Dewan Rakyat · 1 November 2021
15th Parliament, session 4, meeting 2 · 475 turns · 45,995 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Datuk Haji Shabudin Yahaya [Tasek Gelugor] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan apakah kadar upah yang tinggi menjadi punca ramai rakyat Malaysia sanggup bekerja secara haram di Australia dan Korea Selatan dan apakah tindakan yang diambil bagi mengelakkan lebih ramai rakyat Malaysia menjadi buruh paksa di negara- negara terbabit.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tasek Gelugor yang membangkitkan soalan berkenaan dengan rakyat Malaysia yang secara illegal ke Australia dan Korea Selatan. Jadi, sudah menjadi kelaziman kepada kita tarikan gaji yang tinggi di luar negara, terutamanya negara-negara maju merupakan salah satu tarikan utama rakyat Malaysia dan juga mana-mana negara yang sanggup bekerja di luar negara, contohnya di Australia dan juga Korea Selatan, yang mana gaji minimum di Australia ialah sebanyak AUD20.33 sejam, iaitu dianggarkan bersamaan dengan RM84.28. Manakala di Korea Selatan pula kadar gaji minimum sejam adalah USD8 sejam yang dianggarkan bersamaan dengan RM33.00 sejam. Kadar upah yang tinggi ini secara tidak langsung telah menarik pencari kerja tempatan untuk bekerja di luar negara. Jadi, bagi mengatasi masalah eksploitasi ke atas rakyat Malaysia yang ingin bekerja di luar negara, kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui akta yang telah diadakan iaitu Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 (Akta 246) telah memperuntukkan mana-mana syarikat yang ingin menjalankan aktiviti merekrut pencari kerja tempatan untuk bekerja di luar negara perlu memperolehi lesen kategori ‘B’ atau ‘C’ di bawah akta tersebut. Akta 246 turut memperuntukkan bahawa tiada seorang pun boleh menjalankan aktiviti merekrut, melainkan jika telah diberikan satu lesen di bawah akta tersebut. Jadi, inilah tindakan kerajaan untuk kita melindungi pekerja-pekerja kita yang ingin bekerja di luar negara. Melalui peruntukan tersebut, semua agensi pekerjaan swasta yang berlesen hendaklah menjalankan kerja mengikut terma-terma yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia secara sah. Sehubungan itu, pencari kerja tempatan yang berhasrat untuk bekerja di luar negara dinasihatkan untuk menggunakan khidmat agensi pekerjaan swasta berlesen yang mendaftar di bawah Kementerian Sumber Manusia yang dikawal oleh Kementerian Sumber Manusia.
Sehingga kini, tiada aduan terhadap agensi pekerjaan swasta yang berlesen di bawah Akta 246 yang melakukan eksploitasi terhadap pekerja tempatan yang bekerja di luar negara. Mana-mana orang yang melanggar peruntukan ini apabila disabitkan telah melakukan sesuatu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM200,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali yang bersangkutan akta dan denda yang berkait rapat dengan soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tasek Gelugor. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Soalan tambahan pertama, silakan Yang Berhormat.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah memberikan penjelasan sebentar tadi. Tuan Yang di-Pertua, isu ini pernah mendapat liputan meluas oleh media di Australia dan juga di Malaysia apabila seorang wartawan daripada akhbar Utusan Malaysia telah menyamar sebagai buruh haram di sebuah ladang buah-buahan di Australia. Soalan saya, apakah tindakan bagi menghalang aktiviti ini berterusan, terutama selepas sempadan negara dibuka nanti serta menghalang sistem perhambaan moden yang memburukkan nama Malaysia kerana sebenarnya ramai pekerja yang pergi ke sana tanpa kawalan dan sebagainya, mereka tidak mendapatkan layanan yang sebaiknya, sama ada daripada segi gaji ataupun daripada segi tempat tinggal dan sebagainya. Jadi, apakah inisiatif yang lebih berkesan daripada pihak kerajaan terutama sekali untuk mengenal pasti ejen-ejen yang tidak berlesen. Terima kasih.
Terima kasih. Silakan, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada sahabat daripada Tasek Gelugor yang membangkitkan soalan ini yang sangat baik bagi kita. Soalan yang sangat baik kerana ini adalah apabila kita selepas pandemik COVID-19 ini, sempadan-sempadan kita akan dibuka satu demi satu mengikut fasa yang kita akan tentukan. Jadi bila begitu dia akan berlakulah seperti mana persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tasek Gelugor tadi. Jadi, demi memastikan aktiviti penyeludupan migran tidak menjejaskan kerukunan dan keharmonian masyarakat Malaysia, kerajaan mengambil pelbagai langkah di antaranya menguatkuasakan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 berpandukan Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan Orang 2016-2020 yang melibatkan agensi-agensi kerajaan seperti: (i) Polis Diraja Malaysia; (ii) Jabatan Imigresen Malaysia; (iii) Jabatan Kastam Diraja Malaysia; (iv) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia; dan (v) Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia akan menjalankan operasi secara bersepadu dan juga risikan.
Jadi untuk kali ini, KSM diberi peranan mengetuai MAPO iaitu membuat kajian dan juga penyelidikan tentang imigran yang akan keluar dan masuk secara illegal ke dalam negara. Jadi, mengadakan juga kerjasama dengan beberapa organisasi antarabangsa bagi tujuan perlindungan dan kebajikan mangsa seperti mana International Justice Mission, International Organization for Migration, Australia-Asia Program to Combat Trafficking in Persons dan juga Médecins Sans Frontières (Doctors Without Borders) yang mencakupi usaha sama dalam perkara penghantaran pulang, perlindungan kempen kesedaran, penerangan hak-hak mangsa dan pengurusan kes. Jadi dalam keadaan ini, penubuhan Pasukan Petugas Khas Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran iaitu dipanggil ATIPSOM Task Force yang terdiri daripada wakil agensi penguatkuasaan dan perundangan. Jadi, kita mengenal pasti tempat-tempat yang sering menjadi points of entry penyeludup-penyeludup yang
membawa masuk atau membawa keluar kanak-kanak untuk dijual kepada keluarga angkat untuk tindakan pencegahan dan menyelamatkan mangsa. Inilah, sekian terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Tasek Gelugor berkenaan dengan tindakan-tindakan kerajaan dengan apa yang dibangkitkan tadi. Sekian, terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Meneliti daripada Bajet 2022, dengan jelas tidak menyatakan secara khusus untuk mensasarkan pendapatan sebanyak RM10,000 isi rumah mengikut Rancangan Malaysia Ke-12. Jadi, apakah langkah kerajaan untuk mengalih minat pekerja-pekerja tempatan dan menawarkan gaji minimum yang lebih relevan pada pekerja dalam negara supaya pekerja tempatan tidak berhijrah ke negara luar? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Silakan.
Terima kasih sahabat saya dari Kapar yang membangkitkan soalan berkenaan dengan gaji dan juga tarikan untuk local workers bekerja di Malaysia kerana berkenaan dengan keadaan sekarang ini dalam pasca pandemik COVID-19 ini. Memang kerajaan begitu serius untuk kita melaksanakan supaya kerja-kerja rakyat tempatan ini dapat diisi untuk bekerja di sektor-sektor yang kita telah tentukan, di semua sektor yang ada dalam negara ini dengan kita membuat satu program yang sangat menarik iaitu dipanggil Malaysianization. Dengan meletakkan rakyat tempatan, kerajaan memberi satu insentif, increased gaji kepada pekerja-pekerja tempatan untuk mereka bekerja dalam sektor dalam negara kita iaitu dengan memberi penambahan gaji RM500 ataupun 20 persen daripada gaji basic sekarang ini. Ini yang sedang dirancang oleh kerajaan dengan juga kita menjalankan program-program subsidi upah supaya tidak berlaku pembuangan kerja dan juga gaji tidak dipotong. Ini sedang dijalankan iaitu yang kita panggil PSU1.0, PSU2.0, PSU3.0 dan yang terbaru, kerajaan telah melalui agensi Kementerian Sumber Manusia iaitu GLC PERKESO telah membuat satu portal. Daftar sahaja mencari kerja, kita memberi RM300. Bulan pertama tak dapat kerja lagi, bulan kedua masih lagi tak dapat kerja, dia diberi lagi RM300 sehinggalah dia mendapat kerja. Sebelum mendapat gaji yang pertama, kerajaan memberi insentif lagi RM400. Jadi sekarang ini, dalam perjanjian di antara Kerajaan Malaysia, LO dengan Kerajaan Malaysia iaitu gaji minimum kita telah ditetapkan di kawasan-kawasan yang ditetapkan di bandar minimum gaji RM1,200, ditambah RM500 menjadi paling kurang RM1,700. Di luar bandar, di kawasan-kawasan majlis-majlis perbandaran iaitu gaji minimum RM1,100 ditambah lagi RM500 dengan elaun-elaun yang lain. Jadi lebih kurang, rakyat tempatan akan mendapat gaji minimum dengan kerja yang pertama dengan gaji paling kurang di antara RM1,700 ke RM2,000 termasuk elaun- elaun. Basic sahaja dah RM1,700 kalau ikut daripada insentif yang telah kita jelaskan iaitu insentif yang kerajaan bagi mesti ada penambahan berlaku sebanyak RM500 dalam program PEMULIH iaitu dipanggil Malaysianization. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, boleh tak satu lagi soalan? Boleh ya?
Ya. Pendek sahaja ya, pendek.
Terima kasih, memang pendek. Saya nak tanya, berapa ribu rakyat Malaysia yang kerja secara haram di negara lain? Ini problem 10,000 atau 50,000 orang ini?
Saya akan jawab secara bertulis melalui statistik yang dibangkitkan. Okey? Terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih.
2. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Permatang Pauh] minta Menteri Kesihatan menyatakan: (a) usaha kementerian mengawal selia semua program HPV DNA yang sekarang ini sebahagian kecilnya dijalankan LPPKN; dan (b) komitmen kementerian memastikan kesemua pelajar berusia 13 dan 14 tahun yang terlepas vaksinasi HPV diberikan vaksin tersebut dalam masa terdekat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan ini adalah berkenaan dengan saringan dan vaksinasi HPV ataupun human papillomavirus. Tuan Yang di-Pertua, di Malaysia mengikut statistik daripada National Cancer Patient Registry, kanser serviks merupakan kanser ketiga tertinggi dalam kalangan wanita dan kesembilan tertinggi dalam kalangan penduduk Malaysia. Pada masa kini, pap smear merupakan ujian saringan yang disediakan di semua fasiliti kerajaan, KKM dan juga bukan kerajaan bagi mengesan awal kanser serviks. Namun begitu, kajian terkini menunjukkan bahawa jangkitan virus HPV berisiko tinggi adalah penyumbang kepada lebih 95 peratus penyebab kanser serviks. Bagi tujuan pengesanan awal kanser ini yang juga merupakan langkah pencegahan sekunder, pelaksanaan saringan kanser serviks perlu diperluaskan kepada teknik ujian yang lebih efisien. Malah yang lebih penting, kaedah ujian yang memberi keselesaan dan autonomi kepada wanita. Bukti yang kukuh wujud untuk menyokong idea bahawa ujian saringan HPV mampu memberi impak yang positif dari sudut keupayaan untuk mengenal pasti virus penyebab penyakit kanser serviks yang membolehkan intervensi selanjutnya dilakukan bagi mencegah kejadian kanser serviks. Atas dasar inilah, Kementerian Kesihatan telah pun menambah baik polisi dengan meluluskan polisi saringan kanser serviks melalui kaedah ujian saringan HPV DNA yang dilaksanakan secara berfasa mulai 30 September 2019. Perkhidmatan ujian saringan kanser serviks ini juga turut dilaksanakan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Hospital Universiti, klinik swasta dan juga NGO. Bagi ujian saringan HPV DNA, sebahagian besar adalah dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan dan LPPKN bergantung kepada kumpulan sasar wanita. KKM menyasarkan semua wanita warganegara Malaysia berumur 30 ke 65 tahun yang pernah menjalani hubungan seksual dan belum pernah melakukan ujian saringan HPV atau menjalani ujian pap smear untuk tempoh lebih daripada tiga tahun adalah layak untuk disaring di klinik kesihatan. Polisi ini agak berbeza daripada LPPKN, yang mana LPPKN adalah mensasarkan untuk wanita daripada golongan B40 dan M40 melalui 49 buah Klinik Nur Sejahtera di bawah LPPKN. Bagi pemantauan pencapaian ujian saringan HPV ini, Kementerian Kesihatan akan melaporkan maklumat jumlah ujian saringan HPV, keputusan ujian, keputusan akhir ujian sama ada wanita didiagnosis itu adalah prakanser ataupun kanser. Kementerian Kesihatan juga akan mengumpul maklumat yang sama daripada LPPKN dan agensi yang lain. Bagi tujuan penambahbaikan program, KKM turut mengadakan mesyuarat tahunan, jawatankuasa teknikal bagi program saringan kanser serviks. Ia menjadi platform perbincangan oleh semua agensi termasuk LPPKN bagi meningkatkan kualiti dan mutu perkhidmatan yang diberikan. Untuk menjawab bahagian (b) berkenaan dengan vaksinasi, apabila bekalan vaksin HPV diperoleh pada tahun 2022, remaja yang berusia 13 ke 14 tahun yang terlepas daripada vaksinasi HPV pada tahun yang terkini, akan diberi vaksinasi melalui perkhidmatan kesihatan sekolah seperti sebelum ini.
Memang kita maklum pada tahun yang lepas dan tahun ini, vaksinasi tidak dapat diberikan disebabkan pandemik COVID-19. Buat masa ini Kementerian Kesihatan sedang melaksanakan perolehan bagi tender pembekalan SPV injection. Perolehan ini masih dalam peringkat penyeliaan. Terima kasih.
Terima kasih, soalan tambahan pertama.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih juga Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab. Kita tahu bahawa Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyasarkan pengakhiran kepada kanser serviks kalau kita mengambil langkah-langkah yang tertentu sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi iaitu ujian saringan, saya ucapkan terima kasih dan kedua adalah pemvaksinan. Ada juga tambahan di negara-negara maju di mana mereka membuat pemvaksinan juga untuk remaja lelaki yang merupakan possible carriers, pembawa. Jadi, adalah kementerian bersedia bukan sahaja untuk memvaksin remaja perempuan tetapi juga lelaki di antara umur 13 hingga 14 tahun untuk memastikan kita benar-benar melihat pengakhiran kanser serviks. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat. Memang saya pun menyuarakan soalan ini kepada pegawai-pegawai dan setakat ini, dasar kita adalah untuk perempuan sahaja, 13 tahun ke atas. Jadi, untuk remaja lelaki, belum ada. Kita belum membuat dasar untuk memberi vaksinasi kepada mereka dan kalau diizinkan mungkin dalam tahun hadapan kita akan melaksanakan dasar seperti itu, terima kasih.
Terima kasih, ada soalan tambahan kedua? Kalau tidak ada, Yang Berhormat Permatang Pauh ada? Tidak ada.
Hanya kalau diberikan peluang, maksudnya saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh sahaja memastikan remaja lelaki juga mengambil vaksin ini kerana Malaysia memang terkehadapan selalunya. Kita boleh menyaksikan menjelang 2030, perkara ini dapat kita selesaikan dan ini akan mengurangkan bebanan kepada sistem kesihatan negara. Selalunya untuk kanser serviks, apabila diagnose, it is a late presentation, sudah stage ketiga atau keempat. Saya harap sangat-sangat, Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh teruskan bahawa kita terus putus dengan dasar bukan sahaja perempuan tetapi juga lelaki. Terima kasih.
Ya, Tuan Yang di-Pertua kita ambil maklum dan kita pun sedar bahawa ia amat penting untuk kita semua di negara ini, terima kasih.
4. Dr. Ong Kian Ming [Bangi] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan bila Akta Penyewaan Kediaman (Residential Tenancy Act) akan dikemukakan di Parlimen dan apakah proses ‘stakeholders consultation’ yang telah dan sedang dijalankan.
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Bangi dan saya berharap Yang Berhormat Bangi berada dalam keadaan sihat sekarang. Tuan Yang di- Pertua, saya mohon izin untuk menjawab soalan Yang Berhormat Bangi secara bersekali dengan soalan Yang Berhormat Johor Bahru bertarikh 8 November kerana ia melibatkan isu dan persoalan yang sama. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi melindungi kepentingan serta hak penyewa dan pemilik kediaman, kementerian sedang menjalankan kajian dan penggubalan Akta Sewaan Kediaman ataupun Residential Tenancy Act yang telah bermula sejak Jun 2019. Ketika ini penyediaan Perjanjian Penyewaan Kediaman menggunakan tatacara Akta Kontrak 1950 dan perjanjian itu bersifat umum dan tidak
komprehensif serta tidak melindungi sepenuhnya kepentingan serta hak penyewa mahupun pemilik premis. Akta baharu ini digubal berdasarkan model Residential Tenancy Act 2010 New South Wales, Australia kerana akta ini dilihat mampu melindungi kepentingan pemilik kediaman dan penyewa. Pada masa yang sama, undang-undang berkaitan dari negara Jerman, United Kingdom dan Australia serta Rental Housing Act dari Afrika Selatan juga telah dibuat perbandingan. Sepanjang proses penggubalan Akta RT ini, sesi pengumpulan maklumat data dan konsultasi dengan pihak berkepentingan termasuk di peringkat Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, badan-badan bukan kerajaan, badan-badan profesional, pihak swasta pemaju dan pihak-pihak berkepentingan diadakan dari semasa ke semasa bagi tujuan kajian ke atas isu-isu gubalan Akta RTA ini. Selain daripada itu, sesi libat urus secara komprehensif dengan penglibatan pihak berkepentingan Regulatory Impact Assessment ataupun RIA akan dilaksanakan bersama pihak perbadanan, produktiviti Malaysia atau Malaysia Productivity Cooperation bagi mengenal pasti dan menilai kesan daripada cadangan penggubalan rang undang-undang ini. Konsultasi awam yang menggunakan portal unified public consultation (UPC) akan dijalankan untuk mendapatkan maklum balas terhadap cadangan akta ini. Pandangan daripada semua pihak yang berkepentingan dan berkaitan akan diambil kira bagi tujuan penambahbaikan RUU RTA sebelum dibawa ke Parlimen. Cadangan penggubalan RUU RTA telah pun dibentangkan ke mesyuarat Jemaah Menteri pada 23 Jun 2021 dan telah mendapat kelulusan prinsip untuk membentang dalam sesi Parlimen. Seterusnya, pihak kementerian sedang menyemak draf awal RUU RTA dan menyediakan dokumentasi bagi prosedur untuk melaksanakan RIA ataupun regulatory impact assessment. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, memandangkan hubungan antara tuan rumah, tuan tanah dengan penyewa terletak di bawah bidang kuasa negeri sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 76(4) Perlembagaan Persekutuan, maka cadangan RUU RTA ini juga selain daripada dirancang perlu juga dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan bagi memastikan RUU ini boleh dan sesuai dilaksanakan. Setelah dibentangkan di MMKT, draf RUU ini akan dikemukakan ke Jabatan Peguam Negara dan semakan-semakan terakhir sebelum dibentangkan ke Parlimen dan ia dijangka dibentangkan di Parlimen pada sesi persidangan suku ketiga tahun 2022. Terima kasih.
Terima kasih. Soalan tambahan pertama.
Terima kasih atas jawapan tadi Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya senang sahaja. Salah satu isu yang selalu dibangkitkan di media sosial ialah isu diskriminasi terhadap penyewa rumah yang dikenakan oleh pemilik kediaman. Misalnya mereka kata saya hanya suka ataupun hanya membenarkan orang daripada sesuatu bangsa atau tidak membenarkan orang bukan warga negara untuk menyewa rumah ataupun menyewa bilik. Jadi, apakah pandangan Yang Berhormat Menteri tentang RUU yang akan dibentangkan pada tahun hadapan. Adakah ia sesuatu RUU yang sesuai untuk menangani masalah diskriminasi yang mungkin berlaku di pasaran sewa ini. Terima kasih.
Terima kasih. Jadi, the real spirit of this law Yang Berhormat adalah pertama untuk mewujudkan perlindungan secara lebih berimbang antara hak penyewa dan juga hak pemilik premis. Kedua adalah untuk menyeragamkan pemakaian perjanjian sewaan yang hari ini berlaku secara tidak seragam menyebabkan berlakunya ketidakadilan sama ada kedua-dua pihak. Ketiga, membolehkan melalui akta ini perwujudan institusi penyelesaian pertikaian melalui tribunal yang hari ini hanya dapat diselesaikan melalui Akta Kontrak 1950 yang perlu dibawa di mahkamah. Banyak isu yang timbul soal pengusiran dan sebaginya. Soal diskriminasi yang disebut oleh Yang Berhormat tadi memang benar, saya lihat dan saya dengar. Namun, pada waktu ini kita akan meliliti secara lebih detail untuk melihat the local circumstances. Akta di Australia ada. Even di US pun dia ada the Fair
Housing Act 1968 yang melarang sebarang bentuk advertising, penjualan dengan meletakkan preference. Akan tetapi, di Malaysia ini kalau disebut diskriminasi itu, ia adalah soal preference. Agak janggal juga kalau ada akta-akta yang mengokong preferences hak ke pemilik dan juga menjadi tuan punya. Namun begitu, kajian akan kita lakukan untuk meneliti sama ada kesesuaian untuk memasuki dan untuk memasukkan elemen-elemen yang sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, Kita tidak menolak kepentingan untuk kerajaan menggubal satu akta khas bagi melindungi kepentingan penyewa dan tuan rumah. Cuma, saya ingin bertanya dalam situasi negara berhadapan dengan pandemik dan kebanyakan penyewa khususnya melibatkan bangunan komersial dan perniagaan terjejas sumber pendapatan mereka. Jadi, apakah langkah kerajaan bagi mengatasi isu bayaran sewa mereka yang tertunggak kerana ia melibatkan hak tuan sewa dan penyewa yang terhimpit dan sejauh mana sebuah tribunal khas ditubuhkan bagi mengatasi kemelut yang berlaku itu, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Tumpat. Itulah sebabnya kita hendak adakan RTA ini bagi mewujudkan satu ekosistem yang lebih adil kepada semua pihak yang terlibat dalam pasaran sewaan kediaman. Sekarang ini yang ada hanyalah akta-akta yang bersifat begitu loose, yang ada dapat menjamin pelindungan kepada hak-hak penyewa mahupun tuan rumah. Umpamanya, kalau daripada segi pengusiran. Kita hanya ada Akta Bantuan Khas (Special Relief Act), demikian juga Akta Distress yang tidak bersifat komprehensif. Jadi, dengan adanya Residential Tenancy Act (RTA) ini, ia akan bersifat all-encompassing, yang akan melihat semua aspek. Insya-Allah, mudah-mudahan leaving not even a single stone unturned, dengan izin, bagi memastikan the ecosystem kepada industri ataupun kepada sektor sewaan kediaman ini dapat dilakukan secara lebih lestari. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seterusnya, Yang Berhormat Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof. Silakan.
5. Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof [Alor Gajah] minta Menteri Kesihatan menyatakan secara terperinci berkenaan langkah-langkah keselamatan yang pihak kementerian jalankan bagi memastikan vaksin yang diterima bersesuaian dengan kondisi badan penerima dan apakah bentuk pampasan yang diterima penerima vaksin sekiranya terdapat kesan sampingan selepas divaksin?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dimulakan pada 24 Februari 2021 sehingga 30 Oktober 2021 ini, sejumlah lebih 50 juta dos vaksin COVID-19 daripada jenama Pfizer, AstraZeneca, Sinovac dan CanSino telah diberikan kepada penerima vaksin. Bagi memastikan vaksin tersebut berkualiti, selamat dan berkesan sebelum ia boleh digunakan, setiap kelompok vaksin tersebut perlu menjalani keperluan lot release. Pihak pemegang pendaftaran produk perlu mengemukakan dokumen lot summary protocol yang mengandungi maklumat proses pengilangan dan ujian kawalan kualiti yang telah dijalankan ke atas kelompok vaksin tersebut. Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) akan menjalankan penilaian ke atas dokumen tersebut untuk memastikan setiap kelompok vaksin dihasilkan berdasarkan spesifikasi vaksin yang telah ditetapkan semasa pendaftaran. Seterusnya, kelompok vaksin tersebut perlu menjalani pemeriksaan rangkaian sejuk di gudang produk di Malaysia selepas ia diterima daripada pengilang luar negara. Pemeriksaan ini dijalankan bagi memastikan vaksin sentiasa disimpan pada suhu simpanan produk sepanjang perjalanan vaksin daripada pengilang sehingga ia tiba di
Malaysia. Sekiranya keperluan lot release ini dipatuhi, NPRA akan mengeluarkan sijil lot release ke atas kelompok vaksin tersebut. Orang ramai boleh menyemak sijil lot release vaksin yang disuntik kepada mereka menggunakan nombor kelompok vaksin yang tertera kepada sijil digital vaksinasi dan semakan boleh dibuat juga daripada laman web NPRA. Pemantauan aspek keselamatan vaksin diteruskan selepas vaksin tersebut disuntik kepada penerima vaksin. Sama seperti vaksin dan ubat-ubatan yang lain, vaksin COVID-19 juga boleh menyebabkan kesan sampingan. Kesan sampingan vaksin dipantau oleh NPRA. Berhubung dengan bentuk pampasan yang diterima penerima vaksin sekiranya terdapat kesan sampingan selepas vaksin, kerajaan pada 17 Mac 2021 telah bersetuju bahawa Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 wajar ditetapkan tidak melebihi RM50,000 bagi warganegara Malaysia yang mendapat kesan sampingan yang serius selepas menerima vaksin COVID-19 yang memerlukan rawatan berpanjangan di hospital serta tidak melebihi RM500,000 bagi warganegara Malaysia yang keupayaan kekal ataupun kematian di bawah program imunisasi ini. Kerajaan juga bersetuju bayaran Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 ini dibuat menggunakan peruntukan sedia ada di bawah Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara ataupun di bawah seliaan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Sejak bermulanya PICK sehingga 27 Oktober 2021, 900,000 lebih respons kendiri yang bersamaan 17.5 peratus respons bagi setiap 1,000 dos yang diterima melalui aplikasi MySejahtera. Manakala sebanyak 22,000 lebih pelaporan kesan adverse telah diterima melalui sistem pelaporan sedia ada, ini bersamaan dengan 0.45 peratus laporan bagi setiap 1,000 dos vaksin. Daripada jumlah ini, 1,483 laporan dikategorikan sebagai serius atau ini bersamaan dengan 0.03 peratus bagi setiap 1,000 dos yang diberi. Semua kes yang dikategorikan sebagai serius, akan disiasat secara menyeluruh dan terperinci oleh fasiliti kesihatan. Laporan penyiasatan ini kemudiannya akan diserahkan kepada Jawatankuasa Farmakologikal Khas Vaksin (JFK) di Bahagian Farmasi untuk penyeliaan kes mati ataupun berhubung kait antara kesan sampingan dan vaksin yang sudah diambil. Daripada jumlah kes serius setakat ini, terdapat 519 laporan yang merekodkan kes-kes kematian dalam kalangan penerima vaksin COVID-19. Namun begitu, setelah penilaian kes mati dijalankan, tiada kes kematian yang dapat dikaitkan secara langsung dengan vaksin COVID-19 yang telah diberikan setakat ini. Sehingga 29 Oktober 2021, sebanyak 74 permohonan Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 telah diterima dan 58 permohonan dalam pertimbangan jawatankuasa, manakala sembilan permohonan dalam pertimbangan induk bantuan khas kewangan dan lima permohonan ditolak sebab tidak dikategorikan sebagai adverse event following immunization (AEFI) dan dua permohonan ditolak kerana tiada hubungan kait secara langsung dengan penggunaan vaksin. Sehingga 29 Oktober, masih belum ada permohonan yang diluluskan. Terima kasih.
Soalan tambahan pertama.
Tambahan. Soalan tambahan saya ini ada dua. Nombor satunya, terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan kerana memperincikan jawapan soalan saya tadi. Cumanya, kalau disebutkan 1,000 yang telah disuntik kelompok itu, 0.03 peratus ada kesan sampingan dan ada kesan sampingan yang serius. Saya mohon supaya Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan memberi laporan, berapa banyakkah yang telah menerima pampasan daripada kesan sampingan ini. Nombor duanya, disebutkan tadi, tiada rekod kematian oleh sebab vaksinasi. Semalam dicatatkan, 36 orang meninggal dunia dan dilaporkan juga kosong yang tidak kena mengena dengan vaksinasi. Akan tetapi kita tahu Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri Sarawak contohnya, meninggal dunia selepas diberikan dua dos vaksinasi. Kita
perlu menerangkan secara terbuka kepada rakyat untuk memberi keyakinan vaksinasi itu selamat. Di kawasan Alor Gajah contohnya semalam, saya berjumpa dengan sekeluarga. Seorangnya sebelum itu, tidak memakai tongkat, memohon untuk tongkat sebab lutut dan jointnya sakit selepas menerima dua dos dan tidak dihiraukan oleh PKD apabila membuat laporan.
Soalannya, Yang Berhormat.
Soalannya, apakah tindakan-tindakan yang lebih jelas daripada Kementerian Kesihatan untuk memberikan keyakinan kepada rakyat yang sebilangannya masih lagi belum menerima vaksin supaya datang ke depan? Jangan kita menakut-nakutkan mereka dengan menyukarkan kehidupan mereka. Terima kasih.
Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat. Soalan yang amat tepat. Memang itulah daripada awalnya kita— program PICK ini, kita mempunyai insurans.
Oleh sebab itu, kita berani untuk meletakkan sejumlah peruntukan yang sepatutnya diberi kalau ada kesan sampingan ataupun kematian seperti yang telah disebut tadi dalam RM50,000 dan RM500,000 untuk kedua-dua kes. Memang semua kes seperti yang saya telah jawab tadi. Semua kes yang dilaporkan pada kita akan melalui proses penilaian dan ada tiga jawatankuasa yang terlibat langsung dengan penilaian ini ialah: (i) Jawatankuasa Farmakovigilans Khas Vaksin COVID-19, (ii) Jawatankuasa Teknikal Perubatan; dan (iii) Jawatankuasa Induk Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19. Seperti jawapan yang saya beri tadi, daripada semua kes laporan kematian yang 519 itu telah pun disiasat. Mengikut penilaian dan didapati seperti yang saya sebutkan tadi, belum ada permohonan yang diluluskan untuk mendapat bantuan tersebut. Ini memang melalui proses yang amat ketat. Saya ingat jawatankuasa yang ditetapkan untuk membuat penilaian ini telus dan tepat dalam penilaian mereka. Itu sahaja yang saya boleh jawab. Terima kasih.
Terima kasih Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Timbalan Menteri. Berkenaan dengan vaksin. Sebenarnya saya setuju dengan Yang Berhormat Alor Gajah bahawa berkenaan dengan adverse event, lepas vaksin mesti lebih telus daripada segi data. Oleh sebab saya juga mengetahui, sebagai contoh di Sekolah Menengah Gunung Rapat, baru-baru sahaja ada seorang murid yang terima vaksin yang telah meninggal dunia. Post-mortem awal mengatakan ialah bronco spasm. Ini diagnosis itu memang tidak masuk akal. Cuma saya juga nak mengatakan bahawa saya alu-alukan usaha untuk memberi dos ketiga kepada semua dewasa di Malaysia. Oleh kerana ini akan membolehkan kita melonggarkan SOP secara berperingkat, berterusan. Akan tetapi kenapa di PRN Melaka sebagai contoh, kenapa kita patah balik? Walaupun Melaka dalam PPN empat tetapi SOP untuk pilihan raya negeri lebih ketat daripada PPN empat? Apabila kementerian membuat keputusan yang patah balik, ini tidak akan memberi keyakinan kepada rakyat bahawa we are going in a positive direction. Apakah jawapan daripada Timbalan Menteri? Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Memang seperti yang saya katakan tadi, kematian yang disebabkan mungkin vaksinasi ini seperti yang saya katakan, amat diteliti dengan telus. Angka-angka kematian pun terdapat dalam laman web COVIDNOW. Kita boleh melihat angka-angka di sana, memang telus. Akan tetapi lebih
dari itu, kalau kita ingin menentukan sama ada ia wajib untuk mendapat bantuan, itu ialah menerusi pelbagai jawatankuasa dan mereka membuat penilaian yang sepatutnya. Berkenaan dengan SOP di Melaka, memang saya ingat SOP ini kita sudah ada dasar dan kita sudah ada strategi dan kita sudah ada mempunyai SOP. Bagi kementerian, bagi kerajaan, kita tidak boleh sewenang-wenangnya untuk apabila SOP sudah ditetapkan dan disebabkan permintaan daripada golongan-golongan yang tertentu, kita dapat untuk bend kepada SOP itu, itu tidak boleh. Saya memang tahu lebih mendalam soalan-soalan yang sebelum ini. Mengapa ini tidak boleh, itu tidak boleh? Kita sebagai kerajaan, apabila sudah tetapkan dasar sudah tepat, kita tidak boleh katakan in public, ini tidak boleh, ini boleh, walaupun kita sudah tetap dengan SOP yang sedia ada. Itu sahaja yang saya boleh jawab. Terima kasih.
Terima kasih.
Sikit lagi.
Seminit ya.
Tuan Yang di-Pertua, sikit lagi. Spesifik kepada vaksin yang saya mendapat laporan membandingkan dua. Satu daripada China, satu dari Malaysia. Kalau kita ingat, kita mengimport secara pukal Sinovac, ketika itu kita memberi exemption. Soalan saya, adakah kita membuat fill and finish di Malaysia itu menjalani ujian klinik atau tidak? Oleh sebabnya, saya mendapat laporan tidak rasmi dari Serdang menyatakan kadar adverse effect oleh Sinovac amat tinggi di Serdang. Terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, mungkin laporan-laporan itu perlu kita semak kembali. Akan tetapi berkenaan dengan Sinovac fill and finish itu, dari awal kita memang pasti bahawanya memang selamat. Oleh sebab itu kita menggunakan vaksin-vaksin itu untuk suntikan seterusnya pada beberapa bulan yang lalu. Saya fikir kadar adverse effect yang sekarang ini saya ingat satu daripada kemungkinan. Oleh sebab kita ada varian baru, Delta dan juga membawa kes yang begitu banyak di Malaysia- bukan di Malaysia, di seluruh dunia. Ini juga mungkin menyebabkan kesan yang lebih serius pada penerima vaksin. Terima kasih.
Tuan Yang di- Pertua, kalau boleh saya pohon untuk Timbalan Menteri...
Boleh tambah satu.
Bukan, bukan.
Sekejap, sekejap.
Saya pohon untuk kementerian memberi jawapan secara... [Pembesar suara dimatikan]
Maaf ya. Peraturan cuma membenarkan tiga soalan tambahan. Maaf-maaf.
Tadi mula-mula mereka sudah tanya satu soalan, boleh lagi soalan kedua. Mana boleh, mesti kena bagi lain orang.
Tiga. Yang Berhormat...
Tuan Yang di- Pertua, Kementerian Kesihatan mesti ada satu laporan ataupun engagement dengan semua Ahli Parlimen.
Maaf. Ini bukan perbahasan ya. Yang Berhormat Puchong.
6. Tuan Gobind Singh Deo [Puchong] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah kes-kes COVID-19 dalam penjara-penjara Malaysia serta juga jumlah kematian yang berlaku di situ. Sila juga nyatakan status program vaksin di penjara-penjara Malaysia.
Terima kasih Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan seterusnya kepada Yang Berhormat Puchong, jumlah kumulatif banduan yang disahkan positif COVID-19 mulai 29 Ogos 2020 hingga 12 Oktober 2021 ialah seramai 46,550 orang banduan, tidak termasuk sembilan kes melibatkan bayi banduan wanita. Daripada jumlah tersebut, seramai 599 orang banduan atau 1.3 peratus dikategorikan di bawah kes masih aktif dan seramai 45,848 orang banduan yang bersamaan dengan 98.5 peratus telah sembuh. Rekod menunjukkan seramai 103 orang banduan atau 0.2 peratus telah meninggal dunia bagi tempoh tersebut. Jumlah semasa yang disahkan positif pada 13 Oktober 2021 telah menurun kepada 60 orang atau bersamaan dengan 0.001 peratus. Sehingga 30 Oktober 2021, seramai 237,660 orang banduan telah menjalani saringan COVID-19. Data bagi pemberian vaksin untuk banduan di Jabatan Penjara Malaysia sehingga 8 Oktober 2021 menunjukkan 60,012 orang banduan telah menerima vaksin dos satu, dos dua dan dos tunggal. Di mana daripada jumlah tersebut, seramai 31,691 orang banduan telah menerima dos satu, 11,140 orang banduan telah lengkap dos dua dan jumlah banduan yang menerima dos tunggal ialah seramai 17,181 orang banduan. Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Penjara Malaysia telah mengambil langkah proaktif bagi melaksanakan program pemberian vaksinasi COVID-19 kepada banduan. Ini terbukti apabila program pemberian vaksinasi telah pun dilaksanakan secara berperingkat bermula beberapa bulan yang lepas sehingga berjaya mencapai jumlah yang tertinggi dalam tempoh beberapa bulan sahaja. Selain itu, inisiatif ini juga digerakkan diperingkatkan negeri dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia di mana pemberian suntikan vaksin COVID-19 dilaksanakan oleh pihak Jabatan Kesihatan Daerah yang berhampiran. Dalam masa yang sama, program ini akan terus dilaksanakan dan diperhebatkan daripada semasa ke semasa di bawah Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan bersama-sama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan COVID-19 Immunisation Task Force (CITF). Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Soalan tambahan pertama.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan saya berkaitan dengan vaksin yang telah diberikan. Adakah Yang Berhormat mempunyai angka-angka berkenaan dengan kekerapan seseorang untuk mendapat COVID-19 setelah diberikan dua dos vaksin di dalam penjara, itu pertama.
Kedua, kita lihat bahawa bukan keseluruhan yang telah pun divaksin. Di dalam keadaan itu, apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian untuk pastikan bahawa pergerakan banduan-banduan daripada penjara keluar khususnya ke mahkamah dan sebagainya dapat dikawal keadaan COVID-19 mereka itu? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih.
Terima kasih atas soalan daripada Yang Berhormat Puchong. Saya mohon maaf kepada Yang Berhormat kerana saya tidak ada data berkaitan dengan kekerapan yang berlaku setelah diberikan suntikan vaksin pada masa sekarang. Bagaimanapun, saya akan memberikan jawapan bertulis kepada Yang Berhormat. Berkaitan dengan soalan kedua, sebenarnya setakat ini walaupun masih ada yang belum ada divaksin namun daripada laporan yang kita terima daripada apa yang
berkenaan di bawah kementerian, tidak ada banduan ini yang setakat ini menolak untuk diberi vaksin. Cuma sahaja untuk pelaksanaan suntikan vaksin ini kepada mereka yang terlibat. Untuk makluman, sebenarnya mereka yang telah diberi vaksin setakat ini dalam jumlah yang agak ramai iaitu 107,990 orang setakat 27 Oktober 2021. Terima kasih.
Terima kasih. Ada soalan tambahan kedua? Tidak ada? Yang Berhormat Puchong ada apa-apa hendak tambah? Tidak ada.
Tadi soalan saya Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan langkah-langkah yang diambil untuk memastikan bahawa mereka yang belum divaksin ataupun hanya mendapat satu dos dikawal pergerakan mereka kerana mereka ini keluar masuk dari penjara. Dalam keadaan tersebut, ada risiko kepada pihak-pihak yang mereka lalui mahkamah, pihak polis, pihak penjara dan sebagainya. So, itu soalan saya. Kita faham bahawa bukan semua yang telah pun menerima vaksin dan dalam keadaan tersebut memang ada risiko, jadi kita ini khuatir bagaimana kerajaan hendak mengawal keadaan itu. Itu soalan saya. Terima kasih.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh tambah tidak?
Yang Berhormat, sebenarnya mereka yang di penjara, mereka mengikut SOP, memakai PPE ketika mereka membawa banduan- banduan ini, sama ada urusan yang pertama ataupun sehingga kepada urusan kepada mahkamah. Sebenarnya setiap mereka juga yang baru masuk, semua di seluruh di penjara Malaysia terdapat satu transit point, di mana mereka tidak boleh bersama dengan banduan-banduan lain, mereka diasingkan terlebih dahulu. Usaha kerajaan termasuklah menggunakan PLKN ini untuk ditempatkan sebagai pusat transit sebelum mereka dihantar ke penjara sebenar. Terima kasih.
7. Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh [Besut] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan apakah langkah yang diambil bagi membantu pemulihan bidang keusahawanan, khasnya dalam usaha memanfaatkan platform digital sedia ada seperti media sosial, laman sesawang dan e-pasaran.
Terima kasih Yang Berhormat. Boleh buka mask kah?
Sila, sila.
Dewan Negara boleh buka, kita pun boleh buka lah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Yang Berhormat Menteri Kewangan atas keprihatinan kerajaan dalam usaha membantu usahawan semasa pembentangan Bajet 2022 pada minggu lepas. Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada soalan yang ditanya oleh Yang Berhormat Besut, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) sentiasa komited dalam memperkukuhkan daya tahan perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) melalui adaptasi teknologi dan digitalisasi termasuk manfaatkan platform digital seperti media sosial, laman sesawang dan juga e-pasaran. Untuk makluman Yang Berhormat, secara keseluruhannya sehingga Ogos 2021 sebanyak 617,738 PMKS telah menggunakan platform e-dagang di bawah Pelan Hala Tuju Strategik e-Dagang Nasional. Pencapaian ini diperoleh melalui pelbagai program merentasi kementerian dan juga agensi serta kerjasama dengan pihak swasta. MEDAC telah mengambil inisiatif dengan menggabungkan platform e-dagang yang sedia ada di bawah satu nama iaitu MEDAC iaitu MEDAC MALL bagi menyokong inisiatif di bawah Pelan Hala Tuju Strategik e-Dagang Nasional dengan menggabungkan beberapa platform yang sedia ada di bawah MEDAC seperti WarungKu di bawah SME
Corp di mana berdasarkan status semasa setakat 31 Ogos 2021 seramai 3,864 e- merchant telah pun mendaftar. Kedua, Pybli di bawah Pernas di mana ketika ini telah mempunyai 442 orang usahawan yang telah berdaftar dengan jumlah stock keeping unit sebanyak 632 produk. Ketiga, Angsana Virtual Mall di bawah UDA Holding yang merupakan platform dalam talian yang merangkumi peniaga-peniaga di pusat membeli belah di bawah UDA. Seterusnya, kita juga ada Orderlah di bawah SME Bank dalam membantu pelanggan-pelanggan PKS SME Bank untuk memasarkan produk-produk dan perkhidmatan mereka. Setakat September 2021, sejumlah 932 syarikat PKS telah berdaftar sebagai pembeli dan pedagang di atas platform e-dagang ini. Dalam usaha untuk kita menggabungkan sistem ini, maka jenama MEDAC MALL ini akan bermula dengan kaedah pemasaran digital menerusi siaran kandungan berbentuk episod-episod home shopping menerusi platform televisyen, media sosial, portal dan juga YouTube. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Besut.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang telah melaksanakan beberapa usaha untuk membantu usahawan. Walau bagaimanapun, terdapat usahawan yang berjaya sebelum ini yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa menjadi muflis akibat daripada pandemik COVID-19 baru-baru ini. Soalan saya ialah apakah usaha-usaha yang sedang dilaksanakan oleh kementerian untuk mendorong mereka kembali, untuk memotivasikan mereka agar mereka terus berjaya pada masa-masa akan datang.
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat, memang benar ada usahawan-usahawan yang dahulu berjaya tetapi sekarang ini memang bermasalah apabila hendak mengeksport barang-barang mereka. Oleh itu, ada beberapa langkah yang kita ambil di antaranya di bawah SME Bank kita perkenalkan satu skim Let's Xcess di mana usahawan-usahawan ini kita berikan latihan dan kemudian kita beri geran sebanyak RM150,000 kepada mereka untuk menggalakkan mereka terus mengeksport produk-produk mereka. Sebanyak RM30 juta diperuntukkan untuk program ini. Dalam masa yang sama, kita juga ada program di bawah dinamakan Best Exporters Program yang juga untuk memberikan galakan kepada usahawan-usahawan untuk mereka terus mengeksport keluar negara. Di bawah PNB sebagai contoh, kita juga mengadakan peruntukan geran sebanyak RM500,000 untuk mana-mana syarikat yang terlibat dalam mengeksport produk-produk mereka. Jadi usaha yang kita buat dan dalam masa yang sama kita juga hendak memudahkan urusan. Peruntukan ini daripada pemilihan kerajaan. Saya hendak tegaskan sekali lagi, kita tidak akan cek CTOS dan CCRIS untuk memudahkan usahawan. Terima kasih.
