Dewan Rakyat · 15 November 2021

15th Parliament, session 4, meeting 2 · 1,000 turns · 58,818 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Lukanisman bin Awang SauniPBB · GPSSibuti · question

1. Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [Sibuti] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan apakah status insentif pembayaran PTPTN anak Sarawak dan setakat ini berapakah bilangan yang memanfaatkan skim tersebut.

Datuk Seri Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNMenteri Pengajian Tinggi · Parit Sulong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak ucapkan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Sibuti yang menanyakan soalan. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pengajian Tinggi sentiasa menyambut baik inisiatif yang dilaksanakan oleh mana-mana pihak dan rakan strategik kementerian, khususnya dalam hal-hal yang berkaitan dengan kebajikan para pelajar serta graduan institusi pendidikan tinggi di negara ini. Dalam hubungan ini, kredit harus diberikan kepada Kerajaan Negeri Sarawak melalui Yayasan Sarawak atas inisiatif memperkenalkan Insentif Bayaran Balik Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Anak Sarawak kepada peminjam PTPTN kelahiran Sarawak yang telah menyelesaikan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada pinjaman mereka. Menerusi usaha proaktif Kerajaan Negeri Sarawak ini, peminjam-peminjam anak negeri diberikan pengurangan sebanyak 30 peratus ke atas pinjaman mereka yang masih berbaki. Inisiatif ini dilihat banyak membantu meringankan komitmen serta menggalakkan pembayaran balik pinjaman, khususnya dalam kalangan peminjam kelahiran Sarawak. Pada tahun 2020, seramai 9,321 orang peminjam mendapat manfaat daripada insentif yang pertama seumpamanya dan satu-satunya setakat ini di negara kita ini dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM30 juta. Suka saya kongsikan juga di sini bahawa usaha ini akan dilaksanakan secara berterusan, tertakluk jua kepada budi bicara Kerajaan Negeri Sarawak. Seterusnya, prihatin dengan kebajikan serta keperluan untuk meringankan beban kewangan rakyat, KPT melalui PTPTN amat menyokong agar inisiatif seumpama ini dijadikan contoh dan ikutan kepada kerajaan negeri yang lain. Ia adalah antara ikhtiar untuk membantu peminjam menyelesaikan baki pinjaman pelajaran mereka ataupun mereka ini kita referkan kepada peminjam. Dalam hal ini, PTPTN sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan- kerajaan negeri yang lainnya bagi menjayakan inisiatif ini. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan soalan tambahan pertama, Yang Berhormat Sibuti.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang telah diberikan dan saya juga berharap agar program ini akan

diteruskan pada masa-masa yang akan datang. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri berkenaan apakah status pembayaran PTPTN yang terkini? Juga daripada segi jumlah tunggakan, memandangkan pandemik COVID-19 ini memberi satu cabaran yang besar kepada peminjam-peminjam untuk membayar hutang. Juga dengan kedudukan tunggakan hutang yang ada pada PTPTN, saya ingin bertanyakan pandangan KPT, sejauh manakah kemampuan PTPTN untuk memberi pinjaman kepada pelajar pada masa yang akan datang?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Silakan Yang Berhormat Menteri menjawab. Satu minit.

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Sibuti atas soalan tambahan yang telah diberikan. Saya ada maklumat terkini mengenai status pembayaran jumlah tunggakan yang tidak berbayar. Untuk makluman Dewan yang mulia juga, setakat 30 September 2021 seramai 2.4 juta orang peminjam telah menamatkan pengajian. Sepatutnya PTPTN mula menerima hampir RM24.6 bilion sebagai bayaran balik tetapi setakat ini 77.75 peratus telah mula membayar balik dengan jumlah hampir 800,000 orang peminjam telah selesaikan pinjaman. 400,000 orang peminjam sedang membuat bayaran balik secara konsisten mengikut jadual pembayaran tersebut dan lebih kurang seramai 700,000 orang peminjam buat bayaran balik tetapi tidak konsisten. Secara keseluruhannya, RM15.5 bilion telah berjaya dikutip dan–MNZCC Sebenarnya, Yang Berhormat tadi bertanya mengenai kemampuan bertahan kepada beban tunggakan yang tinggi. Jadi, modal pembiayaan yang diguna pakai oleh PTPTN sebenarnya bergantung pada prestasi bayaran balik sebagai sumber utama dana bagi membiayai pinjaman sedia ada dan juga pembiayaan baharu. Kita dapati bahawa pemberian insentif diskaun seperti diskaun bayaran balik telah berjaya menarik minat peminjam untuk membuat bayaran balik kepada PTPTN. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan kedua, saya jemput...

Datuk Dr. Hasan bin BahromAMANAH · PHTampin

Tampin. Tampin

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

...Yang Berhormat Bukit Bintang.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri. Bagaimanakah pula insentif pembayaran PTPTN untuk para pelajar di Semenanjung kerana kadar kegagalan bayaran balik pinjaman agak tinggi dalam kalangan pelajar-pelajar Semenanjung? Saya ingin tanya, apakah tindakan yang diambil ke atas mereka? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Bintang. Sila, Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Yang Berhormat, tadi saya telah maklumkan dalam jawapan tambahan tersebut mengenai berapa banyak jumlah bayaran balik yang telah dikemukakan, yang telah diberi ataupun dibayar oleh peminjam PTPTN. Jadinya, antara inisiatif PTPTN, iaitu baru-baru ini Yang Berhormat Menteri Kewangan juga dalam kita hendak menggalakkan peminjam membuat bayaran balik PTPTN, dia telah umumkan mengenai diskaun 15 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman, 12 peratus sekiranya peminjam bayar 50 peratus daripada baki hutang dan 10 peratus sekiranya bayaran balik itu dibuat melalui potongan gaji ataupun debit terus. Sebenarnya Yang Berhormat Bukit Bintang, PTPTN ada sediakan pelbagai platform pembayaran bagi memudahkan peminjam membuat bayaran balik termasuk bayaran balik sama ada melalui kaunter, melalui perbankan internet dan juga melalui bayaran secara dalam talian, Yang Berhormat. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Datuk Dr. Hasan bin BahromAMANAH · PHTampin

Mohon soalan tambahan. Tampin.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Saya benarkan soalan tambahan ketiga. Saya berikan peluang kepada...

Datuk Dr. Hasan bin BahromAMANAH · PHTampin

Tampin.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Papar.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Kerajaan telah pun membuat yang terbaik demi mempermudahkan anak-anak kita melanjutkan pelajaran dengan bantuan PTPTN. Malangnya, ada di antara mereka yang sengaja memperlambatkan dan tidak mahu membayar balik pinjaman-pinjaman ini. Soalan saya. Adakah inisiatif-inisiatif lain ataupun penambahbaikan ataupun tarikan yang akan diberi oleh kerajaan demi menggalakkan mereka ini membayar secara konsisten? Dan berapakah orang-orang yang telah dibawa ke mahkamah kerana kegagalan mereka menunaikan tanggungjawab membayar hutang ini? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, Yang Berhormat Papar. Sila, Yang Berhormat Menteri. Satu minit.

Datuk Seri Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Papar. Antara inisiatif untuk menggalakkan peminjam ini membuat bayaran balik adalah seperti yang saya jawab dalam jawapan sebelum ini, tetapi saya hendak maklumkan juga kepada Yang Berhormat Papar bahawa PTPTN ini sebenarnya begitu mesra dengan peminjam dan sentiasa bersedia untuk membuat rundingan dan perbincangan dalam membantu peminjam membuat bayaran balik mengikut keupayaan kewangan peminjam tersebut. Dia bergantung kepada keupayaan kewangan peminjam masing-masing. Tindakan undang-undang merupakan tindakan ataupun pilihan yang terakhir yang akan dipertimbangkan oleh PTPTN setelah semua usaha yang dilaksanakan untuk membantu peminjam membuat bayaran balik ini gagal. Walau bagaimanapun, dalam tempoh tersebut juga, PTPTN memang sentiasa terbuka dan prihatin atas setiap kekangan yang dihadapi oleh peminjam. Justeru, macam saya maklumkan seperti dalam jawapan sebelum ini, peminjam boleh menghubungi PTPTN bila-bila masa sahaja untuk membincangkan kaedah yang terbaik dan kemampuan mereka dalam membuat bayaran balik. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

Datuk Dr. Hasan bin BahromAMANAH · PHTampin

Okey, boleh tambahan?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Tampin, Peraturan Mesyuarat 24(3) hanya membenarkan maksimum tiga soalan tambahan sahaja. Terima kasih, Yang Berhormat Tampin.

Datuk Dr. Shahruddin bin Md SallehBERSATU · PHSri Gading

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya berpantun untuk memecahkan kesunyian pagi ini. Kita sudah selesai bahas Bajet 2022, Menteri jawab jom kita undi belah bahagi, Soalan saya nombor 2, Pendidikan TVET pelajar tidak rugi.

Shahruddin bin Mohamed SallehBERSATU · PHSri Gading · question

2. Datuk Dr. Shahruddin bin Md Salleh [Sri Gading] minta Menteri Kanan Pendidikan menyatakan langkah-langkah yang strategi kerajaan dalam menangkis mentaliti kelas ketiga di kalangan masyarakat awam di Malaysia terhadap pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET).

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNTimbalan Menteri Pendidikan II · Kimanis

Hebat. Hebat pantun dia. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Sri Gading. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan Transformasi Pendidikan Vokasional (TPV) bertujuan memartabatkan pendidikan vokasional sebagai aliran perdana bermula tahun 2012. TPV telah mengubah landskap pendidikan TVET dalam menghasilkan graduan kolej vokasional KPM yang berkualiti serta mempunyai kebolehpasaran (marketability), kebolehkerjaan (workability) dan kebolehgajian (employability) yang tinggi untuk memenuhi keperluan revolusi industri 4.0. Dalam usaha untuk meningkatkan kefahaman dan penerimaan masyarakat berhubung pendidikan TVET, KPM melaksanakan aktiviti jerayawara dan hebahan di seluruh negara, menggiatkan program kesedaran dan jangkauan serta kempen bersama pelbagai pihak untuk mempromosikan TVET sebagai pilihan utama. Antara strategi yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut, pertamanya, mempromosi kejayaan lepasan TVET KPM dalam bidang pekerjaan atau yang telah menjadi usahawan berpendapatan tinggi melalui pelbagai platform media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube serta media cetak dan elektronik. Kedua, menguar-uarkan laluan artikulasi pengajian murid lepasan diploma TVET KPM ke peringkat sarjana muda teknologi yang dilaksanakan oleh Malaysian Technical University Network (MTUN). Ketiga, menyediakan program pengajian yang menepati keperluan industri melalui pelaksanaan industry-led curriculum yang mana murid juga memperoleh pengalaman industri melalui pelaksanaan on-the-job training (OJT) dalam program perantisan dalam tempoh pengajian. Keempat, menggalakkan tenaga pengajar dan murid-murid TVET KPM berdaftar dengan Malaysian Board of Technologists (MBOT) yang menaik taraf mereka sebagai juruteknik bertauliah dalam bidang masing-masing. Kelima, mempromosikan kemenangan dan kejayaan murid TVET KPM dalam pertandingan kemahiran dan inovasi peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Sebagai contohnya, Adik Amir Hamizan bin Kamal dari Kolej Vokasional Datuk Lela Maharaja, Negeri Sembilan yang mewakili negara di The WorldSkills Competition Kazan di Rusia pada tahun 2019 dalam kategori gubahan bunga (floristry). Contoh yang keduanya ialah Adik Nursyazmin binti Ahmad Yani dari Kolej Vokasional Kajang. Penerima Anugerah Tangan Emas di WorldSkills Belia Malaysia 2019 dalam kategori automotif dan Kolej Vokasional Alor Setar sebagai johan bagi Anugerah Harta Intelek Negara 2020. Keenam, strategi kita ialah untuk meningkatkan kerjasama strategik antara KPM dan industri, institusi pendidikan serta badan profesional berfokuskan kepada pemindahan teknologi kepakaran dan latihan kemahiran. Kerjasama strategik ini dimeterai melalui note of understanding dan memorandum of understanding antara pihak yang terlibat. Sebagai contohnya dengan pihak Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Johor Petroleum, MDEC, Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) dan Shell Berhad juga. Ketujuh, melaksanakan promosi dengan kerjasama industri secara berfokus bagi kempen kesedaran berimpak tinggi dalam memperkukuh pendidikan TVET di mana pihak industri mempromosikan kecemerlangan serta kebolehpasaran graduan TVET di industri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Timbalan Menteri, jangan panjang sangat. Rumuskan. Tiga minit sahaja.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Ya, tinggal satu para lagi. Boleh ya?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik, sila.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

KPM komited untuk meningkatkan akses dan kesaksamaan pendidikan bagi kumpulan murid yang tidak cenderung dalam bidang

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

akademik dan meminati bidang kemahiran TVET. Antara program yang disediakan ialah program Diploma Vokasional (DVM) dan kita juga menawarkan sebelum itu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam kolej vokasional ini. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, KPM yakin dengan usaha yang ada ini akan memberi persepsi yang positif dalam kalangan masyarakat dan seterusnya memartabatkan pendidikan TVET di negara kita. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila, soalan tambahan, Yang Berhormat Sri Gading.

Datuk Dr. Shahruddin bin Md SallehBERSATU · PHSri Gading

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya ialah saya telah pun melalui pendidikan teknikal dahulu di sekolah dan peringkat universiti.

Datuk Dr. Shahruddin bin Md SallehBERSATU · PHSri Gading

Kita dulu ada sekolah vokasional, sekolah teknik dan kita ada mata pelajaran seperti Industrial Art, Seni Perusahaan dan juga Sains Pertanian. Ini sebenarnya boleh menarik minat pelajar pada bidang sains, teknologi dan kemahiran. Soalan mudah saya ialah mungkin kah TVET diperkenalkan kepada semua sekolah, sesuai dengan IR 4.0?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri. Satu minit.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Terima kasih Yang Berhormat. Kita cukup yakin bahawa dengan program yang kita ada akan mampu untuk mengangkat program TVET di negara kita. Ini merupakan usaha-usaha, bukan sahaja di pihak Kementerian Pendidikan sebenarnya tetapi yang merentasi kementerian-kementerian yang lain juga. Banyak kementerian juga menyediakan program-program yang sama untuk bagaimana mengangkat program TVET ini menjadi pilihan dan disukai oleh anak-anak kita. Kalau saya bagi contoh di kementerian KPT sendiri, mereka juga menawarkan beberapa program. Kemudian Kementerian Luar Bandar melalui MARA juga. Kita ada IKM, ada GIATMARA contohnya. Kita ada politeknik, kolej di bawah KPDN yang saya sebutkan tadi. Jadi, banyak lagi. Ini antara usaha-usaha kerajaan yang berterusan merentasi kementerian. Jadi saya ingat program TVET yang diperkenalkan oleh kerajaan akan mampu menjadikannya sebagai salah satu pilihan utama di negara pada masa akan datang, selaras dengan keperluan di Industri Revolusi 4.0. Terima kasih.

Tuan Sabri bin AzitPAS · PNJerai

[Bangun]

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Soalan tambahan kedua. Saya jemput di sebelah sini. Saya jemput Yang Berhormat Jempol.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pada masa ini, bidang vokasional, pertanian dilihat kurang mendapat perhatian berbanding bidang lain seperti kulinari, penyelenggaraan mesin automotif dan lain-lain. Sedangkan bidang pertanian amat penting kepada negara dan merupakan peluang keemasan untuk mengurangkan kadar pengangguran belia dan juga mengimport bahan makanan dari luar. Soalan saya, apa perancangan kementerian untuk meremajakan pendidikan vokasional, pertanian di peringkat sekolah supaya selaras dengan perkembangan teknologi semasa agar dapat menarik minat murid menceburinya? Apakah penambahbaikan yang dilaksanakan oleh kementerian setakat ini untuk konteks kemudahan kurikulum pembelajaran bagi bidang vokasional pertanian? Mohon Timbalan Menteri untuk menjawab. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Sila Timbalan Menteri.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Sebagaimana yang saya telah maklumkan awal-awal tadi bahawa usaha untuk menjadikan TVET ini sebagai satu pilihan, ia usaha yang merentasi kementerian. Sebagai contoh disebutkan soal sektor pertanian tadi. Untuk makluman Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), ia sudah dimasukkan modulnya di bawah Universiti Teknologi MARA, Universiti Malaysia Sarawak, Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah contohnya. Di peringkat sekolah, kita juga menyediakan beberapa modul yang khusus untuk sektor pertanian ini. Ini usaha kita. Akan tetapi banyak lagi kementerian yang lain juga menjalankan usaha-usaha ini. Saya yakin dengan usaha yang ada ini, akan mampu untuk mengangkat sektor pertanian juga menjadi salah satu yang diminati oleh anak-anak kita pada masa akan datang. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih. Saya bagi peluang soalan tambahan ketiga.

Tuan Sabri bin AzitPAS · PNJerai

Jerai.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Saya minta Yang Berhormat Alor Gajah.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dapatan daripada kajian 2019 menunjukkan keluaran daripada pengajian tinggi termasuk TVET, enam daripada sepuluh tidak memenuhi kehendak industri. Saya hendak bertanya kepada Timbalan Menteri, adakah data hari ini menunjukkan jumlah peratusan pelajar-pelajar TVET dijuruskan melalui industry-led training dan berapakah berita ini dapat memenuhi industri itu juga? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Alor Gajah. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Untuk data, kita akan bekalkan kepada Yang Berhormat Alor Gajah. Akan tetapi secara amnya, kerajaan menyediakan pelbagai platform dan juga alternatif, pilihan-pilihan. Walaupun ada kadang-kadang dalam sektor tertentu ia tidak menepati dalam bidang yang lain ia sangat diminati. Jadi, kita melihat ataupun mengambil maklum bahawa kita perlu memberi emphasize ataupun apa-apa yang perlu, usaha kita lebihkan juga di sektor-sektor yang lain agar ia akan dapat memenuhi pasaran di negara kita ini nanti. Insya-Allah, terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih. Pertanyaan jawab lisan seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman, Yang Berhormat Kuala Krai.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya juga ingin berpantun pada hari yang ceria ini. Sungguh indah negeri Melaka; Tempat lahir ramai pahlawan; Nombor tiga soalan saya; Jawapan tuntas menjadi impian. Terima kasih.

Abdul Latiff bin Abdul RahmanPAS · PNKuala Krai · question

3. Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai] minta Menteri Tenaga dan Sumber Asli menyatakan, apa langkah-langkah yang diambil oleh kementerian bagi memastikan bekalan elektrik di Semenanjung adalah mencukupi dan grid talian penghantaran sentiasa kukuh.

Datuk Ali anak BijuBERSATU · PNTimbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli · Saratok

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Saya tidak dapat menjawab pantun sekarang ini. Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan bekalan elektrik di Semenanjung sentiasa mencukupi, kerajaan telah meluluskan Pelan Pembangunan Penjanaan Elektrik Semenanjung bagi tempoh 20 tahun yang telah dirangka berdasarkan kriteria berikut: (i) kadar margin yang optimum antara 25 peratus hingga 30 peratus; (ii) kepelbagaian sumber bahan api bagi mengelakkan kebergantungan penjanaan negara kepada bahan api tertentu saja; dan (iii) kadar jangkaan kehilangan beban (loss of load expectation), sebanyak 24 jam setahun. Kadar ini menunjukkan jangkaan bilangan jam setahun di mana sistem bekalan elektrik negara tidak dapat memenuhi permintaan. Pelan ini juga dirangka dengan perseimbangan elemen jaminan bekalan iaitu sekuriti, kelestarian (sustainability) dan mampu bayar (affordability). Ini bermakna pembekalan elektrik di Malaysia bukan saja menitik beratkan elemen kecukupan bekalan semata-mata tetapi turut mengambil kira faktor kelestarian tenaga serta tarif yang munasabah bagi para pengguna. Bagi memastikan sistem grid nasional kukuh dan stabil, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang melaksanakan projek talian penghantaran 500-kV dari utara hingga selatan Semenanjung yang akan menjadi tulang belakang sistem grid nasional. Pelaksanaan projek 500-kV ini akan mengoptimumkan penghantaran elektrik kepada pengguna- pengguna di seluruh Semenanjung Malaysia dan memastikan pengguna-pengguna elektrik di Semenanjung mendapat bekalan elektrik yang berdaya harap. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila, soalan tambahan Yang Berhormat Kuala Krai.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Krisis tenaga elektrik di beberapa buah negara di dunia semakin meruncing dan membimbangkan dan sekali gus catuan penggunaan elektrik juga terpaksa dilakukan oleh negara-negara tersebut. Persoalan saya ialah adakah sekuriti bekalan elektrik negara kita terjejas dengan krisis tenaga global yang sedang berlaku sekarang ini? Apakah langkah- langkah yang akan diambil oleh pihak kerajaan? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit.

Datuk Ali anak BijuBERSATU · PNSaratok

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Satu soalan yang memang sangat relevan pada masa global, energy crisis sekarang ini. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, krisis tenaga global yang melibatkan pembekalan arang batu dan gas tidak menjejaskan sekuriti bekalan elektrik di Malaysia. Pihak TNB Fuel sebagai pembekal arang batu kepada penjana kuasa bebas di Malaysia mempunyai kontrak jangka panjang bagi pembekalan arang batu dengan pihak pembekal. Manakala gas bagi penjanaan elektrik pula dibekalkan oleh PETRONAS yang mendapat bekalan daripada pelbagai sumber. Selain itu, sekuriti tenaga elektrik di Malaysia juga tidak terjejas memandangkan sektor penjanaan elektrik negara telah mempelbagaikan campuran bahan api bagi mengurangkan kebergantungan kepada bahan api, gas dan arang batu dengan menggunakan sumber penjanaan tenaga boleh baharu seperti solar, hidro dan medium fuel oil. Kepelbagaian campuran api penjanaan ini bertindak sebagai sekuriti sekiranya terdapat sebarang kekangan terhadap salah satu- sumber penjanaan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Timbalan Menteri. Soalan tambahan kedua saya jemput Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHKulim-Bandar Baharu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya baharu saja merujuk kepada kenyataan sempena tutup tirai persidangan Glasgow iaitu Glasgow Climate Pact. Antaranya komitmen untuk negara dunia mengurangkan penggantungan tenaga yang berasaskan fosil.

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHKulim-Bandar Baharu

Kita tahu IPP di negara kita ini menjana tenaga sama ada melalui arang batu ataupun gas. Kedua-duanya adalah bersumberkan fosil. Negara kita juga mempunyai reserve margin elektrik yang besar. Oleh sebab itu, kita telah memasuki Inisiatif Grid ASEAN yang melibatkan Laos, Thailand, Malaysia, Singapura dan nanti Indonesia. Ini bersangkutan jawapan Yang Berhormat Menteri tadi, 25 peratus hingga 30 peratus reserve. Apabila kita masuk Inisiatif Grid ASEAN, ertinya kita hendak mengurangkan reserve tenaga, kita hendak stabilkan bekalan dan kita akan saling bergantung penggunaan tenaga ini, pinjam daripada negara serantau melalui grid. Saya ingin tahu progress Inisiatif Grid ASEAN setakat hari ini setelah kita ikut serta dalam komitmen ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri. Satu minit.

Datuk Ali anak BijuBERSATU · PNSaratok

Terima kasih Yang Berhormat. Memang sekarang ini kita target reserve margin antara 25 peratus hingga 30 peratus. Ini adalah penting untuk kestabilan bekalan elektrik kita. Berkenaan dengan status kerjasama penghantaran elektrik ASEAN Grid ini, sekarang ini masih peringkat permulaan. Perbincangan dan juga apa-apa libat urus masih sedang dijalankan oleh pihak kementerian dan pihak swasta. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih. Pertanyaan Jawab Lisan seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Tenom.

Noorita binti SualDAP · PHTenom · question

4. Puan Noorita binti Sual [Tenom] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan komitmen pihak kerajaan di dalam memperkenalkan Akta Gangguan Seksual dan apakah garis masa akta tersebut akan dibentangkan.

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd YusoffPAS · PNTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Rantau Panjang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Tenom atas soalan yang dikemukakan. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sentiasa berusaha untuk mewujudkan persekitaran yang selamat dan bebas gangguan seksual untuk seluruh rakyat, khususnya golongan wanita. Berkaitan dengan draf Rang Undang-undang Anti-Gangguan Seksual yang telah digubal secara kolektif melalui suatu pasukan projek khas dengan penyertaan pelbagai pihak yang terdiri daripada wakil-wakil kementerian dan agensi berkaitan, badan-badan bukan kerajaan serta ahli-ahli akademik, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menyasarkan pembentangan rang undang-undang ini bagi bacaan kali pertama iaitu semasa Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat yang sedang bersidang sekarang ini iaitu insya-Allah sebelum 16 Disember 2021 ini, tertakluk kepada kelulusan dari Jabatan Peguam Negara dan juga persetujuan daripada Mesyuarat Jemaah Menteri. Proses semakan rang undang-undang ialah satu proses yang perlu dilakukan dengan teliti bagi memastikan rang undang-undang ini benar-benar mampu menangani kelompangan perundangan sedia ada dan isu-isu pelaksanaan yang akan timbul. Pada masa ini, kes-kes gangguan seksual yang ditangani melalui akta dan peraturan yang sedia ada iaitu yang pertama Kanun Keseksaan [Akta 574], Akta Kerja 1995 [Akta 265], Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], Akta Kesalahan

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd YusoffPAS · PNTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Rantau Panjang

Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, Peraturan 4, Peraturan Perkara Awam, Kelakuan Tatatertib dan juga Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 5, Tahun 2018 di bawah JPA. Jadi, Jabatan Perkhidmatan Awam juga sedang membangunkan Modul Intervensi Gangguan Seksual di Tempat Kerja untuk kegunaan pegawai psikologi atau kaunselor organisasi dalam mengendalikan kes gangguan seksual di tempat kerja. Pada masa yang sama, kementerian terutama melalui Jabatan Pembangunan Wanita giat mengadakan pelbagai program untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang gangguan seksual supaya dapat mengelakkan perlakuan tersebut daripada terus berleluasa sama ada secara fizikal, visual dan juga lain-lain bentuk. Pada tahun ini sehingga Jun 2021, sebanyak 53 buah program kesedaran telah dilaksanakan oleh Jabatan Pembangunan Wanita dengan penglibatan lebih daripada 11,367 orang peserta di seluruh negara. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sila Yang Berhormat Tenom, soalan tambahan pertama.

Terima kasih atas jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya rasa ini ialah satu berita yang gembiralah, khususnya kepada golongan wanita. Kita harapkan agar undang-undang yang diperkenalkan itu ialah satu undang-undang yang komprehensif. Saya mohon penjelasan lebih lanjut tentang program-program yang diadakan. Tadi saya dengar memang ada program yang diadakan tetapi program yang berkaitan ataupun pendekatan yang diambil oleh kerajaan, khususnya dalam mendidik dan memberi kesedaran kepada remaja dan pelajar-pelajar wanita tentang hak mereka, agar mereka tidak malu dan tidak takut tampil ke depan apabila berhadapan dengan gangguan seksual. Ini terutamanya gangguan seksual alam maya. Saya juga mohon jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tentang data dan statistik kes-kes gangguan seksual dari tahun 2018 sehingga kini yang telah dilaporkan kepada pihak berkuasa atau kepada majikan. Berapa kes yang telah diambil tindakan undang-undang? Walaupun mungkin tidak sekarang tetapi saya mohon agar jawapan diberikan secara bertulis bagi data yang saya mohon. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Tenom. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Terima kasih atas soalan tambahan dikemukakan oleh Yang Berhormat Tenom. Terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat atas isu-isu yang melibatkan gangguan seksual terhadap masyarakat, terutama wanita. Saya menyeru kepada semua pihak supaya menghormati wanita. Kita mengharapkan supaya sekiranya ada isu-isu yang berkaitan dengan gangguan seksual di tempat kerja dan sebagainya, jangan dipendam. Perkara ini mesti dilaporkan. Sekiranya tidak dilaporkan, sudah tentu pihak yang berwajib tidak dapat mengambil tindakan. Statistik berkaitan dengan kes-kes yang dikendalikan di bawah Kanun Keseksaan, di mana sehingga tahun 2021 yang melibatkan seksyen 354 iaitu ada 474 kes, yang melibatkan seksyen 377D ada 35 kes, seksyen 509 ada 266 kes, melibatkan semuanya ialah 775 kes. Ini laporan daripada PDRM. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan kedua, saya hendak jemput wanita. Sila Yang Berhormat Permatang Pauh.

Kerajaan satu.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua atas peluang saya tanya sebagai soalan susulan Yang Berhormat Timbalan Menteri, kerana isu ini atau rang undang-undang ini merupakan antara salah satu yang mendapat sokongan dwipartisan kesemua Ahli Parlimen dalam Dewan. Jawapan yang telah diberikan tadi adalah senada dengan jawapan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada Julai 2020.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHPermatang Pauh

Jadi, persoalan saya memandangkan kita di saat akhir, insya-Allah kalaulah tidak ada aral melintang dan sepatutnya dipersetujui oleh Kabinet, kita akan mendapat kelulusan. Hanya saya pohon, adakah Yang Berhormat boleh berikan sesalinan rang undang-undang tersebut untuk dibaca, ditatap dalam sesi libat urus bersama kesemua Ahli Parlimen Dewan Rakyat sebelum dibawa nanti dalam bacaan pertama. Saya pohon Yang Berhormat kerana ini isu yang mendapat dokongan semua pihak, lebih-lebih lagi dalam tempoh pandemik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Terima kasih adinda Yang Berhormat Permatang Pauh atas soalan yang dikemukakan. Untuk makluman Yang Berhormat, setakat ini sebagaimana yang saya sebut tadi, rang undang-undang sekarang ini berada di Pejabat Peguam Negara. Apabila dipersetujui dalam bentuk draf rang undang-undang (white bill), maka akan dibawa kepada Majlis Mesyuarat Jemaah Menteri. Sekiranya diluluskan, maka akan dikemukakan kepada lapan kementerian yang terlibat untuk memberikan ulasan. Sekiranya lulus, maka perkara ini akan terus didaftarkan untuk dibawa dalam bentuk rang undang-undang di Parlimen (blue bill). Apabila perkara ini diluluskan, maka sudah tentulah kita akan beri kepada semua Ahli Yang Berhormat rang undang-undang ini untuk kita lihat bersama, insya-Allah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan yang ketiga, bukan Yang Berhormat Pasir Mas hendak tanya tadi? Sudah berikan kepada...

Nampak Yang Berhormat Beaufort bangun. Ladies first.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik. Sila Yang Berhormat Beaufort.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Mas. Soalan tambahan saya ialah, apakah kekangan yang dihadapi oleh kementerian dalam usaha untuk memperkenalkan rang undang-undang ini? Bilakah agaknya timeline untuk AG finalize rang undang-undang ini? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Beaufort.

Terima kasih Yang Berhormat Beaufort, sahabat saya, atas sokongan terhadap rang undang-undang ini. Di antara kekangan yang kita hadapi sebagaimana yang sedia maklum sebab tidak semua bidang kuasa di bawah kementerian KPWKM.

Di peringkat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, kita telah buat yang terbaik, apa jua bidang di bawah kuasa kita. Segala inquiry— kita telah menerima lima kali inquiry dari Jabatan Peguam Negara, kita telah jawab dan kita selesaikan. Jadi, sekarang ini di bawah bidang kuasa Jabatan Peguam Negara— sekiranya dapat kelulusan barulah dibawa kepada Mesyuarat Jemaah Menteri dan kemudian apabila dapat ulasan daripada kementerian-kementerian yang berkaitan, maka barulah boleh didaftarkan untuk dibentangkan di Parlimen. Jadi, inilah yang menjadi masalah dan cabaran kami iaitu tentang masa. Jadi, saya mengharapkan supaya kekangan ini dapat sama-sama kita doakan dipermudahkan dan dapat kerjasama daripada semua pihak. Kita mengharapkan dalam masa yang terdekat ini kalau boleh minggu ini diselesaikan di peringkat AGC. Itulah harapan kami. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih. Pertanyaan jawab lisan seterusnya. Saya ingin menjemput Yang Berhormat Dato' Mohd. Nizar bin Haji Zakaria, Parit.

Mohd Nizar bin ZakariaUMNO · BNParit · question

5. Dato' Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [Parit] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan: (a) apakah usaha drastik yang telah dilaksanakan oleh kementerian bagi mengatasi isu berkenaan mesej 'spam' mempromosikan perjudian secara dalam talian; dan (b) adakah terdapat sebarang penglibatan pengendali syarikat telekomunikasi yang bersekongkol dengan sindiket ini bagi menjual data peribadi pengguna.

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNTimbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia · Padang Besar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi membendung judi dalam talian, kementerian sentiasa memberi kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia dalam tindakan yang bersifat pencegahan, penguatkuasaan dan juga kempen kesedaran. Saya perlu terangkan, judi online ini ada dua. Pertama, gaming online ataupun eSport yang menjadi popular di kalangan anak-anak muda terapi tidak melibatkan judi. Satu lagi, gaming online yang kita namakan judi. Judi online ini untuk pengetahuan Yang Berhormat ada dua. Satu, di mana website dia luar negara. Kalau luar negara ini agak rumit untuk kita sekat, sebab dia punya IP atau domain name dia tukar. Kita sekat, dia tukar. Satu lagi hat yang dalam negara. Berhubung dalam usaha dilaksanakan dalam erti isu berkenaan, mesej spam yang mempromosikan judi dalam talian, pihak kementerian menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menjalankan audit pengesahan data pelanggan talian telefon prabayar bagi memastikan semua nombor yang aktif disahkan dengan sewajarnya. Ini penting bagi mengelakkan nombor-nombor berkenaan disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk tujuan jenayah termasuklah— terhad kepada penipuan dan mempromosi judi dalam talian. Sejak tahun 2018 sehingga 31 Oktober 2021, sejumlah 20,025 talian telefon telah ditamatkan atas kesalahan spam SMS yang mempromosikan judi dalam talian, pinjaman tidak berlesen dan lain-lain. Tindakan pencegahan yang dijalankan oleh kementerian melalui SKM juga dengan melaksanakan tindakan sekatan akses atas laman sesawang judi dalam talian. Bermula 2018 sehingga 31 Oktober 2021, sejumlah 4,799 lama web judi dalam talian telah disekat berdasarkan permohonan rasmi pihak PDRM atas kesalahan di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953. Usaha ini akan dijalankan secara berterusan dari semasa ke semasa berdasarkan permohonan daripada PDRM serta maklumat dan aduan yang diterima daripada masyarakat. Di samping itu, pihak kementerian turut menggerakkan program-program advokasi pengguna menerusi kempen-kempen kesedaran di seluruh negara serta melalui hebahan media masa bagi memupuk kesedaran orang ramai termasuklah golongan muda dan kanak-kanak supaya tidak terjebak dengan kegiatan judi dalam talian. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, berdasarkan rekod Jabatan Perlindungan Data Peribadi, tiada sebarang kes penjualan data peribadi dicatatkan oleh syarikat telekomunikasi. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih. Sila soalan tambahan Yang Berhormat Parit.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah pun menjelaskan kepada kita semua. Setakat mana sebenarnya kementerian menjalankan audit walaupun telah pun disebutkan sebentar tadi bagi mengelakkan nombor-nombor telefon yang aktif ini disalahgunakan termasuklah di dalam mempromosikan judi dalam talian. Adakah terdapat sebarang permasalahan perundangan dalam menguatkuasakan undang-undang berkenaan tentang mesej perjudian atas talian ini dan adakah kementerian bercadang untuk meminda beberapa akta yang sedia ada ini? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Parit. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit.

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNPadang Besar

Terima kasih Yang Berhormat. Pertama sekali soalan Yang Berhormat itu dari semasa ke semasa kita sentiasa membuat pemantauan tentang talian-talian judi online ini. Akan tetapi saya hendak terangkan di sini juga kepada Yang Berhormat, judi ada dua. Satu, judi dalam negara dan satu, lagi judi online. Judi dalam negara ini termasuklah Magnum, cabutan undi yang dibuat oleh Kementerian Kewangan, lumba kuda, kasino dan banyak yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur dan juga di Genting Highlands, ini judi dalam negara. Satu lagi judi online. Judi dalam negara ini kita ambil duit rakyat Malaysia, siapa main judi dalam Malaysia ini, duit rakyat Malaysia dan kita cukai. Akan tetapi judi online ini luar negara iaitu dari India, Thailand, Filipina semua bermain judi dalam negara dan kalau kita tidak buat lesen, maka orang dalam Malaysia main judi luar negara, kita tidak dapat cukai. Oleh sebab itulah, maknanya kita sekarang ini di bawah Kementerian Kewangan kita cadang kepada Kementerian Kewangan seperti Yang Berhormat katakan tadi untuk membuat undang-undang ataupun bill supaya kalau boleh kita dapatkan lesen. Ini kerana, ini luar negara, duit orang luar negara kita ambil. Daripada judi kita lulus dalam Malaysia, kita ambil duit orang dalam Malaysia. Itu Yang Berhormat. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan yang kedua saya jemput Yang Berhormat Rasah dahulu.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya singkat sahaja supaya sekejap lagi Yang Berhormat Sepanggar ada peluang untuk soalan tambahan ketiga. Tuan Yang di-Pertua, macam ini— saya meneliti jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri ketika menjawab soalan asal yang menyatakan bahawa tiada syarikat telekomunikasi yang bersekongkol dengan pihak ataupun sindiket untuk menjual data peribadi pengguna. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri, sebab saya rasa syarikat telekomunikasi yang kita ada ini semua syarikat besar. Mereka tidak akan buat kerja macam inilah. Cuma ada kakitangan ataupun staf dia yang mempunyai motif tertentu. Ini kerana manusia ini kadang kita tidak tahulah kan. Kita bukan kata hendak niat jahat atau apa-apa pun, memang ada manusia macam itu. Jadi, apakah mekanisme ataupun yang ada pada kementerian bersama dengan syarikat telekomunikasi untuk membanteras jika ada kegiatan sebegini? Untuk memastikan data peribadi pengguna terjamin. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Rasah, sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit.

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNPadang Besar

Okey, terima kasih Yang Berhormat. Dia curi data peribadi ini ada dua. Pertama, daripada syarikat telekomunikasi. Kedua, daripada pihak kerajaan. Jadi, kita tidak tahu yang mana satu yang bocor, yang kakitangan yang jual sama ada kerajaan atau telekomunikasi. Bagi SKMM, kita di bawah data perlindungan peribadi, kita hanya menjaga syarikat swasta. Kerajaan kita tidak jaga. Jadi itu, daripada segi akta. Jadi kadang-kadang kita tidak tahu bocor di mana. Kalau kata— maknanya daripada syarikat swasta, dia lapor kepada kita, kita boleh check siapa yang jual, siapa ini, di mana bocornya. Kita boleh check. Akan tetapi setakat hari ini, tiada. Daripada pihak kerajaan, tidak ada. Maknanya tidak ada— maknanya daripada Kementerian komunikasi dia tidak boleh pi campur sebab akta tidak cover. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih. Soalan tambahan ketiga, saya jemput Yang Berhormat Sepanggar.

Okey, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, tadi Yang Berhormat Menteri ada maklumkan tentang operasi judi ini ia berpusat di luar negara, kita maklum tentang itu. Akan tetapi saya ingin tanya kepada kementerian, apakah ada koordinasi di antara pihak kementerian, PDRM dan juga PBT?

Ini kerana kita sedia maklum operator-operator judi ini kalau di dalam negara— yang judi online, saya cerita tentang judi online. Modus operandi dia ada dua. Pertama, ada yang membuka premis. Kedua, ada yang menggunakan reload, seumpama reload telefon dan sebagainya. Jadi apakah koordinasi di antara kementerian, PDRM dan PBT. Ini kerana kita sedia maklum bahawa operator-operator judi yang ada di kawasan bandar dan di tempat- tempat tertentu— kerana ada dilindungi. Kita dimaklumkan ada dilindungi oleh pihak PBT, ada yang dilindungi oleh PDRM dan sebagainya. Ini orang yang bercerita di luar. Oleh sebab itu kita hendak tanya kepada kementerian, apakah koordinasi bagi memantau? So, kita tahu, apabila ada judi online ini, bandwidth atau load ia selalunya ia akan tinggi. Jadi mungkin— apakah peranan yang boleh dimainkan oleh kementerian dan juga PDRM bagi memastikan agar operator judi yang berpusat di merata-rata tempat ini dapat kita kekang dan hapuskan? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Sepanggar. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNPadang Besar

Okey, terima kasih Yang Berhormat. Oleh sebab itu saya katakan tadi kepada Yang Berhormat, apabila kita tidak lesenkan benda ini, maknanya lesenkan judi online ini, kita tidak dapat pendapatan untuk kita memantau 24 jam. Jadi maknanya, kena ada kita bagi lesen dan kita pantau, kita ada peruntukan kewangan, kita check balik. Kita guna duit itu balik, kita pantau. Sebab— ia contoh saya kata tadi, laman sesawang yang digunakan ataupun website— maknanya domain dia bertukar, IP dia bertukar. Kita check, dia tukar kecuali akta kita ini, makna kita buat Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 ini ia ada premises, ada rumah judi. Itu sahaja kita boleh tangkap. Kalau dia tidak ada rumah judi, maknanya poliskah, siapakah penguat kuasa hendak tangkap, tidak boleh sebab tidak cover oleh akta.

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNPadang Besar

Oleh sebab akta hanya cover di bawah Akta Rumah Judi 1953. Mesti ada rumah judi, kawasan atau tempat dia main ataupun kawasan yang kita boleh tangkap. Kalau kata online ini, maknanya tidak ada undang-undang. Makna kita di Parlimen ini kena buat undang-undang baharulah. Terima kasih banyak.

Tahu, I think Yang Berhormat Menteri tidak faham soalan saya. Maksud saya kita tahu judi haram beroperasi. Contoh dia buka kedai dengan lesen permainan kanak-kanak, tetapi sebenarnya dia menggunakan lesen itu untuk beroperasi untuk menjalankan operasi judi haram. Jadi, itu yang saya sebut, adakah satu jawatankuasa atau gerakan bersama di antara PBT, polis dan juga pihak kementerian untuk mengenal pasti operator-operator seumpama ini. Oleh sebab saya yakin dan percaya pihak kementerian boleh melihat dari segi bandwidth penggunaan. Contoh, bila mana dia menggunakan lesen permainan kanak-kanak tetapi bandwidth data yang digunakan oleh kedai ini terlalu tinggi, saya rasa itu boleh dijadikan sebagai satu signal atau isyarat bahawa ada something wrong going on that - dekat premis seumpama itu. Jadi, adakah tidak satu kerjasama atau koordinasi di antara kementerian?

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNPadang Besar

Terima kasih Yang Berhormat, memang ada. Oleh sebab itu saya kata tadi, kalau dia buat ada premis, memang kita buat kerjasama, kita tangkap. Akan tetapi Yang Berhormat kata tadi, mungkin ada kebocoran pegawai- pegawai penguat kuasa tidak tangkap dan sebagainya. Kita ada laporan orang ramai, jadi yang ini kita tangkap. Memang ada usaha kerjasama dan sebagainya, ada. Terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, pertanyaan jawab lisan seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Iskandar Puteri, Tuan Lim Kit Siang,

Lim Kit SiangDAP · PHIskandar Puteri · question

6. Tuan Lim Kit Siang [Iskandar Puteri] minta Menteri Kewangan menyatakan sama ada kerajaan berhasrat untuk menambah jumlah perkongsian hasil kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri untuk membolehkan kerajaan negeri mengurangkan kebergantungan kepada hasil penjualan dan penerokaan tanah dalam menampung perbelanjaan kerajaan negeri.

Tuan Haji Yamani Hafez bin MusaUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan II · Sipitang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, buat masa ini pemberian pertambahan hasil dibuat mengikut peruntukan Akta Pemberian Pertambahan Hasil 1977 dan Akta Pemberian Pertambahan Hasil Pindaan 2007. Pemberian ini adalah berasaskan kepada prinsip perkongsian hasil ataupun dengan izin, revenue sharing. Apabila terdapat pertambahan hasil Kerajaan Persekutuan pada sesuatu tahun kewangan jika dibandingkan dengan tahun yang sebelumnya, negeri-negeri yang akan mendapat pemberian ini. Secara lazimnya Kementerian Kewangan akan menyediakan peruntukan berjumlah RM250 juta setahun untuk diagihkan kepada semua kerajaan negeri setelah Jabatan Akauntan Negara mengesahkan terdapatnya pertambahan hasil tahunan Kerajaan Persekutuan dan data KDNK diterima daripada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Oleh itu, sekiranya terdapat peningkatan hasil di peringkat Kerajaan Persekutuan walaupun hanya seringgit sekalipun maka kerajaan negeri akan menerima hasil daripada agihan peruntukan berjumlah RM250 juta tersebut, terima kasih.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIskandar Puteri

Soalan tambahan. Bolehkah Yang Berhormat memberikan apa kemajuan yang dicapai antara perbincangan Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak supaya dengan izin mengurangkan terlalu federalization of power dan memberi peruntukan yang lebih kepada Sabah dan Sarawak supaya selaras dengan Malaysia Agreement 1963?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Iskandar Puteri, sila Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan.

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Mungkin pertanyaan soalan Ahli Yang Berhormat itu lebih kepada Kementerian Sabah dan Sarawak. Namun untuk balik kepada revenue sharing, selain daripada apa yang saya katakan tadi Kerajaan Persekutuan telah menyediakan pelbagai pemberian kepada negeri-negeri sebagai mana yang termaktub serta diluluskan di bawah Perlembagaan Persekutuan, undang-undang atau akta-akta yang berkaitan, keputusan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara dan Mesyuarat Jemaah Menteri. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan pemberian kepada kerajaan negeri-negeri yang berjumlah melebihi RM7 bilion setiap tahun bagi membantu menguruskan aliran tunai kewangan negeri dan melaksanakan program dan projek pembangunan bagi manfaat rakyat. Ini sekali gus dapat membantu supaya negeri-negeri yang lebih memerlukan turut berupaya melaksanakan projek pembangunan di negeri masing-masing dan merapatkan jurang kekayaan dan penempatan sedia ada. Melangkah ke hadapan, Kementerian Kewangan kekal komited untuk mengkaji dan menimbang sebarang penambah baikkan ke atas pemberian kepada negeri-negeri, tertakluk kepada kemampuan kewangan Kerajaan Persekutuan, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Soalan tambahan kedua, sila Yang Berhormat Tumpat.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang memberi jawapan tadi. Soalan saya ini adalah soalan yang biasa kita dengar, cuma daripada segi jawapan dan pelaksanaannya ditunggu oleh rakyat khususnya di negeri-negeri yang terlibat. Menyentuh mengenai meningkatkan perkongsian hasil di antara kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat ini, saya ingin bertanya mengenai status pembayaran royalti

petroleum kepada negeri-negeri yang berkongsi hasil dengan Persekutuan berdasarkan Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan juga perjanjian tiga pihak antara PETRONAS, Kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan negeri. Jadi, apa yang saya hendak tahu ialah status pembayaran kepada negeri-negeri ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat, sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Ahli Parlimen Tumpat. Seperti saya katakan tadi, ini mungkin melibatkan kepada kementerian lebih spesifik kepada kementerian yang menjaga Sabah dan Sarawak. Namun mungkin saya berkongsi sedikit juga tentang formula pemberian pertambahan hasil kepada kerajaan negeri. Bahagian pertamanya ialah menambahkan hasil..

Tuan Yang di-Pertua, sedikit sahaja daripada segi sebab Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut ini Sabah dan Sarawak. Saya bukan sahaja khusus kepada Sabah dan Sarawak tetapi negeri-negeri yang terlibat, termasuk Kelantan, Terengganu dan sebagainya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Ya, sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Okey apa yang saya akan kongsi ini ialah formula untuk pertambahan hasil kepada semua kerajaan negerilah. Jadi, bahagian pertama kita menambahkan hasil negeri bagi maksud akaun mengurus berjumlah RM190 juta. Pertamanya RM25 juta pertama dibahagi sama rata kepada semua negeri dan kemudian itu RM25 juta diberi berdasarkan kepada bilangan penduduk di setiap negeri dengan kadar pembahagian syer dengan izin yang telah ditetapkan. Baki RM100 juta berikutnya diagihkan mengikut peratus KDNK setiap negeri daripada jumlah keseluruhan KDNK. Bahagian kedua, ia menambahkan pendapatan dalam Akaun Pembangunan Negeri berjumlah RM100 juta dan RM100 juta diagihkan mengikut KDNK per kapita negeri yang lebih rendah berbanding dengan KDNK per kapita nasional. Data penduduk dan KDNK per kapita nasional negeri diperolehi daripada Unit Perancangan Ekonomi melalui data yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, terima kasih.

Sedikit, Yang Berhormat.

Sedikit Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Saya hendak..

Sedikit sahaja...

Sedikit sahaja tentang Sabah dan Sarawak.

Sedikit sahaja berkenaan dengan soalan saya tadi Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Saya hendak teruskan pertanyaan jawab lisan ini dengan menjemput Yang Berhormat Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien Julau.

7. Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [Julau] minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah rancangan komprehensif kementerian untuk menjadikan servis perkhidmatan e-hailing teksi motosikal sebagai salah sebuah pelengkap perkhidmatan awam yang baharu di negara ini?

Dato’ Henry Sum AgongPBB · GPSTimbalan Menteri Pengangkutan · Lawas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Julau, Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien. Tuan Yang di-Pertua, perkhidmatan teksi dan e-hailing adalah merupakan salah satu perkhidmatan pelengkap kepada jaringan pengangkutan awam darat pada peringkat perjalanan batuan pertama dan akhiran. Sesuai dengan arus perubahan teknologi semasa, perkhidmatan e-hailing telah menyediakan liputan perkhidmatan yang meluas dan dapat memenuhi perkhidmatan dan keperluan pengangkutan pelanggan dengan baik. Pada masa yang sama, kerajaan juga telah membenarkan perkhidmatan teksi konvensional untuk menyediakan perkhidmatan menerusi platform e-hailing bagi memastikan perkhidmatan ini terus berdaya saing tinggi seterusnya menyediakan perkhidmatan yang dikehendaki oleh pengguna. Didapati kedua-dua perkhidmatan ini masih mempunyai potensi yang besar untuk ditambah baik dari aspek kualiti perkhidmatannya, selamat kepada pengguna dan boleh diperluaskan di setiap pelosok negara, bukan sahaja tertumpu kepada bandar-bandar bagi memenuhi keperluan pengangkutan penduduk tempatan. Oleh yang demikian, pada masa ini Kementerian Pengangkutan tiada mempunyai sebarang perancangan untuk memperkenalkan perkhidmatan e-hailing atau teksi motosikal mengambil kira pelbagai aspek terutamanya isu keselamatan dan kebajikan penumpang. Hal ini mengambil kira bahawa risiko nahas jalan raya termasuk kematian atau kecederaan adalah amat tinggi melibatkan penumpang dan pembonceng motosikal di Malaysia.

Dato’ Henry Sum AgongPBB · GPSTimbalan Menteri Pengangkutan · Lawas

Selain itu, isu-isu melibatkan kepada pematuhan kepada undang-undang dan peraturan jalan juga menjadi satu perkara yang perlu diberikan perhatian yang serius dalam kalangan pengguna motosikal sedia ada. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Silakan, Yang Berhormat Julau, soalan tambahan pertama.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jadi, saya difahamkan negara-negara jiran macam di Thailand dan Indonesia, ada syarikat yang ada buat e-hailing. Akan tetapi, jawapan tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya fikir macam tidak convincing, dengan izin kerana kalau negara-negara jiran kita boleh buat, macam e-hailing, kenapa Malaysia tidak boleh? Walaupun ada alasan safety issues, bolehkah kita kementerian buat satu maybe perhaps, guideline so that we can improve on this safety issues rather than to stop e- hailing altogether? Thank you.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Julau. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Ya, Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Julau yang bertanya soalan tambahan. Ya, seperti yang saya nyatakan tadi, pihak kerajaan mendasarkan keputusan untuk tidak membenarkan seterusnya e-hailing ini ialah berdasarkan kepada statistik kemalangan jalan raya tahun 2019 daripada PDRM. Penunggang motosikal adalah merupakan golongan paling tinggi yang menjadi mangsa nahas jalan raya mewakili 64 peratus daripada jumlah kematian pada tahun tersebut atau melebihi 3,900 kematian daripada jumlah 6,167 kematian yang direkodkan pada tahun 2019. Maka, pihak kerajaan berdasarkan kepada statistik ini, menangguhkan keputusan untuk tidak membenarkan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Soalan tambahan kedua, saya lihat Yang Berhormat Padang Serai yang bangun. Silakan Yang Berhormat Padang Serai. Ya.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya, saya ingin bertanya Kementerian Pengangkutan, apakah langkah

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

yang digerakkan oleh kerajaan dalam membantu kebajikan pemandu teksi semasa pandemik ini? Saya mendapat laporan bahawa pendapatan mereka terjejas semasa pandemik dan ramai daripada mereka tidak mendapat bantuan kerajaan. Mohon beri penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ya, silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan. Pihak kerajaan memang pun menyedari masalah yang dihadapi oleh teksi-teksi kita, e- hailing termasuk dan mengambil maklum tentang apa yang dikemukakan Yang Berhormat tadi. Pihak kementerian akan meneruskan kajian secara berterusan bagi menilai semua aspek berkaitan perkhidmatan ini sebelum sebarang hala tuju mengenai perkara ini dipertimbangkan kelak. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Soalan tambahan ketiga, saya beri peluang kepada Yang Berhormat Muar. Sila.

Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri, Kabinet pada tahun 2019 telah pun meluluskan dengan syarat yang agak ketat, e-hailing teksi dan motosikal mengikut negara-negara jiran kita. Jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri, dengan izin, agak malas dan tidak telus kerana jawapan itu jawapan selamat. Hanya katakan bahawa banyak orang yang menunggang motosikal akhirnya akan mengalami kemalangan. Akan tetapi, ini hanya mengikut trend setiap tahun tetapi apabila Kabinet meluluskan, Kabinet telah pun meletakkan tempoh enam bulan untuk menilai. Selepas e-hailing motosikal dibenarkan, adakah ada penambahan khusus daripada segi kemalangan dalam sektor e-hailing motosikal ini? Kalau hanya hendak ikut data yang telah pun wujud pada tahun-tahun yang agak lepas ia tidak sektor spesifik, khususnya apabila telah pun ada syarikat-syarikat tempatan seperti Dego Ride dan yang lain yang telah pun beroperasi kerana keputusan Kabinet tersebut. Akan tetapi, buat pertama kali, kita mendengar kerajaan telah pun menarik semula. Perkara ini akan menyebabkan implikasi yang agak buruk bagi syarikat-syarikat kecil yang telah pun memulakan operasi ini. Saya berharap Yang Berhormat Timbalan Menteri mempertimbangkan dan membentangkan data-data yang jelas menunjukkan dalam tempoh masa enam bulan, dalam sektor ini, ada kenaikan yang mendadak daripada segi kemalangan. Jangan buat keputusan berdasarkan emosi dan tidak ikut data. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Muar. Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Muar, seperti yang saya nyatakan tadi, pihak kerajaan senantiasa mengambil kira keperluan- keperluan pihak yang memerlukan khususnya teksi ini. Jadi, setakat ini keputusan yang ditetapkan oleh kerajaan adalah seperti mana yang saya nyatakan tadi dan pihak kementerian akan terus membuat kajian untuk masa yang akan datang. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih. Pertanyaan Jawab Lisan seterusnya saya jemput Yang Berhormat Sepanggar.

Mohd Azis bin JammanWARISANSepanggar · question

8. Datuk Mohd Azis bin Jamman [Sepanggar] minta Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Industri Makanan menyatakan langkah-langkah yang diambil bagi mengoptimumkan potensi Sabah sebagai hab pertanian serantau dan usaha bagi meningkatkan produktiviti dan pendapatan pertanian melalui pelaksanaan pertanian pintar.

Datuk Seri Haji Ahmad bin HamzahUMNO · BNTimbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I · Jasin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, MAFI sentiasa mengutamakan pembangunan sektor agromakanan di negeri Sabah sejajar dengan usaha untuk menjadikan negeri ini sebagai hab pertanian serantau. Sehubungan itu, kerajaan melalui Jabatan Pertanian Sabah akan terus meningkatkan keluasan kawasan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di negeri ini dengan perwujudan sebanyak 4 buah TKPM iaitu TKPM Sungai Koyah, Kinabatangan Fasa 2, TKPM Limbuak, di Banggi Kudat, TKPM Ulu Bole, Sipitang serta dua buah mini TKPM iaitu mini TKPM di Ulu Begawan dan mini TKPM di Serudong, Kalabakan. Peningkatan jumlah TKPM dalam tempoh 10 tahun akan datang di bawah RMKe- 12 dan RMKe-13 akan dapat meningkatkan potensi pengeluaran hasil tanaman di Sabah selaku hab pertanian serantau. Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah melalui Jabatan Pertanian Sabah juga merancang untuk menjadikan Keningau sebagai dengan, the fruit valley of Sabah dengan memberi fokus kepada tanaman pisang, lemon dan juga avokado bagi meningkatkan produktiviti dalam pendapatan pertanian. Projek ini akan direalisasikan melalui perwujudan TKPM Apin-Apin, Keningau yang dijadualkan siap pada tahun 2022 dengan peruntukan sebanyak RM2.5 juta daripada Kerajaan Persekutuan. Bagi meningkatkan pelaksanaan pertanian pintar di Sabah, MARDI telah melaksanakan pemindahan teknologi dalam pertanian moden seperti sistem penanaman secara fertigasi khususnya untuk tanaman rock melon, halia, cili, lada, tomato dan tomato ceri kepada pegawai pengembangan syarikat-syarikat swasta dan institut pengajian tinggi. Bagi sektor ternakan pula, MAFI melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sabah berusaha untuk melaksanakan pertanian pintar menerusi aplikasi teknologi dan kaedah penternakan terkini berteraskan Revolusi Perindustrian Keempat (4IR). Antaranya ialah dengan memperkenalkan sistem penternakan lembu secara integrasi di bawah Perladangan Kelapa Sawit. Aplikasi teknologi moden seperti penggunaan tanda pengenalan atau RFID turut diperkenalkan dalam sistem penternakan integrasi bagi mempertingkatkan kecekapan daya jejak (traceability) dalam pemantauan ternakan. Selain daripada penternakan lembu daging, aktiviti penternakan lembu tenusu juga sedang berkembang pesat di Sabah sehingga menjadi antara negeri pengeluar utama bagi susu segar di Malaysia. Syarikat-syarikat berskala besar seperti (traceability) telah menggunakan teknologi pintar dengan pengurusan ternakan yang mampu meningkatkan produktiviti dan juga kualiti susu serta ekonomi ladang. Di samping itu, MAFI juga telah mengenal pasti potensi Sabah sebagai salah satu negeri pengeluar utama bagi sarang burung walet (SBW) di Malaysia.

