Dewan Rakyat · 2 November 2021
15th Parliament, session 4, meeting 2 · 450 turns · 49,680 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Menteri Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Tuan Steven Choong Shiau Yoon [Tebrau] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sektor mana yang dibenar menerima kemasukan pekerja asing baharu, berapa pekerja asing yang akan diluluskan bagi setiap sektor dan berapa lama kelonggaran ini akan berlangsung.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada sahabat saya Ahli Yang Berhormat Parlimen Tebrau dalam soalan yang dikemukakan pada pagi ini. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil maklum bahawa soalan Ahli Yang Berhormat merujuk kepada kenyataan media yang saya buat secara bersama iaitu antara saya dan juga Yang Berhormat Datuk Seri M. Saravanan, Menteri Sumber Manusia mengenai prosedur operasi standard kemasukan pekerja asing bagi semua sektor yang dibenarkan iaitu selepas mesyuarat jawatankuasa bersama antara kedua-dua kementerian mengenai pengurusan pekerja asing yang kita adakan pada 26 Oktober 2021. Sebagaimana yang dimaklumi, Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang bersidang pada 22 Oktober 2021 telah bersetuju dengan cadangan SOP kemasukan pekerja asing ke Malaysia bagi semua sektor yang dibenarkan dengan sektor perladangan menjadi sektor pertama yang dibenarkan untuk menerima kemasukan pekerja asing baharu. Dalam hal ini, kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan kemasukan seramai 32,000 orang pekerja asing secara pengecualian khas bagi memenuhi keperluan tenaga kerja untuk sektor perladangan khususnya kelapa sawit. SOP yang sama akan dikuatkuasakan kepada semua sektor yang ditetapkan dan diluluskan secara case, mengikut case-by-case oleh mesyuarat jawatankuasa bersama antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia baru-baru ini. Sementara itu kerajaan masih lagi meneliti jumlah pekerja asing yang akan diluluskan bagi setiap sektor yang dibenarkan. Kementerian dan agensi kerajaan yang berkaitan sedang melaksanakan analisis yang terperinci mengenai perkara ini bagi memastikan kerajaan mempunyai hala tuju strategi dalam mencapai keseimbangan antara ekonomi dan kesihatan ketika negara masih berusaha memerangi COVID-19. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih atas jawapan daripada Menteri Dalam Negeri. Memandangkan ada ramai pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berada di Malaysia, macam mana kita boleh selesaikan isu ini kerana jawapan
daripada Yang Berhormat Menteri adalah kita bawa masuk pekerja asing. Ini bermakna ini adalah pekerja dari luar negara. Pada masa yang sama, kita ada ramai yang masih di Malaysia tanpa izin. Adakah ada program pemutihan untuk memastikan ini termasuk dalam usaha untuk memastikan sektor-sektor yang penting di dalam negara kita tidak terjejas dengan pekerja yang diperlukan untuk menyumbang kepada ekonomi kita. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Benar kalau kita kata ramai lagi warga asing yang mengaku melalui pekerja asing tanpa izin yang dikatakan berada dalam negara ini. Saya tidak boleh deny tentang perkara ini. Walau bagaimanapun, dalam program Rekalibrasi Tenaga Kerja yang kita umumkan, dari tahun lepas sehinggalah akhir tahun ini 31 Disember, saya hendak maklumkan bilangan permohonan sudah pun ada sebanyak 212,926 mereka yang memohon. Majikan pula 11,751. Kita telah pun membuat verifikasi tentang mereka yang memohon ini dan saya hendak maklumkan kepada semua Yang Berhormat dalam Dewan ini bahawa ada beberapa sektor yang mereka khusus ingin mendaftarkan diri iaitu melalui perkilangan sahaja kita ada 65,484 yang telah pun mendaftar untuk bekerja semula. Pembinaan – 122,075, manakala perladangan – 7,176, pertanian – 12,003.
Ini ialah mereka yang telah pun mendaftar dengan kita dan berminat untuk mana- mana majikan mengambil dan bekerja semula. Ini ialah program yang kita namakan Recalibration Programme- rekalibrasi untuk pekerja asing tanpa izin. Saya juga hendak maklumkan melalui program ini, kita ada lagi program yang kita namakan Program Rekalibrasi Pulang PATI. Maknanya dia mendaftar dan dia hendak pulang. Itu sudah pun mencecah angka sebanyak 147,705 dan kutipan wang kompaun untuk mereka balik semula adalah berjumlah RM71,368,700. Ini membuktikan program ini mencapai kejayaan buat setakat ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan yang kedua, saya jemput Yang Berhormat Ipoh Barat.
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya dua perkara. Satu, saya difahamkan rekalibrasi itu tidak berfungsi. Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia telah mengesahkan pada 7 Oktober, mengatakan beberapa bulan ini ia tidak berfungsi. Saya hendak tanya, bilakah data-data itu akan diupdate supaya masyarakat Malaysia atau majikan boleh menggunakan sistem tersebut? Saya hendak tanya juga mengenai Special Independent Committee on Foreign Workers, di mana cadangan adalah bahawa semua pekerja asing yang hendak datang ke negara ini patut diurus oleh Kementerian Sumber Manusia. Ini ialah rekomendasi dalam report tersebut. Adakah Yang Berhormat mengetahui perkara itu? Adakah report itu dibuat publik? Oleh sebab masa hendak buat publik, kerajaan telah bertukar pada tahun dulu. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Sila Yang Berhormat Menteri, dua minit 30 saat.
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Pertamanya, tentang sistem yang digunakan yang kata tidak berfungsi. Itu tidak benar sebab kalau tidak berfungsi, saya tidak boleh mengemukakan data-data tersebut. Cuma verifikasi apabila mereka – contohnya sudah berdaftar dengan kita, kemudian verification itu adalah untuk mereka datang semula bekerja dengan majikan mana. Itu ada sedikit kefahaman yang perlu diberikan kepada majikan-majikan semua. Saya ingat tidak lama lagi, dalam seminggu dua ini, perkara ini akan settle. Walau bagaimanapun, pekerja asing itu sendiri telah pun berdaftar dan majikan sendiri pun telah mendaftarkan. Jadi, itu tidak menimbulkan masalah. Contohnya saya hendak maklum, kalau mereka dah berumur 55 tahun. Kalau 55 tahun, hendak bekerja
semula dalam Program Rekalibrasi, itu sedikit masalah yang timbul. Verification yang ini sedang kita lakukan, insya-Allah akan selesai tidak berapa lama lagi.
Jadi, apakah yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia itu tidak benarlah?
Mungkin kesilapan daripada segi kefahaman.
[Ketawa] Maybe you can clarify dengan dia supaya kita dapat pengesahan sedemikian.
Kalau macam ini susah hendak jawab nanti. Ini sedikit kefahaman antara penerimaan Yang Berhormat dengan Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia yang menjelaskannya. Walau bagaimanapun, tentang apa yang disebutkan tentang siapa yang patut menguruskan pekerja-pekerja asing. Saya hendak maklumkan, semua pekerja yang berada dalam negara kita, keperluan pekerjaan dalam negara, kita berikan kepada Kementerian Sumber Manusia. Oleh sebab itu, segala kuota yang diperlukan mesti mendapat kelulusan daripada Kementerian Sumber Manusia. Saya sendiri telah pun menyerahkan kuasa yang ada dengan saya tempoh hari untuk saya serahkan kepada Kementerian Sumber Manusia untuk melakukannya. Dia yang patut meluluskan kuota, kemudian selepas dah meluluskan kuota, barulah verification sama ada mereka itu boleh dibenarkan masuk. Itu dilakukan mengikut kaedah yang sama melalui Kementerian Dalam Negeri. Kalau ini boleh berlaku dengan sebaik mungkin, insya-Allah pada masa hadapan tidak timbul lagi kuota yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri. Saya hendak sambung sedikit Tuan Yang di-Pertua adalah kerana hendak menjelaskan. Kalaulah kuota itu dimohon, Kementerian Sumber Manusia dah luluskan, katalah 100. Kemudian dia perlukan 120 yang sebenarnya. Dia boleh buat rayuan, rayuan itu boleh dihantar kepada Kementerian Dalam Negeri. Kementerian Dalam Negeri, saya sendiri tidak akan meluluskannya kerana kita telah menubuhkan jawatankuasa sama ada kelulusan 100 itu mencukupi ataupun tidak, mengikut segala kriteria ataupun tidak. Apakah ada lagi keperluan yang memang patut diberikan? Kemudian, jawatankuasa ini nanti yang akan meluluskannya ataupun menolak permintaan rayuan tersebut. Kalau itu telah pun berlaku, barulah saya menandatangani. Kalau lulus, lulus, kalau tolak, tolaklah. Itu apa yang telah pun kita buat selama ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertanyaan Menteri seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Bandar Kuching, satu minit.
2. Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [Bandar Kuching] minta Menteri Pengangkutan menyatakan, langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengawal jumlah penerbangan dan harga tiket kapal terbang ke Sabah dan Sarawak yang melambung tinggi.
Tuan Yang di-Pertua, penetapan tambang dan kekerapan penerbangan domestik oleh syarikat penerbangan negara adalah berdasarkan kepada rasionalisasi sektor perkhidmatan udara domestik pada tahun 2006. Syarikat-syarikat penerbangan diberikan kebebasan untuk menentukan liputan rangkaian, kekerapan penerbangan dan kadar tambang yang ingin ditawarkan berdasarkan kepada permintaan pasaran melalui kaedah dinamik. Di samping itu, syarikat penerbangan juga mempraktikkan konsep cross subsidization dalam penetapan harga tambang. Sekatan perjalanan antara negeri yang dikuatkuasakan dalam tempoh PKP sebelum ini dan berterusan di bawah tempoh PPN telah memberi impak besar kepada jumlah trafik penumpang udara domestik yang secara langsung telah menjejaskan kemampuan syarikat penerbangan untuk mempraktikkan konsep cross subsidization dalam penetapan harga tambang.
Berdasarkan pemantauan yang dilakukan oleh MAVCOM pada 27 Oktober, tarikh penerbangan antara 2 hingga 8 November tahun ini, MAVCOM mendapati kebanyakan penerbangan di antara Semenanjung dan Sarawak merekodkan harga tiket yang tinggi iaitu antara satu hingga enam kali ganda lebih mahal berbanding dengan harga tiket pada tahun 2019. Bagi laluan Semenanjung ke Sabah pula, berdasarkan pemantauan yang sama di antara 4 hingga 10 November 2021, MAVCOM mendapati harga tiket yang lebih rendah di antara 30 peratus hingga 62 peratus direkodkan berbanding dengan harga tiket pada tahun 2019. Harga tiket penerbangan yang tinggi ini antara lain merupakan kesan kepada pelaksanaan had kapasiti penerbangan oleh kerajaan negeri sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membendung penularan wabak COVID-19. Pada ketika ini, kekerapan penerbangan ke Sarawak telah berkurangan sebanyak 86 peratus berbanding dengan tempoh sebelum wabak COVID-19. Manakala bagi penerbangan di antara Semenanjung dan Sabah, kekerapan penerbangan telah berkurangan sebanyak 49 peratus. Kerajaan Negeri Sarawak melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri pada 24 September 2021 telah bersetuju membenarkan peningkatan kekerapan penerbangan bagi mana-mana laluan di antara Semenanjung Malaysia dan Sarawak daripada 22 penerbangan seminggu kepada 87 penerbangan seminggu. Pada waktu yang sama, syarikat penerbangan dibenarkan untuk menyediakan perkhidmatan tanpa had kapasiti penumpang. Peningkatan kekerapan dan kelonggaran had kapasiti ini telah berkuat kuasa mulai 8 Oktober. Dengan kebenaran ini, kekerapan perkhidmatan penerbangan ke Sarawak telah meningkat kepada 50 penerbangan seminggu mulai 8 Oktober yang lalu. Selanjutnya, Kerajaan Negeri Sarawak pada 25 Oktober telah bersetuju untuk membenarkan peningkatan kekerapan daripada 89 penerbangan seminggu kepada 223 penerbangan seminggu tanpa had kapasiti penumpang berkuat kuasa mulai 1 November 2021. Kebenaran ini dijangka akan membolehkan pihak syarikat penerbangan meningkatkan kekerapan operasi penerbangan dan menawarkan harga tiket yang lebih rendah. Harga tiket penerbangan bagi laluan ke Sabah dan Sarawak dijangka akan kembali ke paras purata apabila jumlah kekerapan penerbangan beroperasi seperti biasa. Pada waktu ini, Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak wajar mempertimbangkan untuk mempermudah protokol kesihatan bagi kemasukan penumpang ke Sabah dan Sarawak dan perkara ini perlu disokong oleh peningkatan keyakinan penumpang untuk terbang di fasa endemik. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan pertama, sila Yang Berhormat Bandar Kuching.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya meneliti jawapan Yang Berhormat Menteri. Saya memang faham mekanisme cross subsidization ini tetapi bagi saya dalam zaman pandemik ini kerajaan haruslah lakukan lebih banyak. Oleh sebab bagi saya tidak adil kalau kita pass the cost kepada pengguna, terutamanya pada masa ini, sekarang kita memang semua susah. Jadi soalan saya, apa langkah-langkah yang boleh kerajaan lakukan more- lebih banyak untuk membantu isu ini? Selain itu, satu isu yang sangat teruk sekarang ialah jadual penerbangan selalu bertukar-tukar. Kita beli tiket untuk hari ini, lepas itu tukar retime to tomorrow, retime to the next day. Ini satu isu yang sangat penting dan sangat membebankan pengguna.
Soalan yang terakhir, zaman PH bawah Yang Berhormat Seremban, beliau telah berunding dengan syarikat penerbangan, ada tiket khas dengan harga yang khas pada musim perayaan. Saya rasa sekarang Deepavali hendak tiba, Krismas dan Tahun Baru, adakah kerajaan sekarang bercadang untuk berbincang dengan syarikat penerbangan untuk mewujudkan satu tiket harga khas untuk musim perayaan ini? Sekian, terima kasih.
Sila Yang Berhormat Menteri, dua minit 20 saat.
Terima kasih, ada tiga soalan dalam soalan tambahan tadi. Pertama tentang harga tinggi, bagaimana intervensi oleh pihak kerajaan. Saya ingin menyatakan bahawa sejak 2006, kita membenarkan supaya syarikat yang akan menentukan berdasarkan kepada supply and demand, itu pertama. Kita tidak regulate daripada segi tambang sebab itu setakat apa rendah sekalipun, kita tidak campur tangan. Oleh sebab itulah sebelum pandemik berlakunya saingan yang hebat, akhirnya kesemua syarikat penerbangan itu tidak untung. Tidak apa kerana yang penting ialah mereka saing dan dalam satu free market, mereka boleh buat. Akan tetapi dalam keadaan pandemik, apa yang berlaku ialah kekerapan penerbangan berkurangan secara mendadak. Itu yang menyebabkan sekatan, banyak sekatan yang telah dibuat. Saya bagi contoh, apabila Kerajaan Negeri Sarawak bercadang untuk mengurangkan ataupun menambah, sorry kekerapan daripada 22 kepada 87 tetapi syarikat penerbangan tidak sanggup dapat 87 kerana salah satu syarat yang dikhaskan oleh kerajaan negeri ialah perlu ada satu separation, di mana perasingan yang memberi buffer kepada mereka untuk menguruskan penumpang. Akan tetapi daripada segi penjadualan, ia tidak boleh dilakukan oleh syarikat penerbangan. Oleh sebab itu daripada 87, hanya 50. Akan tetapi keputusan terakhir mulai 1 November, perkara ini telah kita mansuhkan. Dengan cara ini, kita berharap ia dapat pulih kepada keadaan sedia kala dan kita boleh menambah bekalan dan juga daripada segi permintaan, akan meningkat. Dengan cara inilah, barulah kita dapat rendahkan kos tambang yang begitu tinggi sekali. Kemudian daripada segi jadual, jadual yang bertukar-tukar. Oleh kerana frekuensi sekarang tidak banyak tetapi apabila frekuensi sudah bertambah, connectivity antara satu tempat ke satu tempat lain, ia tidak terjejas dan sekatan separation iaitu 90 minit itu tidak lagi dikuat kuasa, maka perkara ini dapat kita uruskan. Apa yang telah disarankan oleh Yang Berhormat di mana pada zaman PH diminta supaya syarikat penerbangan, kita boleh merayu kepada syarikat penerbangan untuk berbuat demikian. Sepertimana yang saya katakan, berdasarkan kepada keputusan Kabinet 2006, kita tidak lagi membuat intervensi tentang harga. Kita boleh galakkan mereka mengadakan atau bersimpati dalam keadaan perayaan mereka sepatutnya memberi apa dia sebagai tanggungjawab sosial mereka dan itu boleh kita teruskan, tetapi terpulang kepada keputusan yang akan dibuat oleh syarikat penerbangan yang rata-rata mengalami kerugian besar disebabkan oleh pandemik. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan kedua saya jemput Yang Berhormat Papar.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya juga berkenaan dengan penerbangan. Memang betul apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Bandar Kuching, harga tiket penerbangan tidak menentu untuk sektor Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur. Bayangkan kelas ekonomi hingga mencecah RM1,599 di mana pada keseluruhannya apa yang telah kita lalui, saya memang berulang kali dari Sabah ke Semenanjung, selalu saya menempah dalam lingkungan RM300 hingga RM500, tetapi ada kalanya sehingga RM1,599 untuk kelas biasa, kelas ekonomi. Jadi saya merayu kepada kerajaan supaya campur tangan dalam perkara ini. Kalau boleh, kita set berapakah harga siling yang harus dikenakan kepada penumpang- penumpang. Ini kerana kebanyakannya penumpang-penumpang kelas ekonomi ini adalah orang biasa yang tidak berkemampuan. Lainlah kalau orang yang selalu mengikuti kelas pertama ataupun kelas business, itu lain ceritanya. Akan tetapi yang paling penting ialah untuk kelas ekonomi, kalau boleh kerajaan harus set berapa harga siling yang harus dikenakan kepada setiap penumpang. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Papar. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Papar atas soalan tadi. Memang kita prihatin tentang apa yang berlaku dalam ketika kita berdepan dengan pandemik dan apa yang telah dilakukan oleh pihak MAVCOM sebagai pihak berkuasa, kita memantau. Oleh sebab itulah kita telah membuat satu pemerhatian pada 27 Oktober untuk berkuat kuasa dari 1 November oleh kerana kita masuk ke fasa baharu dan banyak sekatan kita telah keluarkan. Apa yang penting ialah kita hendak menambah frekuensi. Kalau dengan menambah frekuensi itu, saya yakin daripada segi harga tambang, permintaan, ia hanya dapat disumbangkan kerana bekalan dan permintaan itu dapat kita seimbangkan. Saya bersimpati dan juga melihat keadaan ini dan kita sentiasa meminta MAVCOM yang merupakan satu badan bebas memantau. Kalaulah syarikat penerbangan mereka mengenakan bayaran yang terlalu tinggi tanpa sebab ataupun justifikasi, maka tindakan boleh diambil terhadap mereka. Akan tetapi untuk kerajaan menetapkan harga siling sepertimana yang saya katakan keputusan Kabinet ialah kita tidak regulate tentang tambang ke mana paras mereka hendak turunkan itu tidak jadi masalah sebagai satu saingan antara syarikat penerbangan. Akan tetapi dalam keadaan di mana berdepan dengan pandemik, kita juga berharap kerana ada sokongan daripada kerajaan mereka berdepan dengan pandemik, maka dalam keadaan ini kita akan pastikan MAVCOM menjalankan pemantauan dan kita hendak meningkatkan daripada segi frekuensi dan akhirnya, ia tidaklah membebankan rakyat yang menaiki pesawat, yang menaiki penerbangan ini. Sekian, terima kasih.
Pertanyaan Menteri seterusnya, saya menjemput Puan Kashthuriraani a/p Patto, Yang Berhormat Batu Kawan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Ikan kembung ikan gelama, Barakah laut dari Pulau Aman, Suara dan rintihan sahabat nelayan saya membawa, Mohon menjawab soalan Batu Kawan.
3. Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan] minta Menteri Pertanian dan Industri Makanan menyatakan apakah usaha kerajaan untuk menangani illegal, unreported and unregulated fishing serta apakah mekanisme kerajaan untuk memproses permohonan lesen nelayan setelah sekian lama dibekukan.
Terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan melalui MAFI telah mengambil beberapa langkah untuk menangani aktiviti IUU ini. Antaranya: (i) melaksanakan aktiviti pemeriksaan dan pengawasan ke atas vesel-vesel nelayan tempatan berlesen bagi mematuhi Akta Perikanan 1985 mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan; (ii) melaksanakan aktiviti pengawasan dan penguatkuasaan di perairan perikanan Malaysia dengan kerjasama agensi-agensi penguat kuasa yang lain termasuk APMM, PDRM dan juga DOF; (iii) kerajaan telah menubuhkan pasukan petugas khas menangani isu pencerobohan vesel nelayan asing yang diketuai oleh KDN; (iv) Op Naga Timur Sabah dan Sarawak dan Op Naga Barat dilaksanakan untuk membantu menghapuskan insiden ketirisan hasil laut dan memelihara keselamatan dan kedaulatan negara; dan
(v) menaikkan denda maksimum melalui pindaan kepada Akta Perikanan [Akta 317] yang telah diwartakan pada 30 September 2019 daripada RM1 juta kepada RM6 juta bagi nakhoda dan bagi setiap anggota kru dari RM100,000 kepada RM6,000 denda. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini lesen zon A, B dan C dibekukan pengeluaran semenjak tahun 1983. Walau bagaimanapun, bagi lesen zon C2, pengeluaran lesen masih terbuka di mana masih terdapat baki sebanyak 995 lesen daripada kuota keseluruhan 2,069 unit. Pada masa yang sama, lesen baharu bagi zon A masih dipertimbangkan untuk kelulusan berdasarkan proses pemutihan yang dilaksanakan dari semasa ke semasa dan ia tertakluk kepada daya tampungan (carrying capacity) sesebuah kawasan berbanding dengan sumber perikanan yang sedia ada. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan pertama, sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan tadi. Yang Berhormat Menteri, pada tahun 2016, Malaysia rugi RM6 bilion melalui IUU fishing dan pada tahun 2019, Malaysia rugi lagi RM4 bilion. Salah satu isu yang dihadapi oleh pihak penguatkuasaan adalah tonto di laut. Seperti Yang Berhormat Menteri katakan tadi, peningkatan penguatkuasaan di laut sangat mencabar kerana wujud tonto-tonto di sana dan juga mengikut Kapten Imaludin dalam satu interview dengan The Star R.AGE.
Beliau menyatakan bahawa ada juga anggota daripada pihak penguatkuasaan yang juga terlibat dalam sindiket ini untuk memberi maklumat dengan izin, cat and mouse game. Apabila anggota penguatkuasaan, nelayan-nelayan Malaysia menghampiri bot-bot haram ini atau vesel-vesel haram ini, mereka seolah-olah diberikan maklumat sebelum bot kita menghampiri. Then mereka akan terus masuk ke sempadan yang lain. Maka bidang kuasa penguatkuasaan Malaysia ini terbatas. Saya ingin tahu, apakah langkah- langkah dan tindakan strategik memandangkan walaupun ada peningkatan dalam denda, walaupun ada penguatkuasaan pembelian bot tetapi salah satu isunya Yang Berhormat Menteri, adalah maintenance. Sebagai contoh, dalam satu insiden MV Pekan, tidak merujuk kepada Yang Berhormat Pekan tetapi kepada vesel atau bot nama dia MV Pekan. Tiga dive boat tidak berfungsi pada masa wartawan berjumpa dengan kapten. So saya ingin tahu, selain daripada penguatkuasaan, increasing penalties and fines, bagaimana kita hendak mengekang isu tonto di laut ini? Itu untuk isu pertama, Tuan Yang di-Pertua. Isu yang kedua adalah mengenai nelayan. Yang Berhormat Menteri, jawapan Yang Berhormat Menteri berikan bahawa lesen ini dibekukan sejak tahun 1983 dan hari ini lesen telah diberikan mengikut case-by-case basis. Di kawasan saya sendiri dan saya tahu di Dewan ini, ramai Ahli Parlimen yang ada persisiran pantai, yang ada nelayan pantai menghadapi isu yang sama, di mana mereka ingin menjalankan aktiviti ini. Ini adalah rezeki mereka, ini adalah punca kehidupan mereka dan mereka ini dah mohon banyak kali. Kadang-kadang dah sepuluh kali mohon pun masih ditolak, rayuan pun masih ditolak. Maka saya ingin tahu di sini...
Yang Berhormat, ringkaskan soalan ya, 30 saat sahaja tadi saya bagi.
Baik. Sorry, sebab dia isu yang sangat lama tidak dibawa ataupun diberi perhatian yang sewajarnya.
Sila.
Nelayan adalah frontliner at sea Tuan Yang di-Pertua. Maka, mereka perlu diberikan perhatian yang sewajarnya. Bukan sahaja isu-isu yang besar. Hari ini, saya ingin cadangkan di sini agar proses pemberian lesen ini yang selama ini dibekukan, janganlah sampai lima tahun sekali direview macam pilihan raya. Ia sepatutnya dijalankan frequently, Yang Berhormat Menteri. Saya juga ingin tahu, subsidi dan insentif nelayan tahun ini adalah RM191...
Saya benarkan satu soalan sahaja tambahan, not two, not three. Please.
Baik, semuanya berkaitan. Semuanya berkaitan, semua berkaitan.
Tak, satu soalan sahaja. Tambahan.
Berapakah lesen yang telah diluluskan setakat ini dan berapakah lesen yang masih dalam proses permohonan? Terima kasih.
Terima kasih. Sila Yang Berhormat Menteri, dua minit 30 saat.
Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat menanyakan beberapa soalan. Sebenarnya mengikut peraturan mesyuarat, cuma satu soalan tambahan boleh ditanya dan ianya harus berkaitan dengan soalan asal. Untuk makluman Yang Berhormat, seperti yang saya katakan tadi, menjawab soalan yang part kedua tadi itu. Seperti yang saya katakan tadi bahawa pengeluaran lesen perikanan ini dalam semua zon bergantung pada setelah melalui proses pemutihan, itu satu. Selepas itu, juga the carrying capacity, iaitu sumber ikan yang ada dalam satu-satu kawasan. Itu merupakan faktor perkiraan yang diambil oleh jabatan untuk mengeluarkan lesen. Walau bagaimanapun, seperti yang saya katakan tadi, walaupun ianya melibatkan case to case basis, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setakat tahun lalu, sebanyak 6,628 lesen telah dikeluarkan di beberapa zon. Maknanya, walaupun kita katakan telah dibeku dan kita katakan bahawa ada proses case to case basis, sebanyak 6,000 lesen telah dikeluarkan selepas proses pemutihan. Di Perlis contohnya, 157 lesen. Kedah, 647 lesen. Eh! Kedah 322 lesen. Sorry. Pulau Pinang, 538 lesen dan negeri-negeri lain yang dikeluarkan lesen. Lesen yang dibatalkan adalah di Kedah, contohnya 647 lesen. Pulau Pinang 464 lesen dibatalkan. Jadi, dalam proses berterusan dan kita akan melihat permohonan untuk lesen baru mengikut kes dan juga mengikut carrying capacity dalam satu-satu kawasan. Untuk soalan kedua Yang Berhormat berkenaan dengan masalah tonto, saya ingin katakan bahawa proses penguatkuasaan ini, tindakan dan langkah penguatkuasaan adalah satu proses yang berterusan. Kita akui banyak kaedah yang digunakan oleh pihak- pihak tertentu untuk mengelak daripada ditangkap oleh pihak penguatkuasaan yang dilakukan oleh agensi-agensi penguatkuasaan yang ada di negara kita. Walau bagaimanapun, untuk tahun lalu sahaja sehingga setakat ini untuk tahun 2021, sembilan buah kapal asing telah ditangkap di perairan negara kita. Vietnam, 82 kapal. Indonesia, 14 buah kapal dan Thailand, tiga buah kapal. Jumlah, 99 buah kapal. Maknanya, proses penguatkuasaan ini adalah satu proses yang berterusan dan kita akui bahawa ada ketirisan, ada kebocoran maklumat yang dilakukan. Walau bagaimanapun, ianya akan terus menjadi perhatian dan siasatan oleh agensi penguatkuasaan negara kita. Terima kasih.
Terima kasih. Soalan tambahan kedua, saya jemput Yang Berhormat Hulu Langat.
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, pada Disember 2020, Ketua Pengarah Perikanan ada menyebutkan bahawa kerajaan telah memperuntukkan RM100 juta untuk pemodenan bot nelayan. Ini sangat penting sebenarnya kerana anak-anak tempatan tidak berminat untuk terlibat
dalam industri nelayan disebabkan oleh bot-bot yang tidak selesa. Saya difahamkan dan kita juga membiarkan awak-awak dari luar negara untuk berkhidmat dalam industri itu. Soalan saya, sejauh mana kementerian ini mengadakan kempen supaya wujudnya pelabur-pelabur dari luar melabur untuk membesarkan, untuk memperkuatkan lagi industri nelayan khususnya dalam pembinaan bot-bot tempatan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat. Sila Yang Berhormat Menteri, dua minit tiga puluh saat.
Memang betul terdapat dana sebanyak RM150 juta untuk naik taraf dan juga pemodenan vesel-vesel ‘A’ dan ‘B’ kepada tahap yang lebih tinggi. Itu satu dana sebanyak RM150 juta. Walau bagaimanapun dana tersebut tidak digunakan, dimanfaatkan sepenuhnya oleh nelayan-nelayan kelas ‘A’ dan ‘B’. Walau bagaimanapun, dana ini ketika ini sedang diolah dan diletakkan di bawah Agrobank dan akan diolah, meletakkan syarat-syarat yang lebih mudah bagi memudahkan nelayan-nelayan Kelas ‘A’ dan ‘B’ ini memanfaatkan dana RM150 juta yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk program ini. Terima kasih.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih Ahli Yang Berhormat [Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Tuan Sabri bin Azit [Jerai] minta Menteri Tenaga dan Sumber Asli menyatakan apakah JKPTG dapat mempercepatkan proses pindah milik, pembatalan dan daftar nama di geran tanah setelah mendapat perintah daripada mahkamah syariah kerana terdapat proses hak pindah milik tertangguh sehingga bertahun untuk diselesaikan.
Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, sebenarnya Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa berkaitan proses pindah milik, pembatalan dan pendaftaran nama di geran tanah yang melibatkan pembahagian pusaka bagi si mati. Dalam konteks pendaftaran turun milik akibat kematian, pendaftar hak milik hendaklah merujuk kepada seksyen 346 Kanun Tanah Negara. Ini kerana mana-mana tanah atau bahagian atau kepentingan dalam tanah yang menjadi harta pusaka si mati bagi tujuan pendaftaran, pendaftar hak milik hendaklah merujuk hanya kepada perintah atau surat kuasa pentadbir yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi di bawah Akta 97 atau JKPTG di bawah Akta 98. Seksyen 421(A) Kanun Tanah Negara memperuntukkan dalam perkara dan kuasa mahkamah yang dinyatakan adalah termasuk Mahkamah Syariah. Antara bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah melibatkan pengeluaran sijil faraid, pengesahan nasab, pengesahan wasiat dan hibah dan harta sepencarian. Merujuk kepada konteks soalan asal Yang Berhormat, sebenarnya Bahagian Pembahagian Pusaka di bawah JKPTG bertanggungjawab menguruskan permohonan pembahagian harta pusaka kecil melibatkan harta pusaka orang Islam dan bukan Islam.
Pada masa yang sama, seperti Yang Berhormat sedia maklum, kita sedang membuat pindaan kepada Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 [Akta 98] yang mana antara lain peluasan bidang kuasa harta pusaka kecil meliputi semua jenis harta dan meningkatkan nilaian keseluruhan harta pusaka si mati kepada RM5 juta daripada RM2 juta.
Bidang kuasa harta pusaka kecil diperluaskan bagi meliputi semua jenis harta dan tidak lagi tertakluk kepada syarat si mati seperti meninggalkan harta tak alih seperti sedia ada melalui pindaan seksyen 3 subseksyen (2). Walau bagaimanapun, sekiranya mempunyai pertikaian khusus orang Islam yang melibatkan isu dalam bidang kuasa mahkamah syariah, perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah syariah akan diambil kira dalam isu tersebut. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas penjelasan yang diberikan. Cuma, saya hendak tegaskan sekali lagi ataupun saya hendak minta pencerahan sekali lagi daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah perintah anggapan kematian yang diperoleh daripada Mahkamah Syariah boleh digunakan bagi tujuan permohonan pembahagian harta pusaka? Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan yang relevan ini. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, sijil kematian merupakan dokumen penting dalam permohonan pusaka. Sekiranya kematian seseorang tidak dapat dibuktikan dalam sijil kematian, maka sesuatu perintah anggapan kematian perlu dikemukakan. Hanya perintah Mahkamah Tinggi Sivil sahaja boleh diterima pakai bagi tujuan permohonan pusaka kerana pengurusan dan pentadbiran pembahagian harta pusaka adalah di bawah Senarai Persekutuan di bawah Jadual Kesembilan para 4(e)(i) Perlembagaan Persekutuan. Oleh kerana pengurusan pembahagian pusaka kecil menggunakan peruntukan undang-undang sivil, maka hanya perintah anggapan kematian yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Sivil sahaja yang boleh digunakan. Sebaliknya, perintah anggapan kematian dikeluarkan bagi orang hilang oleh Mahkamah Tinggi Syariah tidak boleh digunakan. Kebiasaannya, perintah anggapan kematian yang dikeluarkan Oleh Mahkamah Tinggi Syariah adalah bagi tujuan memberi kebenaran isteri kepada individu yang hilang tersebut untuk berkahwin lain. Justeru, sebarang pengesahan kematian si mati yang tidak mempunyai bukti kematian adalah perlu mendapatkan perintah perundangan sivil bahawa seseorang itu telah diisytiharkan mati iaitu melalui perintah deklarasi Mahkamah Tinggi yang diperoleh berdasarkan seksyen 108 Akta Keterangan 1950 [Akta 56] dengan syarat selepas tujuh tahun tidak ketahuan keberadaan individu tersebut sama ada masih hidup ataupun telah meninggal dunia. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi ketika menjawab soalan asal Yang Berhormat Jerai tadi berkenaan dengan JKPTG. Kita sedia maklum memang ada pindaan yang telah diluluskan oleh Dewan yang mulia ini pada minggu lepas dan saya antara pembahas ketika rang undang-undang tersebut dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri. Kita tahu bidang kuasa dinaikkan dan sebagainya. Soalan saya, berkaitan dengan soalan asal juga, apakah langkah-langkah untuk memastikan backlog timbunan cases yang sedia ada di JKPTG di setiap negeri, saya hendak sebut di setiap negeri ataupun setiap daerah, boleh diselesaikan ataupun diatasi dalam masa terdekat? Saya bagi contoh. Ada permohonan yang telah dimasukkan lebih setahun belum dapat tarikh pendengaran. Saya hendak bagi satu contoh, ada satu kes melibatkan Yang Berhormat dalam Dewan ini. Beliau adalah waris. Dimasukkan kes pada bulan Mei tahun lepas, hanya dapat tarikh pendengaran pada September baru-baru ini. Lebih 16 bulan. Dan kes ini banyak di semua negeri. Jadi, apakah tindakan daripada kerajaan khasnya kementerian ini dan JKPTG untuk mengatasi masalah ini? Juga, apakah sesi pendengaran secara online, secara hibrid akan dilakukan untuk kes-kes yang tidak banyak pertelingkahan ataupun konflik ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Sebenarnya soalan yang ditujukan oleh Yang Berhormat Rasah adalah sangat bersesuaian. Namun begitu,
saya tidak ada perincian mengenai apa yang dinyatakan tadi. Maka saya minta izin untuk memberikan jawapan secara bertulis. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
2. Dato' Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah [Kubang Pasu] minta Menteri Pertanian dan Industri Makanan menyatakan bagaimana Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025 yang bakal dilancarkan dapat meningkatkan kedudukan Malaysia di dalam Global Food Security Index (GFSI).
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, MAFI komited dalam memastikan pelaksanaan strategi-strategi yang dirangka menerusi Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara (DSMN) 2021-2025 bertepatan dengan keperluan semasa sekuriti makanan negara termasuk senario, isu dan cabaran global. Dimensi ketersediaan (availability), akses (accessibility), penggunaan (utilization) serta kestabilan kemapanan (stability and sustainability) dijadikan sebagai asas-asas pengukuran GFSI. Saranan-saranan penambahbaikan yang dibangkitkan oleh The Economist Intelligence Unit (EIU) menerusi Laporan GFSI 2020 turut diambil kira dalam penyediaan Pelan Tindakan DSMN termasuk usaha-usaha untuk menangani ketidakstabilan pengeluaran hasil pertanian, kebergantungan import makanan, kebergantungan ekonomi terhadap sumber semula jadi, akses kepada data mudah alih dan pembiayaan kewangan serta kemapanan sumber semula jadi. Di bawah Pelan Tindakan DSMN, MAFI melaksanakan inisiatif-inisiatif seperti Pusat Pengembangan Akuakultur, pelaksanaan Program SMART Sawah Berskala Besar serta kajian-kajian berteraskan makanan alternatif ternakan juga makanan ruji untuk merancakkan pengeluaran makanan negara. Pelaksanaan inisiatif ini juga dapat mengurangkan kebergantungan terhadap import makanan dengan meningkatkan produktiviti sistem makanan melalui pengukuhan infrastruktur dan pemerkasaan pengeluaran makanan. Di samping itu, usaha-usaha berteraskan pemeliharaan dan pemuliharaan sumber semula jadi bagi kesinambungan pengeluaran makanan turut dilaksanakan oleh MAFI untuk menjaga kawasan perlindungan marin dengan mewartakan sebagai kawasan larangan tangkapan ikan. MAFI yakin usaha sama dan inisiatif sebegini akan menyumbang kepada peningkatan kedudukan negara dalam GFSI tahun-tahun mendatang. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mungkin kita hendak bezakan di antara food security dan juga self-sufficiency di dalam makanan untuk negara kita. Seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, kebergantungan kita kepada makanan yang diimport, nampak macam kita masih tidak boleh hendak selesaikan perkara ini atau mengurangkan. Contohnya, tahun 2019, kita punya import bil makanan RM51.5 bilion, tahun 2020 meningkat RM55.5 bilion. Mungkin kita kata mungkin eksport kita meningkat. Eksport kita juga menunjukkan trend yang menurun. Jadi, soalan saya Tuan Yang di-Pertua, ialah di dalam indeks ini, antara perkara yang menjadi halangan kepada kita ialah tentang natural resources dan resilience yang mana dalam hal ini kita mendapat skor kosong dalam national agricultural adaptation policy. Jadi, soalan saya, adakah MAFI dalam merangka ini semua hanya dalam kelompok MAFI sahaja ataupun sebenarnya perlu berbincang, contohnya dengan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) untuk memperincikan lagi dalam kita hendak pastikan bahawa natural resources dan resilience ini dapat kita tingkatkan skor kita dan langsung memberikan suatu keadaan yang lebih selesa kepada negara?
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Sila, Yang Berhormat Menteri. Satu minit.
Terima kasih Yang Berhormat. Natural resources dan resilience adalah merupakan dimensi baharu yang dinyatakan oleh EIU dalam mengira kedudukan negara-negara di bawah GFSI Ini.
Kalau Yang Berhormat katakan bahawa itu merupakan satu masalah besar pada kita, sebenarnya kita mempunyai natural resources, cuma perlu diurus secara mapan. Berbanding dengan negara seperti Singapura. Pertama sekali, Singapura berhadapan dengan masalah dimensi baharu yang dibuat oleh GFSI ini. Jadi, untuk makluman Yang Berhormat, kedudukan Malaysia pada ketika ini, yang terkini ini adalah di kedudukan 39 daripada 100 buah negara yang terlibat dalam pengiraan GFSI ini. So, kita meningkat daripada kedudukan 43 ke-anak tangga 39. Ya, saya setuju Yang Berhormat bahawa isu sekuriti makanan negara bukan satu isu yang dipandang berat oleh kementerian dan kerajaan. Sejak tahun 2020, satu Cabinet Committee on Food Security dibentuk oleh kerajaan. Begitu juga penubuhan Jawatankuasa Dasar Agro Makanan 2.0 disandarkan kepada kemapanan dan juga ketelusan kita dalam menangani food security- masalah food security negara. Begitu juga dengan dasar-dasar yang lain dibuat oleh kerajaan- mengambil kira tentang hendak melihat negara kita di kedudukan yang baik daripada segi food security. Yang Berhormat, itu merupakan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan bahawa kita mapan daripada segi sekuriti makanan ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Jempol.
Soalan tambahan kedua, saya cari sebelah sini. Saya jemput Yang Berhormat Kemaman.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan ini memfokuskan kepada lima Teras Strategik. Salah satunya melibatkan pengukuhan gabungan jabatan dan agensi. Soalan tambahan saya, apakah mekanisme yang digunakan di bawah Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025 ini bagi menjamin kekurangan bekalan makanan import seperti bawang dan juga beras tidak berlaku sekali gus menyebabkan ketidakstabilan harga barangan asasi. Ini lebih-lebih lagi apabila berlakunya bencana global seperti mana yang berlaku pada hari ini iaitu COVID-19. Terima kasih.
Sila Yang Berhormat Menteri. Satu minit.
Memang menjadi kenyataan beberapa komoditi keperluan seperti bawang masih diimport secara besar oleh negara. Ini merupakan satu isu yang sedang ditangani di peringkat kementerian. Sebenarnya melalui satu keputusan yang dibuat oleh Kabinet, satu jawatankuasa di peringkat kementerian sudah dibentuk untuk menangani isu-isu bekalan barang makanan yang masih diimport secara besar daripada negara luar. Pada peringkat kementerian, kementerian juga sedang dalam perancangan untuk mewujudkan sebuah agensi sekuriti makanan di peringkat kementerian untuk melihat keseluruhan aspek sekuriti makanan termasuk kebergantungan kita terhadap import barang makanan dari luar yang mampu dikeluarkan oleh negara kita sendiri. Jadi, ini merupakan satu usaha yang berterusan yang dibuat oleh kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, boleh tambah sedikit? Sedikit sahaja.
Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Dato’ Sri Azalina binti Othman Said.
3. Dato' Sri Azalina Othman Said [Pengerang] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, progres terkini usaha kerajaan untuk mewujudkan Akta Suruhanjaya Kanak-kanak yang akan menjadi sebuah badan yang bebas dan memiliki bidang kuasa khusus bagi melindungi hak serta kebajikan kanak- kanak di Malaysia.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat atas soalan dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan Yang Berbahagia Profesor Dato’ Dr. Aziah Haji Mohd Awal sebagai Pesuruhjaya Kanak-kanak untuk tempoh tiga tahun mulai 27 April 2019 hingga April 2022. Dengan pelantikan ini, Pesuruhjaya ini berfungsi sebagai sebuah badan bebas yang akan menasihati dan membuat syor kepada kerajaan mengenai sebarang isu yang berkaitan dengan kanak-kanak daripada aspek kelangsungan hidup, pelindungan, perkembangan dan penyertaan kanak-kanak. Pelantikan Pesuruhjaya Kanak-kanak SUHAKAM ini telah dilaksanakan tertakluk kepada Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 di bawah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri. Sehubungan dengan itu, cadangan untuk mewujudkan satu akta suruhanjaya kanak-kanak yang khusus merupakan ketetapan dasar di bawah bidang kuasa Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri supaya ia tidak bertindih dengan fungsi SUHAKAM yang sedia ada. Berdasarkan maklum balas dari BHEUU JPM, ketetapan dasar ini perlu mengambil kira keberkesanan fungsi Pesuruhjaya Kanak-kanak yang telah diwujudkan untuk satu penggal serta kemampuan kewangan kerajaan ketika ini. Terima kasih.
Soalan tambahan pertama, Yang Berhormat Pengerang.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan saya ucapkan tahniah kepada kerajaan kerana tidak gugurkan Suruhanjaya Kanak-kanak daripada senarai ketetapan kerajaan. Walau bagaimanapun, saya harap bajet tahun 2022 akan memberikan pengkhususan kepada kanak-kanak. Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan saya adalah sedemikian. Daripada Laporan Statistik Kanak-kanak 2020, Ketua Perangkaan Malaysia menyatakan di dalam negara kita terdapat 9.24 juta orang kanak-kanak iaitu 28.3 peratus daripada jumlah rakyat Malaysia. Jadi, bila saya siasat dalam website kementerian, saya melihat bahawa fungsi Bahagian Kanak-kanak wujud tetapi tidak wujudnya jabatan khas kanak-kanak. Jadi, apa yang berlaku ialah Bahagian Kanak-kanak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang juga menjaga isu kanak-kanak, orang papa, gelandangan, OKU, masyarakat dan juga warga emas. Jadi, soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya dimaklumkan kononnya ada lima orang pegawai yang jaga hal ehwal kanak-kanak di bawah bahagian ini. Jadi soalan saya, kalau ada lima orang pegawai dengan jumlah kanak-kanak 9.24 juta, adakah ini bermakna seorang pegawai menjaga 1.848 juta orang kanak-kanak? Itu soalan pertama saya. Kedua, adakah dengan cabaran ini, kementerian berkemungkinan mahu menukar ‘Bahagian Kanak-kanak’ kepada ‘jabatan’, atau menolak ‘Bahagian Kanak-kanak’ di
bawah JKM untuk dipertanggungjawabkan kepada Suruhanjaya Kanak-kanak di bawah SUHAKAM memandangkan isu kanak-kanak merupakan isu overlapping, dengan izin, dalam isu kementerian dan juga agensi-agensi pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan dikemukakan. Saya mengucapkan terima kasih dan tahniah atas kepekaan Yang Berhormat atas isu berkaitan dengan kanak-kanak. Berkenaan dengan cadangan Yang Berhormat untuk mewujudkan ‘Jabatan Kanak-kanak’ ini sebenarnya kita sentiasa prihatin dan memerhati isu ini. Setakat ini, kementerian kita telah mengambil beberapa tindakan dan langkah iaitu kita telah mengadakan beberapa bengkel di mana kita mencadangkan ada tiga fasa. Fasa pertama, pengukuhan Bahagian Kanak-kanak JKM yang melibatkan pemusatan fungsi yang berkaitan dengan kanak-kanak secara dalaman JKM. Kedua, penstrukturan semula Bahagian Kanak-kanak JKM yang melibatkan penggabungan beberapa bahagian bagi tujuan pemusatan fungsi dan pertambahan fungsi yang berkaitan dengan kanak-kanak. Cadangan ini melibatkan naik taraf gred bagi Pengarah Bahagian Kanak-kanak dan juga pelantikan beberapa tambahan pegawai dan juga penubuhan jabatan. Fasa Ketiga, penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak sebagai agensi baharu yang melibatkan pindaan akta berkaitan bagi tujuan pemusatan fungsi mengenai kanak-kanak daripada kementerian dan jabatan. Walau bagaimanapun, kita kena memahami sebab ia melibatkan beberapa buah jabatan dan agensi yang lain. Jadi, pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kena mengadakan banyak lagi perbincangan lanjut bagi menentukan tempoh masa bagaimana untuk kita menubuhkan Jabatan Kanak-kanak ini. Saya mengucapkan terima kasih atas cadangan yang baik daripada Yang Berhormat. Terima kasih.
Okey, Timbalan Menteri. Soalan tambahan kedua, saya jemput Yang Berhormat Segambut.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya, adakah usaha KPWKM dalam membantu dengan penyelarasan antara kementerian kerana difahamkan Pesuruhjaya Kanak-kanak sukar mendapat kerjasama daripada kementerian lain termasuk Kementerian Pendidikan. Hendak dapat pertemuan dengan Menteri pun susah. Jadi, saya hendak fahamkan peranan KPWKM dalam membantu Pesuruhjaya Kanak-kanak ini. Untuk benda basic seperti appointment susah hendak dapat. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Bagi saya, sebenarnya tidak timbul isu masalah sebab kita sentiasa terbuka dan memberi kerjasama dan malah Pesuruhjaya Kanak-kanak pun selalu memberi pandangan, dan kita bersama terutama dalam isu-isu berkaitan dengan kepentingan kanak-kanak. Jadi, dalam isu ini tidak timbul isu masalah yang melibatkan birokrasi antara kementerian dengan Pesuruhjaya Kanak-kanak. Terima kasih.
Soalan saya adakah penyelarasan antara kementerian yang lain. Bukan KPWKM. Saya tidak kata KPWKM tidak bagi kerjasama. Saya kata Menteri lain sukar untuk Pesuruhjaya jumpa. Jadi sebagai kementerian yang bertanggungjawab menjaga kanak-kanak, apakah usaha untuk membantu Pesuruhjaya Kanak-kanak ini?
