Dewan Rakyat · 22 November 2021
15th Parliament, session 4, meeting 2 · 793 turns · 53,882 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Puan Rubiah binti Wang [Kota Samarahan] minta Menteri Alam Sekitar dan Air menyatakan status pelaksanaan rancangan tebatan banjir di Kota Samarahan.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi semua. Pertama, tahniah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya yang telahpun berjaya mengadakan Pilihan Raya Negeri dengan suasana harmoni dan tahniah kepada yang berjaya dan teruskan perjuangan kepada mereka yang belum berjaya. Bagi menjawab soalan pertama daripada Puan Rubiah, Ahli Parlimen Kota Samarahan, pertama sekali saya ucapkan terima kasih di atas pertanyaan ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia, bagi menangani bencana banjir di kawasan Kota Samarahan yang melibatkan juga Bandar raya Kuching, Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Sarawak telah pun diluluskan dalam RMKe-11 dengan kos projek berjumlah RM150 juta. Projek ini akan diteruskan dalam RMKe-12 yang melibatkan sembilan komponen di Bandar raya Kuching dan juga Kota Samarahan. Di antara skop yang terlibat dalam usaha menangani bencana banjir itu ialah: (i) menaik taraf sistem saliran Hospital Umum Kuching; (ii) menaik taraf sistem aliran di Kuarters Kerajaan Persekutuan, Kuching; (iii) Rancangan Tebatan Banjir di Sungai Gersik; (iv) Rancangan Tebatan Banjir Sungai Sinjan; (v) mendalamkan dan melebarkan Sungai Tabuan, Kuching; (vi) naik taraf sistem saliran di Batu Lintang; (vii) naik taraf saliran Sekolah Kebangsaan Muara Tuang, Samarahan; (viii) naik taraf sistem saliran di Jalan Kuching-Samarahan Expressway, Samarahan; dan (ix) mendalamkan serta melebarkan Sungai Tengah dan Sungai Minjap di Matang. Sembilan komponen ini termasuk dalam kajian dan untuk makluman Dewan yang mulia ini, bahawa kita di peringkat akhir interim reka bentuk terperinci. Draf akhir reka
bentuk terperinci ini dijadualkan dikemukakan pada Disember tahun ini, insya-Allah pada bulan hadapan kita jangka siap. Oleh itu, jangkaan tender bagi Projek Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Sarawak ini akan dilaksanakan dalam suku pertama tahun 2022 dan ikut jadual akan dijangka tempoh siap fizikal lebih kurang dalam tempoh empat tahun. Kita jangka dengan siapnya sembilan komponen ini akan menyelesaikan masalah banjir yang dihadapi di kawasan Kota Samarahan. Terima kasih.
Sila, soalan tambahan pertama Yang Berhormat Kota Samarahan.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang telah dikemukakan. Yang Berhormat Menteri, tebatan banjir di Kota Samarahan ini telah diluluskan sejak RMKe-11 lagi dan perkara ini semakin menjadi isu utama di kawasan Kota Samarahan dan kita merasakan perancangan reka bentuk pelan tebatan banjir ini terlampau panjang. Kita merasakan, apakah tindakan segera pihak kementerian bagi mengatasi masalah banjir kilat di perumahan Uni Garden, Taman Uni Wista, Taman Muara Tuang, SK Jalan Muara Tuang memandangkan tempat-tempat ini sering mendapat banjir kilat walaupun hanya satu jam ataupun dua jam hujan lebat. Adakah cadangan daripada pihak kementerian untuk membahagikan dua projek ini Bandar Kuching dengan Kota Samarahan memandangkan dua kawasan yang berbeza dan skop projek yang terlampau luas. Jadi, cadangan saya, kalau boleh bagi memastikan projek ataupun reka bentuk ini siap dengan segera kita mohon pertimbangan kementerian untuk memastikan reka bentuk ini disegerakan dan juga pemisahan projek ini dapat diambil kira. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Samarahan. Silakan Yang Berhormat Menteri, satu minit.
Terima kasih. Untuk makluman Ahli Parlimen Kota Samarahan, saya setuju kajian ini kadang-kadang ia mengambil masa sedikit untuk kita siapkan satu kajian lembangan sungai ini ia melibatkan satu komponen yang agak besar. Apa yang dibangkitkan ialah dua perkara. Pertama, soal banjir kilat yang sering kali berlaku. Soal banjir kilat ini ialah melibatkan soal penyelenggaraan sistem perparitan dan sebagainya. Kita juga mengharapkan supaya pihak PBT dan pihak penduduk setempat juga dapat sentiasa menyelenggarakan sistem perparitan dalam kawasan perumahan. Soal yang kedua ialah soal untuk mengasingkan di antara dua komponen itu saya fikir kita boleh laksanakan dalam peringkat– Untuk makluman, sebagaimana saya sebut tadi kajian telah pun siap kita laksanakan keseluruhan tetapi dalam konteks pelaksanaan fizikal saya fikir saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Kota Samarahan bahawa kita akan laksanakan dalam dua komponen yang berasingan antara Kuching dengan kawasan Kota Samarahan supaya ia lebih mudah untuk di peringkat pelaksanaan, insya- Allah. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan kedua, saya jemput dahulu sebelah sini Yang Berhormat Papar.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan Papar ialah juga berkenaan dengan pelaksanaan rancangan tebatan banjir di mana sepertimana yang kita tahu di Papar, setiap kali hujan memang akan ada banjir. Memang banyak rumah-rumah yang akan musnah dan peralatan di dalam rumah juga akan binasa.
Jadi di Kampung Kawang, di Kampung Sri Menanti dan banyak kampung lagi, perkara berkenaan dengan banjir ini memang menjadi soal di mulut orang-orang kampung. Jadi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, saya juga ada membuat permohonan berkenaan dengan tebatan banjir di kampung-kampung,
terutamanya juga tebing-tebing sungai di mana banyak rumah yang terbabit yang akan musnah jika tidak ada action diambil. Jadi, saya ingin memohon kepada Yang Berhormat Menteri berkenaan supaya permohonan itu dapatlah diberi perhatian dan kami inginkan peruntukan supaya tebatan banjir di kampung-kampung di sekitar P.175 Papar ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Secara keseluruhan, apa yang dibangkitkan telah pun dibangkitkan dalam soal sebelum ini dan saya– dia lain daripada Yang Berhormat Kota Samarahan tetapi isu banjir. Sebenarnya kawasan isu banjir ini saya hendak menarik perhatian bahawa kita mengakui mutakhir ini dengan perubahan iklim yang berlaku, banyak kawasan yang sebelum ini tidak banjir berlaku banjir terutama banjir kilat. Taburan hujan sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Samarahan tadi dalam tempoh yang singkat tetapi sangat lebat menyebabkan berlakunya banjir kilat. Secara keseluruhannya saya punya data sebenarnya, yang saya akan bagi secara bertulis tentang projek-projek tebatan banjir di seluruh Sarawak dan projek-projek yang berada dalam kawasan Parlimen masing-masing supaya kita boleh ambil perhatian. Insya-Allah tindakan akan terus dilaksanakan sebagaimana peruntukan yang telah pun diluluskan di kawasan-kawasan tersebut. Terima kasih. Ini saya akan bagi data secara bertulis kerana terlalu panjang.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya jemput untuk soalan tambahan yang ketiga, Yang Berhormat Alor Gajah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri. Masalah banjir ini merata-rata di seluruh negara. Adakah satu rancangan yang lebih komprehensif dan holistik dalam Rancangan Malaysia Kedua belas untuk memastikan tempat-tempat ini bukan sahaja Kota Samarahan atau Papar dan juga terutamanya di Alor Gajah di kawasan saya, di mana banyak masjid tenggelam. Dalam masa dua minggu, dua kali, bersih tenggelam, bersih tenggelam. Jadinya, mesti ada satu rancangan yang lebih komprehensif dan holistik yang menggunakan kriteria-kriteria tertentu. Kalau kita punya reason sebabnya cuaca, climate change dan sebagainya. Saya pasti dengan adanya kepakaran di negara kita ini, kita boleh mereka bentuk yang dipanggil menggunakan kaedah 100 or 150-years storm, memastikan hujan-hujan yang luar jangkaan dan ribut-ribut yang luar jangkaan. Adakah ini digunakan untuk merancang tebatan banjir itu? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Alor Gajah, sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih. Untuk makluman Dewan yang mulia, sebenarnya kita mempunyai ada tiga mekanisme dalam pengurusan banjir di negara kita. Pertama ialah, pelan pembangunan lembangan bersepadu yang menjadi asas kepada semua PBT supaya dalam perancangan pembangunan mesti mengambil kira pelan pembangunan bersepadu lembangan-lembangan sungai yang sedia ada. Kedua, kita ada projek-projek fizikal yang segera kita laksanakan terutama kes- kes yang melibatkan banjir-banjir kilat dalam kawasan tertentu dan penyelenggaraannya memang diluluskan sepanjang waktu setiap tahun. Ketiga ialah pelan jangka panjang sebagaimana yang dibangkitkan yakni yang melibatkan suatu kajian seluruh lembangan-lembangan sungai supaya implikasi kepada masa hadapan itu dapat kita berjaya elakkan. Walau bagaimanapun, oleh kerana sistem ini melibatkan satu tempoh yang agak panjang dan banjir berterusan. Saya setuju bahawa semua kajian dan pelan pembangunan bagi mengatasi banjir ini perlu dipatuhi bukan sahaja oleh pihak kerajaan negeri, bahkan pihak PBT, masyarakat
setempat dan sebagainya. Insya-Allah bagi pihak kementerian, kita mengalu-alukan pandangan yang telah dikemukakan tadi. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, soalan yang penting Tuan Yang di-Pertua, boleh tidak?
Saya cuma boleh benarkan tiga soalan sahaja tambahan, minta maaf.
Akan tetapi tentang COP26, yang sangat penting sekali, kalau boleh.
Ya.
Bukannya soalan yang susah. Saya cuma hendak tahu sama ada Yang Berhormat Menteri sudi atau tidak untuk bagi taklimat penuh kepada Parlimen minggu depan? Boleh tidak, tentang COP26?
Sila Yang Berhormat Menteri.
Ini lain daripada banjir. Bagi taklimat saya rasa kita boleh, kita bersedia untuk beri tentang apa yang kita capai dalam Persidangan COP26. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Subang. Sekarang saya menjemput Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub, Pulai.
2. Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub [Pulai] minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah persiapan kerajaan menghadapi kemungkinan dasar luar AS post pengunduran tenteranya secara besar-besaran dari Afghanistan khususnya kesan geopolitik di rantau Asia Tenggara.
Assalamualaikum warahmatullahi dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Pulai di atas soalannya berkaitan dengan Amerika Syarikat dan pergolakan di Afghanistan. Sebagaimana Dewan yang mulia ini sedia maklum, Amerika Syarikat telah pun membawa keluar kesemua tenteranya dari Afghanistan pada 30 Ogos 2021. Ia adalah susulan daripada proses rundingan yang telah bermula beberapa tahun yang lepas sebelum perjanjian damai dimeterai pada Februari 2020. Pada masa yang sama, kerajaan berpandangan bahawa pengunduran tentera Amerika Syarikat dari Afghanistan bukanlah faktor utama perubahan dasar luar negara tersebut di rantau Asia Tenggara. Dasar luar Amerika Syarikat banyak dipengaruhi oleh pentadbiran semasa negara tersebut yang ketika ini dipimpin oleh Presiden Joe Biden. Perhatian dan penekanan dasar luar Amerika Syarikat kepada rantau Asia Tenggara sememangnya memberi cabaran serta peluang kepada negara-negara rantau ini termasuk kita di Malaysia. Kerajaan percaya penglibatan yang lebih aktif oleh Amerika Syarikat di rantau ini adalah penting daripada segi diplomasi, politik mahupun ekonomi. Pada masa yang sama ia juga berpotensi membawa cabaran geopolitik di rantau ini, dalam berhadapan dengan situasi ini, kerajaan akan terus mengambil pendekatan yang pragmatist dan mengekalkan hubungan serta kerjasama yang baik dengan semua negara termasuk Amerika Syarikat. Pendekatan ini adalah bagi memastikan negara mendapat manfaat yang penuh melalui setiap kerjasama yang terjalin. Kerajaan juga akan meneruskan dasar berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana negara kuasa besar dalam persaingan antara mereka. Malaysia akan sentiasa memberi penekanan kepada peri pentingnya dasar dan pendekatan oleh semua pihak yang boleh menyumbang kepada keamanan, kestabilan dan kemakmuran di rantau Asia Tenggara berdasarkan kerangka-kerangka sedia ada.
Seperti Dewan yang mulia ini sedia maklum, Amerika Syarikat adalah merupakan rakan penting dalam usaha kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19. Selain diplomasi kesihatan terdapat pelbagai bidang baharu yang boleh diterokai bagi melonjakkan kerjasama antara kedua-dua negara. Antaranya, tenaga boleh diperbaharui, robotik, kewangan, ekonomi digital dan keselamatan siber. Kementerian Luar Negeri dalam hal ini akan terus bekerjasama dengan kementerian-kementerian berkaitan ke arah matlamat ini serta memperkukuhkan lagi Perkongsian Komprehensif Malaysia-Amerika Syarikat yang dimeterai pada tahun 2014. Pada masa yang sama Kerajaan Malaysia akan terus memantau pelaksanaan dasar luar Kerajaan Amerika Syarikat dan kesannya di rantau Asia Tenggara. Terima kasih.
Terima kasih, sila soalan tambahan pertama, Yang Berhormat Pulai.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Luar Negeri yang menjawab. Saya rasa agak komprehensif tentang polisi Amerika Syarikat dalam soalan yang saya bangkitkan. Cuma Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapatkan unjuran tindakan yang agak proaktif, apakah juga kita mengkaji dan meningkatkan polisi kita terhadap dasar kita dengan China. Bukan dengan maksud untuk meningkatkan ketegangan dalam konteks Malaysia yang ada nama yang baik sebagai pelopor ASEAN dalam polisi kita, aman, bebas dan berkecuali. Saya rasa negara perlu untuk melihat kembali dan mempertingkatkan dalam bentuk polisi luar kita kalau ada jawapan dalam Dewan pada hari ini, bagaimanakah kita harus meningkatkan hubungan kita dengan negara besar China? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pulai. Soalan yang amat tepat pada masa ini dan ini selari dengan pemikiran dan perancangan negara kita. Malah pada hari ini Malaysia terlibat dalam suatu persidangan online dengan negara China untuk menyambut 30 tahun hubungan China dengan negara- negara ASEAN. Oleh sebab itu, yakinlah Yang Berhormat dan Ahli-ahli Dewan, bahawa hubungan ini akan kita jaga dengan sebaik-baiknya, dengan menjaga kepentingan Malaysia dari semua sudut. Kita akan memastikan bahawa hubungan kita, khususnya dengan negara China dan juga negara-negara yang lain akan kita baiki supaya kepentingan untuk negara kita akan terus kita peroleh. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan kedua, saya jemput Yang Berhormat Pasir Mas.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya merujuk kepada soalan asal yang dikemukakan tadi iaitu berhubung dengan isu Afghanistan iaitu pada dua bulan lepas kita telah menyebut bahawa Malaysia tidak akan tergesa-gesa untuk mengiktiraf Afghanistan. Akan tetapi beberapa hari ini kita membaca, bagaimana beberapa buah negara sudah mula membuka kedutaan di Afghanistan iaitu antaranya seperti Pakistan, Turkmenistan, Kazakhstan dan Iran. Begitu juga Turki, Itali dan Jerman juga bakal membuka kedutaan. Begitu juga Afghanistan, kerajaan yang ada pada hari ini telah pun mengekalkan duta mereka di Malaysia. Jadi soalan saya, bagaimanakah Malaysia melihat peluang ke depan untuk membuka kedutaan di Afghanistan, seterusnya mengiktiraf kerajaan baharu di Afghanistan? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Soalan berkaitan dengan Kedutaan Malaysia di Afghanistan. Untuk makluman Yang Berhormat, Malaysia memang pun ada kedutaannya dalam hubungan diplomatik kita bermula dari tahun 1962 lagi. Diplomat kita atau kedutaan kita melalui Pesuruhjaya Tinggi kita di New Delhi, India yang mana Yang Berhormat akan maklum, ia ditauliahkan juga kepada negara Afghanistan. Jadi daripada segi hubungan diplomatik dan daripada segi duta, kita sudah pun ada duta yang menjaga Afghanistan yang berpangkalan di New Delhi. Begitu juga Afghanistan, telah membuka kedutaan mereka di Malaysia semenjak tahun 1980 dan kedutaan mereka di Kuala Lumpur ini pun menerima bantuan daripada pihak kerajaan kita juga. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Soalan tambahan.
Saya buka soalan tambahan yang ketiga. Sila Yang Berhormat Hulu Langat.
Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri, banyak persepsi buruk terhadap Taliban, tidak penting bagi saya sama ada ia betul atau salah. Akan tetapi, apa peranan Malaysia untuk mendidik mereka supaya tidak terus dilihat sebagai pengganas dan waktu yang sama, kita mendidik mereka supaya dapat memberikan sumbangan terbaik kepada keselamatan dan keamanan di dunia ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat. Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat. Soalan yang saya fikir amat diberi perhatian oleh media antarabangsa. Kita, Malaysia secara rasminya dengan negara Afghanistan sebagaimana saya sebutkan tadi, ada hubungan yang agak rapat. Kita memberi banyak bantuan kepada kerajaan dan negara Afghanistan ini sejak 20 tahun lebih dahulu lagi. Berkaitan dengan Taliban ini, kita ada hubungan yang dilakukan melalui saluran-saluran tertentu. Misalnya pada bulan September yang lalu, rombongan daripada Global Peace Mission (GPM) telah pun melawat Afghanistan dan menemui pimpinan Taliban. Begitu juga saya boleh maklumkan bahawa melalui kedutaan kita khususnya di Qatar, kita mempunyai saluran perhubungan dengan pihak pemerintah Afghanistan sekarang untuk tujuan memastikan bahawa mereka dapat mewujudkan sebuah negara, masyarakat yang memberi hak-hak asasi kepada semua rakyatnya dari sudut demokrasi, hak-hak seperti untuk wanita, kita lakukan ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertanyaan jawab lisan seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun, Yang Berhormat Beaufort. 3. Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun [Beaufort] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, bila projek menaik taraf jalan-jalan seperti Jalan Tanjung Aru-Sangkabok, Jalan Selagon 1 dan jalan-jalan lain di Parlimen Beaufort yang perlu dinaik taraf akan dilaksanakan segera.
Selamat pagi dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, kementerian ini hanya bertanggungjawab dalam pemantauan dan penyelenggaraan jalan persekutuan sahaja. Oleh itu, projek jalan luar bandar seperti Jalan Tanjung Aru-Sangkabok dan Jalan
Selagon 1 yang dimaksudkan oleh Ahli Yang Berhormat adalah di bawah tanggungjawab kerajaan negeri dan juga Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). Kementerian ini sentiasa memberi perhatian terhadap keperluan untuk menaik taraf jalan persekutuan di bawah bidang kuasa kementerian ini sekiranya ia memenuhi keperluan teknikal untuk dilaksanakan. Pada Rolling Plan Kedua, Rancangan Malaysia Ke-12, atau singkatannya RMKe- 12 yang lepas, kementerian ini telah menerima permohonan cadangan membina Jalan Kimanis-Kuala Penyu, Sabah. Kementerian ini tidak dapat mengangkat projek tersebut untuk dipertimbangkan oleh agensi pusat disebabkan skop projek turut melibatkan naik taraf jalan negeri. Walau bagaimanapun, cadangan projek tersebut boleh dipertimbangkan untuk dilaksanakan dengan menggunakan Peruntukan Pembangunan Persekutuan di bawah Kementerian ini dalam Rolling Plan Rancangan Malaysia Kedua Belas yang akan datang sekiranya jalan berkenaan diwartakan kepada jalan persekutuan terlebih dahulu. Ini selaras dengan seksyen 3, Akta Jalan Persekutuan 1959 yang memperuntukkan bahawa Yang Berhormat Menteri Kerja Raya boleh mengisytiharkan mana-mana jalan negeri, jalan pihak berkuasa tempatan atau jalan swasta sebagai jalan persekutuan setelah dipersetujui oleh pihak-pihak yang berkenaan. Dalam perkara ini, Kerajaan Negeri Sabah hendaklah bersetuju mewartakan jalan tersebut sebagai jalan persekutuan terlebih dahulu supaya cadangan projek ini boleh diteliti semula dan dipertimbang untuk diangkat kepada Agensi Pusat sekiranya memenuhi keperluan teknikal untuk dilaksanakan, tertakluk kepada keutamaan dan ketersediaan agihan siling Peruntukan Pembangunan Persekutuan bagi kementerian ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, Jalan Persekutuan di Parlimen Beaufort yang disenggarakan oleh Syarikat Konsesi Jalan Persekutuan adalah seperti berikut: (i) Jalan Kota Kinabalu-Sindomin laluan 1. Jalan keseluruhan adalah sepanjang 53.53 kilometer dan sebahagian 41.61 kilometer jalan tersebut terlibat dengan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo, Sabah. Hanya 11.92 kilometer jalan disenggarakan oleh Syarikat Konsesi Jalan Persekutuan; dan (ii) Jalan Beaufort-Menumbok atau Laluan 502. Jalan keseluruhan merupakan 22.62 kilometer dan sepanjang 0.075 kilometer jalan tersebut terlibat dengan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo, Sabah. Manakala baki 22.545 kilometer adalah di bawah tanggungjawab Syarikat Konsesi Jalan Persekutuan. Sekian, dan terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sila Yang Berhormat Beaufort, soalan tambahan pertama.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Dalam tinjauan saya di kawasan, saya dapati ada Jalan-jalan Persekutuan yang bermasalah terlibat dengan keruntuhan dan kerosakan yang bukan saja mengganggu lalu lintas tetapi malah membahayakan lagi para pengguna jalan raya. Jadi saya ingin tahu, berapa banyak kah peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan untuk Sabah bagi maksud- baik pulih jalan-jalan yang runtuh ini? Saya juga ingin mengesyorkan supaya jalan-jalan yang dikatakan tadi itu, jalan negeri yang tidak boleh dibantu oleh Kerajaan Persekutuan dibantu juga bagi memastikan jalan- jalan seperti jalan dalam kawasan saya, Jalan Mansud, Jalan Kekapor yang runtuh sudah sekian lama, masih belum lagi dibaik pulih dan juga Jalan Pertanian Klias Baru di Beaufort yang juga hampir runtuh sekarang ini, dapat dibaik pulih dengan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Bagi Jalan- jalan Persekutuan ini, di Parlimen Beaufort, kementerian ini menjalankan dua jenis penyelenggaraan iaitu penyelenggaraan rutin secara tahunan untuk Jalan Persekutuan iaitu dengan peruntukan bernilai RM1.2 juta setahun, dan juga yang kedua untuk penyelenggaraan bekalan- pavement, dan bukan pavement- bagi tahun 2019 hingga ke tahun 2021, kita telah membelanjakan sebanyak RM7.3 juta. Untuk menjawab soalan yang kedua kepada Ahli Yang Berhormat, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sepertimana yang dikatakan tadi, kalau mengikut kuasa yang diberikan kepada kementerian ini yang selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, kita hanya mempunyai kuasa untuk menyelenggarakan jalan-jalan persekutuan sahaja.
Jadi, sekiranya ada beberapa jalan yang perlu dibantu, Ahli Yang Berhormat boleh mengemukakan jalan itu melalui kerajaan negeri berdasarkan senarai keutamaan negeri yang akan dikemukakan kepada kementerian ini melalui penyelarasan antara Bahagian Unit Perancang Ekonomi Negeri dan juga JKR. Selepas itu setelah ditapis, sekiranya jalan itu sudah diwartakan sebagai jalan persekutuan, maka kita boleh selaras dengan Perlembagaan Persekutuan memberi peruntukan untuk membaiki atau menyelenggara jalan-jalan tersebut. Sekian dan terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Soalan tambahan.
Soalan tambahan kedua. Saya jemput Yang Berhormat Tuaran.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sepertimana yang dijelaskan oleh Yang Berhormat sebentar tadi bahawa memang ada masalah daripada segi sama ada menaik taraf ataupun membaiki jalan-jalan yang perlu diselenggarakan oleh kerana masalah hubungan negeri dan Persekutuan. Saya ingin bertanya, apakah langkah-langkah yang telah dibuat untuk memastikan supaya apabila ada masalah seperti begini, ia dapat diatasi? Apakah mekanisme? Adakah setakat menggunakan kuasa Menteri sahaja ataupun adakah majlis-majlis tertentu yang boleh mengatasi? Sebagai contoh, Yang Berhormat telah menjawab persoalan saya terdahulu iaitu jalan raya di antara Bulatan Berungis dan Mengkabong di Tuaran, di mana ini melibatkan jalan raya negeri tetapi memerlukan peruntukan Persekutuan untuk menaik taraf. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat dari Tuaran. Ini juga selaras dengan apa yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Jadi kalau berkaitan dengan Jalan Berungis di Tuaran, sebenarnya jalan ini dahulu tidak dapat dilaksanakan sebab sebahagian besar daripada skop jalan itu termasuk di dalam jalan negeri. Jadi selepas skop itu telah dikaji semula dan dikeluarkan bahagian yang melibatkan jalan negeri, maka kita sudah boleh meluluskan jalan tersebut untuk bahagian yang telah diwartakan sebagai jalan persekutuan sahaja. Sekian dan terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
4. Tuan Teh Kok Lim [Taiping] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan jumlah pelaburan dalam industri pembuatan mengikut negeri masing- masing untuk lima tahun yang lalu dan juga untuk kawasan Parlimen Taiping untuk setiap tahun dari 2016-2021.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Taiping atas keprihatinan tentang pembangunan sektor perkilangan dan pembuatan. Tuan Yang di-Pertua, bagi tempoh 2016 sehingga Jun 2021, kerajaan telah meluluskan sebanyak 4,545 projek dalam sektor perkilangan dengan jumlah pelaburan bernilai RM450.5 bilion. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM278.8 bilion iaitu 61.9 peratus melibatkan pelaburan langsung asing manakala pelaburan langsung domestik menyumbang sebanyak RM171.7 bilion iaitu 38.1 peratus. Pelaburan ini dijangka akan menjana sejumlah 370,883 peluang pekerjaan baharu. Bagi kelulusan projek mengikut negeri pula, lima buah negeri utama iaitu Johor, Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Sabah menerima sebanyak RM326.8 bilion daripada jumlah pelaburan yang diluluskan. Jumlah pelaburan diluluskan dalam sektor perkilangan mengikut negeri bagi tahun 2016 sehingga Jun 2021 adalah seperti berikut: | Negeri |Jumlah Pelaburan (RM bilion)| |--------------------------------|---------------------------:| |Johor | 100.9| |Selangor | 72.5| |Kedah | 65.2| |Pulau Pinang | 53.0| |Sabah | 35.2| |Sarawak | 34.3| |Pahang | 22.0| |Perak | 21.9| |Negeri Sembilan | 15.8| |Melaka | 15.6| |Terengganu | 9.7| |Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur| 2.2| |Perlis | 1.2| |Kelantan | 0.7| |Wilayah Persekutuan Labuan | 0.2|<END_TABLE_MARKER> Tuan Yang di-Pertua, bagi negeri Perak, pelaburan sebanyak RM21.9 bilion ini melibatkan 291 projek dan dijangka akan menjana sejumlah 33,779 peluang pekerjaan baharu. Pelaburan langsung domestik menyumbang sebanyak RM13.2 bilion daripada jumlah pelaburan yang diluluskan, manakala pelaburan langsung asing menyumbang sebanyak RM8.7 bilion. Bagi kawasan Parlimen Taiping pula, bagi tempoh tahun 2018 hingga Jun 2021, sejumlah RM84.8 juta nilai pelaburan telah diluluskan dalam sektor perkilangan melibatkan tujuh projek. Pelaburan yang diluluskan di antaranya tertumpu pada industri minuman, tembakau dan produk plastik. Daripada jumlah pelaburan ini, pelaburan langsung domestik menyumbang sebanyak RM68.8 juta iaitu 81.1 peratus, manakala pelaburan langsung asing menyumbang sebanyak RM16 juta iaitu 18.9 peratus. Jumlah pelaburan diluluskan dalam sektor perkilangan di kawasan Parlimen Taiping bagi setiap tahun daripada 2018 sehingga 2020 adalah seperti berikut:
|Tahun|Jumlah Pelaburan (RM juta)| |----:|-------------------------:| | 2018| 52.9| | 2019| 11.9| | 2020| 20.0|<END_TABLE_MARKER> Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sila soalan tambahan pertama, Yang Berhormat Taiping.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang disediakan. Nampaknya jumlah pelaburan ke negeri Perak agak tertinggal. Soalan tambahan Taiping. Kementerian telah menetapkan sasaran untuk menarik pelaburan berteknologi tinggi serta mampu menyediakan 114,000 peluang pekerjaan dalam Bajet 2022. Minta Yang Berhormat Timbalan Menteri terangkan secara lanjutnya kategori teknologi tinggi yang dimaksudkan. Pelaburan dari negara mana yang telah dikenal pasti serta bahagian yang akan disalurkan ke negeri Perak khususnya kawasan Taiping? Terima kasih.
Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab. Satu minit.
Terima kasih kepada keprihatinan Yang Berhormat Taiping. Untuk pembangunan perindustrian dan perkilangan di negeri Perak, saya hendak maklumkan bahawa kementerian MITI sentiasa bekerjasama dengan kerajaan negeri melalui Unit Perancang Ekonomi (UPE) Negeri Perak dan juga MIDA di bawah MITI untuk membawa pelaburan strategik yang sesuai dengan Pelan Induk Pembangunan Industri di negeri Perak. Untuk sektor-sektor pembangunan industri di negeri Perak ini, kita perlu lihat juga kepada sektor-sektor di bawah national investment aspiration di mana di bawah kerangka national investment aspiration ini, kita memberi tumpuan kepada pembangunan kluster perindustrian yang sedia ada seperti sektor elektronik dan elektrik, aerospace dan juga sektor pembuatan peralatan perubatan. Begitu juga kita akan memberi tumpuan kepada sektor-sektor baharu seperti ekonomi digital dan juga industri yang berteraskan kepada teknologi hijau. Kesemua ini merupakan industri yang berteraskan teknologi yang dalam perancangan kita dan juga bersesuaian dengan kerangka national investment aspiration yang akan dibawa ke Malaysia termasuk negeri Kedah. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, mohon Libaran untuk soalan tambahan.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan yang kedua. Saya jemput Yang Berhormat Libaran.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Bagi memastikan Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan utama dan mempunyai nilai impak ekonomi tinggi serantau dan global, Malaysia perlu menyusun strategi supaya kekal kompetitif dalam perdagangan antarabangsa. Saya ucapkan ribuan terima kasih di mana Sabah pun mendapat peruntukan. Justeru, saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri jelaskan, bagaimana Pelan Aspirasi Pelaburan Nasional dapat memainkan peranannya supaya negeri kita kekal berdaya saing di arena perdagangan antarabangsa atau dunia? Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Libaran. Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Satu minit.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada soalan yang dikemukakan. Memang betul kalau kita lihat kepada kedudukan Malaysia di peringkat dunia, melalui terbitan The World Competitiveness Year Book bagi tahun 2021, kedudukan Malaysia di antara 64 ekonomi adalah di kedudukan ke-25. Ia juga merupakan satu peningkatan bagi negara daripada kedudukan ke-27 pada tahun 2020.
Berkenaan dengan soalan bagaimana aspirasi pelaburan nasional (NIA) dapat membangunkan sektor perindustrian. Secara keseluruhannya kita perlu lihat kepada lima teras di bawah aspirasi pelaburan nasional ini, di mana kalau kita lihat yang pertamanya ialah untuk meningkatkan kompleksiti ekonomi iaitu kita menekankan pembangunan perkhidmatan dan produk yang canggih, penyelidikan dan pembangunan tempatan yang tinggi dan usaha inovasi. Teras kedua, kita memberi penekanan kepada mencipta pekerjaan bernilai tinggi, di mana kita memberi penekanan kepada kerja-kerja yang berkemahiran tinggi dan juga berpendapatan tinggi. Ketiga, kita memberi penekanan kepada jalinan domestik luar iaitu penggunaan input domestik yang tinggi dan ini akan membantu membangunkan rantaian bekalan tempatan dan juga meningkatkan keluasan dan kedalaman rantaian bekalan domestik sedia ada. Teras keempat, membangunkan kluster baharu dan kluster sedia ada yang seperti yang saya jelaskan tadi, kita ada kluster sektor perindustrian yang sedia ada seperti elektronik dan elektrik dan kita akan bangunkan. Pada masa yang sama, kita akan menerokai sektor-sektor baharu supaya dia dapat menjana lebih banyak peluang pekerjaan. Kelima dalam kerangka Aspirasi Pelaburan Nasional ini Tuan Yang di-Pertua, kita juga menekankan teras kelima. Meningkatkan penglibatan menyeluruh iaitu pembangunan kawasan dan komuniti yang kurang diberi perhatian juga akan dirangkumi dalam kerangka ini, termasuk Sabah seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertanyaan jawab lisan seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Sibuti.
5. Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [Sibuti] minta Menteri Alam Sekitar dan Air menyatakan adakah pihak kementerian mempunyai data terperinci mengenai isu hakisan pantai dialami di kawasan pesisir pantai Sarawak terutama di kawasan pantai Parlimen Sibuti dan apakah tindakan yang telah dirancang dalam Rancangan Malaysia Ke-12.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sibuti. Untuk makluman Dewan yang mulia bahawa Kementerian Alam Sekitar dan Air sentiasa memantau isu-isu hakisan yang dialami di seluruh negara melalui National Coastal Erosion Study (NCES) dengan izin, yang siap dilaksanakan pada tahun 2015. Data terperinci status hakisan sepanjang pesisir pantai Sarawak telah pun diperoleh dan dikemas kini pada setiap tahun. Berdasarkan rekod Jabatan Pengairan dan Saliran, hakisan serius atau dikategorikan kategori satu, yakni hakisan melebihi empat meter setahun dan melibatkan kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk dan kadar pembangunan yang tinggi. Di Parlimen Sibuti dia melibatkan kawasan di Kampung Bungai. Bagi kawasan lain, hakisan tidak serius atau berada pada kategori dua, yakni hakisan yang agak ketara di mana hakisan di antara satu meter hingga empat meter
setahun dan melibatkan kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang— dan kadar pembangunan yang sederhana. Manakala kategori tiga yakni tidak ketara, hakisan pantai kurang daripada satu meter setahun dan melibatkan kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk pada kadar pembangunan yang rendah. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi penyelesaian penuh atau total solution kepada kawasan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat khususnya yang berlaku di kawasan Kampung Bungai, kementerian telah memohon projek pengawalan hakisan pantai di pantai Kampung Bungai, Bekenu bahagian Miri dengan anggaran kos sebanyak RM12 juta di bawah Rolling Plan Ketiga yang melibatkan tiga projek utama iaitu kerja ukur dan penyelesaian tapak, kerja-kerja reka bentuk dan pemantauan serta kerja-kerja pembinaan lapisan lindung batu sepanjang 1.5 kilometer yang melibatkan kos sebanyak RM12 juta. Terima kasih.
Sila soalan tambahan Yang Berhormat Sibuti.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya gembira mendengar jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Kita juga tahu bahawa isu hakisan pantai ini bukanlah merupakan isu yang hanya setempat di negeri Sarawak ataupun di kawasan Parlimen Sibuti. Malah isu hakisan pantai ini berlaku di seluruh negara. Salah satu punca hakisan pantai ini, saya perhatikan adalah berkenaan tentang fenomena air pasang besar di mana apabila berlaku air pasang besar kebelakangan ini, terdapat berlakunya banjir-banjir kilat di kawasan pesisir pantai dan juga kampung- kampung. Saya juga ingin mendapatkan pandangan Yang Berhormat. Adakah fenomena air pasang besar yang menyebabkan hakisan pantai ini adalah merupakan berlakunya climate change yang banyak diperkatakan pada masa kini?
Terima kasih Yang Berhormat Sibuti. Sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih. Isu fenomena air pasang besar ini sebenarnya fenomena yang— dianggap sebagai fenomena perubahan cuaca yang biasa. Bukanlah melibatkan perubahan yang ketara sebab ia telah pun berlaku beberapa tempoh yang jangka masa panjang. Cuma kita memantau dan menyediakan peruntukan lebih kurang RM200 juta untuk memastikan bahawa fenomena air pasang besar dapat kita atasi, tentang kes-kes yang segera berlaku kerosakan-kerosakan di kawasan pinggir pantai. Jadi oleh sebab itu kita melihat— kerajaan juga menyediakan satu peruntukan sebanyak RM164 juta bagi mengatasi hakisan pantai di seluruh negara dan pemantauan kepada fenomena air pasang besar. Satu lagi berita gembira saya hendak maklumkan juga kepada Yang Berhormat tentang projek di Sibuti ialah di Kampung Kuala Sibuti bahagian Miri. Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM11.5 juta bagi mengatasi hakisan pantai di kawasan Kuala Sibuti di mana melibatkan kerja ukur, reka bentuk dan pemantauan serta lapisan lindung juga sepanjang 1.5 kilometer. Bererti ada dua projek besar bagi mengatasi masalah hakisan pantai di Sibuti. Terima kasih.
Terima kasih. Sila ada soalan tambahan yang...
Soalan tambahan, Hang Tuah Jaya.
Ya Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Menteri, tadi Yang Berhormat Menteri nyatakan tentang peruntukan mengenai hakisan pantai. Bagaimana peruntukan hakisan di— terutama rumah-rumah yang terletak di pinggir tanah— hakisan tanah akibat pergerakan tanah.
Apabila berlaku perkara-perkara seperti ini, adakah ada peruntukan yang khas disediakan untuk mereka yang terkesan? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.
Baik, terima kasih. Selain daripada peruntukan yang diperuntukkan di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air di bawah JPS, pihak kerajaan juga menyediakan peruntukan di bawah NADMA sekiranya berlaku sesuatu musibah, kemalangan yang segera dan mereka boleh mohon bantuan melalui agensi NADMA. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertanyaan jawab lisan seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Tuaran.
6. Datuk Seri Panglima Madius Tangau [Tuaran] minta Perdana Menteri menyatakan kenapakah laporan prestasi kewangan PETRONAS melalui laporan tahunan dirahsiakan dan tidak melaporkan kepada Parlimen sejak dari mula beroperasi sehingga sekarang.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, PETRONAS tidak merahsiakan prestasi kewangannya. PETRONAS membudayakan akauntabiliti sebagai amalan syarikat dengan pelaporan kerap mengenai perkembangan dan pencapaian syarikat, khususnya prestasi kewangan setiap suku tahun dan tahunan di laman web yang boleh di akses oleh orang awam walaupun PETRONAS bukan disenaraikan di Bursa Saham. Di samping itu, PETRONAS mengumumkan prestasi kewangan melalui kenyataan media dan juga taklimat kepada media pada setiap suku tahun, jadi ia bukan rahsia bagi menjawab soalan Yang Berhormat. Sebagai entiti komersial ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965, PETRONAS sentiasa mengamalkan aspek takbir urus korporat yang baik (good corporate governance) di bawah teraju presiden dan ketua eksekutif yang berkaliber, dibimbing oleh barisan Lembaga Pengarah PETRONAS, diketuai oleh Tan Sri Dato' Seri Mohd Bakke Salleh yang dilantik pada bulan Ogos yang lalu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, PETRONAS merupakan salah sebuah syarikat Malaysia yang tergolong dalam Fortune 500. Fortune 500 ini syarikat-syarikat gergasi yang terbesar dalam dunia, kita berbangga dengan PETRONAS atas pencapaiannya. Nombor 277 dalam dunia pada tahun 2021. Jadi kalau syarikat terkemuka dalam dunia, macam mana hendak merahsiakan prestasi kewangannya ya. Tuan Yang di-Pertua, seperti kita sedia maklum, PETRONAS merupakan syarikat minyak dan gas milik penuh Kerajaan Malaysia melalui Menteri Kewangan (Diperbadankan) dan bertanggungjawab dalam pembangunan sektor serta lapangan minyak dan gas domestik seperti diperuntukkan di bawah Akta Kemajuan Petroleum (PDA) 1974. Tuan Yang di-Pertua, keberkesanan dan keupayaan PETRONAS dalam membangunkan sektor minyak dan gas selama ini, bukan sahaja dalam negara tetapi PETRONAS beroperasi di 20 buah negara di sektor huluan ataupun upstream. Hampir 90 buah negara dalam sektor hiliran. Itu betapa hebatnya PETRONAS. Jadi kalau rahsia prestasi kewangan sudah pasti tidak berjaya. PETRONAS telah banyak menyumbang kepada pembangunan negara. Kalau kita tengok di Kerteh, Terengganu, di Bintulu, Miri dan Pengerang sekarang ini dan di Sabah, Kimanis dan juga di Sipitang, ini antara tempat di mana PETRONAS punya operasinya, di Sabah pun ada juga.
Jadi, selain itu PETRONAS telah menyumbang banyak kepada kemajuan negara, menyumbangkan sebanyak RM1.2 trilion sehingga tahun 2020 pada Kerajaan Persekutuan, kepada kerajaan negeri dalam pelbagai bentuk bayaran. Tuan Yang di-Pertua, PETRONAS komited untuk mengekalkan ekosistem perniagaan dan pelaburan yang stabil dan kondusif bagi pertumbuhan dan kelestarian industri minyak dan gas negara. Ini sekali gus membolehkan penglibatan aktif rakyat tempatan termasuk kerajaan-kerajaan negeri dalam peluang pelaburan industri minyak dan gas berdasarkan terma komersial dan kebolehlaksanaan teknikal. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Soalan tambahan pertama, sila Yang Berhormat Tuaran.
Terima kasih Yang Berhormat atas jawapan tadi. Memang betul, PETRONAS ini adalah salah satu syarikat Fortune 500 dan memang ada laporan di sana sini dari segi di public domain dan sebagainya. Akan tetapi, Yang Berhormat tidak menjawab soalan asal saya. Soalan saya ialah kenapa PETRONAS tidak melapor kepada Parlimen? Itu persoalannya. Tidak ada yang perlu dirahsiakan. Kenapa tidak melaporkan di Parlimen? Sebab PETRONAS memberi sumbangan begitu besar pada negara daripada segi hasil dan bukan sahaja juga tapi di negeri-negeri pengeluar minyak. Akan tetapi persoalannya, kenapa tidak melaporkan kepada Parlimen? Itu persoalannya. Jika sekiranya tidak melapor kepada Parlimen, dimanakah, bagaimanakah lagi rakyat akan tahu? Bagaimana rakyat memberi sumbangan daripada segi memberi pandangan yang seharusnya peranan yang dimainkan oleh PETRONAS ini dari segi pembangunan negara. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Sila Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya dari Yang Berhormat Tuaran. Soalan Yang Berhormat ada dua bahagian. Yang pertama, rahsia ya. Yang Berhormat menyatakan bahawa operasi dan akaun PETRONAS, prestasi kewangan adalah rahsia. Yang kedua, Yang Berhormat bertanya kenapa tidak melaporkan kepada Parlimen. Rahsia atau tidak rahsia, saya jawablah ya– bermakna tidak terbuka. Ia dapat diakses oleh orang awam melalui website PETRONAS setiap suku tahun, seperti yang saya sebutkan tadi, saya tidak mahu ulang – open and transparent. Kenapa tidak di Parlimen? Kerana ia tidak diperlukan oleh undang-undang. Tidak ada akta yang memaksa PETRONAS untuk membentangkan di Parlimen. Dalam pada itu, ada soalan Yang Berhormat banyak tanya soalan dalam Parlimen. Baru-baru ini ada di kamar kecil, saya disoal oleh Yang Berhormat Permatang Pauh berkaitan dengan harta ataupun aset PETRONAS di Azerbaijan. Jadi, tidak dibentang di Parlimen bukan bermakna kita tidak tahu operasi PETRONAS. Tidak bentang di Parlimen bermakna ada hendak kita rahsia apa-apa. Walaupun ialah bukan syarikat yang disenaraikan di Bursa, PETRONAS telah mengambil tindakan secara sukarela untuk menghebahkan prestasinya. Prestasinya amat membanggakan, amat membanggakan. Kecuali baru-baru ini apabila harga minyak merudum tapi dalam tempoh suku pertama tahun ini, prestasi PETRONAS mula mencatatkan keuntungan lebih RM18 bilion ya. Oleh kerana harga minyak pada hari ini sekitar 80 Dolar Amerika setiap satu tong– Brent. Ini telah memberi kesan yang baik kepada prestasi ataupun bottom line kepada PETRONAS. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri...
Tuan Yang di-Pertua.
...soalan tambahan yang kedua. Saya menjemput Yang Berhormat Tumpat.
Berikan Yang Berhormat Penampang nanti juga ya.
Yang Berhormat Kuala Krai. Satu lagi Yang Berhormat Kuala Krai.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ucap tahniah kepada Yang Berhormat Menteri di atas jawapan tadi. Tahniah kepada PETRONAS yang menjadi kebanggaan negara. Soalan saya, saya ingin mendapatkan penjelasan kerajaan, berkenaan langkah pemberian dividen tambahan kepada kerajaan yang bernilai RM7 bilion pada tahun ini dan beberapa tahun lalu. Dividen khas ini pernah mencecah RM30 bilion. Jadi soalan saya, adakah perkara ini memberi kesan langsung terhadap penarafan kredit dan kewangan PETRONAS sendiri? Kerana di situlah sisi kebimbangan, mungkin daripada Yang Berhormat yang bertanya tadi. Jika PETRONAS tidak diletakkan di bawah akauntabiliti Parlimen. Mohon pandangan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Sila Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, peringkat awalnya dividen PETRONAS RM18 bilion tahun ini dibuat keputusan untuk tambah RM7 bilion. Bermakna RM25 bilion dividen PETRONAS pada tahun ini kepada Kerajaan Pusat. Dividen ini telah melalui proses tertentu iaitu dipertimbangkan oleh pengurusan dan lembaga pengarah dan diperakukan oleh lembaga pengarah. Itulah keputusannya, tambahan RM7 bilion ya. Ini ada kaitan dengan prestasi PETRONAS. Tadi saya sebutan tadi bahawa dalam separuh pertama tahun ini, PETRONAS mencatatkan keuntungan lebih RM80 bilion. Jadi dividen mana-mana syarikat sekali pun, syarikat ABC PETRONAS, dividen bergantung pada keuntungan. Apabila keuntungan meningkat dan keuntungan ini berkaitan dengan harga minyak. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, harga minyak daripada Januari sampai sekarang ialah USD 69, satu angka yang tinggi berbanding dengan anggarannya yang jauh lebih rendah daripada sebelum itu. Kita tidak tahu apa yang berlaku akan datang. Akan tetapi sekiranya, harga minyak mentah ini berada pada paras yang tinggi sudah pasti ini akan memberi kesan yang baik bukan sahaja pada PETRONAS tapi pada syarikat- syarikat minyak dan gas lain seluruh dunia. Terima kasih.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Pendek sahaja Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, pendek sahaja,
Saya bagi soalan tambahan di sebelah sini pula.
Soalan tambahan saya berkenaan dengan PETRONAS.
Sila Yang Berhormat Penampang.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Penampang ingin bertanya, berapanya orang Sabah telah dilantik sebagai Pengarah PETRONAS? Memandangkan bahawa Sabah juga, dengan izin contributor kepada barrel per day dan gas terbesar di PETRONAS. So, bolehkah Yang Berhormat Menteri senaraikan siapakah Ahli Lembaga Pengarah PETRONAS yang datang dari Sabah ataupun mewakili Sabah? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Penampang. Sila Yang Berhormat Menteri.
PETRONAS mempunyai sembilan Ahli Lembaga Pengarah, diketuai oleh Tan Sri Bakke. Saya kurang pasti macam mana asal usul lapan orang lagi Ahli Lembaga Pengarah. Ketua Eksekutif, Tengku Taufik, sudah pasti dia bukan orang Sabah. Saya faham maksud Yang Berhormat. Akan tetapi saya hendak maklumkan bahawa rakan-rakan Sabah tidak akan dikecualikan, biasiswa umpamanya. Lebih 3,000 rakyat Sabah menerima biasiswa, universiti...
Akan tetapi soalan adalah berkaitan dengan Pengarah PETRONAS, Board’s Member.
...dan baru-baru ini Yang Berhormat Penampang. Saya baru-baru ini Yang Berhormat Perdana Menteri telah meluluskan pelantikan seorang rakyat Sabah, seorang Pegawai Kanan PETRONAS untuk menjadi Ketua Eksekutif kepada Malaysia-Thai Joint Authority. Satu syarikat yang mengusahakan offshore oil and gas di Laut China Selatan, baru Perdana Menteri meluluskan seorang anak Sabah untuk menjadi CEO...
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri boleh minta jawapan bertulis berkenaan dengan adakah cadangan untuk melantik pengarah? Terima kasih.
...syarikat tersebut, itu terkini. Saya check. Nama saya ada. Saya tidak tahu dia beranak di Jeli ke di Penampang tidak tahu. Jadi saya akan check dan saya akan bagi jawapan bertulis kepada Yang Berhormat. Terima kasih. Nama sembilan orang, yang pasti Tan Sri Bakke bukan orang Sabah. CEO bukan orang Sabah. Yang tujuh lagi, saya akan siasat ya. Saya boleh bagi maklumat kepada Yang Berhormat. Tidak ada masalah ya. Ini kita tidak ada apa hendak disembunyikan. Akan tetapi saya hendak tekankan bahawa...
Off course tidak sembunyikan. Akan tetapi ada cadangankah untuk melantik pengarah dari Sabah? Terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, satu sahaja.
Saya minta maaf Yang Berhormat Alor Gajah kerana saya tertakluk pada peraturan 24(3) hanya maksimum tiga soalan tambahan. Minta maaf.
Tambahanlah satu.
Tidak boleh. Saya tidak boleh ikut kerana kena patuh pada peraturan mesyuarat. Pertanyaan Jawab lisan seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman.
7. Tuan Che Alias bin Hamid [Kemaman] minta Perdana Menteri menyatakan sejauh mana kerjasama rentas kementerian dilaksanakan bagi memastikan pelaksanaan Dasar Pemerkasaan OKU Rabbani mampu mencapai sasaran yang ditetapkan.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan Terima kasih kepada Yang Berhormat Kemaman. Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang menggubal Pelan Tindakan Orang Kurang Upaya Muslim sebagai dukungan kepada Pelan Tindakan Orang Kurang Upaya Kebangsaan dan dasar sedia ada iaitu Dasar Orang Kurang Upaya Negara yang telah dibangunkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Kerjasama rentas kementerian telah diadakan seawal perancangan Pelan Tindakan Orang Kurang Upaya Muslim ini disediakan iaitu satu persidangan meja bulat pada 5 hingga 6 Ogos 2020 telah diadakan di Institut Latihan Islam Malaysia di Bangi.
