Dewan Rakyat · 23 November 2021
15th Parliament, session 4, meeting 2 · 649 turns · 45,873 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Menteri Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya ingin menjemput Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun, silakan. 1. Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun [Beaufort] minta Perdana Menteri menyatakan peranan Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak dalam memantau projek-projek pembangunan di Sabah dan Sarawak khususnya di kawasan luar bandar.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, Jabatan Perdana Menteri (BHESS JPM) terlibat sekadar secara indirect atau tidak langsung dalam memantau projek-projek pembangunan Kerajaan Persekutuan di Sabah dan Sarawak. Di antara fungsi teras BHESS JPM ialah bertanggungjawab untuk menyelaras isu-isu berkaitan tuntutan hak negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 dan ini termasuk peranan sebagai urus setia kepada Majlis Khas Mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (Majlis Khas MA63) serta mengurus setia secara bersama jawatankuasa kerja yang ditubuhkan di bawah Majlis Khas seperti Jawatankuasa Rakan Sekutu, Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Sabah dan Negeri Sarawak dan Jawatankuasa Kerja Sosioekonomi. Selain daripada BHESS JPM, terdapat dua lagi agensi diletakkan di bawah portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) iaitu Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah dan Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak. Salah satu fungsi Pejabat Setiausaha Persekutuan adalah menyelaras dan memudah cara pelaksanaan projek-projek pembangunan Persekutuan di Sabah dan Sarawak. Hubungan yang baik yang dijalinkan melalui Pejabat Setiausaha Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak banyak membantu pemantauan prestasi pelaksanaan projek-projek pembangunan Kerajaan Persekutuan di negeri Sabah dan juga negeri Sarawak. Pejabat Setiausaha Persekutuan juga memainkan peranan sebagai pemudah cara dalam memastikan projek-projek Persekutuan dapat dilaksanakan secara sekali berhubung isu-isu yang mengakibatkan sesuatu projek tersebut bermasalah atau sakit. Antara kaedah pemantauan yang telah diguna pakai adalah melalui lawatan pemantauan projek, surat intervensi dan sisi urus setia, urus bersama agensi-agensi Persekutuan di negeri tersebut. Selain itu, Pejabat Setiausaha Persekutuan juga terlibat dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Sabah (MPPG) dan dipengerusikan oleh Ketua Menteri
Sabah dan juga MPTG Sarawak yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Sarawak dan telah membantu memantau projek Persekutuan, terutamanya yang bermasalah dan sakit.
Terima kasih. Soalan tambahan pertama Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak bertanya, setakat ini berapakah projek yang dipantau oleh SUP Sabah yang dikenal pasti sakit, lewat dan belum dilaksanakan? Apakah mekanisme dan pendekatan yang akan diambil terhadap projek-projek tersebut dan langkah-langkah yang akan diambil untuk memastikan projek-projek dapat terlaksana dan memberikan manfaat kepada rakyat? Bolehkah Pejabat SUP mewujudkan jalinan hubungan dengan Ahli-ahli Parlimen dalam menangani masalah ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Biasanya, projek-projek yang diangkat ataupun disentuh dan sampai Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah ataupun Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak adalah perkara-perkara ataupun kes-kes projek yang diminta oleh pihak pejabat KSN ataupun Pejabat Perdana Menteri ataupun kes-kes yang telah disentuh di peringkat Kabinet. Maka, ia diangkat dan didirect terus kepada Setiausaha Persekutuan di Sabah atau Sarawak. Dengan cara tersebut, baru Bahagian Setiausaha Persekutuan di Sabah dan Sarawak turun padang dengan pendekatan-pendekatan yang biasa dipakai iaitu melawat projek, perbicaraan dengan pihak agensi tersebut ataupun juga dengan pihak kontraktor dan mencari penyelesaian.
Action yang diambil biasa daripada yang tersimple iaitu warning ataupun untuk menyelesaikan kes-kes yang dihadapi oleh pihak kontraktor. Satu mekanisme, yang kes- kes ini di bawah perhatian Setiausaha Persekutuan Sabah adalah sepertimana saya sentuh tadi iaitu di peringkat jawatankuasa tindakan negeri-negeri. Jawatankuasa ini dipengerusikan sendiri oleh Ketua Menteri dan dalam mesyuarat-mesyuarat ini apabila dibangkitkan oleh Ketua Menteri Sabah, Ketua Menteri Sarawak untuk tindakan maka the motion moves daripada segi begitu. Kita berharap inilah caranya, di bawah Rancangan Malaysia, khususnya RMKe-12 di mana Perdana Menteri mengatakan, “The final five years untuk Sabah dan Sarawak to catch-up dengan pembangunan di Semenanjung” dan kita harap inilah mekanisme nanti. Pihak kita boleh atur, pegawai-pegawai SUB serta Setiausaha Persekutuan Sabah dan Sarawak membuat taklimat juga terus kepada Ahli-ahli Parlimen daripada Sabah dan Sarawak as and when requested. Terima kasih.
Terima kasih.
Papar.
Yang Berhormat Papar, 30 saat.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya meneliti jawapan-jawapan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Menteri berkenaan hal ehwal Sabah dan Sarawak. Di sini saya ingin juga bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, selaku pemantau projek-projek yang telah dijalankan di Sabah ataupun di Sarawak, saya ingin sekali lagi menanyakan apakah kami di Sabah ataupun di Parlimen-parlimen lain di Sabah ini boleh memohon sesuatu daripada jabatan Yang Berhormat Menteri? Kalau ya, apakah jenis-jenis permohonan untuk pembangunan-pembangunan di kawasan-kawasan luar bandar yang dapat kami pohon daripada jabatan Yang Berhormat Menteri? Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih, Yang Berhormat Papar. Silakan.
Di sini Yang Berhormat Papar, saya rasa di peringkat kawasan di mana sahaja Yang Berhormat berada, walaupun
dalam kerajaan ataupun di luar daripada parti kerajaan yang penting ialah keperluan rakyat. Sebagai wakil rakyat, Yang Berhormat mempunyai mandat dan hak untuk mengangkatkan keperluan-keperluan ini yang pertama, kepada Ketua Menteri di Sabah ataupun Ketua Menteri Sarawak. Kedua, adalah memberi laporan terus kepada Perdana Menteri dan memohon keperluan di kampung-kampung Yang Berhormat. Saya yakin kerajaan yang prihatin, kerajaan yang Keluarga Malaysia, yang penting adalah keperluan rakyat. Setakat mana kerajaan mempunyai kemampuan untuk memberi peruntukan, the voice, to be the voices of the people of negara dan angkatkan melalui DO dan melalui ADUN di situ dan Yang Berhormat sendiri juga terus kepada Perdana Menteri tetapi can be given to BHESS iaitu di Jabatan Perdana Menteri. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri..
Yang Berhormat Papar, cukup. Yang Berhormat Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil, silakan.
2. Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil [Lembah Pantai] minta Menteri Luar Negeri menyatakan rasional dan implikasi kewangan terhadap pelantikan Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri dan Dato’ Seri Eizlan Yusof sebagai Setiausaha Kebudayaan dan Perunding Kreatif Kementerian Luar Negeri dan sama ada dana tersebut sepatutnya diguna untuk membantu meringankan beban yang ditanggung begitu banyak Keluarga Malaysia yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih sahabat saya. Saya yakin soalan beliau melewati soalan asal itu tetapi saya jawab yang itu dahulu. Seperti yang pernah saya sebutkan dalam Dewan ini, Dr. Ahmad Idham meletakkan jawatan sebagai CEO FINAS dan berkhidmat sebagai Setiausaha Kebudayaan kepada Menteri Luar Negeri menggunakan jawatan Pegawai Tugas-tugas Khas yang sedia ada. Beliau meletak jawatan Gred JUSA B dan berkhidmat sekarang separuh gaji sahajalah lebih kurang sebab dia Gred 54, jadi beliau buat national service. Manakala Dato’ Seri Eizlan, saya lantik sebagai Consultant Creative tanpa sebarang gaji. Sebenarnya pada 3 November yang lalu, Kabinet telah meluluskan suatu dasar, suatu kertas yang dipanggil “Focus in Continuity of Framework for Malaysia’s Foreign Policy in a Post-pandemic World” dengan izin, di mana kita melakarkan Dasar Luar Malaysia dan dasar-dasar itu fundamentalnya tetap kekal. Akan tetapi ada beberapa pendekatan dan bidang baharu dan termasuklah bidang yang kita panggil sebagai cultural diplomacy atau diplomasi kebudayaan. Ini sebenarnya untuk kita membantu dan memfasilitasi terutamanya dua kementerian yang memang bertugas untuk pembangunan seni budaya iaitu KKMM dan MOTAC. Kelemahan kita ialah daripada segi fasilitasi di luar negara. Kalau kita banding contohnya, dengan jiran kita Indonesia, mereka lebih aktif memfasilitasi, maksud saya Kementerian Luar mereka lebih aktif memfasilitasi kegiatan seni budaya yang di bawah kementerian lain. Ada dua kementerian di Indonesia yakni Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan dan satu lagi Kementerian Parawisata dan Ekonomi Kreatif, lebih kurang set- up kita di sini. Akan tetapi di Kementerian Luar dia Tuan Yang di-Pertua, untuk cultural diplomacy dan public diplomacy ia diketuai oleh seorang Ketua Pengarah yang levelnya TKSU kalau kita di sini. Manakala kita ini hendak kata tidak ada langsung karang, orang marah saya tetapi ia diketuai oleh seorang SUB yang kategorinya 54. Jadi kita harus menyusun semula, mengemaskan namun tidak dengan melibatkan peruntukan yang baharu kerana perkara ini dibentangkan selepas daripada belanjawan. Namun, saya pimpinan kanan di kementerian melihat bagaimana kita boleh menggunakan dana yang sedia ada untuk bermula secara kecil-kecilan dahulu. Terima kasih.
Silakan, Yang Berhormat Lembah Pantai.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya bertanya tentang sukar untuk kita percaya sekiranya perunding kreatif tidak mempunyai gaji, apakah dan bagaimana beliau ingin berkongsi? Akan tetapi saya juga ingin bertanya, adakah term of reference bagi kedua-dua individu ini termasuk kerja-kerja politik. Kehadiran Ahmad Idham di Melaka bersama-sama dengan Menteri, adakah ini sebahagian daripada tugas beliau walaupun difahamkan beliau ialah PTTK. [Sambil menunjukkan keratan gambar] Soalannya juga ialah apakah wujud pertindihan ataupun pertindanan di antara fungsi mereka dan juga atase-atase kebudayaan yang ditempatkan di bawah MOTAC, sama ada di Suruhanjaya-suruhanjaya Tinggi kita dan juga embassy kita di luar. Terima kasih.
Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, di Pejabat Menteri, mereka ini semua adalah petugas-petugas yang dilantik. Saya ada dua orang pegawai PTD, SUSK saya dan namanya Encik Iqbal dan seorang PTTK namanya Aldiba.
Yang ini memang pegawai PTD dan saya haramkan mereka untuk melibatkan diri dalam apa-apa jua kegiatan politik. Yang lain itu mereka merupakan pegawai saya, sama seperti Setiausaha Akhbar saya, sama seperti Setiausaha Politik dan sebagainya. Kalau kita hendak debat hal ini sampai esok pun kita tidak selesai, tetapi yang paling utama ialah, kita hendak meningkatkan kerja-kerja diplomasi kebudayaan. Memang sudah ada Pegawai MOTAC di beberapa buah negara, namun istilah Atase Kebudayaan ini, kita harus lihat kembali supaya tugasannya itu meliputi maksud kebudayaan yang luas, daripada falsafah kepada sejarah, kepada warisan, kepada pendidikan dan seni budaya. Seni budaya bukan hanya, dengan izin, performing arts tetapi keseluruhan maksud seni budaya itu. Saya bagi contoh. Sebagai Menteri Luar, saya sering bertemu dengan diplomat asing terutamanya dari Amerika Utara dan Eropah yang fasih berbahasa Melayu- Indonesia. Bukan berbahasa Melayu-Malaysia. Saya jangkakan yang mereka ini pergi ke Indonesia untuk belajar Bahasa Melayu-Indonesia. Akan tetapi rupa-rupanya dia belajar di negara mereka kerana Indonesia ada program Bahasa Indonesia yang sudah dijalankan sebagai contohnya di 30 buah negara, sehingga tahun lalu. Sehingga tahun 2024, mereka akan berada di 53 buah negara. Jadi istilah Atase Kebudayaan yang termasuk makna bahasa kesusasteraan, bagaimana kita menghubungkan penerbit- penerbit tempatan dengan penerbit-penerbit antarabangsa. Mungkin ada yang bertanya, dia kata ini memang sudah dilaksanakan. Saya kata, memang betul ia telah dilaksanakan, tetapi merapati penggiat seni budaya, penerbit- penerbit institusi-institusi di luar negara, ini memerlukan kerja sepenuh masa yang sebahagiannya sudah mula dilakukan oleh Kementerian Luar. Akan tetapi ini harus diperkasa dan kami harus koordinasi lebih lagi dengan kementerian-kementerian seperti kementerian KKMM, MOTAC, termasuk KPT dan sebagainya.
Terima kasih.
Soalan saya tadi. Maaf.
Kejap, kejap. Saya kena tawarkan sebelah sini dulu. Soalan tambahan nombor dua.
Bukan, soalan saya tentang terms of reference...
Kalau tidak ada.
Terms of reference tadi. Terms of reference untuk dua orang, Yang Berhormat Menteri belum jawab tadi. Terms of reference- TOR.
Yang Berhormat, boleh jawab sekali dengan soalan Yang Berhormat Balik Pulau. Soalan tambahan kedua.
Okey. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Menteri tadi. Setahu saya, kita tidak ada Cultural Attache di embassy ataupun Pejabat Kedutaan-kedutaan Malaysia di luar. Kita ada Imigration Attache, kita ada Defence Attache, but Cultural Attache apparently missing, dengan izin, ya di kedutaan-kedutaan asing. Saya juga ingin bawa pandangan beberapa penggiat seni budaya. Mereka rasa terkilan dan tidak puas hati kerana yang dilantik itu bukan daripada kalangan orang sektor budaya. Dilantik itu daripada perfileman dan sebagainya, tapi bukan daripada sektor budaya. Itu yang soalan saya Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Kalau boleh jawab sekali dengan Yang Berhormat Lembah Pantai tadi.
Ya, Tuan Yang di-Pertua. Saya sudah katakan tadi, saya ada dua orang pegawai di pejabat saya. Ini memang Pegawai Tadbir Diplomatik dan memang mereka tidak terlibat langsung dengan politik. Yang lain-lain, ini terserah kepada budi bicara mereka. Jadi, saya tidak boleh menghalang mereka sekiranya mereka ingin menghadiri aktiviti-aktiviti politik, sama macam saya kata, Setiausaha Politik, Setiausaha Akhbar dan sebagainya. Saya tadi tidak menyanggah terus istilah ‘Atase Kebudayaan’. Oleh sebab itu, saya kata istilah ‘Atase Kebudayaan’ itu harus dilihat dengan kemas, apa yang dimaksudkan dan apa bidang tugasan yang harus dilaksanakan. Apabila kita melihat soal-soal yang berkaitan dengan kebudayaan, dengan seni budaya, kita harus melihatnya daripada segi gambaran yang besar bahawa kita melibatkan semua pihak. Saya hendak sebutkan bahawa, apa yang saya lakukan ini bukanlah bermula daripada kosong. Kita harus memberi terima kasih kepada kedua-dua kementerian yang lain iaitu MOTAC dan KKMM yang sudah adakan libat urus sejak zaman berzaman dengan semua penggiat seni. Dalam kerja-kerja di Kementerian Luar, kita juga melibatkan beberapa orang tokoh yang mewakili pelbagai sektor dan bidang. Dua orang yang telah bersetuju misalnya untuk menjadi penasihat ialah Profesor Awang Sariyan, ahli bahasa; Saudara Eddin Khoo, seorang yang banyak menganjurkan kegiatan-kegiatan seni pentas tradisional Melayu, khususnya dari Kelantan ke peringkat antarabangsa, dan saya berbincang dengan seorang Sasterawan Negara, beliau umumnya bersetuju tapi tidak manis saya sebut nama sebelum beliau secara rasmi mengatakan persetujuannya. Juga dengan beberapa orang tokoh yang lain dalam bidang animasi, dalam bidang muzik dan sebagainya. Dua orang yang saya lantik ini sebagai petugas. Memang mereka tidak mewakili semua bidang tetapi mereka sebagai petugas untuk memulakan secara kecil kecilan dalam suasana Kementerian Luar Negeri tidak mempunyai bajet- untuk bermula dengan terlalu cepat dan terlalu besar. Terima kasih.
Terima kasih. Akhir sekali saya menjemput Yang Berhormat Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman. Silakan.
3. Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai] minta Perdana Menteri menyatakan, sejauh mana penerimaan masyarakat terhadap penubuhan Civil Defence Emergency Response Team (CDERT) dan rancangan untuk memperluaskan penubuhannya.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Kuala Krai. Nama sama Tuan Yang di-Pertua - yang halus dan mulus.
Tuan Yang di-Pertua, pasukan CDERT ini punca kuasanya adalah di bawah seksyen 2A, dan juga seksyen 4H [Akta 221], Civil Defence Act 2016 di mana di bawah seksyen ini punca kuasanya, wujudnya CDERT ini yang terbahagi kepada APM- ada pegawai tetap, pegawai sukarela dan juga bantuan. CDERT di bawah bantuan di mana fokusnya adalah untuk menubuhkan pasukan tindak balas kecemasan, dengan izin, emergency response team di sektor awam, sektor korporat, swasta, badan berkanun, badan bukan kerajaan sehingga ke peringkat komuniti di seluruh tempat di seluruh negara. Ekoran daripada punca kuasa ini, terdapat sebanyak 257 pasukan yang aktif di seluruh negara, sementara 132 daripadanya adalah dalam kategori CDERT komuniti iaitu di kampung-kampung, taman perumahan dan sebagainya. Sehingga hari ini, selaras dengan key performance indicator 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia, APM telah mengadakan sesi engagement dan libat urus dengan 44 lokaliti di mana 160 Parlimen telah pun menubuhkan CDERT, 44 lagi dalam proses dan kita jangkakan 222. Oleh sebab itu saya menyeru Ahli-ahli Yang Berhormat untuk menjadi penaung kepada komuniti, yang penting dalam memastikan Keluarga Malaysia ini sentiasa bersedia, siap siaga menghadapi bencana. Terima kasih.
Terima kasih. Soalan tambahan pertama Yang Berhormat Kuala Krai.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan, dan tahniah atas penubuhan CDERT ini.
Cuma soalan tambahan saya ialah apakah usaha kerajaan bagi memastikan CDERT Keluarga Malaysia yang ditubuhkan ini tidak hanya berperanan pada masa penubuhannya sahaja, malahan berterusan untuk jangka masa yang panjang dan boleh dimanfaatkan oleh banyak pihak? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Ya Latif, ya Latif. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, penubuhan CDERT Keluarga Malaysia ini tidak akan menjadi retorik kerana kita memberi tumpuan kepada latihan. Mereka yang telah berdaftar, diwajibkan lima hari berkursus di pusat pertahanan awam yang berada di seluruh negara. Kemudian kita tambah dengan meeting atau pertemuan di setiap minggu di hujung minggu supaya skill yang mereka ada ini dapat terus berpanjangan. Ekoran daripada COVID-19, aktiviti-aktiviti mingguan ini terpaksa kita lihat kembali. Walau bagaimanapun, oleh kerana ia ada undang-undang tubuh dan punca kuasa itu ada, maka Menteri boleh membuat peraturan di mana kita akan memberi standard kewangan, peralatan. Oleh sebab itu saya juga minta Ahli-ahli Yang Berhormat yang menjadi penaung, bantu sedikit-sedikit lah. Macam semalam Yang Berhormat Kubang Pasu kata, takkan chainsaw hendak minta daripada wakil rakyat. Chainsaw sudah ada, tetapi oleh kerana listing itu tidak dibuat dalam komuniti, maka apabila bencana berlaku, baru hendak cari chainsaw. Akan tetapi kalau sudah ada data ini dalam komuniti CDERT itu, saya pasti perkara-perkara ini dapat kita selesaikan.
Terima kasih. Yang Berhormat Tampin, sila.
Okey, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Kita mengalu-alukan penubuhan CDERT ini kerana ia telah memberi ruang kepada mereka yang mempunyai nilai kesukarelawanan yang tinggi di kalangan masyarakat. Persoalan saya ialah apakah perancangan yang terperinci untuk mempertingkatkan penyertaan masyarakat di semua peringkat sama ada kerajaan ataupun bukan Ahli Parlimen kerajaan ataupun bukan kerajaan dan mempelawa semua Ahli Parlimen menganggotai CDERT ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tahu Yang Berhormat Tampin memang aktivis dalam hal-hal kesukarelaan. Oleh sebab itu saya ingin mengajak masyarakat pimpinan tertinggi APM untuk kita duduk sekali bagi memastikan kita buat libat urus dengan seluruh keluarga APM dari sudut bantuannya CDERT mahupun mereka yang sudah berjawatan sukarela, mahupun mereka yang telah mendapat jawatan tetap dan kita hendak perkukuh dan memperkuatkan peraturan itu. Dengan menguatkan peraturan seperti negara-negara lain seperti di New Zealand, di Indonesia mahupun di Jepun, di mana elemen-elemen kesiapsiagaan bencana ini telah dapat menjadi akar umbi dalam masyarakat. Maka apabila ada peraturan, kita ada berat untuk meminta peruntukan-peruntukan tambahan daripada EPU. Terima kasih.
Yang Berhormat Alor Gajah, soalan mini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam usaha kita untuk memperkasakan Angkatan Pertahanan Awam secara menyeluruh, terdapat beberapa cadangan untuk menubuhkan cyber volunteers dalam era internet of things ini supaya kekuatan barisan hadapan ini lebih menyeluruh. Apakah ada inisiatif-inisiatif yang sedang dijalankan ataupun telah pun dijalankan? Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Silakan Yang Berhormat Menteri. Ringkaskan.
Saya pasti Tuan Yang di-Pertua, perkara- perkara ini antara perkara yang tidak sempat Yang Berhormat Alor Gajah teruskan sewaktu beliau menjawat jawatan tersebut. Walau bagaimanapun, kita akan memastikan perkara-perkara ini menjadi salah satu daripada perkara pokok yang perlu kita perkukuhkan. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang mengambil bahagian. [Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Datuk Haji Ahmad Jazlan bin Yaakub [Machang] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan jumlah terkini rumah yang tidak terjual mengikut jenis dan negeri setakat September 2021.
Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Machang. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih diucapkan atas perhatian yang diberikan oleh Ahli Yang Berhormat mengenai isu rumah yang tidak terjual. Isu rumah tidak terjual ini bukanlah satu isu yang baharu dan sedang diperhalusi oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi mencari jalan penyelesaian yang komprehensif dengan semua pemain industri perumahan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPKT memandang serius mengenai isu lambakan rumah tidak terjual ini kerana menyebabkan berlaku kelembapan pasaran hartanah yang memberi impak kepada ekosistem pemajuan perumahan serta menjejaskan rantaian ekonomi secara keseluruhan. Berdasarkan laporan Status Pasaran Harta Tanah oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) bagi suku kedua tahun 2021, terdapat 31,112 unit rumah siap dibina tidak terjual yang bernilai RM20.1 bilion. Bagi suku ketiga tahun 2021, terdapat 30,290 unit rumah siap dibina tidak terjual yang bernilai RM19.75 bilion. Ini menunjukkan
terdapat sedikit penurunan sebanyak 2.64 peratus dalam bilangan unit dan 1.74 peratus dalam nilai bagi suku tahun ketiga berbanding suku tahun kedua 2021. Terdapat penurunan kadar lambakan rumah yang tidak terjual walaupun tidak ketara kerana terdapat pemaju yang menurunkan harga atau memberikan diskaun bagi membolehkan bekalan rumah sedia ada dapat dijual dalam ketidaktentuan ekonomi masa kini. Ini dibuktikan dengan penurunan Indeks Harga Rumah pada suku ketiga pada 198.6 mata berbanding suku ketiga 2020, 199.9 mata yang menunjukkan penurunan sebanyak 0.7 peratus. Diharapkan lebih ramai pemaju dapat menurunkan harga jualan rumah bagi membolehkan lambakan rumah. Tuan Yang di-Pertua, manakala jenis negeri yang terlibat dengan jumlah pecahan rumah yang tidak terjual, saya sebutkan lebih kurang 10 ataupun yang tertinggi: |Bil.| Negeri |Bilangan Unit| |---:|------------|------------:| | 1|Kuala Lumpur| 3893| | 2|Pulau Pinang| 4638| | 3|Selangor | 3376| | 4|Perak | 2865| | 5|Kelantan | 114|<END_TABLE_MARKER> Manakala jenis rumah yang tidak terjual ialah terdiri daripada: |Bil.| Jenis Rumah |Bilangan Unit| |---:|----------------------------------|------------:| | 1|Kondo ataupun apartmen | 18229| | 2|Teres dua tingkat dan tiga tingkat| 5687| | 3|Semi-D | 1783|<END_TABLE_MARKER> Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Yang Berhormat Machang.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya difahamkan terdapat kempen pemilikan rumah atau dengan izin, Home Ownership Campaign (HOC) telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah pencapaian kepada kempen tersebut dan adakah kempen ini akan dilanjutkan untuk tahun-tahun yang akan datang serta sejauh manakah kempen HOC ini berjaya untuk menangani isu property overhang, dengan izin di seluruh negara?
Berapa nilai hartanah yang terjual melalui kempen HOC ini sepanjang tahun 2021. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Machang. Sebenarnya terdapat beberapa inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan untuk membantu menjual rumah-rumah yang tidak laku dijual ini. Umpamanya Kempen Pemilikan Rumah atau Home Ownership Campaign (HOC) dan juga memperkenalkan peraturan panduan kepada pemaju perumahan untuk mengemukakan kajian kebolehperlaksanaan rumah sebelum perumahan dilaksanakan. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, mulai Jun 2020 hingga 31 Ogos 2021 terdapat 67,576 unit rumah telah terjual dengan keseluruhan RM52.32 bilion sebelum diskaun dan RM43.53 bilion selepas diskaun. Ini menjadikan jumlah penjimatan
pembeli adalah berjumlah RM8.79 bilion. HOC ataupun Home Ownership Campaign ini diteruskan sehingga 31 Disember 2021 ini. Insya-Allah kementerian akan meneliti balik kerana faedah dari HOC ini amat besar, bukan sahaja kepada pengusaha-pengusaha ataupun industri perumahan tetapi juga pembeli-pembeli. Dalam hal ini, kerajaan telah mengalami kehilangan hasil sebenarnya Tuan Yang di-Pertua daripada duti setem berdasarkan kiraan mudah sekitar RM400 juta hingga RM500 juta. Tuan Yang di-Pertua, beberapa maklumat tambahan saya akan beri kepada Yang Berhormat Machang bagi memberikan gambaran sebenar bagaimana HOC ini dapat dilaksanakan dengan cara yang terbaik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Pasir Gudang.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, sekiranya ada statistik, bolehkah beritahu di dalam Dewan yang mulia ini berapakah jumlah rumah yang tidak terjual di Forest City, di Iskandar Puteri Johor Bahru di sana. Kalau tiada, jawapan bertulis pun boleh. Terima kasih.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya sudah sebutkan tadi antara negeri yang tertinggi ialah Johor iaitu sejumlah 6,441 unit rumah yang tidak terjual. Saya minta maaf kerana kita tidak ada detail secara lokaliti itu tetapi insya- Allah Yang Berhormat saya akan salurkan kepada Yang Berhormat maklumat tambahan kekosongan rumah yang tidak terjual di kawasan berkenaan. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Sebenarnya Yang Berhormat Padang Serai bangun awal tadi. Yang Berhormat Padang Serai bangun dari tadi.
Tuan Yang di-Pertua, bagi Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Silakan Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai, jiran. Yang Berhormat Menteri, isu ini macam disebut tadi isu lama dan rumah tidak terjual ini tidak bagi kesan kepada tauke-tauke besar, syarikat-syarikat besar. Sedikit pun tidak ada kesan. Saya tengok dalam data yang sama Yang Berhormat Menteri quote tadi, Pusat Maklumat Harta Tanah Negara. Dia senaraikan IOI Properties, untung; Sime Darby Properties, untung; SP Setia, untung; UOA Development, untung; Mah Sing Group, untung. Untung itu kalau ikut laporan tahunan mereka puluhan bilion, tidak bagi kesan. Kesannya adalah unit-unit yang murah ini sebenarnya terkesan. Baik, tetapi itu bukan soalan saya. Satu ketika dahulu, saya terdengar ada ura-ura kerajaan hendak laksanakan property vacancy tax. Maknanya kalau unit-unit rumah yang tidak terjual itu dijual, maka insentif akan diberi kepada pemaju ini tadi. Jadi, soalan saya, apa jadi kepada cadangan untuk melaksanakan cukai kekosongan hartanah ini bagi mengatasi isu rumah tidak terjual. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya tentang cadangan untuk melaksanakan cukai Yang Berhormat sebutkan tadi masih dalam perbincangan di peringkat KPKT dan untuk kita laksanakan, Tuan Yang di-Pertua. Namun demikian, saya ingin jelaskan seperti mana yang saya katakan awal tadi bahawa rumah-rumah yang tidak terjual dan saya bacakan tadi ialah terdiri daripada rumah-rumah kondo dan juga apartmen yang terdiri daripada pembelinya adalah orang- orang di peringkat atasan. Manakala kita ada rumah-rumah yang melibatkan kos rendah ini yang B40 dan sebagainya. Ini di luar daripada apa yang saya sebutkan.
Umpamanya kita ada enam skim perumahan yang melibatkan B40 dan orang yang di bawah pendapatan rendah ini, PPR, Rumah Mesra Rakyat, rumah perkhidmatan awam, PR1MA, kediaman SPNB atau Syarikat Perumahan Negara Berhad dan juga IKRAM salah satu program dilancarkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini yang khusus kita tujukan kepada mereka yang terkesan dengan COVID-19 dengan kita memberikan sewa enam bulan percuma kepada mereka dengan bayaran sewa hanya RM124. Ini sebenarnya dikhususkan kepada pembeli-pembeli yang berpendapatan rendah dan juga di bawah B40 dan sebagainya. Terima kasih Yang Berhormat.
2. Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah banduan yang keluar dari penjara selepas tamat hukuman dari tahun 2011 sehingga 2021. Apakah usaha-usaha kerajaan untuk memastikan bekas-bekas banduan ini diterima oleh keluarga dan masyarakat serta mempunyai keupayaan untuk menyara hidup tanpa diskriminasi.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Batu Gajah. Untuk makluman Yang Berhormat, rekod Jabatan Penjara Malaysia bagi tahun 2011 hingga 1 Oktober 2021 menunjukkan seramai 1,940,579 orang banduan telah dibebaskan. Jabatan Penjara Malaysia melalui Kementerian Dalam Negeri telah melaksanakan pelbagai usaha dalam memastikan banduan yang dibebaskan tersebut dilengkapi dengan kemahiran yang mencukupi sebelum mereka kembali ke dalam komuniti. Antara program yang diperkenalkan oleh Jabatan Penjara Malaysia adalah pertama, Program Jalinan Kasih iaitu untuk memperkukuhkan ikatan kekeluargaan di antara penghuni dan keluarga agar mereka tidak berasa tersisih, bukan sahaja sewaktu sedang menjalani hukuman dan pemulihan di dalam penjara, bahkan setelah dibebaskan kelak. Pelaksanaan program ini adalah secara bersemuka dan fizikal di antara banduan dan ahli keluarga bagi meningkatkan hubungan silaturahim dan penerapan emosi antara mereka. Kedua iaitu Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) merupakan salah satu keistimewaan yang diberikan kepada banduan yang telah memenuhi syarat yang telah ditetapkan mengikut seksyen 43 Akta Penjara 1995 dan Peraturan 111 Peraturan- peraturan Penjara 2000. Melalui PBSL, seseorang banduan dapat mencari peluang pekerjaan di samping berusaha menjalinkan hubungan kekeluargaan semula. PBSL ini untuk pengetahuan Yang Berhormat adalah bagi banduan yang tempoh hukumannya kurang daripada satu tahun. Ketiga, banduan kemahiran luar penjara bertujuan memberi pendedahan awal kepada banduan yang diluluskan melalui Program Pembangunan Insan (PPI), khususnya banduan hukuman lama. Program ini adalah satu kaedah pengintegrasian ke dalam masyarakat sebelum mereka dibebaskan sepenuhnya di samping memulihkan kepercayaan terhadap diri dan masyarakat. Selain itu, untuk pengetahuan Yang Berhormat sepanjang menjalani proses pemenjaraan dan pemulihan, banduan akan mengikuti pelbagai program latihan kemahiran bersijil di dalam penjara dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja. Banyak lagi program yang kita lakukan sama ada melalui Program Corporate Smart Internship (CSI) iaitu kerjasama dengan syarikat swasta bagi memberi peluang untuk orang di parol menyertai sektor pekerjaan. Antara syarikat yang melibatkan CSR dengan Jabatan Penjara seperti syarikat Panasonic, MAMEE, FELDA, FELCRA, LKPP Corporation dan juga syarikat swasta yang lain.
Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Penjara telah melaksanakan banyak program latihan kemahiran dan pemulihan untuk banduan sama ada di dalam mahupun di luar penjara agar banduan berkenaan mempunyai keupayaan untuk menyara hidup tanpa diskriminasi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Baru-baru ini, kerajaan menggalakkan Ahli-ahli Parlimen memakai baju batik ke Parlimen pada setiap hari Khamis, tahniah. Untuk makluman Dewan yang mulia, penjara-penjara kita juga menghasilkan produk batik yang baik. Saya berharap industri pembuatan batik oleh banduan ini diperkasakan. Promosi dan pameran produk batik dari penjara harus dilakukan di Parlimen dan semua jabatan dan agensi-agensi kerajaan yang lain. Saya ingin tahu sama ada, kita mempunyai agensi khusus untuk membantu mempromosi dan memasarkan produk-produk yang dihasilkan oleh bekas banduan untuk menyara hidup seperti produk batik, rotan, lukisan dan sebagainya. Mohon Yang Berhormat Menteri bagi penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih sahabat saya. Memang ini satu pandangan yang cukup baik. Memang di dalam penjara kita ada Skim Latihan Kemahiran melalui Skim IKS iaitu sama ada pembuatan untuk jahitan yang kita sebut yang telah tersohor di dalam negara kita seperti Yang Berhormat sebut- batik. Terbaharu iaitu tenun diraja. Ini yang dinaungi oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dan juga satu- produk yang cukup baik, iaitu bahan cucian kimia kita untuk penjara seluruh negara. Ini dilakukan dan diusahakan oleh banduan di dalam penjara. Kita yang saya sebut tadi melalui JTK, kita akan usahakan dan kita juga sedang berusaha untuk membincangkan dengan kementerian-kementerian yang lain seperti Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC). Apabila mereka ini keluar, mereka ada dana untuk dibantu apabila mereka keluar ke dalam masyarakat setempat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Jempol.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Faktor utama yang menggagalkan golongan banduan untuk memulakan kehidupan baharu menerusi pekerjaan adalah kerana rekod kemasukan bekas banduan boleh disemak oleh majikan. Baru-baru ini Kementerian Sumber Manusia mencadangkan supaya maklumat tersebut dimansuhkan kepada pihak ketiga bagi memudahkan mereka untuk mendapat pekerjaan. Soalan saya, adakah cadangan tersebut realistiknya untuk dilaksanakan oleh kementerian dengan mengambil kira pelbagai aspek khususnya terhadap kepentingan dan keselamatan pihak majikan dan kakitangan? Mohon Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Terima kasih.
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Jempol. Ini juga satu pandangan yang baik. Namun begitu, kita sedang meneliti daripada segi keselamatan-keselamatan termasuk keselamatan banduan dan juga majikan-majikan yang akan mengambil pekerja- pekerja daripada kalangan bekas banduan, dan kita yakin bahawa banduan yang telah kita berikan latihan kemahiran ini akan dapat diterima oleh masyarakat setempat. Satu perkara yang menarik Tuan Yang di-Pertua, apabila banduan yang mendapat satu program di dalam penjara sama ada latihan kerohanian PPI yang saya sebutkan tadi, dan juga IKS, dan juga perkara-perkara lain- yang paling hebat baru-baru ini tular, video banduan bebas disambut oleh ahli keluarga dan masyarakat, termasuk juga sahabat-sahabat rakan sebaya mereka. Ini satu perkara yang sangat membanggakan sama ada pada banduan itu sendiri dan juga keluarga serta masyarakat.Ini menunjukkan bahawa program yang dilakukan oleh Jabatan Penjara Malaysia terbukti, untuk memastikan bahawa banduan ini dapat diterima balik oleh masyarakat setempat. Terima kasih.
Minta satu lagi Tuan Yang di- Pertua.
Sebenarnya Yang Berhormat Kubang Pasu bangun awal tadi.
Tumpat.
Yang Berhormat Kubang Pasu dahululah. Yang Berhormat Kubang Pasu bangun lebih awal.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya tentang Program Parol yang dijalankan ini sama ada pihak kerajaan memberi suatu keistimewaan contohnya kepada syarikat-syarikat yang masuk tender kerajaan untuk bekalkan sesuatu perkaralah. Kemudiannya, dalam itu diletakkan bahawa antara yang mereka akan lakukan ialah mengambil banduan yang sedang berada dalam parol ini sebagai pekerja. Adakah kerajaan bersedia untuk memberikan pertimbangan kerana mereka juga memberikan peluang pekerjaan kepada banduan yang berada dalam parol ini? Terima kasih.
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Kubang Pasu. Memang menjadi amalan SOP dan juga tatacara untuk kita mengeluarkan atau melantik kontraktor-kontraktor di bawah KDN termasuk juga penjara mestilah mendapati syarat-syarat tertentu. Namun begitu, pandangan daripada Yang Berhormat Kubang Pasu boleh kita ambil kira untuk kita perincikan pada masa-masa akan datang dan kita percaya bahawa mana-mana syarikat yang mahu mengambil banduan ini sama ada dalam program kita di parol ini sangat penting untuk menjadikan banduan ini dapat diterima oleh masyarakat termasuk juga sektor pekerjaan sama ada perladangan, perkilangan dan sebagainya. Jadi, satu pandangan dan insya-Allah kita akan teliti dengan secara terperinci. Terima kasih.
3. Robert Lawson Chuat [Betong] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan, program terkini kementerian melibatkan advokasi pengguna selaras dengan perubahan tingkah laku serta trend pembelian akibat pandemik COVID-19. Apakah strategi kementerian dalam mempromosi aplikasi kementerian yang boleh membantu ke arah pengguna pintar.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada sahabat saya dari Betong. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, selaras dengan era digital dan pelaksanaan PKP, trend pengguna telah berubah daripada pembelian secara fizikal kepada pembelian secara online. Sehubungan dengan itu, pelbagai inisiatif telah diambil oleh pihak kementerian untuk memperkasakan peranan pengguna dan meningkatkan elemen perlindungan pengguna. Antara inisiatif terkini yang dilaksanakan oleh kementerian ialah pelaksanaan advokasi melalui media baharu iaitu melalui kerjasama strategik dengan pihak Shopee yang melibatkan penyampaian maklumat kepenggunaan advokasi melalui pengiklanan menerusi platform media sosial seperti Facebook, YouTube, Instagram, LinkedIn dan Google. Advokasi melalui pengiklanan turut dilaksanakan melalui Medic TV di hospital, dan juga klinik-klinik kesihatan kerajaan. Selain daripada itu, kementerian juga bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan dan badan NGO kepenggunaan dan sebagainya, bagi pelaksanaan pelbagai siri webinar melibatkan peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat seperti peringkat komuniti pelajar universiti dan juga pelajar sekolah menengah.
Dalam masa yang sama, peniaga dalam talian- online, mestilah mempamerkan maklumat-maklumat utama yang telah digariskan dalam Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012, antaranya hendaklah mempamerkan nama peniaga, nombor pendaftaran syarikat, penerangan mengenai barangan atau perkhidmatan dan lain-lain. Di pihak pengguna pula, pihak kementerian menggalakkan agar pengguna membuat urus niaga dengan laman sesawang media sosial atau blog perniagaan yang mempunyai sijil SSM BizTrust. Bagi menjawab soalan perlindungan pengguna, elemen pengguna pula kementerian telah menyediakan saluran online iaitu portal e-Aduan, talian hotline, dan nombor WhatsApp 019-2794317. Di samping itu, dalam mempromosikan aplikasi-aplikasi yang telah dibangunkan oleh kementerian, pelbagai medium hebahan telah dilaksanakan termasuk melalui: pertama, media sosial rasmi kerajaan atau kementerian, kedua, media massa seperti radio dan ketiga serta juga sesi taklimat kepada pengguna. Antara aplikasi yang telah dibangunkan oleh kementerian ialah Ez Adu, Price Catcher dan MySales Tracker. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan, sila nyatakan bagaimana aplikasi Price Catcher dapat membantu pengguna merancang pembelian dan apakah strategi KPDNHEP agar aplikasi ini dapat diperluaskan lagi kepada kumpulan sasar? Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat, salah satu ciri pengguna pintar ataupun smart consumer yang ingin diperkasakan oleh kementerian ialah pengguna merancang pembelian yang terbaik. Oleh itu, aplikasi ini digunakan untuk pengguna merujuk harga, merancang pembelian, serta pengguna peka akan perubahan harga barangan tertentu. Bagi memastikan aplikasi ini diuar-uarkan kepada seluruh pengguna di negara ini, kementerian sentiasa memaklumkan penggunaan aplikasi ini dalam Program Advokasi Kepenggunaan dalam program-program kita.