Okey, terima kasih atas pandangan ataupun soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat. Jadi, di kementerian, kita sentiasa mengadakan kolaborasi dengan beberapa buah agensi ataupun kementerian yang lain terutama yang melibatkan kumpulan sasar kami. Bukan sahaja kanak-kanak, malah, kumpulan sasar yang melibatkan warga emas, wanita, OKU dan sebagainya.
Jadi, kita harapkan supaya sekiranya ada permasalahan daripada kementerian lain yang melibatkan Pesuruhjaya Kanak-kanak, sila kemukakan supaya kita dapat membantu bersama. Kita juga ada jawatankuasa, saya kira Jawatankuasa Pilihan Khas di bawah pengerusinya, Yang Berhormat Pengerang. Kita juga membincangkan isu kanak-kanak yang juga melibatkan kementerian lain dalam jawatankuasa itu untuk kita melihat bersama demi kepentingan kanak-kanak di Malaysia. Terima kasih.
Terima kasih. Pertanyaan jawab lisan seterusnya saya jemput Yang Berhormat Kalabakan.
4. Tuan Ma’mun bin Sulaiman [Kalabakan] minta Menteri Kanan Pendidikan menyatakan sama ada kelulusan boleh diberi kepada Jabatan Pendidikan Negeri dan seterusnya JPN Daerah Tawau untuk melaksanakan penggantian bangunan-bangunan sekolah daif yang terdapat di kawasan Parlimen Kalabakan.
Terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Kalabakan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited untuk menyediakan infrastruktur pendidikan yang selamat dan kondusif khususnya dalam memastikan projek menaik taraf dan membangun semula bangunan daif dilaksanakan dengan teratur. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Arahan Perbendaharaan 182 (AP) 182 menetapkan bahawa, kementerian atau jabatan bukan teknik perlu mendapatkan perkhidmatan daripada jabatan teknik bagi melaksanakan semua projek kerja tertakluk kepada peraturan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa. Sekiranya kementerian atau jabatan ingin melaksanakan sendiri projek kerja tersebut, kelulusan khas pengecualian AP182 yang saya sebutkan tadi, dari Ketua Pengarah Jabatan Teknik berkaitan, perlu diperoleh. Pengurusan projek pembangunan melibatkan proses perancangan, pengurusan perolehan, pengurusan kontrak, pemantauan projek serta pelaporan memerlukan keupayaan serta pengetahuan teknikal yang tinggi. Oleh demikian, Yang Berhormat, perkara-perkara berikut perlu diambil kira sebelum sesuatu projek pembangunan dilaksanakan oleh KPM: (i) tahap kompleksiti projek; (ii) bidang kepakaran; (iii) ketersediaan reka bentuk; dan (iv) kapasiti pegawai teknikal di KPM. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini, jumlah perjawatan teknikal di Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) tidak memenuhi keperluan disiplin kejuruteraan. Tidak memenuhi keperluan disiplin kejuruteraan yang utama iaitu: (i) kejuruteraan awam dan struktur; (ii) kejuruteraan mekanikal dan elektrikal; (iii) arkitek; dan (iv) ukur bahan. Sehubungan dengan itu, untuk memastikan pelaksanaan projek menaik taraf dan membangun semula bangunan daif di sekolah Negeri Sabah adalah teratur. Projek ini dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah, memandangkan keupayaan dan kepakaran teknikal di JPN Sabah dan PPD adalah terhad. Sekian dan terima kasih.
Soalan tambahan, sila Yang Berhormat Kalabakan.
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapannya. Akan tetapi, kebanyakannya apa yang kita dengar adalah sistem atau birokrasi yang berlaku. Jadi, kita nampak di sini, pada tahun 2020, kita diperuntukkan RM577,094,100 untuk pembaikan sekolah luar bandar di Sabah dan Sarawak. Kita hanya belanjakan RM87 juta sahaja, 15 peratus. Tahun 2021, kita diberikan RM471 juta dan kita hanya belanjakan RM239,000, 50 peratus. Tahun 2022 akan datang, kita diberikan lagi RM912,103,000 untuk pembaikan sekolah luar bandar di Sabah dan Sarawak. Jadi, daripada rentetan ini, hanya 15 peratus, 50 peratus, pada tahun-tahun yang lalu. Sebagai Timbalan Menteri yang kebetulan berasal dari Sabah yang saya perhatikan sangat rajin turun melawat di beberapa buah sekolah untuk melihat sendiri permasalahan yang kita maklum sudah berlarutan sekian lama. Sudah sampai ketika, kerajaan melakukan semua yang dirancang dengan jujur dan ikhlas untuk membetulkan kerencatan kepada usaha pembangunan dan pembaikan infrastruktur dan fasiliti pendidikan yang sangat diperlukan di luar bandar Sabah, agar peluang pendidikan sejajar dengan rakan-rakan kita di Semenanjung. Sebagai jalan ke hadapan dan tanggapan bahawa Sabah ini mungkin terlalu jauh daripada pentadbiran Putrajaya. Adakah Yang Berhormat Menteri bersetuju akan berusaha agar kuasa autonomi diberikan kepada kerajaan Sabah dalam melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan bangunan sekolah daif negeri Sabah. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit.
Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan dan ada beberapa isu yang saya faham daripada soalan tambahan yang telah pun dikemukakan oleh Yang Berhormat Kalabakan. Barangkali kalau saya boleh tangkap ialah soal kelewatan pelaksanaan projek. Oleh sebab banyak yang telah pun diluluskan tetapi hanya 15 persen dan juga sebanyak 50 persen di Sabah dan Sarawak katanya yang baharu dilaksanakan. Saya ingin menyatakan begini Yang Berhormat Kalabakan bahawa ada beberapa isu yang telah menyumbang kepada kelewatan pelaksanaan projek ini. Pertama, kalau boleh saya katakan bahawa ialah soal pandemik telah menyumbang kepada kelewatan. Kedua, soal tapak tanah. Ketersediaan tanah ini sangat penting tetapi banyak isu dalam kita melaksanakan projek ini, saya dapati bahawa isu-isu tanah masih ada lagi. Jadi, ini telah menyumbang kepada kelewatan. Ketiganya juga ialah soal kelewatan urusan- urusan teknikal di peringkat agensi pelaksana yang telah pun dilantik oleh KPM. Saya untuk makluman Yang Berhormat, telah berbincang sendiri dengan Yang Berhormat Timbalan ketua Menteri Sabah yang kebetulan juga Menteri Kerja Raya Sabah supaya dapat melihat isu ini. Mana-mana urusan-urusan teknikal yang masih lagi terdapat ataupun stuck dengan izin di JKR Sabah, minta dipercepatkan. Kita kurangkan hal-hal birokrasi yang ada ini supaya dapat mempercepatkan. Keduanya, isu soal autonomi pendidikan diberikan kepada negeri Sabah. Saya kalau Yang Berhormat boleh lihat dalam Parlimen sebelum ini pun saya sangat konsisten bercakap soal isu autonomi ini. Akan tetapi, kena ingat bahawa kerajaan mempunyai ketetapan yang tertentu berlandaskan perundangan-perundangan kita. Soal ini kita akan lihat tetapi saya yakin dan percaya bahawa kerajaan kita sangat prihatin dan akan memastikan yang penting ialah pelaksanaan dan juga sasaran itu dapat dirasai oleh rakyat negeri Sabah dan juga Sarawak.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, Papar dan...
Tuan Yang di-Pertua.
Papar dan Yang Berhormat Kimanis berkongsi PPD.
Saya belum panggil lagi Yang Berhormat Papar.
Oh! Belum.
Soalan tambahan yang kedua saya jemput Yang Berhormat Simpang Renggam.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Okey, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Berkaitan autonomi seperti yang ditimbulkan tadi, saya amat menyokong penuh Yang Berhormat Kalabakan. Sebenarnya, kita pernah mulakan pada tahun 2019, kita bermula dengan Sarawak kalau masih ingat lagi. Kita pada waktu itu cuba untuk melakukan model yang sama kepada Sabah. Saya harap dapat diteruskan perkara ini, itu yang pertama. Kedua, apakah masih lagi sistem pemantauan dalaman sepertimana kami lakukan dahulu iaitu setiap kali post-Cabinet meeting pihak pembangunan akan memberikan update kepada Menteri dan Timbalan Menteri berkaitan progress secara mingguan pembaikpulihan sekolah-sekolah di Sabah dan apakah dashboard sudah kembali pulih? Ini kerana baru ini saya lihat dikatakan dashboard pulih tetapi kita lihat angkanya tidak berubah. Itu soalan saya. Seterusnya saya kira bila disebut tentang sekolah daif di Sabah dan Sarawak yang begitu dekat dengan hati saya, sudilah kiranya nanti JK Pilihan Pendidikan Parlimen yang mana saya telah dilantik menjadi Pengerusi, selepas ini kita akan memantau dengan dekat setiap pembaikpulihan, progress sekolah daif di Sabah dan Sarawak. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam.
Papar sekejap.
Yang Berhormat, saya panggil Yang Berhormat Papar dahulu.
Ya, sekejap sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kimanis dan Papar ini berkongsi Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Pejabat Pendidikan Daerah ini sudah lama menumpang di SK Surati di Papar. Jadi, saya sebagai wakil rakyat di Papar dan juga Kimanis juga berkongsi PPD, jadi saya menyeru kepada kawan kita ini dari Kimanis supaya dapat memberikan sedikit ihsan di mana mereka ini telah memohon berkali-kali untuk dapatkan bangunan PPD tersendiri. Di mana, tanah sudah ada tersedia, hanya menunggu kelulusan dan pecah tanah. Terima kasih, harap-harap dapat bantuan yang sewajarnya.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam. Saya setuju bahawa soal autonomi pendidikan sangatlah penting tetapi bagi saya pelaksanaan itu lebih penting. Mencapai sasaran itu lebih penting bagi saya. Ini supaya dapat dirasai oleh rakyat dan juga stakeholders kita di Sabah dan juga Sarawak. Soal pemantauan itu memang kita sentiasa buat untuk makluman Yang Berhormat dengan pendekatan yang kita buat pada waktu ini. Apa yang penting kita dapat progress dan juga update. Penting untuk kita melihat cara dekat apakah permasalahan. Kita akan buat, kita akan attend dengan izin setiap permasalahan yang dibangkitkan dalam laporan secara dalaman itu. Yang keduanya, soal pejabat PPD yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Papar. Saya amat bersetuju dan saya ingin maklumkan bahawa cadangan untuk memindahkan dan membina sebuah PPD baharu ini memang sudah ada. Akan tetapi, tinggal lagi isu-isu tanah ini yang saya katakan tadi masih lagi belum dapat diselesaikan sedangkan projek kita memang banyak diluluskan Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua.
Akan tetapi, banyak isu yang tertunggak disebabkan isu tapak, isu tanah. Dalam bajet baru-baru ini, kita banyak mendengar yang diluluskan sekolah-sekolah dan sebagainya. Akan tetapi, saya mahu pastikan bahawa projek itu hanya akan dilaksanakan sekiranya isu-isu tanah dan urusan-urusan teknikal cepat diselesaikan. Terima kasih.
Terima kasih. Pertanyaan soal jawab seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi, Igan.
5. Tuan Ahmad Johnie bin Zawawi [Igan] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan berapakah jumlah penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat di kawasan Parlimen Igan dari tahun 2018 hingga sekarang dan apakah mekanisme pemilihan yang diguna pakai serta jumlah peruntukan yang terlibat serta kategori penerima bantuan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Igan di atas soalan yang dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui JKM menyediakan bantuan kewangan kebajikan untuk meringankan beban kumpulan sasar dan buat sementara waktu sehinggalah kumpulan sasar itu mampu untuk keluar daripada kepompong kemiskinan dan mampu ke arah hidup berdikari. Berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat sehingga September 2021, jumlah penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat di kawasan Igan adalah seramai 1,061 orang penerima yang melibatkan semua skim bantuan jabatan. Peruntukan keseluruhan yang disalurkan dari tahun 2018 hingga 2021 ialah sebanyak RM8.5 juta. Bantuan kewangan bulanan yang disediakan oleh JKM merupakan bantuan secara bersasar dan terbuka kepada semua golongan yang memerlukan mengikut syarat dan kelayakan yang ditetapkan oleh Garis Panduan Pengurusan Bantuan Persekutuan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Syarat utama penentuan kelayakan pemberian bantuan ialah pendapatan garis kemiskinan semasa dan JKM telah menggunakan dua kaedah pengiraan PGK iaitu: (i) PGK Purata Miskin Isi Rumah Semasa; dan (ii) PGK Purata Miskin Perkapita Semasa. Alhamdulilah, dalam pengumuman bajet terbaharu, baru-baru ini kita akan menggunakan PGK RM1,168. Pertimbangan untuk menentukan kelayakan permohonan boleh menggunakan kaedah satu atau dua yang mana boleh memberi kesejahteraan dan kebajikan kepada pemohon. Penggunaan PGK semasa ini boleh diguna pakai dalam menentukan kelulusan permohonan: (i) Bantuan Am Persekutuan; (ii) Bantuan Kanak-kanak; (iii) Bantuan Orang Tua; (iv) Bantuan OKU Tidak Bekerja; (v) Bantuan Alat Tiruan; dan (vi) Bantuan Geran Pelancaran. Syarat kelayakan permohonan bantuan JKM bukan bergantung semata-mata kepada pendapatan, malah turut mengambil kira faktor-faktor lain seperti bilangan ahli isi rumah yang ditanggung, tahap ketidakupayaan ketua keluarga atau ahli keluarga dan faktor-faktor lain yang munasabah serta boleh memberi gambaran kedudukan kewangan dan perbelanjaan keluarga.
Kelulusan pemberian bantuan ini adalah melalui proses yang siasatan serta penilaian yang telah dibuat secara standard dan consistent. Setiap permohonan lengkap yang diterima akan disiasat dan dibuat penilaian bagi mengesahkan kelayakan permohonan agar bantuan diberikan benar-benar kepada mereka yang layak. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sila Yang Berhormat Igan, soalan tambahan yang pertama.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Saya mendengar dengan jelas dan teliti jawapan yang disebut Yang Berhormat tadi mengenai penerima bantuan kebajikan di kawasan Parlimen Igan yang sehingga kini seramai 1,061 orang penerima dengan jumlah peruntukan lebih kurang RM8.5 juta. Saya bangkitkan persoalan ini Yang Berhormat Timbalan Menteri adalah kerana perkara berkenaan dengan bantuan kebajikan ini sentiasa menjadi perhatian rakyat miskin yang sangat memerlukan di luar bandar. Tidak dinafikan ramai yang berjumpa dengan saya untuk meminta sokongan dan bantuan apabila mereka mengemukakan permohonan. Yang Berhormat Timbalan Menteri, daripada pemerhatian dan pengetahuan saya yang mengenali mereka. Mereka ini betul-betul terdiri daripada keluarga yang miskin tegar. Daripada segi kelayakan sebagaimana yang disebutkan tadi, saya rasa mereka ini lebih daripada layak, malah permohonan mereka disokong oleh ketua-ketua masyarakat. Soalan tambahan saya yang Yang Berhormat Menteri, mengapakah perkara seperti ini masih lagi berlaku? Adakah sesuatu kawasan itu dihadkan penerimanya mengikut kuota yang telah ditetapkan? Ini kerana, mustahil permohonan mereka ditolak. Selain daripada itu, pegawai-pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, saya rasa dengan hanya melihat kepada apa keputusan daripada yang temu duga. Akan tetapi, harus juga pergi ke rumah-rumah pemohon dan melihat bagaimana keluarga ini di situasi mereka. Seterusnya Yang Berhormat Menteri, adakah pihak kementerian bercadang untuk menaikkan jumlah bantuan kebajikan kepada RM1,000 sebagaimana yang pernah dicadangkan sebelum ini? Sekian, terima kasih.
Sila Timbalan Menteri, satu minit.
Ya, terima kasih Yang Berhormat di atas soalan yang dikemukakan dan terima kasih sangat-sangat di atas keprihatinan Yang Berhormat terhadap golongan miskin. Begitu juga kami, sebenarnya kami mahu memberi yang terbaik untuk mereka. Saya mengharapkan dalam memberi bantuan ini, kerjasama daripada pihak Yang Berhormat, daripada semua wakil rakyat sangat diperlukan. Sekiranya ada mereka yang tercicir supaya maklumat ini disalurkan kepada di bawah pejabat JKM kita. Setakat ini, kita mengadakan pelbagai cara. Ini kerana, kita memahami suasana bentuk muka bumi yang luas, mungkin juga jadi satu kekangan. Jadi kita mengadakan program operasi pejabat satelit di Parlimen Igan dan dibuka tiga hari seminggu di mana di setiap akhir bulan ini, kita turun ke daerah-daerah ini untuk memastikan supaya mereka yang di kawasan pedalaman mudah untuk berhubung dengan pegawai-pegawai JKM. Program ini juga kita laksanakan juga dengan kerjasama daripada JKM negeri Sarawak dan bersama juga ketua masyakat dan kaum-kaum. Kita juga buka talian permohonan secara atas talian. Jadi, sekiranya ada makluman keciciran ataupun mereka yang layak tapi masih belum dapat, saya mengharapkan laporan dan kerjasama daripada pihak Yang Berhormat supaya melaporkan kepada pihak JKM. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Tuan Hassan bin Abdul Karim, Pasir Gudang.
Soalan nombor tiga ada tidak?
Sekejap. Saya tidak nampak yang mahu bangkitkan soalan tambahan. Baik, saya jemput Yang Berhormat Padang Serai untuk soalan tambahan yang kelima tadi.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih atas kad jemputan ucapan yang Deepavali pada kaum India. Soalan saya, saya mohon penjelasan kementerian, bolehkah Yang Berhormat Menteri senaraikan penerimaan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat pada tempoh yang sama bagi Parlimen Padang Serai mengikut perkauman? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab, soalan asal ini adalah soalan untuk Parlimen Igan dan saya menyediakan data-data dan fakta yang melibatkan Parlimen Igan dan Sarawak. Jadi, minta maaf kerana dia menyimpang daripada soalan asal. Terima kasih, saya akan menjawab secara bertulis.
Jawab secara bertulis. Baik, sila yang kementerian seterusnya. Saya menjemput Tuan Hassan bin Abdul Karim [Pasir Gudang].
6. Tuan Hassan bin Abdul Karim [Pasir Gudang] minta Menteri Kewangan menyatakan adakah kerajaan akan melaksanakan cukai keuntungan modal (capital gains tax) dan cukai harta pusaka (inheritance tax) sebagai langkah untuk menambahkan hasil negara.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman, Ahli Yang Berhormat dari Pasir Gudang, setakat ini, kerajaan masih belum lagi melaksanakan capital gains tax (CGT) secara menyeluruh termasuk mengenakan cukai kerajaan atas keuntungan daripada pasaran modal. Kerajaan juga bercadang untuk memperkenalkan semula, sama ada cukai harta pusaka (estate duty) dengan izin atau cukai warisan (inheritance tax) sebagai untuk menambahkan hasil tax). Sebagai langkah untuk menambahkan hasil negara. Walau bagaimanapun melalui ucapan bajet 2022 pada 29 Oktober 2021 yang lalu minggu lepas, kerajaan telah mengumumkan beberapa cadangan untuk menambahkan kutipan hasil. Antaranya meningkatkan kadar duti setem dari 0.1 peratus hingga 0.15 peratus bagi nota kontrak Jual Beli saham senarai di Bursa Malaysia berkuat kuasa mulai 1 Januari 2022. hasil negara. Walau bagaimanapun, melalui ucapan bajet 2022 pada 29 Oktober 2021 yang lalu minggu lepas, kerajaan telah mengumumkan beberapa cadangan untuk menambahkan kutipan hasil antaranya meningkatkan kadar-kadar duti setem daripada 0.1 peratus hingga 0.15 peratus bagi nota kontrak, jual beli saham tersenarai di Bursa Malaysia berkuat kuasa mulai 1 Januari 2022. Kenaikan kadar duti setem ini akan diimbangi dengan pengecualian cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus ke atas perkhidmatan pembrokeran berkaitan dagangan saham senarai. Selain itu, kerajaan juga telah bersetuju untuk tidak bagi mengenakan cukai keuntungan harta tanah kerajaan atas individu pemastautin tetap dan selain syarikat yang melupuskan hartanah dalam tahun yang keenam yang seterusnya bagi mengurangkan beban kewangan pada pelupus. Terima kasih.
Soalan tambahan, silakan Pasir Gudang.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya yang kedua. Walaupun cukai keuntungan modal tidak dilaksanakan di Malaysia sehingga sekarang ini, kenapa antara
tahun 2004 sehingga 2014 kira-kira 1,500 orang rakyat Malaysia telah membawa keluar wang dan modal mereka ke pusat-pusat kewangan pesisir luar seperti Singapura, British Virgin Islands yang jumlahnya besar, ditaksirkan sebanyak RM1.8 trilion seperti yang didedahkan oleh Pandora Papers. Mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Sila Timbalan Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Saya tidak pasti dengan angka daripada 2004 hingga 2014 yang melibatkan 1,500 individu mengeluarkan wang ke pesisir pantai ke BVI sehingga RM1.8 trilion. Akan tetapi saya juga ingin mengambil kesempatan ini, terima kasih kerana menanya kerana saya juga dinamakan dalam Pandora Papers tersebut. Saya ingin maklumkan juga kepada Ahli Parlimen di sini, syarikat yang disebutkan itu adalah syarikat yang tidak aktif atau dormant. Di mana tidak ada suntikan saham atau suntikan aset dan sebagainya, tidak ada deklarasi dividen pun. Modal yang ada dalam syarikat tersebut waktu saya di sana ialah di bawah pengetahuan LHDN, di mana cukai ke atas nya telah pun dibayar. Terima kasih atas soalan tersebut, Yang Berhormat Pasir Gudang.
Ya, soalan tambahan.
Soalan tambahan.
[Bangun]
Saya jemput sebelah sini dahulu. Sila Yang Berhormat Pontian.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas penjelasan Timbalan Menteri Kewangan berhubung Pandora Papers yang mengaitkan nama beliau. Saya juga ada meminta supaya mereka yang disebut dalam Dewan ini untuk membela diri masing-masing. Ingin saya tanyakan ialah berapakah anggaran yang diperoleh oleh kerajaan dengan Cukai Makmur yang dicadang 33 peratus kepada syarikat-syarikat yang untung lebih RM100 juta? Adakah kerajaan sedang mengkaji untuk mewujudkan cukai kepenggunaan iaitu value-added tax untuk masa-masa akan datang? Terima kasih.
Terima kasih Pontian, sila Timbalan Menteri. Satu minit.
Mungkin saya jawab yang soalan nombor dua dulu, tentang consumption tax. Kerajaan sebenarnya menerima banyak cadangan untuk mengembalikan consumption tax atau GST atau VAT dan banyak artikel telah ditulis dan banyak cadangan yang telah diberikan kepada kita. Akan tetapi cadangan ini mestilah kita teliti untuk menentukan kaedah yang terbaik untuk pelaksanaan dan yang paling penting kita kena pastikan masa yang sesuai, the timing, dengan izin, untuk melaksanakannya. Kita perlu juga belajar daripada- untuk memperkasakan apa kelemahan-kelemahan waktu kita melaksanakan GST pada masa yang lalu, terutama sekali dalam kaedah refund dan sebagainya. Pertanyaan kedua ialah berapa anggaran cukai makmur? Cukai makmur ini adalah kepada syarikat yang berpendapatan cukai yang lebih RM100 juta bagi tahun 2022 dan pendapatan bercukai RM1juta pertama pada kadar 24 peratus dan selebihnya pada kadar 33 peratus secara one-off. Kita tidak berapa pasti tetapi kita menjangkakan anggaran itu sekurang-kurangnya kita mendapat RM3 bilion ke atas. Terima kasih.
Terima kasih. Soalan tambahan ketiga, saya jemput Yang Berhormat Teluk Intan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Akibat daripada pengumuman cukai makmur, semalam pasaran saham Malaysia telah pun jatuh teruk. Akibatnya telah rugi jumlah market capital lebih kurang RM33 bilion dalam satu hari. Saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah langkah yang akan dilakukan
oleh kerajaan untuk memastikan masalah financial mismanagement yang disebut dalam Laporan Ketua Audit Negara tidak akan berulang setiap tahun? Laporan Ketua Audit Negara yang terkini telah pun menyatakan, menegur pihak kerajaan akibat daripada ketirisan dan juga kesalahan financial mismanagement, negara telah pun rugi hasil setinggi RM620 juta. Maka, apakah akan dilakukan oleh Kementerian Kewangan dan kerajaan untuk memastikan masalah sedemikian tidak berlaku saban tahun? Apakah langkah yang akan dilakukan oleh pihak kerajaan terhadap mana-mana pihak yang bertanggungjawab atas financial mismanagement tersebut yang jelas merugikan rakyat dan negara. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Teluk Intan. Sila Timbalan Menteri, satu minit.
Terima kasih. Cukai makmur yang dilaksanakan ini sebenarnya hasil cadangan daripada banyak pihak yang mahukan syarikat yang tidak terkesan semasa pandemik COVID-19 untuk mengambil bahagian dalam usaha memulihkan ekonomi. Biarpun secara amnya kenaikan itu ialah sebanyak 9 peratus, ia nya adalah secara one-off. Kita rasa ia nya agak berpatutan memandangkan syarikat masih lagi memperoleh keuntungan tinggi dalam tempoh satu atau dua tahun sebelumnya. Ia nya kita rasa dilaksanakan secara adil dan tidak menyasarkan kepada industri atau sektor tertentu sahaja. Kita ambil maklum yang kelmarin penurunan sebanyak RM33.8 bilion atas reaksi kepada perkara tersebut. Ini mungkin ialah satu signal yang jelas yang mereka yang mungkin agak risau tentang cukai makmur ini. Akan tetapi banyak juga analysts mengatakan yang mereka yang tinggal itu, mereka adalah pelabur market players yang bersifat jangka pendek. Kita melihat mungkin- kita bagi beberapa hari, mungkin perkara ini memberikan ruang serta peluang kepada mereka yang ingin membuat pelaburan jangka masa panjang, untuk mendapat bargain atau pun harga yang baik untuk saham-saham yang ada sekarang ini. Berkenaan Ketua Audit Negara dan financial mismanagement itu, saya bersama-sama dengan Yang Berhormat Teluk Intan bersetuju, kita akan mengambil tindakan yang tegas dan memastikan ketirisan yang ada daripada perkara-perkara yang lepas ini kita perlu ambil tindakan yang wajar.
Apakah tindakan yang akan diambil, Yang Berhormat Menteri? Sila jelaskan kepada Dewan yang mulia ini. Terima kasih.
I think akan diambil tindakan. I think banyak mereka ini pun akan dipanggil oleh PAC. Kita akan melihat daripada Laporan PAC dan kita akan mengambil tindakan apa yang akan direcommend oleh PAC. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Untuk pertanyaan seterusnya, Yang Berhormat Tanjong Manis tidak ada dalam Dewan. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Iskandar Puteri.
8. Tuan Lim Kit Siang [Iskandar Puteri] minta Menteri Kanan Pendidikan menyatakan sama ada tempoh persekolahan para pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah untuk tahun 2023 dan ke hadapan akan terus bermula pada bulan Mac seperti pada tahun 2022.
Terima kasih Yang Berhormat Iskandar Puteri. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyedari bahawa sesi persekolahan secara bersemuka untuk tahun 2021 tidak dapat dilaksanakan seperti mana kebiasaan. Oleh yang demikian, KPM telah membuat ketetapan untuk melanjutkan sesi persekolahan tahun 2021 sehingga bulan Februari tahun 2022. Pelanjutan sesi ini membolehkan pihak sekolah merancang dan melaksanakan aktiviti pemulihan, pengukuhan dan pengayaan secara intensif bagi meningkatkan kesediaan murid untuk mengikuti tahun persekolahan berikutnya. Di samping itu, pelanjutan ini membolehkan murid Tingkatan Lima tahun 2021 mendapat peluang dan persediaan yang secukupnya untuk menduduki peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 pada bulan Mac 2022. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, KPM telah memperhalus kesesuaian takwim persekolahan untuk tahun 2023 dan seterusnya. Oleh itu, sesi persekolahan tahun 2022 yang bermula pada bulan Mac akan dijadikan sebagai panduan untuk perancangan pengoperasian sekolah akan datang. KPM komited untuk memastikan murid terus mendapat akses pendidikan dengan meneliti kesesuaian sesi persekolahan selaras dengan situasi semasa, khususnya pasca pandemik COVID-19. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan pertama.
Soalan tambahan. Seramai 5,000 orang kanak-kanak di Malaysia sudah menjadi anak yatim atau orphans oleh kerana pandemik COVID-19. Adakah satu program khas untuk kumpulan ini sepanjang 11 tahun sekolah rendah dan sekolah menengah untuk mereka? Kedua, sama ada Kementerian Pendidikan boleh memberi satu jaminan bahawa tiada nyawa akan hilang oleh sebab COVID dalam persekolahan ini?
Terima kasih Yang Berhormat Iskandar Puteri. Sila Timbalan Menteri, satu minit.
Terima kasih. Kita di KPM sentiasa prihatin untuk melihat murid-murid sepanjang masa bukan sahaja soal akademik, tetapi juga soal emosi mereka juga. Kita akan cuba sedaya-upaya bagaimana untuk memastikan mereka datang ke sekolah dalam yang baik, selesa, tanpa gangguan emosi yang keterlaluan kerana mereka perlu berhadapan dengan akses pendidikan yang secukupnya. Kita faham pasca pandemik ini banyak cabarannya, tetapi kita tahu juga bahawa keadaan ini memang di luar dugaan kita. Apa yang penting, para pelajar kita, anak-anak kita mendapat akses pendidikan yang sebaik-baiknya. Kita pastikan mereka juga dalam keadaan yang selamat dan kita pastikan juga bahawa KPM sentiasa memantau program imunisasi COVID-19 yang sedang berjalan ini cukup baik. Saya ingin khabarkan bahawa kebanyakan sekolah, anak-anak kita yang hadir ke sekolah mencapai 90 lebih peratus sudah divaksinkan. Jadi, ini salah satu jaminan kita dan juga usaha kita untuk memastikan sekolah kita merupakan kawasan yang selamat untuk dimasuki dan diduduki oleh anak-anak sekolah kita. Terima kasih.
Terima kasih Timbalan Menteri. Soalan tambahan kedua, saya jemput Yang Berhormat Tumpat.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Daripada jawapan Timbalan Menteri tadi bahawa Peperiksaan SPM bagi tahun 2021 akan berlangsung pada Mac 2022, dan permulaan bagi sesi pelajar-pelajar SPM 2022 akan bermula pada Mac 2022. Jadi, adakah penetapan jadual peperiksaan khusus SPM yang telah ditetapkan bagi tahun 2022 bagi memudahkan persiapan pelajar, guru dan peringkat sekolah sendiri bagi menghadapi peperiksaan berkenaan?
Sila Timbalan Menteri, satu minit.
Untuk makluman Yang Berhormat Tumpat, dalam menetapkan sesi persekolahan ini kita tertakluk kepada Akta Pendidikan sebenarnya. Dalam satu peruntukan di bawah akta itu disebutkan antaranya ialah hari sekolah bagi mana-mana satu tahun hendaklah tidak kurang daripada 190 hari. Ini merupakan tuntutan yang termaktub dalam akta kita. Jadi, ini juga tidak terkecuali kepada para pelajar yang bakal menduduki SPM. Kenapa kita anjak ke bulan Mac kerana: pertama, sesi persekolahan itu tidak mencukupi 190 hari akibat pandemik; kedua, kita ingin pastikan bahawa mereka berada dalam keadaan yang cukup bersedia untuk menghadapi peperiksaan SPM untuk tahun ini yang akan berlangsung pada tahun hadapan insya-Allah. Terima kasih.
Terima kasih. Pertanyaan jawab lisan seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Dato' Dr. Xavier Jayakumar, Kuala Langat.
9. Dato' Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandram [Kuala Langat] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan, analisis impak terhadap pelaksanaan peralihan teknologi 5G pada keseluruhannya. Ini termasuk kos pada pengguna, impak terhadap kesihatan dan sosial, emosi daripada segi penerimaan peralihan teknologi 5G dalam kehidupan harian, dan pendidikan serta kawalan yang disyorkan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perjalanan teknologi 5G di Malaysia bermula apabila Malaysia telah berjaya mendemonstrasikan 71 kegunaan 5G melalui projek demonstrasi 5G yang dijalankan di 50 buah tapak pada Oktober lepas iaitu merentasi tujuh buah negeri iaitu Kedah, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu dan Wilayah Persekutuan. Ini kita buat demonstrasi. Teknologi 5G disasarkan untuk memberi impak positif kepada kategori industri yang berkenaan dengan pelbagai aspek kehidupan termasuk sektor kehidupan sosial seperti kesihatan dan pendidikan. Sehubungan itu, projek demonstrasi ini telah memberi tumpuan kepada sembilan sektor industri iaitu bandar pintar, hiburan, minyak, gas, pelancongan, pembuatan, pemprosesan, pendidikan, pengangkutan pintar, penjagaan kesihatan digital dan pertanian melalui sokongan dan komitmen daripada penggiat industri telekomunikasi dan multimedia dengan sumbangan pelaburan bernilai RM131 juta. Projek demonstrasi 5G ini adalah bagi membolehkan rangkaian liputan 5G yang menyeluruh dan berimpak tinggi dapat dirancang. Ini selaras dengan kebolehupayaan teknologi 5G yang telah tertumpu kepada penggunaan sektor perusahaan, industri dan juga berbanding dengan penggunaan biasa. DNB selaku pengendali perkhidmatan borong 5G dikawal selia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Antara pihak SKMM yang mengenakan syarat melarang DNB daripada terlibat dalam aktiviti runcit bagi memastikan kos berkaitan borong yang ditawarkan oleh DNB berada pada tahap munasabah, SKMM telah menetapkan beberapa syarat dan lesen berhubung tanggungjawab DNB berkaitan dengan kos capaian. Selain itu, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 memberi kuasa kepada SKMM untuk menetapkan harga borong secara mandatori melalui Mandatory Standard on Access Pricing sekiranya campur tangan MCMC melalui pendekatan ini diperlukan bagi memastikan harga perkhidmatan yang berpatutan dapat diberikan kepada pengguna untuk perkhidmatan 5G. Terima kasih.
Soalan tambahan pertama, sila Yang Berhormat Kuala Langat.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang ada banyak perbincangan di luar antara teknologi 5G itu yang dikendalikan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Apakah hubungan kementerian dengan Digital Nasional Berhad yang akan keluarkan infrastruktur untuk 5G di dalam beberapa bulan ini? Apakah impaknya kepada keseluruhan sistem komunikasi kita di dalam Malaysia?
Sila Timbalan Menteri, satu minit.
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, kita sedar bahawa dalam Twitter, Facebook dan sebagainya, banyak berbincang tentang DNB ini. Jadi saya beri penerangan jelas berkenaan dengan proses projek DNB ini- Digital Nasional Berhad.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat, ia ada dua kategori. Satu, kuasa Kementerian Kewangan. Satu lagi SKMM. Jadi, bukan semua SKMM. DNB ini ditubuhkan oleh Kementerian Kewangan sebagai SPV untuk menjalankan projek 5G. Ia ambil alih kuasa SKMM dalam proses menubuhkan untuk membuat 5G ini. Jadi antara dua, satu Lembaga Pengarahnya kebanyakan anggota daripada Kementerian Kewangan. Satu lagi top management. Top management ini kebanyakannya ada orang luar negara dan sebagainya dan berbincang dengan Ericsson. Jadi Ericsson, Kementerian Kewangan sudah ambil alih benda itu kepada mereka. Cuma saya terangkan di sini tadi bahawa pricing kita control. Daripada dulu sehingga sekarang, SKMM akan control supaya rakyat tidak terjejas daripada segi harga. Itu paling penting. Kalau Yang Berhormat bertanya sikit berkenaan dengan, kenapa tidak Telekom sebab Telekom pun anak syarikat Kementerian Kewangan, ini merupakan strategi yang kita tahu, mungkin Kementerian Kewangan ada strategi tertentu sebab backbonenya tidak ada. Contohnya, backbonenya kita kena guna Maxis, kita kena guna Telekom dan sebagainya. Jadi, ini syarikat baharu dan kita bagi spektrum kepadanya. Jadi spektrum dari SKMM kita bagi dan banyak syarikat akan- mana yang dari spektrum- contohnya Jerman dia buat duit lebih kurang RM35 bilion daripada spektrum ini. Thailand lebih kurang RM25 bilion atau sesetengah negara RM12 bilion, tetapi kita jangka RM10 bilion- Malaysia ini akan buat daripada spektrum ini tetapi yang buatnya DNB dan juga Ericsson, bukan SKMM. Jadi terima kasih banyak, jadi boleh terang itu. Jadi agak-agak faham. Terima kasih banyak.
Terima kasih Timbalan Menteri. Soalan tambahan kedua, saya jemput Yang Berhormat Muar.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, jangan berselindung di sebalik Ericsson. Ericsson hanya mendapat kontrak RM4 bilion. Ya, memang melalui tender terbuka. Persoalannya, scrutiny tambahan RM7 bilion yang akan dikendalikan oleh DNB sahaja seperti satu monopoli. Tadi contoh-contoh negara Yang Berhormat Timbalan Menteri petik merupakan negara yang mengamalkan open bidding system, bukan single wholesale network. Saya hanya ingin satu sahaja cadangan, sebab isu ini sudah dibincangkan sejak sidang Parlimen lepas. Adakah pentadbir di DNB berani untuk berhadapan dengan Ahli- ahli Parlimen dalam satu sesi khas pada persidangan Parlimen pada hari ini? Adakan sua muka. Saya sudah cuba mesej katakan saya hendak tanya soalan, tetapi sampai hari ini tidak dapat. At least give us the platform. Ini melibatkan RM11 bilion duit rakyat, tetapi sampai hari ini belum ada masa untuk MPs berdepan dengan pemerintah di DNB supaya kita boleh tanya soalan-soalan yang dituntut oleh rakyat. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Muar, sila Timbalan Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Muar. Saya pun macam itu juga. Daripada segi kementerian, di kementerian kita tanya. Kenapa kita terpaksa jual spektrum kepada DNB, lepas itu sepatutnya terus kepada kita, SKMM kita ada kuasa itu. Ini sebab peruntukan Parlimen sudah memberi kuasa- akta, kepada SKMM, bukan kepada DNB.
Jadi maknanya kita control. Jadi, Maxis hendak minta, minta dekat kita. Telekom hendak minta, minta dekat kita. Jadi, maknanya kita boleh kawal harga. Akan tetapi, disebabkan ini syarat Kementerian Kewangan, mungkin ada strategi kepakaran kewangan yang kita tidak tahu. Jadi, kan, mereka lebih pakar dan juga mereka ada teknologi tertentu untuk 5G ini, kita serah kepada mereka.
[Bangun]
Jadi, saya pun tidak tanya tetapi bagi saya, di kementerian, kita hendak tahu harga, sebab saya sudah sebut tadi dalam jawapan saya tadi ini. Harga kita kawal, kalau naik harga kita denda dan kita ambil tindakan. Setakat itu saja kuasa kita Yang Berhormat Muar.
Baik.
Jadi, yang lain-lain Yang Berhormat Muar kena tanya DNB. Terima kasih banyak.
Sikit Ledang, boleh?
[Ketawa] Saya jemput soalan tambahan ketiga. Silakan Yang Berhormat Ledang.
Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya lihat bahawa berkenaan dengan isu ini memang ada seolah-olahnya dua kementerian yang bertanggungjawab. Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Kementerian Kewangan. Akan tetapi, sebagai kementerian yang bertanggungjawab untuk memastikan supaya melindungi kepentingan pengguna dan melindungi kepentingan negara, jadi, saya rasa perkara ini juga menjadi tanggungjawab Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk pastikan tidak ada apa-apa kesan kepada pengguna. Soalan saya, berkenaan dengan spektrum ini, sebab ia ada kaitan. Yang Berhormat Menteri jelaskan apakah impak penetapan spektrum 700 megahertz, 3.5 gigahertz dan 26/28 gigahertz sahaja sebagai spektrum yang menyokong perkhidmatan 5G di Malaysia? Kesiapsiagaan kementerian untuk menghadapi permasalahan yang wujud dalam mengguna pakai julat frekuensi C-band bagi 5G. Kalau hendak lihat boleh buat kajian yang lebih berkenaan dengan kenapa saya tanya soalan ini? Terima kasih
Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Seperti yang saya katakan tadi, jadi, Yang Berhormat Ledang kena tanya ke dekat DNB. Ini sebab memanglah kalau tanya tentang spektrum itu, saya pun boleh jawab. Oleh sebab apa, kalau kata kami kementerian, kami yang menguruskan spektrum itu, kami boleh jawab. Akan tetapi sekarang ini spektrum kita serahkan dekat DNB. Kita serah, jadi, maknanya ini arahan. Arahan pada waktu itu, kita kena serah. Jadi, sebab apa? Saya pun tidak tahu, tidak tanya saya. Mereka tak tanya, kenapa kena serahkan? Kami minta spektrum, kena serah kepada kami. Sebab apa? Mereka pun tidak beri jawapan. Jadi, Yang Berhormat Menteri pun...
[Dewan riuh]
Bukan serah Yang Berhormat Timbalan Menteri. Bukan serah, DNB kena bayar kepada kerajaan.
Ya, kita serahlah, bayar, bayar. Akan tetapi, maknanya, ia uruskan. Jadi, kita tetapkan harga saja. Jadi, maknanya ini dibuat, kalau hendak tanya saya, tanya Yang Berhormat Menteri yang baharu ini, apa, Yang Berhormat Menteri kita pun baru masuk. Tiba-tiba, kita masuk, masuk, DNB ini, maknanya sudah ambil sudah. [Dato’ Sri Azalina Othman Said (Pengerang) mempengerusikan Mesyuarat] Jadi, Ahli Yang Berhormat kena tanya DNB. Mungkin daripada segi kepakaran mereka itu sebab dalam DNB ini ada kepakaran bekas MCMC yang duduk di situ dan ramai mereka boleh jawab kepakaran daripada segi mengapakah mereka ambil ini. Cuma, satu saja, kita tanya, saya faham bahawa mereka mengatakan bahawa Telekom, Maxis, semua buat 4G. Mereka hendak buat 5G. Itu saja yang kita dapat jawapanlah. Terima kasih banyak Yang Berhormat.
Terima kasih. Yang Berhormat Tampin.
10. Datuk Dr. Hasan bin Bahrom [Tampin] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan adakah kajian yang dilakukan oleh para pakar dalam pelbagai bidang sains, teknologi dan perubatan khususnya penyakit berjangkit COVID-19 daripada universiti awam atau swasta telah diguna pakai semaksimumnya oleh negara?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih saya ucapkan kepada Yang berhormat Tampin atas soalan yang dikemukakan. Kementerian melalui Dana Penyelidikan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (DPKPT) sentiasa menyokong dan menggalakkan penyelidikan asas yang berkualiti dalam bidang-bidang berkepentingan untuk negara meliputi penyelidikan yang berkaitan dengan penyakit berjangkit termasuk COVID-19 dan juga pembangunan vaksin secara amnya. Kajian di bawah dana ini bersifat fundamental dan bertujuan menggalakkan penerokaan idea, konsep atau teori baharu ke arah penjanaan ilmu baharu beracukan Malaysia. Dalam hal ini, untuk tahun 2020 saja, JPT telah meluluskan 32 projek penyelidikan di bawah DPKPT yang berkaitan dengan COVID-19 yang merangkumi kajian fundamental, pembangunan prototaip dan juga kajian polisi. Manakala pada tahun 2021, sebanyak 60 buah projek penyelidikan berimpak tinggi di bawah Skim Geran Penyelidikan Fundamental telah diluluskan merentasi pelbagai jenis bidang penyelidikan. Kesemua projek itu adalah berstatus aktif dan masih dalam fasa penyelidikan. Selain daripada itu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi di bawah dana the MOSTI Combating COVID-19 Fund, telah bekerjasama dengan KPT melalui Universiti Putra Malaysia untuk menjalankan Penyelidikan Pembangunan Vaksin COVID-19 dengan menggunakan Newcastle disease virus bagi tempoh 1 Mac 2021 sehingga 31 Ogos 2022. Penyelidikan ini diketuai oleh Profesor Datin Paduka Dr. Khatijah Mohamad Yusoff daripada UPM dengan geran penyelidikan berjumlah RM2.6 juta. Pada masa yang sama juga, kerjasama bagi pembangunan vaksin virus ternyah aktif COVID-19, antara Institut Penyelidikan Perubatan UPM dan Pusat Penyelidikan Veterinar, turut dijalankan secara aktif dan diketuai oleh Profesor Dr. Mohd Hair Bejo daripada UPM. Terdapat juga kajian-kajian lain di bawah Dana Penyelidikan Fundamental KPT berkaitan pembangunan vaksin yang telah berjaya dan memberikan impak positif kepada komuniti dan negara seperti projek bertajuk, ‘Enhancing the Fundamentals for Effective Control of Tuberculosis’. Kajian ini telah mendapat pengiktirafan antarabangsa di Global TB Vaccine Pipeline dan kolaborasi bersama KKM dan badan antarabangsa ini bakal meningkatkan ketersediaan Malaysia dalam penjanaan tenaga pakar untuk pembangunan industri pembuatan vaksin di dalam negara. Terima kasih.
Soalan tambahan pertama. Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri dengan jawapan yang diberikan dan alhamdulillah, banyak penyelidikan yang dilakukan. Tahniah kepada para pakar yang telah melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya mengikut bidang yang diperlukan. Soalan tambahan saya, apakah kementerian mempunyai maklumat yang terperinci berkaitan dengan kepakaran warganegara yang bekerja di luar negara daripada aspek yang dibangkitkan? Apakah ada hasrat kerajaan untuk memanggil para pakar ini kembali ke negara ini? Apakah inisiatif yang akan diberikan kepada mereka? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih saya ucapkan atas soalan tambahan Yang Berhormat Tampin tadi. Saya hendak maklumkan bahawa setakat ini
Yang Berhormat, saya tidak ada maklumat jumlah pakar Malaysia yang berada di luar negara yang boleh kita bawa balik setakat ini. Kalau sekiranya kita mempunyai maklumat, saya akan maklumkan kepada Yang Berhormat secara bertulis. Akan tetapi, walau bagaimanapun, kerajaan memang sentiasa menyambut baik usaha untuk membawa pulang pakar-pakar termasuk yang - saya hendak bagi contoh, ada satu pakar di luar negara yang telah kembali ke dalam negara. Sebagai contohnya, Profesor Datin Paduka Dr. Teo Soo Hwang. Belia ini merupakan pemenang anugerah Royal Society, Dorothy Hodgkin Research Fellowship tahun 1998 dan beliau teruskan kajiannya di dalam bidang penyelidikan di Cambridge University. Kemudian, beliau kembali, Profesor Datin Paduka telah kembali ke Malaysia tahun 2001 dan Profesor Datin Paduka, adjunct profesor di UM. Sekarang, mengetuai Makmal Penyelidikan Kanser Malaysia. Jadinya, saya hendak maklumkan juga yang kementerian, usaha berterusan di peringkat kementerian dalam bangunkan pakar ini, terus kita laksanakan termasuk melalui penawaran tajaan kepada pensyarah-pensyarah universiti awam untuk melanjutkan pelajaran mereka ke luar negara dan kemudian kembali ke dalam negara dengan harapan mereka dapat menjadi mentor kepada pensyarah lain. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Yang Berhormat Kota Samarahan. Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya ingin mohon penjelasan. Berapakah banyak produk daripada penyelidikan di universiti yang kita telah patenkan ataupun dikomersialkan? Terima kasih.
Jawapan, Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Samarahan atas soalan yang dikemukakan. Daripada makluman yang saya ada ini, bagi tempoh 2016 sehingga 2020, sebanyak 1,062 paten telah diperolehi hasil daripada penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan oleh semua universiti awam dan bagi tempoh yang sama juga, sebanyak 306 produk R&D telah dikomersialkan hasil daripada penyelidikan di 20 universiti awam.
Dari segi pendapatan pula, bagi tempoh tahun 2016 hingga 2020, sebanyak RM3.3 bilion pendapatan telah diperoleh daripada hasil pengkomersialan produk dan idea. Kalau kita hendak bandingkan pula dengan dana penyelidikan awam yang telah diterima bagi tempoh yang sama, jumlahnya ialah RM2.3 bilion. Terima kasih.
Terima kasih.
11. Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal [Bukit Gantang] minta Menteri Pertanian dan Industri Makanan menyatakan apakah usaha kerajaan berhubung isu kawasan ternakan ayam dan itik ladang di Kampung Sungai Limau, Kampung Sungai Bemban, Kampung Toh Johan, Kampung Batu 10 dan Kampung Batu 11 di Mukim Trong yang menyebabkan pencemaran air, udara dan bau kepada masyarakat setempat yang sudah hampir 20 tahun tiada kesudahan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan sentiasa memandang serius isu pencemaran yang disebabkan oleh aktiviti penternakan. Bagi mengatasi isu pencemaran di Perak termasuk di Kampung Sungai Limau, Kampung Sungai Bemban, Kampung Toh Johan, Kampung Batu 10 dan Kampung Batu 11 di Mukim Trong, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak akan terus melaksanakan beberapa langkah seperti berikut.