Mesyuarat Penyelarasan Cadangan Pemerkasaan OKU bersama-sama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 17 September 2020. Pelan ini juga telah melalui beberapa sesi libat urus di peringkat JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri-negeri, Majlis Agama Islam Negeri-negeri. Libat urus melibatkan kementerian-kementerian yang berkaitan akan diadakan dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan bagi memperkemaskan pelan ini sebelum ia dilaksanakan pada tahun 2022. Bagi melengkapi Pelan Tindakan OKU Kebangsaan dan juga Dasar OKU Negara yang sedia ada. Penggubalan pelan ini merupakan keprihatinan kerajaan terhadap golongan OKU dan ia sekali gus merupakan komitmen kerajaan dalam usaha memastikan OKU mendapat kefahaman yang baik tentang Islam di samping masyarakat cakna terhadap keperluan golongan OKU Muslim. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan pertama, sila Yang Berhormat Kemaman.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Saya telah meneliti jawapan daripada kementerian bahawa ini yang beri kelonggaran kepada golongan OKU untuk dikecualikan daripada menghadiri Kursus PraPerkahwinan Islam atas faktor kekangan yang dihadapi oleh golongan tersebut. Namun, sebaliknya saya berpandangan kerajaan perlu membantu golongan OKU untuk seboleh mungkin hadir ke Kursus PraPerkahwinan Islam agar hak mereka untuk memulakan sebuah perkahwinan berlandaskan penghayatan beragama dipenuhi. Soalan tambahan saya adakah kerajaan berhasrat untuk mewujudkan inisiatif-inisiatif yang lebih proaktif agar kekangan-kekangan yang dihadapi oleh golongan OKU ini untuk menghadiri Kursus PraPerkahwinan Islam dapat diatasi. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kemaman. Dipersilakan Timbalan Menteri. Satu minit.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kemaman yang sangat prihatin kepada golongan OKU ini sebagai mana yang kita telah pun memberi jawapan sebelum daripada ini tentang isu berkaitan dengan Kursus PraPerkahwinan kepada golongan OKU. JAKIM dalam usaha menambah baik sistem pengurusan perkahwinan Islam yang turut mempertimbangkan pembangunan e-learning bagi Kursus PraPerkahwinan Islam. Pelaksanaan Kursus Pra Perkahwinan Islam melalui e-leaning akan mempertimbangkan penyampaian modul khusus yang lebih interaktif dan mesra OKU seperti paparan grafik, penyediaan jurubahasa isyarat pada rakaman video ceramah serta animasi yang selaras dengan kandungan modul bersepadu Kursus PraPerkahwinan Islam. Di samping itu pelan tindakan OKU Muslim sedang dibangunkan oleh JAKIM sebagai inisiatif menyantuni golongan OKU Muslim dan pelan tersebut akan mengambil kira perkara-perkara berkaitan termasuk penganjuran Kursus PraPerkahwinan kepada golongan OKU. Pelan yang dibangunkan oleh JAKIM sebagai inisiatif bagi mendukung pelan tindakan OKU Kebangsaan dan juga Dasar OKU Negara sedia ada di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan banyak inisiatif yang telah pun dilaksanakan. Dalam minggu ini sahaja pihak JAKIM telah pun mengelola satu sumbangan daripada CIMB Bank yang telah pun menyumbang sebanyak RM100,000 untuk pencetakan Al-Quran Braille kepada golongan OKU yang cacat penglihatan dan banyak lagi inisiatif-inisiatif yang sedang dan melibatkan sektor korporat dan juga pihak- pihak yang dermawan untuk turut bersama untuk membantu golongan OKU ini. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Timbalan Menteri. Soalan tambahan kedua, saya menjemput Yang Berhormat Simpang Renggam.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri saya teringat sewaktu di KPM dahulu kita ada membuat beberapa inisiatif TVET untuk OKU yang mana kita ada buat juga Program TVET bersama tahfiz untuk mendedahkan kepada pelajar-pelajar tahfiz kepada kursus- kursus TVET dan kita lihat bahawa ada potensi juga untuk pelajar-pelajar OKU salurkan ke TVET. Jadi, mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh kongsikan kepada kita perencanaan untuk membantu, memudahcarakan melalui JAKIM dan agensinya menggalakkan lebih ramai OKU boleh pergi belajar bidang TVET. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Simpang Renggam. Dipersilakan Timbalan Menteri.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Simpang Renggam sahabat saya, soalan yang sangat baik dan cadangan yang sangat menarik dan kita sedia maklum bahawa berkaitan dengan pengurusan TVET ini berada di bawah Kementerian Sumber Manusia dan juga bahagian OKU yang melibatkan kursus- kursus kemahiran ini sentiasa diambil cakna oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan juga beberapa kementerian yang lain termasuk Kementerian Pendidikan. Cadangan Yang Berhormat ini Insya-Allah akan kita suarakan kepada rakan- rakan kementerian yang lain dan kita sentiasa mengambil cakna terhadap kepentingan golongan OKU, bukan sahaja dalam soal pendidikan tetapi juga dalam soal kemahiran untuk kelangsungan kehidupan masa depan mereka. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Pertanyaan jawab lisan seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Tuan Karupaiya a/l Mutusami, Padang Serai.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya mulakan dengan sebuah pantun. Pandu Vellfire dengan penuh bergaya, Kereta mewah golongan diiktiraf, Soalan lapan berkaitan isu jalan raya, Bilakah jalan raya di Padang Serai akan dinaik taraf. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
8. Tuan Karupaiya a/l Mutusami [Padang Serai] minta Menteri Kanan Kerja Raya menyatakan berkaitan Jalan Batu 8, Sg Seluang/Air Merah (aliran) K812, di mana jalan tersebut perlu dilebarkan dan dipasang pembahagi jalan, memandangkan kemalangan sering kali berlaku dan menyebabkan banyak kehilangan nyawa.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jalan yang dimaksudkan daripada soalan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat merupakan jalan negeri yang diselenggara oleh JKR Daerah Kulim-Bandar Baharu dengan menggunakan peruntukan MARRIS Kerajaan Negeri Kedah. Oleh itu sebarang kerja-kerja menaik taraf jalan tersebut akan dibuat dengan menggunakan peruntukan kerajaan negeri. JKR Daerah Kulim-Bandar Baharu telah mengemukakan permohonan bagi kerja-kerja menaik taraf jalan tersebut serta lain-lain kerja yang berkaitan melalui peruntukan P 09/01001 naik taraf jalan dan jambatan bagi tahun 2022 di bawah Kerajaan Negeri Kedah dan telah dibentangkan dalam Mesyuarat Pemeriksaan Anggaran Bajet Pembangunan Jabatan-jabatan Negeri Kedah tahun 2022 pada 30 Ogos yang lalu. Sebarang tindakan lanjut adalah tertakluk kepada kelulusan peruntukan permohonan tersebut.
Sepertimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum bidang kuasa kementerian ini adalah berkaitan dengan jalan persekutuan sahaja. Oleh yang demikian permohonan untuk menaik taraf jalan yang bukan jalan Persekutuan seperti jalan negeri, jalan majlis atau jalan kampung adalah di bawah pihak berkuasa yang berkenaan. Kementerian ini hanya akan mempertimbangkan cadangan menaik taraf jalan tersebut sekiranya diwartakan kepada jalan Persekutuan terlebih dahulu. Petunjuk asas bagi mengenal pasti status jalan adalah merujuk kepada nama jalan tersebut iaitu: (i) FT ataupun kod FT adalah untuk Jalan Persekutuan seperti FT 01; (ii) Abjad seperti A,B,C mengikut jalan negeri sebagai contoh ‘A’ untuk negeri Perak, ‘B’ untuk Selangor dan ‘C’ untuk Pahang dan ‘K’ seperti jalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat K812 adalah jalan di bawah negeri Kedah; dan (iii) Nama khusus merujuk kepada jalan perbandaran di bawah kuasa PBT seperti Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur adalah di bawah bidang kuasa DBKL. Sekian dan terima kasih.
Terima kasih soalan tambahan, sila Yang Berhormat Padang Serai.
Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang begitu lebar dan terang. Soalan tambahan saya, adakah Kerajaan Persekutuan sedia untuk mengambil alih jalan ini dan diwartakan sebagai jalan persekutuan sebab jalan ini adalah jalan yang sesak dan juga perlu dinaikkan taraf. Seterusnya bagaimana bagi menangani masalah kesesakan lalu lintas dan juga berkenaan kemalangan, pembinaan jejantas amat diperlukan di Simpang Tiga Keladi tempat lampu isyarat. Ini kerana wujudnya kawasan perumahan dan bangunan baru pusat pembelian beli-belah, kawasan kilang. Tidak dapat dinafikan jika pembinaan jejantas ditimbangkan, maka ia merupakan jejantas yang pertama di kawasan saya, harap dipertimbangkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Dipersilakan Timbalan Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat soalan Ahli Yang Berhormat tadi ada dua bahagian ya. Pertama, berkaitan dengan Simpang Tiga Keladi berkaitan dengan jejantas ataupun flyover. Berdasarkan kepada laporan terkini Traffic Impact Assessment (TIA) yang telah dibuat pada bulan Oktober tahun ini. Kita mendapati bahawa persimpangan di antara jalan negeri K120 dan jalan Persekutuan FT254, level of service (LOS) sedia ada adalah di kategori ‘B’. Bagi tempoh 10 tahun akan level of service masih lagi dalam kategori ‘B’. Bagi persimpangan di antara jalan persekutuan FT254 dan jalan negeri K815 level of service terkini adalah kategori ‘B’ juga. Bagi tempoh 10 tahun yang akan datang, level of service juga masih dijangka dalam kategori ‘B’.
Cerapan data ini adalah berdasarkan kepada pembangunan sedia ada di sekitar daerah Kulim berhampiran dengan persimpangan yang dimaksudkan. Jadi, JKR Daerah Kulim-Bandar Baharu telah mengambil tindakan yang segera dengan membuat penyelarasan semula lampu isyarat bagi mengatasi kesesakan pada waktu puncak di lokasi tersebut. Berkaitan dengan bahagian yang kedua Ahli Yang Berhormat, sekiranya Yang Berhormat ingin cadang untuk menaik taraf jalan tersebut, prosedur bagi permohonan projek membina jalan baharu atau menaik taraf jalan persekutuan sedia ada adalah melalui kerajaan negeri berdasarkan senarai keutamaan negeri yang dikemukakan
kepada kementerian ini melalui penyelarasan antara Unit Perancangan Ekonomi Negeri dan Jabatan Kerja Raya Negeri. Sehubungan dengan itu akan disyorkan supaya Ahli Yang Berhormat mengemukakan permohonan ini kepada JKR Negeri atau UPEN Negeri Kedah untuk dimasukkan dalam senarai keutamaan negeri dalam rolling plan yang akan datang. Sekian dan terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Betul, apa yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi bahawa rakyat sebenarnya tidak dapat membezakan antara Jalan Persekutuan dengan jalan negeri. Akan tetapi, satu perkara yang kita dapati di Kedah ini jalan negeri diselenggarakan lebih baik dari Jalan Kerajaan Persekutuan. Jadi, adakah boleh dipastikan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan Jalan Persekutuan itu dibuat sebaik yang mungkin di negeri Kedah?
Terima kasih Ahli Yang Berhormat daripada Jerlun. Kita sebenarnya tidak hairan sekiranya jalan negeri dapat diselenggarakan dengan baik sebab pada setiap tahun, setiap kerajaan negeri akan diberikan peruntukan MARRIS oleh Kerajaan Persekutuan iaitu kita telah decentralize kerja-kerja penyelenggaraan itu daripada Persekutuan kepada negeri supaya kita boleh memberikan tumpuan yang lebih fokus kepada jalan-jalan yang di bawah negeri. Ini adalah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan juga Akta Jalan Persekutuan 1959 tetapi pada masa yang sama di dalam Kementerian Kerja Raya dan juga JKR Persekutuan, tugas kita adalah untuk menyelenggarakan Jalan-jalan Persekutuan iaitu jalan-jalan besar mahupun negeri dan juga daerah. Dalam hal itu, kita sentiasa bekerjasama dengan semua agensi untuk mengusahakan servis yang terbaik bagi rakyat tidak kira Jalan Persekutuan ataupun Jalan Negeri melalui peruntukan MARRIS. Sekian, dan terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertanyaan Jawab Lisan yang seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Rompin tidak ada dalam Dewan. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir Jerlun.
[Soalan No. 9 - Dato' Sri Hasan bin Arifin (Rompin) tidak hadir]
10. Dato' Seri Utama Haji Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir [Jerlun] minta Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan, alasan pembukaan kilang semasa pandemik ialah untuk mengelakkan berlakunya gangguan rantaian bekalan: (a) apa perancangan MITI supaya sektor perkilangan di Malaysia selepas ini menjadi lebih ‘pandemic proof’; dan (b) adakah Zon Selamat Perkilangan akan diwujudkan untuk mengelak terjadinya kluster kilang.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Jerlun yang mengemukakan soalan ini. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sedang menggubal Pelan Induk Perindustrian Baharu yang kini di peringkat akhir penyediaan. Pelan induk ini merupakan perancangan jangka panjang sehingga 2030 bertujuan untuk memacu industri tempatan agar lebih berdaya tahan, berdaya saing dan lestari melalui pembangunan yang berteraskan produktiviti dan inovasi.
Ia turut mengambil kira impak pandemik COVID-19 atas kelangsungan industri negara dalam merencanakan pelan tindakan untuk memperkukuhkan ekosistem industri berhadapan dengan kemungkinan sebarang krisis termasuk ancaman pandemik. Selain itu, MITI telah melaksanakan beberapa inisiatif untuk memastikan kelangsungan industri perkilangan dalam menghadapi cabaran daripada perspektif krisis kesihatan awam pada keadaan semasa dan hadapan. Terdapat tiga inisiatif utama yang dilaksanakan ke arah ini. Inisiatif pertama merupakan Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta atau ringkasnya PIKAS. MITI telah memperkenalkan Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam Swasta (PIKAS) pada 16 Jun 2021 sebagai Fasa 4 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bertujuan membantu mempercepatkan vaksinasi dalam kalangan rakyat dengan menyasarkan tenaga kerja dalam sektor pembuatan. Objektif PIKAS adalah untuk meningkatkan tahap imunisasi dalam kalangan tenaga kerja sektor perkilangan bagi mencapai imuniti kelompok seterusnya mengurangkan jumlah kluster tempat kerja COVID-19. Dengan peningkatan tahap imunisasi, pekerja-pekerja sektor perkilangan akan berasa lebih yakin dan terjamin keselamatan mereka daripada ancaman wabak COVID-19. PIKAS telah mencapai sasarannya untuk memberikan vaksin kepada lebih daripada satu juta orang pekerja yang merangkumi separuh daripada jumlah tenaga kerja berdaftar dalam sektor pembuatan di mana baki tenaga kerja sektor pembuatan telah di vaksin di bawah program vaksinasi yang lain. Kejayaan PIKAS adalah berpunca daripada kerjasama kerajaan dengan sektor swasta khususnya pihak industri sektor perkilangan yang berkongsi sumber dalam mempertingkatkan pemberian vaksin kepada pekerja. Program ini telah ditamatkan secara rasmi pada 1 November namun ia boleh diaktifkan semula apabila keadaan memerlukan untuk memastikan pekerja sektor perkilangan kekal selamat. Yang Berhormat Jerlun juga membangkitkan mengenai zon selamat perkilangan. MITI telah memperkenalkan inisiatif Safe@Work yang bertujuan untuk membolehkan kilang-kilang terus beroperasi pada tahap minimum walaupun terdapat jangkitan virus COVID-19 dalam kalangan pekerja. Safe@Work merupakan inisiatif kerajaan untuk menggalakkan langkah-langkah kesihatan awam yang komprehensif dilaksanakan secara sukarela oleh majikan dalam menangani penularan wabak COVID-19 di kalangan pekerja. Secara amnya Safe@Work menggalakkan pembentukan Gelembung Pekerja Selamat atau Safe Work Bubble untuk membolehkan kilang terus beroperasi dalam keadaan di mana terdapat sejumlah kecil pekerja yang dijangkiti COVID-19. Safe Work Bubble memastikan pekerja kes positif terus diasingkan dan dikeluarkan daripada operasi kilang untuk menerima rawatan di hospital manakala pekerja kontak rapat dibenarkan untuk terus bekerja di kilang walaupun hasil ujian saringan mereka belum diperoleh tetapi dengan pematuhan SOP yang ketat. Tuan Yang di-Pertua, inisiatif ketiga ialah automasi. Dasar negara mengenai Industri 4.0- Industry4WRD merupakan manifestasi matlamat kerajaan untuk menggalakkan peningkatan adaptasi teknologi Industri 4.0 dalam proses pembuatan serta sistem pengurusan syarikat termasuk bagi syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Dua program telah diperkenalkan, Tuan Yang di-Pertua iaitu, Penilaian kesediaan Industry4WRD yang dikendalikan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC); dan Dana intervensi Industry4WRD yang diuruskan oleh MIDA. Kedua-dua ini bertujuan sebagai pemangkin transformasi...
Minta ringkaskan jawapannya. Masa sudah tamat sudah.
...yang ke arah Industri 4.0 bagi sektor perkilangan negara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan panjang lebar tadi. Seperti mana yang kita dengar baru-baru ini ada laporan yang menyatakan bahawa kejadian COVID-19 ini akan meningkat lagi pada bulan Disember ini. Jadi, saya harap pihak kementerian akan cakna dalam hal ini dan mengambil tindakan-tindakan tertentu untuk mengawal keadaan di dalam kilang-kilang. Saya ingin bertanya sambil kita berusaha untuk mempromosi negara kita sebagai destinasi pelaburan yang menarik bagi pelabur-pelabur asing, adakah kita akan pastikan melalui SOP yang tetap bukannya melalui voluntary basis seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi agar keselamatan pekerja-pekerja kilang kita dapat terjamin dan dilakukan sebaik mungkin oleh syarikat-syarikat yang menubuhkan kilang-kilang tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya jelaskan tadi tiga inisiatif yang dikemukakan oleh kementerian iaitu program PIKAS, program Safe@Work dan juga automasi di mana untuk menjamin kesejahteraan pekerja-pekerja di sektor pembuatan. Kita nampak syarikat-syarikat yang berdaftar di bawah Safe@Work ini perlu mematuhi SOP am ataupun SOP khas yang ditetapkan. SOP ini merangkumi beberapa perkara seperti: (i) pewujudan Gelembung Pekerja Selamat; (ii) penubuhan pasukan pemantauan COVID-19; (iii) penyediaan dan pengurusan penginapan pekerja yang kondusif; dan (iv) penyediaan saluran maklumat berkaitan tatacara kawalan pandemik daripada majikan kepada pekerja. Jadi, kesemua ini langkah-langkah ini yang diambil di bawah inisiatif Safe@Work adalah bertujuan untuk menjamin keselamatan dan juga kesejahteraan pekerja-pekerja di sektor pembuatan dan perkilangan. Kita yakin dan percaya dengan pelaksanaan Safe@Work ini ia dapat membantu mengurangkan risiko penularan COVID-19 dan pada masa yang sama mewujudkan kesejahteraan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, memang kerajaan sentiasa mengadakan SOP yang ketat. Masalah yang berlaku iaitu kepatuhan pihak kilang untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Jadi, apakah kementerian akan memperketat lagi atau menambahkan lagi pendakwaan ataupun kompaun yang lebih tinggi kepada pengilang-pengilang yang ingkar? Ini kerana, kilang-kilang yang ingkar inilah yang telah memproses banyak rantaian COVID-19 di negara kita semasa pandemik berlaku. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Kinabatangan. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kinabatangan. Untuk makluman, selain daripada memperkenalkan inisiatif yang saya sebutkan tadi, sebenarnya Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berganding bahu dengan kementerian-kementerian lain termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia dengan sering menjalankan pemantauan ke atas kilang-kilang atau pun perusahaan dalam sektor pembuatan atau perkilangan. Kita juga menyediakan saluran kepada orang ramai termasuk pekerja-pekerja kilang untuk menyampaikan aduan kepada kita terutamanya kepada ketidakpatuhan SOP di sektor pembuatan. Sepanjang masa ini, penguatkuasaan pemantauan dan juga saluran yang disediakan nampaknya mendapat sambutan dan kementerian berganding bahu dengan kementerian lain akan meneruskan pemantauan ini.
Berkenaan dengan cadangan untuk meningkatkan kompaun dan lain-lain, saya fikir itu perlu dibawa untuk dibincangkan bukan sahaja di kementerian MITI tetapi juga di kementerian lain kerana ia melibatkan kementerian-kementerian lain yang sama-sama menangani penularan COVID-19 juga. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
11. Dato' Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [Parit] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan: (a) sejauh manakah tahap kebergantungan sektor perladangan terhadap tenaga kerja-kerja asing; dan (b) apakah usaha yang telah dilaksanakan oleh kementerian bagi menggalakkan penyertaan tenaga kerja tempatan ke dalam sektor perladangan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, sektor perladangan terutamanya sawit sangat bergantung kepada pekerja asing dengan pekerja asing mewakili 74 peratus daripada keseluruhan guna tenaga di sektor perladangan sawit. Bagi operasi penuaian khususnya sawit, pergantungan kepada pekerja asing adalah sangat tinggi iaitu 94 peratus. Kebergantungan sektor perladangan terhadap tenaga kerja asing adalah disebabkan rakyat tempatan kurang berminat untuk bekerja dalam sektor ini yang dikatakan bersifat 3D iaitu ‘kotor’, ‘sukar’ dan ‘bahaya’. Kerajaan menyedari bahawa pergantungan yang berterusan terhadap pekerja asing ini boleh menjejaskan sektor perladangan sawit untuk jangka masa panjang. Antara usaha yang telah dilaksanakan dan akan terus dilaksanakan oleh kerajaan bagi menggalakkan penyertaan tenaga kerja tempatan ke dalam sektor perladangan adalah seperti berikut iaitu pertama, KPPK telah menganjurkan Karnival Kerjaya Agrikomoditi 2021 secara maya dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) pada 9 dan 10 Mac 2021 dan telah mendapat penyertaan seramai 3,599 orang peserta berdaftar daripada kalangan warga tempatan dengan tawaran sebanyak 8,694 kekosongan jawatan daripada lebih 26 buah majikan di sektor perladangan dan industri komoditi. Kedua, pembangunan modal insan melalui kursus yang ditawarkan di Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC) bagi melahirkan tenaga kerja mahir dalam kalangan belia tempatan amat penting dalam sektor agrikomoditi bagi memastikan sektor ini terus berdaya saing dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. Ketiga, menggalakkan penggunaan mesin atau jentera di sektor perladangan terutamanya bagi aktiviti penuaian dan pemungutan buah tandan segar kerana aktiviti tersebut memerlukan paling ramai pekerja. Untuk itu, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM4.5 juta di bawah RMKe-11 bagi melaksanakan Skim Galakan Mekanisasi Industri Sawit (OPIMIS). Di bawah skim tersebut, pihak peladang akan mendapat diskaun sehingga 20 peratus bagi setiap jentera yang dibeli untuk kegunaan di ladang sawit. Penggunaan teknologi di sektor perladangan juga dapat menarik minta belia tempatan untuk menyertai sektor agrikomoditi. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Soalan tambahan. Silakan Yang Berhormat Parit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah pun menjelaskan. Isu tenaga kerja di perladangan ini sentiasa kita dengar dan menjadi permasalahan apatah lagi dalam tempoh suasana COVID-19 ini.
Cuma, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, sejauh mana kementerian melihat tenaga kerja perladangan boleh digantikan dengan penggunaan teknologi? Setakat mana pula amalan pertanian pintar (smart farming) yang menjanjikan keluaran hasil ladang yang lebih baik dengan alat bantu teknologi dan apakah bentuk bimbingan ataupun sokongan yang diberikan oleh kementerian bagi kita mengatasi isu tenaga kerja ini apatah lagi dalam konteks perladangan komoditi kita? Terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Memang itulah hasrat kerajaan terutama KPPK yang memang menjalankan pelbagai kajian tentang langkah bagaimana untuk mewujudkan peluang- peluang pekerjaan dan juga untuk membantu terutama kepada orang tempatan bagaimana mereka boleh mengambil bahagian dalam sektor perladangan ini. Oleh sebab itulah, pelbagai inisiatif di ambil oleh kementerian termasuklah IMPAC, yang tadi saya katakan, iaitu pelbagai cara atau langkah untuk memberi peluang atau membantu belia kita melatih mereka ke bidang ini. Ini termasuk― pelbagai inisiatif― yang ada di kementerian iaitu Skim Diskaun Cantas (SKIDIC), sebagai contoh. Bermula dari tahun 2010, setiap pembelian sebuah mesin cantas diberikan diskaun sebanyak RM1,000 di mana harga pasaran sebuah cantas lebih kurang RM2,500 hingga RM3,800. Jadi, buat masa kini, masih ada banyak baki lagi. Hampir RM192 ribu yang boleh diberi manfaat kepada belia kita Termasuk pelbagai inisiatif dalam PEMERKASA. Baru-baru ini, kerajaan bagi geran padanan iaitu RM20 juta kepada koperasi melalui PEMERKASA di mana RM20 juta ini memberi manfaat kepada 65 buah koperasi melibatkan seramai 6,000 orang pekebun kecil. Sehingga setakat inilah, sebanyak 24 buah KPSM telah membuat permohonan dan 18 buah telah diluluskan sebanyak RM1.9 juta di mana bantuan ialah kalau mendapat kelulusan, MPOB akan menanggung 75 peratus kos dan KPSM hanya menanggung 25 peratus sahaja. Itu sahaja. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan yang kedua. Saya jemput...
Jempol.
Hang Tuah Jaya.
Kena ambil sebelah ini. [Merujuk kepada blok pembangkang] Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Hei, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya sudah kalah hendak tanya lagi? [Ketawa]
Sabar, sabar.
Itu DUN. Belum Parlimen lagi. Saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi disebut Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC). Saya ingin tanya, apakah strategi kementerian dan apakah peruntukan untuk tahun ini ditambah? Ini kerana kita tahu bahawa IMPAC ini tujuannya ialah untuk menyediakan satu platform agar kita boleh melatih tenaga kerja tempatan untuk dikembangkan potensi mereka dalam sektor perladangan. Jadi, apa pandangan dan jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri? Terima kasih. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima Kasih Yang Berhormat. Itulah tadi saya katakan IMPAC itu penting. Peruntukan memang tidak begitu besar. Ini memang benar. Saya tidak dapat― jumlah itu saya tidak ada. Saya bagi secara bertulis. Akan tetapi, apa-apa pun, saya sudah katakan inilah inisiatif dijalankan oleh kementerian. Selain daripada itu, kementerian ambil inisiatif untuk bekerjasama antara kementerian dengan kementerian. Contoh, di Kementerian Sumber Manusia kerana mereka mempunyai institut latihan perindustrian. Begitu juga di Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Maka, inilah perbincangan diadakan supaya membolehkan kementerian- kementerian ini melatih belia-belia kita untuk melebihkan orang tempatan bagi menceburi dalam sektor-sektor perladangan di dalam negara kita ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih...
Jempol last. Jempol.
Yang Berhormat Jempol, ringkas sahaja. Senarai panjang lagi.
Terima Kasih Tuan Yang di-Pertua yang hebat. Soalan saya hendak bertanya, tadi ada Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut soal menggunakan machine dan sebagainya. Adakan pihak MITI memikirkan bahawa belia-belia pada hari ini tidak berminat ke ladang oleh sebab faktor harga getah, contohnya? Harga yang cukup rendah.
Maka, minat mereka ke ladang ataupun menoreh getah ini tiada. Mereka lebih suka ke kilang ataupun mana-mana yang menawarkan gaji yang tinggi. Apakah tindakan kementerian terhadap perkara peralihan penghijrahan anak muda daripada kampung, menoreh getah ke kilang? Mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Memang benar harga itu adalah satu faktor yang boleh mempengaruhi sebab itu adalah satu pendapatan kepada pengusaha terutama pekebun kecil. Oleh sebab itulah kementerian sentiasa mengambil inisiatif termasuk memberi R&D kajian-kajian bagaimana untuk menggunakan peralatan yang lebih canggih, yang boleh memberi produktiviti yang tinggi. Bagaimana kerajaan boleh bantu bagaimana buat promotion terutama produk getah kita yang boleh meningkatkan harga-harga getah ini. Akhirnya, kita mahu supaya orang tempatan terutama belia kita boleh lebih minat kemungkinan untuk gunakan teknologi yang tinggi, dapat hasil yang tinggi dan dapat pendapatan yang tinggi. Itulah yang telah diusahakan oleh kementerian. Sekian, terima kasih.
Okey, Yang Berhormat semua sekarang tamatlah sesi untuk waktu bagi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pada hari ini. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat semua yang mengambil bahagian. Usul Yang Berhormat Menteri. [Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan dalam peringkat Jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri bagi Rang Undang- undang Perbekalan 2022 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2022 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 23 November 2021”.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada yang menyokong?
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2022 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2022 JawatankuasaBill
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2022 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2022 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Pertama] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]
Saya menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan untuk mengemukakan Anggaran Perbelanjaan bagi semua kementerian. Silakan.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Keluarga Malaysia, makmur sejahtera.
Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan supaya wang sejumlah tidak lebih daripada RM156,412,858,800 yang diperuntukkan dalam Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tahun 2022 bagi Maksud-maksud Bekalan B.1 hingga B.14, B.20 sehingga B.28, B.30 sehingga B.33, B.40, B.42 sehingga B.43, B.45 sehingga B.48, B.60, B.62 sehingga B.64 untuk kementerian dan jabatan yang berkenaan dijadikan Jadual dan wang sejumlah tidak lebih daripada RM77,600,000,000 yang diperuntukkan dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tahun 2022 bagi Maksud-maksud Pembangunan P.6 sehingga P.7, P.10, P.13 sehingga P.14, P.20 sehingga P.28, P.30 sehingga P.33, P.42 sehingga P.43, P.45 sehingga P.48, P.60, P.62 sehingga P.64 dan P.70 untuk kementerian dan jabatan yang berkenaan seperti yang ditunjukkan dalam penyata yang dibentangkan sebagai Lampiran A dan Lampiran B Kertas Perintah 31 Tahun 2021 dijadikan Anggaran Perbelanjaan. Tuan Pengerusi, keperluan bagi mengadakan peruntukan Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tahun 2022 dan juga Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tahun 2022 telah pun dibentangkan. Di samping itu, penjelasan lanjut mengenai cadangan-cadangan anggaran ini adalah juga diberikan dalam Kertas Perintah 31 Tahun 2021 dan Buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2022 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 32 Tahun 2021. Oleh itu Tuan Pengerusi, saya tidak berhajat hendak memberi apa-apa penerangan tambahan lagi. Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Maka, ia semua akan terbuka untuk dibahas sebentar lagi. Sebelum kita mulakan perbahasan Yang Berhormat, izinkan saya memberikan sedikit peringatan kerana kita buat belanjawan ini setahun sekali. Ini adalah pada peringkat Jawatankuasa. Maka, mengikut Peraturan Mesyuarat 66(12), “Perbahasan hanya dihadkan kepada dasar khidmatan yang hendak diuntukkan wang itu dan tidak boleh mengenai butir-butir perbelanjaan” atau dalam bahasa Inggerisnya Peraturan Mesyuarat 66(12) perbahasa dihadkan kepada “Confined to the policy of the service for which the money is to be provided and shall not deal with the details of expenditure”. Kita ada senarai pembahas hari ini semua 41 orang dan lima orang Menteri perlu menjawab. Saya cadangkan kita hadkan masa lima minit pada setiap seorang. Yang Berhormat Ketua Pembangkang? Hendak mula kah, kerana nama tidak ada.
Terima kasih Tuan Pengerusi...
Sebelum itu Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Yang Berhormat Ketua Pembangkang hendak bahas kan?
Ya.
Sebelum itu saya perlu baca ini dahulu.
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2022 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2022 Jawatankuasa — Kepala B.1, B.2, B.3, B.4, B.5, B.6, B.7, B.8, B.9 dan B.40 [Jadual] – Kepala P.6 dan P.7 [Anggaran Pembangunan 2022] –Bill
Kepala Bekalan B.1 hingga B.9 dan B.40 dan Kepala Pembangunan P.6 dan P.7 di bawah Jabatan Perdana Menteri kini terbuka untuk dibahas. Saya menjemput Yang Berhormat Ketua Pembangkang.
Tuan Pengerusi, B.6, Butiran 020000 ini menyentuh tentang MKN dan ini terkait dengan MKN dan SOP pilihan raya negeri Melaka. Saya hendak mulakan dengan mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional yang menang di Melaka. Mudah-mudahan amanah yang dipikul, oleh itu akan disempurnakan dengan sebaiknya. Orang Barisan Nasional tidak ada yang tepuk kah? [Tepuk] [Ketawa] Terima kasih, terima kasih.
Baik, SOP ditetapkan oleh MKN dan itu hanya kemudian diikuti oleh SPR. Jadi, ini bagi saya mengikut pengalaman ini banyak mengekang kebebasan. Seperti mana yang sedia Tuan Pengerusi maklum, pilihan raya ini adalah kesempatan orang memberikan pencerahan dan penerangan tetapi kalau penerangan tidak dapat disampaikan selain pamflet juga tidak dapat bertemu maka ada kekangan yang besar dan masalah. Oleh yang demikian, mohon pertimbangan semula merubah peraturan ini supaya informed choice itu sesuai dengan democratic spirit. Untuk Sarawak, perkara ini harus disegerakan. B.7, Butiran 030000 tentang perbelanjaan pengurusan sumber manusia pasca perkhidmatan yang menjadi kontroversi baru-baru ini. Saya tegaskan bahawa ini bukan maksud untuk menyanggah secara peribadi Yang Berhormat Pekan tetapi secara prinsipnya bagaimana mungkin satu kerajaan dan Jemaah Menteri dalam keadaan kemelut ekonomi yang parah sekarang boleh dengan mudah meluluskan jumlah wang begitu besar kepada seorang mantan Perdana Menteri.
Ketua Pembangkang. Tuan Pengerusi, memandangkan jasa Perdana Menteri-Perdana Menteri yang lalu, boleh atau tidak Ketua Pembangkang bersetuju dengan saya supaya Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj diberi pampasan RM1 bilion sebab Bapa Kemerdekaan? Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Hussein, Bapa Pembangunan kita bagi RM500 juta. Tun Hussein bin Dato' Onn, Bapa Perpaduan cukuplah RM300 juta. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Bapa Pembangunan Moden, 42 tahun Perdana Menteri, kita imbuhan beri RM2 bilion. Tun Abdullah bin Ahmad Badawi, RM100 juta, Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak RM100 juta. Biar negara bankrap pun tidak apa, akan tetapi yang pentingnya imbuhan kepada bekas orang yang berkhidmat ini cukup penting. Setuju atau tidak? [Tepuk]
Tuan Pengerusi, saya faham semangat ‘hutang budi dibawa mati’ ini tetapi ini beban kepada negara. Saya percaya kalau ikut pengalaman mengenali tokoh-tokoh seperti Almarhum Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak, orang-orang ini tidak perlukan dana. Mereka berkhidmat kerana kasih kepada negara. Ini berbeza dengan yang lain-lain. Jadi, saya percaya walaupun semangat itu ada, kita minta Yang Berhormat Menteri beri penjelasan apa yang berlaku. Memang kita tahu peruntukan undang-undang, berapa yang diperolehi dan mengapa Jemaah Menteri boleh bersetuju dengan mudah kemudahan-kemudahan yang diberikan, walaupun Jemaah Menteri itu sebilangan besar daripada parti-parti Melayu dan parti Islam. Berikutnya B.6, 010000 tentang Sabah dan Sarawak. Yang Berhormat Menteri telah memberi penjelasan bahawa kerajaan tidak bermaksud untuk mengemukakan laporan Jawatankuasa Kabinet untuk menyemak pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963. Saya ingin menggesa supaya ini diperbetulkan. Harus lebih telus kerana rakyat harus tahu. Bukan sahaja rakyat Sabah dan Sarawak, tetapi rakyat Malaysia. Ada Perjanjian MA63 dan tanggungjawab kita adalah bukan sekadar memeterai perjanjian yang dibuat oleh Bapa-bapa Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak ketika itu, tetapi juga tanggungjawab generasi kini adalah untuk melaksanakan. B.8, 030000 tentang kuasa pendakwaan. Ada kes-kes tertentu, termasuk kes yang melibatkan mantan Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan. Itu keputusan mahkamah. Akan tetapi yang kita tidak faham, mengapa Peguam Negara jarang sekali - kes orang curi susu pun kadang-kadang dirayu. Kes dadah kecil, rayu. Akan tetapi apabila kes yang melibatkan mantan Yang Berhormat Menteri, tidak. Atau menarik semula rayuan. Jadi, apa yang harus dilakukan ialah untuk memastikan Peguam Negara itu lebih berwibawa, dilihat profesional dan ada integriti. Kalau dia buat keputusan begitu, dia mesti memberi penjelasan kepada negara. Dia tidak boleh membuat kenyataan kerana kalau begitu, tidak ada kebertanggungjawaban kepada rakyat. Kalau seorang mantan Yang Berhormat Menteri dah rayu pun tarik balik rayuan itu. Kerana apa? Jabatan Peguam Negara itu adalah bastion of justice and a guardian of public interest. Ini must be fiercely guarded. Jadi oleh yang demikian, saya minta jaminan
oleh Yang Berhormat Menteri supaya Peguam Negara tidak lagi dilihat sebagai tunduk kepada kuasa politik tetapi menjalankan tanggungjawab dengan bebas. Akhir sekali, 050000 bawah B.6 tentang Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional. Saya bangkitkan umpamanya kes Pandora Papers baru-baru ini dan Yang Berhormat Menteri bagi jaminan Yang Berhormat Perdana Menteri akan memanggil SPRM, Bank Negara, Jabatan Siasatan Jenayah dan Lembaga Hasil Dalam Negeri. Akan tetapi tidak ada sebarang maklumat. Tidak ada kelihatan kesungguhan, baik Bank Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri, SPRM dan Jabatan Siasatan Jenayah untuk terus – mungkin mereka lakukan tetapi kita minta penjelasan dibuat. Ini kerana jabatan- jabatan ini juga ada yang terpalit dengan beberapa tuduhan termasuk penglibatan keluarga mantan Gabenor Bank Negara dalam kes-kes berprofil tinggi seperti ini dengan Singapura. Jadi, saya minta sekali lagi supaya kes ini, saya tidak mahu– kerana ada Yang Berhormat Pekan bangkitkan. Dia kata ini tidak ada kes dan juga Global Financial Integrity (GFI) tidak ada kaitan. Saya rasa aneh kerana seperti mana yang saya telah sebutkan Global Financial Integrity Report 2019 itu meletakkan Malaysia paling tinggi aliran wang haram yang dibawa keluar iaitu USD33.7 bilion, lebih daripada RM130 bilion. Kalau RM130 bilion aliran wang haram dibawa keluar dianggap ringan, masalah malapetaka lah kepada negara ini. Jadi kita kena ingat. Selain itu GFI dan kita sudah bangkitkan tentang kenyataan yang diberi kerjasama oleh World Bank, IMF, UN dan OECD. Ini bukan perkara baru. Saya rumuskan bahawa terlalu lama laporan-laporan ini, pendedahan ini dibuat tetapi paling lembap tindakan oleh agensi-agensi terlibat dalam negara kita. Tahun 2014 - Luxembourg Leaks. 2015 - Swiss Leaks: Murky Cash Sheltered by Bank Secrecy. Tahun 2016 - The Panama Papers: Exposing the Rogue Offshore Finance Industry. Tahun 2017 - Paradise Papers: Secrets of the Global Elite dan Tahun 2021 - Pandora Papers. Saya sebut di sini tentang Global Elite, seperti juga elit politik dalam negara. Janganlah agensi ini menjadi perkakas, bersekongkol dengan elit penguasa, sama ada politik atau bisnes yang mengaut puluhan bilion ringgit tetapi tidak berani adakan siasatan. Jadi saya minta penjelasan yang lebih teliti, selain daripada jaminan Yang Berhormat Menteri bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan memanggil, memberitahu mereka supaya siasatan harus telus dan disegerakan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Pasir Mas. Silakan.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahtullahhi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus merujuk kepada butiran P.6, 03400 - Kompleks Latihan Islam/Tahfiz/Pusat Komuniti Orang Asli. Perbelanjaan sebenar 2020 adalah RM4.981 juta. Peruntukan tahun 2021 ialah RM5.662 juta tetapi kenapa tahun 2022 turun mendadak kepada RM2 juta? Adakah misi ataupun peruntukan kepada kompleks latihan ini telah pun diselesaikan sebahagian besarnya atau bagaimana? Apakah yang berlaku? Saya minta penjelasan. P.6, 09900 - Pembangunan Suruhanjaya Pilihan raya (SPR). Perbelanjaan sebenar 2020 adalah RM10.2 juta. Peruntukan tahun 2021 RM7.9 juta. Tahun 2022 turun kepada RM6.5 juta. Ia bagi saya adalah satu penurunan yang agak mendadak dalam kerajaan sedang bersiap-sedia untuk melaksanakan Undi18 dan mungkin pada tahun hadapan ini, boleh jadi akan berlaku pilihan raya dengan situasi di Melaka dan sebagainya. Kalau tanya pada saya, saya rasa lebih baik untuk kerajaan untuk menimbangkan supaya diadakan pilihan raya umum dengan seberapa segera dengan situasi sekarang kalau COVID-19 telah pun reda.
Namun, dalam situasi kita nak menghadapi Undi18 ini, saya fikir peruntukan RM6.5 juta untuk SPR ini sangat-sangat tidak signifikan dengan hasrat kerajaan itu, sedangkan tahun 2021, kita peruntukkan RM7.9 juta. Soalannya, adakah kerajaan ini benar-benar bersedia untuk melaksanakan Undi18 tahun? Itu isunya.
Kerajaan telah berkali-kali menyatakan komitmen bahawa Undi 18 ini tetap akan dilaksanakan dan telah mengambil keputusan untuk tidak membuat rayuan terhadap kes yang berlaku apabila kita disaman oleh beberapa belia untuk meminta hak mereka untuk mengundi. Jadi dalam isu 18 tahun ini, saya mohon penegasan daripada kerajaan, dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang, nak atau tak nak, apa jua yang berlaku sekalipun, Undi 18 ini wajib untuk dilaksanakan. Hak kepada anak-anak muda ini jangan kita nafikan. Mereka berhak untuk berpartisipasi dalam politik untuk menentukan siapakah yang bakal menjadi kerajaan. Proses ataupun jumlah turnout keluar mengundi di Melaka sangat-sangat kita kesali iaitu sekitar 60 peratus sahaja. Kalau kita melihat kepada saluran anak-anak muda, sangat menyedihkan. Apa yang berlaku sebenarnya, kesedaran politik di kalangan anak- anak muda ini, apakah usaha kerajaan untuk memastikan bahawa anak-anak muda bukan sekadar mereka perlu diberikan hak untuk layak mengundi, tetapi mereka juga perlu untuk digesa keluar untuk menunaikan hak mereka. Akhirnya, kerajaan di Melaka ditentukan hanya 60 peratus pengundi sahaja. Ya betul, dari sudut demokrasi, ia perlu untuk diiktiraf. Itulah dia demokrasi. Akan tetapi dari sudut realitinya, ia seolah-olah tidak dihiraukan atau sebahagian daripada rakyat seolah- olah tidak hirau lagi siapa yang memerintah. Ini berbahaya kepada masa hadapan politik negara. Maksud P.6, Butiran 94000 – Perkhidmatan Kerajaan Digital. Perbelanjaan sebenar RM1.7 juta pada tahun 2020, anggaran dipinda tahun 2021 RM23 juta. Peruntukan tahun 2022 RM177 juta. Saya ulang sekali lagi, perbelanjaan sebenar tahun 2020, RM1.7 juta. Peruntukan tahun 2022, RM177.520 juta. Apakah projek yang dilaksanakan oleh perkhidmatan kerajaan digital ini sehingga ia meningkat ratusan kali ganda daripada RM1.7 juta kepada RM177 juta? Apa projek di bawah peruntukan ini? Kenapa nilainya bertambah ratusan kali ganda? Apakah ia melibatkan software ataupun perisian-perisian tertentu? Saya mohon penjelasan. Maksud B.8, berhubung Jabatan Peguam Negara, saya ingin bertanya, setakat manakah komitmen kerajaan untuk memisahkan fungsi Peguam Negara dan Pendakwa raya yang telah disebut oleh Menteri sebelum ini dari Kota Bharu bahawa kerajaan telah memberikan komitmen untuk memisahkan fungsi kedua-duanya ini bagi menjamin aspek keadilan dan memenuhi prinsip keluhuran undang-undang. Kalau perlu kepada pindaan perlembagaan, apakah langkah-langkah kerajaan yang telah dilaksanakan untuk menuju ke arah cita-cita ini? Di bawah peruntukan SPRM, B.9, Butiran 050300 – Penyelenggaraan Bangunan, one-off. Tahun 2021 kosong. Tahun 2022, diperuntukkan RM5 juta untuk peruntukan penyelenggaraan aset bangunan ini. Apakah aset bangunan yang diselenggarakan dengan peruntukan yang tiba-tiba diwujudkan RM5 juta ini? Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Seterusnya Yang Berhormat Seputeh. Silakan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin mula dengan Bekalan 4, Butiran 010000 – Pilihan Raya. Tuan Pengerusi, Pilihan Raya Negeri Melaka baru lepas, saya berharap pihak SPR akan mengadakan perbincangan dengan semua wakil parti untuk membincangkan atau menyemak semula, reveal kesemua SOP yang dilaksanakan di PRN Melaka. Ini kerana banyak peraturan SOP yang dilaksanakan di Melaka ini memang tidak masuk akal, khususnya SOP berkenaan larangan kempen, di mana lawatan dari pintu ke pintu oleh calon dan pegawainya juga dilarang.
Saya juga tidak faham kenapakah Yang Berhormat Pagoh yang gambarnya, billboardnya boleh diadakan di seluruh negeri Melaka sedangkan kita tahu hanya gambar calon dibenarkan. Semua billboard Yang Berhormat Pagoh ini hanya dilekatkan dua atau tiga hari sebelum hari pengundian. Kenapakah double standard ini? Saya juga ingin menyeru pihak SPR untuk cetak kertas undi dalam bentuk yang berwarna. Ini kerana ada pengundi yang tidak tahu tentang logo parti dan juga tidak dapat lihat dengan jelas perbezaan di antara Perikatan Nasional dan juga Harapan itu, mereka mungkin salah pangkah, itu yang menyumbangkan kekalahan Perikatan Nasional dalam PRN Melaka yang lepas ini. Saya berharap pihak SPR akan bersetuju untuk mencetak kertas undi yang berwarna supaya logo boleh ditunjukkan dengan jelas. Tuan Pengerusi, saya nak sentuh tentang SUHAKAM. Sebelum itu, saya ingin cadangkan kepada pihak Kementerian Kewangan, selepas bajet dibahaskan, baru buku bajet dicetak dan diletakkan di atas meja kami. Dulu, selepas Menteri buat pembentangan bajet di Dewan Rakyat, kita semua Ahli Yang Berhormat, selepas itu kita akan dapat ucapan teks bajet Menteri Kewangan. Akan tetapi kali ini, kami terpaksa balik rumah, pergi cetak, pergi cari perenggan yang kita mahu pergi untuk meneliti dengan selepas itu. Saya rasa ini memang membazirkan masa. Saya menyeru pihak Kementerian Kewangan, tolonglah bagi kita ucapan Menteri Kewangan selepas Menteri bentangkan bajet. Tuan Pengerusi, saya ingin sentuh tentang SUHAKAM. Saya rasa hairan, bila saya baca yang ini, Buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2022, saya tak dapat lihat yang butiran tentang SUHAKAM. Lepas itu, baru saya difahamkan yang semua bajet SUHAKAM ini diletak di bawah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) di Jabatan Perdana Menteri. Saya rasa hairan yang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia ini tidak diberi taraf yang sama seperti SPR, SPRM dan suruhanjaya yang lain, tetapi bajet untuk SUHAKAM dimasukkan dalam agensi seperti BHEUU. Malah, tanpa sebut butiran kepada SUHAKAM dan juga bajet kepada SUHAKAM. Saya difahamkan yang bajet kepada SUHAKAM ini hanya RM12.5 juta sahaja yang memang jauh daripada apa yang diperlukan. Saya difahamkan hanya lapan hingga sembilan peratus daripada bajet ini digunakan untuk mengadakan program kerana kebanyakan bajet ini telah pun disalurkan untuk membayar gaji dan pengurusan. Saya juga difahamkan yang The Office of the Children’s Commissioner, pejabat baharu bagi Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak yang dicadangkan pada tahun 2019 di bawah SUHAKAM. Saya difahamkan yang tiada peruntukan kewangan diberikan kepada The Office of the Children’s Commissioner ini. Kenapa ini berlaku? Juga saya difahamkan, walaupun kesemua anggota Jemaah Menteri mendapat kereta baharu, Vellfire, tetapi kereta bagi anggota SUHAKAM ini sudah melebihi 15 tahun, masih belum tukar. Saya rasa yang demi menghormati hak asasi anggota SUHAKAM, tolonglah pihak Jemaah Menteri ini mempertimbangkan untuk memberi peruntukan bagi untuk memperbaharui kenderaan bagi anggota SUHAKAM. Saya juga nak ucapkan tahniah kepada pihak SUHAKAM kerana yang pihak SUHAKAM telah mendapat status A oleh Global Alliance of National Human Rights Institutions yang mengadakan peer review untuk SUHAKAM. Manakala dua lagi negara di bawah ASEAN hanya mendapat status B sahaja. Akan tetapi walaupun mereka mendapat status A, selalunya bila anggota SUHAKAM menjalankan tugas, macam mereka pergi memantau perhimpunan #Lawan itu, lepas itu mereka dipanggil untuk soal siasat oleh pihak polis. Saya rasa yang kekebalan bagi anggota SUHAKAM, imuniti ini haruslah dihormati oleh pihak polis dan kesemua agensi lain. Juga macam anggota SUHAKAM haruslah dibenarkan untuk melawat pusat penahanan dan penjara secara tiba-tiba tanpa diberitahu awal supaya mereka tahu keadaan sebenar dalam pusat penahanan dan juga penjara. Tuan Pengerusi, saya hanya nak sentuh sedikit tentang Bekalan 5, Butiran 030100 – Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) di bawah Jabatan Perdana
Menteri dan juga Bekalan 8, di perundangan di bawah Jabatan Peguam Negara. Pada dua minggu yang lepas, seorang warga Malaysia yang namanya Nagendran Dharmalingam telah dijadualkan untuk digantung sampai mati di penjara Singapura sebelum Deepavali kerana menyeludup 43 gram heroin ke Singapura bila dia berumur 21 tahun. Beliau telah dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah Singapura sejak tahun 2010. Lepas itu kita lihat ini banyak NGO membantah, Ahli Parlimen membantah dan Menteri Luar Negeri kita dan Perdana Menteri kita juga tulis surat merayu kepada Kerajaan Singapura untuk menghentikan pelaksanaan hukuman mati ke atas beliau. Tuan Pengerusi, kes seperti ini telah berulang banyak kali dan saya rasa kita juga haruslah lihat undang-undang di negara kita di mana kita masih mempunyai hukuman mati di bawah Akta Dadah Berbahaya, di bawah seksyen 39B dan 37(da) ini.
Tuan Pengerusi, kita tahu selalunya yang mereka yang dituduh menyeludup dadah, kita sebut mereka sebagai drug mules atau keldai dadah ini. Sebenarnya mereka semua adalah golongan yang kebanyakannya golongan yang terpinggir dan yang mudah terpedaya dengan ganjaran yang terdesak kerana kesusahan hidup seperti ibu tunggal dan orang yang banyak berhutang. Kita lihat contoh yang paling jelas pada 15 Oktober, seorang ibu tunggal yang bernama Hairun Jalmani yang mempunyai sembilan orang anak yang dijatuhkan hukuman mati di Mahkamah Tinggi Tawau dan kes ini mendapat simpati daripada banyak pihak. Jadi saya rasa bila kita merayu kepada pihak Singapura, kita juga haruslah lihat undang-undang kita sendiri ini. Apakah kerajaan akan juga meneliti, menyemak semula tentang Dangerous Drugs Act 1952 ini. Ini kerana di bawah Kerajaan Pakatan Harapan, di bawah mantan yang the late Datuk Liew Vui Keong dia memang pernah mengkaji pindaan undang-undang untuk memulangkan hak untuk membuat keputusan kepada hakim dan bukannya seperti apa yang ditetapkan di bawah undang-undang. Akan tetapi, selepas Kerajaan Pakatan Harapan telah pun jatuh ini macam tiada follow-up lagi jadi saya rasa saya hendak menyerulah pihak kerajaan, khususnya Yang Berhormat Menteri, memandangkan isu ini kita telah pun dibangkitkan ada perbincangan. Mungkin Yang Berhormat Menteri boleh wujudkan satu Jawatankuasa Pilihan Khas untuk mengkaji semula keperluan untuk ataupun membuat pindaan hukuman mati dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 ini supaya kita...
Yang Berhormat, sudah lebih tiga minit.
Okey supaya kita boleh menjadikan contoh kepada Singapura dan jangan kita tuduh mereka sahaja, saya rasa kita haruslah lihat undang- undang sendiri dan Yang Berhormat Pengerang yang kini sudah menjadi Penasihat Undang-undang dan Hak Asasi Manusia kepada Perdana Menteri ini haruslah memberi nasihat kepada Jemaah Menteri tentang keperluan untuk pemansuhan hukuman mati dengan mengadakan pindaan terhadap Akta Dadah Berbahaya 1952 ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Jerai, silakan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikumsalam.
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi ruang kepada saya untuk berbahas peringkat Jawatankuasa Kementerian di bawah Jabatan Perdana Menteri pertama B.6 Butiran 020500 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Saya menyambut baik terhadap penambahan peruntukan ini daripada RM27 juta kepada RM33 juta.