Melalui program ini, diharapkan akan dapat memperkasakan pengguna bijak yang tahu dan melaksanakan hak pengguna serta tahu cara-cara untuk mengambil tindakan sewajarnya ke saluran yang betul sekiranya berlaku ketidakadilan dalam sebarang transaksi. Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini aplikasi Price Catcher telah pun didownload lebih daripada 132 ribu pengguna. Manakala, aplikasi MySales Tracker telah didownload oleh 7,257 pengguna. Manakala, aplikasi Ez ADU telah diguna oleh seramai 50,000 pengguna. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, kita tahu sekarang ini antara cabaran dan masalah yang besar ialah tentang kenaikan harga barang. Seolah- olah tidak terkawal lagi dah kenaikan harga-harga barang ini. Jadi, saya ingin tanya ikhtiar kementerian, apakah di sana terdapat satu aplikasi ataupun satu kaedah yang dibangunkan di mana pengguna ini boleh lapor terus kepada agensi di bawah kementerian supaya harga-harga barang yang meningkat yang melampaui kemunasabahan ini dapat dilaporkan terus tanpa ada sebarang birokrasi? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, sahabat saya. Sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat dan seluruh Ahli Dewan. Kita kementerian telah membangunkan satu portal ataupun satu saluran namanya Ez ADU
yang mana setiap masalah yang dialami oleh pengguna boleh direct kepada pegawai kita ataupun kepada kementerian kita untuk diambil tindakan. Dua atau tiga contoh yang dimaklumkan kepada saya iaitu pertama isu harga tayar kenaikan. Harga tayar kenderaan naik yang harganya sebelum PKP harga lain, kemudian selepas PKP harga lain. Kemudian pengguna telah direct kepada pegawai kita dan pegawai kita telah mengambil tindakan. Selepas itu, minggu berikut harganya telah turun. Ini menunjukkan keberkesanan Ez ADU dan juga keberkesanan pegawai kita dalam menjalankan tugas. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
4. Tuan R. Sivarasa [Sungai Buloh] minta Menteri Kesihatan menyatakan menurut pemantauan yang dibuat terhadap penerima vaksin daripada permulaan vaksin rollout pada bulan Februari 2021 sehingga sekarang, apakah hasil pemantauan tersebut? Adakah kes-kes kematian dan kesan negatif (adverse events) yang dikaitkan secara langsung kepada pemberian vaksin, berapa jumlahnya dan kategori-kategorinya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kesan sampingan ubat dan vaksin dipantau oleh Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan di Bahagian Regulatori Farmasi Negara. Bermula daripada pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) pada 24 Februari 2021 sehingga 20 November 2021, sejumlah 51,842,386 dos vaksin COVID-19 daripada jenama Pfizer, AstraZeneca, Sinovac, CanSino dan Sinopharm telah diberi kepada penerima vaksin. Sepanjang tempoh ini sistem pelaporan sedia ada di farmasi negara telah menerima sebanyak 23,163 laporan kesan adverse susulan imunisasi vaksin ataupun ini bersamaan dengan 0.45 laporan bagi setiap 1,000 dos vaksin yang diberikan. Sebanyak 93.3 peratus daripada laporan yang diterima ini melibatkan kesan sampingan ringan dan sederhana seperti sakit di tempat suntikan, demam, pening serta keletihan. Biasanya akan pulih dalam tempoh beberapa hari. Daripada jumlah ini juga hanya 1,549 laporan dikategorikan sebagai serius iaitu bersamaan dengan 0.03 laporan bagi setiap 1,000 dos yang diberi. Mereka ini dimasukkan ke hospital untuk pemantauan dan rawatan lanjut bagi beberapa hari. Semua kes yang dikategorikan sebagai serius termasuk kes kematian seterusnya akan disiasat secara menyeluruh dan terperinci oleh facility kesihatan yang berkenaan. Laporan penyiasatan ini kemudiannya akan diserahkan kepada Jawatankuasa Farmakovigilans Khas Vaksin COVID-19 (JFK) untuk penilaian kasualti ataupun hubung kait antara kesan sampingan dan vaksin yang diambil. Daripada jumlah kes serius setakat ini, terdapat 535 laporan yang merekodkan kes-kes kematian dalam kalangan penerima vaksin COVID-19. Namun begitu, setelah penilaian kasualti dijalankan melalui post-mortem, sehingga kini tiada kes kematian yang dapat dikaitkan secara langsung dengan vaksin COVID-19 yang telah diberikan. Sekian terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan itu. Memang kadar vaksinasi yang tinggi yang telah dicapai oleh kerajaan daripada rollout di Februari 2021 adalah satu pencapaian yang baik. Pada masa yang sama – sebab sekarang kita ada fenomena kemunculan virus varian dan ada tahap peratusan breakthrough infection dengan izin sudah meningkat kepada tahap yang juga sangat tinggi. Jadi, suka atau tidak suka kerajaan harus sekarang melihat pada kegunaan strategi lain selain daripada vaksin sebagai strategi utama. Maksud saya ialah strategi menggunakan mencari ubat yang berkesan, selamat dan murah yang boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang sebab vaksin tidak boleh jadi strategi dijangka masa panjang. Dalam hal ini, saya ingin tanya kepada kementerian sama ada kementerian sanggup belajar dan memahami daripada pengalaman di India di mana enam negeri yang
meliputi lebih kurang 400 juta penduduk India di mana kerajaan-kerajaan negeri – ini bukan Kerajaan Kebangsaan, Kerajaan Pusat. Kerajaan negeri contohnya di Goa, di New Delhi dan contoh negeri Uttar Pradesh. Semua ini meliputi beberapa ratus juta penduduk telah memasuki kegunaan satu contoh ubat iaitu Ivermectin dalam dasar mereka untuk preventative dan prophylaxis iaitu mencegah dan merawat di peringkat awal sahaja. Ini data adalah terbuka di COVID-19 India...
Soalan Yang Berhormat, soalan.
Kita boleh dapati jumlah kematian ialah hampir kosong akibat kegunaan ini. Soalan saya kepada kementerian ialah adakah kementerian sanggup menghantar satu delegasi ke negeri-negeri ini di India? Untuk mengkaji fenomena yang amat menarik ini supaya mereka berjaya menyelamatkan nyawa-nyawa yang ramai. Saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri akan setuju kalau kita boleh selamatkan satu nyawa pun. Itu sangat penting. Jadi, adakah kerajaan sanggup hantar satu delegasi jumpa kerajaan-kerajaan negeri yang saya sebut tadi sebagai contoh dan dapat memahami macam mana Ivermectin sudah bantu mereka dalam usaha melawan pandemik COVID-19. Terima kasih.
Yang Berhormat, panjang sangat itu. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Pertama sekali, saya mengucapkan terima kasihlah atas nasihat untuk kita belajar pada apa yang telah berlaku di India. Akan tetapi, sebab itu ada beberapa soalan diketengahkan seperti yang breakthrough. Kita tahu memang ada kematian sebabkan breakthrough selepas vaksin. Kita sedia maklum. Kita ada juga membuat analisis melalui pelbagai jenis vaksin yang kita berikan di Malaysia ini. Kita ketahui– kalau kita melihat AstraZeneca, breakthrough adalah 6.0 per juta, Pfizer 9.8 per juta dan of course Sinovac lebih sedikit. Jadi, daripada segi Ivermectin saya ingat sudah pun dijawab beberapa kali di Dewan ini. Daripada kajian kita, didapati tidak ada kesan yang begitu ketara untuk digunakan sebagai ubat untuk merawat COVID-19 di negara ini. Walaupun kita difahamkan di setengah state ataupun negeri di India, memang kita ketahui ada one state yang mempunyai kesan penggunaan Ivermectin seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat iaitu tidak ada kematian yang berlaku. Kita memang faham dan sedar keadaan ini. Terima kasih lah di atas nasihat Yang Berhormat supaya kita dapat juga belajar daripada negara lain terutama India dalam hal ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Silakan.
Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat Tumpat dulu.
Bandar Kuching...
Mohon Libaran.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua...
Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Tumpat.
Ya, ya. Baru-baru ini KKM mengeluarkan kenyataan bahawa keberkesanan terhadap vaksin jenis Sinovac adalah rendah berbanding vaksin-vaksin lain dan keperluan kepada dos penggalak sangat penting dalam kita mengawal penularan dan jangkitan virus yang kembali meningkat. Jadi, soalan saya, apakah strategi kementerian untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap dos penggalak khususnya kepada golongan yang berisiko tinggi ini? Terima kasih.
Terima kasih Tumpat.
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Memang kita sedar dan kita telah pun mengadakan beberapa kajian daripada segi vaksin-vaksin yang kita telah berikan kepada rakyat kita di Malaysia ini. Memang betul, even sekarang ini pun kita mendengar di public pun ada mereka yang tidak mahu mengambil dos penggalak untuk dicampur-campur. Akan tetapi, dalam hal ini, kementerian telah pun mengadakan satu keputusan selain daripada Pfizer, untuk vaksin Sinovac, digunakan sebagai booster dose di Malaysia ini pada mesyuarat 18 November baru-baru ini dan penggunaan Sinovac telah pun dimulakan di negara kita di Malaysia. Kalau kita melihat daripada analisis-analisis sama ada kita mengambil vaksin atau tidak vaksin, kita sudah pun membuat beberapa kajian dan analisis dan kita memang ketahui daripada jumlah kematian ataupun jumlah infection daripada mereka yang tidak mengambil vaksin dibandingkan kepada mereka yang sudah mengambil vaksin memang ketara dan memang sangat jauh. Oleh sebab itu, kita tiap-tiap hari menggalakkan bukan saja mengambil vaksin dua dos tetapi kita juga menggalakkan untuk mengambil booster dose. Terima kasih.
Terima kasih.
Boleh tambah sikit? Soalan isu sama...
Yang Berhormat Bandar Kuching, terus soalan ya.
Okey. Soalan saya, sebenarnya hari itu DG telah mengeluarkan kenyataan Sinovac dibenarkan sebagai dos penggalak. Saya hendak tanya bila dos Sinovac akan digunakan di seluruh negara sebagai dos penggalak? Itu soalan pertama. Soalan kedua, bilakah laporan ada kematian selepas vaksin dibuat di negeri Perak dan juga deputy di MOH yang mati disebabkan – Bilakah laporan sebab kematian akan dikeluarkan secara telus? Terima kasih.
Booster dose menggunakan Sinovac telah pun diluluskan seperti yang saya katakan nanti pada 18 November dan kes yang di Perak itu, ini kes kematian disebabkan vaksin kah?
Sebab dikatakan selepas mengambil vaksin, dia mati dalam jangka masa tersebut.
Ya, okey. Saya difahamkan keluarga atau bapa budak itu tidak mahu mengadakan post-mortem. Jadi, kes itu pun, kita lepas macam itu sajalah sebab dia tidak mahu menjalankan post-mortem. Terima kasih.
5. Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong [Hulu Rajang] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan perancangan pembangunan sukan untuk masyarakat luar bandar khusus di negeri Sarawak dan juga pembaikpulihan trek larian di Stadium Mini Sungai Asap, Belaga Bahagian Kapit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Belia dan Sukan menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara komited untuk memperkasakan pembangunan sukan untuk semua termasuk kalangan komuniti-komuniti luar bandar. Malahan, perancangan khas untuk komuniti luar bandar masih diteruskan dan tidak pernah diketepikan ataupun dipinggirkan menerusi pelaksanaan program khusus yang disediakan contohnya, program MyFit@LuarBandar. Program ini telah kita laksanakan sejak tahun 2018 secara tahunan melalui penganjuran Kejohanan Sukan Komuniti melibatkan beberapa acara sukan seperti bola sepak, futsal, bola jaring, sukan tradisional, termasuk sukan-sukan tradisional di Sabah dan Sarawak.
Berikutan pandemik COVID-19 yang telah melanda negara kita sepanjang tahun 2020 hingga tahun 2021, kementerian telah pun mengambil inisiatif untuk meneruskan dengan pelaksanaan program-program norma baharu secara dalam talian ataupun virtual seperti KBS Fit and Active, MyFit@Home, KBS Time2Fit yang boleh disertai oleh segenap lapisan masyarakat termasuklah masyarakat-masyarakat di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak. Pelaksanaan seterusnya bagi program sukan luar bandar terbaharu telah pun dijadualkan akan dilangsungkan di Sekolah Kebangsaan Sungai Bagian, Tatau Bintulu pada 4 Disember 2021 yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan negeri Sarawak bersama-sama dengan persatuan-persatuan belia dan sukan negeri mengikut SOP-SOP semasa yang akan dan sedang dikuatkuasakan. Tuan Yang di-Pertua, mengenai soalan pembaikpulihan trek larian di Stadium Mini Sungai Asap, Belaga Bahagian Kapit, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Belia dan Sukan belum lagi menerima permohonan secara rasmi berkenaan pembaikpulihan trek larian di Stadium Mini Sungai Asap. Ahli Yang Berhormat bolehlah mengemukakan permohonan secara rasmi bersama-sama skop projek yang dicadangkan untuk pertimbangan selanjutnya dan untuk kelulusan di peringkat kementerian. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Hulu Rajang.
Terima kasih Yang Berhormat. Itulah saya pada pagi ini meminta dan memohon peruntukan dalam soalan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jadi, saya minta kementerian satu daripadanya simpankan peruntukan kerana trek-trek tersebut Yang Berhormat Timbalan Menteri, berlubang-lubang dan terkopak, tidak dapat untuk atlet-atlet kita. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya hendak bertanya, seperti kemudahan- kemudahan fasiliti sukan di Semenanjung ini begitu canggih tetapi di Sarawak, ada tetapi tidak secanggih dengan di Semenanjung. Jadi, sebagai rakyat Malaysia, Keluarga Malaysia ini, apakah perancangan kementerian bagi membangunkan serta melahirkan atlet-atlet khususnya daripada kawasan luar bandar seperti di kawasan Parlimen Hulu Rajang, di Belaga belum ada kompleks sukan dan masih menggunakan padang yang berumput untuk atlet-atlet muda kita dan belia-belia kita. Akan tetapi, kita mengeluarkan seperti Jonathan Nyepa Tuan Yang di-Pertua iaitu ‘Raja Pecut’ negara kita. Jadi, saya minta kementerian turun padanglah, selepas Dewan ini untuk turun padang untuk melihat stadium dan juga padang-padang sukan di luruh negeri Sarawak supaya kita dalam kesamarataan, Sarawak, Sabah dan Semenanjung, mempunyai fasiliti sukan yang sama. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih atas soalan tambahan. Kementerian Belia dan Sukan sememangnya komited untuk melibatkan pembangunan bakat selaras dengan hasrat pemerkasaan sukan untuk semua. Inisiatif ini adalah komitmen jangka panjang KBS menerusi pelaksanaan program pembangunan sukan untuk semua di seluruh negara termasuklah komuniti-komuniti di kawasan pedalaman-pedalaman Sabah dan Sarawak. KBS juga sedia maklum dengan bakat-bakat daripada Bumi Kenyalang yang telah mengharumkan nama negara kita di persada dunia antaranya Yang Berbahagia Dato Pandelela Rinong, Bonnie Bunyau Gustin, Bryan Nickson Lomas dan ramai lagi. Sehubungan itu, KBS akan meneruskan usaha untuk mencari dan mencungkil bakat- bakat baharu termasuklah di pedalaman Sarawak untuk diketengahkan di peringkat yang lebih tinggi. Menerusi peranan yang dimainkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara dan Majlis Sukan Negara antara program yang akan kita laksanakan ialah Talent ID atau MyFit@LuarBandar, Liga MyFit, Komuniti MyFit@Motorsport dan sebagainya. Sememangnya, fasiliti-fasiliti MSN dan ISN akanlah jauh lebih baik dan lebih canggih daripada di kawasan-kawasan pedalaman kerana fasiliti-fasiliti ini adalah untuk menumpukan atlet-atlet yang berbakat yang telah dikenal pasti untuk diasah, diasuh dan memberikan mereka latihan yang secukupnya.
Namun begitu, kementerian tidak akan meminggirkan kawasan pedalaman dan akan seimbangkan pembangunan sukan di kawasan pedalaman dan kawasan bandar. Sekian, terima kasih.
Sukan di Sarawak ya. Sarawak.
Yang Berhormat Bandar Kuching.
Okey. Terima kasih. Saya meneliti jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri dan saya menyokong seruan rakan saya Yang Berhormat Hulu Rajang.
Saya hendak tanya, adakah kementerian bercadang- bersama dengan Kementerian Pendidikan untuk menaikkan taraf sekolah tersebut menjadi sebuah National Sports School yang mendapat peruntukan, sokongan dan selebihnya? Hal ini kerana, sekolah itu ada ramai alumni yang sangat berwibawa, Dato Pandalela Rinong seperti yang dikatakan tadi- ramai lagi. Jadi, adakah kementerian bercadang untuk menaikkan status, memberikan peruntukan dan sokongan yang sepatutnya? Terima kasih.
Terima kasih. Silakan.
Kementerian mengalu-alukan cadangan-cadangan daripada Yang Berhormat, khususnya kalau ada apa-apa keistimewaan dan keutamaan yang perlu diberikan kepada sekolah-sekolah tertentu. Jadi, Yang Berhormat digalakkan untuk memberi cadangan dan disertai dengan kes yang akan dicadangkan nanti. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Kota Belud.
6. Puan Isnaraissah Munirah Majilis [Kota Belud] minta Menteri Kesihatan menyatakan, status pembinaan Klinik Kesihatan Pulau Mantanani.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Projek Klinik Kesihatan (Jenis 7) dengan kuarters di Pulau Mantanani, Kota Belud, Sabah telah diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri untuk dilaksanakan pada tahun 2015 di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh. Kementerian Kesihatan telah melantik Jabatan Kerja Raya Sabah sebagai agensi pelaksana projek ini pada 27 Mei 2015. Namun demikian, pelaksanaan projek ini terpaksa ditangguhkan berikutan isu tanah yang masih belum dapat diselesaikan pada ketika itu, iaitu daripada segi lokaliti. Pada masa ini, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) telah mengenal pasti tapak dengan keluasan 0.55 ekar, dan kini sedang dalam proses pewartaan. JKNS telah memohon projek ini dalam Rancangan Malaysia Ke-12, Rolling Plan Ketiga. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Kota Belud.
Soalan tambahan saya, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Adakah dengan pewartaan tanah ini, maksudnya confirmed ya, pembinaan Klinik Kesihatan Pulau Mantanani akan diteruskan. Hal ini kerana sekarang ini bayangkan Yang Berhormat Timbalan Menteri, Pulau Mantanani mempunyai lebih 700 orang penduduk dan mengambil masa sejam untuk sampai ke darat. Dari darat untuk sampai ke hospital pula another 30 minit. Bukan semua orang mempunyai bot untuk mendapatkan akses kesihatan. Dengan pandemik yang sudah bertukar kepada endemik ini, saya mohon confirmation daripada Kementerian Kesihatan. Soalan saya yang kedua, tambahan. Begitu juga dengan status Hospital Kota Belud yang saya dengar juga mengenai isu geran tanah. Saya tahu bahawa isu tanah ini di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan juga Kementerian Kesihatan di bawah Kerajaan Persekutuan.
Akan tetapi, kalau kita ke sana ke mari fasal isu tanah ini, sedangkan Klinik Kesihatan Pulau Mantanani pun mengambil masa yang begitu lama untuk dibangunkan, maka bagaimana kita mahu menghadapi. Kita tidak tahu ya, bila lagi mungkin gelombang yang seterusnya, COVID-19 ini berlaku. Saya mahu confirmation dan juga usaha yang bersungguh-sungguh daripada Kementerian Kesihatan supaya penduduk Kota Belud juga diberi jaminan. Buat pengetahuan Yang Berhormat Timbalan Menteri juga, Kota Belud mempunyai PKRC yang cover seluruh penduduk Pantai Barat Sabah, dari Kota Kinabalu, Sepanggar, even Sipitang dan Kota Marudu. Kalau didapati positif COVID-19 berisiko rendah, semuanya ditempatkan di Hospital Kota Belud. Oleh sebab itu, saya mohon kemudahan kesihatan di Kota Belud ini untuk sebuah hospital baharu dipertingkatkan dan juga Klinik Kesihatan Pulau Mantanani dibangunkan pada kadar yang segera. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan yang agak panjang. Akan tetapi, sebelum pergi kepada soalan asal, isu Hospital Kota Belud akan saya jawab secara bertulis sebab banyak information tetapi saya tidak boleh extract dengan begitu cepat. Jadi, saya akan jawab secara bertulis. Kemudian, berkenaan dengan klinik kesihatan dalam soalan ini di Pulau Mantanani. Memang kita ketahuilah, itu sebuah pulau yang dikatakan dengan penduduknya lebih kurang seramai 1,000 lebih orang dan merupakan sebuah kawasan pelancongan yang begitu hebat. Kita memang ketahui dari pulau ini ke Kota Belud terpaksa menggunakan perahu ataupun bot selama 45 minit. Selepas itu, dari jeti atau jalan ke Hospital Kota Belud dalam 25 kilometer. Itu kita faham. Daripada segi tanah yang telah diluluskan, kita menunggu pewartaan. Memanglah di sini pun saya telah menjawab tadi bahawa projek ini akan dilaksanakan dalam Rolling Plan Ketiga, Rancangan Malaysia Ke-12. Terima kasih.
Terima kasih. Sebelah sini, silakan...
Nanti, sebelah sini sedikit ya.
...Yang Berhormat Kota Samarahan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin memohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan status pembinaan bangunan baharu ataupun bangunan untuk perkhidmatan X-ray di Klinik Kesihatan Asajaya, memandangkan keperluan untuk perkhidmatan ini amat mendesak, dan kita belum lagi melihat apa-apa perkembangan yang berlaku di kawasan ini sekarang. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih, Yang Berhormat. Yang Berhormat selalu mengutarakan masalah ini. Saya akan juga menjawab secara bertulis untuk ia diperincikan dan dengan jawapan yang lebih tepat ya. Oleh sebab kalau kita melihat, memang banyaklah penggunaan ataupun perolehan yang kita perlu adakan di semua hospital di Sabah, Sarawak dan juga Semenanjung Malaysia. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Ledang. Ringkas ya.
Ya, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ada dua soalan, tapi ringkas sahaja. Pertama, berkaitan dengan klinik kesihatan. Kita ada masalah juga di Klinik Kesihatan Bukit Gambir yang sangat terhad ruangnya. Saya difahamkan ada tapak tanah yang telah diperuntukkan tetapi sehingga kini belum ada apa-apa status pelaksanaan. Kedua, berkenaan dengan Hospital Tangkak yang sepatutnya naik taraf sebagai Hospital Kluster Pakar. Akan tetapi, tidak ada apa-apa tindakan sehingga sekarang. Adakah perancangan untuk Hospital Tangkak ini kerana ia sudah berusia 100 tahun dan memerlukan banyak penyelenggaraan. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih, Yang Berhormat. Seperti yang dikatakan tadi, ini memerlukan jawapan yang amat terperinci, dan juga saya akan menjawab secara bertulis, oleh sebab ini perkara yang baru ditimbulkan. Terima kasih.
Secepat mungkin. Lima hari bekerja ya, Yang Berhormat. Seterusnya, Yang Berhormat Baling. Dipersilakan.
7. Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling] minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan, apa pencapaian dan tindakan terkini pihak kementerian untuk menambah baik infrastruktur kawasan luar bandar seperti bekalan air, bekalan elektrik, kemudahan sosial, jalan perhubungan, khasnya di kawasan Parlimen Baling.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Baling. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi Program Bekalan Air Luar Bandar (PBLB), sebanyak dua Projek Bekalan Air Luar Bandar (Sistem Retikulasi) sedang dalam pelaksanaan di negeri Kedah. Projek BALB (Sistem Retikulasi) negeri Kedah dengan kos keseluruhan sebanyak RM9.5 juta telah siap reka bentuk akhir dan dijangka akan dimulakan pada awal tahun 2022 yang melibatkan enam buah kampung di Parlimen Baling, iaitu Kampung Teluk Merubi, Kampung Teluk Petata, Kampung Bendang Sera, Kampung Charok Landak, Kampung Lubuk Kabu dan Kampung Teluk Sungai Limau. Projek BALB (Sistem Retikulasi) negeri Kedah tahun 2021 dengan kos keseluruhan RM26.3 juta adalah dalam proses reka bentuk kawalan dan melibatkan sebuah kampung di Parlimen Baling iaitu di Kampung Ketemba Kememeh. Bagi Program BALB (Sistem Alternatif), sebanyak RM330 ribu telah diperuntukkan pada tahun 2021 bagi pelaksanaan Projek Bekalan Air Masyarakat Alternatif di Kampung Seputeh dalam Parlimen Baling. Bagi Program Bekalan Elektrik Luar Bandar pula, sebanyak RM1.4 juta telah diperuntukkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar pada tahun 2021 bagi pembangunan bekalan elektrik di Baling yang dijangka siap pada 8 November 2022 yang melibatkan Kampung Padang Besar, Kuala Ketil, Baling dan dijangka boleh disiapkan lebih awal daripada jadual yang telah ditetapkan. Pelaksanaan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar di negeri Kedah adalah berdasarkan kepada senarai keutamaan pelaksanaan projek yang disediakan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Kedah, dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Pihak UPEN hanya mengemukakan sebuah kampung sahaja yang masih belum menerima bekalan elektrik.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, sejumlah RM835,000 telah diperuntukkan bagi tujuan pelaksanaan sembilan projek Jalan Perhubungan Desa di Parlimen Baling bagi tahun 2021. Setakat 30 September 2021, satu projek telah siap dan lapan lagi sedang dalam pelaksanaan. Bagi Program Ameniti Sosial, sejumlah RM700,000 telah diperuntukkan bagi tujuan tiga projek di Parlimen Baling bagi tahun 2021. Setakat 30 September 2021, tiga projek tersebut sedang dalam peringkat pelaksanaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Baling.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya di kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri yang telah membuat lawatan ke Baling. Yang Berhormat Timbalan Menteri dua kali, Yang Berhormat Menteri tiga kali. Terima kasihlah.
Akan tetapi untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri, dalam masa yang terdekat ini, pada bulan Oktober sehingga ke hari ini, kami sudah kena banjir lebih lima kali. Banjir ini yang dahsyat. Bukan main-main punya banjir. Air naik lapan sehingga 10 kaki. Justeru, kami di Baling pada hari ini memerlukan sangat iaitu perkara yang kami pohon adalah berkaitan dengan titi. Titi itu jambatan iaitu jambatan utama untuk masuk ke kampung. Ada 1,600, 500 buah rumah. Tanah runtuh, 47. Parit pembetungan, 30. Jalan mini tar untuk orang kampung adalah 23 jalan yang saya pohon kementerian dapat teliti. Saya juga hendak tanya soalan tambahan saya, berapakah peruntukan yang telah dikeluarkan bagi menampung kos hal ehwal pembangunan luar bandar, khususnya di Baling dan apakah kekangannya? Sejauh manakah kerjasama yang dilakukan oleh pihak kementerian bersama kementerian-kementerian lain untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab supaya demi Keluarga Malaysia, kestabilan demi kemakmuran dapat dilaksanakan? Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. I love you Sir, bagi peluang.
Terima kasih Yang Berhormat Baling. Silakan Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Baling. Tuan Yang di-Pertua, sememangnya saya akui bahawa saya telah hadir ke Baling sebanyak dua kali dan boleh dikatakan saya sempat meronda-ronda di Baling dan saya dapat melihat bagaimana keadaan di Baling. Di sini saya boleh beri kredit sedikit kepada Yang Berhormat Baling bahawa beliau memang bekerja keras daripada segi banyak sudut untuk membantu masyarakat Baling.
[Bangun]
Apa yang diutarakan oleh Yang Berhormat Baling, sejumlah besar juga agaknya KPLB telah membelanjakan di Baling. Contohnya, untuk usahawan desa sahaja sebanyak RM4.1 juta. Setakat ini keseluruhannya yang dikeluarkan untuk pembangunan di Baling melebihi anggaran projek-projek. Terdapat beberapa projek melebihi daripada RM10 juta yang telah diperuntukkan di Baling sahaja iaitu Jalan Luar Bandar, Jalan Perhubungan Desa, Lampu Jalan Kampung, Projek Ameniti Sosial dan pelbagai projek lagi termasuklah consolidated profitable business unit iaitu daripada FELCRA berjumlah RM1.7 juta yang beranggaran lebih daripada RM10 juta.
[Bangun]
Apa yang diutarakan oleh Yang Berhormat Baling, masalah banjir yang timbul itu memang kita telah mendapat perhatian dan kita tahu dan beberapa kali Yang Berhormat Baling telah menghubungi pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Cuma kita hendak minta sedikit Yang Berhormat Baling yang memang berusaha kuat daripada segi hendak menyelesaikan masalah beberapa kali banjir dan kita sebenarnya telah membuat permohonan Yang Berhormat Baling bahawa peruntukan ini memang agak sedikit besar dan kita menunggu kelulusan bajet yang akan kita bentangkan beberapa hari ini. Insya-Allah dalam masa itu, kita akan terus membantu Yang Berhormat Baling dalam keadaan yang sangat memerlukan di tempat beliau tersebut, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih.
Thank you very much, Sir. Thank you.
Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Padang Serai dahulu, sebelah sini. Selepas itu Yang Berhormat Libaran. Yang Berhormat Padang Serai.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. I also love you. [Ketawa] Saya mohon penjelasan...
Libaran, Libaran.
Terdapat beberapa kawasan di Padang Serai yang masih tidak mempunyai liputan bekalan elektrik yang mencukupi untuk kegunaan penduduk setempat. Apakah usaha kerajaan dalam menyelesaikan masalah ini terutama sekali kawasan Kampung Jemerli Atas di kawasan Paya Jemerli? Pengaliran current tidak cukup. Sentiasa peti ais, mesin basuh, semua rosak habis. Saya sentiasa kena panggil dan juga perlu ambil tindakan segera. Saya sudah tulis surat kepada pihak TNB tetapi tidak dapat diselesaikan. Mohon selesaikan masalah ini. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan Yang Berhormat Padang Serai tadi meliputi Padang Serai. Jadi Yang Berhormat Baling tadi khusus untuk Baling. Akan tetapi walau bagaimanapun, peruntukan ataupun permohonan yang diperlukan adalah datang daripada UPEN. Saya minta Yang Berhormat agar berhubung dengan kerajaan negeri melalui UPEN, dihantar kepada pihak kami dan insya-Allah, kita akan meneliti sehabis baik permohonan-permohonan yang berkaitan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Padang Serai sebentar tadi. Sememangnya perancangan-perancangan ini datangnya daripada UPEN. Kalau kerajaan negeri tidak menghantar melalui UPEN, sudah pasti pihak kami tidak mengetahui apakah permasalahan yang akan berlaku di dalam kawasan pihak Ahli-ahli Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Ya Yang Berhormat Libaran.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Berhubung dengan pembangunan juga boleh memberi kesan terhadap persekitaran sosioekonomi di sesebuah kawasan. Pembangunan juga yang berlaku di kawasan luar bandar adalah penting bagi meningkatkan lagi kehidupan rakyat di luar bandar. Sabah merupakan negeri yang luas dan mempunyai banyak kawasan luar bandar terutamanya di kawasan tengah dan timur. Justeru soalan saya, minta Yang Berhormat Timbalan Menteri jelaskan bagaimana Kerajaan Persekutuan memperkasakan pelaksanaan transformasi dan mengurangkan juga jurang pembangunan sosioekonomi di antara Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung serta menambahkan lagi infrastruktur atas seperti bekalan air, elektrik, jalan perhubungan, juga khususnya di kawasan Libaran? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Libaran. Sebenarnya kalau melihat daripada bajet yang dibentangkan oleh KPLB, sememangnya dari negeri Sabah, negeri Sarawak adalah dua buah negeri yang paling tertinggi peruntukan yang kita berikan kepada negeri. Akan tetapi walau bagaimanapun, sebagaimana awalan yang saya katakan tadi, kita juga mengikut perancangan dari negeri tersebut. Sebab itu yang penting Ahli-ahli Yang Berhormat mestilah sering berhubung dengan pihak UPEN yang boleh meletakkan perancangan-perancangan bagaimanakah pembangunan yang hendak kita lakukan dalam kawasan kita itu. Kalau tidak ada daripada perancangan UPEN itu, bukan kita tidak boleh pertimbangkan tetapi proses untuk mempercepatkan segala kelulusan bajet ini adalah datangnya daripada pihak UPEN itu sendiri. [Dato’ Sri Azalina Othman Said (Pengerang) mempengerusikan Mesyuarat]
Jadi saya minta supaya Ahli-ahli Yang Berhormat sering berhubung dengan pihak UPEN, masukkan segala permohonan tersebut. Kita sedar bahawa di Sabah memang memerlukan peruntukan yang besar. Disebabkan itu juga, Sabah adalah negeri yang terbesar daripada segi peruntukan KPLB yang kita bentangkan di dalam Parlimen ini sendiri. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Soalan nombor lapan, Yang Berhormat Kubang Pasu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor lapan.
8. Dato' Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah [Kubang Pasu] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan: (a) berapa ramai individu atau syarikat yang menyertai sebagai penjual melalui Platform Jana’Preneur; dan (b) berapa hasil jualan yang dijalankan melalui Platform Jana’Preneur sejak platform ini diperkenalkan.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Kubang Pasu yang juga bekas pemimpin saya satu ketika dahulu. Jadi, berkenaan dengan Jana’Preneur yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kubang Pasu ini adalah satu portal yang dimiliki secara bersama oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) di bawah Kementerian Sumber Manusia dan juga Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK). Ia adalah portal platform iklan dalam talian yang menghubungkan pembeli dan penjual dalam mempromosikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh penjual.
Kuota platform ini akan membolehkan mereka untuk mempromosikan perniagaan mereka dan seterusnya dapat menjana pendapatan. Objektif utama Jana'Preneur adalah sebagai one stop centre bagi platform perniagaan dalam talian kepada rakyat Malaysia terutamanya kepada golongan B40 dan pekerja bebas freelancer yang baru menceburi bidang perniagaan. Portal platform ini juga boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi usahawan bagi memasarkan produk dan perkhidmatan mereka. Iaitu dua soalan yang disentuhkan iaitu berapa ramai individu atau syarikat. Keduanya, hasil jualan. Selain daripada itu, Jana'Preneur bukan sahaja produk di mana platform usahawan untuk menjana pendapatan tetapi juga merupakan portal platform yang membantu usahawan meningkatkan kemahiran dan keupayaan untuk lebih berdaya saing dan kompetitif. Usahawan-usahawan ini diberi peluang untuk menjalani latihan induksi dan inkubasi (incubation), selaras dengan matlamat penubuhan Jana'Preneur iaitu untuk memberikan latihan susulan kepada usahawan yang benar-benar berminat untuk mengembangkan perniagaan mereka seterusnya berpeluang menjana hasil dengan lebih banyak. Latihan inkubasi ini bertujuan untuk mengawal, menyedia dan memantau tahap kemajuan peserta yang terlibat secara langsung dalam menawarkan produk dan perkhidmatan atas talian. Pendaftaran peserta untuk menyertai portal platform Jana'Preneur ini sebagai usahawan adalah secara percuma. Antara kelebihan Jana'Preneur yang lain adalah usahawan boleh memohon bantuan pinjaman kewangan hasil daripada kolaborasi bersama institusi kewangan seperti Credit Guarantee Corporation dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), dengan kadar keuntungan yang rendah dan bantuan kewangan ini boleh dijadikan modal pusingan pembelian aset perniagaan dan lain-lain bagi tujuan tersebut. Platform ini dijangka akan dilancarkan pada tahun 2022 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Berkenaan dengan hasil jualan oleh penjual melalui portal platform Jana'Preneur ini, ia adalah bertanggungjawab sebagai penjual untuk menyiarkan hasil jualan mereka kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri di mana ia bukanlah di bawah kawalan selia HRD Corp. ataupun PSMB. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan pertama.
Tuan Yang di- Pertua, sebelum saya tanya soalan tambahan, saya ingat Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak jawab lagi. Saya tanya berapa ramai individu atau syarikat yang menyertai sebagai penjual. Kemudian, berapa hasil jualan. Dia kata tidak boleh hendak track. Saya agak-agak peliklah. Jadi, saya minta jawapan itu dahulu Tuan Yang di-Pertua sebelum saya tanya soalan tambahan.
Yang Berhormat Kubang Pasu, apa pun Yang Berhormat tanya, saya kira dalam soalan tambahan pertama ya. Terpulang kepada jawapan Yang Berhormat Menteri.
Tadi dia tidak jawab lagi, macam mana saya hendak tanya soalan tambahan.
Yang Berhormat Menteri kalau— sekejap. Yang Berhormat Menteri kalau tidak boleh jawab, Yang Berhormat Menteri hendak beri jawapan secara bertulis kah?
Boleh jawab sebab dia tanya yang ini kita menjadi antara penghubung, antara penjual dan pembeli. Jadi calculationnya— yang ini adalah prelaunch ataupun kita belum lagi merasmikan. Kita cuma test run sebab yang rasminya selepas Januari 2022 akan dilancarkan. Sekarang kita test run kita punya portal dan kita dapat input daripada penjual dan pembeli supaya mereka dapat melihat kestabilan portal itu sendiri. Itu yang kita hendak terang. Saya boleh sebut sekarang ini kita ada lebih kurang 85,527 yang telah masuk sebagai pelatih dalam skim yang terlibat ini sebagai— cuma kita tidak boleh lapor secara rasmi lagi kerana belum lagi dilancarkan portal Jana’Preneur ini secara rasmi, Yang Berhormat Kubang Pasu untuk makluman. Jadi selepas lancar secara rasmi dan portal ini sudah stabil dan sudah diiktiraf, insya-Allah kita akan bagi secara figure, secara data kepada Yang Berhormat Kubang Pasu. Boleh tara itu?
Tuan Yang di- Pertua, ini baru soalan tambahanlah.
Silakan, dalam masa yang diberikan.
Ya, ya, terima kasih. Saya ingat hasrat murni kerajaan itu, saya ingat kita kena gabung sekali dengan apa yang sudah ada dalam market. Contohnya kita kata macam Shopee Tuan Yang di- Pertua, sales mereka tahun 2019 ialah RM3.44 bilion, tahun 2020 RM7.46 bilion. Jadi saya tanya soalan tadi itu untuk saya kaitkan. Kalau sudah ada platform yang ada, yang jelas telah memberikan akses yang cukup baik kepada mereka, kenapa perlu kita buat suatu dan saya try tengok produk yang ada dalam ini Tuan Yang di-Pertua, memang sangat sedikit. Di samping itu, ada pula WarungKu oleh MEDAC, JimatBiz juga di bawah MEDAC. Jadi soalan saya, sama ada perlu kita wujudkan satu lagi ataupun kita menggalakkan mereka untuk menyertai platform yang sedia ada, yang jelas telah memberikan suatu akses yang sangat baik kepada mereka yang telah pun menyertai ini. Terima kasih.
Terima kasih kepada sahabat Yang Berhormat Kubang Pasu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita wujudkan portal ini yang pertamanya, kita hendak melihat ketika kita menghadapi pandemik COVID-19 ini di mana banyak berlaku pembuangan kerja ataupun berlaku satu pertukaran pekerjaan yang terpaksa mereka di reskill balik ataupun kita upskill-kan mereka.
Jadi kita secara asasnya, selain yang disebut oleh Yang Berhormat Kubang Pasu tadi, portal-portal yang membantu untuk mencari pekerjaan, kita cuba di peringkat Kementerian Sumber Manusia untuk reskill balik semua pekerja yang ataupun cross skill yang terlibat dalam ketika pandemik COVID-19. Sebagai makluman, lima skim telah diperkenalkan melalui inisiatif ini iaitu meliputi semua sektor termasuk sektor peruncitan yang terdiri daripada Place and Train, B40 Development, SME Development, Industrial Revolution 4.0, Gerak Insan Gemilang. Di sinilah semua program ini untuk kita tingkatkan kemahiran mereka yang terlibat ketika mereka menghadapi COVID-19 ini. Jadi selain daripada itu, kita lihat latihan-latihan ini yang kita sebut tadi incubator training yang mana kita hendak latih mereka, hendak sarankan mereka supaya melahirkan lagi usahawan-usahawan dalam Jana’Preneur ini. Jadi setakat ini, kita lihat— setakat Oktober 2021, selain daripada PSMB juga memiliki HRD Corp Placement Centre (HPC) yang berperanan sebagai platform untuk memadankan pekerjaan, matchmaking pekerja dalam peluang pekerjaan yang tersedia oleh majikan berkaitan peruncitan, perkhidmatan, pembuatan dan lain-lain industri yang mana setakat Oktober 2021, sebanyak 36,097 peluang pekerjaan tersedia melalui HPC ini dan lebih 4,000 pekerja berjaya ditempatkan melalui inisiatif sejak pelancaran pada April 2021. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan kedua daripada pihak Ahli Parlimen kerajaan, ada atau tidak ada? Kalau tidak ada, saya— ada? Kalau tidak ada, saya jemput Yang Berhormat Ipoh Barat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, kita perlu tahu apakah peranan yang dimainkan oleh PSMB dan PTPK. PSMB adalah for training, retraining, reskilling, cross skilling dan sebagainya. PTPK adalah satu badan untuk memberi pinjaman kepada anak-anak kita yang melanjutkan dalam ILP dan sebagainya. Ini apabila menubuhkan sebuah badan sedemikian macam Jana’Preneur ini, ini saya rasa telah misfocus, telah disalahgunakan. Kita perlu pergi ke basis. Kita perlu ambil iktibar bahawa peranan kedua-dua agensi ini adalah khusus seperti yang ternyata dalam akta-akta tersebut. Saya berasa ini adalah penyelewengan dan merupakan satu cara mungkin menyalahgunakan kewangan kerajaan. Saya haraplah...
Soalan Yang Berhormat, soalan.
...Kita lebih fokus kepada perkara di mana agensi-agensi ini ditubuhkan...
Soalan.
...Dan kita memberi perhatian kepada itu. Jangan kita menyeleweng dari apa yang dibenarkan mengikut akta tersebut. Terima kasih.
Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Apabila menggunakan perkataan ‘menyeleweng’ atau ‘salah guna’ itu, maknanya kementerian sudah salah guna, tidak betul itu. Kita menggunakan di bawah akta, tidak bolehlah buat tuduhan. Cuma bagi pandangan tambah baik di sistem ini. Apabila kata menyeleweng, itu sudah salah guna. Boleh report polis, you sudah cakap salah guna dan menyeleweng tetapi kita menggunakan akta. Salah itu, you tidak boleh cakap macam itu. Kementerian, kerajaan menggunakan akta untuk membuat...
Primary focus dia. Ikut primary focus dia.
You said that. Don’t said ‘menyeleweng’.
Yang Berhormat Menteri, jawab soalan.
Tidak boleh Tuan Yang di-Pertua.
Tidak apa. Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat rasa tuduhan tidak betul dan sebagainya, Yang Berhormat boleh buat jawapan secara terperinci. Sebab masa diberikan – sebab saya kena pergi pada soalan seterusnya.
Okey. So...
Silakan.
Saya akan jawab secara terperinci seperti yang disebut tadi. Inilah usaha-usaha daripada pihak kerajaan. Ketika kita menghadapi pandemik COVID-19 ini dengan kita menjalankan beberapa perkara termasuk skim. Jadi, bila sebut menyeleweng, tidak betul lah. Jadi, kita ada skim yang kita sebut place and train, B40 Development, SME Development, Industrial Revolution 4.0, Gerak Insan Gemilang (GIG), ini semua bagi kita mengisi pekerja-pekerja yang ditimpa suatu yang unpredictable, yang kita tidak pernah jangka ketika kita menghadapi pandemik COVID-19 ini. Sekian, terima kasih.
[Soalan No.9 – YB. Tuan Anyi Ngau (Baram) tidak hadir]
10. Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran [Batu] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan PDRM telah membuka pengambilan khas polis pangkat Konstabel gred YA1 untuk yang bukan Bumiputera dan gred YP1 untuk Orang Asli dari 18 Mac 2021 sehingga 31 Mac 2021. Berapa ramai rakyat Malaysia daripada golongan bukan bumiputera, dan Orang Asli yang sedang menjalankan latihan atau sedang bekerja sebagai Konstabel Polis Diraja Malaysia sekarang hasil daripada program tersebut.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Batu. Tuan Yang di-Pertua, bagi makluman Ahli Yang Berhormat semua pengambilan termasuk pengambilan khas polis pangkat Konstabel Gred YA1 untuk yang bukan bumiputera, dan Gred YP1 untuk Orang Asli dari 18 Mac 2021 sehingga 31 Mac 2021 telah ditangguhkan disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di seluruh negara akibat daripada peningkatan kes COVID-19 yang mendadak. Pengambilan khas ini telah dimulakan kembali pada 5 Oktober 2021 sehingga 17 Oktober 2021 dan seramai 2,335 orang calon bukan bumiputera telah dipanggil untuk menghadiri ujian pemeriksaan fizikal tersebut. Walau bagaimanapun, hanya 940 orang yang telah lulus ujian pemeriksaan fizikal. Pecahan calon bukan bumiputera yang lulus ujian tersebut adalah seperti berikut iaitu pertama Cina lelaki - 39 orang, wanita - 18 orang, jumlah 57 orang. Kedua, India lelaki - 577 orang, wanita - 292 orang, berjumlah 869 orang. Lain-lain bangsa lelaki sembilan orang dan wanita lima orang, 14 orang. Jumlah keseluruhannya 940 orang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, exercise pengambilan khas ini masih berlangsung dan akan selesai pada awal tahun 2022. Hasil daripada program ini, PDRM masih belum memperoleh jumlah calon yang sedang bekerja ataupun sedang menjalani latihan kerana calon tersebut masih perlu menjalani beberapa peringkat tapisan sebelum dilantik dalam perkhidmatan awam dan seterusnya menjalani latihan konstabel. Manakala exercise pengambilan Konstabel polis Gred YP1 Orang Asli lelaki tahun 2021 merupakan exercise pengambilan yang dilaksanakan setiap tahun ikut kekosongan perjawatan sedia ada. Pengambilan jawatan Konstabel polis Gred YP1 Orang Asli lelaki pada tahun 2021 telah dilaksanakan pada 5 September 2021 hingga 23 September 2021. Seramai 142 orang calon telah memohon jawatan tersebut. Berikut merupakan perangkaan kehadiran calon jawatan konstabel polis Gred YP1 Orang Asli lelaki. Pertama, ujian pemeriksaan fizikal hadir 120 orang, lulus 51 orang, gagal 69 orang. Ujian SPiER PDRM 51 orang hadir, lulus 47 orang, gagal 4 orang. Temu duga lisan hadir 47 orang, lulus 47 orang. Proses terakhir calon ini menunggu keputusan
Tapisan Keselamatan dan Kesihatan. Calon yang lulus akan dilantik pada bulan Disember 2021. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang laju untuk saya ambil note, tidak masa. Akan tetapi tidak apa. Daripada angka-angka yang Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut tadi, saya nampak hampir 60 hingga 70 peratus tidak melepasi atau rejected daripada physical test. Apa inisiatif kerajaan bagi saya dengan kerajaan Keluarga Malaysia ini kita perlulah memberi peluang kepada anak-anak muda daripada bumiputera dan juga bukan bumiputera termasuk semua kementerian. Untuk kementerian Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah inisiatif atau tindakan bagi peluang kedua kepada golongan anak muda yang gagal physical test? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, memang physical test ini merupakan satu syarat wajib kerana untuk menyertai anggota keselamatan, kekuatan fizikal adalah sangat perlu dan itu mesti dipatuhi dan mana-mana calon yang tidak melepasi physical test memang kita akan tolak. Namun begitu, kita juga ada skim polis bantuan sama ada kita beri peluang yang kedua dan sebenarnya peluang yang kedua dari segi taraf pendidikan telah kita berikan kepada non-bumiputera dan juga masyarakat Orang Asli di mana walaupun dalam Peperiksaan SPM mereka tidak mendapat Kredit Bahasa Malaysia tetapi kita masih lagi menerima mereka ini sebagai konstabel di dalam PDRM. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya, baru-baru ini ada temu duga untuk mendapat calon Pegawai Imigresen, dan saya dapat laporan ada seorang yang sudah mempunyai sijil yang begitu baik sekali dalam peperiksaan dan juga universiti. Akan tetapi bila dia sampai satu peringkat seperti mana Yang Berhormat Timbalan Menteri bagi tahu, physical test kerana dia pakai cermin, so dia dikeluarkan daripada senarai. Mohon beri penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Yang Berhormat, walaupun soalan mengenai PDRM tetapi Yang Berhormat telah bertanya tentang pengambilan Pegawai Imigresen. Memang physical test merupakan satu syarat wajib yang perlu dipatuhi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih.
