebagai warganegara Malaysia. Kelahiran anak mereka di mana-mana juga kena diiktiraf sebagai warganegara Malaysia. Tiada perbezaan antara lelaki dan wanita. Dua-dua pun warganegara kita dan kita kena recognize them as citizens of this country. Saya harap Menteri Undang-undang ada di sini, akan bawa perkara ini dan bincang di dalam Parlimen, dalam Kabinet untuk membuat keputusan untuk masa depan yang akan datang. Demikian Tuan Yang di-Pertua...

Puan Maria Chin binti AbdullahPKR · PHPetaling Jaya

Yang Berhormat, boleh saya mencelah?

Puan Maria Chin binti AbdullahPKR · PHPetaling Jaya

Saya hanya satu soalan kepada Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua. Setujukah atau tidak setuju bahawa kalau AG tidak menarik balik appeal, ini adalah kesan yang amat buruk kepada kanak-kanak yang sudah jadi stateless kerana mereka tidak dapat kewarganegaraan, kalau kita tidak beri wanita untuk confer citizenship kepada kanak-kanak? Terima kasih.

Saya setuju Yang Berhormat. Fasal itulah saya minta bahawa Kabinet sama dengan AG fikir balik. Kalau boleh, saya minta mereka tarik balik appeal ini untuk terus kita bersama-sama dengan keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah sebelum ini. Akhirnya Tuan Yang di- Pertua, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua dan juga saya harap ini

akan diikuti oleh Ahli-ahli Eksekutif dalam kerajaan. Sekian, terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Saya menjemput Yang Berhormat Labuan. Selepas Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Rompin. Kemudian yang Beruas. Selepas itu, Yang Berhormat Baram.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang untuk menjunjung kasih dan membahaskan titah tuanku. Negara berhadapan dengan keadaan yang sangat mencabar akibat pandemik COVID-19. Saya mengharapkan Perdana Menteri dan Ahli Kabinet semua akan dapat fokus untuk menyelamatkan keadaan negara ini. Saya juga mengharapkan tiada lagi pertukaran PM dalam penggal ini. Kami di pihak pembangkang akan sokong mana yang baik dan akan bantah dan tegur di mana kami rasakan perlu bagi melaksanakan tanggungjawab kami sebagai Ahli Parlimen Pembangkang dan wakil rakyat kepada kawasan yang kami wakili supaya ada semak dan imbang. Keutamaan kerajaan mestilah mengurangkan beban rakyat dan pemulihan ekonomi negara tetapi pada masa yang sama memastikan tadbir urus kerajaan yang baik dan telus. Institutional reform yang menyeluruh sangat diperlukan oleh negara ini. Rasuah dan penyalahgunaan kuasa adalah penyakit yang sudah berakar umbi dan perlu dibasmi dengan penuh kesungguhan. Tuan Yang di-Pertua, dalam laporan harian COVID-19 kita dapat melihat pencapaian Labuan yang menggembirakan dengan kes rendah dan kosong kematian selama 45 hari pada hari ini. Walaupun pernah teruk tersentap dengan jangkitan varian Delta. Labuan negeri pertama masuk fasa 4 dan sudah mencapai lebih 100 peratus vaksinasi penduduk dewasa, termasuk pelajar 16 dan 17 tahun. Bolehkah Labuan menjadi role model sekarang ini? Jawapan saya, yes and no. Labuan satu ketika hampir lumpuh seperti dalam zon peperangan, sehingga MERCY Malaysia dan ATM datang buat hospital medan. Pada ketika itu, hampir keseluruhan rakyat Labuan menjadi bingung dan ketakutan, malah ramai yang marah dan sudah mula tuding menuding jari dan keadaan menjadi begitu tegang. Alhamdulillah, dengan tekad yang tinggi dan dengan kehebatan team Labuan yang terdiri daripada Pengerusi Jawatankuasa Bencana daripada Perbadanan Labuan dan juga Pengarah Kesihatan Jabatan Kesihatan Labuan, dengan agensi jabatan lain seperti polis, TUDM, RELA, bomba dan banyak lagi untuk disebut, maka Labuan telah dapat diselamatkan. Daripada segi itu, saya melihat mereka adalah role model. Mereka cukup bersungguh-sungguh memastikan setiap jangkitan, mereka akan buat contact tracing yang serius. Walaupun Labuan kecil sebenarnya tetapi Labuan adalah satu kawasan yang bukan senang untuk di handle juga sebab pintu masuk yang banyak. Kita ada kapal sebagai bandar pelabuhan, kita ada oil and gas, cari gali dan sebagainya dan kita juga ada setinggan yang banyak. Kita ada penempatan pelarian, kawasan yang sangat sukar untuk dikawal dan mereka harungi semua ini. Alhamdulillah, kita berjaya bendung dan seterusnya sekarang Labuan telah mencatat satu pencapaian yang cukup membanggakan. Akan tetapi episod yang mengerikan itu membuatkan kami takut dan masih trauma sebenarnya, Tuan Yang di-Pertua. Maka dengan itu, walaupun kami sudah berada di Fasa 4, kami masih melaksanakan SOP yang agak ketat. Malah, kita masih takut untuk membuat keputusan dan kita merancang untuk membuat perjumpaan bipartisan, semua akan duduk pada mesyuarat online pada Jumaat ini untuk membuat keputusan. Kita mohon keputusan dibuat konsensus sebab kita tidak mahu ia akan menjadi sesuatu yang akan dipersalahkan oleh rakyat apabila ia akan mula naik balik apabila pembukaan dibuat. Dengan kawalan yang begitu ketat, maka banyaklah ketegangan berlaku. Shortage yang terjadi di Labuan disebabkan oleh gangguan logistik.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Kita punya gula sebenarnya yang diimport dari Semenanjung selama ini sudah putus ataupun shortage. Gula adalah sesuatu asas yang diperlukan oleh ramai orang, terutamanya mereka yang berniaga membuat kuih dan sebagainya. Ini adalah disebabkan ada service disruption surcharge yang dikenakan oleh agensi shipping sebanyak 1,500 satu kontena. Pemborong tidak import sejak bulan Julai lagi sebab ia tidak menguntungkan. Begitu juga chemical untuk proses air, kita terputus satu ketika dan ia menyebabkan bekalan air di Labuan sudah terputus di banyak tempat. Begitu juga building materials dan harga sana sini melonjak naik jauh lebih tinggi daripada di mana-mana mungkin di Malaysia. Walaupun semuanya naik tetapi di Labuan disebabkan oleh ia pulau dan logistik, menyebabkan ia terganggu. Jadi, ini membuatkan Labuan berada dalam satu situasi yang perlu perhatian Kerajaan Persekutuan.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Pada masa yang sama sebenarnya, kita juga mempunyai isu lain yang membebankan Labuan. Labuan ini adalah satu negeri kecil, dia mempunyai state border dengan Sabah. Dia bukan jadi sebahagian dari Sabah dalam pentadbiran. Jadi disebabkan oleh itu, kita mempunyai isu-isu yang lain. Mungkin ianya memudahkan untuk kita mengawal kemasukan dan untuk kita menjayakan dalam mengurangkan jangkitan tetapi ia juga telah membuatkan banyak masalah yang dihadapi oleh rakyat dan juga komuniti peniaga. Contohnya yang berlaku adalah kita punya transporter yang membawa makanan dari Sabah ke Labuan terpaksa berbelanja lebih sebab apa? Untuk cross dari Sabah ke Labuan ataupun Labuan ke Sabah memerlukan PCR dan RTK test yang berterusan. Begitu juga dengan supply barang. Sekarang ini Labuan kekurangan telur ayam. Ia adalah satu bekalan asas yang mana sebelum ini Sabah supply telur ayam ke Labuan sebanyak dua juta lebih biji sebulan tetapi disebabkan di Sabah kurang, maka Kerajaan Negeri Sabah mengeluarkan arahan untuk memberi had ataupun permit cuma 500 ribu sahaja yang boleh dieksport dan ini telah menyebabkan kesusahan kepada Labuan terutamanya mereka-mereka yang berniaga. Begitu juga kepada pengguna-pengguna yang lain sebab itu adalah satu volume yang jauh berbeza, daripada dua juta kepada 500 ribu. Begitu juga dalam industri perhotelan dan lain-lain. Apabila Sabah dalam keadaan tertekan ekonomi, jadi mereka membuat requirement baru di mana crew change ataupun sign on and sign off pekerja-pekerja oil and gas yang pergi ke oil field di perairan Sabah yang selama ini melalui Labuan tetapi disebabkan sekarang ada requirement untuk endorsement dibuat di Kota Kinabalu menyebabkan mereka tidak lagi melalui Labuan dan hotel-hotel di Labuan kehilangan pasaran dan ini menyebabkan Labuan berada di dalam keadaan yang cukup menekan. Ada lagi group yang mungkin kecil tetapi sebenarnya mereka melebihi 100 orang yang kami panggil daily commuter ataupun pekerja ulang-alik dari seberang ataupun di tanah Sabah ke Labuan. Mereka ini sebahagiannya penjawat awam dan juga yang bekerja di swasta dan mereka berulang alik hari-hari. Bayangkanlah dalam keadaan PKP selama ini, mereka tidak boleh cross ke Labuan tanpa kuarantin, tanpa PCR dan begitu juga untuk mereka balik ke Sabah dan mereka ini dalam keadaan yang cukup tertekan dan mereka mahukan pembelaan. Kita pun dah berjanji, no one left behind. Jadi walaupun mereka cuma lebih 100 orang, saya berharap semua ini akan dapat dilihat oleh kerajaan. Apa lagi yang Labuan bukan role model ataupun kita anggap gagal? Pengangguran, Labuan nombor satu dalam negara iaitu sebanyak 8.8 peratus. Lagi teruk dari Sabah yang di kedudukan nombor dua, 8.7 peratus. Belum lagi cerita lain di Labuan yang sudah hilang bermacam-macam tarikan. Duty free rokok dan produk tobacco sudah ditarik balik dan untuk entiti Labuan di Labuan International Business and Financial Centre (Labuan IBFC), ada satu kategori yang telah direklasifikasikan oleh kerajaan dan sudah diluluskan oleh Kementerian Kewangan tahun lepas yang sebenarnya menyebabkan lebih tiga ribu syarikat offshore di Labuan meninggalkan Labuan dan mereka sekarang ini untuk pengetahuan Dewan, telah mengambil tindakan undang-undang terhadap LHDN dalam hal ini.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Ini semua telah membuatkan keadaan ekonomi Labuan menjadi tanda tanya, apa akan jadi Labuan di masa hadapan? Masa pun tidak mengizinkan walaupun sebenarnya banyak lagi yang saya ingin ketengahkan termasuklah masalah peniaga-peniaga di Labuan yang memerlukan sewa mungkin diberi waiver oleh pihak kerajaan terutamanya Perbadanan Labuan, Financial Park yang mana dimiliki oleh Consortium of Bank yang baru melaporkan keuntungan bagi bank-bank dan diharapkan mereka akan menjadi role model untuk sama-sama membantu mereka yang memerlukan bantuan. Tuan Yang di-Pertua, saya lihat Labuan ini sekarang dan kami rasakan sebenarnya untuk sekian lama, Sabah selalu melihat ianya bukan dia punya masalah ataupun dengan attitude Labuan ini bukan sebahagian daripada mereka dan pada masa yang sama, Federal Government seperti tidak kisah ataupun tidak ada masa ataupun lebih sibuk dengan masalah-masalah negara yang lebih besar yang membuatkan sebenarnya Labuan sudah berada dalam keadaan yang disadvantage. Jadi, Labuan yang sebenarnya kita punya ekonomi banyak bergantung dengan minyak dan gas. Minyak dan gas itu adalah berada di perairan Sabah. Dalam keadaan Sabah pun tertekan ekonominya, maka ini akan menyebabkan Labuan kalau tidak ada kepimpinan yang tinggi melihat keadaan ini, tidak hairan satu hari nanti, ianya akan menjadi satu kegagalan Federal Government. Belum cakap lagi sebenarnya kekurangan infrastruktur yang sekarang ini banjir banyak berlaku. Hujan yang tak berhenti-henti sehinggakan banyak rumah yang ditenggelami oleh air. Apabila air pasang dan hujan sekarang ini memang extraordinary lebat dan ini menyebabkan banyak mereka berada dalam keadaan yang begitu susah. Begitu juga dengan tanah-tanah runtuh.