Apa yang paling penting dan mustahak adalah sebagaimana kerajaan akan menggunakan peruntukan ini bagi memastikan tiada ketirisan yang berlaku. Kerajaan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sudah membuat pembayaran sebanyak RM32.92 juta bagi bantuan khas pengurusan kematian COVID-19 sehingga 1 November lalu. Bantuan ini tidak mempunyai tarikh luput dan disalurkan melalui tabung COVID-19 NADMA daripada sumbangan orang ramai. Soalan saya, sekiranya sumbangan orang ramai ini tidak dapat menampung permohonan, apakah inisiatif kerajaan yang lain dalam memastikan kesemua pemohon dapat diberi manfaat yang sama? Kedua, saya merujuk kepada B.6 Butiran 020400 – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Kenapakah terdapat pengurangan daripada RM154 juta ke RM140 juta? Angkatan Pertahanan Awam memainkan peranan yang cukup penting, terutamanya semasa musim COVID-19 dan juga semasa musim tengkujuh dalam membantu kitaran kerja-kerja kecemasan. Tuan Pengerusi, Jerai merupakan antara kawasan yang sering terlibat dengan banjir. Pada 18 Ogos lalu, daerah Yan mengalami banjir yang terburuk di Malaysia yang dikategorikan sebagai bencana tahap 1. Saya mencadangkan agar sebuah pusat pengurusan bencana dapat diwujudkan. Ia boleh digunakan untuk pelbagai perkara. Antaranya sebagai pusat pembinaan banjir, operasi, latihan dan sebagainya. Saya melihat akan keperluan kenaikan pangkat dalam kalangan pegawai APM. Sekarang APM memainkan peranan yang sangat besar sebagai sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana. Saya juga merasakan perlu menjadikan anggota sukarelawan APM ini ke perjawatan tetap supaya mereka dapat berperanan dengan lebih berkesan dalam operasi membantu rakyat yang memerlukan. Pegawai-pegawai APM di daerah bergred di bawah 41. Saya mencadangkan agar mereka ini dinaikkan kepada gred 41 ke atas. Di Jerai, terdapat aduan yang saya terima dalam kalangan anggota APM yang pembayaran elaun mereka sering tertangguh. Seharusnya perkara ini tidak perlu terjadi kerana ke semua mereka mempunyai komitmen masing-masing. Selain itu, kita juga mengharapkan APM ini mempunyai bangunan sendiri untuk beroperasi. Kebanyakan pejabat mereka diduduki ialah secara tumpangan dan ada yang berkeadaan daif dan tidak selamat. Terakhir, saya merasakan sangat perlu untuk membekalkan kenderaan pacuan empat roda di pejabat APM Yan, memandangkan daerah ini sering berlaku ribut dan banjir. Seterusnya, Tuan Pengerusi perkara B.6 Butiran 030300 – Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Dalam peruntukan yang disediakan sebanyak RM64 juta saya ingin bertanyakan kedudukan Mahkamah Syariah negara kita yang saya kira agak berbeza berbanding dengan Mahkamah Sivil. Sejauh manakah usaha yang dibuat oleh pihak kerajaan melalui peruntukan ini untuk memartabatkan Mahkamah Syariah supaya paling kurang ialah sama taraf dengan Mahkamah Sivil yang ada. Ada beberapa persoalan yang perlu saya kemukakan di sini pertama adakah perjawatan hakim-hakim syarie Mahkamah Syariah sudah diperkasakan? Kedua, selain itu adakah juga peruntukan yang disediakan kali ini digunakan juga bagi tujuan membaik pulih atau penyelenggaraan bangunan dan fasiliti di Mahkamah Syariah memandangkan kebanyakan Mahkamah Syariah dalam keadaan tidak setaraf kebanyakan di Mahkamah Sivil di negara kita ini. Seterusnya, B.6 Jabatan Perdana Menteri dengan Butiran 040100...
Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Jerai.
Ya.
Tuan Pengerusi, tadi bila disebutkan tentang isu Mahkamah Syariah dan juga tentang kedudukan Hakim Syariah semuanya saya kira ia terkait rapat dengan Rang Undang-undang 355 yang selama ini diperjuangkan oleh Yang Berhormat Jerai dan juga rakan-rakan daripada parti Yang Berhormat Jerai. Mengapa pada kali ini dalam belanjawan ini agak sepi, mungkinkah
boleh diusulkan sekali oleh Yang Berhormat Jerai untuk dimasukkan juga pertimbangan untuk Rang Undang-undang 355 itu diperkasakan dalam belanjawan ini. Terima kasih.
Okey, masukkan dalam ucapan saya. Seterusnya, terima kasih...
Yang Berhormat Jerai. Yang Berhormat Jerai minta laluan sikit ya. Yang Berhormat Jerai apabila Yang Berhormat Jerai bercakap tentang peruntukan yang berkait dengan Mahkamah Syariah, satu perkara yang patut juga dilihat oleh pihak kerajaan ialah tentang penubuhan Majlis Peguam Syarie Wilayah Persekutuan. Jadi Majlis Peguam Syarie Wilayah Persekutuan ini adalah amat penting untuk diberi peruntukan khas bagi mereka mengendalikan urusan-urusan yang berkait dengan Peguam Syarie Wilayah Persekutuan sama seperti Bar Council. Jadi kalaulah Majlis Peguam Syarie ini tidak diberikan satu peruntukan, sukar untuk mereka bergerak dan kalau Majlis Peguam Syarie tidak dapat bergerak maka Mahkamah Syariah juga tidak akan dapat bergerak, akan ada kepincangan. Jadi persoalannya apakah peruntukan yang telah disediakan oleh kerajaan kepada Majlis Peguam Syarie Wilayah Persekutuan? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat yang bertanya. Jadi apa pun, menjadi harapan kita bersama agar direalisasikan apa yang disebut oleh Yang Berhormat. Saya teruskan dengan Jabatan Perdana Menteri dengan Butiran 040100 – Jabatan Kemajuan Malaysia (JAKIM). Saya ingin meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri kod 4000, di mana ada penambahan di bawah pemberian dan kenaan bayaran tetap lebih kurang RM3,589,800. Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan perkara ini. Perkara yang kedua di bawah butiran JAKIM, juga saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, bagaimana berkenaan dengan guru-guru KAFA di mana guru- guru KAFA telah pun dijanjikan penyerapan kepada jawatan tetap pada tahun 2021. Adakah perkara ini dalam kajian lagi? Kalau ada kajian, adakah tempoh masa yang tertentu? Jadi saya akhir sekian, wabilahitaufik. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikumsalam, terima kasih Yang Berhormat Jerai. Saya jemput Yang Berhormat Sungai Petani.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mulakan dengan B.6 Butiran 020000, khususnya Butiran 020300 – Bahagian Penyelidikan. Bahagian Penyelidikan di JPM adalah suatu bahagian yang amat sensitif, khususnya bahagian yang melibatkan organisasi perisikan luar negara. Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan bagaimana mantan Ketua Pengarah Perisikan pecah amanah, satu jumlah wang yang cukup besar, USD2.1 juta. Kemudian apabila beliau ditahan, duit itu pula jadi masalah dan hilang di dalam atau pada simpanan kerajaan. Jadi isu yang saya hendak bangkitkan di sini ialah sejauh manakah kerajaan memperketat perjalanan jabatan ini? Kerana jabatan ini amatlah sensitif, Tuan Pengerusi, khususnya yang melibatkan intelligence kita. Apatah lagi saya hendak tahu, apakah asasnya ada penambahan kepada hampir RM10 juta kalau berbanding dengan tahun 2021 sebanyak RM67 juta kepada tahun 2022 sebanyak RM77 juta? Itu yang pertama. Keduanya, saya lihat ada kelalaian yang ketara sekali apabila didapati bahawa mantan Ketua Pengarah, Datuk Hasanah Abdul Hamid tidak menyediakan dua perkara penting sebelum beliau menamatkan tugas beliau iaitu pertama sekali ialah penyerahan senarai tugas yang kita panggil Nota Serah Tugas. Keduanya fail meja. Bagaimana mungkin pegawai tinggi kerajaan yang melepaskan jawatan ataupun pindah jawatan tidak menyediakan dua dokumen penting ini? Sudah tentu amat mengejutkan lagi apatah lagi daripada agensi penyelidikan yang saya sebutkan tadi. Jadi, saya perlu jawapan, apakah yang berlaku sebenarnya dalam unit ini? Kerana ia melibatkan keselamatan negara.
Isu kedua yang saya hendak bangkitkan ialah Butiran 050000, khususnya Butiran 050200 – Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional. Seperti yang semua sedia maklum, satu kajian pernah dilakukan di satu universiti dalam kalangan satu ribu orang pelajar-pelajar universiti dan 16 peratus daripada pelajar-pelajar universiti itu mengatakan mereka sanggup menerima sekiranya rasuah diberikan kepada mereka. Manakala 18.5 peratus pula mengatakan sanggup memberi rasuah kepada mereka yang meminta rasuah untuk melepaskan mereka dalam sesuatu keadaan yang memberikan advantage kepada mereka. Bayangkan, Tuan Pengerusi, para pelajar ini akan masuk ke dalam lapangan sebagai penjawat awam ataupun sebagai korporat, sebagai ahli perniagaan tetapi sanggup memberi atau menerima rasuah. Soalan yang saya hendak bangkitkan ialah sejauh mana kerajaan telah pun mengambil tindakan bagi memastikan bahawa maklumat-maklumat seperti ini, maklumat- maklumat berhubung dengan kesalahan rasuah― betapa celakanya mereka yang menerima rasuah. Apatah lagi hampir 80 peratus daripada penjawat-penjawat awam di Malaysia orang Melayu dan orang Islam. Inilah yang amat-amat mengecewakan kita. Mereka yang menerima rasuah dan pemberi rasuah dalam kalangan pegawai kerajaan, 80 peratusnya orang Melayu dan orang Islam. Berbanding dengan negara-negara di Hong Kong contohnya, di Scandinavian countries contohnya, mereka bukan dalam kalangan orang Melayu, bukan dalam kalangan orang Islam tetapi kedudukan mereka jauh lebih mulia kalau dibandingkan dengan orang ataupun penjawat-penjawat awam di Malaysia. Jadi saya hendak tanya, adakah hal-hal yang berhubung dengan rasuah ini telah pun diperturunkan ilmunya, masalahnya, kecelakaannya mereka yang menerima dan memberi rasuah ini ke sekolah-sekolah? Ini kerana kalau kita hendak selesaikan masalah rasuah, Tuan Pengerusi, mesti bermula dengan anak-anak sekolah. Mesti bermula dari rumah, bukan setelah mereka― ya, Yang Berhormat Port Dickson, silakan.
Sedikit sahaja. Saya hendak minta penjelasan sahaja. Saya dengar, takut keliru. Penjawat awam ini majoritinya berkhidmat dengan baik. Jadi yang Yang Berhormat Sungai Petani maksudkan itu ialah segolongan kecil yang patut tindakan diambil. Jadi, saya hendak penjelasan itu.
Saya amat setuju dengan Yang Berhormat Port Dickson. Segelintir kecil mereka yang terlibat dalam rasuah ini telah pun mencemarkan nama baik dan kedudukan penjawat-penjawat awam. Bayangkan, penjawat-penjawat awam khususnya mereka yang berada di taraf yang bawah sekali, level yang bawah, yang bekerja bersungguh-sungguh bagi memastikan negara ini makmur, bangsa Malaysia ini makmur, tetapi disebabkan oleh mereka yang di atas, mereka yang mempunyai kedudukan yang boleh menerima rasuah dan melepaskan apa juga yang dihajati tetapi telah mencemarkan hampir 80 peratus daripada penjawat-penjawat awam ini. Jadi yang saya hendak sebutkan di sini ialah Tuan Pengerusi, bagaimanakah dan apakah strategi-strategi ataupun program-program yang telah dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan anak-anak sekolah kita, bagi memastikan mahasiswa-mahasiswa kita menerima maklumat yang secukupnya? Agar mereka menjadi rakyat yang baik, agar mereka menjadi penjawat awam yang baik, agar mereka menjadi orang-orang korporat yang baik dan usahawan-usahawan yang baik apabila mereka berada dalam lapangan dan juga dalam perkhidmatan awam. Jadi saya minta penjelasan, apakah yang telah dilakukan bagi memastikan semua ilmu, semua maklumat dan semua apa yang telah berlaku pada negara ini diperturunkan bukan sahaja di peringkat universiti tetapi juga ke peringkat sekolah-sekolah? Akhir sekali, Tuan Pengerusi, adalah apakah kerajaan telah menempatkan pegawai-pegawai SPRM ini di kesemua -agensi bukan sahaja di Federal tetapi juga di negeri-negeri (states)? Supaya rasuah ini mesti kita perangi habis-habisan bukan sahaja dalam kalangan penjawat-penjawat awam tetapi juga mereka yang terlibat dalam politik. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Yang Berhormat Parit Buntar. Silakan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin terus masuk kepada butiran yang melibatkan Pengurusan Kehakiman dan Perundangan di bawah Butiran 030300 – Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Peruntukan besar RM64 juta berbanding RM61 juta perlulah mendapat satu keberkesanan dari sudut peranan dan juga kesiapsiagaan Mahkamah Syariah kita di peringkat Wilayah Persekutuan. Saya ingin bertanya dari sudut program. Pada masa kami diberikan amanah, ada satu usaha besar yang boleh melonjakkan Mahkamah Syariah dari sudut penghakiman yang dibentuk iaitu kita cuba untuk berpindah daripada sekadar punitif kepada rehabilitatif. Malangnya, sepanjang kita melihat dan meneliti Akta-akta Mahkamah Syariah dan juga Akta Jenayah Syariah, tidak adapun pilihan bagi hakim-hakim syarie untuk membuat satu ketetapan rehabilitatif ataupun reformatif. Kalau bahasa Arab dipanggil islahi. Yang mana yang ada ialah hanya iqabi ataupun punishment semata-mata. Usaha ini sangat besar, Tuan Pengerusi. Saya minta kepada Yang Berhormat Menteri Agama dengan peruntukan besar kepada pengurusan kehakiman dan perundangan ini, kita kena teruskan dan lanjutkan usaha reformatif ini. Saya kira dalam undang-undang sivil pun perkara ini sudah pun menjadi mainstream. Bukan sekadar menghukum pesalah tetapi pada waktu yang sama, memberi ruang untuk mereka memperbaiki diri. Apatah lagi dalam konteks undang-undang syariah Islam, kebanyakan daripada peruntukan Enakmen Jenayah Syariah itu lebih bersifat kepada personal sins ataupun kesalahan-kesalahan peribadi yang perlu diberi ruang supaya mereka― tetapi saya hendak tanya. Memang tidak ada, Tuan Pengerusi. Tidak ada di dalam Akta Jenayah Syariah. Tidak ada. Itu satu soalan dan saya harap dapat diteruskan. Seterusnya saya hendak masuk kepada Butiran 040000 – Kemajuan Islam. Antara lain dalam usaha untuk mempertingkatkan undang-undang jenayah syariah ini ialah apa yang kita namakan sebagai usaha-usaha penyelarasan dan penyeragaman undang-undang syariah. Ini kerana kita sedia maklum di setiap negeri, undang-undang syariah itu ada peruntukannya sendiri dan kadangkala bercanggah antara satu sama lain dari segi ketidakseragaman.
Maka itu, bagi melihat Islam itu benar-benar adil, maka sangat perlu untuk kita menyeragamkan undang-undang ini. Ya, saya tahu ada kuasa negeri. Ya, saya tahu ada kuasa Raja-raja. Akan tetapi di situlah engagement dan cabaran yang perlu dilaksanakan dalam peruntukan besar yang telah diberikan. Tuan Pengerusi, engagement untuk menyelaraskan undang-undang syariah ini bukan baharu. Kita telah melonjakkannya, tetapi apabila kerajaan baharu datang saya tidak mendengar apa-apa usaha bagi menggambarkan betapa pentingnya undang- undang jenayah syariah ini diseragamkan. Tadi dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tasek Gelugor. Saya ingin menyokong soalan itu dan dia menyebut tentang Akta Guaman Syarie sebenarnya. Akta Guaman Syarie 2019 telah diluluskan semasa Pakatan Harapan menjadi kerajaan. Akan tetapi, malangnya setelah dua tahun lebih ia diluluskan di Dewan yang mulia ini, tidak ada usaha follow-up untuk menubuhkan apa yang diperuntukkan dalam akta itu, iaitu Majlis Peguam Syarie. Ini selalu kita dimomokkan dengan Mahkamah Syariah ini tidak ada nilai, Mahkamah Syariah ini, peguam syarie— Lalu kita usahakan sebagaimana yang tadi ditanyakan oleh Yang Berhormat Jerai tentang apakah usaha- usaha meningkatkan Mahkamah Syariah. Inilah dia, salah satu daripadanya iaitu Majlis Peguam Syarie yang diperuntukkan aktanya itu dalam Akta Guaman Syarie. Akan tetapi malangnya dua tahun, ia jadi macam terbengkalai. Setiap kali ditanyakan dalam Parlimen, masih dalam usaha sedangkan saya diberi maklum balas oleh— Maklumat yang saya dapat, tidak ada pun peruntukan untuk menubuhkan Majlis Peguam Syarie ini. Ini sangat menyedihkan. Saya pun tidak nampak dalam peruntukan ini di mana adanya ia. Saya minta Yang Berhormat Menteri memberikan jaminan iaitu perlu ada peruntukan bagi memastikan bahawa adanya Majlis Peguam Syarie yang akan
mempertingkatkan nilai Mahkamah Syariah itu sendiri dan juga peguam-peguam syarie kita. Saya juga ingin sentuh dalam butiran seterusnya ialah tentang kemajuan Islam juga yang berkaitan tentang sektor ekonomi. Saya ingin mendapatkan satu jaminan daripada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tentang bagaimana kita telah berusaha dalam sektor ekonomi dalam hal kemajuan Islam. Salah satu contohnya ialah Tabung Haji. Ia duduk di bawah JAKIM dengan maksud dalam sektor ekonomi. Saya ingin meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri dan jaminan, apakah nanti pelantikan pengerusi baharu— sebab sekarang tiada Pengerusi Tabung Haji yang baharu. Apakah jaminan bahawa pelantikan Pengerusi Tabung Haji yang baharu ini bukan daripada kalangan orang politik supaya ia kekal profesional dan ia tetap menjadi satu kebanggaan umat Islam dan ekonomi umat Islam dapat dipacu tanpa ada campur tangan politik yang keji sehingga menyebabkan Tabung Haji telah luka parah sebelum kami mengambil alih dan sudah pun dipulihkan, alhamdulillah pada hari ini. Jadi, dengan itu saya ingin minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri atas semua yang telah saya bangkitkan. Sekian, Tuan Pengerusi.
Terima kasih, Yang Berhormat Parit Buntar. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Krai.
Bismillahi Rahmani Rahim. Alhamdulilah [Membaca selawat] . Terima kasih, Tuan Pengerusi kerana memberi ruang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri. Saya merujuk kepada Butiran 010000 – Urusan Parlimen. Daripada jumlah sebanyak RM1,586,100 kepada RM564,000 sahaja. Tuan Pengerusi, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini tentang pengurangan lebih RM 1 juta untuk urusan Parlimen bagi perbelanjaan tahun 2022. Mengapakah pengurangan ini berlaku? Begitu besar sekali ini. Pada masa yang sama, saya ingin mencadangkan supaya Parlimen Malaysia memberi peluang dan menanggung perbelanjaan bagi mana-mana Ahli Parlimen untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi seperti master dan PhD sebagaimana yang dibuat oleh pihak JPA, MARA dan lain-lain lagi. Saya ingin memohon agar Parlimen memberi kursus khas terutama kepada Ahli Parlimen yang baharu khususnya selepas berlakunya PRU tentang peranan sebagai Ahli Parlimen, etika perbahasan, memahami standing order, menghormati institusi Parlimen, dan juga sudah tentunya menghormati institusi Yang di-Pertua Dewan. Hal ini sangat penting untuk meningkatkan pencapaian setiap Ahli Parlimen untuk apa jua urusan agar sentiasa kompeten dan dapat berperanan yang terbaik dalam Dewan Rakyat, seterusnya membangunkan negara yang tercinta ini. Isu yang kedua ialah Butiran 010000 – Pilihan Raya. Tuan Pengerusi, soalan saya ialah berapakah peruntukan sebenar yang telah digunakan untuk setiap Pilihan Raya Negeri seperti PRN Sabah dan terbaharu ialah PRN Melaka. Selain itu, berapakah peruntukan yang akan diberikan untuk menarik minat pengundi untuk turun mengundi terutama golongan berusia 18 tahun untuk keluar mengundi kali pertama? PRN Melaka ke-15 menyaksikan jumlah peratusan pengundian sebanyak 65.85 peratus ataupun seramai 326,068 orang pengundi daripada 495,195 orang pengundi setelah ditutup pada jam 5.30 petang. Jumlah itu adalah lebih rendah daripada jangkaan SPR yang meramalkan sebanyak 70 peratus akan keluar mengundi. Berdasarkan peratusan undi Pilihan Raya Umum Ke-14 pada tahun 2018, semua kerusi Dewan Undangan Negeri di Melaka menyaksikan peratusan undi melebihi 80 peratus. Adakah penurunan ini merujuk kepada hilang minat pengundi, terdapat sabotaj dan sebagainya? Apakah langkah yang efektif untuk menangani masalah ini? Hal ini
sangat penting bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang lebih demokratik. Peratusan keluar mengundi yang rendah dikhuatiri akan menyebabkan kerajaan yang akan dibentuk adalah oleh suara minoriti. Sekali gus, tidak menggambarkan sentimen sebenar rakyat. Tuan Pengerusi, Butiran 040100 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Saya ingin merujuk kepada isu berkaitan ajaran sesat. Sebanyak 47 kes pemujaan salah ataupun ajaran sesat dilaporkan di negara ini sejak bulan Januari 2020 sehingga bulan September 2021. Antaranya ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT). Apakah pelan tindakan pihak JAKIM dengan bajet yang telah ditetapkan bagi menangani isu ini? Butiran 06100 – Pembangunan Industri Halal. Pada tahun 2020, JAKIM mengeluarkan enam pelan tindakan bagi menangani isu keraguan status halal daging import. Adakah JAKIM berhasrat menyediakan pelan tindakan yang baharu ataupun menggunakan pelan yang sedia ada? Tuan Pengerusi, Butiran 020400 – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Saya ingin menarik perhatian pihak kementerian berkaitan dengan keperluan APM di Kuala Krai. Hal ini kerana Kuala Krai mempunyai kawasan yang cukup luas dan berbukit-bukau. Saya memohon sebuah pejabat kekal dan tambahan penjawat awam tetap untuk APM Kuala Krai. Setakat ini, pejabat APM di Kuala Krai hanya disewa dan penjawat awam yang tetap sekarang hanyalah tiga orang. Selain itu, APM Kuala Krai juga memerlukan sebuah four by four untuk pelbagai gunaan seperti menarik bot, urusan menyelamat di kawasan- kawasan off-road dan sebagainya. Saya difahamkan kenderaan yang sedia ada sudah rosak dan tidak dapat digunakan lagi. Saya melihat keperluan-keperluan asas untuk APM sangat diperlukan memandangkan Kuala Krai merupakan kawasan yang sering dilanda banjir setiap kali musim tengkujuh. Terakhir ialah Butiran 020500 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Saya ingin menarik perhatian berkaitan Bantuan Khas Hilang Pendapatan dan Bantuan Khas Pengurusan Kematian. Saya mendapat maklum balas bahawa permohonan untuk bantuan-bantuan di atas sangat lambat untuk mendapat kelulusan. Selepas mendapat kelulusan juga mengambil masa untuk mendapat bantuan tersebut. Selain itu, pemohon- pemohon tidak mendapat maklum balas tentang kenapa permohonan mereka tidak mendapat kelulusan. Saya harap NADMA mengambil berat tentang maklum balas ini supaya pemohon dapat mengetahui kenapa permohonan mereka gagal. Saya juga ingin bertanyakan apakah persiapan NADMA untuk menghadapi banjir terutama negeri-negeri pantai timur. Selain itu, apakah sebab utama kelewatan mendapat bantuan ataupun bayaran bantuan mangsa banjir? Saya dimaklumkan ia mengambil masa sehingga tiga hingga empat bulan. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Krai. Seterusnya, Yang Berhormat Penampang.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya menyentuh berkenaan dengan B.6 Butiran 010200 – Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS) dan Pejabat Persekutuan. Sebanyak RM28,996,500 diperuntukkan— Ini satu jumlah yang amat kecil. Adakah kerajaan benar-benar serius dalam melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963? Adakah kerajaan bercadang untuk memastikan bahagian ini menyelaras sepenuhnya senarai-senarai projek Persekutuan yang telah dilaksanakan di Sabah dan memastikan semua projek atau bajet yang diluluskan untuk penggunaan di Sabah dan Sarawak dapat digunakan dengan sepenuhnya?
Tuan Pengerusi, saya minta penjelasan juga bahawa berkenaan dengan Perkara 112, Perlembagaan Persekutuan. Apakah formula yang diguna pakai kerajaan dalam mengembalikan semula 40 peratus hasil yang dikutip dari Sabah dan review terakhir pada tahun 1970 di mana RM26.7 juta diberikan sebagai pemberian khas kepada Sabah. Tiada
peningkatan selain daripada waktu Kerajaan Pakatan Harapan dan Warisan di mana ada peningkatan ke RM54.3 juta dalam masa tiga tahun dan selepas itu peningkatan tiga kali ganda sebab keadaan kewangan pada waktu itu. Saya faham daripada penggulungan yang dibuat oleh Menteri Kewangan bahawa Sabah dan Sarawak telah menolak dan adakah Menteri bertanggungjawab kepada Sarawak dan Sarawak boleh memperjelaskan kenapa Sabah dan Sarawak menolak? Adakah formula yang akan dikutip adalah mengikut Perlembagaan Persekutuan iaitu pembayaran 40 peratus net revenue return to Sabah? Tuan Pengerusi, satu lagi berkenaan dengan 21 isu yang telah dikenal pasti waktu Pakatan Harapan dan Warisan di mana the late V.K Liew telah membuat kerja yang banyak untuk menyelesaikan 17 daripada 21 perkara yang telah dikenal pasti. Saya ingin bertanya kepada Menteri kenapa dalam jawapan Menteri yang baru-baru ini kepada Penampang bahawa beliau tidak inginkan untuk declassify apa perbincangan berkenaan dengan 17 ataupun 21 perkara yang telah di bincang sejak Pakatan Harapan dan Warisan. Beliau telah jadi Menteri bertanggungjawab kepada Sabah dan Sarawak selama 19 bulan atau 20 bulan dan beliau belum memberikan penjelasan, apa penyelesaian berkenaan 21 perkara yang telah dibincang selamanya. Ada juga kenyataan akhbar beliau di mana Menteri cakap bahawa ada commercial interest and hence they have to keep it, dengan izin rahsia ataupun confidential but Sabahans and Sarawakians just as much as our friends daripada Semenanjung Malaysia pun ingin tahu apanya perundingan ini because every Malaysian needs to know what is the discussion pertaining to the MA63. Saya juga ingin bawa kepada perhatian Menteri adakah 21 isu ini telah diberikan secara polisi kepada rakan-rakan kita di Sarawak sama ada, as if 21 perkara ini sudah selesai as a matter of policy because I noticed Tuan Pengerusi, pada Julai tahun ini Sarawak telah melalui PETROS telah menandatangani product sharing contract dengan PETRONAS. It is as if they have gotten the full rights to manage the oil and gas di Sarawak. I think Sabah is losing out. So, the minister has to answer to all Sabahans and Sarawakians why is this situation as such. Tuan Pengerusi, saya ingin juga menyentuh B.4. Butiran 010000 – Pilihan raya. Memandangkan bahawa anti-hopping law ataupun anti lompat yang telah diuar-uarkan dan telah juga diumumkan oleh Ahli Parlimen Bera pada September 2021 bahawa Kabinet telah meluluskan cadang untuk menggubal undang-undang anti katak, anti lompat. Kenapakah SPR tidak diberikan bajet untuk bersedia dengan by election yang akan ada selepas seorang itu menderhaka mandatnya dan juga selepas penggubalan anti-hopping law. Tuan Pengerusi, another one adalah B.9, berkenaan Butiran 020600 dan 020800 berkenaan operasi. Di Sabah, kita adanya satu skandal besar berkenaan dengan Jabatan Air pada Oktober 2016. Hingga ke hari ini kita hanya dengar bahawa pada 2018 adanya pendakwaan tetapi belum ada sesuatu jawapan ataupun keakhirannya. There is no decision. The court has not even had a trial. So, this involve hundreds of million ringgit found in an office of a former Jabatan Air director. Water problem di Sabah is serious Tuan Pengerusi. I am sure Tuan Pengerusi ada baca berkenaan dengan keadaan treated water di Sabah dan bagaimana orang-orang di Sabah tidak dapat air selama sebulan atau pun dua bulan. So, mungkin ada kaitan dengan pengurusan yang tidak dibuat selamanya ataupun tidak dilaksanakan selamanya berkenaan dengan duit yang telah didapati di pejabat Jabatan Air pada Oktober 2016 dan kenapakah hingga ke hari ini belum ada penghukuman? Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Penampang. Yang Berhormat Tebrau, silakan.
Terima kasih, Tuan Pengerusi, izinkan saya sertai perbahasan peringkat Jawatankuasa.
Cuma saya ada satu soalan sahaja mengenai detil-detil di dalam bajet ini. Pertama, ini adalah di bawah Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, di bawah Butiran 010000 – Urusan Parlimen. Saya nampak banyak penurunan dari tahun lepas. Jadi saya minta penjelasan mengapa belanjaan di bawah tajuk 10000 menurun kepada RM564 juta sahaja. Kedua, butiran pun sama ini di bawah Butiran 010000 – Urusan Parlimen, di bawah Kod 10000 dan 20000 pun menurun juga kepada RM504 juta. Minta penjelasan mengapa sudah banyak menurun? Di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan di bawah Butiran 010200, di bawah Kod 40000. Ini sudah meningkat banyak dekat RM900 ribu. Mengapa ini meningkat banyak? Minta penjelasan apa sebab perlu meningkat banyak. Lagi di bawah Perbendaharaan di bawah Butiran 020600. Ini sudah menurun RM8 juta sumbangan kepada Bank Pembangunan Islam. Apa sebabnya sumbangan menurun hampir RM8 juta? Di bawah Pencen Elaun Bersara dan Ganjaran. Butiran 020900, kod 40000. Mengapa ini sudah meningkat sebanyak RM90 juta, apa sebabnya? Di bawah Suruhanjaya Pilihan Raya. Memandangkan sekarang masih dalam wabak pandemik ini. Akan tetapi saya nampak belanjawan ataupun emolumen sudah meningkat. Jadi, adakah ini cukup untuk menangani pilihan raya akan datang. Ini di bawah Butiran 030000 di bawah kod 20000.
Lagi sekarang di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, di bawah Butiran 010300 Kod 30000. Perbelanjaan ini dijangka akan meningkat RM3.6 juta. Apa sebabnya ini perlu ditingkatkan? Lagi satu di bawah tajuk yang sama di bawah Butiran 030200, Kod 30000, mengapa perlu belanja hampir RM370,000 untuk membeli aset. Lagi dua sahaja kerana masa tidak mengizinkan Tuan Yang di-Pertua. Ini di bawah Jabatan Perdana Menteri, di bawah Butiran 011000 – Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara dan juga di bawah Butiran 011100 – Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur. Saya ternampak dua-dua ini meningkat RM15 juta masing-masing. Apa sebabnya kena meningkat? Adakah ini cukup untuk menjana ekonomi yang bertambah baik supaya Koridor Utara dan juga ekonomi Pantai timur ini dapat meningkat dengan ketara. Akhir sekali adalah di bawah Butiran 020400 – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Saya nampak perbelanjaan keseluruhannya menurun. Bagi saya APM ini memainkan satu peranan yang begitu baik, khususnya pada masa pandemik COVID-19, begitu juga kalau berlaku banjir atau apa-apa bencana. Jadi, saya haraplah ini dapat diberi perhatian. Adakah ini cukup untuk memastikan perkhidmatan mereka terus meningkat supaya masyarakat dapat manfaat dari mereka? Begitu juga dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di bawah Butiran 020500. Saya nampak ada peningkatan. Adakah ini cukup? Ini kerana mereka pun memainkan satu peranan yang begitu baik pada masa pencemaran, khususnya pada masa pencemaran di Sungai Kim Kim. Mereka telah memainkan satu peranan yang baik bagi memastikan mangsa-mangsa dapat dipindahkan dan juga isu-isu ini dapat ditangani dengan baik. Itu sahaja dari saya. Terima kasih.
[Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Seterusnya Yang Berhormat Tumpat teruskan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pertamanya saya ingin menyentuh Maksud Bekalan 4 – Suruhanjaya Pilihan Raya, Butiran 010200 – Operasi. Kita sedia maklum bahawa Pilihan Raya Negeri Melaka merupakan satu benchmark kepada pelaksanaan pilihan raya umum PRU-15 yang akan diadakan dalam norma baru sesuai dengan fasa endemik kelak. Sudah tentu pelbagai
aspek penambahbaikan dapat diteliti sepanjang PRU Melaka tersebut berlangsung untuk pelaksanaan PRU-15 nanti. Sehubungan itu, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah aspek penambahbaikan terhadap prospek kawal selia pengoperasian PRU-15 bermula daripada penamaan calon, siri-siri kempen sehinggalah kepada hari pengundian bagi memastikan pelaksanaan pilihan raya tidak memberi kesan secara langsung terhadap kadar jangkitan COVID-19 di seluruh negara. Oleh sebab pilihan raya umum ini berlangsung di seluruh negara, justeru amat wajar untuk kita menyediakan satu bentuk kawal selia operasi prosedur yang ketat bagi memastikan semua pihak mematuhi garis panduan yang disediakan, sekali gus pengawalan terhadap kadar jangkitan virus COVID-19 dalam negara. Keduanya, saya ingin bertanya mengenai aspek pemantauan dan penguatkuasaan kempen sepanjang pilihan raya berlangsung. Soalan saya, apakah SPR mempunyai satu badan pemantau yang khusus untuk menilai pematuhan calon-calon yang bertanding serta parti-parti politik terhadap sebarang peraturan pilihan raya? Sejauh manakah semua ini diberi perhatian oleh SPR sendiri? Ketiga, kita sedia maklum mengenai pelaksanaan daftar pengundi automatik serta Undi 18. Antara perkara yang dibangkitkan oleh orang ramai adalah mengenai soal minat dan kematangan politik golongan muda, khusus dalam konteks pentadbiran dan dasar kerajaan. Cuma apa yang saya teliti setakat ini tidak nampak satu pelan tindakan yang jelas terhadap aspek pendidikan politik ini ditekankan oleh kerajaan ketika ini, khususnya kepada golongan muda. Justeru, soalan saya berapakah peratus saluran pengundi muda yang turun dalam PRN Melaka baru-baru ini? Apa yang sedang dirangka oleh pihak SPR untuk meningkatkan tahap kesedaran dan partisipasi golongan muda dalam demokrasi di negara ini. Keempat, saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya dapat menggazetkan tarikh pilihan raya umum lebih awal, sekurang-kurangnya enam bulan daripada tarikh pilihan raya bagi memberikan peluang kepada semua pihak terlibat supaya dapat bersedia menghadapinya. Apatah lagi dalam suasana norma baru yang memerlukan perancangan yang lebih rapi bagi menghadapinya. Mohon penjelasan kerajaan. Seterusnya Bekalan Pembangunan 6 – Jabatan Perkhidmatan Awam Butiran 020400 – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Tuan Pengerusi, peruntukan baru di bawah Kod Aset disalurkan dengan jumlah RM2.7 juta. Saya ingin mendapatkan kepastian mengenai pembangunan aset APM yang sedang dirancang bagi membantu melancarkan operasi menyelamat dan sebagainya, khusus melibatkan kenderaan pacuan empat roda selain lori bersaiz tiga tan dan bot bersaiz kecil. Selaras dengan itu juga, saya ingin bertanya, sejauh manakah kesediaan aset-aset semasa di bawah seliaan APM bagi mempersiapkan agensi ini menghadapi ketidaktentuan cuaca dan musim tengkujuh ketika ini? Saya juga ingin tahu mengenai kesediaan aset APM tadi khusus di kawasan Parlimen Tumpat kerana kebiasaannya Tumpat sering kali menjadi kawasan berlakunya banjir termenung. Maka, kesiapsiagaan daripada aspek keanggotaan dan aset seperti bot sangat menjadi keutamaan di Parlimen Tumpat. Oleh itu, mohon respons daripada pihak kementerian dalam hal ini. Seterusnya Maksud Bekalan 6 – Jabatan Perdana Menteri, Butiran 020100 – Majlis Keselamatan Negara. Saya mengikuti langkah kerajaan yang berhasrat membentangkan sembilan garis panduan am berdasarkan kepada Akta Pencegahan dan Pengenalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi mempersiapkan negara mendepani fasa endemik kelak. Cuma sedikit kegusaran timbul kerana kebelakangan ini kita melihat peningkatan kadar jangkitan yang melebihi paras R-naught 1.0. Kita semua sedia maklum bahawa dalam fasa endemik kelak sangat bergantung kepada sejauh mana kekuatan dan durasi ketahanan vaksin ketika ini. Justeru, saya ingin mendapatkan pandangan kerajaan mengenai pelan kontingensi yang disediakan bagi menghadapi situasi semasa di bawah MKN. Apakah
ada satu indikator khusus untuk negara benar-benar bersedia keluar daripada Pelan Pemulihan Negara kepada satu pelan yang lebih khusus menghadapi fasa endemik? Adakah dengan peningkatan kes dan kadar jangkitan semasa membolehkan kita berpindah ke fasa endemik dengan selamat? Saya juga ingin mengetahui apakah sebenarnya langkah strategik kementerian untuk membentuk semula kesedaran rakyat terhadap pematuhan SOP serta kesedaran terhadap bahaya virus ini. Seterusnya Tuan Pengerusi, Butiran 010400 – Dasar Penyelidikan dan Perancangan. Kita sedia maklum bahawa sektor perolehan awam menjadi antara lubuk kepada jenayah rasuah berlaku,bersandarkan kepada statistik 42.8 peratus daripada keseluruhan aduan berkenaan dengan rasuah berpunca daripada ruang lingkup perolehan awam sepanjang tahun 2013 sehingga tahun 2018. Saya kira pelbagai perincian inisiatif telah dikemukakan dalam Pelan Anti Rasuah Nasional 2019-2023 menyentuh perkara ini.
Oleh itu saya mohon perkembangan terkini perancangan kerajaan dengan inisiatif yang dirangka di bawah Bidang Keutamaan Perolehan Awam Strategi 3 mempertingkatkan keberkesanan...
Tumpat.
...Dan ketelusan perolehan awam khusus melibatkan penggubalan...
Yang Berhormat Tumpat. Sedikit sahaja.
Sekejap, saya sudahkan dahulu. Penggubalan satu, Dasar Perolehan Awam yang khusus bagi membolehkan seseorang yang terlibat dengan pemberian sesuatu perolehan tidak mempunyai sebarang bentuk kepentingan peribadi. Sejauh mana dasar tersebut sedang diteliti ketika ini bagi memastikan nilai integriti terhadap sebarang bentuk perolehan awam dapat dibangunkan, serta apakah bentuk libat urus dijalankan oleh kerajaan bagi memastikan dasar yang digubal bersifat komprehensif dan inklusif? Perkara ini perlu diberi perhatian oleh kerajaan...
Tumpat, Yang Berhormat Tumpat...
...Menyalahkan penjawat awam secara pukal khususnya terhadap pegawai-pegawai yang beragama Islam seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Sungai Petani tadi dalam perbahasannya, adalah sangat tidak patut. Okey, dipersilakan.
Ringkas ya, ringkas.
Terima kasih, Yang Berhormat Tumpat. Adakah Yang Berhormat Tumpat setuju laporan media yang baru-baru ini pada 19 November, mengatakan dana 1MDB ada kaitan dengan bekas Gabenor Bank Negara iaitu Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti, nama suaminya disebut dan jumlah wang sebanyak USD15.4 juta bersamaan dengan RM65 juta telah terlibat. Adakah Yang Berhormat Tumpat setuju agar pihak SPRM dan pihak yang lain untuk mengambil tindakan sewajarnya secepat mungkin. Ini kerana seluruh negara sudah tergempar dengan berita ini, rakyat hendak tahu, apakah pandangan Yang Berhormat Tumpat?
Yang Berhormat Tumpat, ringkas, Yang Berhormat Tumpat.
Saya bersetuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Baling tadi, dan boleh dimasukkan dalam ucapan saya dan jawapan yang diperlukan oleh Yang Berhormat Baling itu saya mengharapkan dijawab oleh Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Tumpat dan Yang Berhormat Baling. Yang Berhormat Tuaran, silakan.
Terima kasih, Tuan Pengerusi kerana beri peluang ke Tuaran untuk turut berbahas peringkat Jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri. Saya ingin berbahas bagi Maksud Tanggungan 3 – Ketua Hakim Negara, Hakim Besar dan Hakim bagi Butiran 030000 – Mahkamah Tinggi. Dalam bajet ini telah diberi peruntukan untuk Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan juga Mahkamah Tinggi. Saya ingin mencadangkan bahawa di bawah butiran ini masa sudah tiba bagi Mahkamah Tinggi ini dipecahkan kepada satu iaitu butiran untuk Mahkamah Tinggi Malaya dan juga Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak. Dengan jelas di bawah Mahkamah Persekutuan dan juga dalam Judicature Act menjelaskan bahawa terdapat empat buah mahkamah di negara kita iaitu Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan juga Mahkamah Sabah dan Sarawak. Dalam hal ini, sehingga hari ini tidak ada bajet khas telah diperuntukkan untuk Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak dan masa sudah tiba sebab adalah untuk lebih di Sabah dan Sarawak dapat memberi perkhidmatan yang lebih berkesan dan juga supaya ia dapat menyesuaikan situasi di Sabah dan Sarawak, perlu diwujudkan diberi bajet khusus. Seterusnya Tuan Pengerusi, saya juga beralih ke Butiran 010200 – Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS) dan Pejabat Persekutuan. Saya bersama dengan Yang Berhormat Penampang menyatakan bahawa kita berterima kasih diwujudkan unit ini sebab Sabah dan Sarawak mempunyai kedudukan istimewa di negara kita ini seperti mana terletak dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Saya ingin bertanya ada beberapa perkara yang ditangani oleh unit ini iaitu pertamanya, apa status pindaan Artikel 122, Perlembagaan Persekutuan 1994 yang pernah saya juga bangkitkan dalam Dewan yang mulia ini? Apa status pindaan tersebut, adakah ia valid? Adakah ia boleh diteruskan ataupun apakah ini boleh dipinda supaya kuasa TYT Sabah dan Sarawak untuk melantik Judicial Commissioners akan dikembalikan? Seterusnya dalam hal Artikel 112D iaitu berkenaan dengan special grant untuk Sabah dan Sarawak. Saya ingin bertanya, sejauh manakah unit ini telah memperjuangkan perkara ini? Ya, seperti yang kita tahu bahawa peruntukan khas untuk Sabah dan Sarawak lebih kurang RM26 juta setiap tahun dan kita telah meminta supaya ia ditingkatkan dua kali- ganda setiap dua tahun dan sebagainya. Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk meningkatkannya? Ketiganya ialah berkenaan dengan RCI pendatang asing di Sabah yang telah pun selesai telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini tetapi setelah sekian lama tidak ada apa kesudahannya. Tidak ada apa-apa pun tindakan. Saya ingin bertanya, saya difahamkan seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri hari itu bahawa unit ini akan diberikan tanggungjawab dalam hal ini. Saya ingin bertanya bahawa pendatang asing di Sabah ini ada empat kategori iaitu satunya Pendatang Asing Tanpa Izin dan yang keduanya pelarian dari Filipina, yang ketiganya stateless dan yang satu lagi ialah mereka yang telah mendapat IC secara rasuah ataupun Projek IC. Jadi saya ingin bertanya apakah cadangan-cadangan untuk menyelesaikan setiap perkara yang saya sebutkan tadi. Seterusnya Tuan Pengerusi, saya juga ingin bersama-sama dengan Yang Berhormat Penampang untuk membangkitkan Butiran 010800 – SPRM Negeri. Juga disebut oleh Yang Berhormat Penampang tadi bahawa tahun 2016 dahulu SPRM telah mendapat lebih kurang RM114 juta- duit tunai dan selepas itu ditemui beberapa buah kereta mewah dan juga pelbagai- ditemui juga RM30 juta- di bank di luar negara seperti di Australia dan New Zealand. Duit itu, Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan masalah non-revenue water di Sabah tetapi sehingga pada hari ini non-revenue water di Sabah masih lagi 52 peratus dan seperti mana juga yang dinyatakan juga oleh Yang Berhormat Penampang sebentar tadi bahawa masalah Sabah sekarang dari segi bekalan air sangat-sangat teruk dan
sehinggakan pihak resident committee bergaduh dengan pihak management committee dan sebagainya. Sebenarnya, masalahnya iaitu sumber air. Seterusnya Butiran 010000 – Pilihan Raya. Saya ingin bertanya, sekarang ini sudah diluluskan undi secara automatik untuk Undi 18? Saya ingin bertanya, sama ada yang undi mati- adakah ini akan di delete secara automatik apabila pengundi itu mati, asal ada Surat Kematian, dan sebagainya, adakah di delete secara automatik. Terakhir butiran mengenai SEDIA, Tuan Pengerusi. Saya difahamkan bahawa di Sabah ini sudah ada invest Sabah untuk menarik pelaburan dan sebagainya. SEDIA juga terlibat dalam menarik pelaburan tetapi perlu penyelarasan dan saya ingin tahu, apa langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak Jabatan Perdana Menteri untuk memastikan supaya SEDIA itu dapat dikenal pasti, apa peranannya sebenar berbanding dengan apa yang dibuat oleh kerajaan negeri supaya tidak ada pertindihan, adanya kerjasama di antara dua buah agensi yang untuk membuat pelaburan ke negeri Sabah ini. Sekian, dan terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Tuaran. Yang Berhormat Batang Lupar, dipersilakan.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Maksud B.6 – Jabatan Perdana Menteri, Butiran 010700 – Unit Perancang Ekonomi. Saya percaya kerajaan sememangnya sentiasa memantau keadaan ekonomi lebih-lebih lagi sejak pandemik COVID-19 berlaku. Jadi saya hendak mendapat beberapa penjelasan mengenai pendekatan jangka masa pendek dan panjang dan langkah proaktif yang diumumkan oleh kerajaan dalam membuat pengubahsuaian yang spesifik bagi menjajar semula dasar negara. Seiring dengan perubahan senario ekonomi global yang faktornya berada di luar kawalan kita, ini perlu dilakukan untuk kita terus memulihkan ekonomi dan paling tidak rakyat dapat hidup seperti mana sebelum ini dengan kadar pengangguran yang rendah, gaji yang setimpal dan kos sara hidup yang tidak membebankan. Ia tidak dapat dilakukan di peringkat dasar malah pelaksanaan adalah sangat penting dengan melibatkan Ahli Parlimen yang lebih memahami keadaan di akar umbi. Setiap apa yang kami ‘lok laung’ dan tuntut di Dewan yang mulia ini membawa suara rakyat yang kami perjuangkan. Sebagai agensi pusat yang merentasi kesemua kementerian termasuk Kementerian Kewangan, saya sangat menyambut baik untuk EPU menimbang peruntukan yang dipohon dan sebarang proses penambahbaikan harus terus dilakukan melibatkan Ahli Parlimen dan bukan hanya kementerian dan kerajaan negeri. Dalam membuat perancangan prestasi dan langkah pembangunan ekonomi negara, saya berpandangan bahawa EPU perlu memastikan Program Pembasmian Kemiskinan secara menyeluruh meliputi bandar dan luar bandar dengan mengambil kira paras garis kemiskinan terkini dengan lebih bersasar dan memperkukuh perlindungan sosial rakyat terutamanya golongan yang mudah terjejas serta lebih tertumpu kepada golongan rentan, kurang upaya, wanita, warga emas dan yang kehilangan pekerjaan. Selain daripada itu, menentukan pengagihan yang seimbang antara wilayah khususnya pada Sarawak bagi mengurangkan jurang pembangunan antara wilayah dan memastikan peluang pembangunan disediakan bagi perusahaan mikro, perusahaan kecil dan sederhana serta perusahaan bumiputera di sepanjang rantaian bekalan merupakan perkara yang perlu diambil kira dalam perancangan ini. Penekanan kepada pencapaian...
Yang Berhormat Batang Lupar, bolehkah mencelah?
Masa sedikit.
Sedikit sahaja, sedikit sahaja. Bolehkah Yang Berhormat Batang Lupar bersetuju dengan saya, bahawa ada sepuluh buah daerah yang termiskin di negara Malaysia ini ada lapan di Sabah dan satu di Sarawak, bolehkah tumpuan tadi, kerja-kerja pembasmian kemiskinan itu dilakukan, dilaksanakan di daerah-daerah yang saya sebut?
