Dewan Rakyat · 27 September 2021

15th Parliament, session 4, meeting 1 · 213 turns · 17,791 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Wan Hassan bin Mohd RamliPAS · PNDungun · question

1. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Kanan Perdagangan dan Antarabangsa dan Industri menyatakan rancangan strategik kementerian untuk terus menjadikan Malaysia negara mesra pelabur pasca COVID-19 bagi menarik pelaburan daripada syarikat-syarikat gergasi antarabangsa.

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin AliPKR · PHMenteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Gombak

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat Dungun bersekali dengan Yang Berhormat Kinabatangan dan Yang Berhormat Jerai memandangkan Ahli-ahli Yang Berhormat menyentuh isu yang sama berkaitan prestasi pelaburan dan strategi menarik pelaburan asing ke Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan komited dalam mempergiat dan memperkukuhkan usaha untuk terus menarik pelaburan bagi memastikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara destinasi pelaburan pilihan terutamanya pelaburan yang berkualiti tinggi agar dapat memberi manfaat kepada agenda sosioekonomi negara melalui limpahan aktiviti ekonomi, kewujudan peluang pekerjaan dan penciptaan pekerjaan yang bernilai tinggi. Bagi tempoh Januari hingga Jun 2021, Malaysia berjaya menarik pelaburan bernilai RM107.5 bilion meliputi sektor perkilangan, perkhidmatan dan utama. Jumlah ini merekodkan lonjakan ketara sebanyak 69.8 peratus berbanding RM63.3 bilion bagi tempoh yang sama pada tahun 2020. Daripada jumlah pelaburan ini, FDI menyumbang sebanyak 58.1 peratus atau RM62.5 bilion iaitu tiga kali ganda daripada jumlah FDI yang diluluskan bagi tempoh yang sama pada tahun 2020 iaitu RM19.8 bilion. Manakala pelaburan DDI menyumbang sebanyak 41.9 peratus atau RM45.1 bilion. Pelaburan ini melibatkan 2,110 projek dan dijangka mewujudkan hampir 45 ribu peluang pekerja baharu. Daripada keseluruhan jumlah FDI tersebut, sektor perkilangan mencatatkan jumlah tertinggi iaitu RM58.2 bilion atau 93.1 peratus daripada jumlah kelulusan. Sektor perkhidmatan dan utama pula masing-masing mencatatkan pelaburan sebanyak RM2.16 bilion atau 3.5 peratus dan RM2.15 bilion atau 3.4 peratus. Ke hadapan, kerajaan akan mengambil tiga pendekatan utama dalam mencerdaskan ekonomi negara: (i) PICK sebagai pemangkin untuk membuka semula ekonomi secara selamat dan bersistematik. Sebagai langkah tambahan, dalam memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja dilindungi, MITI melaksanakan PIKAS yang bertujuan mempertingkatkan kadar vaksinasi pekerja sektor pembuatan. Sehingga 25 September 2021, seramai 1,000,826 pekerja telah diberikan dos pertama manakala 899,626 pekerja telah mendapat imunisasi penuh;

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin AliPKR · PHMenteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Gombak

(ii) kerajaan akan terus memperkukuh asas-asas ekonomi negara melalui pelaksanaan dasar-dasar perdagangan dan pelaburan yang terbuka, telus serta business-friendly termasuk meratifikasi CPPP dan RCEP; dan (iii) Malaysia akan terus menyasarkan pelaburan berkualiti tinggi berorientasikan teknologi termaju berpandukan National Investment Aspiration (NIA) yang turut memberi fokus kepada kelestarian jangka masa panjang dengan menekankan elemen ESG. Dalam mengoperasikan NIA, kerajaan antara lain akan memberi keutamaan kepada pembangunan sektor pertumbuhan ekonomi baru yang dikenal pasti seperti ekonomi digital, halal, aeroangkasa dan juga ekosistem EV. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Soalan tambahan pertama, sila Yang Berhormat Dungun.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Oleh kerana memandangkan negara kita ini mempunyai infrastruktur digital dan pekerja yang berkemahiran tinggi seperti di Cyberjaya, maka apakah perancangan berfokus kementerian untuk mempromosikan kelebihan infrastruktur digital yang telah sedia ada kepada pelabur-pelabur luar dan jangkaan daripada kementerian berdasarkan kepada asas-asas perancangan itu, apakah boleh dicapai dalam tempoh yang terdekat? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Menteri Kanan, satu minit.

Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Untuk makluman Yang Berhormat, Majlis Ekonomi Digital dan juga Revolusi Perindustrian Keempat pada bulan April tahun ini telah bersetuju dengan cadangan MITI untuk menubuhkan Digital Investment Office di mana DIO ini merupakan kerjasama di antara MIDA dan juga MDEC bagi menyelaraskan usaha-usaha menarik pelaburan dalam bidang infrastruktur digital yang strategik seperti pusat data, submarine cable dan juga dark fiber. Ini yang telah saya nyatakan dalam penggulungan baru-baru ini bagaimana syarikat Microsoft telah mengambil keputusan untuk mengembangkan operasi mereka di negara Malaysia.

DIO ini juga merupakan satu struktur penting untuk merealisasikan National Investment Aspiration (NIA) dalam bidang pendigitalan dan DIO berperanan untuk menarik pelaburan pendigitalan sebanyak RM70 bilion menjelang tahun 2025. Untuk makluman Yang Berhormat Dungun, sehingga 27 September 2021, DIO telah mengurus serta memudahkan cara dua projek digital berkaitan pusat data bernilai RM13.1 bilion yang telah pun diluluskan dan juga projek-projek digital dalam perancangan yang bernilai sebanyak RM57.3 bilion. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan kedua.

Alor Gajah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Saya kena bagi sebelah sini. [Merujuk kepada blok pembangkang] Yang Berhormat Bukit Bintang, sila.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, adakah pelabur antarabangsa yang lari dari negara kita sewaktu pandemik COVID-19 dan PKP mereka akan datang balik melabur ke negara kita selepas pasca COVID-19. Minta penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Menteri Kanan, satu minit.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Bintang yang juga cukup prihatin tentang bagaimana usaha-usaha kerajaan dapat mengekalkan pelaburan-pelaburan asing ini dalam negara kita. Namun, tanggapan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Bintang sebentar tadi tidak menggambarkan prestasi sebenar pelaburan yang dicatatkan oleh negara. Untuk makluman Yang Berhormat Bukit Bintang, Malaysia masih lagi kekal kompetitif dan juga berdaya saing dalam menarik pelaburan-pelaburan asing ke dalam negara. Saya telah pun memperincikan sebentar tadi bagaimana prestasi pelaburan negara yang cukup meyakinkan pada tahun ini jika dibandingkan dalam tempoh yang sama pada tahun yang lalu. Namun, saya tidak menolak keseluruhannya tanggapan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Bintang. Cuma yang harus kita ingat tindakan syarikat-syarikat ini sebenarnya sebahagiannya adalah berdasarkan faktor rasionalisasi perniagaan syarikat dan bukannya berpunca daripada persekitaran pelaburan negara yang tidak kondusif. Pelbagai faktor yang mempengaruhi keputusan syarikat-syarikat untuk memilih destinasi pelaburan mereka termasuk kos buruh yang rendah, saiz pasaran domestik dan juga ketersediaan sumber mineral. Saya ada beberapa contoh syarikat-syarikat tertentu, namun pada umumnya saya melihat– memandangkan laporan yang telah dikeluarkan oleh The World Competitiveness Yearbook bagi tahun 2021, melaporkan kedudukan Malaysia meningkat dua anak tangga jika dibandingkan pada tahun 2020. Jadi, ini satu perkembangan yang baik di mana keyakinan pelabur-pelabur asing masih berada di dalam negara kita dan kita akan meneruskan usaha-usaha yang saya sebutkan tadi iaitu bagaimana dapat menarik lebih banyak pelabur-pelabur asing yang berkualiti tinggi dan mewujudkan peluang pekerjaan bagi anak-anak Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih. Saya berikan kepada Yang Berhormat Alor Gajah untuk soalan tambahan kedua.

Patutnya bagi soalan tambahan yang lebih sebabnya ia campurkan tiga soalan tadi, dia jawab tentang lisan. Jadi, saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Kanan. Mula-mulanya saya hendak ucapkan tahniah angka yang memberangsangkan. Daripada jumlah peningkatan, sebanyak 69 peratus kelulusan pelaburan asing yang kita terima daripada maklumat daripada media dan baru sahaja diterangkan, berapa peratuskah yang sebenarnya year-on-year yang telah pun masuk ke dalam negara kita yang telah pun membuka peluang pekerjaan setakat ini. Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Alor Gajah. Sila Yang Berhormat Menteri Kanan, satu minit.

Terima kasih Yang Berhormat Alor Gajah. Angka-angka yang telah saya bentangkan sebentar tadi ialah angka-angka kelulusan pelaburan-pelaburan yang telah diberikan kelulusan. Maknanya mereka bukan sahaja sedang berunding tetapi telah memberikan komitmen. Sebagai contoh Tuan Yang di- Pertua, syarikat AT&S dari Austria pada asalnya mereka berhasrat untuk meletakkan pelaburan sebanyak EUR1.7 bilion, tetapi setelah kita mengadakan rundingan sekarang ini mereka telah meningkatkan pelaburan hampir RM10 bilion. Ini telah mewujudkan peluang pekerjaan sebanyak 5,000 pekerjaan dan kita telah pun memulakan rundingan dengan beberapa universiti tempatan untuk mengenal pasti jurutera-jurutera yang akan dilatih di pusat latihan AT&S untuk memastikan mereka dapat memenuhi permintaan industri yang berkenaan. Jadi, angka-angka yang telah kita bentangkan ini ialah angka-angka yang telah diluluskan setelah komitmen diberikan oleh syarikat-syarikat yang berkenaan. Terima kasih.

Saya bimbang Yang Berhormat Menteri, tahun 2019 contohnya ada pelaburan diluluskan sebanyak RM10 bilion di Lahad Datu. Projek besar kerjasama dengan POIC Sabah sehingga hari ini, satu

sen pun tidak masuk lagi. Adakah angka itu diukurkan sebagai lulus sebagai untuk melabur ataupun kita sudah tolak tepi sebab mereka selama tiga tahun masih lagi tidak membawa pelaburan itu. Adakah ini satu promise kepada rakyat yang mengatakan ini akan berlaku ataupun birokratik process yang melembabkan kemasukan pelaburan ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila.

Yang Berhormat Alor Gajah, saya akan teliti perkara khusus yang dibangkitkan apa yang berlaku di Lahad Datu, tetapi secara umumnya saya bersetuju dengan Yang Berhormat Alor Gajah. Bukan sahaja soal insentif yang kita tawarkan untuk menarik pelabur-pelabur datang ke Malaysia tetapi sekarang mereka melihat kepada new value proposition, iaitu bagaimana kita boleh memberikan kelulusan dalam keadaan yang segera. Ini telah pun kita ambil kira mulai pada tahun lepas apabila saya diberikan tugas di MITI bekerjasama dengan Malaysian Productivity Council (MPC) dengan kerajaan- kerajaan negeri. Sebahagian daripada kelulusan untuk sektor pembuatan ini melibatkan juga bidang kuasa kerajaan negeri. Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Alor Gajah ialah mungkin penangguhan atau tertangguhnya projek-projek ini kerana banyak amalan birokrasi di pelbagai peringkat. Perkara ini telah pun kita teliti dan kita cuba tangani sebaik mungkin Yang Berhormat Alor Gajah dengan melibatkan kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, Kerajaan Persekutuan supaya ada kerjasama yang baik bagi memastikan pelabur-pelabur yang telah pun memberikan komitmen ini dapat segera beroperasi di dalam negara kita. Satu lagi contoh, sebuah syarikat di Kulim Hi-Tech, kita ada satu sistem E10 di mana dalam tempoh 10 bulan, syarikat ini bukan sahaja boleh datang ke dalam negara tetapi dalam tempoh 10 bulan mereka telah memulakan operasi seperti yang kita telah tunjukkan modul yang sama di Kulim. Ini langkah-langkah yang agresif yang kita sedang lakukan di MITI dan MIDA.

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih. Pertanyaan yang seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Datuk Dr. Hasan bin Bahrom, Yang Berhormat Tampin.

Datuk Dr. Hasan bin BahromAMANAH · PHTampin

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya Burung belatuk burung tempua, Terbang rendah mencari makanan, Soalan Tampin nombor dua, Anggota keselamatan perlu pembelaan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Menteri Kanan Pertahanan atau timbalan menjawab, tiga minit.

Hasan bin BahromAMANAH · PHTampin · question

2. Datuk Dr. Hasan bin Bahrom [Tampin] minta Menteri Pertahanan menyatakan perancangan daripada aspek kebajikan khususnya perumahan mampu milik kepada anggota tentera yang bersara, berpencen atau tidak.

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul AzizBERSATU · PNTimbalan Menteri Pertahanan · Tanah Merah

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Saya daripada segi pantun itu saya minta maaflah saya tidak dapat jawab. Apa pun saya ucapkan terima kasih, rakamkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tampin yang cukup prihatin terhadap para veteran. Saya pun tidak tahu, adakah beliau veteran tetapi bila check-check rupanya Yang Berhormat Tampin ini pernah menjadi Kor Agama, iaitu beliau juga boleh dikira anggap veteran.

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul AzizBERSATU · PNTimbalan Menteri Pertahanan · Tanah Merah

Warga veteran ATM sebenarnya bertuah kerana Menteri Kanan Pertahanan, Yang Berhormat Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, sememangnya amat komited dan memandang serius isu kebajikan veteran. Komitmen beliau dalam pencapaian 100 hari yang turut merangkumi pelan pembinaan dan baik pulih rumah veteran membuktikan agenda kebajikan veteran ATM sentiasa dititikberatkan. Menteri Kanan Pertahanan juga merupakan Pengerusi Majlis Veteran Kebangsaan sebuah majlis yang ditubuhkan bagi mendalami dan menyelesaikan segala permasalahan berkaitan veteran ATM.

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul AzizBERSATU · PNTimbalan Menteri Pertahanan · Tanah Merah

Beliau juga telah beri saya tanggungjawab untuk mengenal pasti dan mencuba menyelesaikan segala permasalahan berkaitan veteran ATM yang memerlukan pemerhatian segera. Sebagai makluman Yang Berhormat sekalian, Kementerian Pertahanan telah menyediakan berbagai bentuk kemudahan serta bantuan kepada anggota veteran ATM yang berada dalam kesusahan dan memerlukan bantuan. Tambahan lagi MinDef merupakan satu-satunya kementerian di Malaysia yang mempunyai sebuah jabatan bagi mengurus isu dan mendengar permasalahan veteran iaitu diwujudkan Jabatan Hal Ehwal Veteran yang kini diterajui oleh Mejar Jeneral Dato’ Dzulkarnain bin Ahmad sebagai Ketua Pengarahnya, dua bintang. Bagi menjawab soalan yang dibangkitkan Yang Berhormat Tampin, sesungguhnya MinDef amat menitik berat aspek kebajikan terutama berkaitan perumahan mampu milik kepada Veteran ATM. Ini adalah sejajar dengan Pelan Strategik MinDef iaitu di bawah teras strategik informasi, kesejahteraan veteran ATM. Kementerian beriltizam untuk melaksanakan program baik pulih dan pembinaan rumah baru bagi membantu veteran ATM yang berpendapatan rendah atau miskin dalam menyediakan tempat kediaman yang kondusif dan selesa diduduki. Jabatan Hal Ehwal Veteran telah diberi tanggungjawab untuk memperkasa program pemilikan rumah veteran ATM di samping mencari kaedah dan penyelesaian terbaik untuk membantu golongan veteran ATM yang masih belum memiliki rumah sendiri. Pada tahun ini MinDef telah memperuntukkan sejumlah RM2.6 juta dengan sasaran pembinaan 28 rumah baru dan baik pulih 72 rumah di seluruh negara dengan jumlah pembahagian sama rata di setiap negeri. Tuan Yang di-Pertua, sebagai makluman, skop bantuan binaan baru diperuntukkan kepada veteran ATM yang tidak memiliki rumah atau mendiami rumah yang telah uzur, tidak selamat diduduki dan tidak ekonomi untuk dibaiki serta mempunyai tanah atau tapak sendiri. Manakala skop bantuan baik pulih pula hanya melibatkan komponen-komponen asas rumah sahaja seperti bumbung, dinding, lantai dan tingkap yang tidak melibatkan struktur asas rumah. Secara keseluruhannya program ini merupakan satu usaha murni kerajaan bagi menghargai jasa dan penat lelah veteran ATM yang telah banyak berkorban dan menyumbang bakti kepada tanah air khususnya veteran ATM dari kelompok kurang berkemampuan dan B40 dengan menawarkan kemudahan yang selesa dan selamat. Ringkas lagi. Tuan Yang di-Pertua, daripada aspek kebajikan lain pula, terdapat tujuh skim bantuan kebajikan yang disediakan oleh MinDef kepada golongan veteran yang memerlukan. Tujuh skim tersebut adalah seperti berikut: (i) Skim Bantuan Sara Hidup; (ii) Bantuan Persekolahan dan Kolej Vokasional kepada anak veteran; (iii) bantuan kemasukan ke universiti awam, politeknik kepada anak- anak veteran; (iv) bantuan perubatan; (v) bantuan peralatan pesakit; (vi) bantuan bencana alam; dan (vii) bantuan pengurusan jenazah.

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul AzizBERSATU · PNTimbalan Menteri Pertahanan · Tanah Merah

Bagi tahun ini sahaja MinDef telah memperuntukkan sejumlah RM35.7 juta bagi skim bantuan yang disediakan ini dan hingga kini sejumlah 12,377 orang veteran ATM, balu dan tanggungan mereka telah pun menerima manfaat daripada skim bantuan ini yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM25.8 juta. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Tampin, soalan tambahan pertama.

