Dewan Rakyat · 23 September 2021
15th Parliament, session 4, meeting 1 · 1,360 turns · 67,326 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
(Pembukaan)
Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum kita mulakan, ingin saya maklumkan bahawa kita telah jalankan ujian RTK- Antigen self-test saliva yang dilaksanakan semalam, Rabu 22 September. Kita dapati hanya seorang Polis Bantuan yang didapati positif COVID-19 tetapi kita bernasib baik kerana beliau hanya bekerja di sekitar kawasan Parlimen dan tidak ada kontak rapat. Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Dr. Norliza serta pasukan kesihatannya dari Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan atas kerjasama dan bantuan yang diberikan sepanjang persidangan ini. Sekian, terima kasih.
Jawapan-Jawapan Menteri Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
Saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh, Sabak Bernam.
1. Dato' Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [Sabak Bernam] minta Menteri Kewangan menyatakan, berkenaan pelaksanaan Geran Khas Prihatin (GKP), dan bagaimana pula peranan bank-bank pembangunan dalam membantu peniaga kecil atau mikro, supaya mereka dapat meneruskan perniagaan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Seperti mana Yang Berhormat sedia maklum, di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi ataupun PEMULIH yang diumumkan pada 28 Jun yang lepas, kerajaan terus komited untuk menyokong sektor perniagaan khususnya usahawan mikro dan juga perusahaan kecil dan sederhana melalui Geran Khas Prihatin atau pun GKP. Ia bertujuan untuk meringankan beban kewangan mereka agar mampu mengharungi tempoh yang masih mencabar, serta sebagai penambahan pelaburan kepada perniagaan. Bagi inisiatif GKP 4.0, lebih 1 juta PKS mikro melibatkan penerima sedia ada GKP sebelum ini, serta penerima baharu bantuan GKP. Kini telah mula menerima RM500 pada 21 September, hari Selasa yang lepas, melalui bayaran fasa pertama. Bagi bayaran fasa kedua berjumlah RM500 ini akan dibuat pada bulan November 2021, menjadikan keseluruhan bayaran GKP 4.0 sebanyak RM1000 untuk penerima yang layak. Jumlah keseluruhan pembayaran GKP 4.0 ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM1 bilion di mana bayaran dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan
dalam sistem GKP. Secara keseluruhannya, sejumlah RM6.08 bilion dimanfaatkan oleh lebih 1 juta orang usahawan mikro melalui 4 siri bayaran GKP semenjak wabak COVID- 19 melanda negara. Tuan Yang di-Pertua, bagi Institusi Kewangan Pembangunan atau IKP or DFI, antara peranan utama mereka adalah bagi menyokong kelangsungan usahawan mikro serta PKS, daripada segi memudah cara pembiayaan melalui pelbagai pakej pinjaman mudah. Malah Kementerian Kewangan baru-baru ini telah pun menyarankan IKP untuk merangka penyelesaian yang lebih praktikal seperti penggunaan kriteria pembiayaan yang kurang membebankan, supaya perniagaan dapat kembali pulih dan beroperasi secepat mungkin. Susulan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi dan sosial. Setakat ini bagi menyokong inisiatif-inisiatif yang diumumkan oleh kerajaan, terutamanya berkaitan usahawan mikro dan PKS- IKP seperti Bank Simpanan Nasional, Bank Kerjasama Rakyat, Agro Bank, SME Bank telah melaksanakan pelbagai skim pembiayaan melalui dana Bank Negara Malaysia di mana jumlah keseluruhannya RM8.1 bilion. Melangkah ke hadapan, selain dari memudah cara pembiayaan bagi usahawan mikro dan PKS, IKP juga perlu menekankan strategi mengutamakan pelaburan dan pemberian pinjaman bagi menyokong usahawan mikro dan PKS yang terlibat dalam inovasi di peringkat awal serta mereka yang sedang beralih ke arah operasi digital. Tambahan lagi IKP juga perlu menumpukan usaha dalam menyokong usahawan mikro dan PKS yang terlibat dalam sektor yang menekankan aspek kelestarian. Terima kasih.
Soalan tambahan pertama. Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang telah memberikan jawapan sebentar tadi. Tahniah kepada kerajaan yang sentiasa prihatin kepada rakyat terutama kepada peniaga-peniaga kecil dan sederhana. Soalan tambahan saya, sejauh mana jumlah Geran Khas Prihatin yang telah dikeluarkan, dan bilangan peniaga yang mendapat manfaat daripada GKP ini, dan syarat kelayakan GKP terlalu ketat terutamanya bagi usahawan mikro. Bagaimanakah kerajaan dapat membantu mempermudah proses permohonan ini? Sekian terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat, setakat ini seperti saya sebut tadi, lebih 1 juta orang usahawan mikro layak menerima GKP 4.0. Bagi negeri Yang Berhormat iaitu negeri Selangor, hampir 196 ribu orang usahawan mikro telah mendapat manfaat daripada bantuan GKP dengan peruntukkan sejumlah RM1.2 bilion.
Kerajaan berharap agar bantuan langsung berterusan yang disalurkan ini akan meringankan beban mereka, terutamanya yang masih terjejas ketika ini. Untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat, syarat kelayakan GKP sedia ada adalah seperti berikut. Pertama, pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia. Kedua, bagi pemohon yang merupakan pengusaha mikro, jumlah jualan ataupun perolehan tahunan mestilah kurang daripada RM300 ribu dan jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang. Ini tidak termasuk pemilik dan berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia sebelum atau pada 30 Jun 2021 dan masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat. Ingin saya menekankan bahawa syarat kelayakan sedia ada adalah sangat minimum, tidak terlalu ketat. Malah pada bulan Julai yang lalu, Kementerian Kewangan telah membuka permohonan baharu GKP 4.0 kepada usahawan mikro yang tidak lulus
GKP sebelum ini. Kerajaan juga telah membuka untuk permohonan baharu sebanyak 4 kali, iaitu PKS mikro perlu mendaftar sebelum 31 Disember 2019 untuk GKP 1.0, 31 Ogos 2020 bagi GKP 2.0, 28 Februari 2021 bagi GKP 3.0 dan 30 Jun 2021 bagi GKP 4.0. Data penerima bantuan GKP adalah berdasarkan data terkini pendaftaran SSM, PBT dan juga LHDN. Penerima yang layak untuk menerima bantuan GKP 4.0 adalah melibatkan penerima yang sedia ada, GKP 1, 2, 3 yang berstatus lulus dan berjaya kredit serta penerima baharu GKP 4.0. Syarat-syarat ini telah dikenakan Yang Berhormat, adalah bagi memastikan tiada ketirisan serta usahawan mikro yang betul-betul layak mendapat bantuan bagi menghadapi cabaran COVID-19. Sekian terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Bukit Bintang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin tahu macam mana Geran Khas Prihatin dan bantuan bank pembangunan telah disalurkan kepada pengusaha kecil bandar kerana jarang peniaga mikro bandar menerima bantuan. Minta penjelasan.
Maaf, Yang Berhormat. Tidak berapa dengar tadi.
Kurang jelas. Yang Berhormat Bukit Bintang boleh tolong ulang soalan?
Minta maaf, tadi kurang dengar.
Kurang jelas.
Sejauh mana Geran Khas Prihatin dan bantuan Bank Pembangunan telah disalurkan kepada pengusaha kecil dalam bandar kerana jarang kedengaran golongan peniaga mikro bandar menerima bantuan ini. Terima kasih.
Sejauh mana ia telah disalurkan.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bintang. Bagi Geran Khas Prihatin seperti saya sebut tadi lebih 1 juta orang peniaga PKS mikro yang telah mendapat. Daripada segi datanya kita melihat kepada data yang kita dapat daripada PBT, SSM dan juga LHDN. Di mana saya akan berkongsi dengan Yang Berhormat Bukit Bintang secara lebih terperinci untuk peringkat negeri dan juga bandar, berapa yang mereka dapat daripada Geran Khas Prihatin. Cuma kalau daripada segi banking sektor ini yang dibangkitkan juga oleh Yang Berhormat Bukit Bintang, kebanyakan IKP-IKP ini yang membantu adalah bank kerajaan DFI (Development financial Institution) menerusi terutamanya Bank Simpanan Nasional, Bank Kerjasama Rakyat atau pun Bank Rakyat dan juga SME Bank. Ingin saya menyebut tadi lebih kurang RM8.1 bilion peruntukan untuk golongan PKS dan juga PKS mikro daripada IKP ataupun DFI, Yang Berhormat. Terima kasih.
Terima kasih. Seterusnya saya ingin menjemput Tuan Sim Tze Tzin untuk soalan seterusnya.
2. Tuan Sim Tze Tzin [Bayan Baru] minta Menteri Kanan Pendidikan menyatakan penjelasan kepada pihak sekolah dan ibu bapa yang sedang keliru bagaimana melaksanakan pembukaan sekolah secara penggiliran 50 peratus PdP bersemuka dan 50 peratus PdPR. Jelaskan apakah perincian perlaksanaan dan bagaimanakah seorang cikgu mengajar PdP Bersemuka dan online PdPR pada masa yang sama.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mengambil kira situasi semasa, termasuk kadar vaksinasi dalam kalangan guru, anggota kumpulan pelaksana dan pekerja perkhidmatan sokongan serta pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Pendidikan telah mengumumkan bahawa sekolah akan dibuka untuk
pengajaran dan pembelajaran, PdP bersemuka mulai 3 Oktober 2021 bagi negeri kumpulan ‘A’ dan 4 Oktober 2021 bagi negeri kumpulan ‘B’. Pembukaan sekolah dibuat secara berperingkat mengikut fasa dalam Pelan Pemulihan Negara. Bagi negeri fasa 1 PPN, semua murid masih meneruskan PdPR. Hanya tadika swasta dibenarkan beroperasi bagi anak-anak yang ibu bapa atau penjaga mereka bekerja. Bagi negeri fasa 2 PPN, PdP bersemuka dibenarkan untuk murid kelas peperiksaan awam dan antarabangsa yang akan menduduki peperiksaan dalam tempoh terdekat. Murid berkeperluan khas di sekolah pendidikan khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKi) juga hadir secara bersemuka. Tadika swasta dibenarkan untuk terus beroperasi bagi anak-anak yang ibu bapa atau penjaga mereka bekerja. Murid lain akan mengikuti PdPR. Bagi negeri fasa 3 PPN, murid yang akan hadir ke sekolah adalah sama seperti kumpulan murid di fasa 2. Selain itu, murid kelas peperiksaan awam dan peperiksaan antarabangsa yang lain akan hadir. Prasekolah juga akan mula beroperasi. Murid lain akan mengikuti PdPR. Bagi negeri fasa 4 PPN, murid yang akan hadir ke sekolah adalah sama seperti kumpulan murid di fasa 3. Kemasukan murid lain akan dilaksanakan secara berperingkat. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, satu pelan komprehensif pembukaan semula sekolah telah disediakan bagi memastikan murid dapat kembali belajar secara bersemuka di sekolah dalam keadaan selamat. Berdasarkan pelan ini, KPM telah menetapkan supaya kapasiti murid di sekolah dihadkan pada kadar 50 peratus enrolmen keseluruhan. Bagi tujuan tersebut, kaedah yang digunakan adalah dengan mengehadkan kapasiti murid di dalam kelas kepada 50 peratus daripada jumlah murid dalam kelas tersebut. Justeru, sistem penggiliran murid hadir ke sekolah mengikut minggu akan dilaksanakan. Kaedah ini diguna pakai untuk semua kelas kecuali beberapa kumpulan murid yang telah dinyatakan dalam portal KPM dan ini termasuklah murid di sekolah asrama sepenuhnya dan murid di sekolah kurang murid. Kaedah penggiliran ini membolehkan penjarakan fizikal dalam kelas yang lebih baik dan memudahkan pemantauan guru ke atas murid. Ini juga bagi mengurangkan kesesakan sewaktu pergerakan masuk dan penyuraian di sekolah. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, bagi kelas yang melaksanakan penggiliran, murid di dalam kelas tersebut akan dibahagikan kepada dua kumpulan. Dalam satu-satu minggu, hanya satu kumpulan saja yang akan hadir ke sekolah. Manakala kumpulan yang satu lagi akan melaksanakan PdPR secara sendiri di rumah. Sebagai contoh, kelas yang mempunyai 36 murid akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan ‘A’ dan kumpulan ‘B’ dengan setiap kumpulan mempunyai 18 orang murid. Seramai 18 murid kumpulan ‘A’ akan hadir pada minggu pertama untuk mengikuti PdP secara bersemuka. Manakala 18 murid kumpulan ‘B’ akan menjalani PdPR secara sendiri. Untuk minggu berikutnya, 18 murid kumpulan ‘B’ pula akan mengikuti PdP secara bersemuka di sekolah dan 18 murid kumpulan ‘A’ tadi akan menjalani PdPR secara sendiri. Kitaran penggiliran ini akan berterusan sehingga dimaklumkan oleh KPM kelak. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebelum sekolah dibuka untuk PdP bersemuka, guru akan menetapkan kumpulan murid dan giliran mereka untuk hadir ke sekolah.
Guru kemudiannya akan memaklumkan kepada setiap kumpulan murid tentang persediaan yang perlu dilaksanakan semasa mereka menjalani PdPR secara sendiri atau sebelum mereka hadir ke sekolah untuk PdP bersemuka. Bagi kumpulan murid yang mengikuti PdPR secara sendiri, guru akan menjelaskan tentang aktiviti, latihan atau
tugasan yang perlu dilaksanakan berdasarkan topik yang akan dipelajari. Di samping itu guru akan turut memberi sumber rujukan yang boleh digunakan oleh murid semasa pembelajaran di rumah. Ini membolehkan murid mengikuti aktiviti pembelajaran melalui TV Pendidikan, rakaman video, Pelantar DELIMa serta SumberKU. Guru juga boleh memberi tugasan untuk murid membuat buku skrap, projek mudah, aktiviti amali mudah atau membaca buku, modul, buku teks dan nota. Tugasan ini akan disemak oleh guru apabila murid kembali ke sekolah pada minggu berikutnya. Bagi kumpulan murid yang mengikuti PdP secara bersemuka, selain daripada mengajar topik yang berkaitan, guru juga akan menjelaskan kepada murid tentang persediaan yang perlu dibuat sewaktu mereka berada di rumah untuk PdPR secara sendiri pada minggu berikutnya. Bagi memastikan keberkesanan pendekatan ini, guru akan merancang dan melaksanakan topik pembelajaran dengan mengambil kira baki kandungan kurikulum mata pelajaran yang ditetapkan dan penguasaan pembelajaran murid sepanjang tempoh penggiliran dilaksanakan. Guru boleh melaksanakan aktiviti pemulihan atau pengukuhan bergantung kepada keupayaan murid. Bagi memastikan PdP secara penggiliran ini dapat dilaksanakan dengan baik, KPM telah menyediakan Manual Pengoperasian, Pengajaran dan Pembelajaran secara penggiliran secara panduan kepada pengetua, guru besar, guru, murid dan ibu bapa serta penjaga. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Soalan tambahan satu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya nampak bahawa kementerian selalunya mengumumkan sesuatu tetapi akhirnya perincian itu tidak sampai ke bawah dan ia menimbulkan banyak persoalan dan kekeliruan terutamanya kepada para guru dan juga ibu bapa. Ratusan ribu orang ibu bapa sekarang keliru tentang isu ini. Jadi soalan tambahan saya, daripada penjelasan Yang Berhormat Menteri ia nampak seolah-olah satu minggu belajar, lepas itu satu minggu cuti kerana PdPR sendiri. Saya nampak bahawa dia on paper very good, bagus, tetapi realiti, murid-murid atau pelajar-pelajar, mungkin mereka akan cuti. Dia tidak buat sesuatu. Ini soalan yang serius. Kedua, soalan kedua adalah tentang opsyen. Ibu bapa yang ambil opsyen tidak pergi ke sekolah. Maka mereka tidak hadir ke PdP bersemuka dan mereka tidak ada – kerana yang minggu yang lepas itu merupakan PdPR sendiri, maka murid yang mengambil opsyen tidak ke sekolah, langsung tidak ada persekolahan. Jadi ini isu yang saya minta Yang Berhormat Menteri jawab. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Pertama sekali seperti mana yang dijelaskan oleh kementerian, apabila kita umumkan pembukaan semula sekolah tempoh hari, semangat di sebalik pembukaan semula sekolah ini adalah untuk mengembalikan murid kepada sistem persekolahan secara bersemuka. Dalam konteks ini kita telah melalui satu tempoh yang panjang, satu tempoh yang amat sukar bermula dari tahun 2020 dan ini menghampiri akhir tahun 2021, sekolah telah ditutup untuk tempoh yang agak lama. Oleh sebab itu apabila kita adakan sesi libat urus bersama pelbagai pihak termasuklah ibu bapa, guru, pentadbir sekolah dan juga wakil-wakil daripada Kesatuan Perguruan, kita telah bincang secara mendalam berkaitan dengan cadangan yang dikemukakan. Berdasarkan apa yang kita maklumkan sebentar tadi, perkara ini dibuat dengan mengambil kira pelbagai faktor. Pertama sekali ingin saya jelaskan bahawa kita sedar di luar sana dalam konteks pembukaan sekolah yang lepas, apabila kita buka sekolah pada bulan Mac tahun ini, apa yang berlaku kita lihat ibu bapa berkata dan masyarakat melihat bahawa keadaan dalam sekolah itu agak selamat. Okey, tersusun tetapi apabila keluar di luar sekolah, terlalu ramai, terlalu banyak kesesakan yang berlaku. Maka kita duduk dan memperincikan, apa pendekatan yang terbaik terutamanya mengambil kira Delta Varian dan sebab itu kita bincang, kita kurangkan jumlah murid di dalam kelas kepada separuh. Dalam konteks ini tadi, apa yang kita tekankan, semangatnya adalah kembalikan murid ini ke sekolah. Kita perlu ingat dalam konteks Kementerian Pendidikan ada lebih
lima juta orang murid di seluruh negara dan mereka ini datang daripada pelbagai latar belakang. Ada yang mendapat akses kepada internet, yang ada peranti, yang boleh belajar dengan baik di rumah. Namun ada yang jauh ketinggalan dalam konteks pembelajaran bersama guru di sekolah kerana mereka tidak mempunyai kemudahan. Jadi mencari titik tengah ini memerlukan satu perincian yang cukup mendalam. Dalam konteks ini seperti mana yang dijelaskan tadi, apabila murid ini datang pada minggu pertama dan berada di rumah pada minggu kedua, murid ini ada hubungan langsung dengan guru mereka secara bersemuka dalam keadaan pembelajaran semula jadi yang mereka telah laksanakan sebelum ini. Jadi apa yang perlu difahamkan juga bahawa apabila negeri ini dibuka secara fasa berfasa, hanya negeri di mana murid yang akan kembali ke sekolah hampir keseluruhan negeri fasa empat. Negeri fasa empat pada 3 Oktober yang akan hadir ke sekolah merupakan murid kelas peperiksaan. Kemudian 17 Oktober barulah separuh murid sekolah menengah masuk dan separuh murid sekolah rendah masuk. Pada akhir bulan Oktober barulah separuh lagi murid sekolah menengah masuk dan separuh lagi murid sekolah rendah masuk. Kita bahagikan kepada dua kumpulan. Dalam konteks ini, secara umumnya mereka yang melaksanakan PdPR akan masih melaksanakan PdPR selagi sesi persekolahan bersemuka untuk mereka tidak dimulakan. Terima kasih.
Soalan yang kedua.
[Bangun]
Yang Berhormat Baling.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kanan Pendidikan. Saya mengamati, saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan, tahniah kerana kementerian sedang sedaya upaya cuba hendak pastikan anak-anak datang ke sekolah belajar secara PDP. Saya datang dari kawasan luar bandar khususnya, Baling. Kes di kawasan kami masih lagi di antara 55 sehingga 150 kes setiap hari. Isu yang saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri Kanan ialah berkaitan pembelajaran online, PdPR ini. Adakah kementerian sudah memikirkan, kalau mereka belajar melalui PdPR ini, kawasan- kawasan luar bandar, bukan Baling sahaja, banyak kawasan luar bandar yang rakan- rakan di dalam Dewan yang mulia ini mereka menghadapi masalah internet. Jadi, apa kesannya kepada pelajar-pelajar ini bila mana selepas peperiksaan, keputusan mereka tidak sama dengan pelajar-pelajar di kawasan yang mempunyai sistem yang lebih canggih iaitu internet nya lebih baik dan mereka ini tidak dapat masuk ke sekolah berasrama penuh? Jadi, adakah ada tindakan-tindakan, perancangan- perancangan rapi oleh Kementerian Pendidikan kepada anak-anak murid dari kawasan- kawasan luar bandar seperti Machang, Sik, Baling, Padang Terap, Pendang dan seluruh negaralah. Mereka ini tidak mendapat line, line yang tidak memuaskan dan akhirnya kerana pembelajaran dalam sistem PdPR ini, mereka tidak dapat masuk ke sekolah asrama penuh yang lazimnya hampir 80 peratus anak-anak kawasan luar bandar datangnya keluarga B40. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Juga tadi belum jawab tentang opsyen.
Yang Berhormat.
Opsyen yang tidak pergi ke sekolah. Yang Berhormat Menteri belum jawab lagi ya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Baling berkaitan dengan kemasukan anak-anak ke asrama apabila mereka melaksanakan PdPR, Yang Berhormat Baling risau takutnya keputusan mereka berbeza. Untuk makluman Yang Berhormat Baling, bermula tahun 2020, kita pada waktu itu tiadakan UPSR untuk tahun 2020. Kemudiannya pada tahun 2021 kita mansuhkan UPSR. Namun begitu untuk kemasukan ke sekolah asrama penuh, kita laksanakan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) yang mana semua murid di seluruh negara dibenarkan menduduki PKSK. Tidak kira dari sekolah mana, kampung mana, dia boleh menduduki PKSK.
PKSK ini bukan macam biasa. Kalau dulu peperiksaan UPSR digunakan sebagai tanda aras untuk kemasukan ke asrama penuh. Dengan adanya PKSK, ia tidak fokus kepada akademik semata-mata. Jadi ia membuka ruang seluas-luasnya untuk anak-anak ini yang mempunyai kebolehan, yang mempunyai potensi untuk mendapat ruang kemasukan ke asrama penuh. Kita akan jelaskan bahawa- sekejap lagi ada soalan nombor Enam seingat saya, bahawa data-data menunjukkan pendekatan kita ini- menunjukkan kemasukan murid daripada golongan B40 ke asrama penuh meningkat jauh lebih tinggi daripada sebelum ini. Terima kasih. Menjawab Yang Berhormat Bayan Baru tadi, seperti mana yang saya jelaskan bahawa guru-guru akan jelaskan kepada murid-murid ini tentang apakah perkara yang mereka perlu siapkan dan mereka akan terus berhubung dengan guru-guru mereka seperti mana guru-guru laksanakan PdPR secara offline sebelum ini. Untuk sebelum ini, ada murid yang laksanakan secara online dan ada murid yang laksanakan secara offline. Namun umumnya, murid-murid yang tidak datang ke sekolah ini juga akan dimaklumkan oleh guru-guru apakah tugasan yang mereka perlu laksanakan, apakah topiknya, adakah notanya dan murid-murid ini perlu membuat persediaan dan juga guru akan menyemak tugasan tersebut dan memberikan pandangan mereka dan apakah intervensi yang sesuai untuk murid-murid ini. Terima kasih.
Terima kasih. Silakan Dato' Mohd Nizar bin Haji Zakaria untuk soalan seterusnya.
3. Dato' Mohd Nizar bin Haji Zakaria [Parit] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, berapakah jumlah kes keganasan rumah tangga yang telah dilaporkan sepanjang tempoh PKP dilaksanakan serta apakah bentuk sokongan kepada mangsa keganasan rumah tangga yang telah diberikan.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Yang Berhormat Parit. Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah memberi kesan yang mendalam daripada segi ekonomi dan sosial kepada rakyat kita. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat amat prihatin dan menyatakan komitmen dalam menangani krisis institusi keluarga kesan daripada pandemik COVID-19. Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), jumlah kes keganasan rumah tangga bagi tahun 2020 ialah sebanyak 5,260 kes. Ada penurunan jika dibandingkan pada tahun 2019 iaitu sebanyak 5,657 kes. Manakala bagi tempoh Januari hingga Ogos 2021 ialah sebanyak 4,905 kes. Jadi jika ditanya soalan tadi yang bermula daripada PKP. Jadi saya hendak memaklumkan bermula dari Mac 2020 sehingga Ogos 2021 di mana Mac 2020 telah dicatatkan sebanyak 4,110 kes. Januari sehingga Ogos 2021 sebanyak 4,905 kes dan berjumlah 9,015 kes yang direkodkan bermula daripada Mac 2020 sehingga Ogos 2021. Di antara inisiatif yang telah dijalankan dan masih diteruskan adalah seperti berikut; pertama, talian Kasih 15999. Kementerian telah memperluaskan usaha mempromosi perkhidmatan aduan atas talian melalui talian Kasih 15999 dan aplikasi WhatsApp 019-2615999. Perkhidmatan ini beroperasi 24 jam setiap hari sebagai single point of contact kepada semua masyarakat bagi mengemukakan aduan, mendapatkan khidmat nasihat serta mengakses bantuan dan sokongan yang disediakan oleh kementerian termasuk perkhidmatan psikososial. Ini dapat membantu orang awam atau mangsa yang dilengkapi dengan maklumat utama agar tidak terus berada dalam kitaran keganasan rumah tangga yang mengancam diri sendiri dan ahli keluarga serta mendorong mana-mana pihak yang terkesan untuk tampil melaporkan kes seumpama ini yang berlaku dalam kalangan masyarakat. Mengikut laporan daripada talian Kasih, untuk Mac 2020 sehingga Disember 2020, sebanyak 2,286
kes yang telah dicatatkan- aduan yang telah dicatatkan. Untuk tahun 2021, Januari hingga Ogos 2021 sebanyak 2,248 aduan yang telah direkodkan. Seterusnya, hebahan dan program advokasi berkaitan keganasan rumah tangga juga telah dilipatgandakan melalui media sosial, media elektronik, media cetak yang antaranya infografik berkaitan dengan jenis keganasan rumah tangga, kumpulan yang dilindungi dan perkhidmatan yang disediakan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 termasuk sistem pesanan ringkas Majlis Keselamatan Negara. Kita juga telah melaksanakan program kesedaran dan jelajah bagi memberi kesedaran dan advokasi kepada masyarakat sama ada ia dilaksanakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau kerjasama dengan agensi lain. Sehingga Jun 2021, sebanyak 22 jelajah telah dilaksanakan di peringkat negeri ataupun daerah. Kementerian melalui Jabatan Pembangunan Wanita giat mengadakan pelbagai program pendidikan sepanjang tahun dengan mengikut kesesuaian semasa iaitu secara dalam talian ke arah penyelesaian dalam menangani perkara tersebut. Antaranya melaksanakan Program Psikopendidikan melalui Distress Clinic, Klinik Undang-undang dan Wanita Anti Jenayah. Sehingga 31 Ogos 2021, sebanyak 1,284 program pemerkasaan wanita telah dilaksanakan oleh JPW melibatkan 711,064 orang peserta di seluruh negara. Bagi membantu wanita yang terjejas pendapatan, kementerian melalui JPW juga turut bekerjasama dengan pelbagai pihak seperti Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk menawarkan program-program kemahiran khususnya dalam bidang keusahawanan serta menjadi penghubung kepada pelbagai industri melalui karnival kerjaya yang melibatkan 5,885 peluang pekerjaan. Selain itu, wanita daripada kategori B40 dan ibu tunggal juga berpeluang untuk menjana pendapatan dan menceburi bidang asuhan dan jagaan kerana Institut Sosial Malaysia turut menawarkan Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak (PERMATA) secara percuma. Pada tahun 2020, seramai 180 orang peserta telah mengikuti kursus tersebut. Manakala pada tahun 2020 telah diadakan dan program ini telah terus diadakan pada tahun 2021. Skuad Wanita Anti Jenayah (WAJA) juga telah memberi panduan kepada masyarakat tentang pentingnya usaha menghentikan sebarang bentuk keganasan terhadap wanita serta membantu mangsa untuk merujuk kes kepada pihak yang berwajib dan juga yang melibatkan pertolongan profesional. Program ini dilihat dapat membantu komuniti dalam memberi kesedaran mengenai kepentingan menangani isu-isu jenayah selain menjadikan komuniti lebih berdaya saing serta mampu menjana pendapatan dengan kemahiran yang akan diberikan oleh skuad WAJA dalam komuniti. Sukarelawan skuad WAJA melaksanakan pelbagai aktiviti psikososial dalam komuniti meliputi bimbingan, nasihat dan rujukan kepada pihak-pihak yang berkaitan. Selain itu, perkhidmatan kaunseling dan psikososial melalui Lembaga Kaunselor Malaysia juga turut diadakan bagi membantu mereka ini. Tempat selamat serta Perintah Perlindungan Kecemasan kementerian turut sentiasa memastikan perkhidmatan perlindungan seperti penyediaan tempat selamat serta Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO) dapat diakses oleh mangsa keganasan rumah tangga bagi menjarakkan mangsa daripada pelaku untuk mengelakkan kejadian tersebut terus berlaku. Terima kasih.
Saya akan benarkan satu sahaja soalan tambahan kerana dah lebih masa. Selama 30 minit sahaja soalan untuk Yang Berhormat Menteri ini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri.
Ringkaskan ya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya apakah usaha yang dilakukan oleh pihak kementerian bagi mendidik masyarakat mengenai isu keganasan rumah tangga dan perancangan pemerkasaan golongan wanita bagi mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Apakah perancangan dan advokasi dilaksanakan kementerian berkenaan isu keganasan rumah tangga? Terima kasih.
Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk tahun 2021, sebanyak RM21 juta peruntukan telah diperuntukkan untuk disediakan bagi membina Pusat Sokongan Sosial- PSS setempat di lapangan termasuk penambahbaikan sistem talian Kasih yang akan diperluaskan ke PSS. Ia bertujuan untuk membantu para wanita yang mendepani masalah keganasan rumah tangga, penceraian dan penderaan. PSS ini juga berperanan sebagai pusat rujukan, tempat untuk mendapatkan immediate relief seperti kaunseling dan perlindungan sementara sebelum mereka dirujuk kepada pihak-pihak yang berkaitan. Penubuhan PSS ini melibatkan tiga PSS secara berpremis, dan tujuh PSS secara mobil.
Ia akan membantu kumpulan sasar wanita yang cenderung menjadi mangsa keganasan berasaskan gender, keganasan rumah tangga, penderaan, penceraian, penipuan dan juga berhadapan dengan isu kebajikan. Kementerian amat komited dalam membantu golongan yang memerlukan demi kesejahteraan rakyat. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya tanya satu soalan
Tidak boleh
Tuan Yang di-Pertua saya selalu hendak bercakap... [Pembesar suara dimatikan]
Tidak boleh. Terima kasih Yang Berhormat semua, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri hari ini. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua boleh gunakan kuasa untuk berikan satu lagi soalan.
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh [Besut] minta Menteri Kanan Pendidikan menyatakan, adakah usaha untuk menambah baik capaian Internet bagi sekolah-sekolah di kawasan luar bandar bagi memastikan pembelajaran berteraskan teknologi dan IR4.0 dapat direalisasikan.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan capaian jalur lebar Internet dengan kelajuan 30mbps hingga 100mbps untuk 10,214 buah sekolah. Ini termasuk 141 buah sekolah pedalaman yang telah dibekalkan dengan talian- very small aperture terminal ataupun VSAT, berkelajuan 30mbps bermula Mac 2021. Dalam usaha untuk memastikan capaian internet di sekolah KPM terus ditingkatkan, KPM sedang bekerjasama dengan Unit Pemodenan Takbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia atau MAMPU, bagi mengenal pasti pendekatan terbaik. Ini termasuklah penyediaan rangkaian bersepadu KPM yang berlandaskan tiga prinsip utama iaitu: (i) bersesuaian dengan tujuan atau fit for the purpose, dengan izin, (ii) kekal relevant pada masa hadapan, atau dengan izin, future- proof; dan (iii) penyelesaian yang terbaik- penyelesaian yang holistik, dengan izin, holistic solution.
Rangkaian bersepadu KPM ini dijangka dapat mula dilaksanakan pada pertengahan tahun 2022. Perancangan ini adalah seiring dengan usaha kerajaan untuk memastikan pembelajaran berteraskan teknologi dapat disediakan dalam pembangunan generasi pewaris negara yang berupaya mendepani Revolusi Perindustrian 4.0. Terima kasih.
Terima kasih, silakan soalan tambahan pertama dahulu.
Terima kasih Kementerian Pendidikan yang telah memastikan pelajar-pelajar luar bandar juga tidak ketinggalan di dalam melaksanakan kaedah PDPR ataupun pembelajaran dan pengajaran di rumah. Ini adalah selaras yang dikatakan tadi dengan keadaan masa kini iaitu di mana sekolah pun dan masyarakat perlu mesra Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0). Soalan saya ialah, kawasan luar bandar di mana kebanyakan pelajar-pelajar keluarganya adalah keluarga miskin, bagaimanakah isu yang dihadapi untuk mereka ialah isu peranti, dan kemampuan untuk mendapat peranti, dan juga kos data internat. Bagaimanakah kementerian akan menyelesaikan isu-isu tersebut? Terima kasih
Terima kasih silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Besut. Berkaitan dengan isu peranti dan juga isu akses kepada internat ini- seperti mana saya jelaskan tadi, ini merupakan kekangan utama dan kita sedar perkara ini daripada peringkat awal lagi di mana kita telah maklumkan bahawa PDPR ini dilaksanakan mengikut kesesuaian guru dan murid. Dalam konteks peranti ini, menyedari kekangan yang dihadapi, maka KPM pada bulan Februari ini telah memperkenalkan Didik TV. Sekurang-kurangnya untuk yang tidak ada peranti ini, daripada pukul 7 pagi sehingga 12 tengah malam, akan ada rancangan yang berkaitan dengan topik-topik tertentu yang dilalui pada waktu pembelajaran mereka. Itu merupakan satu pendekatan. Selain daripada itu juga, kita telah bekerjasama rapat dengan kementerian lain termasuklah Kementerian Komunikasi dan Multimedia, dan juga KPLB untuk menggunakan facility sebagai contoh KPLB facility mereka di luar bandar, yang mana ada pusat-pusat internat itu, kita bekerjasama supaya dapat digunakan. Kementerian Komunikasi dan Multimedia pula memperkenalkan pakej-pakej data yang lebih murah untuk anak-anak bersekolah. Terima kasih.
Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, saya mendengar jawapan masa jawapan Menteri Fasa 1 tadi, dan soalan pertama. PdPR ini Yang Berhormat Menteri ada tiga masalah- peranti, data, capaian internat. Soalan sahabat saya dari Besut berkenaan capaian internat, saya mohon penjelasan lanjut Yang Berhormat Menteri berkenaan capaian internat ini. Maksud saya, mengharapkan jawapan yang lebih jelas- capaian internat ini, kerajaan ada Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia- myDIGITAL. Tujuannya hendak tingkatkan infra digital, kemudian lahirlah JENDELA- pelan Jalinan Digital Negara. Jawapan Menteri ini akan didengar oleh rakyat termasuk di kawasan luar bandar. Kita ada 12 ribu buah sekolah, dan kita ada mapping- kawasan bandar dan luar bandar. Bolehkah Yang Berhormat Menteri jelaskan, langkah yang komprehensif yang kerajaan ambil, tujuan untuk meningkatkan capaian dengan memberi maklumat, sekarang ini di negara kita capaian maklumat di kawasan luar bandar yang menikmati perkhidmatan 4G, berapa peratus; yang menikmati perkhidmatan 3G, berapa peratus; yang menikmati perkhidmatan 2G berapa peratus? Jawapan Yang Berhormat Menteri nanti akan memberi gambaran, kawasan-kawasan luar bandar kita ini berada pada tahap mana...
Rumuskan Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
...Saya ingat, yang itu lebih membantu kita faham. Mohon penjelasan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kulim- Bandar Baharu. Pertama sekali, saya ingin menjelaskan skop Kementerian Pendidikan berkaitan dengan internat akses ini. Skop Kementerian Pendidikan berkaitan dengan internat akses- merupakan akses internat di sekolah. Itu yang kita sebutkan tadi- yang ditanya Yang Berhormat Besut, adakah akses internat di sekolah-sekolah di seluruh negara dan kita telah jelaskan. Berkaitan dengan JENDELA dan juga myDIGITAL ini, secara umumnya JENDELA ini adalah berada di bawah bidang kuasa Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Mungkin Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu boleh merujuk kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, untuk mendapat penjelasan yang lebih mendalam tentang bagaimanakah capaian di seluruh negara. Terima kasih
Sebenarnya Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, Peraturan 21(3) pun mengatakan bahawa, “Tujuan yang sebenarnya mengeluarkan sesuatu pertanyaan ialah kerana mendapat penerangan berkenaan dengan sesuatu perkara hakikat yang dalam pengetahuan istimewa Ahli yang diarahkan pertanyaan itu.”...
Ya saya faham, Yang Berhormat Menteri, saya faham. Saya pun pernah menjadi Ahli Parlimen sejak 2008. Saya faham yang itu. Isunya, tugasan yang bersimpang siur dan bertindih. Kementerian Pendidikan tidak boleh defined territory dia, seolah-olah yang itu wilayah komunikasi, yang ini wilayah laur bandar...
Ya tapi kita...
Dia mesti ada satu usaha yang bersepadu. Jadi Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat, kita tidak mahu.
Jadi speaker tidak boleh explain dari sudut limitasi Standing Oder….
Soalan-soalan
Rakyat di luar sana cuma hendak tahu sahaja.
Faham-faham Yang Berhormat. Akan tetapi kita tidak boleh berbahas semasa Soalan Jawab Lisan. Saya rasa, eloklah ditujukan soalan tersebut kepada kementerian yang berkenaan ya. Maaf bukan saya hendak kekang, tetapi kita ada masalah peraturan lah ya. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Bukit Bintang.
2. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] minta Menteri Kewangan menyatakan, kedudukan kewangan negara setelah pandemik COVID-19 memasuki tempoh tahun kedua daripada segi kutipan hasil negara pelbagai sumber dan tanggungan perbelanjaan yang dipikul untuk membawa negara keluar daripada kesengsaraan.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bukit Bintang. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, bagi separuh tahun pertama 2021, walaupun hasil telah meningkat sebanyak 4.6 peratus, iaitu RM16.4 bilion, berbanding tempoh yang sama pada tahun 2020, namun Tuan Yang di-Pertua, prestasi ini adalah lebih perlahan berbanding Anggaran Belanjawan 2021 yang telah diumumkan pada tahun 2020.
Daripada jumlah tersebut Ahli Yang Berhormat, hasil cukai adalah berjumlah RM80.2 bilion manakala hasil bukan cukai pula berjumlah RM26.2 bilion. Daripada jumlah hasil tersebut, RM58.3 bilion merupakan hasil cukai langsung, manakala RM21.9 bilion merupakan hasil cukai tidak langsung. Tuan Yang di-Pertua, jumlah perbelanjaan Kerajaan Persekutuan dalam tempoh separuh pertama tahun 2021, direkodkan sebanyak RM164.2 bilion, meningkat sebanyak 5.7 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2020.
Tuan Yang di-Pertua, daripada jumlah tersebut, RM117.4 bilion atau 71.5 peratus disalurkan untuk belanja mengurus, RM28.4 bilion atau 17.3 peratus untuk belanja pembangunan sementara Ahli Yang Berhormat baki sebanyak RM18.4 bilion iaitu 11.2 peratus merupakan perbelanjaan di bawah Kumpulan Wang COVID-19 (KWC-19). Dewan yang mulia ini, sebahagian besar perbelanjaan merangkumi 65.5 peratus daripada jumlah belanja mengurus adalah untuk menampung berkaitan emolumen sebanyak RM43.2 bilion, bayaran khidmat hutang (debt service charges) sebanyak RM18.4 bilion dan bayaran persaraan sebanyak RM15.3 bilion. Tuan Yang di-Pertua, bagi perbelanjaan pembangunan pula, sebanyak 82.5 peratus daripadanya disalurkan kepada sektor ekonomi dan sosial manakala sebahagian perbelanjaan di bawah KWC-19 Tuan Yang di-Pertua adalah untuk membiayai program- program termasuk Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM8.9 bilion, subsidi upah RM3.7 bilion, Geran Khas Prihatin sepertimana yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan sebentar tadi, iaitu RM2 bilion dan perbelanjaan berkaitan COVID-19 sebanyak RM1.6 bilion. Sekian, terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan satu.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Memandangkan kutipan hasil negara pada tahun 2021 tidak akan capai sasaran kerajaan, kutipan hasil itu. Ini amat membimbangkan rakyat mahupun kerajaan. Saya ingin tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah reformasi yang hasil, yang pakar kerajaan perkenalkan bagi tahun 2022 bagi menampung kekurangan hasil yang terjadi pada tahun 2021 dan bagaimanakah untuk menguruskan tanggungan termasuk usaha membendung COVID-19 sepenuhnya. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Bintang. Tuan Yang di-Pertua, sepertimana kerisauan dan kegusaran Yang Berhormat Bukit Bintang merupakan juga keluh resah yang difahami oleh kerajaan yang ada pada hari ini. Itu sebabnya semasa Belanjawan 2021 diumumkan pada tahun 2020, kita menjangkakan defisit fiskal kita hanya pada asas 5.4 peratus, dengan unjuran KDNK ketika itu adalah berkembang 6.0 peratus ke 7.0 peratus berbanding pada tahun 2020 iaitu KDNK menguncup sebanyak 5.6 peratus. Akan tetapi selepas berlakunya PKP 1.0 pada tahun 2020, berlakunya PKP 2.0 pada Januari-Mac 2021 dan PKP 3.0 pada Mei–Jun 2021, kita telah membuat semakan kembali kepada defisit fiskal negara iaitu daripada 5.4 peratus kepada 6.5 peratus ke 7.0 peratus semakan semula, dengan mengambil kira penyusutan KDNK daripada yang kita anggarkan daripada 6 ke 7.5 peratus kepada 3 ke 4 peratus. Itulah sebabnya kementerian tidak berdiam diri, Yang Berhormat. Itu sebabnya selama 64 tahun kita mencapai kemerdekaan, inilah kali pertama Kementerian Kewangan mengumumkan satu langkah yang sangat ke hadapan iaitu penyata prabajet (prebudget statement). Dalam penyata prabajet tersebut Yang Berhormat, sekiranya Yang Berhormat meneliti, banyak langkah yang kita nyatakan untuk meneroka hasil baru untuk negara. Salah satu contohnya Yang Berhormat, iaitu kita akan memperkenalkan taxpayer identification number (TIN) untuk memastikan semua rakyat Malaysia yang patut
membayar hasil kepada negara, mereka mesti membayar hasil kepada negara. Kita juga akan memperketatkan kawalan ke atas pelesenan dan pengimportan rokok dan produk tembakau dan kita juga Yang Berhormat, akan mengenakan cukai ke atas rokok elektronik atau vape. Sepertimana Yang Berhormat sedia maklum dan Yang Berhormat merupakan Ahli Parlimen yang agak berpengalaman, kita sentiasa mempunyai iaitu medium term revenue strategy (MTRS) yang telah kita review dan review berasaskan kepada keadaan semasa. Itu sebabnya Yang Berhormat, kita akan lakukan apa sahaja untuk memperluaskan asas hasil negara. Oleh kerana apa? Kita yakin jika dibandingkan hasil negara pada tahun 2021 berbanding 2020 memang akan ada sedikit penurunan tetapi kalau kita bandingkan 2019 dengan 2020 juga turut berlaku penurunan kerana semasa 2019 dapat permintaan yang lebih dividen berlaku kepada Petronas. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Pontian.
Tumpat.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Kutipan hasil berkurang kerana pandemik tetapi perbelanjaan meningkat. Berapa sebenarnya kurang kutipan daripada biasa? Adakah kerajaan telah mengalami defisit akaun semasa pada tahun 2021 dan adakah kerajaan akan mengenakan cukai keuntungan modal (capital gains tax) dan cukai durian runtuh (windfall tax)? Terima kasih.
Silakan.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat dari Pontian. Berkaitan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat pada bahagian yang kedua berkaitan capital gains tax dan windfall tax kita akan maklumkan dalam masa terdekat semasa pembentangan rang undang-undang tersebut yang berkaitan windfall tax. Akan tetapi perkara yang pertama yang paling penting yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat adalah, adakah akaun kerajaan defisit semasa separuh tahun 2021. Ini perkara yang saya ingat kita kena maklumkan kepada Dewan yang mulia ini, Tuan Yang di-Pertua. Undang-undang negara kita tidak membenarkan, kerajaan tidak boleh mengalami defisit semasa sesuatu tahun kewangan secara keseluruhannya. Walau bagaimanapun, dalam tempoh suku tahun atau separuh tahun di mana situasi kedudukan kewangan mengalami defisit, current deficit berasaskan mismatch di antara hasil dan perbelanjaan. Tuan Yang di-Pertua, hasil pula akan meningkat ketara pada separuh tahun kedua di mana kutipan tambahan boleh dilaksanakan susulan tax filing, dengan izin individu dan syarikat yang hanya akan dimuktamadkan pada akhir bulan Jun. Perkara ini bukan satu perkara yang baru, Tuan Yang di-Pertua. Mismatch ini sudah mula dicatat baki semasa ini semenjak tahun 2016. Walau bagaimanapun, kerajaan akan sentiasa memikirkan kaedah yang terbaik bagi memastikan akaun negara sentiasa dikawal dengan baik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
[Bangun]
Minta tambahan satu lagi soalan, Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Muar dan terus kepada soalan, 30 saat.
Baik, 100 ribu SME “gulung tikar”, 800 ribu hilang kerja tetapi pada masa yang sama, syarikat-syarikat pengeluar getah sampai ke hari ini belum dikenakan cukai keuntungan luar biasa. Persoalan saya dua. Pertama, saya juga sudah tanya soalan ini sejak tahun lepas tetapi belum dapat jawapan daripada MoF. Dalam pembentangan bajet yang lepas, kerajaan telah pun bertekad untuk mendapatkan syarikat-syarikat pengeluar getah untuk memberikan
sumbangan RM400 juta untuk bantuan peralatan COVID-19. Apa maklum balas, perincian RM400 juta tersebut mana duit itu pergi. Soalan kedua, sampai ke hari ini walhal di banyak negara lain, cukai luar biasa ini telah dikenakan. Di Malaysia kita masih lagi tak nak walhal keuntungan mereka berlipat kali ganda. Persoalan saya dan saya hendak jawapan secara rasmi di Dewan ini, adakah syarikat-syarikat pengeluar getah ini telah memberikan sumbangan politik ke mana-mana parti dalam kerajaan? Terima kasih.
Mana ada sumbangan politik.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, 30 saat.
Tuan Yang di-Pertua, persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Muar tadi adalah berkaitan sekiranya syarikat itu mendapat keuntungan lebih dan situasi yang tertentu yang luar biasa. Perkara ini sememangnya telah dinyatakan dalam bajet tempoh hari, di mana ada sumbangan keuntungan yang diberikan oleh syarikat-syarikat yang sepertimana Yang Berhormat Muar ketahui. Semua perbelanjaan ini disalurkan untuk perbelanjaan untuk menguruskan perkara-perkara yang melibatkan COVID-19. Perkara yang berikutnya dinyatakan oleh Yang Berhormat, kita tidak boleh melakukan langkah cukai tanpa melihat dalam ekosistem yang besar. Kita juga mesti melihat bagaimana pelaburan negara yang dibuat sama ada pelabur dari luar negara atau pelabur dalam negara. Sekiranya berlaku dasar-dasar yang baru atau langkah-langkah insentif cukai yang baru dengan hanya mengambil kira keuntungan ketika luar biasa, ini juga akan menjejaskan Tuan Yang di-Pertua, komitmen atau kesanggupan pelabur- pelabur syarikat untuk melabur di negara kita. Kita mesti berhati-hati dengan apa yang kita lakukan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Alor Gajah, Tuan Yang di-Pertua.
Tiga soalan sahaja, maaf.
Boleh tambah mencelah sedikit sahaja.
Boleh tambah tiga soalan sahaja.
Mustahak ini.
Maaf.
Boleh? sedikit sahaja.
Peraturan kata boleh tiga soalan sahaja, Yang Berhormat, maaf.
Sedikit sahaja.
Maaf, maaf. Yang Berhormat Dato' Sri Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim.
3. Dato Sri Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim [Batang Lupar] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan, langkah untuk menambah baik kaedah pembelajaran secara maya bagi pelajar institusi pengajian tinggi untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi mereka ekoran bebanan tugasan, masa kuliah yang padat dan kaedah penilaian yang ketat hingga menyaksikan beberapa kes kematian pelajar akibat tekanan.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua dan semua Ahli Yang Berhormat. Terima kasih terlebih dahulu saya ucapkan kepada Yang Berhormat Batang Lupar kerana telah menunjukkan kecaknaan atas isu ini yang saya fikir amat penting yang berkaitan dengan pembelajaran
dan juga pengajaran pelajar-pelajar di pengajian tinggi dalam konteks kita berada dalam situasi seperti ini. Untuk makluman Yang Berhormat Batang Lupar, Kementerian Pengajian Tinggi sentiasa prihatin terhadap kebajikan dan kesejahteraan pelajar dalam usaha kami melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam talian ataupun PdPT dengan berkesan. Dalam hubungan ini, pihak kementerian telah mengambil beberapa langkah untuk menambah baik kaedah pembelajaran secara maya yang mana antaranya pertama, kita telah pun membuat pengukuhan infrastruktur ICT dengan menambah baik liputan Internet, penawaran pelan data yang berpatutan serta sumbangan peranti yang berasaskan kepada pelajar yang memerlukan. Selain daripada itu, untuk menjamin bahawasanya keberkesanan pembelajaran secara PdPT ini dapat dilaksanakan dan memberi kesan yang baik kepada pelajar, KPT juga telah berkolaborasi dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan juga Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk mengguna pakai kemudahan-kemudahan pusat Internet di bawah seliaan kementerian masing-masing. Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat sebanyak lebih kurang 871 buah pusat Internet desa ini dan juga 191 buah Komuniti Desa di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Ini adalah merupakan salah satu daripada inisiatif penting dalam usaha untuk memastikan bahawasanya permasalahan penggunaan capaian Internet, penggunaan Internet, pembelajaran secara maya ini dapat dilaksanakan dengan berkesan di kawasan-kawasan luar bandar. Bagi memastikan bahawasanya dalam keadaan ini, pihak KPT juga telah pun membuat dalam konteks KPT sendiri, telah membuat penyediaan panduan pengendalian PdPT semasa pandemik kepada semua IPT oleh agensi kelayakan melalui Agensi Kelayakan Malaysia ataupun MQA. Keempat, bagi memastikan bahawasanya kursus-kursus yang dilaksanakan itu dapat diserasikan dengan keadaan pandemik ini maka KPT ataupun IPT telah pun dibenarkan untuk mengubah pelaksanaan PdP masing-masing terutamanya yang secara bersemuka dan tidak boleh digantikan dengan kaedah dalam talian ke minggu pembelajaran atau semester lain. IPT juga diberi fleksibiliti menggantikan latihan industri dengan alternatif lain yang bersesuaian seperti industri base project, problem base project, topical study atau pun research project. Kelima, pelaksanaan pendekatan pensyarah cekap pembelajaran teratur oleh politeknik dan kolej komuniti yang mana melalui pendekatan ini kita mengharapkan setiap pensyarah berpeluang menjalani pelbagai latihan PdPT untuk memastikan teknik penyampaian dalam talian mereka dapat dilaksanakan dengan berkesan. Dalam konteks yang lain juga, penyediaan learning management system ataupun LMS secara teknikalnya bagi membantu pelaksanaan pembelajaran dalam talian telah pun dilaksanakan dan LMS ini secara langsung dipantau untuk memastikan ia beroperasi secara optimum. Terakhir Tuan Yang di-Pertua dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat, pihak KPT juga telah memperkenalkan pelaksanaan kalendar akademik yang fleksibel bagi menangani keperluan melaksanakan kerja amali bersemuka yang terganggu. Tempoh pelaksanaan kalendar akademik telah pun dilanjutkan menjangkau lebih daripada 14 minggu. Pihak KPT yakin melalui pelaksanaan semua inisiatif yang telah dinyatakan sebentar tadi ia diharap akan dapat mampu memastikan elemen pengajaran dan pembelajaran di IPTA tidak akan terhenti sebagaimana yang sepatutnya. Terima kasih.
Terima kasih. Soalan tambahan satu. Silakan.
Soalan tambahan. Bagaimanakah tahap kesihatan mental pelajar IPT dipantau dari semasa ke semasa selain pencapaian akademik mereka yang menjadi ukuran penilaian? Terima kasih.
Terima kasih. Silakan Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar. Berkenaan dengan perkara tersebut, pihak kementerian memantau daripada semasa ke semasa berkenaan dengan tahap kesihatan mental pelajar-pelajar di IPT ini. Untuk memastikan langkah proaktif yang diambil oleh pihak kementerian- melalui di mana pihak kementerian memastikan setiap universiti awam menganjurkan pelbagai program kesedaran kesihatan mental di universiti masing-masing. Sepanjang tempoh pelaksanaan PKP ini, pihak universiti awam menyediakan pelbagai perkhidmatan kaunseling kepada mahasiswa yang melibatkan hampir 150 orang kaunselor dan juga pakar psikologi yang tersedia di universiti awam masing-masing. Perkhidmatan kaunseling dan sokongan psikososial ini disediakan oleh setiap universiti awam menerusi talian hotline dan secara atas talian. Dalam hal ini, saya ingin menyeru dan suka menyeru kepada semua kita Ahli Yang Berhormat yang ada pada hari ini untuk menguar-uarkan kepada setiap pelajar atau kepada anak-anak kita ataupun sesiapa sahaja yang ada supaya kerap menghubungi talian-talian yang tertera di laman web universiti masing-masing untuk dihubungi jikalau kita memiliki atau mempunyai permasalahan-permasalahan berkaitan psikologi. Universiti awam juga telah menyediakan program-program berkaitan kesihatan mental dan perkhidmatan kaunseling seperti tele kaunseling yang saya maksudkan sebentar tadi, program pengurusan stres dan emosi semasa PKP dan juga pengurusan kesihatan mental diri dan sebagainya. Maknanya ia perlu dimanfaatkan sebaik mungkin oleh mahasiswa dan juga pelajar-pelajar yang ada. Dalam konteks ini untuk makluman Yang Berhormat, KPT dengan kerjasama Majlis Kaunseling dan Kerjaya Universiti Awam Malaysia ataupun MAKUMA dan diterajui oleh pasukan penyelidik daripada UPSI turut dalam proses membangunkan satu modul kesihatan mental pelajar IPT yang lebih komprehensif dan menyeluruh bagi menangani tekanan dan kemurungan serta kebimbangan di kalangan mahasiswa yang dijangka akan dilancarkan insya-Allah pada bulan Oktober tahun ini. Pihak UA juga telah mengambil inisiatif melaksanakan hampir 160 program ataupun aktiviti sepanjang tempoh fasa total lockdown yang diumumkan oleh pihak kerajaan bermula daripada 1 Jun hingga 14 Jun 2021 yang lepas. KPT turut menganjurkan dua program kesihatan mental secara dalam talian pada tahun 2020 dan sebanyak lima program kesihatan mental dirancang pelaksanaannya pada tahun ini juga. Dalam masa yang sama, suka saya menyatakan kepada Yang Berhormat kita tidak meninggalkan politeknik dan juga kolej komuniti. Dalam hal ini, KPT sedang menganjurkan program psikologi di peringkat kebangsaan iaitu 10 program dan di peringkat institusi sebanyak 118 program yang mana ia akan dihadiri oleh semua pegawai psikologi di institusi-institusi politeknik dan kolej komuniti. Sekian, terima kasih Yang Berhormat.
Ya, terima kasih. Yang Berhormat Johor Bahru.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah memberi penjelasan panjang lebar. Akan tetapi saya percaya kalau perkara itu benar-benar berkesan, tiada mahasiswa yang meninggal dunia. Cuma, dalam keadaan sekarang ini saya merujuk kepada kenyataan Yang Berhormat Menteri yang menyatakan bahawa ada satu kajian yang dijalankan kementerian sendiri, maksudnya hasil kajian sendiri menyatakan lebih 78 peratus mahasiswa tak merasa tekanan. Saya tidak bersetuju. Saya rasa kajian tersebut perlu dilihat dengan lebih teliti kerana feedback yang kami dapat mengatakan bahawa mereka hadapi tekanan yang luar biasa. Cuma Tuan Yang di-Pertua, sementara minta penjelasan Yang Berhormat Menteri terhadap perkara tersebut, kita tahu bahawa pembukaan kampus ini akan menjurus seolah-olah satu penyelesaian tetapi saya tidak rasa pembukaan itu akan menyebabkan segala masalah tekanan emosi ini selesai dengan secara automatik. Jadi, salah satu contohnya, tekanan emosi ada yang tertinggal pengajian kerana tidak dapat mengikuti dengan baik dan sebagainya. Mungkin tekanan untuk bergaul
kembali dalam suasana kampus dan sebagainya. Jadi, apakah persediaan peringkat Kementerian Pengajian Tinggi untuk membolehkan bila kita buka kamus itu membantu para pelajar ini tidak membawa tekanan emosi ataupun tekanan-tekanan sebelum ini ke kampus pula? Mohon penjelasan.
Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan sebentar tadi. Betul untuk makluman semua bahawasanya Kajian Kualiti Pembelajaran Dalam Talian Semasa Pandemik COVID-19 di Institusi Pengajian Tinggi telah dilaksanakan sebenarnya dan belum lagi sampai ke peringkat kita betul-betul menamatkan kajian ini. Dalam hal ini saya yakin bahawasanya dalam konteks kita melihat keseluruhan, Yang Berhormat kalau kita melihat secara keseluruhan, permasalahan tekanan ini bukan hanya bergantung kepada soal pembelajaran semata-mata. Ia terkait dengan pelbagai masalah lain yang berlaku dalam situasi konteks masing-masing. Makanya saya merasakan bahawasanya kita akan keluarkan dengan satu dapatan yang lebih komprehensif selepas ini setelah selesai segala kajian yang dibuat, mengambil kira faktor MCO 1.0 dan juga mengambil kira MCO 2.0.
Dalam konteks untuk memastikan bahawasanya keadaan pelajar apabila memasuki institusi pengajian tinggi dapat masuk dengan lebih baik dan tidak membawa permasalahan-permasalahan di luar ke dalam kampus, saya telah pun dalam usaha merangka turun ke semua institusi awam untuk melihat kesediaan setiap universiti untuk berhadapan dengan situasi-situasi sebegini. Kalau Yang Berhormat sedia maklum, bahawasanya saya telah turun ke dua buah universiti sebelum ini dan insya-Allah, esok saya akan turun ke UiTM untuk melihat status pelaksanaan dan kesediaan universiti masing-masing untuk menerima pelajar. Dalam hal ini, Yang Berhormat, saya mengambil maklum apa Yang Berhormat nyatakan sebentar tadi dan saya akan bawa kepada pihak universiti untuk bagaimana kita hendak berhadapan dengan situasi-situasi luar jangka sebegini. Saya yakin setiap universiti, dia mempunyai...
Masa dah cukup.
Teruskan.
Teruskan. Sikit lagi. Nak habis dah ya.
Sikit lagi. Saya yakin setiap universiti ini, Yang Berhormat, dia mempunyai profil masing-masing dan saya yakin bahawasanya setiap universiti mampu menangani setiap permasalahan yang akan dibawa oleh pelajar. Terima kasih Yang Berhormat.
4. Datuk Mohd Azis bin Jamman [Sepanggar] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan: (a) jumlah perbelanjaan langsung kerajaan bagi program bantuan bakul makanan (tidak mengambil kira sumbangan daripada GLC dan NGO) bagi tahun 2020 dan 2021 dan; (b) jumlah isi rumah dan nilai bantuan bakul makanan yang diagihkan di Sabah dan Parlimen Sepanggar, serta mekanisme yang diguna pakai bagi menentukan golongan yang layan menerima bantuan.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalammualaikum
warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Sepanggar atas soalan yang dikemukakan. Saya mohon izin untuk menjawab soalan Yang Berhormat Sepanggar bersekali dengan pertanyaan Yang Berhormat Wangsa Maju dan Yang Berhormat Parit Buntar yang bertarikh 29 September 2021 serta Yang Berhormat Kalabakan yang bertarikh 5 Oktober 2021 kerana pertanyaan adalah mengenai isu yang sama. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan Program Penyampaian Bakul Makanan. Ini merupakan satu inisiatif keprihatinan kerajaan untuk memastikan rakyat yang terkesan dan terjejas serta memerlukan bantuan sepanjang pandemik COVID-19 ini dibantu dan untuk memastikan rakyat dapat meneruskan kelangsungan hidup mereka. Program ini adalah program pemberian bekalan barang asas keperluan makanan yang diagihkan dan disampaikan melalui JKM. Permohonan dibuat melalui pelbagai mekanisme termasuk Talian Kasih, termasuk melalui bilik gerakan dan juga media sosial rasmi kementerian dan agensinya. Untuk makluman Yang Berhormat, sejumlah RM106.8 juta telah dibelanjakan sepanjang bulan Mac 2020 hingga Julai 2021. Sebanyak RM34.6 juta menggunakan Tabung NADMA manakala RM72.2 juta menggunakan peruntukan daripada Kementerian Kewangan. Nilai bakul yang diagihkan pada fasa satu iaitu pada Mac 2020 adalah bernilai RM50 manakala bagi fasa-fasa yang seterusnya adalah bernilai RM100 yang diedarkan melalui JKM. Sehingga kini, ia telah memberi manfaat kepada 1,121,385 keluarga ataupun ketua isi rumah. Berhubungan dengan pertanyaan Yang Berhormat Sepanggar, bagi tempoh Mac hingga Julai 2021, negeri Sabah telah menerima peruntukan sejumlah RM13,534,000 yang memberi manfaat kepada lebih kurang 138,340 keluarga ataupun ketua isi rumah dengan pecahan di mana RM7,184,400 pada tahun 2020 dan RM6,349,600 pada tahun 2021. Bagi Parlimen Sepanggar, ia telah menerima peruntukan berjumlah RM126,900 pada tahun 2020 yang memberi manfaat kepada 1,410 ketua isi rumah, manakala pada tahun 2021, Parlimen Sepanggar telah menerima peruntukan berjumlah RM628,900 dengan penerima manfaat berjumlah 6,289 keluarga. Untuk makluman Yang Berhormat Kalabakan pula, pemberian bakul ini tidak hanya kepada golongan miskin di bawah senarai JKM sahaja tetapi kita agihkan kepada rakyat yang terkesan dan terjejas yang memerlukan bantuan sepanjang pandemik COVID-19. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada bakul makanan, sebenarnya peruntukan kerajaan juga disalurkan kepada semua Ahli Parlimen melalui peruntukan ICU JPM dengan jumlah RM300,000 setiap Ahli Parlimen yang telah memanfaatkan begitu ramai yang mana melibatkan peruntukan RM66.6 juta. Untuk makluman Yang Berhormat Wangsa Maju, susulan daripada Program Bakul Makanan ini, kerajaan memutuskan untuk meneruskan Program Bakul Makanan melalui Program Bakul Prihatin Negara (BPN) yang dilancarkan pada 15 Julai 2021 yang mana melibatkan syarikat-syarikat kerajaan, korporat, sukarelawan dan juga Skuad Prihatin Negara yang mana peruntukan ini telah melibatkan kos sebanyak RM21 juta. Jumlah permohonan yang kita terima ialah 466,216 permohonan BPN. Sehingga kini, kita telah menyelesaikan permohonan mereka yang melibatkan 171,966 ketua isi rumah yang menerima bakul daripada peruntukan Bakul Prihatin Negara ini. Insya-Allah, akan disantuni dan dijangka selesai sehingga penghujung September ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Soalan tambahan pertama.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan sebentar tadi.