Saya amat setuju dengan cadangan daripada Yang Berhormat Beaufort sebab satu dari kawasan itu termasuk kawasan saya juga, Yang Berhormat Beaufort. Oleh sebab itu saya kata, mesti secara bersasar. Kita mesti melakukan yang terbaik supaya kita fokus kepada keadaan kemiskinan di kawasan tersebut. Sekarang saya sampai ke Matlamat Pembangunan Lestari 2030 (SDG 2030) perlu diselaraskan dengan penjajaran dasar, program dan projek di bawah Bajet 2022 lebih spesifik kepada pencapaian setiap 17 matlamat SDG. Kerajaan juga harus memberi penekanan kepada aspek pencapaian SDG dalam setiap program dan projek yang hendak dilaksanakan dalam perbelanjaan mengurus dan pembangunan masing-masing. Saya juga menyambut baik dengan pemakluman bahawa mulai Bajet 2022 dan ingin mendapat penjelasan mengenai semua program dan projek akan diberi tag SDG bagi memudahkan pemantauan pengagihan peruntukan mengikut SDG yang dilakukan. Butiran 010800 – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Pandemik COVID-19 telah melonjakkan kepentingan statistik yang mengubahkan bidang perangkaan apabila data diperlukan setiap masa dan kemas kini dengan pantas. Penyebaran cepat data granular atau terperinci dan telus amat dikehendaki warga Malaysia yang semakin prihatin tentang isu statistik. Saya juga ingin memastikan bahawa supaya di dalam mengemas kini data yang berkaitan dari semasa ke semasa, manual Analisis Bajet Gender (Gender Analysis Budget) perlu dijadikan rujukan dan sesi konsultasi perlu diadakan dari semasa ke semasa agar sasaran ini dicapai. Walaupun pihak kementerian telah mengeluarkan arahan bagi pematuhan kepada inisiatif ini, namun ketiadaan pemantauan yang menyeluruh menyebabkan ia hanya sekadar dasar di atas kertas. Saya berpandangan bahawa Jabatan Perdana Menteri atau MOF perlu menjadikan anchor kepada penambahbaikan bajet gender agar bukan hanya dasar dapat diperkenalkan tetapi perkara yang lebih besar pelaksanaannya menepati garis panduan dan pemantauan serta penilaian yang konsisten. Saya amat mohon supaya pihak DOSM mengadakan Sex Aggregated Data untuk keperluan perancangan masa depan. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Batang Lupar. Sebelum saya tangguhkan, saya ingin senaraikan nama-nama Yang Berhormat yang akan berbahas di antara 2.30 petang hingga 3.30 petang nanti. Dimulakan pada 2.30 petang oleh Yang Berhormat Padang Rengas diikuti oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berikut iaitu Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Sabak Bernam, Yang Berhormat Sungai Buloh, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Pokok Sena dan Yang Berhormat Jempol. Ya, antara 2.30 petang hingga pukul 3.30 petang, insya-Allah. Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat. [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Yang Berhormat semua, Mesyuarat ditangguhkan dan akan disambung semula jam 2.30 petang nanti. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.05 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Padang rengas untuk berbahas, lima minit.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya rujuk kepada 040000 - Peguam Negara dan juga kepada 010000 - Suruhanjaya Pilihan Raya. Utamanya kepada tajuk Penasihat Perundangan - 040100 dan juga Penyelidikan - 040300 dan juga 030000 - Dasar Baharu SPR dan juga 04000- one-off. Saya hendak bercakap tentang anti-hopping law ini. Kalau kita masih ingat itu bahawa tahun lepas dalam perbahasan bajet, Padang Rengas telah bercakap dengan begitu panjang lebar berkenaan dengan anti-hopping law. Satu tahun telah berlalu Tuan Pengerusi, tetapi kita lihat tidak ada apa-apa yang dilakukan sama ada oleh pihak kerajaan, ataupun pihak Parlimen oleh sebab kita ini separation of powers. Jadi apa yang telah berlaku kita tengok baharu-baharu ini, satu Pilihan Raya Negeri di Melaka yang tidak pun dimahukan oleh mana-mana pihak, telah berlaku di atas lompatan dua orang ahli Dewan Undangan Negeri di Melaka, empat sebenarnya, dan ini telah menyebabkan Pilihan Raya Negeri terpaksa diadakan. Kita semua tidak mahu oleh sebab COVID-19 tidak habis lagi dan pemulihan ekonomi, kerajaan sedang berusaha dan kedua-duanya masih lagi merupakan masalah yang dihadapi oleh rakyat. Akan tetapi ahli-ahli politik yang tidak bertanggungjawab, yang mempunyai kepentingan diri, telah membuat satu tindakan yang sekali lagi mengkhianati keputusan yang telah dibuat oleh rakyat pada PRU 14 dahulu. Ini kalau hendak dikirakan dua kali pengkhianatanlah. Satu, menolak keputusan PRU 14 dahulu dan memberikan PH sebagai kerajaan, dan yang keduanya pula apabila kerajaannya dinaikkan itu, dijatuhkan lagi. Jadi sebenarnya rakyat sudah menyampah, benci, bosan dan meluat dengan ahli- ahli politik yang macam ini. Langsung tidak meletakkan kepentingan rakyat di atas kepentingan peribadi. Pada hari ini, saya kira satu profesion yang sangat dikutuk oleh rakyat ialah ahli politik, Ahli Parlimen, ahli Dewan Undangan Negeri, Senator, semuanya. Saya rasa pada hari ini rakyat memang bosan dan sudah meluat. Oleh sebab itulah mereka yang telah menjatuh dan melompat apabila bertanding semula sebagai calon, mereka telah dihukum oleh rakyat, kalah. Jadi oleh sebab itu saya pada hari ini dalam masa yang begitu singkat, hendak meminta, pertama sekali kepada Tuan Yang di-Pertua, sebagai ketua kita dalam Parlimen ini, untuk dengan segera mengadakan Select Committee dan panggil semua mana-mana parti menghantar wakil untuk menjadi sebagai ahli Select Committee ini dengan dipengerusikan oleh Speaker sendiri supaya kita dapat menyelesaikan masalah ini secepat mungkin. Keduanya, saya juga minta kepada Yang Berhormat Menteri yang bertanggungjawab kepada undang-undang supaya dia juga mengambil inisiatif iaitu bahawa mesti bawa perkara ini ke muka mesyuarat Jemaah Menteri secepat mungkin, supaya mungkin boleh dikerahkan kepada Attorney-General untuk mengadakan kerangka, penyiasatan ataupun town hall meeting. Akan tetapi saya ingat tidak payah town hall meeting, semua sudah meluat dengan anti-hopping ini. Jadi bermakna kita kena buat segera kerana kita semua faham iaitu pilihan raya ini, kalau tidak diadakan tahun hadapan pun paling lewat tahun 2023. Kita ada masa dua tahun. Jadi saya minta tolonglah. Ambillah perkara ini dengan serius, saya kita bukan sahaja Ahli Parlimen dalam Dewan ini, tetapi juga rakyat di seluruh tanah air kita akan menyokong dengan kuat dan
bersungguh-sungguh kalau sekiranya kita mengadakan anti-hopping law ini dengan secepat yang mungkin yang boleh kita lakukan. Saya juga mengambil kesempatan yang terakhir ini untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas kemenangan parti Barisan Nasional dalam PRN Negeri Melaka pada baharu-baharu ini. Jadi saya ucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah bekerja keras untuk memenangkan Barisan Nasional baharu-baharu ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Rasah.
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi atas peluang yang diberikan untuk saya membahaskan peringkat Jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri. Perkara pertama yang saya hendak sebutkan pada petang ini adalah berkenaan dengan keseluruhan peruntukan pembangunan di bawah JPM. Kalau tahun lepas, RM7.220 bilion dan pada Bajet 2022 ini, dinaikkan lebih kurang 6 peratus kepada RM7.677 bilion. Saya hendak tanya, kenapa ada kenaikan hampir RM400 juta ini? Lebih daripada RM0.4 bilion ini padahal peruntukan pembangunan untuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkurangan. Apakah logik dia? Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri-menteri yang terlibat. Oleh sebab pada ketika kita menghadapi pandemik, walaupun kes kita ada turun sedikit, tetapi masih dibelenggu, diselubungi oleh pandemik COVID-19. Jadi lebih suai manfaat sekiranya peruntukan yang besar diberikan kepada KKM. Perkara yang kedua Tuan Pengerusi, adalah berkenaan dengan Jabatan Peguam Negara di bawah Maksud Bekalan 8 Butiran 010000 pada Bajet 2021 RM178 juta, bajet kali ini RM182 juta, tidak banyak beza. Saya hendak ambil peluang ini hendak tanya pihak Yang Berhormat Menteri yang berkenaan, apakah ada cadangan atau pun perancangan daripada pihak kerajaan untuk mengasingkan split of power, mengasingkan kuasa Peguam Negara daripada Pendakwa Raya?
Kita tahu Peguam Negara kita hari ini memiliki kuasa yang sangat hebat, kuasa yang dahsyat. Dia seolah-olah antara manusia yang paling berkuasa di bumi Malaysia. Jadi kuasa ini perlu dipecahkan. Jadi saya mohon apakah ada perancangan. Saya nampak gaya tidak adalah. Kalau dia setakat bajet pun lebih kurang sahaja saya nampak. Perkara ketiga yang saya hendak sebutkan adalah di bawah Butiran 70105 khas untuk Perbadanan Kemajuan Negeri Sembilan sebanyak RM800,000. Bukan RM800 juta. Saya nampak negeri lain, Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka semua dapat berjuta-juta. Kenapa, kenapa pinggirkan, anak tirikan Negeri Sembilan? Sebab Negeri Sembilan ini masih di bawah Pakatan Harapan? Lebih teruk lagi saya nampak tidak ada peruntukan untuk Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dan negeri Pulau Pinang. Yalah, kita tahulah kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan tetapi janganlah disebabkan di bawah Kerajaan Pakatan Harapan, rakyat di ketiga-tiga negeri ini terpinggir ataupun dipinggirkan oleh kerajaan padahal diuar-uarkan Keluarga Malaysia. Kalau Keluarga Malaysia, peruntukan sepatutnya sama sebab PKNS ini, Perbadanan Kemajuan Negeri adalah sangat penting untuk pembangunan, kemajuan dan untuk merancakkan ekonomi di peringkat negeri masing-masing. Jadi saya mohon satu jawapan daripada pihak Menteri yang akan menggulung. Perkara keempat Tuan Pengerusi, bawah Butiran 93500 – Projek Khas. Tahun lepas hanya guna RM98 juta. Tahun 2020 hanya guna RM98 juta. Bajet 2021 naik kepada RM266 juta. Kali ini RM1 bilion, naik berkali ganda. Apa benda ini, saya hendak tanya. Apakah RM100 juta yang hari itu hampir-hampir diberikan kepada bekas Perdana Menteri termasuk dalam ini ataupun penambahan ini selaras dengan kemungkinan PRU akan diadakan untuk kepentingan politik, untuk kepentingan parti-parti yang dalam kerajaan. Saya mohon penjelasan. Ini RM1 bilion, sesuatu yang sangat menakutkan, sangat
membimbangkan rakyat. Kena ada detail, kena ada mekanisme macam mana penyaluran dan sebagainya. Bukan sebab dekat pilihan raya, kita boleh sewenang-wenangnya naikkan kepada RM1 bilion. Sudahlah nama projek khas. Apa benda yang khas? Apa projek mega? Buktikan projek mega, projek-projek yang dinyatakan tersebut memberikan manfaat dan faedah kepada rakyat dan bukannya untuk kepentingan politik. Perkara kelima di bawah 09910 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Saya nampak tahun lepas RM10 juta, tahun ini RM17 juta. Untuk NADMA juga di bawah peruntukan bekalan Butiran 020500 hanya RM560,000. Saya hendak cadangkan di sini, khas untuk peruntukan NADMA ini perlu dinaikkan. Kita tahu kerajaan pun sudah commit, setiap kematian yang disebabkan oleh COVID-19, mangsa ataupun waris ataupun keluarga mangsa boleh mendapat RM5,000 pampasan dari kerajaan. Hari itu dimaklumkan tidak ramai yang menuntut, hanya beberapa ribu sahaja daripada hampir 30,000 kematian. Jadi, saya minta macam ini. Tambahkan bajet ini. Ini saya sokong tambah bajet. Kaji semula supaya semua yang berlaku kematian kita masukkan wang terus kepada akaun waris. Kalau ada orang rumah, kita bagi sahaja. Kalau ada anak, kita bagi anak. Kalau yang tidak ada, yang bujang, kita bagi ibu bapa dia dan waris yang sah. Ikut undang-undang. Jangan tunggu mereka tuntut. Setakat RM5,000 bagi mereka saya rasa kita patut sokong untuk tambahkan. Sebab saya rasa ini sangat penting untuk membantu keluarga yang terlibat dan satu perkara lagi Tuan Pengerusi ialah berkenaan dengan Butiran 93600 – Projek Mesra Rakyat. Tahun lepas RM333 juta, kali ini RM444 juta. Saya hendak tanya, kalau ikutkan nombor RM444 juta ini, apakah setiap Parlimen— sebab kebetulan kita ada 222 Parlimen. Apakah setiap Parlimen akan mendapat RM2 juta iaitu pembahagian ataupun pengagihan sama rata supaya rakyat di semua kawasan tidak kira diwakili oleh wakil kerajaan ataupun wakil rakyat pembangkang, sama-sama mendapat limpahan ataupun faedahnya. Perkara terakhir yang saya hendak sebutkan Tuan Pengerusi.
Ringkaskan.
Berkenaan dengan SPR iaitu bawah Butiran 040000 – ONE-OFF. Saya tahu ramai sudah sebut tadi. Ada satu benda saya nampak. Di bawah tajuk 040200 – Pilihan Raya Negeri Sarawak diperuntukkan RM121 juta. Saya hendak tanya, betulkah figure ini sebab Sarawak itu luas, kita kena tahu. Logistik memang payah. Dia jauh berbeza dengan Melaka. Melaka itu kalau dibandingkan dengan keluasan dan sebagainya, logistik, persiapan, kesiapsiagaan daripada SPR dan juga semua agensi yang terbabit, memang kosnya tinggi. Saya hendak tanya betulkah ini ataupun boleh tidak kerajaan berikan apakah ataupun berapakah belanja yang telah digunakan untuk PRN Sabah pada September tahun lepas. Sebab Sabah itu kita boleh digunakan sebagai perbandingan dengan Sarawak dan saya hendak tanya kenapa tiada Butiran untuk PRU15 sebab ada kemungkinan kita tahu Ahli-ahli Dewan dalam Dewan yang mulia ini tahu, ada kemungkinan tahun depan, tahun 2022 akan ada PRU ke-15. Sudahlah pihak UMNO menang besar, ada suara-suara khasnya daripada Timbalan Presiden UMNO sendiri yang kata kalau boleh esok dia hendak buat PRU15 sebab sentimen menyebelahi UMNO. Tidak kiralah itu. Akan tetapi bagi saya kenapa tidak ada satu butiran khas di bawah one-off— memang bukan setiap tahun, saya setuju tetapi kena one-off untuk PRU15. Sebab ia penting untuk kita buat persiapan dan belanja tersebut telus, accountable untuk rakyat Malaysia. Biar rakyat semua tahu bila buat PRU, inilah jadinya. Berapakah kos yang ditanggung oleh pihak kerajaan dengan gunakan dana awam? Jadi saya mohon penjelasan daripada Menteri-menteri yang akan menjawab...
Terima kasih Yang Berhormat Rasah.
...Ketika penggulungan nanti. Terima kasih Tuan Pengerusi sebab ada tambahan masa dua minit tadi. Terima kasih.
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Sabak Bernam.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 040000 – Kemajuan Islam khususnya Butiran 040100 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang mendapat peruntukan sebanyak RM956 juta bagi tahun 2022 berbanding RM943 juta tahun 2021. Pertama, fungsi utama JAKIM adalah untuk memperkasakan penggubalan dan menyeragamkan undang-undang syarak di Malaysia. Setakat mana kah kerajaan telah mengambil langkah untuk menyeragamkan undang-undang syariah dan enakmen kerana undang-undang keluarga Islam negeri-negeri dan kaedah-kaedah. Setakat manakah peruntukan pelantikan Jawatankuasa Pendamai ataupun JKP telah melewatkan urusan penceraian di negeri Selangor sehingga lebih satu tahun dan ini telah membebankan dan menyukarkan kedua-dua pihak dalam urusan perceraian mereka. Apakah langkah-langkah kerajaan bagi memastikan pasangan-pasangan ini dapat bercerai dengan lebih mudah kerana tidak sesuai dan tidak persefahaman lagi. Banyak lagi kes perceraian di negeri Selangor yang tertangguh sehingga lebih satu tahun kerana kelemahan Jawatankuasa Pendamai ataupun JKP menyelesaikan kes-kes perceraian menyebabkan kedua-dua pihak mengalami kesukaran termasuk untuk menyelesaikan urusan nafkah seperti nafkah tertunggak dan hadhanah, nafkah dan penjagaan anak. Soalan saya berapakah banyak kes perceraian yang tertangguh sejak PKP 2020 dan apakah langkah Mahkamah Syariah bagi menyelesaikan segera kes perceraian yang banyak tertangguh di negeri Selangor? Kedua, fungsi JAKIM juga adalah untuk mengukuhkan dan menyelaraskan pentadbiran Islam di seluruh Malaysia. Saya ingin membangkitkan berhubung dengan pendakwah bebas. Peranan pendakwah amat baik untuk meningkatkan kefahaman terhadap Islam di kalangan umat Islam dan juga bukan Islam. Bagaimanapun adalah perlu dan wajar bagi kerajaan mengawal dan memantau pendakwah-pendakwah bebas ini bagi memastikan mereka menyampaikan ajaran Islam sebenar dan tidak menyeleweng dari ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Saya ingin mendapat penjelasan, berapa ramai kah bilangan pendakwah termasuk pendakwah bebas yang terdapat di negara ini? Adakah kerajaan bercadang untuk mendaftarkan semua pendakwah, termasuk pendakwah bebas di negara ini? Adakah kerajaan bercadang untuk memberikan elaun khas kepada semua pendakwah khususnya yang terjejas pendapatan mereka kerana PKP. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Sungai Buloh. Yang Berhormat Sungai Buloh tiada? Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Dungun.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin untuk membangkitkan Butiran 030400 – Pasca Perkhidmatan. Saya ingin merujuk kepada dua isu. Pertama, isu kadar bayaran pencen rendah bagi pesara-pesara daripada agensi kerajaan yang telah diswastakan pada tahun 80-an dan 90-an. Saya ingin menyebut berkenaan isu ini yang mana pesara-pesara syarikat GLC seperti TNB, Telekom Malaysia Berhad, Pos Malaysia Berhad, KTMB, Malaysia Air Port Berhad (MAB), PLUS Malaysia Berhad dan lain-lain yang telah menerima bayaran pencen yang rendah, berikutan dasar penswastaan oleh kerajaan pada tahun 1980-an dan 1990- an. Ramai di kalangan mereka hanya menerima jumlah pencen yang amat sedikit iaitu di bawah RM200 sebulan dan terpaksa bergantung sumber pendapatan yang lain
jika ingin meneruskan kehidupan. Sedangkan pada waktu mereka bersara, sepatutnya mereka berehat daripada meneruskan kehidupan harian dengan pekerjaan. Akan tetapi, oleh kerana mereka terpaksa mencari sumber yang lain, meneruskan kehidupan sama ada melakukan satu kerja atau dua kerja tambahan untuk membiayai penghidupan mereka. Maka saya mohon kerajaan mempertimbangkan untuk menambah kadar bayaran pencen bulanan mereka yang bersesuaian dengan kos kehidupan sekarang. Kos hidup yang amat tinggi sekarang, penambahan bayaran pencen ini adalah sangat relevan bagi mengurangkan beban kehidupan mereka. Isu yang kedua yang juga saya ingin supaya diberikan perhatian ialah dengan berkait pencen-pencen bekas Ahli-ahli Parlimen, di mana kita melihat ada Ahli-ahli Parlimen yang hanya mendapat pencen sebanyak RM2,000 sahaja, bahkan ada yang di bawah daripada RM2,000. Oleh itu saya mohon kerajaan mengambil perhatian tentang perkara ini. Seterusnya saya ingin bangkitkan daripada Butiran 00500 – Program Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran (JPA). Saya difahamkan bahawa sebanyak RM939,155,000 pada Bajet 2022 telah diperuntukkan secara langsung untuk Program Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran (JPA). Saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas inisiatif ini kerana saya percaya anak-anak muda selaku bakal penggerak dan tunjang komuniti pembinaan bangsa dan negara, sepatutnya dibantu untuk melanjutkan pelajaran mereka. Persoalan saya adalah yang pertama, berapakah anggaran oleh pihak kerajaan untuk bilangan pelajar yang dijangka untuk mendapat biasiswa dan pinjaman ini? Kedua, setelah dua tahun iaitu pada tahun 2020 dan tahun 2021, biasiswa dan pinjaman ini tidak disediakan. Adakah kerajaan mengambil kira untuk memberi peluang ini kepada pelajar yang telah menyambung pelajaran pada dua tahun ini dan bukannya semata-mata kepada pelajar yang bakal memasuki pengajian pada tahun 2022. Ketiga, bagi membolehkan peruntukan seperti ini dapat ditambah dan memberi manfaat kepada lebih ramai anak muda, adakah kerajaan bercadang untuk membuka dana wakaf bagi membolehkan lebih ramai rakyat yang berkemampuan untuk membantu daripada segi penambahan kewangan. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Seterusnya Yang Berhormat Kota Belud.
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya terus kepada Butiran 40000 – Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap, meningkat sebanyak RM31 juta. Apakah bayaran yang perlu dibayar? Siapakah ataupun pihak mana yang mendapat manfaat daripada kenaikan peruntukkan ini? Butiran 010200 – Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak dan Pejabat Persekutuan. Setelah hampir dua tahun bahagian ini mewujudkan masih lagi tiada peruntukan pembangunan, mengapa? Apakah bahagian ini tiada peranan dalam membangunkan sosial ekonomi Sabah? Emolumen berkurangan tetapi perkhidmatan dan juga bekalan serta aset bertambah dengan masing-masing sebanyak RM3 juta dan RM2 juta. Mohon perincian kepada penambahan ini. Persidangan Majlis Khas MA63 hanya tiga kali, setelah hampir dua tahun Yang Berhormat Menteri memegang portfolio ini mengenai hal ehwal Sabah dan Sarawak. Apakah pencapaian ini boleh dibanggakan dalam masa tempoh hanya tiga kali bermesyuarat persidangan. Perkara 112, mengapakah Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak menolak? Mungkin kita mahu tahu jawapan. Kalau boleh, Yang Berhormat Menteri berikan di Dewan yang mulia ini. Seterusnya Butiran 010700 – Unit Perancang Ekonomi. Saya ada bertanya soalan ini sewaktu peringkat dasar. Saya mohon penjelasan, berapakah jumlah
pengeluaran produk petroleum dan gas dari Sabah bagi tahun 2019 dan tahun 2020? Saya mahu jumlah atau nilai tahunan. Berapa juta atau bilion nilai kasar sebelum dicukai dan selepas dicukai kerajaan. Butiran 010600 – Unit Penyelarasan Pelaksanaan (UPP) ataupun ICU. Sejumlah RM886 juta diperuntukkan. Mohon nyatakan prestasi dan status terkini projek-projek ICU bagi tahun 2020 dan tahun 2021 yang ditangguh atau dibatalkan akibat pertukaran kerajaan dan COVID-19 di kawasan Ahli Parlimen pembangkang, khususnya WARISAN. Saya ingin memetik pada September yang lalu, Timbalan Menteri ada menyebutkan untuk memberikan peruntukan Ahli Parlimen yang sama kepada semua Ahli Parlimen, juga kepada pembangkang. Jadi kenapa deny? Sekarang ini tidak kita dapat, sepertimana yang disebutkan. After all peruntukan ini tidak masuk dalam akaun Ahli Parlimen pun. Saya rasa Ahli Parlimen Sabah yang paling layak kerana lapan dari daerah di Sabah tersebut dalam daerah termiskin. Seterusnya, Butiran 70112 – Perbadanan Kemajuan Negeri: Sabah menerima peruntukkan RM4.6 juta bagi tahun 2022. Apakah formula yang diguna pakai dan menentukan pengagihan peruntukkan bagi setiap perbadanan kemajuan negeri? Seterusnya, Butiran 71000 – Penyelarasan Program Pembasmian Kemiskinan dengan RM34 juta diperuntukkan tahun ini. Bagaimanakah kerajaan dapat memastikan bahawa peruntukan ini dapat dibelanjakan sepenuhnya? Tahun 2020 diperuntukkan RM36.8 juta tetapi perbelanjaan sebenar hanya RM9.3 juta iaitu 28 peratus sahaja. Kalau alasan COVID-19 pada tahun tersebut, peruntukan ini sepatutnya digunakan sepenuhnya ataupun ditambah lagi. Bukan tidak digunakan. Saya rasa itu sahaja daripada saya Tuan Pengerusi. Terima kasih .
Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Setiu.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillahirabbil alamin wassalatu wassalamu ala asyrafilanbiya iwal mursalin waala alihi waashabihi ajmain. Tuan Pengerusi, saya menyentuh Butiran 010100 – Pengurusan SPR. Umum mengetahui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini dalam persiapan untuk melaksanakan pindaan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan berhubung umur kelayakan mengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik dan dianggarkan semua persiapan akan selesai selewat-lewatnya 31 Disember 2021. Namun, jika diteliti peruntukan bagi pengoperasian SPR berkurangan daripada RM154 juta kepada RM18,858,000. Bagi saya ini satu pengurangan yang amat besar. Oleh itu, saya mohon penjelasan pihak kementerian, adakah pengurangan tersebut termasuk dengan program pendidikan pengundi kepada bakal pemilih? Sehingga kini, sejauh manakah kerjasama pihak kementerian dengan Kementerian Pendidikan bagi memastikan program pendidikan tersebut benar-benar berkesan dan bersasar. Begitu juga persediaan kita ke arah PRU15 yang semestinya disambut dalam keadaan norma baharu di mana proses kempen sehingga proses pengundian yang seharusnya dijalankan dalam suasana norma baharu dengan pelbagai SOP yang baharu. Oleh itu, apakah rasionalnya peruntukan butiran ini dikurangkan, adakah peruntukan tersebut telah merangkumi perkara-perkara di atas? Begitu juga Butiran 030100 – Sewaan Komputer. Apakah dasar baharu yang akan diketengahkan dan apakah perincian kepada sewaan komputer yang telah diperuntukkan? Mohon penjelasan. Tuan Pengerusi, perkara seterusnya berkaitan dengan Butiran 06100 – Pembangunan Industri Halal. Saya mengucapkan tahniah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang akan menjalankan, mengadakan Sidang Halal
2021 sekali gus memanifestasikan bahawa industri halal antara agenda penting dalam pelan pemulihan negara. Apakah langkah kementerian bagi memastikan Malaysia merupakan salah satu internasional halal hab dan apakah inisiatif kerajaan bagi memastikan isu pensijilan halal tidak diiktiraf serta isu syarikat yang menggunakan logo halal sendiri atau self-declaration dengan izin Tuan Pengerusi, dapat ditangani kerana kewujudan syarikat-syarikat seperti ini mewujudkan kekeliruan kepada pengguna. Selain itu, antara cabaran industri halal juga adalah pembangunan kurang memberangsangkan termasuk ketersediaan bakat iaitu individu yang benar-benar mahir dalam industri halal. Maka langkah segera perlu dibuat untuk melahirkan bakat yang baharu yang sentiasa mencukupi dari semasa ke semasa. Hal ini kerana kewujudan profesional dalam bidang halal haruslah selari dengan perkembangan industri halal negara. Tuan Pengerusi, isu seterusnya Butiran 50000 – Pembangunan Harta Wakaf. Kelestarian dalam harta wakaf seharusnya melibatkan usaha untuk mengekalkan serta memperbanyakkan harta wakaf dan menghasilkan manfaat wakaf yang berterusan. Namun sehingga kini, masih terdapat banyak harta wakaf di Malaysia terutamanya tanah tidak dibangunkan secara produktif. Pusat Maklumat Harta Tanah Negara telah ditubuhkan sejak 9 September 1999. Namun begitu, pusat tersebut tidak merangkumi harga wakaf khususnya berkenaan dengan tanah. Oleh itu, adakah pihak kementerian ada bercadang untuk mewujudkan sebuah pangkalan data khas bagi menguruskan harta-harta wakaf ataupun memperkasakan pusat ini dengan memasukkan juga maklumat berkenaan harta tanah wakaf bagi memastikan luas harta tanah wakaf, lokasi harta tanah wakaf dan pembangunan terkini harta tanah wakaf akan mudah diperoleh kelak sekali gus dapat membangunkan industri ini dengan lebih proaktif. Perkara seterusnya Butiran 030400 – Pasca Perkhidmatan. Saya menyokong apa yang disebut oleh Ahli Parlimen Dungun berkaitan pencen, persaraan kakitangan agensi kerajaan yang telah diswastakan seperti LLN kepada TNB, POS Malaysia dan lain-lain lagi. Di mana saya dapat makluman ada di kalangan mereka yang mendapat pencen RM180 sebulan sahaja kurang daripada RM200 dan dalam perbahasan terdahulu, saya dimaklumkan oleh Menteri dan jawapannya mengatakan bahawa ia berkait dengan akta. Jadi, saya mencadangkan supaya akta tersebut dipinda bagi membolehkan pesara- pesara tersebut mendapat sekurang-kurangnya mendapat sebagaimana gaji minimum. Terakhir sekali Tuan Pengerusi, Butiran 040100 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Adakah dengan peruntukan yang diperuntukkan di bawah butiran ini ia juga termasuk dalam bentuk hendak memberi bantuan kepada pengkuliah atau penceramah bebas di masjid dan surau yang terkesan dengan COVID-19? Sekian Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Batu Gajah. Tidak ada...
Ada, ada.
Seterusnya Yang Berhormat Lembah Pantai. Ada? Sila, teruskan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. B.9, SPRM. Butiran 020600 – Perundangan dan Pendakwaan. Tuan Pengerusi, saya ingin tahu bolehkah SPRM campur tangan dalam urusan Parlimen? Saya rasa kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh Menteri Perpaduan Negara. Saya telah membangkitkan beberapa isu berkaitan dengan MITRA melalui soalan lisan dan juga melalui perbahasan peringkat dasar. Akan tetapi Menteri Perpaduan enggan menjawab perkara-perkara yang saya bangkitkan dengan alasan bahawa MITRA sekarang sedang disiasat oleh SPRM.
Menurutnya, jika dijawab di Parlimen maka ia akan mengganggu siasatan SPRM. Saya tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Menteri Perpaduan sebab apa yang saya minta ialah kebenaran. Apa yang dijawab di sini, di Dewan Rakyat, jawab juga di SPRM, tidak perlu menjawab perkara yang berlainan Dewan dan perkara yang berlainan pula di SPRM. Apabila kita memberikan satu maklumat yang sama di Dewan dan juga kepada SPRM dalam siasatan, saya rasa ia tidak akan mengganggu langsung tentang siasatan yang dilakukan itu. Saya juga hendak tahu seksyen manakah dalam undang-undang yang menghalang Menteri untuk datang dan menjawab di Parlimen. Saya rasa perkara-perkara yang saya bangkitkan dalam Dewan ini tidak langsung mengganggu siasatan yang dilakukan oleh SPRM. Kalau macam ini, mudahlah. Mana- mana agensi yang disiasat oleh SPRM, kita Ahli-ahli Parlimen tidak boleh bangkit dan dipersoalkan di Dewan Rakyat. Ini menyusahkan Yang Berhormat, ini juga mengganggu kedaulatan Parlimen sendiri. Kalau bukan sini, di manakah kita hendak tanya? Ada pula seorang pemimpin MIC di luar sana dia mencabar Ahli-ahli Parlimen, jangan tanya di sini, keluar, kalau berani. Tanya soalan yang sama di luar. Eh! Kami Ahli Parlimen, ini adalah hak kami untuk bertanya di Parlimen. Bila kita tanya di Parlimen, Menteri tak mahu jawab? Ada pula pemimpin MIC di luar, hendak cabar pula Ahli-ahli Parlimen untuk keluar dan bangkitkan isu itu di luar. Kenapa kita kena bangkitkan isu di luar? Kami Ahli Parlimen, ini tempat kami, kami hendak tanya di sini, bukan di luar. Menteri jawab! Bila kita minta di sini, Menteri jawab, jangan cabar kami macam itu. Kalau betul, cakap betul, kalau salah cakap salah, itu sahaja.
Tuan Pengerusi, saya ingin tahu berapakah orang yang telah disiasat oleh SPRM dalam kes MITRA? Apakah tindakan selanjutnya yang akan diambil oleh SPRM? Berapakah lagi yang akan ditangkap dan disiasat? Tuan Pengerusi, B.6 Butiran 010700 – Unit Perancang Ekonomi. Saya melihat Buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2022, peruntukan untuk Unit Perancang Ekonomi adalah lebih kurang RM100 juta sahaja. Begitu juga peruntukan untuk MITRA, pembangunan sosioekonomi kaum India juga RM100 juta. Agensi-agensi yang penting seperti ini hanya menerima RM100 juta tetapi kita dengar hari itu bahawa seorang individu, Yang Berhormat Pekan boleh dapat RM100 juta untuk mendapatkan harta. Bukankah ini satu prioriti yang salah (wrong priority)? Saya minta Yang Berhormat Menteri untuk memberi justifikasi mengenai hal ini. Unit Perancang Ekonomi mempunyai banyak program untuk memperkasakan agenda bumiputera, bagus, tiada masalah. Akan tetapi tidak ada satu pun program untuk kaum India di bawah Jabatan Perdana Menteri. Saya cadangkan sekurang-kurangnya berilah RM50 juta di bawah JPM untuk memperkasakan agenda kaum India yang dipantau oleh JPM sendiri, bukan hanya untuk MITRA. Tuan Pengerusi, B.6 Jabatan Perdana Menteri. Butiran 020400 – Angkatan Pertahanan Awam. Dalam Parlimen Ke-13 dahulu, Ahli Parlimen telah diberi watikah pelantikan sebagai pegawai kehormat dalam Angkatan Pertahanan Awam. Setahu saya, ada pindaan juga dibuat dalam Akta Pertahanan Awam 1991. Baru-baru ini, Timbalan Menteri Yang Berhormat Kuala Kangsar menyarankan supaya semua kawasan Parlimen menubuhkan Pasukan Tindak Balas Kecemasan Pertahanan Awam (CDERD) Angkatan Pertahanan Awam masing-masing. Apakah bentuk sokongan yang diberikan oleh pihak kerajaan? Adakah ada apa-apa peruntukan yang diberikan untuk maksud ini? Tuan Pengerusi, dalam Bajet 2022 saya dapati peruntukan untuk Angkatan Pertahanan Awam dikurangkan sebanyak RM14 juta, kenapa? Angkatan Pertahanan Awam memberi khidmat kecemasan yang cemerlang. Sepatutnya diberikan peruntukan yang ditambah, apatah lagi dengan adanya CDERD perlu ditubuhkan di setiap kawasan Parlimen. Akhir sekali Tuan Pengerusi, B.1 Parlimen, Butiran 010000 – Urusan Parlimen. Saya ingin tahu keberkesanan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan di Parlimen. Berapakah jumlah kes yang melibatkan Ahli-ahli Parlimen diselesaikan dalam tempoh 10
tahun yang lalu? Berapakah kes yang masih dalam penyiasatan? Apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan untuk menyuburkan lagi peranan jawatankuasa ini? Apakah kajian-kajian yang pernah dilaksanakan oleh Parlimen berbanding dengan negara-negara demokrasi yang lain mengenai peranan dan fungsi jawatankuasa ini? Sekian terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Lembah Pantai.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk Maksud B.6, 020500 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Sebelum ini kita mendengar bagaimana sejumlah pemohon untuk bantuan kematian COVID-19 bawah NADMA menghadapi masalah bila permohonan mereka tidak diketahui sama ada telah diterima, bilakah akan diproses dan sebagainya. Saya pohon Yang Berhormat Menteri untuk memberi penjelasan berapa ramai yang telah memohon, berapa ramai yang telah menerima, berapa ramai yang masih lagi sedang diproseskan? Apakah yang akan dilakukan untuk memastikan tidak ada dengan izin, bottle neck dalam isu ini. Saya ingin menyentuh 020100 – MKN melibatkan SOP bagi pilihan raya khususnya. Kita semua telah lihat bagaimana perjalanan Pilihan Raya Umum Negeri Melaka ke-15 telah menyaksikan pengingkaran berlaku, ramai yang tidak tahu dan salah satu masalah asas ialah pemakluman tentang SOP ini berlaku pada hari penamaan calon. Jadi ini tidak patut berlaku. Seharusnya MKN, SPR mengadakan rundingan, perbincangan, jemputlah semua parti politik dan runding, bincang, lihat, nyatakan kenapa memakai lencana parti itu, adakah itu akan benar-benar membantu penyebaran wabak COVID-19? Itulah yang kita lihat berlaku salah faham dan akhirnya ia membuang masa dan mengekang usaha kita untuk bertemu dengan para pengundi. Saya ingin bertanya dengan Yang Berhormat Menteri, pada 17 November yang lalu dalam satu jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Menteri kepada Yang Berhormat Port Dickson berkenaan dengan JCOM. Dinyatakan bahawa JCOM yang tidak disenaraikan dalam buku Bajet 2022, kini terkandung sebagai senarai perjawatan untuk tahun 2022 dalam VOT B.6 JPM Jilid I bawah Aktiviti 1.12 Jabatan Komunikasi Komuniti yang mengandungi sebanyak 155 perjawatan. Akan tetapi bila saya belek-belek, saya cuba teliti perincian, saya tidak jumpa. Saya minta Yang Berhormat Menteri untuk memberikan penjelasan tentang isu ini. Jawapan tidak sama dengan buku yang ada di hadapan kita. Untuk Maksud P.6 Butiran 93500 – Projek Khas. Kita pohon Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri Tugas-tugas Khas sebelum ini pernah sebut ingin diberikan dana sama rata kepada semua Ahli Parlimen. Kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak berniat untuk memastikan dana yang sama rata sampai kepada semua Ahli Parlimen, maka seharusnya beliau memberikan penjelasan kepada Dewan yang mulia ini kerana kenyataan beliau pada waktu itu mungkin telah mengelirukan Dewan. Jadi minta jawapan daripada Yang Berhormat Menteri yang bertanggungjawab. Saya ingin menyentuh Maksud B.8 Jabatan Peguam Negara. Butiran 010100 – Pejabat Peguam Negara. Saya pohon Yang Berhormat Menteri memberi jawapan kenapa Peguam Negara telah membatalkan rayuan terhadap satu kes melibatkan seorang Ahli Parlimen, walaupun rayuan telah dibuat sebelum ini tetapi sekarang telah dibatalkan. Saya pohon Yang Berhormat Menteri untuk memberikan jawapan kenapa pembatalan itu dibenarkan, diberikan. Adakah ianya atas inisiatif Peguam Negara ataupun ada arahan eksekutif? Ini penting untuk rakyat mendengar kenapa Peguam Negara telah memutuskan untuk membatalkan rayuan tersebut. Saya ingin bertanya perincian ataupun Butiran 030100 – Pendakwaan. Mengapa sebelum ini telah berlaku satu tangkapan pada bulan Mei yang lalu, seorang Ahli Parlimen. Namun tangkapan di bawah SPRM pada waktu itu tidak dihadapkan ke mahkamah.
Apakah yang telah berlaku kepada kes tersebut? Ia melibatkan Yang Berhormat Pasir Salak yang mungkin akan pergi ke sebuah negara yang lain menjadi duta. Saya ingin bertanya juga Maksud B.9 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah. Butiran 020100 – Siasatan. Selain daripada kes RM25 juta Datuk Hasanah yang telah didakwa hilang, apalagi bahan-bahan bukti dalam kes-kes yang sedang disiasat ataupun dibawa ke mahkamah yang telah hilang? Kita lihat dalam kes Datuk Hasanah RM25 juta itu, dia tidak mengikuti arahan daripada Ketua Pesuruhjaya iaitu sekiranya berlaku kehilangan barang bukti, maka perlu dilakukan ataupun dibuat laporan polis. Jadi kita hendak tahu, adakah apa-apa bahan bukti lain yang telah hilang walaupun telah diamanahkan kepada pihak SPRM untuk tujuan siasatan ataupun pendakwaan. Saya juga ingin bertanya, akhir sekali, dalam Butiran 020600 – Perundangan dan Pendakwaan. Apakah yang telah terjadi kepada mereka yang dikatakan terlibat dalam isu kes RM25 juta yang hilang? Adakah mereka masih lagi merupakan pegawai SPRM? Adakah apa-apa tindakan disiplin telah diambil? Adakah mereka akan dibawa, dihadapkan ke muka pengadilan kerana kita dengar, kita baca bagaimana mereka telah ditangkap bukan sahaja atas isu ini tetapi memiliki senjata, butir peluru yang lebih daripada yang dibenarkan, mengedar dadah katanya dan bermacam-macam lagi. Berapa ramai pegawai SPRM yang mungkin mempunyai profil yang sama? Saya pohon Yang Berhormat Menteri memberi penjelasan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai.
Tuan Pengerusi, Sungai Buloh sini. Saya minta maaf tadi tidak ada di tempat saya apabila nama saya dipanggil untuk berbahas.
Ya.
Boleh saya memohon budi bicara Tuan Pengerusi untuk diberi peluang untuk berucap? Saya difahamkan masa lima minit sahaja.
Ya.
Saya janji saya tidak akan lebih lima minit.
Mohon di sebelah sini dahulu, Tuan Pengerusi. Sebelah kerajaan dahulu.
Boleh saya diberi izin untuk berbahas?
Boleh saya panggil seterusnya dahulu? Minta Yang Berhormat Sungai Buloh tunggu sebentar.
Okey, baik. Terima kasih.
Saya menjemput Yang Berhormat Sik. Saya hendak sebut yang lain dahulu. Kemudian, diikuti dengan Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Jempol. Ini semua telah dipanggil tadi. Selepas daripada itu ialah Yang Berhormat Sepanggar. Saya ingat dia belum ada lagi di Dewan itu. Kemudian, Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Tasik Gelugor, Yang Berhormat Alor Gajah, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Papar, Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Segambut, Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Teluk Intan, Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Batu Kawan, Yang Berhormat Beruas dan Yang Berhormat Jelutong. Silakan Yang Berhormat Sik.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Saya merujuk Butiran 030300 – Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), bersama Butiran 030400 – Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP). Persoalan saya, di manakah kedudukan Mahkamah Syariah sama ada di peringkat Persekutuan atau negeri? Sehingga kini, hanya negeri Perak sahaja yang telah menambah hierarki mahkamah daripada tiga tingkat kepada empat tingkat. Itu pun penjawatnya untuk hakim tertinggi masih belum sama dengan kedudukan hakim tertinggi di mahkamah sivil. Dari sudut penubuhan pula, hanya negeri Terengganu sahaja yang memperuntukkan penubuhan Mahkamah Syariah di dalam Undang-undang Tubuh Negeri tersebut. Bagi negeri-negeri lain, penubuhan Mahkamah Syariah hanya disebut dalam enakmen negeri. Ia berbeza dengan penubuhan mahkamah sivil yang terdapat dalam undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan. Inilah yang selalu didebatkan taraf Mahkamah Syariah nampaknya lebih rendah daripada mahkamah sivil kerana instrumen penubuhan adalah berbeza. Jadi, soalan saya, adakah pihak kerajaan melihat untuk meningkatkan kedudukan Mahkamah Syariah ini seperti yang dicadangkan oleh pelbagai pihak dengan meningkatkan hierarki Mahkamah Syariah daripada tiga tingkat kepada empat tingkat? Sehingga kini, hanya wujud tiga tingkat iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah. Saya mencadangkan agar diwujudkan satu lagi tingkat iaitu Mahkamah Persekutuan Syariah seperti mana yang dilaksanakan di peringkat mahkamah sivil. Jelaslah keprihatinan pihak eksekutif ke Mahkamah Syariah perlu dipertingkatkan demi meletakkan keadilan kepada paksi jati diri negara iaitu Islam. Jika dilihat kepada praktis pada hari ini, hakim bagi Mahkamah Syariah hanya dilantik oleh Jabatan Perkhidmatan Awam sedangkan bagi mahkamah sivil di bawah Suruhanjaya Kehakiman. Malah, gaji hakim Mahkamah Syariah dilihat lebih rendah jika dibandingkan dengan gred gaji dan elaun hakim mahkamah sivil. Saya mencadangkan diwujudkan Suruhanjaya Kehakiman Syariah Malaysia supaya proses pelantikan hakim, perjawatan dan emolumen bagi hakim Mahkamah Syariah setaraf dengan kedudukan mahkamah sivil. Tuan Pengerusi, yang kedua, Butiran 070100 – Kedaulatan Sempadan dan Titik Pangkal Negara, MKN. Tuntutan bertindih ke atas sesebuah pulau menjadi tanda aras kepada persempadanan maritim antarabangsa. Faktor sejarah akan menjadi rujukan utama dalam menentukan kedaulatannya. Kita kesal atas isu penarikan rayuan kes Pulau Batu Putih oleh kerajaan terdahulu yang memberi impak yang sangat besar bagi kedaulatan sempadan negara termasuk ancaman keselamatan nelayan di laut dan dalam operasi cari gali minyak oleh PETRONAS. Begitu juga dengan tuntutan bertindih dengan negara luar seperti Pulau Spratly dan Beting Patinggi Ali di kawasan perairan Sabah. Dalam hal kedaulatan dan titik pangkal negara, saya mencadangkan agar langkah ini diangkat sebagai keutamaan agenda Majlis Keselamatan Negara 2022 melalui penambahan kakitangan profesional sama ada daripada PTD, pegawai penyelidik, pegawai diplomasi antarabangsa bagi melaksanakan dasar baharu ini yang lebih terfokus, profesional, cekap dan berani berada di pentas antarabangsa. Jumlah yang diperuntukkan bagi butiran ini hanya sebanyak RM3 juta adalah sangat kecil berbanding komitmen dan tugas besar yang perlu dilaksanakan bagi pengukuhan kedaulatan sempadan negara. Saya mencadangkan agar anggaran projek ini dinaikkan ke RM10 juta bagi penambahan perbelanjaan dan sangat penting kerana ia melibatkan urusan-urusan diplomasi antarabangsa termasuk dalam aspek perundangan sama ada di ICJ mahupun di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Seterusnya Butiran 00113 – Pembangunan Lima Koridor. Pertama, saya memohon perincian peruntukan pembangunan bagi Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) untuk tahun 2022 memperincikan pembangunan khusus untuk negeri Kedah. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Northern Corridor Implementation Authority (NCIA) kerana telah membuka pejabat cawangan di Sik.
Soalan saya, apakah projek-projek pembangunan yang akan dilaksanakan bagi zon pembangunan khas Daerah Sik termasuk daerah yang berhampiran seperti Baling, Padang Terap dan lain-lain? Berapakah jumlah sasaran kelompok yang akan terlibat dalam perancangan pembangunan bagi Daerah Sik? Saya mencadangkan bagi sektor pertanian, pelancongan dan agropelancongan perlu diberi keutamaan bagi projek-projek NCER khusus bagi Daerah Sik dan sekitar. Pihak NCIA telah memulakan projek pembangunan padi organik di Daerah Sik sebelum ini. Projek ini dilihat sangat berpotensi tinggi apabila ia telah dijalankan. Adakah pihak NCIA akan menyempurnakan projek ini? Ketika mana, sehingga kini, projek ini masih di peringkat separuh jalan. Saya berharap agar ia akan diteruskan bagi tahun 2022. Malah ia menjadi sumbangan besar oleh NCIA bagi meningkatkan taraf ekonomi penduduk serta komitmen jangka panjang keselamatan makanan negara dalam aspek penghasilan produk pertanian berasaskan produk pertanian organik yang sedia ada. Terakhir, saya memohon untuk― sedia maklum, Daerah Sik sangat berpotensi dimajukan dalam sektor ekopelancongan kerana telah wujud pelbagai landskap dan muka bumi yang sangat semula jadi. Maka, mohon untuk pihak NCIA juga mengambil kira aspek keperluan bagi meningkatkan taraf ekonomi penduduk di Daerah Sik. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Sik. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Sungai Buloh.
Terima kasih, Tuan Pengerusi, memberi saya izin untuk mengambil bahagian dalam perbahasan. Saya rujuk kepada muka surat 66 di Buku Anggaran di bawah Parlimen. Butiran 010000 – Urusan Parlimen. Bila saya teliti butiran di sana, saya perhatikan jumlah jawatan yang diperuntukkan untuk tahun 2021 dan tahun 2022, tahun depan, adalah sama iaitu 368/286. Tidak ada apa-apa perubahan dalam peruntukan untuk bilangan jawatan. Ini bercanggah dengan janji yang telah dibuat dalam memorandum persefahaman di antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan bertarikh 13 September 2021 di mana di perenggan 3.3 – ini berkaitan dengan pembaharuan Parlimen, Parliamentary reform, dengan izin. Disebut dengan jelas di perenggan 3.1, 3.2, 3.3 dan seterusnya berkaitan dengan perubahan-perubahan yang kita akan laksanakan untuk jawatankuasa pilihan khususnya Jawatankuasa Pilihan Khas dan ada ayat yang sangat penting di mana sudah dijanjikan di sini. Saya baca daripada perenggan 3.3. “Sejajar dengan jangkaan bebanan tugas yang akan bertambah dalam melaksanakan fungsi semak dan imbang yang lebih efektif, Kerajaan Persekutuan akan menyediakan kakitangan sokongan dan elaun yang berpatutan kepada semua Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen”. Jadi, Tuan Pengerusi, sekarang kita hanya ada sembilan buah jawatankuasa termasuk Jawatankuasa Pilihan yang standing committees, dengan izin, dengan Special Select Committees. Jawatankuasa Pilihan semua ini disokong oleh Setiausaha Sekretariat sahaja dengan memang jelas staf sokongan tidak mencukupi untuk jawatankuasa ini memainkan peranan mereka selaras dengan apa yang dipersetujui dalam memorandum kesefahaman. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] Jadi, walaupun dalam penggulungan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan ada dijanjikan RM15 juta akan diperuntukkan untuk jawatankuasa-jawatankuasa ini sebagai sokongan untuk staf tambahan― pegawai penyelidik, pegawai sekretariat dan sebagainya― dalam muka surat 66, ini tidak dicerminkan. Jadi saya minta Yang Berhormat Menteri menerangkan kepada Dewan, macam mana ini akan dilaksanakan? Adakah kita akan buat Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan? Bila itu akan
dibuat? Sebab kita tidak mahu akhirnya semua ini jadi cakap sahaja. Janji kosong. Bila jawab di Parlimen, di dalam penggulungan tetapi tidak berlaku di luar. Masa singkat. Pemerkasaan Parlimen dan reform di Parlimen yang kita bincang ini dan disetujui di sini perlu dilaksanakan secara cepat supaya Parlimen boleh memainkan peranan seperti yang disebutkan di sini peranan semak dan imbang kepada perjalanan kerajaan.
