Dewan Rakyat · 17 November 2021
15th Parliament, session 4, meeting 2 · 995 turns · 45,211 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Permasyuran Tuan Yang Di-Pertua — Memperkenankan Akta-Akta
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya suka hendak memberitahu majlis ini iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan Limpah Kurnia Baginda telah memperkenankan akta-akta yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-14 yang lalu seperti berikut: (i) Akta Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 2021; (ii) Akta Langkah-langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) (Pindaan) 2021; dan (iii) Akta Kumpulan Wang Amanah Negara (Pindaan) 2021.
Permasyuran Tuan Yang Di-Pertua — Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia
Keduanya, saya ingin menyampaikan perkara yang berikut. Ahli-ahli Yang Berhormat semua, sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia disambut secara global pada tanggal 20 November setiap tahun. Hari Kanak-kanak Sedunia atau World Children’s Day ini merupakan hari istimewa kerana ia menandakan penerimaan Konvensyen Hak Kanak- kanak atau Convention on the Rights of the Child (CRC) pada 20 November 1989, di mana Malaysia telah meratifikasi convention ini pada tahun 1995. Dengan ini, pihak Malaysia mempunyai obligasi untuk mematuhi prinsip dan peruntukan yang termaktub dalam convention ini, terutamanya berkaitan dengan hak kanak-kanak iaitu kelangsungan hidup, perlindungan, pembangunan serta penyertaan kanak-kanak. Sementara ini penting bagi meraikan kanak-kanak dan kesemua pemegang taruh yang terlibat yakni pemegang amanah kanak-kanak, termasuklah ibu bapa, Ahli-ahli Parlimen kita semua, perniagaan dan perusahaan, pusat pengajian dan pendidikan serta masyarakat keseluruhannya untuk mencerminkan dan meneruskan komitmen kita bagi merealisasikan hak untuk semua kanak-kanak. Ahli-ahli Yang Berhormat, Parlimen turut serta memperingati hari yang istimewa ini dengan mengadakan sambutan pada hari ini, Rabu 17 November 2021 di Dewan Bankuet Parlimen Malaysia. Semua Ahli Yang Berhormat adalah dijemput untuk sama- sama menghadiri dan meraikan sambutan ini pada jam 1.00 tengah hari nanti. Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan ini saya berdoa semoga Allah berkati semua kanak-kanak di negara ini, melindungi mereka dari segala bencana dan memberi mereka
cahaya yang akan menjadi pelita untuk memandu mereka ke arah memenuhi tugas-tugas dan tanggungjawab-tanggungjawab terhadap negara dan bangsa. Sekian, terima kasih.
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Datuk Robert Lawson Chuat [Betong] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan langkah-langkah yang akan diambil pada masa hadapan supaya subsidi minyak masak serta subsidi bawah kawal selia Kementerian dapat dioptimumkan dan agihan subsidi tersebut sampai ke golongan sasaran.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat yang bertanya. Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan subsidi minyak masak serta subsidi di bawah kawalan kementerian dapat dioptimumkan dan agihan subsidi tersebut sampai ke golongan sasaran, KPDNHEP akan melaksanakannya kajian bagi mengoptimumkan subsidi di bawah KPDNHEP. Kajian ini dimulakan pada tahun 2021, bulan Oktober sebenarnya dan dijangka selesai pada tahun 2022. Melalui kajian ini, aspek keberkesanan pelaksanaan program subsidi sedia ada akan dinilai meliputi keberkesanan penyampaian, mekanisme pelaksanaan, darjah ketirisan dan kos yang terlibat akan dikaji, diperhalusi dan seterusnya cadangan mekanisme baharu untuk dilaksanakan sebagai langkah untuk meningkatkan keberkesanan penyampaian subsidi kepada golongan sasar. Kajian ini akan meliputi program subsidi utama di KPDNHEP termasuk: (i) Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak; (ii) Program Subsidi Tepung Gandum Kegunaan Am; (iii) Program Pengedaran Barang Perlu; dan (iv) Program Penyeragaman Harga Sabah, Sarawak dan Labuan. Kerajaan prihatin dengan kebajikan masyarakat di luar bandar, khususnya untuk mendapatkan barang keperluan asas. Kerajaan akan terus komited untuk meneruskan Program Pengedaran Barang Perlu, LPG dan community drumming serta Program Penyeragaman Harga Sabah, Sarawak dan Labuan. Untuk memastikan masyarakat di luar bandar akan dapat menikmati harga yang sama di bandar tanpa perlu menanggung kos-kos pengangkutan dan pengedaran. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Soalan tambahan pertama.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya adalah apakah kesan kepada Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS), sekiranya harga minyak sawit mentah crude palm oil terus melambung naik. Terima kasih.
Terima kasih. Dipersilakan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Betong, sebenarnya keadaan sekarang harga crude palm oil (CPO) satu tan metrik di peringkat global telah melambung naik. Apabila kita meletakkan threshold subsidi beberapa tahun sebelum ini. Ini terletak di tahap 2,500 metrik tan CPO tetapi sekarang sudah berlipat kali ganda lebih RM5,000 satu metrik tan CPO. Jadi, sekiranya harga minyak sawit mentah terus melambung, ia sudah tentu akan memberi kesan kepada perbelanjaan kerajaan bagi pelaksanaan Program Skim
Penstabilan Harga Minyak Masak ini. Sepertimana semua sedia maklum, purata harga minyak sawit mentah dilaporkan telah mencecah seperti yang telah saya sebut tadi RM5,000 bagi setiap tan metrik. Jadi, sebagai kerajaan yang prihatin, kerajaan seharusnya akan melihat kepada kaedah lain bagi memastikan bekalan minyak masak sawit mencukupi di pasaran dan juga memastikan minyak masak selalunya dapat dijual secara runcit pada harga yang tidak membebankan pengguna, khususnya kumpulan B40 ini. Jadi, pertamanya tumpuan harus diberikan kepada— untuk memastikan kumpulan sasar ini dijamin bekalan minyak masak dengan memastikan bekalan sedia ada mencukupi untuk kumpulan ini. Ini yang amat penting. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kementerian ini sedang melihat beberapa idea dan kita mendengar semasa perbahasan kita juga mendapat idea daripada Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, di mana Yang Berhormat mencadangkan two-tier, dua peringkat harga kita boleh laksanakan tetapi ini juga kita kaji. Mungkin idea itu bagus juga ya. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Ketua Pembangkang.
[Berdiri]
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan tahniah atas pengiktirafan dan penganugerahan.
Okey, terima kasih.
Dalam tradisi kebudayaan budaya khusus Tanah Melayu Melaka, itu satu pengiktirafan dan juga pengharapan kerana dia ada kaitan dengan tanggungjawab seterusnya dan soal integriti.
Terima kasih.
Saya tertarik dengan jawapan Yang Berhormat Menteri kerana mengambil langkah mengadakan kajian mengoptimumkan keberkesanan dan mekanisme. Kalau kita lihat kajian Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun, ketirisan subsidi minyak ini besar sekali dan tindakan-tindakan diambil itu tidak sangat berkesan. Dua masalah Yang Berhormat Menteri sedia maklum, pertama cara pengagihan kontrak kepada syarikat-syarikat yang mengagihkan yang mengambil keuntungan dan membocorkan. Keduanya menyerahkan kepada subsidi itu kepada kalangan yang tidak berhak sepertimana juga yang berlaku di Sabah dan Sarawak dan subsidi keperluan minyak kepada nelayan di sini. Jadi, saya ingin mendapat jaminan kepada Yang Berhormat Menteri sebelum mekanisme ini ditetapkan dalam kajian, jaminan bahawa pengagihan ini harus lebih telus dan Dewan harus dimaklum bagaimanakah kaedahnya? Apakah kaedahnya? Siapakah yang peroleh? Memaklumkan setiap tahun Laporan Ketua Audit Negara ini yang menyebut secara khusus kebocoran itu supaya dapat dielakkan.
Terima kasih Yang Berhormat. Dipersilakan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, apa yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi sudah dalam pertimbangan kami dalam untuk melaksanakan kajian ya. Jadi, itu sebagai maklum balas dan itu pun saya pada hari ini terima dengan ikhlas dan saya menganggap sebagai Yang Berhormat boleh dikatakan sebagai konstruktif. Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, kalau kita katakan ketirisan dia pelbagailah kita akui mungkin dalam pelaksanaan, pengagihan kontrak-kontrak yang terdahululah sebab maksud saya belum ada kita mengagihkan sebab kuota sudah habis pun. Jadi, kita tengok kepada itu juga dan ketirisan di mana apabila bekalan satu poli beg 1 kilogram untuk B40 ini di pasar ada yang dikatakan repack it, dia tidak jujurlah. Kita telah tangkap.
Sebenarnya Yang Berhormat Port Dickson, buat masa sekarang ada 19 kes yang kita kesan dan ambil siasatan sekarang dan ada juga daripada 19 kes ini kita hadapkan kepada mahkamah. Maknanya Yang Berhormat Port Dickson, KPDNHEP dalam penguatkuasaan kita memang menjalankan tugas dengan sebaik-baiknya. Sebab itu kita dapat kesan 19 kes ini daripada aduan dan juga kita dapat kesan daripada siasatan penguat kuasa. Jadi, untuk ke hadapan memang kita akan sebaik dapat mana kita boleh buat penambahbaikan dalam kaedah-kaedah supaya kita dapat memastikan mereka yang sepatutnya mengendalikan perniagaan ini mendapat dan mungkin mereka yang tidak sepatutnya mendapat, kita boleh lah tolak permohonan mereka. Jadi that is going forward, sir. Thank you very much.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seterusnya saya memanggil Yang Berhormat Tuan Chang Lih Kang.
2. Tuan Chang Lih Kang [Tanjong Malim] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan gaji anggota polis yang paling rendah dan tahun bila kenaikan gaji anggota polis yang terakhir.
Terima kasih Tan Sri Speaker. Sedap sebutan Tan Sri Speaker, tahniah Tan Sri. Lancar, saya hendak sebut pagi ini. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan pada tahun 2016 telah menambah baik struktur gaji dan skim perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2016 di bawah rasionalisasi Skim Perkhidmatan PDRM bagi Sistem Saraan Malaysia (SSM). Perubahan ini melibatkan semua peringkat skim di PDRM iaitu: (i) Skim Perkhidmatan Pegawai Kanan Polis; (ii) Skim Perkhidmatan Pegawai Rendah Polis dan Konstabel; (iii) Skim Perkhidmatan Pegawai Rendah Polis dan Konstabel Orang Asli; dan (iv) Skim Perkhidmatan Pegawai Rendah Polis dan Konstabel Sokongan. Menerusi perubahan ini, struktur gaji anggota PDRM ditambah baik berdasarkan pariti dengan skim-skim perkhidmatan lain yang berkaitan. Pada masa ini, gaji terendah bagi anggota polis adalah sebanyak RM1,220 iaitu gaji permulaan minimum bagi pegawai rendah polis dan konstabel sokongan. Kemasukan dengan menggunakan kelayakan akademik peringkat pentaksiran Tingkatan 3 atau penilaian menengah rendah atau kelayakan yang setaraf dengannya. Jumlah tersebut adalah merujuk pada gaji pokok tanpa mengambil kira elaun dan insentif lain yang dibayar mengikut penugasan anggota. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Soalan tambahan pertama.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri. Saya difahamkan bahawa last kenaikan gaji pada 2016 itu adalah lima tahun yang lepas dan saya rasa RM1,220 itu tidak mencukupi, terutamanya untuk anggota polis yang berkeluarga. Maka, saya ingin bertanya adakah Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersedia untuk menambah sekurang-kurangnya gaji anggota bawahan polis untuk tahun depan Belanjawan 2022? Terima kasih.
Terima kasih. Dipersilakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat atas keprihatinan Yang Berhormat terhadap anggota polis yang menjaga keselamatan dan ketenteraman awam di dalam negara kita. Terima kasih Yang Berhormat. Memang Kementerian Dalam Negeri sentiasa memikirkan setiap- sama ada daripada segi tangga gaji dan juga elaun dan juga kebajikan semua anggota di bawah Kementerian Dalam Negeri, terutama Polis Diraja Malaysia. Saya hendak sebut Yang Berhormat, selain daripada kenaikan gaji, kita juga membincangkan tentang taraf pendidikan semasa memohon konstabel tersebut.
Dahulu saya sebut Tingkatan 3, atau Sijil Rendah Persekolahan. Sekarang kita ambil daripada SPM. Maka dengan itu kenaikan gaji mestinya berubah. Saya ambil contoh, walaupun gaji permulaan RM1,220 saya ambil contoh, tentang elaun-elaun yang didapati atau diperoleh oleh konstabel atau pegawai rendah polis. Contoh, kalau anggota konstabel baharu memulakan perkhidmatan, ditempatkan di Briged Tengah PGA Kuala Lumpur. Selain gaji permulaan RM1,441 mengikut taraf kemasukan pendidikan dan juga akan turut menerima elaun sebanyak RM1,500. Selain daripada gaji, menerima elaun RM1,500, iaitu Elaun PGA RM400, Elaun Bantuan Insentif Tugas Am (BITA) RM200, Elaun Perumahan RM300, Elaun Imbuhan Tetap RM300, Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) RM300 dan juga Elaun Khidmat Awam RM115. Bermakna gaji dan elaun, anggota tersebut akan memperoleh sebanyak RM2,556 sebulan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Ya, Yang Berhormat Tumpat? Selepas ini Yang Berhormat Papar.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua atas anugerah yang membawa gelaran Tan Sri.
Terima kasih.
Soalan saya, selain perhatian terhadap soal gaji sepertimana yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, isu sewaan rumah yang tinggi terutamanya di kawasan bandar, serta jauh dari tempat mereka bertugas juga antara isu yang perlu mendapat perhatian kementerian, khususnya bagi anggota yang tidak menetap di kuarters dan berpangkat rendah ini. Soalan saya, apakah langkah kementerian bagi mengatasi perkara ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Silakan.
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Tumpat. Saya sudah jelaskan tadi ada Elaun Perumahan RM300 dan juga Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) RM300. Kita juga memikirkan untuk menambah lagi skim perumahan anggota polis di seluruh negara. Kuarters-kuarters sama ada akan dibaik pulih, dinaiktarafkan dan juga kita mengadakan kuarters-kuarters yang baharu di seluruh negara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ya, Yang Berhormat Papar. Yang Berhormat Papar sudah lama bangun.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menyokong penuh dengan permohonan untuk kenaikan gaji dan elaun para anggota polis. Selain daripada itu, saya ingin juga mengajukan apa yang saya lihat sendiri dengan mata kepala saya ialah berkenaan dengan bangunan polis di Daerah Papar ini memerlukan bantuan untuk pembesaran dan juga pembaik pulih perabot-perabot dan juga air conditioning. Ini yang sangat penting kerana apa yang saya lihat ialah mereka ini terlalu sempit, macam jammed sedikitlah. Jadi, ini yang saya ingin mohon daripada kementerian supaya
memberi perhatian kepada mereka ini supaya mereka dapat menjalankan tugasan mereka dengan baik. Kedua ialah berkenaan dengan kuarters ataupun tempat tinggal atau bangunan, di mana anggota-anggota ini tinggal. Saya juga melihat ia memerlukan pembaik pulih supaya mereka ini akan dapat tidur dan tinggal dengan hati senang. Terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Papar. Memang kita sentiasa mengambil berat tentang: (i) kenaikan pangkat; (ii) perjawatan; (iii) kenaikan gaji; (iv) elaun; (v) keselesaan semasa bertugas sama ada di pondok polis, di balai polis, di IPD, IPK; dan (vi) kuarters dan perumahan. Saya akan mengambil tindakan. Sekiranya perlu, Yang Berhormat Papar sila majukan kepada saya untuk kita sama-sama bincang untuk mengambil tindakan seterusnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Insya-Allah, permohonan akan diajukan secepat mungkin. Terima kasih.
Terima kasih. Seterusnya Yang Berhormat Jempol.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. SIP, PERKESO kita bicara; Bagi lindungi nasib pekerja; Soalan tiga Jempol bertanya; Silakan Menteri jawab segera.
3. Dato' Haji Mohd. Salim Sharif [Jempol] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, usaha yang telah dilakukan untuk menggalakkan caruman Skim Perlindungan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) bagi individu yang terlibat dalam bidang p-hailing dan e-hailing.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Pantun moden itu.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini yang ada untuk mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Tuan Yang di-Pertua. Lancar juga saya menyebut ‘Tan Sri Tuan Yang di-Pertua’.
Terima kasih.
Alhamdulillah atas pengiktirafan kepada Tan Sri Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak mulakan jawapan ini- dengan izin, saya akan mulakan dengan pantun. Orang berjudi sikap haloba; Sikap tamak mata duitan; Amalan judi jangan dicuba; Bimbangnya jadi pengikut syaitan.
Amalan judi perosak keluarga; Habis berpecah tak boleh berpakat; Anak bangsa siapa nak jaga; Pabila rosak punah masyarakat.
Ini bukan Kedah lah.
Balik kepada soalan saya, individu yang menjalankan aktiviti pekerjaan sendiri yang terlibat dalam bidang p-hailing dan e-hailing adalah meliputi di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri yang tertakluk di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 [Akta 789]. Strategi dan usaha berterusan sentiasa diambil perhatian oleh kerajaan bagi meningkatkan caruman Skim Perlindungan PERKESO dan Sistem Insurans Pekerjaan terutamanya bagi individu yang terlibat seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jempol yang bertanya soalan ini dalam bidang p-hailing dan e-hailing. Antaranya mengadakan sesi libat urus dan turun padang yang melibatkan agensi kerajaan, platform penyedia perkhidmatan ekonomi gig, persatuan, pertubuhan dan sebagainya di seluruh negara disusun atur oleh pihak Kementerian Sumber Manusia melalui agensinya iaitu PERKESO. Sebagai contoh, kolaborasi bersama dengan kerjasama penggiat seni, Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Agama Islam Malaysia. Selain daripada itu, kerajaan negeri juga memberi kerjasama yang amat baik dalam memastikan individu yang menjalankan aktiviti pekerjaan sendiri yang terlibat dalam bidang p-hailing dan e-hailing terus dilindungi. Ini merupakan komitmen kerajaan. Sebagai contoh, Kerajaan Negeri Terengganu telah memperuntukkan belanjawan sebanyak RM200 ribu setiap tahun mulai tahun 2018 sehingga tahun 2021 untuk menaja caruman di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri kepada pemandu teksi, kereta sewa, bas sekolah, pemandu bas sekolah, penghantar makanan, GanuShop dan juga beca. Melalui penajaan ini, seramai 1,000 orang rakyat di negeri Terengganu dalam perusahaan yang dinyatakan di atas telah mendapat manfaat. Di samping itu, kerajaan menerusi PERKESO turut mengadakan memorandum persefahaman bersama beberapa buah agensi kerajaan dan platform penyedia perkhidmatan bagi memperluaskan perlindungan keselamatan sosial kepada orang yang bekerja sendiri sepertimana Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tabung Ekonomi Kumpulan Urus Niaga dan MyDrebar. Wakil daripada jabatan, agensi dan kesatuan telah dilantik sebagai ejen keselamatan sosial pekerjaan sendiri mengikut ketetapan dalam terma dan syarat-syarat bagi maksud pungutan dan penerimaan bayaran caruman. Ejen keselamatan sosial pekerjaan sendiri juga bertanggungjawab melaksanakan aktiviti promosi, publisiti dan pemudah cara bagi tuntutan faedah keselamatan dan sosial pekerjaan sendiri. Sudah hendak habis. Selain itu, publisiti meluas secara aktif melalui hebahan di media juga dibuat iaitu Facebook, YouTube, WhatsApp, Instagram dan sebagainya. Jadi, bagi memastikan kesedaran kepentingan caruman Skim Perlindungan PERKESO dan Sistem Insurans Pekerjaan dapat dipertingkatkan dan seterusnya melindungi individu yang terlibat dalam bidang p-hailing dan e-hailing. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Yang Berhormat Jempol.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jawapan yang cukup mantap daripada Yang Berhormat Menteri. Layak sangat jadi Menteri akan datanglah. Kalau menanglah. Jadi, pada tahun 2018 kementerian telah mewajibkan semua pemandu e-hailing untuk mendaftar dan mencarum kepada PERKESO yang juga dikenali sebagai SOSCO. Bagi p-hailing, tidak diwajibkan.
Jadi, adakah kementerian merasakan bahawa p-hailing ini tidak menyumbang kepada perkara yang mungkinnya ia terdedah kepada perkara-perkara yang boleh membawa kemalangan jalan raya dan sebagainya.
Jadi soalan saya, apakah asas kementerian membuat ketetapan untuk tidak mewajibkan individu terlibat dengan bidang p-hailing untuk mencarum PERKESO? Apakah kementerian bercadang untuk memperkenalkan satu akta atau garis panduan bagi golongan penghantar industri p-hailing supaya dapat menjamin kebajikan dan keselamatan mereka? Mohon Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Terima kasih.
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Jempol. Soalan yang sangat baik, satu marketing, satu pemasaran bagi pihak PERKESO untuk kita turun ke bawah supaya maklumat ini diberi perhatian dan merasa ini adalah hak mereka. Jadi, saya ucapkan terima kasih sekali lagi kepada sahabat saya yang jack saya tadi ini, dia jack saya. Tidak apalah, kita tengok macam mana ke hadapan. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya untuk makluman Dewan yang mulia ini, individu yang bekerja sendiri yang terlibat dalam bidang p-hailing telah pun diwajibkan supaya berdaftar dengan mencarum dalam PERKESO di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri. Perkataan wajib, yang itu mesti. Jadi, saya menjawab soalan apabila saya kata wajib. Bagi orang-orang yang menjalankan perkhidmatan termasuk juga yang selaras dengan pewartaan caruman Peraturan-peraturan Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri. Kadar caruman bagi orang yang menjalankan perkhidmatan pengangkutan dan penghantaran barangan atau makanan 2021 melalui akta. Ini juga saya menjawab soalan. Tanya akta tadi, iaitu pindaan undang-undang (a) 372 bertarikh 21 September 2021 baharu ini, mula berkuat kuasa pada 1 Oktober 2021. Saya jawab soalan daripada segi pindaan akta-akta bagi melindungi mereka yang disebut, dibangkitkan oleh soalan tambahan tadi. Jadi, orang yang bekerja sendiri ini di bawah Akta 789 bermula dengan caruman yang sangat rendah iaitu bermula kita ada empat kategori segmentasi bagi mereka- yang akan mencarum iaitu bermula dengan satu tahun, RM157.20. Satu tahun, RM232.80 yang mana kerajaan memberi insentif ataupun subsidi sebanyak 70 peratus pada tahun ini dan kami dikhabarkan telah diputuskan bahawa tahun hadapan, 2022 kerajaan memberi insentif 80 peratus. Daripada RM232.80 ini, kerajaan memberi insentif 80 peratus. Hanya lebih kurang RM20, RM29 ke RM30 lebih, akan dibayar oleh pencarum dalam masa setahun. Seterusnya, kita ada lagi, skim kita RM442.80 yang memberi perlindungan sehingga ke isteri apabila berlaku kemalangan jiwa dan sebagainya, dia melindung anak- anak, melindung isteri, sehingga dia meninggal. Pencen ilat, dipanggil pencen penakat dan seterusnya anak-anaknya diberi juga pencen sehingga umur 18 dan belajar ke universiti juga diberi perlindungan oleh mereka yang mencarum dalam caruman ini.
Tolong ringkaskan Yang Berhormat.
Nanti, tidak habis lagi.
Cepat sedikit.
Saya hendak jawab soalan Yang Berhormat Jempol, sedikit lagi.
Ya, ya, ya.
Sedikit lagi. Dengan cara kaedah pelaksanaan mandatori ini jaminan keselamatan sosial terhadap orang yang menjalankan perkhidmatan pengangkutan dan penghantaran barangan atau makanan ini akan lebih terpelihara dan terjamin. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Lembah Pantai.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya dapat aduan kadang-kadang daripada pemandu p-hailing dan e-hailing ini, kadang-kadang mereka mempunyai akaun, yang mereka gunakan adalah akaun abang ataupun adik. Jadi, mereka membawa parcel ataupun bawa makanan itu dan mereka terlibat dalam kemalangan, kemudian apabila berlaku kemalangan, mereka tidak terjamin walaupun syarikat tersebut mendapat manfaat apabila mereka menghantar. Seperti tidak ada perlindungan. Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri mempunyai statistik berapa ramai pemandu e-hailing dan p-hailing yang menggunakan akaun bukan mereka punya. Maksudnya adik-beradik dan apakah dasar kerajaan untuk memastikan walaupun seseorang itu membawa bukan atas nama akaun tetapi mereka tetap dijaga daripada segi keselamatan pekerja. Terima kasih.
Terima kasih kepada saudara yang bertanya dari Lembah Pantai. Alhamdulillah, setiap undang-undang yang kita buat mesti masih ada lagi loophole ataupun kelonggaran-kelonggaran yang ada. Kami di pihak kementerian sentiasa mengalu-alukan cadangan untuk penambahbaikan yang memanglah apabila kita membuat peraturan kita menetapkan nama kepada mereka dan juga mereka yang terlibat dalam industri tersebut. Jadi, kalau pendaftaran berlaku atas nama lain daripada mereka yang menjalankan tugas itu, jadi kita nampak ini, kita perlu tambah baik lagi. Saya tidak ada data lagi berkenaan dengan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai. Mereka yang menggunakan nama-nama kedua dan ketiga, insya-Allah kita akan dapatkan, kita akan jawab nanti, insya-Allah. Ini baguslah. Saya ucapkan terima kasih sebab benda-benda macam ini kita perlu beri perhatian yang serius kerana mereka yang menggunakan nama kedua dan ketiga ini sebab mungkin ada sesuatu menyebabkan mereka tidak boleh mendaftar sebagai GrabFood dan sebagainya dalam e-hailing dan p-hailing ini. Jadi, kita prihatinlah kepada mereka. Terima kasihlah Yang Berhormat Lembah Pantai yang membangkitkan perkara ini.
Terima kasih.
[Bangun]
[Bangun]
Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Kapar sudah lama.
Yang Berhormat Kapar dahulu?
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Ringkas, ringkas ya.
Meneliti daripada jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri melalui pengalaman kita berhadapan COVID-19, merasai keperluan untuk mengkaji semula SIP dengan lebih proaktif, dengan meneliti sumbangan pencarum dan syarikat di samping menambah faedah-faedah keperluan daripada mereka yang mencarum, menggalakkan mereka dalam perlindungan Pertubuhan Keselamatan Sosial iaitu PERKESO. Soalan saya ialah adakah keperluan-keperluan untuk mengkaji semula dan memberikan tumpuan untuk faedah-faedah tambahan supaya menarik minat mereka untuk mencarum? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingat dia hendak marah dekat saya, rupanya hendak tanya soalan. Itu baharu tanya soalan, belum marah lagi. Kalau marah tidak tahu tara mana. [Ketawa] Terima kasih, soalan yang dibangkit ini adalah satu– apabila kita menghadapi ketika pandemik COVID-19, benda yang dengan izin, unpredictable iaitu benda yang kita
tidak jangka, tiba-tiba kita semua menghadapi. Begitu juga dengan sebelum ini sebelum kita menghadapi pra-pandemik COVID-19 ini kita hidup selesa dengan tidak pernah memikirkan keadaan ini dan juga mereka yang terlibat. E-hailing dan p-hailing ini pun juga wujud ketika berlaku pandemik COVID-19. Jadi, dia semakin disemarakkan dan berlakulah kes-kes yang disebut tadi ketika berlaku mereka memberi perkhidmatan untuk memberi satu sosial kebajikan ataupun perkhidmatan kebajikan kepada rakyat Malaysia yang menghadapi pandemik COVID-19. Jadi, SIP inilah kita telah kita lancarkan pada ketika yang saya sebut tadi iaitu Akta Sistem Insurans Pekerjaan yang dilancarkan, diperkenalkan pada tahun 2018 dan bermulalah pandemik COVID-19. Bagi untuk memperkasakan SIP ini dan memberi perlindungan kepada lebih baik. Setakat ini skim insurans perlindungan pekerjaan ini telah kita jalankan untuk kita memberi perkhidmatan kepada mereka yang wujud ketika pandemik COVID-19 yang sebelum ini tidak ada. Maknanya kita sangat prihatin. Jadi, tentulah masih ada lagi loophole ataupun ruang kosong yang perlu kita perbaiki. Saya harap sahabat saya dari Kapar tadi beri cadangan-cadangan lagi untuk kita memberi perlindungan kepada mereka ini dalam juga skim insurans perlindungan ini di mana yang paling utama sekarang ini, sekiranya mereka mencarum dalam skim ini, mereka juga kalau terlibat ketika bekerja ataupun pergi kerja atau balik kerja dan melibatkan kemalangan jiwa, skim ini akan melindungi keluarga mereka. Isteri mereka mendapat pencen penakat sehingga akhir hayat, anak-anak mereka juga diberikan pencen. Kalau ada empat orang, empat orang dibahagi 1/8, 2/8, 3/8, mereka akan mendapat. Mereka akan boleh menggunakan duit ini untuk belajar sehingga umur 18 dan sambung sehingga peringkat universiti, kita akan memberi sama ada dalam bentuk biasiswa dan juga pinjaman, bagi mereka tidak ada masalah untuk belajar. Mereka, anak-anak yang ada bakat dalam pelajaran, sama ada dalam bentuk akademik dan TVET ini terus melanjutkan pelajaran dengan bantuan PERKESO ini, insya- Allah. Jadi, kementerian sentiasa untuk membuat kajian untuk penambahbaikan Akta 800 iaitu akta penubuhan pelaksanaan di bawah PERKESO ini yang mana kewujudan Akta 4 untuk menubuhkan PERKESO dan Akta 800, pelaksanaan dia yang masih lagi kita perlu ada pindaan bagi mengembangkan perlindungan kepada rakyat kita yang terlibat dalam industri-industri dan sektor-sektor yang kita sebut tadi. Termasuk, kita buka lagi kepada semua sektor, termasuk yang tidak ada majikan, yang kita buka untuk mereka mencarum, yang seperti petani, peladang, pesawit, orang- orang buat bendang di Kedah, yang tidak ada majikan ini boleh mencarum bagi mendapat perlindungan. Saya ingat itu setakat ini sekian, wallahualam. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Kapar tadi mukadimahnya 23 saat. Soalan dia lapan saat. [Ketawa] Yang Berhormat Tuan Prabakaran.
4. Tuan P. Prabakaran [Batu] minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan satu rang undang-undang baru untuk menyokong isu perkauman. Akta Perpaduan Negara atau Race Relations Act yang akan bersifat adil dan saksama untuk semua kaum di Malaysia.
Yang Berhormat, sebenarnya soalan nombor 4 ini, menyatakan satu rang undang-undang baharu untuk ‘menyokong isu perkauman’. Saya rasa untuk ‘menangani isu perkauman’, bukan untuk menyokong. Tidak akan ada undang- undang untuk menyokong isu perkauman.
Saya minta pandangan Yang Berhormat Menteri atau Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Ya, menangani bukan?
Ya.
Silakan Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tahniah atas penerimaan darjah kebesaran baru-baru ini. Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini undang-undang sedia ada sudah memadai. Kepada sesiapa yang dengan sengaja mencetuskan atau mengeluarkan sebarang kenyataan yang menggugat perpaduan dan keharmonian, dengan izin hate speech pada rakyat, khususnya berkaitan isu perkauman boleh disiasat dan didakwa di bawah akta-akta berikut. Pertama, Akta Komunikasi dan Multimedia [Akta 588] iaitu kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan di bawah Akta 574 di bawah seksyen 506, 505, 504, kesalahan seperti menakutkan– jenayah, kesalahan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam, kesalahan dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan. Sumber ini membantu kita daripada segi menangani isu-isu perkauman dalam talian. Di bawah Akta Hasutan 1948 [Akta 15], kesalahan menghasut juga boleh kita gunakan untuk mencegah dan tegah sebarang perkara yang boleh menimbulkan masalah perpaduan di negara kita. Justeru, kementerian ini berpendapat tiada keperluan untuk menggubal satu undang-undang seperti Undang-undang Keharmonian Kaum (Race Relations Act), yang mana undang-undang sedia ada selari dengan konsep Keluarga Malaysia yang mementingkan integrasi nasional kesatupaduan, keharmonian, persefahaman dan kestabilan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Soalan tambahan pertama.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua untuk betulkan perkataan itu dan juga terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan. Soalan saya, jika dinilai dari satu hingga 10, apakah peringkat yang kita ada dari satu hingga 10 dengan izin, have the unity index among the races improved? Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Umum diketahui bahawa Malaysia adalah sebuah negara bangsa yang baharu yang berumur 60 tahun dan cabaran untuk kita membina identiti kebangsaan itu masih dalam prosesnya. Jadi, untuk kita menangani dan menambah baik isu-isu perpaduan ini di bawah Kementerian Perpaduan Negara, kita sudah pun menggariskan beberapa dasar penting untuk menambah baik dan memperkukuhkannya. Antaranya Dasar Perpaduan Negara yang menekankan tentang patriotisme, identiti nasional dan menambah baik ekosistem perpaduan dalam negara. Kita juga ada Pelan Tindakan Perpaduan Negara yang terus menjurus kepada program-program yang dapat membantu mencambah perpaduan negara seperti Kelab Rukun Negara, Sekretariat Rukun Negara dan juga Rukun Tetangga yang sedia ada. Pada hujung bulan ini, Dasar Perpaduan Keluarga Malaysia akan dilancarkan untuk menambah baik lagi gagasan perpaduan ini dan saya yakin untuk membantu kita menambah baik isu ini, pendidikan adalah jalan terbaik untuk kita menangani dan sebab itulah subjek-subjek seperti TITAS, kajian Malaysia di universiti perlu ditekankan, diajar bukan sepertimana Yang Berhormat Muar tidak bersetujulah untuk ditambah jumlah kreditnya. Jadi, itu yang saya harap kita dapat beri tumpuan penuh berbanding dengan undang-undang yang bersifat punitive, dengan izin. Terima kasih.
Sebelah sini dahulu.
Che Mat tidak boleh?
Tumpat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucap tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan
Menteri yang memberi jawapan yang cukup baik terutamanya dalam soal memberikan pendidikan bagi memastikan perpaduan di kalangan rakyat dalam negara ini. Saya juga berpandangan, masalah perpaduan kaum dalam negara kita adalah disebabkan oleh kefahaman yang bersimpang-siur sesetengah pimpinan rakyat terhadap teras-teras kenegaraan. Semalam, seorang Ahli Parlimen menulis dalam status Facebook nya bahawa langkah Kerajaan Negeri Kedah menghapuskan judi dan arak sebagai mencabuli prinsip negara bangsa, Rukun Negara dan sebagainya. Bagaimana perkara ini boleh dikaitkan sebegitu rupa sedangkan Rukun Negara sendiri antara lainnya menekankan Kepercayaan kepada Tuhan, Kesopanan dan Kesusilaan. Jadi oleh sebab itu, soal kefahaman songsang sesetengah orang sebeginilah yang menjadi punca pemecah belah perpaduan dalam negara yang telah meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Mohon pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Kita memang menjadikan Rukun Negara sebagai teras kepada Falsafah Perpaduan Negara dan itulah yang kita terapkan dalam semua program-program di bawah Kementerian Perpaduan.
Dia ungkit tadi.
Kita harap perkara ini dapat kita lanjuti dengan penambahan baik daripada segi perkara-perkara bersifat moral dan etika dalam kandungan kita dan untuk menambah sedikit sahaja jawapan kepada Yang Berhormat Batu, Kajian Indeks Perpaduan (IPNas) sedang dilaksanakan bersama UKM dan setelah selesai, kita akan maklumkanlah kepada semua Ahli Yang Berhormat.
Minta maaf, saya terpaksa jawab sebab tadi tanpa saya perasan, dia ungkit nama Muar.
Yang Berhormat Kota Raja pun bangun awal tadi.
Bolehlah Yang Berhormat Kota Raja.
Saya bagi peluang kepada Yang Berhormat Muar ke atau macam mana.
Ya, saya pun penting juga Yang Berhormat Muar.
[Ketawa]
Itu ada pemimpin di Melaka mengatakan peruntukan kerajaan negeri hanya mereka yang ada ‘bin’, yang tidak ada ‘bin’ tidak boleh diberi peruntukan daripada kerajaan negeri. Apakah kerajaan hendak siasat? Pandangan ini amat menghancurkan perpaduan di Malaysia ini. Tolong buat siasatan, apakah ada pemimpin di negeri Melaka mengatakan pembangunan di Melaka, bantuan kerajaan hanya mereka yang ada ‘bin’, yang tidak ada ‘bin’ ertinya tidak boleh diberi bantuan itu. Ini unsur perkauman yang ditanamkan begitu dahsyat di Melaka. Minta kementerian buat siasatan. Setuju atau tidak?
Tidak tahulah sama ada terkaitkah dengan soalan induk atau tidak.
Ya, kita akan siasat Yang Berhormat Kota Raja.
Terima kasih. Yang Berhormat Muar, exceptional, ringkas, penerangan sahaja.
Ringkas sahaja.
Ya.
Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri dan kerajaan berniat untuk menghidupkan semula Biro Tatanegara (BTN)? Terima kasih.
Tidak ada kena-mengena dengan soalan induk itu, Yang Berhormat.
Ringkas sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Muar pun maklum selepas Kerajaan Pakatan Harapan mentadbir, Biro Tatanegara telah dibawa masuk ke dalam Kementerian Belia dan Sukan dan telah dimansuhkan daripada segi namanya. Kita sudah tambah baik daripada segi patriotisme yang lebih menyeluruh melalui sekolah. Rukun Negara dan pelbagai aktiviti- aktiviti kepimpinan yang sebenarnya Yang Berhormat Muar sendiri telah menerajuinya sebelum ini. Jadi, sebenarnya tidak ada sebarang cadangan di peringkat kerajaan buat masa ini.
5. Tuan Steven Choong Shiau Yoon [Tebrau] minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan berapa peruntukan yang telah disalurkan kepada tiga kampung Orang Asli di bawah kawasan Parlimen Tebrau pada tahun 2020 dan hingga bulan September, 2021 dan apa sebabnya Kementerian tidak menyediakan rumah berbentuk prefab untuk Orang Asli di Kampung Pasir Putih dan tidak menyambungkan paip air kepada Kampung Pasir Salam.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kesempatan ini saya seperti rakan- rakan lain, ingin merakamkan ucapan tahniah di atas anugerah kepada Tuan Yang di- Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Terdapat tiga buah perkampungan Orang Asli di Parlimen Tebrau iaitu Pasir Salam, Pasir Putih dan Teluk Kabung. Peruntukan yang disalurkan bagi tujuan pelaksanaan pembangunan di tiga kampung Orang Asli di Parlimen Tebrau pada tahun 2020 sehingga September 2021 adalah berjumlah RM286,000. Antara projek yang dilaksanakan adalah membina dan menyiapkan jalan berturap dan lain-lain kerja berkaitan di Kampung Orang Asli Pasir Putih dan Teluk Kabung pada tahun 2020 dan kerja-kerja baik pulih rumah di bawah Program Bantuan Rumah pada tahun 2021. Sejak tahun 2019, kementerian telah menggalakkan agensi-agensi pelaksanaan yang terlibat di dalam projek bina baru rumah menggunakan kaedah prefab iaitu melalui IBS dalam kerja-kerja pembinaan.
Namun begitu, apabila di peringkat pelaksanaan, terdapat kekangan yang dihadapi disebabkan kekurangan pembekal IBS terutamanya yang melibatkan kawasan perkampungan Orang Asli, di mana melibatkan juga kos pembinaan yang ekstrem di kawasan sangat tinggi. Walau bagaimanapun, kementerian melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli, akan melihat kesesuaian penggunaan produk berbentuk IBS dalam projek pembinaan rumah di perkampungan Orang Asli pada masa akan datang. Di samping itu, kekangan peruntukan yang menyebabkan jumlah pembinaan rumah yang rendah dan tidak ekonomik untuk pembekal melaksanakan Projek Bina Baharu Program Bantuan Rumah Orang Asli ini. Seterusnya bagi bekalan air di Kampung Orang Asli Pasir Salam, adalah masih menggunakan sumber air melalui sistem alternatif daripada telaga tiub (tube well) yang disediakan oleh kementerian. Pada tahun 2008, Syarikat Air Johor (SAJ) telah membuat kajian dan siasatan serta telah mengenal pasti anggaran kos yang akan terlibat untuk kerja-kerja pembekalan air retikulasi ke kampung Orang Asli berkenaan adalah berjumlah RM2.2 juta.
Jarak dari jalan besar ke Kampung Orang Asli Pasir Salam adalah lima kilometer dan melalui tanah, syarikat persendirian yang memerlukan kebenaran izin lalu sedang dalam peringkat perbincangan bagi mendapatkan persetujuan semua pihak yang terlibat. JAKOA akan memastikan isu bekalan air di Kampung Orang Asli Pasir Salam ini ditandatangani sebaiknya bagi memastikan penduduk mendapat bekalan air bersih untuk kegunaan harian mereka. Terima kasih Yang Berhormat Tebrau.
Terima kasih. Silakan, Tebrau.
Terima kasih atas penjelasan dan jawapan daripada kementerian, khususnya bekalan air kepada Kampung Pasir Salam kerana mereka sudah lama menunggu bekalan air. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada sebut, kementerian ada sediakan perigi (well) beberapa tahun yang lepas tetapi itu memang tidak diguna pakai lah, sudah terbengkalai dan terbiar sahaja. Akan tetapi soalan tambahan saya, latar belakangnya adalah banyak pembangunan dilakukan oleh kerajaan negeri mahupun pusat atas dasar untuk membangunkan satu tempat yang ada perkampungan Orang Asli, atas sebab hendak naikkan ekonomi di tempat itu. Akan tetapi cara untuk menempatkan mereka di tempat lain tidak diuruskan dengan baik kerana biasanya tempat yang dipindahkan tidak ada bekalan asas seperti air, elektrik dan sekolah. Jadi, masalah bertambah lagi sekiranya ekosistem di tempat yang baharu sudah berubah, buat mereka hilang mata pencarian. Sebagai contoh, Orang Asli Seletar di Stulang Laut, yang sudah dipindahkan di tempat yang tidak sesuai untuk mereka menangkap ikan dan juga Orang Asli Seletar di Gelang Patah juga dipindahkan ke tempat yang bukan dekat dengan laut.
Soalannya Yang Berhormat Tebrau, soalan.
Jadi, ini adalah masalah. Jadi, soalan saya, bagaimana kita akan adakan pembangunan tetapi pada masa yang sama tidak mengganggu tanah adat mereka dan tidak memaksa perubahan atas cara kehidupan mereka tanpa satu pelan tindakan yang holistik supaya kedua-dua perkara yang saya sebut boleh wujud bersama. Terima kasih.
