Dewan Rakyat · 16 November 2021
15th Parliament, session 4, meeting 2 · 1,075 turns · 57,313 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Menteri Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan adakah pihak kementerian sudah bersedia untuk melaksanakan harga lantai sebanyak RM3.50. Jika ya, bilakah ia dijangka dapat dilaksanakan.
Bismillahi Rahmani Rahim. Alhamdulillah, Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Baling kerana mengangkat soalan ini. Saya ucapkan terima kasih kerana saya amat rasa prihatin terhadap nasib pekebun-pekebun getah ini dan ia telah juga saya manifestasikan pada tahun 2017 ketika itu yang mana harga lantai getah, harga getah turun bawah daripada RM1.00. Ada ketika itu, saya membuat satu program Jelajah Penoreh Getah seluruh negara. Di situ juga saya melihat bagaimana penoreh-penoreh getah ketika itu dalam kesusahan dan kami memberi sedikit sumbangan seperti seadanya. Mereka ketika itu ada yang makan nasi dengan garam, Yang Berhormat Baling. Saya ingat Yang Berhormat Baling lagi maklum kerana kawasan Baling adalah kawasan pekebun getah. Bukan saya di Ampang kawasan bandar tetapi mungkin zaman Tok Adam dahulu mungkin di Ampang juga ada tanam getah juga. Mungkin saya tidak tahu. Akan tetapi, itulah usaha kami. Jadi, alhamdulillah Allah Taala telah memberikan saya kedudukan ini dalam Kementerian Perladangan dan Komoditi yang meletakkan getah di bawah pengurusan kementerian ini. Oleh sebab, saya merasakan bahawa ada keperluan untuk kita melihatkan permintaan ini agar memberikan satu jaminan kepada pekebun-pekebun getah kecil ini mendapat satu pendapatan fixed yang tetap agar mereka tidak berasa bersusah payah dan rasa susah hati apabila ada penurunan harga getah turun dan sebagainya. Walau bagaimanapun, sekiranya kita hendak menaikkan harga lantai kepada RM3.50 iaitu tambahan RM1.00, kita jangkakan dengan 500 tan setahun kita harus membelanjakan sebanyak RM1 bilion tambahan untuk menguruskan program harga lantai yang kita naikkan RM3.50. Saya sebagai Menteri hendak melihatkan bahawa walaupun baru dua bulan lebih, melihatkan berapa banyak program-program yang terletak di bawah kementerian saya sendiri, di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar, di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi yang mana menjaga FELDA dan FELCRA dan sebagainya. Juga, banyak program bantuan yang diberikan. Jadi, saya kira sekiranya kita menstrukturkan semula semua peruntukan ini dan kita memberikan keutamaan prioritization, insya-Allah ia boleh dilaksanakan Yang Berhormat Baling. Juga, kawasan-kawasan lainlah yang ada getah.
Juga, dalam satu mesyuarat Kabinet dalam– saya ingat dalam satu bulan lebih yang lepas ada membincangkan perkara ini dan Kabinet telah bersetuju untuk ketiga-tiga kementerian ini “luar bandar, ekonomi dan komoditi” duduk dengan Kementerian Kewangan untuk mengkaji dan memperhalus bagaimana kita hendak mencapai tujuan untuk menaikkan harga lantai ini daripada RM2.50 ke RM3.50. Jadi, insya-Allah Yang Berhormat Baling, we will try our best. Insya-Allah kita akan cuba sedaya upaya kita untuk meningkatkan– kepada saya ia akan menjadi satu fixed income to the pekebun kecil. Jadi, tidak perlu mereka merasa gusar dan rasa susah hati apabila cuaca hujan dan mula dia rasa gelisah dan sebagainya. Ini membuat stres juga lah kan? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Syabas dan tahniah. I like the restructured plan untuk kekalkan harga lantai RM3.50. Walau bagaimanapun, kerajaan juga perlu menilai semula prinsip supply and demand dalam industri getah negara. Apakah usaha kerajaan dalam meningkatkan pengeluaran getah susu getah tempatan ini? Setakat mana dan sejauh mana usaha R&D dalam meningkatkan pengeluaran susu getah. Seterusnya, apabila supply meningkat, maka kerajaan perlu mempertimbangkan usaha pemasaran getah ke luar negara. Lebih penting lagi Tuan Yang di-Pertua, di Baling ini kami ada 13,082 pekebun kecil yang paling besar dalam negara ini adalah datangnya daripada Baling. Justeru, akhir sekali saya hendak tanya, apakah usaha kerajaan untuk memastikan anak-anak muda tidak berhijrah keluar mencari pekerjaan di luar. Apakah kaedah tindakan ataupun satu kajian di bawah Yang Berhormat telah dilakukan agar mereka ini mesti kekalkan. Bilamana harga lantai ini dikekalkan RM3.50, insya-Allah anak- anak muda itu akan kekal dalam komuniti masing-masing dengan dibantu oleh kementerian-kementerian berkaitan yang seperti Yang Berhormat sebut tadi. Beri peluang kepada mereka dapat income atau pendapatan sampingan. Saya yakin dan percaya tidak lagi ada masalah di kampung. Saya fikir kalau dapat RM3,000 sebulan, mereka tidak mahu pergi kerja kilang. Pergi kerja kilang Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri, pukul 4 pagi kena naik bas pergi ke Penang itu sampai menyusahkan mereka.
Habiskan soalannya Yang Berhormat Baling.
Jadi, inilah kaedah yang sepatutnya kita lakukan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Okey, terima kasih Yang Berhormat Baling atas soalan tambahan itu. Jadi, oleh kerana soalannya panjang juga, saya cuba rumuskan. Kementerian Perladangan dan Komoditi telah berusaha untuk mengadakan beberapa R&D termasuk R&D memastikan pengeluaran susu getah yang banyak, R&D untuk pemulihan pembajaan dan pemulihan tanah yang dijangkiti penyakit, R&D untuk memastikan bahawa tanah yang tanam getah itu subur, R&D pengawalan penyakit getah dan juga R&D berkaitan dengan penuaian lateks daripada segi alat torehan dan sebagainya. Jadi, untuk yang alat lateks ini yang saya sangat familiar, saya follow-up dengan closely, adalah satu stimulus solution yang mana kita akan gunakan untuk letakkan di aliran torehan getah yang akan meningkatkan pengeluaran susu getah. Ia juga dapat mengurangkan masa bekerja daripada dua hari sekali kepada enam hari sekali. Itu di antara perkaranya bagaimana hendak meningkatkan hasil.
Juga kita melihat innovation system yang mana ia ditebuk di pokok getah itu dan airnya mengalir ke satu bekas yang ditampung dan ini akan mengelakkan daripada terkena hujan dan sebagainya. Jadi, ini juga akan dapat meningkatkan produktiviti ladang- ladang ini. Dengan ada usaha-usaha ini, ia akan dapat meningkatkan hasil. Akan tetapi, apa yang penting tentang anak muda yang disebut tadi, adalah program TARGET. Program TARGET adalah untuk membina kilang-kilang yang akan memproses cup lumps menjadi crepe. Jadi, bila cup lumps ini kita proses menjadi crepe, ia meningkatkan pendapatan pekebun-pekebun getah ini hampir ke RM2,000 sebulan. Jadi, ini boleh menampung lagi untuk meningkatkan pendapatan. Dengan ada pendapatan yang lebih tinggi ini, anak-anak muda akan lebih tertarik untuk bekerja dengan teknologi yang baharu. Dengan labour time yang kurang dan juga dengan adanya pendapatan yang lebih dari segi transformation daripada cup lumps kepada crepe, jadi ini akan menarik perhatian mereka. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Baling, saya mengiktiraf bahawa Kedah adalah negeri yang menyumbang tertinggi hasil getah. Tiga puluh peratus hasil getah datang dari Kedah. Alhamdulillah, terima kasih. Kedah mempunyai 65,000 pekebun kecil. Baling sahaja ada 15,000 pekebun kecil. Jadi, program TARGET ini, insya-Allah akan dilancarkan di Kedah dan akan bermula dengan 100 kilang TARGET yang akan dikelompokkan untuk anak-anak muda dalam bentuk kluster of 100 or 200 yang akan menguruskan kilang ini dan insya-Allah, akan dapat meningkatkan pendapatan. Mereka juga membuat kerja-kerja yang bukan lagi 3Ds - dirty, dangerous and difficult. Itu saja Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Terima kasih. Soalan tambahan yang kedua. Saya jemput Yang Berhormat Merbok.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya meneliti jawapan Yang Berhormat Menteri tadi. Usaha-usaha yang dijalankan itu sangat baik. Cuma, saya rasa sebenarnya kita telah buat kajian awal mencampurkan getah beku untuk pembinaan turapan jalan raya. Saya rasa itu sudah banyak tahun dilakukan. Akan tetapi, mungkin perlu ada perbincangan dengan kementerian-kementerian lain sebab satu kilometer jalan memerlukan 4.2 tan getah beku. Maksudnya macam tadi Yang Berhormat Menteri kata daripada cup lumps hendak jadi crepe (rubber crepe), tetapi kalau yang ini, ia direct terus getah beku kita campurkan dan dapat jadi turapan jalan. So, sejauh manakah usaha tersebut di-synchronized dengan Kementerian Kerja Raya? Terima kasih.
Sila, Yang Berhormat Menteri. Dua minit 30 saat.
Terima kasih Yang Berhormat Merbok. Saya maklum tentang ada usaha untuk membuat daripada getah cup lumps itu untuk membuat jalan. Akan tetapi, ketika ini kementerian juga harus prioritize where is our— we have to put the money where our mouth is. Maknanya kita concentrate di manakah pendapatan kita yang dapat lebih, di situlah yang kita akan fokus. Namun demikian, bahan-bahan yang waste itu boleh kita gunakan untuk turapan jalan. Ini telah dilaksanakan, betul, untuk lightweight roads, jalan-jalan yang lightweight, ringan. Tidak boleh yang berat. Jadi, memang usaha ini dijalankan. Akan tetapi, since Yang Berhormat Merbok adalah seorang wanita, saya juga hendak sebut, saya dapati bahawa penoreh getah kebanyakan adalah wanita. Saya turun ke Baling, I think three quarter of the penoreh getah adalah wanita. Saya minta bantuan Yang Berhormat Merbok juga kalau boleh come up with the idea bagaimana saya hendak memberi insentif kepada wanita yang menjadi penoreh getah di kebun-kebun getah ini. So, saya masih memikirkan. Jadi, agarnya tidaklah one-sided, ia harus to be balanced. Nanti kata orang lelaki pula marah, kenapa orang lelaki tidak dapat, orang
perempuan dapat dan sebagainya. Tapi itulah saya lihat bahawa wanita memainkan peranan penting dalam industri kebun getah ini. Saya hendak menyeru dalam Dewan ini, saya hendak biar semua pekebun getah di seluruh Malaysia dengar apa yang saya hendak cakap ini agar mereka berbangga dengan kerja mereka, dengan usaha mereka, maka negara kita maju dengan menghasilkan pendapatan yang meningkatkan ekonomi. Inilah jasa penoreh getah kita dalam negara kita. Jadi, saya hendak mereka berbangga kerana tanpa mereka untuk menghasilkan getah ini, maka negara ini tidak akan maju seperti apa yang ada sekarang. Negara ini bermula kemajuan ekonominya bermula dengan hasil getah. Jadi, kepada semua pekebun getah, saya harap dengar apa yang saya cakap kerana saya berbangga dengan tuan-tuan dan puan-puan yang telah menyumbang kepada development, pembangunan negara dan ekonomi negara. Terima kasih.
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya menyampaikan serangkap pantun dahulu. Kempen Melaka makin kepanasan, Elak pertikaian dan juga perbalahan, Yang Berhormat Menteri yang berwawasan, Soalan 2 pohon pencerahan.
2. Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut] minta Menteri Pertanian dan Industri Makanan menyatakan mengenai isu kenaikan kos input pertanian khasnya baja yang mencecah sehingga 70 peratus. Apakah langkah-langkah dan tindakan yang diambil oleh kementerian bagi menangani isu ini yang jelas menjejaskan pendapatan para petani.
Terima kasih Yang Berhormat Jerantut, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, MAFI prihatin terhadap isu kenaikan kos input pertanian khasnya baja dan racun makhluk perosak yang berlaku semenjak pandemik COVID-19 melanda seluruh dunia. Kedua-dua input pertanian ini adalah komponen penting dalam pengeluaran hasil tanaman yang berkualiti dan selamat dimakan oleh penduduk Malaysia. Kebanyakan baja dan racun yang digunakan oleh petani dihasilkan daripada bahan mentah yang diimport daripada negara luar seperti unsur nitrogen, fosfat dan kalium ataupun potassium. Dalam hal ini, MAFI dan KPDNHEP telah menubuhkan jawatankuasa bersama berkenaan isu kenaikan harga baja dan racun sebagai usaha bersepadu untuk meneliti cadangan, tindakan dan kaedah penyelesaian serta langkah-langkah lain dalam membantu petani dan pengusaha kecil yang berhadapan dengan isu kenaikan baja dan juga racun secara mendadak. Pada 10 November yang lalu, mesyuarat jawatankuasa bersama telah diadakan yang melibatkan pihak berkepentingan termasuk wakil kementerian dan agensi serta pemain-pemain industri seperti the Malaysian CropLife and Public Health Association (MCPA), Persekutuan Persatuan-persatuan Pekebun-pekebun Sayur Malaysia dan Persatuan Pekebun Buah-buahan Malaysia. Berdasarkan perbincangan dan sesi libat urus yang diadakan dengan pihak berkepentingan, antara punca yang telah dikenal pasti berhubung dengan isu ini adalah perubahan polisi daripada negara pengeksport, kenaikan kos bahan mentah, gangguan logistik atas spekulasi pasaran. Apabila bekalan-bekalan baja dan racun berkurangan di pasaran dengan permintaan sentiasa berterusan, maka peningkatan harga juga berlaku di sepanjang rantaian pembekalan produk tersebut. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, beberapa cadangan penyelesaian telah diangkat oleh MAFI dan KPDNHEP secara bersama untuk pertimbangan Jemaah
Menteri pada 12 November 2021 dan akan dimuktamadkan dengan memberi penekanan supaya kesan pelaksanaan mana-mana inisiatif intervensi dan program kelak dapat dirasai oleh rakyat secara berpanjangan. Antara cadangan yang sedang dipertimbangkan untuk menangani isu ini termasuklah melalui pelaksanaan subsidi atau insentif secara bersasar kepada golongan petani yang terkesan. MAFI dan KPDNHEP sentiasa peka dengan kenaikan harga baja dan racun bagi memastikan produktiviti pengeluaran tidak terjejas dan bekalan sentiasa mencukupi dengan harga yang stabil dan berpatutan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sila, Yang Berhormat Jerantut.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang membuktikan kesungguhan beliau dalam usaha ini. Cuma, saya inginkan kepastian lagi. Apakah usaha-usaha yang dibuat oleh kementerian terutamanya dalam meningkatkan pengeluaran input-input pertanian tadi dalam negara kita sendiri? Sepertimana yang ada kerjasama antara kementerian, tapi adakah dalam jangka masa pendek usaha itu dibuat? Kalau ada, apakah yang agak terperinci boleh diberikan kepada Dewan ini dari segi persiapan kerajaan untuk menangani isu kenaikan ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Kita tidak boleh elak daripada mengimport sebahagian komponen. Baja umpamanya, boleh diimport secara baja tunggal ataupun baja sebatian. Kalau bercakap tentang baja sebatian, komponen baja sebatian itu, sebahagian besar diimport dari luar. Umpamanya seperti saya katakan tadi kita mengeluarkan urea. Ada urea plant di negara kita tetapi untuk menghasilkan baja kimia NPK, kita terpaksa mengimport baja kalium dan juga fosfat dari luar. Oleh sebab kebergantungan kita kepada komponen-komponen luar ini, yang sekarang tertakluk kepada perubahan harga secara mendadak telah menyebabkan harga baja yang dikeluarkan di negara kita turut melambung dan meningkat sebegitu tinggi. Jadi, tentu sekali Yang Berhormat secara jangka masa panjang, kita ingin mendidik pesawah untuk berubah kebergantungan daripada baja kimia kepada baja yang lain dalam bentuk yang lain seperti baja organik. Akan tetapi itu merupakan satu tindakan jangka masa panjang yang perlu penelitian dan juga penerimaan daripada pihak yang berkepentingan. Jadi, langkah berterusan akan terus diambil untuk berbincang dengan pengeluar- pengeluar komponen baja yang ada di negara kita untuk turut serta dalam menangani, mengambil langkah dan tindakan yang perlu bagi menangani kesan terhadap harga baja dan juga racun yang begitu meningkat pada ketika ini. Terima kasih banyak-banyak.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan yang kedua, saya jemput Yang Berhormat Papar.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apa yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat Jerantut itu memang terjadi di tempat saya di daerah Papar. Pesawah-pesawah datang berjumpa dengan saya. Maksudnya pesawah- pesawah dari kampung-kampung sekitar Papar, datang berjumpa dengan saya berkenaan dengan masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan Dewan ini, mereka terpaksa menjual hasil tuaian mereka dengan harga RM1 untuk satu kilogram yang mana harga ini terlalu rendah kalau dibandingkan dengan apa yang telah mereka membelanjakan di mana baja-baja dan semua peralatan untuk bersawah juga semuanya naik. Jadi di sini mereka inginkan kerajaan supaya memberikan sedikit lagi subsidi kepada mereka supaya apa yang dibuat oleh mereka itu dapat menguntungkan kepada mereka. Maksudnya operasi mereka itu dapat dicoveredlah. Di sini, saya sekali lagi ingin memohon kepada kerajaan supaya dapat menaikkan harga subsidi untuk mereka
membuat aktiviti-aktiviti pertanian ini menjadi satu pekerjaan yang boleh mendatangkan hasil kepada mereka. Kalau mereka tidak mendatangkan hasil, memang mereka tidak akan keluar ataupun petani-petani yang sentiasa ada di daerah Papar, tidak akan mengusahakan sawah mereka. Kata orang-orang Sabah “mun indak untung” ataupun tidak menguntungkan, mereka tidak akan berbuat apa-apa. “Malas taku ingau”, katanya. Jadi soalannya itulah, mahu minta supaya subsidi ini dinaikkan. Terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Menteri. Dua minit masa.
Sekurang-kurangnya Yang Berhormat Papar mengetahui pesawah di negara kita ini sedang menikmati pelbagai bentuk subsidi oleh kerajaan termasuk subsidi baja dan juga racun. Untuk makluman Ahli di Dewan ini, sepanjang tahun ini sahaja, kerajaan membelanjakan melalui Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP), tidak kurang daripada RM386 juta untuk membekalkan baja kepada pesawah di negara kita. Begitu juga Skim Subsidi Baja dan Racun Padi Bukit/Huma (SBRPB), tidak kurang daripada RM124 juta yang dibelanjakan oleh kerajaan. Kita memang akui bukan sahaja di kalangan pesawah yang berhadapan dengan masalah kenaikan harga baja dan racun ini, akan tetapi di kalangan penanam kelapa sawit, di kalangan penanam sayuran dan buah-buahan. Sektor ini merupakan sektor yang berhadapan dengan masalah kenaikan harga racun dan baja. Oleh sebab itu seperti yang saya katakan dalam jawapan asal tadi, dua-dua kementerian MAFI dan juga KPDNHEP ini telah mengangkat pelbagai cadangan jangka masa pendek, sederhana dan panjang untuk dipertimbangkan oleh kerajaan bagi terus membantu pengusaha-pengusaha kecil dalam sektor ini agar kesan daripada kenaikan harga baja dan racun ini sudah dapat sedikit sebanyak dikurangkan dengan intervensi daripada kerajaan. Mengadakan tambahan subsidi seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Papar, merupakan salah satu langkah yang dicadangkan oleh kedua-dua kementerian bagi menangani masalah ini tetapi intervensi lebih besar perlu diambil oleh kerajaan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertanyaan Yang Berhormat Menteri seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Port Dickson.
3. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [Port Dickson] minta Perdana Menteri menyatakan, secara terperinci cadangan mengkaji semula undang-undang berkaitan pemberi maklumat di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 [Akta 711] dan sejauh mana keberkesanannya melindungi pemberi maklumat dalam kes-kes salah laku dan rasuah berprofil tinggi.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 telah digubal untuk memerangi rasuah dan salah laku lain dengan menggalakkan kemudahan pemberi maklumat membuat pendedahan kelakuan tidak wajar, melindungi orang yang membuat pendedahan daripada tindakan yang memudaratkan dan memastikan supaya pendedahan tersebut disiasat dan diurus dengan sewajarnya. Ini juga selaras dengan inisiatif yang diterajui oleh kerajaan dengan menandatangani United Nations Convention Against Corruption (UNCAC) pada 20 September 2008 yang mana the State Party, maknanya kita Malaysia sebagai party to the
Convention, mempunyai komitmen untuk mengadakan undang-undang bagi memberi perlindungan kepada pemberi maklumat dan tindakan sewajarnya supaya pendedahan tersebut disalurkan kepada pihak berkuasa sebagaimana yang tertera di dalam Artikel 33 dan Artikel 37 UNCAC. Sehingga kini, sebanyak tujuh buah agensi menguatkuasakan telah mengguna pakai akta ini iaitu Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Mengikut fakta Tuan Yang di-Pertua, memang ada yang menunjukkan bahawa aduan yang diterima semenjak tahun 2011, Tuan Yang di-Pertua sehingga sekarang ini berjumlah 73,545. Dalam masa yang sama, pemberi maklumat mendapat kemudahan di bawah undang-undang ini hanyalah 527. Maknanya nisbah yang amat kecil sekali mendapat perlindungan di bawah undang-undang ini. Berdasarkan statistik yang dikemukakan pada tahun yang saya sebut tadi, jumlah aduan yang diterima oleh agensi penguat kuasa tertinggi itu seramai seperti yang saya sebut 73,545, namun jumlah pemberi maklumat adalah hanya seramai 527 sahaja. Ini menunjukkan terdapat kekurangan, sama ada pelaksanaan akta tersebut atau dalam peruntukan-peruntukan akta itu sendiri. Dengan kata lain Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, bahawa ada kelemahan dari sudut sistem perundangan yang kita perkenalkan mengikut garis panduan yang telah diberi oleh pihak United Nations Convention Against Corruption. Dalam keadaan yang sedemikian, maka kita buat kajian Tuan Yang di-Pertua, untuk pindaan. Ini baharu sekarang, Yang Berhormat. Beberapa sesi libat urus dengan pihak pemegang taruh telah diadakan termasuk sesi libat urus dengan pihak United Nations Office on Drugs and Crime dan Government Accountability Project (GAP).
Di samping itu juga, satu jawatankuasa kerja telah ditubuhkan bagi menilai, mengkaji serta menetapkan parameter berdasarkan cadangan pindaan penambahbaikan yang telah diterima bagi pihak berkepentingan. Ahli-ahli jawatankuasa terdiri daripada pihak agensi penguat kuasa, agensi jabatan di negeri-negeri, syarikat-syarikat swasta, GLC, CSO dan NGO. Tujuh isu yang berkaitan dengan Akta 711 telah dikenal pasti untuk diberi keutamaan dalam proses penambahbaikan akta tersebut seperti berikut. Secara ringkas, panjang sedikit. Minta maaf timing itu Tuan Yang di-Pertua.
Kalau boleh, ringkaskan sebab ada lagi satu soalan tambahan.
Tak dapat ringkas, dua muka. Kalau boleh diberi secara bertulis, insya-Allah saya boleh beri secara bertulis sebabnya banyak pindaan seksyen yang kita sebutkan di sini, termasuk seksyen 2 kena pinda dan lepas itu, daripada sudut pengurusan seksyen 6 dan pelbagai seksyen yang telah kita cadang. Seksyen 8 pun kena dipinda, seksyen 11 pun dipinda. Tujuh langkah yang perlu diambil kira ini masih dalam kajian dan penelitian jawatankuasa kerja pindaan akta tersebut. Hasil kajian dan parameter bagi cadangan penambahbaikan akta ini dijadual akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada Disember 2021, Yang Berhormat. Kerajaan amat mengalu-alukan Yang Berhormat, sebarang cadangan dan maklum balas daripada pelbagai pihak berhubung dengan akta ini bagi memastikan cadangan pindaan ini dapat– pelaksanaan perlindungan memberi maklumat dan seterusnya mengekang kes salah laku dan rasuah terutamanya bagi kes-kes berprofil tinggi.
Sila, Yang Berhormat Port Dickson. Soalan tambahan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Selalunya penjelasan Yang Berhormat Menteri lebih tepat dan memberikan timeline dan saya ucapkan terima kasih. Ini berbeza
kadang-kadang dengan jaminan-jaminan kosong seperti kita dengar tadi, pekebun getah bagus tetapi harga lantai pun belum dapat. Cuma yang diuar-uarkan itu merupakan propaganda kosong. Menteri jawab spesifik, bulan Disember jawab Jemaah Menteri dan saya yakin awal tahun depan kita boleh bentang dalam Parlimen.
Soalannya. Sila, soalannya.
Itu kenyataannya kerana hendak jelaskan soalannya. Soalan dia ialah Whistleblower Act ini ada kecacatan, kita tahu kerana ada ruang sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri, seksyen 11 yang boleh membatalkannya dan maknanya tidak membolehkan whistleblower itu mengemukakan. Jadi, ini ada jaminan tadi akan diperbaiki beberapa seksyen. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri juga harus tahu bahawa pemberian maklumat ini hanya sebahagian daripada kerangka luas untuk membanteras rasuah. Jadi, saya harap dalam kajian ini, diambil kira kelemahan-kelemahan yang melibatkan pemberian maklumat, SPRM, badan penguat kuasa dan sekarang beberapa soalan berkait dengan badan kehakiman. Keupayaan badan kehakiman dipertahankan supaya bebas. Kalau tidak, kita boleh perbaiki Whistleblower Act tetapi tanpa penguatkuasaan dan SPRM yang telus, berani dan bebas, rasuah ini akan menular.
Baik, baik.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin meminta penjelasan terkait dengan Whistleblower Act ini kerana ketegasan Menteri memberi jaminan termasuk jadual pembentangan kepada Kabinet dan juga kepada Parlimen, insya-Allah selepas itu ialah apakah dengan pindaan ini bermakna kerajaan bersungguh-sungguh dalam langkah membanteras rasuah terutama yang berprofil tinggi. Ini kerana kita tahu kadang-kadang bila kes profil tinggi, kes yang besar tetapi banyak yang terselamat kerana kelemahan dan kecacatan dan tidak ada kesungguhan ataupun tekad politik membanteras rasuah berprofil tinggi. Soalan saya yang terkait dengan Whistleblower Act ini ialah kerana kelemahan dasar, kelemahan yang dilihat selama ini yang tidak menunjukkan kesungguhan kerajaan mengambil tindakan sehingga rasuah ini terus menular dan kerajaan silih berganti tetapi rasuah tetap merebak. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson. Sila Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya sebenarnya telah– perkataan orang putih, acquainted dengan undang- undang ini semenjak tahun 2016. Pada ketika itu, Datuk Poh Lau menjaga undang-undang ini. Jadi, saya telah mencadangkan kepada Datuk Poh Lau untuk memperkasakan undang-undang ini, mesti ada satu lagi buffer supaya pemberi maklumat betul-betul tidak diketahui oleh agensi yang dia complained. Pada masa sekarang, sistem dia ialah kalau saya hendak menjadi pemberi maklumat, saya kena bagi tahu dengan pihak atasan polis. Jadi dalam sistem polis itu sendiri ada berkemungkinan leaked untuk pemberi maklumat. Jadi, sistem yang saya cadangkan kepada Datuk Poh Lau pada ketika itu ialah supaya ada– kalau kita lihat di Amerika, dia gunakan pengarah. Makna, semua maklumat dia salur kepada pengarah. Pengarah menjadi buffer, pengarah akan memberi maklumat itu kepada agensi-agensi yang kena complained dan dia akan mengambil tindakan. Begitu juga kalau di Australia menggunakan ombudsman, ya sistem ombudsman. Jadi, sekarang kita ada tiga alternatif Yang Berhormat iaitu pengarah ombudsman ataupun kita perkasakan SIAP, kita restructure SIAP untuk SIAP menjadi buffer kepada undang-undang ini, sebagai buffer kepada maklumat ini supaya tidak diketahui agensi yang di-complained-kan itu nanti. Jadi dengan keadaan sedemikian, kita juga akan mempertingkatkan kebolehan dan kebaikan dalam mana-mana agensi termasuk SPRM sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat tadi.
Harapan kita ialah supaya semua struktur undang-undang ini kita perbaiki, selepas itu saya menerima hakikat bahawa apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi berhubung dengan political will ini memang perlu ada pada kerajaan untuk memperkasakan semua sistem. Sama ada untuk menangani rasuah ataupun menangani salah laku pihak-pihak pegawai kerajaan dan orang-orang politik khususnya, tidak boleh tidak dengan kekuatan dan political will itu sendiri. Undang-undang kita boleh buat. Kalau tidak ada political will, kita tidak akan dapat mencapai apa matlamat yang kita hendak capai. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Menteri. Soalan tambahan yang kedua. Saya kena cari sebelah sini. Sila Yang Berhormat Tebrau.
Terima kasih. Terima kasih atas jawapan dari Menteri (Parlimen dan Undang-undang). Tadi, Menteri ada sebut untuk menangani dan mengatasi masalah isu rasuah dan memastikan pemberi maklumat, orang yang memberi maklumat dapat dijamin. Tadi macam ada sebut ini memerlukan satu political will. Memang betul tetapi setakat ini, pandangan di luar adalah kerajaan belum ada political will untuk memastikan kes-kes rasuah berprofil tinggi berjalan atau kes serius akan dituduh dan dihukum di mahkamah. Ini kerana setakat ini hanya kes-kes yang kecil, yang di luar dikatakan kes ikan bilis sahaja yang dapat dihukum. Jadi, apa pandangan Menteri untuk memastikan kerajaan akan memperbetulkan pandangan rakyat di luar supaya kerajaan ini akan terus dilihat adalah serius dan ada political will untuk mengatasi dan meningkatkan taraf kita di antarabangsa supaya kita punya taraf akan terus meningkat supaya kita bukan sebuah negara yang dikatakan tidak serius untuk menangani kes rasuah. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Sila Menteri, dua minit.
Tuan Yang di-Pertua, saya berterima kasih dengan soalan Yang Berhormat, sebagaimana soalan Yang Berhormat daripada Ketua Pembangkang tadi. Sebenarnya soalan menangani salah laku dan rasuah ini ialah terletaknya kepada beberapa perkara. Pertama, budaya rasuah, salah laku, tanggungjawab, integriti ini kita kena semai dalam kerajaan. Ia bermula dari situ. Kerajaan sudah mempunyai struktur- struktur yang tertentu. Tugas saya ialah untuk melihat undang-undang, di mana kelemahan undang-undang. Itu saya perkasakan undang-undang dan aturkan kelemahan itu supaya dia tidak menjadi sedemikian, apa yang kita ada sekarang ini.
Itulah kenapanya tugas saya untuk memperkasakan undang-undang. Prasarana undang-undang itu penting pada saya untuk pihak-pihak pemain di dalam undang-undang itu sendiri menegakkan keadilan dan menjagakan integriti negara, nama imej kepada negara lain. Jadi dalam keadaan sedemikian Yang Berhormat, memang banyak perkara yang boleh saya sebut, tetapi berasaskan Whistleblower Act ini, kita hendak melindung secara sebenarnya orang pemberi maklumat itu tidak dapat diketahui oleh orang yang dia complaint dan agensi-agensi pun tidak mengetahui. Itu tujuan pertama. Dengan sendirinya agensi itu nanti akan berjaga-jaga, pegawainya akan berjaga- jaga dan tidak boleh membuat apa-apa tindakan ataupun perbuatan kepada pihak-pihak pemberi maklumat ini. Jadi itu tujuan undang-undang ini digubal dan dipinda nanti, insya- Allah. Jadi Tuan Yang di-Pertua, yang lain itu kita kena memainkan peranan bersama. Apabila kita lihat fakta tadi, bayangkan pada tahun 2015, kita menerima aduan sebanyak 12,627 tetapi hanya empat orang yang mendapat perlindungan. Takrifan fakta itu menunjukkan bahawa orang takut hendak beri maklumat. Akan tetapi, pada masa yang sama maklumat yang diberi ini hanya empat orang mendapat perlindungan, kenapa? Oleh kerana undang-undang itu ia punya struktur tidak betul. Undang-undang ini ada kelemahan dari segi struktur ia sendiri. Itu yang kita kaji, yang saya buat. Insya-Allah dengan undang-undang yang teratur dan kalau sistem ada melaporkan undang-undang ini ada ‘bapa’ dia saya sebut undang-undang ini, mungkin
undang-undang ini lebih berkesan lagi dan kita boleh menangani masalah salah laku dan rasuah dalam mana-mana agensi kerajaan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di- Pertua, satu soalan.
Minta maaf, saya tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat 24(1A), satu soalan sepuluh minit sahaja. Oleh sebab itu saya tidak dapat memberikan ruang kepada penanya-penanya yang lain. Ahli- ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan Yang Berhormat Menteri pada hari ini. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. [Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Tuan Che Alias bin Hamid [Kemaman] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan perancangan strategik kementerian bagi menghadapi ketidaktentuan harga komoditi yang dijangka berlaku pada tahun 2022.
Bismillahi Rahmani Rahim, alhamdulillah. Terima kasih Yang Berhormat Kemaman di atas soalan. Yang Berhormat Kemaman ingin mengambil tahu tentang perancangan strategik kementerian bagi menghadapi ketidaktentuan harga komoditi yang dijangka berlaku pada tahun 2022. Jadi untuk pengetahuan Yang Berhormat Kemaman dan juga Dewan, banyak kerja ada dua serampang mata yang kita laksanakan untuk memastikan harga komoditi ini kukuh untuk tahun 2022, adalah satu pada peringkat dalam negara dan juga satu lagi peringkat antarabangsa. So, jadi peringkat dalam negara saya kira Yang Berhormat Kemaman dengar jawapan saya tadi mengenai getah, kita membuat R&D, kita buat macam-macam program agar dapat meningkatkan produktiviti dan juga pasaran kita dalam negara daripada segi R&D. Daripada segi strategi pemasaran juga, kita memastikan bahawa produk-produk kita ini, banyak produk yang telah kita hasilkan daripada komoditi di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi termasuk getah, sawit, kayu-kayan, kenaf, koko dan juga pepper. Banyak yang boleh kita tingkatkan lagi pasaran dalaman dengan mengadakan strategik partnership, kerjasama strategik untuk memastikan bahawa pasaran produk- produk ini akan dapat ditingkatkan kerana kita lihat kualiti barang-barangan yang telah dihasilkan adalah bermutu tinggi. Akan tetapi di peringkat antarabangsa juga ada usaha-usaha yang memastikan bahawa kerjasama antara negara-negara yang mengeluarkan sawit, negara-negara yang mengeluarkan getah, negara-negara yang mengeluarkan kayu-kayan dan juga kenaf, pepper juga, kita telah membuat gabungan strategik bersama mereka. Contohnya untuk kelapa sawit kita ada satu gabungan dengan Indonesia, Council of Palm Oil Producing Countries (CPOPC). Jadi, ketika ini ada dua negara sahaja yang menjadi anggota, Indonesia dan Malaysia. Akan tetapi insya-Allah dalam mesyuarat akan datang pada 4 hari bulan, yang akan diadakan Mesyuarat CPOPC ini, kita telah menambahkan keanggotaan CPOPC ini kepada empat lagi negara iaitu Ghana, Colombia, Honduras dan juga Papua New Guinea. Ini adalah negara-negara yang juga mengeluarkan palm oil.
Dengan adanya gabungan strategik dengan negara-negara pengeluar palm oil ini, ianya akan dapat menstabilkan harga sawit dan juga mengukuhkan lagi kawalan, control of palm oil market di kalangan pengeluar-pengeluar di bahagian-bahagian huluan, crude palm oil. So, jadi ini antara perkara-perkara yang kita laksanakan. Untuk rubber kita ada International Tripartite Rubber Council dan juga pepper kita ada International Pepper Community. Ini semua adalah langkah-langkah agar Malaysia dapat bersama-sama dengan negara-negara lain memastikan bahawa harga pasaran komoditi kita dapat terkawal. Kita juga mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan lagi market share kita di luar negara. Terima kasih.
Soalan tambahan, sila Yang Berhormat Kemaman.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang diberikan. Meskipun kalau kita lihat sesetengah penganalisis meletakkan suatu tanda aras positif terhadap harga komoditi, namun kita sewajarnya bersedia dengan sebarang ketidaktentuan global yang didorongkan oleh faktor tidak sepunya seperti prospect jangkaan pemulihan ekonomi dan permintaan luar serta faktor ketidaktentuan cuaca sejak kebelakangan ini. Soalan tambahan saya, apakah mekanisme yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi menjamin perlindungan daya tahan kepada para peladang berhadapan dengan sebarang ketidaktentuan harga komoditi pada masa hadapan bagi menyerap impak luar jangka ini? Terima kasih.
Ya Yang Berhormat Menteri, satu minit.
Yang Berhormat Kemaman, untuk pengetahuan Yang Berhormat Kemaman, alhamdulillah dalam keadaan pandemik ini dua tahun, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi daripada segi eksportnya meningkat. Jadi ini saya iktiraf, saya recognize bahawa bukan isunya peningkatan dari segi tonnage, tetapi oleh kerana low supply jadi high demand, maka harganya lebih tinggi. Jadi nilainya kita dapat tinggi daripada segi harga nilai. Jadi pendapatan memang meningkat. Akan tetapi dari segi production memang menurun oleh kerana keadaan COVID-19 dan sebagainya. Jadi, kita harus manfaatkan trending peningkatan ini dengan support system, sistem sokongan yang lebih padu yang mana kita akan menguruskan pengurusan ladang- ladang sawit ini harus dikendalikan dengan lebih berkesan. Kita faham kalau plantations yang besar ini kita tidak payah susah hati kerana mereka mempunyai kapasiti kewangan dan sebagainya untuk menghasilkan dan juga membuat R&D dan sebagainya. Sekarang, kementerian akan fokus kepada pekebun-pekebun kecil sawit dan kita akan membuatkan satu mekanisme berkelompok yang mana mereka boleh mengusahakan ladang mereka secara berkelompok dan ianya akan memberikan kesan yang lebih lumayan dari segi production, pengeluaran hasil dan juga dari segi proses dan juga dari segi aktiviti-aktiviti hiliran dan ini akan dapat meningkatkan pendapatan mereka. Akan tetapi dalam jangkaan kementerian bahawa trend untuk kelapa sawit permintaannya sangatlah merangsangkan kerana banyak negeri-negeri yang kita akan fokuskan kepada negara-negara Timur Tengah, Asia Tengah yang mana India, China, Jepun, dan juga negara-negara Afghanistan and the ‘stan, stan’ all negara-negara itu semua telah menunjukkan minat untuk bekerjasama dengan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi untuk mendapatkan eksport sawit ke negara-negara mereka. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, soalan tambahan yang kedua, saya jemput Yang Berhormat Jempol. Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tadi dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri sebut soal ketidaktentuan harga komoditi di mana International Tripartite Rubber Council yang disebutkan tadi yang terdiri
dari Malaysia, Thailand dan Indonesia. Sejauh manakah keberkesanan International Tripartite Rubber Council ini memainkan peranan untuk menentukan harga lantai getah sepertimana kita tahu harga minyak OPEC control, yang ini harga getah International Tripartite Rubber Council yang control bersama.
Jadi, adakah rundingan ini selalu dibuat ataupun ia sebagai nama sahaja, mohon Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Terima kasih, Yang Berhormat Jempol. Sila, Yang Berhormat Menteri, satu minit.
Terima kasih, Yang Berhormat Jempol, yang ini yang International Tripartite Rubber Council (ITRC) ini memang organisasi yang mana kita gunakan untuk pastikan bahawa penanaman getah dan juga hasil getah dan juga harga getah dapat dikawal di antara tiga buah negara yang besar ini iaitu Malaysia, Thailand dan juga Indonesia. Jadi untuk pengetahuan Yang Berhormat Jempol, saya masih lagi belum lagi mendapat maklumat penuh tentang International Tripartite Rubber Council ini tetapi namun demikian, saya hendak pastikan bahawa mesyuarat ini akan diadakan secepat mungkin dan kita akan membawa isu-isu semasa memandangkan kita dalam keadaan post-COVID-19. Jadi post-COVID-19 ini banyak perkara yang berbeza daripada yang dahulu yang harus kita bincangkan dan untuk pastikan harga getah dapat dikekalkan di paras yang sewajarnya. Jadi itu yang saya harap, saya akan dapat menggunakan platform ini untuk bekerjasama dengan negara-negara lain. Terima kasih.
2. Tuan Lim Lip Eng [Kepong] minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan: (a) bilangan pemohon PPR di kawasan Kuala Lumpur yang sudah diluluskan dan menunggu rumah serta bilangan pemohon PPR di kawasan Kuala Lumpur yang belum diluluskan; dan (b) langkah-langkah yang diambil untuk memastikan mereka yang sudah terlebih layak di PPR untuk mengosongkan premis tersebut bagi memberi peluang kepada mereka yang menunggu rumah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Kepong atas soalan yang dikemukakan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kepong, sehingga kini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah mempertimbangkan 10,138 permohonan dari 2019 sehingga September 2021 untuk menyewa unit perumahan awam juga PPR di keseluruhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Daripada jumlah permohonan tersebut, sebanyak 1,654 orang pemohon telah pun diluluskan di mana 686 orang pemohon telah ditawarkan unit perumahan awam dan juga Projek Perumahan Rakyat di bawah DBKL, manakala 968 lagi pemohon yang telah lulus masih lagi menunggu tawaran unit kosong. Terdapat beberapa faktor kenapa unit-unit kosong masih belum dapat diserahkan kepada 968 orang pemohon yang tersebut. Pertamanya ialah masih lagi terdapat unit-unit yang sedang dibaik pulih di mana unit-unit yang telah diambil semula oleh DBKL daripada penyewa yang sudah tidak mempunyai kelayakan, maka sekarang ini DBKL dalam proses untuk melakukan baik pulih. Keduanya, wujud penyewa yang telah melepasi kadar kelayakan bagi menduduki unit-unit ini tetapi masih lagi enggan keluar daripada unit yang telah diarahkan keluar dan yang ketiga, tidak ada sebarang projek-projek baharu PPR yang telah siap untuk kita tawarkan kepada penyewa yang semakin meningkat dari tahun ke tahun.
Untuk makluman Yang Berhormat Kepong dan Ahli-ahli Dewan Rakyat sekalian, bagi memastikan pemohon yang masih menunggu unit kosong untuk ditawarkan kepada mereka, DBKL sedang giat melaksanakan penguatkuasaan secara berkala dan bersasar mengikut zon dan kawasan yang telah pun kita kenal pasti. Antara kesalahan biasa yang telah dikenal pasti oleh pihak DBKL juga pihak penguatkuasaan ialah penghuni yang tidak sah. Kemudian, penghuni yang tidak menetap dan yang penting sekali ialah penyewaan semula ataupun sublet, dengan izin, unit kepada pihak ketiga. Kes-kes yang melibatkan ketua penyewa yang terlibat dalam kes-kes dadah, maksiat dan juga menyalahi undang-undang negara juga tidak terkecuali daripada tindakan Unit Penguatkuasaan DBKL. Terima kasih.
Soalan tambahan, sila Yang Berhormat Kepong.
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya minta jawapan secara teliti tentang jumlah unit PPR yang baharu dicadangkan di Kuala Lumpur dan nama lokasi-lokasi PPR yang baru tersebut, khususnya di kawasan Parlimen Kepong. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit.
Terima kasih, Yang Berhormat Kepong. Kebetulan saya mempunyai catatan secara detailed untuk pembinaan unit-unit PPR yang di Kuala Lumpur ini. Senarai untuk makluman Yang Berhormat Kepong dan juga Dewan Rakyat, senarai status pelaksanaan kita ada 15 lagi tapak perumahan awam yang berpotensi untuk pembangunan semula di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sehingga 30 September. This data, dengan izin, data ini adalah sehingga 30 September 2021. Dalam pembinaan kita ada Perumahan Awam Sri Pahang sekarang ini yakni yang akan kita bina, yang akan siap pada tahun 2024. Kedua, yang masih lagi dalam perintah pembangunan ada satu perumahan awam, Sri Perlis, satu. Kemudian, yang masih lagi dalam proses permohonan rundingan cadangan, kita ada tujuh masih lagi dalam proses rundingan dan dalam perancangan kita ada lima lagi projek perumahan untuk membina perumahan awam. Secara jumlahnya, kita ada 15 lagi dalam pembinaan yang melibatkan kawasan-kawasan di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan kedua, saya jemput Yang Berhormat Batu.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan. Saya ingin tahu, adakah dengan angka yang Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut tadi, daripada 2019, sebanyak 10,138 orang pemohon, dan jika tidak dapat jawapan sekarang boleh bagi jawapan bertulis angka yang sebenar dalam permohonan, bukan daripada 2019 dan golongan ataupun statistik golongan pemohon belia yang telah memohon untuk rumah PPR. Juga soalan kedua, apakah mekanisme yang digunakan oleh penguat kuasa untuk tarik balik rumah-rumah penduduk PPR selain daripada kes-kes ataupun kelayakan mereka. Apakah mekanisme yang digunakan dan adakah penguatkuasaan akan bersama dengan persatuan-persatuan penduduk untuk mencari ataupun memastikan penduduk ini ada kelayakan? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Batu. Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit.
Terima kasih, Yang Berhormat Batu. Soalan Yang Berhormat Batu ada satu, yang kedua dan ketiga itu, saya sudah jawab tetapi tidak apa saya perincikan lagi. Cumanya Yang Berhormat Batu, saya hendak detailkan.
Terima kasih.
Yang Berhormat Batu, saya hendak detailkan, 2019 kita ada 1,543 orang pemohon rumah PPR yang berminat untuk menyewa. Tahun 2020 melonjak 6,922 orang pemohon ini mungkin kerana mereka kehilangan pendapatan, kehilangan tempat tinggal dan kehilangan kemudahan untuk mereka meneruskan penyewaan di rumah-rumah yang telah mereka sedia ada. Tahun 2021, sebanyak 1,673, iaitu 10,178 tetapi daripada 10,178 ini, yang layak 1,654. Kenapakah jumlahnya kecil? Oleh sebab mereka yang memohon tidak mempunyai kelayakan untuk menyewa PPR ini. Apakah syaratnya? Dia mesti berkahwin, Tuan Yang di-Pertua. Yang bujang tidak layak. Mesti warganegara Malaysia, pendatang tidak layak. Kemudian dia mesti menetap dalam lingkungan 35 kilometer radius Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan yang penting sekali Tuan Yang di-Pertua ialah mereka ini mesti berpendapatan RM3,000 ke bawah, itu kelayakan kerana itu kelayakan yang kita beri pertimbangan 1,654 orang sahaja. Kedua Tuan Yang di-Pertua, selain daripada penguatkuasaan yang kita jalankan yang saya sudah sebut tadi, kita akan buat penguatkuasaan secara berkala. Tidak ada kompromi, Tuan Yang di-Pertua. Bila kita dapati sublet, kita akan rampas unit ini. Kalau kita dapati dia tidak tinggal, kita akan rampas. Kalau kita dapati ketua penyewanya terlibat dadah, maksiat, terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang melanggar peraturan dan juga undang-undang negara, kita akan rampas. Kalau dia tidak tinggal pun, kita akan rampas. Tindakan ini adalah secara berterusan yang dijalankan oleh pihak penguatkuasaan yang dalam data kita 350 unit pada setiap tahun boleh kita buat penguatkuasaan ini untuk kita tawarkan kepada pemohon-pemohon yang sedang dalam Senarai Menunggu, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Boleh Tuan Yang di-Pertua? Soalan tambahan.
Soalan tambahan?
Soalan tambahan dari ...
Ini di Wilayah, ini di Wilayah. Segambut.
Baik, saya bagi peluang satu lagi Yang Berhormat Segambut.
Terima kasih. Soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah kerajaan akan mengkaji semula syarat bahawa hanya pemohon yang telah berkahwin boleh memohon rumah PPR ini kerana sekarang ini ada banyak golongan yang tidak berkahwin dan mereka tidak ada penjaga untuk membantu mereka. Jadi golongan gelandangan semakin bertambah kerana mereka tidak ada penjaga dan mereka tidak dapat apply PPR. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Segambut. Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Yang Berhormat Segambut, terima kasih.
Syarat kita ialah telah berkahwin Yang Berhormat Segambut. Namun ada kes- kes tertentu yang telah kita tawarkan dia menjadi duda atau janda ketika menduduki rumah PPR itu. Tentunya kes-kes ini mempunyai pertimbangan kemanusiaan di dalam kita meneruskan penyewaan ini ataupun menamatkan penyewaan. Ini adalah bergantung kepada keadaan dan kes-kes yang tertentu untuk kita kaji dari semasa ke semasa. Akan tetapi syarat permohonan untuk kita beri pada awal itu mesti kahwin. Bujang tidak boleh atau yang tidak berkahwin itu tidak boleh, dia mesti berkahwin. Akan tetapi dalam proses menduduki ini, kalau berlaku keseorangan semula, itu bergantung kepada pertimbangan kemanusiaan yang akan dijalankan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan dan Jawatankuasa Tindakan bagi setiap rumah PPR ini. Terima kasih Yang Berhormat Segambut.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertanyaan seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Libaran.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Indahnya budi tidak terperi, PRN Melaka berbagai parti, Elakkan persengketaan sesama sendiri, Merugikan bangsa, pulang gigit jari.
3. Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau [Libaran] minta Menteri Kanan Pertahanan menyatakan sejauh manakah inisiatif berkaitan pertahanan dan keselamatan di bawah RMKe-12 dapat menjamin keselamatan rakyat dan kedaulatan negara demi menjaga keamanan dan kestabilan negara.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Maaflah Yang Berhormat Libaran, saya tidak boleh jawab pantun itu. Apa pun saya ucapkan terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Libaran yang saya tahu cukup cakna dan ambil berat tentang isu pertahanan dan keselamatan negara. Sesungguhnya pertahanan negara adalah tanggungjawab kita bersama. Kita amat bertuah kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia merupakan bekas Menteri Pertahanan yang kini disambung oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein. Disebabkan itu, buat pertama kalinya isu pertahanan negara dinyatakan dengan jelas dalam Rancangan Malaysia Ke-12 berbanding dengan rancangan- rancangan Malaysia yang lalu. Segala inisiatif yang disenaraikan di bawah RMKe-12 juga adalah berdasarkan kepada perancangan Kertas Putih Pertahanan yang diluluskan sebulat suara di Parlimen pada 2 Disember 2019. Ini membuktikan bahawa kerajaan komited untuk mempertingkatkan kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia supaya menjadi satu angkatan yang bersepadu, tangkas dan berfokus. Untuk makluman Yang Berhormat, antara inisiatif yang akan dilaksanakan di bawah RMKe-12 ialah memperkukuhkan benteng pertahanan di Sabah dan Sarawak. Ini termasuk Projek Pembinaan Kem 5 Briged Tentera Darat Malaysia di Kota Belud, Sabah dan projek pembinaan bay base Tentera Udara Diraja Malaysia di Bintulu, Sarawak. Bagi meningkatkan keselamatan maritim di perairan negara pula, beberapa perolehan aset baharu Tentera Laut Diraja Malaysia seperti lapan buah littoral mission ships dan 13 buah fast interceptor crafts. Selain daripada itu, Kementerian Pertahanan akan terus menekankan aspek kebajikan anggota ATM melalui pelbagai inisiatif yang akan diteruskan di bawah RMKe- 12. Antara projek yang bakal dilaksanakan ialah pembinaan baharu 10,200 buah Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di seluruh negara. Kementerian juga akan turut menaik taraf Hospital Angkatan Tentera di Terendak, di Sungai Udang, Melaka yang mana akan memberi manfaat bukan sahaja kepada anggota tentera yang berkhidmat di Kem Terendak, bahkan kepada penduduk di Sungai Udang serta di kawasan-kawasan sekitar. Tuan Yang di-Pertua, segala perancangan ini hanya akan berjaya dicapai melalui sokongan jitu daripada rakyat seiring dengan komitmen kerajaan dalam menyediakan peruntukan yang menyentuh mengenai keperluan pembangunan, aspek keselamatan dan pertahanan negara. Adalah menjadi keutamaan Kementerian Pertahanan bagi mengekalkan Malaysia sebagai sebuah negara yang selamat, berdaulat dan makmur. Setiap perancangan yang dibuat adalah berlandaskan kepada kepentingan negara sama ada di dalam mahupun di luar negara agar ATM mampu menghadapi cabaran keselamatan tradisional dan bukan tradisional pada masa kini dan akan datang. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan Yang Berhormat Libaran.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Syabas kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang jelas yang telah diberikan. Pemahaman dan pendedahan peranan perbelanjaan ketenteraan sesebuah institut demi memacu keutuhan ekonomi dan kedaulatan negara, ini perlu diterapkan kepada segenap masyarakat. Akibat kedudukan unik Sabah, negeri Sabah memerlukan tumpuan yang sepenuhnya kepada usaha menangani cabaran keselamatan dan kesihatan dengan berkesan selain mengurus ekonomi secara mampan juga strategik. Soalan saya, saya minta Yang Berhormat Menteri jelaskan apa rasional peruntukan bajet pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 atau RMKe-12 untuk memperkasakan kawalan keselamatan di perairan Pantai Timur Sabah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon sedikit masa tambahan untuk menjawab soalan ini kerana saya ada sahabat kacak saya yang di depan ini Yang Berhormat Sepanggar. Semalam dia ada bangkitkan semasa MinDef menggulung oleh Yang Berhormat Menteri Kanan yang ada kaitan. Jadi, Yang Berhormat Menteri ada maklum akan dijawab bersama dengan soalan Yang Berhormat Libaran. Okey Yang Berhormat Sepanggar, masih kacak lagi. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Libaran kerana bertanya soalan yang cukup penting ini. Sesungguhnya dalam RMKe-12, aspek memperkasakan kesamarataan adalah untuk keseluruhan negeri Sabah, sama ada baik di Pantai Barat mahupun di Pantai Timur Sabah setelah mengambil kira di mana perancangan PITM secara keseluruhan. Dalam hal ini, bagi membolehkan tentera darat mempertahankan dua buah wilayah, Semenanjung dan juga di Sabah dan Sarawak secara serentak, sebuah markas pemerintahan Medan Timur telah ditubuhkan di Kuching, Sarawak bagi memerintah Divisyen Pertama Infantri di Sarawak dan Divisyen Kelima Infantri yang ditubuhkan di Sabah. Kenapa? Dahulu pertahanan daratan di Sabah dan Sarawak hanya dipertanggungjawabkan kepada satu divisyen infantri iaitu Divisyen Pertama Infantri yang berpangkalan di Kuching, Sarawak. Jadi, dahulu infantri di Kuching ini jaga Sabah dan Sarawak. Manakala Sabah pula hanya dipertahankan dahulu oleh sebuah briged infantri sahaja iaitu Briged Kelima Infantri yang mempunyai ketumpukan yang lebih kecil. Oleh itu, selaras dengan keperluan keselamatan semasa untuk maklumat Yang Berhormat Libaran, pertahanan daratan ke seluruh negeri Sabah kini dipertanggungjawab kepada Divisyen Kelima Infantri yang berpangkalan di Kem Lok Kawi di Kota Kinabalu. Di mana pasukan-pasukan Tentera Darat diatur gerak melaksanakan tugas operasi sebagai elemen hadapan di sempadan negeri Sabah untuk melindungi Kota Kinabalu sebagai centre of gravity. Manakala Briged Ke-13 Infantri yang berpangkalan di FELDA Sahabat, Lahad Datu diatur gerak sebagai forward element mempertahankan kawasan Pantai Timur Sabah. Terdapat juga pasukan infantri yang diatur gerak juga sebagai forward element di sempadan daratan Malaysia-Indonesia di pedalaman negeri Sabah. Briged Kelima Infantri yang berpangkalan di Kem Paradise, Kota Belud Sabah bertindak sebagai elemen kedalaman, in depth element yang bersiap siaga membantu forward element di sempadan sekiranya diperlukan mempertahankan negeri Sabah daripada sebarang bentuk ancaman. Hendak landing sudah. Kesimpulannya Yang Berhormat Libaran, dalam Bajet RMKe-12, Kementerian Pertahanan sudah ambil kira semua sudut potensi ancaman keselamatan dalam
merangka pembinaan kem Tentera Darat di Sabah bagi menangani semua bentuk ancaman melalui strategi yang telah saya sebutkan tadi. Kita ada in-depth element, Briged Kelima Kota Belud, forward element, Briged Ke-13 di FELDA Sahabat Lahad Datu dan kita kini dalam perancangan untuk satu lagi briged untuk kawasan pedalaman Sabah. Menjawab sahabat saya Yang Berhormat Sepanggar yang semalam membangkitkan isunya dia kata sudah lapan tahun sejak tahun 2013, tengok dia pun sudah bangun. Mengapa perintah berkurung di Pantai Timur Sabah ini tidak tarik balik. Nanti saya jawab ya Yang Berhormat Sepanggar. Jadi, untuk pengetahuan sahabat saya Yang Berhormat Sepanggar, kuasa menarik balik ini, kuasa menarik balik perintah berkurung ini di Pantai Timur Sabah adalah di bawah Majlis Keselamatan Negara, bukan kami Kementerian Pertahanan. Walau bagaimanapun, suka saya kongsikan untuk semualah di sini bahawa Angkatan Tentera Malaysia sentiasa melaksanakan operasi rondaan dan pengawasan di Pantai Timur Sabah selama 24 jam, tujuh hari seminggu tanpa gagal.