Okey. Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya ucapkan terima kasih jawapan Yang Berhormat Menteri tadi memberikan maklumat bahawa dalam pelaksanaan inisiatif ini, kementerian sudah ada kerangka dasar, sudah ada peta laluan strategik. Setujukah Yang Berhormat kalau saya katakan bahawa kesemua kerangka dasar dan peta laluan strategik itu adalah perancangan pre-COVID-19. COVID-19 telah menampilkan pelbagai masalah seperti dibangkit oleh Yang Berhormat Besut. Jadi, apakah kementerian bersedia untuk melakukan adjustment kepada kerangka dasar ataupun peta laluan strategik ini sesuai dengan cabaran semasa sekarang? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Memang itulah yang saya nyatakan bahawa kita dan saya sendiri secara peribadi, kita telah mengingatkan bahawa sekarang ini keadaan luar biasa. Jadi kerana itu yang pertama, kita kena kurangkan kaedah-kaedah birokrasi supaya kita dapat memberikan kemudahan kepada usahawan-usahawan di mana kerajaan telah pun memperuntukkan berbilion ringgit untuk menolong usahawan. Apa maknanya kalau peruntukan ini ada tetapi tidak sampai kepada usahawan kerana kerenah-kerenah birokrasi. Oleh sebab untuk memastikan itu, kementerian saya telah menubuhkan satu jawatankuasa pemantau hendak memastikan bahawa kalau ada rayuan, kalau ada rungutan, kalau ada kompelin daripada usahawan-usahawan yang menyebabkan usaha- usaha mereka ini tergendala kerana kerenah-kerenah birokrasi ini dan juga sistem yang digunakan sama sebelum berlakunya COVID-19 macam Yang Berhormat kata, iaitu kita akan ambil tindakan dalam memastikan bahawa usaha kerajaan ini akan benar-benar sampai kepada mereka yang memerlukan. Terima kasih.
Soalan tambahan. Ringkas sahaja.
Akan tetapi sebenarnya Yang Berhormat Padang Serai bangun dari tadi sebenarnya. Yang Berhormat Padang Serai bangun dahulu tadi.
Yang Berhormat Padang Serai, okey.
Yang Berhormat Padang Serai tadi bangunkan? Silakan.
Kalau tidak ada, Hulu Langat.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya, saya ingin penjelasan daripada kementerian, apakah polisi kementerian dalam meningkatkan penggunaan platform digital bagi perniagaan di pedalaman? Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Ini soalan yang cukup baik kerana di peringkat kementerian melalui INSKEN sebagai contoh, berbagai-bagai kursus digital telah pun dibuatkan. Namun demikian, kita tidak nafikan bahawa di luar bandar, mungkin kemudahan- kemudahan kepada internet ini masih menghadapi masalah. Sudah tentulah mereka mungkin tidak dapat mengikuti kemudahan-kemudahan digital. Oleh sebab itu kita mengingatkan kepada rakyat di luar sana, maknanya jika kemudahan-kemudahan digital dipergunakan dalam sistem persekolahan kita PdPR ini. Maka kalau di mana di sesebuah kampung boleh menggunakan kemudahan PdPR ini boleh belajar melalui secara di talian, maka penduduk di kampung tersebut mestilah mengambil kesempatan juga untuk mengambil peluang kemudahan digital yang sedia ada itu untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan digital. Jadi yang pentingnya, inilah peluang dan juga terima kasih pihak Kementerian Komunikasi, juga sedang berusaha untuk meningkatkan digital kemudahan internet di luar-luar bandar dan bukan sahaja memberikan faedah kepada pelajaran dalam talian tetapi rebutlah peluang untuk melibatkan diri dalam perniagaan dalam talian. Terima kasih.
Yang Berhormat Gopeng.
8. Dr. Lee Boon Chye [Gopeng] minta Menteri Kesihatan menyatakan langkah- langkah yang diambil oleh kementerian dalam persediaan menghadapi fasa endemik COVID-19.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan first untuk mengetahui persediaan menghadapi fasa endemik.
Tuan Yang di-Pertua, status endemik COVID-19 sesuatu negara hanya akan ditentukan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Walau bagaimanapun, tahap penularan jangkitan COVID-19 pada fasa endemik peringkat negara boleh ditentukan oleh kerajaan berdasarkan pencapaian nilai ambang yang ditetapkan dan disesuaikan dengan kapasiti respons sesuatu negara termasuk Malaysia agar tidak menjadi masalah kepada kesihatan awam. Semasa fasa endemik ini, walaupun liputan vaksinasi telah melebihi 70 peratus, jumlah kes harian masih boleh meningkat. Namun, pengurangan bilangan kes yang memerlukan kemasukan ke hospital dan kematian disebabkan COVID-19 ini dapat diatasi. Tindakan kerajaan dan KKM dalam fasa endemik ini adalah seperti berikut: (i) teruskan untuk mengekang penularan COVID-19 virus ini hingga ke tahap endemik at a very low level; (ii) meningkatkan kesiapsiagaan untuk menghadapi ancaman daripada kemunculan varian baharu dan peningkatan kes; dan (iii) meningkatkan penglibatan pelbagai pihak dan lebih telus dalam perkongsian maklumat dengan masyarakat agar sasaran serta informasi daripada kerajaan dapat diterima dan dilaksanakan. Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah menggariskan lima strategi utama untuk transisi kepada fasa endemik. Ini merangkumi pertama, respons kesihatan awam dan vaksinasi. Respons kesihatan awam termasuk mengesan awal kes melalui ujian kesihatan, seterusnya memberi rawatan kepada kes serta isolasi kes tersebut. Kontak rapat perlu dikenal pasti dengan cepat dan kuarantin supaya dapat memutuskan penularan jangkitan. Ini juga dimasukkan di bawah strategi Find-Test-Trace-Isolate and Support System. Vaksinasi juga adalah penting dalam memastikan kes-kes teruk dapat dicegah dan seterusnya mengurangkan kes yang memerlukan kemasukan ke hospital serta kematian disebabkan jangkitan COVID-19. Kedua, ujian dan surveillance. Ujian dan surveillance dilaksanakan secara berterusan dalam mengenal pasti varian baharu dalam komuniti dan seterusnya tindakan sewajarnya dapat dilaksanakan. Surveillance ini termasuklah surveillance Influenza Like- Illness (ILI), surveillance Severe Acute Respiratory Infection (SARI) dan surveillance Genomic Virus COVID SARS-CoV-2, surveillance persekitaran juga dijalankan di kawasan-kawasan prevalence kes COVID-19. Ketiga, pengurusan kes COVID-19. Satu daripadanya adalah penjagaan kesihatan primer diperkukuhkan, penyampaian perkhidmatan secara maya ataupun atas talian atau hibrid diperkembangkan dan diperluaskan pada lain-lain perkhidmatan seperti penyakit tidak berjangkit (NCD) dan kesihatan ibu dan anak. Manakala sistem temu janji atas talian diperluaskan dan COVID-19 Assessment Centre (CAC) Virtual bagi penilaian status kesihatan kes COVID-19 diteruskan dan diperluaskan ke negeri-negeri lain. Perkhidmatan pengamal perubatan swasta dipertingkatkan dalam pengurusan COVID-19. Juga pengurusan kes di hospital dimantapkan. Ini ialah untuk memperkukuhkan operasi gabungan antara pusat panggilan kecemasan perubatan dan unit pengurusan katil dengan mengenal pasti awal status kes semasa ia diambil di tempat pengambilan pesakit. Pesakit yang diambil oleh ambulans terutamanya kes ILI dan SARI perlu disaring menggunakan ujian kit pantas RTK-Antigen air liur. Triage penyakit berjangkit yang efektif dilaksanakan di Jabatan Kecemasan dan Trauma. Saringan ujian COVID-19 prakemasukan ke hospital juga diteruskan. Keempat, pemeriksaan komuniti. Pemerkasaan individu komuniti dan majikan dalam menangani COVID-19 adalah sangat penting. Individu dan komuniti menjadi ejen perubahan termasuk penglibatan organisasi bukan kerajaan (NGO) dan organisasi berasaskan komuniti (CBO). Masyarakat digalakkan untuk menjalani saringan kesihatan mental secara kendiri melalui aplikasi MySejahtera untuk mengesan awal penyakit kemurungan (depression) dan anxiety. Bantuan psikososial akan diberikan semasa pasca COVID-19 oleh
sukarelawan terlatih. Pemerkasaan ketua komuniti setempat ditingkatkan dalam mengenal pasti memberi sokongan dan merujuk mengikut keperluan penduduk setempat; dan, Kelima, kawalan sempadan. Prosedur Operasi SOP dan dasar kuarantin dikaji berdasarkan situasi COVID-19 dalam negara dan di peringkat global. Test and Release strategy bagi perjalanan antarabangsa melibatkan pengembara antarabangsa yang tiba di Malaysia dengan pengurangan tempoh kuarantin wajib jika didapati ujian COVID-19 negatif. Penilaian risiko dilakukan ke atas pengembara dengan sejarah perjalanan antarabangsa dan masuk ke Malaysia. Ia dibuat berdasarkan kriteria ditetapkan termasuk kewujudan varian baharu serta liputan vaksinasi di negara yang dikunjungi ataupun negara asal pengembara dan dikategorikan seperti merah atau hijau sebagai syarat pemberian kelonggaran ke atas perintah kuarantin. Sekian, terima kasih.
Tambahan.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dengan jawapan yang begitu komprehensif. Saya pasti kementerian telah bersedia untuk menangani COVID-19 dalam langkah-langkah yang dicadangkan yang merangkumi CTTIS, CAC, perkasakan rakyat, vaksin dan kawalan sempadan dan sebagainya.
Cuma saya lebih kepada perkara yang on the ground, apa yang sebenarnya berlaku. Semalam saya terima satu SMS daripada MKN yang kandungannya seperti berikut. Ini SMS daripada MKN. “RM0 sekiranya anda kes positif COVID-19 yang berada di rumah, pantau diri sendiri setiap hari. Sekiranya gejala bertambah teruk, segera hubungi 999.” Ini SMS yang saya terima. Cadangan daripada MKN ini memang saya pasti ada input daripada Kementerian Kesihatan. Akan tetapi ini cadangan yang tidak masuk akal kerana kaedah yang sedemikian akan membebankan panggilan kecemasan 999 dan membebankan sistem perkhidmatan ambulan. Jadi, tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada sebut berkenaan dengan CAC, hotline dan juga virtual konsultasi. Setakat mana CAC akan terus memberi perkhidmatan tersebut khususnya memberi perkhidmatan 24 hours satu hari, tidak berhenti sebab CAC yang sedia ada cuma sampai pukul 9 sahaja. Kedudukan COVID-19 mungkin boleh merosot bila-bila masa. Jadi, setakat mana kesediaan kementerian untuk kendalikan CAC daripada segi hotline dan daripada segi virtual consultation supaya boleh dihubungi setiap masa? Sekian.
Terima kasih. Kes yang begitu terperinci. Akan tetapi pada dasarnya, memang CAC telah menjalankan tugas untuk menilai kes-kes COVID-19 secara virtual atau maya. Kes yang disebutkan oleh Yang Berhormat itu mungkin terjadi pada online CAC itu. Kalaulah dikatakan tidak ada feedback daripada- kalau Yang Berhormat boleh memberi kes ini yang lebih detailed pada saya, saya boleh refer back kepada kementerian untuk membuat siasatan selanjutnya. Adakah ia benar ataupun tidak, ataupun apa sebab ia berlaku sebegitu. Terima kasih.
Setiu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Beralih ke fasa endemik memang tidak boleh dielakkan susulan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah meletakkan wabak COVID-19 adalah sebahagian daripada kehidupan manusia. Sebelum ini kerajaan nyatakan fasa endemik akan bermula pada hujung Oktober, dan pada hari ini kita sudah memasuki November. Soalan saya, bilakah peralihan fasa endemik ini disiarkan secara rasmi oleh kementerian? Apakah kajian telah dilakukan terlebih dahulu oleh kementerian untuk mengukur tahap persiapan dan kesediaan rakyat untuk hidup bersama COVID-19? Jika ya, apakah hasil laporan kajian tersebut? Seterusnya, Malaysia beralih ke fasa endemik. Adakah
kerajaan bercadang untuk mewajibkan suntikan vaksin COVID-19 oleh semua rakyat Malaysia? Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Kanowit.
Soalan yang tepat pada masa, dan memang Yang Berhormat. Sekarang ini kita ada- saya pun baru dapat terminologi “endemik”. Pertama adalah “living with the virus.” Kita hidup bersama virus. Dia ada dua perbezaan di sini. Untuk endemik ini, kementerian ataupun kerajaan telah pun mengeluarkan tujuh indicators untuk kita menjurus kepada peringkat endemik. Seperti yang saya telah jelaskan dengan ringkas tadi satu daripadanya merupakan kapasiti hospital kita daripada segi jumlah katil yang dipakai. Kalau sekarang ini kita memang ketahui- kita sekarang ini sebenarnya living with virus. Kadar katil yang digunakan masih tinggi. Ada yang melebihi 50 peratus. Apabila kita menjangkau ke peringkat endemik dalam kriteria yang kita adakan. Kadar penggunaan katil keseluruhannya mesti kurang daripada 30 peratus. Untuk ICU, kurang daripada 10 peratus. PKRC, kalau boleh kita tidak akan membuka PKRC dengan sebanyaknya. Kita akan menyasarkan pembukaan PKRC kurang daripada 30 peratus. Daripada segi ujian PCR. Ujian PCR kapasiti kita, lab capacity kita sentiasa mempunyai lebih kurang- lebih daripada 90 peratus kapasiti untuk kita membuat ujian. Dan daripada segi positivity, kita mengharapkan di peringkat endemik nanti positivity kita kurang daripada lima peratus. Daripada kakitangan kesihatan, healthcare workers yang dijangkiti oleh COVID-19 ini pun di tahap yang minimum iaitu kurang daripada satu peratus. Kes yang teruk dimasukkan ke wad, kita mengharapkan ia kurang daripada 0.5 peratus dan juga kematian, kita membuat sasaran tujuh hari atau dalam satu minggu. Kita menyasarkan dalam fasa endemik kurang daripada 0.8 peratus kematian. Kalau di harian, mungkin kurang daripada 10 kes kematian. Kes insiden harian untuk kita menjangkau kepada endemik, kita menyasarkan kes insiden harian kurang daripada 1,200 sehari. Vaksinasi, kita menyasarkan lebih daripada 80 peratus. Ini adalah indicator yang boleh membawa kita kepada fasa endemik. Terima kasih.
Setiu.
Soalan seterusnya. Maaf, Yang Berhormat Menteri Kesihatan sudah jawab 10 soalan hari ini. So, Yang Berhormat Menteri lain pula ya.
9. Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan: (a) apakah usaha yang telah dan akan dibuat oleh pihak kementerian dalam memastikan perairan Sabah benar-benar kukuh dari dicerobohi oleh pendatang-pendatang asing tanpa izin terutamanya dari Filipina. Kehadiran pendatang asing tanpa izin yang tidak terkawal ini akan menyebabkan penyebaran virus COVID-19 akan sukar untuk dibendung; dan (b) apakah jaminan kerajaan dalam memastikan ketelusan perkhidmatan anggota keselamatan dalam melaksanakan tugasan di perairan Sabah dalam usaha bagi menjamin tiada pergerakan masuk dan keluar sempadan secara haram.
Tuan Yang di- Pertua, KDN melalui ESSCOM mengambil pendekatan yang menyeluruh bagi menangani isu PATI di perairan Pantai Timur Sabah dengan memastikan kesiagaan dan aset keselamatan pada tahap yang optimum. Selain mengukuhkan kawalan keselamatan secara bersepadu di bawah Ops Benteng menurut pelaksanaan Operasi Cegah PATI (OCP) di lautan dan daratan di lima sektor iaitu Kudat, Sandakan, Lahad Datu, Semporna dan Tawau. Ini merangkumi hampir
keseluruhan pesisir Pantai Timur Sabah melibatkan penggunaan aset laut daripada pelbagai agensi dan keselamatan serta pertahanan yang dikoordinasi oleh ESSCOM. Dari 1 Mei 2020 sehingga 29 Oktober 2021, seramai 813 orang warga PATI Filipina telah ditangkap menerusi Ops Benteng di negeri Sabah. Berhubung dengan isu ketelusan pasukan keselamatan yang beroperasi di ESSZONE, tiga elemen utama di ESSCOM iaitu ATM, PDRM dan APMM mempunyai unit integriti masing-masing yang membuat pemantauan secara berkala kepada pegawai dan anggota yang bertugas berkelapangan. Unit integriti di setiap perkhidmatan tersebut juga menjalankan kerjasama strategik dengan SPRM untuk melaksanakan kempen-kempen kesedaran dan tindakan pencegahan melibatkan pegawai dan anggota. Selain itu, dasar pusingan kerja dan pertukaran pegawai dan anggota yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga hingga lima tahun juga turut dilaksanakan oleh pasukan keselamatan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, isu keselamatan di Pantai Timur Sabah ini amat penting di mana keraguan daripada pelbagai pihak termasuk pelabur-pelabur yang ingin melabur di Pantai Timur Sandakan ini amat tinggi. Ada di antara mereka telah pun membuat operasi mereka sebab ada kebimbangan. Kedua, ada sebilangan rakyat Malaysia yang telah membuat migrasi sebab mereka tidak ada keyakinan untuk tinggal di Pantai Timur Sandakan ini. Jadi, saya ingin memohon kerajaan untuk memberikan kepastian iaitu langkah- langkah yang komprehensif untuk memastikan bahawa jajaran Pantai Timur Sandakan dan keseluruhannya ini dijaga secara lebih hebat dan meyakinkan rakyat di Sabah yang tinggal di kawasan itu bahawa akan tidak ada apa-apa pencerobohan yang berlaku. Terima kasih.
Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kinabatangan. Sebenarnya memang KDN mempunyai perancangan di bawah ESSCOM untuk membuat beberapa lagi penambahbaikan terutamanya dalam perancangan iaitu seperti pembinaan Pos Manalunan, Kinabatangan dan juga pembinaan Pos Menggaris, Kalabakan; membina semula Pos Kuala Meruap, Lahad Datu; pembinaan pangkalan bot peronda Batalion 15 PGA di Sungai Siguntur, Sandakan; pembinaan Pangkalan Operasi Hadapan di Pulau Si Amil, Semporna dan juga terdapat cadangan untuk menambahkan lagi PGA baharu iaitu untuk PGA Kudat dan juga di Keningau sebagai tambahan untuk menjaga supaya keselamatan negeri Sabah, khususnya mencegah PATI daripada memasuki Sabah, serta meningkatkan keyakinan para pelabur untuk tetap kekal di dalam kawasan Pantai Timur supaya mereka boleh berniaga dengan selamat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Ada soalan kedua?
Ya, saya Tuaran
Yang Berhormat Tuaran.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Banyak diperkatakan tentang pelbagai langkah yang diambil untuk memastikan keselamatan di pantai timur itu terjaga. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, nyatakan aset- aset yang ada dari segi pelengkapan bot, dari segi kakitangan dan sebagainya. Adakah masih lagi pihak kementerian menghadapi masalah-masalah seperti bekalan diesel dan sebagainya sehingga aset-aset ini tidak berjalan? Saya juga ingin tahu, apakah di Pantai Timur ini masih lagi dilaksanakan curfew? Ini sebab selama ini tidak lagi diumumkan. Adakah ia disambung curfew, curfew di Pantai Timur? Oleh sebab tidak lagi disebut terutama sekali apabila ada darurat tempoh hari,
tidak lagi diumumkan dan sebagainya serta rakyat ingin tanya, apakah curfew ini masih berjalan dan sampai bilakah ia berterusan? Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuaran. Sebenarnya sehingga kini, sebanyak 97 aset pertahanan dan keselamatan yang sedang beroperasi, manakala 207 aset pula berada di dalam sedia untuk diatur gerak di ESSZONE. Pecahan aset mengikut pasukan keselamatan beroperasi ESSZONE adalah seperti berikut. Kapal TLDM ada 10 buah, PPM ada 17 buah, dan APMM ada 10 buah. Manakala dalam sea-based pula, TLDM terdapat dua aset. TLDM ini botnya ada 17 buah, ATB ada 91 buah, PPM ada 62 buah, PJ ada 20 buah, APMM ada 59 buah dan total semuanya termasuk JSK16 ialah 304 buah aset. Berkaitan dengan curfew, sama ada ia disambung semula atau tidak, nanti kita akan berikan jawapan bertulis kepada Yang Berhormat Tuaran kerana ia perlu pengesahan rasmi berkenaan polisi baharu dalam kementerian. Sekian, terima kasih.
So, tadi macam mana? Semua boleh jalankah bot ini? Ini sebab dulu ada masalah... [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Tuaran.
10. Tuan Wong Hon Wai [Bukit Bendera] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan usaha pembaharuan undang-undang yang telah atau sedang diusahakan oleh pihak kementerian sejak Mac 2020 dan bilakah pembaharuan tersebut akan dibentangkan di Parlimen.
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Jawapannya ialah untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berikut merupakan perincian berkenaan pembaharuan undang-undang dan jangka masa pembentangan di Dewan Rakyat bagi undang-undang yang berada di bawah kawal selia KPDNHEP dan agensi-agensi di bawahnya. Pertama, undang-undang yang telah diluluskan di Parlimen. Satu, Akta Langkah- langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020 [Akta 829]. Kedua, yang baru diluluskan pada 28 Oktober yang lalu ialah Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730]. Akta yang akan dibentangkan di Parlimen ialah Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122] iaitu Rang Undang-undang Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021, Rang Undang-undang Kawalan Bekalan. Memorandum Jemaah Menteri berhubung Rang Undang-undang Kawalan Bekalan telah pun diedarkan untuk ulasan kementerian dan juga agensi yang berkaitan. Kedua Tuan Yang di-Pertua, iaitu undang-undang yang masih dalam semakan Jabatan Peguam iaitu kita ada sebanyak lima rang undang-undang. Pertama, Akta Paten 1983 [Akta 291]. Kedua, Akta Hak Cipta 1987 [Akta 332]. Ketiga, Akta Petunjuk Geografi 2000 [Akta 602]. Keempat, Akta Syarikat 2016 [Akta 777] dan yang kelima, Akta Perkongsian Liabiliti Terhad [Akta 743]. Manakala yang terakhir ataupun yang akhir ialah undang-undang yang masih dalam proses penggubalan dan semakan kementerian iaitu Rang Undang-undang Harta Alih Kepentingan Bercagar 2021. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan
Terima kasih. Soalan tambahan.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi saya mendengar ada beberapa pindaan terhadap rang undang-
undang ataupun berkenaan dengan intellectual property (harta Intelek). Soalan saya, sama ada Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996 akan dikemas kini untuk memenuhi konvensyen antarabangsa berkenaan dengan System Hague untuk industry design sama ada, ada pembaharuan yang lebih yang diusahakan oleh kementerian untuk menaikkan, mengemas kini harta intelek berkenaan dengan sistem industry design. Soalan saya.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Sebenarnya kita amat prihatin apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Bendera tetapi setakat yang dimaklumkan kepada kementerian sehingga hari ini, hal yang diminta di bawah Perbadanan Harta Intelek tersebut, kita tidak termasuk lagi. Akan tetapi, insya- Allah kita akan mencuba untuk merancang kerana kita tahu perkembangan teknologi yang begitu canggih sekarang memerlukan akta berkaitan dengan reka bentuk pengindustrian dan sebagainya. Terima kasih atas cadangan tersebut Yang Berhormat Bukit Bendera. Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan yang kedua, saya jemput Yang Berhormat Rasah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya meneliti jawapan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri ketika menjawab soalan asal daripada Yang Berhormat Bukit Bendera berkenaan dengan beberapa akta sedia ada di peringkat yang berbeza untuk pindaan. Ada yang di peringkat kementerian, ada yang di peringkat Peguam Negara untuk penelitian daripada segi undang-undang. Saya anggap ia sebagai satu proses yang baik, satu proses yang diperlukan dengan keperluan semasa. Cuma saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, pada ketika ini, perniagaan banyak di peringkat online. Saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri tahu, saya pernah sebutkan ini pada minggu lepas ketika membahaskan pindaan terhadap Akta 730. Perniagaan online pada masa kini, dia akan bertambah. Tidak kira kalau negara kita masuk endemik, dia akan berterusan, dia satu trend baharu. Jadi saya hendak tanya, apakah pendirian kementerian untuk memastikan setiap akta yang sedia ada ketika pindaan, fokus perlu diberikan kepada perniagaan online supaya peniaga tidak menjadi mangsa. Akan tetapi, kita melindungi kepentingan dan keperluan pengguna yang melanggan barangan ataupun produk daripada perniagaan online. Oleh sebab sebelum ini, akta banyak berfokus kepada kedai biasa, kedai konvensional, kedai runcit dan sebagainya. Jadi, apakah pendirian kementerian dalam hal ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sabahat saya Yang Berhormat Rasah yang soalan cukup bagus, cukup prihatin dan cukup terkini dengan situasi dan apa yang berlaku sekarang. Tuan Yang di-Pertua, kita amat peka dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Rasah tadi iaitu perkembangan dan perubahan drastik terhadap permintaan online dari segi membeli ataupun mendapatkan barang-barang. Oleh sebab kita berada dalam keadaan COVID-19, maka penjualan ataupun transaksi online amat-amat meriah sekarang. Apa yang kita perhatikan atau pun apa yang telah kita mengambil tindakan berkaitan dengan online ini, kita bukan sahaja bergantung kepada aduan yang dibuat oleh pengguna, malah kita juga mengadakan advokasi dengan pemain-pemain industri dengan syarikat telco dan juga dengan Grabfood dan Foodpanda untuk mengemas kini ataupun untuk memastikan bahawa dalam situasi apa sekalipun, pengguna tidak teraniaya, peniaga juga akan mampu untuk menjual ataupun melariskan barangan mereka.
Jadi, kita akan melihat hal tersebut daripada semasa ke semasa untuk pastikan semua pihak akan terbela dan semua pihak akan diberi perhatian ataupun diberi suatu benda jaminan bahawa ia tidak akan teraniaya dalam berlaku transaksi sama ada online
ataupun yang secara fizikal. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat.
11. Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [Setiu] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan rancangan pembangunan konsep perumahan mampu milik mesra warga emas sebagai persediaan negara untuk menghadapi status negara tua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih sahabat saya, Yang Berhormat Setiu. Saya mengucapkan terima kasih banyak kepada Ahli Yang Berhormat atas keprihatinan terhadap pembangunan konsep perumahan mampu milik mesra warga emas sebagai persediaan negara untuk menghadapi status negara tua menjelang 2030. Dalam persediaan negara untuk menghadapi status negara tua, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui PLAN Malaysia telah menyediakan garis panduan perancangan fizikal bagi warga emas sebagai panduan kepada agensi Persekutuan, pihak berkuasa negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT), agensi awam, agensi swasta dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dalam merancang, membangun dan mereka bentuk penempatan warga emas. Garis panduan ini memberi fokus kepada tiga jenis penempatan warga emas iaitu pusat jagaan, perumahan khas warga emas dan perumahan persendirian. Sehubungan dengan itu, perancangan bagi penempatan warga emas dapat disediakan dengan memenuhi kriteria mampu milik, berkomuniti sihat, selamat, mudah sampai dan mesra pengguna. Kerajaan telah menggariskan penentuan reka bentuk bangunan dan komponen kemudahan sokongan (amenities) dengan izin, yang perlu mengambil kira kepenggunaan oleh warga emas, golongan dewasa, kanak-kanak dan orang kurang upaya. Para pemaju perumahan perlu mematuhi syarat ini dan akan dikenakan penalti oleh PBT sekiranya terdapat perlanggaran kepada syarat yang ditetapkan. Daripada aspek reka bentuk rumah pula, Standard Perumahan Kebangsaan dijadikan asas atau rujukan bagi pembinaan rumah mampu milik, keluasan bangunan dan ruang lantai yang mencukupi dapat menjamin penyediaan peralatan dan kelengkapan bagi memastikan fungsi sesuatu reka bentuk itu dapat digunakan secara optimum. Konsep reka bentuk sejagat (universal design) dengan izin, juga diterapkan dalam reka bentuk rumah mampu milik yang mengambil kira kaedah penggunaan ruang dan peralatan oleh golongan warga emas dan orang kurang upaya. Selain itu Tuan Yang di-Pertua, penyediaan kemudahan dan spesifikasi mesra golongan rentan termasuk warga emas dan OKU dalam suatu projek perumahan turut digariskan dalam Akta Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 yang perlu dipatuhi dan semua pemaju perumahan dan tindakan penguatkuasaan boleh diambil oleh PBT bagi sebarang ketidakpatuhan. Kerajaan sentiasa prihatin terhadap golongan rentan termasuk warga emas dan OKU. Bagi projek perumahan kerajaan, keutamaan aras bawah diberikan kepada warga emas dan OKU yang berkerusi roda. Selain itu, kementerian ini juga merancang untuk melaksanakan kajian dan penggubalan Akta Rumah Persaraan. Akta ini bertujuan untuk mengawal selia pemaju perumahan rumah persaraan dan pengunjukan pihak pengurusan yang mengendalikan operasi rumah persaraan merangkumi perkhidmatan penjagaan warga emas di Semenanjung Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sila soalan tambahan Yang Berhormat Setiu.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, penawaran untuk rumah mesra warga emas terdapat dalam pasaran yang menyasarkan pembeli daripada golongan T20 dan M40 yang berpendapatan tinggi. Hal ini kerana pembinaan rumah bagi warga emas kebiasaannya memerlukan spesifikasi tambahan seperti landasan untuk memasuki
bangunan, tempat berpaut dan sebagainya yang semestinya meningkatkan kos tambahan kepada pemaju dan mengurangkan keuntungan kepada pemaju perumahan. Soalan saya, apakah inisiatif kerajaan bagi menggalakkan lagi pemaju untuk membina lebih banyak rumah mesra warga emas dan mampu milik untuk golongan B40? Sehingga kini, berapakah jumlah projek yang telah dilaksanakan bagi memenuhi permintaan tersebut? Sekian, Tuan Yang di-Pertua.
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat yang bertanya. Sebenarnya, walaupun kita mempunyai peruntukan khas di bawah penyediaan perumahan terutamanya bagi warga emas dan juga OKU, tetapi setiap projek perumahan termasuklah rumah mampu milik yang kita sediakan akan kita penuhi kehendak-kehendak yang perlu diberikan kepada warga emas dan juga OKU. Oleh sebab itulah, kita ada garis panduan yang khusus dalam kita melaksanakan projek perumahan ini. Jadi, secara spesifiknya saya tidak ada Tuan Yang di-Pertua, tentang jumlah keseluruhan yang kita berikan.
[Bangun]
Namun demikian, sebab itulah kita mencadangkan oleh kerana banyak projek perumahan ini dilakukan oleh pelbagai agensi. Jadi, kita perlu selaraskan kerana bukan sahaja Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang menyediakan rumah mampu milik ini, bahkan ada 15 buah agensi lain yang perlu kita selaraskan. Oleh sebab itulah, kita cadangkan supaya national housing corporation (NHC) ini ditubuhkan bagi kita memastikan supaya setiap perumahan yang dibina akan mengambil kira keperluan orang kurang upaya dan juga warga emas yang memerlukan spesifikasi yang khusus dalam pembinaan rumah ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan kedua saya jemput Yang Berhormat Hulu Langat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sangat gembira tentang rancangan pembangunan konsep perumahan mampu milik mesra warga emas ini. Akan tetapi, saya ingin mengajak supaya kita melihat tentang lambakan rumah-rumah kosong yang tidak diduduki, rumah yang tidak siap dan rumah yang tidak terjual. Ini semua menambahkan lagi tentang property glut. Soalan saya, jumlah rumah-rumah tersebut dianggarkan dalam RM1 bilion. Sejauh manakah kerajaan merancang untuk memperkenalkan semula apa yang kita katakan vacancy tax supaya rumah-rumah itu dapat digerakkan? Juga, sejauh manakah rumah-rumah tersebut boleh diconvertkan kepada rumah OKU, rumah-rumah warga emas dan seumpamanya? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Kita akui bahawa memang terdapat rumah-rumah yang terbengkalai, rumah-rumah yang tidak dapat disiapkan bukan sahaja disebabkan oleh— banyak sebab termasuklah kesediaan kontraktor dalam melaksanakan projek-projek ini. Oleh sebab itulah, antara program terbaru yang dibuat oleh kerajaan, dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini ialah Rumah IKRAM. Di mana rumah-rumah PPR ataupun rumah mampu milik ini yang masih kosong, kita akan berikan tawaran kepada penduduk kita, masyarakat kita yang terjejas akibat COVID-19 ini. Di mana andai kata sebahagian mereka yang menyewa rumah swasta dan sebagainya, dikeluarkan dari rumah kerana tidak bayar sewa, maka kita tawar kepada mereka untuk memohon Rumah IKRAM dan kita berikan kemudahan yang cukup istimewa di mana sewanya RM124 sebulan. Enam bulan pertama kita beri percuma dan kita beri tempoh selama dua tahun untuk mereka menyewa di rumah berkenaan.
Di samping itu Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya baru-baru ini kita mengadakan war room di bawah kementerian dan diusahakan oleh Yang Berhormat Menteri saya sendiri. Di mana kita melihat projek-projek perumahan yang terbengkalai dan kita perlu mencari jalan bagaimana untuk kita menyelesaikan bukan sahaja pemilik atau pembeli rumah tidak dapat memiliki rumah dengan segera, malah program ini, masalah ini juga memberikan kesan kepada pelaksana ataupun syarikat-syarikat melaksanakan projek berkenaan. Vacancy tax ataupun yang masih dalam kajian oleh kerajaan seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Ini adalah merupakan cadangan yang cukup baik dan sekarang penyelesaian melalui actual say, sehingga 31 Disember 2021. Pembangunan BDA untuk kurangkan mismatch dalam supply and demand perumahan. Makna, kita ada usaha yang sedang dilakukan oleh kerajaan bagi kita menangani isu-isu perumahan yang terbengkalai, rumah kosong dan sebagainya. Dengan harapan, supaya masyarakat negara kita dalam kategori mana pun boleh dapat menduduki rumah mampu milik yang disediakan oleh kerajaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Soalan tambahan, Padang Serai.
Minta maaf, saya— kita telah melebihi masa 1 jam 30 minit telah diperuntukkan. Ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. [Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Saya ingin membacakan pemakluman daripada Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Ahli-ahli Yang Berhormat, untuk makluman, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memulakan pemberian dos penggalak (booster dose) di seluruh negara mulai pada bulan lepas, 13 Oktober 2021 kepada individu yang telah mendapat dos lengkap vaksin. Tujuan pemberian dos penggalak ini adalah untuk memastikan imuniti yang diperolehi selepas menerima dos lengkap dapat dikekalkan untuk tempoh yang optimum khususnya terhadap jangkitan varian Delta. Sehubungan dengan itu, bagi melindungi Ahli-ahli Yang Berhormat yang mempunyai tanggungjawab untuk kerap bersama rakyat dan berisiko mendapat jangkitan COVID-19, maka KKM akan memberikan dos penggalak kepada Ahli-ahli Yang Berhormat bermula pada esok, Selasa, 2 November 2021 dan tarikh seterusnya akan ditetapkan kelak. Pemberian dos penggalak pada esok bermula pada jam 9.30 pagi di Dewan Bankuet, Parlimen Malaysia. Untuk makluman lanjut mengenai pemberian dos penggalak ini, Ahli-ahli Yang Berhormat boleh menghubungi Datuk Dr. Murugesu Raju di Klinik Parlimen Malaysia.
Mohon penjelasan. Penjelasan sedikit.
Bagi saya habiskan dulu pemakluman ini. Ahli-ahli Yang Berhormat, sempena Hari Deepavali yang akan disambut pada hari Khamis, 4 November 2021, dicadangkan mesyuarat pada hari Rabu, 3 November 2021 bersidang berterusan dari pukul 10.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja bagi membolehkan Ahli-ahli Yang Berhormat pulang awal ke kawasan masing-masing menyambut perayaan ini. [Tepuk]
Sehubungan itu, saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk mencadangkan Usul Peraturan Mesyuarat 12(1) mengenai perkara ini. Sekian, terima kasih. Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Tuan Yang di-Pertua, “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari Rabu, 3 November 2021 bersidang dari pukul 10.00 pagi hingga 2.00 petang”.
Ada yang menyokong?
Ya, saya sokong. Selamat Hari Deepavali.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Tuan Yang di-Pertua, “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 6.30 petang dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi pada hari Selasa, 2 November 2021”.
Ada yang menyokong?
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong. Happy Deepavali Valthukkal.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Sila Yang Berhormat Muar.
Saya hendak minta penjelasan berkenaan dos penggalak. Kerana apabila saya membaca kenyataan yang dikeluarkan KKM, bagi penerima Pfizer dan Sinovac, agak jelas berkenaan keperluan dos penggalak ini. Akan tetapi, bagi penerima AstraZeneca, saya penerima AZ, apa prosesnya? Adakah kami boleh atau tidak? Khususnya apabila kita ingin memberikan keyakinan kepada masyarakat umum. So, apa prosesnya? Terima kasih.
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Muar. Saya galakkan untuk bertemu dengan Dr. Muru di Klinik Parlimen untuk mendapat penjelasan yang sebaiknya. Sila, Setiausaha.
Saya hendak tanya tentang itu booster shot. Itu tidak ada kaitan dengan peraturan mesyuarat tetapi berkaitan dengan apa yang mula pada hari― Selasa, kan?
Selasa, 9.30.
Dan Rabu. Rabu ada tak?
Belum ada lagi. Nanti, tunggu. Akan dimaklumkan kemudian.
Kalau boleh, kita buat dua-dua hari kerana Selasa mungkin ada yang ada program lain. Kalau boleh, Selasa dan Rabu.
Baik.
Dan saya juga mohon― kerana kalau kita tahu, bahawa semua dapat itu Pfizer, Ahli Parlimen. Kalau semua dapat Pfizer, mungkin kerana efficacynya lebih kalau kita campur dengan AZ, saya tidak tahu apakah vaksin yang akan digunakan. Saya hendak dapat maklumat daripada Tuan Yang di-Pertua.
Baik. Terima kasih atas makluman itu. Kita akan ambil tindakan sewajarnya atas cadangan Yang Berhormat. Akan tetapi, esok mula 9.30 pagi. [Disampuk] Rabu, kita akan buat. Baik. Terima kasih. Sila, Setiausaha.
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2022 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2022Bill
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2022 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”. “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari tujuh puluh tujuh bilion dan enam ratus juta ringgit (RM77,600,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan
Wang Pembangunan bagi tahun 2022, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2022, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 32 Tahun 2021, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [29 Oktober 2021]
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah bahawa rang undang-undang bernama satu akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2022 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu dibacakan kali yang kedua sekarang dan masalah bahawa usul di atas nama Yang Berhormat Menteri Kewangan di dalam Aturan Urusan Mesyuarat ini diedarkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis sekarang. Kedua-dua masalah tersebut terbuka untuk dibahas. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bermula perbahasan peringkat dasar Rang Undang-undang Perbekalan 2022. Sebelum saya memanggil Yang Berhormat untuk berucap, saya ingin memaklumkan bahawa Yang Berhormat Ketua Pembangkang diperuntukkan dua jam untuk perbahasan, diikuti oleh ahli daripada penyokong kerajaan, juga satu jam diperuntukkan dan seterusnya 13 minit untuk pembahas-pembahas yang lain. Ketua-ketua parti pula akan diberikan masa 20 minit. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Port Dickson.
Terima kasih. Alhamdulillah. Kita telah dapat mendengar ucapan belanjawan dan diberi ruang pada hari ini untuk kita bahaskan. Saya harus ucapkan terima kasih kepada Menteri Kewangan kerana proses kali ini itu agak unik melibatkan libat urus dengan pihak pembangkang dan ruang untuk kita mengetengahkan banyak permasalahan dan kita dapati ada juga penyesuaian yang dibuat walaupun tidak sepenuhnya. Akan tetapi, tradisi ini berlaku kerana kesediaan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Saya harap dengan perbahasan ini dan dengan pandangan-pandangan yang dikemukakan, ruang itu masih tetap terbuka sebelum kita buka kepada pengundian kerana ada beberapa pandangan, soal dasar dan juga pelaksanaan yang harus diambil kira. Antara perkara yang dipersetujui baik dalam memorandum persefahaman dan juga perbincangan dengan Menteri Kewangan termasuklah soal suntikan RM45 bilion, soal dana untuk PKS dan juga pembiayaan tanpa faedah kepada peniaga kecil yang bagi kami sangat penting kerana ini melibatkan jumlah dana RM1.8 bilion. Kita tahu bahawa dalam perbelanjaan ini, kita tidak hanya terpukau dengan angka atau unjuran tetapi prinsip al-adlu wal-ihsan itu memang menjadi satu yang mendasari pemikiran kita. Kalau kita lihat, umpamanya, kerana orang-orang yang terpinggir dan miskin atau dalam kelas bawahan ini, selalunya tidak punyai ruang untuk mengemukakan pandangan. Maka diharapkan Parlimen dan pihak penguasa lebih prihatin tentang nasib mereka. Dan ini serasi dengan Surah Al-Maarij ayat 24 dan 25... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Bahawa orang-orang yang ada kedudukan dan hartanya harus juga menentukan pembahagiannya itu bukan sahaja kepada yang meminta tetapi yang tidak meminta dan tidak memiliki apa-apa. Sebab itu yang saya tekankan hal dalam perbelanjaan dan dalam pengurusan, tidak harus kita pinggirkan nasib rakyat yang di bawah.
Akan tetapi, saya tegaskan di sini bahawa beberapa peruntukan yang telah diumumkan oleh Menteri, saya tidak ulang walaupun kita tahu ini seolah-olah belanjawan sebelum pilihan raya tentunya di Melaka dan mungkin di peringkat Pusat, tetapi secara objektif memang memenuhi sebahagian daripada tuntutan rakyat bawahan yang kecil- kecilan. Ini kita akui, baik.