Tuan Yang di-Pertua

Tolong tamatkan ya, Yang Berhormat.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

...Paip pecah dan semua infrastruktur. Jadi saya berharap walaupun kita berhadapan dengan banyak keperluan untuk berbelanja daripada segi memerangi pandemik, saya berharap Labuan yang kecil ini yang telah dipertanggungjawabkan kepada Kerajaan Persekutuan, maka Kerajaan Persekutuan tidak lupa untuk memastikannya ia tidak akan menjadi ghost town di masa hadapan. Kita sudah ada dua hotel yang sudah di-abandoned. The Hotel Labuan dan Waterfront Hotel. Saya berharap tidak banyak lagi hotel-hotel yang akan mengalami nasib yang sama. Sekali lagi saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Saya jemput Yang Berhormat Rompin.

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merafak sembah dan berlindung kasih di atas perkenan tuanku melafazkan titah ucapan di Dewan yang mulia ini. Kerajaan yang ada hari ini adalah kerajaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sebuah kerajaan yang berperlembagaan, dibentuk secara teliti, cermat, demokratik, adil dan penuh dengan kebijaksanaan. Di atas sifat yang saya katakan tadi, kerajaan ini adalah kerajaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sebab itulah di samping perkenan melantik Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang baharu, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, pelantikan Perdana Menteri dan penubuhan kerajaan itu disusuli dengan titah nasihat supaya diwujudkan kestabilan politik, menangani masalah COVID-19 dan yang ketiganya ialah memulihkan ekonomi negara.

Atas Titah nasihat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Yang Berhormat Ketua Pembangkang bersama parti mereka, Parti Pakatan Harapan berjiwa besar menyambut Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong itu. Kita mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Ketua Pembangkang dan rakan-rakan kita daripada parti pembangkang yang telah bersetuju untuk meredakan suhu politik dengan

satu perjanjian sangat luar biasa yang tidak pernah berlaku dalam sejarah negara kita iaitu satu Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik, tahniah. Saya percaya di atas kesungguhan dan keikhlasan Yang Berhormat Ketua Pembangkang dan rakan-rakan mereka dalam Pakatan Harapan ini akan dinilai oleh rakyat kerana mereka menyambut dengan baik cadangan Yang di-Pertuan Agong, di samping kita mendapat seorang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang baru yang saya rasa tidak mempunyai masalah dengan Ahli-ahli Parlimen yang ada di dalam Dewan Rakyat ini. Dengan keikhlasan, ucapan-ucapan yang penuh keikhlasan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang baru ini, sudah menyebabkan kita yakin bahawa menjelang sehingga tamatnya tempoh penggal Parlimen kali ini, kita mengharapkan ia berjalan lancar dan segala masalah politik, masalah ekonomi, masalah COVID-19 dapat diselesaikan. Inilah yang dikatakan demokrasi terpimpin. Dipimpin oleh Yang di-Pertuan Agong, kita menerimanya dan hari ini Istana Negara telah mengeluarkan satu kenyataan media yang sungguh baik dan menutup segala apa juga spekulasi-spekulasi politik daripada mana-mana pihak yang masih cuba untuk mengeruhkan suasana politik negara. Maka dengan kenyataan dari Istana Negara ini, melengkapkan suatu proses kestabilan politik yang membolehkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kita semua rakan-rakan Ahli Parlimen dapat membentuk suatu dasar yang penting untuk kebaikan rakyat semua. Inilah yang saya katakan tadi, sekali lagi saya akan nyatakan secara tegas demokrasi terpimpin berlandaskan latar belakang senario politik selepas pilihan raya keempat belas. Latar belakang kita rakyat Malaysia yang pelbagai agama dan bangsa yang mudah diracuni, dihasut oleh pelbagai pihak untuk mengeruhkan suasana kestabilan politik dalam negara. Maka peristiwa pelantikan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang baru dengan berikutannya titah nasihat daripada Yang di-Pertuan Agong dan perjanjian MoU melengkapkan proses untuk kita move forward. Kestabilan politik boleh membentuk satu polisi yang certainty. Predictable is equal to stability. Kalau suatu dasar itu tidak boleh di predict oleh rakyat, oleh ahli perniagaan yang bersifatnya uncertainty dengan izin, sukar negara itu untuk bergerak ke arah yang lebih baik. Kalau tidak ada stabiliti, maka tidak ada consumer confidence. Kalau tidak ada consumer confidence, maka business and investors’ confidence tidak ada, maka ekonomi tidak boleh berkembang dan akhirnya yang mendapat musibahnya adalah rakyat jelata. Sepatutnya, rentetan sejarah peristiwa pilihan raya keempat belas, pergolakan politik, tukarnya Perdana Menteri dalam masa tidak sampai habis penggal, tiga orang Perdana Menteri cukup mematangkan rakyat di negara kita ini. Bila mereka membuat pilihan dalam pilihan raya, jangan mereka ambil mudah. Apatah lagi saya menyeru kepada anak-anak yang akan diberi peluang untuk mengundi dalam usia yang sangat muda, walaupun umur mereka muda tetapi kita memerlukan kematangan daripada anak-anak kita bila menjelang pilihan raya kelima belas nanti. Jangan berlaku lagi satu keputusan pilihan raya yang menyebabkan tidak wujudnya satu kestabilan politik dalam negara kita ini. Jadinya Tuan Yang di-Pertua, menjelang akhirnya tahun ini ada beberapa perkara yang harus kerajaan tumpukan. Pertamanya adalah vaksinasi. Keduanya ialah consumer confidence dan ketiganya ialah business and investors’ confidence. Keempatnya ialah kerajaan mesti membuat perbelanjaan yang betul, government spending. A right government spending yang boleh membantu untuk pertumbuhan ekonomi negara dengan dasar fiskal yang betul. Kelima ialah polisi-polisi yang tepat, betul dan diyakini oleh rakyat dan juga di peringkat antarabangsa. Ramuan-ramuan lima perkara ini kalau dapat dilakukan oleh kerajaan, saya percaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang baru ini akan dapat meneruskan satu bajet yang lebih bermakna untuk tahun hadapan. Merangka satu dasar Rancangan Malaysia Kedua Belas secara jangka panjang dalam keadaan kekangan ekonomi yang tidak begitu subur maka saya berharap bajet yang akan dibuat oleh kerajaan pada tahun ini mengambil kira polisi-polisi, perkara-perkara dan dasar-dasar yang bukan dasar biasa tetapi dasar-dasar yang luar biasa.

Mungkin dalam keadaan sekarang polisi decentralization dalam melaksanakan, meneruskan projek kepada negeri-negeri boleh ditimbangkan supaya segala projek yang hendak dilaksanakan dapat dilaksanakan dengan cepat. Memberi kuasa yang lebih kepada kerajaan negeri dan daerah-daerah untuk merancang serta membelanjakan wang mereka dengan cepat dan baik supaya membantu pertumbuhan ekonomi yang lebih cepat setelah dilanda oleh suatu penyakit yang kita sedia maklum melanda ke seluruh dunia. Maka saya berharap polisi-polisi yang bukan polisi-polisi yang selama ini biasa kita lakukan tetapi pendekatan dasar-dasar polisi luar biasa yang tidak pernah kita lakukan boleh juga kita fikirkan bagi membantu pertumbuhan ekonomi yang lebih cepat. Dalam masa yang singkat ini, saya ingin mengambil satu perkara yang sangat penting iaitu industri sawit hari ini. Sawit industri besar negara membantu eksport sampai lebih daripada RM50 bilion setahun. CPO price kita mencecah hampir 4,600 RBD kita eksport yang tinggi.

Ia membantu petani-petani dan membantu pekebun-pekebun kecil di luar bandar. Akan tetapi, masalah yang kita hadapi sekarang ini adalah masalah buruh. Saya menyeru kepada, meminta supaya Kementerian Dalam Negeri untuk mempermudah lagi dalam keadaan sekarang ini kepada syarikat-syarikat, kepada koperasi-koperasi, kepada FELDA-FELDA. Di kawasan saya terdapat 17 Rancangan FELDA bermasalah kurangnya tenaga pekerja kerana sukar untuk mendapat kelulusan permit kerja. Ini menyebabkan kalau kita lihat eksport CPO kita telah merosot hampir 15 peratus. Tahun ini hanya sahaja dapat eksport lebih kurang 8.6 juta metrik tan sahaja. Walhal kita boleh jangkakan sampai akhir tahun kita boleh eksport sampai 12 juta metrik tan, tetapi oleh kerana kita menghadapi masalah buruh maka industri ini terjejas dan memberi kesan kepada eksport kita keluar negara. Tuan Yang di-Pertua pada akhirnya, saya sekali lagi menyatakan rasa penghargaan dan terima kasih kepada rakan-rakan Ahli Yang Berhormat daripada pembangkang yang berjiwa besar dan bersetuju tentang satu memorandum yang cukup bermakna dalam sejarah politik negara dan saya menyokong apa juga tindakan untuk memberi peruntukan-peruntukan yang sama dengan Ahli-ahli Parlimen daripada pembangkang. Saya menyokong supaya ahli-ahli pembangkang juga mendapat peruntukan-peruntukan yang sama dengan kerajaan seperti yang sepatutnya diperoleh oleh mereka. Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Dipersilakan Yang Berhormat Beruas. Selepas ini Yang Berhormat Baram, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Muar dan akhir sekali Yang Berhormat Hulu Langat. Ya, Yang Berhormat Beruas.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk membahas Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya ingin bangkitkan empat perkara dan harap mendapat jawapan yang memuaskan daripada pihak kerajaan. Perkara pertama berkenaan dengan Ordinan- ordinan Darurat di bawah Pengisytiharan Darurat yang telah diisytiharkan pada 11 Januari 2021. Di bawah Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan, semua Ordinan-ordinan Darurat mesti dibentangkan di Parlimen melainkan sudah dibatalkan terlebih dahulu. Menteri Undang-undang yang lepas di bawah Kerajaan Perikatan Nasional telah menyatakan bahawa kerajaan sudah pun membuat keputusan untuk membatalkan mereka tetapi Yang di-Pertuan Agong telah meminta atau menasihati mereka supaya Undang-undang Darurat ini atau Ordinan-ordinan Darurat ini dibentangkan di Parlimen mengikut Perkara 150(3). Memandangkan kerajaan tidak membentangkan Ordinan-ordinan Darurat ini di Parlimen adakah Ordinan-ordinan Darurat ini terbatal dengan sendirinya kerana seperti yang saya nyatakan tadi Perkara 150(3) menyatakan, “it shall be tabled”, mesti dibentangkan. Rakyat sudah menunggu jawapan kerana perkara ini telah menimbulkan

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

kekeliruan di kalangan rakyat jelata. Jadi, saya harap kerajaan dapat menjelaskan tentang kedudukan Ordinan-ordinan Darurat ini. Perkara kedua telah dibangkitkan oleh ramai Ahli-ahli Yang Berhormat di sini iaitu kekurangan pekerja di sektor perladangan dan pertanian. Persatuan minyak sawit Malaysia menyatakan bahawa tahun lepas negara kita telah kehilangan RM10 bilion ringgit hingga RM12 bilion ringgit pendapatan daripada industri sawit akibat kekurangan pekerja dan tahun ini dianggarkan meningkat kepada RM20 bilion ringgit atas sebab harga sawit yang lebih tinggi dan kekurangan pekerja yang terus meruncing. Kerajaan dianggarkan kehilangan cukai RM2 bilion akibat kehilangan pendapatan ini, kekurangan pekerja ini telah menyebabkan hasil minyak sawit berkurangan 20 peratus hingga 30 peratus. Kerajaan hendaklah memastikan pekerja asing yang sedia ada di negara kita dalam sektor perladangan dan pertanian ini terus berada di sini dan membenarkan pekerja asing dari luar masuk ke negara kita selepas mengikut syarat 14 hari kuarantin yang telah kerajaan tetapkan untuk semua orang asing ataupun warga Malaysia yang balik ke negara kita. Selepas 14 hari mereka akan dibenarkan masuk ke negara kita. Malangnya, polisi kerajaan sekarang seakan-akan satu polisi mensabotaj ekonomi negara, kerajaan telah mengisytiharkan tentang pelan rekalibrasi or recelebration. Rekalibrasi PATI dan syarat-syarat yang ditetapkan ini seakan-akan hendak menghalau semua pekerja asing pati ini keluar dari negara kita bukan mengekalkan mereka. Jadi, telah meruncingkan lagi masalah kekurangan pekerja asing di Malaysia Tuan Yang di-Pertua, untuk pelan rekalibrasi PATI bagi tempoh 16 November 2020 hingga 30 Jun 2021 hanya dua jenis kumpulan PATI dibenarkan untuk pemutihan. Kumpulan pertama ialah pekerja yang sedang bekerja dengan majikan. Masalahnya bagaimanakah majikan boleh menunjukkan pekerja itu sedang bekerja dengan dia kalau dia seorang PATI? Jadi, ini tidak munasabah. Ini satu syarat tidak munasabah. Kumpulan yang kedua ialah orang asing di depoh tahanan imigresen dengan syarat majikan perlu membayar kos untuk menghantar balik seorang lagi warga asing ke negara asal. Saya nak tanya kerajaan, majikan manakah yang sudi membayar beribu-ribu ringgit untuk menghantar warga asing pulang ke negara asal mereka apabila majikan ini tidak mengenali warga asing yang hendak digajinya. Bagi Pelan Rekalibrasi PATI bagi tempoh yang bermula 1 Julai 2021 hingga 31 Disember 2021 telah ditetapkan cara yang amat rumit dan susah untuk memohon. Mesti dapat perlepasan dari imigresen back to sumber manusia kemudian back to imigresen again. Akan tetapi, ini semua tidak dapat dilakukan kerana saya mendapat aduan bahawa cara permohonan kuota ini sungguh pun dilaksanakan sejak 1 Julai 2021 sampai hari ini lebih daripada dua setengah bulan. Ia masih tidak berfungsi lagi kerana Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri belum bersedia menggunakan laman web ini. Laman Foreign Workers Centralize Management System www.fwcws.my. Jadi, sudah lebih dua bulan setengah rakyat tidak boleh memohon. Saya mengesyorkan pelan pemutihan ini dipermudahkan dan Kementerian Sumber Manusia diberikan kuasa untuk meluluskan pemutihan pekerja-pekerja ini dan Kementerian Dalam Negeri hanya bertindak untuk menerima wang bayaran bagi visa untuk pekerja-pekerja ini terus berada di Malaysia.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Isu ketiga, hak kebebasan bukan Islam untuk mengisytiharkan bahawa mereka bukan Muslim. Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap orang untuk mengisytiharkan atau menganuti dan mengamalkan agamanya. Niat Perkara 121(1)(a) Perlembagaan Persekutuan hanyalah supaya Mahkamah Sivil tidak ada bidang kuasa berkenaan dengan perkara-perkara di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Peruntukan ini tidak menidakkan hak yang dijamin untuk setiap orang di bawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan. Saya memohon kepada kerajaan supaya menghormati hak orang bukan Islam untuk mengisytiharkan bahawa mereka bukan Muslim. Sebagai satu contoh, kes budak