Terima kasih. Silakan Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Di bawah kementerian kita, sentiasa membuat kajian permasalahan Orang Asli ini. Sekarang ini, setiap kali secara kebetulan saya yang sentiasa memantau masyarakat Orang Asli dan kita tahu masalah yang sebenar, permasalahan yang ditimbulkan. Apabila melibatkan tanah sahaja, khususnya tanah adat yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Tebrau sebentar tadi, tanah adat ini adalah di bawah kuasa kerajaan negeri. Kebiasaannya kita di peringkat Kementerian Pembangunan Luar Bandar, hanya akan memberi pandangan kepada peringkat negeri apa juga sebarang pembangunan yang kita hendak bangunkan kepada masyarakat Orang Asli. Oleh sebab itu ada ketikanya masyarakat Orang Asli secara menyeluruh, secara totalnya di negara kita ini, mereka juga sering berpindah-randah. Ada ketikanya, saya walaupun dalam Parlimen saya, jumlah yang kecil sahaja masyarakat Orang Asli tetapi kadang-kadang kita tidak tahu dah ada perkampungan baru yang mempunyai lima buah rumah. Ini yang menghadapi masalah kepada kita, sepanjang masa kita hendak perhatikan mereka demi untuk pembangunan dari segi pembinaan rumah baru, masalah air, masalah elektrik dan sebagainya. Jadi, terpaksa kami membuat kajian, sama ada hendak menggunakan elektrik iaitu menggunakan sistem solar kerana disebabkan kawasan itu yang amat jauh, yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Tebrau sebentar tadi. Akan tetapi daripada segi masalah tanah adat, sememangnya Yang Berhormat kena ada perbincangan melalui kerajaan negeri dan boleh aturkan bersama dengan kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan nombor dua, Sepang.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya tanya, saya hendak tanya adakah jawapan- jawapan dalam kerajaan ini boleh bertanggungjawab? Ia sebab dia jawab sekarang pagi ini, petang nanti di Melaka dia bergaduh. Jadi kita tidak tahu, sama ada jawapan ini benar atau tidak?
Soalan, soalan, soalan.
Okey. Jadi saya hendak tanya, kita dah tahun 2021 tetapi kenapa lagi Yang Berhormat Timbalan Menteri, isu-isu macam air dan elektrik ini masih tidak selesai lagi di kalangan Orang Asli? Adakah memang ada masalah yang paling besar atau tidak ada kemahuan politik untuk selesaikan masalah Orang Asli ini sebab saya rasa memang pelik. Masa jadi kerajaan dulu kita boleh, ada seorang di Sepang itu Orang Asli mengadu pada saya, sudah 40 tahun tidak ada elektrik, saya hendak tengok televisyen dia kata pun tidak boleh. Jadi, saya sebagai seorang Timbalan Menteri pada masa itu, saya telah menelefon TNB dan boleh diselesaikan dalam masa yang segera. Ia bermakna kalau kita ada kemahuan politik, memang boleh. Jadi, saya mengharapkanlah kalau boleh jawapan ini bertanggungjawab. Jangan nanti kat sini jawab lain, di Melaka nanti bergaduh pula. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat, Dewan Rakyat di Jalan Parlimen, bukan di Melaka.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Sepang. Itu sebab saya menyatakan sebentar tadi, memang kita akui bahawa kawasan Orang Asli ini memang jaraknya agak pendalaman. Kalau Yang Berhormat tengok umpamanya di Kelantan, di Kampung Gok umpamanya, lebih kurang dalam – perjalanan kereta biasa hendak sampai ke sana, lebih kurang dalam tujuh jam kalau tidak hujan. Kalau hujan, mungkin dua hari boleh sampai. Oleh sebab itu kita akui bahawa kalau kita hendak memasuki air bersih di kawasan tersebut umpamanya, ia memerlukan kos yang sangat tinggi dan sememangnya dah masuk dalam perancangan kita untuk bagaimana hendak menyelesaikan masalah-masalah seperti ini. Di dalam mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan, saya sering bangkitkan perkara- perkara seperti Yang Berhormat Sepang nyatakan. Jadi sebab itu saya nyatakan juga bahawa satu kos yang besar kepada masyarakat Orang Asli, barulah kita boleh dapat menyelesaikan seberapa segera daripada penglibatan untuk pembangunan di kawasan Orang Asli ini khususnya jalan raya, rumah dan elektrik. Itu sebenarnya Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Sepang membangkitkan, insya-Allah kita cuba sedaya-upaya dalam hal ini.
Terima kasih. Yang Berhormat Datuk Mohd Azis bin Jamman, silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Menghilir sungai menaiki rakit, Rakit dari batang rumbia, Jasa belia bukan sedikit, Menjana negara ke mercu dunia. Soalan saya nombor enam.
6. Datuk Mohd Azis bin Jamman [Sepanggar] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan memandangkan kadar pengangguran belia yang tertinggi adalah di Sabah, apakah usaha-usaha yang akan dilakukan oleh kementerian dan adakah kementerian akan memperluaskan program latihan pekerjaan atau perantisan bagi peningkatan kemahiran (upskilling), latihan semula (reskilling) dan silang kemahiran (cross-skilling) di Sabah.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada sahabat yang bertanya daripada Sepanggar. Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran di Sabah, golongan belia sehingga 24 tahun bagi tahun 2020 ialah sebanyak 17.3 peratus. Jadi, dalam inisiatif ini untuk program-program yang dijalankan oleh kerajaan seperti Program Karnival Kerjaya, Program Insentif Pengambilan Pekerja dan Program Latihan Kemahiran Semula dan Peningkatan Kemahiran melalui penyedia latihan yang dilantik untuk belia-belia terutamanya di Sabah khususnya. Jadi dibangkitkan berkenaan dengan bagi peningkatan kemahiran (upskilling) dan juga latihan semula iaitu reskilling dan silang kemahiran ataupun cross-skilling) termasuk kepada golongan belia di Sabah.
Kerajaan telah menyediakan platform, peluang pekerjaan dalam portal MYFutureJobs yang perlu dimanfaatkan oleh setiap pencari kerja terutamanya golongan belia. Jadi, kes kehilangan pekerjaan bagi negeri Sabah dari 1 Januari sehingga 5 November 2021 adalah sebanyak 2,667 orang. Jadi, jumlah penempatan semula bagi negeri Sabah dari 1 Januari sehingga 5 November 2021 sebanyak 5,071 orang. Kita sangat prihatin dan serius terutamanya bukan sahaja masyarakat Sabah dan juga golongan belia di seluruh Malaysia. Jadi, selain daripada itu, inisiatif kerajaan, inisiatif Penjana Kerjaya diperkenalkan bagi menggalakkan majikan membuat pengambilan pekerja baharu dan ditawarkan elaun mobiliti secara one- off sebagai persediaan untuk bekerja. Di samping itu, program perantisan juga ditawarkan bertujuan menggalakkan majikan memberi peluang kerjaya untuk lepasan sekolah dan graduan berumur 18 hingga 30 tahun berjumlah 44,843 orang graduan. Manakala bagi perantis yang telah mendapat peluang menjalani perantisan di Sabah pula seramai 1,228 orang graduan. Jadi, saya kerap menyebut Sabah sebab soalan ini khusus yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sepanggar, berkenaan dengan graduan penganggur belia di Sabah. Jadi, selain daripada itu, sistem insurans pekerjaan juga menyediakan program bagi meningkatkan modal insan dan kebolehpasaran pekerja untuk kita latih belia-belia di Sabah supaya mereka boleh bersaing ataupun kompeten dalam pasaran seperti khidmat kerja kaunseling, pemprofailan kemahiran, penulisan dan juga cara-cara menulis resume yang kita telah meningkatkan mereka supaya didedahkan dengan kaedah-kaedah baharu. Termasuk juga latihan persediaan untuk ditemu duga, latihan kemahiran bercakap dalam Bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris, dan penyampaian, serta seminar pekerjaan bagi mereka yang mencari pekerjaan. Jadi, inilah inisiatif-inisiatif yang kita jalankan seperti mana juga sedikit Analitis Penilaian Psikometrik Bersepadu, Nurturing Expert Talent (NEXT), program latihan industri berstruktur Young Employable Student (YES), Kolaborasi Industri Akademia- Industry Academia Collaboration, program pengekalan bakat tajaan kerajaan. Inilah inisiatif-inisiatif kerajaan telah menubuhkan badan-badan ini bagi kita memberi perkhidmatan kepada belia-belia yang sedang menganggur ketika kita menghadapi pandemik COVID-19 khususnya juga di Sabah. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Soalan tambahan pertama.
Okey. Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang telah diberikan. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri nyatakan bahawa kadar pengangguran di Sabah ini adalah tertinggi iaitu 17.3 peratus berbanding purata nasional 12 peratus. Jadi, soalan saya Tuan Yang di-Pertua, apakah strategi rentas kementerian yang dirangka bagi mewujudkan program membangunkan set kemahiran baharu khususnya berkenaan dengan teknologi dalam mempersiapkan belia di Sabah mendapatkan pekerjaan- pekerjaan mahir yang baharu?
Apakah kementerian bercadang untuk menyediakan peruntukan bagi melatih pekerja yang diberhentikan kerja termasuk golongan belia yang belum mempunyai pekerjaan di Sabah supaya mereka boleh bekerja sendiri? Terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Sepanggar. Berkenaan dengan rentas kerja, usaha-usaha kerajaan- oleh sebab itulah sekarang ini-terima kasih. Sekarang ini, kita seterusnya melancarkan satu program Sistem Latihan Dual Nasional yang menerapkan kaedah 70 peratus dalam latihan industri dan 30 peratus dalam pusat latihan dengan penglibatan 21 buah pusat latihan dan juga 109 buah syarikat di Sabah. Pusat latihan yang melaksanakan program ini termasuklah program-program kita sebagai perantis iaitu pelaksanaan TVET yang lebih kompeten dalam pasaran supaya menjadi pilihan kepada anak-anak muda kita yang menganggur, termasuk juga pelajar- pelajar yang kita sedang membuat satu draf- satu kertas. Kita akan mengisi mereka yang tidak boleh, mungkin tidak ada kemajuan di dalam bidang akademik sikit tetapi mereka ada talent, dan ada bakat dalam bidang skil yang kita akan buat pengisian. Itulah sebab kita sebutkan Sistem Latihan Dual Nasional ini yang kita akan- Paper ini kita akan tablekan, kita akan bentangkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk diluluskan supaya kita akan menyediakan pekerja- pekerja seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sepanggar tadi untuk rentas bagi mereka, diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada bajet lalu bahawa, Malaysia akan menuju ke arah negara industri. Inilah premis yang kita sediakan bagi mengisi peluang-peluang pekerjaan untuk belia-belia yang menganggur, dan juga anak-anak kita yang boleh pergi ke channel TVET ini. Insya-Allah. Sekian, terima kasih.
[Bangun]
Terima kasih. Yang Berhormat Sibuti. Maaf Yang Berhormat Rasah. Kena sebelah sini.
Okey Sibuti. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selain daripada golongan belia, saya melihat salah satu- golongan yang juga terpinggir di dalam sumber manusia ini adalah golongan banduan dan juga bekas- bekas penagih yang keluar daripada pusat serenti. Adakah terdapat rancangan khusus daripada Kementerian Sumber Manusia berkenaan tentang peningkatan kemahiran upskilling dan juga reskilling untuk golongan banduan ini? Terima kasih.
Terima kasih. Kebetulan soalan yang dibangkitkan ini soalan yang bagus kerana prihatin kepada golongan banduan. Kita baru saja memberi latihan kepada golongan banduan ini, dan mereka ini telah ditempatkan di beberapa buah syarikat sehingga 500 orang di Petaling Jaya saja, sebuah syarikat ini telah mengambil banduan-banduan ini untuk bekerja dengannya. Mereka ini sangat produktif dan karakter mereka sekarang ini lebih baik daripada apa yang ada masa ketika sebelum mereka menjadi banduan. Alhamdulillah. Saya hendak sebut nama-nama syarikat itu pun boleh dan sekarang kita memberi perhatian dan kita ada latihan khusus, Kementerian Sumber Manusia ada latihan khusus bersama Jabatan Tenaga Kerja yang memberi penumpuan kepada banduan-banduan yang ada dalam negara ini, yang mereka akan keluar sebagai manusia biasa dan diberikan peluang pekerjaan kepada mereka dengan di dalam industri manufacturing khususnya. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, minta soalan sikit?
Yang Berhormat Rasah, ringkas saja.
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua ke atas pengurniaan pingat tersebut.
Terima kasih.
Saya meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri ketika menjawab soalan asal daripada Yang Berhormat Sepanggar tadi yang mengatakan inisiatif daripada kementerian. Saya menyambut baik kesemua inisiatif tersebut untuk membantu mengurangkan kadar pengangguran. Cuma satu, Yang Berhormat Timbalan Menteri ada mengatakan bahawa ada inisiatif untuk membantu mereka menyediakan CV dan juga untuk mereka ditemu duga dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Saya hendak tanya, apakah pandangan peribadi Yang Berhormat Timbalan Menteri kalau temu duga dijalankan oleh korporat dalam bahasa Inggeris? Ini disebabkan satu Malaysia ataupun satu dunia tahu apa yang telah dilakukan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri terhadap seorang wartawan beberapa hari yang lepas. Saya mohon pandangan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.
Terima kasih. Memang baguslah saya boleh menjawab soalan ini. Akan tetapi, sebenarnya out of topic, keluar daripada kementerian ini.
Saya rasa tidak perlu dijawablah Yang Berhormat Menteri. Ya.
Jadi, Bahasa Malaysia merupakan Bahasa Kebangsaan. Jadi, kita perlu menggunakanlah dalam semua sektor kecuali dengan mereka yang tidak daripada pelabur- investor yang dari luar, yang tidak faham bahasa Inggeris, jadi kita boleh berbahasa Inggeris. Kalau kita as a Malaysian, kita adalah setia. Kalau kita rakyat Malaysia, kita setia pada Malaysia. Kita menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan- adalah termaktub bersamaan dengan Perlembagaan Malaysia. Jadi, sekian, terima kasih.
Terima kasih. Seterusnya, Yang Berhormat Cameron Highlands.
7. Tuan Ramli bin Dato' Mohd Nor [Cameron Highlands] minta Yang Berhormat Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan, apakah langkah yang akan dilakukan oleh pihak kementerian berikutan isu jalan yang teruk di kampung pedalaman Pos Terisu, Pos Lemoi, Pos Sinderut, Pos Lenjang dan Pos Titom?
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang di- Pertua atas penganugerahan yang diberikan. Alhamdulillah.
Terima kasih.
Kerajaan mengambil maklum tentang kepentingan akses jalan perhubungan di kawasan pedalaman terutamanya di kampung Orang Asli. Sehubungan itu peruntukan berjumlah RM250 juta telah diluluskan sepanjang Rancangan Malaysia Kedua Belas, bagi tujuan membina, menaiktarafkan, membaik pulih, menyelenggarakan jalan-jalan di perkampungan Orang Asli. Di dalam Rolling Plan Pertama RMKe-12, kementerian melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) sedang melaksanakan projek membina jalan perhubungan desa dari Kampung Semoi Lama ke Pos Lenjang dengan kos berjumlah RM30 juta. Jabatan Kerja Raya (JKR) telah dilantik sebagai agensi pelaksana projek ini. Projek ini dijangka akan siap pembinaannya pada tahun 2025 dan sekarang physical progressnya sebanyak 35 peratus ya iaitu sepanjang 11.5 kilometer.
Pada tahun 2021 ini, JAKOA telah melaksanakan kerja-kerja menaik taraf dan menyelenggara jalan sedia ada di perkampungan Orang Asli termasuk di Pos Sinderut dengan kos sebanyak RM1.05 juta.
Sehingga kini, projek ini telah mencapai 70 peratus kemajuan fizikal dan akan siap pada tahun ini juga iaitu sepanjang lima kilometer. Manakala bagi jalan-jalan di Pos Terisu sepanjang 12 kilometer, Pos Lemoi sepanjang 23 kilometer dan Pos Titom sepanjang 48 kilometer pula akan dipertimbangkan dilaksanakan pada tahun 2022 menggunakan peruntukan di bawah projek menaik taraf, membaik pulih dan menyelenggara jalan di perkampungan Orang Asli. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, pohon penjelasan sama ada jalan-jalan yang telah dinyatakan ini di dalam Pos- pos Orang Asli ini bolehkah diletak di bawah MARRIS supaya penyelenggaraannya lebih senang. Lagi satu, apakah tindakan yang akan dilakukan oleh kementerian untuk memastikan jalan-jalan ini mengikut standard yang telah ditetapkan dan tidak enam bulan sudah rosak, setahun sudah rosak. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Cameron Highlands. Saya memang maklum tentang kerosakan ini sebagai mana telah diinform kepada kita. Jadi, sebelum menyebut tentang MARRIS itu, saya hendak maklumkan secara keseluruhannya jumlah peruntukan bagi menaik taraf pada tahun ini ialah RM5 juta. Berdasarkan kos semasa iaitu RM27,000 per 100 meter. JAKOA menerima permohonan baik pulih dan turap semula jalan daripada Tok Batin, Pengerusi KP JAKOA seluruh negara dan menyalurkan peruntukan bagi kerja-kerja baik pulih tersebut menggunakan pendekatan turap semula, tampal, meratakan dan grading. Keseluruhan kerja naik taraf berjaya dilaksana setakat ini adalah dianggarkan 80 kilometer. Jadi, tentang MARRIS ini saya memang bersetuju Yang Berhormat Cameron Highlands bahawa pada masa ini adalah eloknya Yang Berhormat sendiri dan mungkin pegawai-pegawai, ADUN, Exco-exco di negeri masing-masing ya di mana jalan-jalan ini yang dibina. Kita sentiasa membina jalan baharu dan menaik taraf jalan. Jadi, adalah eloknya standard jalan ini mengikut jalan apabila kita membinanya mengikut standard yang ada pada JKR supaya ia dapat dimasukkan ke dalam MARRIS dan bila dalam MARRIS nanti, insya-Allah tiap-tiap tahun kita akan mendapat peruntukan tetap yang disalurkan daripada Kementerian Kewangan kepada negeri-negeri untuk merepair jalan-jalan ini. Mungkin kalau dapat dihantar kepada daripada Kementerian Kewangan kepada JAKOA untuk peruntukan menyelenggara jalan-jalan yang dibina ini. Penyelenggaraan ini mestilah apabila dibuat, mengikut kawasan-kawasan dan mengikut standard dan mengikut tahap jalan itu. Keduanya, tentang kualiti jalan ini. Saya tidak menafikan enam bulan rosak. Kadang-kadang, tiap-tiap tahun peruntukan yang sama diberikan kepada jalan yang sama untuk direpair. Ini berlaku rasanya bukan di Semenanjung sahaja, di banyak tempat. Adalah eloknya barangkali kita supaya apabila membina jalan asal tersebut, walaupun kadang-kadang kita pentingkan connectivity sahaja tetapi kualitinya kurang, dan the maintenance cost is very high dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Ini memang kita akui. Jadi, adalah eloknya kita semua pihak di peringkat negeri, di pihak Jabatan Kerja Raya dan juga kementerian kami sendiri melihat kaedah pembinaan asal jalan tersebut. Pembinaan asal itulah menentukan berapa umur jalan itu, berapa panjang jalan itu dan kekuatannya dan melihat kenderaan apa yang akan lalu di situ. To be honest, tidak dinafikan ini akan membabitkan kos. Kita tidak buat standard R3 untuk jalan di hulu, di mana macam-macam jenis kenderaan berat yang akan gunakan, it won’t last long. Kini, satu kaedah yang kita harus buat bukan hanya di perkampungan Orang Asli tetapi di semua tempat. Akan tetapi ini mestilah ada kerjasama semua pihak dan terpaksa menerima hakikat it’s going to be expensive. Insya-Allah Yang Berhormat, mungkin kita masing-
masing dengan negeri kita masing-masing, berunding macam mana kaedah untuk memastikan jalan-jalan ini dapat dibina asalnya dengan standard yang minimum, sekurang-kurangnya boleh menerima kenderaan yang five, six, eight tonne and above supaya ia boleh bertahan lama. Jadi, kita tidak payah ulang-ulang, buat heavy maintenance. Kalau boleh, ada just the ordinary maintenance bukannya periodical, bukannya hendak heavy maintenance ke atas jalan ini. Ini memang diakui hakikat sebenarnya. Jadi, saya harap semua pihak dapat bersama-samalah kementerian kami, negeri- negeri, JKR negeri dan juga mana-mana agensi yang berkaitan membina jalan. Kita jangan buat setakat dapat connectivity sahaja tetapi the quality must be there, barulah jarak antara satu maintenance dengan maintenance yang satu lagi itu akan berpanjangan and we will save cost in the long run, dengan izin. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Yang Berhormat Papar.
Ya, Papar. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. sepertimana yang kita tahu, Kementerian Pembangunan Luar Bandar diberikan peruntukan sebanyak RM7.01 bilion untuk tahun hadapan. Jadi, saya dari P.17 ini Papar telah menujukan banyak permohonan untuk kampung-kampung di DUN Pantai Manis, DUN Kawang dan begitu juga di DUN Limbahau. Jadi, permohonan saya itu berkitar kepada perparitan-perparitan yang baik, pemasangan-pemasangan kalbot, jaringan-jaringan jalan-jalan kampung dan juga menaik taraf jalan-jalan kampung, membuka jalan-jalan baharu dan juga menaik taraf jambatan- jambatan menyeberangi sungai ataupun membuat lagi jambatan-jambatan untuk menyeberangi sungai. Begitu juga jambatan gantung banyak yang telah rosak disebabkan oleh banjir baru-baru ini dan kalau boleh banyak lagi tempat-tempat yang memerlukan jambatan gantung. Jadi, terima kasih. Mudah-mudahan apa yang kita pohon itu akan mendapat perhatian daripada kementerian. Terima kasih banyak-banyak.
Terima kasih. Yang Berhormat saya rasa perkara tersebut telah pun dibincangkan semasa pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12. Saya ingat lagi. Saya rasa tidak perlulah Yang Berhormat...
Sedikit sahaja Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Papar. Dia dengan izin hari itu dia cakap Brunei, jadi saya balas dia cakap Brunei. Jadi, beginilah Yang Berhormat Papar. Banyak orang yang meminta macam- macam arah kita ini, sama-sama banyak tempat. Sama ceritanya jalan raya, jambatan gantung, parit dan sebagai-bagainyalah. Macam-macam, memang banyak. Jadi, insya-Allah berbahagi-bagilah. Kita lah sama-sama berbahagi-bahagi. Memang banyak akan diperlihat sudah, masing-masing sedikit seorang.
Ya, sekurang-kurangnya ‘ampati wa ampati’ ini Papar itu okey.
Yang Berhormat terima kasih ya.
Tuan Yang di-Pertua, diampati itu maksudnya sekurang-kurangnya adalah sikit-sikitlah. Terima kasih bah.
8. Tuan Sim Chee Keong [Bukit Mertajam] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan laporan terperinci isu "Did Not Start" (DNS) atlet Paralimpik Malaysia Muhamad Ziyad Zolkefli di Paralimpik Tokyo 2020 dan tindakan yang telah diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab.
Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, atlet Paralimpik negara Muhammad Ziyad Zolkefli telah kehilangan pingat emas dan catatan rekod dunia 17.94 meter dalam acara
lontar peluru F20 yang dilakarkan di pentas sukan Paralimpik Tokyo 2020 baru-baru ini berikutan pembatalan penyertaannya oleh pengadil atau pegawai teknikal sukan pada olahraga di Tokyo. Pihak kementerian sependapat dan percaya dengan pendirian Ziyad bahawa dakwaan mengatakan beliau lewat adalah tidak berasas sama sekali dan keputusan pengadil atau pegawai teknikal tersebut hasil daripada provokasi pegawai ataupun jurulatih pasukan Ukraine yang mana atletnya merupakan pesaing utama Ziyad. Walau bagaimanapun, pihak kementerian tetap menjalankan siasatan dan bagi memastikan dakwaan dan pendirian kita mempunyai asas yang kukuh. Berikutan insiden tersebut, kementerian telah menubuhkan satu Jawatankuasa Siasatan Dalaman yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Borhan bin Dolah, mantan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia untuk menjalankan siasatan terperinci mengenai pembatalan penyertaan dan kemenangan Muhammad Ziyad Zolkefli di Temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020. Mesyuarat telah diadakan pada 5 Oktober 2021 dan 22 Oktober 2021. Hasil daripada laporan jawatankuasa tersebut telah diserahkan kepada pihak kementerian pada 28 Oktober 2021. Pihak jawatankuasa mendapati jurulatih dan atlet berkenaan tidak dapat membuktikan mereka tiba pada waktu yang ditetapkan untuk pendaftaran di bilik menunggu, biarpun kedua-duanya mereka menganggap mereka tiba tepat pada waktunya.
Walau bagaimanapun, kedua-dua mereka iaitu jurulatih dan juga atlet telah mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas insiden yang telah berlaku. Kita amat menyanjung tinggi atas sikap kebertanggungjawaban mereka. Walau bagaimanapun, kementerian tetap meminta kesemua pihak yang terlibat, baik di peringkat Majlis Paralimpik Malaysia, Majlis Sukan Negara, Persatuan Olahraga Para Malaysia dan semua pegawai, jurulatih dan atlet, untuk lebih berhati-hati bagi memastikan segala peraturan pertandingan sentiasa diberikan keutamaan dan ketepatan. Kementerian juga telah mengarahkan Majlis Sukan Negara melalui Persatuan Olahraga Para Malaysia mengambil tindakan bagi mengemukakan pandangan supaya World Para Athletics membuat penambahan khususnya prosedur Did Not Start atau penambahbaikan khususnya prosedur Did Not Start atau tidak memulakan saingan yang menimbulkan kekeliruan semasa acara berlangsung. Selain itu, Majlis Paralimpik Malaysia juga akan membuat penambahbaikan garis panduan tugas dan juga tanggungjawab pegawai dan jurulatih semasa menyertai temasya agar perkara seperti ini tidak berulang lagi. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih Timbalan Menteri. Saya meneliti jawapan Timbalan Menteri itu. Akan tetapi saya hendak di sini mengambil sedikit masa untuk mengiktiraf sumbangan seorang tokoh sukan yang amat disegani iaitu Allahyarham Datuk Seri Zolkples Embong yang telah meninggal dunia secara mendadak pada 3 Oktober 2021 yang lalu. Berkaitan dengan isu ini, beliau sebenarnya antara orang pertama di Malaysia yang telah memberikan gambaran sebenar termasuk kepada saya dan kepada media tentang apa yang berlaku kepada saudara Ziyad itu. Saya harap perkara ini tidak akan berlaku lagi. Soalan saya soalan tambahan, kita perlu mengiktiraf sumbangan dan pengorbanan bukan sahaja atlet normal tetapi juga atlet paralimpik dan juga pegawai sukan. Kita nampak pengorbanan mereka yang amat besar ini. Mereka memang tidak minta anugerah yang lain selain berdiri di atas podium dengan memandang kepada Jalur Gemilang yang berkibar dan Lagu Negaraku yang didendangkan. Saya hendak tanya di sini ya. Selepas Sukan Paralimpik Tokyo 2020, tiga orang atlet paralimpik kita iaitu Bonnie Bunyau Gustin dalam acara powerlifting, Cheah Liek Hou dalam acara badminton dan juga saudara Abdul Latif bin Romly dalam acara olahraga
telah menerima pingat emas. Malah saudara Abdul Latif bin Romly ini merupakan pingat emas kali kedua. Cheah Liek Hou pula memecah rekod sejarah sebagai pemegang pingat emas paralimpik acara badminton yang pertama di dunia. Jadi saya hendak minta kita bagi anugerah, pingat kebesaran Datuk dan sebagainya, Tan Sri termasuk kepada ahli politik yang sebenarnya kita menerima gaji untuk menjalankan tugas kita. Bagaimanakah pula dengan atlet-atlet ini? Terutamanya atlet paralimpik yang telah mencapai kecemerlangan yang begitu hebat iaitu mendapat emas, membanggakan negara di persada dunia. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Kementerian selama ini memang memberi pengiktirafan yang secukup-cukupnya kepada atlet-atlet yang membawa keharuman nama kepada negara. Namun begitu, kementerian akan terus mengadakan rancangan-rancangan dan juga mencari ikhtiar-ikhtiar untuk menambah baik lagi penganugerahan dan pengiktirafan ini. Sekian, terima kasih.
Mohon pertimbangkan pingat kebesaran Datuk kepada para atlet yang telah berjaya mendapatkan emas pada Tokyo 2020.
Hulu Rajang.
Cukup Yang Berhormat. Sudah dijawab Yang Berhormat. Yang Berhormat Hulu Rajang.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Timbalan Menteri, saya berpendapat ini merupakan unacceptable reason. Rakyat Malaysia kehilangan satu emas yang sangat berharga untuk negara kita yang tercinta ini. So soalan saya, adakah kementerian juga mempunyai sebarang perancangan pembangunan sukan OKU di kawasan luar bandar? Kita jangan pinggirkan luar bandar. Seperti di Parlimen Hulu Rajang, di Daerah Bukit Mabong, di bahagian Kapit, Belaga dan Sungai Asap kerana ramai orang OKU di sana mempunyai minat ataupun bergiat aktif dalam atlet sukan OKU. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Kementerian mengucapkan terima kasih atas keprihatinan yang diberi kepada OKU. Sememangnya kementerian telah banyak memberi penumpuan dan penambahan tenaga dan sasaran kepada atlet paralimpik. Jadi, kita sama-sama lah bekerjasama untuk memudahkan paralimpik ini terus bergiat dalam sukan paralimpik. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan Padang Serai.
Cukuplah. Ada lagi satu soalan. Maaf Yang Berhormat. Yang Berhormat Jerai.
9. Tuan Sabri bin Azit [Jerai] minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan adakah kerajaan bercadang menambah peruntukan bagi baik pulih rumah eKasih daripada RM14,000 kepada RM20,000 memandangkan kenaikan kos harga barang yang semakin tinggi dan kenaikan harga yang terakhir adalah pada tahun 2016.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan Luar Bandar sentiasa berusaha menambah baik pelaksanaan dan penyampaian PPRT dari semasa ke semasa agar bantuan di bawah Program Bantuan Rumah PPRT yang meliputi projek baik pulih dan bina baharu rumah dapat dinikmati oleh kumpulan sasar khususnya golongan miskin dan miskin tegar di luar bandar.
Pada ketika ini, kadar bantuan bagi skop baik pulih PPRT adalah maksimum RM13,000 di Semenanjung Malaysia dan maksimum RM15,000 di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Untuk makluman Yang Berhormat juga, kos pembaikan rumah adalah berdasarkan kepada kos kerosakan yang dinilai oleh agensi pelaksana KPLB. Kementerian boleh mempertimbangkan kadar bantuan yang melebihi kadar maksimum sedia ada berdasarkan kepada tahap kerosakan yang kritikal terutama yang melibatkan risiko keselamatan. Selain itu, kos tambahan ke atas kadar maksimum bantuan sedia ada, meliputi kos pengangkutan, teliti kerja-kerja tambahan mendesak lain yang diperuntukkan di bawah kos ekstrem maksimum RM2,000 di Semenanjung Malaysia dan RM3,000 di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Soalan tambahan pertama Yang Berhormat.
Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Untuk soalan tambahan saya ialah berkenaan dengan peluang orang yang tidak mempunyai eKasih. Sebab hendak dapat eKasih ini melalui penghulu, kemudian ke focus group, seterusnya ke ICU. Sedangkan si penerima mempunyai masalah yang terdesak. Jadi apakah langkah-langkah lain untuk mempercepatkan proses baik pulih dan bina baharu? Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri bersetuju dengan kelulusan yang diberikan oleh Ahli Parlimen kita semua, yang akan disampaikan terus kepada Menteri sudah memadai untuk melayakkan bantuan itu disalurkan dengan segera? Sekian.
Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya, perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu saya percaya terdapat kepada semua Ahli Parlimen yang mana kita ini sentiasa turun padang dan melihat keadaan yang sebenar. Akan tetapi walau bagaimanapun, pihak KPLB telah menambah baik proses permohonan rumah PPRT ini dengan mempelbagaikan saluran permohonan. Selain daripada eKasih, permohonan penerima akan diterima melalui perakuan dan pengesahan daripada Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah atau Negeri atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri dan daerah. Inisiatif serve and assist oleh pegawai-pegawai kementerian dan agensi di bawah kementerian dari semasa ke semasa dan permohonan individu juga boleh dibuat secara dalam talian dan akan dipertimbangkan dalam jawatankuasa yang ada di peringkat kementerian, berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan. Di sini, saya ingin mengalu-alukan agar permohonan daripada semua Ahli Parlimen dan wakil rakyat, permohonan ini hanya memerlukan pengesahan oleh penghulu tanpa pendaftaran eKasih. Permohonan ini akan diluluskan sekiranya memenuhi syarat yang ditetapkan. KPLB akan melaksana proses verifikasi dan kerja tapak berdasarkan perakuan tersebut. Saya juga mengharapkan kerjasama daripada semua Ahli Parlimen untuk bersama dengan wakil ICU, pejabat daerah dan penghulu untuk mengenal pasti penerima- penerima yang memerlukan bantuan ini. Kita boleh terima pengesahan tersebut secara proses yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Jerai sebentar tadi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Ya, Yang Berhormat Padang Serai.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan ucapan tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua atas kurniaan pingat Tan Sri.
Terima kasih.
Daripada wakil semua bekas tentera Angkatan Tentera Malaysia.
Terima kasih.
Malaysia berbilang kaum; Tiap kaum ada kebebasan hak mereka; Tutup kedai judi untuk kepentingan politik diumum; Buka peluang untuk kedai judi haram pula. Soalan saya, mohon penjelasan daripada kerajaan. Adakah kerajaan ingin untuk tingkatkan bilangan rumah mampu milik untuk golongan pasangan muda. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Mukadimah itu keluar tajuk terus... [Ketawa] Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sememangnya sebagaimana Tuan Yang di-Pertua menyatakan kepada Yang Berhormat Padang Serai memang terkeluar daripada tajuk. Walau bagaimanapun, kita sudah mendengar ucapan pembentangan bajet. Kita sudah dengar ucapan Rancangan Malaysia Kedua Belas oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Sememangnya kita akan menambah jumlah daripada segi pembinaan baharu ataupun membaiki rumah-rumah yang juga dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Jerai sebentar tadi. Itulah sebenarnya jawapan Yang Berhormat Padang Serai. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Padang Serai, kalau jawab macam itu dalam SPM dapat ‘F’... [Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat semua, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan pada hari ini. Terima kasih kepada semua Yang Berhormat mengambil bahagian. Usul Menteri silakan. [Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai giliran lapan kementerian iaitu Kementerian Komunikasi dan Multimedia; Kementerian Tenaga dan Sumber Asli; Kementerian Kesihatan; Kementerian Perpaduan Negara; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi; Kementerian Luar Negeri; Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Belia dan Sukan seperti di Nombor 15 hingga Nombor 22 dalam Susunan Giliran Yang Berhormat Menteri-menteri Menjawab ke atas Perbahasan Belanjawan 2022 di Peringkat Dasar dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 18 November 2021”.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada yang menyokong?
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2022 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2022Bill
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2022 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”. "Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406] , membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari tujuh puluh tujuh bilion dan enam ratus juta ringgit (RM77,600,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2022, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2022, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 32 Tahun 2021, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [16 November 2021]
Terima kasih Yang Berbahagia Tuan Setiausaha Dewan Rakyat. Saya menjemput Yang Berhormat Menteri di Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Silakan, 40 minit Yang Berhormat.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Keluarga Malaysia. Pergi ke huma menanam padi; Antara padi di pagar jagung; Yang di-Pertua kini bergelar Tan Sri; Tahniah menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong.
Terima kasih.
Pucuk pauh delima batu; Anak sembilang di tapak tangan; Giliran menggulung di nombor satu; Mengupas persoalan debat belanjawan. Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak kementerian saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan di Dewan yang mulia ini, khususnya yang telah menyentuh hal-hal yang berkaitan dengan kementerian. [Dato’ Sri Azalina Othman Said (Pengerang) mempengerusikan Mesyuarat] Persidangan Parlimen kita pada kali ini telah memperagakan tahap kematangan yang lebih tinggi apabila perbahasan sama ada daripada backbenchers dan juga daripada pembangkang telah menumpukan kepada perkara-perkara substantif dan perjalanan pengurusan Parlimen telah melalui satu transformasi sepertimana yang dihasratkan dalam memorandum of understanding antara pihak kerajaan dan pembangkang. Kita terima bahawasanya ini ialah satu realiti baharu politik dalam negara kita. Walaupun pilihan raya negeri sedang berlangsung di Melaka, ada persaingan antara parti- parti sahabat dalam kerajaan dan barangkali akan ada pilihan raya lagi di Sarawak yang berkemungkinan ada parti-parti sahabat yang mungkin tidak bertanding dan menyokong parti-parti yang lain. Ini menandakan suatu keharmonian politik yang baharu dalam negara kita. Dengan itu insya-Allah, tumpuan kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan lebih dapat menjurus kepada usaha-usaha mewujudkan kestabilan dan menumpukan kepada usaha-usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Hampir 30 orang Ahli-ahli Yang Berhormat telah berucap menyentuh pelbagai perkara yang berhubung dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas segala pandangan serta saranan yang menyentuh bidang tugas kementerian sepanjang sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 yang telah bermula pada 1 hingga 11 November 2021. Sepertimana yang kita maklum, rang undang-undang perbekalan kali ini mendukung tiga- paksi yang utama iaitu memperkukuhkan pemulihan, membina daya tahan dan memacu pembaharuan dengan tiga fokus induk. (i) rakyat yang sejahtera; (ii) perniagaan yang berdaya tahan; dan (iii) ekonomi yang makmur dan mampan. Kementerian akan terus komited untuk merealisasikan peranan kementerian dalam mempercepatkan penerima gunaan teknologi dan inovasi melalui penyediaan jaringan gentian optik yang lebih meluas bagi kedua-dua perkhidmatan tetap dan bergerak bagi memastikan liputan, kualiti dan pengalaman yang lebih efisien dan efektif selaras dengan pendekatan ekonomi digital berasaskan teknologi yang tinggi. Selain daripada mempertingkatkan ketersambungan digital, Kementerian Komunikasi dan Multimedia turut melaksanakan inisiatif-inisiatif pembangunan dan menggalakkan ekonomi digital yang dapat melonjakkan penguasaan pendigitalan dalam kalangan segenap lapisan rakyat, pemain industri serta pelabur domestik dan antarabangsa. Pada masa yang sama, kementerian juga akan memainkan peranan dalam mengawal selia keselamatan siber dan etika penggunaan media sosial.
Selaras dengan aspirasi Rang Undang-undang Perbekalan 2022, yang telah menamakan industri kreatif sebagai salah sebuah industri strategik yang berimpak tinggi, kementerian akan membuat perancangan yang inklusif dan komprehensif bagi memastikan agenda pengukuhan ekosistem industri kreatif tercapai dan mampu memberikan sumbangan yang signifikan kepada pembangunan ekonomi negara. Daripada seramai 29 orang Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan perkara-perkara terkait di bawah kementerian, secara umumnya telah menyentuh lima aspek yang penting. (i) berkaitan dengan perkhidmatan internet dan jalur lebar termasuklah JENDELA, Peranti Siswa dan perkhidmatan 5G; (ii) ekonomi digital; (iii) industri kreatif; (iv) penyebaran maklumat; dan (v) penyalahgunaan media sosial dan jenayah siber. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Muar, Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Bukit Mertajam, Yang Berhormat Raub, Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Sibu, Yang Berhormat Libaran, Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Hulu Selangor, Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Pagoh, Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Tanjong Manis, Yang Berhormat Baram, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Tenom dan Yang Berhormat Pasir Mas telah membahaskan isu-isu yang berkaitan dengan perkhidmatan Internet jalur lebar.
Izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk membuat penjelasan kepada Dewan yang mulia ini bahawasanya status pelaksanaan dan penyediaan infrastruktur telekomunikasi negara berasaskan pelan Jalinan Digital Negara yakni JENDELA telah dihasilkan untuk menyediakan kesalinghubungan digital yang berkualiti kepada seluruh rakyat Malaysia. Selain daripada projek peluasan infrastruktur telekomunikasi di bawah Program JENDELA dan perancangan komersial, pihak kerajaan turut melaksanakan penyediaan infrastruktur jalur lebar menggunakan kaedah points of presence (PoP) hab gentian optik yang merupakan salah satu alternatif dalam memastikan jaringan dan liputan infrastruktur jalur lebar dapat diperluaskan ke kawasan sekitar sekolah dan berpenduduk dengan lebih baik. Untuk penjelasan dan makluman Yang Berhormat, sebenarnya usaha-usaha meningkatkan prasarana ini bukan hanya menyentuh peruntukan sepertimana yang terdapat dalam belanjawan iaitu daripada dana consolidated fund tetapi juga sebenarnya terdapat peruntukan yang besar, off-budget terutama sekali daripada dana USP dan juga dana syarikat-syarikat komersial. Untuk makluman, sejumlah RM9.4 bilion akan dibelanjakan daripada peruntukan daripada dana USP yang dikendalikan oleh MCMC dan RM19.08 bilion dibelanjakan daripada dana syarikat-syarikat MNO’s ataupun telco’s dan RM4.6 bilion daripada peruntukan PoP daripada pembiayaan langsung kerajaan, termasuk RM700 juta yang diperuntukkan dalam belanjawan tahun 2022. Pelan JENDELA fasa satu yang bermula seawal September 2020, memberi fokus kepada perluasan liputan gentian optik dan pembangunan infrastruktur digital, termasuk pembinaan tapak-tapak menara 4G yang baru serta menaik taraf stesen pemancar sedia ada kepada 4G bagi meningkatkan liputan dan kualiti perkhidmatan 4G yang lebih berkualiti di seluruh negara, di mana sukacita saya memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini, pencapaian terkini sehingga suku ketiga tahun 2021 adalah seperti berikut: (i) penambahan sebanyak 1.47 juta premis daripada 4.95 juta suku tahun sebelumnya dan kini menjadi keseluruhan 6.43 juta premis
di seluruh negara telah dapat disediakan dengan akses gentian optik; (ii) dari sudut kelajuan jalur lebar mudah alih telah meningkat, daripada 25Mbps kepada 31.34Mbps dan dijangka akan mencecah 35Mbps; dan (iii) perluasan liputan jalur lebar mudah alih 4G telah meningkat daripada 91.8 peratus kepada 94.39 peratus di kawasan berpenduduk sehingga suku tahun yang ketiga. Seterusnya bagi menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Pasir Mas, yang menyentuh tentang status penganugerahan tender-tender di bawah Program JENDELA, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sepertimana yang telah saya berikan jaminan dalam persidangan yang lalu, telah pun menyerahkan surat pelantikan pemberi khidmat sejagat ataupun daripada USP, surat-surat niat bagi JENDELA fasa I kepada pemegang-pemegang lesen yang telah berjaya pada 27 Oktober 2021 yang lepas. Kerja-kerja pembinaan menara-menara yang terlibat sedang giat dilaksanakan dan dijangka siap secara berperingkat bermula pada suku keempat tahun 2022. Kepantasan serta kemampuan pelaksanaan menara-menara ini amatlah bergantung kepada beberapa perkara tertentu, termasuklah kelulusan yang dikeluarkan pihak tertentu seperti pihak berkuasa negeri dan juga pihak-pihak berkuasa kerajaan tempatan. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia akan bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan di peringkat negeri bagi mempermudah urusan pelaksanaan dan pembinaan menara-menara tersebut. Seterusnya bagi menjawab pertanyaan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tenom mengenai status pembinaan menara baru di Daerah Tenom, sehingga kini sebanyak 23 menara yang telah siap dinaiktaraf, manakala baki sebanyak 43 lagi sedang dalam perancangan untuk terus dinaiktarafkan. Saya menerima banyak permohonan dari kawasan-kawasan lain yang turut meminta perincian dan saya akan memberi jawapannya secara bertulis. Point of presence. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada pembinaan menara- menara telekomunikasi dan penyediaan akses internet melalui satelit, pihak kerajaan juga turut melaksanakan penyediaan infrastruktur jalur lebar menggunakan kaedah point of presence hab gentian optik yang merupakan salah satu alternatif, dalam memastikan jaringan liputan infrastruktur jalur lebar dapat diperluaskan ke kawasan-kawasan berpenduduk di sekitar sekolah-sekolah dengan lebih baik. Untuk makluman Yang Berhormat, sebanyak RM700 juta yang diumumkan menerusi Belanjawan 2022, sebenarnya peruntukan bagi projek PoP yang merangkumi 630 kawasan berhampiran sekolah luar bandar dan pedalaman dan 47 kawasan perindustrian di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Untuk makluman, pada hari ini tiga syarikat yang telah berjaya dipilih akan menerima surat-surat arahan kerja berdasarkan kepada persetujuan dan kelulusan yang telah diberikan oleh Kementerian Kewangan. Untuk makluman Yang Berhormat Tuaran, yang menyentuh mengenai perluasan liputan telekomunikasi di Sabah dan Sarawak, peruntukan PoP bagi negeri Sabah dan Sarawak adalah berjumlah RM157 juta untuk tahun hadapan dan perbelanjaan ini merangkumi liputan bagi kawasan-kawasan berpenduduk berhampiran 119 buah sekolah yang terbabit. Secara keseluruhan, Sabah dan Sarawak akan menerima peruntukan hampir RM2 bilion untuk pelaksanaan projek PoP, tidak termasuk projek-projek JENDELA fasa 1 dan fasa 2 yang sedang dilaksanakan. Ini akan meliputi lebih 1,436 kawasan sekolah dan sekitarnya yang akan dilaksanakan dalam fasa 1 bermula tahun hadapan, tahun 2022 dan fasa 2 akan bermula pada tahun 2023 sehingga tahun 2025. Manakala khusus bagi Parlimen Tuaran, pihak kerajaan akan menyediakan infrastruktur jalur lebar kepada 45 kawasan sekolah dan sekitarnya bermula pada tahun
2022. Di samping itu, melalui projek ini juga, kerajaan akan menyediakan infrastruktur gentian optik dengan kelajuan lebih tinggi ke kawasan-kawasan perindustrian terpilih. Di Sarawak, kawasan-kawasan adalah seperti berikut: (i) Kota Samarahan Industrial Estate 1 dan 2; (ii) Kawasan Perindustrian Piasau; (iii) Kawasan Perindustrian Samalaju; (iv) Kawasan Sungai Antu Industrial Estate;
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Tuaran.