Datuk Seri Haji Ahmad bin HamzahUMNO · BNTimbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I · Jasin

Purata pengeluarannya terdiri dari rumah walet ataupun rumah walet dalam gua ialah sebanyak 82 metrik tan setahun. SWB ini telah berjaya menembusi pasaran eksport keluar negara. Bagi menggalakkan perkembangan industri ini, MAFI menerusi DVS telah memperkenalkan sistem blok rantai (blockchain) sebagai salah satu usaha kerajaan untuk memperkukuhkan sistem daya jejak walet. Bagi sektor perikanan pula, Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah melalui Jabatan Perikanan Sabah telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mempertingkatkan lagi pengeluaran hasil perikanan Sabah melalui perikanan tangkapan marin serta akuakultur menggunakan teknologi seperti Recirculating Aquaculture System (RAS) di hatchery ikan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat, minta ringkaskan jawapan ini.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila soalan tambahan pertama, Yang Berhormat Sepanggar.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tahu tadi jawapan pun tidak habis. Akan tetapi tidak apa. Kita tunggu ia punya jawapan yang secara bertulis. Akan tetapi soalan tambahan saya. Yang Berhormat Menteri, sektor pertanian menyumbangkan sebanyak 16.5 peratus kepada keseluruhan KDNK Sabah pada tahun 2020. Sabah merupakan negeri keempat terbesar dalam sektor pertanian di Malaysia dengan sumbangan sebanyak 12.9 peratus. Ramai tidak tahu bahawa ladang FELDA terbesar pun terletak di negeri Sabah. Namun, antara isu utama yang dihadapi di negeri Sabah ini ialah kita kekurangan industri hiliran dan tanah-tanah pertanian yang masih banyak belum dapat dibangunkan. Jadi soalan saya, Yang Berhormat Menteri. Apa perancangan ataupun langkah yang boleh diambil oleh Kementerian Pertanian bagi memastikan agar Sabah ini jangan hanya dijadikan sebagai negeri pengeluar raw material? Maksudnya, hanya bahan metah tidak diproses. Ini kerana konsep ekonomi apabila pembuat ataupun pengilang meletakkan kilang mereka berhampiran dengan sumber, pastinya ia akan mengurangkan kos. Akan tetapi apa yang berlaku di Sabah, tidak ada industri-industri hiliran ini dibuka di negeri Sabah. Kebanyakannya berada dan berpusat di Kuala Lumpur. Jadi, apa peranan yang boleh dimainkan oleh kementerian untuk membuka industri hiliran bagi dalam masa yang sama untuk menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada anak- anak muda Sabah supaya mereka tidak berhijrah ke bandar-bandar besar di Semenanjung Malaysia? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Sepanggar. Sila Timbalan Menteri, satu minit.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat sebut tadi, tiada industri hiliran keluaran Sabah, tidak berapa tepat. Seperti yang saya sebutkan tadi, bahawa MARDI telah ditubuhkan di negeri Sabah sejak tahun 1996. Kira-kira 150,000 orang-orang usahawan dan pegawai-pegawai kita telah dilatih untuk mempertingkatkan lagi pemprosesan makanan seperti hasilan ikan, daging, soya, bakery dan pastry. Minuman jus, minuman terus dan kordial. Sabah mempunyai satu potensi yang cukup besar untuk mengeluarkan industri hiliran. Seperti saya sebut tadi, MARDI bukan sahaja bertanggungjawab, bahkan pada ketika ini kerajaan telah memberikan banyak insentif. Seperti insentif yang kita berikan geran padanan 70:30. Sebanyak 70 daripada kerajaan dan 30 daripada pengusaha untuk mengeluarkan industri hiliran. Kalau ia kepada hiliran-hiliran pada high impact product. Kita beri 50:50. Sebanyak 50 daripada kerajaan geran dan 50 daripada usahawan. Jadi, inilah usaha kita bagi menarik minat supaya banyak lagi usahawan-usahawan dapat terus mengeluarkan apa juga industri hiliran, produk dari negeri Sabah yang mempunyai potensi yang cukup besar dalam pasaran, bukan sahaja dalam negara, bahkan di luar negara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih. Soalan tambahan kedua, sila Yang Berhormat Beaufort.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apa strategi khusus oleh MAFI bagi meningkatkan produktiviti sektor ternakan di Sabah dengan memperkenalkan teknologi-teknologi baharu, khususnya untuk membangunkan lagi industri hiliran. Memandangkan Sabah amat berpotensi untuk dijadikan hab pertanian serantau. Saya juga ingin tahu, apa pentingnya kita memperkenalkan sistem blockchain untuk

burung walit? Apa usaha yang dibuat oleh kementerian untuk membantu mereka yang mengeluarkan hasil burung walit ini untuk dieksport ke luar negara? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Sila Timbalan Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat, saya sebut apa itu blockchain. Makna, sistem rantaian. Blockchain ini adalah satu perkara yang cukup penting sekali. Semua sekali keluaran-keluaran walet yang pada ketika ini Sabah salah satu daripada pengeluar terbesar, sebanyak 82 metrik tan setahun keluarannya yang dieksport bukan sahaja di negeri China, bahkan di Hong Kong dan juga di Vietnam. Kita perkenalkan sistem blockchain ini ataupun rantaian bagi memastikan supaya kita dapat pasti sebab ini ialah QR code. Apa juga produk yang dikeluarkan, kita tahu daripada mana datang asalnya. Supaya bukan sahaja kita dapat mengenal siapa pengeluarnya, bahkan kita dapat memberikan nasihat apa juga masalah yang dihadapi. Ini kerana pada satu ketika dahulu, keluaran walet kita di negara China telah dihantar semula. Jadi, kita tahu siapa pengeluarnya. Jadi, kita akan memberikan khidmat nasihat supaya dapat memperbetulkan apa juga kekurangan yang dihadapi. Kedua, tentang ternakan. Pada ketika ini, saya telah sebut tadi bahawa bukan sahaja daripada pedaging, bahkan kita dari Sabah sebenarnya mengeluarkan tenusu yang cukup berkualiti pada ketika ini, yang menjadi pasaran dalam negara pada ketika ini. Ini kerana sasaran kita untuk daging kita terlalu rendah sebanyak 23 peratus sahaja. Sementara, tenusu kita hanya berjaya mencapai hanya 3.63 peratus. Saya ada banyak hendak jawab bagi tetapi insya-Allah saya akan bagi secara bertulis. Masa tidak mengizinkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Saya bagi peluang soalan tambahan yang ketiga daripada Yang Berhormat Pasir Mas.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya berhubung dengan pertanian tetapi keluar daripada... [Disampuk]

Tuan Yang di-Pertua, patutnya sebelah sini, berulang-ulang. Mana boleh dua-dua sana. Sepatutnya sini. Salah itu.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila. Tidak apa.

Keluar sedikit daripada... [Disampuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Saya hendak bagi dua kali sini, tidak apa.

...kontak Sabah. Yang Berhormat Timbalan Menteri, dalam isu pertanian ini perkara yang mengganggu petani pada hari ini ialah isu kenaikan harga racun dan juga baja. Kerajaan telah mengumumkan untuk menubuhkan jawatankuasa rentas kementerian. Itu bagus. Akan tetapi itu bukan jawapan kepada rakyat. Isunya, bila agak-agaknya isu kenaikan harga baja dan racun ini dapat diatasi dengan tuntas agar petani di bawah sana dapat menerima khabar gembira menurunkan penurunan harga racun dan baja ini? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila Timbalan Menteri, satu minit.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini menjadi salah satu perbualan dan perkara-perkara isu yang sangat hangat diperbincangkan pada ketika ini. Itu sebab kita dapati kenaikan harga racun dan juga baja tadi telah menyebabkan banyak sekali barang-barangan keluaran pertanian kita naik

harga. Ayam naik harga. Daging naik harga. Begitu juga produk-produk pertanian dan yang lain, termasuk padi sekali pada ketika ini yang dihadapi oleh pesawah-pesawah. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, baja kita memerlukan “P”. Kita memerlukan “N” dan baja seperti sebatian serta baja-baja organik. Keluarannya datang, kita terpaksa import dan pengeluar utama adalah negara China. Mereka bukan sahaja mengambil peluang untuk meningkat naikkan harga dengan begitu tinggi sekali, bahkan mereka mempunyai satu masalah yang panjang mahu kalau saya hendak cerita ini. Bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, kerajaan pada ketika ini begitu proaktif sekali. Setelah mengambil tindakan serta beberapa tindakan yang mungkin akan diumumkan oleh kerajaan supaya kita dapat membantu. Untuk pesawah, sebenarnya kerajaan telah memberikan subsidi khas kepada baja dan racun yang masih lagi tidak mencukupi. Bahkan, masalah yang dihadapi bukan sahaja pesawah, bahkan kepada petani dan juga penternak, terutamanya ayam dan juga lembu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih. Pertanyaan jawab lisan seterusnya, saya ingin menjemput yang Berhormat Batang Lupar.

Rohani binti Abdul KarimPBB · BNBatang Lupar · question

9. Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim [Batang Lupar] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan apakah terdapat kajian yang dilakukan oleh kementerian terhadap etnik minoriti terutamanya yang berada di Sarawak seperti Jatti Miriek, Lun Bawang dan Vaie dan didokumentasikan sebagai catatan khazanah negara.

Dato’ Sri Hajah Nancy ShukriPBB · GPSMenteri Pelancongan, Seni dan Budaya · Batang Sadong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi agensi di bawah seliaannya iaitu Jabatan Warisan Negara (JWN) sentiasa menjalankan usaha- usaha memelihara dan memulihara warisan kebudayaan tidak ketara negara. Usaha-usaha ini bukan sahaja membabitkan etnik minoriti di Sarawak seperti yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Batang Lupar, malah turut meliputi etnik minoriti di Sabah dan juga yang ada di Semenanjung. Warisan kebudayaan tidak ketara ini meliputi: (i) seni persembahan, (ii) bahasa dan persuratan, (iii) adat dan budaya; dan (iv) seni halus dan kraf.

Dato’ Sri Hajah Nancy ShukriPBB · GPSMenteri Pelancongan, Seni dan Budaya · Batang Sadong

Selain daripada kajian yang dilaksanakan oleh para pegawai JWN. Ada juga kajian ini yang telah dilakukan dengan kerjasama agensi Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) sama ada dalam bidang penyelidikan atau penganjuran program pengembangan. Sebagai contoh, JWN pernah menyalurkan peruntukan daripada Kumpulan Wang Warisan (KWW) kepada Persatuan Lun Bawang Sarawak (LBAS) untuk menganjurkan Pesta Lun Bawang ataupun juga dikenali sebagai Irau Aco Lun Bawang pada tahun 2013 dan 2014. Untuk makluman, antara contoh penyelidikan yang dijalankan oleh JWN yang suka saya ingin kongsikan dengan merujuk kepada soalan Yang Berhormat Batang Lupar adalah penyelidikan ke atas pengap iaitu salah satu warisan bahasa dan kesusasteraan. Pengap atau timang iaitu puisi dikir ialah puisi yang lazimnya dinyanyikan semasa Pesta Gawai kecuali Gawai Antu. Ia merupakan sebutan yang digunakan oleh masyarakat Iban di Daerah Kapit, manakala timang adalah sebutan yang digunakan oleh masyarakat Iban di Saribas. Penyelidikan terhadap puisi rakyat suku kaum Iban ini penting untuk menambah maklumat bertulis memandangkan pengap ini telah pun diangkat sebagai warisan kebangsaan pada tahun 2012. Ia juga adalah selari dengan usaha JWN

Dato’ Sri Hajah Nancy ShukriPBB · GPSMenteri Pelancongan, Seni dan Budaya · Batang Sadong

mendokumentasikan warisan etnik tempatan terutamanya dalam bidang bahasa dan kesusasteraan yang hampir pupus. Selain itu, JWN juga menjalankan penyelidikan adat dan budaya etnik. Bagi Sarawak, contoh penyelidikan adat dan budaya ini adalah penyelidikan Pesta Gawai Nyebang Baruk di Kampung Gumbang, Bau, Sarawak. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Batang Lupar, soalan tambahan pertama.

Soalan tambahan. Terima kasih atas jawapan yang komprehensif yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dan juga kepada Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak (MTAC) yang melalui kerjasama yang menjadikan Kuching berjaya menjadi salah satu bandar baharu yang menyertai the UNESCO Creative Cities Network (UCCN) seperti yang diumumkan oleh Director General of UNESCO pada minggu lalu. Saya mendapat tahu bahawa penyenaraian Kuching adalah untuk kategori gastronomi. Lanjutan daripada ini, adakah kementerian berhasrat untuk mengetengahkan makanan dan juadah tempatan Sarawak melalui lebih banyak lagi kajian atau terbitan mengenainya bagi menguatkan lagi kedudukan Kuching dalam senarai UCCN ini? Terima kasih.

Dato’ Sri Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat yang peka terhadap pengumuman tersebut. Suka saya ingin menjelaskan di sini bahawa kejayaan tersebut bukan hanya terhad untuk dibanggakan oleh penduduk Kuching ataupun Sarawak semata-mata, tetapi ia juga kejayaan seluruh Keluarga Malaysia kerana pengiktirafan dunia bukan sesuatu yang mudah untuk diperoleh. Seperti Yang Berhormat Batang Lupar sebutkan tadi juga pembabitan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak (MTAC) adalah salah satu bukti bahawa kami di MOTAC dan juga Jabatan Warisan Negara sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi terus memastikan pemeliharaan dan pemuliharaan warisan-warisan negara. Menyentuh mengenai makanan-makanan warisan, sukacita saya ingin maklumkan bahawa JWN ada menerbitkan buku makanan warisan Sarawak berjudul Food Heritage of Sarawak: A Cultural Perspective. Buku yang memberikan penekanan tentang aspek pemakanan dan budaya masakan dari negeri Sarawak ini mengandungi tujuh bahagian yang membincangkan tentang sejarah makanan, bahan-bahan dalam makanan dapur, semangat dalam makanan seperti ritual, pantang larang dan penyembahan. Jadi sepertimana yang kita sedia maklum, negara kita kaya dengan kepelbagaian budaya dan kaum yang masing-masing mempunyai makanan dan cara penyediaan yang tersendiri. Panjang jawapan saya Yang Berhormat, tetapi inilah salah satu daripada buku makanan warisan hampir pupus yang telah disediakan. [Merujuk kepada senaskah dokumen] Saya boleh bagi jawapan ini secara penuhnya secara bertulis Yang Berhormat Batang Lupar. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Menteri. Soalan tambahan kedua, saya jemput Yang Berhormat Selangau.

Tuan Baru BianPKR · PHSelangau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ingin saya bertanya kepada kementerian, saya percaya bahasa adalah budaya menjadi satu identiti kepada beberapa ethnic group di seluruh negara dan Lun Bawang adalah satu bangsa etnik yang dikatakan di sini minority group. Soalan saya kepada Menteri ialah adakah kementerian mempunyai rancangan untuk mengagihkan bajet ataupun allocation untuk minority group di Sarawak untuk melaksanakan atau mengajar bahasa mereka di sekolah- sekolah di Sarawak?

Tuan Baru BianPKR · PHSelangau

Ini kerana setahap ini saya diberitahu bahawa hanya bahasa Iban adalah satu bahasa yang dilaksanakan di sekolah. Terima kasih. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan mesyuarat]

Dato’ Sri Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih Yang Berhormat. Kalau yang khusus untuk dijadikan bahasa di sekolah, saya percaya ini harus ditanya kepada MOE. Namun begitu Yang Berhormat, kita ada menjalankan penyelidikan untuk masyarakat Lun Bawang Yang Berhormat. JWN pada tahu 2019 telah melaksanakan penyelidikan mengenai nilai murni dalam cerita rakyat tradisi lisan masyarakat Lun Bawang. Penyelidikan ini dijalankan bagi menganalisis dan merumuskan nilai murni dalam cerita-cerita rakyat masyarakat Lun Bawang Sarawak serta menghuraikan persepsi pembaca terhadap unsur pengajaran dan pendidikan dalam cerita-cerita Lun Bawang. Tadi Yang Berhormat bertanya mengenai bajet. Kalau ia berhubung kait dengan penyelidikan, di bawah JWN, kita memang ada peruntukan kerana kita melihat kepada keperluan-keperluan untuk menjalankan penyelidikan untuk seluruh masyarakat di Malaysia ini, tidak kira sama ada di Sarawak ataupun di mana sahaja di negara kita. Jadi kalau untuk kajian sahaja, mungkin kita boleh commitkan di sini. Akan tetapi kalau untuk bahasa untuk di sekolah sepertimana yang telah dilakukan untuk bahasa Iban dulu, saya rasa itu adalah di bawah Kementerian Pendidikan dan mungkin kerajaan negeri perlu berbincang bersama untuk dipohon melalui Kementerian Pendidikan. Saya rasa itu sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, mohon soalan tambahan.

Tuan Yang di-Pertua

Ada soalan lagi? Ya, Yang Berhormat Ledang.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua

Oh! Silakan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa baru-baru ini Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya telah melancarkan Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) 2021 di mana dalam DAKEN ini terdapat kajian ataupun satu elemen mengenai etnik-etnik budaya etnik minoriti di negara kita. Saya rasa pasti Menteri terlibat sama dalam sesi libat urus. Saya bersama juga semasa MOTAC juga terlibat dalam sesi libat urus dalam DAKEN ini atau Dasar Kebudayaan Negara ini. Cuma soalan saya ialah bagaimana kementerian akan mengembangkan atau menterjemahkan apa yang telah dimasukkan dalam Dasar Kebudayaan Negara terutama sekali yang disentuh tadi dalam etnik minoriti, warisan dalam pemuliharaan dan pemeliharaan etnik warisan ini. Saya rasa banyak etnik warisan di negara kita — Sarawak sahaja mempunyai 27 etnik, malah Menteri juga sebut di Semenanjung— saya juga baru ini melawat kaum Chitty di Melaka. Saya rasa tidak ada satu usaha yang komprehensif dalam memulihara etnik minoriti di negara kita. Silakan.

Dato’ Sri Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya DAKEN ini seperti Yang Berhormat sudah maklum bahawa ia baru diluluskan. Kita menubuhkan jawatankuasa untuk dengan izin, to be in the committee of the jawatankuasa DAKEN ini. Dalam perancangan kami, untuk makluman juga, untuk jawatankuasa ini kita meliputi seluruh negara. Jadi, sebab itu kita mengambil kira kaum-kaum yang tertentu dan setiap negeri memang ada wakilnya. Di samping itu juga, kita telah menyenaraikan aktiviti-aktiviti yang akan kita lakukan. Walaupun Yang Berhormat telah berkesempatan untuk terlibat dalam libat urus, saya belum sempat Yang Berhormat kerana masa Yang Berhormat itu, kita belum lagi

Dato’ Sri Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

secara rasminya meluluskan DAKEN. Ia telah diluluskan pada bulan Oktober kalau tak silap, yang lepas. Insya-Allah kita ada kolokiumnya, kita ada banyak lagi.

Dato’ Sri Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Sebab Dasar Kebudayaan Negara ini bukan hanya daripada segi bahasa, bukan sahaja daripada segi budaya. Ia meliputi segala aspek yang melibatkan kaum-kaum yang ada dalam negara kita yang kita hendak perkenalkan kepada rakyat Malaysia mengenai warisan dan budaya Malaysia ini. Jadi, banyak yang akan kita lakukan insya-Allah terutama sekali mulanya pada tahun depan kita akan mengkhususkan fokus kita kepada Dasar Pelancongan Negara dan juga Dasar Kebudayaan Negara, insya-Allah. Itulah yang dapat saya nyatakan pada kali ini sebab itu dalam perancangan kami dan saya sendiri terlibat dalam rancangan tersebut. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan jawab lisan bagi hari ini. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Usul Yang Berhormat Menteri. [Sesi bagi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Dato’ Sri Dr. Wan Junaidi bin Tuanku JaafarPBB · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) · Santubong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 7.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Selasa, 16 November 2021”.

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin AhmadUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) · Mersing

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat semua, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2022 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2022Bill

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2022 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”. "Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406] , membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari tujuh puluh tujuh bilion dan enam ratus juta ringgit (RM77,600,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2022, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau ("P") dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2022, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 32 Tahun 2021, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah- jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut." [11 November 2021]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, hari ini kita akan mulakan proses Yang Berhormat Menteri-menteri menjawab. Perbahasan sudah tamat pada minggu lepas. Kita sebenarnya ada 31 buah kementerian untuk kita buat jawapan dalam masa empat hari ini. Hari ini saya telah tetapkan kementerian-kementerian berikut untuk menjawab. Pertama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas); kedua, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak); diikuti dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi); Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang); Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama); Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Menteri Pertahanan Malaysia; Menteri Kerja Raya; dan Menteri Pendidikan Malaysia. Insya-Allah, saya telah tetapkan masa-masa untuk semua kementerian. Diharap kita dapat menghabiskan jawapan daripada kementerian-kementerian tersebut pada hari ini. Insya-Allah. Untuk tidak melengahkan masa, saya menjemput Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas). Masa 30 minit, Yang Berhormat.

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin AhmadUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) · Mersing

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Keluarga Malaysia. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Semasa perbahasan Bajet 2022, seramai 25 Ahli-ahli Yang Berhormat telah sudi berbahas memberi pandangan, pertanyaan terhadap Jabatan Perdana Menteri khususnya perkara-perkara yang bersangkut paut dengan portfolio Jabatan Perdana Menteri, khususnya menyentuh tentang NADMA.

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin AhmadUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) · Mersing

Tuan Yang di-Pertua, sekarang banyak bencana yang berlaku. TERAJU, SEPADU, Angkatan Pertahanan Awam, ICU dan juga perkara-perkara yang bersangkut paut dengan Jabatan Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Bahagian Pengurusan Harta Jabatan Perdana Menteri. NADMA. Yang Berhormat Baling serta Yang Berhormat Hang Tuah Jaya ingin mengetahui mengenai perkara-perkara yang berkait rapat dengan penyaluran bantuan kepada mangsa banjir melalui Bantuan Wang Ihsan (BWI) yang dikeluarkan dari Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN). Ingin saya maklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa NADMA ini ia berpusat di Jabatan Perdana Menteri. Ia tidak ada kakitangan di peringkat negeri mahupun di peringkat daerah. Akan tetapi, bidang kuasa dan punca kuasa yang NADMA berikan adalah kepada pengurusan negeri dan juga pengurusan daerah. Disebabkan itu, Ahli-ahli Yang Berhormat seperti Yang Berhormat Baling dan Yang Berhormat Hang Tuah Jaya— Yang Berhormat Hang Tuah Jaya tidak ada. Berkempenlah ini. [Ketawa] Bos dia ada di sini. Banyak urusan ini perlu diselesaikan di peringkat bahagian pengurusan daerah dan biasanya list ini akan complete dan disalurkan ke peringkat negeri dan dalam masa 30 hari selepas NADMA menerima list ini kita tidak akan membuang masa untuk menyalurkan bantuan ini kepada mereka yang mengalami banjir. Kerap kali kita berhadapan dengan bilangan mereka yang terlibat. Ketua isi rumah ini kadang-kadang dia nama bertindih sebab kita kena pastikan mereka yang dapat menerima bantuan ini adalah mereka yang benar-benar yang mengalami dan mereka adalah rakyat Malaysia. Justeru, ia mengambil masa di peringkat daerah dan juga peringkat negeri. Ini adalah bersesuaian dengan Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 20 iaitu Dasar dan Mekanisme Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Baling, sejak 26 Oktober 2021 dianggarkan 163 orang ketua isu rumah dan 560 orang mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara. NADMA sudah pun menerima laporan permohonan dari Jabatan Pengurusan Bencana Negeri pada 8 November 2021, minggu lepas. Tuntutan adalah sebanyak RM1.165 juta untuk 1,165 KIR. NADMA sentiasa memantau dan akan bekerjasama rapat bukan sahaja dengan Jabatan Pengurusan Bencana Negeri tetapi juga dengan Ahli-ahli Yang Berhormat. Macam Yang Berhormat Pokok Sena, dia hubungi direct pada saya dan dia seorang wakil rakyat yang prihatin kerana kawasan PPS itu tidak diwartakan dan jauh hendak pindah dan ia melibatkan anggota frontliners polis. Jadi, benda ini sudah selesai Yang Berhormat, ya? Yang Berhormat Sabak Bernam mencadangkan agar tempat tinggal sementara bagi mangsa kebakaran atau bencana termasuk banjir disegerakan termasuk penyediaan bantuan makanan. Apabila berlaku sesuatu bencana di pusat pemindahan sementara (PPS) akan dibuka dengan kadar segera mengikut arahan daripada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah. Selaras dengan Arahan MKN 20, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di daerah bertanggungjawab menguruskan PPS ini serta menyediakan makanan dan kemudahan asas kepada mangsa. Mengikut Perkara 82, Senarai Bersama Perlembagaan Persekutuan iaitu kebajikan termasuk senarai dan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri mahupun kerajaan yang ketiga iaitu majlis daerah, mempunyai tanggungjawab bersama untuk membantu mangsa-mangsa bencana termasuklah kebakaran dan banjir.

Pasir Mas, boleh tidak?

Ya, sila.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Walaupun saya tidak bercakap tentang banjir tetapi bulan ini hampir pasti Pasir Mas biasanya akan dilanda oleh banjir.

Sebelum ini biasanya bantuan daripada NADMA turun kepada penerima. Kadang- kadang kita Ahli Parlimen ini tidak tahu sebenarnya walaupun diberitahu tadi melalui negeri, memalui jawatankuasa daerah tetapi kadang-kadang ia terus kepada penerima. Jadi, bolehkah kalau diperkenankan NADMA membuat satu SOP baharu bahawa Ahli Parlimen perlu juga untuk diberitahu supaya kita lebih tahu tentang siapakah yang telah menerima bantuan dan sebagainya. Terima kasih.

Sebelum itu saya mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Tuan Yang di-Pertua di atas Anugerah Darjah Panglima Setia Mahkota membawa gelaran Tan Sri.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas.

Dengan izin, saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Tuan Yang di-Pertua di atas penganugerahan Darjah Kebesaran itu.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat.

Tahniah Tan Sri. Yang Berhormat, cuma bila saya balik kali ini memang kawasan P. Ramlee sudah pun banjir. Lepas saya terima suntikan penggalak booster, saya difahamkan bahawa di Jalan P. Ramlee khususnya Jalan Maarof, Kampung Makam, Jalan P. Ramlee juga telah dilanda banjir. Cuma permintaan saya, saya berterima kasih di atas makluman yang telah diberitahu tadi. Akan tetapi cuma saya ingin tanya, adakah rancangan untuk mendirikan jabatan ataupun cawangan NADMA di negeri-negeri. Kalau kita boleh menubuhkan jabatan- jabatan ataupun mengadakan kakitangan di semua negeri di Malaysia, perkara itu juga akan membantu koordinasi di antara Ahli Parlimen, terutamanya di kawasan-kawasan yang selalu dilanda banjir. Saya lihat ini adalah perkara yang wajib diberi perhatian. Mungkin peruntukan boleh kita agihkan untuk kita menubuhkan cawangan-cawangan NADMA di negeri-negeri yang dilanda banjir. Kalau boleh dipertimbangkan segera kerana ini akan sedikit sebanyak membantu koordinasi. Begitu juga akan– kita lihat ada masalah, kalau NADMA hanya tertumpu di Putrajaya, bagaimanakah Ahli-ahli Parlimen di kawasan-kawasan yang dilanda banjir itu dapat menyalurkan maklumat. Kalau kakitangan itu berada di Putrajaya, adakah mereka benar-benar akan sedar keadaan banjir, masalah yang akan dihadapi oleh penduduk-penduduk di kawasan-kawasan tertentu? Keadaan air, masalah tidak ada makanan, rumah ditenggelami air dan sebagainya. Cuma permintaan saya kalau Yang Berhormat Menteri mengangkat perkara ini kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kementerian dan kepada kerajaan supaya kita tubuhkan cawangan-cawangan di semua negeri di seluruh Malaysia. Permintaan daripada Yang Berhormat. Terima kasih.

Yang Berhormat, tambahan juga kepada Yang Berhormat Jelutong tadi. Daripada Sepanggar, Sabah. Sepanggar juga merupakan satu kawasan sering dilanda banjir. Kalau dahulu dia ada bulan, sekarang ini macam somehow because of perubahan climate dan sebagainya, isu banjir ini sudah tidak boleh dipredict lagi. Jadi masalah yang kami dihadapi di Sepanggar ini untuk makluman Yang Berhormat Menteri, pernah berlaku banjir di kawasan Sepanggar tetapi oleh sebab ketidakadaan agensi-agensi yang dapat membantu seperti NADMA ini, menjauhkan orang kampung terpaksa mencari tempat-tempat tertentu, buat khemah sendiri. Malah baru-baru ini ada kes di mana budak kecil hampir lemas, mati. Akan tetapi terpaksa dibantu oleh penduduk kampung. Jadi harapan saya kalau boleh NADMA ini perlu panjangkan perkhidmatan mereka ke negeri Sabah khususnya di kawasan-kawasan yang sering terkena banjir. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, kalau saya benarkan semua orang ini, tidak habis fasal banjir ini. Boleh saya jawab dahulu mereka yang bertanya fasal banjir. Cadangan-cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat itu memang

baik. NADMA ini hanya satu agensi yang menjaga, hendak memberi pampasan. Akan tetapi urusan banjir adalah tiga perkara yang dikongsi iaitu, kerajaan tempatan, kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Jadi hal-hal yang bersangkut paut dengan banjir atau bencana perlu dikongsi. Jangan serahkan semata-mata kepada kerajaan pusat. Kerajaan negeri dan juga peranan kerajaan ketiga juga perlu ada peranan masing-masing. Setakat ini, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri macam di Sabah Timbalan Menteri yang jaga, sementara Jawatankuasa Pengurusan Bencana di daerah dipengerusikan oleh DO. Dia juga adalah pegawai dan juga punca kuasa kepada apa juga isu-isu keselamatan. Jadi dalam—ia perlukan satu koordinasinya. Jadi buat sementara ini NADMA tidak ada cadangan untuk dipanjangkan pegawai- pegawai ia ke daerah-daerah. Ia akan melibatkan kos yang banyak yang tidak sepatutnya. Sedangkan perkara-perkara tersebut boleh diselesaikan di peringkat negeri dan juga daerah. Setakat ini berjalan dengan begitu baik. Kalau adapun, dalam mesyuarat Perdana Menteri dengan Ketua-ketua Menteri dan Menteri-menteri Besar yang akan berlangsung pada 23 November ini, cadangan daripada Yang Berhormat Jelutong itu akan saya ambil maklum. Kita boleh bincang bersama. Akan tetapi urusan-urusan perlu dipusatkan kepada komuniti. Oleh sebab itu salah satu daripada penubuhan Civil Defence Emergency Response Team (CDERT) perlu berada di daerah dan kawasan yang terbabit umpamanya bot, kenderaan perlu berada di komuniti, proses-proses penyelamat. Ahli-ahli Yang Berhormat digalakkan untuk turut bersama seperti apa Yang Berhormat Pokok Sena sudah buat. Saya Tuan Yang di-Pertua, bila banjir ini memang banyak dapat pahala Ahli- ahli Yang Berhormat akan pergi melawat, ziarah. Kalau makanan daripada JKM lambat, kita sediakan dahulu. Betul, Yang Berhormat Pokok Sena kan? Jadi proses lambat itu bukan kerana NADMA tidak ada di daerah atau di negeri. Bermakna sistem penyampaian dan sistem keberkesanan di peringkat negeri dan juga daerah amat bagus. Cuma kita perlu perbetulkan koordinasi.

Yang Berhormat, Baling Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Muar dahulu.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Situasi banjir di Muar sangat mencemaskan kerana taburan hujan yang tinggi, longkang-longkang yang tidak digali dan pada masa yang sama, bantuan kerajaan itu tidak begitu cepat. Kerisauan saya, saya ingat sampai dua minggu lepas Yang Berhormat Menteri, banjir begitu teruk sampai saya terpaksa menempatkan dua keluarga di rumah saya sendiri di Muar. Saya kongsi pengalaman perit ini kerana sambil semua Ahli Parlimen yang lain sudah pun mendapatkan peruntukan khas kerajaan, Ahli Parlimen Pakatan Harapan saya rasa tempoh terdekat, RM600,000 dalam tempoh masa tiga bulan sahaja. Di meja kerajaan, RM3.8 juta, ada yang bagi Sabah Sarawak sampai ke RM5 juta. Di Muar Yang Berhormat Menteri, kosong ‘Ringgit Malaysia'. Saya telah pun berjumpa sendiri dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, I believe diplomacy is the way forward, tiga kali sudah jumpa...

Tuan Yang di-Pertua, ini sudah lari tajuk.

Ia berkait rapat kerana...

Biar dahulu nanti itu ICU punya hal.

Yang Berhormat Menteri.

Tidak perlu—saya faham itu.

Macam mana saya hendak selesaikan isu banjir...

Yang Berhormat Muar punya hal dengan Yang Berhormat Simpang Renggam sama. Saya cerita fasal bencana. Saya tidak mahu cloudkan—mohon izin Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Menteri...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Muar.

Macam mana saya hendak tolong orang di kawasan saya apabila mereka tidak ditempatkan, bantuan tidak disampaikan...

Tidak apa. Saya faham, saya faham. Tidak perlu kita bertengkar. Selepas ini di luar saya boleh selesaikan.

...Apabila kerajaan mendiskriminasikan Ahli Parlimen.

Yang Berhormat Menteri. Bagi Baling. Baling.

Baling? Tidak perlulah Yang Berhormat Baling. Duduk. Saya boleh handle dia.

Saya sudah berjumpa...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Muar. Yang Berhormat Muar tolong. Yang Berhormat Menteri tidak benarkan lagi Yang Berhormat Muar. Yang Berhormat Muar, tolong duduk. Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Machang ingin menanyakan mengenai Bantuan Khas Pengurusan Kematian ekoran daripada COVID-19. Kita telah belanjakan RM32.92 juta bagi waris-waris yang memohon walaupun kita maklum bahawa jangkaan kematian ini terus berlaku setakat ini sudah 30,000 mereka yang meninggal dunia ekoran daripada kematian yang dikaitkan dengan COVID-19. Mereka ini perlu memohon, dokumennya mesti lengkap dan saya sendiri telah pergi ke pejabat di mana proses itu dibuat. Saya amat berpuas hati bahawa proses yang dibuat oleh pegawai-pegawai sambilan ini, mereka ini amat cekap. Sehingga kini 6,584 waris telah pun menerima sumbangan RM5,000 ini.

Yang Berhormat Baling.

Ya, ya. Terima kasih, saya sanjung tinggi kerja yang dibuat oleh NADMA. Oleh sebab saya di antara kawasan yang kali ini lebih tujuh kali dilanda banjir besar, air tujuh hingga lapan kaki. Jadi, terima kasih kepada kerajaan di seliaan Yang Berhormat Menteri. Soalan saya, pertaining to the bayaran wang ihsan kepada mangsa banjir ini yang saya pernah bercakap dengan Yang Berhormat, cuma soalan saya sekarang ini, ada tidak boleh Yang Berhormat tidak perlu kaji lama sangat, buat satu keputusan or ketetapan, that NADMA pusat deal direct dengan all the DOs yang hadapi masalah banjir. Maksudnya, deal dengan pegawai daerah supaya bantuan tersebut dapat cepat disalurkan. Di tempat saya, Yang Berhormat Menteri, sudah enam kali banjir. Until today sir, memang ada kekangan, nama tidak sampai. Saya sudah check dengan your Yang Berhormat Timbalan Menteri, nama tidak sampai lagi sebab kita hantar ke negeri, negeri hantar ke Pusat. I think that is where the missing link is, sir. Kalau boleh, dengan izin, Yang Berhormat Menteri boleh buat pemikiran luar kotak, directly deal dengan semua pejabat daerah with the police report, you can take action immediately, sir. Thank you, sir. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, tahniah.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Terima kasih. Saya pun fikir lebih mendalam lagi daripada Yang Berhormat Baling. Kalau boleh, bencana datang hari ini, semalam sudah dapat pembayaran. Akan tetapi dana ini dana yang kita gunakan daripada Wang Amanah Disatukan, perlu ada verify. Kalau tidak, tadbir urus kita bercelaru. Justeru, kalau cadangan Yang Berhormat Baling, DO direct dengan NADMA, tidak ada hal. Kita akan cadangkan dalam mesyuarat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri pada 23 November nanti supaya cepat dapat. Saya faham, saya tidak dapat sampai ke kawasan Yang Berhormat Baling itu hari. Saya sempat jumpa Yang Berhormat Jelutong saja dekat Airport Penang. Akan tetapi hendak sampai itu sudah lewat ada dan lepas saya tidak dapat ziarah, bahagian daerah Baling tiga kali banjir. Saya pasti nama-nama ini akan bertindih antara satu sama lain. Oleh sebab itu perlu ada verifikasi daripada pegawai-pegawai yang berwajib bagi memastikan mereka ini dapat bantuan yang cepat. Saya faham, sudah kena bencana, kalau boleh hendak dapat cepat daripada yang– sudahlah kita kena sengsara, lambat pula dapat. Itu yang menjadi priority kita di NADMA. Isu SEPADU, Yang Berhormat Alor Gajah mencadangkan Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 dilaksanakan dengan kerjasama semua kementerian bagi meningkatkan status sosioekonomi Bumiputera. Penglibatan kesemua kementerian dalam pelaksanaan Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 (TBP2030) sebenarnya telah pun bermula semenjak dari fasa pembangunan rangka kerja TBP2030 yang sudah pun dimulakan sewaktu Yang Berhormat Alor Gajah adalah Menteri Tugas-tugas Khas sebelum saya. TERAJU selaku agensi yang dimandatkan oleh Majlis Kemakmuran Bumiputera bagi membangunkan TBP2030 telah menjalankan sesi sindikasi dan libat urus bersama 31 kementerian, agensi kerajaan, pemain industri, di antaranya MOF, JPM, EPU, MOSTI, MAFI, MIDEC, daripada April hingga Julai 2021 yang melibatkan hampir 700 orang pekerja dan individu berkepentingan. Di samping itu juga, satu sesi pemantapan bersama kementerian, agensi kerajaan serta pemegang taruh Bumiputera yang lain turut dijalankan bagi mendapatkan maklum balas mengenai program pembangunan dan inisiatif yang telah dikenal pasti di bawah TBP2030. Yang Berhormat Segambut, Yang Berhormat Pengerang, Yang Berhormat Kubang Pasu dan Yang Berhormat Kulai, empat orang Ahli-ahli Yang Berhormat ini menyentuh khusus mengenai Yayasan Keluarga Malaysia. Sebuah yayasan yang telah pun dibentangkan di Jemaah Kabinet minggu lepas, penubuhannya dan strukturnya telah pun diluluskan di Kabinet. Yang Berhormat Segambut menanyakan kewajaran penubuhan Yayasan Keluarga Malaysia. Yang Berhormat Pengerang mencadangkan Ahli Parlimen diberikan peranan untuk mengendalikan program-program yang melibatkan dana YKM. Yang Berhormat Kubang Pasu mencadangkan agar penyaluran dana bantuan melalui yayasan ataupun NGO yang sedia ada. Sementara Yang Berhormat Kulai mencadangkan agar bantuan YKM diberikan sehingga anak yatim melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi. Nasib kanak-kanak dan remaja yang kehilangan ibu atau bapa atau penjaga atau kedua-duanya Tuan Yang di-Pertua, ekoran pandemik COVID-19 telah mendapat perhatian serius sejak pandemik melanda seluruh dunia. Oleh itu, Yayasan Keluarga Malaysia ditubuhkan sebagai pelengkap pada usaha-usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi melindungi kanak-kanak kehilangan ibu bapa dan penjaga akibat COVID- 19 dengan memfokuskan kepada aspek kebajikan dan perkembangan sosial kanak-kanak tersebut.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHPermatang Pauh

Boleh celahan sedikit, Yang Berhormat?

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHPermatang Pauh

Saya juga bangkitkan sebenarnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Ada, ada. Saya lupa hendak sebut Yang Berhormat Permatang Pauh.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHPermatang Pauh

Ada jawapannya? Boleh saya bertanya sekali?

Boleh, boleh. Sila.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih. Ada tiga perkara yang saya bangkitkan berkaitan dengan Yayasan Keluarga Malaysia. Pertama adalah hanya lebih kurang satu peratus daripada isi rumah yang mempunyai kanak-kanak, tidak termasuklah yang telah mengalami kehilangan ibu dan ayah akibat COVID-19. Akan tetapi hanya satu peratus daripada keseluruhan isi rumah yang mempunyai kanak-kanak menerima bantuan oleh kerajaan menerusi pelbagai kementerian. Kedua adalah penggunaan Paras Pendapatan Garis Kemiskinan. Bila guna bawah daripada RM2,208, maksudnya ratusan ribu isi rumah memang ia terkeluarlah. Jadi, saya hendak tanya... Ketiga, sorry. Isu ketiga itu saya bangkitkan, tidak perlu ada Yayasan Keluarga Malaysia kerana memang sudah ada banyak organisasi, badan-badan bukan kerajaan, termasuklah yayasan yang bergerak di bawah ini. Bagaimana kerajaan boleh memastikan mereka menerima geran padanan? Oleh kerana semasa COVID-19, mereka menjadi tulang belakang kepada penurunan bantuan kebajikan. Jadi, saya hendak tanya, memandangkan saya minta secara khusus supaya PGK 2019 diguna pakai bagi penurunan bantuan. Kalau tidak, ramai sangat yang akan tercicir, ratusan ribu ini kerana B40 sudah jadi B60 kan, Yang Berhormat? Bila masa tercicir, apakah ini akan diambil kira dalam target kita untuk memakmurkan bumiputera? Ini kerana pada saya, memang jurang akan bertambah besar lagi kalau kita tidak guna pakai. Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Saya ucap banyak-banyak terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Sewaktu Yang Berhormat duduk di Lembah Pantai pun perkara yang sama juga Yang Berhormat sentiasa ungkapkan. Yang Berhormat begitu prihatin dan amat dekat dengan mereka yang deprived of love, dengan izin Tuan Yang di- Pertua, kasih dan sayang ini amat penting. Kalau kita tidak ada kasih, sayang dan ihsan, tidak mungkin kita berada sebagai Ahli-ahli Yang Berhormat. Apa pun yang dicadangkan oleh Yang Berhormat itu akan kita ambil kira. Ada cadangan bahawa kenapa perlu ada YKM ini? Kerajaan kuat berpendapat bahawa YKM ini tidak akan mengganggu gugat atau menjejaskan mana-mana agensi atau NGO yang memang sudah buat kerja dan rapat dengan mereka ini. Yang Berhormat Permatang Pauh juga tanya JPM mengenai MySPC, bagaimana data-data– sekarang data-data ini sedang kita bangunkan. Memang kita perasan antara perkara-perkara yang kita bincang dalam Kabinet adalah bagaimana data yang berselerak ini, yang dipunyai kadang-kadang oleh NGO dan ia tidak berkongsi dengan JKM umpamanya atau ia tidak berkongsi dengan the third level of government. Third level of government pun ada juga yayasan-yayasan yang menjaga dan adalah pemegang taruh kepada dana-dana tersebut.

Jadi, apabila dana-dana tersebut dan mereka yang terlibat dalam social protection network ini yang MySPC ini dipengerusikan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya yakin bila data ini sudah ada, Yang Berhormat boleh ada akses kepada data tersebut. Ia dibangunkan secara internal oleh Jabatan Perdana Menteri di bawah ICU. Kalau ada apa- apa hal, Yang Berhormat Permatang Pauh boleh berhubung direct dengan saya. Saya boleh bantu.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih Yang Berhormat. Boleh saya tanya satu daripada jawapan tersebut? Yang follow-up merupakan isu PGK, kerana saya minta kalau kita guna pakai dalam pemberian bantuan dan sekiranya tidak menggunakan RM2,208 bagi isi rumah itu, walaupun kita dah putuskan tahun 2019, berapakah jumlah secara keseluruhan isi rumah yang memang terkeluar daripada penerimaan bantuan? Terima kasih Yang Berhormat. Kalau boleh beri secara bertulis pun okey.

Okey, okey. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat Permatang Pauh.

Tuan Yang di-Pertua

Masa Yang Berhormat tinggal kurang dua minit lagi.

Saya ingat dah complete, Tuan Yang di- Pertua.

Puan Hannah YeohDAP · PHSegambut

Tuan Yang di-Pertua, minta penjelasan.

Yang Berhormat Segambut tadi saya ada sebut.

Puan Hannah YeohDAP · PHSegambut

Ya.

Puan Hannah YeohDAP · PHSegambut

Isu yang dibangkitkan oleh saya untuk Yayasan Keluarga Malaysia. Yang Berhormat Kubang Pasu dan saya ada bangkitkan mengenai pembaziran kerana sekarang ini YKN sudah ada staf, sumber manusia yang boleh mengendalikan isu anak yatim piatu. Kalau kita ada yayasan baharu, sewa pejabat, semua itu akan memakan kos untuk kerajaan. Jadi, Yang Berhormat Menteri belum jawab mengenai aspek itu. Yang Berhormat Menteri hanya kata melengkapkan slogan baharu ini. Yang keduanya, saya hanya nak dapatkan penjelasan, Yayasan Keluarga Malaysia ini sekarang adalah untuk anak yatim piatu yang terkesan akibat COVID-19 tetapi ada banyak data ibu bapa yang meninggal, dia mungkin bukan berpunca daripada COVID-19 tetapi mati kerana long COVID. Jadi, bagaimanakah Yayasan Keluarga Malaysia akan mengendalikan kes seperti ini? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Muar. Yang Berhormat nak beri Yang Berhormat Muar sekali?

Nanti. Saya jawab dahulu sebab tadi saya nak jawab Yang Berhormat Segambut tetapi saya sudah diganggu mesra oleh Yang Berhormat Permatang Pauh... [Ketawa] Sudah ada sudah jawapan ini.

Tuan Yang di-Pertua

Ringkaskan.

Panjang sedikit. Ia tidak melibatkan ofis semua sebab urusan Yayasan Keluarga Malaysia ini urusan di bawah SEPADU. Kita sudah ada pegawai over and above. Pejabat pun tidak perlu kerana pejabat sedia ada boleh digunakan. Okey, Yang Berhormat Segambut?

Puan Hannah YeohDAP · PHSegambut

Gaji CEO ada atau tidak? Ada atau tidak tenaga kerja yang akan dilantik untuk menerajui?

CEO of SEPADU is Jusa C. Dia merupakan sekretariat kepada Yayasan Keluarga Malaysia.

Puan Hannah YeohDAP · PHSegambut

Bermaksud pegawai kerajaan sedia ada...

Puan Hannah YeohDAP · PHSegambut

...Akan memangku?

Puan Hannah YeohDAP · PHSegambut

Okey.

Okey. Ia tidak melibatkan kos lain. Dan RM25 juta itu, initial grant itu, adalah tidak akan berulang dan kita harap NGO dan badan- badan sukarela yang lain boleh contribute bagi memastikan yang dana tersebut boleh berkembang. Yang Berhormat Muar.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Muar.

Yang Berhormat Menteri, pada 23 September di dalam Dewan yang mulia ini, Timbalan Yang Berhormat Menteri telah pun jawab bahawa semua Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang akan diberikan peruntukan bagi empat bulan yang terakhir. Ini diminitkan di dalam Dewan. Kalau tidak, boleh dikenakan tindakan tatatertib, Peraturan Mesyuarat 36(12). Akan tetapi, ini sudah masuk bulan yang kesebelas tetapi satu sen lagi belum diturunkan. Saya faham mungkin Yang Berhormat Menteri baik orangnya tetapi bila dikatakan, “Bincang di luar”, saya cuma nak diminitkan, direkodkan dalam Dewan ini. Saya sudah berjumpa dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tiga kali, diberikan komitmen bertulis juga tetapi sudah masuk bulan 11, orang Muar tidak dapat satu sen lagi. Ini berkenaan dengan banjir, Yang Berhormat Menteri, kerana apabila orang susah di Muar, saya yang kena jawab, kena letakkan di rumah saya, keluarkan duit, tetapi kerajaan tidak membantu. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Dia sudah main rekod ini sudah banyak kali sudah. Saya nak pastikan, kalau ada masa, saya akan berjumpa dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kita sudah bersetuju seperti apa yang dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan saya, bahawa konsep ar-rahman dan ar-rahim ini akan terus kita praktikkan. Kita sudah sign MoU, walaupun ada yang tidak sign MoU, kita akan bagi kepada semua. Akan tetapi, apabila Yang Berhormat Muar jumpa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, dia ada prosedurnya, Yang Berhormat. ICU punya KP kena buat memo, hantar surat kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pula akan bersetuju. Yang Berhormat dahulukan Menteri, faham the governance of it.

Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, masa sudah tamat, Yang Berhormat.

Insya-Allah, kita akan selesaikan dalam masa terdekat.

Yang Berhormat, governance dia kalau tak boleh berikan, jangan jawab dalam Dewan.

Lain-lain yang tidak dapat saya jawab, saya minta, Tuan Yang di-Pertua, saya jawab secara bertulis...

Soalan APM, Yang Berhormat Menteri. Angkatan Pertahanan Awam.

...Termasuk kepada Yang Berhormat Hulu Langat. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak). Masa 40 minit, Yang Berhormat.

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity OngkiliPBS · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) · Kota Marudu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Syabas dan tahniah kerana mendapat anugerah...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat boleh buka pelitup muka, Yang Berhormat.

...Atas jasa kepada negara.

Buka mask, buka mask. Yang Berhormat Menteri, boleh buka mask.

Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan untuk merakam ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Semporna, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Kota Kinabalu, Yang Berhormat Keningau, Yang Berhormat Sibu, Yang Berhormat Penampang, Yang Berhormat Sepanggar yang ada di sini serta juga Yang Berhormat Igan yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2022 di peringkat dasar, yang menyentuh hal kepentingan negeri Sabah dan Sarawak, khasnya perkara-perkara yang berkaitan di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak). Saya ingin mulakan penggulungan pada hari ini dengan memaklumkan secara ringkas mengenai status berhubung dengan Majlis Khas MA63 yang banyak kali disentuh oleh beberapa Ahli Yang Berhormat serta juga jawatankuasa-jawatankuasa yang ditubuhkan di bawahnya. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pada 18 Oktober 2021 yang lalu, Majlis Khas MA63 telah bersidang buat kali ketiga dan telah mengorak sekali lagi kejayaan di mana beberapa keputusan penting telah berjaya dicapai dalam mesyuarat tersebut. Antaranya, berhubung tuntutan negeri Sabah mengenai perkara-perkara penangkapan ikan, penangkapan laut dan muara telah dipertimbangkan syor dan dikemukakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Majlis Khas supaya empowerment pelesenan perikanan laut dilaksanakan oleh MAFI dengan Jabatan Perikanan Sabah. Inisiatif ini juga telah selesai sepenuhnya, selewat-lewatnya harus boleh dilaksanakan pada Disember. Majlis Khas juga dengan inisiatif empowerment ini telah diperluaskan pada Jabatan Perikanan Laut Sarawak atas permintaan Kerajaan Negeri Sarawak sewaktu mesyuarat berlangsung.

Selain itu Majlis Khas bersetuju supaya rang undang-undang pindaan antara tujuan meminda Artikel 1(2) dan juga Artikel 160(2) mengenai tafsiran ‘Persekutuan’ dipertimbangkan oleh Kabinet antara diluluskan untuk dibentangkan pada Mesyuarat Parlimen ini yang mana bacaan pertama telah pun dilakukan dan dijangka untuk bacaan kedua setelah kita selesai meluluskan bajet bagi tahun hadapan. Diharap Ahli-ahli Yang Berhormat bukan sahaja berbahas tetapi menyokong apa yang akan dibentangkan. Yang Berhormat Menteri Undang-undang JPM dalam penyampaian penggulungan nanti beliau juga boleh menjawab jika ada lagi soal-soal yang perlu dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Manakala masalah lain yang memerlukan tindakan...

Boleh mencelah? Boleh mencelah? Tuaran.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri di depan. Yang Berhormat Tuaran.

Yang Berhormat Tuaran, awal juga.

Yang tadi sahaja.

Boleh? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berkenaan dengan pindaan Perlembagaan, Artikel 1(2) dan juga Artikel 160. Antara perkara yang sangat penting di situ ialah bahawa pindaan ini dibuat untuk mencerminkan bahawa Sabah, Sarawak dan Semenanjung ini adalah equal partner. Akan tetapi apabila dipinda Artikel 160 iaitu memberi definisi kepada takrifan ‘Persekutuan’, maka dia mengatakan bahawa draf yang telah disediakan itu akan menunjukkan bahawa Sabah, Sarawak dan Semenanjung itu bukan pula mencerminkan, ia adalah equal partner tetapi akan perlihatkan bahawa Sabah dan Sarawak hanyalah salah satu dari negeri. Pertanyaan saya kepada Yang Berhormat sebagai Menteri yang menjaga hal ehwal Sabah dan Sarawak ialah adakah Yang Berhormat Menteri telah mengkaji cadangan pindaan tersebut? Apakah Yang Berhormat Menteri bersetuju bahawa pindaan yang dibuat itu tidak akan mencapai matlamat hasrat pindaan yang dibuat pada Artikel 1(2) tersebut? Mohon penjelasan, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, sebenarnya saya rasa Yang Berhormat mendahului perbahasan pindaan yang dicadangkan itu. Saya rasa kita perlu– kita tidak boleh berbuat demikian. Kita perlu tunggu perbahasan...

Saya tahu Tuan Yang di-Pertua, tetapi ini Menteri bertanggungjawab untuk tujuan ini. Tanggungjawab dia sangat besar sebab itu sebagai Menteri, saya mahu bertanya adakah kementerian ini ataupun pihak Yang Berhormat sebagai Menteri mengkaji perkara ini sebelum dan memberi input kepada Yang Berhormat Menteri Undang-undang sebelum dicadangkan.

Tuan Yang di-Pertua

Soalan itu okey, soalan itu...

Saya ingat itu tidak salah. Kalau tidak kenapa diwujudkan kementerian ini ataupun unit ini jika...

Tuan Yang di-Pertua

Soalan, Yang Berhormat...

...Sekiranya tidak mengkaji perkara tersebut.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat soalan tentang...

Tidak perlu tunggu yang itu Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Soalan tentang kajian saya benarkan, tetapi soalan tentang definisi dan takrifan itu...

Tidak, saya tidak mahu tanya definisi. Saya mahu tanya dia apa kerja yang telah dibuat oleh kementerian ini untuk memberi input itu. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Menteri.

Okey, tambahan Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Sepanggar. Sabah juga ini, sini-sini.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Yang Berhormat Sepanggar dulu, Yang Berhormat Sepanggar dulu lepas itu Kota Kinabalu.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sepanggar di depan sini.

Sepanggar dulu. Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. With regards to apa yang telah disebut oleh Yang Berhormat Tuaran tadi mengenai Artikel 1(2). Saya yakin dalam konsep perbincangan di dalam Kabinet, apa yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang tentang apa yang telah dibacakan first reading itu.

Saya masih ingat dahulu sewaktu ia dibentangkan di dalam Parlimen yang sama sewaktu Kerajaan Pakatan Harapan, ia telah ditolak atas dasar kerana tidak ada perkataan ‘pursuant to Malaysia Agreement 1963’. Akan tetapi sedarkah Yang Berhormat Menteri atau adakah Yang Berhormat Menteri setuju apabila kertas ini dibacakan oleh Yang Berhormat Menteri Undang-undang baru-baru ini tidak ada langsung disebut perkara itu. Jadi persoalan saya, adakah Yang Berhormat Menteri sedar perkara ini? Jika sedar kenapa ia ditolak dahulu. Kalaulah dahulu tidak ditolak mungkin rang undang- undang ini telah pun diluluskan dua tahun yang lepas. Jadi minta komen daripada Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri terpulang kepada Yang Berhormat Menteri lah ya, sama ada menjawab atau tidak.