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Ng Poh Jing, nombor sijil kelahiran 071009081141 yang dilahirkan pada 9 Oktober 2007. Apabila beliau hendak membuat kad pengenalan semasa berumur 12 tahun, beliau telah diberitahu kad pengenalannya menyatakan bahawa beliau adalah seorang Islam. Beliau tidak hendak kad pengenalan sedemikian kerana ia akan menghantuinya seumur hidup seperti yang telah berlaku kepada emaknya. Lebih empat tahun sebelum Ng Poh Jing dilahirkan, emaknya sudah membuat surat sumpah berkanun bertarikh 13 Februari 2003 bahawa beliau tidak pernah mengamalkan agama Islam dan ingin mengamalkan agama Buddha. Emaknya tidak dapat berkahwin dengan bapa Ng Poh Jing yang juga seorang Cina Buddha kerana kad pengenalan emaknya tertulis perkataan Islam. Kita mesti menggalakkan institusi keluarga dan tidak boleh melarang orang lain daripada berkahwin. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyatakan kita hendak satu keluarga Malaysia. Emak Ng Poh Jing pun berhasrat beliau boleh ada satu keluarga yang diiktiraf oleh undang-undang. Inilah hasrat beliau dan telah menyatakan kepada saya beliau berharap satu hari nanti boleh mencapai impian ini supaya beliau boleh berkahwin secara sah. Kalaupun beliau tidak dapat mencapai impian ini, beliau berharap bencana yang melanda beliau tidak akan melanda anak kesayangannya. Saya berharap Kementerian Dalam Negeri dapat mengeluarkan kad pengenalan kepada Ng Poh Jing tanpa perkataan Islam. Akhir sekali, saya ingin membangkitkan polisi kerajaan berkenaan dengan peruntukan wang yang telah diluluskan akan hangus atau ditarik balik kalau ia tidak dibelanjakan dalam tahun itu sendiri. Saya merujuk kepada projek Warisan Kampung Koh di kawasan Parlimen saya. Semasa Pakatan Harapan menjadi kerajaan melalui Kerajaan Negeri, pihak Kerajaan Persekutuan telah meluluskan projek Warisan Kampung Koh dan hendak memberikan wang sejumlah lebih daripada RM40 juta untuk dibelanjakan dalam projek ini dalam tempoh tiga hingga lima tahun. Wang sebanyak RM3 juta telah diterima oleh Majlis Perbadanan Manjong. I’m finishing, just give me one minute. Oleh kerana dikatakan kalau ia tidak dibelanjakan, ia akan hangus dan sekarang Majlis Perbadanan Manjung hendak gunakan RM3 juta ini untuk membina satu bangunan. Saya hendak tanya kerajaan, sama ada projek ini akan diteruskan dan kalau tidak, kita hanya bina satu sahaja bangunan tanpa keseluruhan projek, it will become a white elephant. Saya minta kerajaan dan kalau boleh Menteri Kewangan bagi satu jaminan wang ini akan terus diberikan untuk projek yang baik selepas dirancang. Janganlah memaksa mereka. Don’t build a white elephant, old market just rebuild and put it there for nothing. Ini projek warisan seluruh kawasan. Jadi harapan saya, saya hendak tanya, adakah projek ini yang diluluskan oleh Kerajaan Pakatan Harapan akan diteruskan. Kalau tidak, mintalah wang ini boleh digunakan untuk buat satu taman rekreasi yang sangat diperlukan di Sitiawan. Janganlah paksa kerajaan tempatan membina satu bangunan just for the sake of spending RM3 milion for nothing. Kalau boleh bagi jaminan duit ini akan terus diberikan kepada kerajaan tempatan untuk projek yang berfaedah. Itulah sahaja ucapan saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Yang Berhormat Baram dipersilakan.

Tuan Anyi NgauPDP · GPSBaram

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua atas peluang ini untuk bahas dalam titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong. Tuan Yang di-Pertua, dengan masa ini, saya ingin bangkitkan satu dua perkara yang berkaitan dengan pandemik ini. Apabila kerajaan mengumumkan bantuan-bantuan ataupun pakej-pakej ekonomi untuk menangani COVID-19 ini, saya percaya semua rakyat, khususnya golongan B40 dan M20, mereka merasa ini adalah satu perangsang

Tuan Anyi NgauPDP · GPSBaram

ataupun satu yang dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh mereka apabila mereka dilanda dengan COVID-19 ini. Saya percaya bantuan-bantuan kewangan yang dinyatakan dalam lingkungan RM530 bilion ini satu angka yang cukup besar. Mereka pasti menerima ini dengan hati yang bagus. Namun, untuk bantuan kewangan terus ini khususnya untuk BKC, PRIHATIN dan sebagainya, adakah kerajaan khususnya Kementerian Kewangan sedar bahawa di kalangan tujuh juta ataupun daripada tujuh juta yang menerima bantuan-bantuan kewangan ini, adakah mereka sedar bahawa terdapat sebilangan yang belum lagi menerima sebarang bantuan daripada bantuan kewangan ini. Begitu juga dengan BKS. Ada sesetengah syarikat yang menerima bantuan- bantuan tertentu daripada kerajaan. Akan tetapi ada juga yang saya terima daripada kawasan saya yang mengatakan mengikut pandangan mereka, mereka adalah tergolong dalam B40, mahupun ada yang memikirkan mereka ini adalah golongan M20, tetapi mereka tidak menerima apa-apa bantuan kewangan. Saya mohon dan saya sarankan kepada kerajaan supaya mereka ini diberikan bantuan juga. Ini adalah selaras dengan semangat Keluarga Malaysia yang baru kita perkenalkan ini.

Tuan Anyi NgauPDP · GPSBaram

Saya juga ingin cadangkan supaya pihak Kementerian Kewangan menggunakan khidmat Pejabat Daerah ataupun Pejabat Residen kalau dalam konteks Sarawak, Pejabat Daerah dan Pejabat Residen untuk mengenal pasti mereka ini yang tercicir daripada bantuan ini. Saya menyarankan supaya Pejabat Daerah dan Pejabat Residen digunakan sebagai saluran untuk mengenal pasti mereka ini sebab saya yakin bahawa institusi ini boleh menjalankan tugas itu untuk mengenal pasti mereka yang tercicir ini. Oleh sebab terbukti masa kita buat vaksinasi baru-baru ini, Kerajaan Negeri Sarawak menggunakan khidmat Pejabat Daerah dan Pejabat Residen untuk kenal pasti mereka yang di luar kawasan, di pedalaman ini. Saya percaya dan yakin ini adalah antara sebab kenapa di Sarawak dapat kita capai herd immunity itu. Kedua yang saya hendak bangkitkan ialah berkenaan dengan banjir. Sebenarnya kalau bulan Jun atau bulan Julai di Sarawak ataupun di kawasan saya ini adalah musim untuk mereka membuat ladang. Akan tetapi sepanjang tahun ini, terdapat 4,000 buah keluarga ataupun 130 buah rumah panjang ataupun penempatan di kawasan Baram ini telah pun dilanda banjir bukan sekali sahaja, Tuan Yang di-Pertua, ada juga yang jadi mangsa banjir ini untuk kali yang kelima ini. Ini saya rasa adalah satu lagi masalah kepada mereka. Oleh kerana selain daripada COVID-19, selain daripada PKP yang kita laksanakan, mereka ini juga dilanda oleh banjir ini. Terima kasih, kita memang ucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan sebab bantuan makanan diberi. Namun, harta benda mereka, katil, cupboards, meja, rosak sebab ditenggelami air. Saya merayu supaya pihak kerajaan yang berkaitan ini mengambil berat berkenaan dengan ini. Untuk jangka panjang, kita rasa memang perlu kita buat. Mungkin kita korek kuala sungai ini. Tetapi untuk jangka pendek ini saya merayu kepada pihak kerajaan supaya memberi bantuan kewangan juga kepada mereka ini seperti yang pernah dilaksanakan satu masa dahulu. Ini saya percaya adalah semangat Keluarga Malaysia yang kita amalkan pada masa ini. Yang ketiga Tuan Yang di-Pertua ialah berkenaan dengan frontliners ini. Umum tahu bahawa tanpa frontliners mungkin akibat ataupun kesan pandemik ini mungkin lebih teruk lagi kepada kita semua. Namun oleh sebab ketekunan mereka, oleh sebab komitmen mereka, maka dapatlah kesan ini diringankan sedikit. Di kawasan saya di mana KKM, petugas-petugas KKM ini yang di kawasan pedalaman lebih-lebih lagi di klinik-klinik kesihatan di pedalaman, kemudahan-kemudahan asas itu pun tidak ada Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin sentuh Klinik Long Banga, Klinik Long Moo, Klinik Long Jekitan, Klinik Long Bedian dan seterusnya ini dan tambah dari itu Klinik Kesihatan Long Lama yang

Tuan Anyi NgauPDP · GPSBaram

sudah dilanda hakisan tanah satu masa dahulu sampai hari ini belum lagi dapat diguna oleh kerana keadaan klinik itu belum lagi selamat. Saya mohon dengan peruntukan yang kita gunakan untuk kesihatan ini, untuk KKM ini, satu hospital dibuat ataupun dibina di Pekan Long Lama untuk meringankan lagi, untuk memberi khidmat kepada rakyat di kawasan Baram ini. Saya percaya kalau ada juga di kawasan-kawasan lain, perlu juga dan untuk kerajaan buat yang sama di mana- mana tempat ini. Yang keempat, selalu rakan saya pun dan saya sendiri pun pernah sebut bahawa jalan raya ini. Awal tadi saya kata musim ini musim hujan dan diramalkan juga dalam bulan Oktober atau bulan November ini nanti mungkin lebih hebat lagi masalah ini. Jalan yang ada di kawasan saya dan di kawasan pedalaman ini yang sudah ditinggalkan oleh syarikat pembalakan sudah pun oleh kerana hujan yang lebat ini yang mengakibatkan banjir yang saya kata awal tadi. Ini sudah menjadi tanah runtuh, jambatan rosak sehingga apabila Kementerian Kesihatan ataupun kebajikan menghantar bantuan kepada tempat-tempat di pedalaman semasa COVID-19 ini, mereka tidak dapat pergi oleh sebab jambatan ataupun jalan yang rosak. Saya mohon dan saya sangat mengharapkan supaya jalan, jambatan yang ditinggalkan oleh syarikat-syarikat pembalakan di kawasan luar bandar ini diperbaiki. Ini untuk masa yang terdekat ini. Mungkin ini perlu dipertimbangkan dalam RMKe-12 ini. Ini untuk masa panjang tetapi we want the roads to be accessible for immediate time supaya hubungan connectivity ini dapat disambungkan ini. Ini sudah menjadi masalah kita. Saya merayu, berdasarkan kepada semangat Keluarga Malaysia ini, merayu dengan seikhlas-ikhlasnya di Dewan yang mulia ini supaya apa yang saya perkatakan awal tadi ini dapat dipertimbangkan dengan sewajarnya oleh pihak kerajaan dengan segera. Dengan itu, saya menyokong titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Baram. Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam reformasi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas peluang yang diberikan kepada Hang Tuah Jaya untuk berbahas titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Masa pun sudah pukul 7 malam Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mulakan dengan mengingatkan kita tentang esok merupakan sambutan Hari Malaysia. Kita tahu di dalam titah Yang di-Pertuan Agong ini membahaskan tentang Keluarga Malaysia. Seri Paduka Baginda menyebut bahawa dalam konteks keluarga Malaysia itu bermaksud Malaysia yang makmur, inklusif dan juga mampan. Saya ingin ingatkan kita bahawa di dalam Jata Negara itu dinyatakan, “Bersekutu Bertambah Mutu”. Bersekutu ini kalau kita lihat definisi dan tafsirannya menunjukkan bahawa di dalam negara kita yang majmuk ini kita semua mesti bersama- sama bersekutu, bekerjasama. Dalam hal ini, saya ingin nyatakan bahawa sudah sampai masanya untuk kita memberikan penegasan kepada masa depan negara yang lebih inklusif, yang memahami bahawa sejarah negara ini berpaksikan kepada kepelbagaian kaum dan ras.