Minta penjelasan sikit.
Boleh saya habiskan dulu senarai ya. (v) Tebedu Industrial Park, Serian; (vi) Sarikei Industrial Park; dan (vii) Kapit Industrial Park. Sementara di Sabah: (i) Sipitang Oil and Gas Industrial Park; (ii) Kawasan Perindustrian Kastam Baru, Lahad Datu; (iii) Kawasan Perindustrian Keningau; (iv) Palm Oil Industry Cluster, Sandakan; (v) Kota Kinabalu Industrial Park Malawa Training & Research and Development Area; (vi) Kota Kinabalu Industrial Park dan Industrial Zone 5 dan Zone 6 Logistic Hub; (vii) Kota Kinabalu Industrial Park Automotive Hub dan Industrial Zone 9; (viii) Kota Kinabalu Industrial Park, industrial zon tujuh fasa 3 general manufacturing. Silakan Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih juga atas jawapan yang begitu komprehensif, terperinci di mana tempat-tempat yang akan dipertingkatkan jalur lebarnya. Terutama di kawasan perindustrian, saya daripada pihak Sabah berbanyak-banyak terima kasih lah ini akan menjadi satu impak yang tinggilah. Apa yang saya ingin tanya di sini ialah peruntukan Yang Berhormat telah umumkan tadi itu adakah dalam bentuk pinjaman atau dalam bentuk geran. Jika dalam bentuk pinjaman, bagaimanakah dari segi pelaksanaannya, daripada segi pembayarannya dan sebagainya. Sebab ada trend ini dalam hal-hal kemudahan asas yang diberi oleh Kerajaan Persekutuan semua dalam bentuk pinjaman, bukan dalam bentuk geran kepada negeri Sabah. Akan tetapi, bila dikira daripada segi pembangunan dikatakan sebagai peruntukan untuk pembangunan tetapi berbentuk pinjaman. Jadi dalam kes ini macam mana Yang Berhormat? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya telah menghuraikan tadi tiga sumber pembiayaan. Yang pertama sumber pembiayaan daripada USP fund yang dikendalikan oleh MCMC bukan pinjaman. Itu satu pendanaan yang dikutip enam peratus daripada setiap syarikat telco kemudian digunakan kembali untuk menaikkan taraf prasarana di kawasan-kawasan yang terpencil dan tertinggal. So direct funding daripada MCMC dan juga Clawback program. Kedua adalah pendanaan yang dibelanjakan secara terus, secara langsung oleh M&Os ataupun oleh syarikat-syarikat telcos. Itu juga pembiayaan langsung. Ketiga apa yang appear dalam belanjawan kita untuk projek-projek PoP dia bukan merupakan pinjaman, dia adalah merupakan pembiayaan langsung Kerajaan Persekutuan bagi projek-projek yang telah diluluskan. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyambung dengan tajuk yang seterusnya iaitu berkenaan dengan Pakej Peranti Siswa Keluarga Malaysia. Bagi menjawab pertanyaan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Muar, Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Bukit Mertajam, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Hulu Selangor mengenai Pakej Perantis Siswa Keluarga Malaysia. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak kerajaan, kementerian, SKMM dan juga Kementerian Kewangan telah mengadakan perbincangan dengan penyedia- penyedia perkhidmatan yang terlibat antaranya ialah Celcom Axiata Berhad, DiGi Telecomunications Sdn. Bhd, Maxis Berhad, UMobile Sdn. Bhd, Telekom Malaysia Berhad dan YTL Communications Sdn. Bhd. untuk bersama-sama dengan MCMC dan juga kementerian bagi menjayakan Program Peranti Siswa Keluarga Malaysia. Walaupun telah ada suatu perancangan kaedah pelaksanaan, sukacita saya memaklumkan bahawa perkara ini setelah mengambil kira pandangan-pandangan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat terdapat perkara-perkara yang perlu diperhalusi. Bagi mengelakkan sebarang bentuk ketirisan atau sebagainya, mekanisme pelaksanaan Pakej Peranti Siswa Keluarga Malaysia ini akan diperincikan dengan rapi termasuk keperluan proses verifikasi yang sewajarnya, sekatan ataupun halangan untuk peranti dan tablet tidak dijual semula. Kebolehan untuk menjejaki peranti, pemantauan secara berkala dan juga seperti mana yang dibangkitkan oleh ramai Ahli Yang Berhormat ialah kesesuaian jenis peranti yang akan dibekalkan. Oleh sebab banyak syor-syor yang relevan dan saya kira adalah baik daripada Ahli-ahli Yang Berhormat, saya bercadang untuk membentuk satu jawatankuasa bersama dengan Kementerian Kewangan untuk meneliti secara terperinci agar pelaksanaan program ini dengan mengambil kira pandangan-pandangan yang telah diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia sepanjang perdebatan ini. Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Muar.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang sangat khusus. Cuma follow-up itu yang paling penting, sampai Yang Berhormat Menteri kata akan adakan jawatankuasa bersama itu adalah perkara yang sangat baik. Cuma kalau saya boleh cadangkan, pada tahun lepas apabila kerajaan melaksanakan pembahagian peranti 150,000 sampai ke hari ini daripada segi pengkhususannya contohnya apa spec laptopnya, kosnya yang telah pun diagihkan masih belum disampaikan kepada kami lagi. Jumlah berapa di setiap kawasan ada tetapi specsnya tiada. Saya katakan ini kerana saya diberi cadangan dekat Yang Berhormat Menteri Pendidikan kerana ada laptops yang diagihkan kini hanya dapat diguna pakai pada tempoh masa yang agak singkat kerana laptop tersebut seperti Chromebook perlukan akses internet 24 jam. Jika tidak ada akses tidak boleh digunakan, banyak apps di dalamnya. Kalau saya boleh cadangkan kepada Yang Berhormat Menteri, saya berharap bila dapat pengkhususan ciri- cirinya maklumkan kepada Dewan supaya kita dapat ambil tindakan lanjut. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya saya ada diberikan syor awal specs technical tablets yang hendak
diberikan. Daripada tinjauan awal saya, termasuk meninjau secara rawak, secara random kepada mahasiswa mereka tidak begitu gemar dan ada yang menyatakan berkemungkinan bagi siswa-siswa di bidang teknikal seperti architecture, engineering dan sebagainya mereka ada sedikit keraguan sama ada tablet yang sedemikian boleh diguna pakai ataupun tidak. Untuk mengelak supaya tidak berlaku sekali lagi pembaziran dan salah spesifikasi bagi menjamin keutuhan dan juga integriti pemerolehan dan juga pengagihan. Justeru saya telah mencadangkan kepada Kementerian Kewangan untuk kita bentuk satu jawatankuasa dan kita perincikan sebelum pelaksanaan kerana mengambil kira setiap cadangan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam perbahasan. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya berhubung dengan rollout 5G. Untuk menjawab pertanyaan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kubang Pasu dan Yang Berhormat Ledang berkaitan pelaksanaan 5G, ingin saya jelaskan di sini bahawa pendekatan yang diambil oleh syarikat-syarikat telekomunikasi sejak pelaksanaan program-program 2G, 3G dan 4G adalah berlandaskan kepada pelaburan yang dibuat untuk pelaksanaan infrastruktur rangkaian serta penggunaan sumber spektrum secara individu ataupun oleh syarikat secara berasingan. Hasilnya telah wujud beberapa rangkaian yang memberikan perkhidmatan yang serupa di kawasan yang hampir sama, duplikasi. Namun, tidak dapat memanfaatkan kemudahan antara satu sama lain untuk menangani isu-isu kelompangan liputan mahupun juga untuk meningkatkan isu kualiti perkhidmatan. Isu-isu tersebut kini memerlukan satu perbelanjaan yang agak besar sepertimana yang sedang dilaksanakan menerusi Pelan JENDELA dan sekiranya pendekatan yang serupa diambil untuk 5G, besar kemungkinan perkara yang sama akan berulang. Justeru kerajaan berpandangan kerajaan mewujudkan SPV dengan nama DNB untuk mengambil tanggungjawab menyediakan kemudahan dan prasarana dan tidak perlu syarikat-syarikat perkhidmatan ‘MNOs’ untuk bersaing dalam penyediaan infrastruktur sebaliknya akan menumpukan kepada memberikan perkhidmatan dengan menggunakan spektrum yang akan diberikan nanti. Kerja-kerja pembangunan rangkaian sebenarnya telah pun dimulakan seawal September baru-baru ini dan ketersediaan rangkaian 5G akan dicapai secara berperingkat bermula pada penghujung tahun ini dimulakan dengan Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur seawal bulan Disember dan akan diperluaskan seterusnya ke kawasan-kawasan lain di seluruh negara mulai tahun 2022. Kerajaan menyasarkan untuk melipatgandakan kadar penyediaan liputan 5G untuk mencapai sekurang-kurangnya 80 peratus kawasan berpenduduk dalam tempoh tiga tahun iaitu menjelang tahun 2024. Jika dibandingkan dengan pelaksanaan 3G dan 4G dahulu, syarikat telekomunikasi telah mengambil hampir lapan tahun untuk mencapai liputan 80 peratus. Kali ini kerajaan bertekad untuk mengambil masa hanya tiga tahun bagi capaian 80 peratus dapat kita capai.
Yang Berhormat Menteri, boleh mencelah. Ledang.
Yang Berhormat Ledang, silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya rasa banyak yang kita sudah sedia maklum berkenaan dengan model yang digunakan untuk pelaksanaan 5G. Saya telah bangkitkan dalam perbahasan berkenaan dengan model tersebut iaitu kita menggunakan special purpose vehicle iaitu di bawah DNB.
Jadi, saya bangkitkan berkenaan dengan isu bahawa ada model yang sama telah dilaksanakan di beberapa buah negara yang lain. Ada yang telah laksanakan tetapi kemudiannya mengalami masalah kesukaran, ada yang bankrap dan sebagainya. Ada juga yang telah pertimbangkan untuk melaksanakan, cara model yang sama tetapi
akhirnya mengetepikannya. Jadi saya tanya di sini, apakah kita sudah tahu punca kegagalan mereka itu? Oleh sebab apa ia gagal dan adakah kita bersedia untuk atasi masalah serupa itu sebelum ia menjadi lebih jauh ke hadapan? Pada masa yang sama, saya juga telah maklumkan dan bangkitkan dalam sidang media sebelum ini Yang Berhormat Menteri, berkenaan dengan isu daripada syarikat- syarikat telekomunikasi yang menimbulkan masalah berkenaan dengan perjanjian di antara DNB dengan syarikat-syarikat telekomunikasi tersebut iaitu masalah ketelusan dan juga daripada segi harga borong yang ditawarkan kepada syarikat-syarikat telekomunikasi. Saya fikir ada masalah di situ. Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat, sebenarnya kerajaan sangat menyedari isu ini yang sedang dibangkitkan dan memang ada dibahaskan, sama ada kita menggunakan multisystem yakni kepelbagaian syarikat yang mengendalikan rollout 5G atau kita menggunakan single wholesale network system yang sepertimana yang cuba dipakai sekarang. Kita juga sedar beberapa buah negara yang menggunakan konsep single provider yang menemui kegagalan seperti Mexico. Kajian telah dibuat tentang punca-punca kegagalan dan setakat maklumat yang kita perolehi, asas dan latar belakang masalah adalah sangat berbeza sekali dan model single wholesale network yang dipakai di negara tersebut adalah tidak sama dengan apa dirancang untuk digunakan melalui DNB. Walaupun demikian, Yang Berhormat Menteri Kewangan akan membuat penghuraian lebih terperinci berhubung DNB kerana DNB adalah sebuah syarikat yang di bawah tanggungjawab Kementerian Kewangan. Sementara Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengawal selia sudut pembahagian spektrum serta pelaksanaan perkhidmatan kemudian nanti. Jadi, hal-hal berkaitan dengan DNB secara terperinci insya-Allah akan dijawab sewaktu Yang Berhormat Menteri Kewangan membuat penggulungannya pada hari esok.
Yang Berhormat Menteri, kalau saya boleh... [Disampuk]
Sebelum itu Menteri, tadi berkenan syarikat telekomunikasi belum dijawab.
Ya, minta maaf. Saya terlupa. Saya juga faham bahawa ada terdapat rungutan dan pandangan yang berbeza daripada semua telco’s. Saya juga telah menemui setiap daripada syarikat berkenaan dan saya juga telah mengadakan pertemuan dengan pasukan daripada DNB. Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya rundingan antara syarikat-syarikat dengan DNB sedang dikendalikan oleh MCMC. Ini kerana, rundingan harga dan kawal selia harga itu akan ditentukan oleh MCMC melalui satu mekanisme yang telah diperuntukkan di bawah undang-undang. Sebenarnya perundingan itu sedang berjalan. Belum tercapai lagi apa-apa kata muktamad terutama sekali tentang penetapan harga. Tanggungjawab kementerian dan MCMC adalah untuk memastikan satu harga yang munasabah bagi menjamin harga yang perlu dibayar oleh rakyat semestinya murah.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Rollout 5G ini memberikan impak berskala besar bukan sahaja kepada generasi pada hari ini tetapi generasi-generasi akan datang khususnya apabila Kerajaan Malaysia mengambil pendirian yang berbeza dengan international standard and practices. Ia perlukan pencerahan yang lebih mendalam dan memang kritikan adalah tanggungjawab pembangkang. Cuma kalau boleh saya cadangkan daripada tiga bulan lepas saya bawa cadangan ini untuk pihak DNB sendiri adakan satu sesi taklimat khas
bersama Ahli-ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang supaya meticulous details atau pencirian khusus ini dapat dibangkitkan dan boleh dijawab. Saya sendiri telah cuba mesej sebelum ini. Beberapa pihak kata akan adakan taklimat tetapi sampai hari ini tiada. Kalau hendak harapkan seorang, dua Menteri untuk jawab di Parlimen saya tahu kekangan masa kerana perlu ada pengkhususan dan penghuraian yang lebih mendalam. Oleh sebab itu, kalau saya boleh cadangkan adakan sesi ini supaya kita dapat sampaikan kritikan dan cadangan kita. Terima kasih.
Lembah Pantai.
Mungkin boleh gabung. Sila Yang Berhormat Lembah Pantai. Sila.
Yang Berhormat Shah Alam lepas itu.
Ringkas sahaja. Yang Berhormat Menteri, sebelum ini kita ada dengar – Dewan yang mulia ini ada mendengar jawapan daripada Timbalan Menteri Komunikasi berhubung kenapa spektrum yang dikhususkan untuk 5G bukan dikendalikan oleh MCMC tetapi akan diberi secara single wholesale network melalui DNB SPV yang disebutkan ini. Adakah Yang Berhormat Menteri boleh berikan sedikit penjelasan tentang langkah ini? Ia terlibat dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Muar. Kedua, saya ingin bertanya tentang isu technology neutrality di mana pada 9 Julai yang lalui MCMC telah mengekang mana-mana spektrum yang lain daripada ditambah baik iaitu daripada 4G ke 5G. Sekarang ini 5G hanya boleh dibangunkan pada spektrum yang hanya akan dijual oleh atau dijual secara borong oleh DNB. Apakah pandangan Yang Berhormat Menteri? Terakhir, sekiranya pada waktu ini DNB telah diberikan tugas untuk melaksanakan 5G– sekiranya ada 6G, 7G dan sebagainya. Adakah DNB juga yang akan melaksanakan? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat, mengenai apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Muar. Saya ucapkan terima kasih dan suka memaklumkan pada Dewan yang mulia ini dalam pertemuan mereka dengan saya baru-baru, mungkin seminggu yang lalu, saya telah membuat arahan yang khusus supaya DNB membuat engagement dengan Ahli-ahli Parlimen. Saya akan menyusuli perkara ini kerana memang mereka diminta untuk membuat penjelasan yang terperinci kepada Yang Berhormat Ahli-ahli Parlimen kerajaan backbenchers dan juga pembangkang juga. Ini kerana, saya merasakan isu ini hendaklah dilakukan dan diuruskan secara transparent dan DNB bertanggungjawab untuk membuat penjelasan tentang segala langkah-langkah yang sedang mereka ambil. Insya-Allah itu saya akan cuba atur dengan seberapa segera. Tentang perkara kedua iaitu tentang pendekatan spektrum diberikan secara boleh dikatakan macam monopoli – diberikan secara langsung untuk dikendalikan oleh DNB dan daripada DNB akan diadakan rundingan dengan syarikat-syarikat telco yang akan memberikan perkhidmatan. Setakat ini ia dihadkan kepada tiga jenis spektrum, kalau tidak silap saya 700 gigahertz.
Megahertz.
Ya, dan 2,600 dan 3,500. Jadi tiga jenis spektrum ini. Memang diserahkan secara eksklusif untuk dikendalikan oleh DNB melalui perundingan dengan semua ‘MNOs’ dan proses itu dikawal selia oleh MCMC. Jadi, proses itu sepertimana yang saya katakan sedang dilaksanakan Yang Berhormat. Masih lagi berjalan.
Berkenaan removal technology neutrality untuk spektrum yang lain.
Ya, buat masa ini keputusannya tidak membenarkan spektrum yang lain diconvert untuk diguna pakai untuk tujuan 5G. Ini kerana, pendekatan dan model yang dibuat bagi syarikat DNB adalah satu
syarikat sahaja yang mengendalikan prasarana kemudian syarikat itu yang akan menguruskan pelaksanaan 5G dengan menggunakan tiga spektrum yang ada. Saya faham ada spektrum-spektrum yang boleh diguna pakai untuk 5G sekiranya kerajaan membuat keputusan sedemikian. Pada masa ini belum dibuat sebarang keputusan untuk membolehkan pendekatan itu diambil. Perkara ini boleh dibincangkan dan dasar mengenai perkara tersebut akan diputuskan bila sampai masanya. Yang Berhormat Shah Alam sila.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya mendengar tadi bahawa dikatakan bahawa kajian telah dilakukan terhadap kes di Mexico yang mana pendekatan single wholesale network telah digunakan dan ia telah gagal, beberapa negara yang lain juga. Yang Berhormat Menteri menjawab bahawa kajian itu menunjukkan bahawa ada banyak perbezaan, keadaannya jauh berbeza tanpa menjelaskan apa yang perbezaan itu. Ini kerana, kalau mereka telah mengusahakan dan mereka telah gagal dan pihak yang menggunakan pendekatan yang berbeza telah berjaya ataupun sedang berjaya maka kita tidak faham mengapa kita masih hendak gunakan pendekatan yang telah gagal di beberapa negara dan asalnya dipertimbangkan selepas itu ditolak oleh negara-negara yang lain. Walaupun, kita akui bahawa ada mungkin perbezaan tetapi apakah perbezaan yang meyakinkan kerajaan bahawa pendekatan single wholesale network pendekatan ini boleh diguna pakai di Malaysia sedangkan di negara-negara lain yang telah gagal dan telah ditolak. Itu soalan yang pertama. Saya harap ada penjelasan yang lebih mendalam.
Kedua, saya dengar juga bahawa Yang Berhormat Menteri telah mengatakan bahawa untuk 3G, 4G, sistem telco telah memakan masa sampai lapan tahun. Akan tetapi dengan 5G ini, DNB nak buat dalam masa tiga tahun. Saya rasa agak pelik jugalah kerana kalau syarikat-syarikat telco sendiri yang kehidupan dan kelangsungan perniagaan mereka bergantung kepada sistem yang dilaksanakan telah memakan masa begitu lama, apakah yang meyakinkan bahawa di bawah untuk 5G ini dengan DNB yang tidak ada latar belakang dan sejarah kepakaran, malahan tidak ada existing system yang sedang diuruskan oleh mereka sama ada 3G ataupun 4G, kita rasa bahawa kita boleh buat dalam masa tiga tahun tanpa adanya satu core player yang mempunyai kepakaran teknologi itu. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Sepertimana saya katakan tadi, demi nak menjaga konsistensi penjelasan dan tidak menimbulkan kekeliruan, saya telah bersetuju mencadangkan supaya Kementerian Kewangan semasa menggulung esok akan membuat penjelasan terperinci berhubung dengan soal model syarikat yang mana DNB itu sebenarnya terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan. Cuma apa yang boleh saya jelaskan untuk tujuan perbincangan kita ialah sebenarnya dalam perancangan dan juga penelitian kita, satu daripada punca kelambatan kita dalam rollout 5G hatta berbanding dengan sesetengah negara Asian adalah kelambatan penyediaan prasarana. Pada pengalaman kita pada masa yang lalu, syarikat- syarikat membina prasarana mengikut apa yang dijangkakan ada daya komersialnya. Maka terdapat kawasan-kawasan yang kurang menarik, lambat penyediaan prasarananya. Satu. Keduanya, berlaku duplikasi di mana di tempat-tempat yang telah ada, masing- masing membina prasarana sendiri dan kos daripada tersebut terpaksa di-pass-kan kepada pengguna. Dikatakan kos yang bersifat duplikasi itu tentunya lebih tinggi daripada sekiranya satu badan. Pemilik highway hanya satu, tetapi penggunanya itu dipelbagaikan. Jadi, ini memang ada perdebatan, pandangan yang berbeza-beza. Masih lagi didebatkan walaupun keputusan telah pun dibuat. Jadi untuk memurnikan, penjelasan tentang model perniagaan yang telah dipilih oleh kerajaan, itu biarlah Kementerian Kewangan membuat penjelasan lebih terperinci esok. Cuma dari sudut kementerian ialah
tentang rollout dan penggunaan spektrum yang memang di bawah tanggungjawab kementerian.
Yang Berhormat Menteri.
Jadi, tentang kenapa adakah kita yakin kalau kita membuat secara dengan menggunakan model single wholesale network boleh dilakukan secara lebih cepat berbanding dengan secara telcos, itu DNB telah memberikan jaminan dan kerajaan telah menetapkan timeline dalam tempoh tiga tahun. Menjelang akhir tahun depan, 36 peratus liputan. Kemudian selepas itu dalam sebelum tahun 2024, dapat mencapai tahap 80 peratus. Itu timeline yang diberikan, yang dimandate kepada DNB untuk dilaksanakan. Ya, sila.
Yang Berhormat Menteri, pelaksanaan 5G ini memang penting. Anggaran kos adalah RM11 bilion ke RM15 bilion seperti apa yang telah diungkapkan sebelum ini. Akan tetapi saya berharap sambil pelaksanaan 5G itu dibuat secepat mungkin, kerajaan juga terus dapat – Kalau saya nak guna the word ‘pressure’ dan ‘menekan’ syarikat-syarikat telco di Malaysia khususnya bawah kawal selia kerajaan seperti Telekom Malaysia untuk memastikan rangkaian 4G itu dapat diperluaskan dan diperhebatkan. Saya katakan ini kerana banyak rakyat di kawasan saya, mungkin di kawasan Yang Berhormat juga, yang sering lihat kita berdebat berkenaan 5G, RM11 bilion, RM15 bilion, tetapi di rumah, mereka masih menggunakan 3G atau rangkaian 4G yang putus- putus. Sambil saya berucap, tadi baru sahaja ada seorang mesej, rakyat kawasan saya kata di Taman Junid Kejora, Jalan Kejora 2 di mana tidak adapun rangkaian UniFi dan sampai sekarang, selepas bertahun masih belum dapat rangkaian. Ini sangat dekat dengan rumah saya Yang Berhormat Menteri, di Muar. Lima minit sahaja dari rumah saya, tetapi tidak ada rangkaian UniFi di bawah Telekom Malaysia. Saya tahu Yang Berhormat Menteri sebelum ini jawab sangat khusus sampai berikan kawasan-kawasan yang telah pun dinaiktarafkan, terima kasih. Akan tetapi, saya berharap tekanan tersebut dapat diperhebat juga kepada telcos di Malaysia. Terima kasih.
Ada kaitan...
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri, ada kaitan dengan Yang Berhormat Muar tadi.
Muar.
Ya. Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya juga ambil berat berkenaan dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Muar tadi di mana saya juga membangkitkan berkenaan dengan keberadaan ataupun the presence of 4G berbanding dengan global. Sebenarnya kita lihat daripada segi pelaksanaan 5G ini dalam masa tempoh yang singkat, kita sudah ada masalah berkenaan dengan 4G, berkenaan dengan muat turun (download), upload dan sebagainya yang menyebabkan akhirnya, keburukan ataupun malangnya adalah kepada rakyat yang terpaksa mendapat satu keadaan kualiti yang kurang baik. Jadi, saya bertanya berkenaan dengan apakah jaminan kerajaan supaya syarikat telekomunikasi sedia menyambut pelaksanaan peralihan teknologi 5G terutamanya dalam konteks memastikan kualitinya adalah dalam keadaan yang terbaik. Kedua, ringkas. Yang Berhormat Menteri, saya juga faham bahawa dalam pelaksanaan 5G ini, kita ada 60 peratus atau RM5.7 bilion yang diperuntukkan untuk peralatan rangkaian dan kos infra yang memberi manfaat kepada kepentingan Bumiputera. Saya faham bila sebut tentang peralatan rangkaian ini Yang Berhormat
Menteri, dia ada kaitan dengan menara, tiang lampu, bumbung, bangunan dan lain-lain peralatan. Pasaran menara sahaja di Malaysia ialah sekarang dalam 25 ribu buah menara. Dengan tambahan 5G ini iaitu mungkin dalam sehingga 23 ribu lagi menara, pasaran ini amat besar. Jadi, saya ingin dapatkan kepastian, pengesahan daripada Yang Berhormat Menteri bahawa perolehan ini diberi kepada bumiputera dan syarikat-syarikat Malaysia. Ini kerana saya ada kebimbangan dalam waktu sekarang ini, ada kemungkinan ada syarikat ini bukan sebenarnya syarikat ekuiti Malaysia, tetapi dari luar negara. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, saya ada bahas...
Ya. Saya nak bertanya penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri...
Kepong, Kepong.
Sekejap ya. Mengenai perbelanjaan yang disebutkan tadi RM11 bilion, RM15 bilion. Dengan pendekatan yang dipilih oleh pihak kerajaan, ini akan merupakan satu risiko yang akan ditanggung oleh kerajaan sefaham sayalah. Ini kerana kita serahkan projek ini kepada DNB. Maka, ini jauh berbeza dengan pendekatan di mana kita serahkan kepada pihak swasta ataupun telcos yang mana dalam keadaan itu, risiko sekiranya gagal yang mana sepertimana yang kita sebut tadi pendekatan single wholesale network itu gagal, maka risiko yang akan ditanggung adalah agak besar. Maka, apakah sebab mengapa kerajaan cenderung dan condong kepada pilihan ini?
Ya, Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri. Ya, ya, saya ada bahas.
Dah tiga ini, saya ada, saya lupa nanti apa yang dibangkitkan.
Saya ada bahas 5G juga.
Okey. Sila, sila Yang Berhormat. Mungkin satu lagi okey.
Ya. Yang Berhormat Menteri belum jawab soalan saya tentang tiada syarikat telco yang sanggup menggunakan perkhidmatan 5G daripada Digital Nasional Berhad kerana kos yang tinggi. Ya, terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, saya ada lagi. Jadi kalau tak sempat, mungkin boleh bagi jawapan bertulis dalam masa lima hari.
Ya. Saya ingat saya jawab yang ini sahaja. Lepas itu saya tamatkan dan yang lain saya terpaksa bagi secara bertulis. To be fair kepada rakan-rakan yang lain.
Yang Berhormat, sebelum nak jawab itu, boleh tak mencelah sedikit? Sedikit sahaja because saya bimbang nanti sebelah petang nanti tak dan nak... [Ketawa]
Okey, sila.
Pertama, saya – Terima kasih banyak atas apa yang telah dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri berhubung kait dengan pelaksanaan 5G. Ini satu perkara yang amat membolehkan negara kita di landasan yang sepatutnya boleh bersaing, berhubung lebih rapat dengan pasaran dan pelbagai pihak. Akan tetapi, bilamana kah kita nak belajar sebagai pemerintah di negara ini, ini untuk membolehkan supaya keseimbangan kemudahan seumpama ini dapat kita selaraskan sebaik mungkin. Contohnya di kawasan, jangan cerita di kawasan saya. Terkadang itu kita ada pelancong. Very difficult to reach dengan izin, di pulau-pulau.
Radio silence, tiada sistem komunikasi. Di kawasan Kota Marudu pun. Penduduk- penduduk yang ada di Kota Marudu kena naik pokok nak dapat accessibility yang ada.
Saya bukan hendak cerita tentang 5G, jangan cerita tentang 3G ataupun 4G. Di sesetengah kawasan, bukan hanya di tempat-tempat seumpama ini. Banyak kawasan yang lain, itu satu. Keduanya yang telco ini, saya ingat kita tahu bahawa akan ada syarikat-syarikat yang swasta di bawah telco yang akan menyelaraskan tetapi kadang-kadang itu seperti apa yang disebutkan oleh rakan-rakan lain, ketidakseimbangan, keupayaan mereka. Bukan hanya to maintain, memastikan supaya kemudahan ini dapat kita upgrade. There must be a system di peringkat kementerian untuk memastikan diselaraskan, jangan ada kawasan failure to rectify. Ini banyak ketirisan kewangan, perbelanjaan negara kita dari tahun ke tahun kerana kita hendak bagi ruang kepada usahawan bumiputera contohnya tetapi tidak berdasarkan dengan merit dia. Kita hendak perkhidmatan kepada rakyat, kita hendak perkhidmatan kepada negara kita bukan perkhidmatan semata-mata kepada golongan syarikat yang mempunyai kepentingan. Jadi, saya berharap sungguh perkara ini dapat diselaraskan kerana jauh ketinggalan- kerana tidak ada accessibility pendidikan, contohnya dalam keadaan COVID- 19 ini, banyak sekolah di luar bandar yang ada komputer tetapi tidak ada accessibility. Bayangkan disparity daripada segi pembangunan, bukan hanya accessibility, daripada segi pendidikan pun kita jauh ketinggalan. Terima kasih banyak.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya cuba beri ulasan. Pertama, saya hendak berikan penegasan bahawa daripada segi kementerian dan saya sendiri secara peribadi, telah membuat satu komitmen dengan mengira ataupun mengambil soal hak untuk mendapatkan connectivity ini sebagai basic human rights. Ini menandakan satu komitmen yang serius yang kita lakukan. Kita juga faham bahawa pada masa ini, keadaan pada masa sekarang urusan kedudukan connectivity dan kemudahan jalur lebar ini sangat tidak merata dan juga bukan sahaja connectivity tidak merata tetapi kualiti. Macam Yang Berhormat bangkitkan tadi, kualiti connectivity kita masih lagi pada tahap 2G, 3G yang speednya yang mungkin dua ataupun tiga megabit per second. Sedangkan kita tahu, kehidupan pada hari ini memerlukan kepada kualiti perkhidmatan jalur lebar yang jauh lebih tinggi kerana way of life kita sudah berubah. Saya akan address itu nanti. Saya pergi kepada Yang Berhormat Muar dulu tadi tentang apa yang aduan ataupun yang diberi secara spontan. Sangat benar sebenarnya. Mungkin ramai di kalangan masyarakat yang tidak memahami bagaimana mekanisme perkara ini terjadi. Walaupun di satu-satu kawasan telah ada connectivity dengan speed yang tertentu tetapi experience yang dialami bergantung kepada situasi pada satu masa. Misalnya apabila kita pergi ke Melaka sekarang, setiap tempat di Melaka membuat pengaduan bahawasanya mereka mengalami experience yang tidak memuaskan kerana kebetulan apabila buka rentas sempadan pelancong mula masuk- banyak menggunakan. Kemudian, sekolah dengan sistem berselang seli PdPR banyak menggunakan data kemudian berlaku pula pilihan raya. Jadi apabila penggunaan serentak maka experience yang kita alami di kawasan yang ada connectivity yang dalam keadaan norma okey tetapi dalam situasi sekarang sangat tidak okey. Jadi, kita terpaksa mengambil langkah-langkah bagaimana perkara itu dapat kita atasi untuk tempoh jangka pendek seperti memasang booster router dan sebagainya. Jadi, saya mengakui situasi itu berlaku. Jadi untuk meningkatkan lagi efficiency bagaimana kita address kawasan-kawasan bermasalah, pada bulan Julai yang lalu kita melancarkan JENDELA portal supaya orang awam boleh memberikan maklumat secara cepat kepada MCMC secara crowdsourcing.
Jadi, tidak perlu membuat atau menulis surat, tapi dengan memasukkan segala data dalam portal berkenaan dan MCMC on daily basis, akan melihat daripada manakah datangnya aduan-aduan itu, dan melihat apa remedy jangka pendek dan jangka panjang yang boleh dilakukan di kawasan-kawasan berkenaan. Jadi mekanisme ini kita bina untuk meningkatkan keberkesanan penyediaan perkhidmatan jalur lebar kita. Tentang perkara yang dibangkitkan iaitu jaminan daripada 4G kita pindah kepada 5G. Perkara ini saya percaya kalau dikaitkan dengan model yang dipakai DNB, itulah saya minta supaya Kementerian Kewangan membuat penjelasan dengan lebih terperinci. Misalnya kebimbangan tentang berapa peratus bumiputera akan mendapat peluang pekerjaan seperti mana Yang Berhormat bangkitkan tadi. DNB telah memberikan makluman kepada kita akan diperuntukkan 60 peratus daripada kerja-kerja yang akan dikendalikan oleh DNB. Itu akan dilaksanakan oleh syarikat-syarikat bumiputera, dan juga government-linked companies. Itu sahaja jaminan yang diberikan kepada kita maka kita perlu membuat pemantauan-pemantauan tertentu agar perkara itu dapat dilaksanakan. Tentang jumlah Yang Berhormat Shah Alam sebut tadi kata dalam RM11 juta, RM15 juta, untuk makluman, maklumat terkini diberikan kepada kita ialah RM16.5 juta, sorry RM16.5 bilion.
Bukan juta ya, bilion.
Jumlah RM11 bilion adalah berasaskan kepada tender yang telah dimenangi oleh Ericsson. Kemudian ada kos-kos yang lain sampai dikatakan jumlah yang akan terlibat ialah RM16.5 bilion. Angka- angka itu yang saya minta DNB membuat engagement dengan Ahli-ahli Yang Berhormat agar dapat diberikan perincian kepada Ahli-ahli Yang Berhormat kerana perkara itu sering diperdebatkan dan ada dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang tentang angka RM20 bilion, RM18 bilion RM21 bilion boleh menimbulkan kekeliruan bagi orang ramai. Jadi DNB bersedia untuk membuat perincian tentang RM11 bilion dan RM16.5 bilion sepertimana yang dilaporkan kepada kita.
Hanya persoalannya ialah pendekatan yang kerajaan pilih merupakan satu pendekatan di mana perbelanjaan itu ditanggung oleh kerajaan dan kerugian akan ditanggung oleh kerajaan sedangkan pendekatan swasta dan penswastaan akan mengurangkan risiko dari sudut itu. Itu yang saya tidak faham kenapa kita hendak pilih pendekatan yang mendedahkan kerajaan kepada kerugian yang begitu besar dalam suasana dan bagaimana kita mempunyai hutang ini.
Terima kasih Yang Berhormat. Itu juga akan dijelaskan. Model yang dipakai oleh DNB tidak menggunakan dana kerajaan Yang Berhormat. Ini yang saya minta diberikan penjelasan terperinci kepada Ahli Yang Berhormat...
Hanya dijamin oleh kerajaan.
...Dan juga tidak diberikan sebarang jaminan daripada kerajaan. Ini akan diexplain kepada Ahli-ahli Yang Berhormat apabila ada perjumpaan dengan backbenchers nanti. Tidak ada sebarang jaminan kerajaan yang diberikan dan juga tidak menggunakan dana secara langsung daripada kerajaan dan ini saya harap akan dapat diberikan penjelasan yang lebih terperinci. Sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat, kita buat kajian cukup mendalam termasuk model di Mexico di mana kegagalan syarikat Mexico- Altan, ia dikaji dari sudut- sudut network, customers, optionality, spectrum pipeline dan sebagainya, sangat berbeza dengan model yang dipakai oleh DNB dan ini juga boleh dibincangkan mungkin dalam forum yang lebih sesuai kerana keterbatasan masa...
Yang Berhormat Menteri, saya terpaksa...
Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab masa sudah panjang berlebihan saya ambil, saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah menunjukkan enthusiasm dan concern. Tentang Yang Berhormat Semporna tadi, insya-Allah sebenarnya untuk Sabah memang kita ada satu program khusus termasuk untuk kawasan-kawasan remote. Kalau Yang Berhormat mahukan perincian kita boleh bagikan maklumat detail.
Soalan saya, soalan saya belum jawab.
Jaminan kerajaan ialah kesemua kawasan di Sabah dan Sarawak akan diberikan connectivity dengan satu jumlah yang besar...
Mengapa dia ada syarikat telco...
...Termasuk di kawasan Parlimen Semporna.
...Hendak menggunakan perkhidmatan...
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menamatkan ucapan saya...
Belum jawab Yang Berhormat Menteri.
...Dengan merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat. Saya faham ada beberapa tajuk tidak sempat saya...
Beri jawapan bertulis.
...Sampaikan di sini, dan saya akan sampaikan secara bertulis dalam masa 48 jam.
Terima kasih..
...Teks ucapan yang tidak dapat saya sampaikan, saya akan edarkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli. 40 minit.
Salam Sejahtera dan Salam Keluarga Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada kerajaan yang telah memperuntukkan sejumlah RM1.8 bilion kepada Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA). Jumlah ini merangkumi peruntukan perbelanjaan mengurus sebanyak RM1.12 bilion dan peruntukan pembangunan sejumlah RM739.2 juta. Kementerian juga merakamkan ucapan terima kasih atas keprihatinan 14 orang Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu-isu di bawah KeTSA sepanjang perbahasan Rang Undang- undang Perbekalan 2020. Saya akan menjawab ke atas perbahasan perbelanjaan ini di Peringkat Dasar mengikut tiga isu seperti berikut, perhutanan, tanah dan tenaga elektrik. Saya mulakan dengan isu perhutanan.
Yang Berhormat Raub, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu dan Yang Berhormat Jerantut mencadangkan supaya kerajaan-kerajaan negeri yang bergantung hasil daripada pembalakan dan perlombongan di kawasan hutan simpan dibantu melalui
inisiatif-inisiatif yang lain agar pelepasan karbon habitat serta konflik hidupan liar dan manusia dapat dikawal. Adakah Ahli Yang Berhormat ada di sini? Okey, thank you. Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Persekutuan telah menyediakan insentif kewangan tambahan melalui instrumen Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT) mulai tahun 2019 kepada kerajaan-kerajaan negeri untuk melaksanakan program dan projek bagi menjamin kelestarian biodiversiti. Peruntukan yang disalurkan dikhususkan bagi tujuan pelaksanaan projek pemeliharaan kawasan perlindungan hutan dan marin ekologi. Sebanyak RM60 juta telah diperuntukkan pada tahun 2019 dan RM70 juta diperuntukkan bagi tahun 2021 kepada semua kerajaan negeri dan penyaluran dilaksanakan melalui pemberian berdasarkan tahap pembangunan ekonomi, infrastruktur dan kesejahteraan hidup (TAHAP). Peruntukan EFT berjumlah RM70 juta akan disediakan setiap tahun untuk diagihkan kepada negeri-negeri sebagai satu bentuk pemberian khusus di bawah perbelanjaan mengurus KETSA mulai tahun 2022. Mekanisme pelaksanaannya akan diperkukuhkan melalui kriteria ekologi berasaskan keberhasilan. Pelaksanaan EFT menunjukkan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam konservasi biodiversiti serta menggalakkan kerajaan negeri mewartakan kawasan perlindungan yang merupakan kawasan penting bagi perkhidmatan ekosistem termasuk sebagai kawasan tadahan air dan perlindungan hidupan liar. Pelaksanaan EFT juga adalah selari dengan matlamat Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2016-2025 yang menyasarkan penyediaan insentif kewangan yang telus dan berasaskan keberhasilan kepada negeri-negeri bagi melaksanakan program konservasi biodiversiti. Di samping itu, mekanisme Reducing Emissions from Deforestation and Forest Degradation (REDD+) telah dibangunkan di bawah Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu atau United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC) yang bertujuan untuk memberikan nilai kewangan terhadap penyerapan karbon oleh hutan serta menawarkan insentif kepada negara-negara membangun bagi mengekalkan hutan dan mengurangkan pelepasan gas rumah kaca (GHG) daripada aktiviti perhutanan. KeTSA pada masa ini sedang membangunkan kerangka kewangan REDD+ atau REDD+ Final Framework (RFF) yang merupakan satu inisiatif kewangan kepada kerajaan negeri bagi mengekalkan, memulihara serta menjamin ekosistem hutan yang berterusan. Di samping itu, KeTSA juga telah menubuhkan sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan (CLBG) iaitu Malaysia Forest Fund (MFF) yang akan melaksanakan kerangka kewangan REDD+ di Malaysia. MFF turut berperanan membangun dan melaksanakan model RFF yang efektif dan mampan serta menjana sumber kewangan melalui transaksi pasaran karbon hutan (forest carbon market) bagi membiayai usaha pengekalan, pengurusan, perlindungan dan pemuliharaan hutan oleh kerajaan-kerajaan negeri. Yang Berhormat Klang memohon kerajaan menjelaskan...