Saya tidak tahu daripada segi koordinasi kementerian dengan kerajaan negeri. Mengambil kira kepada kawasan Sepanggar contohnya, kawasan Sepanggar ini di antara kawasan yang terlalu banyak kawasan yang telah diletakkan di bawah PKPD sebelum ini dan ramai rakyat di sana yang memaklumkan kepada saya bahawa bantuan bakul makanan yang dihantar oleh pihak kerajaan ada yang sampai dua hingga tiga minggu baru sampai. Jadi persoalan saya, apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian dalam mempermudahkan SOP pengedaran bantuan bakul makanan yang diusahakan oleh NGO? Kenapa saya bangkitkan perkara ini, Tuan Yang di-Pertua? Sebab ramai NGO yang berhubung dengan saya mengatakan bahawa apabila mereka ingin membantu rakyat yang terkesan di sana, terlalu banyak birokrasi yang diletakkan oleh kerajaan mengakibatkan bantuan-bantuan yang mereka usahakan ini lambat disampaikan. Jadi, mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Ya. Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan. Bagi kawasan PKPD, bakul makanan ini dikendalikan di bawah NADMA dengan kerjasama pihak kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan, bukan bawah bidang kuasa JKM sebenarnya. Cuma, kerjasama kita laksanakan untuk memudahkan pengurusan. Bagi mereka yang hendak memproses untuk memudahkan pemberian bantuan, sebenarnya kita sangat mengalu-alukan kerjasama daripada pelbagai pihak NGO dan pelbagai pihak yang ingin membantu. Jadi, perkara ini sebenarnya kita berusaha untuk memudahkan urusan. Contohnya, kita mengadakan program Kembara Prihatin Negara yang dilaksanakan untuk kita turun ke padang untuk memastikan mereka yang berada di kawasan pedalaman yang jauh untuk datang ke pusat-pusat atau pejabat JKM daerah, mudah untuk mereka mendapat perkhidmatan bantuan. Begitu juga kita menyediakan program permohonan bantuan secara atas talian di mana mereka boleh memohon melalui WhatsApp ataupun melalui media rasmi kementerian. Begitu juga kita memohon kerjasama juga melalui sukarelawan kita seperti Skuad Prihatin Negara, Skuad Waja dan sukarelawan-sukarelawan yang berada di bawah JKM. Di samping itu, kita juga mengalu-alukan kerjasama daripada pimpinan tempatan untuk menguar-uarkan ataupun memaklumkan kepada pihak kami. Insya-Allah, kita sentiasa bersedia untuk bekerjasama untuk memberi yang terbaik kepada rakyat Malaysia. Terima kasih.
Yang Berhormat Petaling Jaya.
Alor Gajah. Soalan kedua. Sikit sahaja.
Kemaman.
Sekejap, sekejap. Saya dan confuse ini. Ha! Yang Berhormat Alor Gajah. Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin maklum balas daripada Yang Berhormat Menteri. Siapakah yang bertanggungjawab untuk menyelaraskan segala bentuk perbelanjaan untuk bantuan kepada rakyat? Dapatan Alor Gajah hari ini, setiap tahun Kementerian Kewangan memperuntukkan sebanyak RM26 bilion untuk segala jenis bantuan kepada masyarakat B40, miskin dan yang memerlukan. Adakah perbelanjaan untuk bakul makanan yang disebutkan tadi dimasukkan dalam peruntukan itu ataupun ada perbelanjaan tambahan daripada RM26 bilion yang setiap tahun disalurkan oleh Kementerian Kewangan? Juga, siapakah, yang saya sebutkan tadi, menyelaraskan bantuan itu kepada rakyat? Terima kasih.
Terima kasih. Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan yang dikemukakan. Sebenarnya kalau kita lihat, di antara kategori bantuan yang diselia di bawah JKM ialah sumbangan melalui NADMA, sebagaimana sebelum ini, kita terima RM34.629 juta dan sumbangan melalui Kementerian Kewangan sebanyak RM72.2 juta.
Selain itu, kita ada sumbangan daripada syarikat korporat yang melibatkan kos sebanyak RM21 juta, dan kita melihat juga bagaimana ICU telah juga ada sumbangan melalui Ahli Parlimen dan juga ada sumbangan kepada untuk Orang-orang Asli melalui Jabatan Orang Asli bernilai sebanyak RM10 juta. Jadi, kita bagi kita JKM di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kita bersedia membantu mana-mana agensi yang ingin bekerjasama untuk memastikan sasaran untuk menyampaikan Bakul Makanan kepada rakyat yang terkesan ini sampai kepada mereka yang berhak dan layak. Terima kasih.
Yang Berhormat Petaling Jaya tadi. Tidak ada. Seterusnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Beaufort.
5. Dato' Hajah Azizah binti Mohd Dun [Beaufort] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan, adakah langkah yang akan diambil untuk memastikan capaian internet kelajuan yang tinggi di Sabah khususnya di kawasan luar bandar.
Tuan Yang di-Pertua, saya memahami soalan yang berkaitan dengan perkhidmatan jalur lebar ini nampaknya telah timbul beberapa kali oleh- dan dibangkitkan oleh ramai sekali Ahli-ahli Yang Berhormat. Jadi, izinkan saya untuk memberikan gambaran yang lebih menyeluruh agar Ahli-ahli Yang Berhormat dapat beroleh maklumat yang terkini mengenai program-program yang dijalankan oleh kerajaan. Pertama sekali, saya ingin mengulangi bahawasanya- apabila kita sebutkan tentang Program Jaringan Digital Negara atau JENDELA. Rancangan itu asalnya daripada sekarang ataupun 2020 hingga 2025. Akan tetapi, program itu kita fast-track kan iaitu kita bawa ke hadapan supaya kita lebih pantas dapat menyaingi perkembangan teknologi yang sedang kita terima sekarang. Jadi, matlamat secara umumnya saya menyebutkan di sini. Matlamatnya untuk kita memastikan capaian 4G ataupun yang biasa disebut sebagai capaian menggunakan Long Term Evolution (LTE) ataupun 4G menggantikan 2G, dan 3G. Khususnya 3G, untuk sekurang-kurangnya sebanyak 96.9 ataupun 97 peratus. Kemudian untuk mendapatkan speed daripada sebanyak 25 megabait per second kepada sebanyak 35 megabait per second. Ini kerana bukan sahaja connectivity tetapi speed juga adalah penting. Kemudian, untuk memastikan sekurang-kurangnya dapat capai kepada premises sejumlah 7.5 juta premises, daripada jumlah sebanyak 9 juta premises yang dibanci. Kemudian, untuk memastikan menjelang hujung tahun ini 3G di phase out supaya kita dapat memberi tumpuan kepada perkhidmatan 4G. Bagi Aspirasi Nasional di bawah JENDELA ialah pertama sasaran kita menumpukan pada sejumlah 9 juta premises passed, speed apabila sebahagian telah mula melaksanakan 4G dan 5G- boleh mencapai sehingga sejumlah 100 megabait per second, dan coverage 4G mestilah mencapai sebanyak 100 peratus. Itu sebahagian daripada indeks-indeks yang penting dalam merancang dan memperbaiki khidmat jalur lebar – servis internet dalam negara kita. Kedua, saya rasa perlu Ahli Yang Berhormat semua mendapat maklumat. Untuk menjayakan program ini, dia perlu dibiayai dengan sumber-sumber yang berbagai-bagai. Pertama, yang kita rujuk sebagai JENDELA yang dibiayai oleh melalui USP Fund. USP Fund adalah contribution daripada syarikat-syarikat telco- kira-kira sejumlah enam peratus dalam satu- dana yang dikendalikan oleh SKMM.
Kedua yang tidak penting dalam meningkatkan prasarana-prasarana ini adalah yang disumbangkan direct oleh telcos. Apa yang disebut sebagai inisiatif komersial, ataupun JENDELA Komersial. Ketiga, direct funding daripada consolidated fund, yakni daripada Kementerian Kewangan melalui kementerian, terutama apa yang sering dirujuk istilahnya point of presence (PoP) yang merujuk kepada program fiberisation – memasang gentian optik di kawasan-kawasan luar bandar terutamanya. Saya ingin menjelaskan bahawa dalam usaha ini, untuk Semenanjung, JENDELA USP- jumlah peruntukan yang amat besar sekali sebanyak RM8.32 bilion, untuk menjayakan program-program bahawa JENDELA. Untuk JENDELA Komersial yang dibelanjakan oleh syarikat-syarikat telco bagi menjayakan program digital nasional ini, kira-kira sejumlah RM12.47 bilion. Sementara untuk program point of presence fiberisation kebanyakan menumpu di sekolah-sekolah di luar bandar bagi memastikan pembelajaran anak-anak jadi lebih baik dan sebagainya, kira-kira sejumlah RM440.9 juta. Oleh sebab soalan ini dirujuk kepada komitmen kerajaan terhadap Sabah dan Sarawak, kita ingin mengesahkan bahawasanya wilayah Sabah dan wilayah Sarawak, sememangnya menjadi tumpuan yang paling utama dalam program JENDELA, kerana tahap coverage dan kualiti untuk Sabah dan Sarawak terutamanya di pedalaman dan juga kerana Sabah dan Sarawak luas negerinya, memerlukan satu bajet yang cukup besar supaya ia at par seluruh negara. Untuk itu bagi Sabah, di bawah JENDELA USP SKMM- sejumlah RM1.75 bilion yang akan dilaksanakan. Bagi JENDELA Komersial oleh syarikat-syarikat- juga sejumlah RM1.75 bilion, dan bagi kategori point of presence melalui kementerian sebanyak RM77 juta. Bagi Sarawak JENDELA USP sejumlah RM2.045 bilion, dan bagi JENDELA Komersial sejumlah RM2.045 bilion dan untuk program-program point of presence (PoP), kendalian kementerian sebanyak RM80 juta. Ini menjadikan komitmen bagi menjayakan Program Jaringan Digital Negara sehingga tahun 2025 ialah bagi JENDELA USP sejumlah RM12.1 bilion, dan bagi JENDELA Komersial sejumlah RM16.6 bilion, dan bagi PoP kira-kira sejumlah RM580 juta. Itu dari sudut fund funding. Dari sudut pelaksanaan, apa yang dirancang dalam Fasa 2 JENDELA kita bersetuju untuk di fast-track kan dibawa ke hadapan seberapa banyak yang boleh supaya pelaksanaannya dapat kita segerakan. Soalan yang dikemukakan ini, izinkan Tuan Yang di-Pertua, saya juga turut menjawab bukan hanya untuk Yang Berhormat Beaufort tetapi soalan nombor 11 – Yang Berhormat Hulu Rajang yang bertanya tentang rancangan kementerian untuk menaik taraf di kawasan Hulu Rajang, dan soalan nombor 69 Yang Berhormat Ledang bertarikh 23 September, yang bertanyakan tentang perkembangan inisiatif JENDELA khususnya Sabah dan Sarawak. Berdasarkan latar belakang yang telah saya sebutkan tadi, kita ingin menjelaskan bahawasanya sememangnya Sabah dan Sarawak saya kata tadi menjadi kawasan tumpuan tetapi oleh sebab banyak kawasan Sabah dan Sarawak juga di Semenanjung terutamanya Kampung Orang Asli tidak dapat disampaikan melalui cara-cara biasa dengan pembinaan menara, maka sebanyak 839 buah lokasi seluruh negara telah dikenal pasti untuk diberikan khidmat jalur lebar ini dengan menggunakan teknologi satelit. Agak mahal sedikit tetapi kita perlu atau pun kita wajib melaksanakannya. Bagi liputan di seluruh negeri Sabah dan Sarawak, perancangan dan pencapaian JENDELA sehingga kini ialah sebanyak 1,295 buah stesen pemancar di Sabah dan sebanyak 1,209 buah stesen pemancar di Sarawak telah pun dinaiktarafkan manakala sebanyak 382 buah menara baharu untuk Sabah, dan sebanyak 636 buah menara baharu
untuk Sarawak, dari sejumlah 1,661 buah menara baharu yang perlu dibina untuk menjayakan program ini. Akhir sekali, sebagai round up, saya ingin menyampaikan maklumat kepada Dewan yang mulia ini bahawasanya apabila kita bercakap tentang usaha untuk meningkatkan connectivity dan memberikan connectivity yang berkualiti, antara lain meliputi pembinaan tapak menara baharu, menaiktarafkan pemancar-pemancar sedia ada, di mana sudah ada menara kualiti belum mencukupi, menyediakan premis dengan gentian optik supaya bekalan lebih stabil, terutama di kawasan luar bandar, dan bagi kawasan yang tidak dapat dicapai oleh semua ini menyediakan jalur lebar satelit.
Jadi, saya hendak berikan update terkini. Sabah bagi tapak negara baru sebanyak 538 buah dirancang, siap sebanyak 51 buah. Bagi menaik taraf stesen pemancar sebanyak 3,500 buah disasarkan untuk dinaiktarafkan, 2,041 buah sudah siap. Seterusnya bagi gentian optik di premis-premis tersedia, perancangan hendak capai 251,165 buah tetapi yang telah siap baru 81,268 buah bagi di Sabah. Sementara bagi jalur lebar satelit, perancangan untuk di Sabah 138 buah. Bagi Sarawak untuk menara, perancangannya 823 menara baru kesemua sekali, yang telah siap sebanyak 74. Sementara menaik taraf stesen pemancar yang dirancang ialah sebanyak 3,012 dan yang telah siap 1,615. Bagi premis tersedia gentian optik, perancangan 73,588 manakala yang telah siap 47,223. Sementara perancangan untuk jalur lebar satelit sebanyak 523 buah. Khusus untuk Yang Berhormat Hulu Rajang, tapak menara baharu 59, naik taraf stesen pemancar 50 dan 10 buah sudah siap. Untuk premis tersedia dengan gentian optik dirancang tambah lagi 118 dan bagi jalur lebar satelit 125 buah. Tuan Yang di-Pertua, demikianlah gambaran secara menyeluruh dan apa yang boleh saya katakan, komitmen untuk menjayakan ini adalah satu komitmen nasional yang besar, yang tidak dapat tidak perlu dijayakan selaras dengan konsep yang kementerian anjurkan, bahawasanya connectivity adalah hak asasi manusia.
Terima kasih, ada soalan tambahan?
Ya.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang diberikan dan saya juga mengucapkan terima kasih di atas peruntukan besar melebihi RM3 bilion untuk menaik taraf capaian internet di negeri Sabah. Walaupun sudah ada kerja-kerja dibuat untuk menaik taraf capaian jalur lebar dan perbelanjaan yang telah dilaksanakan tentang pencapaian yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, namun terdapat kawasan-kawasan pedalaman di Sabah yang masih lagi menghadapi gangguan capaian internet yang sangat perlahan dan tidak stabil. Dianggarkan mesyuarat-mesyuarat, perbincangan, seminar yang dibuat secara Zoom, Webinar tidak dapat diikuti oleh ramai mereka yang ingin mengikutinya. Oleh itu saya ingin bertanya, sudahkah kementerian membuat kajian terperinci dan tinjauan di lokasi-lokasi yang dikenal pasti mempunyai masalah capaian internet yang teruk ini? Apakah tempoh masa yang kementerian sasarkan untuk masalah ini diatasi sepenuhnya. Saya juga mendapati di Kota raya Kuala Lumpur ini juga menghadapi gangguan capaian internet, dekat-dekat sini sahaja pun dan oleh itu saya ingin bertanya, sudahkah kementerian mengenal pasti punca-punca gangguan ini dan apakah tindakan yang akan diambil bagi memastikan kita dapat menggunakan perkara yang amat penting ini untuk kita berhadapan dengan norma baharu dan melaksanakannya dengan sebaik mungkin. Terima kasih.
Terima kasih, teruskan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya akui perkara yang dibangkitkan itu adalah sangat benar, adalah satu
yang real. Saya ingin menyebutkan di sini kerana tadi juga ada dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu bertanya kepada Kementerian Pendidikan. Saya berikan sedikit penjelasan. Bahawa memang benar ada enam buah negeri yang pencapaian 4Gnya agak– secara relatifnya jauh lebih rendah dari kebanyakan negeri lain. Walaupun pencapaian liputan 2G yang agak rendah frekuensinya agak baik. Negeri- negeri ini yang kurang daripada 95 peratus, ertinya ada lima peratus atau lebih kawasan yang belum lagi sampai khidmat long term evolution (LTE) adalah pertama Kedah, kedua Kelantan, ketiga Negeri Sembilan, keempat Pahang pada 90.25 peratus sahaja, Perak 94.81 peratus, kemudian Terengganu 94.22 peratus, Sabah cuma 83.48 peratus, agak jauh dan juga Sarawak sebanyak 80.4 peratus. Maka dalam perancangan kita, digital divide dan gap perlu segera dirapatkan. Oleh sebab itu, bajet diberikan kepada negeri-negeri yang kesenggangan itu begitu ketara. Jadi apa Yang Berhormat sebutkan tadi, memang benar cuma untuk Yang Berhormat mengambil tindakan proaktif. Kementerian ada perkenalkan, baru sahaja kita melancarkan pada bulan Julai lepas JENDELA Map. Dalam JENDELA Map, Yang Berhormat boleh masuk ke situ untuk– kerana ini menjadi sumber untuk kita mendapatkan maklumat daripada orang ramai. Cloud sourcing supaya kita dapat segera memberikan khidmat berdasarkan aduan-aduan dan permintaan orang ramai. Jadi saya syorkan supaya Ahli-ahli Parlimen dapat masuk ke JENDELA Map, https://jendela.my supaya dapat lihat update terkini di kawasan-kawasan itu dan kalau ada pengesyoran-pengesyoran boleh maklumkan di situ. Ini kerana kita juga ada program untuk memberikan khidmat memperbaiki services di tempat-tempat tersebut. Saya juga akui, ya betul dalam bandar juga memang ada sesetengah kata blind spot, sesetengah kata grey spot, brown spot dan sebagainya kerana keadaan ini Yang Berhormat kita harus faham ia sentiasa berubah-ubah. Sebuah kawasan asalnya ada, tiba-tiba naik sebuah bangunan tinggi, terselindung, maka akan berlaku brown spot, grey spot saya pun tidak berapa faham sangat istilah-istilah teknologi ini. Maka service provider dikehendaki dari semasa ke semasa upgrade fasiliti-fasiliti mereka ataupun membuat pengubahsuaian-pengubahsuaian yang berterusan. Jadi cara yang terbaik ialah bagi pengguna yang mengalami pengalaman yang sedemikian, untuk melaporkan supaya tindakan-tindakan boleh diambil sama ada oleh kementerian, SKMM ataupun juga telco services. Jadi, saya ucap terima kasih, saya faham perkara ini sangat mencabar dan teknikal tetapi komitmen kerajaan macam itulah saya tegaskan tadi, kita akan lakukan yang terbaik. Sila Yang Berhormat.
Maaf Yang Berhormat Teluk Intan sudah lama tunggu, Yang Berhormat Muar. Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih juga kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang panjang lebar tadi. Saya ada dua soalan tambahan. Pertama, apakah langkah yang akan dilakukan oleh pihak kerajaan untuk memastikan khidmat jalur lebar berkelajuan tinggi termasuk UniFi dibekalkan kepada setiap kawasan perumahan. Memandangkan kemudahan internet, khususnya pada era post-pandemic ini merupakan satu kemudahan ikhtisas yang cukup penting, sama taraf dengan bil elektrik dan juga perkhidmatan air, ini soalan pertama. Kedua, spektrum 5G sepatutnya menjadi aset strategik negara yang amat penting. Bolehkah Yang Berhormat Menteri beritahu kepada Dewan yang mulia ini, apakah rasional kerajaan memberikan projek bernilai RM11.5 bilion, projek 5G nasional kepada syarikat Ericson. Ini kerana, pihak kami juga difahamkan, jika dibandingkan dengan harga, kecanggihan teknologi, syarikat lain termasuk Huawei sebenarnya mempunyai kelebihan. Maka, boleh tidak Yang Berhormat Menteri terangkan kepada Dewan yang mulia ini, apakah rasionalnya projek strategik nasional ini diberikan kepada syarikat Ericson. Sila, terima kasih.
Terima kasih.
Soalan tambahan berkenaan dengan isu yang sama.
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat. Sepertimana yang kita faham, apabila kita menyebut tentang UniFi, ia merujuk kepada fixed line yang rata-rata memerlukan adanya gentian optik di kawasan-kawasan tersebut. Apabila kita katakan, bilakah UniFi dapat cover seluruh negara ataupun setiap rumah, ertinya kita merujuk kepada 9 juta premis di seluruh negara. Capaian pada masa ini, terkini di bawah JENDELA 1 daripada hampir 5 juta up-to-date kira-kira 6 juta. Masih ada sebanyak 3 juta lagi rumah-rumah ataupun premis yang belum termasuk dalam kategori sasaran 9 juta. Itu cabaran pelaksanaan yang perlu dilaksanakan. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]
Langkah-langkah untuk mempercepatkan perkara ini Yang Berhormat ada berbagai-bagai-bagai misalnya yang terkini, kita berunding dan bersetuju supaya kerajaan tempatan apabila meluluskan kawasan-kawasan perumahan baharu hendaklah menganggapkan pemasangan fiber optik itu sebagai utiliti yang ketiga selepas bekalan air dan bekalan elektrik supaya tidak lah perlu telco dan sebagainya perlu memasang gentian optik kerana sewaktu dibuat lagi kemudahan fiber optik ini telah pun disediakan dan sudah termasuk dalam harga rumah waktu dibeli dan dengan itu ia akan mempercepatkan proses membolehkan fixed line UniFi Services ada di semua ruang rumah. Itu contoh- contoh langkah-langkah yang sedang diambil. Kedua yang sedang diambil oleh kerajaan ialah langkah-langkah menyediakan a point of presence (POP) dengan mengenal pasti kawasan-kawasan terutamanya sekolah- sekolah, hampir 4,000 lebih sekolah yang telah dikenal pasti dan tender telah dikeluarkan menunggu Kementerian Kewangan mengesahkannya sahaja mulai pada bulan depan program pelaksanaan point of presence ini hampir dalam 1,000 buah sekolah saya lupa angka yang tepat tetapi program keseluruhannya untuk lebih kurang 4,000 buah sekolah yang mana fiberisation apabila ada di situ kawasan lima kilometer kawasan berkenaan juga akan mendapat servis boleh disambung. Akan tetapi masih ada beberapa perkara tertentu yang kita hendak kena sort out dengan service provider apabila kemudahan- kemudahan gentian optik itu telah dipasang di bawah program kerajaan.
Yang Berhormat Menteri soalan susulan.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, sudah panjang sudah jawapan itu.
Satu lagi.
Soalan susulan, sedikit sahaja.
Saya cukup saya ada dua soalan tambahan.
Soalan...
Spectrum 5G negara. Ini sangat penting, terima kasih.
Soalan tentang 5G. Terima kasih Yang Berhormat. Seperti mana kita maklum, kerajaan telah membuat keputusan untuk mewujudkan sebuah syarikat milik kerajaan iaitu Digital Nasional Berhad (DNB). Proses-proses itu telah pun terlaksana, DNB telah pun mula berfungsi dengan menggunakan pendekatan SWM kita kata biasa rujuk sebagai single wholesale network.
Saya sedar ada perbincangan, ada pandangan baik-buruknya sama ada single wholesale network (SWN) ataupun dua pihaklah yang dua syarikat ataupun multiple. Kebanyakan negara menggunakan multiple services company dan ini sedang dibuat lagi engagement tentang bagaimana kaedah single wholesale network ini dapat berfungsi kerana dia masih perlu menggunakan prasarana-prasarana yang sudah pun dimiliki oleh telco dan service provider yang sedia ada. Jadi, kaedah-kaedah itu saya percaya sedang dalam urusan dan rundingan antara...
Digital Nasional Berhad (DNB).
Digital Nasional Berhad dengan telco-telco. Ini masih lagi sedang ada engagement dan perbincangan Yang Berhormat. Barangkali Kementerian Kewangan yang handle kan perkara ini...
Soalan susulan.
Perkara ini sedang diberikan perhatian.
Soalan susulan, sama sahaja sedikit.
Tuan Yang di-Pertua.
Ini khusus untuk rollout 5G yang juga hendak disegerakan sebaik sahaja 4G in place ya terima kasih.
Saya sudah berikan masa yang panjang, saya hendak teruskan kepada soalan seterusnya dan dua pertanyaan tambahan telah diberikan. Sekarang saya ingin menjemput Yang Berhormat Dr. Maszlee bin Malik, Simpang Renggam.
6. Dr. Maszlee bin Malik [Simpang Renggam] minta Menteri Kanan Pendidikan menyatakan polisi berkaitan mengutamakan golongan B40 untuk memasuki Sekolah Berasrama Penuh.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Simpang Renggam yang telah mengajukan soalan. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa memberi keutamaan kepada murid daripada keluarga B40 untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Mulai tahun 2018, KPM telah memperkenalkan dasar penawaran 60 peratus tempat kepada murid daripada keluarga B40. Namun demikian, untuk pengambilan tahun 2019, hanya 37.9 peratus murid yang berdaftar bagi tingkatan 1 di SBP terdiri daripada keluarga B40. Peratus tersebut menurun bagi kemasukan pada tahun 2020 iaitu hanya 36.5 peratus. Walau bagaimanapun, pada tahun 2021, jumlah murid B40 yang diterima masuk ke SBP telah menunjukkan peningkatan ketara iaitu kepada 51.4 peratus. Antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan ini adalah strategi KPM memperkenalkan kaedah permohonan secara berpusat atau single entry point dengan izin. Melalui kaedah ini, pemohon ke sekolah asrama sepenuhnya di bawah KPM boleh membuat tiga pilihan sekolah semasa memohon. Calon yang berjaya akan menerima hanya satu tawaran sahaja. Ini membolehkan lebih ramai calon ditawarkan tempat ke SBP. Di samping itu, KPM telah memperkenalkan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) sebagai kaedah baharu bagi kemasukan ke SBP untuk pengambilan tahun 2021. PKSK diperkenal dan digunakan susulan daripada pemansuhan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 2020 dan ia nya telah dijalankan secara dalam talian.
PKSK merangkumi tiga komponen iaitu kecerdasan insaniah 20 peratus, kecerdasan intelektual 70 peratus dan artikulasi penulisan 10 peratus. Secara keseluruhan, PKSK adalah untuk menilai potensi murid secara menyeluruh dengan mengenal pasti percambahan idea tahap kreativiti, hujahan serta kecenderungan murid dalam satu bidang. Pendekatan ini memberi ruang dan peluang yang sama kepada semua calon tanpa mengira latar belakang sosioekonomi mereka kerana fokus yang diberikan tidak hanya kepada prestasi akademi semata-mata. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini. KPM sedang merangka dasar yang lebih komprehensif dan menyeluruh bagi memperkukuhkan pendekatan pengambilan murid ke SBP dengan memberikan keutamaan kepada murid berpotensi dalam kalangan keluarga yang kurang berkemampuan. Ini adalah selaras dengan usaha KPM untuk menyediakan akses pendidikan yang berkualiti dan saksama kepada murid B40. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan pertama silakan Yang Berhormat Simpang Renggam.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dengan jawapan yang panjang lebar walaupun yang kita tanya pendek sahaja. Nampaknya hari ini semua meleret-leret Yang Berhormat Menteri jawapannya. Saya bertanyakan berkaitan dengan polisi B40 apakah diteruskan ataupun tidak kerana kita lihat di Dewan yang mulia ini telah dimaklumkan hampir 600,000 rakyat Malaysia daripada golongan M40 kini telah jatuh kepada kategori B40, dampak wabak COVID-19. Maka dalam keadaan banyak keluarga di seluruh negara yang sedang bergelut dengan keadaan kemiskinan dan keadaan yang begitu ketara cabarannya, apakah kerajaan, Kementerian Pendidikan Malaysia bercadang untuk meneruskan Program Sarapan Pagi Percuma kepada anak-anak sekolah seperti mana yang pernah cuba dilakukan pada tahun 2020.
Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam.
Hakikatnya kini, B40 telah meningkat menjadi hampir B50, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih soalan tambahan yang agak panjang lebar juga ya. Untuk makluman kepada Yang Berhormat Simpang Renggam, kerajaan akan meneruskan polisi ini dan kita akan teruskan. Kita lihat daripada trend tahun ke tahun Yang Berhormat ada peningkatan dari segi pengambilan daripada kalangan keluarga B40. Ini yang diterima masuk dalam SBP. Soalan tambahan kedua yang disebutkan tadi soal sarapan dan bentuk bantuan- bantuan. Untuk makluman Yang Berhormat Simpang Renggam, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM5 juta kepada SBP khusus untuk murid-murid kalangan B40 ini. Kita berikan mereka bantuan-bantuan khusus, yang berjaya masuk kita akan berikan mereka bantuan khusus. Jadi, ini antara...
Yang Berhormat Menteri, dia Program Sarapan Pagi kepada semua murid sekolah bukan SBP semata-mata.
Ya, saya faham, sarapan pagi dan termasuk juga bantuan-bantuan makan ini kita akan bagi kita subsidised juga.
Akan dilaksanakan semula program sarapan pagi percuma ya?
Ya, kita akan kaji semula mana-mana yang perlu.
Okey harap dapat direkodkan, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Jadi, Yang Berhormat dulu sebagai Yang Berhormat Menteri pun lebih tahu soal ini. Terima kasih.
Soalan tambahan yang kedua?
Tuan Yang di-Pertua, Tangga Batu.
[Bangun]
Jempol.
Saya kena cari di sebelah sini. Jadi, saya jemput Yang Berhormat...
Tumpat.
Yang Berhormat Jempol.
Okey.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Aduh.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua yang dikasihi kerana memberi peluang. Pertamanya, saya berterima kasih dengan jawapan Yang Berhormat Menteri tadi. Yang Berhormat Timbalan Menteri yang boleh mencapai KPI yang cukup bagus. Akan tetapi jawapan yang diberi ini bagi saya, saya hendak tanya soalan daripada segi syarat kemasukan tadi itu, dari segi B40 – B40 ini terdiri daripada mereka yang susah. Jadi, soalan saya, kita tidak boleh berdasarkan kepada akademik semata-mata. Kita tahu warga di luar bandar susah. Jadi, apakah syarat lain yang special, supaya anak- anak di luar bandar, di pedalaman satu, pedalaman dua dan pedalaman tiga ini, dibela agar mereka dapat masuk ke asrama penuh? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Sila, Yang Berhormat Menteri, satu minit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan sahabat saya dari Jempol. Sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri Kanan dalam ucapan MQT tadi, jawapan dalam MQT tadi bahawa kita ada Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) yang saya sebutkan tadi, di mana pentaksiran ataupun PKSK ini tidak hanya semata-mata kita lihat soal akademik sahaja. Akan tetapi, banyak faktor lain yang akan kita nilai. Daripada segi kecerdasan insaniah, kecerdasan intelektual dan sebagainya. Ini salah satu faktor yang akan kita ambil kira. Kedua, Yang Berhormat Jempol, kita menggunakan sistem data yang dinamakan – yang akan dimasukkan dalam Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) KPM di mana maklumat pendapatan yang akan dimuatkan APDM iniakan digunakan sebagai salah satu kaedah yang akan mengenal pasti kumpulan-kumpulan tersebut. Jadi, maknanya kalau dia berasal daripada keluarga B40, kita akan tahu dan kita akan beri keutamaan dalam soal ini. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
[Bangun]
Saya ingin teruskan kepada pertanyaan jawab lisan seterusnya. Saya menjemput Yang Berhormat Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau, Libaran.
7. Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau [Libaran] minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah usaha yang dilakukan oleh kementerian dalam menangani masalah yang dihadapi oleh institut memandu yang telah ditutup sejak 1 Jun akibat pandemik COVID-19?
Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pengangkutan ingin memaklumkan bahawa Industri Latihan Pemanduan (ILP) Kenderaan Motor di seluruh negara dibenarkan beroperasi dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara secara janji temu. Syarat-syarat pengoperasian adalah tertakluk pada fasa PPN bagi setiap negeri yang terlibat. Kebenaran pembukaan ILP ini tertakluk pada pematuhan beberapa perkara yang ditetapkan. Antaranya, adalah untuk negeri yang berada di dalam Fasa 1 dan Fasa 2 PPN. ILP hanya dibenarkan beroperasi dengan kapasiti pekerja berdasarkan peratusan yang telah lengkap menerima vaksin. Sekiranya kadar peratusan pekerja yang menerima vaksin lengkap adalah sebanyak 40 peratus, maka kapasiti pekerja yang dibenarkan adalah sebanyak 60 peratus. Jika 60 peratus kapasiti, pekerja yang dibenarkan adalah sebanyak 80 peratus. Begitu juga, untuk mereka yang telah mencapai 80 peratus pekerja dibenarkan dan 80 peratus daripada segi vaksin, mereka akan dibenarkan 100 peratus beroperasi. Bagi negeri di Fasa 3 dan 4, kebenaran beroperasi adalah tertakluk kepada syarat umum seperti memakai pelitup muka, hadir dengan janji temu, mengamalkan penjarakan fizikal serta tertakluk pada arahan lain yang ditentukan oleh kerajaan dari masa ke semasa. Memahami dan prihatin dengan kesukaran yang terpaksa dihadapi oleh pengendali IM akibat pandemik COVID-19, MoT telah memutuskan, memberi moratorium selama tiga bulan iaitu sehingga 30 November 2021 bagi keperluan pembaharuan permit IM bagi mana-mana yang tempoh sah laku permitnya telah tamat antara bulan Januari hingga September 2021. Di samping itu, perlanjutan Lesen Belajar Memandu (LDL) yang tamat tempoh melebihi dua tahun bermula dari 13 Januari 2021, juga dilanjutkan sehingga tahun depan iaitu 30 Jun 2022. Tempoh lanjutan telah dibenarkan untuk membantu mereka yang tidak dapat mengikuti proses mendapatkan lesen dan pergi ujian memandu akibat penutupan operasi institut memandu yang dianggarkan lebih kurang 462 ribu orang calon yang dikatakan backlog ini. Seterusnya, perlanjutan tempoh ini juga akan membolehkan pihak IM mengaturkan ujian untuk semua calon dengan pihak JPJ dan dapat mematuhi prosedur atau SOP yang ditetapkan. Pihak kerajaan juga telah memberikan moratorium dalam urusan pembaharuan permit Sijil Pengajar Institut Memandu (SPIM) dan Sijil Kenderaan Institut Memandu (SKIN) sehinggalah 31 Disember 2021 kepada permit dan sijil yang telah dan akan tamat bermula 1 Julai 2021. Pemegang SPIM dan SKIN dibenarkan untuk menjalankan operasi latihan dan pengujian dalam tempoh tersebut. Terima kasih.
Sila soalan tambahan pertama, Yang Berhormat Libaran.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan yang memberikan jawapan lebih panjang lebar dan jelas sekali yang dapat memperkasakan lagi kemudahan sekolah memandu. Soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua, minta Kementerian Pengangkutan jelaskan apakah usaha kerajaan yang ada sekarang dalam memperkasakan lagi penggunaan teknologi Internet (AI) dan sebagainya untuk industri sekolah memandu pada
zaman pasca COVID-19 dan juga pada masa hadapan? Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Sila Yang Berhormat Menteri. Satu minit.
Terima kasih Yang Berhormat yang telah memberi satu soalan yang agak relevan pada zaman ini di mana Kementerian Pengangkutan ini memang mementingkan penggunaan teknologi komunikasi berkomputer terutamanya dalam zaman IR 4.0. Untuk makluman, kita perlukan big data analysis, automasi dan juga penggunaan sensor yang canggih termasuk juga internetworking of devices atau IoT juga. Dalam konteks ini, kita tahu bahawa ia akan menambah baik proses pembelajaran dan meningkatkan tahap integriti pengujian yang dijalankan oleh JPJ. Dalam konteks ini, saya ingin mengumumkan bahawa MoT sedang dalam proses melaksanakan satu kajian kebolehlaksanaan untuk mendapatkan dan untuk mengaplikasikan teknologi terbabit dalam fasa pengujian yang menggunakan – contoh, kalau seseorang itu mengambil ujian dengan JPJ. Mereka ini kita akan masukkan dalam kenderaan tersebut dengan bukan saja CCTV video untuk rakaman. Pada waktu yang sama, sensor juga akan diletakkan dalam kenderaan yang sedang menjalankan pengujian ini. Pada waktu yang sama, apabila di litar, mereka membuat – di parking. Semua parking poles itu akan dipasang dengan kamera dan sensor untuk melihat macam mana soal integriti yang dipersoalkan kata yang dulu, kalau kita mengambil ujian, kita boleh memberikan rasuah. Ini tidak adil kalau tidak ada bukti. Dengan adanya penggunaan teknologi dengan sensor, dengan semua maklumat yang dapat dikawal oleh pusat kawalan, soal integriti dapat kita tegakkan. Ini yang pertama. Kedua, kita juga melihat, kita perlu automasi dalam aspek merekodkan elemen pengujian. Itu juga perlu, kita boleh lihat balik (playback) apa yang berlaku apabila ada sesuatu dakwaan. Ketiga, kita lihat sekarang ujian teori di mana banyak dan ramai juga, 73 ribu orang yang sedang menunggu untuk membuat ujian teori. Ia dikendalikan oleh pusat pemeriksaan MyEG dan kita sedar bahawa soal integriti itu sangat penting. Mereka menghadiri kuliah selama enam jam dan seterusnya mereka perlu diuji. Kita melihat ia perlu dipantau secara online dan tanpa kita berkompromi soal integriti. Kita melihat kaedah yang lebih baik dan lebih luas untuk memudahkan rakyat jelata. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sila, Yang Berhormat Pokok Sena.
Baik. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada satu kenyataan yang dibuat oleh Presiden Persatuan Institut Memandu Malaysia (PIMA) baru-baru ini. Dia mengatakan bahawa akibat penutupan sektor ini, sektor institut memandu ini, ia telah menjejaskan 231 buah institut memandu di seluruh negara yang melibatkan seramai 20 ribu orang pekerja dengan kerugian hampir RM430 juta. Jadi, soalan saya ialah adakah kementerian dapat mengesan berapa banyak kah institut memandu yang terpaksa tutup terus selepas daripada – dibenarkan buka pada 17 hari bulan baru-baru ini? Apakah ada institut memandu yang gulung tikar dan berapa ramai pekerja yang telah hilang pekerjaan?
Terima kasih Yang Berhormat. Saya betulkan sedikit data lah. Kalau ikut institusi latihan pemanduan di mana di bawahnya terangkum 232 buah IM, 58 sekolah memandu dan tujuh pusat pemanduan e-hailing operators. Jumlahnya 297. Apa yang Yang Berhormat sebut itu betul, disiarkan berita, tetapi saya selaku Menteri, saya telah mengadakan mesyuarat atas talian dan dalam tempoh dua hari kita selesaikan masalah dengan MKN. Saya sendiri yang mengumumkan pada 9 September, mereka boleh dibenarkan untuk beroperasi dan berdasarkan SOP yang telah kita perjuangkan bersama-sama. Itu yang pertama.
Saya melihat dari segi backlog di mana kalau ada 462 ribu calon, ia memerlukan satu pengurusan yang cukup terancang untuk melihat tiada kluster di JPJ. Maka kita perlu lakukan tindakan termasuk, kita benarkan LDL itu dilanjutkan sampai tahun depan supaya tempoh sah laku itu tidak menjadi satu isu untuk mereka buat pembaharuan. Mereka boleh anjakkan pengujian ini pada satu tarikh yang sesuai mengikut SOP yang telah ditetapkan. Maka dengan cara ini, semua IM, sekolah memandu, mereka rasa gembira kerana sekurang-kurangnya mulai 9 September, mereka sudah boleh buat persediaan untuk latihan memandu. Seterusnya pada 17 September, mereka telah diberi peluang untuk terus menghadiri ujian bersama dengan 530 penguji JPJ di seluruh negara. Maka, semua perancangan yang dibuat itu berdasarkan kepada SOP yang telah ditetapkan. Setakat ini semua IM, sekolah memandu dan juga pusat latihan pemanduan bagi e-hailing operators, berjalan. Jadi mereka boleh, kata orang tarik nafas. Dalam soal ini mereka mungkin tak sampai lah seperti perniagaan sebelumnya, kita sedia maklum dalam COVID- 19 ini. Akan tetapi mereka sekurang-kurangnya dapat bagi kepada semua pengajar untuk menerima gaji dan mereka juga mendapat ganjaran seperti mana yang kita ketahui. Jadi, memang pandangan mereka, perasaan kita, kita ambil langkah proaktif terus jumpa tanpa menunggu. Dalam tempoh 24 jam, kita bersama-sama selesaikan masalah dan ini satu contoh yang baik. Saya juga bagi lanjutan permit itu, tak apa, tiga bulan. Tak payah tunggu, tak payah kata orang tergesa-gesa, tiga bulan saya bagi moratorium untuk memudahkan cara kerja mereka. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat. [Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Tuan Yang di-Pertua, “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 8.00 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Isnin 27 September 2021.”
Ada yang menyokong?
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Rang Undang-Undang Di Bawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (PINDAAN) 2021 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan II [Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Usul — Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan AgongMotion
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah; “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, demikian bunyinya: “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak- banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Keempat, Parlimen Keempat Belas”. [22 September 2021]
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk menjawab. Saya berikan masa 50 minit. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Bismillahi Rahmani Rahim. Alhamdulillahi rabbil alamin, wabihi nastain. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sihat sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja dan telah menyentuh perkara-perkara berkaitan Kementerian Kesihatan. Dalam kesempatan waktu yang ada ini, saya akan memfokuskan penggulungan saya kepada perkara-perkara utama yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang merangkumi pengurusan pandemik COVID-19, pelaksanaan vaksinasi, pengurusan tenaga kerja Kementerian Kesihatan dan juga pembangunan fasiliti kesihatan. Saya mohon sekiranya tidak cukup waktu ataupun Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah bahas tidak ada dalam Dewan, saya akan kemukakan jawapan secara bertulis, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, walaupun pada ketika ini penularan kes masih lagi tinggi dan kita masih lagi sedang mengurus sebaik mungkin pandemik COVID-19, namun berdasarkan indikator-indikator penting dalam statistik COVID-19 telah mula menunjukkan
trend penurunan dan memberikan kita sinar ke arah proses pemulihan negara yang lebih baik. Sebagai contohnya, jika dibandingkan dengan sebulan yang lalu iaitu pada 23 Ogos, jumlah penggunaan katil adalah sebanyak 14,942 kes tetapi pada hari ini telah menurun kepada 10,321. Jumlah keperluan ICU pada waktu itu adalah 1,542, hari ini telah menurun kepada 1,114. Manakala purata kes kematian bagi tempoh tujuh hari pada Ogos adalah 251 kes berbanding dengan kini iaitu menurun kepada 106 kes. Berdasarkan kes aktif semasa yang dicatatkan pula, 83 peratus daripadanya, keseluruhan kes daripada kategori satu dan dua dan hanya memerlukan kuarantin di rumah. Manakala 10.7 peratus kes yang dibawa ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID- 19 (PKRC), yang masuk ke hospital 5.1 peratus. Manakala kes yang memerlukan bantuan alat pernafasan dan rawatan rapi sebanyak 0.5 peratus. Bukan tujuan untuk memberi gambaran yang baik sahaja, tetapi ini lebih bertujuan untuk memberi perincian yang lebih teliti berkenaan dengan kes-kes yang kita hadapi pada hari ini supaya pengurusan pandemik ini dapat dibuat secara teratur dan juga tersasar. Justeru, dalam memastikan penularan COVID-19 dalam negara dapat dikawal dan seterusnya mengelakkan outbreak di luar kawalan, Kementerian Kesihatan akan terus memantapkan strategi kesihatan awam dalam melandaikan keluk COVID-19 dan memutuskan rantaian transmisi, selain daripada langkah-langkah kesihatan awam, program vaksinasi kita, tetapi juga dengan pelan Fine, Test, Trace, Isolate and Support (FTTIS) yang lebih mantap lagi supaya kita dapat putuskan rantaian kes-kes yang baharu walaupun sudah tular di masyarakat. Tuan Yang di-Pertua, dalam hal ini, Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Lanang, Yang Berhormat Kota Samarahan, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Kota Melaka dan Yang Berhormat Beaufort telah menyentuh berkenaan saringan serta kit ujian COVID-19. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, penularan COVID-19 adalah satu proses yang dinamik berbanding dengan aktiviti pengujian yang bersifat statik. Pendekatan Kementerian Kesihatan sekarang adalah untuk kita lebih fokus kepada fasa mitigasi iaitu menjalankan saringan ke atas individu bergejala dan juga konteks rapat selaras dengan fasa mitigasi ini. Selain daripada itu, masyarakat juga telah diperkenalkan dengan penggunaan kit ujian kendiri (RTK-Antigen). Ujian tersebut dapat membantu serta memudahkan masyarakat dalam proses pengesanan awal dan pengawalan jangkitan COVID-19. Secara tidak langsung, ia juga dapat membantu mengurangkan bebanan petugas kesihatan.
Bagi kes yang positif menerusi RTK-Antigen sama ada dilaksanakan di makmal ataupun dilaksanakan secara kendiri (self-test). Individu tersebut akan terus diarah ataupun dinasihati untuk isolate dan membuat pengasingan. Jadi sekarang ini kita anggap bahawa positive test daripada test kendiri RTK-Antigen adalah cukup untuk kita memastikan bahawa mereka diasingkan dan kita anggap sebagai positif. Kita akan mengesahkan melalui RT-PCR. Untuk tujuan release daripada kuarantin hanya dilaksanakan oleh RT-PCR. Untuk tujuan test, kita ambil positif daripada RTK sebagai positif dan kita melaksanakan pengasingan daripada peringkat tersebut.
Boleh minta penjelasan?
Yang Berhormat Bandar Kuching, banyak ini.
Okey, saya cuma hendak sahkan. Tadi Yang Berhormat Menteri mengatakan RT-PCR akan dilakukan sebelum dilepaskan daripada kuarantin tetapi sekarang SOP KKM mereka tidak buat sebelum kita lepaskan jadi saya hendak sahkan.
Ya, ini untuk kes-kes kontak rapat.
Teruskan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih. Saya hendak ya...
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Gopeng.
Yang Berhormat Gopeng, sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri, berkenaan dengan test. Saya rasa kementerian seharusnya ada satu piawaian yang selaras apabila kendalikan test supaya kita ada mengetahui daripada segi positivity bagaimana. Kerana kalau setiap negeri ada cara berlainan ada negeri yang mungkin test mereka yang ada kontak rapat yang ada simptom. Ada negeri yang mungkin test ke semua kontak rapat jadi ini akan memberi data-data yang tidak tepat dan akan kelirukan apabila kita melihat kepada positivity rate dan sebagainya. Kementerian seharusnya juga jelaskan apabila ada pengubahan daripada segi dasar untuk buat test, tahap mana kita telah ubahkan dasar tersebut supaya apabila orang luar yang buat kajian dia tahu kenapa positivity itu berlainan daripada yang sepatutnya. Sekian, terima kasih.
Singkat sahaja, singkat sahaja Yang Berhormat Menteri.
Singkat sahaja. Ya, Yang Berhormat Bandar Kuching dulu.
Ya saya tidak sempat untuk berbahas baru-baru ini akan beberapa gendala. Namun Tuan Yang di- Pertua terima kasih Yang Berhormat Menteri. Apa yang diperlukan kalau boleh saya cadangkan adalah satu national test policy dengan izin yang merangkumi pelbagai dimensi dan keperluan ini iaitu bagaimana test diuji atas situasi apa kepada siapa, jenis- jenis – belum ada satu lagi National Testing Policy Yang Berhormat Menteri. I think itu yang paling mustahak untuk kita capai. Terima kasih.
Ya hendak tambah sikit. Tadi Yang Berhormat Menteri berkata tentang self-test kit. Isu sekarang banyak orang yang beli self- test kit mereka tidak melaporkan keputusan apabila negatif. Saya telah cadangkan bagaimana kita untuk incentivise mereka yang telah melaporkan. Mungkin Yang Berhormat Menteri boleh jelaskan. Saya mencadangkan satu rebat contohnya kerajaan subsidise to RM10 kita jual RM12. Apabila orang laporkan RM2 itu akan direbat semula. Apakah pandangan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching, sila.
Yang Berhormat Menteri.
Last Tuan Yang di-Pertua sebab saya banyak sangat kalau layan macam ini saya rasa tak lepas lima muka surat.
[Ketawa]
Saya faham, jadi saya minta supaya Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Lanang hendak tanya tentang tadi Yang Berhormat Menteri kata itu RT-PCR akan dilakukan kalau untuk close contact di-release-lah from quarantine tetapi di Sibu ia tidak berlaku kerana saya ada satu kes di mana dia mendapat RTK positif tetapi selepas dua hari dia baru buat PCR. Result itu keluar selepas lapan hari, jadi selepas lapan hari iaitu hari ke-12, close contact baru disuruh untuk kuarantin di rumah untuk 14 hari lagi. Jadi saya hendak tanya sama ada SOP ini akan berlaku di semuanya.
Ya terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Lanang.
Itu mungkin soal kelewatan di makmal, tetapi saya akan semak kes Yang Berhormat Lanang tadi. Cuma, saya hendak jawab soalan-soalan dasar dulu ya. Pertamanya, yang dibangkitkan tadi oleh Yang Berhormat Gopeng terkait dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor tadi. Sekarang ini kita sedang siapkan satu National Testing Strategy. Jadi jelas di peringkat mana kita anggap bahawa kawasan itu boleh beralih kepada fasa mitigasi. Di dalam keadaan apa ia masih lagi dalam keadaan late-containment yang boleh kita masih lagi test sama gejala, tidak bergejala dan sebagainya. Ini saya rasa tidak jelas sebelum ini sebab itu di lapangan ada pelbagai interpretasi tentang testing. That’s why sekarang ini saya telah minta supaya satu testing strategy yang jelas dapat kita laksanakan dalam keadaan-keadaan tertentu. Akan tetapi Yang Berhormat, kita juga kena empower Jabatan Kesihatan Negeri untuk determine berdasarkan kepada trend penularan kes mereka sama ada mereka sudah mitigasi ataupun late-containment. Dengan mengambil kira juga aset yang sedia ada. Kalau aset tak cukup Yang Berhormat buat apa kita asymptomatic testing sudah tak cukup tangan sudah untuk melaksanakan asymptomatic testing kita hendak beralih kepada fasa mitigasi. Akan tetapi saya faham Yang Berhormat Gopeng, memandangkan perkara tersebut ia memberi gambaran yang berbeza-beza berkenaan dengan positivity rate sebab ada yang buat asymptomatic testing, ada yang buat symptomatic testing. So, we have to be clear dengan izin berkenaan dengan testing strategy. Berkenaan dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bandar Kuching. Ini adalah satu masalah yang agak serius sebab kita dapati bahawa bagi mereka yang melaporkan keputusan daripada kit kendiri tendency adalah untuk mereka melaporkan apabila positif tetapi negative cases ramai yang tak lapor. Sebab itu denominator kita ada masalah dan sekarang ini kita sudah ambil denominator – kita sudah campur sudah jumlah saringan RT-PCR, RTK Antigen makmal profesional dan RTK Antigen kendiri. So, kalau kita campur semua ini pada 21 September di peringkat kebangsaan, positivity rate kita RT-PCR plus RTK Antigen makmal plus RTK Antigen self-test adalah 9.95 percent. But we don’t know the true the denominator sebab kita tidak tahu berapa ramai yang telah melaksanakan self-test tersebut. Jadi saya...
Yang Berhormat Menteri...
Yes sir?
Is that across under reporting Yang Berhormat Menteri.
Ya. That’s why I’m trying – ya.
Ini kerana mereka yang negatif tidak akan membuat pengakuan kecuali kalau kita incentivise mereka Yang Berhormat Menteri.
I was just to get there sir. Sebab itu saya suka pada pandangan yang disebut oleh Yang Berhormat Bandar Kuching untuk kita bagi rebat kepada mereka yang melaporkan ujian mereka. That’s perhaps the only way dengan izin untuk kita melaksanakan pelaporan kendiri yang lebih tinggi lagi. Jadi terima kasih atas cadangan tersebut. Sehingga kini sebanyak 18 kit ujian kendiri telah mendapat kelulusan pihak berkuasa peranti perubatan ataupun Medical Devices Authority selaras dengan Akta Peranti Perubatan 2012. Selain itu MDA juga sedang membuat penilaian ke atas beberapa lagi jenama kit ujian kendiri. Antara aspek penilaian sebelum kelulusan diberikan bagi setiap kit ujian kendiri adalah nilai sensitiviti dan specificity yang melebihi 90 peratus. Dalam meningkatkan lagi penggunaan kit ujian kendiri dalam kalangan rakyat Malaysia dan memastikan harga adalah mampu milik, kerajaan menerusi kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) – Yang Berhormat
Menteri ada terima kasih. Kementerian Kesihatan telah membuat penetapan harga siling bermula 5 September yang lalu. Harga siling yang telah diluluskan untuk jualan runcit adalah RM19.90 dan bagi jualan pukal pula adalah RM16. Saya juga dua hari yang lepas telah mengadakan perbincangan bersama dengan Menteri KPDNHEP, Yang Berhormat Kapit bagi meneliti untuk menurunkan lagi harga jualan ini pada masa hadapan serta meluaskan penjualannya di premis selain farmasi komuniti seperti kedai serbaneka, pasar raya dan kedai-kedai lain yang bersesuaian. Ini memandangkan keperluan penggunaan kit ujian kendiri ini dilihat sebagai suatu norma baharu yang akan menyokong proses pemulihan negara apabila lebih banyak sektor ekonomi dan aktiviti sosial dibenarkan selepas ini. Walau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kapasiti ujian bagi pengesanan COVID-19 melalui kerjasama berterusan dengan pelbagai agensi kerajaan dan pihak swasta. Sehingga 16 September bilangan makmal di seluruh Malaysia yang telah diluluskan bagi menjalankan pengujian RT-PCR adalah 99 buah makmal di seluruh negara dan memberikan kapasiti keseluruhan 121,803 pengujian sehari berbanding 6,210 kapasiti ujian RT-PCR sehari pada bulan Mac yang lepas, iaitu peningkatan sebanyak 1,961 peratus. Tuan Yang di-Pertua... [Batuk] Seperti mana yang telah saya jawab... [Batuk] Minta maaf.
Sila. Tidak apa minum air.
Kita boleh tolong buat PCR.
Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang telah saya jawab dalam Sesi Soalan Jawab Lisan semalam, dalam memastikan penilaian ke atas individu positif COVID-19 dilaksanakan dengan teratur dan berkesan. Kementerian Kesihatan juga telah menubuhkan Pusat Penilaian COVID-19 ataupun COVID-19 Assessment Center untuk membuat penilaian dan mengenal pasti pesakit yang bersesuaian untuk menjalani isolasi di rumah atau perlu dirujuk ke PKRC atau hospital untuk menjalani rawatan. Setiap daerah mempunyai sekurang-kurangnya sebuah CAC, bergantung pada kapasiti pesakit di daerah tersebut. Dan sehingga kini sebanyak 209 buah CAC telah diwujudkan. Jumlah ini akan berubah mengikut keadaan semasa, termasuklah penambahan jumlah CAC yang akan dibuka sekiranya bilangan pesakit meningkat di sesebuah lokasi. Bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tebrau mengenai cadangan agar CAC swasta yang dibangunkan di tempat yang bersesuaian di kawasan terbuka dan bukan di lot-lot kedai, perkhidmatan CACGP adalah terhad di ruang klinik sahaja. Ini kerana perlu mematuhi Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998. Sehubungan dengan itu, CACGP tidak dibenarkan beroperasi di lot terbuka atau di luar premis klinik. Manakala CAC swasta yang dibuka di tempat selain daripada fasiliti kesihatan berdaftar, penubuhannya perlu terlebih dahulu mendapatkan kelulusan daripada Kementerian Kesihatan. Kementerian Kesihatan akan meneliti setiap permohonan bagi memastikan ia adalah sesuai mengikut garis panduan yang ditetapkan. Namun demikian, kita akan menggalakkan lebih ramai lagi pengamal perubatan swasta untuk bantu menubuhkan CAC swasta agar pemantauan kepada home quarantine dapat dilaksanakan, bukan hanya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia tetapi juga oleh pengamal perubatan swasta...
Yang Berhormat Menteri, boleh saya mencelah? Okey, saya faham apa penjelasan yang diberi oleh Yang Berhormat Menteri. Akan tetapi masalahnya, untuk mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan, kebanyakan CAC swasta ini, mereka- kerana ruang yang mereka ada kecil. Jadi, bila ramai yang
datang, mereka susah hendak kawal penjarakan sosial. Dan orang ramai ini, dia akan berkumpul di luar. Jadi, ia menggugat keselamatan orang awam- aduan yang saya terima dari kedai-kedai di sebelah kiri dan kanan CAC swasta ini. Jadi, saya berharap kementerian akan lakukan siasatan mengejut supaya semua CAC swasta ini mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya akan teliti cadangan tersebut. Mungkin kita boleh bagi kelonggaran sedikit untuk beberapa CAC swasta kalau sekiranya tempat ruang itu adalah bersebelahan dengan klinik mereka. Dalam membuat penilaian tentang keadaan pesakit COVID-19, sama ada sesuai menjalani kuarantin di rumah atau perlu dirujuk ke PKRC, atau hospital untuk rawatan lanjut, beberapa kriteria dijadikan ukuran. Bagi mereka yang diarahkan untuk menjalani kuarantin di rumah, syarat-syarat berikut akan dinilai semasa penilaian di CAC atau secara CAC maya iaitu: (i) secara umumnya berumur kurang dari 60 tahun; (ii) tidak mempunyai body mass index yang melebihi 30; (iii) tinggal di bilik berasingan dari isi rumah yang lain- sebaiknya bilik tersebut mempunyai bilik air sendiri; (iv) mempunyai penjaga yang sesuai; (v) tidak mempunyai komorbiditi; dan (vi) boleh dihubungi sepanjang masa oleh petugas kesihatan. Dalam hal kuarantin ini juga, Yang Berhormat Semporna telah bertanyakan tentang alatan penilaian kendiri yang tidak dimiliki oleh individu yang diarah menjalani kuarantin di rumah. Pada ketika ini peralatan seperti pulse oximeter, alat tekanan darah, glukometer dan sebagainya merupakan alat-alat tambahan dan bukan wajib bagi pesakit yang sedang menjalani isolasi dan pemantauan di rumah. Walau bagaimanapun, pihak Kementerian Kesihatan telah membekalkan sebanyak 19 ribu alat pulse oximeter untuk diagihkan secara pinjaman kepada pesakit COVID-19 daripada kumpulan B40 melalui kesemua Jabatan Kesihatan Negeri. Selain daripada itu, Perdana Menteri pada 19 September yang lalu telah mengumumkan pakej penjagaan COVID-19 ’Keluarga Malaysia' yang mengandungi: (i) Kit Ujian Kendiri COVID-19- empat kit setiap keluarga; (ii) pek pelitup muka guna semula- empat keping setiap keluarga; (iii) satu oximeter nadi; (iv) satu termometer; dan (v) risalah berkenaan dengan penggunaan, serta kawalan kendiri. ‘Bantuan ini akan memanfaatkan sekitar 3.6 juta- keluarga daripada Kumpulan B40 dengan peruntukkan kewangan sebanyak RM471.6 juta...
Mohon mencelah.
Yang Berhormat Bukit Mertajam dahulu. Sila Yang Berhormat Bukit Mertajam.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, berkenaan dengan kuarantin di rumah, saya ingin mencadangkan agar kerajaan mewujudkan satu sistem di mana kita boleh memberikan khidmat pemantauan dan penjagaan kesihatan kepada pesakit-pesakit yang kuarantin di rumah.
Setakat ini terdapat lebih 160 ribu hampir 170 ribu orang pesakit COVID-19 yang kuarantin di rumah di seluruh negara. Dan kebanyakan mereka walaupun ada oximeter dan sebagainya, mungkin tidak mempunyai kepakaran daripada segi perubatan untuk memantau dan menjaga kesihatan mereka. Kalau kita tidak memberikan khidmat tersebut, mungkin keadaan mereka akan bertambah buruk, dan ini menambahkan kes-kes BID. Jadi, saya cadangkan, kalau tidak cukup Pegawai Perubatan di sektor awam Kementerian Kesihatan, saya mencadangkan supaya kementerian memobilisasikan GP- GP swasta untuk memberikan khidmat tersebut. Terima kasih.
Okey, Yang Berhormat Bukat Mertajam. Yang Berhormat Gopeng, silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Berkenaan dengan home quarantine ini- ini bersangkut paut dengan BID dan kejayaan home quarantine ini agak penting, sebab saya rasa kementerian seharusnya ada satu spesifik attention diberikan kepada- untuk memastikan home quarantine ini berjaya. Ini kerana saya pasti mereka yang akhirnya sebagai BID walaupun 80 peratus tidak merupakan mereka yang pernah ada positif COVID-19, tetapi ini juga kerana kebanyakan mereka mungkin tidak rasa begitu selesa- berkenaan dengan home quarantine- tidak yakin dengan home quarantine. Jadi, saya rasa- memang saya tahu ada tambah baik daripada segi bekalan pulse oximeter kepada pesakit, dan saya rasa perlu ada satu penelitian yang khusus untuk home quarantine supaya ia betul-betul berjaya, dan pesakit yang mengalami home quarantine ini rasa selesa, dan tidak begitu gelisah apabila mereka dalam keadaan home quarantine ini.
Terima kasih Yang Berhormat Gopeng. Hendak bagi tambahan satu lagi. Sila Yang Berhormat Ipoh Timur.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya Cuma hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan home quarantine. Untuk ahli-ahli keluarga yang duduk serumah dengan pesakit COVID-19 yang menjalani home quarantine, apa polisi kerajaan sekarang. Ini kerana saya mendapat banyak makluman bahawa pihak CAC memang tidak ada menghubungi mereka yang duduk serumah untuk membuat PCR test. Dan sekiranya ahli-ahli keluarga mereka hendak membuat PCR test pun kadang-kadang CAC kata tidak cukup kakitangan, tidak cukup sumber untuk melaksanakan test tersebut. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Sila Yang Berhormat Menteri teruskan.
Terima kasih atas pandangan dan pencelahan tadi. Saya setuju dengan pandangan daripada Yang Berhormat Bukit Mertajam agar kita meramaikan khidmat swasta untuk melaksanakan home quarantine. Untuk makluman Yang Berhormat, setakat sekarang ini, CACGP yang diwartakan dan menjalankan pemantauan di rumah adalah seramai 65 bilangan pengamal perubatan swasta yang sedang menjalankan home quarantine, tetapi yang telah diwartakan adalah seribu lebih.
Jadi, saya akan melihat apa insentif yang dapat kita beri kepada mereka untuk membantu kerajaan dalam pemantauan home quarantine ini. Bagi pandangan yang telah ataupun perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gopeng, saya sangat- sangat prihatin dengan kes BID ini dan kita masih lagi dapat kes-kes yang dilaporkan setiap hari. Saya nak kongsi bersama dengan Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan ini, bahawa setakat Ogos, kita jangan ambil September dulu. Setakat Ogos, jumlah BID adalah 2,417 kes tetapi apa yang saya rasa sangat ketara adalah pecahan BID daripada mereka yang ada di bawah healthcare providers care, sama ada CAC ataupun CAC GP.