Datuk Dr. Hasan bin BahromAMANAH · PHTampin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Berdasarkan jawapan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, sebagai soalan tambahan, Tampin ingin menyinggung beberapa isu yang berkaitan dengan perumahan bekas anggota tentera, yang mana Tampin difahamkan Kementerian Pertahanan pernah menyasarkan Satu Anggota Satu Rumah (SASaR). Persoalannya, sejauh mana usaha itu telah dilaksanakan? Berapa peratus anggota dan veteran Tentera telah mendapat faedah daripada usaha yang dilakukan itu? Apakah program tersebut akan diteruskan? Bagaimana anggota veteran Tentera hendak mendapat kemudahan tersebut? Akhirnya, saya mengharapkan Tampin menjadi tumpuan dalam perkara ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Ya terima kasih Yang Berhormat Tampin soalan tambahan. Mengenai SASaR. SASaR ini merupakan Program Satu Rumah Satu Anggota. Adalah satu agenda kebajikan Kementerian Pertahanan untuk melihat, memastikan anggota tentera mendapat rumah dengan kadar harga yang di bawah pasaran, yang mana apabila diwujudkan, dibina rumah-rumah tersebut, sebahagian daripada jumlah yang dibina itu akan dikhaskan kepada veteran. Jadi sukacita saya maklumkan contohnya program SASaR di Sungai Besi sudah pun bermula pada 1 Jun 2021 dan dijangka siap 2024 dengan anggaran nilai rumah antara RM150 ribu hingga 250 ribu.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Sebanyak 3,500 unit rumah akan dibina, yang mana daripada 3,500 itu, sebanyak 900 kepada veteran. Sehingga kini jumlah permohonan yang diterima daripada veteran sebanyak 511 dan tidak satu permohonan pun daripada veteran ditolak. Tambahan lagi Yang Berhormat, terdapat dua lagi projek SASaR yang dirancang dan dilaksanakan dalam masa yang terdekat iaitu di Kementerian Genting Klang dan Kementerian Wardieburn yang melibatkan sebanyak 7,374 rumah di mana daripada 7,000 itu, 1,006 diperuntukkan kepada veteran ATM dan dianggarkan nilai harga yang ditawarkan antara RM150 ribu hingga RM400 ribu. Nilai harga rumah yang ditawarkan di mukim Setapak ini adalah jauh dari harga pasaran. Jadi ia macam dapat, kalau dapat sesiapa yang terima, macam dapat harga “durian runtuh”. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan yang kedua saya jemput...

Jempol.

Pasir Mas.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

...Yang Berhormat Jempol ya.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana telah menjaga kebajikan para tentera. Mengambil kira jasa dan pengorbanan tentera, sememangnya penting kebajikan perlu dijaga sebaik mungkin seperti mana ia menjaga, perlindungan ataupun melindungi negara daripada segi keselamatan dan tanah air kita, tempoh krisis dan sebagainya.

Soalan saya, apakah inisiatif ataupun perancangan terkini yang telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu meringankan beban veteran tentera di kawasan-kawasan contohnya mereka ini sudah bersara dan apakah pembelaan mereka? Dulu dalam kawasan tentera, okey, ada perumahan dan sebagainya. Akan tetapi bila bersara, perkara-perkara yang perlu diambil kira kerana mereka ini tidak boleh dibiarkan begitu saja. Mohon Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Okey Yang Berhormat Jempol. Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit.

Okey. Wah! Saya tidak tahu Yang Berhormat Jempol ini, sebab Yang Berhormat Jempol sahabat saya ini pejuang peneroka FELDA dan wanita. Tidak tahu pula dia pejuang veteran ya seperti Yang Berhormat Padang Serai. Yang Berhormat Padang Serai saya tahu, dia merupakan seorang pejuang veteran. Apa pun tahniahlah kepada Yang Berhormat Jempol...

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Jawab, jawab.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Jawab. Jawab.

Okey. Jawapan saya. Okey, mengenai fokus yang utama ataupun inisiatif ini, kita di kementerian ada tujuh, kita tengah merancang tujuh inisiatif baru untuk bantu veteran. Oleh kerana masa yang ringkas: (i) tengah rancang platform digital veteran iaitu e-dagang untuk usahawan veteran, perniagaan secara online; (ii) program outreach veteran ATM; (iii) smart card veteran ATM; (iv) Kempen Tabung Pahlawan di mana satu kempen yang dibuat secara tahunan; Saya harap semua Yang Berhormat dapatlah beri sumbangan tanda penghargaan kepada veteran kita. (v) Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia, ini diberi kepada anggota ATM yang berkhidmat semasa darurat kedua berlaku iaitu daripada 1969 hingga 1990; (vi) elaun kewangan kepada penerima Pingat Jasa Malaysia; (vii) satu sagu hati kepada 404 veteran yang menggelar diri mereka the Last Mohicans. Kementerian melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran telah memohon penilaian semula ke kes anomaly, susulan kepada pelaksanaan skim laporan gaji Tan Sri Sheikh Abdullah 1972, pada 1 Ogos 1972 yang memberi kesan ke atas 404 orang pegawai ATM veteran. Kerajaan kini dalam perancangan mempertimbangkan satu sagu hati bagi menunjukkan keprihatinan ke atas nasib 400 veteran tersebut. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Tambahan. Tuan Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya hendak teruskan sebab saya sudah bagi panjang masa menjawab.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Satu lagi. Ini veteran punya. Hal veteran ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya hendak teruskan ke soalan seterusnya dengan menjemput Yang Berhormat Dato’ Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim, Yang Berhormat Baling.

Abdul Azeez bin Abdul RahimUMNO · BNBaling · question

3. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling] minta Perdana

(a) apakah status terkini Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji dalam menyiasat isu melibatkan pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH); dan (b) adakah skop siasatan yang akan dilaksanakan akan merangkumi siasatan Pelan Pemulihan TH pada ketika ini.

Datuk Haji Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) · Pengkalan Chepa

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Baling. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sepertimana diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 14 Julai, barisan Kabinet telah bersetuju bahawa diwujudkan RCI dan terma-terma bagi penubuhan RCI adalah memberi tumpuan kepada isu-isu berkaitan Lembaga Tabung Haji yang berlaku di antara 2014 hingga 2020.

Datuk Haji Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) · Pengkalan Chepa

Pada ketika ini, memorandum Jemaah Menteri bagi membincangkan operasi pelaksanaan RCI telah disediakan dan diedarkan bagi Jemaah Menteri. Ini adalah meliputi perkara seperti keahlian RCI serta aspek-aspek pengoperasian, pentadbiran dan logistik melibatkan pengurusan RCI. Aspek tadbir urus integriti dan reputasi Lembaga Tabung Haji sebagai institusi simpanan kewangan Islam adalah amat penting memastikan agar kedudukan kewangan Lembaga Tabung Haji lebih kukuh dan stabil. Untuk menjamin dan memelihara kepentingan para pendeposit dan jemaah haji Malaysia sebagaimana yang termaktub dalam Akta Tabung Haji 1995, simpanan pendeposit kekal selamat dan dijamin oleh kerajaan. Hasil siasatan dan pandangan dari RCI kelak diharapkan dapat membantu Lembaga Tabung Haji menambah baik daripada segi pengurusan dan aspek tadbir urus. Untuk makluman tambahan juga, mesyuarat Kabinet terakhir telah memutuskan bahawa untuk urusan RCI ini akan diurus selia oleh Menteri Hal Ehwal Undang-undang dan Parlimen dan insya-Allah, dalam masa terdekat ini akan diputuskan terma dan syaratnya. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Soalan tambahan pertama. Sila, Yang Berhormat Baling.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Alhamdulillah, RCI bermula tahun 2014 hingga 2020. Alhamdulillah. Soalan tambahan saya. Minta penjelasan tentang keupayaan kewangan UJSB dalam membayar semula hutang mereka kepada Tabung Haji sebanyak RM27.6 bilion? Adakah terdapatnya jaminan kerajaan sekiranya UJSB gagal melunaskan hutang mereka kepada Tabung Haji dalam masa tempoh tujuh hingga sembilan tahun? Ini sudah hampir dua tahun berlalu. Begitu juga bagi kepentingan pelaburan dan pendeposit Tabung Haji, saya pohon Yang Berhormat Timbalan Menteri buat pengesahan, adakah terdapat sebarang kertas siasatan dibuka bagi sebarang tuduhan melibatkan kecurian wang di Tabung Haji yang dilakukan oleh pengurusan tertinggi atau lembaga pengarah sebelum tahun 2018? Hal ini amat penting untuk pendeposit-pendeposit Tabung Haji yang ingin tahu, ada atau tidak kecurian berlaku kerana terlalu banyak tohmahan pencuri, perompak, penyamun duit Tabung Haji sebelum ini sehinggakan seramai 520,000 pendeposit telah menutup akaun Tabung Haji pada waktu itu. Alhamdulillah, sekarang dia orang sudah buka balik, tetapi saya perlu satu penjelasan yang rapi untuk dimuktamadkan pada pagi yang mulia ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit.

Datuk Haji Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

Terima kasih kepada soalan tambahan daripada Yang Berhormat Baling.

Datuk Haji Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan Laporan Audit Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. (UJSB) bagi tahun 2019, syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan ini memperoleh pendapatan sebanyak RM233.98 juta hasil daripada dividen saham dan juga sewaan hartanah yang dipindah milik dari Lembaga Tabung Haji. Jumlah ini masih belum mencukupi untuk UJSB melunaskan hutang sebanyak RM27.6 bilion sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Baling tadi sekiranya tiada apa-apa jaminan daripada kerajaan. Berhubung soalan tentang jaminan kerajaan bagi sukuk, suka saya mengulang semula jawapan Timbalan Menteri Kewangan, Yang Berhormat Tuan Mohd Shahar bin Abdullah di Dewan ini pada 27 Ogos 2020, iaitu sukuk ini tidak pernah dijamin oleh kerajaan. Sebarang jaminan kerajaan hendaklah berdasarkan pada Akta Jaminan Pinjaman 1965 seksyen 2(3) dan sukuk UJSB ini tidak pernah digazetkan di bawah akta tersebut. Oleh itu, bagi memelihara keyakinan pelaburan dan kepentingan pendeposit, antara justifikasi kenapa kerajaan hari ini bersetuju untuk mengadakan Suruhanjaya Siasatan Diraja dan sebarang syor penambahbaikan termasuklah cadangan jaminan kerajaan ke atas sukuk ini yang akan dipertimbangkan berdasarkan kepada dapatan RCI tersebut. Ini adalah antara kerosakan yang perlu diperbetulkan pada hari ini yang dibuat pada masa yang lalu. Kemudian, berhubung soalan kedua Yang Berhormat, setakat ini tidak ada sebarang kertas siasatan dibuka ke atas mana-mana pihak atas tuduhan mencuri wang Tabung Haji termasuklah ke atas Yang Berhormat Baling yang sering kedengaran. Itu sahaja jawapan daripada saya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, terima kasih Timbalan Menteri. Soalan tambahan yang kedua. Sila Yang Berhormat Pasir Mas.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya mohon komen daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri berhubung Sijil Pengauditan Penyata Kewangan Tabung Haji (TH) yang baru dikeluarkan beberapa hari lepas digembar-gemburkan kononnya menunjukkan seolah-olah pengurusan Tabung Haji bermula pada tahun 2018, pada era kerajaan pada masa itu, tidak mempunyai apa-apa masalah pengurusan dan dikatakan tohmahan bahawa Tabung Haji diuruskan dengan cara yang agak tidak cermat itu merupakan tohmahan semata- mata. Apa komen Yang Berhormat Timbalan Menteri? Terima kasih.

Datuk Haji Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

Terima kasih atas soalan daripada Yang Berhormat Pasir Mas. Laporan Ketua Audit bagi Tabung Haji pada tahun 2019 hanya mengesahkan bahawa penyata institusi ini bagi tahun tersebut menepati Akta Tabung Haji 1995 dan standard perakaunan negara. Ia suatu perkara yang normal kerana selama ini pun Ketua Audit memang mengesahkan penyata akaun Tabung Haji menepati akta dan standard perakaunan setiap tahun. Adapun bagi teguran Ketua Audit Negara ke atas Tabung Haji iaitu berlaku dua kali pada tahun 2017 dan 2018 iaitu sekali pada zaman BN dan sekali pada zaman PH. Tahun 2017, tegurannya adalah berkenaan kegagalan merekod rosot nilai RM270 juta, tetapi ia telah selesai dengan pertukaran polisi impairment yang diluluskan Menteri pada masa tersebut mengikut Akta Tabung Haji 1995. Tahun 2018, teguran datang sekali lagi adalah berkenaan ketidakyakinan Ketua Audit Negara dalam kemampuan UJSB membayar hutang sukuk sebanyak RM27.56 bilion dalam tempoh masa yang ditetapkan. Isu ini sebenarnya masih berlarutan. Dalam Laporan Tahunan Tabung Haji 2019, Yang Berhormat boleh merujuk kepada muka surat 148 pada perkara 10 yang menyatakan sukuk ini masih lagi tidak dijamin oleh kerajaan yang memberi risiko kepada Tabung Haji. Atas sebab itu, bagi menyelesaikan masalah yang berbangkit di bawah Kerajaan Pakatan Harapan dahulu, kerajaan telah bersetuju mengadakan Suruhanjaya Siasatan Diraja berkenaan Tabung Haji. Sebarang dapatan dan cadangan termasuklah jika ada

Datuk Haji Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

saranan bagi memberikan jaminan kerajaan ke atas sukuk ini akan diberi keutamaan oleh pentadbiran baharu. Walau bagaimanapun, kalau kita meneliti kepada pembentangan Bajet oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan pada tahun lalu, telah pun dinyatakan sebahagian daripada usaha untuk menyelesaikan isu berbangkit ini. Komitmen kerajaan untuk memastikan UJSB melaksanakan kewajipan kewangannya sehingga sukuk UJSB ditebus sepenuhnya telah diperkukuhkan melalui peruntukan dalam Belanjawan Persekutuan di bawah pelbagai suntikan modal sebanyak RM1.5 bilion yang telah diperuntukkan khas untuk UJSB bagi tahun 2021 seperti yang telah diterangkan oleh Menteri Kewangan semasa soal jawab Parlimen untuk Belanjawan Persekutuan pada 2021 pada 26 November 2020. Ini adalah sebahagian daripada effort ataupun usaha kerajaan hari ini bagi menyelesaikan kerja tidak selesai yang ditinggalkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan sebelum daripada ini. Sekian, wallahua’lam.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Timbalan Menteri.

Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Minta maaf, saya hendak teruskan kerana panjang masa diberikan.

Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan · question

4. Datuk Rozman bin Isli [Labuan] minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan pelan kementerian bagi membantu golongan penjaja yang terjejas di Labuan dan kaedah penyelesaian yang lebih mampan serta mampu melonjak kembali ekonomi domestik sesegera yang mungkin.

Datuk Seri Jalaluddin bin AliasUMNO · BNTimbalan Menteri Wilayah Persekutuan · Jelebu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sebagaimana yang kita sedia maklum, PKP sejak tahun 2020 sememangnya memberikan kesan kepada golongan penjaja dan tidak terkecuali bagi Wilayah Persekutuan Labuan. Saya hendak ucapkan terima kasih atas soalan Yang Berhormat Labuan yang berkaitan dengan penjaja di kawasan Labuan. Perbadanan Labuan telah mengambil dan merangka beberapa langkah untuk melaksanakan beberapa pelan dan inisiatif dalam usaha untuk membantu merangsang aktiviti-aktiviti ekonomi, khususnya golongan penjaja dan peniaga kecil sejak berlakunya pandemik tahun lalu.

Datuk Seri Jalaluddin bin AliasUMNO · BNTimbalan Menteri Wilayah Persekutuan · Jelebu

Usaha ini bukanlah berbentuk one-off tetapi merupakan satu usaha yang berterusan. Antara pelan tindakan yang telah dirancang, perancangan mampan yang akan dilaksanakan antaranya ialah Inisiatif Wilayah Bebas Berniaga. Seawal tahun 2020, inisiatif ini telah dijadikan sebagai pelan tindakan jangka pendek bagi membantu warga Wilayah Persekutuan termasuk penjaja yang terjejas punca pendapatan daripada pandemik ini. Di bawah inisiatif ini, usaha permohonan lesen penjaja dipermudahkan dan menetapkan syarat-syarat permohonan yang mudah dengan syarat penetapan lokasi yang tidak menimbulkan sebarang kacau ganggu lalu lintas masyarakat, penduduk setempat. Ini termasuk dalam soal penjagaan kebersihan di kawasan aktiviti penjaja akan terus dibenarkan. Inisiatif ini juga telah memudahkan dan membantu warga Labuan untuk berniaga termasuk bagi penjaja kecil. Bagi Wilayah Labuan ini untuk makluman Dewan yang mulia, terdapat 466 orang penjaja yang dilesenkan oleh perbadanan Labuan dan daripada jumlah tersebut, 162 orang penjaja adalah merupakan penjaja baharu yang berdaftar di bawah Inisiatif Wilayah Bebas Berniaga. Suka saya nyatakan pada pagi ini juga, Perbadanan Labuan telah memberikan pengecualian fi lesen penjaja bermula daripada Julai 2020 sehingga Disember 2021 yang

Datuk Seri Jalaluddin bin AliasUMNO · BNTimbalan Menteri Wilayah Persekutuan · Jelebu

melibatkan implikasi kewangan RM78,500. Di samping itu, bagi membantu penjaja Labuan, 460 ruang niaga di bawah pengurusan Perbadanan Labuan bagi tahun 2021 telah diberikan 50 peratus diskaun yang melibatkan kos hampir RM784,000 bagi keseluruhan Labuan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, selain daripada itu pihak Perbadanan Labuan telah menjalankan atau menaik taraf kawasan gerai penjaja di Patau-Patau dan Layang-Layangan kerana gerai yang berada sekarang ini adalah merupakan keadaan yang sangat daif. Perbadanan Labuan telah membelanjakan sejumlah peruntukan RM80,000 untuk menaik taraf 25 buah gerai bagi kemudahan penjaja di kawasan Labuan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sila soalan tambahan pertama Yang Berhormat Labuan.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Terima kasih. Kementerian Wilayah Persekutuan ini adalah kementerian bandar dan Labuan mempunyai 27 buah kampung. Kampung yang betul-betul kampung, bukan kampung seperti Kampung Baru atau Kampung Kerinchi di Kuala Lumpur. Jadi, terlalu banyak permohonan ketua-ketua kampung untuk infrastruktur kampung yang tidak dapat dilaksanakan. Longkang, jalan konkrit, paip yang sudah selalu pecah dan sebagainya. Jadi Kementerian Pembangunan Luar Bandar menyerahkan semua kepada Kementerian Wilayah. Kementerian Wilayah tidak mempunyai peruntukan yang cukup. Jadi, kami cuma mengharapkan lebihan yang tidak digunakan oleh KPLB Selangor yang tidak sampai RM1 juta pun setiap tahun untuk membantu Labuan. Jadi saya berharap Kementerian Wilayah dapat menyelesaikan masalah peruntukan untuk kampung-kampung di Labuan ini. Mohon jawapan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, menjawab satu minit.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Labuan. Mengikut pemahaman saya, daripada 27 buah kampung yang diberikan kepada lima zon di Labuan ini sememangnya memerlukan peruntukan infra untuk membantu golongan masyarakat di luar bandar di 27 buah kampung ini. Exercise yang kita jalankan sekarang ialah bantuan daripada peruntukan KPLB seperti kampung-kampung yang lain termasuk bantuan daripada KPKT dan mana-mana peruntukan kecemasan yang diperlukan oleh masyarakat 27 buah kampung ini akan menggunakan peruntukan geran khas daripada Yang Berhormat Menteri Kementerian Wilayah Persekutuan. Walau bagaimanapun saya mengambil kira pandangan Yang Berhormat Labuan untuk memperuntukkan bajet khas dalam peruntukan Kementerian Wilayah Persekutuan bagi menampung ataupun bagi memastikan kemudahan infra dan juga bantuan kepada 27 buah kampung ini akan dibincangkan dalam peruntukan bajet kementerian untuk tahun-tahun yang akan datang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih. Soalan tambahan kedua, saya jemput Yang Berhormat Pontian.