[Bangun]
Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh mencelah sedikit? Tadi ada menyatakan kerangkaan REDD+. Boleh saya dapat sedikit informasi berapa lama dia punya time frame itu, masa?
MFF telah diperbadankan DSSM pada 30 Jun 2021 bermaknanya lebih kurang beberapa bulan yang lepas dan ia masih di peringkat awal pengoperasian. Maknanya kita baru bermula lagi dan pada masa ini MFF diketuai oleh Dr. Elizabeth Philip sebagai Ketua Eksekutif dan Puan Suhaini binti Harun sebagai Pengarah Kanan. Antara objektif penubuhan MFF adalah bagi membangunkan dan melaksanakan model operasi RFF yang efektif dan mampan. Jadi ini adalah satu— baru permulaan. Jadi, ia sudah pun diperbadankan pada 30 Jun 2021 yang lepas.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh saya tanya? Boleh, Tuan Yang di-Pertua?
Silakan, Yang Berhormat Jerlun.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri mengenai REDD+ ini. Sudahkah perbincangan dimulakan dengan kerajaan-kerajaan negeri? Bagaimana mereka boleh menyertai program REDD+? Apa yang dikehendaki daripada pihak kerajaan negeri? Selain itu sepertimana yang saya maklum mengenai REDD+, syarikat-syarikat multinasional perlu dibawa runding untuk menyertai program ini kerana kebanyakan daripada dana akan disumbang oleh mereka supaya kerajaan negeri tidak lagi menjalankan aktiviti pembalakan. Jadi saya ingin bertanya, adakah syarikat-syarikat multinasional sudah pun dibawa runding untuk tujuan tersebut.
Memandangkan REDD+ ini baru bermula— sebenarnya kita pun sudah ada permulaan untuk berbincang dengan kerajaan negeri dan pelaburan yang diterima adalah daripada sektor swasta memang betul seperti Yang Berhormat sebutkan akan disalurkan kepada kerajaan negeri secara direct bagi melaksanakan inisiatif mengekalkan hutan simpanan tersebut. Kita baru bermula dan ada beberapa inisiatif yang saya akan umumkan pada masa yang akan datang. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, soalan?
Yang Berhormat Bakri.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya hendak dapatkan pandangan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Apakah ada perbincangan telah pun dibuat dengan KASA— di antara KASA dengan KeTSA isu ini. Oleh sebab apa yang kita dapat daripada KASA dan juga kerajaan ialah di mana kerajaan telah pun mengumumkan National Determined Commitment (NDC) kepada pelepasan karbon intensiti kurang menurunkan 45 peratus dan semua ini adalah tanpa syarat. Sebelum ini 35 peratus tanpa syarat, 10 peratus adalah bersyarat dan bergantung kepada bantuan pembangunan kapasiti dan juga financial support daripada negara- negara maju. Inilah di mana yang bersyarat ini yang kita boleh menggunakan NDC bersyarat ini untuk mendapatkan dana daripada Green Climate Fund under UNFCCC tetapi sekarang mereka telah tukar NDC di mana 45 peratus semua tanpa syarat. Adakah ini akan menurunkan peluang kita untuk mendapatkan dana REDD+ ini dan adakah perbincangan telah diadakan di antara KeTSA dan KASA di mana kita menetapkan satu NDC yang telah pun tiada bersyarat. Kita sepatutnya ada NDC 45 peratus dan tambahkan lagi dengan 10 peratus yang bersyarat supaya kita boleh dapatkan dana daripada Green Climate Fund.
Sebenarnya REDD+ ini dibuat oleh kerangka ini adalah berdasarkan konsultasi dengan KASA. Perbincangan dibuat daripada semasa ke semasa dan untuk informasi yang lebih terperinci, saya kena bagi soalan yang bertulis fasal perbincangan dengan KASA ini fasal data-data yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Yang Berhormat Klang, memohon kerajaan menjelaskan kerjasama di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan negeri dalam memelihara alam sekitar misalnya bagi aktiviti penebangan.
Tuan Yang di-Pertua, Perkara 74(2) Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bahawa perkara-perkara berkaitan tanah dan hutan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan melalui KeTSA, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) adalah dalam memberikan nasihat teknikal mengenai pengurusan dan pembangunan hutan serta menjalankan penyelidikan dan khidmat latihan.
Walau bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan sentiasa bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri bagi memudah cara penggunaan kaedah umum, penyelarasan dasar perhutanan serta penyeragaman dasar pentadbiran dan pengurusan sektor-sektor berkaitan perhutanan melalui Majlis Tanah Negara (MTN). Antara keputusan yang penting yang telah dicapai melalui mesyuarat MTN ini ialah seperti berikut: (i) pengawalan terhadap pembukaan kawasan usaha hasil oleh semua negeri melalui pelaksanaan Catuan Tebangan Tahunan (CTT) bagi setiap perancangan Malaysia. Penetapan CTT adalah berasaskan kepada keupayaan pemulihan semula jadi- natural regeneration capacity bagi setiap kawasan yang telah diusaha-hasil; (ii) semua pihak yang bertanggungjawab perlu mengawal dan mengelakkan kelulusan pembangunan utiliti dan bukan utiliti dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) dan rizab hidupan liar di Semenanjung; dan (iii) kerajaan-kerajaan negeri perlu mengambil inisiatif untuk mengawal atau seboleh-bolehnya mengelakkan sebarang kelulusan aktiviti perlombongan dan pengkuarian dalam HSK. Selain itu, KeTSA melalui JPSM dan jabatan-jabatan perhutanan negeri telah melaksanakan langkah-langkah mengawal aktiviti penebangan dalam HSK seperti berikut: (i) melaksanakan dan meningkatkan aktiviti penguatkuasaan hutan secara bersepadu dengan agensi kerajaan yang berkaitan bagi menangani aktiviti pencerobohan dan pembalakan haram; (ii) memperkasakan amalan pengurusan hutan secara berkekalan dengan membangun dan mengaplikasikan teknologi terkini dalam penguatkuasaan hutan bagi tujuan pemantauan perubahan kawasan hutan; (iii) mewajibkan pelesen untuk menyediakan rancangan pengusaha hasilan hutan dan disahkan oleh Pengarah Pertanian Negeri sebelum lesen pengusaha hasilan hutan dikeluarkan; (iv) hanya pokok matang dan ditandakan untuk ditebang sahaja yang boleh di usaha hasilkan. Pokok-pokok yang mempunyai nilai perlindungan seperti pokok ibu, pokok buah-buahan untuk kepentingan hidupan liar dan spesies-spesies pokok yang dikategorikan sebagai sangat terancam dan jarang ditemui, tidak dibenarkan ditebang; (v) kawasan-kawasan yang dinilai kawasan perlindungan seperti kawasan tadahan air, kawasan zon penempatan sungai, kawasan yang berkecerunan 40 darjah, jenut hidupan liar- salt lick, dan kawasan sensitif dalam alam sekitar tidak dibenarkan di usaha hasil; dan, (vi) pelaksanaan pensijilan Malaysian Criteria and Indicators for Forest Management Certification bagi negeri-negeri yang terlibat dengan aktiviti pengeluaran kayu balak yang diaudit oleh badan bebas seperti SIRIM. Yang Berhormat Bentong memohon supaya kerajaan menjelaskan percanggahan komitmen Malaysia dalam mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus litupan hutan semasa di Rio pada 1992 berbanding dengan Dasar Perhutanan Malaysia yang mengekalkan 50 peratus hutan dan pokok yang dilancarkan pada Mac 2021. Tuan Yang di-Pertua, komitmen yang telah dinyatakan dalam Dasar Perhutanan Malaysia merupakan komitmen sama yang telah dibuat semasa Sidang Kemuncak Bumi
di Rio de Janeiro pada 1992. Malaysia telah menyatakan komitmennya untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara supaya dilitupi pokok-pokok dan kawasan hutan, dengan syarat negara maju mengekalkan 30 peratus daripada keluasan tanah negara mereka sebagai kawasan berhutan. Sehingga tahun 2018, Malaysia masih mempunyai kawasan berhutan seluas 18.27 juta hektar atau 55.3 peratus daripada keluasan tanah negara. Daripada jumlah tersebut, keluasan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) sebanyak 10.92 juta hektar atau 33.06 peratus. Keluasan kawasan perlindungan, protected area, dan kawasan perlindungan sepenuhnya, totally protected area sebanyak 3.31 juta hektar atau 10.1 peratus dan keluasan kawasan berhutan berstatus tanah kerajaan pula adalah 4.04 juta hektar atau 12.24 peratus. Yang Berhormat Bentong juga memohon supaya kerajaan menjelaskan sama ada laporan kerajaan kepada UNFCCC bahawa keluasan tanah negara yang dilitupi hutan 55.3 peratus termasuk ladang hutan, misalnya sawit, durian dan yang lain-lain. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia telah menetapkan definisi hutan nasional sebagai sesuatu kawasan merangkumi keluasan melebihi 0.5 hektar termasuk hutan semula jadi atau asli dan ladang hutan tetapi tidak termasuk pokok-pokok yang ditanam bagi tujuan pertanian atau penggunaan tanah bandar- urban land use. Pokok-pokok yang terdapat di kawasan tersebut juga hendaklah mampu mencapai ketinggian sekurang-kurangnya lima meter dan dilitupi oleh silara pokok melebihi 30 peratus. Oleh itu, ladang getah, ladang kelapa sawit dan durian musang king adalah tidak termasuk dalam kawasan berhutan.
[Bangun]
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kalau saya boleh dapatkan update kerana pada bulan lepas saya ada ajukan soalan kepada Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Menteri janjikan jawapan bertulis iaitu berkaitan medical cannabis dan industrial hemp. Ini kerana, bawah Pakatan Harapan, Yang Berhormat Menteri Dr. Xavier yang sekarang bersama dengan meja kerajaan, telah pun meluluskan sebidang tanah di negeri Kedah untuk tujuan kaji selidik- research purposes supaya akhirnya kita dapat data-data yang mencukupi dan akhirnya dapat diguna pakai untuk tujuan pindaan undang-undang. Apakah status update? Adakah kerajaan berniat untuk meneruskan program ini? Terima kasih.
Bentong. Yang Berhormat Timbalan Menteri, Bentong ya. Yang Berhormat Timbalan Menteri, ya.
Yang Berhormat Bentong, okey, okey.
Jika ladang hutan dikira sebagai hutan, saya rasa tidak betul. Saya sentiasa kata, ladang hutan ini ditanam dengan spesies monoculture. Kebanyakannya pokok getah, labisia, akasia, dan saya pun tahu sebahagian ladang hutan ini pun ditanam dengan sawit dan durian- musang king. Jadi, saya rasa tidaklah betul kalau kita kira ladang hutan ini sebagai ladang balak ini sebagai hutan. Ini merupakan satu penipuan pada masyarakat antarabangsa. Hutan merupakan satu ekosistem yang lain dari ladang balak.
Terima kasih Yang Berhormat Bentong. Sebenarnya data hutan yang dilaporkan dalam Biennial Update Report, dan National Communication di bawah Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu adalah tidak termasuk ladang getah, kelapa sawit dan durian. Memang kita tidak mengira kawasan tersebut sebagai ladang hutan tetapi pokok yang ditanam itu mengikut konvensyen antarabangsa, kita kiranya sebagai hutan. Ini kita ikut konvensyen antarabangsa. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Muar mengenai penanaman hem, sememangnya kita ada percubaan, masih lagi di peringkat awal untuk mengkaji penanaman hem di Malaysia seperti Yang Berhormat katakan di Kedah.
Sekarang ini, proses ini masih berjalan dalam pengetahuan saya, dan saya kena bagi perincian dalam jawapan bertulis. Bolehkah, Yang Berhormat Muar?
Sedikit sahaja kalau saya boleh tambah. Terima kasih atas pengesahan tersebut. Kalau saya boleh cadangkan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk juga duduk bersama dengan Yang Berhormat Dr. Xavier, bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli. Saya tahu beliau kawan akrab Yang Berhormat Timbalan Menteri- untuk mendapatkan maklumat lanjut, dan supaya kita dapat turbocharge proses ini khususnya apabila Yang Berhormat Menteri Kesihatan pun telah memberikan maklum balas yang agak positif baru-baru ini. Terima kasih.
Ya, sebenarnya ini telah dijawab tetapi ini di bawah bidang kuasa KKM. Jadi, banyak kementerian yang bekerjasama dalam industri hem ini sebenarnya. Bukan hanya KeTSA ataupun KKM- banyak. KDN pun ada. Memang banyak. Jadi, Yang Berhormat Bentong juga seterusnya memohon supaya kerajaan menjelaskan kajian daripada National University of Singapore yang menyatakan bahawa litupan hutan di Malaysia telah turun daripada angka 50 peratus selepas tahun 2000 dan menjelang tahun 2010 hanya tinggal 45.4 peratus sahaja. Tuan Yang di-Pertua, pada masa kini KeTSA menggunakan data hutan bagi tahun 2018 yang telah disahkan melalui proses verifikasi dan pengesanan berdasarkan data hutan yang dikumpulkan dan diselaraskan daripada ketiga-tiga wilayah iaitu Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Proses verifikasi dan pengesanan ini dilakukan bagi membolehkan data tersebut diguna sebagai data rasmi negara di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Proses ini melibatkan pengesahan dari Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Perhutanan Sarawak selaku pemilik kepada data hutan tersebut. Data hutan merupakan data yang sensitif dan dinamik di mana elemen-elemen seperti perubahan status guna tanah, proses pewartaan keluar dan masuk HSK, kawasan perlindungan dan kawasan perlindungan sepenuhnya, peningkatan keupayaan teknologi dan aplikasi kini, perubahan ketetapan data rujukan dan data penyelidikan termasuk penetapan dasar baharu yang berlaku di ketiga-tiga wilayah akan memberi kesan kepada peningkatan dan pengurangan data tahunan yang dilaporkan. Selain daripada inventori kawasan berhutan secara konvensional di Malaysia, penggunaan teknologi terkini dalam penganalisisan kawasan berhutan seperti Geographical Information System (GIS), data-data geospatial dan imej satelit turut membantu mengukuhkan cerapan data dan memberi gambaran maklumat yang terperinci. Oleh itu, kajian tersebut yang bergantung kepada satelit ialah tidak berapa tepat di mana penghasilan data dalam hutan memerlukan penggabungan kaedah konvensional dan penggunaan teknologi terkini untuk membantu menyediakan data dan maklumat yang lebih tepat dan digunakan dalam membantu penambahbaikan pelaksanaan pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia. Malaysia mengamalkan prinsip transparency and accuracy dalam laporan data hutan dan perincian dalam hutan. Maklumat tersebut juga boleh diakses melalui laman web KeTSA melalui pautan www.ketsa.gov.my. Sekarang, saya pergi kepada isu yang kedua iaitu tanah. Yang Berhormat Pontian dan Yang Berhormat Sik, mencadangkan supaya tanah-tanah terbiar kira-kira 120 ribu hektar misalnya Tanah Rizab Melayu, Tanah Adat, tanah pegangan Melayu dan tanah wakaf diusahakan oleh kerajaan. Yang Berhormat Sik pula mencadangkan supaya diwujudkan satu program atau polisi mengenai pembangunan tanah-tanah terbiar yang melibatkan golongan B40 bagi tujuan menjana ekonomi negara. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan menyambut baik sekiranya terdapat cadangan memajukan tanah-tanah yang terbiar atau belum dibangunkan oleh mana-mana pihak sama ada agensi kerajaan, pihak swasta mahupun perseorangan bagi tujuan mengoptimumkan penggunaan tanah kepada aktiviti yang lebih menguntungkan. Tanah-
tanah yang terbiar seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dikategorikan sebagai tanah bermilik, tanah kerajaan dan tanah rizab. Bagi tanah bermilik, hak untuk mengusahakan tanah terbiar terletak kepada tuan tanah dan persetujuan bersama pihak berminat memajukannya. Tanah Adat dan Tanah Rizab Melayu juga dikategorikan sebagai tanah bermilik, dan pembangunannya sama ada melalui sewaan atau pajakan tertakluk kepada perundangan yang sedia ada. Manakala kemajuan ke atas tanah rizab yang terletak di bawah kuasa kerajaan negeri berdasarkan permohonan daripada pihak berkelayakan untuk diusahakan. Selain daripada memberi milik, kerajaan negeri boleh juga mempertimbangkan pemberian sewaan, pajakan jangka pendek serta lesen pendudukan sementara (TOL). Bagi tanah-tanah di bawah Kerajaan Persekutuan yang belum dibangunkan, sebarang pertimbangan untuk membangunkan tanah berkenaan sama ada...
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Sik ada sedikit, mohon penjelasan. Boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri?
Ya.
Terima kasih, Yang Berhormat. Berkaitan dengan isu tanah terbiar tadi. Adakah pihak kementerian melihat khususnya Tanah-tanah Rizab Kerajaan Negeri ini agar diwujudkan jawatankuasa bersama dengan kerajaan negeri bagi melihat keluasan tanah yang terbiar ini untuk diberi peluang kepada penduduk-penduduk kampung sekitar? Sama ada mereka boleh dalam bentuk sewaan ataupun kerjasama dengan agensi kerajaan negeri untuk melaksanakan ataupun melakukan program-program memulihkan tanah tersebut dalam sektor pertanian ataupun sebagainya. Terima kasih.
Sememangnya permohonan untuk membangunkan tanah terbiar tersebut yang di bawah kerajaan negeri memang dialu-alukan. Akan tetapi, ini adalah tertakluk kepada pertimbangan pemberian sewa pajakan jangka pendek oleh lesen pendudukan sementara dan kerajaan negeri memang bersedia. Hal yang saya tahu memang bersedia untuk memberi pajakan tersebut dan ini adalah baik untuk menjanakan ekonomi negara. Bagi tanah Kerajaan Persekutuan pula...
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
...Sebarang pertimbangan untuk membangunkan tanah berkenaan sama ada melalui penyewaan atau pajakan diuruskan melalui Pejabat Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, penjelasan sedikit. Banyak saya dapat makluman daripada pihak di peringkat negeri; tanah-tanah yang telah diberikan kepada Kerajaan Persekutuan tidak dimajukan untuk dibuat satu projek pembinaan dan lain-lain. Apakah langkah Kerajaan Persekutuan dalam menyelesaikan isu ini?
Sekarang ini sebenarnya Kerajaan Persekutuan iaitu melalui Pesuruhjaya Tanah Persekutuan memang menggalakkan permohonan daripada sesiapa yang berminat untuk memajukan tanah tersebut untuk pertanian sebenarnya. Ini boleh dibuat permintaan atau permohonan dibuat secara direct kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. Sebenarnya kita mengalu-alukan permohonan tersebut dan sekarang ini pun sudah ada program. Program daripada graduan yang berminat untuk mengusahakan tanah-tanah tersebut dan kita mengalu-alukan sesiapa yang berminat. Bagi pengusahaan dan pembangunan tanah wakaf pula, ia tertakluk kepada bidang kuasa Majlis Agama Islam negeri masing-masing. Antara punca-punca yang dikenal pasti tentang tanah-tanah yang masih belum dibangunkan ialah kawasan tanah yang tidak berekonomi. Contohnya, tanah yang keluasannya kecil iaitu di bawah satu ekar dan kurang sesuai untuk ditanamkan.
Kedudukan tanah yang tidak sesuai untuk dibuat pembangunan seperti tanah saku- pocket land, bercerun, kawasan berpaya dan sering dilanda banjir, lokasi kurang strategik disebabkan tiada kemudahan asas dan tiada akses jalan raya. Kerajaan Persekutuan seperti yang saya cakap tadi juga telah mengadakan beberapa program projek pertanian bagi tujuan sekuriti makanan dan perniagaan dengan objektif untuk mengoptimumkan penggunaan tanah dan meningkatkan pengeluaran tanaman makanan negara. Tanah-tanah yang Yang Berhormat membangkitkan juga boleh dicadangkan untuk disewakan bagi projek pertanian atau perniagaan bagi usaha untuk meningkatkan kawasan pertanian dan memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah dan belia termasuk graduan menjana pendapatan mereka.
Yang Berhormat, saya tahu tinggal lapan minit lebih tetapi disebabkan adanya sambutan Hari Kanak-kanak, saya terpaksa berhenti jam 1. Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya menangguhkan mesyuarat untuk berhenti rehat, Ahli-ahli Yang Berhormat dijemput untuk bersama-sama menghadiri Majlis Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia di Dewan Bankuet, Parlimen Malaysia, yang mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan menghadiri bersama Tuan Yang di-Pertua. Saya akan menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menyambung selepas ini pada jam 2.30 petang. Kemudian, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perpaduan Negara, terima kasih.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.32 petang]
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan
Ahli Yang Berhormat, kita sambung jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri Kementerian Tenaga dan Sumber Asli. Lapan minit 15 saat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya akan menyambung penggulungan saya dan sekarang saya hendak menyentuh isu yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kampar. Yang Berhormat Kampar memohon supaya...
Yang Berhormat Timbalan Menteri kalau saya cadang kalau Ahli Yang Berhormat tidak ada, boleh skip dan boleh jawapan bertulis.
Yang Berhormat Kampar ada?
Tidak ada.
Yang Berhormat Bakri?
Pun tidak ada.
Yang Berhormat Raub? Pun tidak ada.
Belum.
Yang Berhormat Kuala Nerus?
Belum ada.
Yang Berhormat Kota Kinabalu?
Tidak ada.
Yang Berhormat Setiu?
Yang Berhormat Setiu.
Yang Berhormat Bachok?
Tidak ada. Kalau ada jawapan yang menyeluruh...
Yang Berhormat- ada lagi. Yang Berhormat Merbok? Pun tidak ada.
Pun tidak ada. Tidak ada.
Maka Tuan Yang di-Pertua, maka saya akan memberikan jawapan yang bertulis kepada semua yang tidak ada dan tidak hadir ini. Jadi, setakat ini sajalah penjelasan-penjelasan yang dapat saya berikan mengenai isu-isu yang dibangkitkan. Saya berharap daripada penjelasan tersebut ia telah menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pertanyaan dan membangkitkan isu-isu yang berkaitan KeTSA. Saya memberikan jaminan bahawa mana-mana pertanyaan yang tidak dapat dijawab akan disusuli dengan catatan untuk tindakan susulan.
Baik.
Sekian, terima kasih.
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli. Ahli Yang Berhormat, untuk makluman, jawapan bertulis akan diberikan dalam tempoh lima hari bekerja. Seterusnya, Ahli Yang Berhormat, saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk menjawab dalam tempoh 60 minit.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Keluarga Malaysia...
Waalaikumussalam.
Sihat sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat dasar Belanjawan 2022 serta telah menyentuh isu serta persoalan berkaitan Kementerian Kesihatan. Berdasarkan tempoh masa yang diberikan, saya akan merangkumkan isu-isu
(i) perkhidmatan kesihatan dan perubatan; (ii) pembinaan serta naik taraf kemudahan kesihatan; (iii) sumber manusia; dan (iv) pengurusan pandemik COVID-19. Tuan Yang di-Pertua, bagi tahun 2022, Kementerian Kesihatan telah diperuntukkan sebanyak RM32.41 bilion iaitu peningkatan sebanyak 1.5 peratus berbanding tahun ini. Daripada jumlah ini, sebanyak RM28.03 bilion diperuntukkan untuk belanja mengurus dan RM4.38 bilion untuk belanja pembangunan.
Peruntukan belanja mengurus yang disediakan sebanyak RM28.03 bilion merupakan peningkatan sebanyak 2.96 peratus berbanding tahun ini. Daripada RM28.03 bilion tersebut, tiga program yang menerima peruntukan tertinggi iaitu program perubatan sebanyak RM11.64 bilion, program kesihatan awam sebanyak RM5.22 bilion dan program pengurusan sebanyak RM2.3 bilion. Manakala di bawah peruntukan pembangunan, sebanyak RM4.38 bilion telah diluluskan untuk tahun 2022. Daripada jumlah ini, sebanyak RM2.59 bilion adalah untuk kemudahan hospital dan RM736.45 juta untuk perolehan peralatan dan kenderaan. Dalam usaha menangani pandemik COVID-19 pada tahun depan, Kementerian Kesihatan juga telah luluskan peruntukan sebanyak RM2 bilion bagi membiayai program vaksinasi dan RM2 bilion lagi bagi meningkatkan kapasiti fasiliti perkhidmatan kesihatan awam seperti pembelian bekalan ubat, bahan guna habis, PPE dan juga kit kesihatan. Bagi menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Raub dan Kemaman, mengenai pelaksanaan program berkenaan kesihatan mental serta penglibatan badan bukan kerajaan dan talian psikososial, peruntukan yang disediakan bagi tahun 2022 adalah sebanyak RM70 juta iaitu satu peningkatan berbanding peruntukan pada tahun ini iaitu sebanyak RM24.6 juta. Ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk mengutamakan kesihatan mental rakyat Malaysia terutamanya dalam kita keluar insya-Allah, daripada pandemik ini. Daripada RM70 juta ini, RM40 juta disalurkan kepada Kementerian Kesihatan manakala selebihnya RM30 juta akan disalurkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Pengajian Tinggi untuk memastikan perkhidmatan kesihatan mental ini dapat perhatian daripada pelbagai agensi dan kementerian. Dengan peruntukan tambahan yang diterima ini, kementerian dapat meningkatkan program advokasi serta memperkasakan NGO dalam aktiviti advokasi dan promosi kesihatan mental. Bagi membantu NGO melaksanakan aktiviti pemerkasaan kesihatan mental bersama khidmat masyarakat, Kementerian Kesihatan telah menyediakan peruntukan khas yang disalurkan kepada NGO yang dikenal pasti aktif bergiat dalam aktiviti kesihatan mental di peringkat komuniti.
Kriteria kelayakan pemberian peruntukkan kepada NGO ini termasuklah bergerak aktif dalam melaksanakan aktiviti pemerkasaan kesihatan mental, termasuk aktiviti promosi, advokasi, serta perkhidmatan sokongan emosi dan kaunseling. Kementerian Kesihatan melaksanakan aktiviti pemantauan secara berterusan melalui pelaporan aktiviti oleh NGO kepada pihak kementerian bagi memastikan peruntukkan diagihkan, digunakan dengan berkesan dan sebaiknya. Pada tahun 2021, Kementerian Kesihatan telah mengagihkan peruntukkan sebanyak RM4.4 juta kepada NGO-NGO yang berkenaan. Dengan pertambahan peruntukkan seperti yang dinyatakan, bilangan NGO yang menerima peruntukan dijangka meningkat, tertakluk kepada program yang bakal dilaksanakan. Berkenaan keberkesanan Talian Psikososial pula, sebanyak 232,873 panggilan kepada talian KKM, MERCY, Talian Kasih dan talian di bawah JKM adalah melibatkan pelbagai isu sosial seperti hilang pekerjaan, tiada sumber pendapatan dan konflik serta masalah rumah tangga yang telah diterima antara 25 Mac tahun lepas hingga 7 November yang lepas. Daripada jumlah kumulatif panggilan, sebanyak 80 peratus panggilan yang diterima adalah terdiri daripada isu-isu yang memerlukan sokongan emosi dan kaunseling. Bagi individu yang memerlukan intervensi, mereka akan dihubungkan kepada agensi yang berkaitan mengikut keperluan. Talian ini, kini telah diperluaskan dengan melibatkan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain serta NGO yang turut memberikan perkhidmatan sokongan psikososial kepada individu yang memerlukannya. Selain Talian Psikososial ini, pelbagai inisiatif telah diambil oleh Kementerian Kesihatan bagi memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan kesihatan mental sedia ada
kepada masyarakat di peringkat daerah, hospital, klinik kesihatan dan juga di komuniti. Tindakan ini dilaksanakan melalui strategi yang telah digariskan dalam Pelan Strategik Kesihatan Mental Kebangsaan tahun 2020 hingga 2025. Antaranya adalah: (i) melaksanakan kempen kesedaran kesihatan mental, Let’s TALK Minda Sihat merentas agensi; (ii) memperluaskan khidmat kaunseling di peringkat daerah dan klinik kesihatan; (iii) mewujudkan pasukan kesihatan mental dan sokongan bagi memberi perkhidmatan kepada komuniti dan petugas barisan hadapan; (iv) melaksanakan latihan kemahiran bantuan awal psikologi ataupun psychological first aid kepada pemberi khidmat kesihatan dan sukarelawan; dan (v) bekerjasama dengan badan bukan kerajaan dengan memperkasakan mereka bagi melaksanakan program promosi kesihatan mental di peringkat akar umbi. Saya juga ingin maklumkan bahawa berkenaan dengan usaha ‘dekriminalisasi’ cubaan membunuh diri, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia bersama input daripada Pejabat Penasihat Undang-undang dan Bahagian Perkembangan Perubatan telah menyediakan memorandum Jemaah Menteri berhubung moratorium terhadap kesalahan percubaan bunuh diri di bawah seksyen 309 Kanun Keseksaan [Akta 574]. Memorandum ini, memohon Jemaah Menteri untuk meluluskan tempoh moratorium segera di mana tiada sebarang dakwaan sabitan di bawah seksyen 309 Kanun Keseksaan bagi kes percubaan bunuh diri sehingga pemansuhan atau pindaan seksyen 309 telah dilaksanakan di Parlimen. Kertas cadangan memorandum ini telah dipersetujui oleh pihak pengurusan KKM dan dalam semakan Unit Kabinet KKM untuk dikemukakan kepada Jemaah Menteri. Tuan Yang di-Pertua...
Boleh minta penjelasan? Sorry, Yang Berhormat. Terima kasih, saya meneliti jawapan Yang Berhormat Menteri dan saya mengalu-alukan kertas cadangan atau memorandum tersebut. Akan tetapi saya ingin tanya lebih terperinci bilakah ini akan dibentangkan di Jemaah Menteri? Apakah target masa atau timeline untuk memastikan ini dilakukan secepat mungkin? Itu soalan pertama. Soalan kedua, saya memang mengalu-alukan peruntukkan lebih kepada NGO- NGO ataupun agensi-agensi untuk memperkasakan kesihatan mental terutamanya di komuniti. Akan tetapi, isu pokok adalah primary care. Kita masih tidak cukup perjawatan terutamanya dari segi medical specialist psychiatry dan juga clinical psychologist. Adakah belanjawan ini, apabila saya melihat butiran, tidak menambahkan perjawatan terutamanya contohnya psychiatry ataupun clinical psychologist? Adakah Kementerian Kesihatan akan melihat untuk meningkatkan juga status clinical psychologist, sekarang mereka dianggap sebagai staf sokongan. Mereka sebenarnya ada master. Jadi, adakah mereka akan diberikan gred yang lebih tinggi untuk memupuk lebih banyak clinical psychologist untuk masuk ke sektor kerajaan? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kuching. Sila Menteri teruskan.
Ya, terima kasih. Berkenaan dengan memorandum ini sudah pasti Kementerian Kesihatan akan bawa secepat mungkin ke Jemaah Menteri untuk kelulusan setelah kita perhalusi di Unit Jemaah Menteri KKM dan seterusnya akan dihantar untuk ulasan daripada kementerian-kementerian lain. Saya juga mengalu-alukan pandangan daripada Yang Berhormat. Sudah pasti dalam agenda Pelan Strategik Kesihatan Mental Kebangsaan, memang ada perancangan untuk kita meningkatkan lagi perjawatan terutamanya bagi clinical psychologist dan psychiatry specialist di hospital dan juga klinik-klinik kesihatan awam. Ini juga berkait
dengan usaha daripada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mendapatkan perjawatan tetap yang lebih secara keseluruhannya untuk doktor-doktor kita. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sabak Bernam telah membangkitkan persoalan mengenai langkah kerajaan untuk menyediakan lebih banyak pusat hemodialisis khususnya di luar bandar. Saya ingin memaklumkan bahawa semua hospital Kementerian Kesihatan kecuali Rajah Charles Brooke Memorial yang mana perkhidmatan disediakan di Hospital Umum Sarawak dan 18 klinik kesihatan di seluruh negara dilengkapi dengan unit hemodialisis. Selain itu, Kementerian Kesihatan juga memberikan subsidi kos rawatan kepada pusat-pusat hemodialisis yang dikendalikan oleh NGO bagi memperluaskan perkhidmatan hemodialisis kepada pesakit di seluruh negara termasuk di kawasan luar bandar. Bagi tahun 2021, sebanyak RM35.5 juta telah diperuntukkan kepada 125 pusat dialisis yang memberikan rawatan kepada 2,615 pesakit di mana pusat-pusat hemodialisis ini diuruskan oleh 61 NGO yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan. Berkenaan permohonan yang Yang Berhormat Hulu Rajang agar penambahan mesin dialisis disediakan di klinik Sungai Asap, klinik Belaga dan klinik Tubau. Ingin dimaklumkan buat masa ini terdapat seramai tujuh orang pesakit Sungai Asap, lima orang pesakit di Belaga, tiga orang pesakit di Tubau yang sedang menjalani rawatan dialisis. Namun, semua pesakit tersebut telah pun berpindah ke bandar Bintulu bagi menjalani rawatan dialisis di Hospital Bintulu. Oleh yang demikian, Kementerian Kesihatan akan sentiasa pantau dan melihat supaya mewujudkan perkhidmatan unit hemodialisis di Sungai Asap, Belaga dan Tubau dari semasa ke semasa mengikut keperluan yang akan datang. Mengenai permohonan Yang Berhormat Hulu Selangor untuk menaik taraf unit hemodialisis di Hospital Kuala Kubu Bharu. Saya ingin memaklumkan bahawa unit ini telah menerima peruntukkan sebanyak RM25,000 pada tahun 2019 bagi perolehan sebuah reverse osmosis pump yang berfungsi bagi meningkatkan kapasiti untuk menjalankan rawatan hemodialisis pada satu-satu masa yang sama. Pada tahun 2021 dan tahun ini, unit ini juga telah menerima kelulusan peruntukkan bagi perolehan tiga buah mesin hemodialisis yang baru iaitu sebuah pada tahun lepas dan dua buah pada tahun ini. Dengan peningkatan pesakit yang memerlukan rawatan dialisis di seluruh negara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga sedang berusaha memperluaskan kaedah rawatan peritoneal dialysis di kalangan pesakit kegagalan ginjal peringkat akhir ataupun end-stage renal failure.
Kaedah rawatan ini adalah berbeza daripada rawatan hemodialisis kerana rawatan PD ini dapat dilakukan di rumah oleh pesakit sendiri. Kaedah ini akan dapat mengurangkan keperluan kemudahan hemodialisis untuk pesakit baharu kegagalan ginjal peringkat akhir yang memerlukan rawatan dialisis dan memberi kemudahan kepada pesakit khususnya di luar bandar kerana tidak perlu berulang alik ke fasiliti kesihatan untuk mendapatkan rawatan. Seterusnya Yang Berhormat Rasah dan Yang Berhormat Batu Gajah telah membangkitkan mengenai peruntukan penyakit jarang jumpa bagi tahun 2022. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, buat masa ini kementerian menampung rawatan penyakit jarang jumpa seperti lysosomal storage disease, cradle willie syndrome, cystinosis dan sebagainya. Walau bagaimanapun, antara cabaran utama dihadapi oleh pihak kementerian adalah kos rawatan yang sangat tinggi. Sebagai contoh kos rawatan seorang pesakit bagi penyakit jarang jumpa yang memerlukan ubat seperti enzyme replacement therapy memerlukan kos antara RM500,000 hingga RM1 juta setahun. Kos ini juga akan semakin meningkat seiring dengan peningkatan usia seseorang pesakit. Sebagai komitmen berterusan, kerajaan dalam membolehkan pesakit diberi pembelaan sewajarnya, kementerian telah memperuntukkan sebanyak RM20 juta pada tahun 2022 untuk memastikan perkhidmatan untuk pesakit-pesakit ini dapat diteruskan.
Selain itu saya sendiri akan mengadakan sesi libat urus dengan keluarga- keluarga yang mana ahli keluarga mereka menghidap penyakit jarang jumpa ini bagi memikirkan cara lain untuk kita membantu mereka mendapat rawatan seperti mana yang saya sebutkan tadi. Yang Berhormat Bandar Kuching telah membangkitkan mengenai asas pemilihan pneumococcal conjugate vaccine (PCV 10) berbanding PCV13 bagi mencegah penyakit pneumococcal invasive kerana dilihat PCV13 lebih memberi perlindungan kepada kanak- kanak. Dimaklumkan bahawa pada tahun 2020, Jawatankuasa Dasar dan Amalan Imunisasi Kebangsaan telah menetapkan polisi pemilihan PCV adalah vaksin yang telah berdaftar dengan pihak berkuasa kawalan dadah dan meliputi sekurang-kurangnya 10 cetrotide pneumococcus. Keputusan jawatankuasa turut mengambil kira saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada Februari tahun 2019 iaitu kedua-dua produk vaksin PCV10 dan PCV13 adalah berkesan dalam mengurangkan beban penyakit pneumococcal invasive. Pilihan PCV10 oleh Jawatankuasa Penilaian Teknikal dan Jawatankuasa Penilaian Harga Tender adalah kerana produk vaksin ini menepati spesifikasi teknikal yang ditetapkan dan harganya adalah kompetitif. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin maklumkan kepada Yang Berhormat Bandar Kuching bahawa satu pneumococcal cetrotide surveillance sedang dijalankan oleh Institut Kajian Perubatan (IMR) untuk melihat prevalence of pneumococcal cetrotide in Malaysia dan kajian ini sedang dilaksanakan dan keputusan kajian ini akan dibentangkan awal tahun depan untuk membolehkan Kementerian Kesihatan Malaysia memilih sama ada sekiranya prevalence cetrotide yang tinggi yang tidak dapat diliputi ataupun tidak dapat perlindungan daripada PCV10 maka kita akan beralih kepada PCV13. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bukit Gelugor telah mencadangkan agar dasar melibatkan pemilikan produk medical cannabis termasuk yang tidak berdaftar dikaji dan pindaan akta berkaitan dibuat selari dengan amalan antarabangsa seperti di Convention Vienna. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, akta sedia ada yang mengawal selia cannabis dan hasilnya di Malaysia iaitu Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Jualan Dadah 1952 kesemuanya 1952 tidak menghalang penggunaan cannabis bagi tujuan perubatan. Sekiranya terdapat pihak yang mempunyai bukti saintifik yang mencukupi untuk menggunakan cannabis bagi tujuan perubatan dengan mengambil kira aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanannya permohonan untuk mendaftarkan keluaran mengandungi cannabis untuk tujuan pengubatan tersebut boleh dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah untuk dinilai dan didaftarkan di bawah Peraturan- peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan seterusnya untuk dipasarkan di Malaysia. Untuk makluman Yang Berhormat juga, buat masa ini tiada produk berasaskan cannabis untuk kegunaan rawatan perubatan manusia yang berdaftar di Malaysia. Pihak Berkuasa Kawalan Dadah pernah mendaftarkan satu produk berasaskan cannabis iaitu Centivax pada tahun 2014. Namun begitu, atas permintaan pihak syarikat sendiri pendaftaran produk ini telah dibatalkan pada tahun 2017. Namun demikian, Kementerian Kesihatan Malaysia mengalu-alukan terutamanya ujian klinikal dalam melihat keberkesanan kualiti dan keselamatan produk medical cannabis untuk dikaji dan diguna pakai di Malaysia. Saya telah menerima beberapa cadangan untuk diadakan ujian klinikal untuk mendapat kepastian seperti mana yang saya sebutkan tadi. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Lanang.
Yang Berhormat Menteri, mohon mencelah. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Perkara sama telah pun dibangkitkan kepada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri dan juga Menteri yang
menjaga hal ehwal undang-undang berkenaan keperluan untuk meminda Akta Dadah Berbahaya 1952 (DDA) untuk memastikan bahawa the legal lacuna di mana Yang Berhormat Menteri memberikan jawapan yang sangat progresif dan baik. Akan tetapi, jika ada pendakwa raya yang tetap mengambil tindakan ke atas ibu bapa yang menggunakan medical cannabis kepada anak-anak mereka mungkin boleh juga didakwa kerana ada lacuna di sana. Pindaan tersebut selepas dicadangkan Yang Berhormat Menteri Undang-undang di dalam Dewan ini berkata beliau akan menunggu Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk berbincang supaya pindaan itu dapat dibuat. So, that once and for all we get to reform that law dan memastikan bahawa ibu bapa dan anak-anak yang menggunakan medical cannabis untuk tujuan perubatan tidak didakwa. Saya berharap bahawa Yang Berhormat Menteri boleh duduk bersama dengan Yang Berhormat Menteri Undang-undang untuk memastikan bahawa pindaan ini dapat dilakukan bersama. Terima kasih.
Sila, Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih, baik. Yang Berhormat Menteri Lanang telah mencadangkan supaya diwujudkan pusat kanser di Hospital Sibu dan Pakar Onkologi diletakkan di Hospital Sibu untuk kemudahan penduduk sekitar. Untuk makluman, Kementerian Kesihatan sedang mengkaji cadangan untuk menubuhkan sebuah pusat kanser di Samarahan. Dengan itu perkhidmatan kanser dapat diperkembangkan lagi bagi wilayah Sarawak dan kawasan berhampiran. Ini cadangan yang juga diperjuangkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak dan saya sebagai Menteri menyokong perancangan tersebut dan kita sedang memperhalusi langkah-langkah untuk membuka sebuah institut kanser di Sarawak. Memandangkan terdapat kekangan pakar onkologi maka perkhidmatan rawatan radioterapi dan onkologi di wilayah Sarawak dilaksanakan secara regional buat masa ini. Sekarang, terdapat lima pakar onkologi di Hospital Umum Sarawak. Pakar-pakar ini akan dimobilisasi secara berkala ke Hospital Miri, Sibu dan Bintulu. Of course, kalau boleh kita hendak jawatan tetap yang lebih banyak di seluruh negeri Sarawak. Buat masa ini kita buat secara regional. Bagi menangani kesukaran pesakit berulang alik mendapatkan rawatan kemoterapi dan untuk mengurangkan kesesakan wad di Hospital Umum Sarawak, KKM telah mewujudkan Unit Klinikal Onkologi di Hospital Sibu. Bilangan kedatangan pesakit kanser bagi rawatan kemoterapi pada tahun 2019 adalah seramai 1,168 pesakit dan 1,317 pesakit bagi tahun 2020.
Berhubung kes pembedahan elektif yang ditunda disebabkan oleh...