Jadi, lanjutan daripada itu, kita tengok sekarang situasi keselamatan di sana, Sabah semakin baik serta saya percaya boleh meningkatkan keyakinan penduduk sekitar melalui kehadiran pasukan keselamatan secara berterusan. Jadi, untuk Malaysia tidak perlu risau untuk berkunjung ke negeri Sabah, khususnya termasuk di Pantai Timur. Jadi, datanglah ke Sabah, cuti-cuti Malaysia. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, Sandakan.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Sandakan, mengenai Sabah juga.
Ada banyak yang hendak bertanya ini.
Hal yang berkaitan dengan soalan Yang Berhormat Libaran.
Saya jemput Yang Berhormat Sepanggar, ringkas.
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Satu compliment dia sebut saya masih kacak. [Ketawa] Walaupun sudah tua. Anyway, Yang Berhormat Timbalan Menteri terima kasih banyak- banyak atas jawapan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sementara tadi. Cuma persoalan saya, dalam keadaan negara, kita faham mempunyai kekangan bajet dan sebagainya. Mengoptimumkan aset-aset yang ada ini merupakan satu perkara yang cukup penting. Kawasan terdedah kepada isu ancaman lanun dan anasir-anasir daripada negara jiran kita, contohnya Filipina ialah Pantai Timur negeri Sabah. Kalau kita mengambil contoh seumpamanya Amerika Syarikat, apabila mereka meletakkan Pulau Hawaii sebagai forward operating base mereka, salah satu pangkalan tentera terbesar mereka juga terletak di Pulau Hawaii itu sendiri. Hal ini kerana, apa yang saya ingin sebutkan tentang isu perintah berkurung tadi, setelah lapan tahun Yang Berhormat Timbalan Menteri, banyak industri di Pantai Timur Sabah ini terjejas disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan. Oleh sebab itulah industri pelancongan di Pantai Timur Sabah tidak dapat dikembangkan. Kalaupun berkembang ia agak perlahan kerana ada negara-negara kita dan negara-negara di luar yang memberikan nasihat perjalanan kepada rakyat mereka untuk tidak ke kawasan ini. Jadi, sebab itulah kita mengharapkan komitmen daripada kerajaan agar mengoptimumkan kedudukan-kedudukan pangkalan tentera kita, contohnya tadi disebut Kem Paradise di Kota Belud. Kota Belud tidak menghadapi ancaman lanun dan ancaman
dari luar. Putatan contohnya, Lok Kawi tidak menghadapi ancaman. Sudah berpuluh- puluh tahun, tidak ada ancaman daripada anasir luar di Kem Lok Kawi. Oleh sebab itu, kita berharap agar kerajaan mengoptimumkan aset-aset ini memindahkan dan memberikan fokus kepada Pantai Timur, menjadikannya sebagai satu forward operating base untuk kita mengelakkan ancaman daripada negara-negara jiran. Kita khususlah yang sering berlaku di kawasan-kawasan ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Sepanggar, soalannya. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Itulah Tuan Yang di-Pertua, bagi peluang ke Yang Berhormat Sepanggar, dia bagi ceramah pula. [Ketawa] Tidak ada, tidak ada. Ini sahabat siapa ini– Ini sahabat baik saya. Dia pun datang ke tempat saya Tanah Merah, terima kasih. Saya memahami tetapi untuk pengetahuan, apabila ATM ini bila kita buat, kita ada lihat semua. Saya faham mungkin di peringkat pendapat Yang Berhormat Sepanggar banyak tumpuan fokus kepada sebelah Pantai Timur Sabah. Akan tetapi, macam Yang Berhormat kata mungkin tidak ada keperluan dibuat kem di Lahad Datu dan kem di Lok Kawi tetapi harus Yang Berhormat Sepanggar dan juga rakan-rakan dari Sabah, tentunya sudah tengok semua aspek antaranya aspek isu keselamatan di Pantai Timur, di bahagian sempadan. Jadi apabila kita buat perancangan ini, semua sudah diambil kira. Saya boleh katakan bagi jaminanlah, bagi assurance lah, insya-Allah apa yang kita buat ini kita sudah go through in-depth betul-betullah. Insya-Allah, macam dikatakan tadi kita ada forward element, inward element. Jadi apa pun ancaman di Pantai Timur Sabah ialah di bawah ESSCOM. Ini must be very clear. Jelas di sini, ESSCOM. Jadi walau bagaimanapun kita, ATM kita buat rondaan itu untuk menjaga di kawasan Pantai Timur Sabah. Jadi akhir sekali macam yang saya katakan tadi, ada Kem Sahabat itu, tanggungjawab untuk menjaga di kawasan Pantai Timur Sabah akan terletak di bawah Briged ke-13 yang berada di Kem Felda Sahabat. Inilah jawapan saya. Apa pun apa yang dibangkitkan akan saya bawa ke kementerian dan kita akan study lagilah sama ada perlukah tambahan dan sebagainya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua Sandakan, satu lagi.
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi.
Soalan tambahan. Ini pertahanan negara.
Sedikit masa lagi saya berikan kepada Yang Berhormat..
Pertahanan negara. Pertahanan negara.
Yang Berhormat Labuan. Saya bagi Yang Berhormat Labuan, sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, Pangkalan TUDM Labuan merupakan fasiliti strategik pertahanan negara dalam mendepani ancaman luar, khususnya pencerobohan udara daripada negara asing. Banyak projek yang sudah dirancang dan sepatutnya dibuat tertangguh-tangguh di Pangkalan Udara Labuan. Bolehkah Kementerian Pertahanan mempertimbangkan sejumlah peruntukan yang cukup, sama ada melalui RMKe-12 atau Bajet 2022 untuk pembangunan, pembaikan dan memodenkan Pangkalan Udara Labuan seiring dengan perubahan zaman. Terima kasih.
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit.
Terima kasih, saya ingat tidak ada sudah soalan tambahan. [Ketawa]
Tak, maksimum boleh tiga.
Okeylah. Terima kasih, ini seorang lagi sahabat. Hari ini nampaknya hari Sabah Tuan Yang di-Pertua. Semua yang bertanya semua dari Sabah. Terima kasih Yang Berhormat Labuan, saya kenal juga beliau yang ambil berat tentang orang-orang Labuan khususnya. Hari ini dia bertanya tentang kesiapsiagaan tentang Pangkalan Udara TUDM di Labuan. Baiklah untuk makluman Yang Berhormat Labuan, Kementerian Pertahanan memang kita ada rancang pelbagai perancangan, pembangunan dan menambah baik infrastruktur di Pangkalan Udara Labuan. Antara projek pembangunan yang sedang dan akan dilaksanakan di bawah RMKe-12 untuk Pangkalan Udara Labuan iaitu sejumlah RM63.3 juta untuk pembinaan 97 unit rumah keluarga angkatan tentera pelbagai kelas yang mana akan bermula pembinaannya pada tahun 2022. Sejumlah RM9 juta untuk pembaikan cerun runtuh di sebelah hanger nombor 5, skuadron untuk pesawat helikopter yang mana dalam proses pelantikan kontraktor. Sejumlah RM25 juta bagi kerja-kerja menurap semula keseluruhan dispersal dan taxiway utama yang kini dalam pelaksanaan. Sejumlah RM10 juta bagi pembinaan pelbagai bangunan baharu, bagi menambah baik suasana persekitaran kerja dan operasi di pangkalan udara di Labuan. Selain daripada itu, sejumlah RM12 juta juga dirancang dalam RMKe-12 bagi melaksanakan projek keselamatan dan pertahanan Pangkalan Udara Labuan iaitu untuk pagar perimeter anti-cut, anti-climb, jalan perimeter, CCTV dan menara pemerhati. Jadi untuk makluman Yang Berhormat Labuan lagi, keupayaan pertahanan udara di Pangkalan Udara Labuan akan kita mempertingkatkan dengan rancangan penggantian radar pertahanan udara jarak jauh. Penggantian radar ini ditaja oleh Kerajaan Amerika Syarikat melalui program kerjasama strategik building partner capacity. Jadi insya-Allah, dengan terlaksananya segala program pembangunan di atas yang saya sebut tadi, Kementerian Pertahanan penuh yakin Pangkalan Udara Labuan akan kekal berupaya sebagai sebuah pangkalan TUDM yang utuh dalam menghadapi sebarang ancaman dari negara asing sebagaimana Yang Berhormat Labuan bangkitkan. Terima kasih Yang Berhormat Labuan.
Terima kasih. Pertanyaan jawab lisan seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Tuan Tan Kok Wai, Cheras.
4. Tuan Tan Kok Wai [Cheras] minta Perdana Menteri menyatakan langkah- langkah yang akan diambil oleh kerajaan sekiranya senario terburuk krisis tenaga global berlaku dan apakah kesan kepada pemulihan ekonomi Malaysia yang meningkatkan permintaan terhadap minyak, gas, dan arang batu.
Tuan Yang di-Pertua, sejak kebelakangan ini, beberapa negara dunia telah mengalami krisis tenaga global antaranya ialah Eropah, China dan India. Walau bagaimanapun, Malaysia tidak mengalami masalah berkaitan bekalan tenaga ini seperti yang berlaku di negara-negara tersebut. Krisis yang berlaku di China, Eropah dan India antara lain ialah sebab peningkatan permintaan ke atas gas asli bagi menghadapi musim sejuk dan kenaikan mendadak harga gas asli dan arang batu. Sebagai contoh, harga arang batu pada awal tahun 2021 di sekitar USD80 untuk 1 tan, telah melonjak sehingga USD200 untuk 1 tan pada bulan Oktober. Namun, sekarang telah mula stabil walaupun masih tinggi di paras USD150 untuk 1 tan pada 5
November 2021. Kenaikan harga bahan api secara mendadak boleh memberikan kesan kepada kos penjanaan tenaga. Berdasarkan definisi Agensi Tenaga Antarabangsa atau International Energy Agency (IEA), sekuriti tenaga bermaksud ketersediaan bekalan tenaga tanpa gangguan pada harga yang berpatutan. Sekuriti tenaga mempunyai banyak aspek. Ini termasuklah keselamatan bekalan tenaga jangka panjang untuk persediaan tenaga sesuai selaras dengan perkembangan ekonomi dan kelestarian alam sekitar. Manakala, sekuriti tenaga bagi jangka pendek merujuk kepada kemampuan sistem tenaga untuk negara bertindak balas terhadap perubahan mendadak dalam keseimbangan penawaran dan permintaan.
Tuan Yang di-Pertua, sekuriti tenaga amat penting bagi sebuah negara terutama dalam menangani krisis tenaga global. Oleh sebab kerajaan melalui Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dan agensi seperti PETRONAS, Suruhanjaya Tenaga dan Tenaga Nasional Berhad sentiasa melaksanakan langkah-langkah yang bersesuaian bagi memastikan sekuriti tenaga adalah terjamin pada setiap masa. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, jumlah bekalan tenaga di Malaysia disumbangkan oleh sumber seperti gas asli, minyak mentah, arang batu dan daripada hidro dan lain-lain sumber tenaga yang baharu dan lain-lain produk petroleum. Alhamdulillah, negara kita berada dalam keadaan yang baik kerana sumber penjana elektrik negara telah berjaya dipelbagaikan iaitu 47 peratus arang batu, 41 peratus gas asli, dan 12 peratus tenaga boleh baharu termasuk hidro. Selain itu, result margin kapasiti terpasang elektrik di Semenanjung Malaysia adalah tinggi sebanyak 38 peratus. Kapasiti terpasang adalah kira-kira sebanyak 27 ribu megawatt berbanding permintaan maksimum sebanyak 19 ribu megawatt. Antara usaha yang diambil oleh kerajaan melalui penggubalan Dasar Tenaga Negara 2021-2040 dan Pelan Hala Tuju Gas Asli 2021-2030 yang kini sedang dalam proses untuk dimuktamadkan bersama pihak berkepentingan. Dasar Tenaga Negara bertujuan untuk meningkatkan daya tahan ekonomi mikro dan jaminan bekalan tenaga mencapai kesaksamaan sosial serta memastikan kelestarian alam sekitar selari dengan pertimbangan dalam tiga elemen tenaga iaitu jaminan bekalan, kemampuan untuk membayar, kelestarian alam sekitar.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi menjawab kurang bertenaga. Ingin saya bertanya, krisis tenaga global akibat kekurangan arang batu, gas merupakan krisis yang benar yang mendekat dan memerlukan perhatian serius kita. Ingin saya bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, sejauh manakah penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui dan yang lebih bersih seperti solar dan hidro dipertingkatkan dapat digunakan bagi mengurangkan kebergantungan kepada bahan api gas dan arang batu? Setakat manakah pencapaian negara kita mendiversifikasikan tenaga untuk jangka masa yang panjang? Terima kasih.
Terima kasih atas soalan tambahan tadi. Untuk makluman Yang Berhormat, krisis bekalan tenaga yang antara lain yang pernah berlaku dalam negara kita melibatkan gangguan bekalan elektrik seperti apa yang berlaku pada tahun 1996 dan 2003. Jadi, kerajaan sentiasa mengambil berat berkenaan masalah kekurangan tenaga pada hari ini dengan mengkaji apakah punca-punca yang menyebabkan berlakunya pengurangan bekalan tenaga seperti yang berlaku pada tahun-tahun yang saya sebutkan tadi. Jadi, pada tahun 2019, bekalan gas kepada sektor elektrik telah mengalami pengurangan yang ketara. Ini disebabkan insiden-insiden seperti henti tugas tidak berjadual pelantar-pelantar gas di luar pesisir pantai Terengganu.
Jadi, daripada segi jaminan bekalan, PETRONAS mempunyai apa yang disebutkan sebagai sustainability agenda. Antara lain, kempen untuk penggunaan karbon sifar dan juga perancangan strategik jangka masa panjang, PETRONAS bagi membuka ruang untuk menerokai aktiviti perniagaan yang baharu, new energy yang berteraskan karbon rendah. Jadi, gas asli dijangka akan terus memainkan peranan yang penting dalam campuran tenaga dan gas asli merupakan sumber tenaga yang efisien. Jadi, KeTSA juga telah memainkan peranan untuk memastikan seluruh negara dapat menggunakan bekalan nitro karbon seawal pada tahun 2025. KeTSA juga mempunyai perancangan untuk mempelbagaikan program kecekapan tenaga bagi menggalakkan penggunaan elektrik secara cekap kepada pengguna-pengguna. Itu sahaja, Tuan Yang di-Pertua.
Tebrau.
Ada soalan tambahan kedua? Saya jemput sebelah sini, Yang Berhormat Teberau. Sila, Yang Berhormat Tebrau. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas jawapan pada soalan daripada Yang Berhormat Cheras. Soalan saya adalah sejauh manakah penggunaan atau kejayaan negara kita dalam usaha untuk menggunakan tenaga alternatif seperti solar atau hidro? Ini kerana negara kita memang ada sepanjang masa menerima pancaran matahari. Jadi, tenaga yang paling sesuai untuk kita menggunakan tenaga solar. Soalan kedua. Macam mana dengan tenaga yang digenerasikan guna biodiesel yang negara kita pun ada banyak bahan mentah yang boleh menjana bio diesel? Terima kasih. Soalan saya.
Berkenaan cadangan penggunaan bio diesel dan juga pemilihan alternatif tadi, sebagaimana yang saya sebutkan dalam jawapan saya bahawa penggunaan tenaga alternatif daripada hidro ini merupakan penyumbangan yang pada setakat hari ini kecil iaitu berjumlah sekitar 6.2 peratus. Manakala daripada segi pilihan lain yang dicadangkan oleh Yang Berhormat tadi adalah antara pilihan-pilihan, saya percaya, sebagai alternatif daripada pilihan utama seperti gas asli dan minyak mentah serta arang batu. Ini antara perkara-perkara yang saya percaya dalam kajian pihak KeTSA untuk menentukan apakah bekalan yang paling sesuai untuk negara kita pada hari ini. Walau bagaimanapun, alhamdulillah, sebab negara kita masih lagi dalam keadaan yang baik kerana sumber penjanaan elektrik ataupun tenaga di negara kita ini telah berjaya didiversify ataupun dipelbagaikan seperti kegunaan-kegunaan sumber lain selain daripada gas asli, minyak mentah dan arang batu. Itu sahaja jawapan saya, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Bakri, boleh ringkas tidak? Tak nak ada argument ya sebab kita baru cover empat soalan sahaja.
Ya, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, apakah pandangan- sedia kita tahu bahawa industri tenaga hijau dan industri yang baik. Kalau kita boleh meningkatkan industri ini, kita boleh meningkatkan pelaburan swasta dan juga mewujudkan peluang pekerjaan. Potensi solar kita 270 gigawatt. Apakah pandangan Yang Berhormat Menteri di mana Kementerian Tenaga telah memutuskan supaya tidak mengeksport tenaga boleh baharu kita kepada negara-negara jiran?
Saya bagi contoh recently, mereka telah membuat keputusan untuk tidak mengeksport tenaga boleh baharu ke Singapura dalam projek perintis 100 megawatt (MW) itu. Ini adalah sangat penting supaya kita boleh menubuhkan industri Tenaga Hijau. Apakah pandangan Menteri daripada segi ekonomi? Apakah rasional kita tidak mengeksport elektrik ini yang potensi kita memang jauh lebih banyak daripada keperluan kita?
Terima kasih. Dipersilakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan tambahan itu. Akan tetapi berkenaan keputusan KeTSA untuk tidak mengimport apa Yang Berhormat sebut sebentar tadi adalah di luar pengetahuan saya di EPU. Akan tetapi saya percaya sudah tentu ada asas di atas keputusan-keputusan yang dibuat. Saya akan cuba mendapatkan maklumat yang lebih perinci berkenaan ketetapan yang telah dibuat oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli tersebut dan saya akan berikan jawapan untuk diserah kepada Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, jika boleh kalau.
Yang Berhormat Bakri.
Kementerian Ekonomi ataupun EPU.
Maaf Yang Berhormat Bakri. Yang Berhormat Bakri.
Boleh membawa isu ini kepada KeTSA kerana ini boleh mewujudkan lebih banyak peluang. [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Bakri, tolong jangan bahas.
5. Tuan Haji Wan Hassan Bin Mohd Ramli [Dungun] minta Perdana Menteri menyatakan proses penggubalan satu Akta Halal bagi tujuan penyelarasan dan pemantapan peruntukan undang-undang mengenai proses, prosedur serta kawalan pensijilan halal untuk seluruh negara.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada sahabat saya, Yang Berhormat Dungun. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Ahli Dewan sekalian, kerajaan dalam memacu negara menjadi hub industri halal bertaraf dunia sentiasa prihatin kepada aspek yang berkaitan dengan halal, termasuklah aspek perundangan dan usaha-usaha penyelarasan dan pemantapan peruntukan undang-undang mengenai proses, prosedur serta pengawalan pensijilan halal untuk negara sedang giat dijalankan bagi memperkasakan industri halal. Asas rujukan pensijilan halal Malaysia adalah berdasarkan kepada Malaysian Standard, Akta Perihal Dagangan 2011, Akta Makanan 1983, Akta Binatang 1953 (Semakan 2006), Akta Makanan Haiwan 2009, fatwa yang berkuat kuasa dan akta atau peraturan-peraturan yang berkaitan dari semasa ke semasa. Berdasarkan kepada terma-terma dan inti pati daripada Akta Fatwa semasa dan peraturan-peraturan yang berkaitan, ia didokumenkan menjadi Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia yang dikemas kini berdasarkan kepada keadaan dan keperluan semasa. Pada bulan Januari 2021, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah menguatkuasakan pelaksanaan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia Domestik 2020 untuk menggantikan manual prosedur yang dikeluarkan pada tahun 2014 bagi urusan pensijilan halal di Malaysia. Sebagai langkah untuk memperkasakan perkhidmatan halal, JAKIM juga telah memperolehi akreditasi ISO:IEC 17065 sebagai badan pensijilan halal yang diiktiraf dunia. Kerajaan juga sentiasa berusaha untuk menambah baik sistem penyampaian
perkhidmatan kerajaan dengan menyemak dan mengkaji prosedur-prosedur pensijilan halal standard Malaysia serta peruntukan undang-undang berkaitan halal, sistem-sistem serta aplikasi yang tersedia di semua agensi yang berkaitan bagi memastikan ia mencapai objektif perkhidmatan. Berhubung dengan penggubalan suatu akta khusus berkaitan halal, perkara ini memerlukan kepada penelitian terhadap pelbagai undang-undang yang sedia ada, yang sedang berkuat kuasa, sama ada undang-undang Persekutuan atau negeri bagi memastikan pelaksanaannya adalah selaras dengan peruntukan Perlembagaan dan undang-undang sedia ada. Buat masa ini kerajaan berpandangan bahawa penggunaan undang-undang sedia ada seperti Akta Perihal Dagangan 2011, undang-undang subsidiari di bawahnya iaitu Perintah Perihal Dagangan, Perakuan dan Penandaan Halal 2011 dan Perintah Perihal Dagangan Takrif Halal 2011 serta enakmen di negeri-negeri masih relevant dan memenuhi kehendak serta keperluan semasa. Sekian terima kasih.
Okey Yang Berhormat Dungun.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan. Pada waktu ini atas dasar urusan halal adalah tanggungjawab di bawah kerajaan negeri. Jabatan Agama Islam dan negeri- negeri sudah mempunyai unit penguatkuasaan dan pemantauan makanan dan produk halal dan ia menyebabkan segala urusan setiap negeri di seluruh negara tidak diseragamkan dan tidak diselaraskan secara bersama. Soalan saya, sama ada Akta Halal ini dalam perancangan untuk digubal atau tidak? Adakah wujud sesi libat urus dan bantuan secara langsung, contoh tenaga kerja dan kepakaran teknikal antara JAKIM dan unit Penguatkuasaan dan Pemantauan Pemakanan dan Produk Halal di Jabatan Agama Islam di setiap negeri? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Dipersilakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Dungun. Soalan yang sangat spesifik. Cadangan untuk mewujudkan Akta Halal ini perlu diteliti daripada segi kesesuaian pelaksanaannya dan hendaklah selaras dengan peruntukan Perlembagaan dan undang-undang sedia ada. Akta Perihal Dagangan 2011 dan Perundangan Subsidiari telah dianggap sebagai perundangan utama mentadbir industri halal Malaysia. Walaupun akta ini adalah di bawah bidang kuasa KPDNHEP, ia mengandungi peruntukan yang menggariskan peranan penting JAKIM. Seksyen 29 EPD 2011 telah memberi kuasa kepada Menteri KPDNHEP bagi melantik pihak berkuasa berwibawa untuk mengeluarkan sijil dan logo halal di Malaysia. Melalui perenggan 3 Perihal Perintah Dagangan, Perakuan dan Penandaan Halal 2011, Menteri KPDNHEP telah menamakan JAKIM, pihak berwibawa tersebut. Dari sudut pentadbiran dan pengurusan halal... [Tidak jelas] 72, Perintah Perihal Dagangan, Perakuan dan Penandaan Halal 2011, telah memperuntukkan Ketua Pengarah JAKIM boleh membuat prosedur, pekeliling dan standard bagi melicinkan dan memantapkan pengurusan dan pentadbiran halal. Mengenai libat urus dalam kalangan agensi antara JAKIM dan unit pemantauan dan penguatkuasaan agama negeri, perkara ini telah pun dilakukan semenjak tahun 2011 lagi berdasarkan kepada beberapa keputusan dasar dan salah satunya berdasarkan kepada keputusan Majlis Raja-Raja kali ke-224, bertarikh 16 Jun 2011 terhadap pengurusan penyeragaman pensijilan halal bersama JAKIM dengan Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri. Selain daripada itu, satu inisiatif yang aktif yang dilakukan oleh KPDNHEP sekarang ini telah menubuhkan Jawatankuasa Penyelarasan Perundangan dan Penguatkuasaan Halal yang melibatkan semua agensi kerajaan dan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri dalam menangani isu penyelarasan dan tindakan berkaitan
penguatkuasaan dan peruntukan undang-undang yang melibatkan perakuan dan penandaan terhadap makanan dan perkhidmatan yang menggunakan ungkapan halal. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Dipersilakan Yang Berhormat Bukit Bintang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua soalan tambahan. Memandangkan syarikat-syarikat makanan bukan Islam sering menjadi mangsa provokasi NGO Islam mengenai logo halal, sedangkan syarikat-syarikat tersebut mempunyai sijil halal. Kerajaan nampaknya biarkan sahaja dan syarikat makanan bukan Islam dianiayai. Bolehkah kerajaan bantu mempertahankan daripada serangan ini? Terima kasih.
Terima kasih. Dipersilakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bintang. Sebagaimana yang saya sebutkan di permulaan jawapan tadi, bahawa sesiapa sahaja ataupun mana-mana syarikat yang mematuhi manual standard untuk pensijilan halal ini, mereka layak untuk mendapat sijil halal. Sebahagian besar daripada syarikat- syarikat yang mendapat pensijilan halal ini termasuk syarikat di kalangan bukan bumiputera dan tidak berbangkit soal diskriminasi, walaupun syarikat-syarikat itu berdepan dengan desakan dan tindakan daripada pelbagai NGO. Apa yang paling penting, kita ikut apa yang ditetapkan oleh kerajaan. Kerajaan sentiasa ikut kepada prosedur yang telah ditetapkan dan semua dan rakyat negara kita termasuk titi perniagaan yang bertaraf apa sekali pun, mereka tetap berhak untuk mendapat pensijilan halal. Terima kasih.
Terima kasih. Saya hendak ke...
Tumpat minta satu, Tuan Yang di-Pertua.
Maaf, maaf, saya hendak ke soalan yang keenam sebab hari ini baru lima soalan. Satu jam 40 minit, baru lima soalan.
[Bangun]
Soalan tambahan.
Soalan saya yang berkait.
Puan Yeo Bee Yin. Silakan. Maaf, maaf.
6. Puan Yeo Bee Yin [Bakri] minta Menteri Alam Sekitar dan Air menyatakan polisi terkini kementerian dalam pengawalseliaan buangan terjadual dan langkah-langkah yang diambil untuk mengurangkan pembuangan bahan toksik ke alam sekitar.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Bakri. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, polisi terkini Kementerian Alam Sekitar dan Air melalui Jabatan Alam Sekitar dalam pengawalseliaan buangan terjadual dengan langkah-langkah adalah seperti berikut. Polisi pertama bagi perlesenan premis yang ditetapkan buangan terjadual adalah seperti berikut: (i) semua premis yang dilesenkan perlu memastikan buangan yang diterima memenuhi waste acceptance criteria untuk diolah dan dilupuskan;
(ii) program pemantauan dan penguatkuasaan pengurusan bangunan terjadual melalui Electronic Schedule Waste Information Systems adalah diperkemaskan; (iii) kedua-dua waste generator iaitu industri dan juga waste receiver perlu mempunyai orang yang berwibawa; (iv) pelesenan semua waste receiver disemak semula; (v) penggunaan kenderaan pengangkut pihak ketiga yang baru oleh waste receiver bagi mengangkut buangan terjadual adalah tidak dibenarkan mulai 1 Mei 2021; (vi) kesemua kenderaan pengangkut sedia ada yang dilesenkan sebagai pengangkut buangan terjadual iaitu pembawa yang ditetapkan buangan terjadual perlu mempamerkan identiti premis bermula pada tempoh pelesenan 1 Mei 2020 hingga 31 April 2021 dan seterusnya secara berperingkat; (vii) mensyaratkan tempoh operasi pergerakan kenderaan pengangkut buangan terjadual dari jam lima pagi hingga 11 malam; dan (viii) mensyaratkan pemasangan global positioning system pada kenderaan pembawa buangan terjadual. Manakala polisi yang kedua dari segi pengimportan dan pengeksportan buangan terjadual ialah: (i) pergerakan merentasi sempadan buangan terjadual adalah tertakluk kepada prosedur prior informed consent dengan izin, di bawah Convention Basel; (ii) mana-mana pihak yang berhasrat untuk mengimport, mengeksport atau transit buangan berbahaya hendaklah mendapatkan kelulusan bertulis di bawah seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974; (iii) sehubungan ini juga pengimportan buangan terjadual bagi tujuan pemerolehan kembali dan pelupusan akhir dalam negara adalah tidak dibenarkan; (iv) kementerian juga ingin menegaskan lagi bahawa pengimportan... [Tidak jelas] waste ke dalam negara adalah tidak dibenarkan; dan (v) pengimportan buangan terjadual dari negara-negara OEC dan EC adalah tidak dibenarkan selaras dengan pelaksanaan Ban Amendment di bawah Convention Basel. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, tadi Menteri telah katakan memantau pergerakan sisa terjadual dengan eSWIS. Saya hendak tanya, berapakah peratusan premis yang menghasilkan bahan terjadual ini sekarang telah terdaftar di dalam sistem eSWIS? Kedua ialah sekarang di Malaysia kita memang tahu bahawa tadbir urus bahan kimia adalah berpecah belah ya. Kita life cycle bahan kimia, pembuatan, pengangkutan, penyimpanan, penggunaan, pengendalian dan pelupusan bahan kimia, kita tiada satu rangka undang-undang. Saya hendak tanya apakah pandangan Menteri sama ada kita memerlukan Chemical Governance Act ya, Akta Pengawalseliaan Bahan Kimia supaya kita boleh mengawal selia pembuangan toksik kementerian alam sekitar dengan lebih komprehensif.
Terima kasih. Silakan Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bakri di atas soalan tambahan. Ada sedikit maklumat tentang jadual itu. Jumlah premis industri yang buangan terjadual setakat ini ada 26,679 premis, untuk rekod yang kita ada. Kemudian, berkenaan soalan yang kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bakri itu. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Bakri berkaitan polisi dan perundangan tetap memang ada, ia adalah soal pelaksanaan. Pemerkasaan pelaksanaan dan untuk makluman Yang Berhormat Bakri, sekarang ini di Malaysia terdapat lebih daripada 15 hektar yang menguruskan bahan kimia yang melibatkan pelbagai agensi seperti KKM, MAFI dan sebagainya. Saya juga bersetuju dengan Yang Berhormat Bakri yang penguatkuasaan ini juga terlibat merentasi jabatan yang memerlukan kerjasama dan penyelarasan daripada semua jabatan yang terlibat. Bagi isu ini, KASA akan membuat kajian untuk mewujudkan garis panduan pengurusan bahan kimia di Malaysia. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Jempol, sila.
Terima kasih. Pertamanya, saya hendak ucapkan tahniah...
Saya hendak tanya sikit butiran tentang jawapan- jawapan yang...
Pertamanya saya ucapkan tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua kerana di atas anugerah Tan Sri, tahniah dan syabas.
Terima kasih.
Berdasarkan cerapan imej menggunakan satelit secara berkala dijalankan oleh Agensi Angkasa Malaysia di bawah Kementerian, Teknologi dan Inovasi, Selangor, Johor, Pahang dan Perak dikenal pasti di antara negeri yang mempunyai banyak kawasan dijadikan tempat pembuangan sisa toksik secara haram di negara ini. Soalan saya, apakah tindakan kementerian terhadap hasil dapatan tersebut? Sejauh manakah kerjasama yang dilakukan oleh kementerian bersama kerajaan negeri untuk memantau dan menangani isu pembuangan bahan toksik di negeri tersebut? Mohon Menteri untuk menjawab. Terima kasih
Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Jempol dan Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tahniah Tuan Yang di-Pertua di atas penganugerahan gelaran Tan Sri. Berkenaan dengan soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jempol ini, lagi berkenaan dengan isu penguatkuasaan, pemerkasaan, isu-isu ini. Saya haraplah selepas ini pihak KASA, khususnya JAS akan mengambil perhatian terutama sekali sisa buangan di negeri Selangor ini. Salah satu usaha yang dilakukan oleh pihak kementerian ialah dengan mengadakan – ini berkenaan dengan pengurusan sumber air iaitu Integrated River Basin Management (IRBM). Apabila penyelarasan kesemua jabatan digabungkan, digembleng untuk merancang hal-hal pembangunan di kawasan itu yang terlibat pembuangan. Betul seperti yang Yang Berhormat Jempol sebut tadi, tidak termasuk sisa pembuangan yang terjadual. Pembuangan sisa yang terjadual ini memerlukan satu akta atau yang lebih khusus seperti yang kita sebutkan tadi dan memerlukan pelaksanaan yang daripada semua agensi. Kedua, ingin kita tegaskan ialah tentang educating the public ataupun kempen kesedaran tentang pencemaran alam sekitar ini untuk menjamin kelestarian alam sekitar. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Seterusnya Yang Berhormat Dato’ Sri Hasan bin Arifin, silakan.
7. Dato' Sri Hasan bin Arifin [Rompin] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan apakah status semasa sekatan dan kempen anti minyak kelapa sawit oleh Kesatuan Eropah (EU) terhadap minyak sawit Malaysia. Nyatakan jumlah terkini eksport minyak kelapa sawit negara serta kemampuan negara dalam menampung keperluan minyak kelapa sawit di pasaran dunia.
Alhamdulillah, terima kasih Yang Berhormat Rompin di atas soalan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Rompin bertanya tentang apakah status semasa sekatan dan kempen anti minyak kelapa sawit oleh Kesatuan Eropah (EU) terhadap minyak Sawit Malaysia. Menyatakan jumlah terkini eksport minyak kelapa sawit negara serta kemampuan negara dalam menampung keperluan minyak kelapa sawit di pasaran dunia. Ketika ini, isu mengenai EU mengambil tindakan kepada negara kita mengenai kegunaan tanah. Risiko kegunaan tanah penanaman kelapa sawit. Jadi, EU menganggap bahawa berapa andaian-andaian yang telah diterima dan laporan-laporan yang tidak berasas telah diterima dan membuat andaian bahawa Malaysia tidak mengikut syarat- syarat yang telah diberikan dari segi penggunaan tanah kelapa sawit iaitu isu-isu mengenai penanaman semula. Isu-isu mengenai deforestation. Jadi untuk ini, Kerajaan Malaysia telah membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap EU pada 1 Julai 2020.
Pada Mac – pada 15 Januari 2021, Malaysia telah memfailkan tindakan undang- undang di bawah Dispute Settlement Mechanism di bawah WTO ya. Nombor kes kita merupakan Dispute Settlement 600. Lanjutan daripada itu, satu consultancy telah diadakan di antara Malaysia dengan EU pada 17 Mac 2021. Ini tidak dapat apa-apa persetujuan dan insya-Allah ini akan dilanjutkan pendengaran ini pada hujung Januari 2022. So, jadi insya-Allah saya akan menghadiri sesi ini untuk membentangkan fakta-fakta yang lebih tepat yang harus kita bentangkan kepada EU kerana andaian-andaian yang mereka dapat itu adalah tidak benar tentang polisi-polisi yang dijalankan dan yang telah dilaksanakan di dalam negara kita. Ini kerana negara kita ada polisi kita tersendiri jadi EU tidak boleh impose apa yang mereka kehendaki selagi kita dapat menepati apa yang telah diberikan garis panduan. Jadi kita tidak mahu buli tactics ini digunakan kepada negara kita. Oleh sebab itu, kita bukan negara calang-calang. Malaysia melaksanakan SDG, melaksanakan ESG dan ini telah kita laksanakan di mana threshold untuk kegunaan tanah hutan untuk tanaman kelapa sawit adalah seluas RM6.5 juta hektar. Jadi di situ ada panduan yang mana setiap kali tanaman kelapa sawit itu dituai dan harus digantikan balik dan ia akan dibuat daripada sistem penggiliran dan sebagainya. Jadi ini amat terkawal dan kita ada kita punya sistem sendiri yang mana mereka telah menerima reports yang tidak berasas dan tidak ada qualification dan tidak ada kuantiti, tidak quantified. Jadi, ini harus kita bawa ke tengah ke sidang yang akan datang pada Januari 2022 insya-Allah untuk memastikan bahawa EU mendapat maklumat yang lebih tepat. Terima kasih.
Yang Berhormat soalan tambahan pertama.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Semasa Malaysia mengeksport getah utama negara, pusat penyelidikan getah di London daripada segi akalnya tidaklah munasabah dibuat di London. Apa salahnya pusat penyelidikan kelapa sawit ini dibuat di Eropah juga sama ada di Germany ataupun di Perancis dengan employ saintis-saintis di kalangan orang Eropah itu sendiri. Jadi kebaikan-kebaikan kelapa sawit ini dapat dinyatakan dengan lebih terperinci jika pusat penyelidikan kelapa sawit itu berada di Eropah.
Saya mencadangkan supaya kerajaan harus membelanjakan duit kerana kelapa sawit ini adalah industri penting negara. Mesti buat pusat penyelidikan di Eropah sebagaimana kita buat pusat penyelidikan di England semasa getah menjadi komoditi utama negara. Saya mintalah perkara ini dilakukan dengan segera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Rompin. Ya, kementerian di bawah MPOC dan juga MPOB saya percaya telah menubuhkan satu kolaborasi dengan negara di Eropah untuk sebuah pusat kajian mengenai sawit dan bukan sahaja di Eropah, di beberapa buah tempat yang lain. Jadi, saya memang memandang berat tentang isu kelapa sawit, ini merupakan komoditi nombor satu pengeluaran eksport negara jadi harus kita kawal dan juga harus kita protect komoditi ini untuk memastikan bahawa ia terus sustainable dan dapat maintain kita punya market share di pasaran antarabangsa. Ini ada menjadikan sumber pendapatan utama kepada negara. Jadi, insya-Allah ini akan kita memperluaskan aktiviti research dan sebagainya, untuk sawit kerana kita juga hendak concentrate pada aktiviti hiliran yang mana mendatangkan hasil pendapatan yang lebih lumayan. Terima kasih.
Yang Berhormat Teluk Intan, sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang budiman. Saya ada dua soalan penting yang ditanya kepada Yang Berhormat Menteri. Pertama, adakah kerajaan akan mengikuti jejak langkah negara Indonesia menyekat pengeksportan minyak mentah sawit dan only allow the export of refinery palm oil supaya harga minyak kelapa sawit dapat dikekalkan di paras yang tinggi untuk menguntungkan pekebun-pekebun kecil. Kedua, baru-baru ini di mana harga baja dan juga masalah kekurangan guna tenaga pekerja di ladang kelapa sawit semakin meruncing. Banyak kali telah kami bangkitkan di Dewan yang mulia ini, tetapi setakat hari ini masalah ini masih lagi tidak ada jalan penyelesaian yang menyeluruh. Akibatnya banyak buah kelapa sawit yang telah pun tiba masa untuk dituai akhirnya semua jatuh atas lantai tidak ada pekerja. Sampai bila masalah ini akan diselesaikan. Sekian, terima kasih.
Where you are now, Beruas or Teluk Intan?
Teluk Intan.
Teluk Intan, okey thank you... [Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat Teluk Intan. All right, jadi memang perkara- perkara ini dalam pengetahuan kementerian. Untuk guna tenaga memang telah diluluskan walaupun ketika itu ada sekatan pemberhentian daripada pengambilan tenaga pekerja asing sampai Disember 2021. Akan tetapi, kita telah mendapat kelonggaran untuk dilepaskan untuk plantation sebanyak 32 ribu orang pekerja. Ini dalam proses di bawah kendalian Kementerian Sumber Manusia dan insya- Allah akan bermula masuknya pekerja-pekerja ini dalam maybe end of this month. Cukup bulan ini, bulan November ini. Saya faham tentang 40 percent of our yield is in the year end of December, dan this akan membawa hasil sebanyak RM30 bilion. Saya tidak akan membenarkan wang sebanyak ini terbiar dan tidak dapat kita tuai. Insya-Allah kita akan berusaha dan saya memang push Kementerian Sumber Manusia untuk mempercepatkan proses ini. Harga baja memang saya juga faham, memang saya turun ground, harga baja tinggi ketika ini. Kementerian cuba hendak melihat bagaimana mekanisme yang boleh mengawal harga baja di peringkat komoditi bukan keseluruhan. Untuk eksport minyak di sekatan di Indonesia, saya baru balik dari Jakarta sebenarnya dan ini adalah kerana Indonesia menyekat eksport minyak dengan memberi levi yang lebih tinggi about RM1,500 lebih tinggi daripada kita di Malaysia. Ini kerana Indonesia hendak menyekat keluaran minyak ini kerana mereka hendak fokus kepada
program biodiesel yang mereka telah buat by 21 and 30. But Malaysia kita bukan tak fokus, kita buat biodiesel 20 tetapi tidaklah begitu agresif. Ini kerana subsidi kita adalah kepada minyak petroleum. subsidi Indonesia adalah kepada sawit jadi mereka boleh melaksanakan program itu lebih rancak. Akan tetapi saya kira Malaysia mungkin tidak ada lagi berniat untuk buat sekatan kerana permintaan crude oil kita sangat memberangsangkan dan ia mendatangkan hasil yang lumayan walaupun dalam keadaan pandemik ini. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Pokok Sena, sekejap ya.
Ya. Terima kasih, isu boikot minyak kelapa sawit ini di Melaka, PN boikot BN, BN boikot PN... [Tepuk] Cukup, itu kan berlaku.
Itu bukan kelapa sawit ya.
Baik, saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, kerajaan pernah pada Januari yang lalu menyatakan untuk mengupah firma advokasi untuk menjalankan kempen di Eropah. Jadi saya hendak minta penjelasan apa status progress terkini dan jumlah kos untuk kita lantik firma ini?
Yang Berhormat Pokok Sena, kelapa sawit tak bertanding di Melaka.
Yang Berhormat Pokok Sena boleh bawa logo kelapa sawitlah. [Ketawa] Okey jadi apa yang diperlukan oleh Yang Berhormat Pokok Sena tadi saya tidak ada maklumat daripada segi angka cuma memang kita harus melihatkan perkara ini. Saya dalam peringkat kementerian telah merombak dan restructure cara-cara kita membanteras anti sawit kempen ini dan juga cara-cara kita memasarkan komoditi kita. Jadi dalam perancangan untuk memastikan bahawa satu efektif, satu mekanisme yang lebih efektif dan berkesan dapat kita laksanakan. Terima kasih.
Boikot BN dulu. [Ketawa]
Maaf. Hari ini kita cuma dapat cover tujuh soalan. Minta maaf sebab banyak soalan tambahan. Yang Berhormat semua, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. Terima kasih semua. Usul menteri silakan. [Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Tuan Yang di-Pertua; “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai giliran nombor sembilan kementerian iaitu Kementerian Pengangkutan; Kementerian Sumber Manusia; Kementerian Pertanian dan Industri Makanan; Kementerian Alam Sekitar dan Air; Kementerian Dalam Negeri; Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna; Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi; Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat seperti Nombor 6 hingga Nombor 14 dalam susunan giliran Yang Berhormat Menteri-menteri menjawab ke atas
perbahasan Belanjawan 2022 di Peringkat Dasar dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Rabu, 17 November 2021”.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada yang menyokong?
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Silakan Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan setinggi syabas dan tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua atas kejayaan dikurniakan Anugerah Darjah Panglima Setia Mahkota sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.
Terima kasih Yang Berhormat.
Tahniah.
Terima kasih.
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG KAWALAN BEKALAN (PINDAAN) 2021 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Kawalan Bekalan 1961; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna [Dato Sri Alexander Nanta Linggi]; dibacakan kali yang pertama; akan dibaca kali kedua pada Mesyuarat ini.
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2022 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2022Bill
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2022 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”. "Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406] , membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari tujuh puluh tujuh bilion dan enam ratus juta ringgit (RM77,600,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2022, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2022, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 32 Tahun 2021, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [15 November 2021]
Terima kasih. Kita ada sembilan kementerian hari ini untuk menjawab. Saya ingin syorkan kepada Ahli Yang Berhormat Menteri kalau sesuatu perkara itu tidak menekan dan Ahli Yang Berhormat yang menanyakan soalan tidak ada di dalam Dewan yang mulia ini, maka, bolehlah diberi secara bertulis kecuali perkara itu menekan ya. Itu syor saya. Saya menjemput Yang Berhormat Menteri di Kementerian Pengangkutan. 40 minit Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tahniah dan syabas atas kurniaan Darjah PSM baru-baru ini.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas keprihatinan 15 orang Ahli Yang Berhormat terhadap kementerian ini yang membenarkan yang membahaskan dan menyentuh perkara-perkara di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan. Saya mulakan dengan pengangkutan udara. Pertama sekali, Yang Berhormat Port Dickson dan Yang Berhormat Ledang telah membangkitkan isu berhubung pengambil alihan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang oleh entiti swasta. Setakat ini, kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk meluluskan pengambilan ataupun jualan mana-mana bahagian Lapangan Terbang Subang kepada sebarang entiti perniagaan swasta. Hak dan pengoperasian Lapangan Terbang Subang kekal seperti mana yang diperuntukkan di bawah Perjanjian Pajakan yang diberikan kepada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) untuk mengendali, mengurus dan menyelenggarakan termasuk menetap, mengguna dan mengawal Lapangan Terbang Subang sehingga tahun 2034
iaitu melalui Operating Agreement dan tahun 2067 melalui Lease Agreement. MAHB bertanggungjawab untuk mengembangkan Lapangan Terbang Subang sebagai hab aeroangkasa antarabangsa sepertimana yang telah diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac 2005. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Semporna dan Yang Berhormat Selangau telah menyentuh isu peruntukan sebanyak RM209 juta untuk membiayai kos pengangkutan udara di kawasan luar bandar termasuklah Long Pasia dan Kudat. Peruntukan ini adalah bagi membiayai operasi perkhidmatan pengangkutan udara luar bandar atau rural air services (RAS) yang disediakan oleh MASwings terutamanya untuk penduduk di pedalaman Sabah dan Sarawak. Dalam hal ini, Kerajaan Malaysia telah menandatangani satu perjanjian baharu dengan syarikat penerbangan MASwings bagi meneruskan penyediaan operasi RAS di Sabah dan Sarawak untuk tempoh enam tahun bermula 2019 sehinggalah tahun 2024 merangkumi hasil rasionalisasi perkhidmatan selaras dengan kajian semula oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM). Keseluruhan laluan RAS adalah 40 yang meliputi 13 laluan dengan menggunakan lapan buah pesawat jenis ATR72-500 dan 27 laluan dengan menggunakan enam buah pesawat jenis Twin Otter Viking DHC-6-400. Laluan-laluan ini adalah melibatkan 12 buah lapangan terbang dan 15 buah padang terbang di Sabah dan Sarawak termasuklah laluan ke destinasi pedalaman seperti Bario, Ba'kelalan, Marudi, Long Akah, Long Lellang dan juga Kudat.
Yang Berhormat Menteri, mohon mencelah sedikit saja.
Ya.
Tadi disebutkan konsesi kepada Malaysia Airports Holdings Berhad dan spekulasi menyatakan Sultan Abdul Aziz Shah Airport mungkin diswastakan. Adakah perjanjian konsesi itu membolehkan MAHB bekerjasama dengan pihak swasta? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya apabila kita menandatangani operating agreement dengan pihak MAHB, salah satu kuasa yang kita berikan ialah mereka sublease kepada mana-mana orang untuk bekerjasama. Itu tidak menjadi isu tetapi yang dibawa kononnya hendak dijual itu tidak betul ya. Saya hendak terus terang kerana dua agreement iaitu operating agreement dan lease agreement yang hanya tamat tempoh pada tahun 2034 dan tahun 2067 ya. Berikut adalah penyaluran subsidi...
Yang Berhormat Menteri, soalan tambahan?
Ya.
Saya faham sublease tersebut ada tetapi mungkin persoalan yang dibawa oleh Yang Berhormat Alor Gajah berkait rapat dengan surat yang telah dibocorkan dan dibuktikan sahih penolakan daripada Khazanah, daripada MAHB, daripada Malaysia Aviation Group yang bukan sahaja berkenaan lease tetapi lease extended until year 2092 dan menukar, repurposing of Subang Airport yang sebelum ini hanya untuk turboprop tetapi kini untuk semua jenis airlines yang bakal memakan KLIA dan KLIA2. Itu ada banyak lagi tanah-tanah yang akan diambil juga di sekelilingnya. Persoalan saya, adakah cadangan itu diluluskan atau tidak kerana surat-suratnya ada dan kedua, kenapakah tidak melalui proses open tender atau bidding RFP tetapi diberikan secara terus. Itu persoalan yang saya rasa rakyat mahu tahu. We are not against monopoly. Maksudnya kalau MAHB must be competitive, I agree with you tetapi kalau boleh proses itu buatlah secara lebih telus (transparent) dan dibincangkan supaya kita dapat pilih yang terbaik demi rakyat Malaysia. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Muar. Satu soalan yang baik. Saya cuba menerangkan apa yang berlaku. Ramai yang keliru menganggapkan seolah-olah ada satu program ataupun satu projek di mana kita akan membangunkan keseluruhan kawasan ini. Memang perancangan itu ada tetapi ia tidak melihat kepada satu buah komponen Lapangan Terbang Subang sahaja. Kalau kita lihat dulu, masa agreement itu, ada enam komponen. Hendak jadikan ia sebagai satu buah kawasan di mana MRO kita kena kembangkan. Saya nampak juga krew TV3 pergi buat. Mereka kata bangunan kononnya bangunan MAS tadi dulu tidak digunakan. Saya hendak terangkan. Ini bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan. Bangunan dimiliki oleh Khazanah. Jadi, sudah ada perancangan pihak Khazanah yang mana ia hendak jadikan keseluruhan ekosistem untuk kita menghidupkan semula private jet operation kita. Kita lihat MRO dan itu merupakan satu impian dan misi saya untuk membawa balik di mana kita lihat daripada segi grading FAA, dulu kita terjunam kepada Kategori 2. Jadi, merupakan komitmen saya untuk membawa ke Kategori 1.
Kesannya ialah kepada MRO kita. Bermaksud sekiranya kita berada di tahap kategori satu oleh FAA, ia akan memberi impak yang besar. Apa juga produk yang dibuat melalui MRO, dia akan memberi satu nilai tambah yang lebih. Itu contoh. Jadi, enam komponen ada dalam agreement ini. Jadi, sepertimana yang dihuraikan dalam dimeterai pada tahun 2005, kesemua ini merupakan obligasi yang perlu kita buat. Akan tetapi saya perlu cakap ini dalam konteks lapangan terbang sahaja. Keseluruhan kawasan ini kita ada Airod, ada lagi kawasan- kawasan yang dimiliki oleh Khazanah, kawasan itu sepatutnya mempunyai satu ekosistem untuk bangunkan Subang. Ini soalan Yang Berhormat bawa itu sebenarnya betul. Sebelum itu pernah ada pembentangan kepada MAHB kepada saya dan melihat apakah fungsi Subang Airport ini. Bagi saya mana-mana negara maju kita boleh kekalkan city airport. Tidak jadi isu. Akan tetapi pengoperasiannya, saya beri contoh kalaulah KLIA sekarang kita ada 109 juta penumpang setahun, sebelum COVID-19 bermaksud untuk KLIA1 dan KLIA2 ia dah mencapai satu tahap yang memberangsangkan. Akan tetapi pada waktu yang sama, ada permintaan untuk city airport. Mereka yang duduk di Subang dan Damansara, mereka menganggap lebih senang kalau menaiki pesawat yang walaupun lebih kecil, kurang selesa tetapi mereka gunakan low-cost carrier. Ini yang tidak menjadi satu masalah kepada mereka. Jadi, dalam kes ini kita lihat apakah kawasan ini juga boleh dibangunkan untuk kita bawa point to point daripada satu kawasan ke satu kawasan, tidak seperti connectivity di KLIA. Jadi, itu kita lihat. Jadi, untuk membangunkan kawasan ini kita perlukan pandangan daripada semua pihak. Perbincangan mungkin ada yang minit didedahkan itu bagi saya tidak lagi konklusif kerana apa juga perusahaan akhirnya akan membawa kepada Jemaah Menteri dan satu keputusan perlu dibuat kerana sudah ada tandatangan ataupun satu perjanjian yang telah dimeterai oleh kedua-dua pihak. Satu lagi isu bukan sahaja di sini, 39 buah airports di bawah MAHB. Kita tengah fikir bagaimana kita dapat melanjutkan operating agreements (OA) supaya pendek sangat,dia tidak boleh– not bankable, dia hendak bawa ke bank tidak boleh. Jadi, kita melihat dan kita dalam proses memuktamadkan ini. Jadi, saya rasa eloklah kita melihat apa prosedur yang ada pada kementerian dan apa juga keputusan kita akan bincang dengan Kementerian Kewangan dan juga akhirnya akan bawa ke Jemaah Menteri ya. Baik, terima kasih Yang Berhormat Muar. Penyaluran subsidi kepada pihak MASwing yang dilaksanakan pada setiap tahun adalah tidak mengikut laluan atau negeri. Sebaliknya peruntukan disalurkan berdasarkan kepada kerugian ke atas kos operasi secara keseluruhan dan bayaran sewa pajakan pesawat yang digunakan untuk menyediakan perkhidmatan ini.