Secara spesifik juga, ingin saya bertanya kepada Yang Berhormat Menteri yang bertanggungjawab untuk Parlimen. Secara spesifik, kita perlu tambahkan Jawatankuasa Pilihan Khas kepada 15. Adakah kerajaan boleh beri komitmen itu? Satu lagi perubahan. Dalam Jawatankuasa-jawatankuasa Pilihan seperti Jawatankuasa Dewan, Jawatankuasa Pilihan Khas Hak dan Kebebasan, Peraturan Mesyuarat dan sebagainya, nisbah Ahli Parlimen kerajaan kepada Ahli Parlimen pembangkang ialah empat kepada dua oleh sebab jumlah keanggotaan yang disebut dalam oleh— jumlah enam. Jadi, saya hendak minta Yang Berhormat Menteri menjawab secara spesifik, adakah Kerajaan Persekutuan bersetuju kalau seperti mana dengan Jawatankuasa Pilihan Khas yang lain kita sudah tambah keanggotaan kepada sembilan, di mana kerajaan lima dan pembangkang empat. Itu satu nisbah yang lebih dekat kepada nisbah yang diperuntukkan di bawah Peraturan Mesyuarat 82(1) yang akan mencerminkan jumlah di Dewan. Sebenarnya kalau kita lihat jumlah di Dewan, nisbah adalah lebih kurang 11:10, 5:4 kita boleh terima tetapi 4:2 itu yang sekarang ada di Jawatankuasa Pilihan dan lain- lain yang penting itu, memang tidak mencerminkan apa yang berada secara realiti di Dewan. Jadi, inilah soalan-soalan spesifik, akhirnya dua soalan spesifik kepada Yang Berhormat Menteri untuk menjawab, sama ada kerajaan boleh setuju bahawa dalam— kita boleh pinda, buat apa-apa pindaan yang sesuai di dalam Peraturan Mesyuarat supaya semua Jawatankuasa Pilihan, sama ada Jawatankuasa Pilihan Khas boleh berfungsi secara terbuka macam Dewan kita berfungsi. Sekarang, semua rakyat Malaysia boleh dengar, boleh ikut perjalanan di sini dan inilah juga yang kita mahu untuk perjalanan dan perjalanan fungsi Jawatankuasa-jawatankuasa Pilihan ini. Akhirnya, satu soalan lagi, sama ada Yang Berhormat Menteri boleh memberi jawapan bagi kerajaan sama ada mengikut amalan terbaik (best practices) dengan izin, di House of Commons dan beberapa Parlimen yang saya kira matang dan maju di negara- negara lain, sama ada kerajaan sanggup memperuntukkan beberapa hari di sidang Mesyuarat Parlimen akan datang untuk diperuntukkan khusus untuk urusan pembangkang sahaja. Bukan semua masa setiap hari digunakan hanya untuk urusan kerajaan. Boleh saya memohon bahawa melalui Tuan Pengerusi supaya Yang Berhormat Menteri jawab soalan-soalan itu secara spesifik semasa penggulungan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Buloh. Seterusnya Yang Berhormat Pokok Sena, silakan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak sentuh B.6 Jabatan Perdana Menteri, Butiran 010500 – Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan (KABINET) telah diperuntukkan sebanyak RM17 juta iaitu kenaikan sebanyak hampir RM7 juta berbanding dengan tahun 2021 sebanyak RM10 juta. Jadi, saya hendak dapatkan penjelasan daripada pihak kerajaan kerana saya dalam perbahasan dasar saya, saya telah minta untuk dikecilkan Kabinet yang besar ini untuk menjimatkan perbelanjaan negara dan wang negara, wang rakyat untuk lebih diberikan keutamaan kepada keperluan-keperluan yang sebenar. Jawapan yang diberikan
kepada saya ialah kerajaan berpandangan jumlah anggota pentadbiran ketika ini adalah terbaik berdasarkan keperluan, cabaran dan tanggungjawab serta kepakaran yang diperlukan buat masa ini dalam usaha untuk memulihkan ekonomi negara akibat kesan pandemik COVID-19. Jadi, saya hendak dapatkan penjelasan oleh sebab kalau dia merupakan satu kepakaran yang diperlukan, tiba-tiba muncul isu yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) mengakui bahawa Kabinet telah meluluskan— Kabinet Keluarga Malaysia ini yang punya kepakaran ini diakui oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini, telah meluluskan satu kelulusan tanah dan peruntukan tanah dan rumah yang bernilai RM100 juta untuk bekas Perdana Menteri iaitu Yang Berhormat dari Pekan. Jadi, atas nilaian apa mereka membuat kelulusan ini? Adakah mereka yang pakar ini yang diakui oleh jawapan yang diberikan kepada saya di peringkat dasar ini, menganggap bahawa itu merupakan sesuatu yang wajar untuk diberikan kepada seorang bekas Perdana Menteri hanya beralasankan kepada jasa? Bagi saya bahawa kalau dikirakan jasa, sudah tentu anggota tentera, pesara tentera yang berkhidmat lebih daripada 21 atau 22 tahun, mereka juga mempunyai jasa yang besar kepada keselamatan dan keamanan negara. Sedangkan mereka hanya menerima pencen mereka yang begitu kecil. Sedangkan bekas Perdana Menteri telah pun disediakan persaraan dia, pencen dia yang punya bayaran yang sangat tinggi. Jadi, bagi saya adalah sesuatu yang sangat tidak wajar untuk keputusan Kabinet itu dibuat. Jadi, saya hendak minta alasan apa sebenarnya alasan Kabinet Keluarga Malaysia ini memberikan kelulusan untuk kelulusan RM100 juta. Nilai dia RM100 juta. Sedangkan bantuan, peruntukan untuk sekolah tahfiz, sekolah agama rakyat, sekolah pondok, Tuan Pengerusi, tahun 2022 sebanyak RM1.4 juta sahaja. Untuk sejumlah yang begitu ramai. Jumlah sekolah, jumlah tahfiz, jumlah pelajar, jumlah guru hanya dapat RM1.4 juta untuk tahfiz, untuk sekolah agama rakyat, untuk pondok. Sedangkan untuk Perdana Menteri, kerajaan boleh fikir lulus untuk bekas Perdana Menteri untuk RM100 juta. Bayangkan penggal ini sudah tiga Perdana Menteri, penggal ini tiga Perdana Menteri. Adakah kita hendak lulus lagi? Hendak berikan lagi peruntukan untuk tiga-tiga Perdana Menteri ini seorang RM100 juta. Jadi, bagi saya adalah satu yang tidak wajar soal Yang Berhormat Pekan sudah buat pengumuman dia tolak. Itu soal Yang Berhormat Pekan ya, tetapi soalnya ialah kebijaksanaan Kabinet ini. Oleh sebab itu kalau ia dikatakan ini berasaskan kepada peruntukan, saya minta peruntukan mesti ini dimansuhkan. Kalau ia berasaskan kepada amalan untuk memberikan hadiah kepada bekas Perdana Menteri, maka amalan ini mesti dihentikan kerana mereka sudah ada segala-galanya. Keduanya, B.7 Jabatan Perkhidmatan Awam. Ia berkaitan dengan soal Butiran 030000 – Pengurusan Sumber Manusia. Ini berkaitan dengan skim saraan kakitangan awam. Saya lihat bahawa sekarang ini Tuan Pengerusi, gaji minimum untuk perkhidmatan awam ini gaji minimum masih ada gaji minimum yang RM1,200. Ini perkhidmatan awam kan? Gaji diberikan sektor perkhidmatan awam, yang saya fikir baru-baru ini keluar dalam surat khabar, bagaimana golongan yang gaji minimum RM1,200 ini hendak hidup di bandar besar. Walaupun dia ada Elaun COLA, ada elaun itu ada dapat sampai RM1,800-RM1,900 tetapi gaji minimumnya ialah RM1,000-RM1,200. Contohnya ialah berkaitan dengan soal gaji bagi Pembantu Awam ataupun Pembantu Operasi iaitu pemandu dan sebagainya. Mereka hanya dapat RM1,218 gaji minimum mereka. Jadi, saya fikir bahawa sesuatu yang tidak wajar untuk dikekalkan saraan yang sebegini rupa kerana dia di bawah paras kemiskinan RM2,208. Paras kemiskinan pendapatan RM2,208. Jadi, bagi saya bahawa kerajaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam pembentangan RMke-12, telah menyebut tahun 2025 pendapatan per kapita kita ialah RM10,000. Bermakna Tuan Pengerusi, kalau tahun 2025 kita hendakkan pendapatan isi rumah ini RM10,000, kalau satu isi rumah, kalau satu keluarga itu empat orang, empat orang kena bawa balik seorang RM2,500. Macam mana kalau gaji minimum kakitangan awam ini RM1,200, macam mana mereka hendak bawa balik RM2,500? Kalau dinaikkan
pun dengan kenaikan RM80-RM100, sampai tahun 2025 mereka tidak akan dapat RM2,500 untuk membolehkan pendapatan isi rumah itu RM10,000. Saya hendak mencadangkan— akhir Tuan Pengerusi. Saya hendak mencadangkan supaya satu semakan terhadap skim saraan ini perlu dibuat. Sistem saraan baharu ini perlu dibuat kerana kita sudah hampir 20 tahun. Sistem saraan yang diguna pakai untuk kakitangan awam ini sudah hampir 20 tahun. Tahun depan 19 tahun, makna hampir 20 tahun oleh sebab kita guna pakai Sistem Saraan Malaysia ini dari tahun 2002 sampai sekarang. Jadi, perlu difikirkan untuk memastikan supaya gaji mereka itu perlu dibuat satu semakan iaitu untuk wujudkan sistem saraan baharu kepada perkhidmatan awam dan kadar gaji minimum itu mesti sesuai dengan apa yang telah dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu untuk tahun 2025 ini RM10,000 pendapatan isi rumah iaitu RM2,500 untuk setiap empat orang isi rumah untuk bawa balik.
Begitu juga kenaikan daripada RM80 sekarang ini kenaikan tahunan RM80 bagi saya satu kenaikan yang perlu juga disemak semula supaya kadar kenaikan itu antara yang paling rendahnya antara RM100 ataupun RM120. Akhir sekali ialah berkaitan dengan B.6 JPM Kemajuan Islam - 040000. Saya minta supaya pihak JAKIM ini dapat menyemak, dapat membuat kawalan terhadap berbagai-bagai pendapat yang berkaitan dengan keagamaan yang dikeluarkan oleh golongan-golongan agama yang akhirnya kadang-kadang menyebabkan orang-orang yang seperti orang awam ini akan menjadi keliru manakah pendapat yang sebenarnya yang perlu diguna pakai kerana semuanya pendapat itu bersandarkan kepada soal Islam. Contohnya kepimpinan wanita dalam Islam. Dahulu, wanita tidak boleh menjadi Menteri Besar Selangor, dikeluarkan pendapat-pendapat kerana pendapat-pendapat Imam Abu Hanifah iaitu yang mana lebih najis antara air kencing dengan darah haid. Sekarang di Melaka boleh pula seorang wanita untuk menjadi Ketua Menteri. Saya tidak tahu ini mungkin bukan pendapat Imam Abu Hanifah mungkin pendapat saudara Hanipa Maidin [Ketawa] Ahli Parlimen Sepang. Jadi saya fikir bahawa itu pendapat beliau yang sudah pun relevan daripada dahulu sampai sekarang. Jadi saya minta dikawalkan pendapat-pendapat ini supaya dia jangan mencemarkan nama baik Islam dan akhirnya orang tidak memandang hormat kepada golongan-golongan agama. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih. Seterusnya Yang Berhormat Jempol. Silakan. Saya hendak minta tolong kita tepatkan masa ya sebab nanti Yang Berhormat Jelutong atau Yang Berhormat Kubang Pasu tidak sempat, nanti dia orang marah nanti.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera.
Waalaikumusaalam.
Salam Keluarga Malaysia. Terima kasih Tuan Pengerusi mengizinkan saya untuk berbahas dalam RUU Bekalan 2022 peringkat Jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri. Pertamanya saya ucapkan tahniah dan syabas kepada negeri Melaka tidak goyah walaupun RM100 juta yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena sebentar tadi. Orang Melaka tahu memilih mana kaca, mana permata, mana berlian. Butiran 16500 - Program Kelestarian FELDA. Terima kasih saya ucapkan kepada kerajaan telah meningkatkan peruntukan iaitu RM1.1 bilion pada tahun hadapan berbanding dengan RM226 juta pada tahun 2021. Apabila peruntukan besar maka besarlah harapan saya untuk melihat nasib peneroka FELDA terus mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada kerajaan.
Oleh yang demikian, saya mohon agar kerajaan memberi perhatian dan mendahului kebajikan warga peneroka FELDA di kawasan Jempol khususnya. Melihat kepada keadaan kemudahan infrastruktur asas seperti jalan raya. Alhamdulillah tidak ada isu yang besar di Jempol. Walau bagaimanapun kerajaan perlu memberikan perhatian terhadap paip air yang telah terlalu lama iaitu hampir 30 tahun ke 40 tahun masih lagi menggunakan paip yang lama yang uzur. Mohon supaya peruntukan digunakan juga untuk menukar paip-paip yang lama. Ia nya berlaku di Palong FELDA Palong 4, Palong 5 dan Palong 6, masalah gangguan air sering berlaku di masa perayaan dan juga dalam keadaan tertentu di mana bekalan air sering kali paip pecah yang ini amat mendukacitakan. Seterusnya longkang dan pembetungan merupakan isu besar di kawasan FELDA. Dahulunya masalah ini tidak seberat sekarang kerana infra tersebut masih baru ketika FELDA mula dibuka. Sekarang usianya telah 30 tahun ke 40 tahun dalam keadaan infra masih lagi tidak diperbaharui oleh kerajaan sehingga hari ini. Perkara ini telah pun menyebabkan masalah air longkang kerap berlaku banjir di Palong 3, longkang-longkang simen yang pecah dan sebagainya. Maka dalam keadaan ini saya pohon supaya ia nya dilakukan dalam bajet yang telah diluluskan. Seterusnya mengenai lot-lot kosong yang terdapat di tanah rancangan hendaklah kawasan ini tidak terurus. Jadi keadaan sekarang ini mohon supaya kerajaan memikirkan bagaimana tindakan untuk mengisi lot-lot kosong ini kepada generasi baru ataupun anak muda FELDA. Saya mencadangkan agar lot-lot ini dipecahkan mengikut kehendak dan juga kesesuaian di kawasan tertentu. Di Jempol terdapat lima projek rumah FELDA yang masih terbengkalai, empat daripada lima projek tersebut tidak diberi perhatian kerana tahap kemajuan hanya sekitar 70 peratus. Kerajaan perlu mengkaji semula sampai bilakah ingin melihat projek tersebut terus terbengkalai. Justeru itu apakah perancangan terkini terhadap projek rumah baru FELDA yang tidak mencapai 70 peratus dan bilakah kerajaan projek PGB BF yang telah mencapai tahap kemajuan sekitar 70 peratus di atas masih lagi dalam keadaan yang sama. Berhubung dengan perumahan generasi baru FELDA di Palong 8 sudah capai tahap kemajuan sekitar 85 peratus, meskipun telah ada tindakan daripada kerajaan namun saya masih tidak nampak bayangan projek tersebut akan siap dalam masa yang terdekat. Hal ini kerana keadaan masih sama seperti sebelum Kertas Putih FELDA dibentangkan tiga tahun yang lalu. Akhir sekali, pendekatan model rumah perumahan berasaskan konsep bina sendiri. Berhubung dengan soal kelengkapan infrastruktur asas seperti jalan raya, bekalan air, elektrik, perparitan dan sebagainya. Saya ingin mendapat maklum balas yang terperinci apakah langkah konservatif yang dirancang terhadap isu tersebut. Apakah reka bentuk standard yang dimaksudkan dan berapakah bilangan unit rumah disasarkan akan dicapai dalam tahun 2020? Butiran 06100 - Pembangunan Industri Halal. Pada tahun 2025, industri halal negara disasarkan akan menyumbang sebanyak 8.1 peratus daripada KDNK. Selainnya penjanaan pendapatan eksport berjumlah RM56 bilion. Walau bagaimanapun sasaran ini sukar untuk dicapai sekiranya kita tidak mempunyai perancangan yang holistik. Antara cabaran yang dihadapi oleh industri halal negara ketika ini adalah pembangunan yang kurang memberangsangkan termasuk aspek ketidaksediaan bakat. Justeru itu, apakah langkah drastik kerajaan untuk melahirkan bakat-bakat halal baru yang sentiasa mencukupi dari semasa ke semasa? Apakah perancangan kerajaan untuk memperkecilkan jurang kompetensi antara bakat baru dan bakat profesional sedia ada? Sekiranya perkara ini tidak diberikan penekanan, saya khuatir kita tidak memenuhi permintaan profesional halal yang cukup dalam industri tersebut. Cabaran lain yang dihadapi industri halal ialah pembangunan industri yang kurang memberangsangkan. Saya difahamkan pemain industri tempatan mempunyai kekurangan daripada segi keupayaan untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan bagi memenuhi permintaan pasaran halal. Oleh yang demikian bagaimanakah keadaan kaedah kerajaan untuk mengatasi perkara tersebut dan apakah inisiatif ataupun bantuan yang disediakan oleh kerajaan kepada para pemain industri tempatan?
Berkenaan Majlis Halal Malaysia yang telah dijenamakan dengan nama baharu iaitu Majlis Pembangunan Industri Halal saya ingin mengetahui sejauh manakah peranan yang telah dimainkan bersama kementerian berkaitan untuk penubuhan industri halal negara. Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikumussalam. Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Seterusnya Yang Berhormat Papar.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Papar terus kepada Butiran P.6 iaitu Butiran 00117 - Pembangunan Perkampungan Nelayan. Sungguh malang sekali nasib nelayan apabila RM29 juta diperuntukkan pada tahun 2020 bagi tujuan pembangunan perkampungan nelayan. Peruntukan tersebut langsung tidak dibelanjakan. Jadi saya di sini ini memohon daripada Tuan Pengerusi biarlah saya bercakap dalam bahasa Papar sedikit. “Kalau kami orang-orang Sabah memberikan banyak usin ke Semenanjung, ndak salah juak tok kami meminta ampiti sedikit usinatubah”. Jadi kami di sini ingin meminta daripada kerajaan supaya kalaulah ada peruntukan-peruntukan untuk nelayan dan tidak digunakan biarlah orang - hantar lah dia ke Sabah.
Pandailah kami orang-orang Sabah mengagih-agihkan. Jadi di sini, saya ingin sekali lagi meminta kepada Kerajaan Negeri untuk memberikan peluang kepada Sabah. Saya juga ingin tahu mengapakah dan adakah ia tidak melibatkan projek-projek perkampungan di negeri Sabah? Malah pada tahun 2022, daripada jumlah RM29 juta yang tidak digunakan itu, hanya RM200 sahaja diperuntukkan untuk tahun 2022. Jadi, saya ingin bertanya kepada kerajaan kenapa pula jadi begini? Sedangkan kami, sepertimana yang kita tahu, di Sabah kalau duit RM200 juta pun sekejap sahaja habis. Orang-orang Sabah ini memang serba kekurangan. Kita kekurangan daripada segi peruntukan dan penghidupan orang-orang nelayan dan juga petani ini sangat susah. Jadi, saya ingin sekali lagi kalau bolehlah, kerajaan memberikan peruntukan tambahan, daripada RM200 itu bolehlah dijadikan sampai RM200 juta. Jadi, ini sekurang-kurangnya kita dapat bukan sahaja di Sabah, di seluruh Malaysia ini, nelayan-nelayan akan dapat faedahnya. Jadi, saya juga ingin bertanya adakah kerajaan langsung tidak memikirkan nasib rakyat di negara ini terutamanya nelayan-nelayan dan bilakah agaknya nasib-nasib mereka ini boleh kita ubah? Jadi, saya ingin mencadangkanlah di sini terutamanya kepada nelayan-nelayan di Papar, di tempat saya, iaitu kepada kerajaan supaya dapat memberi mereka peruntukan-peruntukan untuk membina rumah-rumah usang nelayan yang terlibat di kawasan-kawasan Papar terutamanya selepas tengkujuh dan juga ribut yang melanda di Papar. Demi membantu nelayan-nelayan ini juga, saya ingin kerajaan membantu mereka dalam kelangsungan hidup mereka sewaktu tengkujuh iaitu menaikkan elaun tengkujuh daripada RM300 ke RM500. Saya sekali lagi ingin kerajaan supaya dapat membantu nelayan-nelayan di Sabah dan juga di Papar ini untuk mempertimbangkan pembinaan tukun-tukun tiruan di tempat-tempat yang strategik di seluruh Sabah dan juga di Papar. Saya juga merayu dengan peruntukan yang akan diberi ini, jika dilaksanakan dapatlah nelayan-nelayan di Sabah dan juga di P.175 Papar ini perahu, bot enjin, jaket-jaket keselamatan, begitu juga dengan subsidi-subsidi minyak supaya kita dapat bagi yang baiklah untuk mereka. Sekali lagi, saya juga ingin kerajaan melonggarkan peraturan-peraturan yang telah diketatkan di mana nelayan-nelayan di P.175 Papar tidak boleh mendekati pulau- pulau yang telah digazet semata-mata untuk mereka berlindung sewaktu taufan dan
sewaktu ribut melanda di lautan. Jadi, saya inginkan kerajaan memberi kelonggaranlah kepada mereka. Jikalau mereka memerlukan sesuatu, tolonglah bagi secepat mungkin. Jadi saya juga ingin bertanya di sini iaitu B.6. Butiran 04801 – Pembinaan Masjid/Surau dan Pembaikian / Naik Taraf. Sejumlah RM44.5 juta telah diperuntukkan. Saya ingin bertanya, adakah peruntukan ini untuk masjid dah surau di Wilayah Persekutuan sahaja ataupun untuk seluruh negara? Di manakah butiran untuk pembinaan rumah-rumah ibadah agama lain dan berapakah peruntukan yang telah disediakan untuk tujuan ini. Seperti mana yang kita tahu di Papar ini, ramai penduduknya yang berbilang agama. Jadi, saya di sini merayu sebagai wakil rakyat supaya kerajaan dapat menambah pembinaan, membaik pulih rumah-rumah ibadat seperti masjid, surau, gereja, kuil dan tokong di seluruh Sabah dan di P.175 Papar. Di P.175 Papar, seperti yang kita tahu ada tiga DUN iaitu DUN Limbahau, DUN Pantai Manis dan juga DUN Kawang. Di sini semua – apa yang saya lihat setelah menjelajah semua tempat-tempat ini, memang semua rumah-rumah ibadat ini memerlukan pembaikpulihan supaya mereka dapat beribadat dengan selesa. Jadi terima kasih banyak-banyak.
Terima kasih Yang Berhormat Papar. Yang Berhormat Kepong, silakan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada muka surat 91. Maksud Bekalan Pembangunan 6, Jabatan Perdana Menteri dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2022 ini. Kalau kita lihat carta di dalam buku ini, ia menunjukkan jumlah kos mengurus dan pembangunan di bawah JPM ini semakin meningkat dari tahun 2020, tahun lalu sehingga tahun hadapan. Dalam pada itu, saya nak maklumkan di Dewan yang mulia ini dalam 10 hari lagi, akan genap 100 hari Malaysia berada di bawah pentadbiran kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang baharu ini. Sebelum ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pernah mengerakkan Menteri-menteri yang dilantik beliau untuk menyediakan kad laporan 100 hari bagi menunjukkan prestasi. Kalau di bawah JPM, 31 orang Menteri dan 38 orang Timbalan Menteri. Saya pasti bukan sahaja Ahli-ahli Parlimen malahan seluruh rakyat juga sedang menunggu apakah perkara-perkara yang dilakukan dicapai oleh para Menteri dan Timbalan Menteri untuk kementerian masing-masing semenjak peralihan kuasa beberapa bulan yang lepas. Kita lihat di bawah anggaran perbelanjaan JPM ini, terdapat lima orang Menteri dan lima orang Timbalan Menteri. Sudah kita tahu juga, Menteri-menteri di bawah jabatan ini mempunyai portfolio-portfolio tertentu dan mereka menguruskan macam-macam jabatan dan agensi. Akan tetapi, saban tahun kita dapat lihat betapa agensi di bawah jabatan dan pentadbiran kerajaan tumbuh merata seperti cendawan selepas hujan. Persoalan yang ingin saya tampilkan di sini, pada saat negara berdepan dengan krisis ekonomi COVID-19, apakah kerja-kerja konkrit yang dilakukan oleh lima Menteri dan lima Timbalan Menteri di bawah JPM ini dan adakah masih rasional bagi belanja besar diberikan kepada jabatan JPM ini. Seperti yang kita tahu, penubuhan jawatan baharu belanjanya juga baharu dan besar. Setiap kali ubah pentadbiran, maka berubahlah sistem kerja dan wujudlah jabatan- jabatan dan agensi-agensi yang baharu. Kadangkala jabatan-jabatan yang ditubuhkan ini pula bertindih kerjanya. Rakyat pula sekiranya memerlukan khidmat pihak kerajaan menjadi pusing kerana tidak tahu saluran mana yang patut pergi maka tidak hairanlah kalau berurusan dengan agensi-agensi kerajaan, prosesnya mengambil masa yang lama. Mereka dicampak ke pelbagai agensi. Perkara yang sepatutnya boleh diselesaikan dalam waktu yang singkat menjadi bertahun lamanya kerana passing game. Selain itu, jika kita lihat dengan lebih teliti, agensi
dan jabatan di bawah JPN ini juga boleh diuruskan dengan kementerian-kementerian lain yang sedia ada. Pengkhususan Menteri di bawah Pejabat Perdana Menteri seperti ini bukan sahaja menelan belanja yang besar. Kalau daripada segi politiknya pula dilihat sebagai langkah penghadiahan status ‘Menteri’ untuk individu-individu yang menyokong Perdana Menteri untuk mencapai status quo. Ini adalah budaya politik yang sangat tidak betul dan perlu dihentikan dengan serta-merta. Sudah tiba masanya untuk kita nilai semua posisi Menteri-menteri ini dan apakah masih relevan belanja yang besar diberikan kepada JPM ini. Dalam pada itu, di sini saya juga ingin menyeru agar Menteri-menteri dan Timbalan Menteri-menteri JPN ini mengemukakan kad laporan 100 hari masing-masing. Kalau kita tanya orang-orang awam, ramai yang tidak tahu apakah tugas-tugas sebenar Menteri-menteri ini dan Timbalan mereka. Sudah tiba masanya mereka dimaklumkan apakah kerja-kerja sebenar yang dijalankan oleh mereka. Akhirnya saya juga ingin meminta Jabatan Audit Negara atau syarikat audit swasta untuk membuat laporan khusus bagi belanja dan peruntukan di bawah JPN secara telus dan tidak berpihak. Setiap sen yang disalurkan kepada JPM, agensinya, jabatannya adalah milik rakyat dan rakyat wajar tahu ke mana duit-duit tersebut telah pergi.
Laporan audit tersebut juga boleh menunjukkan sama ada tugas-tugas lima Menteri di bawah Jabatan Perdana Menteri ini adalah bertindih kerjanya satu sama lain atau dengan kementerian-kementerian yang lain. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Yang Berhormat Tasek Gelugor.
Terima kasih pada Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh tentang Butiran 030200 – Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) muka surat 103. Apa yang ingin disentuh ialah tentang penyediaan peruntukan aset untuk negeri Sabah dan juga Sarawak terutama sekali di dalam menjalankan urus tadbir perbicaraan mahkamah. Di Sandakan dan juga di beberapa daerah ada disediakan mahkamah bergerak yang merupakan bas yang diubahsuai menjadi mahkamah bergerak yang juga diguna pakai bukan sekadar untuk mahkamah tetapi juga ada bersama-sama ialah Jabatan Pendaftaran dan sebagainya. Kesemua kenderaan ini termasuk bas yang telah diubahsuai menjadi mahkamah dan juga peralatan-peralatan telekomunikasi yang dimuat turun dengan menggunakan lori bergerak masuk ke pedalaman. Semasa saya menjadi Timbalan Menteri Undang-undang, saya melawat mahkamah di Sandakan. Saya mendapati bahawa bas-bas yang diubahsuai menjadi mahkamah tersebut terlalu uzur sedangkan mereka perlu menjalani perjalanan yang begitu jauh masuk ke luar bandar. Kalau kita lihat tentang kenderaan telekomunikasi agak begitu mundur dan pekerja-pekerja terpaksa memuat naik dan juga apabila sampai ke tempat yang berkenaan terpaksa menurunkan dan memasang semula alat-alat telekomunikasi tersebut. Jadi, keadaan ini telah pun mengundang satu persoalan bahawa kenapa tidak diganti dengan bas-bas dengan lebih baharu dan juga kenderaan pacuan empat roda yang dipasang lengkap dengan peralatan telekomunikasi sebagaimana yang dilakukan oleh syarikat-syarikat telco. Jadi, dalam hal ini saya memohon kepada kerajaan supaya melihat dan memberikan peruntukan khusus, khususnya dalam bentuk aset-aset bagi kegunaan mahkamah, Jabatan Pendaftaran dan lain-lain agensi yang ikut sama dalam program- program untuk membantu dan memberi khidmat kepada masyarakat terutama di Sabah dan juga di Sarawak. Jadi, perkara ini adalah merupakan perkara yang serius dan perlu kepada perhatian kerajaan. Begitu juga Butiran 040000 – Kemajuan Islam, muka surat 104. Di mana tadi juga disebut tentang kemajuan hal ehwal Islam di Malaysia. Jadi, dalam hal ini sekali lagi saya bangkitkan isu bahawa kerajaan perlu memperuntukkan sejumlah peruntukan setidak-
tidaknya RM38 juta kepada Majlis Peguam Syarie yang telah pun diluluskan dan ditubuhkan pada tahun 2019 dan juga di bawah Akta 814. Jadi, Majlis Peguam Syarie ini adalah merupakan satu badan penggerak kepada perjalanan urus tadbir sistem Mahkamah Syariah. Walaupun sistem Mahkamah Syariah diperbaharui, diperbetulkan dan sebagainya tetapi apabila Majlis Peguam Syarie tidak diperkasakan, mereka tidak ada tempat, mereka tidak ada emolumen untuk gaji, mereka tidak ada bantuan-bantuan dari segi aset-aset yang lain. Mana mungkin Majlis Peguam Syarie ini dapat berfungsi khususnya di Wilayah Persekutuan untuk menjadi contoh kepada di negeri-negeri lain juga. Sebenarnya Majlis Peguam Syarie ini ditubuhkan adalah untuk menggalakkan dan menjaga kepentingan profesion guaman syarie. Berhubung dengan amalan undang- undang syariah di Wilayah Persekutuan dan juga untuk mempertahankan keadilan tanpa mengira kepentingan sendiri atau kepentingan anggota-anggotanya dan tidak dipengaruhi oleh perasaan takut atau kasihan. Begitu juga untuk menjaga dan memajukan standard kelakuan dan pengajaran profesional guaman syarie di Wilayah-wilayah Persekutuan. Justeru dengan itu, kalau kita melihat sekiranya Majlis Peguam Syarie ini tidak dapat dikuatkuasakan ataupun tidak dapat berfungsi dengan begitu baik, maka sudah barang pasti Mahkamah Syariah juga tidak akan dapat bergerak dengan sempurna kerana tidak ada peguam-peguam syarie yang dapat ditauliahkan dan juga diuruskan dengan sempurna. Dalam perkara Butiran 04000 – Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang, muka surat 107 berkenaan dengan isu Majlis Pembangunan Bumiputera di Pulau Pinang. Saya ingin bertanya kepada kerajaan adakah kerajaan telah pun membuat semakan sama ada Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang ini perlu diperkasakan, dinaik taraf ataupun perlu dihentikan fungsinya dan dibentuk suatu perkara lain, satu jawatankuasa lain. Ini kerana apa yang dilihat ialah peruntukan-peruntukan yang diberikan digunakan hanyalah untuk tujuan-tujuan program dan aktiviti tetapi tidak ada suatu penilaian yang kondusif dan juga tidak kita katakan berkesan untuk memberikan pembangunan bumiputera di Pulau Pinang. Pada ketika ini Majlis Pembangunan Bumiputera di Pulau Pinang tergantung kerana pihak ICU telah pun memberhentikan tugasan jawatankuasa yang dilantik kerana pertukaran Perdana Menteri. Jadi, saya minta pihak ICU mengambil satu tindakan segera untuk melihat dan mengkaji semula tentang kedudukan Majlis Pembangunan Bumiputera di Pulau Pinang sama ada untuk diperkasakan ataupun ditukarkan kepada fungsi-fungsi yang lain dan untuk tempoh sekarang, adakah jawatankuasa Majlis Pembangunan Bumiputera itu masih wujud ataupun tidak kerana tidak ada suatu proklamasi yang official atau yang rasmi yang menentukan kedudukan jawatankuasa yang sedia ada sekarang. Jadi, kita mengharapkan perkara ini tidak terlepas pandang kerana ia membabitkan peruntukan-peruntukan daripada pihak kerajaan. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Tasek Gelugor. Seterusnya Yang Berhormat Alor Gajah. Silakan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Maksud B.6 Jabatan Perdana Menteri, Butiran 030000 – Pengurusan Kehakiman dan Perundangan. Dapatan di dalam Butiran itu ada peningkatan perbelanjaan daripada RM720 juta kepada RM770 lebih kurang yang melibatkan penambahan sebanyak RM50 juta. Adakah peruntukan ini telah mengambil kira peruntukan luar jangka semungkinnya untuk kes-kes yang melibatkan pembatalan kontrak kerajaan. Sehubungan dengan itu, saya memohon maklumat daripada Jabatan Perdana Menteri mengenai beberapa projek yang telah dibatalkan oleh kerajaan walaupun Surat Setuju Terima telah dikeluarkan kepada syarikat-syarikat tertentu. Apakah status terkini kes-kes yang dijalankan di mahkamah sama ada menang atau kalah? Berapakah
perbelanjaan kerajaan yang di luar jangka? Saya mengambil maklum mengenai praktis di mana setiap kali kerajaan yang baharu mengambil alih pentadbiran Malaysia akan melakukan yang terbaik bagi menjimatkan perbelanjaan negara. Namun begitu, kita perlu sedar budaya yang sebegini pembatalan kontrak atau MySST hanya akan memberi kesan terhadap pelabur-pelabur luar yang melabur di dalam negara dan juga mengurangkan keyakinan kepada institusi kewangan untuk mendukung dan menyokong pelaksanaan atau kelangsungan projek-projek tersebut. Dengan izin Tuan Pengerusi dan Ahli-ahli Yang Berhormat, kita sebagai penggubal dasar perlu menjadi landas bagi memudah cara dengan menghormati apa sahaja kontrak termasuk Surat Setuju Terima yang telah kita keluarkan kepada syarikat- syarikat berkaitan. Saya ingin merujuk Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK4.2, Surat Setuju Terima, Pesanan Kerajaan dan Inden Kerajaan bagi perolehan kerajaan menyatakan dengan pengeluaran SST tanpa bersyarat sesuatu ikatan kontrak telah terwujud antara kerajaan dengan syarikat yang ditawarkan.
Sehubungan dengan itu, saya memohon agar pihak Jabatan Perdana Menteri untuk memastikan dasar mengenai perolehan ini diperkukuhkan dan diterjemahkan bagi menjayakan inisiatif kerjasama perdagangan supaya terus mendapat sambutan dan meningkatkan keyakinan pelabur-pelabur luar dan juga tempatan bagi meneruskan aktiviti ekonomi di Malaysia yang dilihatkan sebagai meleset. Sekiranya dasar ini tidak diterjemahkan atau tidak dipraktikkan, saya bimbang unsur-unsur ketirisan akan terus berlaku dalam pengurusan pelaksanaan projek-projek kerajaan. Sebagai contoh, selalu disiarkan di media-media sosial ataupun di media-media utama, satu projek Klang Valley Double Tracking 2 yang telah ditamatkan kontraknya dan sedang melalui proses perundangan. Pastinya telah melibatkan perbelanjaan dari sudut pengurusan kendalian proses mahkamah itu. Saya jangkakan sama ada― ada pendapat- pendapat daripada pakar-pakar kontrak menyatakan sekiranya kerajaan terus membatalkan kontrak ini, ia akan melibatkan perbelanjaan yang begitu besar kepada kerajaan. Kalau dianggarkan projek itu berjumlah dahulunya RM4 bilion, dianggarkan dengan kos perundangan, dengan kos pampasan dan juga kos-kos perolehan kontrak yang baharu, ia akan melibatkan perbelanjaan lebih daripada RM10 bilion. Jadi, akhir sekali, saya ingin menyarankan kepada kerajaan untuk lebih konsisten dengan dasar kita untuk menyatakan atau terjemahkan apa yang telah disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang saya sokong penuh iaitu jaminan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan semasa RMKe-12 di mana kerajaan akan mengurangkan kerenah birokrasi, menyediakan infrastruktur yang berkualiti, berdaya harap, lebih berintegriti, lebih konsisten untuk mendukung dasar-dasar umpamanya, menterjemahkan Akta Perbendaharaan itu sendiri. Kalau kita laksanakan begitu, saya yakin dengan amalan begini, kita boleh mengurangkan, menjimatkan perbelanjaan, bukan meningkatkan perbelanjaan, sama ada dalam jangkaan, luar jangka yang melibatkan berbilion-bilion ringgit. Itu sahaja Tuan Pengerusi, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikumussalam Yang Berhormat Alor Gajah. Terima kasih. Seterusnya Yang Berhormat Parit.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertama, saya ingin ucapkan terima kasih kepada Tuan Pengerusi yang membenarkan saya untuk turut serta dalam perbahasan peringkat jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri. Saya akan menyentuh Butiran 010000 – Pilihan Raya. Terlebih dahulu di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Barisan Nasional yang telah berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri Melaka. Sungguhpun begitu, saya ingin mendapat penjelasan oleh pihak kerajaan berkenaan dengan SOP
pilihan raya baru-baru ini. Saya ingin mengetahui, sejauh manakah keberkesanan SOP yang dilaksanakan di PRN Melaka dan sejauh mana SOP yang ditetapkan oleh SPR di PRN Melaka dapat dipatuhi? Saya juga ingin mengetahui, adakah SOP Pilihan Raya Negeri Melaka ini akan turut digunakan di Pilihan Raya Negeri Sarawak serta Pilihan Raya Umum Ke-15? Seterusnya Butiran 040100 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Menjelang tahun 2030, pasaran halal global dianggarkan mencecah USD5.0 trilion, manakala pasaran domestik pula dianggarkan mencecah USD113.2 bilion. Saya melihat industri halal ini mempunyai potensi yang sangat besar untuk diperkasakan. Saya ingin mengetahui sehingga kini, berapakah jumlah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang aktif di seluruh negara serta bagaimana penyertaan syarikat Bumiputera terhadap sijil SPHM ini? Apakah strategi yang akan dilaksanakan oleh kerajaan dalam memastikan industri halal di negara kita mampu mendapat tempat di peringkat antarabangsa serta adakah terdapat sebarang usaha yang telah dilaksanakan? Adakah terdapat sebarang sesi libat urus di antara JAKIM bersama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dalam memastikan negara kita mampu untuk menjadi peneraju di sektor halal global? Saya ingin menyentuh Butiran 50000 – Pembangunan Harta Wakaf. Pandemik COVID-19 menyaksikan cabaran paling getir kerajaan dalam menguruskan ekonomi negara. Kita melihat pembangunan wakaf merupakan jalan penyelesaian kepada kerajaan dalam mendepani cabaran ini. Saya yakin dan percaya aset serta dana wakaf sedia ada berpotensi untuk dimanfaatkan dan dimajukan demi kebaikan masyarakat dalam jangka masa panjang. Saya ingin bertanya kepada kerajaan, apakah strategi yang dilaksanakan bagi memperbanyakkan lagi penglibatan individu dalam berwakaf serta bagaimanakah kerajaan melihat penyertaan syarikat korporat dalam wakaf ini? Adakah terdapat sebarang perancangan oleh pihak kerajaan bagi membangunkan pangkalan data khas bagi memudahkan pembangunan harta wakaf, seterusnya memudahkan kerajaan merangka pelan pembangunan harta wakaf dengan lebih bersasar? Tuan Pengerusi, butiran seterusnya adalah Butiran 070100 – Kedaulatan Sempadan dan Titik Pangkal Negara. Saya ingin mengetahui, adakah peruntukan ini mencukupi bagi memperkemaskan kawalan sempadan negara? Saya merasakan peruntukan sebanyak RM3 juta ini tidak mencukupi dan ia wajar ditambah. Bagaimana kerajaan akan memastikan sebarang bentuk pencerobohan sempadan negara dapat diatasi secara total pada masa akan datang? Bagaimanakah tahap kesiapsiagaan kawalan keselamatan di setiap titik pangkal negara? Tuan Pengerusi, butiran seterusnya adalah Butiran 020200. Baru-baru ini, hasil penyelidikan Transparency International Pertahanan dan Keselamatan yang berpusat di United Kingdom telah memberikan penarafan 45 mata ataupun gred D kepada negara kita dalam Indeks Integriti Pertahanan Kerajaan (GDI) bagi tahun 2020. Saya mohon penjelasan daripada pihak kerajaan terhadap penarafan ini yang dilihat mendukacitakan. Apakah ia benar? Saya mohon penjelasan. Saya juga ingin mengetahui, sejauh manakah Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) telah memainkan peranannya dalam mengurangkan gejala rasuah di negara kita? Apakah bentuk penekanan serta tindakan yang akan dan telah dilaksanakan bagi mengurangkan kes rasuah di dalam negara kita? Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Parit. Kita dah dengar tiga pihak kerajaan. Boleh saya panggil Yang Berhormat Kuantan dulu? Selepas ini Yang Berhormat Bachok. Silakan Yang Berhormat Kuantan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Bismillahi Rahmani Rahim. Saya memulakan perbahasan saya di bawah Kepala Bekalan B.6 dengan Butiran 010800 – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) di mana baru-baru ini
Yang Berhormat Menteri Kewangan mengumumkan peruntukan RM15 juta untuk pengurusan data termasuk juga untuk data gender responsive budget. Saya ingin bertanya kepada Jabatan Perangkaan Malaysia, apakah perancangan dan bagaimana digunakan RM15 juta tersebut? Sama ada ia akan digunakan untuk mengumpulkan sex-disaggregated data? Kerana ia amat penting di dalam melaksanakan gender responsive budget. Juga, saya ingin bertanya, sama ada peruntukan tersebut akan digunakan untuk melatih bagaimana hendak collate data dan collect data differently, dengan izin Tuan Pengerusi? Butiran yang kedua, Butiran 09900 – Pembangunan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di mana RM6.5 juta diperuntukkan pada tahun 2022. Saya ingin bertanya kepada Menteri yang bertanggungjawab berkenaan dengan daftar pilihan raya. Daftar yang digunakan oleh pilihan raya yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) didapati bahawa alamat-alamat dalam Daftar Pemilih ini tidak lengkap, Tuan Pengerusi. Saya rasa Tuan Pengerusi lebih tahu juga ya. Setiap kali kita bertanya, “Berapa lama?”, saya bertanya, ia dimaklumkan bahawa itulah alamat yang ada. Akan tetapi sebenarnya, apabila kita mendaftar alamat IC dan alamat IC itu lengkap. Akan tetapi saya ingin bertanya, adakah ada usaha untuk melengkapkan alamat pemilih di dalam Daftar Pemilih yang digunakan untuk pilihan raya?
Seterusnya Butiran 030300 – Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Saya ingin bertanya peruntukan sama ada peruntukan ini akan digunakan untuk melatih hakim-hakim untuk pendengaran permohonan perkahwinan kanak-kanak bawah umur. Adakah Hakim Mahkamah Rendah Syariah yang akan mendengar permohonan perkahwinan kanak-kanak bawah umur ataupun adakah Hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang akan mendengar permohonan untuk kanak-kanak yang berkahwin di bawah umur ya. Ini kerana ia ada beza daripada segi judgement hendak meluluskan kanak-kanak itu berkahwin. Saya juga ingin bertanya berkenaan dengan latihan sama ada mereka melatih hakim-hakim ini untuk membawa approach yang memikirkan jangka masa panjang kanak- kanak yang memohon untuk berkahwin di bawah umur ini. Seterusnya Butiran 06100 – Pembangunan Industri Halal. Saya ingin bertanya apakah program dan aktiviti yang akan dilaksanakan dan sama ada latihan industri halal ini akan dilaksanakan oleh JAKIM ataupun HDC? Sebabnya JAKIM yang membangunkan program-program industri ini tetapi latihan itu selama ini bawah HDC. Saya ingin bertanya ke hadapan bagaimana ianya akan dilaksanakan? Saya juga ingin bertanya berkenaan Majlis Halal Negara kerana Majlis Halal Negara ini adakah diteruskan dan kerana ada 13 kementerian sebenarnya yang terlibat di dalam industri halal ini. Adakah masih wujud Majlis Halal Negara ini? Seterusnya, Butiran 040100, saya lihat tiada penambahan dalam peruntukan JAKIM. Saya hendak bertanya maksudnya yang saya faham tidak ada dimasukkan dalam peruntukan untuk guru-guru KAFA diserapkan dalam contract of service. Sedangkan Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa baru-baru ini bahawa ia akan diteruskan penyerapan guru-guru KAFA dalam contract of service. Jadi- tapi dalam bajet tak ada. Saya pohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Butiran 040200 - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Saya ingin bertanya berkenaan dengan Rang Undang-undang Wakaf di mana dalam jawapan bertulis Yang Berhormat Menteri ya mengatakan bahawa pada 27 Oktober, Lembaga Pengarah Pusat Wakaf MAIWP bermesyuarat dan akan cuba mengatasi perkara-perkara dasar yang dibangkitkan oleh Kementerian Kewangan seperti urus tadbir, struktur organisasi dan sumber dana. Jadi adakah sudah diselesaikan perkara-perkara dasar ini? Bolehkah kita maju ke hadapan dengan membentangkan Rang Undang-undang Wakaf. Seterusnya Pembangunan Harta Wakaf RM10.5 juta. Saya ingin bertanya apakah projek khusus pembangunan harta wakaf ini harta wakaf yang mana dan bagaimana ia akan dibangunkan. Tuan Pengerusi boleh teruskan sikit lagi ya.
Ya.
Butiran 71000 - Penyelarasan Program Pembasmian Kemiskinan. Saya ingin bertanya bagaimana peruntukan ini akan digunakan? Adakah akan melibatkan kajian berkenaan mengimplementasikan indeks kemiskinan multi dimensi cara baru mengukur kemiskinan ataupun kita hendak ukur kemiskinan cara lama. Adakah ianya dalam bajet ini akan digunakan untuk mengkaji, mengukur cara baru. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Bachok. Silakan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Bismillahir Rahmanir Rahim [Membaca sepotong ayat doa] . Saya terus kepada Butiran 010300 – Strategik. Saya merujuk kepada dokumen semakan semula separuh penggal Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023 yang menyentuh khusus di bawah peranan Suruhanjaya Pilihan Raya. Terdapat pelbagai inisiatif yang dirangka di bawah objektif strategik iaitu mereformasi sistem perundangan dan pilihan raya yang akan dilaksanakan dalam fasa kedua Pelan Antirasuah Nasional ini. Cuma saya ingin tahu beberapa perkembangan serta perancangan yang diletakkan oleh kerajaan bagi memenuhi inisiatif yang dirangka tersebut. Pertama sejauh mana kajian ke atas penggunaan dan pelaksanaan pilihan raya elektronik yang sedang berjalan ketika ini? Apakah aspek yang dititikberatkan, yang akan diketengahkan dalam kajian tersebut? Perkara kedua yang saya kira sangat penting adalah berkenaan perbelanjaan pilihan raya melibatkan had perbelanjaan bagi calon yang bertanding selain mekanisme untuk menentusahkan item perbelanjaan dan nilaian yang digunakan oleh calon-calon yang bertanding dalam pilihan raya nanti. Perkara ini sudah tentu isu yang besar dan sering kali rakan-rakan Ahli Parlimen bangkitkan dalam Dewan yang mulia ini kerana ia secara tidak langsung melibatkan sumber pendanaan parti politik yang bertanding. Dalam perkara ini saya ingin tahu sejauh mana aspek penentuan perbelanjaan ini dilibat uruskan dengan pihak-pihak berkepentingan ketika ini bagi mendapatkan outcome yang diharapkan oleh kerajaan. Apakah kerajaan akan menyediakan mekanisme yang terperinci bagi memantau perbelanjaan calon dalam pilihan raya kelak khususnya menjelang PRU-15 kelak. Perkara ketiga adalah mengenai inisiatif yang membabitkan penggunaan jentera kerajaan bagi tujuan kempen tujuan kempen dan pelaksanaan pilihan raya yang memerlukan kepada penambahbaikan ke atas Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Saya ingin tahu sejauh mana ia diteliti bagi memastikan peraturan ini dapat dipasakkan dalam lunas perundangan sedia ada. Apa yang saya ingin tekankan dalam perbahasan ini adalah kita mahukan pengamalan pilihan raya yang bersih kerana di sinilah asas pembentukan sebuah kerajaan yang telus dan berintegriti. Oleh itu saya sangat mengharapkan agar inisiatif- inisiatif yang dirangka dalam Pelan Antirasuah Nasional ini dapat digarap dengan segera dan diterapkan dalam pilihan raya umum kelak. Butiran 040100 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Saya ingin menyentuh beberapa perkara di bawah butiran ini. Pertama saya ingin tahu rancangan strategik kerajaan di bawah JAKIM bagi menangkis isu-isu semasa yang berlaku dalam kalangan masyarakat khususnya di media sosial. Perkara ini wajar diteliti kerana pelbagai isu yang berlegar dalam kalangan rakyat, kadang-kadang melibatkan perbahasan hukum serta sudut pandang Islam yang memerlukan kepada pihak JAKIM bertindak secara pantas. Inilah cabaran dakwah hari ini yang perlu kepada sebuah reformasi serta pembaharuan supaya ia terus segar di dalam masyarakat. Kedua adalah berkaitan dengan kes-kes ajaran sesat yang tumbuh ibarat cendawan selepas hujan dan terus mengundang kekeliruan dalam masyarakat. Kita perlu sedar bahawa meskipun dalam keadaan pelaksanaan PKP serta kehadiran ujian pandemik COVID-19, kewujudan ajaran-ajaran sesat baharu masih sukar untuk
dibendung. Sebanyak 47 ajaran sesat dikesan sejak Januari 2020 menunjukkan begitu mudahnya ajaran sesat ini mendapat tempat dalam masyarakat pada hari ini. Saya yakin pihak JAKIM telah mengambil tindakan yang proaktif bersama-sama dengan Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri bagi menangani perkara ini. Cuma apa yang ditangani masih bersifat control damage selepas ia menular dalam masyarakat. Apakah langkah kerajaan untuk menangani ajaran sesat ini di peringkat pencegahan awal supaya rakyat dalam negara tidak sesekali terpengaruh dengan ajaran-ajaran sesat ini. Saya ingin tahu apakah inisiatif yang dilaksanakan di bawah panel kajian akidah mengenai perkara ini. Butiran 070200 - Penubuhan Pusat Strategi Keselamatan Negara (NASTRAC), MKN. Saya ingin mengambil maklum rancangan kerajaan untuk menubuhkan Pusat Strategi Keselamatan Negara (NASTRAC) bagi menumpukan kepada aspek pemikiran dan perancangan strategi terhadap Dasar Keselamatan Negara. Namun apa yang menjadi kebimbangan saya adalah ia tidak kurang mengulangi penubuhan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman yang dihapuskan kerana berlakunya perubahan pentadbiran kerajaan. Persoalan saya di sini apakah yang membezakan antara NASTRAC dan KSCIP ini yang telah dihapuskan kalau bukan untuk pembangunan pemikiran strategi anti keganasan. Kedua, mengapa kita tidak sekadar menggembleng agensi-agensi pemikiran lain seperti ISIS untuk tujuan yang sama. Ketiga, dalam konteks yang sama mengapa NASTRAC tidak diletakkan di bawah kepentingan kementerian yang diberikan portfolio khusus mengenai keselamatan seperti KDN atau Kementerian Pertahanan supaya peranan kementerian tersebut dapat terus di perkasa dalam melawan jenayah keganasan dan keselamatan negara. Terakhir saya pohon Tuan Pengerusi, Butiran 50000 – Pembangunan Harta Wakaf. Aspek instrumen wakaf ini merupakan satu teras yang penting dalam sistem kewangan Islam. Saya berpandangan kejayaan kerajaan memperkenalkan wakaf akhir tahun lalu telah membuka lembaran baru kepada instrumen wakaf untuk terus berperanan dalam masyarakat dalam negara kita.
Peruntukan RM10.5 juta terhadap permulaan inisiatif Wakaf Halal PKS, Wakaf Pertanian dan Wakaf Bencana sangat-sangat dialu-alukan bagi terus memastikan sistem wakaf memainkan peranan bagi membangunkan sosioekonomi masyarakat. Cuma saya pohon kerajaan untuk menjelaskan mekanisme penyaluran dana ini mengikut kategorinya berdasarkan apa yang diumumkan oleh kerajaan. Bagaimana dana ini akan diuruskan dengan baik bagi mencapai sasaran tersebut. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bachok. Yang Berhormat Sepang.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada – pertamanya sebelum saya mulakan perbahasan tentang butiran ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional kerana memenangi pilihan raya di Melaka yang menunjukkan bahawa kalau tidak ditebuk atap, memang negara kita ini negara yang amat baik dari segi mengekalkan demokrasi. Saya juga mengucapkan tahniah kepada Parti PAS oleh sebab dilaporkan bahawa Timbalan Presiden mengatakan undi calon PAS agak memberangsangkan. Walaupun Yang Berhormat Bachok dilaporkan bahawa daripada lapan orang calon PAS yang bertanding atas tiket PN, tujuh hilang deposit.
Apa kaitannya perbahasan ini?
Tidak. Hendak ucap tahniahlah.
Gatal mulut betul lah.
Tuan Pengerusi, saya terus kepada Butiran 03000 iaitu di bawah Peguam Negara butiran mengenai litigasi. Tuan Pengerusi, dalam buku bajet ini di bahagian BC mengenai Peguam Negara ini, ia mengatakan ia ingin menjadi organisasi perundangan awam bertaraf dunia. Dalam program litigasi itu dikatakan bahawa di dalam aktiviti 2: perbicaraan dan rayuan – untuk memastikan perbicaraan dan rayuan kes jenayah dan sivil di mahkamah dibicarakan dengan penyampaian standard profesionalisme guaman yang tinggi, efisien dan adil serta saksama. Tuan Pengerusi, saya ingin mengatakan bahawa apa yang dinyatakan dalam aktiviti itu dan juga dalam visi itu sebenarnya saya rasa amat tidak tepat. Ini kerana kita melihat dalam kes-kes seperti kes Yang Berhormat Putrajaya. Tuan Pengerusi, saya merasakan bahawa Peguam Negara perlu menjelaskan kenapakah rayuan kes itu tidak diteruskan di peringkat Mahkamah Persekutuan. Saya mengatakan begitu Tuan Pengerusi kerana kita melihat dalam kes ini – boleh dikatakan kalau kita jumlahkan hakim- hakim, ada dua yang menyokong dan dua yang menolak. Mahkamah Tinggi telah memutuskan Yang Berhormat Putrajaya telah pun bersalah kerana menerima rasuah sebanyak RM2 juta. Apabila kes dibicarakan di Mahkamah Rayuan, daripada tiga orang hakim mendengar dua orang telah memutuskan bahawa rayuan itu dibenarkan, iaitu sabitan ditolak di mana Hakim Dato’ Suraya Othman telah memutuskan bahawa antara punca kerana apa ia membenarkan rayuan itu kerana ketiadaan pemeriksaan semula (reexamination) ke atas saksi pendakwa iaitu saksi yang bernama Chai yang menyatakan bahawa dia tidak memeriksa semula apabila dalam cross-examination, dikatakan saksi ini mengatakan bahawa RM2 juta itu diterima sebagai dana politik. Akan tetapi salah seorang Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Hakim Abu Bakar Jais menyatakan bahawa dia menerima keputusan mahkamah tinggi dan memutuskan bahawa rayuan itu sepatutnya tidak dibenarkan ataupun ditolak. Maknanya ada dua orang hakim yang mengatakan Yang Berhormat Putrajaya bersalah, yang dua lagi mengatakan tidak bersalah. Sepatutnya Peguam Negara seharusnya meneruskan pendakwaan rayuan ini untuk mendapatkan satu keputusan di mahkamah paling tinggi di dalam negara kita agar status tentang dana politik macam mana. Boleh diterima atau tidak? Akan tetapi malangnya Tuan Pengerusi, Peguam Negara ini – your own brother. Minta maaf, telah gagal menjalankan tugasnya dengan profesional. Saya merasakan with due respect, you have to advise your brother to step down sebagai...