Yang Berhormat Menteri, sebelum pergi ke isu yang baharu, saya nak bangkit satu soalan. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya Yang Berhormat Menteri ialah beberapa tahun yang lalu, mantan Menteri KKM telah mengatakan bahawa satu hospital kanser akan dibina di Sungai Petani. Apakah development berkait dengan itu? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Jika dibenarkan, saya akan memberi jawapan bertulis Yang Berhormat ya, kepada persoalan tersebut. Berhubung kes pembedahan elektif yang ditunda disebabkan oleh pemberhentian sementara perkhidmatan akibat COVID-19 seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sandakan, jumlah bilangan kes pembedahan elektif major bukan kecemasan yang tertunda di Hospital Duchess of Kent, Sandakan setakat 1 November adalah sebanyak 406 kes. Namun begitu, berikutan penurunan kes COVID-19 yang memerlukan rawatan di hospital mutakhir ini telah membolehkan pihak hospital mengaktifkan semula pelaksanaan
pembedahan elektif in-house secara berfasa bermula 1 November 2021 yang lalu di mana kes pembedahan yang tertunda telah dijadualkan semula. Sehingga 15 November, sebanyak 31 kes pembedahan elektif major telah dilaksanakan dengan purata tiga kes pembedahan elektif major sehari, menjadikan baki kes pembedahan elektif tertunda berkurangan kepada 375 kes. Kementerian Kesihatan menjangkakan bilangan pembedahan elektif major secara in-house akan dapat ditingkatkan kepada purata enam kes pembedahan elektif major sehari selaras dengan trend penurunan kemasukan pesakit COVID-19 yang memerlukan rawatan di Hospital Duchess of Kent, Sandakan. Pihak kementerian juga telah memperluaskan serta memanjangkan waktu operasi pelaksanaan perkhidmatan pembedahan elektif...
Yang Berhormat Menteri, minta maaf. Just...
Boleh saya habiskan ayat saya ini Yang Berhormat?
Okey, terima kasih Yang Berhormat.
Biar habiskan sekejap.
Dengan program pembedahan elektif hari Sabtu ataupun Saturday elective OT kepada hospital berpakar yang dikenal pasti di seluruh Malaysia termasuk Hospital Duchess of Kent, Sandakan agar fasiliti dewan bedah sedia ada dapat dipertingkatkan penggunaannya dan seterusnya mempercepatkan lagi pengurangan kes pembedahan elektif yang tertunda ini.
Yang Berhormat Menteri.
Sekejap. Boleh saya habiskan? Then, saya akan buka. Sekejap. Selain itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia turut mengambil inisiatif untuk menyumberluarkan (outsourcing) perkhidmatan atau prosedur yang melibatkan kes-kes pembedahan pediatrik, urologi, ortopedik, ginekologi atau yang melibatkan pesakit kanser untuk dilaksanakan di fasiliti-fasiliti perubatan swasta yang sesuai di daerah Sandakan dan Kota Bharu. Penyumberluaran perkhidmatan tersebut telah pun dilaksanakan sejak tahun lepas dan masih berlangsung sehingga ini. Bagi tahun 2020, sebanyak 19 kes pembedahan elektif major telah dilaksanakan secara penyumberluaran. Manakala bagi tahun ini, sebanyak 16 kes pembedahan elektif major telah berjaya dilaksanakan dan 11 kes lagi sedang dalam proses rujukan ke fasiliti perubatan swasta. Sila.
Sila Yang Berhormat Sandakan dulu saya ingat.
Ya. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Salah satu good news about Hospital Duchess of Kent adalah kami sudah ada MRI scan yang sudah lama ditunggu. Terima kasih team kesihatan. Akan tetapi, saya ingin feedback mengenai jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Menteri mengenai specialist swasta, where they can tolong kami macam arrange the operation theater sebab kami punya Sandakan hospital, we are catering for 500,000 patients kami punya citizenship. Akan tetapi, kami juga perlu menolong kawasan-kawasan yang lain macam di Beluran sebab mereka tiada hospital umum yang besar. Hospital Duchess of Kent merupakan hanya satu-satu hospital di Sandakan. Jadi, kami tidak ada any partnership dengan macam hospital swasta sebab kami tiada langsung. Jadi Yang Berhormat Menteri, bolehkah kamu memberitahu kami, adakah niat untuk memperbesarkan Hospital Duchess of Kent dengan lebih banyak fasiliti? Nampaknya Sandakan akan dijadikan bandar raya pada tahun depan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sandakan. Minta Yang Berhormat Penampang tadi. Sila.
Yang Berhormat Menteri, just— Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ini berkaitan dengan kanser. Di Sabah, saya faham bahawa— Kita tak ada PET scan and dengan izin, most of the cancer patients or possible cancer patient terpaksa pergi ke Kuala Lumpur untuk menjalani PET scan dan ini membawa kos yang tinggi bagi keluarga yang menghadapi kanser. Mungkin Yang Berhormat Menteri tiada data pada sekarang ini, tetapi boleh jawab bertulis dan juga, dengan type three hospital yang telah diumumkan sejak tahun 2012 di Penampang, daerah saya. Terima kasih.
Yang Berhormat Gopeng, sila.
Gopeng. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Berkenaan dengan pembedahan yang tertunda, memang saya telah bangkitkan dalam perbahasan. Mengikut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, seramai 150,000 kes sehingga 200,000 kes pembedahan tertunda di seluruh negara. Jadi, apakah perancangan Yang Berhormat Menteri daripada segi kementerian untuk outsource ataupun membereskan kes-kes yang tertunda ini dan berapakah peruntukan yang selebihnya untuk menyelesaikan masalah ini? Sekian.
Ya Yang Berhormat Menteri, teruskan.
Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Bagi soalan daripada Ahli Yang Berhormat dari Sandakan tadi, saya sangat-sangat prihatin kepada kadar pertumbuhan populasi di Sandakan. Hospital Duchess of Kent semakin sesak dan semakin memerlukan kemudahan pakar di sana. Perkara ini adalah dalam perhatian dan juga keutamaan kita dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Sama juga dengan Yang Berhormat Penampang tadi, saya tahu tentang isu PET scan ini, yang mana kita akan pastikan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 ini diselesaikan untuk kemudahan di Sabah dan juga di Sarawak. Untuk soalan daripada Yang Berhormat Gopeng, saya telah minta Ketua Pengarah Kesihatan untuk senaraikan semua pembedahan elektif dan juga pembedahan kritikal yang terpaksa ditangguhkan. Sebahagian besar dapat pun diselesaikan melalui penyumberluaran dan kita pun telah menerima peruntukan tambahan daripada Perbendaharaan untuk tujuan tersebut bagi tahun yang akan datang. Namun demikian, saya telah minta supaya satu big operation to clear the backlog dilaksanakan pada tahun depan. Bukan hanya dengan menggunakan penyumberluaran, tetapi dengan kita maksimumkan, mengoptimumkan kapasiti yang ada di Kementerian Kesihatan dan juga menggunakan kementerian-kementerian lain seperti teaching hospital di bawah KPT, military hospital di bawah Kementerian Pertahanan dan sebagainya. Insya- Allah dalam masa yang terdekat, saya akan dapat memberi update berkenaan dengan perancangan kita untuk mengurangkan backlog yang sedia ada disebabkan pandemik.
Okey.
Terima Yang Berhormat Menteri atas jawapan tersebut. Memang kalau kita lihat, permintaan memang berterusan. Jadi bila backlog itu dibereskan, ada kes-kes yang baharu yang muncul yang perlu rawatan berterusan. Jadi, saya cadangkan supaya Kementerian Kesihatan meneliti dan menetapkan KPI dari segi waiting time. Misalannya kalau nak bypass surgery, apakah waiting time yang munasabah untuk bypass surgery supaya ada satu ketetapan dibuat, satu KPI dibuat dan boleh buat outsourcing atau jika perlu, ataupun kerja semasa Jumaatkah— I mean Sabtu atau Ahad dan sebagainya untuk bereskan backlog sedikit...
Terima kasih. Terima kasih.
Boleh tambah sikit...
...Dan untuk keseluruhan pembedahan. Sekian.
Bandar Kuching sikit. Saya sangat bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat dari Gopeng. Saya cuma nak tambah soalan tambahan kerana kita tahu we are not out of the woods yet, dengan izin. So, apakah yang akan dilakukan untuk tahun depan jika kita melihat tiba-tiba satu peningkatan yang mendadak? Bagaimana kita memastikan bahawa non COVID-19 patients dapat dipelihara? Adakah Kementerian Kesihatan akan melihat model daripada negara lain seperti China atau Singapura di mana mereka wujudkan satu wad yang khas untuk COVID-19? Jika ada pertambahan, mereka akan pergi ke wad tersebut dan wad yang lain tidak akan terkesan jika ada peningkatan. Apakah pandangan Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching dan Yang Berhormat Gopeng. Sudah pasti dalam exercise untuk kita clear backlog ini kita akan minta supaya disasarkan beberapa KPI daripada segi waktu menunggu untuk mendapat pembedahan elektif dan sebagainya. Itu adalah cadangan yang baik dan cadangan yang sedang dilaksanakan. Soalan Yang Berhormat Bandar Kuching, sekarang ini Kementerian Kesihatan dalam proses persediaan kepada kemungkinan berlakunya peningkatan kes-kes kemasukan untuk COVID-19. Ini termasuklah selama tiga hari berakhir pada hari semalam, kita telah mengadakan national table talk exercise dengan kita membuat simulasi kepada kes-kes yang meningkat di beberapa negeri dan apakah kaedah Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menangani surge ataupun peningkatan kapasiti yang mendadak. Dalam hal ini, sudah pasti antara strategi kita adalah untuk memastikan bahawa perkara-perkara yang dapat kita laksanakan sewaktu surge berlaku di Lembah Klang, dapat dibuat dengan lebih berkesan lagi seperti decanting kepada hospital-hospital swasta untuk kita menjaga dan untuk kita memastikan bahawa kapasiti di hospital awam mencukupi untuk menangani kes-kes COVID-19. Jadi, strategi decanting ini adalah satu usaha untuk memastikan bahawa wad-wad tertentu dapat dikhususkan untuk kes-kes COVID-19, sementara kes-kes non COVID-19 itu dapat dihantar ke hospital-hospital swasta yang akan bekerjasama dengan kita.
Saya cuma hendak tambah penjelasan sedikit. Saya memang tahu Kementerian Kesihatan buat table talk simulation tersebut dan ini sangat baik. Mungkin Menteri Kesihatan boleh ceritakan lebih. Selain dengan strategi di private sector, apa lagi strategi yang sedia ada kerana setahu saya, simulation itu dilakukan terutamanya di negeri-negeri utara? Adakah ia akan buat simulasi untuk negeri lain terutamanya untuk Klang Valley? Terima kasih.
Tambah sikit, Padang Serai.
Yang Berhormat Padang Serai. Sila.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Di kawasan saya di Hospital Kulim, backlog itu begitu jangka masa yang panjang. Sekiranya ada heart block dan sebagainya, terpaksa menunggu sehingga 10 bulan dan juga sehingga satu tahun. Ini disebabkan kita ada satu tempat sahaja di negeri Kedah iaitu di Hospital Alor Setar sahaja. Oleh itu, saya cadangkan kalau boleh, satu pakar diadakan di Hospital Kulim di sebelah selatan. Mudahkan untuk orang buat dengan cepat. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Sila.
Yang Berhormat Menteri, kalau boleh saya tambah? Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Semalam kita juga berpeluang untuk mendengar daripada kumpulan EAG di expert advisory group yang telah pun membuat pembentangan kepada PSC Kesihatan. Sikit kalau dapat saya tambah daripada Yang Berhormat Bandar Kuching. Selama apa pun yang telah kita pelajari daripada khususnya GKV Task Force itu, apakah langkah-langkah selain daripada decanting untuk kita belajar daripada apa pun kelemahan kita dan kita diselamatkan oleh when the vaccine kicks in, that’s your role particularly. Akan tetapi kalau boleh Yang Berhormat Menteri menjelaskan lagi, for all yang telah kita pelajari dan kita harus bersedia untuk berdepan dengan surge dalam period, dalam fasa endemik nanti. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Sila.
Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ambil maklum apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kulim tadi. Berkenaan dengan strategi pakar secara kluster ini, saya akan sentuh secara tidak langsung nanti dalam jawapan saya. Jawapan ataupun soalan dan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor dan juga Yang Berhormat Bandar Kuching, semestinya table talk exercise ini dijalankan dengan mengambil beberapa pengajaran ataupun learning daripada Greater Klang Valley Task Force. Antaranya, bukan hanya soal decanting tetapi untuk kita secara real time melihat kepada bed occupancy rate di setiap hospital, di setiap facility PKRC, di setiap hospital swasta. Ini memudahkan kerja decanting. Salah satu pengajaran sebelum kita mengadakan Greater Klang Valley Task Force adalah sebenarnya kita tidak dapat melihat dengan jelas secara total berdasarkan kepada negeri dan juga kebangsaan. Where the beds were and where we can decant patients, who had COVID-19 and who were non-COVID-19 patients and also where we can send the COVID-19 patients. Jadi, inilah perkara yang telah pun kita belajar. Perkara yang lain adalah untuk memastikan bahawa di kawasan-kawasan bandar apabila berlakunya surge, tidak perlu ada lagi fizikal CAC. Kita buat secara virtual dan kita memberi HSO secara digital. Kita serah kepada pesakit positif yang Kategori 1, 2 untuk membuat kawalan kendiri di rumah. Ketiga adalah pemantapan sistem FTTIS sepertimana Yang Berhormat Kuala Selangor tahu yang telah pun dimantapkan dan ada lagi penambahbaikan yang sedang dilaksanakan untuk memastikan bahawa daripada segi testing, tracing, isolation dan sebagainya dapat dibuat dengan begitu rapi lagi. Untuk Yang Berhormat Bandar Kuching, table talk exercise ini melibatkan semua negeri walaupun exercises khusus telah pun diberi kepada negeri-negeri utara tetapi learning dia boleh diguna pakai oleh semua negeri. Antaranya selain daripada decanting, kita buat simulasi contohnya di Perlis, peningkatan kes dan juga pada masa yang sama, banjir berlaku. Apa yang akan dibuat oleh PKD, apa yang akan dibuat oleh hospital, tidak cukup oksigen, tidak cukup perubatan dan sebagainya. What happens in that case? Apakah protokol-protokol untuk memastikan bahawa krisis itu dapat diurus dengan baik? Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya ingin pergi kepada isu lain, banyak lagi perkara.
Hanya tinggal 18 minit sahaja lagi.
Yang Berhormat Tanjong Malim telah membangkitkan satu persoalan yang penting mengenai kanak-kanak di bawah umur 18 tahun dengan salah seorang ibu bapanya adalah warganegara Malaysia diberi akses kesihatan yang sama seperti kanak-kanak yang berstatus warganegara. Berdasarkan garis panduan pelaksanaan Perintah Fi (Perubatan) (Kos Perkhidmatan) 2014 yang
dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, kanak-kanak berumur 18 tahun dan ke bawah layak diberikan perkhidmatan kesihatan di fasiliti Kementerian Kesihatan pada kadar caj warganegara sekiranya bapa atau ibunya adalah seorang warganegara atau pemastautin tetap di Malaysia. Berdasarkan garis panduan ini buat masa ini, kelayakan adalah tertakluk kepada pembuktian dokumen status taraf kewarganegaraan Malaysia kanak-kanak tersebut, seperti dokumen sijil kelahiran atau kad pengenalan MyKid yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Oleh yang demikian, kementerian akan menilai semula garis panduan ini dalam masa terdekat termasuklah dengan mengambil kira kos yang perlu ditanggung sekiranya akses kesihatan ini turut diperluaskan kepada kanak-kanak bukan warganegara. Maknanya kanak-kanak itu bukan warganegara Malaysia tetapi salah seorang ibu atau bapa adalah warganegara Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin beralih kepada isu pembinaan dan naik taraf fasiliti kesihatan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Kalau tidak ada, boleh saya bagi jawapan bertulis Tuan Yang di-Pertua?
Boleh, yang mana tidak ada, bertulis sahaja bagi.
Kalau...
Jelutong ada, Hospital Pulau Pinang.
Bagi Yang Berhormat Menteri jawab dulu.
Yang Berhormat Bintulu.
Yang Berhormat Bintulu tidak ada.
Yang Berhormat Lanang?
Yang Berhormat Lanang, ada.
Yang Berhormat Lanang telah membangkitkan tentang masalah kesesakan tempat letak kereta di Hospital Sibu. Pada awalnya, terdapat 686 lot tempat kereta di hospital ini. Namun jumlah ini telah berkurangan bagi memberi laluan kepada pengoperasian Hospital Medan ATM sebanyak 30 katil dan Hospital Medan ATM 50 katil bagi pesakit non COVID-19. Bagi mengurangkan kesesakan tempat letak kereta di hospital sewaktu pandemik, pihak pengurusan hospital melalui Jawatankuasa Pengurusan COVID-19 telah mewujudkan polisi khusus di mana pelawat adalah tidak dibenarkan masuk ke dalam wad melainkan penjaga yang telah didaftarkan sahaja. Langkah ini telah dapat mengurangkan jumlah orang awam yang memasuki kawasan hospital dan secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko penularan COVID-19. Selain itu, penjadualan semula temu janji bagi pesakit luar juga perlu dilakukan bagi mengurangkan kehadiran pesakit dan kenderaan ke hospital. Namun begitu, Kementerian Kesihatan bersedia menilai keperluan penambahan tempat letak kereta di Hospital Sibu pada masa hadapan, sekiranya keadaan ini masih berterusan dan tidak ada apa-apa penyelesaian untuk mengelak kesesakan berlaku.
Berhubung dengan status Hospital Tangkak, Yang Berhormat Ledang.
Yang Berhormat Ledang tidak ada.
Yang Berhormat Padang Serai.
Ada.
Oh! Sorry. Yang Berhormat Padang Serai – Tadi Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu tiada. Selepas itu Yang Berhormat Kulim- Bandar Baharu – Telah menyentuh isu pembinaan multi-storey block bernilai RM20 juta di Hospital Kulim. Setelah meneliti keperluan serta perancangan secara holistik, perancangan naik taraf Unit Rawatan Rapi (ICU), dewan bedah dan naik taraf sistem bekalan elektrik ini tidak diteruskan sebaliknya Kementerian Kesihatan membuat keputusan untuk pembinaan satu blok tambahan baharu yang lebih komprehensif merangkumi wad pesakit dalam dengan 200 buah katil, ruang dan peralatan baru di Jabatan Kecemasan dan Trauma, empat buah dewan bedah, 16 buah katil ICU, lapan buah katil CCU serta ruang baharu untuk perkhidmatan sokongan klinikal/bukan klinikal dan sistem kejuruteraan. Permohonan pembinaan blok baharu ini akan kita kemukakan di bawah Rolling Plan Ketiga Rancangan Malaysia Ke-12 nanti, Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri, apa yang jadi masalah sekarang, perancangan ini diluluskan pada tahun 2017 dengan harga RM20 juta. Sekiranya diluluskan katakanlah pada tahun 2022, harga ini akan meningkat lebih RM5 juta ataupun lebih lagi. Apabila sampai masa itu, mereka kata sudah kena buat permohonan baharu pula. Ini yang tertangguh sehingga kerja itu tidak dilaksanakan. Ini saya minta, kalau boleh, dicepatkan untuk elak daripada kos meningkat. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai.
Ya, Yang Berhormat. Kita akan usahakan supaya dikemukakan dalam Rolling Plan Ketiga tahun depan. Berhubung dengan status naik taraf Klinik Kesihatan Sungai Manila, Sandakan. Yang Berhormat Libaran ada?
Yang Berhormat Libaran tidak ada.
Yang Berhormat Hulu Selangor. Bagi status pembinaan Klinik Kesihatan Bukit Sentosa seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hulu Selangor, dimaklumkan bahawa klinik ini dalam peringkat perancangan pembinaan dengan menggunakan konsep kerjasama di bawah Projek Kerjasama Awam Swasta (Public-Private Partnership). Manakala cadangan bagi menaik taraf Jabatan Kecemasan di Hospital Kuala Kubu Bharu sedang disemak oleh kementerian untuk dipertimbangkan sebelum diangkat dalam Rolling Plan Ketiga Rancangan Malaysia Ke-12 tahun depan. Cuma untuk Klinik Kesihatan Bukit Sentosa ini dilaksanakan secara land swap dan sedang dibuat perancangan untuk pembinaan.
Yang Berhormat, saya telah juga ketika berbahas pada peringkat dasar membangkitkan isu Hospital Besar Pulau Pinang. Saya percaya Yang Berhormat telah pun datang ke Pulau Pinang satu atau dua kali mengadakan program vaksin bersama dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua juga adalah asalnya dari Pulau Pinang. Saya cuma ingin bangkitkan di sini tentang isu Hospital Besar Pulau Pinang yang sudah pun mencapai tahap optimum, nombor satu. Dalam perbahasan, saya telah bangkitkan perkara ini. Kedua, memang tempat letak kereta itu juga tidak mencukupi. Cuma permintaan saya adalah kalau boleh diberikan perhatian oleh pihak kementerian untuk kita melihat kepada tapak baharu. Pada asalnya rancangan adalah untuk memindahkan Penjara Pulau Pinang ke Seberang Perai di Jawi dan menggunakan tapak Penjara Pulau Pinang
sebagai tempat untuk membina Hospital Besar Pulau Pinang yang baharu. Kalau boleh, perkara itu diberi perhatian. Pada masa yang sama, saya juga ingin tanya kepada Yang Berhormat Menteri kita mengikut saranan Yang Berhormat Menteri berkenaan cara berkempen di Melaka. Saya ingin menyimpang sedikit. Hari ini saya lihat ada satu video yang tular tentang Yang Berhormat Pekan yang telah pergi ke satu lokasi menurunkan tandatangan pada motosikal. Saya minta Yang Berhormat Menteri untuk memberikan perhatian kepada perkara itu. Kalau boleh, dikeluarkan kompaun terus kepada Yang Berhormat Pekan kerana beliau tidak mematuhi arahan Kementerian Kesihatan. Sudah selalu pergi ke Melaka dan tidak mematuhi arahan Yang Berhormat Menteri dan kes-kes di Melaka sudah pun meningkat. Saya baca hari ini laporan MalaysiaKini bahawa di Negeri Sembilan dan Melaka sudah meningkat. Kemasukan ke hospital pun sudah meningkat. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih, Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, saya pun telah pun melawat Hospital Besar Pulau Pinang baru-baru ini dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Saya juga telah pantau persiapan pembinaan blok wanita dan kanak-kanak yang baharu, yang akan dibina untuk menggantikan maternity block yang lama dan... [Disampuk]
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Ini telah dilaksanakan melalui tender dan akan siap dalam empat tahun lagi. Saya juga telah dipohon untuk memberi perhatian kepada tempat letak kereta sebab memang sesak. Sekarang ini ada field hospital yang telah pun diletakkan di situ. Kita akan cari tapak yang sesuai. Sepertimana Yang Berhormat tahu, tapak di Hospital Besar Pulau Pinang itu sangat terhad dan mungkin kita kena melihat kepada tempat alternatif. Berkenaan dengan pematuhan SOP di PRN Melaka. Yang Berhormat, terima kasih atas perkara yang dibangkitkan. Sudah pasti Ahli Yang Berhormat Pekan ada dalam perhatian saya sentiasa setiap hari dan saya akan maklumkan kepada pihak penguat kuasa.
Saya akan hantarkan video rakaman itu kepada Yang Berhormat Menteri. Minta tindakan diambil; kompaun maksimum RM50,000 diberikan kepada Yang Berhormat Pekan, terima kasih.
Ya, malu apa bossku. Tuan Yang di- Pertua,...
Sangat malu.
...beberapa Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan persoalan berkaitan sumber manusia termasuklah mengenai perjawatan... [Disampuk]
[Bangun]
Yang Berhormat Menteri. Dengan izin, Yang Berhormat Menteri. Kuala Selangor.
Kuala Krai.
Maaf, saya tidak membangkitkan perkara ini Yang Berhormat Menteri. Dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. [Disampuk]
Selepas ini Kuala Krai.
Ya, bagi Yang Berhormat Kuala Selangor dahulu.
Hospital Tanjong Karang yang bakal siap dalam waktu terdekat adalah hospital yang akan diangkat sebagai hospital pakar minor, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, andainya dapat dibekalkan sebuah CT scan untuk Hospital Tanjong Karang ini kerana hari ini untuk rawatan patient yang memerlukan kepada head and brain, and cranial CT scan terpaksa dihantar ke Hospital Shah Alam, terpaksa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah ataupun Hospital Sungai Buloh, Yang Berhormat Menteri yang agak jauh. Andainya dapat diperhitungkan untuk dipertimbangkan sebuah CT scan yang kurang lebih harganya tidak silap saya adalah RM2.5 juta. Maaf Yang Berhormat Menteri, saya tidak bangkitkan perkara ini. Perkara ini datang dengan permintaan seorang pakar. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor.
Kalau boleh respons. Kalau tidak pun boleh kemudian.
Kuala Krai.
Yang Berhormat Kuala Krai.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Dalam perbahasan saya ada sebutkan berkaitan dengan isu keperluan kuarters di Hospital Sultan Ismail Petra yang belum lagi disentuh oleh Yang Berhormat Menteri dalam penggulungan tadi. Kedua ialah berkaitan dengan isu keperluan kenderaan van dan juga pacuan empat roda kepada Klinik Kesihatan Bandar Kuala Krai. Ketiga, ialah berkaitan dengan cadangan untuk membina klinik pakar pergigian di bangunan yang sedia ada ataupun menaik taraf bangunan kuarters hospital lama di Kuala Krai. Terima kasih.
Yang Berhormat Ipoh Timur.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk membangkitkan satu isu yang mana saya telah pun bangkitkan semasa perbahasan RMKe-12 tetapi masih belum mendapat apa-apa jawapan bertulis atau lisan daripada pihak kementerian, iaitu penggabungan dua buah klinik iaitu Klinik Kesihatan Stesen 18 dan juga Klinik Ibu dan Anak Pengkalan Pegoh di Ipoh di kawasan saya. Permohonan tersebut telah masuk lebih kurang beberapa bulan yang lepas dan saya telah bangkitkan dalam kamar khas dan diberitahu bahawa peruntukan akan disampaikan semasa RMKe-12. Baru-baru ini saya dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Kewangan tidak begitu positif terhadap projek tersebut dan saya meminta supaya pihak Kementerian Kesihatan boleh mengambil satu tindakan yang lebih agresif dan juga proaktif dalam projek ini kerana keperluannya adalah amat perlu, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Sila Menteri, ada lima minit lagi.
Terima kasih, Yang Berhormat. Saya ambil maklum pandangan daripada Yang Berhormat Kuala Selangor. Untuk Yang
Berhormat Kuala Krai dan Yang Berhormat Ipoh Timur, dengan izin Yang Berhormat, saya sampaikan melalui jawapan bertulis secara detil dalam tempoh lima hari nanti. Insya-Allah. Yang Berhormat Gopeng ada? Dia tidak ada. Yang Berhormat Kuala Selangor telah menyarankan pemberian kontrak kepada pegawai perubatan kontrak dilanjutkan dari empat tahun ke 10 tahun bagi membolehkan nisbah sasaran pegawai perubatan kepada pesakit dapat dicapai. Bagi menangani isu pegawai perubatan kontrak ini, kerajaan pada 14 Julai telah bersetuju supaya pegawai perubatan lantikan kontrak yang telah melengkapkan khidmat wajib dilanjutkan tempoh kontrak bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan dan membolehkan pegawai membuat persediaan bagi menyambung pengajian kepakaran.
Kerajaan juga bersetuju agar Kementerian Kesihatan Malaysia dan agensi-agensi berkaitan menyediakan satu pelan komprehensif yang merangkumi tindakan jangka pendek, sederhana dan panjang bagi menangani isu doktor kontrak ini. Sehubungan itu, satu jawatankuasa telah ditubuhkan dan pelan komprehensif melibatkan JPA, Kementerian Kewangan, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Pengajian Tinggi serta Kementerian Kesihatan Malaysia sedang disediakan. Saya harap saya dapat umumkan satu perkara yang baik dalam tempoh masa yang terdekat.
Sikit. Terima kasih Menteri kalau boleh...
Yang Berhormat Gopeng dulu.
Ya, sila, sila.
Lepas itu Jempol.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri atas respons yang agak positif. Saya harap perkara ini boleh dilaksanakan secepat mungkin. Cuma saya telah bangkitkan dalam perbahasan saya iaitu daripada segi perjawatan tidak ada sebarang penambahan keseluruhan 277,000 kekal sejak beberapa tahun yang lalu dan hingga tahun depan. Jadi, walaupun mantan Menteri Kementerian Kesihatan Malaysia sekarang Menteri MOSTI pernah berkata ada kelulusan 10,000 lebih jawatan telah diluluskan tetapi tidak ada dalam dokumen bajet yang berkenaan. Jadi, di manakah penambahan jawatan tersebut yang dijanjikan ada untuk Kementerian Kesihatan Malaysia. Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat Gopeng.
Sikit sahaja.
Yang Berhormat Menteri...
Boleh saya lanjutkan Tuan Yang di-Pertua...
Kuala Selangor.
Jempol sekejap.
Terima kasih. Memang ketika pentadbiran Pakatan Harapan telah diperuntukkan 10,675 jawatan yang tidak diisi sepenuhnya. Itu pun masih lagi tanda tanya bagaimana akhirnya diisi oleh antara lain bukan semuanya doctors tetapi boleh juga diisi. Yang Berhormat Menteri cuma sedikit untuk saya mohon benar-benar kerana hari ini mereka sudah ditarik. There is a brain drain, khususnya negeri yang terdekat kita ini
yang telah menawarkan gaji yang lumayan 10 kali ganda apa yang ditawar oleh kita. Oleh sebab itu, sangat penting untuk kita secara segera juga kalau dapat Yang Berhormat Menteri pertimbangkan langkah wajar immediately before we go for the longer term solution yang agak lebih tuntas iaitu penambahan bukan empat tahun Yang Berhormat Menteri tetapi at least eight to 10 years. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri, boleh saya...
Sila Kuala Langat, sila.
Saya sukacita dengar bahawa ada satu jawatankuasa tetap yang telah disediakan untuk doktor-doktor kontrak, syabas. Akan tetapi, bila saya bangkitkan perkara ini juga di dalam perbahasan saya ini bukan sahaja doktor-doktor kontrak tetapi keseluruhan kakitangan di dalam Kementerian Kesihatan Malaysia kena dilihat sekali di atas belanjawan dan juga gaji mereka. This has not been done for a long time Minister which you are well aware of. Begitu juga ada banyak permintaan di sini tentang isu kesihatan, backlog, selective procedures, operational procedures dan sebagainya. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri macam mana kita hendak dapatkan satu jawapan kalau kita pastikan bahawa kita belanja dua percent sahaja daripada perbelanjaan kita untuk Kementerian Kesihatan Malaysia. Bilakah kita akan adakan perbelanjaan yang lebih sesuai dan lebih besar dan lepas itu di dalam Dewan ini tidak timbul soalan-soalan yang telah diminta dan ditanya oleh semua Ahli Parlimen di sini. I can tell you for sure Minister, next year the same question will be appearing if we are going to still be spending only two percent of our budget as far as Health Ministry is concerned. Thank you.
Terima kasih Yang Berhormat.
Jempol sikit. Sikit sahaja.
Jempol, sila.
Last Jempol ya? Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin bangkitkan yang dulunya masa RMKe-12 saya bangkit tetapi Yang Berhormat Menteri masa itu tidak menjawab. Timbalan Menteri yang menjawab. Saya cuma bangkit, tidak jawab hari ini pun tidak apa tentang Hospital Jempol yang mana pakar- pakar yang ada hanya datang seminggu sekali. Kita tahu bahawa kawasan kepadatan penduduk 130,000 orang ia tidak dapat pakar yang cukup kerana terpaksa ke Seremban. Kita tahu jarak dari Jempol ke Seremban ambil masa dua jam. Jadi, saya harap ia ambil maklum pada Yang Berhormat Menteri agar dapat disediakan pakar setiap hari di kawasan Hospital Jempol. Terima kasih Yang Berhormat.
Minta Yang Berhormat Menteri menjawab, ulas dan masa pun telah habis.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini adalah perkara-perkara yang sangat penting yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat terutamanya dan semuanya sebenarnya terkait antara satu sama lain. Contoh Jempol kalau boleh kita hendak letakkan perjawatan pakar secara tetap di Hospital Jempol dan tidak perlu kita mengamalkan konsep hospital kluster yang diamalkan sekarang di mana pakar-pakar akan pergi ke hospital-hospital tertentu pada hari-hari tertentu. Itu yang terbaik yang dapat kita buat pada masa ini untuk memberi rawatan pakar kepada rakyat kita. Akan tetapi, yang lebih baiknya ialah kita ada pakar-pakar di hospital-hospital seperti Hospital Jempol. Salah satu sebab adalah mungkin disebabkan pelaburan kita dalam kesihatan sejak banyak tahun yang lepas adalah di bawah paras yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Adalah penting bukan Ahli-ahli Yang Berhormat, lebih-lebih lagi saya sendiri sebagai Menteri Kesihatan untuk meyakinkan kerajaan terutamanya Jabatan
Perbendaharaan, Unit Perancang Ekonomi untuk melihat kepada unjuran, keperluan kesihatan dan doktor yang semakin meningkat untuk tahun-tahun yang mendatang sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Langat tadi iaitu peratusan perbelanjaan kesihatan awam berbanding dengan KDNK adalah agak rendah berbanding dengan negara-negara pendapatan sederhana ataupun pendapatan menengah yang lain. Ini juga ada kaitan dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gopeng dan juga Kuala Selangor iaitu bagaimana kita dapat memberi penyelesaian kepada doktor-doktor kontrak ini. Apa yang pasti apa yang disebut oleh Yang Berhormat Gopeng tadi angka 10,000 itu, ini adalah angka mereka yang sudah selesai housemanship dan juga khidmat wajib. Daripada jumlah tersebut sepertimana yang saya sebut dalam jawapan saya beberapa minggu yang lepas, dua minggu yang lepas kita dah nilai dan kita sedia untuk memperakukan 4,000 lebih ke JPA as an immediate measure. Kita harap bahawa jumlah ini akan diterima oleh Jabatan Perkhidmatan Awam untuk ditawarkan jawatan tetap as a start. Selepas itu kita akan lihat kepada lanjutan kontrak seperti mana yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor. On the longer term ataupun jangka masa yang panjang kita juga kena melihat kepada supply side juga. Supply side kita agak banyak sekarang ini bukan saya kata demand side tidak kurang tetapi supply side disebabkan universiti-universiti yang diiktiraf di bawah jadual akta kita agak banyak. Oleh sebab itu, kita ingin melihat kepada supply side dan demand side juga untuk kita mencari penyelesaian yang tuntas dan juga yang sustainable untuk masa yang akan datang ya.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Saya tanya soalan terakhir untuk rumuskan. Saya hendak tanya tentang satu isu yang penting terutamanya apabila kita transisi ke endemicity adalah isu tentang third booster dose ini. Seperti yang Yang Berhormat Menteri tahu keraguan (hesitancy) adalah sangat tinggi terutamanya kalau kita mix and match ataupun heterologous vaccination. Jadi, apakah langkah-langkah kerajaan untuk meyakinkan orang ramai tentang kepentingan, kebaikan, keselamatan heterologous vaccination ini, pertama. Kedua, adakah kerajaan bercadang untuk membolehkan Sinovac diberikan sebagai dos ketiga kerana ada ramai yang kena cakap saya cuma hendak Sinovac. Saya dan Yang Berhormat Menteri tahu data-data yang ada tetapi isn’t it better dengan izin jika mereka dapat dos ketiga Sinovac rather than not taking the third dose at all. Apakah pandangan Yang Berhormat Menteri.
Okey, Yang Berhormat Menteri masa dah tamat. Cuma perlu ada beberapa minit lagi sebelum rumuskan.
Yang Berhormat membangkitkan isu yang agak penting berkenaan dengan dos penggalak ini. Kebetulan hari ini Pihak Berkuasa Kawalan Dadah sedang bermesyuarat yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Ketua Pengarah Kesihatan. Antara agendanya adalah untuk mempertimbangkan Sinovac dan juga AstraZeneca sebagai dos penggalak. Apabila PKPD buat keputusan nanti, saya akan umumkan dasar kita. Kedua, kita perlu cepatkan lagi rollout booster kita. Saya telah mengarahkan supaya selain daripada penggunaan klinik-klinik swasta GP di bandar-bandar besar, kita tidak ada pilihan, melainkan mengembalikan beberapa PPV untuk kita mempercepatkan proses dos penggalak ini.
Tuan Yang di-Pertua, ada banyak lagi perkara tetapi menghormati masa. Saya mohon izin Tuan Yang di-Pertua dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain agar saya dapat kemukakan segala pertanyaan dan saya pasti akan menjawab secara bertulis kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat.
Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyentuh tentang Kementerian Kesihatan dan saya harap kita akan terus menyokong kesihatan awam dan sistem kesihatan awam negara untuk terus menghadapi pandemik COVID-19 hingga kita menang dan menewaskan dan pandemik ini. Terima kasih.
Terima kasih Menteri Kesihatan. Seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri Perpaduan Negara untuk menjawab, 40 minit. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya buka mask ini Tuan Yang di-Pertua? Terima kasih.
Izinkan.
Assalamualaikum. Minta kebenaran daripada Menteri Kesihatan juga. [Ketawa] Terima kasih banyak. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam perpaduan. Salam Keluarga Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada 16 Ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2022 yang menyentuh perkara-perkara yang berkaitan dengan Kementerian Perpaduan Negara. Terima kasih saya kepada Ahli Yang Berhormat dari kawasan Bagan, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, Yang Berhormat Batu Kawan, Yang Berhormat Jelutong. Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Sungai Siput, Yang Berhormat Sungai Buloh, Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Stampin, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Teluk Intan, Yang Berhormat Papar, Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Batu Gajah dan Yang Berhormat Kepong. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan bagi persoalan-persoalan yang telah pun dibangkitkan oleh tujuh Ahli Yang Berhormat berhubung dengan penyaluran peruntukan MITRA. Saya, izinkan saya untuk menjawab secara bersekali dan saya ingin menyatakan bahawa saya tidak dapat hendak menjawab kepada persoalan-persoalan yang telah pun dikemukakan oleh Yang Berhormat dari Bagan, Yang Berhormat Kulim- Bandar Baharu, Yang Berhormat Batu Kawan. Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Sungai Siput, Yang Berhormat Batu Gajah dan Yang Berhormat Sungai Buloh kerana Tuan Yang di-Pertua, buat masa ini pihak SPRM telah pun menjalankan, telah pun memulakan siasatan ke atas pengurusan geran MITRA yang melibatkan: (i) program-program yang telah diluluskan pada tahun 2019 hingga 2020 iaitu ketika MITRA berada di bawah JPM; dan (ii) program-program yang telah diluluskan bermula pada April 2020 sehingga 2021 iaitu ketika MITRA berada di bawah Kementerian Perpaduan Negara. Saya telah dinasihatkan oleh pihak SPRM Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua kerana dikhuatiri sebarang maklumat yang mungkin saya berikan dalam jawapan-jawapan ini akan mengganggu siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak SPRM. Ya, Yang Berhormat, sila.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas maklum balas. Akan tetapi untuk makluman Tuan Yang di- Pertua, bagi hemat saya, saya percaya Yang Berhormat Menteri boleh berterus terang dan secara ikhlas memberi jawapan-jawapan kerana kita, Dewan yang mulia ini adalah bertanggungjawab kepada rakyat. Saya percaya pihak SPRM tidak boleh memberi arahan tentang jawapan yang boleh diberikan atau tidak boleh diberikan oleh Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat
Menteri paling berkuasa, itu yang pertama. Biar saya habiskan dulu Yang Berhormat Menteri. Kedua, perkara ini penting kerana kita lihat selepas perkara ini dibongkarkan di Dewan yang mulia ini pada sesi yang lalu, pihak SPRM telah pun membuat satu penyiasatan dan ada tangkapan-tangkapan telah dibuat. Maka persoalan saya dan Yang Berhormat lain adalah kita bertanyakan sama ada, ada pemimpin-pemimpin parti politik MIC terlibat secara langsung? Maka Dewan yang mulia ini perlu tahu, rakyat di luar sana ingin tahu kerana 16 orang biasa telah ditahan dan ditangkap. Saya telah melontarkan nama-nama, adakah Tan Sri Vigneswaran terlibat dalam penyalahgunaan dana MITRA, G. Asogan terlibat.
Yang Berhormat, saya masa 40 minit.
Bolehkah Yang Berhormat memberi jawapan?
Nanti dulu, nanti dulu. Yang Berhormat telah bangkitkan dalam perbahasan Yang Berhormat.
Ya.
Kini Yang Berhormat mengulangi kembali. Saya sudah tahu sudah itu. Saya ada 40 minit saja Yang Berhormat, saya minta maaf. Saya sudah...
No, cuma saya minta...
No, no, I know, I know. Okey, duduk, duduk.
Yang Berhormat Jelutong.
No, atas isu peraturan Tuan Yang di-Pertua. Bolehkah Yang Berhormat Menteri berlindung di sebalik arahan SPRM?
Baik.
Adakah itu peraturan?
Baik, saya gunakan peraturan ini...
Bolehkah Yang Berhormat Menteri? No, ini adalah peraturan.
Peraturan ini, ini adalah floor kepada Menteri.
Kalau, kalau, no, no...
Floor is one thing. Akan tetapi SPRM tidak boleh mengarahkan Menteri jangan menjawab.
Standing order apply. Dalam standing order, kalau perkara itu adalah perkara yang sedang dibicarakan, memang tidak boleh dibangkitkan. Adakah standing order mengatakan SPRM boleh memberitahu Menteri apa yang boleh dijawab dan tidak boleh dijawab? He makes a mockery of Parliament Tuan Yang di-Pertua!
Yang Berhormat, can you just sit down? Biar saya jawab.
I am addressing the Speaker. Hold on.
You are asking question on my behalf. Kenapa you tidak duduk, biar saya jawab dulu. Sila Yang Berhormat.
SPRM, Yang Berhormat...
Macam mana SPRM boleh memberi arahan Tuan Yang di-Pertua?
SPRM lebih berkuasa!
No, no. Sit down.
SPRM lebih berkuasa daripada Dewan.
Duduklah dulu, duduklah.
Yang Berhormat Menteri.
Ahli-ahli Yang Berhormat. Sekarang ialah sesi untuk Menteri menjawab perbahasan. Jadi, terpulang kepada Menteri menjawab. Sila Menteri.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya maklumkan, nasihat. Saya bukan kata SPRM mengarahkan saya. Saya bukan kata SPRM mengarahkan supaya Menteri tidak menjawab. Memanglah saya tahu SPRM tidak boleh arahkan saya, bila saya menjawab sesuatu perkara dalam Parlimen.
Jadi boleh jawablah.
Tidak. Duduklah Yang Berhormat. Jangan ganggu saya lah. Please sit down.
Saya tidak ganggu, saya cuma minta...
Bila you bangun banyak kali, you ganggu saya.
I am just asking for an answer.
Sudah, duduk, duduk! Tuan Yang di- Pertua...
Tuan Yang di-Pertua!
Tuan Yang di-Pertua...
Tolonglah jawab soalan kami.
Kita perlu jawapan, kita perlu jawapan.
[Dewan riuh]
Allahuakbar.
Sekarang ini ialah...
Kami perlu jawapan... [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Jelutong sila duduk.
[Dewan riuh]
Yang lain semua duduk. Inilah adalah sesi menjawab perbahasan, floor adalah floor Menteri. Sila Menteri menjawab.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dengarlah dulu.