Bagi mereka yang under healthcare providers care adalah 217 kes atau 14 peratus. 2,200 kes tidak berada di bawah jagaan mana-mana healthcare providers, sama ada CAC ataupun CAC GP, 86 percent, 86 peratus (2,200). Jadi saya telah minta supaya Kementerian Kesihatan melihat secara teliti kenapa mereka tidak berada di bawah jagaan kemudahan kesihatan? Why? Sama ada mereka asimptomatik dan mengalami hypoxia dan akhirnya kemerosotan itu berlaku dalam tempoh masa 24 jam ke 48 jam dan tidak sempat untuk dihantar ke hospital, sebab kebanyakan daripada kes ini memang kemerosotan dia berlaku dalam tiba-tiba masa sahaja. Sebab itu, pertamanya adalah untuk memastikan bahawa rakyat lebih yakin dengan home quarantine sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat Gopeng tadi. Maknanya peralatan kita hantar, pulse oximeter. Pemantauan kita buat supaya mereka rasa ‘okey, saya ada sedikit gejala. I might as well report, dengan izin dan selepas itu saya akan dapat panggilan daripada CAC, saya akan mengisi borang kendiri dalam MySejahtera: home assessment tool. Jadi kita kena empower dengan izin, ahli keluarga dan juga pemimpin masyarakat supaya at the first tell-tale sign ataupun bila ada red flag daripada segi kesihatan, slightest sign of symptom, kita buat ujian kendiri ataupun kita laporkan kepada CAC. Ini adalah antara cara kita hendak mengurangkan BID Yang Berhormat, sebab kita nak pastikan bahawa we have no more silent deaths dengan izin di mana dia tak tahu apa-apa, tiba-tiba ada fenomena hypoxia dan dalam tempoh masa 24 jam, dia terlewat untuk dihantar ke hospital. Berkenaan dengan soalan daripada...
Dengan izin, Yang Berhormat Menteri. Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri yang memberikan keprihatinan terhadap soalan BID yang telah pun kita bangkitkan sejak sekian lama dan saya rasa ini adalah satu way forward yang sangat wajar dan bijak daripada Yang Berhormat Menteri. Apa pun, saya ingin bertanya. Dari sudut BIDs yang telah ditangani, apakah polisi genomic testing terhadap cases daripada segi kematian di luar hospital ini dan apakah sudah ada polisi tentang bagaimana. Itu sangat penting untuk saya tahu dahulu, tak apa yang lain itu saya boleh kemudiankan. Genomic testing on BIDs, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. I don’t have the details, saya akan jawab secara bertulis berkenaan dengan genomic testing untuk yang BID tadi. Berkenaan dengan close contact ataupun kontak rapat yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur tadi, mungkin adalah disebabkan kekangan aset ataupun kekangan sumber tak dapat dibuat PCR dan sebagainya. Jadi, polisi kita sekarang adalah untuk kontak rapat supaya memaklumkan kepada PKD ataupun CAC dan kita akan hantar sekurang-kurangnya akan dapat dihantar test kendiri. Kalau tidak, beli test kendiri dahulu, do the test and isolate yourself. That will be the new policy from now on because if we don’t stop the transmission dengan close contact, dengan izin, our numbers will continue to rise. That is why it’s rising. So, polisi yang baru ini harap kita dapat sama-sama jayakan. Insya-Allah.
Yang Berhormat Menteri, Klang.
Oh ya! Yang Berhormat Klang.
Sila Yang Berhormat Klang.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pandangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi berkait dengan kuarantin di rumah boleh diguna pakai untuk rakyat
Malaysia tetapi kita ada satu kumpulan yang besar iaitu undocumented workers termasuk dengan pekerja asing. Kalau mereka didapati positif COVID-19, apakah cara kita memantau sebab mereka mengikut apa peraturan yang telah dikemukakan atau disenaraikan oleh KKM di boarding mereka ataupun di kawasan yang mereka tinggal. So, saya takut kebanyakan daripada employers mereka tidak akan mengikut arahan yang diberikan oleh pihak kerajaan dan ini akan menjadi masalah yang besar sebab bila mereka pergi bekerja, mereka akan infect Malaysian workers especially undocumented workers yang kita tidak tahu berapa jumlah mereka. Minta pandangan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Klang. Sila, Yang Berhormat Menteri.
Ya, saya rasa ini adalah pandangan yang sangat cemerlang daripada Yang Berhormat Klang. Sebab polisi sekarang adalah kita minta supaya majikan isolate pekerja mereka, especially kalau tidak bergejala ataupun bergejala ringan. Tak perlu bawa ke PKRC dan sebagainya tetapi daripada segi pematuhan kepada dasar itu adalah sangat-sangat tidak jelas, sama ada pematuhan itu dilaksanakan ataupun tidak. I think Yang Berhormat Klang, saya akan melihat kepada perkara ini dengan serius. Ini satu perkara yang saya rasa one blind spot kita yang terus membenarkan penularan. Maybe, mungkin ini adalah sebab kita masih lagi report workplace cluster sekarang ini. Sepatutnya tidak lagi ada workplace cluster tetapi sekarang ini masih lagi wujud workplace cluster terutamanya di tempat kediaman. Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan ya.
Baik, silakan.
Mengenai cadangan Yang Berhormat Port Dickson untuk menjadikan klinik kesihatan- Yang Berhormat Port Dickson tak ada, boleh saya bagi secara bertulis?
Ya, okey. Secara bertulis.
Bagi memastikan rawatan kepada COVID- 19 dilaksanakan sepertimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kapar agar setiap negeri mewujudkan sebuah hospital khusus bagi rawatan COVID-19. Kementerian Kesihatan telah mengkhususkan hospital-hospital untuk merawat pesakit COVID-19 di setiap negeri, di seluruh negara serta sama ada hospital tersebut dijadikan full COVID-19 hospital atau hybrid COVID-19 hospital.
[Bangun]
Setakat ini, terdapat 130 hospital awam yang mana 123 buah di bawah KKM dan enam buah hospital universiti serta satu buah hospital ATM yang dikhususkan untuk merawat pesakit COVID-19. There are fifteen, 15 full COVID-19 hospitals still dan 115 secara hibrid. Ya, Yang Berhormat. Yang Berhormat Wangsa Maju, saya bagi kepada tuan yang tanya dahulu, Yang Berhormat Kapar.
Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, meneliti daripada laporan dan maklumat yang telah saya terima, kebanyakan jangkitan daripada penyakit biasa mengalami penyakit COVID-19 selepas itu dan saya mencadangkan sedemikian kerana saya khuatir jangkitan berganda itu akan berlaku, bila mana kita biarkan hospital-hospital itu dimasukkan dalam pesakit COVID-19. Maksud saya ialah, kita khususnya macam penyakit kusta. Kita ada satu hospital kusta, jadi begitulah dengan COVID-19 ini. Sebabnya pandemik ini dia akan berlarutan. Saya maklum apa Yang Berhormat Menteri cakap tetapi saya cadangkan supaya khususnya untuk COVID-19 sahaja untuk kita nak selesaikan masalah ini. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih. Sebab itu Yang Berhormat, di setiap negeri memang ada full COVID-19 hospital tetapi untuk kita jadikan lebih banyak full COVID-19 hospital, kita akan mengalami masalah daripada segi pengurusan kesihatan non covid yang sekarang ini pun banyak backlog yang tertangguh disebabkan hospital-hospital sekarang ini memberi tumpuan kepada COVID-19. Akan tetapi saya ambil maklum apa Yang Berhormat sebut. Dalam lawatan saya, saya melihat walaupun hospital itu hibrid, pengasingan pengurusan COVID-19 dengan pengurusan non COVID-19 dibuat dengan baik. Clean ward memang diasingkan jauh ataupun diasingkan dengan baik daripada COVID-19 tetapi saya ambil maklum dan saya akan bentangkan kepada Yang Berhormat nanti jumlah kes penularan yang berlaku di hospital-hospital. Ya, Yang Berhormat Wangsa Maju.
Sila Yang Berhormat Wangsa Maju, ya.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tahu sama ada bantuan kewangan diberikan kepada mereka yang kena COVID-19 tetapi tidak dapat masuk ke hospital kerajaan sebab semua hospital kerajaan atau hospital awam telah penuh. Jadi mereka tidak ada pilihan tetapi diperlukan masuk ke hospital swasta dan fi hospital swasta sangat tinggi. Ada seorang yang saya kenal, dia kena COVID-19 dan dimasukkan ke ICU hospital swasta. Bila keluar, bil dia sampai RM400,000. Jadi saya ingin tahu sama ada kerajaan bersedia untuk membantu kes-kes seperti ini. Ini bukan pilihan mereka untuk masuk ke hospital swasta sebab hospital kerajaan tidak ada tempat lagi. Jadi bolehkah mereka meminta reimbursement? Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju.
Perkara berkaitan.
Sila Yang Berhormat Bukit Mertajam.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Perkara berkaitan dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Wangsa Maju dan saya hendak petik satu kenyataan yang saya rasa amat penting oleh Dr. Chow Ting Soo, Ketua Unit Kawalan Penyakit Berjangkit di Hospital Pulau Pinang pada 13 September baru-baru ini. Saya petik secara ringkas apa yang beliau kata. “I felt very defeated looking at the death curve and statistics. Penang used to have the lowest death rate case fatality ratio however we are now very high. What went wrong?” Beliau telah menggariskan antaranya ialah ICU crisis always not enough. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana telah mengusahakan sebuah hospital medan baru-baru ini di Pulau Pinang dengan 100 buah katil dan empat buah katil ICU. Saya berharap hospital ini akan beroperasi minggu ini juga tetapi saya juga telah membangkitkan kepada Yang Berhormat Menteri bahawa Pulau Pinang memang memerlukan lebih banyak katil ICU. Saya mohon supaya Kerajaan Pusat segera menurunkan sumber supaya kita boleh mewujudkan katil-katil ICU ini sebab saya tak nak tengok kalau ada pesakit dia kata tidak ada katil, tidak ada ICU, tidak cukup peralatan dan sebagainya. Saya mohon jasa baik dan pertimbangan kerajaan untuk mempercepatkan proses ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, perkara yang sama sedikit sahaja ya.
Sila Yang Berhormat Bayan Baru.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sangat bersetuju dengan apa Yang Berhormat Wangsa Maju bangkitkan, sangat penting. Itu sebab saya ingin propose kepada Yang Berhormat Menteri supaya menggunakan Akta
Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Seksyen 26 untuk merekuisisi hospital swasta atau katil swasta untuk membantu kerajaan. Setakat ini I think rata-rata di hospital swasta, they have not done enough to help the country. Ini hanyalah 5 peratus daripada katil-katil swasta yang digunakan untuk COVID-19 dan mereka caj begitu tinggi. Ini satu, they are making money out of this pandemic, this crisis. I think it is not fair. Kerajaan harus untuk step in dan perbetulkan keadaan yang begitu tidak seimbang. Charging RM400,000 to RM500,000 for crisis like this, this is inhuman to me. Saya rasa Yang Berhormat Menteri kena lebih tegas, Kementerian Kesihatan mempunyai kuasa di bawah Director General (DG) mempunyai kuasa. Jadi saya tidak faham kenapa kementerian tidak sanggup untuk menggunakan akta yang saya telah bangkitkan tadi. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah bangkitkan perkara tadi. Pertamanya, saya hendak maklum kepada Yang Berhormat Wangsa Maju bahawa di Kementerian Kesihatan, kita ada satu tabung untuk kita bantu mereka yang terpaksa masuk ke hospital swasta. Akan tetapi mungkin dari segi prosesnya tabung ini adalah apabila mendapat reference letter daripada hospital kerajaan dan dihantar ke hospital swasta. Mungkin dalam kes-kes berkenaan, ia lebih kepada mereka yang terus ke hospital swasta. Whatever it is, kita akan review on the case-by- case basis sebab saya sedar bahawa ramai yang pergi ke hospital swasta, mereka tidak ada pilihan pada waktu itu. Saya akan melihat kepada case by case untuk kita bantu mereka ini. Berkenaan dengan ICU dan juga kemudahan-kemudahan lain yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Mertajam. Saya pun telah menerima surat daripada Yang Berhormat berkenaan dengan permintaan untuk kita menambah katil ICU di Hospital Pulau Pinang terutamanya melalui kaedah pengubahsuaian katil biasa kepada katil ICU. Kita akan memberi sumber secepat mungkin untuk menambah dalam 40 kalau tidak silap saya yang diminta oleh Yang Berhormat supaya keperluan ICU di Pulau Pinang mencukupi. Berkenaan dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bayan Baru. Sudah pasti Ketua Pengarah Kesihatan ada kuasa untuk rekuisisi tetapi kita hanya menggunakan kuasa ini dalam keadaan yang sangat-sangat terdesak. Buat masa ini kita masih lagi dalam proses rundingan yang berterusan dengan hospital-hospital swasta supaya mereka dapat meningkatkan kapasiti penyumberluaran (outsourcing). Setakat tahun ini, peruntukan sebanyak RM40 juta telah diagihkan kepada 14 buah negeri. Setakat ini sebanyak 38 buah hospital KKM dan 72 buah hospital swasta terlibat dalam aktiviti outsourcing ini. Saya akan pastikan bahawa kapasiti yang ada, untuk makluman Yang Berhormat saya rasa tidak silap saya, hospital kapasiti untuk pesakit COVID-19 di hospital swasta masih lagi di paras yang agak rendah, 45 peratus. Mungkin tidak dapat diisi disebabkan isu kos. Mungkin ramai yang tidak pergi disebabkan risau untuk terpaksa bayar kos yang tinggi. Perkara itu akan saya teliti dan saya akan susuli dengan tabung yang saya sebutkan tadi supaya tidak berlaku kes lagi di mana tidak ada kemudahan ICU di hospital kerajaan dan terpaksa sama ada dirujuk kepada hospital swasta dan membayar kos yang tinggi ataupun tidak mendapat apa-apa rawatan. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri ada tujuh minit lagi.
Ya. Selain itu Yang Berhormat Kota Raja telah mencadangkan agar Angkatan Tentera Malaysia membantu menyediakan Hospital Medan. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Kesihatan sememangnya telah melaksanakan suatu langkah strategik dengan kerjasama ATM, NADMA, pihak berkuasa tempatan, kerajaan negeri dan sebagainya. Jadi bilangan Hospital Medan ATM yang telah dibina adalah sebanyak 10 buah iaitu:
(i) di Tawau; (ii) di Pokok Sena (Makeshift Treatment Centre); (iii) di Penjara Kepayan; (iv) di Kapit; (v) di Intensive Care Unit Hospital Medan Kepala Batas; (vi) Hospital Medan di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru; (vii) Hospital Medan Labuan; (viii) Disaster Management Zone di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan; (ix) Hospital Selayang; dan (x) Hospital Medan Pulau Pinang yang akan beroperasi insya-Allah pada minggu ini. Di samping itu, enam buah hospital medan sementara hasil kerjasama dengan NGO Mercy telah pun dilaksanakan iaitu: (i) Fields ICU Labuan; (ii) Hospital Medan Tengku Ampuan Rahimah HTAR Klang; (iii) Hospital Medan Melaka; (iv) Hospital Temenggung Kulai; (v) Hospital Medan Seberang Jaya; dan (vi) Hospital Medan Umum Sarawak. Terdapat juga perancangan bagi mewujudkan dua buah hospital medan iaitu Hospital Miri, Hospital Sibu oleh pihak MERCY dan saya baru sahaja pagi tadi telah lulus Hospital Medan untuk Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah.
[Bangun]
Ya Yang Berhormat Kota Raja.
Kita alu-alukan pengumuman Yang Berhormat Menteri itu, cuma kalau boleh kita buat macam di Wuhan itu besar. Sepatutnya di Pulau Pinang misalnya satu, di Alor Setar satu yang boleh muat empat ke lima ribu pesakit positif dan dikawal di tempat itu dan merebaknya mereka ke tempat lain itu tidak mudah berlaku. Bolehkah kita buat dalam bentuk yang berskala besar begitu? Boleh isi empat ke lima ribu pesakit positif COVID-19 di situ?
Terima kasih Yang Berhormat. Setakat ini purata saiz hospital medan kita dalam 100 ke 100 lebih, tidak pasti sama ada lima ribu dapat kita tampung. Ia bukan hanya soal peralatan Yang Berhormat tetapi juga dari segi tenaga kerjanya yang diperlukan untuk atur gerak hospital medan.
Akan tetapi, saya akan melihat kepada cadangan untuk diwujudkan hospital medan yang lebih besar. Selain daripada itu ketika kes harian COVID-19 mencatat 10 ribu kes pada bulan Julai, 60 peratus daripada kes-kes tersebut adalah daripada Greater Klang Valley. Sistem perkhidmatan keselamatan adalah tertekan dan berhadapan dengan krisis. Justeru, Greater Klang Valley Special Task Force telah ditubuhkan untuk menghadapi situasi ini dengan meningkatkan kapasiti katil sebagai langkah keutamaan pertama. Aktiviti yang telah dijalankan- menambah bilangan katil COVID-19 dengan mengubah katil bukan COVID-19 kepada COVID-19 di facility kesihatan kerajaan termasuk universiti dan Angkatan Tentera Malaysia. Khas untuk katil ICU COVID-19 KKM telah memasang modular ICU di beberapa buah hospital, dan repurpose high dependency bed untuk dijadikan sebagai katil ICU COVID-19.
Yang Berhormat Menteri minta penjelasan, Yang Berhormat Menteri ada empat minit sahaja.
Yang Berhormat Pasir Gudang.
Ringkas sahaja Yang Berhormat Menteri...
Sekejap Yang Berhormat Pasir Gudang. Tuan Yang di-Pertua dengan izin, walaupun saya ada empat minit oleh sebab kementerian yang penting, boleh atau tidak saya bawa sampai pukul 1 tengah hari?
Ya, boleh. Saya buat keputusan untuk teruskan sampai pukul 1 tengah hari, kemudian kementerian seterusnya pukul 2.30 petang.
Sila Yang Berhormat Pasir Gudang
Sila Yang Berhormat Pasir Gudang
Dalam ucapan perbahasan saya, Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, saya ada menyebut tentang Menteri Kesihatan Malaysia iaitu isu semasa pandemik COVID-19, di Pasir Gudang ini kes sangat besar, ramai yang positif. Ada PKRC sebuah tetapi Hospital Pasir Gudang kawasannya ramai itu tidak ada hospital. Yang Berhormat Menteri, sedang dalam pembinaan. Jadi saya mohonlah, ramai yang telah mati sekarang, supaya projek Hospital Pasir Gudang ini dipercepatkanlah. Ini permohonan rakyat kami di Pasir Gudang. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat atas perkara yang disentuh tadi. Saya teruskan, strategi di bawah Klang Valley Special Task Force menghantar pesakit bukan COVID-19 ke hospital lain termasuk hospital swasta ataupun decanting dan menggalakkan hospital swasta untuk meningkatkan bilangan katil dan katil ICU COVID-19, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bayan Baru tadi. Strategi ini telah berkesan di Greater Klang Valley dan kini ia akan diamalkan di negeri-negeri lain dan saya telah baru-baru ini telah menubuhkan National COVID-19 Rapid Response Task Force, dengan izin. Task force ini diketuai oleh Datuk Dr. Chong Chee Kheong Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Awam yang menjadi Commander kepada Greater Klang Valley Task Force dan saya minta task force ini menjadi, dengan izin, standing army Kementerian Kesihatan Malaysia untuk beberapa tahun yang akan datang sementara kita hidup dengan COVID-19 ini. Kalau sekiranya berlaku apa-apa kes peningkatan di mana-mana tempat, kita boleh atur gerak dengan cepat kemudahan-kemudahan, aset-aset sama ada modular ICU ataupun hospital medan, tangki silinder oksigen ataupun diatur gerak pegawai-pegawai dan tenaga kerja seperti pegawai perubatan, pembantu pegawai perubatan dan jururawat dalam tempoh masa yang singkat ke mana-mana sahaja untuk kita memastikan bahawa outbreak area itu dapat dikawal dengan cepat dan pantas. Berdasarkan pengoperasian facility rawatan COVID-19 ketika ini, sehingga semalam kadar penggunaan katil hospital bagi COVID-19 di seluruh negara sebanyak 73 peratus, PKRC sebanyak 56 peratus dan ICU sebanyak 75 peratus. Selain daripada rawatan COVID-19 di facility kerajaan, sebanyak 112 buah hospital swasta dengan kapasiti keseluruhan 1,272 katil wad biasa dan 135 buah katil ICU juga sedang merawat pesakit COVID-19 sepertimana yang saya sebutkan tadi Yang Berhormat Bayan Baru. Kadar penggunaan katil semasa di hospital swasta 45 peratus bagi katil wad biasa dan 44 peratus di wad ICU. Dengan masa yang ringkas ini Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sentuh sedikit berkenaan dengan data kematian. Berkenaan dengan data kematian yang telah menimbulkan kekeliruan seperti pada 11 September yang lepas, saya ingin memaklumkan bahawa data kematian yang direkodkan adalah berdasarkan
jumlah pelaporan kematian yang diterima pada hari tersebut. Tidak berlaku ralat cuma terdapat backlog pelaporan kes berikutan kebanjiran kes COVID-19 terutama di Lembah Klang pada penghujung bulan Julai sehingga akhir Ogos. Bagi melaporkan setiap kes kematian ia harus mengikut klasifikasi kematian COVID-19, di mana di Malaysia hanya kematian yang disebabkan oleh jangkitan COVID- 19, due to COVID-19 dilaporkan sebagai kematian COVID-19 dan bukan kematian with COVID-19. Jadi proses untuk mengenal pasti sama ada kematian itu adalah due to COVID-19 disebabkan COVID-19, dan bukannya kebetulan ada COVID-19 perlu diadakan bagi tujuan statistik kebangsaan. Ini juga turut menjadi penanda aras peringkat antarabangsa. Klasifikasi ini mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pada bulan April 2020. Bagi tujuan ini pelaporan kematian dari facility kesihatan ke pusat CPRC sepatutnya mengambil masa 24 hingga 72 jam setelah kematian berlaku memandangkan terdapat juga penyiasatan lapangan yang harus dijalankan. Bagi kes-kes yang memerlukan bedah siasat untuk mengenal pasti punca sebenar kematian seperti kes yang meninggal dunia di luar hospital- BID ada kalanya mengambil masa sehingga enam minggu. Ini yang menjadi backlog, yang akan kita usahakan supaya dapat kita clearkan. Sekejap Yang Berhormat Gopeng, can I just finish this? Thank you. Secara amnya tunggakan pelaporan kes kematian ini tidak hanya berlaku di Malaysia malah ia juga turut berlaku di negara-negara lain US, UK, India dan kita tidak terkecuali. Di Malaysia, tunggakan pelaporan ini berlaku di seluruh negara namun kesannya amat ketara di Lembah Klang memandangkan pada akhir bulan Julai sehingga pertengahan Ogos 2021, Lembah Klang mengalami peningkatan kes COVID-19 yang signifikan, sekali gus mengakibatkan beban kerja yang tinggi dan kekangan di lapangan daripada segi sumber terutamanya sumber manusia. Oleh itu, fokus dan keutamaan anggota lapangan pada ketika itu adalah pada perawatan pesakit dan ini secara tidak langsung telah menjejaskan pelaporan kematian tepat pada waktunya, supposed to be between 24 hours to 72 hours. Walau bagaimanapun KKM memandang serius akan kepentingan pelaporan kematian bagi COVID-19 kerana ketelusan pelaporan merupakan agenda penting bagi KKM sekarang. Cuma saya hendak habiskan lagi satu perenggan, saya jemput Yang Berhormat Gopeng dan Yang Berhormat Pontian.
Yang Berhormat Pontian.
Yang Berhormat Pontian selepas itu. Sehubungan dengan itu KKM telah mengambil langkah yang sewajarnya bagi memastikan data pelaporan kematian ini dikemas kini secepat mungkin dengan menetapkan tempoh pelaporan kematian oleh semua facility kesihatan mesti dilakukan dalam tempoh 48 jam. Jika dilihat pada trend kematian mengikut tarikh kematian sebenar dalam COVIDNOW website, trend kematian bagi Malaysia dan di Lembah Klang ini menunjukkan trend yang menurun. Untuk makluman, sehingga 22 September masih terdapat 422 pelaporan kes kematian tertunggak, termasuk 109 kes BID sejak pertengahan bulan Julai yang lepas. Silakan.
Siapakah yang dahulu?
Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Laju sedikit Yang Berhormat Gopeng.
Saya beri Yang Berhormat Gopeng dahulu sebab Yang Berhormat Gopeng berdiri dahulu. Sila Yang Berhormat Gopeng.
Gopeng dahulu, terima kasih. Jadi, saya rasa kita dalam fasa, we are going through pasca vaksinasi dan juga dari segi data-data kematian, kemungkinan kebanyakan kematian juga akibat daripada mereka yang masih belum terima vaksin ataupun belum lengkap vaksin. Jadi, sebagai panduan untuk membuat keputusan sama ada kita hendak memasuki fasa endemik ataupun kita hendak luluskan untuk rentas negeri dan longgarkan SOP dan sebagainya, saya rasa data itu adalah key untuk segala keputusan. Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri berkenaan beberapa perkara. Pertama, setakat mana kadar kematian untuk mereka yang terima vaksin yang sepenuhnya? Kedua, kadar kematian untuk mereka yang dapat COVID-19 kali kedua, sebagai contoh.
Juga di kalangan penduduk Malaysia, berapa banyak di kalangan penduduk Malaysia telah ada antibodi COVID-19 yang menunjukkan bahawa mereka telah pernah terdedah selepas suntikan tersebut.
Ya, saya sudah– ini.
Tuan Yang di-Pertua.
Akhir sekali, akhir sekali.
Tiga soalan itu, Yang Berhormat.
Yang Berhormat Gopeng sudah banyak kali.
Ada beberapa kluster yang menunjukkan kadar kematian yang agak tinggi khususnya kluster Persiaran Agas di Tangkak. Adakah siasatan khusus telah dibuat, sama ada mereka ini mati kerana varian yang luar biasa daripada yang ada sekarang. Sekian.
Tuan Yang di-Pertua, satu soalan.
Sila, saya bagi Yang Berhormat Pontian.
81 peratus populasi dewasa telah divaksinasi. Hari itu kita beritahu bahawa 80 peratus adalah dicapai herd immunity. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, berapa sebenarnya herd immunity threshold atau HIT, 80 peratus atau 90 peratus kah. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyebut 90 peratus baru boleh rentas negeri, semalam 14,990 kes dan kematian 487 kes. Mengapa apabila kita telah sampai 81 peratus imunisasi, kes masih tinggi begitu? Adakah kita boleh belajar daripada negara- negara seperti New Zealand contohnya, sepanjang tempoh cuma ada 4,119 kes dan kematian cuma 27 kematian. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, satu soalan.
Tuan Yang di-Pertua, tolong extend 15 minitlah.
Ya, satu soalan dan extend.
Yang Berhormat Sandakan, sila.
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya adalah mengenai SOP di mana sekarang kami semua rakyat Malaysia ataupun sesiapa yang ingin masuk ke convenience store, supermarket atau kawasan
umum perlu ada MySejahtera untuk scan sama ada untuk tengok dia punya contact tracing. Jadi, soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri adalah bagaimana dengan golongan yang tidak mempunyai telefon bimbit (smartphone) yang boleh menggunakan aplikasi-aplikasi seperti ini, seperti golongan warga emas ataupun golongan B40, di mana satu keluarga hanya kongsi satu telefon bimbit yang boleh guna aplikasi MySejahtera. Jadi sebab ini merupakan pandemik ini akan menjadi endemik di mana Yang Berhormat Menteri share itu hari. Jadi, bagaimana kami tackle masalah ini. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Sandakan. Sila Yang Berhormat Menteri terus menjawab dan tutup.
Ya, terima kasih. Saya jawab Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat Pontian dan Yang Berhormat Sandakan. Terutama Yang Berhormat Sandakan tadi, lepas tu saya mohon untuk menggulung kerana masa sudah lewat. Untuk Yang Berhormat Gopeng, saya rasa soalan yang paling penting yang ditanya adalah soal dengan izin, breakthrough death yang sedang berlaku. Pada pukul 2.30 petang ini, Dr. Kalairasu Periasamy, Pengarah Institut Pendidikan Klinikal dan juga pengerusi kepada technical working group, Jawatankuasa Pemilihan Calon Vaksin basically he’s been leading our expert working group akan bentangkan satu kajian yang telah dilaksanakan oleh National Institute of Health Malaysia berkenaan dengan breakthrough yang disebutkan tadi. Saya sebut topline figure dahulu, ulasannya saya minta Dr. Kalai buatlah sebab dia adalah pakar. Di sini, kadar breakthrough kematian bagi mereka yang fully vaccinated berdasarkan kepada populasi kajian seramai 14 juta orang. Out of 14 million people we have looked at the line-listed data on the cause of death of the vaccination status, kadar kematian bagi mereka yang lengkap vaksinasi, tidak kira vaccine type Sinovac, Pfizer ataupun Astrazeneca adalah 0.01 peratus dan kadar kemasukan ke ICU adalah 0.007 peratus. Maksudnya the vaccine are effective. Yes, there are breakthrough deaths, we know this. Kita tahu akan berlaku kematian kepada mereka yang telah menerima lengkap dua dos vaksin sebab vaksin bukan 100 peratus, tetapi the rates are 0.01 percent and 0.07 percent. Selebihnya saya minta Yang Berhormat Gopeng tunggu pengumuman daripada Doktor Kalai nanti. Berkenaan dengan reinfection from known VOC and again with VOC, tetapi mereka yang kita dapati vaccinated sangat-sangat kurang gejala teruk dan juga kematian. So again, we see that even with reinfection the vaccine are proving to be effective, dengan izin. Berkenaan dengan soalan yang ditanya oleh Yang Berhormat Pontian tadi, saya sebagai Menteri Kesihatan, saya tidak lagi guna terma imuniti kelompok. I don’t use herd immunity anymore. Pada waktu kita mulakan program vaksinasi, kita menggunakan formula yang konvensional untuk kita kira herd immunity yang didapati bahawa antara 70 hingga 80 peratus vaksinasi baru kita dapat herd immunity. Akan tetapi pada waktu itu sebelum penularan varian delta. Delta has basically thrown out the herd immunity calculation and it is difficult to say when kita boleh dapat herd immunity, dengan izin. Oleh sebab itu kita jangan lagi melihat kepada soal herd immunity. Kita kena pastikan bahawa liputan itu seluas mungkin. The broader possible coverage of vaccination dan sebab itu PICK Remaja sangat penting. Oleh sebab itu, kita sedang melihat kepada data ujian klinikal yang dikeluarkan oleh Pfizer untuk vaksinasi kepada golongan kanak-kanak di bawah usia 12 tahun sebab tidak cukup untuk 80–90 peratus dewasa sahaja terima vaksin sebab the children are unvaccinated. Oleh sebab itu kita jangan lagi sebut soal herd immunity dan saya rasa pakar di seluruh dunia sudah menghentikan penggunaan herd immunity dalam konteks COVID-19 ini. Ya, sedikit, Yang Berhormat Kuala Selangor.
Dengan izin, Yang Berhormat Menteri. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyebutkan tentang
keperluan 90 peratus vaccination terhadap orang dewasa untuk kita izinkan interstate dan dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri interstate travelling tadi, dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi, saya rasa perkara itu perlu direview supaya persoalannya tidaklah- kalau 90 percent of adult ia adalah kurang 56 peratus sahaja of the total population. Jadi PICK dan juga children itu ia adalah sangat penting untuk kita memberikan penekanan.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor.
Kita telah buat unjuran Yang Berhormat Kuala Selangor, apabila kita mencapai 90 peratus dewasa, kurang lebih liputan untuk seluruh penduduk adalah lebih daripada 60 peratus. We will also start catching up on the PICK Remaja. Akan tetapi kita juga telah buat keputusan bahawa merentas negeri itu on its own, tidak meningkatkan kes cuma congregation yang berlaku. Itu yang menyebabkan kes-kes penularan. Jadi will have to look at the public health measures, lifting the boarders alone is not the issue so much, mobility is not the issue so much.
We are for, we are for that. Don’t worry.
Thank you. Terima kasih. Satu lagi Yang Berhormat Pontian, New Zealand agak susah dibandingkan dengan kita sebab mereka masih lagi boleh melaksanakan lockdown, hard lockdown. They can still do hard lockdown in New Zealand sebab di New Zealand masih lagi usaha akan containment zero COVID- 19 tetapi Malaysia kita sudah live with COVID-19. Macam Singapura juga, macam negara- negara lain juga. Jadi walaupun kita hendak menurunkan kes ini tetapi dia masih lagi akan ada kes dari semasa ke semasa.
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Last sekali Yang Berhormat Sandakan.
Sibu sini boleh?
Ada ciri dalam MySejahtera untuk check- in bagi tanggungan ataupun dependent. Namun demikian bagi mereka yang tidak ada smartphone saya faham, masih lagi boleh tulis dalam buku dan bawa kad vaksinasi secara manual but Yang Berhormat Sandakan satu lagi, saya hendak cadangkan di Singapura, mereka bagi token kepada warga emas dan mereka yang tidak ada.
Yes.
So, sekarang ini Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedang membangunkan satu token sistem yang boleh kita bagi secara percuma kepada golongan yang tidak ada smartphone supaya mereka boleh bawa token tersebut dan token tersebut menggunakan bluetooth proximity technology nanti.
Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri, sebenarnya tidak perlu token, guna sahaja IC kita. IC kita sebenarnya boleh digunakan.
Sedikit sahaja, Sibu di sini tentang Sarawak. Tentang Sarawak.
Ya.
Kalau kita tidak menjalankan containment lagi, macam Sarawak kes semakin meningkat mencapai ke 3,000 lebih semalam. Jadi ini mengakibatkan kes kematian juga meningkat. Kalau kira-kira peratusan dia memang turun
tetapi kalau kita kira kes, bilangan kes ia semakin meningkat sekarang. Jadi bagaimana kita menangani masalah macam ini.
Terima kasih Yang Berhormat Sibu.
Terima kasih, terima kasih, Yang Berhormat Sibu. Jadi untuk Sarawak yang pertama strategi yang pertama adalah untuk kita meningkatkan FTTIS. Testing perlu kita search di Sarawak sebab ataupun testing perlu kita buat secara cepat di kalangan mereka yang bergejala dan juga di kalangan mereka yang contact rapat. We have to do that very quickly. That is the first– [Tidak jelas]
Akan tetapi sekarang kerajaan negeri macam sudah longgarkan, tidak buat testing begitu ramai sekarang.
Ya, ya ini dalam peringkat saya baru sahaja bincang dengan kerajaan negeri untuk kita tubuhkan taskforce.
That is the correct strategy, Yang Berhormat Menteri.
Kedua, adalah untuk kita mempercepatkan vaksinasi kepada golongan remaja. Ketiga, kita sedang menunggu tarikh bila kita boleh mulakan booster shot kepada golongan yang berisiko tinggi dan mungkin Sarawak akan menjadi negeri pertama yang kita akan mulakan booster shot disebabkan perkara yang sedang berlaku.
Sabah juga Yang Berhormat Menteri.
[Tidak jelas]
Keempat, minta maaf yang keempat. Ini masih lagi belum lagi dimuktamadkan tetapi dalam peralihan kita ke pre endemic transition, kita mesti juga mengambil kira di tempat ataupun kawasan tertentu, di mana penularannya menjadi terlalu out of control, dengan izin. Terpaksa juga kita memikirkan beberapa langkah, circuit mereka yang pantas dan cepat untuk kita menghentikan penularan tersebut. But there is something we are still discussing. They must still be an option for-
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri boleh saya mencelah. We are reminded of Singapore punya experience, Yang Berhormat Menteri.
Of course.
Having gone to endemic phase, mereka kembali untuk membuat apa Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi. Terima kasih.
But, apa yang kita hendak avoid adalah total national lockdown or state-wide lockdown but we must have in place, dengan izin Tuan Yang di-Pertua satu sistem circuit mereka yang cepat untuk kita menghentikan penularan. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa masa pun sudah, saya minta maaf kepada semua. Banyak lagi yang perlu saya jelaskan tetapi saya akan lengkapkan Yang Berhormat semua dengan jawapan secara bertulis. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri Kesihatan. Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan berhenti rehat dan disambung semula pada jam 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada 1.11 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan
Ahli-ahli Yang Berhormat, kita sambung perbahasan dengan menjemput Yang Berhormat Menteri Perpaduan Negara untuk memberikan jawapan. Tempoh masa 15 minit.
Lima belas minit kah Tuan Yang di-Pertua? Bukan 50 minit ya?
Bukan, 15.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Jangan marah Yang Berhormat Seputeh. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk memulakan penggulungan saya. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam perpaduan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada sembilan orang Ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan titah diraja yang menyentuh tentang peranan Kementerian Perpaduan Negara iaitu Ahli Yang Berhormat dari kawasan Beaufort, Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Sabak Bernam, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Parit dan Yang Berhormat Baling. Tuan Yang di-Pertua, kepada persoalan yang telah pun dibangkitkan oleh― Tuan Yang di-Pertua, saya pohon izin, kalau kepada mana-mana Yang Berhormat yang tidak ada, saya jawab secara bertulis.
Kalau tidak ada, jawab bertulis.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak semak. Yang Berhormat Pasir Mas ada tidak?
Ada. Boleh jawab.
Yang Berhormat Rasah?
Rasah sentiasa ada.
[Ketawa] Thank you, Yang Berhormat Rasah. Yang Berhormat Pontian? Insya-Allah, kejap lagi masuk. Yang Berhormat Sabak Bernam?
Ada.
Okey. Yang Berhormat Hulu Langat?
Ada.
Okey. Yang Berhormat Parit?
idak ada.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menyentuh sedikit berkaitan dengan perkara yang telah pun dibangkitkan Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya sebutkan nama tadi yang membangkitkan tentang Keluarga Malaysia.
Aspirasi Keluarga Malaysia, Tuan Yang di-Pertua, dapat dilihat selari dan juga bertepatan dengan Dasar Perpaduan Negara yang baru sahaja dilahirkan oleh Kementerian Perpaduan Negara yang telah pun dilancarkan pada 15 April 2021 yang lalu oleh mantan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang menekankan, Tuan Yang di- Pertua, tentang amalan-amalan nilai-nilai murni di kalangan masyarakat seluruh Malaysia yang ada. Selain daripada itu, Tuan Yang di-Pertua, Dasar Perpaduan Negara ini juga merupakan dasar payung kepada agenda perpaduan nasional melalui Rangka Tindakan (Blueprint) Perpaduan Nasional yang telah pun dibangunkan oleh kementerian bagi tahun 2021 hingga 2030. Ini juga perlu dilihat secara bersama bagi menjelaskan lagi langkah- langkah strategik yang perlu diambil agar ia dapat menghasilkan impak secara langsung kepada rakyat. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Perpaduan Negara juga sedang memuktamadkan Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia yang bersifat inklusif melalui penghayatan Rukun Negara dan juga di atas pembinaan sebuah masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Melalui Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia yang sedang dibangunkan oleh pihak kementerian ini, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memaklumkan kepada Ahli Yang Berhormat, Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia ini mempunyai aspirasi iaitu: (i) memahami konsep perpaduan dalam konteks Keluarga Malaysia; (ii) mewujudkan aspirasi perpaduan yang jelas untuk dicapai dalam tempoh 10 tahun yang akan datang daripada tahun 2021 hingga 2030; dan (iii) menggariskan anjakan strategi dan juga inisiatif-inisiatif baharu yang bersasar dan komprehensif bagi merealisasikan aspirasi perpaduan yang diharapkan. Rangka yang sedang kita bangunkan di bawah Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia ini juga, Tuan Yang di-Pertua, akan memacu pelaksanaan strategi-strategi dalam usaha untuk mencapai Dasar Perpaduan Negara yang telah pun ditetapkan melalui tiga aspirasi penting iaitu: (i) mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional berteraskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara dalam usaha kita untuk membina rakyat yang patriotik dan demokratik; (ii) membentuk identiti nasional dengan semangat kekitaan, prihatin, inklusif, saling menghormati dan juga bertanggungjawab; dan (iii) melahirkan rakyat Malaysia yang akan membudayakan perpaduan untuk kita terus mengukuhkan ekosistem perpaduan itu. Tuan Yang di-Pertua, penghasilan kesemua dokumen ini akan mengambil kira pelbagai sudut. Saya tahu nanti Yang Berhormat Batu Kawan akan bangun, akan bertanya tentang gender, tentang jurang generasi, tentang taraf ekonomi pendidikan yang meletakkan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara sebagai asas kepada pengukuhan perpaduan itu. Saya juga ingin memaklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, dalam hendak memantapkan aspirasi yang saya nyatakan tadi, kementerian juga sedang memuktamadkan Pelan NGO Rakan Perpaduan iaitu Friends of Unity bagi menyokong pelaksanaan program perpaduan supaya ia dapat dibudayakan dalam kalangan keluarga Malaysia. Bukan sahaja kepada usaha-usaha yang perlu kita laksanakan secara berasingan dan bersendirian tetapi juga membawa pihak NGO, swasta dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, saya terus kepada perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari kawasan Pontian. Saya hendak mengucapkan terima kasihlah, walaupun Yang Berhormat Pontian belum masuk lagi ini, kerana Yang Berhormat Pontian telah pun membangkitkan tentang peruntukan tahun 2021 Kementerian Perpaduan Negara yang kecil. Memanglah kalau dibandingkan di antara semua kementerian, Tuan Yang di- Pertua, kitalah kementerian yang paling sedikit dapat peruntukan. Akan tetapi, pada tahun itu belum ada lagi perancangan-perancangan yang mantap. Kita sudah selesai perancangan mantap dan saya haraplah mungkin pihak kerajaan terutama Kementerian Kewangan dapat mendengar rayuan yang telah pun diberikan oleh Yang Berhormat Pontian untuk menambahkan peruntukan kepada kementerian saya supaya kita dapat melaksanakan segala perkara yang telah pun saya sebutkan tadi. Yang Berhormat Hulu Langat telah membangkitkan tiga perkara. Nampaknya tidak ada.
Tidak ada.
Saya akan hantar jawapan secara bertulis Tuan Yang di-Pertua kepada Yang Berhormat Hulu Langat.
Baik.
Kepada Yang Berhormat Tampin, terima kasihlah Yang Berhormat Tampin. Dari hari itu, setiap kali mesti membangkitkan soal berkaitan dengan penggubalan Akta Keharmonian. Selepas ini, tanyalah soalan yang lain ya. Ini asyik ini sahaja selalu. Aku sudah boleh hafal jawapannya.
Amboi!
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tampin. Saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat Tampin bahawa Perlembagaan Persekutuan telah pun memperuntukkan semua orang sama di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan sama rata dan adil. Diskriminasi terhadap warganegara tidak boleh diamalkan sama sekali dengan atas alasan agama, ras keturunan, warna kulit, tempat lahir ataupun jantina. Jadi, saya juga ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat Tampin bahawa undang-undang sedia ada telah memadai, Yang Berhormat. Kepada sesiapa yang sengaja mencetuskan atau mengeluarkan sebarang kenyataan yang sengaja mahu menggugat perpaduan dan keharmonian rakyat boleh disiasat dan didakwa di bawah akta-akta sedia ada, iaitu yang pertama seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 di bawah Akta 588, iaitu kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian. Kedua, di bawah seksyen 506 Kanun Keseksaan akta 574, iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah. Ketiga di bawah seksyen 505 Kanun Keseksaan akta 574, iaitu kesalahan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh mendatangkan khianat awam dan seterusnya di bawah seksyen 504 Kanun Keseksaan akta 574, iaitu kesalahan dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan. Terakhir di bawah subseksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 iaitu akta 15 kesalahan menghasut. Maka kerana itu Yang Berhormat Tampin, saya ingin memaklumkan bahawa tiada keperluan untuk kerajaan menggubal satu lagi rang undang-undang baru seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Ahli Parlimen...
[Bangun]
Ya, sila Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri, saya juga telah dengar perbahasan Yang Berhormat. Saya bangun di Dewan yang mulia ini untuk merakamkan ucapan terima kasih atas pengagihan bantuan makanan MITRA
yang telah diterima bukan sahaja oleh saya tetapi ramai daripada Ahli-ahli Parlimen daripada pihak pembangkang. [Tepuk] Saya, pada kesempatan ini ingin menyatakan bahawa Yang Berhormat memang layak menjadi Menteri Perpaduan kerana dapat...
Pasir Mas tidak terima pun.
...dan dapat menjaga keharmonian. Cuma permintaan saya Yang Berhormat, kalau boleh minta juga perkara yang sama diamalkan oleh Yang Berhormat Gombak yang juga menyebabkan ketidakperpaduan dalam Dewan ini, apabila baru-baru ini menghalang Yang Berhormat Teluk Intan daripada menjadi pengerusi dalam Dewan. Permintaan saya Yang Berhormat. Terima kasih.
Pujilah sedikit KDN.
Tambah, tambah 200 bakul.
KDN. Kita puji KDN. Kita berterima kasih.
Macam itulah puji KDN.
Saya berterima kasih. Saya telah menyatakan pada hari yang pertama Yang Berhormat KDN, telah pun secara terbuka memohon maaf atas apa yang berlaku semasa kami dalam Dewan. Saya percaya bahawa masalah-masalah yang kita hadapi dapat diselesaikan dengan baik dengan pihak KDN. Terima kasih kepada pihak KDN.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Jelutong.
Lain macam Yang Berhormat Jelutong.
Yang Berhormat Jelutong, thank you very much. Tambahan kotak belakang cerita, PM tepi. Jangan sampai Yang Berhormat Batu Kawan dengar. Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak Yang Berhormat Menteri KDN, Yang Berhormat Menteri KDN mengucapkan dan merakamkan penghargaan terima kasih atas sokongan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Jelutong. Terima kasih banyak...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Timbalan?
...dan Yang Berhormat Timbalan Menteri KDN yang ada dekat belakang ini. Tuan Yang di-Pertua, yang akhir sekali–
Tiga minit. Tiga minit lagi.
Yang Berhormat Baling tidak ada. Izinkan saya menjawab secara bertulis.
Baik.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan penghargaan terima kasih kepada Ahli- ahli Yang Berhormat. Saya faham kerana ada yang tidak sempat hendak membangkitkan persoalan yang berkaitan dengan kementerian. Akan tetapi apa pun juga pandangan, nasihat, teguran yang akan diberikan oleh Yang Berhormat bukan sahaja dalam Dewan ini dan kalau ada yang lain, silalah maklumkan kepada saya. Insya-Allah kementerian akan mengambil tindakan untuk–
Tuan Yang di-Pertua, boleh bagi laluan sedikit. Yang Berhormat Menteri?
Ya, Yang Berhormat Libaran sila.
Sila Yang Berhormat Libaran.
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Yang Berhormat Menteri pun terima kasih juga. Dalam ucapan saya, saya ada membuat permohonan di kawasan Libaran iaitu mengenai dengan sekolah wawasan. Jadi saya mohon Yang Berhormat Menteri untuk menjelaskan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Libaran.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya minta maaf Yang Berhormat Libaran kerana sekolah wawasan ini di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Jadi, mungkin agaknya nanti Yang Berhormat bolehlah buat soalan MQT. Tuan Yang di-Pertua, jadi akhir sekali saya mengucapkan terima kasih banyak dan insya-Allah saya bersiap sedia untuk menerima apa juga cadangan, pandangan dan sebagainya.
Yang Berhormat Menteri.
Okay last, Yang Berhormat Rasah.
Okey.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri sebab saya tengok ada masa dua minit lagi. Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Menteri, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Jelutong tadi saya nampak walaupun kementerian ini kementerian baru, baru setahun setengah tetapi nampak perkembangan yang sangat positif. Jadi, saya bersetujulah kalau konsep keluarga Malaysia yang diutarakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita meletakkan Kementerian Perpaduan Negara sebagai kementerian teras untuk menjalankan aktiviti ataupun apa-apa mekanisme yang berkaitan supaya konsep keluarga Malaysia yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi berdasarkan tiga teras supaya dapat disemarakkan ke seluruh negara yang akhirnya rakyat kita akan dapat kembali supaya sama-sama kita ingat kembali kepada Rukun Negara, Perlembagaan Persekutuan dan sebagainya. Oleh sebab kalau kita tidak ulang sebut, ramai yang mungkin lupa. Mereka bukan tidak tahu, mereka lupa. Jadi, saya mohon supaya kementerian ini diperkasakan dan menjadi kementerian teras untuk konsep ini. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Menteri, boleh tak?
Satu minit sahaja lagi.
Masa masih ada sedikit lagi. Saya sebenarnya berterima kasih jawapan Yang Berhormat Menteri tadi. Cuma soalan saya sebenarnya berhubung dengan ucapan Yang Amat Berhormat Bera berkenaan dengan aspirasi kerajaan pada masa kini meraikan suara anak muda. Dalam konteks Kerajaan Malaysia, bagaimana suara anak muda itu diraikan. Mungkin Kementerian Belia dan Sukan ataupun kementerian Yang Berhormat Menteri bertanggungjawab. Terima kasih.
Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Rasah mencadangkan supaya bawa konsep keluarga Malaysia di KPN sebagai kementerian teras. Saya sudah maklumkan tadi Yang Berhormat Rasah. Terima kasih banyak. Kementerian sedang dalam tindakan untuk membangunkan pelan perpaduan keluarga Malaysia dan akan dibentangkan
kepada Kabinet untuk dipersetujui dan insya-Allah selepas itu kita akan teruskan yang berteraskan pada Perlembagaan Negara dan juga Rukun Negara. Kepada Yang Berhormat Pasir Mas tadi– perpaduan ini apabila kita membicarakan soal Keluarga Malaysia ini, ia merentasi semua kementerian. Ia bukan tanggungjawab kepada Kementerian Perpaduan Negara semata-mata. Jadi, kepada Kementerian Belia dan Sukan, dalam dasar-dasar yang ada di bawah kementerian, juga ada menyebut tentang perpaduan. Contohnya, Dasar Sukan Negara ada menyentuh kepada soal perpaduan kerana sukan itu perpaduan. Jadi, saya harap Tuan Yang di-Pertua apabila kita menyebutkan tentang Keluarga Malaysia ini, ia sepatutnya menjadi tanggungjawab kita bersama untuk kita laksanakan demi rakyat Malaysia. Jadi, saya ucapkan terima kasih dan saya harap rakan-rakan saya daripada pihak sebelah sana akan sama-sama menyokong kepada usaha yang dijalankan.
Yang Berhormat Menteri, sedikit, sedikit Padang Serai.
Yang Berhormat Padang Serai, masa sudah tamat.
Sedikit.
Okay last. Masa sudah habislah. Kena minta.
Sedikit, sedikit tidak apa.
Tuan Yang di-Pertua, boleh Tuan Yang di-Pertua?
Sedikit sahaja. Boleh tentang perpaduan?
Okey.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya puji Yang Berhormat Menteri sebab Yang Berhormat Menteri adalah seorang setia dari pagi sampai petang di Dewan. Contoh yang terbaik. Okey selain itu juga, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri yang sudi apabila kita jumpa, dia akan selesaikan apa masalah yang kita hadapi. Terima kasih banyak Yang Berhormat Menteri. Selain itu juga, saya sebagai seorang anggota tentera, ingin melihat negara kita menghormati setiap agama, bangsa. Masing-masing punya agama, bangsa mesti dihormati. Tidak boleh sesiapa pun sentuh mana-mana agama dan bangsa.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai.
Selain itu, niat kita sebagai anak Malaysia mestilah cintakan negara kita. Itu sahaja, terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Okey Yang Berhormat Padang Serai sebut itu sudah adalah semua dalam Pelan Perpaduan Malaysia.
Ya sudah ada semua. Macam nampak sahaja saya bikin. Terima kasih.
Baik, terima kasih.
Saya bagi pihak Yang Berhormat Menteri KDN, sekali lagi merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Padang Serai di atas ucapan yang pertama itu kepada Yang Berhormat Menteri KDN. Terima kasih banyak-banyak.
Baik, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, maka dengan itu saya tamatkan perbahasan saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih.
Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Perpaduan Negara. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat...
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya tidak mahu mengganggu Yang Berhormat Menteri Perpaduan kerana beliau banyak berjasa kepada semua Ahli di sebelah sini. Akan tetapi hari ini, saya hendak membangunkan satu perkara di bawah Peraturan 37, membangkitkan satu perkara di bawah Aturan 37(2), “Pengerusi boleh tidak membenarkan mana-mana ahli meminta penjelasan sekiranya didapati bahawa Majlis Mesyuarat tidak mempunyai masa yang secukupnya”. Di atas meja kita, kita lihat bahawa terdapat lebih kurang, satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan kementerian termasuk Jabatan Perdana Menteri yang ada jabatan-jabatan di dalamnya. Saya difahamkan bahawa tadi kita dengar penggulungan Yang Berhormat Menteri Perpaduan. Banyak sangat perkara yang ingin beliau sampaikan. Saya pun dapat lihat dari sini. Akan tetapi masa yang diberikan kepada beliau hanya 15 minit. Saya beri satu kesimpulan, kelmarin apabila Yang Berhormat Menteri Pendidikan membuat penggulungan, sebelum itu satu hari sebelum itu apabila saya berbahas, Tuan Yang di- Pertua sendiri telah memberikan saya masa 13 minit.
Baik.
Saya telah membangkitkan dua, tiga perkara. Kesimpulan, satu adalah berkenaan pengedaran peranti ataupun komputer riba kepada pelajar-pelajar di Pulau Pinang.
Baik.
Ketika Yang Berhormat Menteri Pendidikan memberi penggulungan, beliau tidak menyentuh perkara itu dan kami juga tidak berkesempatan untuk mencelah dan tanya penjelasan.
Baik.
So, kalau begitu, kalau kita tidak memberikan masa, saya bagi pihak pembangkang ingin bersuara untuk Menteri- menteri di sebelah sanalah...
Baik.
...Mungkin mereka risau dan takut. Masa 15 minit yang diperuntukkan itu tidak mencukupi Tuan Yang di-Pertua. Saya percaya masa lebih banyak perlu diberikan dan memberikan peluang kepada kita di sebelah sini Tuan Yang di-Pertua...
Baik.
...Untuk mencelah dan mendapatkan penjelasan.
Baik.
...Dalam kesimpulan yang saya berikan kepada Tuan Yang di-Pertua tadi. Tuan Yang di-Pertua dulu ialah ADUN dari Pulau Pinang.
Baik.
Takkan Tuan Yang di- Pertua sendiri tidak prihatin kepada pelajar-pelajar di Pulau Pinang.
Faham.
Jadi, saya minta kalau boleh masa dipanjangkan supaya kami dapat mencelah dan mendapatkan penjelasan. Tuan Yang di-Pertua...
Baik, terima kasih.
...Lembut, baik dan bertimbang rasa. Bukan seperti Speaker lah, Speaker kata tidak boleh, tidak boleh.
[Ketawa]
So, saya mintalah jasa baik Tuan Yang di-Pertua...
Baik.
...Mohon kalau boleh masa dipanjangkan dan kami diberikan ruang dan peluang untuk bertanya penjelasan demi rakyat. Tidak guna memberi jawapan kerana ramai di luar sana termasuklah pelajar- pelajar yang tidak pergi ke sekolah sedang menonton sidang Dewan ini...
Ya.
...Terutamanya berkenaan isu-isu penting seperti pemberian peranti, laptop dan sebagainya. Saya mohon petua daripada Tuan Yang di-Pertua.
Baik.
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya tambah isu yang telah –Segambut.
Ya.
Saya hendak tambah isu point Yang Berhormat Jelutong tadi. Kalau kita lihat perjalanan Parlimen semalam, 16 kementerian disuruh untuk bagi jawapan dalam masa satu hari dan sidang dilanjutkan sampai 9.30 malam.
Ya.
Kalau kita lihat trend Yang Berhormat Menteri, cara Yang Berhormat Menteri menjawab, mereka akan pilih isu yang sensitif untuk penghujung ucapan mereka. Apabila isu sensitif itu sudah habis masa, kita tidak diberikan masa untuk tanya soalan.
Baik.
Jadi tidak bermakna untuk kita bahas empat hari tapi Yang Berhormat Menteri jawab masa dua hari.
Dua hari, baik.
Ini ialah tanggungjawab Tuan Yang di-Pertua untuk mengaturkan perjalanan Parlimen supaya bermakna. Kalau bermakna, saya percaya kehadiran Ahli Parlimen akan cukup baik kerana mereka duduk sini, mereka tunggu sampai malam, isu tidak dibangkitkan dan kita diberitahu jawab secara bertulis. Kalau semua dijawab secara bertulis, tidak ada makna kita duduk sini. Terima kasih.
Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Jelutong dan Yang Berhormat Segambut. Kita telah mengaturkan yang terbaik dengan mengambil kira perkara-perkara yang telah dibangkitkan dan telah diagihkan mengikut kepada kementerian. Jadual pun telah disusun...
Tuan Yang di-Pertua.
...Dan terdapat feedback yang banyak.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sibu sini, sedikit saja.
Apabila Tuan Yang di- Pertua bercakap, yang lain tidak boleh mencelah, please, itu peraturan mesyuarat. Apabila saya bercakap, kecuali saya izinkan. Saya hendak menjawab kepada kedua- duanya. You cannot simply mencelah begitu. Jadi, mana kementerian yang mempunyai perkara-perkara yang dibangkitkan yang lebih banyak, kita berikan masa yang lebih panjang. Jadi setiap Yang Berhormat Menteri tahu berapa banyak yang bertanya. Memang dua hari dikira tidak mencukupi tetapi kita terbatas dengan jumlah hari yang kita ada. Jadi kita telah edarkan jadual berapa lama setiap Yang Berhormat Menteri itu menjawabnya. Jadi please bear with this for this time around. Memang kita telah mengusulkan untuk hari ini memang satu hari sahaja yang kita ada untuk kita memberi masa untuk Menteri-menteri semua menjawab. Menteri menjawab kepada perkara-perkara yang telah dibangkitkan sahaja. Jadi sekiranya ada, ada masa tambahan, memang boleh ditanya dan insya-Allah Yang Berhormat Menteri akan menjawab.
[Bangun]
Saya terima.
Baik, saya hendak teruskan juga...
Sibu sini.
Saya minta kebenaran untuk mencelah Tuan Yang di-Pertua.
Mencelah macam mana itu?
Saya hendak tambah kerana Tuan Yang di- Pertua kata kena dapatkan kebenaran sebelum saya bercakap.
Ya.
Boleh?
Saya telah menjawab kedua-dua persoalan tadi mengenai dengan masa dan saya tidak boleh buang masa kerana...
Yang Berhormat Sibu sini, bangun. Boleh Sibu...
...Ini akan merugikan masa kita.
Akan tetapi isu ini penting Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya sebenarnya tidak dijawab oleh Tuan Yang di-Pertua. Kalau perjalanan ini adalah yang terbaik yang Tuan Yang di-Pertua telah lakukan, this is not good enough for us dan trend ini tidak boleh berlanjutan untuk sidang yang akan datang. Kalau tidak, tidak ada makna Ahli Parlimen berbahas empat hari, Yang Berhormat Menteri jawab dalam dua hari. Mana cukup. Tidak cukup masa Tuan Yang di-Pertua, kena panjangkan hari bersidang.
Okey, baik.
Tuan Yang di-Pertua, Kepong.
Untuk perbahasan RMK...
Sibu di sini.
...Selepas daripada ini kita mengambil kira feedback seperti ini dan kita akan bantu untuk memastikan ada ruang yang mencukupi untuk perbahasan..
Tuan Yang di-Pertua, Kepong.
...dan Yang Berhormat Menteri menjawab.
Tuan Yang di-Pertua, Sibu di sini.
Kepong.
Ada Yang Berhormat Menteri macam semalam KPDNHEP. Dia menggunakan masa dia tidak menjawab soalan tetapi cakap politik. Jadi saya harap Tuan Yang di-Pertua boleh ambil action kepada Yang Berhormat Menteri KPDNHEP supaya jangan ambil masa ini untuk bermain politik. Sekian, terima kasih.
Baik, Terima kasih Yang Berhormat Sibu. Baik saya ingin teruskan...
Tuan Yang di-Pertua, Kepong.
...Dengan menjemput Yang Berhormat Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi untuk menjawab. Perbahasan 20 minit.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikumsalam.
Terlebih dahulu saya mewakili Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menjunjung titah Kebawah Duli Yang Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas keprihatinan baginda menyentuh kepentingan penerokaan bidang sains, teknologi dan inovasi serta ekonomi dalam menghadapi cabaran negara era pandemik. Saya juga mengambil peluang untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia Kesembilan. Seterusnya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada 13 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan titah diraja yang menyentuh perkara-perkara yang di bawah bidang kuasa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Tuan Yang di-Pertua, selaras dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, MOSTI telah mempunyai perancangan rapi bagi menyokong dan juga meningkatkan aspek STIE negara kita. Berhubung dengan pembangunan vaksin tempatan seperti yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Kepong dan Yang Berhormat Setiu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat yang bertanya, Malaysia kini sedang menumpukan terhadap pembangunan vaksin supaya mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan vaksin kita sendiri. Walau bagaimanapun, kita perlu akur bahawa wabak pandemik COVID-19 ini telah menyedarkan Malaysia bahawa kita belum bersedia daripada aspek kemampuan penghasilan vaksin sendiri dan masih bergantung pada sumber vaksin dari luar bagi pelaksanaan program vaksinasi negara. Untuk itu MOSTI sedang mengorak langkah selanjutnya bagi membangunkan pusat penyelidikan R&D vaksin khusus untuk COVID-
19 serta mengumpulkan kerja-kerja pakar yang bersasar bagi langkah kesiapsiagaan menghadapi ancaman penyakit berjangkit lain yang dikhuatiri boleh menjejaskan ekonomi dan kesihatan awam.
Ketika ini, negara-negara seperti Indonesia, Thailand, Vietnam sudah pun mempunyai kemudahan, keupayaan dan kebolehan untuk membangunkan vaksin sendiri. Untuk itu, hala tuju Malaysia kini menuju ke arah pembangunan vaksin akan dipergiatkan. Jika Malaysia mampu menghasilkan vaksin sendiri, ia sekali gus dapat menyelesaikan pelbagai kemelut berkaitan program vaksinasi sekarang termasuklah isu kekurangan bekalan, kos harga vaksin yang meningkat dan jadual penghantaran yang tidak menentu disebabkan kebergantungan dari negara pengeluar. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan melalui Majlis Sains Negara...
Yang Berhormat Menteri, Kepong.
Ya, Yang Berhormat Kepong. You tanya.
Terima kasih. Tadi Yang Berhormat Menteri kata negara masih berhasrat untuk membangunkan vaksin COVID-19 sendiri. Saya hendak tanya kos yang akan ditelan dalam projek ini dan juga saya membaca berita pada Julai, kerajaan kata vaksin buatan Malaysia ini dijangka siap pada tahun 2024. Pada tahun 2024, mungkin rakyat Malaysia sudah 100 peratus dapat vaksin. Bila rakyat sudah 100 peratus dapat vaksin, Malaysia baru keluar vaksin sendiri. Apa kegunaan? Jadi saya hendak tanya kerajaan, ada wajar tak kos yang dibangunkan untuk vaksin ini lebih baik diguna di tempat lain seperti memberi rawatan kepada pesakit-pesakit di hospital kerajaan ataupun memberi lebih Antigen Rapid Test Kits yang percuma kepada mereka yang memerlukan.
Terima kasih Yang Berhormat Kepong.
Yang Berhormat Menteri, bagi saya mencelah sedikit Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Kuala Langat. Sila Yang Berhormat Kuala Langat.
Terima kasih. Saya ingat itu cadangan yang dibawa oleh Yang Berhormat Menteri tadi untuk bina satu industri baharu yang di mana kita akan belanja ataupun research facilities untuk kita dapatkan vaksin itu baik. Kita tidak jangka sebab pada masa depan yang akan datang, vaksin itu akan digunakan untuk penyakit mana dan apa. Kalau industri itu memang kita hendak bangunkan, mesti ada bantuan kewangan daripada kementerian untuk kita selaraskan. Kedua, saya hendak cadangkan juga kepada kementerian sebab kos dia tinggi untuk buat research dan sebagainya. Adakah kementerian hendak dapat bantuan dari GLC-GLC besar di dalam negara kita? Contoh, Khazanah ataupun EPF dan juga lain untuk bantu kementerian atas program ini di mana kita akan lihat bahawa Malaysia pun boleh bangunkan industri vaksin bukan sahaja untuk COVID-19, tetapi kepada penyakit- penyakit yang akan datang. This is not the end of the endemic or pandemic that we are going to see. Mesti ada lain pun yang akan datang. So saya memang setuju dengan kementerian, bahawa inilah satu-satu caranya untuk kita bangunkan industri baharu dengan ada vaksin.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat.