[Ketawa] I do not advise him.
Bisiklah dekat dia, mungkin dia dengar cakap adiknya. Keduanya, Tuan Pengerusi begitu juga dengan kes Yang Berhormat Pontian. Saya menyatakan Tuan Pengerusi, saya amat kesal dengan jawapan daripada menteri perundangan semasa saya berbahas di peringkat RMKe-12. Bila saya tanya kenapakah pendakwaan ke atas Yang Berhormat Pontian yang melibatkan dia memberi fakta yang salah kepada pegawai penyiasat SPRM, ditarik balik, kenapa tidak diteruskan? Dia memberi jawapan Tuan Pengerusi, dia menyatakan bahawa tidak salah dari segi perundangan untuk kita dikenakan kompaun. Apa kaitan dengan soalan saya? Saya minta kalau boleh kali ini dia jawab betul-betul, kenapakah pendakwaan ke atas Yang Berhormat Pontian mengenai penipuan ataupun memberi fakta yang tidak benar kepada pegawai penyiasat SPRM ditarik balik? Ketiganya, Tuan Pengerusi – ada lagi dua poin untuk saya. Ringkas sahaja. Berkaitan dengan 040200 – PRN Sarawak, di mana diperuntukkan satu jumlah yang agak besar dan saya ingin menyatakan bahawa – saya harap pihak menteri sebelah sana atau pihak kerajaan supaya memastikan bahawa SOP di-review balik atau dikaji semula kerana tidak masuk akal dalam pilihan raya, tidak boleh kempen. Tidak masuk akal kita tidak boleh memberikan apa-apa bahan kempen kepada pengundi. Ini bukan satu pertandingan pilihan raya lah. Kalau begini cara kita mengadakan pilihan raya, saya rasa ia amat malang. Ini bukan sistem demokrasi dan saya rasa untuk memastikan kita bukan sahaja mesti adakan pilihan raya tetapi mengadakan pilihan raya yang efektif, yang berkesan. Terakhir Tuan Pengerusi, tentang elaun bersara, Butiran 040000. Saya ingin tanya kepada pihak menteri. Ada dua version nampaknya berkaitan dengan elaun ataupun berkaitan dengan permintaan daripada Yang Berhormat Pekan untuk RM100 juta yang telah pun menjadi satu isu yang panas di Parlimen. Dikatakan bahawa Yang
Berhormat Pekan mengatakan dalam Facebook dia bahawa permohonan untuk beliau mendapatkan rumah dan tanah sebanyak RM100 juta dibuat pada tahun 2018. Akan tetapi dalam jawapan Yang Berhormat Menteri Kewangan, beliau mengatakan permohonan itu hanya dibuat selepas bajet dibentangkan yang menyebabkan ia tidak boleh dimasukkan di dalam buku bajet. Ini saya nyatakan mana satu yang betul. Kalau sekiranya terbukti bahawa Yang Berhormat Menteri Kewangan bercakap tidak benar, saya hendak tanya adakah pihak kerajaan bersedia untuk membuat satu usul di bawah 36(12) untuk merujuk Yang Berhormat Menteri Kewangan ke Jawatankuasa Kuasa Hak Kebebasan. Mungkin yang terakhir Tuan Pengerusi, tentang isu Pulau Batu Puteh. Saya minta Yang Berhormat Menteri untuk memberikan penjelasan apakah sebenarnya alasan utama yang menyebabkan kes kita kalah di perbicaraan Pulau Batu Puteh ataupun Pedra Branca menurut Singapura. Ini disebabkan tadi ada dinyatakan oleh Yang Berhormat Sik bahawa dia merasa kesal kerana apa Kerajaan Pakatan Harapan menarik balik semakan kehakiman itu. Akan tetapi saya mengatakan kalau Yang Berhormat Sik betul-betul tidak puas hati ataupun rasa kesal, dia pun harus kesal kenapakah Yang Berhormat Marang menarik balik kes rayuan dalam Sarawak Report di London? Sekian terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Sepang kalau dia akhir, dia dua kali akhir. [Ketawa]
Tidak sama itu Yang Berhormat Sepang.
Yang Berhormat Segambut, silakan.
Segambut ya Tuan Pengerusi?
Ya Yang Berhormat Segambut.
Segambut hendak bahas Jabatan Perdana Menteri – B6 010600 – Unit Penyelarasan Pelaksanaan. Pertamanya, anggaran kos berdasarkan Jadual Kadar Harga, Jabatan Kerja Raya atau pihak berkuasa yang berkaitan untuk projek besar, saya faham. Akan tetapi untuk projek-projek infra kecil yang memang terlalu mahal. Saya bagi contoh, dua outdoor gym RM17,000 kalau guna anggaran kadar harga ICU tetapi jika kontraktor dicari oleh penduduk dari luar senarai ICU, RM11,000 boleh dapat dua ataupun tiga outdoor gym. Jadi tidak wajar dalam era pandemik dan kekurangan dana, pembaziran seperti ini terus berlaku. Saya harap ICU boleh kaji semula. Keduanya, pembayaran semula untuk program yang dianjurkan oleh pejabat Ahli Parlimen sekarang hanya boleh dibuat melalui NGO dan ini betul-betul menyukarkan urusan yang straightforward, dengan izin. Saya mahu juga ini diubah untuk pastikan salah guna peruntukan kepada NGO yang ditubuhkan oleh ahli politik tidak berlaku. Kekurangan jurutera di Wilayah Persekutuan untuk memantau dan menyelia projek-projek kecil dan akibatkan kelambatan. Satu jurutera sekarang kena jaga tiga hingga empat kawasan Parlimen di Kuala Lumpur. 010500 – Bahagian Kabinet. Koordinasi untuk soalan Parlimen yang melibatkan semua kementerian seharusnya dipikul oleh Jabatan Perdana Menteri dengan lebih serius. Saya beri contoh soalan kos ubahsuai pejabat semua Menteri dan Timbalan Menteri tetapi bila dijawab oleh Jabatan Perdana Menteri, hanya bagi Menteri yang bertugas di JPM dan bukan menjawab untuk kesemua Ahli Kabinet yang lain.
Jadi, menyukarkan kita kerana kuota untuk tanya soalan tidak cukup untuk kita kalau hendak tanya Kabinet terbesar ini. Butiran 020100 – Majlis Keselamatan Negara (MKN). SMS MKN walaupun telah disebut banyak kali bahawa SMS ini kebanyakannya berunsur spam, iaitu kurang memberikan maklumat yang berguna kepada rakyat Malaysia namun SMS ini masih tidak
dimanfaatkan dengan efektif. Saya minta penjelasan lebih lanjut tentang siapa yang tentukan content SMS ini. Butiran 020400 – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Segambut mahu merekodkan penghargaan secara rasmi kepada APM atas khidmat bantuan yang telah diberikan semasa PKPD dilaksanakan di Kampung Sungai Penchala dan Kampung Segambut Dalam. Hanya satu permintaan saya supaya pihak berkuasa mengkaji semula material bahan uniform yang pegawai beruniform kena pakai di bawah matahari terik. Saya melihat semasa PKPD agak tidak praktikal kerana kasihan mereka kena pakai uniform yang tebal di bawah matahari terik dan kena pakai PPE pula. Jadi, saya minta kita kaji semula untuk pastikan pegawai kita yang berkhidmat di lapangan ini rasa selesa. Butiran 050100 – Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Saya mahu MAMPU diberikan lebih kuasa untuk menyelaraskan semua inisiatif pemodenan tadbiran yang melibatkan perkongsian data. Saya bagi contoh; Sistem Semakan Pesalah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak Dalam Daftar Kanak- kanak. Sistem ini sebenarnya memerlukan kerjasama dan perkongsian data yang sangat rapat antara KPWKM, PDRM dan mahkamah dan usaha seperti ini perlu diterajui oleh satu unit seperti MAMPU. Selagi data tidak dikongsi atau konsep open data tidak diguna pakai oleh kerajaan, kita kehilangan potensi untuk menggunakan data sebagai alat penyelesaian masalah (problem solving tool) dan untuk membangunkan negara. B.8 Jabatan Peguam Negara – Untuk litigasi. Bagaimanakah rayuan dan keputusan tidak merayu ditentukan dalam kes profil yang tinggi dan melibatkan isu kepentingan awam seperti kes-kes ibu mendapatkan hak kewarganegaraan untuk anak mereka dan update terbaru untuk kes Tengku Adnan? Keputusan Jabatan Peguam Negara dilihat tidak mementingkan rakyat. B.9 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia – Pengurusan. Semasa Pakatan Harapan mentadbir, terdapat peruntukan untuk menambah 100 orang pegawai penguat kuasa untuk memastikan siasatan kes dan bebanan tugas yang lebih berpatutan dan latihan diberikan. Di manakah peruntukan ini sekarang? Kita tidak nampak. Baru-baru ini, terdapat satu movement baharu iaitu Rasuah Busters yang telah mendapat endorsement daripada 400 buah NGO. Saya hendak tahu apakah usaha yang telah dilakukan oleh SPRM dan Jabatan Perdana Menteri dalam engagement dengan Rasuah Busters supaya inisiatif civil society ini boleh dipertingkatkan dengan usaha dan pembaharuan yang setimpal daripada pihak kerajaan dan SPRM? Apakah yang telah berlaku kepada Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023 yang telah dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir pada tahun 2019 dan status pelaksanaan terkini? Akhir sekali, Tuan Pengerusi. Butiran 020500 – Pengurusan Rekod dan Maklumat. Apakah yang telah berlaku kepada pengisytiharan aset oleh Menteri dan Timbalan Menteri serta semua Ahli Parlimen? Adakah kerajaan mempunyai satu rancangan untuk membawa satu RUU yang membolehkan pengisytiharan aset dilakukan dengan lebih konsisten, terancang dan berstruktur? Jika setakat “hangat-hangat tahi ayam”, tiada pemantauan yang boleh dilakukan. Saya juga mahu bertanya hasil siasatan SPRM yang melibatkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, seorang individu yang mempunyai kuasa eksekutif dan mempunyai keupayaan luar biasa untuk menyelesaikan hutang yang tidak dilihat setimpal dengan gaji dan aset terakhir yang diisytiharkan oleh beliau. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Segambut. Yang Berhormat Hulu Langat, dipersilakan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Di bawah tajuk JPM, saya hendak sentuh berkenaan Butiran 040000 – Kemajuan Islam, khususnya Butiran 040400 – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Ada
pertambahan daripada sebanyak RM5 juta pada tahun ini kepada RM7 juta untuk Bajet 2022. Namun, untuk agensi pelaksana seperti pada Butiran 040300 – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berkurang. Mengapa berkurang? Sedangkan JAWI adalah jentera di akar umbi yang memerlukan pelbagai pertambahan peruntukan untuk sekolah rendah agama dan aktiviti dakwah. Sepatutnya guru-guru SRA dilengkapi dengan gajet dan komputer riba. Bukan sahaja untuk persiapan jika wabak melanda semula, tetapi mutu pembelajaran sekolah agama harus ditingkatkan dengan bantuan alat mengajar terkini. Kini, gajet adalah keperluan kepada guru-guru. Saya tidak nampak keperluan untuk Pejabat Mufti untuk ditambah sebanyak RM2 juta lagi, sama ada untuk terjemah buku dan kitab-kitab ataupun untuk memastikan fatwa tidak hilang daripada senarai fatwa- fatwa yang ada di JAKIM itu. Butiran 03400 – Kompleks Latihan Islam/Tahfiz/Pusat Komuniti Orang Asli hanya diperuntukkan sebanyak RM2 juta bagi Bajet 2022, berbanding RM5 juta untuk Bajet 2021. Apakah kompleks tahfiz sudah tidak penting lagi seperti dahulu? Seterusnya, Butiran 030000 – Pengurusan Kehakiman dan Perundangan. Sewaktu Kerajaan Pakatan Harapan menjadi kerajaan, kami telah melaksanakan Akta Profesion Guaman Syarie Wilayah Persekutuan 2019 dan telah diwartakan. Tentunya untuk memudahkan penubuhan Majlis Peguam Syarie seperti Bar Council, tentunya memerlukan peruntukan khas. Di butiran manakah yang sepatutnya Menteri akan tambah untuk tujuan ini? Sama ada Butiran 030300 – Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) atau Butiran 030400 – Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP) atau akan berlaku lagi proses termenung seperti yang berlaku sepanjang tahun 2020 dan 2021. Butiran 050000 – Pemodenan Pengurusan dan Integriti. Untuk MAMPU, berdasarkan Kod 20000 – Perbelanjaan Perkhidmatan dan Bekalan dilihat berkurang sangat ketara daripada RM43 juta untuk Bajet 2022 berbanding RM71 juta untuk tahun 2021. Bukankah pada zaman wabak ini lebih banyak urusan kerajaan dilakukan dalam talian yang memerlukan peranti serta perkhidmatan komputer, digitalisasi dan Internet? Butiran 050200 – Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC). Seperti yang saya pernah katakan sebelum ini, jumlahnya lebih kurang sama sebanyak RM38 juta untuk Bajet 2022. Tahun lalu, tiada sebarang pertambahan. Rakyat dan pelabur asing menyimpulkan bahawa kerajaan tidak serius untuk membendung masalah rasuah. GIACC perlu untuk lebih berperanan. Untuk Bajet 2022, Butiran 06900 – Membina Pejabat dan Perumahan SPRM hanya diberi sebanyak RM8 juta. Kebajikan serta keselesaan persekitaran tempat kerja dan kuarters pegawai-pegawai SPRM penting untuk dijaga supaya kualiti kerja mereka tidak dipertikaikan oleh orang awam, termasuk untuk menjaga kerahsiaan siasatan kes yang mereka lakukan. Butiran 020400 – Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kod Objek Am 20000 berkurang sebanyak RM19 juta sedangkan perbelanjaan untuk perkhidmatan dan bekalan di negeri-negeri serta daerah-daerah sangat diperlukan apabila bencana berlaku. Jangan nanti di kawasan Ahli-ahli Yang Berhormat dilanda banjir, APM akan kata ambulans rosak dan trak tidak cukup kerana masih diservis. Macam mana hendak bantu mangsa bencana kalau peruntukan telah dipotong. Kod Objek Am 40000 dan 50000 untuk APM juga kekal sebanyak RM30 ribu, sedangkan ramai pegawai APM yang layak untuk menerima biasiswa melanjutkan pelajaran serta ganjaran-ganjaran lain. Seterusnya, Butiran 020500 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Kod 10000 bertambah daripada RM16 juta untuk Bajet 2021 kepada RM17 juta bagi Bajet 2022. NADMA ada tiga orang Timbalan Ketua Pengarah di Putrajaya; ramai itu. Kalau dua orang Timbalan Ketua Pengarah ini dihapuskan ataupun dipindahkan, tentunya gaji Timbalan Ketua Pengarah ini dapat menampung puluhan pegawai APM di daerah yang layak untuk dinaikkan ke gred 41 yang sentiasa bersedia melaksanakan tugas bencana 24 jam sehari. Ini bukan sahaja untuk NADMA tetapi juga agensi-agensi lain yang mana jawatan pengurusan atasan patut dikaji semula untuk menampung gaji pekerja bawahan yang benar-benar melaksanakan tugas.
Saya juga masih mendesak supaya kerajaan perlu memberi peruntukan Ahli Parlimen yang sama rata kepada seluruh Ahli Parlimen sama ada pembangkang mahupun kerajaan, apatah lagi ada tiga kumpulan yang tidak dapat peruntukan Ahli Parlimen itu. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Tampin, silakan.
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi ruang masa untuk saya membicarakan ataupun terlibat di dalam perbahasan dalam jawatankuasa ini. Saya ingin menyentuh beberapa butiran iaitu Butiran 040100 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di mana peruntukannya meningkat hampir RM10 juta. Jadi, kalau kita lihat, bolehkah kementerian memastikan setiap perbelanjaan yang dilakukan bebas daripada sebarang salah laku, ketirisan dan salah guna kuasa? Saya ingin bertanya, apakah peruntukan yang diberikan itu untuk peningkatan tahap profesionalisme guru-guru KAFA dan menjadikan guru-guru KAFA sebagai kakitangan tetap agar mereka dapat perbelanjaan dengan baik? Maahad tahfiz salah satu di antara sistem pendidikan di negara ini mendapat sambutan daripada masyarakat. Oleh sebab itu, maahad tahfiz hendaklah diangkat sistem pendidikannya agar anak-anak yang terlibat di dalam sistem pendidikan tahfiz termasuk dalam arus perdana pendidikan negara. Justeru itu, peruntukan yang besar ini mestilah termasuk di dalam mengarusperdanakan pendidikan tahfiz. Apakah peruntukan tersebut termasuk di dalam pemodenan infrastruktur maahad tahfiz dan apakah kerajaan telah membuat kajian menyeluruh bagi membuat penyelarasan institusi tahfiz yang wujud di dalam negara pada hari ini? Butiran 03400 – Kompleks Latihan Islam/Tahfiz/Pusat Komuniti Orang Asli iaitu peruntukan yang diberikan menurun daripada RM5 juta kepada RM2 juta. Mengapakah peruntukan ini dikurangkan? Apakah pusat latihan tersebut telah siap dibina atau ia masih dalam pembinaan? Apakah perancangan kerajaan dalam mengendalikan pusat latihan ini? Bagaimanakah dana ini digunakan dengan sebaik mungkin? Apakah peruntukan itu mencukupi bagi mengendalikan kekerapan latihan yang akan dikendalikan? Apakah setiap kampung Orang Asli telah terdapat pusat komuniti untuk meningkatkan kebolehan masyarakat dalam pelbagai aspek? Kita dapat banyak pusat komuniti masyarakat Orang Asli tidak terurus dengan baik. Justeru itu, saya mencadangkan supaya peruntukan ini memastikan agar Pusat Komuniti Orang Asli dibangunkan dengan baik. Saya ingin menyentuh Butiran 11800 – Pembangunan Mahkamah Syariah iaitu menurun daripada RM29 juta kepada RM15 juta. Mengapakah ia dikurangkan? Sedangkan kalau kita lihat kedudukan fizikal Mahkamah Syariah di seluruh negeri, kadang-kadang tidak sesuai sebagai sebuah Mahkamah Syariah. Apakah peruntukan ini termasuk membina bangunan Mahkamah Syariah di daerah-daerah yang agak uzur termasuk juga Mahkamah Syariah di Daerah Tampin? Butiran 16500 – Program Kelestarian FELDA. Ia meningkat begitu besar daripada RM225 juta kepada RM1 bilion. Mengapakah peruntukan ini meningkat mendadak? Apakah peruntukan tersebut termasuk perkara-perkara yang berkaitan dengan rumah generasi kedua? Apakah terdapat dalam peruntukan ini program yang melibatkan keusahawanan masyarakat FELDA dalam meningkatkan sumber pendapatan mereka? Bagaimana projek yang dilaksanakan di Felda Bukit Rokan, Negeri Sembilan? Apakah ia berjaya dan memberi manfaat kepada masyarakat FELDA? Apakah projek tersebut telah memberi manfaat kepada peneroka FELDA yang berhampiran? Berapa jumlah peneroka FELDA yang berhampiran terlibat dengan projek tersebut? Apakah dengan peruntukan begitu besar FELDA akan membuka beberapa projek yang seumpama dengan apa yang dilakukan di program ataupun projek Felda Bukit Rokan?
Bagaimana kementerian memastikan setiap perbelanjaan yang dilakukan itu bebas daripada rasuah, ketirisan dan salah guna kuasa? Peruntukan yang besar ini sewajarnya digunakan untuk menyelesaikan beberapa perkara, kemudahan seperti lampu jalan yang masuk ke FELDA masih lagi gelap jauh ketinggalan khususnya Felda Jelai dan masalah banjir yang masih berlaku di FELDA. Butiran seterusnya ialah Butiran 50000 – Pembangunan Harta Wakaf, meningkat daripada RM5 juta kepada RM10 juta. Tahniah kerana peruntukan yang ditingkatkan. Persoalannya, apakah peruntukan ini termasuk untuk membangunkan struktur organisasi pembangunan harta wakaf? Sejauh mana instrumen wakaf yang telah diperkenalkan kepada masyarakat umum dapat diterima oleh masyarakat? Apakah ada kajian yang menyeluruh? Bagaimanakah instrumen wakaf dapat dilaksanakan secara realistik di negara ini? Sejauh mana penerimaan masyarakat berkaitan dengan wakaf? Apakah program yang akan dilaksanakan oleh kementerian dalam memastikan persoalan wakaf menjadi instrumen penting dalam membangun ekonomi negara? Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Saya ingin menjemput sekarang Yang Berhormat Batu Kawan.
Terima kasih Tuan Pengerusi, atas peluang untuk Batu Kawan berbahas peringkat jawatankuasa Belanjawan 2022. Saya mulakan dengan Butiran 050200 – Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) yang melihat peningkatan daripada RM38.4 juta kepada RM38.9 juta. Tuan Pengerusi, pada Oktober tahun ini, Menteri KDN menjawab bahawa 10 orang telah mati dalam tahanan. Pada 12 November dan 16 November, wujud lagi dua orang yang mati dalam tahanan di Kelantan. So, anggaran orang yang mati dalam tahanan setakat ini ada 15 orang. Saya ingin tahu, di manakah letaknya tajuk Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) atau EAIC dalam Belanjawan 2022 ini? Mengapa tidak wujud di bawah GIACC atau di mana-mana dalam belanjawan ini? Saya ingin tahu juga, berapakah peruntukan yang telah diberikan pada tahun lepas dan tahun ini? Memandangkan ini adalah satu-satunya suruhanjaya yang dipertanggungjawabkan untuk menyiasat semua kematian dalam tahanan. I think it is a mockery that we cannot find it here in budget, Tuan Pengerusi. Saya juga ingin tahu, apakah status Pelan Antirasuah Nasional (NACP)? Sejauh mana pelan ini dilaksanakan? Memandangkan pelan ini lahir semasa Pakatan Harapan menjadi kerajaan. Saya juga tidak lihat NACP dalam Belanjawan 2022 ini. Untuk pengetahuan dan makluman Tuan Pengerusi, dari tahun 2016 hingga Oktober tahun ini, 63 individu daripada MACC telah diambil tindakan disiplin dan seramai 13 orang telah dipecat. Sekiranya ada NACP ini, mungkin kah bilangan anggota-anggota MACC ini yang telah diambil tindakan disiplin ataupun dipecat dapat dikurangkan. Saya mohon penjelasan daripada pihak Menteri. Tuan Pengerusi, saya menggunakan Butiran 020600 – Perundangan dan Pendakwaan. Berita hari ini menyatakan SPRM hampir selesai menyiasat dakwaan penyelewengan wang dalam MITRA. Apa yang peliknya, dikatakan MACC akan menubuhkan satu task force dengan Jabatan Perpaduan dan Integriti Nasional untuk mengesahkan ketulenan dokumen yang sedia ada. Tuan Pengerusi, bagaimana SPRM boleh tubuhkan satu task force dengan satu agensi di bawah kementerian yang sedang dalam siasatan? Takkan tidak ada kaedah lain? Saya menyeru untuk MACC bertindak secara adil dan bebas. Saya juga ingin tahu, adakah MACC kurang ataupun tidak boleh menggunakan kepakaran pasukan risikan
dalaman dan pasukan siasatan MACC sendiri dan bukan satu agensi yang seangkatan dengan MITRA dalam Kementerian Perpaduan? Tuan Pengerusi, saya juga ingin merujuk kepada Butiran 00104 – Penyusunan Semula Masyarakat yang bernilai RM50 juta. Apakah fungsi penyusunan semula masyarakat ini? Apakah latar belakang penyusunan semula masyarakat ini? Siapakah punca kuasa penyusunan semula masyarakat ini? Apakah dasar dan pelan tindakan? Saya mohon jawapan daripada pihak kementerian. Tuan Pengerusi, saya juga ingin bangkitkan Butiran 010600 – Kecemerlangan dan Profesionalisme. Sejumlah RM2.2 juta ini untuk apa? Ini soal saya ringkas sahaja. Butiran 030500 – Pengurusan Integriti Agensi. Peningkatan daripada RM1.8 juta sehingga RM2.8 juta. Soalan saya juga, ini untuk apa? Kita lihat di sini ada peruntukan perbelanjaan, satu untuk kecemerlangan dan profesionalisme― saya tidak faham kenapa ada RM2.2 juta― dan pengurusan integriti agensi. Ini semua bawah SPRM. Ada peningkatan lagi. Tuan Pengerusi, saya juga telah mendapati bahawa dalam perbelanjaan one-off bawah Butiran 050300 – Penyelenggaraan Bangunan dengan diperuntukkan RM5 juta.
Akan tetapi di bawah Komitmen Kewangan, Butiran 990100 – Penyelenggaraan Bangunan juga RM6.4 juta. Sebanyak RM11.4 juta di bawah tajuk yang sama, Penyelenggaraan Bangunan di bawah SPRM pada muka surat 141, dua-dua ada penyelenggaraan bangunan. Saya mohon― takkanlah di bawah SPRM ini pun ada penyelewengan dan unsur-unsur rasuah? Maka, saya minta satu penjelasan daripada pihak kementerian. Tuan Pengerusi, sedikit lagi. Butiran 00117 – Pembangunan Perkampungan Nelayan. Saya mohon untuk peruntukan atau bantuan kepada kaum nelayan di kawasan Batu Kawan dan saya ingin tahu apakah perincian ataupun cara untuk memohon bantuan ini memandangkan wujud juga bantuan-bantuan untuk para nelayan di bawah kementerian-kementerian yang lain. Akhirnya, second last point, saya ingin menyentuh Butiran 00104 – Penyusunan Semula Masyarakat. Ini saya telah sebutkan tadi. Saya masih tidak tahu apakah fungsi ataupun tujuannya. Akhir kata, Tuan Pengerusi, untuk SUHAKAM, saya tidak nampak perkataan ‘SUHAKAM’ mana-mana dalam Belanjawan 2022 ini. Saya juga ingin menyeru dan mengingatkan kementerian, semua Menteri-menteri dalam Jabatan Perdana Menteri bahawa SUHAKAM ini wujud dan lahir di bawah Act of Parliament. Ia bukan satu agensi, ianya bukan satu kementerian. Maka, saya ingin menyarankan supaya SUHAKAM terletak seperti Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia and we must have one for SUHAKAM dengan peruntukan yang sewajarnya, agar SUHAKAM boleh melaksanakan tanggungjawab mereka setakat ini untuk mendedahkan isu-isu hak asasi manusia ini yang berlandaskan semua prinsip dalam Keluarga Malaysia yang telah dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri kita. Saya mohon jawapan daripada pihak kementerian. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Beruas ya. Lima minit, Yang Berhormat Beruas.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin bangkitkan beberapa perkara. Perkara pertama ialah tentang P.6 Butiran 96000 – Pengurusan Aset dan Bangunan Jabatan Perdana Menteri, Tuan Pengerusi, diperuntukkan RM256.95 juta untuk tahun 2021 dan sebanyak RM228.51 juta untuk tahun 2022.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Jawatankuasa] Jumlah ini amat besar. Kita negara demokrasi tetapi Perdana Menteri kita nampaknya hidup macam lebih daripada seorang maharaja. Jadi, saya minta penjelasan, kenapa jumlah begitu besar perlu diperuntukkan untuk pengurusan aset dan bangunan Jabatan Perdana Menteri? Jumlah ini boleh digunakan untuk membina sekolah-sekolah atau memperbaiki sekolah-sekolah yang daif. Perkara kedua ialah B.8, Butiran 020100 tentang penggubalan undang-undang di Jabatan Peguam Negara. Saya ingin tanya, sama ada undang-undang yang dipinda baru- baru ini iaitu Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 ini mendapat nasihat yang betul daripada pihak Peguam Negara kerana kita dapati pindaan ini melanggar prinsip-prinsip undang-undang jenayah. Telah dipinda undang-undang di mana kalau seseorang itu tidak memulangkan balik satu lesen ataupun permit yang telah luput dalam masa 14 hari boleh dihukum sampai RM50,000 dan atau penjara tiga tahun. Atau tidak mempamerkan atau lupa membawa satu lesen atau permit boleh juga didenda sampai RM50,000 dan atau penjara 30 tahun. Kalau merosakkan sekeping lesen atau permit itu boleh dihukum sampai RM100,000 atau tujuh tahun penjara. Bilakah sekeping lesen ini sudah menjadi satu barang suci? Kalau dirosakkan boleh dihukum sampai RM100,000 atau penjara tujuh tahun. Kalau ia satu perbadanan atau korporat, boleh didenda sampai RM200,000. Begitulah juga dengan denda yang begitu berat sampai RM1 juta atau 10 tahun penjara kalau mengusik ataupun mengambil tanah atau vegetation dari kawasan hutan simpan untuk hidupan liar. Jadi, saya rasa adakah Peguam Negara yang memberi nasihat ini? Ataupun kerajaan yang ingin juga, sungguhpun nasihat telah diberikan untuk undang-undang sedemikian diluluskan? Adakah Peguam Negara telah memberikan nasihat kepada kerajaan, sama ada bekas Perdana Menteri boleh mendapat rumah ataupun tanah yang baru-baru ini dilaporkan pihak kerajaan telah meluluskan pemberian rumah dan tanah yang bernilai RM100 juta kepada bekas Perdana Menteri, Yang Berhormat Pekan? Tuan Pengerusi, semua faedah seorang Menteri ataupun Perdana Menteri dan juga Ahli Parlimen adalah di bawah Akta Ahli Parlimen atau Members of Parliament (Remuneration) Act 1980 dan ia merujuk kepada Akta Pencen Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj. Di kedua-dua undang-undang ini, langsung tidak memberi apa-apa kuasa kepada pihak Jemaah Menteri untuk meluluskan apa-apa tanah ataupun rumah kepada seorang Perdana Menteri. Akan tetapi, boleh menyediakan sebuah rumah untuk beliau tinggal secara percuma, memberikan seorang drebar, sebuah kenderaan kerajaan dan juga pembantu yang lain, office boy, secretary dan seorang stenographer. Jadi, saya hendak dapat penjelasan, adakah Peguam Negara telah memberikan nasihat kepada pihak kerajaan? Tuan Pengerusi, kerana tidak cukup masa, saya hanya minta lagi penjelasan daripada pihak kerajaan berkenaan dengan Maksud P.6 Butiran 00100 – Kajian-kajian Kemungkinan. Kenapakah jumlah yang begitu besar ditetapkan untuk projek-projek tetapi jumlah sebenar yang digunakan adalah sangat kecil? Begitu juga untuk Majlis Keselamatan Negara, dinyatakan jumlah besar tetapi jumlah besar yang digunakan hanya begitu kecil sahaja. Akhir sekali, P.6 Butiran 00104 – Penyusunan Semula Masyarakat. Telah dinyatakan tidak ada satu sen pun dibelanjakan untuk tahun 2021 dan juga tahun 2020. Akan tetapi, kenapa hendak dipinjam RM50 juta untuk tahun hadapan? Itulah sahaja perkara-perkara yang hendak saya bangkitkan. Ada banyak lagi isu tetapi tidak sempat. Kalau boleh, saya juga minta kerajaan nyatakan kenapa ataupun apakah asas kerajaan memberikan bantuan ataupun peruntukan untuk Perbadanan Kemajuan Negeri-negeri, Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Terengganu, Sabah dan Sarawak tetapi tidak memberikan apa-apa peruntukan
kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Pulau Pinang, Perlis dan Perak. Apakah asas-asas pemberian tersebut? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Jelutong, kemudian yang terakhir saya menjemput Yang Berhormat Kubang Pasu. Dipersilakan Yang Berhormat Jelutong.
Terima kasih Tuan Pengerusi yang saya hormati.
Saya hanya ingin menyentuh beberapa perkara. Pertamanya saya ingin mula dengan Butiran 020500 – NADMA, di mana saya sekali lagi ingin memohon supaya Pejabat Perdana Menteri juga membuka sebuah cawangan atau pejabat di tiap-tiap negeri di seluruh Malaysia. Kalau boleh— saya berterima kasih atas bantuan-bantuan yang telah dihulurkan. Kawasan Jelutong selalu dilanda banjir. Timbalan Pengerusi juga tahu. Saya telah menyebut beberapa kali Tuan Pengerusi pada asalnya seorang Ahli Dewan Undangan Negeri dari Pulau Pinang. Jadi kawasan Jelutong baru-baru ini juga dilanda banjir. Saya berpendirian bahawa apabila berlaku kejadian-kejadian banjir, Ahli Dewan Undangan Negeri termasuklah wakil rakyat, Ahli Parlimen yang terpaksa meredah banjir dan setiap kali menghadapi masalah banjir, terpaksa menjalankan kerja-kerja bantuan dan kebajikan dengan segera. Kalau pejabat NADMA ada di tiap-tiap negeri, maka ia akan melancarkan lagi kerja-kerja penyelenggaraan dan juga koordinasi ketika kita menghulurkan bantuan/banjir. Saya percaya NADMA ini merupakan satu agensi yang perlu diperkasa di mana anggaran perbelanjaan perlu ditambah— permintaan saya perlu ditambah. Saya lihat anggaran perbelanjaan yang diberikan tidak mencukupi tetapi permintaan saya kalau kita membuat perbandingan perkara yang telah dibongkarkan oleh Yang Berhormat Langkawi beberapa hari yang lalu tentang pemberian RM100 juta kepada Yang Berhormat Pekan yang kita lihat Yang Berhormat Pekan telah pun menolak. Akan tetapi sama ada beliau ikhlas menolak ataupun tidak, saya kurang pasti. Kita akan tunggu dan lihat. NADMA ini merupakan satu agensi yang perlu diperkasa. Jadi, permintaan saya supaya kita memberikan lebih banyak anggaran perbelanjaan kepada pihak NADMA. Permintaan saya adalah untuk menubuhkan NADMA ataupun pejabat-pejabat cawangan di setiap negeri di seluruh Malaysia. Pada masa yang sama, saya ingin menyentuh kepada B.9 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di mana anggaran perbelanjaan yang telah diperuntukkan juga agak besar. Cuma permintaan saya kepada Yang Berhormat Menteri adalah untuk memperincikan apakah tujuan anggaran ini, sama ada untuk meningkatkan keanggotaan SPRM ataupun untuk menambahkan lagi teknologi pihak SPRM. Saya cuma ingin memohon perkara-perkara ini diperincikan kerana kita lihat— saya perlu menyentuh sekali lagi isu MITRA. Pihak-pihak yang terlibat sekarang mula mencabar saya pula. Meminta saya mendedahkan nama-nama mereka di luar Dewan yang mulia ini. Saya di sini cuma bertanyakan soalan, saya ingin penjelasan. Kalau mereka ini tidak terlibat, kenapakah tidak Yang Berhormat Menteri menjawab soalan saya dengan mengatakan yes or no memang mereka tidak terlibat. Tugas saya sebagai seorang Ahli Dewan ini adalah untuk bertanyakan soalan-soalan, kita mahukan penjelasan. So, saya tidak mahu pihak SPRM digunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk melindungi diri. Saya di sini cuma berharap bahawa anggaran perbelanjaan yang diberikan ini akan memantapkan lagi pihak SPRM, akan memberikan mereka lebih tenaga, kakitangan untuk memastikan penyiasatan-penyiasatan selesai. Macam isu MITRA, Timbalan Pengerusi. Saya minta maaf kerana terpaksa mengulangi. Sudah lebih kurang tiga minggu perkara ini dibongkarkan oleh Ahli-ahli
Dewan Rakyat yang mulia ini, tetapi sehingga sekarang kita tidak ada sebarang penyudah. Kita lihat bahawa seolah-olah pihak SPRM kelihatan cuba menutup sesuatu kebenaran. So, saya merayulah kepada Menteri yang berkenaan supaya peruntukan yang telah diberikan kepada Jabatan Perdana Menteri digunakan untuk memperkasakan lagi pihak SPRM untuk memastikan bahawa isu-isu kontroversi ini disiasat dan dapat orang-orang yang terlibat itu dibawa ke muka pengadilan dengan seberapa cepat yang mungkin.
Terima kasih.
So, Tuan Pengerusi memandangkan masa tidak mengizinkan, saya mengucapkan ribuan terima kasih atas peluang yang telah diberikan.
Terima kasih, Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Pengerusi, boleh saya minta.
Yang terakhir, saya menjemput Yang Berhormat Kubang Pasu, lima minit.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertamanya ialah tentang B.3 – Jabatan Audit Negara, yang ini ramai tidak sentuh. Saya hendak sentuh sedikit tentang petunjuk prestasi utama. Saya sedikit bingung kerana pada tahun 2020, prestasi diletakkan pada 80.8 tetapi sasaran pada tahun 2021 dan 2022 sasaran ini direndahkan menjadi 78. Patutnya kita dari tahun ke tahun sasaran kita, prestasi dan outcome kita makin baik, tetapi ini diturunkan. Saya hendak tahu kenapa berlaku demikian. Keduanya, diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan jumlah RM10 juta untuk Jabatan Audit Negara bagi memperkukuh keupayaan dan pengoptimuman proses pengauditan. Jadi saya hendak tanya, di mana RM10 juta ini diletakkan? Apa yang lebih penting daripada itu, Tuan Pengerusi ialah bagaimana dengan teguran yang diberikan kepada agensi-agensi kerajaan ini, dapatan dari Jabatan Audit. Adakah jumpa tiap-tiap tahun? Tegur, tahun hadapan jadi lagi. Jadi, di manakah mekanisme untuk perkara ini berlaku supaya ia tidak berulang? Adakah mekanisme Auditor General Dashboard ini berkesan dalam memastikan semua teguran itu diselesaikan dan tidak berulang lagi? Saya beralih kepada B/P.6 – Jabatan Perdana Menteri. Pertamanya ialah Butiran 010500 – Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan (KABINET), Kod 20000, pertambahan yang agak ketara. Belanjawan daripada RM1.7 juta kepada RM5.4 juta. Jadi hendak tahu apa bendanya. Kemudian juga Butiran 010500, Kod 30000 bagi aset juga peningkatan yang ketara sebanyak RM3.5 juta. Butiran 010600 – Unit Penyelarasan Pelaksanaan (UPP) juga aset sebanyak RM3.453 juta, mohon diterangkan untuk tujuan apa. Begitu juga untuk Butiran 010700 – Unit Perancangan Ekonomi (EPU), Kod 30000 iaitu RM1.17 juta. Butiran 011000 – Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) di bawah Kod 40000, peningkatan 100 peratus daripada RM15 juta kepada RM30 juta. Mohon diterangkan pertambahan yang begitu besar. Kemudian di bawah Butiran 020100 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kod 30000, berlaku peningkatan yang juga agak besar iaitu RM1.379 juta, padahal Ketua Audit Negara telah menegur berlakunya tuntutan tidak wajar sebanyak RM499 juta pada tahun 2020. Tahun ini ditambah pula lagi. Apakah langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk pastikan bahawa perkara yang sama tidak berulang seperti mana berlaku pada tahun 2020? Butiran 020300 – Bahagian Penyelidikan kod 30000 juga peningkatan yang ketara RM1.323 juta. Mohon dinyatakan. Butiran 020500 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bawah aset, peningkatan yang sangat ketara daripada RM228,000 sahaja tahun 2021 menjadi RM4.84 juta, jadi mohon dinyatakan. Butiran 080100 – Perolehan Aset/Harta modal/Kenderaan Kod 30000, one-off, RM7.5 juta pohon diperincikan. Akhirnya bagi Jabatan Perdana Menteri, dinyatakan bahawa Yayasan Keluarga Malaysia
sebanyak RM25 juta itu di- park dekat mana, di bawah Jabatan Perdana Menteri ataupun sebaliknya.
Kemudian saya pergi kepada anggaran perbelanjaan pembangunan, Butiran 00101 - Majlis Keselamatan Negara sebanyak RM332 juta. Mohon diperincikan peningkatan yang besar, penyusunan semula masyarakat telah disentuh oleh sahabat saya tadi. Butiran 00108 -Program Pembangunan, RM466.7 juta, Projek Khas RM1 bilion, Projek Mesra Rakyat RM444 juta dan Butiran 97000 - Dana Fasilitasi RM200 juta, mohon diperincikan. Saya ingat itu sahaja, mohon penerangan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Ahli Yang Berhormat, seramai 42 orang Ahli-ahli Yang Berhormat telah berucap di peringkat jawatankuasa. Maka sekarang saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Bermula daripada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), kemudian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), kemudian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), kemudian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) dan kemudian diikuti oleh Menteri Agama. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) 15 minit, dipersilakan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Bagi hal- hal yang di bawah portfolio kita yang ada kaitan terus dengan hal Sabah dan Sarawak. Empat orang ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh hal-hal di bawah portfolio tersebut iaitu Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Penampang dan Yang Berhormat Kota Belud. Bagi Yang Berhormat Port Dickson, perkara-perkara yang disentuh oleh semua Ahli Yang Berhormat ini begitu berkait dengan rapat. Satunya adalah saya sentuh yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Port Dickson. Sebelum ini pun sudah dua tiga kali saya sentuh di Dewan yang mulia ini iaitu keputusan kerajaan untuk belum lagi membuka laporan-laporan secara terbuka kepada pihak awam selagi perkara-perkara yang dibincangkan belum diputuskan. Ini adalah praktis kita dalam kerajaan dan Ahli Yang Berhormat yang lain pernah juga menjadi Ahli Kabinet. Apa yang dilaksanakan setakat ini adalah continuation of that practice. Apabila semua perkara telah selesai dan saya rasa barulah kita bincang balik keperluan untuk membuat laporan khas misalnya. Akan tetapi saat ini misalnya matters pertaining to the court dengan izin pertaining through perkara-perkara yang dengan... financial [Tidak jelas] yang begitu semua juga perihal dari segi teknik yang digunakan dalam perbincangan khasnya dengan Sarawak misalnya adalah berasaskan kepada financial basis. Jadi, semua ini adalah memerlukan – selesai dahulu semua dan ada keputusan muktamad dan baharu kita rujuk balik daripada segi keperluan untuk membuat laporan... [Tidak jelas] . Saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat faham dalam perkara ini and this is- I’m just… [Tidak jelas] dengan izin continuing the practice when I took over this job, for instance dan diberi kepada saya, oleh mendiang Yang Berhormat Menteri Undang- undang pada waktu itu you know, file like this all stamp sulit.
[Bangun]
Ya Yang Berhormat Penampang...
Terima kasih...
...You’re lawyer, you tahu semua ini.
...Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berkenaan dengan isu rahsia, tiada tujuan yang
saya ingat sewaktu di Jemaah Menteri, tiada tujuan untuk merahsiakan perbincangan Jawatankuasa Perjanjian Malaysia 1963. Apa yang saya tahu adalah perbincangan minit Kabinet adalah rahsia. Tujuan mendiang Ahli Parlimen kita Yang Berhormat Batu Sapi selalu untuk mengeluarkan dan beliau selalu bincang dengan ramai orang untuk mendapat pendapat berkenaan dengan Perjanjian Malaysia tahun 63. Akan tetapi di sini Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri, sediakah Yang Berhormat Menteri untuk membawa isu ini di awam? Ini kerana dalam jawapan Yang Berhormat Menteri baharu-baharu ini, berkenaan dengan kenapa adanya rahsia adalah berkenaan dengan commercial interest dengan isu empat yang belum diselesaikan iaitu Akta Wilayah Laut 2012, Pemilikan, siapa memiliki benua oil and gas dan juga dua lagi isu. Saya pun lupa, minta maaf Tuan Pengerusi, tetapi Yang Berhormat Menteri tahu. Why don’t we dengan izin open it to the public, because Sabahans, Sarawakians and as well as the west Malaysians are eager to know as well. There is only four more left. Thank you.
Terima kasih Yang Berhormat Penampang. Sila Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Penampang, saya perakui ada kepentingan dari segi itu. Akan tetapi terlampau awal untuk kita buat keputusan kerana perihal seperti isu khususnya mengenai dengan pricing on gas of Sarawak begitu sulit dan ada impak kepada market. Jadi sebelum selesai, kita belum boleh buat keputusan dalam perkara ini. Masih lagi adalah perkara yang sulit dalam perbincangan antara dua negeri dan Sabahdan Sarawak pun akan mulai dalam rundingan ini. Jadi kita ambil catatan mengenai dengan itu, tetapi keadaan adalah tidak membolehkan kita berasas kepada nasihat kepada Attorney General. Terima kasih. Seterusnya juga satu perkara yang misalnya untuk disentuh juga oleh ketiga-tiga Yang Berhormat yang lain, Yang Berhormat Penampang. Misalnya di bawah Akta 112 iaitu mengenai dengan- ini belum lagi mula. Pegawai-pegawai saya sedang berbincang dan sebenarnya Yang Berhormat Menteri Kewangan dan ‘BHES’, JPM kita telah tetapkan mesyuarat sebulan yang lalu, then pertukaran kerajaan lagi. Pada waktu itu Sabah dan Sarawak sendiri yang minta postponed. So, jangan juga blame MOF ataupun JPM kerana dua kerajaan juga yang telah minta supaya ditundakan. Akan tetapi saya yakin Yang Berhormat Menteri Kewangan mengatakan beliau pengerusinya dan saya sitting in the committee bahawa selesai sahaja belanjawan dan bajet, maka kita akan terus masuk dalam perkara ini. Terms of reference sudah pun dipersetujui pada saat ini.
Yang Berhormat Menteri just short while.
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Pengerusi terima kasih. Berkenaan dengan Artikel 112, adakah kerajaan ataupun pihak Yang Berhormat Menteri bersedia untuk melaksanakan mengikut inti pati Perlembagaan Persekutuan Malaysia iaitu dengan izin, in 1969 mereka telah identify limit dia kepada RM20 juta setiap tahun dan dinaikkan pada tahun 1970 ataupun 1973 kepada RM26.7 juta. Sejak 1973 hingga ke 2021 tidak pernah dinaikkan. It’s been stucked at RM26.7 million, Yang Berhormat Menteri knows this very well. But why don’t we take this opportunity Yang Berhormat Menteri, follow the constitution get the MOF to tell us berapanya collection, kutipan cukai dari Sabah setiap tahun. Then from there, you can walk around.
Saya akur pada waktu Pakatan Harapan dan Warisan, we increased it to RM54.3 million but that was the situation then.
Yang Berhormat Menteri.
But now there’s a chance. Terima kasih.
Tambahan kepada Yang Berhormat Penampang tadi. Soalan yang sama, Yang Berhormat Menteri. Apabila Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa kerajaan negeri tidak bersetuju kerana ada perbincangan dan rundingan. Cuma persoalan saya di sini Yang Berhormat Menteri, sewaktu Kerajaan Pakatan Harapan, dinaikkan daripada RM26 juta ke RM53 juta kalau saya tidak silap, correct me if I’m wrong. Cuma persoalan dia, kalaupun ada rundingan di pihak kerajaan dan juga Kerajaan Persekutuan, kenapa jumlah itu diturunkan semula kepada RM26 juta. Kenapa tidak dikekalkan pada jumlah yang telah dipersetujui sebelum ini dan rundingan dilakukan? Ini tidak, sebaliknya dikembalikan kepada nilai yang asal. Jadi ini yang menjadi persoalan kepada kita, kerajaan negeri mana yang menolak peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri yang dikurangkan? Ini yang menjadi persoalan kita. Yang Berhormat Menteri kalau boleh minta penjelasan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sepanggar. Sila Yang Berhormat Menteri.
Sepertimana ahli-ahli dalam kerajaan yang sebelum ini sedia maklum, ini misalnya di bawah kerajaan tersebut, bagi Sabah dia terima offer yang diberi oleh pihak MOF iaitu RM26.7 million ke RM53 juta and onwards sampai RM224 juta. Sarawak tidak terima oleh sebab dia mahu asas what is the basis of formula was derived then. Jadi dengan itu, mereka telah merayu supaya tidak mahu terima dahulu, masih ada perundingan dahulu dan selepas kerajaan baharu ditubuhkan di Sabah pada minggu kedua, baharu mereka akan memerintah dengan sudah tulis surat mereka reject the offer of the previous government dan mahu supaya memutuskan, supaya rundingan diadakan bermula sekali gus bersama dengan Sarawak.
Okey.
So, begitulah statusnya penjelasan sebenar.
Okey Yang Berhormat Menteri sebenarnya. Minta izin ya Tuan Pengerusi. Soalan kita, kita tidak ada masalah tentang rundingan itu. That one, we don’t have a problem Yang Berhormat Menteri. Cuma persoalan yang kita ingin— while you in negotiation, kenapa jumlah itu diturunkan? Sepatutnya keep the amount yang telah dipersetujui oleh kerajaan sebelum ini oleh sebab kita pun telah lama, sejak tahun 1974, tidak pernah dinaikkan jumlah itu. Jadi, berbaloi apabila diteruskan jumlah itu pada ketika while you negotiating with the state government, continue with the amount yang telah dipersetujui oleh kerajaan sebelum. Persoalan dia ini kenapa diturunkan while you are negotiating? Itu persoalan kita Yang Berhormat Menteri. Minta jawab kalau boleh.
Isunya bukan diturunkan, dia kembali pada yang asal. Oleh kerana belum dua-dua menolak, maka dia balik kepada RM27 juta iaitu yang asal yang sampai RM73 juta.
Tuan Pengerusi, boleh saya, ada sikit. Sedikit fasal ini Yang Berhormat. Terima kasih.
I think macam peringkat dasar mesti..
Ini bukan break. Ini bukan peringkat dasar.
Yang Berhormat Tuaran ada sentuh juga...
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih, terima kasih.
Saya hendak ingatkan Yang Berhormat Menteri bahawa ini adalah jawapan di peringkat Jawatankuasa.
Ya.
Peringkat Jawatankuasa.
Sekarang hanya tinggal dua minit lebih saja.
Memang ini peringkat Jawatankuasa.
Finish your discussion.
Yang Berhormat ini soal Yang Berhormat katakan ditolak, tidak bersetuju. Akan tetapi dalam pembentukan, merumuskan bajet pada kali ini, Pakatan Harapan telah mencadangkan di bawah MOU supaya apa yang telah dibuat oleh Pakatan Harapan dahulu iaitu didouble ya. Makna dia setiap tahun, dua kali dinaikkan. Jadi pada tahun ini, sepatutnya seratus lebih fasal sudah tahun lepas, tahun 2020 sudah pun 52 ya. Jadi, persoalan di sini ialah adakah pejabat Yang Berhormat telah juga bersama dengan Kementerian Kewangan menyokong apa yang telah dicadangkan oleh Pakatan Harapan yang telah menolak? Ini bukan soal kerajaan negeri lagi. Ini soal permintaan kita. Ini keputusan Kementerian Kewangan mahu bagi ataupun tidak. Hari ini dia buat, dia kasi tolak saja. Itu persoalan dia. Bukan soal persetujuan kerajaan negeri.
Kita faham tetapi pandangan Kerajaan Negeri Sabah, Kerajaan Negeri Sarawak adalah I can get to point they have. The point they have is not good enough. Begitu. So, dia mahu runding balik, mahu look at the formula and dia hendak capai by better than apa yang telah offered. So, saya harap kita sokong semua intentions di situ dan selepas sahaja perbahasan ataupun lepas sahaja belanjawan ini diluluskan, nanti commitee akan mulai dan I will inform the public, khususnya MP-MP dari Sabah ataupun hasil perubahan. Okey khususnya nanti we start seperti hal-hal peringkat dasar. So, yang kedua yang disentuh oleh Yang Berhormat Tuaran juga mengenai kemajuan daripada segi perubahan perlembagaan, saya rasa tidak begitu, kita tunggu oleh sebab kita telah bentangkan first reading. Second reading adalah is expected selepas belanjawan diluluskan dan sepertimana yang telah ingat...
Yang Berhormat penjelasan.
... saya juga ada mesyuarat dan taklimat mengenai MPs dari Sabah, MPs dari Sarawak, juga kepada ADUN Dewan Undangan Negeri Sabah pada nanti....
Yang Berhormat, Yang Berhormat...
...pada 4 Mac.
Penjelasan Yang Berhormat.
Jadi saya cukup jelas. Straightforward.
Penjelasan Yang Berhormat. Sebenarnya maksud saya itu ya kalau Artikel 1(2) dan juga Artikel 160(2) itu, kita sudah jelas. Itu kita faham sudah. Apa yang saya bangkitkan dalam perbahasan saya ialah mengenai Artikel 122. Hari itu pun saya ada tanya juga oleh sebab saya tanyakan adakah ini valid atau tidak.