Soalan 11. Ada sikit lagi.
Oh, soalan 11. Sempat kah tiga minit, boleh? Yang Berhormat Menteri ada? Boleh ya. Okey, saya jemput soalan 11.
11. Dato' Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [Sabak Bernam] minta Menteri Kesihatan menyatakan, setakat manakah kejayaan kerajaan mengawal pandemik COVID-19 di negara ini, dan nyatakan bila jangkaan fasa pandemik COVID-19 akan beralih kepada fasa endemik COVID-19 serta nyatakan, apakah langkah kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menghadapi fasa pasca pandemik COVID-19 dan seterusnya beralih kepada endemik COVID-19 daripada segi SOP bagi memastikan kesihatan dan keselamatan rakyat terus terkawal dan terjamin.
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah berjaya mengawal pandemik COVID-19 dengan penurunan kes sejak minggu ke-35 tahun 2021. Jumlah kes mingguan telah menurun daripada 138,929 kes pada epid 35 kepada 40,600 kes pada minggu ke-46 dengan jumlah penurunan sebanyak 70.8 peratus.
Manakala kematian mingguan pula menurun sebanyak 83.4 peratus daripada 2,092 kematian pada minggu ke-38 kepada 347 kematian pada minggu ke-46. Manakala kadar penggunaan katil di wad hospital dan unit ICU juga telah menurun kepada kurang daripada 70 peratus berbanding dengan lebih daripada 100 peratus pada masa dahulu. Jadi, kadar penggunaan katil oleh kategori 3, 4 dan 5 menunjukkan trend penurunan juga berikutan kejayaan vaksinasi yang menurunkan skor kemasukan ke wad. Kejayaan pengawalan pandemik COVID-19 ini disumbangkan oleh: (i) pemberian vaksin COVID-19 secara intensif dan besar-besaran bagi memastikan liputan vaksinasi populasi mencapai 40 peratus dan ke atas. Sasaran tersebut ditetapkan berdasarkan pengalaman beberapa buah negara yang menyaksikan penurunan kes kematian serta penggunaan katil hospital apabila liputan vaksinasi populasi di negara-negara tersebut mencapai 40 peratus dan ke atas. Walau bagaimanapun, sehingga 20 November tahun ini, Malaysia telah mencapai liputan vaksinasi populasi sebanyak 76.4 peratus;
(ii) kawalan pergerakan dan perhimpunan berskala besar termasuk aktiviti sosial. Ini bagi mencegah dan mengawal penularan jangkitan COVID-19; (iii) kawalan sempadan dengan mengehadkan pergerakan rentas negara, juga prosedur kuarantin ke atas mereka yang masuk ke Malaysia serta strategi pengujian pengesanan COVID-19 yang dijalankan bagi mengenal pasti awal kes-kes import dari luar negara; (iv) pemeriksaan komuniti bagi meningkatkan rasa bertanggungjawab dan kebersamaan dalam menjaga kesihatan dan keselamatan diri, keluarga dan masyarakat; (v) penglibatan aktif semua agensi kerajaan serta NGO dan ketua- ketua masyarakat dalam melaksanakan agenda dan strategi kerajaan bagi mencegah dan mengawal pandemik COVID-19; (vi) pemantauan dan penguatkuasaan bagi pematuhan SOP dan pembudayaan norma baharu dalam kehidupan seharian; dan (vii) pelaksanaan Ordinan Darurat iaitu Kuasa-kuasa Perlu 2021 dan Ordinan Darurat Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 bagi meningkatkan penglibatan pelbagai pihak termasuk fasiliti kesihatan swasta dan pengamal perubatan swasta dalam menangani pandemik serta menguruskan kes COVID-19. Tuan Yang di-Pertua, tahap penularan jangkitan COVID-19 pada fasa endemik di peringkat negara boleh ditentukan oleh kerajaan berdasarkan pencapaian nilai ambang yang ditetapkan (susceptible numbers) dan disesuaikan dengan capacity response sesuatu negara agar ia tidak menjadi masalah kepada kesihatan awam. Semasa fasa endemik kelak, walaupun liputan vaksin di Malaysia telah melebihi 70 peratus, jumlah kes harian masih boleh meningkat. Namun, dijangkakan pengurangan bilangan kes yang memerlukan kemasukan ke hospital dan bilangan kematian disebabkan COVID-19 akan terus berlaku. Tindakan kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam fasa ini adalah seperti terus mengekang penularan hingga ke tahap endemik dan meningkatkan kesiapsiagaan untuk menghadapi ancaman daripada kemunculan varian baharu dan juga meningkatkan penglibatan pelbagai pihak dan agencies seperti NGO’s, universities, ATM dan facilities ataupun swasta dalam kegiatan ini.
Tuan Yang di-Pertua, kita ada lima strategi dalam transisi ke fasa endemik. Ini termasuklah respons kesihatan awam, pengujian dan surveillance, pengurusan COVID- 19 di klinik dan hospital, pemerkasaan komuniti untuk sama-sama terlibat dalam mengekang COVID-19 ini dan juga yang terakhir adalah kawalan sempadan bagi warganegara lain untuk masuk ke Malaysia dan juga kita untuk masuk ke negara lain. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan pertama.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah memberikan jawapan sebentar tadi. Pertama, tahniahlah kepada kementerian dan juga frontliner yang telah bertungkus-lumus dan mengurangkan dalam positive COVID-19 dalam lingkungan 5,000. Saya hendak bertanya, kerana ada di antara mereka yang mungkin tidak mahu divaksinkan kerana mereka mempunyai kefahaman daripada segi budaya, agama, sosial dan ketidakfahaman daripada segi saintifik. Saya hendak tanya kepada kementerian, apakah langkah dan tindakan termasuk tindakan undang-undang kerajaan bagi memastikan semua rakyat di Malaysia ini mendapat suntikan vaksin bagi memastikan semua rakyat terhindar daripada jangkitan virus COVID-19 ini. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Bagi mereka yang tidak mahu mengambil vaksin ini – untuk kerajaan kita pun telah membuat surat circular bagi perkhidmatan awam untuk semua penjawat awam mengambil vaksin. Itu satu. Kedua, kalau kita melihat daripada segi keberkesanan vaksin ini, mereka yang tidak mengambil vaksin dan mereka yang telah mengambil vaksin, kadar jangkitan adalah amat tinggi bagi mereka yang tidak ada vaksin. Saya ada data di sini, saya akan bagi kepada Yang Berhormat dalam hal ini. Kita juga daripada segi kematian memang ketara. Mereka yang belum mengambil vaksin dan yang sudah mengambil vaksin, ketara dalam berbelas kali ganda kematian. Daripada segi undang-undang, kita tidak mempunyai dasar atau polisi untuk mewajibkan tetapi daripada tindakan yang sedia ada di sini. Kita pun merasai bahawa mereka yang tidak mengambil vaksin ini telah pun terdedah kepada pelbagai hindrance apabila pergi ke tempat-tempat awam, supermarket dan sebagainya di mana mereka diperlukan untuk membuktikan mereka telah mengambil vaksin. Ini adalah satu hindrance yang amat jelas kepada mereka yang tidak mengambil vaksin ini. Kita juga melihat kalau kita ingin pergi ke luar negara, yang diperlukan adalah certificate of vaccination. Ini adalah satu daripada atau pelbagai rintangan kepada mereka yang tidak mengambil vaksin. Terima kasih.
[Bangun]
[Bangun]
Soalan tambahan kedua. Yang Berhormat Jelutong.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya cuma ingin tanya terdapat juga berita mengatakan bahawa suntikan booster diberi menggunakan Pfizer. Ada yang telah menerima suntikan vaksin Sinovac juga diberikan Pfizer , suntikan penggalak Pfizer . Adakah mempunyai apa-apa bukti bahawa terdapat kesan sampingan iaitu penerima-penerima yang telah menerima suntikan Sinovac dan menerima suntikan penggalak Pfizer , adakah mempunyai apa-apa kesan sampingan yang dialami oleh – apa-apa bukti ataupun laporan atau statistik yang boleh dikemukakan oleh kementerian. Benar atau tidak perkara ini? Ramai risau dan tidak mahu mengambil suntikan penggalak Pfizer.
Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat. Ini pun telah dijawab pada soalan yang pertama tadi. Akan tetapi, bagi booster dose ini iaitu Pfizer – kita telah pun membuat booster dose menggunakan Pfizer dalam beberapa bulan yang lalu. Sinovac kita telah luluskan pada 18 November yang lalu. Kesan sampingan ini memang
dimonitor oleh bahagian farmasi. Setakat ini seperti yang saya katakan dalam soalan nombor empat tadi. Kesan sampingan memang ada yang ringan-ringan tetapi yang melibatkan kematian dan sebagainya, yang ada kaitan terus (direct) dengan vaksin ini memang tidak ada. Terima kasih.
Satu lagi soalan COVID-19.
Saya rasa tadi Yang Berhormat Bandar Kuching bangun, soalan terakhir ya.
Soalan baharu.
Boleh saya tanya?
Yang Berhormat Bandar Kuching.
Okey, terima kasih. Saya cuma nak tanya, sebenarnya Yang Berhormat Menteri Kesihatan baru-baru ini kata memang negara kita tidak bersedia untuk transisi ke endemik dalam satu Global Townhall Forum. Jadi saya hendak tahu, sekarang kita lihat satu trend peningkatan. R-naught pun dah naik ke satu. Ada kes-kes terutamanya di kawasan Lembah Kelang dan Selangor naik. Kesan Pilihan Raya Melaka cuma dapat dilihat dalam dua minggu ini. Jadi apakah perancangan kerajaan untuk menghadapi satu peningkatan mendadak terutamanya banyak pakar cakap Disember akan ada satu peningkatan mendadak. Apakah rancangan kerajaan untuk tangani isu ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Memang kerajaan sedar apa yang mungkin akan berlaku daripada pengajaran yang telah terjadi di Sabah. Di Melaka ini pun, kita pun amat khuatir. Jadi, sebab itu kita menggunakan SOP yang amat ketat untuk tidak membenarkan kempen besar-besaran. Jadi memang betul, kesan jangkitan ini akan kita dapat dalam 10 atau 14 hari lagi dan kita sedang monitor keadaan ini. Kerajaan memang tahu dan kita pun telah bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan yang akan terjadi dan gelombang keempat mungkin akan berlaku di negara kita ini. Ini yang kita amat khuatir dan bagi pilihan raya di Sarawak pun kita akan mengadakan SOP yang ketat yang dapat mengekang penularan COVID-19 ini dengan SOP yang begitu ketat. Terima kasih.
Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. Terima kasih semua Yang Berhormat. [Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan dalam peringkat Jawatankuasa Kementerian Perpaduan Negara dan juga Kementerian Luar Negeri bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2022 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2022 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 24 November 2021”.
Menyokong?
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2022 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2022 JawatankuasaBill
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2022 dan Anggaran Pembangunan 2022 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Kedua] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Dato’ Sri Azalina Othman Said (Pengerang) mempengerusikan Jawatankuasa]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2022 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2022 Jawatankuasa — Kepala B.14 [Jadual] – Kepala P.14 [Anggaran Pembangunan 2022] –Bill
Kepala Bekalan B.14 dan Kepala Pembangunan P.14 di bawah Kementerian Perpaduan Negara terbuka untuk dibahas. Saya akan sebut nama-nama pembahas, setiap pembahas lima minit. Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Hulu Selangor, Yang Berhormat Beaufort, Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Papar, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Sungai Siput, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Batu Kawan, Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Kepong dan Yang Berhormat Rasah. Silakan Yang Berhormat Jerai, lima minit.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya menyertai sesi perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Perpaduan Negara. Perkara pertama P.14 Butiran 17300 – Pusat Rukun Tetangga. Kementerian Perpaduan Negara – di Parlimen Jerai terdapat 45 Kawasan Rukun Tetangga (KRT). Terdapat Rukun Tetangga yang aktif menjalankan aktiviti dan kita minta kerajaan
menaikkan peruntukan daripada RM6,000 kepada RM10,000 setahun kerana kekurangan peruntukan yang sedia ada untuk menjalankan aktiviti. Keduanya, dalam butiran yang sama, kita mohon kerajaan menyemak semula bilangan staf yang terdapat di setiap daerah. Untuk makluman bagi Kuala Muda dalam Parlimen Jerai, Gurun hanya terdapat enam staf manakala bagi Daerah Yan hanya dua staf. Bayangkan dua pegawai perlu mengawal kelola 45 Rukun Tetangga, ini adalah satu perkara yang agak berat. Kita minta kerajaan juga mengkaji semula penambahan staf di setiap pejabat. Anggota yang kurang ini menyebabkan kekangan dalam menjalankan kerja-kerja pejabat. Kerja-kerja pemantauan kepada 180 rumah ibadat dan 124 Rukun Tetangga di seluruh Kuala Muda. Hal ini kerana semua mereka mempunyai komitmen dan keperluan yang tinggi dalam masyarakat. Selain itu, kita mohon kerajaan menyemak semula kenaikan pangkat pegawai perpaduan yang sudah lama berkhidmat tetapi masih di gred yang sama. Mohon juga pihak kementerian menyatakan sejak bila kenaikan pangkat itu tidak disemak. Ketiga, terima kasih dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri, Datuk Halimah binti Mohamed Sadique atas Program Pemberian Bakul Makanan. Program sebegini diterima baik dalam kalangan masyarakat namun begitu kita sangat berharap peruntukan bakul makanan dinaikkan di setiap daerah kerana Program Pemberian Bakul Makanan ini terbahagi kepada tiga RT Cares, Skuad Uniti RT Cares dan Ziarah Kasih Perpaduan. Insya-Allah jika dibuat penambahan dari segi peruntukan, kesemua lapisan masyarakat yang memerlukan akan dapat diberi perhatian yang lebih baik lagi. Seterusnya Butiran 00201 – Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India. Bagi Parlimen Jerai, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kementerian Perpaduan atas bakul makanan yang dibuat secara telus kerana pegawai turun melihat lokasi dan membuka kotak sendiri untuk melihat berapa banyak item yang ada dan oleh itu sasaran yang kita bagi tepat kepada seluruh masyarakat India. Kita minta jugalah untuk bakul makanan ini ditambah untuk program khidmat sosial kepada masyarakat India di estet-estet berkaitan bantuan khidmat nasihat, bantuan kesihatan secara one-off untuk penyakit kritikal seperti strok, kanser, dialisis dan lain-lain. Ini perlu kerana masyarakat India yang menghidapi penyakit kritikal di kawasan pendalaman ini agak sukar untuk mendapatkan perubatan di bandar akibat pelbagai kekangan. Jadi dengan wujudnya program sebegini secara tidak langsung kita dapat menyediakan kemudahan kesihatan kepada mereka dengan melibatkan pejabat pusat khidmat, agensi-agensi kesihatan, pejabat daerah, jabatan kerajaan dan sebagainya. Seterusnya Butiran 020100 – Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Hampir RM2 juta diperuntukkan, jadi saya melihat komunikasi antara kaum juga perlu dipertingkatkan melalui program skala besar semata-mata mendekatkan jurang hubungan kerana dunia anak muda tanpa integrasi nasional, kelajuan dan ketepatan jalur lebar jika tidak diurus dengan baik akan merenggangkan hubungan generasi antara kaum baik di bandar mahupun di luar bandar. Sekali lagi saya mohon agar kementerian dapat merealisasikan langkah-langkah mendekatkan jurang generasi muda ke arah memahami Malaysia, sebuah negara yang unik dari segi kepelbagaian etnik. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih, Yang Berhormat Jerai. Yang Berhormat Ipoh Barat.
Terima kasih. Butiran 00201 – Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India. Tuan Pengerusi, saya ingin bangkitkan perkara di mana lebih dari 3,094 pekerja di kementerian tetapi kurang daripada 30 orang adalah yang dikhaskan untuk mengenai MITRA. Apakah ini berlaku walhal RM100 juta diagihkan kepada MITRA dan bakinya kepada Kementerian Perpaduan? Nampaknya tidak ada keseriusan, macam mana kita hendak agihkan, menolong masyarakat India dan hanya dengan 30 pegawai dan untuk menolong mereka, tidak
masuk akal. Selepas Yang Berhormat mengambil sebagai Menteri, DG telah menurun pangkat dari JUSA C ke 54 dan Deputy DG juga diturunkan pangkat menunjukkan tidak ada keseriusan dan tidak ada kebolehan supaya DG dapat communicate dengan lain-lain department dalam setarafnya. Apakah ini berlaku? Walhal kita ingin menolong masyarakat India, diperlukan pegawai-pegawai yang betul-betul sensitif dan betul-betul yang ada kepakaran. Pada tahun 2020 Tuan Pengerusi, hanya 42 peratus iaitu RM42 juta lebih digunakan selainnya dihantar balik kepada Ministry of Finance. Walhal patut di disburse sebanyak RM100 juta tetapi untuk long-term masyarakat India, apakah dasar oleh kementerian? Nampaknya ada short gap matter, short gap policy sahaja. Bakul makanan satu, dua hari okey, selepas itu tunggu hingga kementerian hendak menolong mereka. Jadi ini adalah masalah yang perlu diberi perhatian. Mengikut DOSM Tuan Pengerusi, kebanyakan masyarakat India adalah dalam B40 di mana pendapatan mereka adalah kurang dari RM3,000 sebulan, oleh kerana ini, ramai di antara mereka terlibat dalam gangsterism dan apa yang dibuat oleh kementerian untuk menolong mereka? Kita semua tahu, saya difahamkan 31 peratus dari kes-kes jenayah yang teruk di negara ini adalah terlibat dari masyarakat India walhal hanya tujuh peratus sahaja total populasi di negara ini dari masyarakat India dan 72 peratus Tuan Pengerusi, members of gang ini adalah dari masyarakat India. Ramai di antara masyarakat India ada terlibat dalam alcoholism. Ramai di antaranya tidak habis persekolahan. Saya difahamkan 12,000 anak-anak kita tercicir semasa SPM dan apa yang dibuat untuk menolong mereka? Kita perlukan satu dasar yang sedalam-dalamnya tetapi saya nampak tidak ada inisiatif sedemikian langsung.
Juga mengenai single mother’s dan sebagainya. Semua ini menunjukkan kehilangan fokuslah dan ramai di antara masyarakat India juga ada red IC, tidak ada Birth Certificate, dan sebagainya. Jadi saya cadangkan, pertamanya sebuah jawatankuasa dwi partism mesti ditubuhkan untuk mengkaji kelemahan sistem pengeluaran semasa sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Nombor dua, mekanisme dan metodologi baru perlu dicari untuk membelanjakan wang dengan cekap untuk membantu seramai mungkin orang India mengikut keutamaan. Nombor tiga, banyak dana yang diagihkan untuk program, seminar, latihan dan pusat latihan kemahiran dan bengkel, namun tiada kajian dijalankan untuk membuktikan bahawa dana yang diagihkan dalam tempoh tujuh tahun ini telah memberi manfaat kepada masyarakat daripada segi sosial, dan ekonomi. Nombor empat, apabila agensi kerajaan seperti HRDF Corporation boleh menyediakan latihan kemahiran jangka pendek dan jangka panjang secara percuma, mengapa MITRA mengulangi proses ini semula. Nombor lima, terdapat kelemahan yang ketara dalam memantau pelaksanaan program, kelulusan untuk pembiayaan adalah berdasarkan cadangan atas kertas sahaja. Dengan ini kita dapat melihat bahawa terlalu banyak kuasa berpusat di satu tempat. Apabila sistem yang lebih telus diwujudkan, sumber dan infrastruktur juga mesti ditingkatkan untuk menemui keperluan masyarakat. Tuan Pengerusi, hasrat kerajaan adalah untuk meningkatkan ekuiti dari 1.1 peratus sekarang ke-3 peratus, dan peranan MITRA sangat mustahak. Apakah yang dibuat untuk mengatasi masalah ini? Akhir sekali, saya nampak dalam buku Anggaran Perbelanjaan Tuan Pengerusi menunjukkan prestasi outcome programme, semua mengenai Kementerian Perpaduan, tidak ada langsung menyebut, apa yang telah dicapai sasaran dan juga apa yang telah dicapai. Saya nampak daripada prestasi outcome programme ini 90 peratus telah dicapai untuk perpaduan tetapi untuk masyarakat India berapa peratus? Apakah yang telah dibuat untuk menolong mereka? Give the specific supaya kita dapat tahu dan dapat menolong untuk mengatasi juga sesama dengan ini.
Apakah peranan MACC iaitu tidak boleh membongkar penyelewengan dan sebagainya di Parlimen? Adakah Yang Berhormat telah menukar pandangan ini dan memberi dengan ikhlas- menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Setiu.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... [Membaca sepotong doa] Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 020100 - Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Saya menyambut baik slogan Keluarga Malaysia yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Slogan tersebut manifestasi yang amat jelas dan tepat bagi menghidupkan semangat perpaduan. Umum mengetahui Kementerian Perpaduan Negara akan melancarkan Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030 dan Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia 2021-2025 pada penghujung November ini. Persoalannya, apa perbezaan dasar tersebut dengan Dasar Perpaduan Negara dan Pelan Tindakan Perpaduan Negara yang sudah dilancarkan sebelum ini. Sejauh manakah keberkesanan pelaksanaan dasar serta pelan yang telah dilaksanakan sebelum ini? Selain itu, sejauh mana penerimaan rakyat terhadap dasar-dasar yang telah dijalankan sebelum ini? Buktinya merujuk kepada kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan mengatakan bahawa perpaduan rakyat Malaysia masih lagi berada dalam tahap lemah. Hal ini dimanifestasikan melalui semangat perpaduan yang masih lagi kurang dalam melawan COVID-19. Kita masih lagi berlawan sesama sendiri daripada segi pendapat, pendekatan dan sebagainya. Bukannya melawan menentang virus tersebut. Oleh itu, apakah usaha pihak kementerian dalam memastikan semangat perpaduan rakyat Malaysia boleh diperkukuhkan lagi? Tuan Pengerusi, perkara seterusnya mengenai butiran ini berkenaan penggunaan Bahasa Melayu sebagai medium bagi mewujudkan dan mengutuhkan perpaduan sesama kaum. Tidak dinafikan, memupuk semangat jati diri yang dikongsi bersama dalam masyarakat majmuk yang berlainan agama dan kepercayaan merupakan satu perkara yang amat rumit. Namun semangat jati diri ini dapat dijelaskan dengan memupuk semangat cinta akan Bahasa Kebangsaan. Sebagai contoh masyarakat Jepun yang telah berjaya membuktikan mereka maju kerana minda mereka bebas dari belenggu dan dipengaruhi oleh bahasa asing. Namun apa yang berlaku hari ini, penggunaan Bahasa Melayu yang melambangkan jati diri masyarakat Malaysia amat membimbangkan. Perkara ini dibuktikan dengan pencampuran bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dalam pertuturan seharian. Oleh itu, apakah agenda pihak kementerian dalam perpaduan kaum di Malaysia dapat diperkukuhkan melalui penggunaan Bahasa Kebangsaan ini? Butiran 17300 - Pusat Rukun Tetangga. Perkara terakhir berkenaan butiran ini saya ingin menyentuh berkenaan Skim Rondaan Sukarela (SRS). Sejauh mana keberkesanan SRS dalam membantu pihak berkuasa membendung kegiatan jenayah dan gejala dalam kawasan rukun tetangga serta bilangan terbaru yang menyertainya? Selain itu bagaimana pula dengan keselamatan para petugas. Adakah mereka dilindungi oleh mana-mana insurans perlindungan jika berlaku kemudaratan sepanjang bertugas? Sekian Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Hulu Selangor.
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Hulu Selangor terus kepada Bekalan B.14, Butiran 020200 - Perhubungan Masyarakat dengan peruntukan sebanyak RM1.94 juta dan Butiran 020300 - Pembangunan Masyarakat dengan peruntukan RM2.59 juta. Mohon Yang Berhormat Menteri memperincikan, apakah perancangan kerajaan dalam menguruskan peruntukan ini? Mohon Yang Berhormat Menteri kongsi juga, apakah program yang berjaya dilaksanakan pada tahun ini? Apa program yang akan diteruskan atau yang akan dilaksanakan untuk tahun 2022. Di bawah Butiran 03000 - Program Khusus. Hulu Selangor ingin bertanya, apakah akan ada penambahan Tabika Perpaduan baharu yang akan diwujudkan di negara kita? Apabila pandemik COVID-19 melanda negara, kita sedia maklum bahawa pembudayaan norma baharu dilaksanakan dengan segenap aspek. Sesi pembelajaran yang dahulunya boleh memuatkan sehingga 30 orang murid dalam satu masa, kini hanya boleh separuh bilangan sahaja. Justeru, perlunya pembukaan tabika-tabika baharu untuk memenuhi keperluan semasa. Dengan peruntukan sebanyak RM116 juta, diharapkan Hulu Selangor juga ada penambahan tabika baharu. Butiran 030300 - Bantuan Makanan Tambahan Tabika Perpaduan dengan peruntukan sebanyak RM21 juta. Mohon pencerahan Yang Berhormat Menteri, berapakah ramai anak-anak tabika yang akan menerima manfaat tersebut? Berapa kos, dengan izin, per head per day yang ditetapkan oleh pihak kementerian? Adakah pembahagian peruntukan tersebut secara purata untuk kesemua tabika perpaduan yang ada di negara kita? Butiran 030400 - Bantuan Geran Per Kapita Tabika Perpaduan dengan peruntukan sebanyak RM4.4 juta. Mohon perincian daripada Yang Berhormat Menteri, adakah ia akan diagihkan kepada semua tabika atau hanya berdasarkan permohonan yang dikemukakan oleh pihak tabika sendiri. Butiran 040100 - Tambahan Geran Rukun Tetangga. Peruntukan sebanyak RM10 juta seperti kita sedia maklum, lebih 8 ribu KRT yang akan menerima geran sebanyak RM6 ribu per KRT yang membawa implikasi sebanyak RM50 juta, tetapi butiran ini hanya ada sebanyak RM10 juta. Di manakah punca kewangan bagi menampung baki sebanyak RM40 juta untuk pemberian geran kepada semua KRT di negara kita? Beralih pada Kepala Pembangunan P.14, Butiran 17200 - Pusat Aktiviti Perpaduan dengan peruntukan berjumlah RM3.68 juta, Butiran 17300 - Pusat Rukun Tetangga dengan peruntukan RM1.7 juta. Sehingga kini, berapakah jumlah keseluruhan fasiliti tersebut yang telah diwujudkan di negara kita? Negeri mana kah yang mempunyai paling banyak fasiliti tersebut? Mengapa kedua-dua pusat ini tidak diselaraskan fungsinya, sebagai contoh, dengan mengambil konsep, dengan izin, one-stop center.
Selain itu, apakah ada perancangan kementerian untuk menubuhkan pusat baharu untuk tahun 2020? Jika ya, di manakah lokasi seterusnya? Adakah Hulu Selangor diberi keutamaan? Mohon respons daripada Yang Berhormat Menteri. Dengan itu, sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Beaufort.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus sahaja ke Butiran 020100 iaitu Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Saya ingin menekankan di sini supaya fokus perpaduan negara dan integrasi nasional tidak boleh lagi memfokuskan hanya semata- mata kepada perpaduan antara kaum dan rakyat serta tempat semata-mata. Kementerian juga perlu bergerak ke hadapan dengan memikirkan rangka dan strategi bagi mewujudkan perpaduan merentas negeri terutamanya dalam menghadapi sentimen Sabah, Sarawak dan Semenanjung. Bagaimanakah peruntukan di bawah butiran ini akan disalurkan bagi memupuk semangat perpaduan antara negeri? Adakah ada lawatan antara negeri dan
kaum-kaum yang terlibat dari Sabah, Sarawak dan juga Semenanjung Malaysia dan sebaliknya? Apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang kementerian dalam memastikan perpaduan Keluarga Malaysia ini dapat diperkasakan? Butiran 020200 - Perhubungan Masyarakat. Apakah program-program yang dilaksanakan ataupun dirancang untuk dilaksanakan oleh kementerian untuk menghubungkan pelbagai kaum di negara kita yang kelihatan masih lagi longgar? Usaha meningkatkan perpaduan pelbagai kaum di dalam Keluarga Malaysia ini perlulah dipertingkatkan lagi untuk kita merealisasikan konsep Keluarga Malaysia ini. Pertamanya, di antara kaum dan keduanya, di antara wilayah dalam negara kita. Saya melihat bahawa keadaan perpaduan di antara kaum masih lagi longgar kerana setiap kali kita akan memperkatakan ada kaum yang ketinggalan, ada kaum yang tidak mendapat perhatian yang mencukupi. Jadi apakah caranya kementerian dapat menangani masalah ini? Ini supaya setelah sekian lama kita merdeka, maka perpaduan kaum yang pada mulanya nampak begitu cantik, tetapi akhirnya sekarang dalam keadaan yang longgar ini dapat kita perkukuhkan lagi dan Malaysia akan kelihatan sebagai satu keluarga yang benar-benar Keluarga Malaysia dengan rakyat yang berbilang kaum. Butiran 020300 - Pembangunan Masyarakat. Sudahkah kementerian mengenal pasti dan membuat kajian tentang isu-isu berkaitan pembangunan masyarakat di dalam negara kita? Apakah tindakan ataupun program yang dirancang untuk dilaksanakan khusus untuk membangunkan masyarakat majmuk di negara kita? Apakah pendekatan yang diguna pakai oleh kementerian ke arah pembangunan masyarakat? Agensi manakah yang melaksanakannya? RT atau ada agensi lain atau bekerjasama dengan pelbagai agensi yang lain yang ada dalam negara kita? Seterusnya ialah Butiran 030400 - Bantuan Geran Per Kapita Tabika Perpaduan. Jumlah Tabika Perpaduan seluruh negara adalah sebanyak 1,781. Apakah jenis bantuan Geran Per Kapita Tabika Perpaduan yang telah dicadangkan oleh kementerian? Adakah kementerian bercadang untuk menambah lagi Tabika Perpaduan ini di tempat-tempat yang strategik untuk kita menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum dalam negara kita? Butiran 040100 - Tambahan Geran Rukun Tetangga. Jumlah Rukun Tetangga yang aktif pada tahun 2021 adalah sebanyak 7,385. Bagi tahun 2021, yang aktif diberikan peruntukan sebanyak RM6,000. Saya cadangkan agar dinaikkan geran tersebut kepada RM10,000 agar lebih banyak aktiviti kemasyarakatan dapat dilakukan. Kita tahu sekarang ini wang yang diberikan adalah tidak mencukupi untuk mereka melaksanakan program- program untuk perpaduan di kawasan RT. Butiran 050000 - ‘One-off’. Saya ingin bertanya, apakah jenis bantuan ‘One-off’ ini? Adakah khusus kepada pembaikan bangunan Tabika Perpaduan? Mohon perincian berkaitan bantuan ‘One-off’ ini. Seterusnya Butiran 050100 - Pembangunan Sistem e-Tabika Perpaduan. Adakah kementerian sudah membuat kajian berkenaan kesesuaian penggunaan bahasa pengajaran komunikasi asas bahasa ketiga kepada murid di semua Tabika Perpaduan di Sabah dan Sarawak? Ini memandangkan Sabah dan Sarawak berbilang kaum dan etnik. Misalnya di Sabah melebihi 20 etnik dengan pelbagai dialek bahasa. Jadi kalau satu sahaja dialek itu diperkenalkan, tentunya ada yang lain merasa, “Kami, kenapa tidak?”. Misalnya kalau digunakan bahasa Kadazan ataupun Dusun, orang Bisayah macam saya dari Beaufort akan rasa, “Eh, kenapa tidak?”. Kalau di Beaufort sahaja pun kita ada pelbagai etnik. Bisayah, Dusun Tatana, Murut, Brunei dan lain-lain lagi semua ada cara bercakapnya dan bahasa yang digunakan. Jadi saya harap pihak kementerian akan melihat ini dengan lebih detail lagi supaya tidak ada yang merasakan hasrat kita untuk bersatu padu itu nanti jangan pula memecahbelahkan. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Sepang.
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, bagi saya secara peribadi, KPN ini adalah satu kementerian
yang paling penting khususnya dalam negara kita yang bermasyarakat majmuk ini di mana asas perpaduan ini seharusnya dipergiat lagi. Tuan Pengerusi, jenayah yang paling lama (the old crime) adalah jenayah racism. Kalau kita lihat menurut cendekiawan-cendekiawan Islam, mereka mengatakan bahawa jenayah ini seawal diwujudkan manusia itu sendiri, di mana ia jenayah yang sebenarnya berorientasikan iblis. Ketika Nabi Adam dan Hawa iaitu ibu dan bapa kita semua dijadikan oleh Allah SWT, iblis menentang, tidak mahu bersujud kepada Nabi Adam dengan alasan sepertimana dalam al-Quran kata, iblis punya hujah ataupun logik adalah [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Aku lebih baik daripada manusia kerana aku dijadikan daripada api, sedangkan manusia dijadikan daripada tanah”. Itulah bermulanya jenayah racism ataupun perkauman ini. Jadi saya merasakan bahawa saya ingin terus kepada Butiran 17200. Saya ingin mencadangkan kepada kementerian, kalau bolehlah dalam aktiviti-aktiviti yang hendak diadakan, mungkin sudah sampai masanya kita wujudkan satu hari khas untuk kita semua menyambutnya sebagai Hari Perpaduan. Saya ingin mencadangkan 13 Mei kerana hari ini adalah satu hari yang sering menjadi igauan kepada kita semua, maka kita ubah mentality ini, kita jadikan negara kita ini pada 13 Mei sebagai satu Hari Perpaduan. Terpulanglah macam mana caranya kita hendak mengisi Hari Perpaduan itu, tetapi saya ingin mencadangkan supaya pihak kementerian boleh mempertimbangkan hal itu. Seterusnya Tuan Pengerusi, saya ingin pergi kepada Butiran 00201 iaitu Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India yang telah diperuntukkan RM100 juta, sama dengan jumlah yang dimohon oleh Yang Berhormat Pekan untuk mendapatkan rumah dan tanah kerana kononnya beliau berjasa walaupun beliau telah meranapkan ekonomi negara. Tuan Pengerusi, asalnya di Melaka, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengatakan bahawa sebenarnya peruntukan kepada orang-orang India adalah sebanyak RM145 juta, di mana RM100 juta untuk MITRA dan RM45 juta lagi untuk satu agensi ataupun satu unit dalam TEKUN yang berkaitan dengan orang India. Akan tetapi malangnya, kita semua tahu bahawa telah pun menjadi satu pengetahuan umum bahawa wang MITRA ini telah disalahgunakan, walaupun kita tahu bahawa MITRA mendapat geran RM100 juta, tetapi telah diagihkan kepada pihak-pihak yang tidak sepatutnya terima. Jadi saya hendak tanya kepada pihak Yang Berhormat Menteri, berdasarkan kepada laporan daripada media, pihak Ketua Pengarah SPRM mengatakan bahawa ada 313 buah syarikat yang telah pun dikenal pasti untuk mendapatkan geran ini. Saya ingin mendapatkan daripada pihak Yang Berhormat Menteri, boleh atau tidak memberikan saya senarai 313 buah syarikat semua itu kepada saya untuk kita teliti adakah memang semua syarikat ini memang layak untuk menerima geran ini? Amat malang, memang wang MITRA ini sepatutnya diberikan kepada masyarakat B40 orang- orang India. Akan tetapi malangnya, kerana kerakusan pihak-pihak yang tidak takut pasal terlibat dengan rasuah ini, mereka telah menyalahgunakan.
Sebenarnya untuk makluman Dewan ini, ini bukan perkara yang baharu, bukan sahaja melibatkan MITRA. Ia juga melibatkan agensi lain. Saya masih ingat lagi banyak agensi yang diperuntukkan untuk membantu orang-orang miskin tetapi hakikatnya telah disalahgunakan sehinggalah digunakan kepada perkara-perkara yang tidak sepatutnya diberikan. Jadi Tuan Pengerusi, saya ingin mencadangkan kalau boleh ataupun saya ingin bertanya kepada pihak Menteri. Adakah pihak Menteri telah ada membuat apa-apa laporan polis ke atas mana-mana pihak yang dikatakan terlibat menyalahgunakan wang MITRA itu? Keduanya, saya ingin bertanya juga kepada pihak Menteri. Adakah pihak Menteri sendiri pernah dipanggil oleh pihak SPRM untuk memberi keterangan dalam kes MITRA ini? Ketiganya, saya ingin tanya juga kepada pihak Menteri. Adakah wajar untuk pihak SPRM menubuhkan jawatankuasa bersama dengan pihak kementerian untuk menyiasat
kes-kes MITRA? Bukankah akan berlakunya dipanggil conflict of interest ataupun konflik kepentingan yang akan menjejaskan ketelusan penyiasatan. Jadi saya hendak tanya kepada pihak Menteri, kenapakah pihak kementerian boleh ataupun SPRM boleh mencadangkan supaya ditubuhkan jawatankuasa dan yang melibatkan kedua-dua pihak ini sedangkan KPN ataupun MITRA ini sedang disiasat. Jadi, saya bersetuju dengan rakan saya Yang Berhormat Batu Kawan semalam mengatakan tidak sepatutnya pihak kementerian atau pihak SPRM boleh menubuhkan jawatankuasa yang melibatkan KPN sedangkan KPN sendiri iaitu satu kementerian yang sedang disiasat juga oleh pihak SPRM. Terakhir Tuan Pengerusi, saya ingin tanya adakah siasatan dalaman telah dilakukan ke atas pihak-pihak yang terlibat ini. Kalau ada, adakah mereka ini telah pun diminta untuk sama ada mengundurkan diri ataupun bercuti bagi mengelakkan siasatan dalaman itu akan ada unsur-unsur mungkin tiada ketelusan? Jadi, saya hendak tanya ,adakah siasatan dalaman telah dilakukan. Kalau ada, bilakah telah dibuat? Apakah statusnya? Kalau tidak ada, kenapakah tidak dibuat? Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Tumpat.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertamanya, saya ingin menyentuh Butiran 020100 – Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Saya menyambut baik pelbagai dasar baharu yang diperkenalkan bagi memperkukuhkan perpaduan negara antaranya melalui Dasar Perpaduan Negara dan Rangka Tindakan Perpaduan Negara 2021–2030. Dalam aspek ini, saya melihat ada dua aspek yang boleh diteliti iaitu langkah memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat serta langkah mencegah sebarang bentuk halangan yang boleh menjadi pemecah belah kepada perpaduan. Maka, kedua-dua perkara ini perlu dilihat secara seiring dalam konteks pengukuhan perpaduan dalam negara dan perkara yang perlu menjadi teras dalam aspek perpaduan ini adalah kefahaman terhadap isi Perlembagaan Persekutuan serta Rukun Negara yang perlu dipasakkan dalam diri setiap rakyat dalam negara di samping program- program lain seperti mana yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Sepang tadi. Cuma kefahaman terhadap isi Perlembagaan Persekutuan serta Rukun Negara itu adalah perkara yang sangat kritikal dalam menyatupadukan dalam negara ini. Saya ingin bertanya, apakah rancangan yang dirangka oleh kementerian bagi memperkukuhkan jati diri rakyat Malaysia ketika ini di bawah Dasar Perpaduan Negara. Apakah kementerian juga mengenal pasti kekangan-kekangan yang boleh merungkai perpaduan negara ketika ini serta langkah yang telah diambil bagi mengatasi kekangan yang disebutkan tadi? Keduanya, mengenai langkah memupuk perpaduan dalam institusi pendidikan negara seiring dengan penubuhan Kelab Rukun Negara di peringkat sekolah serta Sekretariat Rukun Negara di peringkat universiti. Saya ingin bertanya, apakah teras modul yang diketengahkan dalam sebarang bentuk program advokasi perpaduan di peringkat sekolah dan universiti. Apakah rancangan kementerian bagi menggembleng sepenuhnya penubuhan Kelab Rukun Negara ini bagi melahirkan generasi yang menitikberatkan soal perpaduan negara pada masa hadapan? Ketiga, di bawah butiran yang sama, saya juga ingin bertanya mengenai keanggotaan Majlis Penasihat Perpaduan Negara. Apakah telah ada saranan dan pengesyoran daripada majlis penasihat ini dalam memacu perpaduan negara? Seterusnya saya ingin menyentuh Butiran 020200 – Perhubungan Masyarakat dan juga Butiran 020300 – Pembangunan Masyarakat. Saya mohon perincian daripada kementerian bagi kedua-dua butiran ini yang menyentuh mengenai dasar khusus pembangunan masyarakat dalam negara. Di sini, dua butiran ini tidak jauh bezanya iaitu berkaitan perhubungan masyarakat dan pembangunan masyarakat. Jika diteliti bahagian huraian, aktiviti di bawah butiran perhubungan masyarakat lebih menjurus kepada keharmonian antara agama, manakala aktiviti di bawah butiran pembangunan masyarakat
lebih tertumpu kepada dasar inisiatif dan program kesejahteraan komuniti di pelbagai peringkat. Saya melihat kedua-dua butiran ini boleh digabungjalinkan di bawah satu perkara kerana item utama yang ditekankan dalam kedua-dua butiran ini tidak jauh bezanya. Tuan Pengerusi, seterusnya Butiran 040100 – Tambahan Geran Rukun Tetangga. Di sini terdapat peruntukan baharu yang melibatkan RM10.3 juta di bawah butiran ini. Saya ingin bertanya, apakah yang dirancang oleh pihak kementerian dengan peruntukan terhadap Geran Rukun Tetangga ini. Kita sedia maklum bahawa jawatankuasa setempat seperti Rukun Tetangga ini sangat penting bukan sahaja sebagai agen perpaduan, bahkan juga membantu dalam isu-isu sosial yang lain melibatkan keselamatan dan sosioekonomi masyarakat setempat. Oleh sebab itu, langkah kementerian untuk memperkukuhkan institusi Rukun Tetangga ini sangat dialu-alukan. Sebelum ini, kementerian pernah memaklumkan untuk mengurangkan had jumlah unit rumah di satu-satu kawasan perumahan kepada 1,000 buah daripada 1,500 buah bagi membentuk Jawatankuasa Rukun Tetangga. Perkara ini memerlukan pindaan terhadap syarat di bawah Akta Rukun Tetangga 2012. Saya ingin bertanya, apakah perkembangan terkini terhadap langkah yang diambil ini. Apakah kementerian meletakkan sasaran terhadap pembentukan Jawatankuasa Rukun Tetangga yang lebih banyak dengan pengurangan had jumlah unit rumah tadi? Sejauh manakah penglibatan Rukun Tetangga sedia ada terhadap Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2021-2030 yang memfokuskan kepada pembangunan serta pemerkasaan peranan Rukun Tetangga di seluruh negara? Apakah inisiatif yang dirangka bagi memenuhi pelan pemerkasaan komuniti tersebut? Seterusnya Butiran 17200 – Pusat Aktiviti Perpaduan dan Butiran 17300 – Pusat Rukun Tetangga. Di bawah Kepala Pembangunan 14 ini, terdapat butiran melibatkan Pusat Aktiviti Perpaduan berjumlah RM3.7 juta dan Pusat Rukun Tetangga berjumlah RM1.7 juta. Saya ingin bertanya, apakah fokus dan beza di antara kedua-dua butiran yang dikemukakan. Mengapakah pembangunan di bawah butiran Pusat Aktiviti Perpaduan ini tidak diselaraskan di bawah Pembangunan Pusat Rukun Tetangga tersebut? Mohon jawapan daripada kementerian. Akhirnya, Butiran 00201 – Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya telah menyampaikan sumbangan bakul atau kotak makanan dalam Program MITRA ini kepada masyarakat India di Tumpat. Alhamdulillah mereka sangat gembira dengan bantuan yang diberikan. Terima kasih.