Untuk maklumat Yang Berhormat, adalah menjadi dasar kerajaan untuk meneruskan operasi RAS bagi laluan-laluan yang tidak berekonomi dan dalam usaha kerajaan meningkatkan accessibility penduduk di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak ke bandar-bandar yang berdekatan. Perkhidmatan ini mampu meningkatkan tahap kehidupan penduduk luar bandar Sabah dan Sarawak dengan meningkatkan mobiliti sumber ekonomi. Berdasarkan perjanjian public service obligation for RAS, terdapat dua laluan di Kudat iaitu Kota Kinabalu ke Kudat dan Kudat ke Sandakan dengan kekerapan penerbangan masing-masing adalah dua kali seminggu. Walau bagaimanapun, kedua- dua laluan tersebut terpaksa digantung sementara perkhidmatannya bermula 1 November hingga 30 November 2021 kerana permintaan terhadap perkhidmatan di laluan ini sangat tidak menggalakkan. Bagi Long Pasia, perkhidmatan ke laluan ini masih belum disediakan ekoran keadaan Padang Terbang STOLport di Long Pasia memerlukan kerja-kerja penambahbaikan kerana mengalami kerosakan hampir 50 peratus. Anggaran kos yang diperlukan bagi pembaikan padang terbang ini adalah sebanyak RM30 juta tertakluk kepada kemampuan kewangan kementerian. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu telah menyatakan kerisauan beliau mengenai cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa KSP akan menjejaskan sumber air di kawasan Ulu Muda. Setakat ini mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) dalam mesyuaratnya pada 27 Oktober tahun lalu hanya memberikan kelulusan prinsip terhadap cadangan projek pembangunan lapangan terbang antarabangsa Kulim. Kelulusan prinsip ini adalah tertakluk kepada permohonan mendapatkan pertimbangan daripada Kementerian Pengangkutan dan beberapa agensi kerajaan yang lain. Kementerian Pengangkutan ingin menjelaskan bahawa sehingga kini tiada kelulusan diberikan untuk menubuhkan aerodrome bagi projek KSP sepertimana yang diperuntukkan di bawah Peraturan-peraturan Penerbangan Awam (Pengendalian Aerodrom) 2016. Oleh itu, kelulusan akhir bagi cadangan pembinaan KSP hanya akan dipertimbangkan apabila kajian Pelan Strategik Lapangan Terbang Negara (NASP) telah disiapkan serta pematuhan kepada semua syarat yang ditetapkan oleh agensi kerajaan yang lain sepertimana yang dinyatakan dalam laporan-laporan teknikal seperti laporan EIA, laporan SIA, Laporan TIA dan sebagainya bagi memastikan cadangan pembinaan lapangan terbang benar-benar viable, sustainable dan juga memenuhi keperluan teknikal yang ditetapkan oleh CAAM dan MAVCOM. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Lanang amat prihatin terhadap isu harga tiket penerbangan di Sabah dan Sarawak ke Semenanjung Malaysia yang tinggi.
Yang Berhormat.
Silakan Yang Berhormat Jerlun.
Terima kasih. Boleh saya tanya mengenai KXP sebentar tadi. Berdasarkan kepada apa Yang Berhormat menjawab sebentar tadi, secara umumnya adakah pihak Kementerian Pengangkutan sebenarnya positif ataupun negatif mengenai pembinaan KXP ini?
Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Saya rasa ini satu topik yang agak menarik. Kita kena melihat inventori yang ada. Kalau kita lihat Lapangan Terbang Pulau Pinang, potensinya daripada segi membawa penumpang dan juga daripada segi membawa cargo load juga agak tinggi. Akan tetapi disebabkan pandemik, pengurangannya agak mendadak. Kalau kita hendak merancang even mengikut pre-COVID level kita kena lihat juga berapakah jumlah penumpang yang dapat dijana untuk KSP dan juga dari segi cargo load. Sekiranya kedua-dua ini tidak memberi satu datangnya daripada kumpulan yang sama, dia akan wujudkan satu saingan yang tidak baik. Itu kita kena lihat. Oleh sebab itu, apabila kementerian duduk dalam mesyuarat MPFN, kita mempunyai satu syarat yang agak nyata iaitu kena berdasarkan kepada laporan-laporan bukan sahaja EIA, TIA, SIA
termasuk juga kita lihat bagaimana kita hendak menyeragamkan daripada segi airspace requirement kerana Butterworth itu juga digunakan untuk tujuan ketenteraan dan terlalu dekat dengan KSP dan Pulau Pinang pun sudah merupakan satu lapangan terbang yang agak sibuk. Jadi, kita sepertimana saya dah jawab tiga kali dalam Dewan ini, priority kita dalam konteks kalau dia adalah compliment kepada Pulau Pinang, Pulau Pinanglah patut dijadikan sebagai satu tempat yang mana mereka pernah mencapai tahap tepu dari segi keperluan ataupun penumpang yang dijanakan untuk setahun. Jadi, dalam kes ini MPFN hanya memberi satu kelulusan dasar untuk mereka merancang. Akan tetapi masih tertakluk kepada syarat-syarat seperti mana yang saya nyatakan tadi. Aerodrom yang ini belum lagi kita berikan. Jadi, kelulusan akhir daripada kementerian ini akan mencakupi semu aspek teknikal sepertimana yang telah saya huraikan. Jadi, prosesnya agak panjang. Saya rasa setakat ini pendirian kita ialah kita kena meyakinkan kepada semua pihak bahawa ia benar-benar ada penumpang, benar-benar ada cargo load yang boleh dibawa. Terima kasih.
Yang Berhormat Ayer Hitam mungkin lebih arif daripada saya mengenai lapangan terbang. Akan tetapi saya difahamkan bahawa sekiranya ada jumlah pesawat yang mendarat di lapangan terbang tentunya pesawat yang membawa penumpang selalu diberikan keutamaan berbanding dengan kargo. Itu sebabnya kita dapati bahawa jumlah pendaratan pesawat kargo di Pulau Pinang makin menurun. Di peringkat awal cadangan untuk membina KXP tujuannya ialah untuk kargo sahaja, tidak disebut mengenai penumpang. Tujuannya ialah untuk menampung keperluan di kawasan zon utara di mana kita dapati bahawa kilang-kilang yang berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pun terpaksa freight melalui lebuh raya kita ke KLIA untuk tujuan penerbangan ke luar negara.
Jadi itu sebabnya kita cadangkan di peringkat awal supaya lapangan terbang KXP ini merupakan sebuah lapangan terbang kargo. Jadi adakah dirasakan bahawa Pulau Pinang masih boleh menampung jumlah keperluan pihak industri di kawasan tersebut?
Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Kalau tidak silap saya keperluan yang pernah tercapai oleh lapangan terbang Pulau Pinang untuk kargo mereka pernah handle sehingga 260 ribu tan setahun, tetapi kapasitinya hampir 370 ribu tan. Ini untuk kes Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Saya bagi satu contoh lagi kalau di KLIA setakat ini satu juta atau lebih sedikit daripada satu juta tan yang dibawa tetapi kalau kita buat unjuran yang tidak realistik mengatakan berjuta-juta boleh dibawa maka ia akan menjadi satu tanda tanya daripada mana datangnya sumber-sumber ini. Itu pertama. Kedua, kita kena melihat unjuran ini kenalah berdasarkan kepada siapa yang ingin terbang ke sini. Baik untuk penumpang ataupun pesawat yang membawa kargo. Jadi kita kena lihat daripada segi teknikal secara profesional apakah yang diunjurkan ini tepat. Kedua, berdasarkan kajian- kajian ini berdasarkan banyak andaian tentang bagaimana kita hendak buat verifikasi terhadap data-data ini. Di bawah Kementerian Pengangkutan kita ada cara untuk kita hendak buat verifikasi tetapi kita sedia mendengar pandangan mereka, laporan yang disediakan oleh pakar dan kita akan challenge juga kita nampak- kalau unjuran sebelum ini agak besar yang mana di Malaysia pun tidak ada satu airport dapat capai. Jadi, adakah di tempat Kulim ini, kita dapat mencapai. Kita tidak mahu banyak melaporkan untuk satu buah lapangan terbang akhirnya kita tidak dapat menjadikan ia satu hab penerbangan untuk kargo. Jadi kita kena berwaspada dan sebab itu saya kata dua aspek iaitu penumpang dan kargo. Ini kena lihat secara objektif dan kita buat keputusan apabila semua data itu diperoleh dan dapat meyakinkan kementerian.
Jadi pihak MAVCOM akan melihat daripada segi penumpang dan kita juga melihat daripada segi cargo need. Memang data-data ini ada pada kita dan kita melihat kalau di Pulau Pinang masih belum mencapai maka kita akan tengok sama ada, betulkah yang dijana oleh pembangunan yang ada di sekitar ini dapat membawa load yang begitu besar sekali seperti mana yang diunjurkan? Jadi saya rasa dalam kes ini kita memang objektif. Terima kasih. Yang Berhormat Lanang amat prihatin terhadap isu harga tiket penerbangan dari Sabah dan Sarawak...
[Bangun]
Sila.
Berkaitan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Mengapakah pihak Kementerian Pengangkutan tidak meneruskan cadangan asal oleh kerajaan sebelum ini untuk membenarkan MAHB membuat projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di mana kita lihat penumpang pun telah melebihi kapasiti yang asal? Bukankah ini masanya kerana apabila kita buat projek pembesaran ia memerlukan sekurang-kurangnya tiga tahun untuk siap. Bukankah projek ini harus dijalankan sekarang supaya apabila sektor pelancongan pulih- dijangka pulih tahun 2023, dan masa itu sekurang-kurangnya dapat menampung sektor pelancongan yang menjadi salah sumber utama untuk negeri Pulau Pinang.
Terima kasih Yang Berhormat, sebenarnya saya ingin menerangkan apa yang berlaku ialah selepas saya menjadi Menteri, pada hari kelapan sudah berdepan dengan PKP. Saya sendiri semak dengan apa juga projek yang telah dirancang oleh MAHB. Terus terang saya hendak beritahu, untuk kos pengoperasian 39 buah lapangan terbang memerlukan jumlah RM140 juta sebulan. Dalam keadaan passenger services charge (PSC) kita hanya dikenakan ke atas penumpang yang keluar dari Malaysia. Bermaksud repatriation dari luar negara balik ke Malaysia kita satu sen pun kita tidak terima. Bayangkan dalam tempoh 20 bulan iaitu hampir dua tahun dan apa yang kita terima itu sangat berkurangan. Jadi saya hendak beritahu kepada Dewan yang mulia ini sebenarnya kita juga menghadapi masalah daripada segi aliran tunai bagi MAHB untuk mereka hendak maintaining airports. Perlu kita maintain- kita tidak pun retrench ataupun memecat mana-mana orang. Jadi setakat ini hampir lebih daripada RM2 bilion telah dibelanjakan untuk ini. Betul, sekiranya keadaan ideal dan apabila berlakunya kita ada aliran tunai yang kuat, maksudnya ia tidak menjadi masalah. Akan tetapi, apabila berdepan dengan situasi sebulan RM140 juta maka menjadi satu tekanan besar kepada mereka. Jadi cadangan itu masih ada tetapi untuk diimplementasikan pada waktu ini merupakan satu kekangan daripada segi kewangan. Jadi saya biarlah berterus terang kalau boleh kita hendak mempercepatkan. Kita berharap dengan adanya sektor penerbangan ini kita dapat buka dan dijangkakan kalau ikut IATA ialah balik kepada level pre-COVID-19 maka 2024 paling awal. Jadi dalam kes ini NASP sedang dijalankan. Pada waktu yang sama kita bagi prioriti kepada projek. Kita tahu daripada kapasiti 6.5 million passengers per year dan menjangkau 8.5 million- betul. KK pun sudah mencapai ketepuan seperti mana yang kita tahu. Kita melihat potensi itu agak besar. Jadi, perkara ini akan diambil maklum dan apabila ada aliran tunai yang lebih cair ia akan dapat dipertimbangkan tetapi NASP sedang berjalan. Saya rasa kita bagi sedikit tempoh NASP, dan bila kita hendak buat prioriti itu kita boleh cepatkan, okey. Yang Berhormat Lanang sebut fasal...
[Bangun]
Ya.
Berkaitan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Semasa saya menjadi Menteri Kewangan ada cadangan bahawa ia dibuat menerusi PFI tetapi MAHB tidak mahu projek ini diswastakan kerana MAHB rasa mereka boleh rai keuntungan. Oleh sebab itu, mereka mahu jalankan projek ini kerana mereka percaya sungguhpun dengan pinjaman daripada institusi kewangan antarabangsa mereka masih mampu untuk mendapat keuntungan. Ini kerana kita kena ingat bahawa- seperti yang Yang Berhormat sebut tadi bukan semua lapangan terbang di Malaysia merai keuntungan tetapi Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang antara lapangan terbang antarabangsa yang untung selain dari KK dan juga KLIA. Itulah yang untung. Oleh sebab itu, saya rasa kita harus memaksimumkan potensi tersebut. Saya hendak dapat itu kepastian daripada Yang Berhormat Menteri memandangkan ini adalah satu profit centre, dengan izin, pusat keuntungan. Jadi mengapa tidak membenarkan MAHB menjalankan projek ini kerana sebagai sebuah syarikat Bursa Kuala Lumpur ia memang merupakan suatu yang akan memberikan keuntungan, dan juga potensi profit yang meningkat ke masa depan. So, saya harap Yang Berhormat Menteri boleh mengikut feasibility kewangan swasta yang rasa ini adalah satu projek yang harus dipercepatkan supaya boleh memberikan manfaat kepada semua pihak win-win situation bukan sahaja kepada MAHB tetapi juga rakyat Pulau Pinang dan sektor pelancongan.
Yang Berhormat, tinggal 14 minit Yang Berhormat.
Boleh Yang Berhormat tidak ada isu. Saya rasa ini soalan penting saya hendak jawab. Pertama, Kementerian Pengangkutan tidak pernah melarang MAHB untuk mengadakan usaha sama tetapi MAHB ada perancangannya yang tersendiri. Sepertimana Yang Berhormat menjadi Menteri Kewangan masa itu ia juga merupakan syarikat MKD di bawah kementerian. Yang Berhormat lebih arif tentang perkara ini. Kita tidak pernah melarang mereka buat tetapi oleh sebab kesuntukan ataupun daripada segi peruntukan duit tidak banyak, sekarang ia tidak ada pilihan. Ya, betul seperti yang Yang Berhormat kata kalau profit center kita patut bangunkan tetapi MAHB modalnya ialah 39 airports ia kena jaga. Kita tidak boleh benarkan ia mengambil tiga, empat yang untung, yang lain biar orang lain. Ia tidak akan- tidak ada cross-subsidization dalam perkara ini. Jadi mana-mana OA yang ditandatangan, ia kena merangkum kepada semua. Itu sebagai tanggungjawab sosialnya dan ia dilihat sebagai satu buah pakej. Betul, saya rasa tidak akan lupakan fakta di mana Pulau Pinang profit centre dan KLIA. Kawasan-kawasan ini yang kita dapat banyak tetapi pada waktu yang sama ada obligasi-obligasi terhadap airport lain. Jadi kita akan lihat cara macam mana kita dapat memaksimumkan. Kalau penumpang lebih ramai yang masuk ke Malaysia maka perkara ini dapat kita selesaikan. Jadi, seterusnya saya hendak kata tentang harga tiket penerbangan Sabah Sarawak.
Sepertimana yang telah saya jawab, perkara ini telah saya bincangkan dengan semua syarikat penerbangan pada 3 November bersama dengan Pengerusi Eksekutif MAVCOM. Salah satu perkara yang telah kita bincang ialah bagaimana kita hendak melandaikan daripada segi graf harga tiket ini. Jadi, saya nak maklumkan bahawa kesemua syarikat penerbangan, mereka juga memberi kerjasama yang baik iaitu mereka cuma mengharapkan dari segi frekuensi yang dibenarkan oleh Kerajaan Sarawak yang dulu hanya 22 kepada 80― mula-mula 22 penerbangan seminggu, ditambah 87, sekarang 223. Bermaksud kalau tak ada sekatan terhadap waktu untuk mereka sampai ke Sarawak, tidak ada buffer ataupun separation di mana 90 minit agak merugikan mereka. Dalam kes ini, maka kita dapat
memperbanyakkan dan akhirnya kita dapat melandaikan harga tiket. Inilah sepertimana yang kita bincangkan.
[Bangun]
Yang Berhormat Lanang.
Boleh minta penjelasan?
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya nak tanya tentang bagaimana dengan flight yang reschedule setiap masa? Ini kerana saya faham pandemik COVID ini telah membawa banyak kesulitan kepada semua penerbangan, tetapi apabila satu flight reschedule, the connecting flight semua tidak dipedulikan. Jadi, saya harap Yang Berhormat Menteri boleh berbincang dengan syarikat penerbangan untuk bertanggungjawab apabila mereka reschedule mana-mana penerbangan. Juga tentang Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak akan datang tidak lama lagi, jadi adakah kementerian akan memastikan harga tiket yang berpatutan untuk anak-anak Sarawak balik ke Sarawak untuk mengundi? Juga harga tiket apabila musim Tahun Baru Cina. Sudah lama kita bawa masalah ini ke Dewan tetapi hanya diselesaikan pada tahun 2019 apabila Kerajaan PH, Menteri Pengangkutan berbincang dengan syarikat penerbangan untuk mengadakan fixed fare flight bagi anak-anak Sarawak balik ke Sarawak. Jadi, saya harap Yang Berhormat Menteri pun boleh ikut dengan apa yang telah dilakukan oleh Menteri Pengangkutan sebelum ini untuk memastikan semua anak Sarawak boleh balik ke Sarawak. Terima kasih.
Boleh minta penjelasan? Sikit, sikit, Yang Berhormat Menteri. Isu yang sama. Saya juga menyeru jika boleh Yang Berhormat Menteri berbincang dengan syarikat penerbangan terutamanya dalam musim perayaan dan juga pilihan raya, jika boleh, bagi satu tiket khas seperti yang dilakukan masa PH dahulu. Saya nak sambung sekali lagi. Dalam soalan yang saya tanya pada masa dahulu, Yang Berhormat Menteri berkata bahawa memang kerajaan tidak akan campur tangan dengan harga tiket kerana ini semua ditentukan oleh syarikat tersebut. Akan tetapi, ada precedent di mana kerajaan memberikan subsidi untuk MASwings. Jadi, adakah ini satu mekanisme yang mungkin dapat dipertimbangkan jika harga tiket kapal terbang melambung sekali lagi? Terima kasih.
Terima kasih. Untuk kes ini, saya nak bagi tiga fakta. Pertama, kalau ikutkan nak selesaikan masalah jadual penerbangan yang selalu bertukar-tukar, Kod Pelindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 telah berkuat kuasa oleh MAVCOM mulai 1 Julai 2016 untuk melindungi hak dan kepentingan pengguna, memastikan semua aduan terhadap syarikat penerbangan diambil tindakan. Itu memang ada. Kedua, untuk PRN Sarawak, saya bukan minta sahaja, saya dah jumpa dengan mereka pada 3 November, saya buat permintaan. Sebagai wakil rakyat mana-mana, sama ada sini atau sana, kita akan minta dia bagi harga yang rendah. Itu saya minta. Akan tetapi, saya bertanya kepada syarikat penerbangan, nombor satu, daripada segi protokol nak ikut SOP pandemik ini, rasa agak berat. Pertama. Kedua, apabila plot melandaikan daripada segi jumlah penerbangan yang dibawa lebih ramai, maka harga itu akan dapat diturunkan. Saya tanya juga tahun 2019, boleh tidak kita wujudkan dulu. Dia kata tahun 2019 semua bagi diskaun, akhirnya semua tidak untung langsung. Selepas berdepan dengan situasi pandemik ini, saya harap mereka lakukan perkara yang sama. Akan tetapi, bagi mereka, agak keberatan. Kalau kita lihat syarikat penerbangan daripada segi sustainability, kita ada lihat dan saya minta juga mereka buat apa yang terbaik. Itu telah saya, bukan minta sahaja, saya dah buat pada 3 November.
Berikut adalah isu tentang ECRL dan MRT3. Yang Berhormat Pekan dan Yang Berhormat Kuala Langat ada membangkitkan isu ini. Kementerian Pengangkutan komited untuk memastikan projek ECRL dilaksanakan mengikut jadual dan perkhidmatannya dapat disediakan kepada segenap lapisan secepat mungkin. Komitmen ini dibuktikan apabila sehingga 31 Oktober 2021, pembinaan keseluruhan projek ini telah mencapai kemajuan 25.09 peratus berbanding dengan 27.5 peratus di mana kelewatan disebabkan oleh COVID. Jajaran utara ECRL telah dipilih dan mempunyai kelebihan sebagai laluan pilihan untuk logistik rel dan juga aspek ketersambungan kepada hab industri, masa perjalanan berbanding dengan pengangkutan laut, keselarian dengan lebuh raya dan juga komponen laluan pintas rendah Pelabuhan Klang yang dapat menyelesaikan isu pengangkutan seperti mana yang telah saya huraikan. Jadi, kita telah mengadakan 37 kali libat urus dengan Kerajaan Negeri Selangor melibatkan 17 jabatan dan agensi di bawah Selangor. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebenarnya walaupun pada setakat ini kita belum lagi mendapat kelulusan akhir daripada Kerajaan Negeri Selangor, tetapi Kementerian Pengangkutan sedang berusaha untuk mencari penyelesaian terbaik bersama dengan kerajaan negeri. Jadi, saya berharap dalam tempoh terdekat, kita dapat membawa beritalah. Saya rasa ini demi kebaikan Selangor juga di mana kita akan membina Serendah Bypass. Projek MRT3 dan HSR yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Langat, pada masa ini masih lagi sedang dikaji aspek teknikal dan kewangan dan pelaksanaan kedua-dua projek. Hal ini untuk memastikan ia berdaya maju dan sekali gus memberi manfaat maksimum terhadap ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Bagi projek HSR, perkara ini masih di bawah pertimbangan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri. Untuk projek LRT3, Yang Berhormat Pekan mencadangkan supaya kerajaan mengembalikan skop projek LRT3 kepada yang asal. Kementerian akan melihat aspek ini dan kita akan membuat perbandingan kos dan juga keberkesanannya. Akhirnya, saya akan juga melihat daripada segi penggunaan tren enam gerabak serta implikasi kewangan dari segi untuk membina satu stesen yang telah dibatalkan. Sebelum itu ada 26 stesen, tetapi dibatalkan enam ataupun dikemudiankan. Jadi, perkara ini akan kita lihat daripada segi impak dan kita akan kaji pandangan daripada Yang Berhormat Pekan. Yang Berhormat Alor Gajah telah mencadangkan supaya kerajaan mengambil kira projek rel elektrik berkembar KLIA–Port Dickson–Kuala Linggi–Bandaraya Melaka dan seterusnya Johor Bahru dan Sumatera. Pada masa ini...
Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, boleh saya...
Sekejap ya. Sekejap, sekejap.
Sini, Teluk Intan.
Sekejap ya.
Ya, minta laluan.
Pada masa ini, tiada perancangan untuk melaksanakan projek tersebut memandangkan projek berskala besar ini melibatkan dua negara dan memerlukan komitmen yang tinggi dari segi aspek kewangan. Ya.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berkenaan dengan high-speed rail train...
Mohon tambah sikit, Yang Berhormat Menteri.
...Yang pada asalnya adalah dari Singapura sehingga ke Bandar Malaysia. Akan tetapi, nampaknya selepas Yang Berhormat jadi Menteri, adalah ura-ura katakan ia akan bermula di Johor Bahru ke Bandar Malaysia ke KL Sentral. Apakah kedudukan terkini dan apakah impak akan berlaku kepada ekonomi
selepas kerajaan membelanjakan berbilion-bilion ringgit tetapi akhirnya “yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran”? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Sepertimana yang saya katakan, ini di bawah bidang kuasa EPU, JPM. Belum lagi diserahkan kepada Kementerian Pengangkutan. Saya cuma menjawab kerana ia melibatkan sedikit tentang pengangkutan daripada segi teknikal, saya beritahu. Akan tetapi, apa pun, kerajaan akan mempertimbangkan daripada segi viability project ini. Kita tidak melihat semata-mata kita nak hubungkan satu tempat ke tempat lain. Kedua, kita nak lihat limpahannya kepada kesan ekonomi kita. Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri, minta laluan. Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan supaya kerajaan melihat semula High-Speed Rail project secara serius dan membandingkan dengan jajaran yang boleh menguntungkan koridor ekonomi terutamanya di Selat Melaka rather than membangunkan ekonomi Singapura yang akan boleh mengganggu kedudukan KLIA di negara kita. Terima kasih.
Terima kasih. Salah satu justifikasi kita mengadakan HSR ini ialah kerana route yang paling sibuk di dunia ialah Kuala Lumpur ke Changi. Yang paling menguntungkan syarikat penerbangan adalah laluan ini. Ini bermaksud ramai mereka yang menaiki pesawat ke sana. Jadi, pasaran sudah ada, permintaan sudah ada. Oleh sebab itu, justifikasi patut dilihat dan bukan sahaja melibatkan Malaysia dan pihak Singapura, tetapi untuk kesalinghubungan selain daripada dua bandar raya ini. Ini satu perkara yang penting. Mengenai projek― saya ambil maklumlah pandangan itu kerana kita akan lihat sebab setakat ini belum kita muktamadkan apa-apa.
Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas ke Johor Bahru. Perkara ini ingin saya maklumkan dari segi kemajuan fizikal dan mencapai 81.1 peratus dan dijangka siap pada 30 Jun 2023. Status Projek Kereta Api Tenom Sabah, setakat ini sudah hampir siap iaitu mencapai 99.5 peratus dan dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun ini dan projek ini mempunyai peruntukan RM2 juta untuk tahun hadapan untuk perakuan akaun dan bayaran muktamad. Seterusnya SBFT, ISBSF dan penyelenggaraan KTMB. Yang Berhormat Hulu Selangor telah membangkitkan isu ini. Seperti mana yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan peruntukan untuk SBST dan SBSF adalah di bawah kelulusan projek pembangunan di mana dia telah reclass untuk Kementerian Pengangkutan (MOT) bagi tempoh rolling plan kedua. Rancangan Malaysia ke-12, RP2 di bawah peruntukan dalaman DE di mana terdapat sembilan projek telah diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi bagi kategori reclass dari OE ke DE. Program ISBSF dan SBFT juga mendapat peruntukan masing-masing RM80 juta dan RM78 juta untuk tahun hadapan. Selain daripada itu, program maintenance, repair, overhaul, dengan izin telah disediakan peruntukan RM63.27 juta di bawah perbelanjaan pembangunan. Dari segi perjawatan JPJ, Yang Berhormat Setiu telah membangkitkan isu ini. Jumlah keseluruhan perjawatan JPJ ialah 8,793 dengan peratusan pengisian ialah 92.02 peratus. Daripada...
Yang Berhormat Menteri, mohon mencelah.
Sekejap, saya habiskan ini. Nanti saya ada masa, saya bagi. Daripada 8,793 perjawatan JPJ, sebanyak 289 adalah jawatan sementara bertempoh sehingga 31 Disember tahun 2022. Berdasarkan perbincangan dengan JPJ, jawatan sementara ini akan dipohon untuk diberi status tetap mengambil kira keperluan JPJ Mobile, pengoperasian UTC, pertambahan kenderaan, pertambahan institut pemandu yang memerlukan penguat kuasa yang komprehensif. Jadi ini disebabkan SPAD telah dibubarkan dahulu dan pertambahan jawatan ini perlu untuk memastikan sasaran kutipan hasil dapat dicapai.
Pengangkutan laut pula, untuk Pelabuhan Kudat. Ini yang terakhir. Yang Berhormat Kota Belud telah mencadangkan kepada kerajaan supaya mengambil kira kedudukan Kudat di kawasan strategik bagi pembangunan pelabuhan. Selaras dengan hala tuju Kerajaan Sabah, kita sedia mempertimbangkan perkara ini, tetapi ia adalah pelabuhan negeri. Jadi kita akan beri input. Saya difahamkan telah ada syarikat yang telah membuat kajian tentang perkara ini dan kita sama-sama akan memberikan input teknikal kepada Kerajaan Sabah. Terakhir sekali ialah pengerukan Batang Rajang Sarawak yang mana Yang Berhormat Tanjong Manis telah membangkitkan isu ini. Seperti mana yang telah saya jawab dalam soalan lisan, perkara ini dalam peringkat terakhir dan ia akan dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat. Ya, yang last sekali.
Last sekali. Tadi Tuan Yang di-Pertua, kita mendengar penggulungan mengenai High-Speed Rail, mengenai ECRL, mengenai Gemas, tetapi saya mohon Yang Berhormat Menteri Pengangkutan memperjelaskan kedudukan kerajaan hari ini mengenai Klang Valley Double Tracking, fasa 2 yang selalu kita dengar melibatkan keselamatan penumpang dan penangguhan projek itu oleh sebab kerajaan telah membatalkan projek itu. Apakah kedudukannya hari ini? Oleh sebab ramai pemegang taruh yang terlibat, yang telah merasai ini tidak menguntungkan kepada semua pihak dari segi penumpang, dari segi pekerja, dari segi kontraktor, sub kontraktor dan sebagainya. Ini telah mengurangkan keyakinan kepada institusi kewangan itu sendiri apabila SST yang telah ditandatangani oleh satu pihak sahaja. Mengikut Akta Perbendaharaan apabila SST itu telah ditandatangani oleh satu pihak, ia akan menjadikan satu kontrak yang perlu dilaksanakan. Apakah kedudukan KVDT2 setakat ini tentang keputusan kerajaan yang telah pun menjalani proses undang- undang? Terima kasih.
Pendek, ringkas Yang Berhormat.
Bagi saya 30 saat. Terima kasih Yang Berhormat. Saya mengambil maklum apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Cuma satu perkara, oleh sebab ini satu perkara yang agak rumit, jadi saya boleh maklumkan kepada Yang Berhormat apabila kerajaan telah membuat keputusan muktamad. Apa sekalipun keputusan dibuat secara kolektif oleh Jemaah Menteri. Apa sekalipun, kita akan mempertimbangkan dari segi semua aspek. Kita hendak lihat satu sistem itu dapat menguntungkan semua rakyat dan juga menjimatkan kos rakyat. Secara ringkasnya saya akan maklumkan kepada Yang Berhormat apabila satu keputusan telah dibuat. Dengan kata-kata ini, sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan inilah penggulungan saya, terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, boleh?
Maaf Yang Berhormat Ledang, sudah habis. Maaf. Saya sekarang menjemput Yang Berhormat Menteri di Kementerian Sumber Manusia, 40 minit Yang Berhormat.
Sudah habis kempen di Melaka?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salam Sejahtera dan Salam Keluarga Malaysia. Izinkan saya merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan di atas pembentangan Usul Rang Undang-undang Perbekalan Tahun 2022 pada 29 Oktober yang lalu. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada seramai 22 orang Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan sebanyak 56 pertanyaan, isu dan cadangan berkaitan Kementerian Sumber Manusia sepanjang sesi perbahasan kali ini. Tuan Yang Di Pertua, seperti mana yang dibentangkan, Bajet Tahun 2022 bertemakan “Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera” terus memberi fokus terhadap
memperkukuh pemulihan, membina daya tahan dan memacu pembaharuan. Seperti tahun sebelumnya, matlamat Bajet 2022 kekal kepada tiga fokus induk iaitu: (i) Rakyat Yang Sejahtera; (ii) Perniagaan Yang Berdaya Tahan; dan (iii) Ekonomi Yang Makmur dan Mampan. Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum bahawa kerajaan menyediakan peruntukan sejumlah RM332.1 bilion bagi tahun hadapan. Daripada jumlah tersebut, anggaran perbelanjaan Kementerian Sumber Manusia berjumlah RM1.292 bilion merangkumi 65 peratus peruntukan belanja mengurus iaitu sebanyak RM835.7 juta dan 35 peratus atau RM456.7 juta untuk perbelanjaan pembangunan. Bajet 2022 yang diperuntukkan kepada Kementerian Sumber Manusia merangkumi program-program Latihan Kemahiran dan Peningkatan Kemahiran, Insentif Pengambilan Pekerja dan Perlindungan Sosial. Tuan Yang Di Pertua, agenda kerajaan dalam memartabatkan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) supaya dapat melahirkan pasaran buruh negara yang berkemahiran tinggi, tidak harus dipandang rendah. Peruntukan sebanyak RM6.6 bilion dikhaskan bagi agenda TVET negara sebagai pemacu perubahan bagi memenuhi permintaan pekerja oleh industri. Untuk tahun 2022, RM100 juta diperuntukkan bagi Program Perkasa TVET di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) untuk menjalankan latihan jangka pendek bagi 13 ribu orang pelatih. Kerajaan juga terus menyediakan RM60 juta bagi Program Skim Latihan Dual Nasional (SLDN) di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang akan melibatkan 10 ribu perantis. Perantis ini boleh terdiri daripada golongan penganggur, lepasan sekolah dan golongan pekerja yang berhasrat untuk meningkatkan kemahiran, kerjaya, selain penyedia latihan teori institusi latihan awam dan swasta serta penyedia latihan praktikal terdiri daripada industri atau syarikat.
Yang Berhormat Menteri. Sedikit sahaja.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin teruskan.
Ya.
Sekiranya ada masa, saya akan benarkan.
Saya serahkan kepada Yang Berhormat.
Dalam konteks menjana dan mengekalkan pekerjaan, Bajet 2022 mengambil langkah positif dengan menyediakan sebanyak RM4.8 bilion dalam inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia (JaminKerja) bagi tujuan menyediakan 60 ribu peluang pekerjaan.
Yang Berhormat Menteri.
Kerajaan menyasarkan seramai 220 ribu pelatih untuk menjalani program latihan dan peningkatan kemahiran dengan peruntukan berjumlah RM1.1 bilion merentasi semua kementerian dan agensi yang terlibat. Inisiatif Jamin Kerja Insentif Penggajian (JKIP) di bawah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP), melalui PERKESO diberi peruntukan berjumlah RM2 bilion yang akan memanfaatkan seramai 300 ribu pencari kerja. Buat masa ini, pihak PERKESO sedang dalam fasa terakhir bagi memperhalusi proses permohonan bagi majikan yang ingin memanfaatkan insentif pengambilan ini. Majikan yang memberi pekerjaan kepada Keluarga Malaysia yang tidak aktif bekerja akan diberi insentif sebanyak 20 peratus daripada gaji bulanan bagi tempoh enam bulan pertama dan diikuti 70 peratus daripada gaji bulanan pada enam bulan berikutnya tertakluk kepada pekerjaan bergaji RM1,500 ke atas.
Yang Berhormat Menteri...
Di samping itu, insentif juga akan diberi kepada majikan yang memberi pekerjaan kepada golongan kurang berkemampuan seperti Orang Kurang Upaya (OKU), Orang Asli dan banduan sebanyak 30 peratus daripada gaji bulanan bagi tempoh enam bulan pertama diikuti 40 peratus daripada gaji bulanan untuk enam bulan seterusnya bagi pekerjaan yang bergaji RM1,200 ke atas. Bagi menggalakkan wanita kembali bekerja terutama ibu tunggal dan suri rumah, kerajaan juga akan memberi insentif kepada majikan yang menggaji golongan wanita yang tidak bekerja lebih dari setahun. Sebagai kesinambungan kejayaan Program Perantisan, JKIP meluluskan program ini dengan penjenamaan semula sebagai SIP Perantisan di mana pemberian insentif RM900 sebulan selama tempoh enam bulan kepada majikan yang menggaji golongan perantis lepasan sekolah dan graduan yang berumur 18 hingga 30 tahun.
Yang Berhormat Menteri...
JKIP turut menyediakan insentif RM900 sebulan selama enam bulan kepada individu yang terbabit dalam sektor informal ataupun pekerja ekonomi gig dan program ini akan dijenamakan semula sebagai SIP Gig bagi menggantikan program Kerjaya Gig. Bagi membantu untuk menggalakkan individu yang menganggur mencari pekerjaan kerajaan akan meneruskan pemberian bantuan Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) di bawah SIP kepada pencarum dan bukan pencarum PERKESO.
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua...
Hendak tanya satu soalan sahaja.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya habiskan. Saya akan bagi peluang kepada Yang Berhormat Jelutong.
Ya. Yang Berhormat Menteri kata, bagi dia habis dahulu.
Bantuan ini merupakan penambahbaikan kepada program SIP Prihatin 1.0 dan SIP Prihatin 2.0 serta dijangka memanfaatkan seramai 265 ribu orang individu yang aktif mencari pekerjaan. Langkah penambahbaikan insentif EMP ini juga dapat memberi impak yang positif dan membantu mengurangkan kadar pengangguran negara bermula pada tahun 2022.
Yang Berhormat Menteri, minta pencelahan.
Program ini akan dijenamakan semula dengan menggunakan nama SIP Elaun Mencari Pekerjaan atau SIP EMP...
Yang Berhormat Menteri, pencelahan SIP. Kapar, Kapar, sini, Kapar.
Biar saya habiskan dahulu. Saya kejar masa. Bagi majikan yang menggaji pekerja mengikut kategori sasaran seperti mana yang telah dinyatakan, permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui laman sesawang penjanakerjaya.perkeso.gov.my. Adalah diharapkan usaha kerajaan dalam memulihkan ekonomi negara dan Bajet 2022 akan dapat mengembalikan prestasi ekonomi negara seperti sebelum pandemik COVID-19. Sokongan pemain-pemain industri dalam mematuhi SOP dan menyediakan persekitaran kerja berlandaskan norma baharu amat dihargai. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya izinkan saya menjawab pertanyaan-pertanyaan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat yang ada dalam Dewan.
Yang Berhormat Menteri, sebelum Yang Berhormat Menteri pergi ke subjek yang lain atas isu perniagaan berdaya tahan, soalan saya.
[Bangun]
Saya berterima kasih atas penjelasan yang diberikan. Saya lihat Yang Berhormat Menteri cukup tenang dan setiap kali memberi pembentangan, memberi pembentangan yang begitu hebat. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Kali terakhir saya membuat permintaan untuk mengumumkan dua hari bercuti, Yang Berhormat Menteri telah mengangkat perkara ini kepada Kabinet dan dua hari cuti telah pun diumumkan. Itulah perkara yang perlu dipuji dan saya memuji. Saya memuji ketenangan Yang Berhormat Menteri berbanding dengan Timbalan, Yang Berhormat Menteri. Mungkin Yang Berhormat Menteri boleh memberi tunjuk ajar kepada Timbalan, Yang Berhormat Menteri bila berhadapan dengan rakyat biasa ataupun dengan wartawan, cara berhemah untuk bercakap dengan seseorang itu adalah penting. I have to praise you, Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri mempunyai kaliber untuk bagaimanapun cara persoalan yang dilontarkan, Yang Berhormat Menteri telah memberi penjelasan yang cukup hebat dan saya berterima kasih.
Soalan Bajet?
Soalan kedua saya adalah, dengan pengumuman larangan kedai-kedai berjudi, ramai akan hilang kerja. Kalau perkara ini juga berlaku di Genting Highlands, bayangkan ramai yang akan hilang kerja di sana. Pekerja-pekerja yang hilang kerja ini akan mencari pekerjaan, semua akan menganggur. Adakah Yang Berhormat Menteri sedar tentang perkara yang sedang dilakukan oleh Timbalan, Yang Berhormat Menteri? Adakah perkara ini akan mempunyai kesan yang begitu serius, ramai yang beragama Islam, yang tidak beragama Islam bekerja di semua tempat begini. So, saya memohon penjelasan, pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri tentang perkara-perkara ini. Terima kasih.
Yang Berhormat, Yang Berhormat, isu, isu...
Yang Berhormat Jelutong pun tenang hari ini.
Saya ambil maklum pandangan Yang Berhormat Jelutong.
Yang Berhormat Menteri, SIP Yang Berhormat Menteri.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Saya juga berpendapat, ini secara peribadi dan saya juga berpendapat ada juga rakan-rakan yang kehilangan peluang-peluang pekerjaan. Kedua Tuan Yang di-Pertua, kita sedia...
Yang Berhormat Jelutong, please.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum ini kita ada pengalaman apabila kedai samsu diharamkan, peniaga-peniaga samsu haram telah bercakap. Begitu juga mungkin apabila kita tutup kedai-kedai judi berlesen bukan sahaja orang-orang akan hilang pekerjaan, tempat-tempat judi haram akan muncul secara haram. Kita kena mengawasi keadaan demi kebaikan negara. Tuan Yang di-Pertua, saya pergi...
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri...
Yang Berhormat Menteri, SIP, SIP!
Yang Berhormat, hendak bagi laluan kepada Yang Berhormat Kapar ataupun Yang Berhormat Pokok Sena?
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Isu, isu...
SIP, SIP.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tidak, tidak isu pekerjaan, isu pekerjaan.
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Kapar, tolong.
Saya hendak minta isu pekerja, sedikit sahaja, sedikit sahaja.
Tuan Yang di-Pertua yang budiman... [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Pokok Sena dan Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Menteri tidak benarkan. Tolong, tolong.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Mikrofon, mikrofon.
Kadang-kadang, saya akan bagi peluang.
Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Duduk dahulu.
Terima kasih, saya hendak minta...
Yang Berhormat Menteri hendak habiskan dahulu.
Seramai enam orang Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Muar, Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Kemaman, Yang Berhormat Ipoh Barat dan Yang Berhormat Kapar telah membangkitkan isu berkaitan pelaksanaan gaji minimum. Tuan Yang di-Pertua, mengikut Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011...
Yang Berhormat Menteri, SIP tidak lepas, SIP belum habis lagi ini. IP?
Ada lagi, tunggu. Mengikut Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 [Akta 732] Perintah Gaji Minimum (PGM) hendaklah dikaji semula sekurang-kurangnya sekali dalam setiap dua tahun. PGM 2020 berkuat kuasa pada 1 Februari 2020 maka kajian semula perlu dilaksanakan dalam tempoh dua tahun daripada tarikh kuat kuasa perintah tersebut. Seperti mana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, kerangka kenaikan kadar upah tidak dibentangkan dalam pembentangan Bajet 2022, baru-baru ini. Ini kerana Kementerian Sumber Manusia melalui Majlis Perundingan Gaji Negara masih dalam peringkat akhir penyediaan laporan kajian semula Perintah Gaji Minimum (PGM) 2020. Dalam kajian ini Jawatankuasa Teknikal Perundingan Gaji Negara (JTPGN) telah mengadakan perundingan awam dan sesi libat urus yang melibatkan wakil-wakil majikan, pertubuhan majikan, wakil pekerja, kesatuan sekerja dan orang awam bagi mendapatkan input tentang impak pelaksanaan gaji minimum ke atas sosioekonomi negara. JTPGN telah pun selesai menjalankan kajian impak dan kajian semula PGM 2020 dan JTPGN
akan membentang hasil dapatan kajian ini dengan membuat syor tentang kadar dan liputan gaji minimum kepada majlis pada 18 November 2021.
Yang Berhormat Menteri, gaji minimum.
Majlis Perundingan Gaji Negara sentiasa menggunakan pendekatan seimbang atau balanced approach dengan mengambil kira kepentingan pihak majikan, pekerja dan kerajaan sebelum mengemukakan syor untuk pertimbangan dan persetujuan. Tuan Yang di-Pertua, kementerian mengambil maklum cadangan kadar gaji minimum baharu ditetapkan kepada RM1,500 sebulan seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Muar dan Yang Berhormat Bagan. Berhubung perkara ini, peningkatan gaji minimum sewajarnya dilaksanakan secara berperingkat agar tidak memberikan tekanan dan membebankan majikan serta menjejaskan operasi syarikat terutama industri mikro, kecil dan sederhana, selain boleh mendedahkan pekerja pada risiko kehilangan peluang pekerjaan. Dalam menetapkan formula gaji minimum, indikator sosioekonomi meliputi kriteria asas seperti Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dan gaji penengah serta kriteria pelarasan seperti pertumbuhan produktiviti buruh, kadar pengangguran dan perubahan Indeks Harga Pengguna atau Consumer Price Index (CPI), dengan izin, turut diambil kira bagi memberi gambaran tentang situasi pasaran tenaga kerja semasa.
Yang Berhormat.
Dua indikator yang diguna pakai dalam kriteria asas iaitu PGK dan gaji penengah adalah indikator yang menentukan keperluan asas pekerja serta keluarga pekerja dan mengukur keupayaan majikan membayar gaji.
Yang Berhormat, ini gaji minimum.
Bagi kriteria pelarasan, CPI menggambarkan perubahan kepada kos sara hidup manakala pertumbuhan produktiviti buruh digunakan sebagai indikator yang mana gaji wajar ditingkatkan selaras dengan peningkatan produktiviti. Selain itu, kadar pengangguran sebenar turut diambil kira sebagai satu kawalan supaya peningkatan gaji tidak melibatkan peningkatan kadar pengangguran. Seperti yang saya sudah jelaskan sebelum ini, Majlis Perundingan Gaji Negara sentiasa menggunakan pendekatan seimbang atau balanced approach dengan mengambil kira kepentingan pihak majikan, pekerja dan kerajaan.
Boleh sambung 2.30 petang atau Yang Berhormat Menteri hendak habiskan isu ini?
Setuju Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat, jawab soalanlah, baru ada interaksi.
Sambung 2.30 petang.
Terima kasih, kita sambung 2.30 petang.
Tidak ada masa lah, jangan... [Suara kurang jelas]
Ada masa, you baca-baca selepas itu lari.
Yang Berhormat semua, oleh sebab masa sudah pukul 1, saya tangguhkan sehingga pukul 2.30 petang ini. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Dato’ Sri Azalina Othman Said (Pengerang) mempengerusikan Mesyuarat]
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Silakan Yang Berhormat Menteri 25 minit, 15 saat.
Sedikit lagi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Cadangan mengenai pelaksanaan gaji minimum berdasarkan sektor jika perlu diteliti dengan lebih mendalam kerana akan mengakibatkan pelaksanaan dan penguatkuasaan yang lebih kompleks. Kadar gaji minimum yang berbeza di setiap sektor akan mengakibatkan migrasi pekerja dari sektor dengan kadar gaji minimum rendah ke sektor yang mempunyai kadar gaji minimum yang lebih tinggi. Malah pihak International Labour Organization dengan izin ILO juga tidak menggalakkan sistem gaji minimum yang kompleks. ILO mencadangkan supaya negara ahli melaksanakan sistem gaji minimum yang ringkas dan mudah dilaksanakan. ILO juga menyatakan sistem dan struktur gaji minimum yang kompleks memberi cabaran kepada penyampaian maklumat dan komunikasi serta boleh menimbulkan kekeliruan dan konflik.
Tuan Yang di-Pertua.
Silakan.
Saya ada bangkitkan mengenai isu gaji minimum. Kriteria nombor satu adalah untuk memberi perlindungan kepada pekerja- pekerja bawahan B40, itu asasnya. Akan tetapi jangan kita perlu tunggu hingga Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) membuat keputusan tersebut. Ikutlah seperti Pakatan Harapan. Setiap tahun naikkan RM100. Ini adalah untuk mereka mendapat gaji minimum yang bagus, yang fair. Ini kerana mereka tidak ada bargaining power. Akan tetapi kalau sekarang Pakatan Harapan menerajui kerajaan, gaji minimum di negara ini patut RM1,400. Tahun dahulu Yang Berhormat, Menteri pun kedekut tidak naikkan gaji minimum. Tahun ini pun saya ada jumpa dengan Menteri Kewangan, Pakatan Harapan dengan Barisan Nasional di mana saya telah terangkan asas-asas tersebut. They are very lengthy. Saya tidak mahu beritahu tetapi itu I don’t want to explain. Saya haraplah Yang Berhormat Menteri boleh membawa perkara itu ke Kabinet macam saya buat dahululah. I didn’t wait for MPGN. Saya buat, pergi ke Kabinet katakan ini asasnya, perlu meningkatkan gaji tersebut. Kita baca hari ini The Edge di mana mengatakan 72 peratus pekerja di negara ini ingin beralih ke kerja yang lain kerana asasnya adalah gaji yang rendah. Satu di antaranya. Ini adalah tertinggi di rantau ini. Singapura pun hanya 60 peratus sahaja yang ingin menukar kerja. Jadi, Yang Berhormat perlu usahalah untuk kebaikan pekerja. Saya tahu Yang Berhormat mungkin sibuk dengan pilihan raya di tempat-tempat lain macam Melaka tetapi jangan lupa kewajipan kepada orang miskin. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, bersekali. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ada mengutarakan pandangan tentang gaji minimum iaitu tentang penyelesaian yang terbaik. Akan tetapi dalam masa yang sama Yang Berhormat Menteri, garis kemiskinan ini ialah RM2,208 dan RMKe-12 menegaskan bahawa pendapatan pada tahun 2024 itulah RM10,000 isi rumah. Apakah sasaran itu boleh tercapai dengan garis kemiskinan RM2,208 manakala RM10,000 itu sasaran yang sedangkan lantai gaji waktu minimum itu RM1,100. Jadi, saya hendak tahu bagaimanakah mekanisme yang boleh membantu untuk mencapai RM10,000?
Kedua Yang Berhormat Menteri, tadi SIP. Saya hendak mencadangkan ataupun Yang Berhormat Menteri bersetuju tak dengan pandangan saya iaitu pencarum dan syarikat itu perlu dikaji semula tentang potongan gaji mereka. Keduanya, tidakkah boleh kita menyuntik atau kita beri dahulu sebab ini collection for every month. Jadi, kita boleh ambil balik duit itu kemudian untuk kita menjamin kestabilan dana itu. Apakah pandangan itu berseiring dengan pandangan Yang Berhormat Menteri? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Menteri, dengan izin. Tadi Yang Berhormat Menteri telah memberi satu penjelasan kepada persoalan yang telah saya bangkitkan sebelum kita berehat untuk waktu makan tengah hari. Kalau kita lihat apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan Kedah iaitu larangan ke atas kedai-kedai judi, ia akan menyebabkan ramai hilang kerja. Saya telah tanya Yang Berhormat Menteri juga apa yang akan berlaku kepada Genting Highlands kalau larangan itu dikenakan ke atas mereka oleh Kerajaan Persekutuan. Bagaimanakah dengan pekerja-pekerja yang akan hilang kerja? Yang Berhormat Menteri telah memberi jawapan. Saya tidak dengar. Cuma persoalan saya, adakah ini juga akan menggalakkan judi haram? Bagaimanakah dengan pendapatan Kerajaan Persekutuan daripada hasil syarikat- syarikat ini? Dua persoalan. Ketiga Yang Berhormat Menteri, bagaimana dengan hak-hak orang bukan Bumiputera, orang-orang bukan Melayu untuk membeli nombor-nombor ekor secara sah? Adakah ini juga akan menyebabkan banyak perkara lagi, umpamanya kedai arak, penjualan arak juga menghadapi masalah pada masa akan datang? Apakah pendirian Yang Berhormat Menteri atas perkara-perkara tersebut? Minta ulasan Yang Berhormat Menteri. Saya berterima kasih. Sekali lagi saya ingin berterima kasih kerana Yang Berhormat Menteri telah memberi penjelasan. Akan tetapi apakah tunjuk ajar yang akan diberikan kepada Timbalan Menteri terutamanya apabila berhadapan dengan seorang wartawan wanita. Adakah beliau akan lemah lembut bercakap, memberi jawapan yang bernas seperti Yang Berhormat Menteri ataupun akan menunjukkan tingkah laku yang tidak sopan? Mohon penjelasan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Ipoh Barat atas keprihatinan yang mencadangkan supaya gaji minimum dinaikkan ke RM1,500. Kebetulannya kalau saya ikut pendirian saya Yang Berhormat, saya pun cukup bersimpati kepada warga kerja. Akan tetapi perkara ini perlu diperhalusi secara mendalam. Apa Yang Berhormat sebut itu betul. Semasa pemerintahan Yang Berhormat, naikkan sedikit tetapi kalau ikut manifesto janji hendak naikkan RM1,500 tetapi tidak tunaikan janji. Selepas itu putar belit kata...
Yang Berhormat, setiap tahun RM100. RM1,500 dalam tempoh lima tahun. Jangan menyeleweng.
Selepas itu dalam manifesto kata. Tuan Yang di- Pertua, dalam manifesto kata kalau kita memerintah RM1,500. Selepas itu putar belitkan fakta kata setiap tahun RM100. Tidak mengapa. Walau bagaimanapun, tahniah.
Oh, is it the manifesto?
Tuan Yang di-Pertua, kalau saya pembangkang senang sahaja saya boleh cuba naikkan gaji tetapi keadaan hari ini as a response sebagai government kita perlu mengkaji keadaan hari ini, kelembapan ekonomi. The industry players are suffering. Kita perlu – walaupun tanggungjawab Kementerian Sumber Manusia membela nasib warga kerja ya saya setuju tetapi pada masa yang sama sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kita perlu jaga kebajikan industri supaya peluang-peluang pekerjaan terus wujud.
Sekiranya dengan keadaan hari ini, kalau secara peribadi dan profesional saya sokong Yang Berhormat naikkan gaji RM1,500 minimum tidak ada masalah. Akan tetapi tanggungjawab saya sebagai menteri, saya kena kaji secara mendalam keadaan hari ini, kelembapan ekonomi.
Mungkin saya boleh cadangkan kenaikan gaji RM1,500, mungkin ramai akan kurangkan pekerja sebab kenaikan gaji, majikan akan kurangkan pekerja. This will increase unemployment lagi teruk tetapi saya berpegang kepada gaji minimum harus dinaikkan tetapi kita perlu memperhalus keadaan industri, kelembapan ekonomi dan sebagainya. Zaman Yang Berhormat tidak ada COVID-19 senang buat keputusan. Akan tetapi hari ini dengan kelembapan ekonomi, krisis kesihatan dan sedikit sebanyak krisis politik pelbagai isu. Maka bagi sedikit masa 18 November, jawatankuasa teknikal akan memberikan keputusan, cadangan mereka.
Di UK baru mereka naikkan gaji minimum, baru bulan ini dan...
Saya akan bawa perkara ini...
...Negara-negara yang makmur.