Ini menjadi punca untuk negara kita pergi lebih jauh dan juga maju. Saya percaya bahawa setelah kita merdeka dan kemudian menyambut Hari Malaysia, sewajarnya kita mengambil satu sikap yang positif dan mula melihat semula agenda pendidikan kita, mula melihat semula pendekatan kita dalam pentadbiran. Apakah kita benar-benar menjamin prinsip keadilan kepada semua masyarakat di dalam negara kita. Tuan Yang di-Pertua, saya sewaktu 20 tahun yang lalu, tahun 2001, beberapa minggu sebelum peristiwa 9/11,

saya menghadiri satu persidangan dunia, World Conference Against Racism di Durban dan pada ketika itu kita membahaskan topik yang cukup penting menentang perkauman, menentang diskriminasi kaum, menentang xenophobic dan perkara-perkara yang berkait dengannya. Malangnya selepas itu berlakunya peristiwa 9/11. Akan tetapi apa yang di termeterai di dalam persidangan dunia di Durban itu ialah bagaimana kita mengangkat tema bahawa sudah sampai masanya kita bergerak untuk menekankan konsep kasih dan sayang dalam erti kata lita’arafu. Saya ingin tanya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, apakah makna lita’arafu ini ditekankan di dalam segala agenda dan program yang membabitkan kerajaan sekarang ini kerana kita tahu kita berhadapan dengan realiti. Ada parti-parti yang mewakili kaum, kita ada kepelbagaian kaum. Sampai sekarang masih lagi ada isu-isu yang membabitkan race dan perkauman. Jadi bagaimana cabarannya untuk memastikan dalam agenda negara kita, kita mengangkat persoalan bahawa negara ini, “Bersekutu Bertambah Mutu”. Saya ingin bawa Dewan ini kepada prinsip lita’arafu yang diperkenalkan oleh Allahyarham— antara yang dipopularkan oleh Allahyarham Prof. Datuk Dr. Sidek Fadhil yang pada 31 Ogos yang lepas, baru-baru ini telah kembali ke rahmatullah. Beliau adalah merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, Universiti Sains Islam Malaysia. Beliau menyatakan bahawa andainya kepelbagaian ini diurus dan dikendalikan dengan bijaksana, ia akan menghasilkan kesalingan yang juga produktif. Beliau juga mengungkapkan dengan begitu tegas apa yang disebut di dalam Al- Quran dengan izin Tuan Yang di-Pertua, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] di mana dalam ayat ini Allah SWT telah menegaskan bahawa wahai manusia, aku jadikan kamu lelaki dan wanita, berkelompok-kelompok, berqabilah, berkumpulan untuk sama-sama kita saling kenal mengenal dan sudah pastilah di dalam ayat ini kenal mengenal itu bukan sedar how are you, apa khabar, tidak. Memahami budaya dia, memahami apa yang menjadi sensitiviti dia dan perkara inilah yang pada saya, saya tegaskan kepada kerajaan, saya sarankan kepada kerajaan agar dicermati perkara berkaitan seperti ini. Saya juga ingin mengajak Kementerian Pengajian Tinggi untuk sama-sama kalau boleh ambillah cadangan agar diwujudkan kerusi Sidek Fadhil yang boleh sahaja dibuat di Universiti Sains Islam Malaysia agar idea-idea berkaitan dengan pemerkasaan kepelbagaian kaum ini dapat sama-sama diperturunkan kepada generasi akan datang. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin bertanya kepada kementerian berkait tentang 1,517 pelajar yang baru-baru ini dilaporkan oleh media menjadi anak yatim dan yatim piatu disebabkan COVID-19 ini. Ini sudah pasti berkait dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Saya ingin tanya apakah perancangan mereka untuk membantu keluarga ini. Di dalam kawasan saya memang ada juga para pelajar yang kemudian dihubungi oleh guru-guru, mereka bertemu dengan Ahli Parlimen, minta bantu. Akan tetapi pada saya Tuan Yang di-Pertua, ini adalah perkara yang serius, 1,517 pelajar sekarang ini yang kehilangan bapa ataupun ibu ataupun terus yatim piatu. Mereka ini bukan sekadar hilang tempat untuk bergantung, tapi sudah pasti melalui saat yang begitu trauma untuk berhadapan dengan perkara ini. Jadi kita ingin minta kerajaan untuk wujudkan apa yang dipanggil kalau boleh saya cadangkan Jawatankuasa Perkhidmatan Anak-anak COVID-19 ini supaya ada satu program yang khas membantu mereka dan sudah pastilah bila saya bercakap tentang perkara ini kerana kita tahu di bawah ini, di Jabatan Kebajikan Masyarakat khususnya saya dimaklumkan mereka tidak ada punca kuasa, tidak tahu hendak bantu yang bagaimana. Jadi sudah pastilah perkara ini perkara yang cukup mendesak untuk sama-sama kerajaan lakukan dan ambil tindakan dengan segera. Berkait dengan anak-anak ini juga Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bangkitkan juga soal pendidikan. Kita tahu pendidikan ini satu perkara yang serius. Ramai sudah ahli- ahli wakil rakyat yang membangkitkan perkara ini, Ahli-ahli Parlimen yang bangkitkan perkara ini. Dua perkara utama, satu, infrastruktur dan yang keduanya ialah pedagogi, kaedah mengajar. Saya percaya Tuan Yang di-Pertua pun mungkin ada anak. Saya pun ada anak yang sedang belajar sekarang ini. Kita lihat bagaimana pedagoginya, cara mengajar di dalam kelas sudah pasti berbeza dengan cara mengajar melalui dalam talian dan tidak boleh dipukul rata bagaimana hendak menarik minat anak-anak ini.

Jadi saya ingin tanya kepada Kementerian Pelajaran apa persediaan mereka. Bukan sekadar pengumuman tetapi apa yang telah dilakukan dalam kita berdepan dengan masalah pendidikan yang mengakibatkan kemungkinannya berlaku a lost generation kalau tidak disusun dengan baik. Daripada segi infrastruktur, saya ingin tanya kepada janji-janji kementerian tentang komputer riba dan sebagainya. Kita baca dalam laporan media ada telefon yang dibekalkan oleh syarikat-syarikat seperti YTL dan sebagainya. Terbakar, apa kualiti telefon yang diberi? Kita juga tahu baru- baru ini saya baca buku Memori Bukan Memoir oleh Ahli Parlimen Simpang Renggam. Di muka surat 368 tulis dengan jelas tentang 1BestariNet. Kita tahu 1BestariNet dahulu dipimpin oleh Yang Berhormat Pagoh. Kita ingin tanya kepada kerajaan, tanya kepada Pengerusi PAC apa jadi dengan 1BestariNet ini yang sepatutnya menjadi suatu program mega jangka masa panjang untuk membekalkan internet ke sekolah-sekolah. What happened to this programme? Bilion wang dibelanjakan tetapi bila kita berdepan dengan keadaan seperti ini, kita nampak- nampaknya seperti helpless, tidak boleh buat apa-apa. Jadi saya ingin tanya kepada kementerian, saya akan minta nantinya Pengerusi PAC untuk bawa perkara ini ke perhatian PAC supaya kita dapat pastikan duit yang dibelanjakan...

Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, minta pencelahan sikit boleh?

...untuk kepentingan negara ini dapat diperhalusi terus sampai ke akar umbi. Silakan.

Yang Berhormat, saya cuma hendak ingatkan Yang Berhormat berkaitan dengan janji kerajaan mengenai 150 ribu laptop dalam Belanjawan untuk tahun ini sama ada Kementerian Pendidikan sudah berikan 150 ribu laptop itu kepada pelajar-pelajar ataupun masih tidak. Kalau tidak kenapa tidak dan berapakah jumlah laptop yang telah pun diberikan setakat ini. Terima kasih Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.

Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Saya setuju dengan Yang Berhormat Batu Gajah dan saya minta kementerian untuk jawab perkara ini buat ke sekian kalinya kerana kita sudah banyak kali bangkit di dalam Dewan Rakyat ini namun saya tidak tahulah apa yang telah berlaku, malah saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat Batu Gajah dalam pertemuan antara wakil-wakil parti dengan Menteri Kewangan, kita bangkitkan perkara ini. Beliau sebut perkara ini sedang diusahakan, insya-Allah by November, by September, by October tapi nampaknya itu belum lagi berlaku. Jadi kita akan terus desak agar janji ini dapat dipenuhi oleh Kementerian Kewangan dan juga Kementerian Pendidikan. Tuan Yang di-Pertua, hal yang seterusnya yang ingin saya bangkitkan ini ialah tentang berkaitan bencana alam. Kita tahu tidak lama lagi akan berlaku Persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai perubahan iklim di Glasgow pada bulan November. Saya ingin tanya kepada kementerian apa perancangan mereka kerana kita tahu bahawa di Malaysia ini ada tiga jenis bencana, banjir, banjir kilat dan juga tanah runtuh dan kita tidak terlepas daripada komitmen kita untuk memastikan kita menjadi sebahagian daripada rakan-rakan dunia untuk mempertahankan alam sekitar yang baik. Kalau boleh saya bagi pandangan kepada Menteri yang menjaga alam sekitar ini, antara tokoh-tokoh macam Prof. Roger Scruton menulis baru-baru ini tentang Green Philosphy, membawa kaedah agar kita semua—