Yang Berhormat.
Kenapa Yang Berhormat Menteri takut? Kenapa Menteri takut dan risau?
Eh! Hello, saya tidak takut. Saya tidak takut and I am not being defensive.
Yang Berhormat Jelutong duduklah, biar Menteri jawab.
Untuk makluman Tuan Yang di- Pertua...
Ikut standing order.
Tuan Yang di-Pertua, selepas perkara- perkara ini telah dibangkitkan dalam sesi yang lepas, pihak kementerian saya telah menyatakan kerjasama dengan pihak SPRM. Kita minta SPRM masuk ke dalam kementerian menjalankan siasatan ini selepas dibangkitkan dan sebelum dibangkitkan pun kita telah pun meminta SPRM masuk untuk melihat kepada segala proses permohonan dan kelulusan yang telah pun kita buat dari tahun 2019. Jadi, kalau kata saya takut, saya tidak takut Yang Berhormat kerana saya tahu apa yang kita lakukan adalah mengikut kepada lunas undang-undang. Kita tidak takut. Apa yang saya minta...
Soalan saya, adakah pemimpin-pemimpin ini terlibat, ya atau tidak? Tolong jawablah!
Duduklah, duduklah, duduklah. Alah duduk, tidak payah hendak jadi hero lah sini, duduk. Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Menteri.
I don’t want to become the hero. I want to know the truth. Saya hendak tahu kebenaran.
Hendak memperlindungkan ahli-ahli politik.
Bukan hendak jadi hero, kita hendak tahu kebenaran.
Tuan Yang di-Pertua, selagi belum selesai, biar SPRM yang menyatakan dan menjawab kepada semua persoalan yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Jelutong tadi.
Yang Berhormat Menteri.
Saya minta maaf. Memang saya tidak boleh jawab.
Menteri mahu cover-up.
Kerana sekarang dalam tindakan, siasatan oleh pihak SPRM.
Saya hendak minta Yang Berhormat Jelutong tidak mengganggu sesi ini. Saya akan bagi amaran. Saya akan bagi amaran tidak mengganggu sesi perbahasan, jawapan oleh Menteri. Sila.
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, ini bukan mengganggu, saya tanya jawapan bagi pihak rakyat.
Tuan Yang di-Pertua...
Ia mengganggu.
Ini bukan mengganggu.
Ini keputusan saya. Ia mengganggu jawapan.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Kenapa pula Tuan Yang di-Pertua sekarang menjadi defensive?
Saya tidak tahulah kalau dia orang ini tidak faham dengan jawapan yang telah pun saya nyatakan.
Faham, faham,faham.
Yang Berhormat Menteri.
Saya tidak tahulah kalau dia orang ini tidak faham.
Faham.
Saya sudah sebut tadi sedang dalam proses tindakan, siasatan oleh pihak SPRM. Tunggulah SPRM selesaikan siasatan, apa juga persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat akan dijawab.
So, masalah di sini Tuan Yang di-Pertua, sama ada Yang Berhormat Menteri akan menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan?
[Dewan riuh]
Tidak ada tindakan diambil...
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk beralih kepada tajuk yang lain.
Menteri kata SPRM hanya memberikan nasihat. Akan tetapi sekarang kata kesemua kena tunggu siasatan. Tidak bolehlah.
Please lah.
Yang Berhormat Menteri.
Tunggu siasatan, jangan ganggu.
Tuan Yang di-Pertua!
Sila duduk.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya kepada pihak Menteri, tadi pihak Menteri kata SPRM hanya menasihatkan supaya hendak berhati-hati dalam cadangan jawapan. Akan tetapi saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri sekarang...
Saya tidak kata hendaklah berhati- hati...
Sama ada pihak Menteri bersedia...
Nanti Yang Berhormat. No, no, no, you don’t...
...Untuk memberikan satu... [Tidak jelas] and frank disclosure jawapan yang sepenuhnya ke dalam Dewan Rakyat ini!
You don’t put words into my mouth.
Kita tidak boleh hide behind SPRM. We cannot sweep everything under the carpet.
Jangan letakkan. You don’t put words into my mouth.
Tuan Yang di-Pertua, saya minta satu jaminan daripada Menteri untuk memberikan satu jawapan kepada semua soalan yang dibangkitkan.
Jangan letakkan perkataan dalam mulut saya. Duduk!
Baik.
Duduk.
Adakah ahli politik...
Adakah ahli politik... [Pembesar suara dimatikan]
Saya minta – subjek ini sahaja telah ambil selama 10 minit. Saya minta Yang Berhormat Menteri untuk meneruskan jawapannya.
No, skandal yang terbesar.
Okey.
Ini skandal.
Tuan Yang di-Pertua.
Eh! YB...
Skandal besar Yang Berhormat.
Skandal, SPRM sudah masuklah.
Skandal ini besar.
Mengenai isu yang telah saya bangkitkan.
SPRM sudah masuk untuk siasatan.
Tuan Yang di-Pertua.
Bila SPRM sudah masuk untuk siasatan...
SPRM is one aspek.
Apa hendak takut. Tunggu siasatan selesai.
SPRM satu aspek sahaja.
Saya tidak takut.
Kementerian, Menteri patut...
Yang Berhormat Menteri.
Sudah, duduk, duduk. Saya hendak beralih kepada tajuk lain.
Yang Berhormat Menteri.
Duduk tidak akan menyelesaikan perkara.
Tuan Yang di-Pertua...
Ini –Yang Berhormat Menteri... [Pembesar suara dimatikan]
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekali lagi. Saya hendak beri amaran, sekarang ini 10 minit telah terbuang begitu sahaja tetapi telah pun dijawab oleh Menteri. Saya minta Yang Berhormat Menteri teruskan dengan jawapannya.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memberikan jawapan kepada yang hadir, yang tidak hadir saya jawab secara bertulis.
You are making a mockery of the Parliament.
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat Menteri...
Perkara yang dibangkitkan oleh...
Batu Kawan di sini.
...Yang Berhormat Batu.
Yang Berhormat Menteri.
Eh! Duduklah Yang Berhormat Batu Kawan, please lah. You tidak faham kah I sudah jawab tadi.
Yang Berhormat Menteri, saya belum tanya pun.
Duduk, duduk. I hendak jawab atau you hendak jawab? Duduk!
Yang Berhormat Menteri, saya cadangkan bahawa laporan MITRA diberikan...
Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa perkara telah pun dibangkitkan...
...Kepada semua Ahli Parlimen.
...oleh Ahli Parlimen daripada kawasan Batu tadi.
Yang Berhormat Menteri, please, just because you’re upset, don’t cut us off.
Tuan Yang di-Pertua. No, can you sit down I’ve answered all the questions berkaitan dengan MITRA.
You didn’t answer my question which I raised.
What else you want me to answer?
You didn’t answer me. [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Batu Kawan, Peraturan Mesyuarat 37(1)(b) you hendak cakap minta izin daripada Speaker.
Saya sudah minta izin.
Saya tidak bagi.
Saya hendak minta laporan MITRA... [Tidak jelas]
Setiap celahan, you kena minta izin, I give the permission then only you speak.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk laporan MITRA. Ini tidak berkaitan dengan SPRM, saya tidak hendak sangkut dengan isu SPRM.
Saya tidak izinkan untuk celahan-celahan kecuali untuk Yang Berhormat Menteri menjawab sesi ini. Sudah 12 minit berlalu.
Soalan saya yang saya bangkit Tuan Yang di-Pertua...
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
...Adalah supaya laporan MITRA diberikan kepada semua Ahli Parlimen. Apa yang diberikan pada SPRM itu, itu bahagian SPRM, siasatan. Saya mohon, sudah dua kali saya mohon laporan MITRA dari tahun 2018 sehingga kini, NGO mana yang terima, amaun dia, itu yang saya minta.
Sudah, sudah. Duduklah. Saya tidak ada...
I just need the report.
Ia begini kerana saya sudah sebut tadi, semua permohonan yang bersabit bagi tahun 2019, tahun 2020 dan sebahagian daripada tahun 2021 sedang dalam tindakan siasatan, Yang Berhormat.
Before the siasatan Yang Berhormat Menteri, I’ve already raised in Parliament.
Ya, ya. Sekarang sudah masuk.
Sebelum siasatan saya telah bangkitkan dalam Parlimen.
Sekarang sudah masuk dalam siasatan.
Saya sudah bangkit sebelum siasatan.
Can you wait selepas siasatan? Saya akan berikan kepada senarai itu.
Siasatan itu boleh berjalan tetapi kami perlu laporan itu Yang Berhormat Menteri.
Saya tidak boleh berikan laporan kerana sedang dalam siasatan.
It is an open document, it is not?
Siasatan atau cover-up?
Laporan MITRA is not an open document or is it a private closed document?
Saya beralih kepada tajuk yang lain. Terima kasih.
So, MITRA looks like a closed document, a confidential document.
No, no, no. It is not confidential. Once it settles, you can get everything that you want okay.
Please give all the MPs [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Batu Kawan, Yang Berhormat Batu Kawan, you keep on bercakap tanpa mendapat kebenaran daripada Speaker. Saya bagi amaran juga kepada Yang Berhormat Batu Kawan. Saya minta Yang Berhormat Menteri teruskan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Batu ada membangkitkan tentang Laporan Audit tahun 2018 mengenai agihan peruntukan MITRA dan tindakan yang akan diambil dan
telah diambil terhadap NGO yang tidak menjalankan program yang telah dipersetujui. Kedua, apakah matlamat fokus MITRA. Saya ingin menjawab kepada Yang Berhormat Batu. Bagi organisasi yang tidak memenuhi kepada terma-terma perjanjian dalam melaksanakan program Tuan Yang di- Pertua. MITRA melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Program MITRA yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah pun mengambil langkah-langkah seperti: (i) mengarahkan pemulangan dana oleh organisasi; (ii) membuat penamatan perjanjian; dan (iii) menyenaraikan hitam organisasi tersebut. Sehingga kini Tuan Yang di-Pertua, Jawatankuasa Pemantauan Program MITRA telah pun melaksanakan langkah-langkah proaktif seperti pertama, sebanyak 23 buah organisasi ini adalah dari tahun 2019 hingga pada tahun 2020, sebanyak 23 buah organisasi telah pun dikenal pasti untuk pemulangan dana sebanyak RM2,712,781.15 dan sebanyak 66 lagi organisasi yang telah pun dikenal pasti untuk penamatan perjanjian dengan nilaian sebanyak RM8,118,405.60. Untuk makluman, senarai ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa tertakluk kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Program MITRA. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menjawab kepada persoalan sama yang telah pun dikemukakan oleh Yang Berhormat dari kawasan Padang Serai berkaitan dengan persoalan yang juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari kawasan Batu. Penubuhan MITRA adalah bermatlamatkan untuk membantu meningkatkan pembangunan sosio ekonomi masyarakat India, khususnya golongan B40. Bagi memastikan matlamat tersebut dapat dicapai Tuan Yang di-Pertua, maka kementerian telah pun sedang dalam peringkat terakhir menghasilkan Pelan Tindakan Masyarakat India berteraskan kepada Malaysian Indian Blueprint. Melalui pelan ini Tuan Yang di-Pertua, sebanyak lima tunjang dibangunkan secara menyeluruh untuk melaksanakan program dan aktiviti mengikut jangka masa pendek, sederhana dan juga panjang yang menjelaskan indikator dan juga sasaran yang ingin dicapai. Lima tunjang utama Tuan Yang di-Pertua, yang pertama ialah memperkasakan keperluan asas yang merangkumi membasmi kemiskinan, perumahan, kestabilan keluarga. Kedua, meningkatkan kemenjadian setiap kanak-kanak merangkumi pendidikan awal kanak-kanak dan juga pendidikan rendah di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, sekolah kebangsaan dan sebagainya. Kerjasama dengan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga golongan belia bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Ketiga, menaik tarafkan ekonomi dan keusahawanan. Ini merangkumi kemahiran, keusahawanan dan lain-lain perkara yang dimasukkan dalam tajuk yang ketiga. Keempat Tuan Yang di-Pertua, memperkasakan keterangkuman sosial seperti isu keagamaan, rumah-rumah ibadat selain daripada Islam dan sebagainya. Terakhir ialah memperkasakan wanita ke arah kesaksamaan gender dengan meningkatkan lagi akses penyaluran maklumat kesejahteraan wanita dan termasuk wanita terpinggir. Jadi, kelima-lima tunjang ini Tuan Yang di-Pertua, merupakan fokus utama dalam usaha untuk kita meningkatkan kedudukan sosio ekonomi masyarakat India, khususnya B40. Dalam pelaksanaan program yang mampan, komprehensif untuk jangka masa panjang tanpa mengira lokasi...
Tuan Yang di-Pertua.
...Dan juga kawasan. Saya ingin menyebutkan, kita sediakan empat modul untuk pelaksanaan Pelan Tindakan Masyarakat India ini...
Yang Berhormat Menteri.
Pertama, yes, you want to ask me a question?
Yes.
Minta maaf saya tidak berapa dengar.
Jangan marah.
Saya tidak marah. Memang suara saya begitu, habis apa hendak buat. Sila Yang Berhormat.
Yang Berhormat selalu jawab kepada perkara yang dibangkitkan, terima kasih.
Ya, sila.
Yang Berhormat, lima asas yang dinamakan di sana sebelum ini, yang wujudnya dari Malaysian Indian Blueprint. Akan tetapi, saya hendak tanya, apakah pencapaian dalam lima asas tersebut? Dalam– lebih kurang lapan hingga sembilan tahun Tuan Yang di-Pertua, lebih kurang 40 hingga 50 peratus wang yang diagihkan kepada masyarakat India telah dipulangkan kepada kerajaan. Saya telah cadangkan bahawa Yang Berhormat Menteri membuat permohonan melalui Kabinet untuk mengambil balik wang tersebut. Adakah usaha itu sedang dibuat dan apakah yang dibuat yang terkini mengenai perkara tersebut? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Ada di antara– termasuk dari tahun 2019, ada peruntukan kewangan kita yang terpaksa kita pulangkan kerana akaun telah ditutup awal. Akan tetapi dalam pada itu Yang Berhormat, kebanyakan program telah pun- dicommitted programs yang telah sudah ada perjanjian untuk kelangsungan. Jadi ada yang kita bayar pada tahun yang berikut. Maka kerana itu, kalau kita perhatikan bagi tahun 2019, ada yang menggunakan peruntukan. Pada tahun 2020, ada yang lagi menggunakan peruntukan pada tahun 2021. Ini kerana program komited dan ada yang tidak dapat dilangsungkan pada tahun semasa tetapi kita perlu membuat pembayaran kerana program telah ada perjanjian untuk dilaksanakan.
Bagi peruntukan yang telah diambil balik, seperti biasa kalau bila akaun ditutup dan peruntukan itu dipulangkan. Bila dipulangkan, peruntukan yang sama macam tahun depan kita dapat RM100 juta lagi. Akan tetapi dalam pada itu Yang Berhormat, ada juga peruntukan kalau Yang Berhormat dengar ucapan belanjawan, saya yakin Yang Berhormat dengar itu. Kerajaan peruntukkan sebanyak RM145 juta untuk masyarakat India. RM100 juta itu ialah untuk MITRA, yang RM45 juta itu lagi duduk di kementerian- kementerian yang lain. Jadi walaupun mungkin kepada MITRA di atas perbelanjaan yang telah diambil balik kerana tutup akaun dan sebagainya tetapi pembayaran itu diteruskan, maknanya program itu masih dilangsungkan dan pembayaran itu diteruskan bila kita minta NOC kepada Kementerian Kewangan. Sila Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri, soalan.
Yang saya hendak khususkan adalah wang yang telah dipulangkan. Wang yang diguna pakai carry forward saya faham. Yang saya maksudkan adalah yang telah dipulangkan semasa dalam kita menerajui Pakatan Harapan, kita ada kes-kes yang special cases OKU dan sebagainya, kita memohon balik melalui Kabinet dan kerajaan memberi balik. Jadi, adakah usaha sedemikian dibuat sebab saya difahamkan ada lebih kurang RM300 ke RM400 juta yang boleh dipulangkan. Itu pertama. Kedua Yang Berhormat, sebenarnya saya telah berjumpa dengan Yang Berhormat Menteri Kewangan sebelum ini dalam discuss di antara parti-parti politik. Kita
telah cadangkan supaya mengagihkan sebanyak RM150 juta hanya untuk MITRA. Itu saja saya hendak beritahu.
Terima kasih Yang Berhormat. Kita dari semasa ke semasa Yang Berhormat, bila akaun tutup, wang dipulangkan. Itu yang pertama yang saya sebutkan tadi. Ini yang kita sebut bila tidak mematuhi kepada perjanjian, kita batalkan perjanjian. Ini Yang Berhormat maksudkan tadi kan, yang kita ambil balik duit yang dipulangkan. Bila duit itu dipulangkan, dipulangkan kepada MITRA, itu dipulangkan kepada MITRA. Akan tetapi yang saya sebutkan tadi ialah bila sampai tempoh masa tutup akaun semasa, kalau dah sampai tutup akaun semasa, wang itu perlu dipulangkan, dipulangkan. Akan tetapi yang dalam tempoh perjanjian, sekiranya kita batalkan perjanjian...
Minta maaf, minta maaf. Yang dipulangkan lepas tempoh masa? Katakan tidak diguna pakai langsung.
Dalam tempoh tahun-tahun yang sebelum?
Ya.
Yang itu tidak ada Yang Berhormat, yang itu tidak ada, ia pada tahun semasa.
Bukan, tahun semasa kita guna pakai diberi RM100 juta tetapi carry forward dan sebagainya, kita guna pakai hanya RM80 juta atau RM70 juta. Yang telah dihantar pulangkan balik, saya pohon ia...
Dapatkan kembali.
Memandangkan masyarakat India dalam keadaan yang sangat tenat perlukan bantuan sedemikian.
Okey, okey terima kasih Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri.
Nanti sekejap Yang Berhormat Klang. Terima kasih Yang Berhormat. Kalau bila duit itu kita dah pulangkan, maknanya MOF ambil balik biasanya walaupun usaha dijalankan oleh pihak MITRA melalui kementerian, biasanya— Yang Berhormat pun pernah jadi Menteri. Biasanya tidak, kita tidak dapat baliklah, biasanya. Yang Berhormat pun pernah jadi Menteri.
Saya pernah, itu tidak perlu mengesahkan. [Ketawa]
Tidak, bukan, bukan. Saya sebut perkara yang sebenar.
Yang Berhormat, specifically boleh memohon kerana uniqueness of the case.
Yes, yes Yang Berhormat.
Ia kerana kita tidak mencapai hasrat MIB dan sebagainya.
Okey, okey. Kita sentiasa berurusan dengan pihak Kementerian Kewangan, Yang Berhormat. Sentiasa. Kalau saya dah sebut tadi, bila sampai tutup akaun dan sebagainya, kita tetap. Bila program-program itu, tadi saya sebut. Walaupun ada yang telah dipulangkan tetapi bila committed programmes, pembayaran kita kena bayar NOC, kita dapat balik duit Yang Berhormat kerana program dan komited, perlu dibuat pembayaran. Yang itu MOF bayar balik.
Satu last punya. Yang Berhormat, saya pohonlah sedikit luar biasa di mana saya khusus kepada wang yang telah diberi balik yang tidak dipakai. Saya pohon satu permohonan, kalau bolehlah Yang Berhormat buat— saya
dah pernah buat sedemikian dan wang itu dipulangkan kerana uniqueness of the situation, boleh?
Okey.
Bolehkah Yang Berhormat usul sedemikian?
Mungkin saya boleh guna pengalaman Yang Berhormat nantilah...
Okey, terima kasih.
...Bila saya berurusan dengan Kementerian Kewangan. Terima kasih banyak-banyak. Ya, sila Yang Berhormat Klang.
Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Tujuan untuk membentuk MITRA ialah untuk implementasikan beberapa matlamat Indian blueprint. Salah satu daripada over arching adalah untuk membawa perubahan khususnya socioeconomic development untuk masyarakat India iaitu B40. Soalan saya ada dua part. Pertama, adakah mid-term review telah dijalankan untuk mengkaji balik adakah ada perubahan-perubahan yang berlaku daripada apa yang telah dikemukakan pada tahun 2017? Itu satu. Kedua, kita dapati bahawa ada banyak kumpulan kepentingan dalam masyarakat India yang juga telah membuat beberapa pandangan berkait dengan a changing involving nature of the Indian community in the last five years. Ini bermaksud bahawa ada pandangan baharu dan juga new issues yang telah timbul dalam masyarakat India khususnya berkait dengan COVID-19. Pandemik COVID-19 telah memberi tekanan kepada semua masyarakat dan masyarakat India khususnya B40. Jadi, adakah isu-isu baru yang telah timbul yang harus diambil kira dalam rancangan MITRA pada masa depan? Jadi, isu yang ketiga ialah MIB berkait dengan adakah wang yang telah digunakan, is there a value for money? Kita telah keluarkan banyak, berjuta-juta ringgit. Adakah ada impak dalam masyarakat? Apakah impak itu? Itu soalannya sebab kita dapati bahawa banyak pembaziran, banyak isu kerana SPRM pun kena tangkap dan sebagainya. So what is the impact of the ground? Itu soalannya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat semua cakap macam ini senang. Suara saya pun beginilah, lembut tetapi kalau Yang Berhormat suara keras, saya tidak dengar suara Yang Berhormat, saya kena gunakan suara original sayalah.
Kalau Yang Berhormat Menteri jawab okeylah.
Ha! nantilah you duduklah. Saya terpaksa guna suara original saya.
Garang nanti.
[Menyampuk]
Duduklah you. Ya terima kasih kepada Yang Berhormat dari kawasan Klang. Yang Berhormat, ini Malaysian Indian Blueprint yang telah pun dihasilkan pada tahun 2017. This is a Malaysian Indian Blueprint yang telah dihasilkan pada waktu zaman mantan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato' Sri Mohd Najib, ini telah dihasilkan. [Sambil menunjukkan buku Malaysian Indian Blueprint] Setelah kita buat penilaian semula pelan ini Yang Berhormat, kita bekerjasama dengan pihak Universiti Sains Malaysia. Ia bukan dilaksanakan oleh MITRA, tidak. Kita buat kerjasama dengan Universiti Sains Malaysia untuk kita menilai kembali dan melihat tentang kejayaan-kejayaan atau pencapaian kepada apa yang telah pun diletakkan dalam Malaysian Indian Blueprint ini. Jadi selepas kita buat penilaian kembali ke atas penghasilan pelaksanaan pelan ini, maka kerana itu kita buat perancangan baharu berdasarkan dapatan-dapatan dan juga
based on new initiative yang kita hendak buat untuk masyarakat India B40 kita. Ada di antara ini yang telah dilaksanakan dan ada di antaranya yang boleh dilaksanakan dengan lebih baik lagi. Jadi maka kerana itu kita buat penilaian semula ke atas MIB ini dan kita hasilkan sedang dalam tindakan penghasilan peringkat terakhir Pelan Tindakan Masyarakat India. Saya dah sebut tadi Yang Berhormat, berteraskan kepada pengalaman yang ada di sini dan berbangkit kepada penambahbaikan Yang Berhormat tanyakan kepada saya tadi, penambahbaikan daripada MIB kepada PTMI dan adakah ada terdapat isu-isu baharu yang kita kesan pada masa kini? Apakah impaknya, kesan kepada masyarakat India hasil daripada pelaksanaan MIB ini berteraskan kepada tiga kluster iaitu modal insan, keusahawanan dan kesejahteraan. Jadi maka kerana itu penilaian semula telah dibuat dan kita sedang dalam peringkat penghasilan Pelan Tindakan Masyarakat India. Saya dah janji yang kita akan berikan taklimat kepada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk kita dapat respons, pandangan, teguran atau apa lagi yang boleh dicadangkan untuk kita mantapkan lagi Pelan Tindakan Masyarakat India ini untuk kita laksanakan. Tadi saya sebut tentang lima tunjang. Pertama, memperkasakan keperluan asas, ini merangkumilah, membasmi kemiskinan, perumahan dan sebagainya. Kedua, meningkatkan kemenjadian kepada setiap kanak-kanak termasuk di sekolah— kita ada lima persatuan konsortium pendidikan awal kanak-kanak dan kita juga ada sekolah-sekolah rendah jenis kebangsaan dan selain itu bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia kepada anak-anak kita yang berada di sekolah-sekolah kebangsaan dan sebagainya.
Juga turut dibangkitkan oleh Yang Berhormat Klang tadi tentang menaik taraf ekonomi dan juga keusahawanan. Ini merangkumi kemahiran, keusahawanan, peningkatan kepada penyertaan masyarakat India. Keempat, memperkasakan keterangkuman sosial. Ini berkaitan dengan isu-isu keagamaan, rumah-rumah ibadat kita dan sumbangan-sumbangan sosial yang sepatutnya dilakukan. Empat perkara ini Yang Berhormat yang saya sebutkan, ada di dalam ini. [Memegang sebuah buku] Akan tetapi kita tambah baikkan. Kita buat value-added kepadanya. Kelima, kita tambah satu lagi tunjang iaitu memperkasakan wanita. So, kita letak agenda wanita, termasuk yang berkaitan dengan kesejahteraan wanita, terutama wanita- wanita kita, termasuk wanita yang terpinggir.
[Bangun]
Ini adalah satu tunjang baharu berbanding dengan empat sedia ada yang kita tambah baikkan melalui pelan Malaysian Indian Blueprint ini. Sila Yang Berhormat.
Yang Berhormat, PERKASA.
[Bangun]
One follow-up question Tuan Yang di-Pertua. Follow-up question ialah ada beberapa pandangan ....
Selepas Yang Berhormat Klang, Sungai Buloh minta juga. Terima kasih.
Ada beberapa pandangan mengatakan bahawa penilaian yang telah dijalankan dan juga pencapaian-pencapaian ini hanya diketahui oleh beberapa orang, segelintir yang kecil. Kalau saya buat cadangan kepada Menteri, supaya untuk meluaskan konsultasi ini kepada semua NGO, termasuk
Ahli Parlimen, profesional, business community dan sebagainya. So, ini akan memberi satu ownership yang besar dalam pakej baharu yang dikemukakan oleh kementerian nanti. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Menteri ...
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya buat soalan tambahan? Isu yang sama.
Yang Berhormat Menteri bagi kah?
Yang Berhormat Menteri, saya mengalu- alukan juga bahawa kementerian membuat penilaian yang tadi Yang Berhormat Menteri sebut atas pelaksanaan MIB ini. Boleh kita dapat gambaran yang lebih jelas, apakah time frame, dengan izin untuk penilaian semula ini? Bilakah taklimat Yang Berhormat sebut tadi akan disampaikan? Macam Yang Berhormat Klang sudah cadangkan, macam mana kita boleh memudahkan atau fasilitasikan penglibatan anggota Ahli Parlimen dan kalau boleh NGO- NGO yang relevan. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, terima kasih. Saya pun akan cakap dengan lembut macam tadi jugalah. Tadi pun saya cakap dengan lembut juga.
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Menteri, cuma persoalan saya, memperkasakan wanita dan juga isu perpaduan. Saya cuma hendak minta kalau boleh, peruntukan untuk Rukun Tetangga ditambahkan. Ini kerana dalam pembentangan belanjawan, kita lihat hanya RM6,000 sahaja diberikan untuk 8,000 KRT. Dalam pembentangan belanjawan, Yang Berhormat Menteri telah mengumumkan RM6,000 akan diberi untuk 8,000 KRT. Bagi saya, ia adalah tidak mencukupi. Ini kerana kalau kita ingin memupuk perpaduan, menumpukan perhatian kepada isu-isu perpaduan– Yang Berhormat Menteri saya percaya, sentiasa tahu isu-isu yang memecahbelahkan kita sentiasa dimainkan. Jadi, permintaan dan rayuan saya adalah untuk kita tambahkan peruntukan, satu. Dua, memperkasakan wanita. Saya minta Yang Berhormat Menteri yang lemah lembut bercakap hari ini untuk menasihatkan Menteri-menteri dan Timbalan Menteri apabila berdepan dengan seorang wanita, supaya kita lebih lemah lembut dan tidak bertegas atau kurang sopan. Ini seperti yang berlaku baru-baru ini di antara seorang Timbalan Menteri dan seorang wartawan. Permintaan saya kepada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Padang Serai sedikit, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tadi kita cuma masing-masing bangun dan suarakan. Bukan kita hendak bertengkar dengan Yang Berhormat Menteri dan sebagainya. Cuma tekanan kita di bawah sana. Rakyat di bawah sana sentiasa bertanya kepada kita, apa sudah jadi kepada MITRA, apa sudah jadi MITRA. Kita pun dalam keadaan macam mana hendak jawab, macam mana hendak jawab. Kita beritahu tunggu Yang Berhormat Menteri gulung, nanti kita akan jawab. Itulah alasan-alasan yang kita beri. Apabila hari ini Yang Berhormat Menteri tidak bagi jawapan, kita balik sana, kena hentam lagi balik. Itu yang kita minta. Bukan kita hendak tekan Yang Berhormat Menteri dan sebagainya. Saya tahu Yang Berhormat Menteri buat kerja dengan betul tetapi kita sebagai wakil rakyat di sini terpaksa bersuara untuk ini. Satu lagi saya hendak minta lagi, I tengok kadang-kadang mereka letak bunga malai besar-besar punya Yang Berhormat Menteri, itu sampai leher pun tunduk ke bawah. Itu menunjukkan kita kena tunduk kepada mereka, apa dia minta kita kena bagi. Jaga sedikit itu Yang Berhormat Menteri ya. Terima kasih.
Hai! Yang Berhormat Padang Serai. Saya sudah cool tahu. Yang Berhormat Jelutong pun sudah cool tahu. You letak api lagi kah? Hai Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Padang Serai. Okey Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat Klang cadangkan, saya begini Yang Berhormat, saya ingat kita akan aturkan taklimat ini sebelum– insya-Allah, selepas kita habis dalam masa terdekat inilah sebab saya pun kena tengok. Ini kerana saya tengok Yang Berhormat, senang cerita selepas Melaka lah. Ini pun kerana ramai ada di sini kerana hendak menunggu belasah saya bukan. Jadi, tidak sempatlah turun Melaka. Jadi kalau dapat ...
Kita kawan.
Okey, kalau dapat ...
Yang Berhormat Menteri, tidak, tidak. Kita bukan belasah Yang Berhormat Menteri. Kita belasah MIC.
Okey, okey, okey. Kalau dapat, selepas selesai Melaka, saya akan bagikan taklimat. Jadi, hari ini Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya Yang Berhormat. Tidak payah hendak bagi detail kepada PTMI ini because you nanti apabila kita bagi taklimat, Yang Berhormat boleh bangkitkan apa sahaja Yang Berhormat hendak cadangkan. Ini termasuk mekanisme untuk kita membuat pengesanan. Tadi saya sudah sebut, kita ada empat modul untuk kita pantau PTMI. Modulnya pun kita akan terangkan nanti iaitu model pelaksanaan PTMI ini. PTMI ada empat modul. Selain daripada pelan itu untuk menentukan pelaksanaan PTMI itu, kita ada modul pelaksanaan, modul pemantauan, modul penilaian dan juga modul promosi untuk kita hebahkan kepada masyarakat kita. Jadi, mungkin agaknya Yang Berhormat boleh benarkan saya perkara-perkara lain Yang Berhormat hendak bangkitkan berkaitan dengan MIB, kaitannya dengan PTMI dan sebagainya, kita boleh bawa dalam taklimat yang akan kita berikan nanti. Boleh kita buat begitu?
Ya kalau boleh beri komitmen supaya mengadakan konsultasi dengan semua pihak berkepentingan.
Ya, ya saya sudah sebut tadi selepas 20 November.
Itu untuk Ahli Parlimen lah?
Tidak. Begini, kita sudah buat konsultasi Yang Berhormat dengan semua pihak. Kita buat dengan ahli-ahli akademik, dengan profesional dan sebagainya. Saya belum buat dengan Ahli-ahli Yang Berhormat sahaja. Dengan NGO, semua telah kita adakan. Pihak USM bersama-sama dengan pihak KPN, kita telah adakan tetapi dengan Ahli-ahli Yang Berhormat sahaja belum.
[Bangun]
Tidak mengapa. Ia begini Yang Berhormat Klang, anything on that, nanti Yang Berhormat Klang bangkitkan dalam masa taklimat itu. Saya ada tiga minit sahaja lagi. Boleh Yang Berhormat? Terima kasih. Ini kerana bergaduh dengan Yang Berhormat Jelutong tadi saya sudah tinggal tiga minit. Okey, tadi Yang Berhormat Sungai Buloh bangkitkan tentang penilaian semula dan sebagainya. Yang Berhormat Sungai Buloh, saya minta Yang Berhormat Sungai Buloh pun bersama nanti dalam taklimat kita. Yang Berhormat Jelutong, yang ini tadi cerita MITRA Yang Berhormat Jelutong tetapi saya tahu Yang Berhormat Jelutong besar jiwanya.
Bukan MITRA. Isu tentang KRT, peruntukan KRT.
Ya KRT, saya tahu. Saya sedang menjawab MITRA tadi Yang Berhormat. Jadi Yang Berhormat masuk untuk tenangkan
keadaan. Yang Berhormat cadangkan supaya peruntukan KRT itu dapat ditingkatkan. Saya sangat setuju dengan cadangan Yang Berhormat itu. Tahun ini kita dapat RM50 juta dan kita dapat agihkan kepada 8,330 KRT. Tahun depan, kita ada 8,430 KRT. Jadi, kalau RM50 juta, maknanya setiap KRT akan dapat RM6,000. Memang tidak cukuplah itu. Itu memang tidak cukup. Sebenarnya pihak kementerian mohon lebih daripada itu tetapi dengan kadar yang diberikan oleh Kementerian Kewangan ini Yang Berhormat, kita akan tentukanlah supaya KRT dapat menerima peruntukan itu walaupun pada kadar yang sebegitu. Kita ada perancangan- perancangan lain yang akan kita laksanakan bersama dengan pihak KRT.
Yang Berhormat, ini adalah perkara yang merupakan tumpuan semua pihak.
Ya, ya.
Kalau dibandingkan di luar sana, RM38 juta dibelanjakan untuk ubahsuai rumah Perdana Menteri, RM6,000 untuk satu KRT memang tidak mencukupilah. Jadi, saya merayulah kalau boleh Yang Berhormat teruskan perjuangan untuk tambahkan.
Okey, terima kasih Yang Berhormat. RM50 juta– kita ada lagi peruntukan-peruntukan lain yang telah pun diluluskan oleh pihak Kementerian Kewangan untuk kita laksanakan agenda perpaduan nasional bersama dengan pihak KRT ini. Yang Berhormat Padang Serai, you bukan sahaja dapat tekanan, tertekan dan ditekan. Samalah dengan saya. Jadi sekarang, bukan saya tidak hendak bagi jawapan tetapi tunggulah sampai selesai siasatan daripada SPRM. Okey Yang Berhormat Padang Serai? Saya jarang pakai bunga malai Yang Berhormat Padang Serai. Saya jarang.
Ya, tadi sebab apa itu bunga lagi berat, lagi kita tunduk kepada MIC. Itu sahaja. Terima kasih. Terima kasih.
Ya, tidak ada, tidak ada. Saya tidak ada pakai bunga malai. Lagi berat lagi tunduk, tidak ada. Minta maaf banyak-banyak.
Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, saya tinggal beberapa minit sahaja lagi, Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak tahu saya boleh habis atau tidak.
Teruskan.
Yang Berhormat Ipoh Barat ada menyarankan kementerian ambil perhatian untuk fokus kepada 38 buah daerah, 95 peratus yang dihuni oleh masyarakat kita, kaum India and then website MITRA untuk dikemas kini. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Ipoh Barat dan pembangunan sosioekonomi masyarakat India ini merupakan antara perkara yang diberikan penekanan utama oleh kerajaan, Yang Berhormat. Maka kerana itu, dahulu MITRA di bawah JPM dan sekarang diletakkan di bawah kementerian. Jadi, tumpuan pelaksanaan program di bawah MITRA untuk masyarakat kategori B40 kita ini sebenarnya kita tidak kira di mana daerah dan negeri. Akan tetapi, kita akan beri tumpuan kerana negeri yang paling banyak masyarakat India kita ini Yang Berhormat; Selangor, Kedah, ada sebahagian di Johor, ada sebahagian di Pulau Pinang dan ada sebahagian di Negeri Sembilan. Jadi, cadangan Yang Berhormat itu saya ambil berat. Yang Berhormat juga bangkitkan tentang pengemaskinian laman web MITRA. Kita sedang dalam proses naik
taraf laman web MITRA ini. Kita sudah mulakan pada November yang lepas dan kita akan jadikan laman web MITRA ini lebih interaktif dan informatif. Mungkin selepas itu, cadangan daripada Yang Berhormat Batu Kawan dahulu termasuk daripada Yang Berhormat Batu Gajah dan daripada Yang Berhormat; mungkin nanti apabila kelulusan-kelulusan yang telah kita berikan yang mana yang telah selesai dalam proses kelulusan di bawah Jawatankuasa Penilai yang dipengerusikan oleh KSU kita boleh pamerkan dalam websites kita ini. Jadi, terima kasih Yang Berhormat Sungai Buloh. Tuan Yang di-Pertua, saya ingat Yang Berhormat Stampin tidak ada – Tan Sri Yang di-Pertua, minta maaf banyak. Baru tengah berlatih. [Ketawa] Sudah lama menunggu akhirnya Tan Sri juga Speakerku ini. Kalau Yang Berhormat Stampin tidak ada, saya jawab bertulis. Yang Berhormat Tampin? Ada, ada pula dia.
Kena jawab itu.
Gurau, guraulah. Janganlah ambil hati. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tampin membangkitkan tentang isu-isu perkauman supaya dihentikan secara jelas dan tuntas. Yang Berhormat, saya minta maaflah kerana masa saya tidak banyak ini. Saya pun sudah jawab berkaitan dengan isu- isu ini. Saya sudah jawab tentang Pelan Tindakan Perpaduan Negara dengan lima terasnya. Antara teras yang paling penting iaitu teras keempat dalam Pelan Tindakan Perpaduan Negara ini ialah menjamin keterbukaan dan toleransi terhadap perbezaan agama dan tradisi kebudayaan yang ditetapkan bagi meningkatkan kefahaman dan sifat saling menghormati di kalangan pelbagai etnik, agama dan budaya.
[Bangun]
Jadi, kita sudah masukkan dalam rancangan pelaksanaan dan pelan ini insya-Allah akan dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam masa yang terdekat. Selain itu, saya pun sudah menjawab kepada Yang Berhormat tentang Jawatankuasa Harmoni yang telah pun kita wujudkan dan saya juga telah pun sebelum ini menjawab Yang Berhormat tentang apakah tindakan-tindakan yang boleh kita ambil dari segi peruntukan undang-undang. Pagi tadi, Yang Berhormat Timbalan Menteri saya pun telah menjawab perkara yang sama tentang tindakan undang-undang dan sebagainya.
Yang Berhormat Menteri, sedikit.
Yang Berhormat Menteri.
Nantilah Yang Berhormat Padang Serai, saya ada banyak hendak jawab ini. Duduk, duduk.
Tidak apalah sedikit, sedikit sahaja. Berkenaan...
Tidak payah, duduk dahulu.
Yang Berhormat.
Berkenaan ini.. [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Padang Serai. Yang Berhormat Menteri boleh habiskan, yang lain itu bertulis.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Ya.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Mikrofon.
Jadi, saya kena tamatkan sekarang, Tuan Yang di-Pertua.
Kalau boleh.
Yang Berhormat, boleh saya tanya last one satu?
Tuan Yang di-Pertua, ada pertanyaan kepada Yang Berhormat Menteri, sedikit.
Saya bagi last satu, Tuan Yang di- Pertua. Okey, sila.
Minta maaf.
Tan Sri.
Saya hendak tanya ada cadangan untuk mengadakan Race Relations Act? Adakah Yang Berhormat akan membawa perkara itu ke Kabinet untuk mendapat kelulusan?
Pagi tadi sudah jawab, Yang Berhormat.
Minta maaf, Yang Berhormat. Pagi tadi, Tuan Yang di-Pertua pun ingat. Pagi tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri saya sudah jawab. Kita tidak ada rancangan tetapi kita ada undang-undang dan akta sedia ada. Jadi, kita akan gunakan itu dengan sebaik mungkin kerana dia sudah merangkumi segalanya.
Yang Berhormat Menteri, sedikit. Sedikit tentang bendera. Bendera; sedikit sahaja, Yang Berhormat Menteri.
Ya, ya, sila last ya.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya rasa bila saya tengok pada banyak bangunan yang gantung bendera; bendera sampai seasoned, koyak bendera Malaysia. Kita rasa sedih. Boleh bagi satu arahan kepada semua bangunan kerajaan mahupun swasta mesti bendera itu adalah bendera yang elok sebab ini menunjukkan kepada orang luar yang datang tengok negara kita, kita punya bendera sendiri tidak boleh jaga. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Okey, Yang Berhormat, Yang Berhormat tidak masukkan ini dalam perbahasan. Ini perkara-perkara baharu, tetapi cadangan Yang Berhormat itu adalah sangat baik. Yang Berhormat adalah warganegara yang bertanggungjawab. Jadi, kita harap bendera Malaysia– Cadangan Yang Berhormat Padang Serai ini akan diambil berat tanggungjawabnya untuk dilaksanakan. Bukan didesak atau digunakan kempen oleh kerajaan semata-mata tetapi sepatutnya ia menjadi tanggungjawab kepada warga Malaysia yang ada seperti Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon maaf banyak-banyak kerana ada banyak lagi yang tidak dapat saya selesaikan tetapi saya akan jawab secara bertulis kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun membangkitkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kementerian. Saya mohon maaf sekiranya kali ini saya tidak dapat hendak menjawab kepada persoalan yang tertentu yang dikemukakan oleh Yang Berhormat. Saya minta maaf banyak-banyak. Insya-Allah, selepas ini saya akan dapat menjawab dengan lebih baik lagi. Maka dengan itu, saya sudahi ucapan saya Tuan Yang di-Pertua. Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikumussalam.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Padang Serai senyum besar tadi. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Menteri di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, silakan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di- Pertua, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran baharu seterusnya menyokong penuh langkah penyeragaman semula ekosistem pengkomersialan hasil R&D bagi tahun 2022. Ketika ini, MOSTI yakin bahawa kementerian ini berada pada landasan yang tepat dalam menjadikan Malaysia negara berpendapatan dan berteknologi tinggi yakni pembangunan teknologi dan inovasi adalah penting bagi pemangkin kepada Dasar Revolusi Perindustrian Keempat ataupun Dasar 4IR Negara. Bagi menyokong hasrat ini, kerajaan telah memperuntukkan bajet khas bagi tahun 2022 untuk merancakkan semula aktiviti sains, teknologi dan inovasi negara melalui aktiviti R&D yang dipergiat, di mana jumlah peruntukan tahun hadapan bertambah kepada RM107.8 juta berbanding RM98 juta pada tahun 2021. Penubuhan hab inovasi selaras dengan Revolusi Industri Keempat di bawah Taman Teknologi Malaysia sebanyak RM30 juta, pemulihan semula ekosistem dan membina daya tahan ekonomi start-up melalui Program My Start-Up Cradle Fund sebanyak RM20 juta. Bagi bajet pembangunan untuk MOSTI bagi tahun 2022 pula memperlihatkan peningkatan terutama melibatkan beberapa komponen utama berbanding tahun semasa iaitu pembangunan perkhidmatan STI sebanyak 22.38 peratus dan penyelidikan STI sebanyak 13.7 peratus. Peningkatan peruntukan ini menunjukkan bahawa MOSTI sentiasa diberi keutamaan. Pada masa yang sama akan dapat mengukuhkan lagi ekosistem RDCI Negara. Selain itu, ia juga menggambarkan sokongan kerajaan akan tanggungjawab baharu MOSTI untuk menerajui pembangunan vaksin tempatan termasuk vaksin COVID-19. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh mengenai isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Semporna– Yang Berhormat Semporna ada tidak? Tidak ada. Yang Berhormat, saya jawab secara bertulis, Yang Berhormat Semporna. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Jerlun mengenai impak pembiayaan kerajaan kepada syarikat- syarikat pemula teknologi atau start-up. Untuk makluman Yang Berhormat Jerlun, kerajaan melalui MOSTI telah pun melaksanakan program yang dipanggil pembiayaan dan pelaburan ke atas 828 buah syarikat start-up dengan jumlah keseluruhan bernilai RM4.23 bilion sepanjang Rancangan Malaysia Pertama hingga Ke-11. Program pembiayaan dan pelaburan ini dilaksanakan melalui 5 buah agensi pembiaya di bawah MOSTI iaitu saya sebutkan; Cradle Fund Sdn. Bhd., Malaysia Venture Capital Management Berhad (MAVCAP), Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV), Kumpulan Modal Perdana (KMP) dan juga Malaysia Technology Development Corporation (MTDC). Seterusnya, di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas Yang Berhormat Jerlun, sebanyak 664 buah syarikat start-up telah menerima pembiayaan dan pelaburan daripada MOSTI dengan jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM543 juta.