Ya terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Perkara yang ingin saya tanyakan ialah apakah bantuan lain kepada penjaja di wilayah selain dari Labuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dari segi pengurangan sewa premis perniagaan, dari segi kemudahan untuk mendapatkan lesen, daripada segi wilayah boleh berniaga tanpa kesukaran-kesukaran birokrasi yang sebagaimana yang telah dilakukan sebelum ini. Adakah ia akan diteruskan dan sehingga bila ia akan diteruskan? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Yang Berhormat Labuan, dan Yang Berhormat Pontian pun tanya. Saya sudah sebut tadi Tuan Yang di-Pertua, Program Wilayah Bebas Berniaga ini akan kita teruskan tetapi dengan syarat mestilah menjaga dalam soal lokasi dan juga tempat untuk mereka berniaga

supaya tidak mendatangkan kacau ganggu kepada penduduk, lalu lintas dan yang penting dalam soal kebersihan di tempat mereka berniaga, pertama. Keduanya, soal pengecualian 50 peratus premis-premis di bawah Kementerian Wilayah akan diteruskan mengikut keadaan dan tempoh-tempoh yang tertentu selagi kita dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan ataupun PKP untuk membantu golongan usahawan. Ketiganya, kementerian juga memperuntukkan bantuan antara RM5,000 ke RM10,000 sebagai inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama agensi- agensi di bawah kementerian untuk membantu peniaga-peniaga yang sangat terkesan hasil daripada pandemik COVID-19 ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Jerai.

Sabri bin AzitPAS · PNJerai · question

5. Tuan Sabri bin Azit [Jerai] minta Perdana Menteri menyatakan apakah langkah Kerajaan dalam membantu memulihkan kawasan dan mangsa yang terkesan daripada bencana banjir kepala air di Daerah Yan.

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNMenteri Alam Sekitar dan Air · Kubang Kerian

Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Tragedi yang berlaku pada 18 Ogos yang lalu telah pun mengakibatkan enam orang penduduk terkorban dihanyutkan arus deras, sebanyak 1,732 buah rumah yang mengalami kerosakan teruk dan 124 buah premis bersama dengan 14 pengusaha pelancongan desa yang sangat terkesan dengan tragedi tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat bahawa Kementerian Alam Sekitar dan Air melalui Jabatan Pengairan dan Saliran telah pun melaksanakan kerja-kerja pemulihan segera yang melibatkan peruntukan sejumlah RM2.2 juta yang melibatkan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan sungai serta pemuliharaan struktur pintu air di kawasan yang terjejas.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Menteri, saya minta supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjawabnya.

Saya diminta untuk jawab. Okey, sebab saya diminta untuk menjawab.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Tidak mengapa. Saya berikan kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Sila.

Minta maaf.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tidak pakat elok ini.

Pakat elok.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Teruskan Yang Berhormat Menteri.

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin AhmadUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) · Mersing

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat KASA kerana menjawab sebahagian daripada soalan yang memang ditujukan kepada Jabatan Perdana Menteri. Tidak mengapalah. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Jerai dan anggota Dewan, langkah Kerajaan Persekutuan dalam membantu kawasan dan juga mangsa yang terkesan ekoran daripada terjadinya kepala air yang berlaku pada 18 Ogos adalah seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sempena lawatan beliau pada 23 Ogos iaitu tiga hari selepas beliau mengangkat sumpah. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Soalan tambahan. Sila Yang Berhormat Jerai.

Tuan Sabri bin AzitPAS · PNJerai

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Tugas-tugas Khas atas penjelasan. Saya mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri langkah-langkah

Tuan Sabri bin AzitPAS · PNJerai

untuk menangani penempatan di tanah kerajaan di sepanjang sungai yang dilanda musibah banjir kilat terutama dalam Dun Gurun. Keduanya, Gunung Jerai sebahagian dari kawasan Jerai Geopark Kebangsaan yang juga kawasan pelancongan di negeri Kedah.

Tuan Sabri bin AzitPAS · PNJerai

Apakah perancangan kerajaan untuk membangunkan semula industri pelancongan di Gunung Jerai dan dalam kawasan yang ditimpa bencana? Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Menteri, satu minit.

Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Yang Berhormat Jerai bertanyakan mengenai satu, fasal rumah. Kedua, fasal infrastruktur pelancongan. Kalau kita lihat bila berlakunya bencana (disaster), tugas dan peranan pihak berwajib ini biasanya terbahagi kepada tiga, Tuan Yang di-Pertua. Satu, peranan Kerajaan Pusat. Kedua, peranan kerajaan negeri dan kadang- kadang peranan kerajaan tempatan (the third level of the government) yang juga akan melibatkan kementerian dan agensi-agensi yang lain. Sebagai contoh, rumah. Hendak buat rumah ini mesti ada tanah. Tanah ialah kuasa pihak negeri. Pengalaman- pengalaman lalu, jika ada kerjasama daripada kerajaan negeri, Kerajaan Pusat akan membantu. Jadi, terserah kepada Kerajaan Negeri Kedah dan juga Ahli Parlimen untuk membantu kita. Kedua, pelancongan ini dalam concurrent list. Jadi, kita akan bincang bagaimana Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) boleh berbincang dengan kerajaan negeri bagi membantu mereka yang terkesan ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Papar minta laluan. Papar, Papar.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Soalan tambahan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Soalan tambahan kedua, saya jemput...

Papar, Papar.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

KK.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Papar, sila Yang Berhormat Papar.

Papar.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Papar.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita bercerita fasal banjir, kawasan saya P.175–Papar, baru-baru ini mengalami banjir yang begitu teruk, yang tidak pernah berlaku selama ini, di mana banyak kampung yang terkesan buruk seperti Kampung Labar, Kampung Sumbiling, Kampung Surati, Kampung Ubai dan banyak kampung lain sehingga rumah mereka ada yang dibawa air. Lumpur-lumpur juga lebih daripada tiga kaki di dalam rumah. Jadi, mereka ini sangat-sangat mengalu-alukan bantuan daripada Kerajaan Persekutuan iaitu bantuan susulan. Jadi, apakah kerajaan akan bertindak secepat mungkin dalam perkara ini? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Papar. Sila Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, soalan Yang Berhormat Papar amat baik tetapi ia terkeluar daripada soalan asal. Saya akan jawab secara bertulis, minum kopi nanti saya beritahu dia.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, minta satu lagi soalan tambahan, negeri Kedah ini.

Tuan Yang di-Pertua, bolehkah satu lagi soalan tambahan? Merbok, Merbok, satu sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Saya bagi, pendek- pendek, jawapan ada masa sedikit. Saya bagi peluang kepada Yang Berhormat Jerlun.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Baru-baru ini bila berlakunya kepala air di Jerai, kita dapati jumlah air yang turun daripada gunung menyebabkan banjir yang begitu teruk di kawasan kaki gunung sehingga enam orang terkorban. Soalan tadi ialah berkenaan dengan apa kita hendak buat untuk rakyat di bawah? Akan tetapi soalan saya ialah mengenai Empangan Sabo di Tupah dan di Gurun yang perlu disegerakan pembinaannya dan juga kalau boleh dipasang sensor. Sekiranya berlaku hujan yang lebat, agar amaran boleh diberikan kepada penduduk di bawah itu untuk beredar dari kawasan perumahan. Bolehkah ini diberi perhatian?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Sila Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, soalan yang baik daripada Yang Berhormat Jerlun. Saya pasti Yang Berhormat Jerlun sewaktu menjadi Yang Amat Berhormat Menteri Besar sudah pun merencana pembangunan- pembangunan ini, malangnya Yang Berhormat Jerlun tidak dapat teruskan kerana kerajaan bertukar ketika itu. Cadangan-cadangan yang baik ini akan kita ambil maklum. Jabatan Perdana Menteri sebagai jabatan dan agensi yang menjadi koordinator di antara agensi-agensi dan jabatan-jabatan serta kementerian-kementerian bagi mengurus bencana ini. Terima kasih.

Chow Kon YeowDAP · PHBatu Kawan · question

6. Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong] minta Menteri Alam Sekitar dan Air menyatakan status pelaksanaan Fasa 2B dan 2C Empangan Mengkuang. Bilakah ia akan siap dan diserahkan sepenuhnya kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP). Jika ada kelewatan, jelaskan sebabnya.

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNMenteri Alam Sekitar dan Air · Kubang Kerian

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Fasa 2B merupakan kerja-kerja penyaluran air mentah daripada Stesen Pam Mat Sulung ke Terusan Sungai Dua dengan kos projek berjumlah RM32.38 juta. Untuk makluman Yang Berhormat, status terkini ialah surat setuju terima telah pun dikeluarkan pada 19 Mei 2021 dan tarikh milik tapak pada 1 Jun 2021. Pelaksanaan PKP 3.0 menyebabkan jadual asal siap yang dijadualkan pada 18 Oktober terpaksa diganjak pada 18 Disember 2022. Bagi melancarkan pelaksanaan projek ini, kementerian ingin mendapatkan kerjasama kerajaan negeri untuk memuktamadkan urusan pengambilan balik baki tiga lot tanah yang terlibat dengan jajaran paip. Ia akan dipasang dalam kontrak fasa 2B ini. Selain daripada itu, terdapat isu hak milik dan persempadanan tanah negeri yang dipajak kepada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. yang perlu juga diselesaikan oleh pihak kerajaan negeri bagi memuktamadkan kedudukan jajaran paip yang akan dipasang. Untuk makluman Yang Berhormat, di antara tanah yang timbul ialah ada satu lot tanah yang melibatkan hak milik lebih daripada 40 orang yang perlu diselesaikan. Saya minta bahawa kerajaan negeri boleh bantu. Berdasarkan status Empangan Mengkuang sebagai kolam takungan strategik, maka pelaksanaan pakej fasa 2C iaitu pembinaan

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNMenteri Alam Sekitar dan Air · Kubang Kerian

Rumah Pam Lahairoi, kementerian mendapati buat masa ini ia tidak diperlukan. Walau bagaimanapun, pada data awalan kajian pembinaan Baraj Rantau Panjang menunjukkan semasa musim kemarau, Sungai Muda tidak mempunyai kuantiti air yang mencukupi untuk membekalkan air ke Empangan Mengkuang. Juga untuk makluman Yang Berhormat, bahawa mengikut data yang ada pada kadar data per kapita penggunaan air Pulau Pinang juga sangat tinggi, 280 liter seorang berbanding dengan average kebangsaan 220 liter. Target kita pada tahun 2030 ialah 180 liter setiap orang. Jadi, itu antara perkara-perkara yang mungkin kita boleh usahakan ke arah penjimatan penggunaan air sendiri. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Soalan tambahan, sila Yang Berhormat Tanjong.

Tuan Chow Kon YeowDAP · PHTanjong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan, khususnya berhubung dengan fasa 2C, haruslah ditekankan bahawa fasa ini adalah sebahagian daripada Projek Empangan Mengkuang dan seharusnya dilaksanakan. Saya berharap kementerian akan meneruskan projek fasa 2C ini kerana adalah amat penting. Saya ingin meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, apa usaha kementerian dalam membantu negeri Pulau Pinang mendapat sumber air mentah tambahan sebagai persiapan untuk menghadapi keperluan air mentah pada tahun 2050? Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Menteri, satu minit.

Untuk makluman Yang Berhormat, bahawa fasa 2C iaitu pembinaan Rumah Pam Lahairoi berkapasiti 400 juta liter sehari. Berdasarkan hasil kajian yang kita buat, mendapati bahawa projek ini merupakan projek yang kita tangguh kerana keperluan untuk projek pembinaan fasa 2C ini sebenarnya tidak sangat mendesak kerana ia merupakan simpanan bagi Empangan Mengkuang. Di samping itu, beberapa perancangan di peringkat kementerian untuk menyelesaikan masalah sebagaimana yang kita telah bincangkan di peringkat awal. Antaranya ialah keperluan untuk mengadakan perundingan terus bersama dengan Kerajaan Negeri Perak yang saya fikir masih belum selesai untuk bekalkan air di kawasan tersebut. Pada waktu yang sama, pembinaan taps juga dalam kajian di peringkat kementerian sebagai penyelesaian. Untuk makluman, Pulau Pinang mempunyai reserve air di antara yang tertinggi, 30 peratus reserve margin berbanding negeri-negeri lain. Ada sesetengah negeri itu kosong reserve margin pun. Empangan Mengkuang ini sebenarnya empangan yang sebagai standby, backup kepada sistem bekalan air bagi Pulau Pinang. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Tuan Jugah a/k Muyang @ Tambat, Lubok Antu.

Tambat @ Jugah anak MuyangBEBASLubok Antu · question

7. Tuan Jugah anak Muyang @ Tambat [Lubok Antu] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan berikutan isu permohonan pinjaman/cagaran yang tidak layak ekoran status pemilikan tanah di bawah status tanah NCR bagi sektor sawit, bagaimanakah kementerian melihat isu ini dan apakah langkah terbaik yang boleh diambil bagi memudahkan proses permohonan geran kerajaan mahupun pinjaman daripada pihak bank oleh penduduk luar bandar.

Datuk Dr. Hajah Zuraida binti KamaruddinPKR · PHMenteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi · Ampang

Bismillahi Rahmani Rahim. Alhamdulillah, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Lubok Antu yang telah mengutarakan soalan nombor tujuh yang menunjukkan bahawa beliau sangat prihatin mengenai peladang-peladang sawit di kawasan di negeri Sarawak. Memandangkan Sarawak ialah penyumbang yang utama untuk pengeksportan sawit dan menyumbang sebanyak suku daripada eksport negara.

Datuk Dr. Hajah Zuraida binti KamaruddinPKR · PHMenteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi · Ampang

Jadi ini amat saya alu-alukan soalan ini agar dapat kita sama-sama membanteras isu-isu yang sedang melanda peladang-peladang sawit di negeri Sarawak khususnya. Jadi, alhamdulillah ketika ini kita mempunyai pekebun kecil berlesen di Sarawak adalah sebanyak 40,713 pekebun kecil yang berusaha dalam keluasan tanah sebesar 234,927 hektar. Daripada 40,713 pekebun kecil berlesen ini, 80 persen 32,570 hektar adalah di bawah tanah NCR. Sorry, 32,570 peladang yang merangkumi keluasan 127,942 hektar adalah di bawah tanah NCR. Jadi, isunya adalah pekebun kecil ini yang mengusahakan ladang sawit di negeri Sarawak ini mengusahakan ladang mereka di tanah NCR yang mana banyak isu-isu pertindihan, keluasan dan sebagainya dan tidak dapat dikeluarkan geran yang sahih untuk mereka mendapatkan pinjaman. Itu isu yang dibawa oleh Yang Berhormat Lubok Antu. Pinjaman untuk TSPKS iaitu pinjaman Tanaman Semula Pekebun Kecil Sawit dan pinjaman Input Pertanian Pekebun Kecil Sawit (IPPKS). Jadi, oleh sebab itu pada 9 September yang lepas, alhamdulillah saya telah bertemu dengan Chief Minister Sarawak untuk membincangkan isu ini. So, jadi negeri Sarawak tengah dalam berusaha untuk memastikan bahawa tanah-tanah NCR yang sudah boleh diberikan geran akan diusahakan dengan secepat mungkin dan juga insya- Allah kita akan meneruskan jawatankuasa yang bertindak. Sudah ada jawatankuasa itu tetapi tidak berfungsi, berhenti sebentar. Saya akan hidup balik jawatankuasa ini untuk melihatkan isu-isu peladang sawit NCR di kawasan negeri Sarawak. Menteri CM telah berjanji juga kerana di Sarawak mereka ada capping untuk menanam kelapa sawit. Jadi sudah bermula untuk mengalihkan aktiviti tanaman sawit di tanah-tanah NCR. Jadi, mereka akan serius untuk memastikan bahawa ladang-ladang sawit yang diusahakan penanaman di tanah-tanah NCR ini akan kita usahakan untuk secepat mungkin dikeluarkan geran-geran yang khusus untuk tanah-tanah mereka. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sila Yang Berhormat Lubok Antu, soalan tambahan pertama 30 saat.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Memandangkan kemusykilan tentang tanah NCR, kebanyakan adalah dalam seksyen 6. Kalau seksyen 6 dapat ditukar kepada seksyen 18, ini memudahkan lagi untuk pekebun-pekebun kecil di luar bandar untuk meluaskan lagi ataupun menanam bentuk sawit yang lebih besar lagi. Jadi, apakah kerajaan ada cadangan untuk menambahkan subsidi dalam bentuk anak benih, baja dan juga bentuk kewangan kepada pekebun-pekebun kecil khususnya di luar bandar? Terima kasih

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Lubok Antu. Sila Yang Berhormat Menteri, satu minit.

Yang Berhormat Lubok Antu, Tuan Yang di-Pertua, memandangkan bahawa kelapa sawit adalah satu komoditi yang penting dalam nilai eksport kita, sudah tentu KPPK akan mengambil berat dalam segi meningkatkan lagi penubuhan ataupun penanaman kelapa sawit ini untuk memberikan atau bawa lebih banyak lagi pendapatan kepada negara. Kita faham ada beberapa kategori tanah di NCR. Kalau kategori 1 hingga 3, itu boleh dipercepatkan kerana pemilik tanah kategori ini tiada masalah kerana jelas pemilikannya. Cuma untuk diberikan geran oleh kerajaan negeri. Akan tetapi kalau kategori 4 dan 5, dia harus melalui Jabatan Pertanian Sarawak dan di bawah one stop centre di bawah Kementerian Ministry of Modernisation of Agriculture, Native Land and Regional Development (MANRED). Jadi, ini mereka akan usahakan. Di peringkat KPPK memang berusaha untuk meningkatkan lagi tanaman ladang galian untuk menjadi pencapaian utama kita untuk memastikan bahawa komoditi negara kita terutamanya kelapa sawit ini akan menambahkan lagi pendapatan kepada negara. Insya-Allah. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya teruskan dengan menjemput Yang Berhormat Datuk Wira Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir, Temerloh.

