Dewan Rakyat · 22 September 2021

15th Parliament, session 4, meeting 1 · 1,175 turns · 69,795 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Ahmad bin MaslanUMNO · BNPontian · question

1. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan, langkah-langkah mengatasi serta jumlah kes pelanggaran status makanan serta produk halal sama ada import dari luar negara atau keluaran dalam negara. Nyatakan prosedur untuk mendapatkan sijil halal dan jawapan kepada tuduhan prosesnya mengambil masa yang lama.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna · Hulu Terengganu

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pontian. Saya mulakan jawapan saya dengan sepotong ayat al-Quran... [Membaca sepotong ayat al-Quran] Tuan Yang di-Pertua, kementerian sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam Negeri dalam usaha menguatkuasakan isu-isu yang berkaitan dengan halal, yang mana berdasarkan perundangan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 yang terkandung di dalamnya perihal dagangan iaitu Takrif Halal 2011 dan Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011. Apa yang kita lakukan di bawah akta-akta ini ialah pemeriksaan penggunaan logo halal, sama ada ia tulen atau tidak dan berkaitan dengan produk halal itu sendiri yang mana sijil halal ini dikeluarkan oleh JAKIM. Kita cuma menguatkuasakan penggunaan dan penandaan logo halal sahaja dan kerjasama tersebut kita lakukan secara berkala bersama dengan JAKIM dengan mengadakan kesedaran halal kepada pengguna dan pelajar- pelajar dalam program-program anjuran kementerian dan agensi-agensi lain. Kedua-dua juga mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa penyelaras perundangan dan penggunaan halal di peringkat kementerian yang telah diadakan pada tahun iaitu pada Mac 2021 secara hibrid. Di samping itu kita menjalankan pemeriksaan secara berkala di tempat-tempat penyembelihan, kilang memproses dan premis-premis makanan. Berkaitan dengan soalan berapakah nilai rampasan yang telah kita lakukan, setakat Ogos 2021 kita telah mengendalikan sebanyak 228 kes dan nilai rampasannya bernilai ‘RM11.616040’ juta. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, tindakan bersepadu saya kira bukan hanya di KPDNHEP dengan JAKIM tapi ada lagi dua buah jabatan iaitu Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan. Satu lagi ialah Jabatan Kuarantin Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Kementerian Pertanian. Setakat mana tindakan yang dibuat dengan jabatan itu. Satu lagi ialah kita dihebohkan dengan kartel daging import tidak halal, pakatan jahat 36 orang pengarah syarikat import. Apakah jadi dengan kartel itu? Bagaimana tentang produk lain yang akhir seperti vaksin,

ubat, barangan kebersihan dan dandanan diri, alat solek, pakaian. Bagaimana KPDNHEP memantau produk-produk halal yang lain.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya apa yang dikatakan oleh tentang tersebut memang kita mempunyai hubungan yang rapat dan kerjasama yang erat antara Kementerian Kesihatan Malaysia, MAQIS, JAKIM dan semua agensi yang berkait dengan hal-hal halal dan haram ini. Lantaran itu, kita mengadakan advokasi yang kerap untuk memastikan apa yang berlaku tersebut dapat dilaksanakan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011. Berkaitan dengan kartel daging halal yang pernah menggemparkan negara satu ketika dahulu. Sebenarnya kita telah mendakwa mereka ini pada Februari 2021 dan satu penyiasatan penuh akan diadakan pada 14, 15 dan 16 Disember pada tahun ini. Lantaran itu, kita menyeru kepada pengguna-pengguna di luar sana jika ada sesuatu yang meragukan, boleh melaporkan pada kita dan kita akan mengambil tindakan yang serius kerana hal yang berkaitan dengan makanan ini merupakan sesuatu yang tak dapat kita kompromi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Timbalan Menteri. Sila yang berhormat, soalan tambahan kedua. Simpang Renggam.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita maklum bahawa dalam isu-isu berkaitan kepenggunaan bagi isu halal dan melibatkan umat Islam terdapat beberapa NGO yang begitu aktif di lapangan memperjuangkannya seperti contohnya CAP dan juga PPIM. Saya inginkan penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri sejauh mana keterlibatan mereka dan bagaimana libat urus daripada pihak kementerian bersama NGO- NGO ini di lapangan. Kerana mereka mempunyai maklumat yang banyak dari lapangan dan sentiasa membawanya ke media. Terima kasih.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kita mempunyai hubungan rapat dengan semua pihak yang melibatkan hal-hal yang berkaitan dengan makanan dan produk halal. Kerana kita tahu perkara makanan ini satu yang tidak boleh kita kompromi kerana ia melibatkan darah daging kita. Cuma apa yang berlaku di negara kita, tanda halal ini sebagai value-add, bukan suatu kewajipan. Lantaran itu, menjadi kewajipan pengguna untuk memilih dan mencari produk-produk yang halal berkaitan dengan hal-hal selain daripada makanan.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Sebenarnya kes yang saya katakan tadi, sebanyak ‘RM11.0616’ juta yang dirampas oleh penguat kuasa kita. Itu semuanya berkaitan dengan makanan. JAKIM sedang membangunkan alat untuk pastikan bahawa barang-barang bukan makanan, contohnya kosmetik, pakaian, kulit babi, kulit anjing dan sebagainya juga satu yang serius yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan. Kita harap ia dapat diselesaikan dalam masa terdekat oleh pihak JAKIM. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertanyaan Jawab Lisan seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid, Kapar.

Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKapar · question

2. Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kapar] minta Menteri Kesihatan menyatakan, status kebolehupayaan alatan hospital kerajaan yang digunakan untuk merawat pesakit COVID-19.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu BakarUMNO · BNMenteri Kesihatan · Rembau

Tuan Yang di- Pertua, Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa memantau dan berusaha dari semasa ke semasa untuk memastikan keupayaan dan bilangan peralatan perubatan bagi menghadapi pandemik COVID-19 adalah mencukupi dengan mengambil langkah berikut.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu BakarUMNO · BNMenteri Kesihatan · Rembau

Membuat perolehan secara darurat dan telah mengagihkan peralatan perubatan ke seluruh negara seperti katil pesakit biasa, katil ICU, ventilator, high-flow nasal cannula, vital signs monitors, mobile DDR, ultrasound, body freezer, container mayat, silinder oksigen dan lain-lain. Yang kedua, mobilisasi peralatan perubatan dan bukan perubatan mengikut keperluan. Selain itu beberapa tindakan juga telah dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menghadapi penularan pandemik ini. Ini termasuk menjadikan lebih banyak hospital KKM sebagai hospital merawat COVID-19. Pembukaan lebih banyak Pusat Kuarantin & Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) serta meningkatkan fungsi di beberapa buah PKRC untuk merawat pesakit kategori tiga dan empat. Melaksanakan hospital medan bagi meningkatkan kapasiti rawatan seperti Hospital Medan Labuan, Kapit, Hospital Sultanah Aminah Johor, Hospital Melaka, HTAR, Hospital Selayang, Hospital Pulau Pinang dan ICU medan di Hospital Kepala Batas. Inisiatif ini dilaksanakan dengan kerjasama pihak Angkatan Tentera Malaysia dan MERCY Malaysia. Juga pembinaan modular ICU, di beberapa buah negeri bagi meningkatkan kapasiti rawatan COVID-19 dan bekerjasama dengan hospital awam lain seperti hospital pengajar dan Hospital Angkatan Tentera bagi merawat pesakit COVID- 19. Terdapat enam buah Hospital Pengajar dan satu Hospital ATM yang disediakan untuk merawat pesakit COVID-19. Susulan peningkatan kes COVID-19 di Lembah Klang, KKM juga telah melaksanakan pengambilalihan hospital di bawah Ordinan Darurat. Hospital Pakar Kanak- kanak Universiti Kebangsaan Malaysia telah diambil alih di bawah Ordinan Darurat pada bulan Jun 2021. Pengambilalihan ini membolehkan kapasiti katil terutamanya kapasiti katil ICU ditingkatkan. HPKK UKM mampu menyediakan sejumlah 199 buah katil iaitu 102 buah katil bukan ICU dan 97 buah katil ICU. Selain itu, KKM telah mendapat kerjasama dari pelbagai pihak, sama ada dalam negeri dan juga luar negara bagi membantu membekalkan peralatan perubatan yang diperlukan dalam rawatan COVID-19. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan. Silakan, Yang Berhormat Kapar.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Meneliti daripada jawapan Yang Berhormat Menteri, saya yakin bahawa untuk menuju ke arah penyelesaian dan juga keperluan peralatan itu, telah/akan disediakan oleh pihak kementerian. Namun, adakah kementerian berhasrat untuk mendirikan hospital kekal, khusus untuk COVID-19 dan peralatan yang cukup di setiap negeri untuk diasingkan dengan pesakit yang bukan COVID-19 supaya tidak berlaku jangkitan berganda? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Buat masa ini, kita masih akan kekalkan hospital penuh COVID-19 terutamanya di peringkat negeri-negeri sehingga penularan pandemik ini dapat kita tangani dengan lebih baik lagi dan perancangan itu saya tak boleh sebut berapa lama, sebab kita harap bahawa dengan penurunan kes-kes kemasukan ke hospital, lebih banyak lagi hospital-hospital hibrid yang mana sebahagian daripada wadnya diambil alih untuk menguruskan rawatan COVID-19, dapat dijadikan semula sebagai hospital biasa. Namun demikian, buat masa ini untuk memastikan capacity to respond kepada kes-kes jangkitan COVID-19, kita masih lagi akan kekalkan beberapa buah hospital sebagai hospital COVID-19. Sama ada secara hospital COVID-19 penuh, ataupun hospital hibrid yang dapat merawat kes-kes COVID-19.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Soalan tambahan kedua.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Kulai.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Alor Gajah.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya memohon daripada Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk memberi sedikit maklumat kepada Dewan. Setakat ini, 2.4 juta direkodkan lebih kurang sebagai positive case dalam COVID-19. Sebanyak 1.9 juta telah pun pulih dan 24 ribu dilaporkan telah meninggal dunia. Berapakah jumlah perbelanjaan yang telah kita gunakan setakat ini untuk menguruskan nombor-nombor yang disebutkan tadi? Berapakah kos setiap kes yang kita uruskan? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Alor Gajah. Kos rawatan itu akan saya perincikan dalam jawapan bertulis. Cuma, saya boleh menjawab daripada segi spesifiknya berkaitan dengan soalan pertama yang ada kaitan dengan penggunaan peralatan. Daripada segi penggunaan peralatan tambahan yang telah pun kita belanjakan, ini adalah untuk memastikan kes-kes yang kritikal dapat rawatan, dapat dirawat dengan baik. Ini katil ICU, ventilator, semua yang saya sebutkan tadi. The surge of medical equipments that were required, dengan izin, pada tahun 2020 dan 2021, ini merupakan peralatan tambahan sahaja- RM593 juta. Ini tidak termasuk sumbangan yang kita telah terima dari luar negara dan dalam negara iaitu jumlah sumbangan yang telah pun kita terima, nilai dia RM148 juta. Itulah daripada segi peralatan tambahan yang diperoleh, cost of rawatan, dengan izin, saya maklumkan jawapan bertulis. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Menteri. Seterusnya saya menjemput...

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Kulai nak tanya satu soalan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

...Yang Berhormat...

Papar minta laluan untuk Menteri Kesihatan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Saya...

Papar.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Saya tengok sini dahulu. Sila Yang Berhormat Kulai.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Soalan tambahan ketiga.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ada sedikit soalan nak tanya Menteri Kesihatan. Walaupun ada perolehan secara darurat, tetapi saya nak bagi contoh seperti Hospital Kulai, akhirnya katil yang kami minta bukan datang daripada KKM tetapi datang daripada MERCY Malaysia. Jadi saya rasa daripada segi speed untuk delivery, untuk katil dan juga equipment ini nampaknya KKM masih agak lambat. Tetapi saya rasa okey, sekurang-kurangnya kita dapat katil daripada MERCY Malaysia tetapi satu perkara yang kita tak mungkin dapat bantuan dari NGO adalah tentang kakitangan, doktor-doktor dan juga jururawat- jururawat yang diperlukan di hospital apabila kita tambah katil. Apabila kita tambah katil, kita tambah kapasiti untuk sesuatu hospital, kita juga perlu meningkatkan manpower. Jadi saya nak tanya, apa rancangan Menteri Kesihatan untuk tambah juga manpower di hospital apabila kita tambah lagi kapasiti supaya kakitangan di hospital kita tidak overworked. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Rentetan daripada keadaan yang disebut oleh Yang Berhormat. Apabila kita tingkatkan kapasiti,

sama ada kapasiti katil, modular ICU, hospital medan dan sebagainya, sudah tentu kita memerlukan tenaga kerja yang tambahan. Sebab itu Yang Berhormat, saya telah mengarahkan supaya dapat ditubuhkan satu National Rapid Response Task Force yang boleh kita deploy ataupun atur gerak kepada mana-mana kawasan ataupun negeri yang berhadapan dengan peningkatan kes dan juga peningkatan kapasiti. Sebagai contoh di Pulau Pinang, kita telah atur gerak sama ada telah atau sedang mobilisasi 223 orang petugas kesihatan, 57 orang Pegawai Perubatan, 36 orang Jururawat, 62 orang Penolong Pegawai Perubatan.

Di Kedah saya baru sahaja melawat pada hari Ahad, ada peningkatan kes. Saya telah atur gerak seramai 156 orang petugas kesihatan. Sabah juga sekarang ini melihat peningkatan kes telah diatur gerak seramai 102 orang kakitangan kesihatan. Jadi kita ada rotate kakitangan kesihatan ini untuk memastikan bahawa cukup kakitangan kesihatan di kawasan-kawasan yang kita melihat peningkatan kes dan kedua untuk memastikan bahawa petugas barisan hadapan di negeri-negeri tersebut tidak menghadapi burnout dan juga keadaan yang tidak dapat dikawal workload mereka dengan izin. Terima kasih.

Papar, minta kasihan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Papar, peraturan mesyuarat kata maksimum tiga soalan tambahan. Minta maaf Yang Berhormat Papar.

Robert Lawson ChuatPBB · BNBetong · question

3. Datuk Robert Lawson Chuat [Betong] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, adakah usaha dan langkah-langkah kerajaan bagi mengawal pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dibawa masuk oleh ejen yang tidak bertanggungjawab dan telah dikenal pasti sebagai satu punca penularan COVID-19 di Sarawak.

Tuan Jonathan bin YasinBEBAS · GRSTimbalan Menteri Dalam Negeri II · Ranau

Selamat pagi Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas soalan daripada Yang Berhormat Betong dan jawapannya adalah seperti ini. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KDN melalui Jabatan Imigresen Malaysia sentiasa menitik beratkan isu pendatang asing tanpa izin di negara ini yang memerlukan strategi pembanterasan secara berterusan, khususnya semasa pandemik COVID-19 bagi menangani penularan wabak COVID-19 dalam negara. Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sarawak melaksanakan langkah-langkah strategik seperti berikut bagi mengawal kemasukan PATI melalui negeri Sarawak iaitu: (i) menutup kesemua pos kawalan sempadan dengan Kalimantan, Indonesia semasa tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan; (ii) mengehadkan waktu operasi kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di negeri Sarawak, Malaysia dengan Kalimantan iaitu pada jam 9 pagi hingga ke jam 3 petang; (iii) mengehadkan waktu operasi kompleks ICQS di negeri Sarawak Malaysia dengan negara Brunei Darul Salam dari jam 6 pagi hingga jam 6 petang. (iv) semua pelawat asing yang ingin memasuki negeri Sarawak diwajibkan untuk mendapatkan kebenaran daripada State Disaster Management Committee sebelum masuk ke negeri Sarawak; (v) mengawal laluan-laluan ke negeri Sarawak yang tidak diwartakan dengan menjalankan Ops Bentang yang dilaksanakan dengan

Tuan Jonathan bin YasinBEBAS · GRSTimbalan Menteri Dalam Negeri II · Ranau

Pasukan Gerakan Am dan Agensi Penguat kuasa Maritim Malaysia; (vi) mengadakan sesi libat urus bersama-sama majikan supaya patuh kepada prosedur pengambilan pekerja asing di negara ini dan peruntukan undang-undang di bawah Akta Imigresen 1959 dan 1963; (vii) mengadakan perbincangan dengan konsulat negara asing untuk makluman kepada rakyat negara tersebut agar tidak sewenang- wenangnya masuk ke negeri Sarawak melalui prosedur yang tidak teratur; (viii) mengadakan perbincangan dengan pelbagai agensi yang mengawal sempadan untuk mencegah kemasukan PATI dari semasa ke semasa; (ix) memperkasakan kawalan kemasukan warganegara asing melalui pendigitalan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) yang sedang dibangunkan; dan (x) bekerjasama dengan negara-negara jiran melalui forum persidangan Jawatankuasa Kerja dan Kelompok Kerja Pembangunan Sosioekonomi Malaysia-Indonesia (JKK/KK SOSEK MALINDO) dan Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia- Philippines East ASEAN Growth Area (BIMP-EAGA) untuk membincangkan isu-isu berkenaan PATI. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Timbalan Menteri. Sila soalan tambahan yang pertama.

Terima kasih, Timbalan Menteri. Memandangkan sektor pembinaan dan sektor perladangan khususnya di Sarawak sangat memerlukan tenaga kerja asing dan dengan pembekuan pengambilan buruh asing dilanjutkan sehingga bulan Disember 2021, bagaimanakah masalah kekurangan tenaga buruh di Sarawak dapat diringankan? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila Timbalan Menteri, jawapannya.

Tuan Jonathan bin YasinBEBAS · GRSRanau

Tuan Yang di-Pertua, memang kedua-duanya berkaitan dengan soal orang asing. Namun saya rasa soalan yang dikemukakan itu adalah tersasar daripada soalan asal kerana ia melibatkan tenaga kerja. Ini sepatutnya ditanyakan kepada Kementerian Sumber Manusia berkenaan dengan soalan yang harus mereka dapatkan kerana ia berkaitan dengan PATI, bagaimana mengekang penularan COVID-19. Soalannya tidak kena-mengena langsung dengan COVID-19. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, Timbalan Menteri. Pertanyaan tambahan yang kedua, saya jemput Yang Berhormat Papar.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya satu soalan yang mana baru-baru ini ada berita tular bahawa PATI yang menerima vaksin daripada kerajaan akan diberikan kad pengenalan? Saya ingin bertanya, sama ada berita ini betul atau tidak? Terima kasih.

Tuan Jonathan bin YasinBEBAS · GRSRanau

Tuan Yang di-Pertua, walaupun soalan ini juga sedikit tersasar kerana melibatkan kad pengenalan kerana ini tidak berkaitan tetapi bagaimanapun saya ingin menjawab sedikit berkenaan perkara ini.

Tuan Jonathan bin YasinBEBAS · GRSRanau

Apa yang berlaku sebenarnya ialah rakan saya TMDN I sedang menjawab soalan yang dikemukakan berkaitan dengan warga-warga tempatan yang berada di Sarawak, orang asal tetapi jauh di pedalaman dan ada IC kerana mereka ini tidak keluar ataupun belum berkesempatan untuk membuat IC. Jadi, apa yang dijawab oleh rakan saya ialah bahawa kalau memang mereka ini orang tempatan, mahu membuat IC juga kena mengikut peraturan sedia ada dan memenuhi peraturan-peraturan yang ada untuk mendapatkan kad pengenalan. Ia bukan suatu blanket approval bahawa sesiapa pun PATI yang masuk ke dalam negara kita diberi kad pengenalan secara automatik. Ini merupakan satu berita yang tidak berapa tepat di mata umum. Sekian, terima kasih.

Ma'Mun bin SulaimanWARISANKalabakan · question

4. Tuan Ma'mun bin Sulaiman [Kalabakan] minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan, peranan yang telah dimainkan oleh MARA dalam membantu golongan peniaga kecil dari kawasan-kawasan luar bandar di seluruh negeri Sabah yang terkesan dengan arahan penutupan sektor ekonomi tertentu sepanjang tempoh darurat.

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin MohamadUMNO · BNTimbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I · Lipis

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Pertamanya, MARA telah melaksanakan beberapa inisiatif bantuan bagi membantu golongan peniaga kecil di seluruh negeri Sabah yang terkesan dengan arahan penutupan sektor ekonomi tertentu sepanjang tempoh darurat. Bagi inisiatif bantuan pembiayaan perniagaan, MARA menawarkan Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro (S3P) di bawah Program Strategik Memperkasakan Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang bertujuan untuk membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), Mikro Bumiputera yang terjejas akibat COVID- 19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk meneruskan kelangsungan perniagaan. Sehingga kini, 89 orang usahawan di negeri Sabah telah diluluskan pembiayaan sebanyak RM2.67 juta. MARA juga tetap meneruskan penawaran skim pembiayaan sedia ada di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) seperti berikut: (i) Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE) merupakan pembiayaan perniagaan kepada kontraktor bumiputera dalam bidang pembinaan, bekalan, perkhidmatan dan elektrik yang mendapat kontrak kerja daripada jabatan atau agensi kerajaan, anak syarikat berkaitan serta Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC). Terdapat 30 orang usahawan di negeri Sabah telah diluluskan pembiayaan sebanyak RM4.4 juta; (ii) Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA) yang memfokuskan penyertaan wanita dalam aktiviti keusahawanan serta memperkasakan usahawan wanita sedia ada bagi meningkatkan pendapatan isi rumah. Terdapat 18 orang usahawan dari negeri Sabah telah diluluskan permohonan dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM800 ribu; (iii) Program Keusahawanan Muda (PUTRA) merupakan pembiayaan berbentuk pinjaman, modal pusingan dan peralatan;

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin MohamadUMNO · BNTimbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I · Lipis

Seramai 39 orang usahawan negeri Sabah telah mendapat pembiayaan sebanyak RM351,500. Bagi Program Usahawan Teknikal ataupun PUTEK merupakan pembiayaan perniagaan berbentuk pinjaman 60 peratus dan geran 40 peratus untuk skop modal pusingan penggunaan mesin dan peralatan. Tiga orang usahawan di negeri Sabah telah diluluskan pembiayaan berjumlah RM180 ribu. Manakala bagi membantu para penyewa, MARA juga menawarkan diskaun sebanyak 30 peratus kepada semua penyewa premis perniagaan MARA dari bulan Januari hingga Jun dan pengecualian bayaran sewa selama tiga bulan bermula dari bulan Julai sehingga bulan September.

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin MohamadUMNO · BNTimbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I · Lipis

Seramai 224 orang penyewa premis perniagaan MARA di negeri Sabah telah mendapat manfaat daripada inisiatif ini dengan jumlah implikasi kewangan sebanyak RM1.06 juta. Bagi membantu para peminjam MARA yang terjejas sepanjang tempoh pelaksanaan darurat, MARA memperkenalkan inisiatif penangguhan bayaran balik pembiayaan perniagaan moratorium selama tiga bulan atau penjadualan semula bayaran balik dengan memanjangkan tempoh pembiayaan sehingga 36 bulan. Sehingga kini, seramai 536 orang usahawan di negeri Sabah telah mendapat manfaat di bawah inisiatif ini dengan implikasi kewangan berjumlah RM750,100. Selain daripada itu, MARA turut melaksanakan Program Latihan Keusahawanan kepada para usahawan bertujuan untuk memberi pendedahan ilmu keusahawanan dan pengetahuan berkaitan strategi bagi meningkatkan jualan perniagaan. Sebanyak 23 program latihan telah diusahakan dan yang terlibat seramai 685 orang usahawan dengan kos ditanggung oleh MARA sebanyak RM303 ribu. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih. Sila Yang Berhormat Kalabakan, soalan tambahan pertama.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang memberi jawapan yang sangat detailed. Satu yang dipertanyakan oleh peniaga- peniaga di Sabah yang ada pinjaman MARA, mereka juga ingin sebuah pakej untuk mereka menstrukturkan semula pinjaman mereka di MARA untuk mereka bersedia untuk memulakan perniagaan semula pasca COVID-19. Adakah MARA akan mempertimbangkan permintaan mereka di Sabah? Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Sebagaimana yang kita ketahui bahawa MARA sentiasa bersikap terbuka. Telah kami bincangkan bahawa dalam keadaan pandemik COVID-19 ini, kita memang bersikap terbuka dan pada bila-bila masa Yang Berhormat boleh datang atau menghubungi di KPLB ataupun di MARA. Untuk pengetahuan Yang Berhormat bahawa di Sabah ini merupakan salah satu yang tertinggi pencapaian yang kita telah berikan daripada segi bentuk pinjaman ataupun daripada segi latihan dan sebagainya. Setakat ini, kita di negeri Sabah bagi peniaga kecil sahaja, sepanjang pandemik COVID-19 ini, kita telah membantu sebanyak 25.4 juta- peniaga kecil yang mana untuk makluman Yang Berhormat, sehingga September ini, kita dah berbelanja RM22.5 juta. Insya-Allah dengan lebihan-lebihan demikian rupa, maka Yang Berhormat bolehlah membantu para peniaga tersebut bagi memastikan mereka dapat meneruskan kerjaya sebagai seorang ahli perniagaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ada soalan tambahan kedua? Sila, Yang Berhormat Jempol.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab sebentar tadi. Saya melihat bahawa Yang Berhormat Timbalan Menteri begitu peka dalam membantu usahawan kecil menerusi MARA tetapi yang dibuat adalah strategi jangka pendek di mana perkara yang dibuat contohnya 30 peratus diskaun bayaran sewa selama tiga bulan. Jadi saya hendak tahu, adakah strategi baharu dan perancangan jangka masa panjang oleh MARA bagi merancakkan ekonomi usahawan-usahawan di luar bandar seperti mana yang disebut tadi di Sabah tetapi dilihat secara keseluruhan di luar bandar seperti di Negeri Sembilan, di Pahang, kawasan-kawasan yang jauh daripada segi pembangunan. Mereka ini juga mahu sebahagiannya dapat pembelaan di luar bandar. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jempol. Sebagaimana yang kita ketahui bahawa daripada dahulu lagi MARA ini telah melaksanakan pelbagai program. Oleh sebab itu, saya nyatakan sebentar tadi, untuk Sabah sahaja. Mungkin saya tidak dapat nyatakan untuk

keseluruhan dalam negara tetapi untuk Sabah, saya nyatakan tadi bahawa kita peruntukkan RM25.4 juta untuk kesinambungan daripada bentuk-bentuk perniagaan yang mereka hendak lakukan setelah berlakunya pandemik COVID-19 selain daripada kita lakukan yang kita beri sebanyak tiga bulan moratorium dan sebagainya. Jadi, dalam usaha ini sebenarnya kita menggalakkan agar para ahli perniagaan yang memerlukan bantuan datang kepada MARA dan kita boleh menyambung ataupun boleh reschedule pinjaman-pinjaman mereka dan kita mungkin boleh membantu lebih lanjut lagi. Oleh sebab itu, kita menggalakkan juga sebagai Ahli Yang Berhormat, sebagaimana yang saya lakukan di kawasan saya, walaupun saya duduk dalam kementerian ini. Pada minggu lepas sahaja saya menyusuri seluruh kawasan yang peniaga-peniaga di bawah pinjaman MARA dan saya menasihati mereka dan juga saya menyampaikan beberapa surat yang telah mereka mohon. Jadi berharap supaya Yang Berhormat juga boleh melaksanakan program seperti sedemikian rupa. Terima kasih Yang Berhormat atas usaha yang dilakukan.

Mohd Fasiah bin Mohd FakehUMNO · BNSabak Bernam · question

5. Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh [Sabak Bernam] minta Menteri Kesihatan menyatakan, bilangan Pusat Penilaian COVID-19 atau COVID-19 Assessment Center (CAC) yang telah ditubuhkan, dibuka dan beroperasi di seluruh negara dan nyatakan bilangan atau kapasiti pesakit COVID-19 yang boleh dirawat di CAC ini serta nyatakan prestasi dan keberkesanan CAC ini dalam merawat pesakit COVID-19.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu BakarUMNO · BNMenteri Kesihatan · Rembau

Tuan Yang di- Pertua, Pusat Penilaian COVID-19 atau, dengan izin, COVID-19 Assessment Center (CAC) telah ditubuhkan di setiap daerah secara berperingkat dan beroperasi sejak Januari 2021. Setiap daerah mempunyai sebanyak sebuah atau lebih CAC bergantung kepada kapasiti pesakit di daerah tersebut. Fungsi CAC adalah untuk membuat penilaian dan mengenal pasti pesakit yang bersesuaian untuk menjalani isolasi di rumah atau perlu dirujuk ke PKRC dan hospital untuk menjalani rawatan. Setakat ini CAC telah berjaya mencapai kedua-dua objektif tersebut. Sehingga kini, jumlah CAC di seluruh negara adalah sebanyak 209 buah. Jumlah ini akan berubah mengikut keadaan semasa. Sekiranya bilangan pesakit meningkat di sesebuah lokasi, maka bilangan CAC yang dibuka akan bertambah. Bilangan atau kapasiti pesakit yang dinilai di CAC turut bergantung kepada keadaan semasa di dalam daerah tersebut. Pihak jabatan kesihatan negeri dan pejabat kesihatan daerah bertanggungjawab untuk menetapkan lokasi sesebuah CAC di satu-satu daerah. CAC boleh ditempatkan di klinik desa, klinik kesihatan atau klinik komuniti. Bagi daerah yang mempunyai bilangan pesakit yang tinggi, dewan komuniti atau stadium akan diubahsuai untuk dijadikan CAC. Berikutan peningkatan kes yang mendadak pada pertengahan Julai 2021 di Lembah Klang, Pasukan Bertindak Khas Greater Klang Valley telah diwujudkan bagi melaksanakan pelan tindakan dengan lebih aktif, cepat dan menyeluruh ke atas sistem perkhidmatan sedia ada. Melalui inisiatif ini, CAC maya atau virtual CAC telah diwujudkan. Pesakit COVID-19 kategori satu dan dua bergejala ringan di Greater Klang Valley kemudiannya dipantau secara maya oleh pasukan perubatan KKM. Oleh yang demikian, hanya pesakit yang bergejala perlu ke CAC untuk dinilai status kesihatan bagi tindakan selanjutnya. Hasil daripada penubuhan CAC maya, kedatangan pesakit di CAC Greater Klang Valley adalah rendah dan sentiasa dalam keadaan terkawal walaupun jumlah kes positif COVID-19 masih lagi di paras yang sedikit tinggi. Susulan daripada kejayaan CAC maya dalam memantau pesakit kategori satu dan dua bergejala ringan di Greater Klang Valley, usaha untuk menubuhkan CAC maya di lain-lain negeri sedang giat dijalankan bagi menangani peningkatan pesakit COVID-19 di seluruh negara. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sila Yang Berhormat Sabak Bernam, soalan tambahan pertama.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah memberikan jawapan sebentar tadi.

Sebelum itu saya hendak merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri dari Bagan Serai yang dapat hadir ke Sabak Bernam dan hasilnya 95 peratus penduduk Sabak Bernam menerima vaksin. Tahniah dan sekarang ini dalam proses untuk yang berumur 17 tahun. Soalan tambahan saya, bagaimanakah pengoperasian COVID-19 Assessment Centre (CAC)? Adakah melalui temu janji ataupun secara walk-in? Terdapat aduan di mana masih ramai pesakit COVID-19 yang masih belum dihubungi oleh pejabat kesihatan daerah untuk dinilai tahap kesihatan dan setakat manakah kesesuaian tempat untuk kuarantin CAC? Apakah langkah yang diambil untuk mengatasi masalah ini? Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Menteri, satu minit.

Terima kasih Yang Berhormat. Di beberapa buah negeri, kita sudah pun beralih kepada walk-in untuk CAC. Sebagai contoh di negeri Selangor, kita sekarang ini tidak perlu lagi janji temu atau appointment dan dibenarkan secara walk-in. Beberapa buah negeri telah beralih kepada walk-in disebabkan jumlah kes yang semakin menurun. Pengumuman akan dibuat di peringkat negeri, di mana-mana negeri yang boleh menerima secara walk-in apabila jumlah kes dapat diurus tanpa kesesakan berlaku di CAC. Untuk makluman Yang Berhormat, CAC ini bukan pusat kuarantin ataupun rawatan. Ia hanya pusat penilaian sebelum dihantar sama ada ke tiga buah tempat. Hantar ke rumah untuk isolasi di rumah untuk yang bergejala ringan, hantar ke PKRC bagi pesakit-pesakit yang kategorinya mungkin dua, tiga, empat ataupun hospital bagi pesakit yang kategori empat dan lima. Kita sekarang ini sedang berusaha untuk memastikan jumlah brought-in-dead (BID), yang meninggal sebelum sempat ke hospital dapat dikurangkan. Oleh sebab itu usaha kita untuk memastikan pemerkasaan komuniti dapat dilaksanakan dengan lebih baik lagi supaya di satu-satu tempat, pemimpin-pemimpin masyarakat tahu berkenaan dengan kes-kes pesakit COVID-19 yang mungkin sudah ada gejala, sudah buat ujian dan didapati positif dan boleh dibawa secepat mungkin ke CAC untuk penilaian. Kita juga sedang meningkatkan keberkesanan virtual CAC untuk memastikan bahawa mereka yang melaporkan ujian positif mereka yang bergejala dapat dihubungi melalui sama ada robocall ataupun panggilan daripada sukarelawan di pejabat kesihatan daerah. Langkah-langkah ini dilaksanakan supaya kita dapat memastikan mereka yang sudah pun diuji dan didapati positif dan mula bergejala dapat dibawa secepat mungkin sama ada ke CAC ataupun terus ke PKRC dan hospital untuk kita mengurangkan jumlah BID. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan kedua saya jemput Yang Berhormat Tampin.

Datuk Dr. Hasan bin BahromAMANAH · PHTampin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Menteri yang agak lengkap. Cuma persoalan saya ialah terdapat beberapa isu di mana beberapa CAC berhadapan dengan masalah lokasi seperti yang terjadi di Dewan Taman Sri Andalas contohnya, yang tidak sesuai. Lokasi CAC yang bersebelahan dengan masjid dan kawasan perumahan, ia bukan sahaja menyebabkan kesesakan malahan ada masjid ataupun surau yang ditutup. Ini adalah kerana kekhuatiran masyarakat di tempat itu. Jadi saya ingin bertanya, apakah pihak kementerian ada menyediakan SOP daripada segi pemilihan lokasi ini? Terima kasih.

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Kementerian Kesihatan Malaysia dalam kita menilai dan memilih lokasi yang sesuai bagi CAC mengamalkan infection prevention and control dan juga penilaian tersebut bagi memastikan keselamatan setiap pesakit, petugas dan juga kawasan persekitaran agar tidak berlaku sebarang pencemaran yang boleh menyebabkan penularan wabak ini. Dalam kes yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat tadi, saya sendiri akan semak dan sekiranya didapati tidak sesuai seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat tadi, kita boleh mencari lokasi yang baru. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih. Pertanyaan seterusnya saya ingin menjemput Puan Nurul Izzah binti Anwar, Yang Berhormat Permatang Pauh.

Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHPermatang Pauh · question

6. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Permatang Pauh] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan: (a) tahap pelunasan komitmen kerajaan serta perincian usaha setakat ini dalam kajian semula gaji minimum, seperti dimaklumkan Perdana Menteri semasa ucapan Hari Buruh 2021; dan (b) nyatakan juga sama ada kerajaan mengambil kira perwujudan gaji sara hidup seperti Luxembourg dan Australia.

Datuk Haji Awang bin HashimPAS · PNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Pendang

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya hendak mulakan dengan dua potong ayat Al-Quran. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] - “Amat besar kebenciannya di sisi Allah SWT sekiranya kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya”.. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] - “Sesungguhnya Allah SWT amat mengasihi orang-orang yang berperang, berjihad untuk membela agamanya dalam barisan yang teratur rapi seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh”. Sadaqallahul azim. Alhamdulillah, terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Permatang Pauh yang membangkitkan soalan. Dua soalan yang disentuh di sini. Pertamanya, berkenaan dengan status tentang kajian terperinci berkenaan dengan gaji minimum yang dilaksanakan oleh kerajaan pada ketika ini. Keduanya, rujukan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh berkenaan dengan sistem yang diamalkan, sistem gaji ataupun sara hidup di Luxembourg dan juga Australia. Dua buah negara yang menjadi reference kepada Yang Berhormat daripada segi kejayaan sistem gaji di dua buah negara tersebut. Saya akan merangkumkan jawapan ini. Saya mula menyentuh dengan soalan yang pertama dan saya akan terus kepada soalan yang kedua, saya rangkumkan dalam jawapan ini. Jadi alhamdulillah, kajian tentang gaji minimum yang telah dijalankan oleh Jawatankuasa Teknikal Perundingan Gaji Negara (JTPGN) iaitu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN). Kajian ini memberi impak pelaksanaan gaji minimum secara berkala, dijalankan selaras dengan seksyen 25(1) Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 iaitu Akta 732 di mana memperuntukkan kajian terhadap Perintah Gaji Minimum ini perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali dalam setiap dua tahun. Jadi melalui kajian ini atau dapatan ini, kita turut menjalankan di bawah seksyen 25(3) Akta 732 bagi menilai impak ataupun nilai keberkesanan Perintah Gaji Minimum bagi memberi implikasinya terhadap pembangunan sosial dan ekonomi negara. Dalam melaksanakan kajian semula Perintah Gaji Minimum ini, dalam tahun 2020, usaha-usaha yang telah diambil membangunkan Borang Kaji Selidik dan menganalisis data yang

Datuk Haji Awang bin HashimPAS · PNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Pendang

diperoleh bagi mendapat perincian berkaitan kesan langsung PGM 2020 kepada majikan dan juga pekerja. Seterusnya, mengadakan sesi rundingan awam melibatkan persatuan majikan dan juga majikan, kesatuan sekerja dan pekerja, badan-badan bukan pekerjaan seperti non-governmental organization (NGO) dan juga orang-orang awam bagi mendapatkan pandangan awam berkaitan kesan PGM 2020. Seterusnya, kita juga daripada dapatan ini membuat analisa dan kajian terhadap data-data sosioekonomi negara semasa. Sehingga 1 September 2021, Kementerian Sumber Manusia melalui Majlis Perundingan Gaji Negara telah melaksanakan usaha- usaha berikut. Pertama, menjalankan enam sesi libat urus iaitu focus group discussion mengikut zon dengan dihadiri oleh 209 buah persatuan majikan yang juga majikan dan juga 93 buah kesatuan sekerja, dan empat buah badan NGO.

Datuk Haji Awang bin HashimPAS · PNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Pendang

Dapatan daripada kebarangkalian ini ataupun probability ini akan dibentangkan di suku keempat ataupun fourth quarter of 2021. Maknanya hujung tahun inilah dan akan dilaksanakan pada 2022. Mengedarkan borang kaji selidik pada sampel kajian yang telah ditetapkan iaitu 1,996 orang responden, majikan. Maknanya 1,996 orang majikan dan juga 1,996- responden pekerja dan melaksanakan kajian persepsi orang awam mengenai perintah gaji minimum 2020 melalui portal yang disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia. Jumlah responden ialah 239 yang terdiri daripada 177 orang pekerja iaitu 74.2 peratus, 25- majikan – 10.5 peratus dan juga 37 responden lain pencari kerja dan orang awam yang mana bersamaan dengan 15.7 peratus. Unsur-unsur lain yang kita kenal pasti iaitu unsur-unsur eksploitasi daripada employers juga kita melihat dari sudut ini, selain daripada perkara-perkara yang telah disebutkan tadi. Jadi GTPGN ini sedang diperhalusi, menganalisis semua dapatan yang diperoleh. Laporan dapatan kajian ini akan dibentangkan, dan dibahaskan di peringkat Majlis Perundingan Gaji Negara sebelum disyorkan dan dipertimbangkan untuk persetujuan kerajaan melalui Kabinet. Tuan Yang di-Pertua, kementerian juga mengambil maklum ke atas cadangan untuk memperkenalkan gaji sara hidup yang diamalkan di negara Luxembourg-– ini sambung kepada soalan yang kedua. Saya nak teruskan dengan cepat iaitu negara Luxembourg dan negara Australia. Memandangkan Malaysia sedang mengorak langkah ke arah menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi, gaji boleh menjadi salah satu instrumen yang berpotensi untuk menambah baik dasar ke arah itu. Namun penting bagi Malaysia untuk mengatasi cabaran pertumbuhan produktiviti yang sederhana dan berusaha untuk mewujudkan pekerjaan yang berproduktiviti tinggi serta bergaji tinggi, melihat kepada keadaan semasa iaitu faktor ekonomi, faktor politik dan juga faktor pelaburan yang boleh merangsang kepada kita mengurangkan kadar pengangguran. Jumlah penduduk- apabila kita melihat perbandingan ini dengan negara Luxembourg dan Australia, kadar purata gaji di Luxembourg dan Australia adalah lebih tinggi hampir dua kali ganda dengan kadar purata gaji di Malaysia. Walau bagaimanapun, jumlah penduduk Luxembourg jauh lebih rendah 0.63 juta orang penduduk daripada bilangan penduduk di Malaysia iaitu 32.7 juta- penduduk. Ini menyebabkan KDNK per kapita di Luxembourg lebih tinggi iaitu USD107,458 berbanding KDNK per kapita di Malaysia iaitu USD11,637.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Timbalan Menteri, jawapan itu panjang sangat.

Ya, saya nak kena sebut

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya bagi tiga minit sahaja.

Jadi, kita hendak sentuh juga sebab kita banding Luxembourg- saya minta sikit satu minit.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Satu minit panjang sangat tu.

Iaitu kadar inflasi di Luxembourg 0.82 peratus dan di Australia 0.87 peratus adalah lebih tinggi berbanding dengan kadar inflasi di Malaysia. Kita melihat kesan sistem ekonomi, sistem pelaburan, sistem politik mereka. Jadi, setakat itu sahaja lah walaupun ada panjang lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sebab nanti ada soalan tambahan lagi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik terima kasih. Sila Yang Berhormat Permatang Pauh, soalan tambahan 30 saat.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hargai jawapan dan usaha hanya pada saya bila kita tunggu sampai suku keempat 2021 amat lewat sekali. Memandangkan semalam Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri umum jawapan ya 580 ribu isi rumah M40 yang jatuh ke kategori B40, akibat pandemik COVID-19. Maka perlunya diambil kira peningkatan paras pendapatan garis kemiskinan daripada kadar sedia ada. Ini selari dengan dapatan kami yang kami buat di Permatang Pauh untuk menunjukkan bahawa sama juga dengan peningkatan paras pendapatan garis kemiskinan. Ia kena selari dengan pengenalan gaji minimum yang lebih bermakna. Sehubungan itu, adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri akan mempercepatkan proses ini kerana saya fikir tidak ada mana-mana Ahli Parlimen di dalam dewan yang akan menolak usaha untuk mempertingkatkan kebajikan. Saya rujuk Luxembourg bukan apa, kalau kita nak menuju ke penanda aras yang terbaik, sebaiknya terlihatlah mungkin pengenalan gaji, sara hidup yang memadai untuk pekerja. Terakhir- rungutan daripada MTUC. Mereka merupakan kesatuan pekerja yang mendengar keluhan pekerja di bawah, mohon agar diberikan ruang menerusi jawatankuasa yang ada memandangkan majlis penasihat tripartite dahulunya tidak lagi dipanggil oleh kementerian tetapi perlu ada penglibatan lebih aktif. Saya pohon jawapan, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat. Sila Timbalan Menteri satu minit.

Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Dua benda yang disentuh iaitu yang pertama berkenan dengan pendapatan garis gaji minimum yang dibangkitkan iaitu kajian kerana lambat. Alhamdulillah memang setiap suku pertama, kedua dan ketiga, ia ada kajian, cuma untuk suku yang keempat ini end of this year will be tabled up to the Cabinet, dengan izin. Jadi kita tidak boleh umum sekaranglah. Suku pertama, suku kedua, suku ketiga telah ada. Jadi walau mana pun kita mengambil kira sebelum kita membuat satu conclusion ataupun kesimpulan dalam suku terakhir ini, suku keempat yang terakhir. Kita ada beberapa kriteria yang kita ambil kira, yang pertamanya kriteria asas iaitu menggunakan dua indikator ekonomi yang diguna pakai bagi kita mengukur pendapatan garis kemiskinan iaitu PGK ataupun poverty line income, dengan izin. Gaji penengah iaitu kemampuan ataupun median wage, kemampuan majikan untuk membayar gaji. PGK adalah sebagai indikator bagi menentukan keperluan asas pekerja serta keluarga pekerja dan gaji penengah sebagai indikator keupayaan majikan membayar gaji. Jadi kita mengambil masa yang tertentu. Kalau setakat Permatang Pauh satu kawasan yang kecil tetapi kita mengambil semua keseluruhan Semenanjung dari Perlis ke Johor dan juga daripada Sabah dan Sarawak untuk kita menjadikan sampling average bagi kita membuat satu pelarasan.

Kriteria seterusnya, jadi kita lihat juga keupayaan majikan untuk membayar gaji. Kita tengok kepada keadaan ini, indikator yang diambil kira dalam penetapan kadar gaji minimum adalah daripada perubahan indeks harga pengguna. Begitu juga kita,mengambil kira juga GDP negara, ini sebagai consumer price index yang kita ukur pertumbuhan produktiviti buruh dan juga kadar pengangguran. Ini perkara-perkara yang menyebabkan kita menjadi satu asas bagaimana kita membuat kajian dalam kita nak menentukan garis panduan terutamanya pendapatan garis kemiskinan yang minimum sebelum sama ada mereka boleh terus atau tidak life atau pun livelihood mereka dalam kehidupan seterusnya. Keduanya berkenaan dengan tripartite. Sebenarnya kita sudah ada dua kali pertemuan, saya tahu MTUC pun baru selesai pemilihan, mereka ada pemilihan jadi berlaku pertukaran. Kita sudah ada pertemuan dengan mereka tetapi pertemuan kita walaupun dua kali tetapi dia conclude keputusan. Kalau tiap-tiap bulan kita buat pertemuan pun tidak ada conclusion, jadi tidak guna juga. Jadi sekarang ini kita sedang- bila kita table, bila kita selesai masalah kajian yang kita buat untuk quarter yang keempat nanti, jadi kita akan panggil dan kita akan berbincang balik keadaan ketika kita sedang menghadapi pandemik COVID-19 yang mana kesan kepada pekerjaan memang pekerja- pekerja sangat-sangat drastik yang kita rasa. Jadi, sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya telah membagi masa terlalu panjang. Saya hendak teruskan kepada soalan jawab lisan seterusnya.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua, sedikit very short, very simple.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ya betul tetapi sudah terlalu panjang masa, saya tidak mahu bagi terlalu panjang.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang kedua ini saya ada, sedikit sahaja

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Okey, sedikit sahaja 30 saat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya mengenai penguatkuasaan gaji minimum kerana ada ramai di antara rakyat complain katakan gaji mereka dengan sengaja atau kerana pandemik COVID-19 telah dikurangkan dari dasar gaji minimum. Jadi, adakah penguatkuasaan oleh kementerian supaya isu ini tidak menjadi masalah yang besar. Kedua MTUC. Yang Berhormat saya hairan, Yang Berhormat kata telah berjumpa mereka telah dua kali. Saya baru jumpa mereka minggu dahulu, mereka katakan tidak ada perjumpaan National Labour Advisory Council (NLAC) langsung.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Jadi siapa yang cakap atau tidak benar dan dalam hal ini.

You kena tanya. You kena tanya MTUC.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Don’t, don’t sekejap...

You tanya dia saya jawab jumpa.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Hold on, hold on. Young man, hold on. Nombor dua, perlu ingat bila Yang Berhormat jawab katakan kalau ada meeting bulan- bulan tidak berhasil, not true. Semasa kita menerajui kerajaan, tiap-tiap bulan ada supaya there is check and balance, memberi suara kepada MTUC, memberi suara kepada pekerja, memberi suara kepada majikan. Ini perlu didekatkan. Jangan kerana kita malas dan sebagainya tidak mengadakan mesyuarat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, Yang Berhormat Ipoh Barat. Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Kalau you buat tiap-tiap bulan dengan MTUC, tidak ada lah masalah. Kami sekarang tidak ada masalah sebab kita masih lagi menghadapi pandemik COVID-19. Banyak benda kita hendak fikirkan.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Online.

Okey. So, kalau you sudah bertemu dengan MTUC tiap-tiap bulan, saya ingat tidak ada masalah. Kami teruskan apa yang telah you selesaikan semasa you jadi Menteri Sumber Manusia. Jadi sekarang kita sedang continue masalah, maknanya tidak selesai.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Sekarang pun ada masalah sebab Yang Berhormat Pendang ada.

Ini masa saya. Hendak bertengkar dengan saya di luar pun boleh. No problem...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Saya tidak benarkan sesiapa bercakap tadi tanpa kebenaran saya. Jangan mencelah tanpa kebenaran Tuan Yang di-Pertua, tolong. Yang Berhormat Timbalan Menteri, teruskan.

Jadi kita sedang mengkaji living wage untuk semua sektor yang perlu kita jalankan. Insya-Allah apa yang dibangkitkan itu sahaja untuk kita panaskan keadaanlah. Akan tetapi sebenarnya benda ini sedang berjalan, insya- Allah. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sekarang saya hendak menjemput Yang Berhormat Cameron Highlands.

Ramli bin Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands · question

7. Tuan Ramli bin Dato' Mohd Nor [Cameron Highlands] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, apa langkah yang dilakukan oleh pihak Kementerian berhubung isu kesihatan mental para anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tuan Jonathan bin YasinBEBAS · GRSTimbalan Menteri Dalam Negeri II · Ranau

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas soalan daripada Yang Berhormat Cameron Highlands. Jawapannya adalah seperti berikut, Tuan Yang di-Pertua. Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjalankan beberapa kajian berkaitan isu kesihatan mental bermula tahun 2019. Kajian ini telah dijadikan rujukan utama dalam rangka tindakan pencegahan yang perlu diambil termasuk keperluan menambah baik prosedur operasi standard yang sedia ada. Untuk makluman pada 21 Februari 2020, PDRM telah mengeluarkan arahan pentadbiran dalaman melalui Arahan Pentadbiran Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bil. 1/2020 mengenai pengurusan kesihatan mental warga PDRM. Arahan ini bertujuan untuk memberi pemahaman, kesedaran dan panduan kepada ketua jabatan dan pegawai yang terlibat mengenai tanggungjawab untuk bersama-sama membantu pegawai kanan polis, pegawai rendah polis dan pegawai awam di bawah seliaan masing-masing yang menunjukkan gejala tekanan dan kemurungan. Rentetan itu Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Bukit Aman telah memainkan peranan proaktif dengan melaksanakan beberapa langkah dan inisiatif susulan untuk mengekang masalah isu kesihatan mental dalam kalangan warga PDRM seperti berikut: (i) dengan melaksanakan publisiti atau promosi melalui infografik poster berkaitan kepentingan menjaga kesihatan mental. Infografik ini mengandungi elemen faktor penyebab dan simptom masalah kesihatan mental serta tindakan yang perlu diambil oleh ketua jabatan atau penyelia apabila berhadapan dengan mereka yang mempunyai simptom tersebut; dan

Tuan Jonathan bin YasinBEBAS · GRSTimbalan Menteri Dalam Negeri II · Ranau

(ii) memperkasakan peranan rakan sekerja melalui program Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) iaitu dengan memastikan setiap kontinjen, briged termasuk di peringkat daerah dan balai mempunyai ahli AKRAB dan ahli AKRAB berperanan untuk mengesan atau mengenal pasti mereka yang mengalami masalah kesihatan mental dan sekali gus membantu pihak pengurusan sumber manusia PDRM mengambil tindakan awal; (iii) seterusnya, dengan memberi pemahaman umum dalam aspek psikologi dan kaunseling kepada ketua jabatan dan penyelia melalui slot taklimat yang dimasukkan dalam modul latihan PDRM; dan (iv) program turun padang oleh BAKA bagi memberi kesedaran dan pengetahuan-pengetahuan mengenai peranan BAKA dan- warga PDRM khususnya kesejahteraan psikologi. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan pertama, Yang Berhormat Cameron Highlands, sila.

Tuan Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Assessment mental adalah mustahak kerana seseorang itu bila berkhidmat dalam PDRM dia berdepan dengan stress. Selama saya di dalam PDRM selama 34 tahun, saya lihat tidak ada assessment untuk candidates yang akan menjadi anggota ataupun pegawai PDRM. Adakah benda ini dilaksanakan? Jika belum, saya harap benda ini dilaksanakan kerana it is very pertinent and important.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, Yang Berhormat Cameron Highlands. Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit.

Tuan Jonathan bin YasinBEBAS · GRSRanau

Terima kasih, Yang Berhormat Cameron Highlands. Cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Cameron Highlands itu sangat relevan dan penting dan saya rasa perkara ini akan dibawa dalam kementerian dan dibincangkan dengan baik supaya perkara itu juga turut diambil kira seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Cameron Highlands. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Soalan tambahan kedua saya jemput Yang Berhormat Hulu Langat.

Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau kita melihat kepada khidmat kaunseling di kalangan anggota PDRM, soalan pertama saya adakah khidmat unit kaunseling yang disediakan mencukupi dan memadai bagi memberi sokongan mental dan kaunseling kepada polis yang menghadapi kemurungan. Saya juga bimbang kalaulah kesemua kaunselor yang ada di unit agama dan kaunseling ini terdiri daripada anggota PDRM, saya takut klien ataupun mereka yang dilakukan... [Suara kurang jelas] Tadi kehilangan suasana keterbukaan, kebebasan berfikir dan kebebasan berterus-terang. Oleh sebab bersama anggota, saya percaya dalam PDRM sangat tegas daripada segi disiplin dan menghalang untuk mereka berterus- terang. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, Yang Berhormat Hulu Langat. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit.

Tuan Jonathan bin YasinBEBAS · GRSRanau

Terima kasih kepada Yang Berhormat Hulu Langat. Soalan itu memang sangat relevan. Namun pada masa ini sebenarnya keanggotaan BAKA itu bukan sahaja daripada kalangan anggota polis tetapi ada daripada mereka yang daripada JPA sendiri dan ditempatkan di dalam BAKA. Mereka ini adalah independent daripada polis sendiri yang mana mereka akan memberi kaunseling kepada mereka yang terlibat dan saya rasa itu sudah satu cara langkah yang baik untuk mengatasi kebimbangan seperti yang disuarakan oleh Yang Berhormat Hulu Langat. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Satu lagi soalan.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Satu lagi.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Padang Serai.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Ada dua, tiga orang ini saya hendak jemput yang ke...

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Pendek, ringkas sahaja.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Padang Serai.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Saya bagi Yang Berhormat Batu Kawan, wanita.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya berkaitan dengan moratorium untuk pendakwaan atas kes-kes cubaan untuk membunuh diri. Andai kata ada seorang anggota polis yang telah cuba untuk membunuh diri dan beliau tidak meninggal dunia, maka adakah pendakwaan akan diteruskan. Oleh sebab mengikut jawapan yang saya terima daripada kerajaan, sebanyak 900 lebih orang yang telah didakwa dalam tempoh masa tiga tahun ini. Mereka ini perlukan rawatan, bukan hukuman. Maka saya ingin satu penjelasan dan jaminan kita tidak perlu masa lagi untuk mengkaji. Sudah banyak tahun Pejabat Peguam Negara mengkaji keperluan untuk, dengan izin, decriminalize suicide. The time has come to do it. Dia adalah low-hanging fruit. Maka saya ingin satu jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri to give your commitment here yang ini akan menjadi agenda atas meja Mesyuarat Kabinet untuk pastikan bahawa insiden ataupun tindakan membunuh diri akan dinyahjenayahkan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, Yang Berhormat Batu Kawan. Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tuan Jonathan bin YasinBEBAS · GRSRanau

Terima kasih kepada Yang Berhormat yang telah mengemukakan cadangan-cadangan sebentar tadi dan cadangan yang telah dikemukakan itu akan diambil kira dengan sebaiknya daripada pihak kementerian. Bagaimanapun tentang moratorium seperti yang disebut dikatakan itu pihak kami meminta sedikit waktu untuk memberikan jawapan secara bertulis kerana ia merupakan dan melibatkan polisi dan ia perlu dibincangkan dengan pihak kementerian. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Lembah Pantai. Sila.

Ahmad Fahmi bin Mohamed FadzilPKR · PHLembah Pantai · question

8. Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil [Lembah Pantai] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, jumlah unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang telah siap dibina, serta yang dalam perancangan untuk dibina antara tahun 2018 hingga ke hari ini.

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina MericanUMNO · BNMenteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Kepala Batas

Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Lembah Pantai atas kepedulian dan perhatian beliau terhadap perancangan projek perumahan rakyat yang berada dikawal seliaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Untuk makluman Yang Berhormat, Program Perumahan Rakyat (PPR) merupakan program perumahan awam yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan khusus bagi tujuan untuk membantu golongan setinggan dan golongan berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan. Program yang pada mulanya dilaksanakan pada tahun 1982 di

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina MericanUMNO · BNMenteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Kepala Batas

bawah Rancangan Malaysia Ketiga, waktu itu dikenali sebagai Program Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR). Namun, program ini disemarakkan lagi dan dijenamakan semula sebagai Program Perumahan Rakyat bermula pada tahun 2002 sehinggalah sekarang. Sebagai kementerian yang menjaga keperluan perumahan rakyat pelbagai lapisan, KPKT sentiasa berusaha untuk memastikan unit-unit PPR yang dibangunkan dapat disiapkan dan diserahkan mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Kerajaan melalui KPKT menyediakan dua jenis program PPR iaitu PPR dimiliki dan juga PPR disewa. PPR dimiliki adalah unit PPR yang dijual kepada pemohon yang berkelayakan manakala PPR disewa ditawarkan kepada rakyat yang masih belum berkemampuan untuk memiliki kediaman. Sejak diperkenalkan pada tahun 1982 dan kemudiannya pada tahun 2002 dengan jenama PPR, sebanyak 154 buah projek PPR yang disewa mahupun dimiliki telah siap dibina yang menyediakan sejumlah 97,146 unit rumah. Merujuk soalan asal Yang Berhormat, dalam tempoh tahun 2018 sehingga kini sebanyak 26 buah projek merangkumi 11,710 buah unit rumah PPR yang telah siap dibina, sebanyak 28 buah projek merangkumi 10,570 unit rumah yang sedang dalam pembinaan manakala 11 buah projek yang merangkumi 4,120 unit rumah yang berada dalam peringkat perancangan di seluruh negara. Kerajaan akan terus komited dalam menyediakan PPR kepada golongan B40 dan kerajaan akan sentiasa bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi memastikan usaha ini dapat diteruskan untuk mengenal pasti cadangan lokasi yang bersesuaian untuk program- program perumahan mampu milik terutamanya untuk B40 di bawah KPKT, khususnya program PPR. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sila soalan tambahan pertama.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan. Saya ucapkan terima kasih atas perincian yang diberikan salah satu daripada masalah yang kita lihat terutama apabila ada dasar setengah daripada unit-unit rumah ini disewa dan setengah dimiliki ialah isu maintenance ataupun penyelenggaraan dan timbul masalah apabila dalam satu bangunan contohnya sekiranya ada dia jadi macam patchwork dengan izin. Adakah dasar kerajaan ke hadapan terutama apabila mengambil kira banyak daripada bangunan yang lebih daripada 20 tahun, 30 tahun keadaannya agak tidak begitu baik. Mungkin ada perancangan untuk dibangunkan semula. Jadi, pohon penjelasan tentang isu patchwork antara yang dimiliki dan yang disewa serta perancangan untuk pembangunan semula. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih banyak Yang Berhormat. Memang salah satu daripada the challenge, cabaran yang dihadapi oleh KPKT merupakan soal penyelenggaraan. Sememangnya Kerajaan Persekutuan telah melakukan apa yang disebut sebagai Tabung Penyelenggaraan Perumahan (TPPM) dan juga Program Penyelenggaraan Perumahan Malaysia bagi tujuan untuk pertamanya membantu perumahan berstrata kos rendah awam dan juga swasta untuk membaik pulih, menyelenggarakan harta bersama. Soalan yang ditanya oleh Yang Berhormat Lembah Pantai tadi ini adalah soalan yang menyentuh tentang soal penyelenggaraan. Kalau daripada segi di kawasan Yang Berhormat sendiri saya rasa ada lebih kurang 5,656 unit yang dibangunkan dan dibina oleh KPKT. Kesemuanya telah pun diserahkan di bawah DBKL. Saya memahami ada di kalangan Kampung Limau, Apartment Putra Ria, saya pernah jadi Satpol sana saya tahu kawasan-kawasan tersebut yang ada dijual dan ada yang disewakan. Akan tetapi dalami soal penyelenggaraan yang di bawah TPPM ini ia tidak memilih kalau kita turun maka kita akan lihat keperluan-keperluan untuk mewajahkan semula

daripada segi hendak cat, daripada segi penambahbaikan-penambahbaikan, daripada segi bumbung dan sebagainya untuk dilakukan. Cuma saya hendak maklumkan satu perkara lagi kita ada cabaran juga. Kita ada sekitar 3,519 skim perumahan yang lama- lama, yang tidak ada JMB, yang tidak ada MC yang dahulunya kalau ingat Yang Berhormat 450 kaki persegi yang dibina kadang-kadang sebelum lagi daripada Akta Pemilikan Strata diperkenalkan. Mereka ini adalah antara bangunan yang agak tidak terbela. Oleh sebab itu dalam belanjawan kali ini saya hendak mohon juga kepada Kementerian Kewangan untuk melihat sejumlah yang kata 3,519 skim yang jumlah keseluruhannya hampir 554 ribu untuk juga mendapat pembelaan. Saya rasa kalau di tempat Yang Berhormat, mungkin macam Taman Bukit Angkasa. I think that could be one of that. Insya-Allah itu adalah antara hala tuju yang akan diambil oleh kementerian untuk pastikan bahawa kediaman-kediaman yang disediakan oleh kerajaan bukan hanya mampu dimiliki dan mampu didiami tetapi mempunyai tahap daya huni yang tinggi. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan kedua saya jemput Yang Berhormat Tumpat.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Menteri tadi. Saya melihat bagaimana kerajaan telah mula mengubah konsep pembinaan unit perumahan PPR daripada ruang yang terlalu padat, sempit dan tidak selesa kepada PPR baharu yang lebih luas, selesa serta disediakan kemudahan bangunan letak kereta seperti PPR contoh di PPR Sentul Murni, Bandar Baru Sentul. Namun masih banyak unit perumahan PPR lama yang sempit, terlalu padat serta tempat parking kereta yang berlapis-lapis. Adakah kementerian berhasrat untuk menebus guna PPR sedia ada ini untuk membangunkan semula PPR dengan konsep yang baharu ini sebagai strategi jangka panjang kepada penduduk di PPR dan memberikan keselesaan kepada mereka. Mohon penjelasan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Okey Yang Berhormat Tumpat. Sila Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih kepada sahabat Yang Berhormat Tumpat. Memang itu menjadi perkara yang mendasari keprihatinan daripada pihak kerajaan. Sebagaimana yang saya sebut tadi bahawa PPR ini melalui proses evolusi yang agak panjang hampir melepasi 30 tahun, 40 tahun sebenarnya. Daripada 450 kaki persegi, ke-650 kaki persegi kebanyakan di Lembah Pantai semua 650 kaki persegi. Kemudian kepada 700 kaki persegi dan sekarang, dasar yang diamalkan adalah semua PPR bermula dengan projek di Besut semua luas lantainya adalah 900 kaki persegi. Namun ada banyak perkara lagi yang juga sedang dilihat. Antaranya sebagaimana yang saya sebut tadi tentang soal livability ataupun tahap daya huni. Kita tak nak di kalangan kawasan PPR yang mana kita letakkan untuk di kalangan B40 yang mempunyai pendapatan yang rendah berdepan dengan kesukaran. Akan tetapi pada waktu yang sama tempat-tempat tersebut bukan berdaya huni daripada segi last mile connectivity tidak ada, daripada segi infrastruktur yang menyokong kehidupan yang lebih lestari tidak ada. Ada di kalangan PPR yang tidak ada internet access. So, model-model yang ini perlu dilihat semula. Apa guna kita letak di kalangan yang miskin tetapi kalau dia hendak belajar PdPR tidak dapat sebab internet access berada dalam keadaan yang lemah. Ia tidak menjadikan tempat tersebut merupakan tempat yang berdaya huni. Oleh sebab itu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, daripada 154 buah rumah yang telah pun dibina, kita sedang melakukan the liveability index pada each and one 154 unit walaupun ada yang telah diserahkan untuk memastikan kelestarian tahap daya huni yang dapat didiami oleh mereka yang mendiami PPR. Terima kasih.

Abdul Latiff bin Abdul RahmanPAS · PNKuala Krai · question

9. Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, langkah yang paling efektif dan holistik bagi menangani kes-kes pengangguran dalam kalangan rakyat dan sejauh mana persediaan Kerajaan menangani impak jumlah pengangguran yang semakin meningkat menjelang tahun 2022.

Datuk Haji Awang bin HashimPAS · PNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Pendang

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya hendak menjawab sekali soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor. Sebelum itu, saya hendak beri interpretasi berkenaan dengan tanggungjawab Kementerian Sumber Manusia iaitu berkaitan pekerja dan juga majikan seperti mana keselamatan sosial. Contohnya, skim-skim insurans daripada PERKESO, hak-hak dan kebajikan pekerja dan juga majikan. Kita juga mewujudkan undang-undang, peraturan dan akta serta platform rundingan antara majikan. Jadi, prosedur semua disediakan. Isu-isu berkaitan gaji dan serta penetapan gaji minimum, oleh yang demikian, dengan hormatnya ingin saya tegaskan bahawa Kementerian Sumber Manusia tidak terlibat secara langsung. Walau bagaimanapun, dalam menjana pekerjaan atau meluangkan peluang- peluang pekerjaan. Akan tetapi, kita berintegrasi dalam semua dengan kerajaan dengan kementerian yang lain untuk kita membantu mengurangkan kadar pengangguran dalam negara. Berdasarkan data terkini, Kaji Selidik Tenaga Buruh oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran rakyat Malaysia menurun 0.3 peratus daripada 5.1 peratus pada suku kedua, tahun 2020 kepada 4.8 peratus pada suku kedua, tahun 2021. Data yang kita peroleh terutamanya di bawah, agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia iaitu MYFutureJobs yang diperoleh sehingga September 2021 mencatatkan sebanyak 1,574,327 peluang pekerjaan pelbagai kategori disediakan melalui portal tersebut manakala seramai 636,613 orang pencari kerja sedang mencari pekerjaan di mana daripada jumlah tersebut seramai 217,356 orang individu telah berjaya mendapat padanan pekerjaan ataupun job matching, dengan izin. Dalam mendepani situasi ini, kerajaan telah mengumumkan pelbagai pelaksanaan untuk kita mengurangkan situasi pandemik COVID-19 yang mana kesan teramat teruk kepada bidang pekerjaan seperti kerajaan merangsang program PERMAI, PEMERKASA, PEMERKASA Tambahan serta PEMULIH. Inilah rangsangan-rangsangan program yang dijalankan oleh kerajaan bagi mengurangkan kadar pengangguran. Dalam usaha membantu mereka yang kehilangan pekerjaan dan juga sumber pendapatan, kerajaan telah memperluaskan elaun mencari pekerjaan kepada bukan pencarum PERKESO terutamanya graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor yang tidak formal. Elaun diberi RM300 sekurang-kurangnya apabila mereka mendaftar untuk mencari kerja di dalam MYFutureJobs. Sebanyak RM300 terus diberi kepada mereka. Jadi, kerajaan telah memperluaskan skop insentif pengambilan pekerja untuk meliputi pekerjaan sementara dan juga pekerjaan gig melalui PERKESO, menyediakan peruntukan RM300 juta yang akan memanfaatkan 60 ribu orang pekerja di mana setiap pekerja akan menerima elaun RM600 sebulan selama tempoh maksimum enam bulan. Bagi majikan yang menawarkan pekerjaan jangka pendek ataupun platform penyedia perkhidmatan gig yang berdaftar dengan PERKESO, mereka akan menerima RM200 bagi setiap pekerja yang ditempatkan. Ini bukan sahaja kepada pekerja, majikan juga diberi insentif RM200 per head apabila mereka mendaftar dan diambil sebagai pekerja. Jadi, selain daripada itu, jumlah RM125 juta diperuntukkan untuk melaksanakan inisiatif Place & Train. That means, place, maknanya mereka sudah dapat kerja dan kita train dan kita pulangkan kepada majikan-majikan memerlukan sektor-sektor pekerjaan yang terlatih ini melalui program Jana'Preneur, Human Resource Development Corporation (HRD Corp) terutamanya kepada belia lepasan sekolah dan graduan.