Saya hendak minta agar kementerian brief kita Ahli-ahli Parlimen ini, apa tindakan yang boleh kita lakukan bersama-sama dalam usaha untuk memastikan alam sekitar ini baik supaya tidak timbul lagi isu-isu yang baharu-baharu ini di Kedah, termasuk di tempat saya, Tuan Yang di-Pertua. Orang naik bendera putih, ada rakyat di kawasan saya naik bendera merah sebab sudah dua kali banjir di kawasan Ayer Keroh. Jadi, saya minta kepada kementerian, saya hendak bagi tahu kepada Menteri, minta tolong turun padang tengok kerana kita tidak mahu rakyat di kawasan atau di mana-mana tempat yang rata-

ratanya miskin tetapi apabila berdepan dengan masalah bencana ini, terus jatuh lagi miskin. Kalau menggunakan istilah Presiden Sukarno, bukan ‘papa kedana’ Tuan Yang di-Pertua, ‘papa sengsara’. Jadi Tuan Yang di-Pertua, rakan-rakan Ahli Dewan yang dikasihi sekalian. Saya ingin akhiri dengan serangkap pantun untuk memberikan ingatan kepada kerajaan di atas kesediaan kita di barisan Pakatan Harapan ini untuk memasuki satu memorandum persefahaman transformasi dan kestabilan politik. Pantun ini berbunyi sebegini Tuan Yang di-Pertua; Terbang kunang di tengah malam, Hinggap masuk di tiang seri, Tangan kanan diajak bersalam, Apa maksud pisau di kiri. Harap jangan ada pisau Tuan Yang di-Pertua, harap salam itu salam betul-betul. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Yang Berhormat Kepong, silakan.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya mengambil bahagian untuk menjunjung kasih Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Ucapan saya fokus kepada isu pandemik COVID-19. Saya ada beberapa cadangan untuk menambah baik situasi COVID-19 di Malaysia. Pertama, saranan saya untuk menggalakkan pembukaan lebih banyak hospital swasta yang baharu di negara kita. Disebabkan oleh pandemik ini, kita dapat lihat hospital-hospital di negara kita penuh dengan pesakit COVID-19. Ketika kes positif COVID-19 di negara menjangkau puluhan ribu pada beberapa bulan yang lepas, kita dapat lihat wad-wad ICU di hospital penuh sehinggakan pihak hospital terpaksa menggunakan kerusi menunggu sebagai katil. Bagi mereka yang dirawat di hospital swasta pula, mereka perlu menyediakan jumlah deposit yang besar. Sesetengah hospital swasta meminta sekurang-kurangnya RM50,000 sebagai deposit sahaja untuk mendapatkan rawatan di wad ICU. Sudah tentunya jumlah ini tidak terjangkau bagi mereka di dalam kumpulan B40 ataupun M40. Mahu tidak mahu, pesakit COVID-19 perlu tunggu untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan. Ada kes-kes tertentu apabila mereka tunggu terlalu lama, kesihatan pesakit menjadi teruk. Akhirnya, mereka meninggal dunia tanpa sempat menerima rawatan. Di dalam pandemik COVID-19 ini kita sudah lihat di mana ramai orang pergi meninggalkan kita kerana ada yang tidak sempat menerima rawatan dengan pantas. Saya percaya situasi ini sudah cukup untuk menjadi pengajaran kepada pihak kerajaan. Sudah tiba masanya untuk kerajaan membenarkan pembukaan lebih banyak hospital swasta baru di negara kita seiring dengan pembinaan lebih banyak hospital kerajaan. Buat masa ini, kita tidak mempunyai banyak hospital swasta di negara kita. Hospital swasta yang sedia ada pula masih dikawal oleh syarikat-syarikat besar yang memonopoli pasaran. Oleh yang demikian, bil hospital swasta boleh dicharge setinggi-tingginya dan sesuka hati mereka. Sekiranya pihak kerajaan membenarkan pembukaan lebih banyak hospital swasta yang baharu, pasaran harga untuk rawatan di hospital swasta pasti dikurangkan dan lebih ramai orang mampu mendapat rawatan di hospital swasta, terutamanya di waktu-waktu meruncing seperti di dalam situasi pandemik COVID-19 ini. Dalam masa yang sama, pembukaan hospital-hospital swasta baharu ini juga dapat mengurangkan beban kerajaan dalam menangani pesakit orang ramai seperti di dalam situasi COVID-19. Cadangan kedua saya ialah subsidi Kit Ujian Saringan COVID-19 RTK-Antigen percuma untuk rakyat yang memerlukan. Keputusan kerajaan untuk menetapkan harga

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

siling RM19.90 bagi Kit Saringan Kendiri COVID-19 RTK-Antigen dilihat sebagai langkah yang bagus dalam memastikan lebih ramai orang mempunyai akses terhadap saringan yang berpatutan. Namun begitu, harga ini masih dikira mahal bagi golongan B40. Lebih-lebih lagi apabila sekarang terdapat keperluan untuk ujian dilakukan secara berkala. Walaupun kerajaan sedang meneliti usaha untuk menyediakan kit ini secara percuma untuk mereka yang kurang berkemampuan, adalah lebih bagus dan mudah agar kit ini dapat disediakan secara percuma untuk semua yang mahu. Walaupun kita sudah mencapai kadar peratusan vaksinasi lengkap yang agak tinggi, kita perlu ingat bahawa risiko penularan masih wujud. Tambahan pula sekarang ini kita berhadapan dengan ancaman varian-varian COVID-19 yang baharu dan lebih berbahaya. Perlu diingatkan juga ujian saringan ini adalah first line of defence bagi mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Disebabkan mereka ini rata-rata masih belum divaksinasi, di sini kita lihat keperluan untuk mereka sentiasa melakukan ujian saringan COVID-19. Kalau kita yang telah divaksinkan ini pun perlu menjalani ujian secara berkala, apatah lagi mereka. Tambahan pula dengan sektor ekonomi kita yang sedang perlahan- perlahan beroperasi semula, sangat wajar untuk kita mulakan langkah ini. Misalnya di United Kingdom, mereka menawarkan kit saringan kendiri secara percuma kepada mereka yang mahu. Mereka di UK hanya perlu emel sahaja kepada pihak berkuasa dan kit RTK-Antigen percuma akan dihantar sampai ke hadapan rumah mereka. Kita juga boleh lakukan perkara yang sama, malahan lebih baik sekiranya kita dapat bekerjasama dengan institusi seperti sekolah, pejabat daerah, klinik kesihatan tempatan dan juga pejabat wakil rakyat tempatan. Mereka hanya perlu pergi ke tempat tersebut, isi butiran penting dan ambil RTK-Antigen percuma sahaja. Dewan yang mulia ini, sekarang bukan masanya untuk kita berbelanja besar dalam mengeluarkan vaksin kita sendiri sepertimana yang disarankan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Saya berpendapat adalah lebih baik pihak kerajaan menggunakan wang yang ada untuk mengukuhkan segala inisiatif yang ada dalam menangani pandemik COVID-19 ini. Tambah baik logistik sistem kesihatan negara sebelum pergi menjalankan projek- projek besar seperti mencipta vaksin COVID-19 negara kita sendiri. Berilah lebih RTK- Antigen percuma kepada rakyat yang memerlukan. Negara kita mempunyai hubungan baik dengan negara-negara yang besar yang maju dan mereka mampu untuk memberikan kita bekalan vaksin secara percuma. Dengan itu, saya menyokong perbahasan menjunjung kasih Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Sekarang Yang Berhormat Muar. Silakan.

Bismillahi Rahmani Rahim, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. COVID-19 kini adalah musuh utama negara. Di mana kerajaan dan pembangkang boleh duduk bersama untuk mencari jalan penyelesaian bersama, wajib kita lakukan bersama. Oleh kerana realitinya, apabila rakyat kita meninggal dunia, bunuh diri, hilang kerja, kesakitan itu dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia. Oleh kerana kita dalam satu kerangka keluarga yang lebih besar.

Apa situasi COVID-19 yang sedang kita hadapi pada hari ini? Lebih dua juta rakyat kita telah pun dijangkiti COVID-19. Lebih 22,000 rakyat kita telah pun meninggal dunia, lebih 1,500 rakyat kita telah pun bunuh diri. Kalau kita lihat Bloomberg Resilience Index yang meletakkan negara kita di tangga ketiga tercorot di dunia. Economist normalcy index yang meletakkan negara kita di tangga yang tercorot. 50 out off 50. Realitinya ini jikalau kita terus leka mengamalkan politik kuasa dan wang memecahbelahkan sistem demokrasi itu agak sukar untuk kita tangani masalah yang

paling utama iaitu untuk membela rakyat. As we speak lebih 800,000 rakyat Malaysia menganggur dan hilang kerja, yang ada kerja 600,000 keluarga golongan pertengahan M40 tergelincir masuk ke kumpulan B40. Purata gaji pekerja rakyat Malaysia secara amnya menurun 15 peratus. It is time for us to focus on the people instead of playing politics. Saya ingat sebagai seorang anak muda, kali pertama saya menyertai politik niat saya adalah untuk membina sebuah negara Malaysia di mana seluruh rakyatnya tidak kira agama, tidak kira bangsa yang muda dan yang tua semua bersama bangga untuk panggil negara Malaysia ini sebagai rumah kita. Rumah yang akan kita pertahankan bersama. Akan tetapi untuk kita capai matlamat tersebut, tidak cukup untuk kita hanya membuat perubahan personaliti ataupun parti politik semata-mata tetapi wujudnya keperluan untuk kita merombak sistem politik dan ekonomi negara supaya perubahan yang bermakna betul-betul boleh berlaku. Pertama, saya ingin tekankan untuk kita merombak sistem politik di Putrajaya di mana kita perlu kurangkan kuasa golongan elit dan mengembalikan kuasa kepada institusi rakyat. Secara idealnya adalah untuk membina sebuah sistem demokrasi berperlembagaan yang kukuh, pro-rakyat, berdaulat yang melangkaui personaliti politik ataupun parti politik. It means building a strong independent system when whoever is Prime Minister or whichever party is in power, Malaysia will keep on moving forward because the fundamental of Malaysia is strong enough. In practice apa maksudnya? Maksudnya sistem di mana kuasa Perdana Menteri dan Menteri itu dikurangkan. Sistem tender terbuka tidak ada lagi atau kurangkan sistem tender terhad. Ia bermaksud kita perlu adakan Political Funding Act ataupun Akta Pendanaan Pilihan Raya supaya golongan elit tidak boleh menguasai parti politik dan kontrak-kontrak kerajaan. Ini kerana realitinya pada hari ini, golongan elit, bilionair, jutawan akan memberikan sumbangan politik kepada semua parti politik tidak kira dalam kerajaan atau yang dalam pembangkang. Kerajaan diberi lebih dan pembangkang diberi sedikit they hatch their batch supaya sesiapa pun yang menang terhutang budi kepada mereka dan perlu memberikan kontrak berbilion ringgit kepada mereka selepas membentuk kerajaan. Kita perlukan Akta Pendanaan yang jelas dan jujur supaya kita pastikan bahawa rakyat yang berkuasa bukan golongan elit. Saya ingat sepatutnya akta ini dibentangkan pada Mac 2020 sebelum Gerakan Sheraton tetapi sampai hari ini sepi sahaja. Jika kita lambat lakukan perkara ini, selagi itulah struktur ekonomi, gaji, isu pencukaian yang adil tidak akan berlaku kerana akhirnya golongan elit akan terus menindas rakyat. Ia juga bermaksud bahawa lantikan-lantikan jawatan terpenting perlu melalui Parlimen dan tidak ditentukan oleh sekumpulan di Putrajaya iaitu lantikan Ketua Pengarah SPRM, PDRM, Angkatan Tentera Malaysia dan yang lain. Apabila kita ada sistem yang lebih adil ini, ia bermaksud walaupun pertukaran kerajaan berlaku sistem institusi penjawat awam itu kekal kukuh. Saya ingat apabila saya diberikan tanggungjawab untuk mengepalai Kementerian Belia dan Sukan pada peringkat awal ramai yang hantar surat layang, berikan bukti bahawa penjawat-penjawat awam di kedudukan tertinggi telah pun menyokong Barisan Nasional atau berkempen bersama mereka. Akan tetapi kalau kita hanya mengamalkan politik balas dendam, ingin kenakan mereka, agak sukar kita sebagai satu negara untuk maju ke hadapan dan alhamdulillah walaupun saya diberikan tanggungjawab pada umur yang muda, tidak ada masalah langsung untuk bekerjasama dengan penjawat awam-penjawat awam saya tidak kisah siapa mereka sokong sebelum ini, yang penting mereka adalah orang yang amanah dan fokus untuk berkhidmat kepada rakyat. Ia juga bermaksud bahawa kita perlukan Akta Lompat Parti dan saya setuju dengan cadangan yang diketengahkan oleh Yang Berhormat Pengerang. Saya berharap kita dapat angkat bersama tetapi sifirnya mudah. Untuk kita membina negara yang maju, idealnya kita perlu pastikan bahawa sistem itu kukuh dan tidak boleh dijual beli oleh si pencatur kuasa pada peringkat tersebut. We must strive to be better supaya kita jadi negara maju di mana sistem demokrasi berperlembagaan itu adalah sistem yang berjaya.

