Dewan Rakyat · 30 November 2021
15th Parliament, session 4, meeting 2 · 698 turns · 51,829 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Menteri Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Tuan Chang Lih Kang [Tanjong Malim] minta Perdana Menteri menyatakan strategi dan pelan tindakan yang diambil oleh kerajaan dalam mencapai sasaran miskin tegar sifar pada tahun 2025 seperti yang disebut dalam Rancangan Malaysia Ke-12.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, seperti Yang Berhormat sedia maklum, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa membentangkan RMKe-12 pada 27 September lalu telah mengumumkan bahawa kerajaan akan melaksanakan program pembasmian kemiskinan menggunakan pendekatan seluruh negara atau dengan izin, whole of nation approach. Ini akan melibatkan penyertaan menyeluruh dan bersepadu daripada Kerajaan Persekutuan dan negeri, sektor swasta, universiti, syarikat berkaitan kerajaan serta pertubuhan masyarakat sivil dan organisasi berasaskan komuniti. Tuan Yang di-Pertua, di bawah RMKe-12, strategi menyeluruh meliputi projek dan program ekonomi, keusahawanan, pendidikan dan kesihatan akan dilaksanakan bagi menghapuskan kemiskinan tegar pada tahun 2025. Pembasmian kemiskinan tegar akan dilaksanakan tanpa mengira kaum, jantina, etnik, status sosioekonomi atau lokasi, sama ada di bandar ataupun luar bandar. Miskin tegar adalah isi rumah yang berpendapatan RM1,169 sebulan dan ke bawah berdasarkan kepada kos pembelian makanan asas bagi isi rumah dengan empat ahli keluarga. Tuan Yang di-Pertua, untuk menjamin pelaksanaan yang lebih berfokus, unit kemiskinan yang khusus dicadangkan untuk ditubuhkan di peringkat Persekutuan, negeri dan daerah. Unit khusus ini telah pun ditubuhkan di Unit Perancang Ekonomi pada 8 November yang lalu dan beberapa buah negeri sudah pun menubuhkan unit khusus ini. Bagi melaksanakan program ini, pangkalan data kemiskinan yang bersepadu dan berpusat iaitu eKasih akan digunakan. Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) JPM sedang membuat pemutihan ke atas data ini. Usaha basmi miskin tegar akan diterajui bersama oleh EPU dan ICU serta dilaksanakan secara berfasa. Tuan Yang di-Pertua, cadangan jadual melaksanakan fasa pertama adalah seperti berikut: (i) pertengahan bulan Disember 2021, senarai kira-kira 50 lokaliti seluruh negara akan dikenal pasti oleh ICU; (ii) penghujung tahun 2021, senarai lokaliti akan diverifikasi dengan kerjasama kerajaan negeri; (iii) Januari 2022, program dan strategi akan dirangka berdasarkan keperluan mengikut kesesuaian lokaliti masing-masing;
(iv) Februari 2022, pembentangan strategi dan Program Basmi Miskin Tegar fasa pertama akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri; dan (v) Mac 2025, program ini akan mula dilaksanakan di 50 lokaliti terpilih. Pelaksanaan pendekatan baharu ini akan dipantau setiap tiga bulan sekali bagi memastikan intervensi yang berkesan sekiranya pencapaiannya kurang memuaskan. Selain daripada 50 lokaliti yang terpilih ini, program sedia ada bagi kelompok dan keluarga miskin lain di seluruh negara akan diteruskan. Dengan pendekatan secara keseluruhan negara dan bersepadu serta holistik, kerajaan beriltizam agar miskin tegar akan dapat dihapuskan menjelang tahun 2025 seperti yang disasarkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan pertama, sila.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya adalah apakah pendekatan kerajaan yang boleh menjamin program pembasmian kemiskinan ini dapat memanfaatkan semua warga miskin tanpa mengira kaum, jantina seperti yang dinyatakan dalam dokumen RMKe-12. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Malim. Sila Yang Berhormat Menteri.
Isunya sama ada pendekatan ini akan berkesan. Kedua, sama ada ia akan meliputi semua kaum di negara kita. Mengenai soalan yang kedua iaitu sama ada ia akan meliputi semua kaum, seperti yang telah saya tegaskan tadi, kemiskinan tidak mengenali etnik ataupun lokaliti. Ada miskin di bandar, ada miskin di luar bandar. Orang Cina miskin, orang India miskin pun ada dan sudah pasti yang paling besar ialah bumiputera. Mengikut perangkaan daripada ICU, miskin tegar di kalangan orang Cina di negara kita ialah 7,689 keluarga dan masyarakat India seramai 11,290 keluarga. Kalau lihat di angka-angka bagi Mualim, Mualim ini sebahagian daripada Tanjong Malim. Saya difahamkan oleh Yang Berhormat, Tanjong Malim mempunyai dua DO. Salah satunya di Mualim. Angka yang saya ada untuk Mualim tentang miskin tegar tidaklah begitu ramai. Akan tetapi, bagi Parlimen– saya pun ada angka-angka bagi Parlimen Tanjong Malim. Angka-angka ini akan disemak oleh pihak ICU. Umpamanya, miskin tegar di bandar dalam Parlimen Tanjong Malim ialah 599 keluarga, luar bandar ialah sebanyak 404 keluarga. Jadi, ini jumlah miskin tegar. Saya nak tekankan, kerajaan tidak dapat atau tak mampu nak hapuskan kemiskinan sama sekali. Dasar kita adalah untuk hapuskan miskin tegar. Jadi, di Parlimen Tanjong Malim terdapat kira-kira 599 keluarga isi rumah miskin tegar dan sekali lagi saya nak tegas bahawa pendekatan baharu ini yang pertama, pendekatan holistik yang melibatkan semua pihak termasuk Kerajaan Pusat, kerajaan negeri dan termasuklah NGO melalui CSO. Kedua ialah ia bukan sahaja melibatkan pendekatan ekonomi, keusahawanan tetapi juga pendekatan holistik, bermaksud pendekatan selain daripada ekonomi termasuklah pendidikan dan juga kesihatan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan yang kedua, saya jemput Yang Berhormat Tebrau.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Menteri Ekonomi yang menjawab soalan dari Yang Berhormat Tanjong Malim ya. Soalan tambahan saya, adalah latar belakangnya. Saya dapati di kawasan saya, tetapi saya fikir ini bukan khusus di kawasan saya. Golongan yang miskin tegar dia datang dari keluarga yang ada anak OKU atau ramai
anak-anak, ya. Jadi, hanya seorang yang akan kerja tetapi mereka punya kerja adalah buruh di kilang atau ladang. Memandangkan gaji minimum sekarang hanya RM1,200. Walaupun mereka kerja OT pun tidak akan melebihi RM1,500 atau RM1,800. Jadi, saya nampak ini ada satu income trap untuk orang yang miskin ini dengan keluarga besar dan juga ada anak OKU. Jadi, macam mana dengan perancangan di dalam RMKe-12 boleh bawa mereka keluar dari income trap supaya masalah ini boleh diselesaikan. Bagi saya, ini hanya boleh diselesaikan sekiranya ada pendekatan supaya apa keluarga tidak besar, anak-anaknya dapat dijaga, dapat pendidikan. Jadi, dia memerlukan satu pelan tindakan yang menyeluruh untuk selesaikan masalah ini.