Datuk Haji Awang bin HashimPAS · PNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Pendang

Inisiatif ini akan membuka peluang kepada 30 ribu orang untuk mengikut program latihan dengan jaminan pekerjaan setelah tamat latihan. Dalam untuk merangsang lagi kerja-kerja yang serius dalam kita mengurangkan pengangguran, pelaksanaan Program Subsidi Upah 4.0 dengan peruntukan sebanyak RM3.8 bilion dimanfaatkan lebih daripada 2.5 juta orang pekerja. Majikan akan diberi bantuan kewangan sebanyak RM600 bagi setiap pekerja dengan had sehingga 500 orang pekerja selama tempoh empat bulan iaitu dua bulan bagi semua sektor dalam fasa kedua PPN dan dua bulan seterusnya khusus bagi sektor-sektor yang dikategorikan dalam senarai negatif termasuk industri pelancongan yang mana industri pelancongan dan perhotelan ini amat terkesan teruk ketika kita menghadapi pandemik. Sekarang ini kita buang ‘P’, tinggal endemik COVID-19 yang kita akan bersama dengan endemik COVID-19 tidak tahu sampai bila berakhirnya. Ini membolehkan majikan untuk memohon PSU 4.0 bagi pekerja yang bergaji lebih daripada RM4 ribu. Dulu PSU 3.0, gaji RM3 ribu ke RM4 ribu ke bawah saja yang diberi insentif. Akan tetapi, yang ini, RM4 ribu ke atas pun boleh memohon. Selain daripada itu, majikan tidak dapat beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan diberi pengecualian levi HRD Corp bagi tempoh dua bulan. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Manakala bagi majikan daripada sektor-sektor yang baharu dirangkumi, ekoran daripada peluasan Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad, diberi pelanjutan pengecualian levi sehingga 31 Disember 2021. Tuan Yang di-Pertua, saya ingat jawapan dia ada sikit lagi lah. Saya teruskanlah untuk habis jawapan ini.

Tuan Yang di-Pertua

Tolong habiskan.

Kerajaan juga melanjutkan PenjanaKerjaya PERKESO dengan dijenamakan sebagai PenjanaKerjaya 3.0 dengan beberapa penambahbaikan. Antaranya, mengurangkan hak kelayakan gaji daripada RM1,500 kepada RM1,200 untuk program Malaysianization sebagai dorongan, dengan izin, sebagai dorongan kepada majikan untuk mengambil pekerja tempatan bagi menggantikan pekerja asing. Tempoh kontrak penggajian juga dilonggarkan daripada 12 bulan kepada enam bulan bagi kategori pekerja berusia 50 tahun ke atas, golongan OKU dan juga bekas- bekas banduan. Pelan Pemulihan Negara (PPN) ini yang dinamik dan komprehensif disokong oleh pembukaan beberapa sektor ekonomi berfasa berjaya merangsang aktiviti ekonomi sekali gus mendorong pengambilan ramai pekerja dalam pasaran buruh kerana kita tengok dalam suku tahun pertama MIDA telah- ini juga memberi bantukan kepada kita mengurangkan jumlah pengangguran. MIDA telah membuat satu pengumuman pelaburan dalam Malaysia setakat tahun 2021- suku tahun pertama sebanyak RM80.6 bilion yang mencatatkan lonjakan 95.6 peratus dalam tempoh tahun yang sama. Jadi, apabila pelaburan yang banyak ini melibatkan 993 projek, dijangka menghasilkan 32,557 peluang pekerjaan. Ini yang saya kata ia melibatkan semua integrasi kementerian untuk kita mengurangkan kadar pengangguran yang ada dalam Malaysia. Sekian, terima kasih., terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Soalan tambahan pertama.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang memberi jawapan yang panjang lebar. Soalan tambahan saya ialah apakah jaminan pekerjaan ataupun job security golongan pekerja sekiranya pihak majikan yang berada dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tidak mampu untuk membayar gaji pekerja disebabkan wabak COVID-19? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Kuala Krai yang membangkitkan berkenaan dengan jaminan job security. Jadi, salah daripada inisiatif kerajaan iaitu Program Subsidi Upah (PSU) merupakan antara inisiatif yang boleh membantu kelangsungan job security ataupun job retention ini dalam kalangan pekerja-pekerja sektor perusahaan kecil dan sederhana. Program ini juga bertujuan membantu meringankan beban majikan yang terjejas akibat wabak COVID-19, di mana mereka kadang-kadang memberi kesan yang besar untuk mereka membayar upah pekerja. Syarat-syarat yang ditetapkan bagi program ini termasuklah majikan tidak boleh membuang pekerja, memotong gaji pekerja dan mengarahkan pekerja mengambil cuti tanpa gaji bagi tempoh tiga bulan selepas program ini dilaksanakan. Menerusi program ini, tindakan pemberhentian pekerja oleh majikan dapat dielakkan dan majikan dapat diringankan melalui bantuan kewangan yang disalurkan. Jadi, kita juga melihat eksploitasi daripada majikan terhadap pekerja-pekerja ketika kita menghadapi COVID-19. Ini juga kes-kes telah dilaporkan melalui portal Working For Workers. Sekiranya majikan- di bawah KSM ya portal ini. Jadi, kita boleh tahu di mana eksploitasi berlaku di situ. Sekiranya majikan tidak berupaya meneruskan operasi, majikan perlu mengikuti Garis Panduan Pengurusan Pemberhentian yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia di dalam melaksanakan langkah-langkah sewajarnya bagi mengelakkan pemberhentian pekerja. Antaranya tindakan yang perlu dilaksanakan oleh majikan adalah seperti berikut: (i) membekukan pengambilan pekerja baharu; (ii) mengehadkan dan mengurangkan waktu bekerja; (iii) melaksanakan pemberhentian kerja sementara (layoff); dan (iv) melaksanakan pengurangan gaji (pay) ataupun potongan gaji secara adil (pay cut) di semua peringkat.

Ketidakupayaan PKS meneruskan operasi, semestinya akan menjejaskan pekerja namun, kementerian akan terus membantu pekerja yang terjejas melalui pelbagai lagi platform seperti Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) yang dilancarkan kepada mereka yang bekerja dan tidak bekerja pun dibolehkan oleh SIP ini dan juga Undang-undang Perburuhan di bawah bidang kuasa kementerian. Aspek padanan dan penempatan pekerjaan terhadap pekerja yang terjejas diberi keutamaan oleh kementerian di samping memberi ruang dan peluang untuk pekerja yang terjejas mengikut pelbagai latihan kemahiran bagi tujuan meningkatkan kebolehpasaran pekerjaan mereka. Jadi, di bawah KSM ada Jabatan Pembangunan Perusahaan, ada Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja. Jadi, kita gabungkan jabatan-jabatan ini supaya kita dapat satu conclusion data supaya kita dapat memberi perlindungan kepada pekerja, bukan sahaja kepada pekerja termasuk kepada majikan. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Simpang Renggam.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi dalam jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri ada disentuh berkaitan dengan place and train iaitu berkaitan dengan usaha TVET. Saya ingat Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Port Dickson pernah bertanya kepada Yang Berhormat Menteri tetapi Yang Berhormat Menteri itu hari pergi merewang jauh. Cuma, Yang Berhormat Timbalan Menteri ada sentuh. Soalan saya, jika dalam pentadbiran yang dahulu, kerjasama rentas kementerian untuk mengangkat TVET dan menjadikan dia industrial-led supaya dipandu dan diterajui oleh industri. Sejauh mana dalam usaha yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri diteruskan? Itu yang pertama.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Kedua, berkaitan dengan kerjasama dengan German Chamber of Commerce Malaysia, US Chamber of Commerce, European Chamber of Commerce- sejauh mana usaha sama dengan mereka untuk mengadaptasi place and train itu diteruskan di waktu ini kerana kita lihat banyak komen yang dilakukan oleh mereka menunjukkan di waktu ini semenjak 17 bulan yang lalu, usaha-usaha komunikasi dengan mereka dan libat urus dan juga memberikan mereka ruang untuk menerajui TVET agak kurang tidak seperti sebelum ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Tolong pendekkan jawapannya sebab masa sudah habis sudah.

Soalan pun panjang Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Dua minit.

Jadi kita hendak jawab pendek jadi tak boleh. Akan tetapi tidak apa, walau macam mana pun saya hendak sentuh dengan TVET. Kebetulan, saya menjadi Pengerusi Pembangunan Kemahiran Peringkat KSM. Jadi dalam itu terdapat semua jawatankuasa yang ambil daripada kementerian yang rentas kementerian melibatkan ketua-ketua pengarah dan juga MEF iaitu MEF, MFF, Badan-badan kesatuan industri semua terlibat dalam Ahli Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan ini. Jadi, kita sedang membuat satu paper untuk kita table up to the Kabinet supaya kita synchronize atau pun kita intergratekan kursus-kursus yang diperlukan dalam pasaran termasuk chambers yang ada dalam Ahli Jawatankuasa Majlis Pembangunan Kemahiran ini. Di peringkat Menteri telah lulus. Cuma, kita akan bangkitkan paper ini untuk kita integrate kursus-kursus yang diperlukan oleh pasaran supaya disokong, di-support oleh semua kementerian dan sekiranya diluluskan, kita tidak akan berlaku pertindihan kursus- kursus di kementerian-kementerian yang pelbagai ini. Itu sedang kita lakukan, insya-Allah.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tuan Yang di-Pertua

Maaf.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Itu masih lagi government-led. Sejauh mana usaha untuk industrial-led?

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat tiada perbahasan Yang Berhormat. Tiada perbahasan. Maaf, maaf.

Minta dekat Tuan Yang di-Pertua.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Maaf, maaf.

Saya akan jawab tetapi kalau Tuan Yang di- Pertua kata tidak boleh, tidak boleh lah.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Tuan Yang di-Pertua, izinkan satu soalan.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Okey hendak habiskan jawapan itu.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Tuan Yang di-Pertua, kalau saya tanya soalan dalam Dewan boleh saya mohon jawapan bertulis? Isu gender tetapi berkaitan dengan Kementerian Sumber Manusia, ringkas sahaja.

Tuan Yang di-Pertua

Masa 30 seconds, 30 saat jawapan bertulis.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih. Negara Malaysia telah menandatangani dan meratifikasi Equal Remuneration Convention pada tahun 1997 yang akan mengikat negara kita untuk memastikan there’s equal pay wedge.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Jadi, saya hendak tanya, boleh berikan jawapan bertulis adakah kerajaan akan meminda Employment Act 1995 yang akan menjamin equal pay for work of equal value memandangkan wujud sehingga 35 peratus gender pay gap di Malaysia ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Jawapan bertulis lima hari bekerja.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Tuan Yang di-Pertua, jawapan bertulis Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Lima hari bekerja okey.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat, maaf. Sekarang tamatlah sesi untuk waktu-waktu pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. Terima kasih semua yang mengambil bahagian. Ada usul Yang Berhormat Menteri?

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti SamsudinBERSATU · PNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang), · Masjid Tanah

Tuan Yang di-Pertua, “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 8.30 malam, dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis 23 September 2021.”

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, ada yang menyokong?

Tuan Muslimin bin YahayaBERSATU · PNTimbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi · Sungai Besar

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon sokong.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Usul — Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan AgongMotion

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah; “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, demikian bunyinya: “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia dalam persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak

syukur dan menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Keempat Belas”. [21 September 2021]

Peraturan mesyuarat Tuan Yang di-Pertua, Lembah Pantai.

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Tuan Yang di- Pertua, saya mohon panduan daripada Tuan Yang di-Pertua. Semalam saya ada bawa satu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(2) berhubung dengan isu penangkapan tiga orang anggota SPRM dan satu kes yang berat, besar dan ada kesan terhadap sesebuah institusi yang dilantik Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Oleh sebab ia satu perkara yang tertentu, melibatkan kepentingan umum dan perlu disegerakan, saya pohon pertimbangan agar usul ini dibenarkan.

Tuan Yang di-Pertua

Saya sedang meneliti baharu dari pagi tadi. Saya akan menulis suratlah kepada Yang Berhormat pada hari ini juga, insya-Allah sebelum pukul 2.30 ya.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Tuan Yang di-Pertua, sementara Tuan Yang di-Pertua meneliti, saya mohon sedikit pertimbangan. Kes ini di antara yang agak serius kebelakangan ini ya. Bukan sahaja melibatkan kecuaian SPRM ini ‘pegar makan padi’, melibatkan polis kerana ini sudah jadi urusan polis, Bank Negara kerana counterfoil kewangan itu besar. Bank Negara ini tidak dapat kawal RM6 juta ataupun 6 juta Dollar to Ringgit yang ditipu, dipalsukan dan juga Kementerian Kewangan. Oleh sebab itu saya mohon Tuan Yang di-Pertua, berilah ruang perkara ini dibahaskan supaya kita dapat penjernihan tentang permasalahan ini dari sudut tindakan berkesan oleh kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, saya sedang teliti. Hari ini ialah permulaan para Menteri untuk menjawab semua selepas perbahasan tamat. Sukacita saya ingin ingatkan bahawa perbahasan telah tamat, jadi kementerian-kementerian akan mula menggulung. Saya telah memberikan masa kepada semua kementerian itu masing-masing mengikut significance kementerian tersebut semasa perbahasan. Jadi, dia lain-lain la ya. Bukan saya hendak kata ada kementerian tidak significant bukan tetapi mengikut significant semasa perbahasan ya. Saya ingin mengingatkan bahawa masa perbahasan telah tamat, jadi pencelahan itu cuma boleh dibuat kalau inginkan penjelasan bukan untuk berbalahlah ya. Tolong jangan mencelah sekiranya Yang Berhormat Menteri tidak memberikan laluan ataupun sekiranya saya tidak memberi laluan. Kepada mana-mana kementerian yang tidak sempat untuk menjawab semua itu, saya memberi arahan untuk menjawab secara bertulis dalam masa lima hari bekerja ya. Okey, kita akan mulakan dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Saya akan menjemput Yang Berhormat Menteri Kanan dalam masa 30 minit.

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin AliPKR · PHMenteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Gombak

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja dan menyentuh perkara-perkara di bawah tanggungjawab MITI. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jerlun membangkitkan mengenai keperluan menetapkan SOP yang seragam dan Yang Berhormat Jerlun juga merujuk

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin AliPKR · PHMenteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Gombak

laporan Wall Street Journal yang melaporkan pengeluaran semi-conductor chip di Malaysia yang terjejas akibat lockdown menyebabkan rantaian bekalan dunia bagi sektor automatif turut terkesan.

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin AliPKR · PHMenteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Gombak

Untuk memastikan kelangsungan operasi perkhidmatan perlu termasuk sektor- sektor yang kritikal seperti elektrikal dan elektronik, peranti perubatan, farmaseutikal serta makanan dan minuman, kerajaan telah mengambil maklum penilaian risiko oleh KKM dan langkah-langkah yang bertanggungjawab. MITI juga mengadakan libat urus dengan persatuan-persatuan industri dan dewan-dewan perniagaan tempatan dan antarabangsa untuk mendapatkan pandangan dan memberikan penjelasan mengenai SOP sektor pembuatan. Usaha ini adalah untuk menjamin ekonomi negara kekal berdaya saing dan memastikan rantaian bekalan tidak terencat dan pelaburan tidak terjejas. Untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja dilindungi, MITI menerajui pelaksanaan Program Imunisasi Industri Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) bertujuan mempertingkat kadar vaksinasi pekerja sektor pembuatan. Sehingga 20 September 2021, seramai 1.04 juta orang pekerja telah diberi temu janji yang mana seramai 988,496 orang pekerja telah diberikan dos pertama. Manakala 881,978 orang pekerja mendapat imunisasi penuh. MITI juga telah melaksanakan Program Safe@Work untuk membolehkan sektor pembuatan untuk terus beroperasi berpandukan kepada SOP yang ketat dan dalam gelembung perjalanan dari tempat tinggal ke tempat kerja. Sebagai langkah tambahan, saringan COVID-19 setiap dua minggu diwajibkan selaras dengan hasrat kerajaan dalam mencapai piawaian WHO. Penularan pandemik COVID-19 yang merupakan satu krisis kesihatan awam global, dengan izin, unprecedented telah memberikan impak ke atas kehidupan masyarakat dunia sejagat yang membawa kepada norma baharu. Amalan bekerja dari rumah telah meningkatkan permintaan untuk peralatan elektronik seperti telefon pintar dan komputer yang mendorong kenaikan permintaan cip elektronik. Wall Street Journal memetik kenyataan Presiden Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia bahawa walaupun operasi pembuatan berjalan 100 peratus kapasiti, bekalan masih tidak cukup untuk memenuhi permintaan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Machang dan Yang Berhormat Putatan membangkitkan mengenai penyusutan Pelaburan Langsung Asing (FDI). Kerajaan mengambil maklum landskap FDI akan kekal mencabar dan kompetitif seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dan UNCTAD. Kerajaan tidak meremehkan laporan-laporan ini, malahan telah mengambil tindakan yang agresif dan berterusan, bukan sekadar untuk mengawal penyusutan tetapi berusaha untuk mencerdaskan pelaburan asing negara. Usaha ini bertujuan untuk mencapai tahap pemulihan ekonomi negara. Hasil daripada tindakan ini, Malaysia terus merekodkan pencapaian yang memberangsangkan. Bagi tempoh Januari hingga Jun 2021, sejumlah RM107.5 bilion pelaburan dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan sektor utama direkodkan melibatkan sebanyak 2,110 projek yang dijangka dapat menjanakan sebanyak 44,994 peluang pekerjaan. Pelaburan langsung asing yang diluluskan bagi tempoh Januari hingga Jun 2021, melonjak dengan ketara sebanyak 214.9 peratus kepada RM62.5 bilion berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu yang mencatatkan hanya RM19.8 bilion. The World Competitiveness Yearbook bagi tahun 2021 melaporkan kedudukan Malaysia di tangga ke-25 daripada 64 ekonomi berbanding kedudukan ke-27 pada tahun 2020. Di samping itu, Malaysia juga di kedudukan yang kedua di rantau Asia Tenggara daripada aspek Trade Connectivity dalam laporan DHL Global Connectedness Index bagi tahun 2020 dan kedudukan keempat bagi global offshoring destination sebagai pusat Pembuatan yang paling kompetitif antara 17 ekonomi dalam kos operasi pembuatan bagi tahun 2020 seperti yang dilaporkan oleh KPMG dan The Manufacturing Institute. Malaysia berjaya menarik pelaburan daripada syarikat-syarikat multinasional dalam industri berteknologi tinggi dan berintensif modal termasuk syarikat AT&S yang

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin AliPKR · PHMenteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Gombak

berpangkalan di Austria yang komited untuk melabur sebanyak RM8.5 bilion bagi pengeluaran integrated circuits substrates, SK Nexilis dari Republik Korea komited dengan RM4.2 bilion- pengeluar kerajang tembaga atau copper foil yang turut menghasilkan bateri kenderaan elektrik. Ketiga, pembuat kereta terkemuka Jerman, Porsche telah mengumumkan keputusannya untuk membuka kilang di Kulim, Kedah, menjadikan Malaysia sebagai negara pertama di luar Eropah yang akan memasang kereta Porsche. Keputusan strategik oleh Porsche menunjukkan Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan strategik bagi syarikat gergasi antarabangsa. Terkini, hanya beberapa hari yang lalu, Tuan Yang di-Pertua, Syarikat Taiyo Yuden dari Jepun iaitu pengeluar multilayer ceramic capacitor akan menambah pelaburan mereka sebanyak RM680 juta di negeri Sarawak. Selain itu, syarikat asing yang sedia ada akan terus mengembangkan operasi di Malaysia termasuk Intel, syarikat pengeluar semikonduktor terbesar dunia dari Amerika Syarikat yang membawa masuk teknologi terkini Advance Assembly and Testing. Bosch syarikat Jerman yang mendirikan facility park untuk menguji komponen dan sensor semikonduktor dan B.Braun syarikat Jerman yang mengembangkan pusat ujian globalnya untuk alat perubatan kerana kemampuan serta tenaga mahir yang ada di Malaysia. Keadaan ekonomi dunia yang semakin pulih juga telah memberikan impak positif kepada prestasi perdagangan negara. Bagi tempoh Januari hingga Julai 2021, perdagangan meningkat sebanyak 23.9 peratus kepada RM1.24 trilion berbanding tempoh yang sama tahun 2020. Eksport berkembang sebanyak 25.9 peratus kepada RM682.9 bilion dan import meningkat sebanyak 21.6 peratus kepada RM554.17 bilion. Lebihan dagangan melonjak sebanyak 48.8 peratus kepada RM128.74 bilion. Peningkatan eksport ini didorong oleh pemulihan ekonomi global serta permintaan luar yang semakin meningkat di mana ia dapat dilihat dengan kenaikan bagi hampir kesemua eksport barangan terutamanya E&E, keluaran getah, keluaran petroleum, barangan perkilangan logam serta minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit. Prestasi perdagangan turut merekodkan beberapa pencapaian yang signifikan, antaranya: (i) jumlah perdagangan Malaysia melepasi nilai RM1 trilion hanya dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini yang merupakan tempoh terpantas pernah direkodkan setakat ini; (ii) eksport pada bulan April 2021, mencatatkan nilai tertinggi iaitu sebanyak RM105.59 bilion. Eksport turut merekodkan nilai melebihi RM100 bilion pada bulan Mac 2021 iaitu dengan nilai RM105 bilion dan bulan Jun 2021 dengan nilai sebanyak RM105.49 bilion; dan, (iii) pertumbuhan eksport barangan E&E berikutan permintaan yang kukuh khasnya bagi peralatan semikonduktor dalam pengeluaran telefon pintar, komputer dan kelengkapan rumah bagi menampung peningkatan permintaan. Manakala, peningkatan eksport bagi sarung tangan getah adalah disokong oleh permintaan tinggi di pasaran global, berikutan pandemik COVID- 19. Selain itu, kenaikan harga barangan komoditi seperti petroleum mentah dan minyak sawit turut menyumbang kepada peningkatan prestasi eksport.

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin AliPKR · PHMenteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Gombak

Dalam usaha memastikan Malaysia terus kekal sebagai destinasi pelaburan utama di rantau ini, Jemaah Menteri pada 21 April 2021 telah bersetuju dengan dasar pelaburan baharu negara berasaskan Aspirasi Pelaburan Nasional atau, dengan izin, National Investment Aspirations (NIA) yang menyasarkan pelaburan berkualiti tinggi

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin AliPKR · PHMenteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Gombak

berintensifkan modal dan teknologi. Pembaharuan kepada agenda pelaburan ini melibatkan lima teras utama iaitu: (i) meningkatkan ekonomik kompleksiti; (ii) mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi; (iii) meningkatkan integrasi rangkaian ekonomi serantau dan global; (iv) membangunkan kluster baharu dan sedia ada; dan (v) mempertingkatkan keterangkuman ataupun inclusivity. Tuan Yang di-Pertua, NIA akan memberi fokus kepada sektor yang mempunyai potensi ekonomi yang signifikan dan lestari dalam jangka masa panjang, dengan menekankan elemen environment, social and governance (ESG). Meskipun berhadapan dengan situasi pandemik COVID-19 yang mencabar, Malaysia masih kekal kompetitif dan berdaya saing dalam menarik pelaburan ke dalam negara. Kerajaan yakin bahawa kedudukan Malaysia yang strategik, persekitaran perniagaan dan ekosistem yang kondusif serta inisiatif-inisiatif strategik berkaitan pelaburan akan terus menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan terpilih di rantau ini. MITI mengulangi tekad untuk terus mengadakan libat urus dengan semua kedutaan asing dan juga dewan-dewan perniagaan antarabangsa seperti AMCHAM, JACTIM, EUROCHAM, KOCHAM dan lain-lain dalam memperkukuhkan hubungan perdagangan dan pelaburan dengan pelabur-pelabur asing. Maju ke hadapan, kerajaan akan terus mengambil tiga pendekatan utama seperti berikut dalam mencergaskan ekonomi negara. Pertama, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebagai pemangkin untuk membuka semula ekonomi secara selamat dan bersistematik. Perkembangan ini merupakan landasan terbaik dalam merangsang permintaan domestik. Kedua, kerajaan juga akan terus memperkukuhkan asas-asas ekonomi negara melalui pelaksanaan dasar-dasar perdagangan dan pelaburan yang terbuka, telus dan mesra perniagaan – business-friendly government. Ini termasuklah usaha-usaha yang sedang dijalankan oleh kerajaan bagi meratifikasikan CPTPP dan RCEP yang kita bincangkan dalam sesi soal jawab pada pagi semalam. Ketiga, Malaysia akan terus mensasarkan pelaburan yang berkualiti tinggi, yang berorientasikan teknologi termaju berpandukan NIA yang turut memberi fokus kepada kelestarian jangka masa panjang dengan menekankan elemen alam sekitar, sosial dan tadbir urus. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Pontian, dasar pembangunan ekonomi negara yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 akan dijajarkan dengan Wawasan Kemakmuran Bersama dengan matlamat untuk membangun secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif pada semua peringkat kumpulan pendapatan, etnik, wilayah dan rantaian bekalan. Yang Berhormat Pontian, Microsoft komited untuk mendukung dasar ekonomi digital Malaysia dan menyegerakan transformasi digital di sektor awam dan swasta. Dijangkakan 800 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dan sederhana dalam ekosistem digital ekonomi akan dapat diwujudkan menerusi pembukaan pusat data di Sedenak. Pelaburan ini telah mendorong keputusan Microsoft untuk membuat pelaburan tambahan sebanyak RM4.2 bilion di bawah inisiatif Bersama Malaysia bagi menubuhkan tiga buah pusat data bermula di Cyberjaya yang akan memperkasakan kemahiran digital dan teknologi untuk satu juta orang warga Malaysia menjelang akhir tahun 2023. Ini akan dilaksanakan oleh pihak Microsoft menerusi beberapa pendekatan termasuk latihan dan penempatan industri serta penyediaan kursus teknikal. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Raub membangkitkan mengenai...

Yang Berhormat Gombak, boleh mencelah? Yang Berhormat Gombak.

Terima kasih kerana menjawab mengenai pusat data Microsoft sebuah syarikat gergasi teknologi global yang di Sedenak itu. Saya ingin jawapan daripada Yang Berhormat Menteri mengenai pelaburan baharu di kawasan luar bandar. Contohnya kawasan Pontian dan kawasan Sembrong, sebelah Yang Berhormat Gombak itu dan juga kawasan-kawasan lain lah. Ini menjadikan pusat industri baharu untuk memberi peluang pekerjaan tanpa memerlukan orang-orang kampung, anak-anak muda itu berhijrah ke Kulim kah atau sebagaimana yang disebut tadi, membina pusat perindustrian baharu di luar bandar. Terima kasih Yang Berhormat Gombak.

Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Ini satu pandangan yang perlu mendapat perhatian yang serius daripada kerajaan dan semua pihak. Ini yang telah saya nyatakan tadi dalam Rancangan Malaysia Ke-12 kita telah menjajarkan dengan Wawasan Kemakmuran Bersama supaya kita dapat mengurangkan kesenjangan (gap) antara pembangunan di luar bandar dan juga bandar. Saya hendak memaklumkan sebagai contoh saya sebut awal tadi Syarikat SK Nexilis daripada Korea apabila mengambil keputusan untuk membuka kemudahan di Malaysia dengan nilai RM4.24 bilion. Kita telah berjaya menarik perhatian mereka untuk meletakkan pelaburan ini di Kota Kinabalu, Sabah. Ini industri yang berteknologi tinggi yang mengeluarkan copper foil untuk electric vehicles melalui pengeluaran bateri dan mereka telah bersetuju. Ini memberi peluang kepada anak-anak kita di Sabah, tenaga kerja di Sabah untuk mendapat pekerjaan yang berkualiti tinggi dan berpendapatan tinggi. Ini sebagai satu contoh Yang Berhormat Pontian dan saya percaya RMK Ke-12 yang juga dijajarkan dengan WKB akan menepati matlamat dan cadangan Yang Berhormat Pontian sebentar tadi. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Raub membangkitkan mengenai penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui supaya seiring dengan negara-negara ASEAN. Yang Berhormat Raub juga telah memberikan penekanan tentang penggunaan kenderaan elektrik (EV). Berdasarkan kepada trend penggunaan EV yang menunjukkan peningkatan di peringkat global mahupun ASEAN. EV diramalkan akan menggantikan kenderaan berasaskan penggunaan tenaga fosil selaras dengan United Nations Sustainable Development Goals (UN SDGs) bagi memelihara alam sekitar dan mengurangkan pelepasan karbon. Perkembangan ini adalah seiring dengan dasar kerajaan untuk mengurangkan pelepasan karbon oleh sektor pengangkutan yang menyumbang sebanyak 20 peratus pelepasan karbon dalam negara berdasarkan laporan Malaysia Third National Communication and Second Biennial Report to UNFCCC. Dasar Automotif Nasional 2020 memberi keutamaan kepada pembangunan industri pengeluaran kenderaan Energy Efficient Vehicle (EEV) termasuk EV dengan menggariskan beberapa inisiatif khusus bagi memperkukuhkan ekosistem EV. Ini termasuk pembuatan komponen kritikal, penetapan standard bagi menyokong ekosistem EV dan menggalakkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan untuk membangunkan teknologi tempatan. Bagi mempertingkatkan pelaburan dan permintaan dalam industri EV, MITI sedang mengenal pasti strategi baharu bagi mempromosikan industri EV di Malaysia kepada para pelabur termasuk mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan beberapa hari yang lalu dalam penyediaan Belanjawan 2022 mengenai satu dasar yang merangkumi pakej insentif yang turut memberi fokus kepada pengguna ataupun demand site bagi menarik pelaburan ekosistem EV selain daripada mengukuhkan insentif yang sedia ada untuk pengeluaran kenderaan dan komponen EV.

Langkah ini dijangka akan dapat menggalakkan pelaburan daripada segi pengeluaran EV atau komponennya, sokongan infrastruktur termasuk stesen pengecas EV, serta meningkatkan permintaan pengguna terhadap penggunaan kenderaan EV. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri penggulungan ini, ingin saya ulangi komitmen MITI untuk terus bekerja sedaya upaya bagi menjayakan Pelan Pemulihan Ekonomi Negara. Di peringkat serantau dan global pula, MITI akan kekal memainkan peranan yang aktif dalam platform pelbagai hala antarabangsa untuk memacu ekonomi yang lestari. Kita mendoakan semoga ekonomi negara akan kembali pulih demi kemakmuran negara dan kesejahteraan keluarga Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kanan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri Kanan Kementerian Pertahanan, 20 minit Yang Berhormat.

Dato’ Seri Hishammuddin Tun HusseinUMNO · BNMenteri Kanan Pertahanan · Sembrong

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana mengizinkan saya mengambil bahagian dalam sesi penggulungan Titah Diraja di dalam Dewan yang mulia hari ini. Terlebih dahulu bagi pihak seluruh warga Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia, saya menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Tuanku atas penghargaan Baginda kepada pasukan keselamatan negara yang telah menumpukan taat setia, jasa dan pengorbanan demi negara terutamanya pada era COVID-19 ini. Penghargaan daripada Baginda yang juga merupakan Pemerintah Tertinggi ATM semestinya menambah lagi semangat dan mengukuhkan tekad anggota-anggota ATM serta warga awam Kementerian Pertahanan untuk terus menyumbang khidmat demi tanah air tercinta. Saya, kepimpinan kanan serta seluruh warga Kementerian Pertahanan dan ATM akan lakukan yang terbaik demi mempertahankan kedaulatan negara. Pada masa yang sama saya juga telah meminta Kementerian Pertahanan dan ATM untuk memberikan tumpuan terhadap usaha negara memerangi wabak COVID-19 kerana inilah cabaran terbesar yang sedang kita hadapi ketika ini. Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha negara memerangi COVID-19 sejak Mac 2020, ia menjadi satu titik tolak yang besar dalam kamus perjuangan mempertahankan tanah air. Musuh yang dihadapi bukanlah musuh yang nyata. Ia tidak dapat dilihat tetapi telah menggoncang kestabilan, meragut nyawa dan menjejaskan kesejahteraan negara. Namun, ia tidak sedikit pun melunturkan semangat para anggota ATM dan warga Kementerian Pertahanan. Untuk pengetahuan Ahli Dewan, semenjak awal pandemik melanda negara, ATM telah mengatur gerak seramai 4,233 orang anggota kita bagi melaksanakan pelbagai bentuk pengoperasian demi menangani wabak COVID-19 ini. Ini termasuklah mengatur gerak Combat Medic Vaccination Team yang telah membantu KKM melaksanakan 12,842 suntikan vaksin kepada penduduk-penduduk di kawasan pedalaman, mewujudkan Greater Klang Valley Task Force tentera darat bagi memperkasakan usaha-usaha di bawah Greater Klang Valley Special Task Force di zon merah semua hospital Kementerian Kesihatan Malaysia di Lembah Klang, melaksanakan Program Vaksinasi Pandu Lalu ATM yang telah melakukan suntikan vaksin kepada 44,913 orang penerima, memperkasakan operasi pematuhan dan snap check, 644 orang anggota ATM berganding bahu bersama beberapa lagi agensi termasuk Polis Diraja Malaysia bagi melakukan 86,271 pemeriksaan di seluruh negara dan menjayakan operasi sekatan jalan raya di mana 1,763 orang anggota ATM terlibat dalam 757 operasi di seluruh negara sehingga kini.

Dato’ Seri Hishammuddin Tun HusseinUMNO · BNMenteri Kanan Pertahanan · Sembrong

Bagi menjayakan Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), anggota ATM 99.77 peratus telah menerima vaksin lengkap. Sebanyak 99.18 peratus ahli keluarga anggota telah menerima vaksin lengkap. Sebanyak 99.17 peratus warga KEMENTAH telah menerima vaksin lengkap. Kesemua penugasan ini dipikul dengan penuh tanggungjawab tanpa sedikit pun berkira tentang tenaga, masa mahupun nyawa. Ia tetap digalas walau berdepan dengan pelbagai cabaran, kekangan dan ketidaktentuan. Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak warga Kementerian Pertahanan dan ATM, saya mengambil kesempatan ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dari Bagan, Batang Lupar, Sibuti, Hulu Rajang, Tumpat, Hulu Langat, Kota Raja, Lubok Antu, dan Padang Serai kerana mengambil berat isu-isu yang berkait rapat dengan Kementerian Pertahanan sewaktu membahaskan Titah Diraja kali ini. Yang Berhormat Kota Raja, semasa perbahasan Yang Berhormat Bagan mencadangkan pembinaan hospital medan ATM dengan mengambil model pembinaan hospital secara hibrid yang dilaksanakan di Wuhan oleh kerajaan Republik Rakyat China. Untuk makluman Yang Berhormat Kota Raja, buat masa ini sememangnya kita di Malaysia kaedah pembinaan Hospital Medan dibuat secara hibrid melalui kerjasama ATM dan KKM. Setakat ini sebanyak lapan buah Hospital Medan ATM telah didirikan di seluruh negara. Hospital Medan di Tawau, Sabah, di Kapit, Sarawak, di Wilayah Persekutuan Labuan, di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, di Hospital Selayang, Makeshift Treatment Center dengan izin, di Pokok Sena, Intensive Care Unit Hospital Medan ATM di Kepala Batas, dan Disaster Management Zone Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Kuala Lumpur. Terbaharu, saya telah umumkan pada 13 September bahawa ATM telah mendirikan satu lagi Hospital Medan di Hospital Pulau Pinang. Kerja-kerja pembinaannya telah dimulakan 16 September dan akan mula beroperasi pada 24 September. Saya juga telah nyatakan baru-baru ini ATM sedia membina lebih banyak Hospital Medan di negeri- negeri yang memerlukan dan hanya menunggu lampu hijau daripada KKM untuk diaturgerakkan. Tuan Yang di-Pertua, Hospital Medan ATM telah mendapat pengiktirafan daripada Pertubuhan Kesihatan Dunia. Salah satunya ialah Hospital Medan ATM di Cox’s Bazar. Pengiktirafan ini membuktikan ATM memiliki keupayaan dan kewibawaan melaksanakan operasi ketenteraan selain perang khusus berkaitan bantuan kemanusiaan dan bencana. Malah pengiktirafan WHO ini menobatkan Hospital Medan Malaysia sebagai Hospital Medan tahap tiga terbaik, terlengkap dan sangat dipercayai. Walau bagaimanapun, best practices atau apa yang kita belajar daripada di luar sana termasuk daripada Wuhan, China sentiasa diambil kira dalam kita melihat ke hadapan. Kita sentiasa bersikap terbuka dan bersedia untuk mencontohi amalan terbaik yang dilaksanakan di peringkat antarabangsa termasuk konsep pembinaan hospital di Wuhan...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, ada permohonan untuk mencelah agaknya.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya ingin bertanya, apakah kriteria yang membolehkan sesebuah Hospital Medan itu dibuka sama ada melalui permintaan Kementerian Kesihatan ataupun kerajaan-kerajaan negeri yang merasakan negeri mereka itu memerlukan tambahan hospital bagi menangani wabak? Ini kerana, terutamanya sekarang ini kita melihat wabak ini begitu melebar di kawasan luar Lembah Klang dan negeri Selangor seperti di negeri Pahang sendiri dan mungkin di negeri lain boleh ditambah berdasar kepada permohonan atau kerajaan negeri atau Kementerian Kesihatan. Minta mohon penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Jerantut, ia diputuskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Baru-baru ini, pertimbangan yang kita laksanakan banyak bergantung kepada fasa-fasa dan kedudukan negeri-negeri mengikut Pelan Pemulihan Negara. Semalam saya terima permintaan daripada Kerajaan Negeri Kedah untuk memikirkan sama ada kita boleh membina satu lagi hospital medan di negeri Kedah tetapi ia banyak bergantung kepada persetujuan KKM. Kita di MinDef dan ATM sentiasa siap sedia untuk melaksanakannya sekiranya mendapat persetujuan dan arahan daripada Kementerian Kesihatan. Isu kedua, keselamatan negara Sarawak-Kalimantan dan Malaysia-Thailand. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Batang Lupar dan Yang Berhormat Sibuti yang menyentuh mengenai usaha kerajaan dalam melindungi keselamatan sempadan Sarawak-Kalimantan terutama setelah ibu kota negara Indonesia dipindahkan ke Borneo, saya ingin memaklumkan bahawa ATM sedang melaksanakan pembinaan empat pos imbangan iaitu: (i) Pos Padawan di Bahagian Kuching; (ii) Pos Sungai Paoh di Bahagian Serian; (iii) Pos Batu Kaya di Bahagian Sri Aman; dan (iv) Pos Tapak Megah di Bahagian Kapit. Pembinaan pos imbangan ini dijangka akan siap sepenuhnya pada awal tahun 2022. Sehingga kini, seramai 495 orang anggota telah diatur gerak dalam penugasan operasi teras di perbatasan Sarawak bertujuan untuk membanteras segala aktiviti pencerobohan dan penyusupan melalui pengawasan dan kawalan rapi di sempadan. Ia meliputi Operasi Awas Keris/Parang, Operasi Jagakawan dan Operasi Kerangka. Bagi menjawab soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Hulu Rajang yang menyentuh jaringan keselamatan di laluan sepanjang Sarawak-Kalimantan border security alignment, dengan izin, saya ingin menjelaskan bahawa ATM juga sedang merancang untuk melaksanakan pembinaan 10 lagi pos imbangan di sempadan Sarawak- Kalimantan pada tahun 2022. Pembinaan pos-pos imbangan tersebut adalah bagi mengimbangi pos-pos kawalan Tentera Nasional Indonesia (TNI) seterusnya memperkukuhkan lagi kawalan sempadan Sarawak-Kalimantan. Pada masa yang sama, ATM juga menjalinkan kerjasama dengan TNI di kawasan sempadan Sarawak-Kalimantan melalui operasi gabungan antara Tentera Darat Malaysia dan TNI di enam buah penempatan pos-pos gabungan. Berhubung soalan Yang Berhormat Tumpat pula, yang menyentuh mengenai usaha memperkukuhkan lagi kawalan sempadan Malaysia-Thailand, saya ingin memaklumkan bahawa Tentera Darat Malaysia telah melaksanakan pelbagai operasi di kawasan sempadan Malaysia-Thailand. Antaranya Operasi Pagar II, Operasi Kota Bravo/Charlie/Delta, Operasi Pagar III, Operasi Kota Echo/Foxtrot, Operasi Merpati Sektor 8 Briged. Tambahan, ATM bersama agensi penguat kuasa kerajaan yang lain turut bekerjasama rapat dengan Royal Thai Army melalui dua Pos Sempadan Terkoordinasi (PST) yang telah diwujudkan sejak tahun 2004 lagi. Terdapat juga rancangan dua hala yang melibatkan Tentera Darat Malaysia dengan RTA melalui pelaksanaan rondaan bersama joint border patrol, dengan izin, dan sebarang permasalahan yang berlaku di sempadan akan dikoordinasi oleh Malaysian-Thailand Border Coordination Office (MTBCO). Tuan Yang di-Pertua, menjawab soalan Yang Berhormat Lubok Antu yang membangkitkan pertanyaan berkaitan usaha kerajaan dalam membendung aktiviti penyeludupan dan kemasukan PATI serta membantu KKM menangani penyebaran wabak COVID-19, penting untuk saya jelaskan di sini, ATM telah menerajui Operasi

Benteng di bawah National Task Force (NTF). Operasi ini telah digerakkan melalui kerjasama bersepadu antara 19 buah agensi kerajaan yang lain. Setakat 20 September 2021, seramai 15,882 PATI, 1,151 orang tekong, 798 orang penyeludup telah berjaya ditangkap, 2,268 PATI telah diusir, 2,451 unit kenderaan darat serta 546 buah kapal atau bot telah dirampas. Mengenai keselamatan ruang udara, isu ketiga Tuan Yang di-Pertua dan menjawab soalan Yang Berhormat Sibuti yang bertanya mengenai pencerobohan pesawat tentera udara Republik Rakyat China di kawasan Malaysia baru-baru ini...

Tuan Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

[Bangun]

Apakah tindakan yang telah diambil dan langkah-langkah untuk mengelakkan perkara ini tidak berulang? Saya ingin menjelaskan bahawa melalui Operasi Curiga, ruang udara nasional sentiasa dipantau oleh sistem radar pertahanan udara jarak jauh TUDM.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat Kota Raja ingin mencelah.

Sila, sila.

Tuan Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

Yang Berhormat Menteri, ada empat minit lagi. Saya bimbang terlepas iaitu tentang perkembangan terbaharu di rantau ini iaitu AUKUS yang diisytiharkan antara Amerika, United Kingdom dan Australia. Soalan saya ialah di mana Amerika selalunya buat kacau, kita akan menerima tempias seperti Perang Vietnam. Kita terima pelarian dan akibat kita membuka Pulau Bidong untuk pelarian sebelum pergi ke negara ketiga. Australia dan UK berada dalam FPDA, perjanjian dengan kita. Adakah Malaysia akan dilibatkan sama dalam AUKUS ini kerana Malaysia, Australia dan United Kingdom ada dalam FPDA? Bagaimanakah kita hendak kekalkan rantau ini rantau berkecuali jikalau kita diajak untuk bersama dengan AUKUS ini?

Yang Berhormat Kota Raja, ia merupakan satu soalan yang begitu penting untuk kita fikirkan sekarang. Saya bercadang untuk menjawabnya bila menjawab soalan Yang Berhormat sendiri berkaitan dengan FPDA semasa perbahasan. Akan tetapi sekiranya dibangkitkan oleh Yang Berhormat sekarang, mungkin saya boleh menjawab sekarang dulu dan kita menjawab bersama dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat semasa berbahas, ada kaitan dengan FPDA. Tuan Yang di-Pertua, sebagai maklum balas terhadap perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Raja yang menyentuh mengenai usaha kerajaan mengekalkan hubungan baik dalam kalangan negara anggota Five Powers Defence Arrangements (FPDA) dan dalam usaha kita meningkatkan diplomasi pertahanan bagi memastikan negara kita tidak terjebak dalam pertarungan kuasa-kuasa besar dunia di kawasan dan di rantau ini. Dua hari lalu saya baru sahaja mengadakan perbualan telefon bersama dengan Menteri Pertahanan Australia, Peter Dutton. Perkara yang kami bincangkan amat berkait rapat dengan soalan Yang Berhormat mengenai FPDA dan juga berhubung kait dengan AUKUS yang disebarluaskan di luar sana. Saya telah menyatakan pendirian Malaysia seperti yang ditegaskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu pembentukan kerjasama antara Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat, melahirkan kegusaran kerana ia berpotensi mengganggu-gugat keamanan dan kestabilan di Asia Tenggara. Justeru, semua pihak harus menghindari daripada menggunakan sebarang tindakan ketenteraan yang dianggap provokatif selain berpotensi meningkatkan ketegangan serta mencetuskan konflik di rantau kita. Yang Berhormat, pendirian saya konsisten sejak saya memegang jawatan Menteri Pertahanan sebelum ini. Apa yang menjadi kebimbangan kita ialah kalau tidak dibendung, tidak menggunakan pendekatan yang penuh dengan diplomasi bila mendekati kuasa-kuasa besar ini, perkara insiden-insiden yang tidak boleh dielakkan atau

pertembungan yang tidak dirancang dan tindakan yang tidak diingini boleh mencetuskan satu situasi yang tidak dapat kita bendung...

[Bangun]

...Dan akan menjejaskan rantau kita.

Selain AUKUS, kami turut bercakap mengenai perkara yang lebih positif iaitu hubungan kita dalam FPDA yang melibatkan negara New Zealand, Australia dan United Kingdom. Jadi, kembali kepada soalan, celahan Yang Berhormat tadi, hendak mengimbangi dua kuasa besar ini dalam konteks AUKUS dan hubungan kita dengan FPDA, merupakan perkara yang kita berikan tumpuan pada hari ini. Ini penting kerana bulan depan, FPDA akan meraikan ulang tahun penubuhannya ke-50 kewujudan FPDA. Apa yang telah kita bina sejak 50 tahun dahulu dengan Australia, New Zealand, Singapura boleh digunakan sebagai leverage atau sesuatu perkara, kekuatan kita untuk mengimbangi kuasa-kuasa besar. Saya menasihati Menteri Pertahanan Australia bahawa selain daripada mendekati Malaysia dalam AUKUS ini, penting untuk mereka mendekati Brunei sebagai Pengerusi ASEAN, mendekati negara CMLV, negara-negara yang dekat dengan China untuk mendapatkan pandangan mereka bagaimana, apa yang telah pun diumumkan tempoh hari tidak merupakan satu yang boleh membimbangkan dan menjejaskan kedudukan dan rantau kita dalam konteks pertahanan. Ini masih lagi merupakan sesuatu dalam proses Yang Berhormat...

Sedikit Yang Berhormat Menteri..

...Dan saya bercadang dalam masa terdekat ini untuk membuat lawatan kerja singkat ke negara China. Satu perkara yang akan dibangkitkan selain dari hospital medan yang Yang Berhormat sebutkan tadi. Kita perlu mendapatkan pandangan kepimpinan khususnya pertahanan China, apa pandangan mereka terhadap AUKUS yang telah diumumkan tiga buah negara tadi. Apa agaknya tindakan mereka, susulan daripada apa yang telah diumumkan. Insya-Allah Yang Berhormat, saya akan cuba meneliti bukan satu perkara yang mudah dan mengimbangi dua kuasa besar ini. Saya tengok kalau ia tidak dibendung dan kekuatan kita masih lagi bukan secara persendirian, kekuatan kita ialah 10 buah negara ASEAN ini bersatu untuk melihat bagaimana kedudukan kedaulatan dan juga keselamatan kita di rantau ini dapat dipertahankan, insya-Allah.

Okey, sedikit Yang Berhormat Menteri boleh? Mencelah.

Tuan Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Mencelah.

Saya mendengar ucapan penggulungan tadi. Saya tertarik dengan apa yang Kementerian Luar dahulu buat semasa Yang Berhormat menjadi Menteri Luar telah mendapatkan vaksin sebanyak enam juta secara percuma semasa Kementerian Luar. Jadi semasa kementerian yang diterajui oleh Yang Berhormat, apa strategic planning untuk diplomasi Kementerian Pertahanan bagi usaha sama dengan negara- negara luar seperti Arab contohnya, dari segi pertahanan pula? Daripada segi vaksin mungkin kita sudah berjaya. Jadi adakah pelan untuk pertahanan ini supaya kita boleh membangunkan dalam soal industri pertahanan negara yang kita akan memiliki aset negara yang brandnya Malaysia. Mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri.

Tuan Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Tuan Yang di-Pertua, saya ini bertanya sekali.

Tuan Yang di-Pertua

Masa sudah tamat sebenarnya Yang Berhormat. Dua minit, last. Yang Berhormat.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Tuan Yang di-Pertua, bagi masa sedikit sebab banyak soalan tidak dijawab lagi. Hal-hal pencen tentera tidak dijawab lagi.

Tuan Yang di-Pertua

Sekejap.

Tuan Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Untuk pengetahuan – ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, konsep sewa aset adalah viable ketika negara menghadapi kekangan kewangan. Apa planning kementerian untuk jangka masa panjang bagi aset-aset pertahanan seperti helikopter, kapal selam dan sebagainya?

Terima kasih Yang Berhormat Jempol dan Yang Berhormat Cameron Highlands. Teras kita yang saya akan rumuskan pada penghujung penggulungan ini merangkumi pendekatan kita berhubung kait dengan diplomasi ketenteraan. Jadi apa yang telah kita bina semasa saya di Wisma Putra, di Kementerian Luar perlu diperluaskan dalam konteks pertahanan negara. Saya percaya dan cukup yakin sumbangan-sumbangan rakan-rakan kita semasa kita berdepan dengan kekurangan dan kekangan COVID-19 ini akan dapat diperluaskan juga dalam konteks pertahanan dan keselamatan negara. Ini merupakan satu agenda yang cukup penting dan merupakan satu daripada lapan teras yang kita akan ambil kira. Menjawab Yang Berhormat Cameron Highlands berhubung kait dengan aset-aset kita. Saya sudah mengarahkan kepada MinDef untuk pecah dan membahagikan projek kita mengikut tiga kategori. Pertama, kategori-kategori projek-projek yang terdahulu yang perlu kita selesaikan isu-isu yang masih lagi perlu dijawab, projek-projek yang perlu dilaksanakan, itu satu kategori. Kedua ialah projek-projek yang perlu diputuskan oleh saya sekarang dan ini mesti mengambil kira kedudukan kekangan ekonomi semasa negara dalam COVID-19 dan prioriti mesti diberikan kepada end user. Dengan itu, perkhidmatan TUDM, TLDM, tentera darat sendiri akan menentukan apakah keperluan mereka. Berbincang dengan MoF berhubung kait sama ada kita mempunyai peruntukan yang mencukupi untuk membiayai permintaan ATM dan akhirnya MinDef sendiri akan melihat proses yang terbaik dan untuk merundingkan apakah yang terbaik untuk keperluan negara dengan harga yang paling munasabah. Ini merentasi tiga aspek iaitu peralatan, pembangunan dan penyelenggaraan. Jadi services and maintenance dalam keadaan tertekannya ekonomi kita mesti diberikan keutamaan kerana aset-aset yang sedia ada ini kalau tidak di-maintained, tidak diselenggarakan sebaik mungkin tidak mungkin aset-aset baru kita dapat diperoleh dalam masa terdekat. Tumpuan diberikan kepada bajet yang akan dibentangkan dalam bulan Oktober atau November nanti dan Rancangan Malaysia Ke-12, lima tahun perancangan kita. Ini semua sedang difikirkan oleh MinDef dan kita tidak teragak-agak untuk memaklumkan kepada orang ramai termasuk Dewan yang mulia ini, apakah keputusan kita kelak? Tuan Yang di-Pertua, sudah jauh jawapan- hanya ada tiga lagi isu yang tidak sempat saya jawab dan saya akan jawab secara bertulis. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kanan...

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Yang Berhormat Menteri kena jawab berkaitan dengan pencen tentera sebab ramai dekat luar menunggu jawapannya.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat akan jawab secara bertulis.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Jawapan bertulis, macam mana kita hendak edarkan kepada bekas-bekas tentera di luar sana?

Tuan Yang di-Pertua

Boleh disiarkan.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Kalau dia terangkan di Dewan yang mulia ini, ramai yang hendak lihat apa yang boleh...

Tuan Yang di-Pertua

Boleh disiarkan, boleh disiarkan. Seterusnya saya ingin menjemput Kementerian Kewangan, Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan II. Masa 50 minit.

Tuan Haji Yamani Hafez bin MusaUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan II · Sipitang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, ingin saya menzahirkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan ke atas titah diraja semasa Majlis Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama yang lalu. Jawapan terima kasih juga kepada 18 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dewan yang mulia ini dari 14 sehingga 21 September 2021 kelmarin. Beberapa perkara dan isu berbangkit berkaitan portfolio Kementerian Kewangan akan saya perjelaskan. Manakala sebarang pandangan, cadangan dan teguran yang telah diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian adalah amat dihargai. Izinkan saya memberikan penjelasan ke atas beberapa perkara yang telah dibangkitkan di bawah tanggungjawab Kementerian Kewangan berdasarkan isu-isu yang telah dibahaskan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pasir Mas dan Yang Berhormat Parit telah membangkitkan isu bantuan dalam Pelan Pemulihan Negara. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Dewan yang mulia ini, pandemik COVID-19 bukan sahaja telah mengakibatkan krisis kesihatan, malah mengekang penubuhan ekonomi negara akibat penutupan sektor perniagaan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tuan Haji Yamani Hafez bin MusaUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan II · Sipitang

Impak penularan wabak ini sememangnya telah memberi kesan langsung kepada para peniaga khususnya dalam kalangan PKS dan peniaga kecil untuk menampung beban kewangan dan aliran tunai mereka. Sebagai langkah tindak balas kerajaan dalam menangani isu ini, Kementerian Kewangan telah memperkenalkan lapan buah pakej bantuan dan rangsangan ekonomi bernilai RM530 bilion. Antaranya bertujuan untuk menyokong dan melonjakkan kembali perniagaan yang terjejas sewaktu tempoh pandemik. Pelbagai bentuk bantuan kepada peniaga PKS telah diberikan seperti pembiayaan mikro kredit berjumlah RM2.54 bilion, pemberian subsidi upah sebanyak RM23.8 bilion dan insentif menggalakkan peralihan PKS dan PKS Mikro ke dalam ekosistem digital untuk mempromosi usaha pembelian secara dalam talian. Sebagai langkah penyediaan Bajet 2022 yang akan diumumkan kelak, Kementerian Kewangan sedang giat melaksanakan pelbagai sesi libat urus dengan pemain industri dan NGO termasuklah jelajah ke negeri-negeri bagi mendengar maklum balas serta cadangan yang diperlukan dalam memastikan Bajet 2022 dirangka secara inklusif dan dapat menyokong pembukaan semula sektor perniagaan sewaktu fasa pemulihan ini, insya-Allah. Kerajaan Persekutuan sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak demi kebaikan para usahawan kita di luar sana. Yang Berhormat Papar bertanya berkaitan cadangan Majlis Pekerjaan Negara bagi mengatasi masalah pengangguran kesan daripada pandemik COVID-19. Untuk makluman Yang Berhormat, seperti sedia maklum, kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha untuk membendung penularan wabak COVID- 19 yang melanda Malaysia sejak awal tahun 2020, di mana sektor perniagaan yang terkesan telah menyebabkan kerugian kepada ekonomi negara. Penutupan ekonomi turut memberi impak terhadap kadar pengangguran yang telah melonjak naik kepada tahap yang tertinggi iaitu 5.3 peratus atau 826 ribu orang penganggur pada bulan Mei 2020 yang merupakan kadar pengangguran yang tertinggi sejak krisis komoditi 1980-an. Justeru, kerajaan melalui Belanjawan 2021 telah mengumumkan pembentukan Majlis Pekerjaan Negara (NEC) dalam usaha untuk menyelaras pelbagai inisiatif merentas kementerian dan agensi dalam mencipta peluang pekerjaan, meningkatkan kemahiran dan memberi latihan kepada pekerja dengan menyasarkan 500,000 peluang pekerjaan. Sebagai Sekretariat NEC, ejen laksana telah diberi mandat untuk memantau keberkesanan segala inisiatif di bawah NEC dalam memastikan penciptaan peluang pekerjaan terhadap kelangsungan hidup rakyat Malaysia.

Tuan Haji Yamani Hafez bin MusaUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan II · Sipitang

Antara inisiatif-inisiatif di bawah NEC yang telah memainkan peranan besar dalam penjanaan peluang pekerjaan merupakan program Penjana Kerjaya 2.0 oleh PERKESO yang menawarkan lebih 250,000 peluang pekerjaan. Selain itu, kerajaan juga telah menjalankan inisiatif MySTEP atau short-term employment program yang menawarkan 50 ribu peluang pekerjaan secara kontrak dalam sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan atau GLC. Pengambilan personnel MySTEP sektor awam telah pun mencapai 100.6 peratus daripada jumlah sasaran yang ditetapkan sebanyak 35 ribu. Ini menunjukkan komitmen penuh kerajaan dalam mencipta peluang pekerjaan. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya izinkan saya menjawab soalan Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Lanang, Yang Berhormat Kubang Pasu dan Yang Berhormat Kota Samarahan berkaitan penyaluran bantuan. Untuk makluman Yang Berhormat, pendaftaran akaun bank penerima bantuan tunai kerajaan terutamanya Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) tidak terhad kepada akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja. Hakikatnya hampir 8 juta orang penerima BPR mempunyai akaun bank mewakili hampir 94 peratus daripada jumlah penerima BPR manakala kira-kira enam peratus atau hampir 500 ribu penerima BPR sahaja yang akan menggunakan BSN bagi tujuan penunaian. Selain daripada penerima hadir ke BSN, perkhidmatan bank bergerak telah dilancarkan pada bulan Julai 2021 di Sarawak dan pada penghujung September 2021 di Sabah. Bagi memudahkan lebih ramai rakyat mendapatkan perkhidmatan perbankan, kerajaan juga telah menyediakan peruntukan sebanyak RM18 juta kepada bank tempatan bagi menyediakan kira-kira 30 unit bank bergerak di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak yang bakal merangkumi 250 buah kawasan dan mukim di luar bandar. Melalui inisiatif ini, penerima bantuan tunai kerajaan boleh mengakses pelbagai perkhidmatan perbankan termasuk pembukaan akaun, penyimpanan, pengeluaran dan pemindahan wang, pembayaran bil serta perbankan digital. Bagi penerima bantuan tunai kerajaan di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang tidak mempunyai akaun bank, pelaksanaan pembayaran secara tunai juga dilaksanakan dan diselaraskan oleh Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Perbendaharaan Malaysia Sarawak dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) dan BSN di samping sokongan daripada Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak. Tempoh masa pelaksanaan adalah tertakluk kepada situasi kebolehjangkitan COVID-19 dan akan dimaklumkan daripada semasa ke semasa. Untuk makluman Yang Berhormat, hampir 20 ribu data penerima bantuan tunai yang tidak mempunyai akaun bank sama ada di Semenanjung, Sabah atau di pedalaman Sarawak bersama-sama dengan data penerima yang tidak mempunyai akaun bank seluruh Malaysia turut dimuat naik di dalam pangkalan data BSN untuk kemudahan penunaian masa akan datang mengikut masa yang sesuai bagi penerima berkenaan tanpa menantikan program penunaian dan bank bergerak untuk sampai ke tempat mereka. Ini menunjukkan kerajaan sentiasa komited memastikan semua bantuan kerajaan adalah berkesan dan menepati kumpulan sasar yang ditetapkan terutamanya golongan yang terjejas akibat COVID-19. Menerusi bantuan pihak kerajaan negeri, BSN telah menyediakan satu unit Cawangan Bank Bergerak (CBB) di Sarawak yang dilengkapi dengan dua buah kaunter dan satu unit terminal layan diri (ATM). CBB BSN Sarawak telah ditetapkan untuk menyediakan perkhidmatan perbankan setiap minggu di daerah Sungai Asap, Tatau, Nyalau, Kuala Tatau, Asajaya, Sadong Jaya, Padawan dan Sebauh. Selain itu, jika ada keperluan, CBB Sarawak turut akan digunakan untuk membantu pelaksanaan inisiatif kerajaan yang lain contohnya seperti pembayaran tunai, Bantuan Khas COVID-19 (BKC) di Bintulu. Untuk negeri Sabah, pihak BSN kini sedang menguruskan penyediaan tiga unit CBB dengan bantuan serta kerjasama Kementerian Kewangan walaupun kerja-kerja penyiapan kenderaan berkenaan turut terkesan akibat pandemik COVID-19. Berdasarkan status kerja semasa, tiga unit CBB tersebut dijadualkan untuk mula beroperasi di Sabah mulai 30 September 2021.

Tuan Haji Yamani Hafez bin MusaUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan II · Sipitang

Tuan Yang di-Pertua, selaras dengan agenda PEMULIH yang dibentangkan sebelum ini, peluasan inisiatif bank bergerak ke lebih banyak mukim seluruh negara juga telah mula dirancang. Dengan peruntukan RM18 juta yang disediakan, 30 unit bank bergerak di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak akan disediakan bagi meneruskan agenda prihatin rakyat. Dengan 390 buah cawangan seluruh negara, BSN mempunyai rangkaian penyediaan perkhidmatan yang terbesar di kalangan institusi perbankan yang lain. 179 buah cawangan terletak di kawasan luar bandar- non-urban, di mana 21 buah cawangan berstatus cawangan sosial mandat. Bagi memenuhi keperluan kewangan pelanggan, waktu operasi kaunter cawangan BSN telah dilanjutkan ke 4.45 petang di Semenanjung Malaysia dan 4.15 petang di Sabah dan Sarawak walaupun secara amnya bank-bank lain masih beroperasi dalam waktu yang terhad. Sepanjang tempoh pembayaran wang bantuan daripada kerajaan, BPR ataupun BKC, sekiranya terdapat keperluan, pihak BSN juga bersedia untuk membuka operasi kaunter cawangan pada hujung minggu bagi membantu penyaluran bantuan dengan lebih berkesan.

Tuan Haji Yamani Hafez bin MusaUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan II · Sipitang

Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, pembayaran BKC Fasa 1, baru-baru ini juga menyaksikan sejumlah 93 peratus penerima bantuan daripada hampir 10 juta penerima disalurkan bantuan secara kredit terus ke akaun mereka di bank-bank yang terlibat. Inisiatif untuk mendapatkan nombor akaun dan menggalakkan pembukaan akaun di kalangan penerima bantuan ini akan diteruskan bagi memudahkan penyaluran bantuan kepada mereka yang memerlukan. Pembayaran bantuan kerajaan yang dilaksanakan oleh BSN sememangnya melibatkan pengkreditan akaun-akaun penerima dari bank lain. Namun setakat ini, pembayaran secara tunai masih lagi dimandatkan secara eksklusif kepada BSN berdasarkan rangkaian cawangan BSN yang luas. Walau bagaimanapun, pertimbangan untuk melantik bank-bank lain sebagai ejen untuk pembayaran secara tunai boleh dipertimbangkan pada masa akan datang berdasarkan keperluan.

Mohon ya, Kubang Pasu.

Ya sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Sipitang yang telah memberikan sebahagian daripada jawapan. Saya hendak tarik perhatian Yang Berhormat Sipitang, saya ada sebut semalam dalam perbahasan. Dalam 16 bulan yang pertama daripada Mac 2020 hingga Jun 2021, 16 bulan, RM260 bilion telah dibelanjakan untuk rakyat dan businesses. Baki lagi enam bulan ini kita masih ada RM300 bilion, lebih daripada 16 bulan yang ada within six months yang terakhir ini ada lagi RM300 bilion. Ini diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan. Pertanyaan saya ialah adakah kerajaan berhajat sebab ini dah ada bajet untuk dibelanjakan. Saya rasa kita kena belanjakan supaya kita dapat tingkatkan ekonomi dan sebagainya. Salah satu caranya untuk kita memastikan, saya hendak cadangkan bahawa Bantuan Khas COVID-19 (BKC) ini kita tingkatkan lagi 100 persen pun tidak apa. Mereka ini kelompok B40, M40 yang terkesan ini Tuan Yang di-Pertua, marginal propensity to consume mereka ini adalah tinggi. Bagi sahaja RM1,000, RM1,000 dia belanja balik, masuk balik dalam ekonomi which is good for us. Jadi saya hendak cadangkan RM300 bilion ini takut nanti sampai bulan Disember kita masih ada sekian-sekian banyak lagi wang yang tidak dibelanjakan. Maka saya hendak mencadangkan bahawa Bantuan Khas COVID-19 untuk rakyat yang terkesan ini ditambah 100 percent daripada apa yang dijanjikan. Miskin tegar RM1,300 kita naik ke RM2,600 pun tidak apa sebab semua wang ini akan dibelanjakan balik dalam ekonomi yang bakal memberikan manfaat kepada peniaga-peniaga yang lain dan sebagainya. Itu yang pertama.