Pertamanya, untuk meminda dan menambah baik Enakmen Perladangan Unggas 2010 di negeri Perak bagi memastikan kawal selia dan penguatkuasaan dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan juga teratur. Ia termasuk meningkatkan kadar-kadar kompaun. Keduanya, untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap syarikat penternak yang tidak mematuhi peraturan dan seterusnya mewajibkan penggunaan reban ayam tertutup bagi semua penternakan ayam. Seterusnya, kita mahu mewujudkan pusat pengumpulan najis atau tinja secara berpusat untuk menghasilkan baja organik dan menjana tenaga elektrik bagi manfaat bersama. Tindakan semasa yang dilaksanakan bagi mengatasi isu pencemaran. DVS akan terus memberikan khidmat nasihat tentang pengurusan ladang kepada penternak ayam dan itik dari semasa ke semasa bagi memastikan penternak-penternak mengamalkan amalan penternakan yang baik ataupun GAHP dan mewujudkan Jawatankuasa Ternakan Negeri Perak untuk menguruskan isu-isu berkaitan penternakan di bawah pencemaran yang dipengerusikan oleh Exco Kerajaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dalam lawatan-lawatan saya ke kawasan-kawasan ini di kawasan Parlimen Bukit Gantang, pencemaran masih lagi berlaku sehinggakan pencemaran ini telah mengalir masuk ke kawasan laut di mana hasil-hasil laut sebagai sumber pendapatan nelayan telah pun terjejas. Ini menyebabkan sebahagian besar penduduk yang berada di kawasan ini iaitu di kalangan nelayan, maka mata pencarian mereka telah terputus. Ada alternatif. Sistem tertutup telah lama dilaksanakan. Malahan di Malaysia juga ada sistem yang tertutup yang dapat mengelakkan pencemaran berlaku. Kalau telah dilaksanakan, saya minta supaya kementerian memberikan penjelasan, mengapa tindakan secara agresif tidak dapat dilaksanakan? Apakah yang menghalang tindakan ini sehingga keadaan ini berlanjutan begitu lama? Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya kawasan Sungai Trong ini ialah satu-satunya kawasan penternakan ayam dan itik di antara yang terbesar di negeri Perak. Ada kalangan-kalangan ataupun reban- reban ayam dan itik ini, itik terutamanya, yang telah memenuhi syarat Good Animal Husbandry Practices (GAHP). Kawasan ini telah pun berjaya untuk mengeksport itik-itik mereka setelah mereka memenuhi apa juga syarat yang telah ditetapkan oleh kementerian. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, memang kita mengambil maklum tentang pencemaran yang berlaku. Bahkan, untuk makluman, penguatkuasaan dan juga pelaksanaan Enakmen Perladangan Unggas adalah di bawah kuasa kerajaan negeri. DVS ataupun MAFI sentiasa memberikan khidmat nasihat dan membuat audit secara langsung dan secara berkala. Seperti yang saya sebutkan tadi, kita bukan sahaja untuk memberikan khidmat nasihat bahkan telah beberapa kali kompaun kepada penternak- penternak ini. Akan tetapi, kita berharap semoga Enakmen Perladangan Unggas yang akan naik taraf ataupun digubal semula ini di negeri Perak bukan sahaja akan mensyaratkan reban- reban ayam tertutup bahkan untuk penjagaan yang lebih rapi lagi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan kedua. Tidak ada orang? Yang Berhormat Simpang Renggam?
Ya, Simpang Renggam.
Ya, silakan.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya kira apa isu yang ditimbulkan itu ada kaitan juga dengan beberapa insiden
di Simpang Renggam. Jadi, saya berharap supaya dapat di pihak kementerian juga dapat lihat kes yang hampir serupa di Simpang Renggam. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seperti yang saya sebut tadi, bahkan enakmen untuk ladang unggas ini adalah di bawah kuasa atau dibuat enakmen oleh kerajaan-kerajaan negeri. DVS akan sentiasa memberikan khidmat nasihat dari semasa ke semasa bagi memastikan apa jua keluaran ataupun produk-produk ternakan, bukan sahaja untuk kegunaan tempatan bahkan untuk dieksport, adalah mematuhi syarat-syarat bukan sahaja Good Animal Husbandry Practices tetapi kita hendak kalau boleh tidak mencemarkan kawasan sekeliling. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sempena Deepavali ini saya bagi pantun satu. Salak di paya simpan sepeti, Sekali papaya juga pegaga, Pesta cahaya seribu erti, Membawa bahagia seluruh warga.
12. Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik [Balik Pulau] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan: (a) senarai Seni Warisan Kebudayaan Tidak Ketara negara yang akan disenaraikan di dalam UNESCO; dan (b) impak usaha sedia ada dalam menghidupkan Seni Warisan Tidak Ketara serta perancangan seterusnya agar seni warisan dapat diwarisi hingga generasi akan datang.
Terima kasih kepada Yang Berhormat yang bertanya soalan. Pertama sekali, saya mengambil kesempatan ini juga mengucapkan Selamat Deepavali kepada semua masyarakat India yang beragama Hindu dan juga warga Keluarga Malaysia yang turut bersama-sama merayakannya. Izinkan saya, Deepavali Valthukkal. Yang Berhormat, warisan kebudayaan yang tidak ketara sebagaimana yang ditakrifkan dalam konvensyen yang sama iaitu pada Artikel 2(1) menyatakan antaranya ialah tradisi dan ungkapan lisan termasuk bahasa, medium warisan kebudayaan tidak ketara, seni persembahan, amalan sosial, ritual, acara perayaan, pengetahuan dan amalan mengenai alam dan alam semesta dan juga pertukangan tradisional. Untuk tahun 2021, Malaysia telah mengemukakan songket sebagai pencalonan Intangible Cultural Heritage, The United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (ICH UNESCO). Berdasarkan maklumat daripada urus setia ICH UNESCO, keputusan pencalonan songket tersebut bakal diumumkan semasa Mesyuarat Inter- Governmental Committee yang dijadualkan untuk diadakan daripada 13 hingga 18 Disember 2021. Untuk dua tahun yang akan datang, Malaysia mempunyai perancangan untuk mencalonkan warisan seperti berikut:- (i) Pekan Sehari atau Pekan Sari pada tahun 2022; dan (ii) Mek Mulung Kebaya, sepak raga pada tahun 2023. Pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk menghidupkan seni warisan tersebut.
Saya telah meneliti jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi dan saya dapati bahawa ada beberapa warisan budaya tidak ketara yang tidak disenaraikan untuk dicalonkan di UNESCO seperti chingay dan boria. Saya harap ia juga termasuk dalam inventory list MOTAC.
Kita kena tahu bahawa apabila kita sebut tentang pelancongan budaya (cultural tourism), seni budaya warisan tidak ketara ini merupakan tarikan kepada pelancong. Yang selalu kita tekankan ialah pemasaran ataupun pelancongan tetapi produk kita kurang tekankan.
Mungkin Yang Berhormat Menteri selalu apabila – Tekankan sangat tentang pelancongan sedangkan budaya iaitu produk kita, kita kurang tekankan. Adakah kementerian ada dana khas untuk perkembangan budaya tidak ketara ini seperti Makyung dan Dondang Sayang yang telah pun disenaraikan di UNESCO. Sekian.
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat. Seperti yang ditanyakan oleh Yang Berhormat tadi selain daripada Pekan Sehari, Mek Mulung, Kebaya dan Sepak Raga, pada tahun 2024 kita juga merangka membuat Malaysian Heritage Food, tarian singa dan juga congkak. Kita juga jangka untuk tahun 2025, warisan kulit Kelantan juga akan dimasukkan. Sehinggalah ke tahun 2026, Gendang 24 Musim dan juga Malaysian Festive Food. Ia ada dalam perancangan MOTAC. Soalan yang kedua bertanyakan mengenai bajet secara khusus untuk program ini. Memandangkan bajet baru sahaja dibentangkan dan juga sebagainya, kita juga tunggu perincian dan mungkin boleh kita berikan secara bertulis pada waktu yang sesuai. Mengenai kebolehgunaan ataupun warisan tidak ketara ini daripada segi pelancongan, saya mengakui ia merupakan satu kekuatan yang ada pada Malaysia berbanding dengan Singapura ataupun negara-negara lain seperti Thailand dan juga Indonesia. Kementerian mempunyai beberapa strategi. Pertama sekali adalah untuk melaksanakan perkongsian ilmu, di mana kita akan adakan seperti Webinar Warisan Tidak Ketara sembilan siri, Webinar Jelajah Warisan Kebangsaan 64 Tahun Kemerdekaan tiga siri, Borak Warisan, Pertandingan Busana Tradisi, Pertandingan Lestari Berpantun Warisan, Kempen Satu Hari Satu Warisan, Pertandingan Teka dan Cipta Pantun Warisan dan lain-lain. Selain daripada itu, kita juga akan membuat penerbitan bahan-bahan warisan yang tidak ketara. Contohnya, Larik-larik Warisan, Alam dan Budaya, Warisan Masakan Lenggong, 101 Makanan Hampir Pupus, Bahasa Melayu: Pusaka Warisan 2017, Jurnal Warisan Tidak Ketara dan juga Garis Panduan dan Tatacara Bendera Malaysia dan Lagu Negaraku. Kita juga mempunyai beberapa program kesedaran dan juga promosi bersempena Minggu Budaya Malaysia 2021 yang akan kita juga masukkan dalam advertising and promotion apabila Tourism Malaysia berbuat demikian. Terima kasih.
Soalan tambahan kedua.
Alor Gajah, Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Alor Gajah.
Ya, tarikan-tarikan seperti yang disebutkan tadi akan mencapai satu tahap di mana kita sebutkan saturation level. Pendatang-pendatang dari luar ataupun pelancong dari luar negara perlu digalakkan datang ke sini untuk melawat tempat-tempat yang disebutkan sebagai warisan-warisan tadi. Hari ini kalau dilihatkan oleh sebab keadaan politik negara, aktiviti riadah yang bertaraf antarabangsa, yang boleh memberi galakan sampingan untuk melihat tempat- tempat warisan ini, nampaknya telah tidak mahu mengadakan events tertentu yang menggalakkan pelancong asing datang. Apakah usaha-usaha kerajaan untuk mengembalikan semula aktiviti-aktiviti riadah dan events seperti sukan golf yang meninggalkan Malaysia hari ini dan mereka cuma bertumpukan kepada negara Indonesia, Singapura dan Thailand. Maka, kita akan kehilangan pendapatan daripada pelancongan
asing yang mahu juga berkunjung ke tempat-tempat warisan yang disebutkan tadi. Terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Alor Gajah. Saya rasa soalan tadi itu mempunyai beberapa soalan dalam satu soalan. Pertama sekali adalah Yang Berhormat bertanyakan mengenai daripada warisan tidak ketara kepada warisan ketara dan merujuk kepada tempat-tempat. Saya rasa yang itu kita boleh berikan jawapan secara bertulis, untuk tempat. Soalan kedua yang ditanyakan oleh Yang Berhormat adalah mengenai keadaan politik yang tidak menentu menyebabkan warga asing atau pelancong tidak datang, iaitu untuk sukan-sukan yang dinamakan tadi. Sudah tentunya MOTAC juga akan mencari peluang, khususnya kita juga ada agensi yang membuat events yang besar seperti MyCEB. Kita akan bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan dan bagaimana – Apabila mereka menganjurkan dan juga sebagainya, kita akan mempromosikan sebab MOTAC ini merupakan kementerian yang mempromosikan, bukan yang menganjurkan. Akan tetapi, ada kalanya dalam program-program tertentu kita bersama-sama menganjurkan. Soalan ketiga yang ditanyakan oleh Yang Berhormat adalah mengenai kebersediaan dan juga sebagainya. Dari segi MOTAC, kita sanggup bekerjasama dengan mana-mana kementerian dan agensi. Juga, dengan bajet yang baru diluluskan ini kita akan mencari peluang untuk kita mempromosikan Malaysia. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. Terima kasih, Ahli-ahli Yang Berhormat. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Tuan Yang di-Pertua, “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 6.30 petang dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Rabu, 3 November 2021.”
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2022 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2022Bill
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2022 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”. “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari tujuh puluh tujuh bilion dan enam ratus juta ringgit (RM77,600,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2022, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2022, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 32 Tahun 2021, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [1 November 2021]
Terima kasih. Sekarang saya akan sebut nama-nama ya, sebelum pukul satu. Yang Berhormat Semporna, Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Alor Gajah, dan juga Yang Berhormat Langkawi. Jadi, ketua parti saya diarahkan memberi 20 minit, manakala yang lain 13 minit. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Semporna.
Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi saya ruang dan peluang untuk membahas Belanjawan 2022 yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan. Ucapan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kepada semua penjawat awam yang terlibat atas segala kejayaan dan persiapan dan seterusnya merealisasikan pembentangan belanjawan tersebut. Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali kepada seluruh rakyat Malaysia. [Tepuk] Dalam kesempatan ini juga, saya mengucapkan takziah – mendiang Tan Sri James Masing, rakan lama yang telah kembali, ya. Condolences to all the family. Tuan Yang di-Pertua, hutang negara. Negara telah mengharungi pandemik COVID-19 selama hampir dua tahun, iaitu sejak bulan November 2019. Sehingga ke saat ini, wabak ini telah meragut nyawa seramai 28,000 orang rakyat Malaysia. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga mereka yang terlibat. Setinggi-tinggi penghargaan juga saya panjangkan kepada pegawai barisan hadapan kita yang tanpa penat lelah berjuang dan berkorban untuk negara, demi melindungi kita daripada wabak ini.
Tuan Yang di-Pertua, sepanjang lebih dua tahun ini, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM580 bilion dalam lapan buah pakej stimulus yang diumumkan. Bukan itu sahaja, pada tahun 2020, kerajaan juga telah mengumumkan belanjawan negara sebanyak RM314.8 bilion. Pada tahun 2021, sebagaimana yang diumumkan pada hari Jumaat lalu, jumlah belanjawan adalah RM322.5 bilion dan merupakan belanjawan tertinggi dalam sejarah negara. Oleh yang demikian, mengikut perkiraan sepanjang 23 bulan sahaja sejak pandemik bermula, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM1.22 trilion wang rakyat untuk berhadapan dengan wabak COVID-19 dan mengharungi kemelesetan ekonomi. Ini merupakan peruntukan belanjawan dan pakej stimulus yang sangat besar bagi tempoh tidak sampai dua tahun. Dengan jumlah sebesar ini, nescaya rakyat berharap pulangan ataupun return on investment yang baik kepada negara.
Walau bagaimanapun, untuk rekod pada kala pandemik melanda, Indonesia dan Singapura tidak mengumumkan belanjawan terbesar dalam sejarah negara mereka namun hasilnya tetap jauh lebih baik daripada negara kita. Pada tahun 2020 juga kita turut umumkan belanjawan terbesar dalam sejarah negara. Namun, sasaran pertumbuhan KDNK enam sehingga tujuh peratus yang disasarkan oleh Kementerian Kewangan tidak dapat kita capai. Kadar pertumbuhan negara hanya pada kadar tiga hingga empat peratus sahaja. Justeru, perlu kita muhasabah diri dan menentukan sama ada kesemua peruntukan wang rakyat sebanyak RM1.22 trilion itu ditadbir urus dengan baik dan dibelanjakan dengan berhemah. Tuan Yang di-Pertua, seperkara lagi yang ingin saya bangkitkan memandangkan terdapat beberapa lockdown yang diumumkan sepanjang tahun 2020 dan 2021, saya berpandangan banyak perbelanjaan yang boleh dijimatkan. Sebagai contoh, belanja mengurus untuk Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) semestinya makin rendah dari tahun sebelumnya memandangkan aktiviti pelajaran tidak berjalan seperti biasa. Sama juga dengan perbelanjaan pembangunan memandangkan aktiviti ekonomi tidak berjalan seperti kebiasaannya. Nescaya kerajaan mempunyai penjimatan daripada perbelanjaan lepas. Oleh yang demikian, adalah penting bagi pihak kerajaan memperjelaskan kepada rakyat jumlah penjimatan yang dibuat untuk 2020 dan 2021 memandangkan ekonomi negara dan kebanyakan sektor sosial tidak dibuka sepenuhnya. Di samping itu juga, pada kala negara menghadapi ketidaktentuan ekonomi, saya berpandangan peruntukan untuk pertahanan dan juga peruntukan untuk Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN) serta projek mega perlulah dibuat secara berhemah dan tidak menjadikan keutamaan kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, bagi menanggung jumlah belanjawan dan perbelanjaan yang besar sepanjang dua tahun kebelakangan ini, kerajaan juga lebih meningkatkan tahap kadar hutang, kadar berbanding KDNK 55 peratus pada tahun 2019 kepada 65 peratus untuk tahun 2021. Sekiranya boleh saya bandingkan dengan lima buah negara membangun di Asia, setakat ini hutang negara bagi Indonesia ialah 41 peratus, Filipina 52 peratus, Thailand 48 peratus, Vietnam 37 peratus, Malaysia pula dilaporkan setakat ini sebanyak 62 peratus. Malaysia merupakan negara yang mempunyai kadar hutang negara yang tinggi antara negara membangun di Asia. Kesan hutang negara ini untuk jangka panjang mungkin tidak ada dirasai oleh generasi kita, namun perlulah berpada-pada agar anak cucu kita tidak merasa bebanannya kelak. Tuan Yang di-Pertua, ketirisan. Sebagaimana yang dilaporkan oleh Jabatan Audit Negara (JAN) baru-baru ini, hutang negara kian meningkat dan amat membimbangkan. Kerajaan dilaporkan mengambil hutang baharu untuk membayar hutang yang lebih matang. Bila negara berhutang begitu banyak, kita perlu lihat dan tekankan cara kerajaan berbelanja.
Sebaliknya perbelanjaan kerajaan perlu dilakukan dengan cara berhemah tanpa pembaziran. Kerajaan juga perlu mengambil tindakan tegas untuk mengelakkan ketirisan dan rasuah secara total. Jika kita lihat Laporan Audit 2020, baru-baru ini mendedahkan bahawa terdapat kerugian wang awam, pembaziran kepada kerajaan berjumlah RM620 juta. Ini disebabkan oleh ketidakpatuhan kementerian dan Jabatan Persekutuan terhadap pengurusan kewangan. Dalam Belanjawan 2022, peruntukan untuk Kementerian Pertahanan Malaysia (MinDef), Kementerian Dalam Negeri (KDN) ada dalam RM16 bilion dan RM17 bilion. Namun jika kita lihat pendedahan yang dibuat oleh JAN untuk tahun 2020, terdapat banyak ketirisan yang berlaku. Sebagai contoh, projek uCustoms, kelolaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia sebanyak RM273 juta telah dibayar sejak lapan tahun projek bermula. Namun sehingga kini, projek tersebut masih tidak disiapkan oleh vendor walaupun dibenarkan pelanjutan sebanyak lima kali. Selain daripada itu juga, mengenai kes kapal peronda Littoral Combat Ship (LCS) TLDM, yang didedahkan oleh Public Accounts Committee (PAC) baru-baru ini pula, turut dilaporkan bahawa RM6.08 bilion telah pun dibayar namun tiada satu pun kapal peronda tersebut dapat diserahkan kepada TLDM. Ketirisan demi ketirisan yang dilaporkan oleh JAN ini adalah sangat membimbangkan. Kerajaan disarankan untuk mengambil pendekatan yang lebih jitu untuk memperkukuhkan tadbir urus kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, di samping itu juga, segala peruntukan yang digunakan untuk meneruskan operasi kementerian perlulah diguna secara optimum. Aset yang sedia ada perlu dinilai kembali keberkesanannya. Sebagai contoh, kem tentera di Lok Kawi, Kem Tentera Paradise di Kota Belud namanya pun ‘paradise’, saya cadangkan dipindah ke kawasan yang amat memerlukan, di Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Sandakan, di mana kawasan ini lebih memerlukan pemantauan tentera kita. Ini kerana ancaman- ancaman yang sentiasa ada, seterusnya menjaga keselamatan dan kedaulatan negara kita. Tuan Yang di-Pertua, hasil kerajaan. Saya mencadangkan mengenakan luxury tax. Mengikut Kementerian Kewangan hasil negara pada tahun 2020 adalah lebih rendah daripada perbelanjaan kerajaan. Makanya sebagaimana yang dilaporkan oleh Kementerian Kewangan dalam belanjawan baru-baru ini, defisit negara untuk tahun 2022 dijangka menghampiri RM100 bilion. Jika kita perhatikan pada tahun 2019 ketika Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah, hasil negara meningkat sebanyak 12 peratus berbanding tahun sebelumnya kepada RM264.42 bilion. Pada tahun 2020 terdapat penurunan sebanyak 14.9 peratus kepada RM222.08 bilion. Ini boleh dijelaskan memandangkan terdapat beberapa kali ekonomi ditutup pada tahun 2020. Dalam belanjawan yang dibentangkan baru-baru ini, saya melihat tiada polisi yang menyeluruh untuk meningkatkan hasil kerajaan. Satu-satunya yang saya nampak significant ialah apa yang disebut dalam belanjawan tersebut ialah Cukai Makmur iaitu satu bentuk windfall tax, dengan izin, yang dikenakan secara one-off kepada perusahaan yang mempunyai keuntungan melebihi RM100 juta setahun. Oleh yang demikian, saya ingin mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan untuk mengenakan cukai kemewahan atau luxury tax bagi setiap pembelian barangan dan perkhidmatan mewah, non-essential yang melepasi harga tertentu. Barangan mewah yang boleh dikenakan cukai adalah seperti supercar, kapal layar, jet peribadi, barangan kemas bernilai tinggi dan barangan mewah yang lain. Untuk makluman, mengenai luxury tax ini dilakukan oleh negara maju sejak sekian lama. Di rantau Asia, Thailand dan Indonesia juga turut mengenakan cukai kemewahan ini kepada rakyat mereka. Jadi, sekiranya kerajaan bersetuju untuk melaksanakan cadangan ini, ia tidak menjadikan Malaysia satu-satu negara yang akan mengenakan cukai sedemikian kepada rakyatnya. Tuan Yang di-Pertua, Sabah dan Sarawak. Di bawah belanjawan ini peruntukan pembangunan yang diberikan pada Sabah jumlah RM5.2 bilion, dan Sarawak RM4.6 bilion. Ini meliputi hanya 304 peratus daripada keseluruhan nilai belanjawan RM322.5
bilion. Namun demikian, untuk rekod pada tahun 2020, Sabah dan Sarawak menyumbang lebih daripada RM140 bilion melalui keuntungan hasil petrolnya kepada Kerajaan Persekutuan. Ini tidak termasuk tax 40 peratus yang dipungut oleh Kerajaan Persekutuan. Ini merangkumi 45 peratus daripada jumlah Belanjawan 2022. Satu jumlah yang besar tapi peruntukan yang diberikan kepada kedua-dua Wilayah Borneo ini masih tidak signifikan untuk membantu melonjakkan pembangunan di kedua-dua Wilayah Sabah dan Sarawak memandangkan mereka telah jauh ketinggalan dari sudut pembangunan yang ada. Tuan Yang di-Pertua, sangat jelas sekali Sabah dan Sarawak disisihkan oleh Kerajaan Persekutuan. Dalam belanjawan ini, peruntukan yang diberikan kepada kaum Cina sebanyak RM200 juta, kaum India sebanyakRM145 juta dan Orang Asli sebanyak RM247 juta. Peruntukan pembangunan untuk semua kaum di Sabah dan Sarawak, kedua- dua wilayah hanya RM10 juta. Di manakah keadilannya ini? Saya berpendirian untuk mencapai kemakmuran dalam negara kerajaan perlu berlaku adil kepada semua negeri. Janji yang dibuat pada Sabah dan Sarawak ketika Penubuhan Malaysia pada tahun 1963 mesti dikotakan untuk kebaikan bersama untuk menyelamatkan Malaysia supaya kita dapat menstabilkan keamanan dan kesejahteraan di negara ini, penuhi apa yang telah kita meterai Perjanjian Penubuhan Malaysia.
Hanya dengan pembahagian kekayaan dan sumber yang adil dan saksama sahaja yang boleh membuat kita hidup dalam keadaan sejahtera berdaya maju. Tuan Yang di-Pertua, di dalam Belanjawan 2022 ini juga memperuntukkan RM200 juta pembiayaan kos pengangkutan di kawasan luar bandar termasuk Sabah dan Sarawak. Yang Berhormat Menteri Kewangan saya dengar dia umumkan subsidi bagi untuk pengangkutan awam iaitu di kawasan seperti Bario, Ba’kelalan, Long Pasia dan Kudat. Di Long Pasia, tidak ada lapangan terbang— strip. Saya tidak tahu daripada mana peruntukan ini akan digunakan. Kalau digunakan untuk semata-mata Kota Kinabalu- Tawau, itu bukannya kawasan luar bandar. Di dalam belanjawan— namun demikian, setakat ini tiada penerbangan yang dibuat di kawasan Kudat dan Long Pasia. Jadi kita memerlukan penjelasan daripada pihak kerajaan bagaimana subsidi ini akan dilaksanakan memandangkan tiada pengangkutan udara yang menghubungi daerah berkenaan. Tenaga kerja graduan, Tuan Yang di-Pertua. Mengenai tenaga kerja negara, saya mengalu-alukan cadangan Program Jaminan Kerja Keluarga Malaysia. Kerajaan menggalakkan syarikat tempatan mengambil pekerja baharu dalam memberikan subsidi upah dan gaji bagi tempoh enam bulan pertama dalam gaji minimum RM1,200. Namun sekiranya, diperhatikan tiada penekanan yang jitu untuk mengatasi isu graduan baharu dan masalah job mismatching dalam pasaran. Pada tahun 2020, direkodkan seramai 260,000 orang siswazah yang sedia untuk masuk ke pasaran kerja, namun jumlah pekerja mengikuti kelayakan tersedia untuk siswazah dalam negara pada tahun 2020 hanya 73,000 pekerjaan. Merosot 31,000. Pada tahun 2020, sebanyak 1.89 juta lepasan siswazah bekerja dalam sektor separuh mahir tanpa kemahiran. Ini merangkumi 37 peratus jumlah pekerja yang mempunyai kelayakan lepasan ijazah. Ini bermakna pada tahun 2020 sebanyak 1.8 juta orang pekerja yang sepatutnya dikhaskan untuk lepasan SPM dan diploma diisi oleh pekerja siswazah. This is the mismatching yang kita katakan. Sehubungan dengan itu, saya merayu agar kerajaan menyediakan polisi yang efektif bagi menangani isu pekerja graduan yang baharu untuk mengelakkan. Berhubung kait dengan pekerjaan dalam SME, di bawah Program Jaminan Kerja Keluarga Malaysia ini juga sebanyak RM4.8 bilion telah diperuntukkan oleh kerajaan bertujuan untuk menyediakan pekerjaan dengan memberi subsidi upah kepada syarikat dalam negara untuk mengambil pekerja termasuk graduan. Namun demikian, belanjawan ini tidak mengutamakan bantuan kepada syarikat tempatan, SME dan SMI. Bantuan yang diberikan hanya dalam bentuk pinjaman. Mengikut laporan di Parlimen oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada 28 September 2021,
sebanyak 37,000 buah syarikat perusahaan kecil dan sederhana terjejas, gulung tikar sepanjang wabak melanda. Persoalannya, walaupun kerajaan menyediakan polisi pengambilan kerja, ia tidak menyelesaikan isu fundamental. Kebanyakan syarikat-syarikat tempatan di negara ini sudah pun tutup atau tidak mampu mengambil pekerja. Akibatnya, isu pengangguran masih tidak dapat diatasi walaupun jumlah banyak diperuntukkan untuk tujuan ini. Sektor perkhidmatan, Tuan Yang di-Pertua. Mengikut laporan ASEAN Statistical Yearbook 2020, konsentrasi tenaga rakyat Malaysia pada 10 tahun kebelakangan ini adalah dalam sektor perkhidmatan iaitu sebanyak 35 peratus daripada keseluruhan tenaga rakyat di negara ini. Untuk rekod, Malaysia merupakan negara dalam ASEAN yang mempunyai peratusan tertinggi dalam sektor perkhidmatan. Saya percaya keadaan ini berlaku berdasarkan polisi kerajaan terdahulu iaitu di bawah Dasar Transformasi Negara memberi keutamaan kepada sektor perkhidmatan berbanding sektor perindustrian. Namun demikian, kalau kita perhatikan pada kala pandemik dan negara menghadapi kemelesetan ekonomi, sektor perkhidmatan terjejas teruk memandangkan sektor ekonomi banyak yang tutup. Sektor perkilangan dalam industri perlu (essential industries) diteruskan seperti biasa walaupun negara berhadapan Perintah Kawalan Pergerakan. Oleh yang demikian, boleh dikatakan bahawa perkilangan merupakan sektor yang tahan lasak (resilient) dengan izin, dengan perkembangan ekonomi semasa. Tenaga kerja dalam sektor ini mempunyai jaminan yang lebih tinggi untuk kekal bekerja berbanding dengan pekerjaan dalam sektor perkhidmatan. Sehubungan itu, ingin saya sarankan agar kerajaan mengkaji semula kedudukan sektor perindustrian dalam pemangkin ekonomi negara sebagaimana yang berlaku pada tahun 1990-an, apabila mana Malaysia digelar ‘Tiger of ASEAN’. Tidak ada seharusnya diletakkan, diketepikan untuk memberi keutamaan kepada sektor perkhidmatan semata-mata. Aktiviti perancakan ekonomi. Tuan Yang di-Pertua, digital IoT dan AI. Tuan Yang di-Pertua, setelah mengkaji belanjawan yang diumumkan baru-baru ini, saya lihat tiada pendekatan yang lebih jelas daripada kerajaan untuk merancakkan ekonomi negara selepas pandemik akhir. Kita masih menanti pembentangan industrial master plan yang baharu yang sudah pun tamat pada tahun 2020. Apa yang diharapkan ialah agar kerajaan turut mempertimbangkan industri masa depan (future industry) dalam rencana Dasar Perindustrian Ekonomi Digital, Internet of Things and artificial intelligence perlulah menjadi teras dasar tersebut agar ekonomi negara terus mampan dan mampu bersaing dengan negara maju. Polisi kerajaan, Dasar Kabotaj Negara perlu juga diperincikan. Levi keuntungan kelapa sawit, Tuan Yang di-Pertua. Terdapat juga cadangan di bawah belanjawan ini untuk menaikkan kadar levi keuntungan kelapa sawit daripada 1.5 peratus kepada tiga peratus untuk pekebun di Sabah dan Sarawak. Ini bertujuan untuk menyamakan kadar levi tersebut dengan levi di Semenanjung Malaysia. Saya bantah dan tidak setuju dengan cadangan ini kerana terdapat cukai jualan yang dikenakan oleh kerajaan negeri bagi keuntungan yang sama. Double taxation dikenakan kepada peladang-peladang yang ada di peringkat negeri Sabah yang ada. Ini jelas— cukuplah minyak pun sudah dapat. Gas pun sudah diperoleh. Inikan lagi kelapa sawit yang kita hendakkan supaya kita pungut dari negeri Sabah. Perjanjian Malaysia 1963, kita sudah nyatakan 40 percent of the tax collected, dengan izin, must be returned back to Sabah. Akan tetapi malangnya, hari ini sudah kita bergantung dengan kelapa sawit. Taxed by the state government, taxed by the Federal Government— you can imagine dengan izin, ia akan membebankan sektor perladangan di peringkat, bukan hanya negara kita, khususnya di peringkat negeri. Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutup, saya berpendirian belanjawan yang diumumkan baru-baru ini lebih menjurus kepada elemen good-feel factor ataupun ‘beli jiwa’. Tiada penekanan khusus dibawa, dibuat atas usaha kerajaan bagi menurunkan kadar hutang negara. Tiada juga pendekatan jelas untuk merancakkan ekonomi negara Malaysia. Saya berpendirian belanjawan negara tidak patut menjadikan treasure chest pada mana-mana golongan untuk mengambil kesempatan dan membuat keuntungan. Tindakan tegas perlu diambil kepada mereka yang melakukan ketirisan, rasuah dan salah guna kuasa.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab masa tidak mengizinkan, ruang yang diberikan kepada saya, saya mohon mencadangkan beberapa perkara yang saya telah utamakan dalam sesi perbahasan belanjawan ini. Terima kasih banyak.
Terima kasih, Yang Berhormat Semporna. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Pontian. Masa 13 minit.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pantun Keluarga Malaysia untuk Kementerian Perpaduan dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya agar dicetak, disebar dan diberi kepada MP selain daripada pantun-pantun yang lain. Dalam taman berkarya seni, Hidup sihat panjang usia, Hidup aman makmur harmoni, Itulah hasrat Keluarga Malaysia. Suasana ceria di hari raya, Warna biru cantiknya baju, Satu Malaysia keluarga berjaya, Masyarakat padu negara maju. Satu, dua, tiga, empat, Lima, enam, tujuh, lapan, Hidup keluarga jangan merempat, Bina impian masa hadapan. Dua, tiga, empat, lima, Enam, tujuh, lapan, sembilan, Hidup keluarga bekerjasama, Bangkit teguh capai wawasan. Tuan Yang di-Pertua, mengenai inisiatif Keluarga Malaysia ini, maka saya ingin membuat sedikit cadangan supaya diadakan lima anugerah berikut untuk menjadi pemangkin pada gerakan sosial rakyat di setiap Parlimen: (i) Anugerah Belia Cemerlang peringkat Parlimen (ABC); (ii) Anugerah Usahawan Cemerlang (AUC); (iii) Anugerah Sekolah Cemerlang (ASC); (iv) Anugerah Desa Cemerlang (ADC); dan (v) Anugerah Masjid Cemerlang (AMC). Ini adalah cadangan untuk inisiatif Keluarga Malaysia dibuat di semua Parlimen. Kedua, saya minta semua kementerian menyatakan apakah program dan jumlah peruntukan di bawah kementerian dan agensi-agensi mereka mengikut negeri-negeri, khasnya negeri Sabah, negeri Sarawak dan negeri Melaka.
Sebagai contoh, negeri Sarawak - bantuan tunai 987,434 orang menerima dengan peruntukan RM1.5 bilion. Besar peruntukan itu. Di Sabah - 864,464 orang menerima bantuan tunai jumlah RM1.3 bilion, juga besar peruntukan itu. Negeri Melaka RM412 juta. Saya ingin perkara ini dijawab oleh MOF, EPU, KPKT, KPLB untuk menyenaraikan program dan jumlah peruntukan bawah kementerian mereka mengikut negeri, khasnya Sabah, Sarawak dan juga Melaka. Ketiga, diminta EPU bersama Kementerian Kewangan (MOF) menyenaraikan projek pembangunan untuk manfaat rakyat mengikut semua kawasan Parlimen. Data dan maklumat itu perlu agar semua Parlimen mendapat peruntukan yang lebih adil dan
merata. Jika Bukit Bintang, Cheras, Kepong, Seputeh, Petaling Jaya mendapat bilion ringgit, pembangunan MRT, LRT, jalur lebar, 5G, lingkaran lebuh raya atas bawah bertingkat-tingkat, lampu jalan dan bangunan-bangunan kerajaan, maka kawasan lain perlu diberikan pembangunan yang sesuai agar keadilan diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia di semua peringkat Parlimen tanpa mengira kaum, pembangunan merata bagi merapatkan jurang pembangunan. Keempat, bagi mewujudkan kehidupan yang lebih baik, maka ada penanda aras (KPI) pembangunan tertentu untuk sesebuah kampung, desa, di luar bandar diadakan. Contohnya, KPI pertama, penyelenggaraan parit dan saliran oleh JPS empat bulan sekali, tiga kali setahun untuk semua parit, sungai besar dan kecil. Kedua, memasang lampu jalan dengan jumlah yang mencukupi untuk semua kampung. Data yang ada dengan TNB mesti diselaraskan agar pemberian lampu jalan ini diberi dengan adil dan sama banyak. Ketiga, membersihkan rumput, semak samun oleh JKR untuk semua jalan kampung dan menurap semula dalam tempoh masa yang tertentu. Jalan pula mesti ada keluasan yang wajib bagi membolehkan kenderaan berselisih. Banyak jalan kampung, kenderaan tidak boleh berselisih. Kelima, untuk mengatasi keciciran sekitar 60 peratus daripada 400,000 lepasan SPM yang berjumlah sekitar 250 ribu orang anak muda setiap tahun. Maka, pertama dicadangkan kajian perlu dilakukan oleh Kementerian Pendidikan, EPU dan NGO tertentu seperti GPMS bagi mendapatkan data yang tepat, kajian mendalam oleh universiti tempatan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi agar formula yang tuntas diperoleh bagi memastikan isu ini selesai untuk manfaat rakyat dan negara. Kajian mesti dibuat oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) bagi menyediakan subjek baharu keusahawanan sebagai satu mata pelajaran teras kepada tingkatan satu hingga lima dan boleh dilanjutkan ke tingkatan enam. Perkara keenam dalam ucapan ini ialah Kementerian Kewangan, LHDN dan Jabatan Kastam, perlu membuat kajian terperinci secara akademik dan profesional berhubung cukai value-added tax (VAT) atau apa juga sistem percukaian yang boleh mentransformasikan pendapatan negara agar lebih mantap dan stabil. Saya ingin bertanya kepada Kementerian Kewangan, di mana mereka ingin mencari subsidi RM8 bilion untuk subsidi minyak pada tahun ini? Minyak naik, maka subsidi juga meningkat. Tahun depan diberitakan bahawa subsidi minyak ialah RM15 bilion. Di mana kerajaan ingin mencari subsidi ini? Adakah kita ingin meneruskan subsidi tersasar? Orang yang lebih banyak kenderaan dapat lebih banyak subsidi, orang kampung yang hanya bermotosikal dapat sedikit subsidi. Ini subsidi yang terbalik, Tuan Yang di-Pertua. Sepatutnya orang miskin dapat lebih banyak subsidi, orang kaya sedikit subsidi tetapi subsidi minyak ini terbalik. Orang kaya banyak kereta, lagi banyak dapat subsidi, orang miskin sebuah motosikal, sedikit subsidi. Ini subsidi apa ini? Jadi, RM15 bilion akan dibelanjakan pada tahun depan untuk melaksanakan subsidi tersasar kepada orang kaya ini. Jadi, apa yang...
Penjelasan.
...patut dicadangkan ialah subsidi itu dibuat secara bersasar.
Penjelasan.
Jangan tersasar subsidi itu, hendaklah bersasar.
Damansara.
[Bangun]
Saya cuma ada enam minit lagi. Kalau saya ada 60 minit, tentu semua sekali boleh bangun dan bertanya kepada saya.
10 saat sahaja, Yang Berhormat Pontian.
Seterusnya, Akta Tanggungjawab Fiskal yang diumumkan wajar...
10 saat sahaja.
...menggariskan langkah- langkah perlu bagi memastikan pendapatan kerajaan sentiasa bertambah untuk manfaat rakyat. Seperkara yang penting, hutang yang terlalu banyak dan membebankan generasi akan datang mesti dielakkan. Kementerian juga mesti sediakan senarai dan nilaikan segala aset tetap dan mudah alih kerajaan dan kerajaan negeri, bukan hanya senarai hutang. Ketujuh, menyediakan 600 ribu pekerjaan ialah kejayaan yang hebat pada tahun depan. Namun, berapa banyak jumlah yang bergaji tinggi? Itu yang saya ingin tanyakan, yang merupakan kerjaya nilai tambah dan profesional. Kadar pengangguran empat peratus pada tahun depan itu wajar diturunkan kerana full employment level itu ialah, dengan izin, kadarnya tiga peratus, bukan empat peratus. Seterusnya, perlu ada keseimbangan antara keperluan pasaran dengan kursus di universiti dan Program TVET. Kerjasama antara pemain industri dengan institusi pengajian tinggi perlu sentiasa ada. Peningkatan kemahiran perlu sentiasa dilakukan sewaktu bekerja atau diberi peluang menghadiri kursus-kursus profesionalisme bagi meningkatkan kadar gaji sedia ada. Rakyat perlukan ekonomi dan pelaburan yang dibawa MITI dan MIDA bernilai dan berkualiti tinggi bagi menjamin pendapatan rakyat juga adalah tinggi. Kelapan, kepada Kementerian Kewangan, MITI, JPM, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Saya ingin menyentuh seorang bekas Menteri Besar yang menyebut— daripada sebuah negeri apabila berdiskusi tentang bantuan kepada Bumiputera. Beliau menyebut bahawa, “Sudah 60 tahun saya melihat sendiri dasar kerajaan menolong Bumiputera. Apa yang saya nampak dalam bidang pelajaran, ada kemajuan. Namun, dalam bidang ekonomi, tidak maju-maju. Dapat tanah, tanah dijual. Dapat lesen, lesen dijual. Dapat saham free, saham dijual. Dapat permit, permit dijual”. Tuan Yang di-Pertua, kenyataan bekas Menteri Besar itu ialah fenomena menyedihkan yang mesti diubah dan mesti berubah. Maka, agensi-agensi yang membantu Bumiputera mesti lebih teliti dan teratur dalam memberi bantuan agar kesan jangka panjang penyusunan masyarakat dapat dicapai. Perkara kesembilan, secara umumnya bantuan tunai langsung boleh membantu meringankan beban golongan rentan dan terjejas semasa pandemik. Saya ingin mencadangkan agar untuk jangka masa panjang, mereka yang dibantu ini juga diberi bantuan dalam bentuk saham seperti Amanah Saham Malaysia (ASM), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan diberikan juga dividen pada hujung-hujung tahun kewangan. Kesepuluh, kerajaan dilihat bersungguh-sungguh untuk membantu perusahaan peringkat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tetapi dalam masa yang sama, ramai juga yang merungut proses permohonan terlalu birokrasi. Untuk mengatasi masalah ini, diharapkan kerajaan dapat lebih bertolak ansur dalam memberikan kemudahan. Dalam masa yang sama, pemohon hendaklah diberikan latihan yang lebih efektif dalam soal pengurusan kewangan dan juga pengurusan-pengurusan yang lain. Saya difahamkan bahawa Program Semarak Niaga untuk PMKS ini nilainya ialah RM40 bilion. Ada sejuta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di negara kita ini. Daripada sejuta itu, kira-kira 38 peratus Bumiputera, dengan lain perkataan, akan mendapat RM15.2 bilion bantuan. 62 peratus PMKS milik bukan Bumiputera, mereka mendapat RM24.8 bilion bantuan. Saya ingin pengesahan angka-angka ini. Mengenai subsidi upah, kira-kira RM20 bilion. Jika PMKS itu 38 peratus Bumiputera, maka mereka mendapat RM7.6 bilion dan bukan Bumiputera 62 peratus mendapat RM12.4 bilion. Sekali lagi, angka-angka ini saya mohon pengesahan. Perkara kesebelas, bantuan kewangan sebenarnya banyak membantu peniaga semasa pandemik ini. Maka, sebab itulah mereka mengharapkan kepada kemudahan pengeluaran KWSP. Kita memahami dengan laporan bahawa hampir 50 peratus pencarum hanya mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 dalam KWSP. Akan tetapi kita juga harus memikirkan baki 50 peratus lagi pencarum yang mempunyai simpanan yang lebih daripada itu. Maka, dicadangkan kerajaan menimbang semula
permohonan ini dan pada masa yang sama, lanjutkan lagi tempoh moratorium supaya dapat membantu rakyat yang terjejas. Nampaknya yang kedua belas, tiada bantuan kepada pekebun kecil getah kecuali pembentukan gabungan koperasi. Pekebun kecil getah, ya dapat bantuan musim tengkujuh tetapi yang perlu ditimbangkan ialah harga lantai RM3 hingga RM3.50. Satu perkara yang saya ingin highlight di sini ialah bahawa sawit, sayuran dan buah-buahan, input pertaniannya naik terlalu tinggi. Ada yang naik 100 peratus, Tuan Yang di-Pertua. Oleh itu, diminta KPDNHEP dan MAFI mengawal dan memantau harga input-input pertanian ini. Tanah terbiar, terdapat 120,000 hektar tanah terbiar, perkara ketiga belas. Sama ada rizab Melayu, tanah adat, tanah pegang Melayu, tanah wakaf, tanah terbiar ini perlulah diusahakan. Pelbagai agensi mesti membantu untuk mengusahakan tanah terbiar ini. Keempat belas, umum mengetahui sejak akhir-akhir ini perbatasan negara sering diceroboh, terutama di Laut China Selatan.
Dalam Belanjawan 2022, Kementerian Pertahanan menerima RM16.14 bilion. Berlaku provokasi yang dilakukan oleh negara tertentu kepada kawasan minyak negara di Laut China Selatan, maka pembelian aset amat penting untuk mempertahankan kedaulatan negara. Melalui peruntukan yang terhad ini, diharapkan kerajaan dapat berbuat sesuatu dengan mengadakan lebih kerjasama ketenteraan dengan negara lain sebagai memelihara kestabilan dan keselamatan negara. Ke-15, dalam usaha menjana dan mengekalkan pekerjaan, para belia harus digalakkan untuk menyertai kepesatan teknologi maklumat dengan menjadi usahawan digital, influencer dan gamers. Usahawan digital diberi geran selepas pendaftaran SSM, diberi geran selepas enam bulan tambahan jika mereka menunjukkan peningkatan dalam perniagaan. Pembabitan belia dalam keusahawanan mesti diberi perhatian untuk membolehkan mereka mendapat gaji yang berpatutan dan lebih tinggi daripada sijil pendidikan asas iaitu SPM, dicadangkan para belia yang sudah bekerja lebih dua tahun dalam bidang-bidang tertentu diberikan persijilan pengiktirafan seperti Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1. Dalam belanjawan, tax relief banyak diberikan. Perbelanjaan perubatan, pembelian gajet, pembelian kereta, elektrik dan aktiviti pelancongan. Ini perkara yang ke- 16. Maka saya ingin mencadangkan supaya golongan M40 diberikan potongan cukai yang istimewa dan lebih tinggi atau rebat ke atas sumbangan mereka supaya mereka tidak tersisih dalam Bajet 2022 ini. Kesimpulannya Tuan Yang di-Pertua, belanjawan kali ini banyak menumpukan kepada pemulihan ekonomi dan kebajikan rakyat. Namun, pengurusan Belanjawan 2022 ini mesti cekap dan cepat supaya dapat dilaksanakan agar pembangunan ekonomi negara dan ekonomi rakyat dapat pulih dengan segera. Terima kasih. Saya mohon menyokong.