Saya hendak bangkitkan yang pertama ialah tentang unjuran KDNK. Kalau kita lihat unjuran KDNK enam peratus, Tuan Yang di-Pertua dan Yang Amat Berhormat Menteri, ini unjuran terpaling tinggi di dunia. Untuk dunia secara purata 4.9 peratus, negara maju 4.5 peratus, negara membangun 5.1 peratus, Amerika lima peratus, zon Euro 4.3 peratus dan sebagainya. Korea Selatan 3.3 peratus, China 5.6 peratus, Singapura 3.2 peratus, Indonesia 5.9 peratus, Thailand 4.5 peratus dan Malaysia enam peratus. Jadi, unjuran ini bagi kami agak kurang realistik melihat kepada angka pertumbuhan, unjuran pertumbuhan pendapatan negara. Kalau berhasil alhamdulillah tetapi unjuran itu seperti yang sedia dimaklumkan Yang Berhormat Menteri Kewangan, harus realistik. Saya juga ingin menyebut di sini perkara yang kedua ialah tentang jangkaan jumlah hasil kerajaan. Pertama, unjuran pendapatan. Jangkaan yang disebut ialah RM234 bilion. Tinggi daripada 2021 dan 2022. Ini memang bagi saya munasabah tetapi kalau dilihat kepada dampak COVID-19 kepada negara, ada hal-hal yang saya akan pertikai. Oleh kerana 2022 daripada segi kenyataan sebenar hasil itu lebih tinggi daripada 2019. Walaupun jumlah di sini disebut RM234 bilion, 2019 - RM264 bilion tetapi 2019 itu termasuk suntikan dividen khas PETRONAS RM30 bilion dan juga Program Khas Pengakuan Sukarela (Special Voluntary Disclosure Programme), inisiatif mantan Menteri Kewangan, Yang Berhormat Bagan RM6 bilion. Jadi, kalau ditolak RM36 bilion itu, maknanya unjuran tahun depan itu lebih tinggi daripada hasil 2019. Kemunasabahannya itu boleh dipertikai kerana kita baru melonjak, mengangkat ekonomi tetapi tidak mungkin sampai ke tahap 2019 dalam tempoh yang singkat. Saya tidak berhasrat membahas secara terperinci untuk memberi ruang kepada rakan-rakan lain berbahas. Akan tetapi ada juga disebut tentang RM8.283 bilion jumlah pulangan dari dalam negeri dan lain-lain. Ini saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri Kewangan. Apakah jumlah pulangan-pulangan itu daripada penjualan aset yang bagi kita harus dipersoalkan? Apakah penjualan tanah kerajaan ataupun aset- aset saham dan sebagainya kerana jumlah itu dianggap tinggi. Ini kerana untuk memenuhi yang disebutkan tadi tentang keperluan kerajaan meningkatkan hasil tetapi saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri Kewangan. Begitu juga tentang hasil yang diambil daripada KWAN dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) awalnya dan kemudian persaraan pindaan. Akan tetapi saya cuma hendak ingatkan bahawa kita tidak boleh lari daripada matlamat asal KWAP dan KWAN untuk menjaga kepentingan generasi akan datang. Jadi, kalaupun ia merasakan amat terdesak dan perlu untuk sekarang, saya harap jangan kita jejaskan kepentingan hasil masa depan. Oleh kerana pencen itu akan bertambah dan akan menjadi beban kepada kerajaan pada masa akan datang. Maka, sayugia diingat harus ada persiapan sekarang untuk menampung keperluan generasi 10 ke 20 tahun kemudian. Sebelum saya sentuh lagi soal-soal yang mendasar, saya hendak sebutkan juga hal-hal yang tidak disentuh, yang disebut dalam belanjawan ini, yang sangat memprihatinkan dan dikhuatiri akan memberikan implikasi dan impak yang sangat negatif kepada negara. Pertama, tentang perjudian. Banyak perkara yang dibangkitkan sebelum ini oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, berulang kali tentang cabutan khas yang dibuat masa Kerajaan Barisan Nasional 22 kali dan diturunkan masa Yang Berhormat Bagan kepada lapan dan
sekarang balik kepada 22. Akan tetapi itu hal yang boleh disentuh oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan kemudian kerana ini sudah dibangkitkan. Apa yang saya hendak bangkitkan ini agak mengejutkan bila saya dapat maklumat daripada laporan-laporan polis dan kenyataan-kenyataan di media iaitu tentang penambahan atau percambahan pusat perjudian oleh Kerajaan Melayu Islam sekarang ini. Ia bertambah dengan jumlah yang mengejutkan iaitu melalui sekitar 62 buah kelab. Makna, ini ada perselindungan. Maknanya, tidak disebut tentang lesen perjudian baharu tetapi lesen slot machine bertambah yang melibatkan kebenaran anggota Melayu Muslim. Bila dia jadi ahli kelab, dia dibenarkan berjudi. Jumlah orang Melayu Islam dalam kes perjudian ini mencecah puluhan ribu dan 45 peratus daripada jumlah 62 buah sekitar kelab ini yang saya minta Yang Berhormat Menteri menjelaskan, 62, 65, 60 dan sebagainya. Ini betul-betul melanggar dan ini dilakukan dengan keadaan terbuka oleh kerajaan Melayu Islam sekarang ini. Nampak macam ada usaha melindungi fakta ini. Jadi, kita hendak tahu berapa jumlahnya? Berapakah slot machine, berapa orang anggota, orang Melayu yang menjadi anggota yang terlibat kerana sekarang ini dalam rekod MySejahtera. Jangan nafikan kerana memang ada rekod MySejahtera tentang orang Melayu yang terlibat dalam kes ini dan ramai. Ini termasuk, umpamanya kelab di Victoria, Bukit Kiara yang memang terpapar dalam video. Jadi, saya mintalah pihak Yang Berhormat Menteri Kewangan dan pihak polis, Jabatan Siasatan Jenayah untuk menyemak kerana ada laporan polis. Saya faham bila melibatkan kepentingan besar, syarikat besar dan tauke-tauke maha kaya, tindakan itu agak lambat. Jadi, sebab itu saya hendak namakan. Saya hendak tanya, apakah benar nama Dato' Douglas Cheng Heng Lee daripada GPL Group boleh bergerak dengan sewenang- wenangnya dengan jumlah syarikat perjudian begitu besar dan license begitu banyak dan boleh mengundang orang-orang Melayu mungkin kelas atasan sedikitlah, ya untuk bersama dalam kegiatan perjudian ini? Saya juga hendak tahu supaya tindakan itu diambil oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri, menyemak kedudukan ini dan supaya kedudukan GPL Group ini dapat dipantau dan tindakan diambil. Saya juga hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri Kewangan kerana sebahagian besar daripada kelulusan ini dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional sejurus sebelum Pilihan Raya 2018. Tuan Yang di-Pertua sedia maklum, masa itu belah sini.
[Ketawa]
Sebelum pilihan raya diluluskan tetapi pelaksananya itu saya hendak kepastian daripada Yang Berhormat Menteri Kewangan, bila? Oleh kerana nampaknya yang ia semarak dan bertambah keanggotaan dan penyertaan, termasuk oleh orang Melayu ini dalam tempoh satu tahun ke satu tahun setengah yang lalu. Jadi, bagi saya janganlah kita khianati amanah. Oleh sebab itu kadang-kadang bila kita perbincangan soal-soal lain ini, titik bengit ini, nampak menarik di media sosial dan sebagainya. Ini soal yang melibatkan ratusan juta ringgit– kepentingan ramai pihak.
Boleh bertanya? Yang Berhormat Port Dickson, janganlah tekan sangat kerajaan ini. Mereka bukan ada manifesto. Mereka bukan ada apa yang mereka janjikan. Oleh itu, apa yang boleh dapat duit, mereka buat sajalah. Jadi, jangan la pula Yang Berhormat Port Dickson duk tekan kerajaan yang tidak ada manifesto ini.
[Ketawa] Saya berterima kasih Yang Berhormat Kota Raja kerana menekankan perkara ini.
Ini bukan setakat manifesto yang ditulis. Ini manifesto kita sebagai rakyat Malaysia, apatah lagi orang Islam yang sekarang atas nama Kerajaan Melayu-Islam, lebih galak dengan aktiviti perjudian.
Yang Berhormat Port Dickson. Pokok Sena. Berkaitan dengan judi ini, Yang Berhormat, apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi, mungkin kerajaan memberikan sedikit ruang kebebasan itu kerana sudah dapat cop halal apabila penyertaan ramai ulama duduk dalam kerajaan Melayu-Islam ini? Esok Yang Berhormat ada cabutan khas. 70 meter daripada tangga ibu pejabat Parti Islam Se-Malaysia. Ada sebuah kedai judi yang akan buat cabutan-cabutan khas. [Ketawa]
Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Saya hanya cuma menekankan supaya Menteri Kewangan mengambil serius hal ini. Soal cabutan tambahan dan juga soal lesen, kerana saya tahu ia melibatkan dana yang besar dan bantuan kewangan yang besar juga kepada pihak-pihak tertentu. Akan tetapi, untuk mengizinkan perjudian ini bermaharajalela dan seperti mana yang saya dapat maklumat, 45 peratus daripada anggota yang terlibat dalam perjudian ini juga adalah orang Melayu yang diizinkan. Ini aneh. Untuk pergi ke Genting Highlands, yang juga di bawah pantauan Kementerian Kewangan, orang Islam tidak dibenarkan sama sekali. Pernah satu kes, orang Islam masuk kemudian didakwa di Mahkamah Syariah Bentong. Akan tetapi yang ini dibebaskan begitu rupa kerana faedah dan kepentingannya itu lumayan, besar. Jadi, saya setuju dengan gesaan Yang Berhormat Pokok Sena dan Yang Berhormat Kota Raja bahawa hal ini bukan untuk dibincangkan tetapi harus ada tindakan yang tegas. Saya percaya ini bukan sahaja Menteri Kewangan tetapi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan seluruh Jemaah Menteri dari parti-parti Melayu dan Islam harus bersuara mengambil tindakan yang tegas. Sebelum saya beralih kepada tajuk-tajuk lain, saya nak sebut tentang apa yang dijanjikan.
Yang Berhormat Port Dickson.
Saya sambut baik jaminan oleh...
Yang Berhormat Simpang Renggam. Sila.
Minta izin Yang Berhormat Port Dickson. Tadi dibicarakan tentang judi, Tuan Yang di-Pertua dan Ketua Pembangkang. Itu kita tahu bagi Kementerian Kewangan menjadikan sebahagian daripada sumber pendapatan negara. Ya lah, kita boleh bincangkan bagaimana pandangan yang berbeza. Cuma, saya agak pelik sehingga kini, taman tema hiburan keluarga, ini tidak ada judi di dalamnya, tidak ada apa-apa isu berkaitan dengan perkara yang menyinggung agama ataupun tatasusila dan sebagainya tetapi mereka masih tertakluk kepada Akta Duti Hiburan 1953 yang dikenali sebagai sin tax itu. Saya kira Menteri Kewangan juga maklum bahawa permintaan daripada mereka, daripada Persatuan Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga Malaysia supaya mereka dikecualikan daripada Akta Duti Hiburan 1953. Ia satu akta yang lapuk. Dahulu memanglah, pada zaman British, apabila taman hiburan itu ada judi, ada tikam dan sebagainya tetapi kini kalau kita lihat, contohnya di Sunway, Legoland, The Top di Pulau Pinang, Waterpark di Shah Alam, ia tidak ada hiburan yang berdosa itu. Hiburan keluarga, tetapi mereka masih dikenakan cukai yang lapuk, yang agak tinggi. Jadi, saranan saya supaya mereka dikecualikan daripada cukai tersebut. Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson.
Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam. Saya percaya Yang Berhormat Menteri akan berikan pertimbangan kerana kalau benar akta itu sudah lapuk dan kegiatan-kegiatan melibatkan lebih kepada kepentingan keluarga. Saya nak sentuh tentang...
Yang Berhormat Ketua Pembangkang...
Saya sambut apa yang dijanjikan oleh Menteri Kewangan iaitu tentang penambahan peranti dan kemudahan-kemudahan kepada mahasiswa dan sebagainya. Akan tetapi saya cuma hendak mengingatkan, apabila Yang Berhormat Menteri Pendidikan mengumumkan pembahagian peranti itu sudah setahun yang lalu, kemudian kata Yang Berhormat Menteri Kewangan akan sampai pada Februari 2021. Jadi, pertamanya ada gap di antara pengumuman Yang Berhormat Menteri Pendidikan dengan apa yang kemudian diumumkan. Tidak apa, tetapi Yang Berhormat Menteri sebut, selewat-lewatnya dalam belanjawan tahun lalu, Februari 2021. Akan tetapi sampai sekarang ada kemajuan, selesai agih 130,000 komputer riba ini, masih belum mencapai target yang disebut untuk Februari 2021. Sekarang sudah November dan sampai akhir September, masih short. Jadi, saya cuma hendak memperingatkan supaya Menteri Kewangan bantu memantau pelaksanaan di Kementerian Pendidikan.
Yang Berhormat...
...Begitu juga tentang unjuran, tentang pengangguran.
Yang Berhormat Ketua Pembangkang...
Yang Berhormat Muar.
Sekejap ya. Saya tujuan hendak pendekkan untuk membolehkan Ahli-ahli Parlimen mengambil masa.
Silakan Yang Berhormat Muar.
Terima kasih. Berkenaan isu peranti, ia bukan sekadar persoalan pemberian yang agak lewat. Akan tetapi kali ini apabila Yang Berhormat Menteri Kewangan telah pun mengumumkan peruntukan tambahan RM450 juta, peruntukan yang sangat baik, we need to applaud him for that tetapi kerisauan saya, saya berharap Yang Berhormat Menteri Kewangan boleh jawab. Pertama, apakah proses pemilihan adakah ia melalui tender terbuka ataupun tender terus? Kerisauan saya adalah apabila tahun lepas kita lihat beberapa buah kerajaan negeri yang turut menjanjikan peranti percuma kepada mahasiswa tetapi akhirnya apabila sampai ke tangan mahasiswa, it is a ticking time bomb. Literally. Di mana mereka hanya mengguna pakai peranti itu tidak sampai seminggu, boleh meletup peranti Yes dari negeri Perak. Perkara ini bukan perkara kecil kerana berlaku oleh banyak keluarga susah yang kini impaknya jauh lebih buruk. Persoalan saya, pastikan peranti ini peranti yang berkualiti, proses pemilihan melalui tender terbuka, supaya akhirnya RM450 juta ini yang diperuntukkan dapat disampaikan kepada mahasiswa-mahasiswa daripada keluarga susah. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Muar. Silakan.
Saya setuju dengan penegasan oleh Yang Berhormat Muar kerana apabila kita memberikan kelulusan dan tentunya Kementerian Kewangan sedia maklum. Kalau tidak dipantau daripada segi proses perolehannya, ketirisan dan kebocoran pasti berlaku. Baik daripada segi mutu ataupun daripada segi kos. Ini memang cabaran ‘palam’ begitu lama, saya juga alami bahawa tidak boleh kita pastikan wang itu tidak beralih ke tangan lain.
Penjelasan.
Akan tetapi dalam hal ini, kerana kepentingan pendidikan, maka harus dijamin mutu, dan kos yang munasabah.
Penjelasan Yang Berhormat Port Dickson.
Baik.
Bukit Mertajam.
Yang Berhormat Bukit Mertajam.
Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson. Saya juga ingin menyatakan di sini, selain kos dan mutunya, peranti yang diberikan juga perlu memenuhi keperluan, terutamanya kalau nak beri kepada pelajar universiti. Saya meneliti ucapan Yang Berhormat Menteri Kewangan, beliau berkata nak beri komputer tablet. Saya rasa kalau di peringkat universiti, mungkin lebih sesuai jika diberikan laptop. Oleh sebab di kawasan saya pun, walaupun ketika saya tidak mempunyai peruntukan kerajaan, kita beri laptop kepada pelajar-pelajar contohnya daripada Tingkatan 6 Atas, sehingga universiti. Saya rasa tablet mungkin kurang sesuai. Jadi saya minta pandangan Yang Berhormat Port Dickson.
Sila Yang Berhormat Port Dickson.
Terima kasih. Sebenarnya ada rayuan daripada mahasiswa dan persatuan mahasiswa. Sementara terima kasih kepada pengumuman Yang Berhormat Menteri Kewangan, peranti mungkin sesuai untuk sekolah tetapi untuk mahasiswa, kerana skop itu lebih luas, banyak yang menuntut komputer riba. Jadi, saya minta ini dipertimbangkan. Ada juga komputer riba yang kita rasa dapat menurunkan kos daripada kos yang ada sekarang. Baik. Tentang unjuran juga lagi, Yang Berhormat Menteri Kewangan menyebut tentang inisiatif Jamin Kerja, menjana dan mengekalkan pekerjaan tahun 2022. Akan tetapi sementara saya salute kerana ini sangat perlu dan mendesak, sekali lagi unjuran itu tidak tepat kalau kita banding dengan apa yang diumumkan pada tahun 2021, Skim Jaminan Penjanaan Pekerjaan (JanaKerja), 500,000 peluang pekerjaan dengan peruntukan RM3.7 bilion.
Kita hendak tahu berapa jumlah pekerjaan yang dapat ditambah daripada pengumuman tahun lalu termasuk dengan pembentukan Majlis Pekerjaan Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri. Akan tetapi kadar pengangguran bagi Ogos 2020, sebanyak 4.7 peratus dan Ogos 2021 sebanyak 4.6 peratus. Setelah RM3.7 bilion dibelanjakan, kita hanya dapat menurunkan kadar pengangguran sebanyak 0.1 peratus. Untuk kali ini, unjurannya 600,000 peluang pekerjaan. Jadi, kita hendak jawab dulu berapa hasil atau kejayaan tahun lalu dan peruntukan berjumlah RM4.8 bilion, inisiatif insentif penggajian JaminKerja PERKESO RM2 bilion. Jadi, saya minta bukan sahaja pengumuman, kerana pengumuman belanjawan ini menarik. Saya setuju dan saya pun ada sedikit pengalaman itu. Akan tetapi keberkesanannya itu adalah kalau ditinjau pengumuman tahun sebelumnya, apakah bunyinya lunak kemudian pelaksanaannya, apakah bertepatan dengan apa yang disebut? Ini berkaitan juga dengan kadar upah. Graduan sekarang mengeluh kerana peluang pekerjaan terbatas tetapi dalam yang memperoleh pekerjaan pun, kita dapat lihat jumlah yang mendapat perolehan pekerjaan, gaji itu tidak meningkat. Kalau dikaji ke timbang inflasi, gaji itu masih sangat rendah dan tidak ada kenaikan setelah 10 tahun, 20 tahun yang lalu yang bermakna. Ini kalau kita lihat kajian dibuat oleh Korea yang telah saya umumkan dulu di sini, tentang produktiviti dan kadar upah untuk golongan pekerja sekalipun. Kita tengok gaji–
sebab itu ada desakan tentang gaji minimum kerana produktiviti itu meningkat tetapi kadar upah masih rendah. Cuba Kementerian Kewangan dan Kementerian Sumber Manusia, kaji syarikat-syarikat yang mencatat keuntungan bilion ringgit. Apakah catatan keuntungan bilion ringgit itu ada sedikit pulangan kepada golongan pekerja? Ini tidak berlaku. Maknanya, produktiviti dan keuntungan hanya milik syarikat termasuk bank-bank tetapi kadar upah pekerja masih di tahap yang lama.
Yang Berhormat Port Dickson, boleh mencelah? Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Meneliti daripada hujahan yang dibuat oleh Yang Berhormat Port Dickson, sebenarnya gaji minimum ini disasarkan pada lantainya paling rendah tetapi keperluan itu tidak diambil kira langsung. Jadi, maka demikian, kalau kita melihat dan membuat perbandingan dengan pekerjaan yang direncanakan oleh kerajaan itu, sebenarnya menepati dalam bajet yang ada pada hari ini. Oleh sebab itu kalau kita tengok Rancangan Malaysia Ke-12, ia mengatakan bahawa isi-isi rumah pada Rancangan Malaysia Ke-12 itu ialah berjumlah 10,000 isi-isi rumah tetapi langkah ke arah itu tidak dibuat. Begitu juga peranan kementerian- kementerian lain seperti MITI, industri lain yang membolehkan ruang pekerjaan itu dijelmakan tetapi tidak berlaku begitu. Dalam bajet pun tidak ada yang menjurus kepada menambah pendapatan dan menjadikan pekerja itu profesional. Apakah Yang Berhormat Port Dickson bersetuju bahawa langkah yang kerangka itu tidak langsung disentuh dalam bajet ini untuk membolehkan peningkatan pendapatan? Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson.
Terima kasih Yang Berhormat Kapar.
Kesatuan-kesatuan sekerja, itu nampak perakui apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kapar. Oleh sebab itu nampak Yang Berhormat Kapar marah sikit ini sebab kepentingan pekerja itu sangat minimum ditekankan dan tidak ditekankan soal keperluan menaikkan kadar upah. Oleh sebab disentuh tadi, maka saya hendak disebut di sini umpamanya, gaji permulaan bagi individu bujang yang lepasan SPM, RM1,200. Itu jauh lebih rendah daripada gaji minimum. Diploma RM1,500 sehingga RM1,800, masih lagi belum sampai kadar. Ijazah sarjana muda, masih di tahap di antara RM2,000 hingga RM3,000. Oleh sebab itu saya sentuh tadi, selepas menyesuaikan diri dengan inflasi, gaji permulaan bulanan sebenar bagi kebanyakan graduan baharu menurun sejak tahun 2010. Seorang graduan baharu dengan diploma, saya sebut tadi gaji, manakala pemegang ijazah, penurunan itu agak ketara. Ini kalau kita lihat Laporan Tahunan Bank Negara sejak tahun 2018. Ini satu hal yang sangat membimbangkan dan dikhuatiri akan menyebabkan dan menimbulkan masalah. Oleh sebab itu pada tahun 1961, Allahyarham Profesor Diraja Ungku Aziz sebut tentang Sarong Index. Hendak nilai kadar kemiskinan daripada berapa sarung. Masa itu di desa terutamanya orang Melayu, ada satu sarung, maksimum ada dua sarung. Oleh sebab itu dibuat kajian tentang Sarong Index terutamanya di Mersing, di Kuala Semantan dan beberapa tempat lain. Sekarang Menteri Kewangan tambah indeks tuala wanita. Itu satu-satu inisiatif yang baik sebab ia menunjukkan keparahan. Maknanya tahap kemiskinan termasuk bagi yang mempunyai pekerjaan. Gaji RM2,000 dengan anak lima orang, tinggal di Kuala Lumpur, jadi terpaksa ada insentif ataupun bantuan tuala wanita.
Tuan Yang di-Pertua, Papar minta pencelahan.
Ini indeks tuala wanita sekarang.
Papar minta pencerahan.
Sila Yang Berhormat Papar, sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menyambut baik jumlah peruntukan sebanyak RM332.1 bilion yang baru diumumkan. Akan tetapi, Ketua Audit Negara menyebut sebanyak RM98.058 bilion atau 50.4 peratus daripada keseluruhan hutang berjumlah RM194.55 bilion pinjaman baharu kerajaan digunakan untuk membayar balik prinsipal hutang pada tahun 2020. Sebetulnya, hutang dibayar oleh lebihan hasil yang ada. Bukan korek lubang baharu, tutup lubang lama. Ini tidak akan berakhir dan hutang kita akan sentiasa bertambah sampai bila-bila. Soalan saya Tuan Yang di-Pertua, apakah pendapat Yang Berhormat tentang perkara ini dan apakah penyebabnya? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Papar.
Yang Berhormat Papar ini luar biasa. Saya sentuh sahaja nota ini, terus dia soal. Saya sebut pasal nota Ketua Audit Negara ini iaitu hutang Kerajaan Persekutuan 2020, sebanyak 62 peratus daripada KDNK dan jumlah RM98.058 bilion itu, 50.4 peratus untuk membiayai bayaran balik prinsipal pinjaman yang telah matang. Akan tetapi tentulah Menteri Kewangan sekarang tidak boleh dibebankan dengan permasalahan ini kerana ini adalah tanggungan yang menimpa kerajaan yang ditanggung oleh beliau. Akan tetapi cabaran kepada Kementerian Kewangan ialah menentukan supaya hal ini boleh ditangani dengan bijak melalui pengurusan kewangan yang lebih teliti. Hentikan ketirisan, boros, rasuah dan menjimatkan belanja kerajaan walaupun kita tahu dalam menangani COVID-19 dan untuk memacu pertumbuhan yang lebih segar-bugar, perlu ada suntikan dana tambahan. Oleh sebab itu kita menyokong dana COVID-19, dana untuk Kementerian Kesihatan Malaysia dan kita ada pertimbangan sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat Papar dengan beberapa perbelanjaan yang saya akan sebut di sini iaitu yang dikaitkan dengan off-budget agencies ini, off-budget expenditure. Ini jangan pandang ringan sebab selalunya Menteri ataupun Perdana Menteri akan menyebut, ini tidak melibatkan dana kerajaan. Ini satu yang keliru, mengelirukan kerana tidak benar sama sekali. Ada kenyataan bahawa belanja berbilion-bilion itu tidak akan menyentuh dana kerajaan. Ia akan balik kepada kerajaan. Oleh sebab itu saya hendak ungkit di sini, Laporan Ketua Audit Negara terbaharu dan juga melibatkan Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri pun bocor. Jadi, kalau ini tidak dapat kita kawal, jadi kita sebut RM100 kepada guru, guru tepuk tangan. Belanja RM200 kepada pekerja, kita suka. Bagi tuala wanita, baik tetapi yang bilion dan ratusan juta ringgit yang bocor ini, ini patut ditangani terlebih dahulu. Inilah sebabnya mengapa Laporan Ketua Audit Negara itu harus diambil tindakan oleh kerajaan sama ada ia dipengerusikan oleh Perdana Menteri atau Menteri Kewangan, memastikan semua persoalan yang dibangkitkan tadi dijawab dan siapa yang bertanggungjawab. Apakah dia Yang Berhormat Menteri, KSU atau pengarah jabatan, mesti dipertanggungjawabkan atas kebocoran dan ketirisan ini. [Tepuk]
Kalau tidak, tahun depan keluar lagi laporan yang sama. Tuan Yang di-Pertua tahu bahawa ini adalah hal yang dibahaskan setiap tahun sejak Parlimen ini diwujudkan. Akan tetapi tidak ada perubahan. Kalau kita baca, saya ingat lagi buku Intellectuals in Developing Societies - Professor Dato’ Dr. Syed Hussein Alatas. Ada rujukan kepada Laporan Ketua Audit Negara pada masa itu tahun 60-an atau awal 70-an, akhir 60-an tak salah saya tentang kebocoran-kebocoran ketirisan ini. Ada tindakan-tindakan diambil tetapi kebocoran bertambah, bertambah!
Saya sentuh hal-hal yang saya kata off-budget kerana ada anggapan oh! Kita tak ada. Ini yang off-budget adalah dana yang tambahan, tidak ada kena mengena dengan kerajaan. Saya hendak sebut, ini adalah satu kesilapan kerana tanggungan akan balik kepada kerajaan. Contoh terbesar dan terkenal seantero dunia adalah 1MDB. 1MDB ini dirangka oleh kerajaan pada masa itu dikatakan off-budget tetapi sepertimana kita tahu bayarannya sehingga akhir Jun 2021, baki hutang 1MDB kekal pada RM32 bilion. Siapa bayar? Syarikat bayar? Kerajaan. Jadi, kalau kata tanggungan ini tak ada kena mengena dengan kerajaan, tidak benar. Kerajaan telah menjelaskan sebanyak RM12.8 bilion komitmen kewangan dan bayaran khidmat hutang 1MDB. RM10 bilion daripada jumlah ini dijelaskan melalui pinjaman dan pendahuluan kepada kerajaan atau MKD manakala bakinya akaun amanah. Jadi, tidak boleh kita pandang ringan, ada orang mengatakan tak ada apa-apa, 1MDB ini fitnah, fitnah apa ini? Kita kena bayar RM32 bilion, ini wang siapa? Ini sebabnya mengapa saya ingin tekankan, kita pertanggungjawabkan kerajaan dan Menteri Kewangan khususnya, bila ada pelaksanaan program-program besar umpamanya pelaksanaan 5G yang diterajui oleh Digital Nasional Berhad yang sangat kabur, tidak ada penjelasan teliti apa proses tendernya, mengapa dipilih satu syarikat dan mengapa kosnya itu melambung. Ada yang kata RM11 bilion, ada yang kata RM15 bilion, ada yang menyatakan mungkin mencecah RM28 bilion untuk menambah baik rangkaian 4G yang ada. Kita nak tahu negara mana yang lakukan ini, Korea memang terbatas. Mengapa kita dalam keadaan orang susah, orang menganggur, orang miskin, sekolah tidak ada kemudahan, lap-top tak cukup. Kita hendak tumpu puluh bilion kepada ini yang akan dibayar dalam beberapa tahun kalaupun ada ruang, tujuh tahun. Selepas itu, bayarannya terlalu tinggi kerana saya tidak percaya perolehan pulihan daripada syarikat itu katanya tidak membebankan. Sama ada akan bebankan pengguna atau bebankan kerajaan kerana jaminan hutang yang sedemikian. Apa yang penting...
Yang Berhormat Port Dickson...
Proses tender harus ada dan harus telus dan kita hendak tahu syarikat mana yang terlibat, syarikat ejen mana yang terlibat, VIP mana yang terlibat, yang ini harus dimaklumkan kepada rakyat kerana akhirnya rakyat bertanggungjawab.
[Bangun]
Yang Berhormat Port Dickson, Ledang.
Yang Berhormat Port Dickson.
Ledang.
Saya tahu daripada maklumat terakhir terkini daripada dalaman, operating cost DNB itu telah mencecah RM18.9 bilion.
Sila Yang Berhormat Ledang.
Ya, terima kasih Presiden. Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson. [Ketawa] Adakah Yang Berhormat Port Dickson bersetuju bahawa antara perkara penting berkenaan dengan pengurusan negara ini ialah berkenaan dengan perkara-perkara yang di luar daripada belanjawan ataupun bajet. Tadi Yang Berhormat Port Dickson telah sebut off-budget ini adalah satu perkara yang kita anggap boleh mencengkam kembali kepada pengurusan negara dan boleh sebenarnya akhirnya menyebabkan masalah dan bebanan kepada negara dan juga kepada rakyat.
Jadi, dalam konteks ini, bila kita lihat berkenaan dengan projek 5G terutamanya yang tidak dilaporkan, tidak diucapkan oleh Menteri Kewangan dalam ucapan belanjawan beliau, apakah kita mesti tanya dan teliti perkara-perkara ini? Dimaklumkan di dalam Dewan yang mulia ini berkenaan dengan urusan-urusan off-budget tersebut daripada segi tata kelolanya, daripada segi scrutinizenya, bagaimana kita boleh semak dan imbang perkara-perkara tersebut. Ini kerana ada kebimbangan yang amat besar di luar sana untuk khususnya dalam konteks projek 5G ini apabila jumlahnya adalah sangat besar iaitu sehingga lebih daripada RM11 ke RM15 bilion. Saya percaya ini juga mesti diteliti di dalam Dewan yang mulia ini supaya ia ada satu kaedah mekanisme semak dan imbang yang lebih teliti. Saya juga ingin bangkitkan jika Yang Berhormat Port Dickson setuju supaya kita semak semula berkenaan dengan approach, pendekatan yang diambil dalam pelaksanaan 5G. Apakah single wholesale network approach itu adalah satu kaedah yang terbaik sedangkan di negara-negara yang lain seperti di Korea ataupun di Singapura tidak dilaksanakan pendekatan tersebut. Akan tetapi di Malaysia ianya dilaksanakan. Kita bimbang kerana adanya syarikat apa yang dipanggil special purpose vehicle ini iaitu di Digital Nasional Berhad boleh mengakibatkan negara ke arah yang sama seperti apa yang berlaku kepada kes 1MDB. Saya minta supaya diteliti daripada segi kos operasi mereka, apakah gaji dan sebagainya.
Terima kasih, terima kasih umpamanya...
Yang Berhormat Port Dickson...
Bila MCMC 5G Task Force tentukan, dia jangka kosnya hanya RM7.5 bilion, sekarang ini kalau dapat daripada maklumat 11 dan 15, 18 atau 20. Kemudian, ada keputusan tentang – ini harus ada penjelasan daripada Menteri Kewangan, mengapa ada 11 bilion turnkey contracts? Ini apa-apa maksudnya ini? Kita tengok pelanggaran peraturan dan kerugian kewangan selama puluhan tahun ini kerana kelonggaran yang diberikan. Oleh sebab itu, saya katakan walaupun kita boleh membuai rakyat dengan sedikit- sedikit limpahan ini yang ada baiknya, tetapi kita tak boleh lari daripada kenyataan bahawa yang bocor ini dan kontrak-kontrak yang akan memberi keuntungan dan komisen berlebihan ini terlalu tinggi. Oleh sebab itu kalau saya bawa kes Pandora Papers kerana ada kaitan. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bagi jaminan kepada saya bahawa beliau akan panggil Lembaga Hasil Dalam Negeri, SPRM, Bank Negara Malaysia dan Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia. Ya, betul boleh panggil tetapi saya hendak peringatkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan hal ini kalau ikut daripada Global Financial Integrity Reports, sejak tahun 2012 yang hebah tentang hal pengaliran dana haram Selalu disebutkan, tak ada salah tax haven, saya tak kata salah tax haven, saya kata pengaliran dana haram atau illicit outflow of funds, illicit! Illicit itu ya haramlah. Jadi, maknanya sumbernya itu sumber sama ada rasuah ataupun perjudian, wang perjudian atau wang perdagangan manusia ataupun rasuah, semua dicampurkan dan disebut dalam kategori illicit. Saya sambut baik...
Pencelahan Yang Berhormat.
Kenyataan bahawa mereka akan buat kajian tetapi saya hendak tegaskan di sini bahawa tidak mudah untuk kita menerima kenyataan. Lima pegawai SPRM datang ke pejabat saya untuk bincang, minta kalau ada maklumat tambahan. Saya ada kesukaran untuk pergi ke SPRM dan beri kenyataan. Ini kerana kalau saya beri kenyataan kepada SPRM, saya tak boleh bercakap lagi dah tentang hal itu.
Undang-undang melarang saya untuk mengemukakan pandangan itu. Oleh sebab itulah saya ucap terima kasih kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri setuju untuk memanggil Lembaga Hasil Dalam Negeri dan badan-badan ini untuk buat siasatan. Supaya jangan saya pula dihalang untuk membangkitkan perkara yang demikian. [Tepuk]
Ada Yang Berhormat Lembah Pantai ya.
Pencelahan.
Saya bagi Yang Berhormat Lembah Pantai dulu.
Oh! Sorry.
Ya, terima kasih, terima kasih.
Floor sebenarnya untuk Yang Berhormat Port Dickson benarkan?
Ya, Yang Berhormat Lembah Pantai.
Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi saya hendak sentuh pasal isu 5G sebab bila kita sebut tentang kontinjen liabiliti ataupun liabiliti terhadap hutang kerajaan nanti.
Bila Yang Berhormat Port Dickson membangkitkan dahulu disebut RM11 bilion, kemudian RM15 bilion dan kalau kita baca dalam satu wawancara dalam akhbar The Star, CEO DNB dalam perenggan yang sama menyatakan angka RM16.5 bilion mungkin menjadi RM20 bilion. Itulah total kos yang disebut oleh CEO sendiri. Jadi, total kos itu pun kita tak tahu. Kita tahu bila DNB, sebuah syarikat pegangan penuh oleh Kementerian Kewangan membuat pinjaman dengan bank-bank, maka akhirnya nanti yang menjadi jaminan kerajaan itu adalah hutang itu dan rakyatlah yang terpaksa membayar. Apa yang ingin saya tanya dengan Yang Berhormat Port Dickson berhubung dengan isu ini, saya difahamkan dua perkara. Pertama, syarikat-syarikat telekomunikasi tidak dibenarkan untuk membangunkan spektrum lain untuk capai 5G. Maksudnya sejak 9 Julai yang lalu, hanya spektrum yang dikhususkan, yang dipegang oleh DNB sahaja boleh dibangunkan untuk 5G. Walhal spektrum yang lain yang sebelum ini boleh dibangunkan dari 2G ke 3G ke 4G langsung tidak boleh digunakan. Syarikat-syarikat telekomunikasi dipaksa, diminta membayar ataupun sain kontrak RM1.4 bilion mungkin setahun untuk 10 tahun. Apa pandangan Yang Berhormat Port Dickson?
Terima kasih. Oleh sebab itulah dengan kehadiran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Berhormat Menteri Kewangan, satu projek penswastaan ataupun yang disebut di bawah DNB ini yang melibatkan RM15 bilion atau RM18 bilion, saya minta biar betul-betul transparent sebab untuk mengatakan ini swasta yang mengendali, kita ada pengalaman puluhan tahun tanggungan oleh kerajaan dan contoh terbaik adalah 1MDB. Jadi, saya minta supaya benda ini dikaji semula kerana tak ada negara yang ambil pendekatan sepertimana kita buat selain daripada Korea, itu pun daripada segi skop yang lebih terbatas, dalam keadaan kita tak ada wang untuk menyelesaikan masalah rakyat. Ini saya juga hendak bangkit hal-hal lain. AirAsia, daripada majalah Forbes Oktober 2021...
Boleh saya bertanya Yang Berhormat Port Dickson?
AirAsia mendapat pinjaman jamin 80 peratus oleh kerajaan hampir RM500 juta. Saya tidak faham apa rasionalnya. Malaysia Airlines dalam keadaan parah tetapi kita boleh berikan pinjaman kepada AirAsia sebagai
satu special treatment, ketimbang atau berbanding dengan Malaysia Airlines. Ya Yang Berhormat Jerlun.
Boleh saya bertanya? Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson. Satu ketika dahulu kerajaan menanggung kos perkhidmatan kesemua utiliti yang diberikan kepada rakyat termasuk apa Yang Berhormat Port Dickson sebut tadi, perkhidmatan penerbangan. Jadi dulunya kerajaan yang memiliki Malaysia Airlines System (MAS). Kemudian ia berubah menjadi Malaysia Airlines yang kita tahu sekarang ini. Perkhidmatan telekomunikasi, perkhidmatan penjanaan tenaga, semuanya kepunyaan kerajaan, kemudian diswastakan. Bila kita swastakan, maka tanggungan yang biasanya terletak di atas bahu kerajaan itu diserahkan kepada pihak swasta walaupun dimiliki sebahagiannya oleh kerajaan dan melalui agensi-agensi pelaburan. Akan tetapi, proses penswastaan itulah yang meningkatkan kecekapan syarikat- syarikat perkhidmatan tersebut. Tenaga Nasional tertubuh, Telekom Malaysia tertubuh. Kemudian dibebaskan pasaran supaya mereka ini bersaing dengan syarikat-syarikat swasta yang lain termasuk Telekom Malaysia. Sekarang ini kita lihat pula bila syarikat-syarikat ini meraih keuntungan yang besar kerana saingan yang begitu menepati zaman sekarang ini, maka kerajaan pula dapat mengutip cukai. Kerajaan dapat cukai daripada syarikat-syarikat ini dan saya rasa peningkatan kecekapan, perluasan pasaran, semuanya menguntungkan rakyat, malah juga menguntungkan kerajaan melalui kutipan cukai yang saya sebutkan tadi. Adakah Yang Berhormat Port Dickson merasakan bahawa dengan adanya Digital Nasional Berhad ini satu tindakan regresif daripada nasional kepada penswastaan seolah- olah hendak kembali semula kepada nationalization? Terima kasih.
Silakan Yang Berhormat.
Terima kasih. Saya ingat Yang Berhormat Jerlun menyentuh satu hal yang agak asasi di sini. Keputusan kita menyerahkan kepada syarikat swasta, mengendali satu kegiatan strategik bagi negara yang pada kita tidak mendesak kerana ramifications ataupun kesan negatif itu akan panjang selain daripada kewangan. Saya berterima kasih kerana beliau menyebut hal yang agak lebih luas yang tidak hanya terbatas kepada kewangan. Baik.
Kangar minta sedikit.
Saya kalau boleh hendak selesaikan pada jam 1.00 tengah hari. Jadi, DNB kah?
Tidak, saya hendak tanya tentang Kumpulan Wang Amanah Negara yang digunakan untuk program vaksin. Saya telah meneliti dokumen hasil dan juga perbelanjaan, tidak ada dinyatakan. Jadi, kenapa begitu?
Itu cara yang saya sebut tadi, off- budget. Ini bahaya dia. Memang ada rasionalnya mana-mana Menteri Kewangan, dia ada belanjawan, ada yang off-budget, saya terima. Akan tetapi kalau Menteri Kewangan itu agak lebih telus, dia akan mengatakan ada unjuran tanggungan kerajaan dengan beberapa projek ini. Itu yang menyebabkan saya bangkitkan ini walaupun ia tidak khusus dalam belanjawan, tapi tanggungan akan datang. Macam saya sebut tadi tentang 1MDB yang kena bayar RM30. bilion itu kita, kerajaan. Jadi kalau kita katakan ini tidak kena mengena, tak betul ataupun tidak ada kaitan dengan belanjawan. Saya hendak sebut juga tentang high-speed rail kerana KL-Singapore yang juga dibangkitkan sekarang. Sepanjang 335 kilometer dan anggaran kos RM70 bilion dibatalkan dan sekarang ada usaha-usaha untuk memperbaharui. Saya tidak ada masalah perbaharui, tetapi kita kena teliti kosnya dan AssetsCo. Singapura kepentingannya sedikit sahaja, 17 kilometer. Kita punya kepentingan itu jauh. Mengapa AssetsCo itu 50-50? Betul, keputusan ini keputusan sebelum Menteri Kewangan.
Akan tetapi kalau hendak ada rundingan semula, kepentingan negara itu mesti dipertahankan. Maknanya kepentingan kita tidak boleh dikorbankan kalaupun ada kelemahan perundingan dengan pihak Kerajaan Singapura sebelum ini. Ini saya rasa sangat penting, soal maruah negara, soal kepentingan negara, soal kos. Malah dalam perbincangan saya dengan beberapa pengurus dana dalam negara dan luar negara— sebelum COVID-19 saya juga ke New York. Mereka agak aneh mengapa satu-satu negara yang boleh menyerahkan 50 peratus AssetsCo dalam keadaan kita menanggung 80 peratus atau 90 peratus daripada kos dan tanah dalam kereta api itu. Baik, satu lagi soalan yang Yang Berhormat Menteri Kewangan kena jelaskan. Saya minta satu hal. Ada hal-hal kadang kita sentuh yang cara sembunyi tidak terjawab. Jadi saya minta Jawatankuasa MoU ambil perhatian perkara ini dan bawa juga kepada perhatian kerajaan khususnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Tak boleh soalan yang dibangkitkan yang tidak dijawab. Umpamanya kontrak Kementerian Pertahanan yang kita bangkitkan berulang kali, tak dijawab. Sekarang saya hendak bangkitkan soal Lapangan Terbang Subang. Benar ataupun tidak ada ura-ura hendak ambil alih? Untuk tujuan apa? Ini kerana kosnya mencecah mungkin RM1.5 bilion hingga RM2 bilion. CEO MAHB telah meletakkan jawatannya, apakah kaitannya dengan kepentingan Desmond Lim daripada WCT Holdings? Saya harap kerajaan sekarang ini di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri boleh menghentikan amalan pencerobohan, pelanggaran hak rakyat untuk membolehkan beberapa orang berkepentingan memunggah kekayaan untuk mereka dan kroni-kroni mereka. Ini kalau terjadi, satu perkara yang amat kita kesalkan, apatah lagi kalau dibuat cara sulit dan secara tersembunyi. Jadi, saya tidak akan sentuh Pandora Papers kerana saya ingat— cuma satu hal sahaja.
Cuma, satu hal saja. Baru ini, Summit G20 menyebut dengan jelas tentang kadar cukai korporat dan masalah terbesar iaitu tax evasion dan tax evasion itu melalui tax haven, pusat wang luar pesisir. Apa yang betul Yang Berhormat Menteri Kewangan boleh menyatakan bahawa dia tidak daripada segi undang-undang kita bolehkan tetapi kita kena tahu punca wang itu. Itu hak kita. Bagaimana kalau RM50 juta dikeluarkan? Apakah Bank Negara dimaklumkan? Apakah cukai dibayar? Apakah ada unsur rasuah ataupun jenayah? Ini yang kita hendak kena teliti. Ada yang bertanya tentang keadaan ini, saya katakan pertama tahun 2012. Jawab Yang Berhormat Menteri dia kata ialah itu kerajaan dahulu. Baik, akan tetapi, kita hendak tahu kejayaan pelaksanaan siasatan. Umpamanya daripada siasatan saya, di antara badan atau syarikat yang besar menjalankan kegiatan Pandora Papers ini di Singapura namanya Asia City. Pakar perundangan, pakar akauntan semua di situ. Mereka pencipta akaun untuk sekurang-kurangnya 25 orang ahli politik. Soalnya, apakah negara kita begitu lembap? Penguatkuasaannya begitu lemah? Undang-undangnya begitu leceh? Sehingga ratusan bilion ringgit dikeluarkan dan kebanyakan melalui Asia City pada satu ketika dulu. Memang Kerajaan Singapura pernah mendenda tidak salah saya sebanyak 11 juta atau 12 juta setelah kajian. Saya kurang pasti berapa tetapi memang didenda Asia City ini kerana pelanggaran hukum. Kalau dia uruskan dana ratus bilion, puluhan bilion seolah-olah sebanyak 11 juta itu tidak ada apa- apa. Saya sentuh tadi tentang Laporan Ketua Audit Negara yang kaitkan Majlis Keselamatan Negara sebelum Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tetapi saya harap ini satu contoh yang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri harus sedar, ini satu contoh yang sangat tidak baik bahawa bayaran tuntutan perkhidmatan penyelenggaraan tanpa pengesahan berjumlah RM499.18 juta di MKN. Ini sangat memalukan kerana ini puncaknya. Sepatutnya menjadi contoh pelaksanaan.
Hutang dan liabiliti memang disentuh oleh Yang Berhormat Menteri. Saya hendak sentuh sikit lagi tentang CPTPP. CPTPP ini ada kementerian yang ghairah sangat. Akan tetapi sementara kita negara perdagangan yang harus menyokong FTA dan semua ini, kita harus jaga kepentingan kita. Ada dasar-dasar kita yang patut kita teliti kepentingan pekerjaan, kepentingan dasar affirmative action yang semua akan terbantut kalau kita ikut peraturan yang ditetapkan, proses government procurement, perolehan kerajaan. Itu mesti ikut international standard. Saya tahu dulu itu masalah kita dengan Bank Dunia iaitu menetapkan mesti ikut kaedah dia. Jadi, kalau begitu syarikat-syarikat tempatan tidak ada harapan kerana dia competition. Begitu juga tentang kedudukan syarikat-syarikat state-owned enterprises (SOE) yang akan terjejas, intellectual property juga akan terjejas. Jadi, oleh yang demikian, saya harap dengan belanjawan ini dan dengan penegasan Yang Berhormat Menteri, hal-hal ini dapat diteliti semula walaupun ini urusan CPTPP ini adalah urusan kementerian lain tetapi ini harus diputuskan oleh kabinet. Kabinet harus teliti bukan hanya kerana desakan mana-mana kerajaan besar, pengaruh besar. Kita mesti jaga kepentingan negara kita daripada segi perolehan, daripada segi intellectual property, daripada segi kepentingan bidang pertanian dan daripada segi affirmative action. Ada bidang yang kita patut bantu rakyat kita sama ada bumiputera ataupun bukan bumiputera yang memerlukan perlindungan daripada kita.