Mohd Anuar bin Mohd TahirAMANAH · PHTemerloh · question

8. Datuk Wira Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir [Temerloh] minta Menteri Kanan Kerja Raya menyatakan mohon kementerian memberi maklum balas terkini status vaksinasasi kepada pekerja-pekerja tempatan dan asing di sektor pembinaan.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Pensiangan

Selamat pagi Yang Berhormat Temerloh, Tuan Yang di-Pertua. Sektor pembinaan merupakan salah satu sektor yang tersenarai sebagai perkhidmatan perlu atau essential services serta barisan hadapan ekonomi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan pandemik COVID-19. Antara sebab adalah kerana industri pembinaan merupakan ejen pengganda ekonomi bukan sahaja kepada ekosistem industri pembinaan itu sendiri, bahkan kepada 196 industri yang lain. Maka sektor ini harus digerakkan ke tahap yang optimum bagi memastikan kelangsungan ekonomi negara. Bagi memastikan sektor pembinaan dapat beroperasi semula serta tidak terjejas selama tempoh PKP, pendekatan proaktif telah diambil oleh Kementerian Kerja Raya dengan kerja sama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bagi meningkatkan kadar vaksinasi di kalangan pekerja tapak binaan. KKR melalui CIDB telah melaksanakan Program Vaksinasi Industri Pembinaan (CIVac) iaitu program vaksinasi khusus untuk pekerja industri pembinaan. Program ini telah dilancarkan pada 1 Julai 2021 dan dilaksanakan di lima buah negeri. Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) seperti berikut: (i) Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur; (ii) Kompleks Sukan Negara ataupun Panasonic Shah Alam, Selangor; (iii) Sunway Carnival Convention Centre di Seberang Jaya, Pulau Pinang; (iv) Grand DarulMakmur Hotel di Kuantan, Pahang; dan (v) Dewan Besar CIDB Negeri Johor. Sehingga 26 September 2021, seramai 102,802 orang pekerja industri pembinaan telah menerima vaksin di bawah program CIVac dengan pecahan seperti berikut. Bagi pekerja warganegara, seramai 44,534 orang menerima dos pertama dan daripada jumlah tersebut seramai 43,269 orang lengkap menerima dua dos suntikan. Manakala bagi pekerja yang bukan warganegara pula, seramai 58,268 orang telah menerima dos yang pertama dan daripada jumlah tersebut, seramai 56,498 orang lengkap menerima dua dos suntikan. Untuk maklumat Dewan yang mulia ini, data ini tidak termasuk bilangan pekerja industri pekerjaan yang telah menerima vaksin melalui program vaksinasi yang lain seperti Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan program vaksinasi yang dilaksanakan oleh kementerian-kementerian yang lain. Semua data pelaksanaan CIVac diselaraskan melalui sistem MySejahtera. Sekian dan terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan pertama, sila Yang Berhormat Temerloh.

Tuan Yang di-Pertua, sepertimana yang kita semua maklum bahawa pekerja Malaysia dan juga pekerja asing sama-sama berperanan dalam membangunkan negara. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Apakah langkah yang diambil oleh kementerian untuk mengatasi masalah kekurangan pekerja warga asing yang telah kembali ke negara asal mereka? Saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Sila nyatakan bilangan pekerja mahir yang telah terlatih oleh Akademi Binaan Malaysia (ABM) yang telah diresap

dalam universiti bagi mengisi kelompangan pekerja mahir akibat daripada warga asing yang telah kembali ke negara asal akibat COVID-19. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Ini soalan mempunyai dua bahagian. Pertama adalah berkaitan dengan pekerja warga asing. Untuk maklumat Dewan yang mulia ini, dasar berkenaan pengambilan pekerja asing sebenarnya adalah di bawah Kementerian Sumber Manusia dan juga di bawah Kementerian Dalam Negeri. Akan tetapi sekiranya permit kerja bagi pekerja asing yang telah lengkap divaksin dan telah tamat dan tidak disambung— maksud saya pas kerja mereka.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Mereka perlu balik ke negara asal bagi mematuhi syarat yang telah ditetapkan. Dalam hal ini, sekiranya pihak industri mengalami masalah mendapatkan pekerja asing, pihak industri seharusnya berusaha untuk mengajikan pekerja tempatan bagi memenuhi keperluan pekerjaan bagi memastikan bahawa sektor pembinaan negara boleh terus beroperasi. Berkaitan dengan bahagian kedua pula, tenaga buruh yang didaftar di bawah CIDB adalah hampir sebanyak 935,000. Maka dengan itu pihak CIDB akan sentiasa menjalankan latihan-latihan dan juga penguatkuasaan untuk memastikan bahawa semua tenaga buruh yang didaftar di bawah CIDB akan sentiasa memenuhi syarat dan juga memastikan bahawa QC sektor pembinaan di negara kita adalah pada tahap yang optimum mengikut syarat yang telah ditetapkan. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan yang kedua, saya menjemput Yang Berhormat Tumpat.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Selain daripada isu vaksinasi pekerja asing yang terdapat dalam sektor pembinaan, saya ingin mendapatkan penjelasan kementerian mengenai kewujudan kluster-kluster COVID-19 dalam sektor ini. Apakah tindakan yang diambil oleh kementerian jika wujudnya kes-kes kluster COVID-19 di sektor ini dan apakah kementerian meneliti adanya majikan yang menyembunyikan kes-kes positif kerana mahu mengelakkan sektor-sektor tersebut daripada ditutup. Mohon pandangan kementerian. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Timbalan Menteri.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Terima kasih Yang Berhormat satu soalan yang agak relevan dan juga penting. Bagi pihak kementerian melalui CIDB kita sentiasa menjalankan pemeriksaan ketat ke atas tapak-tapak pembinaan di seluruh negara untuk memastikan pematuhan SOP. Untuk makluman Yang Berhormat sehingga 26 September 2021 sebanyak 10,087 tapak pembinaan telah diperiksa oleh CIDB sejak 1 Jun 2021 dan daripada jumlah itu sebanyak 5,317 tapak pembinaan didapati beroperasi, manakala 4,770 tidak beroperasi, 416 tapak pembinaan diarah tutup berikutan kegagalan untuk mematuhi SOP dan 416 tapak yang telah ditutup sebanyak 232 tapak telah dibuka semula apabila kita mendapati mereka mula untuk mematuhi SOP tersebut. Jadi untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, kuasa untuk mengisytiharkan sekiranya satu tapak itu adalah kluster dan kuasa untuk menutup tapak itu adalah di bawah KKM tetapi CIDB juga mempunyai kuasa di bawah Akta 520 untuk mengenakan penalti sekiranya tapak pembinaan itu tidak memenuhi SOP. Operasi tersebut kita akan sentiasa laksanakan untuk memastikan SOP sentiasa dipatuhi untuk mengurangkan risiko penularan kes COVID-19 ditapak pembinaan di negara kita. Sekian dan terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Timbalan Menteri. Pertanyaan dan jawab lisan seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Lenggong.

Shamsul Anuar bin NasarahUMNO · BNLenggong · question

9. Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah [Lenggong] minta Perdana Menteri menyatakan berdasarkan keadaan dan situasi semasa pandemik COVID-19 di dalam negara, adakah kerajaan bercadang untuk melaksanakan PKP ‘Total Lockdown’ seperti yang telah dilakukan pada tahun 2020 bagi menurunkan bilangan kes positif.

Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd YazidUMNO · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) · Kuala Kangsar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Lenggong. Yang Berhormat sebarang pelaksanaan PKP diperketat atau lockdown bergantung kepada situasi mengambil kira penilaian risiko jangkitan COVID-19 oleh KKM meliputi kadar peningkatan kes, taburan kes positif, kepadatan penduduk, kewujudan tempat-tempat awam serta keadaan sosial demografi penduduk di mana penilaian risiko yang dibuat bagi setiap kawasan adalah berbeza-beza, Tuan Yang di-Pertua. Seperti yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa langkah mengurung rakyat tidak lagi dilihat sesuai, malah dikhuatiri mendatangkan lebih banyak implikasi termasuk kesihatan mental dan ekonomi. Pelaksanaan semua PKP termasuk PKP total lockdown memberi kesan yang sangat negatif kepada ekonomi negara. Oleh itu, kerajaan telah mempertimbangkan pendekatan baharu dalam menguruskan bilangan kes positif dapat masa yang sama berusaha untuk memulihkan kembali ekonomi negara. Kini fokus utama kerajaan adalah kepada Pelan Pemulihan Negara (PPN) secara berfasa dan hanya akan melaksanakan PKP diperketatkan berdasarkan lokaliti yang mempunyai kadar jangkitan setempat yang tinggi. Kadar vaksinasi turut dipertingkatkan Yang Berhormat bagi membantu mengurangkan kesan jangkitan kes harian yang tinggi.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila soalan tambahan.

Terima kasih jawapan Yang Berhormat Menteri. Saya hendak merujuk kepada kenyataan Yang Berhormat Pekan kerana beliau mencadangkan agar lockdown ketat, singkat antara lima atau tujuh hari dilaksanakan. Respons daripada Menteri kesihatan agak positif dan nyatakan bahawa pertimbangan sedang dibuat dan belum dimuktamadkan. Saya faham dan saya setuju dengan kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengurung rakyat memang tidak sesuai. Namun menjaga kepentingan rakyat lebih penting. Apakah cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Pekan tadi mungkin boleh dipertimbangkan agar pemutus litar ini bagi kita menyekat secara langsung kes-kes di lokaliti-lokaliti tertentu. Sejauh mana persiapan dan kesediaan kerajaan bagi memasuki fasa endemik ini seperti yang dirancang dan bagaimana kerajaan melalui MKN untuk memastikan supaya segala SOP, kelemahan-kelemahan yang berlaku dapat dibendung, mendidik rakyat untuk mematuhi segala peraturan kerana kita telah pun memulakan untuk rakyat sendiri untuk mematuhi SOP yang tertentu. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Lenggong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dua bahagian pertamanya fokus utama kerajaan adalah kepada PPN Yang Berhormat secara berfasa dan hanya dilaksanakan PKPD ataupun total lockdown ini berdasarkan lokaliti seperti yang saya sebutkan sebelum ini yang mempunyai kadar jangkitan yang setempat yang tinggi. Langkah membendung penularan COVID-19 menerusi kaedah pemutus litar atau perintah berkurung perlu diperhalusi dan mengambil kira kesannya terhadap kesihatan mental melainkan sosioekonomi rakyat. PKPD yang sedang dilaksanakan merupakan langkah yang efektif Yang Berhormat dan telah menunjukkan keberkesanannya dan membendung penularan jangkitan dan kita setuju dengan Yang Berhormat Pekan sekiranya ada sesebuah lokaliti itu memerlukan pemantauan pematuhan SOP yang ketat kita harus dijalankan. Sebarang

cadangan pelaksanaan kaedah atau circuit breaker harus diteliti dahulu bagi memastikan covid ini dapat diputuskan dan kadar vaksinasi harus ditingkatkan. Selain daripada, itu peralihan fasa pandemik ke fasa endemik selaras dengan hakikat bahawa virus ini telah wujud bersama-sama masyarakat. Kita harus teliti dan pihak kerajaan sedang meneliti bagi mengurangkan bilangan SOP yang sedia ada kepada 10 SOP sejajar dengan pengumuman Yang Berhormat Menteri Kanan Pertahanan pada 14 September 2021 ia dijangka dapat diselesaikan sebelum peralihan ke fasa endemik. Pihak kerajaan juga sentiasa mengambil iktibar dan menambah baik kaedah penyelarasan pelaksanaan SOP supaya ia tidak menyusahkan rakyat dan mudah difahami. Rakyat juga diharapkan dapat terus mengamalkan normal baharu dengan protokol kesihatan yang telah ditetapkan secara self-responsibility dengan izin. Akhir sekali semestinya kadar vaksinasi diharapkan akan mencapai 90 peratus populasi dewasa dalam tempoh dua atau tiga minggu ini sekali gus membolehkan negara beralih ke fasa endemik. Terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Timbalan Menteri. Soalan tambahan yang kedua saya menjemput Yang Berhormat Padang Serai.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan Timbalan Menteri. Soalan saya, apakah langkah kerajaan dalam membantu peniagaan kecil untuk hidup kembali di saat kes baru masih tidak terkawal. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri.

Yang Berhormat Padang Serai soalan-soalan Yang Berhormat itu sebenarnya boleh dijawab depending on di mana peniaga-peniaga kecil itu berada. Sekiranya berada di kawasan kerajaan tempatan semestinya di bawah KPKT dan juga di bawah Kementerian Usahawan dan juga hal-hal di kampung-kampung, peniaga-peniaga kecil di kampung juga di bawah agensi-agensi tertentu.

Akan tetapi dalam masa yang sama Yang Berhormat, saya berasa kita harus melihat kepada norma-norma baharu yang mesti dianjurkan di kalangan masyarakat. Selagi rakyat tidak memahami itu, apa sahaja perniagaan ataupun hal-hal berkaitan sosial rakyat, susah untuk dijalankan dengan selamat. Jadi saya menganjurkan di sini kepada Yang Berhormat Padang Serai dan juga sahabat-sahabat Ahli-ahli Parlimen semua bahawa kita memperkasakan usaha di bawah Kementerian Tugas-tugas Khas iaitu Program Agen Basmi COVID-19 (ABC-19). Saya ingin membaca sedikit perkara ini iaitu ia dilaksanakan di bawah Program PEMERKASA yang Komuniti bertujuan untuk meningkatkan usaha komuniti dalam menangani ancaman penularan COVID-19. Kepimpinan komuniti seperti penghulu, ketua kampung, ketua-ketua agama, ketua rumah panjang, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli, semua harus mengambil bahagian. Itu yang penting Yang Berhormat iaitu rakyat harus memahami, harus membudayakannya dan harus menghayati dan hidup dalam keadaan norma baharu ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertanyaan jawab lisan seterusnya saya ingin menjemput...

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Puan Hajah Fuziah binti Salleh, Kuantan.

Fuziah binti SallehPKR · PHKuantan · question

10. Puan Hajah Fuziah binti Salleh [Kuantan] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan sama ada benar lesen pengoperasian kilang Lynas telah disambung sehingga bulan Mac 2022. Sekiranya benar, apakah rasional di sebalik keputusan tersebut.

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ HashimPAS · PNTimbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Kuala Terengganu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuantan atas soalan yang dibangkitkan. Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan soalan berkenaan adalah tidak benar lesen pengoperasian kilang Lynas telah disambung sehingga bulan Mac 2022 kerana tempoh lesen sedia ada syarikat Lynas Malaysia Sdn. Bhd masih berkuat kuasa daripada 3 Mac 2020 sehingga 2 Mac 2023. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Soalan tambahan, sila Yang Berhormat Kuantan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin merujuk kepada kenyataan Yang Berhormat Menteri MOSTI pada 14 Januari 2021 yang mengatakan bahawa Lynas diberi tarikh penangguhan sehingga 2 September 2021 sebagai syarat untuk membina tapak pelupusan kekal. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Sekiranya Lynas gagal maka lesen Lynas akan ditamatkan tetapi Yang Berhormat Menteri baru-baru ini dan dalam Dewan menyatakan bahawa syarat itu sudah pun dipanjangkan kepada bulan Mac untuk membina PDF. Saya tahulah Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi main dengan lesen dan syarat untuk bina PDF. Yang Berhormat Timbalan Menteri saya ingin bertanya, apabila Lynas diberi syarat di awal dahulu untuk beroperasi, mereka diberi syarat bahawa mereka boleh mengitar semula, water leach purification solid waste mereka ataupun sisa radioaktif mereka, failing which dengan izin Tuan Yang di-Pertua, mereka perlu buat PDF, failing which mereka perlu hantar sisa yang terkumpul sebanyak 850,000 metrik tan itu balik ke Australia. Saya hendak tanya kerajaan pada hari ini, adakah kerajaan serius untuk tamatkan lesen sekiranya Lynas gagal tepati syarat? Lynas gagal, ternyata gagal, akan tetapi kerajaan sambung lesen. Sambung lesen pengoperasian walaupun sudah kata kalau tidak buat sebelum 2 September, akan tamatkan lesen tetapi sambung juga. Saya hendak tahu serius atau tidak hendak bagi terus beroperasi dan serius atau tidak hendak suruh hantar balik ke Australia kalau gagal juga buat PDF? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat, silakan.

Terima kasih di atas soalan Yang Berhormat. Memang benar pada 20 Ogos 2021, Lembaga Pelesenan Tenaga Atom telah meluluskan permohonan pihak Lynas untuk menangguhkan pembinaan kemudahan pelupusan kekal, permanent disposal facility sehingga 2 Mac 2022. Kelulusan ini mengambil kira justifikasi pertamanya, lokasi tapak cadangan bagi pembinaan PDF yang asal di Bukit Ketam, Kuantan telah tidak dipertimbangkan. Susulan itu, isu status tanah hutan simpan di Bukit Ketam masih belum diselesaikan dan Lynas memerlukan masa untuk mendapatkan kelulusan bagi tapak baharu untuk pembinaan PDF daripada kerajaan Negeri Pahang. Bagi meluluskan perancangan pembinaan PDF di tapak baharu, kajian melibatkan pelbagai aspek teknikal dan perundangan yang berkuat kuasa perlu dilaksanakan semula di tapak tersebut. Pelaksanaan PKP mengehadkan aktiviti pemonitoran dan makmal analisa serta kajian semula bagi penempatan tapak cadangan

bagi penggunaan PDF yang baharu. Perkara-perkara berkaitan peruntukan di bawah pihak berkuasa berkenaan selain Akta Pelesenan Tenaga Atom. Walaupun tarikh pembinaan PDF dilanjutkan, Lynas masih lagi tertakluk di bawah syarat-syarat yang telah ditetapkan terdahulu iaitu Lynas hendaklah memastikan PDF yang dibina hanya menempatkan residue water leach purification (WLP) yang sedia ada dan residue WLP yang akan dihasilkan oleh Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) sehingga Julai 2023. Pemegang lesen hendaklah memastikan bahawa loji cracking and leaching di luar negara beroperasi sebelum Julai 2023. Selepas tempoh tersebut, pemegang lesen tidak lagi dibenarkan untuk mengimport bahan mentah yang mengandungi bahan radioaktif semula jadi naturally occurring radioactive material (NORM) ke Malaysia. Pemegang lesen juga tidak lagi dibenarkan menghasilkan residue WLP di Lynas Advanced Material Plant (LAMP) selepas pemindahan proses cracking and leaching ke luar negara. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, soalan tambahan nombor dua?