Pada masa yang sama, saya hendak tahu kepakaran itu adakah dari negara kita ataupun kita akan gunakan kepakaran dari luar negara?
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat.
Yang Berhormat Menteri, saya hendak sambung Yang Berhormat Menteri. Saya hendak sambung. Tadi kami menyentuh kos belanja buatan vaksin ini Malaysia sendiri. Pagi ini saya dengar berita, Presiden Amerika Syarikat Joe Biden, dia kata Amerika Syarikat sanggup memberi vaksin Pfizer yang percuma kepada negara yang memerlukan. Jadi, mengapa kita hendak buang duit untuk mencipta vaksin sendiri sedangkan ada negara-negara maju yang sanggup memberi kepada kita? Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, satu sahaja. Saya ada satu soalan yang ditanya kepada sayalah oleh rakyat di kawasan saya. Kenapa kita memberikan tiga jenis vaksin, Pfizer, AZ dan Sinovac? Rakyat sekarang celik, dapat baca dan mengetahui bahawa Sinovac hanya kononnya mempunyai 60 peratus yang boleh melindungi rakyat. Manakala AZ lebih kurang 80 peratus dan Pfizer lebih 90 peratus. Soalan yang dilontarkan kepada saya adalah kenapakah wakil rakyat mendapat Pfizer, rakyat di luar biasa sana dapat Sinovac? Cadangan saya adalah wang yang digunakan untuk kita mengkaji vaksin baharu, kerajaan sekarang guna untuk membeli Pfizer untuk semua. Give the best to our citizens, berikan yang terbaik. Semua rakyat Malaysia wajib, wajar diberikan Pfizer kerana kita perlu jawab soalan, kenapakah ada yang dapat Sinovac, ada yang dapat Pfizer, ada dapat AZ? Wakil Rakyat diberikan Pfizer. Soalan ini ditanya oleh rakyat di kawasan saya, why it is you have been given Pfizer? Why is it that I am getting Sinovac? Boleh Yang Berhormat Menteri memberi penjelasan perkara ini?
Baik Yang Berhormat Jelutong.
Kalau kerajaan kita boleh dapatkan Pfizer untuk semua rakyat termasuklah pelajar-pelajar sekarang. Terima kasih.
Sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Terima kasih atas pandangan bahawa kita patut mengalihkan bajet untuk membuat vaksin kepada perkara lain. Kita mesti dalam sains teknologi termaju. Saya ada data di sini Yang Berhormat Kepong. Kita telah pun membangunkan vaksin ya, tetapi bukan dalam untuk human, untuk animal sejak dari Rancangan Malaysia Kesembilan dahulu dan kerajaan telah memperuntukkan RM55 juta untuk pembangunan pelbagai vaksin. Human belum lagi, tetapi untuk animal. Jadi, apa salah kita membangunkan vaksin untuk human. Saya ada satu vaksin yang sedang dibangunkan sekarang untuk masuk ke fasa klinikal pertama, 1A iaitu vaksin kolera. Vaksin kolera ini adalah satu vaksin pertama yang akan kita cipta dan boleh digunakan di negara kita. Itu yang saya katakan 2024 ya. Untuk vaksin COVID-19, kita perlu melihat kepada platform bagaimana kita hendak gunakan pembangunannya, sama ada menggunakan kaedah lama iaitu menggunakan inactivated virus ataupun live-attenuated virus dan yang terkini ialah teknologi mRNA yang digunakan oleh Pfizer seperti mana yang diberitahu oleh Yang Berhormat Jelutong. Jadi kalau kita lihat kepada kemampuan negara kita untuk membangunkan vaksin Yang Berhormat Kepong, kita ada saintis-saintis sekarang ini yang dah...
Yang Berhormat Menteri.
Ya.
Adakah Yang Berhormat Menteri sebut tadi vaksin kolera?
Ya.
Vaksin kolera untuk penyakit-penyakit untuk COVID-19?
No,no. I cakap vaksin kolera yang kita buat...
Bukan Yang Berhormat Jelutong bukan.
Boleh jelaskan perkara ini? Boleh jelaskan? Boleh jelaskan dengan lebih lanjut lagi?
You hendak kolera ya? Ya, kita bangunkan vaksin untuk human, kita boleh dapat capai awal untuk bangunkan vaksin yang ready to go iaitu vaksin kolera. Walau bagaimanapun, vaksin kolera ini kita ada pakar sebenarnya, Profesor Dr. Norazmi dari USM dan juga sekarang ini telah pun dapat untuk mengadakan ujian klinikal ya, first ever. Akan tetapi kita tak dapat buat di negara kita, kita kena hantar ke negara lain kerana keupayaan kita untuk fasiliti di Malaysia...
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Kita tumpu kepada vaksin COVID-19. Berapa kos yang terlibat?
Sekejap saya selesaikan.
Kita minta penjelasan tentang COVID-19, not about cholera. Kita tidak bercakap tentang kolera.
Saya cakap fasal...
Kita cakap tentang COVID- 19.
Saya bercakap tentang vaksin yang kita hendak bangunkan ya, okey? Antara yang hendak dibangunkan ialah kolera dan vaksin COVID- 19...
Baik, sebut kolera.
Kita ada kaedah untuk kita bangunkan dengan membuat road map untuk vaksin COVID-19 ya.
Yang Berhormat Menteri, tolong beri tumpuan kepada COVID-19. Rakyat di negara kita mati sebab COVID-19, bukan sebab kolera.
Bagilah peluang Yang Berhormat Menteri hendak jawab.
Yang Berhormat, saya hendak jawab Yang Berhormat Kepong dahulu.
Bagi peluang dia hendak menjawab ini Yang Berhormat Jelutong. Jangan diganggu sangat. Baik, sila.
Jadi, kita cuba. Negara kita akan cuba bangunkan vaksin untuk COVID-19 dan insya-Allah, kita boleh laksanakannya.
Kos yang terlibat?
Ya.
Kos yang terlibat?
Ya, untuk first phase kita bangunkan melalui National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM), kita akan meminta peruntukan awal untuk pembangunan vaksin COVID-19 sebanyak RM20 juta pada tahun 2022 ya. Itu peringkat awal kerana kita akan bangunkan vaksin yang mempunyai platform teknologi baharu iaitu mRNA ya. Antara perkara yang kita buat, kita akan bersama berkolaborasi dengan pakar- pakar dari luar untuk membuat kolaborasi di negara kita untuk cepat bangunkan di negara kita.
Yang Berhormat Menteri, isu yang sama.
Saya jawab yang Yang Berhormat Jelutong tadi.
Cuba jangan ganggu dahulu. Bagi Yang Berhormat Menteri jawab dahulu.
Yang Berhormat Jelutong telah pun ingin bertanya kenapa kita beri vaksin bukan Pfizer semua. Wakil rakyat dapat Pfizer kerana pada bulan dua iaitu Februari 2021, kita dapat bekalan Pfizer paling awal. Jadi, kita kena beri cepat kepada masyarakat dan pada ketika itu vaksin Pfizer paling awal di negara kita yang dapat kita procure, dah sampai. Ini semua melalui National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) yang mana kita melihat kepada tiga perkara iaitu keberkesanan, kualiti dan keselamatan. Ketiga-tiga vaksin yang masuk awal iaitu Pfizer, Sinovac dan juga AstraZeneca. Kesemua vaksinnya selamat digunakan. Kita boleh gunakan dalam keadaan yang selesa kerana mereka yang mendapat vaksin pelbagai ini masih boleh lagi dapat efficacy yang tinggi. Saya hendak bagi tahu Yang Berhormat Jelutong, untuk Sinovac, untuk cegah kepada keparahan, dia boleh mencegah sebanyak 100 percent. Untuk sakit ke kategori five. Sinovac. Betul dia kata Pfizer sebanyak 90 over percent boleh cegah kepada sebanyak 100 percent. Maknanya, kita akan dapat perlindungan yang tinggi kepada COVID-19 infection. Jadi, kalau kena COVID-19 infection pun, stage one and two sahaja.
Bolehkah Yang Berhormat Menteri memberi pengesahan atau jaminan sekurang-kurangnya pelajar-pelajar yang bakal menerima suntikan dari esok. Saya difahamkan semua pelajar belasan tahun akan mula diberi suntikan hanya akan diberi Pfizer. Sekurang-kurangnya they have about 95 percent protection against COVID-19.
[Berdiri]
Ya. Kita akan beri Pfizer Yang Berhormat. Kita telah pun lancar pada 20 hari bulan dan hari ini kita akan perluaskan ke seluruh negara dan vaksin yang digunakan ialah Pfizer. Ini kerana data klinikal Pfizer telah menunjukkan bahawa keberkesanan pada kanak-kanak weight of the benefit lebih daripada kemudaratan.
Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri minta isu yang sama. Ipoh Timur.
Saya belum jawab itu Yang Berhormat Hulu Langat. Yang Berhormat Hulu Langat bertanyakan bahawa kerjasama antara kerajaan dan juga GLC memang kita perlu. Di MOSTI sendiri, kita ada funding mechanism, sama ada untuk fundamental ataupun di peringkat seed. Seed funding, experimental funding dan juga di peringkat komersial. Jadi, antara fundings ataupun dana-dana ini tidak mencukupi. Jadi, kita menjangkakan bahawa bekerjasama dengan GLC seperti Khazanah, KWSP macam ni kita boleh minta kerjasama mereka supaya inilah projek masa depan. Very strategic projects dan kita boleh bina keupayaan di negara kita sendiri berbanding dengan kalau kita terpaksa mendapatkan bekalan yang mungkin terganggu dari luar negara. Yang Berhormat Muar...
[Berdiri]
Ya. Terima kasih.
Oh! PAC.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, sebelum ini saya pernah baca apabila kerajaan memilih Pharmaniaga untuk melaksanakan proses pembotolan vaksin jenis Sinovac untuk negara kita ini, salah satu faktor ataupun sebab pemilihan Pharmaniaga adalah untuk membantu dalam pembangunan vaksin tempatan satu hari nanti. So, sekarang sudah hampir lebih kurang 10 bulan pemilihan yang memihak kepada Pharmaniaga ini dibuat. Saya hendak tanya, apakah perkembangan ataupun kemajuan yang telah dicapai dengan pelantikan Pharmaniaga untuk membuat pembotolan dalam isu untuk membantu negara kita menghasilkan vaksin tempatan kita? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Yang Berhormat Menteri.
Saya bagi Yang Berhormat Muar.
Sila Yang Berhormat Muar.
Soalan saya berbeza sedikit tetapi berkenaan isu inovasi. Malaysia buat pertama kali telah pun melahirkan tech unicorn yang pertama dikenali sebagai Carsome yang digerakkan oleh seorang anak muda yang bernama Eric Cheng. Market valuation sejumlah USD1.3 bilion. It’s a historic year for Malaysia. Jika kita lihat sebelum ini Grab yang bermula di Malaysia bergerak ke Singapura bukan kerana salah Anthony Tan but we lost that unique opportunity apabila kita tidak menggerakkan a whole-of-nation approach to cultivate our tech start-up scene. Saya juga ucapkan terima kasih dan tahniah kepada kerajaan yang telah pun memperkenalkan skim Penjana Kapital which is over subscribed by 3.5 times iaitu sejumlah RM850 juta untuk membantu start-ups di Malaysia. Persoalan saya ini, iaitu while they have been good progress bagaimana kita hendak kekalkan momentum ini khususnya bagi syarikat-syarikat seperti contohnya Aerodyne yang aim pada tahun 2024 to reach a unicorn status, apabila there is no consolidated effort daripada semua kementerian untuk bantu. Saya beri contoh yang mudah. Aerodyne merupakan salah syarikat gergasi dalam bab dron tetapi setiap kementerian, kadangkala ada dronnya tersendiri tetapi diambil dari luar, sub kontrak kepada yang lain. Saya bagi contohlah kalau Agro Tani Muda pantauan, sepatutnya panggil Aerodyne. Kalau bawah Kementerian Dalam Negeri panggil Aerodyne. Angkatan Tentera Malaysia panggil Aerodyne. It’s one of the best drone companies in the world. Cuma, if there is no whole-of-nation approach kita boleh hilang the level of competitiveness dan akhirnya manfaatnya kita dapat rasai. Saya berharap Yang Berhormat Menteri walaupun saya tahu ada kekangan it’s not only under your portfolio tetapi perlu menggerakkan kementerian-kementerian yang lain untuk memberikan bantuan yang secukupnya kepada start-up scene di Malaysia, a whole-of-nation approach supaya akhirnya kita dapat membantu syarikat-syarikat yang kecil akan jadi syarikat gergasi bertapak di Malaysia dan bangga untuk jadi syarikat Malaysia. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya minta Yang Berhormat Menteri menjawab.
Ya. Saya rujuk kepada Yang Berhormat Ipoh Timur iaitu berkenaan dengan Pharmaniaga, yes. Pharmaniaga pada peringkat awal pada 2018 sebenarnya telah mula mewujudkan kilang untuk membangunkan vaksin. Walau bagaimanapun, oleh sebab pada ketika itu belum ada lagi - kebanyakan instrumen yang baik ataupun pakar-pakar yang boleh membangunkan vaksin in human, Pharmaniaga telah pun menukar merubah kilang yang dibina kepada bentuk fill and finish iaitu aktiviti sterile small volume injectable dan juga pengilangan fill and finish yang moden yang telah pun dapat kelulusan Good Manufacturing Practice (GMP) oleh NPRA dan badan-badan antarabangsa. Jadi, Pharmaniaga sebenarnya sekarang ini telah membantu negara sebenarnya mengeluarkan vaksin fill and finish product Sinovac yang mana ketika kita mendapat
shortage of vaccine pada bulan Julai dan Ogos, Pharmaniaga dengan kaedah fill and finish telah dapat mengeluarkan dengan pantas sehingga dapat membantu negeri Sarawak dapat bekalkan Sinovac. Ini kerana mereka membeli bulk purchase dan mereka dapat membotolkan di negara kita dan NPRA telah mengesahkan bahawa Good Manufacturing Practice (GMP) at Pharmniaga telah pun mencapai standard yang boleh mengeluarkan vaksin. Berkenaan dengan Yang Berhormat Muar, kita yakin... [Disampuk]
Yang Berhormat Menteri tidak jawab soalan. Soalan saya, sejauh mana pemilihan Pharmaniaga ini telah membantu negara kita dalam menghasilkan vaksin tempatan dalam satu jangka masa panjang ataupun tidak, everything is being done by NIDM dan bukan Pharmaniaga.
Ya, saya sudah menjawab tadi bahawa pada 20- Pharmaniaga telah mula cuba bangunkan vaksin pada 2018 tetapi oleh sebab kekangan... [Disampuk]
Tahun 2018 belum ada COVID-19 lagi Yang Berhormat Menteri.
Ya. Now dia dengan adanya COVID-19 pada 2020, Pharmaniaga telah tukar untuk mempercepatkan pengeluaran dengan fill and finish technique. Ini antara perkara yang dibuat oleh Pharmniaga.
Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri belum jawab. Yang Berhormat Menteri. Mengapa...
Saya hendak Yang Berhormat Muar. Yang Berhormat Muar. Yang Berhormat Muar, saya yakin Yang Berhormat Muar memang yakin bahawa kita mampu membina banyak syarikat start-up negara kita daripada segi inovasi. Saya setuju untuk menolong syarikat yang bernama Aerodyne ini supaya dia grow bigger. Ini kerana dia dah seated nombor dua dalam negara terhadap industri dron. Untuk itu, MOSTI telah pun memperkenalkan Area 57 di TPM Park yang mana ada lima ekar tanah telah dibangunkan dengan tujuh kriteria yang mana boleh bukan sahaja penggiat dron dapat berinovasi tetapi kita memberi mereka peluang supaya membangunkan artificial intelligence ataupun advance intelligence systems yang boleh dron gunakan, terutama untuk pemantauan ataupun surveillance negara kita. Juga, kepada industri pertanian dan sebagainya. Jadi, Yang Berhormat Muar saya akui bahawa Carsome adalah antara unicorn pertama Malaysia yang telah pun kita bangunkan. Ya, Yang Berhormat Kepong.
Saya penjelasan. Mengapa negara kita perlu berbelanja sebanyak RM20 juta untuk mencipta vaksin COVID-19 apabila negara-negara luar seperti Amerika Syarikat sanggup memberikan vaksin Pfizer kepada kita secara percuma.
Baik, terima kasih.
Sumbangan kita dapat daripada negara-negara seperti Amerika Syarikat kita akui Pfizer sebanyak one million dose telah sampai pun ke dalam negara kita iaitu pada 5 Julai 2021. Sumbangan ini merupakan diplomasi sains ataupun diplomasi-diplomasi vaksin COVID-19. Kita kena mulakan Yang Berhormat, sebuah industri pembangunan vaksin in human dalam negara kita.
Presiden Biden pada pagi ini dia umumkan, dia sanggup beri lebih, kenapa kita tidak minta lagi.
Untuk ketika ini, kita- untuk sebanyak 80 peratus penduduk dewasa dan sekarang kita telah masuk kepada remaja dalam lebih kurang two million lebih untuk remaja, kita gunakan Pfizer. Procurement yang kita buat untuk vaksin
telah mencukupi sehingga kita dapat selesaikan memberi vaksinasi kepada 80 peratus sekurang-kurangnya penduduk dewasa negara kita. Sekarang data menunjukkan bahawa pada 20 hari bulan kita telah capai sebenarnya purata 80 percent vaksinasi penduduk negara. Kita perlu bina satu kerangka roadmap untuk vaksin negara kita. Mungkin bukan kerana COVID-19 akan datang, mungkin wabak-wabak lain. So, apabila kita ada structure yang kukuh, pakar yang ramai- kita bukan eksport pakar sahaja, pakar yang kita dapat dalam negara kita boleh membangunkan kapasiti. Ini satu perkara yang penting. Kita tidak boleh ketinggalan dalam menuju kejayaan dalam sains dan teknologi...
Gopeng- hendak bantu sikit.
Ya, Yang Berhormat Gopeng.
Soal jawapan kepada Yang Berhormat Segambut tadi. Sebenarnya apabila Presiden Amerika Syarikat mengatakan...
Kepong, Kepong bukan Segambut.
Eh,Yang Berhormat Kepong, sorry. Mengatakan bahawa mereka akan derma Pfizer vaksin kepada kita, ke Malaysia ataupun negara- negara yang memerlukannya, dia bukan dengan kos kosong, sifar, tidak. Ia dengan kos manufacturer. Ini bermakna, walaupun atas nama derma, tetapi negara kita juga perlu bayar kepada syarikat Pfizer dengan kos. Jadi, ini bukan dengan kos sifar.
Yang Berhormat Gopeng, kita bayar duit transportation untuk pembiayaan membawa Pfizer ke dalam negara kita. Itu sahaja yang kita gunakan apabila sumbangan daripada kerajaan USA terhadap Pfizer.
Yang Berhormat Menteri, minta celah sedikit.
Ya, Yang Berhormat Rasah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ini ada sedikit yang berbeza dengan apa-apa yang rakan-rakan Yang Berhormat sebutkan. Oleh sebab, tadi Yang Berhormat Menteri ada sebut bahawa sekarang kita mula fokus kepada golongan remaja sebab proses vaksinasi kita sudah kepada pelajar sekolah menengah. Jadi saya hendak tanya, di bawah Kementerian MOSTI, R&D untuk membangunkan vaksin tempatan di bawah kementerian ini, adakah usaha-usaha ataupun perancangan untuk menghasilkan vaksin bukan setakat untuk remaja berumur 12 tahun hingga 17 tahun, tetapi kepada kanak-kanak yang lebih muda di bawah 12 tahun. Ini kerana, saya dari Negeri Sembilan, ia agak mustahak, agak urgent sekarang ini. Akan tetapi, saya tahulah tidak mungkin develop satu vaksin dalam masa beberapa minggu ataupun masa terdekat. Ini kerana, sekolah-sekolah di Negeri Sembilan akan dibuka pada 18 Oktober 2021. Ini kerana, Negeri Sembilan mulai esok akan masuk ke fasa keempat- antara negeri yang mana sekolah-sekolah harian dibuka paling awal. Jadi kita nampak urgency untuk mendapatkan vaksin untuk kanak-kanak. Oleh sebab sekarang ini, warga sekolah hanya guru-guru dan juga kakitangan yang telah menerima vaksin lengkap, macam mana dengan anak-anak kita? Jadi saya mohon, saya tahu Yang Berhormat Menteri tidak jaga suntikan vaksin tetapi bagaimana development untuk vaksin yang khas untuk kanak-kanak yang berumur bawah 12 tahun. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri perlu beberapa minit lagi Yang Berhormat Menteri sebab masa pun telah habis.
Sekiranya dibenarkan, saya teruskanlah.
Saya beri tiga minit untuk merumuskan.
Ya, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Rasah. Sangat penting untuk kanak-kanak vaccination profile. Kita tahu bahawa pada
ketika ini untuk remaja telah pun dikendalikan oleh KKM melalui CITFA dan data menunjukkan bahawa setakat ini kita telah suntik sebanyak 15 peratus kanak-kanak ataupun remaja yang berumur 12 tahun hingga 17 tahun, first dose. Ini bermakna, untuk mereka kita perlu bukan sahaja vaksin yang telah Yang Berhormat Jelutong beritahu iaitu Pfizer. Pfizer boleh digunakan sebenarnya kepada kanak-kanak kerana data klinikal menunjukkan bahawa pernah ada pemberian vaksin Pfizer di kalangan remaja di USA, Israel dan ia selamat. Dos yang sama digunakan, tidak ada perbezaan antara dos dewasa dengan kanak-kanak untuk Pfizer semasa kita memberikan vaksinasi kepada 12 tahun hingga 17 tahun. Walau bagaimanapun, vaksinasi dibangunkan di peringkat kanak-kanak di bawah 12 tahun there should be a difference in doses. Jadi, itu kita akan dapatkan akses kepada vaksin tersebut. Sekiranya kita dapat membuat lebih banyak interaction atau bilateral agreement dengan pengeluar-pengeluar vaksin ini. Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, kita mengucapkan terima kasih kerana ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang membangkitkan tentang vaksin yang belum dapat sijil digital iaitu Yang Berhormat Lanang dan Yang Berhormat Setiu. Saya hendak maklumkan bahawa dalam pemberian sijil digital vaksin, kita perlu menggunakan sistem yang dibangunkan oleh MOSTI iaitu MyVas dan juga Vaccine Management System di samping menggunakan MySejahtera. Jadi, bagi mereka yang belum mendapatkan sijil digital vaksin, kita boleh bantu. Saya hendak beritahu kita boleh bantu untuk mereka adukan kepada helpdesk MySejahtera yang sedang ditambah baik. Sijil digital vaksinasi ini sangat penting kerana ini akan melibatkan keupayaan mereka untuk masuk ke premis yang mana memerlukan kita divaksinasi lengkap, bukan dua dos. Sekarang ada lagi satu dos, Cansino- maknanya Cansino one dose kira lengkap sudah. Teknologi yang kita gunakan untuk sijil MySejahtera digital ini, ia block change dan ia tidak boleh ditiru dan sebab itu untuk mereka yang mendapat vaksin di program PICK di PPV yang telah pun kita laksanakan, sekiranya mereka tidak dapat vaksin secara digital selepas pemberian vaksin, mereka juga boleh- lepas ini kita bangunkan supaya MyVAS enter the data kepada website yang dibangunkan dan mereka boleh print dalam bentuk PDF dan boleh dibawa sebagai bukti kepada penerimaan vaksin sebanyak dua dos atau sebanyak satu dos.
Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan Helpdesk MySejahtera. Saya ada bangkitkan dalam perbahasan saya tempo hari di mana kita menerima banyak aduan apabila pengguna MySejahtera memasukkan masalah atau aduan di dalam Helpdesk memang tidak dapat respond ataupun tidak dapat menyelesaikan masalah. Maka, soalan saya di sini Yang Berhormat Menteri, apa komitmen daripada kementerian MOSTI untuk memastikan berapakah lama jangka masa untuk helpdesk betul-betul menyelesaikan isu yang dibangkit oleh pengguna MySejahtera. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur.
Seperti saya maklumkan perkara ini, kita akan bangunkan dalam masa dua minggu. Sekarang ada data-data yang masih lagi di peringkat PICK. PPV ada 230,000 nama lagi sebenarnya belum masuk lagi dalam MySejahtera sebagai sijil digital. Jadi, sebab itu saya beritahu Yang Berhormat bahawa helpdesk MySejahtera sekarang ditambah baik dan kita akan reconcile all data tersebut dan pastikan bahawa aduan Yang Berhormat mungkin boleh kita determine case by case dan juga kita boleh bawa kepada MySejahtera melalui program MyVAS yang telah pun dibangunkan.
Bolehkah kementerian memberikan satu komitmen berkenaan dengan the numbers of days- jumlah hari yang diperlukan untuk pihak MySejahtera ataupun kementerian menyelesaikan masalah yang diajukan oleh helpdesk, itu soalan saya.
Ya boleh. Dua minggu Yang Berhormat, dalam masa dua minggu, insya-Allah.
Yang Berhormat Menteri, I think you have missed out a very serious issue. I want to remind you that out in Lynas...
Can I answer now? Yang Berhormat telah membangkitkan isu Lynas iaitu berkenaan dengan pembaharuan lesen Lynas. Jadi, untuk makluman, Lynas sekarang ini mesti membina kemudahan pelupusan tetap iaitu permanent disposal facility, dengan izin, iaitu residue air terlarut resap atau water leach purification dan itu merupakan salah satu syarat Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB).
Pada ketika ini, pihak Lynas telah pun menghantar dua laporan iaitu EIA, dan juga RIA dan telah sampai ke meja Lembaga Perlesenan Tenaga Atom, dan juga kepada Environmental Impact Assessment- pada bulan September. Mereka perlu selesaikan sebelum hujung Disember. Kita dapat benarkan mereka hingga Mac 2022, Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri, Lynas tidak patuhi syarat ini dari day one. Sudah 10 tahun. Kenapakah kita begitu longgar? Terus lanjutkan license- nya. What we are dealing with is radioactive waste.
Ya.
AELB in year 2018, clearly beri amaran katakan PDF mesti dibina segera kerana exposed to banjir besar di kilangnya. Jadi, we keep extending. Now, it is 10 years on, you know and we still talking about the same violation. So, I hope, Yang Berhormat Menteri can see and look at this as a very serious issue and take immediate action.
Ya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bentong.
Insya-Allah.
All right. Masa sudah tamat.
Okey. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasihlah kepada semua Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan kali. Saya percaya pandangan dan juga cadangan yang dikemukakan, saya akan bawa kepada MOSTI dan insya-Allah, kita bersepakat, bersatu hati dan berdoa supaya kita dapat mengharungi cabaran ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri Luar Negeri untuk memberikan jawapan-jawapannya, 20 minit.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat khususnya Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Sibuti dan Yang Berhormat Tebrau kerana menyentuh perkara-perkara yang berkaitan dengan Kementerian Luar Negeri sewaktu membahaskan titah diraja. Bagi Yang Berhormat Batang Lupar yang menyentuh mengenai manfaat dan impak yang diterima secara langsung di sempadan Malaysia akibat perpindahan pusat pentadbiran Indonesia dari Jakarta ke Kalimantan. Pada 26 Ogos 2019, Presiden
Republik Indonesia telah mengumumkan pemilihan Kalimantan Timur sebagai ibu kota yang baru bagi Indonesia. Pembangunan itu telah dijadualkan untuk dimulakan pada tahun 2020 dan proses pemindahan akan dilakukan pada tahun 2024. Namun begitu, disebabkan oleh wabak COVID-19, rancangan pembangunan tersebut terpaksa ditangguhkan. Apabila dilaksanakan kelak, pemindahan ibu kota tersebut mampu menyumbang kepada pemesatan ekonomi setempat di mana Sabah dan Sarawak boleh mendapat limpahan manfaat baik dari sudut aliran perdagangan mahupun dalam sektor-sektor lain seperti pelancongan. Pada masa yang sama, pemindahan ini juga dijangka akan membuka banyak peluang pelaburan Malaysia di Kalimantan Timur dengan penglibatan syarikat-syarikat pemaju Malaysia yang mengambil bahagian dalam projek pembangunan ibu kota yang baru ini. Bagi meneroka potensi kerjasama ini, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah menganjurkan beberapa siri konsultasi dengan kementerian dan agensi kerajaan yang berkaitan seperti Kementerian Kerja Raya, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia, bagi menyediakan cadangan pelan pelaburan yang komprehensif. Tidak dinafikan, pemindahan ibu kota Indonesia ini akan membawa juga cabaran- cabaran yang tersendiri terutamanya dalam isu-isu rentas sempadan antara Malaysia dan Indonesia. Contohnya, penyeludupan, jenayah rentas sempadan dan sebagainya. Walau bagaimanapun, kerajaan yakin bahawa sebarang isu rentas sempadan yang timbul boleh diselesaikan secara efektif dan konstruktif antara Malaysia dan Indonesia. Penekanan akan diberi terhadap peningkatan kolaborasi dan pengukuhan kerjasama keselamatan dan pertahanan di kawasan sepanjang sempadan Sabah dan Sarawak dengan Kalimantan. Melalui pendekatan komprehensif yang akan diambil oleh Malaysia dalam merancakkan kerjasama ekonomi dan pelaburan serta mengukuhkan kerjasama pertahanan dan keselamatan, pemindahan dan pembangunan ibu kota Indonesia yang baharu di Kalimantan Timur ini, bakal memberikan manfaat yang tinggi kepada dua-dua buah negara. Yang Berhormat Sibuti bertanya tentang pencerobohan kapal-kapal milik rakyat Republik China di Beting Patinggi Ali. Kerajaan tidak akan berkompromi dengan perkara yang boleh menjejaskan keutuhan wilayah, kedaulatan dan kepentingan negara termasuk dalam mengendalikan isu Laut China Selatan. Apabila berlaku insiden-insiden pencerobohan kapal-kapal kerajaan asing dalam perairan negara, Malaysia secara konsisten mengemukakan nota bantahan diplomatik kepada kerajaan negara-negara yang terlibat. Tindakan ini diambil selaras dengan undang-undang antarabangsa dan pendirian Malaysia untuk mempertahankan kedaulatan dan hak kedaulatan dalam perairan negara. Tindakan ini juga adalah sebagai langkah Malaysia yang tidak pernah mengiktiraf tuntutan negara penuntut Laut China Selatan termasuk China apabila tuntutan tersebut melibatkan dan bertindih dengan perairan negara berdasarkan peta baharu Malaysia 1979.
Yang Berhormat Menteri penjelasan. Padang Serai.
Yang Berhormat Padang Serai tidak bahas yang ini. Akan tetapi, tidak apa...
Tidak apa, boleh. Hal-hal keselamatan.
Yang Berhormat kata boleh ya?
Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin tanya mengapa kementerian tidak ada mesyuarat ataupun rundingan dengan Manila, Indonesia, China dan Vietnam
untuk mengetahui apakah masalah-masalah? Mengapakah ia ceroboh perairan kita dan sebagainya? Ini supaya kita boleh alert dan kita akan beritahu masalah kita kepada negara- negara. Kita tidak mahu gaduh dengan sesiapa. Cuma, jangan kacau kita punya perairan. Itu yang kita hendak beritahu mereka. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Teruskan.
Bab beritahu ini, saya rasa semua kerajaan dan semua Yang Berhormat Menteri sebelum ini termasuk bekas Yang Berhormat Menteri Pertahanan pun, dalam mesyuarat-mesyuarat antara Menteri-menteri Pertahanan ASEAN ini sentiasa kita sebut. Tuan Yang di-Pertua, sukarlah kita hendak tahu sebab sebenar mereka menuntut. Saya percaya mereka ada hal-hal yang mereka rasa menguntungkan mereka. Sama juga kita menuntut kawasan-kawasan yang tertentu. Akan tetapi, perbincangan itu terus dilakukan. Ada banyak platform dan daripada segi ASEAN, kita menggunakan pendekatan ASEAN Consensus untuk berhadapan dengan negara China dan penuntut- penuntut yang lain. Bagi memastikan keamanan dan kedaulatan di perairan negara kekal terpelihara, Kementerian Luar Negeri bersama Majlis Keselamatan Negara, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia, sentiasa komited dan memberikan perhatian yang khusus terhadap keselamatan di kawasan perairan negara. Sebahagian jawapan ini saya telah berikan ketika soalan yang hampir sama sebelum ini. Tindakan ini Tuan Yang di-Pertua, kita ambil seperti rondaan, pengawasan dan penguatkuasaan yang dilaksanakan secara 24 jam. Isu pekerja dari Malaysia yang terkandas di Singapura yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Tebrau. Sejak penularan pandemik COVID-19, seawal bulan Januari 2020, tidak dinafikan, terdapat ramai rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara susulan daripada penutupan sempadan secara global. Malaysia juga terkecuali dengan menutup sempadannya apabila mengumumkan PKP yang berkuat kuasa pada 18 Mac 2020. Sungguhpun demikian, rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura masih lagi mempunyai opsyen untuk pulang ke tanah air melalui jalan darat di Johor menggunakan beberapa skim khas yang telah dipersetujui oleh kedua- dua negara. Keputusan yang diambil oleh kedua-dua kerajaan, Malaysia dan Singapura untuk menutup sempadan negara masing-masing adalah bertujuan untuk mengekang penularan virus COVID-19 untuk memastikan keselamatan dan kesihatan awam termasuk para pekerja.
Namun demikian, mengambil kira faktor saling kebergantungan daripada aspek ekonomi di antara kedua-dua buah negara, Malaysia dan Singapura telah menjalinkan kerjasama yang erat khususnya dalam menghadapi cabaran-cabaran luar jangka akibat pandemik COVID-19. Usaha kerajaan dalam rundingan dengan Singapura terserlah apabila kita memuktamadkan skim perjalanan rentas sempadan, dengan izin, Periodic Commuting Arrangement (PCA) bagi membenarkan pekerja termasuk yang berstatus pemastautin tetap untuk pulang bercuti ke Malaysia. Di bawah skim ini, pekerja-pekerja rakyat Malaysia masih boleh kembali ke Singapura dan menyambung pekerjaan mereka di sana setelah tamat bercuti. Skim PCA telah membantu ramai pekerja untuk pulang, bukan sahaja berjumpa dengan keluarga bahkan juga menyelesaikan urusan persendirian mereka di Malaysia. Disebabkan situasi COVID-19 di kedua-dua negara masih belum reda, kedua-dua Malaysia mahupun Singapura akan terus melaksanakan peraturan kesihatan yang ketat bagi pergerakan rentas sempadan. Namun demikian, adalah menjadi keutamaan kerajaan untuk terus berunding dengan Singapura berkenaan pembukaan semula sempadan secara beransur-ansur bergantung kepada situasi kesihatan semasa. Ini
termasuklah cadangan pergerakan rentas sempadan secara harian yang dikenali, dengan izin, Daily Commuting Arrangement (DCA).
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Muar.
Ya, sila Yang Berhormat Muar.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya kenali Yang Berhormat Menteri sebagai salah seorang yang ada sikap empati and always show compassion. Saya merayu kepada Yang Berhormat Menteri untuk tunjukkan sikap empati kepada rayuan ribuan keluarga Malaysia bukan sahaja di Singapura tetapi di negara-negara lain yang telah pun terpisah lebih dua tahun. Suami, isteri, pasangan yang mungkin belum berkahwin tetapi telah terpisah lebih dua tahun. Ada yang sakit mental, ada yang telah pun bercerai atau dah nak bercerai. Saya juga yakin ramai dalam Dewan ini sudah berkahwin, saya belum lagi tetapi kalian sudah berkahwin, bayangkan terpaksa terpisah daripada isteri ataupun suami dua tahun. Mereka ini sedang lalui situasi ini khususnya kerana birokrasi dalam MyTravelPass. Saya ada karangkan surat kepada Yang Berhormat Menteri untuk bantu dan bangkitkan isu ini di Jemaah Menteri. Yang lebih merisaukan saya bukan sahaja isu cerai atau sakit mental sahaja tetapi mereka juga banyak kongsikan gambar-gambar dekat saya yang mereka tidak dapat berjumpa dengan suami, isteri, pasangan mereka tetapi banyak anak-anak VVIP, saya tak nak katakan nama ya, yang boleh bercuti di luar negara, kongsikan gambar secara terbuka tetapi mereka sampai sakit mental ataupun bercerai kerana dua tahun tak dapat jumpa suami, isteri atau pasangannya. Untuk menyelesaikan masalah ini― it is an urgent issue. Saya tahu ini bukan bawah bidang kuasa Yang Berhormat Menteri but there must be consolidated effort. I know you are very compassionate guy, saya berharap Yang Berhormat Menteri dapat bincangkan perkara ini dan putuskan secepat mungkin dalam Jemaah Menteri yang akan datang. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri, bercakap tentang rakyat yang terkandas di luar negara, saya perlu akui saya tidak bahas isu ini, tetapi bila Yang Berhormat Menteri menggulung, saya rasa tertarik untuk membangkitkan perkara ini kerana di kalangan menteri yang memberi yang jawapan yang paling bernas adalah Yang Berhormat Menteri sendiri. Soalan yang akan saya tanya adalah umum mengetahui bahawa Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat telah pun ditahan di Thailand dan akan dibawa masuk balik ke Malaysia untuk menghadapi pertuduhan. Soalan saya ialah bagaimana dengan Jho Low? Apakah tindakan yang akan diambil? Adakah kerajaan akan melakukan tindakan pantas yang sama atau lebih agresif untuk mengesan Jho Low membawa beliau balik ke Malaysia? Ataupun tindakannya akan perlahan sekarang memandangkan Yang Berhormat Pekan sudah pun menjadi backbenchers kerajaan? Soalan saya.
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Sila Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Jelutong ini nakallah. [Ketawa] Terima kasihlah soalan tetapi ini bukan di bawah bidang kuasa saya. Namun, saya rasa tak adil ayat yang akhir itu, Yang Berhormat Jelutong. Ada makna tersirat. Saya akan bertanyalah kepada menteri yang berkaitan tentang perkara ini. Terima kasih Yang Berhormat Muar. Saya ikuti terutamanya dalam media sosial, misalnya dalam Twitter Love Is Not Tourism Malaysia sebagai contoh. Memang kita sama- sama bersimpati dan perkara ini ada yang sudah dibawa di bawah Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan yang berkaitan dengan COVID-19. Akan tetapi, saya faham isu ini bukan sahaja berkaitan dengan COVID-19 kerana ada yang setengah-
setengah itu sudah berhadapan dengan masalah terpisah dengan orang yang dikasihi ini sejak sebelum COVID-19. Saya akan cuba lihat bagaimana kita boleh mengatasi masalah ini secara bersama.
Yang Berhormat Menteri, boleh saya celah? Kerana itu adalah soalan saya.
Ya, sila.
Ya. Terima kasih atas penjelasan yang diberikan oleh Menteri mengenai isu merentas negara di antara Singapura dengan Malaysia. Saya faham kita memang ada laluan di antara dua negara supaya mereka yang bekerja supaya mereka boleh pulang melalui atau PCA atau Green Lane ya. Akan tetapi, saya difahamkan ini adalah untuk syarikat Singapura yang ada anak syarikat atau beroperasi di Malaysia supaya mereka boleh guna laluan PCA ini. Ramai yang bekerja di Singapura, mereka bertaraf blue collar yang bekerja di kilang-kilang. Mereka memang tidak layak untuk guna laluan PCA. Itulah yang luahan yang Ahli-ahli Yang Berhormat di Johor Bahru terima. Macam mana kemudahan boleh diberikan kepada mereka supaya mereka sekurang-kurangnya boleh balik ke negara kita sekali setiap bulan? Sekiranya mereka sudah menerima vaksin dua dos, sudah ada digital certificate supaya kemudahan ini akan diberikan kepada mereka yang tidak dapat guna laluan PCA. Mereka memang berharaplah perbincangan ada dilakukan di antara dua negara supaya rakyat Malaysia yang bertaraf sebagai blue collar ini dapat pulang ke Malaysia sekali setiap bulan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau.
Terima kasih Yang Berhormat. Tadi saya menyebut tentang PCA dan DCA. Yang Berhormat mengingatkan Dewan tentang Reciprocal Green Lane (RGL). Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan baru-baru ini Menteri Kesihatan kita telah mengadakan perbincangan melalui telefon dengan rakan sejawatnya, Menteri Kesihatan Singapura mengenai cadangan pembukaan semula sempadan Malaysia dan Singapura. Jadi, kita berdoa dan kita berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin. Sebab, memang kedua-dua pihak saling memerlukan pembukaan sempadan ini. Kalau ini berlaku, maka saya fikir ia meneroka pembukaan sempadan antara Malaysia dengan Thailand dan juga mungkin dengan negara-negara yang lain yang melibatkan pengangkutan udara dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin, walaupun ini tidak dibahaskan tetapi melaporkan kepada Dewan bahawa kerajaan bersetuju dengan cadangan Wisma Putra untuk Parlimen ini menubuhkan sebuah jawatankuasa khas pemilih untuk hal ehwal antarabangsa. Special Select Committee for Foreign Affairs. Saya telah menulis kepada Tuan Yang di-Pertua dan saya harap perkara ini akan dapat kita ketahui keputusannya. Yang Berhormat Kota Raja.
Ya, Yang Berhormat Menteri Luar Negeri, saya ingin dalam perbincangan hal antarabangsa itu, di antara negara yang perlu jadi tumpuan kita adalah Afganistan. Misalnya, sekarang ini tak ada negara yang mahu mengiktiraf Afganistan. Sebab, perkara-perkara dasar― misalnya tentang pendidikan, boleh wanita.
Misalnya kalau mereka hendak asingkan sekolah pendidikan, tidak ada masalah. Yang pentingnya semua rakyat dapat pendidikan. Kita di Malaya, belum merdeka dan selepas itu pun, sekolah-sekolah yang British buat – berasingan. Misalnya, Methodist Girl’s School, Methodist Boy’s School, Convent Girl’s School, jadi yang pentingnya pendidikan. Tidak kira lelaki dan juga perempuan, jantinanya. Oleh itu, Malaysia beri
penekanan hal-hal pendidikan ini kepada kerajaan baharu yang belum menentukan arah mereka. Perkara kedua, saya bertemu dengan duta yang masih ada sekarang yang belum ditamatkan, antaranya dia minta Malaysia kalau boleh pergi ke sana sekarang untuk membantu mereka terutamanya dalam menubuhkan badan seperti Tabung Haji. Itu antara permintaan mereka. Akan tetapi yang paling utama ialah soal pendidikan, keselamatan sebab mereka negara yang belum ada arah tuju. Malaysia dapat memainkan peranan bersama dengan OIC untuk mengeluarkan mereka daripada pemboikotan dunia. Itu minta penjelasan.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja.
Terima kasih, Yang Berhormat Kota Raja. Dua perkara yang sangat mustahak. Perkara yang pertama tentang hak wanita dan sebagainya itu sedikit sebanyak saya telah sentuh baru-baru ini ketika menjawab soalan di dalam Dewan yang mulia ini. Saya rasa yang itu kita senada, bahawa kriteria itu haruslah yang bersesuaian dan bukan mengikut naratif orang lain. Saya pernah sebutkan misalnya, kalau kita jadikan syarat wanita boleh bekerja, banyak sahaja negara yang dulunya kita sudah iktiraf kemerdekaan dan kerajaan pertama mereka ketika itu, wanita mereka tidak boleh bekerja pun, sebagai contoh. Jadi, kita harus melihat soal kesejagatan dan juga soal apa yang berlaku di pihak tempatan. Saya ambil maklum cadangan tentang perkara yang kedua. Pokoknya Tuan Yang di-Pertua, walaupun kita belum mengiktiraf Kabul tetapi kita harus jangan sampai ketinggalan. Saya sebutkan bahawa kita harus, dengan izin, ada cautious optimism tetapi jangan too cautious sehingga kita tertinggal dari segi reconstruction. Sebab mesej kita bukan sangat soal kerajaan Kabul. Mesej kita ialah rakyat Afghanistan yang perlu dibantu dengan apa cara yang mampu oleh sebuah negara yang kecil seperti Malaysia.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum Menteri mengakhiri ucapan, saya cuma hendak tanya, apakah usaha diplomatik negara kita untuk menangani isu AUKUS supaya dapat mengelakkan satu arms race di rantau Laut China Selatan.
Sila Menteri.
Saya bukanlah tidak hendak jawab, tetapi kalau jawab ambil masa. Saya mohon kalau boleh Yang Berhormat. Pertamanya, Yang Berhormat Menteri Kanan Pertahanan dia telah menjawab tentang hal ini khusus, juga kerana bekas Menteri Pertahanan bertanya tentang hal yang sama. Pokok pangkalnya Tuan Yang di-Pertua ialah kita telah menyatakan segala kegusaran dan kerisauan kita kepada pihak Australia dan saya telah menyebutkannya kepada ketiga-tiga Duta Australia, Amerika Syarikat dan juga United Kingdom beberapa hari yang lepas. Perdana Menteri pun telah mengeluarkan suatu kenyataan yang tegas tentang kerisauan kita itu. Ini kerana ia boleh menimbulkan kesan-kesan yang lain juga. Misalnya apabila ia melibatkan dua kuasa besar di suatu pihak, ia boleh menggamit kehadiran ataupun reaksi yang hampir setimpal daripada beberapa kuasa besar yang lain. Kita tidak hendak kawasan Asia Tenggara yang kita pegang, ZOPFAN dan kita pegang kepada perjanjian-perjanjian bebas nuklear ini, kita tidak mahu kita terperangkap dalam perlumbaan senjata kuasa-kuasa besar. Kita mahu semua orang datang dan lalu di perairan kita ini untuk perdagangan dan perniagaan secara aman.
Terima kasih. Menteri ingin tamatkan? Terima kasih Yang Berhormat Menteri Luar Negeri. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi atau timbalannya menjawab. 20 minit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu, saya ingin
mengucapkan terima kasih kepada empat orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan isu berkaitan bidang kuasa Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (KPPK) dalam sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan yang mulia ini. Untuk penggulungan ini, saya akan memberikan makluman balas dan penjelasan terhadap semua perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Isu pertama yang akan diperjelaskan berhubung pertanyaan Yang Berhormat Sik adalah usaha meningkatkan penghasilan getah tempatan dan industri hiliran. Kementerian menerusi Lembaga Getah Malaysia (LGM) giat melaksanakan usaha untuk meningkatkan usaha untuk meningkatkan penghasilan getah tempatan menerusi beberapa inisiatif dan program seperti berikut: (i) menyediakan mekanisme sokongan harga iaitu insentif pengeluaran getah (IPG). IPG menggalakkan pekebun kecil untuk terus menoreh sewaktu harga rendah di pasaran dan mengurangkan kesan kejatuhan harga getah kepada pendapatan mereka. Pekebun kecil getah akan menerima insentif ke atas setiap kilogram getah yang dikeluarkan apabila purata harga bulanan getah berada di bawah paras harga pengaktifan (PHP) yang ditetapkan iaitu RM2.50 sekilogram getah sekerap IPG menjamin pekebun kecil mendapat hasil jualan getah sekurang- kurangnya pada harga RM2.50 sekilogram. Untuk makluman Dewan yang mulia, jumlah IPG yang telah disalurkan adalah sebanyak RM436.11 juta sejak dilaksanakan pada September 2015 sehingga Julai 2021 dan ini telah memanfaatkan seramai 199,677 ribu orang pekebun kecil; (ii) pelaksanaan Koridor Lateks Pantai Timur bertujuan meningkatkan pengeluaran getah lateks negara di samping meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah; (iii) melaksanakan program Transformasi Perusahaan Getah Negara (TARGET) bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran getah dan pendapatan pekebun kecil menerusi penglibatan di dalam koperasi menghasilkan getah krip. Penglibatan koperasi dalam menghasilkan getah secara berkelompok dan melahirkan usahawan baru. Menghasilkan produk nilai tambah seperti getah krip untuk dipasarkan terus kepada pengilang pemproses getah atau dieksport. (iv) mengenal pasti sekor pembuatan lain yang berpotensi untuk dibangunkan seperti sektor tayar yang mempunyai nilai pasaran besar serta dapat memberi kesan yang positif kepada rantaian nilai industri; (v) memberikan sokongan R&D dan khidmat nasihat teknikal kepada industri hiliran seperti lebih berdaya maju dan dapat menyumbang kepada nilai eksport negara; dan (vi) mengukuhkan kerjasama serantau menerusi Indonesia-Malaysia- Thailand Growth Triangle (IMT-GT) Bandar Getah untuk merancangkan kerjasama pembangunan sektor hiliran bandar getah di antara tiga buah negara. Seterusnya, Yang Berhormat Sik juga membangkitkan isu berkaitan usaha kementerian dalam melaksanakan semak dan imbang harga getah secara holistik supaya para penoreh getah mendapat hasil pendapatan yang lebih baik. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian sentiasa melaksanakan semak dan imbang ke atas harga getah melalui beberapa kaedah seperti penggunaan sistem RRIMniaga. Tujuan penggunaan sistem ini adalah untuk merekodkan urus niaga getah oleh pelesen, memudahkan proses pembelian getah iaitu proses penyediaan resit, penyediaan laporan jual beli dan permohonan IPG dapat dijana secara automatik.
Data primer yang dikumpul melalui RRIMniaga dapat membantu kerajaan merangka dasar yang berkaitan dengan industri getah bagi manfaat pekebun kecil getah. RRIMNiaga membantu LGM dalam aktiviti pemantauan dan kawal selia urus niaga getah. Kedua, menjalinkan kerjasama serantau di bawah kerangka International Tripartite Rubber Council (ITRC) bertujuan untuk memperkukuh dan menstabilkan harga pasaran getah antarabangsa melalui pelaksanaan inisiatif-inisiatif berikut: (i) Agreed Export Tonnage Scheme (AETS) bagi mengawal kuantiti eksport getah asli semasa harga getah rendah; (ii) Supply Management Scheme (SMS) bagi mengawal pengeluaran getah asli agar tidak melebihi jangkaan permintaan getah asli pada masa akan datang.
Tuan Yang di-Pertua, isu pertama yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Julau adalah, adakah pihak kementerian bersedia untuk menarik lebih ramai pemain industri dari dalam dan luar negara bagi merancakkan lagi penanaman lada khususnya di negeri Sarawak. Kementerian melalui Lembaga Lada Malaysia (MPB) bersedia untuk mengalu- alukan pemain industri sama ada dari dalam atau luar negara untuk terlibat dalam sektor pengeluaran industri lada. MPB melalui pelaksanaan program pembangunan menyalurkan insentif seperti Skim Tanaman Lada Baharu kepada pemain industri yang berminat untuk membuka kawasan tanaman baharu lada. [Dato’ Sri Azalina Othman Said mempengerusikan mesyuarat] Pada masa yang sama, untuk memastikan kemampanan industri dalam negara insentif bantuan untuk tanaman lada matang di bawah Skim Tanaman Lada Matang juga turut disalurkan kepada pengusaha tanaman yang layak. Walaupun dalam keghairahan kita untuk menggalakkan penglibatan pemain- pemain industri berskala besar, kementerian melalui MPB sentiasa menyedari tanggungjawab untuk menjaga dan menjamin kebajikan para pekebun kecil lada sentiasa terpelihara. Isu kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Julau adalah, adakah pihak kementerian mempunyai perancangan jangka masa panjang untuk meningkatkan mutu pentadbiran dan penguatkuasaan dalam industri lada ini termasuk berkaitan pengurusan bekalan data pekebun kecil lada. Bagi pangkalan data pekebun kecil lada, pihak kementerian mengambil maklum isu-isu berkaitan dengan data-data pekebun kecil yang timbul selama ini dan telah mengambil langkah penyelesaian dengan mewujudkan pangkalan data dalam Rancangan Malaysia Kesebelas iaitu di bawah Pembangunan Pangkalan Data Industri Lada. MPB juga sentiasa menyelenggarakan, mengemas kini dan menyelia maklumat pekebun lada dalam pangkalan data semasa ataupun data sistem E-Pekebun. Pihak MPB dan Jabatan Pertanian Sarawak sedang bekerjasama melalui jawatankuasa kolaborasi yang kerap bersidang untuk memperkasa industri lada negara khususnya di negeri Sarawak. Fungsi kedua-dua agensi yang saling lengkap melengkapi ini akan membentuk satu sinergi yang kukuh untuk memacu ke arah pembangunan industri lada yang mampan di Sarawak. Bagi aktiviti penguatkuasaan dalam industri lada, kementerian akan mewujudkan bahagian penguatkuasaan di Putrajaya yang akan mengawal selia komoditi ini secara menyeluruh dan meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan. Selain itu, bahagian ini dapat membantu menangani kekurangan kakitangan agensi dalam menjalankan penguatkuasaan di seluruh negara. Seterusnya, Yang Berhormat Julau juga membangkitkan isu berkaitan pelaksanaan penguasaan dan penguatkuasaan dalam pasaran industri lada. Kemasukan
lada dari luar Malaysia adalah melalui aktiviti perdagangan antara sempadan iaitu Sarawak-Kalimantan dan import melalui pelabuhan. Kementerian memantau perdagangan ini dengan menetapkan parameter import bagi tujuan mengeluarkan permit import kepada para peniaga yang berdaftar di MPB. Lada yang diimport dan diniagakan atau dieksport dari Malaysia tidak diberikan perakuan sebagai lada Sarawak semasa mengeluarkan permit eksport atau sijil keasalan lada. Kementerian bekerjasama dengan jabatan kastam telah menetapkan MPB sebagai Permit Issuance Agency (PIA) bagi memantau dan mengawal selia pasaran lada sejak tahun 2007 untuk mengeluarkan sijil gred lada dan permit mengikut parameter ditetapkan bagi menjamin kualiti dan imej dan industri lada negara terutamanya lada Sarawak yang diperakui dalam sijil Geographical Indications oleh MyIPO. Pihak MPB akan mula melaksana pengawasan dan penguatkuasaan dalam pasaran industri pada suku pertama tahun 2022 di seluruh Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, isu pertama yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jerantut adalah, apakah status dan bagaimanakah pelaksanaan Koridor Lateks Wilayah Timur ? Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sehingga Ogos 2021 hanya sebanyak empat pelesenan atau pembeli getah yang telah berdaftar dibawa program ini dan melibatkan seramai 115 orang pekebun kecil. Pelaksanaan Koridor Lateks Wilayah Timur, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM16 juta, pada tahun 2021, bagi pelaksanaan Insentif Pengeluaran Lateks (IPL) yang bertujuan untuk menggalakkan pengeluaran lateks tempatan dan pembangunan rantaian bekalan lateks. Pada masa ini, pengeluaran lateks banyak tertumpu di negeri-negeri pantai barat semenanjung seperti Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Kedah. Oleh yang demikian, pelaksanaan Koridor Lateks Wilayah Timur ini akan meningkatkan lagi pengeluaran lateks negara. Setiap pekebun kecil getah yang menyertai program ini akan menerima bantuan dalam bentuk input pertanian seperti baja dan racun yang bernilai RM850 bagi setiap hektar secara sekali beri ataupun one-off. Para peserta juga akan menerima insentif sebanyak RM1 per kilo bagi 100 peratus Kandungan Getah Kering (KGK). Pekebun kecil getah yang menghasilkan dan menjual lateks tidak perlu membuat permohonan bagi tujuan tuntutan IPL kerana bayaran IPL adalah secara automatik berdasarkan rekod transaksi sistem RRIMniaga. Pekebun kecil getah hanya perlu memastikan mereka menjual kepada pembeli getah yang menggunakan sistem RRIMniaga. Bayaran insentif IPL akan terus dikreditkan ke dalam akaun pekebun kecil. Syarat-syarat pekebun kecil menyertai program IPL adalah seperti berikut: (i) memiliki Permit Autoriti Transaksi Getah (PATG); (ii) memiliki kebun getah matang bersaiz kurang daripada 100 ekar dan menghasilkan lateks; (iii) menjual kepada peniaga getah yang menggunakan sistem RRIMniaga; (iv) kebun-kebun yang diusahakan mestilah terletak di dalam negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang; dan (v) mempunyai rekod transaksi jualan lateks sebanyak tiga kali jualan sepanjang tempoh program IPL. (Syarat ini hanya untuk bantuan input pertanian). Manakala pelesen getah pula akan memperoleh manfaat bantuan pembinaan tangki baru atau tambah baik pusat pengumpulan lateks (PMG), serta alat mengukur Kandungan Getah Kering (KGK), RRImeter tertakluk kepada syarat yang dipersetujui. Isu kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat...
Boleh sedikit Yang Berhormat Menteri? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, terima kasih atas jawapan yang diberikan. Cuma saya masih lagi tidak mendengar berapa peratus kah
daripada peruntukan yang telah diperuntukkan oleh kerajaan telah digunakan? Ini kerana sekarang sudah bulan September. Berapa metrik tan kah lateks yang telah dikeluarkan oleh negara kita dengan adanya koridor lateks yang dicadangkan ini. Ini kerana kita tahu negara memerlukan lebih kurang 450 ribu juta tan lateks. Kita hanya baru mengeluarkan 45 peratus sedangkan industri getah negara ini yang memulakan produk getah yang dieksport ke luar negara melonjak dari segi keperluannya. Kita tidak dapat memenuhi permintaan. Jadi, penoreh getah tidak mendatangkan hasil kepada mereka. Jadi, sebab itu kalau lah kerajaan serius. Bukan sahaja saya tengok tadi baru empat pelesen sahaja, Yang Berhormat Menteri. Jadi empat pelesen ini memerlukan kita bertindak lebih agresif untuk memastikan cadangan kerajaan itu dapat di realisasikan dan dalam masa yang sama, para pekebun kecil dan juga penoreh mendapat pulangan yang paling maksimum dengan mereka fokus kepada pengeluaran lateks. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Untuk maklumat Dewan yang mulia ini...
Yang Berhormat Menteri, lima minit lagi tinggal. Bolehkah tidak Yang Berhormat Menteri jawab kepada Ahli Yang Berhormat yang ada dalam Dewan?
Okey.
Tinggal Yang Berhormat Jerantut sahaja.
Okey. Yang Berhormat Jerantut, RM16 juta itu memang diperuntukkan untuk bantu bagaimana untuk menggalakkan pengeluaran lateks. Pengeluaran lateks ini untuk makluman Yang Berhormat, pada tahun 2019, sebanyak 36,200 tan telah dihasilkan. Akan tetapi pada tahun 2020 tahun ini, telah turun. Jumlahnya hanya 34,000 tan. Ini semua bukan sebab tidak ada proaktif ataupun daripada apa yang dilakukan oleh kementerian, tetapi dalam keadaan pandemik COVID-19 telah menjejaskan program-program sedemikian. Akan tetapi, apa-apa sekali pun, tadi saya dah jelaskan bahawa bantuan contohnya bantuan pembinaan tangki. Kerajaan atau kementerian telah memberi bantuan bernilai RM68,000 dan kepada RRImeter bernilai RM140,000. Saya harap kebanyakan ataupun lebih ramai daripada mereka yang berminat, ambillah bahagian dan saya nampak hint pandemik dah ke tahap ini. Mungkin kita boleh galakkan supaya program ini dapat diteruskan dengan lebih berkesan lagi. Terima kasih Yang Berhormat. Isu kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jerantut adalah adakah pelaksanaan Koridor Lateks Pantai Timur ini telah meningkatkan hasil lateks negara sehingga 10 peratus daripada pengeluaran lateks negara. Koridor Lateks Pantai Timur masih di peringkat awal pelaksanaan. Untuk makluman, jumlah pengeluaran lateks negara pada tahun 2020 hanya dapat menampung sekitar 7.3 peratus jumlah penggunaan domestik terutamanya daripada sektor pembuatan sarung tangan getah. Sekiranya program ini berjalan dengan lancar, sasaran peningkatan sebanyak 10 peratus pengeluaran getah lateks dapat dilaksanakan. Isu seterusnya yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jerantut ialah bagaimanakah pendapatan penoreh getah ketika terdapat syarikat-syarikat pengeluar barangan getah mengaut keuntungan yang begitu tinggi dan adakah mereka masih perlu berharap kepada insentif pengeluaran harga getah atau bantuan musim tengkujuh. Sekiranya penoreh getah bergantung hanya kepada hasil getah, adalah dianggarkan purata pendapatan mereka pada tahun 2020 adalah RM950 sebulan. Oleh yang demikian, kerajaan melalui pihak RISDA telah melaksanakan pelbagai aktiviti dan program bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah, contohnya melalui Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) dan sebagainya. Secara tidak langsung, ia telah menyumbang kepada peningkatan pendapatan mereka.
Kerajaan masih menyediakan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada pekebun kecil getah bergantung kepada situasi dan keperluan semasa. Bagi IPG, harga getah sejak Februari 2021 telah stabil melebihi RM2.50 sekilogram iaitu di atas Paras Harga Pengaktifan (PHP) IPG. Oleh yang demikian, IPG tidak teraktif dan tidak dapat dituntut di mana Semenanjung Malaysia sejak Februari hingga Ogos, manakala tidak teraktif di Sabah dan Sarawak pada Mac dan Ogos 2021. Manakala BMT yang disediakan terhad semasa musim tengkujuh sahaja memandangkan penoreh getah tidak dapat menoreh pada musim tersebut. Untuk maklumat Yang Berhormat, untuk Bantuan Musim Tengkujuh biasanya pada hujung-hujung tahun dan pada kebiasaannya, RM200 sebulan selama tiga bulan. Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan dengan isu pertama yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bentong iaitu mengapakah kita tidak menggunakan teknologi yang ada sebagai bukti untuk meyakinkan komuniti antarabangsa terhadap komitmen kita menangani tuduhan-tuduhan pemusnahan alam sekitar dan hutan...
Yang Berhormat Menteri, sikit sebelum lanjut. Sik nak tanya sikit berkaitan getah tadi. Yang Berhormat Timbalan Menteri, isu yang dihadapi oleh penoreh-penoreh kita khususnya di daerah Sik ataupun daerah- daerah lain ialah sebahagian penoreh khususnya pekebun kecil, mereka lebih berminat ataupun melakukan pengeluaran getah ini dalam bentuk sekerap ataupun getah beku dan sudah pastilah harga getah beku ini sangat tidak stabil dan rendah. Sebahagian penoreh kita ini, pekebun kita ini, mereka sudah nampak tidak berminat mengeluarkan getah susu ataupun lateks ini, padahal harga lateks ini agak stabil dan lebih memberi keuntungan kepada mereka. Namun, atas sebab mungkin prosesnya yang agak lambat dan memerlukan bantuan-bantuan mesin dan sebagainya, jadi adakah pihak kementerian melihat perlu ada satu inisiatif baharu kepada penoreh kita untuk mereka lebih berminat hendak mengeluarkan getah lateks ini atau susu ini daripada harga getah beku ini untuk kita nak lihat kestabilan daripada segi harga dan pendapatan mereka yang lebih terjaminlah daripada segi harga itu sendiri. Terima kasih.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ada lagi 11 Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Saya jawablah apa yang...
Lepas itu boleh bagi jawapan bertulis.
Boleh tak Yang Berhormat Sik? Boleh ya? Okey, saya teruskan.
Berapa lama lagi?
Tak banyak, tak banyak.
Berapa?