Soalannya Yang Berhormat Tebrau, soalannya.
Adakah setuju dan akan laksanakan.
Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Memang ramai juga isi rumah yang miskin tegar ini terdiri daripada ahli-ahli keluarga yang OKU. Untuk itu kerajaan menyediakan peruntukan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Mereka yang terlantar, yang pendapatannya kurang daripada RM1,169 pendapatan keluarga. Jadi, itu pendekatan untuk memastikan mereka dapat menangani kos kehidupan seharian. Maknanya ia akan dibantu oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Itu satu bentuk bantuan. Akan diteruskan peruntukannya ialah kira-kira RM2.4 bilion tahun depan, yang melibatkan kira-kira 440 ribu buah keluarga individu Malaysia. Mereka ini termasuklah OKU tadi. Jadi, berkaitan dengan seorang yang bekerja dalam keluarga OKU yang gajinya gaji minimum, ini satu masalah tetapi saya hendak tegaskan sekali lagi bahawa miskin tegar bermakna pendapatannya RM1,169 bagi keluarga empat orang, suami isteri dan dua anak. Itu ikut definisi. Miskin tegar bermakna pendapatan yang diterima itu cukup hanya untuk membeli makanan dan keperluan asas, pakaian dan lain-lain. Miskin itu adalah satu golongan yang lain, yang pendapatannya di bawah RM2,208 di peringkat nasional. Jadi yang kerajaan berjanji untuk hapuskan ialah miskin tegar dan sudah pasti kita tidak boleh berjanji hendak menghapuskan kemiskinan secara keseluruhan. Jadi bagi menjawab soalan Yang Berhormat Tebrau tadi, bagi OKU itu, bantuan yang berasingan daripada program ini. Program ini khusus untuk membangunkan sosioekonomi, pendidikan, kesihatan yang melibatkan mereka yang produktif. Produktif bermakna mereka dalam lingkungan usia tertentu dan mereka ada kudrat untuk bekerja. Bagi OKU dan mereka terlantar, kerajaan menyediakan bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Insya-Allah, kepentingan mereka juga tetap terbela, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
[Bangun]
Saya hadkan kepada dua pertanyaan sahaja. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman, Yang Berhormat Kuala Krai.
2. Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai] minta Menteri Kanan Pendidikan menyatakan perkembangan terkini pengoperasian sekolah di seluruh negara sejak pembukaan secara berperingkat pada 3 Oktober 2021 yang lalu. Bagaimana penerimaan guru, murid dan ibu bapa secara umumnya mengenai pembukaan sekolah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah merangka satu pelan komprehensif pembukaan semula sekolah bagi memastikan murid dapat kembali belajar secara bersemuka di sekolah dalam keadaan selamat. Dalam rangka pelan ini, KPM telah mengadakan libat urus bersama-sama dengan guru, bersama-sama dengan ibu bapa melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Penglibatan Ibu Bapa Komuniti Swasta (PIBKS), guru dan murid bagi mendapatkan input serta pandangan dalam memastikan pengoperasian sekolah berjalan dengan lancar dan teratur seperti yang dirancang. Sesi libat urus juga telah diadakan bersama Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) dan Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM). Dapatan daripada sesi libat urus menunjukkan guru, ibu bapa dan murid menyambut baik pengoperasian sekolah secara bersemuka. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, KPM sentiasa memantau keadaan semasa pengoperasian sekolah secara bersemuka yang bermula pada 3 Oktober 2021. Berdasarkan rekod sehingga 29 November 2021, semua sekolah rendah dan sekolah menengah di bawah KPM di negeri yang berada dalam Fasa 4, Pelan Pemulihan Negara (PPN) telah beroperasi sepenuhnya. Jumlah sekolah yang beroperasi ialah 8,166 buah sekolah, melibatkan 6,091 sekolah rendah dan 2,075 sekolah menengah. Manakala jumlah murid yang terlibat adalah seramai 4,251,221 orang iaitu 2,517,233 orang murid sekolah rendah dan 1,733,988 orang murid sekolah menengah. Bagi negeri Kelantan dan Sarawak yang berada dalam Fasa 3 PPN, terdapat 1,894 buah sekolah yang telah beroperasi melibatkan 1,526 buah sekolah rendah dan 368 buah sekolah menengah. Pengoperasian secara bersemuka bagi sekolah rendah di negeri ini hanya melibatkan murid berkeperluan khas (MBK) di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, murid kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan murid prasekolah dengan jumlah keseluruhan seramai 49,563 orang. Bagi sekolah menengah pula, pengoperasian secara bersemuka melibatkan murid kelas peperiksaan MBK di Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas dan murid kelas PPKI dengan jumlah murid seramai 84,497 orang. Secara keseluruhannya, bilangan sekolah yang sedang beroperasi adalah sebanyak 10,060 buah sekolah dan melibatkan seramai 4,385,281 orang murid. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan rekod KPM, purata trend kehadiran murid ke sekolah bagi tempoh 3 Oktober sehingga 29 November 2021 adalah melebihi 85 peratus. Keadaan ini menunjukkan bahawa pembukaan semula sekolah secara umumnya diterima baik oleh ibu bapa dan murid. Pembukaan semula sekolah secara bersemuka juga membolehkan guru mengenal pasti tahap penguasaan murid dan melaksanakan intervensi yang bersesuaian. KPM sentiasa komited untuk terus memastikan pengoperasian sekolah secara bersemuka berjalan dengan teratur dan selamat. Terima kasih.