Okey last, Yang Berhormat Kota Kinabalu then saya fokus kepada apa yang dibangkitkan dalam ucapan perbahasan.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Terima kasih. Ya, Yang Berhormat Menteri apa yang saya hendak tanya itu kan, saya hendak tanya untuk pindaan Perlembagaan. Saya khusus kepada penyemakan semula yang selaras dengan Artikel 112D di Perlembagaan iaitu pengembalian 40 peratus net revenue yang dari Sabah yang dikembalikan kepada Sabah. So, sama ada kerajaan yang sekarang ini akan menyemak semula pemberian khas tahunan kepada Sabah. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Pemberian khas. Untuk makluman Yang Berhormat Kota Kinabalu dan juga Ahli-ahli yang lain, soal pemberian khas di bawah Artikel 112D sebenarnya ini sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan di mana Sabah diwakili oleh Menteri Kewangan II dan Sarawak pula diwakili oleh Timbalan Ketua Menteri dengan pegawai-pegawai tertinggi. Sebenarnya sudah pun dipanggil mesyuarat dua bulan yang lalu tetapi Sabah dan Sarawak, kedua-duanya yang telah minta ditundakan. Maka mesyuarat yet to be called dan Menteri Kewangan yang mempengerusikan jawatankuasa tersebut mengatakan selesai sahaja belanjawan nanti, dia akan panggil meeting dan saya pun duduk dalam committee sebagai more or less supervising lah dalam hal ini. Saya cukup yakin dalam isu Artikel 112 yang mana kedua-dua negeri have been applying the pressure dan we also address the 40 percent issues. So, sabar-sabar. I think we should have something to report to Parliament secepat mungkin after the first, two meetings. Bagi Yang Berhormat Tuaran additional soalan bersama dengan Yang Berhormat Sepanggar. I think ini telah sebahagian dibincangkan, salah satu daripada segi pembentangan pertama dan banyak peluang nanti berbahas di bawah second reading, okey. Akan tetapi ini gone through the Majlis berbincang dengan lama dan nanti dalam sesi seterusnya selepas saya more technical aspect daripada segi perundangan bolehlah nanti tanya saudara kita, Menteri Parlimen dan Undang-undang nanti. Akan tetapi memang seperti Yang Berhormat Sepanggar sentuh tadi, ini telah dibincangkan lama dan I think apa yang dibentangkan adalah belum dibentangkan sebelum ini. So, peluang adalah untuk MP Sabah, MP Sarawak dan semua untuk memberi pandangan yang terbaik daripada segi perundingan yang telah dilakukan oleh AG Sabah, AG Sarawak dan juga Federal AG. Kami cukup yakin bahawa sole interest of Sabah and Sarawak have been taken care. It is of course much better dan sewaktu dibentangkan oleh PH and you can have do you say. Seterusnya manakala lain-lain masih memerlukan tindakan lanjut untuk dilaksanakan seperti pindaan kepada dasar-dasar pindaan pada undang-undang pada peringkat Persekutuan ataupun peringkat negeri sebelum keputusan-keputusan dapat dilaksanakan sepenuhnya. Seperti contoh, I think Yang Berhormat Kota Kinabalu you are very familiar on this, a lot need to be taken up daripada segi perubahan dasar dan perubahan undang-undang seperti isu electricity SESB.

Terdapat empat undang-undang yang perlu dipinda, digubal di peringkat Persekutuan dan juga empat juga enakmen that need to be tabled at the Dewan Undangan Negeri seperti misalnya Akta Bekalan Elektrik Sarawak 1970, Energy Commission Act 2001, Renewable Energy Act 2011, Sustainable Energy Development Authority 2009. Semua ini kita perlu kasi keluar Sabah from the list, okey. Just like in the case of Akta Bekalan Elektrik 1970. In the act they say “...this Act does not apply to Sarawak.”. That is because it has to come here— to here. So, this is going to be a painful process and then— So, be patient. Then, the government will change both Sabah and Federal. So, do not blame us of who have been assigned to— I think Yang Berhormat api- api, you know the situation. Yes, anything else?

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Ya. Yang Berhormat Menteri. So, saya hendak mendapatkan satu confirmation sama ada pengembalian SESB akan diteruskan oleh kerajaan sedia ada supaya Yang Berhormat Kinabatangan selaku Menteri Pembangunan Infrastruktur di Sabah boleh menjaga aset-aset ini? Terima kasih.

Ya. Dalam perkara ini satu daripada jawatankuasa yang telah kita tubuhkan adalah infrastruktur asas untuk Sabah. So, unlike the previous government, the focus was mainly on complaints and non- compliance and so forth. Akan tetapi, kita tubuh jawatankuasa yang lebih luas. We tubuhkan misalnya on the subject matter on the PTI. Kita tubuh jawatankuasa on immigration issue dengan PTI. Of course, next is jawatankuasa daripada segi pembangunan infrastruktur. When talking about infrastructure, kami tekankan adalah isu digital infrastructure, jalan raya infrastructure, education infrastructure dan seterusnya adalah pendidikan. So, untuk ini akan dipengerusikan oleh Menteri, EPU dalam hal ini. So, Menteri-menteri bolehlah...

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya minta pencerahan? Boleh jelaskan sedikit?

Still a little bit more.

Just a short one. Sedikit sahaja.

Okey, last Yang Berhormat Tuaran.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri telah bercakap tadi tentang hal-hal pendigitalan juga. Ini bererti bahawa ada kaitan dengan hal-hal internet di Sabah dan sebagainya. Baru-baru ini kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk menjual sepenuhnya ekuiti dalam hal yang berkaitan dengan Common Tower Technologies Sdn. Bhd. ini. Ia telah dijual kepada sebuah syarikat di semenanjung. Ini bererti bahawa kerajaan negeri tidak lagi memiliki aset ini— Common Tower Technologies Sdn. Bhd.. Ini ada kena mengena dengan hal internet connectivity di Sabah diserahkan kepada sini. Jadi, ini kepentingan negeri. Adakah Yang Berhormat sebagai Menteri yang bertanggungjawab tentang hal Sabah dan Sarawak telah dimaklumkan tentang perkara ini? Oleh sebab ini berkenaan hak Sabah. Keduanya, persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Kinabalu tadi tentang SESB. Yang Berhormat Menteri tidak berapa jelas menjawab— adakah Yang Berhormat Menteri sokong supaya perkara ini diteruskan dengan apa yang dibuat oleh kerajaan terdahulu iaitu kita serahkan kepada kerajaan negeri. Yang Berhormat Menteri belum jawab itu. Boleh mohon penjelasan? Terima kasih.

Satu mengenai soal Common Tower Technologies Sdn. Bhd., ini adalah hal kerajaan negeri. Kita tidak terlibat dalam perkara ini. Seharusnya ada perjumpaan dengan Pengerusi Common Tower Technologies Sdn. Bhd. tetapi tidak menjadi. Saya hanya dengar sepertimana...

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadenUMNO · BNKinabatangan

Boleh mencelah Yang Berhormat Menteri?

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kinabatangan.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadenUMNO · BNKinabatangan

Kinabatangan.

Yang Berhormat Kinabatangan? Okey. [Ketawa]

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadenUMNO · BNKinabatangan

[Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ya saya terdengar Ahli Parlimen Tuaran menyatakan bahawa kerajaan negeri— Common Tower Technologies Sdn. Bhd. (CTTSB) telah menjual semua 100 peratus. Sebetulnya tidak betul. Ini penjualan cuma 40 peratus dan ia dibenarkan. Business as usual, berniaga. Jadi apabila berniaga, memang di mana-mana pun GLC ia ada partner. Ini bukan perkara baharu. Jadi saya membantu Yang Berhormat Menteri untuk menyelesaikan perkara ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Sebenarnya tak sepatutnya...

Yang Berhormat Kinabatangan, Timbalan Ketua Menteri Sabah. So, tepatlah beliau yang menjawab— mengambil peluang untuk menjawab perihal tersebut iaitu maklumat diberikan kepada pihak awam begitu...

Tuan Yang di-Pertua

Hal negeri itu.

Okey, now seterusnya, berhubung dengan empat perkara berkaitan minyak dan gas...

SESB. Belum dijawab lagi. SESB...

Mahu diserahkan atau tidak. Kita mahu bagi kepada...

Okey. Unit bahagian kita di JPM telah pun diberi mandat untuk membantu Sabah dalam perkara ini. Dalam perbincangan pihak Kementerian Tenaga dan Sumber Asli dan juga bahagian kita di JPM, maklumat yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Sabah ialah memang mereka mahu take over SESB. Akan tetapi, dalam suatu keadaan yang perlu dihalusi daripada segi costing dan seterusnya. Juga dengan akta yang perlu iaitu empat enakmen yang perlu dibentuk, ia akan menggunakan— mereka telah meminta tiga tahun untuk menyelesaikan. Saya yakin dalam tempoh dua tahun boleh ini dicapai. Memang pricing is important dalam perkara ini dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli masih dalam proses perbincangan. Pihak kita akan membantu dalam perkara ini tetapi komitmen ialah negeri Sabah wants it tetapi they want more time to look at the costing and what it will cost Sabah in particular. Okey, daripada segi royalti minyak dan pembayaran tunai petroleum, mineral minyak dan medan minyak, Akta Laut Wilayah 2012, juga hak negeri dalam pelantar benua khususnya empat perkara ini— kesemua perbincangan berkaitan dengan perkara- perkara ini telah ditangguhkan untuk sementara waktu bagi memberi laluan kepada penyelesaian secara komersial. Okey, mengenai minyak dan gas yang sedang berbincang dengan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Sabah, Kerajaan Negeri Sarawak dan PETRONAS. Kerajaan Negeri Sarawak telah menandatangani perjanjian-perjanjian perlesenan secara komersial, penyelesaian secara komersial pada 7 Disember bersama dengan PETRONAS. Manakala, perbincangan dengan Kerajaan Negeri Sabah dijangka akan bermula dalam secepat mungkin setelah Bajet 2022 akan selesai. Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Kota Kinabalu dan juga Yang Berhormat Keningau juga membangkitkan perkara berkaitan pemberian khas. Saya juga

telah sentuh tadi. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, rundingan berhubung semakan pemberian khas akan disambung semula oleh kerajaan dalam jawatankuasa- jawatankuasa bersama (JCC) yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan. Buat masa ini, kadar bayaran khas di bawah Perkara 122D Perlembagaan Persekutuan adalah berdasarkan kepada amaun yang termaktub dalam Perintah Khas Semakan Pertama pada tahun 1969 yang mana ditetapkan sebagai kali terakhir bagi negeri Sabah RM2.7 juta, RM16 juta ditetapkan untuk Sarawak.

Pertama, pada tahun 1969 yang mana ditetapkan sebagai kali terakhir bagi negeri Sabah RM2.7 juta, RM16 juta ditetapkan untuk Sarawak. Jadi, apabila committee ini duduk bermesyuarat dan berbincang, saya yakin memang daripada segi formula itu akan diumumkan dan juga apa yang akan ditetapkan untuk rate baru kepada Sabah dan Sarawak. Seterusnya Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Pulai, Yang Berhormat Sibu telah membangkitkan mengenai isu keperluan Sabah dan Sarawak berhubung infrastruktur, juga sedikit Yang Berhormat Kota Kinabalu telah sentuhkan tadi jalan raya, bekalan air, elektrik dan baik pulih sekolah-sekolah daif juga. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perkara ini sedang dibincangkan dan ditelitikan di bawah Jawatankuasa Sosioekonomi di mana input-input berkaitan telah pun dibentangkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak dan juga [Tidak jelas] mesyuarat tersebut. Input-input tersebut telah pun juga diambil kira oleh pihak Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dalam persiapan Rancangan Malaysia Ke-12 yang mana sepertimana kita katakan first time ever dalam Rancangan Malaysia Ke-11. Sebelum ini fokus satu chapter. Chapter seven untuk kedudukan Sabah dan Sarawak dan keperluan daripada segi infrastruktur yang diperlukan. Seterusnya akhirnya, Jawatankuasa Kerja Keselamatan Sabah dan Sarawak pun terus dibincangkan di dalam jawatankuasa untuk memperkasakan kawalan sempadan darat di Sabah dan negeri Sarawak. Kementerian Dalam Negeri telah membentangkan pelan strategik untuk mempertingkatkan dan memperkukuhkan kawalan sempadan khususnya melibatkan sempadan darat di Sabah dan Sarawak. Juga strategi yang dirangka bukan sahaja merangkumi penambahan baik kepada perolehan hasil strategik melainkan juga ialah untuk pembinaan infrastruktur pos kawalan sempadan yang baru serta penambahbaikan infrastruktur daripada segi Pasukan Gerakan Am, Polis Diraja Malaysia. Kami dimaklumkan misalnya bahawa tiga kem besar yang bakal di buat sebanyak dua di Sabah dan satu di Sarawak untuk menjaga semua cabaran-cabaran dari segi border control. Yang terakhir mengenai dengan hal yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuaran bahawa iaitu perihal Borneo Court. Saya hanya tekankan di bawah PH, ini was dropped daripada segi discussion point you know kerana pandangan Kerajaan PH pada waktu itu ialah bahawa this can be done and settled administratively. When kita dalam kerajaan yang sekarang ini I did not agree to that, I said no, it’s one thing to just discuss, discuss and bukan senang dealing matters of court issues in contempt. So, maka dalam hal ini, AG Sabah dan AG Sarawak dan juga AG Federal sudah memulakan perbincangan dengan perkara ini dan hal-hal yang ada kaitan dengan kuasa yang diberi dalam Perlembagaan kepada TYT daripada segi appointment judicial commissioner ini dalam proses untuk dibincangkan dan tidak lama lagi mereka akan lapor balik kepada majlis khas itu sekadar yang saya boleh sentuh dalam perkara ini.

Sedikit penjelasan Yang Berhormat untuk kali itu.

Okey all right. Yang Berhormat dalam soal itu, persoalan senang sahaja, iaitu adakah pindaan tahun 1994 itu valid ataupun tidak? Itu persoalannya? Dalam lain perkataan, kuasa TYT untuk melantik

Judicial Commissioner di Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak telah ditarik balik oleh Parlimen. Akan tetapi, there was no concurrent from the state. Persoalan itu yang ditanya hari itu. Jadi, pada pandangan Yang Berhormat sebagai Menteri yang menjaga Hal-hal Sabah dan Sarawak ini, adakah pindaan itu ataupun rang undang-undang itu valid ataupun tidak sebab tidak ada concurrent. Hari itu Yang Berhormat Menteri Undang- undang menyatakan go and test in court, itu kenyataan dia. Itu yang dia punya recommendation. Itu persoalan kita? Kedua ialah langkah seterusnya kita pindah sahaja, alihkan kepada, kembalikan kuasa TYT itu. Persoalannya, bila mahu dibuat? Terima kasih.

Saya ambil perhatian kepada concern tapi sepertimana saya katakan tadi, hal ini mesti dalam proses perbincangan oleh pihak AG Sarawak, pihak AG Sabah dan juga AG Federal dan belum ada keputusan. Mereka sedang dalam proses meneruskan perbincangan dan nanti mereka akan lapor kepada Majlis Khas mengenai pandangan dan juga ketetapan yang bakal dibuat oleh pihak kerajaan. So it is too early from- dalam perkara ini tetapi dalam tindakan, dalam proses yang sedang berjalan. Seterusnya akhirnya, kepada - saya rasa begitu isu-isu yang perlu saya perlu jawab pada saat ini. Memang ada yang disentuh mengenai yang saya harap Ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak lebih proaktif dalam hal-hal dan jangan senang untuk dipengaruhi politik keseluruhan. Misalnya beberapa Ahli Yang Berhormat mengatakan Sabah, Sarawak dijajah oleh Putrajaya. I think kata-kata macam ini adalah sesuatu yang sebagai- peringkat kita, we should be very careful dari segi itu. Sebab you have been in government, sebahagian Ahli- ahli Yang Berhormat have been in the government, Deputy Ministers who were in this, kita ada bukti bahawa Putrajaya menjajah kepimpinan dan leadership in Sabah dan Sarawak. I think we need to be careful on this, and we need to help to- especially di bawah kerajaan yang sekarang di bawah Keluarga Malaysia. This is a time for us to help make the country work other than- at the same time kita terlibat dari segi membakar api yang saya pun, tidak harus timbul.

Yang Berhormat Menteri, penjelasan-penjelasan.

I think cukuplah Yang Berhormat. Saya tahu Yang Berhormat ada hati yang baik dengan tujuan tetapi you got to be careful juga. Sempat kita bilang mengatakan bahawa ini Putrajaya adalah menguasai Sabah dan Sarawak.

Okey, Yang Berhormat. Saya minta penjelasan tentang isu ini. Saya minta penjelasan.

Okay, can we really see that – okay, last, last.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Isu-isu mengenai keluar dari Malaysia, kita tidak sebut bahawa kita ingin keluar dari Malaysia. Apa yang kita sebutkan di dalam Dewan yang mulia ini, berkenaan dengan treatment by the Federal Government to the states of Sabah dan Sarawak. Perkara ini sudah berlarutan hampir 58 tahun Yang Berhormat Menteri. Hari ini Yang Berhormat Menteri yang menjaga hal ehwal Sabah datang dari Sabah, yang menjaga hal ehwal undang-undang datang dari Sarawak. Jadi, kalau kita masih lagi bercerita tentang isu ini pada ketika pemimpin Sabah sudah berada di Sabah dan Sarawak, jadi kita tidak boleh mempersalahkan Putrajaya lagi sebab kebodohan kita selaku pemimpin Sabah. Itu sebabnya apa yang kita sebutkan di dalam Dewan Rakyat ini, Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan peruntukan yang ada.

Tadi disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri, ada peruntukan diturunkan kepada Sabah berjumlah RM5 bilion. Yang Berhormat Kinabatangan ada di sini. Akan tetapi tidak semua RM5 bilion ini dibelanjakan keseluruhannya. Itu yang kita sebut, kita desak Kerajaan Persekutuan mengubah sistem lapuk ini, serahkan peruntukan ini kepada negeri Sabah supaya tidak ada isu lagi berkenaan jika peruntukan tidak habis dibelanjakan. Perlu disalahkan kerajaan negeri kalau tidak habis dibelanjakan. Persoalan ini Yang Berhormat Menteri sudah lama. Setiap RM5 bilion yang telah diperuntukkan kepada Sabah, tidak pernah habis dipakai. Sudahlah kita sebut RM5 bilion tidak cukup, tidak sesuai dengan sumber KDNK negeri Sabah yang kita sediakan kepada Kerajaan Persekutuan. RM5 bilion yang diberikan setiap tahun pun tidak habis dibelanjakan. Yang Berhormat Menteri, itu yang kita minta selaku Menteri yang berasal dari Sabah, perjuangkan perkara ini. Sebutkan di dalam Kabinet, serahkan, kena buat satu reformasi pentadbiran agar peruntukan sewajarnya diberikan sepenuhnya kepada Sabah dan Sarawak. Terima kasih.

Tambahan sedikit lagi Yang Berhormat. Tambahan sedikit hal itu.

Tuan Yang di-Pertua

Masa hendak tamat sudah. Yang Berhormat Tuaran sudah banyak kali dah.

Sedikit sahaja. [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Yang di-Pertua

Cukuplah, cukup, cukup. Yang Berhormat, tolong. Kita semua tahu sudah isu itu. Beri Yang Berhormat Menteri ringkaskan dan buat penggulungan. Maaf. Yang Berhormat Menteri, mikrofon, mikrofon.

Pendek sahaja. Tambahan pada yang – minta maaf.

Oh! Pendek sahaja.

Sebab ini sangat penting, Yang Berhormat bercerita tentang ini penjajahan Putrajaya. Okey, pendek sahaja Tuan Yang di-Pertua. Soal bajet untuk mahkamah Sabah dan Sarawak, ia tidak ada bajet, ia terpaksa minta dari Putrajaya. Itu apa? Itu bukan penjajahan? Adakah Yang Berhormat telah memperjuangkan supaya mahkamah Sabah dan Sarawak diberikan bajet tahunan? Mereka tidak ada bajet tahunan dan kena minta dari Putrajaya. Itu contoh Yang Berhormat. Tolong jawab. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri, tolong...

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

Budget to the government...

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Yang Berhormat Menteri...

Daripada segi bajet...

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Boleh saya celah sedikit?

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, Beaufort.

Boleh Yang Berhormat Menteri, dulu bersama-sama dengan Yang Berhormat Tuaran adalah Menteri dalam Kabinet Malaysia. Ada atau tidak diperjuangkan hal ini?

[Dewan riuh]

Itulah saya cakapkan tadi, ini adalah tugas-tugas kita semua. I mean when it’s ever… [Tidak jelas] conceived that each state to do their– by the Federal Government untuk membuat bajet. Of course, it is a state government budget and we are moving further into what ought to be done. First time dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas di mana RUU, you can do budget more or less daripada segi development, daripada segi Chapter 7 dalam bajet misalnya. I studied the DE, I studied OE pada masa PH. There is nothing more than– we are a bit bigger in terms of the government of the day. So, all this adalah tanggungjawab kita bersama. Akan tetapi untuk sekadar pointing fingers sahaja rather than bersama kita gotong-royong kerja ini, it is time– simply to blame others. Because their phase pun which is less than quarter, the government provided in this budget. Dengan kata lain, terima kasih.

Yang Berhormat Menteri...

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Yang Berhormat Menteri, boleh minta penjelasan?

Cukuplah, cukuplah.

Tolong fight di Kabinet, serahkan... [Pembesar suara dimatikan] Tolong Yang Berhormat Menteri!

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat Sepanggar. Yang Berhormat Sepanggar, tolong.

Dengan itu...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri, tolong habiskan.

Nanti the rest kita bincang bersama. Terima kasih...

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Boleh saya minta penjelasan? Bandar Kuching.

...Mengemukakan input dan pandangan yang diberikan...

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Boleh saya minta penjelasan? Bandar Kuching.

Tuan Yang di-Pertua

Masa sudah habis Yang Berhormat Bandar Kuching. Maaf.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Masih ada masa.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri tidak mahu beri pencelahan. [Ketawa] Maaf. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) untuk menjawab. Masa, 60 minit Yang Berhormat.

Dato’ Sri Mustapa bin MohamedUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) · Jeli

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bagi pihak semua Ahli Dewan ingin menyatakan kesyukuran dan tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua kerana dianugerahkan Tan Sri pada hari Sabtu lalu.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Kami merasa bersyukur dan tahniah kita ucapkan. Saya menyambung rakan saya, Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) untuk memberikan pencerahan kepada isu-isu yang dibangkitkan tentang bidang tugas saya di Jabatan Perdana Menteri. Pertama, saya ucapkan terima kasih kepada 42 orang Ahli Yang Berhormat yang telah menyertai perbahasan yang ada kaitan dengan tugas saya khususnya berkaitan dengan hal ekonomi Unit Perancang Ekonomi. Kita sedia maklum bahawa setiap kementerian akan membuat penggulungan. Hal-hal terperinci berkaitan peruntukan, agihan akan dijawab oleh Menteri masing- masing. Jadi saya akan menumpukan kepada hal-hal dasar sahaja. Setiap bandar, luar bandar akan dijawab oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, hal usahawan dijawab oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Jadi, saya tumpu hal dasar sahaja. Kita sedia maklum bahawa pada 18 November, Yang Berhormat Menteri Kewangan akan membuat penggulungan di Dewan yang mulia ini. Saya yakin beliau akan menjawab banyak persoalan yang dibangkitkan termasuklah agihan peruntukan. Kita di sini banyak membicarakan agihan peruntukan pembangunan yang penting tetapi kadang- kadang kita lupa ada lagi satu komponen yang lebih besar iaitu peruntukan mengurus. Umpamanya Kerajaan Pusat bertanggungjawab untuk beberapa hal, pendidikan adalah tanggungjawab 100 peratus Kerajaan Pusat. Kesihatan, 100 peratus Kerajaan Pusat. Pertahanan, Kerajaan Pusat. Polis, Kementerian Dalam Negeri. Oleh yang demikian, sudah semestinyalah sebahagian besar peruntukan itu adalah untuk Kerajaan Pusat tetapi perbelanjaannya adalah untuk negeri. Tuan Yang di-Pertua, saya akan mengehadkan pencerahan saya kepada hal berkaitan dengan perkara dasar sahaja. Bagi Ahli Yang Berhormat yang tidak ada di dalam Dewan, saya akan ringkaskan penjelasan, saya takkan jelaskan dengan detail. Ada tujuh perkara yang ada kaitan dengan saya. Pertama ialah agihan peruntukan pembangunan. Saya akan beri sedikit lagi pencerahan. Kedua ialah berkaitan dengan agenda pemerkasaan bumiputera. Ketiga ialah usaha-usaha untuk mengurangkan jurang antara negeri yang maju dengan negeri yang kurang maju termasuklah untuk membasmi kemiskinan, satu agenda penting Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Keempat, keseimbangan pembangunan. Kelima, projek kereta api laju High-Speed Rail Kuala Lumpur-Singapore. Keenam ialah PETRONAS. Akhir sekali hal FELDA. Sebelum saya pergi kepada secara detail peruntukan pembangunan ini, saya ingin menjelaskan bahawa dalam kerajaan kita ada agensi pusat ataupun central agency. Maknanya kerja-kerja kementerian ini merentasi semua kementerian. Ini termasuklah Kementerian Kewangan yang kuasanya cukup besar dan peranannya merentasi semua kementerian, dipanggil central agency. Hal-hal perjawatan umpamanya, JPA. Hal-hal berkaitan dengan pendigitalan dan juga hal yang berkaitan dengan memodenkan pentadbiran awam, MAMPU. Hal-hal pembangunan ialah EPU ialah antara empat agensi pusat. Jadi EPU adalah salah sebuah daripada empat agensi pusat yang bertanggungjawab. Tanggungjawab utama ialah untuk menimbangkan peruntukan yang dipohon oleh kementerian-kementerian. Jadi sebagai makluman Yang Berhormat, proses untuk memohon peruntukan ini bermula bulan Mac. Jadi mana-mana peruntukan yang tidak diluluskan dalam Dewan ini, sama ada dalam RMKe-12 ataupun bajet yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan, boleh dimohon semula. Prosesnya bermula bulan Mac akan datang. Pihak EPU akan mengedarkan surat pekeliling dan permohonan dibuat secara dalam talian melalui sistem MyProjek. Tempoh masanya ialah 1 Mac hingga 31 Mac. Cumanya proses sekarang ialah kita banyak berhubung dengan kementerian. Maknanya kalau hal sekolah, EPU akan dapat permohonan daripada Kementerian Pendidikan. Kalau hal universiti daripada Kementerian Pengajian Tinggi. Saya sedia maklum bahawa kerajaan negeri dan Ahli-ahli Yang Berhormat mahu juga diterima input daripada Yang Berhormat. Ini antara perkara yang kita dapati daripada

sesi libat urus dengan Ahli Parlimen. Selain daripada input daripada kementerian, ramai Ahli Yang Berhormat inginkan input itu datang juga daripada Ahli Parlimen. Saya banyak pergi ke negeri-negeri. Semalam saya bersama dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor umpamanya.

Yang Berhormat Menteri.

Jadi, ada negeri mohon supaya input negeri diberikan perhatian.

Yang Berhormat Menteri. Boleh saya tanya?

Insya-Allah, beri saya dua minit, insya-Allah. Maknanya itu kaedah sekarang. Kaedah sekarang kita ada banyak libat urus, RMKe-12 ada 600 libat urus. Ada Ahli Parlimen, ada ADUN, ada kerajaan negeri tetapi apa yang kita kutip daripada maklum balas dari bawah ialah Ahli Parlimen dan kerajaan negeri ingin dilibatkan dengan lebih intensif lagi. Kita ambil perhatian perkara itu dan sebarang penambahbaikan akan kita buat dalam cycle tahun depan yang bermula bulan Mac. Sila Yang Berhormat Pengerang.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya tertarik dengan kenyataan mukadimah pembukaan Yang Berhormat tentang pendekatan dasar oleh kerajaan dan juga disebut tentang kemungkinan memohon semula kalau Bajet tidak memenuhi kepada permohonan untuk tahun 2022. Jadi, soalan saya kepada Yang Berhormat, rata-rata saya mendengar banyak bercakap tentang data bank supaya pendekatan ekonomi pembangunan Kerajaan Pusat itu dapat dinilai dengan kehendak daripada Ahli Parlimen, daripada bottom-up bukan daripada up to bottom. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pandangan Yang Berhormat Menteri ya.

Terima kasih. Kita sedia maklum, sudah ada libat urus di Parlimen dan juga di kafeteria dan kita jumpa dengan Ahli-ahli Parlimen. Apa yang saya hendak tekankan sekali lagi, kita mengambil kira pandangan tersebut dan insya-Allah kita akan mengubahsuai pendekatan. Akan tetapi pendekatan yang digunakan sebelum ini, yang berfokus kementerian akan teruskan. Cumanya kita akan tambah baik dengan lihat juga kepada permohonan daripada Ahli-ahli Parlimen dan juga Menteri Besar.

Yang Berhormat Menteri, soalan saya, Yang Berhormat setuju tidak kalau kita wujudkan satu bank data? Terima kasih.

Kita setuju untuk tambah baik dan bank data ini kita memang sudah ada. MyProjek ini yang merupakan platform untuk menerima permohonan projek merupakan datalah, data bank. Apabila kita terima permohonan projek, semuanya masuk dalam MyProjek. Jadi, kita akan pergi ke kaedah yang mana input daripada Ahli Parlimen dapat diambil kira dalam kita mempertimbangkan projek. Saya hendak jelaskan juga bahawa sebelum ini apabila kerajaan menimbangkan projek untuk rancangan lima tahun, ia untuk lima tahun sehinggalah Rancangan Malaysia Kesepuluh ini bermula 2011 hingga 2015. RMKe-11 tahun 2016 hingga 2020. Sekarang RMKe-12. Jadi sebelum Rancangan Malaysia Kesepuluh, bermakna satu hingga sembilan Tuan Yang di-Pertua, kaedah kita ialah untuk menetapkan satu jumlah untuk lima tahun. Projek yang hendak dibuat, universiti, hospital yang mana di awal diperkenalkan pelan itu ditetapkan untuk lima tahun, jumlah peruntukan dan projek. Akan tetapi, bermula Rancangan Malaysia Kesepuluh tahun 2011, kita sudah ubah, dipanggil Rolling Plan setiap tahun. Dahulu lima tahun, tidak boleh ubah sudah kecuali dalam kajian separuh penggal. Sekarang ini mengambil kira pandangan daripada rakyat, dia lebih anjal, lebih fleksibel di mana kerajaan menimbangkan setiap tahun. Jadi maknanya, itu seperti yang saya katakan tadi, mana-mana yang tidak dipertimbangkan akan boleh dipohon lagi. Cumanya sudah pasti tertakluk kepada

kemampuan kewangan. Ini kita sedia maklum dalam keadaan COVID-19 ini, kerajaan menghadapi kekangan kewangan, banyak permohonan. Ada yang kata anak tiri, Yang Berhormat Sepanggar saya ingat menggunakan ‘anak tiri’, mungkin Yang Berhormat Kota Belud dan Yang Berhormat Beaufort anak tiri. Jadi, kita Keluarga Malaysia. Tidak ada anak tiri, anak kanan semua, kita satu keluarga. Satu keluarga, sudah pastilah dalam satu Tuan Yang di-Pertua, kita Federation, kita Persekutuan. Kita adik-beradik, keluarga besar. Maka selaras dengan prinsip keluarga, yang keluarga yang berada itu biasanya membantu keluarga yang kurang berada. Jadi negeri-negeri yang kurang maju, kalau diamalkan cadangan yang disarankan oleh Yang Berhormat, di mana hasil dikutip oleh sebuah negeri, semuanya dihantar ke negeri berkenaan. Maka negeri macam Kelantan ataupun Perlis ataupun Kedah tidak akan...

[Bangun]

Oleh itu dalam semangat keluarga besar, dalam semangat kompromi give and take, dalam semangat untuk merapatkan jurang, jadi kalau kita kata...

Yang Berhormat Menteri, Sik minta sedikit mohon penjelasan.

Insya-Allah, saya akan bagi.

Mohon penjelasan.

Yang Berhormat Sepanggar, insya-Allah. Jadi dalam konteks untuk merapatkan jurang, kita ambil perhatian. Kita satu Federation, kita keluarga yang besar, maka yang kaya itu yang lebih berada menolong yang kurang berada. Kalau tidak, sampai bila-bila kita akan- jurang akan lebih besar. Oleh itulah kali pertama dalam sejarah seperti disebut rakan saya, Menteri Tugas- tugas Khas tadi, kita ada satu bab khusus dalam RMKe-12, Bab 7 di mana diperincikan keperluan khusus untuk Sabah. Kerajaan sedang menubuhkan majlis khas, dan empat buah Jawatankuasa. Saya mempengerusikan Jawatankuasa Sosioekonomi. Saya amat-amat prihatin dan tahu keperluan negeri Sabah. Pembentangan daripada sekolah daif, hospital daif, jalan raya, internet dan lain-lain itu. Kalau dahulu mungkin perhatian diberikan itu memang banyak juga, tetapi kali ini saya hendak beri jaminan bahawa kerajaan ini memang faham sangat keperluan Sabah dan Sarawak.

[Bangun]

Kita akan cuba sedaya upaya. Cumanya sekali lagi, dua perkara. Pertama, kita tertakluk kepada kedudukan kewangan. Apa pun yang EPU memperakukan tertakluk kepada Kementerian Kewangan. Kementerian Kewangan akan lihat kepada kemampuan negara secara keseluruhannya. Itu yang pertama. Keduanya tertakluk juga kepada hasrat kita untuk merapatkan jurang, untuk berkongsi kekayaan negara ini di kalangan negeri-negeri dalam Malaysia dalam konteks Keluarga Malaysia. Sila Yang Berhormat Sepanggar.

Boleh? Terima kasih,Yang Berhormat Menteri dengan apa yang telah disebutkan sebentar tadi. Saya ingin maklumkan kepada Yang Berhormat Menteri, kita minta penjelasan berkenaan dengan soal anak tiri. Kita sebut ini dalam konteks tadi yang Yang Berhormat Menteri tentang negeri kaya kena membantu negeri yang miskin. Ya, kita tahu Sabah ini negeri yang kaya. Persoalan yang menyebabkan bukan saya sahaja, bukan daripada pembangkang sahaja yang menyuarakan perkara ini Yang Berhormat Menteri. Dari blok kerajaan juga menyuarakan perkara yang sama tentang ketidakadilan, tentang isu contohnya kawasan Kota Marudu sendiri di antara 10 buah negeri yang termiskin di Malaysia. Daripada 10 buah daerah yang termiskin di Malaysia, lapan datang dari negeri Sabah.

Jadi kalau Yang Berhormat Menteri menyebutkan tentang yang kaya kena berkongsi dengan yang miskin, saya ingin jelaskan di sini bahawa kita hanya menuntut hak kita sebagaimana yang tertulis dalam Perjanjian Malaysia tahun 1963. Kita tidak ingin kacau hak-hak ataupun sumber dari negeri-negeri yang lain. Kita cuma minta hak kita sebagaimana yang tertulis dalam perjanjian itu. Akan tetapi persoalannya Yang Berhormat Menteri, sekarang ini sudah 58 tahun Malaysia dibentuk, Sabah masih lagi walaupun sumbernya kaya, negerinya kaya, rakyat yang termiskin ada di Sabah. Lapan buah daerah termasuk Kota Marudu merupakan daerah yang termiskin. Jadi inilah saya minta kalau boleh Yang Berhormat Menteri perbetulkan sedikit. Oleh sebab itu kita minta agar satu transformasi daripada kerajaan agar empower kerajaan negeri agar peruntukan yang sedia ada- saya tidak mahu sentuhlah tentang sama ada RM5 bilion yang diberikan pada Sabah itu selaras ataupun sepatutnya. Akan tetapi kita bermula dahulu dengan isu penurunan kuasa. Jumlah RM5 bilion yang diberikan oleh Kerajaan Pusat setiap tahun tidak habis dibelanjakan Yang Berhormat Menteri. Kalau boleh juga mungkin dalam sidang ini, saya ingin bertanya, kalau boleh daripada RM5 bilion yang diperuntukkan sejak lima tahun ke belakang, berapa peratus projek-projek itu ataupun duit itu dibelanjakan sepenuhnya? Terima kasih.

Tuan Teh Kok LimDAP · PHTaiping

Yang Berhormat Menteri, boleh saya minta jawab...

Satu, Kalabakan.

Terima kasih Yang Berhormat Sepanggar. Sebelum saya lupa fasal masa ada tiga minit, kita sambung pukul 2.30 petang, insya- Allah. Pertamanya berkaitan hak tadi diterangkan rakan saya Menteri Sabah dan Sarawak. Kerajaan Pusat sudah pun memberi jaminan melalui Majlis Khas, telah beberapa kali Mesyuarat diadakan dan ada kemajuan. Kita harus akui bahawa Majlis Khas ini telah mencapai beberapa kemajuan. Tidak sampai 100 peratus, tetapi banyak kemajuan juga. Jadi hal-hal yang disebut oleh Yang Berhormat tadi boleh kita bangkitkan di sana secara telus, secara objektif tanpa emosi dan ini kita- platform ini dan kita ada Jawatankuasa Pilihan Parlimen. Banyak ruang, di Parlimen ada, majlis ada, Kabinet ada. Jadi...

Okey, Yang Berhormat Menteri sebagai tambahan sedikit, kalau boleh kita minta dalam Parlimen ini agar direkodkan ataupun diberikan maklumat ini dalam lima tahun ke belakang. Tidak payah terlampau jauhlah 58 tahun ke belakang, lima tahun ke belakang. Daripada setiap tahun perbelanjaan yang diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada negeri Sabah, berapa peratus pelaksanaan yang lengkap? Ini sebab kita tahu dalam RMKe-11 Yang Berhormat Menteri, kita pun tahu telah diumumkan sewaktu pembentangan baru-baru ini, 71 peratus daripada RMKe-11 projek-projek tidak dapat dilaksanakan, terpaksa di-carry forward ke RMKe-12. Jadi, oleh sebab itu saya ingin tanya di dalam Dewan yang mulia ini, dalam lima tahun ke belakang, boleh tidak Yang Berhormat Menteri senaraikan kepada kita jumlah- peratus projek-projek ataupun peruntukan itu yang 100 peratus dibelanjakan sepenuhnya. Terima kasih.

Insya-Allah Tuan Yang di-Pertua. Antara sebab– kalau tentang projek saya maklum Menteri Kanan Kerja Raya dan semua Menteri...

Yang Berhormat Menteri...

Berkongsi dengan kita, sebab-sebabnya antaranya ialah masalah tanah, masalah kontraktor. Menteri Kanan Kerja Raya dua hari lepas menyatakan bahawa ada 15 ‘projek sakit’ di Sabah...

Yang Berhormat Menteri, sedikit..

Yang Berhormat Menteri, bolehkah saya Beaufort?

Jadi ini adalah antara sebab-sebab kelewatan projek. Ini pun saya ada satu minit lagi. Ya, Yang Berhormat Beaufort.

Beaufort sahaja hendak tanya, pertamanya, bilakah tarikh mula ditubuhkan Jawatankuasa Khas yang Yang Berhormat Menteri sebut tadi? Bolehkah Yang Berhormat Menteri, saya tahu bukan Menteri Kanan JKR, tetapi peruntukan dijaga. Kenapa masalah berlaku yang kita punya Pan-Borneo itu terganggu, disebabkan apa itu ya?

Sedikit Yang Berhormat Menteri. Kalabakan.

Tuan Yang di-Pertua

Pukul 1 tengah hari, boleh sambung 2.30 petang?

Sudah pukul 1 tengah hari. Tuan Yang di- Pertua, saya jawab ini dan teruskan jam 2.30 petang.

Tuan Yang di-Pertua

Okey, sambung 2.30 petang.

Jadi Pan-Borneo ini kita tahulah ada dua bahagian, satu Sabah dan satu Sarawak. Menteri Kanan Kerja Raya sudah bagi penjelasan banyak kali. Baru-baru ini Yang Berhormat Perdana Menteri ke Sabah untuk melancarkan tiga-empat pakej yang kosnya kira-kira RM800 juta. Ia ada kaitan dengan perubahan pendekatan, kita sedia maklum dan itu tergendala setahun dan ada juga masalah-masalah pada- ini bukan hal- itu sebab saya katakan tadi, hal terperinci akan dijawab oleh Menteri berkenaan. Saya hal dasar. Sepanjang pengetahuan saya yang pertama ialah apabila berlaku perubahan kerajaan, pendekatan baharu untuk melaksanakan Pan-Borneo bahagian Sabah, ini antara sebabnya. Kedua ialah prestasi beberapa kontraktor yang tidak memuaskan. Itu sebabnya kalau kita lihat Pan-Borneo Sarawak dengan Pan-Borneo Sabah itu banyak beza daripada segi prestasinya. Saya kira Tuan Yang di-Pertua, cukuplah setakat ini. Kita berehat dahulu, kita sambung jam 2.30 petang. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Yang di-Pertua

Waalaikumussalam. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Oleh sebab masa telah pukul 1 tengah hari, maka saya tangguhkan Mesyuarat kita sehingga pukul 2.30 petang nanti. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Tuan Yang di-Pertua

[Dato’ Sri Azalina Othman Said (Pengerang)mempengerusikan Mesyuarat]

Silakan Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Sri Mustapa bin MohamedUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) · Jeli

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua untuk membolehkan saya sambung semula jawapan kepada isu-isu dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Bagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang tiada di Dewan, saya

Dato’ Sri Mustapa bin MohamedUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) · Jeli

akan cakap ringkas sahaja. Bagi yang ada lebih sedikit, saya hendak sambung intervensi daripada sahabat kita dari Sepanggar. Jadi untuk Yang Berhormat, bagi Rancangan Malaysia Ke-11, peruntukan untuk Sabah ialah RM23 bilion yang dibelanjakan 75 peratus. Ini antara lain oleh kerana COVID- 19 yang menyebabkan banyak projek tergendala tahun lepas, kita sedia maklum ada lockdown dan sebagainya ada juga masalah kontraktor, masalah tanah. Apa pun kerajaan memandang serius tentang prestasi pelaksanaan projek-projek dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri akan mengadakan mesyuarat awal bulan depan bulan Disember untuk pantau RMKe-12 dan juga untuk memantau pelaksanaan projek-projek pembangunan diurusetiakan oleh Unit Perancang Ekonomi. Saya sendiri bersama Tan Sri Ketua Setiausaha Negara dari masa ke semasa dan juga Pengerusi Pemantauan Projek-projek Pembangunan. Esok jam 12.30 saya dan KSN akan mempengerusikan mesyuarat dengan kesemua KSU untuk meneliti prestasi setiap kementerian dalam melaksanakan projek pembangunan dan hal-hal dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sepanggar, Yang Berhormat Kota Belud dan rakan-rakan daripada Sarawak dan lain-lain kita akan ambil perhatian. Itu bagi menjawab daripada Yang Berhormat Sepanggar. Satu lagi saya hendak terangkan kepada Yang Berhormat ialah berkaitan dengan konsep pembangunan asas. Pembangunan ini akhir-akhir ini kita ada tiga empat kategori, yang pertama ialah pembangunan asas, yang asas ini bermakna bahawa projek-projek yang konvensional seperti jalan raya, seperti untuk luar bandar, untuk sekolah, untuk hospital dan lain-lain. Manakala peruntukan-peruntukan yang dianggap sebagai bukan asas adalah peruntukan yang berkaitan dengan reklasifikasi. Dahulunya merupakan projek-projek di bawah mengurus tetapi COVID-19 ini dipindahkan kepada pembangunan. Ini ada kaitan dengan projek-projek penyelenggaraan jalan raya, projek-projek pemulihan yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah beberapa buah syarikat. Jadi yang sebenarnya peruntukan asas ataupun pembangunan asas tahun hadapan adalah 40.5 peratus berbanding dengan jumlah pembangunan 75.6 peratus. Jadi 75.6 peratus dibelah peruntukan pembangunan tetapi peruntukan untuk asas cuma 40.5 peratus. Oleh itu apabila kita melihat kepada agihan mengikut negeri yang kita gunakan seperti yang diterangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan RMKe-12 ialah peratusan kepada pembangunan asas. Jadi dengan itu maka bagi Sabah ialah RM5.1 bilion, 71.8 peratus daripada peruntukan pembangunan asas bagi Sarawak RM4.4 bilion ialah 15.4 peratus berbanding dengan jumlah peruntukan. Itu cara kita dan diterangkan dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dibezakan pembangunan asas dengan bentuk pembangunan yang lain. Itu sebagai pencerahan kepada semua Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Pontian dan beberapa Ahli Yang Berhormat yang lain telah memohon agar kerajaan dapat membekalkan senarai projek-projek pembangunan dalam kawasan Parlimen masing-masing. Ini merupakan permintaan daripada semua Ahli Parlimen termasuklah apabila kita mengadakan libat urus pada 27 September di mana ramai Ahli Parlimen mahu senarai projek-projek ini. Ini akan mengambil masa sedikit kerana seperti saya maklumkan juga pagi ini, fokus kita ialah peruntukan mengikut kementerian. Kementerian Pendidikan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, tidak ikut Parlimen. Ikut negeri kita ada Parlimen ini memerlukan masa sedikit dan kita akan maklumkan Ahli Yang Berhormat apabila senarai ini dapat kita bekalkan kepada Ahli Yang Berhormat. Saya cukup faham kenapa Ahli Yang Berhormat mahu senarai ini untuk membolehkan kita pantau dan juga untuk memaklumkan pengundi kita bahawa atas usaha kerajaan, maka projek-projek yang diluluskan untuk tahun hadapan. Seterusnya, banyak hal yang berkaitan dengan bumiputera dibangkitkan daripada Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Alor Gajah, Yang Berhormat Bandar Kuching, Yang Berhormat Wangsa Maju dan Yang Berhormat Pasir Salak. Kesemua yang berucap menyatakan dasar untuk membantu bumiputera itu bagus, dasar yang baik yang perlu untuk memastikan negara kita aman tenteram untuk

Dato’ Sri Mustapa bin MohamedUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) · Jeli

membolehkan kita kongsi kekayaan semua Ahli Parlimen tanpa terkecuali menyatakan dasar ini dasar yang baik yang perlu diteruskan. Cumanya beberapa perkara yang dibangkitkan termasuklah ketirisan, pelaksanaan, termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan ekuiti. Sebelum saya hendak menjawab ekuiti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Salak dan beberapa Ahli Yang Berhormat yang lain, yang pertamanya saya hendak maklumkan bahawa angka terkini 2019 menunjukkan bahawa ekuiti bumiputera 17.2 peratus dan ini adalah antara lainnya disebabkan oleh kerana penjualan aset bumiputera kepada bukan bumiputera ada kaitan juga dengan nominee ataupun syarikat-syarikat yang tidak mengisytiharkan pegangan mereka dan terkini kita nominee ini ada kira-kira 12 peratus. Untuk itu, kerajaan bercadang untuk meminda Akta Syarikat dan juga akta yang berkaitan dgn SPRM untuk memastikan bahawa pemilik saham dikehendaki untuk mengisytiharkan the ultimate shareholder dengan izin, supaya kerajaan dapat mengetahui siapa sebenarnya yang memegang saham nominee ini. Sekarang ini nominee ini agak tinggi seperti saya katakan tadi ialah kira-kira 12 peratus. Keduanya Tuan Yang di-Pertua, dasar kerajaan pada masa ini ialah untuk sektor- sektor tertentu khususnya pembuatan. Kerajaan membenarkan pemilikan 100 peratus oleh pelabur asing apabila MITI dan MIDA mempromosikan pelabur-pelabur luar negara maka apabila mereka melabur di Pulau Pinang atau di Johor atau Lembah Kelang, kerajaan membenarkan syarikat-syarikat ini memiliki 100 peratus daripada saham tersebut. Oleh hal demikian, pemilikan asing kekal berada pada tahap kira-kira 45 peratus. Maka apa yang saya hendak katakan di sini ialah dua perkara. Pertama ialah memang adalah mencabar untuk meningkatkan pegangan ekuiti bumiputera melebihi 17 peratus, antara lainnya kerana ada kecenderungan untuk bumiputera menjual aset mereka kepada bukan bumiputera. Kedua, ada masalah struktur di mana kita dapati bahawa dengan adanya dasar yang membenarkan pemilikan 100 peratus dalam bidang pembuatan.

Dato’ Sri Mustapa bin MohamedUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) · Jeli

Maka pegangan asing dalam negara kita umpamanya bank, syarikat-syarikat multinasional. Ini satu dasar yang pada pandangan kerajaan penting kerana dalam keadaan kita menghadapi saingan, kalau kita tidak benarkan syarikat-syarikat asing dalam bidang high-end manufacturing dengan izin, ataupun dalam bidang digital umpamanya di mana kita kekurangan orang tempatan maka sukar untuk kita menarik pelabur asing. Jadi itulah antara sebab kenapa sukar untuk kita menaikkan ekuiti bumiputera. Dalam pada itu kita sedar bahawa ini adalah dasar yang penting kerajaan dan kerajaan akan terus berusaha memastikan bahawa dasar bumiputera ini dapat kita capai. Keterangan terperinci mengenai bumiputera ini akan diterangkan oleh kementerian-kementerian lain kerana MARA umpamanya di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Satu agensi yang amat penting dalam memperkasakan bumiputera. Menteri di Jabatan Perdana Menteri juga petugas khas unit TERAJU dan Peneraju sebagai contoh ya itu berkaitan dengan ekuiti. Seterusnya mengenai kemiskinan yang banyak disentuh oleh Ahli Yang Berhormat. Antaranya ialah Yang Berhormat Alor Gajah, ramai yang saya tidak baca di sini, Yang Berhormat Bukit Mertajam, Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Bandar Kuching, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, Yang Berhormat Lanang, Yang Berhormat Penampang, Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Batu Kawan, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Dungun. Yang Berhormat Pandan, Yang Berhormat Hulu Selangor, Yang Berhormat Stampin, Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Selangau, Yang Berhormat Teluk Intan, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Sungai Buloh, Yang Berhormat Merbok. Ini antara Ahli Yang Berhormat yang membangkitkan tentang hal-hal kemiskinan.

Dato’ Sri Mustapa bin MohamedUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) · Jeli

Saya hendak terangkan beberapa perkara. Ini agensi yang penting bagi kerajaan. Oleh itu sebabnya dalam membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12, Perdana Menteri antara lain menekankan bahawa adalah menjadi hasrat kerajaan untuk menghapuskan miskin tegar menjelang tahun 2025. Apabila kita bercakap tentang miskin, ia merentasi bukan saja bumiputera, kebanyakan miskin bumiputera kerana majoriti rakyat kita bumiputera. Akan tetapi kerajaan tahu bahawa ada orang Cina yang miskin, India yang miskin dan bangsa lain juga. Maka dalam kita menangani isu kemiskinan, kita tidak kira bangsa ya dan kita juga tidak tertumpu luar bandar. Sebenarnya miskin bandar ini ialah 45 peratus lebih ramai miskin di bandar daripada miskin di luar bandar. Jadi saya hendak tekankan bahawa agenda untuk menangani kemiskinan, saya hendak bagi jaminan kepada semua Ahli Yang Berhormat, kita tidak mengenal kulit, bangsa ataupun agama. Kerajaan bertekad untuk membasmi miskin tegar. Miskin tegar ini ialah kalau dalam konteks sekarang pendapatan isi rumah RM1,169 satu keluarga sebulan. Ini adalah mencukupi untuk makan saja. Jadi, kalau pendapatannya kurang RM1,169, makna keluarga tersebut tidak cukup makan. Maka kerajaan berhasrat untuk menghapuskan kumpulan ini. Untuk itu kita sedang memurnikan data eKasih. Pada masa ini eKasih di bawah ICU. Ada 505,000 miskin. Daripada jumlah tersebut 262,000 adalah miskin tegar. Bermaknanya kita hendak hapuskan miskin tegar. Angkanya 262,000. Jadi angka-angka ini sering kali dipertikaikan oleh Yang Berhormat dan ICU faham perkara ini dan akan di putih, akan diadakan usaha untuk memutihkan angka eKasih supaya ia diambil, ia diubahsuai dari semasa ke semasa mengikut keadaan semasa. Itu berkaitan dengan data yang dipohon oleh Yang Berhormat. Satu lagi ialah PDPS, Pusat Data Perlindungan Sosial. Ini merupakan satu pusat data yang berpusat. Dibangunkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, dasarnya di bawah ICU. Keduanya, ini bergabung dan dalam masa terdekat, bulan ini ataupun bulan depan akan lancarkan kepada Perdana Menteri di mana semua bantuan yang diterima oleh kumpulan miskin akan terdapat dalam pangkalan data ini. Pangkalan data ini akan menjadi rujukan yang penting dalam menyampaikan sumber bantuan. Bantuan kebajikan masyarakat, biasiswa diterima, Bantuan Prihatin Nasional, semua sekali, OKU akan dimasukkan. Termasuklah bantuan insya-Allah satu hari nanti oleh kerajaan negeri juga dan NGO. Jadi, apabila adanya data berpusat ini, ini juga mungkin yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua semasa bertanya soalan pagi tadi. Jadi, memanglah kita sedar bahawa data ini penting. Jadi untuk menangani kemiskinan tegar yang pertama ialah dilaksanakan tanpa mengira kaum. Kedua kita akan gunakan data berpusat. Satu, eKasih yang akan dimurnikan dengan kerjasama Ahli Parlimen juga. Kedua ialah PDPS, Pusat Data Perlindungan Sosial. Satu lagi saya hendak maklumkan Ahi Yang Berhormat, oleh sebab agenda ini besar maka kerajaan sudah buat keputusan bahawa kita sebagai projek rintis akan memilih dua kawasan sebuah negeri. Bagi negeri Sabah dan Sarawak akan ditambah bilangan kawasan tersebut. Kita akan menggunakan kaedah baru untuk atasi miskin tegar. Kaedah baru ini akan mengumpulkan kesemua jabatan kerajaan, universiti, NGO, Majlis Agama Islam, individu. Sekarang ini tidak berapa bersepadu. Jadi kita akan pilih. Semalam saya daripada Johor dan kita melawat satu, dua. Kerajaan negeri bersama ICU akan memilih dua kawasan setiap negeri. Bagi Sabah dan Sarawak mungkin empat, lima. Kawasan-kawasan ini kita akan beri tumpu dua tahun. Jadi program ini berupa one-off. Kita akan bagi tumpuan kepada program-program akan menjana pendapatan. Bersama dengan Ahli Parlimen Sik saya melawat Sik seminggu lepas. Kita pergi ke kampung.

[Bangun]

Kita melihat bagaimana pihak NCIA sedang melaksanakan program bernama Kasih Ibu Darul Aman di mana diberikan bantuan, pada

masa yang sama diajar mereka menjahit, diubah minda mereka. Jadi ini pendekatan yang akan dimulakan awal tahun depan. Satu negeri, dua kawasan akan dipilih dan kita akan pastikan bahawa pendekatan bersepadu. Kalau sebelum ini kita bekerja sebagai silo, masing-masing. Jabatan ini, jabatan itu, negeri, NGO lain, universiti lain. Jadi saya pun mengadakan mesyuarat pertama dan insya-Allah. Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat, Yang Berhormat Pasir Salak.

Okey, terima kasih, sila.

Yang Berhormat Menteri, terima kasih pada Yang Berhormat Menteri dan juga kepada Tuan Yang di- Pertua. Bercakap soal kemiskinan di kampung-kampung, luar bandar ini, sudah lama sudah, berpuluh-puluh tahun lagi. Saya rasa yang menyebabkan tidak selesai, tidak dapat kita mengatasi masalah ini kerana kita tidak mengadakan peluang ekonomi kepada mereka, peluang yang memberikan mereka pendapatan. Bagaimana untuk mewujudkan pendapatan ini? Mereka mestilah diberikan peluang pekerjaan, nombor satu. Kedua, peluang berniaga ataupun sebagai pengusaha. Bagaimana hendak mewujudkan peluang perniagaan? Apa produk yang hendak dikeluarkan? Apa produk yang hendak diusahakan. Di kampung tidak ada. So, kerajaan mesti membawa perancangan di mana orang-orang kampung yang miskin-miskin, miskin tegar ataupun tidak miskin tegar dapat menjalankan perusahaannya sebagai pengusaha mengeluarkan produk-produk tertentu. Saya mesti mencadangkan supaya orang-orang kampung ini, yang miskin tegar ini menjadi orang-orang yang boleh mengeluarkan bahan-bahan kepada pengusaha-pengusaha yang besar-besar. Mereka menjadi vendor kepada pengilang-pengilang, kepada gedung-gedung. Selalunya gedung-gedung besar ini, kilang-kilang besar mereka memerlukan berbagai-bagai komponen produk mereka. Sebahagian daripada komponen produk mereka ini boleh dikeluarkan di luar bandar, di kampung-kampung, diajar orang-orang kampung itu untuk menghasilkan produk-produk komponen kepada kilang-kilang besar. Jadi adalah mereka peluang untuk bekerja dan juga berniaga. Ini diamalkan di Jepun umpamanya. Kilang-kilang besar di Jepun seperti Mitsubishi, Isuzu, Toyota dan sebagainya, komponen kepada produk-produk mereka itu yang berjumlah beratus-ratus komponen, kecil dan besar dibekalkan oleh vendor-vendor di luar bandar ataupun di tempat lain. Tidak semestinya kilang itu sendirinya. They don’t produce their own components or products. Certain components of the product shall be produced by the vendor. So, you create vendor, you create opportunities kepada mereka. Ini tidak dibuat. Asyik-asyik semua ini, vendor-vendor ini semua diletakkan di bandar-bandar besar. Kalau umpamanya kilangnya di Selangor, vendor pun di Selangor. Kalau kilangnya di Seberang Perai, vendornya pun di Seberang Perai. Kalau di Johor Bahru, di Johor Bahru. Why can’t we encourage gain, give more incentive kepada pengusaha-pengusaha kilang-kilang besar ini untuk bawa peluang ini kepada masyarakat di luar bandar. Then, you create jobs. Wujudkan peluang pekerjaan, peluang perniagaan.