Yang Berhormat Papar.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Papar terus ke B.14 Butiran 020000 – Perpaduan Negara diperuntukkan sejumlah RM193.7 juta. Dasar Perpaduan Keluarga Malaysia yang akan dilancarkan hujung bulan ini di mana sebelum ini kita ada Dasar Perpaduan Negara dan juga Pelan Tindakan Perpaduan Negara. Soalan saya berkenaan dengan ini ialah apakah perbezaan di antara ketiga-tiga dasar tersebut. Satu kementerian tetapi ada tiga dasar. Lebih kurang sama sahaja yang berjalan serentak. Adakah ia akan melibatkan sebarang tambahan peruntukan? Apakah benchmark ataupun tanda aras yang akan digunakan bagi menentukan dasar-dasar yang dibuat ini berjaya? Menyentuh mengenai Dasar Keluarga Malaysia, dasar ini perlu mencerminkan keluarga yang sebenar kerana sebarang ketidakadilan daripada apa jua sudut akan menyebabkan ketidakpuasan ahli-ahli keluarga dan perpaduan yang dibina ini akan runtuh.
Contohnya pembahagian peruntukan yang tidak adil di antara kaum-kaum dan juga wilayah-wilayah di Malaysia akan mencetuskan ketegangan dan persepsi negatif
terhadap kerajaan Keluarga Malaysia begitu juga dengan peruntukan dengan pengumuman kerajaan di mana semua MP akan diberi peruntukan yang sama tidak mengira sama ada MP pembangkang. Akan tetapi, sehingga kini kami belum ada mendapat apa-apa sebagai seorang MP pembangkang. Perlu diingat yang terkesan bukanlah MP, yang terkesan adalah orang-orang iaitu penduduk-penduduk kampung yang susah untuk meneruskan kelangsungan hidup. Jadi, di sini saya ingin meminta supaya Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) ini memainkan peranan. Justeru itu kementerian ini sepatutnya memainkan peranan yang lebih besar dalam memastikan elemen-elemen dan dasar-dasar yang dibawakan kerajaan itu adil agar suasana harmoni di antara kaum-kaum di negara kita dan juga di antara MP-MP dapat kita capai dan kecapi. Kepala B.14 Butiran 04000 – Tambahan Geran Rukun Tetangga dan juga B.14 Butiran 13700. Yang Berhormat Menteri Kewangan semasa pembentangan Belanjawan 2022 ada menyebut bahawa kerajaan akan menyediakan geran RM6,000 untuk setiap perusahaan rukun tetangga. Lebih 8,000 KRT akan menerima manfaat daripada geran ini dengan peruntukan sebanyak RM50 juta. Saya tidak nampak di mana butiran RM50 juta di dalam Anggaran Belanjawan kementerian. Saya mohon dijelaskan yang ada hanyalah RM10 juta dan RM1.7 juta bagi dua butiran berkaitan KRT. KRT di tempat saya memang ada. Mereka ini sangat-sangat aktif menjalankan program-program kebajikan dan kemasyarakatan. Mereka ada bangunan rumah, pejabat tetapi ia tidaklah sebaik mana, ia memerlukan baik pulih dan juga peruntukan untuk tujuan membaik pulih pejabat mereka. Sebagai wakil rakyat, saya menyarankan kepada kementerian supaya dapat menyalurkan peruntukan-peruntukan ini secepat mungkin supaya KRT di kawasan saya dapat bergerak dengan cepat dan berkesan kerana apa yang mereka lakukan adalah untuk menyantuni kebajikan rakyat yang memerlukan. Soalan saya, apakah usaha-usaha yang dibuat kerajaan dalam memastikan fungsi KRT ini seiring dengan peredaran zaman dan teknologi selain mampu menarik minat masyarakat menyertainya? Sebagai contoh ketika ini ramai penduduk setempat ada group WhatsApp dan group Facebook bagi tujuan berniaga, menyampaikan sesuatu isu atau meluahkan masalah yang mereka hadapi. Melalui medium ini, kementerian perlu mengenal pasti dan memainkan peranan dalam mencari kaedah yang sesuai dan memantapkan perpaduan kaum berbilang bangsa di negara kita. Kepala B.14, Butiran 17200 – Pusat Aktiviti Perpaduan. Peruntukan yang diberikan oleh kerajaan meningkat daripada RM2 juta kepada RM3.6 juta. Saya ingin bertanya kepada kementerian, berapakah pusat aktiviti perpaduan yang ada di seluruh negara dan berapakah di Sabah? Begitu juga di Parlimen Papar. Siapakah yang akan mengendalikan Pusat Perpaduan ini? Apakah bentuk aktiviti- aktiviti yang akan dilaksanakan dan bagaimanakah kerajaan memantau segala aktiviti yang dijalankan oleh persatuan ini? Terima kasih.
Yang Berhormat Dungun.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 020100 – Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Mengikut maklumat dalam Bajet 2022, jumlah untuk program atau aktiviti bawah Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ini adalah RM189,172,700 yang mana ia adalah berkurang berbanding anggaran tahun ini iaitu RM210,419,400 . Persoalan saya adalah apakah contoh untuk membentuk yang dilaksanakan pada tahun ini memandangkan tidak jelas kelihatan aktiviti-aktiviti atau program bagi tujuan integrasi ini?
Seterusnya, apakah sebab peruntukan ini dikurangkan pada tahun 2022 memandangkan integrasi kaum di Malaysia masih lagi mempunyai perjalanan jauh bagi mencapai tujuannya? Apakah ada perancangan kementerian untuk menggalakkan lebih ramai murid berbilang bangsa memulakan persekolahan di sekolah kebangsaan bagi memulakan integrasi di antara murid di peringkat awal? Seterusnya Tuan Pengerusi Butiran 020200 – Perhubungan Masyarakat. Saya difahamkan bahawa perhubungan masyarakat ini dimaksudkan adalah memelihara, meningkat dan mengukuhkan jalinan hubungan antara agama serta merancang dan menyelaras tindakan intervensi bagi menyelesaikan permasalahan antara agama. Di dalam Al-Quran Surah An-An’aam surah yang keenam, Ayat 108, Allah menyebutkan [Membaca sepotong ayat Al-Quran] yang bermaksud “Dan janganlah kamu mencerca orang-orang yang menyeru selain daripada Allah maka akan menyebabkan cercaan mereka terhadap Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan”. Dari ayat ini, Allah sebut perkataan “Adwan” yang bermakna timbulnya permusuhan dan kebencian. Ini adalah satu solusi penyelesaian yang diberikan oleh Al-Quran. Oleh itu, saya pohon Kementerian Perpaduan Negara mengambil pendekatan untuk menerangkan secara lebih meluas konsep memahami dan menghormati antara agama kepada semua rakyat Malaysia agar isu-isu sensitif berkaitan agama tidak menimbulkan perasaan gelisah di kalangan rakyat dan merosakkan jalinan kemesraan di antara kaum. Ini perlu kepada langkah-langkah berjaga-jaga dari awal supaya tidak menimbulkan kekecohan dan juga kebencian antara kaum. Seterusnya Tuan Pengerusi 030400 – Bantuan Geran Per Kapita Tabika Perpaduan. Tabika perpaduan ini telah diperkenalkan pada tahun 1976 atas tujuan memupuk semangat perpaduan, mengambil Rukun Negara sebagai panduan dan semangat cintakan negara kepada anak-anak kecil ini. Soalan saya yang pertama adakah Tabika Perpaduan sudah berjaya mencapai objektif perpaduan tersebut? Kedua, apakah model sistem silibus yang diperkenalkan dalam pendidikan awal kanak-kanak ini? Ketiga, adakah pengisian rohani dimasukkan juga dalam sistem pendidikan awal ini? Terima kasih Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Tuaran.
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada Tuaran untuk turut serta membahaskan bajet Kementerian Perpaduan Negara peringkat Jawatankuasa. Tuaran ingin membahaskan maksud Bekalan 14 melibatkan RM314,528,400 dan Maksud Pembangunan 14 melibatkan RM105,389,000. Istimewa untuk Butiran 020100 - Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Dana sebanyak RM189,172,700 telah disediakan iaitu merupakan 55 peratus keseluruhan perbelanjaan mengurus kementerian ini. Tuan Pengerusi, perpaduan adalah merupakan objektif utama setiap Rancangan Malaysia bermula daripada Rancangan Malaysia Ke-1 sehinggalah Rancangan Malaysia Ke-12 sekarang. Bermula dengan penubuhan Jabatan Perpaduan pada tahun 1999 seterusnya menjadi Kementerian Perpaduan Negara pada tahun 1972. Kementerian ini sudah beroperasi selama 51 tahun. Namun, perpaduan negara bukan bertambah baik tetapi bertambah buruk. Jika dianggarkan perbelanjaan tahunan purata untuk mengurus dana pembangunan sebanyak RM500 juta maka kerajaan telah berbelanja sebanyak lebih kurang RM25 bilion dalam tempoh 51 tahun.
Bayangkan jika RM25 bilion itu dibelanjakan untuk membina infrastruktur asas di Sabah agarnya masalah bekalan air, bekalan elektrik, bekalan talian internet, Lebuh Raya Pan-Borneo dan naik taraf pelabuhan-pelabuhan seperti Pelabuhan Sepanggar dan dengan itu dapatlah Sabah menarik pelabur-pelabur untuk melabur dalam sektor pembuatan dan seterusnya menjana peluang-peluang pekerjaan dan juga peluang- peluang perniagaan untuk rakyat Malaysia di Sabah. Namun, kerajaan terpaksa juga berbelanja secara berterusan untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum yang tidak berkesudahan kerana apa? Ini kerana kerajaan juga dalam masa yang sama secara berterusan, secara berterusan membuat dasar-dasar yang anti perpaduan dan anti integrasi nasional. Contoh, pada tahun 1986 kerajaan telah mengeluarkan satu pekeliling bernama penggunaan istilah perkataan yang digunakan dalam penerbitan agama Kristian berbahasa Malaysia iaitu satu pekeliling yang tidak membenarkan ataupun mengharamkan rakyat Malaysia yang tidak beragama Islam untuk menggunakan empat perkataan iaitu ‘Allah’, ‘kabah’, ‘baitullah’ dan ‘solat’. Akan tetapi untuk mencapai perpaduan, Dasar Bahasa Malaysia telah dijadikan sebagai Bahasa Kebangsaan yang telah diperkenalkan pada tahun 1997 dan selepas itu diwajibkan lulus dalam peperiksaan SPM dan seterusnya wajib lulus untuk memohon menjadi kakitangan awam. Semua dasar ini rakyat berbilang kaum Malaysia telah pun menerima dengan baik. Cumanya, pekeliling tahun 1986 itu adalah sangat bertentangan dengan Dasar Bahasa Kebangsaan. Yang menariknya Tuan Pengerusi, pekeliling ini telah diisytiharkan oleh Mahkamah Tinggi dalam kes Jill Ireland binti Lawrence versus Kementerian Dalam Negeri bahawa pekeliling ini tidak sah laku. Pekeliling ini bertentangan ataupun ultra vires Article 11 dan Article 12 Perlembagaan Persekutuan iaitu kebebasan beragama dan hak-hak mendapat pendidikan dalam keagamaan. Dengan pengisytiharan mahkamah tersebut maka kerajaan sewajarnya bukan sahaja menarik balik surat pekeliling tersebut tetapi juga kerajaan harus menerima keputusan mahkamah dalam kes kalimah ‘Allah’ – Jill Ireland binti Lawrence versus KDN tersebut. Namun, kerajaan berdegil. Berdegil juga untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan. Saya ingin bertanya pada Yang Berhormat Menteri Perpaduan Negara. Bukankah menjadi kewajipan Yang Berhormat selaku Yang Berhormat Menteri Perpaduan untuk menimbang tara di antara KDN dan juga pihak kerajaan? Adakah Yang Berhormat terpanggil untuk menasihatkan Yang Berhormat Menteri KDN supaya menggugurkan sahaja rayuan tersebut? Adakah Yang Berhormat telah menasihatkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya menarik balik surat pekeliling 1986 tersebut? Satu lagi contoh terkini ialah dalam pembuatan Jadual Peperiksaan SPM tahun 2021 iaitu...
Minta laluan boleh?
Kita ada 5 minit sahaja ini jadi masa...
Tidak 15 saat sahaja.
Jadi, saya panjang lagi minta maaf.
Habis itu bagi laluan pada saya.
Jadual Peperiksaan SPM tahun 2021 iaitu akan diadakan pada bulan Mac tahun 2022 di mana Kementerian Pendidikan telah membuat keputusan bahawa peperiksaan juga diadakan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Kementerian Pendidikan langsung tidak mempedulikan bahawa guru-guru dan pelajar-pelajar beragama Islam harus menunaikan solat Jumaat pada hari Jumaat. Begitu juga dengan guru-guru dan pelajar-pelajar yang beragama Kristian Gereja Seventh_Day Adventist perlu menunaikan ibadat...
Yang Berhormat, patut pada butiran Yang Berhormat, pada butiran.
Ini butiran dari mula.
Butiran?
Butiran dari mula saya sudah sebut.
Ya betul tetapi masa sudah tamat. Butirannya lima minit.
Butirannya saya sudah sebut tadi.
Masa sudah tamat.
Okey, saya mohon supaya habis yang perenggan ini Tuan Pengerusi.
Terima kasih.
Boleh, beri laluan?
Terima kasih. Perlu beribadat sepanjang hari Sabtu malah bermula pada petang hari Jumaat dan guru-guru serta pelajar-pelajar beragama Kristian Gereja Roman Katolik, Basel, Anglican Methodist perlu menunaikan sembahyang pada hari Ahad. Sebenarnya ketidakpedulian Kementerian Pendidikan tersebut sangat bertentangan dengan falsafah pendidikan kebangsaan. Perlu diperingatkan bahawa falsafah pendidikan kebangsaan tersebut menyatakan bahawa pendidikan itu melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial dan yang bertanggungjawab ialah Kementerian Pendidikan. Tuan Pengerusi yang lebih parah lagi ialah Jadual Peperiksaan SPM itu betul- betul bertentangan dengan prinsip lima prinsip Rukun Negara. Prinsip pertama, ‘Kepercayaan Kepada Tuhan’, tidak dipedulikan langsung. Pertanyaan saya pada Yang Berhormat Menteri Perpaduan Negara ialah adakah Yang Berhormat tahu adakah kementerian Yang Berhormat telah membuat nasihat kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan atau membawa perkara ini kepada Mesyuarat Jemaah Kabinet atau dalam pihak Kementerian Pendidikan merujuk kepada Yang Berhormat sebelum jadual dikeluarkan? Tuan Pengerusi, melihat kepada contoh yang saya buat di sini jelas bahawa sepatutnya setiap kementerian perlu mewujudkan Unit Perpaduan untuk memastikan adanya pematuhan terhadap lima prinsip Rukun Negara dan dasar-dasar perpaduan yang lain. Pada Tuaran, perwujudan Unit Perpaduan Integrasi Nasional di setiap kementerian itu jauh lebih berkesan daripada kewujudan sebuah Kementerian Perpaduan Negara yang memerlukan perbelanjaan RM... bilion setiap tahun tetapi sama sekali gagal mencapai objektif perpaduan dan integrasi nasional. Sekian, terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat. [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Dato’ Sri Azalina Othman Said mempengerusikan Mesyuarat]
Ahli-ahli Yang Berhormat semua, Mesyuarat ditempohkan dan akan disambung semula jam 2.30 petang nanti. Terima kasih.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.06 petang]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]
Assalamualaikum, semua. Kita sambung perbahasan peringkat jawatankuasa untuk Kementerian Perpaduan Negara. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Krai. Silakan.
Bismillahi Rahmani Rahim. Alhamdulillah [Membaca selawat] . Tuan Pengerusi, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Perpaduan Negara. Memetik kata-kata Bapa Kemerdekaan Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putera Al Haj berkaitan perpaduan, “Kita semua adalah rakyat Malaysia, inilah ikatan yang menyatukan kita. Marilah kita selalu ingat bahawa perpaduan adalah kekuatan asas kita sebagai rakyat dan sebagai sebuah negara”. Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 17300 - Pusat Rukun Tetangga. Peruntukan yang diberikan sebanyak RM1,709,000 berbanding tahun lepas RM742,000 sahaja. Saya ingin menarik perhatian pihak kementerian berkaitan dengan satu kompleks perpaduan yang patut dibina di dalam kawasan Parlimen Kuala Krai dan pemilihan yang tepat di Kuala Krai kerana Kuala Krai mempunyai pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina dan juga India. Akan tetapi dukacita dimaklumkan, setakat yang saya dapat tahu ialah kompleks perpaduan ini tidak terdapat dalam Rolling Plan 1. Namun begitu, saya dan warga perpaduan Kuala Krai yakin dan sangat berharap agar ia akan menjadi kejayaan dalam Rolling Plan 2 ataupun seterusnya insya-Allah dalam RMKe-12 ini. Saya difahamkan terdapat sebidang tanah yang sudah pun dikenal pasti untuk pembinaan kompleks perpaduan ini. Penubuhan kompleks perpaduan ini sangat penting kerana ia bakal menjadi sebuah pusat yang akan memupuk perpaduan di Kuala Krai juga di kalangan masyarakat bahkan menjadi contoh kepada usaha mengeratkan hubungan kepada semua. Butiran yang kedua ialah 10000 – Emolumen. Saya ingin menarik perhatian pihak kementerian ialah berkaitan dengan kakitangan perpaduan yang tidak cukup yang berbangkit di Kelantan khususnya. Saya mendapat maklumat di 10 buah daerah di Kelantan hanya terdapat empat Pegawai Perpaduan Daerah. Maknanya enam lagi kosong. Setiap pegawai perlu menyelia tugas-tugas kawasan yang tidak mempunyai pegawai. Saya risau ia akan merencatkan usaha perpaduan yang kita harapkan. Terutamanya dengan pelancaran Pelan Tindakan Perpaduan Negara pada Ahad nanti yang sudah pasti memerlukan kepada kerja berfokus. Oleh itu, saya sangat berharap ketidakcukupan pegawai di negeri Kelantan ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Saya juga difahamkan ketidakcukupan pegawai ini tidak berlaku di negeri-negeri lain. Ketiga, Tuan Pengerusi, Butiran 040100 – Tambahan Geran Rukun Tetangga iaitu sebanyak RM10,282,800 pada tahun 2022. Dengan wujudnya butiran ini, semoga ia nanti akan memberi kebaikan kepada semua Rukun Tetangga. Terdapat sebanyak 487 buah Rukun Tetangga di seluruh Kelantan. Kuala Krai sendiri mempunyai 38 buah Rukun Tetangga. Saya difahamkan sebelum ini setiap Rukun Tetangga ini mendapat geran sebanyak RM6,000 bagi satu tahun. Dengan wujudnya geran ini, saya yakin ia akan jadi suntikan semangat kepada sukarelawan-sukarelawan di kawasan Rukun Tetangga ini.
Saya juga sangat berharap pihak kementerian akan terus memperkasa Skim Rondaan Sukarelawan (SRS). SRS ini ternyata sangat berjaya dalam mengekang kejadian kecurian dan juga jenayah di kawasan masing-masing. Masyarakat pastinya akan dapat ketenangan dengan wujudnya SRS ini. Dalam masa yang sama, saya dimaklumkan tentang ketidakcukupan kabin untuk dijadikan sebagai pusat kawalan utama. Saya mohon pihak kementerian menyediakan ketidakcukupan kabin ini. Selain daripada itu, saya ingin mencadangkan elaun makan untuk sukarelawan agar mereka akan lebih bersemangat menjalankan tugas. Saya juga ingin menyarankan agar sukarelawan ini diberi latihan asas tentang SOP untuk menangkap dan menahan penjenayah. Isu yang terakhir, Tuan Pengerusi, ialah Butiran 030400 – Bantuan Geran Per Kapita Tabika Perpaduan iaitu sebanyak RM4,452,500 pada tahun 2022. Saya ingin mengucapkan tahniah di atas peruntukkan sebanyak ini yang diperuntukkan untuk Tabika Perpaduan. Tabika Perpaduan merupakan salah satu aset terbaik untuk memupuk perpaduan di peringkat kanak-kanak lagi. Oleh sebab itu, saya menyarankan Tabika Perpaduan hendaklah diberi perhatian secara serius terutamanya daripada segi peralatannya seperti kerusi, meja dan tentunya keceriaan selain kecukupan tenaga pengajar dan juga pembantu. Saya ingin menanyakan apakah terdapat kajian yang dibuat tentang keberkesanan Tabika Perpaduan ini dalam memupuk perpaduan bermula daripada kanak-kanak lagi dan adakah tabika ini diterima oleh semua kaum terutama di negeri Kelantan yang mana bangsa Melayu merupakan majoriti. Saya ingin penjelasan juga pihak kementerian berapakah peratus kah murid tabika mengikut bangsa di seluruh negara ataupun jika boleh secara bertulis mengikut negeri. Saya difahamkan tabika perpaduan ini didominasi oleh murid Melayu. Mengapa bangsa lain seperti Cina dan India kurang berminat dan ini perlu dikaji oleh pihak kementerian. Semoga dengan adanya peruntukkan dan perbelanjaan ini, saya berharap Tabika Perpaduan akan menjadi lebih berjaya dan efisien. Saya sudahi dengan serangkap pantun. Tuan Puteri dari kayangan, Senyuman manis seperti madu, Pelbagai keturunan bukan halangan, Memperkasakan Keluarga Malaysia menjadi satu. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Seterusnya Yang Berhormat Jelutong. Silakan. Lima minit Yang Berhormat Jelutong.
Terima kasih Tuan Pengerusi yang budiman. Saya juga memulakan perbahasan kali ini dengan ungkapan [Berucap dalam bahasa Tamil] bermaksud dalam bahasa Malaysia “Segala kepujian kepada Tuhan yang Maha Esa”. Kali ini saya ingin menyentuh isu perpaduan iaitu Butiran 020100 – Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.
Tuan Pengerusi, peruntukan kali ini telah dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM189 juta. Isu perpaduan adalah isu yang penting, kalau Yang Berhormat Kuala Krai tadi merujuk kepada Bapak Kemerdekaan sebagai Bapak Perpaduan. Saya ingin mengambil kesempatan untuk merujuk kepada Allahyarham Tok Guru Nik Aziz sebagai seorang ikon perpaduan kerana walaupun beliau merupakan pemimpin PAS kita lihat ketika di bawah pentadbiran beliau dahulu orang-orang yang bukan beragama Islam di Kelantan kebajikan mereka diberi perhatian. Malahan peruntukan-peruntukan besar diberikan oleh Allahyarham Tok Guru Nik Aziz kepada masyarakat India dan juga kepada kerja-kerja membina kuil dan sebagainya.
Saya ingin mencadangkan supaya kementerian Yang Berhormat menerbitkan satu rencana mengenai Tok Guru Nik Aziz kerana kita lihat pemimpin-pemimpin PAS sekarang tidak begitu berhemah, mungkin juga tidak tahu tentang ajaran sebenar Tok Guru Nik Aziz. Saya mengambil kesimpulan Menteri Besar Kedah, kalau pada tahun yang lalu saya merayu kepada bantuan Yang Berhormat yang telah membantu masyarakat India di sana dengan pergi melawat tempat-tempat di mana berlakunya insiden-insiden perobohan kuil dan berjaya menyelesaikan masalah di situ. Kali ini kita menghadapi satu lagi masalah iaitu penutupan kedai-kedai judi.
Yang Berhormat, adakah Yang Berhormat sedar...
Yang bawa macam-macam masalah, Yang Berhormat.
Mohon laluan Yang Berhormat.
Saya tidak cukup masa. Saya minta maaf.
Judi di Kelantan telah pun diharamkan zaman Allahyarham Tok Guru Nik Aziz lagi.
Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi. Saya tidak ada masa kalau beliau...
Judi telah diharamkan di Kelantan. [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Kuala Krai, tolong duduk.
Yang Berhormat Kuala Krai dengar ceramah saya dahulu. Dengar ceramah saya dahulu ya. Dengar saranan saya. [Disampuk] So, saya minta sekali lagi kepada Yang Berhormat supaya kita menerbitkan satu rencana buku tentang Allahyarham Tok Guru Nik Aziz dan cara pemerintahan beliau di Kelantan.
MB Kedah ikut Allahyarham Tok Guru Nik Aziz.
Dan sini saya ingin merayulah sekali lagi kepada kementerian supaya kita memberi pengajaran cara Yang Berhormat untuk mungkin mendidik Menteri Besar Kedah supaya lebih berhemah lagi dalam cara beliau mentadbir negeri Kedah. Negeri Kedah adalah negeri yang mempunyai masyarakat majmuk. Kita perlu sensitif kepada masyarakat majmuk dan saya lihat pada hari ini bertapa susahnya Tuan Pengerusi, satu beg disediakan tentang Keluarga Malaysia. Kita hendak mempromosikan Keluarga Malaysia. Saya berterima kasih atas inisiatif yang diambil tetapi permintaan saya, saranan saya menyediakan beg macam ini dengan kandungan- kandungan seperti baju-baju dan topi sahaja tidak mencukupi untuk membina perpaduan. Kita perlu mendidik pemimpin-pemimpin kita terutamanya daripada PAS supaya lebih sensitif kepada masyarakat majmuk. Ini adalah permintaan saya.
MB Kedah ikut jejak langkah Allahyarham Tok Guru Nik Aziz.
Saya di sini sekali lagi ingin merayulah kepada Menteri supaya isu integrasi Nasional ini diberi perhatian. Perikatan Nasional terdiri daripada PAS, BERSATU dan UMNO. Percubaan-percubaan Perdana Menteri kita Yang Berhormat Bera untuk membina Keluarga Malaysia boleh musnah kalau ada orang-orang seperti pemimpin-pemimpin PAS seperti Menteri Besar Kedah yang celopar yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan, juga Timbalan Menteri.
Minta laluan Yang Berhormat Jelutong.
Yang mengeluarkan kenyataan. Laluan tidak diberikan. Sila duduk. Yang sengaja menyentuh sensitiviti dan juga saya ingin minta Yang Berhormat Menteri untuk memberi pengajaran kepada Timbalan Menteri untuk bercakap dengan cara yang lebih berhemah dengan seorang wanita ataupun wartawan.
Ucapan Yang Berhormat Jelutong ini penuh dengan kebencian, perpecahan.
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Seterusnya Yang Berhormat Kuala Langat. Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Langat.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak mulakan pembentangan saya dengan Kod 20000 – Perkhidmatan dan Bekalan dan juga perbelanjaan keseluruhan di dalam Kementerian Perpaduan Negara. Tuan Pengerusi, kalau kita tengok perbelanjaan untuk perbelanjaan mengurus ini satu amaun yang terbesar di dalam kementerian ini dan untuk program- program yang cara langsung itu ialah RM105 juta. Dari RM105 juta, RM100 juta ialah kepada Program Pembangunan Sosial Ekonomi Masyarakat India dan RM3 juta ialah kepada pusat aktiviti laluan dan Pusat Rukun Tetangga RM1.7 juta. Bermakna Kementerian Perpaduan Negara ini akan bagi tumpuan kepada tiga aspek yang digariskan di dalam buku bajet kita dan kalaulah kita hendak mulakan dengan perpaduan saya ingat masa sudah sampai untuk kementerian berfikir macam mana kita hendak bawa perpaduan di dalam negara kita. I think we have to start thinking out of the box. Politik di dalam negara kita bukan sama sekarang, di dalam masa tiga tahun ini kita telah nampak politik kita berubah di dalam negara kita. Kita kena berani dan sedia untuk berbuat sesuatu untuk bawa politik kita baru di dalam negara kita. Kalau kita kata integrasi dan perpaduan, saya ingat ini akan dimulakan di sekolah-sekolah kita. Malangnya Tuan Pengerusi bila saya turun kepada sekolah, sekolah kebangsaan di dalam kawasan-kawasan saya sama ada sekolah rendah ataupun sekolah kebangsaan menengah terutama sekali sekolah rendah. Saya nampak seolah- olah corak sekolah-sekolah ini sudah tukar di dalam tempoh 25 tahun ini. Apabila saya bersekolah tahun 60-an dan sekarang sekolahnya di dalam negara kita memang coraknya sudah bertukar and this will take effort bukan sahaja dari Kementerian Perpaduan Negara tetapi Kementerian Pendidikan dan juga Kementerian Kewangan, sama-sama untuk buat sesuatu untuk kita bawa balik the standard of school we have, yang dahulu kepada sekarang. Melalui pendidikan sahaja kita akan bina satu negara yang berintegrasi dan juga nampak perpaduan ini akan meningkat di dalam negara kita. Katakan kita biarkan ini dan kita akan bawa perpaduan kepada orang-orang yang berumur dari 20 tahun ke atas ini. Dukacita saya hendak katakan di sini Tuan Pengerusi bahawa kita akan gagal di dalam isu perpaduan. Its start from a young age dan itu kita kena bagi tumpuan sekarang untuk kita berbuat sesuatu. Saya hendak balik kepada Butiran 00201, ini ialah Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India Tuan Pengerusi. If I may say Tuan Pengerusi, bajet ini dimulakan pada tahun 2019 apabila kita telah bincang pada waktu itu dan bawa amaun ini untuk bantu masyarakat India di dalam golongan B40 dan juga untuk pendidikan dan sebagainya. Saya harap Kementerian Perpaduan Negara akan nampak ini sebagai satu aktiviti yang mustahak untuk masyarakat India bangun ataupun bagi mereka satu peluang untuk jadi lebih positif ataupun proaktif di dalam negara kita. Kalau negara kita ada penduduk dekat 31 juta orang sekarang dan dari tujuh persen itu ialah masyarakat India. Itu bermakna kita akan ada dekat dua juta orang India di dalam negara ini.
Daripada dua juta orang India ini Tuan Pengerusi, 70 peratus saya boleh katakan ialah di dalam golongan B40 dan daripada 70 peratus itu lagi 40 peratus ialah di bawah paras yang terendah di dalam negara kita. Saya harap RM100 juta ini yang kita masukkan dan untuk maksudnya ialah untuk bangunkan masyarakat India.
Ini kena digunakan dengan cara yang terbaik. Please think out of the box, think of different ways yang kita boleh bawa perpaduan dan gunakan dana ini untuk meningkatkan taraf hidup orang India di dalam negara kita ini. Akhir sekali Tuan Pengerusi, 17300 – Pusat Rukun Tetangga ini. Saya minta Menteri Kewangan, janganlah kurangkan apa yang kita kena bayar kepada Rukun Tetangga di dalam negara kita ini. Juga kepada Menteri dan Kementerian, bantuan- bantuan ataupun cash outlet yang dibagi kepada Rukun Tetangga di dalam kawasan- kawasan Parlimen, kalau boleh salurkan melalui Ahli Parlimen. Ini lebih senang, untuk kita berdepan, berbincang dan membantu mereka, melalui peruntukan yang kita ada di dalam Parlimen juga boleh digunakan untuk memaju dan juga menaikkan taraf Rukun Tetangga di dalam negara kita. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Silakan Yang Berhormat Sungai Siput.
Terima kasih Tuan Pengerusi mengizinkan Sungai Siput untuk turut serta dalam perbahasan di peringkat Jawatankuasa. Saya merujuk kepada B.14 - Kementerian Perpaduan Negara yang mana anggaran perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan tahun 2022 sejumlah RM447,917,400. Tuan Pengerusi, perpaduan adalah asas tunjang kepada sesebuah negara, khususnya Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Lima prinsip Rukun Negara menjadi pegangan dan asas penyatuan rakyat berbilang kaum di negara ini. Isu perkauman sering ditimbulkan, sehingga kadangkala menyemarakkan api perkauman yang mencetuskan ketegangan di antara kaum. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Perpaduan, apakah langkah-langkah kementerian dalam memperkasakan Rukun Negara sebagai pengikat perpaduan kaum? Saya merujuk kepada Butiran 10000 – yang memperuntukkan hingga 50000 iaitu Peruntukan Pengurusan 2021 sebanyak RM320 juta dan pada tahun hadapan 2022, RM342 juta iaitu peningkatan sebanyak RM22 juta. Jadi saya ingin hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, keperluan peningkatan tersebut. Malangnya terdapat banyak kelemahan dalam pengurusan MITRA bagi tahun 2020 dan tahun 2021. Seterusnya saya merujuk kepada Butiran 04000 – Dasar Baru. Yang mana ada tambahan geran Rukun Tetangga sebanyak RM10,282,500. Jadi saya mohon perincian siapakah yang akan menerima geran-geran tersebut? Tuan Pengerusi, seterusnya saya merujuk kepada Butiran 00201 iaitu Program Pembangunan Sosial Ekonomi Masyarakat India yang diperuntukkan sebanyak RM100 juta. Semasa perbahasan Rancangan Malaysia Kedua Belas, saya telah mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri Perpaduan agar meningkatkan peruntukan sebanyak RM500 juta. Yang Berhormat Menteri semasa penggulungan menyambut baik cadangan saya. Malangnya dalam pembentangan Belanjawan 2020, langsung tidak diambil peduli cadangan tersebut. Hanya peruntukan yang sama seperti tahun-tahun sebelum ini yang amat mengecewakan masyarakat India. Jadi saya memohon penjelasan Yang Berhormat Menteri, kenapa kerajaan yang menguar-uarkan konsep Keluarga Malaysia - malah pada hari ini kami semua dihadiahkan sebuah beg Keluarga Malaysia [menunjukkan sebuah beg] yang mengandungi baju, topi, buku nota dan sebagainya untuk mempromosikan Keluarga Malaysia. Saya percaya perbelanjaan ini berjumlah berjuta-juta ringgit semata- mata hendak mempromosikan Perdana Menteri dan juga konsep dan slogan Keluarga Malaysia. Akan tetapi daripada segi pelaksanaan dalam bajet, ianya tidak mencerminkan perpaduan kaum yang sebenar. Jadi saya mohon Yang Berhormat Menteri memperjelaskan kenapa Yang Berhormat Menteri Perpaduan tidak memperjuangkan apa yang dimaksudkan sebagai
Keluarga Malaysia bagi memastikan peruntukan seharusnya ditambah bagi tahun hadapan. Akan tetapi itu tidak berlaku. Yang lebih malang lagi Yang Berhormat Menteri, peruntukan yang disediakan itu pun gagal diurus tadbir dengan baik sehinggakan berlaku penyelewengan yang kini disiasat oleh SPRM. Persoalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah langkah-langkah yang akan diambil dan jaminan Yang Berhormat Menteri supaya penyelewengan yang telah berlaku ini tidak berulang lagi pada tahun 2020. Dengan ini saya akhiri perbahasan saya. Saya mengucapkan terima kasih kerana mengizinkan Sungai Siput.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput. Yang Berhormat Tebrau, silakan.
Terima kasih Tuan Pengerusi mengizinkan saya sertai perbahasan. Tuan Pengerusi, isu yang saya akan sentuh adalah di bawah Butiran 02000 – Perpaduan Negara. Perpaduan di negara kita bukan pada tahap yang sangat baik kerana kita nampak masih terdapat banyak kekeliruan. Kalau sesuatu isu timbul di negara kita, masyarakat masing-masing akan mengeluarkan perasaan mereka yang tidak menyenangkan akan negara. Jadi saya berharap Yang Berhormat Menteri Perpaduan akan memainkan satu peranan yang baik pada masa yang akan datang supaya masyarakat kita tidak kira kaum dan agama boleh bersama. Macam mana kita boleh adakan? Bagi saya adakan program atau aktiviti di semua tempat yang melibatkan Ahli Parlimen. Ini supaya semua kaum boleh terlibat dalam aktiviti dan mereka boleh menambah persefahaman di antara satu sama lain, sekiranya ada isu untuk sama-sama berbincang. Bukannya berbincang di kalangan golongan sendiri supaya kita boleh mengelakkan isu yang tidak menyenangkan semua pihak dan akan menjadi isu yang besar pada masa akan datang. Saya difahamkan, pelantikan ketua masyarakat Cina dan juga India akan dibawa masuk di Kementerian Perpaduan tidak lama lagi. Saya berharap dalam pemilihan dan pelantikan ini akan melibatkan Ahli Parlimen supaya mereka boleh memberi cadangan. Ini kerana ketua masyarakat India dan juga Cina ini pun berkhidmat kepada masyarakat dengan membantu Ahli-ahli Parlimen supaya setiap isu yang berbangkit di kawasan dapat disampaikan ke Ahli-ahli Parlimen dan boleh bekerjasama untuk mengatasi masalah. Saya faham ini akan dilakukan yang melibatkan semua Ahli Parlimen bagi cadangan supaya orang yang sesuai dapat dilantik.
Juga, saya difahamkan pada masa yang lepas, peruntukan untuk satu kampung baharu Cina ataupun untuk satu masyarakat India, ia ditetapkan satu angka. Yang Berhormat Menteri, saya cuma hendak beritahu, bukan semua kampung baharu Cina ini, ia punya saiz yang sama. Ada yang sangat besar dan ada yang kecil. Tidak sampai hanya ada tujuh buah rumah tetapi satu kampung baharu Cina. Jadi, kalau kita beri peruntukan yang sama, ia tidak mencerminkan ada keadilan untuk membangunkan atau membantu masyarakat di kampung itu. Jadi, saya berharaplah, bukan satu angka ditentukan tetapi ia bergantung pada bilangan penduduk di satu kampung itu. Itu bagi saya lebih adil untuk salurkan peruntukan supaya pembangunan masyarakat itu dapat dibuat dengan cara yang terbaik. Bagi isu geran kepada KRT. Saya pun difahamkan selama ini, ada satu peruntukan tidak silap RM6,000 setahun kepada setiap KRT. Ini juga saya nampak, bukan satu cara yang terbaik kerana di kawasan saya, Parlimen Tebrau pun ada banyak KRT. Saya fikir masalah ini bukan spesial atau di kawasan saya tetapi sama di kawasan lain. Ada KRT yang sangat aktif tetapi ada KRT yang tidak aktif tetapi, dapat peruntukan yang sama. Jadi, bagi saya tidak memberangsangkan KRT yang aktif punya untuk lakukan yang lebih baik. Jadi, saya berharap ada satu kaedah atau pendekatan kita boleh beri insentif kepada KRT yang aktif, berbanding dengan yang bukan aktif atau supaya yang bukan aktif nampak yang aktif punya sudah dapat lebih banyak peruntukan untuk
beraktiviti. Ini supaya, ia jadi satu insentif kepada mereka untuk bangun dalam tidurlah supaya mereka boleh aktifkan balik untuk menjaga masyarakat. Saya pun nampak selama ini di kawasan saya, cuma ramai kaum Melayu yang melibatkan dalam KRT tetapi kaum India dan Cina kurang. Saya boleh faham ini kebanyakan adalah sebab Cina kurang mahu melibatkan dalam aktiviti seperti ini. Kalau ini masih berterusan, jadi saya tidak nampak matlamat yang ditentukan boleh dicapai lah untuk membangunkan atau kita kata untuk bertambah baik lah perpaduan antara kaum. Jadi, saya berharap kementerian boleh bekerjasama dengan Ahli-ahli Parlimen supaya kita boleh ada aktiviti untuk memastikan semua kaum akan terlibat dalam aktiviti di kawasan-kawasan yang tidak ada KRT. Biasa punya yang saya nampak tidak ada KRT...
Masa tamat Yang Berhormat.
Ini adalah kawasan yang ramai penduduk Cina dan kaum India. Jadi, saya mencadangkanlah aktiviti seperti tarian budaya atau adakan aktiviti senaman boleh dilakukan bersama dengan Ahli-ahli Parlimen di kawasan itu supaya objektif yang ditentukan oleh kerajaan dapat dicapai dengan baik. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Yang Berhormat Batu Kawan, silakan.
Terima kasih Tuan Pengerusi atas peluang untuk Batu Kawan membahaskan peringkat Jawatankuasa Kementerian Perpaduan Negara yang diberikan peruntukan sebanyak RM447 juta. Tuan Pengerusi, saya mulakan dengan Butiran 020100 iaitu Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional yang berjumlah RM189 juta. Saya ingin tahu di sini, bagaimanakah peruntukan ini digunakan? Apakah pencapaian agensi ini untuk merapatkan jurang antara kaum di Malaysia? Pada masa yang sama, semalam Pesuruhjaya MACC menyatakan bahawa Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional akan dimasukkan dalam task force untuk mengesahkan dokumen MITRA jika asli atau tidak. Tuan Pengerusi, ini adalah clear cut conflict of interest dan mencerminkan ketidaksungguhan pihak MACC untuk menyiasat atau menggunakan pasukan risikan untuk mengesahkan kandungan dokumen MITRA dengan penerima peruntukan dan menggunakan teknik-teknik atau taktik-taktik lain daripada bergantung kepada satu agensi yang seangkatan dengan MITRA yang sedang disiasat dalam kementerian yang sama. Saya mohon untuk agensi ini, dengan izin, recuse itself. Saya harap Yang Berhormat Menteri akan juga memaklumkan kepada MACC bahawa it is a conflict of interest and Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional tidak terlibat dalam task force ini. Tuan Pengerusi, saya beralih kepada Butiran 030100 iaitu Bertugas ke Luar Negara. Walaupun amaun yang diperuntukkan hanya RM100,000, namun saya ingin tahu – saya mohon kepada Yang Berhormat Menteri untuk senaraikan negara-negara yang telah dilawat tahun lepas dan tahun ini oleh kakitangan kementerian. Nyatakan nama- nama persidangan antarabangsa, konvensyen, workshop, mesyuarat roundtable, working visit yang telah dihadiri. Adakah pihak kementerian terbuka kepada cadangan untuk menghadiri program antarabangsa yang berpaksikan kepada perpaduan daripada segi etnik, kaum dan agama? Butiran 020200 iaitu Perhubungan Masyarakat. Tanggungjawab Kementerian Perpaduan Negara adalah untuk mengukuhkan perhubungan masyarakat dalam kalangan penduduk majmuk Malaysia. Namun, saya ingin tahu, apakah pendirian kementerian terhadap calon-calon dalam Pilihan Raya Negeri Melaka baru-baru ini yang sering menunggang politik identiti kaum (ethnic identity political), dengan izin untuk meraih sokongan daripada pengundi? Bukankah ini bercanggah dengan prinsip perpaduan oleh pihak kementerian?
Butiran 040100 iaitu Tambahan Geran Rukun Tetangga sebanyak RM10.2 juta. Tuan Pengerusi, saya menyokong penambahan geran ini tetapi pada pendapat saya, kita perlu satu garis panduan yang baharu atau framework yang baharu untuk isu perpaduan hari ini. Dengan pelancaran Pelan Tindakan Perpaduan Negara pada 28 November yang akan datang ini, saya pasti impaknya harus dirasai oleh jentera kerajaan seperti Rukun Tetangga yang merupakan pemimpin-pemimpin akar umbi, pemimpin masyarakat. Maka, adalah satu keperluan unsur-unsur Pelan Tindakan Perpaduan Negara ini dimasukkan dalam garis panduan atau SOP baharu untuk Rukun Tetangga. Saya teruskan dengan Butiran 020300 iaitu Pembangunan Masyarakat. Saya berharap Yang Berhormat Menteri dapat mewujudkan satu platform untuk berbincang dengan semua Ahli Parlimen untuk mewujudkan satu Race Relations Act. Saya tahu ada undang-undang primitif untuk menghukum mereka yang mewujudkan kebencian antara kaum yang ada dalam Kanun Keseksaan. Namun, saya harap Yang Berhormat Menteri akan melabur masa dan tenaga untuk formulate satu Race Relations Act atau equivalent atau bersamaan dengan Race Relations Act untuk Malaysia baharu ini. Pelan Tindakan Perpaduan Negara harus juga bukan satu dokumen dan bukan satu yang wujud dalam satu majlis pelancaran tetapi pada pandangan saya, harus dibukukan dan harus dijadikan satu akta supaya jenayah-jenayah seperti hate speech, diskriminasi, inequality dapat juga ditangani. Memandangkan Kementerian Perpaduan adalah satu-satunya kementerian yang diberikan tanggungjawab, diberikan tugas untuk menjaga ataupun memastikan serta mengekalkan perpaduan yang ada, maka, saya rasa ini adalah platform yang terbaik untuk Yang Berhormat Menteri Perpaduan Negara bersama-sama dengan kami Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang untuk berdialog mewujudkan satu Race Relations Act atau bersamaan untuk kebaikan negara dan untuk Keluarga Malaysia ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Hulu Langat.