Untuk makluman Yang Berhormat, pembiayaan dan pelaburan yang telah dibuat ini memerlukan jangka masa tertentu untuk mendatangkan hasil pulangan. Walau bagaimanapun, seperti yang dimohon, saya ingin maklumkan bahawa enam buah syarikat startup telah tersenarai di Bursa Malaysia adalah dari luar negara. Saya akan sebutkan, the main market kita, syarikat nama Fibon Berhad ditaja oleh MAVCAP, Censof Holdings Berhad oleh MAVCAP, Greatech Technology Berhad oleh MTDC. Untuk lead market,
MCOM Holding oleh MTDC Seers Berhad oleh KMP. Di London Stock Exchange sebuah syarikat kita telah disenaraikan di situ iaitu BiON PLC oleh MTDC. Proses ataupun program pembiayaan atau pelaburan yang berterusan kepada syarikat startup di setiap peringkat perkembangan akan membantu sebenarnya entiti perniagaan tersebut untuk terus berkembang dan kita akan mengurangkan jurang kegagalan syarikat tersebut ataupun valley of death. Antara impak dan kesan yang telah dicapai negara daripada program pembiayaan dan pelaburan oleh syarikat startup di bawah MOSTI untuk Rancangan Malaysia Kesebelas adalah seperti berikut: (i) sumbangan ke atas Keluaran Dalam Negara Kasar, atau KDNK berjumlah RM29 bilion ; (ii) peningkatan modal dana pembiayaan sebanyak RM2 bilion; (iii) penciptaan peluang pekerjaan sebanyak 41,804; (iv) pendaftaran harta intelek sebanyak 129; (v) pemasaran harta intelek sebanyak 158 contoh MTUC; dan (vi) peningkatan ke atas kadar pengkomersialan produk dan perkhidmatan sebanyak 81 peratus. Untuk makluman Yang Berhormat selain daripada itu hasil daripada pelaburan dan bimbingan yang berterusan negara kita telah berjaya melahirkan syarikat start-up iaitu Carsome Sdn. Bhd. yang berstatus unicorn. Syarikat ini telah menerima pelaburan sebanyak USD2.8 juta dari Malaysia Venture Capital Management Berhad (MAVCAP). Seterusnya MOSTI selaku peneraju kluster teknologi baharu muncul dalam Majlis Ekonomi Digital & 4IR Negara yang telah pun ditubuhkan telah membentangkan kajian pembangunan Malaysia Startup Ecosystem Roadmap (SUPER) untuk tahun 2021 hingga 2030 pada 15 November yang lepas. Dalam kajian tersebut telah dikenal pasti beberapa punca permasalahan dihadapi syarikat penerima dana kerajaan. Perkara tersebut masalahlah seperti kekurangan penglibatan daripada sektor swasta dalam pembiayaan dan pelaburan kerajaan kepada syarikat start-up, syarikat start-up tempatan dilihat kurang mempunyai bakat atau kemahiran teknikal yang diperlukan masa ini, masyarakat tempatan takut akan kegagalan dalam perniagaan serta tidak mempunyai hala tuju yang jelas daripada peringkat pembentukan idea hinggalah ke peringkat pengkomersialan, ekosistem tidak menzahirkan satu sistem atau agensi pemudah cara yang dapat menawarkan perkhidmatan dan sokongan kepada syarikat start-up secara keseluruhan, dasar dan pengawalseliaan sedia ada jika dilihat tidak tangkas untuk menangani isu dan cabaran semasa yang dihadapi oleh start-up dan kekurangan akses untuk menembusi pasaran luar menyebabkan produk dan teknologi yang dihasilkan tidak dapat dikomersialkan di peringkat global. Kesemua cabaran ini Yang Berhormat telah diberi perhatian dan pelan hala tuju ini telah menyenaraikan lima strategi dengan 16 cadangan intervensi bagi menghadapi kesemua cabaran yang telah disenaraikan. Seterusnya ekosistem start-up Malaysia dapat dikembangkan, dan insya-Allah mampu menyumbang impak yang besar kepada masyarakat dan ekonomi negara. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya...
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya, adakah pihak MOSTI mengenal pasti sektor-sektor ekonomi khusus yang hendak diberi penekanan apabila agensi-agensi kerajaan ini mempertimbangkan pelaburan tersebut. Saya kira kita perlu melakukannya kerana kita tahu kita mempunyai sumber yang agak terhad. Jadi dengan sumber yang ada itu, tentulah lebih baik kalau kita tumpu kepada sektor-sektor tertentu sahaja dan tidak cuba untuk menceburkan diri dalam semua bidang. Saya fikir dengan cara itu barulah kita boleh elak ketirisan di mana syarikat seperti Grab boleh dipindah ke Singapura untuk mendapat pendanaan. Ada rungutan Yang Berhormat bahawa wujud kerenah birokrasi di kalangan agensi-agensi kerajaan ini di mana proses
untuk membuat pertimbangan itu begitu lambat sehinggakan mereka terpaksa mencari sumber-sumber lain untuk mendapat dana. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Perkara yang dibangkitkan memang ada kewajaran bahawa kita perlu melihat semula ke arah bagaimana kita boleh menyelaraskan semua perkara yang dibangkitkan untuk permohonan dapat diberi dan kerenah-kerenah birokrasi yang terlibat telah pun dibentangkan dalam Startup Ecosystem Roadmap (SUPER) yang saya sebut tadi tahun 2021-2030. Untuk sumber-sumber yang telah pun kita lihat dan tumpukan sektor-sektor kepada yang tertentu yang boleh yang memberi manfaat yang lebih. Melalui Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN 2021-2030) telah pun merangka satu dipanggil RTEDM iaitu Rangka Kerja Tindakan Ekonomi Digital ataupun Rangka Kerja 10-10 Sains, Teknologi Inovasi dan Ekonomi (MySTIE) 10-10. Kita telah pun gariskan 10 technology drivers bertentangan dengan 10 economic drivers. Jadi dalam pembentangan 10-10 MySTIE itu saya telah mengenal pasti 30 sektor tumpuan. Antaranya AI, IOT ataupun intelligent technology yang berkaitan dengan autonomous vehicle, hydrogen technology yang berkaitan dengan smart cities and transportation, dan pelbagai. Jadi untuk itu bukan sahaja kita berhenti di situ, tetapi kita juga menyelaras dengan memastikan bahawa syarikat milik MOSTI seperti Technology Park Malaysia (TPM) bergabung dengan MaGIC sebuah syarikat di bawah Kementerian Kewangan untuk menubuhkan Technology Accelerator Program (TCA) di Technology Park Malaysia. Ini supaya perkara-perkara yang berkaitan dengan commercialization dapat diangkat di samping NTIS yang telah dibangunkan sejak 2020 Ogos di mana Sandbox Inovasi dan Teknologi Nasional ini telah membangkitkan banyak teknologi baharu seperti emerging technology Yang Berhormat fikir bahawa perlu untuk kita angkat. Jadi untuk itu Yang Berhormat daripada Akademi Sains Malaysia yang telah pun membentangkan The Science Outlook 2020 (SO2020) beberapa minggu lepas telah pun menjangkakan bahawa emerging technology yang akan kita tumpukan ialah berkisar kepada bagaimana kerangka teknologi driver dan teknologi baharu muncul itu akan kita selaraskan. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian untuk mengulas cadangan daripada Yang Berhormat Sik berkenaan dengan teknologi moden dan baharu yang digunakan dalam bidang pertanian. Senarai yang boleh kita berikan di sini panjang Yang Berhormat. Jadi saya cuba maklumkan beberapa buah agensi yang telah pun di bawah MOSTI melaksanakan apa yang telah Yang Berhormat Sik inginkan untuk dijawab. Pertama ialah Agensi Nuklear Malaysia. Kita ingat agensi nuklear ini berkaitan dengan nuklear sahaja. Akan tetapi, ia boleh dikaitkan dengan industri pertanian di mana menggunakan teknologi nuklear ini kita boleh menghasilkan biak baka mutasi tanaman sebenarnya dengan menggunakan kaedah mutagenesis jenis sinaran- mutation breeding. Teknik ini sebenarnya menghasilkan benih baharu tanaman yang mempunyai tahap toleran yang tinggi terhadap penyakit, mampu bertahan dalam keadaan cuaca yang tidak menentu dan boleh menghasilkan hasil yang tinggi dalam tempoh yang singkat. Sebagai contoh kita akan memperkenalkan dua variety baharu padi yang telah dihasilkan oleh Agensi Nuklear Malaysia yang telah didaftarkan di bawah Jabatan Pertanian Malaysia. Bagi makluman pelancaran benih padi ini akan disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 20 November ini. Seterusnya agensi ini juga, Agensi Nuklear Malaysia ini juga mengemukakan peranan dan kaedah analisis radio-isotop yang mana boleh mengenal pasti tahap kesuburan tanah, kualiti air permukaan dan bawah tanah, pemantauan kesuburan tanaman. Analisis yang digunakan ini penting untuk mengetahui elemen yang bermanfaat serta elemen yang merosakkan kualiti tanah dengan terperinci. Selain itu Agensi Nuklear Malaysia juga telah membangunkan produk seperti biobaja yang mengandungi beberapa jenis mikroorganisma yang berfungsi sebagai
nutrient micro dan juga membangunkan produk daripada bakteria AP ataupun acinetobacter baumannii untuk meningkatkan nutrient atmosfera.
Melalui agensi nuklear juga, kita juga telah pun memperkenalkan apa yang dipanggil oligochitosan iaitu chitosan tersinar, radiation-processed chitosan (RPC) dengan izin. Ini ialah berfungsi sebagai penggalak pertumbuhan pokok dan juga pengelisid tumbuhan yang dihasilkan menggunakan teknologi sinar gamma dan RPC ini merangsang percambahan biji benih lebih 90 peratus dan meningkatkan hasil tuaian lebih 25 peratus. Ia menambah baik sistem daya tahanan tumbuhan terhadap penyakit dan meningkat kualiti pertumbuhan padi, gaharu, pelbagai tumbuhan tanam-tanaman, serta biak baka kultur pisang nanas. Tuan Yang di-Pertua, selain itu agensi yang terlibat seperti Agensi Angkasa Malaysia juga membantu sektor pertanian dalam memastikan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan melalui Jabatan Pertanian membangunkan Sistem Maklumat Geospatial Tanaman Padi, yang mana ia merupakan satu sistem aplikasi berteras teknologi angkasa khususnya teknologi remote sensing dan juga sistem penentu kedudukan global (GNSS) serta teknologi berkaitan dengan sistem maklumat geografi dan juga teknologi maklumat komunikasi (ICT). Daripada pengoperasian keberkesanan Sistem MakGeoPadi yang dibangunkan oleh Agensi Angkasa Malaysia ini, ia telah bekerjasama dengan 12 pihak berkuasa jelapang padi negara kita. Antaranya ialah membolehkan pemantauan 100 peratus keseluruhan jelapang padi, penjimatan masa turun ke lapangan sebanyak 50 peratus, penjimatan subsidi kerajaan hingga 10 peratus dan manfaatkan seramai 192,663 orang pesawah di seluruh Malaysia. Agensi ketiga yang terlibat dalam membantu dan berperanan dalam membangunkan pertanian negara ialah NanoMalaysia Berhad. NanoMalaysia Berhad turut juga menghasilkan bahan termaju iaitu nano cellular dari tandan kosong kelapa sawit. Di mana dapat mengitar semula lambakan sisa biojisim dari ladang kelapa sawit seterusnya mewujudkan ekonomi ataupun ekosistem sekular ekonomi berkonsepkan waste to wealth. Ia mempunyai teknologi tinggi untuk dibangunkan meliputi membangunkan produk perubatan dan penjagaan kesihatan, kosmetik, elektronik, cat salutan, penapisan dan juga sel bahan api. Antara lain ialah Institut Bioteknologi Kebangsaan Malaysia juga membantu dan juga seterusnya, cadangan untuk penambahbaikan sektor pertanian di bawah MAFI iaitu penggunaan beberapa teknologi agro seperti mengkomersialkan robot kecil dalam Internet of Thing (IoT) atau Internet Kebendaan dalam membantu petani melakukan tugas berbahaya seperti penyemburan racun perosak dapat dikurangkan melalui guna tenaga manusia. Robot ini dipanggil Farm Assist Robot for Multi Operation (FARMO). Tuan Yang di-Pertua, selain itu melalui cadangan penggunaan teknologi penambah baik sektor pertanian MAFI, kita juga telah pun membantu supaya teknologi aplikasi sensor dan analytic untuk penyediaan rumah hijau serta dalam penyediaan spektrum geografi yang lengkap Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan perkhidmatan berkaitan IT untuk kejuruteraan luas, pintar dan perindustrian aplikasi, sektor awam dan swasta. Contoh, pelbagai tanaman yang dapat dipupuk menggunakan kaedah ini termasuk penjagaan yang rapi untuk pembangunan tanaman sayur-sayuran. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memaklumkan sedikit tentang apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Semporna. Yang Berhormat Semporna tidak ada di sini Tuan Yang di-Pertua, tetapi saya ingin membangkitkan pertanyaan yang telah pun dibangkitkan iaitu berkenaan dengan penyokong – kita menyokong cadangan supaya technology Internet of Things ataupun artificial intelligence dijadikan teras Industrial Master Plan supaya ekonomi negara dapat mampu bersaing di peringkat global. Untuk makluman Yang Berhormat Semporna dan Tuan Yang di-Pertua, pada 1 Julai 2021 yang lepas, Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara telah dilancarkan. Sebanyak lima teknologi teras dikenal pasti di bawah dasar itu iaitu pertama, kecerdasan buatan ataupun artificial intelligence, Internet of Things (IoT), blockchain dan
Teknologi Lejar Teragih (DLT), bahan termaju atau advance material dan juga pengkomputeran awan atau cloud computing serta analisis data raya atau big data analysis. Apa yang telah pun kita laksanakan, kita telah masukkan kesemua lima teknologi teras ini supaya diguna pakai dalam Industrial Master Plan yang akan dikemukakan oleh kerajaan dalam masa yang terdekat. Tuan Yang di-Pertua, sekian sahaja maklum balas saya untuk kali ini dan sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2022 bagi MOSTI kali ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri di Kementerian Luar Negeri. Silakan, 40 minit Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bagi pihak Wisma Putra saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh isu-isu yang berkait rapat dengan tugasan kami di Wisma Putra. Yang Berhormat Sik, tidak ada dan soalan-soalan beliau pun sebenarnya saya dan Timbalan Menteri sudah jawab dalam Dewan ini pada masa-masa yang lalu. Yang Berhormat Kangar, tadi ambil ujian RTK Antigen sekali dengan saya. Beliau bertanya tentang pelantikan Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri dan Yang Berhormat Datuk Seri Eizlan Yusof. Sebenarnya Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri meletakkan jawatan sebagai CEO FINAS dan berkhidmat kepada saya menggunakan jawatan PTTK yang sedia ada. Cuma saya menggunakan istilah Setiausaha Kebudayaan kepada Menteri Luar Negeri untuk beliau. Jadi, sebenarnya beliau buat national service kerana dia letak jawatan JUSA B dan datang ke jawatan gred 54. Tidak ada kereta, tidak ada driver, tidak ada pejabat dan tidak ada PA. Dia ada bilik kecil sahaja sebelah pejabat saya. Manakala, Datuk Seri Eizlan Yusof yang saya lantik sebagai perunding kreatif kepada Menteri Luar Negeri, kita tidak dibayar dia gaji apa-apa. Dia betul-betul buat national service. Ini adalah untuk kita memulakan secara kecil-kecilan apa yang saya sebutkan pada 1 September 2021, bahawa Wisma Putra akan menggubal sebuah kerangka dasar luar yang baharu. Di mana pertama, dasar-dasar yang fundamental tetap kekal, tiada perubahan dari segi dasar kita terhadap ASEAN, OIC, PBB, dasar berkecuali dan sebagainya. Namun apa beberapa pendekatan dan bidang baharu yang akan kita terokai termasuklah diplomasi kebudayaan. Pada 3 November 2021, Kabinet telah meluluskan kerangka ini yang saya sebutkan namanya dengan izin, “Focus in Continuity: A Framework for Malaysia's Foreign Policy in a Post-Pandemic World” dan ini sekali lagi termasuk beberapa pendekatan dan bidang baharu yang satu dari antaranya ialah diplomasi kebudayaan. Kertas memorandum Jemaah Menteri yang kita bentangkan itu telah mendapat komen daripada kementerian-kementerian yang lain termasuk terutamanya dua kementerian yang selalunya bertanggungjawab untuk seni budaya iaitu KKMM dan MOTAC. Dahulu saya Menteri KKMM, saya mencadangkan dan dipersetujui oleh Menteri MOTAC dan kami menubuhkan Majlis Perundingan Pembangunan Industri Kreatif. Diluluskan oleh Kabinet pada 27 Januari 2021 dan matlamatnya ialah untuk memperkasa pembangunan industri kreatif secara lebih bersepadu yang melibatkan semua kementerian dan agensi kerajaan dan kita meniru modul, antara lain ialah modul yang ada di Korea Selatan. Kebetulan pada 20 September 2021, Yang Berhormat mungkin perasan Presiden Korea Selatan ketika berucap di Perhimpunan Agong PBB membawa bersama beliau kumpulan K-Pop yang paling terkenal di dunia, agaknya lah BTS untuk berucap bersama dan membuat persembahan.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, kalau dahulu semasa saya Menteri KKMM, saya dan Menteri MOTAC berkata marilah kita meminta bantuan Kementerian Luar Negeri untuk mempromosi budaya di pentas antarabangsa.
Kini, Kementerian Luar Negeri mengatakan kami telah bersedia untuk membantu kedua-dua KKMM dan MOTAC dan juga agensi-agensi yang lain cuma dari segi bajet dan struktur ini baru kita hendak bina secara berdikit-dikit dan kita belajar dari pengalaman beberapa negara yang lain Indonesia, Korea Selatan dan sebagainya. Bagi menasihati kita untuk melaksanakan program ini, kita akan menubuhkan, bukanlah menubuh nanti timbul soal peruntukan lain. Sebenarnya kita meminta nasihat daripada beberapa orang yang akan kita lantik sebagai penasihat dan mereka pun national service. Saya boleh sebut dua nama yang sudah pun bersetuju. Profesor Awang Sariyan dari segi bahasa dan sahabat baik kita berdua saudari Aden Khoo dari segi persembahan seni tradisional dan mungkin ada seorang sasterawan negara akan terlibat dan sebagainya lah. Ini supaya sebab kita baharu hendak mula secara perlahan-lahan tetapi kita tidak hendaklah seni budaya itu hanya dilihat daripada sudut yang sempit tetapi kita lihat daripada sudut pandangan yang luas. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri kalau boleh saya hendak bertanya juga sebab dalam perbahasan saya juga ada menyentuh tentang bagaimana diplomasi budaya. Sebenarnya memang telah berjalan dan antara produk kita yang agak berjaya ialah sekurang-kurangnya di peringkat serantau ialah karya-karya animasi. Jadi, saya harap ini juga akan diberi perhatian oleh Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri dahulu di Kementerian Komunikasi dan Multimedia, ada aduan ya tentang daripada penggerak animasi. Jadi, saya harap mereka ini dapatlah orang kata diintegrasikan dari soal budaya kita, bukan hanya tentang aspek seni dan juga sastera sahaja. Akan tetapi kita dalam dunia moden hari ini, kita kena melihat juga tentang penglibatan golongan ini.
Saya sependapat dengan Yang Berhormat. Oleh sebab itu dalam kertas kita sebenarnya saya mengutip apa yang diputuskan dalam Majlis Perundingan Pembangunan Industri Kreatif. Bila kita melihat – tadi Tuan Yang di-Pertua saya kata bukan hanya seni budaya tetapi melibatkan falsafah, melibatkan warisan, bahasa, sastera dan kebudayaan. Akan tetapi, kalaupun dari seni budaya kita menggunakan definisi oleh United Nations Conference on Trade and Development (UNCTAD) yang melihat industri kreatif dari empat komponen yang besar yakni tradisional, seni budaya, media dan juga apa yang disebut functional creation. Jadi, setiap empat itu ada dia punya sub komponen jadi ini termasuklah Yang Berhormat sebutkan tadi animasi itu termasuk di bawah media iaitu di bawah new media dan memang benar kita ada beberapa orang anak-anak muda kita yang sudah menempa nama di peringkat antarabangsa. Mereka menjadi creator untuk sesetengah permainan yang mendapat sambutan luas dan kita akan mengambil kira persoalan itu. Akan tetapi, sekali lagi saya ingin jelaskan bahawa bukan hasrat Wisma Putra untuk mengambil alih kerana dua kementerian yang utama tentang soal budaya ini tetap KKMM dan MOTAC kecuali tetapi kami menyediakan dari segi fasilitasi untuk di peringkat antarabangsa, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa kalau tidak ada yang lain saya hendak ucapkan terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian dan insya-Allah.
Yang Berhormat Menteri sedikit Batu Kawan.
Yang Berhormat Batu Kawan tidak sempat itu tetapi sebab kawan bolehlah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dalam ucapan saya, saya telah bangkitkan jika Malaysia mempertimbangkan untuk meratifikasi konvensyen-konvensyen antarabangsa seperti ICCPR dan sebagainya. So, I believe proses meratifikasi di bawah kementerian Yang Berhormat dan saya rasa selepas Malaysia telah mendapat tempat di United Nations Human Rights Council mungkin the next step is to ratify this kind of international convention seperti UNCTAD juga. Terima kasih.
Okey, ini topik yang berbeza sedikit tetapi saya faham apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat. Memanglah bila sampai ke peringkat antarabangsa, tugasan itu ialah tugasan Wisma Putra tetapi ada banyak kementerian dan agensi yang masing-masing menjadi guardian dengan izin kepada isu-isu yang berkaitan. Sebenarnya perkara-perkara ini saya jangka akan kita bicarakan dengan lebih mendalam sebaik sahaja Dewan ini meluluskan special select committee untuk – dasar luar itu sudah diluluskan tetapi belum dinamakan pengerusi dan ahli-ahli jawatankuasa. Saya fikir sebaik sahaja ia dinamakan dan kita boleh duduk berbincang bukan sahaja soal framework ini tetapi juga isu yang ditanyakan dan juga hubungan misalnya antara Wisma Putra yang hendak dirapatkan lagi dengan Ahli-ahli Yang Berhormat yang ramai yang aktif dalam pelbagai platform antarabangsa. Sahabat saya daripada Klang misalnya beliau di beberapa platform ASEAN Parliamentarians for Human Rights (APHR) dan sebagainya. Itu kita boleh formalize hubungan dan kita boleh facilitate suara-suara Ahli-ahli Parlimen di pentas antarabangsa. Sekali lagi Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas sumbangan dan pandangan yang diberikan oleh teman-teman. Assalamualaikum.
Wassalamualaikum. Terima kasih Yang Berhormat Menteri di Kementerian Luar Negeri. Seterusnya dijemput Yang Berhormat Menteri di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, 40 minit.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh serta salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada 17 Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan perkara yang berkaitan Belanjawan 2022 yang menyentuh berkaitan dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan khususnya yang telah menyentuh lima perkara dan bidang utama iaitu: (i) perumahan; (ii) kerajaan tempatan; (iii) kesejahteraan bandar; (iv) pengurusan sisa pepejal; dan (v) pengurusan landskap. Izinkan saya Tuan Yang di-Pertua untuk memberi sedikit perspektif umum mengenai peruntukan dan bajet yang telah pun diperuntukkan pada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk tahun hadapan. Secara keseluruhannya KPKPT menerima peruntukan sebanyak RM5.253 bilion untuk tahun 2022. Daripada jumlah tersebut, perbelanjaan mengurus OE diperuntukkan sejumlah RM1.776 bilion manakala perbelanjaan pembangunan ataupun DE sebanyak RM3.477 bilion bagi melaksanakan 311 projek iaitu 268 projek sambungan manakala 43 projek
baharu. Insya-Allah, KPKT dengan strategi ikhtiar dan pendekatan pengurusan yang tepat akan memastikan prestasi di KPKT untuk memberi khidmat yang terbaik bagi rakyat. Berkaitan dengan isu perumahan, dalam sesi perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat dari Sabak Bernam, Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Johor Baru, Yang Berhormat Sandakan, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Sungai Siput, Yang Berhormat Kalabakan, dan Yang Berhormat Batu Gajah telah menyentuh berkaitan dengan isu dan juga bajet perumahan. Berhubung soalan yang telah ditujukan oleh Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Batu Gajah mengenai perancangan rumah mampu milik. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, KPKT sentiasa komited dan berusaha untuk mengenal pasti punca dan masalah ketidakmampuan rakyat untuk memiliki rumah. Selaras dengan strategi RMke-12 yang baharu sahaja diumumkan iaitu meningkatkan bekalan rumah mampu milik kepada kumpulan sasar, KPKT akan memastikan pelaksanaan projek-projek perumahan di seluruh negara bagi golongan M40 dan B40 terus diberi perhatian dan lebih inklusif serta mempunyai infrastruktur lengkap dan berkualiti. Antara strategi yang telah pun dilaksanakan dalam tempoh RMke-12 adalah penubuhan Jawatankuasa Penyelaras Pelaksanaan 500 unit Rumah Mampu Milik yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Jawatankuasa ini adalah memantau pelaksanaan dan pencapaian penyediaan bekalan perumahan oleh 15 agensi penyedia perumahan selain daripada KPKT dan juga agensi di bawahnya dan selain daripada kerajaan negeri dan swasta.
Insya-Allah, daripada sasaran 500,000 unit rumah mampu milik di bawah RMKe- 12, KPKT menyasarkan untuk menyumbang sebanyak 20 peratus daripada sasaran iaitulah 100,000 unit. Selain daripada itu, untuk makluman Yang Berhormat, Majlis Perumahan Mampu Milik Negara yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 9 November 2018, bagi menjalankan fungsi-fungsi sebagaimana yang telah saya nyatakan tadi. Kedua-dua jawatankuasa dan majlis ini merupakan platform bagi memantau pelaksanaan pembinaan 500,000 unit RMM dalam Rancangan Malaysia Ke-12 ini. Yang Berhormat Sungai Siput— Tuan Yang di-Pertua, saya hendak jawab semua?
Sila.
Telah mengajukan soalan berhubung perancangan kerajaan untuk membina RMM di bawah RM50,000 bagi golongan kurang berkemampuan. Bagi perumahan RMM dalam lingkungan RM50,000, kerajaan komited dengan program PPR yang menyediakan rumah berharga RM35,000 di Semenanjung dan RM42,000 di Sabah dan Sarawak. Selain itu, di bawah SPNB, terdapat juga program dinamakan Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) yang terus akan dilaksanakan. Ini juga menjawab soalan Yang Berhormat Kalabakan berhubung dengan RMR iaitu mengenai peruntukan RM315 juta program RMR untuk membina 3,000 unit di seluruh negara bagi tahun 2022. Program RMR adalah program untuk memenuhi keperluan rakyat B40 untuk membina di atas tanah sendiri berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia tanpa mengira kaum. Program Rumah Mesra Rakyat ini berkonsepkan sebuah rumah yang berkomposisi tiga bilik tidur, dua bilik air yang berharga RM75,000 hingga ke RM106,000 di mana RM20,000 disubsidikan oleh pihak kerajaan. Kemudahan pinjaman ditawarkan bagi menampung baki kos tersebut. Oleh yang demikian, seandainya harga rumah tersebut adalah RM75,000, pembeli hanyalah membayar RM55,000 untuk memiliki kediaman RMR.
Yang Berhormat Sungai Siput...
Saya serahkan kepada Yang Berhormat Menteri.
So, saya jawab secara bertulislah. Yang Berhormat Sungai Siput tidak ada.
Ya.
Yang Berhormat Kalabakan?
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Yang Berhormat tidak ada.
Tidak ada. Yang Berhormat Sandakan? Yang Berhormat Batu Gajah? Yang Berhormat Kuala Nerus? Yang Berhormat Kuala Nerus lagi. Yang Berhormat Bukit Bendera? Yang Berhormat Johor Bahru?
Kalau perkara itu menekan, boleh, boleh baca...
Yang Berhormat Parit? Ada? Yang Berhormat Parit? Yang Berhormat Tangga Batu? Yang Berhormat Seputeh? Semua tidak ada ini.
Kalau benda itu penting...
Mereka tidak minat dengan sayalah kot. Yang Berhormat Sri Gading?
Kalau isu itu penting dan Yang Berhormat Menteri rasa perlu dibaca, Yang Berhormat Menteri boleh teruskan.
Baiklah. Akan tetapi, kebanyakan soalan-soalan spesifik.
Ya.
Kalau saya jawab dan Yang Berhormat tidak adapun rasanya tidak menepati objektifnya. Baiklah, saya jawab soalan yang berkaitan dengan sisa pepejallah. Yang Berhormat Jerai dan Yang Berhormat Sandakan— Tidak ada jugalah ini. Menyentuh berkaitan isu pengurusan sisa pepejal, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih. Untuk makluman Yang Berhormat pengurusan sisa pepejal ekonomi pada masa kini lebih berasaskan kepada model konvensional iaitu ekonomi linear iaitu kebanyakan sisa pepejal dibuang terus ke tapak pelupusan selepas digunakan. Menyedari keperluan untuk mewujudkan pengurusan sisa pepejal yang holistik, cekap dan mampan selaras dengan hierarki pengurusan sisa, KPKT sedang merangka dasar peralihan pengurusan sisa pepejal ke arah apa yang disebut sebagai ekonomi kitaran (secular economy), untuk menekankan amalan penggunaan dan pengeluaran yang lebih mampan, sustainable consumption and production. Usaha ini dilihat dapat mengurangkan penjanaan jumlah sisa pepejal dalam jangka masa panjang serta akan mengurangkan pengurusan sisa pepejal dan seterusnya menyumbang kepada pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals). Dalam menggalakkan ekonomi kitaran ke arah mencapai sasaran pengurangan sisa ke tapak pelupusan, KPKT telah menyasarkan untuk meningkatkan Kadar Kitar Semula Kebangsaan kepada 40 peratus pada tahun 2025. Sehubungan itu, KPKT komited dalam melaksanakan pelbagai usaha dan inisiatif untuk memastikan pengurusan sisa pepejal yang cekap dan mampan seperti berikut: (i) mempergiatkan komunikasi pendidikan kesedaran awam; (ii) melaksanakan pemberian ganjaran trash-to-cash secara fizikal ataupun elektronik; dan (iii) melaksanakan perluasan tanggungjawab pengeluar (extended producer responsibility).
Tanggungjawab berkenaan akan mendorong pengeluar untuk mengasingkan sisa di punca dan menggalakkan pengeluaran produk mesra alam. KPKT melalui Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) juga telah melaksanakan pelbagai kempen kesedaran program pendidikan bagi meningkatkan penglibatan pelbagai peringkat masyarakat untuk membudayakan amalan kebersihan dan 3R. Antara yang telah dilakukan adalah Program Inisiatif Komuniti Sifar Sisa (Zecomm) yang dirintis oleh Yang Berhormat Menteri yang terdahulu, program SAS, program World Cleanup Day, Pertandingan Waste To Art, Kempen Buang Sampah Dalam Tong Sampah, Kempen Berani Tegur, Kempen Hargai Makanan dan Elakkan Pembaziran dan pelbagai lagi program-program yang dilancarkan. Adalah diharapkan dengan adanya program-program tersebut dari semasa ke semasa, kita dapat meningkatkan peralihan apa yang disebutkan sebagai ekonomi kitaran bagi memungkinkan kita berada dalam tahap lebih berdaya mampan (sustainable). Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya kira itu sajalah yang dapat saya gulung pada hari ini dan kepada yang tidak ada, saya akan jawab secara bertulis. Insya-Allah, seandainya ada perkara yang berbangkit, mungkin saya akan maklumkan ketika dalam perbahasan peringkat jawatankuasa...
Yang Berhormat Hulu Selangor hendak.
Oh, Yang Berhormat Hulu Selangor, okey.
Ya. Terima kasih.
Yang Berhormat Hulu Selangor, tadi tidak ada ini. Yang Berhormat Hulu Selangor bangkitkan berkaitan dengan landskap ya? Merujuk kepada permohonan Yang Berhormat Hulu Selangor untuk menaikkan taraf landskap kawasan Perigi Tujuh Serendah, KPKT melalui Jabatan Landskap Negara mempunyai program pemeliharaan dan pemuliharaan khazanah landskap bagi tujuan pengekalan aset semula jadi landskap dan khazanah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Landskap Negara telah mengadakan perbincangan dengan Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan Jabatan Pengairan dan Saliran Hulu Selangor dan dalam hal ini, peruntukan bagi cadangan program pemuliharaan landskap Perigi Tujuh Serendah sedang dipohon dan akan dimasukkan di bawah Rolling Plan Ketiga dalam Rancangan Malaysia Ke-12 setelah permohonan keseluruhannya diperoleh. Baik. Jadi, demikianlah...
Yang Berhormat Menteri, sikit. Kalabakan.
Ya. Yang Berhormat Kalabakan. Tadi tidak ada.
Saya hendak tanya fasal dalam perbahasan saya ada bangkitkan permintaan PPR di Tawau dan di Kalabakan.
Ya.
Bolehkah Yang Berhormat Menteri mengusahakan dengan Kerajaan Negeri Sabah, minta tanah tambah. Ini disebabkan permintaan terlalu tinggi sampai hari ini, Jadi kita banyak tanah di Sabah. Mungkin projek akan diberi lebih kepada Tawau dan Kalabakan lah. Terima kasih.
Insya-Allah, saya hendak maklumkan untuk makluman Yang Berhormat bahawa sehingga kini, 33 buah projek PPR telah dibina di Sabah merangkumi 23,009 unit manakala lima buah projek lagi dalam pembinaan adalah merangkumi 3,000 buah unit. Secara keseluruhan, bilangan PPR yang siap dibina di Sabah saja merupakan hampir 22 peratus daripada keseluruhan PPR yang ada di dalam negara.
Saya hendak cerita sedikit. Dalam negara kita ada 154 buah projek PPR. Daripada 154, jumlah unit dibina adalah 97 ribu. Jumlah 97 ribu ini pula, sebanyak 15 ribu untuk dimiliki manakala sekitar 82 ribu untuk disewakan. Daripada jumlah tersebut, hampir sebagaimana yang saya sebut sebanyak 23 ribu adalah dibina di dalam kawasan negeri Sabah. Di Kalabakan, terdapat 470 unit PPR yang telah dibina manakala di Tawau terdapat 2872 unit PPR yang telah pun siap dibina.
Maka itu, Tawau dan Kalabakan ia berbeza. Tawau terlampau banyak dapat, Kalabakan kurang dapat sebab setinggan kami banyak di Kalabakan.
Ya.
Boleh dapat laporan dari Majlis Perbandaran Tawau. Memang banyak permintaan untuk PPR di Kalabakan. Kalau boleh...
Saya hendak maklumkan juga daripada jumlah yang saya sebut 23 ribu tadi Yang Berhormat, terdapat 3,897... dengar ya? Daripada 23 ribu sebanyak 3,800 yang belum diisi...
Di Kalabakan?
Di Sabah.
Di Sabah?
Ada- terdapat di Sandakan, terdapat di Semporna. Akan tetapi di Kalabakan yang saya sebut tadi sebanyak 470 unit.
Ya terlampau sedikit, 470 unit. Ada 10 ribu permohonan di Kalabakan. Satu lagi, saya ingin utarakan di sini. Kalau boleh, biar berbentuk sewa beli. Kalau dia sewa sahaja, dia tidak akan memiliki rumah selama- lamanya. Kalau boleh...
Ia ada dua konsep. Jika berada di bandar memang dikekalkan supaya ia disewa. Akan tetapi ada PPR yang dibina di kawasan-kawasan-kawasan luar bandar, salah satu daripada kaedah untuk memungkinkan rakyat akhirnya dapat memiliki kediaman adalah dengan melakukan secara Rent to Own (RTO) kerana rent-to-own modul yang hanya boleh berjaya kalau ia dilakukan pada heavily subsidized social housing.
Ya.
Pada waktu ini banyak yang telah pun dilakukan. Insya-Allah, kalau ada permintaan daripada kerajaan negeri. Selalunya ia datang daripada kerajaan negeri Insya-Allah KPKT akan mempertimbangkannya.
Insya-Allah. Terima kasih.
Baik. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian. Insya-Allah kita berjumpa lagi di peringkat Jawatankuasa. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Walaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Akhir sekali, untuk hari ini, saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan. Silakan. 40 minit.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Keluarga Malaysia. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Belia dan Sukan amat menghargai serta mengalu-alukan segala persoalan, pertanyaan, pandangan serta usul yang telah dibangkitkan kepada kementerian ini.
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada 15 orang Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Sabak Bernam, Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Hulu Selangor, Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Segambut, Yang Berhormat Sekijang dan Yang Berhormat Kepong yang telah memberikan pandangan, pertanyaan dan cadangan berkaitan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sepanjang tempoh perbahasan Belanjawan 2022 di peringkat dasar yang berlangsung selama tujuh hari. Secara keseluruhannya, KBS telah menerima 27 isu utama yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya akan cuba menggunakan masa yang ada untuk memberikan penjelasan berkenaan setiap isu, cadangan dan maklum balas yang dibangkitkan sepanjang perbahasan tempoh hari. Tuan Yang di-Pertua, daripada 27 isu yang dibangkitkan, enam isu berkaitan dengan belia dan 21 isu berkaitan dengan sukan. Tuan Yang di-Pertua, pertanyaan daripada Yang Berhormat Sabak Bernam tiada di dalam Dewan. Yang Berhormat Pontian tiada di dalam Dewan. Yang Berhormat Kuala Nerus dan Yang Berhormat Parit juga tiada di dalam Dewan. Namun, saya hendak menyebut bahawa berkenaan dengan program pembangunan sukan OKU, peruntukan khas kepada atlet OKU, dan e-Sukan yang cemerlang di peringkat antarabangsa. Untuk makluman sidang Dewan, kementerian sebenarnya tidak membezakan antara atlet normal dan atlet para daripada segi pemberian insentif mahupun program pembangunan sukan para. Pihak kementerian sememangnya telah menjalinkan kerjasama strategik dengan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat menerusi Jabatan Kebajikan Malaysia serta agensi-agensi yang lain seperti Jabatan Belia Sukan Negara, Bahagian pendidikan Khas, persatuan sukan kebangsaan, persatuan sukan orang kurang upaya, pusat rehabilitasi dan PERKESO untuk melahirkan lebih ramai bakat-bakat baru yang berkualiti untuk digilap kementerian peringkat yang tertinggi. Manakala program-program pembangunan Paralimpik di peringkat negeri akan di perkasa pada tahun 2022 dengan kerjasama semua pemegang taruh. Antara program- program yang akan terus dilaksanakan ialah program iTrain, program iTalent , program bakat dan program pelapis negeri bagi memastikan kesinambungan dan peningkatan, penglibatan atlet-atlet OKU dilaksanakan secara teratur dan konsisten. Selain itu, kementerian juga sentiasa memastikan kemudahan-kemudahan sukan sedia ada lebih mesra OKU bagi menggalak dan memudahkan golongan ini mengakses kemudahan tersebut untuk bersukan. Kerjasama ini akan diteruskan menerusi inisiatif baru yang bakal diperkenalkan oleh KBS iaitu pelaksanaan program Liga Sukan OKU pada tahun 2022. Program ini merupakan usaha pencarian bakat baru secara berstruktur yang dilaksanakan di peringkat daerah, negeri dan seterusnya kebangsaan. Mana-mana individu OKU yang berjaya melayakkan diri ke peringkat kebangsaan dan memenangi pertandingan, bakal diserapkan ke program latihan atlet pelapis di bawah kendalian Majlis Sukan Negara (MSN) untuk dilatih menjadi atlet masa hadapan negara. Selain itu, peruntukkan di bawah Belanjawan 2022 ini juga akan digunakan sebaiknya oleh KBS dalam usaha untuk meningkatkan akses golongan OKU pada kemudahan sukan. KBS menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara sentiasa memastikan kerja-kerja naik taraf penyelenggaraan, kemudahan sukan di bawah seliaan jabatan meliputi kemudahan OKU seperti laluan khas, tandas dan kawasan parkir kenderaan khas diberi keutamaan seiring usaha KBS dalam mengupayakan golongan OKU sebagai penyumbang kepada ekosistem industri sukan di Malaysia. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM10 juta untuk program pembangunan sukan Paralimpik dan RM15 juta bagi pelaksanaan program eSukan untuk tahun 2022. Ini menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam usaha untuk membangunkan sukan-sukan yang menjadi tumpuan belia dan juga golongan OKU.
Kerajaan tetap meneruskan bantuan untuk pelaksanaan program latihan atlet khususnya ke arah penyertaan temasya sukan utama dan akan dianjurkan sepanjang tahun 2022 iaitu Sukan SEA, Para Asean Hanoi, Sukan Komanwel Birmingham dan Sukan Para Asia Hangzhou. Ini merupakan usaha murni kerajaan untuk mengukuhkan program latihan atlet bagi memastikan lebih ramai atlet layak ke temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024. Selain itu, sukan eSukan juga menjadi tumpuan ke arah penyertaan ke temasya Sukan Asia dan Sukan SEA pada tahun 2022. Untuk makluman sidang Dewan, kadar minimum skim elaun latihan atlet Majlis Sukan Negara adalah sebanyak RM800 dan kadar maksimum pula adalah sebanyak RM7500. Skim elaun ini dinilai melalui prestasi atlet di empat temasya utama iaitu Sukan Olimpik dan Paralimpik, Sukan Asia dan Paralimpik Asia, Sukan Komanwel dan Sukan SEA serta Sukan Paralimpik Asia. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] Selain itu, pencapaian atlet di kejohanan individu utama juga diberi skim elaun latihan yang sama. Skim elaun latihan ini telah ditambah baik pada tahun 2019 bagi meningkatkan motivasi, dorongan dan memberikan cabaran kepada atlet agar sentiasa berusaha untuk berada pada tahap prestasi yang terbaik dan seterusnya mengharumkan nama negara di kejohanan serta temasya sukan dunia yang disertai.