Terima kasih. Yang Berhormat Kuala Selangor.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya dengan izin membuka pelitup muka saya. Baik. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera semuanya. Negara melepasi 20 bulan mengharungi cabaran pandemik COVID-19, bahkan seantero dunia masih lagi menanggung dampak buruk yang terkait dengan kualiti kehidupan yang terus merosot, ancaman terhadap nyawa dan dibelenggu kemelesetan- kemelesetan ekonomi, Tuan Yang di-Pertua. Dengan meragut lebih 28,000 nyawa warga Malaysia serta melibatkan lebih 2.2 juta kes di Malaysia, pandemik ini telah menjejaskan kesejahteraan rakyat di negara ini dengan kehilangan pekerjaan dan pendapatan. Hampir 100,000 syarikat mikro kecil sederhana gulung tikar. Sementara itu, defisit fiskal negara membengkak ke tahap 6.5
hingga 7.0 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar. Negara terpaksa menaikkan had statutori hutang dua kali dalam dua tahun ini, Tuan Yang di-Pertua. Dengan kenaikan kepada paras 65 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar buat membolehkan kerajaan terus meminjam atau berhutang bagi menyuntik dana buat merancakkan atau jumpstart dengan izin, ekonomi yang sudah pun menunjukkan ciri-ciri dengan izin, stagflation ataupun pertumbuhan yang lembap dengan kenaikan barang dan perkhidmatan yang terus mencanak. Bank Negara Malaysia sendiri telah melalukan downward revision dengan izin, ataupun menukarkan unjuran pertumbuhan negara ke paras hanya tiga ke empat peratus KDNK, walaupun terdahulu menunjukkan angka yang lebih tinggi dan lebih optimis. Pastinya Tuan Yang di-Pertua, ramai yang boleh mengkritik kerajaan dengan langkah- langkah ini. Namun, mana-mana pun kerajaan akan terpaksa meminjam dengan pendekatan untuk membuat apa yang diistilahkan dengan bajet mengembang atau dengan izin, expansionary budget yang mengambil pendekatan Keynesian Economic 101 Tuan Yang di-Pertua, buat mengepam ataupun pump priming yang sewajarnya bagi menggalak dan merancakkan pertumbuhan dengan kerajaan membuat perbelanjaan yang sedikit besar. Pasti dengan hutang di samping untuk mengharapkan pelaburan sama ada domestik mahupun luar, DDI atau FDI serta perbelanjaan isi rumah diharapkan agar terus mengembang atau merancak. Dengan pastinya semua pihak baru-baru ini dapat dengan belanjawan ini, B40, M40 bahkan T20 pun mendapat sedikit sebanyak pelbagai bantuan, pelbagai imbuhan, pelbagai pemulihan, program-program pemulihan, Tuan Yang di-Pertua. Semuanya untuk akhirnya mengizinkan rakyat punya wang dalam saku ataupun mempunyai pendapatan boleh berbelanja dengan izin, disposable income untuk meningkatkan demand yang sekali gus akan dapat menyaksikan perniagaan dan industri dengan domestic demand itu, menjana pekerjaan dan employment. Itu semua adalah macroeconomics 101 secara mudah, Tuan Yang di-Pertua. Pertikaian dan kritik sama ada kerajaan akan mampu membayar hutang, ada yang menyebutkan atau servicing the national debt itu akan tergantung sejauh mana ekonomi akan tumbuh dengan harapan dan segala pendekatan dalam strategi ekonomi ataupun strategi bajet ini mengharapkan peningkatan cukai korporat, cukai perniagaan dan pelbagai cukai yang saya saksikan dan saya baca dari Deloitte’s Highlight of the Budget and Tax Special Edition ini. Kita dapati antara lain “cukai makmur” yang sedikit mempunyai kelainan daripada yang lalu untuk mengenakan apa yang dikatakan sebagai supernormal tax ataupun windfall tax, cukai durian runtuh umpamanya Tuan Yang di- Pertua. Namun, unjuran ke hadapan telah digagaskan ataupun dijangkakan akan sedikit berdepan dengan cabaran kerana andainya penjanaan pendapatan ini tidak dapat ke paras yang diharapkan. Maka membayar hutang-hutang ini atau dengan izin dengan national debt servicing ini, akan berdepan dengan satu kemungkinan krisis, the impending crisis yang dikatakan kalaulah pendapatan hanya ke paras 13.9 peratus mengikut fiscal outlook sendiri oleh kerajaan ya, berbanding dengan unjuran-unjuran yang jauh lebih besar, 14.3 peratus tahun 2022 dan lebih tinggi lagi sebelum itu, 12.9 peratus. Semuanya menunjukkan satu angka yang sedikit menggusarkan. Tuan Yang di-Pertua, dalam semua perkara ini, dalam semua pelaksanaan bajet ini, saya mengingatkan kerajaan supaya terus mengekalkan tadbir urus yang baik, yang berkesan tangani ketirisan, pembaziran dan salah guna kuasa dan mengikuti kepatuhan (compliance) dan fiduciary responsibility ataupun tanggungjawab kewangan yang baik supaya tidak mengulangi tabiat lama, supaya berkesan segala rancangan ini. Laporan Ketua Audit Negara yang mutakhir ini mendedahkan betapa sejumlah wang RM620 juta akibat ketidakpatuhan daripada jabatan-jabatan Kerajaan Persekutuan dalam pengurusan kewangan yang menyebabkan pembayaran tidak teratur, kerugian wang awam dan pembaziran kepada kerajaan dalam tahun 2020, Tuan Yang di-Pertua. Di mana kita ingat siapa yang memerintah ketika itu, tidak perlu kita pertikaikan semua itu lagi. Ia sudah menjadi satu yang perlu SPRM masuk kalaulah benar-benar ada di sana keculasan dan kecurangan dari sudut tadbir urus, Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Kuala Selangor, boleh?
Sila. Sure.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya hendak tanya Yang Berhormat Kuala Selangor, adakah Yang Berhormat bersetuju andai kata kita menjadikan satu kewajipan kepada Parlimen ini untuk membahaskan laporan audit ini? Apa pandangan?
Sangat saya sokong. Diharapkan itu menjadi sebahagian daripada ucapan saya. Terima kasih Yang Berhormat Sepang, sahabat saya. Tuan Yang di-Pertua, masa berbaki ini saya ingin tumpukan - mungkin tidak boleh singgung banyak perkara. Lalu saya hanya akan menumpu kepada sektor kesihatan. Saya terus menyebutkan sejujurnya peruntukan RM32.41 bilion itu untuk KKM bukanlah sebenar-benarnya jumlah yang besar walaupun dalam keadaan begini. Nampak yang kedua besar selepas pendidikan. Kita masih lagi terbelenggu dengan pandemik dan yang sebenarnya mendedahkan kelemahan sistem kita.
Ya, pandemik tidak hanya melemahkan bahkan mendedahkan kelemahan itu pertama-tamanya dengan sistem dan penghantaran, system and deliveries sektor kesihatan kita ini. Justeru, peningkatan 1.5 peratus itu dianggap oleh beberapa pihak think-tank kesihatan sebagai satu yang too small, dengan izin, terlalu kecil. Tak perlu saya ulang unjuran yang seharusnya kita sebagai sebuah negara, sebagai middle-income economy should be spending at least-seharusnya berbelanja membuat investment dalam kesihatan paling tidak empat peratus KDNK, yang kurang lebih dalam jumlah angkanya RM40 bilion, Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi malangnya hanya begitu sahaja, tapi kita boleh faham. Namun yang paling menyedihkan ataupun mengecewakan iaitu peruntukan pembangunan di mana di situlah sebenar-benarnya akan dapat kita perbaiki dan reform sistem dan delivery kesihatan ini yang mana menunjukkan penurunan. Yang tadi itu adalah bersabit dengan perbelanjaan emolumen dan sebagainya daripada segi pengurusan tetapi pembangunan itu kurang, turun RM337 juta ataupun hampir tujuh peratus Tuan Yang di-Pertua. Jadi, itu yang perlu saya rakamkan dan sebagai yang menyambut kritikan oleh beberapa pihak yang mahukan seriously kita memberikan dan membuat investment dalam kesihatan. Saya tidak menafikan bahawa di sana ada RM4 bilion lagi yang antara lain merupakan hasil daripada libat urus bersama dengan Jawatankuasa Ekonomi Pakatan Harapan yang mana RM2 bilion adalah untuk vaksin dan RM2 bilion lagi itu untuk fasiliti- fasiliti yang lain. Tuan Yang di-Pertua, saya terus menyebutkan di samping perbahasan tentang dana dan sebagainya ini, apa yang lebih penting untuk dirakamkan di sini adalah sejauh mana arah dan sejauh mana orientasi, sejauh mana yang kita mampu belajar daripada pandemik ini. Pandemik ini secara mudahnya saya simpulkan telah mendedahkan bahawa di sana wujud kelemahan, terutama dari sudut bukan sahaja dari sudut fasiliti, dari sudut infra tetapi yang lebih mustahak daripada itu adalah bagaimana sistem ataupun kesihatan awam kita itu perlu kita memperkasakan, perlu diberdayakan. Sedikit kalau saya lontarkan, mudahnya bahawa mungkin sudah waktunya, setelah kita lakukan 13 kajian sejak 80an ya, mutakhir adalah satu daripada kajian Malaysian Health Systems Research (MHSR) oleh Harvard School of Public Health. Terkini adalah kajian yang dibuat oleh penasihat kesihatan dengan McKenzie. Akan tetapi tidak ada reform, sudah terlalu lama kajian-kajian dibuat tetapi kita masih lagi menggunakan sistem dan delivery yang sudah outmoded, yang sudah outlive, dengan izin, its span.
Jadi kita memerlukan ke depan nanti, berdepan dengan cabaran kedua-dua sekali. Cabaran-cabaran kedua-dua sekali NCD penyakit-penyakit yang tidak berjangkit dan penyakit berjangkit ini, maka sistem dan delivery kesihatan kita ini memerlukan reform. Antaranya kalau saya simpulkan kita perlu membuat seperti mana yang dicadangkan oleh MHSR, diperkasakan kesihatan awam dan saya sendiri melontarkan cadangan supaya paling tidaknya seperti mana Thailand yang sudah ada Kementerian Kesihatan Awam. Kita paling tidaknya mesti membahagikan kesihatan dengan untuk menangani kesihatan awam itu seorang ketua pengarah, di samping seorang ketua pengarah yang menjaga aspek-aspek regulatory ataupun the hospital-based, dengan izin, sistem dan delivery. Ini adalah sangat penting Tuan Yang di-Pertua, ini kerana kita dapati bahawa adaptability, agility ataupun keupayaan mereka bertindak adalah sangat terhad dan sistem ini ataupun keteraturan ini, order ini perlu digarap semula, perlu di-reformed supaya memperkasakan kesihatan awam. Saya tidak masuk lagi aspek-aspek EMRnya, aspek- aspek digital health-nya. Saya hanya bercakap tentang strukturnya dahulu. Di samping kewangan dan dana untuk memperkasakan ini, sektor kesihatan- health sector ini, yang lebih penting juga adalah reform yang diperlukan untuk memperkasakan kesihatan awam. Kesihatan awam ini ringkasnya merupakan aspek yang bersangkutan dengan bagaimana klinik-klinik kita bersama dengan GP-GP swasta itu digembleng untuk melahirkan apa yang dikatakan sebagai attending to the primary healthcare. Maka di situlah kesihatan prima yang menangani aspek-aspek, bukan sahaja - yang paling penting merupakan aspek menangani aspek penyakit-penyakit berjangkit. Kita dapati bahawa kematian- death, dengan izin, yang berlaku, sama ada divaccinated atau golongan unvaccinated, sebahagian besarnya adalah bersangkutan, terkait dengan wujudnya apa yang dikatakan sebagai underlying disease atau penyakit-penyakit yang sedia ada, yakni penyakit-penyakit berjangkit yang bersifat non-communicable diseases sama ada diabetes, hypertension dan sebagainya, yang kebanyakannya maut dan mati adalah kerana ini. Inilah juga aspek berbeza dengan aspek hospital-based – patient care adalah population care. Population care ini wujudnya di luar sana yang mesti dilihat sebagai satu yang sangat penting untuk kita reform. Termasuk dalam hal ini saya ingin sebutkan adalah bagaimana tulang belakang kepada semua ini, the spine of our kesihatan adalah our electronic lifetime medical records. Bayangkan seorang doktor di HKL apabila mahukan untuk rawat seorang patient, mahu melihat x-ray filemnya atau MRI, filemnya, terpaksa memanggil kalaulah beliau datang dari Pulau Pinang, kerana hanya dihantar dalam WhatsApp sahaja sebagai the best technology sementara. EMR akan dapat memberikan apa yang dikatakan sebagai the master patient index where everything of the patient Tuan Yang di-Pertua, akan berganjak dan move around dengan wujudnya data pipeline yang diintegrasikan di antara klinik dan juga antara klinik dan hospital vertical and horizontal integration dan juga public and private. Sangat penting untuk reform seperti ini, structural sifatnya dan juga memerlukan dana, memerlukan pengurusan, memerlukan reform dari sudut apa yang untuk mengeluarkan sistem kesihatan ini daripada cara dan pendekatan lama. Tuan Yang di-Pertua, akhirnya ada beberapa poin lagi ya saya ingin sebutkan juga tentang saya ingin bertanya kepada kementerian- last...
Yang Berhormat, nak dekat pukul 1. Boleh tak Yang Berhormat habis dalam masa dua ke tiga minit, supaya dapat ganti dengan orang lain.
Boleh insya-Allah, saya cuba sedaya upaya saya.
Terima kasih.
Beberapa nota Tuan Yang di-Pertua. Ya, saya telah menyebutkan tentang keperluan untuk kesihatan
awam diperkukuhkan, infrastruktur yang lengkap untuk disempurnakan ataupun diperbaiki. Jurang kesenjangan antara kota dan desa, Sabah, Sarawak dan Semenanjung. Kementerian Kesihatan diperkukuhkan dan diberdayakan lagi serta fokus bukan sahaja kepada penyakit-penyakit berjangkit tetapi penyakit tidak berjangkit yang merupakan antara sebab kematian berlaku di kalangan yang vaccinated mahupun yang bukan atau tidak divaccinated. Akhir sekali, saya sebutkan di sini tentang beberapa perkara yang lain. Pertama adalah bagaimana kerajaan akan menangani apa yang diistilahkan hari ini sebagai kewujudan fenomena long COVID-19, bukan sahaja - khususnya di kalangan kanak- kanak- children yang merupakan penyakit yang sangat serius dan juga di kalangan dewasa. Jadi, ini satu persoalan yang saya ingin bertanya. Apakah di sana ada perancangan ke arah perkara ini? Yang saya boleh sebutkan hanya sekadar ringkas- ringkas sahaja. Kedua adalah perkara yang bersangkutan dengan doktor kontrak yang telah pun diberikan dua hingga empat tahun lanjutan, meskipun yang diharapkan adalah lebih daripada itu. Kalaulah boleh dipertimbangkan untuk 10 tahun lanjutan, dan dipertimbangkan ataupun benar-benar diwujudkan satu Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan yang akan dapat menggarap persoalan keperluan dan demand mereka, bukan sahaja semasa pandemik, beyond pandemic peranan mereka itu. Kita kekal dalam keberadaan kita- nisbah doktor dengan population adalah satu ke 454, tidak silap saya, mengikut kita sebagai satu middle-income economy adalah paling tidaknya 1 hingga 400 population, atau penduduk. Di mana mustahak untuk perkara ini ditangani dengan cermat, ya saya tidak mengatakan a quick-fix kind of solution untuk doktor-doktor kontrak ini tapi wajar untuk kita berikan tumpuan dan pertimbangan paling baik untuk mereka. Itu antara noktah saya yang terakhir meskipun saya tidak dapat menyebutkan tentang hal-hal yang bersangkutan infrastruktur rakyat saya di Kuala Selangor, khasnya jalan raya. Kalau boleh saya sebutkan jalan raya yang Federal Road khususnya, yang applies to all FD roads di Kuala Selangor itu saya ingin untuk menimbulkan perkara ini dalam peringkat jawatankuasa Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih akan peluang dan tambahan sedikit waktu untuk saya secara bergegasan ini untuk membuat penghujahan dan perbahasan saya. Terima kasih sekali lagi.
Terima kasih Yang Berhormat. Selepas ini Yang Berhormat Alor Gajah, Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Tanjong Manis, Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Bukit Mertajam, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Lubok Antu, Yang Berhormat Bandar Kuching, Yang Berhormat Lumut, Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Kluang, Yang Berhormat Wangsa Maju, Yang Berhormat Kota Kinabalu dan Yang Berhormat Kota Raja. Ahli Yang Berhormat memandangkan sekarang jam telah menunjukkan lebih pukul 1 tengah hari. Saya menangguhkan mesyuarat sekarang dan akan bersambung semula jam 2.30 petang. Terima kasih.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Baiklah, kita sambung perbahasan. Saya menjemput Yang Berhormat Alor Gajah. Masa 13 minit, Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera kepada semua yang hadir pada hari ini. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah kerana diizinkan dengan limpah kurnia-Nya kita dapat hadir bersama di dalam sesi Belanjawan 2022 walaupun tidak begitu ramai yang hadir di dalam Dewan yang mulia ini. Dengan penuh takzim, saya ingin merujuk kepada beberapa perkara mengenai kelestarian dan pemerkasaan ekonomi Bumiputera dan saya berdiri di Dewan ini ingin membawa usul atau cadangan di dalam memperkasa tadbir urus ekonomi Bumiputera sempena Belanjawan 2022. Sekalung tahniah ingin saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia atas pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 baru-baru ini. Saya jangka ia akan memberi impak yang sangat besar kepada keluarga Malaysia di dalam fasa pemulihan ekonomi negara. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk turut mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz di atas pengumuman Belanjawan 2022 yang bakal mendukung tiga paksi utama iaitu memperkukuh pemulihan, membina daya tahan dan memacu pembaharuan. Terdapat beberapa inti pati dalam Rancangan Malaysia Ke-12 sejajar dengan Belanjawan 2022 yang sangat menarik minat saya, antara hala tuju strategik bagi mencapai Malaysia makmur, inklusif dan mampan. Saya berpendapat ekonomi Bumiputera hari ini perlu diberi perhatian serius daripada segi pelaksanaannya demi memastikan jurang pendapatan dapat dirapatkan dan ia haruslah selari dan mesti diselaraskan menerusi agenda Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, sering kali hari ini kita sebut, sama ada di dalam dan di luar Dewan yang mulia ini, sebilangan besar bumiputera masih lagi berpendapatan rendah dan miskin. Contohnya, sekiranya kita lihat dari sudut simpanan masa hadapan post-pandemic di kalangan bumiputera yang disebutkan di dalam Belanjawan 2022, sebanyak 74 peratus golongan ini akan mempunyai pendapatan di paras garis kemiskinan. Situasi ini amat membimbangkan. Untuk itu, sebagai salah satu cara, saya ingin mencadangkan bagi pihak kerajaan meningkatkan status sosioekonomi bumiputera dengan segera melancarkan apa yang saya sebutkan Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 yang telah dirangka oleh pihak TERAJU untuk memastikan sasaran yang dikenal pasti dari Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Rancangan Malaysia Ke-12 akan tercapai. Saya juga berpendapat TPB 2030 ini boleh dilaksanakan melalui kerjasama semua kementerian yang mempunyai unit pemantauan ekonomi Bumiputera. Secara ringkasnya, TPB 2030 mempunyai tujuh key economic growth area, dengan izin, yang telah dikenal pasti dan mampu untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi utama yang dijangka memberi impak sangat besar dari sudut memberi tambahan sebanyak RM680 bilion lebihan operasi kasar ataupun growth operating surplus dan boleh mewujudkan, seperti yang disebutkan sebelum ini, sebanyak 406,000 peluang pekerjaan menjelang tahun 2030. Untuk itu, saya bercadang untuk pihak kerajaan bekerjasama dengan pihak swasta untuk mewujudkan dan meluaskan penggunaan dana-dana dari kaedah yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan iaitu P2P funding ataupun crowdfunding untuk merealisasikan sebanyak 106 projek dan 36 inisiatif merentasi tujuh KEGA yang akan dilancarkan. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, seperti yang semua sedia maklum, penyertaan bumiputera sangat rendah di dalam sektor strategik iaitu sektor perkhidmatan kewangan dan teknologi kewangan iaitu fintech yang majoritinya dimiliki oleh syarikat bukan bumiputera. Sehubungan dengan itu, saya ingin mencadangkan agar pihak kerajaan mempertimbangkan dan memanjangkan lebih mendalam agar polisi ‘ ’ itu dapat memberi jaminan mengeluarkan tiga lesen bank digital untuk diberikan kepada pembida yang berkelayakan dan ekuitinya dikawal oleh syarikat bumiputera. Ini termasuk
pemberian lesen secara eksklusif kepada sektor wakaf yang saya ingin sebutkan di sini, dengan izin, iaitu Bank Wakaf Nasional. Secara ringkas, Bank Wakaf Digital boleh mendapatkan akses kepada harta sebagai sumber modal dan deposit bagi tujuan pelaburan, menggembleng kapasiti kewangan dan memanfaatkan faedah tanpa menjejaskan hak serta pemilikan setiap ahli. Inisiatif ini mampu menjadi tarikan utama kepada umat Islam terutamanya di Malaysia dan juga di dunia. Strategi seperti ini dapat memastikan bumiputera berada di barisan hadapan dalam aktiviti transformasi perkhidmatan dan teknologi kewangan untuk memberi perkhidmatan kepada golongan yang disebutkan unserved, underserved dan unbanked yang majoritinya adalah Bumiputera. Sehubungan ini, komitmen kerajaan untuk memperkasakan wakaf dengan menyalurkan dana permulaan sebanyak RM10 juta bolehlah diselaraskan melalui inisiatif Bank Wakaf Digital ini. Selain daripada itu, Bank Wakaf Digital juga berpotensi digunakan sebagai saluran bantuan kerajaan untuk mengagihkan bantuan secara langsung iaitu bantuan tunai sebanyak RM8.2 bilion melalui platform pendigitalan selain dari RM300 juta yang disebutkan melalui e-wallet yang diumumkan di dalam Bajet 2022. Sebagai contoh, bantuan sebanyak RM100 disalurkan kepada Cik Senah ke dalam akaun Bank Wakaf Digital dan melalui kerjasama strategik di antara Bank Wakaf Digital bersama, contoh, Pak Wan Grocer, Cik Senah boleh mendapat dan menikmati diskaun sebanyak 20 peratus untuk pembelian barangan asas melalui penggunaan kad debit Bank Wakaf Digital. Ini bermakna buying power atau purchasing power ataupun kuasa membeli Cik Senah secara tidak langsung meningkat daripada RM100 kepada RM120. Dana lebihan yang tidak terpakai juga boleh digunakan untuk pembangunan hartanah dan juga untuk simpanan masa depan.
Tuan Yang di-Pertua, selanjutnya saya ingin menyentuh secara ringkas mengenai peluang-peluang ekonomi dalam projek-projek mega seperti pembangunan infrastruktur dan rangkaian 5G yang telah dibahaskan ataupun telah dicadangkan oleh pihak pembangkang. Cuma saya ingin menambah dengan izin, sekiranya projek yang melibatkan high-speed broadband boleh melibatkan bumiputera sebanyak 80 peratus dalam pembangunan RM11 bilion yang diperuntukkan lalu iaitu 4G dan high-speed broadband, tidak salah untuk saya mencadangkan agar projek 5G di bawah DNB diagihkan secara terbuka sekurang-kurangnya 60 peratus mengikut kepakaran bumiputera yang sedia ada. Saya yakin dengan pengalaman usahawan bumiputera yang lalu dan dapatan teknologi yang terbaru, Malaysia akan mampu membantu di dalam pemulihan ekonomi negara. Saya rasa agak terkilan Tuan Yang di-Pertua, apabila kerajaan mengambil keputusan meminjam untuk membangunkan projek 5G dan ini sekali gus memberi kekangan di dalam penglibatan anak-anak tempatan. Adalah baik sekiranya kerajaan boleh lagi intervene untuk menggunakan kaedah crowdfunding yang modelnya boleh digunakan seperti Amanah Saham Nasional Berhad yang secara tidak langsung penglibatan ekuiti bumiputera boleh direkodkan. Untuk makluman Ahli-ahli Dewan, kalau kita lihat pengalaman yang kita telah lalui, projek-projek seperti ECRL. Penglibatan anak tempatan hari ini tidak melebihi tiga peratus. Jadinya kalau kita hendak menggunakan kaedah seperti yang saya sebutkan, maka business as usual tidak menguntungkan kepada masyarakat tempatan terutamanya bumiputera. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, beberapa kali kita mendengar di Dewan yang mulia ini mengenai isu high-speed rail. Saya ingin mencadangkan supaya kerajaan melihat semula beberapa rancangan awal oleh pihak tertentu untuk membangunkan projek yang sama yang saya rasa boleh memberikan impak yang lebih positif kepada ekonomi negara terutamanya penglibatan bumiputera di dalam industri rail. Sebagai contoh dari pendapatan saya, ada cadangan untuk mengadakan rail berkembar elektrik dari KLIA ke Port Dickson, Kuala linggi yang bakal
dibangunkan sebagai International Deep Water Port dan ke Bandaraya Melaka sebagai fasa pertama. Ini boleh dipanjangkan dengan membangunkan hubungan sistem pengangkutan dasar laut ke Sumatera yang mempunyai bilangan penduduk seramai 50 juta orang serta berpotensi untuk terus menghubungkan bandaraya Melaka ke Johor Bahru sebagai gantian jajaran dengan menggantikan high-speed rail yang dibincangkan sebelum ini. Projek seperti ini yang saya sebutkan sebentar tadi akan memberikan galakan kepada usahawan-usahawan tempatan terutamanya bumiputera yang telah pun berkecimpung di dalam industri ini. Akhir sekali saya amat tersentuh apabila disebutkan konsep Keluarga Malaysia yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kepada rakyat Malaysia, ianya bertepatan dengan tugas kita sebagai wakil yang mempertahankan hak dan kepentingan rakyat Malaysia. Marilah kita sebagai Ahli-ahli Yang Berhormat mengetepikan perbezaan pendapat dan memberi sepenuh perhatian apa yang saya cadangkan sebentar tadi dan saya berharapkan semua kementerian dengan dana yang diperuntukkan sebanyak RM11.8 bilion perlu diselaraskan secara bersasar untuk memastikan gross operating surplus yang saya sebutkan tadi dapat tercapai. Kalau ini tidak digunakan secara efektif, maka gross operating surplus 2030, RM680 bilion yang diunjurkan tidak akan tercapai. Hari ini kita cukup dana sebenarnya untuk membangunkan apa yang disebutkan tadi dengan KEGA yang disebutkan tadi, tetapi kelancarannya mestilah diterima, mestilah dilaksanakan oleh kementerian tanpa bekerja secara silo. Kalau itu tidak cukup, saya cadangkan supaya Kementerian Kewangan menggalakkan penjanaan dana dari P2P dan kita peruntukkan sebahagian daripada peruntukan itu untuk melatih usahawan-usahawan bumiputera untuk dikenal pasti menggunakan crowdfunding untuk memajukan mereka di persada dalam negara kita ataupun di luar negara kita. Dalam rekod saya, saya lihat hari ini dalam sedikit tempoh masa keberadaan saya menguruskan TERAJU contohnya, dana daripada awal P2P memang banyak. Akan tetapi kriteria untuk menggunakan dana itu amat pincang atau tidak dapat dipenuhi oleh golongan Bumiputera. Itu sebab saya sebutkan tadi sebahagian daripada peruntukan untuk pembangunan bumiputera itu diperuntukkan untuk melatih. Contohnya bagaimana kita hendak uruskan kewangan, bagaimana kita membuat record-keeping dan sebagainya, perkara yang mudah yang perlu diberi perhatian kepada bakal-bakal usahawan bumiputera yang boleh menyumbang kepada penyumbang kepada pembangunan ekonomi bumiputera. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikumussalam, terima kasih Yang Berhormat Alor Gajah. Saya mempersilakan Yang Berhormat Langkawi, selaku ketua parti, 20 minit Yang Berhormat, silakan.
Tuan Yang di-Pertua, selama satu jam saya mendengar bagaimana kerajaan akan curah wang dengan banyaknya kepada siapa sahaja. Saya tidak dapat tunggu sehingga tamat ucapan, tetapi sehingga tamat ucapan tidak ada sesiapa yang tertinggal. Semua dapat peruntukan yang bertambah. Pada keesokan hari, akhbar mempamerkan wajah rakyat Malaysia yang tersenyum gembira. Saya percaya jika PRU diadakan lusa, parti-parti kerajaan akan menang besar. Jumlah belanjawan 2022 adalah yang terbesar dalam sejarah negara. Sebanyak RM332 bilion akan dibelanja satu rekod. Akan tetapi pendapatan kerajaan pada tahun 2022 adalah sebanyak RM234 bilion. Dari manakah lebihan sebanyak RM98 bilion akan datang? Kemungkinan besar ialah kerajaan akan hutang dari RM332 bilion peruntukan, RM98 bilion akan dihutang. Kita sedang menanggung hutang lebih daripada RM1 trilion. Dengan hutang baharu, jumlah akan meningkat lagi. Kenaikan siling kepada 65 peratus tidak akan mengurang hutang yang perlu dibayar sehingga puluhan tahun. Apa yang turun hanya peratusan daripada GDP, jumlah hutang tidak kurang.
Ya, saya faham. Perlunya kita belanja lebih untuk lawan pandemik COVID-19 dan kemerosotan ekonomi tetapi kita tidak tunjuk minat untuk dapat balik wang yang telah diselewengkan. Demikian duit yang dipercayai dicuri telah dibalikkan kepada pencuri. Konon pihak kerajaan tidak dapat cukup bukti yang duit-duit itu duit kerajaan dari 1MDB. Akan tetapi apakah si pencuri dapat bukti jelas yang menunjukkan dari mana dia perolehi duit yang begitu banyak. Kononnya, hadiah daripada raja negara lain. Tuan Yang di-Pertua, duit yang banyak apabila bergerak akan tinggal paper trail. Tentu ada cek, jika cash tentu ada rekod deposit dan keluaran di bank. Pihak yang memberi perlu dapat pengesahan bank yang mengeluarkan cash. Tentu ada rekod dalam bank akan wang yang dimasukkan sebagai cek ataupun cash ke dalam bank. Akaun siapa yang menerima wang itu? Apakah wang itu keuntungan perniagaan? Perniagaan apa? Tidak mungkin wang itu tiba-tiba berada di tangan penderma.
Hanya bukti yang ada ialah surat daripada seorang Arab, tidak ditangani oleh Raja atau pegawainya. Jika kerajaan tidak dapat sahkan wang itu milik kerajaan, Najib juga tidak dapat sahkan dari mana wang itu datang. Kenapa wang itu diberi kepada Najib? Soalnya, bolehkah Perdana Menteri terima begitu banyak wang daripada pemimpin kerajaan lain? Sebenarnya Perdana Menteri tidak boleh terima untuk dirinya sumbangan wang daripada negara lain kerana ini boleh dianggap sebagai percubaan mempengaruhi politik negara. Jika diterima, kenapa tidak dilaporkan? Kenapa dirahsiakan? Negara lain tidak boleh campur tangan dalam politik negara dengan memberi wang kepada Perdana Menteri Malaysia. Mahkamah mendapati Perdana Menteri keenam bersalah. Itu keputusan mahkamah. Selagi ia tidak didapati tidak bersalah, ia bersalah. Ia patut jalani hukuman. Ada rakyat Malaysia yang belum pun di-charged telah dimasukkan dalam tahanan. Kenapa tidak orang yang sudah pun dihukum salah menjalankan hukuman? Dia dibenarkan ke luar negara pula. Jika rayuan mendapati bantuan tidak salah, bebaskan sahaja. Sudah hampir satu tahun rayuan dibuat tetapi belum ada keputusan dibuat. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, justice delayed is justice denied. Apakah kerajaan serius untuk mendapat balik wang kerajaan yang telah diseleweng? Seperti yang saya jelaskan, bukti bahawa banduan memiliki barangan yang dirampas tidak jelas. Kenapa dipulangkan kepada banduan? Ternampak kerajaan yang tidak serius untuk mendapat balik wang yang telah dicuri. Sikap kalau hilang duit kerajaan itu tidak mengapa, kerajaan boleh hutang dan beberapa generasi akan datang akan bayar. Hutang tidak boleh selesai jika kita hutang untuk bayar hutang. Peguam Negara (AG) atau pendakwa raya sudah berlagak sebagai hakim. Dengan mudah AG memutuskan tidak ada kes. Ini adalah hukum, AG sudah jadi hakim. AG juga tidak bantah apabila banduan dibenarkan ke luar negara. Ya, memang ini semua tidak salah daripada segi undang-undang tetapi ia menjadi precedent. Bolehkah di masa hadapan banduan dibenarkan melancong ke luar negara atau apakah ada dua kelas banduan? Semalam saya dengar ada yang cakap berdegar-degar macam pendekar yang mahu pertahankan kedaulatan negara berkaitan isu Pulau Batu Putih. Saya agak hairan dengan pahlawan ini yang pernah umum akan belayar bila sauh dilabuh, tidak merasa marah atau perlu memperlihatkan kepahlawanannya apabila 1,370 hektar tanah yang ditambak di Johor dijual secara pegangan terus atau freehold kepada rakyat asing. Ini tidak mengambil kira kerosakan alam sekitar yang berlaku terhadap kawasan paya yang kaya dengan biodiversiti dan mengakibatkan nelayan dan penduduk di sekitar kawasan itu terjejas pendapatan dan mata pencarian mereka. Bukan sahaja pahlawan ini tidak memberontak dengan penjualan hartanah itu secara freehold kepada rakyat asing, dia yang menjadi juara merasmikan projek itu. Sesungguhnya the rule of law tidak lagi terdapat di Malaysia. Ada sahaja loophole bagi mencuri, bagi pencuri, penyangak elak daripada dihukum. Kerajaan tidak bersungguh untuk memelihara dana kerajaan.
Saya sedar wang yang banyak diperlukan bagi mengatasi krisis yang dihadapi oleh negara tetapi pada masa yang sama kerajaan perlu berhati-hati supaya perbelanjaan kerajaan dikurangkan dan beban hutang tidak dihempas ke atas belakang generasi akan datang. Memang mudah untuk mengadakan belanjawan yang disukai ramai. Bajet menunjukkan tambahan peruntukan untuk semua pihak. Angka hutang boleh diturun peratusannya dengan menaikkan siling yang di benar tetapi jumlah hutang tidak boleh diturunkan. Hutang mesti dibayar. Tidak bayar hutang, negara akan diisytihar bankrap. Bahawa yang akan pikul beban bayaran balik adalah kerajaan yang akan datang. Tidak bermakna sikap tidak mempedulikan beban kerajaan yang menyusul bukan tanggungjawab kerajaan hari ini. Sebenarnya kerajaan sekarang perlu berhati-hati, tidak membebankan kerajaan- kerajaan yang akan datang. Dalam bajet, tidak ada sebutan untuk mengurangkan perbelanjaan. Sebenarnya jika dikaji, ada kemungkinan peruntukan dikurangkan dalam bidang pendidikan, pertanian, telekomunikasi. Perbelanjaan kerajaan boleh dikurang dengan mengguna teknologi baharu dan juga menswastakan tetapi setelah telekomunikasi diswastakan, kerajaan mengambil alih teknologi yang terkini yang akan memerlukan berbilion ringgit untuk dibekal kepada pelanggan. Apa perlunya kerajaan terlibat dalam khidmat ini? Tentulah lebih baik diserah kepada syarikat telekomunikasi yang sekian lama membekal sistem komunikasi dalam negara. Dengan diserah kepada swasta, kerajaan akan selamatkan sejumlah wang yang tidak kecil dalam peruntukan belanjawan. Lagipun kerajaan tidak terkenal dengan kecekapan dalam bidang bekalan khidmat seperti ini. Jika disemak, kita akan dapati banyak lagi peruntukan dalam belanjawan yang boleh dikurangkan. Beban hutang negara di masa depan boleh jadi lebih ringan. Selain daripada membekal peruntukan yang banyak, bajet tidak menjelaskan cara-cara untuk mengatasi krisis baik COVID-19, baik pun ekonomi. Terpulanglah kepada pentadbir untuk bertindak. Sebenarnya tindakan oleh pentadbir kadang-kadang tidak menepati tujuan peruntukan. Bahkan besar kemungkinan, mereka tidak pun faham bagaimana peruntukan akan diguna. Demikian, sementara kerajaan ingin menggalakkan pelaburan, sikap pentadbir tertumpu lebih kepada prosedur birokrasi. Adakala Menteri dan pegawai kanan tidak boleh ditemui oleh pelabur. Masa yang amat panjang diambil untuk meluluskan sesuatu permohonan. Kadangkala ada pelaburan tidak dapat diluluskan kerana sudah ada cadangan dari orang-orang politik tertentu. Satu daripada punca jumlah peruntukan menjadi lebih besar ialah rasuah. Semua pihak tahu bahawa kelulusan sengaja dilambat-lambatkan atau tidak diberi ialah kerana pemohon tidak menghulur sogokan. Sesungguhnya budaya rasuah sudah kembali dan ia tetap meningkatkan kos yang akan ditanggung oleh kerajaan. Terdapat sejenis rasuah apabila jawatan dicipta yang tidak penting dalam kerajaan, yang diutamakan ialah penerima jawatan-jawatan ini menyokong kerajaan.
Mereka pula diberi taraf Menteri supaya taraf dan pendapatan lebih tinggi. Maka, bertambahlah bajet dan hutang. Sesungguhnya, walaupun krisis COVID-19, dan kemerosotan ekonomi memerlukan perbelanjaan luar biasa tetapi kerajaan yang bertanggungjawab perlu kurangkan jumlah belanjawan supaya tidak membebankan negara dengan hutang yang bertambah. Kita gembira jumlah kes baharu sudah turun tetapi kenapakah jumlah kes baharu COVID-19 sudah turun? Akan tetapi kenapakah suatu masa ini ia naik sampai 25 ribu kes baharu sehari? Negara Jepun dengan penduduk empat kali- ganda, lebih ramai dapat mengurangkan jumlah kes baharu sehingga sekarang- berjumlah hanya 200 dan kematian hanya tujuh orang. Negara Jepun telah menjadi tuan rumah Sukan Olimpik dan menerima berpuluh ribu orang pelawat tetapi wabak COVID-19 tidak melambung. Ada baiknya jika kita tiru cara-cara Jepun.
Tuan Yang di-Pertua, saya harap kerajaan akan semak semula Bajet 2022. Kita tidak perlu bangga dengan mengemukakan belanjawan yang terbesar dalam sejarah negara. Lagipun ia menjadi besar kerana hutang besar dan sebahagian daripada wang yang akan dihutangkan akan diguna untuk bayar hutang. Bukan sahaja oleh kerajaan semasa tetapi juga kerajaan-kerajaan yang akan datang kerana berhutang untuk bayar hutang tidak mengurang jumlah hutang, yang berlaku hanyalah pertukaran punca hutang sahaja. Membuat peruntukan tambahan sebagai cara menangani masalah tidak selalunya mencerminkan kebolehan dan kebijaksanaan para perancang atau keprihatinan kerajaan. Kita tidak perlu bangga dengan saiz bajet kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua... [Tepuk]
Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Seterusnya, Yang Berhormat Baling.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Salam Malaysia, rakyat Malaysia yang saya hormati. Tuan Yang di-Pertua, alhamdulillah hari ini saya diberi peluang untuk bersama- sama dalam perbahasan yang saya dapat turut serta. Pertama sekali, izinkan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu Yang Berhormat Bera, Menteri Kewangan serta pegawai-pegawai perkhidmatan awam dan semuanya yang telah bertungkus-lumus memastikan kesempurnaan Bajet 2022 kali ini. Bajet yang terbesar dalam sejarah iaitu melibatkan perbelanjaan RM332.1 bilion ini, insya-Allah saya yakin dan percaya ini ialah sesuatu yang munasabah bagi memulihkan semula ekonomi kita dan menjaga kesihatan rakyat. Apa juga yang kerajaan lakukan ia mestilah dengan mengenal pasti masalah sebenar rakyat seperti kehilangan pekerjaan, pengangguran besar, daya saing PKS serta pendapatan yang semakin berkurang adalah isu utama yang sedang dihadapi oleh masyarakat kita, khususnya pada zaman pandemik COVID-19 ini. Saya doakan agar kerajaan di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, dan Menteri Kewangan, buktikan kepada mantan Perdana Menteri dua kali yang baharu sudah berbahas, saya pohon agar buktikan bahawa apa yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat mantan Perdana Menteri dua kali ini salah. Apa sahaja yang kita buat ini demi rakyat. Justeru Tuan Yang di-Pertua, hari ini saya ingin bahaskan tiga perkara. Pertama sekali, harga komoditi getah dan kebajikan penoreh, isu masalah banjir, isu bantuan sekolah pondok. Getah dan rakyat Baling berpisah tiada. Memandangkan Baling di antara daerah yang mempunyai jumlah pekebun kecil getah yang terbesar iaitu seramai lebih 13,082 orang pekebun kecil getah. Bagi mewakili mereka, saya mengucapkan ribuan terima kasih atas peruntukan RM190 juta bagi bantuan musim tengkujuh (BMT). Masa Kerajaan Pakatan Harapan tidak ada semua ini, Tuan Yang di-Pertua. Namun, kerajaan tidak boleh selama-lamanya meletakkan BMT sebagai penyelesaian. Ia satu kaedah solusi jangka pendek, kaedah masa panjang yang lebih sesuai adalah dengan kerajaan meletakkan harga lantai bagi getah sebanyak RM3.50 satu kilogram berbanding RM2.50 sekarang. Jumlah ini akan membolehkan pekebun kecil memperoleh pendapatan kasar, purata RM2,625 berbanding kurang RM1,500 pada hari ini. Anggaran tambahan peruntukan bagi insentif pengeluaran getah IPG ini sekiranya harga lantai dinaikkan kepada RM3.50, kerajaan hanya keluarkan RM120 juta setahun. Peruntukan ini kita kutip melalui pelaksanaan cukai keuntungan luar biasa- windfall tax, sebanyak 2.5 peratus ke atas syarikat-syarikat gergasi negara yang terlibat dalam industri getah, sebagai contohnya Top Glove, Hartalega dan banyak lagi syarikat-syarikat seumpama ini telah memperoleh keuntungan selepas cukai sebanyak masing-masing RM8 bilion dan RM2.2 bilion bagi tahun 2020.
Cukai 2.5 peratus ke atas keuntungan bersih hanya untuk dua buah syarikat ini sahaja akan memberi pendapatan tambahan sebanyak RM256 juta kepada kerajaan. Ini baharu dua buah syarikat Tuan Yang di-Pertua. Banyak lagi syarikat-syarikat di luar sana. Jumlah kutipan cukai ini hendaklah dimasukkan ke dalam sebuah tabung yang dikhususkan untuk pekebun kecil getah. Kerajaan mesti membentangkan satu akta khas bagi tabung ini agar ia tidak digunakan bagi tujuan lain. Caranya ialah kerajaan melalui agensi-agensi tertentu, boleh membeli getah secara terus daripada penoreh-penoreh pada kadar harga RM3.50 apabila harga komoditi itu menjunam di bawah harga lantai. Getah ini akan disimpan dijadikan stockpile. Apabila harga getah meningkat melebihi harga lantai, agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab boleh melepaskan semua stok simpanan getah ini kepada penguasa atau pengusaha ataupun pengilang pada harga semasa. Dengan cara ini, harga getah akan dapat distabilkan dan kerajaan juga tidak akan menanggung kos subsidi yang besar. Selain itu, Baling mencadangkan agar polisi buffer stock boleh diguna pakai bagi menetapkan harga lantai komoditi tanpa memberi impak kewangan besar kepada kerajaan. Cara ini telah diaplikasikan di Negara China bagi mengawal pendapatan pesawah padi dan di negara Australia yang mana kerajaan mereka melaksanakan bagi mengawal harga kapas yang very fragile, sir. Untuk negara Malaysia, getah antara perkara yang harus kita lakukan perkara yang sama. Kita boleh melakukan dengan adanya stockpile iaitu buffer stock policy. Kalau kita tengok pada tahun 2017, kalau kita tengok, kita ada pernah melakukan terhadap lambakan ikan kembung waktu itu. Pada masa tersebut, ketika itu agensi-agensi kerajaan seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) melalui Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT), Persatuan Nelayan Negeri Kedah (NEKAD) serta persatuan-persatuan nelayan daerah telah membeli lambakan ikan kembung tersebut dan dijadikan stok bagi persediaan musim tengkujuh. Cara ini menyebabkan pendapatan nelayan tidak merosot, sementara stok bekalan dan ikan dapat ditampung sepanjang tahun, dengan syarat semua agensi yang berkaitan dapat melakukan bersama-sama.
Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat pada hari ini, isu getah ini sudah lama dibincangkan dalam Dewan yang mulia ini. Kalau kita tengok Tuan Yang di-Pertua, dulu kalau kita tengok minta untuk dapatkan harga, untuk dapatkan harga RM3.50 ini daripada dulu berzaman, ramai Ahli Parlimen telah bercakap berkaitan isu yang sama tetapi malangnya sampai hari ini, kita belum dapat lagi satu keputusan. Justeru, saya pohon kepada kerajaan, apabila penggulungan yang bakal dibuat oleh Yang Berhormat Menteri iaitu Menteri Kewangan, berilah satu berita yang menggembirakan kepada semua rakan saya dalam Dewan yang mulia ini yang menyebutkan perkara yang sama. Saya dengan Yang Berhormat Jempol, empat malam tak tidur bincangkan hal ini, bagaimana kita boleh laksanakan. Saudara saya, Yang Berhormat Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan— semua kita berbincang bagaimana kita nak pastikan harga ini dapat dipertahankan. Jadi saya harap, kali ini kita dapat selesaikan sekali gus RM3.50 ini dan saya juga merayu. Sekarang ada dua kementerian yang bertanggungjawab menjaga RISDA dan LGM, saya harap kementerian ini juga dapat kita gabungkan. Pilihlah di antara Kementerian Pembangunan Luar Bandar ataupun Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi akan letakan mereka ini, sekarang ini terpisah. Dahulu sama juga, kes COVID-19. Kes COVID-19 pun, dua ke tiga ke empat kementerian. Akhirnya kita dapat atas kebijaksanaan Yang Amat Berhormat Bera, satu kementerian menjaga kes COVID-19. Jadi dalam hal ini juga, saya harap satu kementerian jaga. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Gombak yang baru-baru ini datang ke Baling dalam Program Ziarah Kasih dan Dialog. Banyak perkara dapat kita laksanakan.
Isu kedua Tuan Yang di-Pertua, adalah masalah banjir. Saya telah membangkitkan berkali-kali isu banjir ini supaya dapat diselesaikan. Kalau kita tengok di dalam negeri Kedah, kami daerah di antara yang paling besar. Kalau kita tengok Baling, Sik lebih besar daripada Melaka dan Perlis, keluasan perseginya. Jadi apa yang kita hadapi sekarang, di Baling contohnya, di Sik contohnya, kami tidak ada seorang pegawai iaitu jurutera daerah. Kami kena berkongsi iaitu Merbok, Sik dan Baling. Jadi justeru itu, saya memohon sangat-sangat kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk memikirkan. Lantik jurutera daerah JPS untuk Baling dan Sik. Ini amat-amat memerlukan sebab baru-baru ini, kami banjir begitu teruk. Setiap hari banjir. Takkan nak tunggu sampai orang meninggal dunia ataupun kehilangan nyawa? Jadi saya harap peruntukan RM100 juta yang saya mohon kepada kementerian dapat dilaksanakan dengan segera dan kepada JPA, saya mohon waran perjawatan ini juga dapat dilaksanakan dengan segera. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita tengok isu banjir di Baling dan di seluruh negara, satu fenomena. Saya ingin bertanyakan juga berkaitan dengan satu perkara lagi. Baru- baru ini di Jerai, di Yan, berlaku masalah iaitu banjir besar dan tanah runtuh. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri saya ingat waktu itu, 21 Ogos, Yang Amat Berhormat mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri. Pada 23 hari bulan, Yang Amat Berhormat sampai ke negeri Kedah khususnya di kawasan Yan, telah meluluskan peruntukan RM75 juta. Sampai hari ini, ia tidak dapat dilaksanakan. Saya harap Kementerian Kewangan ada satu SOP ataupun satu benchmark ataupun satu KPI, kalau bila mana Perdana Menteri datang meluluskan sesuatu projek khususnya dalam bencana alam, berapa lama masanya harus dapat diselesaikan. Sampai hari ini difahamkan belum ada lagi sebarang pencapaian ataupun sebarang pergerakan yang dibuat di sana. Jadi saya sekali lagi nak bincang berkaitan dengan isu banjir ini, banyak sangat. Saya harap khususnya Jabatan Parit dan Saliran ini dapat melaksanakan tindakan yang sewajarnya secepat mungkin. Ketiganya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sentuh berkaitan dengan isu sekolah pondok. Sekolah pondok ini saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan yang telah meluluskan RM140 juta baru-baru in. Akan tetapi kalau kita tengok isu sekolah pondok ini, di Baling contohnya, kami mempunyai terlalu banyak sekolah pondok ataupun institusi-institusi ini. Saya ingin menyatakan bahawa kalau boleh RM140 juta ini untuk institusi pondok seluruh negara, tahniah dan terima kasih saya ucapkan. Pada masa yang sama, memandangkan isu COVID-19 yang begitu berleluasa dan kalau kita tengok, lebih keperluan 1,230 madrasah dan sekolah-sekolah pondok berdaftar di seluruh negara khususnya di Baling, terdapat puluhan institusi pondok. Mereka menghadapi masalah. Ini kerana laporan yang mereka beritahu, ibu dan ayah mereka tidak mampu membayar yuran dan sebagainya. Oleh itu, saya mohon, Baling mohon untuk mereka menaikkan kepada RM200 juta bagi dapat menyelesaikan masalah- masalah wang yang tertunggak. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak. Last but not least, saya nak bercakap berkaitan dengan NADMA. NADMA ini bagus, bila mana tempat pemindahan baru-baru ini, Yang Berhormat Rantau Panjang datang Baling tengok kawasan pemindahan, pergi ke semua kem pemindahan dan sebagainya. Pusat-pusat pemindahan, adalah kem-kem ataupun tempat tidur, tempat tinggal, NADMA yang uruskan. Akan tetapi birokrasi, bayaran masih lagi tak dapat. Sudah tiga bulan, masuk bulan ketiga banjir ini, kita tak dapat. Sudah lima kali dah banjir di Baling, kami belum dapat lagi. Ini kerana pengurusan yang dari Pusat pergi ke negeri, negeri akan pergi ke daerah. Jadi saya mohon kalau boleh, lepas ini NADMA uruskan terus dengan pejabat daerah masing-masing sebab di pejabat daerah, kita ada penghulu. Kita ada buat laporan polis, kita ada buat segala tindakan. Mereka begitu telus. Saya harap sangat NADMA boleh turun ke bawah untuk memberi saluran bantuan kecemasan kepada mangsa- mangsa banjir. Kami di Baling lebih 2,400 orang dah, lima kali kena banjir dalam masa tiga bulan ini. Semalam, banjir besar lagi di Baling. Masih lagi ada pusat-pusat
pemindahan. Jadi, saya harap libatkan sama dengan Ahli-ahli Parlimen dan bersama NADMA dan pejabat daerah untuk kita pastikan agihan-agihan wang tersebut diberikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Kementerian Kewangan dan sekali lagi saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Teruskan usaha ini, jangan risau. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, ini kalau saya tak cakap, tak boleh. Saya nak ucapkan syabas dan tahniah. [Menunjukkan senaskah dokumen] Kita pernah ada dua kali Perdana Menteri dari negeri Kedah, dua kali Perdana Menteri dan kita pernah ada anaknya jadi Menteri Besar tapi tak dapat laksanakan Kedah Rubber City ini. Punya lama kami tunggu. Saya nak ucapkan setinggi-tinggi penghargaan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Bera, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah sekarang, Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, tahniah saya nak ucapkan kepada Yang Berhormat Padang Terap. Semalam mereka telah berjaya membawa balik RM5 bilion pelaburan baharu dan memberi pulangan 1,600 anak-anak negeri Kedah dapat pekerjaan. Inilah kita telah memperjuangkan sekian lama, akhirnya Yang Amat Berhormat Bera telah melaksanakan. Yang Amat Berhormat Bera adalah juga seorang anak penoreh getah. Beliau tahu, mendengar dan merasai denyutan nadi seluruh pekebun kecil getah, penoreh-penoreh getah seluruh negara. Justeru, saya merayu akhir sekali, Yang Amat Berhormat dan Yang Berhormat Menteri Kewangan dalam penggulungannya memberikan berita gembira, kelulusan harga lantai getah RM3.50. Berilah berita gembira daripada seluruh negara, rakyat dari Sabah, Melaka, Johor, Kedah, semuanya akan gembira sekiranya dapat RM3.50 satu kilo. Maka, selesailah masalah miskin tegar dalam negara Malaysia yang tercinta ini. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Hebat.