Keduanya Tuan Yang di-Pertua ialah juga kekhuatiran saya apabila disebut RM300 bilion yang belum dibelanjakan lagi, tinggal enam bulan ini kerana dalam tourism related industry, hanya 3.6 peratus sahaja company yang dapat. Daripada RM600 juta yang diperuntukkan, hanya 11.2 persen baru dibelanjakan. Akan tetapi yang kita tahu tourism related industry ini memang sangat terkesan. Jadi saya hendak tanya, apa tindakan untuk memastikan niat kerajaan untuk membantu ini dapat diberikan disburse as soon as possible sebab mereka sudah sangat terkesan dan perlu bangun daripada pandemik yang ada ini. Terima kasih.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, berkaitan. Saya Pontian. Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada menyebut telah menjawab soalan sayalah tetapi soalan saya ketika perbahasan itu mengenai RM530 bilion yang disebut ketika titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Yang saya perlukan daripada RM530 bilion itu ialah perincian pakej-pakej bantuan. Apa sebenarnya suntikan fiskal secara langsung itu berapa sebenarnya. Kalau kita masukkan juga moratorium, masukkan juga KWSP yang wang rakyat saya sendiri, saya kira jumlahnya tidaklah sampai RM530 bilion. Bunyi RM530 bilion itu amat besar dan ia hampir dua kali bajet tahunan. Saya juga ada bertanya tentang kaedah kementerian untuk menambah pendapatan negara selain menaikkan had siling hutang. Had siling hutang ini terlalu mudah untuk dilaksanakan iaitu daripada 55 naik kepada 60, daripada 60 naik kepada 65 peratus. Jadi itu perkara yang mudah. Apa perkara-perkara yang agak sukar untuk dilaksanakan, belum pernah dilaksanakan? Bererti cadangan Yang Berhormat Pekan dalam ucapan beliau tempoh hari, adakah kementerian bercadang untuk melaksanakan perkara itu? Jika Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan ini panjang bolehlah menjawab secara bertulis kah apa. Terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kubang Pasu. Kita ambil maklum cadangan tersebut. Sebenarnya kita mempunyai jadual untuk pemberian cash transfers kepada mereka yang memerlukan. Kalau mengikut amaun RM17.1 bilion untuk tahun ini. Pihak kerajaan sudah tentu akan terus mengambil kiralah keadaan semasa untuk tujuan penambahbaikan seperti yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Kubang Pasu tadi. Yang Berhormat Pontian, RM530 bilion meliputi suntikan fiskal dan bukan fiskal. Hanya RM91.8 bilion merupakan suntikan fiskal langsung. Jadi, komitmen suntikan fiskal di bawah Kumpulan Wang COVID-19 bagi lapan buah pakej rangsangan dan bantuan yang diumumkan serta sebahagian inisiatif di bawah Belanjawan 2021 adalah sebanyak RM91.8 bilion. Sehingga bulan September 2021, sejumlah RM60 bilion telah dibelanjakan atau 92 peratus daripada keseluruhan RM65 bilion- siling KWC-19 yang telah diluluskan di Parlimen melalui pindaan Akta Langkah-langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan Penyakit Koronavirus 2019/2020 pada Disember 2020. Kerajaan akan membentangkan kenaikan siling tabung COVID-19 ini dari RM65 bilion ke RM110 bilion pada sesi Parlimen kali ini bagi menampung komitmen bayaran keseluruhan yang kini mencecah RM91.8 bilion. Masih terdapat beberapa inisiatif yang sedang dalam pelaksanaan dan akan tamat sepenuhnya pada Disember 2021. Antaranya Bantuan Khas COVID-19 (BKC), Gerak Khas Prihatin 4.0 dan bantuan kehilangan pekerjaan serta diskaun bil elektrik. Manakala terdapat juga beberapa inisiatif yang pelaksanaan akan melangkau ke tahun 2022 termasuklah: (i) program subsidi upah; (ii) program pengekalan pekerjaan; (iii) program insentif pengambilan pekerja; (iv) bantuan latihan; (v) program kemahiran dan peningkatan kemahiran;

(vi) program jaringan prihatin; dan (vii) perbelanjaan berkaitan COVID-19. Selain itu, kelewatan pelaksanaan projek berskala kecil adalah juga akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang juga dijangka akan melangkau sehingga tahun 2022. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sambung penggulungan.

Tuan Yang di- Pertua, ada sedikit lagi hendak minta penjelasan yang disebutkan tadi. Disebut suntikan fiskal langsung- RM91.8 bilion. Yang ingin saya dapatkan penjelasan, daripada RM91.8 bilion ini berapa yang telah dibelanjakan? Mungkin saya tidak sempat hendak tangkap tadi. Berapa yang dijangka akan dibelanjakan sehingga akhir tahun ini? Berapa yang melimpah masuk ke tahun 2022? Terima kasih.

Sebahagian daripada jawapan saya tadi, saya telah menyentuh beberapa perkara tentang berapa yang telah dibelanjakan tetapi saya akan beri maklumat yang lebih detail lagi nanti kepada Yang Berhormat Kubang Pasu. Kalau boleh Tuan Yang di-Pertua, saya hendak continuelah penggulungan saya. Jadi Tuan Yang di-Pertua, berkaitan pembukaan bank di kawasan pedalaman pada masa ini, terdapat lebih daripada 4,600 orang ejen bank di seluruh Malaysia dan kini hampir 95 peratus berbanding dengan 2011- 46 peratus. Daripada semua mukim mempunyai sekurang-kurangnya sebuah pusat akses kewangan termasuk ejen bank dan penggunaan ejen bank untuk melakukan transaksi kewangan juga adalah memberangsangkan dengan jumlah transaksi ejen bank mencatatkan kenaikan sebanyak 61 peratus semenjak mula operasi pada tahun 2012 dan kini telah mencapai jumlah transaksi sebanyak RM18.5 bilion pada tahun 2020.

Dari semasa ke semasa, institusi kewangan akan memantau tahap penggunaan perkhidmatan perbankan pada ejen-ejen bank penduduk setempat sebagai justifikasi bagi penambahan kemudahan perkhidmatan kewangan seperti ATM atau pembukaan sebuah cawangan bank. Tuan Yang di-Pertua, cadangan Yang Berhormat Pekan untuk menaikkan had pengeluaran i-Citra ini kita perlu perhalusi dan dikaji secara menyeluruh dengan mengambil kira semua bentuk bantuan yang telah dan akan disalurkan oleh kerajaan kepada rakyat bagi membantu meringankan beban kewangan ahli yang terjejas dengan pandemik COVID-19 ini. Pertimbangan terhadap had pengeluaran i-Citra perlu turut mengambil kira keperluan untuk mengimbangkan antara keperluan semasa dan kepentingan simpanan persaraan untuk masa hadapan dengan keadaan negara dijangka akan mengalami penuaan penduduk pada 10 ke-15 tahun akan datang. Kementerian Kewangan mengambil maklum berhubung cadangan murni Yang Berhormat Pekan untuk memperkenalkan program pinjaman oleh pihak bank sehingga RM4,000 kepada golongan B40 dan M40 sebagai usaha untuk menambah aliran tunai setiap isi rumah yang memerlukan. Suka saya maklumkan Ahli Yang Berhormat, bagi tujuan sama, kajian juga telah melaksanakan pelbagai inisiatif, antaranya termasuklah pemberian pelbagai bentuk tunai langsung seperti Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Khas COVID-19 (BKC) dan Bantuan Kehilangan Pekerjaan dengan nilai jumlah keseluruhan peruntukan bagi tahun 2021 sebanyak RM17.1 bilion. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM15.1 bilion telah pun disalurkan kepada akaun penerima. Bagi golongan peniaga kecil pula, kerajaan telah melaksanakan Pemberian Geran Khas Prihatin (GKP) pada tahun 2021 dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM3.6 bilion dan RM2.6 bilion Ringgit telah pun disalurkan kepada penerima. Di bawah bajet tahun 2022 yang akan dibentangkan kelak, kerajaan akan mempertimbangkan untuk meneruskan sebarang inisiatif sedia ada yang mampu untuk

meminimumkan beban kewangan yang ditanggung oleh rakyat yang masih terkesan akibat daripada pandemik COVID-19. Selain itu kerajaan juga sedar bahawa pemerkasaan perlindungan sosial untuk jangka masa sederhana adalah penting bagi menjamin kesejahteraan pekerja dalam golongan B40 dan M40. Untuk itu, di bawah program Perkukuh Pelaburan Rakyat (Perkukuh), KWSP juga sedang menerokai langkah-langkah untuk meningkatkan liputan dan kecukupan perlindungan sosial bagi memastikan rakyat Malaysia mendapat perlindungan serta kemampuan dalam memperbaiki taraf hidup mereka. Berhubung cadangan pinjaman berjaminan kerajaan, Kementerian Kewangan bersedia untuk mendengar lebih lanjut cadangan Yang Berhormat Pekan semasa sesi libat urus bersama-sama pemimpin parti politik yang akan diadakan pada masa terdekat ini. Tuan Yang di-Pertua Yang Berhormat Dungun telah menyarankan agar kadar faedah kad kredit sebanyak 45 peratus diturunkan bagi pemegang kad kredit yang menghadapi kesukaran dalam membuat balik bayaran pinjaman boleh memohon untuk menukar baki pinjaman kad kredit mereka kepada fasiliti pinjaman bertempoh pada kadar pembiayaan yang lebih rendah sama seperti tahun 2020.

Yang Berhormat Menteri, mohon sikit lagi, Yang Berhormat sudah pindah ke topik baru. Tadi disebut tentang soft loan yang diberikan kepada SME dan sebagainya. Sila betul kan kalau fakta ini tidak betul. Saya dimaklumkan bahawa hanya 2.9 peratus daripada keseluruhan SME iaitu sebanyak 26,048 yang terima soft loan iaitu 2.6 percent daripada keseluruhannya. Boleh kah kita tahu kenapa terlalu rendah? Adakah semua yang memohon ini untuk mendapat soft loan ini tidak layak ataupun syarat-syarat yang diberikan terlalu menyukarkan yang akhirnya menyebabkan hanya 2.9 peratus sahaja SME yang mendapat soft loan ini. Terima kasih

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu kita sudah masuk ke moratorium tetapi tidak apa. Kerajaan melalui Bank Negara telah pun melonggarkan requirement untuk menggalakkan lebih ramai lagi PKS untuk mendapat akses kepada loan ini. Akan tetapi daripada segi figure, saya tidak boleh confirm lagi kerana saya belum ada figure itu lagi. Akan tetapi saya akan memberi perincian secara detail kemudian. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyambung penggulungan saya bagi soalan Yang Berhormat Dungun berkaitan pemberian moratorium tiga hingga lima bulan kepada golongan yang tidak layak moratorium. Untuk makluman Yang Berhormat, pakej PEMULIH yang ditawarkan sejak 7 Julai 2021, moratorium selama enam bulan ini tersedia untuk semua peminjam individu dan PKS. Pemohon tidak perlu mengemukakan bukti kelayakan atau dokumen sokongan. Kelulusan pakej bantuan bayaran balik adalah automatik untuk pinjaman yang tidak mempunyai bayaran ansuran yang tertunggak melebihi 90 hari. Manakala bagi pelanggan yang mempunyai pinjaman tertunggak melebihi 90 hari, mereka akan memerlukan bantuan bayaran balik pinjaman yang lebih menyeluruh bagi mengelakkan mereka daripada jatuh muflis ataupun bankrap dan bukannya bantuan sementara seperti moratorium. Jadi sebagai maklumat tambahan, pihak bank masih lagi boleh menawarkan bantuan dalam bentuk langkah pemulihan yang disesuaikan berdasarkan keadaan kewangan dan kemampuan bayaran balik oleh peminjam. Untuk peminjam yang menghadapi situasi yang lebih mencabar atau mereka mempunyai pinjaman di beberapa buah bank, mereka akan dirujuk kepada agensi kaunseling dan pengurusan kredit AKPK yang merupakan saluran yang lebih sesuai untuk mendapatkan bantuan khidmat nasihat percuma bagi bayaran balik pinjaman. AKPK merupakan sebuah pusat yang akan menyelaras dan menilai obligasi kewangan keseluruhan peminjam bagi memberikan nasihat kewangan yang sesuai serta membantu menstrukturkan dan menjadualkan semula bayaran balik pinjaman berdasarkan kedudukan kewangan peminjam.

Apa-apa pun peminjam yang menghadapi kesukaran semasa berurusan dengan pihak bank atau pun permohonan bantuan bayaran balik pinjaman ditolak, mereka boleh menghubungi Bank Negara Malaysia secara terus melalui BNM telelink. Saya juga ingin maklumkan juga bahawa jumlah aduan yang diterima melalui BNM telelink pada kadar yang agak rendah sepanjang tempoh PEMULIH iaitu Jun hingga Ogos 2021 iaitu 0.6 peratus daripada jumlah permohonan yang diluluskan. Yang Berhormat Port Dickson juga membangkitkan perkara berkaitan moratorium iaitu mencadangkan kerajaan mengusahakan pengecualian bayar faedah untuk moratorium pinjaman bank bagi tempoh tiga bulan dalam suku tahun keempat. Untuk makluman, kerajaan masih berbincang perkara ini dengan institusi perbankan kerana ia melibatkan keputusan komersial antara pihak bank, lembaga pengarah dan pemegang saham mereka masing-masing. Namun satu rumusan akan kita usahakan, yang workable, dengan izin, dan setara dengan mengambil kira kesan jangka masa panjang terhadap peminjam, pendeposit, pelabur, institusi kewangan dan ekonomi negara. Kerajaan juga memahami masalah yang dihadapi oleh rakyat dan akan mempertimbangkan pelbagai cadangan yang dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, selanjutnya perkara berkaitan...

Untuk Yang Berhormat Timbalan Menteri, maaf saya. Tuan Yang di-Pertua, kita difahamkan oleh Menteri Kewangan bahawa perkara itu sudah selesai, dan MoU antara kerajaan dan Pembangkang juga, salah satu perkaranya ialah untuk menyelesaikan berhubung moratorium pinjaman balik tanpa faedah terakru. Akan tetapi Yang berhormat Timbalan Menteri menjawab, nampak perkara itu macam belum selesai. Saya harap perkara ini diselesaikanlah- bahawa kerajaan memutuskan tidak ada faedah terakru terhadap moratorium pinjaman balik itu. Itu yang diharapkan oleh ramai di luar sana. Terima kasih Timbalan Menteri.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat masa sudah pukul 1 tengah hari. Saya hendak hentikan persidangan ini dan disambung pada pukul 2.30, insya-Allah. Boleh ya... [Bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan II] 2.30? Baik. Terima kasih. Kita sambung pada pukul 2.30 petang nanti.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Tuan Yang di-Pertua

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh semua. Meneruskan mesyuarat. Saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan II untuk menyambung jawapan beliau, 18 minit lagi Yang Berhormat. Silakan.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menjawab.

Tuan Yang di-Pertua, sebentar Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, kelmarin saya telah diberi peluang untuk berbahas dan semasa perbahasan saya, saya telah mengemukakan beberapa soalan kepada beberapa kementerian. Antara soalan yang dikemukakan Kementerian Kewangan berkenaan dengan pengedaran peranti atau lap-top sebanyak 150 ribu lap-top. Saya berharap Yang Berhormat Timbalan Menteri akan memberi penjelasan. Soalan saya ketika itu dipengerusikan oleh Yang Berhormat Timbalan Yang di- Pertua adalah berkenaan dengan berapakah di antara peranti atau komputer riba- lap-top

itu, yang telah diedarkan kepada pelajar-pelajar di Pulau Pinang. So, saya berharap Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua ataupun Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat memberi penjelasan sebelum selesai. Dari pagi tadi saya telah mengikuti perbahasan walaupun tidak ada di Dewan. Saya difahamkan bahawa perkara itu belum disentuh lagi. So, saya harap perkara itu dapat diberi penjelasan sebelum selesai penggulungan.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tadi sebelum kita habis, Yang Berhormat Pontian ada bertanya tentang perkara itu, jadi kita ambil maklum. Sebenarnya kerajaan dan Bank Negara dan bank-bank masih lagi dalam proses menyelesaikan. Walau bagaimanapun, kita ambil maklumlah. Saya ingin menyambung lagi.

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Tuan Yang di-Pertua, selanjutnya merupakan perkara berkaitan isu belanjawan yang juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Port Dickson. Kerajaan menyambut baik akan saranan Yang Berhormat Port Dickson mengenai tanggungjawab kerajaan dan pembangkang untuk duduk berunding mengenai Bajet 2022 sebelum dibentangkan di Parlimen. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Kewangan buat pertama kalinya dalam sejarah negara telah mengeluarkan Kenyataan Pra-Bajet (KPB) bagi Bajet 2022 pada 31 Ogos 2021 yang lalu. KPB diterbitkan bagi meningkatkan ketelusan proses merangka inisiatif bajet tahunan serta membina keyakinan awam terhadap pengurusan fiskal negara terutamanya dalam kalangan pelabur. PB merupakan salah satu transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan dan bermatlamat menyediakan peluang kepada semua pihak berkepentingan untuk memberi maklum balas masing-masing ke arah perangkaan sebuah bajet yang memenuhi keperluan rakyat serta selaras dengan dasar dan objektif negara. Melalui KPB yang diterbitkan, Kementerian Kewangan telah memberikan beberapa gambaran awal mengenai keutamaan dan matlamat dalam penyediaan Bajet 2022. Antara tumpuan yang akan diberikan antaranya, adalah untuk melindungi dan memulihkan kehidupan serta mata pencarian dan membina semula daya ketahanan negara. Inisiatif dan langkah Bajet 2022 yang dirangka akan berpaksikan kepada kedua- dua matlamat utama ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat sekalian, susulan daripada memorandum persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani pihak kerajaan telah pun mula mengadakan sesi rundingan bersama dengan pihak pembangkang sebelum Bajet 2022 dibentangkan di Parlimen. Kerajaan komited untuk berbincang bersama pihak pembangkang untuk memastikan cadangan inisiatif dan langkah Bajet 2022 memberi keutamaan kepada kesihatan dan kebajikan rakyat serta berkait dengan kelangsungan perniagaan. Atas semangat persepakatan bersama terutamanya dalam usaha untuk bangkit semula daripada kesan COVID-19 dan atas keprihatinan kerajaan dan pihak pembangkang untuk memulihkan semula negara, kerajaan berharap agar Bajet 2022 yang akan dirunding kelak akan berjalan dengan lancar dan dapat dipersetujui secara bersama. Tuan Yang di-Pertua, isu seterusnya adalah berkaitan isu percukaian yang telah menarik minat empat orang Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Pekan, Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Pontian dan Yang Berhormat Muar. Sesungguhnya kerajaan menyambut baik keprihatinan dan cadangan oleh Yang Berhormat yang jelas memahami isu kekangan hasil yang diperlukan oleh kerajaan bagi melaksanakan Pelan Pemulihan COVID-19, khususnya untuk membantu sektor perniagaan dan rakyat yang terjejas, dengan berkesan. Kerajaan turut mengambil maklum, pandangan daripada pelbagai pihak berkaitan levi keuntungan luar biasa - windfall tax. Kerajaan sedang mengkaji beberapa langkah lagi, bagi meningkatkan hasil termasuk mengenakan cukai ke atas keuntungan hasil pelaburan saham dan pengenaan kadar cukai lebih tinggi secara one-off kepada syarikat-

syarikat yang menjana keuntungan luar biasa dalam tempoh pandemik COVID-19. Hasil tambahan daripada cukai one-off tersebut akan digunakan untuk membiayai aktiviti atau program pemulihan khusus bagi membantu golongan sasar. Berkaitan syor untuk kerajaan mengenakan cukai kepada perniagaan tertentu yang menjana keuntungan berlipat kali ganda semasa pandemik COVID-19, kerajaan juga perlu mengambil kira pandangan dan maklum balas pelbagai pihak berkepentingan mengenai kesan pelaksanaan langkah cukai khas ini supaya tidak menjejaskan kedudukan ekonomi dan daya saing negara khususnya dalam usaha menarik pelaburan asing.

Yang Berhormat, sebelum Yang Berhormat ke topik yang lain,berkenaan dengan cukai. Saya ingin tanya beberapa soalan. Saya memetik satu laporan daripada surat khabar The Edge Weekly yang bertarikh 13 Januari 2021 yang melaporkan, untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini bahawa Yang Berhormat Pekan dan keluarga beliau berhutang RM1.75 bilion dalam cukai yang tidak dibayar. Persoalan saya yang pertama, adakah laporan terkini dapat diberikan kepada Dewan yang mulia ini tentang cukai-cukai ini yang telah pun dikutip.

Kita tahu Yang Berhormat Pekan pandai berbahas tentang pembayaran cukai dan sebagainya tetapi beliau dan keluarga beliau sendiri berhutang RM1.75 bilion kepada pihak cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri. Soalan kedua saya adalah, kenapakah tindakan diambil terhadap kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri? Hari ini saya melihat kepada satu laporan yang menunjukkan bahawa- yang melaporkan bahawa kononnya pihak Polis Diraja Malaysia akan memanggil kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk siasatan kononnya kerana memalsukan dokumen dan sebagainya. Ini juga adalah berikutan laporan yang dibuat oleh Yang Berhormat Pekan. So, saranan saya adalah jangan benarkan Yang Berhormat Pekan menggunakan kedudukannya untuk mengambil tindakan-tindakan terhad kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri. Don’t allow him to bully the employees of the Inland Revenue Board.

Tuan Yang di-Pertua

Okey Yang Berhormat.

Kedua, saya ingin tanya, apa perkembangan tentang kutipan cukai RM1.75 bilion yang dihutang oleh Yang Berhormat Pekan dan keluarga beliau. Terima kasih.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Pasir Mas. Pasir Mas ya. Sebelum Yang Berhormat Timbalan Menteri pindah ke topik berikutnya, saya hendak ingatkan balik tentang cadangan saya supaya dikenakan windfall tax kepada keuntungan bank-bank yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi ialah kepada syarikat-syarikat yang menjana keuntungan. Juga, ada satu perkara yang tidak disentuh dalam ucapan saya tetapi saya juga minta kalau ada respons daripada Yang Berhormat Menteri dan kalau boleh jawapan bertulis. Apa reasonable, atau apakah keuntungan yang dijana oleh kerajaan daripada meningkatkan cabutan judi daripada lapan kepada 22 yang saya kira ini merupakan perkara yang tidak sepatutnya diadakan dan dilakukan pada masa sekarang. Berapakah sangat keuntungan yang hendak dijana daripada kita meningkatkan cabutan judi ini yang pada kita adalah lebih baik kerajaan menarik balik keputusan ini yang jelas tidak menepati roh pembangunan spiritual rakyat yang diperlukan pada masa sekarang. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong dan juga Yang Berhormat Pasir Mas. Mungkin Yang Berhormat Jelutong saya akan jawab soalan yang awal tadi biarpun ia tidak berkaitan dengan kewangan. Ia berkaitan ke Tabung Cerdik Kementerian Pendidikan Malaysia. Secara keseluruhannya sehingga kini sebanyak 111,209 buah peranti telah diagihkan kepada 890 buah sekolah dan proses pengagihan itu masih dibuat. Tuan Yang di-Pertua, saya akan sambung lagilah.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Boleh saya tanya sedikit tak? Kenapakah pengagihan komputer riba itu begitu lambat? Janji dibuat pada bulan November tahun lalu, kenapakah sampai sekarang masih belum siapkan lagi? Pada bulan Oktober yang akan datang ini, sekolah akan buka balik berskala. Jadi saya hendak tanya, apakah sebab pengagihan lap-top ini begitu lambat? Siapa punya masalah? MoF punya masalah atau KPM bermasalah? Ini kerana on the ground, pelajar-pelajar kita yang menderita kerana tidak ada lap-top, tiada akses kepada online learning.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya juga tanya. Saya ingin tanya bagi pihak rakyat Pulau Pinang, sebagai wakil rakyat dari Pulau Pinang. Berapa jumlah pelajar di Pulau Pinang yang telah memperoleh manfaat daripada 150 ribu peranti ini. Butiran, butiran...

Tuan Yang di-Pertua

Kalau boleh Yang Berhormat ada butiran. Kalau tidak ada, boleh jawab secara bertulis.

Saya ingin tanya butiran sekolah-sekolah agama. Kembali dalam perbahasan saya telah bangkitkan sekolah jenis Tamil, Cina, sekolah kebangsaan. Berapakah jumlah pelajar di Pulau Pinang yang telah terima peranti-peranti ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat tidak ada banyak masa lagi.

Tidak mengapa. I think Pulau Pinang ini so far ada- kalau kita lihat daripada data daripada program Tabung Cerdik Pulau Pinang dia sudah bagi ke-24 buah sekolah dan 3,606 buah peranti. Akan tetapi, the detail itu nanti I think better Yang Berhormat tanya kepada KPM because it’s not under MoF punya...

Sejumlah 24 buah sekolah di Pulau Pinang telah terima. Jadi Yang Berhormat minta saya tanya dengan Yang Berhormat Menteri Pendidikan? Yang Berhormat Menteri Pendidikan boleh memberi maklumat tersebut. Itu jawapannya?

Ya, I think.

Okey, saya akan tunggu Yang Berhormat Menteri Pendidikan memberi penjelasan.

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Kenapakah lambat, boleh jelaskan tak?

Tuan Yang di-Pertua

Cukuplah, cukup.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Kenapakah lambat sangat Yang Berhormat Timbalan Menteri? Boleh beri sedikit penjelasan.

I think this macam saya katakan tadi ini di bawah Kementerian Pendidikan. So, I think Kementerian Pendidikan will be the kementerian yang betullah untuk bertanya.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Okey, terima kasih.

Terima kasih. Yang Berhormat Pekan juga mencadangkan kerajaan untuk menjual sebahagian daripada saham syarikat Digital Nasional Berhad (DNB) kepada syarikat penyedia tempatan bagi membantu dalam membiayai perbelanjaan membina infrastruktur 5G Malaysia. Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan proses tender yang telah dilaksanakan oleh Digital Nasional Berhad, kos penyediaan infrastruktur 5G nasional yang ditetapkan untuk tempoh 10 tahun akan datang adalah sebanyak RM11 bilion berbanding anggaran asal sebanyak RM15 bilion. Kos ini akan dibiayai sepenuhnya oleh DNB melalui sumber pembiayaan yang terdapat di pasaran serta pendapatan yang akan dijana oleh DNB tanpa melibatkan peruntukan daripada kerajaan. Sehubungan dengan itu, tidak timbul isu penjualan saham DNB kepada telco-telco tempatan bagi membantu membiayai perbelanjaan infrastruktur 5G.

Yang Berhormat Menteri, saya bukan Timbalan Menteri Kewangan atau Menteri Kewangan. Cuma saya hendak membantulah kalau boleh nasihatkan Yang Berhormat Pekan bayar sahaja cukai.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat...

Tidak perlu buat apa-apa cadangan. Kalau dia... [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat, tolong tidak ada masa. Tinggal lima minit lagi. No, pencelahan cuma untuk penjelasan. Maaf ya, maaf. Silakan Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya sambung. Seterusnya, Yang Berhormat Tasek Gelugor ada mencadangkan supaya Kementerian Kewangan menyalurkan sekurang-kurangnya RM50 juta kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan sentiasa komited untuk memastikan isi rumah termiskin diberikan akses untuk mendapatkan pinjaman modal melalui institusi pembiayaan mikro antaranya seperti AIM. Sejak tahun 1998 hingga tahun 2011 Kerajaan Persekutuan telah meluluskan lapan perjanjian pinjaman tanpa faedah kepada AIM yang berjumlah RM956.50 juta sebagai dana untuk Skim Kemudahan Pembiayaan AIM. AIM turut menerima geran daripada kerajaan pada tahun 2010 hingga tahun 2015 bagi melaksanakan pelbagai fungsi berjumlah RM377.24 juta menjadikan jumlah keseluruhan yang telah diterima oleh AIM daripada Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak RM135.21 juta. Setakat 31 Ogos 2021 bagi pinjaman yang belum selesai AIM dengan kerajaan adalah sebanyak RM612.2 juta. Selain itu, bagi menjamin kesinambungan aktiviti-aktiviti mikro kredit AIM masa hadapan dan melestarikan model kewangan, kerajaan juga telah meluluskan penstrukturan semula pinjaman AIM berjumlah RM359.8 juta dengan tempoh pertangguhan pembayaran annuity selama dua tahun bermula 31 Mac 2021. Jumlah moratorium sebanyak RM71.9 juta yang diberikan oleh kerajaan dalam tempoh dua tahun ini dianggarkan akan membantu lebih kurang 14,200 orang usahawan mikro B40 dan nilai pinjaman minimum RM5,000 seorang di bawah Skim Mikro Ikhtiar AIM. Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya ucapkan ribuan terima kasih atas segala pandangan dan cadangan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat sekalian. Sebagai penutup kata, izinkan saya mengakhiri penggulungan kita pada hari ini dengan serangkap pantun.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Beruas mencelah.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Tuan Yang di-Pertua, tentang yang saya bangkitkan tentang polisi kerajaan. Peruntukan yang tidak digunakan pada tahun yang ditetapkan akan mansuh. Boleh dapat penjelasan terutamanya berkenaan dengan RM3 juta yang telah diperuntukkan untuk Projek Warisan Kampungku di kawasan Beruas. Polisi kerajaan akan menarik balik sumber peruntukan yang telah diluluskan tetapi tidak digunakan pada tahun berkenaan. Seperti Projek Warisan Kampungku yang merupakan satu projek yang telah diluluskan sebanyak lebih daripada RM40 juta tetapi peruntukan asal RM3 juta telah pun disalurkan kepada kerajaan tempatan, Majlis Perbandaran Manjung. Oleh sebab sudah ada penukaran kerajaan, saya sudah mohon kepada kerajaan untuk meneruskan projek.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Akan tetapi kalau tidak diteruskan, adakah wang RM3 juta ini akan ditarik balik kerana kerajaan tempatan hendak gunakan RM3 juta ini untuk satu projek membina pasar

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

lama yang bagi saya akan menjadi white elephant kerana dikatakan kalau tidak dibelanjakan, ia akan ditarik balik. Jadi, hendak dapat penjelasan tentang polisi ini.

Terima kasih Yang Berhormat dari Beruas ya. Untuk Development Expenditure (DE), selalunya bagi kos projek ini akan kita bawa ke hadapanlah. Pohon berangan tempat bertemu; Tidak mengira tua dan muda; Marilah kita bersatu padu; Membina bangsa Keluarga Malaysia. Sekian daripada saya, wabillahitaufik walhidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan II. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri Kanan Kementerian Kerja Raya. Lima belas minit. Silakan.

Dato’ Sri Haji Fadillah bin YusofPBB · GPSMenteri Kanan Kerja Raya · Petra Jaya

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam hormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih pada sepuluh orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan yang menyentuh isu-isu di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya semasa minggu perbahasan yang lalu. Terima kasih atas keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan itu. Saya akan menggunakan kesempatan ini dengan sebaik mungkin bagi memberikan jawapan bagi setiap soalan dan cadangan-cadangan Ahli Yang Berhormat tersebut. Tuan Yang di-Pertua, isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Betong. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu berkaitan kawasan rehat dan rawat di sepanjang projek Lebuhraya Pan Borneo yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Betong, terdapat tiga buah kawasan rehat dan rawat ataupun rest and service area (RSA), dengan izin, yang dibina di sepanjang Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak iaitu di Jelukong, Sungai Basai dan juga Lambir. Pembinaan RSA dengan keluasan 10 ekar bakal membolehkan usahawan tempatan untuk menjana pendapatan dengan mengusahakan kemudahan kedai makan dan pasar tamu di kawasan tersebut. Tuan Yang di-Pertua, isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Papar. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan pertanyaan daripada Yang Berhormat Papar, Kementerian Kerja Raya ingin memaklumkan bahawa bagi struktur jalan raya yang dibina di negara ini, ia terbahagi kepada tiga kategori status jalan iaitu Jalan Persekutuan, Jalan Negeri dan Jalan Perbandaran. Bagi maksud pembinaan dan penyelenggaraan semua Jalan Persekutuan termasuk Jalan Persekutuan di negeri Sabah, ia terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Malaysia selaku agensi Kerajaan Persekutuan. Manakala bagi kategori jalan negeri dan perbandaran, pembinaan dan penyelenggaraan kedua-dua jalan ini adalah di bawah tanggungjawab dan bidang kuasa pihak kerajaan negeri. Ini termasuk jalan penghubung ke kampung-kampung di Parlimen Papar yang di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya Negeri Sabah, dan diselenggarakan oleh pihak Jabatan Kerja Raya Sabah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya sentiasa gigih melaksanakan...

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sepanggar.

Ingin mohon penjelasan berkenaan dengan Pan Borneo. Sepanggar, Sepanggar.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sepanggar.

Yang Berhormat Sepanggar, tunggu dulu. Biar saya selesaikan Yang Berhormat Papar dulu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya Malaysia sentiasa gigih melaksanakan projek pembangunan dan penyelenggaraan Jalan Persekutuan selaras dengan dukungan Dasar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 bagi semua negeri di negara ini termasuk negeri Sabah dan tidak terkecuali di kawasan Parlimen Papar. Beberapa projek pembinaan jalan raya telah dilaksanakan oleh Kementerian Kerja Raya Malaysia di kawasan Parlimen Papar dan telah siap pelaksanaannya dan telah dibuka untuk kegunaan penduduk setempat. Pertamanya, projek menaik taraf Jalan Donggongon ke Simpang Jalan Papar- Spur, Pakej 1 yang telah siap pada 30 Jun 2017. Kedua, projek menaik taraf Jalan Papar ke Persimpangan Bulatan Benoni yang telah siap pada 26 Jun 2018. Manakala satu lagi projek masih dalam pelaksanaan di kawasan Parlimen Papar iaitu projek menaik taraf Jalan Donggongon ke Simpang Papar Spur Pakej 2 dan 3 yang melibatkan projek pelebaran jalan daripada dua- lorong dua hala kepada empat lorong- dua hala bagi mengatasi masalah, kesesakan lalu lintas, meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya dan memberi kemudahan akses ke kampung-kampung di sepanjang laluan tersebut. Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada bulan April 2022. Selain itu, pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah di Pakej Kerja Nombor 4, yang merupakan jajaran lebuh raya tanpa tol dan sedang dalam pembinaan akan menghubungkan Bandar Papar hingga ke Bongawan serta dilaksanakan menggunakan teknologi pembinaan jalan yang terkini. Kesemua projek yang disebutkan dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Kerja Raya Negeri Sabah melalui Jabatan Kerja Raya Sabah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, Kementerian Kerja Raya telah mengangkat permohonan pada agensi pusat bagi projek membina jalan pintas Kawang- Beringgis, Papar dalam senarai keutamaan kementerian untuk Rolling Plan Kedua, Rancangan Malaysia Kedua Belas. Kelulusan bagi cadangan projek tersebut adalah tertakluk kepada pertimbangan agensi pusat. Yang Berhormat Papar juga telah membangkitkan penyelenggaraan jalan-jalan penghubung ke kampung-kampung yang mengalami kerosakan dan telah menyukarkan rakyat di kawasan Parlimen Papar. Perkara ini adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Sabah dan permasalahan ini akan disalurkan untuk tindakan Kerajaan Negeri Sabah. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penyelenggaraan Jalan Persekutuan di Bahagian Papar iaitu Jalan Kota Kinabalu-Sindumin yang diselenggarakan oleh syarikat konsesi adalah sepanjang 14.4 kilometer bermula dari Kampung Andus, Papar sehingga ke Kampung Mandahan, Papar, berhampiran Sekolah Menengah Bongawan 2, Papar. Manakala sepanjang 41.87 kilometer pula dinaik taraf di bawah Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah sejak tahun 2016 lagi secara berperingkat. Kementerian ini telah melaksanakan penyelenggaraan rutin di Bahagian Papar dengan peruntukan bernilai RM0.5 juta setahun dan peruntukan bagi penyelenggaraan bekalan pavement dan bukan pavement dari tahun 2018 hingga 2020 adalah bernilai RM5 juta. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berkenaan dengan penggunaan teknologi yang digunakan oleh Kementerian Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya Malaysia merupakan agensi pelaksana bagi pembinaan Jalan Persekutuan. Sentiasa mengikuti perkembangan teknologi bagi industri pembinaan jalan serta merintis penggunaan aplikasi teknologi baru bagi pembinaan Jalan Persekutuan seperti penggunaan crumb rubber modified asphalt, super fiber mix dan juga konkrit berdasarkan penggunaan dan jenis kenderaan yang melalui jalan tersebut.

Yang Berhormat Menteri.

Kajian dan penyelidikan berterusan ini dilaksanakan melalui agensi penyelidikan...

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Yang Berhormat...

Jabatan Kerja Raya Malaysia, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE).

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Yang Berhormat.

Pan Borneo.

Yang Berhormat Sepanggar, bila saya menyentuh apa yang dibangkitkan Pan Borneo oleh Yang Berhormat Kinabatangan nanti saya akan beri laluan sebab ada tajuk itu telah dibangkitkan. Tuan Yang di-Pertua, isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Nerus. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, yang dimaksudkan adalah laluan FT004- Lebuhraya Timur-Barat di dalam jajahan Jeli, Kelantan. Jalan ini diselenggarakan oleh syarikat konsesi sepanjang 46.50 kilometer. Pada tahun 2021, kementerian ini telah memperuntukkan sebanyak RM955 ribu setahun bagi penyelenggaraan rutin di laluan FT004, Lebuhraya Timur-Barat ini. Kementerian ini juga telah memperuntukkan sebanyak RM6.465 juta bagi kerja- kerja penyelenggaraan berkala yang dilaksanakan oleh syarikat konsesi melalui arahan kerja. Kerja-kerja penyelenggaraan tersebut melibatkan tujuh kerja berkala pavement dan dua kerja berkala bukan pavement yang mana dua belas kerja telah disiapkan sepenuhnya dan hanya satu kerja berkala bukan pavement dalam proses pembinaan dan akan siap pada pertengahan bulan Oktober. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi laluan sedia ada dari Gua Musang ke Cameron Highlands melibatkan dua buah laluan FT185 iaitu Jalan Lojing-Gua Musang yang terletak di dalam jajahan Gua Musang, Kelantan sepanjang 93.20 kilometer dan FT185, Jalan Pos-Lojing di Daerah Cameron Highlands sepanjang 11.70 kilometer. Bagi laluan FT185, Jalan Lojing-Gua Musang di dalam jajahan Gua Musang, Kelantan pada tahun 2021, kementerian ini telah memperuntukkan sebanyak RM1.9 juta setahun bagi tujuan penyelenggaraan rutin. Kementerian ini juga telah memperuntukkan sebanyak RM7.33 juta bagi kerja-kerja penyelenggaraan berkala yang dilaksanakan oleh syarikat konsesi melalui arahan kerja. Kerja-kerja penyelenggaraan tersebut melibatkan empat kerja berkala pavement dan dua kerja berkala bukan pavement di mana dua kerja telah disiapkan sepenuhnya dan empat kerja berkala pavement dalam proses pembinaan dan akan siap pada penghujung bulan Oktober.

Manakala bagi laluan FT185 Jalan Pos Lojing di Daerah Cameron Highlands, kementerian ini telah memperuntukkan sebanyak RM241,000 setahun bagi penyelenggaraan rutin. Kementerian ini juga telah memperuntukkan sebanyak RM2.08 juta bagi kerja-kerja penyelenggaraan berkala yang dilaksanakan oleh syarikat konsesi melalui arahan kerja. Kerja-kerja penyelenggaraan tersebut melibatkan tiga kerja berkala pavement di mana ketiga-tiga kerja sedang dalam proses pembinaan dan akan siap pada penghujung bulan Oktober. Kementerian Kerja Raya bersama-sama Jabatan Kerja Raya Malaysia komited dalam memastikan jalan sentiasa berada dalam keadaan yang selamat dan selesa dengan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan rutin dan berkala sepanjang tahun, tertakluk kepada nilai peruntukan yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan. Tuan Yang di-Pertua, kementerian ini mengambil perhatian akan saranan Ahli Yang Berhormat untuk memperkasakan dan memperluaskan Lebuhraya Timur–Barat iaitu Jalan Persekutuan FT004 dari Jeli ke Gerik. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan data trafik di laluan berkenaan, didapati bahawa tahap perkhidmatan jalan ataupun level of service dengan izin, masih berada dalam level of service A iaitu jalan sedia ada masih mampu menampung aliran trafik.

Di samping itu, semakan kementerian ini juga mendapati laluan ini tiada dalam senarai keutamaan projek oleh negeri Kelantan atau negeri Perak dalam rolling plan pertama dan rolling plan yang kedua Rancangan Malaysia Ke-12. Walaupun begitu, kementerian ini akan meneliti cadangan projek ini sekiranya dimohon dalam rolling plan yang akan datang dan akan dipertimbangkan untuk diangkat ke agensi pusat jika memenuhi keperluan teknikal untuk dinaik taraf. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jaringan Lebuhraya Timur–Barat FT004 bermula dari Lunas Kedah yang melalui Gerik, Perak dan berakhir di negeri Kelantan. Oleh itu, laluan FT004 ini dilihat mempunyai accessibility yang tinggi kerana dapat menghubungkan Pantai Barat dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan projek menaik taraf Jalan Persekutuan FT004 iaitu Gerik, Kupang, Lunas daripada seksyen 23.1 sehingga seksyen 35.7 Kulim, Kedah Darul Aman dalam Rancangan Malaysia Ke-12 Rolling Plan Pertama. Kerja-kerja menaik taraf di laluan ini dapat memberikan impak pembangunan yang positif terutama kepada sektor perindustrian dan perumahan serta dapat meningkatkan aktiviti sosioekonomi penduduk tempatan. Selain itu, laluan FT004 ini dapat menghubungkan Pulau Pinang dan Kedah melalui Butterworth Kulim Expressway (BKE) yang dijangka dapat menyumbang kepada pembinaan Kulim International Airport yang akan dilaksanakan kelak. Tuan Yang di-Pertua, isu dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Krai. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, hasil semakan kementerian ini bersama pihak Jabatan Kerja Raya mendapati Jalan Dabong-Jelawang di kawasan Parlimen Kuala Krai merupakan jajaran jalan yang merangkumi dua milikan laluan iaitu jalan persekutuan dan jalan negeri. Untuk itu, saya hendak merekodkan dan memohon maaf pada Yang Berhormat Kuala Krai, di mana jawapan secara bertulis mungkin ada kekeliruan yang timbul dan hari ini saya mengesahkan bahawa memang ada dua pemilikan jalan itu iaitu jalan persekutuan dan juga jalan negeri. Jalan persekutuan di laluan tersebut adalah laluan FT066 Jalan Jeli-Dabong sepanjang 10.830 meter dan laluan FT066 Jalan Sungai Sam ke Dabong sepanjang 43.9 kilometer. Jalan-jalan awam pula merupakan jalan negeri iaitu laluan D29 sepanjang 18.9 kilometer di mana tanggungjawab seliaan tersebut adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian ini telah memperuntukkan RM1.1 juta setahun bagi penyelenggaraan rutin di laluan FT066 Jalan Jeli-Dabong dan Laluan FT066 Jalan Sungai Sam–Dabong ini. Bagi tahun 2019 hingga 2021, kementerian juga telah memperuntukkan sebanyak RM3.94 juta untuk kerja-kerja penyelenggaraan berkala yang dilaksanakan oleh syarikat konsesi melalui arahan kerja. Pada tahun 2021, sebanyak RM924,000 nilai peruntukan telah diluluskan bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan berkala melibatkan satu kerja berkala pavement dan dua kerja berkala bukan pavement. Berdasarkan laporan terkini kemajuan kerja di tapak, dua kerja telah disiapkan sepenuhnya dan satu kerja berkala bukan pavement dan proses pembinaan dan akan siap pada pertengahan bulan Oktober tahun ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi tahun 2022, Kementerian Kerja Raya telah merancang sebanyak empat bilangan kerja pembaikan jalan di bawah Program Penyelenggaraan Berkala Pavement dengan nilai keseluruhan kerja sebanyak RM4.45 juta dan kerja-kerja ini akan dilaksanakan secara arahan kerja kepada syarikat konsesi dan tertakluk kepada peruntukan yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan serta senarai keutamaan kerja yang disediakan oleh Jabatan Kerja Raya berdasarkan penilaian tahap kritikal kerosakan jalan bagi keseluruhan jaringan jalan persekutuan di bawah seliaan Kementerian Kerja Raya. Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Kerja Raya Malaysia komited dalam memastikan jalan sentiasa berada dalam keadaan yang selamat dan selesa dengan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan rutin sepanjang tahun.

Tuan Yang di-Pertua, isu dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batang Lupar ingin mengambil perhatian akan perancangan Kerajaan Indonesia untuk memindahkan ibu kota baharunya ke Kalimantan. Justeru bagi cadangan rangkaian jalan sempadan ataupun border road di Sarawak, kementerian ini telah mengambil inisiatif dengan memasukkan cadangan rangkaian jalan sempadan tersebut sebagai salah satu strategi dalam skop kajian bagi Kajian Semula Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya 2030 (HNDP 2030) bagi Sabah dan Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Permohonan untuk melaksanakan kajian ini telah diangkat untuk pertimbangan agensi pusat dalam Rolling Plan Kedua Rancangan Malaysia Ke-12. Pelaksanaan bagi pembinaan rangkaian jalan sempadan ini kelak adalah bergantung kepada hasil dapatan kajian serta keutamaan projek dan keupayaan kewangan kerajaan. Isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan. Ahli Yang Berhormat dari Kinabatangan semalam telah membangkitkan isu tentang keperluan supaya JKR di negeri Sabah diiktiraf sebagai Jabatan Etnik Persekutuan sebagai mana Jabatan Kerja Raya Malaysia dan Jabatan Perairan dan Saliran. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu tersebut sebenarnya berkait dengan penguatkuasaan Arahan Perbendaharaan (AP) 182 bagi projek-projek Kerajaan Persekutuan di Sabah dan Sarawak. Sebagai rekod, AP182 antara lain telah menggariskan tentang kebertanggungjawaban dan mandat daripada JKR Malaysia dan JPS selaku Jabatan Teknik Persekutuan bagi melaksanakan semua projek pembangunan fizikal yang dibiayai menerusi peruntukan Kerajaan Persekutuan di negara ini. Ia melibatkan semua proses pelaksanaan projek termasuklah perolehan, penentuan skop, kos projek dan lain-lain. Kementerian Kerja Raya mengambil maklum mengenai tuntutan oleh Kerajaan Sabah dan Sarawak di mana ianya acap kali dibincangkan sebelum ini. Perkara ini termasuk dalam satu agenda rundingan Perjanjian 1963 (MA63). Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini perkara tersebut sedang diteliti oleh Jawatankuasa Kerja Rakan Sekutu iaitu salah satu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Majlis Khas MA63. Keputusan daripada jawatankuasa ini akan dibawa untuk pertimbangan Majlis Khas MA63 yang dipengerusikan bersama oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah dan juga Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak.

Yang Berhormat Menteri boleh tak...

Tuan Yang di-Pertua, sekejap saya hendak jawab pasal Pan-Borneo. Dia ada sentuh sini. Seterusnya berkenaan isu pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan-Borneo Sabah Fasa 1 dengan anggaran jarak keseluruhan 706 kilometer telah dibahagikan pada 35 pakej kerja. Sehingga kini, 12 pakej kerja telah dibuat pelantikan kontraktor bagi tujuan kerja-kerja pembinaan dengan status kemajuan keseluruhan hingga Julai 2021 ialah 56 peratus. Manakala tiga pakej kerja baharu dijangka akan dimuktamadkan pada tahun ini. Satu pakej kerja baharu yang melibatkan laluan dari Serusop ke Pituru pula telah diperuntukkan di dalam rolling plan pertama (RP1) Rancangan Malaysia Ke-12 dengan anggaran kos sebanyak RM500 juta menjadikan keseluruhan 16 pakej kerja yang komited untuk dilaksanakan buat masa ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga pada asalnya Projek Pan Borneo Sabah akan dilaksanakan secara DanaInfra tetapi selepas perubahan kerajaan pada tahun 2018, pembiayaan secara DanaInfra telah dibatalkan dan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah diteruskan dengan peruntukan pembangunan. Kementerian Kerja Raya mengambil maklum terdapat keperluan bagi mempercepatkan pelaksanaan baki 19 kerja bagi melengkapkan keseluruhan fasa 1 Projek Lebuhraya Pan Borneo, Sabah.

KKR telah menerima cadangan oleh syarikat-syarikat yang berminat untuk meneruskan pelaksanaan bagi fasa satu Lebuhraya Pan Borneo Sabah secara private finance initiative (PFI) dan juga cadangan syarikat-syarikat kepada Kerajaan Negeri Sabah. Semua cadangan tersebut sedang diperincikan oleh semua agensi kerajaan yang berkaitan.

Boleh?

Ya, sila.

Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya sekali lagi merujuk kepada apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan berkenaan dengan kononnya peruntukan kepada projek ini telah pun dipotong oleh Kerajaan Pakatan Harapan pada ketika itu. Akan tetapi mengikut maklumat yang saya terima, projek itu tidak pernah dipotong tetapi apa yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu dan juga kerajaan negeri pada ketika itu adalah menstrukturkan semula projek ini yang mana sebelum ini ia diurus tadbir oleh syarikat PDP yang mana pada ketika itu telah membelanjakan lebih kurang RM26 juta dan juga sebanyak RM900 juta untuk pampasan tanah. Namun, progress jalan itu tidak selari dengan perbelanjaan yang telah digunakan. Maka dengan itulah, Kerajaan Pakatan Harapan dan Kerajaan Warisan di negeri Sabah pada ketika itu telah bersetuju untuk menamatkan PDP dan melantik JKR Sabah sebagai PDP kepada projek ini. Jadi, saya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, sama ada maklumat yang diberikan oleh Yang Berhormat Kinabatangan itu benar atau pun tidak. Saya juga ingin penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, adakah benar setelah penstrukturan semula itu dilakukan, kerajaan telah jimat lebih kurang RM1.2 bilion. Terima kasih.

Tuan Ma'mun bin SulaimanWARISANKalabakan

Kalabakan ingin tambah sedikit. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri tentang Pan Borneo jugalah. Pan Borneo yang kerajaan Sabah sekarang mencadangkan PFI. Daripada kos asal sebanyak RM12.9 bilion untuk projek ini, selepas kita menerima tawaran daripada PFI ini, berapakah kos yang akan ditanggung oleh kerajaan untuk keseluruhan projek? Terima kasih.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Yang Berhormat Menteri, Kota Kinabalu. Sini-sini. Tuduhan yang dilemparkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan. Dia kata bajet untuk Sabah potong tetapi bajet untuk Sarawak tidak potong. Jikalau apa yang dituduh oleh Yang Berhormat Kinabatangan adalah salah, saya rasa beliau harus dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Untuk menjawab kepada ketiga-tiga Ahli-ahli Yang Berhormat. Memang benar apa yang berlaku ialah apabila perubahan kerajaan dahulu, kalau kita hendak tahu dalam pembiayaan kerajaan ada dua kaedah. Pertama melalui dana pembangunan iaitu peruntukan yang disediakan oleh MoF. Kedua ialah DanaInfra iaitu melalui pinjaman. Untuk Sabah, sebahagian besar pembiayaan Pan Borneo Sabah ialah melalui DanaInfra iaitu pinjaman. Pada waktu itu apabila PDP ditamatkan, maka projek ini juga telah ditamatkan peruntukan dana infra oleh Menteri Kewangan pada waktu itu. Oleh sebab itu ia akan dijalankan ataupun projek ini akan diteruskan tetapi hanya melalui peruntukan dana pembangunan yang mana dana pembangunan komitmen ialah RM1 bilion setahun untuk Pan Borneo Sabah. Oleh sebab itulah fasa yang seterusnya tidak dapat dilaksanakan sebab peruntukan DanaInfra itu sudah dibatalkan oleh Kementerian Kewangan pada waktu itu. Oleh sebab itu, hanya sebanyak 15 projek ketika itu hanya dapat dicommit melalui peruntukan pembangunan yang disediakan oleh MO. Yang lainnya tidak dapat diteruskan. Melainkan kita mendapat setiap tahun peruntukan daripada Kementerian Kewangan melalui dana pembangunan. Memang tidak ada.

Oleh sebab itu sekarang ini Kerajaan Negeri Sabah menyatakan bahawa mereka hendak meneruskan, kalau dapat cepatkan pembangunan Pan Borneo fasa satu, fasa dua dan fasa tiga. Disebabkan kemampuan kewangan kerajaan, itu juga alasan yang diberi oleh Menteri Kewangan yang dahulu mengapa tidak menggunakan kaedah DanaInfra. Maka, cadangan dibuka kepada syarikat-syarikat swasta, siapa yang berminat melalui kaedah PFI tetapi belum ada keputusan pun. Jadi apa yang ditanya oleh Yang Berhormat, apakah kos tambahan dan sebagainya, belum diputuskan disebabkan ini masih peringkat cadangan, belum ada keputusan dan masih dalam penelitian oleh semua agensi kerajaan. Apabila saya katakan agensi kerajaan, yang terlibat dalam pembangunan Pan Borneo Sabah ini ialah Kementerian Kerja Raya, Kementerian Kewangan dan juga EPU. Jadi kementerian-kementerian ini sedang meneliti apa sahaja cadangan yang dikemukakan oleh pihak swasta untuk meneruskan pembinaan Pan Borneo Sabah ini. Iaitu sebanyak 19 lagi pakej pertama dan selebihnya dalam fasa pertama, fasa kedua dan fasa ketiga.

Sebenarnya Yang Berhormat Menteri, kalau saya boleh mencelah.

Tuan Yang di-Pertua

Masa sudah tamat Yang Berhormat Menteri.

Maknanya kalau saya boleh sahkan di sini bahawa apa yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu adalah menstrukturkan semula projek itu daripada projek yang dilaksanakan oleh syarikat PDP...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, kita tidak mahu berbalah semasa menjawab. Maaf.

Sebagai pengesahan sahaja Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Masa sudah tamat Yang Berhormat Menteri.

Kemudian diserahkan kepada JKR Sabah Yang Berhormat Menteri kalau boleh serahkan.

Memang betul PDP ditamatkan itu hanya kaedah pelaksanaan tetapi lebih utama ialah peruntukan juga ditiadakan disebabkan pembatalan DanaInfra itu. Oleh sebab itu projek ini tidak dapat diteruskan bukan sahaja— tetapi sudah dicommit ialah sekarang ini dilaksanakan melalui JKR Sabah. Itu memang benar, memang betul. Memang dilaksanakan oleh JKR sekarang. Cuma PDP ditamatkan. Sama ada berlaku penjimatan atau tidak akan hanya kita tahu apabila projek ini disiapkan nanti dan apabila akaun ditutup baru kita tahu ada penjimatan ataupun tidak. Sekarang ini kita tidak dapat muktamadkan adakah penjimatan ataupun tidak. Akan tetapi saya boleh katakan secara sekarang inilah kalau kita ambil kira keseluruhannya, tidak banyak pun penjimatan, mungkin tidak ada penjimatan. Disebabkan pertukaran kaedah itu sebenarnya ada kos-kos tambahan yang perlu kita lunaskan termasuklah kepada PDP yang terpaksa dibayar pampasan dan banyak lagi perkara-perkara lain yang perlu kita muktamadkan pada masa ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ada sedikit lagi. Kalau diizinkan untuk saya selesaikan ada beberapa isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Tangga Batu dan juga Yang Berhormat Kubang Pasu. Kalau diizinkan, kalau tidak, saya hendak minta izin untuk diedarkan secara bertulis kepada mereka.

Tuan Yang di-Pertua

Secara bertulis dalam tempoh lima hari bekerja.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat.

Dengan itu saya mohon mengucapkan terima kasih kepada semua dan juga Tuan Yang di-Pertua di atas peluang ini.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri Kanan Pendidikan, masa 40 minit.

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. JidinBERSATU · PNMenteri Kanan Pendidikan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan yang menyentuh perkara berkaitan KPM. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, tahun 2020 dan tahun 2021 merupakan satu tempoh yang amat mencabar bagi sektor pendidikan akibat pandemik COVID-19. Lebih 5 juta orang murid tidak dapat hadir ke sekolah untuk satu tempoh yang panjang bagi mengikuti pembelajaran secara bersemuka. Selain itu, lebih 500,000 orang warga pendidik perlu menggunakan pelbagai pendekatan dalam meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Dalam tempoh perbahasan Titah Diraja mulai 14 September 2021 hingga 21 September 2021, terdapat lebih 43 pertanyaan berkaitan KPM yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya mulakan dengan penjelasan mengenai pelan komprehensif pengoperasian pembukaan sekolah. Saya tahu mungkin ramai Ahli Yang Berhormat ingin mendapat penjelasan lanjut berkaitan dengan pembukaan sekolah. Oleh itu, izinkan saya menghabiskan terlebih dahulu penjelasan berkaitan dengan topik ini sebelum saya membuka ruang untuk Ahli-ahli Yang Berhormat mendapat penjelasan lanjut. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Kemaman, Yang Berhormat Kuala Langat dan Yang Berhormat Padang Serai menyentuh tentang pembukaan sekolah. Sesi persekolahan tahun 2021 dimulakan pada 20 Januari 2021 secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah atau PdPR. Pembukaan sekolah untuk sesi pembelajaran bersemuka adalah secara berperingkat mulai 1 Mac 2021. Keputusan pembukaan sekolah ini dibuat dengan mengambil kira keadaan pada ketika itu termasuk penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. JidinBERSATU · PNMenteri Kanan Pendidikan

Namun, sekolah kemudiannya terpaksa ditutup semula dan tiada sesi PdP secara bersemuka mulai Mei 2021 sehingga ke hari ini. Dalam tempoh penutupan tersebut, KPM telah menyediakan akses pembelajaran pada murid melalui kaedah dan pembelajaran di rumah (PdPR) mengikut kesesuaian guru dan murid berdasarkan garis panduan yang disediakan. KPM menyedari bahawa penutupan sekolah menyebabkan murid mengikuti pembelajaran dalam persekitaran yang bukan semula jadi untuk satu tempoh yang amat panjang. Keadaan ini menyebabkan murid terus renggang daripada sistem persekolahan secara bersemuka. Seperti Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, KPM telah membuat keputusan untuk membuka semula sekolah secara berperingkat mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai 3 Oktober 2021 bagi negeri kumpulan ‘A’ dan 4 Oktober 2021 bagi negeri kumpulan ‘B’. Satu pelan komprehensif pembukaan semula sekolah telah disediakan bagi memastikan murid dapat kembali belajar secara bersemuka di sekolah dalam keadaan selamat. Dalam merangka pelan ini, KPM telah mengadakan sesi libat urus yang menyeluruh bagi mendapatkan input, pandangan serta cadangan daripada semua pihak berkepentingan. Sesi libat urus KPM melibatkan kumpulan pentadbir sekolah, guru dan juga wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di negeri Perlis, Negeri Sembilan, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan. KPM juga telah mengadakan sesi libat urus melibatkan kumpulan pakar daripada sektor kesihatan awam, pendidikan, psikologi kanak-kanak dan pediatrik. Sesi tersebut turut melibatkan wakil Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), gabungan Majlis Guru Besar Malaysia dan Majlis Pengetua Sekolah Malaysia.

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. JidinBERSATU · PNMenteri Kanan Pendidikan

Selain itu, KPM turut mendapatkan pandangan daripada murid yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun 2021, termasuk murid berkeperluan khas (MBK). Pada masa yang sama, KPM telah membuat analisis terperinci mengenai amalan terbaik pembukaan semula sekolah di negara-negara lain di seluruh dunia bagi meneliti pendekatan yang berkesan untuk memastikan pengoperasian sekolah secara bersemuka dapat dilaksanakan dalam keadaan yang selamat. Semua input serta dapatan analisis daripada sesi libat urus tersebut telah dipertimbangkan oleh KPM dalam menyediakan pelan komprehensif pembukaan semula sekolah. Pelan ini kemudiannya diperincikan bersama-sama KKM dan MKN serta diselarikan dengan PPN. Pembukaan sekolah akan dibuat secara berperingkat mengikut fasa PPN. Bagi negeri fasa 1 PPN, semua murid masih meneruskan PdPR. Hanya tadika swasta dibenarkan beroperasi bagi anak-anak yang ibu bapa atau penjaga mereka bekerja. Bagi negeri fasa 2 PPN, PdP secara bersemuka dibenarkan untuk murid kelas peperiksaan awam dan antarabangsa yang akan menduduki peperiksaan dalam tempoh yang terdekat. Murid Berkeperluan Khas di Sekolah Pendidikan Khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) juga boleh hadir secara bersemuka. Tadika swasta dibenarkan untuk terus beroperasi bagi anak-anak yang ibu bapa atau penjaga mereka bekerja. Manakala murid lain akan terus mengikuti PdPR. Bagi negeri fasa 3 PPN, murid yang akan hadir ke sekolah adalah sama seperti kumpulan murid di fasa 2. Selain itu, murid kelas peperiksaan awam dan peperiksaan antarabangsa yang lain akan hadir. Prasekolah juga akan mula beroperasi. Murid lain mengikuti PdPR. Bagi negeri fasa 4 PPN, murid yang akan hadir ke sekolah adalah sama seperti kumpulan murid di fasa 3. Kemasukan murid lain akan dilaksanakan secara berperingkat. Perincian mengenai pembukaan sekolah mengikut fasa boleh dirujuk di portal KPM. Ahli Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Jerlun dan Yang Berhormat Sibuti ada menyentuh tentang persediaan pembukaan sekolah. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, KPM telah membuat persiapan rapi bagi memastikan keselamatan dan kesihatan warga sekolah sepanjang mereka berada di sekolah. Berdasarkan pelan komprehensif pembukaan semula sekolah, KPM telah menetapkan supaya kapasiti murid di sekolah dihadkan kepada kadar 50 peratus enrolmen keseluruhan. Bagi tujuan tersebut, kaedah yang digunakan adalah dengan mengehadkan kapasiti murid di dalam kelas kepada 50 peratus daripada jumlah murid dalam kelas tersebut. Justeru, sistem penggiliran murid hadir ke sekolah mengikut minggu akan dilaksanakan. Kaedah ini juga diguna pakai untuk semua kelas kecuali kumpulan murid tertentu sepertimana yang disenaraikan di portal KPM. Kaedah penggiliran ini membolehkan penjarakan fizikal dalam kelas yang lebih baik dan memudahkan pemantauan guru ke atas murid. Ini juga bagi mengurangkan kesesakan sewaktu pergerakan masuk dan penyuraian di sekolah. Bagi memastikan kelancaran pengoperasian sekolah, KPM telah menyediakan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 sebagai rujukan kepada jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah (PPD) dan pentadbir serta guru. Garis panduan ini turut menekankan aspek pengudaraan yang baik dan mewajibkan pemakaian pelitup muka kepada semua warga sekolah. Untuk memastikan keselamatan di sekolah, murid yang bergejala tidak dibenarkan hadir ke sekolah bagi mengelakkan risiko jangkitan dalam kawasan sekolah. Ahli Yang Berhormat Jempol turut menyentuh tentang ujian kendiri COVID-19 apabila sekolah dibuka kelak. Ujian saringan COVID-19 menggunakan kit ujian kendiri COVID-19 dijalankan ke atas murid yang akan pulang ke sekolah asrama sepenuhnya dan asrama harian. Untuk murid asrama sepenuhnya, ujian saringan akan dijalankan sebanyak 3 kali iaitu semasa pendaftaran masuk, pada hari keenam dan pada hari ke-14. Bagi murid asrama harian pula, ujian saringan akan dilaksanakan semasa pendaftaran masuk. Selain itu, kit ujian kendiri akan disediakan bagi kegunaan sekolah harian untuk membuat saringan awal sekiranya murid menunjukkan gejala ketika mereka

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. JidinBERSATU · PNMenteri Kanan Pendidikan

berada di sekolah. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Kemaman dan Yang Berhormat Lanang.

Yang Berhormat Menteri, soalan saya mungkin tidak dijawab sepenuhnya. Saya menanyakan soal kendiri ini, swab test ini kos dia lebih kurang RM60. RM60 ini, adakah ibu bapa yang mengeluarkan kos tersebut ataupun sekolah sendiri yang mengeluarkan ataupun PIBG? Ia terkesan kepada keluarga yang susah. Kalau RM60 dengan bayaran masuk sekolah, ia melibatkan kos yang besar. Jadi, apakah tindakan kementerian bagi membantu pelajar-pelajar susah yang miskin ini yang masuk ke asrama kena spend RM60 untuk kos swab test ini.

Saya jawab dahulu ya.

Isu yang sama. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Saya berbangkit ini isu baru yang berkembang yang berlaku di Klang, di mana sekolah-sekolah di Klang diminta untuk membayar lebih kurang RM1,600 untuk menyertai program vaksinasi yang akan bermula esok. Saya fikir ini tidak – I don’t understand why kenapa sekolah atau PIBG mesti dibebankan dengan RM1,600. Walhal orang ramai, orang dewasa, pekerja-pekerja migran semua dapat dengan percuma. Akan tetapi sekolah sekarang, anak muridnya terpaksa membayar. Ini bercanggah dengan Convention on the Rights of the Child di mana kerajaan diwajibkan untuk protect and promote the health of the student or health of the child. Saya cadangkan kepada Menteri supaya membatalkan pembayaran RM1,600 kepada PIBG di sekolah-sekolah di Klang. Juga saya dapati ini bukan dasar yang diguna pakai di daerah- daerah lain di Selangor. Hanya di Klang.

Mengapa Klang dianaktirikan dan juga di Kuala Selangor free? So, saya tidak faham. Mungkin ada penjelasan. Terima kasih.

Ya, terima kasih. Pertama sekali Yang Berhormat Jempol tadi berkaitan dengan swab test ya. Apa yang kita buat, saringan yang kita akan laksanakan adalah menggunakan saliva, air liur seperti mana, yang kita laksanakan di Parlimen. Untuk tujuan tersebut, sebagai sebuah kerajaan yang prihatin KPM akan menyediakan test kit ini dan kita akan sediakan test kit kepada semua sekolah asrama penuh di mana sekiranya – saya jelaskan sedikit – sekiranya murid-murid itu katakanlah sekolah asrama penuhnya berada di Kuala Lumpur, murid ini berada di Terengganu, hendak datang ke Kuala Lumpur, sekiranya mereka menaiki bas, kita akan kumpulkan mereka di salah sebuah sekolah asrama di Terengganu, kita berikan kit kepada mereka untuk buat saliva test kit, sekiranya negatif mereka boleh naik bas dan datang ke asrama. Jadi, menjawab soalan Yang Berhormat Jempol tadi, kerajaan menanggung untuk test saliva kendiri bagi anak-anak yang akan masuk ke asrama dan juga kita akan sediakan test kit, beberapa test kit di setiap sekolah di seluruh negara. Sekiranya apabila murid hadir ke sekolah pagi itu nampak okey tetapi bila berada di sekolah nampak tidak sihat guru boleh asingkan dan kita ada test kit.

Datuk Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri.

Dato' Haji Salim SharifUMNO · BNJempol

Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Datuk Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tambah lagi Yang Berhormat Menteri. Adakah ini merangkumi sekolah-sekolah di luar bandar seperti di Hulu Rajang yang jauh di hulu?

Okey. Saya sebut tadi pertama sekali asrama. Kalau asrama itu asrama sepenuhnya, maka kita akan buat tiga kali test tidak kira di mana lokasi asrama tersebut ya. Sekiranya asrama itu asrama harian, kita akan buat sekali test. Sekiranya sekolah itu sekolah harian, kita sediakan di sekolah, standby

di sekolah beberapa set test kit, just in case kalau diperlukan untuk kita test anak-anak kita yang menunjukkan gejala di sekolah. Saya hendak jawab. Sama test kit juga?

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Yang Berhormat Menteri, ya. Yang Berhormat Menteri.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Berkenaan dengan test kit itu, tadi Yang Berhormat Menteri ada menyebutkan bahawa pihak kementerian menyediakan test kit untuk sekolah. Jadi, macam mana dia ikut bilangan murid, bilangan pelajar kah macam mana? Ataupun ada katakan wajibkan paling kurang buat kali pertama, nanti tiga hari bulan nanti at least first time wajibkan semua buat, lepas itu baru kalau tidak bergejala mungkin tidak perlulah, kalau bergejala itu baru buat. Boleh tidak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Buat masa ini ketetapan kita adalah seperti mana yang saya jelaskan tadi murid yang bergejala kita tidak benarkan hadir ke sekolah. Sekiranya hadir ke sekolah tiba-tiba dalam waktu persekolahan itu nampak mereka bergejala di situ kita sediakan di sekolah test kit saliva tadi untuk mengasingkan mereka lebih awal ya. Saya hendak jawab soalan yang disebut oleh Yang Berhormat Klang berkaitan dengan bayaran. Saya mendapat maklumat tersebut malam tadi daripada Yang Berhormat Menteri Kesihatan. Jadi, saya semak dan saya telah arahkan daripada malam tadi tidak ada sebarang pembayaran yang perlu dibuat ya. Itu adalah sedikit miscommunication di peringkat PPD di Klang, sebab itu ia timbul di Klang. Kita telah arahkan supaya perkara tersebut tidak diteruskan.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih. Okey. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Kemaman dan Yang Berhormat Lanang turut membangkitkan tentang vaksinasi warga sekolah. Untuk makluman, KPM sentiasa bekerjasama rapat dengan Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) bagi memastikan kadar vaksinasi dalam kalangan guru, Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP), dan pekerja perkhidmatan sokongan dapat terus ditingkatkan.

Yang Berhormat Menteri.