Tak banyak lagi, dua isu lagi. Jadi, untuk isu pertama yang saya utarakan di mana pertanyaan daripada Yang Berhormat Bentong adalah kementerian telah melaksanakan pelbagai usaha dan inisiatif dalam memastikan industri sawit negara dilaksanakan secara mampan serta seterusnya menghakis segala dakwaan yang tidak tepat daripada pihak luar terutamanya Kesatuan Eropah (EU). Usaha dan inisiatif ini termasuklah: (i) mengukuhkan komitmen dalam usaha melestarikan aktiviti penanaman sawit dengan memperkenalkan beberapa polisi dan teknologi seperti penggunaan teknologi imej satelit penerimaan jauh melalui pelbagai resolusi spatial untuk tujuan penyediaan peta rasmi bagi kawasan sawit di seluruh negara untuk capaian umum dapatan data attribute tanaman sawit ini, kemudiannya dimasukkan dengan berpandukan MS1759: 2015 dan diserahkan
ke Pusat Geospatial Negara untuk tujuan penyelarasan data nasional; (ii) mengehadkan keluasan penanaman kelapa sawit seluruh negara dengan penetapan sasaran seluas 6.5 juta hektar sahaja; (iii) melaksanakan larangan penanaman baharu sawit di atas kawasan baharu tanah gambut dan penetapan syarat serta peraturan yang lebih ketat terhadap tanaman sawit di kawasan tanah gambut sedia ada; dan (iv) melaksanakan larangan penukaran guna tanah Hutan Simpan Kekal (HSK) bagi aktiviti penanaman sawit atau tanaman pertanian lain. Pelaksanaan polisi ini adalah penting bagi meyakinkan pihak luar terhadap ketelusan negara dan menguruskan aktiviti penanaman sawit dengan mampan tanpa pengabaian kepentingan alam sekitar. Perkara ini juga telah dan sering kali diuar-uarkan dalam pelbagai platform antarabangsa dan tempatan termasuklah misi-misi ekonomi ke luar negara, mesyuarat bersama pihak berkepentingan, seminar dan bengkel serta lain- lain platform yang bersesuaian. Walau bagaimanapun, pelaksanaan kepada polisi ini memerlukan komitmen dan sokongan daripada pelbagai pihak terutamanya kerajaan negeri, kementerian dan agensi yang berkaitan daripada Kerajaan Persekutuan dan penggiat industri. Tuan Yang di-Pertua, isu kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bentong adalah berkaitan pengeksportan kayu balak dan saranan supaya menyekat eksport kayu gergaji serta-merta. Pengeksportan kayu balak telah dilarang bermula pada tahun 1972 untuk 10 spesies dan diikuti pada tahun 1985 untuk larangan sepenuhnya sehingga ke hari ini berdasarkan Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan) 1973 [Akta 105]. Usaha ini adalah bagi menjamin kegunaan dan keperluan dalam negara. Pengeksportan hanya dibenarkan untuk kayu gergaji. Ini kerana pembekalan kayu gergaji untuk kegunaan industri tempatan adalah mencukupi dan hanya sebahagian diperuntukkan untuk tujuan eksport. Pengeksportan kayu gergaji ini perlu disertakan dengan dokumen pemeringkatan kayu berdasarkan gred yang ditentukan oleh Malaysian Grading Rules (MGR) merupakan dokumen standard pemeringkatan kayu yang diiktiraf di seluruh dunia.
Pengeksportan dilakukan selepas mempertimbangkan keperluan penggunaan tempatan dan tertakluk kepada perintah ses serta kelulusan berdasarkan kuota yang telah ditetapkan bagi mengutamakan keperluan tempatan. Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) di bawah kementerian telah menguatkuasakan kuota eksport kayu gergaji secara tahunan bagi spesies kayu getah bergergaji. Pelaksanaan kuota eksport tahunan ini adalah...
Yang Berhormat.
Sedikit lagi.
Panjang lagi ke?
Sedikit lagi. Pelaksanaan kuota eksport tahunan ini adalah bertujuan untuk mengawal eksport KGB bagi memastikan bekalan KGB terjamin untuk kegunaan industri pemprosesan hiliran tempatan terutama sektor pembuatan perabot. Seterusnya berkaitan saranan Yang Berhormat Bentong untuk menyekat eksport kayu gergaji secara serta-merta. Pihak kementerian ambil maklum akan saranan ini namun kewajaran hal ini perlu diperhalusi dengan mengambil kira faktor-faktor seperti berikut: (i) penurunan harga kayu gergaji yang akan merencatkan pertumbuhan ekonomi melainkan industri bernilai tambah di
Malaysia dapat bersetuju dengan harga yang ditawar oleh pasaran antarabangsa; (ii) hala tuju industri adalah ke arah free market supaya Malaysia berupaya bersaing dengan kompetitif di pasaran antarabangsa; dan (iii) keperluan untuk terus meningkatkan imej produk perkayuan Malaysia di pasaran antarabangsa sebagai pengeluar kayu tropika premium dan berkualiti tinggi. Jadi dengan ini saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan pertanyaan. Saya berterima kasih dan akan terus terutama Ahli-ahli Yang Berhormat yang prihatin terhadap isu-isu berkaitan ... negara. Jadi itu sahaja, sekian terima kasih.
Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh jawab secara lisan nanti ya yang ditanya.
Ya.
Jawab bertulis, bertulis ya.
Ya, ya saya.
Terima kasih. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya. Masa 30 minit Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Kain sutera kain kelingkam, Molek dipakai jangan disimpan, Pemanis kata ucapan salam, Salam sejahtera saya ucapkan. Mempelam berangan si asam paya, Kuini dengan si buah rumbia, Salam pelancongan salam budaya, Sesi penggulungan saya bermula. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya sebenarnya tadi telah menerima nota daripada Tuan Yang di-Pertua. Kalau Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berbahas tidak ada di Dewan, saya akan beri jawapan bertulis ya. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berbahas dan menyentuh perkara-perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MoTAC) semasa sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dewan ini dari 14 hingga 21 September yang lalu. Saya menghargai keprihatinan semua Ahli Yang Berhormat dan amat menghargai cadangan serta pandangan yang telah diutarakan. Semua perkara yang dibangkitkan kami di MoTAC ambil maklum dan ambil kira untuk terus menjalankan amanah yang diberikan kepada kami. Insya-Allah pada hari ini saya akan memberi maklum balas terhadap pertanyaan-pertanyaan yang telah dikemukakan oleh semua Ahli Yang Berhormat yang berkenaan tetapi hanya menjawabnya di dalam Dewan kalau mereka berada di dalam Dewan.
Pertama ialah Yang Berhormat Kuala Selangor. Ada di dalam Dewan? Kalau tidak ada di dalam Dewan, saya terus ke Yang Berhormat Jerlun, ada di dalam Dewan? Tidak ada. Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu? Tidak ada. Yang Berhormat Kota Belud? Ramai juga yang tidak ada ya. Yang Berhormat Balik Pulau mesti ada kan? Okey, Yang Berhormat Balik Pulau.
Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Okey, kita pergi ke isu yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Balik Pulau. Yang Berhormat Balik Pulau turut menyentuh mengenai usaha merancakkan industri batik dan kraf demi memelihara kewujudan batik. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman, usaha membangun dan memperkasakan perusahaan kraf bagi menyokong dan memulihkan semula industri kraf negara sentiasa dilaksanakan oleh MoTAC terutama menerusi agensi kami iaitu Kraftangan Malaysia. Sehingga 31 Ogos 2021, terdapat 6,220 orang usahawan kraf berdaftar di mana seramai 771 orang adalah merupakan usahawan kraf batik. Bilangan usahawan batik ini adalah meningkat jika dibandingkan dengan tahun lalu. Pada tahun 2020 terdapat seramai 749 orang usahawan kraf batik daripada sejumlah 6,042 orang usahawan kraf berdaftar. Data ini menunjukkan penambahan bilangan usahawan kraf batik. Memang benar bahawa ada usahawan kraf batik telah tukar kekal dan tidak lagi berada dalam industri batik. Namun ia hanya membabitkan jumlah yang kecil. Menceburi bidang baru merupakan antara faktor utama pihak yang berkenaan membuat demikian. Data ini boleh memberi indikator yang baik dan meyakinkan kita bahawa usahawan dan industri kraf batik dapat dipelihara dan mampan. Usahawan kraf batik ini telah berjaya menjana hasil pendapatan sebanyak RM30.6 juta sehingga 31 Ogos 2021 dan RM70.8 juta pada tahun 2020. Saya kongsikan juga di sini maklumat tambahan untuk Yang Berhormat Balik Pulau iaitu mengenai program pembangunan kemahiran komuniti kraf.
Sebelum itu Yang Berhormat Menteri, boleh saya mencelah mengenai batik tu?
Ya.
Kalau kita lihat pada tahun 2019 ada disyorkan supaya Dewan Rakyat boleh membenarkan Ahli-ahli Parlimen memakai batik pada hari Khamis. Masa itu Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah pun setuju secara dasar. Saya harap kalau ini dapat diteruskan oleh kementerian Yang Berhormat Menteri MoTAC supaya kita semua hari Khamis macam hari ini memakai batik supaya dapat macam seolah-olah kita memberi sokongan moral kepada pengusaha- pengusaha batik. Kalau di Indonesia memang dibolehkan memakai batik dalam Dewan Parlimen mereka. Kalau di negara kita, kalau kita membuat macam itu, seolah-olah kita memberi satu indikator ataupun satu simbol menyokong usahawan batik. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat.
Setuju Yang Berhormat Balik Pulau, setuju. Sik bersetuju.
Saya teringat saya juga berada di dalam Dewan. Saya mengharapkan pihak Parlimen akan mengambil kira semua ini dan membenarkan kita secara bertulis untuk membantu semua pengusaha batik. Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau.
Nanti saya beritahu Tuan Yang di- Pertua, kain pelikat, kain songket hendak juga Yang Berhormat?
Saya nampak Tuan Yang di-Pertua pun sudah buat baru yang dia punya robe itu ada gunakan kraf tangan untuk membantu. Mungkin itu satu permulaannya, insya-Allah batik kalau dibenarkan kita bolehlah. Terima kasih, Yang Berhormat Balik Pulau. Ini saya hendak kongsikan mengenai Program Pembangunan Kemahiran Komuniti Kraf. Bagi memastikan usahawan kraf khususnya bidang batik agar terus
berdaya tahan, Program Kemahiran dan Peningkatan Kemahiran di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dilaksanakan menerusi dua aktiviti utama iaitu Program Pembangunan Perantisan Kemahiran (PPPK) dan Program Pembangunan Kemahiran Komuniti (PPKK). Program Pembangunan Perantisan Kemahiran (PPPK) di laksana untuk membantu usahawan kraf mendapatkan tenaga kerja dan memastikan perusahaan dapat diusahakan secara berterusan serta lebih berdaya saing. Program ini menawarkan kemudahan latihan tenaga kerja baharu kepada belia, penganggur dan individu yang terkesan akibat pandemik COVID-19 serta peluang pekerjaan yang bersama usahawan kraf terpilih selama enam bulan. Bermula pada tahun 2020 sebanyak enam aktiviti PPPK iaitu PPPK produk kraf batik, produk kraf tenunan songket, produk kraf kayu, produk kraf seramik, produk kraf kristal dan produk kraf kulit dilaksanakan dengan penyertaan seramai 26 orang peserta bagi tempoh Oktober 2020 sehingga Mac 2021. Daripada jumlah tersebut, tujuh orang peserta telah mengikuti PPPK produk kraf batik. Program Pembangunan Kemahiran Komuniti memberi penekanan untuk membangun dan memperkasa komuniti kraf bagi melibatkan diri secara langsung ke dalam perusahaan kraf untuk menjana pendapatan.
Program ini juga dapat membantu dalam meningkatkan kemahiran dalam pengeluaran produk dan keusahawanan serta pemasaran. PPKK ini dilaksanakan melalui empat inisiatif utama iaitu pembangunan produk, pembangunan komuniti kraf, pasaran dan promosi serta komunikasi pasaran bersepadu. Sehingga 31 Ogos 2021 sebanyak 141 aktiviti kemahiran teknikal dan 27 aktiviti keusahawanan serta pemasaran telah dilaksanakan dengan penyertaan seramai 3,135 orang komuniti di seluruh negeri. Daripada jumlah tersebut sebanyak 29 aktiviti kemahiran teknikal dilaksanakan bagi bidang kraf batik. Di bawah Fasa 2 Penjana 2.0, PPK melibatkan 65 projek dengan 150 peserta di mana 24 projek adalah daripada bidang tekstil. Bagi membantu usahawan kraf batik mengoptimumkan penggunaan bahan mentah alternatif Kraftangan Malaysia telah melaksanakan kajian bahan dan teknik proses untuk pembangunan bahan gantian halangan atau resist iaitu ‘linut’ dan clay bagi batik. Usahawan kraf terus dibantu dalam memasarkan produk melalui pemasaran kraf secara fizikal dan digital untuk meningkatkan kebolehcapaian produk kraf di pasaran. Aktiviti pemasaran secara fizikal yang berjaya diadakan semasa pandemik COVID-19 ialah Warna-Warni Aidilfitri pada 15 April hingga 2 Mei 2021 melibatkan seramai 84 orang usahawan kraf daripada pelbagai bidang dan telah menjana nilai jualan hampir RM2 juta. Berdasarkan nilai tersebut sebanyak RM1.2 juta adalah dijana oleh 37 orang usahawan kraf tekstil. Kraftangan Malaysia juga mengambil langkah proaktif melalui kaedah pendigitalan bagi membantu usahawan dan komuniti kraf tempatan mempromosikan produk kraf secara dalam talian. Inisiatif ini juga merupakan perubahan landskap pemasaran ke arah pendigitalan sejajar dengan Pelan Pembangunan Ekonomi Digital Malaysia atau pun MyDigital. Antara inisiatif-inisiatif pendigitalan yang dilaksanakan ialah e-kraf bazar yang merupakan inisiatif pemasaran dalam talian untuk mempromosi dan memasarkan produk kraf tempatan dalam bidang tekstil, hasil rimba, hasil tanah, hasil logam dan aneka kraf menerusi platfom Facebook group. Saya teruskan juga dengan ini adalah isu...
Yang Berhormat Menteri, Simpang Renggam.
Ada soalan daripada Yang Berhormat Simpang Renggam.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi ada disebutkan tentang usaha pendigitalan dalam perniagaan kraf dan sebagainya. Saya masih teringat ketika Yang Berhormat Menteri membahaskan belanjawan pada
tahun lepas saya ada menimbulkan usaha sama Arkib Negara dengan KPM pada waktu 2019 melalui UniSZA untuk mendigitalkan manuskrip-manuskrip di Arkib Negara dan manuskrip Malaysiana, manuskrip Tanah Melayu dulu yang berada dalam negara dan di luar negara. Apakah usaha ini masih diteruskan – itu soalan pertama. Soalan kedua mungkin ini sudah masuk ke pelancongan kita tanyakan juga. Saya lihat sudah mula banyak gelembung-gelembung pelancongan dibuka, walau bagaimanapun bagi taman tema hiburan keluarga sehingga kini masih belum beroperasi walaupun kita boleh kenakan SOP dan mereka boleh patuhi serta lebih mudah untuk mereka ikuti berbanding dengan pelancongan kita yang buka di pantai, di sungai dan sebagainya lebih sukar dikawal. Akan tetapi, taman tema keluarga mungkin di kawasan-kawasan Fasa 2 , 3 dan 4 sudah boleh mula dibuka dan diberikan SOP yang ketat agar keluarga boleh kembali berhibur dan juga para pengusaha boleh kembali berniaga dan juga untuk pekerja-pekerja dapat kembali bekerja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat sebenarnya soalan Yang Berhormat pertama tadi itu adalah satu cadangan yang telah dikemukakan kepada saya. Kalau saya tidak dapat bawa ke sini saya bagi secara bertulis. Yang kedua, tadi mengenai taman tema, sebenarnya semuanya insya-Allah akan diumumkan. Semalam baru sidang khas telah mengumumkan supaya kita akan buka rentas negeri. Bukan lagi kita bercakap mengenai destinasi. Sebenarnya saya telah mengemukakan destinasi-destinasi tertentu untuk dibuka pada 1 Oktober. Namun oleh kerana terlalu banyak daripada segi permintaan oleh negeri-negeri lain maka sidang semalam telah memutuskan supaya – oleh kerana ramai yang hendak meminta pelancongan ini dibuka untuk rentas negeri. Juga ada mengatakan melancong boleh jumpa orang tua, tidak boleh. Jadi kerana itu, sidang telah memutuskan supaya rentas negeri dibenarkan apabila 90 peratus daripada populasi di seluruh negara ini divaksinasikan. Jadi ini kalau melihat pada data telah dikongsikan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia kepada kami ia tidaklah nampak begitu jauh lagi Yang Berhormat. Jadi, tidak lagi timbul negeri mana atau pun destinasi mana yang buka. Cuma yang theme park insya-Allah mungkin pada masa terdekat juga akan diumumkan. Kita kalau sudah dibuka semuanya ini insya-Allah theme park juga akan diumumkan pada masa yang terdekat. Tadi Yang Berhormat menyentuh mengenai kerjasama kolaborasi dengan pihak universiti kalau tidak silap sebab masa ini PdPR. Sebenarnya ada cadangan mengadakan gelembung pelancongan Pulau Pangkor dan juga mengenai apa yang disentuh oleh Yang Berhormat tadi bersama dengan Kementerian Pendidikan. Kita sudah sebenarnya – program-program sudah pun berlaku selama ini. Sudah pun dijalankan bersama dengan pihak-pihak kementerian dengan Arkib Negara juga malah dengan Muzium Negara kita.
Soalannya apakah akan diteruskan Yang Berhormat Menteri.
Memang pun, memang pun – akan diteruskan insya-Allah.
Diteruskan ya? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat di atas minat tersebut. Ada lagi juga cadangan daripada Yang Berhormat Balik Pulau ini, dia memang minat betul. Oleh sebab kita ada masa Tuan Yang di-Pertua gunakan masa ini. Ini merupakan cadangan rangka pelancongan secara agresif dan strategik bagi meningkatkan kembali keyakinan pelancong melalui digitalisasi. Jadi, perkara yang dicadang oleh Yang Berhormat Balik Pulau adalah sebenarnya perkara yang dirancang dan dilaksanakan oleh MOTAC dan Tourism Malaysia yang diketahui olehnya semasa beliau memegang portfolio kementerian ini juga. Ketika berbahas, ia adalah satu cadangan Yang Berhormat dan cadangan itu sebenarnya telah pun MOTAC penah maklumkan kepada Dewan ini bahawa ia telah
dilakukan dan diteruskan pelaksanaannya seperti mana yang saya nyatakan kepada Yang Berhormat tadi. Oleh itu, dengan kekangan masa saya rasa elok diberi ruang untuk saya dan rakan-rakan yang lain memberi maklum balas isu yang baharu. Sebenarnya, perkara yang sama disentuhkan oleh Yang Berhormat Simpang Renggam tadi.
Yang Berhormat Menteri boleh saya mencelah Yang Berhormat Menteri? Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Balik Pulau ingin memberi...
Ya Yang Berhormat Balik Pulau lagi.
Pencelahan sedikit. Tadi tentang apa yang saya bangkitkan Yang Berhormat Menteri ialah negara kita sudah tidak ada lagi sebagai destinasi pilihan para pelancong. Kalau tahun 2019, mengikut data daripada Expedia, we are the top ten dalam ‘search’. Kalau dia search Asia itu, Malaysia berada dalam top ten. Akan tetapi, sekarang ini tahun 2021 Malaysia sudah terkeluar, ada negara-negara baru pula masuk. Jadi, saya rasa pihak MOTAC dan Tourism Malaysia harus agresif daripada segi dalam green state ini mempromosikan Malaysia. Ini kerana, saya tengok Indonesia dia kerap mempromosikan destinasi-destinasi dalam AXN. Sedang Malaysia senyap sunyi tidak ada langsung promosi negara kita.
Oleh sebab once the recovery dah start, mereka akan pergi ke negara-negara yang tadi, yang Malaysia tidak ada dalam negara pilihan mereka. Jadi saya harap – saya pun bersembang dengan Yang Berhormat Menteri di tepi jalan tadi, kita hendak kalau boleh me-leverage-kan digital tourism, digital marketing supaya kita dapat lebih dikenali oleh negara luar. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat. Sebenarnya apabila selepas Yang Berhormat bercerita dengan saya tadi, saya juga cuba mencari, doing a little bit of informal research, dengan izin. Jadi memang kita maklum dengan perkara ini, mungkin kerana pada masa ini masih lagi belum dibenarkan merentas antarabangsa, namun this is not really a very good reason. Saya akui itu tetapi insya- Allah kita akan teruskan sebab kita juga mengadakan kita punya apps lain, digitalisation programme and smart tourism. Jadi, semua ini akan mengambil kira semua promosi dan juga kalau nampaklah sedikit-sedikit sudah kita mula menunjukkan kita punya promosi. Namun begitu, saya menghargai apa Yang Berhormat telah nyatakan kepada kita. Di antara langkah yang kita ambil juga sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat, kita melaksanakan kempen pengiklanan taktikal secara digital melalui kerjasama dengan Online Travel Agent (OTA). Apa disebut tadi kerjasama dengan agensi portal perjalanan dan portal enjin pencarian serta Expedia dan Traveloka dalam mempromosikan pakej-pakej pelancongan yang menarik. Memperkukuhkan lagi kempen pemasaran digital secara kerjasama dan perkongsian pintar dengan syarikat penerbangan tempatan dan antarabangsa. Ini pun kita bincangkan bersama tadi. Keempatnya, mempromosikan produk-produk pelancongan di platform media sosial seperti Facebook, Instagram, YouTube, Twitter dan bekerjasama dengan key opinion leaders ataupun influencers yang aktif di pasaran tempatan dan antarabangsa bagi mempromosikan Malaysia melalui laman media sosial kita. Jadi itu sahaja Yang Berhormat, saya hanya hendak menutup, Tuan Yang di-Pertua. Saya tahu Tuan Yang di- Pertua hendak mengingatkan saya. Jadi Tuan Yang di-Pertua... Petik barangan jual di pekan, Tepian paya gugur delima, Industri pelancongan mari kita hidupkan, Seni budaya semarakkan bersama.
Sebelum saya mengakhiri sesi penggulungan Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya..
Tuan Yang di-Pertua, sebelum tutup saya boleh mencelah sedikit?
No.
Ada masa lagi, sembilan minit. Saya banyak timbulkan persoalan-persoalan dalam perbahasan saya tetapi...
Sekejap, sekejap Yang Berhormat. Tanya Yang Berhormat Menteri dahulu, dia setuju atau tidak atau hendak dengan tutup pantun dia.
Dia sudah tutup dengan pantun.
Yang Berhormat Menteri, bagaimana Yang Berhormat Menteri? Setuju kah, hendak sambung kah, atau hendak tutup pantun?
Pantun sudah habis, tinggal saya hendak mengakhiri ucapan sahaja. Sedikit sahaja boleh.
Yang Berhormat Balik Pulau, tidak apalah. Nanti selepas ini bincang dengan dia, minum kopi sebab saya ada lagi 10 Menteri ini.
MoU sudah sign, jemputlah saya. [Ketawa]
I have to be very fair, to be very fair. She already respond to a lot of your question.
Ada banyak yang saya timbulkan tetapi tidak di-address.
No, she can also speak to you outside. Legally she is not required to answer dalam Dewan ini. Dia boleh cakap di luar.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya..
Biar dia habis.
Oleh sebab masa ada lagi, Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Balik Pulau beruntung kerana yang lain tidak datang tadi. Jadi, saya bagi extra information tadi banyak. Bolehlah kita minum...
Ya. Itu pun jawab sebahagian daripada ucapan saya, cuma satu perlima sahaja. [Ketawa]
Tanya pada dia. Keputusan adalah pada dia, tuan punya badan.
Bolehlah, sekejap ya. Terima kasih.
Ya, boleh? Okey, saya lihat trend travel sekarang sudah berubah. Dia tidak lagi macam dahulu. Jadi kita kena lihat juga trend sekarang. Oleh sebab bila ada pandemik ini, travel behavior pun berubah macam safe travel, solo travel, family travel, dia tidak ada lagi rombongan cik Kiah. Tidak ada lagi rombongan besar-besar kerana pandemik.
Jadi, apakah usaha MOTAC dan Tourism Malaysia dalam mengubah strategi, mengubah cara untuk cater for this travel behavior? Oleh sebab travel environment sekarang sudah continue to be fluid. Dia orang hendak book hotel dia tidak book dua bulan lagi, tiga bulan lagi, dia book macam esok hendak pergi baru hari ini book sebab dia takut uncertainties. Macam baru-baru inilah contohnya, lima orang didapati positif sebelum berangkat ke Langkawi. Adakah pihak hotel ataupun pihak travel akan beri refund dan sebagainya? Ini semua have to be addressed dalam kita membuka lebih banyak gelembung. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat kerana memberi peluang kepada saya mengulang perkara ini. Sebenarnya sebab itu kita mengadakan SOP yang mana sebelum mereka berangkat dekat airport ataupun dekat feri, mereka telah diminta untuk mengadakan swab test. Jadi ini adalah salah satu daripada SOP untuk keselamatan dan juga kesihatan. Jadi untuk hotel pula, di antara hotel-hotel yang di bawah yang mendaftar dengan MAH, berdaftar dengan ‘MIBA’ dan juga ada lagi satu anyway, persatuan-persatuan ini. Mereka telah bersetuju untuk membenarkan mereka. Sebenarnya even travel agent dia tidak memberi refund dari segi kewangan tetapi mereka membenarkan trip mereka ini untuk di-defer, dengan izin. Defer dia punya trip, boleh menggunakan pakej yang sama. Airlines dan juga hotel-hotel membenarkan mereka untuk defer dia punya trip bermakna mereka tidak rugi. Ini yang telah dimaklumkan kepada kita. Terima kasih, Yang Berhormat di atas soalan tersebut.
Terima kasih, Yang Berhormat. Terima kasih.
Okey, untuk menghujungkannya Tuan Yang di- Pertua, sebelum saya mengakhiri sesi penggulungan Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda bagi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya pada hari ini saya ingin mengalu-alukan Ahli-ahli Yang Berhormat dan seluruh rakyat Malaysia di luar sana untuk bersama-sama semarakkan semula pelancongan domestik dan menyokong seni dan kebudayaan kita. Selain daripada melancong ke Langkawi, anda boleh mengambil peluang untuk bercuti dan melancong dalam negeri atau dengan izin, interstate dan juga intrastate di negeri-negeri yang dibenarkan. Insya-Allah seluruh negara akan dibenarkan dibuka untuk interstate. Selain daripada masa yang berharga bersama orang yang kita sayangi, melancong juga merupakan limpah rezeki dan punca pendapatan kepada pihak yang terlibat dari pekerja premis penginapan, pemilik homestay, penarik beca, pemandu pelancong, pengusaha kedai makanan dan minuman, beach boys dan ramai lagi. Berilah peluang kepada mereka untuk menunjukkan kepada anda semua layanan Malaysia atau Malaysia hospitality yang terkenal di seluruh dunia dengan keramahan dan kemesraan mereka. Jadilah pelancong bertanggungjawab, sama-sama kita melancong dan melancong secara bertanggungjawab, patuhi SOP dan peliharalah keindahan destinasi pelancongan negara kita. Cantik hiasan di rumah lama, Tempat bermain cipta kenangan, Keluarga Malaysia pegangan bersama, Bukti kesatuan dalam kepelbagaian. Dengan ini Tuan Yang di-Pertua, saya sekali lagi ingin merakamkan penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pandangan, teguran, saranan dan cadangan dalam memajukan sektor pelancongan, seni dan budaya negara. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya menjemput Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Yang Berhormat Menteri 30 minit, dipersilakan.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, selamat petang. Semasa perbahasan Menjunjung Kasih Titah Diraja Dewan Rakyat yang telah berlangsung selama empat hari daripada 14 hingga 21 September yang lepas. Seramai 18 orang Ahli-ahli Yang Berhormat telah sudi berbahas dan mengajukan beberapa pertanyaan, isu-isu, cadangan ataupun pandangan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang terlibat semasa ucapan Usul Menjunjung Kasih. Izinkan saya untuk menjawab semua pertanyaan itu, isu dan cadangan ataupun pandangan yang disuarakan oleh Ahli Yang Berhormat. Saya menjawab ini sekiranya tidak sempat, saya akan membuat jawapan secara bertulis. Ada dua bahagian yang hendak dijawab pada hari ini.
Pertama, dikenali sebagai Program Pembangunan Infrastruktur Luar Bandar. Dalam Program Infrastruktur Luar Bandar ini terdiri dari Jalan Luar Bandar (JALB) dan yang keduanya Jalan Perhubungan Desa (JPD). Keduanya dipanggil Bekalan Air Luar Bandar (BALB). Ketiganya adalah Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB). Fasa yang kedua dikenali sebagai pembangunan sosioekonomi dan kesejahteraan masyarakat luar bandar melibatkan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan program peningkatan pendapatan dan sosioekonomi masyarakat luar bandar. Izinkan saya untuk menjawab perkara-perkara yang berkaitan dengan pembangunan infrastruktur luar bandar dan jalan luar bandar. Tuan Yang di-Pertua, isu yang pertama adalah mengenai Program Pembangunan Infrastruktur Luar Bandar iaitu jalan luar bandar dan jalan perhubungan desa. Seramai sembilan orang Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan isu yang berkaitan dengan jalan dalam sesi persidangan kali ini. Yang Berhormat Hulu Rajang, Yang Berhormat Papar, Yang Berhormat Baram, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Sri Aman, Yang Berhormat Kota Samarahan, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Tanjong Manis dan Yang Berhormat Lubok Antu. Yang Berhormat Papar ada di sini? [Disampuk] Jadi, tidak payah jawablah sebab tidak ada di sini ya.
Yang Berhormat Menteri, siapa tidak ada, jawapan bertulislah.
Baik, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Hulu Rajang? Tidak ada?
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Baik, terima kasih Yang Berhormat Hulu Rajang. Berkenaan dengan isu yang dibawa oleh Yang Berhormat Hulu Rajang berkaitan dengan baik pulih jalan-jalan, projek naik taraf Jalan Balak ke Penempatan Semula Tegulang (Fasa 5) di Daerah Belaga lebih kurang 9.5 kilometer, menaik taraf Jalan Balak ke Penempatan Semula Metalun (Fasa 6) juga dalam Daerah Belaga sepanjang 17.5 kilometer dan jalan dari Daerah Nyamuk ke SMK Baleh― saya pernah pergi dahulu ke SMK Baleh ini sewaktu jadi Menteri Pelajaran― terus ke Rumah Layang; Rumah Gare, Nanga; dan Kain, Baleh.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat, semua perkara yang disebut tadi adalah telah diluluskan dalam rolling plan ketiga tahun 2018 dalam Rancangan Malaysia Ke-11 dengan kos RM61 juta― ini Fasa 5 Tegulang dan RM112 juta di penempatan semula Metalun iaitu Fasa 6. Status terkini kedua-dua projek itu adalah dalam reka bentuk dan pelaksanaan kerja ukur serta dijangka dapat ditender pada Disember 2021. Tahun ini, Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat juga, projek jalan dari Rumah Nyamuk ke SMK Baleh terus ke Rumah Layang, Rumah Gare, Nanga, Kain, Baleh telah diluluskan di bawah tajuk Projek Membina Jalan Ng Gaat, Ng Sebiro, Rumah Tungku Sungai Gaat, Bahagian Kapit, Sarawak dengan kos keseluruhan RM180 juta. Skop projek diluluskan adalah membina jalan sepanjang 30 kilometer standard JKR R1 termasuk tiga buah jambatan. Status projek ini adalah sedang dalam peringkat pelantikan perunding. JKR Sarawak sebagai agensi pelaksana dan dijangka akan ditender pada Ogos 2022. Yang Berhormat Kota Belud ada di sini?
Terima kasih Yang Berhormat. Saya tahu Yang Berhormat semasa menjadi Menteri Pendidikan, saya telah bawa Yang Berhormat pergi lawatan ke SMK Baleh. Itulah jalannya, Yang Berhormat. Ini kerana semasa itu Yang Berhormat tanya dengan saya, “Ada jalan kah tidak?”. So, macam mana penduduk-penduduk di luar bandar datang semasa lawatan Yang Berhormat ketika itu? Jadi, terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat memang patut jadi Menteri Pembangunan Luar Bandar. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Rajang. Saya pergi ke SMK Baleh. Saya pun tengok semasa itu semua ibu bapa datang ke sekolah itu dengan perahu sebab tidak ada jalan. Saya sokonglah apa Yang Berhormat minta ini. Insya-Allah, kita akan bantu untuk menjadi kenyataan Yang Berhormat. Yang Berhormat Kota Belud, tidak ada ya? Yang Berhormat Kota Belud tidak ada. Kita pergi kepada Yang Berhormat Baram.
Ada.
Yang Berhormat Baram, mengenai isu baik pulih jalan balak seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Baram, Yang Berhormat Sri Aman dan juga Yang Berhormat Lubok Antu, kementerian telah komited untuk melaksanakan projek pembangunan di luar bandar khususnya luar bandar di Sarawak. Untuk makluman Yang Berhormat, tiga projek jalan luar bandar telah diluluskan dalam Parlimen Baram dengan kos keseluruhan RM110.6 juta. Seperti mana Yang Berhormat sedia maklum, projek Jalan Balak Negeri Sarawak (Fasa 4) Bahagian Miri diluluskan dalam rolling plan pertama dalam Rancangan Malaysia Ke-11 dengan kos keseluruhan RM70.6 juta yang telah ditangguhkan pelaksanaannya semasa kerajaan terdahulu. Ditangguhkan semasa kerajaan terdahulu selepas Kerajaan Barisan Nasional. Status semasa projek ini adalah dalam peringkat reka bentuk dan dijangka akan ditender pada April 2022. Selain itu, Yang Berhormat, Projek Jalan Belisau-Marudi, Bahagian Miri, Sarawak telah diluluskan pelaksanaannya dengan kos RM36 juta. Skop projek ini adalah membina jalan sepanjang enam kilometer dengan standard JKR R1. Status semasa projek ini adalah dalam proses pelantikan perunding. Untuk makluman Yang Berhormat juga, projek jambatan di Long Sobeng, Ulu Tinja, Baram telah diluluskan pelaksanaannya dengan kos RM4 juta. Skop projek ini adalah pembinaan jambatan sepanjang 50 meter dan dijangka ditender pada bulan Disember 2021. Untuk makluman Yang Berhormat Sri Aman― Yang Berhormat Sri Aman ada sini? Tidak ada. Yang Berhormat Tanjong Manis? Yang Berhormat Kota Samarahan? Ini, Yang Berhormat, peruntukan besar ini tetapi tidak ada. Yang Berhormat Sik? Ini bekalan air luar bandar.
Sik ada belakang, duduk dengar.
Terima kasih Yang Berhormat Sik. Untuk makluman Yang Berhormat Sik, projek bekalan air alternatif adalah termasuk dalam Program Bekalan Air Luar Bandar. Program ini meliputi skop penyediaan bekalan air daripada sumber alternatif iaitu air telaga, air tandak, air bukit dan juga air sungai kepada rumah penduduk luar bandar yang belum menerima bekalan air dan tidak ekonomik bagi pemasangan paip retikulasi. Namun, cabaran ada kepada bekalan air alternatif ini kerana hendak memastikan, pertama, sumber air berkenaan bersih; keduanya, cukup; ketiganya, konsisten serta komitmen penyelenggaraan projek oleh komuniti setempat ataupun pihak berkuasa tempatan di negeri-negeri berikut; dan keempat, membolehkan bekalan dinikmati tanpa gangguan dalam jangka panjang. Untuk makluman Yang Berhormat, projek bekalan air alternatif di Kedah untuk tahun 2021 diperuntukkan sebanyak RM4 juta dan di Parlimen Sik ada lima buah kampung dengan anggaran kos RM2.1 juta iaitu Kampung Bukit Hangus, Kampung Lubok Besar, Kampung Hujung Bandar, Kampung Batu Besar dan Kampung Charok Tok Uban. Projek- projek ini adalah dalam pelaksanaan dan dijangka siap menjelang hujung tahun ini. Untuk makluman Yang Berhormat juga, kesemua permohonan baharu projek bekalan air luar bandar yang diterima oleh kementerian ini diperhalusi di peringkat negeri oleh pihak berkuasa air negeri dan juga unit perancang ekonomi negeri untuk disenaraikan dalam senarai keutamaan negeri sebelum dipanjangkan kepada kementerian untuk pertimbangan selanjutnya. Walau bagaimanapun, kelulusan projek-projek ini adalah tertakluk kepada keupayaan kewangan semasa kerajaan.
Yang Berhormat Sri Aman tidak ada.
Yang Berhormat Sik, Menteri sedikit penjelasan. Yang Berhormat Sik ya.
Sila.
Terima kasih banyak Yang Berhormat Menteri atas pengumuman projek yang akan dilaksanakan untuk bekalan air bersih lima buah kampung tadi. Cuma tadi bekalan air ini, adakah termasuk bekalan air awam yang akan diurus oleh operator air negeri ataupun sebagai bekalan air alternatif yang diurus oleh penduduk sendiri. Sebab kita lihat dalam pembangunan air alternatif ini, mungkin juga perlu ada koordinasi dengan pihak berkuasa Jabatan Perhutanan ya, kalau air itu dari bukit ataupun air tandak ini ya kerana ada di antara kes-kes yang dibina sebelum ini, berlaku pembalakan dan akhirnya berlakulah kerosakan sumber air alternatif itu. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat terima kasih Yang Berhormat Ahli Parlimen Sik. Saya sebut tadi projek ini projek penyelenggaraan oleh komuniti setempat dan juga pihak berkuasa tempatan. Apa yang ada di tempat lain Yang Berhormat, coordination dengan Tuan Pegawai Daerah di daerah masing-masing adalah penting untuk membolehkan Tuan Pegawai Daerah boleh mempengerusikan sebuah task force di antara Kementerian Kesihatan, Pegawai-pegawai Kesihatan Daerah dan juga pihak berkuasa Jabatan Perhutanan dan juga Majlis-majlis Daerah serta ketua-ketua komuniti setempat yang membolehkan usaha untuk penyelenggaraan projek ini ataupun komitmen penyelenggaraan projek ini dapat terus dilaksanakan, Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Saya teruskan. Yang Berhormat Sri Aman tidak ada di sini. Yang Berhormat Julau, Yang Berhormat Setiu – ini mengenai dengan air juga. Yang Berhormat Setiu membangkitkan mengenai dengan projek menaik taraf loji rawatan air Bukit Kemudu, Setiu. Untuk maklumat Yang Berhormat, fokus dan objektif Projek Bekalan Air Luar Bandar adalah untuk meluaskan liputan bekalan air bersih dan terawat
kepada penduduk luar bandar atau kampung yang masih belum menerima bekalan air. Ini termasuk skop menaik taraf loji rawatan air sedia ada bagi meningkatkan bekalan supaya sampai kepada akaun baru. Jadi, kebanyakannya yang tidak ada akaun lagi itulah yang sangat-sangat diusahakan Yang Berhormat. Projek menaik taraf air di Bukit Kemudu, Setiu ini akan memberi manfaat kepada 55 buah rumah di kawasan Setiu. Projek ini telah dipertimbang oleh kementerian dan dikemukakan kepada pihak EPU untuk kelulusan di bawah Program Air Luar Bandar melalui sumber peruntukan RP2, Rancangan Malaysia Kedua Belas tahun 2022. Kelulusan projek ini adalah tertakluk kepada pertimbangan dan keadaan keupayaan kewangan semasa kerajaan.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Pergi kepada bekalan elektrik luar bandar. Untuk bekalan elektrik di luar bandar untuk kerajaan negeri Sarawak. Kerajaan telah meluluskan RM1.486 bilion dalam Rancangan Malaysia Ke-11 bagi tujuan projek-projek bekalan elektrik luar bandar bagi negeri Sarawak dan ini dianggarkan lebih kurang 21,535 buah rumah dengan 100,675 orang penerima manfaat. Manakala tahun 2021 ini, RM83.6 juta telah diperuntukkan melibatkan 11 projek yang melibatkan peruntukan kerja-kerja awalan dan pelantikan perunding. Yang Berhormat Pasir Mas. Ada, tidak ada? Yang Berhormat Pasir Mas. Tidak ada ya. Okey, kita pergi kepada Yang Berhormat Beaufort. Ada. Ini mengenai dengan isu bina baru dan juga baik pulih rumah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Beaufort. Kementerian sentiasa komited untuk membantu rakyat di luar bandar khususnya golongan miskin dan juga miskin tegar bagi meningkatkan kehidupan mereka dalam bantuan rumah kediaman yang kondusif ataupun yang lebih baik. Dalam Rancangan Malaysia Ke-12, kerajaan mempunyai peruntukan lebih kurang RM1.31 bilion dalam tempoh 2021 hingga 2025. Ini boleh dianggarkan untuk menyiapkan 50 ribu buah rumah ataupun unit rumah. Manfaat lebih kurang 250 ribu orang ahli isi rumah. Untuk tahun ini, kerajaan telah meluluskan RM275 juta membina 12,800 unit rumah yang manfaatnya ialah 64 ribu orang ahli isu rumah di luar bandar di seluruh negara.
Yang Berhormat. Terima kasih untuk 50 ribu orang warga yang memerlukan. Saya ingin bertanya berapa banyak daripada itu yang diperuntukkan khusus untuk negeri Sabah. Terima kasih.
Yang Berhormat Beaufort, saya tidak ada figure. Saya akan bagi jawapan kepada Yang Berhormat secara bertulis mengenai khusus untuk rumah baru dan juga baik pulih bagi negeri Sabah. Yang Berhormat Kota Samarahan, tidak ada. Potong bajet dia sikitlah. Baik, kita masuk...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Kalau tidak ada bagi dekat Yang Berhormat Kapitlah. Ini kita pergi kepada program selanjutnya iaitu Program Peningkatan Pendapatan dan Sosial Ekonomi Masyarakat Luar Bandar. Yang Berhormat Beaufort menyentuh mengenai isu pembangunan sosioekonomi yang dibangkitkan. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, saya jawab ini kepada Pengerusi MARA. Untuk maklumat Yang Berhormat, MARA telah menerajui pembangunan bumiputera sejak 55 tahun yang lalu dan sentiasa memainkan peranan penting dalam mencorakkan transformasi sosioekonomi melalui tiga sektor utama iaitu keusahawanan, pendidikan dan pelaburan. MARA meneruskan agenda memperkasa bumiputera di bawah wawasan melalui Pelan Strategik MARA 2021-2025 yang dilancarkan pada 5 April dengan memberi fokus kepada empat teras, 17 strategi dan 22 outcome keberhasilan bagi memacu pembangunan sosioekonomi bumiputera. Di bawah RP1 Rancangan Malaysia Ke-12, sebanyak RM3.51 bilion projek pembangunan dan mengurus telah diperuntukkan kepada MARA bagi melaksanakan pelbagai program dan projek yang manfaatnya kepada 20,500
orang usahawan dan 171,533 orang pelajar di seluruh negara. Itu jawapan kepada Yang Berhormat Beaufort. Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat dari Machang. Untuk Yang Berhormat Beaufort ada satu lagi soalan yang berkaitan dengan migrasi between the luar bandar ke bandar dan pola migrasi ada juga menunjukkan yang diberi oleh statistik bahawa ada juga berlaku penduduk-penduduk di kawasan bandar ini yang balik ke luar bandar. Jumlah proses ini, peningkatan ini ataupun proses migrasi ini pada tahun 2020 lebih kurang 18 peratus. Ini barangkali ada kaitan dengan apa yang berlaku pada waktu ini, pandemik COVID-19.
Pada masa yang sama, kita juga mempunyai program yang dijalankan oleh KPLB bagi mengurangkan jurang sosioekonomi di antara bandar dan luar bandar. Sekiranya kita semakin aktif membolehkan penduduk di luar bandar dan kita berusaha bersungguh- sungguh, kemungkinan migrasi dari luar bandar ke bandar ini dalam proses yang lama tidak akan ada lagi jumlahnya kecuali bagi anak-anak yang hendak membuat pelajaran sebab banyak sekolah ataupun institusi pengajian itu berada di bandar. Yang Berhormat Kota Samarahan tidak ada di sini. Yang Berhormat Cameron Highlands? Tidak ada ya. Ini tanya mengenai dengan Orang Asli. Saya boleh jawab secara bertulislah Tuan Yang di-Pertua kerana mereka tidak ada.
Boleh Yang Berhormat, hari Khamis malam Jumaat. Agaknya semua sudah balik.
[Dewan Ketawa]
Awal dia orang balik Yang Berhormat.
Itulah Yang Berhormat hendak buat macam mana?
Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh mengenai Orang Asli itu biar dijawab sekarang walaupun yang bertanya tidak hadir kerana kita semua hendak tahu juga.
Terpulang kepada Yang Berhormat Menteri Yang Berhormat.
Kalau secara bertulis, kita tidak dapat.
Dia ada lagi enam minit, tiga puluh saat.
Ya, masih ada masa lagi. Harap jawablah.
Yang Berhormat Shah Alam minta jawab bagi...
Ya pasal di Shah Alam pun ada kampung Orang Asli. Kita pun hendak tahu juga.
Tidak apa Yang Berhormat.
Dekat Bukit Cherakah itu.
Yang Berhormat Cameron Highlands meminta kalau boleh nyatakan bantuan kepada Orang Asli yang terjejas. Jadi, langkah kementerian KPLB melalui JAKOA, sebuah agensi yang menjaga hal ehwal Orang Asli. Beberapa langkah diambil untuk jangka pendek dan jangka panjang bagi mengatasi masalah masyarakat Orang Asli yang terjejas. Jangka pendeknya pada bulan Mac 2020 sehingga kini, sebanyak lima fasa pemberian bakul makanan telah dilaksanakan. Bagi tahun 2020 sebanyak tiga kali
merangkumi tiga fasa yang berjumlah 165,087 buah bakul makanan bersamaan dengan nilai RM18.8 juta telah disediakan sebanyak tiga fasa. Kemudian pada 2021, kementerian telah melaksanakan dua fasa pemberian bakul makanan diedarkan adalah 125,669 buah bakul makanan bersamaan RM22.4 juta melalui peruntukan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan pecahan fasa satu dan fasa dua iaitu sebanyak RM62,269 dan fasa 2 RM63,000. Selain penyelesaian jangka panjang, kementerian telah melaksanakan pemberian Bantuan Geran Bimbingan Usahawan Orang Asli. Sejak 2020 hingga September 2021, sebanyak 121 orang usahawan Orang Asli telah diluluskan geran bantuan dengan jumlah kelulusan RM1.639 juta. Tambahan itu, ada tiga kursus keusahawanan telah dijalankan untuk pendedahan kepada Orang Asli mengenai perniagaan atas talian. Selain itu, kerajaan telah memperuntukkan pemberian Bantuan Input Pertanian berjumlah RM4.5 juta sejak tahun 2020 hingga kini. Pemberian Bantuan Input Pertanian dapat manfaatkan lebih kurang 5,800 orang petani Orang Asli. Itu jawapannya Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri, Julau.
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya soal berhubung dengan masalah...
Yang Berhormat Menteri boleh bagi jawapan untuk Julau tadi? Minta maaf. Julau hadir di sini.
Tuan Yang di-Pertua, manakah satu?
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Julau minta jawapan kepada soalan dia.
Yang Berhormat Julau, kita bagi jawapan bertulis. Sudah habis sudah nanti saya bagi jawapan bertulis.
Okey boleh, terima kasih.
Yang Berhormat Shah Alam saya rasa fasal Orang Asli.
Ya.
Ada lagi?
Ya, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Hendak tambah sedikit sahaja yang pasal bantuan untuk membantu golongan Orang Asli ini. Saya difahamkan bahawa masalah geran tanah di beberapa buah kawasan ya masih lagi merupakan isu yang dipertikaikan. Saya ingin tahu kalau pihak kerajaan telah membuat satu keputusan berhubung dengan permohonan geran tanah bagi golongan Orang Asli.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat Shah Alam, kementerian KPLB telah melantik juruukur dan telah membuat ukuran atau pun juruukur telah dilantik dan membuat kerja-kerja pengukuran ini di kebanyakan negeri kecuali saya ingat yang dalam taklimat kementerian kepada saya, yang tidak ukur lagi ini hanyalah negeri Perak. Di negeri-negeri lain sudah ada pengukuran Yang Berhormat. Akhir sekali daripada Yang Berhormat Sik dan juga Yang Berhormat Tampin berhubung dengan bantuan kepada pekebun kecil untuk meningkatkan hasil pengeluaran, aktiviti hiliran yang meningkatkan pendapatan melalui RISDA. Kerajaan telah menyediakan bantuan kepada pekebun kecil. Pertama, Skim Getah Matang yang memberi bantuan input dan peralatan. Sejumlah RM24.1 juta telah diperuntukkan di mana 28,778 orang pekebun kecil menerima manfaat ini. Aktiviti ekonomi tambahan dan keusahawanan yang memberi bantuan dalam bentuk peralatan mesin dan bahan mentah, input pertanian serta bimbingan dan latihan keusahawanan memfokuskan
pada pembangunan produk, pemasaran dan pensijilan. Sejumlah sebanyak RM19.97 juta telah diperuntukkan kepada 1,997 orang usahawan pekebun kecil yang menerima manfaat.
Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja.
Yang Berhormat Menteri, Tampin.
Pontian juga.
Tadi ada berhubung kait dengan soalan Tampin.
Bagi Yang Berhormat Sik dahulu.
Sik dahulu. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berkaitan dengan industri hiliran getah ini. Ketika Yang Berhormat Menteri sebagai Yang Berhormat Menteri Besar Kedah dahulu dilancarkan Kedah Rubber City di Padang Terap. Jadi, saya nampak projek itu sangat bermanfaat besar jika dapat dilaksanakan sepenuhnya. Limpahannya sudah pastilah untuk dirasai juga pekebun kita di Sik itu. Jadi, adakah pihak kementerian juga melihat projek Kedah Rubber City ini untuk disegerakan segala persiapannya bagi kita membantu penoreh-penoreh kita dalam hiliran industri ini. Terima kasih.
Ya, sambung Yang Berhormat Padang Terap. Yang Berhormat Menteri, Pontian. Saya ada membangkitkan untuk KPLB iaitu perlu membina pusat-pusat pemasaran online desa dan apakah transformasi segera untuk menaikkan pendapatan rakyat di luar bandar? Saya kira oleh sebab Yang Berhormat Menteri sebut tadi sudah akhir sekali, rasanya macam saya ini tidak diberi jawapan. Kalau boleh, bertulis. Pusat-pusat pemasaran online desa dan menaikkan pendapatan rakyat luar bandar. Terima kasih.
Tampin hendak mencelah sedikit tentang apa yang dibangkitkan dalam perbahasan yang lepas iaitu ramai di antara masyarakat luar bandar pada ketika pandemik ini menghasilkan barangan pertanian. Jadi, yang menjadi masalahnya ialah banyak hasil daripada pertanian ini tidak dapat dipasarkan. Apakah usaha yang telah di laksana ataupun dilakukan oleh kementerian dalam menyelesaikan masalah ini? Itu persoalan yang dibangkitkan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, untuk soalan Yang Berhormat Sik, Kedah Rubber City ini adalah di bawah kelolaan Northern Corridor Economy Region (NCER) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah. Sekarang ini proses penyediaan tempat ataupun rubber city centre ini sedang giat dijalankan dan bekalan elektrik sedang diusahakan untuk dibawa masuk transmission lines 132 kV.
Juga, loji bekalan air yang terpaksa di-upgrade untuk membolehkan tapak ini digunakan untuk membuat kilang bagi produk-produk hiliran dalam industri getah. Saya menjangkakan kalau semua berjalan lancar, Kedah Rubber City ini boleh beroperasi pada awal tahun 2023. Untuk Yang Berhormat Pontian, pusat-pusat pasaran luar bandar. Ini jawapannya Yang Berhormat Pontian, panjang kerana usahawan-usahawan yang ada. Ini sebab kita ada usahawan dalam MARA, kita ada usahawan dalam FELCRA, kita ada usahawan dalam RISDA. Selain daripada co-business dia dalam perniagaan atau pun dalam hal dia, tetapi dia ada banyak. Jadi saya boleh memberi detil itu Yang Berhormat, dalam bentuk jawapan bertulis. Bagi Yang Berhormat Tampin, sama juga. Banyak barangan, jadi saya tidak hendak tolak-menolak dengan kementerian. Cuma, saya boleh sebut bahawa kita ada usaha untuk membantu petani di luar bandar juga Yang Berhormat. Akan tetapi pada masa yang sama, Kementerian Pertanian sebenarnya lebih dekat dengan apa Yang
Berhormat sebut. Walau bagaimanapun, KPLB sebagai sebuah kementerian yang menjaga orang luar bandar ini, kita sedar bahawa ada banyak perkara yang disebut mengenai dengan barangan yang hendak dipasarkan itu. Jadi, saya boleh dapatkan detil Yang Berhormat daripada kementerian dan saya juga memberikan jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali, selaras dengan ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob dalam ucapannya menyebut mengenai dengan Keluarga Malaysia. Menjadi hasrat dan wawasan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk melihat bahawa penduduk di luar bandar dapat menikmati usaha-usaha kerajaan ini. Kita beriltizam untuk melihat penduduk di luar bandar juga menikmati aspek kehidupan yang lebih baik dalam sosial, ekonomi dan budaya. Lebih penting daripada itu, salah satu yang kolaborasi Kementerian Pembangunan Luar Bandar dengan Kementerian Komunikasi adalah hal yang berkaitan dengan capaian internet di luar bandar. Ini pada saya adalah sesuatu yang sepatutnya kita mengambil secara serius untuk melihat bahawa penduduk di luar bandar juga menikmati capaian internet ataupun liputan internet lebih baik. Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah berbahas mengenai Kementerian Luar Bandar dan insya-Allah kita boleh memberi jawapan-jawapan bertulis kepada rakan-rakan yang tidak hadir pada hari ini. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikumussalam. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, sekarang saya menjemput Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Yang Berhormat Menteri, 20 minit. Silakan.
Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya merakamkan ucapan setinggi- tinggi terima kasih atas keprihatinan seramai sembilan orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu-isu berkaitan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) sepanjang tempoh perbahasan pada kali ini. Pertama, isu bantuan kepada usahawan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jempol dan juga Yang Berhormat Parit. Yang Berhormat Jempol dan Yang Berhormat Parit ada di sini? [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] MEDAC telah pun membentuk satu jawatankuasa khas atau task force di peringkat kementerian bagi membantu usahawan pasca pandemik COVID-19. Melalui pembentukan task force, pihak kementerian sedang mengambil tindakan segera dalam tempoh jangka pendek di bawah sasaran KPI 100 hari dengan memberi fokus kepada tiga pendekatan utama seperti berikut: (i) akan berusaha memulihkan usahawan dan koperasi terjejas melalui bantuan pembiayaan; (ii) membantu golongan yang hilang pekerjaan, belia dan juga graduan menceburi keusahawanan termasuk juga golongan asnaf dan golongan OKU; dan (iii) memperkukuhkan daya tahan perusahaan mikro, kecil dan sederhana melalui adaptasi teknologi. Bagi tindakan jangka panjang pula, pihak kementerian telah pun mengenal pasti beberapa inisiatif melibatkan penelitian tindakan seperti berikut; menyelaras dan
menjajarkan semula pelaksanaan program-program di bawah agensi MEDAC dan juga meningkatkan sistem penyampaian kementerian, agensi di bawah MEDAC. Yang Berhormat Parit juga turut membangkitkan pertanyaan mengenai sesi libat urus antara kerajaan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu usahawan PKS yang terjejas. Saya ingin maklumkan bahawa memang menjadi harapan kepada kementerian akan bekerjasama dengan NGO-NGO ini. Di antara NGO yang telah pun kita temui ialah di antaranya ialah The Malaysia Shopping Malls Association dan juga Federation of Malaysian Business Associations (FMBA) yang telah kita bincang bagaimana persatuan-persatuan ini boleh membantu kementerian untuk menyampaikan beberapa bantuan-bantuan yang telah pun diumumkan oleh pihak kementerian supaya ia sampai kepada sasaran kita. Yang Berhormat Kuala Krai dan juga Yang Berhormat Kuala Nerus mengemukakan pertanyaan berkenaan geran dan bantuan untuk usahawan memulakan kembali perniagaan serta cadangan program khas oleh TEKUN Nasional. Kementerian telah pun perkenalkan pelbagai insentif bagi membantu usahawan memulakan perniagaan mereka melalui pelbagai agensi seperti TEKUN Nasional, Bank Rakyat, SME Bank, SME Corp. PERNAS, UDA Holdings dan juga INSKEN. Sebagai contoh, TEKUN Nasional telah pun memperkenalkan program Skim Pembiayaan Informal 2.0 yang telah membolehkan usahawan yang baru memulakan perniagaan atau usahawan sedia ada yang tidak berdaftar, tidak berlesen dengan mana-mana agensi atau pihak berkuasa tempatan bagi memohon pembiayaan dengan nilai maksimum sehingga RM10,000 dengan kadar kosong peratus. Manakala usahawan yang memerlukan pembiayaan yang lebih besar boleh memohon pembiayaan menerusi program TEKUN Niaga dengan nilai pembiayaan sehingga RM100,000. Selain itu, bagi tujuan memulihkan usahawan yang terjejas memulakan kembali perniagaan, antara pembiayaan yang disediakan adalah seperti berikut: (i) TEKUN menyediakan Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro 2.0; (ii) Bank Rakyat menyediakan Skim Pembiayaan Industri Sukan; (iii) SME Corp. menyediakan Program Pembangunan Perniagaan Usahawan Mikro; dan (iv) PERNAS menyediakan Skim Pembiayaan Recurve. Dalam masa yang sama, kita juga melalui SME Corp, kita juga ada memberikan geran bantuan kepada usahawan-usahawan sebanyak RM13 juta dan juga sebanyak RM20 juta telah pun disediakan. Isu seterusnya ialah isu promosi eksport bagi perusahaan kecil dan sederhana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pontian, memohon penjelasan berkenaan program tersebut. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, bahawa kementerian melalui dua agensi iaitu SME Corp Malaysia dan juga SME Bank telah melaksanakan program bagi menggalakkan aktiviti eksport melibatkan perusahaan kecil dan sederhana. SME Corp telah melaksanakan program Galakan Eksport Bumiputera (GEB) mulai tahun 2016, manakala SME Bank melaksana program Business Exports Program (BEP) mulai Julai 2020. Program GEB telah pun dilaksanakan dan sebanyak 71 buah syarikat menerima geran GEB dengan nilai keseluruhan sebanyak RM7.52 juta dan juga sebanyak 24 pinjaman mudah telah diluluskan dengan nilai keseluruhan sebanyak RM53.3 juta.
Sementara itu pula, program BEP di bawah SME Corp telah pun memberikan sumbangan geran ini kepada 25 peserta untuk fasa pertama melibatkan sejumlah RM5 juta dan juga melibatkan sejumlah 22 syarikat yang ditawarkan geran melalui fasa yang kedua dengan jumlah suntikan sebanyak RM4.5 juta. Tadi saya merasmikan fasa yang ketiga, di mana kita telah pun menyediakan sebanyak RM30 juta lagi untuk ditawarkan kepada sejumlah 150 syarikat. Di mana sesuatu syarikat ini akan diberikan geran maksimum sebanyak RM200,000.
Yang Berhormat Beaufort membangkitkan isu latihan kepada usahawan untuk celik teknologi dan juga memanfaatkan media sosial sebagai platform perniagaan serta bilangan usahawan yang terlibat dengan platform digital. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, ini merupakan satu agenda yang amat penting pada hari ini. Ini kerana kita sedia maklum bahawa perniagaan melalui digital ini telah pun mendapat sambutan yang cukup baik di kalangan usahawan-usahawan, terutamanya usahawan-usahawan golongan muda. Antara program yang dibuat untuk mencapai matlamat ini, kita telah pun mengadakan program Online Onboarding Coaching Programme (E-Board) oleh INSKEN, SUTRA Program oleh Bank Rakyat, ‘Zone entrepreneur’ – Program Penjana Komuniti@SME Bank, Jom Ubah Minda Peniaga (JUMP) oleh PERNAS. Beberapa program kita telah pun buat seperti contoh Online Onboarding Coaching Programme oleh INSKEN mensasarkan untuk memperkukuhkan kemampuan usahawan tempatan dalam penggunaan platform atau talian online melalui latihan dan bimbingan teknikal secara intensif melalui atas talian selama empat bulan kepada usahawan berdasarkan kepada platform Facebook, Instagram, YouTube, WhatsApp, Telegram, TikTok, Shopee dan Lazada yang telah pun dipilih. Di samping itu, program-program lain yang berkaitan juga telah pun kita laksanakan seperti portal MyAssist MSME oleh SME Corp, platform Angsana Virtual Mall oleh UDA Holdings dan beberapa program yang saya lihat begitu banyak yang disediakan. Yang Berhormat Sik mengemukakan pertanyaan mengenai pendigitalan dalam kalangan usahawan-usahawan termasuk peniaga digital.
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Baling. Fasal online tadi.
Beaufort juga.
Boleh tambah sedikit? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Saya ada cadangkan berkaitan dengan untuk membantu peniaga-peniaga online yang memerlukan modal perniagaan start-up business dan sebagainya. Jadi, saya ada juga mencadangkan memandangkan SME Corp di bawah kelolaan Yang Berhormat Menteri di kementerian Yang Berhormat Menteri dan kita semua tahu dan sedar Human Resources Development Fund di bawah Kementerian Sumber Manusia mempunyai wang begitu banyak. Adakah boleh, saya dah cadangkan dalam perbahasan saya baru-baru ini untuk digabungkan dengan SME Corp. Dana itu tidak perlu hendak cari daripada Kementerian Kewangan hendak minta dana baharu. Human Resources Development Fund itu boleh kita gabungkan dengan SME Corp untuk mencari anak-anak muda di seluruh negara yang meniaga online. Yang Berhormat sendiri sebutkan tadi. Kita boleh integrate untuk membantu anak-anak muda khususnya setelah pasca COVID-19 jadi endemik sekarang ini. Jadi, kita boleh bantu mereka. Adakah boleh dapat kita memikirkan pelaksanaan tersebut? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih pandangan daripada...
Yang Berhormat Menteri, pandangan daripada saya juga.
Yang Berhormat ya.
Beaufort. Ya, memang bagus apa yang telah diberitahu oleh Yang Berhormat itu. Program-program dilaksanakan melalui SME Bank dan lain-lain lagi agensi di bawah kementerian. Saya ingin tahu sama ada sebab di setiap negeri ada agensi-agensi tersebut. Sama ada kementerian melaksanakannya di setiap negeri yang ada dalam negara kita, terutama sekali macam di Sabah dan Sarawak itu yang agak jauh. Ada yang melibatkan luar bandar lagi. Ramai saya yakin anak-anak muda kita yang ingin terlibat di dalam bidang perniagaan ini. Apatah
lagi berkaitan dengan online digitalisation semua ini kerana ini lah cara baharu untuk menambah baik ekonomi mereka. Jadi, saya ingin tahu ini sejauh manakah khususnya di Sabah dan termasuk juga kawasan luar bandar.