Selepas dapat keputusan daripada jawatankuasa teknikal saya akan bawa ke Kabinet dan juga ke Dewan yang mulia ini tetapi saya cukup bersimpati dengan warga kerja. Kita perlu menaikkan gaji mereka, tidak ada masalah. Kalau keadaan mengizinkan, kita bersama-sama akan melaksanakan gaji minimum. Kedua, daripada segi pandangan Yang Berhormat Kapar sasaran RM10,000 itu saya serahkan kepada Menteri Kewangan untuk menjawab. Selain daripada itu, daripada segi kenaikan gaji apa yang saya sebut, saya memang bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Kapar. Tambahan pula ada soalan luar daripada tajuk, daripada Yang Berhormat Jelutong Tuan Yang di-Pertua. Ini ialah satu keputusan kerajaan negeri. Itu terpulang kepada mereka tetapi sebagai individu, sebagai insan yang jaga warga kerja, saya setuju mungkin dengan penutupan kedai-kedai judi ini ada yang hilang peluang-peluang pekerjaan. Pertama. Kedua, ini tidak akan menghapuskan judi. Judi haram akan muncul sebab kita tidak pernah sempat mengharamkan judi di negara ini. Walaupun ada lesen-lesen, masih ada judi haram. Ini cuba bayangkan apabila tidak ada kedai, lesen mungkin ia akan menambahkan. Ketiga, apabila judi haram ditamatkan, kerajaan akan hilang pendapatan daripada tax. Inilah— we must be sensitive perkara-perkara seperti ini disebabkan the change of event will take place. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya izinkan saya meneruskan dengan— memandangkan ada 16 minit sahaja lagi saya ingin teruskan tanpa gangguan. Kerajaan juga bersetuju bahawa kadar gaji bagi graduan seharusnya lebih tinggi daripada gaji minimum. Namun begitu, kadar gaji tersebut hendaklah selaras dengan kemahiran dan pekerjaan yang dilaksanakan dan bukan semata-mata berdasarkan kepada taraf akademik supaya kadar gaji tersebut setimpal dengan kemahiran dan produktiviti pekerja. Kesimpulannya, kerajaan yakin dasar-dasar yang dilaksanakan dapat saling lengkap-melengkapi untuk memastikan pasaran buruh lebih stabil, hak para pekerja sentiasa terpelihara dan kerajaan juga akan sentiasa menambah baik inisiatif sedia ada agar hasrat menjadi negara maju dapat dicapai. Tuan Yang di-Pertua, menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Port Dickson mengenai kajian produktiviti dan upah. Sistem upah yang dikaitkan dengan...
Sedikit Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua.
Boleh.
Saya ada bangkitkan isu gaji minimum tetapi berkait dengan krisis penuaan dan simpanan dalam KWSP. Kalau boleh Yang Berhormat beri sedikit pandangan kerana saya faham kesusahan untuk memperkenalkan pada target RM1,500. Akan tetapi sebagaimana yang disebut oleh Ahli- ahli Yang Berhormat sebelum ini, antara sebab utama kenapa pencarum KWSP, bagaimana mereka boleh survive walaupun jumlah keluaran begitu besar sejumlah 20 peratus daripada semua stimulus kerajaan adalah kerana pengenalan gaji minimum. Jadi saya fikir bila kita datang dan masuk ke dunia pasca pandemik, Yang Berhormat dan Menteri harus mengambil kira perspektif ini, sementara kita faham majikan memang tertekan. Akan tetapi kalau tidak, krisis akan memberi kesan kepada semua pekerja khususnya pencarum dalam KWSP. Jadi saya harap Yang Berhormat boleh ambil kira untuk pengenalan secara berperingkat. Walaupun RM100, pada saya ada memulakan gerak langkah ke arah menjamin kedudukan dan juga kestabilan buat pekerja. Mohon Yang Berhormat ambil kira dengan serius. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya setuju pandangan Yang Berhormat, saya setuju dari segi realiti. Walau bagaimanapun bagi sedikit masa sehingga jawatankuasa teknikal mengkaji untuk mengumumkan. Sebarang pengumuman di peringkat saya mungkin akan menjejaskan pengumuman mereka. Maka pengumuman akan dibuat pada 18 November, tetapi saya bersetuju untuk apabila jawatankuasa membuat keputusan, kita bersama-sama boleh bincang untuk menambah baik keadaan. Tuan Yang di-Pertua, menjawab isu yang dikaitkan oleh Yang Berhormat Port Dickson mengenai kajian produktiviti dan upah. Sistem upah yang dikaitkan dengan produktiviti merupakan satu sistem yang menunjukkan hubungan saling melengkapi antara upah dan produktiviti pekerja. Pelaksanaan sistem ini membolehkan pekerja- pekerja mendapat upah yang adil hasil daripada peningkatan produktiviti dan prestasi mereka. Dalam usaha untuk memastikan kadar upah pekerja di Malaysia meningkat dan setimpal dengan produktiviti yang dihasilkan, Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia telah menggalakkan majikan melaksanakan PLWS melalui program promosi dan publisiti secara berterusan baik di peringkat negeri mahupun nasional pada majikan dan juga kesatuan sekerja. Sehingga bulan Oktober 2021, lebih 90,000 orang majikan telah melaksanakan sistem upah yang dikaitkan dengan produktiviti dengan lebih 5.2 juta orang pekerja telah menikmati faedah pelaksanaannya. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tanjong Malim, Yang Berhormat Semporna, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Tangga Batu dan Yang Berhormat Kapar membangkitkan isu-isu berkaitan TVET. Antaranya ialah ketidakpadanan kemahiran dengan permintaan industri, akreditasi kemahiran dan agensi kawal selia. Kementerian ini melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran bertanggungjawab dalam menyelaras pembangunan latihan kemahiran di Malaysia. Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 [Akta 652] mengawal selia pelaksanaan latihan serta menjamin kualiti graduan kemahiran yang dikeluarkan oleh sesebuah pusat latihan. Terdapat tiga kaedah pelaksanaan latihan kemahiran di bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) yang diselaraskan oleh JPK seperti berikut: (i) sistem latihan program bertauliah; (ii) sistem latihan dual nasional; dan (iii) persijilan secara pengiktirafan pencapaian terdahulu. Sehingga 31 Oktober 2021 lebih 2 juta sijil kemahiran Diploma Kemahiran Malaysia serta Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia telah dianugerahkan kepada individu yang kompeten melalui ketiga-tiga kaedah persijilan tersebut yang menggunakan
Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan sebagai asas dalam melaksanakan latihan. NOSS yang dibangunkan bersama industri supaya NOSS yang dihasilkan memenuhi keperluan industri. Graduan kemahiran turut dilengkapi dengan kebolehan insaniah antaranya kemampuan menganalisis informasi komunikasi berkesan, interaksi dan kolaborasi dalam kumpulan pengurusan sumber dan rundingan cara mengikut budaya dan suasana setempat (local) sebagai persediaan untuk bekerja dalam industri berkemahiran tinggi. Selain itu, kementerian melalui Jabatan Tenaga Manusia turut menjalankan kaji selidik keberkesanan graduan Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia menggunakan e-Tracer Study Online System, dengan izin bagi mengesan dan mengukur tahap kebolehpasaran graduan mengenal pasti kualiti graduan daripada aspek perkembangan kerjaya dan impak graduan kepada sektor ekonomi. Berdasarkan maklum balas daripada 6,214 orang graduan pada tahun 2018, kebolehpasaran graduan adalah pada tahap tinggi iaitu 93.9 peratus dengan 80.2 peratus orang graduan bekerja dalam bidang yang dipelajari. Kadar kebolehpasaran graduan pada tahun 2019 meningkat kepada 95.4 peratus dengan 82.8 peratus orang graduan bekerja dalam bidang yang dipelajari. Namun pada tahun 2020 kadar kebolehpasaran graduan ILJTM terjejas sedikit kesan daripada pengurangan pekerja semasa pandemik COVID-19. Kajian mendapati tahap kebolehpasaran graduan JTM pada tahun 2020 sedikit merosot pada tahap 90.5 peratus dengan 81.4 peratus orang pelajar bekerja dalam bidang yang dipelajari. Pelajar- pelajar JTM bukan sahaja memiliki kemahiran teknikal dan digital tetapi dipersiapkan kepada mereka dengan kemahiran sokongan untuk memastikan mereka dapat bersaing dan kekal relevan dalam pasaran kerja pada masa hadapan walaupun bekerja di luar bidang yang dipelajari. Yang Berhormat Permatang Pauh...
Yang Berhormat, terima kasih. Kalau boleh saya tanya soalan susulan berkait dengan TVET kerana Kementerian Pengajian Tinggi pun ada memberi jawapan bahawa di bawah Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan untuk mengatasi isu-isu yang dibangkitkan oleh laporan Ketua Audit— dalam laporan Ketua Audit, Kementerian Pengajian Tinggi sekretariat. Akan tetapi isu fragmentasi, saya nampak masih lagi tidak diselesaikan di mana sekarang daripada tujuh dahulunya ada 11 kementerian yang semua terlibat dalam TVET tanpa kepala yang khusus, maksudnya not one controls all of them. Jadi, saya bimbang kerana satu fragmentasi, kedua yang dibawakan daripada jawapan Yang Berhormat saya menunggu tentang isu akreditasi. Hal ini kerana tidak pemusatan dan dalam ataupun setakat 1 Januari 2020, my last point ada 593 buah institusi TVET awam, 633 buah institusi swasta dan 22 buah kemahiran peringkat negeri.
Akan tetapi, 42 peratus daripada 185 program yang di sampel, program TVET ditawarkan sebelum akreditasi sementara telah diperakukan. This is a big problem maksudnya pelajar masuk daftar tetapi akreditasi tersebut belum lagi diperakukan. Jadi saya pohon Yang Berhormat dapat jawab bab ini kerana kita mempunyai ramai pelajar-pelajar yang mahu bersama dalam program tetapi selagi tidak ada big boss ataupun kementerian ataupun suruhanjaya apa lah yang mengawal selia akan wujud pertindihan jawatan dan juga pertindihan fungsi. Saya mohon jawapan Yang Berhormat. Terima kasih.
Yang Berhormat, berkaitan. Oleh sebab kebolehan Yang Berhormat Menteri saya difahamkan semua TVET di negara ini akan dibawa dan dikawal selia oleh HRDF Corporation. Adakah ini benar kalau benar apakah perkara yang sedang dibuat. Kedua, kita tahu di Malaysia hanya lebih kurang 60 hingga 70 peratus pelajar telah diisi di semua institusi TVET di negara ini. Apa yang dibuat supaya ia dapat capai 100 peratus dan juga jangan kita bina lagi ILP-ILP atau institusi TVET di negara ini yang dibiayai oleh kerajaan. Terima kasih.
Boleh tanya? Saya rasa poin yang lebih kurang sama. Yang Berhormat Menteri saya hendak tanya tentang akreditasi juga. Sebab menurut Laporan Audit Negara ada yang ambil masa sampai lima tahun lebih, 2,113 hari untuk dapatkan akreditasi penuh. So apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kementerian untuk mengatasi masalah ini. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli- ahli Yang Berhormat. Isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh memang satu perkara yang cukup serius sebab murid-murid ini atau penuntut ini perlu dimasukkan dalam IPT swasta tetapi tanpa ada akreditasi. Ini satu masalah besar kerana di luar daripada kawalan Kementerian Sumber Manusia. Walau bagaimanapun, saya tak nak lepas tangan dengan menyatakan ini bukan tanggungjawab kementerian. Baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah bersetuju memandangkan pelbagai agensi yang mengendalikan latihan-latihan TVET, maka kita perlu ada kecacatan program Yang Berhormat, kecacatan program ini. Apabila kita mengendalikan program, selepas mengendalikan program, cases study being done by that IPTS sendiri. Maka they gave us all the flowery reports, murid- murid daripada kolej kita berjaya 90 peratus, 80 peratus dan sebagainya. Sama ada laporan itu betul atau tidak tiada orang yang pasti. Maka seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat, maka Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini memandangkan pelbagai agensi melaksanakan program dan ada juga Yang Berhormat, saya perlu memperakui ada juga senarai yang sama dapat bantuan daripada beberapa buah agensi. Cuma dia tukar tajuk program, kalau tahun ini nama yang sama dia menjalani kursus mungkin menjahit. Orang yang sama, kolej yang sama tahun kedua dia buat kursus lain. Mungkin mereka yang menghadiri kolej-kolej seperti ini kumpul sijil, daripada segi keberkesanan memang diragui. Maka Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mencadangkan supaya Kementerian Sumber Manusia menjadi single window untuk memantau. Saya ikut nasihat mantan Menteri Sumber Manusia penggal sebelum ini supaya menubuhkan satu tracer, di mana tracer tadi will be conducted by that kementerian melalui Pembangunan Sumber Manusia. Bukan sahaja hanya untuk Kementerian Sumber Manusia, untuk ke semua agensi. So, we will have independent report supaya kita memastikan perkara ini diatasi. Kedua mengenai kelewatan daripada segi akreditasi-akreditasi, saya telah mengarahkan KSU Kementerian Sumber Manusia supaya mewujudkan sebuah jawatankuasa khas supaya kita mengurangkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, memandangkan saya ada sikit masa sahaja.
Yang Berhormat sikit ya, saya nak minta kalau ada ya kualiti-kualiti institusi TVET di bawah seliaan kementerian lain perlu ada keberanian dan political will, kalau mereka buat salah pun kena ambil tindakanlah. Ia tak boleh ada tindakan antara dua darjat dalam hal ini. Terima kasih Yang Berhormat.
Yang Berhormat saya bagi jaminan saya tidak pilih kasih dan saya tidak berkompromi daripada segi menentukan hala tuju negara masa depan generasi.
Tidak ada pelajar. Tidak ada pelajar 100 peratus. Yang Berhormat belum jawab mengenai diisi oleh pelajar-pelajar di TVET. Hanya sekarang dalam lingkungan beberapa peratus.
Kita telah memperbanyakkan promosi untuk menambahkan tetapi untuk dua tahun Yang Berhormat kebanyakan kelas dan sebagainya tidak dijalankan memandangkan dalam keadaan MCO, dan kita telah mula longgarkan MCO sekarang. Saya pastikan Kementerian Sumber Manusia akan menggunakan pelbagai road tour untuk menambah pengisian. Tuan Yang di-Pertua, memandangkan ada dua minit sahaja ada beberapa isu yang perlu diselesaikan.
[Bangun]
Untuk tujuan beberapa pelaksanaan latihan kemahiran sosial dan sokongan diterapkan dalam latihan seperti kerja berpasukan- teamwork, keupayaan berfikir secara kritis menerusi pendekatan pembelajaran berdasarkan projek ataupun project based learning, pembelajaran berdasarkan masalah (problem based training) dan penyelesaian masalah (problem solving) untuk melatih kemahiran berkomunikasi. JTM juga mewajibkan semua pelajar mengikuti modul keusahawanan dengan mengenal pasti modul MDEC untuk menggalakkan para pelajar JTM menceburi bidang perniagaan. Data menunjukkan antara faktor pengekalan tahap kebolehpasaran yang tinggi dalam kalangan graduan JTM pada tahun 2020 ialah keupayaan graduan untuk bekerja sendiri 15.9 peratus dalam tempoh pandemik. Selain itu, JTM turut diberi peluang untuk melengkapkan diri dengan pelbagai pensijilan profesional yang diiktiraf oleh badan-badan pensijilan terkemuka dalam dan luar negara sebagai nilai tambah untuk meninggikan kadar kebolehpasaran. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya melalui TalentCorp penekanan turut diberikan terhadap peningkatan kebolehpasaran graduan dengan mengaplikasikan penggunaan senarai pekerjaan kritikal, critically occupational list. Senarai pekerja kritikal bertujuan untuk mengenal pasti pekerjaan yang sukar diisi merangkumi keperluan pekerjaan kemahiran tinggi atau mahir, high-skilled, dan secara separuh mahir, mid-skilled termasuk kelulusan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional merentasi 18 buah industri ekonomi negara. Tuan Yang di-Pertua, mengenai kutipan bayaran pinjaman PTPK yang rendah seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tanjong Malim. Pelbagai usaha telah dibuat antaranya adalah dengan menawarkan pemberian diskaun sebanyak 20 peratus kepada peminjam yang membuat penyelesaian bayaran balik pinjaman sekali gus, serta pemberian diskaun 10 peratus kepada penjamin yang membuat pembayaran secara konsisten selama 12 bulan. Selain itu, demi menjaga hubungan baik dengan peminjam, kaedah rundingan dan juga pemujukan diguna pakai dalam menarik hati peminjam dan penjamin untuk membuat bayaran secara konsisten setiap bulan. Sebagai usaha untuk mendekati peminjam, PTPK turut menyediakan khidmat nasihat dan rundingan bagi membantu peminjam membuat penstrukturan serta penjadualan semula pinjaman. Peminjam dan penjamin juga diberi peluang untuk berbincang dengan pegawai PTPK untuk membuat rayuan bayaran balik pinjaman latihan kemahiran ini. Pihak PTPK juga telah mewujudkan rangkaian media sosial bagi mendekati dan mendapatkan maklum balas daripada para peminjam serta pembantu memaklumkan peminjam tentang kekosongan pekerjaan di MyFutureJobs. Tuan Yang di-Pertua, PTPK juga dalam tindakan untuk melantik agen pungutan luar bagi mempertingkatkan prestasi kutipan bayaran balik pinjaman PTPK khususnya tunggakan yang telah melebihi 10 tahun. Kerajaan mengambil berat hal kutipan bayaran balik yang dapat digunakan semula sebagai dana pusingan - revolving fund yang boleh digunakan untuk membiayai lebih ramai pelatih pada masa hadapan. Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat daripada Tanjong Malim setakat ini tunggakan yang sedia ada lebih daripada RM1 bilion. Saya ada, kementerian sedang mengambil tindakan dan langkah-langkah positif untuk mengutip balik.
Yang Berhormat Menteri, boleh tanya sekejap. Yang Berhormat Menteri- terima kasihlah kerana menyambut baik usaha untuk memungut balik pinjaman PTPK. Akan tetapi saya rasa kita kena selesaikan masalah ini dengan lebih menyeluruh sebab saya rasa bukan cara pungutan yang menyebabkan mereka tidak bayar balik. Akan tetapi saya rasa ada masalah seperti ketidakpadanan daripada skala kemahiran dan permintaan industri yang menyebabkan ada pelajar yang mereka keluar tidak dapat pekerjaan ataupun dapat pekerjaan yang gajinya kurang daripada gaji minimum, maka mereka tidak dapat bayar balik. So, saya rasa mungkin kita boleh mengkaji macam mana hendak menyempurnakan program ini. Thank you.
Terima kasih Yang Berhormat apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat ialah benar. Ada juga yang sudah menjalani – setelah meminjam dan menjalani latihan tetapi belum dapat peluang pekerjaan dan sebagainya macam- macam, pelbagai. Ada yang berjaya tetapi degil tidak bayar balik macam-macam. Walau bagaimanapun kita akan buat satu kajian menyeluruh untuk ambil tindakan. Tuan Yang di-Pertua mengenai perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Wangsa Maju, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Kalabakan dan Yang Berhormat Ipoh Barat. Kerajaan sedar mengambil berat ke atas masalah yang dihadapi oleh pihak majikan daripada segi kekurangan pekerja asing.
Yang Berhormat saya ada banyak lagi Menteri.
Saya lagi lima minit saya habis.
Tidak mahu bagi jawapan bertulis? Lima minit.
Kurang daripada lima minit Tuan Yang di-Pertua. [Tidak jelas] pembekuan pengambilan pekerja asing baharu yang telah berkuat kuasa pada Mac 2020 di bawah pemerintahan Yang Berhormat Mantan Perdana Menteri yang mana sektor-sektor yang mempunyai kebergantungan tinggi kepada pekerja asing seperti sektor perladangan menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja yang cukup serius. Atas dasar itu Kementerian Sumber Manusia bersama-sama Kementerian Dalam Negeri telah melaksanakan Program Pertukaran Majikan dan Program Rekaliberasi Tenaga Kerja dan kedua-dua program ini dilaksanakan bagi mengoptimumkan tenaga kerja dan memastikan kelangsungan perniagaan industri terutama dalam sektor yang mempunyai kebergantungan tinggi terhadap pekerja asing. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 April 2021 telah bersetuju supaya Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia menyusulkan pandangan bahawa permohonan bawa masuk pekerja asing oleh kerajaan dengan pengecualian khas diberikan khususnya kepada sektor perladangan tertakluk dengan penggunaan syarat SOP yang ketat bagi membendung penularan COVID-19. Seterusnya Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pandemik COVID-19 bilangan 60 tahun 2021 pada 22 Oktober 2021 telah meluluskan tatacara Prosedur Operasi Standard (SOP) kemasukan pekerja asing ke Malaysia bagi semua sektor. SOP ini telah mengambil kira SOP yang dibentangkan pada 4 Oktober 2021 dalam Kementerian Kesihatan Malaysia berhubung keperluan kesihatan kemasukan pekerja asing di negara ini. SOP tambahan daripada Kementerian Sumber Manusia merangkumi aspek- aspek prosedur praperlepasan, semasa ketibaan, selepas ketibaan, tempoh kuarantin dan pasca kuarantin. Namun begitu, majikan diwajibkan menyediakan penginapan dan kemudahan kepada pekerja selaras dengan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 [Akta 446]. Penyediaan penginapan kepada pekerja warga asing juga merupakan syarat kepada penggajian pekerja asing. Selain itu, semua anjakan paradigma daripada kalangan pengusaha estate ladang dan majikan mesti lakukan daripada alasan [Tidak jelas] dan meminta penggajian pekerja asing yang boleh dimanipulasi dan diperah kudratnya secara melampau yang menyebabkan negara kita tergolong dalam tier 3, Trafficking in Persons daripada TIP Report. Justeru itu pihak majikan perlu bersedia menawarkan gaji yang lebih tinggi dan setimpal serta mampu menyediakan kemudahan perumahan yang selesa serta faedah- faedah kewangan dan bukan kewangan kepada pekerja tempatan. Hal ini dapat menjadi sektor perladangan sebagai satu sektor yang boleh menjanjikan gaji yang lumayan sekali gus dapat meningkatkan peluang kerjaya yang lebih luas kepada pekerja tempatan.
Tuan Yang di-Pertua berhubung isu pembantu rumah asing ataupun disebut oleh Yang Berhormat Ipoh Barat majoriti pembantu rumah asing di negara ini ialah dari negara Indonesia. Ketika ini Kementerian Sumber Manusia masih dalam peringkat rundingan bersama pihak industri bagi memuktamadkan memorandum persefahaman mengenai pengambilan perkhidmatan Indonesia ataupun PDI yang telah tamat pada 30 Mei 2021. Walaupun perjanjian hantaran pulang bagi pekerja sektor pekerjaan sektor informal kerajaan Nepal telah ditandatangani pada 29 Oktober 2018 berlaku kelewatan dalam urusan kemasukan yang dirancang mengikut pelaksanaan namun, kerajaan telah bersedia untuk membuka semula kemasukan pekerja asing bagi semua sektor. Tuan Yang di-Pertua saya dengan ini...
Bila akan dibenarkan domestic workers datang ke negara atau dibuka?
Tuan Yang di-Pertua saya akui isu domestik memang satu isu yang cukup kritikal buat masa ini...
Kritikal.
Khususnya selepas PKP isu rumah tangga sudah mula keluar bekerja tetapi saya lebih sedikit kekangan dengan memorandum daripada pihak Indonesia di mana kerajaan telah mencadangkan ‘one maid, one task’. Ini bererti apabila kita bawa pekerja asing ini khususnya untuk pekerja domestik one maid, one task bererti kalau dia cuci kain dia cuci kain sahaja, kerja lain dia tidak akan buat. Saya telah [Tidak jelas] kepada pihak Indonesia supaya kalau ikut dengan procedure one maid, one task mungkin setiap rumah di Malaysia kena ada lima atau enam maids. Maka saya telah cadangkan kepada kerajaan Menteri Sumber Manusia Indonesia Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua supaya kita boleh mengambil satu kaedah baharu di mana saya kira ahli keluarga kurang daripada lapan orang dia boleh ambil satu maid. Sekiranya keluarga lebih daripada lapan orang mungkin dua maids. Baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah melawat negara Indonesia dan telah berbincang dengan pihak Indonesia. Saya akan melawat pada 8 hari bulan untuk memutuskan perjanjian antara Indonesia dengan Malaysia supaya kita bawa masuk pekerja asing dalam Malaysia.
No, sensitive matter itu adalah maid online kita semua tahu. Maid online. Itu yang online itu –
Saya telah bangkitkan isu itu saya telah bangkitkan.
Boleh tanya JTK mereka tahu bahawa perkara ini menjadi sensitif kepada Indonesia.
Saya faham Yang Berhormat perkara ini telah pun dibincangkan antara kedua-dua kementerian Sumber Manusia dan saya telah sampaikan pandangan pada Indonesia kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya Kabinet membuat satu keputusan supaya kita boleh cari satu penyelesaian.
Dengan Nepal semasa kita menerajui kerajaan mereka telah setuju. Kenapakah bahagian dasar belum membuat perjanjian itu ditandatangani?
Ada sedikit kelewatan sebab PKP dan sebagainya semuanya akan diselesaikan dalam masa terdekat Yang Berhormat.
Yang Berhormat HRDF Corp...
Tuan Yang di-Pertua saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat.
Yang Berhormat...
Yang Berhormat Menteri.
Yang membangkitkan pelbagai isu dan saya memberi jaminan kepada Dewan yang mulia ini segala pandangan dan cadangan akan diterima secara terbuka dan baik kita akan ambilkan yang kurang baik kita perbaiki. Sekian terima kasih.
Terima kasih. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Industri Makanan.
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua point of order. Ini selalunya...
Sorry?
Bila Menteri-menteri jawab pada – lepas itu katakan dia memberi jawapan bertulis. Macam saya telah membangkitkan perkara HDR Cooperation dengan sedalam-dalamnya [Tidak jelas] thing. Tidak ada jawapan kalau tidak apa jawapan bertulis diberi boleh dibaca Hansard di mana saya telah bangkitkan perkara itu. Saya hendak bangkitkan Tuan Yang di-Pertua adalah ini – saya harap jawapan diberi sebelum committee stage. Kalau tidak pada committee stage perkara itu dibangkit lagi. It’s doesn’t make any sense. Saya mohon satu kesefahaman di antara – masa kita di sana pun saya mengharapkan you give the answer as fast as possible jangan kita lambatkan. Supaya at committee stage ada lebih makna, please.
Okey, Yang Berhormat Ipoh Barat. Berkenaan jawapan bertulis ruling daripada Speaker five working days, lima hari bekerja untuk jawapan bertulis tetapi yang mana-mana isu baharu ataupun yang mana Yang Berhormat tidak puas hati, saya rasa bawa kepada pejabat Speakerlah sebab dia yang boleh mengarahkan Menteri. I understand the point rising up.
It’s in the Hansard. I can bring it – Boleh- boleh.
Saya faham tetapi biar Tuan Yang di-Pertua buat ruling on that.
Terima kasih.
Saya hanya babysitting. Dipersilakan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada seramai 22 Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh isu yang berkaitan MAFI dalam perbahasan Belanjawan 2022. Menyentuh tentang isu dakwaan import makanan yang tinggi, isu penubuhan food security agency, isu ketiadaan jawatankuasa bersama antara Persekutuan dan negeri dalam isu pertanian, isu ketidakcekapan pengurusan kelulusan AP import daging di peringkat kementerian yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Tenom dan Yang Berhormat Bintulu. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat pada tahun 2020, import makanan mencatat bernilai RM55.4 bilion berbanding RM51.4 bilion pada tahun 2019. Ini bagi memastikan bekalan makanan domestik terjamin dalam tempoh pandemik COVID-19. Antara bahan makanan yang menyumbang kepada nilai import yang tinggi termasuk bijirin dan sediaan bijirin, coffee, koko, roti, rempah dan keluaran sediaan makanan lain daging hasil tenusu makanan ternakan, sayur-sayuran dan buah-buahan. Perangkaan ini juga meliputi import 30 peratus beras serta sayur-sayuran dan buah-buahan beriklim sederhana dari luar negara untuk memenuhi keperluan tempatan.
Namun, kebergantungan terhadap sumber import ini perlu ditangani secara strategik bagi memastikan sistem makanan negara tidak terjejas dan sebarang gangguan dalam perdagangan antarabangsa khususnya bekalan daripada negara sumber import. Dalam hal ini, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan telah merangka beberapa strategi untuk merancakkan pengeluaran bahan makanan secara domestik di bawah Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) dan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025 (Pelan Tindakan DSMN) bagi mengurangkan kebergantungan terhadap sumber import. Antaranya adalah:- (i) galakan kerjasama antara sektor swasta menerusi Program Smart Sawah Berskala Besar ataupun Program Smart SBB; (ii) penubuhan agensi khusus seperti Lembaga Ruminan Negara; (iii) merancakkan usaha penerima gunaan teknologi moden dan industri revolusi 4.0; (iv) memperluas aktiviti pertanian bandar dan kebun-kebuniti di kawasan-kawasan yang bersesuaian; (v) memperkasa penyelidikan dan pembangunan berteraskan sekuriti makanan untuk menghasilkan baka dan benih yang berimpak tinggi; dan (vi) menggalakkan penyediaan berteraskan pembangunan makanan alternatif yang berpotensi sebagai pengganti kepada beras dan keperluan diet termasuk pembangunan makanan alternatif ternakan serta meningkatkan kompeten pemakanan sihat yang mempromosi komuniti makanan yang dikeluarkan secara tempatan. Berkenaan dengan ketiadaan food security agency seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Nerus dan Yang Berhormat Bintulu, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, cadangan penubuhan Bahagian Sekuriti Makanan di peringkat kementerian telah dipanjangkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam. Pada masa yang sama, MAFI juga akan melaksanakan kajian penyediaan blueprint sekuriti makanan negara di mana salah satu skop kajian adalah menilai keberkesanan penubuhan satu entiti khusus untuk merangka, memantau dan melaksanakan mandat berkaitan sekuriti makanan secara menyeluruh di bawah rolling plan kedua Rancangan Sabah Ke-12 pada tahun 2022. Kajian yang dijangka selesai pada tahun 2023 ini akan turut mencadangkan strategi-strategi bagi perkukuh sekuriti makanan negara bagi tempoh 2026 hingga 2030. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, walaupun pada masa ini kita tidak mempunyai satu food security agency khusus seperti yang dicadangkan, namun MAFI sentiasa memberikan keutamaan dalam menjamin kelangsungan bekalan makanan negara sekali gus memperkasa agenda sekuriti makanan negara secara keseluruhannya. Malah melalui Jawatankuasa Kabinet mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara, kerajaan juga telah memperkukuh sekuriti makanan negara secara lebih holistik dan mampan. Jawatankuasa ini memainkan peranan yang penting dalam memperkukuh dan menyelaras strategi serta pelan-pelan tindakan bagi menangani sebarang isu sekuriti makanan negara sama ada jangka masa pendek, sederhana atau panjang.
Terima kasih Yang Berhormat. Pertamanya, saya mengucapkan tahniah atas lantikan Yang Berhormat sebagai Menteri Pertanian dan Industri Makanan. Memang sesuai, memang kelulusan pun sudah ngam dari UPM, kemudian orang Sabah. Yang Berhormat sedar bahawa agensi-agensi pertanian di Sabah, Jabatan Pertanian, Jabatan Haiwan dan sebagainya memang tidak tertakluk dengan Jabatan Pertanian di Semenanjung Malaysia. Ketua Pengarah di Sabah tidak melaporkan kepada Ketua Pengarah di Semenanjung Malaysia dan sebagainya. Banyak juga insiden-insiden
di mana ada agensi daripada Kerajaan Persekutuan yang ingin memperluaskan kegiatan dan programnya di Sabah ditolak oleh kerajaan negeri. Sebagai contoh, Lembaga Nanas dan sebagainya. Di bawah kepimpinan Yang Berhormat selaku Menteri Pertanian dan Industri Makanan Malaysia ini, bagaimanakah sebaik-baik mungkin perhubungan di antara agensi-agensi di Kerajaan Negeri Sabah dan Persekutuan ini yang sebaik-baik mungkin supaya kita dapat memaksimumkan bukan sahaja peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan tetapi strategi-strategi yang Yang Berhormat menyatakan ini dapat dimanfaatkan sebaik-baik mungkin? Yang terakhir saya ingin bertanya Yang Berhormat, kita telah mencadangkan...
Tidak payah berucap panjang-pajang, Yang Berhormat.
Bukan. Ini pertanyaan sahaja ini sebab ini...
Kalau pertanyaan, pendeklah.
Tapi ini perkara besar yang kita ceritakan ini. Yang kedua yang saya ingin tanya kepada Yang Berhormat ialah kita telah cadangkan supaya sedikit sahaja peruntukan untuk hal meningkatkan lagi makanan dan juga pemasaran produk-produk pertanian dari Sabah untuk dieksport khusus ke Semenanjung Malaysia sebagai satu langkah untuk menangani hal-hal berkaitan dengan...
What you have spoken, I have that in my answers later.
Ya, tapi kenapa peruntukan itu tidak dipersetujui oleh pihak kerajaan apabila kita mencadangkan RM30 juta sahaja, Yang Berhormat?
Saya rasa Yang Berhormat maklum tentang kekangan agensi-agensi persekutuan untuk dipanjangkan di negeri Sabah disebabkan adanya Perjanjian 63. Contoh baik adalah Lembaga Nanas yang saya telah cuba sejak setahun yang lalu duduk di kementerian ini tetapi masih mendapat halangan daripada kepimpinan kerajaan negeri disebabkan oleh Perjanjian 63. Akan tetapi, ia tidak menghalang untuk kita memanjangkan perkhidmatan Lembaga Nanas Malaysia dan menyalurkan peruntukan daripada Lembaga Nanas Malaysia ini untuk kepentingan pengusaha-pengusaha nanas di negeri Sabah. Begitu juga soal kuasa Ketua Pengarah Perikanan untuk memberi lesen perikanan laut dalam. Ia telah juga dalam kerajaan yang ada sekarang ini, kepimpinan kerajaan yang ada sekarang, kuasa Ketua Pengarah Perikanan telah juga diturunkan atas dasar empowerment antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri. Kuasa Ketua Pengarah Perikanan diturunkan kepada pengarah-pengarah perikanan negeri Sabah bagi mereka untuk mengurus dan juga meluluskan permohonan-permohonan lesen perikanan laut dalam. Itu merupakan pendekatan-pendekatan yang telah diambil oleh kerajaan kepimpinan yang ada sekarang ini bagi manfaat rakyat Malaysia yang ada di negeri Sabah. Saya yakin bahawa usaha ini adalah satu usaha yang berterusan dan tentu sekali kita akan dapat melihat pelbagai lagi manfaat daripada jabatan/agensi persekutuan untuk rakyat Malaysia yang berada di negeri Sabah. Berkenaan dengan isu jawatankuasa bersama persekutuan dengan negeri. Bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Tuaran dan juga Yang Berhormat Kangar yang bertanyakan kenapa tiada jawatankuasa bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri berkaitan pertanian, adalah dimaklumkan bahawa MAFI sentiasa mengadakan perbincangan berkala dengan kerajaan negeri melalui Mesyuarat Bersama Exco-exco Pertanian Negeri.
Untuk makluman Ahli Dewan, Mesyuarat Bersama Exco-exco Pertanian Negeri yang baru sahaja diadakan semalam telah bersetuju secara dasar dengan cadangan penubuhan Jawatankuasa Dasar Sekuriti Makanan peringkat negeri yang akan dipengerusikan oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri dengan diurusetiakan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri. Keahlian jawatankuasa adalah terdiri daripada exco-exco negeri yang bertanggungjawab kepada portfolio pertanian, kesihatan, kesejahteraan rakyat atau kos sara hidup dan alam sekitar serta agensi kerajaan di peringkat negeri, pemain industri, ahli akademik dan pertubuhan bukan kerajaan. Jawatankuasa ini akan mewujudkan kerjasama strategi khususnya mengukuhkan sinergi dengan kerajaan negeri dalam meningkatkan daya tahan sistem makanan negara ke arah menjamin kelangsungan bekalan makanan yang cukup, selamat, bernutrisi dan mampu beli secara berterusan kepada rakyat.
Yang Berhormat.
Ya, sila.
Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat Menteri bagi peluang sama saya untuk mencelah.
Mengenai isu ini tadi Yang Berhormat Menteri ada sentuh mengenai food security agency. Saya boleh bagi tahu, berapa lama time frame kita boleh cakap ini food sekuriti agensi Pusat, I mean in the Federal Government. Berapa lama? Because kita sudah dengar ini cerita sudah panjang lebar, sudah berapa tahun sudah, tetapi sampai hari ini kita masih lagi bercerita agensi ini. So, saya mahu tanya Yang Berhormat Menteri, ada satu time frame kah, kita sudah di jadual?
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, seperti saya katakan tadi bahawa isu food security ataupun jaminan sekuriti makanan negara, adalah merupakan satu isu yang dipandang berat oleh kerajaan. Oleh sebab itu apabila kerajaan yang dibentuk pada tahun 2000 yang lalu, antara Jawatankuasa Kabinet yang pertama yang dibentuk oleh kerajaan ketika itu adalah Jawatankuasa Kabinet berkaitan dengan Dasar Sekuriti Makanan Negara. Ia nya dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan di sekretariat kan oleh MAFI serta dianggotai oleh beberapa anggota Jemaah Menteri serta jabatan agensi yang berkaitan. Untuk makluman Yang Berhormat, pada tahun lalu dua mesyuarat telah diadakan dan untuk tahun ini satu mesyuarat telah diadakan beberapa bulan yang lalu dan satu mesyuarat kedua akan diadakan pada penghujung bulan ini. Jadi, walaupun tidak ada agensi secara spesifik on food security di bawah Kementerian MAFI pada ketika ini, walaupun seperti yang saya katakan tadi cadangan untuk menubuhkan satu bahagian food security telah pun diangkat untuk pertimbangan Jabatan Perkhidmatan Awam. Namun, isu yang berkaitan dengan food security adalah merupakan satu isu yang dipandang berat oleh kementerian, menerusi penubuhan Jawatankuasa Kabinet on Food Security. Jadi, tindakan dan penyelarasan untuk memastikan jaminan food security negara sentiasa terjamin adalah merupakan antara inti pati penubuhan Jawatankuasa Kabinet on Food Security (FSCC) ini.
Yang Berhormat Menteri, saya difahamkan ada punya agensi tidak berminat mengadakan ini agensi food security. Contoh, saya ada cadangkan antara Malaysia dengan negara China mengadakan satu - one lab G to G untuk menyelesaikan jaminan import dan eksport makanan. Itu lab sampai hari ini kita sudah bercerita dua tahun tetapi sampai hari ini tidak ada apa-apa tindakan. Saya pun sudah tulis surat sama Yang Berhormat Menteri dua kali tetapi nampaknya bukan kata Yang Berhormat Menteri tidak setuju, Yang Berhormat Menteri pun sudah minit, tetapi nampak di bawah, akar punya agensi itu tidak berapa minat.
Kenapa boleh jadi isu sebegini? Pasal kalau kita bergantung sama AP itu semua, banyak monopoli akan berlaku di negara kita and also kita hendak buat eksport ataupun import memang banyak halangan. A lot of red tape berlaku di bawah.
Ya, isu itu akan saya jawab kemudian nanti Yang Berhormat. Walau bagaimanapun, saya ingin katakan bahawa proses semua untuk mengubah dasar-dasar yang ada di kementerian, adalah merupakan satu proses yang berjalan terus. Jadi, sama ada ia nya akan dilihat bergerak dalam masa yang singkat ataupun dalam masa yang sederhana singkat ataupun dalam masa yang ajak panjang adalah merupakan satu proses yang berjalan. Walau bagaimanapun, kita sentiasa prihatin dan sensitif dengan keperluan untuk mengubah dasar-dasar di kementerian ini. Menyentuh tentang ketidakcekapan pengurusan AP daging tidak halal...
Yang Berhormat Menteri, penjelasan.
Ya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Baru-baru ini, Datuk Ameer Mydin iaitu pengusaha, owner of Mydin Group of Companies mengatakan bahawa dalam masa yang singkat harga ayam akan naik. Ini adalah kerana bahan makanan untuk ayam yang diimport, harga itu akan naik dan kita terpaksa membayar lebih untuk import itu. Oleh kerana itu, harga ayam pun akan naik. Soalan di sini ialah, adakah kita tunggu untuk arahan daripada Jawatankuasa Kabinet on Food Security ataupun ada cara-cara lain untuk kementerian regulate prices ini oleh kerana the big source of protein untuk orang ramai adalah ayam (chicken). Kalau tidak di-regulate, maka ini akan menjadi masalah untuk orang ramai. Minta pandangan Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat kalau kita meneliti tentang Bajet 2022 yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan beberapa minggu yang lalu, antara perkara yang disentuh adalah peruntukan sebanyak RM120 juta untuk jaminan sekuriti makanan negara. Sebahagian daripada peruntukan RM120 juta ini, dikhususkan untuk insentif dan subsidi bagi jagung dan juga isi rong kelapa sawit. Jadi, ini merupakan sebahagian daripada pendekatan intervensi yang telah diambil oleh kerajaan bagi mengurangkan impak kos makanan haiwan yang mengakibatkan harga ternakan meningkat dan menyebabkan harga retail ayam di pasaran negara meningkat. Ini merupakan faktor-faktor yang di luar kawalan negara dan kementerian kerana harga jagung, harga import ternakan haiwan adalah merupakan bahan yang diimport daripada luar yang tertakluk kepada perubahan harga antarabangsa. Jadi, kerajaan sensitif, kita tahu bahawa harga bekalan yang dibekalkan kepada rakyat Malaysia perlu satu harga yang memadai dan tidak tinggi. Kita juga sensitif, harus melihat bahawa industri ternakan juga tidak boleh dipertanggungjawabkan tetapi kita mesti mencapai satu harga yang memberi manfaat kepada rakyat Malaysia dan juga pertumbuhan industri ternakan di seluruh negara. Oleh sebab itu kerajaan mampu mengadakan intervensi bagi menampung sedikit dalam bentuk insentif dan subsidi bagi mengurangkan impak terhadap bekalan ternakan yang diimport daripada luar. Ini merupakan satu tindakan kerajaan bagi menangani masalah harga ternakan yang tinggi. Kita di MAFI maklum dan saya juga yakin bahawa di pihak kementerian KPDNHEP juga sentiasa memantau dan memerhati tentang perkembangan harga produk-produk agro makanan yang dikeluarkan di negara kita. Jadi, Yang Berhormat, keresahan Yang Berhormat adalah merupakan keresahan kami di MAFI dan saya yakin juga adalah merupakan keresahan di pihak kementerian KPDNHEP. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Sedikit sahaja Yang Berhormat tentang hal ayam ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Adakah Yang Berhormat dalam hal meningkatkan produktiviti ayam ini dan mengurangkan kos ladang, ayam dan sebagainya, adakah Yang Berhormat bercadang untuk melihat intervensi dari segi teknologi? Di SIRIM sebagai contoh, ada teknologi di mana ia boleh mengurangkan kos ladang-ladang ayam dengan menggunakan pelbagai teknologi. Memang pun sudah ada menggunakan banyak teknologi, solar dan sebagainya dan belum lagi diperluaskan sepenuhnya keseluruhannya. Itu pertama. Kedua, dari segi padi Yang Berhormat. Yang Berhormat pun sedar juga di Sabah ini banyak ladang-ladang sawah yang terbiar dan tidak ada - hanya kerana sebagai contohnya sistem saliran perparitan tidak dapat ditingkatkan oleh kerana kekangan bajet peringkat kerajaan negeri. Apakah pihak Persekutuan di bawah kementerian Yang Berhormat dapat membantu dalam hal ini? Terima kasih.
Saya hendak sentuh tentang padi tadi, ada dua tempat ataupun ladang penanaman padi di negeri Sabah. Satu adalah di Kota Belud di bawah Integrated Agriculture Development Authority (IADA) dan satu lagi di bawah kawalan kerajaan negeri iaitu kawasan Parlimen saya, di Kampung Terusan Sapi. Yang itu adalah di luar seliaan agensi Persekutuan. Akan tetapi di Kota Belud, ia merupakan satu pembangunan yang terancang yang dirancang dan dana yang disalurkan mengikut keperluan setiap tahun. Jadi, untuk IADA Kota Belud, khusus untuk sawah padi, Kerajaan Persekutuan akan membelanjakan sebanyak RM250 juta untuk membangunkan sistem pengairan...
Di Tuaran, macam mana Yang Berhormat?
You sit down first, I will answer first [Ketawa] ...untuk membangunkan satu sistem pengairan dan juga bagi melaksanakan penanaman padi secara efisien dan teratur dengan teknik-teknik moden melalui penglibatan pihak swasta yang sedang dirancang oleh MAFI bersama dengan agensi di bawah MAFI bagi merancakkan penanaman dan juga pengeluaran padi di negeri Sabah.
Tentu sekalilah, I agree with you that pelbagai teknologi dan juga kaedah penternakan yang perlu diambil, diaplikasikan dalam perusahaan ternakan di negara kita. It is not only ternakan tetapi dalam semua aspek, semua sektor agromakanan ini, dia perlu aplikasi teknologi bagi mengurangkan kos dan meningkatkan pengeluaran. Untuk makluman Yang Berhormat, ini juga merupakan pendekatan dan matlamat dan aspirasi Dasar Agromakanan Negara 2.0 untuk mengaplikasikan pertanian berkonsep moden menggunakan aplikasi teknologi yang terkini bagi pengeluaran hasil, penjimatan kos untuk menentukan bahawa tahap SSL negara itu terus meningkat dan mengurangkan kebergantungan kita kepada import makanan dari luar. Itu telah dilakarkan melalui pelbagai pelan tindakan yang telah dilakar oleh kementerian melalui Dasar Agromakanan Negara 2.0.
Yang Berhormat Menteri, sedikit.
Ya, Papar. Papar minta laluan.
Yang Berhormat Menteri, Bayan Baru.
Ya, Yang Berhormat Papar.
Papar. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebagaimana yang kita tahu, di Papar juga banyak kawasan pertanian, begitu juga dengan nelayan-nelayannya. Apa yang kita inginkan ialah pembaharuan di Papar. Pembaharuan daripada segi macam mana cara-cara orang-orang kita di Papar ini akan dapat menyelesaikan permasalahan mereka iaitu petani-petani dan juga nelayan. Seperti mana yang kita tahu, kementerian diberikan begitu besar dana iaitu sebanyak RM1.53 bilion untuk pembangunan.
Jadi, di sini saya ingin mengajukan beberapa permohonan daripada nelayan- nelayan di Papar yang mana mereka ini memang betul-betul memerlukan jeti-jeti pendaratan ikan dan juga bangsal-bangsal perikanan yang mana ia sudah rosak ataupun hanyut disebabkan oleh banjir baru-baru ini dan juga tengkujuh. Begitu juga dengan pembinaan rumah-rumah nelayan yang begitu daif dan memang bukan kata orang, kalau tidak dapat dibantu, siapa lagi yang dapat membantu mereka. Jadi, harap-harap – kami mengharapkan pembinaan rumah-rumah untuk para nelayan yang betul-betul susah ini dapat dikendalikan oleh LKIM yang mana pernah sebelum ini dikendalikan oleh mereka. Kedua, berkenaan dengan petani-petani di Papar, memang ramai petani di Papar. Banyak juga sawah yang terbiar. Jadi, mereka ini memerlukan semua infra-infra untuk pertanian seperti perparitan dan bermacam-macam lagi. Jadi, saya memohon kepada kementerian untuk memberikan sedikit perhatian kepada warga-warga Papar ini kerana tanah terbiar yang harus dikerjakan supaya ia akan dapat menghasilkan beras yang banyak untuk negeri Sabah. Terima kasih.
Saya setuju agar peruntukan melalui agensi...
Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri.
LKIM diteruskan untuk memberi kemudahan jeti dan juga rumah nelayan, pembaikan struktur-struktur perikanan. Bukan itu sahaja, malah pembinaan unjang, artificial reef untuk dimanfaatkan oleh komuniti nelayan di seluruh negara termasuk di Sabah dan juga di Papar. Itu merupakan satu program yang berterusan. Saya yakin tahun ini program sedemikian juga adalah merupakan program sambungan yang akan diteruskan oleh MAFI melalui LKIM. Saya setuju bahawa setiap negeri, bukan sahaja di Sabah ataupun di Papar, kita mesti tumpukan pembangunan yang lebih agresif untuk sektor pertanian ini kerana sektor ini merupakan satu sektor yang akan dapat memacu pertumbuhan ekonomi pasca COVID ini. Saya yakin dengan peruntukan sebanyak RM4.82 bilion yang diperuntukkan oleh MOF kepada MAFI untuk tahun hadapan, ia akan dapat menggerakkan pertumbuhan sektor ini keseluruhannya. Walau bagaimanapun, untuk makluman Yang Berhormat, di MAFI ini, pembangunan sektor agromakanan secara industri perlu penglibatan pihak swasta dan juga pihak industri. Di kementerian, kita akan terus melihat dasar-dasar lama yang perlu ditambah baik bagi merancakkan pertumbuhan sektor ini keseluruhannya. So, we are doing that di peringkat kementerian. Pelbagai pendekatan dan dasar baharu telah diubah, diperbaiki oleh MAFI ketika ini. Kita harap ia akan dapat merancakkan penglibatan pihak industri untuk merancakkan pertumbuhan sektor ini pasca COVID-19.
Minta pencelahan Yang Berhormat Menteri.
Ya, mantan Timbalan Menteri.
Ya. Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana sedar tentang kepentingan penglibatan private sector dalam sektor pertanian. Jadi, saya minta Yang Berhormat Menteri jelaskan kepada Dewan yang mulia ini tentang the agrofood fund dari Bank Negara sebab dalam bajet baru-baru ini, ia tidak disebut berapa soft loan atau pinjaman low interest rate loan yang diberikan kepada sektor pertanian. Jadi, mohon Yang Berhormat Menteri beritahu bahawa – kerana dulu kita bagi satu RM1 bilion, adakah polisi ini terus dijalankan? Satu lagi adalah dari segi tentang had pinjaman. Had pinjaman selalunya dihadkan sebagai RM5 juta sahaja. Contohnya, kalau kita nak tingkatkan teknologi dalam satu reban ayam, daripada open house kepada closed house, dia memerlukan berjuta- juta ringgit. Kalau kita hanya hadkan – ada sesetengah yang medium size, dia perlukan puluhan juta ringgit untuk upgrade. Jadi dari segi pinjaman ini, kalau kita hanya hadkan kepada RM5 juta maka mereka yang smallholders itu tak boleh meningkat kepada medium size. Akhirnya, efficiency akan turun.
Jadi, saya mohon Yang Berhormat Menteri look into this. Kalau boleh, tingkatkan had RM5 juta itu dan juga kalau boleh, tingkatkan lagi daripada RM1 bilion kepada RM1.5 bilion total amount kepada agrofood fund tersebut. Terima kasih. Mohon penjelasan.
Ya, I agree with you that kita perlu rancakkan pertumbuhan sektor ini. Itu juga yang saya katakan tadi. Memang benar ada agrofood fund RM1 bilion yang disalurkan melalui beberapa bank termasuk Agrobank. Sejumlah dana yang telah disalurkan melalui Agrobank dan saya melihat bahawa sebahagian besar daripada dana tersebut telah pun dimanfaatkan oleh pemohon-pemohon. Beside that agrofood fund, Dana Jaminan Makanan umpamanya yang disalurkan melalui program PRIHATIN dan juga PENJANA yang dimanfaatkan oleh ramai pemain industri termasuk pemain industri kecil dan sederhana melalui Pertubuhan Peladang Kawasan, Pertubuhan Peladang Negeri, Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) dan Persatuan Nelayan Negeri yang telah pun dimanfaatkan oleh pemain industri kecil di bawah ini melalui Dana Jaminan Makanan melalui program PRIHATIN dan PENJANA yang telah pun dilaksanakan oleh kerajaan sepanjang tahun lalu. Kita sedang meneliti program-program yang akan diperincikan melalui bajet sebanyak RM4.82 bilion yang merangkumi dana pembangunan dan juga dana operasi yang akan diperincikan secara detil oleh kementerian sebaik belanjawan ini diluluskan oleh Dewan. But, I agree with you that pihak pengusaha-pengusaha kecil terutamanya perlu dibantu oleh kerajaan sama ada dalam bentuk loan, soft loan, bagi mereka memulakan perusahaan mereka pasca COVID. Ramai pengusaha kecil dan sederhana yang... [Tidak jelas] oleh impak daripada penutupan kawasan, sekatan pergerakan disebabkan oleh pandemik COVID. That we will perincikan selepas bajet ini diluluskan.
Yang Berhormat Menteri, sikit sahaja...
Kubang Pasu.
Yang Berhormat Kubang Pasu, sebelum ya. Saya hanya ingin bagi feedback kepada Yang Berhormat Menteri bahawa ada pemain- pemain industri kecil selalunya tidak mendapat bantuan walaupun pergi ke Agrobank, walaupun sudah tunjukkan pelbagai dokumen dan sebagainya, masih tidak dapat.
Contohnya, di Sungai Udang di negeri Pulau Pinang ya. Mereka walaupun akuakultur, mereka telah minta permohonan tetapi tidak mendapat bantuan atau approval daripada Agrobank. So, daripada segi pelaksanaan ini, saya harap Yang Berhormat Menteri look into this dan permudahkan. Mempermudah pengusaha-pengusaha yang telah proven mereka boleh buat kerja dan boleh deliver tetapi no access to credit ya. Sorry ya Yang Berhormat Kubang Pasu.
Sebenarnya saya hendak...
Ya. Saya telah maklumkan perkara yang sama kepada Agrobank Yang Berhormat.
Sorry Yang Berhormat Menteri, sekejap. Sebenarnya saya tidak perlu ada dekat sini sebab semua tidak hendak ikut peraturan bukan? So, saya retire pergi bilik saja bukan? So, free for all lah. Pencelahan itu saya akan beri. It is okay kalau hendak debate pun sikit-sikit bolehlah, kalau ada masa. Akan tetapi, bangun tidak meminta kebenaran dan berbahas. Kemudian, ada yang bahas tetapi Yang Berhormat kata minta penjelasan. Pandai. So, sikit-sikit saya okey kalau ada masa. Saya ada tujuh kementerian lagi hari ini. So, minta kerjasamalah. Kalau tidak saya tidak payah ada dekat sini. Saya biar sajalah debate sampai pukul 2.00 pagi ke 3.00 pagi pun. Ya, Yang Berhormat Menteri, dipersilakan.
Ya. Ya, memang betul perkara-perkara. Sebab itu saya tadi apabila Yang Berhormat Tuaran mencelah, perkara baharu tidak boleh dibawa ketika pencelahan. Ia cuma perkara-perkara lama. Saya ingin kembali kepada perkara lama tetapi seperti Tuan Yang di-Pertua katakan memang Ahli Parlimen especially
yang veteran ini, Yang Berhormat pandai mencelah dalam pencelahan itu. So, mereka tahu mungkinlah...