Ini bagi mewujudkan satu ekosistem di mana mereka yang berada di sekeliling anak-anak murid di sekolah telah divaksin sepenuhnya. Sehingga 20 September 2021, 90.5 peratus guru, 85.8 peratus AKP dan 79.2 peratus pekerja perkhidmatan sokongan telah lengkap divaksin. Pada masa ini, 7.2 peratus guru, 11.4 peratus AKP dan 15.1 peratus pekerja perkhidmatan sokongan sedang menunggu suntikan dos kedua. Yes, silakan.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi saya mahu ke tajuk pembukaan semula sekolah. Antara yang tidak dijawab oleh Yang Berhormat Menteri ialah berkenaan dengan murid berkeperluan khas. Mereka ini kalau pergi ke sekolah boleh mereka susah untuk dikawal. Jadi, apa respons Yang Berhormat Menteri? Adakah mereka ini boleh juga dibenarkan untuk ke sekolah, guru tidak dapat hendak kawal dan boleh mengakibatkan penularan? Macam mana itu?

Yang Berhormat Menteri, sikit. Saya Pontian. Tumpang ya Tuan Yang di-Pertua. Tadi Yang Berhormat Menteri sudah timbulkan tentang tadika swasta, saya ingin bertanya tentang sekolah rendah swasta, sekolah menengah swasta, tahfiz swasta, institusi pendidikan swasta, apa SOP waktu persekolahannya? Juga pusat pemberian vaksin ini adakah pelajar-pelajar terpaksa keluar daripada sekolah atau PPV itu boleh dibuat di dewan sekolah menengah masing-masing? Terima kasih.

Okey. Pertama sekali berkaitan dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Menteri Pasir Mas tentang murid berkeperluan khas. Ini sebenarnya kita berbincang dengan cukup mendalam tentang apakah pendekatan yang terbaik untuk murid berkeperluan khas. Kita tahu bahawa selama ini mereka hadir ke sekolah dididik bersama dengan guru-guru. Keadaan di sekolah persekitaran yang cukup berbeza. Ramai yang antara mereka merasakan bahawa duduk di rumah ini adalah amat tertekan khususnya untuk ibu bapa juga. Jadi, sebab itu seperti mana yang kita jelaskan sebelum ini, kita utamakan untuk mereka kembali ke sekolah, belajar di sekolah dalam keadaan di mana kita pastikan supaya persekitaran itu adalah persekitaran yang dilindungi. Seperti mana yang saya sebut tadi, kita pastikan semua guru yang berada di sekolah, semua kakitangan yang berada di sekolah di sekeliling anak-anak kita di sekolah nanti adalah mereka yang telah divaksinkan. Jadi, murid berkeperluan khas ini kita bincang panjang, kita terima rayuan daripada ibu bapa, anak-anak terlalu lama di rumah, mereka ingin berada dalam persekitaran yang mereka pernah ada sebelum ini. Jadi, sebab itu lah kita membawa mereka kembali ke sekolah. Seperti mana saya jelaskan sebelum ini bahawa kehadiran ke sekolah, sekiranya ibu bapa masih belum yakin dan merasakan bahawa masih belum sampai masanya untuk mereka menghantar anak ke sekolah, mereka boleh berbuat demikian, kita tidak akan ambil sebarang tindakan disiplin. Cuma kita mohon supaya ibu bapa maklumkan kepada kita jadi kita ada rekod yang jelas mengapa anak-anak ini tidak hadir ke sekolah.

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

Seterusnya saya menjawab...

Yang Berhormat Menteri.

Sekejap, saya hendak jawab Yang Berhormat Pontian.

Yang Berhormat Menteri.

Saya hendak jelaskan – saya jawab Yang Berhormat Pontian dulu. Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pontian tadi berkaitan dengan sekolah swasta dan sebagainya, itu kita ikut ketetapan sekolah-sekolah di bawah KPM yang saya sebutkan tadi. Kedua, Yang Berhormat Pontian menyebut tentang cadangan supaya PPV ini dibuat di sekolah. Alhamdulillah kita telah laksanakan. PPV di sekolah ia bergantung kepada perbincangan antara KKM dan KPM. Sekiranya sesuai untuk dibuat di sekolah, kita di KPM amat berbesar hati untuk membantu Kementerian Kesihatan memastikan perkara berkaitan dengan logistik dapat dibantu dan proses pemberian vaksin di sekolah dapat dilaksanakan dengan lancar. Namun, ada dalam kes tertentu kita minta anak-anak ini ke PPV awam untuk mereka mendapatkan vaksin. Okey. Ada lagi?

Yang Berhormat Menteri.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Kulai sini.

Yang Berhormat Menteri, saya ada soalan lagi.

Tadi, Yang Berhormat Menteri kata ada dekat tujuh peratus guru yang belum dapat suntikan ataupun tunggu untuk suntikan. Akan tetapi itu bercanggah dengan apa yang kita dengar ada

beberapa orang guru yang tidak hendak dapat suntikan. So, apa yang akan dibuat oleh Kementerian Pendidikan atas guru-guru ini?

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Tadi, disebut jumlah guru yang telah terima, jumlah guru yang menunggu untuk menerima dos kedua dan satu lagi kumpulan adalah mereka yang tidak ingin divaksinkan. Pada hari ini ada sekitar 2,100 orang guru yang memilih untuk tidak divaksinkan. Seperti mana yang – saya tertinggal satu paragraph tadi, saya ingin jelaskan bahawa guru-guru yang tidak divaksinkan ini kita pastikan mereka tidak akan mengajar anak-anak kita secara bersemuka di dalam kelas. Tentang tindakan pada guru ini, kita telah berbincang dengan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam dan semalam pihak Jabatan Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sedang memperincikan dan akan membawa ke pihak MKN untuk dibincangkan apakah pendekatan yang sesuai.

Yang Berhormat Menteri, kelmarin saya telah ...

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Kulai, Kulai hendak tanya sikit.

Kejap. Seorang-seorang.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Kulai.

Saya telah bangkitkan dalam perbahasan saya kelmarin tentang tindakan.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kulai dulu Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Kulai dulu. Yang Berhormat Kulai sudah berdiri lama. Ya.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Simple sahaja. Saya hanya hendak tanya tadi Yang Berhormat Menteri Kanan menyatakan bahawa untuk institusi pendidikan swasta perlu ikut SOP KPM. Itu saya faham. Akan tetapi saya hendak tanya, hendak clarify satu perkara sama ada institusi pendidikan swasta ini juga perlu mencontohi KPM untuk menyediakan saliva test kit untuk murid-murid mereka dan juga anak-anak yang pergi ke tadika. Itu sahaja. Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat Kulai.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Yang Berhormat Menteri.

Jadi untuk menjawab soalan itu, yes. Dalam konteks di situ kita menasihatkan supaya disediakan just in case bila anak-anak ini datang ke sama ada pusat penjagaan ataupun mereka hadir di sekolah, sekurang- kurangnya isolasi itu dapat dibuat lebih awal.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Itu nasihat atau wajib?

Itu dalam SOP kita supaya disediakan beberapa test kit untuk memastikan anak-anak ini termasuk di sekolah swasta. Ini tidak semua ya, bukan dia kata test semua, sediakan di sekolah apabila ternampak ada murid yang menunjukkan gejala maka boleh test. The reason is this supaya isolasi itu dapat dibuat lebih awal. Kita ingat, kita sudah cuba mengurangkan risiko dengan mengurangkan jumlah murid dalam kelas. Kalau dahulu 36 orang, sekarang jadi 18 orang. Hendak mengurangkan lagi risiko jangkitan, kalau ada nampak gejala, kita isolate siap-siap jadi 18 orang ini lebih terlindung daripada potensi jangkitan.

Yang Berhormat Menteri, dalam perbahasan saya kelmarin, saya telah membangkitkan isu tentang 2,500 atau 2,100 orang guru yang enggan diberikan vaksinasi. Saya telah memohon satu jaminan daripada kerajaan supaya tidak ada tindakan diambil terhadap mereka. Mereka mungkin mempunyai alasan-alasan tertentu untuk tidak mengambil vaksin, mungkin disebabkan oleh kepercayaan agama ataupun masalah kesihatan dan sebagainya.

Bolehkah saya mendapatkan jaminan daripada kerajaan, daripada Yang Berhormat Menteri sekarang bahawa sebarang tindakan ataupun pertamanya, saya tidak mahu sebarang tindakan diambil terhadap mereka. Kedua, sekiranya kerajaan terpanggil untuk mengambil tindakan mungkin mereka boleh diberikan kerja-kerja lain seperti tidak mengajar, mungkin di jabatan dan sebagainya. Akan tetapi, saya memohon supaya tidak ada sebarang tindakan drastik diambil terhadap mereka. Boleh kah jaminan itu diberikan Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Yang Berhormat Menteri, tambah sedikit. Yang Berhormat Menteri, berkaitan.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebentar tadi Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa orang-orang yang tidak vaksin tidak perlu mengaji di sekolah ataupun tidak masuk ke kelas. Adakah beban ini akan ditanggung oleh guru-guru yang sudah vaksin? Ini menjadi satu masalah sebab guru yang sudah di vaksin bekerja lebih pula. So, tolong beri jawapan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Menteri. Saya minta maaf kerana soalan saya bukan berkenaan vaksin tetapi soalan berkenaan pendidikan negara pasca COVID-19. Kalau tidak dapat dijawab sekarang...

Saya jawab ini dahulu. Saya jawab vaksin dahulu.

Terima kasih.

Okey, saya jawab berkaitan vaksin tadi. Pertama sekali soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong berkenaan apakah tindakan. Seperti mana yang saya sebutkan tadi guru adalah sebahagian daripada penjawat awam, jadi kita akan mengikut apa sahaja pedoman yang diberikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam berkaitan dengan hal ini, itu yang pertama. Berkaitan hal yang kedua tadi Yang Berhormat Padang Serai. Terima kasih, soalan ini ramai yang tanya. Apakah guru-guru yang tidak divaksin ini tidak akan mengajar bersemuka, dia boleh duduk bersantai sahaja? Tidak. Ada tugasan-tugasan yang akan diberikan kepada guru-guru ini berdasarkan keadaan semasa di sekolah. Ini kerana ada 2,100 orang dalam keadaan sekolah yang berbeza. Ada sekolah memang tidak ada seorang pun, semua divaksinkan. Ada sekolah, ada tiga orang dalam mata pelajaran yang sama sebagai contoh. Jadi kita sedang teliti satu persatu apakah pendekatan yang terbaik. Berkaitan dengan tindakan selanjutnya again, as I said tadi ianya adalah bergantung kepada apa yang akan ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

Akan tetapi mohonlah supaya jangan sampai dibuang kerja Yang Berhormat Menteri. Itu adalah perkara penting. Tindakan itu bukanlah sehingga...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Menteri sudah jawab Yang Berhormat.

Saya rasa saya sudah jelaskan tadi tentang hal-hal...

Itulah komitmen yang kita perlukan, jangan sampai mereka dibuang kerja.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri tidak boleh bagi komitmen sekarang, dia berpandukan kepada...

Tuan Yang di-Pertua

JPA.

...Sebagai perkhidmatan awam. Sebelum Yang Berhormat Muar bertanya tadi tentang masa depan pendidikan. Izinkan saya masuk

topik berikutnya iaitu pelaksanaan PdPR dan langkah menangani keciciran murid. Saya rasa ini berkaitan dengan apa yang akan ditanyakan oleh Yang Berhormat Muar. Ahli Yang Berhormat Cameron Highlands, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, Yang Berhormat Lubok Antu, Yang Berhormat Papar, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Simpang Renggam dan Yang Berhormat Tampin menyentuh tentang pelaksanaan PdPR dan pendekatan yang dilaksanakan KPM untuk menangani keciciran murid. Apabila kita bercakap tentang keciciran murid, sedikit saya sentuh. Sebelum ini, selama ini kita bercakap keciciran murid dalam konteks keciciran mereka daripada sistem persekolahan. Maknanya dia masuk sistem persekolahan tetapi dia keluar sebelum tamat sistem persekolahan. Itu adalah definisi yang biasa digunakan. Namun begitu, ketika ini apabila kita menghadapi pandemik untuk tempoh dua tahun yang lepas, kementerian juga melihat tentang keciciran murid ini dalam konteks keciciran mereka dalam pembelajaran. Jadi dua keadaan berbeza. Kalau dahulu kita sebut definisi keciciran murid, berapa ramai masuk sistem, berapa ramai yang tamat, itulah ratio atau kadar keciciran. Akan tetapi pada hari ini mengambil kira situasi semasa, kita mengambil pendekatan yang lebih menyeluruh melihat keciciran dalam konteks pembelajaran juga. Bagi memastikan tiada murid tercicir dalam pembelajaran, semasa penutupan sesi persekolahan bersemuka, KPM telah melaksanakan PdPR. PdPR dilaksanakan melalui tiga pendekatan iaitu secara dalam talian atau online, luar talian ataupun offline dan secara off-site mengikut kesesuaian guru dan murid. KPM menyedari bahawa pelaksanaan PdPR berhadapan dengan pelbagai cabaran dan kekangan di peringkat awal. Namun demikian, intervensi yang dilaksanakan oleh KPM telah membantu murid mengikuti PdPR dengan lebih baik. KPM akan terus menambah baik pelaksanaan PdPR bagi memastikan keberkesanannya dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa. Dalam usaha untuk memastikan murid mendapat pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan bagi kelangsungan pembelajaran, KPM telah melaksanakan penjajaran kurikulum mata pelajaran. Penjajaran ini difokuskan kepada Kandungan Asas (KA) supaya murid dapat disediakan untuk pembelajaran peringkat seterusnya. Kandungan Tambahan dan Kandungan Pelengkap pula boleh dilaksanakan mengikut keupayaan murid. Bagi memperkasakan pelaksanaan kurikulum tersebut, KPM turut memperkenalkan Program Pemerkasaan Pelaksanaan Kurikulum (KPMPerkasaKU). Program KPMPerkasaKU dirangka dengan tujuan memastikan pembelajaran pemulihan bagi murid yang belum menguasai literasi dan numerasi. Di samping itu juga, program ini menyediakan pelbagai sokongan bagi mengukuh dan memperkayakan penguasaan kandungan mata pelajaran. Bagi mengenal pasti tahap penguasaan murid, Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dilaksanakan secara berterusan dalam tempoh PdP dan PdPR. Bagi memantau penyertaan murid dalam PdPR, KPM telah membangunkan Sistem Pelaporan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (SPdPR). Sistem ini membolehkan penyertaan murid dipantau secara real time. Hal ini membolehkan pihak sekolah melaksanakan intervensi yang bersesuaian bagi memastikan keterlibatan murid adalah secara optimum. Data pelaporan bermula 20 Januari hingga 30 Ogos 2021 menunjukkan peratus murid yang mengikuti PdPR meningkat. Penglibatan murid sekolah rendah meningkat sebanyak 12.1 peratus iaitu daripada 87.1 peratus kepada 99.2 peratus. Penglibatan murid sekolah menengah pula meningkat sebanyak 19.3 peratus iaitu daripada 78.0 peratus kepada 97.3 peratus. Ingin saya menjelaskan tentang penglibatan, tentang measurement ataupun kiraan berkaitan dengan penglibatan ini.

Yang Berhormat Menteri, Sik memohon sedikit penjelasan. Sik di belakang ini.

Belakang, okey.

Belakang, ya. Baik, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya juga hari itu menyentuh dalam perbahasan berkaitan PdPR ini. Saya nampak instrumen yang paling penting dalam PdPR ini ialah pemilikan gajet ataupun smartphone di kalangan para pelajar kita. Begitu juga yang keduanya ialah jaringan internet itu. Jadi apa saya timbulkan khususnya di kawasan saya, di kawasan Sik ialah sebahagian besar pelajar khususnya pelajar tingkatan empat dan lima dalam maklumat yang diterima dari pejabat pelajaran daerah ada sebahagian pelajar yang tidak ada gajet ini. Maksudnya mereka tidak ada handphone dan apatah lagi jaringan internet yang sangat lemah di beberapa buah kawasan kampung ini. Jadi, mungkin pihak kementerian melihat data yang dikumpul dari sekolah ini, berapa ramai pelajar yang belum ada handphone ataupun smartphone ini. Bagaimana kementerian melihat satu koordinasi bersama Kementerian Komunikasi sendiri yang membekalkan jaringan internet ini? Kedua, pusat-pusat internet yang diurus oleh KPLB, bagaimana boleh dimanfaatkan oleh anak-anak pelajar kita di area ataupun dekat persekolahan dengan rumah mereka itu. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Yang Berhormat Menteri. Tambah sedikit.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Lebih kurang sama.

Soalan sama?

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Lebih kurang sama. Tentang janji kerajaan bahawa 150,000 komputer yang hendak diberikan, bolehkah kementerian berikan senarai nama penerima 150,000 ini untuk semua orang boleh tahu? Ini disebabkan Menteri pernah umumkan sudah beri sekian jumlah tetapi ramai masyarakat kata tidak dapat lagi.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Ya, hendak tambah.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Jadi boleh berikan penjelasan? Cadangan saya, senaraikan semua 150,000 penerima tersebut. Terima kasih.

Okey, okey Yang Berhormat.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Saya hanya hendak senarai nama di kawasan Parlimen Kepong sahaja.

Yang Berhormat Menteri, bolehkah saya menyampuk sedikit? Saya ingin bertanya, daripada kalau ada bilangan keciciran tersebut, berapa ramai daripada bilangan yang keciciran itu disebabkan mereka tidak mempunyai peranti seperti handphone dan sebagainya untuk mereka melaksanakan pembelajaran PdPR? Thank you.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri ada enam minit lagi ya.

Okey, panjang lagi ini. Tuan Yang di- Pertua, saya cuba jawab dahulu and then go through baki persoalan yang ditimbulkan. Pertama sekali berkaitan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sik tadi dan juga Yang Berhormat Beaufort tadi berkaitan dengan peranti. Ini merupakan antara cabaran yang kita hadapi daripada peringkat awal lagi. Ini kita sedar bahawa kekangan utama adalah dalam konteks internet access dan peranti. Oleh sebab itu kita daripada peringkat awal menyatakan bahawa pendekatan yang kita benarkan atau kita berikan pada dalam konteks PdPR ini adalah mengikut kesesuaian guru dan murid.

Oleh sebab itu, data-data ini juga adalah amat sukar untuk kita teliti dan kita generalize-kan, dengan izin kerana ada murid yang dalam data kita ini melaksanakan kelas secara atas talian. Ada murid yang melaksanakan kelas melalui modul. Guru menyediakan modul, letak di sekolah, murid datang ambil hari ini, hantar hari Jumaat, sebagai contoh. Maka dalam konteks itu, penglibatan mereka bukan secara langsung setiap hari seperti mana yang di atas talian. Jadi itu sebablah antara kita di KPM melihat bagaimana perlu peri pentingnya untuk kita mencari kaedah yang terbaik bagi membuka semula sekolah. Ini kerana lima juta orang murid di bawah Kementerian Pendidikan ini datangnya daripada pelbagai latar belakang. Kemudian menjawab soalan Yang Berhormat Sik juga berkaitan dengan kerjasama dengan KKMM dan juga KPLB. Ya dengan KKMM – Menteri KKMM ada di sini. Ya, kita baru umumkan beberapa hari lepas tentang pakej internet untuk murid-murid sekolah dengan harga yang amat berpatutan untuk membantu mereka dalam PdPR. Begitu juga dengan fasiliti KPLB di seluruh negara. Ini juga pun kita telah laksanakan dan kita pastikan supaya fasiliti ini dapat digunakan secara optimum. Berkaitan dengan soalan Yang Berhormat Kota Melaka yang berkaitan dengan senarai murid dan juga Yang Berhormat Kepong, perkara ini adalah privasi. Kita tidak dapat dedahkan nama murid satu persatu. Namun, kita boleh berikan jumlah yang diberikan di setiap Parlimen Kepong dan juga Kota Melaka.

Kita boleh nyatakan sekolah yang mana kita berikan ...

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Terima kasih, terima kasih.

Boleh buat untuk semua Parlimen. Terima kasih.

Untuk semua Parlimen, okey. Kita boleh senaraikan ...

Puan Wong Shu QiDAP · PHKluang

Setuju, setuju.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Semua Parlimen lah.

Seperti mana yang diminta tadi, kita boleh tunjuk dan jika kita lihat bahawa jumlah 150,000 ini bukanlah satu jumlah yang besar, mengambil kira lima juta orang murid di seluruh negara. Jangan pula Parlimen yang dapat sedikit kata macam-macam. Ada Yang Berhormat Muar ...

Sedikit. Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya lebih risau berkenaan impak jangka masa panjang pendidikan negara berkenaan isu ini. Kajian UNESCO menunjukkan bahawa kadar penutupan sekolah di Malaysia tiga kali ganda lebih lama daripada kadar penutupan global. Global 22 minggu, di Malaysia dalam kadar 60 minggu. Bukan itu sahaja, kalau kita lihat pra COVID-19, kajian yang dibuat oleh PISA menunjukkan bahawa anak-anak muda di Malaysia tiga tahun terkebelakang daripada abang dan adiknya di Singapura. Three years behind our peers. Apabila tibanya musim COVID-19, hanya segelintir sahaja yang dapat menyertai PdPR. Mereka yang dapat pun kadangkala dapat kerana adiknya akan guna handphone, esok abangnya akan gunakan. So apabila kita gabungkan dua perkara ini, bukan sahaja kadar penutupan sekolah yang begitu lama, sebelum pra COVID-19 pun kita sudah ketinggalan tiga tahun, dicampurkan sekali dengan urban rural device. Saya berharap bahawa Yang Berhormat Menteri kalau tidak boleh jawab hari ini mungkin secara bertulis, what is our plan to turbo charge our education forward untuk tutup jurang yang telah pun ditimbulkan pada musim COVID-19? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat Muar. Saya boleh jawab sekarang.

Boleh tambah sedikit Yang Berhormat Menteri?

Pertama sekali saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Muar yang menunjukkan bahawa beliau faham cabaran yang dihadapi oleh KPM. Jika Yang Berhormat Muar sebut sudah lama tutup sekolah, itu sebablah kami di kementerian ini seboleh-bolehnya ingin melihat bilakah ruang yang terbaik untuk kita buka sekolah. Pada masa yang sama, membuka sekolah dalam keadaan yang selamat. Jadi saya mengucapkan terima kasih di atas pemahaman Ahli- ahli Yang Berhormat sekalian tentang keputusan kita untuk membuka sekolah, menyedari bahawa keadaan ini sudah berlarutan sekian lama. Saya sedar bahawa ramai yang kata, “Kenapa tidak tutup sekolah sahaja sampai hujung tahun, masuk tahun depan?”. Sekiranya kita berbuat demikian, anak-anak kita akan semakin renggang dengan sistem persekolahan untuk satu tempoh yang lama. Jalan paling mudah bagi kami ialah tutup sehingga tahun depan. Namun sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, kita mengambil kira apakah pendekatan yang terbaik bagi membolehkan kita ...

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

[Bangun]

Memberi ruang sebaiknya untuk anak- anak kita.

Yang Berhormat Menteri.

Jadi sebelum saya – saya habiskan sedikit ini and then saya beri Yang Berhormat Simpang Renggam.

Puan Hajah Natrah IsmailPKR · PHSekijang

Yang Berhormat Menteri.

Saya hendak sentuh sedikit tentang perancangan tadi seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Muar. Dalam konteks kita membantu anak-anak murid kita sewaktu PdPR ini terutamanya yang tidak mempunyai akses kepada talian internet dan data serta alat peranti yang sesuai, kita terus memperkasakan TV Pendidikan. Ini merupakan pendekatan berterusan dari hari ke hari apabila kita pastikan supaya sekurang-kurangnya anak ini mendapat pendedahan kepada ilmu-ilmu yang sepatutnya daripada guru-guru yang terbaik dari seluruh negara. Kita juga terus memperkasakan pelantar DELIMa yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan dan sehingga kini, lebih 3,000 video kokurikulum, 324 video pedagogi dan juga 1,761 video DidikTV telah mula kita upload kan, telah ada di situ. Ini merupakan pendekatan-pendekatan yang kita gunakan untuk merapatkan jurang yang disebut oleh Yang Berhormat Muar tadi. Seterusnya saya ingin menyentuh berkaitan juga apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Muar ...

Tuan Yang di-Pertua

Tolong rumuskan ya sebab masa sudah hendak habis.

Okey. Yang Berhormat Muar tadi dan turut disentuh oleh Yang Berhormat ... [Gangguan pembesar suara] menyentuh tentang takwim persekolahan. KPM menyedari bahawa sesi persekolahan 2020 dan 2021 tidak dapat dilaksanakan seperti biasa. Oleh sebab itu kita sudah buat ketetapan bahawa sesi persekolahan 2021 dilanjutkan sehingga bulan Februari 2022. Tujuannya adalah untuk guru-guru gunakan ruang yang ada dalam tempoh bulan Januari dan Februari ini mengukuhkan pemahaman anak-anak kita sebelum mereka dapat naik ke tingkatan yang seterusnya. Okey, saya beri kepada Yang Berhormat Simpang Renggam boleh?

Untuk Yang Berhormat Sibuti, Menteri Kanan.

Tuan Yang di-Pertua

30 saat sahaja.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Saya mungkin waktu sudah tidak cukup untuk bertanya soalan. Cuma satu harapan saya iaitu daripada apa yang telah diterangkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, pembukaan sekolah, penggiliran, PdPR, harapan saya supaya diberikan autonomi kepada pihak sekolah. Diberikan kepercayaan kepada kepimpinan pengurusan sekolah dan juga para guru dan lebih penting, jangan bebankan para guru dengan pelaporan yang bertindan. Cukuplah guru membuat pelaporan kepada pihak sekolah dan pihak ibu bapa. Tidak perlulah mereka dipantau sehingga ada JPN, PPD yang masuk ke dalam kelas PdPR mereka. Keduanya, harapan saya juga supaya tadi disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tentang TV Pendidikan dan DELIMa supaya adanya kelangsungan jadual PdPR yang diselarikan dengan siaran TV pendidikan agar tidak berlaku dua kali kerja kepada guru. Harapan saya, berikan kepercayaan kepada guru dan jangan bebankan guru dengan pelaporan bertindan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sedikit sahaja Menteri Kanan daripada Sibuti. A few seconds.

Tuan Yang di-Pertua

Masa sudah habis ini.

Saya hendak tegaskan kepada Menteri, beri tumpuan kepada pembukaan sekolah di luar bandar dan pedalaman yang berdekatan dengan rumah panjang dan juga saya hairan Menteri Kanan kenapa pembahagian laptop 150,000 ini, dilonggokkan di beberapa buah sekolah sahaja?

Contohnya kenapa kita tidak memfokuskan kepada sekolah-sekolah kecil? Seperti di Sibuti, 343 buah diberi kepada satu sekolah sahaja, sekolah menengah. So saya rasa...

Okey. Saya jawab, saya jawab. Saya rasa ini yang terakhir. Pertama sekali, berkaitan dengan autonomi pihak sekolah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Simpang Renggam. Saya nak jelaskan kepada Yang Berhormat Simpang Renggam. Berkaitan dengan autonomi ini, bercakapnya nampak mudah tetapi apa yang Yang Berhormat Klang bangkitkan tadi menunjukkan bagaimana PPD membuat keputusan yang berbeza daripada keputusan kami di kementerian. Oleh sebab itu kita kata melihat kepada sistem persekolahan yang ada pada hari ini, maka autonomi itu bukanlah satu pendekatan yang sesuai. Saya beri contoh tadi bagaimana PPD Klang, itu bukan keputusan kementerian untuk mengenakan bayaran dan sebagainya. Oleh sebab itu kita perlu teliti dalam konteks autonomi ini kerana jaringan kita melibatkan lebih 10,000 buah sekolah di seluruh negara di pelbagai kawasan dan pelbagai latar belakang. Seterusnya berkaitan dengan guru. Itu kami daripada awal lagi untuk makluman Yang Berhormat Simpang Renggam, first day PdPR, kita maklumkan PdPR dilaksanakan mengikut kesesuaian guru dan murid kerana kita sedar guru dan murid itu mempunyai kekangan masing-masing. Akhir sekali menjawab Yang Berhormat Sibuti. Mengapakah tidak banyak diberikan kepada sekolah-sekolah? Seperti mana yang saya sebut peringkat awal tadi bahawa jumlahnya kecil, namun begitu, ada sekolah di kawasan luar bandar di mana kawasan itu tidak ada internet. Memang sekolah itu tak ramai tetapi kawasan itu tidak ada internet ataupun kurang liputan internetnya maka kalau kita bagi lap-top sekalipun, dalam keadaan tersebut, mereka tidak dapat menggunakan peranti tersebut dengan optimum.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutup, KPM sentiasa berusaha untuk terus mengukuhkan dan mempertingkatkan Sistem Pendidikan Kebangsaan bagi memastikan potensi setiap murid dapat dioptimumkan, seterusnya melahirkan generasi pewaris negara yang mampu bersaing di peringkat global. Walaupun negara berdepan dengan pandemik COVID-19, KPM telah menyesuaikan strategi dan inisiatif yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013–2025 agar semua murid terus menikmati pendidikan yang berkualiti dan saksama. Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kanan Pendidikan. Seterusnya Yang Berhormat Menteri Kementerian Pengangkutan. Masa 15 minit. Silakan.

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka SiongMCA · BNMenteri Pengangkutan · Ayer Hitam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada tujuh orang Ahli Yang Berhormat yang telah berucap dan membahaskan perkara-perkara di bawah bidang tugas Kementerian Pengangkutan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pasir Mas telah membangkitkan isu mengenai pemandu mabuk. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pengangkutan telah pun menguatkuasakan pindaan ke atas Akta Pengangkutan Jalan 1987 mulai 23 Oktober tahun lalu. Setelah RUU tersebut diluluskan oleh Dewan yang mulia ini pada 26 Ogos yang lalu dan mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong pada 16 Oktober yang lalu. Sejak berkuat kuasanya pindaan akta tersebut, hukuman yang lebih berat telah diperuntukkan dan dikenakan, termasuklah meningkatkan kadar denda, tempoh penjara dan menjadikan hukuman penjara itu sebagai mandatori bagi jenis-jenis kesalahan tersebut termasuklah kesalahan pemanduan di bawah pengaruh alkohol dan dadah, walaupun buat kali pertama. Pindaan hukuman ini bertujuan dan telah menjadi satu hakikat bahawa ia adalah satu deterrent dan memupuk kesedaran kepada orang ramai ke atas pematuhan undang-undang. Kementerian Pengangkutan telah meminta pihak MIROS untuk melaksanakan satu kajian keberkesanan ke atas semua langkah intervensi yang telah dijalankan bukan sahaja oleh Kementerian Pengangkutan tetapi oleh semua pemegang taruh yang lain bagi menangani isu memandu di bawah pengaruh bahan terlarang memandangkan pindaan RUU 333 tersebut telah dikuatkuasakan hampir setahun. Di samping itu, kajian juga akan mengesyorkan lain-lain langkah intervensi dan kaedah yang boleh dilaksanakan bagi menangani isu pemandu mabuk di masa hadapan. Dalam pada masa itu, kementerian kita akan bekerjasama dengan pihak KDN dan juga PDRM untuk melaksanakan aktiviti kempen dan advokasi serta mengukuhkan aktiviti penguatkuasaan di seluruh negara. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kubang Pasu telah membangkitkan isu mengenai lori-lori kontena dari Thailand Selatan yang tiada insurans untuk diberikan kelonggaran pergerakan bagi menghantar kontena ke depoh kontena dalam kawasan perindustrian Bukit Kayu Hitam. Memang benar, peraturan semasa sejak tahun 1994 hanya membenarkan kemasukan lori-lori ini untuk jarak dua kilometer sahaja ke dalam Malaysia tanpa memerlukan insurans kenderaan motor Malaysia. Namun perkembangan pembangunan kawasan sekitar telah menyaksikan terdapat depoh kontena termasuk di kawasan perindustrian Bukit Kayu Hitam ini telah terletak melebihi jarak dua kilometer daripada asal yang dibenarkan. Dalam hal ini, Kementerian Pengangkutan amat memandang serius perkara ini terutamanya aspek keselamatan dan perlindungan rakyat tempatan di kawasan

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka SiongMCA · BNMenteri Pengangkutan · Ayer Hitam

perumahan terlibat dan pengguna jalan raya yang lain. Masalah besar akan timbul sekiranya tindak tanduk pemandu lori Thailand yang memasuki kawasan perumahan menyebabkan kemalangan sehingga menyebabkan kecederaan dan kehilangan nyawa. Oleh yang demikian, Kementerian Pengangkutan akan mengkaji dengan lebih terperinci perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kubang Pasu, sama ada terdapat kesesuaian untuk kita menimbangkan permohonan ini atau kaedah-kaedah lain yang boleh kita laksanakan memandangkan perkara ini akan melibatkan tindakan timbal balik atau reciprocal action daripada pihak Thailand, kesan kepada syarikat-syarikat tempatan dan aspek keselamatan kepada orang ramai. Sebarang langkah penyelesaian atau kaedah penambahbaikan akan dibuat secara holistik dan seimbang demi kepentingan semua pihak. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dungun telah membangkitkan isu pengisian 70 peratus pekerja tempatan bagi projek ECRL. Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga bulan Ogos 2021, seramai 2,827 orang pekerja tempatan telah terlibat dalam pembinaan projek ECRL iaitu mewakili 44 peratus daripada jumlah keseluruhan pekerja pada masa ini iaitu seramai 6,415 orang pekerja. Jumlah ini akan terus meningkat seiring dengan kemajuan kerja fizikal projek di mana keperluan tenaga pekerja yang maksimum diperlukan dalam tempoh kemuncak kerja-kerja di tapak pada tahun 2022 dan tahun 2023. Untuk makluman Yang Berhormat Dungun juga, kerajaan juga berusaha untuk memastikan penglibatan kontraktor tempatan dalam projek mega ini. Jemaah Menteri pada 23 September 2020 telah bersetuju agar diwujudkan jawatankuasa khas Penyertaan Kontraktor Tempatan dan Bumiputera yang diurus setiakan oleh Kementerian Pengangkutan untuk memastikan pematuhan kepada klausa berkaitan dalam Perjanjian Engineering, Procurement, Construction and Commissioning (EPCC) mengenai perkara ini. Tuan Yang di-Pertua, mengenai perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan tentang sektor udara. Beliau telah membangkitkan status projek naik taraf Lapangan Terbang Sandakan dan juga Lapangan Terbang Tawau. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek menaik taraf Lapangan Terbang Sandakan sekarang berada dalam fasa akhir pembinaan. Baru-baru ini ramai yang mengatakan projek ini telah ditangguhkan ataupun tidak dimulakan. Ianya tidak benar. Skop kerja termasuklah pemanjangan landasan, connecting taxiway yang baharu, pelebaran kawasan memarkir pesawat, lokasi position approach light, lokasi system instrument landing system, pemasangan sistem lampu aeronautical ground lighting bagi kawasan pemanjangan landasan, pembinaan taxi way baharu dan marking apron, pavement marking dan lain-lain. Sehingga kini, kemajuan sebenar fizikal projek ini adalah sebanyak 61 peratus dan memang terdapat sedikit kelewatan disebabkan pelaksanaan PKP di Sandakan yang diketahui umum yang telah membantutkan kerja kita di tapak pembinaan. Walau bagaimanapun, projek ini dijangka siap pada hujung tahun ini. Baki kerja untuk bahagian runway adalah penyiapan kerja-kerja turapan di bahagian Runway 08 termasuk penandaan landasan, pemasangan baki kerja akhir sistem lampu dan peralihan peralatan kaji cuaca (wind and runway visual range).

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka SiongMCA · BNMenteri Pengangkutan · Ayer Hitam

Bagi kerja-kerja di bahagian taxiway, baki kerja adalah seperti penyiapan kerja- kerja turapan termasuk penandaan, landasan serta pemasangan baki kerja akhir bagi sistem lampu aeronautical ground lighting. Manakala, bagi Lapangan Terbang Tawau pula, Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) pada tahun 2018 mempunyai perancangan untuk mempertingkatkan dan meningkatkan perkhidmatan Lapangan Terbang Tawau melalui Pelan Pemodenan Lapangan Terbang Tawau. Melalui pelan ini, antara lain MAHB akan mempertingkatkan kapasiti pengendalian penumpang Lapangan Terbang Tawau daripada 1.5 juta penumpang setahun kepada tiga juta penumpang setahun dengan anggaran kos sebanyak RM445 juta.

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka SiongMCA · BNMenteri Pengangkutan · Ayer Hitam

Penularan wabak COVID-19 telah memberi kesan negatif terhadap industri penerbangan negara terutamanya kemampuan MAHB untuk membiayai projek tersebut. Dalam hubungan itu, syarikat penerbangan dijangka memerlukan tempoh masa tiga tahun untuk pulih sepenuhnya daripada impak wabak COVID-19 tertakluk kepada situasi semasa penularan wabak tersebut di dalam dan juga di luar negara. Berdasarkan perkembangan terkini dan kekurangan permintaan dalam industri penerbangan negara, projek ini ditangguhkan sehinggalah industri penerbangan dipulihkan dan tertakluk kepada kemampuan kewangan negara. Pada masa yang sama, bagi memastikan keperluan pembangunan jangka panjang lapangan terbang di Malaysia, berdasarkan keperluan industri semasa mengambil kira impak COVID-19 dan keperluan sistem jaringan kesalinghubungan pengangkutan negara, Kementerian Pengangkutan akan melaksanakan kajian National Airport Strategic Plan (NASP) yang akan bermula pada penghujung tahun 2021 dan dijangka akan dimuktamadkan pada tahun 2023. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jelutong telah membangkitkan persoalan mengenai keperluan kerajaan untuk membina Lapangan Terbang Kulim (KXP). Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) dalam mesyuaratnya pada 27 Oktober 2020 hanya memberikan kelulusan prinsip kepada cadangan projek pembangunan KXP. Kelulusan prinsip ini adalah tertakluk kepada permohonan mendapatkan pertimbangan daripada Kementerian Pengangkutan dan beberapa agensi kerajaan yang lain seperti Kementerian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Alam Sekitar, Tentera Udara Diraja Malaysia, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia dan beberapa agensi kerajaan. Kementerian Pengangkutan ingin menjelaskan bahawa sehingga hari ini tiada kelulusan diberikan untuk menubuhkan aerodrome bagi projek KXP sepertimana yang diperuntukkan di bawah Peraturan-peraturan Penerbangan Awam Pengendalian Aerodrome 2016. Selain itu, cadangan pembinaan KXP juga adalah tertakluk kepada NASP yang akan dimulakan pada hujung tahun ini bagi kesemua 42 lapangan terbang sedia ada termasuk cadangan pembinaan lapangan terbang yang baharu. Maka, penggerak projek KXP iaitu kerajaan negeri akan diminta untuk memberi maklumat kepada pasukan perunding NASP berhubung dengan unjuran-unjuran yang realistik dan tepat khususnya unjuran permintaan perkhidmatan penumpang dan juga kargo serta komitmen syarikat penerbangan yang ingin menggunakan KXP lebih-lebih lagi dalam era pasca COVID-19. Asas cadangan pembinaan KXP yang digunakan oleh penggerak projek adalah bagi menyokong iaitu compliment dengan izin pengendalian penumpang dan juga kargo yang disediakan oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Sehubungan itu, adalah wajar pembinaan KXP dipertimbangkan setelah kapasiti pengendalian LTAPP mencecah kapasiti maksimum. Dalam hubungan ini, unjuran permintaan penumpang dan kargo mestilah bersandarkan kepada asas dan data yang kukuh serta tepat mengambil kira pembangunan kapasiti maksimum LTAPP demi memastikan viability project pembinaan KXP. Kelulusan akhir bagi cadangan pembinaan KXP hanya akan dipertimbangkan apabila kajian NASP telah disiapkan serta pematuhan kepada semua syarat yang ditetapkan oleh agensi kerajaan yang lain seperti mana yang dinyatakan dalam laporan EIA, SIA dan laporan TIA dan sebagainya. Kementerian Pengangkutan komited dan mengalu-alukan sebarang cadangan daripada mana-mana pihak sama ada kerajaan negeri, syarikat swasta untuk membina lapangan terbang tetapi ia mestilah memenuhi keperluan teknikal yang telah ditetapkan oleh CAAM dan juga MAVCOM. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tuaran telah membangkitkan persoalan mengenai status menaik taraf Pelabuhan Sepanggar bagi melonjakkan lagi ekonomi negeri Sabah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Tuaran, pembangunan pesat dan kemakmuran ekonomi yang dikecapi oleh sebuah negeri berkaitan langsung dengan perwujudan aset-aset infrastruktur terutamanya pelabuhan yang moden sebagai pintu

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka SiongMCA · BNMenteri Pengangkutan · Ayer Hitam

masuk utama barangan import dan eksport dan juga kecekapan pengurusan yang mengawal selia segala pengoperasian pelabuhan. Pintu masuk utama bagi barangan import dan eksport di negeri Sabah adalah Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar. Jumlah kontena yang dikendalikan setakat tahun 2019 adalah sebanyak 379,384 TEU manakala pencapaian pada tahun 2020 adalah sebanyak 357,416 TEU penurunan sebanyak enam peratus adalah disebabkan impak COVID-19. Kerajaan Persekutuan telah meluluskan geran berjumlah RM1.027 bilion untuk melaksanakan pembesaran Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar sebagai hab transshipment dan dana Kerajaan Persekutuan itu telah diuruskan oleh Sabah Economic Development Investment Authority di bawah Sabah Development Corridor. Lembaga Pelabuhan-pelabuhan Sabah adalah pemilik projek manakala Sabah Port Sdn. Bhd. bertindak sebagai pelaksana projek. Projek pembesaran Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar ini akan dimulakan pada 31 Oktober 2021 dan dijangka siap pada 28 Februari 2025. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengakhiri ucapan...

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Ya.

Tuaran, Tuaran.

Ya, Yang Berhormat Tuaran.

Terima kasih Yang Berhormat atas jawapan berkenaan dengan Pelabuhan Teluk Sepanggar tadi. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, apakah status mengenai dengan Dasar Kabotaj pada ketika ini? Kita tahu bahawa pada tahun 2017, Dasar Kabotaj telah pun direlaxed dan dibolehkan Syarikat Perkapalan Antarabangsa untuk mendaftar di Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar Kota Kinabalu. Apakah status pada ketika ini? Adakah syarikat perkapalan antarabangsa telah mendaftar? Kalau tidak, apakah kekangan? Bagaimanakah kita hendak memastikan supaya Syarikat Perkapalan Antarabangsa ini akan akhirnya mendaftar di Pelabuhan Sepanggar? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Sila, kalau tak ini, boleh bertulis.

Okey, tidak ada masalah. Untuk makluman Yang Berhormat Tuaran, perkara ini ingin saya ceritakan daripada segi Dasar Kabotaj dalam negara kita. Sabah dan Sarawak mempunyai pandangan yang berlainan. Pada tahun 2017, memang kita membuat liberalisasi daripada segi Dasar Kabotaj. Akan tetapi, setelah dilaksanakan hampir empat tahun, nampaknya reaksi daripada pihak Sabah dan Sarawak berlainan di mana Sabah menganggap kita perlu teruskan liberalisasi dasar ini. Sebaliknya Sarawak memberikan pandangan yang berlainan, bermakna untuk mengekalkan Dasar Kabotaj. Jadi pihak kementerian, kita telah menghantar Timbalan KSU kita untuk berunding dengan kerajaan negeri untuk mendapatkan dan mengharmonikan dasar ini. Kalau tidak, mungkin kita akan ada satu dasar berdasarkan keperluan negeri tersebut. Kalau di Sabah kita tahu. Berbanding dengan Sarawak, Sarawak lebih banyak syarikat untuk membina kapal. Jadi kalau kita lihat daripada segi ini, perancangan pelabuhan kalau di Sepanggar ataupun seperti mana yang dirancang oleh Sabah, mungkin ada satu perancangan yang direncanakan oleh mereka dalam konteks untuk menjadi transshipment hub. Jadi dalam soal ini, memang empat tahun ini kita jangkakan. Andaian yang dibuat sebelum ini ialah disebabkan oleh Cabotage Policy, barang-barang di Sabah itu lebih mahal. Akan tetapi, setelah kita buat kajian secara menyeluruh, apa yang kita dapati walaupun pada satu ketika kos pengangkutan turun tetapi harga barang di Sabah tidak turun. Maka, kita membuat satu kesimpulan bahawa kadangkala correlation yang kita

anggap sebelum ini, hipotesis itu tidak berapa betul. Jadi, kita kena mengkaji secara mendalam mengenai perkara ini. Itu adalah Dasar Kabotaj. Saya ingin, untuk menghormati Yang Berhormat Bagan yang telah membangkitkan soal Dasar Kabotaj. Oleh sebab kesuntukan masa, saya cuma secara ringkas saya terangkan.

Yang Berhormat, pengecualian yang diberikan sebelum ini hanya merujuk kepada pengecualian ke atas proses pengesahan ketiadaan kapal tempatan yang perlu diperolehi oleh semua kapal asing yang ingin memohon untuk mendapatkan Domestic Shipping License (DSL). Kapal-kapal asing masih perlu memiliki DSL yang sah sebelum ia memulakan operasi di pengairan negara. Pengecualian diberikan sejak 1 April 2019 berikutan isu kelewatan pengeluaran DSL, namun dengan penambahbaikan yang telah dilaksanakan termasuklah penggunaan sistem eDSL, proses pengesahan telah dapat dipercepatkan. Kementerian Pengangkutan juga telah menyediakan garis panduan yang terperinci berhubung dengan proses rundingan dan mediasi dengan mengambil kira keperluan seperti mana yang dipohon oleh MIDA. Selain itu, walaupun pengecualian tersebut telah dibatalkan, kapal-kapal asing yang terlibat dengan pembaikan kabel dasar laut masih diberikan DSL untuk beroperasi di perairan negara. Ini dibuktikan dengan kelulusan sebanyak 10 DSL telah diberikan kepada dua buah kapal asing ASEAN Explorer dan ASEAN Restorer bagi tempoh Disember 2020 sehingga Ogos 2021. Malahan kelulusan DSL telah dikeluarkan dalam tempoh tiga hari sahaja berbanding lima atau tujuh hari sebelum ini. Kementerian Pengangkutan berpandangan kerajaan perlu...

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Minta penjelasan.

Sekejap, nanti saya bagi ya, Yang Berhormat. Kementerian Pengangkutan berpandangan kerajaan perlu mengimbangi usaha-usaha membina kapasiti industri perkapalan tempatan, meningkatkan keupayaan dalam sektor perkhidmatan domestik, mengurangkan kebergantungan negara kepada kapal asing serta memastikan keselamatan dan kedaulatan negara terjamin dengan mengurangkan pengoperasian kapal asing di Perairan Malaysia dengan pertimbangan-pertimbangan yang lain. Perkara ini akan dibincangkan secara menyeluruh. Untuk makluman Yang Berhormat juga, Kementerian Pengangkutan akan membentangkan dasar ini kepada Jemaah Menteri pada awal Oktober 2021 setelah menerima ulasan daripada semua kementerian dan agensi tersebut untuk menentukan hala tuju berkaitan dengan dasar ini. Ya, Yang Berhormat Seremban.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila, Yang Berhormat Seremban.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Ayer Hitam, saya rasa jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat tadi adalah membawa kontradiksi kepada jawapan Yang Berhormat sendiri pada tahun lepas dalam Dewan yang mulia ini semasa perbahasan kita berkenaan isu ini. Pada ketika itu, Yang Berhormat mengatakan bahawa negara kita ada syarikat perkapalan yang boleh memberikan perkhidmatan itu. Ada localized vessel yang diperlukan itu, yang Malaysian flag. Akan tetapi jawapan tadi, Yang Berhormat kata sendiri pengecualian tetap diberikan untuk kapal asing. Membuktikan bahawa kini sebenarnya tidak ada lagi kapal yang diperlukan iaitu di DP2. Masih tidak ada dalam market di Malaysia ini. Itu sebabnya pengecualian diperlukan untuk memastikan supaya syarikat-syarikat telco ini, yang hendak melabur dalam negara kita – dapat tarik mereka supaya Malaysia menjadi lebih kompetitif, itu isunya. Jadi sebab itu, kita memberikan pengecualian semasa Pakatan Harapan menjadi harapan dan sekarang ini isu ini telah menjadi perhatian syarikat-syarikat telco yang

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

memberikan satu persepsi yang cukup negatif. Berkali-kali syarikat telco seperti Google, Facebook menyatakan isu ini secara terbuka, hendak berjumpa dengan Perdana Menteri, hendak berjumpa dengan Kabinet dan sebagainya. Akan tetapi saya tidak faham kenapa satu isu yang begitu simple ini, kenapa pihak Kementerian Pengangkutan tidak boleh mengambil tindakan yang sewajarnya dan secepatnya dan memberikan pengecualian untuk satu segmen yang begitu kecil sahaja iaitu hanya untuk sektor pembaikan kabel dasar laut. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila, Yang Berhormat Menteri. Kalau boleh kena hadkan masa, berapa minit lagi Yang Berhormat Menteri hendak?

Dalam tempoh tiga hingga empat minit habiskan. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Seremban. Saya menghormati keputusan Yang Berhormat yang sebelum ini telah memberi pengecualian. Apa yang berlaku ialah semasa pengecualian diberi, DSL hanya dipohon iaitu setelah kapal itu masuk. Ini dari segi kedaulatan negara ya. Apabila kita telah membangunkan eDSL, dalam 10 kes yang kita luluskan hanya mengambil masa tiga hari. Apa yang saya hendak beritahu kepada Dewan yang mulia ini ialah mereka boleh masuk ke perairan kita, terus masuk baru memohon DSL. Apa yang kita hendak buat ialah memohon eDSL melalui Domestic Shipping License (DSL) dahulu dan kita hanya perlukan tiga hari untuk meluluskannya. Tidak ada pertikaian seperti sebelumnya mungkin 45 hari perkara yang berlaku sebelum ini. Akan tetapi disebabkan penambahbaikan aplikasi dalam talian, eDSL ia telah diselesaikan, itu yang pertama. Kedua, Yang Berhormat membangkitkan kapasiti syarikat. Saya ingin hendak maklumkan kepada Yang Berhormat. Kalau kita lihat dalam dunia ini di bawah dua liga, dia ada 11 players. Apa yang saya hendak katakan ialah di Malaysia ada satu syarikat yang mana merupakan syarikat terbesar di Indonesia dan malahan sekarang ada syarikat kedua. Kedua-dua syarikat yang dimiliki oleh syarikat Malaysia ini apabila mereka pergi ke Indonesia, mereka tidak boleh menjadi pemegang saham utama 51 peratus, sekarang mereka hanya 49 peratus tetapi mereka adalah major player yang paling aktif di Indonesia. Kenapa begitu? Oleh kerana di negara jiran kita Indonesia juga mengamalkan dasar kabotaj malahan lebih stringent daripada kita. Jadi, sekarang di Malaysia bukan kata kapal asing tidak boleh masuk ke sini, cuma mereka kalau datang rumah, ke rumah saya bagi salam, itulah kalau kita bagi kelulusan sepuluh hari, dalam tiga hari kita bagi kelulusan. Jadi itu mungkin dari segi persepsi ada orang kata kita tidak benarkan foreign vessels, ini tidak benar kerana yang kita benarkan daripada syarikat Singapura iaitu ASEAN Explorer dan ASEAN Restorer. Kerana apa? Mereka ini flag Indonesia dengan Singapura, itu yang pertama. Kedua, syarikat ini Yang Berhormat tadi kata yang di DP2. Untuk makluman Yang Berhormat, Yang Berhormat boleh semak, okey. Syarikat ini telah memiliki satu kapal DP2 tetapi mereka ini sekarang disebabkan dasar kita ini, sebelum itu yang dikatakan ditunggu-tunggu mereka perlukan kapal Lodbrog, itu yang diminta oleh syarikat Facebook dan kapal itu pun reflagged di Malaysia pada 27 November yang lalu setelah kita melaksanakan dasar baru. Jadi sekarang persoalan DP2, mereka juga ada kerana syarikat ini ada lima vessels daripada 48 vessels yang ada di dunia, jadi ini adalah milik Malaysia. Yang Berhormat tanya satu soalan yang mungkin ramai pun tidak tahu, saya pun rasa tertarik, kenapa 10 ini, kapal Malaysia tidak masuk? Apa yang berlaku ialah apabila mereka hendak kapal membaiki, mereka mungkin ada kerja di tempat lain. Bermaksud ada yang bekerja sudah dapat kontrak di Indonesia, ia akan teruskan... [Tidak jelas] akan teruskan, untuk kita hanya bagi satu ruang kapal Malaysia dalam tempoh tiga hari, mereka kalau ada kapal yang boleh, apa salahnya kita bagikan peluang kepada mereka? Jadi ini adalah dasar kabotaj untuk tidak menghindar mana-mana pelaburan. Kita alu-alukan MyDIGITAL is our blueprint, kita hendak bangunkan. Jadi walau

bagaimanapun, saya mengambil pandangan Yang Berhormat tadi, kita akan bincang secara terperinci dalam Kabinet bersama dengan KKMM. Saya yakin kita akan mengimbangi antara kedaulatan digital, soal keselamatan, kita mengambil pandangan daripada MKN, KDN, KKMM, Kementerian Kewangan, EPU dan juga yang penting ialah semua stakeholders yang terlibat. Saya rasa kita akan buat satu keputusan yang mana tidak menggangu-gugat pelaburan asing tetapi pada waktu yang sama mempertahankan kedaulatan negara seperti mana yang dilakukan oleh Indonesia dan juga negara-negara jiran. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Lebih 11 minit. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri Komunikasi dan Multimedia untuk menjawab, 20 minit.

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji MusaUMNO · BNMenteri Komunikasi dan Multimedia · Ketereh

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, alhamdulillah 26 orang rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat telah dalam perbahasan masing-masing menyentuh perkara-perkara di bawah bidang kuasa Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Pada mereka semua saya ucapkan terima kasih. Kalau Tuan Yang di-Pertua beri 20 minit saya ada 26 orang yang hendak kena jawab. [Ketawa] Tidak tahu macam mana hendak uruskan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Boleh bertulis, Yang Berhormat Menteri.

Walau bagaimanapun, saya cuba sebaik yang mungkin. Pertama sekali saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Beaufort yang telah menyentuh antara lain program- program yang dilaksanakan oleh kementerian terutamanya melalui MEDC dalam menyediakan peluang kepada golongan sasar terutama sekali golongan muda dalam meraih manfaat dan peluang dalam dunia digital.

Saya ucapkan terima kasih kerana keprihatinan sedemikian amat selari dengan dasar dan matlamat kerajaan untuk menggalakkan penyertaan ekonomi digital terutamanya di kalangan orang-orang muda. Anak muda pewaris negara, Berjiwa kental berakal kuat, Digital ekonomi perlu diutama, Agar Malaysia kekal hebat. Yang Berhormat telah meminta saya menyenaraikan antara program-program yang telah dijalankan dan manfaat yang telah diperolehi oleh anak-anak muda. Sebenarnya sekian lama berbagai-bagai program yang telah dijalankan oleh kementerian. Misalnya yang pertama Program Global Online Workforce ataupun GLOW ataupun dirujuk juga sebagai GLOW PENJANA telah diperkenalkan pada kira-kira dua tahun yang lalu bagi membantu lebih daripada 10,000 orang individu daripada kumpulan sasar seperti mereka yang hilang pekerjaan, individu yang terjejas sumber pendapatan termasuk yang dipotong gaji sewaktu perintah PKP dan juga para graduan yang menganggur. Kumpulan ini telah dilatih dalam pelbagai bidang dan sepertimana yang disebutkan tadi sehingga bulan Jun 2021, seramai 10,200 orang peserta telah dibimbing dan telah berjaya menjana pendapatan lebih daripada RM15 juta dan selaras dengan pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi ataupun PEMULIH pada 28 Jun yang lalu, pihak MDEC telah melancarkan program khas GLOW PEMULIH sebagai program sambungan program yang baik ini dan boleh mula menerima pendaftaran mulai pada bulan ini, bulan September 2021.

Satu lagi Program MYWiT atau MyDigitalWorkForce Work in Tech merupakan program yang telah dilaksanakan bagi menambah baik kemahiran pekerja Malaysia dan meningkatkan keupayaan dan permintaan terhadap mereka di samping memberi insentif kepada para majikan. Sejajar dengan Program Celik Digital dan Peningkatan Skill MDEC, inisiatif ini adalah sebuah platform yang menggalakkan syarikat untuk mengambil pekerja- pekerja melalui insentif gaji dan kursus latihan. Program ini juga telah memberikan peluang kepada ramai daripada kalangan para peserta. Kita juga ada program seperti program perkhidmatan digital perniagaan, program peranti teknologi digital dan juga Program Primier Digital Tech Institution yang dijalankan bersama institusi-institusi TVET bagi membolehkan universiti-universiti mempunyai kurikulum yang dapat menyampaikan maksud yang sama. Kira-kira 24 buah fakulti daripada 16 IPT telah diberikan penarafan PDTI ini dan sejak diperkenalkan universiti- universiti tersebut telah melahirkan lebih dari 30,000 orang graduan. Saya menyebutkan ini sebagai antara beberapa program yang melibatkan anak- anak muda yang dijalankan oleh kementerian dan agensi-agensi di bawahnya. Ini terutama sekali bagi peringkat universiti adalah untuk menentukan kita dapat meningkatkan kebolehpasaran graduan atau graduate employability kepada satu tahap yang membanggakan. MDEC juga melaksanakan inisiatif seperti berikut bagi menggalakkan penggunaan platform e-dagang serta teknologi digital dalam operasi perniagaan yang disasarkan kepada perusahaan kecil dan sederhana ataupun juga perusahaan kecil sederhana dan mikro. Antara program ini untuk makluman Yang Berhormat ialah kempen e-dagang untuk PKS dan usahawan mikro yang telah memberikan peluang kepada lebih daripada 200,009 orang pengusaha, yang mana menerusi kempen ini telah mencapai hasil jualan lebih daripada RM834 juta. Kempen ini telah dijalankan sejak tahun 2016 dan diteruskan sehingga sekarang. Kempen usahawan muda dan juga kempen Shop Malaysia Online adalah antara program- program yang dijalankan yang sebahagian besarnya disertai oleh anak-anak muda. Kempen Shop Malaysia Online telah berjaya menjana jualan e-dagang melebihi RM945 juta dengan RM8.2 juta transaksi dan telah memberi manfaat kepada lebih dari 202,000 orang peniaga Malaysia. Kempen ini telah dilaksanakan sejak Ogos 2020 dan diteruskan sekarang. Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Simpang Renggam yang telah menyentuh tentang penyalahgunaan media sosial.

Yang Berhormat, boleh saya minta penjelasan? Beaufort.

Ya, sila Yang Berhormat.

Ya terima kasih atas jawapan tadi. Cuma saya ingin bertanya daripada program-program yang dilaksanakan dan begitu ramai yang mendapat manfaatnya yang diberikan oleh kerajaan, berapa peratus kah di kalangan mereka ini terdiri daripada anak-anak muda kita yang berada di luar bandar. Ini kerana sering kali aduan mereka ialah mereka tidak dapat, reach out kepada mereka tidak sampai. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Sila Yang Berhormat Menteri sambung.

Sebenarnya Yang Berhormat, sesuai dengan dunia teknologi digital, kita tidak perlu mengasingkan sama ada bandar atau luar bandar tetapi saya faham maksud Yang Berhormat kerana kemungkinan anak-anak muda di luar bandar tidak sampai maklumat kepada mereka. Saya ambil perhatian tentang pandangan Yang Berhormat itu kerana saya memahami maksudnya. Seharusnya kita berikan perhatian kepada anak-anak muda di luar bandar. Bagi perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Simpang Renggam tentang penyalahgunaan media sosial dan jenayah siber, saya tidak mahu mengulangi jawapan

kerana saya telah memberikan jawapan pada 14 September kepada soalan Yang Berhormat Beaufort soalan nombor tiga pada hari tersebut. Jawapan-jawapan itu saya fikir bolehlah dirujuk kepada jawapan yang telah saya berikan kerana masa yang agak terhad. Saya ingin menyentuh sepintas lalu tentang apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Kinabalu tentang keberkesanan Malaysian Emergency Response Services ataupun MERS 999 kerana dikaitkan dengan satu peristiwa yang berlaku di Kota Kinabalu. Saya telah menyemak apa yang telah berlaku dan oleh sebab ia memerlukan satu perincian bilakah panggilan diterima dan bilakah reaksi diberikan dan sebagainya, saya akan berikan kepada Yang Berhormat kronologi terperinci apa yang telah berlaku. Cuma apa yang ingin saya sebutkan di sini pusat-pusat MERS 999 ini yang ada di Kuala Lumpur, Melaka dan Kuching adalah tujuannya untuk mengintegrasikan respons terhadap panggilan-panggilan kecemasan di samping menguruskan soal-soal panggilan palsu dan sebagainya dengan kaedah dan teknologi, panggilan-panggilan dapatlah ditapis dan reaksi yang real time dan segera dapat dilakukan. Akan tetapi oleh sebab perkembangan teknologi yang pantas, kita akan melihat kepada prospek-prospek untuk terus memperbaiki khidmat MERS 999 ini untuk ditambah baik. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Krai dan Yang Berhormat Baling yang telah membangkitkan isu keberkesanan penyebaran maklumat. Izinkan saya mengambil sedikit masa untuk menegaskan dan juga untuk memaklumkan bahawa kerajaan memandang amat serius tentang keberkesanan kerajaan untuk menyampaikan information ataupun maklumat dan juga cabaran-cabaran semasa yang kita temui yang berpunca daripada misinformation, disinformation dan sebagainya.

Sesebuah kerajaan yang berkesan adalah kerajaan yang dapat menyampaikan maklumat dengan pantas dan tepat serta difahami oleh rakyat. Untuk itu sukacita saya memaklumkan bahawa di peringkat Jemaah Menteri, satu jawatankuasa telah dibentuk dan yang melibatkan sepuluh Menteri yang bersidang pada setiap minggu untuk membuat penelitian dan pengkajian aspek yang berkaitan dengan komunikasi kerajaan yang kebetulannya dipengerusikan oleh saya sendiri. Selain daripada usaha tersebut yang memberikan penekanan kepada komunikasi yang berkesan, saya juga hendak memaklumkan pada petang ini bahawasanya saya bercadang untuk mewujudkan satu command center komunikasi. Yang ini satu kajian penelitian sedang dilakukan untuk membolehkan pusat kawalan komunikasi ini berfungsi dengan lebih berkesan supaya segala apa yang diputuskan kerajaan dapat disampaikan kepada kumpulan sasar dengan secara lebih tepat dan lebih pantas. Sementara itu jentera penerangan kerajaan akan diperkemaskan. Bukan saja di peringkat Jabatan Penerangan yang berada di daerah-daerah, tetapi juga penglibatan komuniti empowerment termasuk menghidupkan apa yang kita akan namakan sebagai Komuniti Keluarga Malaysia iaitu satu bentuk kerjasama NGO di akar umbi, agar mereka dapat bersama-sama dengan kerajaan di bawah konsep community empowerment untuk menyampaikan dan menerima mesej-mesej kerajaan. Pada masa yang sama kita juga berharap pusat-pusat internet komuniti, dulunya PIK akan dapat kita ubahsuai untuk turut menjadi pusat-pusat di mana penyaluran maklumat boleh disampaikan. Pada masa ini ada hampir 800 pusat-pusat internet yang akan diubah menjadi pusat digital ekonomi Keluarga Malaysia dan mereka juga dengan kemudahan yang ada di situ akan turut membantu usaha-usaha kerajaan menyampaikan maklumat kepada rakyat ataupun pada masyarakat. Usaha-usaha lain saya fikir memang telah semuanya diketahui, agensi di bawah kerajaan termasuk RTM, BERNAMA dan juga JAPEN telah menjalankan pelbagai usaha bersesuaian dengan kaedah-kaedah semasa menggunakan pelbagai media. Bukan saja secara bersemuka, tetapi juga menggunakan sosial media dan kaedah-kaedah yang terkini. Tidak perlulah saya sebutkan satu persatu. Cuma, apa yang dapat saya katakan

bahawasanya, saya menerima hakikat dan pandangan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen bahawasanya usaha-usaha penyampaian maklumat perlu dipertingkatkan dan usaha-usaha merekayasa sistem ini perlu dilakukan. Oleh kerana saya baru berada di kementerian ini, saya memerlukan sedikit masa untuk memastikan proses merekayasa ini dapat dilakukan dengan berkesan. Saya ingin menumpukan masa yang berbaki Tuan Yang di-Pertua kerana 24 orang Ahli Yang Berhormat telah menyentuh perkara-perkara yang berkaitan dengan connectivity, internet dan bekalan jalur lebar. Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Beaufort, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Papar, Yang Berhormat Hulu Rejang, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Tasek Gelugor, Yang Berhormat Cameron Highlands, Yang Berhormat Simpang Renggam, Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Tanjong Manis, Yang Berhormat Balik Pulau, Yang Berhormat Julau, Yang Berhormat Sri Aman, Yang Berhormat Kota Samarahan, Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Lubok Antu, Yang Berhormat Libaran, Yang Berhormat Igan, Yang Berhormat Setiu dan Yang Berhormat Serian. Saya sebutkan mereka untuk tujuan rekod dan saya ucapkan terima kasih. Untuk makluman Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian, di kawasan-kawasan Yang Berhormat akan mula dilaksanakan program-program membina menara-menara baru untuk memastikan pelaksanaan program jalur lebar dan khidmat 4G dapat dilaksanakan dalam masa terdekat. Untuk makluman Yang Berhormat, di Beaufort – 26 menara baru, di Betong 40 menara baru, di Pasir Mas – 2, Papar – 5, Hulu Rejang – 59 menara baru, Tuaran – 29, Jempol – 7, di Kuala Krai – 28, Tasik Gelugor – 3, Cameron Highlands – 50 menara baru, di Simpang Renggam – 8, di Lembah Pantai – 14, di Sik – 23 menara baru, Tanjong Manis – 12, Balik Pulau – 4, di Julau – 47 menara baru, di Sri Aman – 21, di Kota Samarahan – 14, di Tampin – 3, Lubok Antu – 36, Libaran – 8, Igan – 13, Setiu – 19 dan di Serian – 24.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Minta maaf, Batu Pahat.

Boleh dirundingkan Tuan Yang di-Pertua.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Ketereh berapa.

Ketereh satu sahaja.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Yang Berhormat Menteri, Kulai pun minta. Kulai sudah tulis surat kepada Yang Berhormat Menteri dan juga kepada KKMM untuk mencadangkan beberapa tempat untuk...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Kulai, Yang Berhormat Kulai.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Sini, sini.

Yang Berhormat Kulai ya.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Sini, sini, sini.

Oh ya sorry. Maaf ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Ya, ya.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Okey tidak apa. Saya memang sudah tulis beberapa surat kepada KKMM dan minta bahawa menara ini juga dibina di kawasan Parlimen Kulai. Jadi saya harap bahawa Yang Berhormat Menteri juga boleh tengok balik surat tersebutlah. Terima kasih.

Boleh Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Kulai.

Boleh Yang Berhormat, sesuai dengan semangat Keluarga Malaysia dan juga tandatangan kerjasama, kita akan berikan perhatian insya-Allah ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Teruskan Yang Berhormat Menteri.

Sebenarnya bukan saja untuk Yang Berhormat Kulai, mana-mana rakan Ahli Yang Berhormat yang masih mengalami atau menerima aduan di kawasan masing-masing, ada kawasan-kawasan yang perlu pembinaan menara baru, saya amat berbesar hati kalau dapat menulis kepada saya untuk kajian segera di laksanakan. Ini kerana saya telah memaklumkan pada hemat saya dan juga kerajaan, soal connectivity dan internet ini adalah dianggap sebagai hak asasi manusia.

Celah sedikit.