Soalan tambahan yang pertama, Yang Berhormat Kuala Krai.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kanan Pendidikan atas jawapan yang detail pada pagi ini dan saya doakan insya-Allah semoga sekolah-sekolah kita akan dapat dijalankan dan beroperasi dengan sebaik mungkin, anak-anak kita terpelihara daripada wabak ini dan para guru dapat menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya. Soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua ialah, memandangkan negara kita telah menuju kepada endemik daripada pandemik COVID-19 ini, adakah kementerian mempunyai perancangan untuk semua kelas beroperasi sepenuhnya tanpa penggiliran dan bilakah jangkaan pihak KPM, sekolah-sekolah ini dapat beroperasi seperti sedia kala? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Sila Yang Berhormat Menteri, dua minit, tiga puluh saat.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Pertama sekali soalannya sama ada kementerian mempunyai perancangan untuk membawa murid
ini kembali ke sekolah seperti sedia kala tanpa penggiliran. Umumnya kita lihat pada waktu ini kita telah laksanakan kehadiran ke sekolah tanpa penggiliran untuk murid kelas peperiksaan sekiranya murid kelas peperiksaan di sekolah tersebut telah divaksinkan melebihi 90 peratus. Jadi di seluruh negara sekarang ini, murid kelas peperiksaan semua sudah pergi tanpa penggiliran kecuali empat buah sekolah.
Masih ada empat buah sekolah yang masih belum mencapai 90 peratus atas sebab-sebab tertentu. Jadi kita sedang usahakan. Untuk murid-murid lain, bagi menjawab soalan Ahli Yang Berhormat Kuala Krai tadi. Untuk murid-murid lain, kita sedang bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan untuk melihat kohort manakah yang boleh dimasukkan berikutnya tanpa penggiliran. Tentang jangka masa itu, kalau sebaiknya kami di peringkat kementerian, inginkan mereka kembali ke sekolah tanpa penggiliran secepat mungkin. Namun begitu, kita sentiasa ambil kira faktor kesihatan dan berbincang dengan pihak Kementerian Kesihatan, terutamanya dalam konteks varian baharu COVID-19. Jadi, kita sentiasa memantau dari hari ke hari. Namun, pelaksanaan kita telah mula dengan murid kelas peperiksaan, di mana sekolah mereka 90 peratus telah divaksinkan dan alhamdulillah nampak ia berjalan dengan baik. Jadi, kita akan terus memantau sebelum kita maklumkan langkah berikutnya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan kedua, saya jemput Yang Berhormat Rasah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan. Saya meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Menteri Kanan Pendidikan ketika menjawab soalan asal dan soalan tambahan. Memang kita tahu KPM telah memberikan pelbagai usaha dalam pembukaan sekolah ini. Cuma saya hendak beri pandangan sedikit. Untuk menghapuskan penggiliran untuk kebanyakan kelas yang dilaksanakan ketika ini, boleh atau tidak saya cadangkan paling awal pun kita tunggu sehingga pembukaan sesi persekolahan yang baharu pada 20 Mac. Oleh sebab walaupun kes turun, semalam kes harian yang paling rendah dalam masa enam bulan, satu petanda yang menggalakkan. Akan tetapi saya rasa masih banyak yang perlu dilakukan, khasnya untuk murid-murid sekolah rendah sebab mereka masih belum divaksin, kecuali budak Tahun 6. Soalan tambahan saya yang kedua adalah, apa kos tambahan yang terlibat untuk pengoperasian semula sekolah ini, khususnya selepas Yang Berhormat Menteri KKM mengatakan bahawa 10 peratus murid yang hadir ke sekolah perlu menjalani ujian saliva test setiap minggu. Jadi kos itu, apakah ia akan ditanggung sepenuhnya oleh KPM ataupun sebahagian sahaja? Oleh sebab saya dimaklumkan, memang KPM ada bagi test kit itu kepada sekolah. Cuma saya tengok jumlah itu mungkin untuk setakat dua tiga minggu ini, sebelum cuti sekolah itu, boleh. Bagaimana dengan bulan Januari, Februari yang seterusnya? Mohon jawapan daripada Yang Berhormat Menteri Pendidikan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Soalan pertama tadi berkaitan dengan penggiliran, tentang bila kita boleh kembalikan mereka sepenuhnya tanpa penggiliran. Sepertimana saya jawab kepada Yang Berhormat Kuala Krai tadi bahawa kita sedang meneliti. Oleh sebab dalam apa jua keputusan, ada kebaikan dan keburukan dalam setiap keputusan yang dibuat. Kita sedang meneliti perkara tersebut. Soalan kedua, apa kos yang terlibat dalam pengoperasian. Selepas Kementerian Kesihatan mengumumkan untuk murid sekolah rendah, khususnya 10 peratus perlu diuji menggunakan saliva test kit. Test kit menggunakan air liur ini. Pada waktu ini, saya tidak ada kos terperinci itu bersama dengan saya. Insya-Allah kita akan pastikan supaya apabila
sekolah dibuka dalam tempoh ini, apabila KKM mengumumkan, kita telah bincang dengan KKM bahawa kita kena sediakan kit untuk tempoh sehingga sekolah ditutup pada 11 Disember dan 12 Disember ini. Untuk tahun hadapan, apabila sekolah mula dibuka semula dan kita akan sediakan test kit sepertimana untuk murid-murid sekolah rendah tadi. Kita akan sediakan test kit untuk membolehkan anak-anak ini terus ditest selagi mana testing strategy yang diumumkan oleh KKM itu diguna pakai. Jadi, insya-Allah kita akan perincikan untuk murid pada tahun hadapan. Kita akan sediakan juga test kit berdasarkan Strategi Pengujian COVID-19 Kebangsaan yang dikeluarkan oleh KKM. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya teruskan kepada pertanyaan Menteri, menjemput Yang Berhormat Bagan.