Tidak apa kalau ada masa Yang Berhormat Menteri. Saya okey saja.
Ya. But I will stick with the six minutes yang ada. Tuan Yang di-Pertua, I will exactly – after six minutes ya. Okey, mengenai isu ketidakcekapan pengurusan AP daging tidak halal yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bintulu. MAFI hanya melaksanakan kuota permit import, Approved Permit (AP) ke atas keluaran pertanian terpilih iaitu kelapa, kelapa tua, kubis bulat, susu cair, keratan ayam dan beras. Pada masa yang sama, pelaksanaan AP dapat menghalang berlakunya lambakan keluaran pertanian terpilih di pasaran yang boleh menjejaskan daya saing dan pengeluaran petani dan pengilang tempatan. Permohonan kuota import dinilai daripada aspek kelayakan syarikat pemohon berdasarkan kriteria yang ditetapkan seperti kapasiti pengeluaran melalui bilangan kelengkapan dan mesin pemprosesan yang beroperasi bagi memastikan objektif supaya bekalan mencukupi dan tidak berlaku lambakan. Pertimbangan permohonan juga diberikan kepada anggaran tahunan permintaan serta pengeluaran tempatan. MAFI sentiasa terbuka kepada pemohon daripada mana- mana syarikat yang menepati kriteria dan syarat-syarat yang telah ditetapkan dan tiada sebarang unsur monopoli import. Pengimportan produk-produk hasil ternakan seperti daging lembu, kerbau, kambing dan bebiri serta haiwan hidup telah diliberasikan di mana semua syarikat pengimport yang berdaftar diberikan peluang untuk mengimport produk tanpa had daripada luar negara dan loji atau ladang telah menjalani pengauditan dan diluluskan oleh Kerajaan Malaysia termasuk mendapat pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM). Bagi pengimportan makanan tidak halal hasilan daging babi, ia tidak memerlukan AP. Sehingga Oktober 2021, sebanyak 62 buah syarikat tempatan yang telah mendapat kelulusan untuk mengimport makanan tidak halal telah diberikan. Kerajaan tidak menghalang pengimportan dengan syarat perlulah melepasi kajian analisis risiko serta memenuhi syarat sanitasi dan fitosanitasi berkaitan penyakit dan keselamatan makanan serta melepasi pemeriksaan audit di lapangan oleh pihak berkuasa seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS). Untuk makluman Yang Berhormat Bintulu, MAFI melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar masih melaksanakan sekatan pengimportan babi hidup dan produk babi termasuk produk dalam tin daripada negara China dan juga beberapa buah negara yang masih belum bebas daripada penyakit African Swine Fever (ASF). Bagi negara China, sekatan pengimportan bermula 12 November 2018 ekoran daripada kejadian penyakit ASF yang berlaku di dalam negara tersebut. MAFI menerusi DVS telah menjalankan penilaian analisa risiko import dan mendapati produk dalam tin mempunyai mitigasi yang boleh diambil bagi mengurangkan risiko kemasukan virus ASF ke Malaysia berdasarkan Artikel 15.1.2 World Organisation for Animal Health (OIE). Sehubungan itu, draf protokol import bagi tujuan pengimportan produk dalam tin yang hermetically sealed dan melalui proses retort pada suhu 121 degree centigrade selama tiga minit atau lebih telah dibangunkan. Draf protokol tersebut telah dimajukan kepada pihak berkuasa China, The General Administration of Customs of the People's Republic of China (GACC) pada 20 Januari 2021 untuk penilaian dan mendapatkan persetujuan bersama. Sehubungan dengan itu, sehingga pihak GACC bersetuju dan memberikan pengesahan kepada protokol import yang dikemukakan, tiada kebenaran import dapat diberikan oleh DVS.
Yang Berhormat Menteri, pencelahan...
Yang Berhormat Menteri, Sik ada sikit soalan dan mohon penjelasan sedikit Yang Berhormat Menteri...
...Tentang ASF...
Ya. One more sentence on that. Sementara menunggu jawapan balas daripada GACC, pihak DVS telah memberikan kebenaran khas kepada pengimport selama sebulan sempena Tahun Baru Cina 2021 bagi mengimport hanya produk dalam tin yang hermetically sealed dan melalui proses retort pada suhu 120 darjah centigrade selama tiga minit atau lebih daripada loji pemprosesan yang telah diluluskan oleh DVS pada ketika itu. Ya.
Yang Berhormat Menteri, terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ya, Yang Berhormat Sik mohon juga.
Tentang isu ASF.
Yang Berhormat Sik dulu. Yang Berhormat Sik dulu sebut.
Ya, Sik mohonlah. Saya...
Okey. Boleh.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mohon sedikit penjelasan dan mungkin juga ditunggu oleh para petani kita berkaitan dengan menstabilkan harga baja dan racun yang nampaknya semakin tinggi pada ketika ini. Jadi, bagi pihak, saya mengucapkan terima kasih atas keprihatinan kementerian yang telah menubuhkan jawatankuasa bersama dengan KPDNHEP bagi menangani masalah ini. Jadi, saya mohon penjelasan adakah sudah ada dapatan ataupun hasilan daripada jawatankuasa ini untuk kita membantu petani ketika mereka dapat membeli harga racun dan baja dalam harga yang stabil pada ketika ini? Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, tentang ASF...
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat Menteri, saya punya soalan terkait dengan Yang Berhormat Sik. Boleh saya tanya sekejap?
Ya, Yang Berhormat Menteri?
Ya.
Okey. Berkenaan dengan pesawah ya. Saya ada menyoal berkenaan SMART Sawah Berskala Besar yang itu Yang Berhormat Menteri belum jawab lagi. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, saya tentang ASF yang tadi. Saya cuma...
Saya ada 37 saat. Saya abide kepada keputusan Tuan Yang di-Pertua untuk berhenti selepas 30 saat ini.
Okey, okey.
Saya tidak berhasrat Tuan Yang di-Pertua untuk menjawab soalan berkaitan kenaikan harga baja dan juga racun kerana jawapan soalan itu telah pun saya jawab secara terperinci dalam MQT pagi ini. Jadi, banyak yang –22 orang Ahli Parlimen yang telah mengemukakan soalan dan sebahagian telah saya jawab. Mana-mana jawapan yang tidak sempat dijawab kerana kekangan masa, ia akan dijawab secara bertulis dan direct kepada individu dan saya akan pastikan ia akan disampaikan secepat mungkin. Jadi, sebagai penutup, MAFI akan terus meneruskan usaha untuk memastikan kesediaan makanan yang mencukupi dan stabil sepanjang masa. Semua cadangan, saranan dan komen yang telah diajukan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat kepada kementerian ini akan diambil sebagai panduan bagi merancang dan
membuat perancangan yang terbaik untuk MAFI di masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seterusnya Yang Berhormat Timbalan Menteri Kementerian Alam Sekitar dan Air. Dipersilakan Yang Berhormat Timbalan Menteri ya.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Waalaikumussalam.
Tuan Yang di-Pertua saya mohon izin buka pelitup?
Sila, sila. Ya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua, terlebih dahulu izinkan saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih atas keprihatinan semua Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu-isu di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air sepanjang tempoh perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 dalam sesi kali ini. Seramai 43 orang, 43 orang Tuan Yang di-Pertua,
(i) perubahan iklim; (ii) pengurusan alam sekitar; (iii) bekalan air dan sumber air; dan (iv) pengurusan banjir.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mulakan dengan isu perubahan iklim. Malaysia kekal komited dan progresif dalam usaha menangani isu perubahan iklim di peringkat nasional. Yang Berhormat Menteri Alam Sekitar dan Air selaku ketua delegasi negara telah menghadiri segmen peringkat tertinggi persidangan ke-21 Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNFCCC) COP26 dengan izin di Glasgow. Beliau telah menyampaikan kenyataan negara pada 10 November 2021 jam 7.22 malam waktu Malaysia yang telah disiarkan secara langsung UNFCCC COP26. Untuk maklum Dewan yang mulia ini, Malaysia tidak tersenarai dalam kalangan negara Annex I di bawah Perjanjian Paris. Walaupun Malaysia tidak mempunyai sebarang obligasi khusus sebagai mana negara-negara dalam kategori tersebut tetapi kerajaan Malaysia sentiasa proaktif dalam melaksanakan langkah-langkah mitigasi bagi meningkatkan usaha menangani kesan perubahan iklim pada negara dan dunia sejagat. Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Kangar dan Yang Berhormat Bakri telah membangkitkan isu berkenaan neutral karbon seperti yang diumumkan dalam perancangan Malaysia kedua. Ketiga-tiga Yang Berhormat tidak ada dalam Dewan Tuan Yang di-Pertua.
Ada, ada, Kangar ada ini.
Ada, terima kasih. Untuk makluman Yang Berhormat, Malaysia berhasrat untuk mencapai sasaran pelepasan gas rendah kaca, greenhouse gas (GHG) bersih sifar seawal-awal pada tahun 2050 dan tertakluk kepada hasil strategi jangka masa panjang pembangunan rendah karbon atau long-term low emissions development strategies (LT-LEDS) negara pada tahun 2022. LT-LEDS Malaysia akan menggariskan strategi dan tindakan mitigasi pelepasan GHG yang merangkumi sektor-sektor ekonomi utama seperti berikut; (i) tenaga; (ii) industri pembuatan dan pemprosesan;
(iii) pertanian; (iv) perubahan guna tanah dan perhutanan; dan (v) sisa. Justeru, dokumen LT-LEDS berkaitan akan memberi gambaran indikatif berhubung potensi dan impak mitigasi perubahan iklim yang dilaksanakan pada masa kini sehingga tahun 2050. Dokumen tersebut akan menjadi asas dalam menentukan hala tuju dan tahun sasaran pelepasan GHG bersih sifar negara. Yang Berhormat Kangar dan Yang Berhormat Klang membangkitkan mengenai komitmen yang dipersetujui dan ditandatangani negara sewaktu Persidangan Perubahan Iklim dan tindakan susulan kerajaan bagi memenuhi komitmen tersebut. Sebagai mana yang Yang Berhormat sedia maklum usaha untuk menangani perubahan iklim perlu dilaksanakan secara kolektif oleh semua negara di dunia khususnya negara-negara parti iaitu 197 buah negara kepada Perjanjian Paris yang memastikan matlamat perjanjian tersebut tercapai. Malaysia sebagai negara parti kepada Perjanjian Paris telah bersetuju supaya Malaysia menandatangani Deklarasi Pemimpin Mengenai Hutan dan Guna Tanah (Glasgow Leaders’ Declaration on Forest and Land Use) dengan izin dan Ikrar Metana Global (Global Methane Pledge). Penyertaan Malaysia dalam Deklarasi Pemimpin Mengenai Hutan dan Guna Tanah adalah selaras dengan komitmen negara untuk terus mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara sebagai hutan dan litupan pokok. Sehingga 12 November 2021, sebanyak 141 buah negara telah turut menyertai deklarasi tersebut. Malaysia juga telah menyertai Ikrar Metana Global bagi mengurangkan pelepasan metana global sekurang-kurangnya sebanyak 30 peratus menjelang tahun 2030 berbanding tahapnya pada tahun 2020. Sehingga 15 November 2021, sebanyak 103 buah negara lain telah menyertai ikrar tersebut. Bagi memastikan keberkesanan dan kelangsungan pelaksanaan komitmen tersebut, KASA akan terus menjalinkan rangkaian strategik dan bekerjasama dengan semua pihak yang berkepentingan di dalam dan di luar negara bagi mencapai hasrat tersebut. Yang Berhormat Kuantan— Tuan Yang di-Pertua, saya minta izin untuk walaupun Yang Berhormat tidak ada di dalam Dewan sebab isu perubahan iklim agak mustahak, jadi saya akan habisnya. Boleh?
Sila.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kuantan membangkitkan mengenai usaha menangani perubahan iklim menerusi Majlis Tindakan Perubahan Iklim Malaysia (MyCAC). Untuk makluman Yang Berhormat Majlis Tindakan Perubahan Iklim Malaysia (MyCAC) bertujuan untuk menetapkan hala tuju tindakan perubahan iklim dan teknologi hijau negara dan majlis ini dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan dianggotai oleh semua Menteri Besar, Ketua Menteri dan 16 Menteri Persekutuan, Ketua Setiausaha Negara dan dua orang pakar perubahan iklim. Penubuhan MyCAC pada tahun 2020 membuktikan bahawa agenda perubahan iklim dan teknologi hijau merupakan keutamaan pentadbiran kerajaan pada masa ini. Antara hala tuju dan strategi utama tindakan perubahan iklim yang telah diputuskan oleh MyCAC adalah aspirasi negara untuk mencapai pelepasan GHG bersih sifar seawal- awalnya pada tahun 2050 dan pelaksanaan Skim Perdagangan Karbon Domestik atau Domestic Emission Trading Scheme (DETS) dengan izin dengan kerjasama Kementerian Kewangan dan Bursa Malaysia. Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan untuk menangani kesan perubahan iklim di bawah Belanjawan 2020 adalah selaras dengan perancangan dan keutamaan semasa kementerian. KASA sentiasa bekerjasama dan mengadakan perbincangan bersama Unit Perancang Ekonomi, Kementerian Kewangan dan agensi- agensi lain yang berkaitan bagi memastikan peruntukan kewangan yang diterima adalah selaras dengan keperluan dan perancangan pembangunan negara.
Yang Berhormat Bakri membangkitkan mengenai Akta Perubahan Iklim dan sasaran akta tersebut akan dibentangkan kepada Parlimen. Untuk makluman Yang Berhormat, seiring dengan perkembangan isu perubahan iklim di peringkat antarabangsa, KASA kini dalam fasa awal pembangunan kerangka undang-undang perubahan iklim negara yang dijangka siap pada awal tahun 2022. Kerangka undang-undang tersebut akan menjadi asas kepada pembangunan Akta Perubahan Iklim yang dijangka akan dibentangkan di Parlimen setelah setiap proses penggubalannya dilaksanakan mengikut proses perundangan. Yang Berhormat Port Dickson dan Yang Berhormat Raub dan Yang Berhormat Bakri...
Tuan Yang di-Pertua,
Sekejap lagi.
Oh! Teruskan.
...Membangkitkan mengenai insentif berkaitan perolehan hijau dan teknologi hijau. Kerajaan sentiasa komited bagi memperkasakan pelaksanaan inisiatif Perolehan Hijau Kerajaan ataupun Government Green Procurement (GGP). Pada tahun 2020, garis panduan GGP versi 3.0 telah ditambah baik dengan menumpukan kepada pelaksanaan 40 kumpulan produk dan perkhidmatan yang terpilih. Sasaran pelaksanaan GGP di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 ditingkatkan kepada 25 peratus berbanding 20 peratus dalam tempoh Rancangan Malaysia terdahulu. Pelaksanaan GGP ini akan turut melibatkan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan. Untuk makluman Yang Berhormat, inisiatif bagi menggalakkan pelaburan dalam teknologi hijau oleh pihak swasta masih berjalan. Berdasarkan pengumuman Belanjawan 2020 insentif Elaun Cukai Pelaburan Hijau dan Green Investment Tax Allowance (GITA) ke atas pembelian aset-aset hijau yang terpilih dan pengecualian cukai pendapatan hijau kepada penyedia perkhidmatan hijau yang layak di bawah skim pengiktirafan MyHIJAU Mark akan diteruskan sehingga tahun 2023. Selain itu, insentif pembiayaan menerusi Green Technology Financing Scheme versi 3.0 dilaksanakan oleh Danajamin dalam bentuk penawaran sukuk dan bon hijau berjumlah RM2 bilion di bawah pengumuman Belanjawan 2021. Yang Berhormat Raub dan Yang Berhormat Seputeh membangkitkan mengenai pemasangan infrastruktur sistem pengecas EV. Untuk makluman Yang Berhormat, Jemaah Menteri pada 29 Oktober 2021 telah meluluskan Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon atau Low Carbon Mobility Blueprint (LCMB) dengan izin, yang menggariskan strategi dan pelan tindakan pengurangan pelepasan GHG bagi sektor pengangkutan darat menjelang tahun 2030.
Suatu pelan tindakan di bawah LCMB adalah untuk mewujudkan infrastruktur pengecas AV di seluruh negara. KASA bersama Kementerian Pengangkutan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan beberapa agensi terbabit sedang meneliti beberapa alternatif seperti model kerjasama awam swasta untuk meningkatkan kapasiti pemasangan infrastruktur pengecas AV. Yang Berhormat Kemaman membangkitkan mengenai penyelesaian teknologi hijau dalam bidang-bidang lain seperti perikanan dan pertanian selain daripada bidang tenaga, air dan bangunan. Untuk makluman Yang Berhormat...
Tuan Yang di-Pertua.
...Agensi di bawah KASA iaitu Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) garis panduan amalan hijau beberapa sektor industri utama yang akan siap pada penghujung tahun ini akan merangkumi pembuatan, pertanian dan perladangan, perlombongan dan pembinaan.
Garis panduan tersebut akan dijadikan rujukan kepada industri tempatan dalam mengaplikasikan amalan hijau bagi aktiviti pengoperasian dan pengurusan harian sektor- sekor terlibat. Galakan bagi pemain industri berkaitan untuk mengaplikasikan teknologi dan amalan hijau adalah di bawah skop dan bidang kuasa kementerian-kementerian terbabit.
Ya, Yang Berhormat Bakri.
Tuan Yang di-Pertua, saya ada beberapa soalan berkenaan dengan perubahan iklim sebelum Menteri beralih kepada isu yang lain. Pertama adalah di mana 2050 karbon neutral. Ini adalah sasaran yang sangat ambitious ya. Kalau kita bandingkan dengan negara-negara lain ini adalah sasaran untuk negara- negara maju seperti UK, New Zealand dan Australia. Untuk negara-negara membangun banyak meletakkan sasaran 2060 di mana China, Rusia dan India meletakkan sasaran 2070. Saya telah dengar semua pengumuman daripada kerajaan di mana pengumuman ini adalah business as usual, di mana tidak ada satu langkah yang drastik supaya kita boleh mencapai sasaran yang begitu ambitious ini. Saya hendak tanya apakah dan juga Shell juga telah membuat satu we call it sky scenario. Mereka juga meletakkan pathway to net-zero carbon 2065. So, itu adalah saya telah melihat sky scenario pathway itu juga sangat ambitious. So, saya hendak tanya apakah rancangan kerajaan supaya kita – apabila kita set satu sasaran kita memang boleh mencapai sasaran tersebut dan bukan setakat pengumuman sahaja, satu. Kedua, bolehkah saya tahu bahawa apakah sasaran kasar untuk bentangkan, bila bentangkan akta perubahan iklim ini. Ketiga, adalah apabila saya dengar ya setiap kali Perdana Menteri, Menteri dan juga Timbalan Menteri hari ini selepas mereka kata sasaran neutral karbon 2050 and next sentence adalah perdagangan karbon. Perdagangan karbon adakah perdagangan karbon apa yang dimaksudkan oleh Timbalan Menteri adalah mandatori atau voluntary. Ini adalah sangat berbeza kerana kalau mandatori ini akan melibatkan cukai karbon. Kita memang tahu bahawa kalau cukai karbon ia akan membebankan rakyat. Saya amat bimbang. Saya hendak tahu apakah rancangan kerajaan. Adakah rancangan kerajaan akan mengenakan cukai karbon. Saya hendak mengingatkan kerajaan bahawa analisis BCG telah menunjukkan bahawa 60 peratus daripada langkah-langkah yang kita boleh turunkan pelepasan karbon tidak memerlukan carbon pricing. Adakah KASA telah membuat kajian apakah usaha- usaha yang kita boleh ambil sebelum kita membebankan rakyat dengan satu cukai lagi. Kalau ada, apakah usaha-usaha ini yang kita panggil low-hanging fruit.
Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bakri sebagai mantan Menteri sudah pasti soalan-soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bakri tadi dalam perhatian beliau. Akan tetapi suka dinyatakan yang target ditetapkan itu menunjukkan yang kerajaan memang komited dalam perkara itu walaupun Malaysia bukan sebagai salah satu anggota negara NDC, itu yang pertama. Keduanya, kementerian senantiasa bekerjasama dengan lain-lain agensi terutama sekali dan agensi penyelidikan dan juga institusi-institusi pengajian tinggi untuk merangka hala tuju. Ini di garis panduan dalam satu Yang Berhormat sedia maklum dalam LT-LETS yang saya sebutkan tadi. Jadi, hala tuju LT-LETS sudut panjang juga dalam itu, kalau boleh Tuan Yang di-Pertua saya akan beri jawapan bertulis kepada Yang Berhormat Bakri sebab ada agak panjang juga dengan teknikal yang hala tuju yang ditetapkan oleh LT-LETS yang ditetapkan oleh Jemaah Menteri. Terima kasih Bakri. Boleh Tuan Yang di- Pertua saya hendak teruskan. Banyak sangat, 40 orang Tuan Yang di-Pertua.
Boleh saya tanya.
Sikit. Kangar sikit.
Boleh saya teruskan dengan isu ini dulu. Berkenaan dengan isu pengurusan alam sekitar. Yang Berhormat Klang telah mencadangkan pameran awam bagi laporan Environmental Impact Assessment (EIA) dan penglibatan awam merupakan sebahagian elemen yang diterapkan dalam proses penyerahan laporan EIA. Peringkat penglibatan awam menyediakan peluang yang lebih terbuka agar cadangan, pandangan serta bantuan umum yang diutarakan oleh orang awam dapat diolah dan disalurkan kepada semua pihak terlibat. Bagi makluman Yang Berhormat, penglibatan awam dalam proses EIA akan melibatkan tiga fasa iaitu pertama, fasa kajian EIA akan melibatkan focus group discussion (FGD), libat urus bersama perunding dan penggerak projek. Kedua, fasa pameran awam. Orang awam akan mengumpulkan ulasan bagi laporan EIA yang dipamerkan. Ketiga, fasa pasca EIA dengan mengemukakan maklumat terus kepada JAS. Sebagai contoh bagi mendapatkan input orang awam semasa fasa kajian EIA, kaji selidik melalui borong ataupun temu bual dijalankan oleh juru perunding bagi mendapatkan maklumat berkaitan sosioekonomi bagi kawasan dalam zone of impact (ZOI) cadangan pembangunan projek. Berkenaan ketidakpatuhan kepada laporan EIA yang telah diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar. Untuk makluman Yang Berhormat berdasarkan seksyen 34AA Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, JAS boleh mengeluarkan perintah larangan atau perintah berhenti kerja sekiranya aktiviti yang dijalankan tidak mematuhi syarat yang ditetapkan oleh JAS dan telah menyebabkan kerosakan alam sekitar dan perintah tersebut dikeluarkan bagi maksud menghalang aktiviti yang berkenaan daripada berterusan. Yang Berhormat Kuantan telah membangkitkan berkenaan Environmental Performance Index (EPI). Untuk makluman Yang Berhormat, Environmental Performance Index (EPI) di peringkat global telah dibangunkan secara bersama oleh Yale dan Colombia University. Inisiatif ini adalah laporan kajian yang dibangunkan secara am sahaja dan tidak mencerminkan keadaan sebenar alam sekitar di Malaysia. EPI global ini masih memerlukan penambahbaikan dengan mengambil kira faktor geografi, sosial, ekonomi dan potensi Malaysia dalam membangun secara lestari. Oleh itu, usaha ke arah membangunkan indeks prestasi alam sekitar dengan menggabungkan indikator-indikator penting berkaitan alam sekitar amat diperlukan. Menyedari akan kepentingan untuk mengukur tahap pencapaian alam sekitar negara dengan menyeluruh, KASA telah melaksanakan satu program yang dikenali sebagai Indeks Prestasi Alam Sekitar Malaysia (MyEPI) yang telah bermula pada tahun 2021. Pembangunan MyEPI ini akan dibuat secara kerjasama rakan strategik di antara KASA dan Universiti Teknologi Malaysia. Penetapan indikator dan metodologi kajian ini adalah berdasarkan kepada kajian EPI global dan laporan MyEPI dijangka akan dapat dihasilkan pada tahun 2022. Bermula pada tahun 2023 MyEPI dicadangkan untuk dikembangkan dari kerangka EPI global dan seterusnya di formulasi semula mengikut kesesuaian bagi memenuhi keperluan di peringkat nasional. Kerangka yang mengikut acuan Malaysia ini akan menjadi asas kepada pelaporan MyEPI bagi tahun berikutnya dan terus ditambah baik dari semasa ke semasa bagi menghasilkan suatu kerangka yang benar-benar menepati keperluan negara. Adalah disasarkan MyEPI siap dibangunkan sepenuhnya menjelang tahun 2025. Yang Berhormat Sandakan telah mencadangkan untuk mewujudkan cukai plastik seperti mana kerajaan telah wujudkan cukai gula. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian telah melaksanakan Kempen Tiada Beg Plastik oleh pihak berkuasa tempatan seiring dengan Pelan Hala Tuju Malaysia ke arah sifar Penggunaan Plastik Sekali Guna 2018-2030.
Melalui kempen ini, pengguna dikenakan caj minimum sebanyak RM0.20 ke atas setiap helaian beg plastik konvensional yang diberikan di kaunter premis tetap selaras dengan pendekatan user-pays principle dan akan bertindak sebagai faktor mencegah bagi mengurangkan penggunaan sekali guna.
Hasil kutipan caj pencemaran ini akan digunakan oleh pihak kerajaan negeri dan PBT bagi tujuan pemuliharaan alam sekitar dan aktiviti kesedaran awam. Sehingga ke hari ini, kerajaan negeri Pulau Pinang telah memperkenalkan caj pencemaran melalui kempen 'Hari Tanpa Beg Plastik' sejak tahun 2009 dan telah meningkatkan kadar caj sehingga RM1.00 bagi setiap helaian plastik bermula 1 Januari 2021. Manakala negeri Selangor pula, mengenakan caj pencemaran RM0.20 sejak Januari 2020. Selain itu, negeri Perlis juga telah melaksanakan kempen ini bermula 1 Mac 2021 diikuti negeri Johor bermula 1 Jun 2021 dengan kadar RM0.20 setiap helaian. Wilayah Persekutuan pula telah melaksanakan larangan penggunaan beg plastik berasaskan petroleum dan mengenakan caj RM0.20 ke atas beg biodegradasi sejak 15 Mac 2019. Kementerian berhasrat agar kesemua PBT – kita ada 154 buah kesemuanya akan melaksanakan sepenuhnya kempen ini menjelang tahun 2022. Untuk makluman Yang Berhormat bagi memastikan kelestarian plastik di Malaysia ditadbir urus dengan baik kementerian sedang memuktamadkan Rangka Kerja Pengurusan Plastik melalui Malaysia Plastics Sustainability Roadmap (2021-2030) dengan izin yang berperanan sebagai panduan kepada semua pemegang taruh dalam memastikan kelestarian plastik di sepanjang rantaian nilai berteraskan konsep ekonomi kitaran dan prinsip kitaran hayat. Untuk makluman, Skim Tanggungjawab Pengeluar (extended producer responsibility) (EPR) adalah salah satu buah komponen penting dalam road map ini. Pelaksanaan EPR bagi sektor plastik akan dilaksanakan secara berfasa bermula dengan inspeksi pada tahun 2021 bagi memastikan kesemua pemegang taruh dapat dilibatkan dan ekosistem yang lengkap dapat diwujudkan. Yang Berhormat Kemaman dan Yang Berhormat Bachok telah menyentuh kepentingan untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar di kalangan rakyat. Tuan Yang di-Pertua, kempen alam sekitar secara Communication, Education and Public Awareness (CEPA) dengan izin perlu dijalankan secara berterusan dan juga memerlukan penglibatan semua pihak terutamanya penubuhan bukan kerajaan industri dan masyarakat. Dalam pada masa yang sama, kementerian melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengadakan pelbagai program berkaitan alam sekitar yang meliputi pelbagai kumpulan sasaran seperti pemimpin masyarakat, kanak-kanak, pelajar sekolah rendah dan menegah, pelajar institusi pengajian tinggi, institusi industri dan swasta, badan bukan kerajaan, orang-orang awam dan agensi kerajaan. Antara program utama JAS adalah Rakan Alam Sekitar (RAS) dan Sekolah Lestari. Sehingga kini sebanyak 1,025 buah sekolah telah menyertai Program Sekolah Lestari dan JAS telah mempunyai seramai 157,348 orang ahli rakan alam sekitar. Bagi pelaksanaan sifar 2021 sehingga kini sebanyak 754 aktiviti kesedaran di seluruh negara telah diadakan yang melibatkan 255,172 outreach. Di samping itu, sebanyak 3,083 hebahan melalui media masa dan media sosial telah dilaksanakan. Jabatan Alam Sekitar akan komited dalam meneruskan kempen- kempen kesedaran selaras dengan Key Performance Indicator (KPI) yang khusus yang telah ditetapkan sebagai penanda aras, pencapaian program-program kesedaran jabatan. Tuan Yang di-Pertua, isu seterusnya adalah berkenaan dengan isu bekalan air dan perkhidmatan pembetungan. Yang Berhormat Raub...
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
..Membangkitkan isu terdapat sebahagian rakyat ...
Yang Berhormat Timbalan Menteri, memandangkan Yang Berhormat Timbalan Menteri berasal dari Pulau Pinang, isu banjir?
Akan sampai insya-Allah. Terima kasih. Kalau yang ini tidak sempat saya terus pergi ke isu banjir tadi. [Ketawa]
Kita sama-sama berasal dari Pulau Pinang. Cuma hendak tanya tentang isu banjir yang sering kali...
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. [Ketawa]
Di kawasan kita – sama- sama.
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Raub membangkitkan isu bahawa masih terdapat sebahagian besar masyarakat Orang Asli masih belum mendapat bekalan air bersih. Seperti Yang Berhormat sedia maklum tanggungjawab bagi menyediakan bekalan air bersih di perkampungan Orang-orang Asli adalah di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KASA) dan melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Namun demikian, dalam usaha untuk sama-sama menyelesaikan masalah bekalan air bersih bagi masyarakat Orang Asli, KASA sedang telah melaksanakan projek pembaikan sistem bekalan air di 14 buah perkampungan Orang Asli di seluruh negeri Pahang. Sehingga 31 Oktober 2021, projek di 12 daripada 14 buah kampung Orang Asli tersebut telah siap sepenuhnya. Manakala, baki dua buah kampung lagi iaitu Kampung Sungai Mas, Kuantan dan Kampung Ganuh, Rompin dijangka dapat disiapkan pada penghujung tahun 2021. Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu tidak ada di sini...
Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh saya tanya sedikit?
Yang Berhormat...
Raub, Raub.
Ya, silakan Yang Berhormat Raub. Terima kasih.
Okey, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya Cuma hendak tanya sedikit yang untuk bekalan air Orang Asli di Raub itu atau di Pahang itu, sama ada air bekalan di bukit ke atau pun daripada paip sendiri kerajaan Pahang? Terima kasih.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Soalan saya yang saya hendak tanya tadi peruntukan atau pun program untuk Orang Asli...
Saya ingat ada di belakang ini jawapan berkenaan isu...
Sama ada daripada air bukit ataupun dari negeri Pahang itu sendiri? Air PAIP? PAIP Pahang.
Terima kasih Yang Berhormat Raub. Jawapan yang baru diterima ini disambung dengan PAIP. Akan tetapi ada satu rancangan yang sedang diusahakan dengan di perkenalkan oleh kementerian iaitu Program Wakaf Air. Ini saya ingat Yang Berhormat boleh juga membuat – untuk tangani isu ini di kampung Orang Asli. Peruntukan diberikan bagi setiap satu projek itu adalah RM50,000 Yang Berhormat. Terima kasih. Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu membangkitkan isu berhubung tarif air yang rendah berbanding kos rawatan air yang tinggi serta memohon penjelasan berhubung perbandingan prestasi bagi negeri-negeri yang telah memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air dengan negeri yang belum. Kementerian memerikan perhatian yang serius ke atas isu kemampanan industri perkhidmatan bekalan air disebabkan kadar tarif air yang rendah iaitu RM1.37 meter padu berbanding kos sebenar penyediaan bekalan air kepada pengguna iaitu RM1.68 meter padu. Sebagai penyelesaian jangka panjang, kementerian melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah membangunkan mekanisme penetapan tarif air atau tariff setting mechanism (TSM) sebagai kaedah penetapan tarif yang telus, sistematik dan adil kepada pengguna, operator air kerajaan dan industri air negara.
TSM yang akan dilaksanakan setiap tiga tahun sekali akan meneguhkan kedudukan kewangan operator air untuk terus melabur untuk menambah baik penyampaian bekalan air kepada pengguna. Sehingga 31 Oktober 2021, hanya negeri Terengganu yang belum menyertai Skim Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air. Ingin dijelaskan bahawa impak sebenar penstrukturan dicapai bergantung kepada pelaksanaan kerja-kerja CAPEX melalui pembiayaan PAAP, kemampuan kewangan operator air membayar sewa panjakan kepada PAAP bagi kerja CAPEX dan semakan tarif air pada interval masa yang ditetapkan bagi membolehkan operator air berada dalam kedudukan kewangan yang membolehkan mereka terus melabur dalam sektor air. Kementerian ingin menegaskan bahawa penstrukturan semula ini hanya dapat dilihat dalam jangka masa panjang dalam tempoh sekurang-kurangnya lima hingga enam tahun. Selain itu, kejayaan penstrukturan semula bergantung kepada semakan tarif air setiap tiga tahun berdasarkan tempoh lesen. Rekod SPAN menunjukkan negeri-negeri yang telah menyertai skim penstrukturan sejak tahun 2007 telah menunjukkan prestasi positif atas tiga indicator utama.
Pertama, peningkatan liputan air di Johor, Negeri Sembilan, Perak dan Selangor kepada lebih 99.6 peratus dan Terengganu 96 peratus, Pahang 98 peratus dan Kedah 98.3 peratus. Negeri Kelantan turut mencatatkan peningkatan kadar liputan bekalan air daripada 64.7 peratus pada tahun 2016 kepada 71.7 peratus pada tahun 2020. Kedua ialah tentang peningkatan rizab margin air terawat pada 15 hingga 20 peratus bagi negeri-negeri terawal yang menyertai skim penstrukturan berbanding dengan negeri Pahang 14.2 peratus, Perlis 4.2 peratus dan Kedah 0.5 peratus yang hanya memasuki skim penstrukturan pada tahun 2020. Pengurangan kadar air tidak berhasil atau, dengan izin, NRW lebih baik oleh negeri-negeri yang terawal memasuki skim penstrukturan berbanding negeri-negeri lain seperti Pahang, Perlis, Kedah dan Kelantan yang mencatatkan kadar NRW melebih 42 peratus. Yang Berhormat Tuaran ada? Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Tuaran membangkitkan isu berhubung peruntukan yang disediakan tidak mencukupi dan hanyalah untuk menampung kesinambungan projek sedia ada, bukannya menyelesaikan masalah bekalan air di negeri Sabah secara menyeluruh terutamanya masalah NRW. Untuk makluman Yang Berhormat, pengurusan air di Sabah berada di bawah tanggungjawab kerajaan negeri berdasarkan Enakmen Bekalan Air Sabah 2003. Secara spesifik, Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) diberi tanggungjawab menyediakan pelan perancangan dan pembangunan infrastruktur bekalan air, pengoperasian dan penyampaian perkhidmatan bekalan air kepada rakyat Sabah. Peranan Kerajaan Persekutuan hanya daripada aspek menyediakan peruntukan secara pinjaman di bawah Rancangan Malaysia lima tahun. Untuk itu, sejumlah RM2.2 bilion telah dianggarkan untuk pelaksanaan projek bekalan air di negeri Sabah dengan anggaran peruntukan di bawah rolling plan kedua, Rancangan Malaysia Kedua Belas pada tahun 2022 berjumlah RM228 juta. Ini merupakan jumlah yang tertinggi jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia. Untuk makluman Yang Berhormat juga, isu bekalan air di Sabah ini tidak boleh diselesaikan secara serta-merta. Namun, projek-projek yang sedang dilaksanakan ini adalah sebahagian daripada perancangan untuk menyelesaikan isu tersebut. Kelulusan projek dan penyaluran peruntukan adalah berdasarkan penyiapan projek-projek sedia ada dan juga kemampuan agensi pelaksana iaitu JANS. Pada ketika ini, kemajuan projek-projek sedia ada agak perlahan dan dua buah projek yang telah diluluskan dalam rolling plan pertama masih lagi dalam peringkat perancangan. Oleh itu, dalam memastikan isu bekalan air di Sabah ini dapat diselesaikan, peranan JANS kritikal dalam memastikan perancangan, pembangunan dan
pengoperasian sistem bekalan air termasuklah perancangan berkaitan air tidak berhasil (NRW) di Sabah dilaksanakan sebaik mungkin dan secara holistik. Yang Berhormat Jerai membangkitkan masalah bekalan air...
Boleh saya tanya? Mohon penjelasan sedikit, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertamanya, terima kasih atas jawapan yang komprehensif tadi. Keduanya, saya ingin bertanya, ini pinjaman kepada kerajaan negeri daripada Persekutuan, berapakah peratus faedah pinjaman ini dan bila nanti akan dibayar balik dalam jangkaan? Kedua, seperti mana Yang Berhormat tahu bahawa dahulu di Jabatan Air juga, peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan telah diberikan. Ini untuk bekalan air luar bandar. Kementerian lainlah, dahulu. Selepas itu, didapati bahawa ada duit tunai- cash dalam ice box, dan sebagainya. Maknanya duit daripada Persekutuan tetapi dilaksanakan oleh Jabatan Air Negeri Sabah dan pelbagai penyelewengan telah berlaku sehingga pada hari ini belum selesailah. Ini kes SPRM belum selesai. Jadi adakah, Yang Berhormat, apabila menyalurkan atau memberikan pinjaman ini kepada Kerajaan Negeri Sabah, adakah setakat memberi pinjaman sahaja atau adakah pemantauan? Supaya tidak lagi berlaku wang itu masuk dalam ice box, diseleweng dan sebagainya. Apakah peranan sebenarnya? Setakat memberi ataupun membuat pemantauan juga? Terakhir saya ingin tanya ialah, adakah- walaupun ini hal negeri, tetapi ini juga hal rakyat. Hari-hari sekarang ini sampai tujuh hari tidak ada bekalan air. Bau busuk rumah- rumah di sana. Entah orang yang Muslim tidak boleh sembahyang, boleh sembahyang, saya pun tidak tahu. Sebab perumahan-perumahan di sekitar Parlimen Sepanggar di kawasan saya di Tuaran tidak ada air. Ini hanya kerana- okey, NRW itu sampai 50 peratus seperti Yang Berhormat pun tahu juga. Apakah setakat memberi pinjaman sahaja atau tidak ada lagi tanggungjawab lain yang boleh dimainkan oleh kementerian ini untuk menyelesaikan masalah ini? Sebab ini masalah manusia, ini masalah air, Yang Berhormat. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya betul bersimpati dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi. Sebab, memang kita sebagai wakil rakyat ini memang cukup hari-hari kena dengar rintihan dan keluhan rakyat terutama di kawasan dan negeri kita. Seperti yang saya sebutkan mula-mula tadi, isu berkenaan dengan Persekutuan dengan JANS ini, kita perlu tangani dengan eloklah.
[Bangun]
Saya ingat selepas ini mungkin perkara ini kalau dapat dibangkitkan di peringkat Dewan Undangan Negeri dan juga supaya berkenaan dengan Kerajaan Persekutuan ini perlu ditangani dengan elok.
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Saya setuju sangat itu sebab kebanyakan isu dan permasalahan ini berpunca daripada itu. Jadi, kita kena tangani yang itu dahulu. Berkenaan dengan – dan elok juga perkara ini dibangkitkan dalam mesyuarat-mesyuarat peringkat tertinggi dalam hal ini. Pinjaman yang lebih... [Suara kurang jelas] kerana itu memang pinjaman yang rendah peratus yang diberikan itu.
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Akan tapi kita ambil perhatian apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuaran ini untuk kerja-kerja susulan. Terima kasih.
Sini, Jelutong.
Yang Berhormat Jerai...
Jelutong.
Ya, Yang Berhormat Jelutong. Kita akan... [Suara kurang jelas]
Saya cuma hendak ambil kesempatan...
Jerai.
...Cuma tinggal satu minit lagi. Tentang isu banjir di kawasan Jelutong dan juga di kawasan Nibong Tebal yang...
Ya. I will come back to that, Yang Berhormat Jelutong. Terima kasih.
Ya. Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri memberikan ulasan? Saya risau...
Ada, ada, ada tadi. Ada di bawah ini, ada.
Okey.
I will come to your...
Saya berharap Tuan Yang di-Pertua akan memberikan peluang kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk memberi ulasan. Terima kasih.
Sampai, sampai, sampai. Sat gi saya pergi itu. Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Jerai ada membangkitkan masalah bekalan air yang masih terjadi di beberapa buah daerah dalam negeri Kedah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, beberapa inisiatif sedang diambil bagi menaik taraf infrastruktur bekalan air di Kedah seperti berikut: (i) pelaksanaan kerja-kerja naik taraf dan baik pulih lima buah loji rawatan air di Pendang, Pelubang, Bukit Selambau, Sungai Limau dan Lubuk Buntar Lama dengan peruntukan sebanyak RM931.3 juta dan projek-projek ini dijangka dapat disiapkan secara berperingkat mulai tahun 2023 hingga 2024; (ii) Program Pengurangan Kadar Air Tidak Berhasil (NRW) Kebangsaan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas melibatkan peruntukan geran keseluruhan berjumlah RM104.7 juta dan projek ini dijangka siap secara berperingkat mulai tahun 2022 dan 2023; dan (iii) pembiayaan oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) kepada Syarikat Air Darul Aman (SADA) berjumlah RM80 juta di bawah tempoh operasi keempat iaitu dari tahun 2021 hingga 2023. Yang Berhormat Jerai juga memohon penyediaan peruntukan sebanyak RM336 juta bagi pelaksanaan pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) di Kampung Terat Batu, Padang Serai. Untuk makluman Yang Berhormat, satu kajian kemungkinan projek Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) di Kampung Terat Batu akan dilaksanakan dalam Rolling Plan Kedua, Rancangan Malaysia Kedua Belas dengan kos berjumlah RM3 juta. Tempoh kajian ialah 18 hingga 24 bulan. Yang Berhormat Sik memohon kerajaan untuk menyelesaikan masalah bekalan air bersih di kawasan Sik.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bekalan air Sik dibekalkan dari Loji Rawatan Air Batu Lima dan LRA Jeniang Baru yang telah beroperasi melebihi kapasiti reka bentuk masing-masing.
Penyelesaian jangka panjang melibatkan kerja naik taraf LRA Jeniang Baru daripada 25 juta liter harian (JLH) kepada 60JLH oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan LRA Sungai Limau daripada 18JLH kepada 40JLH oleh Bahagian Bekalan Air KASA. Kedua-dua projek ini sedang dalam pelaksanaan dan dijangka siap pada tahun 2023. Di samping itu, pada ketika ini pihak kementerian telah menerima dan sedang meneliti 11 permohonan Projek Wakaf Air untuk dilaksanakan di kawasan Sik. Permohonan ini termasuklah untuk membina telaga tiub baharu, menaik taraf air masyarakat iaitu air bukit, dan menaik taraf telaga tiub sedia ada. Pembiayaan Projek Wakaf Air ini adalah di bawah nilai RM50 ribu seperti yang saya sebutkan tadi bagi setiap projek dan dilaksanakan bagi membekalkan air bersih dan penyediaan sumber air alternatif dengan kerjasama antara Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Yayasan Wakaf Malaysia, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan komuniti.
Tuan Yang di-Pertua.
Sehingga 15 Disember – Sekejap ya.
Jerai. Jerai. Sedikit sahaja.
Yang Berhormat Jerai. Sedikit sahaja. Hendak habiskan Jerai ini, sat. Sehingga 15 November 2021, sejumlah sembilan buah Projek Wakaf Air telah disiapkan dengan kos RM325,486 manakala 13 buah projek lagi dalam fasa pelaksanaan. Selain itu, kementerian sedang mempertimbangkan empat permohonan projek baharu yang berada di kawasan Sabah, Sarawak dan Kelantan. Ya, Yang Berhormat Jerai.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Sebanyak RM50 juta peruntukan untuk banjir kilat di Yan, adakah peruntukan tambahan ataupun peruntukan yang sedia ada? Sekian.
Hal di Yan itu kita akan sampai sekejap lagi, Yang Berhormat.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
[Ketawa] Tadi yang sebanyak RM50 ribu yang saya sebutkan, itu ... [kurang jelas] . Yang Berhormat Jerlun, ada? Yang Berhormat Jerlun memohon agar kerajaan menyelesaikan masalah kadar air tidak berhasil (NRW) dengan lebih berkesan agar tiada pembaziran air terjadi, seterusnya dapat menyelesaikan masalah bekalan air di seluruh negara. Untuk makluman Yang Berhormat, tanggungjawab untuk mengurangkan kadar air tidak berhasil (NRW) ini merupakan tanggungjawab operator bekalan air negeri masing- masing melalui peruntukan dalaman ataupun pembiayaan daripada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). Adalah dimaklumkan bahawa kerugian yang disebabkan oleh kehilangan air bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan adalah sebanyak RM1.627 bilion setahun bagi tahun 2020. Besar, seperti Yang Berhormat Jerlun sebut. Walau bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan komited dalam membantu usaha untuk mengurangkan NRW secara holistik melalui pelaksanaan Program Pengurangan NRW Kebangsaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 dan disambung di bawah Rancangan Malaysia Ke-12. Sebanyak RM1.9 bilion telah disediakan bagi melaksanakan program melalui pendekatan seperti berikut...
Yang Berhormat Timbalan Menteri, bolehkah saya...
Ya, nanti saya habiskan sat sahaja NRW ini. Mustahak, Yang Berhormat Jerlun duk tunggu ini. Pendekatan satu dengan peruntukan geran langsung sebanyak RM535.4 juta bertujuan membangunkan infrastruktur pengukuran NRW secara tepat. Pendekatan ini melibatkan negeri-negeri yang mencatatkan NRW melebihi 40 peratus. Pendekatan kedua ini dilaksanakan melalui pemberian geran sepadan, atau dengan izin, matching grant kepada negeri-negeri yang mencatatkan kadar NRW pada bawah paras 40 peratus. Melalui pendekatan ini, Kerajaan Persekutuan akan membiayai antara 50 peratus hingga 75 peratus perbelanjaan tahunan kerja-kerja NRW operator air sekiranya mereka mematuhi atau melepasi sasaran yang ditetapkan. Pendekatan ketiga, melibatkan penglibatan pihak swasta berdasarkan kaedah performance-based incentive (PBI). Melalui pendekatan ini, operator air boleh mendapat akses kepada pembiayaan pihak swasta bagi pelaksanaan kerja-kerja perbelanjaan modal (capital expenditure) – CAPEX NRW. Pihak swasta boleh mendapat balik pelaburan berdasarkan aturan di bawah Program Pengurangan NRW Kebangsaan dan Insentif Penjimatan Air dengan operator air tertakluk kepada persetujuan kerjasama ataupun bersama antara operator air, pihak swasta dan juga SPAN. Yang Berhormat Labuan...
Boleh saya bertanya, Yang Berhormat?
Ya, silakan.
Terima kasih atas penjelasan tersebut. Saya ingin bertanya kerana sewaktu Kedah berunding dengan kementerian, semasa itu KATS, berkenaan dengan migrasi kepada PAAB. Salah satu syarat yang Kedah cuba kenakan ialah supaya Kerajaan Persekutuan memberi komitmen untuk membelanjakan satu peruntukan yang tertentu berkait dengan usaha bagi menurunkan NRW. Seperti mana Yang Berhormat Timbalan Menteri tahu, Kedah ini lebih kurang 43 ataupun 44 peratus NRW-nya, ataupun mungkin lebih lagi. Juga, perkhidmatan bekalan air di Kedah ini dibebani oleh hutang yang agak besar. Oleh sebab itu, operator air iaitu SADA tidaklah beroperasi dengan keuntungan yang besar dan tidaklah mampu untuk mendapat matching grant itu. Jumlah yang mampu mereka belanja untuk menurunkan NRW itu agak terhad. Jadi, kami memohon ketika itu untuk mendapat perhatian yang khas daripada Kerajaan Pusat untuk membantu mendapatkan peruntukan yang cukup untuk menurunkan kadar NRW ini.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Jerlun. Betul seperti Yang Berhormat bangkitkan tadi dan Yang Berhormat pun biasa bangkit juga dalam perbahasan dalam Dewan yang mulia ini. Faktor utama sekali ialah tentang paip- paip lama ini. Memang matching grant yang diberikan itu mungkin kurang mencukupilah. Akan tetapi, kalau kita perhatikan saya ada sedikit maklumat yang baru saya dapat ini. Ada dua kaedah pembiayaan seperti yang saya sebut tadi iaitu matching grant dan satu lagi ialah pinjaman yang diberikan oleh PAAB. Saya dimaklumkan bahawa melalui pendekatan satu yang saya sebut tadi, kerajaan bersetuju untuk memberi geran sebanyak RM104 juta untuk Kerajaan Negeri Kedah. Juga, di bawah pembiayaan PAAB, sebagai pinjaman. Terima kasih, Yang Berhormat Jerlun. Yang Berhormat Labuan...
Yang Berhormat Timbalan Menteri, bolehkah saya, minta sedikit?
Terima kasih.
Terima kasih. Saya ingat kita ada masalah yang besar antara pembayaran loan dan geran kepada negeri-negeri untuk mengatasi masalah air di negeri masing-masing. Pendekatan saya ialah kalau boleh, ini kena diambil alih oleh kementerian untuk kita pastikan bahawa air di dalam negeri ini adalah suatu sistem yang baik. Dari segi pemberian loan itu, saya minta kalau boleh kementerian terus buat sahaja program-program yang berkenaan di dalam negeri melalui kementerian. Ini yang lebih baik, dan juga kita boleh tahu macam mana mereka melakukan sesuatu. Akan tetapi Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya hendak tanya juga; NRW kita tinggi. Macam Kedah tadi 44 percent dan sebagainya. Adakah kita hendak berbelanja untuk mengatasi NRW ataupun kita hendak binakan laluan-laluan baharu untuk atasi masalah ini? These are two schools of thought yang kita boleh gunakan atas tentang isu ini. Lagi satu soalan Yang Berhormat Timbalan Menteri saya hendak tanya, If you have answered this, I am sorry. Adakah kerajaan akan lanjutkan Projek Langat 2, Fasa 2 yang kita telah ada peruntukan dan kita akan teruskan agar bekalan air mencukupi dalam kawasan Wilayah Persekutuan dan Selangor; nombor satu. Nombor dua, program yang dianjurkan oleh negeri Selangor sekarang dalam Rasau Water Plant ini, sememangnya perbelanjaan yang besar. Adakah kementerian telah buat kajian ke atas ujian ini dan juga adakah kita hendak bagi lesen melalui SPAN untuk mereka teruskan? Apa yang saya tahu, keadaan Rasau 2 ini, airnya diambil dari Sungai Klang. As you know, Sungai Klang is one of the most polluted rivers that we have.
Dia punya harga ataupun hasilnya yang kita akan dapat akhir sekali akan bebankan rakyat negeri Selangor sebab dia akan bayar lebih untuk air di dalam kawasan. Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat sebagai mantan Yang Berhormat Menteri juga, tentu berpengetahuan dalam isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi. Saya bersetuju tadi isu geran dan loan ini mungkin kerajaan akan mengambil perhatian tentang perkara ini untuk hala tuju masa hadapan. Berkenaan dengan NRW yang tinggi ini seperti yang saya sebutkan tadi isu masalah paip, baharu-baharu ini ada inisiatif untuk diwujudkan satu common trenching di antara semua utiliti ini. Ini di peringkat awal Yang Berhormat, mungkin di masa hadapan akan dapat menangani isu masalah piping ini untuk menjawab persoalan NRW kerana berpunca daripada paip yang lama.
Yang Berhormat, Menteri Dalam Negeri sudah tunggu lama. So boleh jadi beliau pun kena keluar, ada tugas luar Dewan, staf kementerian pun boleh jadi ada kerja hendak kena buat. So, macam mana?
Yang Berhormat Menteri kuarantin... [Disampuk] Tuan Yang di-Pertua, kalau izinkan saya teruskan sedikit lagi dalam masa yang singkat ini. Yang Berhormat Labuan tidak adakan?
Tuan Yang di-Pertua, saya telah tunggu lama isu banjir di kawasan saya.
Ya, saya akan sampai. Okey. Yang Berhormat Labuan tidak ada.
Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya tidak bangkitkan isu standing order tetapi pilihan raya di Melaka ini telah menyebabkan seluruh kerajaan cacamerba. PAS UMNO, UMNO PAS, BERSATU semua pergi sana berkempen sampai... [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat tolong, duduk.
Minta rakan saya jawab.
Okey, saya pergi ke ini. Oleh sebab kita belum sampai tentang isu pengurusan banjir, itu yang last one. Kita akan sampai ke situ. Yang Berhormat Beaufort tidak ada, kita akan jawab secara bertulis. Yang Berhormat Penampang kita akan jawab secara bertulis. Yang Berhormat Pasir Mas ada? Tidak ada. Kita jawab secara bertulis. Yang Berhormat Baling tidak ada, kita jawab secara bertulis. Yang Berhormat Jerai tentang isu air, untuk makluman Yang Berhormat, berikutan dengan kejadian banjir lumpur dan kepala air yang berlaku pada 18 Ogos, ini Yang Berhormat Jerai yang baharu bangun tadi ya. Sebagai permulaan pihak JPS telah merancang untuk membangunkan Sistem Amaran Banjir Kepala Air ataupun SABKA di Gunung Jerai, lokasi utama di Titi Hayun dan Tupah. SABKA Gunung Jerai ini dijangka akan siap dibina pada tahun 2023 dan ia akan diperluaskan ke seluruh negara termasuk di kawasan rekreasi dan kawasan tadahan air hujan lainnya. Namun begitu, memandangkan sistem ini melibatkan pembinaan stesen serapan hujan, aras air dan siren maka pihak JPS memerlukan kerjasama sepenuhnya daripada kerajaan negeri khususnya Jabatan Perhutanan memandangkan kebanyakan lokasi terletak di kawasan hutan simpanan. Yang Berhormat Kuala Nerus tidak ada di sini, kita akan jawab secara bertulis, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya kita akan jawab secara bertulis, dia duk kempen sekarang ini. Yang Berhormat Labuan, kita jawab secara bertulis. Yang Berhormat Tumpat ada? Kita akan jawab secara bertulis.
Yang Berhormat Timbalan Menteri saya ada di sini, Beaufort.