Celahan. Ketua Pembangkang, pencelahan. Hang Tuah Jaya.
Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.
Terima kasih Ketua Pembangkang. Tadi berkaitan dengan aset quo tadi yang tentang HSR. Saya lihat lewat kebelakangan ini Ahli Parlimen Pekan membawa isu ini dengan banyak kali menyatakan bahawa rugi sebenarnya HSR ini ditangguhkan. Walaupun kita tahu tadi seperti mana yang disebutkan oleh Ketua Pembangkang ia membabitkan soal kedaulatan. Jadi, oleh sebab Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada di sini, kita pun hendak tanya adakah ini dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Pekan ini bertujuan untuk mempengaruhi keputusan Kabinet sekarang ini memandangkan parti yang memimpin kerajaan sekarang ini adalah parti UMNO? Malah, baru-baru ini dalam kempen Melaka pun dibangkitkan juga isu ini. Jadi, oleh sebab perkara ini saya percaya walaupun tidak boleh kempen di Melaka ini kan tetapi dibangkitkan juga dan saya percaya kita perlu ada penegasan. Saya minta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan mengambil berat tentang perkara ini. Berkait tentang kempen Melaka ini saya pun hendak tanya Ketua Pembangkang sebab kita baru kena denda dua hari lepas kompaun RM10,000 kempen tetapi tidak ada orang hadir. Jadi, saya percaya orang hanya duduk dalam rumah dengar itu pun kena kompaun. Jadi, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada sini saya minta tolonglah kita macam mana hendak buat pilihan raya kalau tidak boleh kempen. Malam ini Ketua Pembangkang rasmi kita punya bilik gerakan pun melalui maya. Punya hendak hormat hendak jaga SOP. Akan tetapi, buat apa ada pilihan raya kalau tidak boleh kempen. Ini pilihan raya apa nama ini? Terima kasih Ketua Pembangkang.
Celahan, celahan sikit saja. Perkara yang sama. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Port Dickson, terima kasih. Saya sebenarnya beberapa hari lepas sudah bangkitkan perkara ini. Saya sudah preempt. Oleh sebab itu, saya mohon Yang Berhormat Port Dickson pertimbangkan untuk dimasukkan sebahagian ucapan kemudian dalam reaksi segera Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak semestinya sekarang boleh jadi pengumuman di luar. Saya bangkitkan dua keadaan. Pertama, Melaka sudah masuk negeri fasa 4. Majlis Keselamatan Negara keluarkan SOP apa yang dibolehkan. Aktiviti masjid, aktiviti
sosial, dine-in, segala macam dan majlis-majlis rasmi kerajaan dibenarkan. Kalau Yang Amat Berhormat Perdana Menteri turun pergi esok ke Kota Laksamana sebab hendak makan asam pedas kah, hendak rasmi kah apa. Itu kalau ikut MKN boleh tetapi kalau ikut SOP SPR tidak boleh. Baik. Saya sudah bayangkan akan ada double standard, benar-benar berlaku. Yang Berhormat Hang Tuah Jaya buat dalam mobile unit ceramah, pancarkan secara maya, RM10,000 denda. Akan tetapi, ada juga pimpinan di sebelah kerajaan papar dengan bangga dalam Facebook melawat ke sana, melawat ke sini, crowd. Tidak kena. Ini double standard. Oleh sebab itu, kita masih ada seminggu. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kuasa pada beliau. Beliau boleh dan wajar membuat pengumuman segera supaya elakkan kekeliruan, elakkan rasa tidak puas hati. Sementara kita sayang nyawa, kita hendak patuh SOP tetapi jangan sampai berlaku double standard. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Saya juga telah kemukakan juga pandangan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Sementara saya setuju SOP yang ketat, keselamatan rakyat, kesihatan rakyat adalah keutamaan. Oleh sebab itu kita rasa kesal dengan keputusan kerajaan pimpinan UMNO Melaka yang mempengaruhi TYT yang tidak fikir panjang dan meneliti panjang kesannya. [Tepuk] Ini masalahnya. Mereka memulakan punca ini beban rakyat, susah rakyat kemudian hendak suruh pilihan raya. Pilihan raya tidak boleh kempen, tidak boleh jumpa orang. Ini pilihan apa? Okey. Akan tetapi, saya dengar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah beri jaminan untuk menjelaskan tentang SOP ini. Ini kerana bagaimana you naik lori cakap seorang-seorang, SOP. Kemudian kena denda RM10,000. Orang yang makan beratus- ratus orang ada majlis itu tidak payah denda. Ini negara apa? Darjat mana yang mereka wakili? Saya tidak setuju sama sekali kalau pilihan raya dibuat dan dibiarkan. Saya faham perkara ini mungkin sensitif bagi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tetapi dia Perdana Menteri bagi rakyat Malaysia, bukan Perdana Menteri bagi pemimpin UMNO sahaja. [Tepuk] [Ketawa] Baik. Yang Berhormat Hang Tuah Jaya sebut tentang juga aset company. Ini saya tekankan kerana ada lobi yang kuat untuk memulihkan HSR dalam bentuk yang lama.
Saya hendak tekankan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, tidak boleh pulihkan atau kembalikan syarikat itu walaupun ada kewajarannya dengan mengekalkan syarat yang lama. Saya minta Menteri Kewangan dalam jawapan bagi jaminan bahawa kerajaan hari ini akan pertahankan hak negara dan kepentingan negara dan tidak akan meneruskan dengan asset company 50-50 begitu. [Tepuk] Baik, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu sebut tentang Fasa 4. Ya, memang ada percanggahan. Satu pihak Fasa 4, kemudian― kita kalau hendak tutup lebih-lebih SOP pun kita pun tidak berani sebab kita bertanggungjawab kepada rakyat, kesihatan mereka. Oleh sebab itu, saya kata, puncanya punca bebal beberapa pemimpin mempengaruhi TYT, kemudian langgar semua peraturan, bagi satu tempoh pembubaran yang paling cepat dalam sejarah Malaysia ini. Belum letak kah dah letak, dalam masa singkat terus— ini apa benda perintah macam itu? Oleh sebab itu, lain kali kalau di bawah Perdana Menteri hendak cadang calon TYT ini, biarlah orang yang agak ada kelayakan dan kewibawaan, integriti untuk menjaga kepentingan. Baik, soal...
Yang Berhormat Port Dickson, sedikit tentang pilihan raya. Saya rasa tentang pilihan raya ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun ada sini, Speaker kita sewaktu menjadi Pengerusi SPR dahulu ada membuat SOP dalam PRK Chini. Masa itu pandemik telah berlaku dan SOP itu telah berjaya
dilaksanakan dan tidak ada kluster Chini pada waktu itu. Jadi, sebenarnya ia objektif. Jadi harap untuk PRN Melaka ini boleh dibuat SOP yang terbaik, boleh berkempen dengan kita utamakan keselamatan rakyat dan sudah ada contoh daripada SPR sendiri. Terima kasih, Yang Berhormat Port Dickson.
Terima kasih Yang Berhormat Pulai.
Terima kasih, Yang Berhormat Pulai. Saya percaya Perdana Menteri akan mengambil tindakan. Dia janji dengan saya sudah banyak hari tetapi SOP belum keluar lagi. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, tadi saya sentuh tentang tender Kementerian Pertahanan yang tidak dijawab oleh Menteri Pertahanan. Akan tetapi ada juga hal-hal yang dibangkitkan tidak dijawab termasuk Transit Acquirer Sdn. Bhd. Kementerian Pengangkutan. Saya minta supaya Speaker memastikan dan saya tidak mahu menjadi isu usul khas, apa semua, jawab sahajalah dalam perbahasan. Saya tidak akan ulang apa yang saya sebut. Saya hendak sentuh juga tentang perubahan iklim. Petronas dalam soal hijau ini agak ke depan. Perdana Menteri dalam ucapan RMKe-12 pertama kali meletakkan bebas karbon ini dan program hijau dan persekitaran yang lebih jelas dalam negara kita. Ini kita alu-alukan. Kita tahu Persidangan Perubahan Iklim PBB Ke-26 (COP-26) bermula 31 Oktober dan berakhir dalam tempoh dua minggu. Saya percaya pendekatan kita, walaupun kita tidak hadir di peringkat Menteri atau tertinggi, harus ada satu ketegasan tentang proses perolehan hijau kerajaan dan juga ekonomi hijau dengan tambah pekerjaan untuk rakyat. Maknanya insentif baharu itu lebih jelas. Ada yang disentuh secara ringkas oleh Menteri Kewangan. Saya alu-alukan tetapi saya harap perkara-perkara sedetil mungkin macam elektrik, LED umpamanya, itu dapat mengurangkan sedikit dan juga insentif dalam bidang pertanian yang memenuhi keperluan perubahan iklim. Jadi nampak kita tidaklah janggal dan ia selari dengan jaminan Perdana Menteri tatkala melancarkan atau mengumumkan Rancangan Malaysia Ke-12 baru-baru ini. Jadi saya harap soal neutrality carbon, walaupun bagi negara membangun itu harus mengambil masa lebih panjang tetapi mesti ada a definitive plan yang tidak hanya kata kita akan selesaikan pada sekian-kian tahun. Jadi, the neutrality carbon ini ditekankan dan dijelaskan peringkat tahun pelaksanaannya supaya insentif bagi syarikat-syarikat baharu itu diberikan kepada syarikat yang memenuhi keperluan green technology ini. Saya tengok beberapa negara lebih ke depan dalam hal ini. Saya ada sedikit pengalaman, Tuan Yang di-Pertua, dengan melihat perkembangan beberapa syarikat yang sangat rigid tentang hijau tetapi mencatat keuntungan yang baik. Jadi, bukan semua yang perlukan insentif tetapi perlukan kelulusan dan ketegasan kerajaan memberi sokongan supaya pulangan mereka itu berhasil. Akhir kalam, saya hendak sebut tentang tadi pelanggaran hukum dan juga penyelewengan dan boros. Saya percaya Ahli-ahli Parlimen akan bangkitkan Laporan Ketua Audit Negara. Tetapi kita kena faham, Ketua Audit Negara itu hanya menjurus kepada beberapa jabatan. Tidak mampu kesemuanya. Oleh sebab itu saya agak hairan dengan soal cakap tata kelola, pengurusan, ketelusan. Itu Menteri Kewangan tidak memberi tambahan peruntukan yang besar atau lebih kepada Jabatan Audit Negara. Jadi, saya mengusulkan biar ada sedikit tambahan peruntukan supaya mereka lebih berkesan untuk membantu Menteri Kewangan, membantu kerajaan dan membantu negara menyelamatkan wang yang begitu banyak.
Saya hendak tanya sikit ini. Bila diumumkan oleh Menteri Kewangan, ramai yang bertepuk dan kita pun gembira. Penyelewengnya kita tahu setahun lagi atau dua tahun lagi dalam laporan audit. Kami di penghujung pemerintahan PH hari itu, kita sudah mula letakkan pegawai SPRM di setiap pejabat Menteri supaya kawalan lebih awal dibuat. Bukan setelah dua tahun kita tahu
RM1 bilion tidak bayar untuk buat kapal, duit itu entah pergi mana. Masa umum semua pakat tepuk tetapi penyelenggaraannya begitu teruk. Itu saya harap, Perdana Menteri ada sini, pegawai SPRM diletakkan awal supaya kita dapat kawal awal. Bukan setelah penyelewengan dua tahun lagi baru kita tahu bahawa laporan audit berlaku kebocoran begitu banyak. Setuju atau tidak Yang Berhormat Port Dickson?
Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja. Setuju tetapi pegawai SPRM yang dilantik itu biarlah bersih betul... [Ketawa] [Tepuk] Sebab ada masalah-masalah juga. Akan tetapi, malangnya, kesilapan beberapa tokoh itu mencalar imej SPRM yang penting kita pelihara. Jadi, saya harap SPRM pun harus tegas, bersihkan elemen-elemen sedemikian supaya mereka boleh bertindak berkesan. Saya juga setuju supaya kalau benar kita serius dalam hal ini― dan hal ini akan berlaku. Saya sebut setakat yang saya faham dalam 20, 30 tahun tengok Laporan Ketua Audit Negara ini, ada kadang baik sedikit, kemudian memburuk lagi, kemudian meningkat sedikit prestasi, kemudian memburuk lagi parah. Jadi, apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Raja itu tepat. Bukan sahaja soal rasuah, ketirisan, boros yang terus menerus berlaku. Jadi kita kalau ada tindakan yang jelas sama ada meletakkan pegawai SRPM di pejabat atau memastikan tindakan itu tegas. Kita sebenarnya, seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, bila ambil tindakan― SOP pun tindakan kita antara dua darjat. Pakai pelitup muka pun antara dua darjat. Makan durian pun antara dua darjat. [Ketawa] Jadi ini yang menjadi masalah kepada kita. [Ketawa] Jadi, saya harap Tuan Yang di-Pertua dan kerajaan akan mengambil serius soal tata kelola, penyelewengan, rasuah, penyalahgunaan kuasa, kebocoran, ketirisan yang terus berlaku dalam negara kita. Terima kasih.
Ketua Pembangkang, sedikit. Hang Tuah Jaya. Sudah berhenti sudah?
Okey, okey.
Sedikit, satu. Hang Tuah Jaya.
Ada satu minit sahaja lagi.
Tuan Yang di-Pertua, boleh?
Ya.
Ringkas.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Ini berkaitan dengan tata kelola. Saya ingin bangkitkan kepada perhatian Ketua Pembangkang dan juga Menteri Kewangan. Ini kita dapat laporan. Misalnya, Pegawai Tugas-tugas Khas (PTTK) Menteri-menteri. Kita pengalaman dulu jadi Menteri, Timbalan Menteri, PTTK ini gred gaji dia 54 kebiasaannya. Akan tetapi, ini ada laporan yang saya terima ini, PTTK Menteri Dalam Negeri, Menteri Kewangan bernama Zulkifli Nordin, dia punya bayaran JUSA B. Jadi, ini pada saya, menggemukkan biaya. Bila JUSA B, ia ini datang sekali dengan segala kelebihannya. Jadi adakah ini perkara-perkara yang betul-betul diteliti oleh Kementerian Kewangan? Ataupun kalau hendak naik, naik semualah. Kenapa ada kelebihan dari segi ini? Ini yang kadang-kadang menjadi masalah kepada kewangan negara. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Silakan.
Setengah minit. Pertama, saya ingat Menteri Kewangan dan Menteri Dalam Negeri harus jelaskan. Jangan ada salah guna kuasa melantik orang yang tidak wajar di tempatnya dan kemudian membayar satu upah yang paling tinggi. Saya harap juga Menteri Kewangan jelaskan ini JKOM, pegawai-pegawai yang terlibat dengan KPKT ini semua, dia disorok, tidak nampak dalam buku. Saya cari-cari, tidak ada. Di mana perginya? Jawatan-jawatan tahun sudah ada. Takkan dibuang semua? Ataupun disorok ke jabatan lain. Ini kena ada penjelasan dan saya minta Ahli-ahli Parlimen lain bangkitkan. Terima kasih.
Terima kasih. Ahli- ahli Yang Berhormat, jam tepat pukul 1. Dewan berhenti rehat dan disambung semula pada jam 2.30 petang. Terima kasih Ahli Yang Berhormat.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Dato’ Sri Azalina Othman Said (Pengerang) mempengerusikan Mesyuarat]
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Pekan, 60 minit. Silakan Yang Berhormat Pekan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia-Nya dapat saya berpeluang sekali lagi berdiri di Dewan yang mulia ini kali ini bagi membahaskan Bajet 2022 yang dibentangkan Jumaat lepas. Tuan Yang di-Pertua, syabas saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Berhormat Menteri Kewangan dan semua penjawat awam yang terlibat dalam menyediakan Bajet 2022 ini. Ini adalah bajet terbesar dalam sejarah negara dengan defisit yang masih tinggi. Bajet ini juga penuh risiko apabila kerajaan terpaksa meminjam lebih banyak dana sedangkan unjuran pendapatan kerajaan masih rendah. Bagi saya, keadaan ini berlaku disebabkan beberapa keputusan dan tindakan salah yang diambil oleh kerajaan-kerajaan yang dibentuk selepas PRU-14 dan terpaksa ditanggung oleh kerajaan hari ini. Pertama ialah kesilapan besar kerajaan terdahulu apabila membuat keputusan memansuhkan GST, meningkatkan kebergantungan kepada hasil minyak, menakutkan pelabur dengan memomokkan kononnya negara sudah bankrap dan penjualan aset-aset negara yang memberi peluang kepada kerajaan tetapi mengorbankan kepentingan jangka panjang. Selepas itu pelaksanaan lockdown dan PKP yang antara paling lama tempohnya dalam dunia akibat keputusan yang membawa pelaksanaan lockdown yang bersifat separuh masak dalam pengawalan COVID-19. Di bawah Kerajaan Barisan Nasional dahulu, defisit serta nisbah hutang negara telah menurun lapan tahun berturut-turut. Pada suku pertama tahun 2018, nisbah hutang kepada KDNK telah berjaya diturunkan ke paras 48.7 peratus. Akan tetapi, nisbah hutang ini naik semula setiap tahun bermula tahun 2018 sehingga mencapai tahap 62 peratus pada akhir tahun lepas. Ia dijangka akan melebihi 66 peratus tidak lama lagi setelah had hutang telah dinaikkan dua kali daripada 55 peratus ke 60 peratus pada tahun 2020 dan seterusnya dinaikkan daripada 60 peratus ke 65 peratus pada awal bulan ini.
Defisit dan hutang negara sebenarnya akan lebih tinggi lagi tetapi dibantu oleh pengambilan dividen yang tinggi melampau daripada Petronas sejak PRU-14. Pada bulan Ogos 2021, Ketua Pegawai Eksekutif Petronas pernah memberi amaran bahawa dividen yang dipaksakan terhadap Petronas telah melebihi keuntungan Petronas setiap tahun sejak tahun 2018. Umpamanya, sekiranya Petronas untung RM100 setahun tetapi dalam masa yang sama perlu membayar dividen tahunan antara RM120 hingga RM150, maka ini akan mengakibatkan aset dan rizab Petronas akan berkurang dari tahun ke tahun. Bukit kalau sentiasa ditarah pun akan gondol licin. Nilai bersih Petronas iaitu aset tolak semua liabiliti hutang pula naik RM318 bilion atau hampir empat kali ganda dari RM114.4 bilion sebelum saya jadi Perdana Menteri pada tahun 2009 ke RM432.3 bilion termasuk rizab tunai pada ketika PRU-14. Namun, ini sudah menjadi sejarah setelah Petronas dijarah secara berterusan dan asetnya terpaksa dijual untuk membayar dividen melampau sejak tahun 2018. Sebagai contoh, aset-aset yang dijual termasuk kepentingan saham dalam MISC, Petronas Dagangan dan Petronas Gas bernilai RM6 bilion yang dijual pada 9 Disember 2019. Kepentingan saham dalam MISC dan KLCC bernilai RM3.04 bilion dijual pada 10 Disember 2020. Dan baru-baru ini, Petronas menjual pula aset gas di Azerbaijan bernilai RM9.4 bilion yang menjadi kontroversi dalam Dewan yang mulia ini pada minggu lepas pada harga yang sama. Berhubung dengan penarafan Petronas juga telah diturunkan tiga tahun berturut-turut oleh pegawai agensi penarafan antarabangsa.
Tuan Yang di-Pertua, ini bermakna kerajaan tidak boleh lagi bergantung sepenuhnya kepada Petronas untuk membiayai perbelanjaan kerajaan pada masa hadapan, sekali gus mengurangkan satu sumber penting bagi hasil kerajaan dan di samping itu menjejaskan pelaburan Petronas dalam mencari kawasan minyak yang baru untuk menggantikan reserve petroleum yang menurun atau semakin deplete. Pemansuhan GST juga memberi impak yang besar. Sebagai contoh, dalam usaha melawan COVID-19, negara Arab Saudi telah menaikkan kadar dari lima peratus GST nya kepada 15 peratus, Indonesia dari 10 hingga 11 peratus pada tahun hadapan dan 12 peratus pada tahun seterusnya dan bagi negara Singapura kadar GST akan dinaikkan dari tujuh peratus ke sembilan peratus pada tahun hadapan. Saya tidak merasakan negara-negara seperti Arab Saudi, Indonesia dan Singapura ini tidak membuat kajian secara mendalam atau bersikap kejam dalam melaksanakan langkah-langkah ini. Sebenarnya kesan pandemik COVID-19 telah melahirkan ekonomi yang terbahagi kepada dua kategori daripada segi kelajuan. Ketika ramai yang terjejas teruk, sebaliknya ada juga sektor-sektor yang boleh memacu keuntungan perniagaan mereka contohnya seperti sektor pembuatan yang tertentu, eksport, komoditi, teknologi maklumat, sektor penghantaran dan logistik, sektor kewangan dan lain-lain telah berkembang dengan ketara. Jadi ada juga pihak yang menjadi lebih kaya sewaktu pandemik. GST merupakan cukai untuk penggunaan, dengan lain kata jika kita belanja lebih, lebih banyak cukai yang perlu dibayar tetapi pandemik telah mengurangkan atau menghentikan pendapatan golongan-golongan yang terkesan, jika pendapatan tiada bagaimana mereka hendak berbelanja dan jika tidak berbelanja bagaimana hendak bayar GST? Oleh sebab itulah negara-negara seperti Arab Saudi, Indonesia dan Singapura faham situasi ini bahawa pendapatan kerajaan yang diperoleh daripada kadar GST lebih tinggi yang dikenakan kepada golongan yang menerima manfaat daripada pandemik boleh disalurkan kepada golongan yang menerima impak negatif. Dalam negara Malaysia pula, lockdown separuh masak yang antara paling panjang tempohnya dalam dunia yang dilaksanakan oleh ‘Bapa lockdown Malaysia' dari kerajaan dahulu telah menghancurkan kewangan dan kehidupan ramai tetapi kadar jangkitan serta kematian akibat COVID-19 berbanding saiz penduduk adalah tertinggi di ASEAN dan antara tertinggi di dunia bagi tahun ini. Biarpun ada yang mengaku telah
belanja sebanyak RM600 bilion dalam setahun setengah tetapi kurang memberi manfaat yang secukupnya kepada kehidupan rakyat. Itulah sebabnya, kewangan kerajaan Malaysia berada pada keadaan yang kritikal pada hari ini. Tuan Yang di-Pertua, biar saya jelaskan bahawa ini adalah sesi perbahasan Bajet 2022 bukanlah merupakan sesi untuk mencari kesalahan sesiapa sebaliknya kita perlu mengakui dan sedar akan kesilapan-kesilapan besar yang telah berlaku dan impak kepada negara dan kewangan kerajaan. Keadaan itu menyebabkan kerajaan hari ini terpaksa meminjam begitu banyak dan menangani defisit yang masih tinggi untuk menyediakan bajet perbelanjaan terbesar dalam sejarah. Ternyata jelas Tuan Yang di-Pertua, matlamat murni Bajet 2022 ini adalah menumpukan kepada golongan terjejas akibat COVID-19. Membantu mereka dan perniagaan untuk berdikari semula, mewujudkan peluang pekerjaan bagi mengurangkan kadar pengangguran dan merancakkan pembangunan ekonomi dan negara pada keseluruhannya. Sehubungan dengan itu, kerajaan akan menyediakan pemberian kepada rakyat seperti bantuan tunai sehingga RM2,000 bagi keluarga yang paling terjejas, bantuan peranti percuma untuk golongan B40, bantuan persekolahan sebanyak RM150 dan bantuan tambahan sebanyak RM500 kepada ibu tunggal dan lain-lain lagi. Sesungguhnya, inilah langkah-langkah terpuji kerajaan yang harus kita akui dan sokong. Walau bagaimanapun, kecekapan pelaksanaan adalah amat penting. Jangan ulangi pendekatan sebelum ini apabila ramai yang sepatutnya berkelayakan mendapat bantuan namun secara tiba-tiba mereka dinafikan daripada menerima bantuan dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah. Selagi mereka adalah warga Malaysia, kita perlu memberi mereka dengan izin, benefit of the doubt, ianya lebih murni daripada tersalah membantu orang yang tidak layak daripada menafikan hak bantuan kepada seorang yang benar-benar memerlukannya. Tuan Yang di-Pertua, dua hari lepas dan semalam, saya berkesempatan bercuti dan berjalan-jalan di Melaka. Seperti biasa, saya berkongsi gambar-gambar aktiviti saya di akaun media sosial saya. Walau bagaimanapun agak menghairankan apabila boleh dikatakan hampir sebahagian besar komen-komen daripada followers Facebook saya, membangkitkan soal i-Citra yang tidak disentuh semasa pembentangan Bajet 2022. Sebelum ini saya kerap kali mencadangkan dan memperjuangkan pengeluaran i-Sinar, i- Lestari dan i-Citra, KWSP tetapi saya pula yang menjadi sasaran dan dipersalahkan sebab had maksimum i-Citra tidak dinaikkan had dari RM5,000 kepada RM10,000. Begitu juga nasib Pemuda UMNO Malaysia, biarpun kami bukan Menteri Kewangan. Saya mendapati ramai yang bersuara dan mendesak ini. Sebenarnya mereka mempunyai tunggakan-tunggakan yang perlu dijelaskan ataupun berniat untuk mengumpulkan modal bagi memulakan perniagaan kecil mereka. Mereka bukan suka- suka mahu mengeluarkan wang caruman mereka. Justeru itu saya berharap, saya amat berharap had maksimum i-Citra dinaikkan ke RM10,000 sebagai skim pengeluaran khas terakhir kerana ini amat-amat dituntut oleh rakyat. Sesungguhnya ini bukan boleh disifatkan sebagai langkah populis tetapi berpunca daripada keperluan mendesak rakyat. Sebagai mengimbangi pengeluaran ini, kerajaan perlu memberi keutamaan untuk memulihkan semula simpanan rakyat dalam KWSP.
Seperti yang saya pernah bangkitkan dalam perbahasan Bajet 2021 tahun lepas, perkara ini boleh dilakukan dengan tiga cara iaitu: Pertama, pasca COVID-19. Kerajaan boleh membantu KWSP untuk meraih pendapatan yang lebih dengan memberi projek-projek lebih lumayan kepada KWSP. Contohnya, sebelum ini projek Kwasa Land atas tanah Lembaga Getah Malaysia dan Projek Battersea di United Kingdom serta pemilikan 49 peratus di dalam syarikat PLUS. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, ini selaras dengan cadangan saya tadi, Projek Bandar Malaysia ataupun cadangan nama baharu, ‘Bandar Asian’ perlu diberi kepada KWSP dan PNB dengan syarat terminus Projek High Speed Rail Kuala Lumpur ke Singapura
dikembalikan mengikut konsep asal, yakni Singapura ke Bandar Malaysia dan tidak dari Johor Bahru ke KLIA; Kedua, menaikkan semula kadar caruman bulanan majikan dan pencarum; Ketiga, mengubah struktur pembayaran dividen kepada struktur berperingkat dengan izin, multi-tier dividend structure di mana baki simpanan yang lebih rendah akan menerima dividen yang lebih tinggi supaya pembahagian keuntungan KWSP akan lebih menarik, lebih memihak kepada pencarum yang mempunyai baki simpanan rendah. Kaedah bayaran dividen secara multi-tier ini patut diperluaskan ke tabung-tabung simpanan yang lain seperti ASB, ASM dan Tabung Haji agar matlamat untuk merapatkan jurang pendapatan seperti yang disasarkan dalam RMKe-12 akan tercapai. Tuan Yang di-Pertua, setelah ekonomi dibuka semula, kesesakan trafik mula muncul kembali. Malah, seperti bertambah serius di Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka. Walaupun Bajet 2022 memberi banyak bantuan kepada rakyat secara terus, ia tidak dilihat mengajukan hala tuju pembangunan negara. Bagi mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.5 peratus hingga 6.5 peratus, kita perlu jumlah pelaburan sebanyak RM237 bilion daripada pihak kerajaan dan swasta. Hanya memberi subsidi gaji untuk menggalakkan penjanaan peluang pekerjaan baharu bukanlah satu langkah yang mampan atau sustainable ataupun boleh mencapai sasaran pelaburan tersebut. Ini adalah kerana apabila subsidi gaji kerajaan terhenti, majikan akan mula membuang semula pekerja. Justeru, kita perlu menggalakkan dan merancakkan ekonomi supaya majikan benar-benar memerlukan pekerja, yakni untuk memenuhi permintaan perniagaan mereka selaras dengan peningkatan ekonomi negara. Maknanya Tuan Yang di-Pertua, bajet kita mesti juga melihat daripada aspek demand ataupun permintaan. Selaras dengan ini, seperti saya telah utarakan dalam perbahasan RMKe-12 bulan lepas, saya sekali lagi mencadangkan projek-projek infra rakyat yang telah dihentikan atau dikurangkan skop untuk dilaksanakan secepat mungkin. Antaranya ialah untuk mengembalikan projek HSR dengan skop asal untuk menghubungkan Kuala Lumpur dengan Singapura yang akan merealisasikan visi dan misi bagi menghubungkan dua ekonomi terbesar ASEAN di mana integrasinya akan menjadi limpahan berganda kepada ekonomi negara kita serta menarik perhatian dunia. Kesesakan jalan raya yang sedang kita alami termasuk bagi bandar Melaka boleh dikurangkan dan membolehkan industri pelancongan membangun dengan lebih pesat serta menjadikan bandar-bandar utama sepanjang laluan HSR lebih maju dan dengan izin, liveable. Bandar-bandar seperti Muar, Batu Pahat, Melaka, Seremban dan Johor Bahru akan dapat nafas baharu serta projek Vision Valley berhampiran Seremban, berdaya maju. Tidak kurang penting juga nilai-nilai hartanah akan melambung pada tahap lebih tinggi apabila permintaan bertambah dengan mendadak. Semasa pembinaan projek HSR, dijangka dapat menjana 70 ribu peluang pekerjaan berpendapatan tinggi secara langsung dan tidak langsung manakala selepas projek HSR siap beroperasi, ia mampu memberi keuntungan ekonomi sekitar USD1.6 bilion setahun mengikut kaji selidik Institute of Developing Economies Japan dengan syarat, landasan perlu dihubungkan terus dengan Singapura. Menggantikan projek HSR dari Singapura ke Kuala Lumpur kepada KLIA ke Johor Bahru akan menjadikan projek ini tidak viable dan akhirnya merugikan negara apabila terpaksa membayar subsidi berbilion- bilion. Dana untuk memulakan projek HSR dari Singapura ini juga merupakan cara pembiayaan projek dan tidak termasuk ke dalam hutang kerajaan terus atau deficit tight budget. Kita juga boleh berunding dengan Kerajaan Singapura untuk mengambil kesempatan kos kewangan yang lebih rendah dengan kadar faedah di bawah satu peratus dari negara itu dengan menempah pasaran bon bagi membiayai projek ini ataupun mendapatkan project financing dari negara-negara luar dengan faedah yang sama rendah serta tempoh moratorium panjang. Jika dilaksanakan sekarang, suntikan ke dalam ekonomi tempatan bagi projek yang begitu besar dengan kos kewangan yang rendah akan merupakan satu suntikan
yang ketara pada ekonomi negara daripada segi penjanaan peluang pekerjaan baharu dan kegiatan ekonomi. Tuan Yang di-Pertua, begitu juga projek LRT3 yang telah dipotong skopnya oleh Kerajaan PH sehingga menjadi bahan jenaka juga patut dikembalikan kepada skop asal. Ini adalah kerana sesebuah projek infra rakyat dibina untuk kemudahan rakyat pada jangka masa panjang, mungkin melebihi 30 tahun. Mengikut maklumat yang saya terima, kos untuk memulihkan LRT3 ini balik ke skop asal, cuma sekitar 15 peratus sahaja lebih tinggi berbanding kos sekarang. Dengan tambahan kos 15 peratus ini, kita dapat memulihkan kepanjangan platform station kepada saiz asal supaya tren dengan enam gerabak boleh digunakan. Jumlah tren juga dapat dipulihkan kepada 44 tren dengan enam gerabak dari 22 tren dengan tiga gerabak. Jumlah fasiliti Park N’ Ride dikembalikan daripada 2,000 lot parking ke 6,000 lot dan lima stesen yang telah dibatalkan, dapat dibina semula. Kita perlu mengambil kesempatan semasa projek ini masih dalam pembinaan untuk kembali kepada skop asal.
Jika dibuat kemudian, masa yang lebih panjang dan kos yang lebih tinggi akan ditanggung. Kawasan-kawasan yang dilalui LRT3 adalah antara kawasan yang paling padat penduduknya. Jika kita potong skop, sehingga sistem LRT3 akan sesak setiap hari dan kita akan menyesal tidak sudah kemudian hari. Saya berasa syukur bahawa kerajaan hari ini telah mengumumkan bahawa projek MRT3 akan dilaksanakan. Memandangkan projek MRT2 SSP akan beroperasi tidak lama lagi, inilah masa paling sesuai untuk MRT3 bermula agar kita menyempurnakan sistem MRT bagi Lembah Klang seperti visi asal agar ibu kota boleh menjadi bandar raya bertaraf world-class tanpa disebabkan oleh kesesakan trafik. Tuan Yang di-Pertua, untuk mencapai sasaran pelaburan sebanyak RM237 bilion pada tahun hadapan, kerajaan perlu mengenal pasti dengan izin, key growth areas yang akan diberi keutamaan supaya para pelabur domestik dan luar negara dapat membuat keputusan untuk melabur. Kita tidak boleh hanya sekadar menyebut secara umum sasaran pelaburan tanpa menyerlahkan beberapa bidang fokus atau key focus areas dan memberi apa-apa galakan dan insentif khusus yang boleh meyakinkan pihak pelabur. Sesungguhnya pihak swasta mesti dijadikan sebagai dengan izin, the engine of growth, bukan peranan kerajaan dan GLC semakin meningkat. Tuan Yang di-Pertua, saya menyedari bahawa hasil daripada kerajaan dijangka rendah dan kewangan kerajaan ketika ini sangat tertekan atau kritikal. Akan tetapi saya amat bimbang dengan dua langkah kerajaan untuk menaikkan cukai korporat dari 24 peratus ke 33 peratus bagi syarikat yang untung lebih RM100 juta bagi tahun 2022 serta langkah untuk mula mengenakan cukai ke atas pendapatan yang diperolehi dari luar negara untuk menambah pendapatan kerajaan. Akibat pemansuhan GST yang menyekat langkah kerajaan BN dahulu untuk menurunkan cukai korporat dan peribadi, kadar-kadar cukai negara kita sudah menjadi paling tinggi di ASEAN ini. Malah lebih tinggi berbanding Amerika Syarikat yang sudah turunkan kadar cukai mereka dengan ketara sejak dua tahun lepas. Saya faham kenaikan kadar cukai korporat bagi syarikat-syarikat yang menjana keuntungan RM100 juta ke atas adalah langkah sementara untuk satu tahun sahaja tetapi ianya akan menghantar mesej yang boleh menghakis keyakinan pelabur. Mereka akan berasa khuatir perkara seperti ini boleh berulang pada masa yang akan datang apabila kerajaan terdesak untuk mendapatkan hasil tambahan. Perlu kita sedari semasa kita memilih pelabur asing, pelabur asing juga memilih kita dan mereka mempunyai negara-negara lain sebagai pilihan alternatif. Sebab apa pelabur asing mahu memilih negara kita dengan kadar cukai yang tinggi untuk melabur apabila tawaran negara-negara jiran lebih menarik dan semakin menarik? Kita boleh melihat Tuan Yang di-Pertua, yang mana kejatuhan teruk pasaran saham dan saya ada maklumat pada telefon pintar saya ini KLSE pada masa saya sedang berucap ini pasaran saham telah jatuh sebanyak 33 point akibat langkah tersebut. Ini
bermakna nilai sekitar RM25 bilion telah dihapuskan dari pasaran kita dan akhirnya yang menanggung kerugian ini adalah rakyat secara langsung atau tidak langsung melalui tabung-tabung simpanan rakyat seperti KWSP, ASB, Tabung Haji serta unit trust. Saya juga bimbang bahawa langkah kerajaan untuk mengenakan cukai bagi rakyat serta syarikat yang memperoleh pendapatan dari sumber luar negara juga akan memakan diri. Dahulu kita mengecualikan pendapatan ini sebab kita faham mereka juga akan dikenakan cukai di negara sumber dan kita ingin menggalakkan pendapatan mereka akan dibawa balik untuk dilabur dan digunakan untuk ekonomi tempatan. Sekiranya langkah mengenakan cukai ke atas pendapatan luar negara menjadi realiti, saya bimbang bahawa syarikat-syarikat akan pilih untuk simpan pendapatan mereka di luar negara, di negara sumber untuk elak cukai bagi kali kedua di Malaysia. Kehilangan dana ini dari ekonomi tempatan akan pasti menjejaskan pembangunan negara kita. Sebaliknya, saya cadangkan kerajaan melaksanakan pengampunan cukai atau amnesty dan pelepasan cukai bagi mereka yang bawa balik dana yang disimpan mereka di luar negara dengan syarat 30 peratus daripada dana yang dibawa pulang dilabur di pasaran ekuiti hartanah atau perniagaan tempatan pada tahun pertama ianya dibawa balik. Pemulangan dana-dana besar mampu menjadi satu suntikan kepada ekonomi tempatan yang pasti menguntungkan negara. Sekiranya matlamat perbelanjaan kerajaan yang besar ini adalah untuk menjana peluang pekerjaan yang baharu dan memulihkan ekonomi serta menambah pendapatan kerajaan. Ada banyak lagi cara selain memperkenalkan cukai-cukai tersebut. Sebagai contoh ialah pengecualian cukai jualan bagi kereta serta pengecualian cukai dan duti bagi kereta-kereta elektrik. Apakah matlamat kerajaan untuk meringankan beban ke atas pengguna atau membantu menaikkan keuntungan sektor automotif serta bank yang akan memberi pinjaman? Adakah orang kaya yang akan membeli kereta bernilai RM300,000 ke atas akan lebih digalakkan untuk membeli kereta mewah jika dikecualikan cukai jualan sebanyak 10 peratus ini? Tidak! Mereka yang kaya akan tetap beli juga. Oleh sebab itu saya sarankan kerajaan untuk hadkan pengecualian cukai jualan kereta kepada kereta bernilai RM250,000 sahaja agar kerajaan masih dapat memungut cukai bagi penjualan kereta mewah untuk menambah pendapatan negara. Begitu juga dengan pengecualian duti setem bagi sektor hartanah, hartanah yang bernilai RM2 juta ke atas tidak patut diberi pengecualian tersebut, malah kerajaan boleh menaikkan kadar duti atau surcharge bagi pembeli asing ke atas hartanah mewah seperti yang dilaksanakan di negara Hong Kong dan Singapura. Satu langkah lagi ialah kerajaan boleh menambahkan jumlah permit dan lesen bagi pelbagai jenis perniagaan yang kini sedang dikawal untuk menaikkan persaingan, mengelak cartel yang mungkin sudah terbina dan menggalakkan penerima-penerima lesen atau permit baharu untuk melabur, memulakan perniagaan dan mengambil pekerja baharu dalam skala besar-besaran.
Cukai durian runtuh serta sedia ada ke atas penjualan minyak sawit juga boleh dinaikkan secara berperingkat atau multitier. Sebagai contoh, kadar cukai durian runtuh akan menjadi lebih tinggi sekiranya harga minyak sawit mencecah RM4,000 satu tan, RM5,000 satu tan dan seterusnya. Ini tidak memberi impak yang besar kepada peneroka sebab ini adalah berdasarkan minyak sawit yang sudah diproses dan bukan buah tandan segar. Apabila harga minyak sawit tinggi, impak kenaikan kadar cukai pada syarikat perladangan yang besar juga tidak begitu ketara. Wang yang diperoleh daripada kadar cukai durian runtuh yang lebih tinggi boleh dikhususkan semula kepada syarikat-syarikat sawit sebagai subsidi untuk menaikkan gaji pekerja ladang sawit serta perbelanjaan untuk menambah baik keadaan kediaman, fasiliti dan persekitaran dalam ladang. Pada ketika ini, ramai warga tempatan kurang berminat untuk menggantikan pekerja asing di ladang sawit sebab gajinya masih rendah dan keselesaan hidup dalam ladang sawit kurang menarik. Jika corak hidup dalam ladang dan gaji yang lebih menarik ditawarkan, saya percaya lebih ramai warga Malaysia akan berminat bekerja dalam sektor ini. Sekali gus
mengurangkan kadar pengangguran rakyat Malaysia tanpa kerajaan perlu meminjam dan berbelanja serta mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. Dengan itu juga, tahap pematuhan sektor sawit Malaysia kepada keperluan ESG akan terjamin. Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan isu cukai ke atas pendapatan dari sumber asing yang saya bangkitkan tadi, saya sekali lagi ingin menyarankan agar kerajaan memandang serius untuk menggalakkan sektor mata wang kripto atau cryptocurrency. Perlu sedar jumlah yang disimpan pelabur di luar dunia dalam kripto sudah pun mencecah USD2 trilion. Bayangkan kita dapat menarik masuk hanya lima peratus sahaja daripada jumlah tersebut ke dalam pasaran kita, nilainya sudah USD100 bilion atau RM420 bilion. Sasaran kita adalah untuk membawa aset kripto melabur di dalam Malaysia, bukan untuk rakyat Malaysia membawa keluar. Pada zaman pandemik ini, banyak negara dalam dunia sedang menuju ke arah pendekatan yang lebih berani seperti negara Switzerland, Singapura, Australia dan Korea. Kita jangan lambat untuk merebut peluang. Inilah masa untuk menggalakkan pengaliran masuk wang dan aset asing ke negara kita. Tuan Yang di-Pertua, tidak dapat dinafikan bahawa masalah doktor kontrak yang sudah meningkat kepada 23,000 orang ini yang mula diwujudkan konsep kontrak ini pada tahun 2016, niat kerajaan pada masa itu untuk membolehkan mereka berkhidmat sebagai doktor secepat mungkin setelah mereka menamatkan pengajian. Sebagai penyelesaian jangka panjang, saya mencadangkan kerajaan memperkenalkan dan memulakan rangkaian hospital penyelidikan hibrid di seluruh negara yang merupakan kerjasama awam dan swasta. Di hospital-hospital inilah pegawai kontrak perubatan, pergigian ditempatkan dengan perjawatan secara tetap. Dari segi kos perubatan, rangkaian hospital ini bertujuan untuk memenuhi permintaan daripada golongan B40 dan M40 supaya pilihan bukan sahaja terletak di antara hospital swasta yang mewah, yang mahal dengan hospital kerajaan. Di sinilah sebenarnya penyelesaian kepada isu doktor kontrak ketika ini. Sebuah hospital yang menggunakan model ini ialah Hospital UPM yang dibiayai oleh pihak swasta dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia. Pandemik ini telah menunjukkan keperluan untuk Malaysia menaikkan kapasiti perkhidmatan kesihatan seluruh negara. Jadi, saya sarankan kerajaan hari ini meneruskan rancangan ini dengan kerjasama pihak swasta. Dengan peruntukan kerajaan, hospital hibrid ini juga boleh membantu ke arah penyelesaian masalah 23,000 pegawai kontrak perubatan dan pergigian yang dihadapi kerajaan pada masa kini. Tuan Yang di-Pertua, data Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan bahawa pada tahun lepas, seramai 12.8 peratus daripada golongan T20 telah jatuh ke kategori M40. Sebanyak 20 peratus dari rumah tangga M40 tercicir ke B40. Manakala mereka dalam kategori B40 semakin tertekan. Malaysia juga merupakan negara dengan penurunan KDNK kedua paling besar di ASEAN dengan kadar negatif 5.6 peratus pada tahun lepas iaitu bawah kadar purata ekonomi global sebanyak negatif 4.3 peratus yang ditentukan oleh Bank Dunia. Malahan di kalangan negara-negara di rantau ini, Malaysia menduduki tangga tercorot dalam pelaburan asing bagi tahun 2020. Biarpun kerajaan memberi unjuran pertumbuhan positif 6.5 peratus hingga tujuh peratus untuk tahun ini semasa membahas Bajet 2021 Dewan ini tahun lepas, realitinya ialah kerajaan terpaksa menurunkan semula unjuran itu sebanyak dua kali. Bulan lepas Bank Dunia sekali lagi menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia ke 3.3 peratus. Ini juga adalah di bawah purata dunia sebanyak 5.6 peratus. Ini bermakna Tuan Yang di-Pertua, negara kita telah ketinggalan dunia bagi dua tahun bertutur-turut. Seperti ungkapan failure is not an option, Bajet 2022 ini mesti berjaya dengan unjuran-unjuran yang tepat sekiranya kita tidak mahu rakyat semakin tertekan dan jika kita tidak mahu negara tercinta ketinggalan dunia bagi tahun ketiga berturut-turut. Justeru, segala usaha perlu dilakukan. Kalau boleh memang kita patut lipat gandakan lagi agar pelaksanaan Bajet 2022 tercapai sepenuhnya dan segala strategi memulihkan dan
merangsang ekonomi negara akan menjadi Malaysia kembali sebagai negara di barisan hadapan di rantau ini. Tuan Yang di-Pertua saya mohon menyokong Bajet...