3. Tuan Lim Guan Eng [Bagan] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan, apa tindakan yang diambil untuk menurunkan harga barangan yang naik dengan tinggi dan mendadak bulan ini yang sangat menyusahkan rakyat dan peniaga serta mengapa pihak berkuasa termasuk Majlis Pemulihan Negara gagal berdepan dengan ledakan harga tinggi ini.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Bagan yang bertanya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, isu kenaikan harga ini sebenarnya bukan sahaja berlaku di negara kita di Malaysia, malah bahangnya turut dirasai secara global. Kajian badan dunia antaranya World Economic Forum, International Monetary Fund (IMF), International Food Policy Research Institute turut menyokong perkara ini. Jadi, malah laporan Cable News Network (CNN) pada 5 November lepas, turut memetik kenaikan harga makanan dunia melonjak sehingga 30 peratus dalam tahun ini. Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Bagan, KPDNHEP sentiasa siap siaga dalam menangani isu kenaikan harga barang ini dan akan terus mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang di bawah bidang kuasa kementerian. KPDNHEP turut terus komited untuk menggerakkan 2,200 orang penguat kuasa sedia ada bagi memastikan tidak berlakunya aktiviti pencatutan harga dan peniaga kekal menjalankan perniagaan secara beretika di seluruh negara. Tuan Yang di-Pertua, saya kongsi di sini beberapa langkah proaktif yang digerakkan oleh KPDNHEP adalah seperti berikut: (i) bagi memastikan kenaikan harga barangan disebabkan ketidakcukupan atau ketidakberadaan barangan dalam pasaran, kementerian akan terus menguatkuasakan peruntukan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1991; (ii) bagi menangani aktiviti mengambil untung yang tidak munasabah, kementerian menguatkuasakan peruntukan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. Di pihak pengguna pula, sekiranya berlaku pengenaan harga yang tidak munasabah, hak pengguna dibela di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999; dan (iii) KPDNHEP terus menggerakkan lebih 1,000 orang pegawai pemantau harga (PPH) secara harian untuk memantau harga 480 item di 1,500 buah premis seluruh negara untuk memastikan pergerakan harga berlaku pada situasi yang munasabah. Kenaikan harga barangan juga sering berlaku menjelang musim perayaan. Dalam hubungan ini, kementerian akan memanjangkan tempoh dan memulakan pelaksanaan
Skim Kawalan Harga Maksimum Musim Perayaan (SKHMP) lebih awal menjelang perayaan Krismas bulan Disember ini. Tarikh pelaksanaan Skim Kawalan Harga ini akan diumumkan oleh pihak KPDNHEP dalam tempoh terdekat. Saya ingin memberikan amaran di sini agar tiada pihak yang cuba untuk menaikkan harga lebih awal sebab mendengar kita akan kenakan Skim Harga Kawalan Musim Perayaan yang kita letak lebih awal. Jangan mengambil kesempatan. Kementerian tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mereka yang cuba mengambil kesempatan untuk menaikkan harga kerana kenyataan awal saya ini. Tuan Yang di-Pertua, kementerian akan melaksanakan Program Jualan Keluarga Malaysia bermula 4 Disember 2021 ini dalam beberapa hari lagi, di mana jualan ini akan melibatkan barangan keperluan asas kepada pengguna dengan harga mampu milik. Program jualan ini akan dilaksanakan di seluruh negara melibatkan 222 buah kawasan Parlimen dengan kekerapan dua kali sebulan. Kerajaan akan memastikan harga jualan barangan yang ditawarkan adalah lebih murah dari harga pasaran sekarang iaitu lingkungan 15 peratus ke-20 peratus lebih murah daripada harga pasaran. Kementerian telah mendapat kerjasama daripada agensi dan jabatan kerajaan yang lain bagi memastikan jualan barangan keperluan asas pengguna ini sampai kepada Keluarga Malaysia yang terkesan dengan kenaikan harga barangan ini. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bagan, saya difahamkan bahawa Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) juga turut sedang merangka strategi hasil perbincangan dua hala bersama mereka dan pihak industri. Antaranya MAFI turut bercadang untuk membenarkan pengimportan ayam bulat dari loji-loji pemprosesan di luar negara yang mendapat pengesahan Jabatan Perkhidmatan Veterinar sebagai langkah sementara bagi meningkatkan bekalan dan menstabilkan harga pasaran. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan buat bantuan berjumlah RM262 juta bagi membantu peladang yang terjejas susulan kenaikan harga baja dan racun. Daripada jumlah itu, sebanyak RM200 juta disediakan sebagai pinjaman agromakanan pada kadar sifar faedah dengan moratorium bayaran balik selama enam bulan melalui Agro Bank dan TEKUN untuk manfaat pengeluar agromakanan bagi menangani kos pengeluaran yang tinggi di peringkat ladang. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dipersilakan soalan tambahan Yang Berhormat Bagan.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya harap Yang Berhormat Menteri jangan semata-mata salahkan peniaga sahaja. Jangan ingat bahawa peniagalah yang menjadi punca masalah ini kerana ini adalah ekoran daripada permintaan dan bekalan (supply and demand). Di sini, apakah tindakan sebagai sebuah kerajaan harus mengambil langkah untuk memastikan bahawa masalah ini dapat diatasi. Kalau kita lihat beberapa persatuan yang menyatakan sekarang harga sayur lebih mahal daripada daging sampai cili pun RM20. Mana pernah lihat. Semasa PH jadi kerajaan, tidak pernah berlaku macam ini. Ini adalah sesuatu yang paling tinggi dalam sejarah kita. So, sekarang jangan hanya salahkan peniaga kerana mereka pun adalah mangsa. Saya rasa kalau pendekatan ini untuk kenakan itu peniaga, itu salah, 100 kali salah. So, saya harap bahawa dalam isu ini perlunya ada dana. Dana digunakan untuk perbanyakkan perbekalan supaya kita bantu baik petani, baik peladang mahupun peniaga-peniaga supaya mereka dapat kurangkan kos logistik, kos pengangkutan. Itulah jadi punca. So, saya harap Yang Berhormat Menteri please do not miss the woods from the trees. Kalau tidak, kita akan sama-sama bergelumang dalam keadaan di mana harga yang begitu naik, barang naik, DN begitu tinggi. Saya rasa itu satu malapetaka kepada rakyat Malaysia.
Soalan lain Yang Berhormat Bagan.
Kedua, bolehkah umumkan satu dana. Gunakan daripada itu windfall tax. Apa yang isu bayar cukai makmur, RM3 bilion. Gunakan dana ini untuk bantu pihak-pihak yang berkenaan supaya kita dapat adakan satu soft landing. Bantu mereka baik baja, baik kos-kos yang kita tahu yang menyebabkan kos naik begitu tinggi. Yang Berhormat Menteri menyatakan pada 9 Disember, perkara ini akan selesai. Ini adalah pengumuman dalam NST 25 November. Yang Berhormat Menteri cakap dalam satu atau dua minggu akan selesai. Sekiranya pada 9 Disember tidak selesai, adakah Yang Berhormat Menteri akan mengambil tanggungjawab? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Dipersilakan Yang Berhormat Menteri.
Saya boleh bertanggungjawab. Tidak apa. Tidak ada masalah bagi saya ya. Mungkin 9 Disember mungkin tidak selesai sebab perkara ini agak kompleks, bukan terletak kepada kawal...
[Bangun]
[Bangun]
Nanti dahulu. Dia ter— bukan terletak...
It’s your own statement. I didn’t say it. It’s your own statement.
The statement. When I make this statement, we try to do but the fact of the matter is you should know. It is very complex. It is not just entirely in the hands of KPDNHEP. Kalau hendak berjanji letak jawatan, Yang Berhormat Port Dickson pun pernah kata dahulu. Hari ini kita menang, esok minyak turun! Pun tidak turun. [Ketawa] Ini Iskandar Putri pun cakap kalau...
Saya bukan Perdana Menteri.
Tunggu, Sir. Kalau Yang Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim tidak menjadi Perdana Menteri, saya akan undur, dia kata.
[Ketawa]
Jadi janji apa? Janji apa? Kalau kita hendak berpolitik Yang Berhormat...
Ini Menteri tidak dapat KPI lah. Tak capai KPI.
Tuan Yang di-Pertua, saya tak nak...
Tak capai sasaran.
Saya tidak mahu buang masa dalam Dewan ini untuk berpolitik.
Teruskan Yang Berhormat Menteri.
Biar saya jawab kepada, satu, saya terima baik. Saya menyambut baik saranan, teguran dan cadangan daripada Yang Berhormat Bagan ya. Kami tahu sangat akan jangan menganiayai peniaga sebab itu pernah saya katakan dahulu dalam penjelasan kita tidak nak buat teragak-agak, tergesa-gesa ataupun terlalu drastik untuk mengenakan sekatan harga maksimum kerana kalau kita tidak kawal harga dia— kalau ayam di farm gate, kos operasi kita tidak bantu, maka peniaga terpaksa jual mahal sebab mereka membeli daripada pemborong. Pemborong beli daripada penternak, mahal.
Sebab itu kami tidak sebarang— sepertimana disarankan digesa, didesakkan dalam media dan sebagainya. Mengapa tidak buat enforcement? Mengapa tidak buat sekatan harga? Kita tidak buat sebab kita tahu keluhan daripada peniaga-peniaga kecil ini. Kalau kita buat begitu sahaja, tidak secara dengan ada solusi yang menyeluruh dan lebih holistik membantu dalam erti mengurangkan kos operasi mereka, jadi memanglah peniaga-peniaga ini teraniayai. Jadi kami tidak, sebab saranan daripada Yang Berhormat betul dan tepat tetapi itulah kami risau selama ini tidak tergesa-gesa. Jadi what we are doing now, kita buat libat urus dengan mereka. Kami buat libat urus dengan kementerian lain dan agensi lain sebab bukan semuanya mengawal harga barang ini terletak kepada KPDNHEP. Sebab bekalan ini keluaran ini di ladang, di kebun dan di sawah semuanya luar daripada KPDNHEP ya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
[Bangun]
[Bangun]
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua. Pasir Mas.