Kita melihat seluruh rakyat Malaysia tidak kira di pedalaman dan di mana juga berada, mereka perlu mendapat akses ini. Bukan saja connectivity, tetapi connectivity dengan kualiti yang tinggi.

Yang Berhormat Pasir Mas boleh tidak Tan Sri.

Sikit.

Yang Berhormat Pasir Mas Yang Berhormat Ketereh.

Yang Berhormat Jempol.

Isunya Yang Berhormat Menteri bahawa projek ini telah ada dalam perancangan JENDELA tetapi kenapa pembinaan menara itu terlalu perlahan terutamanya di Kelantan. Isunya apa masalah.

Terima kasih Yang Berhormat. Projek ini sebenarnya, tender-tender dibuka pada bulan Mac lagi. Saya tak dapat beri jawapan apa yang berlaku sebelumnya. Tapi saya nak maklumkan pada Dewan yang mulia ini dalam tempoh empat minggu daripada sekarang semua tender-tender ini akan dikeluarkan, akan dibuat.

Terima kasih Tan Sri, Terima kasih. Tahniah, tahniah.

Sikit, sikit Yang Berhormat Menteri. Sikit Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Jempol. Yang Berhormat Jempol sikit. Ya terima kasih saya ucapkan pada Yang Berhormat Menteri kerana Jempol dapat tujuh kalau tidak silap saya tadi, tujuh ya.

Tujuh, alhamdulillah. Apa yang ada kegusaran ini, tentang soal fi untuk bayaran yang kurang mendapat liputan ini, mereka di kampung ini masih bayar yang sama. Jadi adakah ini ada dapat rebet dan sebagainya kerana sekarang ini pembelajaran secara PDPR ini, dia menghadapi kesan yang sangat mendalam kepada mereka warga, terpaksa duduk di bangsal getah dan sebagainya, duduk di atas bukit dan sebagainya sementara menunggu siap. Adakah jangka siap ini yang mengambil masa yang agak lama dan time frame itu sangat diperlukan. Terima kasih, KPI Yang Berhormat Menteri hebat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Jempol minta pakai face mask, tutup ya. Baik. Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila rumuskan. Kalau hendak tambah berapa minit.

Ya, saya hendak rumuskan begini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik.

Agenda ini adalah satu agenda yang kita berikan keutamaan yang paling tinggi sekali. Sasaran kita dari segi connectivity harus mencapai 100 peratus. The remaining two percent, di bawah JENDELA kita akan capai 96.9 peratus coverage 4G. Itu yang pentingnya, 4G ya. Kita akan migrate daripada 3G kepada 4G dan menjelang hujung tahun ini khidmat 3G kita harap dapat ditamatkan supaya kapasiti dapat digunakan sepenuhnya oleh khidmat 4G. Seperti mana yang kita tahu dalam soal connectivity ini dan juga kemudahan rakyat itu ada berbagai-bagai aspek. Pertama asasnya adalah prasarana. Ini yang perlu dilaksanakan oleh JENDELA dengan jayanya yang akan menelan belanja hampir RM9 bilion semua sekali secara berperingkat.

Fasa satu yang sedang dilaksanakan sekarang dapat disiapkan sebelum akhir tahun hadapan dan perlu dilaksanakan serta-merta pada suku keempat dalam tahun ini juga. Keduanya, adalah soal kemudahan seperti gajet yang selalunya timbul masalah pada para pelajar. Untuk itu, pada 15 hari bulan baru-baru ini saya telah mengumumkan pakej supaya setiap pelajar boleh memiliki gajet 4G dengan harga yang semurah mungkin. Dua pakej yang telah diumumkan itu termasuklah Pakej Peranti Keluarga Malaysia yang mana dengan hanya melanggan pakej ‘0+40’ yakni pakej bulanan prabayar RM40 sebulan, mereka boleh mendapat gajet secara percuma yakni gajet 4G dan juga pakej yang satu lagi adalah untuk memberikan kemudahan data experience internet secara percuma unlimited serta data tambahan kepada data 1G percuma setiap hari untuk hanya RM30 tiga bulan iaitu hanya RM10 satu bulan dia boleh mendapat 110 gigabyte data produktiviti dan juga data untuk dia hendak menggunakan untuk download menonton gambar dan sebagainya. Jadi, saya melihat ini sebagai satu program yang menyeluruh sementara prasarana adalah satu perkara yang penting. Saya beri jaminan pada Dewan yang mulia ini pelaksanaannya akan dilaksanakan dengan segera dan saya akan membekalkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat semua, semua Program Jendela yang terkini di kawasan masing-masing supaya Yang Berhormat boleh menyemak...

Yang Berhormat Menteri, Libaran.

...kalau terdapat juga lagi...

Puan Rubiah binti WangPBB · GPSKota Samarahan

Kota Samarahan.

...kawasan-kawasan...

Libaran sekejap. Boleh?

Puan Rubiah binti WangPBB · GPSKota Samarahan

Kota Samarahan boleh mohon pencerahan?

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Libaran dapat lapan menara tetapi kebanyakan kawasan di Libaran

ini ialah jauh daripada bandar masuk ke pelosok-pelosok kampung yang tidak mendapat manfaat. Jadi, masalahnya ialah anak-anak yang sekolah memang susah untuk mendapat kemudahan yang di bagi tetapi apa yang saya minta supaya kerajaan dapat menambah lagi untuk kemudahan di Libaran. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Satu lagi Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Kota Samarahan, ringkas.

Puan Rubiah binti WangPBB · GPSKota Samarahan

Terima kasih Yang Berhormat Menteri tentang penjelasan tadi. Kota Samarahan pun ingin merakamkan penghargaan. Namun begitu, dalam kes perkara telekomunikasi bukan sahaja prasarana yang perlu ditekankan. Pengalaman kita di luar bandar. Selain prasarana, satu lagi isu yang perlu kita lihat ialah service provider. Maksudnya, saya mencadangkan agar pihak kementerian bekerjasama rapat dengan service provider, contohnya TM selepas itu Maxis, Celcom dan sebagainya. Berdasarkan pengalaman kita di luar bandar ini, service provider ini ada enggan sedikit untuk memberi perkhidmatan. Walaupun menara-menara ini telah siap dibina sepenuhnya. Mohon pencerahan Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Kota Samarahan.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya faham dan kita perlu menguruskan keseluruhan ekosistem yang berkaitan dengan soal kemudahan jalur lebar ini. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, saya telah membuat engagement secara berasingan dengan setiap service provider. Saya jumpa satu persatu dan kita berunding dengan mereka dan kita membawa permasalahan itu dalam suasana berunding kerana kita faham bagi khidmat di luar bandar, kita memerlukan komitmen daripada syarikat- syarikat telcos yang berkenaan. Setakat ini saya ucapkan terima kasih kepada mereka kerana mereka menunjukkan kerjasama yang sangat positif. Tuan Yang di-Pertua, saya pula hendak mengambil masa yang...

Soalan Tambahan, soalan tambahan. Boleh tanya sedikit lagi tentang connectivity? Terima kasih Yang Berhormat, dalam engagement dengan telcos, adakah juga Yang Berhormat telah buat engagement dengan MEASAT khususnya dari segi memastikan supaya kita dapat menggunakan teknologi satelit untuk to reach pada setiap tempat-tempat di mana keadaan muka bumi ini berbukit bukau. Berapa banyak pun menara jika sekiranya telcos biasa tidak dapat menyelesaikan masalah ini tanpa penggunaan teknologi satelit, itu yang satu. Kedua, apabila menggunakan teknologi satelit tentunya ini daripada pihak swasta dan akhirnya ini melibatkan harga datanya. Jadi bagaimana — adakah kerajaan dapat pertimbangkan untuk memberi subsidi jika kos harga data itu begitu tinggi terutama sekali di luar bandar? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Okey Yang Berhormat Tuaran. Sila Yang Berhormat Menteri habiskan.

Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, sebanyak 839 lokasi di kawasan-kawasan terpencil seluruh negara telah dikenal pasti dan telah pun diluluskan untuk pembinaan kemudahan menggunakan teknologi satelit. Macam saya katakan tadi oleh kerana kita menganggapkan ini sebagai hak asasi manusia, hak asasi rakyat maka walaupun terpencil dan kosnya agak tinggi, kerajaan telah membuat komitmen untuk meneruskan program ini. Sebagai contoh misalnya di

Parlimen Cameron Highlands sahaja 54 lokasi yang kita telah laksanakan dan kita laksanakan juga di kampung-kampung Orang Asli di pedalaman. Jadi saya bersedia untuk berbincang dengan mana-mana Ahli-ahli Yang Berhormat yang mempunyai kawasan-kawasan terpencil yang sedemikian yang mungkin merupakan lompong-lompong ataupun kawasan yang masih tertinggal daripada rancangan yang telah kita buat sama ada oleh Jendela ataupun ada satu lagi program di bawah kementerian yang kita panggil Point of Presence (POP) yang sedang kita laksanakan dengan satu peruntukan pembiayaan langsung oleh kerajaan bagi memasang fiber optic bagi memberikan bekalan jalur lebar yang lebih stabil. Jadi, kita ada dua program. Satunya Jendela yang menumpukan pada pembinaan tower dan juga equipment. Kita juga ada pembinaan gentian optik bagi lebih banyak premis dapat dihubungkan dengan fiber optic. Jadi oleh kerana program ini menyentuh hampir kesemua kawasan-kawasan Parlimen. Jadi saya memohon kerjasama Parlimen Ahli-ahli Yang Berhormat untuk membuat engagement dengan kementerian supaya kita boleh merancang bersama kalau boleh ada kawasan-kawasan lompong terutamanya di mana ada penempatan ataupun ada penduduk supaya konsep connectivity ini sebagai satu human right dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat.

Yang Berhormat di Tuaran ada yang dijanjikan dahulu dari segi Jendela ini dan juga untuk fiber optic tetapi kita menunggu pelaksanaan terutama sekali di dalam satu tempat yang sudah pun diluluskan.

Terima kasih Insya- Allah Yang Berhormat 29 adalah menara dan bagi tempat-tempat terpencil kita perlu bincang untuk membolehkan kita membuat rancangan untuk menggunakan jalur lebar satelit. Saya akan lihat pada perkara ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik.

Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua, minta maaf.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, saya sudah bagi masa sepuluh minit sudah kepada..

Perbahasan saya langsung tidak disentuh oleh Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan 5G yang saya sebutkan sebanyak lima perkara. Jadi, saya mohon juga penjelasan dan jawapan bertulis dari pihak Yang Berhormat Menteri boleh?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Menteri boleh?

Sebenarnya saya ada masuk dalam teks ucapan saya tetapi oleh kerana menghormati masa saya akan berikan jawapan bertulis bukan sahaja pada Yang Berhormat sebenarnya ramai lagi yang tidak dapat saya ulas kan satu persatu saya akan tetap beri makluman secara bertulis.

Terima kasih, minta kalau boleh esok ya.

Boleh, Insya-Allah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Jawapan bertulis dalam masa lima hari. Baik, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seterusnya saya

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

menjemput Yang Berhormat Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Industri Makanan, 20 minit.

Datuk Seri Haji Ahmad bin HamzahUMNO · BNTimbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I · Jasin

Bismillahi Rahmani Rahim terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selaku kementerian yang telah diamanahkan untuk menjamin bekalan makanan bagi Keluarga Malaysia mewakili pihak MAFI saya menyeru pada semua pihak sama ada pada kerajaan atau pembangkang untuk kita sama-sama menjunjung Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menekankan pemerkasaan pertanian dan industri makanan sebagai jaminan sekuriti dan nutrisi makanan kepada hampir 32 juta warga Malaysia. Seramai 12 orang Ahli Yang Berhormat telah menyentuh tentang beberapa perkara berkaitan dengan kementerian ini sepanjang sesi perbahasan.

Datuk Seri Haji Ahmad bin HamzahUMNO · BNTimbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I · Jasin

Pertamanya, Yang Berhormat Papar, Yang Berhormat Kuala Nerus dan Yang Berhormat Kota Samarahan yang telah membangkitkan— pertamanya, isu hala tuju berkaitan sekuriti makanan dan keduanya sasaran sifar lapar, zero hunger. Tuan Yang di-Pertua, untuk sekuriti makanan. Untuk makluman Yang Berhormat Papar, Dasar Agromakanan Negara 2021 - 2030 atau lebih dikenali sebagai DAN 2.0 telah digubal oleh kementerian dengan harapan untuk memberikan manfaat kepada semua golongan sasar khususnya golongan petani dan juga pesawah secara menyeluruh meliputi pelbagai aspek seperti sosial, ekonomi dan juga teknologi. Ia selari dengan objektif yang telah digariskan di bawah DAN 2.0, iaitu untuk meningkatkan pertumbuhan pendapatan dan kualiti hidup yang lebih baik kepada pengeluar makanan. Keduanya, melalui DAN 2.0 yang menjangkaui tempoh masa 10 tahun, pelbagai strategi dan juga pelan tindakan telah dirangka untuk meningkatkan hasil petani dan pesawah serta pendapatan mereka berasaskan kepada lima teras dan juga dasar. Antaranya, fokus adalah kepada pemodenan dan pertanian pintar termasuk penggunaan mekanisasi dan juga automasi serta aplikasi teknologi moden yang dapat meningkatkan kecekapan pengeluaran golongan petani dan menyumbang kepada peningkatan hasil tanaman mereka. Tambahan lagi, golongan pesawah telah diberikan perhatian khusus dalam DAN 2.0 melalui pemerkasaan industri padi dan juga beras. Dalam hubungan ini, tumpuan akan diberikan kepada peningkatan produktiviti hasil padi melalui pengurusan penggunaan tanah dan juga air dengan lebih baik. Pembangunan variety tempatan yang berpotensi, penstrukturan semula bantuan kewangan dan peningkatan penglibatan sektor swasta di sepanjang rantaian ini. Keempat yang penting sekali Dasar Agromakanan Negara 2.0 tahun 2021 - 2030 telah digubal oleh MAFI dengan mengambil kira isu sekuriti makanan yang meliputi daya saing dan juga kemapanan berlandaskan prinsip dan teras Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 dan juga Agenda Pembangunan Mampan 2030 (SDG 2030) termasuk Rancangan Malaysia Kedua Belas dan juga Rancangan Malaysia Ketiga Belas bagi kita sama-sama menjayakan transformasi dan juga pemodenan sektor agromakanan. Seterusnya, manakala Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara tahun 2021 - 2025 yang dirangka untuk memastikan kestabilan dan kemampanan sistem makanan negara kekal terjamin adalah merangkumi strategi seperti berikut;- (i) memperluaskan adaptasi teknologi dalam sistem makanan sebagai langkah pragmatik bagi meningkatkan lagi kecekapan dan juga produktiviti sistem ini, berteraskan skala economical dan pertanian mampan;

Datuk Seri Haji Ahmad bin HamzahUMNO · BNTimbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I · Jasin

(ii) untuk memperkasakan penyelidikan dan pembangunan yang berteraskan sekuriti makanan ke arah meningkatkan lagi kapasiti pengeluaran makanan dan input pertanian seperti makanan ternakan, baka dan benih yang berkualiti secara domestik; (iii) memperkasakan ketersediaan data sekuriti makanan bagi mengenal pasti dan juga memantau tahap sekuriti makanan penduduk Malaysia berdasarkan kepada lokaliti; (iv) menterjemahkan aspirasi dengan izin, food security as a shared responsibility dengan memfokuskan usaha untuk memperluaskan kolaborasi strategik yang berteraskan sekuriti makanan antara kementerian, kerajaan-kerajaan negeri dan juga sektor swasta; dan, (v) untuk memperkukuhkan tadbir urus merentas jabatan dan agensi untuk merapatkan lagi jurang dalam sistem makanan bagi meningkatkan kecekapan pemantauan sekuriti makanan negara. Seterusnya, dengan pelaksanaan serentak DAN 2.0 dan pelan tindakan yang saling melengkapi, sudah tentu sasaran sifar lapar atau zero hunger di bawah Goal 2, SDG 2030 seperti yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sik, insya-allah dapat dicapai.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Minta penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak bertanya tentang apa bezanya Dasar Agromakanan Negara dan juga Pelan Tindakan Food Security? Ini kerana kita tahu bahawa Dasar Agromakanan sebenarnya adalah satu dasar yang menyeluruh di mana food security adalah antaranya paling penting dalam Dasar Agromakanan. Jadi, saya nampak sekarang ada dua plan. Satu Dasar Agromakanan, satu adalah Pelan Tindakan Food Security. So, kenapa buat dua? Kenapa tidak satu dasar? Supaya dapat mengelakkan kekeliruan and double plan ya.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya faham apa soalannya.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri.

Dato' Haji Salim SharifUMNO · BNJempol

Sikit, sikit.

Dasar Agromakanan Negara sebenarnya kita telah kita gariskan, apakah langkah-langkah perlu yang patut kita buat bagi mempertingkatkan lagi pengeluaran. Sementara Dasar Sekuriti Makanan Negara (DSMN) kerana kita mahu memastikan supaya makanan mencukupi bukan sahaja kita dapat bekalkan kepada penduduk-penduduk Malaysia tetapi kita berkeupayaan menjadi pengeksport. Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan kepada perkara seterusnya...

Dato' Haji Salim SharifUMNO · BNJempol

Sikit my senior, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Yang Berhormat, sila duduk. Kemudian.

Dato' Haji Salim SharifUMNO · BNJempol

Sikit sahaja Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Sekejap.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Dia tidak bagi.

Kepada Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Sik...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak bagi. Silakan, teruskan.

Yang Berhormat Tampin.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila teruskan.

Ya, boleh duduk.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Teruskan, teruskan.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Yang Berhormat Menteri, sikit sahaja, sikit sahaja Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Sik.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Yang Berhormat Menteri, tolong jelaskan redundacy itu? Tadi saya tanya tentang redundancy ya, Dasar Agromakanan dengan Dasar Food Security.

Saya sudah jawab...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Bayan Baru, dia hendak teruskan juga.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Tidak mahu jawab?

Saya pergi kepada isu kedua. Isu import, barang makanan mahal dan juga perdagangan antarabangsa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Sik dan juga Yang Berhormat tampin yang telah membangkitkan pertamanya dakwaan berlakunya monopoli import dan kesan ratifikasi CPPPP dan juga UPOV 91 kepada penternak dan juga petani. Pertamanya, monopoli import menyebabkan harga makanan mahal. Dakwaan daripada Yang Berhormat Port Dickson dan juga Yang Berhormat Tampin bahawa berlaku monopoli import sehingga menyebabkan kenaikan harga barang adalah tidak tepat kerana tujuan MAFI adalah untuk menjalankan kawalan kuota import melalui Approved Permit (AP) adalah bagi memastikan supaya bekalan makanan mencukupi dan keluaran pertanian terpilih iaitu untuk kelapa biji tua, kubis bulat, susu cair, keratan ayam dan juga beras. Pada masa yang sama, pelaksanaan AP juga dapat menghalang berlakunya lambakan keluaran pertanian yang terpilih di pasaran yang boleh menjejaskan daya saing dan pengeluaran petani tempatan. Untuk makluman Yang Berhormat Port Dickson dan juga Yang Berhormat Tampin, tiada keperluan bagi mendapatkan AP untuk mengimport cili. Permohonan kuota import di nilai dari aspek kelayakan syarikat pemohon berdasarkan daripada kriteria yang ditetapkan seperti kapasiti pengeluaran melalui bilangan kelengkapan dan juga mesin memproses yang beroperasi. Bagi memastikan objektif supaya bekalan mencukupi dan tidak berlaku lambakan, pertimbangan permohonan juga diberi kepada anggaran tahunan, permintaan serta pengeluaran tempatan.

Bagi kelapa tua biji, kubis bulat, susu cair dan keratan ayam MAFI tidak menetapkan sebarang had bilangan pemegang kuota import. Pada tahun 2017, jumlah syarikat yang telah diluluskan AP bagi kubis bulat ialah 115 syarikat dan 30 syarikat untuk kelapa tua biji. Selepas itu, bagi kuota import beras, kerajaan masih meneruskan dasar mengimport pengimport utama yang telah diperkenalkan sejak tahun 1974 dengan mengambil kira dasar ini adalah penting dan relevan bagi menjamin kelangsungan bekalan beras dalam negara. BERNAS telah dilantik sebagai pengimport utama bagi pihak Kerajaan Malaysia sehingga 10 Januari tahun 2031. Seperti yang pernah dibangkit dan ditimbulkan oleh Yang Berhormat Menteri MAFI dalam Dewan sebelum ini keputusan kerajaan berkenaan pengimportan beras adalah dengan mempertimbangkan semua aspek secara menyeluruh bagi melindungi komoditi strategik ini sebagai makanan ruji rakyat Malaysia. Untuk makluman, permohonan AP kubis bulat untuk dieksport semula adalah tidak dibenarkan.

Yang Berhormat Jasin, sedikit. Ya, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi saya mendengar penjelasan daripada Menteri mengenai BERNAS dipilih sebagai pengimport utama. Jadi, kenapa BERNAS sahaja

mendapat pilihan ini kerana kalau kita buka lebih banyak ia nya mungkin daripada segi harga akan dapat lebih murah. Daripada itu bagaimanakah tindakan kita kebergantungan negara-negara luar? Apa yang disebut tadi langkah contohnya penubuhan insentif kerajaan menubuhkan Lembaga Padi Negara. Jadi, adakah penubuhan Lembaga Padi Negara ini gagal kerana kita masih bergantung import daripada beras luar. Jadi mohon penjelasan daripada Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Sila Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih sahabat saya daripada Jempol yang sebenarnya banyak mempunyai pengetahuan tentang apa yang berlaku terutamanya bagi memastikan supaya bekalan makanan kita terjamin. Pertamanya Tuan Yang di-Pertua, kita mempunyai sejarah hitam. Pada tahun 1971 walaupun kita telah menubuhkan Lembaga Padi Negara (LPN) pada ketika tersebut tetapi pada tahun 1973 kita menghadapi krisis beras dunia di mana kekurangan beras dan harga beras melambung. Maka kerajaan telah menubuhkan LPN dan memberikan LPN sebagai pengimport tunggal dan sebagai gatekeeper dan juga dengan mekanisme pengurusan bekalan beras dan juga menstabilkan harga. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, LPN telah menerima geran dari tahun 1972 hingga tahun 1994 untuk perbelanjaan mereka adalah sebanyak RM1.2 bilion pada ketika tersebut. Selepas itu, selaras dengan Dasar Penswastaan Negara kita menjimatkan tanggungan kepada kerajaan, BERNAS telah diswastakan. Akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, banyak perkara berlaku sehingga BERNAS selepas itu telah diapungkan di pasaran saham, Bursa Saham Malaysia. Untuk maklumat Yang Berhormat yang bertanya tadi, barulah kita dapat pasti pemegang utama saham BERNAS ini adalah rakyat Hong Kong. Pernah menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia untuk menyelamatkan pegangan saham ini. Maka di sinilah sebenarnya BERNAS telah diarahkan untuk menyelamatkan saham BERNAS tadi yang dipegang oleh Hong Kong dan dia beli. Seterusnya BERNAS mempunyai satu pengalaman yang panjang dalam menguruskan pembekalan padi negara selama 30 tahun dan juga mempunyai obligasi sebanyak 10 obligasi yang telah ditetapkan. Saya hendak sebut di sini...

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Penjelasan.

Satu lagi perkara yang patut kita sebutkan.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Minta penjelasan. Sedikit ya. Saya hendak mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Jempol tanya soalan yang sangat penting kerana kita tahu bahawa BERNAS sebagai sole importer kepada semua beras dari luar negara. Jadi kita biarkan BERNAS import 30 peratus beras dari luar negara dan keputusan itu adalah satu monopoli, memberi monopoli. Kita tahu bahawa monopoli itu sebenarnya tidak sihat daripada segi competition. Tadi Yang Berhormat Jempol tanya isu monopoli. Dia pun rasa tidak patutnya dibiarkan lebih syarikat yang mungkin akan menurunkan harga dan sebagainya kerana competition is good kerana ada persaingan barulah ada persaingan yang sihat. Jadi, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri...

Yang Berhormat sebenarnya saya pun...

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

...Dengan memberi monopoli kepada BERNAS kerana BERNAS ini dia sekarang syarikat swasta.

Saya baru hendak menjawab tadi Yang Berhormat . Cukup, cukup. Saya faham.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Syarikat swasta ya.

Saya sudah faham Yang Berhormat. Saya faham sudah.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Adakah itu sihat? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Terima kasih. Yang Berhormat, BERNAS telah dilantik sebagai pengimport tunggal berdasarkan daripada bukan sahaja kemampuan, kepakaran dan juga selama 30 tahun sebagai pengimport yang mempunyai pengalaman dan juga semua contact daripada pembekal-pembekal. Saya bagi satu contoh.

Itu bukan alasanlah.

Semasa kita mula-mula menghadapi COVID-19, pada ketika tersebut negara-negara pengeluar terutamanya Thailand dan Vietnam telah menghentikan pembekalan. Maka kerajaan terpaksa mengambil tindakan untuk mengarahkan BERNAS untuk membeli beras-beras tersebut dengan apa harga sekalipun yang ditanggung oleh BERNAS kerana syarikat ini mempunyai kemampuan. Untuk maklumat Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini Yang Berhormat Menteri telah mengumumkan bahawa BERNAS dikehendaki untuk menambah lagi stockpile kita. Sekarang kita ada stockpile kita di seluruh negara hanya sebanyak 150,000 metrik tan.

Tuan Yang di-Pertua, Sik mohon sedikit penjelasan. Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Itu matlamat kita untuk tahun ini meningkatkan 300 ribu metrik tan dan seterusnya harga ini ditanggung oleh BERNAS yang berjumlah sebanyak RM250 juta berasaskan daripada harga ini ialah sebanyak USD300.

Yang Berhormat Timbalan Menteri Sik mohon sedikit penjelasan.

Sekarang Tuan Yang di-Pertua, harga beras di pasaran dunia adalah sebanyak USD600. Maknanya BERNAS akan menanggung harga sebanyak RM500 juta. Jadi, inilah sebenarnya kehebatan BERNAS yang menjadi sebagai pengeksport tunggal. Saya terus kepada perkara seterusnya Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Dr. Hasan bin BahromAMANAH · PHTampin

Yang Berhormat Timbalan Menteri...

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Sik mohon sedikit penjelasan.

Datuk Dr. Hasan bin BahromAMANAH · PHTampin

...Mohon...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Daripada Sik atau daripada mana tadi?

Mohon Sik, mohon sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebelah.

Datuk Dr. Hasan bin BahromAMANAH · PHTampin

Tampin, Tampin.

Sik mohon sini dulu ya. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dalam soal perbekalan beras ini saya nampak juga perlu diambil perhatian adalah daripada segi industri padi itu sendiri Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dalam industri padi ini, soal penyelidikan dan intervensi pemulihan tanah sangat penting saya nampak. Ada yang dinyatakan yang saya rujuk dalam International Rice Research Institute didapati kita Malaysia masih belum menganggotai IRRI dalam penjanaan untuk membantu kita daripada segi penyelidikan khususnya dalam pembangunan industri padi yang kita sasarkan 80 percent SSL kita dalam Dasar Agromakanan Negara.. Jadi, saya mohon penjelasan adakah pelan pihak kementerian untuk kita bersama menganggotai International Rice Research Institute ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Timbalan Menteri, masa telah tamat. Saya beri beberapa minit lagi yang diperlukan?

Saya sebenarnya ada satu perkara besar yang saya hendak sebutkan tentang apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sik. Tetapi apa pun saya hendak betulkan apa yang beliau sebut tadi. SSL kita sebenarnya hanya 70 peratus sahaja Tuan Yang di-Pertua. Jadi kita sekarang bergantung sekurang- sekurangnya...

Maksud saya, kita hendak tambah sahaja lagi 80 kan dalam kita punya dasar kita.

...Import beras dari luar. Saya menghormati masa Tuan Yang di-Pertua walaupun sebenarnya saya banyak lagi yang hendak dijawab tetapi saya mohon kalau boleh dapat jawapan secara bertulis. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan. Seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri Alam Sekitar dan Air untuk menjawab. 20 minit.

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNMenteri Alam Sekitar dan Air · Kubang Kerian

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih juga kepada semua yang mengambil bahagian. Seramai 13 orang Ahli Yang Berhormat telah berbahas. Ada empat isu utama yang dibangkitkan yang melibatkan pengurusan banjir, bekalan air dan sumber air, perubahan iklim dan pengurusan alam sekitar. Saya ingin terus kepada pengurusan banjir yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Raub, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Baram, Yang Berhormat Labuan dan Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Raub, sebanyak RM9.19 bilion telah pun diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 bagi 98 buah projek rancangan tebatan banjir dan saliran bandar di seluruh negara yang turut merangkumi projek sambungan daripada RMK11. Sehingga September 2021, tujuh projek telah pun siap dalam tempoh Defect Liability Period (DLP) dan 27 lagi projek dalam pelaksanaan dan 64 projek di peringkat pra pelaksanaan. Itu bagi menjawab persoalan Yang Berhormat Raub. Kepada soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas. Kerja-kerja pembaikan tanah runtuhan tebing Sungai Kelantan di Kampung Pohon Celagi, Pasir Mas, Kelantan telah pun dimulakan oleh pihak kontraktor bermula pada 4 Ogos 2021 dan pelaksanaannya dijangka mengambil masa selama 9 bulan dan dijangka siap pada 3 Mei 2022 dengan kos keseluruhan projek sebanyak RM64.25 juta dan fokus kerja tertumpu kepada pengukuhan tebing dan pengorekan pasir bagi melancarkan aliran air sungai bagi mengurangkan impak banjir pada musim monsun. Bagi mengatasi masalah banjir di kawasan Yang Berhormat Tumpat, melalui program PEMERKASA, JPS telah pun memperuntukkan sebanyak RM490,000 bagi kerja- kerja pemulihan sungai bagi mengurangkan risiko banjir daerah Tumpat. Ia melibatkan 16 projek dan ini bermula pada 23 Jun 2021 dan dijangka siap pada 15 September 2021, baru-baru ini. Saya ingin memaklumkan juga bahawa status kemajuan fizikal Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok (KESBAN) Fasa 1 yang dibangkitkan, sehingga kini telah pun mencapai sasaran sebanyak 30 peratus dan projek ini dijangka siap pada 13 Ogos 2024, manakala Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan Fasa 1 adalah sebanyak 60 peratus pencapaian sehingga kini dan ia dijangka siap pada 14 Jun 2022. Untuk makluman semua bahawa kementerian kita juga melahirkan rasa simpati kepada penduduk yang terlibat dalam tragedi kepala air ataupun aliran debris di kawasan Gurun. Untuk makluman semua, kerja-kerja pemulihan segera telah pun dilaksanakan oleh JPS iaitu membaik pulih tebing dan mendalamkan sungai dengan peruntukan

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNMenteri Alam Sekitar dan Air · Kubang Kerian

sebanyak RM430,000. Projek ini dijangka siap pada Oktober ini. Itu bagi kawasan Gurun. Manakala bagi pelan pemulihan jangka panjang, pihak JPS telah pun mengemukakan permohonan untuk mewujudkan butiran kerja kepada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Untuk makluman semua, skop kerja melibatkan pembinaan dua buah Empangan Sabo dan dua buah jambatan. Cadangan kontraktor yang telah pun layak telah pun di kemukakan untuk kelulusan bagi pihak Kementerian Kewangan. Insya-Allah kita harapkan projek ini akan dapat dilaksanakan dengan segera. Satu lagi ialah isu pencerobohan di kawasan tanah rizab sungai. Saya ingin membangkitkan perkara ini kerana kita ingin memohon kerjasama daripada setiap kerajaan negeri bagi memastikan tiada aktiviti pembangunan dan penempatan di kawasan rizab sungai. Langkah-langkah kerjasama ini perlu bagi kita memastikan bahawa tidak ada kawasan pencerobohan rizab sungai tersebut. Insya-Allah untuk makluman semua, saya juga ingin menjawab kepada soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Baram. Untuk makluman Yang Berhormat Baram, kerajaan telah meluluskan peruntukan sejumlah RM6.2 juta dalam pembinaan retaining wall tebing Sungai Baram, Sarawak. Untuk makluman semua, projek ini telah pun bermula secara fizikal dan sebanyak 98 peratus, kalau mengikut jadual ia akan siap dalam bulan Oktober ini. Di samping itu untuk projek bagi kawasan hakisan pantai di Kampung Batu Satu, Kuala Baram, Miri Sarawak, kerajaan telah pun meluluskan peruntukan sebanyak RM17.3 juta dan projek ini di peringkat pelaksanaan dan dijangka siap pada tahun 2022. Isu banjir juga dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Labuan. JPS sedang melaksanakan projek penyelenggaraan kolam takungan banjir sebagai langkah penyelesaian jangka pendek berikut. Pertama, kerja penyelenggaraan kolam takungan banjir termasuk kerja berkaitan sepanjang koridor di kompleks JPS, Wilayah Persekutuan Labuan dengan kos sebanyak RM311,700 dengan status pelaksanaan sebanyak 30 peratus. Kalau mengikut jadual, dijangka siap pada November 2021. Kedua, kerja penyelenggaraan kolam takungan Ranca-ranca Darat dengan kos sebanyak RM70,350 dan telah pun siap pada 29 Jun 2021. Manakala kerja yang ketiga ialah pembesaran kolam takungan banjir Jabatan Bomba Ranha-racha Wilayah Persekutuan Labuan yang dijangka siap pada akhir bulan September ini, insya-Allah. Selain itu, JPS juga sedang melaksanakan projek naik taraf sistem saliran mesra alam Kampung Ranca-ranca yang lain, dijangka siap pada tahun 2024 dengan kos siling sebanyak RM4.5 juta bagi mengatasi masalah banjir yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat Hang Tuah Jaya juga membangkitkan isu yang sama tentang masalah banjir. Kementerian melalui JPS mengambil beberapa pendekatan secara berstruktur dan bukan berstruktur untuk mengurangkan risiko banjir dalam pemuliharaan alam seperti berikut. Bagi pendekatan secara berstruktur, dengan pelaksanaan enam projek RTB di Melaka dalam peringkat pra pelaksanaan dan dua projek kajian sedang dalam proses pelaksanaan. Jumlah keseluruhan bagi enam projek ini ialah sebanyak RM930.7 juta. Untuk makluman semua, RTB Sungai Duyung juga dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat di kawasan Ayer Keroh dengan kos sebanyak RM117 juta telah pun diluluskan dan Insya-Allah projek ini akan siap dalam tempoh tiga tahun iaitu dalam tempoh 36 bulan, Insya-Allah. Selain daripada pendekatan berstruktur, JPS juga menggunakan pendekatan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) sebagai rujukan kerajaan negeri dalam merancang pembangunan agar selari dengan matlamat pemeliharaan kelestarian alam sekitar. Tuan Yang di-Pertua, selain itu isu yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen ialah berhubung dengan isu bekalan air. Saya ingin menjawab isu-isu yang telah dibangkitkan

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNMenteri Alam Sekitar dan Air · Kubang Kerian

berkenaan dengan bekalan air. Untuk makluman bahawa perkhidmatan bekalan air disediakan oleh operator-operator air di negeri masing-masing. Operator air ini hampir kesemuanya dimiliki oleh kerajaan negeri. Fungsi Kementerian Alam Sekitar dan Air adalah menetapkan hala tuju dan polisi sektor air negara. Manakala fungsi kawal selia dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan pembiayaan pembangunan aset-aset bekalan air oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan berdasarkan pendekatan bina dan pajak. Untuk makluman semua, sebagai sebuah entiti perniagaan, operator air harus mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna. Oleh itu, Mekanisme Penetapan Tarif Air (TSM) perlu dilaksanakan bagi memastikan operator air berada dalam kedudukan kewangan yang stabil dan berdaya maju untuk terus membuat pelaburan dalam infrastruktur air. Pada masa ini, kebanyakan operator air berada dalam kedudukan kewangan yang tidak mampan bagi memberikan perkhidmatan berkualiti kepada pengguna. Kementerian mendapati bahawa TSM dibina bertujuan untuk mewujudkan kaedah penetapan tarif air yang telus, adil dan sistematik untuk kebaikan pengguna industri operator air dan pihak kerajaan. Melalui TSM, pengguna akan mendapat jaminan bekalan air yang berterusan melalui pembinaan loji-loji baru, menaik taraf lodging dan membaiki paip-paip yang usang. Yang Berhormat Sik membangkitkan isu yang berlaku di kawasan beliau. Untuk makluman semua, bekalan air yang terawat di kawasan Sik adalah daripada Loji Rawatan Air (LRA) Batu 5 dan LRA Jeniang Baru yang beroperasi melebihi kapasiti reka bentuk yang telah pun dibina. Untuk makluman semua, penyelesaian jangka panjang ialah dengan menaik taraf dua buah loji iaitu LRA Jeniang Baru daripada 25 juta liter sehari kepada 60 juta liter sehari yang dilaksanakan oleh KPLB dan LRA Sungai Limau daripada 18 juta liter sehari kepada 40 juta liter sehari yang dilaksanakan oleh bahagian bekalan air. KASA ...

Sik mohon penjelasan sedikit. Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas penjelasan untuk projek-projek penambahbaikan bekalan air di Sik. Cuma saya lihat mungkin projek itu mengambil masa yang agak lama untuk kita siapkan. Satu alternatif bekalan air itu ialah alternatif air bukit ataupun air daripada hutan- hutan simpan ini yang boleh diteroka, digunakan lebih cepat oleh para penduduk yang tiada bekalan air. Jadi mungkin pihak kementerian dapat melihat ini bersama dengan Kementerian Sumber Asli kerana sumber air ini banyak daripada punca bukit ataupun hutan-hutan yang ada simpanan air ini sebagai alternatif segera kepada penduduk yang terputus bekalan ini. Terima kasih.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Yang Berhormat Menteri, tambah sedikit. Yang Berhormat Menteri, Padang Serai.

Saya hendak jawab dahulu soalan Yang Berhormat Sik. Untuk maklumat Yang Berhormat Sik, projek yang saya sebutkan tadi kalau ikut jadual, ia akan siap pada tahun 2023. Namun saya menyambut baik. Sebagai contoh projek bekalan air bukit ini sebenarnya kita pun telah mulakan di air tandak di kawasan Kampung Charok Damar, Sik pada Oktober 2020 dan kita memperluaskan penggunaan sumber air alternatif atau off-grid ini daripada seperti air bukit atau air tandak. Untuk makluman semua, agensi di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air bekerjasama dengan SPAN dan kementerian Luar Bandar, kita juga melancarkan projek wakaf air untuk memberi dan menyediakan bekalan air kepada penduduk yang jauh daripada sumber air awam. Ini telah pun berjaya kita laksanakan. Sehingga setakat ini, kerjasama yang sangat baik dengan pelbagai pihak. Insya-Allah, apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sik itu akan kita terus laksanakan di seluruh negara. Terima kasih.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih banyak.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Yang Berhormat Menteri, Padang Serai.

Ya, Yang Berhormat Padang Serai.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Di kawasan saya, Parlimen Padang Serai, kerap kali paip pecah dan tekanan air kurang. Apabila kita check tengok, mereka beritahu, paip yang dipasang itu lebih kurang 30 tahun, 40 tahun dahulu. Maknanya semuanya sudah luput dah. Selain daripada itu juga, apabila dia buka air, pressure air kuat sedikit, didapati paip semua pecah. Kebanyakan rumah yang dua tingkat ini, air tidak dapat naik. Ini disebabkan saya tanya pada SADA, walaupun SADA ini under negeri Kedah, tetapi apabila SADA beritahu apabila dia buka paip pressure kuat sedikit, banyak paip akan pecah. So masalah ini rakyat akan sentiasa call kita macam mana, macam mana, macam mana. So saya harap Menteri berhubung dengan negeri Kedah untuk selesaikan masalah ini. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Ya, Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, Kota Kinabalu.

Boleh. Sedikit sahaja.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Ya, sedikit sahaja. Tadi yang masa Menteri gulung untuk rancangan tebatan banjir, saya pernah bawa isu rancangan tebatan banjir di Kota Kinabalu. So saya harapkan Menteri dapat mempertimbangkan masukkan di Likas Barrage dalam RMKe-12. Terima kasih.

Isu yang dibangkitkan oleh kedua-dua orang Yang Berhormat tadi agak berbeza sedikit. Isu yang berlaku yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Padang Serai tadi adalah melibatkan soal penggantian paip. Kita akui bahawa sesetengah negeri termasuk Kedah, kadar NRW nya sangat tinggi. Sebagaimana yang dibangkitkan bahawa paip ini tempoh hayatnya antara 35 ke 40 tahun dan sebahagian paip yang ada ini perlu ditukar. Saya akui bahawa apabila penukaran dibuat, tekanan air akan lebih tinggi, yang menyebabkan berlaku pula kawasan-kawasan lain yang akan pecah dan sebagainya. Namun perkara ini sebenarnya dalam jadual di peringkat kita, di peringkat Bahagian Bekalan Air (BBA) bersama dengan agensi kerajaan negeri, kita ada tiga pendekatan dalam menyelesaikan masalah NRW di seluruh negara. Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Kinabalu berhubung dengan soal bekalan air di kawasan Kota Kinabalu, saya telah sebutkan tadi bahawa bekalan air bagi Sabah dan Sarawak diuruskan oleh jabatan air di Sabah dan Sarawak. Untuk makluman semua, perkara ini sebenarnya dalam perbincangan pihak kami dengan kerajaan negeri di Sabah tentang isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dan ini memerlukan suatu masa sedikit. Saya akui bahawa perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat di luar daripada bidang kuasa ataupun kuasa di peringkat kementerian, kita akan berurusan dengan pihak jabatan bekalan air negeri, khususnya di Sabah bagi menyelesaikan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Terima kasih. Sedikit tambahan maklumat ialah yang dibangkitkan tadi tentang SADA. Untuk makluman, lima projek sedang berjalan sekarang untuk penukaran paip dan hampir keseluruhannya bernilai lebih kurang dalam RM1 bilion untuk kita atasi masalah NRW di Kedah.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Baik, saya sambung . Selain daripada itu, saya juga mengalu-alukan permohonan projek wakaf air sebagaimana yang saya bangkitkan tadi. Untuk makluman, projek wakaf air ini kita limit 50,000 satu projek kawasan luar bandar yang jauh daripada sumber bekalan air awam. Di waktu yang sama kita mendapat kerjasama dengan KPLB dan KKM, insya-Allah bagi memastikan semua penduduk luar bandar juga termasuk kawasan-kawasan Orang Asal dapat kita salurkan bekalan. Untuk makluman Yang Berhormat Beaufort juga yang membangkitkan isu sama tentang – Kerajaan Persekutuan komited untuk menyelesaikan masalah bekalan air yang dihadapi oleh Parlimen Beaufort. Sehingga kini, RM337 juta telah pun diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan secara pinjaman bagi melaksanakan lima buah projek bekalan air dan kesemuanya telah pun siap sepenuhnya. Tambahan peruntukan secara langsung sebanyak RM18.3 juta diperuntukkan bagi melaksanakan program bekalan NRW yang melibatkan tiga pakej yang mana dijangka siap sepenuhnya pada Oktober 2022. Namun masalah bekalan air berlarutan masih timbul. Antaranya akibat daripada masalah pengepaman air mentah ke loji rawatan air disebabkan muka sauk yang cetek dan berlumpur dan kerosakan peralatan pam dan sistem penapisan serta kadar kebocoran paip atau NRW yang masih tinggi di daerah Beaufort hingga mencecah 60 peratus kadar NRW.

Puan Rusnah binti AluaiPKR · PHTangga Batu

Yang Berhormat Menteri.

Ini adalah antara isu besar yang kita hadapi. Sebagai langkah penyelesaian, telah pun dilaksanakan oleh Jabatan Air Negeri Sabah dengan menyiapkan kerja-kerja membina ‘veer’ bagi memudahkan pengaliran air masuk ke muka sauk pada tahun 2019. Selain daripada itu, Jabatan Air Negeri Sabah juga turut melaksanakan kerja-kerja pembersihan muka sauk, pembaikan peralatan, pam dan paip bocor secara berkala. Dalam hal ini, peranan Jabatan Air Negeri Sabah selaku operator air di negeri adalah amat penting untuk memastikan semua kerja operasi dan penyelenggaraan dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Puan Rusnah binti AluaiPKR · PHTangga Batu

Yang Berhormat Menteri. Saya ingin mengetahui – masa tinggal tiga minit lebih sahaja lagi. Tadi Yang Berhormat Menteri telah menyatakan tentang masalah-masalah banjir kilat tetapi dari Yang Berhormat, Tangga Batu belum dijawab. Adakah ada di dalam senarai untuk masalah banjir kilat di Tangga Batu ini sebab orang-orang di Tangga Batu semua sudah pasang telinga, sudah tengok TV untuk mengetahui jawapan? Terima kasih.

Ya Allah, saya ada kekangan masa. Saya akan jawab secara bertulislah. Insya-Allah. Isu kita ada dua lagi. Satu isu perubahan iklim. Untuk makluman Yang Berhormat Raub, format panduan bagi pengiraan...

Yang Berhormat Menteri.

...GHG yang melibatkan pengiraan pelepasan dan penyerapan GHG yang diterima pakai dunia telah pun ditetapkan di bawah Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNFCCC) yang digunakan dalam pelaporan National Communication dan Biennial Update Reports (BUR) sejak tahun 2006. Untuk makluman Yang Berhormat, strategi jangka panjang pembangunan rendah karbon sedang dibangunkan dan dijangka siap pada akhir tahun 2022. Pembangunan unjuran dan analisis dijalankan dengan menggunakan beberapa model yang berperanan untuk menyokong evidence-based policy yang akan menentukan hala tuju Dasar Karbon Negara. Ini adalah dengan mengambil kira impak dasar-dasar dan potensi pengurangan GHG daripada tindakan- tindakan mitigasi perubahan iklim negara yang boleh dicapai sehingga tahun 2050. Untuk makluman Yang Berhormat Raub juga, KASA bersama dengan Kementerian Pengangkutan telah pun memuktamadkan memorandum Jemaah Menteri mengenai Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon (LCMB). Dokumen ini dirangka

selaras dengan Dasar Pengangkutan Negara dan menggariskan fokus dan strategi bagi perkhidmatan tenaga dan pengurangan pelepasan gas rumah kaca...

Machang Yang Berhormat.

untuk sektor pengangkutan darat.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri, ada Yang Berhormat Machang.

Selain daripada bidang fokus ialah penggunaan kenderaan EV, pengangkutan darat merangkumi kereta, bas dan motosikal elektrik. Strategi dan inisiatif bersesuaian bagi menggalakkan penggunaan EV dan ini akan membuka peluang pelaburan baharu dan pekerjaan berkemahiran tinggi dalam bidang teknologi hijau. Yang Berhormat Bentong juga membangkitkan isu tentang perkara ini ...

Yang Berhormat Menteri, boleh minta?

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Machang.

Machang.

Yang Berhormat Machang, sila. Saya tidak ada masa – okey, okey.

Sedikit. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri sudah masuk ke tajuk lain. Mungkin masa tidak mencukupi. Saya ada membangkitkan soal masalah air di Kelantan. Saya faham bahawasanya air di setiap negeri diuruskan oleh operator-operator di setiap negeri. Akan tetapi pada tahun 2017 dan awal tahun 2018, saya terlibat di dalam satu mesyuarat di antara pihak negeri dengan pihak ‘PAAB’ dan juga Kerajaan Persekutuan. Pihak kementerian pada waktu itu di dalam menyelaraskan kembali masalah air bersih dan air terawat, bekalan air di Kelantan yang sudah berdekad lamanya rakyat negeri Kelantan bermasalah daripada segi mendapatkan bekalan air yang bersih.

Sehingga hari ini pun Yang Berhormat Menteri pun maklum, Yang Berhormat Menteri daripada Parlimen di Kelantan juga. Rakyat menghadapi masalah air yang begitu teruk sekali. Kadang-kadang bukan sahaja terputus tetapi keadaan air yang terlalu tidak bersih, air yang berkeladak. Jadi, apakah perancangan kerajaan sama ada hendak meneruskan balik program rasionalisasi air yang pada waktu itu saya ingat Yang Berhormat Jeli juga bersama dengan saya di dalam mesyuarat tersebut di dalam perjumpaan tersebut. Adakah ia terhenti di setakat ini dan apakah langkah yang perlu dilihat oleh pihak kementerian bagi memastikan operator-operator di negeri Kelantan khususnya Air Kelantan Sdn. Bhd. dapat membuat penambahbaikan dan memastikan rakyat negeri Kelantan tidak akan tertinggal begitu jauh di dalam mendapatkan bekalan air bersih untuk rakyat negeri Kelantan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat Machang. Saya mengakui bahawa isu bekalan air di Kelantan ini sangat rendah. Liputan lebih kurang dalam 76 peratus dan saya fikir di antara isu besar yang kita hadapi di hampir dalam 60 peratus loji-loji di Kelantan ialah kerana sumber air yang tidak menepati piawaian tertentu kadar...

NRW pun, NRW pun begitu tinggi Yang Berhormat Menteri.

Ya, ya. Jadi, isu kita ialah – penyelesaian saya hendak maklumkan bahawa kita dalam perancangan untuk bersama-sama dengan Yang Berhormat Jeli dengan beberapa agensi di Kelantan termasuk juga AKSB untuk membina suatu Projek Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) di kawasan Machang yang boleh menampung kepada tujuh buah LRA yang memang di bawah kapasiti sebenar.

Masalah kita ialah air yang ada ini tidak memenuhi, tidak capai kapasiti loji. Kadang- kadang kita buat loji lebih kurang 30 MLD tetapi air dalam 20 MLD. Puncanya ialah kerana punca air tersebut. Jadi, kita – jalan penyelesaian ialah kita membina sebuah TAPS yang lebih kurang dalam 500 MLD yang boleh menampung hampir tujuh buah loji utama yang bekalkan air di Kelantan. Insya-Allah kita harapkan ini sebagai penyelesaian menyeluru...

Kalau boleh kita hendak tahu time frame Yang Berhormat Menteri. Bilakah agaknya? Sudah berdekad Yang Berhormat Menteri.

Ya. Kalau ikutkan unjuran kita bahawa pembinaan loji ini diperlukan lebih kurang dalam tiga tahun. Loji ia ada tiga komponen untuk makluman Yang Berhormat. Satu ialah TAPS, kedua ialah loji dan ketiga piping yang akan menyambung secara graviti daripada TAPS tersebut kepada loji-loji yang sedia ada.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, masa sudah tamat.

Insya-Allah, kita doakan mudah-mudahan perkara kita dapat atasilah. Insya-Allah.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, masa sudah habis.

Terima kasih, terima kasih. Saya sudah habis masa. Saya hendak sikit saja saya hendak sentuh bahagian akhir yang juga dibangkitkan ialah – Tuan Yang di-Pertua, sikit. Saya ambil masa sikit dalam seminit – ialah isu pengurusan alam sekitar juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sik. Bagi tempoh 1 Januari 2021 hingga 21 September 2021, JAS telah pun melaksanakan penguatkuasaan terhadap 15,344 buah premis yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di seluruh negara. Sebanyak 6,762 tindakan tegas yang merangkumi 1,267 notis arahan, 4,529 kompaun, 750 penahanan operasi kelengkapan, dua perintah larangan, 12 gantung lesen dan sebanyak 202 kertas siasatan telah pun dibuka. Isu pencemaran ditangani melalui pelbagai agensi termasuklah Unit Cegah Jenayah Jabatan Alam Sekitar (UCJJAS) dan penglibatan pelbagai agensi terutama pihak kerajaan negeri, PDRM, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Jabatan Bio Keselamatan, badan bekalan air dan pihak berkuasa tempatan. Tindakan secara menyeluruh ini akan meningkatkan lagi keberkesanan strategi dan tindakan yang diambil terutama dalam melaksanakan penguatkuasaan ke atas punca-punca pencemar sama ada daripada industri, projek pembangunan ataupun lain-lain punca yang berlaku. Tuan Yang di-Pertua, saya juga akan respons kepada beberapa persoalan yang tidak sempat saya jawab secara bertulis. Terima kasih banyak dan Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Yang di-Pertua

Waalaikumusalam. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri Kementerian Dalam Negeri. Masa 30 minit. Silakan.

Dato’ Seri Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNMenteri Dalam Negeri · Larut

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seramai 24 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Titah Diraja 2021 di Dewan yang mulia ini dari 14 hingga 21 September. Antara yang lain telah menyentuh portfolio berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri. Sebelum saya menjawab pertanyaan- pertanyaan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, izinkan saya merafakkan sembah menjunjung kasih atas Titah Diraja oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Keenam Belas semasa Majlis Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Keempat Belas tahun 2021 pada 13 September yang lalu. Yang Berhormat Hulu Rajang, Yang Berhormat Tanjong Manis dan Yang Berhormat Kalabakan bertanyakan mengenai status dan cadangan pembangunan infrastruktur yang melibatkan agensi-agensi di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam

Dato’ Seri Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNMenteri Dalam Negeri · Larut

Negeri seperti projek pembangunan balai-balai baharu, pembangunan kompleks ICQ dan pembaikan premis-premis PDRM. Cadangan pembinaan Balai Polis Belaga telah diangkat kepada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri di bawah Roling Plan 2 (RP2) Rancangan Malaysia Kedua Belas tahun 2022 dan sedang menunggu kelulusan. Pada masa ini, Balai Polis Belaga sedang beroperasi di bangunan sementara setelah keseluruhan bangunan musnah yang terbakar pada bulan Disember 2020.

Datuk Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Terima kasih Dato’ Menteri, Hulu Rajang.

Terima kasih. Bagi cadangan menaik taraf Balai Polis Kapit dan Pekan Tubau serta pembinaan baharu Balai Polis Sungai Asap, pihak Polis Diraja Malaysia akan melihat keperluan untuk menaiktarafkan atau pembinaan baharu ketiga-tiga balai polis berkenaan. Kementerian juga sedang meneliti dan mempertimbangkan cadangan bagi membina kompleks imigresen, kastam dan kuarantin serta mengisytiharkan pintu masuk baharu di seluruh negara termasuklah di bahagian Kapit, Sarawak dan juga Kalabakan di Sabah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebarang perancangan pembangunan kompleks ICQ yang baharu perlu kita pertimbangkan beberapa perkara seperti berikut: (i) kerjasama kerajaan negeri untuk mengenal pasti, menawarkan tapak tanah dan menyediakan akses jalan yang menghubungkan antara Malaysia dan negara jiran; (ii) perlu mendapatkan persetujuan strategik kedua-dua negara untuk membuka dan mengisytiharkan kompleks ICQ baharu; dan (iii) permohonan daripada kerajaan negeri kepada Kementerian Dalam Negeri untuk perancangan projek pembangunan penelitian pengisytiharan pintu masuk baharu dan pertimbangan Kerajaan Persekutuan. Bagi cadangan pembinaan balai polis di Pulau Bruit pula. Kawasan Pulau Bruit Sarawak terletak di bawah bidang kuasa pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Matu Daro. Manakala balai polis yang terhampir dengan pulau ini adalah Balai Polis Daro. Kedua-dua IPD Matu Daro dan Balai Polis Daro telah dimasukkan di dalam perancangan pembinaan di bawah Pelan Tindakan Perancangan Strategik Polis Diraja Malaysia 2021-2025. Isu imigresen Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Rompin bertanyakan mengenai proses kelulusan permit buruh asing bagi mengatasi isu kekurangan tenaga buruh asing terutamanya di sektor perladangan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Malaysia telah melaksanakan moratorium pengambilan pekerja asing baharu sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020 bagi mengekang penularan pandemik COVID-19 dan variant of concern (VOC) terutamanya dari negara-negara berisiko tinggi yang merangkumi negara sumber seperti Indonesia, India dan Bangladesh. Bagi mengimbangi keadaan ini, kerajaan telah melaksanakan Pelan Rekaliberasi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang membolehkan majikan untuk mengambil PATI di negara ini bekerja secara sah melalui program Rekaliberasi Tenaga Kerja. Walau bagaimanapun pada 7 April 2021, kerajaan telah memberikan kebenaran kepada 32,000 pekerja asing baharu bagi mengisi kekosongan yang ada dalam sektor perladangan. Penyelarasan inisiatif ini telah pun diterajui oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) dengan penglibatan semua agensi berkaitan bagi memastikan pengambilan baharu berjalan lancar. Manakala, isu pembukaan sempadan negara bagi tujuan kemasukan pekerja asing baharu adalah tertakluk kepada keputusan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia berdasarkan penilaian situasi pandemik COVID-19 daripada semasa ke semasa. Yang Berhormat Beruas pula bertanyakan berkenaan kesediaan Kementerian Dalam Negeri dalam meneliti semula syarat-syarat Pelan Rekaliberasi.

Kerajaan melalui KDN dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia dan semua agensi kawal selia sentiasa prihatin untuk meneliti dan menyemak dasar Pelan Rekalibrasi PATI daripada semasa ke semasa bagi memastikan pelan tersebut sentiasa relevan. Antara penambahbaikan program ini di bawah Pelan Rekalibrasi PATI yang telah dipersetujui oleh kerajaan adalah seperti berikut. Pertama, Kementerian Sumber Manusia. Kita benarkan membuat kelonggaran terhadap kelayakan kriteria minimum majikan semasa permohonan kuota Program Rekalibrasi Tenaga Kerja di Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) berdasarkan kadar margin 10 peratus. Jadi kalau boleh, kita bagi 10 peratus margin. Kedua, Program Rekalibrasi Tenaga Kerja atau RTK turut dibuka kepada majikan dalam subsektor perkhidmatan seperti berikut: (i) subsektor restoran; (ii) subsektor kargo; (iii) subsektor borong dan runcit; dan (iv) subsektor pembersihan dan pencucian Syarat kelayakan penyertaan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja diperluaskan kepada PATI yang tergolong dalam kategori seperti berikut: (i) PATI yang lari tetapi tidak dilaporkan oleh majikan, maknanya dia ada masalah dengan majikan; dan (ii) PATI yang mempunyai dokumen perjalanan negara asal yang tulen dan sah walaupun telah tamat tempoh. Jadi, Yang Berhormat Beruas juga ada bertanyakan mengenai status kesediaan kerajaan untuk menggunakan Foreign Workers Centralized Management System (FWCMS) bagi urusan pemutihan dan pengambilan pekerja asing. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan pada 21 Oktober 2020 bersetuju supaya KDN dan Kementerian Sumber Manusia bekerjasama bagi melaksanakan Pelan Rekalibrasi Pendatang Asing Tanpa Izin ini yang merupakan inisiatif kerajaan untuk membenarkan pengambilan pekerja daripada kalangan PATI atau Program Pemutihan. Saya ingin maklumkan bahawa sungguhpun sistem FWCMS boleh digunakan, namun buat masa ini bagi tujuan pelaksanaan Pelan Rekalibrasi PATI, Jabatan Imigresen Malaysia hanya mengguna pakai sistem Imigresen Malaysia atau MyIMMs sahaja yang telah sedia ada dan di integrate-kan dengan sistem yang digunakan oleh Kementerian Sumber Manusia. Kedua-dua sistem ini telah pun kita gunakan sejak tahun 2017 lagi. Yang Berhormat Tebrau dan...

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Boleh dapat penjelasan?

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Apa maksud Yang Berhormat Menteri tadi apabila mengatakan kuota yang dibenarkan ada kelonggaran 10 percent? Saya tak berapa faham maksud 10 percent tadi. Kedua, daripada segi mereka yang memohon, oleh kerana laman web Foreign Workers Centralize Management System ini dan juga tadi sistem MyIMMs, bagi rakyat jelata, mereka tak boleh langsung mohon sejak dikatakan dilaksanakan sejak 1 Julai 2021. Jadi, sudah dua setengah bulan mereka nak memohon tetapi tak tahu macam mana. Tanya pejabat untuk memohon, mereka kata sistem ini belum bersedia. Tadi dikatakan ada dua sistem. Bagi rakyat di luar, mereka tak tahu apa sistem sekarang yang boleh digunakan. Jadi saya mohon kalau benar-benar kerajaan hendak membuat pemutihan, sudah dua setengah bulan mereka tak dapat mohon. Mungkin perlu dilanjutkan dan kriterianya mesti jelas.

Okey Yang Berhormat. Saya dah...

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Jadi saya haraplah dipermudahkan permohonan pemutihan ini kerana memang banyak ladang yang memerlukan pekerja ini boleh mendapat pekerja secara sah dengan secepat mungkin. Terima kasih.

Terima kasih. Pertamanya tentang kuota. Saya dah maklumkan tadi bahawa 10 peratus itu ada formulanya. Selalunya sesiapa sahaja yang memohon, ada formula tentang berapa keluasan, dia membandingkan keluasan ladang sebagai contoh. Jadi, dalam perkiraan itu, kita benarkan 10 peratus untuk disamakan daripada formula yang ada peratusan. Kadang-kadang 9.1 peratus contohnya. Jadi kita berikan 10 peratus untuk mereka boleh naik atau turunkan. Itu kita boleh benarkan kepada JTKSM.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Boleh beri secara bertulis dengan secara terperinci formula itu tak? Oleh kerana ramai yang tanya saya, saya pun tak dapat jawab.

Yang itu tak apa, all right. Keduanya, tentang Foreign Workers Centralized Management System tadi. Memang kita gunakan tetapi untuk Program Rekalibrasi ini, oleh kerana kita berikan inisiatif ini dikepalai oleh Kementerian Sumber Manusia, mereka menggunakan sistem yang dipunyai oleh kementerian tersebut dan diintegratekan dengan MyIMMs Jabatan Imigresen. Untuk makluman Yang Berhormat bahawa segala sistem yang ada dalam kerajaan ini adalah dipunyai oleh kerajaan. Sama ada ia di KDN ataupun di Kementerian Sumber Manusia, boleh kita integratedkan. Jadi, mereka boleh bergabung untuk melakukan ini.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Yang Berhormat Menteri, kalau boleh dengan secara ringkas, boleh Yang Berhormat Menteri senaraikan the steps to be taken, dengan izin, supaya saya boleh jelaskan kepada rakyat di luar yang sekarang maki kerajaan. Tolong terangkan secara ringkas.

Saya jawab. Okey, saya nak maklumkan kepada Yang Berhormat tentang yang mengatakan susah untuk mereka mendapatkan jawapan daripada kedua-dua sistem ini, saya rasa tak betullah kerana buat masa ini, sudah melebihi 300 ribu pemohon dan telah pun kita luluskan 300 ribu permohonan itu. Jadi, kalau kata tak ada ini, susahlah sebab Yang Berhormat kata rakyat tak faham. Kalau rakyat tak faham, macam mana boleh ada 300 ribu pemohon?

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Yang Berhormat Menteri, semua mesti melalui ejen. Itulah masalah dia. Jadi Tuan Yang di-Pertua...

Yang Berhormat Beruas, tak apalah. Kita kalau nak argue, susahlah Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, isu telah ditangani.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Bukan, sekarang ini saya hendak tahu what are the steps? Senaraikan langkah-langkah... [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri dah kata dia akan berikan. Terima kasih.

Yang Berhormat, kita banyak isu lagi. Lepas ini pun ada yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, tentang citizenship...

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Sekarang ini, jawapannya tak jelas. Oleh sebab itu, saya nak satu jawapan yang jelas. Itu sahaja.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri dah kata dia akan beri.

Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat tak jelas, Yang Berhormat jumpa saya lepas ini ya. Yang lain itu dah jelas, Yang Berhormat seorang sahaja yang tak jelas. Jadi saya terpaksa terangkan. Kepada Yang Berhormat Tebrau dan Yang Berhormat Bukit Gantang bertanyakan mengenai cadangan kementerian untuk nak meneliti semula SOP permohonan exit permit

MyTravelPass (MTP). Manakala pertanyaan Yang Berhormat Dungun pula adalah berkenaan pengecualian pembayaran pembaharuan pasport. Untuk makluman Yang Berhormat Dungun, pada masa ini, pihak kerajaan tidak bercadang untuk memberikan pengecualian pembaharuan pasport Malaysia antarabangsa. Akan tetapi, menyedari tempoh pandemik COVID-19 yang berpanjangan, Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Imigresen telah mengambil inisiatif melanjutkan tempoh sah pasport selamat dua tahun secara percuma khusus untuk warganegara Malaysia yang berada di luar negara. Kemudahan ini telah pun kita berikan, berkuat kuasa mulai 17 Jun 2021 dan diberikan sehingga 31 Disember 2021. Untuk makluman Yang Berhormat Tebrau dan juga Yang Berhormat Bukit Gantang, merujuk kepada pelaksanaan mekanisme MyTravelPass (MTP) yang dibangkitkan, suka saya tegaskan bahawa pelaksanaan kawalan keluar masuk Malaysia menggunakan mekanisme tersebut adalah bertujuan untuk mengekang penularan pandemik COVID-19 di Malaysia. Mekanisme yang diperkenalkan oleh kerajaan mulai Oktober 2020 telah berjaya sebenarnya mengekang jangkitan rentas sempadan di Malaysia. Ini terbukti apabila hanya 4,769 kes import positif COVID-19 atau 0.22 peratus yang direkodkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia daripada jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia yang berjumlah melebihi dua juta kes.

Walau bagaimanapun, kerajaan bersedia untuk membuka semula sempadan negara tertakluk kepada situasi jangkitan COVID-19 semasa serta penilaian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara. Pada masa ini, Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Imigresen sedang meneliti semula syarat MyTravelPass dan akan dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara yang akan datang. Isu keselamatan. Tuan Yang di-Pertua, menyentuh kepada aspek kebajikan anggota polis seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Cameron Highlands berhubung cadangan kajian semula dasar-dasar kebajikan anggota PDRM berserta cadangan untuk menambah baik Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) PDRM bagi memperkasa pengurusan kaunseling kepada anggota PDRM khususnya berhubung kesihatan mental. Kerajaan amat prihatin perihal kebajikan anggota PDRM sebagai agensi utama penguatkuasaan dalam memberi khidmat bakti yang tidak berbelah bahagi kepada negara. Penambahbaikan dasar-dasar melibatkan kebajikan sedia ada dilaksanakan secara berterusan sebagai usaha dalam memberikan penyampaian perkhidmatan kepolisan terbaik kepada masyarakat. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, bagi memastikan pengurusan kaunseling dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, kementerian telah menyediakan Pelan Pemantapan Kompetensi Pegawai-pegawai Kaunseling di BAKA PDRM menerusi penganjuran pelbagai kursus dan latihan seperti Kursus Lanjutan Kemahiran Kaunseling sertai Kursus Psikologi Kriminologi.

Boleh saya...

Untuk itu Kementerian Dalam Negeri telah menyediakan cadangan mewujudkan...

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bukit Gelugor.

Sekejap. Menyediakan cadangan mewujudkan 43 perjawatan tambahan di Bukit Aman, kontinjen dan daerah. Antara perkara yang akan diberi perhatian dalam cadangan pengukuhan ini nanti adalah mewujudkan elemen BAKA di semua 14 kontinjen serta 21 ibu pejabat polis daerah. Ya.

Yang Berhormat Menteri, boleh saya tanya berkenaan dengan isu kebajikan ataupun welfare yang

dibangkitkan oleh Yang Berhormat Menteri. Kami tahu bahawa usaha untuk menubuhkan IPCMC ataupun sekarang IPCC tanpa yang baharu, terdapat banyak bantahan berkenaan penubuhan institusi tersebut atas sebab kebajikan pihak polis. Itu merupakan satu kerisauan ataupun isu yang sering kali ditimbulkan oleh pihak polis atau bekas polis berkenaan kenapa mereka membantah terhadap penubuhan badan tersebut. Jadi, adakah kerajaan akan mempertimbangkan cadangan untuk menggubal atau memperkenalkan undang-undang yang khusus bagi to take care of dengan izin Tuan Yang di-Pertua, isu welfare ini. Oleh kerana isu welfare ini memang satu isu yang amat penting yang perlu ditangani secara asing. Adakah itu satu perkara yang akan dipertimbangkan oleh pihak kerajaan? Terima kasih.