Yang Berhormat Pekan, boleh saya mencelah sebelum berhenti?
Ya.
Tuan Yang di-Pertua, pada pandangan Yang Berhormat Pekan, apakah agaknya sebab kerajaan terdahulu memindahkan HSR itu dari Singapura ke Bandar Malaysia menjadikan dari Johor Bahru ke KLIA? Bukankah kaedah pertukaran itu menyebabkan projek itu tidak lagi viable kerana kita inginkan jutaan pelancong dari Singapura menaiki HSR terus ke Bandar Malaysia? Perkara yang kedua ialah mengenai ECRL. Apakah pandangan Yang Berhormat Pekan mengenai ECRL? Adakah dalam bajet ini, saya tidak ada dengar tentang perkara itu. Saya kira ia akan diteruskan tetapi nampak ia tidak lagi menjadi tumpuan. Ketiga ialah Pan Borneo Highway. Kelihatan ada yang telah siap dan dirasmikan. Apakah pada pandangan Yang Berhormat pada ketika cadangan dahulu untuk kita melaksanakan Pan Borneo Highway ini, kebaikan-kebaikan dan bagaimana ia boleh menjadi highway yang begitu panjang dari Sarawak sampai ke Sabah dan tanpa tol juga. Itu tiga perkara HSR, ECRL dan Pan Borneo Highway. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Pertama, fasal projek HSR.
Saya tidak dapat pasti mengapa kerajaan dahulu menukar konsep asal HSR iaitu dari Singapura terus ke Bandar Malaysia kepada Johor Bahru ke KLIA. Kalau kita lihat dari segi hukum akal atau logiknya memang tidak munasabah sebab apa yang kita perlukan ialah high-speed rail bukan fast train. Apa yang menarik bagi projek HSR ini kerana dari Singapura ke Bandar Malaysia akan makan masa hanya sejam setengah sahaja. Akan tetapi, kalau kita tukar kepada fast train hendak sampai dari Singapura ke Kuala Lumpur mungkin makan masa tiga jam, empat jam dengan pertukaran kaedah pengangkutan dan sebagainya. Saya dapat tahu kalau kita tukar konsep ini projek kereta api fast train ini dari Johor Bahru ke KLIA akan menyebabkan projek ini tidak viable dan kerajaan kena menampung berbilion-bilion tiap-tiap tahun untuk jangka masa yang panjang. Ini satu keputusan yang amat merugikan kita. Ini ada peluang untuk kita meng-integrate-kan dua ekonomi terbesar di ASEAN ini dan bandar-bandar sepanjang jalan laluan HSR itu seperti Batu Pahat, Muar, Melaka, Seremban. Setengah bandar ini memerlukan nafas baru dan suntikan baru akan maju dengan begitu ketara apabila projek HSR ini dilaksanakan. Saya ada teori saya sendiri Tuan Yang di-Pertua, kenapa keputusan ini diubah. Akan tetapi, itu sekadar teori saya. Saya tidak mampu untuk menyebut di sini ataupun tidak elok saya menyebut di sini. Akan tetapi, kalau kita gunakan hukum logiknya dan berdasarkan kepada fakta, kajian dan analisa maka tidak ada sebab mengapa kita patut tukar konsep ini, sudah lah kita bayar denda dua kali. Satu kali pertama, kita lambatkan projek ini. Kedua, kita tukar skop kita kena bayar ganti rugi RM320 juta. Tidak fasal-fasal kita bayar. Ini semua menyebabkan sukar untuk kita memahami kenapa keputusan itu dipinda dan kita ada peluang Bandar Malaysia ini kawasan seluas 500 ekar ini dijadikan satu kawasan pertumbuhan baharu yang serba moden, dinamik boleh jadi perhatian kepada seluruh dunia. Oleh sebab itulah, saya berkali-kali saya telah mengesyorkan kembalilah kepada konsep asal HSR ini. Lagi pun kita sudah ada laluan Gemas ke Johor baru. Tidak perlu kita ada satu trek yang lain dengan izin Tuan Yang di-Pertua sudah jadi redundant. Jadi, baliklah kepada skop asal supaya projek ini menjadi satu projek game changer untuk negara Malaysia.
Kedua tentang projek ECRL ini sudah dilewatkan oleh kerajaan sebelum ini. Akan tetapi, sekarang ini saya difahamkan sedang disambung semula tetapi perlahan, perjalanannya perlahan dan sepatutnya projek ini pun siap sebenarnya dan kalau siap ECRL ini akan menyumbang kepada kadar pertumbuhan sebanyak 1.5 peratus kepada negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Inilah satu kaedah bagaimana kita boleh merapatkan jurang pembangunan di antara ataupun pertumbuhan antara negeri-negeri Pantai Barat dan Pantai Timur. Jadi, projek ECRL ini memanglah patut diberi keutamaan oleh kerajaan. Ketiga Tuan Yang di-Pertua, Pan Borneo Highway ini, satu projek yang saya anggap sebagai satu hadiah kepada rakyat Sarawak dan Sabah sebab kita hendak buktikan kita berkemampuan untuk membina lebuh raya yang begitu panjang tanpa tol. Inilah satu projek yang telah membawa perubahan yang besar kepada Sabah dan Sarawak dan amat dinanti-nantikan oleh rakyat. Sekali lagi projek ini telah dilambatkan sepatutnya kemajuannya lebih jauh pada hari ini tetapi dilambatkan oleh kerajaan-kerajaan sebelum ini. Saya juga berharap projek ini dipastikan pelaksanaannya lebih-lebih cepat lagi dan matlamatnya akan tercapai supaya rakyat Sabah dan Sarawak akan dapat manfaat yang sepenuhnya.
Yang Berhormat Machang.
Yang Berhormat Pekan, Yang Berhormat Machang boleh? Yang Berhormat Machang.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pekan. Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Pekan tadi memanglah tepat kerana projek-projek contohnya ECRL ini jelas sekali adalah untuk merapatkan jurang di antara jurang pembangunan antara Pantai Timur dan juga Pantai Barat khususnya negeri Kelantan ini agak jauh ketinggalan. Juga yang menjadi persoalan saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Pekan adalah tentang jurang pendapatan yang semakin hari, semakin melebar antara masyarakat bandar dengan masyarakat luar bandar. Projek-projek ini juga boleh memberikan sesuatu impak pendapatan yang tinggi sekiranya dilaksanakan kerana sudah tentulah graduan-graduan universiti dan tenaga-tenaga mahir yang datangnya daripada kawasan luar bandar akan mendapat peluang pekerjaan. Demand ada di situ. Akan tetapi kerana tidak ada suatu aliran penyusunan yang baik maka peluang pekerjaan ini juga sudah tentunya akan terhad. Kedua, saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Pekan adalah daripada segi peluang-peluang perniagaan. Kita berada dalam Rancangan Malaysia Ke-12 pelbagai insentif telah ditawarkan oleh pihak kerajaan tetapi di dalam masa yang sama, kebimbangan kita ialah masyarakat-masyarakat usahawan-usahawan kecil di kawasan luar bandar akan terus tertinggal. Maka, di sini kita perlu bagi kita adalah satu kaedah untuk memudahkan pinjaman geran dan pelbagai cara untuk membolehkan masyarakat di luar bandar ini turut serta dalam arus pembangunan negara ini kerana kita tidak mahu akhirnya Rancangan Malaysia Ke-12 nanti masyarakat di luar bandar juga akan terus tertinggal. Apa pandangan Yang Berhormat Pekan?
Yang Berhormat Pekan, Pasir Mas boleh tidak. Sedikit lagi.
Ketua Pemuda Pas yang baharu, Yang Berhormat Pekan.
[Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Masa masih ada Yang Berhormat Pekan saya menyebut tentang Singapura tadi. Saya tertarik apabila Yang Berhormat Pekan menyentuh beberapa kali berhubung dengan Pulau Batu Putih yang saya kira satu isu yang penting juga menyentuh kedaulatan negara kalau boleh disentuh Yang Berhormat Pekan, apakah kronologi dan situasi yang sebenar? Terima kasih.
Terima kasih. Pertamanya Tuan Yang di-Pertua Yang Berhormat Machang telah menyentuh tentang betapa perlunya kita rapatkan jurang pembangunan di antara Pantai Timur dan Pantai Barat dan itulah tujuan pokoknya projek ECRL ini dilaksanakan. Ini kerana salah satu daripada kriteria ataupun faktor yang boleh memberi suntikan kepada ekonomi-ekonomi Pantai Timur ini ialah untuk ditambah baikkan lagi perhubungan ataupun connectivity. Bila kita ada connectivity yang lebih baik maka kita akan lebih dekat dengan pasaran. Bila kita lebih dekat daripada pasaran maka sebagai negeri yang menjadi negeri pengeluar kita boleh lebih mudah akses kepada market dan satu lagi kita boleh tab dengan izin pasaran produk-produk dari selatan negara Thailand. Mereka tidak perlu hantar ke utara, ke Bangkok tetapi boleh hantar melalui ECRL ini melalui Kelantan, ke Kuantan dan akhirnya kepada pelabuhan Klang.
Cuba bayangkan, bila ada perhubungan seperti ini sudah tentu keseluruhan Pantai Timur akan lebih terangsang ekonominya. Saya juga setuju dengan pandangan Yang Berhormat Macang bahawa peluang pekerjaan perlu diwujudkan. Kita perlu lihat bahawa peluang pekerjaan ini mestilah dihubungkaitkan dengan projek-projek yang sustainable, dengan izin. Jadi, bila ada projek seperti ini, akan tambahlah peluang dan permintaan. Bila ada permintaan, pekerjaan-pekerjaan itu akan dapat kita pastikan kelangsungannya. Sepanjang laluan ini Tuan Yang di-Pertua, kita boleh di stesen-stesen ini, projek-projek hartanah sepanjang jalan itu, boleh kita beri peluang perniagaan yang tidak mungkin wujud kalau tidak ada projek connectivity seperti ECRL ini. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Mas yang bangkit tentang soal Pulau Batu Putih. Perkara ini saya sudah ulas dalam muatan Facebook saya. Oleh sebab saya amat terkilan Tuan Yang di-Pertua, mengapa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketujuh membatalkan rayuan kita ke ICJ. Kononnya kita kena terima keputusan ICJ secara muktamad. Akan tetapi ada klausa dalam statut ICJ ini, di mana kalau ada fakta baharu atau new evidence, kita boleh buat rayuan. Kita telah perolehi evidence baharu, kurang- kurangnya tiga evidence baharu yang jelas yang menyebabkan Kabinet yang saya pengerusikan pada masa itu membuat keputusan, rayuan keputusan Pulau Batu Putih itu perlu dilakukan. Apa yang menjadi pelik, seribu kali pelik, dua minggu sebelum rayuan ICJ itu, Kabinet masa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketujuh pengerusi kan, tarik balik rayuan ke ICJ. Kita sudah kalah, apa salahnya kita teruskan. Boleh jadi kita menang, siapa tahu. Kalau menang, kedaulatan negara kita terbela, Tuan Yang di-Pertua. [Tepuk] Dalam isu kedaulatan ini tidak ada kompromi, tidak ada kompromi. Oleh sebab itulah kita mesti soal siasat kenapa, mengapa rayuan kita ditarik balik pada saat-saat akhir? Singapura pun terkejut kita buat keputusan tersebut. Kita pun tidak faham dan jawapannya kita mesti tahu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Pekan. Yang Berhormat Raub, 13 minit, silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Salam sejahtera kepada semua Ahli Dewan yang dimuliakan. Terima kasih pada Tuan Yang di- Pertua kerana memberi saya peluang serta ruang untuk bersama-sama pada petang ini mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2022. Saya mulakan dengan Fokus Pertama: Rakyat yang Sejahtera, Strategi 1 – Memulihkan Kehidupan dan Mata Pencarian. Berkenaan dengan Inisiatif 2 – Akses Kemudahan Kesihatan Awam, perkara 45 iaitu isu kesihatan mental. Oleh sebab utama
terjadi ini disebabkan oleh kemurungan ataupun depresi akibat terkurung lama semasa pandemik COVID-19, masalah kewangan, hilang punca pendapatan, perselisihan rumah tangga, kesempitan hidup dan juga penyalahgunaan dadah. Kurang lebih 1,708 kes kajian kejadian di sepanjang pandemik COVID-19 ini atau purata melebihi 93 kehilangan nyawa setiap bulan. Di sini saya ingin menekankan penyalahgunaan dadah. Selain daripada peruntukan yang akan dibagi RM70 juta ini untuk perkhidmatan sokongan kaunseling dan psikososial, menambah program advokasi serta memperkasakan peranan NGO penggerak program kesihatan mental. Tuan Yang di-Pertua, sudah tiba masanya untuk kerajaan meminda Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 1983 kerana undang-undang ini terlalu lama. Masalah ini tidak akan selesai walaupun peruntukan diberi. Justeru itu, undang-undang perlu diperkasakan. Saya ingin membincangkan Fokus Pertama iaitu berkenaan dengan Inisiatif 3 – Pendidikan Berkualiti Untuk Semua, berserta dengan Fokus Ketiga: Ekonomi Makmur dan Mampan, disekalikan. Strategi 2 – Merapatkan Jurang Ekonomi, Inisiatif 3 – Projek Ketersambungan Digital. Perkara 48, 49, 50, 51, 52, 53 dan juga perkara 236, 235 dan 237. Kalau kita tengok lihat semua ini, sepatutnya pihak kerajaan memperkasakan serta penumpuan khusus untuk pendidikan digital atau pendidikan jarak jauh. Dengan secara menyeluruh, dengan mengambil kira pengoperasian sekolah yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Dengan penyediaan dan memperbanyakkan infrastruktur jalur lebar internet serta pemilikan peranti-peranti yang interaktif untuk murid dan guru. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memberi komen berkenaan Fokus Pertama di bawah Strategi 2 – Membangun Sebuah Keluarga Malaysia, Inisiatif 2 perkara 92 bersekali dengan Inisiatif 4 – Infrastruktur Luar Bandar, perkara 138. Peruntukan RM2.5 bilion untuk mengurangkan jurang pembangunan antara wilayah. Bahagian kedua, RM382 juta bekalan air luar bandar dan bekalan air alternatif, sasaran 4,800 buah rumah. Apa yang hendak saya sebut di sini ialah masyarakat minoriti komuniti Orang Asli kurang lebih 200 orang. Sebenarnya masih banyak lagi sebahagian besar masyarakat Orang Asli di semenanjung tidak mendapat bekalan air bersih. Dalam semakan saya, ada dua perkara utama yang berlaku: (i) paip saluran air bukit sudah terlalu lama dan pecah; dan (ii) motor pam air bawah tanah serta sistem solar tidak diselenggarakan. Pada 27 Julai 2009, syarikat Rossington Consolidated Sdn. Bhd. telah dianugerahkan projek bernilai RM113.8 juta yang melibatkan 82 perkampungan Orang Asli negeri Pahang. Kebanyakannya telah rosak dan ada yang terbengkalai. Pohon pihak kerajaan semak balik untuk peruntukan bekalan air luar bandar ini demi kesejahteraan rakyat. Untuk bahagian ketiga dan keempat, berkenaan bekalan elektrik luar bandar yang sasarannya 2,100 buah rumah serta 7,000 unit lampu jalan kampung. Saya mencadangkan kerajaan supaya boleh mulakan sistem pemasangan solar bumbung untuk rumah-rumah ini dan juga sistem solar lampu jalan. Pihak kerajaan boleh menggalakkan sebanyak mungkin ruang bumbung untuk pemasaran solar sebelum melaksanakan projek solar di kawasan tanah yang berskala besar. Lebih banyak galakan perlu diberikan kepada kawasan tanah yang terbiar atau tanah yang tidak memberi sebarang ekonomi untuk sistem solar berskala besar.
Ekonomi Yang Makmur dan Mampan, Strategi 1 – Agenda Kelestarian, Inisiatif 1 – Amalan Rendah Karbon, perkara 213, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menzahirkan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara neutral karbon seawal-awalnya pada tahun 2050. Justeru itu, saya ingin bertanya pada pihak kerajaan tentang perkara 216 iaitu kenderaan elektrik (EV).
Walaupun banyak inisiatif pengecualian, pelbagai cukai diberikan, mungkin kerajaan lupa dengan infrastruktur sistem pengecas EV ataupun kereta elektrik. Mengikut
data tahun 2019, terdapat 3,652 stesen minyak yang berdaftar. Apakah inisiatif untuk mereka bagi mengejar perubahan ini? Untuk menggalakkan rakyat supaya bersama-sama menuju neutral karbon, saya mencadangkan kerajaan supaya memberi inisiatif untuk menggalakkan rakyat memasang sistem solar bagi menghasilkan tenaga elektrik. Ia boleh digunakan untuk mengecas EV pada kos yang lebih rendah berbanding dengan tarif TNB yang dibentangkan. Dengan ini, ia juga boleh membantu menjana tenaga boleh diperbaharui. Kerajaan juga sepatutnya memberi skim bebas cukai kepada semua industri pembuatan barangan eco-friendly untuk kegunaan tempatan dan juga kilang-kilang yang mengamalkan konsep zero pollution, zero waste, minimum carbon footprint dalam pengendalian operasi harian. Pohon juga kerajaan serius dalam perubahan iklim atau, dengan izin, climate change. Sekarang rakyat mula mempersoalkan mengapa Menteri Alam Sekitar dan Air tidak hadir Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 2021 yang sedang berlangsung di Scotland. Tuan Yang di-Pertua, dalam fokus ketiga ini, saya juga ingin menyentuh berkenaan Inisiatif 2 – Alam Sekitar dan Biodiversiti, perkara 217, bahagian pertama, pemuliharaan alam berkenaan Tasik Chini Reserve. Saya bersetuju dengan peruntukan ini untuk memulihkan Tasik Chini Reserve. Akan tetapi, pihak Kerajaan Pusat juga harus memikirkan inisiatif-inisiatif lain untuk negeri-negeri yang kebergantungan hasil daripada pembalakan dan perlombongan di kawasan hutan simpan supaya pelepasan karbon dapat dikawal serta secara tidak langsung akan menjamin habitat asal haiwan liar dan mengurangkan konflik haiwan liar dengan manusia. Fokus 3 – Ekonomi yang Makmur dan Mampan, Strategi 3 – Konsolidasi Fiskal dan Kemapanan Hasil, perkara 242, Akta Tanggungjawab Fiskal. Kerajaan tidak boleh hanya bergantung pada cukai negara. Kerajaan sepatutnya merancang serta serius membendung ekonomi gelap yang telah merugikan negara ratusan bilion ringgit dalam masa setahun. Sudah tiba masanya ketirisan, salah guna kuasa, rasuah mestilah dibendung sepenuhnya. Dan akhir sekali, kita jangan lupa kepada golongan M40. Ada golongan M40 ini secara langsung atau tidak, mereka juga menuju ke status B40 kerana wabak pandemik COVID-19 ini sudah berlalu hampir dua tahun. Pohon kerajaan mempertimbangkan kepada mereka wang KWSP boleh dikeluarkan sekurang-kurangnya RM10,000 one-off untuk menguruskan kehidupan mereka. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Raub. Saya jemput Yang Berhormat Jempol. Masa 13 minit, Yang Berhormat.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam keluarga Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian pada petang ini bagi membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera. Pertamanya, saya menyambut baik amalan keterbukaan kerajaan menerima pertimbangan hampir 50,000 cadangan rakyat menerusi Portal Bajet 2022. Keduanya, saya ingin berterima kasih atas kesungguhan kerajaan untuk memastikan tiada pihak yang tercicir daripada mendapat bantuan menerusi belanjawan negara. Keluarga Malaysia Makmur Sejahtera, Tema rasmi belanjawan negara, Segala pandangan diambil kira Agar rakyat kekal gembira.
Terima kasih dan tahniah juga saya ucapkan kepada Menteri Kewangan, Timbalan Menteri I yang hadir di dalam Dewan yang mulia ini bagi bersama-sama melibatkan segala bentuk belanjawan yang telah pun dibentangkan baru-baru ini. IPG dan ketidakstabilan harga getah. Semasa perbahasan Usul RMKe-12, saya telah mencadangkan agar paras harga pengaktifan IPG ditingkatkan kepada RM3.50 sekilo berbanding dengan RM2.50 sekilo. Dengan mengambil kira pengeluaran getah negara sebanyak 500,000 metrik tan setahun, peningkatan kadar IPG sebanyak RM1 hanya melibatkan implikasi kewangan kerajaan berjumlah RM500 juta sahaja. Cadangan ini perlu dilaksanakan bermula tahun hadapan untuk membantu peningkatan pendapatan seramai 552,543 orang pekebun kecil yang mudah terjejas akibat ketidakstabilan harga komoditi tersebut. Soalan saya. Apakah kekangan kerajaan untuk meningkatkan paras harga pengaktifan IPG kepada RM3.50 sekilo dalam belanjawan kali ini? Sekiranya disebabkan oleh beban kewangan, saya ingin mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan levi atau cukai khas terhadap import getah asli. Hasil yang bakal diperoleh nanti boleh dikembalikan semula kepada pekebun kecil menerusi IPG. Ia juga boleh digunakan untuk program pembangunan ekonomi, program tanaman semula dan sebagainya. Pengenaan levi atau cukai ini juga mampu menarik kembali minat syarikat terlibat untuk membeli getah tempatan. Seterusnya, memandangkan industri getah negara terus berdepan dengan cabaran ketidakstabilan harga pasaran, saya mencadangkan agar kerajaan menggunakan platform antarabangsa untuk meneroka penyelesaian kes ini. Sebagai negara yang menganggotai International Tripartite Rubber Council bersama Thailand dan Indonesia selaku pengeluar getah asli, kerajaan perlu mencadangkan kepada Majlis tersebut supaya wujudnya kuota penghasilan bagi setiap negara agar harga getah negara dapat distabilkan. Isu perumahan generasi kedua di Parlimen Jempol yang mana saya sering kali membangkitkan isu ini yang sehingga hari ini tidak ada tanda-tanda untuk penyelesaian perkara ini. Saya berharap projek perumahan generasi baharu FELDA ini dapat diselesaikan dalam kadar segera kerana anak-anak muda generasi kedua dalam FELDA mahukan perumahan mereka dan tidak lagi menampung ataupun menumpang di rumah ibu ayah. Perkara ini telah pun berlalu sejak lapan tahun yang lalu dan sehingga kini tidak ada lagi tanda-tanda untuk baik pulih ataupun projek terbengkalai selama lapan tahun ini di mana sebelum ini Kertas Putih FELDA telah dibentangkan hampir tiga tahun yang lalu. Soalan saya. Apakah perancangan terkini kerajaan terhadap projek perumahan generasi baharu FELDA yang tidak mencapai tahap kemajuan 70 peratus? Bilakah projek ini akan dilaksanakan baik pulih ataupun dibaiki semula? Ini kerana projek ini 70 peratus sudah siap dan bakinya 30 peratus lagi tidak ada apa-apa tindakan oleh pihak FELDA. Begitu juga cadangan untuk mewujudkan lot-lot kosong supaya ia diberikan kepada anak generasi kedua. Tindakan ini amat baik untuk mereka. Tinggal lagi, soal infrastruktur seperti jalan raya, bekalan elektrik, parit dan sebagainya perlu diambil kira. Kita tidak mahu reka bentuk yang telah disiapkan nanti akan menyusahkan generasi kedua untuk meneruskan kehidupan di rumah mereka nanti.
Yang Berhormat Jempol, minta laluan boleh? Perumahan FELDA.
Kebajikan guru. Saban tahun kita mendengar peruntukan― you boleh bahas nantilah. Saya banyak ini. Sorry.
Tidak apalah. Perumahan FELDA.
Saban tahun kita mendengar peruntukan untuk pendidikan meningkat. Bagi tahun 2022, sejumlah RM52.6 bilion bersamaan 16 peratus daripada jumlah peruntukan telah diperoleh oleh KPM. Walau bagaimanapun, masih banyak perkara yang boleh dilibatkan. Kebajikan warga pendidik di luar bandar perlu diberi perhatian oleh kerajaan.
Merujuk kepada elaun khas mengikuti lokasi dan tahap kesusahan, saya berpendapat ia perlu dikaji kerana 13 tahun tidak dikaji kadar tersebut. Guru pengalaman P1, P2 dan juga P3. Soal perumahan guru. Saya baru sahaja melawat bersama dengan Timbalan Menteri pada hari Sabtu yang lepas di mana rumah kuarters guru di Felda Palong 7 amat daif.
Di mana keadaan memang terlalu daif, saluran kumbahan pecah, bumbung bocor, sampah sarap tidak diurus. Ini kerana guru-guru ini menduduki rumah tersebut telah pun membayar potongan gaji ataupun melalui potongan gaji untuk menduduki rumah tersebut, namun ia tidak dapat memberi suatu keselesaan kepada guru. Saya harap peruntukan dalam peruntukan ini, pembaikan kuarters guru tidak ditinggalkan khususnya di kawasan saya di Parlimen Jempol. Dasar Pendidikan Digital. Bagi merealisasikan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berteknologi tinggi, ekosistem pendidikan negara mesti berubah mengikut peredaran masa. Oleh itu, pendidikan digital di peringkat sekolah perlu dipercepatkan bagi memastikan akses lebih meluas terhadap pendidikan yang berkualiti. Soalan saya, apakah status terkini penggubalan Dasar Pendidikan Digital negara yang bermatlamatkan untuk melahirkan generasi yang fasih digital dan apakah tumpuan diberikan kerangka dasar pendidikan digital? Pandemik yang melanda telah memperlihatkan kita kelebaran jurang digital pelajar dalam talian antara murid bandar dan juga murid luar bandar. Selain masalah pencapaian jalur lebar dan Internet, tidak boleh dielakkan ketiadaan peranti elektronik juga merupakan cabaran pendidikan digital yang perlu diatasi. Soalan saya, apakah strategi kerajaan untuk membantu seramai 1.85 juta orang murid bersamaan sebanyak 35 peratus di seluruh negara yang tidak mempunyai sebarang peranti elektronik? Apakah insentif Tabung CERDIK yang diperkenalkan sebelum ini tidak akan diteruskan oleh kerajaan bermula pada tahun hadapan? Bagi mengatasi isu ketiadaan peranti elektronik oleh murid, saya mencadangkan agar kerajaan mencontohi sistem pendidikan di Finland, China dan juga di Amerika Syarikat. Sistem pendidikan di sana membenarkan murid meminjam peranti elektronik daripada pihak sekolah untuk mengakses pembelajaran dalam talian. Menerusi kaedah pelaksanaan sebegini, kerajaan cuma mengenal pasti bilangan murid yang memerlukan peranti elektronik di setiap sekolah yang bakal yang bakal dibekalkan nanti. Merujuk kepada belanjawan kali ini, seperti sebelum ini, belanjawan mengembang. Walau bagaimanapun, defisit fizikal diunjurkan berkurangan sebanyak enam peratus KDNK berbanding sebanyak 6.5 peratus pada tahun 2021. Semasa kerajaan membentangkan Belanjawan 2021, sasaran kutipan hasil kerajaan telah ditetapkan sebanyak RM236.9 bilion. Soalan saya, apakah sasaran tersebut akan dapat dicapai pada penghujung September ini dan berapakah hasil yang diperoleh daripada SST? Umumnya tahu, pendapatan negara telah mengalami pengurangan sebanyak RM27 bilion setelah GST dimansuhkan pada tahun 2018. Soalan saya, apakah perancangan kerajaan untuk menutup lompang kutipan hasil ini? Apakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan semula GST pada kadar yang rendah? Sebelum ini GST telah dijanjikan modal politik dimanipulasikan sebegini rupa sehingga fakta benar dikaburi dengan fitnah semata-mata untuk meraih manfaat politik. Setelah mendapat kuasa, perkara ini dilaksanakan bagi mendapat kepercayaan rakyat. Hakikatnya, negara menjadi semakin parah dan rakyat telah tertipu. Soalan saya, apakah benar kos sara hidup rakyat, harga murah sepertimana yang disebut dahulu apabila dihapuskan GST, diwujudkan SST? Maka kerajaan pada hari ini kena lihat perkara ini bahawa perkara ini tidak pun menjadi sepertimana yang dihasratkan oleh kerajaan sebelum ini.
Malaysian defense city. Bagi menambah hasil pendapatan negara, kerajaan perlu meneroka industri baharu supaya dapat menampung dan merancakkan rantaian industri tempatan. Sektor keselamatan negara pada masa ini hanya menumpu kepada pembekalan, tidak memfokuskan terhadap program pembangunan senjata berteknologi tinggi dan bertaraf antarabangsa. Sekiranya kerajaan memberi penumpuan yang penuh kepada pembangunan senjata dan pertahanan, ia dapat mengurangkan pengeluaran aliran wang tunai khususnya dalam perbelanjaan pertahanan. Sehubungan itu, saya ingin mencadangkan kerajaan membangunkan Malaysian defense city sama ada di Lipis Pahang ataupun di Negeri Sembilan. Dengan adanya defense city ini, maka banyaklah perkara yang boleh kita bangunkan seperti dron, kereta perisai, peluru berpandu dan ICT. Saya jangkakan akan menjana pendapatan berjumlah RM500 juta dan mencapai peluang pekerjaan baharu kepada rakyat Malaysia. Duti eksais produk cecair gel nikotin. Berhubung cadangan cukai ke atas cecair vape bernikotin tindakan ini amat tepat bagi mengawal selia penjualan cecair tersebut khususnya kepada golongan bawah umur. Walau bagaimanapun, kadar cukai yang akan dikenakan oleh kerajaan sebanyak RM1.20 per liter agak tinggi. Harga pasaran cecair vape bernikotin dianggarkan sekitar RM16 hingga RM20 bagi 30 mililiter. Kadar cukai sahaja perlu, untuk ini sebanyak 30 liter adalah RM36. Jadi, apabila cukai yang tinggi, saya bimbang dan saya khuatir ia menggalakkan penjualan secara black market. Ini kerana dalam keadaan sekarang pun kita dapati anak- anak muda terlibat secara langsung dengan vape ini dan jika cukai dikenakan agak rendah, sudah pastilah kita dapat cukai yang dapat diperolehi dari mengelakkan black market ini berlaku. Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana. PMKS merupakan tulang belakang kepada ekonomi negara. Umum mengetahui sektor tersebut telah terjejas teruk kebelakangan ini. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, sumbangan PMKS terhadap KDNK telah menguncup sebanyak 7.3 peratus pada tahun 2020. Begitu juga jumlah eksport yang mencatatkan penurunan sebanyak 33.1 peratus. Berdasarkan survey Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi pula dianggarkan sebanyak 49 peratus sektor PMKS daripada 580,000 orang peniaga berisiko untuk menutup perniagaan menjelang Oktober 2021. Justeru saya menyambut baik segala langkah yang diambil oleh kerajaan menerusi belanjawan ini untuk mengembalikan ataupun mengupayakan peniaga kita. Soalan saya, berapakah unjuran sumbangan PMKS terhadap KDNK dan jumlah eksport negara bagi tahun hadapan? Akhir sekali, saya mohon supaya perkara yang telah dibahaskan tadi diambil kira. Sekian sahaja perbahasan saya. Setiap pandangan telah dibicarakan kepada kerajaan. Saya percaya perhatian diberi tindakan segera. Sekian, Jempol mohon menyokong Bajet 2022. Terima kasih.
Seterusnya Yang Berhormat Muar, silakan.
Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, ada empat isu yang saya hendak gariskan dalam ucapan belanjawan pada hari ini. Pertama berkenaan gaji yang bermaruah. Kedua, berkenaan undang-undang dua darjat. Ketiga, berkenaan isu good governance dan keempat berkenaan industri kripto ataupun alternatif atau decentralized finance yang perlu diperhebat di Malaysia. Pertama berkenaan gaji yang bermaruah. Kita telah dengar berkali-kali ucapan yang dibawa oleh Yang Berhormat Menteri bahawa kerajaan akan menaikkan gaji minimum dan perkara ini akan dipertimbangkan. Akan tetapi, dalam ucapan Yang Berhormat Menteri Kewangan, perkara ini tidak didedahkan atau diumumkan langsung. Kita lihat situasi struktur ekonomi di Malaysia pada hari ini. Apabila negara dibelenggu dengan masalah COVID-19, kekayaan 50 keluarga terkaya di Malaysia telah
pun meningkat sebanyak 14 peratus secara total. Pada masa yang sama, lebih 600,000 orang rakyat Malaysia kelas pertengahan jatuh kepada golongan B40. Lebih 900,000 orang rakyat Malaysia hilang pekerjaan dan pada masa yang sama sebanyak 1.2 juta orang rakyat Malaysia yang dibelenggu dengan masalah underemployment di mana mereka ada degree ataupun master tetapi mereka melakukan kerja seperti blue-collar worker. Maksudnya, situasi struktur ekonomi negara makin teruk di mana yang kaya makin kaya dan yang miskin papa kedana. Persoalannya, apakah dasar yang boleh diperkenalkan oleh kerajaan untuk memberikan signal yang jelas bahawa golongan pertengahan, golongan B40 akan dibela secara bermaruah. Saya ingat, apabila saya berada dalam Kabinet Pakatan Harapan, walaupun ada tentangan yang tersendiri, saya telah pun berhujah untuk memastikan bahawa gaji minimum dinaikkan bukan secara sedikit, tetapi pada kadar yang agak besar. Dalam tempoh masa setahun setengah sahaja, kita berjaya menaikkan daripada RM900 kepada RM1,200 sebulan. This is not anywhere enough. Sepatutnya dinaikkan minimum kepada RM1,500 dan selepas itu secara berperingkat. Persoalannya, kini Kerajaan Perikatan Nasional dan sekarang Kerajaan Keluarga Malaysia telah pun berkuasa melebihi dua tahun.
Akan tetapi, kita masih belum lihat unjuran kenaikan gaji minimum untuk mempertahankan dan membela golongan berpendapatan rendah dan memberi signal yang agak jelas bahawa walaupun pada musim COVID-19, orang hilang kerja, pendapatan ditolak. Pada masa yang sama, pelbagai jenis masalah yang berlaku, kaya semakin kaya tetapi tidak ada pembelaan yang sewajarnya untuk membantu golongan yang miskin secara struktural, bukan one-off payment tetapi kenaikan gaji setiap bulan. Dengan ini, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan untuk menaikkan gaji minimum sekurang-kurangnya kepada RM1,500 dan ikut juga kepada sektor-sektor lain. Bagi white-collar workers, minimum it should be about RM2,500 mengikut unjuran yang dikeluarkan oleh Bank Negara pada tahun 2019. Gaji yang bermaruah adalah permulaan untuk kita membela rakyat golongan M40 dan B40, khususnya apabila jurang kekayaan ini bukan berfaktorkan soal agama ataupun bangsa, tetapi realitinya dengan izin, this is a class-based issue. As each year passes by, yang kaya semakin kaya, tidak kira agama dan bangsanya tetapi dalam Dewan ini, lazimnya kita persalahkan satu bangsa ataupun satu agama. Itu yang pertama. Kedua, undang-undang dua darjat. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan isu a lady caught, Karen di KLCC di mana apabila beliau bertegas tidak ingin memakai mask, beliau hanya dikenakan tindakan RM3,000 denda. Kenapa saya bangkitkan isu ini? Ini kerana apabila ada seseorang anak muda yang hanya menurunkan mask dalam tempoh masa yang singkat, dia terus dikenakan saman RM10,000. Peniaga Melayu di luar bandar, dikenakan saman RM50,000. Saya tahu akan ada pihak kerajaan berkata, “But Saddiq, that is the law”. Kita bukan ada lagi dalam situasi darurat, but there is a big difference. Perbezaannya apa di sini? Kalau kita lihat pada tahun lepas, warganegara Bangladesh yang berkulit hitam, Nepal yang berkulit hitam, apabila mereka ingkar SOP, bukan sahaja dikenakan denda, yang untuk orang maha kaya tetapi terus diusir keluar dari Malaysia. Akan tetapi apabila kena kepada seseorang warganegara asing yang mungkin datang daripada golongan maha kaya, terus dibela dan hanya dikenakan RM3,000 tetapi kalau warganegara lain atau rakyat Malaysia sendiri, tindakannya jauh lebih teruk. Jika kerajaan ingin ambil tindakan, they can and they should tetapi realiti di Malaysia, jika kamu rakyat Malaysia golongan pertengahan, golongan bawah, pembelaan tidak akan ada sewajarnya. Jika kamu warganegara asing, diskriminasinya ikut kulit kamu, negara mana kamu datang dan perkara ini jelas salah dan harus ditentang berhabis- habisan. What signals are we sending to the international community? Bahawa di Malaysia, the rule of law applies separately to different people. Ini berkait rapat dengan belanjawan kerana ini adalah isu good governance, isu diskriminasi, isu yang perlu mendapat pembelaan semua rakyat Malaysia, tidak kira agama dan bangsa.
Di sini saya ingin tekankan— kita lihat Kerajaan Perikatan Nasional lepas, mereka dihukum dengan begitu teruk kerana undang-undang dua darjat yang sedia ada. Saya berharap kerajaan pada hari ini, tidak menekankan perkara yang sama kerana kita boleh lihat bukan sahaja dalam situasi Karen, sampai ke hari ini apabila di Melaka, ahli-ahli pimpinan tertinggi Perikatan Nasional boleh terus berkempen secara terbuka. Buat program besar-besaran, tidak kena tindakan denda langsung tetapi ahli-ahli MUDA seramai lima orang buat PC ikut SOP, dikenakan denda RM4,000. This is unfair and this is unjust dan mesej ini harus kita tentang. Saya berharap bahawa rakyat buka mata dan menolak undang-undang dua darjat seperti ini. Ketiga, soal good governance. Di sini saya ingin tekankan, banyak yang dibawa oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan secara dasarnya adalah perkara yang baik tetapi tanpa pelaksanaan yang betul, akhirnya segala pengumuman itu bakal dibazirkan. Apa maksudnya? Di sini saya ingin kongsikan salah satu perkara yang mungkin sedikit kontroversi but it must be said in Malaysia. Apa yang sedihnya, kalau kita lihat laporan yang dikeluarkan oleh Ketua Audit Negara, pada tahun lepas, lebih RM620 juta yang dibazirkan kerana ketirisan yang berlaku. Kita lihat juga pelaksanaan program laptop yang sepatutnya diberikan kepada anak-anak muda, hanya dua minggu lepas baru berjaya dimuktamadkan. Walhal perkara ini harus diguna pakai oleh anak-anak sejak awal tahun lagi, sejak mereka masuk ke sekolah. Apa mesej yang saya hendak hantar di sini? Pelaksanaan or execution is key in delivering a government’s project. Akan tetapi, apa masalah yang membelenggu di Malaysia? Kita jarang dengar perbahasan, perdebatan berkenaan isu pelaksanaan. The data and the science behind it, tetapi sejak dua minggu lepas, setiap hari kita akan dengar isu apa? Isu Timah, kita tukar nama Timah. Adakah Mesyuarat Khas Kabinet bincangkan isu Timah? Putuskan penukaran nama itu di dalam Mesyuarat Kabinet! Ada tiga Menteri yang perlu bincangkan secara khas berkenaan isu Timah, hanya berkenaan satu nama syarikat yang telah pun wujud di Malaysia bertahun-tahun. Adakah fokus yang sama, criticism yang sama diberikan berkenaan dengan isu RM620 juta ini ketirisan yang berlaku? It is hundreds of million of people’s money, tidak ada. Senyum, lesap, diam sahaja dalam Dewan ini tetapi berkenaan isu Timah, seperti ini adalah isu yang paling besar di negara. Menteri yang menjaga alam sekitar, sustainability, climate justice mengulas begitu panjang berkenaan isu Timah tetapi tanggungjawab hakiki untuk membawa nama baik negara kepada COP26, membawa nama baik negara ke persada dunia, tidak pergi, tidak hadir, tidak beri endah langsung berkenaan isu ini. What kind of messaging are we sending here? Isu nama syarikat jauh lebih penting daripada isu ketirisan, penyelewengan, isu pekerjaan yang berkualiti, pendidikan yang berkualiti. We give so much time and effort towards cosmetic issues tetapi isu penting di hati dan rakyat Malaysia tidak diberikan masa yang secukupnya. Itu yang ketiga. Keempat, saya ingin bincangkan tentang industri kripto dan juga alternative financing. Saya percaya sudah sampai masanya Malaysia patut memberi penekanan kepada peluang alternative finance dan industri kripto di Malaysia. Kita lihat di peringkat global telah ada lebih 300 juta orang pengguna wang kripto. In terms of market capitalization telah pun mencecah nilai USD1.5 trillion and that number is only expected to multiply as each year passes by. Baru minggu lepas telah tercetusnya sejarah yang baharu di mana futures Bitcoin telah pun disenaraikan ke dalam saham New York Stock Exchange untuk menunjukkan bahawa industri ini akan kekal dan tidak akan pergi. Mata wang kripto ini adalah potensi yang sangat besar di Malaysia. Saya lihat potensi pelaburan dalam mata wang kripto termasuk Bitcoin dan Ethereum di negara ini. Contohnya, Luno Malaysia mencatatkan transaksi sehingga RM15 juta setiap hari. Lebih 300,000 orang rakyat Malaysia pada hari ini sudah daftar Luno dengan nilai aset digital sampai melebihi RM1 bilion. This is big and not worth it. Something we must look at. Di peringkat global, Bitcoin sudah mempunyai nilai yang lebih besar dari Visa dan Mastercard combined di peringkat— sebab itu negara ini perlu ambil peluang besar, jangan pandang ringan atau lambat bertindak.
Apa cadangan saya? Pertama, kerajaan harus nyatakan pendirian dalam mengulas isu alternative finance ini. Sediakan pelan dan rancangan untuk mengkaji ekosistem dan sediakan ruang untuk rakyat Malaysia menceburi bidang ini. Kedua, kerajaan kena juga bersedia membentangkan polisi cukai (tax policy) yang sihat dan adil kepada pemain alternative finance. Beri insentif besar kepada pelabur. Sebab apa penting? Sekarang ini, ramai rakyat dan syarikat tempatan yang sudah masuk dalam bidang ini tetapi tidak berani hendak isytihar pendapatan sebab takut nanti pendapatan ini akan ditarik oleh kerajaan. Takut sumber kripto, mereka kena cukai yang besar. Hasilnya, mereka tidak akan berani untuk gunakan hasil wang ini untuk dikitarkan dalam negara dan akhirnya the capital flight keluar negara dan Malaysia tidak dapat manfaatnya. Kedua, bina hab digital untuk alternative finance ini di Malaysia. Kita perlu manfaatkan bandar ini untuk tubuhkan lebih banyak lagi start-up dan syarikat tempatan untuk menceburi bidang alternative finance ataupun decentralized finance (DeFi). Kita boleh tarik pelabur luar datang ke Malaysia sebab kita mahu memberikan signal yang jelas, Malaysia is a friendly state to cryptocurrency. Paling penting, kita tidak mahu lagi tunggu Singapura atau Thailand buat dahulu, baru kita terhegeh-hegeh hendak buat. Kita harus galakkan rakyat negara kita menceburi industri perlombongan kripto atau dikenali sebagai crypto mining, di mana ada potensi besar untuk rakyat kita. Beberapa bulan lepas, Beijing umumkan pengharaman semua transaksi khususnya crypto mining.