Kedua, adalah untuk merombak sistem ekonomi negara. Frasa di mana yang kaya makin kaya, miskin makin miskin adalah realiti. Kalau kita lihat semasa musim COVID-19 apabila ratusan ribu hilang kerja dan bunuh diri, kita lihat bahawa 50 keluarga terkaya di Malaysia naik jumlah kekayaannya sebanyak 14 peratus. Sambil yang kaya makin kaya kita lihat 600,000 golongan M40 jadi golongan B40 dan pendapatan graduan menurun dengan mendadak RM1,000 sebulan di mana graduan semasa musim COVID- 19 ini hanya mendapat pendapatan sekadar gaji minimum dalam kadar RM1,000 ke RM1,500. Realitinya, mereka tidak dapat hidup jika hanya gaji dengan gaji minimum. Oleh sebab itu, I take offence apabila ada pihak yang berkata bahawa anak muda Malaysia you have it good for you. Kepada generasi kamu, tak ada perang sebab itu kamu senang ya, keselesaan kamu manja, kamu malas. That is the biggest lie in Malaysian history. Realitinya kalau kita lihat generasi ibu bapa kita apabila mereka capai umur 30 tahun they are an asset, rich generation di mana mereka sudah boleh memiliki rumah atau boleh dapat pinjaman daripada kerajaan dan bank untuk memiliki rumah. Boleh bayar sewa kereta, sudah boleh memulakan keluarga pada umur yang muda dibandingkan dengan generasi saya pada hari ini. Bukan sahaja kadar inflasi tinggi, bukan sahaja kadar pendapatan mereka menurun atau statik. Selepas lebih 20 tahun kita lihat gaji yang mereka terima semasa musim COVID- 19 gaji minimum mereka tidak boleh membeli rumah, sewa pun hendak bayar setiap tahun susah, hendak dapat pinjaman bank bukan main susah lagi dan dibebankan dengan pelbagai jenis hutang. Oleh sebab itu kita biasa dengan anak muda buat dua hingga tiga kerja sebulan supaya mereka dapat menanggung kos sara hidup yang semakin tinggi. And not only that, bukan sahaja mereka perlu menjaga dirinya, kajian juga menunjukkan bahawa anak-anak muda juga perlu menjaga ibu bapa mereka kerana ibu bapa mereka pencarum itu kadar simpanan mereka sangat sedikit. Kita lihat kajian baru- baru ini yang menunjukkan bahawa lebih 50 peratus pencarum KWSP simpanannya bawah RM10 ribu. Persoalannya siapa yang perlu jaga? Ibu bapa apabila simpanan mereka begitu sedikit, anak muda juga. Walaupun anak muda melalui pelbagai jenis rintangan dan cabaran, ada juga yang kata bahawa this generation is lazy, they are not challenged, mereka malas dan mereka manja. Itu jelas salah. Persoalannya bagaimana kita mahu ke depan? Apabila sistem ekonomi negara pada hari ini kita lihat 0.000001 peratus rakyat Malaysia terkaya mengawal 25 peratus total kekayaan negara. Adakah ini adil? Jelas tidak. Apa yang perlu kita lakukan? Empat perkara. Pertama, kita tidak boleh hanya fikirkan soal gaji minimum it’s never enough dan jika ada yang kata bahawa gaji RM1,100 ini sudah mencukupi, saya cabar mereka hidup dengan gaji tersebut. We need to move forward to discuss about gaji bermaruah atau dengan izin a living wage dan perkara ini perlu diperhalusi dan perlu ada whole-of-society approach untuk pastikan kerajaan dan sektor swasta mengepalai usaha ini. Kedua, kita perlu adakan sistem percukaian yang lebih adil. Saya terkejut apabila saya dengar ucapan Yang Berhormat Pekan dan juga setuju dengan perkara ini kerana kami sudah bangkitkan dalam MUDA sejak tahun lepas. Cukai apa? Cukai keuntungan luar biasa ataupun windfall tax, capital gain tax and inheritance tax.

Perkara-perkara ini wajib dilaksanakan kerana mana keadilannya. Contohnya, apabila seseorang cikgu yang mungkin dapat sebanyak RM3,000 hingga RM4,000 sebulan dicukai tetapi apabila seseorang bermain saham dan sehari boleh dapat puluhan ribu, wang itu tidak di cukai langsung. So, kita perlu adakan sistem percukaian yang adil tetapi untuk kita capai sistem percukaian yang adil ini, kita juga perlu pastikan bahawa kita bebaskan politik daripada kuasa politik elite dan mereka yang menderma, golongan billionaire tetapi ingin memastikan bahawa hak mereka sentiasa terjaga. Ketiga, kita perlu pakej rangsang kerja yang menyeluruh, sebab itu saya mohon kepada kerajaan laksanakanlah pakej Malaysia kerja yang telah pun diluluskan pada Belanjawan 2020 oleh Kerajaan Pakatan Harapan yang berjumlah RM6.5 bilion. Bagaimanakah pakej ini boleh bermula? Pakej bermula jika ada seseorang anak muda

ataupun graduan yang tidak bekerja lebih 12 bulan, mana-mana majikan yang mengajikan mereka akan mendapat subsidi tambahan sebanyak RM500 hingga RM700 setiap bulan selama dua tahun. Kita tidak memberikan duit percuma kepada anak muda tersebut tetapi kerja yang agak baik, bermaruah supaya dia dapat tambah baik dirinya. Kalau boleh berikan tambahan selama tiga minit sahaja. Terima kasih. Terakhir, kita perlu memastikan sistem ekonomi kita membebaskan dirinya daripada monopoli yang berleluasa. Di sini saya hendak tekankan sedikit bahawa pengendalian 5G, kalau kita lihat sistem pengendalian di Malaysia dimonopoli bawah Digital Nasional Berhad (DNB), there is a lack of transparency dan banyak telah pun dibentangkan oleh pengkritik di dalam dan di luar negara. Sistem secara amnya yang dipakaikan di peringkat antarabangsa adalah sistem di mana spectrum is awarded via an open bidding system. Akan tetapi di Malaysia terus diberikan kepada DNB dan DNB yang mengoperasikannya secara sistem monopoli. Sebelum ini 4G, kerajaan lalu sistem internasional di mana kita dapat memungut dalam sebanyak RM4 bilion hingga RM7 bilion yang akhirnya disalurkan untuk membina pembangunan Internet luar bandar. Akan tetapi, dengan sistem baharu monopoli yang kerajaan guna pakai kita perlu belanjakan sebanyak RM15 bilion. Persoalannya perbelanjaan ini, it must be done in a transparent fashion. Kita tidak mahu membina lagi satu monopoli dan akhirnya internet 4G dan 5G teruk terkesan. Rakyat luar bandar akhirnya yang paling teruk terkesan. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya percaya Malaysia negara kita, rumah kita. Malaysia is destined for excellence, we should never be trapped in a culture of complacency and mediocrity. Rumah kita ini ditadbirkan untuk menjadi negara yang maju dan bermaruah. Kita tidak boleh sesekali terperangkap dengan kelekaan dan keselesaan. Ini kerana rumah kita bersama yang akan dan wajib kita pertahankan bersama. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Muar. Yang Berhormat Hulu Langat.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan juga Menteri, Timbalan Menteri dan Ahli-ahli Parlimen yang masih setia menjaga kerusi masing-masing sehingga bertukar dari siang kepada malam. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Hulu Langat menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda baru-baru ini dan dalamnya dimulakan dengan penghormatan kepada petugas barisan hadapan negara terutamanya perkhidmatan kesihatan, ATM, PDRM, Bomba, Imigresen, APM, RELA dan lain-lainnya ada dalam ucapan ataupun titah tuanku tersebut. Saya mulakan poin yang pertama berkenaan dengan rasuah. Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum ini telah menyentuh banyak perkara mengenai COVID-19, keadaan ekonomi yang teruk, lompat parti dan sebagainya. Kini ramai yang bercakap soal Keluarga Malaysia. Kalau Ahli Parlimen duduk dalam Dewan, maka keluarga kita berada di rumah dan keluarga yang ada di rumah itu tanpa kita sedari ada anai-anai yang makan bumbung rumah, lantai rumah, dinding rumah dan anai-anai itu saya anggap lahir disebabkan suburnya budaya rasuah dalam negara yang sangat kita cintai ini. Nabi SAW ada menyebutkan dan sahabat-sahabat ada memetikkan bahawa, [Membaca sepotong hadis] Nabi SAW melaknat orang-orang yang memberi rasuah, orang-orang yang menerima rasuah dan orang-orang yang mengendalikan proses rasuah. Pelobi-pelobi itu sendiri yang menjemput, mengatur katak-katak untuk melompat, yang mengatur dedak-dedak dan menaburkan, yang memakannya, semuanya itu akan dilaknat oleh Nabi SAW.

Rasuah saya gandingkan dengan perbincangan berkenaan dengan ketirisan, pembaziran, pecah amanah yang perlu kita perangi. Dari sekecil-kecilnya kepada sebesar-besarnya. Kalau sekecil-kecilnya saya hendak ambil yang paling mudah, saya tidak nampak adanya keperluan, stiker kereta untuk sidang Parlimen yang lepas diikuti sidang sekarang kerana kereta-kereta Ahli Parlimen telah dibekalkan dengan emblem yang ada logo jata itu di setiap kereta. Kenapa perlu dibelanjakan lagi untuk stiker dan setiap kali mesyuarat tukar stiker? Saya tidak nampak keperluan itu dan saya anggap ini suatu yang perlu sama-sama kita urus walaupun sekecil itu dan patah lagi sebesar- besarnya. Saya menganggap tawaran yang diberikan oleh Yang Berhormat Pagoh sebelum meletakkan jawatan ketika panik, ketika taman-taman daripada UMNO mengugut untuk tarik daripada sokongan pada Kerajaan PN itu. Kita dapati ia menawarkan kepada kami confidence and supply agreement (CSA) dan saya menganggap tawaran itu ketika kami diberitahu akan ada undi tidak percaya, “Sokonglah saya supaya saya tidak digagalkan untuk menjadi Perdana Menteri ketika itu. Kami akan berikan kepada anda sekian-sekian.” Saya sebagai Ahli Parlimen menganggap itu rasuah kepada saya dan saya menolak CSA ketika itu. Berbeza dengan sekarang, apabila kerajaan telah terbentuk dan kita cuma hendak memastikan supaya perjalanan kerajaan ini mengikut apa yang sepatutnya. Apa yang mementingkan kepentingan rakyat, itu menjadi keutamaan kepada kami. Kami tidak kisah untuk terus memerintah atau tidak memerintah, yang penting kami mahukan sebuah kerajaan yang stabil, yang mampu mengatasi cabaran-cabaran yang ada. Berkenaan dengan rasuah juga ini, saya ingin menyebutkan sebagaimana Titah yang dikemukakan yang disebutkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong agar kerajaan terus melaksanakan Pelan Antirasuah Nasional. Apabila kita memperkatakan tentang Pelan Antirasuah Nasional ia berkait rapat dengan Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) yang telah diwujudkan ketika PH memerintah dahulu. Apakah aktiviti-aktiviti GIACC sekarang ini? Rakyat tertanya-tanya dan tidak nampak fungsi GIACC di bawah kerajaan sekarang kerana perkara itu menjadi sunyi dan sepi. Ranking Malaysia dalam indeks rasuah juga amat menyedihkan, apakah langkah kerajaan untuk mengatasi masalah ini? Saya sering ditanya di forum-forum antarabangsa tentang masalah mengapa berpuluh kes rasuah yang berprofil tinggi amat mudah untuk dilepaskan, sedangkan penjawat awam di pejabat peguam, Pejabat Pilihan Raya telah menyediakan bermacam-macam, mengadakan siasatan tetapi apabila berlaku perubahan kerajaan semudah itu ia pergi dan hilang. Saya ingin mengambil kesempatan berkenaan dengan Mahkamah Syariah. Oleh sebab kalau kita lihat tentang Mahkamah Syariah ini, saya cukup merasakan suatu yang agak unik apabila kerajaan yang memerintah ketika kami dalam PH, kami telah meluluskan beberapa rang undang-undang yang berkaitan dengan guaman syarie yang untuk mempertingkatkan profesionalisme peguam syarie. Antara yang kita telah kita putuskan Akta Profesion Guaman Syarie 2019. Almarhum Profesor Ahmad Ibrahim sejak 1982 telah cuba untuk membentangkan perkara yang berkaitan dengan mengangkat martabat peguam syarie. Hampir 30 tahun ia tidak dapat dibentangkan di Parlimen. Ketika PH memerintah, kami telah membentangkannya dan telah meluluskannya. Akan tetapi kerajaan yang ada selepas kami, telah gagal untuk mengadakan follow-up selepas ia diwartakan.