Baik, saya bagi peluang soalan kedua. Saya minta Yang Berhormat.
Sebab saya difahamkan masa pun tidak mencukupi sebab itu saya hendak bagi tahu.... [Disampuk] Saya penting. [Disampuk] Tunggu dahulu, tunggu dahulu.
Alor Gajah.
Saya hendak jelaskan ini luar daripada KPDNHEP tetapi saya minta kerjasama daripada Yang Berhormat...
Kita ada Kabinet.
...Untuk lebih adil...
Bawa di Kabinet. Selesai. Jangan kata ini soal Menteri.
Tunggu dahulu. Tak...
Ini juga kementerian lain.
Ya, ya. Yang Berhormat Port Dickson.
You can solve together.
Yang Berhormat Port Dickson.
Orang sudah tunggu lama. Problem serius.
Saya hendak jelaskan kepada Yang Berhormat Bagan.
Baik.
Tuan Yang di-Pertua.
Sila.
The floor is mine. Saya hendak jelaskan kepada Yang Berhormat Bagan untuk adil kepada Yang Berhormat Bagan yang bertanya tentang pemulihan negara. Biarlah setuju dengan saya kalau saya majukan secara bertulis supaya...
[Bangun]
[Bangun]
[Bangun]
Nanti dahulu. Supaya semuanya boleh lengkap dan sebagainya. Jadi kalau saya nak jawab dekat sini, masa begitu singkat mungkin ia tidak sempurna untuk Yang Berhormat Bagan. Boleh?
Boleh.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Itu saya tidak tahulah. Mana dia.
Baik. Terima kasih.
I cannot answer on their behalf. Kalau...
Kalah pilihan raya nanti.
Baik.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Ya memang, memang.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
That’s why…
Boleh saya membantu?
Where got chili RM20 satu kilo? Datang mana?
Majlis Pemulihan Negara akan menyampaikan jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat Bagan. Okey.
Baik, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Masa sudah panjang. Cuma saya bagi satu lagi, satu soalan tambahan.
Pokok Sena.
Alor Gajah.
Kepada Yang Berhormat Pasir Mas.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya meneliti jawapan daripada Menteri tadi. Ia cukup bagus iaitu tidak tergesa-gesa tetapi...
[Dewan riuh]
Apa bagus Yang Berhormat Pasir Mas. Orang tengah susah ini.
Kamu setuju barang naik kah?
Sokong sedikit rakyat.
Kamu setuju barang naik kah?
Apalah. Harga barang naik kot.
Out of touch. Bodohlah. Pergi pulau lah wei!
Tetapi...
Mana ada jawapan baik macam itu. Kelaut.
Tetapi pada realitinya...
Malulah.
Belum habis tanyalah. Sabarlah sedikit.
Saya minta...
Yang Berhormat Pasir Mas, kamu rasa sendiri barang naik tidak.
PM hendak lantik penasihat. PM hendak lantik penasihat ramai-ramai.
Kamu kata jawapan baik.
Okey, tetapi pada realitinya tidak begitu Menteri kerana rakyat di bawah sana...
Kerana Penasihat PM tidak cukup. Kena lantik 10 orang. Bagi RM50,000 seorang, 10 orang mana cukup.
Cukuplah tu Yang Berhormat Kota Raja. Saya hendak bertanya ini.
Tidak boleh ganggu ini.
Yang Berhormat Kota Raja pun mahu tak?
Saya hendak tumpang jugalah. Saya tidak boleh cakap. [Ketawa]
Yang Berhormat Menteri, jawapannya dari sudut teorinya sudah cukup baik tetapi dari sudut realitinya rakyat di bawah sana sedang begitu merungut.
Apa yang baiknya?
Ayam naik RM14 sekilo walaupun pada kertas RM10 tetapi RM14 sekilo. Netizen dan rakyat begitu merungut pada hari ini. Saya kira Menteri...
PM hendak lantik penasihat ramai, tunggulah 10 orang penasihat bolehlah turun harga.
Saya kira Yang Berhormat Menteri perlu untuk turun bawah harga...
Nanti Yang Berhormat Pasir Mas pun jadi penasihat.
Saya punya soalan ialah adakah ada pemantauan dari sudut rantaian penawaran harga daripada pemborong kepada peruncit dan sebagainya. Dari sudut rantaian penawaran itu memberi kesan dari sudut domino effect, itu yang penting. Yang Berhormat Menteri, saya dengar tadi ucapan bagaimana kerajaan akan melaksanakan harga Keluarga Malaysia dua kali sebulan. Dua kali sebulan tidak cukup Menteri. Tidak ada orang beli barangan basah dua kali sebulan. Saya minta supaya dinaikkan sebanyak dua kali— paling tidak, dua kali seminggu kerana ini merupakan isu rakyat dan rakyat sedang merungut di bawah sana. Ini bukan isu politik. Ya, kita boleh sebut BN – barang naik tetapi kalau dalam bahasa Inggeris PH – price hike. Ini bukan isu politik.
Ya, barang naik.
Tetapi ini isu rakyat dan rakyat sedang merungut. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Zaman PH tidak naik.
Bawa dalam Kabinet lah.
Terima kasih Yang Berhormat.