Tuan Pengerusi, saya hendak terus ke Butiran 020100 iaitu Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.
Untuk Kod 20000, anggaran bagi tahun 2022 hanya RM36,805,900, berbanding pada tahun lalu sebanyak RM42,255,200. Mengapakah berkurangan? Sepatutnya perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan untuk 8,000 Rukun Tetangga, Tabika Perpaduan dan lain-lain program harus ditambah akibat COVID-19. Apatah lagi di bandar-bandar besar yang segala kos semakin bertambah. Seterusnya, Butiran 050000 – “One-Off” pada kod 050100 – Pembangunan Sistem e-Tabika Perpaduan, hanya diberikan peruntukan sebanyak RM200,000. Cukupkah jumlah sebanyak RM200,000 ini hendak menyelaras beribu Tabika Perpaduan termasuk di Sabah dan Sarawak. Sepatutnya, bukan sistem IT sahaja. Murid tabika pun tahu bahawa guru-guru tabika perlu kepada komputer riba. Mereka inilah agen perpaduan yang sebenarnya di akar umbi sana. Tambah peruntukan termasuk printer dan scanner untuk aktiviti di taman-taman perumahan serta PPR. Tuan Pengerusi, Butiran 17200 – Pusat Aktiviti Perpaduan sebanyak RM3,680,000 dan Butiran 17300 – Pusat Rukun Tetangga berjumlah RM1,709,000 tidak cukup untuk buat kompleks-kompleks baharu. Pasca wabak ini, lagi susah orang hendak merentas sempadan. Negeri-negeri pelbagai kaum seperti di Selangor memerlukan lebih banyak Pusat Aktiviti Perpaduan serta Pusat Rukun Tetangga, khususnya di kawasan- kawasan panas. Semoga Yang Berhormat Menteri Perpaduan Negara ambil maklum bahawa lebihkanlah peruntukan kepada Jabatan Perpaduan di negeri-negeri yang ada pelbagai kaum seperti di Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang. Masyarakat di seluruh negara sedang menilai apakah Kementerian Perpaduan Negara betul-betul berfungsi ataupun hanya
bercakap sahaja. Sekarang, kepayahan akibat wabak sedang dirasai. Perpaduan menjadi rapuh jika tidak dikawal. Bukannya menjaga kepentingan politik parti-parti tertentu sahaja. Penubuhan semula Kementerian Perpaduan Negara memberi suatu yang sangat signifikan dalam kerangka pembangunan negara bangsa. Pembangunan negara bangsa ini sangat penting untuk negara kita terutama dalam menghadapi pelbagai cabaran pada akhir-akhir ini. Sejauh manakah elemen-elemen perpaduan dimasukkan dalam penggubalan dasar-dasar negara, seperti Dasar Pendidikan Nasional, Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Perumahan Negara dan dasar-dasar kita yang lain? Saya bimbang, aktiviti perpaduan mengecil dan rutin sahaja. Rukun Tetangga dan Rukun Negara secara bermusim. Tidak ada grand idea untuk kita menyuburkan balik semangat perpaduan. Pada zaman Almarhum Tun Abdul Razak Hussein, apa-apa dasar mestilah disulami dengan agenda perpaduan nasional. Barangkali, semangat pengajaran peristiwa 13 Mei masih hangat ketika itu. Isu MA63. Kalau kita lihat, KPN kelihatan senyap untuk promote integrasi nasional itu sendiri. Kita dahagakan kemesraan, seni yang indah. Orang-orang Iban, Kadazan, Murut dan suku-suku lainnya untuk dapat dirasakan oleh mereka yang berada di Semenanjung, Begitu juga, kemesraan Semenanjung ini kita hendak bawa ke Sabah dan Sarawak agar kita dapat memperkuatkan lagi konsep perpaduan yang dicita-citakan. Saya rasa sekadar itu. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Terima kasih, Yang Berhormat Hulu Langat. Yang Berhormat Batu Gajah, silakan.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. B.14, Butiran 020100 – Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Sejak sebelum merdeka lagi, kita telah berhadapan dengan pelbagai isu yang berkaitan dengan perpaduan. Pelbagai usaha telah diambil untuk menangani perpaduan kaum di negara ini. Sebagai contoh, inti pati Dasar Ekonomi Baru adalah untuk merapatkan jurang ekonomi antara kaum. Akan tetapi sejauh manakah usaha-usaha ini telah berjaya? Pada hemat saya, kita telah gagal dalam usaha-usaha ini. Kita hanya berjaya mengawal keadaan melalui semangat toleransi yang dipupuk di hati sanubari rakyat Malaysia. Pendekatan ini hanya sekadar mekanisme yang berjaya mengawal supaya tidak berlaku sesuatu insiden yang tidak diingini. Akan tetapi, perasaan kebencian antara kaum dan agama semakin pekat, seolah-olah api dalam sekam. Ahli-ahli Yang Berhormat, tepuk dada dan tanya selera. Adakah hubungan antara kaum semakin rapat pada hari ini kalau dibandingkan dengan tahun 1960-an, 1970-an dan 1980-an? Tentu sekali tidak. Semangat perkauman semakin menebal. Mereka yang sepatutnya melawan semangat asabiyah, hari ini menjadi dalang-dalang yang sentiasa membaja dan menyiram dalam usaha menyuburkan semangat asabiyah. Ini untuk kepentingan politik, walaupun ini adalah bertentangan dengan ajaran agama. Pada hari ini, sukan pun sudah dilihat dengan identiti kaum. Adakah ini wajar? Apakah usaha-usaha kementerian untuk memecahkan belenggu ini? Setiap sukan adalah milik setiap orang rakyat negara ini. Pemilihan pemain dan atlet dalam bidang sukan haruslah berasaskan merit dan bukan berdasarkan warna kulit. Apakah usaha-usaha yang diambil oleh Kementerian Perpaduan Negara dalam mengira Indeks Perpaduan supaya KPI kementerian ini dapat diukur dan dinilai dengan lebih jitu? Jika tidak, peruntukan kewangan untuk kementerian ini adalah sia-sia. Tindakan tegas perlu diambil terhadap sesiapa sahaja yang cuba memecahkan perpaduan di negara kita. Setakat ini, berapakah orang yang telah ditangkap, disiasat dan diambil tindakan kerana sengaja menimbulkan isu-isu sensitif perkauman dan agama semata-mata untuk kepentingan peribadi? Kita lihat semakin ramai yang berani menghina dan memperkecilkan sesuatu kaum atau agama di media sosial. Akan tetapi, tidak ada apa-apa tindakan terhadap mereka. Pada hari ini, ia masih membara. Suatu hari nanti, ia akan membakar. Bertindaklah, “sebelum nasi menjadi bubur”.
Tuan Pengerusi, perkara seterusnya di bawah Butiran 040100 – Tambahan Geran Rukun Tetangga. Saya ingin tahu, apakah fungsi dan peranan utama Rukun Tetangga. Saya pernah menghadiri banyak program KRT yang tidak menunjukkan semangat muhibah. Apakah asas penubuhan KRT telah dicapai? Sejauh manakah SOP pengoperasian KRT dipantau untuk memastikan program-program yang dianjurkan itu menyuburkan semangat perpaduan? Saya juga mencadangkan supaya RM10,000 diberikan setahun kepada setiap KRT yang benar-benar menganjurkan program yang berjaya menanam semangat muhibah. Saya tahu, memang ada peruntukan sebanyak RM6,000 tetapi tambahkan peruntukan tersebut kepada RM10,000 kalau program-program yang dianjurkan itu benar- benar mempunyai unsur muhibah. Dalam kesempatan ini, saya juga ingin memohon supaya satu peruntukan khas diberikan kepada KRT Batu Gajah untuk membaik pulih bangunan yang rosak dimakan anai-anai. Perkara ini telah dibawa kepada perhatian kementerian pada beberapa tahun yang lalu. Saya telah menerima peringatan kali kelima daripada Jawatankuasa KRT Batu Gajah mengenai hal ini. Mohon tindakan segera. Tuan Pengerusi, Butiran 00201 – Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India. Berkenaan dengan isu MITRA, saya minta jasa baik Yang Berhormat Menteri untuk menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan oleh saya dan rakan-rakan saya dalam perbahasan belanjawan peringkat dasar. Tidak wajar untuk melindungi sesiapa sahaja yang menyeleweng dana kaum miskin. Penyiasatan SPRM tidak menghalang Yang Berhormat Menteri untuk menjawab yang benar di Parlimen. Tolonglah, jangan berselindung di bawah selimut SPRM. Saya juga mencadangkan supaya beberapa orang Ahli Parlimen daripada pihak pembangkang dan juga pihak kerajaan dilantik dalam Jawatankuasa Penilaian dan Jawatankuasa Pemantauan MITRA berasaskan prinsip check and balance dan meningkatkan tahap integriti dan akauntabiliti Kementerian Perpaduan Negara. Akhir sekali, Butiran 030000 – Program Khusus bagi tahun 2022 iaitu Butiran 030300 – Bantuan Makanan Tambahan Tabika Perpaduan dan Butiran 030400 – Bantuan Geran Per Kapita Tabika Perpaduan. Lebih daripada RM25.6 juta disediakan untuk kedua-dua program ini. Bagaimanakah pengagihan dana ini akan dilakukan di peringkat akar umbi tanpa sebarang penyelewengan seperti dana MITRA? Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Batu Gajah. Yang Berhormat Kepong—tidak ada. Yang Berhormat Rasah.
Terima kasih Tuan Pengerusi atas peluang yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2022 peringkat Jawatankuasa, Kementerian Perpaduan Negara pada petang ini. Tuan Pengerusi, saya ada beberapa perkara yang saya hendak sebutkan dalam peluang yang ada pada petang ini.
Pertama, sebelum saya mula kebetulan tie saya dengan tudung Yang Berhormat Menteri sama colour. Terbukti memang kita sama-sama menjunjung perpaduan dalam negara kita. Perkara pertama saya hendak sebutkan, peruntukan untuk kementerian ini terutamanya peruntukan pembangunan. Saya memang kecewa. Akan tetapi bukan kecewa dengan Yang Berhormat Menteri, kecewa dengan kementerian ataupun kekecewaan dengan perbendaharaan yang memberikan peruntukan yang kurang kepada kementerian ini. Sebab saya tengok daripada semua kementerian, ini adalah antara kementerian yang paling kurang peruntukan pembangunannya. Hanya diberikan RM105 juta sahaja. Kalau kita tolak RM100 juta untuk MITRA, tinggal RM5 juta. Kalau setakat itulah peruntukan yang diberikan kepada kementerian ini, apa yang kita boleh harapkan. Saya hendak cakap terus terang. Sebab semua benda dia perlukan peruntukan untuk membolehkan gerak kerja jentera, dasar, pelan tindakan dapat berjalan dengan lancar. Pada hari Sabtu ini kalau tidak silap, ada pelancaran – pada hari Ahad ini
ada pelancaran Pelan Tindakan Perpaduan Negara yang akan dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Ini suatu usaha yang baik. Cuma, kalau tidak ada peruntukan yang secukupnya macam mana pelan, dasar atau perkara sebegini dapat membawa impak yang positif untuk perpaduan negara. Jadi, saya mohon supaya pihak kerajaan mengambil berat perkara ini lebih-lebih lagi apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah melancarkan ataupun mengutarakan konsep Keluarga Malaysia. Walaupun kita sedia maklum, pelancaran konsep Keluarga Malaysia sebenarnya telah dibuat pada tahun 2019 oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri ketika itu iaitu Yang Berhormat Pandan. Akan tetapi tidak apalah. Boleh ‘xerox’, tidak ada masalah, boleh ambil konsep itu. Janji ia membawa perpaduan dan kebaikan untuk rakyat Malaysia dalam masyarakat majmuk. Perkara kedua yang saya hendak sebutkan Tuan Pengerusi, di bawah Butiran 020100 – Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Tahun lepas RM71 juta, tahun ini RM44 juta. satu pengurangan yang bagi saya cukup mengejutkan kita. Kita sebut perpaduan, kita sebut KPI untuk KPN, kementerian ini. Akan tetapi geran untuk – saya percaya ini adalah geran untuk KRT dikurangkan. Macam mana ini? Kalau sebelum ini RM6,000 ke RM7,000 untuk satu KRT yang tahap A, jadi berapa mereka dapat? Susahlah kalau macam itu. Payah hendak buat program. Jadi, saya minta penjelasan daripada pihak Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan perkara ini sebab KRT ini diletakkan di seluruh negara. Dia adalah antara entiti akar umbi yang sangat penting bila kita sebut perpaduan. Sepatutnya entiti KRT itulah yang menjadi entiti di peringkat akar umbi untuk membawa ataupun merencanakan konsep perpaduan di negara kita. Seterusnya di bawah Butiran 030300 – Bantuan Makanan Tambahan Tabika Perpaduan ada RM21 juta. Butiran 030400 – Bantuan Geran Per Kapita Tabika Perpaduan ada RM4.4 juta. Ini perkara baharu, saya menyambut baik. Cuma saya hendak tanya bagaimana pengagihannya dan berapa orang murid Tabika Perpaduan akan mendapat manfaat daripada program ini. Saya percaya Yang Berhormat Menteri ada figure berkenaan dengan ini. Cuma saya harap semua Tabika Perpaduan dapat merasai manfaat ini. Seterusnya, saya hendak ambil peluang untuk mengutarakan satu perkara yang saya tidak nampak dalam buku bajet ini iaitu berkenaan dengan RM50 juta peruntukan daripada kementerian ini khas untuk rumah ibadat bukan Islam. Tahun ini saya tahu ada untuk rumah ibadat bukan Islam - gereja, tokong, kuil dan sebagainya. Kenapa tidak ada dalam buku bajet? Ia sesuatu yang baharu. Tahun lepas memang tidak ada dalam buku bajet. Betul. Ia telah dimulakan tahun ini. Apakah RM50 juta itu ataupun anggaran yang berbeza saya harap naik ada tetapi diletakkan di bawah butiran yang mungkin terselindung ataupun saya tidak nampak. Mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Perkara terakhir Tuan Pengerusi yang saya hendak sebutkan berkenaan dengan bidang kuasa Kampung Baru. Saya minta maaf sebab tidak ada dalam butiran di bawah maksud Bekalan 14 dan juga maksud Pembangunan 14 – Kementerian Perpaduan Negara. Akan tetapi saya dimaklumkan surat cara daripada pihak KSN telah keluar di mana bidang kuasa Kampung Baru di seluruh negara yang lebih 600 buah Kampung Baru terletak di bawah Kementerian Perpaduan Negara dipindahkan daripada KPKT. Saya nampak dalam buku bajet itu peruntukan tidak kira peruntukan bekalan ataupun peruntukan pembangunan, kedua-duanya masih terletak di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Jadi, saya mohon penjelasan apakah betul apa yang saya sebutkan kenapa tidak ada dalam peruntukan untuk kementerian ini. Jadi, sekian saja Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Terima kasih ada lagi tiga orang pembahas. Saya rancangkan agar Yang Berhormat Menteri menjawab pada pukul 3.40 petang. Jadi, cukup-cukup lima minit seorang. Yang Berhormat Baling, silakan.
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana beri Baling peluang untuk mengambil bahas ini. Bismillahir Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Wa’alaikumussalam.
Salam Keluarga Malaysia. Butiran 00201 – Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA). Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) yang diterajui oleh Kementerian Perpaduan Negara merupakan sebuah unit khas bertanggungjawab dalam menangani isu pembangunan sosioekonomi masyarakat India di Malaysia khususnya golongan B40. Pembangunan inklusif kira-kira 2 juta orang masyarakat India merangkumi tujuh peratus daripada keseluruhan populasi Malaysia sentiasa menjadi sebahagian agenda nasional negara demi peningkatan sosioekonomi dan taraf hidup kaum India di Malaysia. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kementerian ini kerana saya telah banyak mendapat manfaat untuk rakyat saya di dalam kawasan saya khususnya masyarakat India waktu MCO nya berkali-kali dan waktu Deepavali nya dan sebagainya. Jadi, saya melihat kementerian ini amat signifikan untuk kita pohon Menteri untuk mendapatkan lagi tambahan dana RM140 juta, RM100 juta tidak mencukupi. Kalau kita melihat pada hari ini komitmen KPN menerusi MITRA, ini satu pendekatan yang amat luar biasa dan baik dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat India. Saya amat menyanjung usaha-usaha dan untuk membasmi kemiskinan tanpa sempadan dan bangsa, agama dan latar belakang. Saya ingin mengesyorkan kepada Yang Berhormat Menteri, lepas ini selain daripada Ahli-ahli Parlimen, ADUN-ADUN kita libatkan untuk mendapatkan nama-nama di kawasan masing-masing seluruh Malaysia. Saya ingin mengesyorkan beberapa perkara lagi di antaranya adakah kementerian ada pemikiran yang luar kotak, pemikiran yang ingin membantu mereka selain memberi kotak- kotak. Selain pendekatan ini, adakah kita hendak bagi mata kail kepada mereka kerana kita tahu masyarakat India ini dia rajin, dia sangat rajin dalam konteks lelakinya boleh bagi jigsaw machine potong tebang pokok dan sebagainya, bagi mesin rumput. Kepada mereka wanita yang kaum keturunan India bagi dia mesin jahit, mesin jahit tepi ataupun dia hendak buat gerai, gerai thosai dan sebagainya di kawasan mereka. Kalau ini boleh juga kita fikirkan selain kita memberi kotak makanan, kita juga Tuan Pengerusi kita boleh bagi mata kail kepada mereka untuk mereka dapat pendapatan sampingan khususnya di kawasan-kawasan luar bandar yg kena banjir dan sebagainya, ada yang memotong getah sudah tidak boleh memotong getah. Ini di antara perkara yang saya fikir wajar kementerian memikirkan. Saya juga ingin dapatkan penjelasan adakah bajet yang diperuntukkan mencukupi sekarang ini? Sebab saya dapat kotak – terima kasih tetapi Yang Berhormat Menteri tidak boleh bagi semua. Terima kasihlah yang bagi pun saya sudah syukur. Akan tetapi saya hendak bagi pada mereka yang masyarakat India yang lain saya ambil kotak itu, pergi ke kedai, saya letak di situ, saya minta barang yang sama yang sumbangan Ahli Parlimen hendak bagi hampir RM160. Begitu banyak makanannya sampai tidak larat hendak ambil. Kita kena deliver house to house, terlalu berat lebih 30 kilogram. Jadi, ini satu perkara yang baik tetapi kalau dapat minta daripada Kementerian Kewangan tambah bajet. Ini adalah lebih baik dan saya hendak minta adakah kementerian melalui MITRA hendak menambah macam saya sebutkan tadi value added. Saya fikir kena fikirkan program value added tambah nilai seperti saya syorkan tadi. Satu lagi Tuan Pengerusi, demi kestabilan, demi kemakmuran, kestabilan demi kemakmuran menjunjung aspirasi Keluarga Malaysia.
Saya harap kementerian ini dapat mantapkan lagi kerja yang dibuat. Saya ingin menyatakan bahawa Yang Berhormat Menteri, you’re one of the best Minister, semua rakan tak marah dekat you. Cuma mereka beritahu kaedah-kaedah terdahulu dan mereka minta. Jadi, biarlah yang itu macam Yang Berhormat Menteri sebut tadi dan telah diserahkan semalam oleh Pesuruhjaya SPRM, iaitu Tan Sri Azam Baki telah mengeluarkan kenyataan semalam, “Kertas siasatan 10 buah syarikat terima geran MITRA hampir selesai. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hampir selesai melengkapkan kertas siasatan melibatkan 10 buah syarikat yang telah menerima geran peruntukan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA). Pesuruhjaya,
Tan Sri Azam Baki berkata, kertas siasatan ini akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa tempoh terdekat ini bagi dicadangkan pertuduhan terhadap syarikat-syarikat berkenaan”. Maknanya semua ini sudah berlaku. Jadi, saya harap kita di sini sebagai wakil rakyat, kita bukan hakim, kita bukan majistret, kita bukan peguam bela. Kita serahkan. Kalau hendak tanya Tuan Pengerusi, saya ada pengalaman 13 malam dalam lokap SPRM tetapi saya menghormati keluruhan undang-undang dan mereka melaksanakan tugasan mereka. Jadi biarlah mereka buat kerja mereka. Insya-Allah, tidak lama lagi AG akan fikir dan akan tuduh mereka ini dan selesai masalah. Jadi kita tidak payah mempertikaikan ataupun kita tidak payahlah macam hendak hentam Menteri dan kita suka Menteri ini buat kerja ini dengan lebih baik lagi dan dapat tambah peruntukan. Yang Berhormat Menteri, please don’t give up. Jangan putus asa dengan apa yang disebutkan rakan-rakan di sana. Mereka out of the frustration, sebab apa yang mereka dapat maklumat, ada ketirisan. Let it be. Biarlah AGC, biarlah hakim menentukan. Saya minta Yang Berhormat Menteri cekalkan, kuatkan lagi semangat, teruskan tambah lagi banyak bajet bagi lebih ramai— banyak lebih rancakkan, lebih banyak program bagi kepada masyarakat India yang di luar sana. Tidak kiralah dalam estet, di kawasan luar bandar, di bandar, di Sabah, di Sarawak, Sarawak hendak pilihan raya atau tidak pilihan raya kita tetap pergi bantu semua rakyat dalam konteks yang sebenar-benarnya MITRA diwujudkan. Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya doakan Yang Berhormat Menteri dikuatkan semangat, terus dapat kejayaan dalam kementerian Yang Berhormat Menteri. Terima kasih kepada seluruh kakitangan dan anggota di bawah Kementerian Perpaduan Negara ini, terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Kinabatangan, sila.
Ya Tuan Pengerusi, terima kasih. Butiran 020100 – Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Yang Berhormat Menteri, kita sudah merdeka lebih 60 tahun. Kadang-kadang saya malu berbicara soal perpaduan. Mana ada perpaduan dalam negara kita? Daripada awal kita pecah belah perpaduan minda anak-anak kita. Ada sekolah kebangsaan Melayu, Cina, Kadazan, ada Tamil. Inikah perpaduan? Apa perpaduan? Kita sudah pecah dan perintah mereka dari awal-awal, lain-lain sekolah. Boleh ada ajaran sekolah-sekolah begini tetapi carilah sekolah perpaduan. Wujudkan sekurang-kurangnya mereka duduk dalam satu bumbung. Mereka berkongsi dewan. Mereka berkongsi kantin. Mereka berkongsi padang, barulah ada cetusan perpaduan. Kita bicara perpaduan sana, perpaduan sini tetapi at the same time kita pecah belah anak-anak kita di bawah.
[Bangun]
Yang Berhormat Kinabatangan.
Ya lah, kita pun pecah UMNO, MIC, MCA semua pecah juga.
Minta celah. [Sistem pembesar suara dimatikan]
Tolonglah duduk.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Duduk sekejap Yang Berhormat Sungai Siput. Tolong Yang Berhormat Kinabatangan, sambung. Yang Berhormat Kinabatangan, tolong sambung.
Kita serius bercakap, ada penyangak yang tidak tahu dari mana. Kita mahu perpaduan ini penting Yang Berhormat. Yang Berhormat bercakap tadi saya diam-diam. Oleh sebab kenapa perpaduan ini—
negara kita ini seperti telur di atas tanduk. Kita negara majmuk. Kita lihat apa yang berlaku di negara Bosnia, satu bangsa cuma lain agama. Mereka boleh sembelih saudara mereka di sebelah rumah. Apa lagi kita ini? Ada Melayu, ada Cina, ada India, ada Sabah, ada Sarawak, ada Orang Asli. Seharusnya perpaduan ini diperkuatkan. Wujudkan sekolah perpaduan. Wujudkan sekolah Keluarga Malaysia. Di situlah letaknya sekolah kebangsaan Melayu, Cina, India. Lain-lain kelas tetapi mereka boleh berkongsi, boleh hidup dalam aman damai dan mereka tahu asal usul mereka bahawa perpaduan ini akan selalu tercetus. Pertama, apabila ada kempen pilihan raya. Kedua, apabila ada kerajaan diturunkan. Di situlah provokasi melampau, provokasi agama, provokasi kaum, penghinaan kepada institusi raja dan negara. Semua orang sudah lupa diri. Sudah tidak tahu dari mana asal usulnya. Sedangkan perpaduan ini kalau diurus dengan sebaik mungkin, saya tidak nampak ada masyarakat di luar sana yang akan cuba mengganggu gugat sebab mereka tahu kepentingan perpaduan itu amat penting bagi semua pihak. Kalau tidak perpaduan ini apabila ada berlaku cetusan yang besar...
Minta laluan. Yang Berhormat Kinabatangan, minta laluan. Tanjong Malim. Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Saya cuma hendak tanya, adakah Yang Berhormat Kinabatangan setuju bahawa kita harus beri peruntukan yang sama rata kepada semua aliran sekolah supaya kita tidak ada ketidakadilan yang akan menjejaskan perpaduan di antara rakyat kita.
Yang Berhormat Tanjong Malim tidak boleh tangkap apa saya hujah. Hujahan saya, biarlah kita adakan satu sekolah. Di situlah aliran bahasa Melayunya, di situlah aliran Cinanya, Indiakah, lain-lain bangsakah. Ia dalam satu kompaun, bermakna di bawah satu bumbung tetapi lain-lainlah syllabus-nya. Yang mahu pergi sekolah SJK Cina, Cinalah. Pergi India, Indialah. Melayu, Melayulah tetapi apabila...
Ya, faham. Maksud saya peruntukan yang sama rata.
Tidak ada peruntukan, satu peruntukan sahaja untuk sekolah ini...
Penjelasan.
...Sekolah kebangsaan perpaduan.
Yang Berhormat Kinabatangan, penjelasan.
Yang Berhormat Kinabatangan.
Ini sahabat saya, sila.
Ya, terima kasih Tuan Pengerusi. Sebenarnya sebelum ini dalam 90-an kita sudah ada Sekolah Wawasan. Yang Berhormat tahu atau tidak tahu?
Itu saya marah sebab sekolah wawasan nama sahaja tetapi implementasi dan pelaksanaannya tidak ada. Ini yang saya mahu cadangkan kepada Yang Berhormat Menteri yang baru ini, kalau mahu lihat perpaduan benar-benar berlaku pada masa akan datang, kita kena sediakan platform yang baharu kepada anak bangsa kita. Kalau tidak mereka akan tuduh kita selaku ibu- bapa mereka, tidak bertanggungjawab untuk mewujudkan perpaduan dalam negara untuk mereka. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kinabatangan boleh mencelah?
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Akhir sekali Yang Berhormat Padang Serai, silakan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Kalau kita tanya sini, kena marah. Tidak tanya, rakyat marah. Butiran 020100 – Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Saya amat tertarik dengan langkah kerajaan dalam meningkatkan perpaduan negara di bawah Butiran 020100 tetapi menjadi soalan saya kepada kerajaan adalah, bagaimana kerajaan akan memastikan penyelewengan itu tidak berlaku dalam pelaksanaan polisi ini? Saya ingin mohon penjelasan daripada kerajaan mengenai isu penyelewengan dana MITRA dan melibatkan duit rakyat sebanyak RM203 juta. Bagaimana perkara ini boleh berlaku yang sepatutnya duit itu digunakan untuk penambahbaikan taraf hidup rakyat? Selain isu itu, saya juga ingin menyuarakan semangat kecintaan rakyat kepada Jalur Gemilang. Jujur saya katakan kecintaan rakyat kepada Jalur Gemilang semakin kurang dan ini menakutkan kepada saya. Bagaimana kita mahu membina semangat patriotik kepada generasi baharu jika kecintaan kepada Jalur Gemilang itu tiada? Mohon penjelasan daripada pihak kerajaan, apakah langkah kerajaan dalam meningkatkan semangat kecintaan. Perkara ini penting dalam memastikan rakyat mengutamakan kepentingan negara berbanding kepentingan individu? Butiran 040000 – Dasar Baru. Saya mengalu-alukan dasar baru yang ingin diwujudkan melalui Geran Rukun Tetangga tetapi menjadi persoalan kepada saya adalah, bagaimana kerajaan akan memastikan pengagihan ini adil dan diberikan kepada waktu yang tepat? Ini kerana saya banyak mendapat laporan daripada rakyat bahawa amat sukar dalam mendapatkan peruntukan daripada kerajaan atau peruntukan itu diberi pada waktu yang tidak sesuai. Ini menyukarkan dalam bersama kerajaan untuk menggerakkan polisi kerajaan itu.
Butiran 00201 – Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India. Di bawah Butiran 00201, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta untuk memberi secara langsung dalam membangunkan sosioekonomi masyarakat India. Akan tetapi, saya ada soalan kepada kementerian mengenai pemberian peruntukan kepada tadika masyarakat India. Untuk pengetahuan rakan-rakan sekalian, tadika masyarakat India hanya mengenakan sebanyak RM100 untuk seorang murid. Cuba bayangkan jika kita mempunyai 20 orang murid, seorang pengetua dan dua orang cikgu, maka jumlah semua ada RM2,000 daripada yuran. Sudah pasti jumlah ini tidak mencukupi untuk membayar gaji kepada guru dan pengetua. Ini menyebabkan mereka tidak mendapat gaji yang sepatutnya. Ini menyukarkan kepada mereka untuk meneruskan perkhidmatan mereka kepada masyarakat. Saya mencadangkan, daripada RM100 dinaikkan RM200 setiap murid untuk beri kemudahan kepada tadika. Saya mohon kementerian menjelaskan persoalan yang dibangkitkan oleh saya agar rakyat jelas tentang perkara yang berlaku. Sekian, terima kasih. Tuan Pengerusi, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Padang Serai. Tamat waktu perbahasan. Saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri. 20 minit, Yang Berhormat Menteri menjawab kalau boleh. Silakan.
Tuan Pengerusi, izinkan saya turunkan mask saya ini, Tuan Pengerusi. Banyak hendak jawab ini. Tuan Pengerusi, ini dia catatan yang saya catat [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen]. Dua puluh tiga orang pembahas. Tebal ini. Memang sudah tentu tidak cukuplah 20 minit itu. Tuan Pengerusi, izinkan saya untuk menjawab bagi kepada mana-mana Ahli Yang Berhormat yang ada dalam Dewan ini, yang pertama. Keduanya, sekiranya saya tidak sempat habiskan, saya akan jawab secara bertulis. Terima kasih, Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada 23 Ahli Yang Berhormat yang telah pun melibatkan diri dalam perbahasan. Ada persoalan, ada cadangan dan sebagainya. Saya ingin memaklumkan dalam Belanjawan 2022 ini,
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah pun diperuntukkan seperti jumlah Yang Berhormat maklum, iaitu RM447,917,400 dan ada perbelanjaan mengurus dan ada perbelanjaan pembangunan, termasuk MITRA. Ada juga persoalan yang dibangkitkan, contoh daripada Yang Berhormat Rasah, kenapa RM50 juta rumah ibadah itu tidak ada dalam senarai. Itu, Yang Berhormat, dia masuk bawah bajet B.11 Kementerian Kewangan. Maknanya, kita hantarkan senarai itu, kita siapkan dan Kementerian Kewangan akan turunkan peruntukan untuk turunkan kepada mana-mana permohonan yang telah pun berjaya disaring dan diluluskan oleh pihak Jawatankuasa Penilai yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Datuk Ketua Setiausaha saya. Saya ingin terus kepada persoalan. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat – Saya minta maaf Tuan Pengerusi, kerana dia tidak mengikut urutan kepada perbahasan.
Betul. Ya.
Jadi mana yang ada pada saya, saya akan jawab dahulu. Perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Krai iaitu geran per kapita, pecahan murid ikut kaum, ramai masyarakat kurang berminat ke Tabika Perpaduan. Saya – Yang Berhormat Kuala Krai ada? Okey. Terima kasih. Oh, songkok buka. Tidak perasan. Saya ingin memaklumkan, Tuan Pengerusi, Kementerian Perpaduan Negara, Yang Berhormat, telah pun melaksanakan Pelan Pendidikan Awal Kanak-kanak Tabika Perpaduan bagi 1,781 Tabika-tabika Perpaduan. Pelan ini adalah pelan yang sangat komprehensif bagi perancangan 10 tahun, iaitu bagi tahun 2021 hingga tahun 2030. Sejumlah 10 inisiatif baharu, Yang Berhormat, telah pun diperkenalkan. Modul Pendidikan Rukun Negara kita masukkan. Modul Komunikasi Asas Bahasa Ketiga, memperkenalkan pendedahan Modul Kemahiran Jom Urus Diri, pendedahan asas pengurusan kepada anak-anak kita dan kemudian ada Buku Aktiviti dan Lembaran Kerja, Modul Kursus dan Latihan Guru Tadika Perpaduan, Buku Panduan Bantuan Pengajaran Tahunan/Mingguan/Harian Tabika Perpaduan, Buku Pentaksiran Pengajaran Harian/Bulanan Tabika Perpaduan, Buku Pengurusan dan Pentadbiran Tabika Perpaduan dan Unit Naziran Tabika Perpaduan. Jadi ini antara content ataupun pengisian kepada pelan yang saya sebutkan tadi bagi tempoh 10 tahun untuk kita laksanakan. Selain daripada itu Yang Berhormat Tuan Pengerusi, usaha-usaha sedang dijalankan untuk kita tingkatkan lagi minat masyarakat yang ada dalam komuniti. Maknanya masyarakat kaum Cina, kaum India dan lain-lain supaya tujuan asal Tabika Perpaduan ini diwujudkan Yang Berhormat Tuan Pengerusi untuk kita semai semangat perpaduan itu daripada Pendidikan Awal Kanak-kanak iaitu pendidikan asas di peringkat Tabika-tabika Perpaduan. Jadi kerana itu Yang Berhormat, pada kali ini, bila kita hendak buka tabika-tabika baharu, kita tidak lagi mengikut kepada permohonan yang dibuat. Akan tetapi, kita akan jalankan survey sama ada, ada permintaan dan adakah penyertaan pelbagai kaum itu dapat bersama-sama memerlukan kepada pembukaan tabika-tabika baharu kepada mana-mana kawasan komuniti iaitu dalam bilangan 1,000 rumah satu KRT. Dalam pada itu, keperluan ikut kepada permintaan daripada masyarakat tempatan. Seterusnya, bagi Yang Berhormat Batu Gajah...
Penjelasan ya.
Yang Berhormat Ipoh Barat, can I just jawab semua dahulu Yang Berhormat after that I’ll get back to you? Bagi Yang Berhormat Batu Gajah, usaha kementerian bangunkan Indeks Perpaduan. Ada Yang Berhormat Batu Gajah dekat sini? Terima kasih. Sejauh mana pemantauan geran KRT dalam pelaksanaan program pengagihan tabika dan sebagainya. Saya ingin memaklumkan Yang Berhormat bahawa Kementerian Perpaduan Negara sedang dalam tindakan membangunkan Indeks Perpaduan Nasional bagi tahun 2021 yang kita namakan IPNas. IPNas ini Yang Berhormat, ialah untuk mengukur – termasuk kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang bertanyakan bagaimana cara kita mengukur tahap perpaduan. Ini kerana, ramai rata-rata Yang Berhormat mengatakan bahawa perpaduan pada masa kini longgar dan sebagainya. Jadi, bagaimana kita
mengukur dan apakah tindakan yang akan diambil sekiranya berlaku seperti mana yang telah pun disebutkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya ingin maklumkan Yang Berhormat, di bawah Indeks Perpaduan Nasional yang saya sebut IPNas selepas ini, tujuan kita adakan kajian ini Yang Berhormat ialah untuk kita ukur tahap perpaduan dan juga keharmonian negara. Hal ini untuk memberikan gambaran, mendapatkan gambaran bagaimana agaknya keadaan hubungan masyarakat pelbagai kaum yang ada di Malaysia ini bagi tahun 2021 bermula pada tahun ini kajiannya sama ada di peringkat nasional ataupun di peringkat negeri. Kedua, IPNas ini, kajian ini yang dijalankan bersama dengan pihak Institut Kajian Etnik (KITA) di bawah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) iaitu untuk kita menghasilkan laporan indeks perpaduan nasional bagi tahun ini yang boleh kita guna pakai sebagai ukuran tahap perpaduan dan untuk tempoh dua tahun bagi tahun ini dan tahun depan. Ini kerana, kita tidak mahu buat kajian ini Yang Berhormat berdasarkan kepada lima tahun atau 10 tahun yang akan datang. Akan tetapi, kita buat pada tahun ini dan tahun depan. Apabila ini dilakukan, ia akan mencadangkan kepada perancangan-perancangan program yang lebih mantap, ia akan menilai kepada cadangan-cadangan program yang telah dan yang akan dilaksanakan melalui Pelan Tindakan Perpaduan Negara selaku pelan induk dan melalui pelan pelaksanaan kepada pelan induk iaitu Pelan Tindakan Perpaduan Negara iaitu KAMI@Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia 2021-2025. Jadi kita harap Yang Berhormat hasil daripada kajian IPNas ini, ia akan menjadi kayu pengukur terhadap keberkesanan pelaksanaan segala inisiatif yang telah saya sebutkan tadi. IPNas 2021 ini juga Yang Berhormat, akan memberikan gambaran trend antaranya trend perhubungan antara kaum dan keharmonian, kesepaduan sosial di Malaysia supaya ia juga akan menjadi salah satu daripada indikator untuk memberikan keyakinan kepada pemerhati, kepada pelabur asing yang mungkin berminat untuk buat pelaburan di Malaysia.
Kajian ini Yang Berhormat, akan selesai pada bulan Jun 2022. Dalam taklimat yang akan saya berikan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, kita masukkan sekali apa lagi detail kepada IPNas ini. Seterusnya Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Sungai Siput. Mungkin ada Yang Berhormat Batu Gajah bangkitkan yang saya boleh jawab secara bertulis ya. Saya minta maaf kerana banyak sangat di sini. Yang Berhormat Sungai Siput ada? Tidak ada. Mungkin dia minum teh agaknya di luar. Yang Berhormat Sungai Siput ini banyak dibangkitkan tadi. Yang Berhormat Jelutong? Ha, terus duduk Yang Berhormat Jelutong. Terima kasih Yang Berhormat, hari ini dalam keadaan tenang. [Ketawa] Saya juga boleh berdiri dengan senyuman yang baik pada hari ini. Hari ini Yang Berhormat Jelutong mengamalkan konsep perpaduan itu. Jadi, kita ucapkan terima kasih banyak-banyak. [Tepuk] Ia bermula dengan kita semua dan telah pun dibuktikan oleh Yang Berhormat Jelutong. Jadi, banyak perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong tadi termasuk perjawatan di setiap daerah. Betul Yang Berhormat ya? Kemudian tentang nasihat-nasihat Yang Berhormat tadi. Kita di peringkat kementerian Yang Berhormat, saya wujudkan satu jawatankuasa, Jawatankuasa MExUnity. MExUnity ini saya pengerusi kan dan ahlinya ialah semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau EXCO Perpaduan dan Agama selain dari Islam yang duduk dalam jawatankuasa itu. Semua perkara kita bincang. Ia tidak kira sama ada kerajaan atau bukan kerajaan, semua kerajaan negeri. Selain itu, bila membicarakan soal yang berkaitan dengan agama, saya wujudkan satu lagi jawatankuasa yang dinamakan Harmoni. Dalam Jawatankuasa Harmoni ini Tuan Pengerusi, terdapat 14 orang ketua agama yang ada, yang duduk dalam jawatankuasa ini. Tugas Jawatankuasa Harmoni ini ialah untuk kita harmonikan perkara-perkara yang berkaitan dengan agama-agama selain daripada Islam. Bila kita membicarakan soal agama antara Islam dan selain Islam Tuan Pengerusi, di peringkat saya dengan Menteri
Agama, kita wujudkan satu lagi jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Harmoni JAKIM yang dipengerusikan oleh saya dan juga oleh Yang Berhormat Menteri Agama. Dalam Jawatankuasa Harmoni JAKIM ini Yang Berhormat, semua ketua agama yang bawah Harmoni KPN ini duduk sebagai ahli dan ada di antara mana-mana daripada pihak agama Islam akan dilantik oleh JAKIM dan kita akan duduk secara bersama. Saya harap Tuan Pengerusi, bila ada Jawatankuasa Harmoni sama ada di peringkat Kementerian KPN ataupun antara dua kementerian KPN dan JAKIM ini, tanggungjawab untuk bersama-sama menjadikan itu sebagai platform untuk kita harmonikan sekiranya ada berlaku perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku yang ada kaitannya dengan soal agama sama ada di peringkat Persekutuan ataupun di peringkat negeri dapat dilangsungkan perbincangan itu Tuan Pengerusi, bagi kita mengambil jalan penyelesaian yang terbaik. Selain itu, saya juga ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat Jelutong. Selain daripada di peringkat kementerian dan bersama dengan JAKIM, di peringkat kerajaan-kerajaan negeri Yang Berhormat, dalam mesyuarat MExUnity telah pun dipersetujui oleh semua kerajaan negeri termasuklah Kedah dan sebagainya. Semua kerajaan negeri termasuk bagi Sabah dan Sarawak dan negeri-negeri yang lain telah diwujudkan satu jawatankuasa. Jawatankuasa ini Yang Berhormat, ia bergantung pada kerajaan negeri untuk menamakannya. Ia berbeza tetapi tujuannya sama yang berkaitan dengan agama-agama selain daripada Islam. Ini jawatankuasa yang diwujudkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, EXCO dan juga Menteri Perpaduan dan yang menjaga agama selain daripada Islam yang telah pun diwujudkan di peringkat...
Penjelasan.
Tuan Pengerusi?
Penjelasan.
Yang Berhormat Tuaran.
Oh, sana. Yang Berhormat Tuaran, saya belum sampai you punya tempat lagilah. Nanti sekejap lagilah.
Okey.
Ini saya hendak jawab kepada Yang Berhormat Jelutong. Nanti kan Yang Berhormat Jelutong bangun, saya susah. Jadi Yang Berhormat berikan laluan. Jadi, saya harap ini telah menjawab kepada Yang Berhormat Jelutong. Ha, senyum saja itu, maknanya setujulah tu. Seterusnya Tuan Pengerusi, saya minta maaflah kerana saya terpaksa lompat- lompat menjawab. Kalau ada yang tertinggal, saya jawab secara bertulis. Perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Langat, bajet RM100 juta penting untuk bangunkan masyarakat India. Bagi tahun ini tidak banyak yang telah pun diletakkan. Kemudian, apa tindakan. Seperti yang telah pun saya nyatakan tadi. Bagi Yang Berhormat Tumpat, berapa bilangan SRS? Sebanyak 5,336. Sebanyak 106,600 orang ahli SRS dan ahli SRS ini dilindungi oleh Skim Insurans Kemalangan Diri Berkelompok. Yang Berhormat Tumpat ada?
Ada, ada.