Kuala Krai.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Setiu.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya, siapakah pihak ketiga yang bebas yang dilantik untuk melaksanakan penilaian ke atas kemajuan pembinaan kemudahan pelupusan kekal ini?

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Untuk makluman Yang Berhormat, Lembaga Pelesenan Tenaga Atom telah mensyaratkan agar Lynas melantik pihak ketiga yang bebas independent third party untuk melaksanakan penilaian berkala untuk melaksanakan penilaian berkala ke atas kemajuan pembinaan PDF dan mengemukakan Laporan Penilaian tersebut kepada lembaga. Buat masa ini kelulusan bagi tapak PDF masih di peringkat penilaian oleh pihak berkuasa yang berkaitan dan reka bentuk PDF masih belum diluluskan. Pelantikan pihak ketiga yang bebas akan dilakukan oleh Lynas selepas kedua-dua proses tersebut selesai. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, ada sedikit masa untuk soalan nombor tiga kalau ada? Kalau tidak ada Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pada hari ini. Terima kasih semua pada Yang Berhormat. Ada Usul Yang Berhormat Menteri? [Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan Tamat]

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku JaafarPBB · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) · Santubong

Tuan Yang di-Pertua: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan pada jam 1 tengah hari dan diteruskan sehingga selesai pembentangan Usul Rancangan Malaysia Ke-12 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Selasa 28 September 2021.”

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, ada yang menyokong?

Datuk Seri Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri Tenaga dan Sumber Asli · Kota Bharu

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon sokong usul tersebut.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Usul — Rancangan Malaysia Kedua Belas (2021-2025)Motion

Dato’ Sri Ismail Sabri bin YaakobUMNO · BNYang Amat Berhormat Perdana Menteri · Bera

Terima kasih Tuan yang di-Pertua. Saya akan membentangkan usul dan meneruskan dengan penjelasan tentang usul itu. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh serta salam sejahtera dan salam Keluarga Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, dengan penuh takzim saya berdiri di dalam Dewan yang mulia ini untuk mengemukakan usul seperti berikut; “(a) BAHAWA Dewan ini, menyedari akan cabaran untuk memulih serta menjana semula ekonomi negara bagi mencapai pertumbuhan yang mampan, dengan mengambil kira landskap sosioekonomi pasca COVID-19 dan pencapaian Rancangan Malaysia Kesebelas (2016-2020); merestui usaha kerajaan untuk merancang dan melaksanakan agenda pembangunan negara yang mampan selaras dengan semangat Keluarga Malaysia, aspirasi Wawasan Kemakmuran Bersama (2030) dan Agenda Pembangunan Mampan (2030); dan meluluskan Rancangan Malaysia Kedua Belas bagi tempoh 2021 hingga 2025 yang menetapkan hala tuju strategik bagi mencapai objektif “Malaysia Makmur, Inklusif, Mampan” dengan memberi tumpuan kepada usaha untuk merancakkan kembali pertumbuhan ekonomi, memastikan kemakmuran negara dapat diagihkan secara lebih adil dan saksama serta mengekalkan kelestarian alam sekitar, menurut Kertas Perintah CMD. 1 Tahun 2021; dan

Dato’ Sri Ismail Sabri bin YaakobUMNO · BNYang Amat Berhormat Perdana Menteri · Bera

(b) BAHAWA dalam meluluskan Rancangan Malaysia Kedua Belas, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya berusaha dengan sepenuh komitmen dan iltizam yang jitu untuk membangunkan negara secara mampan bagi membolehkan setiap ahli Keluarga Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan kaum menikmati taraf hidup yang wajar". Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya membentangkan Rancangan Malaysia Kedua Belas (2021-2025) untuk dibahaskan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini. “Keluarga Malaysia: Makmur, Inklusif, Mampan”. Alhamdulillah, dipanjatkan syukur ke hadrat Allah SWT dengan izin dan rahmat-Nya jua pada hari ini saya dapat membentangkan dasar penting yang ditunggu-tunggu iaitu Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021-2025 (RMKe-12). Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada mantan Perdana Menteri, Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin Pagoh, [Tepuk] yang telah terlibat dalam penyediaan awal Dokumen RMKe-12. RMKe-12 ini digubal ketika dunia sedang mengharungi cabaran getir pandemik COVID-19. Ramai dalam kalangan kita ‘Keluarga Malaysia’ yang terkesan. Dalam persekitaran dan kebiasaan baharu ini, ada yang hilang nyawa dan pekerjaan. Demi kelangsungan hidup, ada di antara kita yang terpaksa menceburi bidang kerja yang baharu atau melakukan sebanyak dua pekerjaan dalam satu masa. Takziah kepada ahli keluarga, mangsa-mangsa yang meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19. Marilah kita berdoa semoga usaha membendung pandemik ini dirahmati dan situasi ini dapat ditangani serta berakhir dengan segera. Selama hampir dua tahun negara dan seluruh dunia menghadapi krisis kembar iaitu kesihatan dan ekonomi terburuk akibat pandemik COVID-19. Dalam tempoh itu, para petugas di barisan hadapan telah berusaha memerangi pandemik dengan semangat tinggi tanpa mengira penat lelah. Kita semua terhutang budi kepada petugas barisan hadapan yang komited melaksanakan tanggungjawab memerangi kemelut pandemik ini. [Tepuk] Jutaan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan. Anda adalah wira Keluarga Malaysia. [Tepuk] Penularan pandemik ini, turut memberi impak kepada ekonomi global pada tahun 2020 dengan penguncupan pada kadar 3.2 peratus berbanding pertumbuhan sebanyak 2.8 peratus pada tahun 2019. Semua sektor mengalami kesan yang ketara terutama perkhidmatan berkaitan pelancongan dan penerbangan. Ini menyebabkan peningkatan kadar pengangguran dan kemiskinan global. Bank Dunia menganggarkan berlaku peningkatan penduduk miskin tegar dunia dengan jumlah tambahan seramai 97 juta orang pada tahun 2020. Malaysia juga tidak terkecuali menerima kesan pandemik ini mengimbas pencapaian dalam tempoh RMKe-11 iaitu tahun 2016 hingga tahun 2020. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang pada kadar purata 2.7 peratus setahun, kurang daripada sasaran asal. Ini disebabkan penguncupan ketara sebanyak 5.6 peratus pada tahun 2020 meskipun negara mencapai pertumbuhan lebih tinggi sebanyak 4.9 peratus setahun dalam tempoh empat tahun pertama RMKe-11. Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita mencapai RM42,500 atau USD10,100 pada tahun 2020. Nilai ini adalah sebanyak 20 peratus lebih rendah daripada ambang pendapatan untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi. Dalam RMKe-11, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM248.5 bilion untuk tujuan pembangunan. Ini merangkumi perbelanjaan untuk sektor ekonomi sebanyak 58 peratus, sosial sebanyak 26 peratus, keselamatan dan pertahanan sebanyak 11 peratus dan pentadbiran am sebanyak lima peratus. Bagi sektor ekonomi, perbelanjaan terbesar adalah untuk penyediaan infrastruktur dan utiliti asas. Daripada perbelanjaan ini, sebanyak 46 peratus diagihkan pada enam buah negeri yang memerlukan lebih tumpuan iaitu Kedah, Kelantan, Perlis, Sabah, Sarawak dan Terengganu.

Dato’ Sri Ismail Sabri bin YaakobUMNO · BNYang Amat Berhormat Perdana Menteri · Bera

Pandemik COVID-19 juga telah menjejaskan kedudukan kewangan negara. Pada tahun 2020, defisit fiskal melebar kepada 6.2 peratus daripada KDNK. Jumlah hutang statutori Kerajaan Persekutuan berada pada tahap 57.9 peratus pada KDNK. Saya sedar Keluarga Malaysia meletakkan harapan yang tinggi kepada kerajaan untuk menangani krisis kesihatan dan ekonomi. Kerajaan banyak menerima cadangan daripada orang ramai, rakan-rakan Yang Berhormat Ahli-ahli Parlimen dan kerajaan negeri. Namun, oleh kerana keperluan yang amat besar untuk melindungi nyawa dan kehidupan pada tahun 2020 dan tahun 2021 ruang bagi melaksanakan projek pembangunan adalah amat terhad. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga tahun hadapan.

Dato’ Sri Ismail Sabri bin YaakobUMNO · BNYang Amat Berhormat Perdana Menteri · Bera

Oleh itu, peruntukan pembangunan kerajaan lebih ditumpukan kepada projek sambungan. Insya-Allah, kita menjangkakan kedudukan kewangan kerajaan akan bertambah baik pada tahun 2023, apabila ekonomi semakin kukuh. Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM400 bilion untuk membiayai projek sambungan dan projek baharu di bawah RMKe-12. Kita harus yakin seperti dalam Surah Al-Insyirah, ayat lima. “Sesungguhnya, sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. Tuan Yang di-Pertua, semenjak 64 tahun negara mencapai kemerdekaan, kerajaan telah melaksanakan beberapa dasar jangka panjang yang kejayaannya sedang kita nikmati pada hari ini. Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan dengan ketara dan menyusun semula masyarakat. Wawasan 2020 yang merangkumi Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000), Dasar Wawasan Negara (2001-2010), Dasar Transformasi Negara (2010-2020) telah meletakkan asas untuk Malaysia mencapai negara maju dan berpendapatan tinggi. Seterusnya, Wawasan Kemakmuran Bersama (2030), telah dilancarkan pada bulan Oktober 2019. Pelan Pembangunan Lima Tahun, telah bermula pada tahun 1956. Pelan ini memperincikan strategi dan inisiatif dalam menentukan keutamaan program dan projek yang dilaksanakan kerajaan. RMKe-12, yang saya bentangkan pada hari ini adalah perancangan penting sebagai pelengkap kepada Pelan Pemulihan Negara. Ia bagi mengembalikan semula momentum pertumbuhan ekonomi serta mencapai matlamat pembangunan jangka panjang. Alhamdulillah, sejumlah lapan pakej bantuan dan rangsangan ekonomi yang bermula pada 27 Mac 2020, telah berjaya menstabilkan ekonomi negara. KDNK kembali berkembang sebanyak 16.1 peratus pada suku kedua tahun 2021, setelah menguncup pada empat sukuan sebelum ini. Tuan Yang di-Pertua, RMKe-12 ini dengan matlamat 'Keluarga Malaysia-Makmur, Inklusif, Mampan', akan membolehkan kita semua menikmati taraf hidup yang lebih baik. Semua strategi dan inisiatif juga sejajar dengan Agenda 2030, bagi pembangunan mampan yang dipersetujui oleh semua Ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2015. Kita mahu memacu Keluarga Malaysia ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi serta kalis cabaran pada masa hadapan. Namun, pencapaian ini tidak bermakna jika masih ada yang terpinggir daripada arus pembangunan. Kita mahu hidup bahagia bersama-sama sebagai satu keluarga tanpa mengira tahap pendapatan, agama, bangsa dan kaum. Dalam melaksanakan pembangunan kelestarian alam perlu menjadi agenda utama negara kerana ia akan diwarisi oleh generasi masa hadapan. Tuan Yang di-Pertua, RMKe-12 merupakan pelan pembangunan menyeluruh yang akan memperkenalkan beberapa pembaharuan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan dengan pengagihan peluang dan hasil yang lebih saksama. Bagi tujuan ini, tiga tema dan empat pemangkin dasar serta 14 pemacu perubahan diperkenalkan dalam RMKe-12. Kerajaan mengambil pendekatan keseluruhan negara atau dengan izin, whole-of-nation approach yang melibatkan seluruh jentera dan agensi kerajaan, industri serta masyarakat dalam misi tunggal untuk melaksanakan pembaharuan.

Dato’ Sri Ismail Sabri bin YaakobUMNO · BNYang Amat Berhormat Perdana Menteri · Bera

Tujuan pembaharuan ini bukanlah untuk menjana kekayaan negara semata-mata, sebaliknya, untuk menangani beberapa cabaran struktur ekonomi, menyediakan tenaga kerja masa hadapan, meningkatkan kesejahteraan Keluarga Malaysia dan merapatkan jurang pembangunan antara wilayah. Di samping itu, ia juga bagi memastikan pelaksanaan kaedah yang lebih berkesan dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Insya-Allah, dengan terlaksananya pembaharuan ini pada tahun 2025, Malaysia akan menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dan mempunyai kualiti hidup yang lebih baik. Kita juga berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berteknologi tinggi. Secara terperinci, saya ingin berkongsi beberapa matlamat utama dalam tempoh RMKe-12: (i) pertumbuhan KDNK disasarkan pada kadar 4.5 peratus sehingga 5.5 peratus setahun dalam tempoh 2021-2025; (ii) pendapatan isi rumah dianggarkan sebanyak kira-kira RM10,000 sebulan pada tahun 2025; (iii) jurang KDNK per kapita antara wilayah tengah dan Sabah dikurangkan kepada 1:2.5 manakala bagi Sarawak dikurangkan kepada 1:1.2 pada tahun 2025; dan (iv) pengurangan intensiti pelepasan gas rumah kaca atau dengan izin, greenhouse gas (GHG) sebanyak 45 peratus pada KDNK pada tahun 2030 dan berdasarkan intensif pelepasan pada tahun 2005, sejajar dengan Perjanjian Paris 2015. Seterusnya, saya ingin memberikan pencerahan kepada sembilan fokus utama RMKe-12 seperti berikut: (i) merancakkan pertumbuhan ekonomi; (ii) memperkukuh pemangkin pertumbuhan; (iii) meningkatkan kesejahteraan Keluarga Malaysia; (iv) memantapkan keselamatan dan ketenteraman awam; (v) membasmi kemiskinan tegar dan merapatkan jurang pendapatan; (vi) memperkasa Agenda Bumiputera dan Keluarga Malaysia; (vii) melonjakkan pembangunan Sabah, Sarawak dan negeri-negeri kurang membangun; (viii) mempercepat pertumbuhan hijau; dan (ix) meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam dan memastikan pelaksanaan dasar yang berkesan. Tuan Yang di-Pertua, fokus pertama, merancakkan pertumbuhan ekonomi. Fokus pertama ini tertumpu kepada usaha mengembalikan semula momentum pertumbuhan kesemua sektor ekonomi dan mewujudkan sumber pertumbuhan baharu. Pertumbuhan beberapa industri yang strategik dan berimpak tinggi iaitu elektrik dan elektronik, perkhidmatan global, aeroangkasa, industri halal, kreatif, pelancongan, biojisim dan aktiviti pertanian pintar akan dilonjakkan. Transformasi perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) juga akan di perkasa. Pertumbuhan sektor perkhidmatan akan disokong oleh strategi pemodenan sektor untuk menjadi hab perkhidmatan serantau. Dalam hal ini, dasar dan perundangan yang jelas serta persekitaran perniagaan yang kondusif akan diwujudkan bagi menggalakkan lagi pelaburan yang berkualiti.

Dato’ Sri Ismail Sabri bin YaakobUMNO · BNYang Amat Berhormat Perdana Menteri · Bera

Selaras dengan perkembangan revolusi perindustrian keempat atau dikenali sebagai 4IR, sektor pembuatan dijangka beralih kepada pengeluaran produk yang

Dato’ Sri Ismail Sabri bin YaakobUMNO · BNYang Amat Berhormat Perdana Menteri · Bera

mempunyai nilai ditambah yang tinggi dan industri Malaysia menjadi pemain penting dalam rantaian nilai global. Sektor pertanian akan dipergiatkan dengan menggunakan teknologi pintar untuk meningkatkan produktiviti dan mengukuhkan tahap sekuriti makanan negara. Sektor pembinaan akan dirancakkan dengan penggunaan teknologi termaju merangkumi realiti terimbuh (augmented reality) dan realiti maya (virtual reality) sejajar dengan Pelan Strategik Pembinaan 4.0 bagi meningkatkan lagi kecekapan dan produktiviti. Sektor perlombongan akan memberi penekanan kepada pengeluaran mineral diproses yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi, aktiviti perlombongan yang lestari dan penghasilan bahan mineral baharu. Pertumbuhan produktiviti akan dilonjakkan melalui aktiviti penyelidikan dan inovasi, penggunaan teknologi termaju di samping mengurangkan kebergantungan kepada buruh kurang mahir. Perdagangan antarabangsa akan diperkukuh dengan mengenal pasti pasaran dan produk baharu, menambah baik kecekapan fasiliti perdagangan dan meningkatkan daya saing industri eksport utama. Selain daripada itu, kerjasama perdagangan akan digalakkan melalui ratifikasi perjanjian perdagangan bebas (FTA) baharu seperti, dengan izin, Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP). Kerajaan mahu melihat sektor swasta kembali memainkan peranan lebih besar bagi membantu negara memacu pertumbuhan ekonomi. Sehubungan dengan itu, saya memberi jaminan bahawa kerajaan akan mengurangkan kerenah birokrasi, menyediakan infrastruktur yang berkualiti dan berdaya harap, memperkukuh ekosistem bagi menyokong pelaburan swasta dan membangunkan tenaga kerja mahir. Dasar Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) akan dijadikan kerangka utama bagi menarik pelaburan berkualiti dan meletakkan Malaysia sebagai hab pelaburan di rantau ini. Insentif sedia ada akan disemak semula untuk memberi fokus kepada pelaburan yang berasaskan teknologi termaju dan memenuhi aspek kelestarian alam sekitar. Ini akan dapat menyokong hasrat negara untuk mempercepatkan peralihan kepada industri berteraskan pembuatan termaju (advanced manufacturing) tanpa menjejaskan alam sekitar. Tuan Yang di-Pertua, PMKS merupakan tulang belakang kepada ekonomi negara. Pada akhir tahun 2020, bilangan PMKS dianggarkan hampir 1.2 juta bersamaan dengan 97.2 peratus daripada keseluruhan jumlah perusahaan. Namun, sebahagian besar PMKS masih kurang berdaya saing dan perlu diperkasa semula setelah terjejas akibat pandemik. Oleh itu, kerajaan komited untuk terus membantu dan menyokong pemulihan PMKS. Pada masa yang sama, PMKS digalakkan untuk meneruskan agenda transformasi digital bagi memacu pertumbuhan dalam norma baharu pasca pandemik. Sukacita saya maklumkan kerajaan telah bersetuju meluluskan beberapa program dan projek utama untuk dilaksanakan dalam RMKe-12 bagi melonjakkan pertumbuhan sektor dan industri strategik. Antaranya ialah dana pinjaman pelaburan penyelidikan dan pembangunan bidang aeroangkasa, elektrik dan elektronik, penubuhan, dengan izin, Center Of Excellence For Future Industry, dana harta intelek dan skim pembiayaan mudah bagi pendigitalan dan penerima gunaan teknologi untuk menyokong syarikat tempatan beralih kepada teknologi termaju. Dengan terlaksananya beberapa perancangan ini, saya percaya kita akan dapat mencapai sasaran pertumbuhan purata sektor perkhidmatan sebanyak 5.2 peratus, pembuatan sebanyak 5.7 peratus, pertanian sebanyak 3.8 peratus, perlombongan dan pengkuarian sebanyak 2.6 peratus serta pembinaan sebanyak 4.2 peratus dalam tempoh RMKe-12. Sektor pelancongan yang paling terjejas berikutan pandemik dijangka akan pulih dengan sasaran pertumbuhan sebanyak 3.8 peratus. PMKS pula dijangka dapat menyumbang sebanyak 45 peratus kepada KDNK dan 25 peratus daripada jumlah eksport pada tahun 2025.