Okey. Terima kasih Yang Berhormat. Saya ambil maklum tentang apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dan saya hendak juga maklumkan kepada Yang Berhormat, IPCC akan kita bawa undang-undang ini pada bacaan kedua sesi ini nanti. Insya-Allah kalau ada masa. Dalam memastikan kebajikan anggota PDRM sentiasa terbela, KDN berusaha menambah baik kemudahan infrastruktur PDRM dengan membina dan membaik pulih perumahan kuarters bagi memastikan warga PDRM dapat menjalani kehidupan dengan suasana yang kondusif dan selesa. Kementerian juga sentiasa meneliti dan membuat kajian secara berterusan untuk menambah baik elaun dan kemudahan lain bagi membantu anggota PDRM terutamanya yang berpangkat rendah dalam menangani kos sara hidup yang kian meningkat. Antara permohonan yang telah dikemukakan kepada agensi pusat untuk kelulusan adalah seperti berikut: (i) permohonan bayaran insentif jurulatih PDRM; dan (ii) permohonan kenaikan kadar bayaran insentif menyelam PDRM, sebagai contoh. Berhubung isu salah guna kuasa dan perbezaan tindakan atau double standard yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Padang Serai yang didakwa telah diamalkan oleh anggota penguat kuasa di negara ini, kementerian melalui Unit Integriti yang ditubuhkan dan di setiap jabatan di bawah KDN serta Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Polis Diraja Malaysia melaksanakan program-program pematuhan dan pengukuhan integriti bertujuan memastikan tugasan dilaksanakan mengikut undang- undang dan peraturan semasa. Selain itu, semua warga PDRM sering digalakkan untuk menyalurkan maklumat berkaitan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan kepada Unit Integriti dan JIPS serta mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan. Kementerian juga dalam rangka memperkenalkan anugerah khas integriti bertujuan untuk menghargai mana-mana warganegara yang menunjukkan sikap dan usaha yang berintegriti tinggi.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Minta penjelasan.

Kementerian ini juga bersama-sama dengan pihak SPRM dalam usaha membanteras tiga isu yang dinyatakan oleh Yang Berhormat. Malah komitmen dan perhatian serius yang diberikan KDN dalam isu ini dimanifestasikan melalui pembangunan Pelan Antirasuah Organisasi peringkat KDN yang telah dilancarkan pada 5 November 2020. Pelan tersebut bukan semata-mata dokumen bertulis, namun pemantauan berterusan terhadap inisiatif yang digariskan dilaksanakan secara berkala. Selain itu, KDN juga terlibat dengan aktif dalam beberapa inisiatif dalam Pelan Antirasuah Nasional. Kementerian ini juga ingin menyentuh berkenaan isu...

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Sebelum daripada itu, minta penjelasan.

...Kehilangan barang kes SPRM yang didakwa berjumlah USD6 juta yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puchong. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak PDRM telah menerima satu laporan berhubung kes tersebut dan telah membuka kertas siasatan di bawah klasifikasi kertas inquiry polis.

Kementerian ini memberi jaminan sebarang laporan polis yang diterima akan disiasat dengan telus mengikut lunas perundangan sedia ada.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soal berkenaan dengan integriti pihak polis dan sebagainya memang baik kita ketengahkan dan bincangkan kerana kita kena kukuhkan PDRM sejauh mana yang boleh. Dalam keadaan tersebut Yang Berhormat Menteri, saya hendak ungkit satu perkara yang melibatkan isu kartel yang saya bangkitkan dalam ucapan saya tempoh hari. Yang Berhormat Menteri sendiri tahu bahawa perkara ini telah pun dibangkitkan oleh Ketua Polis Negara pada bulan Mac yang lalu, beliau yang membuat pendedahan. Selepas daripada itu, walaupun jaminan diberikan seperti mana hari ini diberikan jaminan bahawa tindakan akan diambil menurut nas undang-undang dan sebagainya. Kita lihat apa berlaku, ada pengumuman bahawa apa yang akan berlaku ialah siasatan dalaman. Just an internal inquiry. Ini berkisar kepada aduan yang dibuat oleh KPN, ada pegawai- pegawai yang bersekongkol dengan kumpulan-kumpulan tertentu dan mereka itu ada niat yang tertentu. Jadi dalam keadaan tersebut saya hendak tanya, apakah yang berlaku. Kenapa tidak ada tuduhan dibawa untuk kes tersebut? What is the status of siasatan dalaman yang dijalankan? Kenapa ada perbezaan di mana kalau rakyat biasa atau anggota- anggota lain yang melakukan kesalahan, diheret ke mahkamah dan diambil tindakan tetapi kenapa kumpulan ini diberikan layanan berbeza? Itu satu. Kedua, sekiranya Yang Berhormat Menteri setuju dengan apa yang saya sebut dan telah pun menyatakan bahawa laporan polis telah pun dibuat. Kenapa laporan polis itu setakat hanya laporan yang akan melibatkan siasatan dalaman? Again, it’s happening. So, I think this has to be explained. Yang Berhormat Menteri, you are here and I think we want to know. Kenapa kes ini bukan kes yang diberikan satu seksyen di bawah Penal Code, kes curi dan sebagainya? Tuan Yang di-Pertua, yang paling penting bukankah ini satu kes yang melibatkan pegawai-pegawai SPRM dan juga pegawai kanan SPRM, kes yang perlu disiasat oleh pihak polis. Tidakkah Yang Berhormat Menteri bersetuju dalam keadaan tersebut pegawai kanan itu khususnya Datuk Seri Azam Baki harus direhatkan sementara menunggu keputusan siasatan? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Isu ini seperti Yang Berhormat bangkitkan baru timbul dalam masa yang terdekat ini. Oleh sebab itu saya dah jawab bahawa kertas inquiry polis telah pun kita buka.

Saya tidak pernah mendengar bahawa siasatan dalaman itu dibuat oleh SPRM yang umumkan. Polis akan melihat kembali kertas laporan yang diberikan dan kita akan- saya bersetujulah kalau ia kes curi, kita akan bawa, masukkan dalam membabitkan kes curi. Ini akan kita pastikan secepat mungkin. Saya telah pun berbincang dengan pihak polis Jabatan Siasatan Jenayah untuk memastikan kes ini mesti dipercepatkan untuk kepentingan rakyat keseluruhan. Bukan sahaja Yang Berhormat tetapi kerajaan ini adalah kerajaan yang mengekalkan sikap mereka yang benar-benar integriti dan insya-Allah perkara ini akan kita ambil tindakan dengan sewajarnya.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, just soalan yang akhir. Kalau begitu kerajaan yang menitik beratkan integriti dan sebagainya, siasatan ini melibatkan pegawai-pegawai SPRM. Dalam keadaan tersebut, kita tidak mahu satu keadaan di mana pegawai kanan yang terlibat itu masih di dalam kedudukan yang boleh mengancam ataupun membawa sebarang tekanan kepada saksi-saksi SPRM. Jadi, bukankah ini satu keadaan di mana beliau perlu diminta untuk diambil rehat, sementara siasatan dilaksanakan dan siasatan ini dipercepatkan. That is what I am getting at kerana ia melibatkan seorang kanan yang ada kuasa untuk secara tidak langsung mengganggu siasatan. Itu soalan dia. Do you not agree that you should take it?

Terima kasih Yang Berhormat. Saya akan ambil maklum tentang cadangan Yang Berhormat. Saya tahu ramai yang mencadangkan supaya perkara ini dilakukan. Walau bagaimanapun, biar kita buat sedikit penyiasatan sebelum kita mengambil keputusan yang seterusnya. Bagi Yang Berhormat Sungai Petani...

Puan Maria Chin binti AbdullahPKR · PHPetaling Jaya

Yang Berhormat Menteri, boleh saya bertanya soalan?

...Telah bertanyakan mengenai tatacara pengendalian sekatan jalan raya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di negara ini. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sepanjang pelaksanaan Ops COVID-19, sekatan jalan raya merupakan salah satu kaedah yang dijalankan bagi membendung penularan wabak COVID-19 dan penumpuan SJR yang diadakan adalah untuk memeriksa kebenaran pergerakan merentas daerah atau negeri. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu seperti waktu puncak dan semasa laluan trafik sesak, PDRM menggunakan budi bicara dan menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan-kenderaan. Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah kenderaan yang diperiksa di SJR di seluruh negara termasuk negeri Sabah dan Sarawak kadang-kadang menghampiri 300,000 setiap hari. Yang Berhormat Segambut pula ada membangkitkan cadangan untuk membuat pelantikan semula secara kontrak pesara polis bagi menambah tenaga pekerja Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-kanak (D11). Untuk makluman Yang Berhormat Segambut dan Ahli-ahli Yang Berhormat, akhir-akhir ini PDRM mendapati isu ini berlaku berleluasa. Maka PDRM telah membincangkan isu ini beberapa bulan yang lalu bersama dengan saya sendiri dan juga KSU, bukan sahaja untuk mengukuhkan lagi jawatan D11, bahkan meningkatkan kapasiti dan juga keupayaan prasarana berteknologi tinggi dengan secepat mungkin. Yang Berhormat Jelutong pula telah membangkitkan isu berkenaan status siasatan kes kematian tahanan dalam lokap polis, termasuk kes kematian arwah Adib. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, merujuk kepada kes A. Ganapathy, siasatan telah selesai dan telah dirujuk ke Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Selangor dengan cadangan inkues. Pada 12 Julai 2021, keputusan untuk mengadakan inkues telah diterima. Susulan itu, PDRM telah mendaftar permohonan inkues di Mahkamah Koroner Shah Alam pada 30 Ogos 2021. Bagi kes S. Sivabalan, Surendran Shanker dan kes Umar Faruq Abdullah pula, siasatan masih diteruskan dan akan dirujuk kepada Peguam Negara untuk arahan selanjutnya.

Izin laluan...

Bagi menambah baik pengurusan lokap PDRM di seluruh negara, KDN dalam sedang proses untuk menambah baik pemeriksaan kesihatan di kalangan tahanan melalui pelantikan panel klinik swasta. Dengan kaedah ini dengan pemeriksaan tahap kesihatan tahanan dapat dibuat dengan segera sebelum tahanan dimasukkan ke dalam lokap. Inilah penambah baikkan yang kita telah lakukan. Kementerian amat bersimpati ke atas kejadian yang berlaku terhadap arwah Adib. Insiden tersebut bermula apabila berlaku rusuhan di kawasan Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield. Berdasarkan keputusan inkues, pihak polis telah menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti pelaku jenayah yang dinyatakan dalam inkues tersebut. Maka untuk makluman Yang Berhormat sekalian, seramai 18 orang tertuduh telah dituduh di bawah seksyen 148 Kanun Keseksaan yang merusuh dan perbicaraan masih berjalan sehingga 23 September esok hari. Dua tertuduh juga telah dituduh di bawah seksyen 427 iaitu khianat dan telah dikenakan hukuman denda sebanyak RM7,000 ringgit setiap seorang. PDRM juga telah merujuk kepada Jabatan Peguam Negara berhubung 12 suspek yang turut ditahan berkaitan kes ini untuk arahan selanjutnya.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Jadi last Yang Berhormat Muar, 30 saat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin merayu untuk panduan dan nasihat kepada Yang Berhormat Menteri, berkenaan isu kelulusan Parti MUDA. Panduan diperlukan kerana sudah satu tahun kita cuba untuk dapatkan parti ini untuk didaftarkan. Pada bulan Januari, secara rasmi ROS menolak dan selepas itu kita merayu Yang Berhormat Menteri melalui proses rayuan formal. Akan tetapi dalam proses penolakan rayuan, sebab tidak dikhususkan. Kalau Yang Berhormat Menteri tidak boleh dalam sesi ini, mungkin di luar atau secara lisan untuk dibincangkan, what else must I do. Sebab kalau boleh tidak boleh tunggu keputusan mahkamah, we do it together. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Muar, saya juga kesian dengan apa yang berlaku terhadap Yang Berhormat. Saya simpati tetapi kita boleh jumpa dan kita tengok macam mana untuk membantu Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua. Boleh saya tanya satu perkara yang dibangkitkan tadi.

Saya hendak masuk ke bab yang akhir, kewarganegaraan dan pendaftaran. Ini isu yang sekarang ini hangat dibincangkan. Masa sudah habis kalau...

Boleh saya tanya? Sekejap sahaja.

Kalau yang Yang Berhormat ambil masa dan saya tidak boleh sambung...

No, no. Ini adalah berkenaan citizenship.

...Jadi saya tidak jawab isu ini dan akan saya jawab secara bertulis. Terpulang kepada Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Yang Berhormat Menteri, tadi ada menyatakan akan memberi jawapan berkenaan citizenship. Itu adalah satu perkara penting yang ditimbulkan banyak kali.

Boleh saya tanya satu soalan? Itu akan beberapa sahaja...

Kalau citizenship, tunggu saya jawab.

No. Adakah kerajaan akan mengambil langkah untuk membuat pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan memandangkan baru-baru ini ada kes...

Yang Berhormat, biar saya jawab. Lepas tu Yang Berhormat tanya saya.

No, no. Itu kita perlu tahu. Boleh dapat jawapan.

Saya akan jawab. Duduklah.

Okey, terima kasih.

Saya perlukan dua, tiga minit. Okey? Jangan 20 minit, Tuan Yang di-Pertua. [Ketawa] Isu kewarganegaraan dan pendaftaran telah dibangkit oleh Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Libaran dan juga Yang

Berhormat Jerantut. Ahli-ahli Yang Berhormat, semasa sesi perbahasan tersebut, banyak dibangkitkan tentang rekod pendaftaran dan sebagainya. Saya nak maklumkan rekod pendaftaran seorang individu adalah bermula dengan pendaftaran kelahiran yang mendaftarkan maklumat kanak-kanak seperti nama, jantina dan agama. Pendaftaran dan pengekodan butiran agama dan catatan agama Islam di hadapan kad pengenalan dilaksanakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara selaras dengan Peraturan 4(cc) dan Jadual Pertama, Peraturan 5(2) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990. Untuk makluman Yang Berhormat, proses pertukaran nama dan pertukaran maklumat dalam daftar kad pengenalan adalah tertakluk di bawah Peraturan 14. Oleh yang demikian, penama boleh membuat permohonan pindaan atau pembetulan maklumat di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara yang berhampiran dan melengkapkan borang permohonan JPN.KP16, disertakan dokumen sokongan seperti berikut: (i) surat akuan berkanun; (ii) perintah Mahkamah Syariah atau pengesahan Majlis Agama Islam atau Jabatan Agama Islam; (iii) sijil baptisma atau surat pengesahan memeluk selain daripada agama Islam; dan (iv) lain-lain dokumen sokongan yang boleh menyokong permohonan.

Berkenaan kes yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Beruas tentang sekiranya seorang itu dilahirkan daripada keturunan ibu dan bapanya adalah kaum selain daripada Melayu, anak itu boleh dinamakan mengikut nama keturunan. Walau bagaimanapun, dalam sijil kelahiran anak yang lahir beragama Islam perlu dicatatkan di kad pengenalan kerana ia melibatkan isu-isu di bawah Mahkamah Syariah termasuk membabitkan hidup, mati dan perkahwinan. Walau bagaimanapun, tentang seorang yang mengaku untuk tidak lagi beragama Islam, ini adalah di luar bidang kuasa Jabatan Pendaftaran Negara sepertimana keputusan dalam kes Lina Joy lawan Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, ini isu Mahkamah Syariah. Berkenaan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Padang Serai dan Yang Berhormat Jerantut pula, berkenaan pendaftaran lewat kelahiran. Jabatan Pendaftaran Negara melalui KDN sentiasa mengkaji dari semasa ke semasa penambahbaikan yang boleh dilaksanakan bagi membantu memudahkan urusan pendaftaran kelahiran mengikut Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 bagi Semenanjung Malaysia, Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian Sabah bagi negeri Sabah dan Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian Sarawak bagi negeri Sarawak untuk memperuntukkan bahawa setiap kelahiran di Malaysia hendaklah didaftarkan. Jadi...

Yang Berhormat.

Tidak payah tanya, nanti saya hendak jelaskan tentang yang paling mustahak ini, yang semua hendak dengar. Saya rasa yang lain-lain mungkin saya jawab secara bertulis. Cuma saya hendak jawab tentang isu...

Sedikit, sedikit sahaja, Yang Berhormat. Saya tidak berpeluang untuk respons.

Isu yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Beaufort, Yang Berhormat Pulai, Yang Berhormat Padang Rengas, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Petaling Jaya, Yang Berhormat Libaran, Yang Berhormat Sungai Buloh dan sudah tentu Yang Berhormat Bukit Gelugor.

Ya, terima kasih.

Berkenaan permohonan rayuan daripada Peguam Negara berhubung suatu keputusan oleh Mahkamah Tinggi yang telah pun memutuskan anak oleh ibu warganegara yang lahir di luar negara, boleh diberikan taraf kewarganegaraan. Saya, sebagai Menteri Dalam Negeri bersimpati dengan kes-kes ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan lelaki bukan warganegara yang melahirkan anak di luar negara kerana perlembagaan tidak memperuntukkan untuk anaknya diberikan taraf kewarganegaraan secara kuat kuasa undang-undang. Akan tetapi, sebagai seorang Menteri yang mengangkat sumpah untuk menjunjung Perlembagaan Persekutuan, maka saya terikat dengan perlembagaan dan perundangan sedia ada dalam negara berhubung dengan kewarganegaraan yang diperuntukkan dalam Bahagian III Perlembagaan Persekutuan dan Kaedah-kaedah Kewarganegaraan 1964. KDN pula berada dalam keadaan terhimpit di atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang baru ini iaitu kes Suriani Kempe dan enam lagi lawan Kerajaan Malaysia dan juga kes yang satu lagi Mahisha Suhaila Abdul Majid lawan Ketua Pengarah Pendaftaran Negara dan dua lagi berhubung isu pentafsiran perkataan ‘Bapa’ dalam Jadual Kedua Bahagian II Seksyen 1(b) dan 1(c) Perlembagaan Persekutuan. Keputusan ini menyebelahi kerajaan dan telah dibuat rayuan oleh Mahisha Suhaila Abdul Majid kepada Mahkamah Rayuan dan akan dibicarakan pada bulan November 2021. Jadi ada dua kes ini, satu kemenangan untuk kerajaan dan dibuat rayuan dan satu lagi kes yang baru-baru ini. Setelah menerima keputusan yang berbeza, dua-dua berbeza itu, KDN bercadang untuk membawa perkara ini bagi mendapat polisi baru kerajaan untuk meminda perlembagaan bagi memudahkan ibu-ibu melahirkan anak mereka di luar negara walaupun berkahwin dengan warganegara asing. Dalam masa yang sama, perkara ini perlu mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja selaras dengan Perkara 159(5) Perlembagaan Persekutuan. Oleh kerana itu, KDN mengambil keputusan untuk merayu dan memohon stay of execution iaitu penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tentang kes Suriani Kempe dan enam lagi lawan kerajaan bagi mengelakkan pertamanya, kalau saya tidak buat stay of execution, contempt of court. Pada masa yang sama, kalau saya hendak teruskan, ia juga akan melanggar Perlembagaan Persekutuan. Jadi oleh kerana itu, saya mengambil keputusan jalan tengah, kita merayu supaya kita dapat masa yang panjang. Dalam waktu yang sama, kita hendak mencadangkan supaya kita bawa ke Majlis Raja-Raja. Kalau dipersetujui, boleh kita tukarkan perlembagaan kita. Itulah yang akan saya ambil dan yang lain-lain saya akan jawab secara bertulis. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan semua Ahli Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat tetapi saya tetap hendak tanya. Jadi, adakah itu merupakan satu kerestuan ataupun assurance daripada kerajaan bahawa perkara ini akan mengakibatkan satu pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan terutamanya berkenaan takrifan ‘Bapa’ yang telah pun menimbulkan pengeliruan and confusion ini yang boleh kita elakkan di masa depan.

Tuan Yang di-Pertua

Okey, Yang Berhormat.

Can we get an assurance that this is what the government is considering? Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Yang Berhormat, seperti yang saya— Tuan Yang di-Pertua, seperti yang sudah saya katakan tadi oleh kerana isu ini adalah isu perlembagaan yang perlu saya bawa ke Majlis Raja-Raja, kita terpaksa bawa dahulu dan kepada Majlis Raja-raja dipersetujui barulah kita boleh buat draf perlembagaan seterusnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Jadi, terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana telah clear the air. Seterusnya Yang Berhormat Menteri di dalam Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, 30 minit, silakan.

Dato Sri Alexander Nanta LinggiPBB · GPSMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna · Kapit

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian serta memberikan pandangan dan membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sepanjang perbahasan titah diraja. Saya bersyukur kerana masih diberikan kepercayaan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk terus menerajui kementerian KPDNHEP dan saya akan menggalas amanat ini sebaik mungkin. Saya yakin gandingan mantap bersama Yang Berhormat Timbalan Menteri serta sokongan daripada pegawai dan kakitangan kementerian, usaha untuk meningkatkan prestasi kerja, menyempurnakan amanah serta mencapai sasaran 100 hari kementerian dapat direalisasikan. Tuan Yang di-Pertua, sudah diketahui umum kesan penularan pandemik COVID- 19 di negara kita begitu mendalam, malah corak kehidupan manusia turut berubah. Kita perlu akur bahawa kita kini perlu hidup dalam suasana norma baharu mengadaptasi diri di dalam fasa endemik dan memastikan kita sentiasa berada dalam keadaan sihat dan selamat dari COVID-19. Syukurlah, hari ini aktiviti ekonomi mula dibuka dan aktiviti perniagaan terutama dalam sektor peruncitan dan perdagangan domestik kembali rancak. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk menyeru kepada pemain industri serta rakyat untuk terus patuh kepada SOP. Sepanjang melalui tempoh mencabar, pihak kementerian sentiasa bersama-sama dengan komuniti perniagaan membantu mereka yang terkesan dan dalam kesusahan. Sepanjang tempoh sukar ini, kementerian telah menyediakan beberapa inisiatif dalam bentuk moratorium dan inisiatif merancakkan semula ekonomi. Antara inisiatif yang disediakan ialah seperti: (i) pengecualian kompaun ke atas kelewatan pembaharuan dan pendaftaran perniagaan; (ii) lanjutan masa serahan penyata kewangan tahunan dan lanjutan masa mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan; (iii) menaikkan nilai ambang keberhutangan daripada RM10,000 kepada RM50,000; serta (iv) menambah baik penyampaian kementerian seperti memudahkan urusan permohonan lesen PDA dan kelulusan jual murah dengan tempoh lesen dilanjutkan sehingga tiga dan lima tahun bergantung kepada prestasi syarikat.

Dato Sri Alexander Nanta LinggiPBB · GPSMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna · Kapit

Bagi memastikan ekonomi domestik dapat digerakkan di samping meningkatkan keyakinan rakyat untuk berbelanja, pihak kementerian telah menambah baik dan memperkasakan program Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) dan Program Jualan Malaysia (PJM). Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuk memperkasakan produk tempatan dan merancakkan pembelian melalui platform atas talian. Kementerian juga sedang menambah baik program logo buatan Malaysia supaya lebih banyak produk tempatan diterima pengiktirafan dan dikenali di peringkat domestik dan antarabangsa. Selain itu, kementerian telah mewujudkan inisiatif program pembangunan francais mikro dan francais mampu milik bagi memudah cara peluang perniagaan francais pakej perniagaan, francais mikro dengan kos RM50,000 ke bawah dan francais mampu milik dengan kos RM100,000 ke bawah.

Dato Sri Alexander Nanta LinggiPBB · GPSMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna · Kapit

Kementerian juga melihat sektor jualan langsung boleh digerakkan sebagai aktiviti pemulihan ekonomi negara kerana walaupun dalam tempoh mencabar, sektor ini masih mampu melepasi sasaran jualan tahunan iaitu sebanyak RM23.3 bilion dan dijangkakan nilai ini akan terus meningkat. Kementerian aktif menyumbang idea dan pandangan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Pandemik dan Mesyuarat Kumpulan Kerja Pengurusan pandemik dalam merangka SOP bagi membolehkan industri bawah kawal selia kementerian beroperasi secepat mungkin. Melalui pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 15 September 2021 baru-baru ini, kesemua sektor di bawah kawal selia kementerian ini kini sudah dibuka dengan SOP yang lebih ketat dan sesuai. Kementerian juga mengambil inisiatif melaksanakan Program Vaksinasi Industri Peruncitan (RiVAC) dengan mengutamakan barisan hadapan industri peruncitan seperti juru wang, jurujual, tukang gunting dan kecantikan serta pekerja rantaian pengedaran. Sebanyak lima buah pusat RiVAC dibuka di Lembah Klang serta di beberapa buah negeri lain seperti Perak, Melaka, Johor, Pahang, Pulau Pinang dan Kedah untuk memastikan industri peruncitan dapat dibuka secepat mungkin selain memberi perkhidmatan yang meyakinkan dan selamat kepada pengguna. Dengan pembukaan sektor peruncitan seiring dengan sektor ekonomi yang lain, pemulihan ke atas sektor peruncitan dapat dilaksanakan dengan segera. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, program RiVAC telah memberi manfaat kepada lebih kurang 46,685 barisan hadapan sektor peruncitan dengan mereka menerima dua dos lengkap vaksin. Kementerian percaya usaha ini berjaya mewujudkan ekosistem menang-menang antara pihak peniaga dengan pengguna. Tuan Yang di-Pertua, pandemik COVID-19 telah mengubah kebiasaan bukan sahaja melibatkan sektor perniagaan malah juga kepada pengguna. Saya menyeru supaya pihak peniaga untuk segera mengadaptasikan pendigitalan dalam perniagaan mereka. Kita tidak boleh menafikan teknologi digital mampu mengurangkan kos operasi serta mempercepatkan capaian pasaran. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah melancarkan Inisiatif Pendigitalan Industri Runcit (REDI) pada April 2021 yang lepas. Jika tiada aral melintang, inisiatif ini akan diperluaskan kepada peniaga di luar bandar dalam tempoh terdekat sebaik sahaja situasi membenarkan. Diharapkan inisiatif ini akan memberi manfaat kepada warga peniaga terutama dalam melonjakkan lagi perniagaan mereka ke tahap yang lebih baik. Aspek kepenggunaan juga diberikan penekanan oleh pihak kementerian sepanjang tempoh mencabar ini. Pihak kementerian dari semasa ke semasa menyarankan pengguna untuk memanfaatkan e-dagang. Pihak kementerian juga menekankan pentingnya pengguna untuk menjadi pengguna pintar atau smart consumer di mana pengguna tahu untuk membuat pembelian terbaik, faham akan hak pengguna dan tahu untuk membuat aduan di saluran yang betul. Aduan-aduan — okey Yang Berhormat Stampin.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHStampin

Okey terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berkenaan dengan hak pengguna untuk membuat aduan, saya ingin membuat satu aduan di sini juga. Kebelakangan ini tiket kapal terbang dari Kuala Lumpur to Kuching to Sibu to Miri dan Bintulu ke Sarawak, mana-mana tempat Sarawak harganya telah naik mendadak sehingga one-way lebih daripada RM1,000. AirAsia pun macam ini, MAS pun macam ini, economy class pun RM1,000 lebih sampai RM2,000. Bukan sahaja harga yang mendadak naik tetapi bekalannya pun amatlah kurang. Umpamanya untuk AirAsia dari Kuala Lumpur to Kuching, the first available ticket now is 17th of October, lebih kurang sebulan dari sekarang dan untuk Kuala Lumpur to Sibu first available ticket adalah 23 Oktober. Maka, saya rasa ini tidak memadai dengan hasrat kerajaan untuk membuka semula ekonomi dan untuk merangsang ekonomi kita.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHStampin

Oleh itu saya haraplah Yang Berhormat Menteri boleh memberi perhatian terhadap perkara ini dan berbincang dengan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan mungkin di bawah bidang kuasanya dan biarlah kita sama-sama— tolonglah anak Sarawak yang hendak balik ke Sarawak dari Kuala Lumpur. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Microphone. Mic, mic.

Terima kasih Yang Berhormat Stampin. Saya sungguh bersama dalam pandangan ataupun teguran ataupun saranan daripada Yang Berhormat Stampin sebab saya pun dari Sarawak. Akan tetapi perkara ini Tuan Yang di- Pertua, bukan hanya membebankan kami orang Sarawak sahaja, sesiapa pun dari Semenanjung, dari mana pun menggunakan perkhidmatan penerbangan itu memang sepertimana yang telah dikatakan oleh Yang Berhormat Stampin, akan dibebankan dengan tambang yang begitu besar, saya setuju. Cuma saya tidak ada penjelasan buat masa ini. Oleh sebab sepertimana Yang Berhormat Stampin tahu juga, ini mungkin ada kaitan dengan kementerian yang lain. Biarlah saya memberi jaminan kepada Yang Berhormat Stampin KPDNHEP berbincang dengan kementerian yang lain yang berkenaan dan akan memberi jawapan secara bertulis ataupun penjelasan secara bertulis ataupun apa-apa sahaja makluman nanti kepada Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat. Saya teruskan. Tuan Yang di-Pertua, aduan-aduan yang berasas akan disiasat. Kita sebut tentang aduan tadi akan disiasat dan diambil tindakan penguatkuasaan di bawah akta- akta yang dikawal selia kementerian. Antara tindakan penguatkuasaan yang diambil terhadap peniaga-peniaga yang tidak beretika ini adalah seperti denda atau kompaun yang dikenakan notis pendakwaan di mahkamah dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, sepanjang perbahasan titah diraja terdapat beberapa perkara disentuh berkaitan dengan KPDNHEP ini. Antara beberapa perkara yang disentuh melibatkan isu pengecualian pemakaian Akta Kemajuan Petroleum (PDA) 1974 dan Akta Kawalan Bekalan (CSA) 1961 bagi memantapkan aktiviti kawal selia, aktiviti pengedaran gas di Sarawak. Isu harga ayam dan isu harga kit ujian kendiri dan ada juga isu-isu yang berkaitan dengan kos sara hidup.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab isu yang disentuh Yang Berhormat Bandar Kuching semalam. Semalam Yang Berhormat Bandar Kuching menyoal apa yang telah dilakukan oleh kerajaan Perikatan Nasional berhubung rundingan MA63. Saya rasa terpanggil untuk menjawab isu yang dibangkitkan ini kerana ucapan yang dilontarkan oleh Yang Berhormat Bandar Kuching merupakan satu pertuduhan yang tidak berasas. Nampaknya Yang Berhormat Bandar Kuching gagal memberikan fokus atau sengaja menidakkan ucapan Yang Berhormat Betong sebagai penyokong usul menjunjung kasih titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Yang Berhormat Bandar Kuching gagal menyelami inti pati ucapan itu sehingga...

Tuan Yang di-Pertua, ini tidak berkaitan dengan kementerian.

Ini ada sebab dia sentuh 63, ada kaitan. Dengar dulu ya, dengar dulu.

Ini bazirkan masa saja. Banyak jawapan saya hendak berulang.

Tuan Yang di-Pertua, buat ruling. Ini ada kaitan. Saya perjelaskan ya. Sehingga tercicir kejayaan rundingan MA63 yang telah disebutkan. “Tidak boleh menari, tuduh lantai berjungkit”. Tuan Yang di-Pertua, the superior man blame himself, the inferior man blame others. Rakyat Malaysia sering bertanya dan mendakwa selama ini, selama Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah selama 22 bulan...

Ini politik Tuan Yang di-Pertua.

...Apa sumbangan Kerajaan Pakatan Harapan kepada negeri Sarawak.

Ini sudah politik.

Mana janji manis yang telah ditaburkan untuk negeri Sarawak.

Ini biarkan Perdana Menteri jawablah.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sibu, duduk Yang Berhormat Sibu. Duduk Yang Berhormat Sibu.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua

Mikrofon, mikrofon.

Mana dia Manifesto Pakatan Harapan untuk memulangkan kembali 50 peratus cukai yang dikutip di Sarawak. Apa sumbangan...

Tuan Yang di-Pertua, ini memang main politik sekarang.

Dengar, belum habis dulu. Ada kaitan.

Apa kaitan?

MA63 yang Kerajaan Pakatan Harapan rundingkan dan berjaya laksanakan untuk rakyat Sarawak.

Macam inikah Yang Berhormat Menteri jawab.

Bukankah pada masa itu Sarawak hanya dilihat sebelah mata. Adakah Yang Berhormat Bandar Kuching lupa atau buat-buat lupa? Di manakah Yang Berhormat Bandar Kuching pada masa itu? Apa Yang Berhormat Bandar Kuching perjuangkan untuk rakyat Sarawak semasa Yang Berhormat Bandar Kuching mempunyai peluang untuk berbuat sedemikian. Sedangkan Yang Berhormat pada masa itu merupakan kerajaan yang memerintah dan mempunyai kuasa untuk...

Ini bukan KPDNHEP.

...Melakukan perubahan. Semuanya kosong. Semuanya palsu. “Jangan baling batu sembunyi tangan”. Sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Ahli Parlimen dari Sarawak, saya mewakili seluruh Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang berada dalam Dewan yang mulia ini serta seluruh rakyat Sarawak, saya merasa terkilan dengan kenyataan Yang Berhormat Bandar Kuching ini dan menjadi tanggungjawab sayalah untuk membidas segala lemparan buruk dan berniat jahat, bertujuan untuk mencemarkan hubungan baik yang telah terjalin di antara Kerajaan Perikatan Nasional dan Kerajaan Negeri Sarawak selama ini. Saya menghargai kepercayaan yang telah diberikan oleh Yang Amat Berhormat mantan Perdana Menteri serta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bagi saya menggalas amanah sebagai Menteri KPDNHEP. Saya bersyukur kerana saya sendiri telah menyaksikan sendiri dan terlibat sama di dalam rundingan MA63 yang akan saya sebutkan di sini telah direalisasikan oleh Kerajaan Perikatan Nasional. Ini kaitan dia Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHStampin

Minta penjelasan.

Saya imbas kembali kejayaan rundingan MA63 untuk negeri Sarawak dan kali ini saya mohon Yang Berhormat Bandar Kuching beri perhatian. Suka tidak suka, kebenaran harus ditegakkan. Janganlah kita sibuk mencari kesalahan sahaja.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHStampin

Minta penjelasan.

GPS boleh menerima teguran atas kelemahan tetapi akan tetap bertegas untuk mempertahankan kebenaran.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHStampin

Okey, kebenaran, kebenaran.

Yang pertama...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Stampin, duduk.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHStampin

Ada, ada.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak ada masa. Tadi saya sudah bagi peluang. Pertama, Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHStampin

Tadi tajuk lain.

Hasil hubungan kerjasama erat antara Kerajaan Perikatan Nasional dengan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak, rundingan yang dilaksanakan melalui Majlis ataupun Mesyuarat Majlis Khas bagi Menyemak Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) pada 13 April 2021 yang dipengerusikan oleh mantan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bersama Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah serta Menteri-menteri Persekutuan, telah bersetuju supaya pengecualian untuk memperoleh kebenaran lesen PDA 1974 dan lesen CSA 1961 diberikan kepada pemegang lesen DGO, Distribution of Gas Ordinance 2016 di Sarawak berkuat kuasa mulai 1 Jun 2021. Kesannya kerajaan membantu merancakkan lagi persekitaran perniagaan yang lebih bersifat kondusif berasaskan ease of doing business yang begitu manfaat, khususnya kepada peningkatan kecekapan tadbir urus dan kawal selia minyak dan gas di negeri Sarawak serta membantu merancakkan aktiviti perdagangan serta pelaburan domestik yang lebih kompetitif. Yang Berhormat bekas Timbalan Menteri KPDNHEP tahulah ini dalam...

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHStampin

Yang Berhormat...

...Kuasa kawal selia KPDNHEP.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHStampin

...Berkenaan kebenaran, Yang Berhormat itu...

Kedua Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHStampin

...Distribution of Gas Ordinance, kebenaran itu...

...Kerajaan Perikatan...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri tidak bagi kebenaran untuk mencelah. Yang Berhormat tolong. Yang Berhormat.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHStampin

Itu telah...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, tolong. Please. Menteri tidak bagi kebenaran untuk mencelah. Sila Yang Berhormat Menteri. Menteri sambung.

Yang Berhormat Stampin, you have missed your opportunities there.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHStampin

What do you mean of the opportunity?

Yang kedua Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHStampin

Kita telah benarkan pada masa itu saya rasa...,

Yang kedua Tuan Yang di-Pertua pencapaian...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHStampin

Ya, itu yang dia kelirukan Dewan.

...Kerajaan Perikatan Nasional juga telah meluluskan kebenaran supaya...

Tuan Yang di-Pertua

Shhh...

...Supaya SEDC Energy Sdn. Bhd. menjadi syarikat minyak baharu setanding jenama-jenama pengeluaran minyak yang lain. Saya berterima kasih kepada mantan Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin yang merealisasikan hasrat dan impian negeri Sarawak. Yang Berhormat Tan Sri juga turut memberikan kebenaran kepada SEDC Energy Sdn. Bhd. untuk menjual petrol, diesel dan produk petroleum yang lain secara downstream dan bertindak sebagai syarikat minyak full pledge di bawah jenama sendiri. SEDC merupakan entiti pelaburan milik Kerajaan Negeri Sarawak dan KPDNHEP lah yang mengeluarkan surat kebenaran itu.

Tuan Yang di-Pertua, saya ada pertanyaan.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Kesembilan...

Tuan Yang di-Pertua, saya ada pertanyaan.

...Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob turut merestui agar Kerajaan Negeri Sarawak terus bergiat lebih aktif dalam industri minyak dan gas melalui pengecualian pemakaian PDA 1974 dan CSA 1961...

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya adakah minyak, gas di Sarawak adalah lebih murah di bawah usaha ini.

...Bagi aktiviti pengawal seliaan...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sibu, tolonglah. Di kuorum sikit. Ini masa Menteri menjawab. Ini masa menteri menjawab. Berani tanya, berani dengar jawapan. Silakan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, tegur dia orang. Tuan Yang di-Pertua yang saya hendak sambung ini ya. Dengan tadbir urus gas petroleum cecair LPG di Sarawak ya. Malah Yang Amat Perdana Menteri turut memberikan komitmen yang padu untuk meneruskan rundingan MA63 yang sedang berjalan. Terima kasih lah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Kesembilan, Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob. Ketiga, pencapaian, pengiktirafan yang begitu bermakna yang diluluskan oleh Kerajaan Perikatan Nasional untuk menggerakkan sektor ekonomi negeri Sarawak supaya terus mampan dan progresif melalui pembayaran cukai jualan negeri (SST) sebanyak lima peratus yang dikenakan kepada eksport produk petroleum dari Sarawak seiring dengan peruntukan Ordinan Cukai Jualan Negeri Sarawak 1998. Kelulusan ini membolehkan Kerajaan Negeri Sarawak menikmati manfaat lebih dari RM3 bilion satu tahun.

Kerajaan Persekutuan hari ini turut komited untuk merundingkan perkara lain berkaitan dengan isu-isu pembangunan sektor ekonomi di Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, janganlah kita mereka-reka cerita tanpa kita berusaha untuk mencari kebenaran. “Kayu yang bengkok bayang pun bengkok”. Sekali kita berbohong sampai bila pun tidak akan percaya. Sudah-sudah lah kita berpolitik, marilah kita bersama sebagai Keluarga Malaysia memberikan tumpuan sepenuhnya bagi membangunkan ekonomi negara tercinta serta mencari jalan keluar daripada kemelut COVID-19 yang masih belum selesai. Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan isu kenaikan harga ayam serta beberapa harga barangan keperluan pengguna yang lain yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Pasir Mas dan ramai lagi Yang Berhormat yang membangkitkan isu yang sama.

Suka saya ingin menyatakan di sini bahawa pihak kementerian tidak memandang ringan akan isu ini. Untuk makluman, kementerian pada 17 September yang lepas baru- baru ini telah mengadakan perbincangan bersama Federation of Livestock Farmers Association of Malaysia untuk mendapatkan input bagi mencari jalan penyelesaian jangka panjang yang terbaik berkaitan isu ini. Selain itu, kementerian juga telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan untuk memperhalusi cadangan-cadangan bagi mendapatkan penyelesaian yang terbaik berhubung isu ini. Daripada segi pemantauan pula, selain daripada aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan harian, kementerian juga telah menggerakkan lebih 1,000 pegawai pemantauan harga dan lebih 2,200 anggota penguat kuasa khusus akan memantau situasi ini. Sebagai contoh, sepanjang tempoh Pemeriksaan Ops Catut 8.0 iaitu berkaitan dengan pengeluar, penternak, pengilang dan pemborong ayam yang bermula 8 hingga 22 September 2021. Sebanyak 267 premis telah diperiksa membabitkan 78 pemborong, 38 penternak atau pengeluar pengilang dan 151 peruncit. Daripada pemeriksaan tersebut, sebanyak 205 notis bertulis semakan harga kepada pemilik premis telah dikeluarkan. Kementerian juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas peniaga yang mengambil keuntungan yang tidak berpatutan atau tidak munasabah di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011(AKHAP 2011). Berdasarkan maklumat, sebanyak 418 premis telah membuat penurunan harga di seluruh negara berdasarkan libat urus dengan peniaga di peringkat runcit yang menunjukkan penurunan harga di bawah RM9.50 sekilo. Kementerian akan terus menyalurkan maklumat harga dalam aplikasi mudah alih Price Catcher bagi membolehkan pengguna membuat perbandingan harga dalam merancang perbelanjaan. Kementerian juga mengalu-alukan pengguna untuk menyalurkan aduan kepada saluran yang telah disediakan. Berhubung isu harga kit ujian pantas.

Yang Berhormat Menteri, boleh minta sedikit untuk tajuk harga barang. Kangar.

...Ya siapa? Yang Berhormat Muar?

Kangar.

Okey, Yang Berhormat Kangar dahulu sebab bagi saya sikit.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebelum ini di Dewan ini saya pernah membangkitkan isu terutama berlaku di Perlis lah aduan oleh kerana di Perlis ini bahagian kerja ini datang daripada negara jiran. Jadi, oleh kerana pandemik ini mereka tidak dapat bekerja. Ini kebimbangan mereka pada waktu itu harga barang naik. Ini sama ada dalam perikanan ataupun pertanian. Jadi, adakah Yang Berhormat Menteri telah mengambil beberapa pertimbangan untuk membenarkan sebahagian pekerja ini dapat kembali bekerja.

Sedikit sahaja, sama juga dengan ayam. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sejujurnya saya kasihankan Yang Berhormat Menteri kerana semua isu melibatkan kos sara hidup memang Yang Berhormat Menteri yang pertama akan kena. Cuma, saya faham bahawa kuasa Yang Berhormat Menteri agak terhad. Yang Berhormat Menteri sebentar tadi telah pun terangkan bahawa ratusan serbuan ataupun semakan harga telah pun kementerian lakukan. Ratusan notis telah dikeluarkan tetapi kerisauan saya Yang Berhormat Menteri setiap tahun memang akan ada notis-notis yang dikeluarkan semakan harga tetapi selepas tempoh itu telah tamat, selepas mereka turunkan harga tempoh masa yang singkat selepas itu dinaikkan semula kerana belum ada a strong action dikompaun yang agak tinggi dikeluarkan supaya pada pada tahun depan masalah ini tidak berulang lagi.

Saya berharap mungkin pegawai-pegawai di kementerian boleh lakukan perkara ini to set the right standard and action pada tahun yang akan datang tidak akan ada lagi yang berani. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat Kangar, kita ambil perhatian apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kangar tadi. Jadi, kita akan melihatlah apa kita boleh buat. Jadi, saya akan bincang dengan pegawai bagaimana hendak saya akan majukan penjelasan secara bertulis kepada Yang Berhormat Kangar.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Okey dan Yang Berhormat Muar, terima kasih kerana Yang Berhormat Muar ini saya ingat apa, mengetahuilah apa kami depani selama ini dan akan berterusan kerana dengan isu-isu harga ayam ini yang akan sering naik turun. Saya berharap kalau Yang Berhormat Muar ada cadangan, tolonglah kami di KPDNHEP ini majukan apa cadangan-cadangan yang terbaik supaya kita dapat sama-sama membela rakyat kita. Yang Berhormat Muar, saya hendak yakinkan Yang Berhormat Muar ini. Sekarang pun kami telah membuat beberapa perbincangan dan ada idea pada petang semalam. Saya bersama Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Industri Makanan juga berbincang. Kita ada perancangan tetapi belum dapat saya dedahkan atau pun umumkan sekarang, yang agak tegas sedikit ya. Jadi, tindakan yang kita akan ambil untuk mengelakkan. Jadi Yang Berhormat terima kasih.

Yang Berhormat Menteri.

Saya sudah ambil masa sebenarnya .

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat, saya ada bangkit.

Tuan Yang di-Pertua, saya ada tiga pages sedikit lagi.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya ada bangkit isu kenaikan racun pertanian, racun pertanian khususnya racun padi.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Menteri, saya berkait dengan harga, kawalan harga.

Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua. Okey, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Kemaman, Yang Berhormat Kota Samarahan, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Kubang Pasu, Yang Berhormat Sibu yang tak sempat saya jawab, saya akan pastikan KPDNHEP akan menghantar secara bertulis penjelasan ataupun jawapan dan kalau ada keperluan juga maklumat yang lain, tulis kepada kami. Kami rela sepanjang masa untuk memperjelaskan apa jua ya. Biar saya habiskan.

Tuan Yang di-Pertua

Dua minit.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berhubung isu harga kit ujian pantas yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kepong dan Yang Berhormat Lanang, baru-baru ini kementerian telah menetapkan harga maksimum kit ujian pantas COVID-19 pada harga RM19.90 di peringkat runcit dan RM16 seunit di peringkat borong. Penetapan harga ini dibuat dengan kaedah menang-menang, win-win situation selepas sesi libat urus melibatkan pemain industri, termasuk pihak klinik dan farmasi termasuk memberi tempoh yang munasabah kepada industri untuk membuat penyesuaian harga memandangkan kit ujian ini akan menjadi keperluan mustahak, mengambil kira pembukaan sektor ekonomi serta pembukaan sekolah pada masa depan.

Kementerian bersedia bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dengan menambah baik akses pengguna untuk mendapatkan kita tersebut. Sebagaimana yang saya jelaskan dalam sesi MQT ataupun soalan kepada Yang Berhormat Menteri pagi semalam, kementerian dalam proses kajian pasaran untuk menurunkan lagi harga kit ujian pantas supaya lebih mampu milik ataupun lebih mampu dibeli oleh pengguna tanpa mengabaikan aspek kelangsungan peniaga juga. Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Menteri. Soalan penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua

Tidak ada masa sudah.

Satu minit sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana membangkit isu ini sebab saya percaya bahawa sebenarnya kos..

Tuan Yang di-Pertua

Right to the point.

Kos kit ujian pantas ini sebenarnya yang dikatakan tadi oleh Yang Berhormat Menteri ialah lebih kurang RM20 satu orang tetapi yang selalunya yang gunakan satu keluarga itu adalah lima, enam orang dan ini menjadi satu tanggungjawab yang besar, satu beban yang besar untuk keluarga yang miskin. Oleh kerana itu saya cadang kepada pihak kerajaan supaya have a price siling yang boleh diterima pakai oleh golongan miskin dan juga pekerja asing yang tinggal di Malaysia.

Jikalau di pihak pengusaha tidak ingin untuk adakan ceiling price, maka saya cadangkan kerajaan sendiri produce and distribute to the people. So that apa yang dibuat di Taiwan di mana mereka sendiri membuat production dan distribute kepada rakyat mereka. Kita boleh gunakan cara itu supaya kita memberikan perkhidmatan yang bagus kepada rakyat Malaysia. Minta pandangan.

Terima kasih Yang Berhormat Klang. Yang Berhormat Klang ini perhatian sayalah, selalu amat membantu, very constructive criticism, kalau criticism pun bukan pada kali ini. Terima kasih dengan cadangan-cadangan yang baik, sesungguhnya kerajaan akan, ataupun kementerian saya akan mengambil maklum dan secara serius. Itu boleh dikatakan kaedah yang boleh kita mungkin kita laksanakan tetapi perlu dibincangkan juga. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kelmarin pun saya sudah bermesyuarat secara Zoom bersama Menteri Kesihatan dan ini yang dibincangkan tadi. Bukan sekadar menurunkan harga kit ujian pantas ini, harga vaksinasi di klinik pun kita, pihak Kementerian Kesihatan tetapi bukan hendak buat penjelasan bagi pihak mereka, cuma hendak memberitahulah kepada Dewan ini sekadar saya berucap bersama dengan KPDNHEP, MOH melihat kepada bagaimana kita menurunkan juga. Akan tetapi biarlah Menteri Kesihatan sendiri yang menjelaskan itu dengan lebih mendalam. Tuan Yang di-Pertua, biar saya teruskan dan habis. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan pada kali ini. Saya percaya pandangan dan cadangan Ahli- ahli Yang Berhormat dapat membantu memperkukuhkan lagi rasa dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kementerian KPDNHEP ini untuk dilaksanakan. Mudah- mudahan setiap perkara yang dibahaskan pada hari ini akan membawa keberkatan kepada kita semua. Kita semua baru sahaja meraikan Hari Malaysia dan dengan mengambil semangat Keluarga Malaysia, marilah sama-sama kita berganding bahu membawa negara kita keluar daripada kemelut kesihatan dan ekonomi yang getir oleh sebab kunci kejayaan kita adalah kesatuan dan semangat cintakan negara.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya setakat itu sahaja. Sekian, terima kasih. Kalau diberi peluang untuk melayan Yang Berhormat Pokok Sena?

Tuan Yang di-Pertua

Tidak perlu.

Tidak perlu. Okey tidak perlu, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya telah membangkitkan isu kenaikan...

Tuan Yang di-Pertua

Maaf, maaf.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Isu kenaikan racun. Sebab itu saya minta..

Tuan Yang di-Pertua

Bertulis, bertulis.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kalau boleh bagi jawapan bertulis.

Tuan Yang di-Pertua

Bertulis.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kenaikan racun padi sebab ini membebankan kos operasi penanaman padi pada musim kali ini.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Begitu juga dengan spare parts jentera pembajak.

Tuan Yang di-Pertua

Saya ingat Yang Berhormat Pokok Sena memang membangkitkan perkara itu semasa perbahasan, minta Yang Berhormat Menteri menjawab secara bertulis.

Secara bertulis ya, okey. Terima kasih. Yang Berhormat Pokok Sena ada peluang sedikit tadi.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Menteri bagi Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, 20 minit.

Datuk Seri Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri Tenaga dan Sumber Asli · Kota Bharu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di- Pertua, terlebih dahulu izinkan saya turut merafakkan junjung kasih di atas titah Yang di- Pertuan Agong semasa perasmian pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke-14 pada 13 September 2021. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan ucapan terima kasih di atas keprihatinan rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu-isu di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KETSA) sepanjang tempoh Usul Menjunjung Kasih dan perbahasan titah diraja ini. Pada dasarnya seramai lima orang Ahli-ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian. Antaranya Yang Berhormat Raub, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Tanjong Manis dan juga Yang Berhormat Lubok Antu. Tidak ramai, lima orang sahaja. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya memberikan ulasan dan pandangan terhadap isu-isu utama yang telah dibangkitkan dalam sesi perbahasan ini, izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk memohon membuat sedikit pembetulan terhadap satu kekhilafan semasa saya menjawab soalan lisan pada hari Isnin 20 September yang lalu. Sekarang ini saya ingin menyatakan dengan jelas bahawa sebenarnya apa yang hendak saya nyatakan ialah kawasan yang ditimpa bencana iaitu di Gunung Jerai, ia terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Jerai. Saya juga ingin menegaskan sekali lagi bahawa memang tidak ada aktiviti pembalakan di kawasan berkenaan kerana Hutan Simpan Gunung Jerai adalah diklasifikasikan sebagai hutan perlindungan.

Datuk Seri Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri Tenaga dan Sumber Asli · Kota Bharu

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Raub telah membangkitkan supaya kerajaan menyegerakan pembentangan rang undang-undang yang berkaitan dengan PERHILITAN dan juga rang undang-undang perhutanan yang dikatakan mengambil masa yang agak lama. Saya ingin menjelaskan kepada Yang Berhormat Raub bahawa Rang Undang-undang Perhutanan Negara (Pindaan 2020) sebenarnya ia telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 6 Januari 2021 untuk dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Tanah Negara pada 29 Januari. Namun demikian, mesyuarat Majlis Tanah Negara yang telah bersetuju dengan pindaan sebanyak 47 seksyen dan penggubalan sebanyak 15 seksyen baru telah menghadapi sedikit kekangan kerana ada sebanyak dua seksyen yang masih belum lagi dimuktamadkan kerana memerlukan persetujuan daripada kerajaan negeri. Ini yang menyebabkan rang undang-undang ini belum lagi dapat dibentangkan di dalam Parlimen. Saya beri jaminan, insya-Allah saya akan membuat libat urus dengan kerajaan negeri untuk menyelesaikan perkara ini. Manakala rang undang-undang yang berkaitan dengan pindaan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] Yang Berhormat Raub, ia akan dibawa dalam persidangan pada tahun ini. First readingnya pada persidangan ini dan insya-Allah, mesyuarat pada bulan Oktober akan dibawa bacaan kali kedua dan diluluskan. Insya- Allah. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Raub juga mencadangkan supaya Jabatan PERHILITAN dan Jabatan Perhutanan diperkukuhkan peranan supaya ia dapat menangani isu pembalakan dan perlombongan yang secara langsung mengurangkan konflik antara manusia dengan hidupan liar. Saya hendak menyebutkan kepada Yang Berhormat Raub dan juga Dewan yang mulia ini adalah menjadi dasar kementerian ini. Takkan mengeluarkan sebarang kelulusan untuk aktiviti perlombongan di kawasan-kawasan pemuliharaan seperti Hutan Simpan Kekal (HSK), kawasan rizab perlindungan dan juga Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS). Ini dasar, saya rasa zaman Yang Berhormat dahulu pun inilah dasarnya dan kita kekalkan dasar ini. Selain daripada itu langkah-langkah diambil oleh kementerian untuk memastikan kelestarian alam semula jadi, banyaklah, termasuk antara apabila sesuatu projek pembangunan hendak dilaksanakan yang memerlukan kepada Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) maka ada beberapa buah jabatan di bawah KETSA khususnya PERHILITAN yang perlu memberikan laporan untuk– termasuklah mengukuhkan pelaksanaan Wild Life Impact Study (WIF) dan juga Wild Life Management Plan (WNP), itu peranan kita. Keduanya, memulihkan, mengekal, meningkatkan connectivity, menjamin kesinambungan ekologi dalam Central Forest Spine (CFS). Seterusnya, menjalankan pemetaan dan pengzonan kawasan yang berpotensi untuk perlombongan dan pengkuarian supaya tidak termasuk dalam kawasan-kawasan yang disebutkan tadi. Begitu juga diwujudkan zon penampan di sempadan HSK, rizab perlindungan dan juga Kawasan Sensitif Alam Sekitar ini dalam melaksanakan projek-projek. Itu akan dipastikan. Begitu juga mengenai kawasan Hutan Simpan Kekal ini, dasar kerajaan supaya ia tidak diwartakan keluar ataupun degazette terutamanya di kawasan-kawasan yang melibatkan High Conservation Value Forest (HCVF) yang mana ianya mempunyai hidupan-hidupan liar dan sebagainya. Itu tidak digalakkan dalam dasar ini.

Datuk Seri Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri Tenaga dan Sumber Asli · Kota Bharu

Begitu juga menggunakan teknologi terkini iaitu Forest Monitoring Using Remote Sensing (FMRS) Plus 5. Ini adalah kerjasama di antara KeTSA dengan MYSA iaitu Agensi Angkasa Negara yang dahulunya MACRES iaitu di bawah MOSTI. Ini ada dibuat. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Rembau memang agak aktif dalam hal ini. Mencadangkan supaya kerajaan memasukkan spesies pollinator ke dalam senarai habitat dilindungi. Manakala kawasan habitat asal kawasan migratory dan kawasan pembiakan dijadikan sanctuary haiwan liar kekal sepenuhnya.

Datuk Seri Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri Tenaga dan Sumber Asli · Kota Bharu

Dalam hal ini, kementerian amat mengalu-alukan pandangan daripada Yang Berhormat Raub seorang yang amat cinta kepada alam sekitar, saya tahu. Memang menjadi hasrat kerajaan memasukkan spesis pollinator ataupun pendebunya ini di dalam jadual hidupan liar yang dilindungi. Sebagai contohnya pada masa ini terdapat dua spesies hidupan liar pollinator iaitu island flying fox ataupun keluang kecil dan juga malayan flying fox atau keluang dilindungi di bawah Akta Pemeliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]. PERHILITAN juga berhasrat untuk menyenaraikan beberapa lagi spesies kelawar, spesies pollinator sebagai tambahan kepada jadual hidupan liar ini. Mengenai cadangan kawasan migratory dan juga kawasan pembiakan dijadikan sanctuary haiwan liar kekal sepenuhnya ia satu cadangan yang baik. Cumanya kekangannya kepada Kerajaan Persekutuan ialah kita perlukan kepada pertimbangan dan kelulusan pihak berkuasa negeri kerana hutan di bawah bidang kuasa negeri. Seterusnya, Yang Berhormat Raub juga memohon supaya kajian dibuat untuk menyedia peruntukan membaiki sungai, jambatan, jalan raya dan tanah runtuh disebabkan oleh bencana banjir kepala air dan pergerakan tanah dan sebagainya. Saya ingin menyatakan bahawa KeTSA melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan juga Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) sedang menjalankan kajian penilaian ekonomi berasaskan pendekatan kos di hutan simpan kekal. Sebagai contohnya sekarang ini di negeri Kedah bermula Julai 2021 sehingga Oktober 2022 yang mana kajian ini bertujuan untuk memberi nilai ekonomi terhadap kerosakan perkhidmatan ekosistem hutan dalam HSK yang disebabkan kemungkinan berlakunya perubahan guna tanah seperti pembangunan, pertanian dan sebagainya. Hasil kajian ini akan menyediakan baseline data untuk kajian seterusnya mengenai penilaian ekonomi terhadap barangan dan perkhidmatan ekosistem hutan di kawasan berhutan di Semenanjung Malaysia dan membantu membangunkan mekanisme pelaksanaan bayaran kepada perkhidmatan ekosistem. Untuk makluman Yang Berhormat Raub juga, bantuan kewangan bagi menangani isu bencana alam telah disediakan melalui Tabung Bencana Alam Negara yang dikendalikan oleh NADMA. Walau bagaimanapun pengurusan hasil fee dan kutipan royalti sumber mineral adalah di bawah bidang kuasa negeri masing-masing. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bentong membangkitkan atau memohon penjelasan mengenai aktiviti pembalakan yang dikatakan berlaku di kawasan Hutan Simpan Lentang. Kementerian ini melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung (JPSM) dan Perhutanan Pahang sebenarnya telah membuat semakan terhadap apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bentong ini berkaitan isu yang tular kononnya ada pembalakan di kawasan hutan simpan. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, hasil daripada semakan menunjukkan bahawa ia merupakan pembersihan hutan di kawasan berstatus tanah milik. Ini tanah milik individu yang mana ia mempunyai lesen untuk membersihkan tanah itu. Bukan dalam tanah HSK ia berkeluasan 3.5 hektar sahaja dan dalam ini saya harap Yang Berhormat Bentong sebagai seorang yang profesional dalam hal ini boleh membetulkan keadaan ini. Tidak ada di dalam Dewan hari ini. Betulkan keadaan hari ini yang berlaku ditularkan itu di luar daripada HSK.

Tuan Wong TackDAP · PHBentong

Boleh saya– Boleh saya jawab sekarang? Boleh saya jelaskan?

Okey, okey Yang Berhormat Bentong. Sila.

Tuan Wong TackDAP · PHBentong

Yang Berhormat Menteri, memang tanah yang akan dibuka milikan under TOL tetapi sekarang hutan yang dibuka ialah membuka jalan sampai ke tempat itu yang sudah musnahkan Hutan Kekal Lendang.

Tuan Yang di-Pertua

Jalan yang menghala.

Yang saya hendak jelaskan ialah undang- undang menunjukkan bahawa pembersihan di dalam tanah milik tidak menjadi satu

kesalahan. Sekiranya di dalam HSK ia menjadi kesalahan. Fakta menunjukkan ini adalah tanah milik di dalam Daerah Bentong berkeluasan 3.59 hektar dan no dispute over it. Saya tidak membawa keluar kayu-kayu yang telah dibersihkan. Jadi, itu tetap tidak menjadi satu yang tidak salah daripada segi undang-undang hutan.

Tuan Wong TackDAP · PHBentong

Saya faham. Masalah sekarang ialah jalan.

Saya rasa jelas. Itu sahaja yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Saya jelaskan perkara itu. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Bentong juga membangkitkan memohon penjelasan mengenai kemusnahan yang dikatakan berlaku di Tasik Chini. Dalam hal ini, Jabatan Perhutanan Pahang melalui kenyataan media pada 14 Jun 2021 memaklumkan sebenarnya gambar kawasan perlombongan di Tasik Chini yang tular itu adalah gambar lama yang telah berlaku pada tahun 2019 lagi, Yang Berhormat. Ini adalah dapatan daripada Jabatan Perhutanan. Juga dalam hal yang sama pada 15 Jun iaitu sehari selepas itu Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang telah membuat satu kenyataan media rasmi memberikan komitmen Kerajaan Negeri Pahang untuk memelihara kawasan Tasik Chini ini, antaranya ialah memperluaskan Hutan Simpan Chini ini daripada keluasan asalnya 4,300 hektar kepada sehingga 6,000 dan juga 7,000 hektar untuk mempergiatkan pemeliharaan kawasan Tasik Chini. Ini satu usaha yang Kerajaan Persekutuan amat-amat menghargai apa yang dibuat oleh kerajaan negeri dan Kerajaan Negeri Pahang khususnya dalam konteks ini. Oleh itu kita amat mengalu-alukan langkah memelihara Tasik Chini ini. KeTSA juga sebagai national focal point bagi–

Yang Berhormat Menteri.

Bagi program Man and the Biosphere (MAB) di bawah unit UNESCO akan menyokong terus usaha dan komitmen Kerajaan Negeri Pahang memelihara tanah rizab biosphere Tasik Chini ini. Tasik Chini ini merupakan rizab kepada tapak biosphere di bawah UNESCO. Itu adalah satu perkara yang juga dialu- alukan. Selaras dengan fungsi kawal selia ini, KeTSA tidak akan– ini satu lagi perkara penting. KeTSA tidak akan mengeluarkan sebarang kelulusan untuk aktiviti perlombongan di kawasan-kawasan pemuliharaan termasuklah hutan simpan kekal di Tasik Chini ini. Kawasan rizab perlindungan dan juga Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS). Untuk ini Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) tidak akan mengeluarkan sebarang surat kelulusan skim pengendalian lombong ataupun Operational Mining Scheme (OMS) bagi permohonan di kawasan-kawasan yang berkenaan. Tuan Yang di-Pertua...

Yang Berhormat Menteri boleh? Raub, Raub.

Okey, sila.

Yang Berhormat Menteri, boleh saya betulkan sedikit. Ini kerana pada 6 Mac 2019, ketika itu saya Timbalan Menteri Air Tanah dan Sumber Asli. Pada 6 Mac, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri masa itu, lawatan di Tasik Chini memberitahu bahawa 490 hektar tanah rizab untuk Tasik Chinilah. Pada 3 Mac 2019, ia bertukar 4,498 hektar. Sepertimana yang Yang Berhormat Menteri bagitahu tadi, Pemangku Raja Pahang turun pada 13 Jun 2021. Itu yang disebut iaitu 6,000 hingga 7,000 bukan Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Terima kasih.

Baiklah. Terima kasih Yang Berhormat Raub. Bila raja bertitah, disambut oleh kerajaan negeri, itu adalah satu dasar kerajaan negerilah. Oleh sebab itulah disebutkan. Takkanlah saya nak sebutkan sini pemangku raja bertitah buat arahan ini. Ini kerajaan melaksanakan titah Pemangku Raja Pahang itu sendiri. Ini adalah sepatutnya.

Yang Berhormat Bentong juga memohon penjelasan mengenai apakah kriteria untuk kerajaan negeri membelanjakan peruntukan di bawah Ecological Fiscal Transfer (EFT) atau dengan penuhnya Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT) dan apakah program yang digunakan khas untuk pelindungan hutan, khasnya di Pahang. Saya hendak memaklumkan bahawa pada tahun 2021 ini, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sejumlah RM70 juta untuk Ecological Fiscal Transfer ini yang mana ia merupakan satu pemberian yang disediakan oleh kerajaan sebagai insentif kewangan tambahan kepada kerajaan-kerajaan negeri untuk melaksanakan program dan projek bagi menjamin kelestarian biodiversiti. Atas dasar inilah, beberapa buah negeri telah diberikan peruntukan yang agak banyak ataupun sewajarnya. Saya boleh nyatakan sini untuk negeri Pahang sahaja. Daripada RM70 juta itu diperuntukkan pada tahun 2021, sebanyak RM8.498 juta, diperuntukkan untuk negeri Pahang. Kita percaya bahawa Kerajaan Negeri Pahang menggunakan peruntukan ini juga untuk menjaga kelestarian hutan di negeri tersebut. Yang Berhormat Bentong...

Tuan Wong TackDAP · PHBentong

Ya, Yang Berhormat Menteri. Bolehkah saya tanya tentang isu pembalakan di Hutan Simpan Lentang? Bolehkah Bentong minta kebenaran dari Yang Berhormat Menteri supaya kita boleh buat satu site investigation on the area.

What is your complain? What is your complain?

Tuan Wong TackDAP · PHBentong

Can I get an assurance from the Minister so I can do, we do a site visit?

Boleh, boleh. Saya boleh.

Tuan Wong TackDAP · PHBentong

So that we know what is going on.

I am more than willing.

Tuan Wong TackDAP · PHBentong

Because we know, kita tahu dan kita sudah lihat gambar, balak-balak sudah berkumpul di log pond dekat water.

Ya, Yang Berhormat. Saya menjawab soalan Yang Berhormat iaitu di Hutan Simpan Lentang. Daripada kajian dan semakan ia di luar, it is outside the forest reserves.

Tuan Wong TackDAP · PHBentong

That is why, can you assure…

Itu sahaja but I can be with you, we can visit the scene, we can visit the place ya.

Tuan Wong TackDAP · PHBentong

Thank you.

No problem.

Tuan Wong TackDAP · PHBentong

Thank you.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Raub juga telah memohon penjelasan kerajaan mengenai sama ada Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) mengawal, mengeluarkan lesen operasi perlombongan melibatkan Tasik Chini. Ini pun saya telah jawab tadi yang mengatakan bahawa Surat Kelulusan Skim Pengendalian Melombong ataupun OMS tidak dikeluarkan lagi sejak dari bulan Jun 2021, tidak dikeluarkan lagi. Sebelum itu, memang saya akui ada dan apabila ada permohonan, sebagai contohnya untuk renewal of the surat kelulusan ini, ia telah ditolak oleh pihak kerajaan. Saya ada banyak penjelasan di sini mengenai OMS ini. Saya tidak mempunyai banyak masa untuk saya menjelaskan. Saya ada senarai syarikat-syarikat yang mana telah membuat permohonan ini, tiga buah syarikat secara jelasnya dan kesemuanya telah ditolak oleh pihak kerajaan, oleh JMG, mengambil kira keadaan yang telah disebutkan tadi untuk menjaga kelestarian. Saya ada lagi masa?

Tuan Yang di-Pertua

Masa yang lebih boleh diberi bertulis...