Terima kasih Yang Berhormat Baling dan juga Yang Berhormat Beaufort. Saya ucap terima kasih atas pandangan Yang Berhormat Baling untuk menyelaraskan program ini. Ini ialah satu program di antara dua kementerian tetapi tentunya sedia maklum tadi dalam kementerian saya sendiri pun ada beberapa agensi mereka juga ada program-program tersendiri. Jadi, sebelum saya hendak selaraskan dengan kementerian orang lain, saya ingat lebih baik saya selaraskan program-program digital ini yang berada dalam kementerian saya yang hari ini ada sebanyak sembilan agensi di bawah kementerian ini untuk diselaraskan. Ini supaya benar-benar sampai kepada rakyat sepertimana yang Yang Berhormat Beaufort cakap tadi. Akan tetapi, sudah tentulah bila ada program-program ini ia akan terbuka. Ini kerana semua ini online. Dia tidak perlu datang ke HQ. Jadi, mereka boleh mengambil peluang ini dan mengenai digital ini merupakan KPI saya yang ketiga dalam tempoh 100 hari ini untuk kita hendak menjayakan program digital business ini. Yang Berhormat Sik mengemukakan mengenai- telah pun saya jawab tadi. Begitu juga Yang Berhormat daripada Beaufort juga membangkitkan isu usahawan muda, bagaimana kementerian untuk menggalakkan lebih ramai usahawan muda berniaga. Berbagai-bagai program telah pun kita lancarkan. Seperti di bawah SME Corp Malaysia ada berbagai-bagai, ada lima program. Di antaranya Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera, Program TUBE@IPT, Program Women Netpreneur, Program Micro Connector dan Program Pembangunan Peniaga Usahawan Mikro. Begitu juga, Program Bank Rakyat juga ada program mereka iaitu Program Rintis Bank Rakyat. TEKUN juga ada program iaitu Program Skim Pembiayaan Informa dan juga INSKEN juga ada program mereka sendiri iaitu Program Bimbingan INSKEN Bumiputera Business Coaching, Program Latihan Kursus Asas Keusahawanan, Model Jualan dan juga pemasaran. Hanya pendekatan yang kita ambil pada hari ini ialah untuk memastikan bahawa apabila anak-anak muda ini mengikuti kursus-kursus dan latihan ini, mereka mestilah diberi peluang untuk menjadi seorang usahawan. Kita latih menjadi seorang usahawan. Bukan melatih untuk menjadi makan gaji. Jadi, ini pendekatan baharu yang kita akan buat di mana kita hendak pastikan bila satu agensi ini habis sahaja memberi kursus, pastikan bahawa usahawan ini akan terus memulakan perniagaan. Bukan mencari pekerjaan. Jadi, ini pendekatan yang kita hendak laksanakan dalam usaha hendak melahirkan lebih ramai usahawan di kalangan anak-anak muda. Isu pensijilan halal yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Beaufort. Saya ingin memaklumkan bahawa kementerian melalui SME Corp Malaysia menawarkan geran bersamaan ataupun matching grant di bawah Program Galakan Eksport Bumiputera meliputi skop pensijilan dan juga keperluan piawaian antarabangsa seperti pensijilan SASSP dan juga GMP. Sehingga 31 Ogos 2021, seramai 96 PKS dengan kos sebanyak RM60,882,000 telah pun berjaya dalam permohonan GEB ini. Daripada jumlah ini, seramai 26 PKS telah memohon pensijilan dan pematuhan piawaian antarabangsa. Yang Berhormat Machang ada? Yang Berhormat Machang, dia ikutkan isu beza antara program latihan siswazah Skim Latihan Satu Malaysia (SL1M) kepada program PROTEGE. Ini saya bagi jawapan bertulis lah. Kalau Yang Berhormat Machang tiada.
So, yang seterusnya Yang Berhormat Julau. Yang Berhormat Julau mengemukakan permohonan supaya kementerian menambah satu lagi mesin ATM Bank Rakyat di Pekan Julau. Di sini saya hendak maklumkan bahawa Bank Rakyat bersedia, bukan sahaja di Julau tetapi juga di mana-mana kawasan Parlimen yang perlu untuk menambah mesin ATM Bank Rakyat. Ini akan dilaksanakan oleh Bank Rakyat dan telah pun dipersetujui oleh Bank Rakyat. [Tepuk]
Yang Berhormat Pontian membangkitkan isu bangsa usahawan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, matlamat Dasar Keusahawanan Nasional (BKN) 2030 adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai negara keusahawanan yang unggul menjelang tahun 2030. Terdapat lima objektif utama yang ditetapkan oleh Dasar Keusahawanan Nasional seperti berikut: (i) untuk mewujudkan ekosistem keusahawanan yang holistik dan kondusif bagi menyokong agenda pembangunan serta ekonomi Malaysia yang inklusif, seimbang dan mampan; (ii) membentuk masyarakat Malaysia yang berpemikiran dan berbudaya keusahawanan; (iii) meningkatkan bilangan usahawan negara yang berkualiti, berdaya maju, berdaya tahan, berfikiran global dan juga kompetitif; (iv) mempertingkatkan keupayaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana serta koperasi; dan (v) menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan. Jadi ertinya, pemikiran untuk makan gaji ini kita hendak kena kurangkan kerana kita pun sedia maklum, dalam Islam pun ada disebut bahawa sembilan per sepuluh sumber rezeki itu datang daripada perniagaan. Jadi kalau kita dapat menanamkan semangat ini di kalangan anak-anak muda terutamanya, sudah tentu kita dapat lahirkan bangsa usahawan ini. Ya, sila Yang Berhormat Pontian.
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon mencelah sedikit mengenai konsep ‘bangsa usahawan’. Terima kasih kerana kementerian mempopularkan konsep ini, saya selalu menyatakan ya. Apa yang saya simpati kepada Yang Berhormat Menteri ialah dari segi bajet tahunan MDEC ini. Saya rasa antara kementerian yang paling kecil dapat bajet. Macam hari ini, Yang Berhormat Menteri, sebanyak 150 buah syarikat diusahakan untuk eksport sedangkan sebelum-sebelum ini baru 31 dan 22 buah syarikat. Hari ini sahaja, sebanyak 150 buah syarikat. Akan tetapi, kekangan kewangan itu. Bagaimanakah Bajet 2022 yang saya kira boleh di-double-kan untuk kementerian ini? Terima kasih.
Tuan Yang di- Pertua, fasal bajet juga. Saya tidak habis lagi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tanyakan apa Yang Berhormat Pontian, lebih kurang sama. Apakah kementerian bercadang untuk memperkasakan semua Majlis Pembangunan Usahawan dan PKS Kebangsaan (MPUPK)? Saya ada bahas baru-baru ini. Saya mencadangkan agar Kementerian Kewangan, Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan –Dua-dua orang ada di sini. Tolong catat. Saya hendak cadangkan untuk memberikan bajet sekurang-kurangnya RM300 ribu setiap Parlimen. Ada 222 buah kawasan Parlimen. Setiap Ahli Parlimen yang ada di dalam Dewan yang mulia ini, akan mengenal pasti rakyat di kawasan masing-masing yang layak menerima bantuan berbentuk geran. Hal ini saya lihat akan menyasarkan program pembangunan bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) seperti peniaga-peniaga bengkel kereta, motosikal, basikal, perusahaan makanan seperti kerepek, kuih baulu, dodol, makanan frozen, tukang jahit dan lain-lain. Ini sebab setelah pandemik COVID-19 ini, sudah jadi endemik, rakyat di bawah sana tidak ada duit. Dulu kita ada MP3 di bawah Kementerian Pertanian. Sewaktu itu Yang Berhormat Menteri jadi Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri tahu macam mana hendak agih-agihkan. Oleh sebab itulah, saya mencadangkan Kementerian Kewangan untuk memberikan kepada kementerian Yang Berhormat Tanjong Karang, tidak banyak RM60 juta lebih saja. Apakah kementerian Yang Berhormat Menteri sedia untuk melaksanakan kalau diberikan peruntukan ini? Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sikit saja Yang Berhormat Menteri. Tadi saya tidak jelas. Sebenarnya speaker belakang ini tidak berapa dengar. Saya mungkin jawapan saya tidak ada dijawab. Akan tetapi, saya hendak mengulangi lagi.
Tolong pendekkan ya.
Pendek saja, pendek saja. Berapa ramai kah usahawan yang gulung tikar akibat pandemik selama tempoh dua tahun ini? Jadi, mohon berapa jumlahnya? Apakah keupayaan yang boleh kita selamatkan usahawan ini? Itu soalan saya. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, sebenarnya masa sudah tamat. Jadi, tolong pendekkan ya.
Ya, saya hendak pendek saja. Saya hendak ucapkan terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Pontian dan juga Yang Berhormat Baling yang memberikan pandangan supaya kementerian- saya pun tengok kementerian ini, bajet ini, tidaklah banyak. Sedangkan sekarang ini, masalah rakyat dua. Satu, kesihatan dan satu ialah perniagaan sebagaimana Yang Berhormat Jempol bangkitkan tadi. Memang, ramai yang muflis. Memang kita ada memberi bantuan secara geran tetapi apa yang lebih penting ialah sebagaimana yang saya kata, saya letakkan dalam KPI saya, untuk kita hendak membangunkan usahawan-usahawan ini. Insya-Allah, dalam KPI saya ini, kalau target kita ada 52 buah program. Kita akan cuba memberikan pembelaan kepada 204,061 orang usahawan yang terjejas pada waktu pandemik COVID-19 ini. Saya akan bawa pandangan daripada Yang Berhormat Pontian dan Yang Berhormat Baling untuk mendapatkan peruntukan tambahan. Cadangan daripada Yang Berhormat Baling ini, memang saya amat alu-alukan. Ini kerana sedangkan Ahli Parlimen, bukan sahaja kita hendak membantu pembangunan di kawasan Parlimen kita sahaja, tetapi yang penting, kita juga hendak membantu modal insan supaya kita dapat membantu usahawan-usahawan yang amat terjejas di seluruh negara. Kalau kita –Sepertimana Yang Berhormat Jempol tanya tadi. Kalau kita dapat senarai ini, sudah tentulah terlampau ramai. Ada yang tidak berdaftar pun ramai juga dan yang terjejas. Akan tetapi kalau peruntukan ini boleh diberikan kepada Ahli Parlimen, maka, Ahli Parlimen akan mengenal pasti dan boleh membantu masalah penjaja-penjaja dan usahawan perniagaan kecil di kawasan Parlimen masing-masing. Jadi, saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Parlimen.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Menteri bagi Kementerian Wilayah Persekutuan. Masa 20 minit. Dipersilakan.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Setiawangsa, Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Segambut, Yang Berhormat Balik Pulau, Yang Berhormat Dungun dan Yang Berhormat Shah Alam yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan titah diraja dan telah menyentuh portfolio Kementerian Wilayah Persekutuan. Saya sebagai Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan yang baharu, akan menyambung legasi dan komitmen untuk meneruskan pembangunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sejajar dengan moto, ‘Wilayah Persekutuan, Wilayah Prihatin’ bagi mencapai visi Wilayah Persekutuan yang maju dan sejahtera serta peneraju pembangunan yang mampan melalui konsep, ‘Our City, Our Home.’ Yang Berhormat Port Dickson dan Yang Berhormat Setiawangsa telah mengutarakan isu berkaitan kemiskinan ekoran wabak COVID-19 di kawasan bandar.
Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga 14 September 2021, statistik kemiskinan bagi Wilayah Persekutuan, secara keseluruhannya dari Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri, menunjukkan terdapat sebanyak 4,815 orang ketua isi rumah berstatus miskin tegar dan 5,617 ketua isi rumah berstatus miskin berbanding dengan statistik tahun lepas, setakat 31 Oktober 2020, sebanyak 1,109 orang ketua isi rumah berserta miskin tegar dan 2,200 ketua isi rumah berstatus miskin. Menyedari hakikat ini, kementerian sentiasa merangkumkan golongan miskin ini dalam program-program sosioekonomi dan kebajikan yang dilaksanakan. Sehubungan dengan itu, kementerian telah melaksanakan beberapa inisiatif jaringan keselamatan sosial di bawah kerangka Wilayah Cakna bermula inisiatif Wilayah Cakna 1.0 pada 25 Mac 2020 sehingga inisiatif Wilayah Cakna 6.0 pada 27 Jun yang melibatkan nilai sebanyak kira-kira RM234.6 juta. Contoh, bantuan yang diberikan ialah seperti berikut: (i) pengecualian sewa kepada seramai 40 ribu orang penyewa PPR, PA; (ii) penangguhan bayaran balik pembiayaan kepada 6,000 pemilik PPR, PA di Kuala Lumpur; (iii) pengecualian sewa kepada 6,000 penjaja di Kuala Lumpur; (iv) sumbangan one-off RM500 kepada 23,617 orang penjaja dan peniaga kecil di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan; (v) bantuan makanan kepada 65 ribu keluarga di Kuala Lumpur dan 1,000 keluarga di Putrajaya dari golongan miskin dan B40; (vi) pengecualian bayaran lesen perniagaan, inisiatif Wilayah Bebas Berniaga kepada lebih daripada 4,246 orang peniaga berlesen di Kuala Lumpur, 107 orang di Putrajaya dan 162 orang di Labuan; dan (vii) Baucar Back To School bernilai RM100 kepada 26,000 pelajar, Kelas Digital SPM Mahir Tutor yang memberi manfaat kepada 21,756 orang pelajar.
Usahawan Anak Muda Kota melibatkan 100 usahawan yang telah dapat beroperasi di Kuala Lumpur dan Putrajaya. Bagi memastikan penduduk berpendapatan rendah tidak tercicir dari mendapat vaksinasi, Kementerian Wilayah Persekutuan telah melaksanakan program vaksinasi bergerak MYMedic@Wilayah di sekitar 67 kawasan PPR/PA di DBKL dan tiga di kampung tradisi. Sehingga September 2021, peratus populasi dewasa dan kanak-kanak yang berdaftar dengan MySejahtera telah mendapat dos kedua adalah sebanyak 86 peratus di Kuala Lumpur, 93 peratus di Putrajaya dan 88.2 peratus di Labuan. Tindakan Kementerian Wilayah melalui Inisiatif Wilayah Cakna dan juga trak vaksin bergerak di samping pelbagai lagi tindakan dan usaha kementerian menunjukkan bahawa kementerian dan kerajaan akan memastikan golongan yang berpendapatan rendah dan miskin bandar terus dapat dibantu di dalam menghadapi impak kesihatan, ekonomi dan sosial akibat pandemik COVID-19. Ahli Yang Berhormat dari Labuan ada menyentuh mengenai situasi pandemik COVID-19 di Wilayah Persekutuan Labuan iaitu gangguan logistik yang menyebabkan kekurangan makanan serta isu berkaitan ekonomi dan pembangunan Wilayah Persekutuan Labuan. Susulan Labuan menjadi negeri yang pertama memasuki fasa 4 Pelan Pemulihan Negara dan mencapai 100 peratus vaksinasi dewasa, Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Perbadanan Labuan meneruskan usaha memulihkan tahap ekonomi Labuan. Bagi sektor pelancongan di Wilayah Persekutuan Labuan misalnya SOP kemasukan pengembara ke Wilayah Persekutuan Labuan akan mula berkuat kuasa pada esok 24 September.
Sementara itu, SOP komprehensif khusus bagi sektor pelancongan Labuan telah dicadangkan kepada Majlis Keselamatan Negara. Merujuk kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Labuan mengenai kekurangan makanan asas akibat gangguan logistik apabila kerajaan telah memperketatkan kawalan keluar masuk ke Labuan termasuklah aktiviti-aktiviti berkaitan perkapalan, sukacita saya memaklumkan mulai 24 September 2021 di bawah SOP fasa keempat, khusus bagi Wilayah Persekutuan Labuan, syarat keluar masuk meliputi kapal antarabangsa dan tempatan telah pun dilonggarkan. Oleh itu saya percaya gangguan logistik ini dapat diatasi dan aktiviti ekonomi dapat dirancakkan dengan kelonggaran ini. Cadangan pembinaan Jambatan Labuan Sabah– Mengenai pembangunan Wilayah Persekutuan Jemaah Menteri pada 9 September 2020 telah bersetuju dengan kertas memorandum Jemaah Menteri bersama oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Kerja Raya mengenai cadangan pembinaan Jambatan Labuan-Sabah dilaksanakan secara prinsip kerjasama awam-swasta, public-private partnership. Kementerian Wilayah Persekutuan dan KKR kini sedang melaksanakan proses request for proposal bagi memberi peluang syarikat- syarikat berminat menyertai cadangan projek jambatan. Melalui timeline yang telah disusun, iklan request for proposal telah bermula pada 26 April 2021 dan akan tamat pada 1 November 2021. Proses penilaian pembida dijangka akan dapat dibuat pada dalam masa tempoh satu ke dua bulan. Menjelang Januari 2022, satu kertas Jemaah Menteri bagi pembida berjaya akan diangkat untuk kelulusan Jemaah Menteri. Pembinaan Jambatan Labuan-Sabah dijangka dapat dimulakan menjelang Julai 2022 setelah rundingan perjanjian dipersetujui dan ditandatangani. Kerajaan optimis pembinaan jambatan Labuan Sabah yang akan dilaksanakan secara kerjasama awam- swasta melalui terma-terma yang dipersetujui bersama kelak bakal menjadi realiti dan game changer kepada rakyat Labuan dan Sabah. Yang Berhormat Segambut, Yang Berhormat Balik Pulau.
Yang Berhormat Menteri, berhubung dengan Labuan dan Jambatan Labuan itu boleh saya minta penjelasan tambahan?
Ya, tapi masa tinggal 12 minit nanti saya tak sempat jawab Kampung Baru ya.
[Ketawa] Okey. RFP itu bagus memang itu satu cadangan yang baik dan itulah apa yang kita ingin lakukan dulu. Hanya kita kena buat dia punya survey laut, dalam laut dan sebagainya sebelum kita boleh minta satu proposal kerana dikhuatiri bahawa proposal-proposal yang diberikan tidak mempunyai fakta-fakta yang tepat. Adakah survey kedalaman laut dan soil investigation bagi dasar laut itu telah dilakukan terlebih dahulu ataupun ia diserahkan kepada kontraktor untuk mengandaikan ataupun melakukannya sendiri.
Semua pandangan, cadangan dan juga pertanyaan Yang Berhormat akan diambil kira semasa request for proposal itu dilaksanakan. Ini kerana, kita ada tempoh masa sehingga 1 November. Yang Berhormat Segambut, Yang Berhormat Balik Pulau telah membangkitkan mengenai isu SOP Majlis Keselamatan Negara oleh jabatan agensi penguat kuasa. Saya percaya jabatan dan agensi penguatkuasaan lain telah menjalankan tugas mereka berdasarkan peraturan dan bidang kuasa mereka masing-masing. Oleh itu, saya ingin menjawab isu dengan izin grey areas dalam penguatkuasaan yang telah dibangkitkan hanya dari sudut bidang kuasa DBKL sahaja. Untuk makluman Yang Berhormat, DBKL menguatkuasakan SOP yang dikeluarkan oleh MKN ke atas individu yang melanggar SOP di premis-premis perniagaan. Contohnya, kegagalan memakai pelitup muka bagi individu dalam premis perniagaan. Pemilik premis gagal memastikan pelanggan mendaftar masuk premis, tidak mematuhi waktu operasi dan gagal menyediakan peralatan saringan suhu. Saya juga menyentuh persoalan Yang Berhormat Balik Pulau mengenai SOP pembukaan pusat rekreasi dan taman awam. Mengenai isu pusat rekreasi dan taman
awam yang masih belum dibuka kerana masih dalam aktiviti yang tidak dibenarkan dibuka di bawah fasa sekarang, DBKL telah membuat persediaan bagi pembukaan pusat rekreasi dan taman awam yang berkaitan dan telah pun membuat permohonan kepada MKN bagi pembukaan pusat rekreasi dan juga taman awam tersebut. Yang Berhormat Segambut ada menyentuh tentang isu jumlah perbelanjaan yang telah digunakan oleh DBKL dalam rayuan DBKL berkenaan Taman Rimba Kiara dan Tiara Titiwangsa. Jumlah fi guaman bagi permohonan untuk kebenaran merayu oleh DBKL ke Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Taman Rimba Kiara masih lagi belum dikemukakan oleh pihak peguam yang mewakili DBKL. Sehubungan itu, kos yang telah dibayar oleh DBKL bagi mengendalikan kes ini akan dibentangkan dalam laporan kewangan tahunan DBKL untuk makluman semua. Tuan Yang di-Pertua, kes Taman Rimba Kiara...
Yang Berhormat Menteri, boleh saya tanya?
Ya.
Adakah ini SOP biasa oleh DBKL. Bermaksud rayu dulu tak payah risau fi guaman. Kalau tidak, kalau tidak ada threshold ataupun tidak ada persetujuan sebelum kita pergi merayu, DBKL boleh berbelanja berjuta-juta duit rakyat.
Oleh sebab Yang Berhormat menyangka belanjanya berjuta-juta dan saya juga menyangka sesuatu. Akan tetapi, ini tidak dapat dibuat kerana peguam itu belum membuat apa-apa tuntutan. Sudah pasti saya rasa ini telah diperbincangkan lebih awal dan kalau sekiranya kosnya melampaui di tahap yang luar biasa sudah pasti pertimbangan ataupun jawatankuasa tertentu akan dibentuk untuk memutuskannya. Jadi, hal ini...
Yang Berhormat Menteri saya faham apa Yang Berhormat Menteri kata kos belum ada persetujuan. Akan tetapi, selalunya cara DBKL bekerja kalau hendak potong pokok pun mereka akan kata tak ada bajet ataupun buat pothole pun tak ada bajet, tetapi untuk kes seperti ini tak ada persetujuan bajet atau perbincangan bajet sama ada DBKL ada duit itu atau tidak sebelum membuat keputusan untuk merayu.
Ya, semua ini telah dilakukan oleh pihak DBKL. Kalau Yang Berhormat hendak maklumat lanjut, saya boleh bagi secara bertulis untuk saya mencara detil apa perbincangan yang dibuat, saya tidak dapat berbuat demikian sekarang. Sudah pasti saya akan membincang tajuk ini sahaja jadi tajuk yang lain yang juga sama penting kita tidak buat. Akan tetapi, semasa Yang Berhormat melalui percakapan tadi Yang Berhormat menyebut bahawa DBKL kalau diminta potong pokok tidak ada peruntukan. Yang Berhormat boleh maklum kepada saya sekarang di mana cadangan untuk potong pokok itu yang disebut tidak ada peruntukan.
Sudah.
Sudah pasti akan dilaksanakan dengan hebatnya jikalau saya Yang Berhormat membuat permohonan.
Saya telah bagi surat kepada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat bagi surat kepada saya dan semasa Yang Berhormat berjumpa dengan saya baru-baru ini, saya tak nampak surat itu tetapi boleh bagi surat serta-merta untuk saya pertimbangkan.
Apa maksud? Saya telah bagi di pejabat Menteri. Kita ambil gambar bersama.
Ya.
[Dewan ketawa]
Saya bagi surat kemudian Yang Berhormat Menteri minta highlighter untuk highlight surat saya. Ingat Yang Berhormat Menteri?
Ya. Saya nampak benda itu tetapi isi kandungannya belum dibaca lagi sebab saya membuat persediaan kepada jawapan ini. Saya sedar Yang Berhormat sudah pun bergambar dengan saya dan tunjukkan bahawa saya serius untuk menangani masalah bersama kawan-kawan daripada Yang Berhormat, Yang Berhormat dari Wilayah Persekutuan. Saya hendak tunjukkan saya serius, semua Yang Berhormat dalam Wilayah Persekutuan, saya telah berjumpa, berinteraksi, berbincang mengenai banyak perkara. Jadi kalau perkara-perkara Yang Berhormat sebut itu tidak boleh dianggap bahawa ini adalah seolah-olahnya DBKL menolak sana, menolak sini, tidak. Ini akan diperhalusi dan saya rasa potong pokok bukan satu masalah yang besar untuk DBKL melakukannya. Terima kasih Yang Berhormat. Kita sambung kepada– Yang Berhormat juga timbulkan fasal Taman Rimba Kiara. Rayuan dibuat oleh DBKL dalam kes Taman Rimba Kiara adalah kerana terdapatnya isu-isu kepentingan awam dan percanggahan dengan prosedur kelulusan perancangan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang perlu diperjelaskan di Mahkamah Persekutuan. Ini adalah kerana di bawah Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 telah memperuntukkan dengan jelas mengenai proses kelulusan perancangan yang perlu dipatuhi. Maka pihak DBKL berpandangan adalah wajar agar rayuan tersebut, keputusan Mahkamah Rayuan dibuat ke Mahkamah Persekutuan. Untuk makluman Yang Berhormat, daripada penduduk yang menduduki 100 unit Rumah Panjang Perumahan Awam Bukit Kiara, sebanyak 100 generasi pertama penduduk diberikan rumah secara percuma. Manakala 100 generasi kedua penduduk rumah panjang tersebut akan diberikan harga rumah sebanyak 50 peratus harga iaitu hanya RM175 ribu daripada harga RM350 ribu. Penduduk di kawasan Rumah Panjang Perumahan Awam Bukit Kiara yang mengharapkan bahawa mereka akan mendapat kediaman baru dalam bentuk rumah mampu milik seperti yang dicadangkan dalam pembangunan di atas tanah tersebut telah dinafikan hak mereka sekiranya cadangan pembinaan di tapak tersebut tidak dapat diteruskan disebabkan oleh keputusan Mahkamah Rayuan yang tidak memihak kepada mereka. Cadangan perpindahan penduduk-penduduk di kawasan rumah panjang tersebut itu adalah selaras dengan dasar kementerian dalam memastikan penyediaan kediaman yang teratur dan selesa kepada semua penduduk Wilayah Persekutuan. Untuk makluman, daripada keseluruhan tapak pembangunan sebanyak 12 ekar Yayasan Wilayah Persekutuan dan pemaju bersetuju untuk memperuntukkan ruang hijau tambahan seluas empat ekar untuk menjadi sebahagian kawasan hijau di sekitar Bukit Kiara. Sebenarnya tapak projek tersebut berada di luar kawasan Taman Rimba, maka pembangunan di projek tersebut sepatutnya tidak akan menjejaskan kawasan Taman Rimba Kiara.
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya mencelah?
Ya.
Yang Berhormat Menteri, jawapan Yang Berhormat Menteri itu saya percaya disediakan oleh pegawai kerajaan kerana jawapan itu sudah dibaca tiga kali. Ini kali ketiga saya dengar. Yang Berhormat Tuan Khalid bin Abd Samad pernah baca. Yang Berhormat Annuar Musa pernah baca dan sekarang Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Shahidan membacakan jawapan yang sama tetapi persoalan saya adalah spesifik kes rayuan di mahkamah– kes rayuan yang dilaksanakan oleh DBKL sekarang. Jadi, persoalannya dalam keputusan perintah mahkamah itu, jelas SOP dan cara kerja DBKL telah gagal mengikuti ataupun proses yang sebenar ataupun sepatutnya dilakukan. Saya hanya hendak cadangkan kepada Menteri untuk pastikan DBKL baca
perintah tersebut dahulu. Pastikan yang basic itu mereka ikut dan kalau boleh maklumkan secara bertulis kos guaman. Itu sangat penting untuk kita. Terima kasih.
Yang Berhormat, apabila perkara ini dilaksanakan di peringkat pegawai, ia telah melalui proses yang saya kata cukup lengkap untuk membolehkan saya keluar kenyataan pada hari ini. Kalau kenyataan ini pernah dikeluarkan oleh sahabat saya ataupun Tan Sri Annuar Musa, saya menyambung jawapan tetapi kali ini Yang Berhormat sebagai menyambung legasi mereka yang serius tentang sesuatu perkara, saya juga akan memberi perhatian tentang perkara ini. Walaupun pegawai buat tetapi saya sudah baca lima kali dan sekarang enam kali untuk Yang Berhormat dengar. Tuan Yang di-Pertua, kes Taman Rimba Kiara, Bukit Kiara. Oleh sebab saya tidak ada masa, saya terpaksa menjawab Yang Berhormat Segambut ya. Bagi kes Taman Tiara Titiwangsa yang turut disentuh oleh Yang Berhormat Segambut. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pada sekitar tahun 2017, penduduk-penduduk bersebelahan dengan tapak projek telah membantah cadangan pembangunan dan membantah proses pendengaran yang diadakan di DBKL. Walau bagaimanapun, bantahan penduduk tersebut telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi, kemudiannya telah diterima oleh Mahkamah Rayuan pada 13 Mac 2019. Memandangkan bahawa kes bantahan penduduk pada asalnya telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi dan tanah berkenaan adalah tanah persendirian yang bukan dipindah milik atau transfer tetapi telah diberi milik atau alienated kepada pihak DBKL maka pihak DBKL berpandangan bahawa rayuan Mahkamah Persekutuan bagi menjelaskan keputusan Mahkamah Rayuan perlu dibuat. Yang Berhormat Segambut juga telah menyentuh tentang kawasan rizab Melayu Penchala, Segambut. Yang Berhormat Segambut ada menyatakan rancangan kawasan khas yang menyeluruh perlu dilaksanakan di kawasan rizab Melayu Penchala, Segambut. Untuk makluman, penyediaan Pelan Pembangunan Rancangan Kawasan Khas adalah yang tidak terpakai kepada Kuala Lumpur, selaras dengan Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982. Sebaliknya Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 telah disediakan selaras dengan Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982. Di bawah pelan pembangunan ini, DBKL memberikan fokus kepada mewujudkan nilai tambah kepada kawasan rizab Melayu Penchala, Segambut. Saya ingin menegaskan bahawa kerajaan akan memastikan zon guna tanah dan intensiti yang terbaik bagi manfaat penduduk tempatan. Kawasan hijau juga perlu ditetapkan di dalam setiap pembangunan yang akan dilaksanakan.
Yang Berhormat Menteri.
Selain itu, DBKL turut menyediakan pelan rangkaian jalan dan infrastruktur bagi rizab Melayu, Penchala, Segambut dengan memfokuskan kepada aspek accessibility serta menerapkan aspek kawalan terhadap aliran arus selaras dengan garis panduan Jabatan Pengairan dan Saliran.
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Berhubung dengan Yang Berhormat Segambut yang meminta supaya menyegerakan pembinaan klinik kesihatan, secara ringkasnya saya ingin menjawab bahawa...
Yang Berhormat, perlu berapa lama masa lagi?
...Dewan ini menyegerakan pembinaan klinik di... [Tidak jelas] di tanah bandar. [Disampuk] Apa?
Yang Berhormat.
Ya.
Yang Berhormat perlu berapa lama masa lagi?
Saya perlukan 10 minit, cukup.
Masa 10 minit? Banyak itu.
Ya, agak banyak sedikit tetapi terdapat juga kawan-kawan yang di luar wilayah juga ingin bertanya-tanya.
Sedikit sahaja.
Sedikit boleh.
Yang Berhormat Menteri, 30 saat. Saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri untuk turun padang berbasikal dengan saya supaya saya boleh tunjukkan jalan-jalan bike lane yang perlu dinaiktaraf dan pada masa yang sama potensi untuk bangunkan bike lane yang baru kerana di Wilayah Kuala Lumpur ini potensi for activity cycling in a city itu agak besar. Saya ingat Yang Berhormat Menteri pun mesti tahu ada banyak tempat Mayor’s Hill dan kawasan-kawasan lain. Cuma kalau Yang Berhormat Menteri sudi untuk bersama, saya akan tunjuk Yang Berhormat Menteri dan saya sangat yakin banyak komuniti cycling ini akan terhutang budi kepada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Yang Berhormat patut jemput nantilah.
Ya, kawasan laluan basikal sedang...
Yang Berhormat, saya bagi 10 minit sahaja. So, 6.18 habis.
Arahan Tuan Yang di-Pertua yang bijaksana dan dahsyat ini akan dipatuhi ya. [Tepuk] Berhubung dengan cadangan Yang Berhormat naik basikal, saya bersetuju, tidak ada masalah. Malah laluan basikal sejarak 30 kilometer sedang diusahakan dan oleh sebab jalan tersebut overlap dengan pejalan kaki maka saya menjemput Yang Berhormat berjalan kaki, dengan berjalan kaki kita akan nampak lebih banyak tempat. [Dewan ketawa] Saya akan berjalan kaki satu hari 10 kilometer. Jadi Yang Berhormat boleh ikut. Kalau saya gagal buat pagi, saya buat petang, kalau gagal petang, saya buat malam. Akan tetapi tentang berjalan tetap berjalan dan laluan terbaru saya kini ialah Wilayah Persekutuan ya. Okey, Yang Berhormat Segambut minta menyegerakan pembinaan klinik kesihatan di Segambut. Merujuk kepada permohonan Yang Berhormat Segambut kepada Datuk Bandar dan Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan meminta supaya klinik kesihatan di Segambut diberi kebenaran menggunakan dewan kosong yang terletak bersebelahan sebagai tempat mengendalikan dan melawan pandemik. Untuk makluman, tapak dewan tersebut memang merupakan tanah kerajaan iaitu Lot 53723 dan juga 56040.
Buat masa ini, DBKL dan PTG telah memulakan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menasihati kementerian tersebut untuk membuat permohonan secara rasmi kepada PTG Wilayah Persekutuan bagi membolehkan pertimbangan selanjutnya dilaksanakan. Mengenai pemakluman Yang Berhormat Segambut dalam Dewan ini bagi menyegerakan pembinaan klinik di satu tapak di Bandar Manjalara, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sedang berusaha dengan Jabatan Ketua Pengarah dan Galian Kuala Lumpur selaku pemilik bagi membangunkan klinik kesihatan di tapak yang berkenaan. Jadi, sudah tidak ada masalah ya. Kemudian, Yang Berhormat Dungun telah menyentuh mengenai bantuan segera kepada anak-anak gelandangan. Untuk makluman Yang Berhormat Dungun, adalah dianggarkan lebih kurang 700 orang gelandangan di Bandar raya Kuala Lumpur. Sepanjang tahun ini, menurut Yayasan Kebajikan Negara, sebanyak tiga keluarga gelandangan yang mempunyai anak-anak telah diselamatkan. Di dalam hal ini, bantuan kepada kanak-kanak gelandangan yang telah diselamatkan adalah agihan bantuan keperluan seperti makanan, pakaian dan kit kebersihan, kemudahan kesihatan dan pendidikan, penempatan di pusat-pusat perlindungan yang bersesuaian.
Pusat Pembelajaran Komuniti di Chow Kit yang telah diwujudkan oleh DBKL dengan kerjasama badan-badan bukan kerajaan sebagai usaha pemberian pendidikan tambahan...
Yang Berhormat Menteri.
...Kepada anak-anak gelandangan seperti kelas mengaji al-Quran, kelas bahasa Inggeris, kelas kraf tangan dan juga kelas...
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Shah Alam.
Tinggal tujuh minit sahaja. Kita nak berdebat tentang Kampong Bharu. Yang soalan daripada Yang Berhormat Dungun dan yang lain-lain ini tak payah jawablah.
Ya, sekarang ini kita akan berdepan dengan Yang Berhormat Shah Alam yang gembira untuk meminta saya menjawab apa yang telah disebutkan.
Terus isu Kampong Bharu.
Yang Berhormat jangan bimbang. Bagi hak masing-masing. Yang Berhormat pun tak boleh ambil lebih sangat. Kawan-kawan minta lima minit tapi Yang Berhormat nak minta sepuluh minit ini. Saya ada tujuh minit lagi. Yang terakhir sekali saya akan sentuh pasal Kampong Baru sebab itu panjang sikit. Yang pertama, saya nak sentuh pasal penjualan tanah di Jalan Peel. Semua permohonan pemberimilikan tanah kerajaan di bawah seksyen 76 Kanun Tanah Negara 1965 termasuk permohonan ke atas Plot A yang terletak di Jalan Peel, Seksyen 90, Bandar Kuala Lumpur yang diterima telah diproses seperti mana ketetapan prosedur yang berkuat kuasa dan tidak bercanggah dengan perundangan di bawah Kanun Tanah Negara 1965. Walau bagaimanapun, ia tidak terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Wilayah Persekutuan. Sebaliknya ia di bawah Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan di Jabatan Perdana Menteri.
Adakah Yang Berhormat Menteri menafikan bahawa syarikat yang dapat tanah itu hanya mempunyai paid-up capital lebih kurang dalam RM100 sahaja dan merupakan jiran dan anak saudara kepada Menteri Wilayah Persekutuan sekarang? Adakah Yang Berhormat Menteri menafikan?
Okey, kesabaran seorang manusia itu diperlukan untuk mendengar habis jawapan. Selepas itu Yang Berhormat akan boleh komen. [Tepuk] Saya harap Yang Berhormat bersabar sebab Yang Berhormat pernah menjadi Menteri Wilayah Persekutuan. Sabar sikit untuk mendengar jawapan kepada soalan Yang Berhormat dah tahu jawapan ya. Berdasarkan kepada Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020, zon guna tanah yang telah ditetapkan bagi Plot A tersebut adalah untuk tujuan pembangunan bercampur. Oleh yang demikian, mengambil kira akan ketetapan tersebut dan syarat-syarat yang berkaitan, Evermark Realty Sdn. Bhd. telah disyorkan untuk pertimbangan kelulusan pemberimilikan di bawah seksyen 76 Kanun Tanah Negara di atas Plot A, Jalan Peel, Seksyen 90, Bandar Kuala Lumpur berkenaan. Kuasa ini terletak kepada Exco Tanah Wilayah Persekutuan yang terletak di bawah JPM dan dipengerusikan oleh Yang Berbahagia KSN. Berhubung dengan paid-up capital Evermark Realty ialah sebanyak RM100,000 sahaja adalah tidak tepat, Yang Berhormat. Ini jawapannya. Syarikat berkenaan telah membuat penambahan modal berbayar sebanyak RM2 juta. Perkara ini dilaporkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Wilayah Persekutuan...
Dia buat penambahan modal itu bila, Yang Berhormat Menteri?
...Yang ke-750 pada 12 Mei 2021 dan permohonan...
Hampir-hampir bila nak dapat sahaja kan?
...Pemberimilikan di bawah seksyen 76 KTN ke atas Plot A oleh Evermark Realty tersebut dipertimbangkan kelulusan. Kelulusan pindah milik ke atas Plot A, Jalan Peel, Seksyen 90, Bandar Kuala Lumpur kepada Evermark Realty Sdn. Bhd. tersebut masih belum dianggap sebagai sempurna memandangkan pembatalan perizaban di bawah seksyen 64 KTN dan Notis Borang 5A belum dikeluarkan. Jadi, Yang Berhormat, bersabar sehingga...
Dah habis jawab dah?
Ya.
Yang pasal Evermark Realty itu? Maka saya telah mendengar bahawa paid-up capital nya telah ditambah pada Mei 2021. Betul?
Ya.
Ianya merupakan satu tarikh yang hampir dengan tarikh pemberian tanah itu. Betul?
Ya, betul.
Tidakkah ianya merupakan satu perkara yang agak janggal memandangkan Evermark Realty itu anak saudara kepada Menteri Wilayah Persekutuan pada ketika itu adalah salah seorang daripada lembaga pengarahnya?
Ya. Saya akan jawab soalan Yang Berhormat oleh kerana Yang Berhormat menyebut perkara tersebut. Jadi, detail nya agak panjang, Yang Berhormat. Jadi, Yang Berhormat boleh timbulkan sekali lagi di mana- mana tempat, saya akan jawab. Jadi, soal minit dan soal anak saudara Menteri dan sebagainya itu, saya menyimpan ini sebagai satu rahsia pejabat yang perlu dijaga. Yang Berhormat sebagai bekas menteri pun banyak juga membuat minit “Sila luluskan” dan sebagainya tetapi saya tidak mahu dedahkan sebab ini...
Tetapi anak saudara saya seorang pun tak dapat. Jiran pun tak ada.
Ya, ya. Tetapi yang penting itu ialah Yang Berhormat juga pernah membuat minit lulus kepada 26 ekar tanah tetapi saya diamkan benda itu.
[Dewan riuh]
Saya tidak mahu ini jadi konflik...
Sila. Sila kemukakan 26 ekar tanah di mana itu. Sila kemukakan.
Teruskan dengan jawapanlah, Yang Berhormat Menteri.
Ya. Adakah perlu saya? Tapi saya ingat tak perlulah.
Lagi dua minit setengah. Dua minit setengah.
Ya. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, ini adalah berhubung dengan sebuah syarikat yang saya tidak mahu sebut nama di sini sebab apa yang saya sebut ini kalau menyentuh kepada perniagaan mereka, itu adalah sesuatu yang tidak adil. Kalau syarikat itu public listed company, juga tidak adil saya berbuat demikian. Tetapi Yang Berhormat jangan sentuh tentang minit dan sebagainya sebab Yang Berhormat juga banyak buat minit tetapi itu kita diam sebab kita nak pastikan...
Anak saudara saya ada kah dalam public listed company itu?
Yang kedua terakhir, Tuan Yang di-Pertua, ialah berhubung dengan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur. Ini jawapan yang kedua terakhir. Yang terakhirnya ialah Kampong Baharu ya. Kalau saya gagal menjawab isu Kampong Baru, makna kata Yang Berhormat akan uji sebab biarlah orang tahu bahawa pembangunan Kampong Baru itu sedang berjalan dengan rancak mengikut fasa-fasa baru. Okey, saya akan jawab itu selepas ini. Berhubung dengan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur. Pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah menyewakan stadium bola sepak kepada Tetuan Arkadin Services Sdn. Bhd. iaitu syarikat yang memiliki 50 peratus saham penswastaan pasukan KL United FC untuk tempoh penyewaan selama tiga tahun...
Tidak betul.
...Mulai 1 Julai 2021 sehingga 30 Jun 2024...
Maklumat Yang Berhormat Menteri tidak betul.
...Bagi tujuan pengurusan penyelenggaraan Stadium Kuala Lumpur dengan pulangan kadar sewa kepada DBKL berjumlah RM25,000. Melalui perjanjian penyewaan bertarikh 10 September 2021, pihak penyewa bertanggungjawab secara keseluruhan bagi perkhidmatan pengurusan dan penyelenggaraan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur meliputi kerja-kerja pembersihan, kawalan keselamatan, penyelenggaraan padang, penyelenggaraan bangunan dan lain- lain lagi.
Jawapan itu tak betul, Yang Berhormat Menteri.
Penyewaan ini memberi keuntungan RM300,000 setahun kepada DBKL dan lebih baik daripada amalan sebelumnya di mana stadium diserahkan kepada KLFA dan DBKL terpaksa membayar kos penyelenggaraan berjumlah RM1.78 juta. Akhir sekali, Yang Berhormat, pasal Kampong Bharu.
Ya. Tak betul, pasal Syarikat Arkadin itu tidak lagi memiliki yang 50 peratus saham dan KLFA juga telah menawarkan tawaran yang sama dan sepatutnya Kementerian Wilayah Persekutuan menyokong Kuala Lumpur Football Association yang merupakan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur daripada diberikan kepada satu syarikat sendirian berhad yang merupakan pemiliknya jiran kepada Menteri Wilayah Persekutuan pada ketika itu.
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Saya rasa Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan sekarang sila siasat dan dapatkan maklumat dengan lebih tepat. Terima kasih.
Ya, saya akan siasat dan jemputan Yang Berhormat untuk saya tengok bola sepak pada hari Ahad malam ini, kita boleh sambung cerita nanti. Okey? Yang Berhormat, ini pasal Kampong Bharu dalam masa seminit, Tuan Yang di- Pertua.
Yang Berhormat Menteri, masa dah habis dah.
Yang melibatkan peruntukan sebanyak RM7 bilion. Peruntukan RM7 bilion tersebut tidak pernah dipohon dan diluluskan oleh kerajaan sebagai sumber kewangan pada pembelian tersebut.
Ya kerana...
Maklumat kos ini dibentangkan melalui Nota Jemaah Menteri pada 8 September 2020 dan didapati pembelian tanah ini melibatkan kos yang tinggi dan tiada modal pembiayaan dan tiada sumber dana diperuntukkan bagi pembelian tanah tersebut.
Yang Berhormat Menteri.
Jadi, jawapannya agak panjang.
Masalahnya...
Bagi Yang Berhormat Menteri habis dahulu.
Saya akan beri jawapan secara bertulis, Yang Berhormat. Yang Berhormat telah datang ke...
Okey, okey, tetapi saya hendak beritahu Yang Berhormat Menteri sebelum Yang Berhormat Menteri akhiri jawapan. Masalah dengan Kampong Bharu bukan soal duit. Duit boleh diperoleh, banyak sumber kewangan. Yang penting adalah persetujuan untuk menjual. Inilah yang telah diusahakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan pada ketika itu tetapi dihentikan bila kami dijatuhkan dan kuasa dirampas.
Sedangkan pada Februari, target kita Jun kita akan dapat 80 peratus persetujuan. Akan tetapi setelah kita dijatuhkan, tidak ada usaha...
Yang Berhormat.
...untuk hendak dapatkan persetujuan.
Tidak ada punca kuasa di mana sumber kewangan, tidak ada keputusan Jemaah Menteri.
Tidak ada masalah itu. Kalau dah ada persetujuan, tidak ada masalah.
Tidak ada bajet daripada mana-mana tetapi Yang Berhormat telah umumkan.
Memang perancangannya begitu.
Mana boleh seorang Yang Berhormat Menteri umumkan bajet RM7 bilion tetapi sumbernya di mana? Kita hendak tahu sumbernya di mana?
Sumbernya boleh daripada PNB, boleh daripada EPF, boleh dari Tabung Haji.
Tetapi daripada mana...
Masa sudah tamat! Masa sudah tamat!
Ia satu perniagaan. Satu perniagaan beli RM7 bilion.
Daripada mana pun...
GDV RM40 bilion. [Pembesar suara dimatikan]
Okey, Yang Berhormat Shah Alam. Okey, tolong tamatkan.
Yang Berhormat, daripada mana pun mesti ada kelulusan daripada Jemaah Menteri.
Memang sudah dapat persetujuan.
Mana boleh Yang Berhormat Menteri pergi umum RM7 bilion, RM8 bilion.
Dapat persetujuan kalau tanah-tanah dijual.
Tidak pernah.
Kita hendak dapat peruntukan untuk apa?
Kerajaan ini adalah kerajaan bersama.
Dapatkan persetujuan dulu. [Pembesar suara dimatikan]
Okey, saya dah bagi peluang banyak dah. Yang Berhormat tolong akhirkan. Tidak adil kepada Kementerian Belia dan Sukan ini.
Dengan itu saya ucapkan terima kasih kepada semua. Kepada Yang Berhormat Shah Alam dan kepada semua Yang Berhormat Wilayah Persekutuan, kita jumpa lagi dari semasa ke semasa. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih.
Dahsyat.
Hebat-hebat. Yang Berhormat Menteri bagi Kementerian Belia dan Sukan, silakan 20 minit.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada lapan orang Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Beaufort, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Tasek Gelugor, Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Kota Samarahan, Yang Berhormat Libaran dan Yang Berhormat Parit yang telah memberi pandangan, pertanyaan dan cadangan berkaitan Kementerian Belia dan Sukan sepanjang tempoh perbahasan Menjunjung Kasih Titah Diraja. Tuan Yang di-Pertua, terdapat 12 isu utama yang telah dibangkitkan, terdapat empat isu yang berkaitan dengan belia dan lapan isu berkaitan dengan bidang sukan. Pembangunan belia kini memainkan peranan penting malah menjadi cerminan kepada pembangunan negara pada peringkat nasional mahupun antarabangsa. Malah masyarakat Malaysia semakin prihatin terhadap permasalahan, isu serta cabaran yang timbul dalam kalangan belia. Perhatian kepada penyelesaian yang harus diambil juga dititikberatkan dan KBS memerlukan kerjasama daripada semua pihak termasuk kementerian-kementerian lain, badan-badan bukan kerajaan serta rakyat khususnya bagi memastikan negara dapat melahirkan belia yang positif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Kelompok ini jugalah yang akan menerajui pimpinan negara dan turut bertanggungjawab untuk memilih pemimpin masa hadapan kita. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Beaufort mengutarakan persoalan berkaitan program-program bagi melatih para usahawan belia menggunakan platform aplikasi atas talian. Program-program sedia ada dilihat tidak sampai ke kumpulan sasaran di peringkat luar bandar. Yang Berhormat juga turut bertanyakan berkaitan bentuk inisiatif yang dilaksanakan oleh KBS bagi menggalakkan lebih ramai usahawan dalam kalangan belia. KBS seperti kementerian-kementerian lain malah semua pihak yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini mengakibatkan KBS hanya mampu menjalankan program atas talian. Tentunya program-program ini tidak sampai ke
peringkat luar bandar walaupun kita telah mencuba sedaya-upaya. Kini di fasa pemulihan, KBS akan mempertingkatkan lagi Program Latihan Usahawan Belia. Untuk makluman Yang Berhormat, KBS melalui Agenda Pemerkasaan Belia Nasional iaitu strategi untuk belia pasca COVID-19 memberi penekanan kepada empat dimensi ekonomi iaitu: (i) peluang pekerjaan; (ii) penciptaan pekerjaan; (iii) latihan dan kemahiran; dan (iv) dana dan kemudahan. Ia bertujuan untuk membantu golongan belia terutama belia daripada kategori not in education, employment and training (NEET) belia resah dan juga belia luar bandar. Dalam usaha ini, KBS telah melaksanakan beberapa program bagi membantu belia termasuk belia luar bandar dalam bidang keusahawanan. Antaranya, program myGIG. myGIG bertujuan untuk meningkatkan keterlibatan belia dalam ekonomi gig bagi menjana pendapatan. Program ini terbahagi kepada dua iaitu myGIG service dan juga myGIG digital freelance. Webinar seperti Jom Cipta Kerja, Inspire, Kerjaya Agro, Malaysia Youth Entrepreneur, myPRENEUR yang bertujuan untuk menyampaikan maklumat-maklumat berkaitan peluang penciptaan pekerjaan dalam konteks keusahawanan, pertanian dan ekonomi digital secara langsung kepada belia. Penstrukturan semula fungsi dan hala tuju Akademi Pembangunan Belia Batu Gajah, Perak (APBMBG) sebagai usaha jangka pendek Kementerian Belia dan Sukan dalam merangka dan melaksanakan Program Pembangunan Keusahawanan yang turut memfokuskan keusahawanan sosial dan pembangunan kapasiti belia merangkumi pemantapan program-program dan latihan keusahawanan berimpak tinggi serta pemantapan jalinan bersama pelbagai pemegang taruh. Untuk makluman Yang Berhormat, KBS juga melaksanakan inisiatif pemerkasaan ke atas kurikulum bidang keusahawanan dan memperkenalkan aktiviti inkubator, Make A Space dan Keusahawanan Digital bagi melengkapkan pengetahuan lepasan Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) dan golongan belia untuk menceburi bidang keusahawanan. Kementerian juga turut melaksanakan Program Keusahawanan Digital di kalangan pelajar ILKBS melalui platform yang dikenali sebagai Go-eCommerce yang dibangunkan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Program ini menyediakan platform digital bagi para pelajar untuk memasarkan produk mereka. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas, ada di Dewan ini?
Bertulis, bertulis.
Saya akan jawab secara bertulis. Yang Berhormat Machang? Memudahkan urusan. Saya terus kepada isu-isu sukan yang telah dibawa. Pembudayaan sukan dalam kalangan masyarakat adalah sangat penting. Ia berupaya mengetengahkan bakat-bakat baru yang bakal memberi saingan yang hebat di temasya sukan bertaraf dunia. Di samping itu juga, ia secara tidak langsung dapat memperkasakan sektor industri sukan di negara ini. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan kajian oleh The Business Research Company tahun 2021, nilai pasaran global sukan mencecah hampir USD388.3 bilion pada tahun 2020 iaitu peningkatan sebanyak 3.4 peratus sejak tahun 2015. Prospek industri sukan dijangka terus positif dan dijangka berkembang dan mencecah USD599 bilion pada tahun 2025 dan USD826 bilion pada tahun 2030.
Yang Berhormat Menteri. Saya telah membangkitkan perkara ini ketika Yang Berhormat Sibu berbahas pada hari itu. Akan tetapi saya mengambil kesempatan ini untuk juga memohon permintaan kalau kementerian boleh memohon supaya stadium-stadium di seluruh negara dibuka kepada peminat-peminat bola sepak terutamanya kerana kita lihat kebelakangan ini stadium-
stadium, permainan bola sepak diteruskan tetapi peminat-peminat tidak dibenarkan masuk. Saya membuat analogi kalau lihat kepada Liga Perdana Inggeris di mana semua yang telah menerima suntikan vaksin dibenarkan untuk datang menonton. Kedua, saya juga memohon supaya peminat-peminat bola sepak dibenarkan untuk bermain bola sepak di mana-mana tempat, di ruangan, di tanah lapang dan sebagainya kerana saya percaya bahawa yang telah menerima suntikan vaksin yang sihat sahaja akan bermain bola sepak. Ini permintaan saya bila menghalusi SOP supaya ramai di luar sana– meminta supaya mereka dibenarkan terus untuk bermain bola sepak, menonton bola sepak dan sebagainya. Permintaan saya.
Okey, terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Perkara ini telah pun kita semua masih ingat di satu ketika waktu Perintah Kawalan Pergerakan masih terpakai, kerajaan telah pun membuka stadium-stadium untuk dimasuki penonton untuk menonton perlawanan-perlawanan. Akan tetapi apabila berlaku peningkatan kepada kes-kes positif COVID-19 menyebabkan kebenaran itu ditarik semula dan sekarang ini dalam fasa pemulihan, KBS telah pun memberikan cadangan kepada pihak MKN dan bekerjasama dengan pihak KKM untuk memastikan perkara ini dapat dibuat semula mengikut SOP yang ketat.
Begitu juga dengan permainan di luar, outdoor sports telah pun dibenarkan sekarang ini. Saya harap bagi mereka yang telah mendapat kebenaran ini, hendaklah patuh kepada SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Thank you.
Yang Berhormat Menteri, dua isu Yang Berhormat Menteri. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kerana sentiasa mendesak supaya industri sukan cepat dibuka. Cuma, kalau boleh saya cadangkan apabila kita mendengar pengumuman yang amat baik daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semalam di mana restoran, perniagaan boleh dibuka sampai 12 malam saya berharap bahawa industri sukan juga boleh dibuka khususnya industri padang bola sepak. Ini kerana saya rasa Yang Berhormat Menteri lagi tahu, kebanyakan orang hendak booking padang selepas balik kerja. Kadangkala hanya mula tempah padang pada pukul 10.00 malam dan dia orang main sampai pukul 3.00 pagi. Saya ingat sekarang saya hendak tempah padang Yang Berhormat Menteri, tidak dapat-dapat. Hanya boleh dapat minggu pertama atau minggu kedua bulan depan kerana semua sudah fully booked. So, sekarang ia tutup pukul 10.00 malam. Itu cadangan pertama. Kedua, Yang Berhormat Menteri, kita semua perlu bersama meraikan kemenangan dan kena ucapkan tahniah kepada team Malaysian Tigress, our female football team yang berjaya menewaskan team Palestin 2-0, kejayaan yang agak baik. Cuma, cadangan saya Yang Berhormat Menteri, sebelum ini kami ada merangka satu pelan pembangunan sukan yang menyeluruh bagi golongan wanita in which will provide equal treatment, equal service, equal pay yang mirip dengan banyak negara maju. Contohnya, jikalau kerajaan memperuntukkan dana yang agak besar bagi sukan bola sepak lelaki, kita juga perlu meningkatkan berlipat kali ganda, bagi suntikan dana bagi sukan futsal wanita, bola sepak wanita, ragbi wanita kerana belum mendapat pengiktirafan yang sewajarnya. Jumlah dana setiap tahun yang akan diberikan kepada mereka agak luar biasa. Bukan sekadar RM1 atau RM2 juta, it is a tens of millions. Cara kita akan memberikan dana tersebut adalah selepas kita berjaya berunding dengan MoF. Dana khas setiap tahun dari sugar tax dengan izin yang datang daripada Coca- Cola dalam lingkungan RM30 ke RM40 juta setiap tahun. Suntikan dana khas ini akan
mengangkat dan memartabatkan sukan-sukan yang dilihat pro atau traditionally lelaki based tetapi sekarang kita berikan pengiktirafan kepada golongan wanita. Saya berharap Yang Berhormat Menteri boleh cuba meneruskan perkara ini supaya akhirnya kita dapat memberikan pengiktirafan yang sewajarnya kepada sukan- sukan bola sepak, hoki, ragbi wanita supaya akhirnya kita dapat mengangkat martabat mereka. Saya agak yakin this is an area which is least developed dan kalau kita berikan fokus, they can do well. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih, Yang Berhormat Muar. Terima kasih, terima kasih. Saya amat bersetuju dengan cadangan beliau yang pertama. Untuk makluman, kita telah pun membuka fasiliti sukan ini hingga ke 12 malam untuk negeri-negeri dalam fasa tiga dan empat. Alhamdulillah. Juga berkenaan dengan perkara-perkara yang disebutkan berkenaan pembangunan sukan wanita, bajet yang diperlukan. Saya amat bersetuju namun, kita juga perlu melihat kepada sukan massa untuk memperhebatkan lagi industri sukan dan juga kecergasan rakyat di peringkat paling bawah, di peringkat daerah, kampung dan sebagainya. Terima kasih, Yang Berhormat Muar. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan sektor industri sukan yang saya sebutkan tadi wajar diberikan perhatian serius memandangkan keupayaannya untuk menyumbang secara signifikan kepada ekonomi Malaysia. Walaupun dianggap sebagai satu industri yang baru berumur dua dekad, potensi industri sukan amatlah besar untuk kita terokai. Bagi memastikan industri sukan dapat dibangunkan dengan tersusun dan teratur serta berdaya saing dengan industri utama negara yang lain, kementerian berhasrat untuk membangunkan satu polisi komprehensif industri sukan yang kompetitif dan holistik. Tuan Yang di-Pertua, KBS menyambut baik akan keprihatinan daripada Yang Berhormat Pasir Mas dan Yang Berhormat Tasek Gelugor sewaktu perbahasan titah diraja yang telah bertanyakan soalan berkenaan insiden kehilangan pingat emas atlet Paralimpik Muhammad Ziyad bin Zolkefli pada Paralimpik Tokyo 2020 serta status siasatan berkenaan dengan isu tersebut. Untuk makluman, pihak kementerian memandang serius insiden yang berlaku terhadap atlet negara Muhammad Ziyad bin Zolkefli. Pihak kementerian tegas mendukung pendirian Ziyad bahawa dakwaan mengatakan beliau lewat adalah tidak berasas sama sekali dan keputusan pengadil atau pegawai teknikal tersebut hasil daripada provokasi pegawai dan jurulatih pasukan Ukraine yang mana atletnya merupakan pesaing utama Ziyad. Walaupun begitu, pihak kementerian akan tetap menjalankan siasatan lanjut bagi memastikan dakwaan dan pendirian kita mempunyai asas yang kukuh. Untuk makluman Yang Berhormat, berikutan insiden tersebut, KBS telah menubuhkan Jawatankuasa Siasatan Dalaman yang dipengerusikan oleh Tan Sri Borhan Dolah, mantan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia untuk menjalankan siasatan yang terperinci mengenai pembatalan penyertaan kemenangan Muhammad Ziyad bin Zolkefli di temasya sukan Paralimpik Tokyo 2020. KBS akan meneliti pandangan daripada jawatankuasa tersebut seterusnya merancang pelan tindakan susulan bersama-sama dengan MPM dan Persatuan Olahraga Para Malaysia mengenai insiden yang berlaku dan memohon agar sesi pendengaran khas pihak Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) dan World Para Athletics (WPA) terhadap rayuan yang telah dikemukakan sebelum ini. KBS juga sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk membawa isu ini ke Court of Arbitration of Sports (CAS) sekiranya kita masih gagal meyakinkan pihak IPC dan WPA. Untuk makluman, kementerian memandang serius perkara ini dan akan menambah baik SOP penyertaan atlet ke temasya sukan antarabangsa, terutamanya yang melibatkan atlet-atlet Paralimpik supaya perkara ini tidak akan berlaku, tidak akan berulang lagi.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan
Yang Berhormat Menteri, terima kasih atas penerangan yang menyeluruh itu. Saya cuma ingin tanya apakah ganjaran yang akan diberikan kepada Muhammad Ziyad bin Zolkefli oleh kementerian atau kerajaan.
Coming soon that.
Terima kasih, Yang Berhormat Jelutong. Sila, Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih. Saya hendak ulas berkenaan dengan insentif yang kita berikan kepada semua atlet. Di dalam polisi kerajaan untuk menetapkan jumlah insentif yang hendak diberikan kepada atlet kita, tidak pernah terfikir akan perkara atau insiden yang berlaku kepada saudara Ziyad. Namun jelas seluruh dunia dapat menyaksikan bahawa beliau sudah membuat satu balingan memecah rekod dunia. Tentunya saya berpandangan perlu diberi sesuatu insentif terhadap satu usaha yang telah dibuat oleh beliau. Pertama, kita akan sentiasa menyokong beliau, seperti yang saya sebutkan tadi membawa kes ini ke peringkat yang paling tinggi untuk mendapatkan hak keadilan kepada saudara Ziyad. Selain daripada itu juga, pihak KBS sentiasa meneruskan semua insentif yang telah diberikan kepada beliau dan memastikan pencapaian yang beliau buat di Paralimpik Tokyo 2020 itu akan juga mendapat insentif yang bersesuaian.
Terima kasih atas penerangan. Akan tetapi saya dengan segala hormatnya tidak mahu Yang Berhormat Menteri salah faham atas permintaan ini. Saya percaya bahawa rakyat di luar sana mahu melihat satu ganjaran yang begitu baik dapat diberikan kepada Muhammad Ziyad bin Zolkefli kerana pencapaian beliau di antarabangsa, di olahraga antarabangsa yang telah meletakkan Malaysia di persada dunia. Sekali lagi, saya minta sekali lagi jangan salah faham. Persoalan yang ditanya adalah Yang Berhormat Menteri sendiri telah memperoleh gaji sebanyak RM27,000 dan hanya bekerja selama 11 hari sahaja. Bagi atlet dunia seperti beliau yang telah meletakkan negara di persada dunia, bukankah boleh diumumkan di sini satu ganjaran yang boleh menjamin masa depan beliau sebagai seorang atlet Paralimpik yang begitu berjaya. Sekurang-kurangnya bayaran pencen atau sebagainya.
Terima kasih, Yang Berhormat Jelutong.
Inilah permintaan saya bagi membela nasib beliau. Yang Berhormat Menteri, terima kasih.
Sila, Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong, sahabat saya. Berkenaan dengan apa yang saya dapat ganjaran itu telah pun saya umumkan bahawa saya tidak menerima satu sen pun ganjaran tetapi ganjaran kepada Muhammad Ziyad bin Zolkefli perlu kita sama-sama pastikan beliau mendapat hak yang sepatutnya tetapi...
Adakah apa-apa jumlah yang boleh diumumkan?
...Buat masa ini saya mempunyai tanggungjawab untuk membelanjakan duit kerajaan. Sebagai seorang yang beramanah, saya tidak boleh hendak mengumumkan selagi kita tidak melalui proses-proses yang sebetulnya.
Yang Berhormat Menteri, terima kasih kerana memberi ruang untuk kita berbahas.
Baik.
Saya mengambil kesempatan ini sebagai Ahli Parlimen pembangkang, sebagai suara pembangkang kerana saya telah menerima permintaan juga. Ada ahli-ahli atlet di luar sana bertanyakan, memandangkan beliau telah mengharungi cabaran untuk melatih, untuk meletakkan negara di persada dunia, apabila dirampas pingat yang telah dimenangi oleh beliau.
Walaupun begitu, beliau masih lagi meneruskan dengan semangat dan motivasi untuk berlatih untuk sukan-sukan yang mendatang. Bukankah tidak kerajaan sekarang yang ada begitu banyak Menteri dan jabatan boleh diberikan sedikit ganjaran sebagai permulaan? Umpamanya RM20,000 kalau saya boleh cadangan sebagai permulaan untuk beliau berlatih.
Tunggulah buat keputusan.
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya atlet-atlet kita telah mendapat insentif yang amat baik. Cuma, agak tidak manis bagi saya untuk umumkan kepada Dewan tentang apakah peruntukan yang telah kita berikan kepada mereka secara bulanan untuk sepanjang hidup mereka. Akan tetapi saya harap percayalah bahawa seperti Yang Berhormat Jelutong, saya juga bersemangat untuk memastikan nasib-nasib mereka terbela. Daripada Yang Berhormat Kota Samarahan...
Yang Berhormat Menteri, masa terhad. Silakan.
Yang Berhormat Kota Samarahan berkenaan dengan– Are you around?
Ada, ada. Yang Berhormat Kota Samarahan ada.