Tuan Yang di-Pertua, semasa perbahasan Bajet 2022, ada yang mengusulkan agar KBS turut serta dalam menggerakkan institusi wakaf untuk belia khususnya dalam pembangunan kemudahan sukan seperti padang bola dan kompleks sukan. Kementerian mengalu-alukan serta menyambut baik saranan kepada kementerian ini menggerakkan institusi wakaf untuk kemaslahatan belia dalam aspek kemudahan sukan di peringkat akar umbi. Selain itu, Kementerian Belia dan Sukan di bawah kendalian Jabatan Belia dan Sukan Negara mempunyai prasarana belia dan sukan yang terdiri dari Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES), Kompleks Rakan Muda (KRM), Kompleks Sukan Komuniti (KSK) dan juga Kompleks Sukan (KS). Walaupun ia bukan dalam bentuk kemudahan yang diwakafkan, namun, prasarana-prasarana ini sememangnya adalah terbuka kepada penggunaan orang awam secara percuma. Manakala sebilangan kemudahan hanya mengenakan sewaan pada kadar yang minimum seperti mana yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan dan Penilaian Harta (JPPH) untuk digunakan dalam usaha ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara bersukan di samping mempromosikan gaya hidup aktif serta menggalakkan belia menjalankan aktiviti berfaedah di prasarana yang disediakan oleh kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman, antara isu yang diketengahkan merupakan perancangan kerajaan bagi merancakkan pembangunan industri sukan serta hala tuju industri sukan. Pertama sekali, saya ingin menyebutkan bahawa perihal industri sukan ini merupakan perkara yang menjadi keutamaan bagi kami di Kementerian Belia dan Sukan. Industri sukan merupakan industri yang baharu bagi negara kita berbanding dengan negara maju seperti Amerika Syarikat, dan United Kingdom. Industri sukan merupakan industri utama dan menyumbang kepada ekonomi negara tersebut. Dalam laporan the Sports Global Market Opportunities and Strategies to 2030 yang diterbitkan oleh researchandmarkets.com melaporkan bahawa industri sukan global akan mencecah USD600 bilion dalam tahun 2025. Alangkah ruginya jika negara kita tidak mengambil kesempatan dan peluang untuk membangunkan industri sukan yang lebih komprehensif memandangkan begitu besar nilainya industri sukan dunia. Industri sukan yang dilaksanakan secara berstruktur dan sistematik akan membentuk ripple effect ataupun spillover effect dengan izin, kepada industri-industri lain yang mana akan menjadi catalyst kepada pendapatan negara secara keseluruhannya.
Bagi merancakkan pembangunan dan perkembangan industri sukan negara, maka sudah sampai masanya negara kita mempunyai satu ekosistem yang komprehensif yang dapat menyokong industri sukan tersebut. Ekosistem berkenaan merangkumi segmen-segmen utama seperti berikut. Operasi sukan, pendidikan dan latihan, sains dan perubatan sukan, media, penganjuran acara sukan, venue dan facility sukan, peralatan dan pakaian sukan, teknologi sukan, pemakanan dan makanan tambahan ataupun supplement sukan. Oleh yang demikian, bagi memperlihatkan impak sumbangan industri sukan terhadap ekonomi negara, pewujudan Akaun Satelit Sukan (SSA) perlu dibangunkan. Melalui data dan pengekodan- coding yang akan dibangunkan melalui SSA, ia mampu menunjukkan jumlah sebenar sumbangan dan impak industri sukan kepada ekonomi negara. Melalui SSA ini juga, definisi industri sukan yang konkrit dapat dimuktamadkan agar ia diiktiraf dan diguna pakai oleh semua pihak yang berkepentingan. Kementerian Belia dan Sukan juga sedang membangunkan Pelan Tindakan Industri Sukan bagi mengiktiraf industri sukan sebagai pemacu sumber ekonomi negara dalam membangunkan pembangunan sosioekonomi rakyat. Pelan tersebut akan memberi fokus kepada beberapa strategi. Antaranya, memangkinkan ekosistem eSukan yang mapan dan rancak, memperkukuhkan dan memperluas model mengkomersialkan sukan, memperhebat program R&D dalam sukan, memperkukuh ekosistem dan data industri sukan khususnya melalui pewujudan Akaun Satelit Sukan, membangunkan perniagaan sukan dan memacu Malaysia sebagai hab sukan serantau. Selain itu, saya juga telah meletakkan Pelan Tindakan Industri Sukan dalam aspirasi Keluarga Malaysia 100 hari selaras dengan hala tuju Rancangan Malaysia Kedua Belas dalam memanfaatkan sukan dalam membina masyarakat yang aktif di bawah strategi membangunkan industri sukan. Tuan Yang di-Pertua, beberapa sesi libat urus telah diadakan yang melibatkan pemain industri sukan dalam penyediaan pelan tindakan ini. Saya berharap pelan industri sukan ini akan dapat membantu dan merancakkan perkembangan industri sukan di negara dan menjadi industri utama yang dapat menyumbang kepada kemakmuran ekonomi negara. Berkenaan dengan perihal tiadanya peruntukan yang disalurkan bagi sukan teras dan Program Podium dalam Belanjawan 2022, seperti yang diutarakan oleh Yang Berhormat Batu dalam perbahasan Belanjawan 2022. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peruntukan yang bakal diterima untuk program pembangunan sukan para adalah sebanyak RM10 juta. Walaupun Program Podium tidak dinyatakan dalam Belanjawan 2022, kementerian tetap meneruskan bantuan untuk melaksanakan program latihan atlet. Kementerian akan membuat permohonan untuk pertimbangan pihak kerajaan bagi pelaksanaan program latihan atlet khusus ke arah penyertaan temasya sukan utama yang akan dianjurkan sepanjang tahun 2022 iaitu Sukan SEA, Paralimpik ASEAN Hanoi, Sukan Komanwel Birmingham, dan Sukan Paralimpik Asia Hangzhou.
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Batu turut mengesyorkan agar kerajaan...
Yang Berhormat Menteri, maksudnya ada peruntukan untuk...
Ada pertanyaan Yang Berhormat Batu.
Ya. Maksudnya ada peruntukan untuk Program Podium dengan...
Untuk program?
Podium.
Podium. Tadi Yang Berhormat Menteri kata.
Ia tidak dinyatakan di dalam Belanjawan 2022, tetapi we will find ways untuk mendapatkan sedikit peruntukan- dapat teruskan Program Podium ini, tetap ia akan diteruskan, mengikut kemampuan kementerian.
Okey.
Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Batu.
Yang Berhormat Batu juga turut mengusulkan kepada kerajaan agar membina sebuah universiti sukan Malaysia yang pertama di negara ini bagi membentuk atlet daripada peringkat akar umbi. Kita ucapkan terima kasih atas cadangan Yang Berhormat mengenai cadangan membina universiti sukan Malaysia yang pertama di negara ini. Sememangnya kementerian mempunyai cadangan untuk menubuhkan universiti sukan negara pada masa akan datang bagi memastikan lebih ramai thinking athletes, dengan izin, dapat dilahirkan. Walau bagaimanapun, melalui jalinan kerjasama strategik KBS dan Kementerian Pengajian Tinggi, telah menawarkan kemasukan ke pengajian sama ada di IPTA atau IPTS kepada atlet negara dengan pelbagai keistimewaan seperti tawaran biasiswa, modifikasi kursus dan program serta kemudahan latihan. Bagi merealisasikan cadangan pembinaan universiti sukan Malaysia, kementerian sedang memperhalusi, dan mengkaji secara menyeluruh serta mengadakan perbincangan dengan pemegang taruh yang lain. Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Batu berkaitan kesukaran atlet Cindy Ong bagi mendapatkan kemudahan kolam renang bagi persediaannya bagi menghadapi Kejohanan Dunia Masters. Pihak kementerian menerusi Majlis Sukan Negara telah pun mengadakan perbincangan bersama Cindy Ong bagi penggunaan kolam renang di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil bagi tujuan latihan beliau bersama-sama dengan pasukan kebangsaan. Namun, tiada maklum balas yang diterima kerana tujuan beliau adalah untuk menjalani latihan sambil mengajar kelas renang.
Sila, Yang Berhormat Batu.
Maksudnya saya mencadangkan untuk Yang Berhormat Menteri membantu Cindy Ong sebab bakat-bakat anak muda kita ini, kita tidak bolehlah bagi negara lain untuk menyerap bakat-bakat anak muda kita. Akan tetapi, apabila kita tidak membantu ataupun memberi kepentingan dalam sukan Masters, kita hilang banyak bakat. So, sebab itu saya minta pihak KBS bincang balik. Semasa saya bersama Cindy Ong, beliau tak beritahu KBS dah respons, tetapi tak apa. Itu kita betulkan balik.
Saya harap pihak KBS bincang balik dengan atlet tersebut untuk pastikan dia dapat training yang berkualiti supaya dia boleh menang di tahap dunia ini supaya negara kita banggalah. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, selain itu Yang Berhormat Batu juga telah mengetengahkan isu berkaitan kes gangguan seksual di kalangan atlet negara. Yang Berhormat...
Yang Berhormat Menteri, Padang Serai berkaitan kolam renang.
Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bercadang agar setiap kawasan Parlimen mengadakan sebuah kolam renang untuk mengelakkan anak-anak remaja pergi ke sungai selalunya hanyut dan meninggal begitu sahaja. Kalau sekiranya ada satu swimming pool di setiap lokasi boleh bagi generasi muda, remaja-remaja ini tidak lepak
dan sebagainya mereka gunakan tempat itu dan juga kita boleh cari atlet-atlet yang berwibawa untuk masa depan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat, tentunya perkara sedemikian akan jadi idaman bagi setiap negara. Namun, kita perlu mengadakan fasiliti sedemikian mengikut kemampuan yang kita ada. Setakat ini di setiap negeri kita telah pun adakan kolam renang ini tetapi tidak sampai tahap ke peringkat setiap kawasan Parlimen. Insya-Allah kalau satu hari nanti kita doakan negara kita membangun dan maju serta apabila kita berkemampuan dapat kita lakukan perkara tersebut Yang Berhormat. Saya...
Yang Berhormat Menteri, sekarang ada kolam semuanya ada kelab tetapi bagi golongan yang miskin mereka tak mampu hendak pergi ke sana.
Betul. Akan tetapi, bukan ada kelab di setiap kawasan Parlimen Yang Berhormat.
Macam saya punya tempat Parlimen Padang Serai ada kelabnya. Akan tetapi, semuanya kena bayar RM3,000, RM4,000 hendak jadi ahli dan sebagainya. Keluarga miskin yang B40 dan bawahan itu tidak mampu. Kalau sekiranya kita ada sebuah kolam khas untuk orang-orang miskin ini, kita boleh develop lagi dia punya skill dalam berenang dan sebagainya. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih. Bercakap tentang kes gangguan seksual di kalangan atlet negara. Yang Berhormat dari Batu bertanya tentang langkah yang diambil oleh KBS bagi mengatasi masalah ini dan agar hak atlet untuk bersuara tidak disekat oleh mana-mana pihak. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dengan gangguan seksual terutama dalam ekosistem sukan negara. Pihak kementerian juga sedang mengkaji untuk memasukkan elemen safe sports di dalam Akta Pembangunan Sukan 1997 sebagai komitmen kerajaan di dalam menyediakan persekitaran sukan yang selamat. Selain itu, kementerian melalui Majlis Sukan Negara telah menubuhkan Jawatankuasa Salah Laku dan Gangguan Dalam Sukan ditubuhkan pada tahun 2020 bagi memastikan pengurusan aduan berkaitan sukan berprestasi tinggi negara dikendalikan dengan cekap, teratur dan berkesan. Dengan kewujudan jawatankuasa ini, kementerian memberi ruang kepada semua individu untuk tampil ke hadapan bagi menyuarakan aduan, masalah dan pandangan pada bila-bila masa. Promosi berkaitan ini juga telah dilaksanakan menerusi pelbagai platform seperti Careline iaitu talian telefon yang berfungsi 24 jam, peti aduan di tempat-tempat latihan dan penginapan atlet serta media sosial. Pihak kementerian juga mengalu-alukan kerjasama pelbagai pihak yang berkaitan dalam usaha menangani gangguan seksual. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, daripada Yang Berhormat Kepong...
Yang Berhormat Menteri, kalau MP itu tak ada boleh skip.
Ya, itulah daripada Yang Berhormat Kepong tidak ada. Daripada Yang Berhormat Sekijang, Yang Berhormat Parit juga tiada. Yang Berhormat Batu menyebut berkenaan pembaziran daripada aspek pengurusan peruntukan yang diterima bagi tujuan menaik taraf kemudahan sukan kerana dilihat selepas temasya berlangsung kemudahan sukan tersebut terbiar dan tidak digunakan lagi. Kementerian Belia dan Sukan sentiasa menyokong pembangunan sukan di negeri menerusi penyediaan infrastruktur dan kemudahan sukan yang membolehkan atlet negeri menjalani latihan. Penganjuran SUKMA dan Para SUKMA merupakan platform yang terbaik bagi membantu negeri tuan rumah menaik taraf dan membina kemudahan baharu bagi memastikan pembangunan sukan di negeri dapat dilaksanakan secara menyeluruh.
Kementerian ini memohon keterlibatan semua agensi yang berkenaan di peringkat negeri untuk memainkan peranan masing-masing bagi mengimarahkan lagi kemudahan- kemudahan sukan ini dengan pengisian program atau aktiviti yang boleh dimanfaatkan oleh komuniti setempat dalam usaha membudayakan sukan dalam kalangan Keluarga Malaysia. Walau bagaimanapun, kementerian menerusi Majlis Sukan Negara mengambil inisiatif untuk melaksanakan program latihan atlet dan program pembangunan di peringkat negeri dengan menggunakan kemudahan-kemudahan sedia ada termasuk infrastruktur- infrastruktur yang telah dibangunkan semasa SUKMA dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri.
Yang Berhormat Menteri, Padang Serai lagi. Padang Serai.
Ya sila.
Teruskan Yang Berhormat Padang Serai.
Okey terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Di Mini Stadium Keladi di kawasan saya mengikut janji Rancangan Malaysia Kedua Belas akan diperbaiki. Saya minta disegerakan sebab tapak semua sudah kopak habis dan juga keadaan stadium sudah seasoned, sudah...
Terima kasih.
Kalau boleh dicepatkan dan menaikkan dia punya standard sikit. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat kami akan bagi perhatian.
Yang Berhormat Menteri, ini Hulu Rajang Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Batu.
Yang Berhormat Menteri adalah...
Yang Berhormat Batu dulu.
Yang Berhormat Batu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya terima kasih Yang Berhormat Menteri untuk jawapan. Saya ingin memohon senarai- list stadium ataupun fasiliti sukan yang telah pun dinaik taraf dari tahun 2018 hingga kini. Boleh jawapan bertulis pun boleh.
Okey kalau hendak bertulis lebih baik sebab saya hendak sebut selepas ini. Silakan Yang Berhormat.
Sila Yang Berhormat Hulu Rajang.
Terima kasih, Hulu Rajang ya. Jonathan Nyepa ialah raja pecut dari negeri Sarawak. Dari kawasan saya Yang Berhormat di stadium kawasan saya di Sungai Asap, trek-trek itu sudah tak akan apa nama tidak akan dipakai lagi. Saya mohonlah sebagai Wakil Rakyat- jarang-jarang minta trek itu dinaik taraf jadi saya minta peruntukan pada tahun 2022 berilah kemudahan supaya atlet-atlet kita daripada suku kaum Orang Ulu, Orang Iban di kalangan mereka di Sungai Asap itu dapat memberi sumbangan kepada negara kita. Mohon Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Rajang, saya memang yakin dengan kebolehan dan bakat yang ada daripada anak-anak kita dari kawasan di sebelah sana dan tentunya perkara tersebut kami akan beri perhatian yang istimewa insya-Allah. Berkenaan dengan sukan saya sudah sentuh kepada mereka yang berada di dalam Dewan. Satu perkara yang saya hendak sebutkan lagi Yang Berhormat ialah berkenaan dengan belia. Maafkan saya Yang Berhormat. Saya ingin mengambil kesempatan Yang Berhormat...
Yang Berhormat Menteri, sedikit.
I’m going to belia. Is it about sport?
Ya sedikit mengenai isu sukan. Sedikit sahaja.
Sukan, okey.
Sila Yang Berhormat Batu Kawan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Untuk makluman Yang Berhormat Menteri dan rakan-rakan di Dewan yang mulia ini, Skuad Karate Pekak Malaysia telah bertolak ke pertandingan Karate Pekak di Tehran, Iran pada 15 November. Saya ingin tahu apakah piawaian yang digunakan oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk memberikan peruntukan kepada persatuan seperti ini sebab saya difahamkan mereka telah menulis kepada Yang Berhormat Menteri untuk mendapat sedikit bantuan kewangan kerana, ia satu-satunya Persatuan Karate Pekak yang akan represent Malaysia ke pertandingan ini. Selepas Yang Berhormat Menteri menyatakan, apa piawaian yang digunakan adakah individu-individu bukan persatuan yang terlibat dalam sukan antarabangsa akan diberikan bantuan kewangan daripada pihak kementerian. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan. Sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat sahabat saya dari Batu Kawan. Untuk makluman, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Batu Kawan yang telah highlight perkara ini kepada saya secara peribadi. Untuk tujuan itu kita telah pun menyediakan peruntukan sebanyak RM40 ribu kepada pasukan ini, dan kita harapkan mereka akan pulang membawa kejayaan.
Dalam masa yang sama, saya tidak dapat menjawab secara jelas tentang piawaian bagaimana kita hendak memberikan bantuan kewangan kepada pasukan ataupun atlet yang akan bertanding di luar negara. Namun, tentunya jika sukan yang dipertandingkan itu mencapai tahap yang sebenarnya di peringkat antarabangsa, yang recognize di peringkat antarabangsa, tentunya kementerian akan memberi perhatian untuk memberi peruntukan yang sepadan dengan keperluan mereka. Terima kasih Yang Berhormat. Perkara terakhir yang saya hendak sentuh Tuan Yang di-Pertua, untuk saya ambil kesempatan menarik perhatian Dewan berkaitan kepentingan kita untuk mengiktiraf peranan belia sebagai rakan strategik pembangunan negara dan pemimpin masa hadapan negara. Ini dibuktikan dengan komitmen kerajaan dalam pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi umur kelayakan mengundi. Untuk makluman, pindaan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 yang dilaksanakan pada tahun 2019 menetapkan had umur untuk memegang jawatan dalam pertubuhan belia adalah sehingga umur 30 tahun. Antara objektif pindaan tersebut dilakukan ialah bagi memastikan kesinambungan kepimpinan masa hadapan negara,
mengurangkan jurang generasi dalam kalangan belia dan mempercepatkan proses kematangan belia. Sehingga bulan Disember 2020, statistik yang merangkumi Majlis Belia Malaysia, pertubuhan-pertubuhan belia di peringkat kebangsaan, Majlis Belia Negeri (MBN) dan Majlis Belia Daerah (MBD) termasuk ahli-ahli gabungan di setiap peringkat serta pertubuhan tunggal mendapati kepimpinan pertubuhan belia didominasi oleh belia di bawah umur 30 tahun iaitu sebanyak 41.3 peratus. Belia yang berumur 31 hingga 35 tahun sebanyak 30.8 peratus. Belia yang berumur 36 hingga 40 tahun sebanyak 27.9 peratus. Sehubungan dengan itu Tuan Yang di-Pertua, mengambil kira kepentingan negara dan bagi meneruskan hasrat mantan-mantan Menteri Belia dan Sukan sebelum ini berkenan dengan pindaan umur. Kementerian ingin memaklumkan bahawa tarikh pelaksanaan umur 30 tahun ke bawah bagi pemegang jawatan pertubuhan belia akan berkuat kuasa bermula 1 Januari 2022. Bagi memastikan proses peralihan ini berjalan dengan lancar, kementerian akan terus mengadakan libat urus dengan pemimpin-pemimpin belia yang berumur melebihi 30 tahun untuk mengenal pasti platform yang bersesuaian supaya mereka dapat terus menyumbang kepada pembangunan pertubuhan belia. Tuan Yang di-Pertua, saya berharap agar kesemua jawapan yang telah saya berikan tadi dapat menjawab ke semua persoalan yang dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat berkaitan dengan KBS...
[Bangun]
Tumpat minta laluan.
Silakan.
Tumpat tidak disentuh langsung.
Yang Berhormat Tumpat...
Kalau ada...
Ya, Yang Berhormat Tumpat. Silakan.
Yang Berhormat Menteri, Hulu Selangor.
Yang Berhormat Hulu Selangor.
Yang Berhormat Hulu Selangor ada. Sekejap ya. Oh, Yang Berhormat Hulu Selangor ada, sorry.
Yang Berhormat Menteri, boleh Sibuti bertanya sedikit?
Sebelum itu saya hendak jawab dulu.
Yang Berhormat Tumpat dan Yang Berhormat Hulu Selangor.
Yang Berhormat Tumpat dan juga Yang Berhormat Hulu Selangor. Boleh tolong saya tengok mana. [Merujuk kepada pegawai di belakang] Apa soalannya?
Mungkin Yang Berhormat Tumpat boleh sebutkan dulu.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Saya menyentuh dalam perbahasan saya mengenai peruntukan kerajaan yang menyediakan sebanyak RM159 juta bagi membina, menaik taraf serta menyelenggarakan
kemudahan sukan di seluruh negara serta disebut secara khusus pembinaan sebuah stadium di Bukit Merbau. Jadi persoalan saya, berapa peruntukan yang khusus untuk pembinaan stadium ini yang mana stadium ini adalah merupakan perjuangan rakyat Kelantan sejak daripada lebih 10 tahun yang lalu. Jadi peruntukan RM159 juta ini untuk perbelanjaan seluruh negara seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan. Kelantan merupakan negeri yang telah diamanahkan untuk melaksanakan SUKMA 2026. Jadi sudah tentulah memerlukan kepada peruntukan yang besar bagi membina infrastruktur sepatutnya. Jadi, berapa sebenarnya peruntukan untuk negeri Kelantan dalam pembinaan stadium ini dan juga pembinaan infrastruktur lain untuk sukan negeri Kelantan? Terima kasih. Saya berkejar ini untuk datang.
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat.
Terima kasih, maafkan saya. Yang Berhormat Tumpat terima kasih. Berkenaan dengan stadium Bukit Merbau serta beberapa fasiliti lain bagi menjayakan SUKMA 2026. Untuk makluman, Kementerian Belia dan Sukan akan membangunkan Kompleks Sukan Bukit Merbau dan beberapa kemudahan sukan lain di seluruh negeri sebagai persiapan Kelantan sebagai tuan rumah SUKMA 2026. Proses penyediaan skop projek sedang dilakukan dan projek dijangka akan bermula pada tahun 2022. Peruntukan yang telah diluluskan bagi tujuan pembangunan kemudahan sukan sempena penganjuran SUKMA 2026 adalah berjumlah RM276 juta yang merangkumi pembinaan stadium, arena tertutup, pusat squash dan beberapa kemudahan lain di Bukit Merbau. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Menteri, Yang Berhormat Hulu Selangor.
Terima kasih Menteri.
Yang Berhormat Hulu Selangor, what was your question again?
Boleh sebutkan Yang Berhormat Hulu Selangor.
Yang Berhormat Menteri, Hulu Selangor membangkitkan isu iaitu Yang Berhormat Menteri sebelum ini ingin menjayakan aspirasi kompleks sukan di daerah Hulu Selangor. Jadi sekarang status tapak itu dalam proses pewartaan. Jadi, cuma hendak dapatkan makluman daripada Menteri, adakah ia akan diangkat dalam RMKe-12? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Selangor.
Terima kasih, saya percaya kalau ia dalam senarai saya sebagai Menteri saya tidak lagi menukar mana-mana projek yang telah tersenarai. Jika ia tersenarai dalam Rancangan Malaysia tentunya ia akan diteruskan. Yang Berhormat Hulu Selangor ada menyebut tentang pembangunan fasiliti sukan ekstrem. Is this the one? Serta khidmat bimbingan kepada pengusaha sukan untuk mengikut garis panduan bagi memastikan aspek teknikal dan keselamatan diutamakan. KBS menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara mengalu-alukan cadangan anak muda dalam pembangunan sukan ekstrem di daerah Hulu Selangor dan seluruh negara. KBS menyokong segala usaha pembangunan sukan di peringkat akar umbi dalam membantu KBS membudayakan sukan di peringkat masing-masing. Namun KBS berharap pihak Yang Berhormat dapat mengemukakan cadangan penuh kepada KBS termasuk cadangan lokasi strategik yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi. Ini bagi membolehkan tindakan lanjut boleh diambil oleh pihak KBS.
Walau bagaimanapun, suka KBS menjelaskan sebarang projek naik taraf atau pembinaan baru kemudahan sukan termasuk kemudahan sukan ekstrem memerlukan kajian dan penelitian yang komprehensif sebelum permohonan tersebut boleh diangkat oleh KBS untuk pertimbangan dan dimuktamadkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU). Kajian dan penelitian ini amat penting bagi memastikan kemudahan sukan yang akan dibina baru atau di naik taraf benar-benar mendatangkan manfaat kepada rakyat serta pulangan pelaburan ataupun return of investment kepada kerajaan. Manakala dalam aspek bimbingan kepada anak muda ini berkenaan dengan teknikal dan keselamatan sukan. KBS dengan kerjasama persatuan dan kelab sukan ekstrem telah mewujudkan garis panduan yang komprehensif untuk diguna pakai dan dirujuk sebagai panduan pelaksanaan aktiviti sukan ekstrem. Anak muda dan peminat sukat ekstrem juga di saran agar menyertai persatuan dan kelab sukan ekstrem yang bertauliah bagi mendapatkan bimbingan dalam melakukan aktiviti sukan ekstrem. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Menteri, satu lagi daripada Sibuti.
Ya.
Saya Sibuti Yang Berhormat Menteri. Terima kasih walaupun Sibuti tidak sempat untuk berbahas berkenaan tentang Kementerian Belia dan Sukan. Saya ingin membawa satu isu Yang Berhormat Menteri berkenaan tentang pembangunan sukan, pembangunan belia di luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak. Saya melihat struktur ataupun Jabatan Belia dan Sukan di Sarawak perlu diubahsuai untuk memenuhi struktur yang terdapat di Sarawak terutama sekali di kawasan-kawasan dan daerah-daerah yang terletak di luar bandar dan juga di kawasan pedalaman. Ini kerana saya melihat tidak banyak reach out KBS di kawasan luar bandar. Kedua Yang Berhormat Menteri, saya ingin mendapatkan pandangan Yang Berhormat Menteri adakah pihak kerajaan mempunyai cadangan untuk membangunkan trek-trek pemotoran ataupun drag strip di setiap wilayah Sabah dan juga Sarawak termasuk di kawasan Semenanjung Malaysia. Begitu juga yang ketiga adalah berkenaan tentang adakah pihak KBS dapat memasukkan satu modul berkenaan tentang keadaan belia-belia di bawah umur 18 tahun ini yang kini ramai kahwin di bawah umur? Saya melihat Kementerian Belia dan Sukan dapat memainkan peranan ini untuk mendidik supaya terutama golongan kanak-kanak perempuan untuk berkahwin selepas mereka mendapat pendidikan sekurang-kurangnya SPM. Saya berharap Yang Berhormat Menteri dapat datang juga ke kawasan pedalaman Sarawak dan luar bandar untuk melihat kemenjadian belia-belia dan juga sukan-sukan. Begitu juga tempat saya di Sibuti ini merupakan tempat tinggal wira jaguh “The Flying Dayak” - Watson Nyambek. Saya harap kita pun dapat juga kemudahan sukan sekurang-kurangnya trek sukan di kawasan Parlimen Sibuti. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri ada 33 saat sahaja lagi. Rumuskan.
Terima kasih. Berkenaan dengan reaching out- saya bersetuju, dan akan kami usahakan untuk bekerja dengan lebih keras. Pembangunan drag strip ataupun track race ini amat popular dan tentunya menjadi idaman kita untuk mengadakannya di setiap negeri. Namun ia perlulah melihat kepada kemampuan yang kita ada. Berkenaan dengan belia di bawah umur 18 tahun yang berkahwin awal dan sebagainya tentunya kita boleh bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran untuk
memberi mereka lebih pendedahan kepada kepentingan pelajaran dan sebagainya melebihi daripada untuk terlalu cepat berkahwin. Tentunya saya akan cari jalan untuk melawat kawasan-kawasan pedalaman dan memastikan fasiliti dan juga kemudahan sukan dapat kita bangunkan di kawasan-kawasan luar bandar juga termasuk juga di Sibuti. Tuan Yang di-Pertua, saya harap saya dapat menjawab semua pertanyaan..
Yang Berhormat.
...Masa dah habis.
Satu minit, satu minit.
Ringkas. All right.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri Cuma satu jemputan kepada Yang Berhormat Menteri buat satu lawatan tapak di kawasan untuk mengadakan...
...extreme sport tadi.
Extreme sport. Hulu Selangor mengalu-alukan supaya hasrat belia-belia dapat didukung, dan disokong dengan sepenuhnya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Jika saya lakukan lawatan itu tentunya saya akan menjemput Yang Berhormat bersama dengan saya untuk ke sana. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya harap saya telah menjawab. Jika tiada di dalam Dewan akan saya sampaikan melalui jawapan bertulis. Terima kasih. Wabillahitaufik walhidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya hendak berpantun dua kerat. Buah limau buah betik, Esok jangan lupa pakai batik. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi esok, Khamis, 18 November 2021. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.54 petang]
Kamar KhasSpecial Chamber
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Pentafsiran dan Semakan Semula Pulau Batu PutehSpecial Chamber
Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Tuan Yang di- Pertua. Tahniah juga kepada Tan Sri Tuan Yang di-Pertua.
Pulau Batu Puteh atau turut dikenali sebagai Pedra Branca yang merupakan rumah api yang menjadi rebutan antara Malaysia dan Singapura. Seperti kita semua sedia maklum, pada 23 Mei 2008, ICJ memutuskan Singapura mempunyai hak terhadap Pulau Batu Puteh. Manakala Batuan Tengah yang terletak tidak sampai satu kilometer dari pulau itu milik Malaysia dan Tubir Selatan, kira-kira empat kilometer dari Pulau Batu Puteh, akan ditentukan mengikut persempadanan perairan negara yang menguasainya.
Malaysia telah membuat tuntutan semakan semula kepada ICJ berhubung pemilikan Pulau Batu Puteh. Namun begitu, pada 2018 Kerajaan Pakatan Harapan
(PH) di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menarik balik permohonan semakan terhadap keputusan ICJ sebelum kes itu dijadualkan didengar pada 11 Jun 2018. Ironinya, dalam Hansard Dewan Rakyat bertarikh 2 Julai 2019, Yang Berhormat Timbalan Menteri Luar Negeri pada ketika itu telah menyatakan bahawa kerajaan masih komited dan akan mengemukakan semakan semula penghakiman kes Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan kepada ICJ.
Sehubungan itu, saya ingin mendapat penjelasan beberapa perkara seperti berikut:
(i) apakah justifikasi Kerajaan Malaysia menarik balik permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berkenaan dengan tuntutan Malaysia ke atas Pulau Batu Puteh pada 30 Mei 2018 walaupun permohonan semakan semula dengan bukti kukuh telah dimulakan dan difailkan sejak Februari 2017;
(ii) apakah justifikasi kerajaan pada masa tersebut tidak membawa perkara ini ke Parlimen untuk dibincangkan dan diluluskan; dan
(iii) adakah kerajaan mendapat khidmat perundingan dan nasihat daripada Peguam Negara pada ketika itu sebelum membuat apa-apa keputusan.
Saya juga difahamkan terdapat satu Pasukan Petugas Khas telah diwujudkan oleh kerajaan yang bertujuan untuk mengkaji isu Pulau Batu Puteh secara menyeluruh, menyemak semula undang-undang yang berkaitan dengan isu ini dan akan mendapatkan pandangan pakar undang-undang antarabangsa dalam misi meneruskan usaha permohonan semakan dan pentafsiran kes Pulau Batu Puteh.
Jadi saya ingin mendapat penjelasan mengenai perkembangan terkini pasukan petugas khas tersebut daripada Yang Berhormat Menteri. Selain itu, terdapat juga laporan bahawa negara Singapura akan memulakan usaha menambak tanah di sekitar Pulau Batu Puteh. Tindakan Singapura ini jika tiada bantahan dibuat, dikhuatiri akan menimbulkan kedaulatan negara yang lebih besar terutama membabitkan perairan di sekitar Pulau Batu Puteh yang kini masih milik Malaysia dan juga Tubir Selatan (South Ledge) yang mana masih menjadi pertikaian antara Malaysia dan Singapura. Apakah tindakan atau respons daripada Kerajaan Malaysia berhubung perkara ini?
Akhir sekali, saya berharap isu ini dapat diselesaikan dengan bijaksana, dapat menjaga hubungan baik kedua-dua negara dan paling penting kedaulatan negara tetap dipelihara. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Mohon kebenaran untuk buka topeng.
Sila, ya.
Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana saya baru pun berucap kali kedua di Kamar Khas ini. Saya juga ambil peluang untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tan Sri Tuan Yang di- Pertua atas penganugerahan daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, umumnya, permohonan semakan kes pertikaian di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk menentukan kedaulatan terhadap Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan telah difailkan pada 2 Februari 2017 selaras dengan Artikel 61 Statut ICJ. Manakala, permintaan tafsiran terhadap keputusan kes Pulau Batu Puteh telah difailkan pada 30 Jun 2017 selaras dengan Artikel 60 Statut ICJ. Seterusnya, tarikh pendengaran lisan bagi kedua-dua permohonan semakan kes pertikaian di ICJ dan permintaan tafsiran terhadap keputusan kes Pulau Batu Puteh telah ditetapkan oleh ICJ dari 11 hingga 22 Jun 2018.
Walau bagaimanapun, kerajaan pada tahun 2018 tidak meneruskan permohonan semakan atas pertikaian di ICJ untuk menentukan kedaulatan terhadap Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan serta permintaan tafsiran terhadap keputusan kes Pulau Batu Puteh tersebut. Dalam hal ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke-7 melalui surat bertarikh 21 Mei 2018 telah memaklumkan pandangan beliau agar usaha untuk semakan kes pertikaian di ICJ bagi menentukan kedaulatan terhadap Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan serta permintaan tafsiran terhadap keputusan kes Pulau Batu Puteh tersebut tidak diteruskan. Sebaliknya, perancangan dibuat untuk tebus guna lautan di sekeliling Batuan Tengah yang dimiliki oleh Malaysia. Pandangan beliau disusuli dengan keputusan Jemaah Menteri pada 23 Mei 2018 agar tebus guna lautan diteruskan di sekeliling Batuan Tengah agar dapat ditakrifkan sebagai pulau serta boleh dituntut Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia di perairan berkenaan.
Keputusan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada ketika itu telah mengambil kira taklimat mengenai perkara ini pada 17 Mei 2018 yang dihadiri pakar perundangan antarabangsa, peguam tempatan yang dilantik serta wakil kementerian dan jabatan berkepentingan. Selain itu, pandangan dan kepentingan negara yang lain serta implikasi kewangan menyebabkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada ketika itu berpendapat adalah lebih baik untuk tidak meneruskan prosiding tersebut.
Selaras dengan perkara ini juga, kerajaan pada 20 Oktober 2021 telah bersetuju supaya sebuah Pasukan Petugas Khas ditubuhkan dan diketuai oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Sri Haji Mohamed Apandi bin Haji Ali, mantan Peguam Negara bagi menyemak semula tindakan-tindakan serta isu perundangan berkenaan isu Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dan mengesyorkan opsyen- opsyen terbaik mengenai hala tuju kerajaan berhubung kes berkenaan.
Keputusan ini adalah susulan komitmen kerajaan untuk melaksanakan semakan semula undang-undang berkenaan kes Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan selepas keputusan semakan dan tafsiran kes tersebut tidak diteruskan Kerajaan pada 17 Mei 2018 dengan mengambil kira kepentingan negara dan implikasi kos. Pasukan Petugas Khas ini akan mengemukakan dapatan dan syor-syor kepada Mesyuarat Jemaah Menteri dalam tempoh enam bulan sebagaimana keputusan Jemaah Menteri pada 29 Oktober 2021.
Berhubung dengan soalan-soalan berikut;
(i) apakah justifikasi Kerajaan Malaysia menarik balik permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berkenaan dengan tuntutan Malaysia ke atas Pulau Batu Puteh pada 30 Mei 2018 walaupun permohonan semakan semula dengan bukti kukuh telah dimulakan dan difailkan sejak Februari 2017;
(ii) apakah justifikasi kerajaan pada masa tersebut tidak membawa perkara ini ke Parlimen untuk dibincangkan dan diluluskan; dan
(iii) adakah kerajaan mendapat khidmat perundingan dan nasihat daripada Peguam Negara pada ketika itu sebelum membuat apa-apa keputusan.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat, terdapat kes writ saman No. WA-21 NCVC-103-05/2021 antara Mohd Hatta bin Sanuri dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, defendan pertama dan Kerajaan Malaysia, defendan
kedua yang telah difailkan di Mahkamah Tinggi oleh plaintif yang mencabar dan mempersoalkan keputusan menarik balik permohonan semakan keputusan kes Pulau Batu Puteh (sovereignty over Pedra Branca), Batuan Tengah (Middle Rocks) dan Tubir Selatan (South Ledge) oleh Kerajaan Malaysia. Kes ini telah ditetapkan untuk pengurusan kes di Mahkamah Tinggi pada 29 November 2021.
Dalam hal ini, Peraturan 23(1)(f) dan (g) Peraturan-peraturan Mesyuarat Majlis Dewan Rakyat memperuntukkan bahawa suatu pertanyaan di Dewan ini tidak boleh meminta keterangan berkenaan dengan apa-apa perkara rahsia dan tidak boleh menyentuh perkara yang sedang dibicarakan di mahkamah. Peraturan 23(1)(f) dan (g) memperuntukkan seperti berikut:
“23. (1) Tiap-tiap pertanyaan itu hendaklah menepati peraturan- peraturan yang tersebut di bawah ini:
(f) sesuatu pertanyaan itu tidak boleh meminta keterangan berkenaan dengan apa-apa perkara rahsia;
(g) sesuatu pertanyaan itu tidak boleh dikarangkan cakapnya sekira-kira harus menggelengcungkan perkara yang sedang dibicarakan oleh mahkamah dan tidak boleh ditanya berkenaan dengan apa-apa perkara yang dalam timbangan mahkamah…”. Sehubungan dengan itu, soalan-soalan yang dikemukakan tersebut adalah tidak selaras dengan Peraturan 23(1)(g) Peraturan-peraturan Mesyuarat Majlis Dewan Rakyat. Ia juga bertentangan dengan sub judice rules yang boleh ditafsirkan sebagai “the principle of Parliamentary procedure whereby a matter awaiting judicial decision is not generally referred to in debate nor as the subject of a question to a Minister”. Tambahan pula, maklumat yang berkaitan perkara ini telah diklasifikasikan sebagai “Rahsia Besar” di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88]. Oleh itu, turut didapati bahawa soalan-soalan yang telah dikemukakan adalah tidak selaras dengan Peraturan 23(1)(f) Peraturan-peraturan Mesyuarat Majlis Dewan Rakyat.
Menurut peruntukan Peraturan 36(2) Peraturan-peraturan Mesyuarat Majlis Dewan Rakyat:
“36. (2) Tidak boleh disebutkan apa-apa perkara yang sedang dalam pertimbangan mahkamah sekira-kira pada timbangan Pengerusi harus merosakkan kepentingan-kepentingan pihak yang berbicara itu.” Tuan Yang di-Pertua, sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Klinik Kesihatan Pusing, Batu GajahSpecial Chamber
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pekan Pusing adalah satu kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi tetapi kawasan ini tidak mempunyai sebuah klinik kesihatan.
Penduduk Pusing dan sekitarnya terpaksa bergantung kepada Hospital Batu Gajah untuk mendapatkan rawatan. Memang terdapat cadangan daripada kerajaan untuk
membina sebuah klinik kesihatan di Pekan Pusing. Yang Berhormat Menteri Kesihatan dahulu pernah turun ke Pekan Pusing untuk melihat tapak tanah yang dicadangkan. Akan tetapi, cadangan itu telah ditolak dengan alasan-alasan tertentu.
Terdapat tapak-tapak tanah lain yang boleh dipertimbangkan untuk tujuan ini.
Penduduk Pusing sangat mengharapkan sebuah klinik kesihatan di kawasan itu. Tambahan pula, ini akan mengurangkan beban Hospital Batu Gajah yang semakin sesak kebelakangan ini. Buat masa ini, terdapat sebuah klinik ibu dan anak yang kecil di Pekan Pusing. Klinik ini terletak di premis bangunan rumah kedai beralamat No. 8 Jalan Saroja, Taman Pusing Baru, 31550 Pusing, Perak. Premis ini disewa oleh kerajaan daripada seorang pemilik individu. Saya difahamkan kerajaan masih belum selesaikan bayaran sewa selama enam bulan bagi premis klinik ibu dan anak tersebut.
Selain daripada itu, dokumen kontrak atau perjanjian sewa dengan pemilik itu masih belum ditandatangani setelah tamat tempoh. Saya pernah menulis surat kepada pihak berkuasa mengenai hal ini tetapi tidak ada maklum balas yang munasabah. Harap kerajaan dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera.
Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tan Sri Tuan Yang di-Pertua yang terpilih sebagai penerima Anugerah Persekutuan 2021, Panglima Setia Mahkota. Tahniah Tan Sri Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, buat masa ini populasi penduduk kawasan Pusing adalah seramai 27,445 orang dan mereka mendapatkan perkhidmatan kesihatan daripada Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) Pusing. Selain perkhidmatan kesihatan ibu dan anak, KKIA Pusing turut menyediakan perkhidmatan pesakit luar.
Penduduk di kawasan Pusing juga mendapat perkhidmatan pesakit luar dari Jabatan Pesakit Luar Hospital Batu Gajah.
Kementerian Kesihatan sememangnya mempunyai perancangan untuk membina Klinik Kesihatan Jenis 3 di tapak yang telah dikenal pasti di Mukim Sg.
Terap yang terletak 1.6 km daripada KKIA Pusing sedia ada. Cadangan projek ini akan dimohon di dalam Rolling Plan Ketiga Rancangan Malaysia Ke-12 akan datang.
Berhubung dengan isu tunggakan bayaran sewaan, perkara ini telah pun diselesaikan pada 12 November 2021. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Sedikit observation. Bagi saya ini merupakan jawapan yang paling baik saya nampak, ia accurate, ringkas dan tepat.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang hari Khamis, esok 18 November 2021. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.50 petang]