Soalan, Yang Berhormat.

Soalan saya ialah kenapa kerajaan tidak sampai ke peringkat itu perancangannya, economic planningnya? Sama ada EPU atau UPEN di setiap negeri, begitulah. Sampai hari ini saya sedih melihat. Kalau ada projek baharu daripada Jepun, daripada Korea, dari Jerman, daripada mana- mana pun, semuanya ditumpukan kepada pusat-pusat bandar. Then hendak mengeluarkan komponen pun di dalam bandar juga. So, what are we going to do? Apa peluang yang kita boleh beri kepada orang kampung? Tidak ada.

So, a new policy, I hope, with the new Minister in charge of economic policy ini dapat merancang perancangan yang lebih hebat yang memberi peluang kepada orang kampung, miskin tegar dan lain-lainnya. Ini harapan kita. Terima kasih.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Yang Berhormat Menteri, Labuan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak.

Hendak jawab Yang Berhormat Labuan sekali kah?

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Labuan, Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja.

Nanti dahulu. Sekejap lagi saya bagi peluang.

Sekejap, sekejap. Apa dia Yang Berhormat Menteri?

Takut panjang soalan, saya takut terlupa, Tuan Yang di-Pertua. Saya jawab satu dahulu.

Yang Berhormat hendak jawab dahulu Yang Berhormat Pasir Salak?

Yang Berhormat Pasir Salak.

Tunggu sekejap, Yang Berhormat Labuan.

Terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat Pasir Salak atas isu kemiskinan. Kita Ahli Parlimen prihatin tentang perkara ini. Yang Berhormat Pasir Salak melawat Indonesia tiga hari, empat hari lalu. Indonesia mengisytiharkan bahawa tahun 2024 mereka hendak hapuskan miskin tegar ini. Negara China, Presiden Xi Jinping bulan Februari tahun ini mengisytiharkan di China sudah tidak ada miskin tegar. Satu negara 1.4 bilion manusia tidak ada miskin tegar. Maka, tidak ada sebab mengapa Malaysia sebuah negara yang sedang membangun ini tidak dapat menghapuskan miskin tegar pada tahun 2025. Itulah motivasi kita. Saya bagi dua contohlah. Pertama di Kampung Sungai Melayu, Johor Bahru. Di negeri Johor, negeri Tuan Yang di-Pertua. Mereka terlibat dengan pengambilan balik tanah. Mereka nelayan tetapi pihak Iskandar melalui penglibatan ketua kampung, pengerusi JKPP― Tok Pandak nama dia, saya jumpa dia semalam. Di sana berlaku peningkatan 50 peratus mereka nelayan miskin apabila diperkenalkan ecotourism itu, mereka tubuhkan koperasi. Satu orang, bayarannya RM30 untuk naik perahu untuk memancing dan ada restoran asam pedas di situ yang juga diusahakan oleh koperasi. Jadi, dua sumber pendapatan. Satu, RM35 seorang passenger yang pergi untuk memancing, dan kedua, ada koperasi. Ini satu model yang saya anggap berjaya dan kita akan teruskan perkara tersebut. Di Sik, Kasih Ibu Darul Aman, RM250 diberi dalam bentuk makanan bulanan. Bukan cash. Diberi kad dan ditunaikan di kedai tertentu dan dilatih― Siti Mariam namanya. Saya melawat dua minggu lepas. Dia diajar juga menjahit dan sekarang ini jahitan beliau ini dijual ke seluruh negara melalui online. Jadi, selain daripada vendor yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pasir Salak itu, kita jangan perlekehkan pendekatan-pendekatan tradisional, ecotourism di Sungai Melayu, Johor baru-baru ini yang berpotensi besar pendapatan mereka naik selepas COVID-19. Sekarang ini PKP sudah Fasa 4 di Johor ini, domestic tourism melonjak dengan begitu ketara. Ini satu kaedah. Maknanya kita kena― pertanian, umpamanya. Sesetengah tempat pertanian. Kita bincang mengenai Sik umpamanya, bukan sahaja pertanian, pelancongan pun ada. Tasik juga ada di Sik. Jadi, kita ikut keadaan.

Apa pun, saya hendak ulang sekali lagi, kita akan pilih bermula awal tahun depan dua buah kawasan di setiap negeri untuk dibangunkan secara holistik. Kalau sesuai vendor, maka vendorlah ia. Kalau pertanian, maka pertanianlah ia. Kalau pelancongan, pelanconganlah ia. Pendekatan bersepadu ini kita harap akan menjadi pemangkin kepada usaha kita menghapuskan miskin tegar menjelang tahun 2025. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Silakan, Yang Berhormat Labuan.

Yang Berhormat Labuan.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dalam ucapan saya, saya ada bertanya dan meminta supaya produk metanol yang dimiliki oleh PETRONAS Methanol di Labuan untuk tidak mengeksport cuma metanol ke luar negara tetapi sebahagian besarnya dijual kepada industri hiliran yang sepatutnya PETRONAS galakan atau pastikan diadakan di Labuan. Sebab inilah satu-satunya industri yang saya rasakan Labuan mempunyai kekuatan ataupun comparative advantage dibandingkan dengan kawasan-kawasan industri yang lain. Jadi, bolehkah kerajaan minta PETRONAS untuk adakan polisi ini supaya sebahagian daripada produk metanol itu disalurkan ke industri hiliran di Labuan sepertimana yang diencourage di Pengerang? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Labuan. Memang Yang Berhormat Labuan bangkitkan perkara ini dalam ucapan beliau. Memang adapun dalam jawapan kemudian. Tapi saya jawab sekaranglah. Maknanya betul, yang pertama, metanol dikeluarkan dalam kuantiti yang amat besar di Labuan. Salah satu pengeluaran yang terpenting di Labuan. Ini bergantung kepada permintaan dan penawaran. PETRONAS sentiasa terbuka tentang perkara ini. Perkara yang dimaksudkan itu ialah untuk menggunakan metanol sebagai bahan mentah untuk membangunkan industri hiliran dan ia bergantung sudah pasti dengan industri hiliran itu apa pelabur― ini sentiasa dalam perhatian. Akan tetapi, buat masa ini, metanol itu digunakan hampir kesemuanya dieksport dan tidak ada yang digunakan untuk industri hiliran di Labuan. Jadi, bergantung kepada promosi melibatkan MIDA, MITI dengan insentif-insentif. PETRONAS juga sentiasa mencari jalan bagaimana boleh diperkembangkan lagi industri hiliran bukan sahaja di Labuan tetapi di mana PETRONAS beroperasi seperti di Kemaman, di Miri dan banyak lagi tempat. Jadi, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan. Telah selesai bab kemiskinan. Yang Berhormat Telok Intan ada bangkitkan mengenai projek khas iaitu kalau dalam butiran ini, P6 ya, muka surat 109 berkaitan dengan projek khas. Saya ingin menerangkan bahawa butiran ini ialah berkaitan dengan projek-projek yang tidak termasuk dalam belanjawan yang mustahak. Umpamanya, tahun ini apabila berlaku banjir, tidak silap saya orang Johor tahu, hujung tahun lepas banjir teruk di Kota Tinggi, berhampiran dengan Pengerang, maka banyak kerosakan sungai dan bangunan- bangunan. Maka RM100 juta telah diperuntukkan daripada peruntukan ini, daripada peruntukan khas ini. Satu lagi ialah projek-projek kecil. RM500 juta diberikan kepada ICU untuk membolehkan projek-projek kecil dilaksanakan di seluruh negara. Itu antara perkara- perkara yang digunakan untuk butiran ini. Tahun depan, jumlah yang sama disediakan dan ia akan digunakan bukan sahaja untuk projek kecemasan tetapi saya hendak maklumkan bahawa tertakluk kepada persetujuan Perdana Menteri, kita akan gunakan sebahagian besar peruntukan untuk projek-projek kemiskinan. Saya sebutkan tadi, katakan kita ada 40 buah lokasi seluruh negara untuk kita melaksanakan pendekatan bersepadu menangani miskin tegar termasuk bandar, luar bandar, semua kaum. Katakan 40 buah kawasan, kalau kita perlukan RM2 juta setahun umpamanya, itu sudah hampir RM100 juta.

Jadi, sebahagian daripada peruntukan untuk menghapuskan miskin tegar akan kita gunakan daripada peruntukan Butiran 93500, muka surat 109 di bawah JPM, P6. Itu sebagai menjawab pertanyaan Yang Berhormat Telok Intan. Beliau tidak ada, saya tidak pergi lebih lanjut. Beliau juga bertanya tentang dana fasilitasi RM200 juta untuk tahun depan. Ini adalah untuk membolehkan kerajaan membantu projek-projek strategik tertentu untuk membolehkan projek PFI, public-private partnership dilaksanakan. Itu menjawab Yang Berhormat Telok Intan. Seterusnya, saya pergi kepada PETRONAS dan akhir sekali FELDA. Saya mula dengan FELDA. Rakan saya Yang Berhormat Jempol tidak ada di sini, mungkin ada di Melaka. Hari ini Pengerusi FELDA ada di sini. Saya percaya Yang Berhormat Besut ada di sini, beliau dengar. Ini satu perkara yang sering kali dibangkitkan oleh focus group. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, saya dan Yang Berhormat Besut telah menubuhkan setahun lalu focus group mengenai FELDA. Tuan Yang di-Pertua pun pernah hadir sekali mesyuarat ini. Dihadiri oleh ramai Ahli Yang Berhormat di mana semua isu FELDA dibangkitkan di sini. Banyak kita bincangkan hal-hal FELDA termasuklah rumah generasi kedua yang banyak kali dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Isu utama di sini ialah kekurangan peruntukan kerana model yang digunakan sebelum ini di mana kos bina rumah ialah kira-kira RM200,000 sebuah rumah dan dijual pada RM100,000, lebih kurang, subsidi RM100,000. Ini bermakna setiap rumah yang dibina, kerajaan perlu mengeluarkan peruntukan RM100,000. Itu antara kekangan yang kita hadapi. Perancangan awal untuk bina 20,000 unit rumah di seluruh negara untuk generasi kedua.

Akan tetapi yang diperuntukkan kecil sahaja sebanyak 8,000 unit sahaja disediakan tetapi oleh sebab kekangan untuk menyiapkan rumah yang belum selesai ini kita memerlukan sekurang-kurangnya RM600 juta yang juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pengerang yang juga kita bincangkan di Kamar Khas. Tuan Yang di-Pertua membangkitkan perkara ini di kawasan Pengerang, saya telah memberi jawapan dan ini dalam perhatian Yang Berhormat Besut, Pengerusi FELDA yang sentiasa ambil berat tentang perkara ini. Itu yang berkaitan dengan FELDA. PETRONAS ini banyak yang dibangkitkan. Ada hal-hal berkaitan dividen, dividen ini berkaitan dengan Kementerian Kewangan. Besar kemungkinan akan dijawab oleh Menteri Kewangan, ada berkaitan dengan hasil. Saya menjawab hal-hal yang mungkin di luar liputan Kementerian Kewangan khususnya daripada Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Teluk Intan ada membangkitkan mengenai PETRONAS ini. Yang Berhormat Labuan sudah jawab tadi, methanol. Yang Berhormat Labuan sudah dijawab, jadi ini terakhir daripada saya. Yang Berhormat Sibuti mencadangkan supaya PETRONAS mengembalikan operasi minyak dan gas di Sabah dan Sarawak dan diuruskan oleh kerajaan negeri masing-masing, ini cadangan Yang Berhormat Sibuti. Untuk makluman Yang Berhormat, jawatankuasa bersama di antara Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak telah ditubuhkan bagi membincangkan isu berkaitan minyak dan gas. Hanya di Sarawak, PETRONAS telah menandatangani, Commercial Settlement Agreement pada 7 Disember 2020. Manakala kerjasama bersama di antara Kerajaan Persekutuan, negeri Sabah dan PETRONAS sedang dalam proses penyediaan terma rujukan. Hak-hak negeri Sabah dan Sarawak kekal terpelihara berdasarkan Perlembagaan Persekutuan. Pertanyaan Yang Berhormat Teluk Intan, mencadangkan PETRONAS disenaraikan di Bursa Saham. Seperti Yang Berhormat sedia maklum, PETRONAS adalah sebuah syarikat minyak dan gas milik penuh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan Diperbadankan dan bertanggungjawab dalam pembangunan serta lapangan minyak dan gas. Yang Berhormat Teluk Intan mencadangkan supaya laporan kewangan PETRONAS diumumkan ...

Yang Berhormat Menteri.

...Dan PETRONAS diletakkan di bawah pemantauan Parlimen bagi meningkatkan ketelusan sebagai entiti komersial yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965. PETRONAS mengamalkan aspek tadbir urus korporat yang baik (good corporate governance practices) sebagai bukti akauntabiliti yang diamalkan oleh syarikat. PETRONAS sentiasa melaporkan perkembangan dan pencapaian syarikat khususnya prestasi kewangan setiap suku tahun dan semuanya ini dalam public domain Tuan Yang di-Pertua dan tahunan. Setiap suku tahun dan tahunan di laman web syarikat yang boleh diakses oleh orang awam walaupun PETRONAS tidak disenaraikan di Bursa Saham. Kerajaan Persekutuan sentiasa terbuka untuk meneliti perundangan dan dasar mengikut keadaan semasa. Akan tetapi, Kerajaan Persekutuan tidak berhasrat untuk meminda dan mansuhkan Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974. Methanol saya sudah jawab. Jadi...

Yang Berhormat Menteri, Sibuti.

Tuan Yang di-Pertua itulah...

Yang Berhormat Menteri. [Dato’ Sri Azalina Othman Said (Pengerang) mempengerusikan Mesyuarat]

Yang Berhormat Menteri.

- Antara perkara utama yang dibangkitkan. Saya...

Yang Berhormat Sibuti dengan Yang Berhormat Sepanggar.

Saya ada masa sedikit, saya boleh...

PETRONAS.

Tadi Yang Berhormat Sepanggar datang lewat.

Ya.

Kawan saya ini...

Sibuti.

Jam, jam.

Yang Berhormat Menteri.

10 minit lewat, saya tidak patut layan sudah.

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Sibuti dahulu berdiri.

Okey, boleh bagi lah peluang sedikit.

Yang Berhormat Sibuti dan Yang Berhormat Sepanggar.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berhubung berkenaan tentang pembangunan PETRONAS, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, PETRONAS dan juga SEB telah menjalankan kerjasama untuk membangunkan teknologi ataupun ekonomi hidrogen di Sarawak dan juga saya melihat ini adalah satu potensi besar.

Akan tetapi, berdasarkan jawapan Menteri MOSTI beberapa minggu yang lepas, saya mendengar bahawa pembangunan ekonomi hidrogen ini hanya tertumpu kepada hidrogen kelabu, bukannya hidrogen hijau. Berkenaan dengan PETRONAS, saya ingin mengetahui sejauh manakah PETRONAS mempunyai pelan jangka panjang untuk pembangunan industri minyak dan gas di Sarawak memandangkan saya tidak dapat melihat pun satu pelan yang konkrit khusus bagi negeri Sarawak.

Boleh?

Yang Berhormat Sibuti yang pertama mengenai ekonomi hidrogen. PETRONAS adalah antara syarikat Malaysia yang paling ke hadapan dalam membangunkan teknologi hidrogen dan sudah membangunkan di Sarawak. Tidak silap, saya satu shipment sudah pun dieksport ke negara Jepun. Jadi, ini antara pencapaian PETRONAS dan PETRONAS komited untuk terus membangunkan industri hijau. Ini adalah the future, masa depan hidrogen hijau, COP26 baru selesai di Glasgow walaupun tidak menepati hasrat kita, kebanyakan negara untuk mengurangkan global warming suhunya 1.5 darjah centigrade tetapi ada juga sedikit sebanyak pencapaian. Jadi, PETRONAS juga telah pun membuat komitmen untuk net zero carbon emissions 2050, sebuah syarikat Malaysia yang berbuat demikian. Jadi kita amat bangga dengan apa yang PETRONAS buat dan saya yakin PETRONAS akan terus berusaha bukan sahaja untuk membangunkan ekonomi hidrogen di Sarawak, tetapi juga mempelopori beberapa teknologi baharu. PETRONAS sebuah syarikat yang inovatif yang telah memperkenalkan beberapa pembaharuan dalam pengurusan dan juga dalam teknologinya. Berkaitan dengan Sarawak, seperti saya sebutkan tadi, ada jawatankuasa bersama antara Kerajaan Pusat dan Sarawak, banyak platform. Apa yang penting perlu ada libat urus dan pertemuan. Saya yakin rakan-rakan kita di Sarawak sedar bahawa hubungan antara PETRONAS dan Sarawak baik dan semakin baik. Ini ialah untuk kepentingan bersama, sesuai dengan semangat MA63. Kita sudah bagi jaminan bahawa kita akan memastikan hak Sabah dan Sarawak dalam MA63 akan terpelihara. Yang Berhormat Menteri Undang-undang ada di sini, saya tidak pandai hendak pergi cakap lebih daripada itu, yang lebihnya tanya Yang Berhormat Menteri Undang-undang. Terima kasih, Yang Berhormat Sepanggar boleh.

Sepanggar. Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saban tahun kita sering melihat PETRONAS sering mengumumkan pendapatan yang mereka peroleh hasil daripada kerja-kerja yang mereka peroleh baik dalam ataupun luar negara. Akan tetapi untuk bersifat adil kepada negeri-negeri yang mengeluarkan sumber petroleum ini, boleh kah Yang Berhormat Menteri memberikan for the benefit to all MPs khususnya daripada Sabah dan Sarawak dan juga untuk negeri-negeri pengeluar minyak. Bolehkah Yang Berhormat Menteri memberikan kepada kita, pecahan mengikut negeri sumber pendapatan yang diperoleh oleh PETRONAS mengikut negeri-negeri pengeluar minyak? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai bayaran kepada sesetengah negeri oleh PETRONAS, sesetengahnya direct kalau Sabah Sarawak, sesetengahnya secara tidak langsung...

Bukan, bukan pendapatan Yang Berhormat Menteri. Maksud saya ini hasil yang diperoleh oleh PETRONAS yang diambil dari negeri-negeri pengeluar minyak. Itu maksud soalan saya.

Okey, saya – itu berbeza. Satu ialah bayaran tunai ataupun berkaitan dengan minyak, satu lagi ialah hasil. Saya tidak ada jawapan, tetapi kita sedia maklumlah bahawa semakin banyak hasil minyak dan gas datang dari Sabah, kebanyakan dari Sarawak, angka-angka saya tidak ada, tetapi lebih kurang ...

Bertulis pun boleh Yang Berhormat Menteri.

...30, 40, 30 lah lebih kurang. Sebanyak 40 peratus lebih Sarawak, sebanyak 30 peratus Sabah dan Semenanjung sebanyak 30 peratus. Itu ada angka-angka yang tepat pengeluaran minyak dan gas ini, tetapi saya tidak ada tepat...

Minta bertulis tidak mengapa Yang Berhormat.

...Tetapi itulah 30, 40, 30. Akan tetapi itulah lebih kurang, tidak bertulis pun tidak mengapa, itulah lebih kurang. Jadi, satu lagi saya lupa Yang Berhormat Pasir Mas ada bertanya berkaitan dengan – ini ada orang Kelantan ramai di sini, mengenai bayaran untuk minyak bagi negeri Kelantan. Saya hendak maklumkan Ahli Parlimen Pasir Mas yang tidak ada di sini, malam tadi saya bercakap dengan beliau melalui telefon bagi – Yang Berhormat Menteri Besar negeri Kelantan akan jumpa dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam sedikit masa lagi. Macam mana di Sabah dan Sarawak kita ada MA63, maka dalam konteks kerajaan kebersamaan dalam sebuah kerajaan parti gabungan PAS, Bersatu dan UMNO ini, maka dalam konteks itu, dalam konteks Keluarga Malaysia, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan ...

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Bergaduh sakan sekarang ini.

...Mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan dalam tempoh terdekat. Itu jawapan kepada Yang Berhormat Pasir Mas, terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pokok Sena, dia tidak ada soalan apa, baru habis banjir, tahniah dan saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang membangkitkan hal...

Yang Berhormat Menteri ...

...Yang membangkitkan hal berkaitan Unit Perancang Ekonomi...

Yang Berhormat Menteri.

...Dan saya hendak maklum sekali lagi kepada Yang Berhormat Sepanggar, esok saya akan ada mesyuarat dengan kesemua KSU bersama KSN untuk menghalusi...

Yang Berhormat Menteri boleh kah?

...Prestasi pembangunan ...

Yang Berhormat Menteri.

...Dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan mengadakan

Yang Berhormat Menteri...

Yang Berhormat Sibuti dan Yang Berhormat Beaufort hendak tanya lagi, boleh? Sikit.

Sedikit sahaja tentang PETRONAS Yang Berhormat Menteri.

Boleh kah atau tidak boleh?

Okey, last one.

Terima kasih.

Last yang mana? Yang Berhormat Beaufort kah Yang Berhormat Sibuti?

Dua-dua sekali.

Yang Berhormat Beaufort dengan...

Yang Berhormat Beaufort last, Yang Berhormat Beaufort last.

Bagi Sibuti sedikit sahaja.

Okey, saya dahululah.

Beaufort kah dahulu atau Yang Berhormat Sibuti?

Yang Berhormat Beaufort. Dia kata Yang Berhormat Beaufort.

Yang Berhormat Beaufort.

No to Yang Berhormat Sibuti, Yes to Yang Berhormat Beaufort.

Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Setiu hendak juga, sedikit.

Saya tadi mendengar tentang kemiskinan ini berada di luar tadi. Jadi, tidak sempat masuk – solat. Jadi saya hendak bertanya, saya dengar tentang empat buah kawasan untuk projek rintis ini.

Akan tetapi, kalau mengikut data yang dimaklumkan kepada kita semua bahawa 10 daerah yang miskin dalam negara kita ini, lapan itu terdapat di negeri Sabah termasuklah sahabat saya punya kawasan daerah Kudat ini. Jadi, apabila kita melakukan kerja-kerja projek rintis untuk basmi kemiskinan ini bagi sayalah kalau kita mahu benar-benar ia berjaya mesti kita fokus kepada kawasan- kawasan dikenal pasti kawasan daerah yang termiskin ini rather than kita go all over akan tetapi at the end of the day, result is still the same. Jadi, boleh kah saya mencadangkan, pertamanya kalau kita hendak buat program ini kenal pasti kawasan yang memang sudah sebagai kawasan sasaran kita. Fokus kepada kawasan yang dikenal pasti kawasan yang miskin. Bagaimana kita dapat merubah nasib rakyat di kawasan-kawasan tersebut? Keduanya, saya minta sebuah supaya kerajaan melihat daripada segi strategi kita untuk basmi kemiskinan ini supaya not everybody wants to become hero, ertinya janganlah semua kementerian hendak buat kerja-kerja yang sama ini. Kita fokus mana kementerian ataupun agensi yang bertanggungjawab untuk melaksanakan ini supaya kerja kita nanti akan kelihatan result-nya, keputusannya yang seperti mana kita sasarkan,

instead of kita buat setiap tahun, setiap lima tahun tetapi akhirnya sama juga, tidak mencapai kejayaan. Terima kasih.

Gerak kerjanya gagal dari dahulu Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Soalan kedua tadi saya sudah sebut tetapi pada masa itu Yang Berhormat ada tugas yang besar, iaitu solat, jadinya saya ulang kan. Kita akan bekerjasama dengan kerajaan negeri ICU ada pejabat di KK dan seluruh negara Ketua Pengarah ICU dan ICU sudah pun mula mengenal pasti tetapi akan berbincang dengan kerajaan negeri, yang pertamanya. Keduanya, kita akan dipilih kawasan-kawasan yang paling miskin. Itu garis panduan. Bagi Sabah dan Sarawak oleh kerana negerinya besar, kita pada awalnya mencadangkan empat kawasan yang termiskin dan bagi negeri-negeri lain pula, dua kawasan. Ini sudah pun dimaklumkan oleh kebanyakan Yang Berhormat Menteri Besar. Maknanya ICU Pusat akan bersama-sama dengan Yang Berhormat Menteri Besar dan kerajaan negeri untuk mengenal pasti kawasan berkenaan. Kawasan itu ialah kawasan yang paling miskinlah. Jadi, itulah mengenai satu lagi soalan.

Yang Berhormat Menteri, Sik boleh sedikit?

Mengenai satu lagi soalan berkaitan dengan holistik, kita sudah jawab tadi. Semua tidak ada yang bertindan. Tahun depan kita hendak mula kaedah baharu, kadang-kadang dua, tiga puluh organisasi tumpu setempat sahaja. Kadang-kadang buat benda yang sama, banyak pembaziran. Jadi, kaedah baharu bermula Januari, kaedah holistik di mana kita bersama dengan NGO dengan universiti, dengan yayasan, dengan Kerajaan Pusat, kerajaan negeri, individu syarikat kita bersama dan usaha ini sudah dimulakan minggu lepas. Kita sudah ada perbincangan awal dan akhir tahun ini kita akan kenal pasti lokasi dengan perbincangan setelah berbincang dengan kerajaan negeri bermula awal tahun depan, kita akan gunakan pendekatan bersepadu yang kita akan insya-Allah, elakkan pembaziran sumber, tenaga dan kewangan. Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Menteri.

Daripada Sibuti.

Selepas itu Sik, boleh sedikit ya.

Okey berkenaan dengan PETRONAS Yang Berhormat Menteri. Sibuti pernah membangkitkan isu ini pada tahun 2018 dan juga 2019 berkenaan tentang isu telaga yang telah ditinggalkan ataupun legacy wells di dalam industri minyak yang telah ditinggalkan oleh syarikat minyak Shell pada sekitar 1930-an sehingga 1970- an dan semua legacy wells ini adalah tanggungjawab PETRONAS dan pernah dibawa kepada kerajaan negeri oleh Eksekutif PETRONAS pada tahun 2019. Sehingga kini, masalah tersebut belum lagi diselesaikan dan juga saya mencadangkan sekiranya PETRONAS bertanggungjawab untuk menutupkan semua legacy wells ini, saya mencadangkan agar kerja-kerja ini dimasukkan ke dalam commercial settlement agreement supaya vendor-vendor dan juga pengusaha- pengusaha kontraktor minyak di Sarawak dapat memanfaatkan kerja-kerja berkenaan tentang telaga yang ditinggalkan memandangkan telaga-telaga ini sudah mula mencemar di sekitar bandar raya Miri.

Untuk itu soalan akhir. Perkara ini khusus yang dibangkitkan dalam Jawatankuasa Bersama antara PETRONAS Negeri Sarawak

iaitu legacy wells yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sibuti tadi. Terima kasih ... penghargaan.

Daripada Sik last mungkin kepada Sik sekejap sedikit sahaja ya. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertama saya hendak ucap terima kasih sebanyaknya kepada Yang Berhormat Menteri di atas lawatan libat urus di daerah Sik pada 5 hari bulan yang lalu. Jadi, Yang Berhormat Menteri telah melaksanakan tugas besar dalam pembangunan khususnya projek rintis basmi kemiskinan ini. Soalan saya Yang Berhormat Menteri. Adakah dalam pembangunan holistik ini juga diambil kira dari segi instrumen dan model pembangunan sikap dan minda di kalangan penduduk-penduduk yang kita hendak basmi kemiskinan ini supaya mereka juga bukan hanya kita beri ikan bahkan kita juga bagi kail untuk mereka untuk keluar daripada kehidupan kemiskinan ini? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih. Yang Berhormat Sik pun hadir dalam pertemuan dalam talian. Dalam talian itu ada pusat, ada negeri, ada SDO, ada DO. DO Sik buat pembentangan dan kita buat keputusan. Ini maknanya merangkumi semua sekali - pihak Universiti Utara Malaysia dan lima wakil yang hadir di dalam mesyuarat tersebut dan Yang Berhormat Sik, sedia maklum. Ada juga wakil Universiti Kebangsaan Malaysia dan kedua-dua universiti ini menyatakan kesediaan untuk membantu kerajaan dalam mengubah minda golongan miskin tegar ini untuk mengubah sikap mereka supaya mereka menjadi rakyat yang ataupun rakyat Malaysia yang berjaya. Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri, satu soalan dari Kalabakan boleh?

Okey, lagi 56 saat. Yang Berhormat Papar cepat.

Kalabakan, Kalabakan.

Yang Berhormat Kalabakan sorry.

Saya ingin sentuh pasal projek khas. Saya ingin meminta Yang Berhormat Menteri memastikan bahawa kawasan-kawasan pembangkang yang tidak sign MoU juga dapat diturunkan dana ini untuk projek khas. Kedua, bilakah FELDA boleh menambah peneroka-peneroka baharu di Sabah? Terima kasih.

Pengerusi FELDA Besut ada. Sekarang ini kerajaan tidak bercadang untuk menambah peneroka baharu, sudah lama berhenti, kira- kira 20 tahun yang lalu atas sebab-sebab tertentu. Jadi Yang Berhormat Kalabakan boleh bincang dengan Yang Berhormat Besutlah. Satu lagi itu kita ambil perhatianlah cadangan Yang Berhormat Kalabakan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan kepada semua Yang Berhormat yang telah membangkit hal berkaitan dengan portfolio saya di Jabatan Perdana Menteri. Wabillahi Taufik wal Hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang). Saya diberi 40 minit Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku JaafarPBB · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) · Santubong

Buka pelitup muka, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ke atas keprihatinan Ahli-ahli Yang

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku JaafarPBB · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) · Santubong

Berhormat yang telah membahaskan isu di bawah Kementerian Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) sepanjang tempoh perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan tahun 2021 berdasarkan Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan pada 29 Oktober yang lalu. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, seramai 20 Ahli Yang Berhormat telah membahaskan pelbagai isu yang berkaitan dengan Parlimen dan Undang-undang. Mereka ialah Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Petaling Jaya, Yang Berhormat Segambut, Yang Berhormat Pekan, Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Bukit Gelugor, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Johor Baharu, Yang Berhormat Pengerang, Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Kubang Pasu, Yang Berhormat Sibu, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Bukit Gelugor dan Yang Berhormat Batu Gajah. Soalan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat di bawah Parlimen dan Undang- undang akan dijawab bersekali berdasarkan kepada isu yang berbangkit seperti berikut: (i) isu rasuah dan integriti; (ii) isu dasar dan perundangan; (iii) peruntukan dan pengurusan agensi; (iv) pembaikan tadbir urus dalam meningkatkan perkhidmatan kerajaan; dan (v) pembaikan pilihan raya SPR. Yang Berhormat daripada Jelutong ingin tahu mengapa penangkapan yang melibatkan ketirisan kewangan dan kes rasuah seperti kes Dana Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA) di bawah Kementerian Perpaduan Negara hanya melibatkan pegawai-pegawai bawahan, sedangkan pemimpin masih bebas berleluasa. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, SPRM pernah menjalankan siasatan berkenaan isu ini pada tahun 2019. Walau bagaimanapun, siasatan tersebut tidak mendapat bukti wujud kesalahan di bawah Akta SPRM 2009. Pada tahun 2021, SPRM telah menerima maklumat dan siasatan telah disegerakan berkaitan dengan isu ini. Tangkapan yang telah dibuat adalah berdasarkan peruntukan undang-undang. SPRM menjalankan siasatan dengan telus tanpa mengira pangkat.

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku JaafarPBB · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) · Santubong

Yang Berhormat Petaling Jaya.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat, penjelasan.

Belum mula lagi Yang Berhormat Ipoh Barat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Dia sudah habis topik, dia hendak pergi ke topik yang lain Tuan Yang di-Pertua.

But I think Yang Berhormat, with all due respect biar Yang Berhormat Menteri selesai perenggan ini dan saya buka kepada Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, saya ada 54 muka surat, jadi kalau banyak sangat persoalan yang bangkit, yang baru lagi...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Belum mula lagi.

Sekejap ya, Yang Berhormat. Yang Berhormat Ipoh Barat...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Belum mula lagi, macam mana Yang Berhormat Menteri tahu yang ia akan ambil masa dan sebagainya. Saya ada bangkitkan

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

beberapa perkara, select committee and all that, you’re not answering tetapi yang mustahak Tuan Yang di-Pertua ialah mengenai SPRM, penyiasatan ini. Sebenarnya saya difahamkan bahawa ramai yang ditangkap itu tidak ada penyiasatan menyeluruh, mereka hanya disimpan di lokap lepas itu dia orang hantar balik. Adakah ini menunjukkan bahawa tidak ada keseriusan oleh SPRM dan apakah tindakan sedalam-dalamnya diambil? Saya difahamkan ada di antaranya di mana tindakan langsung tidak diambil, adalah dari sebuah parti politik di mana mereka pun terlibat, saya difahamkan. Perkara ini telah pun dibangkitkan di Parlimen ini. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, oleh kerana tidak dibangkit dalam perbahasan yang asal jadi saya akan ambil perhatian apa yang dibangkit oleh Yang Berhormat itu tadi.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Boleh bagi jawapan bertulis Yang Berhormat Menteri?

Saya ambil perhatian Yang Berhormat.

Yang Berhormat Menteri, Batu Gajah di sini.

Berbangkit daripada isu kes berkaitan 1MDB yang telah dibahaskan di mahkamah.

Yang Berhormat Menteri, berkaitan dengan MITRA boleh tanya? Boleh tidak saya tanya Yang Berhormat Menteri sedikit...

Adakah SPRM ataupun Peguam Negara selama ini...

Berkaitan MITRA, isu MITRA, Yang Berhormat Menteri? Saya hendak tahu setakat ini berapa orang kah yang sebenarnya telah di tangkap oleh SPRM untuk disiasat? Apakah tindakan-tindakan selanjutnya sebab risau perkara ini mungkin tidak akan disiasat dengan sepenuhnya dan ikan bilis-ikan bilis yang ditangkap ini akan dibebaskan begitu sahaja. Kita tahu isu ini adalah isu yang cukup besar dan memang kita telah mendapat perhatian daripada seluruh rakyat negara kita. Jadi, saya minta setakat ini berapa orang kah yang telah pun ditangkap dan telah pun disiasat dan apakah tindakan selanjutnya? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat. Sebagaimana yang telah saya sebut tadi Tuan Yang di-Pertua bahawa siasatan yang dibuat pada tahun 2019 tidak ada menunjukkan bahawa ada kesalahan berlaku. Maka laporan semula dibuat pada tahun 2021 ini SPRM sedang menyiasat kes ini secara terperinci lagi oleh kerana kes ini dahulu menunjukkan tidak ada kesalahan- kesalahan yang berlaku. Jadi, ini baru menerima laporan baru, maka SPRM sedang menyiasat kes ini semula Tuan Yang di-Pertua. Berbangkit isu berkaitan 1MDB yang telah dibebaskan di mahkamah adakah SPRM ataupun Peguam Negara selama ini telah tersilap dalam mengumpul bukti serta saksi untuk kes ini? Ini daripada Yang Berhormat Petaling Jaya adakah ini bermaksud agensi ini perlu meningkatkan kapasiti mereka dan kepakaran forensik di dalam mengumpulkan bukti? Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman setakat ini semua pertuduhan bagi kes 1MDB masih dalam perbicaraan di mahkamah. SPRM hanya menjalankan siasatan dan keputusan sama ada untuk menuduh atau tidak adalah di bawah bidang kuasa Peguam Negara. Setiap pendakwaan yang dijalankan adalah berdasarkan kepada hasil siasatan. Dalam pengetahuan SPRM tidak terdapat sebarang kelemahan dan kesilapan dalam proses siasatan yang dijalankan.

Selain itu, pembanterasan rasuah oleh SPRM sentiasa dipertingkatkan dan dikemaskinikan sama ada dalam aspek operasi pencegahan dan pendidikan. SPRM juga menambah baik kes penyiasatan dalam kes-kes rasuah dan salah guna kuasa di negeri ini. Antara lain ialah melaksanakan pengurusan penyiasatan berkesan dalam kes high- profile and public interest. Penggunaan kaedah analisa kewangan dan perisikan sedang diperkembangkan lagi kerana jenayah rasuah semakin kompleks. Untuk makluman Yang Berhormat bahawa terdapat 125 fail kes telah dibuka penyiasatan. Daripadanya ialah berhubung dengan kes di bawah AMLA sebanyak 84 kes dan satu kes perpetual property dan cawangan pelucutan harta sebanyak 41 dan jumlah keseluruhan ialah 25 kes dan kes-kes yang telah dibicarakan di bawah AMLA ialah dua. Jumlah di bawah perlucutan harta ialah enam dan jumlah keseluruhan lapan dan kes di peringkat rayuan adalah 13, Tuan Yang di-Pertua. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Yang Berhormat Segambut membangkitkan tentang berlakunya pengurangan 72.91 hektar kawasan hijau dan terdapat enam kolam takungan banjir yang berfungsi mengatasi masalah banjir Kuala Lumpur telah pun diluluskan memberi pemilikan bagi tujuan pembangunan. Apakah tindakan SPRM mengenai perkara ini terutamanya laporan Ketua Audit Negara. Adakah mereka akan melakukan siasatan atau menunggu apa laporan dibuat, sepatutnya pembentangan siasatan dilakukan di Parlimen. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, bahawa kes yang di maksudkan oleh Yang Berhormat dibangkit hasil pembentangan laporan Ketua Audit Negara pada 28 September 2021, 28 September Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini pun. SPRM telah mengambil tindakan berkenaan dengan isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Buat masa sekarang SPRM sedang menjalankan siasatan, sebabnya Yang Berhormat saya memberi penjelasan lanjut berhubung dengan perkara ini, kes ini berbangkit kepada laporan Audit Negara pada tahun 2019. Oleh kerana kita tidak mengadakan persidangan, maka laporan tersebut telah tidak dibentangkan di dewan Parlimen ini, baru di bentang sekarang ini maka itulah kenapanya tindakan baru diambil semenjak 28 hari bulan tersebut dan penyiasatan setakat ini masih berjalan oleh SPRM, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat dari Pekan, memohon mengapa rayuan keputusan Pulau Batu Puteh ditarik balik pada saat-saat akhir. Kerajaan pada tahun 2018 telah meneruskan permohonan semakan kes pertikaian Mahkamah Keadilan Antarabangsa untuk menentukan kedaulatan tahap Pulau Batu Puteh.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHPermatang Pauh

Sedikit Yang Berhormat sebelum pergi ke tajuk ini.

Batuan Tengah dan Tubir Selatan serta permintaan tafsiran terhadap keputusan kes Pulau Batu Puteh tersebut selaras dengan Artikel 60 statut ICJ. Keputusan tersebut telah mengambil kira pandangan serta kepentingan negara termasuk anggaran implikasi kos keseluruhannya untuk kedua- dua proses ini pada ketika itu Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

Walau bagaimanapun, sebagaimana yang telah sedia dimaklumkan...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat Permatang Pauh minta laluan.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHPermatang Pauh

Yang Berhormat, maaf saya ada membangkitkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini tentang isu SPRM kerana beberapa kes yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dalam jawapan, kita mempunyai masalah untuk mengakses status terkini siasatan. Contoh dalam peringkat PAC,

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHPermatang Pauh

mesyuarat kami juga kadangkala kes-kes besar setiap kali kita minta maklum balas daripada wakil SPRM ataupun menerusi Dewan Rakyat selalunya diberikan dalam perhatian, akan dimaklumkan kemudian. Mungkin Yang Berhormat boleh cadangkan cara terbaik untuk memberikan kita updates yang terkini supaya semua pihak merasakan mendapat gambaran tugasan termasuklah siasatan yang sedang berlaku. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, ingin saya memberi penjelasan berhubung dengan kes-kes yang masih dalam siasatan. Kebiasaannya pihak SPRM ataupun pihak polis, satu siasatan kes-kes sedemikian ini biasanya tidak akan mendedahkan apakah siasatan yang telah dilaksanakan oleh pihak polis ataupun SPRM. Akan tetapi walau bagaimanapun kalau permohonan yang dibuat oleh Yang Berhormat pada ketika Yang Berhormat dalam PAC dahulu insya-Allah saya akan bincang dengan SPRM berkemungkinan ada perkembangan yang baru yang boleh didedahkan kepada pihak Public Accounts Committee nanti, insya-Allah.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih Yang Berhormat, saya jelaskan sedikit kalau boleh, tidak lama. Begini, kita ada wakil ex-officio SPRM dalam Jawatankuasa PAC. Namun saya hendak maklumkan kadangkala siasatan bermula sejak tahun 2018 ya, ada beberapa kes tidak disebut di sini tetapi untuk kami mendapat akses pun sampai tahun 2021 mereka masih kata, “Baik kita akan datang balik kepada Yang Berhormat.” Jadi, kadangkala kita fikir seolah-olah kurangnya capaian, saya tidak maksudkannya dari segi untuk tatapan umum tetapi kurang-kurang dalam skop dan juga perbincangan PAC wajib kita dapatkan sebagaimana mereka lakukan tugas dalam konteks sebagai ex-officio. Terima kasih Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya mengikut amalan yang dibuat di England contohnya, untuk pihak PAC termasuk juga Parlimen terbuka, apabila sesuatu perkara yang dianggap masih dalam siasatan ataupun confidentiality itu masih terjaga, makanya ia hanya boleh didedahkan menerusi perbincangan di antara— Kalau di England, di antara Speaker dengan pihak jabatan kerajaan yang menjagakan apa dipanggilkan yang confidential tersebut. Apabila diputuskan dalam perbincangan tersebut, maka barulah perkara itu boleh didedahkan kepada Public Accounts Committee. Kalau dalam keadaan sedemikian Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan supaya pihak daripada Public Accounts Committee meminta secara terus kepada pihak SPRM perkara-perkara yang mereka hendak bincangkan dengan pihak SPRM. Berkemungkinan kalau kita boleh adopt juga amalan yang dibuat oleh pihak di House of Commons yang mana pihak Speaker berbincang dengan pihak agensi kerajaan untuk menentukan parameter perkara-perkara yang boleh didedahkan dan perkara- perkara yang tidak boleh didedahkan dalam situasi-situasi sebegini, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Puchong membangkitkan kelewatan kes Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Yang Berhormat, dimaklumkan bahawa kes yang melibatkan Yang Berhormat Pekan telah pun didengar dan ditangguhkan pada bulan Mei 2021. Namun, sehingga bulan November, masih menunggu keputusan. Yang Berhormat bertanya berapa banyak kes jenayah Mahkamah Rayuannya. Kes tidak ditangguhkan selama lima bulan. Makna kes Mahkamah Rayuan yang tidak ditangguhkan selama lima bulan. Yang Berhormat ingin mengetahui sama ada terdapat backlog ataupun kelewatan dalam memberikan keputusan kes. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, pada

kebiasaannya, kes rayuan jenayah yang ditetapkan untuk pendengaran di Mahkamah Rayuan akan diputuskan pada hari yang sama iaitu hari didengar. Walau bagaimanapun, kes-kes rayuan yang melibatkan isu yang rumit dan memerlukan penelitian yang mendalam, tarikh keputusan untuk rayuan disebut akan ditetapkan dalam satu tempoh masa yang munasabah (reasonable time). Berdasarkan rekod ini, Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rayuan pada masa ini, hanya kes yang melibatkan Yang Berhormat Pekan sahaja yang telah ditangguhkan untuk keputusan dalam tempoh melebihi lima bulan. Selain itu, terdapat lima lagi kes rayuan yang melibatkan Yang Berhormat Pekan di Mahkamah Rayuan yang masih aktif. Bagi Mahkamah Persekutuan pula, tidak sebarang kes rayuan jenayah yang tertangguh untuk keputusan melebihi tempoh lima bulan. Berhubung dengan kes yang melibatkan Yang Berhormat Pekan di Mahkamah Persekutuan pada masa ini, terdapat satu rayuan jenayah melibatkan Yang Berhormat Pekan masih aktif iaitu kes jenayah bernombor 05(L)19609/2021(W). Rayuan telah didaftarkan pada 13 September 2021 dan kini sedang menunggu penyediaan alasan penghakiman dan rekod rayuan, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Bukit Gelugor membangkitkan mengenai isu kewarganegaraan Malaysia di mana Yang Berhormat ingin tahu sama ada cadangan untuk pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi menjelaskan tafsiran memberikan kerakyatan kepada anak yang lahir kepada ibu atau ayah merupa warganegara Malaysia yang telah pun diperincikan telah dibawa ke perhatian Majlis Raja-raja. Yang Berhormat juga ingin tahu sekiranya Peguam Negara serius terhadap perkara ini dan dibawa untuk perhatian Yang di-Pertuan Agong. Sekiranya Yang Berhormat, apakah pandangan Majlis Raja-raja terhadap perkara ini? Sekiranya tidak, apakah sebab terdapat kelewatan untuk membawa perkara ini kepada Majlis Raja-raja? Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 24 September 2021, Jemaah Menteri telah bersetuju supaya Yang Berbahagia Tan Sri Peguam Negara menyembah maklum kepada Majlis Raja-raja berhubung status kes Suriani Kempe & Others versus Kerajaan Malaysia & Others [2021] SCLJ 666, Mesyuarat Pre-Council dan Mesyuarat Majlis Raja-raja telah dijadualkan pada 23 dan 24 November 2021. Tuan Yang di-Pertua, berhubung kepada cadangan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan mengenai perkara kewarganegaraan, pindaan tersebut hendaklah mendapat persetujuan Majlis Raja-raja berdasarkan fasal (5) perkara 159 Perlembagaan Persekutuan dan hendaklah mendapatkan sokongan sekurang-kurangnya sebagaimana biasa iaitu dua pertiga daripada jumlah bilangan Ahli Majlis Parlimen di bawah fasal (3) perkara 159 Perlembagaan Persekutuan. Sekiranya cadangan pindaan turut menyentuh hak orang lahir sebelum Malaysia untuk menjadi warganegara oleh sebab perhubungan mereka dengan negeri Sabah dan Sarawak atau jaminan layanan sama rata antara yang lahir dan bermastautin di negeri- negeri Borneo tersebut dengan orang yang lahir bermastautin di negeri di Tanah Melayu, persetujuan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Sarawak hendaklah diperoleh selaras dengan perenggan (a) fasal (2) perkara 161E Perlembagaan Persekutuan, Tuan Yang di-Pertua.

Izin. Tuan Yang di- Pertua, boleh saya tanya Yang Berhormat Menteri berkenaan jawapan yang— soalan, terhadap soalan saya. Terima kasih. Saya ambil maklum Tuan Yang di-Pertua, jawapan tersebut bahawa pihak Kabinet telah pun berjumpa pada 24 September tahun ini dan Mesyuarat Majlis Raja-raja dijadualkan untuk diadakan pada 23 dan 24 November 2021, bulan ini iaitu dalam masa beberapa minggu. Now, persoalan saya adalah ini Tuan Yang di-Pertua, sama ada selepas itu sekiranya diumumkan bahawa ini diterima. Saya sambut baik apa yang dibuat oleh Kabinet. Ini adalah satu step in the right direction, dengan izin Tuan Yang di-Pertua oleh sebab— Akan tetapi, saya ingin men-highlight-kan di sini bahawa ini merupakan satu perkara yang memerlukan utmost urgency, dengan izin oleh sebab mereka yang terbabit yang terkesan adalah berjumlah angka besar.

Pada masa sesi yang lepas, saya telah pun bertanya soalan dan saya mendapat jawapan bahawa daripada lebih 2,352 permohonan yang dibuat oleh ibu-ibu di luar negara berkenaan isu ini, hanya 21 sahaja permohonan diluluskan iaitu dalam tempoh tiga tahun antara tahun 2018 hingga Oktober tahun ini. So, that is a lot of backlog applications dengan izin Tuan Yang di-Pertua, pending. Jadi, saya ingin mendapat tahu daripada Yang Berhormat Menteri, sama ada sekiranya diluluskan oleh Majlis Raja-raja, will we expect to see rang undang-undang ini on our tables to be debated at the latest by the first sitting of the next Parliament sitting in early next year? Adakah itu boleh dilakukan? Saya mengucapkan terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sebenarnya masalah ini berbangkit bukanlah saja di Semenanjung, di Sarawak dan di seluruh negara, Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya saya sendiri pun pernah menguruskan perkara yang sama. Walaupun pada ketika itu saya mendapat kelulusan, saya juga memahami bahawa memang kritikal bahawa perkara ini perlu diputuskan. Akan tetapi walau bagaimanapun, saya berjanji Tuan Yang di-Pertua, kita akan mencari masa untuk pindaan itu dilaksanakan dan dibawa kepada Dewan yang mulia ini nanti, pada tahun hadapan. Insya-Allah.

Yang Berhormat Menteri, boleh saya tambah sikit? Yang Berhormat Menteri, saya ucap terima kasihlah ke atas keprihatinan dan dengan izin, consistency oleh Yang Berhormat Menteri. Akan tetapi saya hanya memberikan pandangan bahawa mungkin forum Ahli Parlimen, we as lawmakers adalah forum yang terbaik untuk membuat undang-undang pindaan tersebut. Ini kerana walaupun hari ini mahkamah telah menolak permohonan, stay of execution dengan izin, tetapi akhirnya tertakluk kepada kita pembuat undang-undang kerana interpretasi mahkamah akan memang terletak akhirnya kepada perbahasan tiap-tiap Ahli Parlimen. Jadi, saya harap dengan MOU yang kita tandatangani selain daripada MA63, kita boleh letak sekali kepada pindaan dalam isu Perlembagaan tentang isu citizenship. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sebenarnya daripada sekarang hingga kepada bulan Julai tahun 2022, beberapa siri pindaan Perlembagaan bakal dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Pertama, undang-undang yang kita sebut di dalam CSA yang telah kita tandatangani iaitu undang-undang lompat parti, undang-undang memendekkan ataupun mengehadkan term of office untuk Perdana Menteri itu di dalam CSA kita. Apa yang saya dikehendaki melaksanakannya sekurang-kurangnya mestilah dibentangkan di Dewan Parlimen ini sebelum ataupun semasa persidangan bulan Julai nanti. Jadi dalam keadaan sedemikian, insya-Allah perkara-perkara kritikal sebagai undang-undang berhubung dengan warganegara ini juga akan diambil kira Yang Berhormat dan saya cukup yakin Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan ini nanti akan menyokong pindaan Perlembagaan sedemikian. Oleh kerananya, melibatkan kepentingan orang ramai di negara ini, insya-Allah Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat daripada Bukit Gelugor juga mencadangkan agar satu Jawatankuasa Dwipartisan bagi meneliti cadangan-cadangan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan supaya isu-isu teknikal yang berkaitan dapat diselesaikan secara sekali gus dan pindaan-pindaan yang dibawa adalah lebih jitu dan komprehensif. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, apa-apa cadangan pindaan kepada Perlembagaan adalah tertakluk kepada Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan. Mengikut Fasal 3 Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan, suatu rang undang-undang bagi membuat apa-apa pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan selain pindaan yang dikecualikan daripada peruntukan Fasal 3 Perkara 159 PP dan suatu rang undang-undang bagi membuat apa-apa pindaan kepada suatu rang undang-undang yang diluluskan di bawah Fasal 4 Perkara 10 PP tidak boleh diluluskan dalam mana-mana satu Majlis Parlimen melainkan jika rang undang-undang itu telah

disokong dan dibaca kali kedua, kali ketiga dengan undi sebanyak tidak kurang daripada dua pertiga daripada jumlah bilangan Ahli Majlis Parlimen. Fasal 3 Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan menyatakan dengan jelas mengenai keperluan majoriti two-thirds total number of the House yang telah dicadangkan dalam Constitutional Proposal Federation of Malaya yang bertujuan untuk memestikan pindaan kepada PP ini tidak dibuat dengan mudah dan kaedah pindaannya hendaklah dibuat mengikut kehendak rakyat secara keseluruhannya. Berdasarkan Fasal 4 Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan pindaan yang berikut dikecuali daripada Fasal 3 Perkara 159 iaitu; (a) Apabila pindaan kepada Bahagian III Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan atau kepada Jadual Keenam atau Jadual Ketujuh Perlembagaan Persekutuan; (b) Apa-apa pindaan yang bersampingan dengan atau berbangkit daripada perjalanan apa-apa kuasa untuk membuat undang- undang yang diberikan kepada Parlimen oleh mana-mana peruntukan PP selain daripada Perkara 74 dan Perkara 76 Perlembagaan Persekutuan; (c) Tertakluk kepada Perkara 161E PP, apa-apa pindaan yang dibuat bagi atau berkaitan dengan penerimaan masuk mana- mana negeri ke dalam Persekutuan atau pergabungan dengan negeri-negeri Persekutuan, apa-apa ubahsuaian yang dibuat tentang pemakaian Perlembagaan Persekutuan bagi sesuatu negeri diterima masuk atau bergabung sedemikian sebelum itu; dan (d) Apa-apa pindaan yang berbangkit daripada sesuatu pindaan yang dibuat di bawah Perenggan A di atas. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan Fasal 5 Perkara 159 PP rang undang-undang berkaitan dengan pindaan berhubung dengan Fasal 4 Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan di bawah peruntukan Bahagian III Kewarganegaraan Perkara 38, Perkara 70, Perkara 71(1) mengenai kedudukan Raja-raja. Fasal 4 Perkara 63, Fasal 4 Perkara 72 Keistimewaan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Perkara 151, Bahasa Kebangsaan atau Perkara 153 Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan anak negeri Sarawak dan Sabah tidak boleh diluluskan tanpa terlebih dahulu dibawa untuk dipertimbangkan dan persetujuan Majlis Raja-raja. Bagi PP yang melibatkan negeri Sabah dan Sarawak, menurut Perkara 161 yang saya sebutkan tadi berkaitan dengan penerimaan masuk negeri Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan juga apa-apa ubahsuaian yang dibuat tentang pemakaian Perlembagaan Persekutuan negeri-negeri tersebut. Fasal 3 Perkara 59 terpakai melainkan jika ubahsuaian itu ialah ubahsuaian yang menyamakan satu asimilasi kedudukan negeri itu di bawah Perlembagaan Persekutuan dengan kedudukan negeri-negeri Tanah Melayu. Fasal 2 Perkara 161E PP menyatakan bahawa tidak pindaan boleh dibuat kepada PP tanpa persetujuan Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan Sabah sekiranya pindaan tersebut menyentuh mengenai perkara yang berbangkit. Banyak lagi Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, lagi 10 minit Yang Berhormat.

Yang Berhormat Menteri.

Walau bagaimanapun, sebagai mana yang dicadangkan oleh Yang Berhormat iaitu menubuhkan jawatankuasa. Saya mencadangkan Tuan Yang di-Pertua tiap-tiap kes pindaan Perlembagaan kita refer kepada jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Parlimen itu sendiri yang lebih elok

daripada membuat satu jawatankuasa yang lain. Kita refer kepada jawatankuasa yang bertanggungjawab berhubung dengan pindaan Perlembagaan itu tiap-tiap kali pindaan Perlembagaan dibawa ke Dewan ini Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Machang minta laluan.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam perbahasan saya ada membangkitkan dua perkara berkaitan dengan rang undang-undang. Pertamanya rang undang-undang berkaitan dengan anti lompat parti. Sudah dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri bahawasanya pada Julai tahun hadapan akan dibawa ke Dewan yang mulia ini. Kedua, berkaitan dengan Rang Undang-undang 355 ini. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, ada tidak perancangan kerajaan untuk membawa ataupun sedang mengkaji ataupun sedang meneliti berkaitan dengan RUU 355 ini akan dibawa dalam tempoh terdekat di dalam Dewan yang mulia ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, yang 355 ini apa ya Tuan Yang di-Pertua?

Tuan Yang di-Pertua

Mahkamah Syariah tu ya?

355 Yang Berhormat, tolong bagi tahu saya.

Berkaitan dengan meningkatkan tahap...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Sokong oleh kerajaan.

Siapa cakap itu? Meningkatkan taraf Mahkamah Syariah dan juga mengkaji semula hukuman-hukuman yang berkaitan dengan Mahkamah Syariah yang diputuskan oleh Mahkamah Syariah sebagaimana yang dibaca untuk kali pertama kalau tidak silap saya oleh Yang Berhormat Marang pada dua tahun yang lepas.

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Saya sengaja hendak dapat nama rang undang-undang tersebut sebab pengajian saya di universiti dan di council legal education dahulu tidak pernah guna pun chapter itu. Kita guna nama undang-undang itu sendiri. Reference kepada undang-undang itu refer kepada nama undang-undang bukan refer kepada nombornya. Tidak pernah tahu pun nombor itu. Jadi saya sengaja minta sedikit ‘perli’ Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat, sepengetahuan saya bahawa undang-undang berhubung dengan hal-hal agama ini perlu mendapat kelulusan pihak-pihak negeri. Walau bagaimanapun, soalan berhubung dengan hal-hal Islam adalah perlu dirujuk kepada Menteri Hal Ehwal Islam itu sendiri. Jadi tidak ada di-refer kepada saya ataupun dirujuk kepada saya untuk dibawa ke Parlimen ataupun macam mana laluannya sebelum sampai ke Parlimen Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya.