Berkenaan dengan skim hadiah kemenangan atlet juga, Yang Berhormat Jelutong sudah sebut sedikit tadi, tetapi saya hendak sebutkan bahawa kita menyediakan insentif ini sejak tahun 1986 lagi. Cuma sekarang ini saya hendak sebutkan mewakili KBS dan seluruh rakyat Malaysia, kita ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada insan-insan di sebalik kejayaan atlet-atlet ini terutamanya bagi atlet Paralimpik, the unsung heroes iaitu jurulatih serta penjaga yang selama ini telah melatih serta menjaga mereka hingga berjaya menjadi hero, menjadi ikon kepada rakyat Malaysia. Kejayaan atlet-atlet kita ini mampu menyuntik semangat kebersamaan seluruh rakyat Malaysia terutamanya di saat kita sedang mengharungi cabaran pandemik COVID-19. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan- secara ringkas Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Libaran, Yang Berhormat Tasek Gelugor dan Yang Berhormat Parit dan beberapa Ahli Yang Berhormat lain telah membangkitkan isu berkaitan dengan kemudahan sukan. Untuk makluman, kementerian sentiasa mengambil perhatian akan pertanyaan daripada Yang Berhormat sekalian dan juga lain-lain Yang Berhormat yang telah membangkitkan usul cadangan pembinaan kemudahan sukan di kawasan masing- masing. KBS bersedia untuk meneliti kesemua permohonan ini dan insya-Allah sekiranya ia telah tersenarai, tentunya pihak KBS akan meneruskan. Seterusnya berkenaan Yang Berhormat Baling, telah- Satu sahaja lagi Tuan Yang di-Pertua, kalau Yang Berhormat Baling ada dalam Dewan...
Yang Berhormat Baling tidak ada. Jawab bertulis.
Yang Berhormat Baling tidak ada. Jadi kalau tidak ada Tuan Yang di-Pertua, setakat ini sahaja maklum balas dan jawapan ke
atas cadangan, pandangan dan pertanyaan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai KBS. Saya rakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas keprihatinan, teguran dan sokongan yang berterusan oleh Ahli- ahli Yang Berhormat terhadap usaha-usaha yang dijalankan oleh KBS. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikumussalam warahmatullah. Terima kasih Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan. Seterusnya saya ingin menjemput Jabatan Perdana Menteri dimulai dengan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), 20 minit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ahli- ahli Yang Berhormat, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli- ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian perbahasan usul menjunjung kasih titah diraja yang sedang kita kemas kini, siapkan hari ini yang telah menyentuh perkara- perkara di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri, khasnya hal ehwal Sabah dan Sarawak. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, perkara-perkara yang telah dibangkitkan telah menyentuh mengenai status kemajuan dengan izin, outstanding matters yang sedang dibincangkan di bawah Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) termasuk isu-isu spesifik yang sedang dibincangkan di peringkat jawatankuasa- jawatankuasa kerja yang telah ditubuhkan di bawah Majlis Khas MA63. Secara keseluruhannya, sejumlah 16 Ahli-ahli Yang Berhormat telah membahaskan perkara- perkara yang berkait rapat dengan MA63, Majlis Khas MA63 atau hak-hak dan kepentingan Sabah dan Sarawak. Berhubungan dengan perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sepanggar, Yang Berhormat Pulai, Yang Berhormat Sri Aman, Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Igan mengenai Majlis Khas serta status pelaksanaan perkara- perkara yang dipersetujui untuk diselesaikan di bawah Jawatankuasa Khas Kabinet Untuk Menyemak Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 iaitu JKK MA63 sebelum ini. Kerajaan Persekutuan menerusi Majlis Khas MA63 sentiasa komited untuk memastikan pelaksanaan agenda berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 dijadikan keutamaan dan sentiasa diberi perhatian oleh Kerajaan Pusat. Amanat Perdana Menteri Yang Amat Berhormat, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob kepada rakyat Malaysia di Kota Kinabalu sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September yang baru sahaja lalu sekali lagi memberi komitmen yang kukuh Kerajaan Pusat terhadap perkara MA63. Saya petik daripada ucapan beliau, “Kerajaan memberi jaminan untuk terus memperhalus perkara-perkara yang perlu diselesaikan melalui rundingan menerusi Majlis Khas MA63 yang dipengerusikan oleh saya sendiri yang dianggotai oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak serta lapan Menteri Persekutuan. Usaha ini membuktikan kerajaan komited dalam memberi perhatian terhadap isu yang berkaitan dengan pelbagai perkara penting bagi negeri Sabah dan Sarawak. Dengan... [Tidak jelas] juga bahawa tugasan usaha ini adalah kesinambungan yang telah dimulakan juga oleh mantan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pagoh yang telah memperkasakan tindakan Kerajaan Pusat berkaitan dengan Perjanjian Malaysia (MA63) iaitu Sabah dan Sarawak. Kita berterima kasih atas usaha dan juga suntikan daripada Yang Berhormat Pagoh”. Suka saya menjelaskan di sini bahawa di bawah Jawatankuasa Kabinet terdahulu iaitu JKK63, ia hanya adalah persetujuan dasar untuk menyelesaikan tuntutan MA63 yang masih memerlukan tindakan lanjut melibatkan perubahan dasar pindaan undang-undang sama ada peringkat Persekutuan atau peringkat negeri serta melibatkan juga pelbagai kementerian untuk dilaksanakan. Tentu perkara ini khususnya Kerajaan Pakatan Harapan, pemimpin-pemimpin di Sabah dan Sarawak sering kali menyentuh mengatakan
pihak kerajaan dahulu telah memutuskan untuk menyelesaikan 17 daripada 21 perkara yang telah pun dikenal pasti untuk diambil tindakan. Akan tetapi saya harapkan dalam masa akan datang, 17 hal sudah buat, apalagi kerajaan sekarang nak buat, itu adalah anggapan yang salah oleh kerana sebenarnya apa yang telah diputuskan adalah setuju untuk mengambil tindakan kepada perkara-perkara tersebut. Pada keseluruhannya, kebanyakan ini adalah memerlukan perubahan dasar, pindaan undang-undang sama ada di peringkat negeri ataupun di peringkat Persekutuan. Inilah usaha yang unfinished start yang sedang kita jalankan.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat juga, di bawah MA63, perkara-perkara yang telah dibincangkan semula adalah termasuk tiga perkara berkaitan dengan Borneo High Court dengan izin, khasnya soal penurunan kuasa Mahkamah Sabah dan Sarawak, pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman, pentadbiran kehakiman berkaitan Sabah dan Sarawak, bidang kuasa Hakim Besar Mahkamah Tinggi, autonomi pentadbiran Mahkamah Negeri Sabah dan Sarawak dan pengalaman kehakiman Borneo di Mahkamah Rayuan bagi mendengar kes-kes yang difailkan di negeri sebelum ini. Perkara-perkara ini telah diKIV dan dianggap boleh diatur, diurus secara pentadbiran. Tapi pentadbiran di bawah PN dan di bawah portfolio saya, kami telah menekankan perkara ini adalah perkara pokok yang perlu di bincang di dalam peringkat jawatankuasa keseluruhannya. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Semporna, Ahli Yang Berhormat Beaufort kebanyakan penurunan punca kuasa kerja telah ditubuhkan di Majlis Khas MA63. Satu jawatankuasa adalah sebut kita kerja, Jawatankuasa Kerja Rakan Sekutu membincangkan cadangan pindaan Perkara 1(2) dan Perkara 160(2) mengenai tafsiran Persekutuan dalam Perlembagaan Persekutuan. Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Sabah dan Sarawak membincangkan perkara berkaitan keselamatan seperti isu sempadan negeri Sarawak, isu imigresen yang melibatkan seperti isu IMM13, kad Burung-Burung, kad Banci dan PTIM di peringkat negeri Sabah. Sekali jua yang ketiga Jawatankuasa Kerja Sosioekonomi, keperluan infrastruktur asas di negeri Sabah dan Sarawak seperti jalan raya, air, elektrik, kesihatan, pendidikan, digital teknologi, kemiskinan dan perumahan rakyat termiskin. Keempat jawatankuasa ialah Jawatankuasa Perundingan Bersama mengenai pemberian khas di bawah Perkara 112D, Perlembagaan Persekutuan Malaysia iaitu berkenaan semakan semula pemberian khas di bawah Perkara 112 Perlembagaan Persekutuan. Pada masa Kerajaan PH sebelum ini, perkara-perkara seperti ini tidak sampai dibincangkan dan pihak kita yang telah memulakan ini dan dalam proses perjalanan keseluruhan. Tuan Yang di-Pertua, menjawab kepada Yang Berhormat Betong, suka saya ingin maklumkan bahawa pengerahan kuasa kawal selia LPG kepada Kerajaan Negeri Sarawak telah selesai dilaksanakan sepenuhnya menerusi Pewartaan Perintah Kawalan Bekalan Pengecualian 2021, PU(A) 240 yang dibuat di bawah seksyen 5A, Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 22) dan Pemberitahuan Pengecualian (Pindaan) 2021 di bawah PU(B) 37 yang dibawa subseksyen 6(6) Akta Kemajuan Petroleum 1974 (Akta 144). Perkara ini juga telah disentuh oleh Ahli Yang Berhormat Menteri KPDNHEP dan juga telah pun diwartakan dan terus mula berfungsi mulai 1 Jun di Sarawak. Ertinya mulai pada 1 Jun 2021, di mana kuasa pengeluaran lesen bagi pengedaran gas LPG negeri Sarawak adalah diletakkan di bawah kawalan selia Kerajaan Negeri Sarawak sepenuhnya dan baru dikuatkuasakan di bawah Distribution of Gas Ordinance 2016. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kota Belud, tadi pagi saya ada melihat dia. Berhubung dengan empat perkara yang dimaksudkan adalah berkaitan outstanding matters minyak dan gas iaitu royalti minyak dan pembayaran tunai petroleum. Kedua, mineral minyak dan medan minyak. Ketiga Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) dan keempat hak negeri ke atas pelantar benua. Semua perbincangan berkaitan perkara-perkara ini telah ditangguhkan buat sementara waktu bagi memberi laluan
kepada penyelesaian secara komersial yang sedang dibincangkan di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Sabah dan Petronas secara berasingan. Ini sekadar untuk first thing, what first thing first, iaitu selesaikan apa yang di depan dan satu approach yang telah digunakan oleh Kerajaan Pusat ialah penyelesaian secara komersial daripada melakukan tindakan secara undang-undang. Soalan seterusnya...
Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Kota Belud.
Sekejap, persoalan berkenaan hal unconstitutional yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Belud itu dengan izin adalah pandangan peribadi. Soal ini hanya boleh diputuskan oleh pihak mahkamah. Pihak Kerajaan Pusat juga ada pandangan bersendirian dalam hal ini. Jadi kita tunggulah apabila selesai tugas penyelesaian memberi secara komersial, maka perundangan di peringkat AG, Federal AG Sabah dan AG Sarawak akan nanti melihat, meneliti kes ini dan saya yakin sesuatu keputusan yang memihak untuk semua pihak dapat diatasi ataupun dapat dicapai. Yang Berhormat.
Sila, Yang Berhormat Kota Belud, sila.
Yang Berhormat Menteri. Adakah rundingan yang empat lagi perkara yang saya bangkitkan itu akan di- agak-agaknya bila ya akan diteruskan.
Sememangnya hanya seperti yang saya katakan tadi Yang Berhormat Kota Belud, empat perkara itu masih bahkan untuk makluman kita, Peguam Besar AG peringkat Persekutuan sekali dengan AG Sabah, AG Sarawak telah pun memulakan perbincangan di peringkat pegawai tinggi. Tapi memandangkan hal-hal penyelesaian yang difokuskan pada saat ini adalah berkaitan secara komersial. Maka itu langkah pertama dan saya yakin nanti sampai kepada tahap di mana royalti minyak dan juga akta-akta yang lain itu akan nanti dibawa. Bahkan kita bercadang Majlis Mesyuarat Majlis Khas selepas persidangan Parlimen sebelum persidangan Belanjawan. Maka kita harap ada laporan yang tersedia, laporan ada they are ready to brief Majlis Khas dalam perkara-perkara ini dan perkara-perkara yang lain. Terima kasih. Persoalan berkenaan dengan unconstitutional, saya sudah sentuhkan tadi. Yang Berhormat mempunyai hak untuk memberi pandangan dan Kerajaan Pusat juga mempunyai pandangan. Jadi, kita tunggulah apabila sampai ke tahap-tahap perkara ini dibincangkan. Untuk makluman Yang Berhormat Papar, Kerajaan Persekutuan komited untuk memastikan isu teknikal dan perundangan yang dibangkitkan dari dalam pindaan Perlembagaan Persekutuan dengan lebih terperinci dan menghalusi untuk meneliti cadangan pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan sekali gus dengan 160(2) dengan pihak Peguam Besar Negeri Sabah, pihak Peguam Besar Negeri Sarawak serta Federal AG.
So, ini pun saya difahamkan ketiga-tiga pasukan peguam ini sudah ready untuk memberi taklimat atau pun pandangan kepada Majlis Khas dalam mesyuarat khas pada masa yang akan datang. Sebarang cadangan, pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan akan dibincangkan terlebih dahulu di peringkat Jawatankuasa Kerja Sekutu, sebelum ia dibentangkan ke Majlis Khas MA63 bagi mendapatkan persetujuan bersama di antara Kerajaan Persekutuan bersama dengan Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak. Selepas itu barulah pindaan tersebut akan dibentangkan dalam Dewan yang mulia ini nanti. Untuk makluman Yang Berhormat Sepanggar, kerajaan yakin bahawa strategi dan pendekatan yang telah diambil melalui penubuhan Majlis Khas MA63 berserta jawatankuasa-jawatankuasa kerja merupakan inisiatif terbaik dan komprehensif untuk membincangkan agenda berkaitan merapatkan perbezaan di antara Sabah dan negeri-
negeri di Semenanjung. Isu-isu sedang yang dibincangkan bukan sahaja menyentuh mengenai pembangunan sektor ekonomi negeri Sabah dan Sarawak bahkan mencakupi dan menambah baik pelbagai aspek lain seperti kewangan, pembangunan ekonomi, keselamatan negeri, perundangan dan lain-lain. Dalam perihal sektor ekonomi, ini akan adalah pokok perbincangan Ahli Yang Berhormat Dewan yang mulia ini apabila kita membahaskan usul untuk meluluskan Rancangan Malaysia Ke-12 nanti. Untuk makluman Yang Berhormat Tangga Batu dan Yang Berhormat Serian, usaha-usaha untuk membangunkan negeri Sabah dan Sarawak adalah merupakan komitmen berterusan Jemaah Menteri serta keseluruhan kita, tanpa membezakan sama ada kementerian tersebut diterajui oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri daripada Sarawak. Ini saya sentuh kerana Yang Berhormat Tangga Batu mengatakan dalam beberapa tahun ini ramai Menteri dan Timbalan Menteri dari Sabah dan Sarawak yang dilantik tetapi beliau katakan begitu, itu juga masalah dari segi keperluan pembangunan. Kita perakui itu bahawa tugas itu lebih banyak lagi yang perlu dibuat yang memerlukan setiap Ahli Yang Berhormat bukan sahaja daripada Sabah dan Sarawak tetapi keseluruhan Dewan Rakyat untuk bermesyuarat bagi kemajuan kepada kita semua sama ada di bandar ataupun di luar bandar. Yang Berhormat Seri Aman, Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Bandar Kuching, Yang Berhormat Sepanggar juga, setakat ini kerajaan masih mengekalkan pendirian bahawa tiada keperluan untuk membuat laporan akhir ataupun to declassify laporan-laporan yang sebelum ini yang telah dikeluarkan daripada Jawatankuasa Majlis Khas ataupun Jawatankuasa MA63 yang dijalankan oleh pihak PH sebelum ini. Tiada keperluan untuk diedarkan laporan kepada umum memandangkan isi kandungan dan perbincangan yang direkodkan adalah bersifat teknikal dan bertahap Rahsia Rasmi Kerajaan serta masih dalam proses perundingan. Oleh yang demikian, beberapa dokumen yang kekal berstatus Akta Rahsia Rasmi dan perlu diberikan perlindungan seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang. Walau bagaimanapun, kerajaan akan membuat pengumuman dan penyertaan awam berhubung status pelaksanaan perkara yang dikaitkan serta sebaik sahaja perkara- perkara tersebut selesai dilaksanakan oleh pihak semasa. Juga harus diperingatkan dalam masa Kerajaan PH pun tiada juga janji kerajaan mengatakan apa-apa pun laporan daripada mesyuarat MA63 to be exposed ataupun dibuka kepada awam. Kebanyakan masih lagi berterusan and some of these matters seperti in the case of petroleum and gas, any discussion di antara Sarawak, Sabah dan Persekutuan, of course is sulit. Pada masa yang sama, cannot be exposed to the market, otherwise it will affect the market situation dan perkara itu adalah penting. Terakhir, Yang Berhormat Sri Aman, Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Bandar Kuching, Ahli Yang Berhormat hanya mengatakan bahawa mengenai dengan perihal kuasa seliaan LPG kepada negeri Sarawak telah dijawab dengan panjang oleh pihak Menteri Perdagangan Dalam Negeri yang hebat dibahas pada hari kelmarin. Perkara yang terakhir saya hendak sentuh adalah perihal mengenai Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan yang telah kita katakan hampir selesai sepenuhnya. Dia punya tindakan dan keputusan adalah banyak berbeza daripada kerajaan sebelum pada masa Kerajaan PH. Ini kerana pada kali ini, perintah kawasan larangan dan tempat larangan untuk Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan adalah di batalkan. Sebelum ini masih di bawah tindakan yang dibuat, sekarang apa yang dapat diberi kepada Kerajaan Negeri Sabah adalah kuasa dan authority over fee. Walau bagaimanapun, walaupun kuasa larangan di bawah dan tempat larangan Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan itu dibatalkan, keselamatan di atas kawasan tersebut iaitu kawasan Sipadan dan Ligitan masih di bawah kuasa keselamatan Kerajaan Pusat. Untuk memastikan tempat itu terus- saya rasa kalau ESCOM dan juga MKN, cuci tangan daripada menjaga Sipadan dan Ligitan, I don’t thing any tourist do want to go to Sipadan. Itulah dalam hal ini adalah satu win-win situation dan kita harus berterima kasih kepada pihak Kerajaan Pusat kerana memberi kuasa penuh daripada segi control di
bawah taman-taman Sabah on Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan tapi keselamatan di bawah kuasa dan perlindungan Kerajaan Pusat. Seterusnya, itu sahaja yang saya hendak sampaikan...
Masa sudah tamat Yang Berhormat Menteri.
Saya bercadang Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak untuk perbincangan nanti untuk update apa yang akan– terus maju dalam beberapa bulan yang perlu perkara yang tertangguh itu. Oleh itu, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) untuk menjawabnya dalam tempoh masa 30 minit.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ucap terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat sejumlah 15 orang semuanya yang menyentuh perkara-perkara di bawah tanggungjawab saya di Jabatan Perdana Menteri. Isu-isu ini merentasi lima perkara utama: (i) kesenjangan dan pembangunan wilayah; (ii) kemiskinan dan kesejahteraan rakyat; (iii) daya saing ekonomi Malaysia; (iv) matlamat pembangunan mampan (SDG); dan (v) Majlis Tindakan Ekonomi. Tuan Yang di-Pertua, pertama yang telah mendapat tumpuan ramai Ahli Yang Berhormat ialah kesenjangan pembangunan wilayah yang telah disentuh oleh tujuh orang Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Tanjong Manis dan Yang Berhormat Serian yang mahu kesenjangan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia dirapatkan. Yang Berhormat Kuala Nerus dan Yang Berhormat Tumpat telah membangkitkan mengenai agihan kekayaan di antara negeri- negeri termiskin seperti Kelantan dan Terengganu. Yang Berhormat Tanjong Manis pula telah membahaskan isu ketidakseimbangan pembangunan antara bandar dan luar bandar. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan terus memberikan tumpuan kepada usaha-usaha mengurangkan jurang pembangunan di antara wilayah dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-11. Lembah Klang seperti sedia maklum menyumbang sebahagian besar daripada KDNK negara kira-kira sebanyak 40 peratus dan ini 15 peratus lebih tinggi daripada jumlah sumbangan sebanyak enam negeri kurang membangun iaitu Kedah, Kelantan, Perlis, Terengganu, Sabah dan Sarawak di dua negeri di Malaysia mengatasi lebih 50 peratus jumlah pengeluaran bagi enam negeri yang miskin dalam negara kita. Ini memberi dimensi betapa seriusnya masalah ini. Kerajaan sentiasa berusaha memastikan pembangunan seimbang dilaksanakan merentasi wilayah dan negeri termasuk Sabah dan Sarawak. Rakan saya Yang Berhormat Kota Marudu telah menjelaskan komitmen kerajaan untuk mengatasi masalah ini. Ia penting bagi memastikan supaya setiap masyarakat dapat menikmati pembangunan yang adil dan saksama serta kesejahteraan semua rakyat terjamin berdasarkan konsep Kemakmuran Bersama ataupun Shared Prosperity Vision. Selaras dengan semangat Keluarga Malaysia, pembangunan sosioekonomi di enam negeri kurang membangun akan diberi perhatian oleh kerajaan. Ini adalah untuk menangani jurang kekayaan dan pendapatan merentasi wilayah dan negeri serta penduduk luar bandar dan bandar ini akan terus diberi perhatian.
Sehubungan ini, kerajaan melalui Rancangan Malaysia Ke-12 yang akan dibentangkan di Dewan yang mulia ini pada Isnin depan akan melaksanakan strategi pembangunan yang komprehensif bagi merancakkan pembangunan sosioekonomi di negeri-negeri yang kurang membangun malah dokumen Rancangan Malaysia Ke-12 mempunyai bab khusus bagi pembangunan Sabah dan Sarawak bagi memperincikan strategi merancakkan lagi pembangunan sosioekonomi di negeri-negeri yang kurang maju khususnya Sabah dan Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya isu kedua ialah berkaitan kemiskinan dan kesejahteraan rakyat terutamanya kesan pandemik COVID-19. Yang Berhormat Port Dickson, Pontian.
Yang Berhormat Pontian ada ya.
Telah menyentuh langkah-langkah kerajaan membasmi kemiskinan termasuk kemiskinan bandar Yang Berhormat Bentong dan Yang Berhormat Padang Serai telah bangkit mengenai langkah jangka panjang kerajaan untuk membasmi kemiskinan, manakala Yang Berhormat Batang Lupar telah mencadangkan supaya isu rentan dilihat dan ditangani daripada pelbagai dimensi. Seperti Ahli Yang Berhormat sedia maklum, kerajaan sentiasa menjadikan agenda membasmi kemiskinan antara agenda utama pembangunan negara. Komitmen kerajaan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekarang dan juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang Ke-8 dan sebelumnya kita akan berusaha bersungguh-sungguh memastikan setiap ahli Keluarga Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan kaum agar dapat menikmati tahap kehidupan yang wajar (decent standard of living) dan akan memastikan tiada yang tercicir ataupun no one left befind. Tuan Yang di-Pertua, oleh itu kerajaan akan mempergiat usaha menangani kemiskinan dengan pendekatan keseluruhan negara melalui inisiatif antara lain menyediakan program peningkatan pendapatan serta peningkatan keupayaan di luar bandar dan di bandar, menggalakkan keusahawanan dan akses kepada keupayaan kewangan memudah cara akses kepada pendidikan penjagaan kesihatan dan perumahan, meningkatkan kualiti hidup miskin bandar terutama di Program Perumahan Rakyat dan melaksana pendekatan dari akar umbi berasaskan komuniti di antara strategi yang kita akan laksanakan. Selain itu, bagi menambah baik penyampaian bantuan kepada golongan sasar yang menghadapi kesukaran Sistem eKasih akan diperkukuh dalam mengenal pasti, melaksana dan memantau program pembasmian kemiskinan, selain untuk meningkatkan ketelusan dan ketepatan data. Dasar berasaskan bukti akan memudah cara proses mengenal pasti kumpulan sasar dan membangunkan profil isi rumah miskin supaya setiap rakyat dapat menikmati kehidupan yang lebih sempurna dan bermakna. Selain itu, pangkalan data berkaitan pembasmian kemiskinan dan bantuan sosial akan disepadu melalui pembangunan Pangkalan Data Perlindungan Sosial (PDPS) ini dijangka akan disiapkan terutamanya tempoh sebulan dua lagi. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Batang Lupar telah mencadangkan...
Yang Berhormat Menteri, mengenai kemiskinan ini saya ingin tahu secara tepatnya, ada kenyataan-kenyataan bahawa angka B40 sudah meningkat kemudian M40 sudah berkurang, T20 juga terjejas. Apakah angka-angka sebenar B40 itu, jadi B50kah, B60kah? Bagaimana tentang penyusutan simpanan peningkatan kos hidup, peningkatan hutang sebagai mana yang dibuat kajian oleh Universiti Malaysia Kelantan tentang perkara ini? Saya ingin tahu angka-angkanya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pontian, sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Pontian. Yang pertama angka ini dua lah saya sebut banyak angka-angka ini.
Pertamanya, 40 peratus daripada isi rumah Malaysia pendapatan mereka telah terjejas, 40 peratus hampir separuh bermakna pandemik ini telah memberi kesan kepada separuh daripada rakyat Malaysia. Keduanya, kira-kira 600,000 telah keluar daripada kumpulan M40 pertengahan kepada B40. Inilah antara angka-angka yang penting. Keduanya berkaitan simpanan, berkaitan hutang. Seperti yang sedia maklum bahawa oleh Yang Berhormat Pontian pernah juga, pernah ucapan bercakap tentang household debt terutamanya, peningkatan dalam hutang isi rumah. Ini bukan satu perkara yang baharu, memang meningkat, simpanan juga terjejas. Mengikut kajian dibuat oleh UNICEF 500 isu rumah, 15 PPR Kuala Lumpur dan Lembah Klang menyatakan simpanan kebanyakan daripada 500 keluarga itu hampir tidak ada. Ini antara beberapa penemuan. Terima kasih. Yang Berhormat Batang Lupar mencadangkan isu rentan dan kesusahan rakyat ditangani dengan skop yang lebih luas, bukan hanya peningkatan pendapatan sahaja, tetapi merangkumi dimensi yang lebih luas. Saya ingin maklumkan memang ini pendekatan kita. Indeks kemiskinan pelbagai dimensi digunakan oleh kerajaan, bermula Rancangan Malaysia Ke-11 lagi di mana bukan sahaja kita lihat kepada pendapatan, tetapi juga aspek kesihatan, pendidikan dan taraf hidup, ketersisihan, empat perkara dilihat dengan menggunakan 11 indikator. Ini antara panduan kita gunakan untuk membantu golongan miskin. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia bagi Matlamat Pembangunan Mampan (KRPPM-SDG) diketuai oleh Yang Berhormat Batang Lupar. Sebagai rakan pembangunan sosioekonomi di peringkat akar umbi, pihak berkuasa tempatan dan ketua komuniti, telah dilibatkan dalam melaksanakan pendekatan akar umbi bagi menangani isu-isu kemiskinan di peringkat bawah. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak pasti tengok masa itu, tidak berapa betul kot. Satu minit lagi. Apa pun saya tidak panjang lagi. Yang Berhormat Port Dickson tak ada di sini.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Ya? banyak lagi. Yang Berhormat Port Dickson bercakap tentang daya saing. Tidak ada di sini tetapi saya ingin menyatakan bahawa ini adalah isu yang penting bagi negara dan ia memerlukan penglibatan semua pihak, pihak swasta, pihak awam dan orang ramai untuk memastikan bahawa kita terus menjadi sebuah negara yang berdaya saing. Saya juga hendak memaklumkan bahawa dalam Rancangan Malaysia Ke-12 akan menggariskan beberapa agenda pembaharuan ekonomi untuk memperkukuh pertumbuhan bagi melonjakkan Malaysia menjadi negara maju dan inklusif dan juga untuk mencapai pertumbuhan yang lebih mampan serta meningkatkan daya saing ekonomi negara. Itu berkaitan daya saing. Yang Berhormat Batang Lupar, saya pergi ke Yang Berhormat Batang Lupar sekali lagi. Bertanya tentang aktiviti dalam program SDG di peringkat akar umbi yang dilaksanakan seperti yang dinyatakan dalam laporan tahunan APPGM-SDG. Saya ucap terima kasih sekali lagi dan Yang Berhormat Batang Lupar bertanya tentang bila Pelan Hala Tuju Fasa 2 2021-2025 akan dilancarkan. Saya ingin memaklumkan bahawa pertengahan Oktober saya akan mempengerusikan satu mesyuarat, termasuklah dengan Ahli-ahli Parlimen yang terlibat untuk mendapatkan pandangan tentang fasa 2 daripada tahun 2021 sampai 2025 dalam kita melaksanakan strategi SDG.
Akhir sekali... [Disampuk]
Tidak apa. Kalau sudah dijawab semua. Terima kasih.
Akhiran. Yang Berhormat Muar ada? Yang Berhormat Muar?
Baik. Boleh.
Yang Berhormat Muar, tiada? Yang Berhormat Muar tiada. Ada Yang Berhormat Muar saya hendak jawab. Dia tiada, tidak payah.
Tidak dijawab yang itu pun tidak apa. Baik.
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas- tugas Khas) untuk menjawabnya selama 15 minit.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, semasa perbahasan Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat yang telah diadakan daripada 14 hingga 21 September yang lepas seramai 19 orang Ahli-ahli Yang Berhormat telah berbahas dan mengajukan beberapa pertanyaan isu cadangan ataupun pandangan kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas). Terima kasih diucapkan pada Ahli Yang Berhormat yang terlibat. Oleh itu, izinkan saya untuk menjawab semua pertanyaan, isu, cadangan ataupun pandangan yang telah disuarakan oleh semua Ahli terhadap agensi seperti berikut: (i) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA); (ii) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA); (iii) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA); (iv) Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU); dan (v) Majlis Keselamatan Negara (MKN). Mohon Tuan Yang di-Pertua, sekiranya ada Yang Berhormat yang tiada di Dewan ini saya mohon memberi jawapan bertulis. Akan tetapi, dalam pada masa yang sama ada beberapa jawapan yang saya anggap perlu dinyatakan di Dewan ini kerana ia signifikan dan relevan kepada semua Ahli Yang Berhormat dan pasti membantu Ahli Yang Berhormat di kawasan masing-masing walaupun tidak diajukan soalan itu oleh mereka. Saya mohon.
Boleh. Teruskan.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan berkaitan NADMA. Yang Berhormat Lanang tiada tetapi saya hendak menjawab. Memohon mengenai data jumlah pemohon dan kelulusan Bantuan Khas COVID-19 yang berjumlah RM100 sehari. Warganegara Malaysia yang bekerja di Malaysia tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji kerana menerima perintah kuarantin COVID-19 dari Kementerian Kesihatan Malaysia, bantuan ini akan diterima dalam tempoh 30 hari daripada tarikh permohonan lengkap diterima. Bagi permohonan yang tidak memenuhi
syarat di atas seperti bukan warganegara, tidak bekerja seperti suri rumah, pelajar, pesara dan tiada pengesahan dari KKM tidak layak untuk dipertimbangkan, Yang Berhormat. Sehingga 17 September 2021, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Perdana Menteri ini telah menerima sebanyak 49,789 permohonan untuk Bantuan Khas COVID-19 sebanyak RM100 sehari dan sebanyak 18,222 sahaja permohonan yang diluluskan. RM100 untuk 14 hari.
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Ya, Yang Berhormat.
Boleh tanya sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri? Berdasarkan kepada jawapan, seperti yang kita maklum kes positif ada lebih kurang lebih daripada 2 juta. Akan tetapi, yang memohon hanya sekadar 49,000 dan yang diluluskan hanya sekadar 18,000. Jadi, bolehkah NADMA mengkaji kenapa begitu ramai? Adakah mereka tidak sedar ada bantuan sedemikian ataupun kita boleh tambah baik sistem? Di mana sudah pasti Kementerian Kesihatan ada data dia. Siapa yang positif, siapa yang perlu dikuarantinkan. Jadi, dari sana terus kita bagi borang kepada Jabatan Kesihatan supaya mereka boleh bagi kepada mereka yang diminta untuk kuarantin. Supaya lebih ramai boleh dapat menikmati bantuan sedemikian. Ini bantuan penting kerana bila sudah dapat RM100 maka mereka boleh dengan senang hati kuarantin di rumah ataupun di pusat kuarantin. Itu adalah penting. Kedua, mengenai dengan permohonan. Permohonan sekarang adalah melalui PDF. Dia adalah kurang senang digunakan untuk membuat permohonan. Bolehkah kita tukar sistem supaya kita mengikut seperti kita memohon GKP ataupun BPR. Ia online sahaja. Ini kerana sekarang yang ini PDF mereka perlu download, lepas itu perlu upload. Itu memang susah bagi pemohon. Saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh ambil tentang perkara yang saya sebut ini. Terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Saya menerima cadangan-cadangan tersebut, akan dibawa kepada Yang Berhormat Menteri dan akan dipertimbangkan. Terima kasih. Kedua, Yang Berhormat Segambut.
Yang Berhormat Segambut ada.
Ya, mengenai status Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 NADMA yang diberikan kepada waris yang meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19. Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 berjumlah RM5,000 telah diumumkan pada 17 Mac 2020 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Bantuan ini diberikan dari Tabung COVID-19 NADMA (TCN) yang turut menerima sumbangan dari orang ramai. Inilah bantuan daripada rakyat dan kerajaan untuk rakyat. Sehingga 17 September 2021 daripada sejumlah 6,248 permohonan yang diterima NADMA telah memberikan bantuan kepada 4,274 orang waris dengan jumlah bantuan sebanyak RM21.37 juta. Sebanyak 12 permohonan tidak layak dan ditolak kerana bukan kematian COVID-19 dan baki sebanyak 1,962 sedang diproses Yang Berhormat. Proses ini turut meliputi verifikasi status warganegara dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan semakan data kematian COVID-19 oleh pemohon dengan data kematian COVID-19 Kementerian Kesihatan Malaysia. NADMA sentiasa menambah baik proses berkaitan bagi memastikan permohonan yang layak akan menerima bantuan dalam tempoh 30 hari bekerja melalui akses sistem MyID JPN dan akses portal data kematian COVID-19 KKM. Yang Berhormat, terkini proses kelulusan dipercepatkan lagi dengan hanya mengambil kira dokumen yang dikemukakan oleh pihak hospital yang mengesahkan kematian akibat COVID-19 dan sijil kematian dari Jabatan Pendaftaran Negara.
Penjelasan Yang Berhormat Menteri. Jadi, 30 hari timeline sudah tidak relevan ataupun masih 30 hari untuk check satu dokumen dari hospital?
Yang Berhormat, kita perlu melalui beberapa proses and verification itu sangat penting sekali. Jadi, all depends on the speed of different levels yang menguruskan hal bantuan ini.
Cuma, masalah kita...
Tambah baik, sorry Yang Berhormat. Tambah baik ini bermakna bahawa dokumen-dokumen lain tidak lagi relevan. Saya bagi satu contoh ya. Pernah berlaku kepada seorang pesakit COVID-19 atau sekarang sudah mendiang. Beliau telah sihat dan pulang ke rumah. Tiga hari kemudian meninggal. Kalau dahulu mendiang itu tidak diterima permohonannya, oleh warisnya. Akan tetapi, kali ini tidak sebab sudah ada sejarah di KKM yang dia pernah menjadi pesakit COVID-19, sebegitu.
Yang Berhormat Menteri, nama program tersebut adalah pengurusan kematian. Jadi, expectation rakyat di luar sana dia perlukan duit itu untuk kebumikan jenazah dan untuk kos-kos pengebumian. Jadi, the expectation is that you give funeral funds tetapi dia sampai 30 hari selepas kematian. So, mungkin cadangan tukar nama program supaya ia lebih relevan dengan timeline yang mengambil masa 30 hari. Kalau tidak, aduan akan kita terima setiap kali kerana mereka tidak sangka proses itu 30 hari. Terima kasih.
Yang Berhormat, sebenarnya kalau di dalam Islam kita kata khairat kematian. I think you are taking on that line. Sebenarnya, ini hanya bentuk pampasan ia bukan untuk hanya hendak menguruskan atau fasal urusan-urusan pengebumian sebenarnya. Kalau urusan pengebumian itu sudah tentu prosesnya berbeza dan mesti lebih cepat.
Akan tetapi, buat masa ini, ia adalah bentuk pampasan kerana COVID-19. Itu adalah ihsan daripada Kerajaan Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Dungun...
Tidak ada.
Tidak ada ya?
Tidak ada.
Tidak apa. Saya bacakan ya supaya ini menjadi maklum kepada semua Yang Berhormat di sini. Sehingga tarikh 21 September 2021, jumlah keseluruhan derma yang diterima daripada syarikat, institusi diraja, anggota pentadbiran, penjawat awam serta orang awam adalah berjumlah RM72.64 juta yang melibatkan hampir 60,000 transaksi secara keseluruhan. Sebahagian daripada jumlah tersebut sebanyak RM64.37 juta adalah merupakan sumbangan daripada 59 buah syarikat korporat yang telah menderma dengan jumlah melebihi RM50,000 setiap satu. Saya ingin merakamkan di sini ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Baling yang mahu usaha mempromosikan Bantuan Khas COVID-19 NADMA ini dipergiatkan di kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya mohon seikhlas hati, kalau promosi ini boleh dibuat dengan secara agresif lagi oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang berada di Dewan Rakyat ini. Yang Berhormat Baram? Ya?
Ada.
Yang Berhormat Baram mencadangkan supaya kerajaan memberikan bantuan kewangan kepada mangsa banjir di Sarawak selaras dengan semangat Keluarga Malaysia.
Ahli Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Persekutuan sentiasa prihatin dengan nasib yang melanda mangsa-mangsa banjir dan rasa tanggungjawab itu ditunjukkan dengan memberikan peruntukan bantuan wang ihsan kepada setiap ketua isi rumah yang terjejas. Untuk tahun ini sahaja, Yang Berhormat Baram, RM214,000 bentuk wang ihsan telah diperuntukkan kepada Sarawak. Saya mempunyai berita baik dan mungkin Yang Berhormat semua mungkin sudah dengar juga bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 13 September 2021 telah bersetuju menaikkan kadar bantuan wang ihsan yang tidak pernah dinaikkan semenjak tahun 2006 daripada RM500 kepada RM1,000 bagi setiap ketua isi rumah yang terjejas dengan bencana. [Tepuk] Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya terus beralih kepada soalan-soalan yang dibangkitkan berkaitan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Yang Berhormat Tebrau― Yang Berhormat Tebrau?
Yang Berhormat Tebrau tiada.
Tidak ada? Boleh saya...
Bertulis.
Jawab secara bertulis ya? Sebab saya ada dua minit lagi dan ada satu pengumuman yang penting juga. Yang Berhormat Segambut.
Ada.
Mengenai pembukaan kaunter- kaunter kerajaan ya. Untuk makluman Yang Berhormat, perkhidmatan kaunter kerajaan telah mula dibuka pada 13 Mei 2020 bagi perkhidmatan penting dan mendesak tertakluk kepada pematuhan ketat SOP dan juga kawalan keselamatan. Selaras dengan peningkatan kadar vaksinasi serta pembukaan lebih banyak sektor ekonomi, kadar kehadiran ke pejabat serta pengoperasian perkhidmatan kaunter telah dipertingkatkan mulai 1 Julai 2021, Yang Berhormat, khususnya kepada perkhidmatan yang tidak boleh dilaksanakan secara atas talian. Pengoperasian kaunter kerajaan adalah tertakluk kepada Garis Panduan Pengoperasian Pejabat Kerajaan di bawah Pelan Pemulihan Negara yang dikuatkuasakan mulai 17 September 2021. Arahan ini masih lagi berjalan tertakluk kepada keputusan daripada pihak Majlis Keselamatan Negara dan arahan dari semasa ke semasa daripada kerajaan. Dalam mengambil kira pengoperasian kaunter kerajaan, isu keselamatan petugas kerajaan perlu diambil kira memandangkan mereka juga turut terdedah kepada ancaman COVID-19. Oleh itu, sebarang keputusan untuk membuka kaunter kerajaan turut perlu mengambil kira nasihat yang diberikan oleh MKN. Yang Berhormat Jerai?
Tidak ada.
Tidak ada ya? Yang Berhormat Kota Belud ada? Izinkan saya beralih kepada agensi iaitu Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU). Terdapat dua isu yang telah dibangkitkan. Yang Berhormat Kota Belud pada 20 September mencadangkan bahawa sekarang adalah masa yang sesuai untuk membuat data collection untuk eKasih dan memohon supaya kerajaan menerima permohonan bantuan yang dibuat oleh pemimpin masyarakat di setiap lapisan termasuk Ahli Parlimen dan ADUN untuk memudahkan proses pengambilan data. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan telah membangunkan sistem eKasih sebagai pangkalan data kemiskinan nasional yang bertujuan untuk mendaftarkan golongan miskin di Malaysia dan mengklasifikasikan kepada kategori miskin tegar atau miskin berdasarkan pendapatan garis kemiskinan (PGK). Golongan bersasar yang dibanci juga adalah berdasarkan maklumat yang diterima, Yang Berhormat, daripada pelbagai pihak seperti Ahli-ahli Yang Berhormat Ahli Parlimen, Ahli-ahli Yang Berhormat
ADUN dan juga pemimpin tempatan, aduan atau permohonan daripada individu/masyarakat serta agensi-agensi berkaitan. Untuk makluman juga, atas prihatin dan peka dengan isu kesejahteraan hidup rakyat, kerajaan di bawah Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC) sedang giat mengusahakan perlindungan sosial yang lebih menyeluruh agar tiada yang tercicir dan terpinggir daripada menerima pelindungan yang wajar. Bagi tujuan ini, pangkalan data yang lengkap dan bersepadu ataupun Pangkalan Data Perlindungan Sosial (PDPS) yang mengandungi maklumat program serta profil kumpulan sasar perlindungan sosial peringkat persekutuan dan negeri sedang dibangunkan, Tuan Yang di-Pertua. Maklumat direkodkan merentasi kementerian dan agensi di mana data-data termasuk data eKasih dikumpulkan dan disepadukan supaya lebih komprehensif dalam memastikan tiada lagi inclusion or exclusion error dalam penyaluran, perlindungan serta bantuan.
Yang Berhormat Menteri, saya bangkitkan isu ini kerana, contohnya di tempat saya, di kawasan saya, Kota Belud, kita tahu memang ramai orang yang susah dan memerlukan bantuan. Cumanya, ada juga beberapa mereka ini yang mungkin sudah terlepas, maksudnya dalam suatu tempoh yang tertentu, mereka dikeluarkan daripada senarai penerima bantuan sedangkan sebenarnya mereka masih memerlukan. Selepas itu, dalam masa yang sama juga, ada yang sebenarnya sepatutnya dalam kategori untuk menerima bantuan tetapi oleh sebab mungkin agensi ini mempunyai kekangan daripada segi, ya lah, Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mahu ke rumah untuk verify benar kah orang ini benar-benar memerlukan bantuan, saya kira memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Itu yang saya bangkitkan. Terima kasih.
Saya faham, Yang Berhormat. Saya mohon Yang Berhormat kalau ada senarai-senarai itu dan nama-nama individu itu, mohon berhubung dengan saya dan kita usahakan bersama. Terima kasih.
Terima kasih.
Saya...
Yang Berhormat, boleh saya tanya? Petaling Jaya.
Ya.
Ini berkenaan akses kepada data eKasih. Sekarang, apabila saya minta untuk data, saya disuruh menandatangani aku janji apabila saya hendak akses data daripada eKasih. Bolehkah kita memudahkan akses ini? Ini supaya kita boleh tahu ya, seperti di Petaling Jaya, siapakah yang miskin dan perlukan bantuan.
Terima kasih.
Soalan yang kedua ialah sekarang, e-Khas telah dibekukan. Boleh dapat penjelasan? Sistem e-Khas.
Yang Berhormat, daripada segi aku janji itu, saya akan lihat semula atas keperluan apa perkara itu dibuat. Mungkin tidak di semua tempat ataupun di tempat-tempat yang tertentu. Saya mesti lihat semula. Pasal e-Khas itu, saya juga akan kembali kepada Yang Berhormat mengenai perkara itu. Terima kasih.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya...
Perlu berapa minit lagi?
Mungkin beri saya lagi dua minit boleh? Dua minit?
Dua minit? Sila.
Terima kasih. Yang Berhormat Lumut? Tidak ada ya? Ini saya hendak beralih kepada Majlis Keselamatan Negara. Yang Berhormat Lumut tidak ada ya?
Okey.
Yang Berhormat Ledang? Ada?
Yang Berhormat Ledang tidak ada.
Tidak ada.
Yang Berhormat Kemaman ada? Yang Berhormat, pihak kerajaan sentiasa mengambil iktibar dan menambah baik kaedah penyelarasan dan pelaksanaan SOP dengan mengambil kira keperluan untuk mengimbangi keselamatan ekonomi dan keperluan rakyat secara menyeluruh dan juga memastikan aspek kelangsungan hidup rakyat sentiasa menjadi agenda keutamaan negara. Justeru, rakyat diharapkan dapat mengamalkan norma baharu dengan protokol kesihatan yang telah ditetapkan. Dalam hubungan ini, pihak kerajaan sedang meneliti bagi mengurangkan bilangan SOP sedia ada sejajar dengan pengumuman oleh Yang Berhormat Menteri Kanan Pertahanan pada 14 September. Ini bagi memastikan golongan rakyat pihak industri dan penguat kuasa lebih mudah memahami SOP berkenaan. Ia dijangka dapat menyelesaikan sebelum peralihan ke fasa endemik Yang Berhormat. Yang Berhormat Pekan, Yang Berhormat Segambut –Yang Berhormat Segambut?
Ada, ada.
Ya, ini mengenai SMS yang Yang Berhormat Segambut anggap ia hanya retorik ya. SMS ini disampaikan dengan kerjasama 13 buah penyedia perkhidmatan komunikasi ya, Yang Berhormat dan kandungan hebahan SMS ini tidak bersifat retorik tetapi ia adalah sebagai peringatan amaran dan medium untuk memaklumkan polisi terkini kerajaan. Kesemua maklumat SOP mengenai COVID-19 juga telah turut dimuat naik di laman sesawang MKN serta Telegram rasmi Majlis Keselamatan Negara. Tidak ada apa-apa bayaran yang dikeluarkan untuk mengadakan usaha SMS ini Yang Berhormat. Akhir sekali saya perlu membaca ini.
Sila.
Saya tahu saya sudah habis masa. Minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Terakhir ialah mengenai cadangan Yang Berhormat Muar, Yang Berhormat Sepanggar, Yang Berhormat Padang Rengas dan Yang Berhormat Papar supaya peruntukan Ahli Parlimen disalurkan kepada semua Ahli Parlimen secara sama rata termasuk daripada pembangkang. Peruntukan khas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk kawasan Parlimen sebenarnya hanya sebagai penambah dan pelengkap kepada peruntukan yang disediakan oleh kerajaan di bawah Rancangan Malaysia lima tahun. Penyediaan peruntukan kawasan Parlimen kepada Ahli-ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang dengan nilai yang berbeza sebelum ini adalah mengikut dasar sedia ada yang terdahulu. Ia juga bergantung kepada kemampuan dan kedudukan semasa kewangan kerajaan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sangat komited untuk melaksanakan transformasi Parlimen dan atas sebab itu saya ingin memaklumkan di Dewan yang mulia ini bahawa bagi baki 4 bulan tahun ini mulai September hingga Disember 2021, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri
telah bersetuju untuk memberikan peruntukan kepada semua Ahli Parlimen tidak kira di pihak kerajaan mahupun di pihak pembangkang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. [Tepuk]
Terima kasih. Baik. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih, terima kasih diucapkan.
Seterusnya ada usul.
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Tuan Yang di-Pertua, “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), tanpa menghiraukan usul terdahulu saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai diputuskan Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin, 27 September 2021”.
Ada yang menyokong?
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Yang Berhormat Masjid Tanah, you never walk alone.
Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) untuk menjawab. 30 minit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, selamat petang. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, sebagai pendahuluan terlebih dahulu izinkan saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih ke atas keprihatinan semua Ahli Yang Berhormat yang telah membahas dan menyentuhkan isu-isu di bawah Kementerian di Jabatan Perdana Menteri
(Parlimen dan Undang-undang) sepanjang tempoh Usul Menjunjung Kasih dan perbahasan titah diraja dalam sesi sidang Parlimen Dewan Rakyat pada kali ini. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, seramai 46 orang Ahli Yang Berhormat telah membahas pelbagai isu yang berbangkit dengan Parlimen dan undang-undang. Sebelum saya menjawab pertanyaan-pertanyaan yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat, izinkan saya merafak sembah menjunjung kasih ke atas titah diraja oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI semasa Majlis Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke-14 Tahun 2021 pada 13 September yang lalu. Pertama Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan undi 18 tahun. Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat dari Pontian dan Yang Berhormat dari Semporna ingin mendapat pandangan mengenai pendaftaran automatik yang dilaksanakan oleh kerajaan dan bila akan dilaksanakan. Ada dua-dua dalam sini?
Yang Berhormat Pontian ada?
Saya ada.
Sebelum saya bercakap, minta tolong duduk dulu Yang Berhormat.
Pontian ada, Pontian ada.
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, Suruhanjaya Pilihan Raya sedang dalam persiapan untuk melaksanakan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik. Persiapan yang sedang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, secara ringkas selepas ini menyebut sebagai SPR. Ini adalah meliputi pindaan kepada Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan undang- undang lain yang berkaitan. Penyediaan standard operating procedure (SOP) dan penyediaan sistem serta infrastruktur bagi melaksanakan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik. Di samping itu, SPR juga telah mengenal pasti beberapa tindakan yang perlu dilaksanakan sebelum pelaksanaan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik seperti membuat semakan maklumat bakal pemilih. SPR memanjangkan semua persiapan yang sedang diambil tindakan termasuk setelah mengenal isu-isu yang berkaitan yang akan dapat diselesaikan dan seterusnya melaksanakan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik selewat-lewatnya pada September 2022. Namun demikian, walaupun dengan kekangan dan kekurangan SPR komited untuk melaksanakan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan daftar pemilih secara automatik dapat dilaksanakan selewat-lewatnya pada 30 Disember 2021. Selaras dengan keputusan semakan kehakiman isu undi 18 tahun di Mahkamah Tinggi Kuching pada 3 September 2021. Sistem pilihan raya...
Ya boleh sikit Yang Berhormat Menteri. Ini bermakna bahawa pada 31 Disember akan ada pertambahan sebanyak 5.6 juta orang pengundi yang terdiri daripada 1.2 juta pengundi baru berumur 18 hingga 21 tahun dan 4.4 juta orang pengundi baru berumur 21 tahun dan ke atas. Jika betul apa yang data yang saya ada sebagaimana yang dibaca dalam makluman- makluman sebelum ini. Terima kasih.
Sila Yang Berhormat Menteri.
Maklumat itu tepat Yang Berhormat. Jadi inilah Tuan Yang di-Pertua, satu-satunya perkara yang perlu dilihat kerana tiap-tiap tahun sekurang-kurangnya 500,000 orang pengundi yang bakal berumur 18 tahun dan boleh mengundi dalam sistem yang baru ini nanti.
Kedua, sistem pilihan raya kaedah undi pos. Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Bandar Kuching? Kalau tak ada saya hantar jawapan secara bertulis.
Dua-dua tidak ada.
Tidak ada?
Tidak ada.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi ruang supaya saya menghantarkan jawapan secara bertulis kepada mereka. Panjang juga ini Tuan Yang di-Pertua.
Baik.
...Sebabnya ia berhubung dengan kajian-kajian yang telah dibuat dan sistem-sistem yang ada di dunia yang bakal kita lihat yang mana boleh menguntungkan dan boleh membantu kita dalam melaksanakan sistem demokrasi di Malaysia. Walaupun demikian Tuan Yang di-Pertua, saya berpindah kepada soalan rasuah dan integriti. Saya lihat Yang Berhormat Puchong ada menunggu.
Yang Berhormat Menteri, boleh saya bertanya satu soalan?
Isu berkaitan...
Satu soalan.
Oh! Ada dekat hujung itu.
Ya.
Yang Berhormat Petaling Jaya.
Ini berkenaan dengan senarai pemilih. Adakah rancangan daripada SPR untuk melaksanakan audit tentang senarai pemilih kerana masih ada error dalam senarai. Thank you.
Terima kasih Yang Berhormat menyoal saya soalan ini. Tuan Yang di-Pertua, inilah salah satu rintangan ataupun permasalahan yang bakal kita lihat. Biar saya jelaskan daripada awal sistem pilihan 18 tahun pemilih ini Tuan Yang di-Pertua. Pada mulanya, apabila undang-undang diluluskan pada tahun 2018 dahulu ialah untuk dilaksanakan selama empat tahun dan diguna pakai pemilihan ini pada tahun 2023 nanti. Jadi timeframe untuk melaksanakan semua program ini, mengaturkan SOP sistem dan pindaan kepada undang-undang ini dan membuatkan satu libat urus dengan kerajaan-kerajaan negeri dan pihak-pihak stakeholders yang lain sampai ke satu peringkat pada bulan September 2022. Akan tetapi apabila timeframe ini dipendekkan atas hukuman, arahan mahkamah yang saya sebut tadi...
Yang Berhormat Menteri.
...Maka Yang Berhormat bahawa banyaklah perkara ini akan bangkit berlaku kerana kita tidak berkemampuan secepat mungkin. Saya sudah tanya berapa cepat kah kita boleh melaksanakan senarai undi ini, satu undi 18 tahun dan yang satu lagi ada 4000 lebih yang disebut oleh Yang Berhormat Pontian tadi, 21 tahun ke atas belum lagi berdaftar juga. Di antara senarai-senarai ini pun ada orang yang sudah meninggal pun belum lagi dibersihkan sebab ada rakyat Malaysia yang meninggal tidak melaporkan kematian itu kepada pihak Jabatan Pendaftaran Negara. Jadi dalam keadaan sedemikian itu memerlukan beberapa perkara yang perlu dibuat. Jadi kita melihat ini adalah satu masalah yang bakal kita hadapi nanti Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kalau boleh saya perbetulkan fakta. Tidak betul jika dikatakan bahawa mahkamah memendekkan proses pelaksanaan Undi 18 undi automatik. Apabila pindaan Perlembagaan Persekutuan dilakukan bersama dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dan sahabat-sahabat daripada GPS yang turut bersetuju. Perjanjiannya adalah di mana dalam tempoh masa dua tahun iaitu kita dapat melaksanakan pada tahun 2019, paling lewat Julai 2021 Undi 18 dan undi automatik akan dikuatkuasakan. Kalau baca the verdict dari mahkamah ialah, masalahnya adalah walaupun kerajaan telah pun bertekad, berjanji dan perlu mengangkat Perlembagaan Persekutuan, walaupun lepas tarikh tamat tempoh iaitu Julai 2021, Undi 18 dan undi automatik masih belum dilaksanakan kerana SPR diberi masa dua tahun, that’s quite long Yang Berhormat Menteri. Jikalau SPR baru nak mulakan proses itu, itu jelas bermasalah. Akan tetapi saya rasa kalau Yang Berhormat Menteri duduk berbincang dengan bekas Pengerusi SPR yang juga merupakan Tuan Yang di-Pertua, saya ingat sebelum dia menerima mandat untuk berkhidmat sebagai Tuan Yang di-Pertua, proses untuk memuktamadkan Undi 18 dan undi automatik itu sudah hendak selesai. Cuma apabila tukar, tiba-tiba dipanjangkan sampai 2022. Oleh sebab itu saya berharap, saya tidak salahkan Yang Berhormat Menteri, cuma di peringkat SPR itu perlu ada penyelarasan yang lebih mendalam. Kalau bekas Pengerusi SPR boleh berikan komitmen yang jelas. Timbalan Pengerusi SPR, saya berharap Yang Berhormat Menteri boleh berjumpa dengan Timbalan Pengerusi juga boleh memberikan komitmen sebegini tetapi tiba-tiba tukar, terus panjangkan. Itu saya rasa tidak adil, tidak menghormati semangat dwipartisan di mana kita bersama pinda perlembagaan dan secara tiba-tiba menolak tarikh daripada Julai 2021 kepada September 2022. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, saya ambil perhatian apa yang dibawa oleh Yang Berhormat tadi sebabnya pada saya itu adalah satu ketetapan kerajaan yang memanjangkan masa hingga September 2022. Akan tetapi, hakim mengatakan pendekkan hingga Disember 2021. Jadi itu fakta berhubung dengan kes ini saya sebut, bukan fakta yang apa yang telah dilaksanakan dahulu. Walau bagaimanapun, pihak SPR akan buat yang terbaik dan terboleh mungkin kerana banyak fakta yang sebenarnya perlu dilaksanakan. Akan tetapi, satu juga fakta yang perlu kita ambil kira sebelum kita hendak melonggokkan ataupun melambakkan fakta-fakta kesalahan kepada pihak SPR. Dalam masa COVID-19 ini, banyak perkara yang SPR hendak buat tidak boleh dibuat oleh sebab halangan-halangan MCO. Jadi, bukanlah kita hendak juga mengatakan MCO menjadi satu halangan tetapi itu realiti. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Saya ambil perhatian. Tuan Yang di-Pertua, saya tadi sudah sebut berhubung dengan isu berkaitan rasuah dan integriti merupakan antara isu yang banyak dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat termasuk Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Teluk Intan, Yang Berhormat Padang Serai dan Yang Berhormat Segambut. Jadi saya merumuskan jawapan secara- Tuan Yang di-Pertua. Ini kerana kalau saya butirkan keseluruhannya bahawa 30 minit terlalu singkat. Tuan Yang di-Pertua mengetahui juga jawapannya memang panjang ya. Bagi menjawab persoalan Yang Berhormat Bagan berhubung seorang Menteri yang mempunyai aset sebanyak RM72,000 boleh menjelaskan hutang sebanyak RM1.3 juta. Untuk makluman Yang Berhormat, isu yang dibangkitkan telah disiasat oleh SPRM di mana hasil siasatan tidak menemui sebarang keterangan berlakunya rasuah atau jenayah yang lain. Siasatan mendapati hutang yang dijelaskan bukanlah berpunca daripada wang rasuah ataupun perolehan sumber yang tidak sah. Yang Berhormat Puchong pula memohon penjelasan mengenai kenyataan oleh bekas Ketua Polis Negara mengenai wujudnya salah laku pada peringkat pegawai atasan di dalam PDRM yang turut diketahui oleh anggota PDRM tetapi tidak diambil tindakan
termasuk dari sudut rasuah. Mengapakah kesalahan rasuah dan kesalahan seperti mana yang didedahkan diselesaikan secara dalaman oleh SPRM?
Yang Berhormat Menteri, sekejap. Sedikit. Bayan Baru. Bayan Baru sini. Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya tentang seorang Menteri yang dahulunya dia punya declaration RM72,000 dan tiba-tiba boleh membayar hutang yang lebih daripada RM1 juta.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Kita tahu bahawa Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri, gajinya lebih kurang RM30,000 ke RM40,000. Dalam dua tahun, boleh membayar RM1 juta ini iaitu secara tiba-tiba. Saya rasa tak ada orang dalam Dewan ini boleh membuat simpanan yang begitu hebat sehinggakan boleh bayar RM1 juta dalam dua tahun. Saya rasa di luar sana pun tak ada orang boleh buat begitu. So, this is excessive wealth yang tak ada- Ya, masa dia declared aset, RM72,000 sahaja.
So, apa questionnya? Soalannya, soalannya?
Jadi maksudnya, kalau SPRM dapati bahawa tak ada unsur-unsur rasuah, maka she under declare her assets. Itu pun satu kesalahan juga. Jadi, daripada segi itu, apakah tindakan daripada kerajaan daripada segi itu? Kalau dia betul-betul declared RM72,000, bagaimana ada duit untuk bayar RM1 juta? Ini persoalan yang rakyat tanya. Saya minta penjelasan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya menjawab soalan yang dibangkitkan lepas, bukan soalan yang dibangkitkan sekarang. Jadi walau bagaimanapun, saya akan ambil tindakan. Peraturan itu ada. Kita kena ikut peraturan Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Puchong pula memohon penjelasan kenyataan Ketua Polis Negara itu tadi, SPRM dan keputusan Peguam Negara yang tidak meneruskan dan menggugurkan kes seorang bekas pegawai kerajaan yang disiasat oleh SPRM. Apakah yang berlaku terhadap wang yang merupakan barang rampasan kes di mahkamah yang dikatakan telah dicuri pegawai tersebut? Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Dewan yang mulia ini, Yang Berhormat Puchong, isu yang dibangkitkan adalah berkenaan dakwaan tiga orang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung salah guna kuasa dalam penyelewengan dalam urusan kes seorang bekas ketua jabatan yang pernah disiasat oleh SPRM. SPRM telah menjalankan siasatan kes ini di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 ataupun kebiasaan dipanggil Akta 694 bagi kesalahan di bawah seksyen 23 berhubung salah guna kuasa oleh pegawai badan awam dan seksyen 36 berhubung pemilikan harta yang berlebihan serta tindakan pelucutan harta. Permulaan siasatan oleh SPRM adalah berdasarkan the first information report yang diterima oleh SPRM di mana SPRM mempunyai kebertanggungjawaban undang- undang yang diperuntukkan di bawah seksyen 29(1) Akta 694 itu tadi untuk membuat aduan berhubung perlakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta 694 agar penyiasatan dapat dijalankan dengan menggunakan segala kuasa penyiasatan di bawah Akta 694 tadi dan Kanun Tatacara Jenayah sebagaimana diperuntukkan lanjut di bawah seksyen 29(3) Akta 694 juga. Selain itu, seksyen 67 Akta 694 memperuntukkan bahawa peruntukan- peruntukan di bawah Akta 694 adalah terpakai ke atas SPRM bagi sesuatu kesalahan ditetapkan, prescribed offence yang di antaranya merangkumi beberapa kesalahan di bawah Kanun Keseksaan. Penetapan kesalahan-kesalahan yang disiasat oleh SPRM berhubung kes ini adalah di bawah bidang kuasa SPRM sebagaimana agensi-agensi penguat kuasa yang lain. Oleh itu, kes ini turut disiasat oleh SPRM bagi kesalahan di bawah seksyen 403 berhubung salah guna harta secara tidak jujur dan seksyen 409 berhubung jenayah pecah
amanah Kanun Keseksaan 574 di mana kesalahan-kesalahan tersebut merupakan kesalahan ditetapkan iaitu prescribed offence di bawah Akta 694 juga iaitu kanun diselidiki oleh pihak SPRM. Tidak terhad kepada Akta 694 dan Akta 574, siasatan kes ini juga akan turut mempertimbangkan kesalahan-kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613]. Standard operating procedure (SOP) SPRM menetapkan kesegeraan yang munasabah diberi kepada pelaksanaan penyiasatan kes ini. Berhubung dengan itu, SPRM telah pun mengambil tindakan segera memulakan penyiasatan kes ini dan menangkap ketiga-tiga pegawai berkenaan termasuk menahan reman mereka bagi membantu pelengkapan kertas siasatan. Siasatan kes ini masih berjalan dan SPRM akan memastikan siasatan berjalan secara telus dan profesional serta tidak berkompromi untuk melindungi mana-mana pegawai yang terlibat dalam sebarang perbuatan jenayah. Bukan menjadi satu perkara yang luar biasa bagi sesuatu agensi penguatkuasaan menjalankan penyiasatan terhadap pegawainya sendiri asalkan dimaktubkan di bawah bidang kuasa agensi masing-masing. Dalam hal ini, apabila first information report diterima oleh SPRM, adalah menjadi kewajipan kepada SPRM untuk menjalankan siasatan tanpa kelengahan. Dalam tempoh siasatan bermula sehingga reman tamat, tiada sebarang laporan polis yang dibuat oleh mana-mana pihak. Hanya selepas isu ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini, barulah pihak yang membuat laporan polis. SPRM adalah sebuah agensi penguat kuasa undang-undang yang turut tertakluk kepada prinsip kedaulatan undang-undang (rules of law) dalam melaksanakan fungsi- fungsi yang dipertanggungjawabkan ke atasnya. Oleh itu, semua pihak terus mempunyai keyakinan berterusan ke atas kewibawaan SPRM dalam mengendalikan kes ini. Mekanisme semak dan imbang di dalam struktur SPRM melalui tiga jawatankuasa pemantau bebas iaitu Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Jawatankuasa Aduan (JKA) dan Panel Penilai Operasi (PPO) yang diwujudkan sama ada melalui peruntukan undang-undang di bawah Akta 694 mahupun secara pentadbiran akan turut memastikan pelaksanaan penyiasatan kes ini oleh SPRM secara telus, bebas dan profesional. Semua pihak perlu bersabar dan perlu yakin kepada SPRM dan siasatan kes ini supaya kertas siasatan yang lengkap dapat dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara untuk kajian serta keputusan mereka yang terlibat dapat dibawa ke muka pengadilan dalam masa yang terdekat Tuan Yang di-Pertua.