Okey. Yang Berhormat Tebrau bangkitkan tentang cadangan program libatkan semua kaum dalam pelan yang akan dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada hari Ahad. Saya harap Ahli- ahli Yang Berhormat akan bersama-sama dengan saya untuk kita menjayakan pelancaran pelan ini dan taklimat lanjut akan diberikan dalam masa terdekat kepada Ahli-ahli Yang Berhormat berkaitan dengan Pelan Tindakan Perpaduan Negara, pelan KAMI, Pelan Pelaksanaan, Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia, Dasar Perpaduan Negara, Blueprint Perpaduan Negara. Seterusnya Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Tumpat juga membangkitkan tentang syarat penubuhan KRT. Kita tidak perlu buat pindaan kepada akta Yang
Berhormat kerana dalam akta tidak ada. Dulu 1,500 buah rumah satu KRT permohonan. Sekarang kita turunkan 1,000 buah rumah satu permohonan KRT. Kita tidak perlu buat apa-apa pindaan kepada Akta Rukun Tetangga [Akta 751]. Cadangan kelonggaran syarat ini, saya telah pun membentangkan kepada Kabinet pada 10 Februari yang lalu dan telah pun diluluskan untuk penubuhan satu KRT bagi setiap 1,000 buah rumah. Selain itu Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Papar ada? Yang Berhormat Papar tidak ada, okey terima kasih. Saya akan jawab secara bertulis. Seterusnya, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Hulu Selangor dan Yang Berhormat Beaufort. Cadangan kenaikan tambahan geran KRT dari 6,000 kepada 10,000 termasuk Yang Berhormat Baling. Saya ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Yang Berhormat Baling. Terima kasih Yang Berhormat Baling kerana sentiasa memberikan sokongan kepada kementerian. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Rasah, warna kita sama hari ini, yang juga sentiasa memberikan sokongan. Samalah dengan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain. Cadangan penambahan geran KRT ini Yang Berhormat, kita telah panjangkan kepada Kementerian Kewangan. Jadi kalau kata Yang Berhormat Sungai Siput tadi, saya tidak pernah mengusahakan penambahan geran KRT dari 6,000 kepada 10,000, saya tidak ambil berat dan sebagainya, itu adalah kenyataan yang tidak tepat. Ini kerana setiap bajet yang hari ini kita bentangkan untuk kelulusan kita telah pun diadakan sesi konsultasi antara pihak Kementerian Kewangan dengan kementerian saya dan juga kementerian- kementerian lain. Jadi mungkin peringkat awal ini, Kementerian Kewangan berpendapat bahawa kita teruskan dulu dengan 6,000 walaupun kita mohon 10,000. Insya-Allah mungkin dalam masa yang akan datang, akan dinaikkan kepada 10,000 kerana Kementerian Kewangan sedar RM50 juta, 6,000 hanya boleh diagihkan kepada 8,330 KRT. Maka sudah tentulah tidak cukup. Akan tetapi ini adalah kali kedua Yang Berhormat, kerajaan memberikan geran. Sebelum ini hanya insentif. Mula pada tahun 2021 ini, kerajaan telah pun memberikan peruntukan RM50 juta untuk diagihkan kepada KRT. Saya ucapkan terima kasih kepada Kementerian Kewangan kerana masih lagi memberikan peruntukan RM50 juta untuk kita agihkan lagi kepada KRT pada tahun depan walaupun jumlahnya tidak seperti yang Ahli-ahli Yang Berhormat hendak tetapi sekurang- kurangnya ada peruntukan geran itu untuk kita agihkan.
Ahli Yang Berhormat Jerai membangkitkan Program RT Care, Ziarah Perpaduan ini adalah program bersama di antara Rukun Tetangga, Yang Berhormat dengan badan- badan bukan kerajaan, dengan pihak swasta. Jadi ia tidak melibatkan peruntukan daripada kerajaan, Yang Berhormat tetapi ia melibatkan persefahaman antara KRT dengan komuniti dengan pihak NGO yang lain dan juga syarikat-syarikat swasta. Kita alu- alukanlah insya-Allah pada tahun depan lebih ramai lagi pihak-pihak swasta yang mahu bersama-sama dengan kita, selain daripada pihak NGO yang sedia ada. Yang Berhormat Beaufort, Yang Berhormat Tumpat juga bangkitkan tentang butiran berkaitan dengan aktiviti perhubungan masyarakat, aktiviti pembangunan masyarakat dicadangkan supaya kedua-duanya digabungkan. Saya ingin memaklumkan peruntukan RM1,130,000 ini adalah untuk pelaksanaan program-program perpaduan bagi tahun depan yang melibatkan di antaranya Yang Berhormat pengukuhan perpaduan masyarakat, program keharmonian di kalangan penganut agama seperti mana yang telah pun saya sebutkan tadi. Selain daripada itu di bawah program-program pembangunan masyarakat, ia merangkumi emolumen, perkhidmatan dan juga bekalan. Contoh-contoh ialah termasuk kawasan Rukun Tetangga, tabika perpaduan, taska jenis perpaduan, kelab-kelab rukun negara dan juga sekretariat rukun negara. Kita akan mengkaji semula Yang Berhormat, struktur aktiviti perhubungan masyarakat dan juga pembangunan masyarakat ini pada tahun depan. Yang Berhormat Hulu Selangor, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Papar, Yang Berhormat Sungai Siput juga membangkitkan tentang geran KRT tadi. Saya
telah sebutkan, cuma dia bangkitkan kenapa kerajaan memperuntukkan pecahan di bawah aktiviti Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional sebanyak RM39,717,200 itu di bawah Butiran 020100 dan di bawah Butiran 040100 – Tambahan Geran Rukun Tetangga sebanyak RM10,282,800 dengan jumlah keseluruhan ialah RM50 juta. Perbezaan ini berlaku Yang Berhormat kerana RM10,282,800 di bawah tambahan geran Rukun Tetangga itu adalah merupakan peruntukan tambahan yang menjadikan jumlahnya kepada RM50 juta. Tuan Pengerusi...
Masa sudah tamat actually. Lima minit boleh tidak?
Lima minit lagi, Tuan Pengerusi?
Ya.
Kasihan dia orang.
Soalan Tuaran belum dijawab.
Mana?
Persoalan Tuaran tadi disebut lagi hal-hal keagamaan tetapi tidak dijawab.
Yang Berhormat, bukan Yang Berhormat punya, orang lain punya pun saya belum dapat jawab.
Yang Berhormat Menteri, Sepang punya ada tidak? Okey, kalau tidak ada minta jawapan bertulis.
Okey, Yang Berhormat Tuaran.
Ada? Yang Berhormat Sepang punya ada?
Sepang, okey Sepang ada sekejap.
Okey.
Yang Berhormat Menteri, Batu Kawan juga.
Okey, okey, okey, beautiful.
Ipoh Barat.
I’ve got so many papers on my table. [Ketawa] Yang Berhormat Sepang, membangkitkan tentang isu 313 yang terima geran, siasatan. Sebenarnya 337, Yang Berhormat. Saya tidak payahlah baca tentang apa yang telah dinyatakan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, tadi telah disebut secara jelas dan nyata oleh Yang Berhormat daripada kawasan Baling. Apa yang saya ingin memaklumkan, satu, mengemukakan hasil siasatan kepada pihak Peguam Negara untuk penelitian dan keputusan sama ada terdapat apa-apa keterangan sama ada kesalahan di bawah Akta SPRM atau mana-mana undang-undang lain bagi cadangan tindakan perundangan, Yang Berhormat. Keduanya, SPRM menjalankan siasatan terhadap dua perkara. Satu, unsur jenayah dan kedua penambahbaikan kepada prosedur serta sistem pemberian geran yang akan dicadangkan. Jadi ada lagi program lain Yang Berhormat yang telah pun diluluskan walaupun 10 itu akan selesai tetapi ada lagi yang lain-lain yang masih lagi dalam siasatan. Jadi, saya cuma ingin nyatakan penyiasatan ini adalah sebahagian daripada proses untuk dibawa ke mahkamah. Ia bukan satu proses yang terasing atau separated. Jadi lain daripada itu saya minta maaf, saya tidak dapat jawab. Kita tunggu sahajalah dalam masa terdekat ini. Siapa yang terlibat dan sebagainya biar SPRM yang buat.
Yang Berhormat Menteri, soalan saya banyak Yang Berhormat Menteri nanti bagi jawapan bertulis, Yang Berhormat Menteri.
Ya?
Yang Berhormat Menteri, boleh tidak jawapan bertulis sebab saya banyak soalan.
Boleh, boleh. Yang Berhormat tanya adakah Menteri dipanggil? Setakat ini saya tidak dipanggil. Saya tidak dipanggil dan Yang Berhormat Batu Kawan juga nyatakan, adakah wajar KPN terlibat dalam jawatankuasa yang hendak dicadangkan? Untuk makluman Yang Berhormat, apa yang saya dan pihak kementerian - kefahaman yang ada kepada saya dan pihak kementerian ialah untuk kami terus memberikan kerjasama yang sangat baik untuk SPRM teruskan siasatan. Dia tidak ada kaitan, maknanya bukan menubuhkan satu jawatankuasa yang mana SPRM bersama dengan pihak KPN untuk melihat kepada 337 lagi program-program yang akan di bawa dalam siasatan tetapi kita akan berikan kerjasama sepenuhnya.
Penjelasan.
Ada siasatan, nanti kejap ya, Yang Berhormat. Siasatan dalaman MITRA dan KPN. Siasatan dalaman ini Yang Berhormat, selepas selesai siasatan dan dapatan siasatan oleh pihak SPRM. Seperti yang saya sebutkan tadi, ia melibatkan dua perkara iaitu pertama berkaitan dengan soal penyalahgunaan dan kedua ialah cadangan terhadap prosedur-prosedur yang boleh dilakukan oleh pihak kementerian kepada penyaluran dana MITRA pada tahun yang akan datang. Yes, Yang Berhormat Ipoh Barat.
Yang Berhormat, sebenarnya misuse of fund ini bukan baru, sebenarnya setahun dahulu perkara itu telah dibangkitkan. Kenapa Yang Berhormat Menteri tidak mengarahkan satu penyiasatan dalaman supaya tindakan pada masa itu juga boleh diambil?
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara].
Mikrofon, mikrofon.
Mic, mic. Tidak dengar suara .... (kurang jelas).
Saya ingat suara saya cukup kuat. Begini Yang Berhormat, bila saya masuk sahaja dalam kementerian, ada kita dapati perlu kepada siasatan kerana kita hendak lihat sama ada dana itu telah dibelanjakan dengan baik atau tidak. Dia bukan sahaja pada waktu MITRA di bawah Kementerian Perpaduan Negara tetapi juga waktu MITRA di bawah Jabatan Perdana Menteri. Jadi maka kerana itu, saya telah menjemput SPRM Yang Berhormat untuk masuk menjalankan siasatan, bukan kerana Ahli-ahli Yang Berhormat telah membangkitkan isu MITRA, baru SPRM masuk. Kita sudah minta SPRM masuk untuk SPRM menjalankan siasatan kerana untuk menentukan bahawa semua penyaluran dana MITRA itu telah digunakan dan dibelanjakan dengan sepatutnya dan tidak sepatutnya ada penyalahgunaan ataupun penyelewengan yang berlaku. Maka kerana itu kita minta pihak SPRM masuk. Kita telus, Yang Berhormat. Kita telus dan terbuka dan saya tidak macam - minta maaf macam Yang Berhormat Batu Gajah sebutkan tadi, macam Yang Berhormat Sungai Siput sebutkan tadi, bukan Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Sungai Siput berselindung di balik MACC, tidak ada Yang Berhormat.
[Bangun]
Oleh kerana kita terbuka dan kita jemput SPRM masuk dan kalau ada kenyataan mengatakan bahawa kementerian sengaja mahu berselindung di sebaliknya atau mahu menutup perkara-perkara tertentu daripada
pengetahuan umum, terutama kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, itu adalah perkara yang tidak tepat.
Minta penjelasan, Tuan Pengerusi.
Ya, sila.
Masa sudah tamat tahu.
Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Ringkas ya, Yang Berhormat Puchong.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri tadi ada sentuh berkaitan dengan siasatan yang dibuat oleh SPRM kepada mereka yang menerima dana tersebut, dan sama ada atau tidak dana itu digunakan untuk tujuan yang tepat dan sebagainya. Perkara itu dalam siasatan dan mungkin akan dibawa ke mahkamah. Dalam masa yang sama Yang Berhormat Menteri juga sebut berkenaan dengan siasatan dalaman yang akan dijalankan selepas siasatan yang kini dijalankan telah selesai. Saya hendak tanya dua soalan, apakah siasatan dalaman yang akan diadakan dan keduanya, kenapa ianya tidak dilaksanakan sekali? Sekiranya ada siasatan ini ataupun siasatan dalaman, ini menunjukkan ada masalah-masalah tertentu. Adakah kita boleh dapat jaminan daripada kerajaan bahawa perkara itu juga akan diambil tindakan sewajarnya, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Sedikit Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri, akhir ya.
Dengan izin tuan Pengerusi, sebenarnya sebagai seorang Menteri, kita boleh mengarahkan satu investigasi dalaman sebelum keperluan memanggil SPRM. Kenapa itu tidak dibuat? Saya ada tanya sebelum ini. Yang Berhormat tidak menjawab perkara yang saya bangkitkan kerana itu adalah kuasa Menteri boleh menubuhkan satu committee, boleh menubuhkan oversight committee dan sebagainya.
Yes, okey, terima kasih Yang Berhormat.
Kenapa ia tidak dibuat dulu?
Okey, okey.
Akhir Yang Berhormat ya.
Okey, terima kasih Tuan Pengerusi. Sikit saja lagi. Yang Berhormat, saya sudah sebutkan tadi ...
Soalan tidak dijawab tadi, mengelak kah ini.
Ya, mana saya mengelak.
Mengelak soalan- soalan saya buat tadi, mengelak. [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Tuaran, bertulislah. Yang Berhormat, tolong habiskan.
Entah mana Yang Berhormat Tuaran punya. Bising sangat, sudah hilang.
[Ketawa]
Tidak dapat jawabkah Yang Berhormat Menteri?
Saya tidak takut untuk menjawab soalan Yang Berhormat.
Tidak dapat jawablah.
Okey, saya minta maaf.
Yang Berhormat Tuaran, Menteri hendak jawab ini. Kamu hendak suruh dia jawab, tetapi dia hendak jawab, kamu mencelah.
Yang Berhormat.
Yang Berhormat, dua minit. Thats it.
Okey. Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat, berbangkit kepada Yang Berhormat Puchong tadi dan Yang Berhormat Sungai Buloh. Eh salah, salah.
Ipoh Barat.
Yang Berhormat Ipoh Barat.
Soalan Tuaran, hendak jawab Tuaran kah tidak ini? Takut kah? Takut hendak jawab soalan kah? [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Tuaran hendak berjalan-jalan, bersiar-siar di luar kah? Saya boleh suruh keluar 10 minit. [Ketawa] [Tepuk]
Yang Berhormat, berbangkit kepada Yang Berhormat Ipoh Barat tadi dengan Yang Berhormat Puchong. Ia begini Yang Berhormat, saya sudah sebut tadi. Siasatan dalaman ini akan dilakukan selepas selesai siasatan SPRM. To be fair lah Yang Berhormat, biarlah SPRM jalankan siasatan sebenarnya. Siasatan yang dijalankan oleh SPRM ini Yang Berhormat, ia bukan melihat kepada isu yang ada kaitan dengan syarikat, dengan NGO ataupun persatuan yang membuat permohonan, yang menerima kelulusan permohonan ke atas penyaluran dana MITRA tetapi juga melihat kepada proses kelulusan itu diberikan. Jadi maka kerana itu, pihak SPRM, kita berikan ruang kepada SPRM menjalankan siasatan bukan sahaja kepada mereka yang diluluskan, termasuk bagaimana proses- proses kelulusan itu diberikan. Apabila kita membicarakan soal bagaimana proses kelulusan itu diberikan Yang Berhormat, maka sudah tentulah dia melibatkan kepada pegawai-pegawai ataupun mana-mana pihak yang bertanggungjawab memberikan kelulusan-kelulusan itu. Jadi maka kerana itu, saya harap, biar SPRM selesaikan. Seperti mana yang saya sebutkan tadi, bukan sahaja ia berkaitan dengan isu jenayah, isu tentang proses bagaimana geran itu diluluskan dan cadangan yang akan diberikan untuk kita lebih memantapkan, supaya tidak berlaku ketirisan-ketirisan dalam kita membelanjakan peruntukan RM100 juta yang telah pun diberikan oleh Kementerian Kewangan untuk masyarakat India kita. Saya juga ingin menyebutkan Yang Berhormat, untuk tahun depan, kita ada pelan – insya-Allah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan lancarkan Pelan Tindakan Masyarakat India. Dengan adanya Pelan Tindakan Masyarakat India ini, ia akan lebih terjurus daripada segi pelaksanaan program, pemantauan, penilaian dan sebagainya. Termasuk jugalah pada bentuk-bentuk kelulusan yang sepatutnya diberikan pada satu- satu waktu pertimbangan itu dibuatkan. Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Pengerusi, soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuaran ada macam-macam. Ada yang tidak melibatkan kepada kementerian saya. Maka yang mana yang melibatkan kementerian saya, saya akan jawab secara bertulis. Kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, saya ucapkan terima kasih banyak- banyak dan yang mana yang saya tidak dapat jawab, termasuklah Yang Berhormat Batu Kawan, saya akan hantar secara bertulis. Terima kasih banyak-banyak. Saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat akan bersama-sama hadir pada pelancaran kami Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia yang akan dilancarkan oleh Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri pada hari Ahad ini, jam 10.00 pagi. Terima kasih Tuan Pengerusi. [Tepuk]
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dengan itu, tamatlah waktu perbahasan dan Menteri menjawab bagi Kementerian Perpaduan Negara di peringkat Jawatankuasa. Ahli-ahli Yang Berhormat semua, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM342,528,400 untuk Kepala B.14 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2022 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.14 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.14 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2022 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.14 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2022 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2022 Jawatankuasa — Kepala B.13 [Jadual] – Kepala P.13 [Anggaran Pembangunan 2022] –Bill
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tiba masanya untuk perbahasan. Kita perhalusi perbelanjaan Kementerian Luar Negeri. Kepala Bekalan B.13 dan Kepala Pembangunan P.13 di bawah Kementerian Luar Negeri terbuka untuk dibahas sekarang. Saya mempunyai 15 orang Ahli Yang Berhormat yang akan berbahas. Izinkan saya senaraikan semua. Didahului oleh – 14 orang semuanya. Didahului oleh Yang Berhormat Padang Rengas dan kemudiannya oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat berikut iaitu Yang Berhormat Pulai, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Batu Kawan, Yang Berhormat Selayang, Yang Berhormat Kangar dan akhir sekali Yang Berhormat Jerlun. Dipersilakan Yang Berhormat Padang Rengas.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 040000 iaitu Hubungan Diplomasi dan Kerjasama Dua Hala. Dalam Dasar Luar Negara kita, di dalam persatuan-persatuan yang dianggotai oleh Malaysia ini, sudah tentulah ASEAN merupakan persatuan antarabangsa yang menjadi keutamaan di dalam Dasar Luar Negara kita. Ini sudah tentulah sebegitu kerana kita harus menjaga hubungan kita dengan negara-negara jiran, mesti diutamakan di atas negara-negara di dalam persatuan-persatuan yang lain seperti NAM, Komanwel, Bangsa-bangsa Bersatu dan lain-lain. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Jawatankuasa] Dalam hubungan kita dengan negara ASEAN ini, yang saya lihat iaitu bahawa sememangnya kita memberikan keutamaan kepada hubungan kita dengan negara Indonesia. Ini jelas diperlihatkan dengan lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia kita ke Indonesia kira-kira dua minggu yang lepas. Akan tetapi di sini saya ingin menekankan sama pentingnya hubungan kita dengan Indonesia, saya rasa ialah hubungan kita dengan negara jiran tetangga kita juga iaitu Singapura.
Negara Singapura ini penting kepada kita kerana sebenarnya kalau kita lihat benar-benar, banyak hubungan dan urusan di antara dua buah negara ini berlaku pada setiap hari. Sebagai contoh, maksud saya di sini iaitu bahawa kalau kita pergi ke Singapura, sudah tentulah kita akan lihat iaitu bahawa ada 500 ribu, kalau tidak lihat pun, kita tahulah daripada perjalanan dilakukan oleh rakyat Malaysia ke Singapura. Kita ada 500 ribu pekerja Malaysia kita yang bekerja di Singapura. Jadi kepada saya, hubungan ini cukup akrab, cukup baik dan kita seharusnya memberikan penekanan yang sama seperti mana hubungan kita dengan jiran kita di Indonesia. Singapura ini cukup similar to us, dengan izin dalam banyak segi. Daripada segi dia punya kedudukan, rakyat di negara itu berbilang bangsa seperti juga Malaysia. Kita kena ingat iaitu bahawa di suatu masa dahulu, Singapura ini dengan kita adalah sebuah negara iaitu pada tahun 1963, kita telah membentuk negara Malaysia bersama dengan mereka.
Sudah tentulah pada tahun 1965 berlaku perpisahan, tetapi bukan dengan perpisahan yang kita lihat seperti mana yang berlaku di negara-negara lain iaitu berperang ke apa, tetapi perpisahan yang berlaku dengan aman cara baik. Saya hendak menekankan hubungan kita dengan Singapura ini, dari segi hubungan perdagangan pun Singapuralah di antara negara yang banyak melabur di negara kita. Oleh sebab itulah saya rasa kita harus menggunakan Singapura ini sebenarnya sebagai rakan dalam apa juga yang kita lakukan. Dahulu waktu saya menjadi Menteri Pelancongan, saya telah menggunakan negara Singapura ini sebagai tempat untuk kita meramaikan lagi pelancong datang ke negara kita. Pertama, sudah tentulah Singapura ialah negara yang menghantar pelancong yang paling banyak sekali di negara kita. Number one for many years, 51 peratus ke 52 peratus daripada pelancong luar negara yang datang ke Malaysia adalah datang dari Singapura. Saya sebut ini kerana jangan kita merasakan Singapura ini sebagai saingan.
Yang Berhormat, Baling. Boleh bagi sekejap?
Baik.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas. Memandangkan Yang Berhormat pernah menjadi Yang Berhormat Menteri Pelancongan, banyak pengalaman yang luas. Setuju atau tidak kalau saya cadangkan kalaulah selepas ini duta-duta kita, kita mengangkat martabat institusi duta-duta dan pesuruhjaya tinggi kita dalam negara luar untuk Malaysia, apakah salah dan kiranya kita memberi ruang dan peluang kepada Ahli-ahli Parlimen yang mempunyai skill public relation yang cukup baik dan yang boleh membuat pendekatan yang luar biasa di luar negara. Bukan kita hendak mengambil alih tugas-tugas duta, kita integrate dengan pegawai-pegawai kerajaan yang menjadi duta dan kita juga bipartisan tidak kisahlah kita hendak ambil sesiapa Ahli Parlimen yang mempunyai skill yang cukup baik untuk kita mengangkat martabat. Contohnya kalau kita tengok dalam Dewan yang mulia, Yang Berhormat Arau contohnya orang yang hebat. Yang Berhormat Port Dickson contohnya orang yang paling hebat. Boleh kita syorkan untuk pergi ke United Nation, permanent resident di New York something like that. Akan tetapi bukan sekaranglah, kita perlukan Yang Berhormat Port Dickson dan Yang Berhormat Arau di dalam Dewan ini.
Yang Berhormat Baling, ringkas Yang Berhormat Baling, masa sudah tamat, ringkaskan.
Maksudnya later. Jadi apakah pandangan— apakah Yang Berhormat setuju dengan cadangan saya ini? Terima kasih.
Yang Berhormat Padang Rengas, minta rumuskan ya.
Tuan Pengerusi, saya amat bersetuju. Kalau kita lihat hubungan diplomatik di antara negara kita dengan negara luar, banyak daripadanya ialah sebenarnya hubungan politik juga. Soal politik
banyak. Jadi sudah tentulah dalam banyak-banyak perkara untuk kita menyelesaikan kemungkinan ada perbezaan dari segi pandangan, tekanan, maka itu merupakan soal politik. Sudah tentulah bagi orang-orang politik yang memahami tentang politik bukan sahaja domestik tetapi juga antarabangsa, boleh menggunakan pengalaman yang ada sebagai seorang ahli politik untuk memastikan supaya hubungan dengan negara yang lain itu, yang berdasarkan kepada politik. Boleh cepat dan selesaikan dengan baik. Jadi saya bersetuju dengan apa yang Yang Berhormat Baling sebut. Cuma saya hendak menekankan sekali lagi iaitu saya mahu melihat supaya hubungan di antara Malaysia dan Singapura dipertingkatkan lebih lagi dan saya amat berharap supaya selepas ini iaitu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita akan membuat lawatan negara yang kedua selepas Indonesia ini. Silalah melawat ke Singapura. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Pulai. Lima minit.
Bismillahi Rahmani Rahim, Tuan Pengerusi. Saya mengucapkan terima kasih atas peluang yang diberikan. Cuma Yang Berhormat Menteri ataupun Yang Berhormat Timbalan Menteri Luar Negeri ada?
Yang Berhormat Timbalan Menteri ada.
Yang Berhormat Bandar Tun Razak, terima kasih. Saya bermula dengan Butiran 030400 – Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) dan menyentuh juga tentang Butiran 040000 – Hubungan Diplomasi dan Kerjasama Dua Hala. Saya bermula dengan Institute of Diplomacy and Foreign Relations. Tuan Pengerusi, saya ingin mendapat kepastian pada petang ini, adakah kerajaan melalui Wisma Putra bersedia untuk mengkaji tentang duta-duta yang bertaraf Menteri ini kerana saya yakin dan percaya bahawa kita memerlukan— negara memerlukan seorang ahli politik ataupun diplomat yang paling tidak pun boleh mengangkat nama negara dan memenuhi fungsi asas sebagai seorang duta iaitu untuk memperhitungkan kepentingan negara daripada aspek pelancongan dan juga daripada aspek pelaburan. Di samping aspek-aspek politik yang dibahaskan oleh Yang Berhormat Padang Rengas tadi, saya setuju bahawa negara memerlukan kepada hubungan diplomatik yang lebih cemerlang pada masa akan datang. Kita tidak mahu negara menghabiskan hasil negara melalui makan gaji buta ataupun mungkin makan gaji haram kerana peranan duta ini sangat penting. Sebahagiannya telah disebut oleh Yang Berhormat Padang Rengas tadi dan saya ingin melihat kepada peranan negara-negara dalam dunia ini yang berjaya mengemukakan satu approach baharu iaitu apa yang dikatakan soft power dengan izin, yang telah dilakukan dengan cemerlang sebagai contohnya Korea Selatan. Ia bukan sahaja cemerlang dari segi aspek politik, tetapi dengan pendekatan soft power melalui budaya, maklumat, informasi, pendidikan, seni dan kita melihat bagaimana K-pop sebagai contoh berjaya dikomersialkan dan dieksport nama ke luar negara dan juga drama-drama bersiri Korea yang dapat menempatkan dalam stesen-stesen televisyen antarabangsa dan juga memperkenalkan budaya asli Korea Selatan itu. Kita Tuan Pengerusi, pernah cemerlang menghantar seorang yang saya anggap penting iaitu Datuk Haji Abdul Aziz Deraman yang berjaya untuk membuka sebuah fakulti di University Beijing dalam memperkenalkan dan memperkasakan Bahasa Melayu di tanah besar China. Jadi ini penting bagi saya supaya duta-duta yang dilantik ini saya boleh bersetuju, seorang dua bolehlah. Bukan semua orang. Politik diberikan ganjaran. Ada di antaranya hanya untuk memenuhi kuota ataupun tidak dapat jadi Menteri dan seumpamanya. Akan tetapi dalam negara-negara yang berkepentingan seperti United States dan negara China sebagai contoh, dalam persaingan geopolitics yang semakin mencabar, kita memang memerlukan seorang ataupun duta-duta yang memang yang
penuh dengan skill, pengalaman dan performance yang baik yang boleh kita pertaruhkan untuk mereka ini menjadi diplomat di negara-negara yang berkepentingan. Saya setuju Indonesia sebagai contoh negara China bukan sekadar dari segi budaya kita dengan mereka, tetapi treat sebagai contoh saya pernah menjadi Menteri Pertanian. Bagaimana kita mengusahakan beberapa hasil pertanian seperti durian kita variety Musang King, Nangka Madu kita dan banyak lagi hasil-hasil tanaman kita yang boleh dikomersialkan. Bayangkan kalau negara China boleh membuka market mereka untuk bahan-bahan pertanian kita, ini sudah barang pasti akan memberikan pulangan besar kepada negara kita. Di Timur Tengah sebagai contoh. Apa yang penting untuk kita bawa sebagai menepati mission kita sebagai membawa soft power tadi, negara-negara yang begitu sentimental seperti Arab Saudi, Timur Tengah. Sepatutnya kita membawa keindahan Islam, budaya multiracial dalam negara kita, bukan kita disaratkan lagi budaya takfiri yang dibawa masuk dalam negara kita. [Tepuk] Jadi ini saya rasa satu perkara yang harus kita berikan perhatian di mana Institute Diplomacy and Foreign Relations (IDFR) mesti pada setiap masa menghantar para diplomat dan kalau adapun orang politik yang benar-benar cemerlang. Negara pernah ada nama seperti Ghazali Shafie. Indonesia pernah ada seperti Adam Malik dan contohnya yang memang peranan mereka sebagai orang politik itu memberikan suatu hubungan politik yang baik dan masa hadapan ASEAN pada waktu itu mesti terus dipelihara. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Pulai. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Kuala Krai.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi kesempatan dan ruang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Luar Negeri. Saya ingin menyentuh Butiran 020000 – Hubungan Diplomasi dan Kerjasama Pelbagai Hala daripada RM8,719,900 kepada RM10,848,500. Saya ingin menarik perhatian kerajaan terhadap perkembangan semasa di Afghanistan. Persoalan saya ialah, apakah pendirian kerajaan terhadap kerajaan baharu ini? Malaysia seharusnya mengambil peluang untuk menawarkan kepakaran daripada kalangan syarikat dan tenaga profesional tempatan seperti mana negara-negara lain telah mula lakukan sekarang. Malaysia mungkin boleh bekerjasama dengan mana-mana negara yang telah masuk ke Afghanistan. Contohnya Qatar ataupun mana-mana negara lain. Ada beberapa kelebihan jika menyertai mereka sebagai rakan strategik. Antaranya kerajaan tidak perlu mengeluarkan kos perbelanjaan yang tinggi. Pastinya kehadiran Malaysia bukan untuk terlibat dengan politik tetapi lebih kepada bantuan kemanusiaan dan pembangunan sumber manusia yang tentunya amat diperlukan oleh Afghanistan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada rombongan beberapa NGO Malaysia. Ini termasuk Yayasan Amal Malaysia, Muslim Care Malaysia dan lain-lain yang telah pun berada di Kabul, Afghanistan minggu lepas dalam misi kemanusiaan dan menyantuni warga Afghanistan yang memerlukan. Berbalik kepada isu yang saya bangkitkan ialah sudah pasti pemulihan dan pembangunan lapangan terbang di Afghanistan serta lain-lain infrastruktur banyak yang boleh dibangunkan. Saya difahamkan Qatar akan membuat penempatan dan pembangunan semula Afghanistan. Namun begitu, Qatar sendiri tidak mempunyai tenaga tempatan yang mencukupi. Pastinya mereka memerlukan profesional dan separa profesional daripada luar termasuklah daripada Malaysia. Kepakaran Malaysia dalam pelbagai bidang telah pun terbukti. Berapa banyak projek besar di Arab Saudi seperti kereta api laju, menara jam yang tersergam indah di
tepi Masjidil Haram dan lain-lainnya adalah bukti banyak negara telah pun menggunakan kepakaran Malaysia. Model Tabung Haji kita misalnya yang sangat sesuai diperkenalkan di Afghanistan mungkin kita boleh mendapat bantuan daripada Islamic Development Bank ataupun IDB untuk melaksanakan kerjasama ini. Jalinan kerjasama Kerajaan Malaysia melalui Tabung Haji dan IDB serta Kerajaan Afghanistan pastinya dapat memberi impak yang sangat besar kepada semua pihak. Tuan Pengerusi, seterusnya ialah Butiran 020400 – Pertubuhan Kerjasama Islam OIC dan Kerjasama Serantau. Umum mengetahui bahawa lemahnya OIC dalam beberapa isu terutamanya isu Palestin, OIC seakan hidup segan mati tidak mahu dalam membicarakan malah mengambil tindakan terhadap rejim Israel yang begitu kejam dan rakus membaham dan menghancurkan Palestin. Kekurangan keazaman politik OIC tidak lagi boleh dijadikan alasan membiarkan kekejaman Israel berterusan. Pendirian rasmi Kerajaan Malaysia menegaskan bahawa Israel yang diketuai oleh Zionis Yahudi adalah kerajaan haram yang dibina di atas bumi dan negara Palestin yang dirampas sejak tahun 1948. Kesan pencerobohan Zionis Yahudi itu telah mengakibatkan kehilangan nyawa ratusan ribu orang rakyat Palestin manakala jutaan mereka diusir keluar daripada negara sendiri dan menimbulkan konflik berpanjangan di rantau tersebut. Tindakan Zionis Yahudi dan negara haram Israel menyerang, membunuh dan merampas bumi umat Islam di Palestin adalah sebenar-benar keganasan yang layak untuk pelakunya digelar sebagai pengganas dan terrorist serta merupakan jenayah antarabangsa yang perlu disekat dan dihalang oleh dunia dengan apa cara sekalipun. Kesatuan dan perpaduan umat Islam khususnya negara-negara OIC serta gabung jalin perhubungan pertubuhan bukan kerajaan ataupun NGO perlu diperkukuhkan dalam menghadapi kezaliman Zionis Yahudi. Kerajaan Malaysia melalui OIC perlu menggandakan peranan menggembleng tenaga umat Islam bagi memperjuangkan perlindungan antarabangsa kepada warga Palestin di Gaza dan juga di Tebing Barat. Ini sekali gus menolak sebarang ancaman daripada serangan serta gerakan penjajahan rejim Zionis Israel. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Seterusnya Yang Berhormat Bukit Bendera.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya turut ingin menyertai perbahasan Perbekalan 2022, Kementerian Luar Negeri peringkat Jawatankuasa. Tuan Pengerusi, saya meneliti tren bajet untuk Kementerian Luar Negeri dan terdapat peningkatan dan tahun ini diperuntukkan RM868.5 juta berbanding RM778 juta pada tahun lalu. Malaysia mempunyai 111 orang perwakilan di luar negara, foreign mission di 85 buah negara. Angka ini secara relatifnya besar berbanding jiran-jiran kita di negara ASEAN iaitu kita di belakang Indonesia tetapi kita mempunyai lebih banyak foreign mission berbanding Thailand dan juga Singapura. Singapura hanya membuka 47 buah pejabat di 31 buah negara sahaja. Persoalan saya, sama ada kita akan melakukan satu kajian semula atau kajian semula terhadap perwakilan kita di luar negeri. Ini kerana untuk memberikan strategic alignment dengan menumpukan fokus key area kepada rakan niaga kita dan juga strategic partner supaya kita boleh melantik perwakilan untuk beberapa buah negara dalam satu zon atau melantik konsulat kehormat menggantikan wakil tetap. Tadi saya sebut Butiran 040300 – Pejabat Perwakilan Luar Negeri. Butiran 010000 – Pengurusan. Terdapat beberapa pelantikan Duta Khas Perdana Menteri Timur Tengah Yang Berhormat Marang, China oleh Yang Berhormat Bintulu dan juga Asia Timur oleh Yang Berhormat Serian. Saya ingin bertanyakan keberkesanan pelantikan duta khas bertaraf menteri tersebut khasnya Asia Timur. Saya pun hairan terhadap coverage portfolio ini kerana Asia Timur besar. East Asia termasuk Korea Utara, Korea Selatan, Jepun, Taiwan, Hong Kong dan Macau. Apakah coverage Asia Timur? Apakah struktur
laporan ke Wisma Putra untuk memastikan satu synchronization antara duta khas ini kepada Wisma Putra. Tuan Pengerusi, Butiran 020000 – Hubungan Diplomasi dan Kerjasama Pelbagai Hala. Dasar Luar Negara Malaysia didokumenkan dan dibahaskan di Parlimen dengan tajuk Foreign Policy Framework of the New Malaysia Change in Continuity tahun 2019. Selepas itu banyak perkara telah berlaku. Penubuhan AUKUS, antara Australia, UK, USA ada penubuhan quadrilateral, security dialogue antara US, Australia, Jepun dan juga India. Juga pelbagai isu pencerobohan fighter jet dan kapal tentera asing di Exclusive Economic Zone (EEZ) area di Malaysia. Apakah panduan kita sekarang iaitu Panduan Kementerian Luar Negeri kita sama ada terdapat satu kemas kini terhadap Dasar Luar Negara? Dimensi Dasar Luar Negara bukan sahaja merangkumi polisi dasar luar tetapi merangkumi juga pertahanan, keselamatan, alam sekitar yang baharu lepasi COP26, perniagaan antarabangsa, isu-isu RCEP, CPTPP, kesihatan awam secara global. Oleh itu, Kementerian Luar Negeri perlu memimpin satu dasar di arena antarabangsa. Saya mencadangkan satu integrated review of foreign policy merangkumi topik-topik yang saya sebutkan tadi. Butiran 020800 – Sekretariat ASEAN Malaysia. Baru-baru ini Malaysia dipilih Sekretariat ASEAN Malaysia dan kita perlu menegaskan pendirian kita ASEAN sebagai zon aman, bebas dan berkecuali supaya Code of Conduct of South China Sea ini masih belum dapat direalisasikan. Butiran 020200 – Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan. Malaysia dipilih sebagai ahli Human Rights Council 2021 di Bangsa-Bangsa Bersatu untuk tempoh tiga tahun 2022 sampai 2024. Bilakah kita akan ratify? Saya harap bahawa pelantikan di dalam Human Rights Council ini bukan memanaskan kerusi atau bahasa Inggeris warming the seats sahaja. Bilakah kita akan ratify Convention Against Torture (CAT)? Apakah polisi reaksi Malaysia terhadap tindakan pencerobohan hak asasi manusia di Myanmar sebagai contohnya?
Sebagai rumusan, apakah hala tuju dasar luar negara dari segi military diplomacy dari segi health diplomacy, climate change diplomacy, digital diplomacy? Saya berharap Yang Berhormat Menteri dapat memberikan satu update ataupun satu penerangan jelas terhadap dasar luar negara yang kurang diberikan penekanan pada masa ini. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Sik.
Assalamualaikum warahmatullah, Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk terus Butiran 020300 – Keselamatan Pelbagai Hala dan Pertubuhan Antarabangsa. Dalam isu kedaulatan negara khususnya di perairan Laut China Selatan, apakah tindakan susulan di pihak kerajaan selepas pernyataan oleh Amerika Syarikat yang membantah peraturan baharu negara China yang menetapkan semua kapal asing yang memasuki Laut China Selatan perlu berdaftar dengan pihak berkuasa negara China. Saya berpandangan dalam isu ini bahawa kerajaan Malaysia seharusnya kekal dengan pendirian bahawa sebarang perundangan negeri persisiran atau peraturan seharusnya tidak bercanggah dengan hak navigasi dan penerbangan antarabangsa. Tuntutan mengetepikan prinsip maritim dan bercanggah dengan perundangan termasuk di Laut China Selatan mengundang ancaman serius terhadap kebebasan negara kita. Dalam butiran ini, Anggaran Perbelanjaan 2022 berjumlah RM1,880,400 adakah mencukupi bagi melaksanakan pelbagai usaha advokasi peringkat antarabangsa yang perlu komitmen tinggi dan penglibatan yang sangat jitu serta berfokus melalui pelan-pelan
penyusunan diplomasi bagi memastikan kedaulatan negara kita terus terjaga dan terpelihara daripada pencerobohan negara asing. Saya juga mohon pihak Kementerian Luar Negeri bersama kementerian lain mengumpul data kerugian hasil pendapatan negara khusus dalam industri perikanan dan eksplorasi petroleum akibat pencerobohan negara asing dalam perairan negara kita. Tuan Pengerusi, seterusnya Butiran 020400 – Pertubuhan Islam OIC dan Kerjasama Serantau. Merujuk kepada butiran ini, peruntukan sebanyak RM830,000 adalah peruntukan yang kecil dan tidak signifikan kepada fungsi OIC yang dilihat semakin lemah tidak bermaya yang menjadi pelopor. Sepatut yang menjadi pelopor pergerakan dunia Islam khususnya dalam isu berbangkit isu Palestin, isu Myanmar dan sebagainya. Peringkat sekretariat adakah juga Malaysia bersedia untuk menjadi sebagai peneraju di kalangan kakitangan diplomatik yang dari Malaysia sendiri seterusnya dapat menyumbang sepenuh tenaga untuk memperkukuhkan sekretariat OIC. Fungsi sekretariat ini sangat penting untuk diperkukuhkan melalui inisiatif Malaysia sendiri bagi menangani dan mendepani isu-isu umat Islam termasuk isu yang sangat dekat dengan negara kita iaitu isu pelarian Rohingya dari Myanmar. Satu ketika dahulu kita telah menghantar tokoh besar seperti Tan Sri Syed Hamid Albar yang dilantik sebagai OIC special envoy ke Myanmar. Pada ketika ini, siapa lagi kah tokoh yang dapat menggantikan tugas yang telah pun dilaksanakan oleh Tan Sri Syed Hamid Albar pada satu ketika. Malaysia harus menyatukan semua bersama dengan negara-negara jiran khususnya di Indonesia dan Brunei untuk meletakkan OIC ini wajah yang baharu daripada sinergi dan juga mewajarkan bahawa OIC ini masih lagi relevan untuk memayungi dunia Islam sarwajagat. Malaysia perlu berani memberi keyakinan bahawa kita mampu mengetuai pergerakan ini dengan sokongan kuat daripada negara jiran kita sama ada Indonesia yang mempunyai jumlah umat Islam yang teramai di dunia serta negara Brunei yang begitu kaya dengan aset negaranya. Seterusnya saya meneruskan Butiran 020500 – Politik Pelbagai Hala. Saya ingin mendapatkan penjelasan apakah masih lagi ada ruang bagi negara kita membuat rayuan dan juga timbang tara bagi menuntut kembali Pulau Batu Puteh yang telah terlepas kepada negara Singapura ketika mana kita pada sebelum ini, kerajaan sebelum ini leka dan gagal membuat rayuan di Mahkamah Antarabangsa sedangkan kita telah menemui dan memiliki bukti-bukti baharu yang sangat memihak kepada kita. Terakhir, saya memohon penjelasan bagaimana kementerian melihat usaha sama dan jalinan hubungan akrab yang boleh kita lakukan dengan Dr. Noeleen Heyzer yang baharu dilantik sebagai dengan izin United Nations Secretary-General’s Special Envoy on Myanmar khusus bagi menyatakan pendirian dan langkah kita agar konflik di Myanmar dapat ditamatkan segera serta mengembalikan hak-hak kemanusiaan yang telah dicabuli sepanjang konflik khususnya di Wilayah Rakhine yang melibatkan etnik Rohingya dan etnik-etnik yang lain. Tuan Pengerusi, sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sik. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kuala Kedah.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Bismillahi Rahmani Rahim. Saya terus kepada Butiran 020100 – Ekonomi Pelbagai Hala dan Alam Sekitar. Tuan Pengerusi, eksport minyak sawit Malaysia adalah satu eksport yang sangat penting bagi Malaysia. Ketika harga sawit belum melonjak seperti sekarang pada tahun 2019, eksport kita bernilai sepanjang tahun 2019 bernilai RM67.55 bilion dan sekarang jauh lebih tinggi lagi dan pasaran terbesar sawit kita sekarang ialah India dan China.
Namun Tuan Pengerusi, adalah satu hakikat bahawa kebanyakan daripada masalah yang kita perlu depani dan kita hadapi dalam memasarkan sawit datangnya bukan daripada China, India atau negara lain yang kita tumpukan sekarang tetapi daripada Eropah khususnya Eropah Barat dan Amerika Syarikat. Untuk itu, saya suka menarik perhatian kita Dewan yang mulia ini bahawa sejak tahun 2017 kita tidak lagi mengadakan engagement dengan Eropah Barat khususnya. Saya masih ingat pada tahun 2016 saya terlibat dalam rombongan mempertahankan minyak sawit di Paris dan Brussel dan tahun 2017 kita kembali ke Brussel di mana Parlimen Eropah ada dan kita menjawab dan mempertahankan isu-isu yang dibangkitkan tentang minyak sawit Malaysia. Tidak melakukan penerangan dan penjelasan mengenai minyak sawit di Eropah kerana pasarannya sekarang tidak lagi besar itu difahami. Namun, meninggalkannya ialah satu strategi yang tidak berapa tepat kerana daripada masa ke masa timbul isu dari sana yang boleh menggugat pasaran sawit kita di seluruh dunia. Isu penyahhutanan atau deforestation misalnya menjadi besar dan marak daripada Eropah, isu ester (3-MCPD) daripada Eropah, isu yang terakhir pada awal bulan ini bulan November isu kanser dan asid palmitik ia juga datang dari Eropah dan Amerika Syarikat. Tuan Pengerusi, suka saya ingatkan bahawa kita ada saintis dan para industrialists, para pengkaji, para academician yang sangat lama mempertahankan isu- isu sawit di Eropah Barat khususnya. Ada apa yang disebut sebagai European Palm Oil Alliance (EPOA) iaitu saintis Eropah di Belanda saya pernah jumpa di Belgium, di Perancis mereka telah banyak mempertahankan sawit dan mereka banyak buat kajian telah melakukan banyak pelaburan oleh kita dan mereka dalam mengkaji isu-isu dan menjawab isu-isu sawit. Ada satu syarikat misalnya pembuat makanan Nutella, syarikat Ferrero dari Italy dan juga operasinya di Perancis telah banyak melakukan publisiti, menjawab tohmahan dan bersungguh-sungguh mempertahankan minyak sawit Malaysia. Mereka cukup komited berdekad-dekad. Maka, saya ingin mengesyorkan kepada Kementerian Luar Negeri supaya kita pertahankan hubungan baik kita dengan mereka walaupun kepentingan sawit itu telah dianggap kurang, maka Malaysian Palm Oil Council (MPOC) Lembaga Minyak Sawit tidak lagi intensif di sana dan diplomat sawit kita khusus sawit daripada MPOC atau daripada kerajaan khusus bercakap sawit tidak lagi ke sana sekerap dahulu tetapi diplomat kita di Brussel, di Perancis, di Paris dan di berbagai-bagai Kota Eropah di Belanda harus mempertahankan hubungan baik kita dengan mereka.