Waalaikumussalam. Terima kasih Yang Berhormat Baling. Seterusnya Yang Berhormat Tuaran, 20 minit Yang Berhormat. Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Tuaran untuk turut membahaskan Bajet 2022. Terima kasih juga kerana sebagai ketua parti, Tuaran diberi 20 minit untuk berbahas. Izinkan saya memulakan perbahasan dengan tiga rangkap pantun. Dari Perlis Indera Kayangan, Bertemu jodoh di Borneo Utara, Malaysia barat tinggal kenangan, Kini disanjung Semenanjung Malaysia. Datang ke Sabah membeli ikan bilis, Pergi Sarawak membeli kek lapis, Malaysia barat namanya ditukar habis, Malaysia timur kekal untuk negeri dua ‘S’. Sabah Sarawak kembar ‘S’ berdua, Malaysia Timur wilayah terbesar negara, Jika Malaysia barat Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak ialah Tanah Besar Malaysia. Sebagai mana yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kanan Kewangan, peruntukan Bajet 2022 adalah bertujuan memperkukuhkan pemulihan, membina daya tahan dan memacu pembaharuan.
Pada Tuaran, apa pun jua objektif yang ingin dicapai dalam Bajet 2022, Tuaran melihat keseluruhan bajet ini dihasilkan dengan mindset bahawa Malaysia itu ialah Semenanjung Malaysia dan Semenanjung Malaysia itu ialah Malaysia. Sama ada penggubal Bajet 2022 ini sedar ataupun tidak tetapi itulah hakikatnya yang perlu disimpulkan bila mana bajet ini dilihat secara menyeluruh, maka dengan itu tidak hairanlah apabila orang Sabah yang datang ke Putrajaya, sering menerima pertanyaan bila sampai ke Malaysia? Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, dengan keluasan Sabah dan Sarawak sebanyak 198,062 kilometer persegi merupakan 60 peratus daripada tanah keseluruhan Malaysia dan “sudah terang lagi bersuluh” bahawa gabungan kedua wilayah di kepulauan Borneo ini jelas menggambarkan di mana sebenarnya kedudukan Tanah Besar Malaysia. Ini kerana keluasan keseluruhan Semenanjung Malaysia baharu 131,598 kilometer persegi iaitu hanya 40 peratus. Oleh sebab itu apabila merumuskan bajet tahunan untuk negara kita yang tercinta ini, mindset atau mentaliti itu sangat penting. Harus diingat, Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung adalah equal partners. Oleh sebab itu saya sudah nyatakan berkali-kali Dewan yang mulia ini bahawa tidak cukup untuk memandang ke Borneo sahaja. Akan tetapi dengan denyutan nadi penduduk Tanah Besar Malaysia iaitu rakyat di Sabah dan Sarawak hendaklah diambil peduli, didengar dengan mata hati serta dirasai penuh empati. Tuan Yang di-Pertua, sudah pasti semua orang boleh melihat dan membuat analisa bahawa peruntukan perbelanjaan iaitu RM233.5 bilion untuk perbelanjaan mengurus, RM75.6 bilion perbelanjaan pembangunan dan RM23 bilion pengurusan untuk COVID-19, sebahagian besar dibelanjakan di Semenanjung Malaysia. Sememangnya banyak faktor yang menyumbang keadaan itu berlaku. Namun, saya ingin nyatakan sekali lagi bahawa faktor utamanya adalah mindset perancang, penggubal dasar dan pembuat keputusan negara kita. Dari segi keanggotaan dalam jemaah Kabinet pun kita sudah tahu, walaupun Sabah dan Sarawak 20 peratus lebih besar daripada Semenanjung Malaysia, namun hanya beberapa orang sahaja yang berada dalam Jemaah Kabinet. Bukan itu sahaja, tetapi yang menarik dan perlu diketahui umum juga ialah walaupun fasal 121(1)(a)(b) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan bahawa terdapat dua Mahkamah Tinggi penyelaras hal kehakiman dan perundangan di negara kita iaitu High Court in Malaya dan High Court in Sabah dan Sarawak. Namun dari segi bajetnya, dengan jelas bermaksud tanggungan lapan dan juga dalam hal pengurusan kehakiman dan perundangan, dinyatakan bahawa tidak ada bajet khusus untuk High Court in Sabah dan Sarawak. Oleh sebab itu saban tahun Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak terpaksa memohon peruntukan kepada Ketua Setiausaha Negara untuk apa juga bentuk perbelanjaan bagi tujuan pembelian termasuk sekecil-kecil barang seperti tisu tandas. Tuaran minta supaya Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak diberi bajet tahunan untuk mengurus dan perolehan. Tuan Yang di-Pertua, sudah tiba masanya untuk memperbetulkan kecelaruan seperti ini demi membina sebuah negara Malaysia yang berasaskan kepada semangat Perjanjian Malaysia 1963. Biarlah equal partner ini dapat dipraktikkan kepada Mahkamah Tinggi dengan memberi peruntukan bajet tahunan yang sewajarnya kepada Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak. Pada masa yang sama, kuasa TYT Sabah untuk melantik Judicial Commissioner sepertimana yang termaktub dalam versi asal Perlembagaan Persekutuan juga hendaklah dikembalikan. Pada masa kini, kita sudah sering mendengar kelantangan suara-suara supaya Sabah dan Sarawak keluar Malaysia. Malah sudah ada parti yang ditubuhkan untuk memperjuangkan Sarawak keluar dari Malaysia. Kenapa ini terjadi? “Tepuk dada tanya selera”.
Jangan sudah terhantuk baharu tengadah. Sesungguhnya Sabah dan Sarawak sangat-sangat memerlukan dana yang besar untuk menyelesaikan masalah pembangunan yang sangat asas. Lihatlah walaupun Malaysia sudah berumur lebih 58 tahun, namun masih banyak keperluan asas di Sabah dan Sarawak yang belum dipenuhi. Suara kita tidak dipedulikan. Sebagai contoh di Sabah, masalah sumber bekalan air, masalah 52 peratus non- revenue water yang sangat teruk. Hari-hari dibuat catuan-catuan air. Ada yang sampai tujuh hari, malahan ada yang berdepan pengalaman perit semasa PKP dilaksanakan di kawasan mereka. Sudahlah terkurung, air pun tiada. Justeru, saya ingin bertanya adakah penggubal Bajet 2022 ini telah mengambil kira masalah yang cukup mendesak ini? Adakah mereka betul-betul telah melihat sendiri, turun padang dan mendapatkan pandangan rakyat. Ini kerana peruntukan RM226.759 juta untuk Rancangan Bekalan Air Sabah di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air serta peruntukan sebanyak RM129.4 juta untuk bekalan air luar bandar Sabah di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, hanyalah untuk menampung kesinambungan projek sedia ada. Ia bukannya untuk menyelesaikan masalah bekalan air di Sabah secara tuntas. Begitu juga dalam hal talian internet. Daripada RM700 juta untuk pelaksanaan JENDELA dalam Bajet 2022, tidak ada dinyatakan berapa peruntukan yang dikhaskan untuk Tanah Besar Malaysia? Denyutan nadi rakyat Sabah dan Sarawak belum lagi dirasai sebab kami hanya dijanjikan dan dikatakan hanya pandang ke Borneo. Mana boleh hanya pandang-pandang, mesti ditatang, mesti lihat dan mesti merasai sendiri kehendak dan masalah rakyat di sana. Sekiranya benar-benar serius menyelesaikan masalah rakyat di Sabah. Tuan Yang di-Pertua, jika Tuaran memperincikan satu persatu keperluan pembangunan seperti menaik taraf bekalan air luar bandar daripada paip graviti kepada air terawat, menaik taraf penjanaan dan penghantaran bekalan elektrik, memperluaskan talian internet, menaik taraf pelabuhan dan lapangan terbang, melaksanakan Lebuh raya Pan-Borneo, menaik taraf bangunan sekolah-sekolah daif, menaik taraf klinik-klinik kesihatan luar bandar dalam hal pembangunan, semua ini. Atas kesedaran ini, maka Pakatan Harapan telah mencadangkan agar 30 peratus daripada bajet pembangunan, hendaklah diberikan kepada wilayah-wilayah di Tanah Besar Malaysia iaitu Sabah dan Sarawak. Tidak syak lagi bahawa cadangan Pakatan Harapan ini sangat bertepatan kerana sekali lagi saya ingin ulangi 60 peratus daripada kawasan tanah negara kita Malaysia, adalah Wilayah Sabah dan Sarawak. Semenanjung Malaysia hanya 40 peratus daripada keluasan tanah Malaysia. Tentunya cadangan ini bukanlah satu cadangan bersifat parochial, malah objektifnya adalah untuk merapatkan jurang pembangunan wilayah yang begitu besar. Jika dasar ini dipertimbangkan, maka daripada jumlah RM75.6 bilion yang telah diperuntukkan untuk pembangunan RM22.68 bilion. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] Namun apa yang telah diberikan kepada- bukannya 30 peratus daripada keseluruhan tetapi hanyalah 1.39 peratus untuk Sarawak dan 1.59 peratus untuk Sabah. Cadangan kita tidak dipedulikan. Pendek kata 30 peratus daripada bajet pembangunan yang diberikan pada Tanah Besar Malaysia is highly justified. Ingin saya nyatakan sekali lagi bahawa kesemua peruntukan untuk bekalan air Sabah daripada persekutuan di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air adalah untuk menampung projek-projek tertunggak yang sedia ada. Jika benarlah penggubal Bajet 2020 ini telah membuat engagement yang harmoni sebagai mana yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan, bagaimana mungkin mereka boleh terlepas pandang masalah bekalan air di Sabah?
Penduduk di Taman Telepok Ria, Taman Seri Ulu Gading, Taman Kristal, Taman Telepok Jaya, PPR Gaya, Kampung Merabang Air, Taman USJ Perumahan Bukit Payung malah Taman Perindustrian Kota Kinabalu, semuanya di kawasan Parlimen Tuaran. Tempat-tempat seperti Bandar Siera, Taman Putrajaya dalam Parlimen Sepanggar sampai tujuh hari tidak ada bekalan air akibat rationing yang dilaksanakan oleh Jabatan Air Sabah kerana masalah sumber air. Bagi rakyat yang terkesan, apalah ertinya pemulihan yang dikatakan dalam bajet ini.
Apa sebenarnya pembaharuan dalam Bajet 2022 ini? Sebenarnya, Tuan Yang di- Pertua, masalah bekalan air ini berlaku kerana masalah sumber air yang tidak mencukupi dan non-revenue water yang sangat tinggi iaitu melebihi 52 peratus. Masalah non- revenue water ini boleh ditangani dengan menggunakan teknologi internet of things (IoT) yang sudah pun dipasang di Bandar Raya Kota Kinabalu dan berjaya mengurangkan non- revenue water kepada hanya 20 peratus. Akan tetapi, pihak penggubal dasar, penggubal Bajet 2022 ini sepatutnya harus tahu kenapa teknologi air tersebut tidak dilaksanakan di daerah lain di Sabah termasuklah di Tuaran. Selain itu, seperti juga di seluruh negara, penduduk di Tanah Besar Malaysia tidak terkecuali daripada kehilangan sumber pendapatan akibat kehilangan pekerjaan dan perniagaan. Namun, keadaan di Sabah jauh lebih teruk. Sudahlah kadar pengangguran di sini sedia tinggi iaitu lapan peratus dan kadar kemiskinan absolute di Sabah pada kadar 25.3 peratus adalah yang paling tinggi di Malaysia. Buktinya tertera dalam buku Rancangan Malaysia Ke-12 yang menyatakan bahawa lapan daripada 10 daerah termiskin di Malaysia adalah terdapat di Sabah iaitu Daerah Kudat, Pitas, Kota Belud, Kota Marudu, Beluran, Telupid, Tongod dan Daerah Nabawan. Tuan Yang di-Pertua, dikatakan masih ada 700,000 hektar tanah yang sesuai untuk pertanian di Sabah. Namun, pengusaha dan petani menghadapi masalah pemasaran akibat PKP yang berpanjangan. Maka itulah Pakatan Harapan mencadangkan supaya kerajaan menyediakan dana sebanyak RM30 juta sebagai insentif untuk menggalakkan pengusaha dan para petani untuk mengeksport hasil pertanian mereka ke Semenanjung Malaysia.
Yang Berhormat Tuaran, boleh sedikit, Yang Berhormat Tuaran? Kimanis. Boleh?
Silakan.
Timbalan Menteri, sila.
Ini Timbalan Menteri. Bolehkah?
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih banyak. Sedikit sahaja. Saya tertarik dengan ucapan Yang Berhormat Tuaran yang banyak menyentuh soal...
Tuan Yang di-Pertua, bolehkah Timbalan Menteri tanya soalan?
Dibenarkan.
Tidak. Ini melanggar konvensyen Parlimen.
Tuan Yang di-Pertua membenarkan saya. Apa masalah?
Bukan benar atau tidak benar tapi ini against the convention of Parliament, dengan izin.
Ia tidak melanggar peraturan mesyuarat.
Terpulang kepada Yang Berhormat Tuaran.
Silakan.
Yang Berhormat Tuaran benarkan saya.
Saya terkejutlah ini keputusan Tuan Yang di-Pertua.
Tak apalah. Yang Berhormat duduklah.
Bukan. Timbalan Menteri― aduh!
Tidak apa. Duduklah. Yang Berhormat Tuaran bagi saya peluang.
Yang Berhormat Tuaran bagi?
Silakan.
Ya, saya hendak sokong pandangan Yang Berhormat Tuaran. Banyak perkara perlu diberi perhatian kepada Sabah dan Sarawak. Cuma, Yang Berhormat Tuaran salah seorang mantan Ahli Kabinet pada era Pakatan Harapan. Saya hendak tanya. Adakah Yang Berhormat Tuaran tidak rasa bersalah kerana banyak juga projek pembangunan dibatalkan sewaktu Kerajaan Pakatan Harapan dahulu? Itu sahaja. Terima kasih.
Terima kasih. Sila Yang Berhormat Tuaran teruskan.
Terima kasih. Ini soal bukan berasa salah dan sebagainya. Akhirnya, ini bercerita tentang bajet. Kekurangan bajet, kekurangan peruntukan. Yang Berhormat, selain daripada meningkatkan pendapatan petani, langkah ini juga memberi sumbangan kepada pengurangan import makanan negara yang kini sudah mencecah RM50 bilion setahun. Akan tetapi, cadangan ini pun tidak diambil peduli. Sesungguhnya salah satu pengajaran yang diperoleh daripada pengalaman pandemik ini ialah struktur ekonomi Sabah yang sangat bergantung pada pelancongan dan eksport komoditi seperti petroleum dan gas serta kelapa sawit. Untuk mempertingkatkan daya tahan serta pembaharuan ekonomi Sabah, maka sumbangan industri pembuatan yang sangat rendah iaitu hanya 7.2 peratus perlu ditingkatkan kepada 30 peratus. Untuk mengorak langkah ke arah itu, Pakatan Harapan telah mencadangkan supaya dalam Bajet 2022 ini disediakan RM100 juta sebagai insentif untuk mempromosi labor intensive manufacturing di Tanah Besar Malaysia iaitu RM50 juta untuk Sabah dan RM50 juta untuk Sarawak. Walaupun dana yang dicadangkan berupa token, terlalu sedikit, terlalu kecil memandangkan sektor pembuatan ini memerlukan dana yang besar, namun cadangan ini pun juga tidak diambil peduli oleh pihak Kementerian Kewangan. Tuan Yang di-Pertua, untuk menjadikan Sabah bertambah menarik sebagai destinasi pelaburan dalam sektor pembuatan, Tuaran mencadangkan supaya dilaksanakan double freight tax deduction. Harus disedari bahawa industri sektor pembuatan adalah berorientasikan eksport memandangkan pasaran tempatan terlalu kecil. Selain itu, Jabatan Perdana Menteri dengan Kerajaan Negeri Sabah hendaklah membuat penyelarasan terhadap usaha serta aktiviti yang menarik kemasukan pelabur. Pihak SEDIA dan agensi pelaburan Kerajaan Sabah iaitu Invest Sabah hendaklah melaksanakan seperti apa yang telah dibuat oleh Northern Corridor dan Invest Penang di negeri Pulau Pinang. Tuan Yang di-Pertua, yang sangat menyedihkan pada Tuaran ialah cadangan Pakatan Harapan agar special geran kepada Sabah dan Sarawak di bawah Fasal 112 Perlembagaan Persekutuan hendaklah dinaikkan sebanyak empat kali ganda seperti
mana yang telah dicadangkan oleh Kerajaan PH dahulu iaitu dinaikkan dua kali ganda setiap tahun sehingga tempoh lima tahun akan datang bermula tahun 2018. Ini bererti Sabah sepatutnya harus mendapat RM106.8 juta dan RM64 juta untuk Sarawak pada Bajet 2020. Namun, cadangan ini pun tidak dipedulikan. Tuan Yang di-Pertua, kalau pemulihan yang diusahakan dan kalau daya tahan yang dikejar, maka perubahan yang dicita-citakan semua ini boleh berlaku hanya apabila adanya perubahan mindset iaitu perubahan pola pemikiran bermula daripada kepimpinan. Marilah berfikiran Malaysia secara total, Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi yang setara seperti mana yang diimpikan semasa pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Sekian dan terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Bintulu. Masa 20 minit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua bagi peluang kepada saya dalam perbahasan Belanjawan 2022. Tuan Yang di-Pertua, mengenai Belanjawan 2022 ini, saya mahu sentuh beberapa perkara. Pertama, saya mahu sentuh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kementerian Kesihatan Malaysia ini dalam isu expansion Bintulu Hospital. Isu ini saya sudah dua tiga penggal saya sudah bangkit soal isu ini hendak minta dinaikkan taraf. Akan tetapi, tunggu-tunggu sampai hari ini tidak dapat dinaikkan taraf. Kita dalam masa COVID-19 ini, kita cari sini sana untuk COVID-19 patient untuk perubatan di bangunan-bangunan yang sementara. Akan tetapi kita sekarang, walaupun COVID-19 sudah stable di kawasan Bintulu ini, saya hendak tanya lagi sekali kepada kementerian ini, bila hendak naik taraf Hospital Bintulu? Di Dewan yang mulia ini, saya hendak minta Hospital Bintulu dinaiktarafkan sekurang-kurang 300 beds lagi, 20 beds ICU dan 15 beds CCU. Masalahnya sekarang kita baru ada enam beds ICU. CCU, satu bed pun tidak ada. Akan tetapi, kita Bintulu bukanlah bagi perkhidmatan untuk kawasan Bintulu sahaja. Kita pun bagi di kawasan Hulu Rejang, Murung, Kakus, Asap, Dalat dan Mukah. Kita bagi perkhidmatan. Rakyat kita harap kementerian boleh kira berapa jumlah penduduk di kawasan masing-masing. Kenapa sampai hari ini kementerian tidak ambil serius perkara ini dan pertimbangkan dinaikkan taraf di kawasan Bintulu ini? Saya berharap kali ini Rancangan Malaysia Ke-12, saya belum nampak lagi ada rancangan di Bintulu. Saya harap kementerian ini ada pegawai yang ambil serius perkara ini. Janganlah berfikiran tidak mahu ambil tahu kesusahan rakyat di bawah ini. Begitu juga kawasan untuk Hospital Bintulu ini banyak lagi specialists tidak ada. Contoh, hematologist, transfusion medicine pun tidak ada. Ini banyak lagi lain tetapi yang paling mustahak ini dua tidak ada. Subspecialist nephrologist, neurologist sama neurosurgeon dan pediatric surgeon tidak ada.
Tuan Yang di-Pertua, masalah ini neurosurgeon dan neurologist, selalu di Bintulu ada masalah neuro 10 orang, kemungkinan hidup tidak sampai tiga orang. Ini kerana tunggu specialist sampai adapun anda tengah jalan pergi hospital lain, sudah jalan. Saya minta kementerian ini jangan kita atas meja ataupun duduk dalam air con, kita ship out our mission kita sendiri. Kalau bolehlah, mesti mahu turun padang lihat betul-betul. Kita mesti tunjukkan kita betul-betul people first. Jangan kita cuma cerita atas kertas sahaja termasuk sekarang burn unit kita sudah convert ini burn unit pergi surgical work fasal hospital tidak cukup. Saya minta ambil perhatian burn unit walaupun sudah siap tetapi kita kasi convert, fasal peralatan tidak ada. Sudah beberapa tahun kita ambil tahu daripada kementerian membantu menyelesaikan isu ini. Masalah klinik desa pun masalahnya Bintulu semua penduduk kurang lebih ada seramai 300,000 orang tidak kira lagi dari kawasan-kawasan lain. Ada buat perkhidmatan
di kawasan KKM Bintulu ini. Akan tetapi, kita pun kekurangan specialists seperti public health specialists, family medicine specialists tidak ada. Akan tetapi, I dengar di semenanjung ini walaupun kawasan kecil-kecil sekurang-kurangnya ada dua hingga tiga specialists. Saya minta kementerian ini jangan lupa kawasan besar tidak ada, kawasan kecil ada fasal di Semenanjung, janganlah tinggalkan rakyat di Sarawak. Kita pun soal dalam isu MA63 patut kita kongsi bersama-sama, we are partners, tetapi selalu nampak kita ditinggalkan. Saya harap perkara ini boleh diubahsuai. Tuan Yang di-Pertua, satu lagi saya mahu sentuh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. Kementerian ini saya memang hendak sahabat Menteri dan Timbalan Menteri. Saya harap walaupun sekarang Menteri dan Timbalan Menteri tiada dalam Dewan yang mulia ini, dia di pejabat, saya harap dia boleh dengar isu-isu yang dibangkitkan oleh saya. Dalam awal tahun 2000, saya ada menyentuh satu isu kita mesti mahu dipantau ataupun kita mesti mahu lihat kesusahan rakyat, small players. Kita minta barang-barang makanan – kita sepatutnya mahu ada satu ‘global’ food security agency. Akan tetapi sampai sekarang tidak boleh tubuh. Saya tidak tahu, saya dengar macam-macam alasan, macam-macam pandangan fasal ada pegawai kongkalikung duduk dalam agensi. Dia pun tidak mahu nampak ‘global’ food security agensi ditubuhkan. Mengapa kita mahu food security agensi, kita mahu memastikan makanan di seluruh negara kita ataupun import mana-mana – dia orang boleh dapat – selamat dan tidak ada masalah apabila dia orang ambil makanan itu. Itulah saya cadang juga, kita mesti mahu ada satu One Stop Quarantine Center (OSQC). Ini macam pusat kuarantin setempat. Sebagai contoh macam di China, kita boleh tubuh G2G sama-sama mengadakan satu OSQC di Malaysia dan satu di China. Kedua-dua pihak pegawai kesihatan yang ada dalam – kita check bila makanan kita eksport ke negara China, dia orang kedua-dua belah pihak sahkan makanan itu selamat. Begitu juga apabila dieksport ke Malaysia, kita sahkan juga makanan itu selamat. Kita mesti kurangkan birokrasi itu AP semua. AP ini semua memang banyak co-seller ataupun importer dia bagi tahu. Selalu dia minta AP ini macam mahu sembahyang tuhan, minta dapatkan AP ini. Saya tahu seksyen ini memanglah – terutama sekali jaga itu daging non-halal, memang macam-macam alasan tetapi semua kontrol daripada sebahagian. Macam- macam alasan tetapi kautim memang selesai, dapat AP. Jikalau tidak ada, dia kata ada flu -lah ada macam-macam cerita. Dia stop sekarang nanti ada apa-apa festival, dia buka sekejap, dia stop lagi. Janganlah flu ini pun pandai bila stop, bila buka, bila stop, bila buka. Jangan kongkalikung lagi, saya harap semua Menteri boleh faham. Janganlah buat aniaya pada rakyat, kita sepatutnya bantu rakyat. Ini kalau mana- mana pegawai termasuklah Ketua Pengarah kalau tidak pandai jalankan tugas, kita tukarlah, jangan buat rakyat jadi mangsa. Inilah masalahnya kita – isu ini, makanan sahaja masalah, set up quarantine center pun susah, kita mahu cakap food security agensi pun susah. Termasuk dengan isu nelayan, lagi teruk. Apabila ada nelayan daripada negara jiran ataupun dari mana-mana di laut sana, sapu habis-habisan perikanan di water territory kita. Ini nelayan tidak boleh nampak, termasuklah Maritim pun tidak nampak. Jikalau kita punya nelayan, kalau tepi sedikit pergi pantai, dia saman, ditarik itu kapal balik simpan sana bertahun, sekurang-kurangnya pulang, pulang pun tidak boleh selesai. Apabila dia orang minta tolong, apabila dia jumpa Maritim, Maritim cakap nelayan, nelayan cakap Maritim. Jikalau tanya lagi – macam contoh di Sarawak dia tanya sama Kuching, Kuching kata Kuala Lumpur. Para nelayan mana tahu Kuala Lumpur nelayan di mana. Kenapa kita susah, kalau mahu kompaun, kompaunlah. Lepas bagi dia orang pergi tangkap lagi cari hidupan harian. Harap Menteri faham. Kalau saya dengar Ketua Pengarah memang kongkalikung, kalau tidak boleh tukar sama dia. Carilah orang lain yang proaktif punya Ketua Pengarah duduk sana. Janganlah sampai rakyat maki sama kita, marah sama kita. Duduk dalam sana bukan bantu rakyat, ada kuasa bukan tolong rakyat, kasi aniaya sama rakyat. Ini Maritim saya harap APMM pun fikir baik-baik. Kasi jalan tugas minta dia orang
pergi kursus yang baik-baik, bukan minta Maritim di Bintulu dia boleh pau sama nelayan sebulan berapa mahu kasi? Kenapakah ini boleh terjadi? Jangan ho ho, dalam Pakatan Harapan pun sama juga dua kali lima. Sehingga ke hari ini sampai saya tidak boleh tahan, nelayan terutama sekali pada pandemik COVID-19 apabila dia cerita, air mata pun keluar. Dia orang kata saya susah. Akan tetapi kita tidak boleh tolak ansur. Saya hendak memohon Yang Berhormat Menteri dalam jawapan jangan kata kita akan meneliti, kita akan pertimbangkan. Ini memang kongkalikung punya jawapan, saya sudah dengar banyak kali dalam beberapa penggal ini. Kali ini saya mahu tegas dan minta Yang Berhormat Menteri jawapan mesti mahu didapatkan, mesti mahu telus dan ada solution bagi nelayan dan SME ataupun orang import makanan dari luar negara. Saya juga mahu sentuh isu kuota beras dan gula. Saya tahu beras dan gula sebuah company dapat di seluruh negara. Saya hendak minta Yang Berhormat Menteri dan juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan seluruh Kabinet pertimbangkan semula walaupun kontrak baru kasi. Kasi kuota-kuota punya urusan bagi balik Borneo Island, bagi balik Sabah dan Sarawak.
Kita ambil perkara ini, kita urus sendiri. Tidak payah satu orang urus satu dunia, satu negara kita. Ini isu kita, kata mahu bantu satu keluarga. Ini kerajaan Keluarga Malaysia. Kita mesti mahu membuktikan kita satu Keluarga Malaysia. Bagilah peluang balik pada Sarawak dan Sabah untuk menyelesaikan, menentukan kuota beras dan gula di Sabah dan Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, kita di sini mahu sentuh mengenai Kementerian Dalam Negeri. Saya mahu meminta kementerian ini, tolonglah pertimbangkan. Balai polis dinaik taraf di Bintulu, saya sudah minta sejak penggal pertama. Sekarang saya sudah penggal kelima. Balai polis ini, sampai hari ini belum lagi nampak apa-apa tindakan. Baru-baru ini saya tanya soalan, ini dia kata akan dipertimbangkan Rolling Plan, Rancangan Malaysia Ketiga Belas, Rolling Plan Ketiga. Saya tidak mahu dengar rolling plan, rolling plan. Sudah banyak kali rolling plan, plan, plan, plan, hujung-hujung apa plan pun tidak ada. Yang Berhormat Menteri KDN, saya mahu saya punya balai polis dinaik taraf untuk rakyat Bintulu ini. Pasal kawasan kita semua heavy industry zone. Banyak pekerja dari luar negara kita ataupun dari negara jiran, mestilah kita mahu cukup manpower untuk jaga keselamatan di Bintulu ini. Saya mahu minta balai polis ini dinaik taraf sekurang- kurangnya ada peruntukan di Bajet 2023. Harap lagi, jangan pusing sampai Rancangan Malaysia Kedua Belas habis pun tiada peruntukan. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Tuan Yang di- Pertua, kementerian ini di bawah dia adalah agensi Telekom Malaysia. Tuan Yang di- Pertua, kalau ini perkara saya sentuh, tidak percaya, Tuan Yang di-Pertua boleh pergi tengok. Ini bangunan, walaupun kita nampak dia cukup tinggi, cukup hebat tetapi tidak usah kata cerita rakyat biasa, tetapi wakil rakyat naik sana jumpa mana-mana management daripada Telekom Malaysia, tidak dapat naik. Mesti mahu dapat appointment dulu. Akan tetapi you tanya dia, apa nama yang pegawai cakap ini? Tidak tahu, semua bawah semua tidak tahu. Akan tetapi you suruh. Rakyat mahu buat appointment, macam mana mahu buat appointment? Dia punya lift semua control. Kenapa Kementerian Komunikasi dan Multimedia, kita buat ini agensi macam serupa Tuhan agensi. Bukan daripada Kerajaan Malaysia. Dia orang buat sendiri suka hati. Even though you ada masalah, kelemahan perkhidmatan sini sana. You tidak boleh sentuh. You tidak boleh buat aduan. Tidak tahu buat sama siapa. Dia suruh you jumpa itu sana, kiosk sana jumpa. You cakap, cerita sama dia, pegawai itu cakap ya kah? Nanti saya sampaikan. You sampaikan, tunggu tahun pun tidak naik taraf. Saya mahu minta kementerian, apa cadangan dan rancangan ubah suai perkhidmatan di Telekom Malaysia termasuk Celcom pun sama juga. You apa-apa masalah cakap kiosk sahaja. Tidak boleh jumpa management. Ini management lagi hebat
daripada Yang di-Pertuan Agong, kalau Yang di-Pertuan Agong kalau kita buat apa, sekurang-kurang lambat sikit pun dapat. Akan tetapi Telekom Malaysia ini tidak boleh dapat. Apa pasal? What is the problem? Kenapa kita bela macam ini punya agensi? Dia punya wang pun dapat daripada rakyat juga. Bukan dia sendiri boleh catit wang itu sendiri. [Disampuk] Catat, catit pun samalah. [Ketawa]
Yang Berhormat, ada satu minit lagi.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu kita cerita bantu bumiputera tetapi sampai sekarang kita tidak nampak TERAJU, apa bantuan atau apa rancangan yang ada dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas? Macam mana hendak bantu? Saya itu hari sudah soal di Rancangan Malaysia Kedua Belas, tidak ada. Sekarang bajet pun tidak ada. Jadi kita bukanlah saya kata, bukanlah kita hendak pergi cari peluang, pusing sini sana, mahu tengok macam mana, hendak rampas orang punya perniagaan, orang punya business. Sini ambil 51 peratus, sana 30 peratus. I think this is not the way dengan izin, to help bumiputera. Kita mestilah ada satu cadangan yang panjang dan pendek. Macam mana mahu betul-betul ikhlas membantu bumiputera. Kita mesti mahu ajar bumiputera macam mana dia boleh berdiri dan berdepan sama global market. Cabaran daripada global market. Kita jangan cuma – kita ajar mereka macam mana lawan market tempatan kita. That is meaningless. Pasal kita, saya hari itu sudah sebut, kita sekarang sudah ada RCEP dan CPTTP. Kalau ini semua masuk bukan ada lagi bantuan daripada itu. Mana ada cara lagi boleh bantu? Memang kita suruh bumiputera terjun. Janganlah kita give spoon-feed. Sampai bila kita boleh habis? Kita hendak ajar Malaysia, they can achieve success. Bukan sahaja dia boleh on 51 percent. Kita bagi dia peluang. Mesti bantu dia jadi 100 percent owner of mana-mana perniagaan kalau dia boleh, dia mampu. Saya harap di TERAJU, I dengar CEO itu pun bukan telus punya, kongkalikung juga. Harap Timbalan Menteri ada, tukarlah TERAJU punya CEO. Itu tidak boleh pakai punya! Jangan simpan dalam sana. Bumiputera pun pening kepala. Apabila cakap sama dia, itu tidak boleh, ini tidak boleh. Hujung-hujung dia buat sendiri. Akhir sekali, mengenai bajet ini, Bajet 2022. Kita memang – semua berjumlah RM332.1 bilion tetapi expenditure RM233.5 bilion. Development cost sahaja RM75.6 bilion. Sepatutnya, kalau kita divide 11 negeri, dua wilayah, kita sepatutnya satu negeri ataupun wilayah dapat RM5.82 bilion. Akan tetapi pembangkang sudah spin. Dia masuk itu jumlah 30 bilion lebih, bagi divide. Tidak patut. Pasal gaji polis, Kerajaan Persekutuan bayar. Perkhidmatan perubatan semua Kerajaan Persekutuan bayar. Kita jangan misleading tetapi – saya masa tidak cukup, saya pendek sahaja. Saya minta, kali ini memang Sarawak dapat RM4.6 bilion. Harap kita ingat lagi sekali, we are partners. Kalau boleh, dalam tahun 2023 tolong naik taraf, tambah lagi sedikit peruntukan untuk Sarawak, untuk kita naik taraf kawasan luar bandar termasuk infrastructure yang diperlukan. Jadi, saya memohon menyokong masa tidak cukup, ada lain lagi.
Ya, sudah cukup.
Saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. [Disampuk] Nantilah... [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tanjong Malim. Masa 13 minit, sila Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya masuk ke isu yang saya mahu ulas, saya ingin merayu, mendesak pada kerajaan supaya memberikan satu unjuran yang jujur dalam pembentangan Belanjawan 2022 ini.
Saya berkata sedemikian sebab saya ingat lagi dalam pembentangan Belanjawan 2021, unjuran pada masa itu unjuran hasil cukai langsung 2021 adalah sebanyak RM131.8 bilion. Akan tetapi, pada bulan lepas jawapan daripada MOF jawapan lisan– Jawapan adalah tempoh separuh pertama tahun 2021, jumlah kutipan cukai pendapatan yang merangkumi terutamanya daripada syarikat, individu dan petroleum adalah sebanyak RM54.4 bilion. Mengikut kiraan ini, kerajaan hanya akan mengutip hasil sebanyak RM108.8 bilion pada hujung tahun ini iaitu kurang RM23 bilion ataupun 17 peratus daripada sasaran RM131.8 bilion. Maka, saya ingin mendesak kepada MOF supaya jangan bagi unjuran yang tidak realistik dan tidak jujur dalam pembentangan belanjawan kali ini. Tidak ada guna pembentangan cantik akhirnya tidak dapat dilaksanakan. Tuan Yang di-Pertua, saya masuk ke dalam isu pertama yang saya ingin sentuh dalam perbahasan saya iaitu pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET). Dalam ucapan pembentangan Belanjawan 2022, Menteri Kewangan menyebut kerajaan telah mengenal pasti pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional sebagai salah satu pemacu perubahan bagi memenuhi permintaan pekerja oleh industri kita dengan baik. Kerajaan telah menyediakan RM6.6 bilion ataupun dua peratus daripada jumlah belanjawan ini untuk memperkasakan bidang TVET. Saya menyambut baik usaha ini namun kerajaan juga harus memandang serius tentang beberapa perkara yang menyebabkan ekosistem TVET negara kita lembap dan lemah dalam memenuhi keperluan anak muda Malaysia. Perkara pertama iaitu ketidakpadanan skala kemahiran. Berdasarkan kepada Laporan Ketua Audit Negara 2019 Siri 2 bagi tempoh tahun 2016 hingga 2020 purata kadar kebolehpasaran (marketability) dengan izin graduan di kesemua kementerian penyelia TVET adalah antara 73 hingga 90 peratus. Seperti yang dibentangkan di dalam Rancangan Malaysia Ke-12 kebolehpasaran graduan TVET secara keseluruhan dalam tahun 2020 adalah 87 peratus. Tidak dapat dinafikan bahawa kebolehpasaran setinggi 83 peratus ini merupakan satu pencapaian agak memuaskan terutamanya semasa negara kita diancam oleh pandemik COVID-19. Namun begitu, kebolehpasaran tidak harus dijadikan faktor tunggal dalam menilai keberkesanan TVET. Laporan audit 2019 juga telah mendedahkan bahawa hanya 64 peratus daripada graduan di Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia telah mendapat tawaran pekerjaan di bidang yang dipelajari. Sejumlah 36 peratus graduan TVET bekerja di luar bidang yang dipelajari. Ini menunjukkan bahawa terdapat jurang yang besar di antara permintaan dan penawaran. Seperti yang dilaporkan oleh PWC, 64 peratus daripada graduan TVET dilatih untuk bidang kemahiran tinggi manakala 78 peratus peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh industri adalah berskala kemahiran sederhana. Ketidakpadanan skala kemahiran ini merupakan punca utama sebahagian besar graduan TVET tidak dapat sebarang tawaran pekerjaan ataupun kalau dia dapat pun tidak berkaitan dengan apa yang dipelajari. Apa yang lagi membimbangkan laporan yang sama juga mendedahkan bahawa sebanyak 31 peratus graduan TVET dibayar di bawah paras gaji minimum. Masalah gaji graduan TVET didapati lagi ketara di Sabah dan Sarawak dengan 59 peratus dan 50 peratus graduan TVET dibayar di bawah paras gaji minimum masing- masing. Kesan sampingan secara langsung daripada gaji rendah graduan TVET adalah prestasi kutipan balik pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) yang rendah. Semakan audit mendapati bahawa sejumlah RM1.05 bilion pinjaman latihan
telah diluluskan pada tempoh tahun 2016 sehingga tahun 2020. Setakat Disember 2020, daripada jumlah pinjaman yang harus dikutip balik sebanyak RM995 juta, tetapi PTPK hanya berjaya mengutip RM374 juta iaitu 38 peratus sahaja. Ketidakpadanan graduan TVET daripada segi kemahiran yang dilatih dan permintaan industri adalah antara faktor terpenting bayaran gaji graduan TVET yang rendah. Justeru itu, kerajaan harus menggandakan usaha penglibatan industri (industry engagement) dengan izin supaya prospek kerjaya graduan TVET dapat dijamin. Perkara kedua adalah tentang akreditasi. Seperti yang dilaporkan oleh Laporan Ketua Audit Negara setakat 1 Januari 2020, 42 peratus daripada program yang disampled oleh program TVET ditawar sebelum akreditasi sementara diperakukan. Selain itu, terdapat 25 peratus daripada program yang disampled itu ditawarkan sebelum mendapat akreditasi penuh oleh MQA. Kelewatan perakuan akreditasi biarkan sementara atau penuh telah menimbulkan masalah untuk pelajar-pelajar TVET. Menurut Laporan Ketua Audit Negara ada program yang mengambil masa selama 964 hari untuk akreditasi sementara dan 2,113 hari untuk akreditasi penuh iaitu lebih daripada lima tahun. Kelewatan perakuan akreditasi ini telah mengakibatkan pelajar telah menamatkan pengajian tidak dapat akreditasi terhadap program yang diikuti. Maka saya menyeru kepada kerajaan terimalah gesaan Laporan Ketua Audit Negara supaya perkenalkan satu pusat kelulusan akreditasi tunggal bagi mengawal selia semua institusi TVET negara yang kini berada di bawah sekurang-kurangnya enam kementerian tanpa keseragaman piawaian. Perkara ketiga adalah mengenai kualiti pengajaran. Didapati 66 peratus tenaga pengajar TVET mempunyai pengalaman industri kurang daripada satu tahun. Sejumlah 83 peratus mempunyai kurang daripada satu bulan industry attachment sepanjang career mereka sebagai pengajar TVET. Program ini merupakan program latihan berorientasi teknikal, program TVET. Oleh itu penglibatan industri adalah amat penting bukan sekadar di kalangan pelajar tetapi juga di kalangan tenaga pengajar TVET. Difahamkan bahawa sistem e-profiling atau sudah ditukar nama kepada TVET Instructor eProfiling System (TiPS) telah dibangunkan oleh Pusat Latihan Pengajaran dan Kemahiran Lanjutan sebagai pangkalan data berpusat bagi profile tenaga pengajar untuk memastikan kompetisi dan menyediakan hala tuju latihan yang berkesan untuk tenaga pengajar. Namun, tenaga pengajar TVET tidak diwajibkan untuk mendaftar dalam sistem tersebut maka saya cadang supaya wajibkan semua tenaga pengajar untuk mendaftar dalam sistem ini supaya kerajaan boleh membuat pemantauan yang lebih berkesan demi menangani masalah-masalah yang disebut tadi. Kita perlu meluluskan Rang Undang- undang Suruhanjaya Pendidikan dan Latihan Kemahiran Industri untuk menyeragamkan piawaian dan mengawal selia program-program yang ada serta kualiti setiap program yang ditawarkan bagi menepati keperluan industri dengan laluan naik taraf yang sesuai dengan ekosistem TVET. Selain daripada kualiti dan keseragaman piawaian, kerajaan harus juga memusatkan hanya satu entiti tunggal bagi mengawal kesemua institusi TVET agar tidak merunsingkan anak-anak muda kita. Tuan Yang di-Pertua isu kedua yang saya ingin sentuh adalah tentang reformasi perkhidmatan awam. Penjawat awam memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara. Mereka terlibat secara langsung dalam penggubalan dasar dan lebih penting lagi melaksanakan dasar dan strategi yang digariskan oleh kerajaan termasuk dalam Rancangan Malaysia dan juga belanjawan. Oleh itu kualiti perkhidmatan awam adalah satu faktor yang amat penting dalam pembangunan negara. Berdasarkan Global Governance Indicators yang diterbitkan oleh Bank Dunia, kedudukan Malaysia dalam dimensi kecekapan kerajaan tidak ada peningkatan langsung dalam tempoh 20 tahun yang lepas. Malaysia berada pada tahap 83 peratus pada tahun 2000 di kalangan 182 negara. Pada tahun 2020, kedudukan Malaysia jatuh sedikit kepada 82 peratus di kalangan 202 negara. Bagi tempoh yang sama, negara jiran kita Singapura kekal sebagai kerajaan yang paling cekap.
Oleh sebab itu, terdapat keperluan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan awam secara keseluruhan supaya perkhidmatan awam kita menjadi lebih cekap dan responsive dalam menyampaikan perkhidmatan dalam dunia semakin dinamik.
Antara faktor yang mengekalkan kecekapan perkhidmatan yang tinggi di Singapura ialah pengurusan sumber manusia perkhidmatan awam. Bagi memantapkan kecekapan pengurusan sumber manusia, bahagian perkhidmatan awam Singapura yang menguruskan keseluruhan sumber manusia perkhidmatan awam di negara tersebut telah memberi lebih kuasa kepada kementerian untuk pengambilan dan pengurusan kenaikan pangkat pegawai. Sejak tahun 1995 di Malaysia semua pengurusan sumber manusia perkhidmatan awam adalah diuruskan di pusat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), termasuk pengurusan kenaikan pangkat pegawai dan penetapan ketua jabatan. Kekosongan jawatan kementerian adalah diisi melalui penempatan yang dibuat oleh JPA dan bukannya pengambilan oleh kementerian. Keadaan perlu ditambah baik lagi bagi memastikan the right person for the right job, dengan izin. Kementerian dan agensi lebih arif dan tahu skill dan kepakaran pegawai yang dikehendaki untuk mengisi sesuatu kekosongan di kementerian masing-masing. Oleh itu, terdapat keperluan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan awam dan proses pengambilan jawatan secara berpusat ini perlu direformasikan. Pengambilan jawatan secara berpusat ini mungkin bersesuaian dengan perjawatan pentadbiran awam peringkat awal (entry level) tetapi amat tidak berkesan untuk jawatan-jawatan teknikal seperti doktor, jurutera, pakar ekonomi dan sebagainya. Sampai masa lah kementerian harus diberi kuasa untuk mengendalikan urusan sumber manusia masing-masing, terutamanya kementerian yang bersifat teknikal, agar kementerian-kementerian bertanggungjawab penuh atas keberkesanan kementerian mereka. Tuan Yang di-Pertua, satu lagi isu yang sangat dekat dengan hati saya ialah anak warganegara tanpa kewarganegaraan. Terdapat ramai anak kepada warganegara Malaysia yang tidak dapat kewarganegaraan atas pelbagai sebab. Ada yang ibu mereka merupakan warga asing dan ibu bapa mereka belum mendaftarkan perkahwinan apabila mereka dilahirkan. Ada yang ibu mereka ialah warganegara Malaysia tetapi mereka dilahirkan di luar negara. Kanak-kanak ini dikategorikan sebagai stateless children, dengan izin. Saya faham ada kes yang berkaitan dengan isu ini sedang dibicara di mahkamah. Namun, sementara menunggu keputusan mahkamah, saya ingin cadangkan kepada pihak kerajaan supaya memberi layanan yang berperikemanusiaan kepada kanak-kanak ini. Walaupun salah seorang daripada ibu bapa mereka ialah warganegara Malaysia tetapi kanak-kanak tanpa kewarganegaraan ini terpaksa menanggung kos kesihatan yang tinggi di hospital awam kerana mereka dianggap warga asing. Tanggungan kos yang tinggi ini memberi impak besar kepada keluarga mereka, terutama keluarga yang mempunyai anak istimewa (OKU) yang memerlukan rawatan jangka panjang.
Masa sudah habis.
Ya, sikit lagi. Saya akan rumuskan. Kos yang tinggi juga menghindari kanak-kanak ini daripada mendapat perkhidmatan kesihatan awam penting seperti Program Imunisasi Kebajikan OKU dan lain-lain. Maka, saya mendesak kerajaan supaya membenarkan semua kanak-kanak di bawah umur 18 tahun, dengan salah seorang daripada ibu bapa mereka ialah warganegara, untuk mendapatkan akses kesihatan awam dengan bayaran yang sama dengan warganegara yang lain. Program-program inisiatif KKM di peringkat sekolah seperti pemeriksaan kesihatan ataupun pemeriksaan pergigian berkala harus melibatkan kanak-kanak ini juga dan supaya mereka tidak berasa tersisih apabila program-program tersebut dijalankan.
Tuan Yang di-Pertua, isu terakhir saya hendak sentuh sedikit secara ringkas adalah tentang cukai yang dikenakan ke atas cecair vape bernikotin. Saya amat bersetuju dengan hasrat kerajaan ini sebab langkah ini akan membenarkan kerajaan untuk mengawal selia penjualan cecair berkenaan. Akan tetapi kadar yang dikenakan iaitu RM1.20 per ml amat tinggi. Saya khuatir kenaikan cukai yang terlalu drastik ini akan melumpuhkan industri ini yang kini didominasi oleh peniaga-peniaga golongan muda. Maka, saya sarankan kepada kerajaan supaya mulakan kutipan cukai dengan kadar yang lebih rendah dulu. Contohnya, 40 sen ataupun 60 sen per ml dan dinaikkan secara berperingkat seperti cukai rokok. Saya rasa itu sahaja yang saya hendak sampaikan, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Malim. Seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Kuala Nerus, 13 minit.