Saya ada beberapa perkara lagi tetapi saya bercadang untuk memberikan jawapan bertulis, termasuk daripada Yang Berhormat Raub, tenaga boleh baharu (TBB) ya dan daripada rakan saya daripada Tanjong Manis dan juga dari Lubok Antu. Saya tidak ada masa, saya tidak mahu melanggar masa ini. Terima kasih banyak Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih. Waalaikumusalam. Seterusnya saya menjemput Menteri di Kementerian Pengajian Tinggi, 30 minit.

Datuk Seri Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNMenteri Pengajian Tinggi · Parit Sulong

Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pengajian Tinggi ingin merakamkan ucapan terima kasih dan menghargai keprihatinan tujuh orang Ahli Yang Berhormat yang mengajukan pertanyaan, memberikan pandangan serta saranan membina semasa sesi perbahasan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan menyentuh perkara- perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Pengajian Tinggi. Semua isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sepanjang perbahasan, insya-Allah saya akan jawab dan saya jelaskan sebaik mungkin. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Simpang Renggam telah memberikan beberapa cadangan berkenaan Pelan Pemulihan COVID-19, lantikan ahli Majlis Tindakan Pendidikan dan Lembaga Pengarah Universiti, usaha memartabatkan bahasa kebangsaan melalui Program Sasterawan di universiti dan isu literasi digital dan keselamatan siber. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi meneruskan momentum kecemerlangan pendidikan tinggi yang terkesan akibat pandemik COVID-19, Pelan Kesejahteraan Pendidikan Tinggi ataupun Sejahtera IPT telah dimulakan di peringkat KPT sebagai respons strategik KPT dalam memulihkan pendidikan tinggi negara dalam pasca COVID- 19. Sejahtera IPT ini merangkumi tujuh strategik utama iaitu: (i) memperkukuhkan ekosistem kampus yang selamat; (ii) memperkukuh kebolehpasaran graduan; (iii) memperkasa agenda pendigitalan; (iv) memantapkan jaringan kolaborasi strategik; (v) memacu kesejahteraan komuniti; (vi) mempersada kecemerlangan institusi; dan (vii) menyemarakkan semangat KPT Prihatin. Sejahtera IPT ini juga dijajarkan dengan dasar dan hala tuju semasa kerajaan seperti Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi), Keluarga Malaysia, KPT Prihatin, Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, sustainable development goals (SDG’s) dan Rancangan Malaysia Kedua Belas. Sejahtera IPT ini dijangka dapat disiapkan sepenuhnya pada awal tahun 2022. Yang Berhormat Simpang Renggam turut membangkitkan berkenaan lantikan ahli Majlis Tindakan Pendidikan Tinggi Negara dan Lembaga Pengarah Universiti. MPTN ditubuhkan di bawah Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996, Akta 546 dan berfungsi untuk merancang membentuk dan menentukan dasar nasional bagi pembangunan pendidikan tinggi. Buat masa ini, akta 546 menyatakan bahawa Pengerusi MPTN merupakan Menteri Pendidikan. Justeru, proses untuk memperkasakan semula MPTN menghadapi cabaran berikutan fungsi Menteri yang bertanggungjawab adalah bukan Menteri yang

Datuk Seri Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNMenteri Pengajian Tinggi · Parit Sulong

bertanggungjawab ke atas pendidikan tinggi. Sehubungan itu, kementerian dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara sedang membuat semakan ke atas Akta MPTN 1996 melalui kuasa yang diperuntukkan kepada Pesuruhjaya Penyemak Undang-undang di bawah Akta Penyemakan Undang-undang 1968. Saya difahamkan ia kini di peringkat akhir semakan oleh AGC dan dijangka siap pada Oktober 2021. Menyedari proses semakan ini mungkin mengambil masa, kementerian telah mengambil tindakan proaktif dengan menubuhkan secara pentadbiran, apa yang kita namakan Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Tinggi yang menjalankan sebahagian daripada fungsi MPTN. Komposisi keahlian JPPT adalah sama sepertimana keahlian MPTN dengan tambahan ahli iaitu Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. Jawatankuasa ini untuk makluman Dewan telah bersidang buat pertama kalinya pada 22 Julai 2021. Antara perkara yang telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah berkenaan penjanaan pendapatan universiti awam, succession plan dengan izin di universiti awam, pengajaran dan pembelajaran masa hadapan, kebolehpasaran graduan, pengoperasian IPT dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara dan lain-lain lagi isu penting berkenaan pendidikan tinggi. Dalam usaha untuk memastikan kredibiliti LPU terpelihara dan mampu berfungsi dengan berkesan, KPT telah menghasilkan University Transformation Program Green Book–Enhancing University Board Governance and Effectiveness sebagai panduan. Ia menyentuh kepada perkara-perkara berkaitan saiz, komposisi dan kriteria pencalonan ahli LPU. Lantikan LPU juga mengambil kira kepakaran calon yang memenuhi keperluan komposisi di bawah Akta 30 di samping keunikan universiti awam yang mempunyai bidang tujahan tertentu. Berkaitan isu memartabatkan bahasa kebangsaan pula, KPT sedar mengenai perkara ini dan mengenai peranan penting sasterawan dalam membina Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang maju dan makmur.

Datuk Seri Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNMenteri Pengajian Tinggi · Parit Sulong

Pembinaan negara bukan sahaja terletak kepada kemajuan material tetapi ia perlu seiring dengan kematangan, pemikiran rakyat dan pembangunan jati diri bangsa yang mana salah satu caranya adalah melalui penulisan sastera. Inisiatif Sasterawan Negara di universiti akan terus disemarakkan dan sebagai satu pengiktirafan kepada kesarjanaan dan pengalaman luas mereka, yang insya-Allah akan dimanfaatkan oleh warga IPT. Antara aktiviti terkini yang dijalankan adalah Majlis Perasmian Galeri Sasterawan di UniSZA, A. Samad Said pada 11 April 2021. Syarahan Perdana Sasterawan Negara 2021 pada 21 September 2021 yang baru-baru lalu di UNIMAS bersama Sasterawan Negara Profesor Datuk Dr. Siti Zainon Ismail dan di UniMAP pula, Naratif Sasterawan Siri 1, Wawansabda Pantun Melayu bersama Sasterawan Negara Datuk Dr. Zurinah Hassan dan Khairul Anuar Harun telah dilaksanakan. Yang Berhormat Simpang Renggam turut menyentuh berkenaan literasi digital dan keselamatan siber. Dalam hal ini, KPT peka akan keperluan pelajar berhubung teknologi digital. Tambahan pula dalam norma baharu masa kini, teknologi digital merupakan kemahiran yang diperlukan untuk semua industri, bukan sahaja di dalam bidang pendidikan. Untuk memastikan graduan dapat bersaing dalam era digital pada hari ini, universiti turut membuat persiapan secara komprehensif daripada pendedahan kemahiran berasaskan teknologi untuk kekal relevan dan merancakkan sistem pendidikan negara supaya terus dinamik dan sentiasa sejajar dengan keperluan industri. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] Dengan mengambil kira literasi digital sebagai antara aspek yang penting, IPT mengambil inisiatif menyemak semula semua struktur dan kandungan kursus program pengajian sedia ada bermula tahun 2019. Melalui proses semakan semula ini, antara

Datuk Seri Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNMenteri Pengajian Tinggi · Parit Sulong

elemen yang wajib diterapkan oleh semua program pengajian ke dalam komponen penyampaian dan penilaian sesuatu program adalah kemahiran digital dan literasi. Kemahiran ini adalah sebagai komponen hasil pembelajaran kursus atau course learning outcome dan wajib diukur keberkesanannya. Pada masa ini, KPT dengan kerjasama MiGHT dan UTM sedang menjalankan kajian kesediaan institusi pendidikan dalam mendepani IR 4.0. Kajian ini menilai kesediaan institusi pendidikan dalam menerapkan Revolusi Industri Keempat daripada empat aspek iaitu tadbir urus, ekosistem, pengajaran dan pembelajaran dan penyelidikan dan inovasi. Penyelidik kini berada di peringkat akhir dalam menyiapkan laporan kajian tersebut. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya telah mencadangkan berkenaan pewujudan Kerusi Siddiq Fadzil di Universiti Sains Islam Malaysia. Untuk makluman Yang Berhormat, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30] telah memperuntukkan kuasa kepada universiti bagi mengadakan kerusi seperti yang dinyatakan di Perkara 4(1)(g) Jadual Pertama dan pelantikan penyandang bagi sesuatu kerusi itu hendaklah dilaksanakan melalui sebuah jawatankuasa pemilih seperti di Perkara 20 akta yang sama. Terima kasih atas cadangan daripada Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Insya- Allah, KPT akan meneliti dan memperhalusi cadangan penubuhan kerusi tersebut. Ini adalah kerana cadangan Yang Berhormat perlu mengambil kira implikasi kewangan dan perjawatan kepada universiti berkenaan. Ini bagi memastikan objektif penubuhan kerusi juga tidak bertindan dengan mana-mana kerusi yang sedia ada di universiti awam yang lain. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Beaufort telah menyentuh mengenai usaha mencipta pekerjaan melalui keusahawanan dalam menangani isu pengangguran mahasiswa dan latihan yang berteraskan TVET dengan kolaborasi dengan pihak industri. Untuk makluman Yang Berhormat, KPT sentiasa komited dalam memastikan pendidikan tinggi negara berupaya melahirkan graduan IPT yang holistik dan seimbang dalam aspek ilmu dan akhlak, bercirikan keusahawanan serta berupaya untuk menjadi pemimpin yang cemerlang pada masa hadapan. Justeru, kementerian telah melancarkan satu pelan yang dinamakan Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi 2021-2025 dan MOHE Guide to Entrepreneurship Integrated Education sebagai guiding principle, dengan izin dalam usaha memperkasa dan membentuk ekosistem keusahawanan di IPT. Usaha ini adalah untuk menyokong Lonjakan 1 iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 bagi pendidikan tinggi iaitu menerapkan nilai dan kemahiran keusahawanan kepada pelajar untuk membentuk minda mereka daripada hanya sebagai pencari kerja kepada pencipta kerja ataupun job creator. Antara usaha berterusan kementerian untuk makluman Dewan adalah untuk menambah bilangan usahawan dalam kalangan pelajar. Adalah beberapa usaha berterusan yang dilaksanakan oleh kementerian. Antaranya adalah menerapkan elemen keusahawanan merentasi kurikulum dan bidang pengajian. Dalam hal ini, KPT telah menjadikan modul Kursus Asas Keusahawanan sebagai subjek yang wajib di IPT untuk memastikan semua pelajar daripada pelbagai bidang pengajian mendapat pendedahan keusahawanan secara berstruktur. Kemudian yang kedua pula adalah melaksanakan rangka kerja penjana pekerjaan ataupun job creator framework, dengan izin. Melalui kerangka ini pula, pelajar diberi bimbingan dan galakan untuk menubuhkan syarikat pemula yang berteraskan teknologi dan inovasi bagi meningkatkan daya saing mereka di pasaran. Selain itu, penerapan kemahiran keusahawanan terkini seperti kemahiran digital melibatkan e- commerce, melibatkan fintech, logistik, big data, robotic engineering dan internet of things turut diberikan penekanan. Ketiga pula adalah menyediakan inkubator keusahawanan bagi membantu pelajar mendapat latihan dengan bimbingan mentor daripada IPT atau daripada kalangan usahawan yang berjaya secara lebih sistematik. Sebagai contohnya, pada tahun 2021,

Datuk Seri Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNMenteri Pengajian Tinggi · Parit Sulong

kementerian bersama Universiti Malaysia Kelantan telah melaksanakan satu program yang dinamakan Structured Entrepreneurial Incubator Programme yang bertujuan untuk mendorong pembentukan dan penubuhan syarikat pemula yang berasaskan teknologi, inovasi dan perniagaan lain. Keempat pula adalah program pembiayaan mikro. Ini juga turut disediakan bagi menyokong pelajar memulakan dan mengembangkan perniagaan. Kementerian untuk makluman Dewan juga, dengan kerjasama TEKUN Nasional telah melaksanakan program KPT-MEDAC Siswapreneur yang merupakan program pembiayaan mikro khusus untuk pelajar IPT dengan peruntukan sebanyak RM5 juta pada tahun ini iaitu tahun 2021. Seterusnya yang kelima pula adalah melaksanakan program latihan keusahawanan di peringkat IPT dan nasional menerusi dana keusahawanan. Pada tahun 2019 dan 2020, sebanyak 16 program peringkat nasional telah dilaksanakan dan 180 program di peringkat IPT telah dilaksanakan oleh KPT. Seterusnya yang keenam pula adalah menjalinkan kerjasama strategik bersama dengan agensi yang berkepentingan dalam bidang keusahawanan. Terbaharu untuk makluman Dewan, KPT bersama MEDAC melalui SME Corp. akan melaksanakan satu program rintis yang berasaskan TUBE yang dinamakan TUBE@IPT dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.4 juta. Program ini menyediakan modul latihan yang komprehensif dan bantuan dana berbentuk geran perniagaan kepada bakal usahawan muda untuk menceburi bidang perniagaan baharu akan disediakan. Tuan Yang di-Pertua...

Yang Berhormat Menteri, boleh? Kangar hendak mencelah sedikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Silakan Yang Berhormat Kangar.

Juga berkaitan dengan subjek yang berkaitan dengan keusahawanan tetapi mungkin saya tidak menyentuh banyak tentang mahasiswa. Saya kalau boleh hendak mendapatkan daripada Yang Berhormat Menteri, maklumat mengenai berapa banyak sebenarnya produk daripada penyelidikan universiti yang kita telah paten dan komersialkan kerana saya fikir ini juga sebenarnya satu produk daripada IPTA yang mungkin tidak ramai tahu. Berapa banyak kalau ada yang sudah dikomersialkan dan dijual, berapa banyak hasil yang telah berjaya dijana melalui kajian ini sebab kita melaburkan banyak dalam aspek R&D di IPTA.

Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Maklumat ini adalah sangat terperincinya, jadi kita akan maklumkan dan akan berikan secara bertulis, secara detail kepada maklumat yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Kangar.

Okey, terima kasih.

Sama-sama.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Teruskan Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, dalam memperkasakan TVET, kementerian sentiasa bekerjasama dengan pihak industri terutamanya dari sudut pembangunan kurikulum supaya dapat memenuhi kehendak industri dan juga masyarakat. Antara kerjasama yang dilaksanakan oleh kementerian adalah melalui penubuhan Majlis TVET Negara dan juga ada lagi satu penubuhan iaitu Majlis Penasihat Industri yang berperanan untuk memberikan pandangan dan berkongsi maklumat berkaitan ataupun berkenaan fokus semasa industri di peringkat nasional dan global. Pandangan dan perkongsian tersebut membantu kementerian dalam merancang pelan tindakan bagi memastikan kurikulum TVET yang digunakan adalah terkini dan selaras dengan keperluan semasa industri.

Selain itu, industri turut dilibatkan melalui pendekatan pembelajaran industry-led training seperti work-based learning (WBL), 2u2i dan program perantisan yang dilaksanakan di MTUN, politeknik dan kolej komuniti untuk menempatkan pelajar di industri sebelum mereka bergraduan. Dalam hal yang berkaitan, industri turut dilibatkan dalam pelaksanaan Structured Internship Programme di mana industri memberikan latihan kepada pelajar dan bakal graduan di premis mereka bagi memberikan pendedahan situasi sebenar pekerjaan kepada graduan. Industri yang bekerjasama dalam pelaksanaan SIP adalah bertaraf government-linked companies dan multinational companies (MNC) yang khusus di dalam bidang teknologi tinggi. Melalui usaha ini juga, pusat kecemerlangan juga diwujudkan di institusi bagi membolehkan perkongsian kepakaran antara industri dan juga institusi. Pihak industri juga turut menyumbang peralatan di pusat kecemerlangan untuk dimanfaatkan oleh pelajar. Inisiatif ini dijalankan melalui kolaborasi antara akademia dan industri bagi memperkasakan pelajar-pelajar aliran TVET di MTUN dan universiti awam yang lain. Tuan Yang di-Pertua...

Yang Berhormat Menteri.

...Yang Berhormat Pontian...

Yang Berhormat Menteri...

...Telah...

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya faham isu TVET ini agak sukar untuk satu kementerian kendalikan kerana ada enam kementerian yang memainkan peranan dalam institusi- institusi TVET. Sebelum ini saya pernah mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri untuk turut memberikan diskaun kepada anak-anak muda, mahasiswa dalam IPTS. Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang memberikan masa dan peluang untuk saya memberikan cadangan ini. Cuma, cadangan tambahan yang berkait rapat dengan TVET kerana isu TVET adalah isu keutamaan negara dan IPTS kalau kita lihat dari sudut yang lebih menyeluruh ada ramai dan banyak IPTS yang boleh dilihat sebagai perangkap hutang atau dikenali sebagai debt-trap di mana bertahun-tahun mereka tidak mendapat pengiktirafan yang sewajarnya dan ramai anak-anak muda, graduan do not get that kind of local and international certification. Bagi mereka yang dapat ada juga IPTS yang tidak mencapai kriteria ataupun pra syarat yang telah ditetapkan sebagai contohnya daripada segi employability level yang melebihi 50 ke 60 peratus tetapi mereka tetap diberikan subsidi melalui PTPTN dan oleh kerajaan melalui MARA dalam RM300 juta, PTPTN lagi banyak untuk terus memberikan a false dream kepada anak-anak muda lepasan SPM jika mereka ditolak oleh universiti awam, mereka dapat salah sebuah universiti atau IPTS yang tidak dikenali. Mereka menyertai, selepas itu ada beban hutang yang begitu tinggi melalui PTPTN tetapi tidak mendapat pekerjaan selepas itu. Yang Berhormat Menteri ada menekankan jalan untuk kita memperkasakan TVET, is there a way for us to negotiate, berunding dengan IPTS-IPTS bukan yang terkenal which fit the standard tetapi mereka yang jauh terkebelakang, sudah lama tidak mengikut SOP dan prasyarat yang diletakkan ke atas mereka dan memberikan fokus kepada industri TVET daripada terus menerus menghantar anak muda kita kepada IPTS tetapi akhirnya mereka tidak mendapat pekerjaan selepas itu. Walhal jika kita menghantar mereka ke TVET atau convert IPTS untuk bekerjasama dengan industri TVET to move forward supaya mereka tidak terperangkap in this for a debt-trap. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Menteri, teruskan.

Ya, terima kasih Yang Berhormat Muar. Satu cadangan yang sangat bagus sebab kita dekat kementerian, kita ada satu yang kita

namakan PEMUDAH IPTS. PEMUDAH IPTS kita akan discuss, sit down, duduk bersama dengan mereka dan kita akan berbincang dan membuat engagement. Akan tetapi pandangan Yang Berhormat Muar itu, kita ambil kira dan saya berharap pegawai dapat membuat catatan dan kemudian kita buat engagement. Mengenai pengurangan yuran di IPTS pula, kita telah membuat engagement selepas sahaja saya berhubung dengan Yang Berhormat Muar, kita telah membuat engagement tetapi nanti akan ada jawapan sedikit mengenai isu yang kita akan utarakan. Akan tetapi mengenai penubuhan IPTS ataupun PEMUDAH IPTS itu, kita sudah bentuk empat kumpulan kerja teknikal iaitu satu, TWG 1 iaitu polisi, governance dan prosedur. TWG 2, kelestarian, kewangan IPTS dan yang ketiga pula, kualiti pelajar program institusi dan yang keempat, pengantarabangsaan dan juga promosi. Jadi, insya- Allah kita akan berhubung dengan Yang Berhormat sendiri untuk mendapatkan apa-apa juga maklum balas daripada Yang Berhormat. Saya hendak meneruskan jawapan dengan menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pontian mengenai tawaran baharu dari kerajaan tentang PTPTN. Untuk makluman Yang Berhormat, mengambil kira kesan wabak penyakit COVID-19 kepada ekonomi negara yang mengakibatkan kehilangan dan kekurangan sumber pendapatan kepada peminjam PTPTN. Kerajaan telah bersetuju memberi penangguhan bayaran balik pinjaman pendidikan kepada semua peminjam PTPTN selama enam bulan bermula 19 Mac 2021. Seterusnya, kerajaan telah melanjutkan tempoh penangguhan tersebut selama tiga bulan lagi sehingga 31 Disember. Secara keseluruhan, penangguhan ini telah memanfaatkan kepada 1.5 juta peminjam dengan jumlah keseluruhan anggaran bayaran balik yang ditangguhkan adalah sebanyak RM1.125 bilion. Atas dasar keprihatinan pula, kita sambung semula penangguhan bayaran balik ini untuk tahun 2021 di mana kerajaan telah bersetuju untuk memanjangkan inisiatif penangguhan bayaran balik pinjaman seperti berikut iaitu selama tiga bulan kepada peminjam yang terkesan di antara Januari hingga Mei 2021 dan seterusnya sambung lagi tiga bulan kepada peminjam yang terkesan di antara Jun hingga Oktober 2021. Seterusnya, kementerian juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Pontian atas cadangan untuk menghapuskan 10 peratus daripada hutang PTPTN. Pihak PTPTN memerlukan kajian lanjut yang lebih terperinci mengenai perkara ini. Hasil daripada kajian ini, kita akan minta kelulusan dan pertimbangan daripada pihak MOF untuk meluluskan permohonan ini. Dalam pada itu, PTPTN telah memberikan 100 peratus perlepasan bayaran balik pinjaman kepada peminjam PTPTN kategori B40 dan M40 yang mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama. Tuan Yang di-Pertua, Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) telah diperkenalkan dengan matlamat utama untuk mendidik serta memupuk budaya penabungan awal di kalangan masyarakat bagi tujuan pendidikan tinggi. Daripada segi pengurusan dana, skim pinjaman pendidikan dan SSPN adalah diuruskan secara berasingan. Hasil keuntungan pelaburan deposit SSPN ini akan dikembalikan kepada pendeposit dalam bentuk dividen tahunan selaras dengan konsep pematuhan syariah SSPN.

Secara umumnya, PTPTN tidak boleh menggunakan keuntungan daripada pelaburan SSPN untuk menghapuskan ataupun mengurangkan hutang penerima PTPTN. Walau bagaimanapun, secara tak langsung, penabungan awal serta konsisten di dalam SSPN akan mengurangkan kebergantungan masyarakat kepada pembiayaan ataupun pinjaman pendidikan oleh PTPTN, seterusnya mengurangkan kadar keberhutangan di kalangan graduan di masa hadapan. Kerajaan prihatin dan akan terus memastikan kebajikan rakyat dijaga, tapi dalam waktu yang sama, perlu melindungi sumber yang ada agar sentiasa dalam keseimbangan dan kekal lestari. Yang Berhormat Dungun pula ada memberi cadangan berkaitan pengurangan yuran IPTS dan juga ada dibangkitkan oleh Yang Berhormat Muar apabila saya berhubung

dengan Yang Berhormat Muar. Akan tetapi, Yang Berhormat Dungun ada memberi cadangan supaya pengurangan sebanyak RM1,000. Dalam situasi pandemik COVID-19 di mana semua pihak sedang berusaha meneruskan kelangsungan dan berusaha menstabilkan ekonomi, pada 14 September― saya tadi dimaklumkan juga oleh Yang Berhormat Muar― saya telah mengumumkan pengurangan yuran sebanyak 20 peratus kepada semua pelajar warganegara di universiti awam bagi sesi akademik 2021-2022. Dalam konteks IPTS, KPT telah melaksanakan moratorium kenaikan yuran khusus pengajian IPTS sehingga 31 Disember. Dalam hubungan yang sama, tadi saya pun ada maklumkan dalam soalan tambahan, bahawa KPT telah mengadakan beberapa siri libat urus dengan pihak IPTS berkaitan dengan pengurangan yuran kepada pelajar IPTS. Hasil daripada libat urus awal― sebab, libat urus ini belum lagi berakhir, masih lagi kita adakan libat urus ini. Beberapa IPTS telah bersetuju dengan pengurangan yuran dan bantuan tertentu kepada pelajar yang memerlukan. Akta 555 pula mengatakan bahawa pengurusan IPTS ini adalah di bawah bidang kuasa syarikat yang memiliki IPTS tersebut. Akan tetapi, kita memang sentiasa buat engagement supaya mereka boleh menyumbang kembali kepada masyarakat.

Yang Berhormat Menteri, sikit. Berkaitan ini.

Datuk Seri Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Saya habiskan dulu kejap.

Okey.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri ada dua minit lagi.

Datuk Seri Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Okey. Untuk makluman, pengurangan yuran di IPTS adalah berbeza. Sebagai contoh, ada IPTS yang memberi pengurangan yuran sebanyak RM520 dan lap-top percuma kepada pelajar B40. Ada juga yang membuat pengurangan sehingga 35 peratus melalui rebat yuran pengajian mengikut kategori. Contoh, macam B40 sebanyak RM200, M40 sebanyak RM150 dan tak ada caj yuran asrama yang dikenakan kepada mereka sepanjang tempoh pandemik COVID-19. Terdapat juga IPTS yang membuat pengurangan sebanyak RM1,000 kepada setiap pelajar. Kita telah berhubung dan ada maklum balas daripada universiti-universiti lain mengenai pengurangan-pengurangan ini. Contohnya, macam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), pengurangan yang diberikan adalah sehingga 35 peratus. Sementara UTP pula, nilai pengurangan adalah sebanyak RM2,500. Ini adalah inisiatif awal yang dibuat oleh kementerian dan seperti yang saya maklumkan tadi, kita akan sentiasa membuat engagement bersama IPTS agar dapat memberi ataupun memulangkan semula dan prihatin kepada masyarakat. Yang Berhormat Kangar, sila.

Okey. Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Saya kalau boleh hendak mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri memandangkan ramai pelajar khususnya di kalangan B40 mengalami kesukaran untuk belajar ketika tidak berada di kampus, jadi mereka terpaksa membeli gajet atau peranti baharu ketika dalam keadaan mereka sendiri pun mungkin mak dan ayah kehilangan kerja, tak dapat bekerja ataupun dipotong gaji. Saya nak cadangan kalau boleh, kementerian memberi diskaun yuran secara bertahap. Mungkin setiap semester diberi pengecualian mungkin RM250, kalau empat semester jadi RM1,000, sebagai satu insentif untuk meringankan beban mereka kerana terpaksa berbelanja untuk membeli peranti dalam tempoh sekarang.

Datuk Seri Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Tadi saya ada maklumkan saya dah umum yang fasal 20 peratus pengurangan yuran kepada universiti awam. Jadinya, yang IPTS ini...

Yang ini untuk pembelian peranti.

Datuk Seri Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Oh! Pembelian peranti. Okey, kita akan pertimbangkan dan kita akan berbincang dengan each university, dengan setiap universiti berkenaan. Terima kasih atas cadangan tersebut. Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Masa dah tamat.

Datuk Seri Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Nanti sekejap. Ada yang lain saya jawab bertulis tetapi yang ini saya hendak jawab.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Berapa minit lagi? Satu? Dua?

Datuk Seri Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Satu minit bolehlah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, silakan.

Datuk Seri Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Yang Berhormat Balik Pulau ada bertanya mengenai pertukaran nama Politeknik Balik Pulau. Jadinya, penjenamaan semula Politeknik Balik Pulau...

Yang Berhormat Menteri, Sik minta sedikit sahaja. Setengah minit.

Datuk Seri Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

...Masih dalam peringkat cadangan.

Saya kalau dapat jawapan bertulis pun tak apa.

Datuk Seri Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Nanti kejap. Saya jawab soalan Yang Berhormat Balik Pulau dahulu.

Okey, okey.

Datuk Seri Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Penjenamaan semula Politeknik Balik Pulau masih dalam peringkat cadangan dan penelitian. Walau bagaimanapun, pihak kementerian akan membuat sesi libat urus bersama semua pihak yang berkepentingan sebelum keputusan lanjut ini dibuat. Okey, Yang Berhormat Sik.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan saya berkaitan dengan tempoh pemberian biasiswa pascasiswazah ini. Ketika ini dalam program biasiswa MyBrain, saya ingat disebut tempohnya tiga tahun. Namun, ada permohonan-permohonan daripada pelajar-pelajar ini biarlah tempoh ini iaitu berdasarkan minimum bidang pengajian itu. Ada bidang-bidang pengajian itu yang sehingga empat tahun dan lebih. Jadi, mohon mungkin dapat kementerian melihat perkara ini. Terima kasih.

Datuk Seri Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Okey, terima kasih Yang Berhormat Sik. Kita akan lihat mengenai cadangan tersebut. Terima kasih banyak-banyak. Ada satu sahaja lagi...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Jawab bertulis.

Jawapan akan diberikan secara bertulis. Sekali lagi KPT mengucapkan ribuan terima kasih, penghargaan di atas keprihatinan, perhatian dan sokongan yang berterusan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat terutamanya dalam usaha memartabatkan kecemerlangan pendidikan tinggi negara yang diterajui oleh KPT. Terima kasih banyak Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi. Ada usul.

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti SamsudinBERSATU · PNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) · Masjid Tanah

Tuan Yang di-Pertua: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), tanpa menghiraukan usul terdahulu, saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 9.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Khamis, 23 September 2021.”

Datuk Mastura binti Tan Sri Dato' Mohd YazidUMNO · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) · Kuala Kangsar

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon sokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Ahli Yang Berhormat, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menjawab. Masa 30 minit diperuntukkan. Sila Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHMenteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Titiwangsa

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua dan semua Ahli Yang Berhormat yang terlibat dalam sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Keempat, Parlimen Keempat Belas. Pertama sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi- tinggi penghargaan kepada semua pegawai dan kakitangan warga kerja dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau lebih dikenali sebagai hero dan heroin jaket oren selaku barisan hadapan yang bertungkus-lumus melaksanakan tugas dengan penuh keikhlasan dan tanggungjawab tanpa mengira waktu siang dan malam demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat yang memerlukan pada waktu pandemik COVID-19 ini. Tidak dilupakan juga kepada petugas Yayasan Kebajikan Negara, Pasukan Talian Kasih, Skuad Prihatin Negara dan semua warga kerja kementerian dan agensi lain yang turut sama membantu demi kesejahteraan Keluarga Malaysia. Kementerian melalui agensi-agensi di bawahnya sentiasa peka dan prihatin serta mengutamakan kebajikan rakyat terutama golongan yang terkesan semasa pandemik COVID-19 ini dengan menyediakan pelbagai jenis bantuan yang bersesuaian. Tuan Yang di-Pertua, seramai 14 orang Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan sebanyak 19 pertanyaan, isu dan cadangan sepanjang sesi perbahasan kali ini. Izinkan saya untuk menjawab pertanyaan, pandangan atau cadangan tersebut berdasarkan isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

Datuk Seri Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHMenteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Titiwangsa

Tuan Yang di-Pertua, pertama, isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Beaufort yang meminta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan semua kementerian untuk mengambil inisiatif dalam memperbanyakkan peluang kepada kontraktor wanita untuk mendapatkan kerja-kerja di kementerian masing-masing dan juga memperkasakan wanita daripada segi ekonomi dan juga peluang pekerjaan.

Datuk Seri Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHMenteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Titiwangsa

Kementerian menyokong cadangan daripada Yang Berhormat Beaufort untuk meningkatkan penyertaan syarikat kontraktor wanita dalam mendapatkan projek-projek kerajaan. Justeru, kementerian juga ingin mencadangkan kepada Kementerian Kewangan agar perkara ini diteliti dan diambil kira dalam memberikan pertimbangan terhadap permohonan berhubung pemberian projek kerajaan. Pada masa yang sama juga kementerian berharap agar pihak Kementerian Kewangan juga dapat mengkaji dan mempertimbangkan permohonan daripada syarikat- syarikat yang dimiliki oleh wanita atau syarikat-syarikat yang mempunyai sekurang- kurangnya 30 peratus ahli lembaga pengarahnya terdiri daripada wanita untuk diberikan pemberat dalam penilaian bagi diberi peluang bagi projek-projek dan perolehan kerajaan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kementerian juga turut mengambil maklum akan penurunan kadar penyertaan tenaga kerja buruh bagi wanita yang terpaksa meninggalkan tenaga kerja berpendapatan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan semasa pandemik COVID-19. Statistik Jabatan Perangkaan Malaysia turut menunjukkan bahawa kadar penyertaan tenaga kerja buruh wanita telah menurun dari 55.7 peratus pada Februari 2020 ke 55.1 peratus pada Februari 2021 berbanding lelaki yang meningkat dari 80.8 peratus ke 81 peratus dalam tempoh yang sama. Bagi membantu wanita yang terjejas pendapatan, kementerian melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) turut bekerjasama dengan pelbagai pihak seperti Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dan TalentCorp untuk menawarkan program-program kemahiran khususnya dalam bidang keusahawanan serta menjadi penghubung kepada pelbagai industri melalui penganjuran Karnival Kerjaya dan Usahawan Wanita yang pada masa ini telah menghubungkan 5,885 orang peserta kepada peluang pekerjaan. Sebanyak 229 program literasi kewangan juga telah dilaksanakan secara fizikal dan juga dalam talian oleh JPW melalui Pejabat Pembangunan Wanita Negeri di seluruh negara dari tempoh Januari sehingga Ogos 2021. Seramai 112,284 orang wanita telah mendapat manfaat dan disantuni dalam program-program ini. PERKESO juga telah melaksanakan pelbagai program perkhidmatan pekerjaan yang telah membantu seramai 171,856 orang wanita kembali bekerja ataupun bermula bekerja sejak penularan wabak COVID-19 sehingga kini. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Beaufort, Yang Berhormat Batang Lupar dan Yang Berhormat Port Dickson juga turut menyentuh isu pemerkasaan wanita dan kesaksamaan gender. Kementerian turut menyedari kepentingan pemakaian lensa gender dalam menghadapi tindak balas sewaktu krisis COVID-19 yang dapat menilai impak ke atas sosioekonomi negara. Isu pemerkasaan wanita dan kesaksamaan gender merupakan isu cross-cutting yang memerlukan penglibatan, kerjasama dan sokongan daripada kementerian ataupun agensi yang berkaitan khususnya sokongan kemahiran dan kepakaran dalam bidang-bidang tertentu. Kerajaan sentiasa mengambil kira keperluan semua golongan dalam agihan peruntukan. Inisiatif bajet yang responsive gender dengan izin mengambil kira keperluan dan kepentingan kumpulan penduduk yang berbeza iaitu lelaki dan wanita serta bertujuan untuk mengagihkan sumber kerajaan secara saksama supaya keperluan mendesak individu dan kumpulan dapat dipenuhi. Kerajaan melalui Kementerian Kewangan telah mengeluarkan Garis Panduan Penyediaan Cadangan Anggaran Perbelanjaan Persekutuan Tahun 2022 yang menekankan perancangan penyediaan belanjawan berdasarkan Manual Analisis Bajet Gender Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Datuk Seri Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHMenteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Titiwangsa

Sehubungan itu, kementerian ini sedang dalam proses melantik semula gender focal point dalam kalangan Timbalan Ketua Setiausaha dan Timbalan Ketua Pengarah di semua kementerian, agensi yang berperanan mengintegrasikan perspektif gender ke dalam semua peringkat perancangan, penggubalan dasar dan pelaksanaan projek serta program kerajaan. Yang Berhormat Batang Lupar juga telah membangkitkan tentang Dasar Wanita Negara yang telah diperkenalkan pada tahun 1989, telah dikaji semula pada tahun 2009. Susulan daripada kajian tersebut, Pelan Tindakan Pembangunan Wanita Negara turut dibangunkan bersama bagi tempoh 2009 hingga 2015. Terkini, kementerian sedang dalam membuat semakan semula terhadap dasar dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita Negara. Pelan ini bertujuan menjamin pembangunan dan pengupayaan wanita dalam mencapai kesaksamaan gender. Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan pertanyaan Yang Berhormat Port Dickson yang menyentuh perbezaan purata dan penengah gaji dan upah bagi siswazah lelaki masih lebih tinggi berbanding siswazah perempuan. Saya ingin memaklumkan di dalam Dewan yang mulia ini, bahawa berdasarkan Laporan Statistik Siswazah 2020 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, purata gaji dan upah bulanan siswazah lelaki adalah lebih tinggi iaitu sebanyak RM4,861 berbanding perempuan iaitu RM4,135. Jurang perbezaan gaji dan upah bulanan antara siswazah lelaki dan perempuan boleh dikaitkan dengan jenis pekerjaan, jawatan dan tempoh perkhidmatan. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi sektor awam, penentuan gaji permulaan bagi pegawai yang dilantik kali pertama adalah berdasarkan kepada dua kriteria iaitu gaji permulaan yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan dan juga pengalaman yang relevan. Manakala bagi sektor swasta, tiada data yang tepat mengenai penentuan gaji permulaan siswazah. Dasar berhubung penetapan gaji dan upah bagi sektor swasta adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Manusia. Dalam hal ini, pelbagai strategi telah dirangka dan dilaksanakan oleh kerajaan bagi merealisasikan aspirasi untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam ekonomi melalui pembangunan modal insan wanita yang berkemahiran dan berdaya saing. Usaha ini memerlukan sokongan berterusan daripada semua pihak. Penyertaan lebih ramai wanita dalam pasaran buruh berpotensi meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Justeru, persekitaran kerja yang mesra wanita perlu diberi penekanan oleh semua sektor ekonomi dalam memastikan pengekalan wanita dalam pasaran kerja. Pada masa yang sama, kementerian dan Jabatan Perangkaan Malaysia sedang berusaha untuk menyediakan data mengikut jantina dalam sektor pekerjaan yang merangkumi pelbagai bidang. Antaranya pertanian, pembinaan dan pembuatan. Ini dapat memberikan gambaran menyeluruh realiti sektor pekerjaan berdasarkan jantina. Data ini nanti akan digunakan sebagai panduan dalam penyediaan cadangan dasar, akta, peraturan serta pelan tindakan untuk mengurangkan jurang antara lelaki dan wanita selain meningkatkan pemahaman tentang kepentingan kesaksamaan gender termasuk daripada segi gaji dan juga upah.

Yang Berhormat Menteri, boleh mencelah sedikit? Kangar.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Kangar.

Datuk Seri Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHTitiwangsa

Oh! Ya Yang Berhormat Kangar.

Boleh ya?

Datuk Seri Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHTitiwangsa

Ya, sila.

Terima kasih. Kita banyak kali dengar tentang nasib wanita selalunya tidak dapat kekal lama dalam sektor pekerjaan oleh sebab banyak faktorlah. Akan tetapi satu perkara yang mungkin kita terlepas pandang ialah wanita juga kalau ikut daripada jangka hayat hidup di negara kita, dia hidup lebih lama

secara puratanya berbanding lelaki. Kalau lelaki 73 tahun, perempuan sampai 79 tahun. Akan tetapi hakikatnya wanita ini sudahlah tidak bekerja, simpanan kurang, jadi apakah rancangan kementerian untuk mungkin melihat faktor ini supaya mereka ini tidaklah terbiar sengsara ketika usia tua, maksudnya selepas pekerjaan bukan sekadar hanya waktu pekerjaan sahaja?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, Yang Berhormat Kangar. Sila, Yang Berhormat Menteri teruskan.

Datuk Seri Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHTitiwangsa

Terima kasih, Yang Berhormat Kangar. Terima kasih kerana begitu prihatin terhadap nasib wanita. Kita tahu waktu dalam pandemik COVID-19 ini, apabila kajian dibuat bahawa daripada segi simpanan pendapatan itu kita lihat rata-rata rakyat di negara ini mempunyai lebih kurang sebulan sahaja simpanan. Jadi sudah pasti dalam jangka bukan sahaja yang kita lihat daripada segi sektor buruh, dalam pekerjaan tetapi kita juga kita kena lihat bahawa laporan survey bagi tenaga buruh bagi suku kedua juga menunjukkan keadaan buruh wanita ini dia berkurang. Peratusan ini masih lagi rendah jika kita bandingkan dengan negara-negara lain. Jadi, ini sebenarnya disebabkan komposisi terbesar luar tenaga buruh adalah disebabkan oleh kerja rumah, tanggungjawab keluarga iaitu sebanyak 46.4 peratus. Jadi, wanita sebenarnya ada juga yang memilih untuk keluar daripada pasaran buruh dengan penurunan kadar tenaga buruh wanita seawal umur 35 hingga 49 tahun. Jadi dengan itu, pihak kementerian juga kita sedang hendak membantu bukan sahaja mereka yang sedang berada di dalam bidang pekerjaan tetapi kita hendak pertingkatkan lagi, kita hendak memperluaskan lagi.

Datuk Seri Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHTitiwangsa

Sebagai contohnya, dalam kementerian kita ada program penjagaan posnatal untuk ibu-ibu yang lepas bersalin untuk yang semakin berkembang dan kita lihat ada pasaran ekonomi. Jadi kita bukan sahaja fokus kepada yang ada dalam tenaga buruh tetapi juga informal. Oleh sebab itu program-program kita berikan juga tadi saya sebutkan kita diberikan juga program-program literasi kewangan bukan sahaja daripada segi bagaimana untuk mendapatkan pekerjaan tetapi juga untuk jangka masa hadapan. Bukan sahaja wanita Yang Berhormat kerana pada tahun 2030, negara akan menjadi negara tua di mana 15 peratus daripada penduduk negara kita akan berusia 60 tahun ke atas. Boleh saya sambung?

Yang Berhormat Menteri, minta laluan.

Datuk Seri Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHTitiwangsa

Ya, Yang Berhormat Muar.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila, Yang Berhormat Muar.

Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Menteri jelas kalau kita lihat lebih ramai wanita berpendidikan dan berpendidikan tinggi dan apabila mereka buat pertama kali menyertai sektor profesional lazimnya mereka boleh buat kerja yang jauh lebih baik daripada golongan lelaki. Akan tetapi masalahnya timbul apabila mereka jadi ibu buat pertama kali dan ada di kalangan mereka selepas menjadi ibu mengambil pendirian untuk meninggalkan pekerjaan mungkin enam bulan ataupun setahun untuk menjaga anak-anaknya tetapi apabila mereka ingin diserapkan kembali ke dalam sektor tenaga kerja, diskriminasi di situlah yang akan timbul. Saya ingat sebelum ini apabila Yang Berhormat Menteri juga dalam Kabinet Pakatan Harapan ada cadangan melalui proses Malaysia@Kerja di mana wanita-wanita

khususnya ibu-ibu baru diberikan insentif kepada majikan-majikan supaya mereka menggajikan ibu-ibu yang mengambil pendirian untuk kembali semula dalam sektor-sektor kerja. Tidak cukup sekadar untuk memberikan advice ataupun a form of pendidikan sahaja tetapi selagi majikan tidak diberikan insentif secara financial untuk berikan pekerjaan kepada ibu-ibu baru agak sukar untuk ibu-ibu selepas meninggalkan sektor kerja untuk kembali semula. Saya berharap Yang Berhormat Menteri boleh bekerjasama dengan Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk pastikan ada financial incentive supaya majikan memberikan kerja-kerja kepada ibu-ibu yang telah meninggalkan sektor pekerjaan sekian lama. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih,Yang Berhormat Muar. Sila, Yang Berhormat Menteri sambung.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Yang Berhormat Menteri, Padang Serai, sedikit. Saya juga sokong cadangan Yang Berhormat Muar. Di samping itu juga kita mesti galakkan wanita-wanita yang ibu tunggal yang sering ada anak-anak apabila mereka pergi minta kerja dan sebagainya tidak dapat. So, walaupun kita kebajikan ada bantu dia orang tetapi sekiranya mereka tidak teruskan dengan kerja-kerja walaupun kerja itu sebagai cleaner ataupun lain-lain juga perlulah digalakkan dan juga mesti beri peluang kepada mereka. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Sila Yang Berhormat Menteri, teruskan.

Datuk Seri Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHTitiwangsa

Terima kasih kepada Yang Berhormat Muar dan juga Yang Berhormat Padang Serai yang begitu prihatin terhadap nasib ibu-ibu. Memang benar saya- terima kasih atas cadangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Muar dan insya-Allah kita akan sentiasa memperbaiki dan akan bekerjasama dengan kementerian-kementerian lain bagaimana untuk mempertingkat dan memperkasakan lagi wanita terutama ibu-ibu yang hendak kembali semula ke dalam bidang pekerjaan. Oleh kerana itu, kementerian juga prihatin nasib berhubung dengan ibu bapa yang akan kembali bekerja khususnya golongan ibu. Sebagai salah satu mekanisme menggalakkan ibu untuk kembali bekerja, kerajaan juga telah menyediakan kemudahan sebanyak 5,017 buah taska berdaftar di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut sebanyak 310 buah taska merupakan taska di tempat kerja. Jadi, kita hendak bagikan juga tempat untuk mereka ini menghantar anak- anaknya supaya anak-anak ini juga berada dalam keadaan yang selamat. Saya juga berterima kasih kepada cadangan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Padang Serai tadi. Ibu-ibu tunggal yang kita lihat dalam keadaan sekarang ini pun ramai. Mereka bukan tidak hendak cari peluang pekerjaan. Bila kita tengok daripada unemployment rate itu mereka bukan tidak hendak tetapi disebabkan dalam keadaan situasi mereka. Oleh kerana itu, saya di pihak kementerian kita suka hendak mencadangkan agar diperbanyakkan lagi flexible working hours ini yang boleh dipraktikkan oleh syarikat-syarikat supaya mereka ini boleh juga bekerja. Mungkin juga dalam satu hari mereka hanya boleh bekerja dalam masa empat jam, jadi ini perlu juga diperbanyakkan. Jadi saya harap kita juga akan bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia supaya kita dapat memperkenalkan flexible working hours ini khususnya kepada wanita-wanita yang mereka tidak boleh bekerja mungkin satu hari dalam tempoh masa kerja yang lama kerana ada anak yang perlu dijaga di rumah, insya-Allah. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya soalan daripada Yang Berhormat Batang Lupar dan juga Yang Berhormat Port Dickson. Untuk makluman yang bertanyakan tentang norma baharu yang rata-rata melibatkan urusan syarat atas talian turut mendedahkan pelbagai pihak dengan risiko gangguan seksual secara maya.

Datuk Seri Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHTitiwangsa

Justeru kementerian telah mengambil kira pelbagai bentuk gangguan seksual yang boleh berlaku melalui pelbagai medium komunikasi termasuklah secara atas talian dan siber. Pada ketika ini, perkara ini sedang ditangani melalui Akta Komunikasi dan Multimedia 1988. Draf Rang Undang-undang Anti Gangguan Seksual yang digubal secara kolektif melalui sebuah pasukan projek khas berhasrat untuk menangani isu-isu seperti berikut: (i) standard pembuktian yang tinggi; (ii) ketiadaan remedi khusus kepada mangsa; dan (iii) wujudnya isu underreporting, dengan izin kerana mangsa takut dan malu untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa. RUU ini digubal untuk menambah baik sistem keadilan sedia ada menerusi penubuhan tribunal khusus bagi mengendalikan aduan gangguan seksual dengan cepat dan kos yang minimum menggunakan standard pembuktian imbangan kebarangkalian dan pemberian pampasan atau ganti rugi kepada mangsa. Kementerian komited untuk memastikan RUU ini dapat dibentangkan secepat mungkin. Namun demikian, proses ketekunan wajar dengan izin, due diligence perlu dilaksanakan dengan teliti dan sememangnya memakan masa. RUU Anti Gangguan Seksual ini sedang dalam proses semakan, penambahbaikan dan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berkepentingan sedang giat dilaksanakan untuk memurnikan lagi RUU ini dan sebelum ia mendapat kelulusan Jemaah Menteri dan seterusnya dibentangkan di Dewan Parlimen yang mulia ini. Dalam hal ini terdapat lagi beberapa isu yang telah dibangkitkan yang memerlukan penelitian yang mendalam seperti berikut: (i) elemen pencegahan yang perlu diambil kira di dalam RUU ini; (ii) elemen tanggungjawab organisasi untuk memastikan pencegahan gangguan seksual di laksana di organisasi berkenaan; dan (iii) elemen keselamatan terhadap mangsa yang membuat aduan. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya sebelum saya menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat berkaitan bantuan kepada orang kurang upaya, izinkan saya menzahirkan ucapan...

Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja berkenaan isu ini.

Datuk Seri Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHTitiwangsa

Ya.

Baru-baru ini ada satu kajian yang telah pun dilakukan oleh Cent-GPS yang menunjukkan bahawa 44 peratus responden wanita khususnya telah pun terima ataupun mendengar komen berunsurkan seksual yang dibuat oleh tenaga pelajar di peringkat sekolah. Saya tahu Yang Berhormat Menteri dalam proses untuk pinda atau bentangkan Rang Undang-undang Anti Gangguan Seksual tetapi dalam masa yang sama saya berharap Yang Berhormat Menteri boleh berkolaborasi dengan Yang Berhormat Menteri Pendidikan berkenaan isu awareness di peringkat sekolah itu sendiri kerana walaupun undang-undang itu ada tetapi jika kesedaran ataupun the consciousness itu tidak berlaku di peringkat sekolah, agak sukar untuk perkara ini dikawal dengan baik. Saya berharap boleh ada kolaborasi dengan Yang Berhormat Menteri Pendidikan. Terima kasih.

Yang Berhormat Muar, dia memang menjadi juga tanggungjawab kementerian ini supaya dapat bekerjasama dengan kementerian lain. Maklumlah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ada di mana-mana kumpulan sasar ini ada di mana-mana kementerian. Insya-Allah kita akan sentiasa bekerjasama. Kita tidak bekerja bersendirian tetapi kita bekerjasama juga dengan kementerian-kementerian lain. Terima kasih saya ucapkan.

Seterusnya Yang Berhormat, saya juga ingin menjawab Yang Berhormat Kota Raja mencadangkan kerajaan mesti membayar gaji penuh kepada salah seorang ibu atau bapa anak OKU. Ini yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Kota Raja. Suka saya memaklumkan bahawa bantuan kewangan bulanan, cash transfer dengan izin yang dilaksanakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat merupakan bantuan secara bersasar yang mana setiap kategori penerima adalah mengikut syarat kelayakan dan kriteria yang ditetapkan. Permohonan bantuan boleh dibuat dengan mudah dan sejak bermulanya pandemik pada Mac 2020, kaedah ini lebih dipermudahkan melalui pengisian satu muka surat borang sama ada secara kaedah atas talian atau hadir ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) di seluruh negara. Rujukan pemimpin tempatan, panggilan Talian Kasih ataupun penyaluran maklumat-melalui media sosial rasmi kementerian. Proses verifikasi atau siasatan dalam tempoh pandemik COVID-19 juga telah dipermudahkan yang mana pemohon juga boleh ditemu bual melalui telefon dan salinan dokumen sekiranya diperlukan boleh dikemukakan kemudian. Berdasarkan kepada rujukan kes yang diberikan, tiga skim bantuan boleh dipertimbangkan bergantung kepada laporan verifikasi atau siasatan seperti berikut. Pertama sekiranya pendapatan keluarga di bawah garis kemiskinan, bantuan kanak-kanak boleh dipertimbangkan iaitu sebanyak RM200 bagi kanak-kanak berusia tujuh tahun dan RM150 bagi kanak-kanak yang berusia tujuh tahun hingga 18 tahun. Anak-anak OKU sekiranya dalam keadaan terlantar boleh dipertimbangkan bantuan OKU pesakit kronik terlantar dengan kadar RM500 sebulan. Ini kenaikan-kenaikan yang telah kita naikkan bermula daripada Januari 2021. Sekiranya anak OKU tidak berupaya bekerja boleh dipertimbangkan sebanyak RM300 sebulan. Malah saya juga ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap rakyat yang memerlukan, tahun ini kadar bantuan pesakit terlantar telah dinaikkan daripada RM350 kepada RM500. Bantuan OKU tidak bekerja telah dinaikkan daripada RM250 kepada RM300 dan bantuan elaun pekerja OKU juga turut dinaikkan daripada RM400 kepada RM450. Sehingga Ogos 2021, bantuan ini telah memberi manfaat kepada 202,029 orang OKU dengan peruntukan sebanyak RM639 juta.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Yang Berhormat Menteri, tambah sedikit.

Datuk Seri Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHTitiwangsa

Siapa?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Padang Serai.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Padang Serai.

Datuk Seri Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHTitiwangsa

Ya Yang Berhormat Padang Serai.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Baru-baru ini saya dapat aduan ataupun kompelin daripada orang awam mengatakan ramai warga emas diberhentikan bayaran kebajikan. So, saya harap Yang Berhormat Menteri ambil perhatian. Oleh sebab ini masa COVID-19 dan kadang-kadang ada mereka pindah rumah ataupun tidak duduk tempat apabila surat sampai mereka tidak sempat hendak renew balik maka bayaran mereka kena potong dan sebagainya. So, mereka ini rasa susah kalau tidak dapat duit untuk hidup selesa. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya rasa seorang pegawai sahaja yang buat kerja itu dekat kawasan saya. Tolong check. Lain pegawai semua okey. Tengok setiap kali batalkan itu pegawai sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Terima kasih.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHTitiwangsa

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Kita akan mengambil maklum dan siasatan akan dibuat. Ya kalau ada problem itu maklumkan. Mungkin ada kes, perkara-perkara begini yang terjadi. Jadi minta dimaklumkan. Tidak perlu hendak tunggu kita bermesyuarat di Dewan ini. Boleh terus hubungi saya juga kerana ini apabila melibatkan isu rakyat, kita tidak mengira sesiapa. Kita tidak pernah tanya daripada mana. Asalkan mereka memerlukan, insya-Allah kita akan bantu. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Krai...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri ada tiga minit lagi.

Datuk Seri Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHTitiwangsa

Okey. Yang Berhormat Kuala Krai yang membangkitkan beberapa isu berkenaan pembangunan rohani OKU. Inisiatif sukarelawan OKU, pemantapan ekonomi untuk OKU, dan kenaikan elaun OKU. Kementerian sentiasa berusaha untuk memperkasakan OKU. Selaras dengan Akta OKU 2008, Pelan Tindakan Orang Kurang Upaya 2016 sehingga 2022 dan Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya. Program yang sedang dilaksanakan oleh kementerian adalah seperti berikut. Pertama menjalankan bengkel disability equality training secara berkala dan berterusan kepada semua peringkat masyarakat. Kedua, kita menyediakan perkhidmatan Job Coach sebagai sokongan kepada OKU untuk kekal dalam pekerjaan. Sejak Job Coach ini dilaksanakan pada tahun 2010, seramai 2,857 orang Job Coach telah dilatih dan telah memberi manfaat kepada 1,420 orang OKU telah mendapat pekerjaan. Kementerian juga memberi penghargaan kepada syarikat-syarikat yang memberikan pekerjaan kepada OKU. Bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan dan sokongan yang diberikan oleh para majikan swasta dalam menggaji OKU, kementerian juga telah mengambil inisiatif mewujudkan Anugerah Majikan Prihatin Swasta sempena Hari Orang Kurang Upaya yang telah disambut pada 3 Disember setiap tahun. Sebagai contoh, pada tahun 2020 kementerian telah memberi anugerah kepada empat majikan swasta dengan Anugerah Majikan Prihatin Swasta di mana syarikat-syarikat tersebut telah menepati dua kriteria utama iaitu menggaji lebih daripada satu peratus OKU dan menggunakan perkhidmatan Job Coach dalam menggajikan OKU. Syarikat-syarikat tersebut adalah AEON Corporation Malaysia Berhad, Gerbang Alaf Resturants Sendirian Berhad, Uniqlo (Malaysia) Sendirian Berhad dan Mydin Mohamed Holdings Berhad. Inisiatif ini juga akan diteruskan pada tahun 2021. Selain daripada itu, pihak Majlis Paralimpik Malaysia juga bersetuju agar lebih banyak peluang diwujudkan untuk membolehkan OKU terlibat dalam sukan termasuk juga esports. Pihak MPM atau Majlis Paralimpik Malaysia juga sedang mengenal pasti acara sukan baru yang masih belum diceburi oleh OKU di Malaysia untuk diketengahkan agar memberi ruang dan peluang kepada OKU. Seterusnya menjalankan program forum, dialog, kempen kesedaran dan sebagainya secara menyeluruh di semua peringkat melalui perkongsian pintar termasuk sekolah. Seterusnya mempromosikan program kempen mengenai OKU melalui media masa dan juga media sosial dan juga mengiktiraf sumbangan sukarelawan kepada pembangunan dan kesejahteraan OKU. Kita juga melibatkan sektor swasta dalam program pembangunan dan kesejahteraan OKU sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat. Seterusnya mengiktiraf sektor swasta yang aktif dalam menjalankan tanggungjawab sosial korporat terhadap pembangunan dan kesejahteraan OKU. Melalui program-program ini dapat melahirkan OKU yang lebih berdikari, berketerampilan di samping memberi pendedahan tentang isu-isu OKU kepada masyarakat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Masa sudah habis Yang Berhormat Menteri. Kalau hendak tambah masa sedikit. Yang Berhormat Menteri, hendak tambah berapa minit lagi?

Datuk Seri Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHTitiwangsa

Tuan Yang di-Pertua, kementerian juga- Saya habiskan yang ini Yang Berhormat Kuala Krai.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Satu minit. Baik.

Datuk Seri Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHTitiwangsa

Kementerian juga melalui JKM telah melaksanakan kerjasama strategik dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan lain-lain pihak yang sesuai dalam melaksanakan program-program pembangunan sahsiah dan pengukuhan kerohanian khususnya di institusi-institusi OKU. Kementerian juga mempunyai kerangka yang jelas dalam usaha memperkasakan individu OKU sesuai dengan sarana syariat seperti mana yang terkandung dalam Pelan Strategik Kementerian 2021 hingga 2025, Teras 5 iaitu memperkasakan OKU menerusi program pengukuhan kerohanian modal insan OKU. Melalui program ini, satu modul kerohanian komprehensif sedang dibangunkan dan kementerian menyasarkan sekurang- kurangnya 1,000 OKU mendapat latihan setiap tahun. Yang Berhormat Kuala Krai juga membangkitkan tentang pendapatan ibu yang mempunyai anak OKU boleh menerima bantuan. Yang Berhormat Kuala Krai, kementerian juga sebenarnya turut prihatin terhadap ibu bapa yang berpendapatan lebih daripada RM3,000 yang mempunyai anak terlantar dan memerlukan penjagaan khusus. Justeru, kementerian juga sedang meneliti berkenaan cadangan kenaikan kadar syarat kelayakan bantuan pesakit kronik OKU terlantar dengan kadar yang bersesuaian.

Datuk Seri Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHTitiwangsa

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan juga telah memperkenalkan geran kepada komuniti OKU bagi meningkatkan ekonomi OKU dan juga keluarga OKU. Melalui program pemerkasaan kemahiran keupayaan OKU Sindrom Down, sebanyak RM500 ribu diberikan kepada 11 NGO OKU Sindrom Down meliputi pembangunan kendiri, latihan dan keusahawanan untuk meningkatkan kemahiran dan seterusnya membantu keluarga OKU tersebut. Selain itu, program pemerkasaan ekonomi atau dengan izin economic empowerment programme turut dilaksanakan di pusat pemulihan dalam komuniti (PDK) yang terpilih. Sehingga Jun 2021, sebanyak 236 PDK yang terlibat dalam menjalankan projek pemerkasaan ekonomi kepada para pelatih PDK dan memberi manfaat kepada 1,272 orang pelatih. Projek pemerkasaan ekonomi yang dijalankan adalah meliputi jahitan, batik dan kraf tangan, pertanian, bakeri, pembuatan makanan tradisional, makanan sejuk beku dan juga perkhidmatan hospitaliti. Selain itu pada 17 Mac 2021, kerajaan juga telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM20 juta untuk keusahawanan kepada OKU dan warga emas di institusi seliaan kementerian. Tuan Yang di-Pertua akhir sekali, yang lain ini saya akan jawab secara bertulis dan akhir sekali saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah pun menyuarakan pandangan serta cadangan penambahbaikan yang melibatkan kumpulan sasar di bawah kementerian ini. Kami menghargai segala cadangan dan teguran serta akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan input yang diterima. Kerjasama dan sokongan yang ditunjukkan oleh semua Ahli Yang Berhormat terhadap beberapa inisiatif kementerian terutamanya dalam mengendalikan isu sumber manusia di Jabatan Kebajikan Masyarakat, sosial, wanita, OKU, kanak-kanak dan keluarga, diharap dapat memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhan. Kementerian ini juga akan meneruskan usaha dan pro aktif dalam mengendalikan semua situasi yang dihadapi. Semoga niat dan tugasan kita yang menjaga kumpulan sasar ini akan mendapat keberkatan dan balasan yang baik daripada Allah SWT. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia untuk memberi jawapan. Masa 30 minit diperuntukkan. Sila Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri M. SaravananMIC · BNMenteri Sumber Manusia · Tapah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selamat petang dan salam sejahtera. Terlebih dahulu Kementerian Sumber Manusia ingin merakamkan ucapan penghargaan, terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang begitu prihatin dengan hal berkaitan warga pekerja dan perkembangan modal insan yang menjadi tulang belakang kepada pembangunan negara. Seramai 14 orang Ahli-ahli Yang Berhormat telah memberikan pandangan, saranan dan teguran yang cukup membina dan sebanyak sembilan isu yang menyentuh lima perkara utama berkaitan Kementerian Sumber Manusia telah dibangkitkan sepanjang perbahasan Titah Yang di-Pertuan Agong. Tuan Yang di-Pertua, tujuh orang Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Papar, Yang Berhormat Semporna, Yang Berhormat Baram, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Kapar dan Yang Berhormat Ipoh Barat telah membangkitkan isu pengangguran dan peluang pekerjaan. Kerajaan sedar mengenai kadar pengangguran dalam kalangan rakyat Malaysia serta prihatin akan kepentingan untuk memperkasa tenaga kerja dan bakat tempatan dalam mendepani cabaran pandemik COVID-19 yang sedang kita lalui. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, data terkini kaji selidik tenaga buruh oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan kadar pengangguran keseluruhan rakyat Malaysia pada suku kedua 2021 berkurangan sebanyak 0.3 peratus pada 4.8 peratus berbanding dengan 5.1 peratus yang dicatatkan pada tempoh sama pada tahun 2020. Sejajar dengan ini bilangan penganggur menurun daripada 791,800 orang pada suku kedua 2020 kepada 764,900 pada suku kedua 2021. Tuan Yang di-Pertua, apabila saya sebut tentang pengurangan kadar pengangguran, saya tahu masih ramai yang meragui ketetapan data yang dikemukakan. Sebenarnya antara faktor yang telah menyumbang kepada pengurangan ini adalah disebabkan oleh ramai yang hilang pekerjaan telah beralih ke sektor ekonomi gig untuk kelangsungan hidup. Yang Berhormat Port Dickson turut menyentuh mengenai isu mismatch di antara kelayakan akademik dengan pekerjaan. Saya yakin situasi ini adalah bersifat sementara (temporary measure) dan bukan hanya dialami oleh rakyat Malaysia, malah di seluruh dunia. Saya menyarankan supaya golongan belia mengubah corak pemikiran seiring dengan situasi semasa. Untuk makluman semua, kadar pengangguran belia umur 15 tahun hingga 24 tahun turut menurun daripada 12.5 peratus...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

[Bangun]

...ataupun 326,700 orang pada suku kedua 2020 pada 11 peratus atau 283,100 orang pada suku kedua. Walaupun statistik siswazah 2020 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan kadar pengangguran siswazah telah meningkat daripada 4.4 peratus pada tahun 2020 berbanding dengan 3.9 peratus pada tahun 2019. Kerajaan terus giat melaksanakan usaha-usaha penambahbaikan ekosistem tenaga bakat muda negara dan pembangunan, kebolehpasaran graduan melalui pelbagai program. Antaranya adalah melalui PRIHATIN dan PENJANA, Pakej Bantuan Tambahan iaitu PERMAI, PEMERKASA dan PEMERKASA TAMBAHAN serta yang terkini PEMULIH.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ya, terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila, Yang Berhormat Ipoh Barat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat, bila Yang Berhormat menjawab kepada soalan Yang Berhormat Port Dickson mengenai mismatch mengatakan bahawa ini adalah kerana pandemik dan dihadapi oleh seluruh dunia. Ini satu anggapan yang salah kerana bila mismatch itu mismatch, structural unemployment. Itu perkara yang saya membawa semalam. Kita perlu mengatasi masalah tersebut.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Apakah cadangan konkrit yang ada dengan kerajaan terutamanya Kementerian Sumber Manusia supaya keadaan sedemikian yang sangat serius di mana kita memberi keutamaan kepada digital transformation mengakibatkan ramai di antara pekerja-pekerja di negara ini menjadi suasana underemployment. Jangan cakap youth unemployment, yang ini yang sedia ada. Ini yang saya kata semalam Yang Berhormat. Dulu ada pilot yang sekarang menjadi grab driver. Ada HR officer yang menjadi security guard. Ada ramai yang dalam situation pengemis. Jadi untuk mengelak satu jawapan yang kita kemukakan, mengatakan ini adalah diterima di seluruh dunia dan mismatch boleh diterima. It is not temporary. It is something self-induced pada negara ini. Jadi apakah inisiatif yang boleh diambil dan akan diambil untuk mengatasi masalah tersebut?

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kebetulannya apa yang saya maksudkan, keadaan mismatch ini berlaku di seluruh dunia. Bukan pilot-pilot hilang kerja di Malaysia, di seluruh dunia pun perkara ini berlaku. Akan tetapi sebagai kerajaan prihatin, kita mengambil langkah-langkah positif untuk menambahkan kemahiran. Kita telah memperkenalkan pelbagai program seperti reskilling, upskilling, cross-skilling, even real skilling bagi melahirkan modal insan yang kompetitif.

Saya rasa ini bukan- saya bukan menafikan.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat sebelum ini ada kata, hari itu jawapan kata, tidak ada direct training and retraining.

Tidak ada, kita...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat, bila menjawab soalan saya mengatakan tidak ada.

Yang Berhormat...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Adakah sekarang Yang Berhormat menukar dengan apa yang dikatakan pada hari Rabu dulu?

Yang Berhormat, Yang Berhormat dengarlah.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Saya dengar.

Jangan manipulasi fakta. You have been a Minister of Human Resource.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

No, no, itu lain. Saya Minister. Kalau Minister cerita lain. Jawab perkara.

Saya jawab.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Hari itu Yang Berhormat kata no online, no training. Hanya online. Bila saya cakap dengan HR dia, sekarang kata ada training. Yang mana benar?

Yang Berhormat, saya tidak faham kenapa jerit. Saya depan, saya boleh jawab.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Jerit. Kalau dengar, dengarlah.

Yang Berhormat tolong jangan drama. Please, tolong jangan drama. You tanya saya boleh jawab. I got all the facts with me. Kenapa jerit-jerit? Saya sedia jawab, saya ada jawapan.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat, kalau jawab kena betul, no problem.

Apa yang saya maksudkan Yang Berhormat tempoh hari. I got answer, listen lah. Apabila Yang Berhormat bangkitkan isu kita hendak membuat vaksin, saya kata buat masa ini duit levi yang dibayar kepada HRDF, tidak ada sebarang

program face to face. Sekarang Yang Berhormat tanya apa rancangan kita. Saya bagi tahulah rancangan. Two different issues. You jangan combine. Don’t confuse the rakyat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tidak ada, sekarang practical not happening lah.

Yang Berhormat ini Dewan Rakyat, bukan Tik Tok. Jangan confuse rakyat. Saya akan bagi jawapan.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

No, no.

Saya akan bagi jawapan, tolong dengar.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat macam lidah bercabang. Hari itu cakap lain, hari ini cakap lain.

Saya kata. Tidak itu, Yang Berhormat itu hari soalan lain. Itu hari Yang Berhormat tanya fasal soalan vaksin.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Fakta yang sama. Perkara yang sama Yang Berhormat.

Yang Berhormat itu hari soalan vaksin. Okey, saya akan bagi jawapan kenapa kita hendak gunakan untuk vaksin, pendekatan kita ambil untuk bantu warga kerja dengan vaksin sebab tidak ada program-program online buat masa ini.