Jika tidak, bila kita mahu kasi kembalikan oleh sebab apabila dia telah dipinda pada tahun 1994, dia tidak memenuhi keperluan Perlembagaan Persekutuan, di mana perlu ada concurrence daripada kerajaan negeri. Jadi apabila tiada concurrence, kita mengatakan dia invalid oleh sebab tiada concurrence Artikel 122 itu, iaitu kuasa TYT untuk melantik Judicial Commisioner di situ. Pandangan Yang Berhormat Menteri Undang- undang hari itu mengatakan bahawa you go to court and test it lah. Jadi kita mengatakan apa lagi mahu itu. Kita ada MoU ini, perjanjian, kerjasama di antara pihak sini dan sebelah sana. Kita pinda saja. Kalau tidak betul, kita kembali kepada yang dulu iaitu kembalikan kuasa TYT untuk melantik Judicial Commisioner. Pertanyaan saya dalam perbahasan pagi tadi ialah sejauh manakah perkembangan dari pejabat Yang Berhormat untuk memperjuangkan ini oleh sebab ini unit Yang Berhormat dalam untuk memperjuangkan ini.
Sekarang kita dalam Jawatankuasa, Yang Berhormat Tuaran.
Saya faham. Dalam hal ini perbincangan telah dimulakan di antara AG sama AG Sarawak sekali gus dengan Federal AG dan nanti jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Undang- undang JPM akan membawakan perkara ini nanti untuk pertimbangan sekali lagi oleh pihak Majlis Khas. Akan tetapi saya hanya mahu kasi ingat bahawa untuk Ahli-ahli Yang Berhormat dari Sabah misalnya, perkara-perkara yang ada kaitan dengan perundangan, khususnya the Court of Borneo, ini pada masa mendiang Menteri yang menjaga hal-hal 63, actually ini sudah dikeluarkan. Tidak dimasukkan daripada segi perkara yang perlu dirunding because that view was left, it can’t be deal administratively. Okey. Saya tidak setuju. Because mahu runding dengan pihak ini susah sekali. So, saya akan masukkan balik supaya dibincang secara terbuka antara tiga AG, okey, juga dengan Pendaftar Mahkamah dalam perkara ini.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
So, kita berharap ini akan dapat dijalankan. Still unfinished task lah Yang Berhormat Tuaran.
Masa sudah tamat. Sekiranya tidak sempat...
Okey, bagi Yang Berhormat terakhir dari, tetapi dia ada di sini, tiada iaitu dari Kota Belud.
Beliau telah sentuh perkara...
Kota Belud ada, Kota Belud ada.
Oh! Ada. Perkara yang sama juga almost hal juga mengenai dengan hanya pertanyaan adalah kenapa BSH ini tiada peruntukan pembangunan. Memang kita tidak terlibat dalam perkara ini, kita monitor hanya yang kita begitu terlibat almost monitoring semua projek yang bermasalah di Sabah dan Sarawak melalui Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak.
Yang Berhormat Menteri.
Walaupun peruntukan yang diberi kepada bahagian ini nampak kecil...
Yang Berhormat Menteri.
Oleh kerana yang lainnya masuk dalam ‘pool’ daripada segi untuk conferences, meeting dan untuk consultation. Ini di dalam ‘pool’ JPM.
Yang Berhormat Menteri, saya juga ada bertanya tentang prestasi yang berapa sudah siap dan jawapan dari Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat, apa itu?
Prestasi. Tadi Yang Berhormat Menteri sebut tentang monitoring sahaja kan?
Oh! I think daripada segi prestasi memerlukan panjang untuk give you all the list tetapi I’ll give you secara bertulislah.
Secara bertulis lima hari.
Bertulislah.
Five days, lima hari.
Ya, kita mahu jawapan bertulis supaya kita pun boleh share.
Saya rasa Tuan Pengerusi, nanti saya beri secara bertulis the listing yang telah diselesaikan dan seterusnya. Kalau hendak sebut memang banyak tetapi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri punya pendekatan walaupun Yang Berhormat Pagoh atau yang sekarang adalah until we change document, that settle the state, then only we can say we have selesaikan. Sekadar untuk sebut macam perihal energy SESB, empat akta you have to table in the state. Di sini one akta which is Electricity Act, just to take out Sabah seperti dia buat Sarawak. This act does not apply to Sarawak, itu perlu dibentangkan di sini. Jadi kita perlu complete dan change the document, baru we can say yes it has been assumed. Kalau mahu sebut sahaja meetings, banyak tetapi susahnya kerana pegawai-pegawai kita ini pun mengikut undang-undang.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, masa dah tamat.
Saya rasa...
Yang Berhormat, ada satu lagi mahu respons tadi. Saya telah meminta apakah sama ada pejabat ini, adakah unit ini memperjuangkan supaya ada bajet untuk Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak? Itu Yang Berhormat Menteri belum respons lagi.
Ini antara yang perlu kita masukkan dalam perbincangan nanti di bawah jawatankuasa yang saya telah sentuh tadi. Akan tetapi ini adalah sebabnya kenapa kita dalam Kerajaan PN ini masukkan balik perihal The Borneo Court sebab pada 1990’s power was within the Chief Justice, at that time ia dinamakan Chief Justice of Borneo – a personal Chief Judge. Chief Judge sahaja. Pada waktu itu, dia full kuasa daripada segi penempatan, daripada segi bajet, now under Pendaftar. So, ini yang perlu kita beri perhatian.
Yang Berhormat, should reinstate Chief Judge of Sabah and Sarawak, the High Court of Sabah and Sarawak.
Well, ini antara yang pihak... [Tidak jelas] Sarawak sedang appeal.
Okey, terima kasih.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) untuk menjawab peringkat Jawatankuasa, 20 minit.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ada 20 minit, saya akan cuba jawab setakat yang boleh, yang tidak dapat kita boleh jawab secara bertulis memandangkan ramai lagi Menteri-menteri JPM akan menjawab. Tuan Pengerusi, pertama saya ucapkan terima kasih kepada 10 orang Ahli Yang Berhormat yang menyentuh hal-hal berkaitan dengan tugas saya di Jabatan Perdana Menteri khususnya berkaitan dengan Unit Perancang Ekonomi, bahagian-bahagian dan agensi-agensi yang berkaitan dengannya. Pertama, soalan Yang Berhormat Tebrau dan beberapa persoalan dari Ahli Yang Berhormat yang lain berkaitan peruntukan yang naik mendadak bagi Koridor Utara dan Koridor Pantai Timur. Utara namanya NCIA dan Pantai Timur namanya ECERDC.
Kalau ikut Yang Berhormat Tebrau, tidak ada dalam Dewan ya.
Naik daripada RM15 juta hingga RM30 juta. Ini adalah kerana peruntukan yang diberikan tahun ini tidak mencukupi. Itu sebab naik kerana tahun ini tidak cukup sebab agihannya bayar gaji maka tahun depan terpaksa dinaikkan 100 peratus untuk membolehkan kedua-dua badan ini membayar gaji dan beberapa hal operasi yang lain. Itu jawapan ringkas kepada Yang Berhormat Tebrau. Yang Berhormat Tuaran banyak soalan berkaitan telah dijawab oleh rakan saya Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak. Ada bertanya tentang SEDIA, yang ditanya adalah berkaitan dengan kemungkinan ada pertindihan antara kerja-kerja SEDIA dengan kerja-kerja agensi lain. SEDIA menerima peruntukan daripada Kerajaan Pusat untuk mengurus dan juga pembangunan. Antara projek utama yang diselia oleh SEDIA ialah Projek Pembinaan Pelabuhan Sepanggar. Kosnya kira-kira RM1 bilion. Salah satu projek raksasa di negeri Sabah, itu di bawah SEDIA. Apa pun kita ambil perhatian pandangan Yang Berhormat. Yang Berhormat tidak mahu ada pertindihan, di belah kerajaan tidak mahu ada pertindihan khususnya antara agensi dan Kerajaan Pusat. Dalam hal itu, kita juga akan pastikan bahawa tidak ada pertindihan antara agensi Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri. Sebenarnya SEDIA banyak membantu agensi Pusat dalam melaksanakan beberapa projek kecil di negeri Sabah dan juga bersama dengan kerajaan negeri khususnya bersama dengan UPEN. Ya, Yang Berhormat Tuaran.
Sedikit penjelasan. Terima kasih di atas respons tadi. Pertindihan yang saya maksudkan di sini ialah peranan SEDIA dalam hal-hal membawa pelabur asing ke negeri Sabah. Kerajaan Negeri Sabah telah pun menubuhkan Invest Sabah, satu agensi yang baharu. Jadi because of that agensi yang baharu daripada segi hubungan dengan agensi persekutuan pun suatu perkara yang mereka perlu kenal pasti bagaimana caranya.
Terima kasih.
Itu maksud saya sebenarnya.
Jadi dalam hal pelaburan ini memang diakui ada pertindihan dan langkah-langkah sedang diambil untuk mengurangkan pertindihan. MIDA umpamanya banyak, utamanya ialah MIDA yang bertanggungjawab untuk membawa pelabur ialah MIDA tetapi setiap kerajaan negeri ada juga umpamanya Invest Penang sebagai contoh. Banyak negeri ada invest negeri masing-masing. Sabah pun ada juga usaha- usaha yang dilaksanakan berapa agensi yang lain. Jadi kita akan terus berusaha untuk mengurangkan pertindihan dalam mencari pelabur asing ini di antara SEDIA dan regional authority yang lain dengan MIDA dan lain-lain badan. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Batang Lupar ada bertanya berkaitan dengan SDG khususnya. Yang Berhormat Batang Lupar adalah seorang pejuang yang hebat.
Tidak ada.
Untuk pastikan bahawa sustainable development goals ini diamalkan dan dilaksanakan di Malaysia. Untuk makluman, kita telah jajarkan kesemua 17 SDG ke dalam ketiga-tiga rancangan. Rancangan Malaysia Ke-11 sudah pun selesai, ada banyak SDG dalam itu. Rancangan Malaysia Ke-12 pun dijajarkan dengan SDG. Rancangan Malaysia Ke-13, SDG ini tahun 2016 hinggalah ke tahun 2030 jangka panjang. Tadi jam 2.00 petang saya mempengerusikan mesyuarat dihadiri oleh Yang Berhormat Batang Lupar dan beberapa Ahli Parlimen yang lain, lima, enam orang Ahli Parlimen yang lain. Kita bincang bagaimana kita hendak mantapkan lagi pencapaian dalam bidang SDG termasuklah dalam bidang kemiskinan, pendidikan, gender equality, ada 17 semuanya sekali. Insya-Allah kita akan pastikan, Ahli Parlimen akan memainkan peranan lebih aktif dalam mencapai kesemua matlamat SDG. Bukan sahaja Ahli Parlimen, kita juga akan melibatkan universiti, kita juga akan melibatkan badan-badan bukan kerajaan. Jadi ini selari dengan hasrat kerajaan untuk memastikan kita mengamalkan pendekatan whole of government, whole of society approach, maknanya kita akan melibatkan kesemua pihak. Suatu pendekatan yang inklusif yang terangkum supaya kesemua, bukan sahaja Kerajaan Pusat terlibat dalam hal ini. Kita ucapkan terima kasih kepada All Party Parliamentary Group (APP). Satu kumpulan rentas parti dalam Parlimen ini, di mana pada masa ini sebanyak 31 buah kawasan pilihan raya sudah pun diambil dalam konteks untuk localize untuk bawa ke akar umbi.
SDG telah dibawa ke akar umbi oleh Ahli Parlimen dan Ahli Parlimen ini merentasi kesemua parti. Semua parti politik diwakili dalam kumpulan ini. Alhamdulillah, tahun hadapan diperuntukkan sebanyak RM10 juta kepada kumpulan Ahli Parlimen ini dan mereka telah main peranan penting dan saya amat menghargai peranan mereka. Baru tadi diadakan satu mesyuarat. Beberapa orang ahli mesyuarat tidak dapat hadir oleh sebab kita ubah mesyuarat dari pukul 4.30 petang ke pukul 2.00 petang termasuklah kalau tidak silap saya Yang Berhormat Bangi tidak dapat hadir. Itu persoalan Yang Berhormat Batang Lupar. Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar atas sumbangan untuk memastikan bahawa kerajaan bersama-sama dengan Ahli Parlimen dan juga CSO terus akan menjalankan tugas, tanggungjawab memastikan 17 SDG dicapai oleh kerajaan. Yang Berhormat Batang Lupar juga mencadangkan supaya Jabatan Perangkaan mengeluarkan data-data yang lebih granular, lebih detail. Sebenarnya ini antara tugas Jabatan Perangkaan. Sebanyak RM15 juta telah pun diperuntukkan sebagai tambahan tahun hadapan untuk memantapkan lagi peranan Jabatan Perangkaan supaya jabatan ini dapat mengeluarkan angka-angka yang bertepatan dengan perubahan. Umpamanya sekarang ini gig economy satu sektor yang amat besar tetapi angka-angka berkaitan seperti ini mungkin tidak lengkap lagi dan perlu diperbaiki. Angka-angka berkaitan dengan pengangguran. Pada masa ini satu inisiatif sedang dijalankan di antara Jabatan Perangkaan, PERKESO dan EPU. Kami sedang berbincang bagaimana untuk kita membaiki lagi data-data perangkaan, maklumat berkaitan dengan pengangguran. Kita hendak tahu siapa yang menganggur, di mana penganggur, berapa lama sudah menganggur. Ini sedang diusahakan. Laporan awal telah pun dikemukakan kepada kami tentang perkara ini. Inilah antara satu usaha yang saya hendak maklum kepada Yang Berhormat Batang Lupar yang diambil oleh kerajaan untuk pastikan bahawa DOSM mengutip dasar lebih terperinci. DOSM juga menerbitkan MyLocal Stats dan, insya-Allah, setiap Ahli Parlimen akan dibekalkan dengan maklumat asas tentang profil Parlimen kita iaitu penduduknya, miskinnya, projek pembangunan. Ini sedang diusahakan. Kita akan mencari masa yang sesuai untuk Jabatan Perangkaan memberikan taklimat kepada
semua Ahli Parlimen berkaitan MyLocal Stats yang menghimpunkan semua perangkaan berkaitan dengan setiap Ahli Parlimen.
Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja. Tambahan berkenaan dengan pengangguran. Yang Berhormat Menteri sebut tadi berkenaan dengan peluang pekerjaan kepada penganggur. Cuma harapan saya, kalau boleh Yang Berhormat Menteri, kerajaan perlu juga memikirkan kepada anak-anak muda kita yang sekarang ini tengah bekerja tetapi usaha kena ada untuk menyelamatkan tempat mereka kerja ini. Sebab ada di luar sana yang kita dapat tahu, banyak syarikat khususnya SME-SME ini yang berada pada tahap yang bakal lingkup. Jadi, kalau kerajaan tidak ada usaha untuk membantu mereka, golongan ini juga akan terdedah kepada proses pengangguran kelak. Jadi, kalau ada, kita harap kerajaan dapat memikirkan sesuatulah untuk golongan ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sepanggar.
Terima kasih. Kita ambil perhatianlah pandangan Yang Berhormat Sepanggar tadi. Yang Berhormat Rasah ataupun Yang Berhormat lain membangkitkan tentang kenapa beberapa PKEN SCDC diberi peruntukan tiada langsung ataupun kecil dan kenapa yang lain besar. Ini secara prinsipnya, negeri-negeri yang maju seperti Pulau Pinang yang mempunyai sumber pendapatannya sendiri seperti PDC― rakan-rakan Ahli Yang Berhormat dari Pulau Pinang sedia maklum, PDC ialah sebuah badan berkanun kerajaan negeri yang hebat, yang telah menjana keuntungan. Jadi, bagi negeri-negeri yang maju, peruntukannya kurang. Kebanyakan daripada peruntukan untuk PKEN tahun hadapan adalah untuk Kulim Hi-Tech Park. Pinjaman untuk Kedah sebanyak RM195 juta untuk Kedah kerana Kulim Hi-Tech berkembang dengan pesat, sekarang fasa lima. Kejayaan yang cukup membanggakan kita. Maka Kerajaan Pusat tahun hadapan menyediakan sebanyak RM195 juta. Negeri Johor, peruntukannya juga tinggi kerana ada sebuah kawasan industri yang baharu di Bukit Gambir akan dibangunkan pada tahun hadapan. Jadi, yang pertama, asas agihan peruntukan untuk PKEN ini berdasarkan kepada tahap kemajuan negeri. Negeri yang maju seperti Selangor dan Pulau Pinang umumnya tidak menerima peruntukan yang besar. Negeri lain menerima peruntukan yang lebih besar. Dalam konteks ini, tumpuan tahun hadapan ialah untuk membangunkan kawasan industri yang baharu termasuklah untuk mengembangkan Taman Teknologi Tinggi Kulim dan juga untuk membangunkan sebuah taman industri baharu di Bukit Gambir, Johor. Tuan Pengerusi, berkaitan dengan projek khas ini yang ditanya oleh beberapa orang Ahli Yang Berhormat termasuk Yang Berhormat Rasah. Sebanyak RM1 bilion diperuntukkan tahun hadapan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sudah pun meluluskan agihan peruntukan ini sebanyak RM1 bilion oleh kerana kita tidak ada peruntukan khusus bagi menangani miskin tegar. Miskin tegar ini terdapat di rata-rata. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan ada, ICU ada. Jadi, keputusan telah dibuat. Agihannya adalah seperti berikut, lebih kurang, tertakluk kepada ubah suai dari semasa ke semasa, tertakluk kepada kelulusan Perdana Menteri. Sebanyak RM500 juta adalah untuk membiayai projek-projek Program Basmi Miskin Tegar di seluruh negara. Setiap negeri akan dikenal pasti di tiga, empat dan lima lokaliti untuk kita hapuskan miskin tegar secara bersasar, secara lebih fokus di mana kita akan mengambil pendekatan holistik melibatkan agensi Kerajaan Pusat, kerajaan negeri, universiti, korporat, yayasan-yayasan dan badan-badan yang lain. Jadi, sebanyak RM500 juta iaitu separuh peruntukan ini akan digunakan untuk projek membasmi kemiskinan di kesemua negeri. Sabah dan Sarawak akan mendapat peruntukan lebih besar oleh sebab Sabah dan Sarawak besar.
Kedua, sebanyak RM350 juta adalah untuk membiayai projek-projek yang tidak tersenarai tahun hadapan oleh sebab-sebab tertentu iaitu projek-projek yang kritikal yang perlu dilaksanakan, kecemasan yang mempunyai impak yang besar. Jadi, sebanyak RM350 juta adalah untuk projek-projek yang tidak dapat diluluskan dalam RP2 ataupun tahun 2022 dan tiga projek kecil yang berimpak tinggi khususnya di kawasan FELDA. Ini adalah agihan untuk tahun hadapan, untuk makluman Yang Berhormat Rasah. Yang Berhormat Kota Belud juga membangkitkan tentang PKEN. Saya telah memberikan penjelasan tadi perbezaan antara peruntukan PKEN di seluruh negara.
Yang Berhormat Menteri, minta laluan.
Yang Berhormat Jempol, sahabat saya...
Kangar.
Yang Berhormat Menteri, Rasah.
Kangar.
Boleh Kalabakan sedikit?
Sila, Yang Berhormat Kalabakan.
Kita bagi Yang Berhormat Rasah dahulu. Sila, Yang Berhormat Rasah.
Dekat-dekat Yang Berhormat Kalabakan. Saya tidak nampak satu lagi.
Siapa? Kalabakan?
Okey, Yang Berhormat Kalabakan.
Terima kasih...
Yang Berhormat Kalabakan, sila.
Kalabakan? Siapa?
Eh! Siapa? Saya singkat sahaja, Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Kalabakan.
Yang Berhormat Kalabakan.
Gaduh dahulu. Bagi Kangar dahulu.
Tak, tak. Tak mahu gaduh. Saya sedikit sahaja. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang menjawab berkenaan dengan RM1 bilion bawah projek khas tersebut. Saya meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Sebanyak RM500 juta untuk membasmi kemiskinan tegar. Saya rasa itu tidak ada masalah. Cuma, saya harap agihannya adil kepada seluruh negeri. Oleh sebab tadi berkenaan dengan tajuk PKNS tadi, untuk Negeri Sembilan, hanya dapat RM800,000 sahaja. So, saya minta untuk RM500 juta, half untuk miskin tegar. Sebab miskin tegar ada di mana-mana termasuk miskin bandar. So, ada di bandar, di desa dan sebagainya. Kita bantu semua. Kedua, Yang Berhormat Menteri ada sebut RM350 juta untuk mana-mana projek yang tidak disenaraikan secara kecemasan. Okey, tidak mengapa. Yang selebihnya sebanyak RM150 juta apa statusnya, Yang Berhormat Menteri? Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Itu sahaja. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Kangar hendak minta sedikit.
Yang Berhormat Rasah. Pertama, miskin tegar ini tidak kira bangsa. Orang Cina pun miskin, orang India miskin. Semua kaum. Yang ramainya bumiputeralah. Keduanya, bandar. Bandar sebanyak 55 peratus miskin di
bandar, sebanyak 45 peratus di luar bandar. Maka akan ada senarai daripada kawasan bandar. Apa pun, kita akan berbincang dengan kerajaan negeri. ICU dan EPU akan berbincang dengan kerajaan negeri. Dalam masa seminggu dua lagi, kita akan pilih kawasan-kawasan ini di semua negeri, bandar, luar bandar dan apabila diluluskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tentang cadangan kita, kita akan bincang strategi hendak tangani miskin tegar dan kita mungkin akan pergi ke Jemaah Menteri untuk mendapat endorsement. Dijangka pada bulan Februari, bulan Mac, kita akan mula laksanakan projek- projek miskin tegar di seluruh negara. Sabah dan Sarawak lebih sedikit.
Sedikit, Yang Berhormat Menteri.
Secara holistik. Mengenai projek-projek kecil tadi, tahun ini banyak diberikan kepada FELDA dan juga kepada regional authorities tadi. Ada lima. Antaranya SEDIA, RECODA dan semua koridor. Ada lima semua sekali. Itu sebagai penjelasan kepada Yang Berhormat Rasah.
Kangar.
Yang Berhormat Kalabakan. Selepas itu Yang Berhormat Kota Belud. Saya hendak berhenti. Lima enam minit saya nak berhenti.
Kalabakan.
Kangar minta sedikit.
Yang Berhormat Kalabakan. Selepas itu Yang Berhormat Kota Belud...
Yang Berhormat Kota Belud.
Kangar minta...
Tadi waktu Yang Berhormat Menteri sebut fasal Kota Belud, saya juga ada bangkit dan tanya soalan tentang Butiran 010700 tentang jumlah pengeluaran produk petroleum dan gas dari Sabah bagi tahun 2019 dan tahun 2020.
Saya mahu dalam jumlah atau nilai tahunan. Kemudian berapa juta atau bilion nilai kasar sebelum dicukai dan juga selepas dicukai oleh kerajaan.
Angka-angka itu ada, saya akan bagi secara bertulis.
Sedikit Yang Berhormat Menteri.
Bertulis.
Umumnya pecahan. Kita ada di Malaysia ini gas, minyak dan condensate dan gas. Kalau dipanggil bilion barrel setara ini RM1.7 juta, minyak kira RM500 ribu. Kalau campur gas semua sekali RM1.7 juta dan agihannya saya tidak ingat secara tepat. Akan tetapi...
Yang Berhormat Menteri, saya minta dalam jawapan bertulis.
Sarawak, kira-kira 50 peratus. Sabah, Semenanjung Malaysia kira-kira 30 peratus. Sabah 50, 30, 20 peratus tetapi angkanya yang tepat kita akan bagi Yang Berhormat Kota Belud. Terima kasih, Yang Berhormat Kalabakan.
Yang Berhormat Kangar.
Yang Berhormat Menteri...
Kedua-dua sekali, Jawatankuasa Bajet dulu.
Yang Berhormat Kalabakan.
[Ketawa]
Yang Berhormat Kalabakan, terus.
Ya. Yang Berhormat Menteri, saya ingin membangkitkan semula fasal peneroka baharu untuk FELDA di Sabah. Kalau kita boleh ambil 2,000 orang peneroka baharu di Sabah. Kita boleh kasi keluar dari Pitas, Kota Marudu, Kota Belut, daerah miskin ini kita beri mereka penempatan di FELDA Lahad Datu, Kalabakan. Kita boleh selamatkan 2,000- keluarga di Sabah untuk keluar daripada kemiskinan. Terima kasih.
Ini dibangkitkan Yang Berhormat Kalabakan setiap kali- Kalabakan ada Umas, Umas 1, 2, 3, 4. Ini Felda Umas.
Ada Umas.
Yang Berhormat Menteri.
Jadi ini...
Kangar.
Kalau tidak silap saya ini janji pilihan raya Warisan lah ya.
Jempol.
Jadi, kerajaan buat masa ini tidak ada rancangan untuk masukkan peneroka baru dalam kawasan FELDA...
Ladang FELDA di Sabah terlalu besar Yang Berhormat Menteri.
Itu dasar untuk sekarang ini...
Tolonglah orang Sabah.
Kita akan mantapkan apa yang ada. Kita ada 112 ribu orang peneroka sekarang ini. Jadi, angkanya kita akan tambah. Itu dasar kerajaan pada masa ini. Okey, sekali Yang Berhormat Kangar.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri...
Jempol ada.
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri.
Kita ada Wawasan Kemakmuran Bersama sehingga tahun 2030. Akan tetapi kalau saya tengok tadi daripada penjelasan Yang Berhormat Menteri, saya harap projek-projek khas ini akan mempertimbangkan objektif untuk kita merapatkan jurang pembangunan antara kawasan, antara wilayah. Jadi sebab apa, sebab saya bimbang isu-isu kemiskinan sekarang banyak berlaku di bandar. Jadi, kalau kita hanya fokus kepada itu sahaja, jadi pengaliran wang itu banyak akan berpusat di bandar. Jadi, kita akan gagal mencapai objektif Wawasan Kemakmuran Bersama. Saya hendak tanya juga sikit lagi, tentang pembangunan kawasan nelayan ini. Dulu banyak buat di Perak tetapi kalau kita tengok dalam bajet sekarang ini sudah memang kurang sangat. Adakah pembangunan kawasan nelayan ini hanya tertumpu kepada negeri itu sahaja? Bagaimana dengan pembangunan perkampungan nelayan di negeri-negeri lain sebab kebanyakan perkampungan nelayan ini di tanah rizab untuk sama ada di laut ataupun sungai. Jadi, apa usaha kementerian untuk memastikan mereka ini tidak terancam daripada – mungkin kerajaan negeri hendak pindahkan mereka dan sebagainya.
Yang terdapat dalam bajet ini Yang Berhormat Kangar. Cuma projek ini di Pangkor, di Lumut. Ini satu projek one-off. Sudah hampir siap. ‘200... ringgit’ yang dalam bajet ini adalah untuk kerja-kerja akhirlah. Maknanya sudah selesailah. Pada masa ini, oleh sebab kita ada kekangan peruntukan. Tidak ada projek baharu untuk membangunkan kawasan perumahan nelayan.
Jempol.
Ada beberapa Ahli Yang Berhormat, yang ada dalam buku ini adalah yang berkaitan dengan projek one-off di Pangkor yang sudah pun selesai. Saya, oleh sebab masa ada satu minit lagi...
Jempol, Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Jempol...
Saya bangun lama dah. Jawab Jempol ya.
Yang Berhormat Jempol sentiasa bertanya soalan ini.
[Ketawa] Sudah lama terbengkalai. Kertas Putih sudah tiga tahun Yang Berhormat Menteri.
Soal paip, jalan, rumah. Yang pertama rumah, Yang Berhormat Jempol sedia maklum, di Jempol ada lima buah kawasan perumahan. Satu sudah pun siap, yang empat lagi itu masih lagi belum ada kaedahnya. Sedia maklum...
Belum siap lagi Yang Berhormat Menteri.
Ya?
Tidak ada satu pun siap.
Yang Berhormat Jempol sedia maklum, kita ada focus group Parlimen. Kita sudah minta Pengerusi FELDA untuk panggil focus group Parlimen. Perkara ini belum selesai kerana memerlukan peruntukkan RM600 juta untuk minyak dan rumah. Yang focus group yang 10 orang semua ini, banyak rumah yang belum selesai. Ini 70 peratus ke bawah. Yang Berhormat Jempol sedia maklum dalam focus group, rancangan awal 20 ribu buah rumah FELDA ini hendak dibina, 8,000 buah rumah dibina. Daripada 8,000 buah rumah, cuma 3,000 lebih rumah yang siap. Lagi 4,000 buah rumah tidak siap, yang lebih 70 peratus termasuk Jempol satu, dua. Ini sedang dibangunkan. Jadi, keperluan kita RM600 juta untuk siapkan yang belum siap. Jadi, oleh sebab kekangan peruntukkan maka kita tidak dapat teruskan untuk membina rumah di Jempol dan di beberapa buah kawasan lain. Mengenai paip di kawasan Jempol, sudah pun saya fahamkan dibuat anggarannya. Akan tetapi, kita masih menunggu peruntukan. Belum ada lagi peruntukan. Paip ini sebenarnya bukan sahaja Jempol sahaja, banyak FELDA di seluruh negara sebenarnya. NRW, ini isu yang besar bagi negara kita. Setiap negeri memerlukan jumlah peruntukan yang besar untuk menggantikan paip yang ada 30, 40 tahun usianya. Hampir setiap negeri, kita ada masa paip ini. Bukan Jempol sahaja, Jadi, kita akan lihat secara keseluruhannya. Yang lain-lain saya rasa, sebab ramai...
Yang Berhormat Menteri, yang penyelenggaraan longkang dan sebagai pembetung.
Yang kecil-kecil Yang Berhormat Jempol sedia maklum sudah kita selesaikan sedikit sebanyak ada lagi yang belum selesai. Insya-Allah, tahun depan kita akan lihat apa peruntukan yang ada.
Yang Berhormat Menteri, masa sudah tamat Menteri.
Mengenai Jempol dan rakan-rakan FELDA lain yang kita ada focus group FELDA. Sebelum Parlimen ini bersurai, kita akan adakan
perjumpaan untuk Pengerusi FELDA dan focus group FELDA menghuraikan semua masalah yang belum diselesaikan di kawasan FELDA. Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ucapkan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang membangkitkan hal berkaitan Unit Perancang Ekonomi. Mana-mana yang tidak dapat dijawab, insya-Allah kita akan jawab secara bertulis. Kalau lupa, tolong ingatkan saya. Terima kasih. Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi). Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), 15 minit.
Di situ 20 minit. Oh! 15 minta ya? Lagi bagus... [Ketawa] Tuan Pengerusi, saya ucapkan banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Kuala Langat dan Yang Berhormat Segambut. Yang Berhormat Segambut puji Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Pokok Sena, termasuk Yang Berhormat Kubang Pasu. Yang telah menyentuh hal-hal yang bersangkut paut dengan kepala di Jabatan Perdana Menteri yang dikhusus untuk tugas-tugas khas. Rata-rata perkara-perkara yang diutarakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat terbahagi kepada beberapa perkara iaitu prihatinnya. Ahli-ahli Yang Berhormat, mengenai peruntukan NADMA, APM, pencen serta pembiayaan JPA, SPA dan ada juga menyentuh hal-hal yang bersangkut paut dengan ICU. Mana yang sempat, saya sentuh tetapi elok saya mulakan dengan keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Lembah Pantai dan Yang Berhormat Tumpat mengenai peruntukan bajet APM dan NADMA yang mengatakan bahawa tahun 2021, RM154 juta diperuntukkan. Akan tetapi bagi tahun 2022 hanya RM140 juta. Ini tidak bermakna bahawa peruntukan yang diurus dan ditadbir oleh APM untuk tahun 2021 berlebihan atau untuk tahun 2022 berkurangan. Ini menandakan bahawa APM sangat praktikal. Dengan mempunyai pegawai yang full operation nya hanya 4,000. Tuan Pengerusi pun Ahli Kehormat. Seramai 4,000, 1,000 berada di pusat, 3,000 lagi berada di seluruh negara termasuk Wilayah Sabah dan Sarawak. Yang menjadi kekuatan APM adalah lebih kurang 30 ribu ke-40 ribu kakitangan yang menyantuni hal-hal, dan isu yang berkaitan dengan bencana merupakan mereka yang bertaraf sukarela. Oleh sebab itu, perbelanjaan untuk tahun 2021 ini RM154 juta.
Ini kerana pada ketika itu PICK kepada COVID-19 kerana sebahagian daripada Ahli-ahli APM yang bekerja secara sukarela, kalau dia lain-lain pangkat, dia dibayar RM8 satu jam, maksimum selama 12 jam. Kalau dia pegawai, dia dibayar RM9.80 untuk satu jam. Mereka inilah berada di frontline, di PPV, di PPS, di tempat vaksin dan juga di tempat kuarantin. Kebanyakan daripada elaun-elaun ini kita bayar untuk mereka. Jadi bila kejadian COVID-19 makin lama semakin menurun, kita anggarkan kita tidak gunakan banyak. Ekoran daripada itu, kita berbelanja secara berhemah. Walau bagaimanapun kita ingin tambah aset-aset kita. Kita sudah ada kekuatan manusia, kita hendak perlukan aset yang baik. Oleh sebab itu saranan daripada Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Tebrau termasuk Yang Berhormat Segambut yang menyatakan uniform itu tidak sesuai. Memang betullah. Betul saya rasa sendiri sebab semasa saya di MINDEF dahulu, ada kualiti, ada test yang kita buat di STRIDE, mereka perlu memenuhi kriteria-kriteria tertentu.
Tetapi oleh kerana, untuk APM ini materialnya panas sikit. Betul lah tu. Saya pun sudah cuba, memang panas berbanding dengan tentera.
Jerai. Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Jerai.
Sehubungan dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi berkenaan dengan elaun APM. Adakah pihak kementerian telah pun mengkaji kenaikan elaun tersebut untuk APM Sukarela RM8 dan untuk Pegawai RM9.80 satu jam. Jadi adakah langkah-langkah untuk menaikkan elaun mereka? Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Dipersilakan Yang Berhormat Menteri.
Sudah naik tu, dah naik dan yang terbaik. Saya rasa, correct me if I am wrong, Tuan Yang di-Pertua. Rate itu adalah lebih baik daripada Rela dan Askar Wataniah, kalau saya ingat. Okey. Itu sudah ambil kira itu. Oleh itu kita hendak tambahkan aset, sesuai dengan suasana Monsun Timur Laut ini. Dekat India, dia sudah strike dan kita pun sudah bagi warning di kawasan-kawasan yang selalu kena bencana supaya kita tambah aset. Jadi untuk aset ini pelbagai perolehan kita akan dapat untuk Rolling Plan Ke-2 selepas bajet ini diluluskan.
Yang Berhormat Menteri. Minta maaf, berapakah kenaikan itu dalam peratusan. Kenaikan anggaran elaun untuk anggota APM. Kami ingin tahu.
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong.
Saya akan jawab secara bertulis. Yang naik RM8 itu selepas kita alami COVID-19. Itu untuk lain-lain pangkat. Untuk pangkat pegawai seperti Kapten dan above, RM9.80, tetapi Yang Berhormat Jelutong saya akan bagi pangkat tidak lama lagi tetapi Yang Berhormat tidak ada elaun lah. [Ketawa]
Itu janji itu.
Saya cuma ingin merayu kalau boleh, elaun mereka dinaikkan kerana di kawasan saya juga mereka banyak berjasa. Saya yakin di banyak kawasan mereka telah berjasa. Jadi RM8 dan RM9.80 itu tidak begitu banyak, kalau boleh, minta dinaikkan lebih lagi lah. Yang Berhormat Menteri terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, sewaktu saya berjumpa dengan majoriti mereka di pusat kuarantin, di PPV mereka sebenarnya amat bersyukur. Kalau RM8 sejam dikali dengan masa bekerja selama 12 jam, itu dekat RM100. Mereka kerja ini 30 hari dalam satu bulan. Jadi dapat dalam lingkungan RM3,000 sewaktu COVID-19, itu amat bersyukur. Jadi saya minta Ahli-ahli Yang Berhormat, jangan bakar semangat mereka untuk naikkanlah. [Ketawa] Supaya kita boleh control kos ini.
Bukan bakar Yang Berhormat Menteri, cuma kita minta kebajikan yang difikirkan.
Memang kita jaga, kita amat jaga kebajikan mereka.
Yang Berhormat Menteri boleh saya.
Yang Berhormat Tebrau.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri cuma kesimpulan beli rumah untuk Yang Berhormat Pekan RM100 juta. [Ketawa] Lebih baik bagi kepada anggota-anggota APM. Kita akan menyokong Yang Berhormat Menteri lawan sama-sama, jangan bagi duit kepada Yang Berhormat Pekan.
Yang Berhormat Jelutong tidak ada benda lain ke.
Soalan daripada Tebrau. Ya.
Tolong jaga anggota APM lupakan banduan macam Pekan.
Okey Yang Berhormat Jelutong, sila duduk.
Tebrau, Tebrau.
Yang Berhormat Jelutong tidak termasuk dalam perkara butiran. Yang Berhormat Tebrau.
Okey tadi Yang Berhormat Menteri ada sebut tentang tambahan aset untuk menyediakan pasukan APM menangani isu bencana yang dijangkakan melanda negara kita. Bolehkah Yang Berhormat Menteri sebutkan apa yang akan di tambah. Soalan saya, mengapa saya tanya ini kerana saya nampak di kawasan saya Tebrau, tiap-tiap musim hujan, mesti ada tiga, empat tempat pasti akan banjir. Kalau teruk, sebanyak tujuh atau lapan kawasan. Setiap kali saya nampak untuk bawa mangsa-mangsa keluar, tidak cukup bot ataupun perahu untuk bawa mereka keluar. Jadi, adakah kementerian ada satu dasar yang memastikan kawasan yang biasa akan banjir banyak teruk dan sentiasa kena memindahkan mangsa kepada pusat pemindahan itu akan diberi bot atau perahu untuk buat kerja APM lebih baik. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau.
Kubang Pasu sedikit Yang Berhormat Mersing.
Okey, Yang Berhormat Kubang Pasu.
Dipersilakan.
Saya sokong apa yang Yang Berhormat Tebrau sebut. Jangan kata bot yang besar itu, dekat Ahli Yang Berhormat kawasan mereka pun minta, chainsaw minta. Benda-benda basic yang kecil ini. Zaman dahulu kita ada peruntukan, boleh lah. Zaman peruntukan depa tidak bagi dekat kita, teruk lah, hendak bagi macam mana? Jadi saya minta jawapan daripada Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri Segambut juga hendak tanya kesimpulan mengenai uniform.
Okey, saya mengucap terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Sebenarnya sebab itu yang paling penting kita tubuhkan CDERT itu seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Batu Gajah. Civil Defence Emergency Responce Team yang bersifat komuniti di tiap-tiap Parlimen. Oleh sebab itu saya minta tiap-tiap Ahli Parlimen tidak kira kerajaan ataupun pembangkang menjadi penaung kepada CDERT ini. Dalam CDERT ini kita tidak boleh terus menerus bergantung kepada aset yang kita perolehi daripada kerajaan. Chainsaw umpamanya, Yang Berhormat Kubang Pasu nyatakan, sebenarnya ada di komuniti ada, cuma kita tidak tahu siapa ada. Ada yang empunya, masyarakat dan industri yang ada chainsaw, tetapi oleh kerana kita punya mentaliti, semata-mata mesti kerajaan ada. Maka civil defence ini, dia orang ini memang dilatih, an expert dalam rescue, first aid dan macam-macam, tetapi mereka tidak dilatih untuk maintain bot. Mereka tidak dilatih untuk maintain pacuan empat roda. Jadi having an asset dengan izin is not a solution, tetapi kalau ada komuniti sewaktu bencana kita boleh listkan. Di kawasan Kubang Pasu umpamanya, ada berapa banyak bot yang dipunyai oleh orang kampung. Kerajaan, kerajaan. Orang kampung, orang kampung. Kalau kita dapat listkan benda ini dan
menjadikan CDERT itu betul-betul community driven, saya ingat kita boleh kurangkan kos yang perlu ditampung oleh pembayar cukai.
Yang Berhormat Menteri. Boleh saya.
Yang Berhormat Menteri, ada dua minit lagi Yang Berhormat Menteri.
Saya kena jawab Yang Berhormat Segambut. Oleh sebab itu sudah arahkan pengarah operasi untuk uniform ini dihantar test tadi ke STRIDE.
Kita mesti ada sama kualiti dengan Angkatan Tentera supaya mereka rasa selesa. Mereka ini sukarela kalau dia dapat baju yang berkualiti, bila dia pakai PPE itu tidak panas, saya ingat Tuan Pengerusi, ia akan memberi tambah nilai kepada aktivis-aktivis APM ini. Tadi, siapa tadi?
Yang Berhormat Kuala Langat.
Yang Berhormat Menteri, boleh? Yang Berhormat Menteri, Kuala Langat.
Yang Berhormat Kuala Langat.
Yang Berhormat Kuala Langat.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya setuju dengan Yang Berhormat Menteri bila katakan kita kena ada aset dan juga bantu mereka bila-bila masa. Sebagai Ahli Parlimen, semua Ahli Parlimen di sini faham bila kita ada emergency ini, kadang-kadang kita hendak buat sesuatu dengan cara yang cepat sekali. Masalah dia ialah bila pada waktu itu hendak hubungi sesiapa agensi dan sebagainya memang ada sedikit masalah lah. So, kadang-kadang kita di Ahli Parlimen ini dengan peruntukan yang kita ada kita hendak beli aset juga untuk simpan untuk kecemasan dalam Parlimen untuk digunakan bila-bila masa. So, pembelian ini yang bermasalah untuk kita dan saya harap Yang Berhormat Menteri yang menjaga ICU ini kena lihat juga macam mana pembayaran itu dan kepada sebagainya. Oleh sebab kalau kita ada lebih dari RM50,000 kita kena ada NGO dan sebagainya. Saya tahu ada Ahli-ahli Parlimen yang ada banyak NGO tetapi ada juga Ahli- ahli Parlimen yang tidak ada NGO dan kita hendak cari NGO-NGO ini untuk buat kerja macam itu sedikit susah. This is administrative inform Minister, so if you can look into it so it will help us in solving the problem dengan cara cepat sekali. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat.
Cadangan itu saya ambil maklum. Jadi, yang mana tidak dapat jawab, saya jawab secara bertulis. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas). Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) untuk menjawab di peringkat Jawatankuasa, 20 minit.
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasihlah kepada Ahli-ahli Parlimen yang telah membahas rang undang-undang ini di peringkat Jawatankuasa yang membentuk kementerian bertanggungjawab dengan Parlimen dan undang-undang. Seramai 19 Ahli Parlimen Tuan Pengerusi. Jadi, saya tidak payah baca siapa Ahli-ahli Parlimen sebab banyak 19 orang, jadi saya terus kepada jawapan. Walaupun Tuan Pengerusi, bahawa kebanyakan soalan-soalan dibangkit itu tidaklah berlandaskan peraturan yang sebenarnya iaitu menyoalkan soalan peruntukan- peruntukan dalam buku belanjawan ini sebenarnya. Banyak yang masih menyentuh soalan dasar dan sebagainya. Walau bagaimanapun, saya cubalah menjawab juga. Dalam masa 20 minit itu saya ingat terbatas sangat. Pertama, Yang Berhormat daripada Seputeh, Yang Berhormat Lembah Pantai bertanya berhubung dengan SPR, adakah perjumpaan dengan semua wakil parti untuk menyemak semula SOP di PRN Melaka. Banyak tidak masuk akal, terutamanya SOP larang kempen. Jawapan ialah Tuan Pengerusi penyediaan SOP yang dibuat diputus secara bersama oleh pelbagai agensi kerajaan dalam mendapat pandangan daripada MKN, KKM dan PDRM bersama. Yang Berhormat daripada Parit tanya SOP PRN Melaka akan digunakan dalam PRN Sarawak, sama ada pakai ataupun tidak. Jadi, ada perbezaan sedikit Yang Berhormat bahawa Melaka dalam fasa empat COVID-19 yang sementara Sarawak itu dalam fasa tiga. Akan tetapi walau bagaimanapun, keadaan di Sarawak dan di Melaka itu ada kelainan sedikit juga kerana Sarawak itu dia sendiri di satu pulau. Perbatasan dia hanya dengan Indonesia, Brunei dan sedikit dengan Sabah itu pun melalui jauh di Selatan. Jadi, dia ada kelainan dia atas jaga sedikit. Sementara Melaka itu di mana-mana pun boleh akses ke Melaka. Jadi, ada kelainan sedikit dan itulah mengapa Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia sedang merangka prosedur operasi standard untuk di negeri Sarawak. Pencegahan COVID-19 bagi melaksanakan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-12 dengan mengambil kira pandangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dan Jawatankuasa Penguat kuasa Bencana Negeri Sarawak. Untuk makluman mesyuarat dan juga bahawa di Sarawak, dia mempunyai undang-undang dia sendiri berhubung dengan menangani masalah COVID-19 ini. Jadi, makna dia negeri Sarawak berbincang dengan SPR dan meminta supaya MKN dan KKM mengguna pakai Undang-undang Negeri Sarawak itu sendiri dan tidak payah mengguna undang-undang yang ada di Semenanjung. Akan tetapi, akhirnya pihak mereka inilah akan memutuskan nanti bukan apa dikehendak oleh mana-mana pihak.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
SOP yang dirangka juga akan mengambil kira maklum balas...
Tuan Pengerusi boleh minta penjelasan.
...Dan keberkesanan pelaksanaan SOP PRU DUN Melaka ke-15 yang sedang berkuat kuasa yang dipakai baharu lalu.
Penjelasan.
SOP ini akan diumumkan setelah ia dimuktamadkan kelak.
Penjelasan Yang Berhormat Menteri.
Sila Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seperti yang kita tahu baru-baru ini Pilihan Raya Negeri Melaka telah dijalankan.
Nampaknya, persediaan daripada SRP nampaknya kurang licin. Di mana saya hendak kongsi satu insiden di mana mereka keluarkan satu notis pada 19 November iaitu sehari sebelum hari pengundian. Notis itu dikeluarkan pada 19 hari bulan minta semua wakil calon ataupun calon untuk pergi mesyuarat pada pukul tiga pada hari tersebut untuk membincangkan tentang bagaimana proses bagi pengundi yang diklasifikasikan sebagai person under investigation (PUI). Taklimat diadakan pukul tiga petang setengah dan dia terangkan bagaimana proses untuk mereka yang person under investigation untuk undi. Masa untuk mereka mohon untuk keluar pergi undi ialah lima petang. Person under investigation yang mereka di mana MySejahtera mereka adalah menunjukkan status PUI. Jadi, dia hendak berikan taklimat proses dia. Ertinya, mereka perlu pergi memohon dengan KKM tetapi waktu untuk mereka memohon ialah sampai pukul lima sahaja. Taklimat yang diadakan pukul 3 petang, waktu untuk memohon 5 petang iaitu dua jam sahaja untuk mereka mohon. Jadi, ini telah menunjukkan bahawa SPR belum lagi bersedia untuk menghadapi, untuk mengendalikan pilihan raya di suasana pandemik COVID-19 ini. Begitu juga saya hendak cadangkan kepada Yang Berhormat Menteri supaya kita harus menunjukkan usaha kita untuk memberikan keyakinan kepada pengundi di mana saya hendak cadang supaya kita memberikan test-kit kepada semua petugas SPR terutamanya pada hari pengundian.
Bahaskah ni?
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Soalan ini memang saya ambil perhatian. Memang saya anggap berpatutan Yang Berhormat soalan ini, sebabnya saya pun berpendirian kalau diadakan mesyuarat pukul 3 dengan masa yang begitu singkat sekali selepas itu orang PUI ini pula dihendaki melaporkan pukul 5 petang. Jadi, masa itu begitu singkat sekali. Saya berharap dengan maklumat yang begini, pihak SPR tidak terjebak dengan perkara yang sama mengadakan pilihan raya di negeri Sarawak. Walau bagaimanapun Tuan Pengerusi bahawa saya telah mengadakan perbincangan dengan pihak SPR di Sarawak untuk mengetahui persediaan mereka sebulan lepas. Pada ketika itu, saya dimaklumkan bahawa pihak SPR di negeri Sarawak itu sendiri menunjukkan sikap yang lebih jauh bersedia dengan pilihan raya.
Ini saya memahami oleh kerana yang pertamanya, Pengerusi SPR di negeri Sarawak itu mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam sudut mengendalikan pilihan raya. Kedua, ura-ura untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri Sarawak itu memang sudah lama diadakan. Oleh kerana berlakunya darurat dilaksanakan, maka ia tidak boleh dilaksanakan ketika yang dilaksanakan demikian. Maka, itulah persediaan di negeri Sarawak ini, jauh lebih teratur daripada yang kita lihat berkemungkinan berlaku di Melaka. Tuan Pengerusi, saya berpindah kepada...
Yang Berhormat Menteri, sedikit fasal Pilihan Raya Negeri Sarawak.
Daripada Yang Berhormat Kangar.
Kangar, Kangar. Kangar, sini belakang.
Sila.
Okey. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Pengerusi. Di bawah Kepala Butiran 040200 ini memang kita bicara tentang PRN Sarawak. Cuma, kalau kita tengok peruntukan ini adalah untuk tahun depan tetapi oleh kerana pengumuman pembubaran ia akan dilaksanakan pada tahun ini. Jadi saya hendak tahu, adakah ia akan dikira sebagai belanjawan tahun ini. Maksudnya akan ada pindaan atau bagaimana?
Terima kasih. Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih.
Sedikit soalan yang mungkin berkaitan. Ia berkaitan dengan pilihan raya. Saya juga hendak tahulah oleh sebab saya tahu Yang Berhormat Menteri sangat menyokong tentang agenda ini, saya hendak tahu apa jadi dengan Laporan Jawatankuasa Reformasi Parlimen dulu?
Sila Yang Berhormat Menteri.
Reformasi Pilihan Raya. Minta maaf.
Agenda-agenda Reformasi Parlimen itu, saya tidak lihat ia ada hubung kait dengan hal SOP ini Yang Berhormat. Akan tetapi walau bagaimanapun, apa yang berlaku ialah soalan pilihan raya ini bukanlah diletak di bawah apa dikatakan menunggu bajet yang diluluskan ke tahunan. Ini kerana perkara pilihan raya boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Apabila berlakunya kematian, maknanya dalam 60 hari mesti diadakan pilihan raya. Jadi, kerajaan mesti bertanggungjawab untuk memberi persediaan sumber kewangan. Sama ada kita berbahas berhubung dengan bajet untuk tahun 2022 ataupun pilihan raya diadakan pada tahun 2021, persediaan kontingensi itu, kerajaan mesti menyediakan sumber kewangan supaya amalan demokrasi kita tidak terbendung oleh kerana masalah kerajaan berhadapan dengan sumber kewangan. Jadi saya cukup yakin, Yang Berhormat, bahawa sumber kewangan bukanlah menjadi satu halangan untuk kita melaksanakan tugas dan tanggungjawab kerajaan untuk melaksanakan amalan demokrasi di negara kita ini. Jadi...
Yang Berhormat Menteri, minta maaf. Tadi saya hendak sebut itu Laporan Jawatankuasa Reformasi Pilihan Raya. Ini kerana bila kita, ini mungkin satu contoh di kesempatan yang baik bila kita ada kes COVID-19, perkembangan teknologi digital, mungkin itu dapat dipertimbangkan.
Yang Berhormat Menteri, you tiada masa Yang Berhormat Menteri, ada banyak lagi soalan lain yang akan ditanya Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya, taklimat baru diberi. Saya hendak sebut sedikit sahaja ini. Menjawab soalan yang dibangkitkan.
Baik.
Sebenarnya, kementerian saya baru memberikan taklimat kepada saya berhubung dengan apa yang dikatakan kajian untuk melaksanakan transformasi kepada pilihan raya, reformation of election di Malaysia itu. Jadi, banyak cadangan telah dibuat dalam itu. Akan tetapi walau bagaimanapun, untuk makluman Yang Berhormat, cara ini, apabila laporan itu disediakan dahulu bahawa kerajaan telah memutuskan supaya kertas laporan itu diembargokan dahulu. Jadi saya telah mengarahkan kementerian saya untuk membuat satu kertas Memorandum Jemaah Menteri supaya kita hendak keluarkan kertas laporan ini daripada embargo itu sendiri, diputuskan oleh Jemaah Menteri. Apabila kertas ini keluar nanti baru saya boleh bercakap apa benda yang ada di dalam itu. Banyak cadangan yang dilaksanakan dalam itu. Akan tetapi walau bagaimanapun, salah satu daripada yang dicadangkan ialah yang sedang kita laksanakan ini iaitu Undi 18 tahun, Yang Berhormat.