Satu.
PH lagi baik. Tidak ada harga naik macam ini.
Yang Berhormat, memang Jualan Keluarga Malaysia ini kita bermula dengan dua kali sebulan dan kita akan melihat keperluannya. Jadi, saya menyambut baiklah bagi pihak KPDNHEP saranan daripada Yang Berhormat tentang hal ini ya, cadangan. Kedua, rantaian memang kita pantau. Sebab itu pernah saya jelaskan walau di media ataupun di dalam Dewan yang mulia ini, iaitu kita tidak boleh tengok kepada harga yang dijual runcit kerana kita perlu memahami seluruh rantaiannya dari farm gate.
Oleh sebab itu kami telah beberapa kali membuat sesi libat urus sebelum ini dan esok Persatuan Penternak pula akan berjumpa dengan saya dan kementerian KPDNHEP. Untuk yang terkini, bagaimana boleh membantu mereka. Cadangan daripada pihak mereka ini untuk memohon daripada kerajaan bukan sekadar subsidi makanan ayam, oleh sebab kos operasi bukan hanya dalam makanan ayam tetapi ada faktor yang lain seperti buruh dan sebagainya. Jadi, mereka cadang kepada kerajaan, kepada KPDNHEP dan MAFI supaya mereka dibantu dengan cara softloan. Ini permohonan yang diminta oleh mereka. Inilah yang disediakan oleh kerajaan sekarang untuk mereka mendapatkan softloan bagi mengurangkan kos operasi. Selepas mereka dapat kurangkan kos operasi di farm gate, saya akan letakkan harga had maksimum di peringkat farm gate, selepas itu harga borong dan barulah kita boleh letak harga runcit. Jadi kalau kita tidak memahaminya ini, memang kita tidak boleh buat. Jadi, jangan risau, Yang Berhormat. Walaupun saya baru di kementerian ini, perkara ini sudah lama berlaku dan pegawai-pegawai dekat sana sangat-sangat berpengalaman. Jadi, ini bukan perkara baru, masalah ini.
Akan tetapi tidak pernah naik setinggi macam ini. So, itu kena serius.
Betul, betul.
This is almost a national crisis.
Ya, betul.
Saya harap, kalau boleh minta Perdana Menteri buatlah satu majlis khas untuk kawal dan lihat macam mana kita boleh kawal harga ini.
Tidak boleh, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri hendak lantik penasihat 10 orang lagi. [Ketawa]
Boleh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Masa telah cukup.
Tuan Yang di- Pertua, satu lagi soalan.
Sedikit sahaja, Tuan Yang di-Pertua.
Jawapan Yang Berhormat Menteri tadi agak merisaukan... [Pembesar suara dimatikan]
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya perlu terus, maka dengan ini tamatlah sesi pertanyaan-pertanyaan jawab Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, ini point of emergency. Rakyat sekarang semua tunggu, kita bukan hendak dengar perancangan. Sekarang ini hendak selesai macam mana?
[Dewan riuh]
Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson.
Itu yang kita hendak dengar, Yang Berhormat Menteri. Saya appreciate Yang Berhormat Menteri jawab pelan begitu begini, ya. Saya kata masalahnya sekarang mesti ada satu langkah tindakan segera. Jadi Tuan Yang di-Pertua kena bagi kelonggaran ini. Biar Yang Berhormat Menteri bagi penegasan. Kita bukan ada rancangan dua bulan lagi, tidak. Ini sekarang, hari ini kita hendak tahu apa langkah, bukan sahaja kementerian, seluruh kerajaan menyelesaikan masalah ini.
Faham.
It is a national crisis.
Saya sudah bagi masa sudah, terima kasih. Saya minta dia jawab sekali lagi. Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson.
Okey, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Port Dickson. I give you additional time.
Yang Berhormat, terima kasih. Tuan Yang di- Pertua, oleh sebab itu langkah kita buat terkini dalam beberapa hari ini, telah saya sebut 4 Disember ini kita akan mulakan jualan Keluarga Malaysia untuk kita dengan secepat mungkin meredakan, kita berharap dan yang lain itu dalam perancangan akan kita buat. Oleh sebab itu saya katakan tadi, MAFI pun akan buat sesuatu intervensi yang drastik, Yang Berhormat. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, untuk membantu jawapan daripada Yang Berhormat Port Dickson tadi. Saya rasa saya mengetahui, boleh?
Saya hendak panggil Setiausaha. [Kurang jelas]
Tindakan affirmative action oleh kerajaan sedang dirangka dan akan dilaksanakan termasuk mengenal pasti barangan yang naik...
Yang Berhormat Alor Gajah bukan Menteri lagi sudah.