Yang Berhormat Kuala Kedah.
Jangan diputuskan dan mereka juga bukan itu sahaja Tuan Pengerusi, mereka juga telah berkorban sungguh. Syarikat Ferrero misalnya telah membelanjakan berbilion Euro untuk mempertahankan minyak sawit. Kita tidak boleh biarkan mereka terkontang-kanting begitu.
Kalau kita pertahankan hubungan kita dengan mereka, satu masa berubah keadaan pasaran harga komoditi, insya-Allah, akan ada ketikanya hubungan tadi akan memberikan hasil yang baik kepada kita.
Yang Berhormat Kuala Kedah, boleh sedikit?
Sekejap. Dan kita tidak dapat menjawab semua. Kita tidak ada kepakaran. Mereka ada kepakaran. Teruskan hubungan tadi dan diplomat kita terus engage dengan diplomat-diplomat yang ada di kota-kota Eropah itu tentang isu sawit. Setiap diplomat kita di sana hendaklah fasih isu-isu sawit dan meneruskan segala hubungan baik yang telah kita bina selama ini. Jangan putuskannya. Silakan, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.
Sila, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Sedikit sahaja. Saya ingin tanya pandangan Yang Berhormat Kuala Kedah. Di bawah Kementerian Luar Negeri ini ada dipanggil Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) yang tentunya bertujuan sebagai satu platform untuk memberikan perkembangan terkini tentang industri sawit. Apakah peruntukan secukupnya diberikan dalam MTCP? Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi, kita ada pegawai- pegawai khusus teknikal. Akan tetapi, keputusan kebanyakannya dibuat oleh para diplomat. Saya pernah jumpa dahulu seorang speaker di Parlimen Belgium. Beliau journalist. Beliau bukan seorang yang teknikal, saintis. Akan tetapi, kalau para diplomat kita fasih dan engage dan sentiasa berhubung dengan para diplomat di sana menerangkan kepada mereka, akhirnya keputusan-keputusan teknikal itu dapat diterjemahkan dengan mudah dan dasar-dasar yang memihak kepada sawit kita dapat dilakukan. Saya turut setuju bahawa kita juga perlu beri perhatian tentang kecekapan, kebolehan dan juga imbuhan yang kita beri kepada para teknikal yang kita letakkan di segala kedutaan-kedutaan kita khususnya tentang isu sawit. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Kuala Langat.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Kuala Langat hendak ambil bahagian dalam perbahasan Kementerian Luar Negeri dan saya hendak rujukkan kepada Butiran 020000 – Hubungan Diplomasi dan Kerjasama Pelbagai Hala. Tuan Pengerusi, baru-baru ini kita telah dengar dan lihat apa yang telah jadi di Glasgow di dalam COP26. Dari itu, saya lihat bahawa negara kita Malaysia kena main peranan yang lebih penting dalam isu mempertahankan situasi kita untuk masa hadapan yang akan datang. Sejarah telah menunjukkan kita bahawa ada segolongan penduduk di dunia ini yang saya boleh panggil sebagai the northern country ini iaitu EU, Amerika Syarikat, United Kingdom dan sebagainya yang sentiasa hendak mencari fasal dengan negara kita dan juga komoditi-komoditi kita sekarang dianggapkan sebagai satu isu besar di dalam negara-negara ini. Tidak berhenti-henti. Kalau kita tengok pembelian vaksin pun macam itu. Jualan glove pun macam itu sekarang. Kelapa sawit pun macam itu sekarang. Dahulu kita ada getah, kita ada timah, itu pun menjadi isu dengan mereka. Selama-lamanya saya lihat bahawa mereka ini tidak hendak bagi kita chance langsung untuk kita maju dengan apa yang telah kita buat. Sebab itu, Tuan Pengerusi, saya lihat bahawa sekarang sudah sampai masanya untuk negara kita beri tumpuan kepada negara-negara dekat dengan kita yang bersama dengan kita di dalam zon kita sendiri. Apa salahnya kalau kita ada perhubungan baik dengan China? Apa salahnya kita ada perhubungan baik dengan Jepun, dengan Korea Selatan, dengan Taiwan, dengan India? Tidak kurangkan mereka. Kita tidak payah langsung hendak bergantung kepada negara-negara di utara sahaja untuk kemajuan negara kita. Sekarang kita boleh dapat apa pun yang kita hendak dari negara-negara yang saya sebut ini. We don’t have to rely on them to develop further. Itu penting untuk kita. Sebab itu saya ingat duta-duta kita di dalam negara-negara ini― banyak duta ya. Semasa saya menjadi Menteri turun padang di dalam negara-negara lain ini, saya nampak duta-duta ini tidak berapa agresif betul untuk pamerkan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dan akan berdepan dengan isu-isu ini. Ataupun mereka tidak diberi taklimat ataupun maklumat yang terbaik ataupun yang latest untuk mereka bersama.
Contohnya, Tuan Pengerusi, kita telah wujudkan satu video. Nama video itu Hutan Kita. Saya tidak tahu berapa ramai Ahli Parlimen di sini ada tengok video itu. Itu ialah tentang hutan kita di dalam negara kita. Video ini telah diterbitkan oleh Jabatan Hutan Negara kita. Saya minta semua duta-duta yang bekerja dengan kita sekarang gunakan video ini di dalam program-program mereka di negeri masing-masing di sana untuk pamerkan the richness of earth as far as the forest is concern. Jangan kita tunduk kepada orang-orang yang katakan kita hancurkan hutan kita. Kita bukan hancurkan hutan kita. Mereka yang sudah hancurkan hutan mereka. Sekarang dia datang ke sini Malaysia, Borneo, Indonesia dan katakan, “You have to save the forest” sebab mereka hendak adakan karbon untuk mereka. We have to defend our right in order to survive. And I think duta-duta kita kena main peranan yang lebih besar untuk pertahankan negara kita di dalam conference dan sebagainya. Mereka mesti hadir kepada international conference untuk beritahu suara kita di dalam conference itu. Bila saya pergi kepada Finland, Denmark dengan Holland untuk satu perjumpaan, Deputy Prime Minister Finland kata dengan saya, “You are the first Malaysian to come here in the past seven years”. Tiada orang dari Malaysia pergi cakap tentang isu kita di sana dan pertahan isu kita di sana. Macam mana mereka hendak tahu? Selepas itu dia akan dapat berita dari NGO-NGO yang berkenaan dan all this NGO has negative views on Malaysia, and we don’t have a platform in order to put forward our views. Ini penting untuk kita. Saya harap Kementerian Luar Negeri akan beri tumpuan dan bila ada masa untuk mana-mana menteri pergi ke luar negara untuk jemputan, untuk conference dan sebagainya, untuk bawa bersama mesej dari Malaysia tentang isu hutan kita, isu kelapa sawit kita dan isu pekerjaan kita kepada negara-negara lain. Jangan beri mereka peluang untuk ada negative effect dalam isu ini kepada kita. Saya minta Kementerian Luar Negeri di dalam isu ini untuk beri perhatian dan beritahu kepada duta-duta kita di dalam negara-negara ini, Malaysia akan pertahan pendirian kita dan pada masa yang sama, kita akan adakan perhubungan yang lebih kait dengan negara-negara asing dengan kita yang saya telah namakan tadi. Sekian, terima kasih, Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Seterusnya Yang Berhormat Kalabakan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin terus kepada butiran. Ada tiga butiran saya ingin angkat di sini. Butiran 040000 – Hubungan Diplomasi dan Kerjasama Dua Hala. Saya ingin menyentuh mengenai tuntutan Filipina ke atas Sabah. Bulan lalu, Yang Berhormat Menteri menyebutkan bahawa isu berkenaan tuntutan ke atas Sabah telah beberapa kali dibincangkan semasa pertemuan dua hala antara pemimpin Malaysia dan Filipina di mana kedua-dua belah pihak mempunyai persefahaman bahawa isu ini tidak akan dibangkitkan di mana-mana platform sama ada di rantau ini atau di peringkat antarabangsa. Saya ingin tahu, apakah hasil perbincangan yang dibuat dan bagaimana kerajaan ingin memastikan bahawa cadangan Filipina untuk memasukkan Sabah dalam zon ekonomi eksklusif sejauh 200 batu di dalam peta pasport Filipina tidak lagi berulang? Sekiranya berlaku lagi, adakah kerajaan perlu bertindak membawa isu ini ke peringkat yang lebih tinggi dan menamatkan tuntutan-tuntutan yang tidak berasas ini once and for all? Saya juga ingin tahu perkembangan terkini tuntutan pelantar benua kita di Laut China Selatan yang dibahaskan pada bulan Ogos yang lalu di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di bawah Suruhanjaya Hak Pelantar Benua atau Commission on the Limits of the Continental Shelf. Ini penting kerana tuntutan kita telah dibantah keras oleh dua kuasa iaitu China dan Filipina. Jika China mendakwa hampir seluruh Laut China Selatan sebagai
kepunyaan mereka, Filipina pula mendakwa seluruh di negeri Sabah dan perairan sebagai milik mereka.
Butiran kedua yang ingin saya sentuh ialah 02600 – Kerjasama dan Pembangunan Antarabangsa. Dua minggu yang lalu Perdana Menteri Malaysia membuat lawatan rasmi ke Indonesia dan mengambil kesempatan memohon kerjasama Indonesia melibatkan usahawan Malaysia dalam rancangan pembangunan ibu kota baharu di Kalimantan. Mohon sedikit penjelasan apakah respond balas atas permohonan yang dibuat oleh Malaysia. Sekiranya respond positif yang diterima amatlah wajar sekali kerajaan mempercepatkan projek-projek ketersambungan antara Sabah, Sarawak dan Kalimantan. Antaranya pembinaan jalan penghubung Serudung di Kalabakan dengan Simanggaris Kalimantan Utara. Kemudahan ICQS dan bandar sempadan perlu dibangunkan bagi menyokong aktiviti ekonomi dua hala antara Serudung dengan Simanggaris yang sudah tentu akan membangunkan kawasan berpotensi besar. Infrastruktur digital serta bekalan elektrik dan air di laluan masuk dan bandar sempadan utama di Sabah dan Sarawak perlu disegera dinaik taraf untuk merangsang pertumbuhan. Justeru, peranan Kementerian Luar Negeri dalam mencadangkan kepada kerajaan untuk mempercepatkan projek-projek ini amatlah diperlukan. Ketiga dan terakhir Butiran 020200 – Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan. Butiran ini diperuntukkan sebanyak RM1,158,300 saya memohon perincian perbelanjaan peruntukan ini. Seperti yang kita ketahui umum Sabah merupakan negeri yang paling terbeban dengan isu menangani pendatang asing tanpa izin yang sampai sekarang masih gagal diselesaikan. Saya ingin minta penjelasan daripada Menteri Luar Negeri. Adakah Kementerian Luar Negeri telah berusaha menyelesaikan dengan negara-negara jiran seperti Filipina dan Indonesia untuk menghantar pulang PATI yang datang daripada negara-negara tersebut seperti yang diuar-uarkan oleh beberapa pemimpin kerajaan dalam ucapan- ucapan mereka semasa kempen pilihan raya. Adakah kementerian bersetuju bahawa negara-negara tersebut telah menyatakan ketidaksediaan menerima warganegara mereka yang telah lama menetap di Sabah tanpa memiliki dokumen yang sah. Masalah ini telah sekian lama mencalarkan imej kedaulatan negara kita. Selain itu, kita juga ingin mengetahui apakah hak asasi kemanusiaan diutamakan lebih daripada isu kedaulatan negara kita yang sering dicerobohi oleh warga asing yang masuk sewenang-wenangnya tanpa pengawalan yang ketat dan di setiap pintu masuk di sempadan negara dan melalui jalan-jalan tikus. Itu sahaja perbahasan saya. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Dungun.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 020800 – Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia. Fungsinya ialah pertamanya melindungi, mempromosi dan memelihara kepentingan Malaysia dan serantau berkaitan tiga tonggak utama ASEAN terutamanya dalam isu politik dan keselamatan di platform ASEAN. Isunya Tuan Pengerusi ialah berkait dengan pencerobohan ruang udara Malaysia. Pada 3 Jun 2021 TUDM telah mengesan kemasukan 16 pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China di ruang udara negara kita. Begitu pun, jurucakap kedutaan China di Malaysia menyatakan menurut undang-undang antarabangsa pesawat tentera China menikmati kebebasan penerbangan berlebihan di ruang udara yang relevan.
Namun begitu, berdasarkan semakan radar oleh TUDM memang terbukti bahawa pesawat tersebut memasuki ruang udara Malaysia. Menurut United Nations Convention on the Law of the Sea (UNCLOS) Perkara 58(1) dan Perkara 88, sebarang kebebasan untuk bergerak ruang udara digunakan itu untuk keamanan dan penerbangan komersial. Namun yang bertujuan ketenteraan sukar untuk diterima. Terdapat perbezaan antara ketenteraan dan juga komersial. Ketenteraan tidak boleh dijustifikasikan di bawah UNCLOS. Soalan saya adakah wujud perancangan dari kementerian untuk mengadakan perbincangan dengan negara-negara ASEAN di platform ASEAN. Ini bagi mencapai satu persetujuan supaya perkara sedemikian tidak berulang demi keselamatan ruang udara kita dengan premis yang ada iaitu melalui platform ASEAN untuk rundingan bagi memungkinkan keselamatan negara terjamin. Tuan Pengerusi dalam Butiran 020100 – Ekonomi Pelbagai Hala dan Alam Sekitar. Kita mempunyai perjanjian ASEAN Mengenai Jerebu Rentas Sempadan (ATHP) yang telah diratifikasi oleh 10 anggota dan ia merupakan platform sangat penting untuk menangani isu ini berikutan prinsip kita untuk tidak campur tangan dalam urusan domestik antara satu sama lain. Telah wujud kebimbangan bahawa terdapat negara yang masih mengambil tindakan unilateral misalnya mewujudkan Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan mereka sendiri. Namun, Malaysia mengambil keputusan untuk tidak membuat penyelesaian seumpama itu kerana ia mencampuri kedaulatan negara-negara lain. Persoalan saya apakah status keberkesanan perjanjian ASEAN Mengenai Jerebu Rentas Sempadan (ATHP) ketika ini kepada negara kita dalam menangani isu yang masih berulang saban tahun. Seterusnya berkait dengan Butiran 020200 – Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan. Laporan tahunan 2021 Jabatan Negara Amerika Syarikat mengenai pemerdagangan manusia telah meletakkan Malaysia pada ‘tier 3’ iaitu kategori paling bawah dalam isu pencabulan hak asasi manusia. Pemerdagangan ini termasuklah kemasukan oleh warga asing kepada negara kita secara haram dan tidak melalui proses undang-undang selengkapnya. Ia jelas telah menyebabkan kedudukan negara kita sebagai negara yang menghormati prinsip asas hak asasi manusia di rantau ini tercalar sama sekali. Ia bukan sahaja melibatkan isu nama negara di peringkat antarabangsa, namun ia juga terpalit kepada isu-isu kebajikan tenaga asing yang tidak dipantau secara sewajarnya. Soalan saya, apakah perancangan kementerian bagi memastikan nama negara dihormati semula di peringkat antarabangsa di samping menangani isu ini? Soalnya adakah peruntukan yang disediakan mencukupi bagi menaikkan semula nama negara di peringkat antarabangsa...
Masa sudah habis Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Sepang.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus pergi kepada Butiran 050000 – Program Khusus dan seterusnya kepada Butiran 050100 – Bertugas ke Luar Negara. Tuan Pengerusi saya ingin bertanya kepada pihak kementerian berkaitan dasar negara sekarang khususnya mengenai penguatkuasaan bahasa Inggeris di kalangan kakitangan-kakitangan yang hendak ditugaskan di luar negara. Saya ingin bertanya soalan ini kerana sebelum ini banyak dilaporkan bahawa hatta para diplomat pun dikatakan tidak begitu mengusai bahasa Inggeris. Saya ingin
tanya apakah dasar kerajaan sekarang? Oleh sebab apa saya kata begitu untuk Tuan Pengerusi? Ini kerana, baru-baru ini nampaknya macam ada satu – tidak tahulah sama ada benda ini di-spin benda ini menjadi satu dasar kerajaan. Apabila ada seorang Yang Berhormat Menteri memberikan ucapan di Glasgow dalam bahasa Melayu.
Saya difahamkan lebih kurang tiga minit dia berucap. Saya secara peribadi tidak ada masalah. Saya rasa itu hak beliau untuk bercakap dalam bahasa Melayu. Akan tetapi apa yang cuba ditonjolkan bahawa seolah-olah dia cuba membawa bahasa Melayu ke persada antarabangsa. Adakah itu memang matlamatnya ataupun kerana kekurangan kemahiran untuk menguasai bahasa Inggeris? Sekiranya kekurangan kemahiran, kita berterus terang. Kita boleh lakukan kursus dan sebagainya. Akan tetapi, apabila katakan dia cuba memartabatkan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa. Saya rasa itu ibaratkan kita jack kereta Tuan Pengerusi, hendak tukar tayar. Janganlah jack kereta itu terlampau banyak sangat, jangan sampai kereta pun terbalik. Cukup sekadar hendak keluarkan tayar untuk baiki tayar sahaja. Jangan kita jack kereta itu untuk tukar tayar sampai kereta pun terbalik.
Yang Berhormat Sepang. Boleh saya tanya sikit? Saya hendak tanya sikit.
Boleh. Boleh, sila.
Ya. Adakah Yang Berhormat Sepang menyatakan bahawa bahasa luar, bahasa asing lebih baik, lebih tinggi daripada bahasa Ibunda kita? Adakah Yang Berhormat Sepang setuju...
Okey.
...Bahawa kita tidak layak untuk bercakap dalam bahasa kita sendiri di pentas antarabangsa?
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Sik.
Tidak apalah, saya rasa oleh kerana Yang Berhormat tidak faham. Saya tidak perlu jawab soalan itu.
[Dewan riuh]
Yang Berhormat Sepang yang tidak faham! Tidak faham!
Dia tidak faham apa yang saya kata. Shall I speak in English?
Can, can, English.
Yang Berhormat Sepang kena sebut dengan izin.
[Ketawa] Tak ada, saya tidak cakap, Yang Berhormat Sik ini, cakap Melayu dia pun tak faham agaknya.
[Ketawa] Sila.
Tuan Pengerusi.
Baik.
Saya setakat ini, sebenarnya saya cakap Yang Berhormat Sik tak faham. Sebenarnya saya tidak ada masalah. Hendak cakap bahasa Melayu, bahasa Arab pun tidak ada masalah. Akan tetapi persoalannya, dia spin seolah-olah memartabatkan bahasa Melayu. Sebenarnya ada, saya pernah lihat seorang yang kalau tidak silap saya bertaraf Menteri dari Austria bercakap bahasa Arab lagi di pentas PBB. Tidak ada masalah pun. Seorang perempuan tidak bertudung, orang bukan Islam bercakap bahasa Arab lagi. Akan tetapi, sekiranya saya rasa diandaikan Menteri dari sebelah sana bercakap bahasa Arab dari parti PAS. Mungkin dihighlightkan seolah-olah dia itu ulama hebat lah.
Jadi, saya rasa itu bukan isunya, saya tidak ada masalah hendak guna bahasa Melayu di luar negara. Akan tetapi yang isunya ialah adakah kerajaan telah menukar dasar? Sekarang ini mungkin semua pihak yang pergi ke luar negara kena cakap bahasa Melayu? Saya hendak tanya itu. Seterusnya, saya hendak tanya kepada hubungan diplomasi kerjasama dua hala. Khususnya kepada Duta Khas Timur Tengah Perdana Menteri. Duta Khas Perdana Menteri ya. Duta Khas ini. Pertamanya, saya ingin bertanya kepada pihak Yang Berhormat Menteri. Ada satu artikel yang ditulis oleh seorang ahli... [Tidak jelas] bertarikh 22 Jun 2021. Saya menghormati pendapat beliau dalam tulisan ini. Akan tetapi saya rasa ini bukan isunya. Isunya adalah dalam ucapan beliau, beliau ada menyebut saya petik antara lain. Kejatuhan Kerajaan Melaka pada tahun 1511 diraikan di Rom. Sekali gus menunjukkan betapa semangat kerajaan Barat melaksanakan Perang salib, agama terhadap Islam. Saya tidak pasti, adakah pihak kementerian tidak merasa apa-apa dengan kenyataan ini? Saya tiada masalah dengan pendapat peribadi, itu hak kebebasan bersuara. Akan tetapi apabila beliau menjadi seorang duta mewakili kerajaan, kenyataan seperti ini mungkin boleh mengeruhkan hubungan dua hala. Saya hendak tanya, pertamanya adakah pihak – kita tahu kita ada wakil Kerajaan Malaysia di Vatican. Adakah apa-apa bantahan telah dikemukakan oleh pihak Vatican terhadap kenyataan ini? Saya agak risau apabila kenyataan dari pihak Menteri-menteri ataupun pihak khususnya dari PAS di media mereka. Antaranya bercakap dalam nada-nada dilihat seolah-olah menyokong Taliban dan sebagainya. Ini mungkin akan menjejaskan pelaburan ke luar negara. Oleh sebab saya rasa lebih baik kalau dalam keadaan begini kita mengambil sikap yang berkecuali ataupun kita buat satu kajian yang betul, terperinci. Sebelum kita membuat kenyataan secara semberono. Tuan Pengerusi, semberono ini bahasa apa ya?
[Ketawa]
[Ketawa] Tidak boleh? Perlukan minta izin ya?
Sila minta izin.
Tak, semberono kena minta izin ya? [Ketawa]
Semberono.
Okeylah, saya rasa secara apa ya? Secara semberono lah. Maknanya kita seolah-olah macam tidak rasa bertapa imej Taliban itu begitu buruk di kalangan persada antarabangsa ini. Jadi, kalau kita membuat kenyataan, saya risau ini akan menjejaskan kerajaan sekarang. Walaupun saya tahu kerajaan ini cuba menunjukkan ia sebuah Kerajaan Melayu Islam. Akan tetapi, kenyataan seperti ini, kita sepatutnya menjaga hubungan diplomasi dan sebagainya. Kita sepatutnya berhati-hati dalam kenyataan sebegini. Jadi saya rasa, saya haraplah supaya kejadian tidak berulang lagi. Terakhir, Tuan Pengerusi...
Masa sudah habis.
Sekejap sahaja Tuan Pengerusi.
Baik.
Saya hendak tanya, kita mempunyai ramai Duta Khas ya. Saya hendak tanya, Duta-duta Khas khasnya Duta Khas daripada Yang Berhormat Marang ini. Pertamanya, saya hendak tanya berapa buah negara kah beliau telah lawati semenjak beliau menjadi Duta Khas? Saya hendak minta dalam peruntukan. Berapa peruntukan yang telah dibelanjakan dalam setiap kali lawatan beliau? Itu yang pertama. Kedua, saya hendak tanya, setiap bulan berapa kerajaan harus bayar untuk menanggung kos penyelenggaraan pejabat ataupun kakitangan terhadap semua duta ini?
Ketiga, saya hendak tanya, adakah Duta Khas yang bertaraf Menteri ini khususnya yang melibatkan Duta Khas di Timur Tengah ini...
Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Sepang, masukkan dalam ucapan tentang Duta Vigneswaran. Duta ke Asia juga. Minta penjelasan berapa gaji, emolumen yang akan dibayar oleh kerajaan untuk beliau?
Okey. Saya minta masukkan sekali. Akan tetapi saya ada lebih spesifik pada Yang Berhormat Marang lah. Saya hendak tanya, berapa kakitangan yang beliau ada? Berapa perbelanjaan sebulan? Berapa pejabat yang dia ada? Adakah dia ada pejabat di setiap negara-negara di Timur Tengah itu ataupun macam mana? Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Batu Kawan.
Terima kasih Tuan Pengerusi di atas peluang untuk Batu Kawan mengambil bahagian dalam ucapan peringkat Jawatankuasa Belanjawan 2022, Kementerian Dalam Negeri yang berjumlah RM868 juta. Tuan Pengerusi, saya mulakan Butiran 020200 – Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan. Saya ingin menggunakan peluang ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Luar Negeri dan kepada semua staf kementerian di atas intervensi atau bantuan yang telah diberikan untuk menghubungi Menteri Luar Negeri Singapura dalam isu seorang rakyat Malaysia OKU yang akan dihukum gantung di Singapura. Dengan intervensi beliau hari ini, wujud satu stay of execution dan juga malangnya warganegara Malaysia yang OKU ini juga telah positif COVID-19. Saya juga ingin membangkitkan isu, memandangkan Malaysia berjaya untuk mendapat tempat di Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN Human Rights Council). Ingin saya tanyakan apakah pelan perancangan atau rolling plan Kementerian Luar Negeri dan kerajaan untuk memartabatkan, menjunjung dan melindungi hak asasi manusia di Malaysia dan di persada dunia. Ingin juga saya cadangkan sekiranya ada satu platform, maka ramai Ahli-ahli Parlimen dari kerajaan dan juga pembangkang yang ingin turut serta memberikan cadangan yang progresif, cadangan yang baik untuk negara Malaysia gunakan sebagai guideline supaya kami dapat memberikan satu laporan yang baik. Pada tahun 2024 semasa tempoh keanggotaan dalam UN Human Rights Council ini tamat. Seterusnya Butiran 030100 – Perancangan Dasar. Saya ingin tahu, apakah dasar kerajaan melalui Kementerian Luar Negeri mengenai ibu bapa yang sudah dua tahun tidak berjumpa dengan anak-anak mereka di kala pandemik ini. Kita lihat hari ini banyak negara secara berperingkat membuka pintu mereka untuk warganegara Malaysia ke luar dan juga untuk menerima warga negara pelawat-pelawat sama ada untuk isu perniagaan, kesihatan, pendidikan dan juga untuk isu penting ini, ihsan untuk ibu bapa yang tidak melihat anak-anak mereka. Banyak gambar yang saya lihat dalam Facebook ataupun media sosial, bayi-bayi yang semasa lahir tidak jumpa dengan ibu bapa mereka. Hari ini sudah berumur dua tahun, masih lagi belum berjumpa. Saya harap kementerian akan membawa isu ini dalam mesyuarat Kabinet supaya akan ada satu kata putus untuk membantu keluarga-keluarga ini yang berpisah selama dua tahun untuk mereka berjumpa kembali. Saya ingin bangkitkan Butiran 040300 – Pejabat Perwakilan Luar Negeri. Tuan Pengerusi, saya ingin bangkitkan isu ini. Mengikut satu laporan yang dikeluarkan dalam berita portal media mengenai isu pasport dan tanggungjawab Kedutaan Malaysia di negara lain. Saya faham isu pasport ini terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri. Akan tetapi Kedutaan-kedutaan Malaysia di negara lain adalah first contact point
untuk warganegara Malaysia untuk apa-apa perkara yang perlu mereka dapat jawapan ataupun pencerahan terutama sekali masa pandemik ini. Kebarangkalian, keputusan, kebenaran untuk mereka pulang ke negara.
Ada satu kes seorang warganegara Malaysia di Canberra, Australia yang mengatakan bahawa pasport beliau akan luput dan akan mati. Namun, beliau telah mencuba banyak kali untuk menghubungi Kedutaan Malaysia di Canberra tetapi tidak dapat jawapan ataupun jawapan yang diberikan oleh Bahagian Imigresen, Konsular kita di sana menyatakan bahawa akan ada temporary passport yang diberikan untuk tempoh dua tahun. Sekiranya pemegang pasport itu memohon untuk yang temporary passport dua tahun ini, pada masa yang sama beliau juga disuruh untuk memohon untuk pasport lima tahun. So, dalam website ini, dalam Facebook ini dan dalam artikel ini, banyak orang yang turut kata, “Ya, saya juga telah menjadi mangsa isu ini”. Saya tidak mahu menyalahkan pegawai-pegawai kita dan kakitangan kita yang bekerja di Konsulat-konsulat atau Kedutaan Malaysia di negara lain memandangkan mereka juga tidak balik untuk masa yang lama. Akan tetapi, saya rasa ada ruang untuk kita memperbaiki sistem yang ada. Maka, saya harap Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri akan menggunakan kuasa beliau dalam Mesyuarat Kabinet untuk berbincang bagi melicinkan proses ini tanpa memerlukan satu masa yang lama untuk pemohon-pemohon menunggu. Seterusnya, saya ingin bangkitkan...
Ini yang terakhir, ya?
Sedikit lagi.
Baik. Terima kasih.
Butiran 020500 – Politik Pelbagai Hala. Ini mengenai isu Afghanistan. Saya tahu ramai di Dewan Rakyat ini telah membangkitkan isu Afghanistan dan semalam Yang Berhormat Timbalan Menteri Luar Negeri juga telah menyatakan bahawa Putrajaya telah menghubungi Kerajaan Taliban di Afghanistan melalui Kedutaan di Qatar. Saya rasa sebelum Malaysia mulakan usaha to reach out kepada Kerajaan Taliban ini, mungkin kita kena tahu juga, apakah rancangan Kerajaan Taliban ini untuk penduduk Afghanistan, warganegara Afghanistan? Sekiranya kita lihat bahawa ia bercanggah dengan Universal Declaration of Human Rights atau prinsip-prinsip kemanusiaan dan hak asasi manusia, maka, saya rasa kita tidak perlu mengiktiraf Kerajaan Taliban ini, sekiranya mereka menggunakan kuasa yang diberikan itu untuk terus menindas warganegara mereka terutamanya wanita. Kita boleh baca di laman web dan berita-berita portal antarabangsa. The violation of women and children masih lagi berlaku sehingga sekarang. Maka, saya mohon untuk satu penjelasan daripada pihak kementerian. Akhir kata Tuan Pengerusi, isu SUHAKAM. Semalam saya bangkitkan dalam perbahasan saya dalam JPM tetapi saya juga difahamkan bahawa Akta SUHAKAM ini, punca kuasanya ialah Kementerian Luar Negeri. Maka, saya ingin tahu, memandangkan saya tidak melihat perkataan SUHAKAM tertera di mana-mana dalam dokumen Belanjawan 2022. Sekiranya terletak di bawah Kementerian Luar Negeri, maka saya mohon untuk Yang Berhormat Menteri Luar Negeri atau Yang Berhormat Timbalan Menteri menggunakan budi bicara atau untuk menggunakan kuasa yang ada untuk mengeluarkan SUHAKAM itu dan meletakkannya sebagai suatu suruhanjaya. Satu entiti on its own dalam belanjawan dan diberikan peruntukan yang sewajarnya. Saya mohon jawapan daripada pihak kementerian. Terima kasih.
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Selayang.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Perkara pertama ialah Butiran 040200. Saya meminta penjelasan daripada kementerian tentang pendekatan yang kerajaan akan ambil dalam perhubungan dengan Amerika Syarikat selepas cara Amerika Syarikat berundur dari Afghanistan. Kita telah melihat bahawa selepas 20 tahun Amerika Syarikat berundur dan terbiar beribu-ribu warganegara dan penduduk Afghanistan yang telah memberikan kerjasama dan pertolongan kepada Kerajaan Amerika Syarikat dengan kemungkinan besar bahawa Taliban akan mengambil tindakan dan membalas dendam terhadap mereka. Oleh yang demikian, ini menunjukkan bahawa walaupun Amerika Syarikat telah berjanji untuk memberikan pelbagai jaminan tentang keselamatan dengan cara bila mereka menarik diri, ini tidak ditunaikan. Oleh yang demikian, saya tanya sama ada kementerian akan mengkaji semula perhubungan dengan Amerika Syarikat dengan mengambil kira bahawa Amerika Syarikat bukan sebuah negara yang boleh dipercayai pada masa yang susah. Dengan izin, they have shown that they are not a country that can be relied on when the ships are down. Kedua ialah sama ada kerajaan akan mengiktiraf kumpulan Taliban sebagai pemerintah baharu Afghanistan secara rasmi dan ketiga, apakah kerajaan akan melakukan untuk menggesa Taliban untuk menyedari kepentingan semua etnik Afghanistan dan menghormati hak asasi manusia? Perkara yang kedua ialah Butiran 030300 – Pusat Serantau Asia Tenggara bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT). Kerajaan - Kementerian Luar Jepun pada bulan September tahun ini telah keluarkan satu kenyataan menasihatkan warganegara mereka bahawa ada kemungkinan ancaman pengganas di Asia Tenggara dan untuk mengelak berada berdekatan dengan kemudahan keagamaan dan kawasan sesak yang lain. Kita di Malaysia, kerajaan kita tidak memberikan nasihat yang sama. Soalan yang saya minta ialah adakah Kerajaan Jepun mengadakan taklimat dan information yang kerajaan kita tidak ada. Soalan ialah apakah yang telah jadi dengan kerjasama di antara kerajaan untuk mengatasi ancaman pengganas di Asia Tenggara? Apakah tindakan yang telah diambil untuk memperkukuhkan kerjasama dengan negara-negara lain dalam bidang keselamatan dan usaha memerangi keganasan? Perkara yang ketiga ialah Butiran 020300 – Keselamatan Pelbagai Hala dan Pertubuhan Antarabangsa. Soalan saya ialah apakah tindakan dan cadangan kementerian untuk memperkukuhkan ASEAN sebagai sebuah pertubuhan dalam mewujudkan semula persaingan geopolitik antara kuasa besar? Adakah tindakan dan cadangan terperinci untuk Malaysia dengan ASEAN bekerjasama untuk memastikan semua negara akan mengalami dan menikmati keamanan dan kemakmuran bersama dan kekalkan neutraliti rantau di sini untuk menjauhkan diri daripada konfrontasi dan konflik? Apakah tindakan untuk memastikan bahawa persaingan antara kuasa besar akan dapat dikawal supaya kita mencapai keadaan yang aman dan tenteram dan tidak runtuh ke arah konfrontasi terbuka? Sekian, terima kasih.
Masa tamat. Baik. Terima kasih Yang Berhormat Selayang. Sekarang saya jemput yang kedua terakhir, Yang Berhormat Kangar.
Bismillahi Rahmani Rahim. [Membaca sepotong doa] Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya akan mengambil bahagian untuk membahaskan Maksud Bekalan/Pembangunan 13, Kementerian Luar Negeri. Pertama, kita tahu bahawa program kementerian secara umumnya baik tetapi banyak hal sebenarnya berada di bawah bidang kuasa kementerian lain. Kementerian Luar Negeri, selama ini lebih banyak bersifat sebagai penyelaras. Kalau kita tengok macam Perjanjian Alam Sekitar, itu di bawah kementerian lain. Akan tetapi, Kementerian Luar Negeri banyak membantulah termasuk lah juga dalam hal ehwal perdagangan antarabangsa.
Dalam aspek lain yang saya tengok, yang saya rasa Kementerian Luar Negeri banyak membantu tetapi tidak dinyatakan di dalam dokumen Belanjawan ini termasuklah pendidikan. Kita mempunyai ramai pelajar-pelajar dan juga selain daripada itu juga, golongan pekerja di luar negara, mereka inilah diplomat kecil kita walaupun bukan itu jawatan mereka. Jadi, saya hendak tahu apakah kegiatan Kementerian Luar Negeri dengan rakyat Malaysia yang berada di luar negara, terutamanya golongan pelajar dan pekerja?
Apakah persediaan Kementerian Luar Negeri memandangkan kita akan melalui proses pilihan raya, sama ada di peringkat negeri ataupun di peringkat Persekutuan? Jadi, bagi pengundi-pengundi kita di luar negara ini, sejauh manakah persediaan Kementerian Luar Negeri bagi menampung proses untuk memberikan hak kepada mereka untuk mengundi nanti? Ketiga, saya percaya juga bahawa pihak kementerian harus memainkan peranan advokasi dan bukan hanya sekadar menjadi penerima laporan untuk dipanjangkan. Dalam Butiran 030400 - Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR), saya pernah mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri semasa beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Luar Negeri kali pertama sebelum ini, agar Ahli-ahli Parlimen dan juga penyelidik yang berkaitan dengan Parlimen diberikan satu kursus masterclass di IDFR. Hal ini kerana kita di Parlimen, kita ada friendship dengan pelbagai negara sebelum ini. Jadi, saya ingat perkara ini boleh dikembangkan dan juga ia baik untuk keamanan dan juga keharmonian global. Saya ingat Kementerian Luar Negeri juga harus melakukan lebih banyak proses libat urus dengan Ahli-ahli Parlimen kerana ramai Ahli Parlimen yang terlibat dengan IPU, CPA, AIPA dan juga pertubuhan-pertubuhan lain seperti ASEAN Parliamentarians for Human Rights (APHR), World Bank networks dan sebagainya. Dalam Butiran 020200 iaitu Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kementerian Luar Negeri kerana kita telah dipilih untuk menyertai Majlis Hak Asasi Manusia di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Penglibatan kita dalam misi kemanusiaan mestilah kita teruskan dan mestilah kita selaraskan. Di peringkat ASEAN, kita ada Piagam ASEAN (ASEAN Charter). Jadi, saya ingat ini pun mungkin ada sedikit konfliklah dengan sikap neutral kita selama ini dalam isu-isu domestik di negara-negara lain. Jadi, saya ingin tahu, adakah kementerian melihat penglibatan kita sebagai Ahli Majlis Hak Asasi Manusia di peringkat PBB ini akan mengubah cara kita berinteraksi, terutamanya tadi dalam konteks ASEAN? Saya juga minta Kementerian Luar Negeri memastikan bahawa laporan SUHAKAM yang hanya pertama kali dan hanya sekali sahaja diperdebatkan di Dewan ini pada tahun 2019, agar dijadikan sebagai sebuah dokumen yang wajib untuk kita bahaskan di Dewan ini setiap tahun. Jadi, barulah kita tahu situasi kebebasan dan juga hak asasi manusia di negara kita. Juga, cara kita mengendalikan isu-isu pelarian seperti Rohingya dan Uyghur, misalnya. Meskipun banyak benda baik yang kita buat, kita mesti semak semula layanan kita terhadap warganegara sendiri juga sama ada dalam kehidupan yang biasa ataupun sebahagiannya dalam tahanan, juga mesti kita lihat kerana ia juga menyentuh isu hak asasi manusia. Dalam Butiran 020200 juga, saya ingin bertanya kepada kementerian, selaras dengan keanggotaan kita dalam Majlis Hak Asasi Manusia ini. Apakah kita akan menandatangani perjanjian antarabangsa berkaitan dengan perkara-perkara termasuk misalnya United Nations Convention Against Torture (UNCAT). Sebelum ini, Yang Berhormat Menteri sendiri pernah bawa ICERD dan sebagainya. Tadi, saya sebut tentang IDFR memberi kursus kepada Ahli-ahli Parlimen. Adalah wajar sebenarnya Ahli-ahli Parlimen diberikan pendedahan tentang banyak perjanjian antarabangsa. Kenapa kita tidak mengambil bahagian atau kenapa kita mengambil bahagian. Jadi, ini adalah baik untuk kita kongsi bersama.
Dalam Butiran 020300 - Keselamatan Pelbagai Hala dan Pertubuhan Antarabangsa, sebelum ini kita menjadi anggota Majlis Keselamatan PBB. Jadi, saya harap oleh sebab tempoh kita dalam Majlis ini sudah berakhir, satu laporan boleh diberikan kepada semua Ahli Parlimen tentang penglibatan kita. Apakah keputusan- keputusan yang kita ambil, apakah keputusan-keputusan yang kita persetujui dan juga apa juga keputusan yang mungkin kita tolak? Kita juga mesti maklum bahawa macam saya sebutkan tadi, Kementerian Luar Negeri ini berkaitan dengan banyak kementerian lain. Kita juga mesti maklum bahawa isu- isu kematian dan penderaan pekerja asing, penyeludupan barang, pemindahan wang haram bahkan pemerdagangan manusia boleh menjejaskan reputasi dan keselamatan negara. Jadi, saya harap Kementerian Luar Negeri juga memainkan peranan untuk memastikan isu-isu ini dapat ditangani dengan baik supaya reputasi negara kita tidak terjejas. Selaras dengan ini juga, beberapa orang rakyat Malaysia dalam kes jenayah kewangan telah lari ke luar negara. Jadi, saya ingin tahu, apakah status kewarganegaraan mereka sekarang? Sebab sudah lama, sudah banyak tahun. Jadi, mereka ini melakukan apa yang kita sifatkan sebagai terlibat dengan jenayah kewangan di negara kita. Akan tetapi, setakat ini mereka masih belum ditemui. Jadi, saya hendak tahu, apakah peranan Kementerian Luar Negeri dalam hal ini? Terakhir, Butiran 010400 - Protokol. Saya hendak tahu, apakah hubungan kita dengan Korea Utara selepas mereka memutuskan hubungan dengan negara kita? Juga, saya hendak tahu – mungkin saya terlepas pandang, tentang perkembangan siasatan kematian Konsul Kehormat Malaysia di Madagascar pada tahun 2017. Hal ini kerana ia dikatakan mempunyai kaitan dengan isu MH370. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Sekarang, saya jemput Yang Berhormat Jerlun.
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya juga ingin membahaskan peruntukan ataupun bajet bagi Kementerian Luar Negeri di peringkat Jawatankuasa, bermula dengan Butiran 030100 iaitu Perancangan Dasar. Saya faham bahawa perjanjian perdagangan seperti CPTPP ini di bawah bidang kuasa MITI. Akan tetapi, tentunya Kementerian Luar Negeri juga mempunyai peranan untuk menasihati MITI dalam hal-hal yang berkait dengan kedaulatan negara. Saya bimbang bahawa CPTPP ini setelah ia dimeterai ataupun diratifikasi oleh Malaysia, akan menimbulkan banyak masalah kepada negara termasuk rakyat kita sendiri dan memberi kelebihan yang tidak adil bagi pelabur-pelabur asing yang akan menggunakan CPTPP ini untuk kepentingan mereka dan menjejaskan kepentingan kita sendiri. Saya ingin bertanya juga, apa sudah jadi kepada forum-forum ataupun mesyuarat-mesyuarat besar seperti KL Summit dan Langkawi International Dialogue yang pernah kita anjurkan suatu ketika dahulu bersama dengan negara-negara Afrika, Negara- negara Berkecuali (Non-Aligned Movement), dengan izin dan juga Kerjasama Selatan- Selatan? Di bawah Butiran 010400 iaitu Protokol, saya ingin bertanya, apakah sebenarnya kerja-kerja hakiki pegawai-pegawai diplomat kita di luar negara? Hal ini kerana saya dapati ada juga antara mereka yang diarah untuk menjemput VVIP yang sampai di lapangan terbang, termasuklah pada waktu-waktu yang agak pelik seperti jam 2.00 pagi atau 3.00 pagi. Ada juga VVIP yang sampai hanya untuk transit sahaja, tetapi itu pun terpaksa ditemui oleh pegawai-pegawai diplomat kita di luar negara. Saya juga mendengar rintihan dalam kalangan mereka bahawa ada ketikanya mereka disuruh untuk mengiringi VVIP ini pergi membeli-belah, pergi shopping. Kadang- kadang itu bukan VVIP tetapi isteri VVIP. Ada sampai tahap kena angkat barang-barang
yang dibeli dan sebagainya. Saya minta supaya Wisma Putra arahkan pegawai-pegawai diplomat kita ini untuk menghentikan aktiviti seperti itu. Saya ingin bangkitkan juga mengenai diplomasi kebudayaan yang mana peruntukannya disediakan, sepertimana yang telah diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri. Saya ingin tahu, apakah agaknya yang boleh kita buat untuk memperkenalkan negara kita daripada segi kebudayaan bertujuan untuk diplomasi, walhal kita sekarang ini terpaksa menjelaskan mengenai masalah kleptokrasi yang membelenggu negara kita? Saya ingin menyampaikan juga rayuan daripada pihak perwakilan asing yang berada di Malaysia. Mohon supaya mereka ini diberikan peluang untuk mempersembahkan watikah mereka kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di- Pertuan Agong dalam tempoh masa yang munasabah dan juga dibenarkan untuk membuat kunjungan hormat kepada Yang Berhormat Menteri. Di bawah Butiran 050300 - Penyelenggaraan dan juga di sekalikan dengan Butiran 00100 iaitu Pejabat-pejabat dan Bangunan-bangunan di Seberang Laut. Saya mendapat aduan daripada beberapa orang diplomat kita menyatakan bahawa bangunan- bangunan termasuk kedutaan-kedutaan kita di luar negara dalam keadaan yang tidak diselenggara dengan baik. Saya tahu bahawa bajet pembangunan kita semakin meningkat berbanding dengan tahun lepas, tetapi saya harap perkara ini dapat diberikan tumpuan. Kita tahu bahawa di awal bajet ini disebutkan pada “Outcome 1: Kebebasan berdaulat dan keutuhan Wilayah Malaysia dipertahan”. Di bawah Butiran 020300 iaitu Keselamatan Pelbagai Hala dan Pertubuhan Antarabangsa, saya ingin bertanya, apakah sebenarnya peranan Wisma Putra untuk mempertahankan kedaulatan negara kita memandangkan banyak kejadian yang berlaku melibatkan warga asing di dalam negara kita ini yang sebenarnya menjejaskan nama baik negara? Antara lain, pertama; pada bulan Februari 2017, Kim Jong-Nam dibunuh di KLIA.