There is a lacuna or there is an empty space at void which can be filled by Malaysia. Kita lihat negara seperti Amerika Syarikat dan Rusia cepat mengambil peluang, apabila Beijing berundur mereka ingin isi kekosongan ini. Menurut Cambridge Bitcoin Electricity Consumption Index (CBECI), Malaysia adalah negara yang keenam di dunia telah menggunakan elektrik untuk melombong crypto. Ini belum masuk mata wang Ethereum, Dotcoin, Litecoin dan yang lain. Rakyat Malaysia telah melombong lebih USD1 juta nilai Bitcoin setiap hari but it is still in the shadow industry. It is still in a backdoor, belum dibincangkan secara terbuka. Akan tetapi kalau kita tidak kawal dan iktiraf industri ini dengan betul, banyak jenayah bawah tanah akan berlaku dan telah berlaku. Contohnya April lepas, pihak berkuasa berjaya rampas kilang crypto haram di Miri dengan nilai USD1.25 juta sebab curi elektrik. Amerika Syarikat, Kanada, Australia, El Salvador semua sudah iktiraf crypto sebagai satu bentuk mata wang dan telah banyak bantu rakyat mereka dan ekonomi mereka menjadi lebih digital. Jadi, kita sepatutnya sediakan jalan dan bantu mereka mengusahakan industri ini secara sah dan halal kerana realitinya whether we like it or not the industry already exists in Malaysia. Persoalannya, adakah kita akan membenarkan dengan sistem piawaian dan SOP yang jelas supaya kitaran wang pelaburan baharu dapat dibawa ke Malaysia atau adakah industri ini akan kekal dengan izin, underground in which we cannot tax, in which the money will leave Malaysia and will never be allowed to circulate in a Malaysian economy. Ini empat perkara yang saya hendak tekankan dalam ucapan saya. Saya berharap bahawa Yang Berhormat Menteri dan Perdana Menteri boleh jawab, kita perlu berani untuk berfikiran di luar kotak untuk memastikan bahawa rakyat Malaysia dapat pembelaan yang sewajarnya so that we can turbocharge our economy forward for all Malaysians. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Muar di atas ucapan yang diiringi oleh dentum dentam guruh gemuruh tadi. Seterusnya, Yang Berhormat Sabak Bernam.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kerana diberi peluang untuk berbahas pada petang ini. Izinkan saya sempena bulan Rabiul Awal bulan mulia, bulan Maulidur Rasul junjungan Nabi besar, Nabi
Muhammad SAW ini untuk memulakan perbahasan Bajet 2022 itu dengan mengambil berkat memetik Firman Allah SWT dari Al-Quran Al-Karim yang bermaksud, “Dan tiadalah kami mengutuskan kamu wahai Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat bagi semesta alam”. Ayat-ayat ini memberikan peringatan kepada saya dan semua Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini bahawa Nabi Muhammad SAW menjadi contoh yang terbaik dan menjadi ikutan. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada kerajaan Keluarga Malaysia di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri, Perdana Menteri Kesembilan dan khususnya kepada Menteri Kewangan Malaysia yang telah membentangkan Bajet 2022 pada hari Jumaat yang berkat pada 29 Oktober 2021 yang lalu. Sesungguhnya Bajet 2022 ini membuktikan kepakaran dan kebijaksanaan Yang Berhormat Menteri Kewangan mengadun sumber kewangan yang terhad dan membelanjakan dengan penuh berhemah. Mengimbangi kelangsungan ekonomi yang terhimpit oleh pandemik COVID-19 dan kewajipan membela dan melindungi rakyat dengan menyediakan jaringan sosial yang komprehensif dan kondusif kepada rakyat khususnya golongan B40 dan M40. Bajet ini juga membuktikan keprihatinan kerajaan kepada golongan muda khususnya mereka yang berumur 18 tahun ke atas yang bakal memenuhi tanggungjawab memilih kerajaan dalam PRU yang ke-15 nanti. Bajet 2022 adalah merupakan kerangka blueprint untuk golongan muda Keluarga Malaysia dalam menghadapi hari-hari mendatang kelak sebagai warganegara yang bertanggungjawab atau responsible citizen dengan izin. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan yang telah merangka Bajet 2022 ini bermodelkan negara Islam berkebajikan atau Islamic welfare state yang berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah berdasarkan falsafah Islam Maqasid Syariah yang sejagat. Maqasid Syariah adalah merupakan matlamat-matlamat yang ingin dicapai oleh syariat demi kepentingan umat manusia. Tuan Yang di-Pertua, Bajet 2022 diperuntukkan sebanyak RM332.1 bilion berbanding sebanyak RM322.5 bilion dalam Bajet 2021 dengan peruntukan perbelanjaan mengurus sebanyak RM233.5 bilion. Bajet 2022 yang bertemakan “Keluarga Malaysia, Makmur, Sejahtera” dengan mendukung tiga paksi utama iaitu memperkukuhkan pemulihan, membina daya tahan dan memacu pembaharuan Bajet 2022 bermatlamat dengan tiga fokus induk iaitu: (i) rakyat yang sejahtera; (ii) perniagaan yang berdaya tahan; dan (iii) ekonomi yang makmur dan mampan. Tiga fokus utama ini amat penting dalam keadaan rakyat dan negara sedang dalam fasa pemulihan dan penstabilan ekonomi menghadapi cabaran peralihan dari pandemik COVIV-19 kepada fasa endemik COVID-19. Tuan Yang di-Pertua , saya akan menyentuh tentang kesihatan. Saya ingin menyentuh berhubung dengan aspek kesihatan khususnya berhubung Kementerian Kesihatan yang mendapat peruntukan sebanyak RM32.4 bilion. Saya mengalu-alukan langkah kerajaan menyediakan peruntukan khas bagi menangani COVID-19 iaitu meliputi RM2 bilion bagi membiayai program vaksinasi dan RM2 bilion untuk meningkatkan kapasiti fasiliti kesihatan awam. Sehubungan dengan ini, saya ingin mendapat ulasan setakat manakah kerajaan telah menjalinkan kerjasama dengan hospital swasta dan hospital seliaan KKM dalam mengoptimumkan perkhidmatan kesihatan di negara ini termasuk mengawal pandemik COVID-19. Saya ingin mendapat ulasan bilangan Klinik 1Malaysia yang masih beroperasi ketika ini dan adakah kerajaan bercadang menukarkan menjadi Klinik Keluarga Malaysia supaya lebih inklusif lagi dan meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan awam. Saya juga ingin mendapat penjelasan kerajaan khususnya KKM berhubung dengan kekurangan pusat hemodialisis sekarang ini. Apakah langkah kerajaan untuk menyediakan lebih
banyak pusat hemodialisis khususnya di luar bandar? Saya ingin mendapat penjelasan kerajaan apakah langkah dan tindakan kerajaan terhadap golongan anti vaksin COVID- 19 yang telah turut menjejaskan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dalam usaha kerajaan mengawal dan menangani pandemik COVID-19. Berhubung dengan KKM ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang akan menyambung kontrak 10,000 pegawai perubatan pergigian dan farmasi dan menyediakan peruntukan sebanyak RM100 juta bagi menaja program kepakaran kepada 3,000 pegawai kontrak perubatan dan pergigian. Seterusnya, saya ingin menyentuh berhubung dengan pendidikan. Pertama, saya ingin menyentuh berhubung dengan Kementerian Pendidikan yang menerima peruntukan sebanyak RM52.6 bilion. Peruntukan yang setinggi itu membuktikan komitmen kerajaan untuk memberikan pendidikan yang terbaik untuk rakyat Keluarga Malaysia dan menyediakan generasi berilmu dalam pelbagai bidang semenjak pra pendidikan hingga ke peringkat tertinggi dan profesional. Saya menyambut baik dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang menyediakan peruntukan RM1 bilion dalam Bajet 2022 ini untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan sekolah bagi memastikan suasana pembelajaran yang kondusif termasuklah RM140 juta kepada JAKIM bagi menyelenggara antaranya sekolah tahfiz, sekolah agama rakyat dan institut pondok berdaftar. Saya juga berterima kasih kepada kerajaan yang menyediakan peruntukan sebanyak RM746 juta bagi menaik taraf sekolah-sekolah daif. Saya mengalu-alukan langkah kerajaan bagi meneruskan Rancangan Makanan Tambahan dengan peruntukan sebanyak RM400 juta. Saya juga mengalu-alukan kerajaan memberikan insentif bantuan mengajar sebanyak RM100 kepada 4,000 orang guru yang menyediakan bahan pengajaran pelaksanaan PdPR. Berhubungan dengan pendidikan yang kedua, saya ingin menyentuh berhubung dengan Kementerian Pengajian Tinggi yang mendapat peruntukan sebanyak RM14.4 bilion. Saya menyambut baik dengan kerajaan untuk memperkasakan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) untuk menyediakan modal insan ataupun tenaga kerja yang bersesuaian dengan keperluan dan kehendak industri dengan peruntukan sebanyak RM6.6 bilion. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapatkan ulasan daripada kerajaan, KPM dan KPT serta lain-lain agensi yang terlibat dalam membangunkan program TVET ini. setakat manakah kejayaan program TVET setakat ini dan apakah langkah kerajaan bagi memastikan program TVET dan Latihan Dual Nasional mampu melahirkan modal insan dan tenaga kerja yang memenuhi keperluan industri. Saya ingin mencadangkan agar model TVET khas disediakan bermula daripada pendidikan sekolah rendah dan menengah rendah sebagaimana yang diamalkan di Jerman yang telah berjaya dalam TVET ini.
Berhubungan dengan kempen ini, saya ingin menyentuh berhubung dengan kebolehpasaran graduan. Saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan khususnya KPT yang telah melaksanakan berbagai-bagai inisiatif yang meningkatkan kebolehpasaran graduan seperti program reskilling dan upskilling, penempatan pekerjaan, program intervensi, nilai tambah kepada graduan dan struktur intensif brand dan Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan 2021-2025. Kerajaan juga memperuntukkan elaun sebanyak RM900 bagi mengikuti latihan industri. Saya ingin mendapatkan penjelasan, apakah inisiatif jangka pendek dan jangka panjang kerajaan dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan? Apakah langkah kerajaan bagi menyediakan latihan keusahawanan graduan bagi melahirkan lebih ramai keusahawanan di kalangan graduan? Untuk meringankan kos hidup, saya mengalu-alukan kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM31 bilion dalam bentuk subsidi bantuan dan insentif khusus untuk menangani peningkatan kos sara hidup. Semenjak PKP, kos harga barang terus
meningkat seperti minyak masak, ikan, sayur, ayam, daging. Harga makanan ayam pun meningkat umpamanya dedak, meningkat daripada RM1.80 satu kilogram kepada RM3.20 sekilogram. Saya ingin mendapatkan penjelasan kerajaan, apakah langkah kerajaan bagi mengawal kenaikan harga barang runcit harian? Adakah kerajaan bercadang untuk menetapkan harga siling bagi barang-barang keperluan harian untuk mengurangkan kos sara hidup ini? Bagi Kementerian Pembangunan Luar Bandar, seterusnya saya ingin menyentuh berhubung dengan pembangunan luar bandar khususnya Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang mendapat peruntukan sebanyak RM10.5 bilion iaitu meliputi RM7.0 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM3.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan. Saya menyambut baik langkah kerajaan bagi menambah baik kesejahteraan penduduk luar bandar dan merapatkan jurang pembangunan antara wilayah dengan peruntukan sebanyak RM2.5 bilion dalam Bajet 2022. Ini bagi melaksanakan projek penambahbaikan infrastruktur seperti jalan luar bandar dan jalan hubungan desa, bekalan air, bekalan elektrik dan jalan kampung. Tuan Yang di-Pertua, program bantuan kecemasan rumah terbakar. Berhubung dengan perumahan rakyat, saya ingin menyentuh berhubung dengan program bantuan kecemasan bagi rumah terbakar. Mangsa kebakaran ini memerlukan bantuan dan pertolongan yang segera kerana bukan sahaja kebakaran rumah, tetapi juga harta benda dan sesetengahnya bagaimana saya dapati pertolongan yang diberikan kepada untuk membina rumah baharu memerlukan proses yang panjang sehingga tiga bulan ataupun lebih. Ini bukan sahaja merumitkan mangsa dan keluarga. Saya memohon kerajaan menambah baik dan memudah cara pemberian bantuan kepada mangsa kebakaran dan membina rumah selewat-lewatnya dalam masa 30 hari. Saya juga memohon agar kerajaan menyediakan segera dalam tempoh 24 jam tempat tinggal sementara bagi bantuan makanan. Memperkasakan sektor pertanian. Seterusnya saya ingin menyentuh berhubung dengan memperkasakan sektor pertanian. Sehubungan dengan ini, saya menyentuh berhubung dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) yang mendapat peruntukan sebanyak RM4.8 bilion iaitu RM3.3 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM1.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan. Memperkasakan sektor pertanian termasuklah jaminan dan keselamatan bekalan makanan dan kemampuan menjana pendapatan lebih tinggi. Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan terus memberikan subsidi dan insentif kepada pesawah berjumlah RM1.7 bilion. Saya menyambut baik langkah kerajaan untuk memajukan tanah rizab Melayu bagi meluaskan kawasan pertanian sama ada oleh belia ataupun graduan. Dalam hubungkan ini, saya berharap kerajaan dapat bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi meluaskan kawasan pertanian khususnya tanah pertanian yang tidak dimajukan. Antaranya halangan adalah kekurangan infrastruktur seperti jalan dan saliran air di kawasan pertanian. Saya menggesa kerajaan agar bertindak tegas mengambil semula tanah pertanian yang tidak diusahakan setelah tiga tahun dianugerahkan. Akhir kalam, saya menutup perbahasan ini dengan memetik sepotong ayat suci dari Al-Quran supaya berkat yang bermaksud, “Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada hari Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan balasan yang baik hari akhirat serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak dalam masa yang susah dan senang”. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam. Yang Berhormat Kota Belud. Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Tuan Yang di-Pertua, terima
kasih atas peluang yang diberikan kepada saya membahaskan Belanjawan 2022. Belanjawan terbesar dalam sejarah Malaysia berjumlah RM322.1 bilion. Tuan Yang di-Pertua, inti pati Belanjawan 2022 atas dasar Keluarga Malaysia bukanlah cerminan kepada yang dibentang hari Jumaat lepas. Dalam konteks Sabah, ia tidak lebih dari belanjawan keluarga tiri Malaysia. Mana mungkin keluarga memberikan hanya RM5.2 bilion sahaja atau sekadar 6.8 peratus daripada jumlah peruntukan pembangunan. Sedangkan, setiap tahun nilai hasil yang dikaut dari bumi Sabah adalah ratusan bilion. Sumbangan Sabah kepada KDNK nasional pada tahun 2020 adalah 10.2 peratus daripada jumlah besar KDNK nasional berjumlah RM1.34 trilion. Ini bermaksud, Sabah telah menyumbang sebanyak RM136 bilion kepada negara. Jika mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan perkara 112D, Jadual Kesepuluh, Bahagian IV; 2. (1) Dalam hal Sabah, pemberian yang amaunnya sama banyak dalam setiap tahun dengan dua perlima daripada amaun yang hasil bersih yang didapati oleh Persekutuan dari Sabah itu melebihi hasil bersih yang akan didapati sedemikian oleh Persekutuan dalam tahun 1963 jika – (a) Akta Malaysia telah berkuat kuasa dalam tahun itu seperti dalam tahun 1964; dan (b) hasil bersih bagi tahun 1963 dihitung tanpa mengambil kira apa-apa perubahan mengenai apa-apa cukai fi yang dibuat pada atau selepas Hari Malaysia. Hasil bersih ertinya bagi maksud ini hasil yang terakru kepada Persekutuan ditolak amaun yang diterima oleh negeri berkenaan dengan penyerahan hasil itu. Tuan Yang di-Pertua, jadi menurut kiraan saya, kalau Sabah seharusnya menerima dua perlima daripada hasil Sabah ke Persekutuan, maka Sabah sepatutnya diperuntukkan sejumlah RM54 bilion pada tahun 2021 iaitu tahun berikutnya. Peruntukan yang tersangat kecil ini tidak sepadan dengan apa yang Sabah sumbangkan dan menidakkan pembangunan terutamanya dalam bentuk infrastruktur. Keadaan ini memperlihatkan dua bahagian negara Malaysia, yang maju dan yang mundur. Sehingga terma di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak kadang-kadang ada ketersasulan. Kalau terma ini diselami, ia amat menyakitkan hati orang-orang Borneo seolah-olah kami bukan sebahagian dari keluarga yang didendangkan. Adakah sebab itu Sabah, Sarawak akan diabaikan? Sabah, Sarawak harus dilayan dengan adil dengan mengembalikan kepada keadaan asal seperti apa yang termaktub dalam MA63 tanpa dolak-dalik lagi. Enough is enough. Tuan Yang di-Pertua, sewaktu Kerajaan Warisan memerintah Sabah, kita bercadang untuk membangunkan pelabuhan di Kudat dan menyediakan sistem perhubungan lebih baik termasuk untuk memudahkan perdagangan antara wilayah ini dan negara di rantau Asia. Kudat terletak pada latitud 6.8873 dan longitud 116.8236 berada di kawasan yang sangat strategik. Dengan perpindahan ibu kota Indonesia ke Penajam, keberadaannya harus dimanfaatkan. Ia dijangka membuka laluan dagang baharu dan akan memanfaatkan kepada Borneo itu sendiri.
Tuan Yang di-Pertua, dahulu laluan ini tidak begitu dilihat tetapi bila ekonomi China ‘mendunia’, laluan ini bakal menjadi sibuk. Pelabuhan ini berpotensi untuk dibangunkan bukan sahaja untuk industri perkapalan, komoditi dan pelancongan. Malah, kedudukan daerah itu hampir dengan China, Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Filipina, Hong Kong, Australia dan juga New Zealand, membolehkan Sabah memanfaatkan produk- produk yang berpotensi untuk dipasarkan di luar negara. Kudat ada potensi untuk menjadi seperti Singapura. Kenapa kita tidak invest perkara ini lebih awal sebagai persediaan kita menjelang ibu negara Indonesia akan berpindah ke Pulau Borneo kelak?
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] This is our opportunity to create more jobs and businesses in the surrounding areas, dengan izin, termasuklah Kota Marudu, Kota Belud, Tuaran iaitu daerah-daerah yang terletak di antara Kudat dan Kota Kinabalu. Saya bercakap mengenai trade route. Tuan Yang di-Pertua, patut kita iri hati dengan Joko Widodo (Jokowi), bila mana beliau membangunkan Indonesia dalam tempoh tujuh tahun tanpa fokus kepada Jawa lagi. Bukan kepada Jakarta lagi. [Tepuk] Begitu juga halnya dengan Malaysia. It’s not always about Lembah Klang anymore tetapi keseluruhan Malaysia itu sendiri. Sabah, Sarawak. Kita sepatutnya bangunkan infrastruktur dahulu di tempat yang strategik, di tempat yang betul. Kemudian, ekonomi akan datang dengan sendirinya. Adakah kerajaan sedar bahawa nilai ringgit di Sabah tidak sama dengan di Semenanjung Malaysia? Ringgit di Semenanjung Malaysia dan Sarawak lebih tinggi nilainya daripada ringgit di Sabah. Manakan tidak, harga makanan, harga perumahan, harga kereta dan kebanyakan barangan keperluan lebih mahal tetapi gaji minimum dan semua gaji adalah kurang berbanding dua wilayah ini di Malaysia. Lebih ringkas, terdapat sangat sedikit pekerjaan bergaji tinggi di Sabah kerana tiada Public Listed Company (PLC) dan Government-linked Company (GLC) Kerajaan Persekutuan utama yang mempunyai ibu pejabat di Sabah. It is time to bring them to Sabah. Dengan kewujudan GLC dan PLC utama di Sabah, kita akan dapat limpahan ekonomi yang besar, bukan sahaja peluang pekerjaan akan lebih banyak, malah secara tidak langsung akan dapat meningkatkan kesalinghubungan yang selama ini telah lama dipinggirkan oleh Kerajaan Persekutuan. Tuan Yang di-Pertua, pertumbuhan ekonomi tidak boleh dijana hanya menerusi pendekatan jangka pendek seperti pakej rangsangan. Ia turut memerlukan masalah jangka panjang, struktur asas ekonomi ditangani dengan berkesan termasuk pembangunan sumber manusia, pendidikan, pembangunan prasarana, teknologi dan juga produktiviti. Tuan Yang di-Pertua, sebanyak RM746 juta akan digunakan untuk menaik taraf sekolah-sekolah daif di Sabah, sebanyak 112 projek dan Sarawak 165 projek telah diumumkan oleh Yang Berhormat Senator Menteri Kewangan dalam ucapan Belanjawan 2022 pada Jumaat lepas. Cuma, beberapa soalan saya masih belum terjawab sehingga ke hari ini. Saya pernah mohon sekolah-sekolah ini dimasukkan ke dalam cadangan RMKe-12, tetapi tidak dijawab langsung walaupun jawapan bertulis. SK Tamu Darat, SK Melangkap, SK Mengkulat, SK Pandasan, SK Peladok yang rata-rata sekolah ini melibatkan pembinaan bangunan gantian bilik darjah, blok pentadbiran, makmal sains, kantin dan lain-lain kemudahan. Saya ingin maklumkan di Dewan yang mulia ini, sekolah-sekolah yang saya sebutkan ini Tuan Yang di-Pertua, masih lagi sekolah kayu selepas 58 tahun pembentukan Malaysia dan saya ingin tahu, adakah sekolah-sekolah ini dimasukkan dalam Belanjawan 2022. Saya juga ada bertanyakan soalan mengenai status pembinaan Politeknik Kota Belud yang pernah diumumkan sewaktu ketika dahulu juga dalam bahas RMKe-12, tetapi langsung tidak dijawab. Tuan Yang di-Pertua, RM50 juta juga disediakan melalui Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri seperti di Sarawak, Johor dan Pulau Pinang bagi meningkatkan tahap kemahiran TVET untuk 5,000 orang pekerja dalam bidang seperti kimpalan minyak dan gas, automasi perindustrian dan mekatronik. Kalau kita amati, kebanyakan industri ini berkaitan dengan wilayah Sabah tetapi kenapa Sabah tidak dimasukkan dalam peruntukan ini? Kerajaan Persekutuan mempunyai tanggungjawab keseluruhan untuk menggalakkan pelaburan domestik dan asing. Sabah kurang mendapat perhatian walaupun kami mempunyai kelebihan di dalam industri seperti minyak, gas dan kelapa sawit.
Sabah tidak lama lagi akan menjadi pengeluar minyak terbesar dan mempunyai simpanan gas yang terbesar. Mengapakah Sabah tidak mempunyai bahagian pelaburan yang saksama dalam kedua-dua bidang ini? Saya tidak pernah membaca atau mendengar kementerian ataupun mana-mana agensi Persekutuan berkaitan mempromosikan pelaburan untuk Sabah. Mengapa negeri di Semenanjung Malaysia tanpa minyak, tanpa gas, mempunyai banyak industri petrokimia seperti Melaka dan Johor? Kota Belud lagi dengan [Tidak jelas] . Kota Belud lagi mempunyai minyak. Terengganu dan Sarawak lebih digemari dengan banyak pelaburan petrokimia tetapi bukan di Sabah. Mengapa tidak mempromosikan Sabah Oil and Gas Terminal (SOGT), mengapakah tidak mempersiapkan Sabah dalam menghadapi ledakan limpahan ekonomi daripada negara jiran dan juga eksplorasi di Laut China Selatan? Alasan yang selalu diberikan, mengapa peruntukan Persekutuan untuk infrastruktur di Sabah adalah kecil, kerana jumlah penduduk kami yang sedikit. Ini tidak sepatutnya berlaku. Ia sepatutnya berdasarkan sumbangan hasil Sabah terhadap ekonomi negara. Sabah sepatutnya mempunyai sekurang-kurangnya satu lebuh raya bersamaan dengan Lebuhraya Utara-Selatan untuk menghubungkan semua daerah utama. Begitu juga Kerajaan Persekutuan hanya memberikan sedikit atau mungkin tiada perhatian untuk menggalakkan pelaburan dalam pembangunan pelancongan Sabah walaupun Sabah telah membina industri pelancongan yang sangat mengagumkan. Tuan Yang di-Pertua, sebab itu saya tekankan beberapa kali dalam perbahasan saya, kita perlu invest perbelanjaan kita di tempat yang betul, di tempat yang strategik. Ini tidak, kita majukan pula Kem Paradise di mana kami di Kota Belud tidak punya ancaman pun. Tahukah Tuan Yang di-Pertua, sekiranya kawasan Kem Paradise ini dikurangkan saiznya, sebahagian kawasan latihan adalah merupakan pusat tadahan air yang menjadi sumber kepada kebanyakan penduduk Mukim Rosok Bangkahak dan mukim-mukim lain yang berdekatan. Tuan Yang di-Pertua, Sabah mempunyai bajet tahunan yang tersendiri malah kita terus-menerus mengikuti dan mematuhi Rancangan Malaysia yang pertama sehinggalah ke RMKe-12 baru ini selama lebih 50 tahun. Namun, dengan mengikuti modul yang dirangka ini, di manakah kedudukan sosioekonomi Sabah sekarang? Sabah sepatutnya memiliki satu modul ekonomi sendiri yang lebih sistematik, yang lebih teratur yang mencerminkan potensi dan peluang dan sosioekonomi Sabah itu sendiri. Justeru, Kerajaan Persekutuan perlu mengubah pendekatan lama dengan memberikan Sabah autonomi bagi mengurus sendiri dana ekonomi dan pembangunan agar jalan raya kami, bekalan air dan elektrik kami, sekolah kami dan infrastruktur asas kami dapat dibangunkan setara dengan wilayah lain di Malaysia. [Tepuk]
30 saat lagi.
Bagi orang Sabah peluang untuk merancang dan melaksanakan pembangunan di wilayah kami sebab kami lebih tahu apa keutamaan dan apa yang kami mahu. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, Sabah sekian lama dijadikan political...
Minta rumuskan.
Saya tutup, Tuan Yang di-Pertua.
Baik, terima kasih.
Dijadikan political toy oleh pemain-pemain dan pemegang kuasa yang lebih berminat berpolitik daripada melaksanakan tanggungjawab memimpin dan membangunkan seperti mana yang diimpikan oleh Bapa Kemerdekaan Sabah, Tun Mustapha. Excessive politicking ini melambatkan kemajuan yang sepatutnya Sabah boleh capai dengan kekayaan yang ada. In fact, there are willing Sabahan party to this sinister agenda hanya untuk menikmati keselesaan sementara.
Dalam keadaan begitu pun, masih ada pakcik-pakcik politik yang mengikut atas pelbagai alasan. Apa pun alasan pakcik-pakcik, sekarang ini hanya jadi bahan cemuhan dan juga ejekan. Janganlah perturunkan ajaran yang tidak betul kepada kami. Sekarang anak-anak muda sudah ramai yang berpengetahuan dalam pelbagai bidang dan boleh mengendalikan apa juga kekayaan dan aset negara. Sudah sampai masanya generasi saya, diberi ruang dan peluang untuk mendepani dan menjadi peneraju Malaysia. [Tepuk]
Bak kata Obama, “change will not come if we wait for some other person or some other time. We are the ones we’ve been waiting for. We are the change that we seek.” Saya seru anak-anak muda di luar sana, sahut cabaran ini untuk sama-sama menerajui Malaysia. Ayuh kawan-kawan, kita boleh! Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Pasir Mas, 13 minit. Kemudian diikuti dengan Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Tebrau, kemudian Yang Berhormat Pulai, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu dan Yang Berhormat Kuala Selangor. Silakan Yang Berhormat Pasir Mas.
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk turut membahaskan Rang Undang- undang Perbekalan Bajet 2022. Pada saya, bajet ini merupakan satu bajet yang baik tetapi strategi untuk mengekang ketirisan juga perlu untuk kita laksanakan. Di peringkat antarabangsa, seperti dinyatakan dalam Corruption Perceptions Index 2020, Malaysia terletak pada tangga ke-57 dalam usaha memerangi rasuah dalam negara ini, dengan skor 51 per 100 diberikan. Kalaupun negara kita bukanlah yang terbaik dari sudut perkembangan teknologi, sekurang-kurangnya kita perlu pastikan negara kita dapat hapuskan rasuah dengan total. Di sini pasti dapat membantu kepercayaan pelabur asing terhadap negara ini yang akhirnya membawa kepada lebih banyak produktiviti yang berkembang pada masa hadapan. Saya percaya kerajaan boleh mempertimbangkan untuk masukkan satu item khusus di bawah Bajet 2022 ini untuk menghapuskan ketirisan. Sebagai contoh, memberikan insentif kepada mana-mana penjawat awam yang boleh memberikan dan membuat pendedahan terhadap isu-isu rasuah dan penyelewengan yang berlaku di dalam pejabat dan pentadbiran mereka. Kedua Tuan Yang di-Pertua, ialah isu banjir, isu bencana alam, masalah banjir khususnya, saya ucapkan takziah kepada kawan-kawan kita di Kedah, di beberapa Parlimen di negeri Kedah. Ia sudah menjadi satu acara tahunan. Kurang lebih sebulan daripada sekarang, rakyat saya di Pasir Mas pula akan bermain banjir. Itu biasanya yang berlaku, yang meletihkan rakyat, melumpuhkan aktiviti ekonomi, mengganggu emosi rakyat, bahkan turut meragut nyawa. Teguran yang ingin saya sampaikan ialah saya yakin kerajaan selamanya prihatin dan memandang serius perkara ini. Namun, menurut penelitian saya frasa banjir hanya disebut sebanyak empat kali dan inisiatif yang disebutkan bagi tahun 2022 itu hanyalah peruntukan sebanyak RM100 juta sahaja melalui pemberian kit makan. Adakah itu inisiatif yang mencukupi? Saya kira tidak. Kita boleh melihat sepanjang tahun 2021, Malaysia sudah pun melaporkan banyak bencana alam dan perubahan iklim yang lebih ekstrem ekoran kepanasan global. Bahkan, dalam masa terdekat ini fenomena air pasang besar dijangka melanda Kedah, Perak, Selangor dan Johor selama empat hari. Fenomena ini berisiko untuk menyebabkan banjir kilat, limpahan air laut, banjir pantai secara serentak dan pastinya bukan sahaja rakyat di pesisir pantai yang terjejas, rakyat di bandar juga akan meraih kesannya.
Saya kira perlu ada peruntukan yang jelas dari sudut mitigasi, berbanding daripada inisiatif aftereffect seperti sekadar memberi kit makanan. Kerugian daripada banjir ini akan menjejaskan bukan sahaja makan dan minum tetapi peniaga-peniaga kecil yang bergantung kepada gerai-gerai kecil juga akan terjejas. Rakyat perlu dididik secara langsung untuk menghadapi fenomena banjir. Akan tetapi apa yang paling penting bagi menyelamatkan nyawa mereka, kita boleh belajar daripada cara Jepun dan rakyat mereka dan adaptasi cara terbaik mengikut kesesuaian keadaan di Malaysia. Justeru, saya ingin bertanya berhubung dengan projek tebatan banjir, terutama di Pasir Mas yang kita lihat agak perlahan dari sudut prosesnya untuk disiapkan. Soalan saya kepada pihak kementerian dan kerajaan ialah setakat manakah pembinaan bahawa tebatan banjir ini? Bilakah ia dijangka dapat disiapkan sepenuhnya bagi mengatasi situasi banjir, terutama di Parlimen saya di Pasir Mas? Tuan Yang di-Pertua, yang ketiga ialah apakah bantuan untuk belia memulakan perniagaan? Saya syorkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, belia-belia berumur 40 tahun ke bawah misalnya, diberikan peruntukan khusus untuk memulakan perniagaan dan diberikan pakej bimbingan yang berpatutan. Jika sudah ada, saya mohon data berapakah jumlah belia yang sudah dibantu sepanjang tahun 2019 dan tahun 2020? Mereka ini, belia ini kalau diberikan peluang, saya yakin mereka boleh untuk mencatat sejarah dan mencatat kejayaan yang membanggakan. Berikutnya ialah status tuntutan royalti minyak Kerajaan Negeri Kelantan terhadap PETRONAS. Umumnya, saya mewakili rakyat negeri Kelantan di dalam Dewan ini, saya ingin bertanya setakat manakah status tuntutan royalti ini? Oleh kerana kita tahu bahawa di Kelantan ialah bumi yang dikeluarkan daripadanya minyak yang tidak boleh dinafikan. Tadi saya dengar wakil dari Kota Belud berucap, menyatakan bahawa Sabah dijadikan sebagai anak tiri. Ya, saya tidak mahu mengulas pun sekarang dengan anak tiri. Akan tetapi adakah Kelantan juga telah pun dianaktirikan dengan isu royalti yang masih belum lagi selesai? Saya yakin kerajaan mempunyai perancangannya yang tersendiri tetapi ia perlu untuk dimaklumkan dari semasa ke semasa. Saya mengucapkan terima kasih, terutamanya kepada Yang Berhormat Langkawi ketika menjadi Perdana Menteri, memberikan peruntukan khusus sebanyak RM400 juta ke Kelantan walaupun tidak atas nama royalti. Akan tetapi ia kemudiannya disebut-sebut sebagai bayaran terhadap pengeluaran minyak. Kemudiannya, pada tahun 2020 berlaku perubahan kerajaan. Yang Berhormat Pagoh pula menyebut ataupun disebut oleh kerajaan pada masa itu bahawa RM400 juta itu adalah untuk bayaran royalti minyak. Jadi, untuk tahun 2021 ini bagaimanakah status tuntutan royalti tersebut? Adakah sekadar cukup untuk pemberian wang ihsan semata-mata? Kita menuntut bahawa apa yang diperlu diberikan hak itu hendaklah diberikan kepada mereka yang berhak. Saya dimaklumkan ada progress yang tertentu tetapi saya minta supaya kerajaan dapat memberikan jawapan yang tuntas dan konkrit. Bagaimana tuntutan royalti ini, setakat mana perkembangannya dan apakah hasilnya setakat ini? Berikutnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya apakah punca kenaikan harga besi dan bahan binaan pada hari ini? Harga besi naik mencanak. Sekarang ini RM4,000 se tan sehingga kadang-kadang orang tidak baca se tan dah tuan-tuan. Tuan Yang di-Pertua, orang baca ‘setan’, maaf. Akan tetapi ini yang disebut, RM4,000 satu tan besi, saya kira satu angka yang cukup tidak munasabah yang menyebabkan naiknya bahan binaan ini, menaikkan kos rumah, bangunan dan sebagainya. Jadi, kerajaan perlu hendak jelaskan. Saya dengar jawapan daripada Timbalan Menteri baru-baru ini, kerajaan akan adakan libat urus, kerajaan bla, bla. Kerajaan sekian, sekian. Itu belum lagi cukup. Kita mahukan jawapan yang pasti, bilakah kerajaan menganggarkan bahawa isu ini dapat ditangani dengan sepenuhnya? Berikutnya, apa hala tuju doktor-doktor kontrak? Pengumuman kerajaan, panjangkan masa empat tahun itu bagus tetapi selepas itu, doktor-doktor ini mahu ke mana? Kita dengar ucapan daripada Yang Berhormat Pekan sebentar tadi bagaimana doktor-doktor kontrak ini, hasrat kerajaan untuk mewujudkan perjawatan doktor kontrak itu bagus pada peringkat awalnya. Akan tetapi apabila ia berterusan, kontrak demi kontrak disambung, selepas dua tahun dan diumumkan pula selepas empat tahun, ia tidak
menyelesaikan masalah. Doktor-doktor ini perlu merancang bukan untuk empat tahun ke depan tetapi 20 tahun, 30 tahun. Kalau kita lambat untuk membuat keputusan dalam hal ini, kita bimbang pada akhirnya ia akan menyebabkan kita kehilangan tenaga-tenaga profesional yang cukup berpotensi untuk masa depan negara. Berikutnya, berapa penutupan KPLB untuk Parlimen saya, Tuan Yang di-Pertua? Saya telah tanya sebanyak dua kali di dalam Dewan yang mulia ini tetapi saya masih belum terima jawapan peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) untuk tahun 2020 dan untuk tahun 2021. Berapakah jumlahnya yang diperuntukkan untuk Parlimen saya? Ini kerana saya sebagai Ahli Parlimen, saya tidak tahu berapakah peruntukan yang diberikan kepada Parlimen saya dan juga pelaksanaan projek di bawah KPLB. Ini menjadi satu perkara yang agak pelik bagi seorang Ali Parlimen yang mewakili kerajaan. Kelapan, isu internet. Pada 24 September 2021, saya mengungkit ataupun saya ungkap kembali jawapan Menteri Komunikasi dan Multimedia memberikan jaminan bahawa menara-menara yang hendak dibina di bawah Program JENDELA pada tarikh itu akan dianugerahkan tender dalam masa empat minggu pada tarikh ucapan beliau di Dewan ini iaitu 24 September 2021. Soalan saya, sehingga ke hari ini ia telah berlalu enam minggu. Jadi, apakah status penganugerahan kontrak ini? Adakah ia benar-benar sudah dianugerahkan atau masih lagi tertangguh penganugerahan tender-tender tersebut. Bagaimanakah status pembinaannya? Sudah tentu kita tahu bahawa soal internet ini bukan soal pembinaan menara semata-mata tetapi soal kemampuan yang dijana oleh menara-menara tersebut. Ada menara-menara dibina tetapi ia hanya menjadi hiasan sahaja tetapi ia tidak mampu untuk hendak berfungsi dengan sebaiknya. Kesembilan, kelonggaran kepada penjawat awam yang mempunyai anak OKU juga wajar dipertimbangkan. Kadang-kadang penjawat awam ini hendak bawa anak ke terapi dan sebagainya, hendak bawa anak untuk rawatan dan sebagainya, berdepan dengan isu kekangan tugas. Apa kelonggaran yang telah diberikan oleh kerajaan?
Berikutnya, apakah status Skim Khairat Kematian? Sebelum ini dibayar RM1,000. Berapakah jumlah penerima iaitu Skim Khairat Kematian untuk BSH yang sebelum ini dibayar RM1,000 yang telah berjalan dengan baik? Tahun 2019 berjalan dengan baik tetapi saya dimaklumkan bahawa sehingga tahun 2021 ini, ia tertunggak. Ada berlaku kematian sejak awal tahun, Januari sampai sekarang, keluarga mereka masih belum menerima wang RM1,000 ini. Tanah di kubur sudah hilang merahnya, rumput di kubur sudah tumbuh dengan segar tetapi duit RM1,000 ini masih belum diperolehi. Apakah statusnya? Adakah kerajaan sudah sebenarnya menarik balik khairat kematian ini? Ia perlu untuk diperjelaskan. Status cabutan judi yang naik daripada 22 kali cabutan kepada lapan kali cabutan. Tiga kali saya bangun di dalam Dewan ini pada sesi yang lepas, kemudian sesi ini, disambung lagi pula dengan ucapan tadi oleh Yang Berhormat Port Dickson. Saya rasa kerajaan perlu membuat suatu penjelasan yang tuntas, tarik baliklah kenaikan 22 kali cabutan ini. Saya kira tidak ada apa-apa masalah pun. Kerana ia boleh memberi kelegaan kepada ramai pihak. Turunkan balik supaya kita tidak bergantung pada industri judi ini untuk menjana pendapatan negara yang pada akhirnya akan menyebabkan kita akan tersekat daripada mendapat keberkatan.
Yang Berhormat, minta laluan Yang Berhormat. Sikit sahaja. Boleh?
Boleh. Sikit sahaja, Yang Berhormat Jelutong. Lima saat.
Dalam perkara ini, perlukah Yang Berhormat juga memuji Yang Berhormat Bagan ketika beliau menjadi Menteri Kewangan, cabutan ini telah pun dikurangkan? Untuk rekod. Ini adalah perkara yang wajib dan wajar direkodkan dalam Dewan yang mulia ini, Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Tidak ada ulasan ya. No comment. Yang berikutnya, isu i-Citra dan i-Sinar. Apa lagi halangan untuk kerajaan naikkan kepada RM10,000 sepertimana yang telah dituntut oleh rakyat ataupun anak-anak muda pada hari ini? Kita tahu bahawa ramai pencarum KWSP ini tidak mempunyai simpanan sampai kepada RM10,000. Kalau RM10,000 ini diambil, akaun mereka akan kosong. Akan tetapi, kita kata bahawa mereka perlu simpan di hari tua. Soalnya, hari mereka berada sekarang ini pun, pada hari muda ini pun, mereka telah pun merana dan mereka telah pun menderita dengan simpanan atau pendapatan yang tidak mencukupi. Penjawat awam pula perlu dipertingkatkan kebajikan mereka. Apakah kerajaan berhasrat untuk naikkan skim perkhidmatan bomba yang sangat terbeban? Pengarah di peringkat negeri, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, grednya hanya Gred 52. Di Kelantan terpaksa menjaga daripada hutan Jeli sampai kepada sempadan Pasir Mas- Thailand. Itu hanya dijaga oleh seorang pengarah bomba di peringkat negeri dengan Gred 52. Ia tidak berpadanan. Adakah kerajaan berhasrat untuk menaikkan perjawatan ini bagi memberikan pengiktirafan kepada mereka yang berada dalam perkhidmatan bomba? Apa sumbangan untuk pesawah dalam industri padi dan beras? Tidak ada apa- apa perubahan. Subsidi lama yang wajib diberikan kepada pesawah diulang-ulang sebut sudah beberapa kali dalam pembentangan bajet. Walaupun kos pesawah padi telah naik berkali ganda, jumlah subsidi masih sama. Ini tidak adil kerana harga beras dan padi, harga padi tidak dinaikkan. Harga beras dikawal pada RM2.60 sekilo sudah berpuluh tahun. Harga minimum terjamin padi yang sudah menjadi harga tetap masih RM1.20 sekilo, sedangkan potongan pemutuan semakin tinggi. Ini bermakna beras murah yang dinikmati rakyat Malaysia sebenarnya ditanggung oleh pesawah 100 peratus. Ini tidak berlaku kepada sayuran, ikan, makanan lain yang harganya naik bila kos meningkat. Kerajaan juga mesti berhenti membuat satu lagi kesilapan, pada saya, RM15 bilion yang mahal dengan memonopoli 5G dalam bentuk Digital Nasional Berhad. Pada saya...
Yang Berhormat, minta rumuskan, Yang Berhormat.
Baik. Tuan Yang di-Pertua, pada saya, dalam isu GLC yang diwujudkan oleh kerajaan iaitu Digital Nasional Berhad ini untuk membina rangkaian 5G nasional ini akan membebankan negara dan pembayar cukai serta melumpuhkan industri telekomunikasi Malaysia daripada berinovasi. So, DNB ini dimiliki oleh Kementerian Kewangan sepenuhnya ini yang memegang spektrum 5G dan mengurus rangkaian 5G ini perlu untuk dinilai semula agar akhirnya kita boleh mewujudkan satu persaingan yang baik ke arah meningkatkan perkhidmatan internet. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pasir Mas mohon menyokong Bajet 2022.
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Bagan daripada ketua parti, 20 saya tambah 10, jadi 30 minit, Yang Berhormat Bagan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon untuk mengambil bahagian dalam Belanjawan 2022 yang telah pun dibentangkan selepas mengambil kira beberapa cadangan daripada dokumen Strategi Belanjawan 2022 Pakatan Harapan yang telah pun dibentangkan dalam beberapa sesi rundingan dengan pihak Menteri Kewangan. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana mengadakan sebanyak tiga sesi dengan pimpinan utama Pakatan Harapan. Sungguhpun ada beberapa perkara yang telah pun dirangkumi, malah kita ada lihat beberapa kelemahan atau kekurangan yang saya ingin bangkitkan di sini. Satu ialah kalau kita lihat belanjawan ini, ia merupakan satu belanjawan expansionary sebanyak
RM332.1 bilion iaitu yang paling besar dalam sejarah Malaysia, di mana untuk perbelanjaan pembangunan adalah sebanyak RM75.6 bilion, perbelanjaan pengurusan adalah RM233.5 bilion, Dana COVID-19 sebanyak RM23 bilion dan juga kontingensi sebanyak RM2 bilion. Di sini, saya harap bahawa keprihatinan harus diberikan kepada sektor-sektor yang perlukannya dan juga perlu memenuhi prinsip keadilan dan juga kesaksamaan di kalangan rakyat, tak kira bangsa, agama, ataupun latar belakang serta kawasan mereka. Contohnya saya hendak bagi Sabah, Sarawak. Di bawah pentadbiran Pakatan Harapan, Sabah mendapat RM5.2 bilion, Sarawak mendapat RM4.4 bilion. Di bawah Belanjawan 2022, Sabah mendapat RM5.2 bilion sama seperti belanjawan terakhir Pakatan Harapan sebanyak RM5.2 bilion pada tahun 2020. Sarawak naik sikit iaitu RM4.6 bilion. Tapi kita harus faham bahawa belanjawan pada tahun 2020 hanya sekadar RM297 bilion, tak ambil kira kontingensi. Bukan seperti sekarang, RM332.1 bilion iaitu apabila kita lihat belanjawan yang lebih besar, daripada segi peratusan, bukan tambah, sebaliknya telah berkurangan. Saya hendak berikan angka secara terperinci. Perbelanjaan pembangunan, kalau kita banding untuk tahun 2020 adalah sebanyak RM56 bilion. Akan tetapi untuk tahun 2022 telah dinaikkan kepada RM75.6 bilion. Dengan kata lain― dan saya ingin membuat satu qualification iaitu bahawa bila saya sebut tentang perbelanjaan ini, saya hanya sebut secara am kerana kita perlu khususkan mengikut negeri, bukanlah secara am kerana kalau kita buat secara negeri, tentu jumlahnya lebih kecil. Ini termasuk perbelanjaan pembangunan untuk polis, hospital yang dikongsi bersama yang kita tidak dapat asingkan. Akan tetapi kalau kita lihat― saya percaya Yang Berhormat Menteri dari Sabah dan Sarawak mungkin berminat. Kalau kita lihat peratusan mengikut perbelanjaan pembangunan untuk tahun 2022 berdasarkan keseluruhannya, untuk Sabah untuk tahun 2022, sebanyak RM5.2 bilion, hanyalah 6.9 peratus. Berbanding dengan 9.3 peratus di bawah belanjawan Pakatan Harapan. Dalam Belanjawan 2022, Sarawak sebanyak RM4.6 bilion hanyalah 6.1 peratus berbanding dengan 7.9 peratus dalam Belanjawan 2020. Ini menunjukkan bahawa memang telah berkurangan kalau dibandingkan― itu Yang Berhormat Menteri pun setuju. Memang itu fakta. There is no deny, it’s a fact. Yang Berhormat Menteri sini dari Sarawak, tahu memang berkurangan. Menunjukkan bahawa Pakatan Harapan memberikan layanan yang lebih baik kepada Sabah dan Sarawak berbanding dengan sekarang. Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh sokong kerana ini kita boleh buat secara bipartisan. Sila.