Mohon penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat, saya dengar jawapan yang diberikan tetapi kalau kita lihat kepada prescribed offence di dalam akta MACC, ia tidak merangkumi kesalahan di bawah seksyen 379 Kanun Keseksaan. Seksyen 379 itu berkaitan dengan kes curi. Jadi soalannya, kenapa walaupun ia tidak di dalam bidang kuasa akta tersebut, masih ia disiasat oleh pihak SPRM? Itu satu. Keduanya Yang Berhormat Menteri, sudah cukup jelas bahawa dalam kes ini, ada juga tohmahan dibuat bahawa sebenarnya kes ini melibatkan pegawai kanan sekali di dalam SPRM iaitu Datuk Seri Azam bin Baki. Jadi dalam keadaan tersebut, bukankah ia melibatkan satu konflik di mana sebagai Ketua SPRM, beliau ada kuasa terhadap pegawai-pegawai yang terlibat. Jadi, beliau ada dalam kedudukan untuk dengan izin, to interfere ataupun masuk campur dalam hal-hal siasatan?
So, Yang Berhormat Menteri, we must make a choice. Kalau kita hendak siasat di bawah Akta SPRM which I say cannot be done because it is a case of theft that is supposed to be dealt with the police dengan izin. Kalau kita hendak teruskan melalui SPRM, bukankah perlu untuk kita juga meminta supaya Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam bin Baki meletak ataupun direhatkan sementara siasatan ini berlangsung supaya tidak ada sebarang unsur-unsur campur tangan di dalam siasatan ataupun sebarang unsur tekanan yang dibawa terhadap mana-mana pegawai yang menjadi saksi
dan sebagainya khususnya memandangkan Ketua Pesuruhjaya SPRM ini ada kuasa yang cukup luas terhadap pegawai-pegawai SPRM. Itu soalan saya. Terima kasih.
Lembah Pantai ya.
Yang Berhormat Lembah Pantai, sekali ya.
Sekali, sekali.
Yang Berhormat Lembah Pantai.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mendengar jawapan Yang Berhormat Menteri yang memberikan garis masa kejadian yang sedang disiasat oleh pihak SPRM. Kita juga ambil maklum Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri telah menyatakan satu kertas inquiry polis telah dibuka dan kita harap ia dapat dijadikan kertas siasatan dan siasatan penuh dapat dilakukan. Cuma saya ingin bertanya dengan Yang Berhormat Menteri dua soalan. Pertama, kenapa pihak SPRM tidak membuat laporan polis bila kehilangan barang kes yang berada dalam simpanan dan bukankah itu satu pelanggaran kepada Perintah Tetap Ketua Pesuruhjaya SPRM Bab B (Siasatan) Bil. 13 Tahun 2010 yang mana mengatakan; “Sekiranya barang kes hilang semasa dalam simpanan, seseorang pegawai suruhanjaya hendaklah dengan segera melaporkannya kepada Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Pengarah SPRM Negeri, Ketua Cawangan masing-masing dan pengaduan hendaklah dibuat di balai polis yang berhampiran”. Kedua, sekiranya yang kita tahu sekarang ini melibatkan tiga orang pegawai. Apakah yang pihak kerajaan akan lakukan untuk memberikan keyakinan semula kepada rakyat Malaysia bahawa kejadian ini adalah satu isolated incident dengan izin atau adakah lebih banyak insiden-insiden seperti ini yang kita tidak ketahui berlaku. How deep is the rot? Ini saya pohon jawapan daripada Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat. Persoalan pertama yang dibangkitkan ialah Yang Berhormat Puchong ialah satu saja sebenarnya iaitu merehatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM. Merehatkan Datuk Seri Azam bin Baki, itu sahaja. Jadi di sini Yang Berhormat, saya tidak ada kuasa untuk merehatkan sesiapa tetapi saya akan bawa perkara ini kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri macam mana yang boleh kita fikirkan secara adil kepada semua pihak, bukan sahaja kepada SPRM, kepada Yang Berhormat dan juga kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM.
[Bangun]
Kedua, berhubung dengan siasatan SPRM berlandaskan the first information report. Jadi, oleh kerana yang pertama belum habis lagi, minta tolong duduk dulu Yang Berhormat. Sebenarnya kes ini sudah disiasat berhubung dengan harta yang dikatakan hilang ini ialah kes yang mempunyai fail yang lengkap daripada SPRM. Jadi, selagi information yang ada ialah ada pada tangan SPRM. Jadi kalau dibuat laporan polis, polis akan mampu tidak menyelidik semula semua maklumat yang ada pada pihak SPRM. Jadi maknanya agensi yang lebih baik yang mempunyai maklumat yang terperinci adalah pihak SPRM itu sendiri. Jadi, dalam keadaan sedemikianlah makanya tiga orang terus dapat ditangkap dan terus dibawa ke mahkamah dan di reman. Dalam keadaan sedemikian, hanya yang tinggal ialah untuk orang kata melihat evidence nya, the next evidence is all connected. Melihat apa motifnya, betul tidak fakta-fakta yang dikatakan itu. Saya pernah menjadi penyelidik Yang Berhormat. Jadi saya mengetahui. Kita kena selidik sendiri satu-persatu perkara itu. Selepas itu kita serah kepada pihak Peguam Negara. Tujuan yang asal sebenarnya ialah untuk orang salah dibawa ke mahkamah,
cukup dengan evidence, itu sahaja, bukan soalan polis ataupun SPRM bila kesalahan berlaku. Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, sekiranya izinkan. Yang Berhormat Menteri, saya ajukan dua soalan. Satu telah pun dijawab oleh Yang Berhormat Menteri di mana Yang Berhormat Menteri kata akan dibawa perkara ini. Saya harap Yang Berhormat Menteri juga boleh memberi penekanan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa sekiranya kita lihat atau ingin lihat reform, maka di sinilah titik permulaannya. Kalau kita hendak jelas, kita serius berkenaan dengan reform, biar kita menunjukkan bahawa kita komited, biar kita buat keputusan di mana kita minta supaya Ketua Pesuruhjaya SPRM itu direhatkan. Akan tetapi soalan kedua juga penting. Kalau Yang Berhormat Menteri lihat kepada prescribed offences, section 379 Tuan Yang di-Pertua theft is not included. Section 489A kalau tidak silap iaitu perkara berkaitan dengan counterfeiting money, itu pun tidak termasuk dalam prescribed offences. Jadi ini adalah satu perkara yang tidak di bawah bidang kuasa SPRM. Jadi soalnya, kenapa ianya perlu melalui SPRM? Saya hendak minta kepada Yang Berhormat Menteri di sini untuk juga semak satu perkara. Aduan bahawa sebenarnya di dalam SPRM ia telah dilewatkan kerana ada campur tangan daripada pihak-pihak atasan. This is the problem that we have. Kita berbalik kepada soalan utama saya iaitu apa yang berlaku dalam bulan Mac apabila IGP masa itu mendedahkan ada isu unsur-unsur rasuah dalam kalangan pegawai PDRM tetapi tidak ada tindakan diambil. Kenapakah itu berlaku? Apakah sudah berlaku kepada kes-kes itu? Kenapakah disiasat dalaman kemudian ia senyap begitu sahaja? Terima kasih.
Sedikit boleh? Sedikit berkaitan. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, walaupun saya tidak bangkitkan isu ini tetapi bila mendengar jawapan daripada Yang Berhormat Menteri tadi berkaitan dengan soalan daripada Yang Berhormat Lembah Pantai tadi, saya agak kelirulah. Bagaimanakah Yang Berhormat Menteri boleh mengatakan tidak perlu ada buat laporan kerana SPRM boleh siasat. Soalnya adalah ialah isu conflict of interest, saya rasa benda yang asas.
Yang Berhormat, sebelum you sampai, saya belum jawab lagi Yang Berhormat Lembah Pantai Yang Berhormat. Saya belum jawab lagi.
Tadi itu Yang Berhormat Menteri tak jawab lagi?
Saya jawab Yang Berhormat Puchong Yang Berhormat. [Ketawa]
Tidak apa Yang Berhormat Menteri. Okey tidak apalah. Okey katakan saya salah, katakan saya salah tidak jawab tetapi Yang Berhormat Menteri ada menjawab bahawa tidak perlu buat laporan polis kerana SPRM boleh siasat. Persoalannya sekarang ialah bagaimanakah satu institusi seperti SPRM ini dia siasat diri dia sendiri. Ini satu isu yang saya rasa memang basic, sepatutnya Yang Berhormat Menteri tidak jawab begitu.
Okey, silakan Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat, saya akan jawab itu. Yang Berhormat, saya akan jawab itu. Yang Berhormat, sebenarnya saya duduk di sini semalam apabila Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri menjawab. Saya dengar laporan polis telah dibuat, saya dengar juga Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri kata investigating paper sudah dibuka. Jadi benda ini sudah dibuat sebenarnya Yang Berhormat. Apa yang tinggal adalah kerja dalaman di antara SPRM dan polis sahaja. Penyiasatan sudah dibuat, fail sudah dibuka oleh PDRM. Itu yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri kepada Dewan ini. Jadi itulah saya mengatakan...
Yang Berhormat Sepang tidak dengar kelmarin itu, Yang Berhormat Sepang tidak dengar.
...Tidak perlu lagi orang lain hendak report.
Yang Berhormat Menteri perlu berapa lama masa lagi Yang Berhormat Menteri sebab kita ada lagi satu kementerian.
Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Teluk Intan dan Yang Berhormat Segambut telah membangkitkan SPRM perlu bebas dan perlu menjawab kepada Parlimen. Kedua, mengapakah kes rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa semakin meningkat dan berleluasa di negara ini walaupun penerapan pelbagai kempen dan konsep yang penuh bermoral dan beretika? Ketiga, apakah langkah yang telah diambil oleh SPRM untuk memantau perbelanjaan perolehan darurat dalam tempoh lapan bulan sebelum ini? Untuk makluman Yang Berhormat Lembah Pantai, struktur yang ada pada SPRM sekarang adalah di bawah peruntukan undang-undang yang sedia ada. Sejak penubuhan pada tahun 2009, SPRM telah diawasi oleh lima jawatankuasa pemantau bebas yang bertindak sebagai mekanisme semak dan imbang. Lima badan yang dimaksudkan ialah Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, Lembaga Penasihat Pencegah Rasuah, Jawatankuasa Aduan Panel Penilai Operasi dan Panel Perunding dan Pencegah Rasuah.
Walau bagaimanapun, pihak kerajaan juga telah bersetuju dengan cadangan melantik Ketua Suruhanjaya SPRM di bawah Perlembagaan Persekutuan dan penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Pencegahan Rasuah. Walau bagaimanapun perkara ini perlu diperincikan supaya ada mekanisme yang jelas bagaimana SPRM perlu menjawab kepada Parlimen.
Yang Berhormat Menteri masa telah tamat.
Sebut saya baca habis.
Yang Berhormat Menteri
Sejak penubuhan pada tahun
Yang Berhormat Menteri, boleh saya bagi Yang Berhormat Menteri 10 minit, yang lain-lainnya dijawab secara bertulis.
Tapi banyak saya jawab macam mana.
Dijawab secara bertulis. Tolong.
Semenjak penubuhannya pada tahun 2009. SPRM sebagai agensi utama merentas rasuah di negara ini telah mengambil langkah berani membenarkan lima badan pengawasan yang sah saya sebutkan sebelum ini bebas memantau dan menasihatinya dalam usaha memastikan kebebasan, ketelusan dan profesionalisme SPRM. Badan-badan bebas ini bertindak sebagai mekanisme semak dan imbang. Selain ahli politik ahli badan bebas juga terdiri dalam kalangan profesional, ahli akademik, bekas hakim, peguam dan individu yang terkenal di kalangan masyarakat. SPRM merupakan sebuah agensi pencegah rasuah yang komited dalam melaksanakan pelbagai inisiatif pencegahan rasuah termasuk inisiatif di peringkat nasional melalui Pelan Antirasuah Nasional (NACP) yang dilancarkan pada tahun 2019 dan masih diteruskan oleh kerajaan sekarang dalam proses pembangunan dan fasa perlengkapan inisiatif berdasarkan tempoh yang ditetapkan. Peningkatan kes rasuah penyelewengan dan salah guna kuasa adalah akibat daripada tindakan penguatkuasaan Yang Berhormat yang agresif serta kebebasan SPRM dalam menjalankan siasatan.
Selain itu metodologi yang diguna pakai oleh SPRM adalah berkesan dan membongkar kegiatan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Jadi peningkatan itu kerana tindakan SPRM itu banyak Yang Berhormat. Saya baru setengah berkenaan SPRM ini. Ringkas Yang Berhormat, jangan berucap lagi.
Ya baik, kalau apa Yang Berhormat Menteri sebutkan itu betul, apa yang kita bincangkan tadi tidak akan berlaku iaitu satu kes pecah amanah di kalangan pegawai kanan SPRM. Maka saya cadangkan dan ramai Ahli-ahli Parlimen mencadangkan kita teliti bukan nak tambah lebih banyak badan yang oversight kepada SPRM. Tetapi meletakkan SPRM di bawah Parlimen supaya kita boleh panggil Ketua Pesuruhjaya dan dia boleh menjawab kepada Parlimen kerana Parlimen is the kita boleh anggap salah satu teras yang paling penting dalam demokrasi negara kita. Biarlah mereka bukan kawal selia tetapi ada tanggungjawab kepada Parlimen Malaysia dan saya pohon perkara ini diberikan pertimbangan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya pun penah sebut benda yang sama Yang Berhormat. Jadi saya semalam berbincang dengan pihak Pelan Antirasuah Nasional (NACP) ini berhubung dengan perkara yang sama. Dia ada beberapa inisiatif untuk membawa SPRM di bawah Parlimen. Akan tetapi tindakan kerajaan Yang Berhormat tahu kalau pernah dalam kerajaan, langkah-langkah kerajaan mesti diurus dengan sebegitu rupa menggunakan SOP-SOP yang tertentu mengikut peraturan-peraturan yang tertentu, mengkaji implikasi undang- undang itu sendiri dan membuat undang-undang yang baru mungkin. Jadi Yang Berhormat, proses kita, ada kajian yang dibuat. Insya-Allah masa nya akan tiba nanti kalau kita lihat mungkin SPRM ini dibawa kepada di bawah Parlimen Yang Berhormat. Jadi Tuan Yang di-Pertua, nampak tidak habis baca kalau 10 minit ni.
Ya, sebab....
Dana politik dan Pelan Anti Rasuah Nasional. Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Muar dan Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Gua Musang telah membangkitkan Akta Dana Politik, Dasar Antirasuah, Pelan Antirasuah Nasional yang menggesa kerajaan mencari jalan untuk menghapuskan korupsi politik di kalangan Ahli Dewan Rakyat. Akan tetapi sebelum saya menjawab itu, saya masih teringat dengan soalan Yang Berhormat Pantai tadi berhubung- Walaupun kita banyak jawatankuasa, kenapa ini masih berlaku? Tuan Yang di-Pertua, saya tegaskan perkara ini, walau bagaimana baik sekali pun penguat kuasa dalam mana-mana negara pun, masih berlaku rasuah Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua di mana-mana pun, apa sahaja kita buat. Carilah mana negara sekali pun. Jadi, perkara itu masih boleh berlaku di kalangan manusia. Jadi jangan put the blame all kepada pihak-pihak tertentu. Semalam saya berbincang dengan Tan Sri Abu Zahar bin Ujang, Pengerusi Jawatankuasa-jawatankuasa. Dia menegaskan kepada saya, Wan kata dia, I will leave no stone unturned to find out who the culprit are, why it happened semua sekali. There will be no cover up. Dia bercakap orang putih dengan saya lah, orang era 70an ini. Jadi saya kata Tan Sri, I want your assurance that this thing ought to be done and to be done transparently dengan sebaik mungkin supaya negara kita ini selamat daripada rasuah.
Yang Berhormat Menteri, that is why there is a prison.
[Ketawa] Okey.
Yang Berhormat Menteri akan jawab isu anti lompat parti yang telah kita bahaskan dalam Dewan yang mulia ini. Anti lompat parti. Adakah Yang Berhormat Menteri akan...
Dia belum sampai ke situ Yang Berhormat.
Terima kasih.
Tetapi Tuan Yang di-Pertua telah bagi saya 10 minit.
Saya minta kalau boleh ditumpukan perhatian.
Saya hendak jawab Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Muar, Yang Berhormat Bachok dan Yang Berhormat Gua Musang tadi.
Yang Berhormat Menteri.
Saya telah mencadangkan masa bahas bahawa perkara itu jadi...
Yang Berhormat, tolong. Kita tidak ada masa, tolong. Bagi Yang Berhormat Menteri jawab.
To make it a criminal offence.
Kalau boleh jawab, jawab in point form. Point form, lagi cepat. Kalau boleh point form. Thank you.
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya cadangkan.
Will you make party- hopping a criminal offence? My question, dengan izin.
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya cadangkan. Boleh saya cadangkan Tuan Yang di-Pertua?
Saya baca ini berdasarkan laporan semakan semula...
Memandangkan kementerian ini adalah penting. Mungkin, maaf tempoh masa boleh dipanjangkan.
Ya, betul saya sokong. Kita sokong supaya masa dipanjangkan.
Mungkin tambah 10 minit lagi. Ini yang penting, ada beberapa isu yang perlu dibahaskan.
Yang Berhormat Menteri pun berwibawa memberi jawapan.
Yang Berhormat, Yang Berhormat, tolong duduk. Okey Yang Berhormat Menteri, saya bagi lagi 10 minit, jadi semua sekarang 13 minit lagi. Tolong selesaikan, kalau tidak sempat, yang lain itu bertulislah.
Dan tahun 2023 yang telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai Antirasuah, siri bilangan 14/1 tahun 2021 dan diluluskan oleh mesyuarat Jemaah Menteri pada 19 Mei 2021. Kerajaan komited untuk meneruskan inisiatif berkaitan dengan perundangan pembiayaan dana politik. Kajian berhubung dengan wujudnya rang undang-undang terbaru tersebut pada ini sedang dilaksanakan dengan memberi fokus kepada aspek pengawal seliaan sumber politik berteraskan prinsip ketelusan dan akauntabiliti.
Yang Berhormat Menteri.
Akta ini akan diperkenalkan oleh kerajaan dengan mengambil kira juga pandangan daripada pelbagai pihak yang
memastikan mekanisme pelaksanaan yang berkesan. Melalui langkah-langkah ini kerajaan yakin bahawa kepimpinan melalui teladan....
Yang Berhormat Menteri.
Dan berteraskan prinsip ketelusan, akauntabiliti dan integriti dapat dijadikan asas dalam usaha untuk membanteras rasuah dan sebarang bentuk risiko, salah guna kuasa dalam kalangan pemimpin kerajaan. Ke arah memastikan ekosistem bebas rasuah untuk rakyat.
Yang Berhormat Menteri
Pada masa kini dan generasi akan datang. Punca kuasa Pelan Antirasuah Nasional dan Pelan Antirasuah Organisasi adalah sebagaimana digaris dalam arahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, nombor 1, tahun 2018, siri 2, nombor 1 tahun 2019 dikaitkan pelaksanaan NACP. NACP telah bermula melaksanakannya pada Januari 2019 yang merangkumi 115 inisiatif yang dibahagikan kepada enam bidang utama. Sehingga 31 Disember 2019, 29 inisiatif telah selesai pelaksanaan mencapai output pada tahun 2019 dipantau pencapaian di peringkat outcome of sekretariat induk (GIACC) dengan kerjasama ketua agensi peneraju dan inisiatif tersebut.
Laporan Kemajuan NACP pada tahun 2019 telah diedar kepada Parlimen pada November 2020 serta Laporan Kemajuan NACP bagi tahun 2021 akan dikeluarkan pada Penggal Kelima Parlimen Ke-14 Tahun 2021.
Tuan Yang di-Pertua, kalau macam ini baca bilanya, bagi 60 minit pun tidak akan habis. Dia baca, pusing-pusing. [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri, boleh kita ke Anti-Hopping Law sekarang, Anti-Hopping Law.
Yang Berhormat Menteri, Akta Pendanaan Politik ini penting, minta soalan.
Ekosistem itu tidak payahlah.
Yang Berhormat Menteri.
[Dewan riuh]
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Microphone, microphone. So, selepas ini boleh kita ke Rang Undang-undang Anti Lompat Parti itu.
Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri. Berkenaan isu Akta Pendanaan Politik sebab belum ada soalan lagi tentang isu ini.
Ya.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya tahu jawapan mudah ialah kajian demi kajian akan dilakukan dan kalau betul kerajaan komited untuk meneruskan legasi, bukan Kerajaan Pakatan Harapan tetapi yang dikepalai Tan Sri Abu Kassim– melalui GIACC, cadangan untuk Akta Pendanaan Politik itu sepatutnya dibentangkan pada Mac 2020 dan telah pun siap. Akan tetapi, telah pun ditangguhkan berkali-kali. The draft is already complete. Saya rasa perkara ini sangat mustahak untuk dibentangkan sebelum pilihan raya akan datang supaya garis fund raising itu jelas. Kalau tidak Yang Berhormat Menteri, percayalah sesiapapun yang menang pada pilihan raya akan datang, the politics of vengeance and revenge can be executed so easy. Saya tahu kerana saya sebelum ini
Parti Bersatu, saya tahu siapa menderma, saya tahu syarikat-syarikat mana dan selagi itu ia tidak akan tamat. Oleh sebab itu, saya berharap Akta Pendanaan Politik ini dapat dibentangkan secepat mungkin dan ada usaha dwiparti, terima kasih.
Okey, Yang Berhormat point made, point made. Yang Berhormat Menteri, kalau boleh isu lompat parti itu.
Terima kasih, Yang Berhormat. Sebenarnya undang-undang dana politik ini saya sudah mengetahui semenjak 2005 lagi, Saya menulis pun berhubung dengan dana politik.
[Tidak jelas] Tidak payah sebutlah.
Akan tetapi, soalan lompat parti Yang Berhormat. Yang Berhormat, tunggu lompat parti, Yang Berhormat. Lompat parti secara ringkas Yang Berhormat usul dan OUM kita sudah masuk. Usul dibawa oleh Yang Berhormat dari Pengerang dan AG telah mendapat arahan supaya membuat gubalan melibat kepada keperluan negara ini. Apa lagi soalan?
Soalan yang dibangkitkan oleh saya semasa perbahasan adalah, will you make it a criminal offence? Bill party of hopping been made a criminal offence. Mana-mana wakil rakyat yang melompat parti dibawa ke mahkamah, dituduh dan dikenakan penjara mandatori.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua, undang-undang ini apabila siap drafnya nanti...
No, kita tidak mahu katak- katak lagi lompat sana-lompat sini. [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat, tolonglah, Yang Berhormat. Yang Berhormat, can we have a big of decorum or not? Kita– ini 8.33 malam, kita semua pun sudah penat, boleh kita ada decorum sedikit. So, kalau tidak diminta untuk mencelah dan tidak diberi kebenaran untuk mencelah, jangan mencelah. Tolonglah, kita kan.
Tuan Yang di-Pertua, maafkan saya. Rakyat di luar sana lagi penat. Lagi penat sebab mereka undi wakil rakyat Pakatan Harapan lompat... [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Jelutong, diamlah.
That’s why we are doing. Sila, Yang Berhormat lagi tujuh minit.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri ini minta jawab betul-betullah. Jawab mengerong macam menyanyi lagu-lagu dondang sayang.
Yang Berhormat Menteri sudah jawab. Yang Berhormat Menteri sudah jawab. Sila.
Jawab macam menyanyi lagu dendang sayang.
[Dewan riuh]
Undang-undang Lompat Parti, Yang Berhormat. Sekarang usul Yang Berhormat Pengerang sudah dinaikkan dalam itu dan kerajaan telah mengambil kira untuk juga melihat sama ada mengikut usul itu dan kita sudah kaji semua undang-undang, kes-kes yang telah berlaku dahulu sebelum itu. Kita mengetahui apa perkara yang perlu kita buat. Akan tetapi, apa maknanya lompat
itu belum lagi didefinisikan, banyak complexity-nya, Yang Berhormat tetapi kerajaan ambil..
Okey, soalan seterusnya oleh Yang Berhormat Jelutong ialah sama ada kita hendak jadikan kesalahan jenayah lompat parti ini, boleh jawab tidak.
Apabila rang undang-undang ini di-circulate dengan Ahli Parlimen nanti, kita baca satu-persatu. Saya tidak akan bulldoze mana-mana rang undang-undang kepada Parlimen. Kita bincang dahulu, kita cakap dan lihat pendapat setiap orang. Bukan seorang sahaja, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh. Saya rasa Yang Berhormat Menteri, hanya yang kita tanya apakah pendirian kerajaan. Adakah kerajaan mengambil pendirian that is the government position that Anti-Hopping Law juga termasuk kaedah-kaedah yang membawa kepada kesalahan jenayah sekiranya ada wakil rakyat yang melompat. Apakah pendirian kerajaan, kita akan bincang kemudian but what is the government stand, itu soalannya.
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua akhir sekali ini juga merupakan tuntutan rakyat bukan kami yang minta, tuntutan rakyat. [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat, semua ini wakil rakyat, semua ini dan Yang Berhormat Menteri pun wakil rakyat juga. So, sila Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat, tolong jawab soalan itu apakah pendirian kerajaan..
Pendirian kerajaan kita akan wujudkan undang-undang ini sama ada dia akan menjadi satu jenayah akan kita lihat dalam undang-undang itu nanti bila draf sudah keluar nanti. Bila draf sudah keluar baru kita persoalkan soalan ini. This is crossing the bridge before we reach the river, Yang Berhormat. Jadi minta tolonglah Tuan Yang di-Pertua sebab...
Usul seterusnya..
Usul pun baru masuk, saya baru bincang dengan AG, kerajaan ini pun baru bermula tiga minggu baru. Jadi, tolonglah sedikit proses undang-undang ini bukan tiga hari Yang Berhormat, bukan tiga minggu.
Oleh sebab itu, jangan lompat kerajaan yang lain. [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Sepang. Yang Berhormat Sepang, itulah saya kata jangan banyak berpolitik.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Boleh saya tanya memandangkan masa sudah suntuk. Boleh saya tanya berkenaan isu citizenship memandangkan masa sudah suntuk.
Citizenship...
Citizenship.
Bukankah Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri sudah jawab semalam.
Ya, ya tetapi ini juga berkaitan dengan undang-undang.
Yang Berhormat.
Seperti yang telah pun dikatakan semalam, boleh saya, can I continue? Seperti Yang Berhormat Menteri
telah pun kata tadi, Yang Berhormat Menteri berada di dalam Dewan semasa Yang Berhormat Menteri KDN berucap semalam dan mendengar bahawa kerajaan berhasrat untuk meminda Perlembagaan Persekutuan. Jadi, ini merupakan satu isu perundangan yang perlu dikaji oleh AGC dan sebagainya. Jadi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri dua soalan berkaitan. Pertamanya, adakah satu time frame telah pun ditetapkan untuk menjadikan perkara ini berlaku iaitu boleh kita diberi satu time frame yang lebih kurang anggaran, when are we looking to look at the Constitutional amendment to amend the word ‘father’ for example, dengan izin dalam Perkara 14 (1)(b) Perlembagaan Persekutuan. Keduanya Yang Berhormat Menteri, adalah berkenaan dengan pendirian Yang Berhormat Menteri KDN semalam. Beliau menyatakan bahawa kerajaan telah pun mengambil keputusan untuk memutuskan merayu kepada keputusan baru-baru ini di Mahkamah Tinggi yang memberi hak kepada isteri ataupun wanita anak mereka menjadi rakyat. Kenapa kerajaan mengambil pendirian tersebut memandangkan kerajaan telah pun membuat keputusan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan. Apa perlunya kita merayu... [Pembesar suara dimatikan]
Okey, Yang Berhormat. Point made. Yang Berhormat Menteri, ada jawapan.
Sebenarnya Yang Berhormat ini isu yang baru dibawa kepada saya. Jadi macam mana saya hendak jawab.
Itulah.
Soalan ini KDN yang sudah jawab semalam, biarlah KDN handle janganlah tanya saya pula.
No, ini berkaitan dengan perundangan.
Yang Berhormat, kita ada, kerajaan ini ada kerja sendiri, Yang Berhormat kalau tidak seorang Yang Berhormat Menteri sahaja.
No, it has to be referred to you.
Jadi adalah jaga KDN, undang-undang KDN.
It has to be referred to you at some point.
Yang Berhormat, Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Minta maaflah, Yang Berhormat pihak kerajaan ini dia ada agenda-agendanya sendiri.
We have to be fair. Kita kena adil kepada Yang Berhormat Menteri pun. Semalam pun dijawab oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri.
Ini dalam pengetahuan umum, dalam pengetahuan umum Tuan Yang di-Pertua.
Kalau hendak diminta penjelasan, maka saya rasa Yang Berhormat Menteri yang mengatakan sedemikianlah perlu menjelaskannya. Saya rasalah begitu ya. Masa 58 saat lagi Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri, last. Yang Berhormat Menteri, last.
Masa 55 saat lagi. So, kalau boleh habiskan dan jawapan yang lainnya diberi secara bertulis sebab saya ada lagi satu ministry.
Kota Belud.
Tuan Yang di-Pertua, kalau saya dibenarkan membaca tadi tidak banyak gangguan saya mungkin boleh habiskan semua itu.
Ya, tidak apa, yang lain itu tolong bagi secara bertulis.
Akan tetapi oleh sebab banyak sangat gangguan dan semua bawa soalan-soalan yang baru jadi the train of thought saya habis bercelaru.
Boleh tak habiskan sekarang dan semuanya diberi jawapan secara bertulis?
Jadi, kalau saya boleh diberi laluan untuk memberi jawapan secara bertulis insya-Allah saya akan bagi. Saya akan keluarkan semua ini dan beri kepada Yang Berhormat untuk menjawab.
Okey, okey terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri...
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama 15 minit. Terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan penggulungan saya dengan firman Allah SWT di dalam Surah Ar-Rum ayat 22. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan kebijaksanaan-Nya ialah kejadian langit dan bumi dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan”. Ayat ini menjelaskan bahawa antara bukti kekuasaan Allah ialah menciptakan manusia daripada pelbagai bangsa dan bahasa. Kepelbagaian bangsa merupakan sunah dalam pembinaan masyarakat yang membolehkan tamadun dibina berdasarkan kekuatan bangsa-bangsa yang ada di dalam sesebuah negara. Tuan Yang di-Pertua, suka saya nyatakan dan hendak memberi sedikit maklum balas kepada kenyataan Yang Berhormat Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berhubung jawapan bagi soalan tambahan dari Yang Berhormat Pontian dan Yang Berhormat Simpang Renggam semasa Sesi Pertanyaan Jawab Lisan 22 September 2021 mengenai peranan JAKIM dalam pensijilan halal Malaysia bagi mengelakkan berlakunya salah faham di kalangan masyarakat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi tujuan pengesanan halal JAKIM tidak membangunkan alat pengesanan status halal. Walau bagaimanapun JAKIM ada membangunkan kaedah analisis bagi mengesan bahan-bahan yang tidak halal meliputi produk makanan dan produk bukan makanan melalui Pusat Analisis Halal atau Malaysia Halal Analysis Centre. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada 14 orang Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu yang berkaitan dengan hal ehwal Islam semasa perbahasan Titah Diraja. Bagi memudahkan penggulungan, saya akan memberikan penjelasan ke atas isu- isu yang disoal, dicadangkan dan dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat sama ada secara umum ataupun secara khusus, secara langsung atau tidak langsung berdasarkan tiga isu utama: (i) pelaksanaan solat dan aktiviti masjid;
(ii) dakwah dan pendidikan; dan (iii) tadbir urus serta perundangan. Sebelum saya menjawab isu yang dibangkitkan berasaskan tiga tema di atas, izinkan saya menghuraikan konsep lita’arafu yang diutarakan oleh Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Firman Allah SWT, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Wahai umat manusia, sesungguhnya kami telah menciptakan kamu daripada laki-laki dengan perempuan...”
Tuan Yang di-Pertua, hendak tahu ini kuliah Maghrib kah?
[Dewan riuh]
Yang Berhormat.
Woi! Yang Berhormat Sepang, tidak mahu dengar keluarlah!
Apalah!
Yang Berhormat Sepang sudah makan ubat belum?
Tidak mengapa. Sila sambung Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Sepang tolong kawal diri sedikit. Yang Berhormat Menteri sila. Okey.
Biadab!
“Wahai umat manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada laki-laki dan perempuan dan telah Kami jadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan suku puak supaya kamu berkenal-kenalan dan beramah mesra antara satu dengan yang lain. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang-orang yang lebih takwanya di antara kamu dan bukan lebih keturunan atau bangsanya. Sesungguhnya Allah maha mengetahui maha mendalam pengetahuannya akan keadaan dan amalan kamu.” Konsep lita’arafu dalam ayat di atas merujuk kepada maksud saling kenal mengenali dan memahami bukanlah suatu asing atau perkara yang baharu dalam pembangunan dasar dan pelaksanaan program-program oleh kerajaan. Konsep ini menekankan pendekatan taaruf sebagai asas asimilasi masyarakat majmuk bagi mewujudkan kehidupan yang harmoni dalam sebuah negara. Pendekatan taaruf ini perlu disusuli dengan tafahum yakni saling faham memahami dan takaful, saling tolong- menolong. Bagi tujuan memperkukuhkan hubungan sosial dalam kalangan masyarakat, konsep lita’arafu ini sentiasa menjadi asas pembentukan dan pengukuhan perpaduan dan hubungan antara kaum di Malaysia. Ia menjadi lebih penting dalam era kini dalam usaha kerajaan mendepani cabaran semasa berasaskan semangat Keluarga Malaysia keluarga sejahtera. Daripada konsep inilah terhasilnya berbagai-bagai inisiatif dan perancangan strategik oleh kerajaan untuk mengukuhkan hubungan, menyediakan keperluan dan memelihara kebajikan pelbagai lapisan masyarakat dalam pelbagai bentuk dasar dan program bagi mengangkat taraf hidup dan sosioekonomi umah. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Bukit Gantang, Yang Berhormat Sepang telah membangkitkan mengenai pelaksanaan dan pindaan dalam SOP pelaksanaan solat dan aktiviti masjid di seluruh Malaysia. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Butiran 1, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa hal ehwal agama Islam adalah di bawah bidang kuasa negeri. Sehubungan dengan itu, penetapan SOP solat dan aktiviti masjid adalah di luar bidang kuasa kerajaan dan agensi persekutuan. Urusan tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri masing-masing. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan telah mencadangkan perluasan jumlah jemaah solat Jumaat dan solat fardu mengikut kapasiti masjid dan surau melalui SOP aktiviti masjid dan surau dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara mengikut fasa pertama sehingga fasa keempat dan telah diluluskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 3 September 2021.
Cadangan ini juga telah diangkat dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) kali ke-4 yang bersidang pada 15 September 2021. Melalui muzakarah ini juga, kerajaan telah mencadangkan supaya pihak berkuasa agama negeri dapat memberikan kebenaran kepada lebih banyak surau atau melaksanakan solat Jumaat di kariah yang dikenal pasti bagi membolehkan lebih ramai umat Islam dapat menunaikan solat Jumaat. Tuan Yang di-Pertua, salah satu daripada tanggungjawab sebagai seorang Islam ialah melaksanakan dakwah dengan mengajak kepada makruf dan mencegah perkara- perkara mungkar. Justeru itu, kerajaan amat memandang berat terhadap permasalahan sosial yang berlaku di kalangan segelintir umat manusia Islam pada hari ini dan berazam untuk menangani isu ini dengan penuh hikmah dan berhemah dengan sokongan semua pihak. Oleh sebab itu, saya merasa teruja dengan sokongan dan dukungan kuat Yang Berhormat Bachok terhadap komitmen kerajaan untuk menangani setiap perkara yang terlibat dalam gejala sosial. JAKIM sebagai agensi agama Islam peringkat Persekutuan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) melaksanakan pelbagai bentuk program termasuk pendidikan dan advokasi yang menyasarkan masyarakat awam termasuk pelajar-pelajar sekolah, institusi pendidikan tinggi awam dan swasta, kaunselor, sekolah, ibu bapa, sukarelawan sosial Islam, staf kesihatan dan wakil NGO sosial Islam. Program mukhayyam merupakan salah satu program yang dilaksanakan oleh JAKIM dengan kerjasama JAIN yakni Jabatan Agama Islam Negeri bagi menyantuni dan membimbing golongan LGBT secara sukarela ingin kembali kepada fitrah. Program ini merupakan antara inisiatif JAKIM dan juga Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) untuk membantu dan memberi bimbingan kepada golongan ini.
Pelaksanaan program dengan penglibatan sukarela golongan ini diadakan selama tiga hari dua malam menekankan tiga elemen iaitu kesedaran kerohanian, bimbingan fardu ain, kesedaran kesihatan, motivasi kerjaya dan aktiviti berkumpulan. Jumlah peserta yang menyertai Program Mukhayyam yang dianjurkan oleh Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, JAKIM dengan kerjasama jabatan agama Islam negeri-negeri, majlis agama Islam negeri-negeri, Yayasan Ihtimam Malaysia serta NGO Komuniti Hijrah LGBT sejak tahun 2011 hingga 2021 adalah seramai 1,733 orang peserta. Berdasarkan respons daripada para peserta, mereka mengakui program ini dapat membetulkan salah faham terhadap golongan agama yang selama ini dianggap bersifat menghukum terhadap golongan yang melakukan kesalahan, mengingati dan menghayati semula asas agama seperti solat dan fardu ain, menginsafi semula tentang tanggungjawab diri terhadap Tuhan dan orang lain serta membina semula keyakinan diri. Di samping itu, program susulan dan sokongan juga disediakan yang merupakan aktiviti susulan seperti usrah dan kelas pengajian serta bantuan modal awal perniagaan untuk ekonomi sara hidup melalui inisiatif komuniti sendiri atau agensi-agensi seperti JAKIM, majlis agama Islam negeri, jabatan agama Islam negeri dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Program Usrah Iqra’ yang dilaksanakan setiap bulan merupakan program pengisian kerohanian yang membantu komuniti untuk menambah ilmu dan pengetahuan dalam agama yang dilaksanakan secara bersemuka. Walau bagaimanapun, dalam tempoh pandemik ini, program tersebut telah dilaksanakan secara atas talian. Sebagai sebuah negara yang berpegang kepada agama Islam sebagai agama persekutuan yang menerapkan kepada nilai-nilai moral berlandaskan adat, budaya dan agama yang sekian lama diterapkan dalam kalangan masyarakat tempatan, maka mana- mana individu yang melanggar undang-undang perlu diambil tindakan. Namun, pada waktu yang sama, kita didik dengan cara yang paling berhikmah dan diberi kesedaran untuk kembali ke pangkal jalan. Kerajaan juga telah membangunkan Pelan Tindakan Sosial Islam (PTSI) 2019- 2025 bertujuan untuk menangani gejala sosial dalam kalangan masyarakat. Ini bagi
menangani permasalahan sosial yang dihadapi masyarakat Islam di Malaysia yang semakin meruncing seperti penagihan dadah, remaja hamil yang tidak berkahwin, pembuangan bayi, perceraian, gelandangan, penularan virus HIV/AIDS, penagihan dadah, seks bebas, sumbang mahram, jenayah juvana, pengamalan gaya hidup songsang dan sebagainya. Strategi dalam Pelan Tindakan Sosial Islam ini selaras dengan Dasar Sosial Negara, Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, Sustainable Development Goal dan Dasar Manhaj Rabbani. Pelaksanaan pelan ini diharap dapat melahirkan masyarakat yang berakhlak dan mempunyai nilai bagi mencapai misi dalam membentuk sebuah keluarga dan masyarakat yang harmoni di Malaysia. Dalam masa yang sama, kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai program ilmiah dan keagamaan yang mampu memberi impak dan mendidik rakyat seperti Malaysia Berzikir dan sebagainya. Perkara ini telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Kuala Krai. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, JAKIM telah diberikan ruang selama 13 jam, 40 minit seminggu, tidak termasuk siaran ulangan, untuk mengisi rancangan agama di saluran RTM khususnya di TV1 dan juga TV Okey. Manakala menerusi radio, persiaran selama 404 minit seminggu menerusi 11 rancangan di saluran Salam FM. Buat masa ini, ruang yang diberikan oleh pihak RTM amat mencukupi berpandukan fasiliti dan sumber manusia di Bahagian Penyiaran JAKIM. Dari semasa ke semasa, RTM sentiasa memberikan kerjasama penuh kepada JAKIM dari aspek kualiti rancangan yang diterbitkan. JAKIM menerusi Bahagian Penyiaran juga sudah lama menerbitkan program ilmiah, keagamaan melalui rancangan Forum Perdana Ehwal Islam, Fikrah, Anda Musykil, Salam Pagi dan lain-lain. Program Malaysia Berzikir telah beberapa kali diadakan dalam slot Forum Perdana Ehwal Islam Khas. Selain itu, pihak IKIM melalui IKIM FM dan TV Hijrah turut memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan dakwah melalui siaran radio, TV dan internet. Yang Berhormat Jerai mencadangkan supaya kerajaan lebih cakna kepada murid berkeperluan khas terutamanya dalam pendidikan agama melalui kelas KAFA. Buat pengetahuan Yang Berhormat, JAKIM telah bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan bagi mewujudkan KAFA untuk murid berkeperluan khas (MBK) di sekolah kebangsaan pendidikan khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi di tujuh buah negeri iaitu Wilayah Persekutuan Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Kedah, Perlis, Sarawak dan Sabah melibatkan 377 orang murid, 78 orang guru dan 30 buah sekolah. Guru-guru tersebut dibayar elaun sama seperti mana guru KAFA lain, cuma mereka ditambah kepakaran mengajar murid keperluan khas. Pada tahun 2019, JAKIM telah melaksanakan Kursus Jurulatih Utama KAFA MBK melibatkan seramai 44 orang guru KAFA. Daripada jumlah tersebut, seramai 17 orang daripadanya telah mengajar di SKPK dan juga PPKI manakala 27 orang lagi akan ditempatkan semula berdasarkan keperluan dan penyelarasan yang akan dibuat bersama KPM dan agensi pelaksana KAFA di negeri. JAKIM juga sedang meneliti keperluan penambahan guru KAFA MBK dan penyelarasan akan dibuat bersama agensi pelaksana KAFA negeri dan KPM bagi menempatkan guru-guru di sekolah yang mempunyai murid berkeperluan khas bagi melaksanakan P&P KAFA MBK seluruh negara. Untuk makluman Yang Berhormat juga, JAKIM telah membangunkan Kurikulum KAFA MBK yakni murid berkeperluan khas yakni mereka yang kurang upaya yang akan diguna pakai di seluruh Malaysia terutamanya negeri yang belum melaksanakan KAFA MBK. Jadi, mungkin had lebih itu saya boleh...
Berapa lama Yang Berhormat perlu? Saya beri Yang Berhormat Menteri Undang-undang tadi 10 minit. Maka saya bagi Yang Berhormat Menteri juga 10 minit. Boleh?
Okey.
Ya.
Terima kasih. Yang Berhormat Jerai juga membangkitkan mengenai sekolah agama rakyat. Kerajaan dari semasa ke semasa berusaha untuk memperkasakan sekolah agama rakyat di Malaysia. Sejak tahun 2019 hingga 2021, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM300 juta bagi memperkasakan institusi pendidikan Islam di bawah Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI) yang berdaftar dengan pihak berkuasa agama negeri. Ia merangkumi sekolah agama Islam negeri (SAN), sekolah agama rakyat (SAR), sekolah agama swasta (SAS), institusi tahfiz dan pondok. Bantuan ini bagi tujuan selenggara dan naik taraf infrastruktur institusi pendidikan Islam berkenaan yang keseluruhannya telah memberi manfaat kepada 3,654 buah institusi. Penubuhan sekolah agama di negeri adalah tertakluk kepada Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam dan peraturan-peraturan yang sedang berkuat kuasa di negeri berkenaan dengan salah satu syarat pendaftaran sekolah adalah menubuhkan jawatankuasa pengelola sekolah. Tuan Yang di-Pertua, berhubung cadangan menubuhkan Majlis Jemaah Pengelola Sekolah Agama Malaysia dan Dana Wakaf Sekolah Agama Malaysia, kerajaan berpandangan ia merupakan satu cadangan yang baik dan akan membuat penelitian sewajarnya terhadap perkara ini. Dalam aspek kepimpinan pengurusan sekolah dan latihan perguruan kepada sekolah tahfiz dan sekolah agama rakyat, kerajaan prihatin kepada keperluan peningkatan kompetensi pentadbir dan guru di institusi tahfiz swasta dan sekolah agama rakyat melalui aspek latihan. Justeru, kerajaan pada tahun 2019 telah menyediakan peruntukan berjumlah RM4 juta bagi memberi latihan profesionalisme perguruan dan peningkatan kompetensi tenaga pengajar, para pentadbir di institusi pendidikan Islam di bawah penyelarasan LEPAI merangkumi guru dan penyelia KAFA, guru SAN, guru SAR, guru SMN, guru SMAR dan guru tahfiz. Tuan Yang di-Pertua, kursus yang dilaksanakan ini...
Yang Berhormat Menteri, sedikit penjelasan daripada Sik. Boleh ya? Sikit.
Boleh Yang Berhormat Sik mencelah?
Saya mohon sikit penjelasan Yang Berhormat Menteri. Di belakang.
Yang Berhormat Sik.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin menyampaikan ucapan tahniah kepada pihak JAKIM atas keputusan iaitu guru-guru KAFA akan menikmati kemudahan cuti bersalin berelaun mulai 1 Januari 2022. Satu lagi yang diusahakan oleh guru-guru KAFA kita iaitu perjawatan tetap khususnya kepada penyelia-penyelia guru KAFA ini yang ketika ini mereka masih berjawatan kontrak. Jadi saya ingin bertanya, adakah pihak JAKIM melihat perkara ini sebagai satu usaha ke hadapan untuk kita mengangkat lagi kedudukan guru-guru KAFA di luar sana? Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang berhormat Sik. Berkenaan hal itu sedang kita bincang terutamanya ialah berkenaan dengan JPA sendiri kerana dia melibatkan soal perjawatan. Terima kasih. Kursus yang dilaksanakan ini merangkumi aspek pedagogi pengajaran dan pembelajaran, pengurusan dan kepimpinan pendidikan, penyeliaan asrama, keselamatan dan kesihatan pekerja, latihan kompetensi
serta kaedah pelaksanaan pemantauan secara berkala bagi menilai pengurusan dan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Bagi menjayakan latihan ini, JAKIM telah bekerjasama dengan empat buah agensi pelaksana latihan iaitu Institut Aminuddin Baki dan Institut Pendidikan Guru Malaysia dari Kementerian Pendidikan Malaysia, serta Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (NIOSH) dan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM). Menerusi Program Latihan ini sebanyak 247 siri latihan berjaya dilaksanakan kepada lebih 11,000 orang peserta. Program latihan berkaitan dengan tahfiz turut dilaksanakan pada tahun 2020 melibatkan seramai 40 orang pengetua tahfiz bertujuan memberi pendedahan mengenai keselamatan dan kesihatan pekerja dalam mendepani situasi semasa pandemik. Kerajaan komited dan akan meneruskan latihan profesionalisme perguruan dan peningkatan kompetensi kepada tenaga pengajar, para pentadbir di Institut Pendidikan Islam di bawah penyelaras– untuk tahun 2022 dan tahun-tahun yang akan datang. Yang Berhormat Dungun telah mencadangkan supaya diberikan bantuan secara one-off kepada guru tahfiz, guru pondok, guru sekolah agama, bantuan kepada sekolah yang terjejas dan bantuan per kapita pelajar. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan dari semasa ke semasa berusaha memberikan bantuan yang sewajarnya kepada guru-guru di Institut Pendidikan Tahfiz, pondok dan sekolah agama di negara ini pada tahun 2020 bagi membantu meringankan beban para guru yang terkesan akibat wabak COVID-19. Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah peruntukan secara one-off untuk bantuan sara hidup berjumlah RM800 seorang kepada guru institusi pendidikan Islam berdaftar dan bantuan pengurusan operasi dengan peruntukan RM10 per murid warganegara bagi tujuan pengurusan institusi tersebut kesan daripada pandemik COVID- 19. Kerajaan juga sentiasa berusaha untuk memastikan institut pendidikan tahfiz, pondok dan sekolah Agama di negara ini kekal berdaya saing selari dengan pendidikan arus perdana. Sejak tahun 2017, Kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan khas secara one-off bagi tujuan selenggara dan naik taraf institusi pendidikan tersebut. Pada tahun 2021, kerajaan sekali lagi menyediakan peruntukan one-off bagi tujuan yang sama dan sehingga Oktober 2021 sehingga Ogos 2021 sebanyak RM60 juta telah disalurkan kepada 1,066 buah institusi yang layak. Berhubung bantuan per kapita murid, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pendidikan pada tahun 2018, 2019 dan 2020 ada menyalurkan peruntukan one-off Bantuan Awal Persekolahan berjumlah RM100 kepada murid warga negara Malaysia dalam kalangan B40. Kerajaan juga telah menyediakan peruntukan one-off bantuan per kapita pelajar tahfiz swasta pada tahun 2019 sebanyak RM120 seorang pelajar. Tuan Yang di-Pertua, saya sangat mengalu-alukan cadangan Yang Berhormat Jerai agar wakaf memainkan peranan penting dalam pendidikan. Menerusi Pelan Pemerkasaan Pengurusan Wakaf yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 terdapat beberapa inisiatif wakaf yang akan diwujudkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR). Yayasan Wakaf Malaysia bersama dengan Majlis Agama Islam Negeri iaitu Pelan Induk Wakaf Nasional dan Dana Wakaf Nasional. Selain itu, Yayasan Wakaf juga akan mewujudkan kaedah pendanaan wakaf melalui inovasi baharu yang lebih kontemporari yang mampu mengembangkan dana wakaf contohnya Sukuk Wakaf, Wakaf REITs, Saham Wakaf, Wakaf Dividen dan sebagainya. [Kurang jelas] Menerokai mekanisme pelaburan jangka panjang yang lain ke arah mengoptimumkan penggemblengan aset wakaf tanpa mengharapkan bantuan dana lain menerusi kaedah pelaburan yang strategik. Pelaburan yang dibuat juga tidak hanya bertumpu kepada deposit atau peletakan tunai di mana-mana akaun pelaburan tetapi boleh diterjemahkan kepada pelaburan hartanah, pertanian, perladangan dan lain-lain yang bersesuaian.
Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks wakaf pendidikan, Yayasan Wakaf Malaysia mempunyai produk wakaf khusus untuk tujuan pendidikan iaitu Sijil Wakaf Tunai Pendidikan yang akan digunakan bagi tujuan pendidikan dan aktiviti kebajikan berkaitan dengan pendidikan termasuklah pendidikan Agama Islam. Dana wakaf yang dikumpul akan dipindah bentuk kepada aset kekal merangkumi aspek objek pendidikan mengikut kesesuaian dan peraturan yang diguna pakai. Manfaat yang di hasilkan akan digunakan untuk tujuan berikut: (i) membiayai pembelian alat-alat pendidikan untuk kebajikan masyarakat; (ii) membiayai belian peralatan atau pakaian untuk murid-murid yang kurang berkemampuan; (iii) membiayai kos ubahsuaian atau tambahan kemudahan pendidikan di mana-mana pusat pendidikan yang bersesuaian; dan (iv) membantu membiayai kos pendidikan yang diperlukan. Selain itu Tuan Yang di-Pertua, Yayasan Wakaf juga telah mewujudkan Wakaf Tunai bersama– Wakaf Tunai YWM-PINTA melalui jalinan kerjasama dengan gabungan Persatuan Institut Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (PINTA) dalam melaksanakan program wakaf bagi tujuan program pembangunan institusi tahfiz negara.
Yang Berhormat boleh tamatkan? Yang lain jawab secara bertulis.
Tuan Yang di-Pertua, saya berhenti setakat ini dahulu. Yang lain kita...
Boleh jawab tambahan ini?
Terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian dan kepada Yang Berhormat Menteri-menteri yang telah menggulung serta keada Ahli- ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong oleh Yang Berhormat dari Beaufort itu hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Diputuskan, “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, demikian bunyinya: “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Keempat, Parlimen Yang Keempat Belas.”]
Terima kasih semua. Ahli-ahli Yang Berhormat Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Isnin 27 September 2021. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 9.07 malam]
Kamar KhasSpecial Chamber
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Masalah Pendaftaran Kenderaan Perdagangan LamaSpecial Chamber
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Saya ingin membangkitkan suatu masalah iaitu pendaftaran kenderaan perdagangan lama. Saya ingin membawa isu mengenai sebuah kenderaan yang diimport pada tahun 1995, dengan maklumat berikut jenama OKA yang diperbuat daripada negara Australia.
Akan tetapi, kenderaan itu tidak pernah didaftarkan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) sehingga tahun 2019. Apabila pemilik baharu membawa dokumen daripada Kastam Diraja Malaysia dan surat pengesahan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, tetapi dalam sistem komputer Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia tidak mempunyai rekod kenderaan itu dari pihak MITI. Ini mengakibatkan kenderaan itu tidak mendapat Sijil Pemilikan Kenderaan daripada pihak JPJ.
Tuan Yang di-Pertua, pemilik kenderaan itu mempunyai dokumen penuh kenderaan itu. Surat pengesahan juga diperoleh daripada pihak Kastam, MITI dan JPJ bahawa tidak ada halangan oleh ketiga-tiga pihak untuk mendaftarkan kenderaan itu. Akan tetapi, atas sebab rekod Kastam belum dimasukkan ke dalam sistem komputer MITI, maka MITI tidak dapat memproses pendaftaran kenderaan itu.
Akan tetapi, apabila saya menyemak dengan pihak Kastam, pihak Kastam mengatakan mereka sudah membuat apa-apa yang diperlukan untuk kenderaan ini, apa-apa masalah yang timbul adalah masalah pihak MITI.
Jadi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta pihak MITI untuk menerangkan apakah masalah untuk mendaftarkan kenderaan ini. Mengapakah satu masalah yang begitu terus terang boleh menjadi rumit. Akhirnya, pemilik kenderaan itu harus mendapatkan bantuan daripada Ahli Parlimen.
Tuan Yang di-Pertua, masalah ini saya bawa ke Dewan yang mulia ini kerana saya sudah berunding dengan pihak MITI melalui saluran rasmi MITI iaitu melalui e- mel selama lapan bulan tetapi masih tidak ada jawapan yang memuaskan. Saya berpendapat bahawa pihak MITI harus menambah baik urus tadbirnya, supaya masalah rakyat dapat diselesaikan dengan cepat dan berkesan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Sibu di atas keprihatinan tentang perkara yang dibawa.
Tuan Yang di-Pertua, dimaklumkan bahawa komunikasi antara Yang Berhormat Sibu dengan MITI pada 24 Februari 2021 mengenai masalah pendaftaran satu unit kenderaan bagi AP (Rujukan: B030/0060/1095) yang telah dikeluarkan oleh MITI pada tahun 1995 telah pun diberi maklum balas oleh pegawai MITI menerusi e- mel bertarikh 25 Februari 2021.
Maklum balas MITI tersebut adalah berdasarkan hasil semakan MITI yang mendapati bahawa maklumat AP bagi kenderaan tersebut tidak diterima daripada pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Masalah ini timbul bagi mana-mana AP format lama yang dikeluarkan oleh MITI di sekitar tahun 90-an, sebelum sistem secara dalam talian mula dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2005.
Menerusi e-mel bertarikh 25 Februari 2021 tersebut, Yang Berhormat Sibu telah diminta supaya merujuk isu itu dengan pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia
(JKDM) supaya pihak JKDM boleh mengambil tindakan susulan dengan menghantar data kepada MITI bagi membolehkan ia disalurkan kepada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi tujuan pendaftaran.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sibu pada 18 Julai 2021 memaklumkan telah menerima surat dari pihak JKDM yang memaklumkan bahawa pihak JKDM telah mengemas kini maklumat kenderaan tersebut ke dalam sistem pada bulan Mei 2021. Namun demikian, sistem MITI tidak menerima maklumat tersebut. Pihak MITI hanya menyedari perkara ini setelah perkara ini dibangkitkan semula oleh Yang Berhormat Sibu.
Mengikut proses pengisytiharan dan pendaftaran melalui sistem semasa, Tuan Yang di-Pertua, masalah seumpama ini tidak berlaku. Walau bagaimanapun, bagi kes ini, AP bagi kenderaan tersebut telah dikeluarkan pada tahun 1995 iaitu pada 26 tahun yang lepas di mana format dan butiran pada AP tersebut adalah tidak sepadan dengan keperluan semasa sistem. Ini menyebabkan data AP tersebut tidak wujud di dalam sistem MITI dan seterusnya ia tidak dapat diproses mengikut prosedur biasa.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) ini sentiasa bekerjasama dengan pihak JKDM, JPJ dan Dagang Net Technologies Sdn. Bhd.
selaku syarikat pengendali Sistem e-Permit dalam usaha memudah cara dan membantu kelancaran urusan pengimportan dan pendaftaran kenderaan yang diimport menerusi AP yang dikeluarkan oleh MITI.
Sejak aduan ini diterima, MITI dengan kerjasama JKDM, JPJ dan Dagang Net Technologies Sdn. Bhd. telah melaksanakan pelbagai pendekatan dan kaedah bagi mencari penyelesaian ke atas masalah teknikal yang dihadapi. Masalah teknikal tersebut telah berjaya diatasi di mana penghantaran data dari JKDM telah berjaya disalurkan dan diterima oleh pihak JPJ dan pihak JPJ telah mengesahkan bahawa kenderaan tersebut kini dalam keadaan sedia untuk didaftarkan.
Walau bagaimanapun, saya ucapkan terima kasih kepada keprihatinan dan cadangan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sibu.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Usaha MITRA Membendung Budaya Samseng di Kalangan Masyarakat IndiaSpecial Chamber
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih juga diucapkan kepada Timbalan Menteri Perpaduan Negara kerana sudi datang untuk menjawab usul saya berkaitan dengan usaha MITRA membendung budaya samseng di kalangan ramai anak muda berbangsa India.
Tuan Yang di-Pertua, satu daripada masalah serius yang berpaut dengan masyarakat India ialah mengenai penglibatan anak-anak muda dalam kumpulan kongsi gelap. Masalah ini harus dipandang sebagai satu masalah nasional yang memerlukan komitmen dan kesungguhan politik untuk penyelesaiannya.
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan golongan belia India terlibat dalam aktiviti-aktiviti kongsi gelap. Kedaifan ekonomi adalah antara faktor yang paling utama mendorong mereka ke dalam kegiatan ini. Pengangguran, kemiskinan, kekurangan peluang perniagaan, kos sara hidup yang tinggi, kebajikan keluarga, persekitaran yang mundur adalah antara faktor-faktor ekonomi yang menolak mereka keluar daripada landasan hidup yang betul.
Manakala, kegiatan-kegiatan jenayah seperti penjualan dadah, judi haram, along, mencuri, mengugut, memukul, membunuh dan sebagainya pula memberi sumber pendapatan yang agak lumayan kepada mereka. Kekayaan dengan cara yang mudah seperti ini menjadi faktor penarik ke dalam budaya ganas ini.
Kerajaan telah memperuntukkan RM100 juta kepada MITRA untuk pembangunan sosioekonomi kaum India melalui belanjawan yang diluluskan bagi tahun 2021. Bagaimanakah kerajaan menggunakan peruntukan ini untuk membantu anak-anak muda masyarakat India supaya mereka tidak terjerumus ke dalam kegiatan-kegiatan kongsi gelap.
Apakah usaha-usaha kerajaan untuk mengenal pasti anak-anak muda masyarakat India yang terlibat dalam kegiatan samseng dan membantu mereka untuk balik ke jalan yang benar melalui bantuan-bantuan yang boleh meningkatkan taraf sosioekonomi mereka.
Apakah rancangan masa hadapan kerajaan dalam usaha membendung kegiatan-kegiatan kongsi gelap yang merugikan masyarakat dan negara. Tenaga anak-anak muda ini seharusnya disalurkan sepenuhnya dalam usaha-usaha membina negara.
Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Ini kali kedua saya menjawab soalan Kamar Khas dari Yang Berhormat. Cuma, kali ini lain kementerian.
Tuan Yang di-Pertua, kementerian amat berterima kasih kepada keprihatinan Yang Berhormat Batu Gajah dalam mengutarakan hal ini. Kerajaan memandang serius keterlibatan remaja masyarakat India dalam aktiviti jenayah yang memudaratkan dan telah mengambil pelbagai pendekatan holistik dalam membendung dan menangani kebejatan ini.
Pihak kementerian melalui MITRA telah melaksanakan pelbagai program berbentuk ‘hand-holding’ untuk membimbing mereka ke arah mencapai normalisasi
hidup yang positif. Sehingga ini, pihak kementerian sejak tahun 2019 telah memperuntukkan sejumlah RM111,523,128.20 untuk menganjurkan 234 program dengan seramai 82,545 orang remaja yang telah menerima manfaat secara langsung. Program ini adalah berpandukan tiga teras utama MITRA iaitu:
(i) modal insan;
(ii) keusahawanan dan kerjaya; dan
(iii) kesejahteraan sosial.
Program-program ini dirangka selepas perbincangan terperinci dengan pihak yang berkepentingan untuk memastikan mekanisme pelaksanaan mencapai keperolehan (outcome) yang disasarkan. Pendekatan juga diberikan kepada golongan sasar yang ada kecenderungan tinggi untuk terlibat di dalam aspek jenayah iaitu; Pertama, mereka yang tercicir daripada arus perdana sistem pendidikan.
Kedua, mereka yang datang daripada keluarga yang bermasalah. Ketiga, mereka yang hidup di dalam persekitaran komuniti yang tidak kondusif. Pelaksanaan juga turut mengambil kira aspek asas pembentukan sahsiah diri, seperti kepimpinan, sukan, insaniah, kebudayaan dan kemahiran tenaga kerja mengikut keperluan pasaran semasa.
Pihak kementerian akan meneruskan sesi libat urus dengan agensi penguat kuasa, badan-badan bukan kerajaan serta pemegang taruh lain untuk mengurangkan keterlibatan remaja masyarakat India dalam kebejatan ini. Pada masa yang sama, lebih banyak program bersasarkan belia (youth-centric) akan dilaksanakan dengan izin, untuk impak jangka pendek dan jangka panjang.
Namun, usaha memerangi jenayah memerlukan komitmen semua pihak dengan izin, whole-of-society approach untuk mengatasi defisit sosial yang menjadi faktor pendorong permasalahan sebenar. Untuk masyarakat umumnya dan belia masyarakat India khususnya ini bermula daripada yang pertama, ikatan institusi kekeluargaan yang mampan. Keterangkuman komuniti untuk mengenal pasti permasalahan pokok serta seterusnya bersama-sama mencari penyelesaian untuk memberikan nafas baharu kepada imej dan identiti remaja masyarakat India yang tercalar pada masa ini.
Kebejatan masyarakat yang membelenggu remaja perlulah diselesaikan secara bersama. Sesungguhnya, anak muda adalah generasi pelapis negara. Saya mengalu-alukan Yang Berhormat dan lain-lain pihak daripada pembangkang khususnya untuk turut serta dalam aspirasi ini. Terima kasih.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang, hari Selasa, 28 September 2021. Assalamualaikum. [Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.47 petang]