Pada Mac 2014, kehilangan MH370. Pada Julai 2014 MH17 pula ditembak jatuh. Pada Januari 2010, raja negara asing dikatakan masuk ratusan juta ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri. Pada April 2018, Fadi Mohammad al-Batsh, warga Palestin, dibunuh oleh— dikatakan oleh Mossad dan masalah dengan Forest City dan sebagainya. Ini semuanya kejadian yang sepatutnya tidak berlaku di dalam negara kita sekiranya kita betul-betul mempertahankan kedaulatan negara kita. Saya harap pihak Wisma Putra akan memberi perhatian kepada hal-hal ini. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Jerlun. Saya ada permintaan seorang lagi. Saya beri peluang kepada Yang Berhormat Padang Serai, tiga minit.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Sebagai sebuah negara yang berdaulat, hubungan baik dengan negara lain amat penting dalam memelihara kepentingan Malaysia. Maka tugas Kementerian Luar Negeri kritikal dalam memastikan hasrat ini tercapai dan peruntukan khas sudah pasti akan memastikan usaha ini dicapai. Butiran 020000 – Hubungan Diplomasi dan Kerjasama Pelbagai Hala. Dasar Butiran 02000 – Hubungan Diplomasi dan Kerjasama Pelbagai Hala merupakan perkara sangat penting dalam memastikan kerjasama rentas negara dapat dilakukan. Akan tetapi saya mempunyai persoalan kepada kementerian, apakah langkah yang akan digerakkan oleh kerajaan dalam mengimbangkan pertembungan kuasa besar di rantau Asia Tenggara. Isu pencerobohan ruang negara Malaysia merupakan satu contoh mengapa usaha diplomasi ini perlu dipertingkatkan dalam memastikan negara berdaulat ini terus dijaga. Maka tolong kementerian menjelaskan kepada saya dan rakan- rakan, apakah usaha yang akan digerakkan melalui diplomasi dalam rundingan negara ini.
Peruntukan Butiran 020800 – Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia. Berdasarkan Butiran 020800, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM3.06 juta kepada Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia. Ini menunjukkan peningkatan berbanding tahun lepas di mana kerajaan hanya memperuntukkan RM2.5 juta. Saya sangat percaya Malaysia perlu mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara- negara ASEAN dalam memastikan kepentingan negara di rantau ini terus dipelihara. Saya juga ingin memohon penjelasan daripada pihak kerajaan. Apakah usaha kerajaan dalam memastikan penglibatan Malaysia dalam menggerakkan ekonomi antarabangsa? Kita dapat lihat bahawa negara jiran iaitu Indonesia telah bergerak laju dalam melibatkan ekonomi antarabangsa terutamanya G20, tetapi saya mendapati Malaysia masih tidak kelihatan perancangan yang ingin menggerakkan dalam meningkatkan pengaruh Malaysia di peringkat antarabangsa. Mohon penjelasan daripada kementerian mengenai perkara ini. Butiran 040000 – Hubungan Diplomasi dan Kerjasama Dua Hala. Berdasarkan belanjawan, saya dapat melihat bahawa kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM500 juta untuk tahun 2022. Berbanding tahun lepas, kerajaan hanya memperuntukkan sebanyak RM464.4 juta bagi hubungan diplomasi dan kerjasama dua hala. Akan tetapi yang menjadi soalan saya adalah apakah langkah kerajaan dalam meningkatkan hubungan dua hala dengan negara luar. Peruntukan sudah ada tetapi bagaimana atau apakah rancangan yang ingin membawa oleh kerajaan. Perkara ini penting agar kerajaan mempunyai polisi yang jelas apabila melibatkan kerjasama dengan negara dunia. Perancangan yang tidak jelas oleh pihak kerajaan melibatkan hubungan dua hala amat merisaukan. Dengan peningkatan jumlah negara membangun, boleh menyebabkan Malaysia tidak mempunyai pengaruh jika tidak ada perancangan dalam menyelesaikan masalah ini. Sekian, terima kasih, Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Yang Berhormat, sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri Luar Negeri atau Timbalan Menteri untuk menjawab, 20 minit.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tuan Pengerusi, saya akan cuba untuk menjawab 15 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang mana mereka membangkitkan pelbagai isu dan ada juga beberapa isu yang dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat. Kalau saya tidak mampu memberi penjelasan sepenuhnya pada pendengaran ini, insya-Allah ia akan diberikan secara bertulis. Pertamanya, saya ingin mengucapkan banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Padang Rengas, walaupun tidak ada di sini. Beliau telah memberikan pandangan dan saya ingin memaklumkan Dewan yang mulia ini, benar kata beliau bahawa hubungan kita dengan Singapura amat penting dan oleh itu, kita mesti menganggap Singapura sebagai rakan kita. Inilah secara umumnya, dasar luar negara Malaysia. Bukan sahaja dengan Singapura, Indonesia, ataupun hubungan dua hala, ia secara umumnya ialah untuk mempunyai hubungan yang baik. Dengan Singapura saya dapat laporkan di sini bahawa setelah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membuat lawatan rasmi ke Indonesia beberapa minggu yang lalu, Perdana Menteri akan membuat juga lawatan ke Singapura dalam masa yang amat terdekat ini dalam— bukan sahaja beberapa bulan tetapi satu atau dua minggu ini. Ia merupakan lawatan luar negara rasmi kedua Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Berkaitan juga bukan sahaja hubungan biasa baik dengan Singapura tetapi pembukaan laluan perjalanan antara rakyat kedua-dua negara ataupun yang dipanggil VTL. Berkaitan dengan Yang Berhormat Pulai, iaitu peranan IDFR dan latihan kepada pegawai-pegawai kedutaan kita. Saya juga menganggap ini suatu pandangan dan cadangan yang baik. IDFR memberikan pelbagai— mengadakan pelbagai kursus kepada pegawai-pegawai termasuklah juga sebagaimana Yang Berhormat Sepang sebut tadi. Dari segi kemampuan dalam bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain. Bahasa Perancis,
bahasa Arab dan sebagainya. Oleh itu tidaklah merupakan suatu masalah kepada pegawai-pegawai kita yang berkhidmat di negara-negara asing dengan bahasa-bahasa asing itu. Walaupun demikian untuk Yang Berhormat Sepang, saya ingin sebutkan bahawa pendirian kita ialah bahawa Menteri-menteri, perwakilan kita di luar negara boleh memilih untuk berucap dalam bahasa sama ada bahasa Inggeris, Perancis, Arab ataupun bahasa kebangsaan, bahasa Malaysia kita. Ia adalah suatu keputusan yang baik oleh Menteri KASA untuk dengan berani dan bangga berucap dalam bahasa negara kita di persidangan COP26 yang besar itu. Tentang Yang Berhormat Pulai sekali lagi, kita menyambut baik tentang sokongan beliau perlunya duta-duta kita, daripada kalangan ahli-ahli politik dan juga Ahli-ahli Parlimen. Beliau menyebutkan tadi betapa pentingnya hubungan kita dengan negara- negara tertentu seperti Republik Rakyat China, Asia Timur, India, Timur Tengah dan sebagainya. Akan tetapi merujuk kepada apa yang juga disebutkan tentang duta khas yang berkait dengan Asia Timur ataupun Timur Jauh, Far East ataupun Timur Tengah. Jawatan-jawatan ini secara sebenarnya ialah jawatan-jawatan utusan khas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Special Envoy of the Prime Minister dengan izin. Oleh itu, tugas mereka, laporan mereka dan pejabat mereka adalah di bawah kelolaan Jabatan Perdana Menteri. Oleh itu tidak sesuailah untuk saya memberi...
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sahabat saya dari Bandar Tun Razak. Terima kasih di atas. Saya juga telah mengambil bahagian ketika Yang Berhormat Sepang membuat perbahasan. Soalan saya adalah apakah emolumen yang diberikan kepada Duta Khas Asia Selatan, Tan Sri SA Vigneswaran. Berapakah gaji beliau serta emolumen dan sebagainya?
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Jawapannya sama. Tuan Pengerusi itu adalah akan sesuainya dijawab sama ada secara lisan atau bertulis oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Cuba saya minta ada ura- ura mengatakan bahawa ia adalah lebih kurang RM50,000. Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh mengesahkan?
Ia tidak ada dalam pengetahuan saya secara rasmi, Tuan Pengerusi.
Terima kasih.
Berkaitan dengan soalan dan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Krai, berkenaan dengan Afghanistan. Sekali lagi sebagai mana kita laporkan dalam pelbagai jawapan dalam Dewan yang mulia ini. Kita mempunyai hubungan dan tujuan untuk memastikan bahawa negara Afghanistan itu dapat dibangunkan semula dalam konteks sebuah negara yang mengamalkan prinsip- prinsip demokrasi hak asasi manusia, hak asasi wanita dan sebagainya. Malaysia juga sebagaimana yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Kuala Krai akan cuba memberi bantuan daripada segi kemanusiaannya dan dari segi infrastrukturnya seperti lapangan terbang dan sebagainya. Begitu juga Yang Berhormat Kuala Krai menyebut tentang Israel. Kita beberapa kali telah menyebutkan, bahawa kita tidak mengiktiraf Israel dan kita menganggap bahawa perjuangan kita ialah untuk memastikan terbinanya sebuah negara yang bernama Palestin di Timur Tengah itu. Saya setuju bahawa kita sedang dan akan terus menjalankan usaha ini bersama-sama dengan OIC.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Soalan daripada Yang Berhormat Bukit Bendera ialah berkaitan pelbagai perkara tentang banyaknya malawakil sama ada kita perlu buat kajian semula tentang jawatan-jawatan dan malawakil-malawakil dari negara- kajian,
pemerhatian sentiasa berjalan iaitu kita kadang-kadang menutup kedutaan, memindahkan kedutaan ataupun menggunakan satu kedutaan dan ditauliahkan kepada lebih daripada satu buah negara ini, dengan izin, is an ongoing process. Sekali lagi ditanya tentang Duta Khas, saya jawab bersama- orang-orang ini merupakan Utusan-utusan Khas Perdana Menteri berkaitan dengan AUKUS. Kita telah sebutkan bahawa dalam hal ini kita telah pun membuat kenyataan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Berhormat Menteri Luar Negeri dan Yang Berhormat Menteri Pertahanan mengulangi pendirian kita bahawa kita inginkan rantau ASEAN ini menjadi sebuah rantau yang bebas, neutral, dan bebas daripada senjata nuklear.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit sahaja ya. Saya hendak confirmation,.Adakah Yang Berhormat Pasir Salak telah dilantik sebagai Duta Besar di Indonesia. Terima kasih.
Sebagaimana juga menjadi amalan kita dalam bidang diplomasi, lantikan-lantikan duta ini merupakan suatu perkara yang perlu melalui proses yang agak besar dan panjang. Ia perlu dibuat keputusan dalam negara kita sehinggalah peringkat tertinggi dalam negara kita. Ia perlu dimaklumkan kepada negara yang kita hantar orang-orang ini dan perlu mendapat persetujuan daripada negara yang hendak kita tempatkan itu. Setelah proses itu selesai di peringkat negara yang hendak diletakkan, akan datang balik maklumat itu kepada negara kita. Kita akan adakan pula proses di mana akhirnya watikah diberikan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Maksudnya sekarang...
Sebelum semua ini selesai, kita tidak boleh memberi apa-apa maklumat untuk menghormati prinsip diplomasi yang diamalkan oleh semua negara di seluruh dunia.
Maksudnya negara kita telah menghantar nama Yang Berhormat Pasir Salak kepada Indonesia untuk di- betul?
Ini Yang Berhormat saya dimaklumkan, ini sebahagian daripada perkara yang tidak boleh diumumkan sehingga ia sampai kepada tahap yang terakhir. Akan tetapi hendak buat kesimpulan, hendak buat analisis dan sebagainya itu terpulang dan kita tidak akan terlibat ataupun memberikan apa-apa respons yang rasmi kepada pandangan ataupun...
Sahabat saya dari Bandar Tun Razak. Maksudnya kita sudah ada maklum balas daripada negara-negara Asia Selatan, mereka sanggup menerima Tan Sri Vigneswaran sebagai Duta Khas.
Itu ialah sekali lagi Utusan Khas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang mana proses pelantikannya berbeza dengan duta yang ditanya oleh kawan saya sebentar tadi. Berkaitan dengan peranan kita sebagai Ahli Yang Berhormat Bukit Bendera hak asasi, ratifikasi dan sebagainya, proses ini sedang berjalan. Beberapa konvensyen yang berkaitan sedang sebagaimana dalam proses ratifikasi. Begitu juga soalan yang baik daripada Yang Berhormat Bukit Bendera tentang pendirian dan rancangan kita health diplomacy, digital diplomacy, ini semuanya ada dalam Kertas Dasar Baharu yang akan dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk Kementerian Luar Negeri pada awal bulan Disember yang akan datang ini. Yang Berhormat Sik berkaitan dengan...
Penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Ya.
Bukit Bendera tanya. Tentang tadi ada sebut bahawa sedang diadakan kajian dasar-dasar dan sebagainya.
Ya.
Soalan saya ialah, sama ada kerajaan akan melihat semula terhadap keperluan sekuriti semasa bukan sahaja untuk digital diplomacy, health diplomacy dan sebagainya, tetapi integrated iaitu melihat ia menjangkaui dasar luar sebagai satu top-down approach, seperti apa yang dilaksanakan oleh United Kingdom dengan satu integrated document merangkumi sekuriti pertahanan, alam sekitar, health diplomacy, dan sebagainya. Adakah dokumen yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri pada bulan Disember ini menjurus ke arah itu? Itu persoalan saya.
Dengan Yang Berhormat Bukit Bendera, itu akan kita beri pertimbangan. Begitu jugalah berkaitan dengan Yang Berhormat Kuala Langat yang mengaitkan tentang COP26 Tuan Pengerusi, bahawa kita mesti mengambil pendirian dan pendekatan kepentingan utama negara kita daripada kita hanya terpengaruh dengan apa yang ditekankan ataupun apa yang dikehendaki oleh negara-negara yang lain. Itu juga kita beri perhatian. Walaupun kita ada komitmen kita Yang Berhormat Kuala Langat, dalam konvensyen-konvensyen antarabangsa berkaitan dengan iklim dan alam sekitar ini. Yang Berhormat Sik- Laut Cina Selatan, apakah pendirian kita selepas Amerika Syarikat dan China mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan- saya fikir penggunaan kapal-kapal oleh negara China dan sebagainya. Secara umumnya sekali lagi, kita akan mempertahankan laut kita menurut dasar undang-undang antarabangsa, Konvensyen Laut 1982, dan inilah pendirian kita bersama-sama dengan negara-negara ASEAN. Berkenaan dengan kerugian hasil perikanan misalnya, itu saya rasa Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan lebih berkemampuan untuk memberikan maklumat. Berkaitan dengan Sekretariat OIC, isu Rohingya dan sebagainya, kita telah sekali lagi sebut tadi komitmen kita kepada OIC untuk menjadi salah satu saluran untuk isu-isu antarabangsa seperti Rohingya dan juga Afghanistan. Berkaitan dengan Pulau Batu Putih, Kerajaan- Kabinet telah mewujudkan suatu pasukan khas untuk mengkaji sekali lagi isu ini dan ia di bawah kementerian undang- undang ataupun Menteri Undang-undang di Jabatan Perdana Menteri. Berkaitan dengan special envoy Myanmar. Kita menyambut baik pelantikan baharu special envoy untuk Myanmar Bangsa-Bangsa Bersatu ini dari Singapura dan kita juga dapat memaklumkan bahawa OIC juga mempunyai special envoy untuk Myanmar yang mana kita juga memberi sokongan dan kerjasama. Soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Kedah berkaitan dengan eksport kelapa sawit kita ke Eropah. Kita mempunyai pendekatan yang sebagaimana disebutkan tadi, kita mengekalkan hubungan kita dengan negara-negara ini dan kedutaan, dan duta-duta kita aktif terlibat untuk memastikan bahawa isu kelapa sawit ini kita pertahankan. Kita malah terlibat dalam suatu urusan antarabangsa untuk pastikan bahawa isu diskriminasi terhadap kelapa sawit ini dibawa kepada peringkat Mahkamah Antarabangsa supaya hak kita untuk menjual dan mengeksport kelapa sawit itu tidak dihalang. Berkaitan dengan diplomat- kita perlu hubungan baik di Eropah ini sebagaimana yang saya dapat maklumat- begitulah usaha-usaha kita. Berkaitan dengan Yang Berhormat Kuala Langat, saya telah sebutkan tadi perlunya kita agresif. Saya setuju video hutan kita- saya akan maklumkan kepada pegawai kita. Mungkin ini telah pun dilakukan tetapi ini suatu cadangan yang baik dan kita perlu kedutaan kita mempunyai pegawai-pegawai yang senantiasa mempertahankan kepentingan negara dan hak kita sebagai negara di mata dunia. Yang Berhormat Kalabakan membangkitkan isu Sabah oleh Filipina. Ini pun saya telah sebut beberapa kali bahawa Malaysia kekal dengan pendirian tidak mengiktiraf apa- apa tuntutan kepada mana-mana wilayah kita khususnya dalam kes ini Wilayah Sabah, Laut China Selatan dan sebagainya. Pendirian kita ialah bahawa sebagaimana saya sebutkan tadi, kita- UNCLOS 1982 menjadi pegangan kita. Begitu juga kita bekerja melalui ASEAN dan mempunyai usaha-usaha untuk supaya ada yang dipanggil code of conduct
(COC) antara ASEAN dan negara-negara penuntut pada Laut China Selatan itu, supaya ia dapat diuruskan dengan cara diplomasi yang aman. Berkaitan dengan ibu kota baharu di Kalimantan Timur untuk Indonesia, betul Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam lawatan rasmi ke Jakarta dalam pertemuan empat-mata dengan Presiden Jokowi telah membangkitkan isu ini, dan maklumat yang kita terma ialah bahawa Presiden Indonesia itu menyambut baik cadangan Perdana Menteri kita untuk memberi sokongan dan juga bekerjasama membangunkan ibu kota baharu Indonesia di Kalimantan Timur. Berkaitan dengan pendatang asing di Sabah dan sebagainya, hal ini sebagaimana juga dalam kes-kes yang- ada juga dalam perbahasan kita tentang ini adalah sebenarnya di bawah Kementerian Dalam Negeri.
Kita tahu bahawa Kementerian Dalam Negeri sedang senantiasa mengambil isu ini dalam usaha-usaha kita untuk memastikan pendatang asing ini dapat kita pulangkan ke negara asal mereka. Yang Berhormat Dungun, sebahagiannya berkaitan pencerobohan ruang udara oleh China, tujuan ketenteraan. Malaysia sebagaimana telah kita laporkan oleh Menteri Luar pada ketika itu dan juga oleh Menteri Pertahanan pada ketika itu telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan bantahan dan duta China di Kuala Lumpur juga telah dipanggil ke Kementerian Luar Negeri untuk diberikan makluman bantahan kita terhadap tindakan itu. Berkaitan dengan jerebu, saya ada maklumat yang mengatakan bahawa pada 21- 22 Oktober yang lalu, telah diadakan Persidangan Peringkat Menteri ASEAN ke-16 berkaitan dengan alam sekitar, 16th ASEAN Ministerial Meeting on the Environment dan juga the 16th Meeting of the Conference of the Parties to the ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution. Maknanya ada perbincangan dan pendekatan kita sebagaimana dalam banyak isu yang lain dalam konteks ASEAN ini ialah dengan menggunakan platform ASEAN untuk menyelesaikan masalah bersama kita. Berkaitan dengan pemerdagangan manusia. Sekali lagi ini adalah di bawah Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Dalam Negeri mempertahankan pendirian kita dan menganggap bahawa laporan yang digunakan oleh Amerika Syarikat itu tidaklah tepat. Oleh itu, kita daripada satu sudut membantah keputusan yang dibuat oleh Amerika Syarikat untuk meletakkan kita di tier yang ketiga itu.
Mohon penjelasan.
Ya.
Terima kasih. Saya tanya ialah berkait dengan bagaimana hendak menaikkan semula imej negara yang teruk, rosak daripada laporan walaupun tidak betul tetapi pohon penjelasan bagaimana cara untuk menaikkan semula imej yang rosak itu. Sila, terima kasih.
Itu akan kita lakukan dengan urusan diplomasi kita dengan Amerika Syarikat tetapi juga kita perlu ikhlas bahawa ini melibatkan bukan sahaja Kementerian Dalam Negeri dan Luar Negeri tetapi juga Kementerian Sumber Manusia untuk menjelaskan apakah sebenarnya keadaan dan kedudukan pekerja-pekerja di ladang, estet dan sebagainya. Daripada Yang Berhormat Sepang saya telah bayangkan tadi bahawa pegawai- pegawai kita penguasaan bahasa baik, ucapan Menteri di Glasgow dalam bahasa Melayu kita anggap suatu keputusan yang baik. Berkaitan dengan duta khas yang sebenarnya utusan khas, ini adalah di bawah Jabatan Perdana Menteri tetapi apabila kenyataan- kenyataan dibuat oleh mana-mana pihak sekalipun tanpa mengira utusan khas dan sebagainya sudah tentu Kementerian Luar Negeri akan cuba dengan sebaik-baiknya untuk memastikan bahawa ia memberikan imej yang baik dan cuba membetulkan imej Malaysia jika terdapat apa-apa kenyataan yang mungkin dapat mengelirukan negara- negara atau masyarakat antarabangsa. Yang Berhormat Batu Kawan berkaitan dengan hak asasi dan isu di Singapura yang saya— sebagaimana disebutkan, kita telah cuba membantu dan saya boleh
laporkan lagi bahawa selain daripada mula-mulanya Yang Berhormat Menteri Luar, kemudian Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pun telah mengutus surat atau warkah kepada Presiden Singapura merayu supaya kes tertentu itu dapat kita turunkan sekurang-kurangnya hukumannya ataupun dibebaskan.
Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih. Berkaitan dengan Human Rights Council. Sekali lagi, apakah plan Malaysia? Ini sekali lagi baik. Apakah platform untuk kita dan Ahli-ahli Parlimen? Saya harap Jawatankuasa Pilihan Khas Dasar Luar Negara yang sudah pun dipersetujui dan sudah pun dilantik, saya dengar lapan orang ahlinya mengambil peranan dalam isu ini dan dalam pelbagai isu luar negara supaya kita dapat menjadikan keanggotaan kita dalam kes ini dalam Human Rights Council ini benar-benar bermakna.
Yang Berhormat Timbalan Menteri dengan izin Tuan Pengerusi. Boleh saya tahu bila mesyuarat pertama akan dipanggil? Memandangkan kita ada jangka masa dalam dua tahun ini untuk membuat pembaharuan daripada segi hak asasi manusia mungkin kita boleh mula dalam sidang ini juga. Mohon jawapan daripada pihak kementerian.
Itu saya tidak tahu Tuan Pengerusi. Itu mungkin...
Perlu dilantik pengerusi dahulu.
Okey, tetapi dia sudah wujud dan insya-Allah, akan— Ibu bapa tidak jumpa anak dua tahun sudah itu— sebenarnya usaha-usaha sebagaimana Yang Berhormat Batu Kawan sebutkan, yang kita akan bersama-sama dengan Kementerian Dalam Negeri. Begitu juga isu pasport luar negeri, secara langsung kalau ia sampai kepada maklumat kami, sudah tentu kami akan usahakan. Akan tetapi itu kes-kes individu yang maklumatnya sampai. Namun secara umumnya kita akan kekal memberi kerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri, khususnya Jabatan Imigresen untuk membantu kes-kes seperti ini. Tentang Afghanistan, saya ambil perhatian dan sudah tentu apabila hanya kita berpuas hati bahawa pada dasarnya negara dan kerajaan pemerintah baharu Afghanistan ini melaksanakan prinsip-prinsip yang biasa untuk sistem demokrasi, untuk hak asasi terjamin, barulah saya yakin isu-isu berkaitan dengan pengiktirafan itu kita ambil perhatian yang serius. Sebelum itu yang kita lakukan ialah dengan izin, constructive engagement supaya kita dapat berhubungan dan menyuarakan pandangan kita kepada pemerintah atau pemimpin Afghanistan yang baru itu. Tentang SUHAKAM, saya akan pastikan apakah sebenarnya kedudukan SUHAKAM berkaitan dengan Kementerian Luar Negeri dan kuasa kita. Yang Berhormat Selayang, saya ucap terima kasih memberi pandangan, cadangan dan pertanyaan juga berkaitan dengan Afghanistan. Saya maklumkan tadi hubungan kita dengan Amerika Syarikat selepas apa yang Amerika Syarikat lakukan di Afghanistan, kita secara umumnya saya sebut awal-awal lagi dalam hubungan kita dengan semua negara akan senantiasa menimbang dan memperhatikan. Dalam hal itu, mengambil kira kepentingan negara kita, ekonomi negara kita dan sebagainya, kita akan cuba memastikan bahawa perbezaan pandangan politik dan sebagainya itu seboleh-bolehnya tidak menjejaskan kedudukan dan hubungan ekonomi kita kerana ini juga perlu kita lakukan. Berkaitan dengan Jepun, amaran, siasat, kita tidak ada maklumat itu. Oleh sebab itu kita tidak memberikan apa-apa amaran kepada rakyat kita. Berkaitan dengan peranan ASEAN-Malaysia kita sebutkan tadi, kita akan terus bersama-sama ASEAN. Yang Berhormat Kangar banyak poin. Saya pandang baik, cadangan yang baik, peranan kedutaan dalam pilihan raya. Ini SPR akan maklumkan kepada kita apa yang perlu kita lakukan. Saya dimaklumkan dalam Pilihan Raya Ke-13 sebelum lalu, dilakukan proses yang amat-amat teliti dan belanjanya tinggi untuk proses mengundi oleh warga di
luar negara. Akan tetapi apa yang seterusnya akan berlaku, sama-samalah kita harap supaya SPR memberikan— sebab ini di bawah SPR, kedutaan hanya membantu. Berkaitan dengan beberapa yang lain. Laporan SUHAKAM di Parlimen, sekali lagi saya akan check itu. Perjanjian-perjanjian, ini proses ongoing. Protokol tentang Korea Utara, kita tidak ada hubungan diplomatik sudah sekarang ini dan kita akan memerhatikan apakah yang akan berlaku seterusnya. Tentang Yang Berhormat Jerlun yang akhir sekali. Yang Berhormat tentang CPTPP, KL Summit, Langkawi Dialogue. KL Summit itu sebagaimana kita maklum, walaupun semasa Yang Berhormat Langkawi menjadi Perdana Menteri, ia diumumkan secara rasminya sebagai suatu program bukan rasmi kerajaan atau Kementerian Luar Negeri. Jadi, saya harap di kalangan pemimpin yang ada di sebelah sini dan sebelah sana boleh kalau berminat untuk meneruskan program ini. Langkawi Dialogue, saya setuju adalah program yang baik dan saya dalam kementerian pun akan memastikan bahawa program seperti ini, nama dan sebagainya terpulang, diteruskan dan kita ada di bawah sebagaimana Yang Berhormat maklum Malaysian Technical Cooperation Program antaranya untuk membantu negara-negara Afrika dan dunia ketiga untuk sama-sama kita bangunkan itu. Tentang Negara-negara Berkecuali, kita aktif di dalamnya. Tentang diplomat dan VVIP, ini pada umumnya bukanlah dasar ataupun SOP pegawai-pegawai kita tetapi kalau ada kes-kes yang khusus yang boleh saya dimaklumkan, saya akan cuba pastikan bahawa yang penting bagi semua diplomat kita ialah tugas diplomasi dan sebagai diplomat dan bukan yang lainnya. Tentang kebudayaan iaitu Yang Berhormat Menteri Luar pagi tadi dalam MQT telah pun memberi penjelasan tentang lantikan-lantikan ini. Tentang watikah penyerahan telah dilakukan pada 10 November yang lalu, 13 orang duta baharu luar negara telah menyerahkan watikah kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong. Ia terpaksa ditangguhkan beberapa kali kerana masalah COVID-19 dan kebimbangan kita tentang ianya dapat dijadikan tempat jangkitan.
Begitu juga duta-duta Malaysia ke luar negara pun. Dihimpunkan beberapa belas orang dan itu pun ianya diberikan watikah pelantikan untuk keluar negara secara online sahaja dan bukan di Istana Negara kerana masalah COVID-19 ini. Bangunan-bangunan kedutaan dalam Bajet 2022, kita ada lebih kurang 11 projek untuk menambah baik ataupun meningkatkan keadaan bangunan-bangunan kita di luar negara, kedutaan kita. Yang lain tentang kedaulatan negara dan isu-isu yang berlaku, itu suatu pandangan dan teguran yang kita ambil dengan positif bagaimana kita sama-sama dapat memastikan bahawa kedaulatan negara kita dijaga dalam kes-kes, sebagai contoh seperti Yang Berhormat berikan tadi. Yang Berhormat Padang Serai memberikan cadangan-cadangan hubungan luar negara, hubungan dua hala, pelbagai hala dan sebagainya. Itu sudah tentu pandangan yang kita beri perhatian dan menjadi tumpuan tugas Kementerian Luar Negeri adalah sebagaimana Yang Berhormat Padang Serai sebutkan itu. Saya fikir lebih kurang itu sahaja, Tuan Pengerusi, yang dapat saya jawab. Kalau ada lagi yang tidak terjawab, sila maklumkan dan kita akan bagi secara bertulis. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebelum saya kemukakan masalah, untuk pengetahuan Yang Berhormat Batu Kawan, saya difahamkan oleh Setiausaha Dewan Rakyat, Jawatankuasa Pilihan Khas itu mungkin akan bermesyuarat pada hari Isnin depan untuk melantik pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM760,304,100 untuk Kepala B.13 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2022 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.13 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.13 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2022 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.13 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, esok, 24 November 2021. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, semua.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.13 petang]
Kamar KhasSpecial Chamber
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Usaha Pemulihan Imej Malaysia Dalam Kalangan Pelancong Antarabangsa Setelah Negara Dilabel Sebagai 'Kerajaan Gagal Mengurus Pandemik' Serta Kesukaran/Perubahan SOP PelanconganSpecial Chamber
Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sejak beberapa bulan lalu, media sosial antarabangsa kerap memaparkan bahawa Malaysia ditadbir oleh sebuah ‘Kerajaan yang Gagal’ khususnya dalam mengurus pandemik sehingga menakutkan bakal pelancong-pelancong asing melawat ke Malaysia.
Kesukaran dan perubahan SOP yang kerap berlaku melibatkan pelbagai kementerian membuatkan bakal pelancong menjauhi Malaysia dan memilih negara-negara jiran sebagai pilihan mereka, selain menjadikan negara Islam lain seperti Turki sebagai pengganti kepada Malaysia.
Apakah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia akan mengetuai usaha memulihkan imej Malaysia di mata dunia melalui pejabat- pejabat Tourism Malaysia (TM) di luar negara sedia ada, serta menambah pejabat-pejabat baharu seperti di tempat yang berpotensi seperti Qatar atau Bahrain di Timur Tengah agar industri pelancongan negara dapat dipulihkan semula sekali gus menaikkan aktiviti ekonomi domestik. Tuan Yang di-Pertua, saya memohon pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia untuk memberi penjelasan segera bagi memastikan persepsi pelancong- pelancong luar tidak akan menjejaskan industri pelancongan negara dalam jangka masa panjang ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya meneruskan jawapan kepada pertanyaan yang diajukan oleh Yang Berhormat Hulu Langat pada hari ini, saya ingin memberi sedikit makluman berhubung peranan dan
fungsi kementerian dan agensi kerajaan yang terlibat kepada isu dan persoalan yang telah diajukan oleh Yang Berhormat.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, antara peranan yang dimainkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) adalah melaksanakan promosi bagi menarik minat pelancong asing dari seluruh dunia untuk melawat dan melancong ke Malaysia. Manakala Kementerian Luar Negeri adalah menjadi agensi peneraju kepada segala usaha penerangan terhadap dasar, keadaan semasa, isu-isu tertentu dan sebagainya kepada negara-negara luar melalui pejabat Suruhanjaya Tinggi dan Kedutaan Besar Malaysia di seluruh dunia.
Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan merupakan agensi peneraju yang mengetuai dan menyelaras pengurusan pandemik COVID-19 di Malaysia. Berhubung dengan perubahan SOP pula, adalah dimaklumkan bahawa ia bukanlah kerana perubahan dasar atau flip-flop tetapi perubahan SOP kepada yang lebih ringan adalah selaras dengan peralihan fasa di sesuatu negeri atau tempat berdasarkan Pelan Pemulihan Negara.
Justeru itu, saya berharap Yang Berhormat kini lebih jelas dengan peranan yang dimainkan oleh Kementerian MOTAC dan agensi kerajaan bagi isu-isu yang dikemukakan oleh Yang Berhormat serta faktor atau sebab perubahan SOP oleh Majlis Keselamatan Negara. Maka, istilah yang mengatakan ‘Kerajaan Gagal’ adalah tidak sesuai. Maka, kita telah jalankan yang terbaik.
Tuan Yang di-Pertua, MOTAC melalui pejabat-pejabat Tourism Malaysia di luar negara sentiasa giat melaksanakan peranannya dalam mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pilihan utama pelancong. Antara perkara utama yang dipromosikan pada masa ini adalah memberi keyakinan kepada para pelancong bahawa Malaysia adalah destinasi yang selamat untuk dilawati, terutamanya dengan memberi tumpuan (highlight) yang lebih kepada perkara-perkara yang telah dilaksanakan dalam memastikan semua pihak yang terlibat dalam industri pelancongan negara bersedia dan mengamalkan amalan yang terbaik industri dalam norma baharu.
Antara inisiatif yang dijalankan bagi tujuan ini adalah penerbitan video- video promosi pendek berdurasi antara dua hingga tiga minit untuk memastikan Malaysia sentiasa berada dalam ingatan dan pertimbangan pelancong dalam memilih destinasi untuk mereka lawati kelak. Ini termasuklah video berjudul ‘It’s All Here’, yang diterbitkan dan ‘Safe Travel – Enjoy Your Holiday’ yang akan dikeluarkan (release) dalam masa terdekat. Video-video ini telah dan akan dimuat naik ke media-media sosial kementerian dan juga Tourism Malaysia, rakan-rakan strategik seperti syarikat penerbangan serta diedarkan melalui pejabat-pejabat Tourism Malaysia di luar negara.
Selain itu, pejabat-pejabat Tourism Malaysia (TM) di luar negara juga mengadakan aktiviti-aktiviti dalam talian, dengan izin, online seperti webinar dan konsultasi berterusan dengan pihak-pihak berkepentingan seperti penyedia pakej pelancongan ke Malaysia. Pada masa yang sama, Tourism Malaysia turut memberi penyertaan daripada agensi-agensi kerajaan negeri seperti Sabah Tourism Board dan Tourism Perak serta yang lain-lain. Usaha ini tetap diteruskan walaupun ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia dan sempadan negara masih ditutup untuk tujuan pelancongan.
Untuk makluman, sebanyak 485 program-program promosi secara dalam talian telah dijalankan pada tahun 2020 bagi mempromosikan destinasi dan
produk pelancongan negara. Manakala pada tahun ini pula, sehingga bulan Oktober 2021, sebanyak 364 program-program promosi secara dalam talian telah dilaksanakan. Antara program yang telah dan akan dilaksanakan pada tahun ini adalah seperti berikut:
(i) Pejabat Tourism Malaysia Jepun telah mengadakan Malaysia Online Seminar dan Malaysia Update Seminar dengan kerjasama Japan Association Travel Agent (JATA), Duta Jepun di Malaysia dan beberapa kerajaan negeri untuk meningkatkan lagi keyakinan bahawa Malaysia sebagai destinasi pelancongan selamat untuk dikunjungi pasca-COVID-19;
(ii) menganjurkan Malaysia Business-to-Business (B2B) dengan izin, Digital Educational Tool Powered dengan kerjasama bersama The Pacific Asia Travel Association
(PATA) Germany;
(iii) Vakantiebeurs-Online Travel Festival dan ‘I Travel Show’;
(iv) Discover and Enchanting Sabah dengan kerjasama Sabah Tourism Board dan Turkish Airlines; dan
(v) AEROMEET yang akan membabitkan 223 pengusaha pelancongan (tour operator) dari benua Amerika, Eropah dan Oceania.
Penyertaan di program-program promosi dalam platform antarabangsa adalah berterusan dan akan memberi penekanan bahawa Malaysia adalah destinasi yang selamat. Sesi libat urus Online Travel Agents (OTA) atau One Stop Centre (OSC) seperti TripAdvisor bagi memastikan inisiatif-inisiatif ini mendapat publisiti di platform seperti ini.
Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan cadangan menambah pejabat Tourism Malaysia luar negara. Pada masa ini, Tourism Malaysia tidak mempunyai perancangan untuk menambahnya. Hal ini kerana sebarang penambahan perjawatan dan pejabat di luar negara perlu mengambil kira pelbagai faktor, terutamanya implikasi kewangan yang tinggi. Walau bagaimanapun, program- program promosi tetap akan diteruskan oleh Ibu Pejabat serta Pejabat-pejabat Cawangan Tourism Malaysia di dalam dan juga di luar negara seperti yang telah sedia ada.
Pada masa yang sama, pegawai Tourism Malaysia di luar negara turut boleh membuat promosi di negara-negara berhampiran dengan kedudukan pejabat mereka sedia ada. Sebagai contoh, pegawai kita yang berada di Pejabat Tourism Malaysia di Paris boleh hadir dan melaksanakan aktiviti promosi secara fizikal di Sepanyol atau Portugal jika perlu mengikut region tersebut. Berikut adalah jawapan yang telah diluluskan oleh KSU Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk saya bacakan. Terima kasih.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Cadangan Pembinaan Jambatan Kekal di Jalan Kampung Bali (A112)Special Chamber
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Hari ini saya membawa isu kawasan iaitu cadangan pembinaan
jambatan kekal di Jalan Kampung Bali (A112). Tuan Yang di-Pertua, Jalan Kampung Bali, Tronoh adalah merupakan satu jalan utama yang penting di kawasan ini. Pada tahun 2017, kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf jalan tersebut telah dilaksanakan oleh pihak JKR. Kerja-kerja tersebut telah pun siap dibina.
Akan tetapi, pihak JKR telah membina sebuah jambatan sementara di Jalan Kampung Bali (A112). Jambatan sementara itu masih kekal sehingga hari ini. Didapati jambatan sementara itu rosak dan tidak selamat digunakan untuk jangka masa yang panjang. Saya telah membawa perkara ini kepada perhatian pihak JKR.
Saya difahamkan bahawa kekangan kewangan menjadi alasan untuk tidak membina jambatan kekal di jalan tersebut. Saya sungguh berharap bahawa Kementerian Kerja Raya akan menyalurkan dana yang secukupnya untuk menggantikan jambatan sementara dengan satu jambatan baharu yang selamat digunakan oleh orang ramai. Dana ini boleh diperuntukkan dalam Belanjawan 2022. Saya mohon pertimbangan Menteri Kanan Kerja Raya melaksanakan projek ini secepat yang mungkin. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Tuan Yang Di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya sentiasa komited untuk menyediakan kemudahan infrastruktur jalan raya yang terbaik untuk keselamatan dan keselesaan rakyat dan pada masa yang sama, dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan sosioekonomi negara.
Kementerian ini mengambil maklum akan cadangan Ahli Yang Berhormat untuk pembinaan jambatan kekal di Jalan Kampung Bali (A112), Tronoh, Perak.
Semakan kementerian ini telah mendapati Jalan Kampung Bali adalah Jalan Negeri dengan nombor laluan A112. Sehubungan dengan itu, cadangan pembinaan jambatan kekal di laluan berkenaan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Perak.
Kementerian ini dimaklumkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Perak bahawa cadangan projek pembinaan jambatan kekal di lokasi tersebut telah dimohon untuk dilaksanakan di bawah peruntukan Kerajaan Negeri Perak dalam Rancangan Pembangunan Negeri Perak Kedua Belas (RPP-12).
Walau bagaimanapun, pelaksanaan projek ini tertakluk kepada Kerajaan Negeri Perak berdasarkan keutamaan tahun semasa dan peruntukan yang akan diluluskan. JKR Negeri Perak juga memaklumkan bahawa jambatan sementara sedia ada merupakan jambatan Bailey yang telah dipasang sebagai jambatan sementara sebelum jambatan kekal dibina. Penyenggaraan dan pemeriksaan jambatan tersebut dilakukan secara berkala setiap tahun bagi memastikan jambatan sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan oleh pengguna jalan raya. JKR Negeri Perak juga telah menggantikan decking jambatan Bailey di lokasi berkenaan pada pertengahan tahun 2021.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan Akta Jalan Persekutuan 1959 [Akta 376], bidang kuasa kementerian ini adalah tertakluk kepada Jalan Persekutuan sahaja. Selaras dengan fasal 1, Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan, kuasa eksekutif Persekutuan atau negeri adalah
tertakluk kepada perkara yang terletak di bawah bidang kuasa Persekutuan atau negeri yang disenaraikan dalam Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan.
Sehubungan dengan itu, apa-apa kos pembangunan yang melibatkan perkara di bawah senarai Persekutuan akan ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan manakala apa-apa kos pembangunan yang melibatkan jalan negeri akan ditanggung oleh kerajaan negeri.
Walau bagaimanapun, cadangan projek tersebut boleh dipertimbang untuk dilaksanakan menggunakan peruntukan pembangunan Persekutuan di bawah kementerian ini sekiranya jalan berkenaan diwartakan kepada Jalan Persekutuan terlebih dahulu selaras dengan seksyen 3, Akta Jalan Persekutuan 1959 yang memperuntukkan bahawa Yang Berhormat Menteri Kerja Raya boleh mengisytiharkan mana-mana Jalan Negeri, jalan pihak berkuasa tempatan atau jalan swasta sebagai ‘Jalan Persekutuan’ setelah dipersetujui oleh pihak-pihak berkuasa yang berkenaan.
Dalam perkara ini, Kerajaan Negeri Perak hendaklah mewartakan Jalan Kampung Bali (A112) tersebut kepada Jalan Persekutuan supaya cadangan projek ini boleh diteliti dan dipertimbang untuk diangkat kepada Agensi Pusat, tertakluk kepada keutamaan negeri dan ketersediaan agihan siling peruntukan pembangunan Persekutuan bagi kementerian ini. Sekian dan terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang, Rabu, 24 November 2021.
Terima kasih, Ahli-ahli Yang Berhormat.
[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.49 petang]