Terima kasih. Yang Berhormat, ini luar biasa sikit sebab saya dari Sarawak. Akan tetapi, Yang Berhormat sedar tak, banyak juga pada masa Kerajaan PH, projek-projek infrastruktur telah dibatalkan ataupun dilewatkan pelaksanaannya? Terima kasih.
Sila, Yang Berhormat Bagan.
Itu jarang saya dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, tidak apa tetapi kawan kita bagi. Ya, saya tidak apa. Ini saya alu- alukan kerana memberikan peluang saya menjelaskan. Tidak pernah sama sekali bahawa kita membatalkan projek-projek di Sarawak, tidak. Kecuali yang ada masalah penyelewengan kewangan, itu sahaja. Akan tetapi yang lain kita terus. Pan Borneo kita teruskan, tidak ada sebarang halangan. Kita membuat satu dasar yang penting iaitu sebarang penjimatan daripada projek- projek ini, kita akan pulangkan kepada negeri tersebut. Contohnya Tawau ada sembilan projek, bila ada penyelewengan dan kita dapat menjimatkan RM100 juta. Sejumlah RM100 juta akan dipulangkan kepada Sabah untuk projek infrastruktur lain atau Trans-
Sabah Gas Pipeline. Itu yang sampai RM9.4 bilion. Ini saya ambil sebagai contoh dekat Sabah. Kalau projek ini kita batalkan, kita dapat wang balik RM9.4 bilion, ini akan disalurkan balik kepada negeri Sabah untuk membina jalan, membuat projek air dan sebagainya termasuk lapangan terbang dan juga pelabuhan. Saya rasa Yang Berhormat semasa itu pun bersama dengan pihak kami. Pun tahu kita ada dasar sedemikian. Yang Berhormat Menteri hendak lagi? Tidak apa, sila.
Terima kasih. Baik hati, terima kasih. Ini berdebat. Yang Berhormat, saya menerima baiklah penjelasan. Satu, saya hendak tanya sebab saya sering kali mendengar pemimpin-pemimpin di Sarawak mengatakan bahawa kita telah membayar RM1 bilion yang dikatakan hutang Sarawak kepada Federal, kepada Persekutuan semasa PH. Kita bayar tetapi janji untuk pembayaran itu diguna balik ke Sarawak untuk menaik taraf dalam membuat repair ke sekolah-sekolah tetapi itu tidak jadi, tidak dilaksanakan. Betul tidak Yang Berhormat? Sila perjelaskan, terima kasih.
Memang tidak betul. Kita telah luluskan. Sebenarnya, hutang dari Sarawak, apabila dibayar balik kepada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Persekutuan tidak ada tanggungjawab, tidak ada keperluan untuk bagi balik kepada negeri Sarawak. Wang ini seharusnya boleh diberikan kepada negeri-negeri lain. Akan tetapi untuk Sarawak, kita berikan satu syarat istimewa. Ini kerana kalau anda bayar kepada bank, takkan bank ada prasyarat atau ada keperluan untuk bagi balik kepada anda. Tidak. Dia boleh pinjamkan kepada orang lain. Ini sama juga dengan kerajaan. Akan tetapi masa itu Kerajaan Persekutuan buat satu syarat istimewa untuk Sarawak, kita akan pulangkan wang ini untuk pembangunan sekolah-sekolah daif di Sarawak. Ini telah pun dilakukan. Kalau tidak berlaku selepas itu, saya rasa itu masalah kerajaan baharu. Ini kerana di bawah Kerajaan PH tidak jadi masalah. Saya hendak teruskan. So, di sini kita harap kalau kita lihat daripada segi jumlah peruntukan yang diberikan, nampaknya sudah naik. Akan tetapi daripada segi peratusan, jauh daripada hakikatnya. Jangan kita “indah khabar daripada rupa”. Itu saya rasa sesuatu yang harus diberikan perhatian. So, seperti yang saya sebut tadi memang kalau kita lihat daripada segi perbelanjaan pembangunan, sememangnya pihak Kerajaan PH telah berikan secara peratusan lebih daripada apa yang diberikan sekarang. Ini sama juga dengan sekolah- sekolah. Kalau kita lihat dalam aspek sekolah-sekolah, di bawah Pakatan Harapan ini saya hendak berikan seimbas lalu di mana untuk sekolah bagi menaik taraf dan juga penyelenggaraan, sekolah kebangsaan RM300 juta, sekolah Cina RM50 juta, sekolah Tamil RM50 juta, asrama RM50 juta. Kolej MARA RM50 juta, sekolah agama rakyat bantuan kerajaan RM50 juta, sekolah mubaligh RM50 juta, sekolah tahfiz— ini yang disebut oleh Yang Berhormat Pasir Mas sebelum ini RM50 juta. Sekolah agama rakyat swasta RM25 juta, sekolah pondok RM25 juta, sekolah menengah jenis kebangsaan RM20 juta, sekolah persendirian Cina RM15 juta dan juga tentulah di antaranya juga ada bantuan pembinaan sekolah Cina RM20 juta dan juga utiliti RM12 juta. Ini ialah dalam Belanjawan 2020. Apa yang kita lihat di sini jumlah untuk sekolah Cina, sekolah Tamil ini tidak diberikan sedangkan yang lain-lain diberikan. Saya harap perkara ini boleh diberikan perhatian. Saya agak hairan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan begitu bangga bahawa sekolah Cina, sekolah rendah Cina mendapat tambahan kepada RM80 lebih juta. Sebenarnya kalau kita lihat secara keseluruhannya, peruntukan telah dikurangkan sebanyak RM102 juta. Bukan tambahan daripada tujuh lebih kepada 80 lebih juta, tidak. Sebenarnya daripada segi keseluruhannya telah dikurangkan sebanyak RM102 juta iaitu untuk sekolah mubaligh RM50 juta, untuk sekolah menengah jenis kebangsaan RM20 juta, sekolah baharu RM20 juta dan kos utiliti RM12 juta. So, di sini kita harap jagalah semua sekolah. Kalau boleh jaga seperti yang dibuat oleh Pakatan Harapan dia jaga sekolah agama, mengapa tidak jaga sekolah vernakular sepertimana yang dilaksanakan? Sama juga tidak ada apa-apa tentang TAR UC kononnya mereka cakap,
“Oh! Itulah usaha mereka.” Di bawah Pakatan Harapan, kita telah berikan RM45.15 juta tetapi tidak nampak langsung di sini. Di samping itu, kita juga harap bahawa pihak kerajaan bolehlah memberikan perhatian yang sama secara munasabah kepada rakyat yang bukan Melayu ataupun bukan bumiputera. Ada banyak pandangan dalam internet bahawa kalau kita lihat peruntukan di bawah bajet sebanyak RM332.1 bilion. Sekiranya RM11.4 bilion boleh diberikan untuk golongan bumiputera dan juga keperluan Islam, mengapakah hanya tidak sampai RM300 juta untuk golongan bukan Melayu? Kita tidak menghalang atau kita tidak menentang pemberian yang diberikan untuk golongan bumiputera dan juga keperluan Islam tetapi naikkan bukan sekadar hanya RM300 juta iaitu berapa tidak sampai pun 0.1 peratus. Saya rasa harus diberikan tambahan yang lebih daripada jumlah 0.1 peratus ini, lebih-lebih lagi bila penduduk bukan Islam adalah 30 peratus dalam negara Malaysia. Itu yang kita minta sahaja. Lebih adil, lebih munasabah supaya kita dapat mencerminkan konsep Keluarga Malaysia iaitu untuk semua. Jangan abaikan mereka yang juga rakyat Malaysia. Saya lihat di sini ada banyak inisiatif atau insentif di bawah Semarak Niaga sebanyak RM40 bilion. Bantuan kebajikan kepada mereka yang memerlukannya berpuluh bilion ringgit. Ini adalah hasil daripada cadangan suntikan dana RM45 bilion untuk COVID- 19 sama ada untuk menyelamatkan nyawa ataupun mata pencarian rakyat. Item-item ini amat penting bagi membolehkan rakyat Malaysia pulih dan membina semula kehidupan kita dan pada kita beralih ke fasa endemik COVID-19. Pendekatan-pendekatan tersebut termasuk tetapi tidak terhad kepada bantuan tunai, bagi perniagaan dan isi rumah, program sokongan pekerjaan dan komitmen untuk memastikan kita terus menambah baik sistem kesihatan awam. Kami daripada pembangkang mengulangi komitmen untuk bekerjasama dengan baik tetapi kita akan tegur seperti yang kita lihat tidak munasabah dan tidak patut dan tidak adil seperti yang berlaku dalam Belanjawan 2020. Ada cadangan tambahan cukai, cukai makmur iaitu ialah sesuatu windfall tax untuk perniagaan yang mendapat keuntungan lebih daripada RM100 juta.
Biasanya kalau ada windfall tax dalam negara lain, ini akan disusuli dengan pengurangan cukai korporat. So, di sini saya tidak lihat, ada pengurangan dalam cukai korporat kerana memang kita tahu bahawa cukai korporat dalam Malaysia adalah di antara yang tertinggi di dunia. Kalau kita hendak menjadi lebih berdaya saing, perkara ini harus diberikan pertimbangan supaya kita tidak menjadi sebuah negara yang tidak dapat menarik pelaburan luar negeri kerana perkara cukai ini, di mana kita lihat trend sekarang adalah untuk mengurangkan cukai korporat. So, apabila kita buat windfall tax, biasanya sebagai satu tawar menawar adalah untuk mengurangkan cukai korporat. Akan tetapi di sini saya tidak lihat ia berlaku. Adakah pihak kerajaan bercadang untuk berbuat demikian? Ada apa-apa usaha kalau bukan untuk tahun depan, untuk tahun berikutnya? Termasuk juga untuk PKS. Adakah untuk PKS, kita akan kurangkan lagi cukai seperti mana yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Harapan? Untuk RPGT, ia telah pun dimansuhkan untuk tahun selepas tahun keenam. Di sini saya hendak mendapat jaminan daripada pihak kerajaan kerana kita tidak mahu pembatalan ini diikuti pada masa depan dengan capital gains tax. Ini kerana ini bukan masanya. Capital gains tax adalah sesuatu yang boleh mengurangkan daya saing. Saya rasa ia tidak harus dipertimbangkan dan harap ini boleh diberikan jaminan oleh pihak Yang Berhormat Menteri supaya ia tidak akan disusuli dengan capital gains tax. Apabila RPGT selepas tahun keenam diperkenalkan, ini adalah untuk menolak dan juga mengelakkan daripada mengenakan capital gains tax, dengan izin. Seperti yang kita semua sedia maklum, tahun ini lebih parah daripada yang kita jangkakan oleh sebab kegagalan dalam menguruskan pandemik menyebabkan jumlah kes COVID-19 mencanak naik. Ditambah pula dengan tindakan tidak cekap kita dalam
penetapan Perintah Kawalan Pergerakan. Oleh itu, tentu usaha untuk kita memberikan suntikan RM45 bilion di mana RM4 bilion adalah untuk menaikkan kemudahan dalam hospital kita. Saya harap bahawa kita berikan sekurang-kurangnya RM1 bilion untuk menaikkan wad ataupun rawatan emergency ataupun kecemasan dalam hospital kita, termasuk juga ICU dan sebagainya, membantu frontliners yang merupakan pihak utama dalam menangani pesakit-pesakit COVID-19. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan tentang CPO. CPO dicadang untuk dinaikkan levi kelapa sawit di Sabah dan Sarawak daripada 1.5 peratus kepada tiga peratus apabila harga telah naik melambung lebih RM3,500. Sungguhpun kerajaan mempertahankan langkah ini sebagai satu usaha untuk menyeragamkan kadar- kadar di antara seluruh negara, saya rasa ia tidak mengambil kira keadaan yang berbeza di antara Malaysia Timur dan Malaysia Barat. So, saya harap Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak ada di situ— ini harus diberikan perhatian. I think you are aware of this issue, isn’t it? So, I think you should handle that because ada rakyat dari Sabah dan Sarawak ada bangkitkan pada pihak saya. So, di sini saya pun tidak mahu cerita lebih panjang. Saya rasa Yang Berhormat Menteri boleh sampaikan kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan bahawa perkara ini harus dipertimbangkan lagi supaya tidak ada rasa diskriminasi di kalangan pengusaha-pengusaha kelapa sawit di Sabah dan Sarawak. So, mungkin Yang Berhormat Menteri boleh berikan maklum balas kepada pihak saya. Lagipun, kalau kita lihat daripada segi bantuan kebajikan, saya pun tidak mahu pergi panjang lebar tetapi saya harap bahawa bantuan ini dapat dipercepatkan khususnya usaha untuk kita mencetus atau menjanakan peluang-peluang pekerjaan. Kita telah buat beberapa cadangan dan ia telah pun di pakej sebagai satu usaha jana kerja sebanyak RM2 bilion. Kita harap bahawa insentif gaji dan insentif pengambilan dapat diberikan dengan cepat. Itu sekurang-kurangnya RM500 untuk pekerja-pekerja untuk tempoh dua tahun, RM500 sebulan. Untuk majikan, insentif pengambilan kerja untuk majikan yang mengambil pekerja tempatan sebanyak RM300 sebulan untuk tempoh dua tahun juga supaya dapat menggalakkan pengambilan pekerja tempatan dan kita kurangkan kebergantungan kepada pekerja-pekerja asing. Ini tentu akan menjana peluang pekerjaan sekurang- kurangnya 150,000 hingga 200,000 pekerjaan. Kita kena faham bahawa sungguhpun pihak kerajaan tidak bercadang untuk naikkan kadar minimum RM1,200 dan sebaliknya Yang Berhormat Timbalan Menteri Sumber Manusia menyatakan ingin melonggarkan kadar yang kita hasratkan sebanyak RM1,500 sebulan kepada RM1,200, saya harap perkara ini boleh dipertimbangkan. Ini kerana dengan keperluan hidup, itu bukanlah satu kadar yang selaras dengan gaji kehidupan atau living wage sepertimana yang disenaraikan oleh Bank Negara Malaysia. Saya tidak ada masa untuk menyatakan secara panjang lebar apakah pentingnya itu gaji kehidupan. Ini kerana ia bukan sekadar untuk makan dan pakai baju sahaja tetapi untuk hidup dengan penuh bermaruah dan perkara ini saya harap dapat diberikan perhatian. Pakej kewangan bernilai RM40 bilion untuk perniagaan di bawah SemarakNiaga yang terdiri daripada pinjaman langsung, jaminan kredit dan suntikan ekuiti seperti yang dicadangkan dalam permintaan dana COVID-19 berjumlah RM45 bilion yang dicadangkan oleh PH, tentu adalah satu usaha yang dicadangkan oleh pihak kami. Kita harap bahawa ini akan diberikan dengan cepat secara langsung dan jangan hanya kita terhad dalam bentuk jaminan kredit dan kemudahan mudah sahaja. Ini kerana ini tidak akan membantu perniagaan-perniagaan khususnya PKS yang menghadapi kesukaran. Bagi bantuan buat isi rumah, beberapa inisiatif diumumkan turut mengandungi cadangan dikemukakan dokumen strategi PH, khususnya memperluaskan jaringan keselamatan sosial kepada pekerja bekerja sendiri dan bukan formal. Peruntukan RM80 juta kepada suri rumah dan ibu tunggal melalui KWSP dan PERKESO selari dengan cadangan pihak kami. Peningkatan bantuan tunai seperti yang diusahakan PH melalui Bantuan Keluarga Malaysia akan beri manfaat kepada mereka yang perlukannya.
Amat positif melihat belanjawan ini cuba menggabungkan pendekatan belanjawan responsif gender dengan memberi tumpuan melindungi wanita dan kanak- kanak. Peruntukan spesifik kepada Bahagian D11 Polis Diraja Malaysia dan inisiatif lain untuk mengatasi keganasan terhadap wanita amat dialu-alukan. Namun usaha ini perlu dipertingkatkan seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Strategi Pakatan Harapan seperti melaksanakan pelan strategik nasional untuk mengakhiri perkahwinan kanak- kanak selama lima tahun dan menambah peruntukan untuk menubuhkan tribunal gangguan seksual seluruh negara. Ini penting dan selain itu kita harap ada political will. Ini kerana kita tidak mahu bahawa sungguhpun kerajaan berikan peruntukan tetapi sikap dan tanggapan ke atas wanita masih kurang elok, khususnya apabila aduan dibuat tentang beberapa gangguan seksual tetapi tidak diberikan perhatian yang serius oleh pihak kerajaan termasuk Menteri- menteri sendiri. Di sini saya berharap bahawa Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat boleh menegur sikap rakan-rakan mereka yang agak kurang sensitif yang telah menarik banyak kritikan oleh golongan wanita..
Saya harap bahawa Yang Berhormat Menteri yang ada di sini bolehlah berjumpa dengan Ahli-ahli Parlimen wanita. Kalau dalam perbincangan, Menteri-menteri lelaki boleh jumpa dengan pemimpin-pemimpin lelaki Pakatan Harapan. Mengapa Yang Berhormat Menteri wanita tidak boleh jumpa dengan Ahli Parlimen wanita daripada Pakatan Harapan? Saya rasa ini kurang diterima. Saya harap Yang Berhormat Menteri yang ada di sini boleh berikan jaminan sekarang, boleh? Jumpa dengan mereka. Boleh tidak? [Merujuk kepada Yang Berhormat Titiwangsa] Angguk kepala sahaja? Boleh? Boleh ya. Okey, angguk kepala sahaja. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri, saya rasa kita punya Ahli Parlimen akan aturkan dengan Yang Berhormat Menteri. Tengok macam Yang Berhormat Datuk Halimah, Yang Berhormat Menteri Perpaduan Negara, beliau sedia berjumpa. Sungguhpun kita ada pandangan lain. Dalam kes MITRA, ada banyak isu dengan kes MITRA. Sila, hendak tanya ya?
Saya juga hendak maklumkan Tuan Yang di-Pertua bahawa kita ada Majlis Kanak-kanak Kebangsaan yang diadakan tiga kali setahun. Di mana dalam mesyuarat baru-baru ini untuk Majlis Kanak-kanak Kebangsaan saya telah pun menjemput Yang Berhormat Segambut untuk duduk bersama dalam mesyuarat tersebut tetapi dimaklumkan dia tidak dapat hadir ketika itu. Namun begitu, kita sentiasa terbuka untuk bersama-sama untuk berbincang demi kepentingan rakyat secara keseluruhan. Terima kasih.
Terima kasih, Menteri.
Akan tetapi, saya harap buatlah secara serius di mana kita berikan interaksi. Jangan hanya secara kumpulan besar. Di mana kita hanya jadi penonton sahaja. Saya cadangkan ialah di mana kita boleh buat engagement atau libat urus kerana perkara ini penting. Kita pun ada pandangan yang bernas untuk membolehkan perlindungan yang lebih baik bukan sahaja untuk wanita tetapi juga untuk kanak-kanak. Saya harap Yang Berhormat boleh menjemput semua Ahli Parlimen wanita dan kita boleh sama-sama memperkasakan dan memperkuatkan hak-hak wanita dalam negara Malaysia. Buatlah ini sebagai satu inisiatif dan usaha bersama kerana itu bukan satu isu politik. Itu satu isu untuk melindungi hak wanita. Itu yang amat penting sekali. Terima kasih, saya harap satu mesyuarat boleh diaturkan dengan segera. Saya sebut tadi tentang MITRA. MITRA ini sesuatu perkara yang menimbulkan banyak perhatian dan juga kritikan khususnya daripada kaum India. Sungguhpun saya percaya bahawa Yang Berhormat Menteri telah berusaha secara ikhlas tetapi ia telah menarik kontroversi. Sebagai Menteri yang bertanggungjawab beliau harus bertindak
tegas dalam perkara ini. Kalau tidak saya rasa penyelewengan yang dikatakan berlaku di mana wang diberikan kepada pertubuhan yang ada kaitan dengan MIC. Itu sesuatu yang amat memalukan dan akan sedikit sebanyak mencemarkan nama baik Yang Berhormat Menteri. Please take action now, this is no laughing matter. Jangan main-main dalam perkara ini kerana ini adalah satu skandal yang besar. Pada masa yang sama kerana saya lihat ada Menteri di sini, Menteri Ekonomi. Beliau telah berjanji kepada pihak saya untuk memberikan angka-angka berkaitan dengan pendapatan mean income, median income dan sebagainya untuk bumiputera daripada Sabah dan Sarawak kerana tidak ada pecahan. Kita hanya lihat satu longgokan. Kita harus ada pecahan supaya kita boleh tahu kedudukan mereka yang sebenarnya termasuk juga daripada segi pegangan ekuiti di kalangan bumiputera daripada Sabah dan Sarawak. Tidak kira Kadazan, Dusun, Murut ataupun Iban, Dayak dan sebagainya di Sarawak. Saya harap Yang Berhormat Menteri ada di sini boleh berikan angka-angka secepat mungkin. Ini kerana sungguhpun di janji tahun lalu, janji masih belum ditepati.
Yang Berhormat, minta rumuskan.
Ya, sekejap lagi. Walaupun kerajaan telah memeterai, di sini saya harap bahawa pihak kerajaan boleh cepatkan usaha untuk membuat reformasi Parlimen dan memberikan peruntukan yang mencukupi atas semangat dwipartisan. Kita harap kerajaan boleh memberikan tumpuan kepada langkah ini sepertimana yang kita telah bincangkan dan juga kita telah janjikan. Berbanding dengan peruntukan kecil sebanyak RM148 juta kepada Parlimen. Jabatan Perdana Menteri menerima dana sebanyak RM12.2 bilion iaitu 80 kali ganda lebih besar daripada Parlimen. Jangan kita lihat bahawa Jabatan Perdana Menteri 80 kali penting daripada Parlimen kerana hakikatnya adalah sebaliknya. Secara spesifik, anggaran Belanjawan 2022 menyerlahkan peningkatan empat kali ganda daripada RM266 juta kepada RM1 bilion dalam dana projek khas untuk tahun 2022. Perdana Menteri perlu menjelaskan mengapa beliau memerlukan dana begitu besar mengikut budi bicaranya iaitu jumlah yang tidak pernah didengari dalam demokrasi moden negara Malaysia. Tema Keluarga Malaysia, saya rasa hanya akan memberikan makna sekiranya rakyat Malaysia rasa a sense of belonging bahawa kita memiliki negara kita dan Belanjawan 2022 tidak akan mencapai hasrat kalau tidak menjaga semua. Oleh sebab itu, saya harap bahawa pihak kementerian bolehlah membuat pindaan yang sewajarnya supaya belanjawan ini memang membantu semua rakyat dan tidak menyebabkan satu rasa atau mencetuskan satu rasa bahawa mereka ketinggalan. Barulah Keluarga Malaysia memang dimiliki oleh semua rakyat Malaysia. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Bagan. Saya ingin menjemput Yang Berhormat Tebrau, 13 minit.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk sertai perbahasan. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan dalam usaha untuk membangunkan bumiputera bercadang untuk diberikan peruntukan sebanyak RM4.8 bilion kepada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, TEKUN Nasional dan Dana Kemakmuran Bumiputera bagi melaksanakan pelbagai program peningkatan kapasiti dan pembiayaan perniagaan. Ini bukan satu inisiatif baharu tetapi kesinambungan inisiatif yang lama dilaksanakan. Soalan saya adalah sama ada kerajaan ada buat kajian ke atas program yang lepas dan mempelajari daripada sebab-sebab kejayaan dan kegagalan sesuatu usaha dan menambah baik program yang seterusnya supaya matlamat yang disasarkan pada mulanya dapat dicapai dalam satu hari nanti. Memandangkan bumiputera masih gagal memegang sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti sektor swasta.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memetik kata-kata Albert Einstein yang terkenal iaitu “Insanity is doing the same thing over and over again and expecting different results” dengan izin. Konsep dan matlamat untuk membangunkan ekonomi bumiputera adalah baik dan selaras dengan selaras dengan konsep Keluarga Malaysia tetapi kebergantungan kepada bantuan kerajaan sepatutnya semakin berkurangan dan tidak bertambah dari tahun ke tahun. Saya tidak melihat kerajaan BN ataupun PH atau PN mempunyai keberanian untuk menangani isu ini secara berbeza yang mampu mencapai pencapaian ketara dalam jangka masa panjang. Saya minta Perdana Menteri kerajaan Keluarga Malaysia untuk kemukakan rancangan yang berani, berbeza dan bersepadu bagi meningkatkan pegangan ekuiti bumiputera dalam sektor swasta ke 30 peratus dan atas sebelum 2030. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, bukan niat saya untuk mensensasikan isu ketidakseimbangan bumiputera dan bukan bumiputera tetapi kita mesti buat serupa cakap. Isu wiski Timah dan 50 peratus pegangan syer telah disensasikan dan dipolitikkan sehingga ramai dari mana-mana pihak tidak berpuas hati. Impak isu-isu ketidakseimbangan bukan kepada rakyat secara amnya tetapi lagi teruknya kepada pembangunan ekonomi negara kita. Ramai usahawan telah beralih tumpuan, strategic business mereka ke negara lain. Pelabur-pelabur asing juga mungkin disebabkan untuk mempertimbangkan dengan teliti antara Malaysia atau negara lain di rantau Asia Tenggara sekiranya mahu buat pelaburan di rantau Asia Tenggara. Saya berharap semasa kita membangunkan ekonomi bumiputera dan hal ehwal Islam, bantuan untuk membangunkan bukan bumiputera dan hal ehwal agama lain tidak boleh dilihat terabai.
Saya amat tertarik kepada konsep Keluarga Malaysia yang merupakan satu inisiatif buat segenap masyarakat tanpa mengira bangsa, agama, usia, jantina dan wilayah. Akan tetapi, saya tidak melihatnya menyeluruh kerana peruntukan yang dicadangkan kepada bangsa dan agama lain adalah jauh daripada keseimbangan antara mereka dan bumiputera beragama Islam. Peruntukan keseluruhan kepada bumiputera beragama Islam hampir mencecah RM13.0 bilion manakala hanya hampir RM700 juta kepada yang lain. Kita tidak mahu segelintir bumiputera dan bukan bumiputera yang kaya raya. Kita mahu semua rakyat tidak kira bangsa dan agama maju dan hidup selesa tanpa kekurangan atau ketiadaan akses kepada perumahan, pengangkutan, perubatan, pendidikan dan barang-barang asas. Tuan Yang di-Pertua, sektor pelancongan merupakan industri yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19. Saya mengalu-alukan beberapa inisiatif yang dicadangkan dalam Belanjawan 2022 untuk memulihkan dan memangkin pembaharuan sektor pelancongan. Kini, kerajaan telah buka sebuah Business Travelers Centre di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Tahun hadapan, sebuah pusat sehenti (one stop centre) yang sama akan disediakan di Johor untuk pelawat perniagaan jangka pendek dari Singapura. Sekiranya pusat sehenti yang disebutkan boleh diperluaskan untuk menerima juga pelancong lain, maka kita boleh menjangkakan kedatangan ramai pelancong pada tahun depan. Adakah kerajaan sudi untuk mengkaji cadangan saya? Saya juga mencadangkan bahawa kita mengizinkan visa on arrival dengan izin, atau pengecualian visa bagi pelancong daripada China oleh sebab negara-negara lain di rantau Asia Tenggara sudah buat demikian. Dalam pada hal ini, saya ingin bertanya, bilakah sektor hiburan seperti pub, karaoke lounge dan lain-lain dibenarkan beroperasi oleh sebab perniagaan jenis ini telah dilarang beroperasi sejak PKP dilaksanakan bulan
Mac tahun lepas? Saya bercadang mereka dibenarkan beroperasi dengan SOP yang ketat. Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan syabas kepada kerajaan yang memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang selama ini tidak diberikan perhatian yang mencukupi. Banyak yang telah dicadangkan dalam Belanjawan 2022 bagi wanita, OKU, warga emas, kanak-kanak dan belia untuk membantu mereka pasca pandemik. Dalam konteks sukan, peruntukan khas dicadangkan untuk atlet OKU dan pemain-pemain eSports oleh sebab mereka berjaya memungut pingat emas di Paralimpik dan mencapai kecemerlangan di kejohanan antarabangsa. Malangnya, saya tidak melihat banyak yang dibentukkan untuk membangunkan pemenang pingat emas di sukan Olimpik. Saya dapat tahu bahawa elaun latihan diberikan kepada setiap pelatih (trainee) adalah maksimum RM800 dan mungkin kurang. Tanpa insentif atau elaun yang menarik untuk memotivasikan anak muda dalam sukan, bagaimanakah kita hendak memenangi pingat emas di sukan Olimpik? Tuan Yang di-Pertua, saya minta Yang Berhormat Menteri Kewangan memberikan penjelasan terperinci sebab untuk mengenakan cukai pendapatan kepada pemastautin di Malaysia ke atas pendapatan yang terbit daripada sumber luar negara dan diterima di Malaysia mulai 1 Januari 2022. Sebanyak 400,000 warga Malaysia yang bekerja di Singapura dan berulang alik setiap hari sebelum PKP akan terjejas. Mereka sudah membayar cukai ke Singapura dan akan dikenakan cukai lagi pada pendapatan yang sama. Walaupun cukai yang telah dibayar di Singapura dapat dituntut balik secara kredit terhadap cukai yang dikenakan, akan tetapi kadar cukai di Malaysia lebih tinggi berbanding dengan Singapura. Maka, sudah pasti mereka yang hantar atau bawa balik duit untuk membayar ansuran pinjaman rumah dan kereta serta kos harian tetap akan dikenakan cukai lebih kurang 10 peratus mengikuti pengiraan saya. Tuan Yang di-Pertua, mereka yang kerja di Singapura berulang alik hari-hari bukan senang. Mereka juga sudah menyumbang banyak kepada ekonomi negara kita khususnya di Johor Bahru. Justeru, saya memohon agar cadangan ini ditarik balik oleh Kementerian Kewangan. Tuan Yang di-Pertua, ada banyak syarikat besar yang tersenarai di bursa sudah menguntungkan banyak dan nilai saham mereka pun sudah naik dengan kadar yang ketara sehingga market capitalization dengan izin, syarikat-syarikat ini bertambah banyak kali ganda. Justeru, cadangan kerajaan untuk memperkenalkan cukai khas pada kadar 33 peratus secara one-off kepada syarikat-syarikat dengan pendapatan bercukai yang melebihi RM100 juta adalah munasabah bagi saya dan tidak keterlaluan memandangkan keuntungan yang besar dijanakan semasa pandemik. Semua lapisan masyarakat memainkan peranan penting memerangi pandemik COVID-19. Semua sudah memberi sumbangan dari segi makanan, PPE, sanitizer, duit dan lain-lain. Maka, syarikat-syarikat yang beruntung besar harus memikul sebahagian kos negara bagi membendung pandemik ini. Oleh sebab perbelanjaan Belanjawan 2022 ini adalah yang terbesar dalam sejarah dan kemungkinan pada masa yang akan datang akan bertambah lagi, saya bercadang cukai harta pusaka (inheritance tax) harus dipertimbangkan untuk dikenakan kepada si mati yang sudah melepaskan kewarganegaraan Malaysia untuk menjadi warganegara lain dan juga dikenakan atas si mati yang bukan warganegara kita. Akan tetapi untuk warganegara kita, harus dikecualikan. Tuan Yang di-Pertua, ramai warga tertarik kepada projek Jaminan Bekalan Makanan khususnya pembangunan industri akuakultur dan estet, kilang-kilang di Johor. Lagi satunya cadangan kerajaan yang menarik adalah tanah terbiar dan tidak dibangunkan milik Kerajaan Persekutuan dan tanah rizab Melayu boleh disewakan bagi projek pertanian atau perniagaan. Saya memohon Yang Berhormat Menteri-menteri yang berkenaan untuk memberikan maklumat yang terperinci mengenai kelayakan, terma dan syarat yang perlu dipenuhi supaya satu permohonan akan dipertimbangkan. Saya juga minta penjelasan, jenis apa akuakultur, pertanian dan perniagaan yang digalakkan oleh kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan cadangan kerajaan untuk mengadakan Skim Jaminan Kredit Perumahan untuk memberi akses pembiayaan kepada pekerja gig, pengusaha kecil dan petani yang sukar membeli rumah kerana tiada pendapatan tetap sehingga menyebabkan mereka sukar mendapatkan pinjaman perumahan. Walaupun kerajaan bercadang untuk menyediakan jaminan sehingga RM2 bilion untuk menyelesaikan masalah yang disebutkan, tetapi Yang Berhormat Menteri Kewangan tidak menghuraikan perjanjian yang dicapai dengan bank sekiranya ada. Apakah jenis dokumen yang dianggap cukup untuk bank memproses permohonan pinjaman perumahan? Saya memohon Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk menyatakan terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh bank untuk tujuan ini. Izinkan satu minit lagi Tuan Yang di-Pertua.
Ya, ringkaskan.
Dalam inisiatif jamin kerja, saya minta Yang Berhormat Menteri yang berkenaan untuk menyatakan secara terperinci macam manakah RM4.8 bilion akan digunakan untuk menyediakan 600,000 peluang pekerjaan sedangkan ekonomi kita dijangka berkembang antara 5.5. peratus hingga 6.5 peratus sahaja pada tahun 2022 yang bagi saya sangat optimistiknya.
Ekonomi negara kita secara amnya tidak berubah banyak masih bergantung kepada minyak petroleum, kelapa sawit atau minyak sawit dan sektor pembuatan yang banyak bergantung kepada pekerja-pekerja asing. Justeru, kerajaan harus kemukakan pelan tindakan induk bagi menyediakan 600,000 pekerjaan berjenis dalam sektor apa serta bilangannya di bawah setiap sektor dan jenisnya. Dengan itu, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih. Seterusnya Yang Berhormat Pulai. Saya difahamkan bahawa Yang Berhormat Kota Raja memberi masa yang bertukar untuk beliau kepada Yang Berhormat. Maka, Yang Berhormat 20 minit. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya memulakan perbahasan belanjawan tahun ini dengan membaca sepotong ayat al- quran, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan supaya amanah itu diberikan kepada mereka yang ahlinya dan apabila kamu menghukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu menghukum dengan seadil-adilnya”. Tuan Yang di-Pertua, saya memulakan perbahasan pada petang ini dengan saya berhasrat untuk melihat supaya negara kita ini akan menjadi sebuah negara yang sejahtera, yang aman, yang boleh kita wariskan kepada anak-anak cucu ataupun generasi kita akan datang tanpa mengira siapakah mereka. Oleh sebab, tanah bertuah pusaka kita ini harus dipelihara dengan kita melihat kembali kepada beberapa isu pokok yang saya rasa perlu dengan izin, to be revisited. Termasuklah Perlembagaan Negara yang kita faham dan kita pertahankan pada hari ini. Maka, dengan sebab itulah Parlimen ini berdiri di atas Perlembagaan yang diizinkan kita untuk melaksanakan kuasa-kuasa yang diperuntukkan kepada rakyat Malaysia. Reid Commission ataupun Suruhanjaya Reid ini ditubuhkan pada bulan Mac tahun 1956. Pada ketika itu, negara di ambang kemerdekaan dan Tanah Melayu pada waktu itu perlu kepada sebuah Perlembagaan untuk diguna pakai pada masa dan ketika itu. Mungkin pada waktu itu tidak ada anak-anak tempatan yang berkelulusan undang- undang. Belum ada lagi cerdik pandai, cendekiawan yang mampu menggubal sebuah perlembagaan untuk negara kita sendiri. Setelah 60 tahun lebih kita merdeka, setelah mengalami pelbagai proses budaya, pendidikan, ekonomi dan sosiopolitik yang telah mengalami suatu pengalaman buruk baik
akhirnya, kita mengakui bahawa inilah negara kita sama ada kita suka ataupun kita tidak suka, inilah negara yang mesti kita pertahankan yang kita akan perbaiki dengan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang terus akan kita pertahankan. Maka dengan itu, saya rasa telah sampai masanya beberapa artikel yang menjadi tunggak kepada negara ini perlu dilihat kerana Tuan Yang di-Pertua, saya cukup yakin dan percaya telah ramai anak-anak Malaysia sama ada mendapat pendidikan dalam negeri dan luar negara berkelulusan undang-undang termasuk Tuan Yang di-Pertua sendiri dan rakan-rakan yang ramai dalam Dewan yang mulia ini dan bekas-bekas hakim, bekas-bekas peguam yang termasyhur yang saya rasa boleh duduk yang mungkin kita boleh tubuhkan satu Suruhanjaya Diraja bagi melihat kembali secara holistik tentang perkara-perkara yang relevan dan perkara-perkara yang tidak relevan yang kita mesti mengubah dan mesti ada political will, keberanian politik untuk mengubah demi masa depan negara kita. Saya sempat meneliti dua karya, yang pertamanya The Tun Sufian Legacy dan The Malaysian Constitution tulisan Profesor Aziz Bari yang telah mengungkap beberapa perkara penting dan tidaklah menjadi suatu dosa atau kesalahan untuk perlembagaan negara ini diubah dipinda mahupun dikritik kerana ia adalah suatu perkara yang dinamik. Ia bukan suatu kitab kuno yang tidak memerlukan perubahan. Negara memerlukan perubahan, Parlimen memerlukan perubahan dan kita rakyat Malaysia yang ada pada hari ini mengalami pelbagai proses sosioekonomi kita termasuklah masa depan rakan-rakan kita dari Sabah dan Sarawak yang seharusnya dan kita pastikan akan merasakan anak-anak cucu mereka nanti Malaysia adalah sebuah negara impian mereka. Negara yang menjadi idaman kita semua dan merasa selamat dan adil untuk didiami buat selama-lamanya sehingga hari kiamat. Maka dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya merasakan contohnya kuasa-kuasa Peguam Negara sebagai contoh di mana Peguam Negara bukan individu saya tidak bermaksud individu tetapi jawatan Peguam Negara itu yang diberikan kuasa yang terlalu besar dan luas. Kenapa? Sebab bila Lord Reid dan pasukannya pada waktu itu menggubal Perlembagaan itu, dia kena fikir selepas dia meninggalkan ataupun negara kita diberikan kemerdekaan ramai lagi pegawai-pegawai Inggeris sama ada secara kontrak ataupun masih lagi menjadi pegawai kerajaan ataupun bekerja di syarikat-syarikat swasta yang mungkin akan tinggal dalam negara kita buat beberapa ketika. Maka, sentimennya pada waktu itu mesti ada untuk so-called protection untuk melindungi pegawai-pegawai Inggeris pada waktu itu sekiranya mereka melakukan kesalahan dan AG yang pada waktu itu yang pertama adalah juga seorang Inggeris. Maka, keluasan kuasa itu...
[Bangun]
Oh! Yang Berhormat Menteri minta.
Ya, boleh.
Tuan Yang di-Pertua, ini luar biasalah dalam isu tadi. Saya rasa terpanggil mendengar hujah-hujah daripada Yang Berhormat ini tadi. Memang saya rasa terpanggil sebagai orang Sarawak dan Sabah tadi disebutkan political will dan sebagainya kita merasakan apabila kita mewujudkan negara kita dari mulanya. Kesemuanya ada harapan kita supaya kehidupan kita sejahtera, aman damai, keharmonian dan sebagainya. Isu yang terkini saya pun rasa tersepit sebab itu saya memberanikan diri Tuan Yang di-Pertua berdiri di sini, isu jenama Timah ini. Bolehkah Yang Berhormat bantu saya bawalah apa kata rayulah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga yang dari Amanah yang ada kita dengar baru-baru ini ada hendak mewujudkan liquor dasar, polisi liquor dan sebagainya dan juga desakan daripada Parti Amanah.
Cubalah bantu, adakan political will di antara semua kita. Ini saya bukan kata perkara remeh tapi ini perkara yang...
Jangan lama sangat Yang Berhormat, sebab tak ada masa. Cukuplah ya.
Tak semestinya kita buat isu sehinggakan ia boleh menimbulkan keresahan kami di Sarawak dan Sabah dalam perkara ini. Yang Berhormat tahu saya ingat, apa maksud saya.
Baik. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Perkara itu kecil sahaja kalau kita nak bandingkan dengan masa depan kita, our way forward ini. Baik, berbalik kepada persoalan itu. Soalan Timah itu ya. Baik, saya seorang Muslim. I am a Muslim. Dato’ beragama Kristian. So, ramai yang beragama Hindu, Sikh dan seumpamanya. Baik, bagi saya cukup mudah, Tuan Yang di-Pertua. Perundangan nombor satu tetapi apa yang lebih murni daripada perundangan itu bagi saya adalah mutual respect. The word is mutual respect, bukan toleransi. Toleransi ini kita akan ambil sikit, you tarik sikit, you ambil sikit. No. Mutual respect. Baik, saya bagi contoh. Saya ada hak untuk menyembelih lembu, contoh. Sebagai orang Islam, pada Hari Raya Korban. My right, hak saya sebagai orang Islam dan agama saya mengizinkan. Saya ada seorang jiran namanya Krishnan. Jiran saya yang baik, sejak berpuluh tahun menjadi jiran saya. Walaupun saya boleh menyembelih lembu, adakah patut saya menyembelih lembu di halaman rumah saya? Saya buat khemah besar-besar, saya sembelih lembu depan rumah saya yang mana jiran saya adalah beragama Hindu. Saya rasa, saya tidak selayaknya melakukan perkara itu kerana saya tidak hormat kepada jiran saya yang beragama Hindu. Demikian juga hal Timah ini, Yang Berhormat Menteri dan juga Tuan Yang di- Pertua. Kita boleh bahas until the cows come home, ini tin lah, ini Timah bukan bijih lah tetapi kita hidup dalam sebuah negara yang masyarakatnya ada orang Melayu Islam. Itu sahaja, itu sahaja. Jadi, be sensitive lah. Menamakan, contohnya lembu saya dengan nama seorang Hindu, itu namanya tidak hormat dan tidak perlu.
Yang Berhormat, saya terlibat dengan libat urus dengan mereka. Faktanya, mereka menamakan Timah itu pada tin, tin mining.
Yang Berhormat.
Ya, betul.
Dia tak kata nak singkatkan nama ke apa.
Betul, itu hujah Yang Berhormat. Akan tetapi masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, beragama Islam, dia sensitif dengan nama itu. Itu sahaja. Jadi, kita selesaikan daripada segi secara mutual respect dan hak untuk orang bukan Islam minum liquor, minum bir, itu ialah hak mereka. Dalam Islam sendiri, tidak boleh dilarang. Tidak boleh dihalang, malah dalam sebuah negara Islam pun mesti memberikan izin dan lesen kepada orang bukan Islam yang mahu minum ataupun membuat arak itu sendiri. Itu jelas saya rasa. Balik kepada isu saya, Tuan Yang di-Pertua. Maka, saya melihat kuasa AG itu perlu dilihat kembali. Contohnya, dalam kes SPRM. Kes SPRM, semasa kami dahulu Tuan Yang di-Pertua, kata kita telah menubuhkan JKKMAR (Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah). Kita oleh sebab nak take-off Tuan Yang di-Pertua, sebab hanya 22 bulan. Akan tetapi kita telah menubuhkan. Akan tetapi kita dengar selepas daripada itu Tuan Yang di-Pertua, kes Datuk Hasanah sebagai contoh, ini bukan peribadi. Kes Datuk Hasanah yang dikatakan, yang dicharged dalam mahkamah, yang dikatakan dituduh, beliau ialah Ketua Pengarah Bahagian Perisikan yang sangat sensitif, yang sangat strategik kepada keselamatan negara.