Kita nantikan Lembaga Kelayakan Profesion Guaman Syarie. Kita nantikan Majlis Peguam syarie yang setaraf dengan Bar Council. Kita hendak latihan-latihan untuk peguam syarie. Untuk makluman Ahli Parlimen, kalau kita lihat tentang Perintah Mahkamah Syariah – yang diputuskan oleh Mahkamah Syariah itu sebagai satu perintah, ia tidak semestinya dipatuhi oleh polis, pejabat tanah dan JPN. Sedangkan peguam-peguam syarie inilah yang memperjuangkan isu-isu pusaka hartanah. Setiap apa yang diputuskan oleh Mahkamah Syariah itu perlu dipatuhi oleh agensi-agensi kerajaan. Oleh sebab tidak

ada follow-up terhadap apa yang telah diputuskan, latihan-latihan untuk upgrade peguam syarie. Kita dapati ia seolah-olah terbiar begitu sahaja selepas hilangnya Kerajaan Pakatan Harapan. Kami mengharapkan kerajaan yang ada pada hari ini sambunglah beberapa RUU yang sedang dirancang seperti RUU Wakaf 2020 yang telah disiapkan dan melalui proses yang perlu dilalui tetapi ia tidak disambung sehingga ia gagal untuk dibentangkan. Beberapa perkara yang berkaitan dengan pentadbiran Undang-undang Islam Wilayah berkaitan dengan sistem pendidikan, pengajian Islam dan sebagainya di Wilayah juga telah tidak dilakukan sebarang bentuk follow-up. Tuan Yang di-Pertua, dan juga Ahli-ahli Parlimen yang sangat saya kasihi. Saya ingin juga menyebutkan tentang isu perpaduan. Yang Berhormat Menteri Perpaduan ada bersama kita. Dalam Titah Seri Paduka Baginda ada mengatakan hanya menerusi perpaduan, persepakatan dan kebersamaan yang erat sebagai sebuah negara Malaysia, kita dapat mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan yang ada di hadapan kita. Ya, perpaduan amat penting di semua peringkat. Akan tetapi, sebelum kita bercerita mengenai perpaduan di peringkat politik. Jentera kerajaan yang menjaga Jabatan Perpaduan harus kita lihat dahulu. Sebagai contoh, Penolong Pegawai dan Pegawai Perpaduan di daerah-daerah masih lagi di bawah gred S41 seperti S32 dan sebagainya. Tidak seperti Pegawai daripada lain-lain skim yang biasanya daerah mereka berjawatan sekurang-kurangnya gred 41 ke atas. Ramai daripada pegawai-pegawai perpaduan skim ‘S’ ini sudah pun memiliki Ijazah. Malah, ada yang berkelulusan master tetapi peluang kenaikan pangkat mereka terhad. Apabila mereka mendapat tawaran di luar jabatan, mereka akan pergi jabatan itu dan akhirnya Jabatan Perpaduan akan kehilangan pegawai yang berpengalaman. Ramai yang sudah memperkatakan tentang PdPR tetapi ramai juga yang terlupa kepada Tabika Perpaduan sebagai asas perpaduan di peringkat awal sebelum anak-anak kita masuk ke alam persekolahan. Malangnya, sejak sekian lama tiada lagi Tabika Perpaduan diwujudkan di kawasan-kawasan perumahan baharu yang berkepadatan tinggi seperti di PPR dan yang lainnya. Apabila ditanya mengapa, alasan peruntukkan dipotong kerana wabak COVID-19 atau peruntukkan dibahagikan kepada perkara lain yang dikatakan lebih perlu. Adalah amat merugikan jika telah wujud sebuah kementerian tetapi jentera di bawah masih lagi diabaikan. Mereka di bawah yang melaksanakan kerja mereka perlu dibantu dan diberikan semangat. Kesempatan Hari Malaysia janganlah kita lupa kepada rukun tetangga di seluruh negara. Geran tahunan mereka yang rendah menyukarkan pelaksanaan program khasnya di bandar-bandar besar seperti di Lembah Kelang, di bandar-bandar di Hulu Langat sendiri saya merasa sedih melihat Rukun Tetangga meminta sumbangan daripada pelbagai pihak untuk membeli Jalur Gemilang. Kami memohon Yang Berhormat Menteri berkenaan mengambil perhatian segera mengenai perkara tersebut Berkenaan dengan keselamatan, akhir sekali saya ingin menyebutkan Kebawah Duli turut bertitah tentang pertahanan dan keselamatan negara. Sesungguhnya, Malaysia mempunyai sempadan yang panjang. Malangnya, sejak akhir-akhir ini ruang udara kita kerap dicerobohi oleh anasir-anasir asing seperti abang besar. Sudah sampai masanya TUDM perlu memiliki pesawat Airborne Early Warning dengan izin seperti yang dimiliki oleh Tentera Udara Singapura dan Thailand. Apakah perancangan jangka panjang Kementerian Pertahanan agar radar-radar yang perlu diguna dapat memastikan kedaulatan dan maruah negara tidak dicabuli. Tuan yang di-Pertua, saya selaku anggota pembangkang, sekali lagi kami menegaskan, kami tidak mengejar jawatan pangkat dan kuasa. Kami ingin menjaga kepentingan rakyat. Kami tidak bercita-cita untuk menjatuhkan mana-mana kerajaan yang telah dilantik, tetapi sekiranya kerajaan itu tidak bertanggungjawab masih bercakaran antara satu sama lain, mengabaikan rakyat maka satu hukuman perlu diberikan kepada mereka. Yang penting, marilah kita sama-sama membangunkan negara. Selamat hari Malaysia. Sekian terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat. Sebelum kita akhiri persidangan hari ini, sukacita saya ingin maklumkan bahawa pagi tadi kita adakan

Tuan Yang di-Pertua

ujian RTK-Ag Saliva dan dari 1,260 orang yang diuji termasuklah 163 orang Ahli-ahli Parlimen, semuanya negatif. Alhamdulillah, saya ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada makmal kesihatan awam kebangsaan yang telah bertungkus- lumus hadir untuk melangsungkan ujian RTK-Ag Saliva, malah mereka telah adakan makmal sementara di Dewan Serbaguna kita semata-mata untuk membantu kita menjaga kesihatan kita. Seperti mana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, ujian RTK-Ag Saliva ini akan diadakan pada minggu hadapan hari Isnin, 20 September dan Rabu, 22 September 2021 di Dewan Banquet Parlimen Malaysia. Saya harap agar Ahli-ahli Yang Berhormat dapat hadir awal ke Dewan Banquet bagi mengelakkan sebarang kelewatan dalam urusan Dewan. Sebelum saya menangguhkan mesyuarat Dewan pada hari ini, saya ingin mengucapkan selamat Hari Malaysia ke-58 yang akan disambut pada hari esok, Khamis 16 September 2021. Hari Malaysia ke-58 sejarah penting pembentukan negara. Jumpa lagi minggu hadapan, berbincang berbahas titah diraja. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Isnin, 20 September 2021. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.37 malam]

Kamar KhasSpecial Chamber

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Halatuju Program MM2H Selepas Pandemik COVID-19Special Chamber

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Pada kesempatan petang ini, izinkan saya membangkitkan isu yang berkaitan dengan hala tuju Program Malaysia My Second Home (MM2H).

Malaysia telah disenaraikan di laman web ‘International Living’ tahun 2018 sebagai tempat pertama terbaik untuk bersara di negara Asia dan tempat kelima di seluruh dunia. Salah satu sebab ialah kerana Program ‘Malaysia My Second Home’

(MM2H) yang telah berjaya menarik ramai peserta dari seluruh dunia sama ada dari Asia, Eropah atau Amerika Syarikat.

Program ini dilancarkan pada tahun 2002. Terdapat rantaian ekonomi yang berkaitan dengan MM2H iaitu sektor hartanah, perbankan, peruncitan, pelancongan, pendidikan dan perubatan yang mendapat manfaat daripada kesan ekonomi berikutan pelaburan dan perbelanjaan peserta MM2H. Program MM2H telah dibekukan sejak bulan Mac 2020 dan baru-baru ini telah diumumkan hasil kajian semak semula tersebut dengan syarat-syarat tambahan yang ketat dan tidak menarik.

Kritikan terhadap semakan semula syarat-syarat MM2H seperti berikut:

(i) pendapatan bulanan ditingkatkan dari RM10,000 ke RM40,000 adalah terlalu tinggi, iaitu empat kali ganda. Ambang pendapatan terlalu tinggi dan menyebabkan peserta- peserta

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

memilih ke destinasi lain yang mempunyai ambang pendapatan yang lebih rendah; dan

(ii) masa mastautin di Malaysia mesti melebihi kumulatif 90 hari setahun. Program MM2H hanya menawarkan ‘social visit pass’ dan bukan taraf pemastautin tetap (PR).

Oleh itu ia perlu diberikan fleksibiliti dalam masa mastautin. Satu alternatif yang boleh dipertimbangkan ialah jumlah hari mastautin dalam tempoh 10 tahun dijadikan sebagai asas pertimbangan untuk melanjutkan kelulusan berikutnya dan bukan 90 hari setahun sebagai syarat.

Lain-lain syarat seperti jumlah aset simpanan tetap hendaklah dikurangkan khasnya dalam era kegawatan ekonomi selepas pandemik COVID-19. Sektor ekonomi Malaysia telah merosot akibat pandemik COVID-19. Oleh itu, hala tuju dasar ekonomi dan pelaburan hendaklah fleksibel dan menarik pelaburan serta penyertaan MM2H.

Syarat baharu MM2H juga memberikan imej negatif kepada mereka yang telah menyertai MM2H dan terdapat rintihan peserta-peserta yang tidak ingin memperbaharui selepas tamat tempoh 10 tahun mereka. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin meminta butiran berikut:

(i) butiran jumlah peserta MM2H berserta keluarga mereka mengikut negeri-negeri di Malaysia yang mana mereka mendiami sekarang;

(ii) peratusan peserta MM2H bersama keluarga mereka buat masa ini berbanding populasi warganegara Malaysia; dan

(iii) apakah ‘benchmark’ atau perbandingan telah dilakukan terhadap program yang setara di negara jiran kita seperti Thailand dan Indonesia yang turut mempunyai program seumpama ini dan sama ada syarat kita kompetitif berbanding dengan negara jiran kita.

Saya mencadangkan supaya semakan semula ini dan dilihat semula syarat- syaratnya supaya meramaikan lagi peserta MM2H. Ini tertakluk kepada ambang angka satu peratus populasi warganegara Malaysia dan bukan mengurangkan penyertaan peserta MM2H dengan pertimbangan terhadap kegawatan ekonomi di negara kita selepas pandemik COVID19. Program MM2H membawa manfaat kepada pelbagai industri khasnya di bandar-bandar utama seperti di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Saya memohon supaya Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri dapat memberikan jawapan terhadap setiap satu persoalan yang dibangkitkan di atas.

Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tuan Jonathan bin YasinBEBAS · GRSTimbalan Menteri Dalam Negeri II · Ranau

Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat Bukit Bendera, Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) yang pada awalnya dikenali sebagai Program Silver Hair, telah dijenamakan semula kepada Program MM2H pada tahun 2002.

Sepanjang 19 tahun pelaksanaan program ini, dasar dan syarat-syarat berkaitan Program MM2H tidak pernah dikaji semula atau dibuat penilaian secara berkala. Oleh yang demikian, syarat kelayakan sedia ada dilihat sudah tidak relevan dan realistik sebagai asas atau nilai pelaburan terbaik untuk menarik warga asing khususnya yang berkualiti dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara.

Perubahan dasar Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) tidak dilaksanakan secara drastik kerana penilaian awal telah dibuat sejak tahun 2019 lagi dan turut melibatkan beberapa kementerian, agensi atau agensi yang berkepentingan. Sepanjang program ini dibekukan, pelaksanaannya pada tahun 2020, susulan daripada keputusan kerajaan untuk melaksanakan dasar penutupan sempadan negara. Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya telah meneliti semula dasar dan syarat-syarat program-program ini sebelum mengumumkan pengaktifan semula Program MM2H.

Terkini, kerajaan telah bersetuju dengan penambahbaikan dasar baharu Program MM2H sebagai salah satu strategi untuk membantu pelaksanaan program pemulihan negara bagi menjana semula ekonomi negara. Sehubungan dengan itu, seperti mana yang telah diumumkan dalam sidang media yang diadakan pada 11 Ogos yang lepas, Program MM2H akan diaktifkan semula dan permohonan baharu akan diproses serta akan dikendalikan oleh Jabatan Imigresen Malaysia mulai Oktober 2021 iaitu setelah semua proses berkaitan perundangan selesai.

Tuan Jonathan bin YasinBEBAS · GRSTimbalan Menteri Dalam Negeri II · Ranau

Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab permohonan butiran oleh Ahli Yang Berhormat berkenaan jumlah peserta MM2H, memandangkan permohonan di Semenanjung adalah berpusat di Putrajaya, data mengenai jumlah peserta MM2H berserta keluarga mereka mengikut negeri-negeri Malaysia yang mana mereka mendiami sekarang tidak dapat dijana secara automatik oleh sistem MyIMMs,

Tuan Jonathan bin YasinBEBAS · GRSTimbalan Menteri Dalam Negeri II · Ranau

Jabatan Imigresen Malaysia, memandangkan data hanya direkod mengikut pejabat pengeluar pas tersebut sahaja iaitu di Putrajaya, Sabah dan Sarawak.

Bagi peserta Program MM2H yang telah diluluskan, mereka boleh tinggal di mana-mana negeri mengikut syarat yang dikeluarkan oleh pihak yang meluluskan.