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, [Berselawat] . Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya merujuk kepada firman Allah SWT dalam surah Al-Hashr ayat tujuh, [Membaca sepotong ayat Al-Quran], maksudnya “Agar kekayaan negara itu tidak berlegar di kalangan orang-orang kaya kalangan kamu sahaja, dan apa yang didatangkan oleh Rasul, maka ambillah sebagai pedoman dan apa yang dilarang, tinggalkanlah ia dan bertakwa kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Taala sangat keras hukuman-Nya”. Hari ini kita membentangkan bajet untuk tahun 2022... [Disampuk]
Yang Berhormat Kuala Nerus, saya bagi 20 minit sebab mewakili ketua parti.
Terima kasih.
Teruskan.
Kita berbahas berkaitan dengan Bajet 2022 dalam situasi berhadapan dengan pandemik dan juga dalam usaha kita untuk keluar daripada pandemik yang sedang berlaku ini, yang memberi kesan bukan hanya daripada pandemik kesihatan, bahkan juga berlaku pandemik ekonomi. Akan tetapi Alhamdulillah, kita lihat berlaku suatu peningkatan yang baik. Kalau kita bandingkan pertumbuhan ekonomi pada tahun lepas yang menguncup sehingga 5.6 peratus, hari ini pada pertengahan tahun ini telah positif kepada 7.1 peratus. Itu satu nikmat yang diberikan oleh Allah SWT. Juga kita melihat bagaimana perkembangan yang berlaku terhadap sasaran KDNK Malaysia yang mencapai tahap tiga hingga empat peratus pada tahun ini. Manakala, bagi tahun 2022, unjurannya ialah 5.5 peratus hingga 6.5 peratus. Bila kita bincang tentang belanjawan, temanya ialah Keluarga Malaysia - Makmur Sejahtera. Satu tema bagi saya begitu tepat pada masanya kalau kita merujuk apa yang ditunjukkan oleh Nabi kita Muhammad SAW di awal pembinaan negara Al-Madinah. Antaranya yang awal dilaksanakan oleh Baginda SAW ialah mewujudkan satu persaudaraan di kalangan dua puak yang sedang bergaduh yang namanya Al-Aus dan Khazraj, dijenamakan dengan nama yang baharu dipanggil Al-Ansar iaitu orang yang membantu Allah dan juga Rasul. Kemudian dipersaudarakan pula dengan orang-orang Muhajirin yang datang berhijrah meninggalkan Kota Mekah Al-Mukaramah. Kita lihat konsepnya ialah bila orang Mekah yang meninggalkan negara mereka kerana agama Allah SWT, mereka datang sehelai sepinggang, mereka perlukan bantuan ekonomi daripada orang-orang Madinah. Maka, konsep persaudaraan Islam itulah yang membantu untuk menangani krisis ekonomi yang berlaku pada ketika itu dengan ketiadaan peluang pekerjaan. Ertinya, menerusi konsep Keluarga Malaysia ini, kita boleh kembangkan lagi dengan menggunakan konsep persaudaraan. Saya lihat apa yang telah dibuat oleh kerajaan sebelum ini, mengadakan suatu perdamaian dengan pembangkang, itu satu usaha yang baik untuk kita mengikat
persaudaraan, untuk kita memacu kerajaan kita ke arah lebih baik lagi untuk berhadapan dengan krisis ekonomi yang sedang kita hadapi sekarang. Tiga matlamat utama daripada Pakej Rangsangan Ekonomi ialah tiga perkara. Pertama, memberi tumpuan kepada kesejahteraan rakyat. Kedua, kesinambungan perniagaan. Ketiga, pertumbuhan ekonomi. Kita lihat untuk tujuan itulah, pada tahun depan kita menyasarkan pertambahan RM10 bilion berbanding dengan bajet sebelum ini hanya RM322.5 bilion kepada RM332.1 bilion. Namun, apa yang perlu kita perhatikan juga ialah realiti yang sedang dihadapi oleh rakyat kita. Kalau kita lihat menerusi PKP 1.0, hampir 2.8 juta orang rakyat negara kita yang bekerja sendiri terjejas disebabkan oleh pandemik. Bila berlaku PKP 3.0 pula, realitinya kita melihat tujuh juta orang rakyat terkesan dengan apa yang sedang berlaku. Walaupun kita telah memberikan pelbagai suntikan, rangsangan ekonomi kepada mereka tetapi kita lihat realiti 600 ribu orang ahli perniagaan atau mereka yang terlibat sebagai usahawan, sebahagian besar mereka ialah PKS, dijangka gulung tikar kerana tidak mampu untuk menanggung kos operasi dan juga hasil jualan yang semakin berkurangan. Oleh sebab itu, saya melihat bahawa sampai masa untuk kerajaan bergerak selangkah lagi iaitu membuka negara kepada para pelancong asing untuk kita jadikan sebagai suntikan baharu ekonomi. Tidak cukup dengan putaran ekonomi dalam negara sahaja, bergantung pada pendapatan yang bergaji dengan kerajaan untuk dijadikan suntikan perbelanjaan kepada rakyat yang tidak ada pendapatan yang tetap, tidak cukup. Kita perlukan satu lagi wadah baharu untuk kita rangsang ekonomi dengan kita membuka negara kepada pelancong asing.
Ini sampai masa, di kala kerajaan telah berjaya untuk memberikan suntikan COVID-19 kepada lebih 80 persen rakyat Malaysia pada hari ini. Kita lihat kebanyakan negara telah mula bergerak ke arah itu. Kita lihat Turki sebagai contoh. Negara Saudi Arabia membuka untuk datang mengerjakan ibadah umrah. Negara UK, negara Eropah membuka sempadan negeri mereka untuk menyasarkan pelancongan pada musim sejuk. Ini bererti mereka melihat peluang kedatangan pelancong dengan suatu program yang ketat pada pemantauan kehadiran para pelancong, mereka berjaya. Ertinya, sampai masa untuk kerajaan bergerak selangkah lagi dan saya berharap kerajaan bersegera untuk bergerak ke arah itu. Apa yang ingin saya fokus pada hari ini ialah tentang institusi wakaf. Alhamdulillah, menerusi bajet yang dibentangkan baru-baru ini, kerajaan telah meletakkan pada strategi 2, membangun sebuah Keluarga Malaysia menerusi inisiatif yang pertamanya, pembangunan Bumiputera dan syiar Islam, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM10 juta sebagai permulaan inisiatif Wakaf Halal PKS, Wakaf Pertanian dan Wakaf Bencana. Bagi saya, apa yang dibentangkan ini adalah satu mesej daripada kerajaan bahawa kerajaan bersedia untuk menjadikan wakaf sebagai salah satu daripada medium pendanaan negara. Saya menggunakan istilah, ‘pendanaan negara’. Ini satu cara untuk kita mengalihkan atau mengagihkan kekayaan yang terkumpul dalam poket-poket orang kaya, dalam poket orang yang sederhana kaya, bahkan juga dalam poket orang-orang yang tidak kaya untuk kita agihkan kembali untuk perkembangan umat. Kita lihat dalam sejarah Islam, wakaf menjadi satu instrumen yang sangat besar untuk memastikan ekonomi sentiasa berkembang. Konsepnya, Islam tidak mahu harta dalam poket manusia beku tanpa dikembangkan. Wakaf menjadi satu medium untuk kita kembangkan harta agar tidak membeku. Bagi saya untuk itu, apa yang perlu kerajaan buat ialah yang paling penting ialah membina kesedaran. Kesedaran untuk mendidik rakyat terlibat dengan wakaf. Kerajaan ada satu institusi yang namanya Yayasan Wakaf di bawah JPM yang boleh kita perkasakan untuk mengambil tugasan berkempen. Saya difahamkan bahawa Yayasan Wakaf ini tidak diberikan dana yang besar untuk melaksanakan tanggungjawab mereka. Maka, saya mohon daripada Kementerian
Kewangan untuk memperuntukkan dalam bajet pada kali ini satu dana khusus untuk Yayasan Wakaf bergerak melaksanakan kempen seluruh negara yang kempen itu bukan hanya melibatkan wakaf yang biasa kita lihat, bahkan wakaf yang lebih jauh lagi yang saya namakan sebagai wakaf komersial. Wakaf ke arah menyediakan dana yang dana komersial yang nanti rakyat boleh terlibat dan menerima manfaat daripadanya...
Boleh mencelah? Boleh mencelah Yang Berhormat Kuala Nerus? Yang Berhormat Kuala Nerus, boleh mencelah?
...Kita merujuk kepada –Ya, sila Yang Berhormat Kuantan.
Boleh mencelah?
Yang Berhormat Kuantan hendak tanya. Sila.
Tidak apa. Saya beri. Jangan lama sangat. setengah minit saja.
Kuantan, Kuantan.
30 saat. Silakan.
Saya hendak tanya Yang Berhormat Kuala Nerus, adakah Yang Berhormat Kuala Nerus yakin dan percaya bahawa funding ataupun dana untuk Yayasan Wakaf Malaysia ini boleh kita jana melalui banyaknya jumlah wakaf yang dimasukkan ke dalam dana korporat dan sebahagian daripadanya ataupun lebih kurang mungkin lapan peratus ataupun 10 peratus digunakan untuk pengurusan.
Ya. Pada pandangan saya pertama sekali ialah wakaf itu diwujudkan di seluruh negara melibatkan pelbagai entiti, tetapi Yayasan Wakaf berperanan untuk sebagai agensi kempen di samping ia juga melaksanakan beberapa wakaf yang menjadi suatu contoh dan teladan macam mana kita menggerakkan wakaf komersial. Itu harapan saya pada Kementerian Kewangan untuk berikan dana untuk mereka bergerak melaksanakan kempen besar-besaran. Kita merujuk kepada hadis Nabi SAW sebagai satu contoh pendidikan di mana Nabi kita, Muhammad SAW. Daripada hadis riwayat Ibnu Majah menyebut, kata Nabi, [Membaca sepotong hadis] “Antara perkara yang akan mengekori seorang yang beriman daripada amalannya dan kebajikannya selepas matinya ialah ilmu yang diajar dan disebarkan”, [Membaca sepotong hadis] “Anak yang soleh ditinggalkan”, [Membaca sepotong hadis] “Mashaf yang diwariskan”, [Membaca sepotong hadis] “Atau masjid yang dibina”, [Membaca sepotong hadis] “Rumah untuk Ibnu Sabil”, orang musafir jalanan yang susah yang dibina. Ini yang kita kena kembangkan. [Membaca sepotong hadis] “Atau sungai yang dialirkan”, [Membaca sepotong hadis] “Ataupun sedekah yang dikeluarkan”. Ini contoh macam mana Islam mengajar suatu bentuk wakaf melibatkan pertanian. Hari ini kita melihat rakyat yang terlibat dengan padi, bendang, kebun dan sebagainya memerlukan wakaf-wakaf. Maka, saya mengajak untuk kita kembangkan lagi wakaf ini bukan hanya melibatkan kementerian tertentu sahaja. Saya mengucapkan tahniah kepada KASA yang telah menggerakkan wakaf air bersama dengan Yayasan Wakaf dan saya mengajak untuk wakaf ini dikembangkan lagi dalam kementerian yang lain. KPT sebagai contoh, wakaf pendidikan dan juga universiti dan sekolah. Menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kita boleh buat wakaf kediaman. Kementerian Kesihatan, wakaf hospital, ubat-ubatan dan klinik. Manakala menerusi Kementerian Pertahanan dan keselamatan, wakaf untuk senjata dan bangunan. Zaman Nabi SAW berlaku, [Membaca sepotong Hadis] , “Sesiapa yang persiapkan kelengkapan tentera, dia juga berperang”. Wakaf untuk pelancongan, pusat-pusat pelancongan bersejarah. Wakaf untuk belia, Kementerian Belia dan Sukan, padang bola, kompleks sukan. Wakaf untuk Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, ladang sawit, ladang getah. Wakaf untuk Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, electrical dan sebagainya. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi boleh menggerakkan kompleks-kompleks
perniagaan wakaf. JKR boleh menggerakkan wakaf jalan raya dan wakaf jambatan. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan boleh bergerak untuk wakaf padang rumput, wakaf binatang, binatang ternakan yang boleh melahirkan anak. Anak diberikan secara percuma kepada para petani dan juga para penternak. Itu pertama melibatkan wakaf. Kedua, saya hendak lihat tentang isu perumahan rakyat. Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan yang hari ini memperuntukkan RM1.5 bilion untuk projek perumahan khususnya kepada golongan berpendapatan rendah di samping tindakan yang sangat baik iaitu menyediakan jaminan melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan berjumlah RM2 bilion bagi membantu golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap ini. Itu satu benda yang patut kita ucapkan tahniah. Sehingga 2020, sebanyak 282,259 buah rumah mampu milik berharga RM300 ribu ataupun 43 persen daripada sasaran 600,063 ribu unit telah berjaya disiapkan oleh Kerajaan Persekutuan. Cuma, apa yang saya mahu lihat ialah saya mahu kerajaan memberikan data tentang projek-projek sakit. Projek sakit di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang gagal dilaksanakan disebabkan pelbagai faktor dan juga pelbagai sebab. Apakah ia kaedah ataupun tindakan yang diambil untuk memastikan projek sakit itu dapat kita selesaikan? Saya difahamkan juga bahawa di bawah PRIMA, terdapat banyak lagi tanah- tanah yang belum sempat dibangunkan untuk projek tersebut. Maka, bagaimanakah PRIMA bergerak dengan para usahawan-usahawan yang kita ada untuk mengembangkan lagi projek perumahan hingga akhirnya rakyat menikmati apa yang mereka patut nikmati? Apa yang penting yang patut dititikberatkan oleh kerajaan ialah suatunya menyediakan solusi yang komprehensif, bukan hanya menyediakan bayaran deposit semata-mata. Kemudian, perlu kita pergi kepada moratorium pembinaan rumah-rumah mewah, banglo-banglo besar yang berlaku lambakan hari ini, yang tidak dapat dijual. Berikan fokus kepada pembinaan rumah yang diminta oleh rakyat B40 dan juga oleh anak-anak muda. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Seterusnya saya mahu pergi kepada sedikit isu berkaitan dengan anak-anak yatim. Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan yang telah bergerak untuk membincangkan perihal anak-anak yatim ini menerusi satu bajet yang disediakan bagi penubuhan Yayasan Keluarga yang fokus kepada anak-anak yatim yang semakin bertambah yang hasil kerana COVID-19, berlaku 4,700 orang anak-anak yatim dengan dana RM25 juta. Apa yang saya ingin ajak ialah pertama tentang anak-anak yatim ini. Anak-anak yatim, [Bercakap dalam bahasa Arab] “Orang yang tidak ada bapa yang boleh berikan perlindungan”. Maka, orang yang tidak ada bapa secara proses jangka masa panjangnya, apakah ia yang boleh dibuat oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebagai contoh dan kebajikan yang boleh membantu anak-anak yatim yang tidak ada bapa ini? Satu. Kedua, anak yatim yang tidak ada ibu dan tidak ada bapa sekali. Selalunya anak- anak yatim ini, mereka akan tinggal dengan datuk mereka, nenek mereka atau dengan adik-beradik mereka atau dengan bapa saudara mereka. Dalam Islam dipanggil mereka ialah aulia’, para wali yang akan mengambil-alih tugasan menjaga anak-anak yatim ini. Maka, saya mahu dan saya minta agar kerajaan melihat bantuan yang patut diberikan kepada nenek-nenek, datuk-datuk yang menjaga cucu-cucu yang menjadi yatim piatu ini. Bukan hanya bantuan kebajikan biasa yang mungkin dapat RM300 sebulan, tetapi satu peruntukan yang lebih besar, khusus untuk anak-anak ini mendapa pendidikan yang baik. Persekolahannya, duit sakunya, pendidikannya, buku-buku dan sebagainya menerusi orang tua-tua ini.
Kedua, adapun yang tinggal dengan adik-beradik atau dengan bapa saudara, maka mesti diberikan satu potongan cukai khas kepada mana-mana keluarga yang menjaga adik-adik mereka yang kehilangan ibu ayah atau yang menjaga anak saudara
mereka atau menjaga sepupu-sepupu mereka yang kehilangan ibu bapa dan juga ayah. Bukan hanya sekadar melihat institusi kekeluargaan ini mengambil anak-anak ini sebagai anak-anak mereka tetapi juga rumah anak-anak yatim, yang menjadi tempat naungan kepada anak-anak yatim ini mesti diberikan satu peruntukan yang special. Kepada para korporat yang menyumbang kepada rumah-rumah seumpama ini, sewajarnya diberikan juga satu nama atau satu kod yang khusus untuk mereka mendapat pelepasan cukai. Kenapakah? Hal ini kerana dalam hadis Nabi Muhammad SAW, banyak hadis Nabi menyebut tentang kepentingan anak yatim ini [Membaca sepotong Hadis] . “Aku dengan anak yatim” sabda Nabi Muhammad SAW dalam syurga, “...seumpama ini ditunjukkan dua jari baginda, jari telunjuk dan jari tengah dan dibuka sedikit menggambarkan rapatnya mereka yang berada dengan Nabi Muhammad SAW kerana melaksanakan tugasan menjaga anak yatim”. Bahkan Hadis Bukhari, hadis yang lemah menyebut... [Membaca sepotong Hadis] “Sebaik-baik rumah orang Islam, rumah yang pada ada anak yatim, yang dia buat elok pada anak yatim tersebut”. Seterusnya saya hendak pergi sedikit oleh kerana masa tidak mengizinkan kepada permintaan daripada rakyat saya, di kawasan Parlimen saya sendiri. Pertamanya, di DUN Buluh Gading. Rakyat saya di Kampung Kesom Che Nordin, DUN Buluh Gading memohon satu jambatan konkrit di Kampung Lubuk Guar Ciak, merentasi Sungai Nerus sepanjang 20 meter yang akan menghubungkan kampung tersebut dengan kebun-kebun berkeluasan melebihi 300 ekar. Tanah-tanah ini ialah tanah-tanah bersifat aktif. Kedua, jalan yang sedia ada sekarang, jalan yang ada masalah, jauh dari lokasi kebun mereka, rumah mereka. Ketiga iaitu di beberapa buah kampung di DUN Buluh Gading iaitu Kampung Tanjung Sabtu, Petai Bubus, Buluh Gading dan Paya Datu berhadapan dengan hakisan tebing Sungai Nerus yang sangat serius, bertahun-tahun merisikokan kehilangan tanah tradisi kediaman mereka sepanjang 2.2 kilometer. Maka saya minta untuk kementerian berkaitan menyediakan bajet untuk projek tersebut. Seterusnya, melibatkan Balai Polis Manir di Kuala Terengganu yang juga dimanfaatkan oleh rakyat Kuala Nerus. Saya mohon untuk dinaikkan taraf kerana ia memberi khidmat kepada rakyat yang sangat ramai di kawasan tersebut sedangkan balai polis itu sangat lama, sangat usang, sangat bagi saya tidak menepati keperluan semasa. Saya mohon dinaikkan taraf bukan hanya pada bangunannya, bahkan juga kepada penambahan bilangan anggota. Secara khusus, mohon kepada KPT untuk segera meluluskan projek perumahan di Kampung Jeram, DUN Buluh Gading yang telah saya hantar permohonannya kepada kementerian. Di DUN Seberang Takir, saya mohon untuk kerajaan mempertimbangkan hasrat kampung nelayan di hujung tanjung, Seberang Takir untuk pembinaan jeti baru. Di situ terdapat ramai yang menjadi nelayan, bahkan juga terdapat di sana projek keusahawanan melibatkan hasil laut seperti proses ikan bilis, ikan kering, belacan dan juga keropok. Saya mohon ia dimasukkan sebagai satu Bajet 2022. Satu lagi pusat rekreasi dan pelancongan di Teluk Ketapang dengan kos jangkaan kami di peringkat kerajaan negeri sebanyak RM20 juta. Di DUN Tepoh, saya mohon untuk satu projek pembinaan masjid untuk warga FELDA yang sudah lama dihasratkan oleh rakyat di FELDA yang mana seramai 1,000 orang penduduk dan kertas kerja telah kita angkat kepada pihak berkenaan dan saya mohon peruntukan khas daripada ICU. Saya ingin mendapatkan penjelasan tentang status projek tambatan banjir Monsoon Drain Air Leleh Fasa I dan Fasa II yang saya lihat masih belum dimulakan sejak sekian lama kerana ini sangat penting bagi memastikan tidak berlakunya banjir besar di kawasan kami di Kampung Tok Jiring dan sekitarnya. Saya mohon sebuah pusat rekreasi dan sukan untuk rakyat di Kampung Tok Jiring demi kebaikan semua. Saya juga mohon satu lagi projek yang telah diangkat oleh kerajaan negeri iaitu menaik taraf jalan FT003 untuk Fasa III, iaitu dari Kampung Kubang Jela ke Bulatan Batu 6 Terengganu sepanjang 3.5 kilometer dan juga bulatan Batu 6 ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud sepanjang 2.7 kilometer, termasuklah juga pembesaran Jambatan Buluh Gading yang berstatus dua line pada hari ini, yang sejak
berzaman tidak pernah diupgrade dan dikembangkan. Saya mahu ini diambil kira oleh kerajaan. Terakhir, membina jejambat merentasi bulatan Batu 6, di laluan Persekutuan FT003 dari Jambatan Sultan Mahmud ke persimpangan Jalan Jeram Kuala Nerus dan pada akhir ialah saya mahu KPKT meluluskan Projek Penaik tarafan Pasar Batu 6 di Pekan Batu 6 Kuala Nerus. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya menyokong Bajet 2022.
Waalaikumsalam Yang Berhormat Kuala Nerus. Seterusnya Yang Berhormat Bukit Mertajam, 13 minit Yang Berhormat.
Saya minta kebenaran untuk buka mask. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya telah meneliti ucapan dan dokumen Belanjawan yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan. Belanjawan kali ini diberi tema Bajet 2022, Keluarga Malaysia Makmur Sejahtera. Ayat yang cantik power tetapi adakah maksud ayat ini dicerminkan dalam belanjawan kali ini? Kalau benar hendak bina sebuah Keluarga Malaysia yang harmoni dan makmur, maka perkara pertama yang kena dilakukan ialah kena adil kepada semua. Yang Berhormat Menteri Kewangan ada sebut sebanyak RM11.4 bilion diperuntukkan untuk pelbagai program agenda pemerkasaan bumiputera. Ini berita yang baik dan kalau boleh saya sarankan supaya tambahkan lagi. Akan tetapi apabila kita lihat pula kepada peruntukan kepada komuniti lain, sedih perbandingannya. Saya sebut di sini, masyarakat Cina dapat RM200 juta, orang India dapat RM145 juta dan Orang Asli dapat RM274 juta. Dalam kata lain yang dikatakan kononnya Keluarga Malaysia ini anak sulung dapat RM10, anak kedua dapat 18 sen dan ketiga dapat sekupang tiga sen. Hendak beli sepinggan mi bodoh dekat Warung Pak Hassan di Melaka pun tidak cukup, itu RM2 sepinggan, tidak termasuk telur lagi. Jadi, macam mana hendak hidup berkeluarga kalau wujud dasar pilih kasih yang begitu ketara sekali. Orang-orang politik ekstrem, tidak perlu hendak provoke, konon saya anti ini atau anti itu. Di Bukit Mertajam, apabila saya bantu orang susah saya tidak pernah tanya, “hang agama apa? Hang kaum apa? Hang keahlian parti mana?” Kita bantu semua yang memerlukan bantuan dan inilah yang diajarkan kepada saya, bantu mana yang perlu bantuan, bukan bantu orang-orang kita sahaja. Dalam krisis ekonomi ini disebabkan oleh kegagalan pengurusan pandemik COVID-19, perniagaan-perniagaan yang kecundang. Pemiliknya tidak kira daripada kaum apa, agama apa atau latar belakang apa. Justeru, kalau kita hendak memastikan sektor PKS ini bangkit semula, PKS tidak kira siapa pemiliknya, perlu dibantu kerana setiap perniagaan bergantung kepada satu sama lain. Melayu jatuh, Cina jatuh. Cina jatuh, India jatuh. Sabah, Sarawak jatuh Semenanjung Malaysia turut tersungkur bersama. Jadi saya minta Yang Berhormat Menteri Kewangan tengok balik jurang yang terlalu besar ini. Kedua, seorang lagi anak yang terabai dalam Belanjawan Keluarga Malaysia ini ialah golongan M40. Saya sudah banyak kali bangkit tentang fenomena orang miskin baru (OMB). Dulu kita ada orang kaya baru (OKB) tetapi dalam keadaan pandemik ini muncul pula orang miskin baru. Sebelum pandemik, OMB ini tidak tergolong dalam kumpulan miskin ataupun memerlukan bantuan siapa-siapa. Akan tetapi disebabkan pandemik yang berlarutan, kegagalan pengurusan ekonomi, maka golongan ini ada yang hilang kerja, gaji kena potong, kena ambil cuti tanpa gaji, ada yang terpaksa menggulung tikar perniagaan mereka, jatuh sakit dan ada yang meninggal dunia menyebabkan keluarga hilang tempat pergantungan. Benda ini saya sudah habaq sejak tahun lepas tetapi kini disahkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri apabila beliau melaporkan dalam Dewan yang mulia ini pada September 2021 bahawa sebanyak 20 peratus ataupun hampir 600 ribu isi rumah daripada kumpulan M40 telah jatuh miskin ke dalam kategori B40. Dalam kata lain, golongan kelas pertengahan negara kita semakin menyusut, ini perkara serius. Dalam
Belanjawan ada sebut B40, B40, B40, ini bagus. Bagus kita perlu bantu B40, tetapi kalau kerajaan terus mengabaikan golongan M40, maka negara kita akan kehilangan kumpulan produktif utama yang menjana ekonomi negara. Jika tidak dapat memberi bantuan terus tunai seperti untuk B40 itu, sekurang- kurangnya berilah potongan cukai yang lebih banyak kepada, contohnya insurans kesihatan. Saya cadangkan pelepasan insurans pendidikan dan perubatan kita naikkan dari RM3,000 kepada RM5,000 dalam cukai pendapatan. Saya juga harap kerajaan akan meningkatkan kadar pelepasan individu dalam cukai pendapatan itu. Kali terakhir dikaji dan dinaikkan ialah tahun 2010, sudah 12 tahun.
Jadi, saya cadangkan tahun ini pelepasan individu boleh dinaikkan daripada RM9,000 hingga ke RM12,000. Kerajaan tidak perlu risau kalau potongan dan pelepasan ini akan mengurangkan hasil kerajaan, kerana ia akan dibelanjakan oleh golongan M40 ini dalam ekonomi negara juga dan kerajaan akhirnya akan memperoleh hasil dalam bentuk yang lain. Kalau hendak beri komputer riba, tablet dan sebagainya, jangan hanya fokus kepada golongan B40 sahaja. Kadangkala saya tengok dalam kawasan saya, saya beri komputer riba, saya beri tablet walaupun semasa itu belum ada peruntukan kerajaan, saya tengok kadangkala golongan M40 kalau anak dua orang, tiga orang, lima orang― lagi ramai lagi tidak payah katalah. Macam mana ibu bapa mereka hendak mampu untuk memberikan peranti kepada semua? Jadi, masukkan sekali kategori M40 dalam pemberian peranti dan kemudahan. Saya juga hendak sentuh tentang isu Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) atau dahulunya BR1M, kemudian jadi BSH, BPR, BPN. “Sekali air bah, sekali pantai berubah”. Tukar kepala, tukar nama. Syarat pun bertukar-tukar. Akhirnya, rakyat jadi keliru. Saya cadangkan supaya kerajaan letakkan sahaja program bantuan tunai ini di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai program kebajikan tetap. Kaji elok-elok syaratnya, guna piawaian yang terkini. Contohnya, pendapatan garis kemiskinan (PGK) sekarang ialah RM2,208. Kita gunakan itu. Jangan macam Yang Berhormat Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dahulu kata kena guna PGK lama RM980 sebab kerajaan tidak mampu hendak tanggung. Kemudian, Yang Berhormat Menteri Kewangan pula kata sekarang akan guna PGK makanan iaitu RM1,169. Kita hendak tolong orang miskin atau apa ini? Kalau PGK ialah RM2,208, maknanya jika pendapatan di bawah tahap ini sudah dikira miskin. Kita gunakan PGK keseluruhan sahaja, jangan buat sekerat jalan. Saya juga hendak highlight aduan yang saya terima daripada seorang pesara kerajaan dan anggota polis bantuan. Beliau merupakan anggota polis bantuan dan juga pesara kerajaan. Ini saya tengok dalam social media ramai yang complained. Ini kerana beliau memiliki saham di sebuah syarikat bas henti-henti dan syarikat itu sudah tidak pernah isytiharkan dividen sejak sepuluh tahun lalu. Kita semua tahu keadaan syarikat bas henti-henti. Sampai Yang Berhormat Menteri Kewangan terpaksa mengumumkan peruntukan RM80 juta untuk membantu mereka meneruskan perkhidmatan demi golongan B40. Akan tetapi, kerana beliau ini mempunyai saham di sebuah syarikat yang kecil dan tidak ada dividen, maka beliau tidak dapat, tidak layak untuk dapatkan bantuan tunai. Jadi, saya harap kaji semula syarat ini. Saban tahun kita lihat kerajaan umum ini, umum itu dalam belanjawan. Namun akhirnya, dalam bab umum dan bab pelaksanaan― dua perkara. Sampai ada orang kata, “Dengar boleh, percaya jangan”. Macam mana hendak hidup berkeluarga kalau rakyat sendiri tidak percaya kepada kerajaan? Macam mana rakyat hendak percaya jika kerajaan sendiri tidak jujur? Asas kepada pemulihan ekonomi pasca COVID-19 bukan pengumuman yang indah-indah. Kerajaan perlu tegas dalam isu tadbir urus baik (good governance). Kena ada usaha lawan rasuah, tender terbuka, halang penyalahgunaan kuasa. Peruntukan kepada ketua-ketua bahagian parti politik kena dimansuhkan. Pengagihan jawatan dan
habuan seperti yang dilakukan oleh Yang Berhormat Pagoh dahulu perlu dihentikan. Peruntukan biarlah disalurkan kepada wakil rakyat, tidak kiralah parti mana. Salur kepada jabatan kerajaan untuk pelaksanaan mengikut garis panduan kerajaan, barulah lebih telus. Saya tengok sekarang ada trend untuk tubuhkan yayasan. Saya tidak faham kenapa perlu tubuhkan yayasan. Jika prosedur tertentu dalam kerajaan menghalang daripada memberi bantuan terus kepada golongan rentan, maka kita ubah prosedur itu. Bukan tubuhkan lebih banyak yayasan. Saya khuatir yayasan-yayasan ini kemudiannya dijadikan sebagai saluran untuk mengalihkan dana kerajaan kepada kepentingan politik, peribadi dan kroni. Saya hendak tanya di sini dan hendak minta Yang Berhormat Menteri Kewangan senaraikan yayasan-yayasan kerajaan, fungsinya, nama pengerusi dan belanjawan yang telah diperuntukkan untuk yayasan-yayasan ini. Jangan kita ulangi skandal 1MDB oleh Yang Berhormat Pekan. Sehingga hari ini, rakyat masih lagi tercungap-cungap bayar hutang 1MDB. Tahun hadapan, saya tengok laporan, kita kena bayar hutang sebanyak RM14.5 bilion. Tahun kemudiannya tahun 2023, kita kena bayar sebanyak RM12.46 bilion. Selepas bayar yang itu, kita ada lagi hutang berbaki sebanyak RM5 bilion kena bayar. Saya minta Yang Berhormat Pekan masukkan benda ini dalam status Facebook beliau. Kerajaan Keluarga Malaysia perlu jujur. Apabila kita lihat Laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan, saya nampak kerajaan telah mengumumkan dividen PETRONAS, hendak ambil dividen Petronas sebanyak RM18 bilion pada tahun 2021. Akan tetapi, senyap-senyap dia bukan ambil RM18 bilion, dia ambil RM25 bilion. Dia umum hendak ambil RM1 bilion daripada Khazanah, tetapi akhirnya, senyap-senyap dia ambil RM2 bilion. Bank Negara Malaysia pula, dia tidak umum, tetapi akhirnya, senyap-senyap dia ambil RM4 bilion. Keluarga Malaysia apakah ini? Ayah kata kepada emak, hendak pakai wang simpanan keluarga sebanyak RM10,000 hendak buat modal pusingan business. Emak sudah setuju. Akan tetapi akhirnya, senyap-senyap ayah pergi ambil bukan RM10,000 tetapi RM20,000. Entah hendak pakai di mana, hendak pakai pada siapa, silap hari bulan, dia buka lagi dapur baharu. Mengapakah perkara ini boleh berlaku? Yang Berhormat Menteri Kewangan kena jawab. Dalam tempoh dua tahun ini, Tuan Yang di-Pertua, ramai warganegara Malaysia dan juga warganegara lain yang mempunyai keluarga terdekat di Malaysia tidak dapat pulang ke negara kerana sekatan perjalanan merentas sempadan negara. Tragisnya ialah anak-anak yang tinggal di luar negara tidak sempat pulang untuk menatap wajah ibu bapa mereka yang sedang tenat untuk kali yang terakhir sehinggalah ibu bapa mereka itu meninggal dunia buat selama-lamanya. Saya tidak salahkan Jabatan Imigresen Malaysia. Mereka ikut prosedur hendak menjaga keselamatan kita semua. Saya dimaklumkan bahawa keperluan memohon MyTravelPass untuk warganegara Malaysia memasuki semula ke negara ini sudah dimansuhkan. Namun, saya ingin menyarankan kepada kerajaan agar mempermudah dan mempercepat permohonan kepada mereka yang bukan warganegara Malaysia untuk pulang melawat keluarga terdekat seperti ibu, bapa, isteri, suami ataupun saudara-mara dalam keluarga terdekat itu yang mungkin sedang sakit tenat ataupun untuk menghadiri upacara-upacara penting terutamanya pengebumian ahli keluarga mereka. Ketika orang tengah bersedih dan berkabung, mereka terpaksa lagi menghadapi kerenah birokrasi yang lama dan sentiasa berubah-ubah. Sudah jatuh, ditimpa tangga. Sudah pahit, bercampur sedih. Saya rasa, this is the least that the government can do for them, dengan izin. Permudah dan percepatkan proses permohonan. Akhir sekali, saya masukkan ini dalam perenggan terakhir saya, penutup saya, sebab saya tidak hendak orang kata kita memberikan fokus kepada nama ataupun label ya, seperti dalam isu Timah itu. Saya tidak faham kenapa kerajaan Keluarga Malaysia ini
beralih daripada menggunakan perkataan ‘belanjawan’ kepada ‘bajet’. ‘Belanjawan’ itu kata terbitan asli bahasa Melayu, bahasa kebangsaan kita. ‘Bajet’ pula ialah transliterasi ataupun transliteration, dengan izin, bahasa orang putih. Kita sudah elok-elok pakai perkataan ‘belanjawan’, apa pula tiba-tiba tukar jadi ‘bajet’? Pung pang pung pang hendak dukung bahasa Melayu, pung pang pung pang kata parti saya kononnya anti ini, anti itu, zaman Yang Berhormat Bagan jadi Menteri Kewangan pun dia guna ‘belanjawan’. Apakah sebabnya kerajaan sekarang yang kononnya juara Melayu, naikkan bilangan judi dan sekarang ketepikan bahasa Melayu dalam dokumen penting negara iaitu belanjawan? Saya minta Dewan Bahasa dan Pustaka kena tegur juga. Jangan jadi “harimau tidak bertaring”. Dahulu semasa di KBS, kita sentiasa berinteraksi dengan DBP. DBP ketika itu hebat, gah. Jadi, saya harap Yang Berhormat Menteri dan kerajaan akan melihat kembali perkara ini. Tidak payah kita ubah-ubah sudah. Kita sudah selesa gunakan perkataan ‘belanjawan’, kita gunakan perkataan ‘belanjawan’. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Mertajam. Seterusnya, Yang Berhormat Sik. Silakan.
Assalamualaikum warahmatullah.
Waalaikumussalam.
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, memberi saya juga bersama dalam membahaskan Belanjawan 2022 dengan tema yang digariskan Keluarga Malaysia, Makmur dan Sejahtera. Semasa pandemik COVID-19 melanda negara, kerajaan telah melancarkan lapan pakej bantuan dan rangsangan ekonomi dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM530 bilion, tidak termasuk Bajet 2021. Persoalannya, apakah impak terhadap kehidupan rakyat secara menyeluruh? Isu-isu yang masih dominan dalam masyarakat kita di seluruh negara pada hari ini, antaranya ialah kehilangan pekerjaan dan pendapatan, masalah kesihatan mental yang meningkat, keruntuhan rumah tangga, pendidikan masa hadapan anak-anak, kenaikan harga barang, penutupan perniagaan dan bangkit semula sektor ekonomi, keyakinan pelabur asing, perdagangan antarabangsa, kuasa membeli dalam kalangan rakyat, peluang pekerjaan yang setimpal dengan kelulusan akademik dan kemahiran, inflasi yang berlaku terhadap barang keperluan harian dan bahan binaan, kekurangan pekerja dalam sektor pertanian dan perladangan.
Pertumbuhan ekonomi kita dijangka berkembang antara tiga hingga empat peratus bagi tahun ini. Apakah asasnya? Satu penilaian secara komprehensif dan holistik amat diperlukan agar kita dapat merancakkan semula ekonomi di atas landasan yang betul. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin bangkitkan berkaitan dengan soal pertanian dan sekuriti makanan. Malaysia harus menggalakkan pelaburan berkualiti dengan memberi tumpuan kepada aktiviti berteknologi tinggi dan mempercepatkan peralihan kepada ekonomi hijau untuk menyokong agenda pembangunan mampan SDG dan menjadikan Malaysia sebuah negara rendah karbon. Sebagai contoh, penggunaan tenaga solar mampu mengurangkan kebergantungan negara terhadap sumber tenaga asli. Malaysia harus mengambil contoh negara berteknologi tinggi seperti China dan Jepun yang boleh membantu rakyat mengurangkan perbelanjaan tenaga elektrik seharian terutamanya dalam sektor pertanian. Penggunaan teknologi tinggi dalam pertanian mampu mengubah persepsi
bahawa pertanian bukan lagi profesion kampung. Maka saya mencadangkan agar kerajaan memberi tumpuan bagi pembangunan petani muda melalui program agropreneur dan penggunaan teknologi berteraskan internet of things (IoT), dengan izin. Aplikasi drone bagi mekanisme semburan baja dan lain-lain aktiviti pertanian. Oleh itu Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLPK) harus meneliti pemberian kursus-kursus berteraskan teknologi supaya ilmu tersebut dapat dipraktikkan terutamanya bagi menggalakkan petani muda meneruskan kelangsungan keselamatan makanan dalam negara. Dalam Bajet 2022 yang telah dibentangkan jumlah yang diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus industri beras dan padi tahun 2022 menurun dengan sangat ketara. Manakala bagi pembangunan juga dikurangkan kepada RM2.5 juta pada tahun 2022 berbanding RM4.2 juta pada tahun 2021. Begitu juga peruntukan kepada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang tiada peningkatan bagi peruntukan mengurus khususnya bagi penyelenggaraan tali air, terusan, tersier, saliran, parit dan jalan-jalan ladang yang jauhnya seluas – Maknanya sejauh 5,330 kilometer yang sangat penting bagi tujuan penanaman padi seluas 1,685 hektar di negeri Kedah dan Perlis ketika jelapang padi negara ini sedang membekalkan 43 peratus keperluan beras negara untuk 32 juta rakyat Malaysia. Beras yang dihasilkan dalam tempoh setahun pula menyaksikan Malaysia masih lagi keterbelakang iaitu sekitar 2.2 juta tan metrik berbanding Vietnam 34 juta tan metrik dan Filipina 15.3 juta tan metrik. Ini menyebabkan negara kita masih berharap kepada import beras dari luar negara. Kerajaan harus segera menyelesaikan masalah kebergantungan produk beras import menerusi pembangunan research and development (R&D) dan memperkasakan agensi-agensi kerajaan berkaitan padi dengan membekalkan kemudahan-kemudahan bagi tujuan pengilangan produk padi dan lain-lain aktiviti penanaman padi. Jumlah perbelanjaan yang besar iaitu sebanyak RM1.7 bilion diperuntukkan untuk subsidi dan insentif bagi industri padi pertanian dan perikanan. Bagaimanapun isu yang menjadi persoalan sejauh mana subsidi ini sampai kepada para petani kerana sistem pembahagian subsidi ini melibatkan pelbagai pihak termasuk pihak industri yang mengawal segala harga input pertanian dan teknologi yang digunakan. Pada ketika ini harga input termasuk racun, rumpai dan lain-lain melambung tinggi sehingga meningkat melebihi 100 peratus. Sebagai contoh, racun rumpai yang berharga RM145 kini meningkat menjadi RM300. Dalam situasi ini para petani sangat tertekan akibat kos yang meningkat berkali ganda untuk aktiviti penanaman padi. Ditambah lagi dengan beban apabila harga padi masih kekal pada harga yang lama iaitu RM1.20 sekilogram. Beban ini semakin bertambah apabila pemotongan pemutuan padi basah di kilang-kilang dan tiada kawalan piawaian daripada pihak kerajaan di mana 100 monopoli pengilang-pengilang dalam menentukan peratusan pemotongan. Maka ada benarnya kenyataan bahawa pesawah yang terpaksa menanggung beban bagi mengekalkan harga beras murah di pasaran. Saya juga ingin memetik kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah tentang pengorbanan rakyat negeri Kedah dalam mendahulukan kepentingan negara dengan mengekalkan tanah sawah yang menyumbang kepada 43 peratus keperluan beras negara. Sedangkan keuntungan lebih besar dapat dijana sekiranya tanah sawah ini dimajukan kepada sektor komersial. Kerajaan Persekutuan perlu mengambil kira hal ini dengan memberikan peruntukan yang lebih besar kepada Kerajaan Negeri Kedah dan juga Perlis supaya dapat menebus semula penilaian bagi peluang komersial yang telah dilepaskan. Begitu juga dengan masalah tanah terbiar yang semakin hari semakin membesar yang menjadi hutan tebal apabila dibiarkan tidak diusahakan. Kerajaan harus mengikut garis panduan dan contoh yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Islam ketika zaman pemerintahan zaman Khalifah Umar Al-Khattab bagi pengurusan tanah terbiar. Tanah terbiar yang dikenali sebagai al-mawat atau tanah yang mati yang tidak digunakan, dimanfaatkan dan dimiliki sesiapa atau mempunyai pemilik tetapi terbiar selama tiga tahun
berturut-turut akan menyebabkan pemilik tanah dilucut hak milik dan tanah itu akan diberikan kepada pengusaha baru agar manfaat tanah tersebut diusahakan. Oleh itu saya mencadangkan agar suatu program dan polisi diwujudkan untuk mengenal pasti tanah terbiar untuk diusahakan oleh agensi berkaitan kerajaan melalui penglibatan golongan B40. Bekas banduan contohnya yang selesai menjalani hukuman, orang-orang gelandangan, graduan yang menganggur, pelajar latihan industri dan petani- petani muda agar dimanfaatkan untuk tujuan menjana ekonomi negara. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya membangkitkan berkaitan dengan soal pembangunan luar bandar. Peneroka tanah turut terkesan dengan situasi pandemik dalam negara. Begitu juga dengan nasib penoreh getah di mana kelangsungan profesion ini yang terdiri daripada golongan B40 harus diperkasakan dengan memantau berkaitan dengan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dengan penetapan harga lantai di tahap yang lebih munasabah. Pihak kerajaan harus penuh mendukung cadangan yang dikemukakan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkenaan kenaikan harga lantai getah skrap kepada RM2.50 kepada RM3.50 sekilogram. Hal ini juga disebut oleh Yang Berhormat Baling tadi. Bagi pihak rakyat Sik yang rata-rata adalah penoreh getah menanti pengumuman kerajaan ini dengan penuh pengharapan dan kegembiraan sekiranya ia dapat direalisasikan. Begitu juga saya membangkitkan persoalan pembangunan di daerah Sik yang secara langsung ingin memohon kepada kerajaan dapat menyelesaikan masalah bekalan air bersih bersama dengan pihak berkuasa kerajaan negeri. Begitu juga berkaitan dengan membaik pulih jambatan-jambatan dan titi-titi di kampung-kampung yang rosak akibat tanah runtuh ataupun akibat banjir yang masih berlaku sehinggalah pada hari ini. Termasuklah untuk menaik taraf saya memohon khusus kepada kerajaan untuk dibina ataupun dinaik taraf Masjid Pekan Sik menjadi masjid rasmi Daerah Sik. Tuan Yang di-Pertua saya juga membangkitkan berkaitan dengan pertahanan negara di bawah Kementerian Pertahanan (MINDEF). Sekian hari berita tentang pencerobohan, kedaulatan di Laut China Selatan menggusar hati rakyat Malaysia. Kita melihat aset ketenteraan harus diselenggara dan sentiasa dalam keadaan bersiap siaga bagi tujuan pengoperasian oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Pelantikan kontraktor bagi tujuan pembekalan, pembaikan dan aset pertahanan harus dilakukan secara Tender Terbuka melalui penilaian oleh Jawatankuasa Khas Bebas yang terdiri daripada pakar-pakar tempatan di kalangan pegawai tadbir kerajaan, ahli akademik dan pemain industri pertahanan yang tidak terlibat dalam urusan pelantikan tersebut. Kita harus belajar dan mengambil sesuatu langkah yang tegas dalam proses dengan lebih telus dan akauntabiliti di dalam kelulusan perolehan persenjataan ATM. Kegagalan dalam projek perolehan littoral combat ship (LCS) dengan izin, atau pembinaan kapal tempur pesisir harus dijadikan muhasabah besar oleh kerajaan supaya ketirisan dan kehilangan wang negara berbilion ringgit tidak boleh dibiarkan begitu sahaja tanpa ada pertanggungjawaban kepada mana-mana pihak yang telah cuai, khianat dan tidak amanah dalam menjaga duit rakyat dan kepentingan pertahanan negara kita. Saya juga ingin memetik perbelanjaan bagi pendidikan dan pembangunan pertahanan yang menerima tambahan lebih RM1.7 juta bagi tahun 2022 berbanding tahun 2021. Kita faham bahawa R&D berkaitan pertahanan banyak dilakukan oleh pihak Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan tetapi persoalan yang timbul adalah sejauh mana produk-produk yang dibangunkan memberi semula pulangan kepada negara. Adakah ia memberi return on investment (ROI) yang tinggi berbanding dengan jumlah yang dibelanjakan? Begitu juga dengan sistem keselamatan siber yang sering kali dibolosi oleh penggodam dari luar negara harus ditangani dengan menaiktaraf sistem keselamatan sesawang milik kerajaan.