Okeylah, beliau dibebaskan tanpa dilepaskan. Itu keputusan mahkamah. Akan tetapi tiba-tiba bahan kes, duit tunai hilang. Siapa nak siasat? Siapa yang mahu mengambil tanggungjawab terhadap isu yang seperti ini? Oleh sebab itu saya rasa AG yang ada pada hari ini, seharusnya memberikan ataupun kita membuat satu panduan dengan kita meminda Perlembagaan supaya dalam isu yang melibatkan rasuah yang penting ini, SPRM boleh menjalankan pendakwaan bersendirian. Ha! yang ini yang kita rasakan perlu kita perjuangkan. Maknanya, SPRM boleh untuk mendakwa kes-kes rasuah, terutama yang berprofil tinggi ini untuk tidak lagi diganggu oleh Jabatan AG. Akan tetapi kita boleh membincangkan perkara itu daripada segi teknikalnya dan sebahagiannya boleh kita selesaikan. Saya rasa ia adalah baik untuk masa depan negara kita dengan AG tidak diberikan kuasa yang begitu luas dan begitu besar. Baik, itu yang pertama. Kedua, saya rasa telah sampai masanya Tuan Yang di-Pertua, sistem pilihan raya kita ini juga perlu dikaji semula. Kalau tidak pun dalam masa terdekat tetapi atas insiden yang berlaku, di atas MoU yang kita tandatangani antara kita dengan kerajaan sebagai contoh, maka lahirlah pandangan tentang Anti-Hopping Law. Itu contoh. Maknanya, di akhir hayat PM yang kelapan, beliau pun mengakui, beliau pun memberikan suatu pandangan supaya Anti-Hopping Law ini akhirnya akan menjadi suatu undang-undang dalam negara kita. Kenapa? Oleh sebab berlakunya adegan penjualan maruah, harga diri. Tuan Yang di- Pertua, saya nak sebut, wakil rakyat yang sepatutnya, kita adalah lawmaker, kita ialah pembuat dasar, kita ialah Yang Berhormat yang diberikan mandat oleh rakyat, yang diberikan kita segala keistimewaan di sini, yang dipandang tinggi. We are lawmakers, kita mesti mempertahankan kedudukan itu. Bukannya kita ini adalah merupakan political prostitute. Kita bukan pelacur politik, kita bukan nak menjual kerusi-kerusi yang kita menangi yang ada pada hari ini. Maka, sistemnya bagaimana? Terkadang saya difahamkan oleh Yang Berhormat Menteri Undang-undang, apabila kita bersetuju untuk kita membahaskan ataupun membincangkan tentang Anti-Hopping Law ini, ada pelbagai persoalan yang dikembalikan oleh Jabatan Peguam Negara. Saya tidak menafikan itu. Ada harus persoalan-persoalan yang kita kena jawab secara tuntas, secara perundangan, moralnya bagaimana? Kesnya macam mana, insidennya macam mana? Ada precedent atau tidak tentang isu ini? Maka, kita tidak terikat kepada itu sahaja. Mungkin juga perlembagaan negara perlu dipinda satu hari nanti untuk kita sedikit mengubahkan cara kita berpilihan raya. Dalam dunia, ada banyak model. Model Amerika Syarikat dengan Kongresnya, kita hari ini masih pada sistem Westminster. Kita ada model European Union yang boleh kita perhatikan. Nampaknya selepas 60 tahun negara kita merdeka dengan menggunakan sistem atau pendekatan first past the post ataupun winner takes all yang menjadikan satu kawasan itu satu kerusi Parlimen. Saya yang menang- jangan sayalah. Kerusi Damansara tak silap saya, menang sampai 100 ribu majoriti dengan kawasan yang menang puluhan undi, sama jumlahnya, sama nilainya. Sistem ini juga apabila sebuah kerajaan tidak dapat majoriti dua pertiga, maka berlakulah penjualan ataupun horse-trading. Jadi, macam mana kita nak selesaikan masalah ini secara tuntas? Undang- undang, saya faham. Anti-Hopping Law oleh dibawa. Akan tetapi kalau kita melihat pada model Germany, kita melihat kepada model Indonesia. Sebagai contoh, negara jiran kita di mana mereka semacam mengamalkan sistem profesional representation secara proportionate. Itu juga mungkin boleh kita fikirkan daripada apa yang kita amalkan pada hari ini yang mungkin kita ini memang ala Westminster. Akan tetapi untuk mengelakkan berlakunya, bukan sahaja Anti-Hopping Law tetapi pembiayaan dana pilihan raya yang menggunakan begitu banyak duit secara kempennya dan seumpamanya. Bagi saya Tuan Yang di-Pertua, memerlukan kepada suatu keberanian juga untuk kita melihat dan revisit kembali Perlembagaan dalam negara kita ini. Kemudian yang ketiganya Tuan Yang di-Pertua, adalah kita akan pergi untuk melihat kepada perkara yang saya sebutkan tadi tentang MA63. Ini secara tuntasnya saya
ingin menyatakan, untuk ke sekian kalinya bahawa telah sampai masanya kita melihat isu ini secara tuntas.
Kami telah ambil tanggungjawab untuk kita bawa pindaan ini pada 4 April 2019. Itu janji yang terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan. Namun apabila kita bahas hampir enam jam, kita hanya mendapat 138 undi sahaja. Kita kekurangan 10 undi sahaja untuk Perlembagaan dipinda pada waktu itu. Alasan yang masih saya ingat di pihak GPS terutamanya pada waktu itu ialah kerana mereka kurang dilibat uruskan dalam merangka pindaan itu. Akan tetapi sekarang, the ball is in your court. Sekarang bola di gelanggang anda dan saya harap benda ini secara tuntas mesti kita bawa. Ini kerana semangat atau sentimen anti-semenanjung ini mesti ditangani oleh kerajaan yang ada pada hari ini dan kerajaan pada masa akan datang. Saya tidak mahu sebagai rakyat yang ada pada hari ini, kita Ahli-ahli Parlimen yang ada pada hari ini dipersalahkan oleh generasi kita pada masa yang akan datang. Kerana kalau ini berlaku, Tuan Yang di-Pertua, saya ingatkan lagi sekali, kalau kita ada ruang untuk bertelingkah, kuasa-kausa besar sentiasa mencari peluang untuk memusnahkan kita. Ini pernah berlaku kepada Timor-Leste. Kuasa besar mengambil kesempatan di atas perbalahan yang berlaku pada waktu itu. Saya harap isu MA63 ini secara tuntas mesti kita selesaikan kerana kita mahu keadilan sosial yang kita nikmati pada hari ini diberikan juga secara adil dan saksama kepada rakan-rakan kita dari Sabah dan Sarawak. Lihatlah mereka berucap setiap tahun, setiap penggal, setiap sesi. Sesi perbahasan titah diraja, sesi bajet masih lagi infra, masih daripada segi sekolah, masih lagi air, jalan raya dan seumpamanya. Kita mesti meletakkan noktah kerana mereka dua negeri ini punya rizab gas petroleum yang besar yang mesti dikongsi bersama, dan keadilan mesti diberikan bersama kepada mereka. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Pulai. Seterusnya Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, 30 minit kerana dicampur masa yang diberikan oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang.
Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, bajet ini dibentangkan ketika kita sedia maklum negara sedang mengalami pandemik COVID-19 yang memberi kesan kepada ekonomi, kesihatan dan kehidupan rakyat. Bajet yang dibentangkan sangat ambitious dengan berani membuat satu unjuran yang kementerian dan kerajaan sedia maklum potensi kutipan hasil itu sebenarnya sangat mencabar bahkan mengecil. Pada ketika setiap sen yang menjadi pendapatan negara, kerajaan sudah pun mempunyai komitmen tetap iaitu bayar gaji, bayar pencen, komitmen subsidi, dan pembayaran hutang. Empat kategori ini sahaja, Tuan Yang di-Pertua, sudah pun menjangkau lebih 95 peratus daripada perbelanjaan, meninggalkan ruang jumlah yang sangat kecil untuk tujuan perbelanjaan yang lain. Oleh sebab itu, perbahasan ini saya mulakan dengan bertanyakan kepada pihak Kementerian Kewangan khususnya, sekiranya sasaran kutipan kerajaan itu nantinya tidak tercapai, apakah kerajaan mempunyai contingency plan bagi menambahkan kutipan cukai? Misalnya, corporate income tax. Ada tidak cara untuk meningkatkan prestasi kutipan daripada syarikat-syarikat korporat besar termasuklah multi-national companies yang beroperasi di Malaysia? Sering kali menjadi amalan syarikat multi-national companies ini, Tuan Yang di-Pertua, ialah melakukan transfer pricing untuk mengelakkan cukai. Ini amalan biasa. Melakukan transfer pricing to avoid taxation. Kita percaya bahawa kutipan cukai ini boleh ditingkatkan jika kita menambahbaikkan lagi langkah kutipan ini secara agresif melalui, satu, kecekapan, yang kedua, melalui peruntukan undang-undang bagi mengelakkan pihak yang lari cukai ini.
Saya ingin mendapatkan pengesahan daripada pihak kerajaan khususnya Kementerian Kewangan, apakah benar sebahagian daripada multi-national companies ini melakukan amalan mengelak cukai ini dengan secara undang-undang? Iaitu satu caralah which is a legal form of tax evasion, dengan izin. Saya akan menunggu jawapan kementerian ketika menggulung nanti. Kerana ada dalam maklumat saya, a single multi- national company ini dalam radar Lembaga Hasil Dalam Negeri tetapi mengelak cukainya itu sehingga dalam lingkungan RM9.6 bilion. Ini jumlah yang sangat besar dan ini baru satu syarikat. Apabila kementerian menggulung nanti, saya akan mengemukakan beberapa contoh lain. Itu yang pertama. Yang kedua, masih dalam rencana pelan contingency kerajaan. Sekiranya sasaran kutipan itu pada hujung tahun nanti tidak tercapai, apakah kerajaan sudah mengambil maklum bahawa transaction dalam bidang e-commerce sahaja sekarang ini meningkat dengan begitu tinggi sekali? Meningkat dengan begitu tinggi sekali terutamanya ketika pandemik COVID-19 di mana aktiviti perniagaan atas talian berlaku dengan begitu robust sekali. Saya menyemak data dari Jabatan Statistik bagi suku pertama tahun 2021, pendapatan daripada transaction e-commerce ini sahaja meningkat sehingga RM84 bilion. Ini satu jumlah yang sangat tinggi. Dan mereka menganggarkan pula bagi tahun 2022 akan meningkat sehingga RM878 bilion. Bayangkan, aktiviti perniagaan melalui platform e-commerce ini, volume perniagaan itu sangat besar. Saya ingin bertanya kepada kementerian, di mana sebenarnya kementerian atau kerajaan mengenakan cukai terhadap segmen perniagaan ini? Begitu juga international companies yang menawarkan cloud computing dan software services yang sekarang ini menjadi trend. Di mana sebenarnya Kementerian Kewangan mengenakan cukai terhadap segmen perniagaan ini? Kesemuanya ini, Tuan Yang di-Pertua, adalah dalam penghujahan saya, poin yang pertama, sekiranya sasaran kutipan hasil kerajaan tidak tercapai, apakah kerajaan mengambil kira pelan contingency terhadap contoh-contoh yang saya berikan tadi. Pertama, dari multi-national companies yang mengelak cukai, saya ada satu contoh yang sehingga jumlahnya RM9.63 bilion. Yang kedua, daripada transaction e-commerce yang jumlahnya sangat tinggi daripada semakan Jabatan Statistik yang saya bacakan tadi. Yang ketiga, daripada perkhidmatan seperti cloud computing dan software services yang juga mencatatkan volume perniagaan yang tinggi. Soalan yang saya tujukan ialah apakah untuk segmen- segmen ini, kerajaan telah pun memasukkan dalam senarai kutipan cukai yang perlu dibuat? Tuan Yang di-Pertua, ketika revenue semakin mengecil, suah tentu amalan tata kelola yang baik perlu diamalkan. Elakkan boros, jauhkan amalan menyeleweng, amalan rasuah dan kawal ketirisan. Cukuplah Laporan Ketua Audit Negara saban tahun memaparkan jumlah yang besar yang termasuk dalam segmen boros, rasuah, seleweng dan tiris. Kerana revenue yang sangat kecil ini ketika komitmen kewangan kerajaan itu terus meningkat, ia harus diberikan perhatian yang serius.
Oleh kerana itu, subsidi kepada rakyat satu daripada dasar kerajaan untuk melegakan tekanan kehidupan rakyat. Sahabat saya, Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ada di sini. Rakan lama saya puluhan tahun sejak zaman Pemuda Barisan Nasional lagi. Saya ucap terima kasih kerana kebetulan hari ini dijadualkan bertugas maka dia ada di Dewan ketika ini. Saya hendak sebut satu. Pertama, ketika harga sawit meningkat sekarang ini, maka RBD palm olein bahan utama daripada minyak masak, daripada kelapa sawit untuk buat minyak masak juga meningkat. Oleh sebab itu, subsidi kerajaan di bawah cooking oil subsidy scheme ini juga membengkak. Ini sudah mencapai hampir RM1 bilion setahun khusus untuk menyediakan 60 juta beg minyak masak. Sebanyak 60 juta beg minyak masak bersamaan dengan 60,000 metrik tan sebulan supaya di pasaran rakyat daripada pendapatan rendah boleh beli dengan harga RM2.50 satu beg.
Kalau minyak botol itu bukan minyak subsidi. Saya bercakap tentang minyak subsidi. Sebanyak 60 juta beg satu kilo yang dijual dengan harga RM2.50, hari ini boleh berlaku di luar kerana kerajaan ada polisi subsidi. Ketika harga minyak masak meningkat tinggi sekarang ini CPO sudah lebih 5,000 dan itu menyebabkan selama kerajaan mengekalkan dasar subsidi ini selama itulah tanggungan kewangan kerajaan semakin membengkak. Saya kira cadangan saya sudah sampai masanya kerajaan menimbangkan sistem yang saya panggil sebagai dua peringkat harga. Negara kita ini sebenarnya mengeluarkan dan menghasilkan lebih 20 juta tan metrik minyak sawit dan itu mewakili 30 peratus daripada pasaran dunia. 20 juta metrik tan. Sebanyak 95 peratus kita eksport. Itu memberi kelegaan kepada penanam kelapa sawit dan syarikat-syarikat. Hanya lima peratus sahaja minyak sawit itu digunakan untuk domestik termasuk buat minyak masak. Jadi kalau sistem dua harga ini, peringkat dua harga untuk pasaran eksport gunakan harga pasaran, tetapi untuk kegunaan dalam negeri jangan ikut harga pasaran. Itu akan menyebabkan RBD palm olein harganya rendah dan apabila pengilang minyak masak membeli RBD palm olein dari refinery minyak sawit, dia beli dengan harga rendah dan itu akan menurunkan harga minyak masak dan melegakan beban tanggungan subsidi kerajaan. Saya fikir sudah sampai masanya. Oleh sebab itu semasa dialog dengan Menteri Kewangan dalam sesi libat urus sesuai dengan semangat MoU, saya bertanya secara khusus berapa tanggungan sekarang untuk subsidi minyak masak. Itu harganya hampir RM1 bilion sekarang. Besar. Itu belum masuk subsidi minyak dan gas. Itu mungkin sampai RM8 bilion dah sahabat saya dari Paya Besar boleh mengesahkan. Jadi, di satu sisi beban subsidi itu tujuannya murni, untuk merendahkan harga barang dan melegakan kehidupan rakyat tetapi pada masa yang sama model ini tidak sustainable kalau kita tidak melakukan anjakan. Saya berpendapat sudah sampai masanya pendekatan dua peringkat harga ini dimulakan. Pertama. Kedua, minyak masak yang sudah digunakan, used cooking oil ini pasaran runcit di luar sana, satu kilo harganya RM4.10. Permintaan terhadap minyak masak yang sudah guna ini sangat tinggi. Di pasaran Eropah dan Amerika Syarikat sebab dia bahan utama untuk membuat biodiesel. Jadi, saya sudah menjangkakan bahawa sahabat saya dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sudah tentu berdepan dengan tugas penguat kuasa yang semakin mencabar sebab mereka mesti kawal ketirisan. Apabila kementerian memberikan lesen repacked ataupun pembungkus kepada syarikat-syarikat untuk membungkus minyak masak di bawah skim subsidi, dia hanya boleh jual dengan harga RM2.50. Akan tetapi kalau peniaga minyak masak sudah guna, used cooking oil ini menunggu di pintu kilang dia. “Jual kepada saya dengan harga RM4.10...”. Pada ketika dia cuma boleh dapat RM2.50 sekilo daripada pemborong. Ini ujian keimanan dia yang sangat luar biasa, teruji. Sebab peniaga minyak masak sudah guna ini dia ambil dan dia akan campur dan dia jual ke luar negara untungnya berlipat kali ganda. Ketika kita keluarkan subsidi hampir RM1 bilion tidak sampai kepada sasaran sebab ada kemungkinan, saya tidak buat tuduhan. Akan tetapi saya fikir ketika menjawab nanti Yang Berhormat Menteri boleh mengesahkan. Saya boleh merasakan bahawa berlaku di bawah sana kalau penguatkuasaan tidak dilakukan dengan baik ini akan menyebabkan ketirisan subsidi, ketirisan minyak masak yang sudah dibungkus kepada peniaga yang membeli untuk tujuan dibuat minyak masak campuran untuk dijual kerana harganya lebih mahal di pasaran antarabangsa. Jadi, saya menganjurkan supaya langkah penguatkuasaan ini akan dapat ditingkatkan dengan lebih baik lagi. Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada isu MITRA. Kenapa saya sebut ini Tuan Yang di-Pertua? Kawasan saya ini pengundi India agak signifikan. Sebahagian besarnya adalah masih lagi berada di lantai bawah kerak kemiskinan. Itu hakikatlah bila kita turun, semua kita dalam Dewan ini jadi wakil rakyat, pusat khidmat kita ini akan ada
orang berbaris dan berurusan kita boleh tengok. Bagi setiap 10 orang etnik mana yang datang. Jadi kalau kawasan saya, Kulim-Bandar Baharu itu jelas. Jadi sambil berurusan dengan mereka hampir setiap orang minta, “Datuk kalau nanti Datuk berucap di Parlimen tolong bawa isu MITRA...”. Saya dengar pandangan mereka. Lebih-lebih lagi bila saya buat sedikit pencarian saya dapati bahawa SPRM pun sudah memulakan tindakan. Saya baca 15 Oktober, SPRM buat kenyataan telah membuka kertas siasatan terhadap aduan berhubung penyelewengan dana di bawah agensi Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA). Sepuluh hari selepas itu 16 orang pengarah syarikat ditahan berhubung dengan penyelewengan dana MITRA. Kemudian pasukan penyiasatan membuat anggaran jutaan ringgit daripada RM100 juta yang diperuntukkan itu untuk pembangunan sosioekonomi dan program peningkatan kemahiran telah diselewengkan untuk kegunaan peribadi. Mereka juga berjaya establish anggaran 60 peratus geran MITRA tidak sampai kepada kumpulan sasaran. Apa yang paling sedih sekali tidak sampai kepada golongan B40 komuniti India. Saya berpendapat ini satu kejadian yang sangat menyayat hati. Tidak terfikir oleh saya mereka yang diberi amanah untuk mengurus dana sebesar RM100 juta untuk tujuan membantu orang miskin daripada kaum India ini, sampai tergamak terlibat dengan perbuatan seperti ini. Sementara agensi penyiasatan meneruskan siasatan, saya percaya Menteri yang berkenaan harus tampil untuk memberikan jawapan tentang ketelusan, tentang amalan tata kelola di mana silap dan kelemahan dari sudut pelaksanaannya. Niatnya baik, komitmen telah diberikan RM100 juta, pelaksanaannya itu ada kecacatan. Saya berpendapat tidak perlu ada denial syndrome, sindrom penafian. Oleh sebab kalau ada denial syndrome siasatan tidak akan dapat berjalan. Oleh sebab itu, saya syorkan supaya topik ini apabila penggulungan oleh kementerian berkenaan disinggung dan dijawab secara telus...
Yang Berhormat...
Ya.
...Sedikit.
Ya, silakan.
Yang Berhormat, sedikit.
Ya, silakan.
Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apakah pandangan Yang Berhormat terhadap cadangan sekiranya laporan perbelanjaan permohonan MITRA dibentangkan di Parlimen selain daripada laporan tersebut diletakkan atas meja semua Ahli Parlimen? Hari ini saya pasti Yang Berhormat sendiri tidak tahu NGO mana di kawasan Yang Berhormat yang telah menerima geran ataupun peruntukan daripada MITRA. Saya sendiri tidak tahu. Jadi untuk ketelusan dan untuk menjunjung integriti bukan sahaja MITRA tetapi Kementerian Perpaduan Negara, maka cadangan saya adalah laporan perbelanjaan MITRA diletakkan atas meja saya. Sekiranya SMS yang viral itu tidak keluar, maka kita tidak akan tahu bahawa wujud unsur-unsur penyelewengan atau tidak mengikut penyiasatan SPRM tetapi hari ini sudah jelas. Apakah pandangan Yang Berhormat? Terima kasih.
Terima kasih sahabat saya dari Yang Berhormat Batu Kawan. Tuan Yang di-Pertua, ini pangkat adik sayalah. Ayah dia dengan ayah saya orang kuat Union. Ayahnya P. Patto dan ayahanda saya suatu ketika dahulu orang kuat Union. Jadi, hari ini kami bertemu di Parlimen ini dan beliau mewakili Batu Kawan.
Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju. Kita dengarlah ya, disebut ada 15 NGO dan Institut Latihan Kemahiran Swasta dapat peruntukan RM3 juta. Belanja tidak ikut skop membangunkan sosioekonomi kaum India. Seramai 15 NGO itu, siapa punya? Takkanlah kementerian tidak boleh bentang dalam Dewan? Sebutlah NGO mana. Penemuan ini disahkan oleh Jabatan Audit Negara. Jadi, kementerian perlu tampil. Itu 15 NGO tadi belanja tidak ikut skop. 18 NGO lagi belanja hampir RM9 juta, dokumen sokongan tidak ada langsung. Tidak ada dokumen sokongan. Apabila Audit masuk, tidak ada dokumen sokongan, duit habis. Kumpulan sasaran tidak dapat, 18 NGO diketahui. Seramai 18 NGO ini semak dengan pendaftaran NGO, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Siapakah yang menduduki NGO ini? Okey, saya ada senarainya satu atau dua. Tidak semua, ada satu dua yang terlibat dengan orang politik tertentu, yang masih pegang jawatan. Hari ini pun ada lagi, penjawat jawatan itu sudah pegang jawatan di peringkat eksekutif dalam Dewan ini tetapi, jangan kita buat tuduhan. Saya ada maklumat, apabila Yang Berhormat Menteri jawab, barulah saya akan kemukakan. Apakah benar si polan-si polan terlibat? Oleh kerana itu, saya setuju bahawa sebahagian daripada pandangan Yang Berhormat Batu Kawan itu dimasukkan dalam ucapan saya. Tuan Yang di-Pertua, saya orang Kedah, Tuan Yang di-Pertua pun orang Kedah. Yang Berhormat Menteri Besar kita ini secara konsisten sebut dia hendak tuntut duit bayaran pajakan Pulau Pinang kepada Kedah ini RM100 juta. Duk sebut, kalau Pulau Pinang tidak bagi, dia akan sekat sungai. Biar orang Pulau Pinang ini minum air selut. Saya politik tidak lama sudah Tuan Yang di-Pertua, 27 tahun. Tidak pernah jumpa lagi watak yang macam ini.
[Ketawa]
Pada saya, biarlah bila sudah menjawat kedudukan itu, bercakap atas faktalah. Ada atau tidak dokumen 1786 itu? Baik, kalau saya kemukakan di sini Profesor Datuk Dr Ahmad Murad Merican dari Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), tokoh sejarah. Dia kata dalam kajian dia, dokumen itu dia kata tidak wujud. Jadi, tidak berbangkitlah soal pajakan. Saya pernah jadi ADUN Kedah, ADUN Lunas. Memang dalam pembentangan Bajet Kedah tiap-tiap tahun ada pembayaran pajakan Seberang Perai RM10,000. Sejumlah RM10,000 sekarang. Dahulu mungkin bernilai 10,000 Sepanyol kah atau apa saya tidak tahu. Akan tetapi, RM10,000. Hanya apabila Pakatan Harapan menjadi kerajaan, untuk tujuan itu diberikan RM20 juta one-off pada masa itu. Akan tetapi, yang namanya pajakan itu, pakar- pakar sejarah mengesahkan tidak ada dokumen ditemui. Takkanlah Yang Berhormat Menteri Besar tidak boleh semak? Jadi, isunya adalah dia perlu hasil baharu. Saya hendak syorkan begini. Di Kedah itu, di Ulu Muda tidak jauhlah dengan tempat saya, kampung saya Pokok Sena, Kuala Nerang, akhirnya sampai ke kawasan Ulu Muda. Kawasan hutan itu adalah hutan dara. Beratus-ratus tahun, besar 25,000 hektar. Jika Kerajaan Negeri Kedah tidak dibenarkan tebang hutan, tebang balak sebab di situ punca sungai, empangan yang memberikan 96 peratus kepada bekalan keperluan air Kedah, 80 peratus kepada keperluan air Pulau Pinang, 70 peratus kepada keperluan air Perlis untuk pengairan sawah padi, untuk menjadi sumber air bersih. Banyak kepentingan— untuk mengawal banjir. Kalau tidak dibenarkan tebangan itu, kerajaan negeri boleh mengangkat kepada Kementerian Alam Sekitar dan Air supaya dibincangkan pampasan yang munasabah, harga kepada Kedah mengekalkan kawasan hutan tidak boleh tebang, maka Kerajaan Persekutuan perlu pertimbangkan pampasan yang munasabah. Kalau sudah ada perjanjian ataupun pemberian lesen balak kepada syarikat, tidak kiralah oleh Kerajaan Negeri Kedah terdahulu atau sekarang, maka pampasan juga harus ditimbangkan supaya kehilangan hasil oleh Kerajaan Negeri Kedah itu ditampung dengan pampasan.
Jadi hutan terpelihara, sumber bekalan air terjamin, tidak perlu lagi hendak bangkitkan tuntutan yang tidak wujud dari sudut dokumennya. Kehilangan hasil itu ditampung melalui inisiatif pampasan kerana di sana nanti hendak dibangunkan pula projek pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim dan Kedah Aerotropolis. Ini satu lagi projek mega dan kedudukannya itu dekat pula dengan punca air. Itu akan menyebabkan banyak lagi kebimbangan. Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya mengharapkan di pihak kementerian nanti ketika menjawab, Kementerian Pengangkutan berkenaan dengan lapangan terbang, Kementerian Alam Sekitar dan Air berkenaan dengan pembalakan Ulu Muda, harus ada suatu panduan yang lebih jelas. Tuan Yang di-Pertua, isu industri air ini soal tarif air yang rendah kos bagi menjalankan— membersihkan air itu tinggi. Model ini sangat tidak sustainable. Non- revenue water juga meningkat pada ketika kita di bawah Water Services Industry Act ini ada negeri sudah migrate, ada negeri belum lagi. Ini soal rawatan dan juga pengagihan air (treatment dan water distribution). Jadi saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, apakah dilihat prestasi negeri yang sudah migrate kemudahan air ini dengan negeri yang belum lagi berbuat demikian? Apakah sudah disukat, dilihat beza prestasi mereka? Tuan Yang di-Pertua, lima minit terakhir saya menyentuh tentang Tabung Haji. Di bawah seksyen 16(2) Akta Tabung Haji, Tabung Haji dibenarkan menggunakan duit pendeposit untuk menguruskan jemaah haji pergi haji dan untuk membuat pelaburan, itu dibenarkan. Pendeposit Tabung Haji ini Tuan Yang di-Pertua, selama ini menikmati hibah atau dividen yang tinggi. Bukan sahaja tinggi, aktiviti perniagaannya comply, patuh syariah. Oleh sebab itu kalau kita tengok daripada segi rekod pendeposit Tabung Haji ini, 1.3 peratus pendeposit Tabung Haji memegang hampir 50 peratus daripada jumlah deposit di Tabung Haji, 50 peratus daripada jumlah deposit dipegang oleh 1.3 peratus sahaja pendeposit. Pendeposit yang tertinggi sekali memegang hampir RM190 juta sebab mereka mengharapkan pulangan yang tinggi dan bersih pada ketika itu. Baik, apabila pelaburan dibuat, pelaburan, ia terdedah kepada berjaya dan tidak, untung dan rugi. Saya tidak mahu prolong atau memanjangkan tajuk itu. Saya ingin bertanya kepada kerajaan ketika menjawab nanti, apakah hasil pelan penstrukturan dan pemulihan Tabung Haji? Kita tahu sahabat saya dari Yang Berhormat Parit Buntar telah mengemukakan pelan penstrukturan dan pemulihan. Hari ini pelan itu sedang berjalan. Ada aset yang telah dikenal pasti untuk diambil alih. Saya ingin bertanya, berapa yang telah diambil alih?
Misalnya, syarikat ladang, bangunan dan tanah ataupun sekuriti ekuiti domestik. Itu antara pelan penstrukturan dan pemulihan. Dalam pelan itu, ladang, bangunan, tanah dan sekuriti ekuiti itu antara yang dikenal pasti untuk diambil alih. Soalan saya, sudahkah selesai proses itu? Kalau selesai berapakah nilai pemindahan setiap satu dan berapa perbezaan nilai transaksi itu kerana saya ingin melihat setiap satu itu untuk membolehkan kita monitor atau menyusul dengan peranan kita untuk peranan semak dan imbang dan peranan memantau ini. Sekali gus saya ingin bertanya prestasi Tabung Haji sekarang. Aset yang memberi sustainable income, aset yang memberikan pendapatan yang berterusan sama ada fixed income termasuk money market atau pasaran kewangan. Kemudian, pendapatan daripada instrumen special purpose vehicle, saya juga ingin tahu prestasi Tabung Haji yang menyumbang pendapatan dari sudut ekuiti termasuk pelaburan strategik ataupun foreign equities. Saya ingin tahu performance Tabung Haji sekarang dari sudut investment properties dan ketika nantinya kerajaan menjawab terhadap performance Tabung Haji yang memberikan pendapatan, saya juga ingin kerajaan nyatakan apakah liabiliti-liabiliti semasa Tabung Haji sekarang untuk kita sukat dari sudut performancenya.
Sekali gus saya ingin tahu apakah dasar kerajaan sekarang akan tetap mengekalkan pemberian subsidi haji kepada bakal jemaah haji yang pergi kali pertama? Saya tahu tanggungan subsidi ini akan meningkat kerana meningkatnya inflasi. Akan tetapi apakah kesannya itu akan terus ditampung melalui dasar pendekatan subsidi haji ataupun ia akan dikurangkan yang akan menyebabkan melonjaknya harga ataupun kos pemberian ataupun jemaah haji. Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, sebelum duduk.
Ya, sila.
Tuan Yang di-Pertua, bolehkah Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu juga bertanya Menteri semenjak Tabung Haji ditubuhkan, berapa jumlah syarikat-syarikat yang ditubuhkan oleh Tabung Haji untuk berniaga? Daripada jumlah syarikat-syarikat yang berniaga itu, berapa yang sebenarnya untung dan berapa yang rugi? Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, soalan yang sangat pertinent, very pertinent question. Dalam rekod yang saya pernah ikuti dalam Dewan ini, jawapan di sebelah sana ada 112 syarikat, lima sahaja yang untung. Okey, yang lain itu tenat, parah, ala kadar dan sebagainya tetapi biar kita tunggu. Saya masukkan ucapan pertanyaan Yang Berhormat Sungai Petani dalam ucapan saya kerana pada kita perkara-perkara ini adalah perkara-perkara yang fundamental dalam kita memainkan peranan semak dan imbang dalam Dewan ini. Saya akhiri wabillahi taufik walhidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikumussalam. Terima kasih Yang Berhormat Kulim- Bandar baharu. Saya boleh sambung sampai 6.45 petang, so ada lagi 11 minit kalau ada sesiapa hendak bahas. Kalau tidak ada siapa, maka saya tangguhkan pada waktu ini. Tidak ada? So, esok ya. Terima kasih semua Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Selasa, 2 November 2021. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.34 petang]
Kamar KhasSpecial Chamber
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Projek Pembinaan Bangunan Tempat Letak Kereta Bertingkat di Bandar TawauSpecial Chamber
Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali, terima kasih saya ucapkan atas peluang yang diberikan kepada saya untuk bercakap di Kamar Khas ini.
Di sini, saya ingin mengutarakan berkenaan isu Projek Pembinaan Bangunan Tempat Letak Kereta Bertingkat di bandar Tawau. Pada 8 Januari 2020, Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Datuk Ir. Amrullah Kamal dilaporkan berkata, pihak majlis perbandaran telah mengemukakan permohonan untuk pembinaan parkir kenderaan bertingkat berhampiran kawasan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Tawau kepada pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sebagai usaha menangani masalah kekurangan tempat meletak kenderaan di kawasan tersebut.
Saya difahamkan bahawa projek tersebut telah dihentikan tanpa sebarang sebab. Satu soalan telah diajukan kepada Yang Berhormat Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan melalui persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini yang bertanyakan tentang jangkaan tarikh pembinaan bangunan tempat letak kereta bertingkat tersebut akan dimulakan. Jawapan rasmi yang diberikan menyatakan bahawa, projek pembinaan bangunan tempat letak kereta tersebut tidak dapat dibina pada masa ini. Sehubungan dengan itu, saya ingin mendapatkan kepastian sama ada projek tersebut masih dapat diteruskan atau tidak di bawah pemerintahan kerajaan semasa ataupun telah dibatalkan?
Bangunan tempat letak kereta bertingkat di hadapan Pasar Tanjung Tawau, sudah sekian lama dan sudah bertahun dipohon oleh penduduk di daerah Tawau
berikutan dengan keperluan dan permintaan yang tinggi ke atas infrastruktur merangkumi kawasan tempat letak kereta.
Pengumuman berkenaan projek pembinaan tempat letak kereta bertingkat di lokasi tersebut diterima baik serta amat dialu-alukan oleh penduduk Tawau dengan harapan agar fasilitet tersebut dapat menyelesaikan isu kekurangan kawasan parkir kereta khususnya di beberapa kawasan tumpuan di dalam bandar. Dalam lingkungan satu kilometer dari lokasi tersebut, turut meliputi dua buah pasar basah, satu terminal feri penumpang, satu pasar raya dan beberapa buah bangunan kedai.
Ini belum termasuk bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang terletak di atas Pasar Tanjung Tawau yang sering dikunjungi oleh orang ramai kerana ia merupakan pusat sehenti yang menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan kerajaan di bawah satu bumbung.
Bangunan tempat letak kereta enam tingkat tersebut sekurang-kurangnya dapat mengurangkan masalah berkenaan kekurangan tempat letak kereta yang sudah sekian lama menjadi antara kebimbangan utama dalam kalangan penduduk di daerah Tawau.
Sehubungan dengan itu, saya ingin menggesa agar pihak Kerajaan Persekutuan dapat memberi pertimbangan semula terhadap usul projek pembinaan bagi fasilitet tersebut kerana perebutan tempat letak kereta sudah menjadi lumrah harian bagi penduduk di daerah Tawau. Dengan itu, saya mencadangkan agar projek pembinaan bangunan tempat letak kereta bertingkat ini adalah seharusnya mendapat kelulusan di dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12). Sekian, terima kasih.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kota Kinabalu, Tuan Chan Foong Hin.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menerima permohonan cadangan Projek Pembinaan Bangunan Tempat Letak Kereta Bertingkat di Bandar Tawau dengan anggaran kos sebanyak RM40 juta daripada Majlis Perbandaran Tawau pada 17 Ogos 2020.
KPKT menyambut baik cadangan dikemukakan tersebut. Buat masa ini, belum ada ketetapan sama ada projek ini akan diteruskan atau dibatalkan. KPKT akan melaksanakan kajian lanjut berhubung permohonan ini dengan turut mendapatkan pandangan daripada kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan mengambil kira aspek-aspek lain termasuk peluang perniagaan yang mendatangkan
hasil kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di samping memberi kemudahan kepada masyarakat.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, permohonan ini seterusnya akan diangkat untuk pertimbangan dan kelulusan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU-JPM) dalam tempoh RMKe-12 tertakluk kepada hasil kajian tersebut di atas. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Pembinaan Balai Bomba Baharu: Balai Bomba Batang KaliSpecial Chamber
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua, Batang Kali merupakan satu daripada DUN di bawah Parlimen Hulu Selangor.
Statistik tahun 2010 sahaja menunjukkan kepadatan penduduk di DUN ini sebanyak 115 ribu orang. Oleh itu, wajarlah permohonan agar diwujudkan sebuah Balai Bomba Batang Kali. Ia bagi memenuhi keperluan penduduk setempat. Bandar Batang Kali juga telah maju berbanding pekan lain di Hulu Selangor. Pelbagai industri sederhana dan berat sedang berlangsung dengan rancak di bandar ini.
Malahan pelbagai rangkaian perniagaan dan keusahawanan turut bertambah dengan banyak. Selain itu, pembinaan Jambatan Batang Kali juga masih dalam proses pembinaan. Projek yang sering tergendala ini mengakibatkan aliran trafik yang tinggi di persimpangan Batang Kali. Malah, sering kali mengakibatkan kemalangan jalan raya yang membebankan masyarakat setempat. Tuan Yang di-Pertua, apabila kemalangan berlaku, respons pantas akan tergendala kerana ketiadaan balai bomba yang berdekatan. Ini mendukacitakan masyarakat awam terutamanya mereka yang bermastautin di Batang Kali.
Tambahan pula, sekiranya berlaku kebakaran di industri atau di lot kedai, kebakaran ini tidak dapat dikawal dengan segera oleh sebab perjalanan untuk pasukan bomba ke kawasan insiden mengambil masa yang lama. Bayangkan, oleh sebab isu ini terjadi ia mengakibatkan kejadian yang dahsyat boleh berlaku. Malah, tidak mustahil sekiranya kebakaran tersebut boleh merebak ke kawasan berdekatan.
Kawasan Batang Kali juga mempunyai hampir 30 buah kampung yang masih kekal hingga ke hari ini. Ia juga merupakan suatu cabaran yang getir buat pasukan bomba sekiranya berlaku sebarang kemalangan atau kebakaran di kawasan perkampungan. Kesukaran pasukan bomba untuk memasuki kawasan kampung terutamanya di pedalaman juga menyumbang kepada faktor kelewatan masa untuk pasukan bomba bertindak terhadap sesuatu kes itu.
Malahan, ia menyebabkan mangsa akan mengalami kerugian harta benda kerana kemusnahan total akibat kebakaran. Balai Bomba Batang Kali dicadangkan dibina di bandar Batang Kali. Permohonan ini akan mengguna pakai tapak rizab bomba oleh Pejabat Daerah Tanah Hulu Selangor di lot bernombor PT 24665. Dengan kewujudan fasiliti ini, pastinya memberikan kemudahan buat masyarakat setempat.
Sebagai penutup, Hulu Selangor memohon agar pihak kerajaan dapat mempertimbangkan permohonan pembinaan Balai Bomba Batang Kali dengan sewajarnya bagi memastikan kesejahteraan dan keperluan infrastruktur asas bagi komuniti ini dapat dikecapi seiring dengan kepesatan pembangunan setempat. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Puan June Leow Hsiad Hui, Yang Berhormat Hulu Selangor.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sentiasa berusaha dalam memastikan capaian perkhidmatan kebombaan dapat diperluas dan ditambah baik dari semasa ke semasa bagi memenuhi ekspektasi masyarakat terutamanya melibatkan isu keselamatan nyawa dan harta benda.
Pada masa kini, kawasan Batang Kali mendapat khidmat kebombaan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Baharu, kategori C dengan jarak 15 kilometer yang mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk sampai ke kawasan tersebut. Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu ini memiliki keanggotaan seramai 35 orang yang dilengkapi dengan sebuah Fire Rescue Tender (FRT) dan 2 buah unit bot aluminium bagi tujuan pemadaman kebakaran serta tugas-tugas penyelamatan yang lain.
Berhubung dengan isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat, kementerian melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah membuat satu permohonan pemilikan tapak tanah berkeluasan 0.49 ekar di Lot 24665, Batang Kali kepada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) Negeri Selangor pada bulan Julai, 2014 dan ia telah diluluskan pada bulan Jun, 2017.
Walau bagaimanapun, perancangan pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat
(BBP) Batang Kali yang baharu pada ketika itu ditangguhkan memandangkan terdapat keperluan pembinaan balai bomba lain yang lebih kritikal di negeri Selangor yang perlu diberi keutamaan terlebih dahulu.
Berdasarkan kepada penilaian semasa, kawasan Batang Kali kini telah mengalami peningkatan jumlah penduduk dan kepesatan pembangunan yang ketara.
Justeru, kementerian melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bercadang untuk membina sebuah balai bomba kategori D di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) mengikut keutamaan. Walau bagaimanapun, pelaksanaannya bergantung kepada kelulusan agensi Pusat serta keupayaan peruntukan kewangan semasa.
Bagi memastikan penduduk di kawasan Batang Kali mendapat perkhidmatan kebombaan yang sewajarnya, kementerian melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) juga telah merancang untuk mempertingkatkan penubuhan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) yang akan bertindak sebagai pasukan tindak balas awal kecemasan sementara menunggu ketibaan anggota bomba dari balai yang berhampiran. Pasukan Bomba Sukarela (PBS) yang ditubuhkan ini akan memfokuskan kawasan-kawasan penempatan yang jauh daripada capaian masa bertindak (response time) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta di kawasan pedalaman.
Pada masa yang sama, PBS ini juga akan diberikan latihan dan dibekalkan dengan peralatan perlindungan diri (PPE) serta kelengkapan asas pemadaman kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tanggungjawab dalam menjaga keselamatan bukanlah hanya terletak pada bahu agensi kecemasan semata-mata.
Peranan dan fungsi komuniti atau masyarakat juga perlu seiring agar aspek pembudayaan amalan keselamatan dapat terus dipertingkatkan dan diperkasakan. Oleh yang demikian, kementerian melalui JBPM telah mengambil langkah proaktif untuk menambahkan bilangan penubuhan Bomba Komuniti melalui inisiatif Bomba Unity Keluarga Malaysia di kawasan Batang Kali yang mana ahli-ahlinya akan diberikan kefahaman tentang aspek pencegahan kebakaran, latihan kebombaan serta disediakan alat pemadam api selaku peralatan asas kawalan awal kebakaran. Berdasarkan rekod semasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), di kawasan Batang Kali sahaja terdapat sebanyak 11 pasukan Bomba Komuniti yang berdaftar dengan keahlian seramai 105 orang.
Detail-nya, Tuan Yang di-Pertua, adalah – boleh saya bacakan?
Ya.
Ada 11 buah pasukan.
Jumlah | Bil. 1. |Nama Pasukan (Bomba Komuniti) JKKK Kampung Kuala Kubu Bharu|Ahli 7| |------------------|-----------------------------------------------------------|-----:| | 2|JKKK Kampung Melayu Rasa | 7| | 3|JKKK Kampung Asam Kumbang | 7| | 4|JKKK Ampang Pecah | 7| | 5|Melor Response Team | 10| | 6|Kampung Dato' Harun, Serendah | 15| | 7|Persatuan Penduduk Wawasan Fasa 5 | 10| | 8|Jabatan Kerja Raya Kuala Kubu Bharu | 12| | 9|Kalumpang | 12| | 10|Kampung Genting Malik | 11| | 11|Kerling | 7| |Jumlah Keseluruhan| | 105|
Pada masa yang sama, kementerian melalui JBPM akan terus mempergiatkan kempen kesedaran keselamatan kebakaran melalui pelaksanaan Program 1 Rumah Satu Alat Pemadam Api (1RAPI), penyediaan alat pengesan asap dan gas serta memperkasakan penglibatan suri rumah di dalam Program Sedia Urus Isi Rumah
(SURI) dengan memberi taklimat tentang kesedaran berhubung bahaya kebakaran dan juga sesi demonstrasi pemadaman kebakaran.
Namun demikian, untuk makluman Yang Berhormat, keperluan pembinaan balai bomba baharu terutama yang telah memenuhi keperluan kajian perlindungan kebakaran seperti di Batang Kali ini wajar diberi perhatian serius oleh pihak kerajaan. Maknanya keperluan ada di Batang Kali agar kita dapat mempercepatkan perkhidmatan bantuan kecemasan kepada masyarakat. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat semua, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang, Selasa, 2 November 2021. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera.
[Kamar Khas tamat pada pukul 2.48 petang]