Contohnya, bagi peserta yang diluluskan di Putrajaya, hanya boleh tinggal di Semenanjung Malaysia sahaja. Sehingga 31 Ogos 2021, pemegang pas aktif dalam adalah seramai 56,612 orang termasuk tanggungan yang dibawa oleh pemegang pas MM2H. Warganegara China merupakan majoriti pemegang pas aktif dengan jumlah seramai 23,898 orang diikuti oleh warganegara Republik Korea iaitu seramai 5,223 orang dan warga Jepun iaitu 5,732. Peratus peserta MM2H bersama keluarga mereka buat masa ini berbanding dengan populasi warganegara Malaysia adalah sebanyak 0.17 peratus.

Merujuk kepada permohonan Ahli Yang Berhormat tentang benchmarking program seperti Program MM2H, dengan negara-negara jiran, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penanda aras dan perbandingan program seumpamanya telah dilaksanakan dengan negara Thailand, Filipina, Kemboja dan Indonesia semasa menyemak semula cadangan syarat penyertaan Program MM2H.

Saya rasa, penyertaan MM2H adalah lebih kompetitif berbanding dengan negara jiran kita. Contohnya, Malaysia tidak mengenakan apa-apa fi keahlian kepada peserta Program MM2H, tetapi negara Thailand mengenakan fi keahlian yang tidak boleh dituntut semula. Sehingga kini, kerajaan belum menerima pemakluman secara rasmi daripada peserta-peserta mengenai kesan pelaksanaan dasar baharu Program MM2H terhadap mereka.

Walau bagaimanapun, kerajaan sedar bagi tempoh jangka masa yang panjang, mungkin akan terdapat kesan atau impak ke atas bilangan penyertaan ke dalam program ini. Namun begitu, kerajaan berkeyakinan bahawa kesan atau impak tersebut adalah minimum kerana program ini adalah merupakan antara salah satu produk pelancongan yang terbaik di dunia yang mendapat permintaan tinggi.

Kerajaan juga turut mendengar pandangan-pandangan dan cadangan daripada pihak-pihak tertentu berkenaan kesan terhadap peserta sedia ada terutama, pesara, penerima pencen dan peserta MM2H sedia ada yang telah lama menetap di Malaysia dan telah menjual aset di negara asal. Malaysia bukan sahaja menjadi rumah kedua mereka, bahkan satu-satunya rumah yang mereka miliki. Oleh yang demikian, kerajaan memberikan jaminan untuk meneliti semula perkara ini dan memberikan pertimbangan sewajarnya setelah pelbagai aspek diambil kira.

Pengumuman mengenainya akan dibuat di dalam masa yang terdekat.

Tuan Jonathan bin YasinBEBAS · GRSTimbalan Menteri Dalam Negeri II · Ranau

Kementerian Dalam Negeri sentiasa cakna dan prihatin dengan keberadaan warga asing di Malaysia, termasuk juga peserta MM2H. Hasrat memenuhi kerajaan dalam menambah baik syarat-syarat penyertaan program MM2H adalah untuk memastikan setiap peserta program MM2H yang ingin bermastautin di negara ini adalah terdiri daripada mereka yang berkualiti dan dapat menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara.

Kementerian Dalam Negeri juga sentiasa terbuka dengan maklum balas dari mana-mana pihak terutamanya yang mempunyai kepentingan di dalam Program MM2H dan bersedia untuk melakukan penyesuaian selaras dengan aspirasi program untuk meningkatkan penyertaan warga asing dalam program ini. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Pusat Latihan Berasrama Bagi Archagar TempatanSpecial Chamber

Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih juga saya ucapkan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Sumber Manusia kerana sudi datang untuk menjawab ucapan saya berkaitan dengan Pusat Latihan Berasrama bagi Archagar tempatan.

Tuan Yang di-Pertua, pengendali upacara sembahyang dan istiadat ritual di kuil Hindu dikenali sebagai Archagar. Sebahagian besar dari kuil-kuil Hindu di negara kita menghadapi masalah untuk mendapatkan Archagar untuk mengendalikan upacara keagamaan.

Ini menyebabkan kuil-kuil ini terpaksa bergantung kepada Archagar dari negara India yang datang dengan permit kerja. Mereka berkhidmat untuk beberapa tahun dan kembali ke negara India. Selain daripada itu, mendapatkan kelulusan daripada pihak Jabatan Imigresen Malaysia juga bukanlah mudah untuk membawa masuk pekerja-pekerja ini. Lagipun, kerajaan berhasrat untuk mengurangkan tenaga kerja asing di negara kita.

Oleh yang demikian, saya mencadangkan supaya kerajaan membantu menubuhkan pusat-pusat latihan berasrama untuk melatih Archagar dari kalangan anak watan yang berminat dalam bidang ini. Kerajaan boleh membantu dari segi penyediaan premis, bayaran kos operasi dan gaji guru-guru serta kakitangan pentadbir pusat-pusat tersebut. Ini membolehkan kita melahirkan Archagar untuk memenuhi keperluan kuil-kuil tempatan di seluruh negara. Pada masa sekarang, kita terpaksa pergi ke negara India untuk mempelajari hal-hal ini.

Tuan Yang di-Pertua, ini amat membebankan kerana melibatkan kos yang agak tinggi. Dengan adanya pusat-pusat latihan dengan segala fasiliti, kita tidak lagi perlu bergantung kepada negara India untuk membekalkan tenaga kerja ini.

Tambahan pula, ini akan membuka peluang kepada anak watan untuk memperoleh pekerjaan dan pendapatan yang berpatutan. Saya percaya ramai yang akan menunjukkan minat dalam bidang ini jika peluang seperti ini diwujudkan di negara kita oleh kerajaan sendiri.

Jika perlu, sukatan pelajaran dan sebahagian daripada guru-guru boleh dibawa dari India untuk sementara waktu. Setelah kita memiliki tenaga pakar dalam bidang ini, kita boleh mengurangkan tenaga pengajar daripada negara India. Saya memohon kepada Menteri Sumber Manusia untuk mengkaji cadangan ini dan mengambil tindakan sewajarnya. Ini akan membantu kuil-kuil Hindu di seluruh negara. Kerajaan harus mengadakan sesi perbincangan dengan pihak-pihak yang mempunyai kepentingan dalam hal ini untuk mendapatkan input yang bersangkutan.

Saya yakin pihak kuil, persatuan-persatuan keagamaan dan pertubuhan- pertubuhan bukan kerajaan berasaskan agama Hindu akan melangkah ke hadapan membantu kerajaan dalam hal ini. Saya mohon respons daripada Menteri Sumber Manusia. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Datuk Haji Awang bin HashimPAS · PNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Pendang

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih juga Yang Berhormat Batu Gajah yang membangkitkan perkara yang harus kita teliti. Kebetulan, kalau mengikut teks asal daripada isu yang dibangkitkan, ini ditujukan kepada Kementerian Perpaduan Negara. Akan tetapi, disebabkan Menteri Sumber Manusia mewakili orang-orang India di Malaysia ini, satu-satunya Menteri yang ada di kerajaan, jadi dia passing isu yang dibangkitkan ini kepada Kementerian Sumber Manusia.

Jadi, apabila saya sebut ‘saya’, maknanya bukan saya. Saya mewakili Yang Berhormat Menteri. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, petang ini yang penuh berkat ini, kami – Jadi kita sebagai kerajaan, sentiasa berusaha untuk memelihara kebebasan beragama di negara kita yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini di mana, kita sangat melihat kepada keharmonian dalam negara kita mengatasi segala-galanya. Jadi, kerajaan juga tidak menghalang rakyat di negara ini untuk melakukan aktiviti keagamaan masing-masing.

Datuk Haji Awang bin HashimPAS · PNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Pendang

Ini yang kita cetuskan dalam keharmonian negara berdasarkan Perlembagaan Negara yang telah kita persetujui. Bagaimanapun, cadangan untuk menubuhkan pusat latihan berasrama bagi Archagar. Archagar ini untuk makluman semua – sepatutnya Yang Berhormat Batu Gajah kena terangkan, bukan semua faham apa itu Archagar tetapi saya faham iaitu seperti Tok Sami lah, paderi semua ini. Jadi, itu dia Archagar tetapi, khusus namanya untuk agama Hindu ini adalah ‘Archagar’.

Jadi, mereka perlu mempunyai leader, iaitu prinsip leader yang boleh memandu penganut-penganutnya ke jalan yang lebih baik. Jadi, dalam keadaan ini, seperti mana yang dibangkitkan iaitu pusat latihan berasrama bagi Archagar tempatan seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Batu Gajah, kita perlu teliti dengan lebih mendalam kerana ia memerlukan penelitian yang serius dari semua parti-parti ataupun pihak-pihak yang terlibat. Ini termasuk juga – kita akan melihat dari segi kos pengurusan, peruntukan.

Jadi, saya melihat kerjaya sebagai Archagar ini di Malaysia, buat masa ini, kurang diminati oleh rakyat tempatan dan tidak ramai yang ingin memulakan kerjayanya sebagai Archagar. Ini kerana, kita lihat sambutan dan perhatian golongan muda menceburi bidang ini adalah kurang memandangkan tawaran gaji yang tidak menarik. Apabila gaji tidak menarik, mereka hendak buat pinjaman rumah, hendak beli kereta, pinjaman semua tidak ada satu dorongan dari bank-bank yang menyebabkan mereka boleh melibatkan diri dalam Archagar.

Jadi, yang tidak menarik ini menyebabkan mereka tidak ada rasa satu perlindungan sosial yang disediakan kepada mereka. Disebabkan oleh perkara ini, Archagar tempatan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan bagi membeli rumah atau kenderaan untuk meneruskan life and livelihood, ini penting. Kehidupan manusia. Dia hendak berkahwin, ada anak, anak hendak sekolah, apa semua ini, itu dipanggil livelihood. Namun, apa yang kita boleh ketengahkan ialah melalui inisiatif yang dibuat oleh persatuan dan juga pertubuhan agama Hindu. Salah satu usaha yang kita boleh ambil contoh, yang telah dilaksanakan adalah melalui Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang dengan kerjasama Malaysia Hindu Archagar Sangam yang berusaha melatih rakyat tempatan yang berminat untuk menceburi bidang ini. Ini di mana, mereka dengan usaha mereka sendiri telah berusaha menubuhkan Penang Hindu Academy, minta izin kepada Tuan Yang di-Pertua untuk – sebab suara saya boleh keluar dengan jelas sikit, saya tarik sekejap. Sekejap lagi saya akan angkat balik mask ini.

Bila ini, dia blocking. Jadi, suara kita sebutan tidak berapa mahu jelas dalam keadaan kita bercakap pakai mask ini.

Datuk Haji Awang bin HashimPAS · PNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Pendang

Jadi, dengan usaha mereka sendiri mereka menubuhkan Penang Hindu Academy yang menjalankan latihan jangka pendek seperti kursus pengenalan Archagar tahap satu yang dihadiri lebih kurang 60 orang peserta dari seluruh negara.

Bagi tahun 2018 dan tahun 2019, Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang dengan kerjasama Malaysia Hindu Dharma Mamandram (MHDM) – is it right? My pronunciations? ‘Mamandram’.

Betul, betul.

...telah melatih seramai 49 orang yang kini berkhidmat sebagai Archagar sepenuh masa dan separuh masa. This is initiative. I mentioned just now. Afford from this, minta maaf, dengan izin – Oleh itu, persatuan dan pertubuhan agama Hindu yang lain juga wajar mencontohi inisiatif yang dilaksanakan oleh Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang bagi menarik minat lebih ramai penganut agama Hindu menceburi kerjaya sebagai Archagar, di samping menawarkan pendapatan yang lebih setimpal.

Di Malaysia, latihan kepada Archagar adalah dalam bentuk kursus-kursus jangka pendek. Oleh itu, penubuhan sebuah pusat latihan khusus bagi Archagar untuk menarik minat ramai tempatan buat masa ini adalah tidak perlu dan tidak praktikal. Bagi keperluan untuk melatih rakyat Malaysia yang berminat memulakan kerjaya sebagai Archagar, permohonan boleh dikemukakan kepada Malaysian Indian Transformation Unit (MITRA).

Maknanya, kerajaan menyokong ini. Dia ada satu badan yang disebut sebagai MITRA, di bawah Kementerian Perpaduan Negara yang boleh membantu.

Maknanya perlu kepada unity from all the kuil.

Di samping itu, bagi mengatasi masalah kekurangan Archagar pada masa ini, kerajaan boleh mempertimbangkan. Ini saya ulang, kerajaan boleh mempertimbangkan untuk membuka kemasukan Archagar daripada negara India ke Malaysia tertakluk kepada keadaan pandemik COVID-19 kelak. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk menjelaskan isu yang dibangkitkan. Okey, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli- ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang, Isnin, 20 September 2021. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.

Assalamualaikum. [Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.46 petang]