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Minta maaf Menteri. Tuan Yang di-Pertua, saya telah pun bangkitkan soalan berkenaan dengan siasatan yang dilaksanakan oleh SPRM terhadap SPRM sendiri iaitu berkenaan dengan Datuk Hasanah dan wang yang dikatakan dilesapkan.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Jadi, saya ingin tahu kalau ada jawapan kepada perkara itu. Ini kerana Yang Berhormat Menteri ada banyak hendak dijawab. Saya di Dewan. Kalau boleh fokus kepada isu itu. Kalau ada jawapan Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sebenarnya saya boleh bincang dengan Yang Berhormat dari Puchong di luar Dewan nanti. [Ketawa] Akan tetapi, saya tidak ada jawapan di sini Yang Berhormat, sebenarnya. Tuan Yang di-Pertua, ini dalam bidang peruntukan dan pengurusan agensi Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat daripada Hang Tuah Jaya berhubung dengan Parlimen, SPRM dan Audit. Yang Berhormat Hulu Langat berhubung dengan GIACC dan SPRM. Yang Berhormat Johor Bahru soalan audit. Yang Berhormat Tuaran berhubung dengan mahkamah mencadangkan agar peruntukan untuk Parlimen Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Audit Negara dapat dipertimbangkan untuk dinaikkan. Manakala, Yang Berhormat Tuaran pula meminta supaya peruntukan serta pengurusan kewangan oleh Mahkamah Tinggi negeri Sarawak dan Sabah diuruskan sendiri oleh setiap negeri tersebut. Tuan Yang di-Pertua, sebagai makluman Yang Berhormat, kerajaan sentiasa komited dan berusaha untuk menambah baik keupayaan agensi-agensi kerajaan bagi memantapkan fungsinya. Dalam konteks Parlimen Malaysia, SPRM, Jabatan Audit Negara, Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC), permohonan serta kelulusan peruntukan untuk Kementerian Kewangan adalah berdasarkan kepada perancangan kelulusan kerajaan. Peningkatan peruntukan bagi tahun 2022 yang diluluskan oleh Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) dan agensi di bawahnya berdasarkan Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2022 oleh Kementerian Kewangan menunjukkan komitmen kerajaan untuk meneruskan usaha pemerkasaan governans, integriti dan anti rasuah. Untuk Parlimen Malaysia terdapat peningkatan sebanyak dua peratus dalam bajet Parlimen Malaysia bagi tahun 2022 berbanding tahun 2021. Peningkatan ini adalah untuk membiayai perolehan aset-aset penting bagi operasi harian Parlimen seperti peranti kepada pemerkasaan wireless access point di seluruh kompleks Parlimen, sistem pengurusan kehadiran kakitangan dan lesen perisian. Manakala, untuk SPRM jumlah peruntukan yang telah diluluskan bagi tahun 2021 adalah yang paling tinggi jika dibandingkan dengan lima tahun kebelakangan ini. Walau bagaimanapun, SPRM amat menghargai keprihatinan Yang Berhormat berkenaan peningkatan peruntukan agensi terutamanya untuk tujuan pengisian jawatan yang lebih daripada tahap sedia ada iaitu 65 peratus sahaja. Permohonan peruntukan perbelanjaan mengurus Jabatan Audit Negara dalam Belanjawan 2021 adalah berdasarkan dua program utama iaitu Program Pengurusan dan Program Pengauditan. Program Pengurusan terdiri daripada urusan pentadbiran, kewangan, sumber manusia dan latihan. Program Pengauditan terdiri daripada audit kewangan, audit prestasi, audit tadbir urus dan audit negeri. Cadangan anggaran perbelanjaan pengurusan disediakan berdasarkan keutamaan program aktiviti jabatan dalam mencapai misinya iaitu pengauditan secara profesional berlandaskan standard pengauditan antarabangsa bagi menghasilkan laporan audit yang berkualiti bagi memenuhi kehendak pelanggan. Jabatan Audit Negara amat berbesar hati sekiranya dapat diberikan peruntukan lebih tinggi kerana ada sedikit pengurangan daripada peruntukan yang diagihkan kepada pihak Jabatan Audit Negara lebih komprehensif dan melibatkan skop kerja yang lebih luas dan mendalam. Bagi peruntukan Mahkamah Tinggi negeri Sabah dan Sarawak, berdasarkan kepada subseksyen 6(1) Akta Tatacara Kewangan 1957. Yang Berhormat Menteri Kewangan bertanggungjawab ke atas pengurusan kewangan Persekutuan. Pengurusan kewangan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri adalah di bawah bidang kuasa Yang Berbahagia Tan Sri Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang dilantik oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan sebagai pegawai pengawal berdasarkan kepada seksyen 15A, Akta 61, Pengurusan Kewangan. Perolehan dan pentadbiran mahkamah pula adalah di bawah Ketua Jabatan iaitu Ketua Pendaftar bagi Jabatan Pendaftaran Mahkamah Persekutuan berdasarkan kepada penurunan kuasa oleh Yang Berbahagia Tan Sri KSN bertarikh 1 Januari 2020.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

[Bangun]

Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan yang dimohon dan diluluskan adalah berdasarkan kepada perancangan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dengan tujuan Hakim Besar Sabah dan Sarawak serta mengambil kira cadangan yang dikemukakan oleh Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak. Pendaftaran Mahkamah Rendah Sabah dan Sarawak, input daripada Pengarah Mahkamah Negeri Sabah dan Sarawak, pengurusan kewangan, perolehan serta pentadbiran yang melibatkan peruntukan bagi agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri hendaklah dilaksanakan berdasarkan kepada turun kuasa dan had nilai tertentu oleh Ketua Setiausaha Negara kepada Ketua Jabatan. Ini bermaksud Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa dalam urusan kewangan dan perolehan. Namun, urusan kewangan atau perolehan yang melebihi had nilai penurunan kuasa Hakim Besar Sarawak dan Sabah adalah [Tidak jelas].... melulus peringkat Persekutuan.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua, saya telah pun minta tadi. Kalau ada jawapan kepada soalan yang saya kemukakan, soalan itu cukup penting. Saya hendak tahu is there a cover-up dalam kes itu? Apa sudah jadi kepada kes itu? Kita bincang panjang lebar berkenaan dengan kes itu dan nampaknya tidak ada jawapan. Jadi, saya minta kalau ada Yang Berhormat Menteri boleh berikan jawapan kepada saya dalam Dewan ini kerana kita rasa baik kalau dirakamkan untuk semua lihat dan juga pada Hansard. Itu soalan dia. Mr. Minister is there a cover-up in the Hasanah case? I think that is the question that needs to be answered in this House this afternoon. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua yang... [Disampuk]

Tuan Yang di-Pertua

Kalau Yang Berhormat hendak jawab lepas itu masa sudah habis ya, Yang Berhormat. So, Kalau hendak jawab sila boleh jawab.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Fasal pilihan raya tidak jawabkah Tuan Yang di-Pertua?

Ada mahu penjelasan sikit tentang...

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tentang pilihan raya.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Tuaran sekejap. Yang Berhormat Puchong dahulu.

Penjelasan sedikit tentang belanjawan untuk Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak. Adakah Yang Berhormat selaku Menteri yang bertanggungjawab dalam hal-hal undang-undang perundangan dalam negara ini sedar bahawa beberapa program tertentu yang dijalankan oleh Ketua Hakim Borneo dan apa nama Sabah dan Sarawak dahulu, mereka terpaksa mendapatkan bantuan daripada derma awam dan sebagainya. Apabila dijalankan dahulu mahkamah bergerak, dilaksanakan dahulu, ia begitu payah untuk mendapatkan peruntukan dan sebagainya daripada Ketua Setiausaha Negara dan sebagainya. Adakah Yang Berhormat selaku Menteri percaya bahawa cara yang ada sekarang ini di mana Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak terpaksa meminta dan tidak mempunyai bajet sendiri. Adakah ini yang terbaik dalam dari segi pengurusan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua

Ringkas ya Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya sebenarnya mengetahui daripada tahun 2014 lagi berhubung dengan peruntukan untuk mahkamah Sarawak dan Sabah ini sebabnya peningkatan keperluan khususnya yang disebut oleh Yang Berhormat Tuaran tadi iaitu berhubung dengan mahkamah bergerak. Pada ketika itu, saya Timbalan Menteri dalam KDN untuk menguruskan hampir 40,000 permohonan berhubung dengan kewarganegaraan di mana di negeri Sabah khususnya tidak ada negeri lain dalam Malaysia yang perlukan

pengesahan daripada Mahkamah Majistret Kelas Satu untuk meluluskan permohonan sebagai warganegara di negeri Sabah. Jadi, oleh sebab itulah kenapa keperluan itu adalah amat kritikal kepada saya pada ketika itu sebagai Timbalan Menteri yang menguruskan permohonan-permohonan tersebut hingganya berbincang dengan Yang Amat Arif Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum pada ketika itu. Tahniah Yang Berhormat sudah dilantik dan diberi anugerah Tun sebagaimana yang dibangkit oleh Yang Berhormat baru minggu lepas.

Tun Richard Malanjum secara panjang lebar macam mana masalah dihadapi oleh pihak mahkamah di Sabah untuk menguruskan supaya mahkamah pergi ke perkampungan, ke luar bandar untuk berjumpa dengan mereka yang berkepentingan sedemikian ini. Cadangan saya, Yang Berhormat, ialah supaya pihak Pendaftar Mahkamah Negeri Sarawak dan Sabah berbincang dengan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan kerana Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan mempunyai autoriti yang diberi oleh KSN untuk berbincang perkara ini bagaimana boleh sumber kewangan itu diagihkan ke negeri Sarawak dan Sabah.

Dengan lain-lain perkataan, begitu payahlah hendak dapat duit... [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Tuaran, cukuplah. Yang Berhormat, Yang Berhormat hendak tangani soalan Yang Berhormat Jelutong?

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Puchong.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua

Ya, kemudian habis ya? Kemudian yang lain bertulis sebab dah lebih masa.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Isu SPR tidak sentuh kah?

Tuan Yang di-Pertua, sebelum ini, boleh saya just tanya satu perkara sebelum jawapan ini? Because mine is very short. Saya just hendak tanya Yang Berhormat Menteri sebelum menjawab Yang Berhormat Puchong. Sama ada Yang Berhormat Menteri akan menangani isu yang juga ditimbulkan iaitu berkenaan medical cannabis yang telah pun dibawa ke Dewan yang mulia ini? Soalan saya antara lainnya adalah sama ada Dangerous Drugs Act akan dipinda memandangkan pengumuman Kementerian Kesihatan baru-baru ini? Sama ada perkara ini ditangani oleh Yang Berhormat Menteri dan sekiranya ada jawapan? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Tamatkan ya, Yang Berhormat. Tolong.

Sudah habis ya, Yang Berhormat?

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya jawab itu ringkas dulu. Sebenarnya pihak Kementerian Kesihatan belum berbincang dengan saya berhubung dengan Dangerous Drugs Act ini, Yang Berhormat, sebenarnya. Insya-Allah, kalau ada pihak Kementerian Kesihatan berjumpa saya, kita akan bincang perkara ini. Walau bagaimanapun, ini saya hendak bagi jawapan apa yang ada pada saya berhubung dengan apa yang disoal oleh Yang Berhormat Puchong tadi. Untuk makluman Yang Berhormat, kertas siasatan terhadap pegawai SPRM yang telah ditangkap melibatkan kes kehilangan wang sitaan ini telah dikemukakan kepada

Jabatan Peguam Negara pada 1 Oktober 2021 dan kini sedang dalam tindakan dan arahan lanjut daripada timbalan pendakwa raya. Setakat ini, pihak Jabatan Peguam Negara belum membuat apa-apa keputusan kerana kes masih lagi dalam siasatan dan melaksanakan arahan lanjut daripada timbalan pendakwa raya untuk proses melengkapkan siasatan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Yang Berhormat Menteri, boleh saya? Tuan Yang di-Pertua, hanya soalan yang pendek. Yang Berhormat Menteri telah pun menyatakan bahawa perkara ini sedang disiasat dan telah pun dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara. Saya hendak minta Yang Berhormat Menteri, boleh Yang Berhormat Menteri beritahu di bawah seksyen apa perkara ini disiasat dan dihantar untuk arahan daripada timbalan pendakwa raya? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya ada berbincang dengan Peguam Negara tetapi saya sudah lupa sama ada di bawah kecurian ataupun kes lain, Yang Berhormat. Jadi, saya tidak pasti setakat ini.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Boleh saya minta agar diberi dalam jawapan bertulis kalau boleh? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Baik, Tuan Yang di-Pertua, saya akan buat jawapan bertulis.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, tolong tamatkan, Yang Berhormat.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, saya ada bangkitkan perkara mengenai select committee untuk Kementerian Sumber Manusia. Saya ada bagi alasan-alasan tetapi tidak ada jawapan. Adakah ia akan diberi sekarang atau secara bertulis? Select committee on human resources. Saya ada bangkitkan perkara itu dalam perbahasan saya.

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya, Tuan Yang di-Pertua, saya sudah bangkitkan, Tuan Yang di- Pertua, pada mesyuarat kita yang baru hari Isnin, kalau tidak salah saya, Yang Berhormat, saya bangkit. Sebab, penubuhan jawatankuasa dalam Parlimen, saya memang sudah serah bulat-bulat, saya tidak hendak terlibat. Biarlah Tuan Yang di-Pertua sebagai Speaker of the House buat keputusan sama ada hendak menubuhkan ataupun tidak. Apabila keputusan dibuat, kita akan buat laporan kepada pihak kerajaan. Yang Berhormat, memang sudah dibincangkan.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, kalau boleh, remind saya dengan bertulis.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Okey, okey.

Tuan Yang di-Pertua

Saya boleh bangkitkan di dalam Jawatankuasa Dewan.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Terima kasih. Saya akan buat sedemikian. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Saya serahkan kepada Jawatankuasa Dewan lah.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Terima kasih.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, tolong tamatkan.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Sebab kita ada lima kementerian lagi.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Sikit, sikit saja. Tadi disebut, Tuan Yang di-Pertua, antara isu-isu yang akan dijawab ialah berkaitan dengan soal pembaikan SPR. Akan tetapi, tidak disentuh sedangkan itu sangat penting dalam situasi semasa iaitu PRN di negeri Melaka. Kerana ada perkara-perkara yang saya fikir, Tuan Yang di-Pertua, SOP-SOP yang ada di tangan saya ini yang dikeluarkan oleh SPR pada hari penamaan calon kepada setiap calon ini satu yang tidak masuk akal bagi saya, walaupun saya tahu bahawa itu ialah untuk isu hendak mengekang soal COVID-19. Saya tunjuk contoh, Tuan Yang di-Pertua, pemasangan bunting, banner dan pengedaran pamflet. “Pengedaran pamflet kepada orang awam secara bersemuka adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh pilihan raya.” Ya, saya faham. Akan tetapi, calon- calon dan perayu calon boleh masuk di kedai kopi duduk bersama. Jadi, bersemuka, orang ramai. Dia pergi bersemuka. Calon pergi ke pasar, dia tetap bersemuka. Jadi, mana yang dikatakan tidak boleh menyebabkan soal COVID-19? Jadi, ini antara yang saya katakan tidak masuk akal. Kemudian yang keduanya ialah kenderaan yang dipasang dengan alat pembesar suara tidak dibenarkan berhenti di sepanjang tempoh laluan dalam menyampaikan ucapan. Jadi, macam mana orang hendak faham? Macam saya lalu depan rumah Tuan Yang di-Pertua, “Tuan-tuan dan puan-puan.” Kemudian Tuan Yang di-Pertua dengar yang itu sahaja, Tuan Yang di-Pertua tidak dengar yang lain. Mungkin kereta itu akan kata, “Jangan percaya kepada Pagoh.” Ini UMNO punya stail lah, hendak marah kepada Yang Berhormat Pagoh. Yang Berhormat Pagoh duk hentam. Jadi, mesej itu tidak sampai kepada masyarakat. Kemudian bilik gerakan, Tuan Yang di-Pertua. Seorang calon hanya boleh tubuh satu bilik gerakan iaitu untuk satu DUN. Jadi, bilik gerakan kecil di PDM itu tidak boleh. Jadi, macam mana dia hendak beroperasi? Jadi, akhirnya menyebabkan mesyuarat jawatankuasa PDM itu akan duduk di satu bilik gerakan. Jadi, akhirnya berlaku keadaan bersemuka. Jadi, saya fikir kalau hendak buat SOP itu, biarlah masuk akal bagi saya.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, tolong tamatkan, Yang Berhormat, lepas ini.

Saya ringkas sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya saya tadi berbincang pun berhubung dengan apa yang berlaku di Melaka dan apa bakal berlaku di Sarawak berhubung dengan SOP ini. Sebenarnya SOP ini adalah perkara yang dibuat oleh pihak KKM dan pihak MKN, bukan dibuat oleh SPR. SPR mungkin ada input-input lain sahaja berhubung dengan pemakaian, simbol parti dan sebagainya. Itu untuk polling day, bukan untuk masa sekarang. Jadi, apa yang berlaku saya dimaklumkan ialah semasa mereka membawa baju, pakaian dan sebagainya itu, perhimpunan itu, itu yang menjadi satu kekangan yang dihadapi oleh pihak itu tetapi bukan SPR yang terlibat sebenarnya. Ini semua di bawah bidang kuasa MKN dan KKM, Yang Berhormat. Jadi, itu penjelasan yang diberi. Sebabnya, SPR ialah untuk menggalakkan demokrasi itu sendiri, bukan berhubung dengan keselamatan manusia, Yang Berhormat.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat, mesti ada koordinasi yang jelas sebab MKN telah pun membuat berkaitan dengan soal fasa. Bila masuk Fasa 4, tengok bola hari Khamis malam Jumaat ini, Kuala Lumpur lawan dengan mana, mereka sudah boleh sampai 20,000 hingga 30,000 orang. Jadi, Melaka adalah Fasa 4. Jadi, kemunasabahan itu harus perlu ada.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, boleh tamatkan?

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang Tuan Yang di-Pertua beritahu tadi bahawa masa saya sudah habis dan sebenarnya, Tuan Yang di-Pertua, saya ada panjang ya berhubung dengan SPR...

Tuan Yang di-Pertua

Bertulislah, bertulis.

...Pilihan raya dan sebagainya.

Pelan di Bugaya, Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua

Bertulislah.

Semua ada di sini dan saya boleh hantar secara bertulis, Tuan Yang di-Pertua. Insya-Allah.

Tuan Yang di-Pertua

Lima hari.

Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja. Saya ucapkan sekali lagi terima kasih. Kepada Yang Berhormat mencelah pun saya ucapkan terima kasih banyak-banyak.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Insya-Allah, saya akan cuba sebaik-baik boleh untuk jawab soalan-soalan yang dibangkit oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Seterusnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Dia pun sudah― Yang Berhormat pun sudah takut saya cancel 20 minit daripada masa beliau sebab kita sudah terbengkalai 20 minit. Akan tetapi, Yang Berhormat, masa 40 minit tetapi saya minta Yang Berhormat kalau soalan yang Ahli- ahli Yang Berhormat yang tidak ada itu diberi secara bertulis saja. Masa 40 minit ya, Yang Berhormat.

Tuan Haji Idris bin Haji AhmadUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) · Jerantut

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih terutama kepada Yang Berhormat Sik― Yang Berhormat Sik ada tidak? Yang Berhormat Labuan?

Yang Berhormat Labuan.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Ada, Labuan ada.

Ada ya? Yang Berhormat Bintulu? Yang Berhormat Pokok Sena ada? Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Alor Gajah, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Kuantan dan Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu yang telah membangkit isu-isu yang berkaitan dengan hal ehwal Islam semasa perbahasan Belanjawan 2022 peringkat dasar. Jadi, yang tidak ada itu saya skip.

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Yang Berhormat Sik tidak ada. Saya menjawab soalan berkenaan dengan Yang Berhormat Pokok Sena yang mencadangkan supaya kerajaan perlu mengkaji kembali Bantuan Geran Per Kapita bagi setiap sekolah dapat diberikan kepada sekolah agama rakyat, sekolah tahfiz dan sekolah pondok untuk membantu mereka mendapat bantuan yang sama dengan sekolah kebangsaan. Berhubung dengan Bantuan Geran Per Kapita murid, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pendidikan pada tahun 2018, 2019, 2020 dan 2021 ada menyalurkan peruntukan wang one-off Bantuan Awal Persekolahan berjumlah RM100 kepada murid warganegara Malaysia dalam kalangan B40 di sekolah agama negeri dan sekolah agama rakyat, tahfiz, pondok dan sekolah agama swasta sama seperti Bantuan Awal Persekolahan yang diterima oleh pelajar-pelajar sekolah kebangsaan.

Bagi tahun 2022, kerajaan bersetuju untuk menyediakan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 untuk meningkat berbanding RM100 sebelum ini. Bagi Bantuan Geran Per Kapita sekolah agama rakyat dan swasta yang berdaftar, kerajaan telah meluluskan pada tahun 2020 sebanyak RM10 seorang pelajar bagi meringankan beban kos operasi.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tuan Yang di-Pertua, tidak lupa ucapkan tahniah kepada Tan Sri atas anugerah pingat kebesaran.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Boleh buat jamuan nasi Arab. [Ketawa] Baik terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya fikir RM10 ini terlalu kecil berbanding dengan apa yang diperoleh oleh sekolah kebangsaan sedangkan pengorbanan sekolah-sekolah agama rakyat, sekolah tahfiz ini telah berjaya mengurangkan beban kerajaan dari segi hendak menyediakan bangunan, daripada segi hendak menyediakan alat kelengkapan. Mereka telah berusaha, berikhtiar mencari dana. Jadi sepatutnya saya fikir kalau kita hendak melihat kemajuan masa depan sekolah- sekolah agama rakyat yang mampu membekalkan insan-insan yang baik untuk masuk dalam pasaran pekerjaan sampai kepada peringkat menjadi pemimpin negara, saya fikir bahawa kita perlu bantu dengan Bantuan Geran Per Kapita yang munasabah sama seperti mana sekolah-sekolah kebangsaan. Minta penjelasan.

Terima kasih. Perkara itu boleh dibincang sekiranya kewangan kita nanti kukuh. Yang Berhormat Bintulu...

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Awat duit tidak ada kah? [Ketawa]

Tidak. Fasal 22 hari bulan hari itu tidak ada fikir pun bab ini. [Ketawa] .

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Sekarang lah sepatutnya ia dibuat.

Okey. Yang Berhormat Kuantan tidak ada.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ada isu lagi yang saya bangkitkan itu tidak dijawab

Ada. Depan ini.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Depan?

Depan. Yang Berhormat Beruas, tidak ada tadi. Yang Berhormat Labuan ada kan?

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Ada. Ada.

Okey, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Labuan mencadangkan agar peruntukan yang mencukupi diberikan kepada Labuan untuk projek pembinaan masjid. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah merancang untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan semula dan pembaikan masjid serta surai melalui permohonan peruntukan pembangunan RMKe-12 mahupun peruntukan mengurus pada tahun hadapan. Untuk itu, JAWI telah dan akan memohon peruntukan dari semasa ke semasa di bawah peruntukan pembangunan RMKe-12 untuk melaksanakan beberapa cadangan projek pembinaan semula masjid dan surau yang akan dikenal pasti. Selain daripada permohonan peruntukan pembangunan tersebut, JAWI juga akan menggunakan sebahagian peruntukan mengurus untuk kerja-kerja pembaikan masjid dan surau yang mengalami kerosakan kritikal di Labuan.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Yang Berhormat Menteri.

Ya.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ada beberapa masjid dan surau yang sudah mendapatkan kelulusan untuk pembinaan baharu

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

sebelum ini seperti Masjid Ar-Rahman Sungai Lada, Masjid Nur Iman Ganggarak dan pembesaran Surau Nurul Islam di bandar Labuan dan juga surau di Kampung Patau-patau 2 juga sudah diumum sebelum ini. Jadi, saya mahu informasi terkini apakah status yang ini sebab ia sudah diluluskan dan untuk Surau Nurul Islam itu, dia punya design pun sudah siap oleh JKR tetapi belum dilaksanakan.

Terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Labuan. Insya-Allah nanti saya akan cuba follow-up dengan pegawai yang bertanggungjawab dengan permohonan tersebut. Yang Berhormat Pokok Sena ingin tahu kewajaran melantik sehingga 12 orang pegawai menggunakan peruntukan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang ditempatkan di bawah Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) terdahulu. Sebelum ya. Untuk makluman Yang Berhormat 12 orang pegawai tersebut dilantik bagi tempoh setahun, 1 Oktober 2020 hingga 30 September 2021 sebagai Pegawai Penyelidik bagi menyiapkan projek khas Tafsir al-Bayan terjemahan Al-Quran Mukhtasar al-Bayan dan terjemahan Sahih Bukhari yang diselia oleh Pejabat Mufti, Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan JAKIM.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tuan Yang di-Pertua, pengeluaran tafsir itu di bawah siapa?

Di bawah Pejabat Menteri.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Sekarang sudah keluar sudah?

Belum lagi.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Belum.

Ya.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tidak, tetapi saya hendak tanya. Jadi staffs itu masih lagi bekerja?

Ini tidak ada lah, dekat pejabat saya tidak ada.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Sebab itu saya sebut Tuan Yang di- Pertua hari itu. Saya fikir bahawa kemunasabahan untuk melantik seorang Menteri, melantik 10 orang pegawai khas lagi, dan digaji oleh pihak YADIM, kemudian Timbalan Menteri dua orang. Jadi tidak ada munasabah? Takkanlah kalau sudah 10 orang diberikan kepada Menteri dan digaji oleh YADIM, apa perlu lagi dua orang di bawah pejabat Timbalan Menteri? Jadi, saya fikir bahawa kadang-kadang menunjukkan kelemahan kita sendiri tidak mampu untuk melaksanakan kerja sedangkan kita sudah ada pegawai-pegawai tertentu. Jadi, saya fikir, saya bimbang bahawa takut dia menjadi satu alasan sahaja iaitu lantik dalam kontrak penyelidik, pegawai penyelidik, untuk Tafsir al-Bayan dan sebagainya. Jadi, ini perlu hati-hati sebab kita menggunakan wang negara, wang rakyat. YADIM adalah satu institusi yang berimej latar belakang Islam. Jangan dilihat bahawa orang melihat YADIM digunakan untuk kepentingan-kepentingan tertentu.

Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa setakat ini sahaja yang saya...

Yang Berhormat Menteri, Batu Gajah. Yang Berhormat Menteri, saya ada satu perkara yang saya hendak bangkitkan. Sebagai sahabat lama, saya hendak menasihatkanlah kepada Yang Berhormat Menteri mengenai satu insiden yang berlaku baru-baru ini. Saya melihat sebuah video yang menular di media sosial di mana Yang Berhormat Menteri Agama dan juga Timbalan Menteri Sumber Manusia, kedua-duanya pemimpin daripada PAS telah berkonfrontasi dengan seorang wartawan wanita. Saya lihat bahasa yang digunakan itu

adalah agak kasar dan saya rasa perkara itu seperti ini perlu dielakkan. Ini sebab wartawan itu menjalankan tugas, tanggungjawab. Dia hendak tahu apakah sebab Kerajaan Negeri Kedah telah menutup semua kedai nombor ekor. Jadi, tidak salah untuk wartawan itu bertanya soalan seperti ini. Saya faham, ini adalah niat Parti PAS untuk dapat meraih undi di PRN Melaka. Itu adalah strategi. Akan tetapi cara Yang Berhormat Menteri untuk menangani isu ini dengan mengadakan konfrontasi dengan bahasa kasar terhadap seorang wartawan wanita itu adalah sesuatu yang tidak baik.

Saya minta kepada Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk memohon maaflah kepada beliau dan juga kepada keluarganya secara terbuka. Itu adalah nasihat saya kepada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Batu Gajah. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Walaupun benda ini benda yang di luar konteks yang tidak dibincangkan tetapi saya rasa, pada saya tidak ada benda unsur-unsur yang bersifat provokasi pun. Itu sahaja, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seterusnya saya menjemput... [Disampuk] .

Lah, habis sudah? Hendak tanya Tabung Haji – orang ingat habis sudah, Yang Berhormat Menteri? [Ketawa] . Okey, okey tidak apalah.

Ingat hendak tanya?

Tuan Yang di-Pertua

Sudah habis sudah.

Saya memang ingat ada topik Tabung Haji. Boleh saya tanya sedikit, Yang Berhormat Menteri? Boleh tidak? Agak-agak?

Tuan Yang di-Pertua

Ikut Yang Berhormat Menteri kalau...

Boleh? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tanya sedikit berkaitan perkara yang saya bahaskan dahulu. Ini berkaitan dengan audit report Tabung Haji iaitu untuk tahun 2018. Dalam emphasized matter ini jelas terbukti dimaklumkan dalam ini bahawa Kabinet pada 7 Disember 2018 yang di bawah kelolaan Yang Berhormat Langkawi dan Yang Berhormat Menteri Kewangannya, Yang Berhormat Bagan dan Menteri Agama Yang Berhormat Parit Buntar. Saya bertanyakan – ia ada banyak sangat isu. Tidak perlu ulas satu per satu tetapi antara perkara yang amat penting khususnya pendeposit-pendeposit Tabung Haji hendak tahu berkaitan dengan Laporan Audit 2018 yang telah audit menegur berkaitan dengan sukuk Tabung Haji yang tidak mempunyai jaminan kerajaan. Kebiasaannya untuk makluman Yang Berhormat Menteri, sewaktu saya jadi pengerusi dahulu pun segala teguran kita ambil kira. Pada zaman itu, hanya sekali 2017 sahaja. Akan tetapi, soalan saya sekarang kenapa dan mengapa adakah kerajaan merasa bimbang bahawa pinjaman bernilai RM27 bilion itu khususnya sukuk tidak ada sama sekali mempunyai sebarang jaminan daripada kerajaan. Jadi, kalau kita tengok ini satu perkara yang agak cukup-cukup membimbangkan. Saya pernah ajukan perkara ini kepada Yang Berhormat Bagan pada waktu itu sebagai Yang Berhormat Menteri Kewangan. Mereka cuma memberi surat sokongan bukan surat jaminan. Akan tetapi sehingga hari ini, teguran Ketua Audit Negara bagi tahun 2019 itu kelihatan belum diambil tindakan serius dan masih lagi tidak ada jaminan kerajaan ke atas sukuk bernilai yang boleh RM27 bilion. Soalan saya, apakah tindakan dan apakah kerajaan risau atau tidak berkaitan dengan implikasi negatif terhadap Tabung Haji sekiranya mereka tidak dapat bayar?

Apakah tindakan pembetulan yang telah atau akan diambil oleh pihak kerajaan? Begitu juga, saya melihat pendapatan dan keuntungan Tabung Haji yang semakin mengucup setiap tahun sejak Pakatan Harapan memerintah. Tahun lepas, walaupun tanpa bebanan subsidi OPEX, Tabung Haji masih tidak mampu memberikan pulangan yang kompetitif. Saya amat bimbang sekiranya pulangan dividen terlalu rendah seperti dua ke tiga tahun kebelakangan ini maka Tabung Haji tidak lagi menjadi pilihan utama umat Islam dan akhirnya ia akan boleh merencatkan peranan Tabung Haji sebagai satu wadah ekonomi buat umat Islam. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Okey terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Baling. Oleh sebab itulah dalam Mesyuarat Jemaah Kabinet pada 14 Julai 2021 bersetuju untuk menubuhkan RCI. Sebenarnya RCI telah pun diputuskan pada Mesyuarat Jemaah Kabinet hari Jumaat yang lalu. Kita tertangguh oleh sebab sebelumnya ada yang kita lantik, dia tidak bersetuju. Sekarang ini, sudah pun ada persetujuan dan insya-Allah kita akan kemukakan kepada pihak Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan selepas itu akan diisytiharkan Jawatankuasa Suruhanjaya RCI ini. Kita sedar bahawasanya apabila aset Tabung Haji ini dibuat melalui special purpose vehicle (SPV) ini yang sudah tentu ia keluar daripada Akta Tabung Haji ini yang memberikan jaminan kepada pendeposit. Apabila sudah diuruskan melalui syarikat maka sudah tentu kalaulah nauzubillahiminzalik jadi sesuatu perkara yang tidak diinginkan maka ia akan memberikan kesan kepada pendeposit. Maka, sebab itulah kita harapkan supaya RCI dapat dilunaskan. Mungkin kita beri masa dalam tiga bulan ataupun habis lama enam bulan selepas itu akan berlakunya satu buah pelan pemulihan semula terhadap Tabung Haji. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat... [Disampuk]

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Segerakan RCI itu. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang yang ingin menjemput Menteri di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. 40 minit, Yang Berhormat. Silakan.

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin AliPKR · PHMenteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Gombak

Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya menyambut baik pandangan dan input dari Ahli-ahli Yang Berhormat semasa perbahasan RUU Belanjawan 2022 peringkat dasar yang terkait dengan perdagangan antarabangsa, pembangunan industri dan pelaburan. Kementerian menghargai setiap pandangan dan cadangan yang konstruktif dalam memastikan ekonomi Malaysia terus berdaya saing pasca COVID-19 demi kesejahteraan Keluarga Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pagoh mencadangkan agar Misi Galakan Perdagangan dan Pelaburan (MGPP) memberi fokus untuk menarik lebih banyak pelaburan baharu berteknologi tinggi dan berteknologi hijau. Bagi memastikan pemulihan ekonomi negara berada pada landasan yang kukuh, kementerian akan meningkatkan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan berkualiti tinggi di samping langkah- langkah pembangunan ekosistem yang mesra pelabur, seiring dengan objektif National Investment Aspiration (NIA). NIA memberi penekanan terhadap elemen Environmental, Social and Governance (ESG) yang semakin mendapat keutamaan pada peringkat antarabangsa. Dasar ini penting bagi menjamin kelestarian pertumbuhan ekonomi negara, kerana isu ini memberikan kesan terhadap eksport dan pelaburan langsung asing. MGPP sentiasa

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin AliPKR · PHMenteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Gombak

memberi fokus untuk menarik pelaburan berkualiti termasuk pelaburan berteknologi tinggi dan hijau, di samping meningkatkan perdagangan serta pemindahan teknologi melalui jalinan kerjasama khususnya dalam sektor berkepentingan strategik. Sektor-sektor yang telah dikenal pasti adalah E&E, peranti perubatan, aeroangkasa, pharmaceutical, tenaga boleh diperbaharui, industri kreatif, ekonomi digital serta kenderaan cekap tenaga termasuk kenderaan elektrik. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Port Dickson dan Yang Berhormat Kangar meminta penjelasan berkenaan, dengan izin Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (CPTPP). CPTPP telah ditandatangani oleh 11 negara anggota termasuk Malaysia, pada tahun 2018. Perjanjian ini telah dikuatkuasakan oleh Australia, Canada, Jepun, New Zealand, Mexico, Peru, Singapura dan Viet Nam. Hampir lima tahun sejak pelaksanaan CPTPP, Malaysia telah kehilangan peluang untuk memanfaatkan Perjanjian tersebut susulan proses ratifikasi yang masih belum selesai. Malaysia sedang dalam usaha melengkapkan proses ratifikasi yang dijangka akan dimuktamadkan pada suku ketiga tahun 2022. Sebagai sebuah negara yang masih belum meratifikasi CPTPP, Malaysia hanya diberikan status pemerhati dan tidak mempunyai sebarang hak untuk menghalang apa- apa keputusan yang dibuat oleh lapan buah negara yang telah menguatkuasakan perjanjian CPTPP. FTA seperti CPTPP adalah sesuatu yang bersifat perpetuity yang akan memberikan pelbagai faedah dan pulangan positif kepada sektor-sektor ekonomi di masa akan datang. Perjanjian ini menyediakan ruang dan peluang kepada industri dan pembekal perkhidmatan untuk mendapat manfaat optimum melalui akses pasaran yang luas dan semakin berkembang, berikutan permohonan kemasukan oleh anggota baharu seperti United Kingdom, Republik Rakyat China dan Taiwan.

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin AliPKR · PHMenteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Gombak

Ini membuktikan bahawa CPTPP adalah satu perjanjian yang amat bermanfaat dari segi ekonomi dan telah menarik minat pelbagai negara untuk menyertainya. Antara tiga perkara utama yang merupakan opportunities lost untuk Malaysia adalah, pertama, Perjanjian ini memberi akses pasaran yang lebih luas susulan pengurangan dan penghapusan duti import ke atas barangan eksport Malaysia. Preferential treatment yang bakal dinikmati oleh Malaysia akan memberi kelebihan dan meningkatkan daya saing barangan eksport Malaysia di pasaran negara-negara pengimport CPTPP, berbanding dengan negara-negara lain yang tidak menganggotai Perjanjian ini. Pada masa ini, Malaysia mempunyai bilateral and regional FTA dengan kesemua negara anggota CPTPP kecuali Kanada, Mexico dan Peru. Tanpa CPTPP, Malaysia tidak dapat menikmati sebarang bentuk akses pasaran berkeutamaan ataupun preferential treatment di ketiga-tiga negara tersebut. Ini akan menjejaskan daya saing barangan eksport Malaysia ke negara-negara tersebut, khususnya memandangkan barangan eksport yang serupa daripada Vietnam dan Singapura telah pun menikmati akses berkeutamaan. CPTPP juga menyediakan satu ekosistem yang stabil, telus dan predictable bagi meningkatkan eksport Malaysia dalam sektor perkhidmatan ke pasaran negara-negara anggota CPTPP sebagai contoh, pembekal perkhidmatan tempatan seperti kejuruteraan, seni bina, perakaunan dan kepakaran perubatan turut dapat merebut peluang perniagaan baharu yang ditawarkan oleh CPTPP. Kedua, CPTPP menyediakan pelbagai program capacity building dan technical assistance untuk industri tempatan. Ketika ini, program sedemikian tidak ditawarkan kepada Malaysia kerana masih belum meratifikasi CPTPP. Kebanyakan program yang tersedia di bawah CPTPP sedang dinikmati oleh Viet Nam. Sebagai contoh, sebelum meratifikasi CPTPP, barangan eksport yang dihasilkan oleh PKS Viet Nam menempuh kesukaran menembusi pasaran Kanada kerana tidak berupaya mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Kanada. Namun begitu, selepas Viet Nam meratifikasi dan

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin AliPKR · PHMenteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Gombak

menguatkuasakan CPTPP, ia telah menjadi penerima tunggal program bina upaya dan bantuan teknikal daripada Kanada, di mana sebanyak 300 PKS Viet Nam telah diupaya untuk mengeksport barangan mereka ke pasaran Kanada. Semenjak menguatkuasakan Perjanjian CPTPP, Vietnam menjadi pesaing hebat kepada Malaysia. Eksport Vietnam ke negara-negara anggota CPTPP telah merekodkan peningkatan yang mendadak iaitu sebanyak lapan peratus atau USD34.3 bilion pada tahun 2019 berbanding 2018. Vietnam adalah destinasi pilihan bagi FDI dari negara anggota CPTPP. Pada tahun 2019, Vietnam mencatatkan kemasukan FDI daripada negara anggota CPTPP sebanyak USD9.2 bilion iaitu 24 peratus daripada jumlah keseluruhan pelaburan langsung asing yang diterima. Ketiga, kelewatan dalam meratifikasi Perjanjian CPTPP juga akan menyebabkan Malaysia kehilangan peluang untuk mengetengahkan pendirian dan kepentingan negara di dalam rundingan kemasukan anggota baharu ataupun dengan izin, accession negotiations. Sebagai contoh, apabila United Kingdom memulakan rundingan kemasukan ke dalam CPTPP pada bulan Jun yang lalu, Malaysia diberikan status pemerhati di dalam Accession Working Group yang terdiri daripada lapan negara anggota CPTPP yang telah menguatkuasakan Perjanjian ini. Accession Working Group (AWG) tidak mempunyai sebarang obligasi untuk mengambil kira kepentingan eksport Malaysia dalam rundingan akses pasaran bersama United Kingdom. Ini bermaksud barangan yang berkepentingan kepada Malaysia seperti minyak sawit dan barangan berasaskan sawit tidak akan diketengahkan dalam rundingan, memandangkan tiada satu pun negara anggota CPTPP yang mempunyai kepentingan eksport bagi barangan tersebut. Duti import yang dikenakan ke atas barangan sawit Malaysia yang dieksport ke United Kingdom pada ketika ini boleh mencecah sehingga 12.8 peratus. Sekiranya Malaysia meratifikasi CPTPP, Malaysia berhak merundingkan penghapusan kadar duti import ke atas barangan sawit. Tuan Yang di-Pertua, persepsi bahawa sebilangan besar peruntukan di bawah CPTPP adalah berkaitan non-trade elements adalah tidak benar. Terdapat 23 Bab di bawah CPTPP yang merangkumi elemen perdagangan dan perundangan dan hanya tujuh Bab yang dianggap mengandungi non-trade elements. Kesemua Bab ini turut terkandung di dalam FTA lain yang telah pun dikuatkuasakan oleh Malaysia. Keduanya, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, the ecosystem of international trade does not exist in a vacuum where only trade elements are at play. Pada ketika ini, kita dapat melihat trend global yang semakin menekankan elemen bukan perdagangan. Contohnya, terdapat pelbagai negara yang menetapkan syarat-syarat pematuhan ke atas piawaian alam sekitar dan buruh sebagai pra syarat bagi kemasukan barangan eksport. Ini menunjukkan bahawa elemen bukan perdagangan mempunyai impak ke atas ekonomi negara. Apabila Malaysia mengeksport ke Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah, barangan eksport Malaysia masih tertakluk kepada piawaian alam sekitar dan buruh yang tinggi, walaupun Malaysia tidak mempunyai sebarang FTA dengan negara-negara berkenaan. Ini jelas membuktikan bahawa, tanpa sebarang FTA sekalipun, Malaysia masih perlu memenuhi elemen-elemen bukan perdagangan bagi menembusi pasaran- pasaran tertentu. Dalam erti kata lain, Malaysia sedang mematuhi pelbagai piawaian antarabangsa yang berkaitan dengan elemen bukan perdagangan tanpa memperolehi sebarang preferential treatment, Apabila Malaysia meratifikasi CPTPP, pematuhan kita ke atas piawaian alam sekitar dan buruh bukan sahaja akan diiktiraf, malah memberi pulangan yang signifikan kepada negara seperti penghapusan duti import dan program-program kerjasama ekonomi. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, our compliance to higher environmental and labour standards will be rewarded through tariff concessions and cooperation programmes under the CPTPP.

Mohon pencelahan Yang Berhormat.

Ya, Yang Berhormat Kangar.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri. Saya mendengar jawapan yang agak panjang tentang CPTPP dan saya dalam perbahasan yang lalu ada menyentuh sedikit tentang RCEP. Jadi kalau boleh saya nak dengar sedikit komen Yang Berhormat Menteri tentang itu. Cuma pandangan saya tentang hubungan perdagangan luar ini, kalau kita tengok dalam formula KDNK kita, sebahagian daripada formula termasuk eksport tolak import. Jadi saya melihat semula kepada indeks kita dalam index of ease doing business, skor kita agak teruklah kalau dalam hal untuk memulakan perniagaan.

Adakah ini berpunca daripada kita terlalu terdorong untuk memastikan eksport kita sentiasa melebihi import? Jadi, sebab saya rasa dalam pemikiran baharu ekonomi, kita tidak seharusnya terikat dengan perkara itu kerana dengan tujuan kita menandatangani perjanjian-perjanjian antarabangsa berkaitan dengan perdagangan ini kita hendak lebih banyak pelaburan masuk. Jadi, kalau adapun berlaku defisit daripada segi orang kata, eksport tolak import ini, bagi saya ini hanyalah bersifat sementara. Jadi, kita berharap import yang masuk ke negara kita adalah import-import yang berkualiti supaya masyarakat kita menjadi masyarakat orang kata inventor lah, selain daripada pengguna.

Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat. Oleh sebab itu, di awal penggulungan tadi, saya menekankan soal National Investment Aspirations (NIA) yang memberikan penekanan seperti cadangan Yang Berhormat supaya kita menarik pelaburan-pelaburan yang berkualiti tinggi, yang berteknologi tinggi supaya Malaysia kekal untuk mencapai tahap competitiveness dan juga ease of doing business yang dibangkitkan, yang sebenarnya ada dalam jawapan saya di akhir penggulungan nanti. Tuan Yang di-Pertua, MITI sedia maklum bahawa Perjanjian CPTPP ini adalah komprehensif dan menyentuh bidang-bidang seperti: (i) Perolehan Kerajaan; (ii) State-Owned Enterprise (SOE); (iii) Investor-State Dispute Settlement (ISDS); dan (iv) Hak Harta Intelek dan juga Piawaian Buruh. Pada masa yang sama, Perjanjian CPTPP juga mempunyai peruntukan- peruntukan khas yang memberikan fleksibiliti dan melindungi ruang dasar ataupun policy space kerajaan. Saya ingin menegaskan bahawa obligasi negara di dalam CPTPP perlu dibaca secara bersama pengecualian dan fleksibiliti yang telah berjaya dirundingkan dan diamati oleh Malaysia. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan mempunyai policy space dan hak yang jelas bagi menetapkan tindakan pengawalseliaan yang tidak bersifat diskriminasi (non-discriminatory regulatory action) dalam memelihara kebajikan awam seperti isu kesihatan, alam sekitar dan keselamatan. Mekanisme ISDS yang terkandung di dalam CPTPP turut memberikan fleksibiliti kepada kerajaan untuk melaksanakan langkah-langkah yang berkepentingan awam. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menegaskan dalam Dewan yang mulia ini bahawa Perjanjian CPTPP tidak akan menjejaskan hak keistimewaan bumiputera. Dasar dan hak keistimewaan Bumiputera merupakan salah satu tunjang Perlembagaan Persekutuan dan kerajaan tidak akan berkompromi dalam mempertahankan dasar tersebut di dalam mana-mana perjanjian antarabangsa. Peruntukan ini, alhamdulillah, terkandung dalam Annex II Non-Conforming Measures di bawah Perjanjian CPTPP. Maknanya, dalam menggubal perjanjian ini, pegawai-pegawai kementerian dan kerajaan telah berjaya untuk mengadakan carve-out policy bagi menjamin kepentingan Bumiputera. Izinkan saya membaca salah satu provision dalam perjanjian ini, Tuan Yang di- Pertua. “Malaysia reserves the right to adopt or maintain any measure that provides

assistance to Bumiputera for the purpose of supporting Bumiputera participation in the Malaysian market.” Inilah fleksibiliti dan kelonggaran yang telah diberikan kepada Malaysia dalam menjamin keistimewaan dan hak Bumiputera seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Bagi Perolehan Kerajaan, Perjanjian CPTPP telah memberikan kelonggaran dan fleksibiliti yang membolehkan kerajaan, antara lain, memperuntukkan sehingga 30 peratus daripada nilai kontrak perolehan kepada kontraktor Bumiputera. Tuan Yang di-Pertua, Perjanjian CPTPP turut menekankan perlindungan dan penguatkuasaan Hak Harta Intelek yang bertujuan untuk menggalakkan inovasi dan pemindahan teknologi. Peruntukan yang terkandung dalam Bab Hak Harta Intelek adalah kondusif untuk kebajikan sosial dan ekonomi negara yang sekali gus memberikan manfaat seimbang kepada semua pihak iaitu pengeluar dan pengguna. Undang-undang Malaysia memperuntukkan perlindungan paten selama 20 tahun seperti yang terkandung dalam Perjanjian Trade-Related Aspects of Intellectual Property Rights (TRIPS) di bawah WTO. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, peruntukan ini kekal di bawah Perjanjian CPTPP. Justeru, kepentingan negara dari segi Hak Harta Intelek tidak akan terjejas kerana amalan sedia ada di Malaysia, yang berkaitan dengan tempoh perlindungan paten, masih boleh diteruskan. Tuan Yang di-Pertua, Cost-Benefit Analysis (CBA) mengenai manfaat penyertaan Malaysia dalam CPTPP sedang dilaksanakan dan akan dimuktamadkan pada hujung tahun ini. CBA ini turut mengambil kira kesan pandemik COVID-19 dan langkah-langkah pemulihan ekonomi pasca pandemik. Berdasarkan penemuan awal CBA, ratifikasi CPTPP oleh Malaysia akan membawa pulangan ekonomi dan pelaburan yang signifikan. Bank Dunia mensasarkan peningkatan KDNK sebanyak 1.0 hingga 1.3 peratus menjelang tahun 2030 bagi Malaysia, sekiranya Perjanjian CPTPP diratifikasi dengan segera. Antara sektor yang akan mendapat manfaat menerusi pengurangan atau penghapusan tarif di bawah Perjanjian CPTPP termasuklah E&E, komponen automatif, produk makanan di proses, peralatan perubatan serta peralatan optik dan saintifik. Sebagai contoh, Kanada pada masa ini mengenakan duti import sebanyak 15.5 peratus ke atas medical and surgical gloves dari Malaysia. Kanada juga mengenakan duti import sehingga 253 peratus ke atas barangan makanan dalam tin. Apabila Malaysia menguatkuasakan CPTPP, kedua-dua barangan eksport ini, tidak akan dikenakan sebarang duti import di pasaran Kanada. Penghapusan duti import serta-merta ini bukan sahaja memberi penjimatan signifikan kepada para pengeksport dari Malaysia tetapi juga meningkatkan daya saing barangan Malaysia di pasaran Kanada. Tuan Yang di-Pertua, sejak dilanda pandemik COVID-19, negara berhadapan dengan situasi ekonomi yang tidak menentu. Dalam hal ini kerajaan komited melaksanakan langkah-langkah pemulihan ekonomi, antaranya menerusi pendekatan regionalism, integrasi ekonomi serantau dan perluasan akses pasaran. Ini disambut baik oleh pihak swasta yang turut terjejas akibat pandemik, dan mereka semakin lantang menyeru kerajaan agar meratifikasi Perjanjian CPTPP dengan segera. Seruan ini bukan sahaja datang dari syarikat multinasional tetapi juga PKS dan usahawan bumiputera yang menyokong ratifikasi CPTPP seperti Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM), Majlis Perniagaan Malaysia dan Australia (MABC), Dewan Perniagaan Malaysia dan New Zealand (), Dewan Perniagaan Malaysia dan Amerika (AMCHAM) dan Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ABAC). SME Association of Malaysia dan Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) telah menggesa kerajaan untuk mempercepatkan proses ratifikasi CPTPP di mana mereka berpandangan bahawa Perjanjian ini akan dapat memberi manfaat ekonomi dan pulangan pelaburan yang signifikan kepada negara. Sebagai kesimpulan, manfaat dan pulangan ekonomi daripada CPTPP adalah signifikan dan nyata.

Sekiranya Malaysia meratifikasi Perjanjian ini, 60 hari kemudiannya, barangan eksport negara akan menikmati layanan berkeutamaan (preferential treatment) di pasaran kesemua negara anggota CPTPP. Malaysia juga akan menerima pelbagai program bina upaya (capacity building) dan technical assistance. Ini adalah satu fakta yang tidak dapat disangkal. Sebaliknya segala kegusaran mengenai kos akibat menyertai CPTPP hanyalah kemungkinan semata-mata. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, the benefits from CPTPP are real and tangible, while the so-called costs associated with this agreement are mere probabilities. We should not lose sight of the immense opportunities offered by the CPTPP, out of unfounded fear for the unknown. Oleh yang demikian, saya ingin menggesa semua pihak untuk mengenepikan perbezaan politik dan melakukan apa yang betul. Let us do the right thing. Kita tidak lagi mempunyai masa untuk terus berbincang tanpa kesudahan mengenai Perjanjian CPTPP. Ini bukan lagi masa untuk merancang tetapi masa untuk bertindak. Nilailah Perjanjian CPTPP ini secara objektif. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Semporna – Saya sudah habis masa Tuan Yang di-Pertua?

Tuan Yang di-Pertua

Banyak. Lagi 14 minit.

14 minit?

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

[Ketawa] Boleh. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Semporna menyentuh mengenai Pelan Induk Perindustrian dan industri masa hadapan berasaskan digital seperti Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence). MITI sedang di peringkat akhir menggubal Pelan Induk Perindustrian baharu. Pelan Induk ini merupakan perancangan jangka panjang 2021 hingga 2030 bertujuan untuk memacu industri tempatan agar lebih berdaya tahan, berdaya saing dan lestari melalui pembangunan yang berteraskan produktiviti dan inovasi. Ia juga mengambil kira kesan ke atas landskap perdagangan antarabangsa dan rantaian bekalan global berikutan pandemik COVID-19 yang melanda dunia. Lima teras utama yang dikenal pasti untuk memacu strategi pembangunan industri telah pun ditetapkan. Di samping mengutamakan produktiviti, inovasi dan teknologi maju masa hadapan sebagai tonggak dalam mengembangkan lagi pertumbuhan industri, Pelan Induk Perindustrian Baharu ini turut diselarikan dengan kerangka ESG dan juga SDG yang memberi tumpuan kepada agenda kelestarian dan teknologi hijau yang akan menjadi tunjang dan keutamaan dalam semua usaha pembangunan ekonomi negara. Yang Berhormat Wangsa Maju membangkitkan isu tahap automasi dalam sektor pembuatan dan perniagaan. Industry4WRD merupakan manifestasi kerajaan untuk menggalakkan peningkatan adaptasi teknologi Industri 4.0 di dalam proses pembuatan serta sistem pengurusan syarikat termasuk PKS. Dua program khusus sebagai pemangkin transformasi ke arah Industri 4.0 bagi sektor perkilangan telah diperkenalkan iaitu Penilaian Kesediaan Industry4WRD yang dikendalikan oleh MPC dan Dana Intervensi Industry4WRD yang diuruskan oleh MIDA. Sehingga 31 Oktober 2021, sebanyak 154 syarikat telah diluluskan dengan dana sebanyak RM54.3 juta. Mengambil kira kepentingan peningkatan automasi dan pendigitalan dalam mengukuhkan daya saing dan daya tahan sesebuah perusahaan, Belanjawan 2022 telah memperuntukkan sebanyak RM45 juta untuk inisiatif di bawah Industry4WRD. Kerajaan juga menawarkan Automation Capital Allowance bagi menggalakkan syarikat perkilangan menjalankan aktiviti inovatif dan produktif serta memacu adaptasi automasi terutamanya dalam industri yang berintensif buruh. Sejak diperkenalkan pada tahun 2015 sehingga 31 Oktober 2021, sebanyak 427 syarikat telah diluluskan. Dasar Kerajaan ini terus diperkukuhkan melalui Smart Automation Grant (SAG). Sejumlah RM100 juta diperuntukkan di bawah PENJANA dan PEMERKASA. Tujuan utama geran ini adalah untuk membantu syarikat-syarikat sektor perkilangan dan

perkhidmatan meningkatkan produktiviti, mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing berkemahiran rendah dan seterusnya menjana peluang perniagaan di dalam sektor bernilai tambah tinggi. Sehingga 31 Oktober 2021, sebanyak 167 syarikat telah diluluskan Geran SAG berjumlah RM99.5 juta dengan 86 peratus penerima adalah PKS dan selebihnya adalah Mid-Tier Companies (MTC). Peruntukan RM100 juta di bawah Belanjawan 2022 merupakan tambahan kepada peruntukan SAG sedia ada susulan sambutan menggalakkan yang diterima daripada pemain industri di mana 200 syarikat adalah disasarkan untuk menerima manfaat daripada fasilitasi ini. Tuan Yang di-Pertua, melalui Belanjawan 2022, kerajaan telah memperkenalkan skim Digital Ecosystem Acceleration (DESAC) yang menawarkan galakan cukai kepada digital technology provider dan digital infrastructure provider bagi menyokong pembangunan ekosistem digital negara secara komprehensif. Kerajaan sentiasa komited untuk meningkatkan penggunaan automasi terutamanya dalam sektor berintensifkan buruh, seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing berkemahiran rendah dan beralih ke arah penggunaan automasi dan pendigitalan seiring dengan Revolusi Perindustrian 4.0. Bermula tahun 2016, MIDA telah menetapkan kriteria dan syarat bagi kelulusan Lesen Pengilang di bawah Akta Penyelarasan Perindustrian 1975 iaitu syarikat hendaklah mematuhi nisbah Pelaburan Modal bagi Setiap Pekerja atau dengan izin, Capital Investment Per Employee sekurang-kurangnya RM140,000. Ini membuktikan komitmen kerajaan untuk memastikan syarikat-syarikat tempatan beralih kepada automasi dalam masa yang terdekat. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bukit Bendera telah membangkitkan tentang sumbangan industri tempatan serta insentif khusus kepada industri peranti perubatan. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi tempoh Januari hingga September 2021, jumlah eksport peranti perubatan yang merangkumi antaranya instrumen perubatan, kelengkapan pembedahan, picagari (syringe), catheter dan surgical gloves telah meningkat sebanyak 59.7 peratus kepada RM32.98 bilion berbanding RM20.65 bilion pada tempoh yang sama tahun 2020. Import pula berjumlah RM4.83 bilion iaitu mencatatkan penyusutan sebanyak 7.2 peratus. Bagi tempoh yang sama, eksport bagi silinder oksigen serta alat pengukur paras oksigen (oximeter) bernilai RM299.72 juta meningkat 26.1 peratus, manakala import pula berjumlah RM169.85 juta, peningkatan sebanyak 13.3 peratus. Sejumlah 33 projek dengan pelaburan bernilai RM7.4 bilion telah diluluskan dalam industri peranti perubatan bagi tempoh Januari hingga September 2021. Pelaburan domestik merekodkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak RM4.5 bilion atau 60.8 peratus, manakala pelaburan asing berjumlah RM2.9 bilion. Projek-projek ini dijangka menjana 11,740 peluang pekerjaan baharu. Daripada projek yang diluluskan, 10 projek dengan pelaburan RM2.1 bilion adalah untuk pembuatan peranti perubatan yang bernilai tambah tinggi. Untuk makluman Yang Berhormat, peranti perubatan adalah tergolong di bawah Senarai Am dan Teknologi Tinggi di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986. Oleh itu, syarikat pembuatan yang mengeluarkan produk peranti perubatan di Malaysia adalah layak dipertimbangkan insentif cukai seperti Galakan Taraf Perintis atau Galakan Elaun Cukai Pelaburan. Maklumat terperinci mengenai kedua-dua galakan cukai ini akan saya kemukakan secara bertulis kepada Yang Berhormat.