Dato’ Sri Ismail Sabri bin YaakobUMNO · BNYang Amat Berhormat Perdana Menteri · Bera

Tuan Yang di-Pertua, fokus kedua, memperkukuh pemangkin pertumbuhan. Untuk Malaysia menjadi negara berpendapatan dan berteknologi tinggi, kita tiada pilihan selain menerima guna teknologi baharu dan berusaha mencipta serta membangunkan teknologi sendiri. Kita juga perlu memastikan infrastruktur diperkukuh dan bakat masa hadapan dibangunkan untuk memangkinkan pertumbuhan ekonomi. Langkah mempercepatkan penggunaan teknologi dan inovasi akan ditumpukan kepada pendigitalan dan teknologi termaju termasuk teknologi 4IR. Pada tahun ini, kerajaan telah melancarkan agenda MyDIGITAL dan diikuti dengan Dasar 4IR Negara. Perancangan dasar pelaksanaan serta pemantauan inisiatif 4IR dan pendigitalan negara diselaraskan melalui Majlis Ekonomi Digital dan 4IR Negara. Kerajaan menerajui agenda ini melalui inisiatif pendigitalan sektor awam dan transformasi PMKS. Penyediaan infrastruktur digital melibatkan pelaburan sektor awam dan swasta bernilai RM23 bilion bagi menambah baik rangkaian 4G sedia ada. Bagi mempercepatkan pelaksanaan 5G di seluruh negara, sebanyak RM15 bilion lagi akan dilabur oleh sektor swasta. Projek Pembangunan Identiti Digital Nasional sedang dilaksanakan bagi mewujudkan platform pengesahan identiti serta perakuan elektronik yang selamat dan dipercayai. Kita sedar teknologi digital telah banyak mencorak kehidupan kita pada masa kini. Pembelajaran anak-anak kita telah terganggu disebabkan kekurangan peralatan dan akses kepada teknologi. Oleh itu, kerajaan komited untuk meningkatkan infrastruktur dan perkhidmatan digital bagi menangani pelbagai jurang digital.

Dato’ Sri Ismail Sabri bin YaakobUMNO · BNYang Amat Berhormat Perdana Menteri · Bera

Pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) bakal menyediakan 100 peratus liputan 4G di kawasan berpenduduk, liputan 5G yang lebih luas dan jalur lebar talian tetap kepada sembilan juta premis menjelang tahun 2025. Sehingga bulan Ogos 2021, sebanyak 94 peratus kawasan berpenduduk telah mendapat liputan 4G. Kelajuan perkhidmatan jalur lebar mudah alih pula telah mencapai 29.1 megabit sesaat dan lebih 6,000 premis telah mendapat akses kepada perkhidmatan jalur lebar talian tetap. Rangkaian teknologi 5G akan dilancarkan pada penghujung tahun 2021. Pelbagai inisiatif pendigitalan ini dijangka menyokong pencapaian sasaran 25.5 peratus sumbangan ekonomi digital kepada KDNK pada tahun 2025. Kerajaan menyedari ekonomi gig merupakan sumber penting pertumbuhan ekonomi. Ia telah membuka ruang yang lebih besar kepada rakyat untuk menambah pendapatan termasuk menawarkan perkhidmatan menggunakan platform digital seperti e-hailing dan p-hailing. Kerajaan akan mewujudkan ekosistem yang menyokong perkembangan ekonomi gig bagi menggalakkan rakyat memanfaatkan sepenuhnya peluang ini. Selain daripada itu, usaha akan dipergiat untuk mengakreditasi platform tempatan berdasarkan piawaian industri ekonomi perkongsian antarabangsa bagi meningkatkan daya saing pada peringkat global. Satu rangka kawal selia sedang disediakan bagi memastikan penyedia platform, pekerja dan pengguna adalah dilindungi. Kerajaan juga akan memastikan pampasan akibat pengangguran, perlindungan kesihatan dan simpanan untuk persaraan diperkukuh. Kerajaan akan merapatkan jurang digital terutama antara luar bandar dan bandar disebabkan perbezaan prasarana jalur lebar melalui penyediaan kemudahan infrastruktur digital. Dalam hubungan ini, Pusat Internet Desa dan Pusat Komuniti Desa akan ditransformasi sebagai Pusat Digital Keluarga Malaysia bagi memberi perkhidmatan yang lebih baik dan bersepadu. Penggunaannya juga akan diperluas untuk memberi kemudahan kepada penduduk setempat terlibat dalam e-dagang, latihan kemahiran, pembelajaran dan aktiviti masyarakat. Tuan Yang di-Pertua, sejajar dengan perkembangan teknologi serta inovasi, usaha untuk melahirkan pembangun dan pencipta teknologi tempatan akan dipergiat bagi menjana kejayaan dan pertumbuhan ekonomi. Bagi tujuan ini, semua aktiviti pembangunan dan penyelidikan, pengkomersialan dan inovasi (R&D&C&I) akan dijajarkan dengan keutamaan negara. Sebanyak 50 peratus daripada dana penyelidikan

Dato’ Sri Ismail Sabri bin YaakobUMNO · BNYang Amat Berhormat Perdana Menteri · Bera

kerajaan akan disediakan untuk penyelidikan eksperimental yang berpotensi untuk dikomersialkan. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah meluluskan penubuhan pusat sehenti bagi pengkomersialan dan pemindahan teknologi serta program dengan izin, Nano Malaysia Energy Storage Technology Initiative (NESTI). Bagi menyelaras aktiviti R&D&C&I dan memastikan ia bersesuaian dengan keutamaan nasional, Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU) telah ditubuhkan dan peranan RMU adalah untuk mengurangkan pertindihan fungsi, memperkukuh kerjasama antara pihak industri, akademia dan kerajaan dalam pelbagai bidang serta meningkatkan kecekapan dalam penggunaan sumber sedia ada. Selain daripada itu, sumber pembiayaan alternatif termasuk modal teroka, pembiayaan antarabangsa dan dana endowment akan dipertingkatkan. Pada tahun 2025 peratusan perbelanjaan kasar R&D kepada KDNK dijangka mencapai 2.5 peratus berbanding satu peratus sahaja pada tahun 2020. Sektor swasta disasarkan menyumbang lebih besar dengan peningkatan dua kali ganda iaitu mencapai 70 peratus kepada jumlah perbelanjaan R&D. Tuan Yang di-Pertua, infrastruktur dan utiliti asas yang berkualiti dan berdaya harap seperti jalan raya, rel, bekalan air dan elektrik penting bagi merangsang pertumbuhan ekonomi, merapatkan jurang pembangunan antara wilayah dan seterusnya meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat. Rangkaian rel dan jalan raya bersepadu yang menghubungkan lapangan terbang dan pelabuhan dengan kawasan perindustrian bandar dan luar bandar akan dipertingkatkan. Ini melibatkan antaranya projek-projek utama seperti berikut: (i) Landasan Berkembar Lembah Klang Fasa 1 yang menghubungkan Rawang ke Salak Selatan dijangka siapa pada tahun 2022; (ii) Landasan Berkembar Elektrik Gemas ke Johor Bahru yang merupakan jajaran akhir Landasan Berkembar Elektrik dari Padang Besar, Perlis ke Johor Bahru, Johor dijadualkan siap pada tahun 2023; (iii) pelaksanaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) diteruskan dan dijangka siap pada tahun 2026; (iv) Projek Sistem Transit Rapid (RTS) yang menghubungkan Stesen Bukit Cagar Johor Bahru dengan Stesen Woodlands North di Singapura akan mula dibina pada hujung tahun 2021; (v) Lebuh raya Pantai Barat yang melibatkan negeri Selangor dan Perak dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2024; (vi) Projek Central Spine Road dari Bentong, Pahang ke Kuala Krai, Kelantan dijadualkan siap sepenuhnya pada tahun 2025; dan (vii) Lebuh raya Kota Bharu ke Kuala Krai dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2025. Dana mudah cara khusus untuk projek infrastruktur akan diwujudkan di bawah model Perkongsian Awam Swasta atau dengan izin Public-Private Partnership (PPP) 3.0. Model pelaksanaan projek tidak akan melibatkan komitmen kewangan kerajaan dan menggunakan kaedah dengan izin Request for Proposal (RFP). Pelaksanaan projek- projek di bawah model baharu ini dijangka dapat diumumkan pada pertengahan tahun 2022. Jawatankuasa Khas PPP yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) akan ditubuhkan bagi membolehkan perundingan projek PPP dapat diselesaikan dalam tempoh setahun. Untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi, pembangunan bakat amat penting. Oleh itu, sistem pendidikan perlu mengeluarkan modal insan berkualiti dan berkemahiran tinggi bagi memenuhi kehendak industri. Tumpuan diberikan untuk

Dato’ Sri Ismail Sabri bin YaakobUMNO · BNYang Amat Berhormat Perdana Menteri · Bera

menambah baik seluruh sistem pendidikan negara serta menangani isu ketidakpadanan dalam pasaran pekerjaan.

Dato’ Sri Ismail Sabri bin YaakobUMNO · BNYang Amat Berhormat Perdana Menteri · Bera

Bagi menambah baik sistem pendidikan negara, langkah utama yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut: (i) Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) akan diperkukuh bagi menyediakan murid dengan perubahan teknologi, termasuk 4IR; (ii) Persekitaran sekolah akan dijadikan lebih kondusif melalui penggantian 148 buah bangunan daif dengan kos berjumlah RM1.6 bilion pada tahun 2021 dan 2022. Sebanyak empat kompleks sekolah dan lima buah sekolah baharu akan dibina melibatkan kos sebanyak RM848 juta; (iii) Program TVET akan diperkasa dengan menambah baik ekosistem, meningkatkan kualiti program melalui akreditasi pengiktirafan dan pensijilan badan bertaraf antarabangsa serta memperkenalkan sistem penarafan institusi TVET. Platform berpusat bagi data penawaran dan permintaan TVET akan dibangunkan; (iv) Sistem pendidikan tinggi yang lebih fleksibel akan diwujudkan dan kerjasama dengan industri di peringkat bagi menambah baik kualiti graduan dan memenuhi keperluan industri; dan (v) Pelan Pendidikan Digital pada peringkat sekolah dan pengajian tinggi akan diperkenalkan bagi memastikan akses yang lebih luas kepada pendidikan yang lebih berkualiti dan naik taraf kemudahan beberapa buah universiti awam. Antaranya UiTM, UKM, UM, USM dan UUM. Dalam RMKe-12, kerajaan akan memastikan lebih banyak pekerjaan yang berkemahiran tinggi diwujudkan melalui pelaksanaan inisiatif berikut:- (i) menarik lebih banyak pelaburan baharu yang berteknologi tinggi; (ii) menggalakkan industri beralih kepada automasi dan mekanisasi; (iii) mengehadkan kemasukan pekerja asing berkemahiran rendah; dan (iv) memperkukuh kolaborasi antara industri dan akademia. Tuan Yang di-Pertua, Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan 2021-2025 diperkenalkan untuk menangani isu ketidakpadanan dalam pasaran buruh. Selain daripada itu, dengan izin, Job Creation Strategic Plan 2021-2023 akan diperkenalkan untuk membolehkan negara menyediakan tenaga kerja berdaya tahan dan berkemahiran tinggi yang diperlukan oleh industri. Pelaksanaan dua pelan ini akan memastikan rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada pewujudan peluang pekerjaan yang baharu. Pandemik COVID-19 telah memberikan kesan kepada beberapa sektor ekonomi yang mempunyai kebergantungan yang tinggi terhadap pekerja asing, terutamanya sektor pembinaan dan perladangan akibat pembekuan pengambilan pekerja asing. Bagi mengatasi isu ini, industri perlu meningkatkan penggunaan automasi dan mekanisasi dalam proses pengeluaran. Dalam tempoh jangka panjang, jumlah pekerja asing dalam tenaga kerja dihadkan kepada tidak melebihi 15 peratus. Penguatkuasaan berkaitan pekerja asing akan diperkukuhkan bagi menyokong dasar ini.

Tuan Yang di-Pertua, Fokus Ketiga

Meningkatkan Kesejahteraan Keluarga Malaysia. Kesejahteraan hidup ialah hak asasi manusia dan hak ini tidak boleh dinafikan. Saya sedar dalam situasi pandemik COVID-19, rakyat menaruh harapan yang tinggi kepada kerajaan. Kerajaan akan sentiasa mencari jalan yang terbaik untuk memastikan

Tuan Yang di-Pertua, Fokus Ketiga

kesejahteraan Keluarga Malaysia dalam pelbagai aspek, terutamanya dalam penjagaan kesihatan dan penyediaan kediaman yang berkualiti. Kerajaan kekal komited bagi memperkukuhkan sistem penjagaan kesihatan demi memastikan rakyat sihat dan produktif. Sehubungan dengan itu, kerajaan akan mengkaji semula keberkesanan sistem kesihatan sedia ada dan Dasar Kesihatan Negara akan dirangka bagi meningkatkan kesiapsiagaan mengurus penyakit berjangkit serta krisis kesihatan. Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara juga sedang dimuktamadkan bagi memastikan Malaysia mampu menghasilkan vaksin sendiri. Pelan ini juga membolehkan negara bersedia menghadapi sebarang pandemik pada masa akan datang. Di samping itu, Institut Penyakit Berjangkit Malaysia akan dibina di Bandar Enstek, Negeri Sembilan pada tahun 2022. Penubuhan institut ini bertujuan mencegah penyakit, ketidakupayaan dan kematian yang disebabkan oleh penyakit-penyakit berjangkit. Kerajaan juga telah mengenal pasti langkah proaktif meningkatkan kesiapsiagaan hospital untuk mencapai nisbah 2.06 katil hospital bagi setiap 1,000 orang penduduk menjelang tahun 2025. Kerajaan akan turut membangunkan fasiliti kesihatan baharu sebagai tambahan kepada 12 buah hospital yang sedang dibina di seluruh negara dan dijangka siap dalam tempoh RMKe-12. Selain daripada itu, kelengkapan dan peralatan kesihatan, termasuk keperluan Unit Rawatan Rapi (ICU) akan ditambah. Dalam usaha merapatkan jurang perbezaan fasiliti kesihatan bandar dan luar bandar, kerajaan akan membina dan menaik taraf klinik-klinik kesihatan di seluruh negara. Tuan Yang di-Pertua, selaras dengan Dasar Perumahan Negara, kerajaan komited dalam memastikan penyediaan rumah kediaman yang mencukupi, berkualiti dan mampu milik demi kesejahteraan Keluarga Malaysia. Bagi mencapai hasrat itu, kerajaan telah membina lebih daripada 282,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh RMKe-11. Sebanyak 500,000 unit lagi rumah mampu milik akan dibina dalam RMKe-12 bagi meningkatkan peluang kumpulan B40 dan M40 memiliki rumah. Di samping itu, kemudahan pembiayaan termasuk dana untuk rumah mampu milik, Skim Perumahan Belia dan dengan izin, Program Rent-To-Own (RTO) akan ditambah baik lagi bagi memastikan golongan B40 dan M40 tidak terbeban dengan bayaran ansuran. Bagi menyediakan bantuan perumahan kepada rakyat miskin, kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM2.25 bilion dalam tempoh RMKe-12. Peruntukan ini adalah untuk membina dan membaik pulih sebanyak 85,500 unit rumah di bawah Program Bantuan Rumah yang melibatkan 75,000 unit rumah di kawasan luar bandar dan hampir 10,500 unit rumah di kawasan bandar. Ini tidak termasuk pembinaan rumah yang dilaksanakan di bawah kerajaan negeri, sektor korporat dan pertubuhan masyarakat sivil (CSO).