Jadi Tuan Pengerusi, biar saya balik kepada jawapan ini. Kalau tidak, satu muka pun belum habis.
Ada tujuh minit lagi.
Ini soalan yang contoh dalam SOP yang lepas. Dasar SPR membenarkan untuk memaparkan gambar calon dan gambar pemimpin parti politik diletak secara bersama atau berasingan itu masih dibolehkan dalam pilihan raya di Melaka dan boleh juga dilaksanakan di Sarawak. Satu lagi cadangan cetak kertas undi dalam bentuk yang berwarna supaya logo parti dapat ditunjukkan dengan jelas. SPR mengambil maklum pandangan tersebut. Walau bagaimanapun, kalau kertas undi itu sudah dicetak sekarang untuk di negeri Sarawak, saya fikir belum buat lagi. Saya berharap SPR ambil perhatian supaya logo Kenyalang itu adalah gambar nanti. Kami pun bimbang juga yang tidak ada warna itu.
Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Tumpat.
Ya, penjelasan. Sedikit sahaja. Depan, depan. [Merujuk kepada blok pembangkang]
Yang Berhormat Ipoh Barat.
Ini mengenai mencetak dalam warna itu adalah satu perkara yang mustahak Tuan Pengerusi. Ini kerana, parti-parti yang ada symbol ia lebih kurang sama antara satu sama lain when it is black and white. Itu saya nampak sendiri. Maka, dalam keadaan terkini we do not even have black and white television. We do not have that kind of thing kenapa ia tidak berwarna? Saya – tidak masuk akallah, Tuan Pengerusi. boleh tindakan diambil dalam perkara ini?
Sebagai mana yang saya sebut tadi, Tuan Pengerusi kita ambil perhatian cadangan Yang Berhormat itu. Yang Berhormat Tumpat juga bertanya, satu, adakah maklumat daripada PRN Melaka merupakan satu benchmark untuk PRU15 norma baharu? Jauh lagi ini PRU15. Apakah aspek penambahbaikan kawal selia operasi PRU15 bermula dari penamaan calon tempoh kempen sehingga hari pengundian supaya tidak memberi peningkatan kepada jangkitan COVID-19. Tuan Pengerusi, penyediaan SOP akan dibuat dan diputus secara bersama oleh pihak agensi kerajaan seperti mana yang saya telah sebutkan dahulu tadi. Jadi, kita akan buat adjustment apabila masa itu sampai nanti. Pemantauan sepanjang kempen, apakah SPR mempunyai satu badan pemantau khusus untuk menilai pemantauan calon dan parti yang bertanding terhadap sebarang peraturan pilihan raya? SPR mempunyai Pasukan Pegawai Penguat Kuasa kempen pilihan raya di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang membantu SPR dalam memantau aktiviti kempen sepanjang tempoh berkempen. Walau bagaimanapun, bidang kuasa SPR adalah tertakluk kepada kuasa di bawah akta sahaja. Ada persoalan juga dibangkit sama ada undi automatik, Undi 18 tahun, soal minat dan kematangan golongan muda, berapa peratus golongan muda yang turun dalam PRN Melaka? Apakah dirangka untuk mempertingkatkan penglibatan golongan muda? PRN Melaka telah pun berlalu, Tuan Pengerusi. Sebenarnya kita tidak mempunyai setakat ini, pengundi 18 tahun itu di dalam Pilihan Raya Melaka. Saya tidak mempunyai data itu di sini tetapi insya-Allah oleh kerana keadaan kita hendak melaksanakan pada tahun hadapan bulan Januari jadi, saya cukup yakin ini adalah sangat relevant untuk negara mengetahui macam mana the trend untuk pihak Undi 18 tahun ini turun mengundi. Dapat gazet tarikh PRU lebih awal, kurang-kurangnya enam bulan lebih awal. Jadi, ini adalah satu masalah sedikit oleh kerana PRU itu berlaku dalam 60 hari selepas
kematian, selepas berlakunya incident di mana memerlukan diadakan pilihan raya. Jadi, itu ada masalah sedikitlah, Tuan Pengerusi. Pelaksanaan PRU adalah bergantung kepada pemakluman yang diterima setelah pembubaran Dewan Rakyat dan di luar bidang kuasa SPR. Yang Berhormat Tuaran, pelaksanaan undi automatik, adakah nama pengundi yang meninggal dunia akan dikeluarkan secara automatik? Tuan Pengerusi, SPR melaksanakan pemotongan nama undi yang telah meninggal dunia berdasarkan maklumat kematian warganegara yang diterima dari Jabatan Pendaftaran Negara. Dari sudut undang-undangnya, SPR tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan nama-nama individu setalah disenaraikan dalam electoral roll pilihan raya, Tuan Pengerusi.
Jadi, itulah kenapanya apabila berlaku kematian kalau tidak dilaporkan kepada pihak Jabatan Pendaftaran Negara dan kalau tidak ada perhubungan dari Jabatan Pendaftaran Negara kepada pihak SPR sebagai dahulunya berlaku. Sekarang kita hendak memperbaiki keadaan ini dengan secara automatik pihak SPR ada perhubungan secara digital kepada pihak Jabatan Pendaftaran Negara dan untuk melaksanakan undi automatik pada tahun 2022 nanti.
[Berdiri]
Yang Berhormat Penampang juga bertanya Kabinet telah meluluskan cadangan untuk menggubal ‘akta anti lompat’. Kenapa SPR tidak...
Tuan Pengerusi.
...diberi bajet untuk bersedia dengan pilihan raya kecil selepas penggubalan Akta Anti-Lompat Parti nanti.
Yang Berhormat, penjelasan sedikit Yang Berhormat. Penjelasan sedikit. Ini Tuaran. Tuaran sini.
Yang Berhormat Tuaran sini.
Baling Yang Berhormat. Baling dah lama berdiri Yang Berhormat.
Saya ingat bagi Yang Berhormat Tuaran dahulu.
Okey. Penjelasan tentang automatik undi yang mati itu. Pendaftaran pengundi adalah automatik. Makna dia maklumat itu memang ada pada Jabatan Pendaftaran. Yakni yang meninggal ini pun ada pada Jabatan Pendaftaran juga. Ada rekodnya di sana. Jadi, bagaimana tidak boleh dibuat secara automatik. Makna dia, tidak perlu lagi diminta sebab memang pun ada di rekod Jabatan Pendaftaran Yang Berhormat.
Sila. Yang Berhormat, mungkin Yang Berhormat Baling hendak bercakap.
Baling Yang Berhormat. Ini kerana masa Yang Berhormat hendak habis. Boleh Yang Berhormat Menteri?
Yang Berhormat Baling.
Terima kasih. Tadi SPR. Ini tambah ‘M’ sahaja SPRM. Saya hendak tanya pada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi. Seluruh negara sangat terkejut dengan kenyataan SPRM pada 19 November baru-baru ini yang mengesahkan dana yang berkait 1MDB sebanyak USD15.4 juta bersamaan dengan RM65 juta milik suami dan keluarga bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Aziz telah dikembalikan oleh negara Singapura. Kalau kita tengok laporan
yang telah dikeluarkan oleh The Edge mengatakan bahawa sehingga RM700 juta keluarga Zeti telah menerima dana sebanyak RM700 juta pada 2007 hingga 2009. Waktu itu pernah beliau menjadi Gabenor Bank Negara. Di sini kalau kita tengok Januari, pada 1 Januari 2021 “Zeti slams claims about her family receiving 1MDB money as a false and malicious”. Ini dikeluarkan oleh Tan Sri Zeti sendiri. [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Kita susuli pula pada 8 Mac 2021, The Edge, “How much did Zeti knows about husband’s bank account in Singapore?” [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Ini keluar lagi. Akhir sekali, saya hendak ucapkan setinggi-tinggi syabas dan penghargaan di atas pihak SPRM, tolong bantu kutip bawa balik duit 1MDB. Di sini pada 19 November, SPRM telah mengeluarkan kenyataan akhbar di antara yang disebut terbaru pada 12 November, Commercial Affairs Department (CAD) Singapore telah membuat pemulangan wang bekas Ketua CEO dan sebagainya di antaranya disebut sebelum ini Kerajaan Singapura juga telah membantu dalam pemulangan aset sebanyak USD15.4 juta kepada Malaysia, melibatkan akaun Cutting Edge Industries Limited milik Dato’ Tawfiq Ayman dan Samuel Goh. Maknanya ini adalah suaminya.
Yang Berhormat Baling.
Waktu itu beliau menjadi Gabenor Bank Negara. Selepas itu, Kerajaan Pakatan Harapan telah melantik beliau lagi menjadi Pengerusi PNB, menjadi Counsel of Eminent Person dalam Kerajaan Pakatan Harapan. Soalan saya sekarang, bagi mengembalikan dan menjaga nama baik Bank Negara dan integriti institusi itu, saya minta kerajaan untuk mengesahkan dan juga menjelaskan apa tindakan yang telah dan akan diambil ke atas tuduhan ataupun kenyataan SPRM ini tadi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Ada dua soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Panjang sangat itu. Bukan soalan. Ucapan.
Baik.
Soalan daripada Yang Berhormat Tuaran tadi sebenarnya betul Yang Berhormat Tuan Pengerusi bahawa kita mempunyai pendaftaran dan kita juga mempunyai data maklumat pendaftaran kematian. Begitu juga, apabila dilaksanakan undi automatik pada bulan Januari nanti. Setiap yang lahir 18 tahun dahulu secara automatik akan masuk dalam senarai pengundi automatik ini nanti. Akan tetapi, apa yang belum berlaku Yang Berhormat Tuaran ialah bahawa dua- dua Jabatan Pendaftaran dan Jabatan SPR ini belum boleh bercakap sendiri. They are not talking yet. Dia buat in silo bersendiri. Ini bakal dilaksanakan oleh pihak SPR dan berbincang telah dipersetujui secara prinsip tetapi melaksanakan ini untuk supaya dia secara automatik apabila berlaku kematian, senarai itu boleh dengan sendirinya akan terkeluar daripada senarai orang yang mengundi dalam pengundi itu nanti. Itu berlaku kepada harapan kita ialah pada tahun 2022. Akan tetapi, saya ingin memberi penjelasan yang panjang sedikit Yang Berhormat bahawa apabila pindaan Perlembagaan dilaksanakan tahun 2019 dahulu, matlamat kerajaan pada ketika itu ialah untuk melaksanakan undi automatik 18 tahun ini pada tahun 2023, bukan sekarang. Sekarang kita banyak juga kematian berlaku dan belum dimasukkan dan belum dilaksanakan. Ini kerana dalam perlembagaan juga menunjukkan bahawa orang yang sound mind mungkin jadi gila oleh sebab COVID-19 ini banyak juga orang terkena dia punya mental itu Tuan Pengerusi. Juga orang yang meninggal, orang yang jadi masuk penjara dan sebagainya. Orang ini tidak diberi hak untuk mengundi. Dia perlu terkeluar daripada senarai. Jadi maknanya, apa yang dibuat SPR ialah supaya talian penghubungan secara digital ini akan dilaksanakan pada tahun hadapan, insya-Allah. Itulah sebabnya peringkat-peringkat pelaksanaan itu hanya boleh siap pada September 2022, Yang Berhormat. Jadi, jawapan kepada Yang Berhormat Baling ringkas sahaja jawapan saya bahawa masalah ini tidak diketahui kita soalan-soalan kewangan dan transfer yang
disebut oleh Yang Berhormat Baling itu tadi. Hanya diketahui pada tahun 2019. Jadi semenjak itu, pihak PDRM telah mengambil alih untuk menyiasat semua penama-penama yang disebut oleh pihak Yang Berhormat Baling tadi. Siasatan polis masih dijalankan. Jadi, kita kena tunggulah result penyiasatan tersebut Yang Berhormat Tuan Pengerusi.
Baik, terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, saya bertanya berkenaan dengan SPR tadi. Berkenaan dengan daftar pemilih yang tidak mempamerkan alamat penuh. Adakah SPR berhasrat untuk mempamerkan alamat penuh dalam daftar pemilih? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kuantan.
Setakat ini oleh sebab hakim mahkamah di Kuching pada 3 September yang lepas telah memberi arahan kepada pihak kerajaan supaya melaksanakan undi 18 ini. Saya dimaklumkan bahawa senarai untuk didisplay oleh pihak SPR itu akan dilaksanakan juga pada bulan Oktober dan bulan November ini Yang Berhormat. Itu saya dimaklumkan sama ada dibuat ataupun tidak saya belum pasti lagi. Satu lagi ialah persoalan soalan alamat ini, Yang Berhormat. Soalan alamat ini sekarang SPR hanya menggunakan alamat yang ada dalam kita punya IC. Contohnya, saya berdaftar nombor Jalan Tengah, Off Green Road, Kuching. Itu nama alamat saya Yang Berhormat. Jadi, IC saya masih di situ dan saya masih pengundi di situ. Akan tetapi, ramai orang macam saya dispora Sarawak dan Sabah berada di Semenanjung sekarang contohnya di Johor, berpuluh-puluh ribu rakyat Sarawak masih berada di sana dan juga begitulah di seluruh Semenanjung ini, sebagaimana orang Semenanjung juga berada di Sarawak. Jadi, senarai itu menunjukkan di mana kita mengundi melainkan kita patuh dengan arahan daripada pihak pendaftaran supaya kita tiap-tiap kali kita berpindah randah itu kita kena ubahkan alamat kita supaya perubahan terlaksana juga dalam senarai pengundi kita.
Baik.
Yang Berhormat Menteri, itu bukan maksud saya. Ini kerana dalam daftar pemilih memang ada kolum alamat yang tidak lengkap. Dia tidak sama dengan alamat dalam IC. Pohon Yang Berhormat Menteri selidik. Ini kerana ini kita dapati alamat itu memang tidak lengkap. Kadang-kadang ada lorong, ada nombor tetapi tidak ada taman ataupun ada taman ada nombor rumah tetapi tidak ada lorong. Jadi, susah bagi kita untuk mengenal pasti rumah pengundi tersebut. Jadi, sama ada ini disengajakan daripada dahulu supaya kita tidak boleh berjumpa dengan pengundi ataupun ia sesuatu yang tidak disengajakan dan bolehkah SPR berbuat sesuatu sekarang ini.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Kuantan.
Sebenarnya ini bukan disengajakan. Itu bukan kerja SPR, Yang Berhormat. Ini kerja yang dibuat oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara apabila meminta pihak-pihak pelapor mendapatkan IC pada ketika itu ataupun mendapatkan dia punya surat beranak sebelum mendapatkan IC untuk melaporkan diri, alamat itu. Tiap-tiap jabatan ini– saya pernah dalam KDN dahulu. Kita memang berhasrat untuk mendapatkan alamat yang sebenar tetapi masalahnya kita tidak mendapat laporan dan alamat yang sebenarnya. Sekarang apa yang menjadi masalah besar kepada pihak SPR, ada juga orang yang berdaftar dalam satu rumah sampai 20 orang pun ada. Jadi ini perlu SPR beri satu persatu. Tanya mana rumah dia sebenar. Adakah rumah ini ataupun tempat itu. Adakah
betul-betul dia duduk dekat situ 20 orang? Jadi, ini adalah perkara-perkara yang perlu diperbaiki sebelum sampai kepada apa matlamat dahulu iaitu September 2022, Yang Berhormat.
Yang Berhormat.
15 saat, Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri, masa sudah habis. Perlu tambahan sedikit masa?
15 saat Yang Berhormat Menteri.
Tolong habiskan.
Sedikit. Sedikit.
15 saat Yang Berhormat Menteri.
Ini kerana ada Yang Berhormat Menteri lain nak jawab. Sila.
Yang Berhormat...
15 saat Yang Berhormat Menteri. Tentang kerahsiaan undi.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya lihat butiran 020300 – Bahagian Penyelidikan. Peruntukan telah ditambah daripada RM67 juta kepada RM77 juta. Saya lihat bahawa pengumuman dibuat berulang kali. Bukan sahaja di Dewan yang mulia ini tetapi juga baru-baru ini. Kelmarin Yang Berhormat Bagan Datuk telah membuat pengumuman tentang Akta Anti-Lompat Parti. Persoalan saya, adakah satu draf undang-undang telah digubal? nombor satu. Kelmarin kita lihat Yang Berhormat Bagan Datuk telah mencadangkan Akta Anti-Lompat Parti juga akan digubal untuk dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Melaka. Akan tetapi, kita mengetahui bahawa sekiranya undang-undang itu dibentangkan, akan ada cabaran undang-undang dibuat bahawa ia tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan. Maka, soalan saya adalah adakah Jabatan Perdana Menteri bercadang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan dahulu. Yang Berhormat Pengerang juga berulang kali telah menyebut tentang Akta Anti Lompat Parti. Kita cuma mengumumkan berulang kali. Kita perlukan Akta Anti Lompat Parti. Berulang kali kita umumkan. Kita juga lihat bahawa kalau tidak ada Akta Anti Lompat Parti, apa yang berlaku, sejarah menunjukkan akan berulang sekali lagi. Perkara ini akan berulang kali berlaku. Kita juga lihat bahawa trend di Melaka. Ada rakyat yang tidak mahu keluar mengundi kerana dah meluat dan bosan dengan tindakan ahli-ahli parti politik yang lompat sana dan lompat sini. So, persoalan saya kepada Yang Berhormat adalah adakah Jabatan Perdana Menteri mempunyai iltizam serius untuk menggubal satu undang-undang dan meminda Perlembagaan Persekutuan supaya kita tidak ada lagi katak-katak politik dalam masa yang akan datang...
15 saat Yang Berhormat Menteri.
Tuan Pengerusi, satu sahaja. Kurang daripada 10 saat Tuan Pengerusi. Saya nak beritahu pada Yang Berhormat Menteri...
Bagi Yang Berhormat Pengerang dahulu.
Yang Berhormat Menteri, kalau boleh ikatkan sekali dengan pindaan untuk MA63. Kalau dibuat pada sesi ini. Jadi dua
pertiga yang kita perlu untuk pindaan Perlembagaan 146, kita boleh dapat dalam sesi ini. Tak perlu tunggu tahun hadapan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerang. Sila...
Sikit Yang Berhormat Menteri tentang kerahsiaan undi. Saya nak sebut tentang nombor siri pada kertas undi. Satu aduan yang saya terima di Melaka.
Saya jemput– di peringkat Jawatankuasa, Yang Berhormat Kangar. Minta maaf.
Yang Berhormat, saya soalan Akta Anti-Lompat Parti Yang Berhormat. Saya adalah salah seorang manusia – yang disebut dalam ucapan saya tahun 2018 Yang Berhormat. Saya rasa kecewa apabila Barisan Nasional kalah. Akan tetapi, selepas sekejap mata saya, saya berasa gembira oleh sebab the development of two party system di Malaysia berlaku. Akan tetapi, apa yang berlaku selepas itu kekecohan. Jadi, saya salah seorang tidak suka dengan lompat parti Yang Berhormat, sebenarnya. Jadi, dalam saya mengambil tanggungjawab meminda atau menggubal undang-undang, banyak perkiraan diambil kira. Jadi, itulah pada hari ini, kalau salah, questionnaire dikeluarkan oleh pihak kementerian untuk bertanya dengan berhubung dengan Anti-Lompat Parti itu. Kita juga kalau tidak– oleh sebab pilihan raya di Melaka, untuk mengadakan taklimat kepada Jawatankuasa CSA itu sendiri peringkat yang setelah dilaksanakan oleh pihak kementerian dan juga pihak AG dalam peringkat untuk penggubalan undang-undang Akta Anti-Lompat Parti. Soalannya pilihan sama ada kita nak pinda perlembagaan ataupun kita nak gubalkan undang-undang berasingan. Saya cukup bersetuju kalau kita biarkan undang- undang itu digubal di peringkat negeri, dia berlaku jadi undang-undang di negeri Kelantan dan juga Pulau Pinang. Jadi dalam keadaan sedemikian, itulah kenapanya oleh sebab ini adalah hampir dikatakan gender consensus, kita perlu ada undang-undang yang sebegini rupa. Akan tetapi, dalam masa yang sama Yang Berhormat, saya berpendirian bahawa dia jangan begitu rigid supaya membendung aktiviti demokrasi itu sendiri dan dia juga jangan begitu loose supaya orang ada disiplin sedikit sebagai wakil rakyat, sebagai mewakilkan rakyat itu sendiri. Jadi saya terlibat lebih jauh panjang cerita hal lompat parti ini dari tahun 2003 dahulu di India, menghadiri satu convention di sana diaturkan oleh pihak CPA. Saya bercakap di India, di New Delhi berhubung dengan Anti-Lompat Parti ini pada ketika itu Yang Berhormat. Jadi, saya serius. Kerajaan serius untuk menggubal undang-undang ini supaya adalah garis panduan dan adalah disiplin bakal kita laksanakan di kalangan mereka yang terlibat...
Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri, tamatkan...
Tuan Pengerusi, macam mana dengan soalan-soalan yang belum dijawab?
Tentang isu yang disebut oleh Yang Berhormat, saya menghormati pandangan Yang Berhormat tentang isu Anti- Lompat Parti tetapi Yang Berhormat telah menyatakan tadi ia tidak boleh dengan izin, too rigid. Dengan izin Yang Berhormat, you cannot have an apple and eat it at the same time. Sama ada ia melarang orang untuk lompat parti ataupun tidak. Kita tidak boleh menggubal undang-undang yang boleh digunakan oleh kita sesuka hati.
Kita lihat bahawa trend lompat parti ini adalah sesuatu yang dipelopori oleh Barisan Nasional. Ia dimulakan di Perak dan tabiat itu telah pun sampai ke Langkah Sheraton. So, kita perlukan undang-undang yang jelas. Ini adalah kerana sangat berbahaya kalau kita membenarkan perkara ini berlaku di mana pengundi-pengundi tidak akan keluar mengundi kalau kita adakan pilihan raya tiap-tiap dua tahun sekali kita adakan pilihan raya. Setahun sekali kita adakan pilihan raya...
Ahli-ahli Yang Berhormat...
Saya ingat saya dah berucap secara dasar Yang Berhormat. Saya bersetuju undang-undang ini patut digubal dan kalau saya masih duduk sini Yang Berhormat, saya jamin undang-undang ini sebagaimana kita persetujui dalam Memorandum of Understanding, semua orang tahu sebelum bulan Julai 2022 akan dibentangkan dalam Dewan ini. Jadi kita tidak boleh rush benda yang penting ini Yang Berhormat. Kita tidak boleh ikut passion ataupun anger ataupun kita punya naluri sahaja. Kita kena lihat pandangan semua pihak
Baik. Terima kasih Yang Berhormat.
Jadi oleh sebab masa dah terlebih 10 minit, jadi saya ucapkan terima kasih kepada semua dan insya-Allah jawapan- jawapan yang ada saya akan beri secara bertulis. Terima kasih...
Tuan Pengerusi bagaimana dengan soalan-soalan yang belum dijawab?
Terima kasih Yang Berhormat...
Tuan Pengerusi. [Pembesar suara dimatikan]
Menteri Parlimen dan Undang- undang. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk menjawabnya. 15 minit. Terima kasih Yang Berhormat. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]
Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi, saya minta isu-isu yang kami bangkitkan di – jawapan kami tadi yang dijawab secara bertulis.
Ya, saya mahu pengesahan bahawa soalan-soalan lain yang belum dijawab oleh Yang Berhormat Menteri tadi akan dijawab secara bertulis...
Jawab bertulis lima hari bekerja.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang...
Dan bila akan diterima?
Lima hari bekerja.
Terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Alhamdulillah. [Berucap dalam bahasa Arab] Yang saya kasihi Tuan Pengerusi. Saya nak menjawab tentang daripada wakil Yang Berhormat Jerai yang ada di sini. Yang Berhormat Tampin. Membangkitkan isu peruntukan di bawah butiran P.6, Butiran 03400 – Kompleks Latihan Islam/Tahfiz/Pusat Komuniti Orang Asli yang menurun sehingga RM2 juta.
Peruntukan ini sebenarnya adalah untuk menyiapkan projek sedia ada di bawah JAKIM yang sedang dilaksanakan oleh JKR akan disiapkan pada tahun 2022. Bagi pembinaan institusi ini, JAKIM akan menggunakan peruntukan yang telah ditetapkan dan menyelesaikan projek-projek pembangunan yang telah dirancang dan diluluskan.
Kemudian, Yang Berhormat Simpang Renggam. Ada tak? Tak ada, nanti saya bagi bertulis. Yang Berhormat Tasek Gelugor? Yang Berhormat Hulu Langat? Kemudian, Yang Berhormat Jerai?
Tasek Gelugor ada.
Yang Berhormat Jerai? [Disampuk] Yang Berhormat Jerai ada, ingin mendapat penjelasan mengenai peningkatan jumlah peruntukan di bawah kod 40000 – Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap, sebanyak RM3.5 juta kepada JAKIM. Pada tahun 2021, jumlah peruntukan di bawah Kod 40000 – Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap di bawah B.6 Butiran 040100 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah berjumlah RM747,494,200. Manakala bagi tahun 2022 pula, terdapat sedikit kenaikan berjumlah RM3,589,800, yakni 0.48 peratus menjadikan jumlah keseluruhannya adalah sebanyak RM751,084,000. Untuk makluman, jumlah kenaikan ini adalah bertujuan untuk menampung kos pengurusan operasi bagi agensi di bawah Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) seperti mana kos bayaran sewaan pejabat YADIM di Kompleks Putrajaya, TV Alhijrah bagi menampung pertambahan program-program baharu di TV Alhijrah. Yang Berhormat Jerai juga bertanya adakah peruntukan yang disediakan bagi JKSM berjumlah RM64.29 juta adalah termasuk perbelanjaan baik pulih Mahkamah Syariah. Soalan yang lebih kurang sama diajukan oleh Yang Berhormat Tampin. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) merupakan agensi di bawah Kerajaan Persekutuan yang bertanggungjawab menyelaras, menyeragamkan urusan pentadbiran Mahkamah Syariah seperti penggubalan dasar dan strategi dan penyelesaian kes-kes rayuan syariah bagi negeri-negeri yang menggunakan perkhidmatan Hakim Rayuan JKSM. Urusan pembangunan dan mengurus Mahkamah Syariah di negeri-negeri adalah di bawah pentadbiran kerajaan negeri termasuklah urusan menaik taraf pembangunan fizikal Mahkamah Syariah. Dalam hal ini, perbelanjaan bagi baik pulih Mahkamah Syariah adalah melalui peruntukan kerajaan negeri masing-masing. Walau bagaimanapun, dalam usaha memperkasakan Mahkamah Syariah daripada aspek pembangunan fizikal sejak tahun 2000, JKSM telah membantu dalam membangunkan kompleks ibu pejabat Mahkamah Syariah bagi sembilan buah negeri iaitu Perlis, Kedah, Kelantan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan yang terbaharu adalah Pahang dan juga Sabah yang siap sepenuhnya pada tahun ini. Pembangunan Mahkamah Syariah di semua sembilan negeri ini melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM434.94 juta. Oleh itu, bagi tahun 2022, peruntukan pembangunan berkurangan kerana projek pembinaan kompleks ibu pejabat Mahkamah Syariah negeri Pahang dan negeri Sabah telah siap sepenuhnya pada tahun ini. Yang Berhormat Jerai juga ingin mendapatkan penjelasan tentang usaha memperkasakan Mahkamah Syariah agar setara dengan Mahkamah Sivil, adakah jawatan Hakim Syarie sudah diperkasa. Senarai II Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan jelas memperuntukkan bahawa kuasa perundangan syariah adalah terletak di bawah sultan, raja di setiap negeri. Manakala negeri-negeri yang tidak beraja adalah di bawah Yang di-Pertuan Agong. Sebarang usaha untuk menstrukturkan semula pentadbiran dan prosedur yang diguna pakai Mahkamah Syariah seluruh negara bagi menaik taraf perkhidmatan serta integriti institusi tersebut perlulah mendapat kerjasama, pandangan, persetujuan daripada pihak berkuasa negeri-negeri.
Yang Berhormat Menteri, minta celahan sedikit, di bawah kepala berkaitan. Kangar, Kangar.
Okey.
Okey. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya suka mendengar kata ada kerjasama daripada agensi Persekutuan dan negeri berkaitan dengan hal ini. Sebelum ini pun saya bawa banyak isu kekeluargaan dan juga isu penceraian. Jadi, saya ingin tanya dengan Yang Berhormat Menteri, apakah langkah yang diambil oleh kementerian dalam usaha membantu mempercepatkan kes-kes terutamanya berkaitan dengan penceraian, berkaitan nafkah supaya tidak ada kezaliman khususnya kepada mereka yang mungkin menjadi ibu tunggal, yang ada anak-anak. Jadi, kalau ada keperluan untuk menambah perjawatan, meningkatkan kuasa mahkamah ini, mungkin kita juga boleh bantu untuk sama-sama mendesak supaya kerajaan memberikan peruntukan yang lebih besar.
Terima kasih Yang Berhormat Kangar atas cadangan yang baik kerana kita sedar bahawa banyak kes kezaliman yang berlaku terhadap penceraian ataupun wanita yang menjadi mangsanya ialah kanak-kanak. Maka dengan sebab itu, walau bagaimanapun dalam hal ini ialah sebagaimana yang kita maklum, bidang kuasa Mahkamah Syariah itu ialah di bawah bidang kuasa negeri. Di peringkat Wilayah Persekutuan, kita juga membincangkan berkenaan dengan tindakan ada di kalangan suami-suami yang tidak membayar nafkah yang kita harapkan dapat diambil tindakan menurut perundangan dengan membekukan harta dan sebagainya. Terima kasih. Yang Berhormat Jerai dan Yang Berhormat Kuantan juga bertanya mengenai status penyerapan guru KAFA, adakah masih dalam kajian...
Yang Berhormat Menteri, berkenaan dengan Mahkamah Syariah. Saya ada dalam perbahasan saya tadi, bertanya berkenaan dengan perkahwinan bawah umur, sama ada Hakim Mahkamah Rendah ataupun Hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar permohonan tersebut.
Ini ada jawapan dia. Yang Berhormat Jerai dan Yang Berhormat Kuantan juga bertanya mengenai status penyerapan guru KAFA. Adakah masih dalam kajian dan jika masih dalam kajian, berapa tempoh masa ditetapkan? Buat pengetahuan Dewan yang mulia, JAKIM telah mengadakan beberapa siri sesi rundingan dengan agensi Persekutuan berhubung perkara ini. Maklum balas yang diberikan oleh agensi-agensi berkenaan ialah beberapa perkara yang melibatkan aspek perkhidmatan guru KAFA seperti deskripsi tugas, yang keduanya penetapan jumlah jam mengajar, yang ketiganya kelayakan guru untuk dilantik dan keempatnya, premis yang kondusif perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum perkara ini boleh dibawa untuk pertimbangan. Selagi perkara yang membabitkan aspek perkhidmatan seperti yang dinyatakan tadi tidak diselesaikan, maka sukar untuk agensi berkenaan memberikan pertimbangan untuk menyerapkan guru-guru ini ke jawatan tetap. Contohnya di Negeri Sembilan, dia pengajian KAFA hanyalah empat hari. Lima hari pula di Selangor, Melaka, Johor, Perak, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan. Daripada Tahun Satu hingga Tahun Enam, yang melibatkan Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kelantan, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Selangor, Terengganu dan Wilayah Persekutuan. Rundingan secara mendalam juga dilakukan dengan pihak berkuasa agama berhubung perkara ini kerana mereka adalah jentera pelaksana program KAFA di negeri masing-masing yang melibatkan aspek pelantikan guru, penggunaan premis negeri dan pengurusan hal ehwal murid. Dalam masa yang sama, JAKIM juga sedang menyediakan pelan pemerkasaan program KAFA yang bertujuan menambah baik mutu perkhidmatan guru KAFA. Pelan ini menumpukan kepada peningkatan profesionalisme dan meningkatkan kebajikan para guru agar mereka dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada program KAFA. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Parit Buntar ada?
Ya, Yang Berhormat Menteri, berkenaan dengan guru KAFA. Adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa pada tahun 2019 telah diwujudkan satu taskforce yang mengambil masa enam bulan untuk mengkaji semua
apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi? Taskforce ini sudah pun meneliti segala apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi berkenaan dengan jumlah hari belajar, premis. Malah ketika itu, Kementerian Pendidikan bersetuju untuk menggunakan premis sekolah untuk diadakan KAFA lima hari seminggu. Kemudian, diadakan pilot project berperingkat-peringkat. Pilot project untuk beberapa negeri pada permulaannya dan beberapa sekolah supaya boleh dikaji bagaimana program, kalau orang kata, the best practices untuk pendidikan KAFA ini dengan negeri-negeri yang sedia memberi kerjasama. Sepatutnya Yang Berhormat Menteri— Kalau Yang Berhormat Menteri mahu lebih lanjut, saya sedia untuk berjumpa dan berbincang kerana itu sudah pun ada laporan-laporan daripada special taskforce tersebut. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Sebenarnya saya telah diberi taklimatnya lebih kurang 22 muka surat yang telah dibentangkan, dibincangkan secara detil berkenaan dengan pelaksanaan KAFA ini sebenarnya. Dia apabila menimbulkan ialah apabila melibatkan soal kewangan, maka sudah tentulah difikirkan ialah daripada segi contact hour mengajar, deskripsi tugas dan sebagainya, bukan sahaja soal premis. Insya-Allah kita cuba lagi untuk berbincang dengan pihak yang bertanggungjawab terutama melibatkan kewangan ini untuk memastikan perkara itu boleh kita laksanakan.
Dalam perbahasan saya, saya menyatakan bahawa tidak disebut dalam Bajet 2022, maksudnya memang tak adalah dalam tahun 2022 itu penyerapan ke dalam contract of service seperti yang – apa pun memang tidak ada dalam bajet. Jadi itulah saya harap, pihak Yang Berhormat Menteri bersungguh- sungguh untuk melaksanakannya, bagaimana hendak melaksanakannya kerana memang kalau tidak ada di dalam bajet memang tak boleh dilaksanakan. Jadi, kalau kita hendak tengok tahun 2023 pula baharu boleh dilaksanakan. Itu pun kena bersungguh-sungguh untuk menyerapkan dalam contract of service. Terlalu lama sangat sudah Yang Berhormat Menteri, mereka ini, apa orang kata...[Pembesar suara dimatikan]
Okey Yang Berhormat, Yang Berhormat. Saya rasa Yang Berhormat Menteri sudah jawab.
Dia ni masalah, hendak bagi duit, bukan duit kita sendiri. Dia melibatkan prosedur kewangan, maka sudah tentulah kita lihat dalam hal- hal seperti begini memerlukan mengikut peraturan-peraturan. Jadi kalau kita minta sekalipun, sudah tentulah tidak ada rasional, dia orang tak bagi pada kita. Kita hendak tolong sangat, saya ini sekolah agama, saya mengaji sekolah agama sudah tentulah, kita ada tanggungjawab dan sebagainya. Tapi benda ini melibatkan soal prosedur kewangan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Krai ada?
Ada, ada.
Yang Berhormat Kuala Krai ingin tahu berkenaan dengan perkembangan pelan tindakan bagi menangani keraguan isu halal termasuk kartel daging import yang dimaklumkan oleh pihak JAKIM pada tahun 2020. Untuk makluman Dewan yang mulia ini kerajaan Malaysia telah menetapkan bahawa pengimportan daging dan produk daging hanya dibenarkan dari rumah sembelih dan loji pemprosesan yang diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Daging dan produk yang diimport masuk perlu mendapat pengesahan halal daripada badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf JAKIM. Pengimport perlu mengemukakan bersama sijil kesihatan daripada pihak berkuasa veterinar negara pengeksport dan kelulusan permit import dari Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) sebelum daging dan produk daging tersebut dibenarkan masuk ke pasaran negara ini. Yang Berhormat saya hendak jawab tadi berkenaan dengan Yang Berhormat Kuantan tadi hal berkaitan dengan soal– Yang Berhormat Setiu ada, Yang Berhormat Setiu?
Tasek Gelugor.
Setiu ada, Setiu ada.
Okey.
Yang Berhormat masa hendak tamat, saya tambah lima minit, kemudian boleh habiskan yang lain itu bertulis.
Okey.
Terima kasih Tuan Pengerusi, Tasek Gelugor.
Okey, terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Dungun ingin tahu bagi menampung biasiswa JPA, adakah kerajaan bercadang untuk membuka dana wakaf bagi membolehkan lebih ramai rakyat yang berkemampuan untuk membantu dari segi menambah kewangan. Sebagai makluman, Yayasan Wakaf Malaysia telah pun mempunyai produk wakaf khusus bagi tujuan pendidikan iaitu Sijil Wakaf Tunai Pendidikan yang akan digunakan bagi tujuan pembiayaan aktiviti kebajikan berkaitan dengan pendidikan. Dana wakaf yang dikumpul akan dipindah bentuk kepada aset kekal merangkumi objektif pendidikan mengikut kesesuaian dan peraturan yang diguna pakai. Manfaat yang dihasilkan akan digunakan untuk tujuan berikut. Yang pertama membiayai pembelian alat- alat pendidikan untuk kebajikan masyarakat, kedua membiayai pembelian peralatan atau pakaian untuk murid-murid yang kurang berkemampuan, ketiganya membiayai kos ubahsuaian atau tambahan kemudahan pendidikan di mana-mana pusat pendidikan yang bersesuaian, keempatnya membantu membiayai kos pendidikan yang diperlukan termasuk biasiswa. Yang Berhormat Setiu bertanya, adakah terdapat perancangan untuk membangunkan pangkalan data hartanah wakaf supaya dapat membangunkan tanah wakaf dengan lebih produktif. Kajian induk transformasi pembangunan harta tanah wakaf di Malaysia yang diterbitkan pada tahun 2013 merekodkan terdapat sejumlah 14,356 lot atau 30,888.89 hektar tanah wakaf di Malaysia. Bagi memastikan data semua tanah wakaf direkodkan dan mudah dicapai, kerajaan telah membangunkan Sistem Geospatial Tanah Wakaf yang merekodkan semua tanah wakaf. Justeru bagi memastikan inisiatif ini mencapai objektifnya kerjasama semua Majlis Agama Islam (MAIN) amat diperlukan agar data-data tersebut dapat direkodkan dengan lengkap. Ini diharap dapat membantu kerajaan dalam membangunkan hartanah wakaf pada masa akan datang.
Tasek Gelugor, Majlis Peguam Syarie.
Okey. Yang Berhormat Kuantan juga mengenai peruntukan untuk melatih hakim bagi mendengar permohonan kes-kes perkahwinan di bawah umur, sama ada Hakim Mahkamah Rendah atau Hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar permohonan perkahwinan bawah umur. Pelaksanaan latihan untuk hakim- hakim syarie berkenaan pengendalian kes-kes permohonan berkahwin di bawah umur adalah termasuk dalam peruntukan yang diterima oleh JKSM dan latihan berkaitan latihan berkenaan juga termasuk dalam senarai perancangan latihan JKSM 2020. Berdasarkan Arahan Amalan Mahkamah Syariah No.4 Tahun 2019, kes-kes permohonan berkahwin bawah umur akan didengar oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah. Yang Berhormat Tasek Gelugor yang bertanya berkenaan dengan hal yang berhubung kait dengan soal Majlis Peguam.
Ya, Majlis Peguam Syarie.
Majlis Peguam Syarie.
Okey.
Sebenarnya kita sekarang ini dalam proses sudah pun dibincangkan melalui Jawatankuasa Teknikalnya untuk menyusun berkenaan
dengan aturan-aturan berkenaan dengan hal yang akan dilaksanakan untuk Wilayah Persekutuan. Keduanya, berkenaan dengan hal berhubung kait Majlis Peguam Syarie, maka ia memerlukan kepada dana dan sebagainya dan insya-Allah perkara itu kalau dia dapat dilaksanakan, maka kita akan memohonkan peruntukan, tidak tahun ini ataupun tahun akan datang. Terima kasih. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat-Yang Berhormat semua, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM6,030,234,000 untuk Kepala B.1, B.2, B.3, B.4, B.5, B.6, B.7, B.8, B.9; dan B.40; Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2022 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.1, B.2, B.3, B.4, B.5, B.6, B.7, B.8, B.9 dan B.40 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.6 dan P.7 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2022 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.6 dan P.7 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Terima kasih, Ahli-ahli Yang Berhormat mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa esok, 23 November 2021. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salah sejahtera semua.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.19 malam]
Kamar KhasSpecial Chamber
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Masalah Pencemaran Sungai Aur, RompinSpecial Chamber
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada perkara di atas, saya ingin menarik perhatian pihak Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Jabatan Alam Sekitar serta Kementerian Alam Sekitar dan Air berhubung isu pencemaran Sungai Aur di Rompin.
Masalah pencemaran Sungai Aur ini boleh dianggap sebagai tiada kesudahan dan sentiasa berulang saban tahun. Sebagai contoh yang saya dapat berikan, antara pencemaran yang sering dikesan di Sungai Aur ini ialah air sungai bertukar warna kepada warna hijau yang berlarutan sehingga lebih dua minggu dan menyebabkan kematian ikan dan hidupan lain di sungai ini.
Saya melihat ia berpunca daripada aktiviti perlombongan yang melimpah kepada anak-anak sungai kecil dan seterusnya mengalir ke sungai besar iaitu Sungai Aur. Bersama-sama ini saya sertakan gambar sebagai mana bahan rujukan untuk tindakan selanjutnya. Justeru, saya ingin bertanya kepada pihak agensi dan kementerian:
(i) apakah punca sebenar masalah pencemaran ini sehingga ia kerap terjadi berulang kali tanpa ada penyelesaian yang jelas;
(ii) apakah inisiatif dan langkah-langkah proaktif yang boleh dilaksanakan kementerian dalam memastikan masalah ini dapat diatasi dan tidak berulang lagi; dan
(iii) adakah terdapat sebarang aktiviti seperti perlombongan, kilang sawit atau loji rawatan yang dikesan telah membebaskan sisa buangan industri mereka ke dalam sungai ini sekali gus menyebabkan sebarang jenis pencemaran.
Saya juga ingin memohon kepada Jabatan Mineral dan Geosains dan Jabatan Alam Sekitar untuk memberikan taklimat berhubung permasalahan ini
pada mesyuarat yang akan datang. Sekian sahaja ucapan usul saya. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Rompin.
Untuk soalan (i), Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah berulang kali menerima aduan berkaitan pencemaran air Sungai Aur di daerah Rompin yang berwarna kehijauan dan semua aduan diterima telah disiasat. JAS mendapati aduan pencemaran air Sungai Aur yang kelihatan berwarna kehijauan adalah berpunca dari kawasan bekas perlombongan bijih besi di sekitar Bukit Ibam dan kawasan-kawasan sekitarnya. Hal ini kerana, sebarang pelepasan daripada kawasan perlombongan ini akan memasuki Sungai Tepesok, Sungai Jeram dan juga Sungai Aur sebelum memasuki Sungai Rompin.
Untuk makluman Yang Berhormat, di kawasan tersebut terdapat lombong aktif dan lombong tidak aktif. Namun demikian, hasil semakan KASA mendapati bahawa aktiviti perlombongan di kawasan hulu Sungai Aur adalah tidak tertakluk kepada Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang Ditetapkan)(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 atau Perintah EIA 2015.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, aktiviti perlombongan secara keseluruhannya adalah tidak tertakluk kepada Peraturan Kualiti Alam Sekeliling
(Efluen Perindustrian) 2009. Sehubungan dengan itu, merujuk kepada isu pencemaran daripada perlombongan bijih besi di Sungai Aur, sepertimana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat, perkara ini adalah di luar bidang kuasa JAS berdasarkan Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974.
Kawal selia aktiviti perlombongan yang aktif oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) melalui Akta Pembangunan Mineral 1994. JMG mengesahkan bahawa tiada punca pencemaran dikesan dari lombong yang aktif. Bagi soalan
(ii) – namun begitu, kementerian mengambil berat kepada isu pencemaran yang berlaku di Sungai Aur. Sepertimana yang telah dimaklumkan, pencemaran daripada aktiviti perlombongan bijih besi ini, adalah tidak tertakluk kepada bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar. Isu pencemaran ini perlu diatasi secara bersama.
Sehubungan dengan itu, kementerian dengan ini mencadangkan agar operasi bersepadu dilaksanakan secara berkala dengan penglibatan Jabatan Mineral dan Geosains, Pahang, Pejabat Tanah dan Galian Pahang, Pejabat Daerah dan Tanah Rompin dan Pejabat Hutan Daerah Rompin serta agensi- agensi penguatkuasaan lain daripada kerajaan negeri. Selain itu, adalah penting untuk pengusaha-pengusaha lombong melihat kembali langkah-langkah kawalan pencemaran air seperti yang ditetapkan dalam Peraturan-peraturan Pembangunan Mineral (Pelesenan) 2016.
Di antaranya ialah menggariskan had parameter dalam efluen, pensampelan dan juga analisis efluen dan penggabungan efluen. Langkah kawalan ini perlu diimplementasikan atau ditambah baik di dalam kawasan lombong masing-masing. Bagi menjawab soalan (iii) Yang Berhormat – Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat sama ada terdapat sumber pencemaran lain selain daripada aktiviti perlombongan di Sungai Aur,
hasil siasatan JAS mendapati punca pencemaran adalah daripada aktiviti perlombongan bijih besi sahaja dan tiada sebarang kilang sawit mahupun loji rawatan dikesan berada di kawasan hulu sungai yang dinyatakan.
Akhir kata, KASA sentiasa komited dalam mengawal pencemaran- pencemaran yang berlaku yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling
(AKAS) 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Cadangan Mewujudkan Wisma Persekutuan di Daerah SegamatSpecial Chamber
Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, daerah Segamat merupakan sebuah daerah yang terletak di utara negeri Johor. Majlis Perbandaran Segamat (MPS) merupakan salah satu pihak berkuasa tempatan di daerah Segamat selain daripada Majlis Daerah Labis (MPL). MPS telah dinaiktarafkan daripada Majlis Daerah Segamat (MDS) bermula 1 Januari 2018.
Sejak itu, lebih banyak lagi agensi kerajaan yang penting telah diwujudkan bagi membolehkan masyarakat menerima perkhidmatan yang berkesan dalam urusan seharian. Buat masa ini, lebih daripada 40 buah agensi kerajaan di bawah Kerajaan Pusat, kerajaan negeri dan badan berkanun telah ditempatkan di daerah Segamat. Menyedari hakikat ini, kewujudan jabatan dan agensi kerajaan ini memperlihatkan bahawa kedudukan dan lokasi setiap jabatan dan agensi ini berada di kawasan yang berasingan.
Lokasi jabatan dan agensi ini tidak diletakkan secara berpusat sebaliknya beberapa agensi dan jabatan ditempatkan secara berkelompok dan terdapat juga lokasinya jauh antara satu sama lain. Kedudukan yang jauh dan berasingan ini disusuli dengan keadaan ruang pejabat dan persekitaran yang sempit serta kurangnya ruangan tempat letak kereta secara langsung akan menyukarkan masyarakat untuk berurusan dan mendapatkan perkhidmatan yang sepenuhnya.
Agensi kerajaan yang ada di daerah Segamat bukan sahaja dinikmati oleh penduduk daerah Segamat semata-mata, bahkan juga turut dimanfaatkan oleh penduduk di luar kawasan daerah Segamat seperti dari kawasan Felda Selancar dan Kerotong di Pahang. Oleh yang demikian, saya berasakan adalah perlu sekiranya sebuah Wisma Persekutuan atau Pusat Transformasi Luar Bandar
(RTC) diwujudkan di daerah Segamat. Buat masa ini, hanya terdapat tiga buah bangunan guna sama Persekutuan yang beroperasi di negeri Johor iaitu Wisma Persekutuan Johor Bahru, Bangunan Guna Sama Persekutuan Batu Pahat dan Bangunan Guna Sama Persekutuan Kluang.
Bagi Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di negeri Johor pula, ia telah diwujudkan masing-masing, dua buah UTC di UTC Johor dan UTC Pasir Gudang dan satu RTC di RTC Kulai Jaya.
Kewujudan Wisma Persekutuan ini adalah penting dalam memberikan perkhidmatan kebajikan dan pembangunan masyarakat, pendidikan, pekerjaan, latihan, pembangunan perniagaan dan keusahawanan, kesihatan, kewangan, perkhidmatan kerajaan, pembangunan belia, utiliti dan keselamatan kepada masyarakat setempat.
Justeru itu, saya melihat adalah wajar untuk pihak kerajaan mempertimbangkan untuk mewujudkan sebuah Wisma Persekutuan di utara negeri Johor agar perkhidmatan kerajaan kepada masyarakat akan menjadi lebih mudah, menjimatkan masa dan berkesan sekiranya semua agensi dan jabatan ini ditempatkan secara berpusat. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Sekijang kerana telah sudi mencadangkan supaya mewujudkan Wisma Persekutuan di daerah Segamat.
Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengambil maklum akan cadangan Yang Berhormat Sekijang untuk mewujudkan Wisma Persekutuan di Segamat selaras dengan fungsi Jabatan Perdana Menteri yang diletakkan di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) selaku agensi yang menguruskan tanah dan aset-aset Kerajaan Persekutuan termasuk Bangunan Guna Sama Persekutuan (BGS).
Buat masa ini Yang Berhormat, tiada pemilikan tanah Kerajaan Persekutuan di bawah pengurusan dan seliaan Bahagian Pengurusan Hartanah khusus di daerah Segamat yang telah diperuntukkan dengan rancangan bagi tujuan membina Bangunan Guna Sama Persekutuan. Namun, sekiranya ada perancangan lain untuk membangunkan Bangunan Guna Sama Persekutuan di Daerah Segamat, ia akan diperhalusi bergantung kepada tahap keperluan, kesesuaian lokasi dan tapak projek.
Tuan Yang di-Pertua, perancangan pembangunan Bangunan Guna Sama Persekutuan di sesebuah tempat perlu dinilai berdasarkan kepada kapasiti agensi Persekutuan di lokaliti tersebut sebagai salah satu kriteria untuk membangunkan Bangunan Guna Sama Persekutuan. Hasil semakan, dari tahun 2018 sehingga 2021, terdapat 15 buah agensi Kerajaan Persekutuan yang menyewa premis swasta di daerah Segamat dan Mersing Johor bagi tujuan sewaan ruang pejabat.
Daripada jumlah tersebut, terdapat tiga buah agensi sahaja yang sesuai ditempatkan di Bangunan Guna Sama Persekutuan, selebihnya adalah agensi yang sesuai untuk menduduki pejabat sendiri seperti tabika dan klinik.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, sesetengah agensi Kerajaan Persekutuan terpaksa menyewa premis swasta kerana tidak sesuai untuk ditempatkan di Bangunan Guna Sama Kerajaan Persekutuan dengan mengambil kira ruang-ruang khas yang diperlukan oleh agensi tersebut yang menyebabkan mereka tidak sesuai untuk ditempatkan di Bahagian Pengurusan Harta Tanah.
Contohnya, aset-aset agensi yang banyak yang memerlukan ruang penempatan khas dan penjagaan.
Situasi ini menyebabkan mereka menyewa premis swasta yang sesuai untuk menempatkan dan menggunakan ruang-ruang khas yang diperlukan mengikut kesesuaian operasi dan perkhidmatan. Tambahan itu pula, Tuan Yang di-Pertua, kaedah sewaan premis swasta oleh agensi-agensi Kerajaan Persekutuan bagi tujuan penggunaan ruang pejabat juga dilihat mampu untuk merancakkan sosioekonomi di sesebuah lokaliti dalam sesebuah daerah.
Sehubungan itu, melihat kepada keadaan dan situasi-situasi ini Yang Berhormat, Jabatan Perdana Menteri berpandangan cadangan Wisma Persekutuan di Segamat masih belum boleh dipertimbangkan sekiranya hasrat Yang Berhormat Sekijang adalah untuk menetapkan jabatan dan agensi secara berpusat dan berkelompok di daerah tersebut.
Namun, hasrat ini boleh dipertimbangkan melalui kaedah dan cadangan- cadangan lain bagi melaksanakan penempatan berpusat agensi Kerajaan Persekutuan di daerah Segamat dalam skala yang lebih kecil dan ekonomik yang juga akan memberikan pulangan pelaburan dan impak yang positif kepada kerajaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat semua, maka Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang, esok, hari Selasa 23 November 2021.
Assalamualaikum, salam sejahtera semua.
[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.49 petang]