Yang Berhormat Bukit Bendera juga bertanyakan ikhtiar yang dilaksanakan oleh MITI untuk memperbaiki Indeks Daya Saing Global dan meningkatkan prestasi perdagangan seperti yang juga diperingatkan oleh Yang Berhormat Kangar sebentar tadi. MPC selaku peneraju pembangunan produktiviti senantiasa berusaha meningkatkan kedudukan daya saing global dari tahun ke tahun, kedudukan Malaysia dalam ranking World Competitiveness Yearbook meletakkan Malaysia di kedudukan ke-25 pada tahun 2021, meningkat sebanyak dua anak tangga dari kedudukan ke-27 pada tahun 2020. Peningkatan ini disumbangkan oleh kenaikan dalam indikator-indikator antaranya Kecekapan Perniagaan dan Pelaburan Antarabangsa. Kerajaan berpandangan momentum peningkatan prestasi Indeks Daya Saing Global dapat terus dikekalkan

dengan memastikan dasar dan juga peraturan yang mengawal selia perniagaan adalah konsisten dan efisyen. Untuk tujuan ini, kerajaan berusaha memastikan dasar dan peraturan yang dibangunkan adalah mesra perniagaan serta forward looking melalui Dasar Negara bagi Amalan Baik Peraturan (NPGRP). Untuk makluman Yang Berhormat, Kempen Jom Semak telah pun dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Negara pada 25 Oktober 2021 sebagai salah satu daripada komitmen kerajaan untuk menambah baik ekosistem peraturan negara agar penghasilan dan penguatkuasaan peraturan adalah lebih berkualiti, komprehensif, tangkas serta responsif dan dapat melonjakkan produktiviti bagi meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat global. Sebagai contoh, MPC telah memperkenalkan Inisiatif E10 atau Permit Pembinaan Ekspres yang berjaya mengurangkan masa memproses kelulusan mendirikan kilang pembuatan dan pengeluaran permit operasi dalam masa 10 bulan sahaja berbanding 24 bulan sebelum ini dengan menggunakan pendekatan peraturan tangkas atau agile regulation. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] Kejayaan Inisiatif E10 yang telah dimulai di Koridor Industri Kulim Kedah dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah dan Pihak Berkuasa Tempatan akan diperluaskan ke seluruh negara. Terkini, Inisiatif E10 telah pun diperluaskan ke 12 PBT di Kedah dan telah diterima untuk dimulakan di Negeri Pahang. Bagi memastikan prestasi daya saing Malaysia di peringkat global terus kukuh, PEMUDAH yang mana MPC merupakan sekretariat kepadanya, akan terus menerajui usaha-usaha menambah baik persekitaran perniagaan bagi menyokong ease of doing business menerusi kerjasama awam swasta. Usaha terkini oleh PEMUDAH adalah melaksanakan pembaharuan peraturan, (regulatory reform) di dalam bidang Memulakan Perniagaan, Perdagangan Rentas Sempadan dan Pengambilan Pekerja. Secara ringkas Yang Berhormat, prestasi perdagangan negara terkini adalah sangat memberangsangkan dengan perdagangan kekal mencatatkan pertumbuhan dua digit bermula Februari sehingga September tahun ini. Eksport pula telah mencatatkan pertumbuhan terpantas sejak tahun 1998 iaitu sebanyak 24.9 peratus bagi sembilan bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas. MITI senantiasa memperkukuhkan akses pasaran luar negara sekali gus meningkatkan pendapatan syarikat-syarikat tempatan serta menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan berpendapatan tinggi kepada rakyat. MATRADE memperuntukkan geran serta menyediakan program pengukuhan daya saing serta keupayaan eksport syarikat tempatan seperti Program Pembangunan Syarikat Peringkat Pertengahan yang melibatkan 275 syarikat dengan jumlah nilai eksport sebanyak RM15.5 bilion pada tahun 2020. Geran Pembangunan Pasaran (MDG) telah berjaya membantu sebanyak 2,814 PKS dengan penghasilan potensi eksport berjumlah RM7.4 bilion sepanjang tempoh pandemik COVID-19. Di bawah RMKe-12, sejumlah RM300 juta telah diperuntukkan bagi menggalakkan dan merancakkan lebih banyak PKS memasarkan produk tempatan ke pasaran dunia di mana sebanyak 1,500 PKS disasarkan untuk menerima manfaat geran MDG setiap tahun.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Menteri ada 40 saat lagi.

45 saat saya pohon lima minit sahaja boleh Yang Berhormat Menteri Kanan Pertahanan dan juga Tuan Yang di-Pertua. Beberapa program turut dilaksanakan bagi membolehkan syarikat tempatan menggunakan platform digital dan maya untuk pemasaran seperti eBizLink, padanan perniagaan seperti eBizMatch dan eDagang rentas melalui sempadan iaitu eTrade.

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bakri bertanyakan dasar kenderaan elektrik (EV) yang komprehensif untuk memastikan pemain-pemain industri di Malaysia lebih kompetitif di dalam rantaian bekalan global. Saya telah memberikan jawapan lisan yang cukup komprehensif atas perkara yang sama pada 10 November yang lalu. Saya pohon izin Tuan Yang di-Pertua, supaya Yang Berhormat Bakri dapat merujuk kepada Hansard dan pada petang ini saya pohon memberikan maklumat tambahan. Untuk maklumat Yang Berhormat Bakri, industri automatif tempatan terdiri daripada syarikat pengeluar kereta nasional iaitu Proton dan Perodua, di samping syarikat jenama asing yang menjalankan pemasangan tempatan seperti Toyota, Honda, Volvo, BMW, Mercedes dan lain-lain. Syarikat pemasang kereta adalah bergantung kepada perancangan syarikat prinsipal jenama kereta yang dipasang dalam hala tuju pengeluaran EV di Malaysia. Pada ketika ini, syarikat Proton dan Perodua telah membangunkan ekosistem rantaian vendor yang menyokong pengeluaran kenderaan model semasa berasaskan Internal Combustion Engine (ICE) di mana peralihan secara mendadak kepada kenderaan EV boleh menjejaskan vendor tempatan. Justeru itu, adalah penting bagi kerajaan mengadakan libat urus dengan industri automotif tempatan dalam memastikan pengeluaran dan pemasangan EV di dalam negara dapat dilaksanakan dengan teratur, inklusif dan mampan. Insentif kepada pengguna (demand side) dijangka dapat meningkatkan permintaan ke atas EV yang dapat menggalakkan pelaburan bukan sahaja bagi pengeluaran kenderaan dan komponen tetapi juga daripada segi sokongan infrastruktur EV. Perkara ini juga telah saya huraikan dalam jawapan lisan saya pada 10 November dan saya pohon Yang Berhormat Bakri dapat merujuk. Tuan Yang di-Pertua, demi memastikan kemakmuran negara dan keharmonian Keluarga Malaysia, MITI komited untuk terus melaksanakan dasar dan inisiatif yang menyumbang kepada pembangunan yang lestari, inklusif dan hijau. Saya yakin dengan kerjasama, sokongan Ahli-ahli Yang Berhormat serta pendekatan keseluruhan negara (whole-of-nation approach) seperti yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 dapat mengorak langkah untuk mencerdaskan pemulihan ekonomi, misi untuk pembaharuan negara dapat dijayakan. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin memaklumkan untuk menjamin masa yang diperuntukkan dipatuhi, saya telah menyediakan jawapan yang cukup komprehensif terhadap semua perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam perbahasan. Saya pohon izin Tuan Yang di-Pertua dan juga Timbalan Tuan Yang di- Pertua untuk saya mengemukakan jawapan bertulis ini kepada Dewan sebagai sebahagian daripada jawapan lisan dalam sesi penggulungan Rang Undang-undang Belanjawan 2022 pada petang ini yang dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Semoga Ahli-ahli Yang Berhormat dapat jawapan yang tepat dengan fakta-fakta yang ada dalam jawapan bertulis saya. Dengan itu saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberikan peluang kepada kementerian untuk memberikan ulasan dan pandangan atas perkara- perkara yang dibangkitkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kanan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri Kanan Pertahanan untuk memberi jawapan-jawapan 40 minit. Sila.

Dato’ Seri Hishammuddin Tun HusseinUMNO · BNMenteri Kanan Pertahanan · Sembrong

Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dato’ Seri Hishammuddin Tun HusseinUMNO · BNMenteri Kanan Pertahanan · Sembrong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya mengambil bahagian dalam sesi penggulungan Belanjawan 2022 dalam Dewan yang mulia ini. Terlebih dahulu bagi pihak seluruh warga Kementerian Pertahanan serta anggota Angkatan Tentera Malaysia, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih khususnya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri serta Menteri Kewangan kerana tetap mengutamakan sektor pertahanan melalui peruntukan sebanyak RM16.14 bilion kepada MINDEF dalam Bajet 2022. Dalam ketika negara dan seluruh dunia masih berperang dengan pandemik COVID-19 yang menuntut kerajaan memberikan tumpuan terhadap usaha membaik pulih sektor ekonomi dan membela kesejahteraan rakyat, peruntukan ini amatlah bermakna dan kami di MINDEF amat bersyukur kerana perhatian tetap terus diberikan kepada MINDEF dan ATM. Sekiranya bajet ini mendapat kelulusan daripada Dewan yang mulia ini, saya dan kepimpinan MINDEF akan memastikan ia digunakan secara berhemah, teliti dan efisien kerana dengan kekangan yang kita hadapi hari ini, semua pihak perlu memastikan bahawa peruntukan ini sampai kepada sasaran dan menepati matlamat tanpa sebarang bentuk ketirisan dan ketidakcekapan. Bajet 2022 bagi kami di MINDEF dan ATM, cukup penting. Banyak agenda yang perlu diberikan perhatian. Antaranya agenda kesihatan, agenda kebajikan warga MINDEF, ATM dan veteran dan agenda perumahan. Akan tetapi kami sedar bahawa agenda-agenda ini amat penting, lebih-lebih lagi di era pandemik yang mana ramai terkesan dan warga ATM tidak terkecuali. Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak MINDEF, izinkan saya menyatakan penghargaan kepada 14 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian iaitu Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Lumut, Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Kota Raja, Yang Berhormat Semporna, Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Hulu Rajang, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Bachok dan Yang Berhormat Kapar. Tuan Yang di-Pertua, daripada 14 orang Yang Berhormat yang berkenaan, lima orang daripadanya mengemukakan persoalan berkenaan dengan perolehan kapal littoral combat ship (LCS) iaitu Yang Berhormat Lumut, Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Kota Raja dan Yang Berhormat Semporna. Berhubung isu ini, perolehan enam buah kapal Second Generation Patrol Vessel, dengan izin, bermula pada tahun 2010 bagi memenuhi keperluan Tentera Laut Diraja Malaysia untuk meningkatkan keupayaan armada berdasarkan pada dasar perancangan pada ketika itu. Cadangan ini kemudiannya telah diangkat melalui Jemaah Menteri pada 18 Ogos 2010. Susulan itu, kementerian telah memohon untuk melaksanakan perolehan ini pada 23 Mac 2011. Kerajaan telah bersetuju meluluskan permohonan tersebut di bawah RMKe-10 dan juga di bawah RMKe-11 dan tempoh pelaksanaan perolehan adalah selama 10 tahun mulai 3 Oktober 2013 hingga 2 Oktober 2023. Namun, sehingga 31 Oktober 2021, kemajuan kerja bagi LCS adalah sebanyak 57.5 peratus berbanding jadual perancangan kerja asal iaitu 96.57 peratus. Secara keseluruhannya, perolehan ini telah mengalami kelewatan sebanyak 39.52 peratus atau bersamaan dengan 43 bulan. Saya telah menyatakan beberapa kali sebelum ini bahawa tidak dinafikan sememangnya terdapat masalah dalam perolehan LCS. Walau bagaimanapun, ini bukanlah masalah baharu yang timbul sejak saya menerajui semula MINDEF. Ia turut diakui oleh kepimpinan MINDEF sebelum ini, termasuklah Yang Berhormat Kota Raja yang menerajui MINDEF satu ketika dahulu. Kelewatan perolehan ini adalah kerana pihak original equipment manufacturer (OEM) dengan izin, berkaitan pembinaan LCS telah memberhentikan kerja disebabkan masalah kewangan yang dihadapi oleh pihak syarikat dan menyebabkan pembayaran kepada OEM tidak dilaksanakan mengikut jadual yang telah pun ditetapkan. Tambahan, Yang Berhormat Kota Raja sendiri pada 29 Oktober 2019 telah menjelaskan tiga faktor yang menjadi punca kelewatan perolehan LCS iaitu:

Dato’ Seri Hishammuddin Tun HusseinUMNO · BNMenteri Kanan Pertahanan · Sembrong

(i) kontraktor gagal menyiapkan reka bentuk dalam tempoh yang telah ditetapkan; (ii) kontraktor lewat memuktamadkan perolehan sebahagian peralatan; dan (iii) kualiti kerja yang tidak mengikut spesifikasi. Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) juga telah ditubuhkan pada tahun 2019 dan telah mengesyorkan dua pilihan kepada kerajaan sama ada untuk menghentikannya atau meneruskan dengan projek ini. Keputusan Kerajaan PH pada ketika itu adalah untuk meneruskan perolehan LCS. Ini juga telah disahkan di dalam Dewan yang mulia ini oleh Yang Berhormat Kota Raja selaku Menteri Pertahanan ketika itu pada 29 Oktober 2019. Bukan setakat itu, pihak MINDEF sendiri telah dipanggil untuk memberikan penjelasan kepada pihak Jabatan Audit Negara, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sebanyak lima kali, JKSTUPKK sebanyak tiga kali. Malah pihak MINDEF juga semasa zaman pemerintahan PH telah disoal siasat oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sebanyak dua kali. Di bawah kepimpinan saya, MINDEF dan ATM akan memberikan kerjasama dan sokongan penuh kepada semua siasatan yang dibuat oleh badan-badan berkenaan. Dalam masa yang sama, walaupun kepimpinan syarikat OEM iaitu Boustead adalah terdiri daripada barisan kepimpinan yang baharu, namun ia tidak bermaksud kepimpinan syarikat yang terdahulu boleh terlepas daripada keadilan sekiranya terdapat salah laku. Saya mengalu-alukan mana-mana pihak sekiranya terdapat bukti baharu atau maklumat tambahan untuk kita laporkan terus kepada pihak-pihak berkuasa. MINDEF termasuk saya sendiri tidak akan sesekali mempertahankan serta berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan tindakan tidak bertanggungjawab dalam perihal perolehan LCS ini. Keutamaan saya sebagai Menteri Kanan Pertahanan pada ketika ini ialah untuk menyelamatkan projek ini. Ia amat penting memandangkan kapal LCS ini sememangnya aset yang diperlukan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia. Bukan itu sahaja, projek ini juga melibatkan vendor-vendor tempatan yang mana sebahagiannya terdiri daripada veteran ATM dan ada juga yang menjadi kakitangan kepada syarikat-syarikat tersebut. Kita sebenarnya tidak ada pilihan. Suka ataupun tidak, saya dan kepimpinan MINDEF perlu mencari apa jua jalan penyelesaian sekalipun untuk memastikan perolehan kapal LCS ini dapat disempurnakan dan akan diterima oleh TLDM. Sejak saya mengambil alih tampuk kepimpinan MINDEF, saya telah mengambil pendekatan inklusif untuk melibatkan semua pihak berkepentingan seperti LTAT dan Boustead demi memikirkan hala tuju penyelesaian LCS ini.

Dato’ Seri Hishammuddin Tun HusseinUMNO · BNMenteri Kanan Pertahanan · Sembrong

Inisiatif penyelesaian ini menggariskan dua komponen utama iaitu corporate restructuring dan fundraising. Perbincangan ini turut melibatkan Kementerian Kewangan dan juga Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Kini, MINDEF berada di peringkat akhir rundingan bagi menyediakan pelan pemulihan. Dalam masa yang sama, bengkel-bengkel yang melibatkan semua pihak berkepentingan bagi pemulihan projek LCS ini juga bagi memastikan syor pemulihan yang komprehensif dapat dihasilkan sebelum diangkat semula ke Jemaah Menteri untuk kelulusan dan tindakan selanjutnya. Dalam mempertimbangkan cadangan ini, kementerian berpegang kepada prinsip keperluan kritikal pertahanan negara, tanggungjawab kontraktual kerajaan dan tanggungjawab syarikat berdasarkan penemuan JSTUPKK. Cadangan pelan pemulihan ini turut mengambil kira permasalahan syarikat dan vendor. Yang Berhormat Lumut jangan bimbang, pendekatan yang kita lakukan hari ini turut mengambil kira pertimbangan-pertimbangan vendor dan veteran-veteran yang berada bersama-sama dengan syarikat-syarikat berkenaan. Sehubungan dengan itu, kita tidak boleh lagi pandang ke belakang. Apa yang telah berlaku menjadi pengajaran dan iktibar yang cukup besar buat kerajaan. Sebagai

Dato’ Seri Hishammuddin Tun HusseinUMNO · BNMenteri Kanan Pertahanan · Sembrong

jalan ke hadapan, pelan ini akan dibentang kepada Kabinet bagi kelulusan dan sekiranya pelan ini diluluskan, sasarannya ialah TLDM boleh memperoleh kapal LCS pertama mereka pada tahun 2025. Tuan Yang di-Pertua, seramai empat orang Yang Berhormat telah membangkitkan isu kebajikan veteran ATM.

Yang Berhormat Menteri, boleh mencelah?

Berkenaan LCS.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Ya, sila, Yang Berhormat Ledang.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Saya rasa perkara ini telah banyak disebutkan dan ditimbulkan oleh ramai Ahli-ahli Parlimen dan Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya tidak sempat berkenaan dengan perkara ini tetapi saya rasa agak terpanggil juga untuk membangkitkannya kerana kita lihat jumlah pelaburan yang kita terpaksa bekalkan ataupun peruntukkan adalah sangat besar. Projek LCS ini bernilai RM9 bilion dan mengikut data yang saya dapat ini, sebanyak RM6.83 bilion telah dibayar tetapi tiada satu pun kapal peronda LCS ini telah siap. Sebelum ini saya telah dengar bahawa kapal pertama ini akan siap pada April 2022 tetapi tadi saya dengar daripada Yang Berhormat Menteri pada tahun 2025. Maksudnya lewat lagi tiga tahun lagi untuk kita dapatkan walaupun satu kapal peronda. Inikan lagi lima kapal-kapal peronda tersebut. Jadi, apakah jaminan Yang Berhormat Menteri supaya kita tidak lagi menanggung kerugian? Kedua, apakah jaminan untuk kita tidak terlalu bergantung kepada hanya kapal peronda LCS tetapi juga kepada perolehan-perolehan kapal yang lain demi untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman bagi sempadan negara kita? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, Yang Berhormat Ledang. Sila, Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih, Yang Berhormat Ledang. Kegusaran Yang Berhormat pun merupakan sesuatu yang membelenggukan saya, tetapi kita telah mengambil tindakan yang proaktif. Kalau sebelum ini tidak ada pendekatan yang inklusif, tetapi ketika ini, kita telah pastikan bahawa syarikat LTAT dan juga Boustead dan juga syarikat-syarikat lain yang terlibat dengan LCS ini dilibatkan bersama dalam memikirkan hala tuju kita. Selain daripada syarikat-syarikat swasta atau government-linked companies yang terlibat dengan projek LCS ini, kita juga membuat keputusan untuk melibatkan EPU dan Kementerian Kewangan dalam memikirkan pendekatan kita ke hadapan. Ini semua dibincangkan secara terbuka, secara telus dengan pengurusan baharu Boustead dan harapan saya dan saya akan pantau secara dekat dan secara peribadi, inilah satu-satunya peluang yang ada untuk kita betulkan keadaan. Akan tetapi, dua perkara yang perlu kita fikirkan berasingan. Pertamanya, isu elemen-elemen ketirisan atau rasuah serta perkara berbangkit berkaitan dengan perolehan. Ini kita serahkan kepada jawatankuasa-jawatankuasa dan SPRM yang sedang membuat siasatan, PAC pun, untuk cari di mana dan siapa yang harus dipertanggungjawabkan. Ini berbeza dengan pertimbangan kedua kita ialah untuk mahu menyelesaikan projek perolehan kapal ini disempurnakan dan ini mesti diteruskan. Perancangan kita ialah apa yang telah saya bentangkan di dalam Dewan yang mulia ini pada hari ini. Sebabnya kita perlu teruskan dengan projek ini kerana ini telah pun disyorkan oleh audit sendiri daripada mantan Menteri Pertahanan dan daripada Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus Perolehan dan Kewangan Kerajaan untuk ianya diteruskan. Saya percaya bahawa ianya dibuat kerana mereka tahu bahawa kapal-kapal ini diperlukan oleh TLDM, syarikat-

syarikat kecil di bawah payung dan naungan anchor company atau syarikat payung tadi perlu diselamatkan dan mereka yang bekerja di dalam syarikat-syarikat ini memerlukan pembelaan. Oleh sebab itu, penting dalam kita hendak melihat ke hadapan, kita jangan campur adukkan untuk mencari kebenaran, keadilan dan ketelusan untuk melihat siapa yang bertanggungjawab tetapi fokus kita untuk meneruskan projek ini. Saya tidak ada jaminan bahawa apa yang kita hendak buat ini sama ada Jemaah Menteri akan setuju atau tidak. Kalau ia setuju, itulah satu-satunya opsyen yang melibatkan semua pihak yang berkepentingan. Kalau itu merupakan komitmen jitu kita semua, saya harap dan percaya bahawa inilah satu-satunya harapan kita untuk menyelesaikan isu LCS ini, dengan izin, once and for all.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Yang Berhormat Menteri, sedikit.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila, Yang Berhormat Padang Serai.

Sekejap. Berkaitan tadi jawapan Yang Berhormat Menteri. Saya sebut tadi berkenaan dengan kapal peronda itu akan tiba yang pertama yang disebut Yang Berhormat Menteri pada April 2025 sedangkan sebelum ini disebutkan April 2022. Jadi, sudah tiga tahun lewat. Bagaimana dengan lima lagi kapal peronda ini? Adakah ianya akan tetap diterima? Bila tempohnya? Berapa lama lagi kita perlu tunggu? Kerana saya rasa kalau misalnya kita telah order, telah buat tempahan ini saya rasa lebih 10 tahun lepas, apakah bahawa kita akan terima itu dalam keadaan kualiti yang terbaik dan yang terkini dari segi kapal peronda tersebut?

Saya tidak tahu apa yang telah pun diumumkan oleh Menteri-menteri Pertahanan sebelum saya tetapi apa yang saya bentangkan kepada Dewan yang mulia ini merupakan perancangan saya yang sekarang ini memikul tanggungjawab untuk memimpin MINDEF. Tahun 2025 merupakan kapal pertama dan jadualnya mungkin setiap tahun selepas tahun 2025 sehinggalah keenam-enam kapal siap. Akan tetapi, tidak mampu saya memberi komitmen hari ini kerana seperti saya maklumkan tadi, apa yang perancangan kita yang saya sudah bentangkan ke Dewan hari ini memerlukan keputusan Jemaah Menteri dan apa yang saya rancang sekarang kalau tidak diputuskan dan dipersetujui oleh Jemaah Menteri, tidak adalah perancangan yang boleh saya umumkan. Akan tetapi, saya beri jaminan kepada Yang Berhormat Ledang, sejurus sahaja Jemaah Menteri memutuskan perancangan kita yang melibatkan Kementerian Kewangan, yang melibatkan EPU, yang melibatkan LTAT, yang melibatkan Boustead yang juga melibatkan TLDM dan ATM, saya akan maklumkan bukan sahaja kepada Yang Berhormat Ledang tetapi saya akan maklumkan dan umumkan kepada khalayak orang ramai.

Tidak ada perkara yang perlu saya sembunyikan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Teruskan.

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Sedikit sebelum...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Padang Serai hendak bertanya, mencelah.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Padang Serai.

Yang Berhormat Padang Serai.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan saya, LCS mempunyai lima buah

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

kapal perlu disiapkan sebelum tahun 2025. Apa yang saya risaukan adalah sebenarnya kapal ini perlu disiapkan pada tahun 2022 tetapi sekarang ini ditunda ke tahun 2025. Bagaimana kosnya, adakah kos ini akan meningkat atau kekal? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai.

Itu semua sedang dibincangkan sekarang bukan sahaja daripada segi kos, tetapi daripada segi teknologi kapal-kapal yang lambat siap ini perlu di upgrade supaya ia memenuhi kehendak dan keperluan semasa. Kita kena pastikan bahawa ia tidak menjejaskan kerjaya dan mereka yang bergantung harap kepada syarikat-syarikat berkenaan. Akan tetapi daripada segi tambahan kepada OEM tadi, saya boleh beri jaminan kepada Dewan yang mulia ini bahawa kerajaan tidak akan membayar lebih daripada apa yang telah pun dipersetujui, malah apa yang mereka tidak lakukan daripada segi kelewatannya, jumlah wang yang patut disalurkan kepada Boustead kita sudah set-off dan tidak bayar kepada Boustead sehingga pengurusan baharu yang telah pun dilantik untuk syarikat berkenaan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, teruskan Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kebajikan veteran ATM, seramai empat orang Yang Berhormat telah membangkitkan isu kebajikan veteran ATM iaitu Yang Berhormat Lumut, Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Padang Serai dan Yang Berhormat Kapar. Daripada isu yang dibangkitkan ini, sebahagian besarnya menyentuh mengenai kebajikan veteran ATM yang tidak berpencen. Sebelum saya menjawab secara terperinci, saya ingin menjelaskan kepada Ahli Dewan sekalian, pada ketika ini terdapat seramai 204,020 orang veteran ATM di seluruh negara. Daripada jumlah berkenaan seramai 104,791 orang merupakan veteran ATM yang berpencen, manakala selebihnya seramai 73,863 orang merupakan veteran ATM yang tidak berpencen. Definisi bagi veteran ATM yang tidak berpencen adalah bekas anggota ATM yang tidak berkhidmat sepenuh masa atau telah menamatkan perkhidmatan lebih awal. Agak unik kepada ATM. Daripada satu tempoh yang melayakkan mereka digelar sebagai veteran ATM berpencen, mereka telah memilih atau atas sebab-sebab tertentu terpaksa meninggalkan perkhidmatan dalam masa 12,15 atau 18 tahun. Biarpun begitu, kerajaan tetap menghargai jasa dan pengorbanan golongan veteran ATM yang tidak berpencen sepanjang perkhidmatan mereka. Sebagai contoh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri telah mengumumkan pada 1 November lepas bahawa Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM350 secara one-off kepada satu juta pesara kerajaan yang diumumkan oleh Menteri Kewangan semasa pembentangan Bajet 2022 turut akan diberikan kepada golongan veteran ATM termasuklah veteran ATM yang tidak berpencen. Saya juga maklum bahawa terdapat saranan agar kerajaan mewujudkan skim yang sesuai untuk veteran ATM yang tidak berpencen. Namun perkara ini amat bergantung kepada situasi ekonomi dan kedudukan kewangan semasa negara. Buat masa ini kerajaan memberikan tumpuan kepada usaha memerangi wabak COVID-19 dalam memulihkan semula ekonomi negara yang telah menelan belanja yang cukup besar. Namun cadangan dan saranan ini tetap diteliti oleh kerajaan sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri. Selain itu saya juga ingin memberi penjelasan berkenaan penyelarasan jurang pencen antara pesara tentera sebelum tahun 2004 dan selepas tahun 2004 yang mana perkara ini akan melibatkan bidang kuasa agensi pusat memandangkan isu pencen ini tidak hanya menjadi isu pesara ATM semata-mata tetapi turut melibatkan pesara perkhidmatan awam secara keseluruhannya. Kalau sekiranya ini kita hendak memikirkan dan memberi jaminan ia akan melibatkan jumlah yang begitu besar. Menerusi pasukan kajian yang dilantik, kementerian akan memberi komitmen dalam memastikan kaedah dan

solusi yang terbaik dapat direalisasikan menangani isu jurang pencen ini dan perkara ini akan dibentangkan kepada Majlis Angkatan Tentera dan seterusnya kepada agensi pusat untuk pertimbangan selanjutnya khususnya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Di sebalik cabaran bagi dua perkara yang saya nyatakan tadi, usaha kita untuk terus memperkasakan kebajikan veteran ATM tidak sekali-kali kita ke sampingan. MINDEF memberikan priority dan tumpuan penuh terhadap usaha memperkasakan pembelaan kebajikan bagi golongan veteran ATM sama ada berpencen ataupun tidak berpencen melalui inisiatif-inisiatif khusus. Bagi tahun ini, MINDEF telah memperuntukkan sejumlah RM35.7 juta bagi Skim Bantuan Kebajikan. Sehingga kini seramai 12,377 orang veteran ATM, balu dan tanggungan telah menerima manfaat tersebut. Antara bantuan-bantuan yang disediakan adalah seperti Skim Bantuan Sara Hidup, Bantuan Persekolahan dan Kolej Vokasional Kebangsaan kepada anak-anak veteran, bantuan kemasukan ke universiti awam, politeknik kepada anak-anak veteran, bantuan perubatan, bantuan peralatan pesakit, bantuan bencana alam dan bantuan pengurusan jenayah. Dalam kita hendak memikirkan penyelesaian kepada dua perkara besar tadi, ini tidak bermakna bahawa kebajikan dan pembelaan kepada veteran dihentikan.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Yang Berhormat Menteri, sedikit. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ya, sila.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Pertama sekali bagi anggota yang berkhidmat 10 tahun, 15 tahun, 18 tahun. So, mereka ini adalah mereka yang berhenti apabila tengah berkhidmat, tidak dipaksa untuk teruskan perkhidmatannya. Kalau sekiranya mereka terpaksa tidak boleh berhenti teruskan, mereka tidak akan berhenti. Apa yang menjadi masalah sekarang adalah, mereka sudah berumur 60 tahun 70 tahun. Orang yang berhenti 10 tahun, 15 tahun dan 18 tahun. Mereka mempunyai masalah. Oleh sebab masa mereka dalam tenaga muda, kita gunakan sepenuhnya. Semasa Komunis kita masuk keluar, memang kerap kali. Itu yang mereka tidak tahan, mereka terseksa, mereka tidak senang duduk dengan keluarga, ibu bapa yang meninggal pun mereka tidak dapat pergi ziarahi sebab kita dalam hutan masuk, dua minggu, tiga minggu satu bulan macam itu dalam hutan. So, pengorbanan mereka itu kita perlu hargai. Pada masa ini mereka sudah uzur, mereka sudah tua. Apa yang kita minta kepada kerajaan, bagilah Ehsan sedikit kepada mereka supaya boleh beli vitamin, sedikit tambahan untuk nasi yang lauk sekarang ikan kering, at least boleh makan dengan ayam dan sebaginya, ikan. Itu yang kita minta. Bukan banyak kita minta. Bagi orang yang berhenti 10 tahun 15 tahun dan 18 tahun. Itu yang kita minta supaya jasa mereka kerajaan tidak lupa. Oleh sebab hari ini kita duduk senang kita boleh keluar ke mana pun sebab pengorbanan mereka.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Hari itu kalau kita tidak korban, hari itu kita tidak betul-betul lawan dengan komunis, masih lagi kita akan keluarkan duit begitu banyak untuk mempertahankan kawasan kita. Akan tetapi, kita sudah selesaikan itu semua, jimatkan duit kerajaan. Akan tetapi, hari ini kita minta sedekah balik pada kerajaan. Lihatlah pada kita, bagaimana keadaan kita. Itu saja kita minta. Selain daripada itu Yang Berhormat Menteri, bagi pencen – Itu adalah jurang yang begitu jauh sekali. Kita sekarang ada – sekiranya pangkat yang sama, katakanlah dia Pegawai Waran I, pada masa ini dia dapat – orang yang berhenti sebelum pencen lama, mereka dapat RM1,500. Dengan pangkat yang sama pada masa ini, mereka menerima lebih kurang RM3,800 ke RM4,000 lebih. Jauh, jurang dia jauh. Oleh sebab sekarang kita tidak ada komunis dan sebagainya tetapi pencen tinggi. Saya tidak sakit hati dan sebagainya pada mereka. Akan tetapi, orang yang betul-betul berkorban ini, kita lupakan, kita tinggalkan. Mereka rasa mengapa saya berlawan bermati-matian, tinggal isteri, tinggal anak bini – Saya masuk hutan lawan semua untuk apa? Untuk pertahankan negara kita yang tercinta

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

ini. Akan tetapi, hari ini kerajaan tidak dapat menerima apa pengorbanan yang kita lakukan selama ini. Itu yang kita minta balik. Bagi balik pada kita sama rata dengan pencen baharu dengan pencen lama. Itu yang kita – tiap-tiap kali bila kita kemukakan, mereka bagi alasan-alasan sedang dan bincang. Kita tidak pertikaikan berkaitan dengan orang awam, tetapi tentera ini perlu diutamakan. Kita berkhidmat bukan lapan jam, kita berkhidmat 24 jam. Tidak ada cuti, hari raya, public holiday, kita semua masuk hutan pertahankan negara. Kita tidak tuntut balik cuti itu. Kalau orang awam dia akan tuntut balik, tetapi tentera tidak tuntut balik.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Itu yang kita minta. Bagi balasan kita, balas balik pada kita, jasa kita, bagi sedikit pada tentera.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik, Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Terima kasih.

Saya hendak minta sikit. 30 saat saja Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Kita terpulang – Yang Berhormat Kangar sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak bawa satu kes yang agak spesifik adalah berkaitan dengan veteran dan juga penentangan terhadap komunis. Di kawasan saya ada seorang bekas tentera yang sebenarnya dia berkhidmat dengan Lembaga Elektrik Negara dulu dan dipinjamkan kepada Angkatan Tentera. Sekarang dia sakit terlantar, tidak dapat bantuan. Dia ini dikira sebagai tentera tidak berpencen. Apabila sudah tamat dia punya misi, dia tidak dipulangkan semula kepada Lembaga Elektrik Negara. Jadi dia hanging-lah, tergantung. Dia memerlukan sangatlah pembelaan. Saya harap nanti saya dapat tulis satu surat kepada Yang Berhormat Menteri untuk dibantu apa yang boleh.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Sila Yang Berhormat Menteri teruskan.

Dato’ Seri Hishammuddin Tun HusseinUMNO · BNMenteri Kanan Pertahanan · Sembrong

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai dan terima kasih Yang Berhormat Kangar. Saya fahami sangat apa yang dimaksudkan oleh kedua-dua Yang Berhormat berhubung kait dengan veteran-veteran kita yang telah pun berumur dan memerlukan pembelaan. Oleh sebab itulah, saya sebutkan tadi bahawa dua perkara besar yang berhubung kait dengan jurang pencen dan juga untuk mencarikan skim untuk veteran yang tidak berpencen ini merupakan sesuatu yang tidak mengetepikan usaha kita untuk membantu mereka yang betul-betul memerlukan. Saya sebutkan tadi agenda kita untuk melihat kepada Skim Bantuan Sara Hidup, bantuan persekolahan anak atau cucu mereka, bantuan kemasukan ke universiti anak dan cucu veteran, bantuan perubatan, bantuan peralatan pesakit, bantuan bencana alam dan bantuan pengurusan jenazah. Semua ini berterusan kepada sama ada veteran yang pencen atau tidak pun berpencen dan ini akan kita teruskan. Cuma apa yang MINDEF memberi perhatian sekarang ialah oleh kerana pandemik COVID-19 ini menjejaskan kedudukan mereka lebih-lebih lagi mereka yang telah pun berumur. Insya-Allah Yang Berhormat-Yang Berhormat saya akan cuba sedaya upaya bagaimana kita dapat membantu mereka, bukan sahaja daripada pihak MINDEF, tetapi juga kementerian-kementerian lain yang saya mendekati untuk membantu. Sebagai contoh, kita baru-baru ini di MINDEF mendapat bantuan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) di mana diserahkan 1,500 penerima terdiri daripada 375 orang warga awam MINDEF dan 1,125 anggota dan juga veteran iaitu food pack dan bantuan-bantuan dalam keadaan yang agak sukar pada hari ini.

Dato’ Seri Hishammuddin Tun HusseinUMNO · BNMenteri Kanan Pertahanan · Sembrong

Ini hanya satu kementerian dan saya sedang usahakan lagi sokongan bantuan bukan sahaja daripada kementerian-kementerian tetapi juga daripada syarikat-syarikat dan juga pihak-pihak ketiga yang boleh membantu kita menyediakan Program Gerobok Rezeki Veteran ATM yang telah pun dilancarkan sebelum ini.

Dato' Haji Salim SharifUMNO · BNJempol

Sikit Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Jempol.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Jempol.

Dato' Haji Salim SharifUMNO · BNJempol

Saya hendak bertanya mungkin Yang Berhormat Menteri tidak sempat jawab. Apa jadi dengan perancangan MINDEF mungkin hendak wujudkan defence city ataupun apa yang dipanggil industri pertahanan. Yang Berhormat Menteri baru balik daripada Indonesia yang mana mungkin Indonesia lebih daripada kita. Jadi apa perancangan yang saya tanya tempoh hari dalam perbahasan. Masa mungkin tiga minit, empat minit ini, mungkin dapat Yang Berhormat Menteri jelaskan serba sedikit. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Menteri.

Kalau tidak mencelah tadi, saya boleh sampai jawapan kepada soalan Yang Berhormat Jempol tadi. Jadi biarkan saya selesaikan yang fasal veteran ini dan saya akan jawab khusus kepada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Jempol tadi. Selain program-program yang saya sudah umumkan, saya sentuh tadi Program Gerobok Rezeki Veteran ATM yang mana telah memberi manfaat kepada seramai 26,500 orang veteran ATM dan tanggungan di seluruh negara terutama kepada mereka daripada golongan B40 dan terjejas pendapatan akibat pandemik COVID-19. Ini merupakan sesuatu yang kita tengah usahakan, bukan sahaja dalam konteks pembelaan semasa pada hari ini tetapi untuk masa depan dan hala tuju pembelaan kepada veteran secara menyeluruh. Panjang lagi jawapan saya untuk veteran ini. Saya hantar secara bertulis kerana saya hendak beri tumpuan kepada permintaan daripada Yang Berhormat Jempol tadi.

Yang Berhormat Menteri. Mungkin boleh bertanya tentang isu keselamatan tidak. Fasal masa tidak cukup.

Siapa. Siapa dia?

Sepanggar, sepanggar.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Sepanggar.

Yang Berhormat Sepanggar. Okey.

Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana diberikan peluang. Saya ingin bertanya tentang isu keselamatan di Pantai Timur Sabah. Sebagaimana Yang Berhormat Menteri sedia maklum, isu Tanduo contohnya telah berlaku pada 11 Februari 2013 dan telah berlarutan selama lebih lapan tahun. Yang Berhormat Menteri pun sedia maklum kawasan itu sehingga ke hari ini masih lagi diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan ataupun curfew. Jadi, apa yang saya ingin bangkitkan di sini Yang Berhormat Menteri, kita tahu Pantai Timur Sabah ini berhadapan dengan isu ancaman lanun dan penculikan. Akan tetapi, kita ingin melihat – kami di Sabah ini kami ingin melihat komitmen dalam memastikan agar Pantai Timur Sabah ini dapat dikeluarkan daripada perintah berkurung ini. Ini kerana, jika ini berterusan industri pelancongan di Pantai Timur Sabah juga akan menerima implikasinya kerana kita pun tahu sehingga ke hari ini ada negara- negara yang masih memberikan nasihat perjalanan kepada rakyat mereka untuk tidak pergi melawat tempat-tempat ini kerana kebarangkalian boleh terdedah kepada ancaman penculikan oleh penculik-penculik yang datang daripada negara-negara jiran kita.

Jadi soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, kalau contoh di Amerika Syarikat – Pulau Hawaii merupakan satu pulau yang mempunyai tarikan pelancong dan memberikan pulangan ekonomi kepada Amerika Syarikat. Oleh kerana pulau itu merupakan pulau yang terdedah kepada ancaman khususnya daripada negara Jepun dan sebagainya, mereka letakkan pangkalan tentera di kawasan itu. Itu yang sampai ke hari ini Hawaii merupakan satu tempat yang dikunjungi oleh pelancong berjuta orang setiap tahun. Jadi saya haraplah kepada Kementerian Pertahanan, tunjukkan komitmen untuk melepaskan Pantai Timur Sabah ini daripada perintah kawalan. Sehingga ke hari ini, masih sudah lapan tahun Yang Berhormat Menteri...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Sepanggar.

Sehingga bilalah Pantai Timur Sabah ini diletakkan – sehingga industri-industri pelancongan, pelabur takut untuk datang ke tempat tersebut. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Sepanggar. Sila. Yang Berhormat Menteri perlu tambahan masa sedikit?

Pertama – lima minit.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Lima minit, baik.

Pertama, perkara ini tidak dibangkitkan dalam perbahasan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik.

Kedua, saya dimaklumkan oleh Timbalan saya, bahawa apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sepanggar akan dijawab esok, soalan ketiga yang juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Libaran. Jadi Yang Berhormat Sepanggar pastikan ada dalam Dewan esok pagi.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jempol telah mencadangkan diwujudkan Malaysia Defence City bagi meneroka industri baharu termasuk pelaksanaan program pembangunan persenjataan dan pertahanan seperti dron, kereta perisai, peluru berpandu dan ICT. MINDEF menyambut baik sebarang cadangan ke arah merancakkan industri pertahanan tempatan. Ini termasuklah cadangan mewujudkan Malaysia Defence City oleh Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan pada ketika ini sedang memikirkan dan pada fasa akhir penggubalan Dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan Negara. Ini telah pun diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa lawatan beliau ke Indonesia baru-baru ini. Dokumen ini bertujuan untuk memberikan hala tuju dan strategi bagi memperkasakan industri pertahanan dan keselamatan negara bagi memastikan DIPKN ini berupaya mencapai matlamatnya. MINDEF berpandangan bahawa inisiatif ini wajar menjadi inisiatif yang digerakkan oleh pihak industri atau dengan izin industry-driven initiative dengan sokongan kerajaan dan MINDEF sebagai pemudah cara. Pada masa yang sama, perancangan yang hendak dibuat haruslah bersandarkan kepada economic and market driven, dengan izin. Saya sendiri bersama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini telah mengadakan lawatan ke Indonesia bagi melihat sendiri fasiliti pengeluaran produk ketenteraan dan komersial Indonesia milik PT Pindad di Bandung di mana itulah mungkin merupakan defence city yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Jempol. Malah kami juga berpeluang untuk mendengar sendiri perkongsian Menteri Pertahanan Indonesia, Bapak Prabowo Subianto tentang bagaimana usaha yang dilaksanakan Indonesia bagi meningkatkan keupayaan industri pertahanan mereka.

Pada era COVID-19 ini yang mana untuk kita mendapatkan supply peralatan ketenteraan dari negara yang jauh bukan mudah. Justeru, Indonesia sebagai rakan negara jiran, mampu mengurangkan kebergantungan terhadap produk industri pertahanan luar rantau. Saya percaya, industri pertahanan negara kita juga setaraf dengan negara-negara serantau yang lain. MINDEF juga berpandangan industri pertahanan negara kita mesti dipacu dengan kepimpinan yang baik. Lebih penting, setiap keperluan yang kita hendak untuk industri pertahanan negara ini dibangunkan mestilah mengambil kira pandangan ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM dengan izin, the end users, sama ada Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara. Insya-Allah Yang Berhormat, sekiranya dapat dilaksanakan ia bukan sahaja dapat membantu usaha memperkukuhkan sistem pertahanan negara malah ia juga berpotensi menjana pendapatan negara serta membantu mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti kepada pasaran tenaga kerja tempatan. Berdasarkan data Jabatan Statistik Malaysia, setiap RM1 bilion yang dilaburkan kepada sektor ini, ia berupaya menjana sehingga 15,000 peluang pekerjaan baharu. Justeru, berhubung cadangan Yang Berhormat Jempol untuk membangunkan Malaysia Defence City di Lipis, ia adalah satu cadangan yang baik. Namun sebarang keputusan berhubung lokasi ini kita tunggulah Yang Berhormat apabila Dasar Industri Pertahanan Negara kita siap untuk dilancarkan. Tuan Yang di-Pertua, dari ketiga-tiga isu yang saya bangkitkan tadi menjawab 14 soalan yang dibangkitkan oleh 14 orang wakil rakyat daripada 17 yang melibatkan MINDEF. Tiga lagi, dua tidak ada, satu lagi agak spesifik. Saya minta izin perkara itu dijawab secara bertulis.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kanan Pertahanan.

Yang Berhormat Menteri, boleh? Tuan Yang di-Pertua, sedikit.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Sedikit lagi. Ringkas.

Dua sahaja, ringkas.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila.

Oleh sebab tadi– minta maaf. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak membangkitkan tadi berkenaan dengan kebajikan yang disentuh tadi oleh Yang Berhormat Menteri berkenaan kebajikan veteran iaitu memang juga menjadi perhatian. Saya suka dengar tadi bahawa kita mengambil berat berkenaan dengan veteran. Akan tetapi satu lagi kebajikan ialah kebajikan anggota tentera sekarang dan keluarga mereka. Saya sudah baca daripada segi banyak cadangan termasuk dalam Belanjawan 2022 pun yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri memberikan fokus dan tumpuan kepada kebajikan anggota tentera. Jadi, saya hendak bertanya di sini, ambil kesempatan sedikit kerana saya memikirkan berkenaan dengan anggota tentera yang duduk di luar dari kem yang jumlahnya saya rasa macam di Melaka sekarang ini di Sungai Udang, ramai juga mereka ini yang duduk di luar, yang berulang alik ke kem. Saya lihat kalau kita pergi sekarang kempen di Melaka itu kita nampak mereka menaiki motor, mereka menaiki macam-macam kenderaan. Apakah perlindungan ataupun faedah tambahan yang boleh kita bantu mereka? Ini supaya dimudahkan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab di samping untuk menjaga anggota keluarga mereka. Saya tahu ada cadangan untuk rumah keluarga angkatan tentera disebutkan sebanyak 2,000 unit menjelang hujung Oktober. Kita sudah lepas November, berapakah jumlah rumah keluarga tersebut? Kemudian daripada segi jumlah keseluruhan ialah 10,200 untuk RMKe-12. Jadi bilakah agaknya kita boleh nampak jadual-jadual pelaksanaan rumah keluarga angkatan tentera ini? Di samping kita juga hendak tahu

berkenaan dengan pembinaan Hospital Angkatan Tentera Terendak yang juga ada dalam perancangan. Bilakah tempoh siap? Ini supaya ada satu jaminan juga kepada kebajikan anggota keluarga dan angkatan tentera.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Ledang.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Saya tambah sedikit. Sedikit lagi saya tambah. Padang Serai.

Janji tambahan lima minit sahaja. Jadi saya benarkan satu sahaja ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, terima kasih. Sila.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Padang Serai, sedikit. Yang Berhormat Menteri, saya ingin tanya berkenaan elaun PGM. Setiap tahun kita dapat RM500 elaun PGM tetapi tahun ini kita tidak dapat apa-apa. Ramai veteran dekat bawah sana tanya, mengapa tidak diberikan elaun PGM pada tahun ini? Saya rasa Yang Berhormat Menteri Kewangan mungkin bagi satu jawapan yang baik semasa menggulung, sebab ramai menunggu. Oleh sebab ini adalah hak. Kita sangkut pingat PGM dengan bangga. Banyak kali Perdana Menteri pun ada announce, dia kata akan bagi elaun PGM. Semasa beliau Menteri Pertahanan, dia announce tetapi sudah jadi Perdana Menteri saya rasa dia terlupa. Akan tetapi Menteri Pertahanan jangan lupa. Itu sahaja permintaan saya. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik terima kasih Yang Berhormat Padang Serai.

Sebenarnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak lupa. Kalau Yang Berhormat dengar apa yang saya jawab tadi, perkara-perkara yang telah pun diumumkan dan pembelaan kepada veteran-veteran pun diambil kira apabila melihat kepada kebajikan semua perkhidmatan awam. Akan tetapi dalam konteks apa yang dibangkitkan kebajikan-kebajikan lain yang diperlukan, RKAT merupakan agenda yang paling penting yang kita tekankan hari ini. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah melancarkan rumah sudah siap oleh LTAT baru-baru ini untuk mengambil kira tekanan daripada anggota kita yang terpaksa sewa rumah di bandar dengan elaun yang tidak mencukupi. Oleh sebab itu agenda RKAT ini telah pun disediakan dalam bajet, dalam RMKe- 12 dan ia telah pun dilaksanakan sebelum ini pun. Jadi, secara perinciannya nanti saya panjangkan kepada Yang Berhormat secara bertulis, insya-Allah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik. Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kanan Pertahanan. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri Kanan Kerja Raya, 40 minit.

Dato’ Sri Haji Fadillah bin YusofPBB · GPSMenteri Kanan Kerja Raya · Petra Jaya

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Keluarga Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada 22 orang Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan yang menyentuh isu- isu di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya sepanjang minggu perbahasan yang lalu. Terima kasih atas keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan itu. Saya akan menggunakan kesempatan ini dengan sebaik mungkin

Dato’ Sri Haji Fadillah bin YusofPBB · GPSMenteri Kanan Kerja Raya · Petra Jaya

bagi memberikan jawapan bagi setiap soalan dan cadangan-cadangan Ahli Yang Berhormat tersebut. Sebelum saya pergi jauh, ingin saya memaklumkan bahawa Kementerian Kerja Raya di bawah belanja mengurus B27 akan menerima peruntukan sebanyak RM823.5 juta untuk tahun 2022, iaitu penurunan sebanyak 34.7 peratus berbanding 1.26 bilion yang telah diterima untuk tahun 2021.

Dato’ Sri Haji Fadillah bin YusofPBB · GPSMenteri Kanan Kerja Raya · Petra Jaya

Ini disebabkan oleh pengelasan semula beberapa peruntukan penyelenggaraan di bawah program khusus kepada peruntukan belanja pembangunan. Peruntukan belanja pembangunan P.27 pula bagi tahun 2022 adalah sebanyak RM6.483 bilion. Pertambahan sebanyak RM395 juta daripada jumlah RM6.088 bilion yang telah diterima pada tahun 2021. Berdasarkan angka-angka ini, KKR berharap segala yang dirancang dan telah digariskan untuk tahun 2022 dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin dan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil peluang ini bagi menjelaskan tentang proses permohonan projek baharu, terutamanya jalan persekutuan. Untuk makluman semua Ahli Yang Berhormat, bidang kuasa Kementerian Kerja Raya adalah berkaitan dengan jalan persekutuan sahaja. Prosedur bagi permohonan projek membina jalan baharu atau menaik taraf jalan persekutuan sedia ada adalah melalui kerajaan negeri. Berdasarkan senarai keutamaan negeri yang dikemukakan kepada kementerian ini melalui penyelarasan antara bahagian ataupun Unit Perancang Ekonomi Negeri dan Jabatan Kerja Raya. Senarai cadangan projek ini akan melalui proses tapisan di kementerian, di mana ia dinilai dan diteliti berdasarkan kriteria penilaian, terutamanya perancangan dalaman kementerian seperti digariskan dalam Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya ataupun Highway Network Development Plan dengan izin, HNDP singkatannya. Bagi cadangan projek yang tiada dalam HNDP, masih boleh dimohon untuk diangkat bagi pertimbangan agensi pusat sekiranya projek berkenaan menjadi keutamaan kerajaan negeri dan disertakan dengan justifikasi permohonan projek yang kukuh. Ini selaras dengan apa yang telah diterangkan oleh Menteri Ekonomi tengah hari tadi. Sehubungan dengan itu, saya menyeru semua Ahli Yang Berhormat supaya membawa cadangan projek yang ingin dimohon kepada pihak kerajaan negeri terlebih dahulu, supaya projek berkenaan dapat dipertimbangkan dalam senarai keutamaan negeri yang dikemukakan kepada kementerian ini. Sepertimana yang disebutkan sebelum ini, bidang kuasa kementerian adalah berkaitan jalan persekutuan sahaja. Oleh demikian, permohonan untuk menaik taraf jalan yang bukan jalan persekutuan seperti jalan negeri, jalan majlis atau jalan kampung adalah di bawah pihak berkuasa yang berkenaan. Kementerian ini akan hanya mempertimbangkan cadangan menaik taraf jalan tersebut sekiranya diwartakan ke jalan persekutuan terlebih dahulu. Petunjuk asas bagi mengenal pasti status jalan adalah merujuk kepada nama jalan tersebut. Contohnya, FT untuk jalan persekutuan seperti FT01, abjad seperti A, B dan C mengikut jalan negeri sebagai contoh ‘A’ untuk Perak, ‘B’ untuk Selangor dan ‘C’ untuk Pahang dan mudahnya kalau kita ikut nombor plat kereta, plat kereta itu merujuk juga kepada jalan. Nama khusus merujuk kepada jalan perbandaran seperti di bawah kuasa PBT seperti Jalan Tunku Abdul Rahman KL di bawah bidang kuasa DBKL. Isu yang melibatkan Jalan negeri sebagaimana yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berikut iaitu Yang Berhormat Lanang, melibatkan Jalan Bukit Asik, Jalan Hua Kiew, Jalan Tiong Hua, Jalan Merlin, Sentosa, Jalan Naman, Jalan Sengan, Jalan Salim, Jalan Balalang, Jalan Sungai Assan, Jalan Latap dan Jalan Menyan adalah jalan raya negeri di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan.

Dato’ Sri Haji Fadillah bin YusofPBB · GPSMenteri Kanan Kerja Raya · Petra Jaya

Bagi Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce ialah adalah jalan negeri di bawah seliaan JKR Sarawak dan pihak berkuasa tempatan. Manakala Jalan Pulau Dudong pula adalah jalan raya negeri di bawah seliaan JKR Sarawak. Yang Berhormat Setiu, berkaitan melibatkan menaik aras jalan di Jalan Bonggol Setar ke Jalan Pelong, Jalan Kampung Bukit ke Sungai Las dan Jalan Chalok Kedai ke Kampung Gong Terap. Hasil semakan, kementerian ini mendapati lokasi yang dimaklumkan adalah jalan negeri iaitu Jalan Pengkalan Merbau, Pelong, Jalan Bukit Alur Lit ataupun laluan T136 dan Jalan Chalok, Gong Terap, Bukit Putera iaitu laluan T168. Yang Berhormat Padang Serai melibatkan jalan yang rosak di lokasi jalan negeri di dalam laluan K812 untuk Jalan Paya Besar, Taman Kuchai dan Jalan Aliran atau Air Merah, Paya Besar ke Butterworth-Kulim Expressway (BKE). Jadi, ini pun jalan negeri. Yang Berhormat Mas Gading melibatkan jalan menuju ke Bandar Bau didapati jalan-jalan rosak yang dibangkit oleh Yang Berhormat Mas Gading adalah juga di jalan negeri. Yang Berhormat Kuala Krai telah menyenaraikan sebanyak 10 projek-projek naik taraf jambatan dan jalan. Walau bagaimanapun setelah disemak, projek-projek tersebut merupakan jalan menghubungkan kampung ke kampung lain. Ini bukanlah di bawah skop kerja KKR. Yang Berhormat Papar, melibatkan jambatan kedua Papar termasuk di dalam skop cadangan projek menaik taraf Jalan Lok Kawi, Pengalat Papar Sabah. Skop projek menaik taraf jalan berkenaan turut melibatkan naik taraf jalan negeri dan Yang Berhormat Tanjong Manis melibatkan jalan utama di Tanjong Manis, Sibu adalah jalan negeri di bawah kod Q1211. Ahli-ahli Yang Berhormat juga ada membangkitkan tentang isu penyelenggaraan jalan. Sepertimana keadaannya dengan proses permohonan projek tadi, aspek penyelenggaraan juga termaktub bidang kuasa mengikut status jalan tersebut. Seperti Yang Berhormat sedia maklum, skop kerja penyelenggaraan jalan persekutuan terbahagi kepada tiga iaitu pertama, penyelenggaraan rutin yang merangkumi penyelenggaraan pavement, penyelenggaraan bahu jalan, potong rumput, perabot jalan, mencuci jambatan dan pembetung, mencuci longkang dan pemeriksaan rutin yang dilaksanakan setiap bulan berdasarkan bilangan pusingan kerja yang telah ditetapkan dalam kontrak perjanjian Kedua, penyelenggaraan berkala iaitu penyelenggaraan berkala pavement yang meliputi kerja-kerja turapan jalan seperti menurap semula permukaan jalan dan penyelenggaraan berkala bukan pavement, yang meliputi kerja-kerja selain dari turapan jalan seperti mengecat garisan jalan, membaik pulih pembetung, mengganti papan tanda dan lain-lain. Ketiga, kecemasan termasuk notice of defects (NOD) ini melibatkan membersihkan pokok tumbang, kawalan trafik semasa kerosakan atau runtuhan jalan, membersihkan tanah runtuh dan juga papan tanda amaran semasa banjir. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, bagi membaik pulih jalan-jalan dalam status kritikal, Kementerian Kerja Raya menyediakan program penyelenggaraan turapan berdasarkan notis kerosakan ataupun dengan izin notice of defects (NOD) yang disediakan oleh syarikat konsesi penyelenggaraan jalan persekutuan. Melalui NOD ini, Kementerian Kerja Raya akan menyenaraikan program penyelenggaraan turapan ini mengikut keutamaan tahap kritikal dan keperluan mendesak untuk dikemukakan kepada Kementerian Kewangan bagi kelulusan peruntukan. Sehubungan dengan itu, peruntukan kerja-kerja penyelenggaraan bagi tahun 2022 seluruh Malaysia berjumlah RM1.5 bilion dapat dilaksanakan seperti yang telah dirancang. Bagi isu penyelenggaraan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Gantang dan Yang Berhormat Tangga Batu, setiap permohonan akan diperhalusi oleh JKR negeri sebelum diangkat ke kementerian sebelum diputuskan untuk pelaksanaan. Yang Berhormat Sri Gading membangkitkan berkenaan pelebaran PLUS dari Air Keroh-Senai. Kementerian ini telah menerima permohonan bagi cadangan lorong ketiga

Dato’ Sri Haji Fadillah bin YusofPBB · GPSMenteri Kanan Kerja Raya · Petra Jaya

PLUS Selatan iaitu daripada Yong Peng ke Senai Utara pada Rolling Plan I Rancangan Malaysia Kedua Belas. Berdasarkan agihan siling peruntukan yang terhad untuk projek baharu, kementerian ini tidak dapat mengangkat projek tersebut pada agensi pusat untuk pertimbangan. Kementerian ini akan meneliti semula cadangan projek ini apabila dimohon dalam rolling plan yang akan datang dan akan diangkat untuk pertimbangan agensi pusat sekiranya memenuhi aspek teknikal untuk dilaksanakan. Begitu juga cadangan Projek Lebuh Raya Trans Borneo oleh Yang Berhormat Kalabakan. Kementerian ini akan meneliti semula cadangan projek tersebut apabila dipohon dalam rolling plan yang akan datang. Cadangan projek ini akan diangkat pada agensi pusat untuk kelulusan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kuala Nerus, kementerian ini telah menerima permohonan untuk menaik taraf laluan Persekutuan FT003 dari Kampung Kubang Jela ke Bulatan Batu Enam dan dari Bulatan Batu Enam ke Persimpangan FT065, Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu yang turut melibatkan naik taraf Jambatan Buluh Gading dalam Rolling Plan Pertama, Rancangan Malaysia Kedua Belas. Manakala untuk cadangan membina jejambat merentasi Bulatan Batu Enam di laluan FT003 pula, kementerian ini telah menerima permohonan projek tersebut dalam Rolling Plan Keempat 2020, Rancangan Malaysia Kedua Belas— Rancangan Malaysia Kesebelas, maafkan saya.