Beaufort ada, kita akan sampai sekejap lagi Yang Berhormat Beaufort. Yang Berhormat Tumpat tidak ada, Yang Berhormat Lanang tidak ada, Yang Berhormat Keningau kita akan jawab secara bertulis. Yang Berhormat Penampang, kita akan jawab secara bertulis. Yang Berhormat Libaran, jawab secara bertulis. Okey, Yang Berhormat Jelutong. [Ketawa] Yang Berhormat Jelutong membangkitkan isu berkenaan pelaksanaan rancangan tebatan banjir Sungai Pinang. Banyak kali Yang Berhormat Jelutong membangkitkan isu ini, saya faham saya ini kawasan beliau dan saya juga simpati juga sebab dari Pulau Pinang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek Rancangan Tepatan Banjir (RTB) Lembangan Sungai Pinang telah diluluskan di bawah Rolling Plan Kedua Rancangan Malaysia Kesebelas dengan kos projek berjumlah RM150 juta. Projek ini diteruskan di dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas dan projek RTB Lembangan Sungai Pinang kini dalam peringkat reka bentuk terperinci oleh jurutera perunding yang dilantik. Punca kelewatan pelaksanaan projek ini disebabkan oleh pelaksanaan PKP dan proses memuktamadkan komponen projek. Antara komponen projek yang belum dimuktamadkan adalah cadangan menaik taraf tiga buah jambatan di Jalan Ayer Hitam, Jalan Perak dan Jalan Patani. Cadangan ini di dalam proses semakan bersama pihak berkepentingan ataupun stakeholders dan pemilik tanah yang terlibat dengan pengambilan balik tanah. Perolehan kerja bagi RTB Lembangan Sungai Pinang telah dibuat penjadualan semula atau rescheduling berdasarkan inisiatif perancangan Jabatan Pengairan dan Saliran, tender akan diiklankan pada Disember 2021 dan pelaksanaan kerja fizikal dijadualkan pada Jun 2022, Yang Berhormat Jelutong.
Terima kasih Yang Berhormat di atas pengumuman. Saya akan bawa berita baik ini balik kepada rakyat saya. Cuma permintaan saya, saya minta supaya kerja-kerja ini dilaksanakan dengan seberapa cepat yang mungkin supaya kita dapat meredakan ataupun pastikan perkara ini tidak berlaku lagi. Terima kasih Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri, Labuan.
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong, saya cukup ini – oleh sebab saya pun Pulau Pinang juga, Yang Berhormat Jelutong.
Yang Berhormat Menteri, Labuan.
Labuan.
Mohon penjelasan mengenai banjir di Labuan.
Labuan sudah terlepas kapal terbang...
Labuan kita sudah terlepas tadi Yang Berhormat Labuan. Boleh saya jawab dengan bertulis Yang Berhormat Labuan? Panjang juga jawapan untuk Yang Berhormat Labuan.
Okey, terima kasih dan juga bekalan air.
Ya, ya. Insya-Allah, we will give you secara bertulis. Yang Berhormat Parit ada tidak? Tidak ada. Yang Berhormat Padang Serai tidak ada, Yang Berhormat Sri Gading tidak ada, Yang Berhormat Balik Pulau tidak ada, Yang Berhormat Bukit Gantang tidak ada, Yang Berhormat Tangga Batu tidak ada, Yang Berhormat Bentong tidak ada. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Saya ingat saya memenuhi masa dengan baik, yang lain-lain itu kita akan jawab secara bertulis. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Beaufort tadi? Tidak jadi? Saya ada sini sahaja.
Yang Berhormat Beaufort tadi terlepas Yang Berhormat. Boleh saya ulang balik Tuan Yang di-Pertua? Kalau Tuan Yang di-Pertua izinkan, boleh tidak saya jawab secara bertulis, kita akan bagi secara bertulis.
Jawab bertulis Yang Berhormat. Sudah lebih 20 minit.
Libaran adakah tadi? Libaran pun ada.
Saya jawab secara bertulis, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Beaufort saya akan bagi jawapan bertulis. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya dan Setiausaha Dewan Rakyat dan Menteri Undang- undang duduk bersekali dan kita pastikan setiap kementerian dan kita pastikan masa yang saya bagi untuk mereka tepat, supaya Yang Berhormat Menteri-Yang Berhormat Menteri boleh hadir, pihak kementerian dan staf pun boleh hadir sebab saya tahu mereka sibuk. Jadi kalau kita tidak ikut time itu maka saya rasa tidak berapa adillah kepada Yang Berhormat Menteri yang terpaksa menunggu, staf-staf kementerian yang terpaksa postpone mesyuarat dan sebagainya. Okey, saya hendak jemput Yang Berhormat Menteri bagi Kementerian Dalam Negeri sekarang. Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan tahniah atas anugerah gelaran Tan Sri pada Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada 26 orang ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2022 di Dewan yang mulia ini dari 1 hingga 11 November 2021 yang antara lain telah menyentuh portfolio KDN selaras dengan tema Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera. Saya akan menggulung perbahasan tersebut berdasarkan isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Pembangunan infrastruktur dan kebajikan.
Seramai 12 Ahli Yang Berhormat telah menanyakan mengenai status pembinaan serta penaiktarafan infrastruktur-infrastruktur serta kemudahan agensi penguatkuasaan di bawah KDN seperti pondok polis, balai polis, IPD, bangunan kuarters polis dan kuarters penjara serta bangunan imigresen. Seperti yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Kula Nerus, Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Hulu Rajang, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Libaran, Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Batu Gajah dan juga Yang Berhormat Baram. Untuk makluman Ahli-ahli Dewan yang saya hormati kerajaan sentiasa prihatin mengenai prasarana setiap agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri termasuklah yang melibatkan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia. Perancangan bagi pembangunan sesebuah projek di bawah Kementerian Dalam Negeri adalah ditentukan berdasarkan prioriti dan kriteria-kriteria keutamaan mengikut kemampuan kewangan kerajaan.
Dalam hal ini, keperluan pembangunan atau naik taraf ini akan dikaji mengikut keutamaan bagi dipertimbangkan di dalam Rolling Plan (RP3) RMKe-12 tahun 2023. Kementerian Dalam Negeri sedang melaksanakan kajian untuk mengoptimumkan perjawatan serta semakan elaun dan kemudahan kepada anggota keselamatan dan penguat kuasa termasuk Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Penjara Malaysia demi memastikan kebajikan anggota dan pegawai terbela seperti yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Batu Gajah dan Yang Berhormat Baram. Struktur gaji semasa bagi anggota PDRM dan Jabatan Penjara Malaysia ditetapkan berdasarkan pariti dengan skim-skim perkhidmatan beruniform yang lain. Tentang hal ehwal Imigresen, Yang Berhormat Bukit Mertajam telah bertanyakan mengenai perancangan kementerian untuk mempermudahkan permohonan My Travel Pass untuk bukan warganegara di Malaysia yang ingin pulang ke negara asal bagi tujuan urusan keluarga. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan tidak pernah menyekat mana-mana warga yang ingin pulang ke negara asal mereka. Manakala bagi rakyat Malaysia yang lengkap dua dos vaksinasi yang ingin melakukan perjalanan ke luar negara, kerajaan bersetuju untuk memberi kelonggaran dan tidak perlu membuat permohonan My Travel Pass melalui Jabatan Imigresen Malaysia berkuat kuasa 11 Oktober tahun ini, 2021.
Yang Berhormat Menteri..
Bagi tujuan kemasukan semula ke Malaysia bermula 1 November 2021, kerajaan telah memberi kelonggaran kepada warganegara asing yang mempunyai pas lawatan jangka panjang di Malaysia, masuk ke negara ini tanpa perlu mendapat kelulusan melalui sistem My Travel Pass (MTP) dengan syarat mempunyai pas yang masih sah laku. Kategori yang dibenarkan ini termasuklah pemegang pemastautin tetap, pas pasangan, anak kepada warganegara, pas warga emas, pas balu atau janda kepada warganegara setelah mengambil kira aspek kebajikan dan juga kekeluargaan. Kerajaan juga memperkenalkan kategori Death and Critically Ill Emergency Visit (DCEV) yang memberi kemudahan kepada warganegara Singapura yang mempunyai pertalian dengan warganegara Malaysia masuk ke negara ini bagi kes-kes kecemasan seperti tenat dan kematian. Keputusan bagi permohonan kategori ini juga boleh diperolehi dalam masa 24 jam. Silakan.
Okey. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri atas peluang yang diberikan. Berkenaan dengan penghantaran pulang. Saya merujuk kepada ucapan yang telah dikeluarkan oleh Timbalan Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan penghantaran pulang pemegang IMM13 di negeri Sabah dan kita sedia maklum akan masalah yang dihadapi cuma kita ingin tahu status penghantaran pulang ini.
Berapa ramaikah pemegang IMM13 yang telah dihantar pulang? Apakah status sebagaimana apa yang disebut oleh Timbalan Yang Berhormat sendiri berkenaan dengan pembatalan penghapusan kad burung-burung yang mana telah disebutkan sewaktu Pilihan Raya Negeri Sabah baru-baru ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Sepanggar, itu isu lain kerana isu yang baharu dan akan saya jawab secara bertulis. Yang Berhormat Bukit Bendera pula bertanyakan..
Yang Berhormat Menteri.
..Mengenai Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) yang didakwa tidak mesra pelabur. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, program Malaysia Rumah Keduaku disasarkan kepada golongan pesara dan berpendapatan tinggi yang berhasrat untuk tinggal di Malaysia bagi tempoh masa yang panjang. Manakala bagi pelabur-pelabur dan pakar-pakar asing yang datang ke Malaysia, saya ingin menjelaskan bahawa terdapat kemudahan pas untuk memudah cara atau facilitate kemasukan dan keberadaan mereka di Malaysia. Antaranya, residen pas dan pas lawatan sosial jangka panjang sehingga melebihi lima tahun.
Yang Berhormat Menteri.
Penambahbaikan syarat permohonan serta program MM2H adalah untuk memastikan mereka yang ingin bermastautin di negara ini terdiri daripada mereka yang berkualiti dan dapat menyumbang untuk menjana ekonomi negara menerusi sumbangan para peserta terutamanya terhadap industri hartanah, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan automatif.
Yang Berhormat Menteri, soalan berkaitan boleh?
Selain itu, pelabur-pelabur dan pakar-pakar asing yang telah menyumbang kepada ekonomi negara juga boleh diberi pertimbangan untuk diberikan permit masuk sebelum dibenarkan untuk memohon permanent resident di bawah point system, mata – di mana mereka mempunyai kelebihan untuk dipertimbangkan. KDN sentiasa menyokong usaha-usaha untuk menarik dan mempermudahkan kemasukan pelabur asing ke negara ini. KDN melalui Jabatan Imigresen Malaysia bersama-sama dengan MITI, MIDA dan telah membuka Business Travelers Centre (BTC) di KLIA pada bulan Mac 2021. BTC memberikan kemudahan bagi pakar-pakar dan pelabur asing yang ingin masuk Malaysia bagi tempoh yang singkat tanpa perlu memohon Pas Lawatan Ikhtisas dan diberikan pengecualian untuk menjalani kuarantin semasa tiba di Malaysia. Sehingga 15 November sebagai contoh, Jabatan Imigresen meluluskan sejumlah 3,037 permohonan daripada pelbagai negara melalui konsep yang saya sebutkan tadi, Business Travelers Centre (BTC). Tambahan lagi, Jabatan Imigresen Malaysia dengan kerjasama TalentCorp dan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) telah membuka pejabat satelit Expatriate Services Division, Jabatan Imigresen Malaysia di KLIA bagi memudahkan pemegang pas expatriate di kalangan C-suite atau kita namakan CEO, COO atau CFO. Bagi mendapatkan kemudahan pelekat di KLIA tanpa perlu hadir ke ibu pejabat imigresen pada 12 November 2021, Jabatan Imigresen Malaysia telah berjaya mengeluarkan pelekat Pas Penggajian, employment pass kepada expatriate yang tiba di KLIA.
Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Semua baik apa yang sudah dibahaskan dan dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri tetapi setujukah Yang Berhormat Menteri bahawa kuasa untuk mentadbir MM2H ataupun apa sahaja nama di Sabah dan Sarawak boleh diturunkan kepada Kerajaan Sabah dan Sarawak supaya
mereka lebih faham dan fasih dengan keadaan environment di Sabah dan siapakah mereka ingin memberi MM2H. Ini kenyataan telah dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak ataupun Menteri Pelancongan Sarawak dan juga adanya beberapa cadangan yang sama di Sabah juga bahawa MM2H ini patutnya dikendalikan di Sabah kerana ia punya keadaan hanya diketahui oleh Sabah dan Sarawak. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Saya hendak bangkitkan tentang infrastruktur. Adakah Yang Berhormat Menteri akan sebutkan tentang infrastruktur? Tadi ada sebut sedikit tetapi saya tidak dengar penjelasan lanjut. Ada nanti selepas ini berkenaan dengan infrastruktur balai polis dan pondok polis?
Terima kasih kepada Yang Berhormat Penampang. Saya hendak jelaskan, MM2H ini adalah sesuatu polisi yang telah pun dibuat oleh kerajaan keseluruhannya. Walau bagaimanapun, untuk Sabah dan Sarawak memang kita selalu membincangkan perkara ini dan sesuatu polisi untuk negara seharusnya satu polisi manakala yang lain itu adalah sesuatu yang kita bagi exceptions yang tertentu yang akan kita bincangkan bersama dengan kerajaan negeri. Untuk Yang Berhormat Ledang mempersoalkan tentang infrastruktur tadi, telah pun saya maklumkan kalau ada apa-apa yang Yang Berhormat Ledang mahukan, boleh bertanya tulis dengan saya, insya-Allah saya akan jawab kemudian nanti. Yang Berhormat Ipoh Barat pula telah bertanyakan mengenai perancangan kementerian untuk melanjutkan tempoh pelan rekalibrasi selepas tarikh 31 Disember 2021. Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Kementerian Dalam Negeri masih kekal dengan keputusan semasa kerajaan berhubung pelaksanaan pelan rekalibrasi pendatang asing tanpa izin iaitu sehingga 31 Disember 2021. Ini adalah kerana PATI dan majikan telah diberikan ruang dan masa yang mencukupi untuk berada di Malaysia dengan cara yang sah sejak pelaksanaan pelan rekalibrasi PATI bermula pada 16 November 2020. Operasi penguatkuasaan secara berterusan akan dilaksanakan bagi menahan PATI dan majikan yang masih melanggar Akta dan Peraturan-peraturan Keimigresenan yang sedang berkuat kuasa. Kementerian ini juga sedar bahawa penutupan sempadan negara serta penangguhan sementara penggajian pekerja asing baharu sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan pada 18 Mac 2020 telah memberi kesan negatif ke atas pengoperasian industri dan ekonomi secara keseluruhannya. Bagi menampung keperluan tenaga kerja asing khususnya dalam sektor dan subsektor yang tidak mendapat menarik minat tenaga kerja tempatan, kerajaan telah merangka program rekalibrasi tenaga kerja sebagai salah satu komponen pelan rekalibrasi PATI agar majikan dapat meregularisasikan PATI serta menggajikan mereka dengan cara yang sah.
Pendekatan ini secara tidak langsung dapat menyokong usaha kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara. Walau bagaimanapun, kerajaan tidak sesekali akan berkompromi dengan elemen keselamatan negara. Oleh sebab itu, antara syarat-syarat penyertaan RTK, PATI mestilah belum didakwa di mahkamah atau dijatuhkan hukuman atas kesalahan imigresen di samping bebas daripada sebarang kes jenayah lain selain daripada kesalahan imigresen.
Sedikit Yang Berhormat Menteri.
Okey.
Kalabakan. Ya seperti yang saya bahas dalam perbahasan saya baru-baru ini, saya ada meminta agar Yang Berhormat Menteri memberi sedikit kelonggaran agar PTI, PATI yang ditangkap ditahan di pusat tahanan sementara diberikan dokumen sewajarnya agar dapat bekerja. Oleh sebab mereka ini adalah pekerja ladang. Pekerja ladang yang ditangkap dan ditempatkan di pusat tahanan sementara.
Sekarang, ladang-ladang di Tawau, Kalabakan mengalami kekurangan pekerja yang sangat kurang. Jadi, pengeluaran sawit terjejas. Jadi, minta Yang Berhormat Menteri melihat perkara ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Saya sudah sebutkan tadi, sebenarnya mereka yang mempunyai dokumen tetapi melakukan kesalahan-kesalahan lain seperti tinggal dalam negara melebihi tempoh dalam pasport mereka tersebut. Itu adalah kebenaran-kebenaran yang selalunya kita berikan. Akan tetapi kalau mereka tidak mempunyai dokumen, ini menjadi masalah kepada kita untuk kita membenarkan. Jadi terpulang mengikut case-by-case. Kalau ada kesalahan-kesalahan yang boleh kita berikan kelonggaran, akan kita berikan. Manakala kesalahan yang tidak berdokumen itu menjadi sesuatu yang agak sukar untuk kita membenarkan mereka untuk bekerja semula. Ini masalah yang timbul.
Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, dengan masalah itu yang tidak documented dan membuat kesalahan, adakah mereka dihantar balik seperti di janji oleh Yang Berhormat Menteri dahulu pada pilihan raya lepas? State pilihan raya lepas.
Itu sudah tentu mereka yang tidak berdokumen itu kita akan...
Kenapa mereka masih berkeliaran di Sabah?
Mereka yang berkeliaran bermakna kita belum menangkap mereka dan yang sudah ditangkap memang pun kita akan tentukan...
So, enforcement punya problem- lah? Masalah enforcement Yang Berhormat Menteri.
Tidak apa. Kita akan tentukan supaya kali ini kerjasama kita bersama dengan kerajaan negeri untuk mengetatkan dan melihat keberadaan mereka ...
Akan tetapi kami dijanjikan bahawa mereka akan dihantar.
Masalah itu adalah masalah yang berbeza. Ini akan saya pastikan selepas ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, janji IM13 akan dihantar ke Filipina. That’s why, kita ingin tanya berapa ramai pemegang IM13 yang akan dihantar ke Filipina sebab itu janji Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri sewaktu pilihan raya yang lepas. So, kita ingin tahu apa statusnya.
Yang Berhormat Sepanggar, saya sudah jawab tadi bila hendak tahu berapa banyak, saya tidak ada angka di sini. Oleh sebab itu saya sudah jawab tadi, itu angka yang lain akan saya jawab kemudian.
Bertulis.
Ya Yang Berhormat kena fahamlah. Yang Berhormat pun pernah jadi Timbalan Menteri di sini. Tidak ingat pun nombor-nombornya, angka-angkanya. Jadi, sebab itu jangan tanya perkara yang saya tidak boleh jawab sekarang. Akan tetapi kalau bab polisi saya jawab sekarang. Yang Berhormat Segambut pula mencadangkan supaya KDN memanjangkan tempoh sah visa kepada pasangan warganegara asing iaitu pas lawatan jangka panjang dari setahun kepada tiga tahun atau lima tahun. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pada ketika ini Jabatan Imigresen Malaysia boleh mempertimbangkan untuk memberikan pas lawatan sosial jangka panjang kategori isteri atau suami kepada warganegara bagi tempoh satu tahun hingga lima tahun, sekiranya perkahwinan pasangan tersebut disahkan tulen dan teratur serta memenuhi syarat-syarat permohonan.
Penetapan tempoh pas pasangan tersebut dibuat sedemikian rupa adalah sebagai elemen kawalan dan keselamatan serta mengambil kira kebajikan pasangan warganegara Malaysia. Di samping itu, pasangan kepada warganegara Malaysia boleh mengemukakan permohonan kepada Jabatan Imigresen Malaysia bagi kebenaran bekerja, melakukan pekerjaan berbayar, berniaga dan pekerjaan profesional tanpa perlu menukar status pas lawatan sosial mereka kepada pas kerja yang berkaitan seperti pas penggajian atau pas lawatan. Sehubungan itu, apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Segambut telah pun dipraktikkan oleh KDN dan melalui jabatan Imigresen selama ini dengan jayanya.
Saya minta penjelasan Yang Berhormat Menteri. Apakah kaedah untuk dapatkan lima tahun? Ini kerana kalau mereka apply, terus akan diberikan satu tahun. Akan tetapi kalau hendak lima tahun, apa kaedahnya?
Terima kasih Yang Berhormat.
Ia tidak ada kaedah yang lain cuma selalunya apabila mereka itu ada perkara-perkara yang kita kena ingat. Bukan masalah orang yang memang benar-benar mahukan tinggal bersama dengan isterinya. Ada orang yang melakukan perkahwinan yang kita namakan dengan izin Tuan Yang di-Pertua, marriage of convenience. Mereka sebenarnya berkahwin, berdaftar tetapi sebenarnya tidak bersama dengan isteri. Ini ada berlaku dalam negara kita. Jadi, masalah keselamatan ini menyebabkan untuk mengelakkan daripada banyak perkara ini berlaku, kita berikan satu tahun. Selalunya selepas tahun yang pertama, kita tengok mereka ini benar-benar dan selalunya kita akan panjangkan. Ini yang selalu kita berikan. The first year, normally we only give tahun yang pertama itu satu tahun dahulu ya.
Teruskan.
Ini polisi untuk tidak membabitkan mereka yang menyalahgunakan polisi yang sedia ada. Terima kasih Yang Berhormat Segambut.
Baik, teruskan.
Di samping itu, pasangan kepada warganegara Malaysia boleh mengemukakan permohonan kepada Jabatan Imigresen berkenaan perkara tadi yang saya telah sebutkan supaya mereka tidak payah menukar pas-pas status yang lain. Yang Berhormat Machang pula telah membangkitkan isu permit masuk pekerja asing bagi sektor perladangan khususnya kelapa sawit. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, Mesyuarat Sidang Darurat, Majlis Keselamatan Negara pada 20 April 2021 telah meluluskan permohonan pengambilan 32,000 orang pekerja asing bagi sektor perladangan. Walau bagaimanapun, sehingga tarikh ini KDN dan Jabatan Imigresen Malaysia masih belum menerima permohonan membawa masuk pekerja-pekerja asing berkenaan. Kita kena faham di sini bahawa kuota yang diberikan walaupun diluluskan secara keseluruhannya oleh Kabinet untuk sektor perladangan, tetapi syarikat-syarikat perlu mendapatkan kuota kelulusan daripada Kementerian Sumber Manusia dan kemudian barulah memohon untuk membawa masuk bagi mendapatkan permit. Itu yang dilakukan dalam negara kita. Buat masa ini, diluluskan secara keseluruhan secara dasar tetapi syarikat-syarikat perlu mendapatkan kuota dan seterusnya proses dijalankan seperti biasa. Sehingga 31 Oktober 2021, jumlah pekerja asing aktif dalam sektor perladangan adalah sebanyak 138,023 orang iaitu 12.12 peratus daripada jumlah keseluruhan pekerja asing aktif di Malaysia iaitu sebanyak 1,138,370 orang. Berbanding jumlah pekerja asing sebelum pandemik seramai 2.3 juta orang pekerja asing. Ini menunjukkan Malaysia memerlukan seramai kira-kira 1.2 juta orang pekerja asing. KDN bersama-sama dengan Kementerian Sumber Manusia akan mempermudahkan proses pengambilan pekerja asing bagi memenuhi keperluan ini, tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Tentang isu keselamatan. Merujuk kepada pertanyaan Yang Berhormat Bintulu mengenai tindakan penguatkuasaan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia terhadap bot nelayan tempatan yang ditahan oleh kapal penguatkuasaan asing, APMM akan menilai dan meneliti kesahihan laporan yang diterima berhubung bot nelayan tempatan yang ditahan oleh penguat kuasa asing bagi memastikan lokasi yang dilaporkan itu berada di dalam perairan zon ekonomi atau Zone Economy Exclusive Malaysia (ZEE). APMM juga menasihati agar kesemua bot nelayan memasang Automatic Identification System (AIS) bagi memudahkan pihak APMM mengesan dan mengesahkan kedudukan lokasi seterusnya untuk dapat kita berunding dengan pihak penguat kuasa asing terbabit. Ia juga dapat membantu kerajaan bagi mengeluarkan nota bantahan diplomatik sekiranya terbukti bot nelayan tempatan ditahan di perairan Malaysia.
Yang Berhormat Bintulu tidak ada dalam Dewan.
APMM akan mengambil tindakan dengan mengatur gerakan aset yang berada di lokasi terhampir ke lokasi kejadian. Sekiranya penahanan berlaku di kawasan bertindih bagi kedua-dua buah negara dan rundingan untuk melepaskan bot akan dilaksanakan.
Sekiranya kes melibatkan penguat kuasa dari Indonesia, platform perjanjian persefahaman Malaysia – Indonesia berkaitan The Common Guidelines Concerning Treatment of Fishermen by Maritime Law Enforcement Agencies of Malaysia and The Republic of Indonesia dated 27 January 2012 atau lebih dikenali sebagai Perjanjian Bali 2012 akan dirujuk bagi membolehkan rundingan dilaksanakan secara saksama. Yang Berhormat Kota Raja dan Yang Berhormat Puchong pula telah membangkitkan berkenaan pendedahan mantan Ketua Polis Negara mengenai kartel polis dan dakwaan oleh sebuah akaun Twitter dan Telegram Edisi Siasat berhubung isu pembelian pangkat PDRM. Berkenaan dakwaan wujud kartel dalam PDRM, siasatan dalaman telah dilakukan oleh PDRM dan didapati tiada kartel sebagaimana yang dinyatakan tersebut. Walau bagaimanapun bagi memastikan ketelusan, perkara ini dibawa kepada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) untuk meneruskan siasatan.
Di MACC pun sama kan? They have cartel also di MACC, BPR.
Ini kita jawab untuk PDRM dahulu.
Boleh saya tanya Yang Berhormat Menteri. Boleh saya tanya...
Berhubung isu pembelian pangkat dalam PDRM. Pihak Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) telah selesai menjalankan siasatan dari sudut tatatertib dan mendapati isu ini tidak berlaku. Semua urusan kenaikan pangkat dilaksanakan menerusi prosedur yang betul. Selain itu, ingin saya tegaskan segala isu yang dibangkitkan oleh mana-mana pihak akan diberikan penelitian yang sewajarnya berdasarkan laporan yang dibuat oleh pengadu.
Boleh saya tanya?
Walau bagaimanapun, mana-mana isu yang dibangkitkan tanpa butiran pengadu tidak akan dilayan. Budaya fitnah membentuk persepsi buruk tanpa bertanggungjawab terhadap isu yang ditimbulkan merupakan satu perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab. Tindakan akan diambil berdasarkan laporan polis yang bersandarkan kepada maklumat dan aduan sahih sahaja, yang bukan dalam bentuk surat layang, sama ada secara fizikal ataupun digital.
Boleh saya tanya berkaitan dengan– Yang Berhormat Menteri, saya ambil maklum jawapan Yang Berhormat Menteri bahawa satu siasatan telah pun dibuat dan didapati tiada kartel dan
laporan polis yang tidak mempunyai butiran pengadu tidak akan dilayan. Itu I think is what dinyatakan tadi. Saya ingin tanya siapakah yang membuat siasatan berhubung dengan aduan ini, berkenaan kartel ini? Adakah ia polis sendiri yang membuat siasatan, yang clear the police themselves? Atau pun adakah siasatan ini dibuat oleh pihak yang bebas? Because this is obvious kalau sekiranya polis siasat diri sendiri, maka something is not right obviously. Jadi boleh saya dapat penjelasan? Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Saya telah pun menjawab tadi Yang Berhormat bahawa siasatan telah pun dibuat oleh PDRM secara dalaman. Kemudian, kita juga minta supaya Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) yang lain, yang bebas untuk melakukannya. So, they have to siasat. Siasatan pertama PDRM tidak ada, siasatan yang kedua belum selesai lagi. Jawapan daripada SIAP belum kita dapat lagi.
Yang Berhormat Menteri penjelasan.
Sementara isu...
Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, isu yang sama. Yang Berhormat Menteri, Klang depan.
Isu yang sama? Saya hendak jelaskan. Isu integriti ini pelbagai usaha dilaksanakan oleh KDN dalam mengingatkan pegawai-pegawai supaya memelihara integriti mereka. Antaranya ialah kita telah melancarkan Anti- Corruption Action Plan pada 5 November tahun lepas dan pada tahun 2021 KDN juga telah memulakan gerakan bagi memperoleh persijilan Anti-Bribery Management System (ABMS). Itu juga telah pun kita lakukan untuk kita memastikan bahawa segala tohmahan atau perkara yang benar-benar tidak diingini akan berlaku dalam PDRM. Silakan Yang Berhormat.
Sila Yang Berhormat Jerlun.
Saya? Boleh? Terima kasih. Saya mendengar penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri sebentar tadi mengenai aduan-aduan yang dibuat secara anonymous dan kita tahu bahawa kebelakangan ini memang betul ada banyak dakwaan tidak berasas yang dilontarkan pelbagai pihak. Walaupun begitu, kita juga mendengar bahawa aduan-aduan yang memang berasas ada yang tidak diambil tindakan ataupun lebih teruk lagi mereka yang mengadu itu pula yang diambil tindakan. Selain daripada itu, kita juga mempunyai Whistleblower Act dan sepatutnya akta tersebut memberi perlindungan kepada sesiapa juga yang memberi aduan supaya identiti mereka tidak terdedah, tindakan tidak adil tidak boleh diambil ke atas mereka. Jadi saya ingin bertanya, adakah sebarang aduan telah dibuat kepada pihak yang bertanggungjawab melalui akta whistleblower ini untuk tujuan mendedahkan salah laku yang berlaku di kalangan penguat kuasa itu sendiri.
Yang Berhormat kita dengar...
Yang Berhormat Menteri, isu yang sama juga. Boleh jawab sama. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Sila Yang Berhormat Klang.
Saya ambil maklum jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri berkait dengan kartel di PDRM tetapi saya hendak bangkitkan isu ini. Isu ini sebenarnya dibangkit, dilontarkan oleh IGP sendiri. Adakah ini bermaksud bahawa mantan IGP itu bohong? Apakah tindakan kerajaan terhadap IGP
yang bohong? Ini bukan isu yang boleh thrown on by the side, this is a very serious isu. Kalau satu siasatan telah dibuat oleh SIAP, saya minta kerajaan supaya make it public, so kita boleh percaya bahawa siasatan itu memang independent dan bebas. Terima kasih.
Boleh saya tanya yang berkaitan.
Yang Berhormat Menteri, ini berkaitan juga dengan itu penangkapan April ini, Datuk Seri Nicky Liow dan pegawai- pegawai polis yang ditangkap bersama dengan MACC. Bukankah itu satu tanda bahawa adanya kartel di dalam PDRM dan juga MACC?
Boleh saya bertanya yang berkaitan Yang Berhormat?
Saya hendak menjawab apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jerlun. Seperti Yang Berhormat sedia maklum, kalau perkara yang tidak berasas bagaimana kita hendak membuat siasatan yang lebih lanjut. Akan tetapi oleh kerana kadang-kadangkala ada mereka yang takut sebagai contoh, sebab itu kita sudah ada Whistleblower Act. Mereka sepatutnya keluar, berani dan kita akan protect mereka. Jadi tidak timbul isu ini kalau sebenarnya perkara-perkara yang dilontarkan itu ialah perkara yang benar, jadi tidak timbul masalah ini. Seperti Yang Berhormat kata ada Yang Berhormat dengar mereka yang buat laporan perkara berasas orang itu pula yang kena ambil tindakan. Saya minta Yang Berhormat sila bagi maklumkan kepada saya dengan secara sulit dengan saya, secara hitam putih supaya saya dapat membantu mereka yang telah pun ambil tindakan terhadap sesuatu perkara yang jelas telah pun mereka laporkan.
Tuan Yang di-Pertua, satu soalan spesifik kepada Yang Berhormat Menteri kalau boleh.
Yang Berhormat, saya hendak supaya perkara ini dapat kita jadikan ia sebagai contoh. Yang Berhormat boleh timbulkan dan kita boleh ambil tindakan. Saya akan ambil tindakan, saya pasti akan ambil tindakan. Kalau mereka yang benar-benar mempunyai maklumat diambil tindakan, manakala yang perkara yang sebenarnya tidak diambil tindakan. I’ll stand firm saya akan maklumkan kepada Yang Berhormat tentang perkara ini.
Yang Berhormat Menteri...
SIAP report Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, SIAP report.
Just one specific question sahaja. Satu soalan sahaja.
Apa yang telah ditimbulkan oleh...
Boleh saya tanya sama ada...
Nanti dulu, saya hendak jawab yang IGP tadi. Betul, sebab itu saya sudah kata, saya tidak kata IGP bohong tetapi oleh kerana kartel yang PDRM telah buat siasatan, tidak ada perkara yang seperti yang dikatakan, maka sebab itu saya serahkan kepada SIAP dahulu. SIAP sudah buat laporan kalau betul tidak ada dan IGP bohong.
Yang Berhormat, boleh saya tanya.
Akan tetapi kalau ada dan kita akan ambil tindakan.
Soalan yang berkaitan dengan Klang.
But it is just only fair kita buat siasatan dengan lebih lanjut supaya akhirnya kita dapat kepastian untuk kita ambil tindakan.
Berkaitan dengan Klang. Adakah satu stance...
Kalau isu yang sama, jawapan yang sama juga yang akan saya berikan.
Report will make public. Tuan Yang di-Pertua, report will make public.
Terima kasih...
No, it is connected Yang Berhormat. Just sekejap sahaja.
Nanti, nanti Yang Berhormat Gelugor.
Yang Berhormat Menteri, saya minta supaya laporan itu make public, will that happen?
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya sambung dengan satu soalan lagi sebab dalam isu ini kegiatan-kegiatan terbuka yang dibuat oleh mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador, juga melibatkan beberapa tuduhan yang melibatkan Yang Berhormat Menteri sendiri, itu satu.
Jadi, soalan saya yang spesifik sahaja. Adakah dalam siasatan PDRM dan juga ada apa-apa siasatan lain, adakah Tan Sri Dato' Seri Panglima Abdul Hamid bin Bador dijemput untuk maklumat dan keterangan beliau direkodkan dan selepas itu menilai? Adakah itu berlaku atau tidak?
Itu soalan yang sama, adakah statement diambil daripada dia? Itu yang amat penting Tuan Yang di-Pertua because he’s the person who made saman...
Okey Yang Berhormat, saya hendak dengar suara di sini bahawa PDRM telah pun melakukan siasatan. Sudah tentu apabila kita lakukan siasatan, semua mereka yang terbabit, kita semua, mereka yang terbabit kita jemput dan kita ambil kenyataan daripada mereka semua. Manakala, perkara yang dibangkitkan selepas itu, kita serahkan pada SIAP untuk SIAP buat siasatan selanjutnya. Selepas itu baru kita akan ambil tindakan dan tahu sama ada ada kesalahan...
Yang Berhormat, Jadi Yang Berhormat just a yes or no? Adakah statement diambil daripada bekas IGP?
Saya telah pun menjawab bahawa segala...
Itu adalah dalam pengetahuan...
This is not a court case. This is not in the court. You can’t ask me if I start...
No, no it is in the knowledge of KDN.
Ya, as I said semua– Oleh sebab itu saya sudah pun kata...
So, we are just asking yes or no, was a statement taken from him?
No, it is not your time to ask me back that kind of question. It is the time for me to give you the answer…
Yes atau no sahaja. Itu penting.
You sit down. As I said just now...
It is for me to ask that question.
If you want to accept my answer, you accept it. My…
You are not answering. How can I accept something when you are not answering?
My answer. All right.
So, yes or no? If there was a statement taken from him?
Saya hendak menjelaskan tentang beberapa perkara. Saya sudah kata tadi, semua mereka yang terbabit akan kita ambil apa ini kenyataan daripada mereka semua.
So, sudah diambil? Is that what you are saying? Adakah itu jawapannya? Itu sahaja yang kita minta.
Bukan courtlah.
Yang Berhormat Bukit Gelugor, Yang Berhormat Menteri hendak menjawab.
Okey Yang Berhormat. This is not a court that you can ask me that kind of question. I’ve already answered, you boleh ambil secara...
Your answer is no answer with respect Yang Berhormat.
Yang Berhormat Puchong dan Yang Berhormat Batu Kawan juga telah bertanyakan mengenai cadangan mewujudkan satu badan bebas bagi menyiasat kes-kes berhubung isu integriti dan salah laku agensi penguat kuasa. Saya telah memaklumkan bahawa perkara ini, Kementerian Dalam Negeri telah pun membentangkan satu rang undang-undang di Dewan Rakyat pada 26 Ogos 2020 berhubung penubuhan satu badan bebas bagi mengawal selia tata kelakuan Polis Diraja Malaysia iaitu Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (RUU IPCC) 2020 dan bacaan kali kedua bagi IPCC 2020 akan dibentangkan dalam sidang Parlimen pada kali ini, insya-Allah. Yang Berhormat Jelutong dan juga Yang Berhormat Segambut pula telah membangkitkan berkenaan peruntukan khusus bagi memperkasa Bahagian D11 PDRM. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, semasa pembentangan Bajet 2022 pada 29 Oktober 2022 yang lalu, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM13 juta untuk memperkasa Bahagian D11 PDRM termasuk 100 perjawatan yang baharu bagi meningkatkan keberkesanan siasatan di setiap kontinjen serta meninggikan mutu perkhidmatan kepada masyarakat. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat juga, setakat ini pegawai D11 memang telah sedia ditempatkan di setiap kontinjen negeri termasuk Sabah dan Sarawak. Keperluan mewujudkan bahagian D11 di setiap daerah pula memerlukan perancangan rapi memandangkan kesesuaian penempatan pegawai PDRM perlulah berdasarkan keperluan tugas dan beban kes yang bersesuaian.
Yang Berhormat Menteri...
Yang Berhormat Jelutong juga telah membangkitkan berkenaan status pencarian...
Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri, Kulai sini. Sini.
Yang Berhormat Kulai.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hanya hendak tanya kerana dalam ucapan Yang Berhormat Menteri Kewangan, beliau sebut bahawa 100 jawatan baharu akan disediakan untuk D11. Akan tetapi, apabila saya semak Anggaran Perbelanjaan Persekutuan, jumlah untuk kepolisan remain, sama jawatan untuk kepolisan remain adalah sama iaitu masih 142,160. Jadi, saya hendak tanya 100 jawatan baharu ini D11 adalah jawatan itu ditarik daripada bahagian yang lain ataupun memang kerajaan berhasrat untuk wujud 100 perjawatan yang baharu? Itu sahaja, terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Kulai.
Terima kasih. Sebenarnya kita hendak mewujudkan jawatan yang baharu. Walau bagaimanapun, kita akan menyesuaikan kedudukan bajet yang telah pun diletakkan dalam buku ini, insya-Allah.
Yang Berhormat Menteri ada tiga minit setengah lagi Yang Berhormat.
Yang Berhormat Jelutong, sila Yang Berhormat Kangar? Ya, Yang Berhormat Jelutong telah membangkitkan mengenai status pencarian Jho Low. KDN melalui Polis Diraja Malaysia komited untuk mengesan keberadaan Low Taek Jho atau Jho Low untuk dibawa balik bagi menghadapi siasatan. Dalam hal ini, saya ingin memaklumkan bahawa selain Malaysia, Singapura juga telah memfailkan pertuduhan terhadap Low Taek Jho pada tahun 2016 dan telah memperoleh red notice dari INTERPOL pada tahun yang sama. Amerika Syarikat juga telah memfailkan pertuduhan di mahkamah di New York pada tahun 2018 dan waran tangkap telah dikeluarkan ke atas Jho Low pada tahun yang sama. Untuk makluman Yang Berhormat, INTERPOL dianggotai oleh 194 buah negara atau member countries tetapi sehingga ke hari ini, tiada sebarang maklumat yang diterima oleh Malaysia atau Singapura mahupun Amerika Syarikat daripada mana-mana negara Ahli INTERPOL berhubung keberadaan Jho Low. Pada tahun 2019 dan 2020, mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Dato' Seri Panglima Abdul Hamid bin Bador ada, betul mengeluarkan kenyataan media bahawa Jho Low dipercayai bersembunyi di China. Namun, Kedutaan Besar China telah mengeluarkan kenyataan pada tahun 2020, menafikan bahawa Jho Low dilindungi oleh Beijing. Jadi, isu ini kita tidak tahu di mana Jho Low yang sebenarnya Yang Berhormat Jelutong.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas penjelasan tersebut. Saya pun berharap Jho Low akan ditangkap dan dibawa balik ke Malaysia seberapa cepat yang mungkin. Pada masa yang sama semasa perbahasan, saya telah juga membangkitkan tentang tiga isu lagi. Satu adalah berkenaan dengan Allahyarham Anisah Ali, pegawai kastam yang dikatakan dibunuh dalam satu kemalangan. Kedua, berkenaan dengan penyiasatan kes Altantuya Shaariiubuu. Pembunuhan beliau kerana D11 seperti yang telah diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri adalah untuk memastikan tidak ada sebarang keganasan apa juga bentuk berlaku kepada wanita. Ini adalah kes-kes yang telah berlaku. Akhir sekali adalah berkenaan dengan suami Indira Gandhi. Kita lihat kelmarin ada berita mengatakan pada tahun 2015, 2017 beliau telah membeli kenderaan baharu walaupun PDRM memaklumkan bahawa pada tahun 2014 beliau telah meninggalkan negara, telah keluar negara. Jadi, permintaan saya adalah adakah perkara-perkara ini juga akan terus disiasat oleh cawangan D11?
Ya, sudah tentu Yang Berhormat Jelutong. Inilah yang sebab itu kita ingin menambah lagi perjawatan kerana sekarang ini dalam perjawatan D11 agak kecil. Insya-Allah kita akan mendapat perhatian yang lebih menyeluruh dengan adanya perjawatan yang lebih besar ya Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri, saya masih lagi..
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Saya tadi bangkit berkenaan dengan infrastruktur tetapi Yang Berhormat Menteri kata akan jawab bertulis. Sebenarnya saya berada di sini pada waktu ini. Ramai daripada Ahli Parlimen tidak ada tetapi Yang Berhormat Menteri menjawab.
All right, okey. Saya minta...
Bagi saya peluang untuk...
Bukan, bukan itu Yang Berhormat. Saya berkata sudah masuk bab lain. Oleh sebab itu, saya kata saya akan berikan bertulis secara detail kalau Yang Berhormat minta tentang beberapa infrastruktur yang telah pun saya kemukakan tadi. Katalah secara menyeluruhnya kita ada prioriti yang diberikan. Jadi, kalau spesifik...
Baik, sebenarnya bukan spesifik. Sebenarnya perkara besar. Ini kerana, itu adalah perkara besar. Betul saya sebut dalam perbahasan saya, berkenaan dengan isu infrastruktur balai dan kuarters polis di Tangkak, di Ledang. Namun, ini apabila dapat jawapan kepada soalan saya hari Khamis yang lepas, jawapan ini membuktikan bahawa sebenarnya peruntukan yang diberi kepada PDRM memang tidak cukup. Ini berdasarkan jawapan yang diberikan. Jadi, kita lihat banyak sudah laporan-laporan berkenaan dengan infrastruktur daif semua kawasan banyak, bertahun-tahun ya...
Yang Berhormat...
Tukar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, tukar Yang Berhormat Menteri, tahun 2015 saya ingin Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri ketika itu Yang Berhormat Bagan Datuk kata perlu penelitian yang holistik untuk lihat masalah infrastruktur polis. Tahun 2016, Yayasan Pencegahan Jenayah kata kena tengok lima tahun lepas.
Tak mengapa. Saya sedang menggulung...
Jadi, perkara dasarnya, bagi saya jelaskan. Perkara dasarnya ialah apakah benar-benar kita ini boleh menyelesaikan masalah infrastruktur polis yang sangat daif? Sampai bila kita boleh selesaikan perkara ini sebab saya lihat bertukar menteri, perdana menteri tetapi sehingga sekarang masalah ini tidak dapat diselesaikan dengan baik.
Terima kasih Yang Berhormat Ledang.
Sedangkan saya faham, saya setuju, mesti Menteri pun setuju, kita pun hendak bela nasib anggota polis kita tetapi kita tengok rumah mereka, kuarters...
Yang Berhormat, Yang Berhormat ambil masa saya kalau macam ini. Tuan Yang di-Pertua...
Baik.
Oleh kerana panjang perbahasan yang telah pun dibangkitkan...
Ini perkara dasar.
Saya sudah bagi masa.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
...Dan masa pun sudah habis, saya akan jawab secara bertulis kepada semua yang lain kerana telah diambil alih oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam membincangkan perkara yang lain.
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua bagi masa tambahan.
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri. Seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk menjawab dalam masa 40 minit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua. Pertama sekali, saya ingin menzahirkan kesyukuran kerana bajet tahun 2022 telah dibentangkan dengan jayanya oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada semua anggota perkhidmatan awam yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung terutama pegawai dan kakitangan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang telah bertungkus-lumus dalam menggubal bajet tahun 2022. Saya mengucapkan setinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob atas kepercayaan kepada KPDNHEP melalui peruntukan yang telah diberikan dalam Bajet 2022 dengan bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera. KPDNHEP akan memanfaatkan Bajet 2022 ini untuk terus memperkasa dua kumpulan sasar iaitu golongan pengguna dan golongan peniaga. Antaranya dengan melahirkan pengguna pintar, memastikan semua manfaat perlaksanaan inisiatif rakyat centric dioptimumkan dan sampai ke golongan sasar. Manakala di pihak peniaga pula, KPDNHEP akan sentiasa menjalinkan hubungan erat dan strategik dengan mengadakan libat urus industri bagi mendapatkan pandangan langsung daripada mereka agar keputusan yang bakal diambil oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bersifat menang-menang dan melibatkan kepentingan semua pihak. Pada Bajet 2022, KPDNHEP telah diperuntukkan sejumlah lebih kurang RM1.15 bilion bagi meneruskan usaha-usaha memperkukuhkan perdagangan dalam negeri melalui penciptaan nilai dan pendigitalan, adaptasi teknologi dan inovasi sebagai asas kecemerlangan organisasi selain meningkatkan perlakuan dan memperkasakan pengguna yang rasional. Di samping itu, beberapa peruntukan untuk program bersifat rakyat centric diteruskan. Antara program yang jelas menyentuh, merasai, memahami kesusahan dan denyut nadi rakyat ialah seperti:
(i) Program Pengedaran Barangan Perlu, LPG dan Community Drumming dengan peruntukan RM200 juta; (ii) Program Penstabilan Harga Minyak Masak dengan peruntukan RM400 juta; (iii) Subsidi Tepung Gandum Kegunaan Am dengan peruntukan RM40 juta; dan (iv) Program Penyeragaman Harga Sabah, Sarawak dan Labuan dengan peruntukan RM40 juta. KPDNHEP ingin menyatakan komitmen di sini bagi memastikan peruntukan subsidi ini akan dioptimumkan dan sampai serta dinikmati oleh golongan sasar dan golongan yang sepatutnya. Tuan Yang di-Pertua, di bawah Bajet 2022 juga memperlihatkan bahawa peranan KPDNHEP dalam memperkukuhkan pemulihan dan membina daya tahan ekonomi negara. Ia dapat dilihat di mana beberapa peruntukan di bawah bajet kali ini adalah kelangsungan kepada peranan KPDNHEP mencipta permintaan (creating demand) sekali gus menggerakkan aktiviti ekonomi domestik negara. Inisiatif dan program Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) dengan peruntukan sejumlah RM20 juta dan juga pelaksanaan Program Jualan Malaysia (PJM) dengan peruntukan RM10 juta kali ini untuk pelaksanaan program KBBM dan PJM ini akan cuba menerokai potensi pemerkasaan produk tempatan, peluasan pasaran dalam sektor peruncitan serta merancakkan semula aktiviti membeli belah. Adalah diharapkan pelaksanaan kedua-dua aktiviti ini akan memberi nafas baharu kepada aktiviti ekonomi domestik melalui penciptaan permintaan sekali gus memberi manfaat kepada peniaga tempatan. Selain itu, KPDNHEP juga menawarkan kepada rakyat sumber pekerjaan atau pendapatan baharu melalui perniagaan francais dan jualan langsung. Untuk makluman Dewan yang mulia, KPDNHEP akan melaksanakan Program Pemerkasaan Usahawan Francais dengan peruntukan RM1 juta dan Pemerkasaan Industri Jualan Langsung dengan peruntukan sebanyak RM3 Juta. Diharapkan Keluarga Malaysia akan mengambil peluang dengan menyertai program dan inisiatif yang akan dilaksanakan oleh KPDNHEP pada tahun hadapan. Di kesempatan ini, saya turut ingin menjemput Ahli Yang Berhormat semua untuk menguar-uarkan kepada masyarakat di luar sana bahawa SSM iaitu Suruhanjaya Syarikat Malaysia masih lagi membuka peluang serta menyasarkan lebih 100,000 pendaftaran baharu melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) bagi golongan bawah 40 (B40) dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi awam dan swasta untuk mendaftarkan perniagaan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 tanpa dikenakan fi bagi pendaftaran baharu serta maklumat perniagaan. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah membuka semula sektor ekonomi bagi memulihkan serta memacu pertumbuhan negara. Namun, cabaran yang mendepani kita bukan sahaja dari sudut gaya hidup yang perlu diserasikan dengan kehidupan dalam suasana norma baharu, namun sejurus ekonomi dibuka, akan berlaku peralihan ekonomi atau economy in transition, dengan izin. Di mana menurut Mary C. Daly, Presiden Reserve Bank of San Francisco, situasi yang disebut sebagai freedom-induced demand spurt berlaku apabila wujudnya peningkatan permintaan secara mendadak manakala pembekalan ataupun pembekal masih lagi mencari rentak untuk menyesuaikan bentuk permintaan yang berubah dengan kadar penawaran sedia ada. Demand shock dan supply change problem ini menyebabkan harga meningkat di pasaran akibat kekurangan bekalan. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh International Monetary Fund (IMF) pada 24 Jun 2021, harga makanan global meningkat bermula sebelum COVID-19 lagi tetapi wabak pandemik COVID-19 ini terus melonjakkan lagi trend kenaikan harga.
Antara faktor-faktor yang menyebabkan kenaikan harga terus meningkat adalah disebabkan oleh gangguan rantaian bekalan, kos penghantaran yang meningkat, keadaan pertumbuhan yang lemah di negara pengeksport, faktor tukaran wang asing, cuaca dan permintaan yang meroket sebaik sahaja sektor ekonomi dibuka. Manakala pengeluar masih lagi perlu menyesuaikan persekitaran penawaran bagi mengadaptasi trend perubahan permintaan. Aliran global ini cenderung menyebabkan negara membangun lebih terdedah kepada turun naik harga barangan. Menyokong fakta yang sama, International Food Policy Research Institute turut memaklumkan bahawa harga makanan global juga telah meningkat sebanyak 33 peratus berbanding tahun 2020. Laporan World Economic Forum juga menunjukkan purata harga makanan global adalah sebanyak 25 peratus lebih tinggi berbanding purata pada tahun 2014 ke 2016. Apa yang cuba saya sampaikan adalah berdasarkan laporan yang disebutkan sebentar tadi, isu ini berlaku dan dirasai di seluruh dunia. Faktor-faktor penyebab berlaku kenaikan ini bersifat luar kawalan. Mengambil kira faktor yang saya sebutkan sebentar tadi, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengambil langkah dengan melaksanakan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan sama ada agensi kerajaan berkaitan atau pihak industri. Bertujuan untuk memahami, meneliti dan seterusnya mengambil langkah terbaik sebelum kerajaan merumuskan sesuatu tindakan yang boleh memelihara kepentingan semua pihak. KPDNHEP akan terus komited untuk memastikan supaya tiada berlakunya gangguan dalam rantaian bekalan makanan dan memastikan keberadaan makanan pada paras yang mencukupi. Pemeriksaan dan pemantauan yang menyeluruh lebih 1,000 pegawai pemantau harga serta 2,200 pegawai penguat kuasa di peringkat pemborong dan peruncit akan terus digerakkan supaya tidak berlakunya aktiviti pencatutan harga dan peniaga kekal menjalankan perniagaan secara beretika di seluruh negara. Tuan Yang di-Pertua, pada kesempatan ini saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang menyertai perbahasan peringkat dasar untuk Bajet 2022. Terima kasih juga kepada Ahli Yang Berhormat yang membangkitkan isu, memberikan cadangan, komen serta idea berkaitan. Yang Berhormat Port Dickson ada membangkitkan berkenaan menjaga kepentingan hak cipta negara (intellectual property) dan dilindungi dalam rundingan CPTPP. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Port Dickson, landskap harta intelek global sentiasa berkembang dari semasa ke semasa mengikut kemajuan teknologi. Oleh itu, adalah menjadi satu keperluan supaya perundangan harta intelek negara dikemas kini bagi memastikan hak harta intelek rakyat kita dilindungi selaras dengan perkembangan landskap harta intelek dan standard antarabangsa. Perlindungan harta intelek yang berpiawaian tinggi dapat meningkatkan keyakinan para pelabur untuk melabur dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang akan menggalakkan lebih banyak penghasilan reka cipta dan inovasi tempatan, di samping dapat menarik pelabur asing ke dalam negara, bagi merancakkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan serta perdagangan yang akan membuka lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan. KPDNHEP melalui agensinya Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) yang bertanggungjawab mentadbir dan mengurus perlindungan harta intelek di Malaysia telah mengambil langkah untuk mengemas kini perundangan harta intelek sedia ada bagi memenuhi komitmen Malaysia dalam perjanjian-perjanjian antarabangsa yang Malaysia menjadi ahlinya.
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya mencelah.
Pindaan-pindaan ini adalah...
Sekejap Yang Berhormat Menteri.
Bagi menyeragamkan praktis dan amalan harta intelek di negara ini bersesuaian dengan praktis dan amalan antarabangsa serta memastikan pemilik harta intelek di Malaysia mendapat manfaat yang sama dimiliki oleh pemilik harta intelek di negara lain. After this...
Yang Berhormat Menteri, kalau saya hanya hendak membangkitkan, kalau Ahli Parlimen itu tidak ada di dalam Dewan, boleh tak kita bagi secara bertulis supaya adil untuk tujuh orang yang ada. Kita boleh tunggu dan isu yang kita bangkitkan boleh kita tanya. Kalau tidak, kita akan tunggu sampai 7.30 malam, jawapan bagi Ahli Parlimen yang tidak hadir.
Baik, panduan memang boleh. Contohnya Yang Berhormat Port Dickson tidak ada, tapi kalau ada keperluan untuk dimaklumkan, boleh. Itu terpulang kepada Yang Berhormat Menteri.
Okey Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya selesaikan dalam satu bab ini...
Baik, baik.
Oleh sebab jawapan dia setengah-setengah, separuh ya Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Segambut.