Kita melihat perbelanjaan sebanyak RM8 juta pada tahun 2021 bagi CyberSecurity menjadi kayu ukur sejauh mana ia telah digunakan bagi memastikan laman sesawang milik kerajaan tidak digodam. Kita melihat apabila muncul #IsraelKoyak pada tahun ini dan tindak balas pihak luar terhadap laman sesawang setelah dicerobohi dan tidak dapat diakses sementara waktu. Tidak lupa juga pembinaan hospital medan oleh pihak ATM pada saat pandemik melanda telah dilihat membantu hospital awam mengendalikan pesakit COVID-19. Pegawai perubatan dalam kalangan ATM dilihat dalam kuantiti yang terhad bahkan terpaksa bekerja siang dan malam. Justeru, tawaran penyertaan sebagai pegawai tetap perubatan ATM dilihat dapat membantu para graduan perubatan yang masih dalam status kontrak. Selain itu, kerajaan harus tegas dalam menyuarakan hak-hak persempadanan negara bagi kedaulatan negara daripada diceroboh setiap masa. Sebagai contoh, pencerobohan ruang angkasa oleh 16 pesawat tentera negara China di ruang udara Zon Maritim Malaysia, Kota Kinabalu dan menghampiri ruang udara nasional. Tuan Yang di-Pertua, dalam hubungan luar negara, saya membangkitkan keghairahan pembangkang dalam pelbagai muslihat politik serta bercita-cita kembali mengambil kuasa yang hilang. Ada baiknya tampil jujur menjelaskan isu Pulau Batu Puteh. Dalam perkembangan terakhir dahulu, Kerajaan PH dahulu telah membuat keputusan U- turn mengejut mengenainya sehingga menimbulkan banyak persoalan. Semakan kes yang sepatutnya berakhir pada 22 Mei 2018 itu bagaimanapun berjaya mendapat ketetapan tarikh perbicaraan daripada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Akan tetapi setelah tarikh pertengahan Jun 2018 diberikan ICJ, kerajaan terdahulu secara tiba-tiba membuat keputusan menarik diri dan tidak meneruskan prosiding yang akan diadakan. Perkara ini sama sekali tidak boleh dipandang remeh, di mana negara mungkin telah hilang Pulau Batu Puteh untuk selama-lamanya. Akan tetapi lebih buruk implikasinya adalah maruah dan sempadan kedaulatan yang bakal ada perubahan serta mengurangkan lagi hak Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, begitu juga dalam isu Palestin yang merupakan masalah besar dunia Islam setelah tanah dirampas secara paksa oleh Israel tahun 1917. Lebih merisaukan adalah proses normalisasi Israel yang dipromosikan oleh beberapa negara luar termasuk negara-negara Islam di sebelah Asia Barat. Pada Jun 2021, The Jerusalem Post menyatakan kesediaan Israel untuk menjalin hubungan dengan tiga buah negara Islam di Asia Tenggara termasuk Malaysia, Indonesia dan Brunei. Malaysia harus tegas dalam memastikan isu ini tidak dipandang rendah memandangkan ia melibatkan isu kemanusiaan dan penindasan rakyat Palestin. Tuan Yang di-Pertua, saya juga bersetuju dengan pendirian Yang Berhormat Menteri Luar Negeri melalui kenyataan Wisma Putra semalam yang menyatakan Malaysia terpaksa bising mengenai isu Myanmar kerana negara ini paling banyak terkesan. Saya sangat memuji tindakan berani beliau yang menyatakan bahawa dunia tidak ambil peduli pun apabila lebih 200,000 orang etnik Rohingya kini menjadi pelarian di Malaysia. Walhal Malaysia tidak pernah meratifikasi sebarang konvensyen pelarian antarabangsa. Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir saya ingin membangkitkan berkaitan pembangunan Islam iaitu kita melihat perubahan sistem pendidikan di saat musibah pandemik COVID-19 ini, di mana akses institusi pengajian menjadi terhad dan kebanyakannya dikoordinasi menerusi atas talian. Akan tetapi, yang menjadi lebih kritikal adalah sekolah-sekolah berteraskan pengajian agama seperti tahfiz, sekolah KAFA, madrasah dan pondok agama. Kemudahan IT yang terhad, bahkan belanja mengurus seperti gaji pekerja menjadi perkara yang sangat kritikal untuk diperhalusi oleh pihak kerajaan. Terakhir, juga saya menyambut baik kenyataan Yang Berhormat Timbalan Menteri (Hal Ehwal Agama) bahawa cadangan Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) dikenali sebagai RUU 355 sedang dirangka dalam usaha
kerajaan menambah baik beberapa pindaan undang-undang sedia ada yang merupakan sebahagian daripada pelan kerajaan untuk memperkasakan undang-undang syariah di Malaysia, khususnya di Wilayah Persekutuan. Pelbagai isu dibangkitkan banyak pihak sama ada yang menyokong atau yang membantah cadangan pindaan kepada akta tersebut melalui rang undang-undang persendirian. Saya mengambil pendirian menyokong cadangan itu kerana ia adalah satu usaha yang akan memberikan lebih banyak kuasa kepada Dewan Undangan Negeri bagi hukuman kesalahan jenayah syariah. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Sik. Yang Berhormat Kuantan, silakan.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya turut sama membahas Bajet 2022 bertemakan “Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera”. Tuan Yang di-Pertua, saya meneliti bajet ini dan pada mulanya saya agak teruja kerana lihat banyak yang dibentangkan itu melibatkan wanita. Akan tetapi selepas saya teliti secara dekat, saya dapati bahawa banyak yang diunjurkan itu atau pun ditawarkan kepada golongan wanita itu adalah terpancar-pancar dan tidak berpandukan data, kajian dan juga granular data. Oleh sebab itu kita dapati bahawa tidak ada satu solusi jangka masa panjang berkenaan dengan permasalahan yang dihadapi oleh wanita pasca COVID-19. Kita tahu sewaktu pandemik COVID-19 ini, golongan wanita merupakan golongan yang paling terkesan di dalam keadaan pandemik ini, sama ada daripada isu keganasan, dari isu ekonomi, daripada isu hilang pekerjaan, daripada isu ketua isi keluarga wanita, kita dapati bahawa wanita lah yang paling terkesan. Akan tetapi, bajet ini tidak membawa satu penyelesaian jangka panjang. Saya beri contoh ya, berkenaan dengan ibu tunggal dan bapa tunggal, kita dapati bahawa bajet ini memperuntukkan 9.6 juta orang penerima, memperuntukkan RM8.2 bilion, ya. Kita lihat, alhamdulillah, kalau seorang ibu tunggal itu mempunyai pendapatan kurang daripada RM2,500, anak lebih daripada tiga orang, beliau layak untuk mendapat RM2,500 dari segi peruntukan yang diperuntukkan tetapi ini hanyalah RM208 sebulan. Apa dia rancangan masa panjang untuk keluarkan mereka daripada kemiskinan? Bukan setakat mendapat ikan setiap bulan tetapi bagaimana memberi kail kepada mereka dan mengajar mereka untuk memancing ikan dan akhirnya keluar daripada paras garis kemiskinan. Ini tidak jelas ya, di dalam apa yang dibentangkan dalam bajet. Saya juga lihat bahawa dikenal pasti 0.5 orang juta penerima ya, 0.5 juta orang penerima iaitu 0.05 peratus merupakan ibu tunggal atau pun bapa tunggal. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, di manakan pangkalan data tersebut? Adakah ia hanya berpandukan kepada eKasih atau pun bagaimana data itu dikumpulkan? Ini kerana pengalaman saya di dalam kawasan saya, Tuan Yang di-Pertua, hendak dapat maklumat berkenaan dengan ibu tunggal ini, pergi kepada eKasih, pergi ke pusat zakat, pergi ke JKM, pergi ke sekolah, pergi ke KRT, hendak dapatkan data berkenaan dengan ibu tunggal. Saya hendak tanya kementerian sama ada mereka ada satu pangkalan data untuk memastikan bahawa semua ibu tunggal dan bapa tunggal dalam kategori B40 ini, mendapat akses yang sama rata, yang adil supaya tidak ada yang ketinggalan. Tuan Yang di-Pertua, dalam sesi libat urus bersama dengan Kementerian Kewangan dan Yang Berhormat Menteri Kewangan, saya ada membawa cadangan berkenaan dengan gender responsive budget oleh sebab gender responsive budget ini adalah satu alat yang wajib sekiranya kita serius hendak mencapai kepada matlamat kesaksamaan gender pada RMKe-12 dan seterusnya kepada mencapai Matlamat Pembangunan Mampan 2030. Dalam bajet kita, matlamat lima dalam SDG merupakan matlamat paling corot daripada segi pembahagian bajet. Hanya RM2.7 bilion diperuntukkan daripada RM309.1 bilion iaitu 0.89 peratus daripada keseluruhan peruntukan Bajet 2022.
Saya tidak lihat bagaimana kementerian sungguh-sungguh di dalam memastikan bahawa kesaksamaan gender atau pun polisi-polisi gender mainstreaming ini dapat kita capai. Ini kerana untuk mencapai gender mainstreaming dan kesaksamaan gender, hendak mengarusperdanakan gender, kita perlukan pre-budget analysis dan post-budget analysis. Saya tidak lihat kesungguhan itu walau daripada segi satu kenyataan pun daripada Kementerian Kewangan dalam bajet, dalam ucapan Bajet 2022. Sedangkan Yang Berhormat Menteri sendiri berjanji bahawa Kerajaan Malaysia komited untuk melaksanakan gender responsive budget. Kalau tidak boleh tahun 2022, tahun 2023 pun tidak mengapa tetapi apa yang perlu dilakukan tahun 2022 ialah mengadakan satu data management system kerana kita perlu bermula mengutip data kita cara berbeza. Kita perlu bermula mengumpulkan data- data kita. Kalau tidak, mustahil kita boleh buat dasar-dasar untuk membetulkan trajektori, gap atau pun jurang gender dalam negara kita, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin seterusnya bercakap berkenaan dengan kemiskinan haid. Kemiskinan haid ini adalah terminologi yang digunakan secara global.
Tuan Yang di-Pertua, saya terperanjat apabila Yang Berhormat Menteri Kewangan mengatakan bahawa timbalan beliau mendapat tahu berkenaan dengan perkara ini dalam satu sesi libat urus. Ini satu perkara serius berkenaan dengan isu ini. Istilah kemiskinan haid pun tidak disebut. Period poverty ini satu fenomena global. Seramai 500 juta orang wanita dan remaja mengalami keadaan ini. Malah di Sabah, di Sarawak dan Orang Asli mempunyai masalah ini. Kalau haid mereka 10 hari atau 15 hari, anak-anak mereka tidak pergi sekolah selama 10 hari atau 15 hari. Bayangkan jumlah hari yang mereka hilang daripada pembelajaran di sekolah. Jadi, kemiskinan haid ini real. Satu perkara yang saya setuju ia serius tetapi, 130,000 jumlah remaja ini saya juga ingin mempersoalkan iaitu apabila diperuntukkan RM10 juta, maksudnya kalau diberi sebulan kepada 130,000 orang remaja ini bersamaan RM6.41 sen seorang sebulan kalau hendak beri kepada 130,000 orang remaja sepanjang tahun. Adakah ini sustainable? Itu kalau kita beri terus ya sanitary towel. Akan tetapi, kalau kita libatkan pula NGO, maksudnya kuranglah bajet tersebut. Saya ingin mencadangkan kalau pihak kementerian tidak memikirkan tentang perkara ini untuk menggunakan washable sanitary towel. Oleh sebab sekarang ini kita– untuk menangani kemiskinan haid, sudah pun dicadangkan di merata dunia untuk menggunakan washable sanitary towel. Harap pihak kementerian mencadangkan penggunaan ini daripada disposable sanitary towel kerana ia juga merupakan eco-friendly dan boleh diguna pakai berulang-ulang. Tidaklah setiap kali terpaksa diberikan sanitary towel tersebut. Saya juga ingin bertanya, kenapakah Jabatan Penjara yang dilibatkan bersama dengan LPPKN dan bukan Kementerian Pendidikan? Apakah relevannya melibatkan Jabatan Penjara dalam perkara ini? Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya terus kepada isu climate change ataupun perubahan iklim. United Nations menganggarkan ada kemungkinan 60 peratus bahawa ada peningkatan suhu 2.7 peratus pada hujung abad ini. Pada ketika ini, The 26th United Nations Climate Change Conference (COP26) sedang berlaku di Glasgow. Kita juga ingin mempersoalkan kenapa Yang Berhormat Menteri KASA kita tidak pergi ke sana? Dianggarkan pada tahun 2050, bandar-bandar di tepi pantai di Malaysia akan tenggelam. Apakah langkah-langkah mitigasi yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia untuk memastikan bahawa perkara ini tidak berlaku? Kalau tidak tenggelam– kalau kita tengok di Singapore, mereka telah mula membina benteng-benteng. Negara Malaysia apa dia langkah-langkah mitigasi yang kita akan lakukan? Kita tengok di Melaka sekarang ini pantai-pantai teruk terhakis, Pantai Tanjung Dahan, Teluk Gong, Kampung Tengah, Kampung Nelayan, Sungai Lereh, Pantai Kundur, Kampung Pasir Gembur teruk terkena hakisan akibat– mungkin adakah benar ia disebabkan oleh penambakan laut dan merubah keadaan yang menyebabkan kepada hakisan? Saya pohon penjelasan apa yang dibuat oleh pihak kementerian dalam usaha ini.
Saya ingin bertanya berkenaan dengan Majlis Tindakan Perubahan Iklim Malaysia. Apakah yang sedang dilakukan untuk menangani perubahan iklim? Ini kerana, saya tengok perubahan iklim juga– tindakan iklim juga nombor tiga tercorot dalam kita punya pengagihan Bajet 2022 mengikut SGD. Saya juga ingin bertanya berkenaan dengan Pembangunan Malaysia Environmental Performance Index baru hendak dibangunkan. Apa maksud baru hendak dibangunkan ini sedangkan seluruh dunia sekarang ini– inilah isu yang paling penting pada ketika ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mencadangkan kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya yang bercakap berkenaan dengan Teluk Cempedak dalam kawasan saya. Akan tetapi, saya ingin menyarankan bahawa di Kuantan Tuan Yang di-Pertua ada banyak pantai yang indah. Saya boleh sebutkan Pantai Cherating, Sungai Ular, Pantai Balok. Pantai Balok ada luncur angin, ada tapak camping. Pantai Batu Hitam ada batu-batu hitam di situ. Pantai Pelindung, Pantai Sepat, Pantai Kempadang dan banyak lagi pantai harus dibangunkan – bersekali Timbalan Menteri Kewangan pun dari kawasan sebelah saya. Kita bangunkan sama-sama daerah kita ini supaya kita tarik pelancong dan meningkatkan ekonomi setempat. Tuan Yang di-Pertua, saya juga hendak menambah di situ kalau boleh kita tambah medical tourism di Kuantan kerana ini juga akan menarik pelancong luar untuk medical tourism. Kadang-kadang orang luar negara ini dia suka buat liposuction sahaja, macam itu sahaja bukannya serious punya medical– masalah kesihatan. Akan tetapi, ini boleh menarik pelancong, meningkatkan ekonomi, memajukan industri ikan bakar dan industri hiliran berkenaan dengan ikan-ikan hasil laut dari kawasan kita. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada peruntukan RM500 one-off kepada guru-guru KAFA. Saya kita perjuangkan berkenaan dengan guru-guru KAFA ini sudah beberapa tahun. Cuma saya hendak tanya berkenaan dengan penyerapan guru-guru KAFA ke dalam sistem jawatan kontrak secara berperingkat. Pada tahun 2019, sudah pun diusahakan satu task force untuk mengkaji berkenaan dengan penyerapan guru-guru KAFA ini kepada sistem jawatan kontrak. Melalui task force ini, melibatkan beberapa buah agensi, beberapa kementerian untuk mengkaji dan mereka diberikan masa terms of reference enam bulan untuk memberi satu saranan dan mereka sudah pun memberikan saranan tersebut. Saya kira tidak ada masalah untuk melaksanakan penyerapan guru-guru KAFA ini ke dalam satu sistem jawatan berkontrak. Tuan Yang di-Pertua, poin yang terakhir saya berkenaan dengan institusi wakaf, memang dekat di hati saya. Tabung permulaan RM10 juta ini bagus tetapi, untuk masa depan – Wakaf Halal ini bagus, Wakaf Pertanian ini bagus dan Wakaf Bencana ini juga bagus. Akan tetapi, saya ingin bertanya berkenaan dengan wakaf pendidikan dan wakaf kesihatan kerana sudah pun dimulakan usaha untuk mengadakan perjanjian persefahaman antara Yayasan Wakaf Malaysia dengan Kementerian Pendidikan. Kita tengok RM1 bilion diperlukan untuk penyelenggaraan dan pembaikan. Sejumlah RM746 juta diperlukan untuk memperbaiki sekolah-sekolah daif. Alangkah baiknya kalau kita boleh beri peluang kepada syarikat-syarikat dan individu- individu untuk buat pahala, untuk meletakkan, orang kata melabur saham akhirat mereka dalam wakaf. Kita dapat bangunkan sekolah daif. Kita dapat selenggarakan sekolah- sekolah kita dan juga kita tahu sewaktu COVID-19 kita kekurangan katil-katil ICU. Kita kekurangan tangki-tangki oksigen. Ini boleh juga dibangunkan melalui dana wakaf. Saya ingat suatu ketika sudah pun ada mula usaha antara Yayasan Wakaf Malaysia dan Kementerian Kesihatan untuk buat satu persefahaman berkenaan dengan wakaf kesihatan. Saya harap ia dapat diteruskan tidak kiralah kerajaan bertukar pun tetapi yang penting rakyat mendapat keuntungan daripadanya. Tuan Yang di-Pertua, yang penting kritikal...
Yang Berhormat Kuantan, sikit.
Last point. Apa yang kritikalnya...
Yang Berhormat Kuantan, sikit mencelah boleh Yang Berhormat Kuantan? Isu wakaf tadi.
Ya?
Yang Berhormat Kuala Nerus.
Kuala Nerus, sikit sahaja.
Terima kasih. Ya, Yang Berhormat Kuala Nerus.
Saya menyokong penuh apa yang disarankan oleh Yang Berhormat Kuantan tadi, isu wakaf. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Kita tidak kira parti mana, yang penting kalau baik untuk rakyat, kita sama-sama membangunkan negara kita. Negara kita perlu recover daripada pandemik COVID-19 ini. Apa yang penting, saya harap Yang Berhormat Kuala Nerus pun sokong saya dalam hal ini. Apa yang pentingnya kita perlu tengok secara fizikal Pelan Induk Wakaf Negara. Ia disebut pada tahun 2020 oleh Yang Berhormat Menteri ketika itu dan disebut sekali lagi oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada RMKe-12 berkenaan dengan Pelan Induk Wakaf Negara. Kita hendak tengok secara fizikal apa dia, contentnya, isinya kerana ini akan membantu kita punya pengurusan wakaf pada masa depan. Juga berkenaan dengan Rang Undang-undang Wakaf Tuan Yang di-Pertua.
Ini juga satu cara untuk kita memastikan bahawa ada tadbir urus yang baik di dalam kita menguruskan dana wakaf ini. Saya mencadangkan juga blockchain technology digunakan di dalam kita menguruskan dana wakaf. Ini yang akan memacu wakaf ini ke hadapan. Ia akan memacu menjadikan wakaf ini sebagai instrumen ekonomi yang mampan pada masa hadapan. The third sector of the economy. Tuan Yang di-Pertua, saya mengharap sangat segala cadangan ini, tidak kira lah daripada kita pembangkang pun tetapi sekiranya ia baik untuk negara kita, sama-sama kita angkat, sama-sama kita majukan negara kita. Dengan itu, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum.
Waalaikumussalam. Terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Seterusnya, Yang Berhormat Lubok Antu. Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk berbahas dalam Belanjawan 2022. Tuan Yang di-Pertua, pandemik COVID-19 yang sedang kita hadapi sekarang ini bukan sahaja masalah kesihatan dan tetapi juga telah mengubah susunan ekonomi di Malaysia. Bahkan, di seluruh dunia. Pandemik ini telah mengancam kesihatan rakyat, memesongkan ekonomi global dan mengurangkan darjat kebajikan rakyat tanpa kita ketahui bila ancaman ini akan berakhir. Oleh itu, pemulihan global termasuk pemulihan dalam Malaysia pada tahun 2022 berhadapan dengan cabaran yang sukar. Pemulihan kehidupan sosial dan ekonomi negara daripada pandemik COVID-19 menjadi harapan untuk seluruh rakyat Malaysia. Saya berterima kasih kepada kerajaan melaksanakan pelbagai langkah berkesan sama ada melalui dasar penyelarasan rentas sektor dan instrumen fizikal serta mandatori untuk segera memenuhi kehendak dan harapan rakyat. Seperti yang dinyatakan, Bajet 2022 dirangka setelah 80 sesi sumbang saran bersama dibuat. Berorientasikan perkara ini, maka Bajet 2022 menyediakan sejumlah RM332.1 bilion yang menyaksikan nilai peruntukan tertinggi berbanding bajet-bajet sebelum ini. Daripada jumlah tersebut, kerajaan bercadang untuk menyediakan RM233.5
bilion bagi belanja mengurus, RM75.6 bilion untuk belanja pembangunan dan RM23 bilion di bawah Kumpulan Wang COVID-19. Sejumlah RM2 bilion turut disediakan sebagai simpanan luar jangka. Sungguhpun ini merupakan bajet mengembang, defisit fiskal 2022 diunjur berkurang kepada enam peratus daripada KDNK berbanding 6.5 peratus pada 2021. Inisiatif pertama, bantuan tunai langsung dan kebajikan. Pada tahun hadapan, inisiatif bantuan tunai langsung akan ditambah baik. Kerajaan akan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan beberapa pembaharuan supaya kumpulan yang benar-benar terkesan diberi lebih tumpuan. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pihak kerajaan kerana mampu menyediakan bantuan seumpama ini. Walau bagaimanapun, saya mohon pihak kerajaan merealisasikan keberkesanan dan cara penyampaian bantuan seumpama ini kepada semua rakyat dengan mengkaji keperluan suatu tempat berlandaskan kekangan populasi, lokaliti dan demografi. Untuk makluman, di kawasan Parlimen Lubok Antu, untuk mengisi permohonan mySalam, kronologinya rakyat di Lubok Antu terpaksa pergi ke bandar Sri Aman, ini amat menyukarkan rakyat di kawasan saya. Bayangkan kos, jarak dan masa yang terpaksa ditanggung dan ditempuhi. Kenapa tidak diwujudkan pusat pengumpulan maklumat tersebut di kawasan Lubok Antu? “Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul”. Oleh itu, saya mohon wujudkan lah pusat tersebut di setiap kawasan Parlimen. Inisiatif kedua, pendidikan berkualiti untuk semua. Tuan Yang di-Pertua, persekitaran pembelajaran adalah merujuk kepada ruang yang diperuntukkan untuk pembelajaran sama ada bilik darjah, makmal sains, kawasan lapang ataupun pejabat. Ia merupakan tempat di mana pembelajaran itu berlaku sama ada dalam konteks sosial, psikologi, mahupun pedagogi yang seterusnya mempengaruhi pencapaian dan sikap pelajar. Ia juga merangkumi keadaan yang berkaitan reka bentuk, susun atur atau susunan dan keadaan sekeliling sesuatu infrastruktur. Oleh itu, persekitaran pembelajaran seharusnya diurus dengan baik agar membolehkan pelajar menetap matlamat peribadi, aktif mengumpul dan mengurus maklumat yang diperlukan, mengawal dan menilai pembelajaran kendiri dan seterusnya berkemampuan memberi maklum balas pengalaman peribadi dalam pelbagai persekitaran, konteks sosial, pengajaran dan pembelajaran. Persekitaran yang tidak kondusif pula akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Persekitaran kondusif memberi gambaran yang luas meliputi aspek makro dan mikro dalam sistem pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, saya mohon pihak kerajaan menyegerakan proses baik pulih dan naik taraf sekolah daif di kawasan Lubok Antu dan Sarawak khasnya. Tuan Yang di-Pertua, perbelanjaan kerajaan merupakan elemen penting bagi sesebuah negara bagi membolehkan suatu perancangan negara dilaksanakan. Peruntukan belanjawan melalui bajet tahunan yang dibentangkan mempunyai strategi yang tersendiri bagi memastikan kekayaan negara terus berkembang dan dapat dinikmati seluruh rakyat di samping meningkatkan pertumbuhan dan pembangunan negara secara keseluruhannya. Mohamad Zain Salleh menyatakan, di Malaysia misalnya perbelanjaan kerajaan ini telah menyumbang ke arah perkembangan kapasiti pengeluaran ekonomi, terutamanya melalui pembangunan sumber manusia, kemajuan teknologi, penyediaan infrastruktur dan penyelidikan serta pembangunan (R&D). Kerajaan seharusnya memberi tumpuan kepada projek yang boleh menyokong strategi pertumbuhan yang diterajui oleh sektor swasta, terutama dalam meningkatkan kemudahan infrastruktur bagi memenuhi keperluan ekonomi moden dan masyarakat luar bandar, khasnya di kawasan Parlimen Lubok Antu berlandaskan keadaan populasi, lokaliti dan demografi. Semua dasar, strategi dan program yang dilaksanakan kerajaan melalui perbelanjaan yang pada asasnya bertujuan meningkatkan kesejahteraan rakyat yang
mana ia melibatkan pembangunan manusia yang merupakan keupayaan kumpulan untuk menentukan dan membangunkan masa depan yang melibatkan satu proses penciptaan dan pembangunan kualiti hidup. Perancangan dan strategi kerajaan dalam pelbagai bidang, khususnya pendidikan, kesihatan dan kemudahan infrastruktur melalui perbelanjaan kerajaan adalah penting. Bagi membina kehidupan yang lebih baik dan dilihat sebagai pelaburan bagi pertumbuhan ekonomi, infrastruktur Jalan Lidong sudah diluluskan tetapi dikategorikan sebagai bukan keutamaan. Apa sebabnya? Tuan Yang di-Pertua, “gatal-gatal bukan kurap, rindu hati kecewa sedikit dapat”. Memang saya akui bajet kali ini adalah paling besar dibentangkan berbanding tahun-tahun yang lepas. RM332 bilion ialah satu angka yang diyakini mampu membuat anjakan paradigma di bidang pembangunan prasarana rakyat dan sosial di Sabah dan Sarawak serta negara amnya. Menelusuri perkembangan dunia selepas beberapa dekad yang lalu, pembangunan berorientasikan gross-oriented walaupun menghasilkan pertumbuhan material, sebenarnya lebih bersifat jobless. Tidak menghasilkan pekerjaan yang cukup dan berkualiti. Ruthless semakin menambahkan jurang kemiskinan dan ketidakadilan. Ruthless tidak mengakar di masyarakat, mencabut tradisi dan nilai budaya lokal. Voiceless tidak mendengar inspirasi rakyat, kurang demokratif dan partisipasif. Forthless, menghancurkan lingkungan alam. Hal ini yang dilaporkan melalui Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP). Amat kita khuatiri, ia selari kebimbangan digambarkan penulis Amerika Syarikat, John Naisbitt menerusi berikutnya, High Tech, High Touch, bahawa sebuah kemajuan yang lahir tanpa roh atau lebih tepat, pembangunan dicapai tidak seiring pembangunan sosio kesamarataan. Apabila meneliti peruntukan yang diberikan, negeri Sarawak dan Sabah agak mengecewakan saya. Secara keseluruhannya, negeri Sarawak hanya memperoleh RM4.6 bilion bersamaan dengan 1.39 peratus, manakala Sabah mendapat RM5.2 bilion bersamaan 1.59 peratus. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]
Ironinya, perbezaan peruntukan begitu ketara dan amat besar perbezaannya berbanding Malaya iaitu RM322 bilion ataupun 96.99 peratus keseluruhannya. Realitinya, Sabah dan Sarawak hanya mendapat 2.98 peratus ataupun 9.88 bilion sahaja di peruntukan dari RM332 bilion bajet keseluruhan peruntukan yang disediakan. Buah berangan masaknya merah, Ku lekati di dalam perahu, Luka di tangan nampak berdarah, Luka di hati siapa yang tahu. Marilah kita di Dewan yang mulia ini meneliti tentang hati gundah gulana di sini. Seperti yang kita ada sedia maklum, sebanyak RM200 juta disediakan khusus untuk kaum Cina di negara ini yang bertujuan untuk melaksanakan program baik pulih rumah dan kemajuan kampung baru. Manakala sebanyak RM145 juta disediakan antaranya untuk program memperkasakan sosioekonomi India dan komuniti Orang Asli pula sebanyak RM274 juta diperuntukkan untuk tujuan program peningkatan taraf hidup Orang Asli. Melihat perincian peruntukan ini seolah-olah meminggirkan kita di Sabah dan Sarawak. Ini disebabkan Sabah dan Sarawak hanya diperuntukkan sebanyak RM10 juta untuk tujuan mendalami ilmu berkaitan budaya dan warisan. Kenapa tiada peruntukan khas untuk kaum Dayak di Sarawak? Jumlah yang diterima Sabah dan Sarawak diterima jauh lebih kecil jika melihat daripada segi nilai pembangunan dan sumbangan kepada ekonomi negara atau mengikut komposisi kaum.
Janganlah dipinggirkan kaum Dayak di Sarawak. Majoriti kawasan Dayak di Sarawak jika menurut kajian yang telah dijalankan satu ketika dahulu adalah kawasan yang termiskin di Malaysia khasnya kawasan saya, Lubok Antu tersenarai dalam 10 buah daerah yang termiskin. Izinkan saya berpantun Tuan Yang di-Pertua.
Silakan.
Buah berangan masaknya merah, Ku lekati di dalam perahu, Luka di tangan berdarah, Luka di hati siapa yang tahu. Rakan di Semenanjung menanam pulut, Saya di Lubok Antu menanam padi, Ramailah orang karam di laut, Saya seorang karam di hati. [Tepuk] Oleh itu, saya mohon Dewan yang mulia ini meneliti semula apa yang telah pimpinan dahulu lakukan demi merealisasikan Keluarga Malaysia memberi impak secara menyeluruh dan tuntas kepada semua golongan rakyat tanpa ada syak prasangka. Sekali anda melangkah ke hadapan, ingatlah jejak-jejak yang ditinggalkan. Oleh itu, ingin saya menarik perhatian kepada Dewan yang mulia ini untuk sama-sama memahami dan meneliti sejarah penubuhan Malaysia atau MA63 khasnya. Memetik ucapan Tunku Abdul Rahman semasa pembentukan Malaysia tahun 1963. Sangat jelas menyatakan Malaya mendapat 33 peratus, Sarawak 33 peratus dan Sabah 33 peratus. Di sini, sangat jelas tanpa nilai keadilan atau konsep kesamarataan pembangunan sememangnya sudah lama bertunas. Mohon janganlah diabaikan di kala kita menikmati hasil benihnya. Ingatlah rakan-rakan yang masih ketandusan pembangunan seharusnya marilah kita bersama memberi pembangunan secara inklusif, tuntas serta signifikan dengan kehendak dan keperluan serta kebitaran kawasan tanpa tidak mengabaikan hakikat keadaan. Sebenarnya, khasnya di kawasan saya yang termiskin di Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, keadilan adalah syarat kebenaran moral yang adil tentang sesuatu sama ada berkaitan dengan objek atau orang. Menurut kebanyakan teori, keadilan mempunyai tahap kepentingan yang besar. John Rawls, ahli falsafah Amerika yang dianggap sebagai salah seorang ahli falsafah politik terkemuka abad ke-20 menyatakan keadilan adalah kebaikan pertama institusi sosial sebagai serta kebenaran dalam sistem pemikiran. Justeru itu, saya mohon kepada Dewan yang mulia ini untuk memperhalusi keseimbangan setiap warga kita atau rakyat amnya tanpa ada prasangka dalam menikmati menyusuri arus pembangunan. Pemerintahan yang benar-benar...
Yang Berhormat, masa sudah habis Yang Berhormat. Cepat habiskan.
Okey, sedikit lagi. Menghadirkan keadilan dalam pembangunan ekonomi, seterusnya menyusun strategi kebajikan yang dapat meningkat peranan kementerian sebagai lembaga yang secara eksplisit dan pengaturannya berkomitkan, menerapkan prinsip keadilan kepada semua dalam arus pembangunan. Oleh itu, semoga ada langkah-langkah pemurnian daripada pihak kerajaan demi mencapai kemakmuran bersama dalam erti kata Keluarga Malaysia. Dengan ini, saya menyokong penuh Bajet 2022 ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Lubok Antu. Seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Bandar Kuching, 13 minit.
Okey, terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan belanjawan ini yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan pada Jumaat lepas. Sebelum saya memulakan perbahasan saya, saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pegawai kerajaan, pekerja-pekerja kesihatan, semua frontliners yang bekerja keras dan komited untuk menjaga dan memberikan perkhidmatan yang sebaik-baiknya setiap hari walaupun pada hari minggu untuk selesaikan masalah yang kita hadapi setiap hari. Setinggi-tinggi terima kasih saya ucapkan kepada mereka. Tuan Yang di-Pertua, ini merupakan satu belanjawan yang sangat penting bukan sahaja kerana ia dibentangkan pada ketika negara kita sedang beralih daripada pandemik ke endemik COVID-19, tetapi juga ia satu belanjawan pertama yang di bawah kerajaan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Bera yang dikatakan menekankan konsep Keluarga Malaysia yang sepatutnya melambangkan inklusiviti dan kesaksamaan antara semua rakyat tidak kira kaum, agama, latar belakang dan juga kesaksamaan wilayah- wilayah di seluruh negara. Namun, kalau kita betul-betul meneliti belanjawan ini, kita kena bertanya adakah konsep Keluarga Malaysia ini betul-betul dinamakan secara saksama dengan izin, equitable dari segi peruntukan dan bantuan yang diberikan untuk semua ada. Ini sama ada Encik Ali dari Kelantan, Encik Chong dari Selangor, Cik Anita Kaur dari Johor, Johnson Anak George Michael di Sarawak ataupun George Wagimbang dari Sabah. Dalam belanjawan ini, memang kita tahu agenda pemerkasaan bumiputera diberikan keutamaan dalam usaha untuk merapatkan jurang kekayaan antara kaum di negara ini. Ini kami tidak tentang. Akan tetapi, implementasinya mesti betul untuk memastikan ia tidak disalahgunakan untuk memperkayakan segelintir golongan elit sahaja. Namun secara asasnya, isu kesejahteraan semua rakyat secara keseluruhannya haruslah diberikan keutamaan dalam belanjawan ini. Contohnya, isu kemiskinan haruslah dilihat bukan dari secara holistik. Tidak dari segi kanta kaum dan etnik. Masalah kemiskinan wujud di antara semua kaum. Kaum India, Melayu, Cina, Orang Asli, Kadazan mahupun Iban. Punca sebenarnya masalah kemiskinan adalah disebabkan wujudnya golongan yang berkuasa. Rasuah, menindas dan tidak ambil peduli terhadap golongan yang tertindas. Masalah kemiskinan sekarang memang kian meningkat disebabkan pandemik COVID-19 ini. Semakin banyak daripada golongan M40 jatuh ke B40. Seluruh rakyat Malaysia akan terjejas tidak kira kaum mahupun latar belakang. Oleh itu, kita tidak memperjuangkan satu etnik atau kaum, tetapi salah satu ajaran daripada pandemik ini adalah kesusahan dan tragedi boleh melanda sesiapapun dan kepentingan semua rakyat, semua Keluarga Malaysia haruslah dibela terutamanya dalam meningkatkan keupayaan kewangan rakyat pada waktu yang sukar ini mendepani cabaran pandemik COVID-19. Inilah yang penting. Bukan isu nama Timah, Timah, Timah. Selain itu Tuan Yang di-Pertua, kita haruslah lihat dari segi kesaksamaan pembangunan untuk wilayah terutama di Sabah dan Sarawak. Daripada peruntukan pembangunan, Sabah menerima sebanyak RM5.2 bilion, manakala Sarawak sebanyak RM4.6 bilion. Saya hendak tanya, Sarawak ini 120,450 kilometer persegi lebih besar dari Sabah. Akan tetapi, dana pembangunan Sabah lebih tinggi. Bukan saya kata kita kurangkan peruntukan ke Sabah. Mereka perlukan lebih banyak peruntukan. Akan tetapi, saya percaya Sarawak kalau berdasarkan saiz demografinya, satu peruntukan yang jauh lebih besar haruslah diberikan kepada kami. Sebanyak RM4.6 bilion hanya enam peratus daripada jumlah peruntukan pembangunan. Walaupun saya tahu secara asasnya ada peningkatan RM0.1 bilion, tetapi with due respect dengan izin, it may be an increase, but it is not an adequate budget.
Sekarang negara sedang berdepan dengan pandemik. Banyak lagi haruslah diperuntukkan kepada Sabah dan Sarawak untuk mengimbangi pembangunan yang jauh ketinggalan, terutamanya di kawasan luar bandar. Tuan Yang di-Pertua dalam Bajet 2020 Kerajaan Pakatan Harapan pada masa itu, telah menggandakan Geran Khas Perkara 11D kepada Sarawak daripada RM16 juta kepada RM32 juta bagi tahun 2020 dan merancang untuk meningkatkannya lagi kepada RM64 juta dalam tempoh lima tahun yang akan datang dari masa itu. Pemberian khas 112D ini sebelum ini tidak pernah disemak sejak tahun 1969. Walau bagaimanapun dalam Bajet 2021, Kerajaan Perikatan Nasional telah mengurangkannya semula kepada RM16 juta. Tahun ini dan bajet ini mereka terus mengekalnya kepada RM16 juta berdasarkan angka dari tahun 1969. Adakah ini wajar? Saya menyeru kerajaan memberikan penjelasan kepada saya. Ini satu perkara yang tidak dapat diterima oleh saya dan seluruh rakyat Malaysia di Sarawak. Walaupun kami menandatangani MoU ini, jangan sangka saya akan sokong bulat-bulat terutamanya yang tidak baik untuk rakyat yang memilih saya. Oleh itu, saya menyeru kerajaan menyemak semula pemberian khas ini dan sekurang-kurangnya menggandakannya seperti yang dilakukan di bawah Kerajaan PH yang lalu. Tuan Yang di-Pertua, saya sebenarnya agak bimbang walaupun dengan belanjawan expansionary ini dan negara kita masih berdepan dengan pandemik, namun tidak ada sebarang peningkatan ketara dalam peruntukan kesihatan berbanding apa yang diperuntukkan untuk tahun 2021. Ia adalah peningkatan sebanyak 1.5 peratus sahaja. Ia dikatakan kenaikan terkecil kepada belanjawan kesihatan dalam sedekad (10 tahun). Walaupun negara kita masih bertarung dengan COVID-19, pembedahan dan prosedur perubatan elektif tertunggak, pengesanan NCD masih kurang, kekurangan sumber dan aset penjagaan kesihatan di Sabah dan Sarawak serta banyak lagi. Kenaikan ini sangat tidak cukup mencukupi. Kita ada 57,355 kes tertunggak prosedur yang bukan COVID yang terdiri daripada kes berasaskan pembedahan ataupun perubatan. Terdapat hanya sedikit peningkatan dalam peruntukan sedemikian untuk menangani tunggakan tersebut. Bagi saya tanpa mengajikan lebih banyak pekerja kesihatan atau menyediakan peruntukan khusus untuk membiayai prosedur-prosedur tersebut di hospital swasta, kita tak dapat clear the backlog dengan izin. Ini akan memberikan kesan kepada prognosis pesakit tersebut. Selain itu, walaupun kesihatan mental kerap disebut semasa ucapan belanjawan hakikatnya peruntukan untuk bidang penjagaan kesihatan ini masih kekal sangat rendah daripada apa yang diperuntukkan pada tahun 2020 di mana kita lihat satu penurunan yang sangat signifikan. Kita masih menangani kesan daripada krisis COVID-19, peningkatan kemurungan, penyakit mental, cubaan bunuh diri dan semua ini haruslah ditangani dengan betul dengan peruntukan yang komprehensif tetapi malangnya kita tidaklah lihat di sini. Jadi saya hendak tanya, adakah kenaikan 1.5 peratus dalam belanjawan penjagaan kesihatan ini mencukupi. Jawapannya jelas tidak dan ini sangat membimbangkan. Selepas hampir dua tahun COVID-19, adakah kita tak sedar lagi. Bajet 2022 ini gagal menunjukkan bagaimana kekurangan tenaga kerja di hospital dan klinik kerajaan akan diselesaikan dulu. Tiada pengumuman mengenai penciptaan lebih banyak jawatan tetap ataupun langkah yang konkrit untuk mengekalkan doktor kontrak kami dalam perkhidmatan untuk jangka masa yang lebih panjang. Tuan Yang di-Pertua, isu yang terakhir yang saya hendak bangkit. Banyak yang membincangkan tentang vaksin COVID-19. Akan tetapi saya ingin menyentuh sedikit tentang satu vaksin yang lain. Saya ingin bertanya kepada Kementerian Kesihatan tentang laporan dan progress Program Imunisasi Pneumococcal Kanak-kanak pada tahun 2020 dan juga 2021. Kita tahu bahawa pneumonia membunuh lebih ramai kanak-kanak berbanding penyakit berjangkit yang lain, meragut nyawa lebih 800,000 kanak-kanak di bawah lima tahun setiap tahun atau pun sekitar 2,200 orang setiap hari.
Di Malaysia, kejadian penyakit pneumococcal invasive ataupun IPD dianggarkan sebanyak 3.8 bagi setiap 100,000 kes setiap tahun. Saya ingin bertanya dan mendapatkan penjelasan, tentang keputusan Kementerian Kesihatan untuk memilih vaksin pneumococcal PCV10. Ya memang saya mengakui lebih murah tetapi tahap perlindungannya terhadap strain bakteria adalah jauh lebih sedikit kalau kita banding dengan PCV13. Saya khuatir kerajaan akan dengan izin penny-wise and pound-foolish dalam keputusan untuk membeli vaksin PCV10 ini terutamanya kerana anak-anak kita tidak diberikan akses kepada vaksin yang lebih baik yang mungkin tidak dapat mencapai sasarannya untuk menyediakan perlindungan yang mencukupi daripada semua stereotaip yang ada di negara kita. Stereotaip yang biasa di kesan di Malaysia ialah stereotaip 6A dan 19A yang sebenarnya tidak dilindungi di bawah PCV10. Manakala PCV13 menyediakan liputan yang lebih meluas penyakit pneumococcal invasive IPD secara konsisten di kebanyakan negara di Asia dan of course di seluruh negara. Di Malaysia, PCV13 menyediakan 86.1 peratus liputan stereotaip bagi stereotaip IPD pada kanak-kanak bagi bawah lima tahun berbanding hanya 62.9 peratus liputan stereotaip untuk vaksin PCV10 ini. PCV13 telah menunjukkan pengurangan ketara dalam IPD dan pneumonia yang diperoleh komuniti seperti yang dibuktikan di negara seperti Perancis, Amerika Syarikat, England, dan juga Wales. Berkenaan dengan IPD yang disebabkan oleh stereotaip 19A, negara seperti Denmark, UK, Perancis, Ireland, Sepanyol, yang memperkenalkan PCV13, mereka jelas menunjukkan pengurangan. Tidak seperti negara mulanya memperkenalkan PCV10 seperti Finland, Chile, Brazil, Bulgaria dan Belgium. PCV13 juga telah membuktikan keberkesanan dunia sebenar yang pantas dan berterusan untuk mengurangkan penyakit mukosa, sama ada pneumonia, acute otitis media secara global. Sebagai contoh di Amerika Syarikat, terdapat pengurangan keseluruhan 72 peratus dalam kemasukan ke hospital pneumonia bagi tempoh di mana PCV13 telah diperkenalkan kalau kita bandingkan pre-PCV13. Di negara yang menggunakan PCV10 dalam NIP, PCV10 diperhatikan sama ada tiada kesan berkekalan atau peningkatan stereotaip 19A IPD dalam kedua-dua populasi kanak-kanak dan dewasa. Jadi, ini isu kos. Kertas kerja WHO pada tahun 2019, mengenai vaksin konjugat pneumococcal pada bayi dan kanak-kanak di bawah lima tahun dengan jelas menyatakan walaupun PCV10, mungkin lebih murah pada mulanya tetapi jika kita menilai dalam tempoh lima tahun, PCV13 dianggarkan menjimatkan tambahan RM696 juta jika dibandingkan dengan penggunaan PCV10.
Minta rumuskan Yang Berhormat.
Okey saya guna dua minit. Kalau kita lihat data khusus kepada Malaysia, analisis keberkesanan kos untuk Malaysia yang diterbitkan pada tahun 2020 didapati bahawa pengenalan PCV13 ke dalam NIP kita untuk kanak-kanak berumur 0 ke dua tahun dijangka bukan sahaja akan mengurangkan beban penyakit secara keseluruhan. Akan tetapi juga dengan izin contribute to significant savings from direct medical cost and indirect cost related to productivity lost as well as higher magnitude of net cost saving for the health system. Jadi, kajian ini jelas menunjukkan kalau PCV13 diperkenalkan di Malaysia, ia dapat mengurangkan secara jangkaan 4,086 kes IPD, 106,833 kes otitis media, 25,700 kes pneumonia dan menjimatkan USD160 juta dalam tempoh lima tahun.
Jadi saya percaya penting untuk Kementerian Kesihatan untuk membuat keputusan ini untuk bertukar dari PCV10 ke PCV13 untuk memberikan perlindungan yang lebih baik kepada anak-anak kita dan juga menjimatkan wang dalam jangka masa yang panjang. Jangan kita penny-wise, pound-foolish at the expense and safety and health of the young ones, dengan izin.
Dengan itu, saya mengakhiri perbahasan saya dan saya berharap kerajaan akan menerima cadangan saya serta memastikan pelaksanaan dan implementasi belanjawan ini dijalankan secara baik tanpa sebarang ketirisan dan penyelewengan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Lumut, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Subang, kemudian Yang Berhormat Kluang. Sila Yang Berhormat Lumut.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullah, salam sejahtera... [Yang Berhormat Bandar Kuching memberikan meja lipat kepada Yang Berhormat Lumut]
Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching bantu.
Sehelai sahaja kertasnya.
Baik.
Tambah setengah minit. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk sama-sama membahaskan Belanjawan 2022 yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan minggu lepas. Kita agak risau juga dengan defisit-defisit yang dinyatakan, hutang-hutang negara yang meningkat dan kita juga telah menaikkan had hutang kita dalam keadaan menghadapi COVID-19 ini. Kalau adapun legitimacy segala permintaan kerajaan ini adalah kerana kita dilanda pandemik, tetapi dalam masa yang sama, kita berharap kerajaan akan berlaku telus. Tidak seperti tahun lepas apabila dibentangkan di dalam belanjawan mengenai RM3 bilion untuk menangani vaksin COVID-19, Yang Berhormat Permatang Pauh ya, akhirnya kita diberitahu bahawa jumlah tersebut sebenarnya tidak dicaptured di dalam belanjawan kita. Maka akhirnya kerajaan on hindsight, I am sure, dengan izin, memikirkan bahawa sumber yang boleh diambil untuk perbelanjaan tersebut ialah daripada tabung KWAN, Kumpulan Wang Amanah Negara. Kita tidak pasti bajet kali ini adakah perkara yang sama, disebut jumlah perbelanjaan tetapi tidak dinyatakan sebenarnya dalam belanjawan itu melainkan setelah selesai baru kita dimaklumkan. Saya berharap ini tidak berlaku lagi di dalam pembentangan bajet-bajet yang akan datang. Kalau kita tidak ada wang, kita harus berterus terang di peringkat awal lagi supaya kita bersedia dengan pemikiran dan kesungguhan iltizam kita untuk mencari dan membantu kerajaan untuk mendapatkan belanjawan ini. Tuan Yang di-Pertua, kita pun naik risau dan renyah, kata orang Perak, apabila berlaku complain daripada Kementerian Pertahanan, tentera kita bahawa berlaku pencerobohan di perairan kita sebilang masa yang menjejaskan keselamatan aset-aset kita termasuk telaga-telaga minyak kita di perairan kita. Bukan sekali, kerap berlaku. Saya belum lagi mendengar bahawa kapal-kapal dari negara asing ini telah dikejar oleh kapal- kapal kita hingga meninggalkan perairan. Saya tidak pasti sama ada kita ada kemampuan untuk melakukan perkara yang sama. Walau macam mana pun, kita harus mempersediakan kekuatan tentera kita dengan segala kelengkapan yang terbaik, yang terbaharu bagi menangani cabaran yang sedemikian. Bukan kita hendak ajak berperang, tetapi sebagai deterrent untuk mengelakkan mana-mana negara jiran kita atau negara yang lebih jauh sudi atau berani hampir ke perairan kita sehingga mengancam keselamatan kita.