Tuan Yang di-Pertua, Fokus Ketiga

Apalah maknanya kesejahteraan sekiranya kita tidak bersatu hati? Sejarah telah mengajar kita betapa pentingnya untuk mengekalkan perpaduan dalam membina negara bangsa. Bagi memperkukuh kesepaduan Keluarga Malaysia, program perpaduan sukan secara inklusif serta komprehensif akan dipergiatkan. Pengaduan rakyat yang berbilang kaum, agama dan bangsa selain integrasi nasional silang budaya serta merentasi ideologi politik adalah tunjang kekuatan kita sebagai sebuah Keluarga Malaysia. Marilah kita menggerakkan seluruh kekuatan untuk terus menyebarkan semangat patriotisme dan kesukarelawan dengan memanfaatkan platform digital dan media yang lain, pemahaman serta penghayatan mengenai Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara perlu terus diterapkan dan diperkasakan di kalangan anak-anak kita dan golongan belia negara. Tuan Yang di-Pertua, Fokus Keempat adalah memantapkan keselamatan dan ketenteraman awam. Keselamatan rakyat dan kedaulatan negara merupakan perkara asas bagi memastikan keamanan dan kestabilan Malaysia. Antara inisiatif yang akan dilaksanakan merangkumi langkah menambah baik kesiapsiagaan kawalan sempadan dan peguatkuasaan, mempertingkatkan ketenteraman awam, mengukuhkan keselamatan dan pertahanan siber serta menjaga kebajikan anggota. Saya akan pastikan langkah yang

Tuan Yang di-Pertua, Fokus Ketiga

lebih tegas akan diambil untuk melaksanakan pelan menyeluruh dan memperkukuhkan Op Benteng bagi menghalang pendatang asing tanpa izin. Antara projek yang akan dilaksanakan termasuklah dengan izin, Marine Police Sea Monitoring System di lima wilayah maritim, pembinaan Bare Base Tentera Udara di Bintulu Sarawak, pembinaan Hospital Angkatan Tentera, Terendak, Melaka dan peningkatan keupayaan aset maritim. Selain daripada itu, kem tentera baharu di FELDA Sahabat, Kem 5 Briged di Kota Belud dan kem Pasukan Gerakan Am di Beluran, Sabah akan siap dibina dalam tempoh RMKe-12. Dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan Negara akan diperkenalkan bagi menetapkan hala tuju industri tempatan berkenaan pertahanan dan keselamatan. Bagi memastikan kebajikan anggota tentera dan penguat kuasa terbela, 10,200 unit rumah keluarga angkatan tentera dan kuarters sedang dibina dan boleh diduduki dalam tempoh RMKe-12. Tuan Yang di-Pertua, fokus kelima adalah membasmi kemiskinan tegar dan merapatkan jurang pendapatan. Isu kemiskinan sangat dekat di hati saya. Dilahirkan dan membesar daripada keluarga penoreh getah, saya sangat memahami kesusahan dan kepayahan hidup rakyat. Pandemik COVID-19 yang melanda meningkatkan kadar kemiskinan, menjejaskan pendapatan individu dan isi rumah, seterusnya menghimpit keluarga kita dalam kemiskinan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk CSO, badan korporat, orang perseorangan dan Majlis Agama Islam negeri yang sentiasa prihatin dan menyokong kerajaan dalam membantu masyarakat yang terkesan sepanjang pandemik. [Tepuk] Bagi menangani isu kemiskinan dan kesenjangan pendapatan, kita perlu belajar daripada kejayaan yang dicapai oleh beberapa negara lain. Maka inisiatif membasmi kemiskinan tegar untuk memastikan rakyat miskin, termasuk miskin bandar dibantu melalui pendekatan keseluruhan negara, unit khusus pada peringkat Persekutuan dan di pejabat daerah akan ditubuhkan. Unit ini akan bertanggungjawab menyelaras pangkalan data secara bersepadu serta semua program dan inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan, sektor korporat dan CSO. Dengan adanya pegawai yang diberikan tugas khusus untuk menguruskan perihal kemiskinan pada peringkat daerah, saya yakin kemiskinan tegar dapat dibasmi pada tahun 2025. Usaha yang lebih bersepadu akan dilaksanakan untuk meningkatkan pendapatan dan menangani kenaikan kos sara hidup, isi rumah B40 serta kumpulan mudah terjejas. Bantuan bersasar seperti pemberian wang tunai dan perlindungan sosial akan diteruskan kepada mereka yang layak. Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar dan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat di luar bandar dengan kos sebanyak RM1.5 bilion akan diperkukuh bagi meningkatkan kebolehpasaran, kesejahteraan dan kuasa beli keluarga B40. Kerajaan tidak boleh bersendirian dalam perjuangan ini. Saya menyeru sektor korporat dan orang perseorangan untuk membantu Keluarga Malaysia keluar dari kepompong kemiskinan. Sekecil mana pun bantuan yang dihulurkan termasuk melalui sumber pembiayaan alternatif seperti zakat dan wakaf, jika digembleng akan membawa manfaat yang besar. Kemiskinan pada hari ini juga dilihat dari pelbagai dimensi selain kewangan. Sehubungan dengan itu, dalam aspek pendidikan lebih ramai murid daripada keluarga B40 akan diberi keutamaan untuk kemasukan ke sekolah berprestasi tinggi dan pemberian biasiswa. Dalam aspek kesihatan pula, akses kepada penjagaan kesihatan akan diperluas. Isu kekurangan zat dan tumbesaran dalam kalangan kanak-kanak daripada keluarga B40 semakin meningkat. Untuk tujuan itu, isu ini akan ditangani secara komprehensif termasuk melalui makanan berkhasiat. Bagi meningkatkan keupayaan, kemahiran dan daya saing mencari pekerjaan golongan M40, program latihan dan latihan kemahiran semula serta aktiviti keusahawanan

Tuan Yang di-Pertua, Fokus Ketiga

akan ditingkatkan. Mereka juga akan digalakkan untuk melanggan insurans kesihatan dan pekerjaan pada kadar yang mampu dibayar. Selain itu, kita akan memastikan anak-anak M40 mendapat akses kepada pendidikan berkualiti pada kos yang berpatutan. Tuan Yang di-Pertua, Fokus Keenam adalah memperkasa agenda bumiputera dan Keluarga Malaysia. Keluarga Malaysia merangkumi bumiputera, Orang Asli dan Anak Negeri Sabah yang mempunyai 42 etnik dan lebih 200 subetnik, antaranya suku kaum Kadazan, Dusun, Murut, Rungus, dan Bajau. Juga Bumiputera Sarawak yang mempunyai 27 etnik, antaranya kaum Iban, Orang Ulu, Melanau dan Bidayuh di samping kaum Cina, India dan lain- lain. Ahli keluarga ini yang berpendapatan rendah serta kumpulan khusus dan golongan mudah terjejas tanpa mengira kaum, yang perlukan pembelaan dan bimbingan, akan diberi perhatian.

Tuan Yang di-Pertua, Fokus Ketiga

Kerajaan sedar bahawa sebilangan besar bumiputera masih lagi berpendapatan rendah dan miskin berbanding etnik lain. Jurang pendapatan penengah antara bumiputera dan kaum Cina semakin melebar, iaitu empat kali ganda pada tahun 2019 berbanding tahun 1989. Saya memberi jaminan bahawa agenda bumiputera akan terus diperkasa dan tidak akan diabaikan. [Tepuk] Ini sebagaimana termaktub dalam Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan yang memberikan hak dan keistimewaan kepada orang Melayu dan anak negeri iaitu peribumi Sabah dan Sarawak, dan kepentingan sah kaum- kaum lain. Hasrat kerajaan adalah untuk mencapai pembangunan sosioekonomi yang lebih adil, saksama dan inklusif selaras dengan semangat Keluarga Malaysia. Agenda ini akan diterapkan dalam pelaksanaan semua dasar bagi memastikan ia menjadi komponen yang diberi keutamaan pada segenap peringkat dan aspek pembangunan. Semua pihak termasuk pihak kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan dan sektor swasta akan bersama-sama dalam menjayakan agenda ini. Bagi meningkatkan peningkatan bumiputera dalam aktiviti ekonomi, akses dan peluang pendidikan serta pembangunan modal insan termasuk huffaz akan diperkukuh, antaranya melalui inisiatif berikut: (i) latihan dalam bidang teknikal dan profesional supaya menjadi pakar dalam pelbagai bidang; (ii) kemahiran untuk kerjaya masa hadapan seperti penganalisis dan saintis data serta pakar data raya. Daya tahan dan kemapanan perniagaan bumiputera akan dipertingkatkan lagi bagi mencapai sasaran 15 peratus sumbangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bumiputera kepada KDNK pada tahun 2025. Pencapaian ini akan disokong melalui penyediaan pembiayaan dan pelaksanaan program baharu termasuk Dana Kemakmuran Bumiputera untuk syarikat bumiputera, Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres di bawah MARA untuk kontraktor bumiputera dan penyertaan lebih ramai usahawan bumiputera menceburi bidang ekonomi digital serta industri yang mempunyai potensi pertumbuhan yang tinggi. Bagi meningkatkan kejayaan bumiputera, dasar dan pelaksanaan kuota pemilikan kediaman bumiputera akan diperkukuh melalui kerjasama yang lebih erat antara kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan. Selain itu, bantuan kewangan, bimbingan dan pementoran oleh institusi kewangan akan diperluas bagi menyokong usahawan bumiputera. Sebagai inisiatif untuk mengembangkan lagi ekonomi Islam, konsep wakaf akan diperluas sebagai strategi mempelbagaikan sumber kewangan untuk membiayai perniagaan dan meningkatkan ekuiti bumiputera. Dalam hubungan ini, lebih banyak instrumen wakaf akan diperkenalkan termasuk mewujudkan satu dana wakaf di peringkat nasional bagi menggembleng lebih banyak sumber untuk keusahawanan dan membiayai program pembangunan sosioekonomi. Pelan Induk Wakaf Nasional akan diwujudkan bagi memastikan pengurusan wakaf yang lebih cekap.

Tuan Yang di-Pertua, Fokus Ketiga

Tuan Yang di-Pertua, pemilikan ekuiti korporat bumiputera masih belum mencapai sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus. Pada hari ini, saya ingin berkongsi status pemilikan ekuiti sektor korporat berasaskan nilai pasaran tahun 2019 seperti berikut; (i) pegangan bumiputera hanya mencapai 17.2 peratus, (ii) bukan bumiputera 25 peratus, (iii) pegangan asing 45.5 peratus dan (iv) nomini 12.3 peratus. Bagi memastikan pemilikan ekuiti bumiputera yang mampan, Kerangka Jaringan Keselamatan Ekuiti akan diperkenalkan supaya penjualan saham atau syarikat bumiputera hanya ditawarkan dan dijual kepada konsortium, syarikat atau individu bumiputera yang lain. Di samping itu, pegangan dan pelupusan pemilikan oleh syarikat bumiputera akan dikawal selia oleh kementerian dan agensi berkaitan selaku pengawal selia sektor. Dalam usaha menyelaras semua inisiatif ini, Bahagian Kemakmuran Bumiputera dengan mandat dan fungsi yang lebih jelas akan diwujudkan semula melalui penugasan semula pegawai di setiap kementerian dan agensi kerajaan. Langkah ini adalah bagi menambah baik tadbir urus pelaksanaan agenda bumiputera. Satu rangka kerja tindakan pembangunan bumiputera akan diumumkan pada penghujung tahun ini. Ia memperincikan beberapa inisiatif utama dalam merealisasikan aspirasi bagi meningkatkan status sosioekonomi bumiputera. Tuan Yang di-Pertua, masyarakat Orang Asli adalah antara golongan rentan yang sentiasa mendapat perhatian oleh kerajaan. Sebahagian besar isi rumah Orang Asli adalah golongan B40 dengan kadar kemiskinan yang masih tinggi iaitu 33.6 peratus pada tahun 2019. Golongan ini adalah sebahagian daripada Keluarga Malaysia yang kita perlu perkasakan untuk membangun bersama. Sehubungan dengan itu, pelan pembangunan sosioekonomi Orang Asli yang komprehensif sedang dirangka meliputi aspek daripada peningkatan pendapatan dan kesejahteraan sehingga infrastruktur asas. Pendidikan berkualiti akan menjadi kunci utama dalam mempercepatkan pembangunan sosioekonomi masyarakat Orang Asli. Peluang murid Orang Asli mendapat pendidikan hingga ke Tingkatan Lima akan dipertingkatkan. Sekolah Model Khas Komprehensif 9 (K9), akan ditambah dan sebahagiannya dinaik taraf kepada Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11). Aspek pengajaran dan pembelajaran akan ditambah baik termasuk meningkatkan kualiti guru dan kemudahan di sekolah. Saya juga menyedari, masih terdapat isi rumah kaum Cina yang berpendapatan rendah, khususnya di kampung baru seluruh negara. Kerajaan juga akan terus membantu kumpulan ini dengan meningkatkan akses dan penambah baik Skim Pinjaman Khas Penduduk Kampung Baru. Kemudahan ini bertujuan untuk mereka mengembangkan perniagaan dan terlibat dalam keusahawanan. Selain itu, program infrastruktur asas dan ameniti sosial akan diteruskan bagi meningkatkan kesejahteraan penduduk di kampung baru Cina. Sebahagian masyarakat kaum India juga perlu dibantu, khususnya yang berpendapatan rendah. Oleh itu, dalam mencapai pembangunan inklusif, kesejahteraan mereka akan terus diberikan keutamaan selaras dengan Pelan Tindakan Masyarakat India. Kerajaan akan memberikan sokongan kepada mereka, dengan menyediakan program peningkatan kemahiran dan bantuan kewangan bersasar serta peluang keusahawanan. Tuan Yang di-Pertua, anak muda kita akan menjadi pemimpin Keluarga Malaysia pada masa hadapan. Oleh itu, mereka perlu terus dibimbing dan diberi sokongan untuk bersama mencorakkan masa hadapan Malaysia. Pelan kebangsaan pemerkasaan ekonomi belia sedang dirangka untuk memantapkan peranan anak muda dalam pembangunan negara. Kapasiti dan keupayaan belia akan dipertingkat bagi melahirkan

Tuan Yang di-Pertua, Fokus Ketiga

pekerja mahir. Semangat patriotisme dan tanggungjawab kepada negara juga akan dipupuk.

Tuan Yang di-Pertua, Fokus Ketiga

Akademi Pembangunan Belia Malaysia dan beberapa kompleks belia dan sukan akan dinaiktarafkan, manakala Pusat Belia Wilayah yang pertama di Malaysia akan dibina bagi merancakkan lagi aktiviti belia. Malaysia dijangka menjadi sebuah negara tua pada tahun 2030 iaitu apabila 15 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia berumur 60 tahun dan ke atas. Bagi memastikan keperluan warga emas terpelihara, kerajaan akan memperbanyakkan sistem sokongan kepada warga emas. Sehingga hari ini, sebanyak 140 pusat warga emas telah diwujudkan dan kerajaan merancang untuk memperluaskan usaha ini ke seluruh kawasan Parlimen. Malaysia juga perlu mewujudkan lebih banyak bandar mesra warga emas pada masa akan datang. Sistem Pendaftaran Warga Emas Nasional akan ditambah baik dan liputannya diperluaskan. Jumlah orang kurang upaya ataupun OKU yang berdaftar telah meningkat sebanyak lapan peratus iaitu daripada 548 ribu pada tahun 2019 kepada 593 ribu pada tahun 2020. Kumpulan ini akan terus diperkasa dengan melaksanakan program seperti dengan izin, Job Coach, Pemulihan Dalam Komuniti, Perkhidmatan Pusat Kehidupan Berdikari, Program Keusahawanan OKU dan Karnival Kerjaya Khas. Usaha memperkasakan agenda dalam pembangunan akan diteruskan dengan meningkatkan penglibatan wanita dalam sektor ekonomi dan proses membuat keputusan. Penyertaan wanita dalam pasaran kerja disasarkan mencapai 59 peratus pada tahun 2025. Akses dan kualiti perkhidmatan penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak serta penjagaan warga emas dengan yuran yang berpatutan akan dipertingkatkan. Ini akan mendorong lebih ramai wanita untuk kekal atau kembali bekerja. Pembangunan ekonomi usahawan wanita akan diperkukuh dengan meningkatkan akses kepada pembiayaan dan aktiviti latihan kemahiran. Usahawan wanita juga akan digalakkan untuk menjalankan aktiviti perniagaan secara dalam talian untuk memperluaskan pasaran. Rangka kerja bagi memperkasakan gender akan diperkenalkan serta undang-undang sivil dan syariah akan diperkukuhkan bagi menangani isu berkaitan wanita. Tuan Yang di-Pertua, fokus ketujuh adalah melonjakkan pembangunan Sabah dan Sarawak serta negeri-negeri kurang membangun. Seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, saya komited untuk menyelesaikan isu-isu berhubung tuntutan Sabah dan Sarawak berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 atau MA63 [Tepuk] . Ini termasuklah keperluan infrastruktur asas, kawal selia gas dan elektrik, aspek pendigitalan dan keselamatan. Oleh itu, pembangunan negeri Sabah dan Sarawak akan terus diberikan keutamaan pada RMKe-12. Penyediaan infrastruktur asas akan diperluas dengan membina jambatan dan naik taraf 1,400 kilometer jalan berturap luar bandar serta menyiapkan pembinaan 1,150 kilometer Lebuh raya Pan Borneo. Usaha mengurangkan jurang pembangunan ekonomi antara negeri, antara wilayah serta antara bandar dan luar bandar akan terus diberikan tumpuan. Usaha melonjakkan pertumbuhan negeri kurang membangun terutamanya Sabah dan Sarawak akan dipergiatkan. Ia bermatlamat untuk mempercepatkan pertumbuhan KDNK yang perlahan di negeri Kedah, Kelantan, Perlis, Sabah, Sarawak dan Terengganu serta mengurangkan kadar kemiskinan terutama di Sabah, Kelantan dan Sarawak. Bagi tujuan ini, sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keseluruhan peruntukan permohonan pembangunan asas Persekutuan akan diagihkan kepada negeri-negeri tersebut. Peruntukan ini akan ditumpukan kepada penyediaan infrastruktur asas, pendigitalan, pendidikan, perkhidmatan penjagaan kesihatan dan pembangunan ekonomi. Saya sendiri akan memantau pelaksanaannya secara dekat. Seperti saya umumkan semasa Hari Malaysia, peruntukan sejumlah RM7.7 bilion iaitu RM3.61 bilion kepada negeri Sabah dan RM4.09 bilion kepada negeri Sarawak

Tuan Yang di-Pertua, Fokus Ketiga

disediakan bagi pelaksanaan JENDELA sepanjang tempoh RMKe-12. Dengan peruntukan ini, liputan jalur lebar akan dipertingkatkan melalui pembinaan infrastruktur digital termasuk pembinaan menara atau pemancar telekomunikasi. Sehingga Ogos 2021, sebanyak 2,645 infrastruktur digital siap dipasang di Sabah dan 2,117 di Sarawak. Bagi menambah baik bekalan elektrik, loji jana kuasa baharu akan dibina dan talian penghantaran grid Timur – Barat Sabah akan dinaiktarafkan. Projek pembinaan hidroelektrik Sabah, pembinaan hidroelektrik Baleh di Sarawak dijangka siap pada tahun 2025. Perkhidmatan penjagaan kesihatan akan dapat dipertingkatkan dengan siapnya Hospital Pengajar UMS (Universiti Malaysia Sabah) dan Hospital Pengajar Universiti Malaysia Sarawak. Pembinaan 26 buah klinik baru akan dapat menambah baik perkhidmatan penjagaan kesihatan di klinik desa di kedua-dua negeri ini. Selain daripada itu, pembinaan rumah baru dan pembaikan rumah daif di bawah Program Bantuan Rumah akan memberi manfaat kepada 26 ribu isi rumah miskin di Sabah dan Sarawak. Bagi menjamin keselamatan dan meningkatkan hubungan ekonomi dengan Kalimantan, Indonesia, pos kawalan sempadan yang baru di Manalunan, Simanggaris dan Kalabakan, Sabah akan dibina. Manakala Kompleks ICQS Tebedu dan Sarikin, Sarawak akan dinaiktarafkan. Selain daripada itu, projek jalan dari sempadan Ba'kelalan, Kompleks CIQ menghala ke Lawas akan dimulakan pembinaan pada tahun 2022. Dengan pelaksanaan strategi dan inisiatif untuk melonjakkan pembangunan Sabah dan Sarawak ini, pertumbuhan purata KDNK tahunan negeri Sabah dijangka meningkat pada kadar 6.5 peratus dan pada kadar 5.3 peratus di Sarawak dalam tempoh 2021 hingga 2025. Saya berkeyakinan kedua-dua negeri ini mempunyai keupayaan dan kekuatan sumber yang boleh dioptimumkan sepenuhnya. Dengan itu, pertumbuhan sebenar boleh menjadi lebih tinggi daripada jangkaan ini. Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha mentransformasikan kawasan luar bandar, aktiviti ekonomi yang mempunyai nilai tambah yang tinggi akan dirancakkan melalui platform e-dagang, pertanian pintar dan industri luar bandar. Infrastruktur luar bandar akan dipertingkatkan dengan membina dan menaik taraf 2,800 kilometer jalan berturap. Antaranya:

Tuan Yang di-Pertua, Fokus Ketiga

(i) Jalan Nanga Tulie ke Rumah Bujah, Nangga Pelagus di Kapit, Sarawak dengan kos sebanyak RM280 juta. (ii) Jalan Dudar ke Taburan ke Mendawang di Kota Belud, Sabah dengan kos sebanyak RM101 juta, (iii) jalan luar bandar dari Simpang FELCRA Ulu Kerut ke Kampung Orang Asli Bot-bot ke FELDA Jengka 7 ke Jalan Kilang Sawit, Jengka 18 di daerah Maran, Pahang dengan kos RM135.3 juta; dan (iv) jalan baharu dari Kampung Gagu ke Ulu Beranang, Negeri Sembilan dengan kos RM179.2 juta. Selain daripada itu usaha juga akan dipertingkatkan untuk memastikan akses kepada bekalan air bersih mencapai 98 peratus dan bekalan elektrik 99 peratus. Bagi mempergiatkan aktiviti sosioekonomi setempat pula pada projek-projek kecil luar bandar akan terus dilaksana seperti program ameniti sosial dengan peruntukan sebanyak RM310 juta dan pembinaan jalan perhubungan desa dengan kos RM1.6 bilion. Usaha ini dijangka dapat membantu merapatkan jurang pendapatan antara luar bandar dan bandar. Saya menghargai setiap titik peluh dan penat lelah peladang, penternak dan nelayan. Mereka juga merupakan sebahagian daripada komponen penting dalam pembangunan luar bandar. Keluarga kita ini harus dibawa bersama dalam transformasi ekonomi negara. Kerajaan giat melaksanakan Pelan Pemulihan FELDA untuk mengembalikan kegemilangan agensi ini dalam membela nasib rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, Fokus Ketiga

Pemulihan ini melibatkan penstrukturan semula kewangan FELDA dan memperkasa taraf sosioekonomi warga FELDA. Hasrat kerajaan adalah untuk menjadikan FELDA peneraju dalam pertanian pintar dan pengeluaran makanan negara. Kita mahu FELDA lebih mampan dan menjadi contoh atau dengan izin, role model dalam transformasi komuniti luar bandar yang moden dan progresif. Isu perumahan generasi kedua akan ditangani dengan memperkenalkan semula model pembangunan perumahan berasaskan konsep bina sendiri oleh generasi kedua. Melalui model ini generasi kedua akan ditawarkan tapak rumah dan reka bentuk yang standard oleh kerajaan [Tepuk] . Tuan Yang di-Pertua, fokus kelapan. Mempercepatkan pertumbuhan hijau. Pembangunan ekonomi tidak harus menjejaskan alam sekitar manakala liputan kawasan hijau perlu dipertahankan. Usaha untuk mempercepat pertumbuhan hijau mempertingkat kemapanan tenaga dan mentransformasi sektor air harus kekal menjadi teras pembangunan sosioekonomi negara. Sehubungan dengan itu, kerajaan akan mengambil kira prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus atau ESG dalam proses membuat keputusan. Walaupun Malaysia hanya menyumbang 0.7 peratus kepada pelepasan gas rumah kaca, kerajaan akan terus memenuhi komitmen untuk mengurangkan intensiti pelepasan GSG sehingga 45 peratus kepada KDNK pada tahun 2030 berdasarkan intensiti pelepasan pada tahun 2005 selari dengan aspirasi menjadi negara rendah karbon. Saya menyambut baik inisiatif sektor swasta yang telah mengambil langkah ke hadapan melalui komitmen bagi mencapai dengan izin, net zero carbon emissions ini termasuk komitmen syarikat GLC dan GLIC seperti PETRONAS, Tenaga Nasional Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Sarawak Energy Berhad untuk mencapai matlamat ini pada tahun 2050. Saya menggesa agar syarikat lain mencontohi inisiatif ini dengan menyatakan komitmen yang sama. Langkah ini menjadi semakin penting apabila rakan dagangan, pasaran modal dan institusi kewangan meletakkan syarat pematuhan kepada prinsip ESG dalam keputusan pelaburan dan pengeluaran produk mereka. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan akan bersama-sama pihak swasta dalam menjayakan matlamat ini. Pada hari ini, saya memberikan komitmen bahawa Malaysia akan menjadi negara neutral karbon seawal-awalnya pada tahun 2050 [Tepuk] . Bagi menyokong usaha ini, instrumen ekonomi seperti carbon pricing dan cukai karbon akan diperkenalkan. Perincian langkah-langkah lain bagi pengeluaran karbon akan diumumkan setelah kajian Strategi Pembangunan Jangka Panjang Rendah Karbon dimuktamadkan pada akhir tahun 2022. Bagi tujuan ini kerajaan telah memberi komitmen untuk tidak lagi membina loji jana kuasa arang batu yang baharu [Tepuk] . Saya sedar ini memerlukan usaha yang bersepadu serta komitmen dan pelaburan hijau yang tinggi. Namun, saya yakin dengan penglibatan Keluarga Malaysia aspirasi ini bukanlah angan-angan kosong. Komitmen ini akan memastikan Malaysia seiring dengan usaha negara lain untuk mencapai matlamat global dalam menangani perubahan iklim dan meningkatkan daya saing negara. Dalam usaha kerajaan untuk mencapai matlamat pembangunan mampan, pertubuhan masyarakat sivil atau CSO akan diiktiraf sebagai rakan pembangunan. Bagi tujuan ini, peranan CSO akan diinstitusikan dalam pelbagai mekanisme tadbir urus terutama dalam pelaksanaan dan pemantauan program pembangunan pada peringkat awal, pada peringkat akar umbi bagi mencapai agenda 2030. Dasar Tenaga Negara yang komprehensif akan diperkenalkan untuk menyediakan hala tuju strategik jangka panjang bagi menyokong aspirasi negara neutral karbon. Penjanaan elektrik yang lebih bersih akan dilaksanakan melalui pengoperasian beberapa loji jana kuasa gas di Semenanjung bagi menggantikan loji jana kuasa arang batu. Akta berkaitan kecekapan dan konservasi tenaga akan diperkenalkan bagi mengawal selia penggunaan tenaga oleh pengguna berintensiti tinggi dalam sektor

Tuan Yang di-Pertua, Fokus Ketiga

industri dan komersial. Penjanaan tenaga boleh baharu daripada solar, biojisim dan biogas disasarkan meningkat kepada 31 peratus daripada jumlah kapasiti terpasang pada tahun 2025. Model Ekonomi Kitaran akan dilaksanakan di bawah RMKe-12 bagi mengurangkan pencemaran penjanaan sisa dan kebergantungan kepada sumber asli. Konsep tanggungjawab pengeluar akan dipergiat bagi meningkatkan pelaksanaan penggunaan dan pengeluaran mampan. Di samping itu pelaburan hijau akan terus digalak termasuk untuk projek di bawah pendekatan kerjasama awam dan swasta serta GLC. Tuan Yang di-Pertua, pembangunan bandar hijau yang berdaya tahan akan terus dipergiat sebanyak 120 bandar disasarkan mencapai status bandar mampan dan bagi tujuan ini pelaksanaan inisiatif Pelan Tindakan Bandar Hijau dan sistem analitik data raya pelbagai dimensi akan diperkenalkan. Kerajaan juga akan memberi keutamaan kepada pembangunan industri, pengeluaran kenderaan cekap negara iaitu EEV bagi menyokong inisiatif mobiliti mesra alam.

Tuan Yang di-Pertua, Fokus Ketiga

Bagi memastikan langkah mitigasi dan adaptasi perubahan iklim yang terselaras dan menyeluruh, pelan hala tuju untuk mengurangkan pelepasan gas rumah kaca dan pelan adaptasi kebangsaan akan diperkenalkan. Selain daripada itu, inisiatif perolehan hijau kerajaan akan diperluas ke peringkat kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan. Melalui pelaksanaan inisiatif ini, perolehan hijau kerajaan disasarkan meningkat kepada 25 peratus pada tahun 2025. Pemeliharaan dan pemuliharaan kepelbagaian khazanah semula jadi negara akan terus dipertingkat. Mekanisme dengan izin, ecological fiscal transfer akan ditambah baik dalam menyokong langkah kerajaan negeri memulihara kawasan hutan. Santuari kehidupan liar yang semakin terancam seperti harimau belang, tapir dan gajah akan dipertingkat bagi tujuan konservasi. Pelan rangka tindakan ekonomi biru akan diperkenalkan untuk menentukan hala tuju pembangunan kawasan pesisir pantai dan marin secara mampan. Saban tahun rakyat di seluruh negara dilanda bencana banjir dan tanah runtuh. Bencana ini telah mengakibatkan kerosakan harta benda, kehilangan nyawa dan mata pencarian. Baru-baru ini berlaku bencana seperti fenomena kepala air di daerah Yan dan Kuala Muda di Kedah, banjir di Penampang, Sabah serta tanah runtuh di Kemensah Heights, Selangor. Sehubungan dengan itu, penjagaan alam sekitar adalah amat penting bagi melindungi nyawa dan mengurangkan kerugian harta benda. Dalam hubungan ini, beberapa projek dengan kos sebanyak RM18 bilion bagi tempoh RMKe-12 dan RMKe-13 akan dilaksanakan di bawah program tebatan banjir, pengurusan lembangan sungai bersepadu dan kawalan hakisan pantai serta program ramalan dan amaran banjir. Sektor air perlu ditransformasi secara menyeluruh bagi menjamin bekalan dan kemapanan. Agenda Transformasi Sektor Air 2040 akan diperkenalkan dalam RMKe-12 bagi meningkatkan kecekapan pengurusan, mengoptimumkan potensi bagi menjaga kekayaan serta mewujudkan peluang pekerjaan baharu. Pelaksanaan agenda ini melibatkan empat fasa dan fasa pertama, penerimaan gunaan pengurusan sumber air bersepadu akan dipergiat pada peringkat Persekutuan, negeri dan daerah. Pewartaan dan perlindungan kawasan tadahan air akan dipercepat untuk menambah baik pengurusan sumber air dan loji rawatan air sisa bersepadu akan dibina untuk kawalan pencemaran. Tadbir urus air akan ditambahbaikkan melalui pemerkasaan peranan dan penglibatan rakyat, memperkukuh aktiviti penguatkuasaan dan semakan undang-undang. Selain daripada itu, mekanisme pembiayaan inovatif akan dikaji, di samping menyediakan infrastruktur yang mampan serta meneruskan program pengurangan air tidak terhasil atau NRW. Pelaksanaan inisiatif ini akan mengurangkan tahap NRW kepada 25 peratus pada tahun 2025. Kerajaan telah meluluskan projek infrastruktur air dengan kos RM25.8 bilion untuk menambahbaikkan liputan dan perkhidmatan air.

Tuan Yang di-Pertua, Fokus Ketiga

Tuan Yang di-Pertua, fokus kesembilan, meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam dan memastikan pelaksanaan dasar yang berkesan. Saya ingin memberi komitmen bahawa perkhidmatan awam yang menjadi nadi pentadbiran negara akan terus dimantapkan bagi meningkatkan ketelusan dan kecekapan. Bagi tujuan ini, perkhidmatan awam akan ditransformasi melalui pendekatan keseluruhan kerajaan dengan mengambil kira bahawa kejayaan pelaksanaan inisiatif memerlukan keterlibatan semua peringkat kerajaan. Pelaksanaan penyampaian perkhidmatan yang berkesan amat penting bagi memastikan Keluarga Malaysia benar-benar merasai pembangunan yang dilaksanakan. Struktur dan fungsi kementerian dan agensi akan disusun semula bagi mewujudkan organisasi yang mendatar dan mengurangkan kerenah birokrasi. Mekanisme pemilihan dan pengambilan pegawai pengurusan dan profesional dalam pelbagai skim juga akan diperkukuh bagi memperoleh bakat yang terbaik. Cadangan untuk memperkenalkan akta perkhidmatan awam akan dikaji bagi membolehkan pelaksanaan dan pengasingan kuasa dan tanggungjawab yang jelas antara anggota pentadbiran dengan penjawat awam. Di samping itu, pendigitalan perkhidmatan awam akan terus dipertingkatkan. Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam 2125 yang baharu dilancar menggariskan hala tuju strategik pelaksanaan pendigitalan sektor awam bagi memacu agenda kerajaan digital yang mampan ke arah membentuk masyarakat digital. Kerajaan menyasarkan perkhidmatan dalam talian peringkat awal ke akhir atau dengan izin end-to-end meningkat kepada 80 peratus pada tahun 2025. Rangka dasar tadbir urus data nasional akan dibangunkan untuk menggalakkan perkongsian data antara sektor awam dan swasta yang lebih meluas. Saya sedar anak muda hari ini sentiasa ingin menyuarakan hasrat dan pandangan mereka untuk bersama-sama membangunkan negara melalui amalan demokrasi. Bagi merealisasikan hasrat anak muda tersebut, kerajaan akan memastikan pindaan Perlembagaan yang membolehkan warganegara berumur 18 tahun dapat mengundi [Tepuk] dan akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat. Saya beriltizam untuk menjadikan kerajaan ini sebuah kerajaan berprestasi tinggi yang memenuhi harapan rakyat. Ini adalah selaras dengan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Yang di-Pertuan Agong pada 13 September 2021 supaya kita terus mendukung pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional dan Pelan Antirasuah Organisasi untuk menjadikan Malaysia negara yang bebas rasuah. [Tepuk] Dengan itu, saya memberi jaminan bahawa semua strategi dan inisiatif di bawah RMKe-12 ini akan dilaksanakan secara tersusun dengan penuh integriti dan bertanggungjawab. Indeks Tadbir Urus Malaysia akan diperkenalkan lagi bagi mengukur prestasi tadbir urus kerajaan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat. Bagi tujuan itu, Pelan Pelaksanaan Dasar RMKe-12 disediakan sebagai panduan kepada kementerian dan agensi dalam menerajui dan melaksanakan semua dasar ini. Saya meletakkan tanggungjawab kepada semua Menteri dan kementerian untuk bersama-sama saya melaksana dan memantau pencapaian sasaran RMKe-12 ini. Tuan Yang di-Pertua, penghujung tempoh RMKe-11 telah menyaksikan pertumbuhan ekonomi negara terjejas akibat ketidaktentuan ekonomi global dan impak pandemik COVID-19. Dalam tempoh 18 bulan yang lalu, kita telah menumpukan usaha melindungi nyawa dan kehidupan Keluarga Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, Fokus Ketiga

Sekarang telah tiba masanya untuk kita memberikan tumpuan kepada agenda menyusun semula dan mengembalikan kekuatan dan daya saing ekonomi negara. RMKe-12 telah dirangka dengan mengambil kira perubahan dalam landskap ekonomi global dan domestik serta keperluan menangani isu semasa demi masa depan Keluarga Malaysia yang lebih cerah dengan objektif ‘Keluarga Malaysia–Makmur, Inklusif, Mampan’. RMKe-12 menggariskan perancangan strategik yang komprehensif bagi membolehkan Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi, berteknologi tinggi

Tuan Yang di-Pertua, Fokus Ketiga

dengan guna tenaga mahir ke arah mencapai pertumbuhan inklusif tanpa mengabaikan alam sekitar. Pada masa yang sama, kerajaan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dan memastikan tiada siapa yang tertinggal. Sesungguhnya, krisis ini telah menyatukan kita semua. Krisis ini juga telah membuka peluang untuk kita membuat transformasi. Pada 13 September lalu, kita telah mencipta sejarah buat pertama kali Kerajaan dan Pembangkang telah memeterai memorandum persefahaman untuk transformasi dan kestabilan politik. [Tepuk] Ini adalah hasil daripada dasar kerajaan yang inklusif. Harapan saya, persefahaman ini akan membolehkan kita memberikan tumpuan kepada usaha memerangi pandemik dan meletakkan negara pada asas pertumbuhan yang lebih kukuh. Dengan semangat Keluarga Malaysia, kita ketepikan semua perbezaan, berganding bahu untuk membina Malaysia yang berdaya saing dan berdaya tahan serta kalis cabaran. Mari kita kumpulkan seluruh tenaga, kepakaran dan pengalaman yang ada di sebelah sini dan di sebelah sana. [Tepuk] Untuk bersama-sama merealisasikan matlamat RMKe-12. Kita mesti mendakap erat prinsip bekerja bersama rakyat demi Keluarga Malaysia. Saya yakin berkat keredaan Allah SWT, melalui perancangan lima tahun ini, Malaysia mampu bangkit semula dan insya-Allah, kita boleh melakar masa hadapan yang lebih baik. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Ada sokongan?

Dato’ Sri Mustapa bin MohamedUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) · Jeli

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong sepenuhnya Usul Rancangan Malaysia Ke-12, [Tepuk] yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, QR code teks ucapan Rancangan Malaysia Ke-12 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tadi telah dimasukkan ke dalam lap-top di atas meja Ahli-ahli Yang Berhormat semua. Ahli-ahli Yang Berhormat boleh mendapatkan teks ucapan tersebut dengan mengimbas QR code tersebut. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan bahawa perbahasan ke atas Usul Rancangan Malaysia Ke-12 ini akan bermula pada hari Selasa, esok, 28 September 2021. Oleh yang demikian, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Selasa, 28 September 2021. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 1.14 tengah hari]