Terima kasih. Perundangan dan penguatkuasaan harta intelek yang selaras dengan standard antarabangsa sepertimana yang dipersetujui dalam CPTPP ini kelak akan menjadi antara tarikan kepada pelabur dari negara Ahli CPTPP dan juga negara-negara lain untuk bekerjasama dengan syarikat- syarikat tempatan dan menggalakkan perkongsian teknologi. Seterusnya akan membantu melonjakkan ekonomi pasca pemulihan akibat pandemik. Kementerian komited memastikan kepentingan negara dan hak-hak pemilik harta intelek ini di Malaysia senantiasa dilindungi, selaras dengan standard dan amalan terbaik antarabangsa. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu membangkitkan isu, bagi saya, bagi KPDNHEP penting. Akan tetapi oleh kerana ada permintaan daripada Yang Berhormat tadi, saya...
Jawab bertulis.
Akur kepada Tuan Yang di-Pertua lah...
Baik.
Tapi sayanglah jawapan ini sangat-sangat baik dan sempurna. Okey, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu tak ada...
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya mengenai CPTPP ini.
Yang Berhormat Pontian pun tak ada, jadi Tuan Yang di-Pertua sorry...
Ini berkait dengan CPTPP tadi.
Sila, boleh ya.
Sila Yang Berhormat Jerlun.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya setuju bahawa harta intelek tempatan kita perlu sentiasa dilindungi. Akan tetapi, sedarkah Yang Berhormat Menteri bahawa di bawah CPTPP sekiranya kita membeli teknologi dari luar untuk penggunaan kita sendiri, source code yang datang
dengan teknologi tersebut tidak boleh kita gunakan tanpa kebenaran daripada pihak pembekal asing itu. Contohnya, untuk pesawat pejuang yang kita beli dari luar negara Amerika Syarikat contohnya. Jadi, apa pandangan Yang Berhormat Menteri?
Terima kasih Yang Berhormat Jerlun.
Yang Berhormat Jerlun ini memang kita ketahui, kita ambil kira. Jadi pandangan saya Tuan Yang di-Pertua, buat masa sekarang mungkin saya tak dapat untuk memberi - saya rasa seterusnya yang sangat sempurna. Kalau boleh Yang Berhormat Jerlun izinkan saya buat respons kepada apa yang ditanya oleh Yang Berhormat Jerlun secara bertulis untuk lebih adil kepada Yang Berhormat Jerlun yang bertanya tentang perkara ini. Saya teruskan. Tuan Yang di-Pertua di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan pada kali ini. Saya percaya pandangan dan cadangan Ahli Yang Berhormat dapat membantu memperkukuhkan lagi dasar dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kementerian ini untuk dilaksanakan.
Mudah-mudahan setiap perkara yang dibahaskan pada hari ini akan membawa keberkatan kepada kita semua. Marilah sama-sama kita berusaha untuk memastikan setiap inisiatif program, malah peruntukan yang telah digariskan dalam Bajet 2022 ini. Dilaksanakan dengan penuh ikhlas, dedikasi serta berlandaskan semangat Keluarga Malaysia. Sekian, Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi menjawab, 40 minit.
Bismillahi Rahmani Rahim. Alhamdulillah. Tuan Yang di-Pertua, saya lihat ramai yang tak ada kerana pagi ini, saya sudah jawab soalan dalam MQT dan juga soalan dalam lisan. Never mind, saya akan check sama ada mereka ada di sini. Namun demikian, saya ingin memberikan sedikit hala tuju yang akan dibuat oleh Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi. Melihatkan bahawa kami juga tidaklah berasa sedih apabila Kementerian Kewangan tidak memberi tambahan bajet kepada Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi. Namun begitu, kita faham kerana Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi ini adalah kementerian yang business driven, yang mana ada enam agensi yang kita letakkan, yang ada di bawah kementerian ini agar melaksanakan kerja-kerja ataupun pasaran-pasaran komoditi untuk meletakkan hasil kepada negara. Jadi, apa yang saya hendak tegaskan di sini bahawa kementerian ini satu kementerian yang sangat penting kerana ianya menjana pendapatan ke dalam negara dan ia menjana ekonomi. Tanpa usaha yang lebih gigih untuk memulihkan ekonomi negara, maka ianya tidak akan dapat membantu program pemulihan negara. Jadi oleh itu, kementerian ini komited untuk pastikan bahawa walaupun bajet tidak ditambah tetapi insya-Allah dengan inisiatif-inisiatif lain, R&D dan marketing planning yang lebih efektif, promosi yang lebih efektif dan perancangan yang lebih gitu. Insya-Allah, kementerian ini akan dapat menambahkan pendapatan negara. Apa yang saya hendak ceritakan di sini juga adalah walaupun dalam pandemik ini, dalam dua tahun ini, kementerian ini telah membawa peningkatan pendapatan kepada negara hampir 30 peratus dari tahun 2020. Jadi, daripada RM132 bilion insya-Allah akan mencecah sampai hampir RM200 bilion. Jadi, ini satu pencapaian dan saya ucapkan terima kasih kepada pekebun-pekebun kecil getah, sawit dan juga kayu-kayan, kenaf,
koko dan juga pepper atau lada putih yang telah bekerja kuat untuk menghasilkan pendapatan yang lumayan untuk negara. Jadi, kepada beberapa Ahli Parlimen yang telah menujukan beberapa persoalan. Pertamanya, kepada Yang Berhormat Rompin, Yang Berhormat Baling dan Yang Berhormat Sik, saya ingat tiga-tiga ini pun tidak ada.
Tidak ada.
Soalan mereka yang tanya itu saya sudah jawab pagi tadi ya. Jadi, jawapan kepada Yang Berhormat Rompin pun tidak ada dan Yang Berhormat Baling ada tiga, pun tidak ada. Yang Berhormat Hang Tuah Jaya pun tidak ada, dah bertuah dah. [Ketawa] Jadi, isunya pun tidaklah beberapa ada keperluan untuk saya menjawab. Yang Berhormat Julau pun tidak ada...
Tidak ada.
Yang ini juga tidak hadir. Yang Berhormat Kota Kinabalu ada?
Pun tidak ada.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yillek sudah balik ke Kota Kinabalu mungkin. Jawapan kepada Yang Berhormat Bentong?
Pun tidak ada.
Pun tak ada dan juga Yang Berhormat Machang?
Yang Berhormat Machang pun tidak ada.
Sudah turun kempen. Okey, only Yang Berhormat Seputeh yang ada. Last one. [Ketawa]
Ya, Yang Berhormat Seputeh.
Last one. Alhamdulillah.
Yang Berhormat Jempol ada soalan.
Yang Berhormat Jempol. Okey, pagi tadi sudah jawab soalan itu Yang Berhormat Jempol.
Ini soalan perbahasan.
Sudah termasuk.
Jempol, pagi tadi lain.
Sama isu. Okey, tak apa. It is okay, saya akan apa ini – okay, let me see where are you, Yang Berhormat Jempol.
Okey, teruskan.
It’s not here Yang Berhormat Jempol. Sekejap ya.
Boleh jawab Yang Berhormat Seputeh dulu.
Okey, saya jawab Yang Berhormat Seputeh dulu ya.
Yang Berhormat Seputeh dulu.
Because saya tidak dapat, dalam yang pada saya tidak ada untuk Yang Berhormat Jempol ya. Jadi, untuk Yang Berhormat Seputeh menanyakan tentang pihak kementerian membuat pengumuman tentang data keluasan penanaman sawit. Ketika ini, kita yang telah mendapat pensijilan MSPO dan RSPO. Ketika ini, setakat 31 Oktober 2021 kawasan seluas 5.350 ribu hektar kawasan tanaman sawit 91.23 peratus telah mendapat sijil MSPO, okey. So, yang balance nya belum lagi, yang balance ini adalah kawasan-kawasan yang tidak mempunyai geran tanah yang legal dan juga menanam di kawasan-kawasan yang tidak diluluskan. Jadi, yang ini kementerian akan cuba untuk menyelesaikan kerana kita faham pekebun-pekebun kecil ini telah menanam kelapa sawit di kawasan itu selama berpuluh- puluh tahun. Kami cuba untuk somehow like memutihkannya untuk membolehkan mereka mendapatkan MSPO. RSPO, baru dapat 20.95 peratus, RSPO ya. Jadi, saya ingat Yang Berhormat Seputeh amat maklum tentang RSPO ini kerana beliau adalah former Minister dari Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi. Tidak banyak yang telah mendapat comply to RSPO kerana ini adalah international standard dan itu adalah B2B. Akan tetapi MSPO as you know is government recognition, so lagi penting. Soalan yang kedua dibawa oleh Yang Berhormat Seputeh adalah isu tentang ‘war room’ sama ada keperluan ‘war room’
Boleh saya bertanya Yang Berhormat Menteri?
Sila Yang Berhormat Seputeh.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, sebenarnya dua tahun yang lepas sepatutnya MPOB gunakan dron kah, satellite kah atau apa ada cara dia untuk cari dan untuk dapat tahu berapa keluasan kawasan penanaman sawit. Sama ada itu ada persijilan atau tanpa persijilan kerana ini adalah penting kerana waktu itu Kabinet telah pun mengeluarkan, meluluskan cadangan daripada kementerian untuk mengehadkan penanaman sawit di negara kita. Jadi, sepatutnya ia diumumkan pada tahun lepas. Kenapa saya bangkitkan isu ini, kerana kita lihat yang Washington Post, isu yang saya bangkitkan itu. Mereka ini, kalau Malaysia tidak mengumumkan yang jumlah keluasan penanaman sawit sama ada legal or illegal. Mereka ada caranya untuk tahu kawasan penanaman sawit kita dan mereka menuduh Malaysia ini bohong, flawed data. Seperti apa yang saya baca dalam ucapan saya dan juga yang saya hantar kepada Menteri. Oleh sebab itu saya hendak tahu selama satu, dua tahun ini berapakah what is the exact figure of the hectarage of the keluasan penanaman sawit?
Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Sila.
Yang saya baca itu, the exact figure of the keluasan. Probably what you need to know, you want to know is the exact plot and all that, yang itu masih dalam proses untuk kita laksanakan. Belum lagi sedia. Belum, we are still doing it, okey. Akan tetapi total keluasan kita sudah dapat. So, kita tengah dalam proses untuk membuat maklumat itu. What they call it? GIS or whatever the system using drone.
Bolehkah Yang Berhormat Menteri bagi deadline?
Oleh kerana I am not– saya tidak dapat soalan itu. Jadi, I don’t have but anyway, saya akan check with the officer what is the status, kemudian saya akan buat jawapan bertulis, insya-Allah, because I am not really aware about that question. Kemudian Yang Berhormat Seputeh mencadangkan agar kita mengadakan satu war room yang merangkumi kementerian-kementerian lain untuk memikirkan tentang strategi kempen anti sawit. Untuk makluman Yang Berhormat Seputeh, jawatankuasa- jawatankuasa yang bermesyuarat berkala mengenai isu-isu anti sawit ini. Jadi, tidaklah
perlu ada war room. Kalau mungkin politik kita panggilan lah war room. Di sini tidak perlulah war room. Jadi, kita...
Boleh saya bagi pandangan Yang Berhormat?
Ya, boleh, boleh.
Sebenarnya sebelum saya pegang jawatan Menteri sudah ada war room. War room itu diwujudkan apabila serangan terhadap sawit ditujukan kepada khususnya di Malaysia lah. Beberapa agensi termasuk Kementerian Luar Negeri dan sebagainya, mereka akan bincang macam mana lawan balik. Sebab saya bangkitkan ini ialah kerana kita lihat yang dalam dua, tiga minggu, satu bulan yang lepas sudah keluar Hong Kong Consumer Council, selepas itu The Guardian dan Washington Post, semua ada artikel yang menuduh kita ini, yang Malaysia ini bohong macam Washington Post.
Juga, kita lihat ada banyak lagi. Semua ini kita lihat dirancang. Akan tetapi kita ini, we are at the receiving end, we don’t know how to fight back. Sebenarnya kita perlu engage scientist. Di MPOB, kita ada pakar. Pakar sains kita terhadap beberapa aspek minyak sawit dan kita ada retired scientists yang mana sebenarnya kita boleh minta mereka juga masuk bantu kita untuk lawan balik yang artikel-artikel terhadap minyak sawit yang tidak betul ini. Itu sebab kita perlu put our heads together dan bincang macam mana kita jawab balik, lawan balik. Ini kerana semua tuduhan ini dibuat dari Hong Kong, dari Washington, dari UK dan juga sebagainya. Saya lihat yang lebih artikel macam ini akan datang, tetapi kita nampaknya tak mampu jawab balik. Itu sebab saya rasa perlu ada strategi untuk lihat dari sekarang sampai mungkin beberapa tahun akan datang, how do we combat you know...
Yang Berhormat Seputeh, ringkaskan sahaja. Ringkaskan sahaja. Baik.
Terima kasih. Saya ingat saya faham Yang Berhormat Seputeh.
Ini tak ada orang ma Tuan Yang di-Pertua.
Tak apa. Kena ringkaskan pertanyaan. Baik.
Saya sahaja. Saya satu orang sahaja.
Yang Berhormat Seputeh.
Tunggu Yang Berhormat Menteri jawab, bukan bekas Menteri.
Tak apa, tak apa Yang Berhormat Seputeh...
Boleh pinjam... [Tidak jelas]
Bagi Yang Berhormat Menteri jawab. Kamu bekas Menteri.
Bagi Yang Berhormat Menteri jawab. Sila.
Okey. Untuk soalan tadi, it is satellite mapping, kita dah buat. Cuma Sabah sahaja tak selesai lagi. Once Sabah selesai, that will be done. Insya-Allah, the mapping. War room ini yang dulu ada kerana when it was a very critical situation, sebab itu dia ada war room. Akan tetapi but, nevertheless, memang kementerian sangat prihatin tentang isu ini dan kita telah juga merangka dalam MPIC sendiri, kita kena pastikan ada
sinergi, working synergy within the ministry dan juga agensi. So saya lihat, itu ada gap antara kementerian dan juga agensi. So, ini kita perketatkan dan juga the intra dan inter agensi juga kita pastikan bahawa ia bekerjasama. So, jadi for all the issues yang tadi you sebut, kita dah menjawabnya melalui MPOB. Akan tetapi, ia tidak semestinya memuaskan. Saya faham apa you cakap tentang tuduhan-tuduhan itu, memang tuduhan yang tidak berasas. Jadi, kita telah mengumpulkan perkara-perkara ini, telah duduk satu persatu untuk – Menteri sendiri turun pergi ke EU untuk membentangkan fakta-fakta yang lebih tepat daripada andaian-andaian telah diberikan oleh EU dan ILO dan sebagainya. Ini kita akan laksanakan somewhere around December. Kita akan pergi ke CBP dan juga kita akan bentangkan fakta-fakta untuk mengatasi fakta-fakta andaian yang mereka dapat dan yang tidak ada quantified. Yang Berhormat Seputeh maklum tentang ini. Jadi, we are trying to. But, mungkin Yang Berhormat pun boleh membantu saya untuk memberikan apakah counter pandangan yang boleh kita lawan dengan sentimen anti sawit ini. Jadi, ini memang diusahakan Yang Berhormat, so jangan khuatir. Saya amat peka tentang hal ini kerana saya nak pastikan bahawa sawit kita is the number one in the country. So, our number one commodity. So, there should be no one who bully us. Therefore, we have to work hard to make sure that we are a very progressive country and don’t take us for granted. Okey. So jadi, Yang Berhormat Jempol, according to record ini, tidak ada soalan dibangkitkan waktu penggulungan...
Tidak ada, saya bacakan. Bolehkah saya baca sikit?
Boleh, boleh.
Mungkin pegawai yang tak catat ini, beri dia surat tunjuk sebablah. Letih Jempol bercakap ini.
[Ketawa] Sila Yang Berhormat Jempol.
Kita perjuangkan orang-orang penoreh getah, dia buat tak tahu sahaja. Jadi, saya hendak sebut dalam soal– banyak ini, 15 tetapi saya sebut yang- Yang Berhormat Menteri dah jawab tadi, tak perlu jawab untuk yang keduanya. Berkenaan dengan cukai di mana kita untuk meletakkan harga lantai RM3.50, sudah pasti kerajaan memerlukan peruntukan RM500 juta kalau ia RM1. Jadi, saya mencadangkan itu hari agar kerajaan memperkenalkan levi atau cukai khas terhadap import getah asli. Hasilnya bakal diperoleh nanti boleh dikembalikan kepada pekebun kecil melalui IPG iaitu Insentif Pengeluaran Getah. Jadi saya nak tahu, adakah perkara ini dapat dilaksanakan? Isu yang lain tadi Yang Berhormat dah jawab, International Tripartite Rubber Council tadi dah jawab. Jadi, saya mahu kuota terhadap International Tripartite Rubber Council ini memikirkan bagaimana pengeluaran getah pada negara Indonesia, Thailand dan juga Malaysia supaya tidak berlaku lambakan hasil getah ini dan harganya turun. Jadi, apa tindakan Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi bagi memelihara pekebun kecil getah yang ada di Malaysia ini?
Terima kasih Yang Berhormat Jempol.
Setakat ini apabila saya kaji maklumat trending yang telah diberikan daripada mesyuarat tripartite, harga getah agak stabil. So jadi ketika ini, tidak ada lagi kejadian-kejadian yang ekstrem yang terjadi. Namun demikian, tripartite coalition ini, yang tiga negara itu, Indonesia, Thailand dan Malaysia akan bermesyuarat pada 15 Disember ini untuk merancang perkara yang lebih– Beberapa perkara yang boleh membantu untuk mengawal harga di antara tiga negara ini.
Sedikit Yang Berhormat Menteri, minta maaf.
Ya.
Tadi Yang Berhormat Menteri kata pekebun kecil tidak terkesan. Seluas 1.9 hektar...
Tak apa?
Penoreh getah hanya dapat RM1,100, tak mampu untuk menyara keluarga. Jadi mereka ini, yang Yang Berhormat cakap pagi tadi makan garam itu, inilah dia.
Ya
Ada sebahagian yang makan garam. Terima kasih Yang Berhormat.
Okey. Ini tripartite because you cakap tentang harga dalam sekitar tripartite dan harga mekanisme. Akan tetapi untuk yang harga lantai RM3.50 tadi saya dah sebut bahawa– Yang Berhormat cadangkan untuk kenakan levi, yang ini harus diperbincangkan. Saya tidak dapat soalan ini untuk diperbincangkan. So, insya-Allah kita akan perbincangkan and then, melihat bagaimana bolehkah ia diatasi. Namun demikian, seperti saya sebut tadi pagi bahawa saya lihat banyak peruntukan sana sini, bantuan sana sini dan sebagainya dan ada dua lagi kementerian yang terbabit dalam perladangan getah termasuk luar bandar dan juga ekonomi. Jadi, saya percaya kalau all this money kita put together and we restructure, saya percaya insya-Allah, we should be able to make it, to give them the RM3.50. So, ini saya harus perbincangkan. Dalam Mesyuarat Kabinet sebulan yang lepas, dipersetujui untuk ketiga- tiga kementerian ini bersama Kementerian Kewangan untuk membincangkan kenaikan harga lantai. So jadi, sekarang dah tambah mengenai levi...
Tentang LGM tadi.
Kita akan berbincang tentang levi sekali.
LGM tadi dia ada tax empat sen per kilogram. Jadi, dia buat untuk research R&D.
All right.
Jadi, sebenarnya R&D dah lama tak dibuat, jadi getah pun tak gemuk, tak matang dan sebagainya. Jadi, gunakan research yang lama. Jadi, empat sen ini, bilion duit yang ada pada LGM mungkin ianya sebahagian daripada penyumbang untuk harga lantai nanti.
All right. Kita ambil maklum tentang makluman itu dan kita akan put together maklumat-maklumat itu semua untuk dibincangkan dengan lebih terperinci dengan Kementerian Kewangan untuk cadangan levi itu. Ya Yang Berhormat Jempol. So, terima kasih Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih.
Itu sahaja. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja Yang Berhormat Menteri. Ada soalan yang mungkin Yang Berhormat Menteri tertarik. Pagi tadi Yang Berhormat Menteri, Sibuti ya. Pagi tadi Yang Berhormat Menteri ada menyebut penglibatan wanita di dalam industri komoditi ini tetapi Yang Berhormat Menteri hanya menyebut komoditi berkaitan dengan getah. Kalau di Sarawak dan juga di kampung-kampung dan rumah panjang, ramai wanita termasuk ketua kampung, tuai rumah wanita ini terlibat di dalam industri kelapa sawit, komoditi dan juga lada. Apakah
pandangan Yang Berhormat Menteri untuk memperkasakan dan juga membantu golongan wanita yang terlibat di dalam industri komoditi ini?
Yang Berhormat Sibuti, terlalu peka tentang wanita. So, you are gender sensitive. So insya-Allah, we will have more women in Parliament. [Ketawa] All right. So jadi, tadi itu because getah itu ditanya oleh Yang Berhormat Merbok, seorang MP wanita, so saya sebut tentang pengalaman saya dengan ladang getah. Betul juga, sawit memang banyak, pepper pun banyak. Oleh sebab itu saya di peringkat kementerian tengah memikirkan bagaimana kita nak memberikan galakan kepada– Memberi penghargaan kepada mereka. Ini kerana kalau yang penoreh getah dan sawit ini, lepas subuh dia dah keluar menoreh getah dan mengait kelapa sawit dan tiga, empat jam dia di ladang. Dari pukul 6.00 pagi sampai pukul 10.00 pagi begitu. Dia balik rumah, dia masak dan sebagainya. Jadi, kita harus memberi pengiktirafan dan penghargaan. Saya tengah dalam proses untuk memikirkan bagaimanakah cara yang terbaik untuk memberikan mereka satu galakan. Itu kita tengah fikirkan. Juga, saya juga pernah pergi ke ladang kenaf dan juga tobacco yang mana juga orang perempuan yang bekerja di situ dan mereka duduk di lantai untuk daun itu disiat- siat...
Siat-siat, menganyam.
Mengayam ya. So, they sit on the floor. Dia duduk di lantai untuk lapan, sembilan jam dan pinggang dia sakit you know. So I said no, this majikan kena buat sistem baharu. Buatkan meja, duduk atas meja and then dia tak payah duduk di bawah dan sakit pinggang. Then saya suruh majikan belikan ubat untuk kasi dia urut dia punya pinggang. So, contohnyalah.
So, jadi antara perkara yang saya setuju insya-Allah kita akan fikirkan. Ramai Ahli Parlimen wanita yang masih boleh bantu saya memikirkan— Yang Berhormat Seputeh memikirkan bagaimana hendak memberikan kepada wanita yang menceburkan diri dalam bidang ladang komoditi ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan-jawapan tadi. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi untuk memberi jawapan-jawapannya, 40 minit.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Keluarga Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, setinggi-tinggi penghargaan saya rakamkan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasaan Belanjawan 2022 dan menyentuh perkara-perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Pengajian tinggi. Saya percaya 34 perkara yang telah disentuh dan diutarakan oleh 23 orang Ahli- ahli Yang Berhormat semasa perbahasan adalah manifestasi kesungguhan dan keikhlasan untuk sama-sama mempersadakan kecemerlangan pendidikan tinggi negara. Saya akan memberi fokus untuk menjelaskan isu-isu dasar yang dibangkitkan mengikut tema utama perkara-perkara spesifik dan operasi pula saya akan rumuskan dengan secara umum bagi menjimatkan masa. Walau bagaimanapun, ia tertakluk kepada kehadiran.
Ya, betul.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Sabak Bernam.
Tidak ada.
Yang Berhormat Pontian.
Tidak ada.
Pun tidak ada. Yang Berhormat Tanjong Malim.
Tidak ada.
Yang Berhormat Tangga Batu.
Tidak ada.
Ada daripada Yang Berhormat Kuala Krai dan Yang Berhormat Simpang Renggam. Ini saya hendak menjawab.
Sila.
Terima kasih diucapkan atas keprihatinan Yang Berhormat Kuala Krai dan Yang Berhormat Simpang Renggam yang menyentuh tentang peruntukan khusus ataupun allowance pelajar bagi golongan OKU dan penetapan syarat kelayakan penerimaan allowance. Dalam konteks mewujudkan ekosistem pembelajaran yang kondusif kepada OKU, KPT amat prihatin dan sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik dan pelbagai inisiatif telah dilaksanakan termasuklah menyediakan Program Kemasukan Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya. Program ini untuk makluman Dewan menawarkan bantuan kewangan khusus meliputi yuran pengajian dan wang saku kepada OKU yang telah melanjutkan pengajian ke peringkat sijil hingga ke peringkat ijazah doktor falsafah. Atas semangat Keluarga Malaysia dan prihatin kepada perkara-perkara yang berbangkit yang membabitkan pelajar OKU, kementerian pada 26 Ogos 2021 telah bersetuju untuk meningkatkan kadar bantuan yang sebenarnya dah 17 tahun Tuan Yang di-Pertua tidak ada kenaikan. Baru-baru ini kita telah membuat keputusan untuk meningkatkan kadar bantuan tersebut. Untuk makluman Dewan juga kadar bantuan baharu yang telah dicadangkan adalah seperti berikut. Pertama, menaikkan kadar bantuan wang saku daripada RM300 kepada RM500 sebulan. Kedua, menaikkan kadar maksimum bantuan dengan 100 peratus kenaikan iaitu daripada RM5,000 kepada RM10,000 setahun ataupun daripada RM20,000 kepada RM40,000 bagi sepanjang tempoh pengajian. Selain daripada itu KPT turut mencadangkan pelaksanaan inisiatif baharu iaitu KPT Ihsan yang merupakan program bantuan kewangan secara one-off kepada pelajar IPT yang memerlukan seperti memerlukan bantuan seperti bantuan permulaan pengajian, bantuan peranti dan pelan data. Tambahan lagi bantuan melangsaikan yuran-yuran tertunggak dan sebagainya Tuan Yang di-Pertua. Sekiranya dipersetujui oleh pihak Kementerian Kewangan, kadar baharu dan inisiatif ini akan berkuat kuasa insya-Allah pada tahun hadapan. Lagi satu tambahan yang diperkenalkan oleh KPT adalah untuk memudahkan proses permohonan bantuan kewangan orang kurang upaya KPT. Bantuan ini akan diberikan secara terus tanpa mereka perlu membuat apa-apa permohonan. Ini adalah satu lagi kaedah baru yang akan dilaksanakan oleh KPT yang mesra OKU. Tuan Yang di-Pertua, penetapan syarat kelayakan penerimaan elaun OKU perlu mendaftar kursus yang diiktiraf oleh MQA ataupun JPA seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Simpang Renggam bertujuan memastikan kursus yang diambil oleh pelajar OKU terjamin daripada aspek kualiti program pengajian dan syarat akreditasi kursus oleh MQA. Ini adalah bagi memenuhi ketetapan pengiktirafan JPA yang akan menjamin keboleh pasaran para pelajar OKU apabila mereka selesai pengajian kelak bagi mereka mengisi jawatan-jawatan dalam sektor awam. Selain daripada itu, syarat ini adalah untuk memberikan laluan kepada pelajar OKU untuk menyambung pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi menerusi kemudahan pengecualian kredit.
Boleh mencelah Yang Berhormat Menteri?
Menteri, ada celahan dari Yang Berhormat Kangar. Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Subjek OKU ini dekat juga dengan diri saya sebab salah seorang adik saya juga adalah seorang OKU. Saya sendiri pun pernah terlibat sebagai sukarelawan semasa di universiti dan Sukan Paralimpik dan sebagainya. Saya tertarik dengan jawapan Yang Berhormat Menteri. Cuma kalau boleh saya hendak maklumat lanjut, misalnya mungkin dalam lima tahun terakhir, berapa ramai sebenarnya golongan OKU yang diberi peluang untuk menyambung pelajaran di universiti awam dan bidang apa. Ini kerana kita tahu OKU ini ada banyak jenis. Kita tahu mungkin sebahagian OKU ini kita masih belum cukup prasarana ataupun kemudahan. Misalnya OKU buta dia tidak ada cukup bahan rujukan, bahan pendidikan. Itu yang pertama. Kedua, saya tengok kemudahan di universiti pun masih kita patut jadikan persekitaran universiti ini mesra OKU sebab OKU ini terbatas pergerakan. Ketiga, saya hendak minta pihak kementerian mempertimbangkan, kalau kita dekat universiti kita ada misalnya UPM sebab saya dulu pelajar UPM, kita ada blok Majlis Sukan Negara, kita panggil blok MSN yang mana pelajar-pelajar yang menjadi atlet negara dia diberi kelonggaran, dia diberi dalam satu semester dia tidak perlu ambil jumlah subjek yang banyak ataupun kredit yang banyak. Jadi dia boleh habiskan mata pelajarannya dalam tempoh yang lebih panjang. Jadi, ini sepatutnya menjadi pertimbangan kepada golongan OKU. Begitu juga kita kena lihat misalnya atlet-atlet kita ada yang saya baca dalam media kerja di kedai pam minyak dan sebagainya. Sepatutnya golongan-golongan inilah yang kita jaga sebab mereka ini pernah menyumbang kepada negara.
Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Sila.
Sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat Kangar, OKU- mereka yang dikategorikan sebagai OKU ada laluan khas untuk memohon mana-mana program yang sesuai. Kriterianya adalah minimum, minimum sahaja dan dia boleh diterima. Akan tetapi daripada segi figure pula, saya tidak ada maklumat terperinci mengenai data-data yang dimohon oleh Yang Berhormat Kangar. Walau bagaimanapun, saya akan kongsikan secara bertulis mengenai data-data yang dimohon oleh Yang Berhormat Kangar tersebut. Bagi memastikan keperluan mahasiswa OKU tidak terpinggir satu sistem berasaskan web yang kita namakan Projek Kerangka Kampus Inklusif meningkatkan kemasukan pelajar OKU ke universiti awam dan juga sedang dibangunkan yang bertujuan untuk membantu universiti awam melaksanakan penilaian kendiri untuk menilai ketersediaan setiap universiti awam dalam mewujudkan kampus inklusif. Manakala yang lain-lain saya akan jawab secara bertulis ya Yang Berhormat Kangar.
Seterusnya Yang Berhormat Kuala Krai.
Yang Berhormat Kuala Krai tidak ada.
Tidak ada dalam Dewan. Yang Berhormat Setiawangsa.
Tidak ada.
Yang Berhormat Julau.
Tidak ada.
Yang Berhormat Setiu.
Tidak ada.
Setiu ada.
Yang Berhormat Setiu ada.
Yang Berhormat Setiu?
Ada belakang.
Ya, ada.
Okey, Yang Berhormat Setiu ada menyentuh mengenai diskaun pembayaran balik pinjaman PTPTN terutamanya kepada golongan B40 dan cadangan supaya pinjaman pelajar yang mendapat Kelas Pertama golongan miskin, yatim piatu ditukarkan biasiswa penuh. Untuk makluman, sebenarnya ianya juga diutarakan oleh Yang Berhormat Setiawangsa dan Yang Berhormat Julau. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, PTPTN ada menyediakan insentif pengecualian bayaran balik pinjaman kepada peminjam dalam kalangan B40 dan M40 yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama. Baru-baru ini semasa pengumuman Bajet 2020, kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik sebanyak diskaun 15 peratus atas bagi hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman, diskaun 12 peratus untuk bayar sekurang-kurangkan 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran dan diskaun 10 peratus pula untuk bayaran balik melalui potongan gaji dan debit terus mengikut jadual. Mengenai— tetapi saya juga ingin memaklumkan ke dalam Dewan bahawa...
Sikit Yang Berhormat Menteri. Jempol.
Ya, saya. Yang Berhormat Jempol.
Ramai tidak ada ini, Jempol tanyalah. Jadi, saya berkenaan dengan PTPTN tadi, apakah ada sumber dana lain yang untuk pembiayaan pelajar yang kita tahu bahawa sudah pasti tabung ini juga mengalami kemerosotan. Jadi, jika ada pelajar-pelajar untuk meminjam, apakah ada yang cara lain yang mana sumber lain daripada untuk tabung ini. Jadi, mohon Yang Berhormat Menteri untuk beri penjelasan.
Kalau setakat di Kementerian Pengajian Tinggi, tabung yang ada adalah tabung PTPTN, Yang Berhormat Jempol. Akan tetapi kalau sekiranya mereka layak untuk menerima biasiswa, biasiswa juga ada di bawah Kementerian Pengajian Tinggi tetapi ia tertakluk kepada kelulusan. Jadinya, apa-apa juga permohonan boleh diutarakan kepada Kementerian Pengajian Tinggi. Ketika ini PTPTN mempunyai beberapa kaedah untuk mendapatkan sumber dana pembiayaan iaitu yang pertama bayaran balik daripada peminjam itu sendiri sebagai salah satu daripada dana. Kedua, pembiayaan pinjaman dari bank-bank tempatan juga adalah dana yang digunakan oleh PTPTN dalam hendak memberikan pinjaman kepada peminjam. Ketiga, dengan membuat penerbitan sukuk. Untuk makluman Yang Berhormat juga, kaedah ketiga penerbitan sukuk didapati paling sesuai di mana kadar kupon yang ditawarkan adalah rendah berbanding dengan pembiayaan bank dan tempoh matangnya pula adalah lebih panjang berbanding pinjaman daripada institusi kewangan itu sendiri. Yang Berhormat Sepang pun tidak ada dalam Dewan...
Fasal PTPTN...
Yang Berhormat Sepang tidak ada.
Boleh mencelah fasal PTPTN sikit? Fasal PTPTN.
Ya.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sejak beberapa tahun lalu, saya tengok banyak Pengerusi PTPTN secara khususnya membuat program-program bersifat CSR. Kalau boleh saya hendak minta jugalah satu, orang kata laporan atau mungkin jawapan bertulis dan jenis-jenis CSR yang dibuat. Ini kerana saya tengok ini, jumlah ini banyak. Jadi, kalau kita kata permohonan macam biasiswa tadi pun perlu melalui satu proses kan untuk memohon. Jadi, kita hendak tahulah, kenapa prioritynya ke situ? Bukan kepada tujuan sebenar untuk menampung pendidikan.
Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Saya akan jawab secara bertulis ya sebab itu adalah satu perkara baharu yang baru ditimbulkan. Nanti Kementerian Pengajian Tinggi akan beri jawapan bertulis.
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Sila teruskan.
Terima kasih. Yang Berhormat Hulu Selangor, Yang Berhormat Kota Samarahan?
Tidak ada.
Yang Berhormat Rasah dan Yang Berhormat Ipoh Timur juga tidak ada. Yang Berhormat Sabak Bernam ada?
Tidak ada.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Tidak ada. Cuti.
Oh! Mungkin, mungkin. [Ketawa] Yang Berhormat Bachok ada?
Yang Berhormat Bachok? Tidak ada.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Tidak ada.
Tidak ada.
Yang Berhormat Lanang pun ada— Yang Berhormat Lanang ini mungkin saya boleh cakaplah sikit sebab...
Sila.
Yang Berhormat Lanang menyentuh mengenai subsidi tiket penerbangan bagi pelajar, terutamanya golongan B40 dari Sabah dan Sarawak untuk menyambung pengajian di Semenanjung. Jadinya, terlebih dahulu saya hendak ucapkan terma kasih kepada Yang Berhormat yang menyentuh mengenai perkara ini. Saya hendak maklumkan juga, KPT memang sentiasa peka atas apa juga masalah yang dihadapi oleh pelajar terutamanya melibatkan keperluan menggunakan perkhidmatan kapal terbang bagi pergerakan ke IPT masing-masing. Oleh sebab itulah saya hendak maklumkan ke dalam Dewan yang mulia ini, kementerian telah mengadakan kerjasama strategik dengan syarikat penyedia perkhidmatan penerbangan utama negara iaitu dua airlines yang kita telah buat engagement iaitu pihak MAS dan AirAsia bagi membolehkan para pelajar, yang pertamanya menikmati tawaran harga tambang yang istimewa dan yang keduanya mendapat kemudahan nilai tambah lain seperti tambahan berat bagasi dan peluang menjadualkan semula. Ketiga, ia boleh menjadualkan semula Tuan Yang di-Pertua tiket penerbangan secara percuma. Tidak perlu apa-apa tambahan bayaran. Kerana itulah KPT ada membangunkan satu aplikasi yang dinamakan web Fly2Campus untuk menyelaraskan semua maklumat pelajar yang berminat menggunakan perkhidmatan penerbangan untuk perjalanan ke kampus bagi memudah cara kerjasama antara penerbangan berkenaan.
Yang Berhormat Pagoh juga tidak ada di dalam Dewan yang mulia, Yang Berhormat Kluang?
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Tidak ada.
Yang Berhormat Kluang tidak ada.
Yang Berhormat Kepong boleh tidak saya, saya pun jawablah walaupun Yang Berhormat Kepong tidak ada.
Sila.
Yang Berhormat mengutarakan satu pandangan mengenai kemasukan pelajar ke IPT yang sepatutnya memberi ruang kepada pelajar yang kurang berkemampuan. Sebenarnya, untuk makluman Dewan yang mulia ini, dasar dan pemilihan pelajar ke IPT ini adalah berdasarkan kepada prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum. Prinsip meritokrasi ini memberi peluang kepada semua calon yang layak dengan markah merit tertinggi untuk mendapatkan tawaran pengajian. Semua pelajar diberikan peluang yang saksama tanpa mengira kaum, agama, negeri, taraf hidup dan tempat tinggal untuk mengikuti pengajian di IPT. Akan tetapi, seperti yang saya katakan tadi Tuan Yang di-Pertua, KPT turut menyediakan laluan khas kemasukan ke universiti awam bagi empat kategori pelajar iaitu: (i) orang kurang upaya; (ii) golongan B40; (iii) Orang Asli ataupun orang asal; dan (iv) atlet sukan. Pemohon daripada kategori yang empat ini hanya perlu melepasi syarat am dan syarat khas program seperti yang ditetapkan oleh universiti yang terpilih dan calon yang ditawarkan berdasarkan kesesuaian program yang dipilih dengan kelulusan Senat universiti. Yang Berhormat Setiawangsa?
Tidak ada.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Tidak ada.
Yang Berhormat Tangga Batu pun tidak ada.
Tidak ada.
Akhirnya, adalah isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Belud dan Yang Berhormat Setiu yang membangkitkan mengenai status pembinaan politeknik di kawasan masing-masing. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, penubuhan politeknik ataupun kolej komuniti ini adalah berasaskan kepada kajian keperluan serta mengambil kira beberapa faktor. Antaranya: (i) kajian pasaran; (ii) keperluan semasa; (iii) peruntukan kewangan; (iv) perjawatan; (v) unjuran guna tenaga negara; dan (vi) keperluan industri setempat.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kota Belud, Projek Politeknik Kota Belud telah dibatalkan berdasarkan surat daripada Kementerian Kewangan bertarikh 29 Jun 2018. Walau bagaimanapun, Kementerian Pengajian Tinggi telah mengemukakan semula permohonan ini kepada Unit Perancangan Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri serta mengambil inisiatif dengan mengemukakan semula permohonan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri agar projek pembinaan ini dapat dipertimbangkan semula dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Jadinya, sekali lagi kementerian ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua Ahli Parlimen yang terlibat dan...
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, Kulai sini. Sini, sini. [Mengangkat tangan]
Kulai, Kulai.
Ya.
Yang Berhormat Menteri ada masa sikit. Boleh saya tanya sikit tidak Tuan Yang di-Pertua. Memandangkan Yang Berhormat Menteri ada masa, saya hendak tanya sama ada Yang Berhormat Menteri sedar bahawa mahasiswa dan mahasiswi UM yang duduk tinggal di Kolej Kediaman Keempat, sekaranglah tengah kuarantin. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Akan tetapi, mereka tidak mendapat maklumat terkini, mereka tidak tahu berapa kes positif COVID-19 dalam KK Keempat tersebut. Saya terima banyak aduan bahawa mahasiswa dan mahasiswi yang duduk di sana tidak dapat, tidak dapat test kit test untuk ujian COVID-19. Self-test kit itu yang mereka minta pun tidak dapat. Jadi, saya hendak minta bantuan daripada Yang Berhormat Menteri supaya bolehlah menangani isu ini untuk pastikan bahawa semua mahasiswa dan mahasiswi yang duduk dalam KK Keempat itu sekurang-kurangnya mereka dapat self-test kit untuk buat ujian.
Pandangan Yang Berhormat Kulai kita ambil maklum dan saya akan maklumkan kepada pegawai-pegawai saya Yang Berhormat agar tindakan tersebut dapat diambil dalam membantu mahasiswa di universiti-universiti. Jadinya perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat yang tidak dapat saya sentuh dan yang tidak dapat saya jawab sebab mereka tidak ada di dalam Dewan yang mulia ini, saya akan beri secara bertulis. Akan tetapi, sebelum itu, saya hendak ucapkan tahniah kepada Tuan Yang di- Pertua atas penganugerahan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota yang bergelar Tan Sri. Terima kasih banyak Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Menteri...
Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, mohon pencelahan?
Yang Berhormat Mas Gading.
Ya.
Yang Berhormat...
Saya cuma hendak utarakan perkara baharu. Pertama sekali, saya ingin ucapkan tahniah atas keberanian Yang Berhormat Menteri melantik orang muda dalam Lembaga Pengarah Universiti. Jadi, saya merasakan satu langkah yang rasional dan ia telah dibuktikan dengan usaha saudara Danesh Raj Nagarajan dalam menjalankan amanat tersebut dengan baik sejak beliau dilantik.
Jadi, saya ingin tahu apakah Kementerian Pengajian Tinggi akan meneruskan usaha memperjuangkan suara anak muda dalam pelantikan seperti ini? Jika ya, adakah mereka akan diberikan bajet ataupun dana khas untuk menggerakkan segala idea yang akan membantu menjadikan universiti sebagai student-friendly campus. Hal ini kerana seperti yang semua sedia maklum, semua yang dilantik ke dalam LPU sebelum ini, mempunyai kestabilan ekonomi yang baik. Jadi, saya harap, usaha melantik wakil suara anak muda ini dalam lembaga pengarah perlu diteruskan dan tidak berakhir dengan saudara Madyasir di UMP dan saudara Danesh di UM.
Yang Berhormat Menteri ada komen? Ya.
Terima kasih atas pandangan Yang Berhormat dan insya-Allah kita akan pertimbangkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Akhir sekali untuk hari ini saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri di dalam Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Silakan.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Keluarga Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua dan semua Ahli Yang Berhormat yang terlibat dalam sesi perbahasan usul Rang Undang- undang Perbekalan 2022 yang telah berlangsung selama tujuh hari di dalam Dewan yang mulia ini. Pertama sekali, saya ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan setinggi- tinggi penghargaan ke atas pembentangan Belanjawan 2022 dengan tema “Keluarga Malaysia Makmur, Sejahtera” yang jelas membuktikan keprihatinan dan komitmen berterusan kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam usaha memperkasakan kumpulan sasar di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Bagi tahun 2022 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah diperuntukkan sebanyak RM2.68 bilion. Daripada jumlah ini RM2.5 bilion adalah di bawah butiran B.48 peruntukan mengurus. Manakala, sebanyak RM175.42 juta di bawah butiran peruntukan pembangunan. Di samping itu, kementerian juga telah diberikan peruntukan tambahan sebanyak RM909.85 juta seperti yang diumumkan dalam ucapan Belanjawan 2022. Sesungguhnya KPWKM ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan atas keprihatinan terhadap keperluan kumpulan sasar kementerian yang memperlihatkan penambahbaikan bantuan antara seperti bantuan kebajikan. Syarat kelayakan kebajikan dinaikkan ke paras Garis Kemiskinan Makanan 2019 iaitu RM1,169 berbanding PGK tahun 2016 iaitu RM980 dengan kenaikan tambahan sebanyak RM200 juta. Bagi program pembangunan komuniti, Program Khidmat Bantu di Rumah bagi OKU dan warga emas dinaikkan sebanyak RM12.31 juta daripada RM5.49 juta kepada RM17.8 juta untuk tahun 2022. Kadar bayaran sagu hati juga telah dinaikkan. Bayaran insentif RM200 kepada Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred 19 dan Pembantu Perawatan Kebajikan Gred U11 dan U14 yang bertugas di 24 institusi kebajikan dengan implikasi kewangan sebanyak RM2.43 juta. Pembayaran insentif ini dijangkakan akan memberi manfaat kepada 1,000 orang. Kerajaan juga menyediakan sokongan berterusan kepada warga emas meliputi bantuan kebajikan institusi penjagaan dan pusat aktiviti warga emas sebanyak RM635 juta
melibatkan bantuan sosioekonomi warga emas dan Wang Saku Institusi Warga Emas, geran operasi NGO. Ini terutama bagi operasi institusi penjagaan warga emas dan juga memperkukuhkan pusat aktiviti warga emas dan Program Unit Penyayang Warga Emas serta Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dinaikkan sebanyak RM3 juta daripada RM4.9 juta 2021 kepada RM7.9 juta untuk tahun 2022. Kenaikan bantuan kewangan pengoperasian PAWE daripada RM33,330 kepada RM50,000 setahun adalah meliputi tenaga kerja, pengoperasian dan aktiviti di PAWE. Kerajaan juga telah meluluskan RM105.16 juta kepada OKU untuk mengikuti latihan dan pemulihan dalam komuniti. Selain daripada itu, sebanyak penambahbaikan tentang menaik taraf infrastruktur mesra OKU di bangunan kerajaan, menambah pusat sokongan sosial setempat dan meningkatkan bilangan rumah perlindungan khas wanita dengan peruntukan sebanyak RM4.5 juta. Skuad WAJA dengan peruntukan RM5 juta juga akan dilaksanakan. Untuk keluarga, sebanyak RM11 juta penyediaan Program Subsidi Ujian Mamogram dan saringan kanser serviks. Seramai 48,000 orang wanita berisiko tinggi dijangka akan menerima manfaat daripada subsidi ujian mamogram dan ujian saringan kanser serviks. Tuan Yang di-Pertua, seramai 12 orang Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan sebanyak 16 pertanyaan isu dan cadangan sebanyak sesi perbahasan kali ini. Izinkan saya untuk menjawab semua pertanyaan, pandangan atau cadangan berdasarkan isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Nerus dan Yang Berhormat Sri Gading telah membangkitkan pertanyaan berkenaan tindakan yang diambil oleh kerajaan bagi membantu kanak-kanak yang kehilangan ibu atau bapa atau kedua-duanya akibat wabak COVID-19. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat amat prihatin terhadap kebajikan kanak-kanak yang telah kehilangan ibu atau bapa atau penjaga atau kedua-duanya disebabkan pandemik COVID-19 dan memerlukan pembelaan sewajarnya. Kementerian telah mengambil inisiatif dan langkah-langkah bagi memberi bantuan serta sokongan kepada kanak-kanak seperti berikut. Pemberian bantuan kewangan bagi menampung keperluan hidup kanak-kanak dan anggota keluarga kanak- kanak. Jenis bantuan yang diberikan adalah tabung bantuan segera dan bantuan kanak- kanak. Bagi kanak-kanak yang berusia bawah tujuh tahun, kanak-kanak layak menerima sebanyak RM200 seorang. Manakala, bagi kanak-kanak berusia tujuh tahun ke atas akan memperoleh bantuan sebanyak RM150 seorang dengan kadar bantuan maksimum adalah RM1,000 sekeluarga sebulan. Kedua, perkhidmatan kaunseling kepada kanak-kanak yang menghadapi tekanan emosi akibat kehilangan ibu bapa atau penjaga. Bantuan perkhidmatan kaunseling turut diberikan kepada anggota keluarga kanak-kanak sekiranya mereka memerlukan perkhidmatan tersebut. Antara perkhidmatan kaunseling yang disediakan adalah intervensi, psikologi dan kaunseling seperti kaunseling individu, kaunseling kelompok dan terapi psikologi. Intervensi krisis sokongan psikologi intervensi termasuk pengurusan tekanan dan juga trauma. Ketiga, psikopendidikan, program psikospiritual serta art therapy. Kanak-kanak boleh ditempatkan di institusi JKM sekiranya kanak-kanak tidak mempunyai waris atau saudara mara yang boleh menjaga mereka. Berdasarkan peruntukan di bawah seksyen 17 Akta Kanak-kanak 2001, kanak-kanak akan diambil perintah sementara melalui mahkamah dan diletakkan sama ada kepada keluarga ganti, orang yang layak dan sesuai atau institusi tempat selamat. Sebanyak tujuh tempat institusi JKM telah ditetapkan mengikut zon untuk jagaan dan perlindungan kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa akibat COVID-19. Selain daripada itu, kementerian juga menjalankan kerjasama dengan ahli komuniti setempat seperti ketua kampung, sukarelawan dan pasukan pelindung kanak-
kanak serta komuniti rukun tetangga untuk memberi bantuan dan sokongan secara berterusan kepada kanak-kanak dan ahli keluarga kanak-kanak agar mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup. Sebagai makluman, kementerian telah melaksanakan pelantikan kepada 140 buah PPKK yang merangkumi 983 orang ahli pasukan kebajikan kanak-kanak bagi sesi tahun 2021 hingga 2023. Selain itu, PPKK juga berperanan menyelaraskan perkhidmatan- perkhidmatan setempat kepada keluarga dan kanak-kanak yang terdiri daripada 133 buah pasukan di seluruh Malaysia dengan ahli seramai 1197 orang ahli. Tugas dan tanggungjawab dalam membantu kanak-kanak yang kehilangan... [Disampuk]
Sikit Menteri.
Ya, Yang Berhormat Jempol.
Ya, tadi Menteri ada sebut melantik MPKK ataupun ketua kampung. Jadi, adakah Menteri tahu bahawa sekarang ini di peringkat Federal ada JPKK di mana JPKK tidak termasuk dalam cadangan tersebut. Saya mohon supaya kerajaan yang diperintah oleh kerajaan yang bukan berada dalam Kerajaan Persekutuan ia melibatkan semua wakil rakyat. Saya tahu bantuan ini banyak tetapi wakil rakyat tidak dapat merasai kehadiran kebajikan masyarakat di kawasan contohnya di Jempol. Jadi apakah tindakan, yang ini Yang Berhormat selaku Menteri maklum tentang perkara ini berlaku di banyak kawasan terutama di kawasan Jempol. Mohon maklum untuk Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Saya ambil maklum atas cadangan. Ini antara contoh kita mengerakkan. Jika ada yang ingin bersama-sama kita amat mengalu-alukan terutamanya daripada pemimpin-pemimpin masyarakat sehingga ke akar umbi agar ia ini tidak akan ada sesiapa yang tertinggal dalam kita membantu mereka.
Menteri, maksud saya ini yang tertinggal. Menteri, maklumlah yang tertinggal.
Ya, sebab itu saya ambil maklum tadi Yang Berhormat Jempol atas cadangan Yang Berhormat Jempol.
Ya, sudah dua tahun tertinggal ini. Ibarat ibu ditinggal suami.
Boleh saya teruskan? Tugas dan tanggungjawab dalam membantu kanak-kanak yang telah kehilangan ibu atau penjaga akibat COVID-19 bukan hanya terletak kepada JKM semata-mata tetapi juga melibatkan lain-lain agensi. Koordinasi bersama agensi terbabit turut dilaksanakan bagi mendapatkan data-data berkaitan.
Penglibatan pelbagai pihak juga termasuk komuniti setempat amat penting untuk memberi galakan, sokongan kepada anggota keluarga kanak-kanak agar mereka dapat meneruskan kehidupan. Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuantan telah bertanyakan mengenai rancangan jangka masa panjang bagi membantu golongan ibu tunggal keluar daripada kemiskinan dan data penerima bantuan daripada kalangan ibu tunggal. Kerajaan sentiasa prihatin akan denyut nadi rakyat tanpa mengira latar belakang termasuklah ibu tunggal yang amat memerlukan bantuan agar dapat keluar daripada kepompong kemiskinan. Pelbagai program dan bantuan telah dan sedang dilaksanakan seperti berikut: (i) Program Wanita Bangkit iaitu program yang menyediakan peluang pekerjaan ataupun menjana pendapatan khusus kepada wanita;
(ii) kolaborasi strategik KPWKM dengan pelbagai pihak seperti TalentCorp dan PERKESO dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada wanita; (iii) Program Bantuan MyKasih Kapital; (iv) Industri Penjagaan Postnatal (Ibu Selepas Bersalin); (v) Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Permata; (vi) kolaborasi strategik bersama kementerian-kementerian lain seperti Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar; dan (vii) bantuan khas kepada ibu tunggal. Jabatan Pembangunan Wanita merupakan sebuah agensi di bawah KPWKM yang ditubuhkan untuk melaksanakan program pembangunan kapasiti, khidmat kaunseling dan nasihat sokongan bagi wanita serta menyelaras, memantau dan menilai program berkenaan. Dalam melaksanakan fungsinya, JPW memfokuskan kepada pembangunan kapasiti wanita berteraskan kepada empat elemen utama iaitu kewangan, kemahiran, kesaksamaan dan kepimpinan kendiri serta keseimbangan bagi mencapai kesejahteraan hidup. Bagi tahun ini, sehingga 9 November 2021, sebanyak 1,734 program telah dilaksanakan oleh jabatan ini melalui Pejabat Pembangunan Wanita Negeri yang melibatkan penyertaan seramai 842,349 orang. Kaedah pelaksanaan program adalah secara fizikal dan juga dalam talian selaras dengan norma baharu. Berhubung dengan pangkalan data, kerajaan juga telah membangunkan sistem eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri sebagai pangkalan data kemiskinan nasional pada tahun 2008 yang bertujuan untuk mendaftarkan golongan miskin di Malaysia berdasarkan pendapatan garis kemiskinan (PGK).
Tuan Yang di-Pertua.
Kriteria penetapan kategori kemiskinan adalah bergantung kepada jumlah pendapatan per kapita isi rumah dan berasaskan kepada formula perkiraan yang disediakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri melalui Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah 2019.
Yang Berhormat, Yang Berhormat Segambut hendak minta laluan.
Tuan Yang di-Pertua, saya tadi ada bangkitkan kalau Ahli Parlimen tidak ada, boleh bagi secara bertulis. Jadi, pergi terus kepada isu yang ada Ahli Parlimen tinggal di sini.
Okey, jadi saya habiskan ini sedikit sahaja lagi.
Ya.
Berdasarkan data eKasih tersebut, kerajaan telah melaksanakan pelbagai program dan bantuan bagi memastikan kadar kemiskinan dapat terus dikurangkan. Sebanyak 2.167 bilion bantuan berdasarkan lima kategori bantuan dengan jumlah sebanyak RM3.85 bilion telah disalurkan kepada ketua isi rumah wanita dalam eKasih di seluruh negara dan untuk kesejahteraan rakyat. Seterusnya, saya ingin menjawab soalan daripada Yang Berhormat Segambut. Yang Berhormat Segambut telah bertanyakan berkenaan perbelanjaan yang digunakan oleh kementerian untuk Program Wanita Bangkit. Inisiatif Wanita Bangkit merupakan satu kolaborasi unik antara pihak KPWKM dengan syarikat-syarikat yang menawarkan peluang pekerjaan dan penjanaan pendapatan kepada wanita. Bagi memudahkan penyaluran maklumat mengenai inisiatif ini, kementerian telah membangunkan platform microsite yang boleh diakses melalui laman web Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Salah sebuah syarikat yang menyambut baik inisiatif ini adalah RichWorks yang menawarkan latihan dan bimbingan motivasi secara percuma kepada wanita yang berminat pada 26 hingga 28 November 2021 ini. Sehingga kini, seramai 19,473 orang peserta telah berdaftar untuk mengikuti latihan tersebut. Kolaborasi strategik ini tidak melibatkan sebarang kos kepada kementerian. Pemilihan RichWorks sebagai rakan kerjasama adalah kerana kemampuan dan prestasi yang terbukti telah melahirkan beribu-ribu usahawan jutawan yang berjaya dan kekal sukses sehingga kini. Wanita yang berminat boleh mendaftar secara percuma di www.wanitabangkitberniaga.com. Seterusnya, Yang Berhormat Kota Samarahan. Ada?