Di sinilah saya ingin mengaitkannya dengan persediaan tentera laut kita yang sudah hampir 10 tahun menyediakan satu perancangan pembinaan littoral combat ship sebanyak enam buah yang dibina di pelabuhan dalam negara kita sendiri, di Boustead Naval Shipyard di Lumut, kawasan saya. Wang telah dibelanjakan RM9 bilion, tetapi belum ada satu pun lagi kapal LCS ini yang telah dilancarkan ke laut. Melainkan satu ketika diturunkan ke air untuk menimbang agaknya dan dibuat satu majlis besar-besaran. Kita ingat kapal itu sudah ready. Sampai hari ini belum lagi ada satu pun kapal tersebut telah dilancarkan. Perancangannya dibuat banyak tahun yang lalu. Jadi telah dibangkitkan bahawa dalam tempoh pembinaan ini, banyak perubahan teknikal telah berlaku di dunia kita. Kecanggihan senjata-senjata telah berubah, kekuatan kapal-kapal pun banyak sudah berubah. Jadi kita masih lagi terikat dengan pembinaan yang belum siap-siap bertahun- tahun dengan perancangan yang lama. Kalau hendak tukar pula dengan senjata baharu, misalnya, memerlukan kos tambahan. Yang ini pun belum siap. Wang pun sekarang kita tidak tahu dari mana kerajaan akan mendapatkan sumber kewangan untuk menampung pembinaan menyiapkan kapal ini, enam buah kapal. Satu daripada kapalnya belum bermula langsung. Jadi, ini menggerunkan saya, sama ada kita akan akhirnya dapat kapal-kapal ini. Oleh sebab itu, saya ingin meminta kerajaan menyatakan perancangan mereka, bila agaknya kapal yang pertama akan siap dan berapakah jumlah anggaran keseluruhan perbelanjaan yang akan ditanggung oleh kerajaan untuk membina enam kapal yang kalau tidak diubah akan menjadi outdated dari segi kekuatan dan persiapan untuk bertempurnya? Ini satu perkara yang telah didedahkan oleh jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Tan Sri Ambrin Buang dua tahun yang lepas dan mendapati ada penyelewengan- penyelewengan salah guna kewangan yang telah diperuntukkan dan ini memerlukan siasatan sebaik mungkin untuk mencari siapa yang berada di belakangnya. Saya kaitkan ini kerana ramai di antara yang mendapat peluang pekerjaan adalah di kalangan bekas-bekas tentera, veteran angkatan tentera yang berada di seluruh negara mendapat peluang pekerjaan dengan kontraktor-kontraktor yang membina bahagian- bahagian di kapal ini. Akan tetapi kita dimaklumkan bahawa kontraktor-kontraktor ini sampai hari ini ramai yang tidak dibayar. Tidak dibayar segala tuntutan yang mereka telah belanjakan untuk membantu membina kapal ini. Jadi, ini menyebabkan ramai di antara pekerja-pekerja kontrak mereka ini terbiar, hilang pekerjaan. Mereka ada di kawasan saya. Mereka menuntut supaya dilakukan sesuatu untuk memastikan ini tidak menjejaskan terus kehidupan mereka. Banyak syarikat yang telah mengalami masalah. Ada syarikat-syarikat vendor yang membantu membina kapal ini pun sudah mengalami masalah kewangan yang besar terpaksa membuang pekerja-pekerja. Jadi, kita berharap kerajaan tidak memandang remeh projek besar RM9 bilion ini yang mungkin mencecah RM12 bilion. Akhirnya nanti mesti diselamatkan dan dilakukan segera. Kita bangga kapal LMS yang dibina di China telah tiba tiga buah. Sebuah lagi akan tiba tidak berapa lama lagi. Walaupun kapalnya lebih kecil. Kita bercita-cita besar membina kapal LCS ini sampai 125 meter panjang besar dan kekuatan yang lebih tetapi nampaknya gagal. Begitu juga, Tuan Yang di-Pertua, saya memohon supaya isu-isu veteran tentera ini diberikan perhatian yang mendalam. Mereka sentiasa mengemukakan pandangan- pandangan dalam keadaan ekonomi mereka yang berpencen awal, peluang pekerjaan yang semakin tertutup kerana isu-isu ekonomi semasa dan ada juga kelompok, walaupun tidak ramai, veteran-veteran ini masih lagi tidak mendapat pencen atau tidak diberikan pencen terpaksa menghadapi suasana kehidupan yang lebih teruk. Ada juga yang berpencen yang lama-lama dahulu, pendapatan pencen mereka kurang daripada RM1,000. Jadi, ini sangat-sangat tidak dapat membantu kehidupan yang selesa pada zaman ini. Jadi ini mesti dilihat semula.
Saya juga berterima kasih kepada kerajaan kerana mengumumkan semalam bahawa veteran tentera yang tidak berpencen juga diberikan RM350 daripada apa yang telah diisytiharkan dalam bajet. Namun ini adalah bantuan one-off. Bantuan one-off ini kita tahulah menyelesaikan masalah one-off. Akan tetapi masalah ketiadaan pencen dan juga pencen yang rendah ini adalah masalah berterusan. Jadi kita berharap kerajaan meneliti semula, sama ada perlu, dan saya rasa perlu untuk menilai semula pendapatan mereka daripada pencen ini supaya tidak terjejas dengan suasana ekonomi yang ada pada hari ini dan pada masa yang akan datang. Mereka juga harus disediakan― akan berhenti daripada perkhidmatan― dengan latihan- latihan. Ini memang sudah disediakan kepada mereka yang bakal pencen.
Akan tetapi kita kena ingat suasana hari ini tidak macam dulu. Latihan-latihan yang diberikan adalah bersifat konvensional daripada segi kerja-kerja mekanikal, electrical dan pertanian untuk mereka tetapi hari ini kita sudah berubah zaman. Seharusnya, latihan mereka ini juga diselaraskan dengan suasana termasuklah memberikan mereka ilmu dalam hal-hal yang berkaitan dengan teknologi moden, internet, internet of things supaya mereka boleh apabila tamat perkhidmatan dapat memulakan suatu penghidupan dalam sektor dapat memberikan pulangan yang lebih baik kepada mereka. Begitu juga dalam keadaan perumahan-perumahan mereka, kita rasa harus diberikan penelitian. Mereka mungkin mendapat rawatan percuma dari hospital kerajaan. Namun untuk kelestarian hidup mereka, saya rasakan kita harus melihat bagaimana untuk meningkatkan pendapatan para veteran ini yang ramai, yang telah memberikan khidmat kepada negara kita. We have to appreciate that, mereka berkorban dalam menyediakan negara kita dalam tahap keamanan yang ada pada hari ini. Jadi paling tidak pun kita berikan perhatian ini kepada mereka pada sebilang masa. Saya juga ingin menyebut masalah yang sama pada sebahagian kecil, tidak ramai tetapi agak terdesak juga iaitu mereka yang bersara daripada GLC semasa GLC ini masih sebagai agensi kerajaan, bukan GLC pada ketika itu ya. Mereka ini diberikan opsyen tentunya, mereka diberikan pencen tetapi ada sebahagiannya mempunyai pencen yang berada di tahap bawah paras kemiskinan. Jadi harapan mereka ialah untuk kerajaan. Mereka ini tidak ramai, saya rasa tidak ramai. Statistik mungkin ada kepada kerajaan. Kerajaan dapat menilai bagaimana untuk membantu kelestarian hidup mereka. Begitu juga kepada penduduk-penduduk di dalam kawasan yang terlibat dengan industri pelancongan Tuan Yang di-Pertua. Memang dua tahun atau hampir dua tahun kebelakangan ini mereka sangat terjejas. Saya juga gembira dengan pengumuman- pengumuman yang diberikan oleh kerajaan untuk industri kecil dan sederhana. Kita hendaklah pastikan bahawa urusan, proses, prosedur untuk mendapatkan bantuan ini tidak semestinya dilonggarkan sehingga kita tidak dapat mereka yang memohon ini serius untuk membayar balik contohnya. Akan tetapi harus dipermudahkan dan mesti harus dibimbing. Latihan yang disediakan di dalam agensi di bawah MiDEC saya rasa harus diperkemas dan dipertingkatkan dengan keperluan latihan-latihan semasa baik di INSKEN, baik di Suruhanjaya Koperasi kerana ini adalah satu perkara yang boleh mengeluarkan kelompok IKS ini daripada suasana yang telah menimpa mereka dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini. Jadi harus dibantu bukan sekadar mengumumkan belanjawan tetapi membantu mereka, membuka kemudahan untuk mereka mencapai ataupun reach out kepada segala belanjawan yang telah disediakan oleh kerajaan itu hingga tidak menjadi sia-sia. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itu yang saya hendak sampaikan. Diharap belanjawan ini walaupun ada defisitnya, walaupun hutang kita makin bertambah tetapi iltizam kita sebagai rakyat harus memastikan ia dapat sampai kepada sasarannya supaya mereka akan dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Lumut. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Subang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahas Belanjawan 2022. Tahun lalu saya berucap panjang lebar tentang isu hasil kerajaan yang terlalu optimistik dan malangnya amaran saya pada kerajaan pada masa itu telah pun terbukti tahun ini. Pada muka surat 26, buku Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan, kerajaan sekarang mengakui secara tertulis bahawa anggaran asal kerajaan bagi hasil tahun 2021 adalah terlalu tinggi dan perlu disemak semula. Sejauh manakah anggaran hasil kerajaan terpesong? Dalam buku fiskal, anggaran asal adalah jauh lebih tinggi sebanyak RM15.9 bilion tetapi kalau kita campur penggunaan wang KWAN yang diambil kerajaan semasa darurat tanpa kebenaran Parlimen pada masa itu iaitu sebanyak RM5 bilion untuk vaksin. Anggaran hasil Yang Berhormat Menteri Kewangan yang asal adalah jauh terpesong sebanyak RM20.9 bilion. Tuan Yang di-Pertua, mungkin Tuan Yang di-Pertua tertanya-tanya apa salahnya kalau kerajaan buat salah anggaran hasil ini. Tuan Yang di-Pertua, ini adalah salah yang besar. Pertama, ialah reputasi dan juga imej Kementerian Kewangan terjejas. Ini ada impak negatif kalau hasil tinjauan kita itu salah besar, ada negatif impak terhadap confidence of domestic dan foreign investors dengan izin. Anggaran asal hasil kerajaan 2021 adalah RM236.9 bilion terlalu optimistik sebanyak 9.45 peratus. Ini bukan salah anggaran satu, dua peratus lagi, ini kesalahan yang besar sekali. Di dunia korporat, kalau anggaran pendapatan syarikat kurang sebanyak 9.45 peratus, syarikat itu akan kena siasatan, sahamnya akan jatuh teruk dan kemungkinan besar CEO itu kena letak jawatan atau kena pecat. Selain imej negara terjejas, apakah impak apabila kerajaan membuat anggaran jauh terpesong? Tuan Yang di-Pertua, sekiranya kerajaan membuat anggaran salah dalam bajet, ia mempunyai impak yang sangat negatif terhadap kerja operasi dan cash flow kerajaan, sistem pentadbiran akan kelam-kabut, setiap bulan kena cari duit tidak cukup, hendak bayar kontraktor dan pembekal pun lambat dan majoriti besar kontraktor dan pembekal adalah orang-orang yang berniaga ini daripada kelas Bumiputeralah ya. Pembelian barang keperluan kerajaan pun lambat dan tidak teratur dan akibatnya banyak operasi kerajaan terganggu dan tergendala. Tuan Yang di-Pertua, apabila operasi kerajaan tergendala, siapa yang susah? Rakyat yang susah dan apa lagi penjawat awam kena maki pula. Tuan Yang di-Pertua, di kawasan saya Parlimen Subang, saya selalu dengar keluhan yang sama daripada penjawat-penjawat awam. Dia kata, Yang Berhormat bukan kita tak nak baiki tetapi tidak ada bajet. Bukan kita tak nak tolong tetapi tiada bajet. Saya tidak marahlah penjawat awam kita ini, frontliner kita, wira pandemik kita ini. Saya simpati dan empati dengan mereka sebab saya sedar bahawa masalah bajet mereka berpunca dari sini, di Dewan yang mulia ini apabila kita sebagai Ahli-ahli Parlimen gagal menyemak dan memperbaiki bajet ini dan Yang Berhormat Menteri Kewangan pula gagal, tak nak dengar pandangan dan amaran kita. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya bukannya seorang oracle tetapi ramai di dalam Dewan yang mulia ini khasnya daripada Barisan Nasional dan GPS kerap kali boleh menerima pandangan saya dan kritikan saya yang pada amnya lebih konstruktif daripada kritikan melulu yang destruktif. Lagipun dalam keadaan politik yang mana adanya satu memorandum persefahaman di antara Pakatan Harapan dan Kerajaan Pusat dan gejala pandemik masih tidak selesai lagi, ianya tersangat penting perbahasan belanjawan ini dilakukan dengan cara hormat demi kepentingan rakyat dan ekonomi negara. Belanjawan ini adalah yang paling besar di sejarah Malaysia dengan dana sebanyak RM332.1 bilion. Namun demikian, reaksi awal majoriti pakar-pakar ekonomi adalah negatif dan yang paling baik pun suam-suam sahaja. Apalagi pandangan Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan dan pihak pembangkang yang lain termasuk saya ialah pandangan itu negatif dan ada yang cukup marah juga, ada.
Tuan Yang di-Pertua, pandangan big picture saya tentang belanjawan ini ialah ia bukan belanjawan yang berhemah tetapi belanjawan yang berfokus kepada kepentingan politik iaitu satu belanjawan dengan izin, an election budget. Apa yang paling malang adalah cara pembentangan bajet ini berbunyi perkauman. Adakah ini sebenarnya dasar tersembunyi Yang Amat Berhormat Bera sebalik retorik konsep Keluarga Malaysia? Tuan Yang di-Pertua, pandemik COVID-19 tidak diskriminasi kaum dan agama. Seramai 29 ribu orang rakyat Malaysia yang terkorban adalah dari berbilang kaum dan berbilang agama, semuanya rakyat Malaysia. Pemusnahan ekonomi akibat COVID-19 juga tidak mengira kaum dan agama. Rata-rata majoriti besar perniagaan tercabar, syarikat Melayu, syarikat Cina, syarikat India, Iban dan Kadazan, semua sama-sama telah mengalami kesusahan dan kerugian.
Apakah reaksi dan respons rakyat dan komuniti atas pandemik ini? Di Parlimen Subang saya menyaksikan sukarelawan berbilang kaum menolong yang susah dan sederhana dari juga berbilang kaum dan agama. Ini cukup membanggakan sayalah dan saya terharu melihat masyarakat berganding bahu, tolong-menolong. Selepas menyaksikan respons majoriti rakyat Malaysia yang boleh mengetepikan isu perkauman untuk menentang COVID-19, kenapa pula kerajaan Keluarga Malaysia ini mengeluarkan satu pembentangan belanjawan yang mempunyai fokus dan sorotan perkauman. Kaum Melayu bumiputera dapat berapa bilion? Kaum Cina dapat berapa juta? Kaum India dapat berapa juta? Ramai netizens juga bertanya kenapa jurang bantuan kerajaan jauh sangat di antara satu kaum berbanding dengan kaum lain. Saya hendak cadang pada kerajaan untuk lebih bertanggungjawab dalam perkara-perkara belanjawan. Jangan main-mainkan isu perkauman, tidak bolehkah kerajaan tukar fokus kepada isu ketidaksamaan berdasarkan kaya, miskin dan bukannya berdasarkan kayu ukur perkauman. Apakah logik satu dasar kerajaan di mana bantuan boleh diberi pada seorang Melayu yang sudah kaya raya seperti Tan Sri Syed Mokhtar tetapi tidak ada pula dana secukupnya untuk menolong seorang aunty Cina yang kerja membasuh pinggan di kedai makan ataupun seorang pemuda India yang kerja sebagai penghantar atau dispatch. Saya kecewa apabila saya melihat Menteri Kewangan yang bukannya seorang politik, yang semasa beliau CEO CIMB memberi kepentingan kepada performance dengan izin, performance and not the colour of your skin tetapi sekarang telah bersetuju membenarkan orang-orang politik memasukkan unsur-unsur perkauman dalam pembentangan belanjawan ini. Saya rasa kerajaan ini perlu dengar teguran netizen dan rakyat Malaysia termasuk Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak, ada komen dia. Oleh kerana belanjawan ini dipolitikkan oleh kerajaan Tuan Yang di-Pertua, saya rasa saya juga inginlah melontar balik satu atau dua pandangan politik yang berdasarkan fakta. Rakyat Malaysia mungkin mudah lupa tetapi hakikatnya ini kerajaan adalah satu kerajaan yang telah gagal besar bukan gagal kecil tetapi gagal besar. Kerajaan Yang Amat Berhormat Bera kini adalah kerajaan yang sama dengan kerajaan Yang Berhormat Pagoh dahulu. Kerajaan yang memang sama cuma tukar, main musical chair jawatan Perdana Menteri sahaja. Selama empat hingga lima bulan dari bulan Mei ke September tahun ini, kerajaan gagal besar ini telah mencatat rekod paling buruk Top 10 di seluruh dunia dalam menghadapi krisis pandemik COVID-19. Mungkin sekarang rakyat sudah lupalah sebab semua sudah boleh pergi shopping, jalan-jalan tetapi sebagai Ahli Barisan Kabinet, setiap satu Menteri di sebelah sana perlu ingat selalu, perlu sedar dan insaf atas kegagalan besar empat, lima bulan itu. Seramai 29,000 rakyat Malaysia telah terkorban, 2.4 juta telah dijangkiti dengan izin, “All the Ministers owe Malaysia a massive apology and the way this budget is reported with racial emphasis is not something to be proud of.”
Oleh itu, saya benar-benar harap kerajaan akan insaf dan ubah. Kaji dan rangka semula belanjawan ini dan agih semula peruntukan supaya kaum lain juga terasa bantuan kerajaan. Belanjawan ini perlu dipinda kepada satu mesej yang lebih inklusif. Tuan Yang di-Pertua, saya beralih daripada perkara politik dan menyentuh pula pada poin tentang isu hasil dan fiskal. Tuan Yang di-Pertua, daripada segi anggaran hasil saya rasa sekali lagi kerajaan adalah terlalu optimistik tetapi ianya tidak seteruk tahun lepaslah. Saya rasa tahun ini masih lagi lebih kurang RM5 ke RM10 bilion, optimism dia. Anggaran tahun 2022 kerajaan, adalah RM234 bilion untuk hasil. Bandingan yang kita perlu lakukan adalah dengan hasil kerajaan pada tahun 2019 sebab pada masa tahun 2019 itu tidak ada COVID-19. Hasil tahun 2019 selepas audit adalah direkodkan sebagai RM264.4 bilion. Nampaknya secara ringkas anggaran tahun 2022 ini adalah kurang daripada 2019. So, on the surface this projection looks okay. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, apabila kita dissect hasil 2019 ini kita dapati pemberian Petronas tahun itu adalah tersangat besar pada tahap RM54 bilion berbanding dengan 2022 pemberian Petronas cuma RM25 bilion. Oleh itu, untuk kerja bandingan hasil 2022 dengan hasil 2019 kita kena diskaun RM29 bilion. Tahun 2019 juga adalah tahun ada tax amnesty SVDP sebanyak RM6 bilion. Ini juga kena diskaun, bagi perbandingan yang betul. Ini bermakna tanpa Petronas one-off RM30 bilion dan tax amnesty SVDP hasil sebenar 2019 adalah hanya RM228.4 bilion. Oleh itu apabila kerajaan membuat anggaran RM234 bilion bagi tahun 2022, ia menceritakan satu senario di mana hasil negara akan berlebihan sebanyak RM5.6 bilion berbanding tahun 2019. Ini, is yet another irresponsible fairy tale of creative revenue projection, dengan izin. Minister, you are again projecting too optimistically for next year, around RM5 to RM10 billion more. There is a fine line between overt optimism and being somewhat delusional. Tuan Yang di-Pertua, saya juga memerhati bahawa anggaran hasil 2022 juga bergantung besar kepada non-tax revenue. Saya sangat risau dan bimbang dengan satu item iaitu muka surat 254, Buku Tinjauan Fiskal 2022, kod hasil 75400, return from other internal investment, di mana kerajaan membuat anggaran akan menerima RM8.28 bilion hasil. Apakah hasil ini? Adakah ia hasil yang bakal diterima apabila aset ekuiti dan tanah kerajaan dijual. Dijual pada siapa? Jual cara mana? Harga apa? Saya minta sekeras- kerasnya Yang Berhormat Menteri untuk memberi detil, setiap satu item pulangan pelaburan ini perlu dibentang untuk dapat diperiksa oleh setiap Ahli Parlimen di Dewan yang mulia ini. Tentang hutang negara yang dianggarkan pada tahap hujung tahun ini akan mencecah RM958.4 bilion, dengan “devex” terbesar sebanyak RM77.6 bilion, hutang negara akan melebihi RM1 trilion tahun depan. Pembayaran faedah sahaja pada hutang negara tahun depan adalah dikira sebanyak RM43 bilion. Ini adalah sangat merunsingkan tetapi saya tidak menyalah situasi ini kesemuanya pada Menteri Kewangan cuma dengan “devex” terbesar dalam sejarah bajet Malaysia, beliau telah mempercepatkan kadar peningkatan hutang negara. Hutang RM1 trilion tahun depan adalah akibat budaya bajet defisit berterusan tidak henti-henti selama lebih dua decades, padahalnya negara kita sebagai pengeluar minyak dan gas yang cukup besar tidak sepatutnya ada bajet berdefisit. Kita sepatutnya ada wang surplus tahunan seperti negara Norway. Tuan Yang di-Pertua, saya faham sudah cukup masa.
Tolong rumuskan, rumuskan.
Saya cuma hendak kata saya ada lagi beberapa muka surat hendak bacalah tetapi oleh sebab masa sudah habis, saya cuma hendak minta sesiapa yang minat dengan ucapan saya ini boleh membaca teks sepenuhnya di Facebook saya nanti. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Subang. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Kluang.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua atas peluang perbahasan pada petang ini. Tuan Yang di-Pertua terakhir, saya pun pembahas terakhir, saya pun tidak sangka. Memandangkan masa adalah singkat saya hanya akan sentuh tiga isu iaitu kecelikan digital ataupun dalam bahasa Inggeris dengan izin, digital literacy dan juga cukai yang dikenakan terhadap pendapatan warga Malaysia dari sumber luar negara. Serta peningkatan teknologi dalam bidang perladangan. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak pasti sama ada ini salah satu isu unik di kawasan saya ataupun ianya berlaku di seluruh negara. Pusat khidmat saya menerima aduan daripada penduduk setempat berkenaan masalah penggunaan aplikasi MySejahtera hampir setiap hari. Tiada satu hari tanpa seorang pakcik, makcik, abang, akak yang datang minta bantuan untuk selesaikan masalah aplikasi tersebut di pejabat sayalah, hampir setiap hari. Walaupun MySejahtera telah menubuhkan help desk untuk membantu pengguna menyelesaikan pelbagai masalah isu, kami masih mendapati ada masalah yang belum diselesaikan. Contohnya, ada pengguna aplikasi MySejahtera yang telah menukar nombor telefon selepas ambil dos pertama, dos vaksin pertama. Biasanya mereka masih boleh menggunakan MySejahtera lagi tanpa masalah untuk log in, untuk log out tempat. Malangnya terlalu ramai mereka yang tidak boleh ingat kata laluan akaun yang didaftar dengan nombor lama dan mereka juga tidak dapat akses kepada nombor lama sekiranya cuba reset password.
Mereka tidak faham kenapa KKM tidak boleh semak nombor MyKad mereka dan memberikan mereka akses. Isu yang dilihat remeh temeh ini hanya membongkar satu masalah besar dalam masyarakat kita iaitu kecelikan digital yang terlalu rendah. Kalau kita tidak celik dalam menggunakan alat-alat ini, tak kira betapa canggih telefon pintar yang mampu dimiliki, kita masih dikira sebagai digital illiterate. Apa maksud celik media (digital literate)? Digital literacy bermaksud seorang individu berkemahiran untuk mencari, menilai serta berinteraksi berasaskan maklumat secara jelas dengan orang lain melalui pelbagai platform digital. Ini bermakna, seorang pengguna media yang selalu tekan ‘likes’ atau ‘share’ tidak semestinya bermakna dia seorang yang celik media (digital literate). Ramai mereka yang tidak menilai kesahihan sesuatu mesej lalu mempercayai apa sahaja yang dilaporkan di laman web berita palsu. Mereka merupakan golongan digital illiterate. Jangan hairan bahawa golongan profesional mungkin juga terangkum dalam kategori ini. Low digital literacy adalah faktor utama kita hilang berbilion-bilion ringgit setiap tahun dalam kes jenayah scam. Tuan Yang di-Pertua, antara kes scam ataupun penipuan yang saya pernah uruskan, saya mendapati ada dua faktor utama yang mengakibatkan seseorang menjadi mangsa scam. Pertama, ramai di kalangan mereka kurang mendapat perhatian daripada ahli keluarga atau kawan-kawan mereka. Scammer atau penipu menggunakan identiti palsu untuk mencari mereka yang mengehendaki hubungan rapat ini. Kedua, iaitulah low digital literacy ataupun kecelikan digital yang rendah. Ada kalanya kes mereka melibatkan sindiket antarabangsa. Sebahagian besar mangsa tidak dapat mendapatkan semula wang mereka yang telah ditipu itu. Walaupun mereka membuat laporan polis, tetapi jika sindiket berada di luar negara, undang-undang negara kita tidak boleh membantu mereka juga. Dalam abad ke-21 ini, dunia maya adalah satu dunia tanpa sempadan negara. Sindiket membuat jahat, mencari mangsa pun tak kira sempadan negara. Jika undang-undang kita masih dihadkan oleh sempadan negara, kita tidak dapat membantu mangsa, rakyat Malaysia yang ditipu di negara ini mungkin melalui internet. Untuk menangkap mereka yang melakukan penipuan tersebut semata-mata kerana ia berlaku di dunia maya. Kini, masa untuk kita membuat pindaan undang-undang supaya kita mampu menangani, mengatasi masalah sindiket scam ini dengan lebih efektif.
Selain itu, kita tidak boleh bergantung pada penguatkuasaan undang-undang bagi masalah ini juga. Untuk menyelesaikan masalah scam secara menyeluruh, kita perlu kempen celik digital seluruh negara. Kursus digital literacy ini perlu diajarkan di sekolah rendah, menengah, universiti serta melalui pelbagai agensi kerajaan supaya kesedaran tentang dunia digital dapat mengurangkan kes mangsa sindiket scam dan lain-lain penyalahgunaan alam maya. Tuan Yang di-Pertua, Menteri Kewangan telah mengumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2022 untuk mengutip cukai pendapatan terhadap pendapatan yang terbit daripada sumber luar negara dan diterima di Malaysia mulai 1 Januari 2022. Mungkin kerajaan hanya berhasrat menyasarkan mereka yang mampu melabur di luar negara. Malangnya, dasar ini juga bakal memberi impak negatif terhadap warga Malaysia yang bekerja di Singapura. Pendapatan keluarga mereka mungkin lebih tinggi daripada yang pilih kerja tempatan namun, mereka telah pun berkorban kualiti kehidupan, diri sendiri dan masa bersama keluarga. Golongan ini adalah golongan penting dalam kitaran ekonomi Johor. Sebahagian besar pendapatan mereka dibelanjakan dalam negeri untuk menampung kehidupan keluarga mereka. Manakala, kalau kita luluskan dasar ini dan tiada penjelasan pengecualian diberikan kepada mereka, mereka akan dikenakan cukai pendapatan dua kali. Yang penting di sini adalah, mereka bukan golongan top 20. Mereka adalah golongan pekerja biasa yang kerja jam sembilan pagi hingga lima petang setiap hari juga. So, saya mendesak supaya kerajaan menjelaskan dasar ini serta memberi pengecualian kepada golongan pekerja Malaysia di Singapura. Tuan Yang di-Pertua, pada bulan Mac ini, Lembaga Minyak Sawit Malaysia meningkatkan kadar bayaran ses daripada RM14 satu tan metrik kepada RM16 satu tan metrik. Kadar bayaran ses pada tahun 2019 adalah RM13, ditingkatkan RM1 pada tahun 2020 malah ditingkatkan RM2 lagi tahun ini. Saya percaya pengusaha kilang minyak dan peladang-peladang sawit setuju membuat pembayaran sekiranya wang ini digunakan secara berhemah. Kutipan ini bernilai berjuta-juta ringgit setiap tahun dengan pengeluaran minyak sawit negara kita yang tinggi. Dana ini seharusnya digunakan untuk membantu meningkatkan teknologi yang kita pakai dalam sektor perladangan. Namun begitu, kita boleh meneliti semua projek, kajian ataupun R&D yang dibelanjakan oleh MPOB. Kajian berkenaan mekanisasi digunakan dalam penuaian adalah amat kurang. Kalau kita meneliti laporan MPOB tahun 2018, antara semua projek yang dibelanjakan oleh MPOB, hanya ada tiga projek kajian berkenaan penuaian. Jumlah nilai tiga projek ini adalah RM1,054,000 sahaja. Antaranya, RM110,000 bagi pembangunan alat penuaian menggunakan magnetic extractor. RM600,000 bagi teknologi laser serta RM344,000 bagi teknologi ultra- saw untuk penuaian sawit. Ultra-saw dengan laser, hebat sangat Tuan Yang di-Pertua. Wang pun telah dibelanjakan, industri kita masih bergantung pada pekerja asing untuk menuai buah sawit. Tuan Yang di-Pertua, jumlah kos penyelidikan untuk unit mekanisasi ladang adalah RM20 juta iaitu 26 peratus daripada jumlah kos penyelidikan biologi. Daripada jumlah ini, sebanyak RM17.9 juta adalah untuk program latihan jangka panjang bagi Kursus Operasi Mekanisasi Ladang (KOML). Ini bermakna jumlah kos yang dibelanjakan bagi tujuan kajian mekanisasi adalah terlalu kecil dan tidak mencukupi. Saya tidak menafikan kajian berkenaan sektor lain dalam bidang ini adalah penting juga tetapi masalah yang paling kritikal depan mata kita dalam industri sawit ini adalah kebergantungan pekerja asing dan proses penuaian yang bersifat intensif buruh. Harga minyak sawit sekarang tinggi. Kita terpaksa mengimport pekerja asing lagi untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja dalam jangka masa pendek. Bagaimanakah pula dengan lima tahun akan datang? Adakah kita kena memberi kelulusan pekerja asing lagi untuk industri perladangan? Apakah pula keadaan 10 tahun dan 20 tahun nanti? Tuan Yang di-Pertua, sebuah restoran di Klang telah pun memakai robot untuk menghantar makanan kepada pelanggan dine-in mengikut pesanan online. Di Parlimen
juga, kita pakai robot mop lantai dan membersihkan udara. Robot ini bekerja lebih efektif dan berkesan dalam pekerjaan bersifat intensif buruh kerana ia tidak perlu ambil cuti. Boleh terus kerja asalkan baterinya dicas. Tak perlu rehat seperti manusia. Mengapakah kita tidak boleh melabur dalam penyelidikan teknologi robot serta jentera untuk membantu proses penuaian sawit? Akhirnya, saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini terhadap isu peruntukan dana antara semua kementerian. Isu terakhir daripada saya. Bagi tahun 2022, sembilan kementerian dapat peningkatan belanjawan dalam Belanjawan Mengurus dan Belanjawan Pembangunan.
Sebanyak 17 lagi kementerian ada penurunan belanjawan mengurus dan peningkatan belanjawan pembangunan atau sebaliknya. Hanya belanjawan dua kementerian dipotong terus dalam belanjawan mengurus dan juga pembangunan. Salah satu adalah Kementerian Kewangan. Satu lagi ialah Kementerian Pengangkutan. Jumlah belanjawan pengangkutan tahun 2022 dipotong sebanyak RM472 juta. Jumlah belanjawan dipotong antara semua kementerian selain daripada MOF. Adakah ini selaras dengan dasar negara kita untuk terus membina kemudahan pengangkutan awam yang mampan dan selesa bagi seluruh rakyat Malaysia? Saya hendak tanya Menteri Pengangkutan, mengapa gagal memperjuangkan peruntukan untuk pembangunan sektor pengangkutan di Malaysia atau adakah pemotongan ini merupakan undi tidak percaya kerajaan sendiri terhadap prestasi Menteri Pengangkutan? Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kluang. Saya jemput pembahas terakhir, Yang Berhormat Wangsa Maju.
Tuan Yang di-Pertua, Bajet 2022 berjumlah RM332 bilion merupakan bajet yang terbesar Malaysia setakat ini. Sebanyak RM31 bilion diperuntukkan untuk subsidi bantuan kewangan dan pelbagai insentif dengan tujuan mengurangkan kos sara hidup rakyat khususnya golongan miskin. Saya tidak ada masalah dengan peruntukan yang membantu golongan miskin walaupun bantuan kewangan secara one-off itu tidak akan dapat menyelesaikan isu kemiskinan. Apa yang saya bimbangkan ialah berbilion ringgi yang diperuntukkan kepada pelbagai sektor ekonomi. Adakah ia digunakan secara berkesan untuk memulihkan ekonomi negara? Saya langsung tidak tertarik dengan pelbagai program, projek dan inisiatif yang akan dilaksanakan. Program sama dan strategi lama masih digunakan walaupun kita berada dalam pasca COVID yang sangat berbeza. Bajet 2022 mestilah memberi fokus kepada langkah-langkah membantu industri mengatasi masalah mendesak supaya segera bangkit dan meneruskan kembali operasi mereka. Antara yang paling utama diajukan pemilik PKS ialah kekurangan pekerja. Beribu-ribu kilang tidak dapat beroperasi semula bukan kerana tiada tambahan, not because of lack of orders, tetapi masalah pekerja tidak mencukupi. Saya juga melihat ratusan ekar tanah, ladang terbiar akibat tidak ada pekerja yang mengerjakan tanaman. Ini bukan sahaja masalah peladang, ia juga melibatkan pekebun kecil. Saya memahami keperluan mengawal pengambilan pekerja asing, tetapi kita perlukan perancangan dan pengurusan pekerja asing yang rapi, bukan dengan cara membunuh industri. Bagi jangka masa panjang, automasi dalam perniagaan dan pembuatan adalah satu-satunya penyelesaian. Akan tetapi sehingga kini, hanya melibatkan janji-janji manis sahaja. Bajet 2022 menyediakan geran RM100 juta sahaja untuk 200 buah syarikat, sedangkan terdapat ratusan ribu kilang yang boleh melaksanakan automasi sebahagiannya jika tidak semua operasi mereka. Adakah kita benar-benar serius menggantikan pekerja asing? Kita harus menetapkan sasaran sekurang-kurangnya 50
peratus PKS melaksanakan automasi dalam proses pembuatan atau perniagaan mereka, dalam katanya tempoh masa lima tahun dan menyediakan tanah mencukupi bagi tujuan ini. Tuan Yang di-Pertua, RM11.4 bilion diperuntukkan untuk agenda pemerkasaan Bumiputera. Saya percaya tiada siapa mempersoalkan dana yang disalurkan melalui UiTM, MARA untuk tujuan pendidikan. Walau bagaimanapun, saya seperti orang lain memang skeptikal tentang program-program pembangunan kapasiti or capacity building dan pembiayaan perniagaan. Sejumlah RM4.8 bilion telah ditempatkan di pelbagai kementerian dan agensi untuk tujuan ini. Akan tetapi dari pemerhatian saya, di sinilah kerapnya berlaku penyelewengan dan ketirisan dana. Tahun demi tahun, bilion dan bilion ringgit disalurkan melalui TEKUN, Agrobank, BSN, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dan pelbagai lagi program-program dilaksanakan oleh kementerian yang lain bertujuan mewujudkan kelas usahawan bumiputera. Akan tetapi, di mana hasil yang diharapkan? Ramai usahawan kecil mengadu mereka tidak pernah dapat apa-apa bantuan daripada kerajaan. Ke manakah berbilion- bilion ringgit itu pergi? Siapa yang mendapat duit ini? Tiba masanya kita meneliti strategi serta kelemahan pelaksanaannya. Kelemahan terbesar terletak pada pembuat dasar, the policy-maker dan pelaksana, the implementer yang gagal memahami inti pati keusahawanan. Mereka mahukan hasil yang cepat dan ingin melantik usahawan kecil yang tulen. Kelemahan lain seperti sistem pemantauan untuk memastikan kemudahan kewangan yang diberikan diguna dengan betul. Saya juga pernah mendengar aduan mengenai ejen yang menuntut komisen tinggi untuk setiap permohonan geran yang diluluskan. Ada yang setinggi 50 peratus daripada jumlah yang dipohon. Kerajaan memberi lesen dan dana bagi membiayai projek untuk mewujudkan kelas kontraktor Melayu, tetapi adakah kontraktor ini mempunyai kompetensi diperlukan? Mereka perlu memahami selok-belok industri dan memperoleh pengalaman diperlukan untuk wujudkan rangkaian bekalan dan pelanggan. Ini bukan seperti memasak maggi segera, it is not like cooking maggie mee. Berikan mereka kursus enam bulan dan mengharapkan mereka melakukannya dengan baik. Saya khuatir ribuan kontraktor muda mi segera akan lebih memudaratkan daripada usaha mewujudkan kelas usahawan Bumiputera. Terdapat ramai lagi usahawan Melayu yang masih berjuang tanpa sebarang bantuan daripada kerajaan. Azlan membuat gril besi di bengkel kecilnya. Wahab membuat pisau dan parang di belakang rumah kampungnya. Mohammad pula membuat bebola ikan sendiri di dapur. Amirah pula tekun berniaga pakaian atas talian. Tibanya masanya Tuan Yang di-Pertua, kita turun padang membantu usahawan kecil yang tulen. Bantuan kewangan harus diberikan kepada mereka yang sudah berjalan industri kecil atau perniagaan sendiri. Sudah tiba masanya kita berfikir kecil, time for us to think small. Tidak perlulah kita hendak impressed sesiapa pun bahawa usahawan bumiputera berkebolehan membuat kereta terbang dan sekarang pula hendak masuk ke industri aerospace. Untuk membina kelas usahawan bumiputera yang benar-benar hasil dapatan, kita perlu melihat apa yang kita ada dan membina kelas usahawan bumiputera atas foundation ini. Ini sahaja, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju. Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi esok, Rabu, 3 November 2021. Terima kasih Ahli- ahli Yang Berhormat.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.40 petang]
Kamar KhasSpecial Chamber
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Cadangan Tapak Sekolah yang Baharu Bagi Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, SegamatSpecial Chamber
Terima kasih. Bismillahi Rahmani Rahim.
Tuan Yang di-Pertua, Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Segamat yang terletak di Jalan Hussein, Kampung Gubah, Segamat merupakan sekolah bantuan modal. Sekolah ini sememangnya mempunyai potensi yang besar kepada pelajar-pelajarnya untuk terus berjaya. Pencapaian dan pengiktirafan dalam bidang akademik dan kokurikulum telah diraih baik di peringkat negeri bahkan juga di peringkat kebangsaan. Bahasa Arab sebagai bahasa utama bagi sekolah ini telah menarik minat ibu bapa untuk menempatkan anak-anak mereka di sini.
Namun begitu, terdapat beberapa permasalahan yang dihadapi di sekolah ini sehinggakan pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan sempurna.
Justeru itu, saya ingin mengemukakan cadangan agar tapak sekolah ini dipindahkan ke satu lokasi yang lebih strategik. Cadangan ini dipertimbangkan atas beberapa faktor berikut iaitu keluasan sekolah yang kecil dan sempit. Keadaan ini akan menyebabkan laluan keluar dan masuk ke sekolah akan menjadi sesak terutamanya ketika waktu kemuncak apabila ibu bapa atau penjaga menghantar dan mengambil anak-anak mereka di sekolah. Hal ini berikutan laluan ke sekolah merupakan laluan jalan kampung.
Kedua, bangunan sekolah yang sedia ada tidak mempunyai Sijil Perakuan Kelayakan Menduduki (CF). Hal ini akan mendorong kepada faktor keselamatan para pelajar dan juga guru di sekolah ini. Ketiga, infrastruktur di sekolah ini kurang memuaskan bagi
pengajaran dan pembelajaran pelajar seperti makmal sains, pusat sumber sekolah, bengkel reka bentuk teknologi (RBT) dan kelas murid. Keempat, ketiadaan tempat riadah seperti padang, gelanggang sukan dan dewan makan asrama bagi pelajar di sekolah ini dan kelima bangunan asrama yang sedia ada tidak dapat menampung permintaan yang tinggi daripada ibu bapa yang ingin mendaftar masuk anak-anak ke sekolah ini.
Hakikatnya, sekolah ini didirikan di tanah wakaf. Berlandaskan kepada alasan ini, saya dimaklumkan bahawa pihak kementerian tidak boleh berbuat apa-apa kepada pembangunan infrastruktur sekolah ini. Oleh yang demikian, tindakan perlu diambil bagi memindahkan sekolah ini ke lokasi yang lain dan dilaksanakan dengan segera.
Cadangan pemindahan ini juga disokong sepenuhnya oleh Pejabat Pendidikan Daerah Segamat dan sebidang tanah yang terletak di kawasan Bukit Siput, Segamat boleh dijadikan penempatan baharu kepada sekolah ini.
Saya berharap agar pihak kementerian dapat memberi tumpuan kepada isu yang dihadapi oleh Sekolah Menengah Al-Khairiah Segamat demi masa depan pelajar- pelajar. Sekian, terima kasih.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Sekijang.
Tuan Yang di-Pertua, Sekolah Menengah Agama (SMA) Al-Khairiah, Segamat, Johor merupakan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang telah berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 14 Ogos 2012. Pada masa ini, sekolah ini mempunyai 11 bilik darjah dan beroperasi di atas tapak hak milik Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) SMA Al-Khairiah. Enrolmen murid adalah seramai 297 orang murid dan 31 orang guru sedang berkhidmat di sekolah ini.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sepertimana yang telah termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyelenggarakan sepenuhnya sekolah kerajaan. Pada masa yang sama, kerajaan boleh memberi sumbangan bantuan kepada sekolah bantuan kerajaan.
Memandangkan sekolah ini berstatus sekolah bantuan kerajaan, pihak Lembaga Pengelola Sekolah bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyediakan kemudahan infrastruktur yang kondusif dan selesa bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan sempurna termasuk membiayai penyelenggaraan dan pembinaan bangunan tambahan.
Oleh itu, sebarang projek pembangunan yang melibatkan pembinaan blok tambahan, naik taraf bangunan dan kemudahan dalam sekolah serta pembinaan bangunan baharu tidak dapat dilaksanakan menggunakan peruntukan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Namun, Kementerian Pendidikan Malaysia sedar terdapat keperluan mendesak untuk melaksanakan pembaikan dan penyelenggaraan di sekolah tersebut. Oleh itu, berdasarkan kepada permohonan sekolah, KPM telah menyalurkan peruntukan untuk kerja-kerja penyelenggaraan sebanyak RM200,000 pada tahun 2019, RM820,000 pada tahun 2020 dan RM54,583 pada tahun 2021.
KPM mengambil maklum akan cadangan untuk memindahkan sekolah ini ke tapak baharu. Dalam hal ini, KPM ingin memaklumkan bahawa, berdasarkan prosedur sedia ada, pihak Lembaga Pengelola Sekolah sebagai pemilik tapak bertanggungjawab untuk menyediakan tapak baharu sekiranya bercadang untuk berpindah. Permohonan perlu dikemukakan kepada KPM melalui Jabatan Pendidikan Negeri untuk kelulusan dengan mematuhi syarat-syarat seperti berikut:
(i) Lembaga Pengelola Sekolah telah mengenal pasti tapak baharu dan akan menjadi hak milik sekolah;
(ii) tapak baharu tersebut juga bukan hak milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan yang telah digazet untuk pembangunan sekolah kerajaan;
(iii) majoriti ibu bapa murid sekolah berkenaan bersetuju untuk memindahkan anak-anak bersekolah di tempat baharu;
(iv) Lembaga Pengelola Sekolah mempunyai peruntukan yang mencukupi dan akan membiayai sepenuhnya pembinaan bangunan baharu di tapak baharu; dan
(v) tapak baharu tersebut berpotensi untuk meningkatkan enrolmen murid sekolah berkenaan.
Tuan Yang di-Pertua, KPM komited untuk memastikan murid-murid di sekolah agama bantuan kerajaan mendapat akses dan pendidikan yang berkualiti dan saksama seperti murid di sekolah kerajaan. Sekian dan terima kasih.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Projek ECRL Jajaran C2 (Gombak-Serendah-Port Klang)Special Chamber
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Seperti yang diketahui umum, projek ECRL Jajaran C2 yang akan melalui Gombak-Serendah-Port Klang merupakan satu jajaran kereta api sepanjang 74 kilometer yang terdiri daripada landasan aras tanah, jambatan dan terowong.
Terdapat empat buah stesen yang dicadangkan di dalam jajaran ini iaitu Stesen Serendah Baru, Stesen Puncak Alam, Stesen Kapar dan Stesen Jalan Kastam. Malah, Stesen Serendah Baru yang berada di lokasi strategik ini turut dirancang untuk diangkat sebagai hab kargo kebangsaan. Hulu Selangor menyedari bahawa projek ini akan memberikan impak positif terhadap ekonomi daerah ini. Malah, secara tidak langsung projek ini juga dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan baharu untuk masyarakat setempat.
Namun begitu, pihak kerajaan harus memastikan agar pembangunan ini juga tidak mengganggu kelestarian alam sekitar. Selain itu, terdapat juga beberapa perkara berbangkit dan kerisauan masyarakat setempat khususnya di jajaran Serendah.
Antaranya adalah isu kerisauan penduduk untuk rumah yang terkesan. Adakah pampasan yang diberikan berpatutan dan sekiranya penduduk tidak bersetuju untuk tawaran yang diberikan, apakah solution pihak kerajaan?
Selain itu, buat masa ini juga Kerajaan Negeri Selangor dilihat belum lagi menyatakan persetujuan bagi jajaran tersebut. Apakah Kerajaan Persekutuan dapat mencari titik persetujuan bersama Kerajaan Negeri Selangor bagi merealisasikan projek ini? Adakah Kerajaan Persekutuan akan menggunakan Akta Kanun Tanah Negara bagi menyelesaikan isu ini? Mohon perincian daripada pihak kementerian. Apakah perancangan dan gerak kerja yang telah dilakukan sehingga kini bagi ERCL Jajaran C2? Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di- Pertua, Kementerian Pengangkutan amat komited untuk memastikan projek ECRL ini dilaksanakan mengikut jadual dan perkhidmatannya dapat disediakan kepada segenap lapisan masyarakat secepat mungkin. Komitmen ini dibuktikan apabila sehingga 31 Ogos 2021, pembinaan keseluruhan projek ini telah mencapai kemajuan sebenar sebanyak 23.96 peratus berbanding jadual sebanyak 25 peratus iaitu sedikit lewat daripada jadual akibat daripada pelaksanaan PKP.
Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, Jajaran Utara ECRL mempunyai kelebihan untuk menjadikan ECRL sebagai laluan pilihan bagi logistic rail daripada aspek ketersambungan kepada hab industri, masa perjalanan berbanding dengan pengangkutan laut, keselarian dengan lebuh raya dan juga komponen laluan pintas Serendah-Pelabuhan Klang yang dapat menyelesaikan isu pengangkutan rel dari utara ke Pelabuhan Klang.
Berkenaan gerak kerja yang telah dilakukan sehingga kini bagi ECRL Jajaran C2, Kementerian Pengangkutan telah mengadakan lebih daripada 37 sesi libat urus yang melibatkan 17 jabatan dan agensi Kerajaan Negeri Selangor serta 12 jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan sejak Jun 2020. Ini bertujuan memperkemaskan cadangan penyelesaian teknikal untuk mengatasi isu-isu sosial dan alam sekitar yang dihadapi di Selangor sekiranya jajaran ECRL dikembalikan ke jajaran asal iaitu jajaran utara. Secara umumnya, semua agensi dan jabatan teknikal di peringkat negeri dan Persekutuan tiada halangan terhadap cadangan untuk mengembalikan jajaran ECRL kepada jajaran asal.
Sehingga hari ini, Kerajaan Negeri Selangor masih belum meluluskan jajaran utara. Kementerian Pengangkutan faham situasi perbezaan keputusan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan akan memberi impak kepada projek daripada segi impak masa di mana kemajuan kerja bagi Seksyen ‘C' telah mengalami kelewatan selama 12 bulan. Pihak MRL iaitu penggerak projek ECRL menjangkakan kelewatan ini akan berterusan sehingga 18 bulan sekiranya tiada keputusan dibuat sehingga bulan November 2021. Daripada segi impak kewangan, anggaran kos tuntutan daripada pihak kontraktor utama adalah berjumlah sekurang-kurangnya RM1.25 juta sehari. Dalam hal ini, Kementerian Pengangkutan akan terus berunding dengan Kerajaan Negeri Selangor untuk mencari cara penyelesaian yang terbaik.
Berkenaan isu alam sekitar dan impak sosial, Kementerian Pengangkutan telah melibatkan semua kerajaan negeri yang berkepentingan melalui beberapa siri mesyuarat dan libat urus bagi mengumpulkan pandangan dan cadangan. Secara umum, isu-isu sosial, alam sekitar dan tadahan air berimpak tinggi di negeri Selangor telah dikenal pasti di mana penyelesaian teknikal telah dibentangkan kepada Kerajaan Negeri Selangor semasa Mesyuarat Khas Jawatankuasa Perancang Negeri (SPC) yang diadakan pada 7 Ogos 2020.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor telah mencadangkan pindaan terhadap jajaran di antara Gombak Utara dan Serendah bagi mengelakkan pembinaan di Empangan Batu, Taman Jasa Utama dan beberapa lokasi kampung yang memberi impak sosial tinggi. Melalui penyelesaian
teknikal ini, saya amat yakin pembangunan ECRL tidak mengganggu kelestarian alam sekitar.
Berkenaan dengan kerisauan penduduk yang terkesan dengan pengambilan tanah, kementerian akan memastikan pampasan yang diberikan adalah berpatutan berdasarkan Akta Pengambilan Tanah 1960. Rundingan terhadap bayaran pampasan merupakan salah satu proses yang terlibat dalam pengambilan balik tanah dan akan diputuskan secara saksama oleh Pentadbir Tanah semasa perbicaraan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang, Isnin, 8 November 2021. Terima kasih Ahli- ahli Yang Berhormat.
[Kamar Khas tamat pada pukul 2.47 petang]