Dato’ Sri Haji Fadillah bin YusofPBB · GPSMenteri Kanan Kerja Raya · Petra Jaya

Berdasarkan agihan siling peruntukan yang terhad untuk projek baharu, kementerian ini tidak dapat mengangkat projek-projek tersebut kepada Agensi Pusat untuk pertimbangan. Kementerian ini akan meneliti semula cadangan projek-projek ini apabila dimohon dalam rolling plan yang akan datang dan akan diangkat untuk pertimbangan Agensi Pusat sekiranya memenuhi aspek teknikal untuk dilaksanakan.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

[Berdiri]

Yang Berhormat Menteri, sedikit Yang Berhormat Menteri. Kuala Nerus. Oleh kerana permintaan ini sudah agak lama, dah masuk Rancangan Malaysia Ke-11 lagi dan sekarang Rancangan Malaysia Ke-12, saya harap agar diberikan sedikit pertimbangan oleh pihak kementerian. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Sila.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Sedikit Yang Berhormat Menteri. Sedikit lagi, Padang Serai. So, tadi Yang Berhormat Menteri bagi tahu jalan Paya Besar ke Taman Kuchai adalah jalan negeri, tetapi saya dapat maklumat daripada JKR sana, dia kata kes 812. Ini jalan federal. Tolong jelaskan Yang Berhormat Menteri.

Kodnya ialah ‘K’ kan?

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

‘K’ ya, K812.

Bila kodnya ‘K’, itu maknanya jalan negeri. Kalau jalan persekutuan, kodnya ialah FT.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

FT.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Okey, terima kasih.

Jadi plat kereta Kedah pun ‘K’ kan?

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Ya, betul.

Sama nombor jalan, ‘K’ juga adalah jalan negeri. FT adalah jalan persekutuan. Untuk Yang Berhormat Kuala Nerus, insya-Allah kita akan terus memohon kepada Agensi Pusat dan Yang Berhormat Kuala Nerus pun kena terus membawa melalui kerajaan negeri supaya dikemukakan lagi kepada EPU supaya ia dapat dimasukkan sebagai keutamaan untuk projek-projek yang akan datang. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Teruskan Yang Berhormat Menteri.

Permohonan Yang Berhormat Labuan untuk diadakan lampu isyarat trafik di Simpang Lajau, Simpang Kina Benua dan juga Simpang Mutiara. Bagi simpang tiga Jalan Kina Benua ke Jalan Ranca-Ranca yang dikenali oleh penduduk Labuan sebagai Simpang Kina Benua, JKR Wilayah Persekutuan Labuan telah menaik taraf fasiliti keselamatan jalan meliputi pemasangan lampu jalan dan garisan jalan pada tahun 2019 dengan peruntukan sejumlah RM331,090. Bagi simpang Taman Mutiara, reka bentuk geometri dan fasiliti redaan trafik di kawasan bulatan tersebut adalah mencukupi dan buat masa ini tiada keperluan untuk membina lampu isyarat. Manakala bagi simpang tiga Jalan Pohon Batu, Jalan Tanjung Aru yang dikenali simpang di Kampung Lajau, kementerian ini telah menyenaraikan cadangan menaik taraf simpang tiga di Jalan Pohon Batu, Jalan Tanjung Aru, Wilayah Persekutuan Labuan sebagai senarai keutamaan kementerian di bawah Rolling Plan Kedua Rancangan Malaysia Ke-12. Walau bagaimanapun, berdasarkan peruntukan yang terhad, cadangan projek tersebut tidak dapat dipertimbangkan oleh Agensi Pusat dalam tempoh berkenaan. Yang Berhormat Hulu Selangor, Yang Berhormat Balik Pulau, Yang Berhormat Jerantut ada memohon untuk menaik taraf jalan Persekutuan FT01 dan FT1208, Jalan Persekutuan Teluk Kumbar dan Jalan Jerantut Padang Piol. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, permohonan-permohonan ini telah diangkat dalam Rolling Plan Rancangan Malaysia Ke-11 dan juga Rancangan Malaysia Ke-12. Walau bagaimanapun, berdasarkan agihan siling peruntukan yang terhad dan keutamaan projek lain, cadangan projek-projek tersebut tidak dapat dipertimbangkan oleh Agensi Pusat untuk tempoh ini. Jadi insya-Allah, kita akan bawa lagilah. Jangan putus asa, kita usahakan secara berterusan. Boleh ya Yang Berhormat Hulu Selangor? Minta maaf, kali ini belum ada berita gembira untuk Yang Berhormat. Seterusnya berikut adalah status projek-projek tersenarai yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu projek Pan Borneo oleh Yang Berhormat Pekan dan Yang Berhormat Sepanggar. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah dan Sarawak sepanjang 1,492 kilometer merupakan inisiatif Kerajaan Persekutuan untuk menambah baik secara berperingkat jaringan infrastruktur jalan raya di Sabah dan Sarawak. Dimulakan pada tahun 2015, keseluruhan fasa satu Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak bernilai RM16.117 bilion meliputi 11 pakej kerja dengan jajaran sepanjang 786 kilometer dari Telok Melano ke Miri. Satu pakej kerja iaitu pakej Telok Melano ke Sematan telah siap sepenuhnya pada bulan Januari 2019. Manakala bagi 10 pakej kerja iaitu dari Sematan ke Miri sedang giat dilaksanakan dengan status kemajuan pembinaan sehingga bulan Oktober 2021 adalah sebanyak 73 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2022. Insya-Allah.

Yang Berhormat Menteri, daripada Sibuti.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Sibuti. Belakang. Dekat belakang.

Ya, Yang Berhormat Sibuti.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ada persoalan berkenaan tentang Pan Borneo berkenaan tentang missing link Yang Berhormat Menteri daripada Pujut ke CIQ Baram dan juga saya melihatkan missing link ini adalah sangat penting untuk menghubungkan dan juga melengkapkan Pan

Borneo untuk penyambungan Miri masuk ke negara Brunei. Juga, apakah status berkenaan tentang penyambungan jalan Brunei ke Miri ini dan juga saya berharap Yang Berhormat Menteri dapat menjawab berkenaan persoalan ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Sibuti.

Terima kasih Yang Berhormat Sibuti. Memang benar dalam pakej fasa pertama, kita hanya selesai di Pujut. Kemudian pakej kedua sepatutnya sambungan ialah dari Pujut sehinggalah ke CIQ Kuala Baram dan seterusnya masuk ke Lawas dan Limbang. Apabila pertukaran kerajaan dahulu, fasa kedua ini telah dibatalkan. Oleh sebab itulah maka berlaku missing link dengan izin, daripada Pujut ke CIQ Kuala Baram ini untuk masuk ke Brunei tiada peruntukan. Kita telah memohon untuk dimasukkan dalam Rolling Plan 2022, tetapi dimaklumkan bahawa ia tidak diluluskan oleh Agensi Pusat. Untuk itu, kita akan kemukakan rayuan semoga dapat dipertimbangkan projek ini dapat diteruskan supaya lengkaplah sekurang-kurangnya fasa pertama ini lengkap dengan standard yang telah kita tetapkan iaitu dua lorong dua hala. Kalau tidak, ia akan menjadi bottleneck dengan izin, dari Pujut ke CIQ yang merupakan perhubungan dengan negara Brunei Darussalam. Brunei Darussalam jalannya semua sudah cantik dan sebagainya dan imej negara kita ialah dari CIQ Kuala Baram untuk menunjukkan bahawa kita juga mempunyai jalan yang setaraf dengan negara Brunei. Insya-Allah Yang Berhormat Sibuti, kita akan membuat rayuan untuk hal ini. Manakala pelaksanaan projek fasa satu Lebuhraya Pan Borneo Sabah dengan anggaran jarak keseluruhannya 706 kilometer dibahagikan kepada 35 pakej kerja di mana kaedah asal pelaksanaan projek ini melalui rakan pelaksana projek ataupun project delivery partner (PDP) pada tahun 2016. Walau bagaimanapun, kaedah pelaksanaan telah berubah susulan penamatan PDP yang turut memberikan kesan kepada jadual pelaksanaan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sehingga kini, 12 pakej kerja telah dibuat pelantikan kontraktor bagi tujuan kerja-kerja pembinaan dengan status kemajuan pembinaan sehingga Oktober 2021 bagi pakej kerja yang telah dimulakan adalah 62 peratus. Kerja-kerja pembinaan bagi tiga pakej kerja baharu yang melibatkan laluan daripada Sandakan, Batu 32 sehingga Sungai telah bermula dan dijangka akan siap pada Oktober 2024. Manakala satu pakej kerja baharu melibatkan laluan dari Serusop ke Pituru pula telah diperuntukkan di dalam Rancangan Malaysia Ke-12 menjadikan keseluruhan 16 pakej kerja akan dilaksanakan buat masa kini dengan kos keseluruhan sebanyak RM10 bilion dan RM10, 849 juta. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, kerajaan kini sedang mengkaji dan meneliti cadangan-cadangan bagi menyegerakan pelaksanaan keseluruhan baki fasa satu Lebuhraya Pan Borneo Sabah sebanyak 19 pakej kerja termasuk mempertimbangkan kaedah pelaksanaan secara private finance initiative (PFI) dengan izin, dan pembiayaan melalui terbitan sukuk ataupun bon oleh DanaInfra. Namun, sebarang kaedah pelaksanaan yang tertakluk kepada penelitian lanjut bersama Agensi Pusat dan kemampuan kewangan semasa kerajaan. Projek jalan Central Spine oleh Yang Berhormat Bentong. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perancangan asal Kementerian Kerja Raya bagi pembinaan jalan Central Spine, pakej enam melibatkan empat seksyen dari Sertik ke Simpang Pelangai sepanjang 47.5 kilometer. Walau bagaimanapun, kelulusan yang diperoleh daripada Agensi Pusat untuk dilaksanakan adalah seksyen 6A sahaja iaitu Sertik ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur sepanjang 8.05 kilometer di bawah Rolling Plan Pertama Rancangan Malaysia Ke- 12.

Projek Lebuhraya Pantai Timur 3 oleh Yang Berhormat Tumpat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, cadangan Lebuhraya Pantai Timur 3 melibatkan jajaran sepanjang 147 kilometer yang bermula dari Kampung Gemuroh, Terengganu dan berakhir di Pangkalan Kubor, Kelantan.

Pada masa ini, kementerian melalui Jabatan Kerja Raya Malaysia sedang melaksanakan kerja awalan LPT3 dengan peruntukan RM35 juta bagi memperincikan jajaran dan kos LPT3 sehingga September 2021. Status kemajuan kerja awalan adalah sebanyak 87 peratus. Dapatan hasil kerja awalan LPT3 ini dijangka akan dibentangkan pada agensi pusat pada April tahun 2022 bagi mendapatkan hala tuju pelaksanaan LPT3. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pasir Mas dan Yang Berhormat Kangar ada menyentuh berkenaan kenaikan harga bahan binaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kenaikan harga bahan besi merupakan satu isu global yang dialami seluruh dunia. Tambahan lagi dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara. Pengoperasian kilang, pengeluar bahan binaan dan nilai rantaian bekalan binaan yang terhad seterusnya menjejaskan kelancaran pelaksanaan projek pembinaan. Umumnya, seperti kita semua sedia maklum harga bahan binaan sememangnya mengalami kenaikan harga terutamanya harga besi yang meningkat sehingga 48 peratus pada Jun 2021 berbanding Oktober 2020 iaitu harganya ialah RM2,417 kepada RM3,590. Berdasarkan rekod CIDB Malaysia, harga purata bahan besi seluruh Malaysia pada Oktober 2021 adalah sekitar RM3,200 hingga RM3,300 bagi satu tan. Melalui risikan dengan penggiat industri, pembelian besi yang didakwa berharga RM4,000 bagi satu tan adalah bagi pembelian pada bulan Julai 2021. Antara faktor kenaikan harga besi yang dikenal pasti daripada sesi-sesi libat urus yang telah diadakan adalah: (i) kenaikan harga bijih besi di seluruh dunia. Disebabkan kekurangan bekalan bijih besi kerana kebanyakan lombong bijih besi tidak dapat beroperasi dengan kapasiti penuh kesan daripada bencana alam dan juga isu pandemik. Bijih besi dan besi skrap merupakan bahan mentah utama untuk pengeluaran produk besi Malaysia. Tidak terkecuali daripada impak kenaikan harga bahan mentah utama ini yang kebanyakannya diimport daripada luar negeri; (ii) kesukaran mendapatkan bahan mentah bagi memproses besi tetulang iaitu bijih besi dan juga sebahagian scrap metal yang mana kedua-duanya diimport daripada luar negara; dan (iii) isu logistik yang menyumbang kepada kesukaran dan kelewatan penghantaran bahan binaan disebabkan situasi pandemik. Berdasarkan harga RM4,000 per tan yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat kemungkinan pembelian besi pada kadar harga yang tinggi adalah disebabkan faktor berikut: (i) terma kredit yang panjang seperti 60 hari atau 120 hari berbanding terma yang bagus iaitu 14 hari; (ii) pembelian dalam kuantiti yang kecil; (iii) harga diperoleh daripada peruncit atau kedai hardware kecil yang telah melalui beberapa peringkat pembekalan; dan (iv) kos logistik yang berbeza mengikut lokasi bergantung pada jarak dan penyedia perkhidmatan. Pihak Kementerian Kerja Raya melalui agensinya telah mengadakan sesi libat urus dengan pihak industri berhubung dengan isu kenaikan harga barang binaan. Hasil daripada sesi libat urus ini cadangan menguatkuasakan semula peruntukan pengiraan klausa perubahan harga ataupun dengan izin, variation of price atau singkatannya VOP

telah dikemukakan sebagai salah satu langkah mitigasi menangani isu kenaikan harga bahan binaan khususnya projek pembinaan kerajaan. Pelaksanaan VOP telah pun dilaksanakan pada 15 Julai 2021 dan berkuat kuasa mulai Januari 2021 sehingga 31 Disember 2021. Setelah pengenalan VOP dan kelonggaran pengoperasian nilai rantaian bekalan binaan secara berterusan, harga bahan binaan didapati perlahan-lahan kembali stabil. Sebagai rekod, harga besi tetulang mula mencatatkan penurunan harga sebanyak 0.4 peratus atau RM15 pada Jun 2021 iaitu harga sekarang RM3,590 setan. Sejumlah 0.3 atau RM10 pada Julai iaitu RM3,580 setan dan satu peratus atau RM35 pada Ogos iaitu kepada RM3,545 setan dan 2.7 peratus ataupun RM95 pada RM3,450 setan pada Oktober 2021. Harga ini semestinya akan berbeza mengikut faktor yang telah saya nyatakan sebentar tadi. Memandangkan semua sektor ekonomi telah dibuka dan rantaian nilai sektor pembinaan telah dibenarkan beroperasi, harga bahan binaan dijangkakan akan kembali stabil. Perubahan harga barang ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuk permintaan dan penawaran ataupun demand and supply dengan izin, harga bahan mentah dan sebagainya. Merujuk kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kangar, kementerian ini telah menerima peruntukan sebanyak RM450 juta di bawah pakej rangsangan ekonomi atau singkatannya PRE pada tahun 2020 bagi tujuan penyelenggaraan aset infrastruktur Persekutuan yang terdiri dari bangunan guna sama Persekutuan, kuarters, jalan dan cerun Persekutuan. Pelaksanaan PRE ini merupakan manifestasi kerajaan yang mengambil berat akan kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Dengan adanya pakej rangsangan ini, sedikit sebanyak dapat membantu memulihkan ekonomi negara dan membantu aliran tunai kontraktor kecil yang terjejas akibat penularan COVID-19. Bagi program penyelenggaraan aset Persekutuan, kementerian ini memberi fokus khusus terhadap keperluan penyelenggaraan aset milik Persekutuan yang terdiri dari jalan, bangunan Persekutuan, aset kuarters milik Persekutuan dan juga cerun di jalan persekutuan. Sepanjang tempoh pelaksanaan program ini, kerja fizikal ditapak terus dilaksanakan seperti biasa walaupun terdapat kenaikan harga bahan binaan di pasaran. Ini kerana pembayaran kerja penyelenggaraan ini dilaksanakan mengikut kadar harga yang telah dipersetujui di dalam schedule of rates dengan izin, kontrak semasa. Bagi status pelaksanaan kerja di bawah pakej rangsangan ini, kemajuan kewangan adalah 98.75 peratus. Manakala, kemajuan fizikal adalah 99.43 peratus. Bilangan kerja yang terlibat adalah sebanyak 1,064 di mana sebanyak 1,058 kerja telah siap manakala baki kerja sebanyak enam kerja sedang dalam pembinaan. Baki kerja yang masih belum disiapkan adalah enam kerja penyelenggaraan cerun dan pelaksanaan kerja-kerja dijangka siap pada sukuan pertama tahun 2022 di mana kerja-kerja ini telah turut terkesan dengan kenaikan harga bahan binaan di pasaran semasa. Kementerian ini memahami kenaikan harga mendadak harga bahan binaan yang dialami dan telah meneliti permohonan daripada pihak yang terkesan untuk memohon penelitian semula kadar harga kontrak semasa. Bagi pengusahaan kontrak penyelenggaraan perkara ini dalam tindakan penelitian pihak UKAS dan juga Kementerian Kewangan Malaysia supaya variation of price turut dapat dimanfaatkan untuk kontrak penyelenggaraan. Kerajaan telah memperkenalkan semula VOP bagi membantu meringankan beban kesan akibat peningkatan harga bahan binaan melalui Pekeliling Perbendaharaan yang berkuat kuasa sehingga 30 Disember 2021. Kementerian Kerja Raya mengambil maklum setiap isu dan permasalahan yang diajukan oleh Yang Berhormat dan sentiasa berusaha serta komited dalam mengambil tindakan terhadap permasalahan yang berlaku.

Minta celahan sedikit Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang agak menyeluruh. Cuma, saya mungkin ada sedikit persoalan kita tahu dalam banyak laporan sebelum ini banyak juga projek-projek yang tidak dapat siap pada waktunya. Jadi, mungkin kenaikan harga barang ini juga akan menyumbang kepada kelewatan

sesetengah projek siap. Jadi, adakah kementerian merancang untuk tidak mengenakan denda kepada kontraktor-kontraktor yang menghadapi masalah ini apabila berlaku kelewatan siap.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Kangar.

Di JKR Malaysia, kita ada jawatankuasa yang akan menilai sama ada untuk extension of time dengan izin, dan begitu juga berhubung kait dengan ketidakmampuan kontraktor menyiapkan kerja. Apakah yang menyumbang kepada kelewatan dan sebagainya. Jadi, kita tidak dapat memberi secara pukal mengatakan disebabkan kenaikan barang dan mereka tidak mampu maka projek itu akan diberi lanjutan masa dan sebagainya. Apa yang kita lakukan sebab itu kita memperkenalkan variation of price. Makna, barang yang tersenarai dalam jadual yang ditentukan maka ia boleh menuntut pada kadar harga sebenar mereka membeli pada waktu itu. Jadi, ini akan meringankan bebanan kewangan kontraktor. Itu telah kita lakukan. Akan tetapi, mana yang tidak tersenarai maka kita sedang berbincang dan mempertimbangkan untuk mengangkat kepada MOF dan juga UKAS supaya jadual untuk barangan yang boleh dipertimbangkan untuk variation of price ini diperluaskan.

Malahan kita juga sedang berbincang adakan lanjutan tempoh ini akan dilanjutkan sehingga bukan sahaja Disember tahun ini juga dipertimbangkan untuk dilanjutkan sehingga Disember 2022. Ini langkah-langkah proaktif yang sedang kita laksanakan tetapi keputusan akan dimuktamadkan dengan perbincangan bersama di antara Kementerian Kerja Raya yang melibatkan juga MOF dan juga melibatkan UKAS di bawah Jabatan Perdana Menteri. Kalau ini dipersetujui nanti kita akan umumkan secara rasmi kepada semua orang. Terima kasih. Untuk Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat sekali lagi... [Disampuk]

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Menteri ada sedikit, berkenaan traffic light di kawasan saya. FT169 Jalan Kulim-Mahang, Simpang Pulai dan juga simpang Batu Puteh. Saya sudah minta tidak dapat jawapan. Kedua, FT136 Padang Serai-Merbok dekat Sungai Karangan. Saya minta dua traffic light. Ini adalah masalah besar sentiasa kita hadapi, accident banyak. Saya minta tolong ambil perhatian. Saya juga puji Jabatan Kerja Raya di Kulim memang bagus. Setiap kali saya panggil terus turun dan selesaikan. Ini yang kita mahu. Saya puji mereka. Tolong bagi apa-apa pangkat, naikkan mereka. Terima kasih Menteri. [Ketawa]

Tuan Mordi anak BimolDAP · PHMas Gading

Mas Gading.

Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Mordi anak BimolDAP · PHMas Gading

Yang Berhormat Menteri, Mas Gading.

Permohonan Yang Berhormat ini amat spesifik. Yang Berhormat kalau dapat dua cara— dalam penggulungan saya tadi saya mencadangkan kalau ada projek-projek baru yang ingin dipohon seeloknya dibawa melalui kerajaan negeri. Bawa kepada jurutera daerah, jurutera daerah akan bawa kepada kerajaan negeri sama ada JKR negeri ataupun EPU peringkat negeri. Mereka akan kemukakan kepada kita supaya keutamaan itu ditentukan di peringkat negeri sebab nanti ramai yang bersaing untuk dapat peruntukan. Setiap daerah, setiap kawasan Parlimen, setiap negeri memohon. Jadi nanti EPU akan menyusunkan mengikut keutamaan apakah prioriti yang boleh diberikan. Jadi, di peringkat kami. Kami akan menyokong semua permohonan tetapi bergantung dengan adakah peruntukan itu diluluskan barulah dapat kita laksanakan.

Jadi, saya harap Yang Berhormat kemukakan kepada JKR negeri dan juga negeri dan panjangkan salinan kepada saya supaya dapat kita membuat semakan.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Terima kasih Menteri, apa yang minta sebab kawasan saya banyak kilang baru berlabuh sana. So, kita tentukan jalan- jalan kita up-to-date. Itu yang kita minta Menteri sebab... [Disampuk]

Betul, saya faham Yang Berhormat. Begitu juga kawasan lain juga banyak kilang. Jadi semua orang akan mohon supaya dinaiktarafkan jalan, dinaiktarafkan traffic light. Oleh sebab itu, saya katakan mesti ada permohonan melalui proses yang saya cadangkan tadi di permulaan. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Terima kasih Menteri. Hasil banyak kita bagi kepada Federal. Federal mesti bagi sikit balik kepada kita untuk jalan- jalan supaya rakyat selamat situ. Terima kasih, Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Kalau banding Kedah dengan Sarawak. Sarawak banyak lagi sumbangan kepada Federal Yang Berhormat. [Ketawa] Tidak apa, sahaja. Nanti saya ambil rekod apa permintaan Yang Berhormat dan saya akan kemukakan kepada agensi pusat untuk dipertimbangkan dan berdoalah banyak supaya kelulusan peruntukan ini dapat diberikan, terima kasih.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Terima kasih Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Mordi anak BimolDAP · PHMas Gading

Mas Gading Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua

Mas Gading.

Ada lagi?

Tuan Mordi anak BimolDAP · PHMas Gading

Sikit. Okey, ini hendak tanya tentang bagaimana untuk memastikan jalan-jalan atau projek-projek yang di bawah seliaan ataupun tanggungjawab kerajaan negeri diberikan keutamaan terutama apabila Kerajaan Pusat sudah pun memberikan kelulusan peruntukan. Contohnya seperti Jambatan Selampit. Peruntukan sudah diluluskan tetapi masih sehingga hari ini projek masih tidak dijalankan. Mohon pencerahan pihak Menteri.

Itu dalam bidang kuasa kerajaan negeri. Yang Berhormat nanti bolehlah melalui ADUN-ADUN ataupun boleh menulis terus kepada kerajaan negeri. Akan tetapi untuk itu saya akan menyemak untuk membantu Yang Berhormat untuk semak. Jadi saya tidak dapat hendak respons sebab itu bukan dalam bidang kuasa saya. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, tahniah di atas anugerah Tan Sri sebagai Ahli Parlimen Petrajaya dan juga sebagai sama batch lah hendak merekodkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Tan Sri. Begitulah rumusan penggulungan kami. Sekali lagi terima kasih di atas juga teguran dan cadangan daripada semua Ahli Yang Berhormat untuk kami mempertingkatkan khidmat yang lebih baik lagi kepada negara dan kepada rakyat Malaysia dan Keluarga Malaysia keseluruhannya. Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Yang di-Pertua

Waalaikumsalam, terima kasih Yang Berhormat Menteri Kanan Kementerian Kerja Raya. Akhir sekali untuk hari ini saya menjemput Yang Berhormat Menteri Kanan Kementerian Pendidikan 60 minit Yang Berhormat. Silakan.

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. JidinBERSATU · PNMenteri Kanan Pendidikan

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan di atas pembentangan Belanjawan 2022 di Dewan yang mulia ini yang bertemakan Keluarga Malaysia Makmur Sejahtera. Dalam Belanjawan 2022 sejumlah RM52.625 bilion atau 16 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan kerajaan telah diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia. Ini menjadikan KPM sebagai penerima peruntukan terbesar bagi Belanjawan 2022. KPM menggalas tanggungjawab yang besar dalam memastikan setiap sen daripada peruntukan tersebut dibelanjakan dengan cekap serta dapat memberi impak yang optimum kepada pembangunan pendidikan negara khusus pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan serta memberikan pandangan, saranan, teguran dan cadangan dalam pelbagai konteks berkaitan Kementerian Pendidikan Malaysia. Dalam perbahasan Belanjawan 2022 mulai 1 November hingga 11 November 2021 terdapat lebih 110 perkara, pertanyaan, isu serta cadangan berkaitan KPM yang dibangkitkan oleh 42 orang Ahli Yang Berhormat. Saya mulakan dengan penjelasan mengenai perkara berkaitan pembangunan pendidikan di Sabah dan Sarawak. Ahli Yang Berhormat Baram, Batang Lupar, Hulu Rajang, Kalabakan, Kota Belud, Kota Samarahan, Libaran, Lubok Antu, Selangau, Sibuti, dan Tanjung Manis menyentuh perkara berkaitan bangunan daif di sekolah. KPM sentiasa memberi perhatian kepada usaha menyediakan infrastruktur pendidikan yang selamat dan kondusif untuk kegunaan murid dan warga sekolah di seluruh negara. Sepanjang pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-11 tahun 2016 sehingga tahun 2020 dan Rancangan Malaysia Ke-12 Rolling Plan Satu tahun 2021 sebanyak 879 projek menaik taraf dan membangun semula bangunan daif di sekolah telah diluluskan di seluruh negara dengan kos keseluruhan berjumlah RM4.397 bilion. Sehingga 10 November 2021, 575 projek telah siap, 129 projek berada dalam fasa pembinaan manakala 175 projek berada dalam fasa prabina. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penetapan projek pembangunan semula atau menaik taraf bangunan sekolah yang daif adalah berdasarkan analisis score grade impact yang menentukan tahap keadaan komponen fizikal atau fasiliti bangunan di sekolah. Skor ini mempunyai tujuh tahap skala. Skala satu hingga skala empat merujuk kepada keadaan bangunan yang masih berfungsi dan selamat digunakan. Manakala skala lima adalah bangunan yang dilaporkan oleh pihak sekolah sebagai tidak selamat dan memerlukan penyelenggaraan. Skala enam pula merujuk kepada bangunan yang tidak selamat dengan pengesahan daripada pihak teknikal Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Sementara skala tujuh merujuk kepada bangunan yang tidak selamat dengan pengesahan syor roboh dari Jabatan Kerja Raya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bilangan sekolah yang mempunyai bangunan daif berskala enam dan tujuh adalah bersifat dinamik dan akan berubah berdasarkan kondisi bangunan dari semasa ke semasa. Keutamaan KPM adalah kepada bangunan yang berada pada skala enam dan skala tujuh untuk dibina bangunan gantian mengikut keperluan. Pembinaan bangunan gantian ini dilaksanakan secara berfasa melalui peruntukan yang diluluskan oleh agensi pusat bagi setiap rolling plan dalam Rancangan Malaysia lima tahun.

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. JidinBERSATU · PNMenteri Kanan Pendidikan

Ahli Yang Berhormat Hulu Rajang membangkitkan perkara berkaitan kelewatan pelaksanaan projek pembangunan dan penggantian bangunan daif di sekolah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, antara cabaran utama dalam pelaksanaan projek adalah seperti berikut: (i) keperluan menyelesaikan isu pemilikan tanah dan pencerobohan di tapak; (ii) keadaan tapak sedia ada yang tidak selamat kerana hakisan tanah dan/atau sering dilanda banjir; (iii) saiz tanah asal yang terhad atau sempit; (iv) keadaan tanah tapak gantian yang bercerun; (v) kelewatan pelaksanaan oleh kontraktor; dan (vi) keperluan untuk memenuhi dan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan. Ahli Yang Berhormat Sibuti dan Kota Samarahan bertanya tentang peruntukan RM1 bilion daripada Kerajaan Negeri Sarawak untuk tujuan penggantian dan pembangunan bangunan daif. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di bawah peruntukan ini, terdapat sebanyak 147 buah projek penggantian dan pembinaan bangunan daif diluluskan untuk dilaksanakan dalam tiga fasa. Fasa 1 telah bermula pada tahun 2019 dan melibatkan 41 buah projek dengan jumlah peruntukan RM350 juta. Fasa 2 pula telah bermula pada tahun 2020 dan melibatkan 52 buah projek dengan kos berjumlah RM350 juta. Manakala Fasa 3 yang melibatkan 54 buah projek dengan kos peruntukan sebanyak RM300 juta sedang dimuktamadkan scope, brief dan juga kos. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Lubok Antu, sepanjang pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-11 tahun 2016 hingga 2020 serta RMKe-12 RP1 tahun 2021, sebanyak 14 buah projek menaik taraf dan membangun semula bangunan daif di sekolah telah diluluskan di Parlimen Lubok Antu dengan kos berjumlah RM76 juta. Sehingga 1 November 2021, sembilan buah projek telah siap, satu projek berada dalam fasa pembinaan manakala empat buah projek berada dalam fasa prabina.

Yang Berhormat Menteri Kanan...

Silakan, Yang Berhormat Sibuti.

Terima kasih atas jawapan tentang peruntukan RM1 bilion yang telah dibayar oleh Kerajaan Negeri Sarawak. Saya ingin bertanyakan kepada Yang Berhormat Menteri tentang apakah terdapat pertambahan kos memandangkan sejak pandemik COVID-19 ini, kos bahan mentah bertambah? Juga, adakah projek-projek yang telah dilaksanakan pada tahun 2019 dan 2020 ini akan berlaku peningkatan kos? Kedua, saya ingin bertanyakan kepada Yang Berhormat Menteri, untuk projek tahun 2022 ini, adakah sekolah-sekolah telah dimuktamadkan? Maksud saya senarai- senarai sekolah. Juga, adakah pemilihan sekolah ini adalah berdasarkan perbincangan antara pemimpin setempat dan juga PPD? Juga, untuk negeri Sarawak, Yang Berhormat Menteri, kami turut melaksanakan projek-projek di kawasan persekolahan. Ketika ini, projek-projek telah siap dan kami sebagai Wakil Rakyat yang telah memberi projek ini tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan sekolah. Saya hanya dapat melihat projek saya dari jauh. Bangunan tertutup, dewan ataupun bilik kuliah yang saya bina tidak dapat dipantau. Saya memohon agar terdapat sedikit pertimbangan Yang Berhormat Menteri untuk membenarkan kami melihat projek-projek yang telah diluluskan oleh Kerajaan Pusat dan juga kerajaan negeri.

Terima kasih Ahli Parlimen Sibuti. Berkaitan dengan pertambahan kos, ya, kita ambil kira sepertimana disebut oleh Yang

Berhormat Menteri Kanan Kerja Raya sebentar tadi, bahawa kenaikan kos ini diambil kira dalam konteks tertentu. Kedua, berkaitan dengan sama ada senarai projek telah dimuktamadkan untuk fasa 3. Secara umumnya, kebanyakan sekolah itu telah dibincangkan bersama dengan kerajaan negeri. Dalam setiap keputusan untuk memilih sekolah mana yang akan diberikan keutamaan dahulu dalam konteks projek pembangunan sekolah daif ini, memang pihak kementerian duduk berbincang dengan kerajaan negeri untuk mendapatkan gambaran termasuklah melalui pandangan yang diberikan oleh Pejabat Pendidikan Daerah dan juga Jabatan Pendidikan Negeri. Itu kaedah dan pendekatan yang digunakan. Berkaitan dengan kemasukan orang kenamaan termasuk ahli politik ke dalam sekolah, ini ada jawapan kemudian yang saya akan sentuh kemudian. Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat Kota Belud berhubung pembinaan gantian bangunan daif di sekolah dalam Parlimen Kota Belud, KPM telah diluluskan projek pembinaan gantian bangunan daif di SK Melangkap, SK Mengkulat dan SK Pandasan dalam RMKe-12 RP2 tahun 2022. Berhubung pertanyaan Ahli Yang Berhormat Kota Samarahan dan Libaran berkaitan status pembinaan dan penggantian sekolah daif, KPM merancang untuk memohon projek pembangunan gantian bangunan daif di SK Plaman Baki/Menaul, Serian dan SK Sungai Manila, Sandakan untuk pertimbangan dan kelulusan agensi pusat dalam RMKe-12 RP3 tahun 2023. Berhubung status projek pembinaan gantian penuh SMK Muara Tuang, Samarahan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Kota Samarahan, KPM ingin memaklumkan bahawa projek ini telah diluluskan dalam RMKe-11 RP1 tahun 2016. Skop projek ini meliputi pembinaan 36 bilik darjah, asrama untuk 400 orang murid dan lain-lain kemudahan dengan kos berjumlah RM76.80 juta. Projek ini dalam peringkat penyediaan dokumen tender dan akan ditender pada akhir November 2021. Berkaitan pertanyaan Ahli Yang Berhormat Batang Lupar, projek gantian penuh SK Pulau Seduku telah diluluskan dalam RMKe-11 RP1 tahun 2016 dengan kos projek sebanyak RM20.7 juta. Projek ini dalam fasa pembinaan dan dijangka siap pada Disember 2022. Di samping itu, projek pembangunan semula SK Tebelu telah diluluskan dalam RMKe-11 RP4 tahun 2019 dengan kos projek sebanyak RM7 juta. Projek ini dalam fasa pembinaan dan dijangka siap pada April 2022. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kalabakan, KPM telah diluluskan sebanyak dua projek menaik taraf dan membangun semula bangunan daif di SK Sungai Haji Matahir dan SK Umas-umas dengan kos berjumlah RM47.94 juta di Parlimen Kalabakan.

Tuan Ma'mun bin SulaimanWARISANKalabakan

Yang Berhormat Menteri...

Projek gantian bangunan daif di SK Sungai Haji Matahir telah siap, manakala projek gantian bangunan daif di SK Umas-Umas berada dalam fasa pra bina. Silakan, Yang Berhormat.

Tuan Ma'mun bin SulaimanWARISANKalabakan

Sedikit, Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, saya ingin sentuh fasal SMK Kalabakan. Dalam jawapan Menteri baru-baru ini, kita disahkan sudah bahawa SMK Kalabakan dikategorikan dalam Skala 6. Akan tetapi, kalau alasannya masih lagi tanah tidak berstatus hak milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan, sampai bila pun masalah di Sabah ini tidak akan selesai. Jadi, saya mintalah Yang Berhormat Menteri tengoklah masalah kami di Sabah ini. Kalau balik-balik masalah tanah yang tidak diberi oleh Kerajaan Negeri Sabah, masalah kita berlarutan sampai bila-bila. Terima kasih.

Terima kasih Ahli Yang Berhormat Kalabakan. Sebenarnya saya baru hendak masuk penjelasan untuk SMK Kalabakan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kalabakan berkaitan keperluan membina bangunan baharu di SMK Kalabakan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, memang kita telah mengenal pasti keperluan untuk melaksanakan pembinaan bangunan gantian yang daif di sekolah tersebut. Berdasarkan Analisis Skor Impak KPM, beberapa buah blok bangunan di SMK Kalabakan dikategorikan pada Skala 6. KPM sedang mendapatkan kelulusan pengesahan tidak selamat dan syor roboh daripada pihak JKR Sabah. Dalam masa yang sama, semakan KPM mendapati bahawa tapak tanah sekolah sedia ada masih belum berstatus hak milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. Sehubungan itu, urusan perolehan tapak tanah akan diselesaikan terlebih dahulu sebelum sebarang permohonan penggantian bangunan SMK Kalabakan dikemukakan untuk pertimbangan dan kelulusan agensi pusat. Mungkin saya boleh sentuh sedikit berkaitan dengan pertanyaan Ahli Yang Berhormat tadi tentang status tanah.

Tuan Ma'mun bin SulaimanWARISANKalabakan

Ya.

Sepertimana saya jelaskan dalam penjelasan saya tadi, antara kekangan utama yang membawa kepada kelewatan pembinaan bangunan bagi menggantikan bangunan daif adalah kerana status tanah. Ini memandangkan, selagi status tanah itu bukan milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan, kita tidak boleh membina bangunan sekolah di atas tanah tersebut. Untuk tujuan ini, KPM telah mengadakan satu program pemutihan tanah-tanah yang masih belum jadi hak milik PTP. Jadi, kita berbincang rapat dengan kerajaan negeri untuk memastikan setiap tanah yang ada sekolah itu kita dapat pastikan bahawa tanah tapak sekolah itu dijadikan milik PTP. Ini bagi memastikan pada masa yang akan datang tidak ada lagi kelewatan dalam proses pembangunan sekolah di tapak sedia ada. Kalau tidak, proses ini akan berterusan, kadang-kadang sudah dapat dalam RP1 RMKe-11 tetapi isu tanah tidak selesai. Maka, inilah antara punca yang membawa kepada kelewatan. Silakan.

Tuan Ma'mun bin SulaimanWARISANKalabakan

Ya. Jika masalah itu sudah dikenal pasti, saya haraplah kementerian mengambil tindakan sewajarnya, secepat mungkin untuk selesaikan masalah. Lagi satu, SMK Kalabakan juga memerlukan asrama sebab terlampau banyak ladang yang di sekitar sekolah dan murid-murid semua berfokus kepada SMK Kalabakan. Jadi, kalau di SMK Umas-Umas kita boleh letak asrama sana dan asrama di SMK Umas-Umas, peralatan seperti katil dan almari untuk asrama pun tidak disediakan. Jadi, saya mahu bertanya sama Yang Berhormat Menteri, kalau kita menyediakan asrama, apakah peralatan yang ibu bapa terpaksa sediakan untuk anak-anak untuk masuk dalam asrama? Kadang-kadang mereka meminta kepada Ahli Parlimen untuk menyediakan dana untuk membeli katil dan almari untuk budak-budak ditempatkan di asrama. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Berkaitan dengan isu tanah tadi sebab itu saya kata dalam tempoh tahun lepas dan tahun ini, kita telah berbincang dengan MOF dan telah mendapatkan peruntukan untuk kita buat pemutihan. Kami di KPM komited untuk menyelesaikan isu tanah ini once and for all dengan izin supaya tidak berbangkit lagi. Kalau tidak, berterusan tahun-tahun mendatang inilah masalah yang kita hadapi. Berkaitan dengan sekolah di mana disebut tadi SMK Umas-Umas tidak ada perabot, itu saya akan ambil maklum dan kita akan semak kerana pembinaan asrama ini akan datang lengkap dengan kelengkapan yang sepatutnya. Jadi, izinkan saya menyemak apa yang sebenarnya disebut oleh Yang Berhormat Kalabakan tadi berkaitan dengan SMK Umas-Umas.

Tuan Ma'mun bin SulaimanWARISANKalabakan

SMK Yang Berhormat Menteri, SMK Umas-Umas.

Sorry, SMK Umas-Umas. Saya akan semak.

Tuan Ma'mun bin SulaimanWARISANKalabakan

Terima kasih.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Yang Berhormat Menteri, Padang Serai sikit.

Okey Yang Berhormat Padang Serai, silakan.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga mengemukakan berkaitan dengan sekolah-sekolah Tamil yang masih ada di tanah swasta yang mana menjadi satu masalah baru-baru ini di Sekolah Kebangsaan Sungai Ular, mereka meminta duit untuk membayar cagaran dan juga itu akan membebankan pada PIBG sekolah, LPS dan sebagainya. So, saya ada mencadangkan berunding seperti mana Yang Berhormat Menteri beritahu tadi itu adalah cadangan terbaik, berunding dengan negeri supaya perkara ini dapat diselesaikan dengan masa yang singkat. Kalau tidak tiap-tiap tahun– kita sudah merdeka 64 tahun masih lagi kita tidak menyelesaikan masalah tanah. Saya minta ambil perhatian serius Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Saya ada jawapan untuk pertanyaan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Padang Serai pada muka surat 34 tetapi sudah Yang Berhormat Padang Serai tanya saya jawab sedikitlah untuk dimasukkan di sini kerana ia berkaitan juga dengan tapak sekolah ya. Pertama sekali, Ahli Yang Berhormat Padang Serai menyentuh tentang Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) yang beroperasi di tapak bukan hak milik kerajaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat dua kategori SJKT iaitu SJKT berstatus sekolah kerajaan dan SJKT berstatus sekolah bantuan kerajaan. Daripada keseluruhan 527 buah SJKT, sebanyak 162 buah adalah berstatus sekolah kerajaan. Bagi SJKT berstatus sekolah kerajaan, sebanyak 156 buah berada di atas tapak milik PTP. Manakala baki enam buah lagi berada di atas tapak bukan milik PTP dan sedang dalam proses pemutihan. Ini sepertimana saya jelaskan kepada Yang Berhormat Kalabakan. Memandangkan SJKT yang berstatus SBK adalah bukan milik kerajaan, sekolah ini terletak di atas tapak bukan milik PTP. Status tapak tanah SJKT kategori SBK adalah di bawah tanggungjawab Lembaga Pengelola Sekolah. Jadi, jika ada sebarang isu berbangkit, itu adalah di bawah bidang tanggungjawab Lembaga Pengelola Sekolah. Itu penjelasan berkaitan dengan status tanah sekolah-sekolah. Seterusnya, saya ingin merujuk kepada pertanyaan Ahli Yang Berhormat Tanjong Manis berhubung status permohonan gantian bangunan daif di sekolah. Kerajaan telah meluluskan permohonan pembinaan bangunan gantian di SK Salah Kechil, SK Kampong Betanak dan SK Abang Buyuk di bawah projek pembangunan sekolah daif di Sarawak. Manakala pembinaan bangunan bilik darjah baharu dan lain-lain kemudahan di SMK Semop, Daro telah diluluskan dalam RMKe-12, RP2 Tahun 2022. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Sibuti, KPM telah menubuhkan jawatankuasa induk peruntukan RM1 bilion bagi pembangunan semula sekolah daif di negeri Sarawak. Jawatankuasa ini berperanan membuat keputusan dan dasar utama berhubung perancangan dan mekanisme pelaksanaan projek daif di bawah peruntukan RM1 bilion di negeri Sarawak.

Yang Berhormat Menteri.

Di samping itu, jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk memutuskan penyelesaian terhadap pertikaian, perubahan dan isu yang timbul di peringkat pelaksanaan projek serta pengurusan projek. Saya habiskan sikit ya.

Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia dan dianggotai oleh wakil Kementerian Kewangan, Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak, Pengarah Jabatan Kerja Raya Sarawak, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Pegawai Kewangan Persekutuan Sarawak serta Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan dan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri. Selain daripada jawatankuasa induk peruntukan RM1 bilion bagi pembangunan semula sekolah daif di negeri Sarawak, KPM turut menyelaras pelaksanaan projek menaik taraf dan membangun semula sekolah yang mempunyai bangunan daif melalui jawatankuasa dalaman peringkat kementerian iaitu Majlis Tindakan Pembangunan Kementerian (MTPK) yang diadakan secara berkala setiap bulan. MTPK turut dianggotai oleh agensi pusat iaitu Kementerian Kewangan, Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri serta Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Jabatan Kerja Raya Sarawak. Silakan.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya adakah jawatankuasa ini turut disertai oleh Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak? Di dalam jawatankuasa ini, adakah jawatankuasa telah berbincang berkenaan tentang cadangan berkenaan penggabungan sekolah? Ini kerana saya melihat penggabungan sekolah ini akan dapat mengurangkan kos perbelanjaan dan juga menjimatkan sekolah-sekolah di Sarawak supaya pelajar-pelajar mendapat bangunan yang lebih kondusif memandangkan terdapat sekolah-sekolah yang sangat berdekatan. Selain itu, saya tertarik dengan kenyataan Yang Berhormat Menteri berkenaan tentang isu tanah di Sarawak. Adakah kerajaan atau pihak Yang Berhormat Menteri dapat menyenaraikan secara bertulis tanah-tanah yang mempunyai dispute dengan izin ataupun memerlukan bantuan daripada kami sebagai Ahli Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri untuk membantu pihak kementerian untuk mempercepatkan proses. Saya ambil contoh seperti sekolah SK Kita. Apabila sekolah itu diberikan kontrak kepada kontraktor, kita mendapati tanah yang telah dicadangkan untuk pembangunan sekolah tersebut mempunyai masalah. Saya sebagai Ahli Parlimen mendapatkan pandangan daripada pihak kerajaan negeri dan juga mendapatkan bantuan daripada Ketua Menteri untuk meluluskan tanah tersebut kerana telah diberikan kontrak kepada kontraktor.

Terima kasih Ahli Yang Berhormat Sibuti. Berkaitan dengan isu tanah di sekolah tadi untuk negeri Sarawak, sebenarnya saya sendiri bersama dengan Ketua Setiausaha Kementerian dan juga Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia telah bertemu dengan Ketua Menteri Sarawak untuk berbincang berkaitan dengan penyelesaian untuk tapak-tapak tanah yang masih belum menjadi milik PTP. Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak atas komitmen beliau untuk bersama-sama dengan kementerian bagi memastikan isu-isu berkaitan dengan tanah tapak sekolah di negeri Sarawak dapat diselesakan dengan cepat dan teratur. Insya-Allah.

Berkaitan dengan cadangan penggabungan sekolah. Ini saya boleh sentuh sedikit apa yang dibangkitkan Yang Berhormat Sibuti. Apa yang dicadangkan dan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Sibuti itu merupakan salah satu usaha yang sedang dilaksanakan oleh pihak KPM. Kita tahu ada sekolah-sekolah ini, jumlah muridnya terlalu sedikit dan keadaan sekolah ini adalah amat daif. Namun begitu, terdapat beberapa buah sekolah dalam kawasan yang tidak begitu jauh yang kita lihat boleh digabungkan. Usaha ini adalah satu usaha berterusan yang dilaksanakan oleh KPM dan kita khususnya, bersama di peringkat negeri Sarawak dan juga di negeri Sabah duduk berbincang dengan pemimpin masyarakat bagi memastikan pemimpin masyarakat dapat bersama-sama meyakinkan penduduk setempat bahawa program atau pelaksanaan

penggabungan sekolah ini merupakan satu pendekatan way forward, dengan izin, untuk memastikan kita dapat membina sekolah dengan cukup infrastrukturnya dan kemudahannya bagi membolehkan anak-anak kita mendapat pendidikan yang terbaik. Seterusnya, saya merujuk pertanyaan Yang Berhormat Hulu Rajang dan Yang Berhormat Baram yang membangkitkan tentang sekolah yang sering dilanda banjir. KPM menyedari akan kesukaran yang dialami oleh guru dan murid di sekolah tersebut. Sebagai langkah penyelesaian, kerajaan telah meluluskan permohonan perolehan tapak baharu bagi menggantikan Sekolah Kebangsaan Nanga Kain dan Sekolah Kebangsaan Temenggong Koh dalam RMKe-12 RP2 tahun 2022. Sementara itu, permohonan pembinaan bangunan baharu sekolah tersebut akan dikemukakan untuk kelulusan agensi Pusat setelah urusan pindah milik tapak tersebut selesai. Bagi Sekolah Kebangsaan Batu Bungan, Baram, projek pembinaan gantian di sekolah ini telah diluluskan di bawah projek RM1 bilion bagi pembangunan semula sekolah daif di negeri Sarawak dalam Fasa Dua. Yang Berhormat Lanang bertanyakan tentang bilangan guru berasal dari Sarawak yang ditempatkan di negeri kelahiran mereka sehingga kini. Yang Berhormat Lanang juga menyentuh tentang penempatan 90 peratus guru kelahiran Sarawak untuk berkhidmat di negeri tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat, KPM melaksanakan penempatan guru baharu berdasarkan kepada kekosongan perjawatan dan keperluan opsyen di sesebuah negeri. Pada masa yang sama, KPM juga berusaha untuk memastikan guru kelahiran Sarawak diberikan keutamaan untuk ditempatkan di negeri kelahiran mereka berdasarkan kekosongan perjawatan dan keperluan opsyen. Bagi tempoh 2018 sehingga September 2021, seramai 1,715 orang guru baharu lantikan tetap DG41 yang berasal dari Sarawak ditempatkan di sekolah rendah dan menengah di negeri Sarawak. Dalam tempoh yang sama, disebabkan bilangan graduan berasal dari Sarawak yang menepati keperluan opsyen di sekolah bagi negeri tersebut masih belum mencukupi, KPM telah menempatkan seramai 325 orang guru yang berasal dari Semenanjung ke sekolah di Sarawak. Untuk makluman Yang Berhormat Lanang, sehingga 31 Oktober 2021, sasaran 90 peratus guru kelahiran negeri Sarawak yang berkhidmat di negeri tersebut telah tercapai, iaitu sebanyak 91.47 peratus. Ahli Yang Berhormat Kalabakan membangkitkan tentang kekurangan guru mata pelajaran Pendidikan Islam di Sabah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 11 November 2021, pengisian guru mata pelajaran Pendidikan Islam di Sabah adalah seramai 3,878 orang berbanding keperluan guru seramai 5,280 orang. Oleh yang demikian, terdapat kekurangan sebanyak 1,402 orang guru bagi mata pelajaran Pendidikan Islam di Sabah. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, KPM melaksanakan pengambilan guru secara one-off bagi tahun 2021 termasuk pengambilan guru bagi mengisi kekosongan bagi untuk mata pelajaran Pendidikan Islam di negeri Sabah.

Tuan Ma'mun bin SulaimanWARISANKalabakan

Sedikit Yang Berhormat Menteri. Boleh sedikit?

Tuan Ma'mun bin SulaimanWARISANKalabakan

Yang Berhormat Menteri, masalahnya begini. Masalah di Tawau dan Kalabakan jika guru Pendidikan Islam ini sudah berpindah atau berlaku kematian, guru ganti tidak disediakan dengan segera. Jadi, sekolah-sekolah pergi cari guru ganti dan membayar allowance tetapi yang masalahnya KPM hanya membayar allowance kepada guru yang bersalin. Guru ganti untuk kematian, guru ganti yang berpindah yang berlarutan sekian lama tidak dibayar allowance dan mereka menggunakan tabung PIBG untuk membayar allowance guru ganti ini. Kadang-kadang kita Ahli Parlimen diminta untuk mengisi tabung PIBG. Ini tidak adil. KPM harus menganggung. Kalau berlaku guru ganti, allowance guru ganti ini harus dibayar oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ya, betul. Betul.

Tuan Ma'mun bin SulaimanWARISANKalabakan

Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Izinkan saya Tuan Yang di-Pertua menyentuh sedikit berkaitan dengan kekurangan guru tadi yang disebut oleh Yang Berhormat Kalabakan. Apabila saya masuk ke kementerian pada tahun 2020, kita membuat semakan dan kita mendapati pada waktu itu ada kekurangan lebih 18,000 orang guru di seluruh negara. 18,000 orang. Apabila berlaku kekurangan yang begitu besar maknanya sebarang kekosongan di sekolah tidak dapat diganti. Perkara ini bukan baharu, telah berlarutan sekian lama sebab itu kami di KPM duduk berbincang bersama-sama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) merangka apakah strategi yang terbaik bagi memastikan kita dapat membuat pengikisan kekosongan ini. Oleh sebab itu, itu kami pada waktu ini bersama SPP sedang melaksanakan usaha untuk pengambilan 18,000 ini termasuk bagi guru-guru di negeri Sabah. Insya-Allah dengan pengambilan ini kita yakin bahawa gap atau jurang yang ada itu dapat dirapatkan kembali dan sekiranya selepas ini berlaku kekurangan jumlahnya tidak begitu besar. Jadi, kita ambil maklum apa yang dibangkitakan Yang Berhormat Kalabakan tadi.

Yang Berhormat Menteri, Batu Gajah.