Tidak ada.
Yang Berhormat Pengerang?
Tidak ada.
Akan tetapi, Yang Berhormat Pengerang bertanyakan tentang Skuad Waja yang saya kira banyak juga yang bertanyakan tentang soalan ini.
Ya, kalau Yang Berhormat Menteri fikir perkara itu menekan, sila. Boleh teruskan.
Okey. Untuk makluman Yang Berhormat Pengerang, pelaksanaan inisiatif Skuad Waja baru sahaja diperkenalkan pada tahun 2021. Inisiatif ini masih di peringkat awal iaitu dalam proses pengenalan agar komuniti kenal dan sedar akan kewujudan Skuad Waja. Pada tahun ini sehingga 15 November 2021, seramai 100,002 orang Skuad Waja telah dilatih dan 846 kes bimbingan telah dilakukan serta seramai 6,857 individu telah disantuni dalam perkhidmatan psikososial yang dilaksanakan oleh Skuad Waja. Terma rujukan Skuad Waja ada dinyatakan dalam Modul Skuad Waja iaitu warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas dan berminat dalam aktiviti sukarelawan. Untuk makluman juga, tiada elaun peruntukan untuk sukarelawan Skuad Waja. Objektif utama Skuad Waja adalah untuk menjadi ejen wanita anti jenayah dalam komuniti, memperkasakan komuniti melalui aktiviti psikososial dan bimbingan dalam menangani isu keganasan, membantu dalam membina sebuah masyarakat yang saling bantu-membantu dan juga meningkatkan keharmonian. Antara pengisian dalam sesi latihan Skuad Waja adalah berkaitan basic psychological first aid melalui pendekatan empathy attention response support (EAS) selain daripada informasi berkaitan isu keganasan dan jenayah terhadap wanita. Kes-kes yang diterima oleh sukarelawan Skuad Waja akan dirujuk lanjut kepada pihak berkaitan seperti kaunselor dan D11 PDRM sekiranya perlu. Antara kes yang dirujuk ialah berkaitan dengan membuat temu janji dengan kaunselor berdaftar bagi kes kesihatan mental seperti depresi, membuat laporan polis bagi kes keganasan rumah tangga, membantu klien membuat permohonan bantuan kebajikan dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan. Untuk perancangan tahun 2022, ahli Skuad Waja akan diberikan latihan lanjutan sebagai pengukuhan kepada peringkat pertengahan dan asas yang sedia ada. Antara elemen baharu yang akan ditambah nilai dalam modul sedia ada adalah pendekatan kerohanian bagi membantu meningkatkan ilmu insaniah, soft skills kepada Skuad Waja, selain daripada psychological first aid, dengan izin, di peringkat pertengahan iaitu memasukkan elemen bantuan psikologi dalam komuniti. Seterusnya, Yang Berhormat Batu Kawan, Yang Berhormat Kota Samarahan dan Yang Berhormat Batu Gajah. Tidak ada?
Saya hendak minta penjelasan, Tuan Yang di- Pertua, mengenai Skuad Waja. Tadi Yang Berhormat Menteri kata Skuad Waja adalah
produk baharu tahun 2021 dilancarkan oleh kementerian. Bukankah ini satu program Wanita UMNO dulu, KPWKM dulu? Ini bukan program baharu. Jadi, saya hendak penjelasan, mengapa Yang Berhormat Menteri kata ini produk baharu?
Yang ini namanya Skuad Waja. Saya tidak tahulah kalau yang sebelum ini kita ada penambahbaikan dalam program-program yang kita buat. Kita ada modul asas, kita ada modul pertengahan dan setiap ahli Skuad Waja ini pada tahun 2022, kita akan nilai balik berapa ramai mereka yang telah pun menyantuni supaya mereka ini benar-benar bergerak dan berkesan apabila mereka berada di komuniti. Kita perlu untuk empower wanita di peringkat komuniti kerana apabila berlakunya kes-kes domestic violence, sebagai contoh, atau pun kes-kes lain yang berkaitan, maka selalunya orang yang rapat, yang dekat dengan mereka inilah yang akan menjadi orang yang mula-mula mengetahui sekiranya berlaku perkara ini. Jadi, ini akan...
Saya tahu. Program Waja bukan produk baharu KPWKM. Itu sebab saya rasa jawapan Yang Berhormat Menteri tidak tepatlah kata ini produk baharu. Ini produk lama. Terima kasih.
Okey. Saya teruskan. Yang Berhormat Batu Kawan, Yang Berhormat Kota Samarahan, Yang Berhormat Batu Gajah. Tidak ada? Kemudian tentang kit kebersihan wanita yang turut mendapat perhatian daripada Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Kuantan dan juga Yang Berhormat Pandan.
Tidak ada.
Okey, seterusnya.
Kit wanita itu kalau Yang Berhormat hendak sentuh, boleh sahaja.
Okey. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Kuantan dan Yang Berhormat Pandan tleh membangkitkan isu berkenaan kemiskinan haid. KPWKM melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mengambil berat isu yang melibatkan kesihatan reproduktif. Ini adalah sejajar dengan matlamat Dasar Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial yang mengutamakan peningkatan kesedaran dan pemerkasaan masyarakat berkaitan kesihatan reproduktif agar mampu melahirkan generasi yang bertanggungjawab, menghormati satu sama lain dan mengamalkan gaya hidup sihat dan positif. Senario kemiskinan haid (period poverty) telah wujud dalam masyarakat di seluruh dunia termasuk Malaysia dan pandemik COVID-19 telah mendatangkan rintangan bagi wanita dan remaja perempuan untuk mendapatkan keperluan produk kebersihan diri kerana limitasi kawalan pergerakan. Ia tidak dilihat sebagai barang keperluan yang penting lebih-lebih lagi bagi keluarga yang mengalami kesempitan kewangan. Secara relatifnya, kemiskinan haid merujuk kepada situasi apabila individu perempuan tidak mendapat akses kepada produk kebersihan wanita. Antara elemen yang mempengaruhi kemiskinan haid meliputi aspek seperti kekangan akses untuk mendapatkan bekalan tuala wanita, kebersihan untuk wanita bertukar tuala wanita, halangan infrastruktur daripada segi penyediaan air bersih, isu poverty dan tempat buangan tuala dan seterusnya kurang pengetahuan dalam ilmu pengurusan haid dan pendidikan kesihatan reproduktif. Program pemberian kit asas kebersihan wanita ini merangkumi program pendidikan dan advokasi kesihatan reproduktif yang merupakan satu inisiatif untuk memperkasa remaja wanita terutamanya golongan B40 agar meningkatkan ilmu kesihatan reproduktif dan kebersihan semasa haid agar lebih yakin dan mengurangkan
tekanan dalam kalangan remaja. Program pemberian kit asas kebersihan ini bakal dimanfaatkan oleh remaja perempuan seramai 130,000 orang dalam kalangan keluarga B40 untuk isi rumah berpendapatan RM2,500 dan ke bawah. Program ini akan turut melibatkan kerjasama dengan pusat remaja Kafe@TEEN di seluruh negara. KPWKM menyambut baik cadangan daripada Yang Berhormat, penggunaan washable reusable pad serta bagi memastikan program ini dapat dilaksanakan secara jangka masa panjang. LPPKN akan menggunakan Modul PEKERTI bagi meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan jati diri remaja mengenai penjagaan kebersihan diri termasuk penggunaan kaedah washable reusable pad selain daripada pemberian disposable pad secara percuma bagi penggunaan pad jangka masa panjang. Pelaksanaan program pemberian ini juga akan mengumpul data secara komprehensif berkaitan isu pendidikan kesihatan reproduktif bagi tujuan tindakan penambahbaikan dan mengenal pasti intervensi untuk penyelarasan program yang efektif dan juga berfokus. Seterusnya...
Yang Berhormat Menteri, boleh saya bertanya?
Ya.
Berkenaan dengan period poverty, dengan izin ini, bukan hanya berkenaan dengan tuala wanita tetapi harga tuala wanita yang masih tinggi pada masa ini, kerana kalau mereka tidak ada kerja kerana kesan pandemik, susah hendak membeli tuala wanita. Kedua ialah, kita ada alternatif yang mana tuala wanita boleh dibasuh. So boleh kita mencari alternative ways yang lebih sustainable dan kurangkan kos untuk wanita yang menggunakan tuala wanita. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya. Sebab itu tadi saya sebutkan kementerian menyambut baik cadangan daripada Yang Berhormat, penggunaan washable reusable pad serta bagi memastikan program ini dapat dilaksanakan secara jangka masa panjang. Jadi, saya mengucapkan ribuan terima kasih atas cadangan yang diberikan tadi. Sekiranya ada maklumat ataupun detail ataupun bagaimana ia boleh dilaksanakan, saya mengalu-alukan Yang Berhormat Petaling Jaya jika ada sebarang cadangan untuk pelaksanaan.
Terima kasih.
Okey, seterusnya. Yang Berhormat Setiu dan juga Yang Berhormat Pengerang.
Ya.
Berkenaan dengan Pusat Sokongan Sosial Setempat.
Kalau Yang Berhormat rasa perkara itu menekan, saya ...
Okey, ini sebab dia ada juga sebut tentang dasar untuk memperkasakan golongan lelaki yang Tuan Yang di-Pertua...
Setiu ada Menteri.
Yang Berhormat Setiu ada?
Ya, Yang Berhormat Setiu pun ada.
Setiu ada.
Yang Berhormat Setiu telah mencadangkan supaya kerajaan mengukuhkan dasar... [Suara tidak jelas] iaitu dasar bagi memperkasakan golongan lelaki. Langkah ini bertujuan untuk mengukuhkan institusi
keluarga dan masyarakat selari dengan tema bajet “Keluarga Malaysia, Keluarga Makmur”. KPWKM sentiasa memastikan perkhidmatan perlindungan seperti penyediaan tempat selamat serta Perintah Perlindungan Kecemasan dapat diakses oleh mangsa keganasan rumah tangga bagi menjarakkan mangsa daripada pelaku untuk mengelakkan kejadian tersebut terus berlaku. Pada ketika ini, terdapat dua tempat berlindung di bawah Jabatan Pembangunan Wanita untuk menempatkan mangsa keganasan rumah tangga iaitu di Kota Kinabalu dan juga Kelantan. Selain ini, inisiatif dalam memastikan mangsa dalam keganasan rumah tangga mendapat perlindungan sementara adalah melalui kerjasama KPWKM dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan yang telah mewujudkan pusat transit keganasan rumah tangga di masjid. Masjid sebagai pusat transit berfungsi untuk menyediakan tempat berlindung untuk mangsa keganasan rumah tangga dengan cepat. Masjid juga akan menjadi pusat rujukan bagi/untuk mangsa keganasan rumah tangga mendapatkan pertolongan daripada segi khidmat psikososial serta sebagai pusat aduan keganasan rumah tangga. Projek rintis telah dilaksanakan di masjid WPKL dan Masjid Al-Ghufran Taman Tun Dr. Ismail, manakala 12 pusat aduan dan khidmat kaunseling turut disediakan di masjid-masjid seperti berikut: (i) Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Manjalara Kepong; (ii) Masjid Al-Qurtubi di Sri Segambut; (iii) Masjid Amru di Bandar Baru Sentul; (iv) Masjid Salahuddin Al-Ayyubi di Taman Melati; (v) Masjid Al-Imam Ash-Shafie Taman Maluri; (vi) Masjid Ar-Rahimah Kampung Pandan; (vii) Masjid Jamiul Ehsan Setapak; (viii) Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah Taman Sri Rampai; (ix) Masjid Al-Muqarrabin di Bandar Tasik Selatan; (x) Masjid Az-Zubair Ibnu Awwam di Cheras; (xi) Masjid Ar-Rahman Jalan Pantai Baru; dan, (i) Masjid Ikhlasiah Jalan Pantai Dalam. Kementerian melalui Jabatan Pembangunan Wanita juga turut melaksanakan program advokasi gender untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai peranan lelaki. Bukan sekadar kerana peranan wanita dalam kita bersama-sama membangun dan memperkasakan keluarga, masyarakat dan juga negara. Program ini menyasarkan penglibatan peserta lelaki dan wanita yang mana sehingga 12 November 2021, sebanyak 131 program berkaitan advokasi gender telah diadakan oleh JPW di seluruh negara, melibatkan 60,649 orang peserta. Program- program seumpamanya akan digiatkan lagi pada masa-masa yang akan datang. LPPKN turut memasukkan input mengenai tanggungjawab suami dan lelaki dalam Kursus Pra Perkahwinan Smart Start 2.0 dan pemantapan perkahwinan yang dilaksanakan. LPPKN juga telah melaksanakan program pendidikan keibubapaan seperti Program Ilmu Keluarga@LPPKN, Parenting@Work, SMARTbelanja@LPPKN, Pendidikan Keselamatan Keluarga dan Anak (PEKA) dengan pendekatan secara hibrid. Dari tahun 2020 sehingga Julai 2021, sebanyak 234 program pendidikan keibubapaan dan kekeluargaan dilaksanakan dengan penglibatan seramai 16,430 orang ibu bapa yang terlibat.
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan Pusat Sokongan Sosial Setempat. Yang Berhormat Pengerang telah mencadangkan supaya setiap Ahli Parlimen diberikan peranan untuk membantu kerajaan dalam menjalankan tugas yang lebih cepat, efisien dan juga efektif. Kementerian menyambut baik segala bentuk kerjasama daripada semua pihak bagi memastikan kebolehcapaian perkhidmatan PSSS kepada komuniti, khususnya isu-isu di lapangan dan bagi membolehkan penggubalan polisi dan pelaksanaan program yang lebih bersasar. PSSS berperanan sebagai pusat rujukan yang ditubuhkan untuk menawarkan perkhidmatan psikososial yang holistik kepada masyarakat melalui perkhidmatan kebajikan dan juga kaunseling. Pengoperasian ia dilaksanakan secara tetap di premis serta secara bergerak bagi memastikan perkhidmatan kebajikan kepada masyarakat dioptimumkan sepenuhnya. Selain daripada itu, ia merupakan tempat rujukan setempat bagi mengemukakan aduan dan pertanyaan, masyarakat juga boleh mendapatkan perkhidmatan segera seperti kaunseling serta transit sementara yang berbentuk immediately kepada kumpulan sasar yang memerlukan.
Tuan Yang di-Pertua.
Pada masa ini, operasi PSSS...
Yang Berhormat Menteri, bolehkah saya bertanya? Sedikit sahaja. Merbok.
Yang Berhormat Merbok.
Ya.
Okey. Pada 27 Oktober yang lalu, dalam Sesi Soalan Jawab Lisan, saya telah dimaklumkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa, kita ada projek rintis di Masjid Wilayah dan juga Masjid Al-Ghufran di Taman Tun Dr. Ismail. Pada hari ini, Yang Berhormat Menteri menambah lagi masjid. Bermakna- saya ucapkan tahniahlah sebab masjid dilihat mula mesra wanita. Soalan saya, kenapa apabila saya tanya status setakat ini, yang dua buah masjid itu, pemandiri yang datang, mangsa-mangsa keganasan rumah tangga itu cuma seorang. So, apakah faktor yang membuatkan mereka- sama ada mereka takut ataupun apa? Itu yang saya hendak tanyalah. Sebab projek rintis itu bagus, tetapi setakat ini kita menerima seorang sahaja, daripada apa yang saya difahamkan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Merbok. Sebab itu apabila kita mengadakan ini, kita hendak menjadikan supaya masjid ini bukan sekadar tempat untuk beribadah, tetapi masjid juga dijadikan sebagai sebuah tempat rujukan, kerana kita lihat bahawa masjid ini berada di mana-mana. Dalam sesebuah daerah, ada banyak- kadang-kadang sampai ada 40 buah masjid. Jadi, ini juga merupakan satu usaha kerajaan untuk lebih proaktif dalam menyediakan tempat ini kepada mereka. Di samping itu, Ahli Jawatankuasa Masjid juga kita berikan latihan dan bimbingan untuk apabila berlakunya kes-kes sebegini. Jadi, sudah pasti ya, kita hendak menguar- uarkan. Kalau tadi, Yang Berhormat Merbok menyebut sebagai satu- seorang- jadi, kita hendak menguar-uarkan supaya mereka juga boleh datang ke masjid untuk mendapatkan maklumat dan bantuan. Jadi, kita cuba untuk mengadakan sebanyak mungkin platform yang kita ada. Bukan sekadar masjid, tapi kita juga adakan Pusat Sokongan Sosial Setempat. Bukan sahaja yang statik dan berpremis, tetapi juga yang bergerak. Jadi, ini merupakan tindakan proaktif daripada kementerian untuk kita sama-sama membantu masyarakat khususnya kepada golongan wanita. Kementerian percaya dengan usaha sama daripada setiap orang, termasuk juga Ahli Parlimen, akan dapat membantu pihak kementerian dalam meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan dengan komuniti setempat secara lebih efisien, cepat dan juga efektif.
Seterusnya, soalan daripada Yang Berhormat Segambut. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Segambut telah mencadangkan supaya kementerian menyediakan peruntukan khas bagi membantu ibu atau bapa yang terpaksa berhenti kerja untuk menjaga anak OKU. Yang Berhormat Segambut juga mencadangkan supaya kementerian memberikan perhatian terhadap pembangunan bakat sukan OKU. Pada masa ini, kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyediakan Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar. Bantuan berjumlah RM500 sebulan ini telah dinaikkan daripada RM350 sebulan, sebelum ini yang diberikan kepada penjaga sepenuh masa yang memberikan penjagaan rapi kepada OKU terlantar ataupun pesakit terlantar iaitu pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan. Bantuan ini bertujuan meringankan bebanan keluarga penjaga dan menggalakkan keluarga atau penjaga untuk menjaga ahli keluarga yang OKU, terlantar sakit, ataupun sakit kronik. Pada tahun ini, sehingga bulan September 2021, kementerian telah membelanjakan peruntukan sebanyak RM119.77 juta yang disalurkan kepada 25,783 orang penjaga. Pada masa yang sama, kementerian juga memperuntukkan sejumlah RM105 juta kepada 560 PDK sedia ada dan tambahan sepuluh buah- bagi PDK baharu. Peruntukan ini akan memberi manfaat kepada 18,593 orang pelatih PDK, 563 orang penyelia dan juga 2,723 orang petugas. Kanak-kanak OKU juga boleh dipertimbangkan untuk Bantuan Kanak-kanak sebanyak RM150 hingga RM200 sebulan berdasarkan umur mereka. Golongan OKU merupakan sebahagian daripada masyarakat. Oleh yang demikian, mereka mempunyai kesaksamaan hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain. Tuan Yang di-Pertua, penglibatan OKU dalam bidang sukan amat dialu-alukan oleh kementerian. Hal ini selaras dengan Akta Orang Kurang Upaya 2008 yang memperuntukkan akses kepada rekreasi, santai dan juga sukan: “32.(1) Orang kurang upaya hendaklah mempunyai hak untuk menyertai aktiviti rekreasi, santai dan sukan atas asas kesetaraan dengan orang upaya tetapi tertakluk kepada kewujudan atau kemunculan apa-apa keadaan yang boleh membahayakan keselamatan orang kurang upaya.” Selain itu, penglibatan golongan OKU dalam sukan juga sejajar dengan Pelan Tindakan OKU Tahun 2016-2022, yang ditetapkan dalam Teras Strategik 5, iaitu memperkukuhkan perkhidmatan sosial untuk OKU. Di bawah Strategi 1 iaitu meningkatkan akses OKU kepada kehidupan berbudaya, rekreasi dan juga sukan. Bagi merealisasikan agenda pemerkasaan OKU dalam segala lapangan, dalam hal ini- bidang sukan, kementerian melalui Jabatan Pembangunan OKU JKM bekerjasama rapat dengan Kementerian Belia dan Sukan dalam usaha mengetengahkan bakat OKU dalam bidang sukan dan hubungan baik ini sudah lama terjalin. Pada peringkat pusat, JKM telah dilantik sebagai ahli dalam Jawatankuasa Tertinggi Sukan Para SUKMA. Manakala pada peringkat negeri, Jabatan Belia dan Sukan bekerjasama dengan JKM negeri untuk mencungkil dan mengetengahkan bakat-bakat baharu dalam kalangan OKU, terutamanya bakat daripada Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) untuk menyertai pertandingan pada peringkat negeri sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Pada 13 November 2021, pihak JKM turut dijemput oleh KBS untuk memberi pandangan dalam sesi libat urus penyediaan dasar dan pelan tindakan industri sukan negara. Platform perbincangan seperti ini sudah pasti akan dapat membantu usaha kerajaan untuk melahirkan lebih ramai OKU terlibat dalam bidang sukan selaras dengan hasrat memperkasakan sukan OKU. Untuk makluman, terdapat juga pelatih-pelatih daripada PDK yang telah pun menyertai Sukan Olimpik. Program PDK telah berjaya mengesan potensi, bakat, dan atlet bagi sukan berprestasi tinggi seperti Paralimpik, Special Olympics dan Abilympics.
Antara bakat yang telah berjaya iaitu Mohammad Ridzuan bin Mohamad Puzi dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Felda Mata Ayer, Beseri, Perlis yang telah berjaya memenangi pingat emas dan memecahkan rekod dunia dalam acara 100 meter di Sukan Paralimpik Rio di Brazil pada tahun 2016. Begitu juga adik Rafiqah Rosdin Mohamad dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Mesra Kasih Ampang Hilir yang telah berjaya memenangi pingat emas dalam acara tenpin bowling di sukan Special Olympics di Athens, Greece pada tahun 2011. Seterusnya, pusat jagaan kanak-kanak. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Segambut dan Yang Berhormat Batu Kawan telah bertanyakan mengenai usaha kerajaan dalam meningkatkan bilangan taska di tempat kerja dan pusat penjagaan kanak-kanak yang bertauliah bagi membantu wanita kembali ke alam pekerjaan. Kementerian amat prihatin terhadap penjagaan kanak-kanak. Bagi meningkatkan bilangan taska, mulai tahun 2019, kementerian telah diperuntukkan Geran Penubuhan Taska di Tempat Kerja Sektor Awam (TTKA) dengan peruntukan sebanyak RM10 juta dengan sasaran penubuhan 50 buah TTKA. Sebanyak 65 buah TTKA berjaya ditubuhkan dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM9.885 juta. Pada tahun 2020, sebanyak RM30 juta diperuntukkan bagi sasaran penubuhan 150 buah TTKA dengan memberi keutamaan kepada hospital dan juga sekolah. Namun demikian, akibat penularan wabak COVID-19, Perintah Kawalan Pergerakan dari 18 Mac 2020 dan gelombang kedua penularan COVID-19 di negara ini, hanya 30 buah TTKA yang ditubuhkan dengan peruntukan sebanyak RM4.65 juta. Pada tahun 2021, Geran Penubuhan Taska di Tempat Kerja berjumlah RM30 juta sekali lagi disediakan oleh pihak kerajaan bagi penubuhan taska baharu dan penyelenggaraan sedia ada. Melalui geran ini, sebanyak 72 buah permohonan oleh agensi kerajaan telah diluluskan dengan peruntukan berjumlah RM6.995 juta. Dalam tempoh tiga tahun iaitu dari 2019 hingga 2021, sebanyak 167 buah taska telah diluluskan. Sebanyak 18 permohonan yang telah dipulangkan ataupun telah menolak tawaran. Sebagai makluman, sebanyak 295 buah taska di tempat kerja sektor awam telah berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ucapan Belanjawan 2022 pada 29 Oktober, sekali lagi memperuntukkan geran berjumlah RM30 juta bagi penubuhan taska di bangunan-bangunan kerajaan, terutama di hospital dan juga di universiti awam. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat bagi memastikan semua kementerian dan kerajaan negeri mempunyai ruang dan peluang untuk memohon Geran Penubuhan TTKA ini, kementerian telah melaksanakan perkara-perkara berikut.
Pertama, menghantar surat tawaran bagi permohonan geran TKKA kepada semua ketua setiausaha kementerian dan setiausaha kerajaan negeri pada bulan Disember, sebaik sahaja cadangan bajet diluluskan. Mengadakan taklimat permohonan geran dan penubuhan taska di tempat kerja kepada semua agensi Kerajaan Persekutuan dan negeri pada 24 Disember 2020. Tempoh permohonan geran juga dibuka selama lima bulan mulai Disember tahun semasa sehingga April tahun hadapan. Taklimat turut diadakan di peringkat jabatan kebajikan masyarakat negeri kepada semua agensi kerajaan berserta khidmat nasihat dari semasa ke semasa kepada yang berminat untuk memohon geran dan menubuhkan taska di tempat kerja. Walau bagaimanapun, permohonan diterima adalah tidak mencapai sasaran disebabkan perkara-perkara berikut: (i) disebabkan oleh COVID-19 yang telah pun melanda negara sejak dari Mac 2020 sehingga sekarang; dan (ii) kesediaan kementerian dalam penubuhan taska di tempat kerja, pengurusan geran taska di tempat kerja adalah berdasarkan permohonan oleh kementerian-kementerian lain. Terdapat kementerian yang belum bersedia untuk mengemukakan permohonan kerana tiada ruang bagi penubuhan taska di premis kerajaan kerana premis bangunan
pejabat yang lama tidak disediakan ruang khas. Namun begitu terdapat juga taska-taska yang dikongsikan bersama. Sebagai contoh ada di antara kementerian-kementerian yang menghantar anak-anak mereka di taska berhampiran di Parcel D yang turut dikongsi antara tiga kementerian iaitu KDN, KSM dan juga JPM. Selain daripada itu, kelulusan penubuhan sesebuah taska tempat kerja juga melibatkan beberapa agensi teknikal dalam mematuhi tatacara penubuhan taska di permis kerajaan. Seterusnya...
Minta penjelasan Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh. Saya hendak tanya sama ada Yang Berhormat Menteri pernah berjumpa ataupun adakan mesyuarat bersama bukan sahaja KSU setiap kementerian tetapi agensi-agensi seperti balai polis mereka yang memerlukan isu taska untuk frontliner kerana kita tahu ini bukan kali pertama, ini adalah tahun kedua di mana sasaran bajet yang kita luluskan di Parlimen ini tidak dibelanjakan dengan habis, dibawa. Tadi Yang Berhormat Menteri ada berkata, adakan taklimat pada 20 Disember. Itu adalah Christmas Eve. Jadi ada banyak perkara saya lihat, kalau ada inisiatif untuk betul-betul menyelesaikan masalah mungkin frontliners akan mendapat manfaat taska ini. Selalunya maklumat itu tidak sampai kepada frontliners di balai polis kerana mungkin KSU tidak apply, saya tidak pasti apa yang telah berlaku. Akan tetapi saya berasa ini adalah pembaziran di mana Parlimen luluskan bajet RM30 juta, dua tahun berturut-turut tidak dibelanjakan habis. Jadi, apa lagi inisiatif Yang Berhormat Menteri akan lakukan untuk pastikan tahun ini, RM30 juta yang kita akan luluskan akan dibelanjakan habis. Kalau tidak, tidak ada makna kita luluskan bajet RM30 juta tetapi tidak dibelanjakan.
Ya. Terima kasih Yang Berhormat Segambut yang begitu prihatin tentang kanak-kanak. Seperti yang saya maklumkan, pada tahun 2020 apabila PKP ini dikenakan, ramai kakitangan daripada kerajaan ini mereka bekerja dari rumah. Jadi apabila mereka bekerja dari rumah, anak-anak pun duduk di rumah. Jadi kerana itu keperluan taska itu kita cuba untuk memenuhi dan juga meluluskan. Sebagai contoh untuk tahun 2021 ada 72 taska yang telah diluluskan. Saya faham maksud Yang Berhormat tadi supaya ianya juga dapat diselaraskan di peringkat negeri kerana itu saya maklumkan bukan sahaja di peringkat kementerian, kita mengadakan sesi libat urus makluman ini kepada kementerian-kementerian lain, tetapi di Jabatan Kebajikan Negeri juga kita adakan di peringkat negeri. Ini kerana adalah satu bajet yang bukan kita sorok-sorok, kita umumkan, kita uar-uarkan. Jadi, dengan adanya di sini, saya minta kepada semua pihak untuk memainkan peranan sekiranya memang ada memerlukan taska di tempat kerja dan sebagainya, kami di kementerian ini amat mengalu-alukan. Jadi, minta tolong disebarkan. Ia bukannya satu bajet yang kita sorok, tetapi kita hendak uar-uarkan, kita hendak maklumkan kepada semua, bahawa ada bajet yang boleh digunakan untuk memulakan operasi bagi taska di tempat kerja awam. Terima kasih. Selain daripada itu, Yang Berhormat Segambut juga ada menyentuh isu berkenaan dual licensing untuk taska dan juga tadika yang turut mencadangkan supaya penstrukturan semula industri pendidikan awal kanak-kanak dilaksanakan segera. Pihak sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) telah mengadakan mesyuarat pada 10 Februari 2021 bagi memperhalusi kaedah terbaik penyelarasan punca kuasa dan struktur tadbir urus bagi pendidikan awal kanak-kanak. Mesyuarat yang turut dihadiri oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan beberapa pengusaha taska dan tadika telah bersetuju bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia mengetuai inisiatif cadangan memperkemas struktur tadbir urus secara bersepadu Pendidikan Awal Kanak-kanak. Sehubungan itu, isu ini adalah di bawah tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia selaras dengan surat daripada sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi bertarikh 17 Februari 2021. Pihak Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat
bersedia bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memberikan maklumat serta input berkenaan taska di bawah JKM. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Segambut, kementerian juga menyambut baik cadangan menaikkan kadar subsidi yuran pengasuhan kanak-kanak taska ke 50 peratus daripada yuran yang dikenakan. Subsidi yuran pengasuhan bagi kanak-kanak di TTKA Pekeliling Perkhidmatan Bil.38 2013 dan taska komuniti telah dinaikkan syarikat pendapatan yang layak sebanyak RM180 sebulan untuk seorang kanak-kanak dari keluarga berpendapatan RM5,000 dan ke bawah. Manakala taska selain daripada TTKA dan taska komuniti adalah RM150 sebulan. Untuk kanak-kanak dari keluarga berpendapatan per kapita RM800 dan ke bawah untuk kawasan bandar dan RM500 dan ke bawah untuk kawasan luar bandar. Seterusnya Pusat Penjagaan Warga Emas. Tuan Yang di-Pertua, kementerian menghargai keprihatinan Yang Berhormat Segambut berhubung dengan penjagaan warga emas. Kementerian telah menjalankan kajian diagnostik bagi membentuk model penjagaan warga emas jangka masa panjang yang bersepadu dan mampan di Malaysia. Hasil daripada kajian ini akan diteliti dan diambil kira dalam persediaan negara ke arah menjadi negara tua dari segi bentuk kemudahan jangka masa panjang bagi warga emas. Bagi setiap permohonan pendaftaran pusat jagaan, pemohon hendaklah mendapatkan kelulusan tiga agensi teknikal iaitu pihak berkuasa tempatan (PBT), Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, sebelum permohonan pendaftaran diproses di peringkat JKM. JKM membuat penilaian dari sudut pengoperasian pusat jagaan tersebut. Di antara aspek yang dilihat dan dititikberatkan adalah nisbah bilangan penjaga dan bilangan penghuni. Nisbah ruang lantai dan juga bilangan penghuni. JKM tidak mempunyai maklumat berkenaan kesukaran mendapat kelulusan daripada PBT memandangkan perkara ini adalah di bawah bidang kuasa KPKT. Tanah dan bangunan yang dikawal selia oleh JKM adalah untuk tujuan pembangunan jabatan. Walau bagaimanapun, sekiranya jabatan masih belum mempunyai perancangan khusus untuk sesuatu tapak tanah atau bangunan, jabatan boleh menyokong sebarang permohonan untuk menyewa atau memajak tanah tersebut daripada mana-mana agensi atau individu yang berminat untuk satu tempoh yang dinyatakan. Ini termasuklah perancangan agensi atau individu tersebut untuk memajukan tanah tersebut secara komersial. Kelulusan penyewaan ataupun pajakan akan dibuat oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. Dalam hal mengadakan libat urus dengan KPKT, sekiranya difikirkan perlu akan diselaraskan oleh kementerian– selaku kementerian dan juga jabatan pengguna ‘KKP’. Untuk makluman Yang Berhormat, statistik kes kematian golongan warga emas yang telah didapati meninggal keseorangan sejak PKP di bawah bidang kuasa Jabatan Pendaftaran Negara melainkan warga emas yang berada di institusi kementerian. Selain daripada itu, saya juga hendak menjawab tentang pusat penjagaan wanita yang baharu bersalin. Yang Berhormat Segambut telah membangkitkan isu berkenaan pelesenan pusat penjagaan untuk wanita yang baru bersalin dan turut menyentuh isu berkenaan dan bentuk sokongan yang diberikan kepada golongan warga emas yang menghadapi alzheimer atau dementia. Isu pelesenan pusat jagaan untuk wanita selepas bersalin bukanlah di bawah kuasa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Namun Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui LPPKN menawarkan program latihan dan perkhidmatan program MamaCare, urutan tradisional selepas bersalin yang ditawarkan kepada pengamal MamaCare. Program penjagaan ibu selepas bersalin (MamaCare) merupakan satu program penjagaan ibu selepas bersalin tradisional Melayu yang dipermodenkan.
LPPKN menawarkan kursus perkhidmatan urutan tradisional Melayu selepas bersalin seperti mana yang termaktub dalam dokumen Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta penjelasan soal terakhir mengenai confinement home. Yang Berhormat Menteri, jawab ini bukan bidang kuasa KPWKM. Jadi...
Itu pelesenan.
Jadi bidang kuasa siapa?
Ini pelesenan. Bila untuk buka pusat penjagaan, untuk pelesenan itu di bawah KPKT.
Tidak. Ini adalah untuk hala tuju. PBT sekarang sedang menunggu direction KWPKM kerana PBT tidak tahu confinement home ini dia hendak bagi lesen bawah kementerian mana. It is hala tuju, okey kerana melibatkan wanita dan kanak-kanak. Jadi, kalau KPWKM kata ini isu PBT, bila pusat operator pergi PBT, PBT kata kita tidak ada lesen seperti ini. Jadi sekarang ini mereka hanya dapat business license. Jadi, saya hendak minta KPWKM keluarkan hala tuju kerana sebelum Sheraton Move kita telah bincang mengenai isu ini di antara KPWKM dan Kementerian Kesihatan kerana ia melibatkan penjagaan bayi. Jadi, kalau tidak ada kementerian yang hendak ambil skop ini, isu ini tidak akan ada regulation dekat luar sana. Jadi, ini bukan isu pelesenan, Yang Berhormat Menteri.
Okey. Untuk penjagaan ibu selepas bersalin di bawah LPPKN, kita ada MamaCare dan kita juga telah mengeluarkan sijil-sijil kepada mereka yang mengamalkan isu urutan tradisional ini di bawah LPPKN.
I’m not talking about product, Yang Berhormat Menteri. Saya kata pusat penjagaan, confinement home ini merupakan trend baharu di merata tempat sekarang.
Lesen untuk tempat itu.
Yes, seperti pusat penjagaan kanak-kanak kan, PBT akan, ada kata syarat mesti dapatkan kelulusan JKM...
Pusat penjagaan kanak-kanak sebab dia ada Akta Kanak-kanak.
Betul tetapi sekarang realiti di luar sana, ada banyak confinement home. Mereka tidak ada punca kuasa sekarang. Jadi, saya minta KPWKM kena lead perbincangan ini. Kalau KPWKM tidak lead, tidak ada orang akan ambil baby. This is the new product. Ini merupakan isu yang perlukan hala tuju daripada kementerian.
Ya, terima kasih Yang Berhormat Segambut atas cadangan tersebut dan kita akan memastikan supaya semua pengamal – dia bukan sahaja di bawah MamaCare LPPKN tetapi pengamal-pengamal yang lain itu supaya diadakan lesen supaya keputusan semakan akta ini sedang dilaksanakan supaya ia dapat mereka yang- Macam kita buka taska. Bila dia hendak buka taska, dia mesti mengikuti Kursus Awal Pendidikan Kanak-kanak PERMATA. Jadi kita minta juga nanti supaya mereka yang hendak mengamalkan confinement ini juga dibuat juga supaya ada lesen ataupun sijil-sijil yang diiktiraf supaya mereka ini boleh membuka pusat-pusat begini.
Sedikit tambahan.
Soal Yang Berhormat Segambut ialah siapa yang bagi lesen itu? Itu yang dipersoalkan.
Buat masa sekarang ini ia di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat...
Sekarang ini tidak ada orang ambil...
...Namun kita akan ambil maklum untuk perbincangan lanjut tentang penyelarasan perkara ini.
Sedikit tambahan, Yang Berhormat Menteri. Juga dalam perkara yang sama, saya ingat kanak-kanak ini ada di banyak tempat termasuklah juga di sekolah-sekolah swasta, termasuklah sekolah agama rakyat dan sebagainya. Harap juga kalau ada cross-ministerial punya consultation itu dipertimbangkan perkara yang sama.
Ya, terima kasih Yang Berhormat Kangar. Bila kita sebut kanak-kanak ini ia bukan sahaja di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tetapi kita ada hampir dekat lima juta yang di bawah Kementerian Pendidikan, mereka yang bersekolah dan sebagainya tetapi saya ambil maklum tentang pandangan tadi yang juga di sekolah agama rakyat dan sebagainya. Okey, seterusnya Yang Berhormat Batu Kawan.
Tidak ada.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memaklumkan tentang Yayasan Kebajikan Negara. Ini yang menjawab kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kubang Pasu dan Yang Berhormat Segambut berkenaan dengan Yayasan Keluarga Malaysia. Sebagaimana yang kita sedia maklum, Yayasan Keluarga Malaysia ini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan kita wajar menyokong usaha kerajaan dalam membantu keluarga mangsa COVID-19 yang akan dilaksanakan oleh yayasan tersebut. Seterusnya, saya ingin menjelaskan persoalan yang berkenaan dengan Keluarga Malaysia sebab Yayasan Keluarga Malaysia ini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Jadi, saya rasa itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah menyuarakan pandangan serta cadangan, penambahbaikan serta melibatkan kumpulan sasar di bawah kementerian ini. Kami menghargai segala cadangan dan teguran serta akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan input yang diterima. Kementerian ini akan meneruskan usaha yang proaktif dalam mengendalikan semua situasi yang dihadapi. Semoga setiap niat dan tugasan kita yang menjaga kumpulan sasar ini mendapat keberkatan dan balasan yang baik Allah SWT. Sekian. Wabilahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikumussalam. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebelum saya tangguhkan Mesyuarat, saya hendak maklumkan bahawa ujian antigen kita esok ialah akan diadakan di Dewan Serbaguna sebab Dewan Bankuet akan digunakan untuk Majlis Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia, esok. So, harap maklum semua. Ahli-ahli Yang Berhormat semua, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi esok hari Rabu, 17 November 2021. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera semua.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.26 malam]
Kamar KhasSpecial Chamber
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Status Projek River of Life (RoL) Kuala LumpurSpecial Chamber
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mohon izin buka mask boleh Tuan Yang di-Pertua?
Silakan, silakan.
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, Projek River of Life (RoL) Kuala Lumpur yang telah menelan kos lebih RM8 bilion melibatkan transformasi Sungai Klang menjadi satu sungai ikonik yang cantik dan bersih di bawah kendalian dua kementerian utama iaitu Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Alam Sekitar dan Air
(KASA) serta dibantu pantau oleh Project Delivery Partner (PDP) yang berkepentingan iaitu di bawah Syarikat Ecovest-MRCB JV atau kini dikenali sebagai KL Bund Sdn. Bhd. Lantaran itu, saya inginkan penjelasan sama ada objektif pelaksanaan projek ini telah tercapai objektifnya?
Secara umumnya, projek ini melibatkan tiga jabatan atau pihak berkuasa tempatan yang utama iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) termasuk beberapa jabatan dan agensi lain yang berkaitan. Difahamkan terdapat satu projek yang bermasalah untuk disiapkan di bawah River of Life (RoL) ini iaitu Projek Pembinaan Loji Rawatan Kumbahan Serantau Batu Jinjang Kepong
(CSTP) Batu di bawah pengendalian JPP di mana:
(i) projek ini telah mengalami kelewatan lebih 1,800 hari sejak diberi milik tapak pada 14 Disember 2015 dan perlu disiapkan pada 13 Disember 2018 oleh kontraktor utama tetapi sehingga kini kemajuan fizikal projek tersebut hanya sekitar 35 ke 40 peratus berbanding 100 peratus;
(ii) projek ini telah direka bentuk semula oleh PDP dengan penjimatan lebih RM100 juta menggunakan sistem teknologi Korea daripada kos asal RM500 juta kepada
RM320 juta serta penjimatan foot-print daripada 10.55 hektar kepada 2.85 hektar sahaja;
(iii) malangnya pihak kontraktor Bina Tamshah Sdn. Bhd.
yang dilantik secara selektif tender melalui konsortium JAKS Resources Berhad dan KACC telah membuat perubahan reka bentuk dan pertukaran peralatan mekanikal utama semasa pembinaan menyebabkan berlakunya limpahan effluent kumbahan ke kawasan sekitaran perumahan PPR berdekatan;
(iv) tiada tindakan tegas diambil terhadap kontraktor utama malah Yang Berhormat Menteri KASA telah memberi sokongan kepada kontraktor ini untuk diangkat ke MOF menukarkan kontrak ini kepada kontrak design & build dengan peningkatan kos lebih RM100 juta;
(v) malah pegawai JPP yang terlibat dalam pengurusan projek ini telah dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pengarah JPP yang baru sedangkan pegawai ini masih lagi di bawah siasatan audit dalaman kementerian, Jabatan Audit Negara serta di bawah siasatan SPRM; dan
(vi) projek ini kini difahamkan dalam tindakan rundingan pihak MOF, KASA dan JPP serta KWP untuk diberikan secara runding terus kepada kumpulan kontraktor JAKS Resources dan KACC bagi menggantikan kontraktor utama sedia ada yang merupakan daripada kumpulan kontraktor yang sama dengan kenaikan kos yang lebih tinggi.
Soalan saya, apakah tindakan yang sedang atau telah diambil pihak KASA untuk menyiapkan projek ini dengan kelemahan pengurusan projek seliaan JPP dan kegagalan pihak kontraktor utama serta sekutunya yang tidak berupaya menyiapkan projek ini malah mengubah reka bentuk alternatif ini dengan kos yang lebih tinggi daripada harga asal?
Adakah tindakan yang akan diambil nanti akan mencapai objektif dan tujuan asal projek River of Life Greater Kuala Lumpur ini atau hanya ingin mencari jalan untuk memberi keuntungan kepada pihak kontraktor dan sebaliknya, memberi kerugian kepada pihak kerajaan daripada segi kos dan masa. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, kos keseluruhan projek River of Life (RoL) adalah sebenarnya berjumlah RM4.36 bilion sahaja. Manakala kos projek Sewerage Non-River (SNR) iaitu projek pelengkap RoL adalah berjumlah RM3.33 bilion yang merangkumi kawasan negeri Selangor dan Kuala Lumpur.
Projek RoL ini merupakan projek yang diterajui oleh Kementerian Wilayah Persekutuan yang melibatkan tiga komponen utama iaitu:
(i) pembersihan sungai;
(ii) pengindahan sungai; dan
(iii) pengkomersialan dan pelancongan.
Di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), agensi yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan projek ini adalah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP).
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan melalui projek RoL telah membangunkan serta menaik taraf sistem pembersihan di sepanjang sungai terutamanya di 10.7 kilometer Sungai Klang dan Sungai Gombak di sekitar Kuala Lumpur. Sasaran utama projek ini adalah untuk meningkatkan kualiti air sungai sepanjang 10.7 kilometer tersebut iaitu daripada Kelas IV pada tahun 2011 kepada Kelas II iaitu safe for contact, not suitable for consumption dengan izin di masa hadapan.
Adalah dimaklumkan secara keseluruhannya pada ketika ini projek RoL telah mencapai 94.9 peratus siap berbanding jadual 95.7 peratus iaitu lewat 0.8 peratus. Manakala julat Water Quality Index (WQI) pada tahun 2021 sehingga September 2021 adalah di antara 58 hingga 79 berbanding pada tahun 2011 yang hanya mencatatkan bacaan di bawah 54 sepanjang tahun.
Seperti yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat, salah satu projek yang dilaksanakan di bawah RoL ini adalah Projek Pembinaan Loji Rawatan Kumbahan Serantau di Batu, Jinjang Kepong, Kuala Lumpur. Projek di bawah komponen pembersihan sungai ini dilaksanakan dan dikendalikan oleh pihak JPP. Projek ini telah dimulakan pada 14 Disember 2015 dan dijadualkan siap asalnya pada 13 Disember 2018. Namun, disebabkan beberapa isu berbangkit, projek ini tidak dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Sehingga 31 Oktober 2021, secara tepatnya kemajuan fizikal di tapak adalah sebanyak 45.79 peratus berbanding jadual asal iaitu sebanyak 100 peratus.
Tuan Yang di-Pertua, antara punca utama yang menyebabkan kelewatan penyiapan projek ini adalah disebabkan pertikaian kontrak projek berhubung isu berkaitan reka bentuk di antara pihak kontraktor, Bina Tamshah Sdn. Bhd. dan juga perunding projek, WNA Consult Sdn. Bhd. Dalam hal ini, pertikaian tersebut telah menyebabkan kemajuan fizikal di tapak tertangguh seterusnya menyebabkan kelewatan projek sebanyak 54 peratus sehingga 31 Oktober 2021.
Seperti yang dimaklumkan juga oleh Yang Berhormat, projek ini dilaksanakan dengan menggunakan konsep Project Delivery Partner (PDP) di mana projek ini telah direka bentuk semula dengan penjimatan melebihi RM100 juta pada mulanya. Kaedah pelaksanaan projek ini adalah secara konvensional di mana pembinaan adalah berdasarkan reka bentuk yang telah disediakan oleh pihak perunding. Kontraktor hanya bertanggungjawab untuk membina dan menyiapkan projek berdasarkan reka bentuk di dalam dokumen kontrak.
Walau bagaimanapun, terdapat isu teknikal yang dibangkitkan oleh kontraktor terhadap reka bentuk perunding yang melibatkan kedudukan peralatan mekanikal dan electrical di Fasiliti Rawatan Sementara. Namun, isu teknikal ini tidak mengubah reka bentuk loji rawatan kumbahan tersebut. Pembinaan loji rawatan tersebut masih kekal sepertimana dalam lukisan reka bentuk asal.
Kementerian ini mengambil maklum akan kenyataan Yang Berhormat mengenai isu pelantikan Ketua Pengarah JPP yang baharu. Dalam hal ini, proses pelantikan yang telah dibuat adalah teratur berdasarkan syarat-syarat umum kenaikan pangkat dan peraturan atau pekeliling yang diguna pakai pada masa ini.
Proses pelantikan tersebut juga telah mendapat perakuan serta kelulusan daripada Ketua Setiausaha KASA, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, proses audit yang dilaksanakan oleh Jabatan Audit Negara merupakan proses audit ke atas keseluruhan projek- projek pembetungan dan bukan tertumpu kepada seseorang individu tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, dalam memastikan projek ini dapat disiapkan bagi memastikan objektif RoL tercapai, KASA melalui Jawatankuasa Contract Coordination Panel (CCP) telah bersetuju untuk menyambung pelaksanaan projek ini dengan kaedah reka dan bina setelah mengambil kira beberapa aspek penting. Antaranya seperti berikut:
(i) kos kontrak lebih murah dengan mengekalkan kontraktor yang sama berbanding lantikan kontraktor penyiap baharu memandangkan kos general and preliminaries dapat dikurangkan;
(ii) kos pelantikan perunding penyeliaan tapak tidak perlu ditanggung oleh kerajaan;
(iii) liabiliti reka bentuk ditanggung sepenuhnya oleh pihak kontraktor; dan
(iv) pertikaian daripada segi reka bentuk yang terjadi sebelum ini dapat dielakkan.
Pada masa ini, permohonan kelulusan bagi pertukaran syarat-syarat kontrak kepada reka dan bentuk adalah di peringkat akhir dan projek ini dianggarkan dapat disiapkan dalam tempoh 36 bulan. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Masalah Penyelenggaraan Parit dan Jalan Persekutuan Sekitar Kota SetarSpecial Chamber
Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri Kerja Raya. Saya ingin menarik perhatian pihak kementerian ke atas masalah jalan dan parit sepanjang jalan Persekutuan di Kota Setar. Yang Berhormat Timbalan Menteri, Jalan Lama Utama dari Alor Setar ke Kangar sering berlaku kemalangan dan juga kesesakan jalan. Jalan yang rosak, garis jalan raya yang kurang jelas, kekurangan lampu jalan dan lampu isyarat di kawasan tertentu turut menyebabkan kemalangan berlaku.
Minta Yang Berhormat Timbalan Menteri menjelaskan sejauh manakah projek naik taraf dirancang dan dilaksanakan di sepanjang jalan tersebut.
Berapakah peruntukan telah dibelanjakan dan sejauh mana tahap penyelesaian projek naik taraf sehingga kini?
Selain daripada itu, Jalan Lama Utama dari Tandop Alor Setar ke arah Gurun/Sungai Petani juga sering menghadapi masalah kerosakan jalan dan kurang jelas tanda garis jalan. Sejauh mana projek naik taraf telah dilaksanakan mengikut fasa yang ditetapkan serta tahap kemajuan terkini dan juga projek yang bakal dilaksanakan pada masa hadapan?
Yang Berhormat Timbalan Menteri, dari kawasan Tandop ke Sekolah Eik Choon Simpang Empat, banyak parit bawah tanah (under culvert) sudah tersumbat dan menyebabkan saliran air dari sebelah SK Dato Wan Mohd Saman, Tandop serta sepanjang jalan dari Taman Bersatu sehingga Taman Perindustrian Ringan, Simpang Empat tidak dapat disalurkan ke dalam Terusan Sungai Wan Mat Saman maka akhirnya tertakung air dan juga menyebabkan banjir kilat.
Minta Yang Berhormat Timbalan Menteri menjelaskan berapakah kekerapan kerja-kerja penyelenggaraan parit bawah jalan (under culvert) yang dilakukan setiap tahun? Adakah pihak kerajaan hanya bertanggungjawab ke atas permukaan parit dan tidak termasuk parit bawah jalan yang telah sumbat? Minta nyatakan tarikh bila selenggara parit bawah jalan yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2021 serta apa tatacara pembaikan yang akan dilaksanakan untuk mengelakkan masalah berulang? Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang Di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Alor Setar. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penaiktarafan sebahagian jalan dari Alor Setar ke Kangar telah diluluskan pelaksanaannya pada Rolling Plan Keempat, Rancangan Malaysia Ke-11 (RP4, RMKe-11) menerusi Projek Menaik Taraf Laluan 7 dari Persimpangan Lencongan Barat ke Persimpangan Simpang Tiga Kemboja, Kedah dengan kos projek sebanyak RM425 juta. Skop utama projek ini adalah menaik taraf jalan tunggal dua lorong kepada jalan berkembar empat lorong piawaian R5 sepanjang 14 kilometer bermula dari Persimpangan Lencongan Barat ke Persimpangan Simpang Tiga Kemboja, Kedah. Tarikh milik tapak 16 Ogos 2021 dan projek ini dijangka siap pada 17 Ogos 2025. Status semasa projek ialah telah selesai kerja-kerja utility mapping, ground survey, dan site investigation dengan izin.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, sepanjang tahun 2021, bagi tujuan kerja-kerja penyenggaraan jalan Persekutuan, kementerian ini telah membelanjakan sebanyak RM1.35 juta untuk Jalan Lama Utama dari Alor Setar ke Kangar. Manakala sebanyak RM7.63 juta telah dibelanjakan untuk Jalan Lama Utama dari Tandop, Alor Setar ke arah Gurun/Sungai Petani. Kerja-kerja yang terlibat adalah kerja penyenggaraan rutin dan berkala.
Kementerian Kerja Raya memahami permasalahan berhubung kerosakan jalan dan tanda garis jalan yang telah pudar sepertimana yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat. Justeru itu, kementerian ini telah merancang kerja pembaikan untuk tahun 2022 dengan anggaran kos sebanyak RM2.45 juta untuk Jalan Lama Utama dari Alor Setar ke Kangar dan RM5 juta untuk Jalan Lama Utama dari Tandop, Alor Setar ke Gurun/Sungai Petani. Walau bagaimanapun, kelulusan kerja ini adalah tertakluk kepada jumlah kelulusan peruntukan yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan dan senarai keutamaan kerja program pembaikan jalan yang disediakan oleh pihak JKR.
Sepertimana Yang Berhormat sedia maklum, pihak konsesi yang telah dilantik bertanggungjawab untuk melaksanakan kerja pembersihan parit terbuka berserta pembetung yang terletak di bawah struktur jalan. Bilangan pusingan kerja penyenggaraan pembetung (crossing culvert) dengan izin yang dilaksanakan bagi jalan yang dinyatakan adalah sebanyak dua kali pusingan setahun. Bilangan pusingan ini merupakan penetapan yang telah diperuntukkan dalam kontrak
perjanjian konsesi berdasarkan jumlah peruntukan yang telah diluluskan. Parit di kawasan Tandop ke Sekolah Eik Choon, Simpang Empat ini telah dibuat kerja penyenggaraan pada 8 September 2021.
Bagi perancangan di bawah Program Membaik Pulih Jalan-jalan termasuk perparitan dan pembetung yang berada dalam status kritikal, kementerian ini merangka Program Penyenggaraan Berdasarkan Notis Kerosakan atau dengan izin, Notice of Defects (NOD) yang disediakan oleh pihak JKR daerah bersama- sama syarikat konsesi penyenggaraan jalan Persekutuan. Melalui NOD ini, pihak JKR akan menyenaraikan Program Penyenggaraan Pembaikan Kerosakan mengikut keutamaan, kritikal dan keperluan mendesak. Pelaksanaan program penyenggaraan ini adalah tertakluk kepada kelulusan peruntukan daripada Kementerian Kewangan dan senarai keutamaan kerja Program Pembaikan Jalan yang telah dirangka bagi tahun 2022. Sekian dan terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan pada esok hari Rabu, 2.30 petang 17 November 2021. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.40 petang]