Sekarang Yang Berhormat bertanya apakah rancangan saya untuk mengatasi. That’s, saya bagi tahulah ada program-program khas yang sedang dirancang di bawah Program PEMERKASA Tambahan. I’m talking about the way forward. You’re talking about what happened in the past. Saya...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

But now Yang Berhormat.

Yang Berhormat Menteri, izin laluan.

Bagi saya tolong bagi laluan kepada Yang Berhormat Muarlah.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ya, ya mengelak menjawab soalan saya kita lari ke tempat lainlah. You don’t run away. You jawab soalan. Jangan lari Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat.

Saya tak pernah lari, saya tak pernah lari Yang Berhormat. Bagi Yang Berhormat Muar.

Saya faham bahawa satu dunia teruk terkesan kerana COVID-19, tetapi kerisauan di Malaysia adalah permasalahan pengangguran ini akan jadi structural dan akan berterusan. Kalau kita lihat di Malaysia dilaporkan 600 ribu warga daripada kumpulan pertengahan M40 telah pun jatuh kepada kumpulan B40. Pengangguran 800 ribu, tetapi kerisauan keutamaan saya adalah bab graduan muda. Laporan yang dikeluarkan baru-baru ini menunjukkan bahawa purata gaji graduan muda pada tahun ingin dan tahun lepas turun sampai ke bawah paras gaji minimum iaitu dalam lingkungan RM1,000 ke RM1,500. Tahun lepas dia RM1,500 ke RM2,500. Maksudnya, ada penurunan RM1,000 sebulan sampai graduan muda yang berhutang dengan PTPTN belajar lima tahun tetapi dibayar gaji minimum atau bawah paras gaji minimum. Saya berharap bahawa Yang Berhormat Menteri turut boleh bekerjasama dengan Yang Berhormat Menteri Kewangan dapatkan income supplement package yang bukan sahaja apabila tempoh COVID-19, but recovery package yang boleh kekal mungkin dua

ke tiga tahun selepas tempoh COVID-19 untuk bantu nasib graduan-graduan muda. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat Muar atas keprihatinan. Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Muar. Ini adalah satu keadaan iaitu realiti dan sebagai kerajaan prihatin, we are not able to do magic. Kita perlu adakan rancangan- rancangan teratur supaya kita mengatasi. Ini kerana, kita menghadapi satu suasana yang cukup luar biasa Yang Berhormat. Ini bukan atas kegagalan kerajaan, ini keadaan luar biasa unprecedented situation di mana krisis ekonomi, krisis kesihatan– Yang Berhormat Muar sedar ada juga sedikit sebanyak krisis politik di negara kita. Walau bagaimanapun saya bagi jaminan kepada Dewan yang mulia ini, ini harus menjadi tanggungjawab kerajaan untuk kita mengatasi sama-sama membela nasib rakyat warga kerja khususnya graduan. Oleh sebab itu, sepertimana yang saya cakap kerajaan sedang mengatur pelbagai langkah. Kedua Yang Berhormat Muar, ini bukan sahaja post-COVID-19, kita lihat satu perubahan besar akan berlaku di mana kita akan ke arah IR4.0. Bukan... [Tidak jelas] it would be much greater. Probably you and I may live in a totally different world. Maka, kerajaan sedang mengatur pelbagai rancangan. Mungkin dengan beberapa program ada hari ini graduan-graduan ini adalah mendapat ijazah ini, pendidikan mereka mungkin akan tidak menjadi relevant sebab pembangunan teknologi maklumat. Maka, kerajaan sedang beratur dengan pelbagai program untuk memastikan melahirkan modal insan yang kompetitif. [Tidak jelas] IR 4.0 bukanlah lagi kita lihat Malaysia di konteks Malaysia. You are looking at the 600 million Asian population. So, we are developing labor force to become competitive di seluruh dunia.

Kalau saya boleh beri cadangan Yang Berhormat Menteri.

Terima.

Saya faham situasi sekarang agak sukar unprecedented tetapi belanjawan sudah dekat. Kalau kita boleh mohon dan cadangkan kepada Yang Berhormat Menteri untuk cadangkan kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan khususnya apabila laporan dikeluarkan bahawa gaji graduan muda menurun RM1,000 sampai bawah paras gaji minimum. Kalau Yang Berhormat Menteri Kewangan boleh memperkenalkan seperti apa Singapura lakukan iaitu income supplement iaitu bagi tempoh masa dua ke tiga tahun ini, mana-mana graduan muda yang tidak kerja atau yang bekerja tetapi gajinya bawah RM1,500 kerajaan boleh berikan income supplement kepada majikan supaya gaji anak muda itu boleh ditambah sampai tempoh post-pandemic recovery. Itu cadangan Yang Berhormat Menteri, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Cadangan yang cukup baik, saya akan sampaikan pada Yang Berhormat Menteri Kewangan. Kerajaan hari ini Yang Berhormat, apa yang baik daripada pembangkang kita terima. Sepertimana sebelum ini ada juga program-program yang telah diperkenalkan oleh mantan Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia saya teruskan. Apa yang baik kita akan teruskan. Kita bukanlah – ini bukan waktu masa kita hendak tunjuk keegoan kita. Ini kita sama-sama memikul beban untuk mengatasi masalah pengangguran.

Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja.

Tuan Yang di-Pertua...

Kangar, sedikit tambahan daripada Yang Berhormat Muar tadi.

Cadangan bolehlah diterima.

Oleh sebab tadi Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi sebut ada banyak program keusahawanan dibuat di universiti cuma

hendak dapatkan sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat. Apa penglibatan Kementerian Sumber Manusia dalam latihan di universiti?

Tuan Yang di-Pertua, pelbagai latihan khususnya kepada – seperti mana saya sebut sebelum ini program reskilling and upskilling dan cross- skilling. Walaupun kita lihat ada juga graduan-graduan yang telah menerima ijazah dalam bidang yang tertentu dengan keadaan perubahan sekarang kita memberi latihan kemahiran tambahan untuk memastikan mereka become competitive. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Port Dickson menyebut kadar pengangguran masih meningkat tinggi walaupun dengan perlahan terutamanya dalam kalangan siswazah muda. Dalam mendepani situasi pengangguran termasuk dalam kalangan siswazah, kerajaan memperkenalkan Program Perantisan yang membuka peluang kajian bagi golongan graduan melalui latihan peningkatan kemahiran dan kemahiran semula. Jumlah perantis yang telah menjalani perantisan adalah seramai 44,843 orang setakat ini. Kementerian Sumber Manusia melalui PERKESO turut bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi. Ini hendak jawapan soalan Yang Berhormat tadi. Kementerian Sumber Manusia melalui PERKESO turut bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Belia dan Sukan untuk melaksanakan program- program penempatan pekerjaan dengan menganjurkan aktiviti temu duga termasuk kepada golongan siswazah. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Semporna pula menyentuh mengenai padanan pekerjaan dan penciptaan peluang pekerjaan baharu supaya untuk mengurangkan kadar pengangguran rakyat Malaysia. Kerajaan telah meluaskan Elaun Mencari Pekerjaan yang turut meliputi golongan tidak mencarum dengan PERKESO termasuklah graduan baharu. Lepasan sekolah dan pekerja sektor yang tidak formal. Pencari kerja yang belum mendaftar atau mencarum dengan PERKESO boleh berdaftar di portal MYFutureJobs dan menghadiri sekurang-kurangnya tiga temu duga terbuka sama ada secara fizikal atau secara dalam talian bagi tempoh dua bulan. Insentif Elaun Mencari Pekerjaan yang akan diberikan kepada – adalah sebanyak RM300 sebulan sekiranya pencari kerja kembali bekerja atau mendapat pekerjaan melalui portal MYFutureJobs insentif sebanyak RM400 akan turut diterima. Selain itu, Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) di bawah PERKESO juga...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat...

...menyediakan program peningkatan modal insan dan kebolehpasaran pekerja seperti khidmat kaunseling kerjaya, profil kemahiran, penulisan resume, latihan temu duga, kemahiran bahasa dan penyampaian serta seminar pekerjaan. Dengan inisiatif-inisiatif ini, kebolehpasaran mereka dapat ditingkatkan dan peluang memasuki pasaran kerja lebih luas. Kementerian melalui Pembangunan Sumber Manusia Berhad untuk melancarkan inisiatif Penjana HRD Corp bagi menyokong agenda kerajaan untuk memulihkan semula ekonomi negara. Sebanyak lima skim telah diperkenalkan yang terdiri daripada place & train, B40 Development, SME Development, Industrial Revolution 4.0 dan Gerak Insan Gemilang (gig). Skim-skim ini diwujudkan dengan tujuan untuk membantu rakyat mendapat pekerjaan. Pekerja sendiri dan menambah serta meningkatkan kemahiran mereka. Setakat 20 Ogos 2021, Pembangunan Sumber Manusia Berhad telah meluluskan sebanyak 85,527 pelatih bagi mengikuti skim-skim yang melibatkan penempatan pekerjaan dan pekerjaan sendiri. Selain daripada itu, Pembangunan Sumber Manusia Berhad juga menubuhkan HRD Corp Placement Center yang berperanan sebagai platform untuk memadankan pekerja dengan peluang pekerjaan yang tersedia ada oleh majikan. Setakat Ogos 2021, sebanyak 35,820 peluang pekerjaan tersedia melalui HRD Corp Placement Centre dan lebih 4,000 pekerja berjaya ditempatkan melalui insentif ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat, saya hendak tanya mengenai MyFutureJobs ini. Adakah ia telah mengambil alih semua kerja Jobs Malaysia? Itu soalan saya nombor satu. Nombor dua adalah saya difahamkan RM250 juta telah diagihkan diberi kepada HRDF Corp dan saya difahamkan wang itu telah habis diguna untuk place & train. Adakah ini benar? Apakah usaha-usaha dalam keadaan sedemikian?

Tuan Yang di-Pertua, MyFutureJobs telah mengambil alih peranan Jobs Malaysia sebagai portal kebangsaan di bawah Kementerian Sumber Manusia terletak di bawah PERKESO. Kedua, soalan mengenai RM250 juta disalurkan kepada Pembangunan Sumber Manusia Berhad. Saya akan semak sama ada semuanya sudah digunakan atau pun masih ada lagi dan saya akan beri secara bertulis.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Secara bertulis boleh.

Bagi menyediakan belia berkemahiran dan meningkatkan kualiti hidup rakyat, kementerian juga komited untuk memberikan latihan kemahiran kepada rakyat Malaysia melalui Sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia.

Sebanyak tiga kaedah pelaksanaan latihan iaitu Sistem Latihan Program Bertauliah, Sistem Latihan Dual Nasional dan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu dilaksanakan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran. Sehingga 31 Ogos 2021, lebih dua juta Sijil Kemahiran Malaysia, Diploma Kemahiran Malaysia serta Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia telah di anugerahkan kepada individu yang kompeten. Sehubungan dengan itu, kerajaan akan sentiasa komited dalam usaha membantu rakyat khususnya siswazah mendapatkan pekerjaan serta memastikan kadar pengangguran di Malaysia adalah terkawal. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Bagan mencadangkan lebih banyak peluang pekerjaan ditumpukan kepada golongan muda. Kerajaan prihatin keperluan golongan muda dan menyediakan peruntukan sebanyak RM125 juta kepada Pembangunan Sumber Manusia Berhad untuk melaksanakan inisiatif place & train di bawah Program Janapreneur yang menyasarkan belia lepasan sekolah dan graduan. Inisiatif ini juga membuka peluang...

Yang Berhormat Menteri.

Kepada 30,000 orang...

Yang Berhormat Menteri, sikit pertanyaan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Silakan Yang Berhormat Jelutong.

Saya menghargai usaha yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri terutamanya berkenaan dengan peluang pekerjaan dan sebagainya. Mungkin sebelum Yang Berhormat Menteri mengakhiri perbahasan nanti, kalau boleh menyatakan– kita lihat bahawa terdapat kecenderungan ramai belia India untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Akan tetapi, pada masa yang sama kita lihat juga ada serba kekurangan, seperti perkhidmatan-perkhidmatan melibatkan pakaian seragam seperti tentera, Polis Diraja Malaysia, kastam, imigresen dan sebagainya. Saya cuma merayu kepada Yang Berhormat Menteri untuk memberi perhatian kepada perkara ini dan kalau boleh kita cuba dapatkan ramai lagi belia India khususnya untuk memasuki perkhidmatan awam dan saya menghargai apa-apa usaha yang akan dilakukan. Mungkin Yang Berhormat Menteri boleh perincikan apakah langkah-langkah yang bakal diambil oleh kementerian Yang Berhormat Menteri untuk memastikan ramai lagi belia India akan diberi peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam. Terima kasih.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Minta switch on the microphone.

Inisiatif ini dijangka membuka peluang kepada 30,000 orang untuk mengikuti program latihan dengan jaminan pekerjaan setelah tamat latihan. Berhubung dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Papar mengenai penciptaan peluang pekerjaan khususnya bagi rakyat negeri Sabah di bawah Majlis Pekerjaan Negara, Kementerian Sumber Manusia terlibat secara langsung dalam Pasukan Petugas Khas Sumber Manusia dan Keusahawanan yang ditubuhkan oleh Majlis Pekerjaan Negara. Majlis Pekerjaan Negara menyasarkan sebanyak 500,000 peluang pekerjaan yang disokong oleh pelbagai Pakej Rangsangan Ekonomi sejak diperkenalkan tahun lalu. Pasukan Petugas Khas berperanan menyokong objektif utama Majlis Pekerjaan Negara iaitu meningkatkan penciptaan pekerja, maksimumkan tahap pengekalan pekerjaan, membuat padanan pekerjaan secara komprehensif bagi mengatasi isu underemployment dengan izin serta mengkaji dan merangka mekanisme pelindungan keselamatan sosial bagi pekerjaan sendiri. Sehingga 31 Ogos 2021, melalui Pasukan Petugas Khas yang dipengerusikan oleh Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) telah berjaya mencapai KPI sebanyak 98 peratus iaitu sebanyak 259,677 kepada 365,700 jumlah penepatan pekerjaan dan penciptaan pendapatan yang disasarkan. Di samping itu Tuan Yang di-Pertua, program upskilling dan reskilling, Pembangunan Sumber Manusia Berhad yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan lain-lain latihan semula guna tenaga tempatan turut melibatkan peneraju sektor swasta seperti Malaysian Employers Federation, Federation of Malaysian Manufacturers dan State Skills Development Centers. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya telah beralih kepada isu hak pekerja dan majikan. Yang Berhormat Jerlun meminta penguatkuasaan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 [Akta 446] dipertingkatkan supaya pihak industri dapat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Akta 446 dikuatkuasakan pada 1 Jun 2020 telah diperluaskan kepada semua sektor industri. Pemakaian akta ini juga diperluaskan ke Sabah dan Sarawak semasa tempoh Proklamasi Darurat lalu dalam usaha membendung penularan COVID-19 terutamanya yang melibatkan kluster penginapan pekerja. Dengan penguatkuasaan Akta 446, semua sektor pekerjaan yang menyediakan penginapan kepada pekerja perlu mematuhi standard minimum penginapan yang ditetapkan di bawah akta dan peraturan. Manakala, majikan menggaji pekerja asing adalah diwajibkan untuk menyediakan penginapan dan mematuhi peruntukan akta. Operasi pemeriksaan penginapan di bawah Akta 446 dilipat gandakan di seluruh negara melibatkan bukan hanya pegawai Jabatan Tenaga Kerja tetapi juga pegawai- pegawai agensi lain yang diturunkan kuasa di bawah Ordinan Darurat untuk menjalankan penguatkuasaan. Setakat 25 Ogos 2021, sebanyak 23,993 orang majikan telah diperiksa yang melibatkan sebanyak 129,664 buah tempat penginapan yang didiami oleh 804,204 orang pekerja asing dan hampir 1.2 juta orang pekerja tempatan.

Minta selit sedikit Tuan Yang di-Pertua.

Let me finish. Hasil pemeriksaan dan penguatkuasaan sejak setahun yang lalu iaitu bermula daripada 1 Jun 2020 sehingga kini, sebanyak 12,0195 permohonan perakuan penginapan di bawah Akta 446 telah dibuat oleh majikan dan penyedia penginapan berpusat melibatkan hampir satu juta orang pekerja. Susulan pemeriksaan tersebut juga sebanyak 940 kertas siasatan telah dibuka dan sebanyak 618 kompaun telah di keluarkan atas pelbagai kesalahan. Di samping itu– penguatkuasaan Ordinan Darurat, sebanyak 49 arahan pindah ke penginapan sementara dikeluarkan kepada pihak majikan dan penyedia penginapan berpusat yang mempunyai penginapan yang kotor dan tidak sesuai untuk didiami oleh

manusia untuk ditambah baik ataupun diganti dan diubah. Arahan pindah ini melibatkan seramai 2,942 orang pekerja. JTK turut diberikan kuasa untuk menguatkuasakan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Setakat hari ini, sebanyak 250 kompaun telah dikeluarkan melibat denda sebanyak RM2.2 juta. Antara kesalahan yang di kompaun melibatkan kegagalan memenuhi kapasiti bilangan pekerja yang dibenarkan, beroperasi tanpa kebenaran, gagal menyediakan laluan keluar masuk dan gagal melaksanakan penjarakan fizikal. Kementerian Sumber Manusia juga memainkan peranan penting dalam memastikan pematuhan standard minimum di bawah Akta 446 bagi penyediaan penginapan yang selamat dan sihat untuk kesejahteraan pekerja. Kementerian Sumber Manusia juga turut berperanan memastikan pematuhan SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan perundangan lain di bawah Akta 342 serta arahan kerajaan dari semasa ke semasa sentiasa dipatuhi oleh semua majikan. Selain itu, sebagai langkah-langkah pencegahan, Kementerian Sumber Manusia turut telah meletakkan Akta 446 sebagai pra syarat untuk membawa masuk pekerja asing ke negara ini.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ini berkaitan dengan pekerja asing. Saya ikuti beberapa berita sebelum ini, ramai pekerja asing yang ditangkap atas mungkin pelbagai kesalahan yang disebutkan tadi. Cuma saya hendak tahu kalau boleh, jumlah mereka yang ditangkap dan apakah tindakan yang diambil? Adakah mereka ini sebahagian dihantar pulang dan berapakah jumlah dia ataupun bagaimana? Cuma saya juga hendak tahu berapa banyak juga kilang-kilang ditutup atas faktor kerana pekerja asing, maksudnya mereka tidak cukup pekerja. Oleh sebab ini juga mungkin memberi kesan kepada pekerja-pekerja lain yang sah taraf ataupun warganegara.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Menteri, saya hendak bagi masa tambahan selama lima minit lagi sebab kita akan habis pada pukul 9.30 malam. Menteri yang akan datang nanti 20 minit, jadi saya bagi tambahan masa selama empat hingga lima minit. Silakan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat, yang pertama, tangkapan sentiasa dibuat oleh pihak Imigresen. Walau bagaimanapun saya akan panjangkan soalan kepada pihak Imigresen supaya diberi secara bertulis. Daripada segi jumlah syarikat-syarikat yang telah ditutup dalam masa operasi, saya tidak mempunyai data sekarang, saya akan bagi secara bertulis. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, kementerian telah mewujudkan satu aplikasi baharu yang dikenali sebagai Working for Workers dengan izin sebagai platform untuk semua pekerja untuk mengemukakan aduan serta permasalahan berhubung isu-isu perburuhan. Aplikasi ini merupakan satu medium untuk memastikan hak dan kebajikan pekerja yang terkesan akibat salah laku majikan terpelihara dan tidak berulang. Ini secara tidak langsung dapat memastikan majikan dan pekerja patuh dengan undang-undang perburuhan negara.

Sejak pelancaran pada 3 Mei, Working for Workers telah merekodkan sebanyak 8,599 aduan dan sebanyak 7,502 aduan telah diambil tindakan daripada jumlah tersebut. Daripada jumlah tersebut 8,276 daripadanya adalah daripada rakyat tempatan, manakala selebih-lebihnya adalah daripada pekerja asing. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, satu kategori aduan baharu iaitu majikan tidak benarkan bekerja dari rumah telah disediakan. Mana-mana pekerja yang dipaksa oleh majikan untuk hadir ke tempat kerja dan bercanggah dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan boleh lah mengemukakan aduan dengan menggunakan aplikasi Working for Workers.

Tuan Yang di-Pertua, kini saya ingin menyentuh pula isu-isu yang berkaitan latihan dan pembangunan modal insan. Seramai dua orang Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Beaufort dan Yang Berhormat Baling membangkitkan isu ini. Menurut Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu ataupun UNESCO, program berteraskan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional ataupun TVET merupakan proses pendidikan selain pendidikan umum. Program ini melibatkan pembelajaran dalam bidang berkaitan teknologi dan sains, latihan kemahiran praktikal serta sikap pemahaman dan pengetahuan tentang pekerjaan dalam pelbagai sektor ekonomi dan kehidupan sosial. Pelaksanaan program- program TVET sangat luas dan secara umumnya boleh dibahagikan kepada tiga kategori. (i) TVET adalah pekerjaan yang bertujuan menyediakan pelajar dengan kelayakan dan kemahiran sebelum memasuki alam pekerjaan; (ii) TVET adalah pekerjaan yang memfokuskan kepada tenaga kerja sedia ada melalui program latihan semula di sekeliling dan program peningkatan kemahiran, upskilling; dan (iii) TVET juga ditawarkan secara meluas melalui pelaksanaan program pembelajaran sepanjang hayat ataupun lifelong learning dengan izin terbuka kepada segenap lapisan masyarakat yang berminat melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran. TVET turut diiktiraf di bawah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sebagai salah satu pemboleh daya yang dapat menyumbangkan darah pembentukan negara yang membangun yang makmur dan inklusif. Menjelang tahun 2030, kerajaan menyasarkan peningkatan 35 peratus tenaga kerja kemahiran tinggi dalam sektor ekonomi masa hadapan dan 60 peratus lepasan Sijil Pelajaran Malaysia memasuki aliran TVET. Kementerian Sumber Manusia melalui jabatan dan agensi di bawahnya giat menawar dan melaksanakan pelbagai program bersasarkan TVET secara teratur. Sebagai contoh Jabatan Tenaga Manusia menerusi 32 institut latihan Jabatan Tenaga Manusia seluruh negara menawarkan program-program TVET yang bertauliah oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran kepada belia lepasan SPM secara sepenuh masa. Jabatan Tenaga Manusia turut menawarkan kursus-kursus jangka pendek pada pekerja industri dan juga masyarakat setempat yang meliputi pelbagai bidang kemahiran. Selain itu, Pembangunan Sumber Manusia Berhad turut melaksanakan program TVET khusus kepada pekerja industri menerusi kutipan levi yang dikenakan kepada majikan. Rakyat Malaysia juga berpeluang mengikuti program-program TVET yang ditawarkan ini secara percuma melalui dana yang disalurkan oleh kerajaan kepada Pembangunan Sumber Manusia Berhad. TalentCorp pula telah membentuk badan penasihat industri dan bakat, Industry-Talent Advisory Council (InTAC) yang dianggotai oleh kapten industri serta wakil-wakil dari bahagian pembangunan modal insan merentasi sektor ekonomi. InTAC memfokuskan kepada usaha untuk memperkasakan tiga elemen utama iaitu pekerjaan dan pasaran pekerjaan, mengurangkan jurang perbezaan kemahiran dan pekerjaan semasa hadapan. Kesimpulan TVET dilihat berperanan besar dalam membantu merancang pasaran pekerjaan negara. Sehubungan itu, usaha mengarusperdanakan TVET perlu diberi penekanan bagi menarik lebih ramai belia memilih aliran ini sebagai laluan pembelajaran kerjaya dan juga persiapan menceburi bidang keusahawanan berteraskan kemahiran. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Baling meminta supaya diadakan satu kerjasama di antara HRD Corp dan SME Corp untuk menyediakan kursus pengendalian perniagaan secara dalam talian dan bukan dalam talian kepada perusahaan kecil atau sederhana. Mengenai perkara ini, saya suka memaklumkan bahawa Pembangunan Sumber Manusia Berhad terlibat secara langsung dalam jawatankuasa kerja pelaksanaan program Pembangunan PKS bersama SME Corp.

Jawatankuasa ini diterajui oleh MDEC bagi menyokong pelaksanaan program- program khusus untuk perusahaan kecil dan sederhana di bawah SME Integrated Plan dan seterusnya kerjasama sedia ada yang membolehkan isu-isu atau cabaran-cabaran latihan dapat dibincangkan bagi membantu memperkasa perusahaan kecil dan sederhana dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Pembangunan Sumber Manusia berhad akan terus membantu perusahaan kecil dan sederhana daripada segi latihan kemahiran termasuk latihan berunsurkan perniagaan secara atas talian dan bukan atas talian. Di samping itu, menerusi inisiatif PENJANA HRD Corp, skim pembangunan perusahaan kecil dan sederhana membolehkan majikan mengikuti kursus-kursus latihan berkaitan peningkatan produktiviti dan kecekapan operasi syarikat. Setakat 31 Ogos 2021, sebanyak 1,314 pelatih telah diluluskan skim ini. Berdasarkan statistik terkini Pembangunan Sumber Manusia Berhad, 90 peratus majikan yang berdaftar adalah terdiri daripada majikan perusahaan kecil dan sederhana yang meliputi lima sektor utama iaitu perkilangan, perkhidmatan, perlombongan dan kuari, pembinaan dan pertanian. Setakat 31 Ogos 2021, Pembangunan Sumber Manusia Berhad telah meluluskan seramai lebih 80,000 pelatih bagi majikan perusahaan kecil dan sederhana. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh mengenai isu perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja. Seramai dua orang Ahli Yang Berhormat dari Lembah Pantai dan Kota Samarahan telah membangkitkan isu ini. Program Subsidi Upah telah diperkenalkan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi yang dilaksanakan di bawah PERKESO sejak April 2020. Program Subsidi Upah telah membantu majikan mengekalkan pekerja mereka dan kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM23 bilion secara keseluruhan untuk program ini. Bantuan kewangan di bawah program ini telah berjaya mengurangkan jumlah kes kehilangan pekerjaan pada tahun 2020 iaitu seramai 107,024 orang. Bagi tahun 2021 setakat Ogos, statistik mencatatkan hanya 43,924 orang kehilangan pekerjaan. Sekiranya tiada bantuan Program Subsidi Upah, mungkin lagi ramai akan hilang peluang pekerjaan. Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya ingin merakamkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Apa yang disentuh oleh Yang Berhormat Jelutong, Kementerian Sumber Manusia sentiasa prihatin bagi semua kaum. Sebagai kementerian, saya...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat jangan lari. Minta maaf. Saya ada bangkitkan perkara Yang Berhormat tidak berjumpa dengan MTUC langsung. Mereka mengadu kepada saya dan juga gaji minimum dan juga banyak hal yang lain. Saya hairan.

Saya pening dengan Yang berhormat Ipoh Barat ni. Saya setiap kali berjumpa dengan MTUC dan saya lantik wakil MTUC di dalam PERKESO. Apa lagi saya tidak jumpa?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Dia jumpa untuk analisis National Labour Advisory Council...

Yang Berhormat, MTUC tidak pernah kompelin tidak jumpa saya. Kenapa Yang Berhormat kompelin?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Bukan tidak jumpa. Untuk convincing, you have to do that.

Tanpa jumpa saya macam mana saya lantik mereka? Yang Berhormat tidak payah lah sandiwara politik.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Ipoh Barat. Bila saya bercakap minta kedua-duanya duduk. Sekarang ini sesi menjawab oleh Yang Berhormat Menteri. Jadi saya tidak benarkan untuk berbahas. Boleh berbahas di luar.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, Ahli-ahli Yang Berhormat saya hendak teruskan jawapan seterusnya kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Saya berikan masa 25 minit. Dipersilakan Yang Berhormat Menteri.

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, minta switch on Menteri. Teruskan Menteri KPKT.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

No use. You don’t want to answer our question. I raised specifically.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ HashimPAS · PNTimbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Kuala Terengganu

Tuan Yang di-Pertua, buang masa lah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ahli Yang Berhormat Ipoh Barat, minta duduk. Sila Menteri.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, jangan lindungkan Menteri.

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina MericanUMNO · BNMenteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Kepala Batas

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tengok dia lari. Dia patut menjawab soalan yang dibangkitkan, don’t try to deny. Answer those questions, don’t be worried. Be a gentleman.

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan dan merakamkan jutaan terima kasih kepada Ahli-ahli Parlimen, Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam Perbahasan Titah Diraja yang menyentuh berkaitan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan perkara-perkara yang berada di bawah kawal seliaan KPKT.

Seramai lapan orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian terdiri daripada Yang Berhormat Muar, Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Tanjong Manis, Yang Berhormat Julau, Yang Berhormat Lubok Antu, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Kota Kinabalu dan juga Yang Berhormat Kota Raja. Kebanyakan menyentuh perkara berkaitan kebombaan dan juga perumahan serta kerajaan tempatan. Suka untuk saya menjawab soalan yang dibangkitkan oleh tiga orang Ahli Parlimen yang menyentuh perkara yang hampir sama iaitu Yang Berhormat Tanjong Manis, Yang Berhormat Julau dan juga Yang Berhormat Lubok Antu di atas saranan agar kerajaan menyediakan keperluan untuk membina sebuah balai bomba di kawasan Pulau Bruit, Julau dan juga Lubok Antu. Secara peribadi saya menzahirkan rasa kagum kerana atas tanggungjawab, kepedulian dan keprihatinan oleh Ahli Yang Berhormat terhadap isu-isu keselamatan penduduk di Pulau Bruit, Julau dan juga Lubok Antu Sarawak. Untuk makluman Yang Berhormat, ketiga-tiga Yang Berhormat, pembinaan sebuah balai bomba adalah berdasarkan kepada tahap risiko kebakaran dan kecemasan di suatu kawasan yang dikaji melalui Fire Cover Norm ataupun Norma Perlindungan Keselamatan Kebakaran yang merupakan model piawaian yang dibangunkan oleh Perkhidmatan Kebombaan United Kingdom yang melibatkan enam kriteria dalam setiap grid keluasan 25 kilometer persegi ataupun lima kilometer by lima kilometer. Di Malaysia, kajian Fire Cover Norm dibuat setiap lima tahun sekali. Setiap kriteria akan diberikan pemarkahan mengikut kewajaran yang akan menyumbang kepada skor risiko keseluruhan di dalam grid tersebut yang menjadi asa penentu kepada keperluan pembinaan sebuah balai bomba. Untuk menjawab persoalan kepada Ahli Parlimen Julau, bagi kawasan Julau cadangan pembinaan balai bomba kategori ‘D’ telah pun dimasukkan dalam permohonan

projek RMKe-12 Rolling Plan Kedua (RP2) tahun 2022. KPKT melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah mengenal pasti satu tapak balai bomba yang merupakan tanah Kerajaan Persekutuan berkeluasan 5.75 ekar berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Julau. JBPM kini sedang menunggu kelulusan permohonan pemberi milikan sebahagian tapak tanah berkenaan dari Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Negeri Sarawak. Pada masa kini, kawasan Julau juga mendapat khidmat kebombaan daripada Pasukan Bomba Sukarela Pekan Julau dengan keanggotaan seramai 20 orang yang dilengkapi dengan sebuah kenderaan bomba sukarela Proton Arena, personal protective equipment (PPE), pam angkut dan hos bagi tujuan aktiviti pemadaman yang dibekalkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak. Manakala untuk jawapan Ahli Yang Berhormat Lubok Antu, untuk makluman Ahli Yang Berhormat berhubung status pembinaan balai bomba di kawasan Lubok Antu, KPKT melalui JBPM telah mengenal pasti dan sedang memohon untuk mendapatkan tapak tanah seluas 1.77 hektar bagi membina sebuah balai bomba kategori ‘E’. Permohonan pembinaan balai bomba di kawasan Lubok Antu juga telah dimasukkan ke dalam Projek RMKe-12 Rolling Plan Kedua tahun 2022 dan sedang menunggu pertimbangan kelulusan daripada agensi pusat. Sekiranya diluluskan Balai Bomba dan Penyelamat Lubok Antu, Sarawak akan mula dibina pada tahun 2022 dan insya-Allah dijangka siap pada tahun 2023. Pada masa kini, kawasan Lubok Antu juga mendapat perlindungan kebakaran daripada Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Lubok Antu dengan keanggotaan seramai 41 orang yang dilengkapi dengan sebuah pacuan empat roda, peralatan pemadaman dan peralatan perlindungan diri (PPE) yang disediakan oleh JBPM Negeri Sarawak. Kementerian melalui JBPM telah memiliki tapak tanah seluas 0.54 hektar di kawasan Engkilili bagi tujuan pembinaan balai bomba kategori ‘E’ yang dirancang untuk dimasukkan ke dalam perancangan RMKe-12 mengikut keutamaan. Pada masa kini juga kawasan Engkilili mendapat perlindungan kebakaran dari Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Engkilili dengan keanggotaan seramai 32 orang ahli yang dilengkapi dengan pam angkut, peralatan pemadaman serta peralatan perlindungan diri (PPE) yang juga disediakan oleh JBPM Negeri Sarawak. Bagi Ahli Parlimen Tanjong Manis, bagi kawasan Pulau Bruit, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia terlah membuat kajian keperluan pembinaan balai bomba berasaskan Fire Cover Norm yang saya sebut sebentar tadi dan pada masa ini perlindungan keselamatan kebakaran Pulau Bruit adalah di bawah kawasan jagaan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daro dengan jarak 16 kilometer. Namun disebabkan oleh faktor geografi dan kemudahan pengangkutan feri, respons pasukan bomba akan mengambil masa yang lebih panjang. Pasukan Bomba Sukarela Pulau Bruit juga telah pun ditubuhkan pada April 2020 sebagai langkah awal tindak balas kecemasan sementara menanti perkhidmatan kebombaan JBPM. Sebagai...

Yang Berhormat Menteri, dari Sibuti, sikit, berkenaan bomba.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Di belakang, Sibuti.

Ya, okey.

Terima kasih. Isu berkenaan tentang kebakaran di kawasan luar bandar dan juga balai bomba merupakan satu isu yang sangat penting bagi negeri Sarawak. Juga, saya ingin membawakan cadangan kepada Yang Berhormat Menteri sekiranya peralatan bagi sukarelawan bomba di kawasan terutama sekali kenderaan Arena itu dapat digantikan kepada kenderaan pacuan empat roda, memandangkan kereta tersebut sudah kelihatan daif. Saya juga perah mencadangkan dalam Dewan ini supaya pihak kementerian untuk melihat semula selain daripada kita mewujudkan sukarelawan kebombaan di

sesuatu pekan dapat diwujudkan di kawasan rumah panjang dan kampung dan juga kita membekalkan hos-hos bomba ini kepada rumah-rumah panjang supaya dapat prevention yang awal dapat dilakukan ketika kebakaran awal berlaku. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Yang Berhormat Menteri, sedikit. Bomba lagi.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Padang Serai. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, mengikut Rancangan Malaysia Ke-11, satu balai bomba akan didirikan di pekan Padang Serai. Sehingga hari ini tidak ada apa-apa yang boleh kita lihat. Rancangan Malaysia Ke- 12 pun sudah bermula. Saya berharap mungkin Yang Berhormat Menteri baru ambil alih tugas sebagai Menteri Perumahan boleh lihat dan juga jawapan boleh beri kemudian pun tidak apa dengan cara bertulis pun tidak apa. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Menteri.

Ya. Terima kasih Yang Berhormat Sibuti. Sememangnya jawapan yang saya hendak berikan selepas ini lebih menjawab kepada apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Sibuti. Sememangnyalah Pasukan Bomba Sukarela kebanyakan mereka memang dibekalkan dengan pacuan empat roda. Namun ada pendekatan yang lebih proaktif yang diambil oleh pasukan ataupun Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia seperti mana yang dilakukan di kawasan Pulau Bruit ini iaitu untuk melaksanakan satu lagi bomba komuniti yang akan ditubuhkan di Kampung Semop dan 11 buah kampung lagi di pulau secara berperingkat. Di samping itu juga, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia merancang untuk membekalkan peralatan-peralatan yang seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Sibuti tadi iaitu 10 alat pemadam api dan juga peralatan-peralatan yang boleh digunakan sebagai the first responder bila mana berlakunya kebakaran terutamanya di kawasan rumah panjang.

Yang Berhormat Menteri, kalau hendak mencelah sikit berkaitan dengan hal ini.

Saya pernah bangkitkan di Dewan ini sebab dulu pernah berlaku kebakaran di kawasan saya di Kuala Perlis. Apa yang berlaku adalah pili bomba ini sebahagiannya tidak ada air. Untuk makluman Yang Berhormat Menteri Perlis ini masalah non-revenue water sangat tinggilah. Jadi, mungkin perlu ada penyelarasan antara kementerian yang berkaitan supaya masalah ini dilihat. Juga apabila kita memberi bantuan saya ingin mencadangkan supaya latihan-latihan dibuatlah terutama di kawasan-kawasan yang sulit kalau macam di Kuala Perlis itu dia punya laluannya agak sempit. Jadi, untuk first responder tahu mengendalikannya. Itu sahaja, terima kasih.

Akan tetapi saya hendak jawab dulu sahabat saya daripada Padang Serai tadi.

Kedua-dua soalan daripada Yang Berhormat Padang Serai dan Yang Berhormat Kangar ini tidak dibangkitkan dalam perbahasan. Jadi saya akan usaha untuk mendapatkan maklumat. Dahulu saya Menteri Belia dan Sukan, saya beri satu kompleks. Jadi saya cek tengok kalau ada kesesuaian dan keupayaan insya-Allah. Untuk Yang Berhormat Kangar pula, saya hendak maklumkan bahawa daripada segi latihan, memang diberikan kepada semua Pasukan Bomba Sukarela secara sepenuhnya. Antara Pasukan Bomba Sukarela yang dikatakan yang terbaik adalah di kawasan Engkilili yang saya sebutkan tadi. Mereka dilatih sepenuhnya. Ada 20 kalau tidak silap saya sebutkan tadi. Mereka dilatih sepenuhnya oleh pasukan bomba sukarela

daripada negeri Sarawak. Mereka seakan-akan juga merupakan ahli bomba yang lengkap dengan latihan dengan keupayaan untuk melakukan aktiviti pemadaman bila mana berlakunya kebakaran.

Boleh sedikit Yang Berhormat Menteri?

Kadang-kadang penduduk ini dia mungkin tidak ada masa untuk dia komited. Jadi dia mungkin tidak bentuk pasukan sukarela tetapi untuk kawasan-kawasan macam kampung sebab pekerjaan mereka itu menuntut masa yang banyaklah. Jadi mungkin latihan ini tidak hanya terhad kepada bomba sukarela tetapi juga kepada penduduk yang sebegini.

Ya. Saya hendak pergi kepada ada lagi satu pendekatan yang digunakan. Insya-Allah, they will answer whatever you are asking.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Yang Berhormat Menteri, saya Kota Kinabalu. Saya tengah tunggu jawapan.

Yes. I will answer this. Sabar. [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik. Yang Berhormat Kota Kinabalu, sila.

Okey. Tadi balik kepada jawapan daripada Bruit tadi ya. Bagi mempertingkatkan aspek keselamatan kebakaran di kawasan- kawasan berkenaan, kementerian melalui JBPM telah dan sedang melaksanakan beberapa program seperti berikut – this is to answer Yang Berhormat Kangar. Satu, pewujudan program Community Emergency Response Team (CERT). Melalui inisiatif-inisiatif kerajaan negeri in this case Kerajaan Negeri Sarawak. Bagi tujuan untuk melatih masyarakat tempatan di suatu lokaliti sebagai pasukan bertindak awal, Yang Berhormat Kangar. This is one of the programmes. Ini disebabkan dalam sesuatu kejadian kecelakaan yang sebegitu, the first line of responder sepatutnya adalah the occupants of the house themselves. Kemudiannya, adalah komuniti sebelum the actual firefighting tiba dan sampai. Penerapan maklumat-maklumat tentang kesiapsiagaan untuk mereka berdepan dan juga to respond kepada segala kecelakaan ataupun kebakaran seperti mana yang sering berlaku adalah amat penting dan mungkin dapat mengelakkan bukan hanya kehilangan nyawa tetapi lebih penting meminimakan bilangan ataupun kerosakan harta benda. Keduanya, mempertingkatkan kempen satu kesedaran keselamatan kebakaran termasuk yang disebutkan sebagai 1RAPI. Setiap rumah mempunyai alat pemadam api dan juga penyediaan alat pengesan asap ataupun smoke detector. Mempergiatkan program latihan pencegahan kawasan-kawasan luar bandar pedalaman, satu program outreach. Mempergiatkan latihan-latihan pengurusan bencana komuniti Menyelaras lawatan kajian-kajian kawasan yang berisiko yang dibuat secara berkala dari kawasan-kawasan berkenaan. Dengan adanya langkah-langkah proaktif tadi, penduduk dan komuniti di kawasan berkenaan akan mempunyai kesedaran yang tinggi dan daripada segi pencegahan aspek keselamatan sudah tentunya mampu bertindak sebagai responder yang berkesan pada peringkat awal, at the early stage of kecemasan kebakaran sementara menunggu ketibaan pasukan bomba daripada JBPM. Sebelum saya hendak jawab Yang Berhormat Kota Kinabalu, saya pergi dahulu kepada jawapan soalan yang ditanya oleh Yang Berhormat Setiu, berkaitan dengan jentera bomba uzur di kawasan beliau. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Balai Bomba dan Penyelamat Setiu merupakan dan balai bomba kategori ‘C’ yang mempunyai norma satu keluaran jentera pemadam di mana setiap panggilan kecemasan yang dihadiri jentera ini akan digerakkan. Sekiranya melibatkan kebakaran struktur, jentera pemadam

dari balai-balai berhampiran akan digerakkan untuk membantu pemadaman struktur tersebut. Jentera bomba merupakan aset yang paling penting dan kritikal yang digunakan untuk memberi respons kepada setiap insiden kebakaran, penyelamatan dan juga pengurusan bencana. Justeru, kekurangan jentera bomba secara langsung pastinya akan merencatkan penyampaian perkhidmatan kebombaan kepada masyarakat. Bagi memastikan capaian perkhidmatan kebombaan berada di tahap optimum, jabatan sentiasa mengamalkan dan menetapkan sekurang-kurangnya 75 peratus jentera berada pada tahap serviceability. Maknanya boleh digunakan untuk menyampaikan perkhidmatan dan mampu beroperasi. Pada masa ini di Terengganu, ia memiliki 25 unit. Namun tahap serviceability adalah pada tahap 64 peratus ataupun 16 jentera. Jadi bagi menampung kekurangan ini, jabatan telah mengerakkan bahagian kejuruteraan tentera untuk menangani sebarang kerosakan dan mempercepatkan proses pembaikan. Selain daripada itu, untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Bomba dan Penyelamat telah diluluskan projek untuk melakukan perolehan sebanyak 150 CFRT ataupun Compact Fire Rescue Tender, kereta bombalah dalam Rancangan Malaysia Kesebelas, Rolling Plan Keempat dalam tahun 2020. Pelaksanaan projek ini diteruskan dalam RMKe-12, Rolling Plan 1 tahun 2021 yang ini dalam proses akhir peringkat perolehan kerajaan. Sekiranya pelaksanaan projek perolehan ini dilaksanakan, 150 CFRT tersebut dijangka akan mula diterima 2022 dan insya-Allah di Balai Bomba dan Penyelamat Setiu merupakan salah satu balai bomba yang tersenarai di dalam cadangan penempatan jentera baharu tersebut. Jentera CFRT ini juga ditempatkan di 30 buah balai bomba baharu di seluruh negara selain digunakan untuk proses penggantian jentera dalam status yang berada dalam keadaan beyond economic repair. I think saya pergi kepada jawapan inilah untuk Yang Berhormat Kota Kinabalu ya. Pertama sekali saya mewakili seluruh warga KPKT menzahirkan rasa ucapan takziah kepada keluarga mangsa kebakaran di Lorong Lot 1, Lorong Taman Hungab, Penampang Sabah yang berlaku pada 7 September yang lalu. Secara peribadi, ia adalah satu tragedi yang amat mendukacitakan dan kita mendoakan mudah-mudahan pihak keluarga diberi ketabahan untuk mengharungi dugaan yang cukup perit ini. Cuma untuk penjelasan kepada soalan. Apa yang berlaku adalah berdasarkan kepada siasatan, terdapat empat panggilan yang telah dibuat kepada MERS 999. Panggilan pertama diterima pada 2.49 pagi dan berdurasi sekitar lima minit. Panggilan kedua diterima pada MERS 999 berdurasi enam minit, juga pada 2.49 pagi. Manakala panggilan ketiga diterima pada jam 3.00 pagi dan panggilan keempat diterima pada jam 3.05 minit pagi. Untuk makluman Yang Berhormat, keempat-empat panggilan tersebut telah memberi maklumat yang berbeza daripada segi alamat. Berdasarkan kepada call shape, saya pun panggil untuk buat siasatan secara peribadi sebab ia membabitkan kehilangan nyawa dan saya ditunjukkan dengan call shape setiap panggilan tersebut. Bomba menghadiri respons di Jalan Nosoob, Taman Hungab yang mendapati alamat tersebut tidak tepat. Kekeliruan berlaku kerana terdapat empat alamat berbeza oleh pemanggil. Kesilapan ini menyebabkan jentera bomba telah respons peringkat awal di Jalan Nosoob, Taman Hungab dan mendapati ia bukanlah alamat sebenar dan jentera bomba terpaksa berpatah balik dan mengambil kira-kira empat kilometer ke lokasi kebakaran sebenar iaitu di Lorong Taman Hungab 1, Taman Hungab. Panggilan-panggilan kebakaran oleh pemanggil dari jam 2.49 pagi dan hasil forensik mendapati kebakaran tersebut berlaku lebih awal lagi daripada masa panggilan. Semasa ketibaan jentera bomba didapati api sudah merebak dan ia sudah menjadi begitu marak. Saya hendak maklumkan juga bahawa bagi kes kebakaran ini, jentera bomba dari Balai Bomba Penampang telah mengambil masa selama 11 minit untuk tiba di lokasi.

Saya hendak maklumkan ya, 11 minit. Kenapa 11 minit? Ini kerana KPI kita 10 minit. Bererti mereka lewat seminit. Saya sebagai Menteri yang diberikan tanggungjawab telah minta supaya untuk melihat balik tentang KPI ini. Cuma saya hendak mengesahkan apa yang telah diperoleh daripada hasil siasatan, ia bukan soal berapa minit sampai tetapi soal ketika laporan diberi.

Ini kerana dalam amalan yang dibuat protokol sekarang ini ialah bila mana berlaku kebakaran, mereka akan melakukan panggilan ke MERS 999 yang mempunyai response centernya tiga iaitu di Sarawak, satu di Melaka dan satu lagi di Kuala Lumpur. Panggilan yang dibuat pada 2.49 pagi itu telah sampai ke Melaka. Setelah sampai ke Melaka, diproses dan dihantar, setibanya sampai di pejabat bomba, maka ia telah mengambil masa sebagaimana yang saya sebut tadi selama 11 minit. Seandainya, kalau ia tidak berlaku kesilapan daripada segi alamat, maka, barangkali kemungkinan ia akan sampai on time. Ada juga kesulitan yang saya lihat ia perlu ditangani segera dan saya telah mengarahkan pasukan bomba untuk berjumpa dengan Telekom Malaysia dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Ini disebabkan MERS 999 bukan di bawah kementerian saya. Untuk meminta supaya diwujudkan response center di negeri Sabah juga. Demikian juga di Pantai Timur sebab barangkali kemungkinan ketika laporan itu dibuat, dialek orang Sabah mungkin sukar difahami di Melaka dan adalah lebih mudah kalau dia bercakap di kalangan orang Sabah sendiri. Demikian juga kalau berlaku. Jadi, saya rasa ini adalah salah satu daripada pendekatan dan juga tindakan pantas yang dilakukan untuk kita minta supaya ia dilakukan secepat mungkin. Selain daripada itu, sebagaimana yang saya sebut tadi response time. Response time adalah satu perkara yang saya hendak minta supaya diturunkan. 10 minit sudah hampir lebih daripada 10 tahun, saya minta supaya ia diturunkan untuk menjadi di bawah daripada lapan minit selari dengan negara-negara maju. Cuma, saya hendak maklumkan kebanyakan kebakaran yang membabitkan kematian berlaku di antara pukul 2.00 pagi hingga pukul 4.00 pagi. Sebanyak 90 peratus kematian di dalam kebakaran adalah dalam tempoh tersebut. Kenapa? Kerana gagalnya untuk ada the first response, first responder, first line of responder gagal dapat dilakukan. Kenapa kerana tidak ada? Pertama, alat pemadam api dan juga smoke detector. Bayangkan kalau Yang Berhormat sedang tidur dalam keadaan api sudah semarak, Yang Berhormat akan get suffocated dan akan hilang dan tidak sedar. Sebab apa? Sebab akan intoxicated dengan asap. Walhal dalam keadaan itu, Yang Berhormat berpeluang untuk menyelamatkan diri. Kenapa berlaku? Kerana tidak ada smoke detector. Kalau smoke detector mungkin boleh menggerakkan tidur. Barangkali nyawa boleh diselamatkan. Oleh sebab itulah, kempen agar isi rumah memiliki alat pemadam api dan juga smoke detector ini adalah amat penting dan akan dijadikan agenda penting dalam pasukan bomba.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Menteri, masa sudah tamat.

Tuan P. PrabakaranPKR · PHBatu

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon Tuan Yang di- Pertua bagi masa dekat Yang Berhormat Menteri sebab Yang Berhormat Menteri belum menyentuh isu perumahan.

Tuan P. PrabakaranPKR · PHBatu

Terima kasih.

Saya masuk isu perumahan Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Berapa minit lagi Yang Berhormat Menteri?

Ada banyak lagi isu ini sebenarnya tetapi perumahan...

Maksimumlah, Tuan Yang di-Pertua boleh bagi up to 15 minutes.

Okey, perumahan ini. Ini adalah isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Muar. Mungkin Yang Berhormat Batu pun mempunyai perkara yang seiring dengan aspirasi yang sama dan adalah kesukaran orang muda untuk mendapat pembiayaan bagi memiliki rumah. Bagi sektor perumahan, isu perbahasan ini menyentuh jaringan konsep Keluarga Malaysia. Bagi program perumahan isu kemampuan pemilikan rumah, pinjaman daripada pihak bank, kadar sewa dan juga tunggakan serta kemungkinan pengenalan terhadap undang-undang sementara termasuk juga moratorium pengusiran dari rumah. Untuk makluman Yang Berhormat Muar, memang memahami tentang kesukaran golongan muda untuk mendapatkan pembiayaan bagi memiliki rumah pada masa kini. Namun, saya sentiasa mempercayai bahawa salah satu daripada cara untuk meningkatkan dan net worth of the young people by allowing them to own the house at the young age. Ini adalah suatu perkara yang bukanlah mudah dan telah melalui pelbagai model-model yang telah diperkenalkan oleh kerajaan zaman sekarang ataupun yang terdahulu. Buat masa kini, saya hendak maklumkan memang tidak ada skim pembiayaan yang benar-benar boleh dianggap sebagai berjaya untuk golongan muda. Kementerian sedang berbincang. Saya sudah mengarahkan Yang Berhormat untuk supaya satu jawatankuasa khas dalaman dibentuk dan dipanggil semua panel of experts dan juga dari segi industry users, industri sendiri, pakar-pakar kewangan untuk melihat modal yang terbaik bagi memungkinkan pembiayaan untuk anak-anak muda memiliki rumah pada usia yang muda. Kenapa saya kata usia yang muda? Bayangkanlah Yang Berhormat, kalau seorang yang berusia 25 tahun mampu untuk memiliki rumah yang bernilai RM250 ribu. Dalam usia 10 tahun dari tempoh tersebut ketika beliau berusia, harga rumah yang pada waktu ini meningkat lapan peratus setiap tahun akan meningkat sehingga ke RM500 ribu. Dalam dia mengambil loan ketika usia 25 tahun, the repayment, the loan repayment tenure-nya akan menjadi lebih panjang. Monthly obligation dia akan menjadi lebih rendah. As he goes along, apabila mana dia mencapai peningkatan pendapatan pada masa-masa akan datang, net-to-net, the net worth dia akan menjadi jauh meningkat. Apa yang menjadi cabaran? Cabarannya adalah the down payment. The down payment yang tidak dapat. Oleh sebab itulah, saya minta supaya dilihat semula modal dahulu, kalau Yang Berhormat ingat model MyHome dengan MyDeposit yang pernah dilancarkan dahulu. MyHome saya cuba cari tadi statistik, hampir 9,400 telah dimiliki MyHome. MyHome ini macam mana? Rumah yang RM300 ribu ke bawah dan RM30 ribu subsidized by the government. Apabila saya check, saya minta dan check, in fact, dalam minggu depan saya diminta untuk melakukan satu penyerahan kunci dalam satu program yang dahulu juga merupakan MyHome, sebanyak 508. Daripada 9,000 yang saya sebutkan tadi, 85 percent pembelinya adalah berusia 25 hingga 35 tahun. Bererti, program MyHome itu telah berjaya menjadikan pemilikan rumah di kalangan anak muda itu begitu tinggi. Demikian juga, MyDeposit. Namun, program ini telah has been discontinued, ia telah dihentikan pada tahun 2018. Ada juga disebut bahawa ia tidak sustainable tetapi saya melihat bahawa daripada kita melakukan pemberian subsidi yang tidak bersasar, mensubsidikan anak-anak muda untuk memiliki rumah dan meningkatkan net worth value dia pada masa akan datang, itu adalah satu kewajaran.

Namun, saya akan tengok dan cari kaedah. Yang Berhormat, saya baru dua minggu sahaja untuk mendapatkan modal yang terbaik. Mudah-mudahan, insya-Allah dalam tempoh-tempoh pada masa akan datang, saya dapat membantu anak muda untuk memiliki rumah at the young age.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Menteri, saya bagi tiga minit lagi tambahan.

Okeylah, itu sahajalah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sudah habis?

Itu sahajalah, banyak lagi tetapi yang lainnya saya akan bagi jawapan secara bertulis.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Secara bertulis.

Saya mengucapkan terima kasih banyak kepada semua yang telah terlibat dan mengambil bahagian. Insya-Allah sebagai Menteri yang baru, yang diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan kementerian yang sebegini penting...

Yang Berhormat Menteri, cuma saya hendak merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas lawatan yang telah dibuat dan juga perjumpaan bersama dengan Yang Berhormat Jagdeep Singh Deo.

Thank you. Memang ya...

Semoga Yang Berhormat Menteri dapat juga memberi perhatian kepada isu perumahan. Saya yakin bahawa kementerian Yang Berhormat Menteri dan exco Yang Berhormat Jagdeep Singh Deo akan dapat melaksanakan program bagi manfaat rakyat di Pulau Pinang. Terima kasih.

Terima kasih. Saya banyak juga kepada Yang Berhormat Jagdeep Singh Deo dan juga...

Tuan Chan Ming KaiPKR · PHAlor Setar

Tuan Yang di-Pertua ...

Kerajaan Negeri Pulau Pinang, banyak membantu. Terima kasih banyak.

Tuan Chan Ming KaiPKR · PHAlor Setar

Tolong bagi last sekali, Yang Berhormat Menteri...

Tuan Chan Ming KaiPKR · PHAlor Setar

Memandangkan Yang Berhormat ada semangat untuk menyelesaikan beberapa masalah. Saya ingin hendak bagi beberapa cadangan. Sebenarnya ada satu skim yang agak boleh digunakan, SJKP yang kira syarikat jaminan untuk perumahan. Akan tetapi, kegagalan yang sebenarnya –Saya pernah ada pengalaman. Yang Berhormat Menteri kena semak dengan MoF, khususnya dengan Bank Negara kerana bank sendiri tidak ada inisiatif. So, the first deposit is important. As long as kita tidak dapat itu, ia tidak payah sewa ia boleh selesai. So, ia usaha masalah bukan dari segi bekalan rumah. Ia daripada segi pinjaman bank yang tidak reti hendak bagi pinjaman kepada yang first deposit itu. As long as selesai itu, saya rasa skim dalam beberapa jenis ini akan berjaya. lsu yang kedua, saya hendak mencadangkan agar Yang Berhormat Menteri boleh semak satu hala tuju. Seluruh Malaysia, PBT ada 54 peratus dari kawasan zonnya tidak masuk dalam zon perkhidmatan, ia masuk dalam zon pentadbiran. Maka dia tidak boleh kutip cukai taksiran yang menyebabkan kawasan luar bandar sudah menjadi bandar tetapi masih menilai on the E-Idaman untuk kutipan sampah contohnya tetapi ada masalah pertindihan dengan KPLB. Oleh sebab itu, saya mencadangkan KPKT mungkin kita boleh selesai adalah satu KPI untuk Yang Berhormat Menteri untuk menyiapkan apa itu...

Terima kasih Yang Berhormat. Fasal SJKP itu di bawah Kementerian Kewangan, saya tahu. Sebenarnya banyak lagi model. Dahulu Developer Interest Bearing Scheme yang mana developers dia akan menanggung segala interest dalam program pembinaan dalam tempoh empat tahun kemudiannya. Akan tetapi, orang kata telah dipersetujui oleh Bank Negara kerana ia menyebabkan aktiviti speculation. Apa yang ditanyakan oleh Yang Berhormat, insya-Allah kalau ada masa saya akan jawab secara bertulis.

Tuan Chan Ming KaiPKR · PHAlor Setar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya mengucapkan terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Khamis, 23 September 2021. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 9.41 malam]

Kamar KhasSpecial Chamber

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Perubahan Kriteria Program MM2HSpecial Chamber

Tuan Chan Ming KaiPKR · PHAlor Setar

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, saya ingin menarik perhatian pihak kementerian ke atas masalah perubahan kriteria bagi Program MM2H yang telah diaktifkan semula selepas dihentikan setahun. Untuk makluman Menteri, pengumuman terkini berkenaan perubahan kriteria bagi Program MM2H telah mencetus kontroversi kerana perubahan tersebut turut memberi kesan kepada golongan komuniti MM2H yang memang sudah berada di Malaysia bertahun-tahun.

Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, perubahan syarat seperti pendapatan minima meningkat dari RM10,000 kepada RM40,000 dan peningkatan simpanan tetap RM300,000 dan aset RM500,000 kepada RM 1 juta dan RM 1.5 juta masing-masing, merupakan peningkatan yang amat ketara. Tambahan lagi, mereka yang sudah mendapat kelulusan MM2H sebelum ini terpaksa memenuhi kriteria baharu dalam masa setahun. Ini menjejaskan perancangan persaraan dan secara tidak langsung memaksa mereka menjual aset dan meninggalkan Malaysia.

Saya minta Yang Berhormat Menteri menjelaskan apa rasional kerajaan membuat perubahan yang begitu ketara atas kriteria permohonan serta mengapa tidak polisi baharu hanya dikenakan ke atas permohonan baharu dan tidak dikenakan kepada kelulusan yang telah diberi sebelum ini.

Perubahan yang kurang munasabah menjejaskan hasrat Program MM2H serta mengurangkan keyakinan pelabur asing ke atas polisi yang akan dilaksanakan

Tuan Chan Ming KaiPKR · PHAlor Setar

oleh Malaysia pada masa hadapan. Saya minta Yang Berhormat Menteri nyatakan berapa kelulusan sedia ada dan masih dalam permohonan serta negara asal permohonan berkenaan. Saya minta Yang Berhormat Menteri menyatakan juga berdasarkan syarat pendapatan, simpanan dan aset yang baharu, berapakah kelulusan MM2H yang sedia ada memenuhi syarat tersebut dan beberapa yang perlu membuat penambahan (top-up) untuk memenuhi syarat tersebut. Sekian, terima kasih.

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri I · Kuala Krau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. terima kasih kepada rakan saya, Yang Berhormat Alor Setar. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) yang pada awalnya dikenali sebagai Program Silver Hair telah dijenamakan semula kepada Program MM2H pada tahun 2002.

Sepanjang 19 tahun pelaksanaan program ini, dasar dan syarat-syarat berkaitan Program MM2H tidak pernah dikaji semula atau dibuat penilaian secara berkala. Oleh yang demikian, syarat kelayakan sedia ada dilihat sudah tidak relevan dan realistik sebagai asas atau nilai pelaburan terbaik untuk menarik warga asing khususnya yang berkualiti dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara.

Perubahan dasar Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) tidak dilaksanakan secara drastik kerana penilaian awal telah dibuat sejak tahun 2019 lagi dan turut melibatkan beberapa kementerian atau agensi yang berkepentingan.

Sepanjang program ini dibekukan pelaksanaannya pada tahun 2020, susulan daripada keputusan kerajaan untuk melaksanakan dasar penutupan sempadan negara, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya telah meneliti semula dasar dan syarat-syarat berkenaan program ini sebelum mengumumkan pengaktifan semula program MM2H.

Terkini, kerajaan telah bersetuju untuk penambahbaikan dasar baharu Program MM2H sebagai salah satu strategi untuk membantu pelaksanaan Program Pemulihan Negara (PPN) bagi menjana semula ekonomi negara. Sehubungan itu, sepertimana yang telah diumumkan dalam sidang media yang diadakan pada 11 Ogos yang lepas, Program MM2H akan diaktifkan semula dan permohonan baharu akan diproses serta dikendalikan oleh Jabatan Imigresen Malaysia mulai Oktober 2021, iaitu setelah semua proses berkaitan perundangan selesai.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri semasa sidang media beliau, pada 1 September

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri I · Kuala Krau

2021 dan semasa sesi Ministerial Question Time (MQT) pada 14 September 2021, telah memberikan jaminan kepada peserta-peserta MM2H sedia ada untuk dipertimbangkan kelonggaran daripada memenuhi dasar semasa. Walau bagaimanapun, bagi semua peserta baharu, mereka perlu memenuhi dasar baharu MM2H ini bagi memastikan peserta MM2H yang berada di Malaysia adalah benar- benar genuine, berkualiti tinggi dan dapat memberi sumbangan yang positif kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Selanjutnya, merujuk kepada kenyataan Ahli Yang Berhormat bahawa perubahan yang kurang munasabah menjejaskan hasrat program MM2H serta mengurangkan keyakinan pelabur asing ke atas polisi yang akan dilaksanakan oleh Malaysia pada masa hadapan adalah tidak tepat. Ini kerana, sepertimana yang telah diperjelaskan oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri dalam sesi Ministerial Question Time (MQT) pada 14 September 2021, mereka yang datang dengan membawa investment sebagai investors melibatkan program lain yang berbeza dengan Program MM2H.

Merujuk permohonan butiran oleh Ahli Yang Berhormat mengenai beberapa kelulusan sedia ada dan masih dalam permohonan serta negara asal permohonan berkenaan, sehingga 31 Ogos 2021, pemegang pas aktif adalah seramai 56,612 orang termasuk tanggungan yang dibawa oleh pemegang pas MM2H. Warganegara Cina merupakan majoriti pemegang pas aktif dengan jumlah seramai 23,898 orang, diikuti oleh warganegara Republik Korea iaitu 5,273 orang dan warganegara Jepun iaitu 5,732 orang.

Selanjutnya, merujuk permohonan Ahli Yang Berhormat mengenai kelulusan permohonan yang diterima berdasarkan syarat-syarat penyertaan baharu dan beberapa peserta yang perlu membuat penambahan (top up) untuk memenuhi syarat baharu tidak dapat dibekalkan memandangkan Program MM2H hanya akan diaktifkan semula pada bulan Oktober 2021. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Peruntukan untuk Pembangunan dan Naik Taraf Hospital Besar Pulau PinangSpecial Chamber

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Pada kesempatan petang ini, izinkan saya membangkitkan isu yang berkaitan dengan fasiliti Hospital Besar Pulau Pinang.

Hospital Besar Pulau Pinang terletak di kawasan Parlimen Bukit Bendera dan merupakan hospital yang terpenting di negeri Pulau Pinang dan memberikan perkhidmatan perubatan bukan sahaja kepada penduduk-penduduk sekitar tetapi kepada penduduk Pulau Pinang.

Oleh itu, adalah penting untuk sentiasa untuk naik taraf dan membangunkan fasiliti perubatan untuk memastikan kebajikan pesakit dapat dijaga dan pengamal perubatan dapat memberikan perkhidmatan terbaik menggunakan teknologi terkini di bawah persekitaran yang bersesuaian. Lebih-lebih lagi, pandemik COVID-19 juga menuntut supaya kita melihat semula logistik dan menambah baik fasiliti Intensive Care Unit (ICU).

Oleh itu, saya ingin meminta Yang Berhormat Menteri menyatakan secara terperinci status projek-projek naik taraf dan pembangunan Hospital Besar Pulau Pinang iaitu:

(i) projek blok baharu untuk perkhidmatan stem cell;

(ii) Blok Wanita dan Kanak-kanak;

(iii) kuarters hospital; dan

(iv) Blok Klinik Pakar dan Wad hospital.

Saya ingin meminta juga maklumat bilangan katil ICU untuk Hospital Besar Pulau Pinang. Sebelum ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang pernah menawarkan tanah dan kewangan pada tahun 2020 untuk membina lebih banyak fasiliti ICU.

Apakah maklum balas kementerian berkenaan cadangan kerajaan negeri? Itu sahaja ucapan saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan I · Bagan Serai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Bukit Bendera.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa berusaha untuk menambah baik sistem perkhidmatan kesihatan demi kesejahteraan rakyat. Berhubung Hospital Pulau Pinang yang merupakan hospital negeri, pihak kerajaan telah pun meluluskan empat buah projek.

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan I · Bagan Serai

Daripada jumlah ini, dua projek telah pun dimulakan pembinaannya iaitu Blok Wanita dan Kanak-kanak dan blok kuarters. Selain itu, dua projek lagi berada dalam fasa prapelaksanaan iaitu blok baharu Pusat Perkhidmatan Stem Cell serta Blok Klinik Pakar dan Wad.

Kedudukan semasa keempat-empat projek ini adalah seperti berikut:

(i) Blok kuarters. Projek ini yang melibatkan pembinaan 204 unit kuarters telah bermula pada 31 Mac 2021 dan dijadualkan siap pada bulan September 2023. Hingga 31 Ogos 2021, projek ini mendahului jadual dan kemajuan fizikal sebenar ialah 4.40 peratus berbanding jadual perancangan 4.12 peratus;

(ii) Blok Wanita dan Kanak-Kanak. Projek ini yang melibatkan pembinaan sebuah blok baharu dengan kapasiti 329 katil telah bermula pada 22 Disember 2020 dan dijadualkan siap pada bulan Disember 2024.

Kemajuan fizikal sebenar hingga 31 Ogos 2021 ialah 9.59 peratus berbanding jadual perancangan 10.48 peratus;

(iii) Blok baharu Pusat Perkhidmatan Stem Cell. Projek ini melibatkan pembinaan sebuah blok baharu bagi menempatkan fasiliti perkhidmatan stem cell. Projek ini telah melalui proses prakelayakan pada 15 Mei 2021 dan pelawaan tender telah dikeluarkan pada 13 Julai 2021; dan

(iv) Blok Klinik Pakar dan Wad. Projek ini melibatkan pembinaan blok baharu yang menempatkan klinik pakar serta wad dengan kapasiti 216 katil. Status projek masih di peringkat perancangan dan dijadualkan untuk ditender pada bulan Januari 2022.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung katil ICU di Hospital Pulau Pinang, KKM telah pun meningkatkan bilangan katil daripada 40 buah kepada 66 buah. Selain itu, KKM ingin mengatakan bahawa KKM tidak pernah menerima tawaran tanah dan kewangan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada tahun 2020 untuk membina lebih banyak fasiliti ICU di Hospital Pulau Pinang.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Bendera. Assalamualaikum.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang, Khamis, 23 September 2021. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.

[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.46 petang]