Yang Berhormat Menteri, berkaitan dengan pengambilan guru one-off 18,000 ini saya hendak tahu berapakah ramai yang sebenarnya daripada mereka itu tidak mempunyai kelayakan ikhtisas pendidikan? Berapakah peratus Yang Berhormat Menteri sebab ada ramai yang hendak tahu sama ada polisi itu diteruskan tidak sebab mereka yang mempunyai kelayakan yang baik bukan ikhtisas pendidikan tetapi setelah mereka memohon mereka tidak dapat berjaya dalam pengambilan tersebut. Jadi, saya hendak tahu sama ada polisi itu diteruskan dan berapakah peratus daripada kalangan mereka itu bukan daripada kalangan ikhtisas pendidikan? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Pertama sekali berkaitan berapa peratus. Sebenarnya, secara umumnya di dalam pasaran di luar sana kita tidak tahu berapa peratus guru dengan ikhtisas pendidikan yang masih ingin berkhidmat sebagai guru. Mungkin dia keluar universiti dengan ikhtisas pendidikan pada waktu itu tiada peluang untuk berkhidmat di sekolah maka, mungkin mereka telah berkhidmat di dalam sektor lain. Namun begitu, dalam pengambilan untuk 18,000 kekosongan ini – 18,702 kekosongan ini keutamaan diberikan kepada mereka yang mempunyai ikhtisas pendidikan. Jadi, pihak SPP melaksanakan pengambilan keutamaannya adalah untuk mereka yang mempunyai ikhtisas pendidikan. Namun begitu, ada bidang-bidang tertentu yang kita tahu jumlah tawaran atau supply dengan izin, daripada yang ada ikhtisas pendidikan ini tidak mencukupi. Oleh sebab itu, kita juga keluarkan iklan untuk contract of service untuk membolehkan mereka yang tidak mempunyai ikhtisas pendidikan juga memohon. Namun begitu, secara umumnya pengambilan pertama sekali dibuat di kalangan mereka yang mempunyai ikhtisas pendidikan dan kemudiannya kita akan ambil dalam kalangan mereka yang tidak mempunyai ikhtisas pendidikan. Itu proses pelaksanaannya. Terima kasih. Seterusnya, Yang Berhormat Sabak Bernam membangkitkan tentang... [Disampuk]

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Boleh tanya sedikit, tentang ambilan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hanya hendak tanya untuk pengambilan guru itu, saya hendak ucap tahniahlah kepada KPM, kepada Yang Berhormat Menteri kerana ada usaha ini. Pengambilan sebanyak 18,000 saya rasa itu adalah satu inisiatif yang bagus.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Akan tetapi saya hendak tanya, setakat ini berapa jumlah permohonan yang telah diterima kerana kami tahu bahawa biasanya apabila KPM ada buat apa-apa tawaran, sebenarnya yang layak sebenarnya jumlah itu sangat-sangat kurang. Jadi saya hendak tanya, berapa permohonan telah diterima dan berapa daripada permohonan itu, berapa yang layak sebelum mereka ditemuduga oleh SPP? Selain daripada itu, saya juga ada isu lagi yang minta perhatian daripada Yang Berhormat Menteri iaitu tentang keputusan selepas fasa 1 yang telah ditemuduga oleh SPP kerana mereka masih tunggu keputusan yang diumumkan walaupun telah janji bahawa sepatutnya keputusan itu diumum lebih awal tetapi sampai sekarang untuk kumpulan fasa 1 mereka masih tunggu sampai sekarang. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat Kulai. Berkaitan dengan jumlah permohonan ini, tidak ada yang bertanya tentang soalan ini, saya akan bagi secara bertulis. Tentang tawaran tadi, untuk fasa 1 sebenarnya tawaran keputusan temuduga fasa 1 telah diumumkan pada 1 November. Untuk mereka yang berjaya bagi fasa 1 ini, keputusannya telah diumumkan pada 1 November. Jadi, berkaitan dengan jumlah permohonan itu, izinkan saya memberikan jawapan secara bertulis. Seterusnya Yang Berhormat Sabak Bernam membangkitkan sejauh mana kejayaan pendidikan TVET mampu melahirkan modal insan dan tenaga kerja yang memenuhi keperluan industri. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, KPM sentiasa komited untuk terus memperkasakan pendidikan TVET yang ditawarkan di kolej vokasional (KV), sekolah menengah teknik (SMT) dan juga program vokasional di sekolah menengah harian. Fokus TVET KPM adalah untuk melahirkan modal insan berteraskan kemahiran, kepakaran, pengiktirafan dan pengalaman di industri. Langkah tersebut adalah untuk meningkatkan kebolehpasaran serta mobiliti sebagai pekerja yang memenuhi keperluan industri. KPM komited bagi memastikan program TVET KPM dilaksanakan dengan memenuhi pembangunan latihan yang komprehensif, pensijilan yang diiktiraf oleh pelbagai pihak terutama pihak industri serta pengetahuan yang tinggi dalam bidang yang berkaitan. Selain daripada program TVET KPM, murid boleh mendapat latihan terus dalam industri melalui program apprenticeship mode Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN). Program SLDN ini merupakan inisiatif untuk memperkasa pendidikan TVET bagi membolehkan murid memperoleh kemahiran sebenar yang diperlukan di tempat kerja semasa mereka masih bersekolah dengan kerjasama erat pihak industri. Dalam usaha mencapai matlamat ini, KPM mempergiat dan mempelbagaikan program SLDN bersama pihak industri. KPM telah melaksanakan program SLDN dengan McDonalds serta program yang melibatkan kerjasama tiga penjuru iaitu Malaysian Investment Development Authority (MIDA) KPM dan Federation of Malaysian Manufacturers (FMM). Pada tahun 2021, bilangan murid yang mengikuti program SLDN adalah seramai 511 orang. KPM mensasarkan enrolment murid SLDN ditingkatkan kepada seramai 2,000 orang pada tahun 2025. Melalui pelaksanaan program SLDN ini, murid yang tamat pengajian dengan pensijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3 akan terus ditawarkan pekerjaan oleh industri atau bekerja pilihan sendiri. Yang Berhormat Tanjung Malim membangkitkan tentang kebolehpasaran graduan TVET. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat program TVET KPM telah berjaya melahirkan graduan dengan kebolehpasaran yang tinggi. Kebolehpasaran graduan TVET KPM adalah sebanyak 97.02 peratus pada tahun 2018, 98.84 peratus pada

tahun 2019. Bagi tahun 2020 sehingga 31 Oktober 2021 kebolehpasaran graduan TVET KPM adalah sebanyak 98.29 peratus. Berhubung cadangan Yang Berhormat Tanjung Malim untuk mewajibkan semua tenaga pengajar mendaftar dengan sistem eProfiling TVET, KPM ingin memaklumkan bahawa tenaga pengajar TVET KPM diwajibkan mendaftar dalam TVET Instructor eProfiling System (TiPS) di bawah kendalian Centre for Instructor & Advanced Skill Traning (CIAST), sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia. Sehingga 31 Oktober 2021, seramai 5,360 orang tenaga pengajar TVET KPM telah mendaftar dalam sistem eProfiling ini. Pendaftaran tenaga pengajar TVET KPM ini menunjukkan komitmen KPM bagi memastikan tenaga pengajar TVET mencapai tahap kompetensi seperti yang telah ditetapkan di samping keperluan mengikuti latihan industri.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Boleh saya tanya sedikit? Tentang TVET. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dua perkara. Satu tentang keputusan yang diumumkan pada 1 November, saya hendak tambah sedikit maklumat bahawa saya terima maklumat bahawa masih ada orang terima maklum balas daripada SPP tetapi status itu adalah tergantung. Jadi saya minta bantuan daripada Yang Berhormat Menteri untuk tengok perkara itu. Kedua tentang tenaga kerja TVET. Oleh sebab ada KV Setapak ada satu period spot check. Yang Berhormat Menteri pun sudah hadir di sana dan saya hendak ucap tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana pada 2 November saya percaya DG Pendidikan telah isu satu memo kepada semua sekolah. Akan tetapi saya hendak tanya untuk tenaga pengajar yang terlibat dalam period spot check itu, apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak kementerian?

Walaupun soalan ini tidak ditanya, tetapi pandai Yang Berhormat Kulai masuk ikut KV. Saya saya rasa saya jelaskan perkara ini. Pertama sekali kami sebenarnya di peringkat KPM, saya sendiri bersama dengan Ketua Setiausaha Kementerian dan juga bersama dengan Ketua Pengarah Pendidikan turun sendiri ke sekolah untuk mendengar penjelasan daripada murid-murid berkaitan dengan isu tersebut. Bagi memastikan murid-murid berasa selesa dalam memberi penjelasan pada kami, kita mohon supaya tidak ada guru atau warden berada di dalam dewan pada waktu itu. Ini merupakan sebahagian daripada pendekatan untuk mendapat maklumat. Selain daripada itu satu penyiasatan yang lebih terperinci telah diadakan oleh pegawai-pegawai di peringkat kementerian. Sebenarnya apa yang berlaku dalam konteks ini kami membuat keputusan untuk tidak menjelaskan kepada umum, kerana apa pemeriksaan fizikal ini sebenarnya dilaksanakan oleh murid terhadap murid yang lain. Itu keadaan yang sebenarnya. Jadi, bagi mengurangkan tekanan pada murid-murid ini, sebab itu kami di peringkat kementerian mengambil pendekatan untuk menasihati murid-murid ini tentang apa yang berlaku. Berdasarkan penjelasan yang diberikan kepada kami, apa yang dijelaskan oleh anak-anak ini, ianya dianggap sebagai tradisi di kalangan senior-senior mereka. Ia dilaksanakan secara turun-temurun. Jadi kami telah berjumpa dengan murid-murid yang terlibat dan menasihati mereka supaya bermula daripada tempoh tersebut perkara tersebut tidak akan dilaksanakan lagi. Sebagai langkah tambahan, sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat Kulai tadi, betul, pada 2 November, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan satu surat peringatan berkaitan pemeriksaan fizikal dalam kalangan murid perempuan di sekolah. Kita sudah tetapkan bahawa ya, kita tahu ianya berlaku dan kita membuat keputusan supaya semua pengetua dan guru besar mengambil perhatian supaya perkara ini tidak akan berlaku lagi di mana-mana institusi di bawah KPM. Silakan.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hanya hendak minta sedikit penjelasan. Maksudnya Yang Berhormat Menteri adalah, saya tahu bahawa okey, sekarang yang melaksanakan period spot check itu adalah pelajar. Akan

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

tetapi arahan dari siapa? Adakah arahan daripada murid-murid tersebut ataupun arahan itu datang daripada guru, cikgu ataupun warden?

Terima kasih. Sebenarnya ada beberapa versi penjelasan yang diberikan. Oleh sebab itu saya kata tadi, mengikut penjelasan murid sendiri. Kita ada beberapa maklumat, maklum balas dan sebagainya. Mengikut penjelasan murid sendiri, bahawa perkara ini adalah tradisi yang dilaksanakan oleh kepimpinan pelajar bagi memastikan murid mematuhi disiplin-disiplin tertentu di sekolah. Itu asasnya. Namun begitu, pihak kami juga sedang melihat apakah, siapakah kalau ada guru- guru yang terlibat secara langsung. Perkata ini kita perlu berlaku adil pada semua pihak. Jadi sebab itu kita turun sendiri, kita semak. Dalam konteks ini seperti mana saya sebut tadi, secara umumnya ini kami berjumpa hampir keseluruhan murid berada dalam dewan mendapat penjelasan. Bagi mereka, sesetengah mereka menganggap ini satu tradisi yang telah dilaksanakan lama.

Ada di antara mereka tidak tahu pun bahawa perkara ini adalah tidak patut dilaksanakan. Ini penjelasan ikhlas daripada anak-anak tersebut. Berkaitan dengan tindakan terhadap guru-guru jika terlibat itu, sepertimana kita sebut tadi, kita sedang meneruskan penyiasatan sekiranya ada terbukti bahawa ada guru yang terlibat, maka tindakan-tindakan yang bersesuaian akan diambil. Apa yang paling penting, saya tahu sebelum ini Yang Berhormat Kulai, perkara ini sudah dibangkitkan beberapa bulan lepas. Namun pada waktu itu saya bertanya kepada media, nyatakan di sekolah mana tetapi pada waktu itu, apa yang diberikan kepada kami adalah kes-kes yang berlaku bertahun-tahun lepas. Ada yang beri kes tiga tahun lepas, dua tahun lepas, setahun lepas. Kami balik ke kementerian, duduk berbincang. Kalau kes ini sudah lama, penyiasatannya akan menjadi terlalu sukar. Sebab itu apabila berlaku kes itu di kolej vokasional (KV), saya sendiri balik dari Sarawak pada waktu itu, terus turun kerana kita ingin mendapat tahu apakah yang sebenarnya berlaku. Apabila satu pengesahan memang berlaku, sebab itulah dikeluarkan surat supaya perkara ini mestilah diberhentikan sepenuhnya di mana-mana institusi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Ahli Yang Berhormat Tanjong Malim menyentuh tentang pengalaman industri dalam kalangan tenaga pengajar TVET. Ini dibangkitkan menjelaskan tentang repot bahawa ramai tenaga pengajar TVET ini tidak mempunyai pengalaman industri. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM sentiasa menekankan kepada keperluan untuk memastikan tenaga pengajar TVET adalah dalam kalangan mereka yang mempunyai pengalaman industri. Mulai tahun 2017, KPM telah memberi keutamaan kepada mereka yang mempunyai pengalaman bekerja di industri sekurang-kurangnya tiga tahun bagi pengambilan tenaga pengajar TVET baharu. Dalam memastikan tenaga pengajar sedia ada mempunyai pengetahuan dan kemahiran berkaitan teknologi terkini dan keperluan industri, mereka perlu menjalani latihan berkala, dalam aspek upskilling dan reskilling, dengan izin, melalui kursus training of trainers (ToT), dengan izin, sangkutan industri serta kursus persijilan profesional dari semasa ke semasa. Tenaga pengajar juga turut mengikuti kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan memperoleh sekurang-kurangnya SKM Tahap 4. KPM sentiasa memastikan tenaga pengajar TVET KPM dilengkapkan dengan kemahiran pedagogi yang berkesan. Kemahiran pedagogi ini pula diselarikan dengan perkembangan teknologi terkini serta keperluan industri dalam memberikan pendidikan berkualiti kepada murid. Ahli Yang Berhormat Sabak Bernam ada mencadangkan agar program TVET ditawarkan bermula daripada pendidikan sekolah rendah dan menengah rendah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM telah menyediakan mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) seawal Tahun 4 di peringkat sekolah rendah sehingga Tingkatan 3 di peringkat menengah rendah sebagai pendedahan awal murid kepada bidang teknik dan vokasional.

Pelaksanaan mata pelajaran ini dapat meningkatkan kemahiran murid tentang strategi penyelesaian masalah secara kreatif dan inovatif. KPM sentiasa memastikan pendidikan yang disediakan adalah terkehadapan dan mampu menyediakan lebih ramai tenaga kerja berkemahiran tinggi dan mampu bersaing di peringkat global. Ahli Yang Berhormat Kuala Krai menyentuh tentang elaun guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG). Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM komited dalam memastikan kebajikan pelajar IPG sentiasa diberikan perhatian. Pada masa ini, pelajar program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di IPG menerima elaun sara hidup sebanyak RM430 sebulan serta tambang pergi balik maksimum sebanyak RM500 setahun. Di samping elaun tersebut, KPM juga menanggung sepenuhnya yuran pengajian Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan bagi setiap pelajar. Selain itu, tiada yuran penginapan dikenakan kepada pelajar IPG yang menetap di asrama kampus sepanjang tempoh pengajian. Ahli Yang Berhormat Kuala Krai turut menyentuh tentang pemberian insentif alat bantuan mengajar sebanyak RM100 secara one-off untuk setiap guru dan mencadangkan kenaikan kepada RM300. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebarang kenaikan elaun adalah tertakluk kepada pertimbangan dan persetujuan agensi pusat serta kedudukan semasa kewangan kerajaan. Berhubung pertanyaan Ahli Yang Berhormat Kulai berkaitan peruntukan Biasiswa Perguruan Persekutuan...

Yang Berhormat.

Okey, silakan.

Terima kasih atas jawapan yang Yang Berhormat Menteri. Ada satu lagi isu yang saya bangkitkan iaitu berkaitan dengan penyelesaian ataupun gantian kepada UPSR kerana UPSR telah dihapuskan dan apakah cadangan kerajaan untuk pemilihan? Apabila kita ada UPSR ini, ia untuk pemilihan pelajar yang cemerlang masuk ke asrama penuh, MRSM dan sebagainya. Terima kasih.

Jawapan untuk soalan tersebut ada di muka surat selanjutnya, berkaitan dengan kemasukan ke asrama. Saya akan sentuh jawapan tersebut kemudian. Menyentuh tentang pertanyaan Ahli Yang Berhormat Kulai, berkaitan peruntukan Biasiswa Perguruan Persekutuan bagi tahun 2022, KPM ingin memaklumkan bahawa peruntukan bagi biasiswa tersebut telah diklasifikasikan semula daripada peruntukan belanja mengurus kepada belanja pembangunan. Justeru, biasiswa ini akan ditampung menggunakan peruntukan belanja pembangunan bagi tahun 2022. Ahli Yang Berhormat Jempol menyentuh tentang kadar elaun bayaran insentif mengikut lokasi dan tahap kesusahan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM telah memperuntukkan bayaran insentif berkenaan pada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan serta anggota kumpulan pelaksana yang berkhidmat di kawasan pedalaman. Pembayaran insentif ini adalah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan KPM Bilangan 1 Tahun 2016. Perwakilan kuasa kepada Pengarah JPN bagi mempertimbangkan dan meluluskan elaun khas mengikut lokasi dan tahap kesusahan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan serta anggota kumpulan pelaksana di bawah KPM yang berkhidmat di sekolah pedalaman. Bayaran insentif ini adalah pada kadar bulanan sebanyak RM500 kepada yang bertugas di sekolah kategori pedalaman satu, RM1,000 kepada yang bertugas di sekolah kategori pedalaman dua dan RM1,500 kepada yang bertugas di sekolah kategori pedalaman tiga. Penentuan kategori pedalaman adalah berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan seperti: (i) kemudahan asas; (ii) pembangunan;

(iii) jaringan perhubungan; (iv) keselamatan; dan (v) kesihatan di tempat bertugas. Sebarang kenaikan kadar bayaran insentif adalah tertakluk kepada pertimbangan dan persetujuan agensi pusat serta kedudukan kewangan semasa kerajaan. KPM menyambut baik kenaikan kadar Bantuan Awal Persekolahan daripada RM100 kepada RM150 untuk tahun 2022. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Parit, KPM menetapkan kriteria pendapatan ibu bapa atau penjaga sebanyak RM3,000 dan ke bawah bagi pemilihan penerima Bantuan Awal Persekolahan. Bagi murid daripada keluarga M40 yang ibu bapa atau penjaga terjejas sumber pendapatan termasuk kehilangan pekerjaan atau pemotongan gaji yang menyebabkan pendapatan turun bawah RM3,000, KPM akan memberi Bantuan Awal Persekolahan kepada murid tersebut. Berkaitan cadangan Ahli Yang Berhormat Hulu Selangor dan Yang Berhormat Rasah untuk menyegerakan pembayaran Bantuan Awal Persekolahan tahun 2022, KPM ingin memaklumkan bahawa Bantuan Awal Persekolahan akan disalurkan ke akaun sekolah pada bulan Januari 2022. Sekolah akan membuat pembayaran kepada murid apabila sesi persekolahan bermula pada bulan Mac 2022. Bayaran dibuat melalui dua kaedah iaitu melalui penyaluran terus ke akaun murid untuk murid yang mempunyai akaun bank atau pembayaran secara tunai bagi murid yang tidak mempunyai akaun bank. Ahli Yang Berhormat Kulai menyentuh tentang perbezaan jumlah peruntukan Bantuan Awal Persekolahan seperti yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan dengan butiran peruntukan dalam buku Belanjawan 2022. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM450 juta bagi Bantuan Awal Persekolahan tahun 2022. Peruntukan sebanyak RM300 juta adalah di bawah belanja mengurus KPM tahun 2022 manakala baki peruntukan sebanyak RM150 juta akan disediakan oleh Kementerian Kewangan. Ahli Yang Berhormat Simpang Renggam dan Ahli Yang Berhormat Sungai Buloh ada membangkitkan tentang Program Sarapan Pagi di sekolah manakala Ahli Yang Berhormat Merbok mencadangkan agar murid diberikan bekalan makan tengah hari atau packed lunch, dengan izin. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM pada masa ini akan terus melaksanakan program Rancangan Makanan Tambahan dan Program Susu Sekolah kepada murid daripada keluarga B40 yang layak di sekolah rendah.

Berdasarkan butiran yang dinyatakan dalam Belanjawan 2022, sebanyak RM400 juta diperuntukkan bagi melaksanakan Program Rancangan Makanan Tambahan. Sebarang cadangan pelaksanaan program baharu adalah tertakluk kepada kedudukan kewangan semasa kerajaan. Berhubung pertanyaan Ahli Yang Berhormat Kulai mengenai perbezaan jumlah peruntukan Program Rancangan Tambahan seperti yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan berbanding butiran peruntukan dalam Buku Belanjawan Tahun 2022, kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM299.6 juta di bawah belanja mengurus KPM bagi tahun 2022, manakala baki RM100 juta akan disediakan oleh Kementerian Kewangan. Ahli Yang Berhormat Kulai dan Yang Berhormat Hulu Selangor menyentuh tentang peruntukan bantuan kepada murid untuk tahun 2021. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat...

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Yang Berhormat Menteri.

...Memandangkan tidak semua peruntukan...

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

...Yang Berhormat Menteri. Sorry. Minta maaf, saya ada satu soalan lagi tentang Rancangan Makanan Tambahan. Adalah bahawa peruntukan sebanyak RM299 juta telah disediakan untuk tahun ini, tahun 2021. Akan tetapi kita tahu bahawa sepanjang tahun ini kebanyakan masa murid-murid menjalankan PdPR. Jadi saya hendak tanya, peruntukan yang diperuntukkan untuk tahun ini, bakinya sekarang diguna pakai untuk tujuan apa?

Itu sebenarnya paragraf yang saya hendak baca tadi. Ahli Yang Berhormat Kulai dan Yang Berhormat Hulu Selangor menyentuh tentang peruntukan bantuan kepada murid untuk tahun 2021. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, memandangkan tidak semua peruntukan bantuan kepada murid termasuklah bantuan sukan, bantuan makanan asrama, Rancangan Makanan Tambahan dan bantuan makanan prasekolah dapat digunakan sepenuhnya berikutan pelaksanaan PdPR, KPM telah membuat penjajaran dan penyelarasan ke atas baki peruntukan tersebut. Seterusnya Ahli Yang Berhormat Kuala Krai menyentuh tentang pemilihan murid ke sekolah berasrama penuh susulan pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, mulai tahun 2020, permohonan kemasukan ke SBP bagi sesi tahun 2021 adalah melalui kaedah single entry point iaitu Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK). Pentaksiran ini dijalankan secara dalam talian. PKSK merupakan satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat dan dilaksanakan kepada murid yang memohon kemasukan ke sekolah khusus. Sekolah khusus merujuk kepada sekolah berasrama penuh (SBP), sekolah menengah teknik, kolej vokasional, sekolah menengah kebangsaan agama dan Maktab Tentera Diraja. Pentaksiran ini merangkumi tiga komponen utama iaitu kecerdasan insaniah, kecerdasan intelek dan artikulasi penulisan. Semua murid warganegara yang berdaftar dengan sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) KPM di sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan dan sekolah agama bantuan kerajaan atau sekolah swasta adalah layak untuk memohon kemasukan ke SBP bermula tahun 2020 bagi sesi persekolahan 2021 dan untuk tahun-tahun berikutnya.

Yang Berhormat Menteri, Setiu belum ada jawapan lagi. Ada jawapan tidak untuk Setiu?

Yang Berhormat Setiu ada belakang- belakang sikit lagi, berkaitan dengan infrastruktur dan juga pembinaan sekolah.

Tuan P. PrabakaranPKR · PHBatu

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa Menteri boleh jawab jawapan-jawapan daripada Ahli Parlimen yang hadir sekarang. Mana yang tidak hadir, tidak payah jawablah.

Lama menunggu ini.

Tuan Yang di-Pertua

Saya serah kepada...

Okey. Saya ada berapa lama? Dua minit lagi ada. Saya selesaikan yang ini dulu, kemudian saya...

Tuan Yang di-Pertua

Boleh saya sambung sampai 7.45 malam, tidak apa.

Okey, sambung sampai 7.45 malam. Saya selesaikan berkaitan dengan kemasukan tadi. Syarat pemilihan ke sekolah khusus termasuk SBP adalah melepasi syarat minimum PKSK dan aktif dalam aktiviti kokurikulum. KPM sedang merangka dasar yang lebih komprehensif dan menyeluruh bagi memperkukuhkan pendekatan pengambilan murid ke SBP dengan memberikan keutamaan kepada murid berpotensi dalam kalangan keluarga yang kurang berkemampuan. Ini adalah selaras dengan usaha KPM untuk menyediakan akses pendidikan yang berkualiti dan saksama kepada murid B40. Seterusnya Ahli Yang Berhormat Cameron Highlands, tidak ada? Saya sentuh sedikit berkaitan dengan murid Orang Asli. Ahli Yang Berhormat Cameron Highlands membangkitkan tentang cadangan agar KPM bersama-sama dengan Jabatan Kemajuan

Orang Asli (JAKOA) memastikan bantuan kepada murid Orang Asli dilaksanakan dengan berkesan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM sentiasa bekerjasama dengan pihak JAKOA daerah dan negeri bagi memastikan bantuan terutamanya yang disediakan oleh pihak JAKOA diterima oleh murid Orang Asli. Sebagai contoh, KPM sentiasa bekerjasama dengan JAKOA bagi memastikan peruntukan bagi pengangkutan ke sekolah dan wang saku yang disediakan oleh JAKOA benar-benar dimanfaatkan oleh murid Orang Asli. Selain daripada itu, KPM juga turut bekerjasama dengan JAKOA dalam menyediakan perkhidmatan pendidikan menerusi program khas ataupun Prokhas. Di bawah program ini, KPM menyediakan guru, alat bantu mengajar, kerusi, meja serta Bantuan Rancangan Makanan Tambahan, manakala JAKOA menyediakan prasarana, pembantu pengurusan murid dan memastikan kehadiran murid Orang Asli. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, pemantauan penyaluran bantuan oleh KPM dan JAKOA dilakukan secara berkala dengan minimum empat kali setahun mengikut keperluan. Ahli Yang Berhormat Kuala Krai membangkitkan tentang peruntukan untuk murid berkeperluan khas. Sepertimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, dalam Bajet 2022, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM50 juta khusus untuk memperkasakan pendidikan bagi murid berkeperluan khas. Selain daripada itu, KPM menyediakan Bantuan Geran Per Kapita (PCG) bagi murid berkeperluan khas yang mengikuti aliran kemahiran dalam 23 bidang di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional dan Program Pendidikan Khas Integrasi. Jumlah bantuan PCG yang diterima oleh sekolah adalah berdasarkan jumlah bilangan murid dengan kadar tahunan antara RM800 sehingga RM1,600 bagi setiap orang murid mengikut bidang yang telah ditetapkan. Ahli Yang Berhormat Kuala Krai juga ada mencadangkan agar bakat dan potensi murid berkeperluan khas seperti dalam bidang sukan perlu dikesan di peringkat awal persekolahan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM bekerjasama dengan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) negeri melaksanakan Program Pengesanan Bakat ataupun iTalent bagi mengenal pasti murid berkeperluan khas yang cemerlang dalam bidang sukan untuk dilatih dalam bidang sukan Paralimpik pada peringkat negeri dan kebangsaan. Ahli Yang Berhormat Bachok ada? Tidak ada, saya skip dahulu. Ahli Yang Berhormat Segambut? Tidak ada. Ahli Yang Berhormat Sungai Buloh? Tidak ada. Ahli Yang Berhormat Setiu? Ini sudah sampai Setiu. Ahli Yang Berhormat Setiu dan Yang Berhormat Parit, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Setiu dan Parit, KPM mengambil kira pelbagai aspek sebelum sesebuah sekolah baharu dibina di atas tanah yang telah dirizabkan untuk tujuan pendidikan. Antara perkara yang diambil kira dalam mempertimbangkan pembinaan sesebuah sekolah baharu adalah seperti berikut: (i) kesediaan tapak atau tanah; (ii) bilangan dan kapasiti sekolah sedia ada yang berhampiran; (iii) kepadatan penduduk di kawasan sekitar; (iv) liputan kawasan tadahan penduduk ataupun catchment area dengan izin; dan (v) perancangan pembangunan kawasan terlibat berdasarkan perbincangan bersama-sama pihak berkuasa tempatan atau PBT. Merujuk kepada pertanyaan Ahli Yang Berhormat Setiu berhubung pembinaan sekolah menengah agama di Penarik, KPM ingin memaklumkan bahawa buat masa ini tiada keperluan mendesak untuk membina sebuah sekolah menengah kebangsaan agama baharu di kawasan Setiu.

Yang Berhormat Menteri.

Sekejap, saya jelaskan dahulu.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Menteri...

Yang Berhormat, saya jelaskan sikit dulu.

Saya selesaikan dulu ya. Sikit sahaja, satu paragraf sahaja. KPM mendapati bahawa enrolmen di Sekolah Menengah Agama Setiu (SMA Setiu) dan Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu, Setiu masih belum optimum. Data menunjukkan enrolmen Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu, Setiu adalah seramai 298 orang murid berbanding kapasiti sebanyak 420 tempat. Manakala enrolmen di SMA Setiu adalah seramai 587 orang berbanding kapasiti sebanyak 690 tempat. Selain itu, terdapat 10 buah sekolah menengah harian yang mempunyai kelas aliran agama dan menawarkan pakej mata pelajaran seperti di SMKA. Enrolmen murid di semua kelas aliran agama tersebut adalah sebanyak 616 orang murid berbanding kapasiti sebanyak 900 tempat. Justeru, sekolah agama dan sekolah menengah harian yang menawarkan kelas aliran agama sedia ada masih berupaya untuk menampung keperluan pendidikan sekolah agama bagi murid di kawasan tersebut. Silakan Yang Berhormat.

Yang Berhormat Menteri, untuk makluman Yang Berhormat Menteri, berkaitan dengan cadangan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Penarik ini sedang dibina Klinik Kesihatan Rhu 10 yang lebih kurang dalam tak sampai lima kilometer daripada tapak cadangan. Jadi, untuk jangka masa hadapan kemungkinan berlaku kepadatan sedikit di kawasan tersebut lah.

Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Untuk masa ini seperti mana yang dijelaskan kita dapati masih ada kapasiti yang belum digunakan. Apabila sampai masanya jika terdapat keperluan maka perkara ini akan dilihat oleh pihak KPM. Ahli Yang Berhormat Parit? Tak ada. Ahli Yang Berhormat Selangau dan Yang Berhormat Sri Gading? Tak ada. Yang Berhormat Papar? Tidak ada. Yang Berhormat Setiu. Ahli Yang Berhormat Setiu ada membangkitkan tentang pembinaan dewan di sekolah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM komited dalam usaha menyediakan prasarana dan kemudahan infrastruktur pendidikan kepada semua murid di seluruh negara. Bagi tujuan ini KPM sentiasa memantau dan mengkaji keperluan membina infrastruktur tambahan seperti dewan sekolah berdasarkan syarat-syarat sedia ada. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kemudahan dewan akan dimasukkan dalam skop pembinaan sekolah baharu. Bagi sekolah sedia ada yang masih belum mempunyai dewan, KPM sedang meneliti keperluan dan kesesuaian tapak di sekolah yang terlibat. Walau bagaimanapun keputusan pembinaan dewan sekolah ini tertakluk kepada keutamaan dan kelulusan agensi pusat. Ahli Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Padang Serai– ada?

Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Menteri. Saya minta penjelasan sedikit Yang Berhormat Menteri. Saya juga ada sebut dalam perbahasan saya berkait dengan baik pulih padang bola Sekolah Kebangsaan Renek yang sudah berlanjutan hampir dua tahun yang membahayakan para pelajar untuk bermain. Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Berkaitan dengan baik pulih, ia ada selepas ini. Ia mengikut urutan. Saya jawab berkaitan apa yang dibangkitkan tadi. Ahli Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Padang Serai,

Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Batu Gajah dan Yang Berhormat Ipoh Timur membangkitkan tentang peruntukan penyelenggaraan mengikut jenis sekolah dalam Belanjawan 2022. KPM mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kewangan kerana telah meluluskan peruntukan sejumlah RM900 juta dalam Belanjawan 2022 bagi tujuan penyelenggaraan sekolah dan institusi pendidikan di bawah KPM. KPM juga telah diberi tanggungjawab sepenuhnya dalam menguruskan pengagihan peruntukan tersebut. Seperti mana yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyelenggarakan sepenuhnya sekolah kerajaan. Pada masa yang sama, kerajaan boleh memberi sumbangan bantuan kepada sekolah bantuan kerajaan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, terdapat 10,229 buah sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan di bawah pengendalian KPM. Jumlah sekolah ini boleh dicerakinkan seperti mana berikut; 5,626 buah sekolah rendah berstatus sekolah kerajaan, 18 buah sekolah rendah berstatus sekolah bantuan kerajaan, 2,072 buah sekolah menengah berstatus sekolah kerajaan, 4 buah sekolah menengah berstatus sekolah bantuan kerajaan. Sebanyak 416 buah sekolah jenis kebangsaan (Cina) berstatus sekolah kerajaan, 885 buah sekolah jenis kebangsaan (Cina) berstatus sekolah bantuan kerajaan, 162 buah sekolah jenis kebangsaan (Tamil) berstatus sekolah kerajaan, 365 buah sekolah jenis kebangsaan (Tamil) berstatus sekolah bantuan kerajaan, 10 buah sekolah mubaligh berstatus sekolah kerajaan, 368 buah sekolah mubaligh berstatus sekolah bantuan kerajaan, 65 buah sekolah conforming berstatus sekolah kerajaan, sembilan buah sekolah conforming berstatus sekolah bantuan kerajaan dan 229 buah sekolah agama bantuan kerajaan. Selain daripada sekolah tersebut, terdapat juga beberapa institusi yang berada di bawah pengendalian KPM. Itu saya akan senaraikan dalam jawapan bertulis kelak. Oleh yang demikian, peruntukan RM900 juta tersebut secara relatifnya agak terhad dengan mengambil kira jumlah sekolah dan institusi pendidikan di bawah pengendalian KPM. Justeru itu, ia perlu diagihkan dengan cermat, teliti dan berhemat bagi memastikan impak yang optimum. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, berdasarkan jumlah RM900 juta yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2022, sebanyak RM850 juta akan digunakan untuk menyelenggarakan sekolah dan bukan sekolah. Manakala peruntukan RM50 juta akan digunakan untuk menaik taraf atau membina dewan terbuka. Daripada jumlah RM850 juta yang dikhaskan untuk penyelenggaraan sekolah dan bukan sekolah, pecahan agihan adalah seperti berikut; RM720 juta untuk penyelenggaraan sekolah di bawah pengendalian KPM, RM30 juta untuk peruntukan tambahan kritikal, RM50 juta untuk penyelenggaraan institusi pendidikan di bawah pengendalian KPM dan RM50 juta untuk pembaikan cerun. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, KPM akan mengagihkan peruntukan penyelenggaraan bagi tahun 2022 berdasarkan formula yang telah diperkenalkan pada tahun 2021. Formula ini mengambil kira bilangan dan jenis sekolah sama ada kategori sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan. Dalam menggunakan formula ini, asas perkiraan adalah berdasarkan purata daripada peruntukan RM720 juta bagi 10,229 buah sekolah iaitu sebanyak RM70,388 setiap sekolah – untuk tujuan kiraan. Siling peruntukan bagi sekolah bantuan kerajaan dikira berdasarkan 90 peratus daripada purata tersebut didarabkan dengan bilangan 1,934 buah sekolah bantuan kerajaan. Ini menjadikan siling peruntukan untuk sekolah bantuan kerajaan adalah sebanyak RM122.52 juta. Siling peruntukan bagi 8,295 buah sekolah kerajaan pula adalah berdasarkan peruntukan penyelenggaraan sekolah sebanyak RM720 juta ditolak siling sekolah bantuan kerajaan. Ini menjadikan siling peruntukan untuk sekolah kerajaan adalah sebanyak RM597.48 juta. Oleh yang demikian, berdasarkan formula ini siling peruntukan bagi jenis sekolah adalah seperti berikut; RM554.48 juta bagi sekolah rendah dan sekolah menengah

berstatus sekolah kerajaan termasuk sekolah berasrama penuh dan kolej vokasional, RM1.39 juta bagi sekolah rendah dan sekolah menengah berstatus sekolah bantuan kerajaan, RM86.03 juta bagi sekolah jenis kebangsaan (Cina) berstatus sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua

Tolong habiskan Yang Berhormat Menteri, sebab sudah 7.47 malam. Saya tidak ada kuasa hendak panjangkan lagi.

Tuan Yang di-Pertua

Isu yang sama sekarang?

Macam mana?

Tuan Yang di-Pertua

Isu yang sama kah sekarang?

Isu yang sama.

Tuan Yang di-Pertua

Habiskan ya.

Saya habiskan senarai. RM34.79 juta bagi sekolah jenis kebangsaan (Tamil) berstatus sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan, RM24.03 juta bagi sekolah mubaligh berstatus sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan, RM4.77 juta bagi sekolah conforming berstatus sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dan RM14.51 juta bagi sekolah agama bantuan kerajaan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, KPM sedar bahawa terdapat jenis sekolah yang menerima peruntukan siling yang lebih rendah berbanding dengan yang lain. Untuk itu, sebanyak RM30 juta daripada RM850 juta peruntukan penyelenggaraan sekolah dan institusi pendidikan adalah dikhususkan bagi menampung mana-mana keperluan penyelenggaraan kritikal untuk jenis sekolah yang siling peruntukannya adalah RM35 juta dan ke bawah. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat juga, sekolah yang memerlukan peruntukan penyelenggaraan ini perlu mengemukakan permohonan kepada KPM sama ada sesebuah sekolah akan menerima sejumlah peruntukan ataupun tidak bergantung kepada tahap kerosakan dan kos pembaikan sebenar. Untuk soalan-soalan yang tidak dapat saya jawab pada petang ini, saya akan kemukakan secara bertulis.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Yang Berhormat Menteri, satu sahaja.

Satu Yang Berhormat Menteri. Please, permintaan orang Sabah Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kalabakan, tolong. Masa sudah habis. Yang Berhormat Kulai maaf. Ini tak sah mesyuarat ini.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Tak. Saya hendak bangkitkan isu ini tetapi Yang Berhormat Menteri boleh jawab secara bertulis. Boleh tak? Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya faham formula itu kerana saya pun rujuk balik kepada ucapan Yang Berhormat Menteri pada tahun yang lalu. Akan tetapi saya hendak bangkit satu perkara, semasa penggulungan Yang Berhormat Menteri pada tahun yang lalu, peruntukan yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri untuk SMJK adalah RM4.11 juta untuk 74 buah sekolah. Akan tetapi Yang Berhormat Timbalan Menteri Senator Mah buat satu pengumuman pada 18 Oktober tahun ini dan jumlah SMJK meningkat kepada 81 buah. Akan tetapi peruntukan yang diberikan kepada SMJK hanya RM3.8 juta. Ini kerana kalau ikut pengiraan dan juga pengumuman yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri, sepatutnya sebuah SMJK boleh dapat RM55,000. Jadi, peruntukan untuk 81 SMJK sepatutnya RM4.5 juta. Jadi saya rasa di sana ada satu perbezaan yang cukup besar jadi saya minta Yang Berhormat Menteri boleh siasat dan beri sekurang-kurangnya jawapan bertulis. Sekian terima kasih.

Yang Berhormat Menteri, satu. Yang Berhormat Menteri, Kalabakan.

Tuan Yang di-Pertua

Maaf. Sudah habis.

Simple sahaja.

Tuan Yang di-Pertua

Tolong habiskan Yang Berhormat Menteri. Maaf Yang Berhormat Kalabakan.

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kulai itu seperti mana yang saya sebutkan tadi jumlahnya pengiraannya itu adalah berdasarkan apa yang telah dijelaskan tadi. Itu kita sudah jelaskan satu persatu. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah bertanya pelbagai soalan berkaitan dengan KPM. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kanan Pendidikan, Kementerian Pendidikan. Ahli-ahli Yang Berhormat semua, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi esok, Selasa 16 November 2021. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera semua.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.51 malam]

Kamar KhasSpecial Chamber

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Kelewatan Penyerahan Milikan Kosong untuk Enam Blok PPR KibabaigSpecial Chamber

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua atas memberi peluang kepada saya untuk berucap dalam Kamar Khas ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan isu berkenaan kelewatan serius dalam penyerahan milikan kosong untuk Projek Perumahan Awam (PPR) di Kibabaig, Penampang kepada pembeli-pembeli. Saya difahamkan bahawa penyerahan kunci unit PPR dan milikan kosong (vacant possession) oleh pemaju adalah tertunda sehingga kini sebab terdapat kelewatan dalam menyelesaikan kerja tambahan. Alasan ini sememangnya langsung tidak boleh diterima.

Jannie Lasimbang, ADUN Kapayan mengatakan bahawa pegawainya daripada Pusat Perhubungan ADUN Kapayan telah berjumpa dengan Riduan Darasin, pegawai yang bertanggungjawab daripada Majlis Daerah Penampang

(MDPG) untuk membincangkan isu mengenai penundaan tersebut. Menurut Majlis Daerah Penampang, mereka sekarang tidak dapat menjanjikan tarikh untuk penyerahan kunci unit PPR kepada semua pemohon yang diluluskan kerana kerja bagi gabion di PPR masih dalam proses pembinaan dan naik taraf jalan sambungan dari PPR ke jalan utama hanya siap 80 peratus.

Tambahan pula, Majlis Daerah Penampang mendakwa bahawa mereka tidak mempunyai kawalan terhadap PPR kerana Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mempunyai kawalan penuh terhadap semua kerja tambahan dan penyerahan unit. Mereka telah melakukan tindakan susulan (follow up) dengan KPKT tetapi masih belum mendapat jawapan daripada pihak mereka berkenaan penyerahan kunci.

Menurut ADUN Kapayan, Jannie Lasimbang, semasa lawatan terakhir beliau ke PPR Kibabaig pada Mac 2021, beliau dimaklumkan bahawa kontraktor yang dilantik akan menyelesaikan kerja gabion dan jalan sambungan pada bulan Jun 2021. Akan tetapi, beliau kemudiannya diberitahu bahawa tarikh siap ditangguhkan sehingga September 2021. Walau bagaimanapun, pemeriksaan

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

pejabat ADUN Kapayan baru-baru ini dengan Majlis Daerah Penampang mendedahkan bahawa kerja itu mengalami kelewatan yang lebih lanjut.

Sudah tujuh tahun sejak PPR Kibabaig mula dibina dengan 755 unit tetapi hanya dua blok yang telah berpenghuni. Manakala, enam blok lagi masih lagi kosong selamat bertahun-tahun. Pemohon unit-unit ini merasa sangat kecewa tidak dapat lagi mendiami unit-unit tersebut.

Saya amat bersetuju dengan ADUN Kapayan, Jannie Lasimbang bahawa projek PPR tersebut mesti disiapkan dengan segera dan apa-apa keputusan yang diperlukan mesti dibuat dengan segera. Tidak ada lagi alasan munasabah yang boleh diberikan pemaju memandangkan sudah bertahun-tahun menunggu dan rakyat perlu dibantu terutama dalam tempoh yang mencabar ini.

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah usaha yang diambil oleh kerajaan bagi memastikan bahawa penyiapan kerja yang diperlukan disiapkan dengan segera? Bilakah kunci unit-unit PPR bagi enam blok ini boleh diserahkan? Selain itu, apakah usaha-usaha kementerian bagi pemeliharaan dan penyelenggaraan blok-blok PPR yang sudah diserahkan kunci.

Itu sahaja ucapan saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Abd MuttalibPAS · PNTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Maran

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah di atas anugerah ‘Tan Sri’ oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kota Kinabalu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Program Perumahan Rakyat (PPR) Bukit Padang, Kibabaig, Kota Kinabalu yang mengandungi lapan blok merangkumi 760 unit rumah pangsa lima tingkat telah dimulakan pembinaannya pada 8 Oktober 2012. Perakuan Siap Kerja

(CPC) telah diluluskan pada 30 Disember 2015 diikuti dengan pengeluaran Occupational Certificate (OC) pada 31 Disember 2015.

KPKT melalui Jabatan Perumahan Negara telah menyerahkan projek ini kepada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah pada 3 Jun 2016. Namun, penyerahan hanya melibatkan dua blok iaitu Blok G dan H yang mengandungi 178 unit sahaja sepertimana yang dipersetujui oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah memandangkan terdapat isu-isu saliran air bawah tanah dan pembaikan yang perlu dilaksanakan bagi memastikan keselamatan dan keselesaan penghuni terjamin.

Projek-projek pembaikan yang telah dan sedang dilaksanakan oleh kementerian di PPR berkenaan adalah sebagaimana berikut:

Tarikh Mula Status |Bil. 1.|Butiran Kerja Kerja-kerja pembaikan saliran air bawah tanah dan di bangunan PPR Bukit Padang, kibabaig, Penampang, Kota Kinabalu, Sabah|Kos (RM) 484,728.00| & Siap Tarikh Mula: 24 Ogos 2018 Tarikh Siap: 23 Februari 2019 | Terkini Telah Siap | |------:|---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------|------------------:|-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------|-------------------------------------| | 2|Kerja pembaikan pendawaian semula elektrik dan kerja-kerja berkaitan | 448853|Tarikh Mula: 1 Ogos 2019 Tarikh Siap: 20 November 2019 |Telah Siap || 3|Mereka bentuk dan menaik taraf simpang tiga jalan masuk ke PPR Bukit Padang | 3605000|Tarikh Mula : 12 November 2019 Tarikh Siap Asal: 11 Oktober 2020 Tarikh Siap Semasa: 8 November 2021 Dijangka siap dengan mengambil kira prestasi terkini: 20 April 2022|Jadual:91 peratus Sebenar: 74 peratus|

Tarikh Mula Status |Bil. 4.|Butiran Kerja Kerja-kerja pembaikan tembok penahan (RC wall) dan kerja-kerja berkaitan di PPR Mukim Kibabaig, Bukit Padang Daerah Penampang, Sabah|Kos (RM) 720,000.00|& Siap Tarikh Mula : 5 Disember 2019 Tarikh Siap Asal : 5 Februari 2020 Tarikh Siap Semasa: 16 Disember 2021 Dijangka siap dengan mengambil kira prestasi terkini: 17 Januari 2022|Terkini Jadual: 68 peratus Sebenar: 50 peratus Lewat: 18 peratus| |-------|--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------|-------------------|----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------|----------------------------------------------------------------|

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerja-kerja pembinaan tembok penahan di sepanjang Blok E melibatkan kaedah Reinforce Concrete (RC) Wall dan bukannya kaedah gabion. Ini adalah berdasarkan lawatan pemeriksaan yang telah dilakukan oleh pihak Ibu Pejabat Kerja Raya Malaysia, Cawangan Kejuruteraan Geoteknik bagi mengenal pasti kaedah pembinaan yang sesuai pada 25 Februari 2019.

Dua projek yang masih dalam pelaksanaan adalah Projek Naik Taraf Simpang Tiga Jalan Masuk iaitu berkaitan dengan kerja-kerja pembesaran jalan masuk sebagaimana keperluan PBT serta Projek Pembaikan Tembok Penahan yang sedang dalam penyiapan oleh pihak kontraktor. Namun begitu, beberapa isu telah menyebabkan kelewatan projek-projek ini disiapkan sepertimana yang dirancang. Antara isu yang menyebabkan kelewatan adalah; Pertama, Projek Naik Taraf Simpang Tiga Jalan Masuk PPR Bukit Padang, Kerja Pengalihan Utiliti oleh pihak ketiga Sabah Electricity Sdn. Bhd. Berdasarkan jadual perancangan kerja, kerja-kerja pengalihan utiliti SESB yang belum dialihkan yang melibatkan underground cable dan talian atas sepatutnya bermula pada 13 April 2021. Namun, kerja-kerja pengalihan talian hanya mula dilaksanakan oleh pihak SESB pada 5 Julai 2021. Kelewatan kerja pengalihan ini adalah disebabkan oleh penguatkuasaan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kerja-kerja pengalihan dijangka akan siap sepenuhnya pada November 2021. Keseluruhan projek ini dijangka siap pada 20 April 2022. Kemajuan kerja ini tidak menjejaskan penyerahan projek ke KKTP untuk pengisian.

Kedua, kerja-kerja pembaikan tembok penahanan (RC wall). Kerja penyambungan kabel bekalan elektrik oleh pihak ketiga (SESB). Pihak SESB dijangka dapat menyiapkan kerja pengalihan dan penyambungan utiliti SESB sepenuhnya bagi tempoh 10 Mac 2021 sehingga 4 April 2021. Namun, kerja-kerja tersebut hanya dapat diselesaikan pada 29 Julai 2021 disebabkan penguatkuasaan SOP PKP di samping proses untuk penamatan dan lantikan

subkontraktor SESB yang baharu bagi menyiapkan kerja tersebut. Perkara ini menyebabkan kelewatan kepada kerja-kerja cerucuk. Sehingga kini, kerja-kerja cerucuk telah dilaksanakan sehingga 74 peratus. Kerja-kerja keseluruhan dijangka dapat diselesaikan pada 17 Januari 2022.

Walau bagaimanapun, pada 23 September 2021 berlaku kejadian tanah runtuh berdekatan dengan tapak PPR di luar pagar tapak dan air lumpur telah memasuki kawasan Blok A perumahan PPR Bukit Padang, Kibabaig. Pejabat Wilayah 6, Bahagian Pelaksanaan dan Perkhidmatan Kejuruteraan sedang menyediakan laporan awalan tanah runtuh berkenaan dan akan memohon khidmat nasihat daripada Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC) Jabatan Kerja Raya untuk membantu siasatan punca tanah runtuh dan cadangan pembaikan.

Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sentiasa memantau projek ini dengan teliti bagi memastikan kerja-kerja pembaikan yang dirancang dapat disiapkan dalam tempoh yang dijanjikan.

Kementerian juga sentiasa berhubung dengan agensi-agensi di peringkat negeri bagi memastikan kelancaran kerja-kerja yang sedang berjalan.

Secara keseluruhannya, projek ini dijangka akan dapat disiapkan dan diserahkan kepada KKTP Sabah sebanyak lima blok mengandungi 488 unit untuk tujuan pengisian penuh pada suku pertama tahun 2022 setelah semua kerja-kerja pembaikan disiapkan. Baki satu blok iaitu Blok A yang mengandungi 94 unit akan hanya diserahkan selepas mendapat khidmat nasihat daripada Cawangan Kejuruteraan Cerun Jabatan Kerja Raya bagi tujuan jaminan keselamatan. Kita mengharapkan masalah ini dapat diselesaikan kesemuanya segera dalam tahun 2022.

Bagi tujuan keselamatan unit-unit kosong, kementerian telah melantik pengawal keselamatan bagi menjaga harta benda kerajaan sebelum penyerahan kepada kerajaan negeri dapat dilaksanakan sepenuhnya. Selain itu, kementerian sentiasa bekerjasama rapat dengan KKTP Sabah bagi tujuan pemilihan peserta dan pengisian. Sehingga kini, sebanyak 164 unit daripada 178 unit ataupun 92.13 peratus yang diserah telah dihuni.

Secara dasarnya Tuan Yang di-Pertua, kementerian sentiasa komited untuk memastikan projek-projek perumahan yang dibina adalah selamat dan selesa sebelum diserahkan kepada kerajaan negeri untuk tujuan pengisian. Kementerian berharap usaha-usaha yang telah dan sedang dilaksanakan bagi PPR ini akan memberi manfaat kepada kerajaan negeri, khususnya bakal penghuni yang terlibat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Masalah PPR Kota SetarSpecial Chamber

Tuan Chan Ming KaiPKR · PHAlor Setar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Saya ingin menarik perhatian pihak kementerian ke atas kemasukan penghuni di projek Program Perumahan Rakyat (PPR) Kota Setar.

Untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri, sebelum pembinaan projek tersebut, penghuni asal di sana iaitu Kampung Kilat dan Kampung Teluk diberi tawaran oleh pemaju iaitu Tulangis Maju Sdn. Bhd. dalam sebuah perjanjian dengan beberapa pilihan. Lebih kurang 80 orang penghuni yang menerima

Tuan Chan Ming KaiPKR · PHAlor Setar

tawaran dan telah menyerah milikan kosong atas hartanah tersebut kepada pihak pemaju dan menandatangani perjanjian tersebut pada tahun 2014.

Akan tetapi, pemaju gagal menyerahkan milikan unit rumah PPR tersebut yang dijanjikan di bawah projek tersebut dalam tempoh 36 bulan seperti termaktub dalam perjanjian tersebut. Manakala, pemohon-pemohon baharu yang mengemukakan permohonan melalui Jabatan Perumahan Negeri telah pun berjaya mendapat unit di PPR tersebut sedangkan kumpulan penghuni yang asal di situ masih gagal mendapat unit seperti mana dijanjikan. Minta kementerian menjelaskan berapakah penghuni yang menandatangani perjanjian dengan pemaju bagi setiap pilihan (option) yang diterima serta berapa penghuni yang sepatutnya mendapat unit PPR tetapi masih belum dapat disebabkan oleh kegagalan pemaju dalam menjelaskan bayaran?

Minta pihak kementerian menjelaskan apa penyelesaian supaya pemaju menunaikan tanggungjawab mereka dengan membuat bayaran sewajarnya untuk menyempurnakan pindah milik tersebut. Adakah pemaju yang sama turut mendapat projek PPR atau projek lain di bawah KPKT? Bagaimanakah pihak kementerian boleh memastikan perkara sebegini tidak berlaku apatah lagi di bawah pemaju yang sama dengan rekod yang gagal dalam penyelesaian tersebut. Sekian, terima kasih.

Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Abd MuttalibPAS · PNTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Maran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Alor Setar. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Program Perumahan Rakyat (PPR) Kota Setar telah disiapkan pada Mac 2019 meliputi dua blok pangsapuri dengan 500 unit rumah. Sehingga Oktober 2021, sejumlah 272 unit PPR sewa-untuk-dimiliki atau dikenali sebagai PPR Rent-to-Own (RTO) telah ditawarkan kepada peserta PPR yang layak dan baki 228 unit yang belum diserahkan, masih dalam pelbagai peringkat semakan dan proses penawaran.

Untuk makluman, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

(KPKT) sedang menyelaras proses penyerahan unit rumah PPR di negeri Kedah yang mengalami kelewatan penyerahan. Ini disebabkan oleh proses penyerahan dan pengambilalihan pengurusan PPR di antara Kerajaan Negeri Kedah dan KPKT serta faktor Perintah Kawalan Pergerakan yang menyebabkan urusan berkaitan perumahan dihentikan termasuklah proses penawaran PPR tidak dapat diteruskan semasa pandemik COVID-19.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, KPKT telah menyemak dan meneliti perjanjian persetujuan yang dikemukakan oleh pihak Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah melibatkan pihak pemaju dan pihak penduduk yang telah menandatangani perjanjian tersebut pada tahun 2014. Kementerian ini mendapati bahawa perjanjian ini hanya melibatkan dua pihak iaitu Tulangis Maju Sdn. Bhd.

sebagai pihak pertama iaitu pemaju dan penduduk setinggan sebagai pihak kedua dan terma-terma perjanjian ini juga turut diterima dan dipersetujui oleh SUK Negeri Kedah.

Semakan lanjut juga mendapati bahawa terdapat persetujuan di antara pemaju dan penduduk setinggan untuk menyelesaikan isu penempatan semula melalui ganti rugi berjumlah RM35,000 bagi setiap keluarga yang terlibat. Setelah PPR Kota Setar disiapkan, pihak SUK Kedah akan mengambil tanggungjawab

Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Abd MuttalibPAS · PNTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Maran

sebagai pihak yang akan mengurus dan menawarkan unit-unit PPR tersebut kepada keluarga setinggan terbabit.

Walau bagaimanapun, melalui keputusan terkini bertarikh 6 Ogos 2020, pihak SUK Kedah tiada kemampuan untuk menguruskan projek PPR ini kerana mempunyai peruntukan kewangan yang terhad. Justeru, pengurusan PPR Kota Setar tidak lagi diletakkan di bawah pengurusan SUK Kedah tetapi diuruskan sepenuhnya oleh pihak kementerian. Sehubungan itu, pihak KPKT telah mula mengambil alih semula pengurusan dan penyelenggaraan projek PPR Kota Setar.

Inilah masalahnya Tuan Yang di-Pertua.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, KPKT telah menetapkan bahawa kaedah penawaran bagi unit-unit PPR Kota Setar adalah secara Rent-to- Own (RTO) kepada pemohon-pemohon yang layak dengan bayaran sebanyak RM255 sebulan termasuk yuran penyelenggaraan untuk tempoh 20 tahun. Oleh yang demikian, memandangkan projek ini telah diserahkan dan diuruskan sepenuhnya oleh KPKT serta kaedah penawaran juga berbeza dengan perancangan asal pihak SUK Kedah, kementerian ini berpandangan bahawa KPKT tiada obligasi untuk memenuhi apa-apa terma dalam perjanjian ini.

Walaupun begitu, kementerian ini telah pun menimbang permohonan penduduk setinggan Kampung Kilat sedia ada mengikut syarat kelayakan PPR yang telah ditetapkan oleh kerajaan melalui keputusan Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang terdahulu iaitu Yang Berhormat Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin bagi menyelesaikan isu penempatan ini melalui surat pemakluman kepada pihak SUK Kedah melalui surat Ruj:KPKT(07)/UP/864/2/2-4 (28) bertarikh 16 Jun 2021 dan kelulusan adalah seperti perkara-perkara berikut:

(i) supaya Kerajaan Negeri Kedah mengesahkan dan mengemukakan kepada Jabatan Perumahan Negara senarai 59 nama penduduk asal setinggan Kampung Kilat yang layak untuk ditawarkan menerima satu unit rumah PPR Kota Setar;

(ii) unit rumah PPR Kota Setar yang ditawarkan kepada penduduk asal setinggan Kampung Kilat ini dijual secara konvensional

(tunai) kepada penduduk terlibat dengan kos pembelian ditanggung oleh pihak pemaju;

(iii) supaya pihak pemaju perlu melangsaikan bayaran sebanyak RM2.065 juta atau RM35,000 untuk 59 unit dalam tempoh 180 hari dari tarikh pemakluman keputusan ini iaitu 16 Jun 2021 kepada Jabatan Perumahan Negara sebelum surat tawaran dikeluarkan kepada penduduk setinggan Kampung Kilat yang terlibat; dan

(iv) sekiranya pihak pemaju gagal untuk melangsaikan urusan pembayaran tersebut dalam tempoh 180 hari, tawaran ini akan terbatal dan penduduk setinggan Kampung Kilat yang terlibat boleh memohon secara RTO melalui Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN).

Tuan Yang di-Pertua, KPKT juga melalui Jabatan Perumahan Negara akan mengadakan mesyuarat penyelarasan bersama pihak SUK Kedah dan pihak pemaju yang dijadualkan pada 18 November 2021 ini untuk mendapatkan maklum balas yang terkini berhubung keputusan yang telah dipersetujui oleh mantan Yang

Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Abd MuttalibPAS · PNTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Maran

Berhormat Menteri KPKT melalui surat bertarikh 16 Jun 2021. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Ahli-ahli Yang Berhormat semua, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang hari Selasa esok, 16 November 2021.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.40 petang]