[Dewan riuh]
Yang Berhormat Alor Gajah bukan Menteri lagi, hantar nota sahajalah. Hantar jawapan bertulis dekat Yang Berhormat Menteri. [Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Puan Rubiah binti Haji Wang [Kota Samarahan] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan inisiatif dan pertimbangan kementerian menyediakan skim insurans yang akan memberikan bantuan kewangan kepada warga emas bagi menampung kos sara hidup mereka pada masa hadapan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kota Samarahan di atas soalan dikemukakan. Pada masa ini, usaha untuk memastikan kelangsungan hidup warga emas, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyediakan kemudahan kewangan berbentuk bantuan bulanan pada warga emas yang berkelayakan iaitu bantuan warga emas di bawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bantuan Warga Emas ini diberikan kepada warga emas yang mana kriteria yang telah ditetapkan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti. Sehingga Oktober 2021, jumlah penerima bantuan warga emas adalah seramai 137,793 orang. Berhubung dengan penyediaan skim insurans kepada warga emas, perkara ini sedang diperincikan dalam peringkat jawatankuasa kerja iaitu Jawatankuasa Kerja Insurans Sosial di bawah Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC) yang diterajui oleh Kementerian Kewangan. Walau bagaimanapun, selain daripada pendekatan penyediaan program insurans sosial, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berpandangan bahawa peranan keluarga perlu diperkukuhkan bagi meningkatkan kesejahteraan ahli keluarga selaras dengan tahap kebertanggungjawaban terhadap keluarga, membudayakan amalan ihsan dalam memupuk semangat kebersamaan keluarga dan memastikan suasana harmoni dapat dikecapi keluarga serta menyemai sikap berkhidmat kepada keluarga bagi membantu ahli yang memerlukan bantuan sebagaimana yang diterapkan dengan pendekatan Keluarga Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Soalan tambahan pertama, Yang Berhormat Kota Samarahan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan tadi. Realitinya, Skim Perlindungan Sosial yang sedia ada, maksudnya perkhidmatan yang diberi pada masa ini masih belum mencukupi bagi memenuhi keperluan asas pada masa usia tua, begitu juga masih tidak dapat ditampung melalui pendapatan pencen ataupun simpanan persaraan. Oleh itu saya ingin nak bertanya kembali, apakah kesediaan kerajaan dan kementerian atau perancangan kerajaan untuk memperkenalkan pencen insurans sosial sebagai salah satu sistem perlindungan sosial untuk warga emas nanti. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Samarahan. Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Satu minit.
Ya. Terima kasih,Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat di atas soalan tambahan. Buat masa ini, kerajaan melalui Kementerian Kewangan di mana sebagai salah satu daripada Jawatankuasa Kerja Insurans Sosial di bawah MySPC dan di antara objektifnya adalah mengkaji dan merangka dasar strategi dan pelan tindakan bagi insurans sosial. Sebelum ini, pada 14 Oktober yang lalu bagaimana PERKESO dan KWSP juga telah membuat pembentangan yang bertajuk tentang ‘Kesejahteraan Pendapatan Warga Emas Semasa’ dan buat masa ini, kerajaan memperkenalkan satu Skim Perlindungan Kesihatan Nasional untuk B40 yang dikenali sebagai Skim MySalam. Skim MySalam bertujuan untuk menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada penerima Bantuan Sara Hidup yang berumur antara 18 tahun hingga 65
tahun serta pasangan mereka. Skim ini menyediakan pembayaran sebanyak RM8000 sekali gus sekiranya mereka disahkan menghadapi mana-mana salah satu daripada 45 penyakit kritikal. Selain daripada itu juga, skim MySalam juga menyediakan manfaat hospitaliti di mana pesakit mendapat bayaran gantian pendapatan sebanyak RM50 sehari untuk tempoh 14 hari kepada mereka yang menerima rawatan di hospital. Jadi, kita mengambil maklum tentang saranan Yang Berhormat dan untuk keperluan penyediaan perlindungan sosial khusus kepada warga emas yang bersepadu dan mampan, namun ia memerlukan kepada penelitian, kajian dan juga mengambil kira tentang kedudukan kewangan kerajaan semasa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan kedua, sila Yang Berhormat Bukit Bintang.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan, saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, pada masa kini, kita mendapati ramai warga emas tidak mampu membayar caj perubatan bila mereka di wad bagi mendapatkan rawatan penyakit atas pelbagai sebab. Adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan satu tabung bagi menyerap kos rawatan bagi pesakit-pesakit warga emas yang tidak mampu membayar. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bintang. Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bintang di atas soalan yang dikemukakan. Sebagaimana yang saya sebutkan tadi, kerajaan telah mewujudkan satu Jawatankuasa Kerja Bantuan Sosial di bawah Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC). Jawatankuasa yang ditubuhkan ialah untuk melihat, mengkaji tentang bantuan-bantuan yang kita sediakan, juga berkaitan dengan keperluan insurans sosial. Begitu juga dengan keperluan-keperluan dan keperluan yang melibatkan bantuan termasuk juga warga emas. Sebagaimana yang saya sebutkan tadi juga, kita telah menyediakan untuk golongan B40 iaitu Skim MySalam dan sekiranya mereka yang tidak berkemampuan ini, maknanya menghadapi masalah kehidupan, di bawah JKM, kita menyediakan bantuan bulanan.
Jadi, saya berharap supaya perkara ini diuar-uarkan. Saya mohon kerjasama daripada semua Ahli Yang Berhormat supaya menyampaikan perkara ini kepada pihak agensi kerajaan yang berkaitan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertanyaan seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Tuan Noor Amin bin Ahmad, Yang Berhormat Kangar.
2. Tuan Noor Amin bin Ahmad [Kangar] minta Menteri Kanan Pendidikan menyatakan berapa unjuran pertambahan pelajar bagi sekolah rendah dan menengah di negeri Perlis, khususnya di kawasan Parlimen Kangar, sepanjang RMKe-12 dan nyatakan rancangan kementerian tentang keperluan pertambahan kelas bagi menampung peningkatan jumlah pelajar ini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa enrolmen murid di Perlis sehingga 30 Jun 2021 adalah seramai 24,175 orang di sekolah rendah dan 19,541 orang di sekolah menengah. Khusus bagi Parlimen Kangar, enrolmen murid adalah seramai 10,231 orang di sekolah rendah dan 8,829 orang di sekolah menengah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, unjuran murid dalam tempoh Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) iaitu dari tahun 2021 hingga 2025 dibuat berdasarkan
trend enrolmen murid sejak tahun 2010. Oleh itu unjuran murid bagi tahun 2022 hingga 2025 adalah seperti berikut: |BIL.|UNJURAN BILANGAN MURID|TAHUN 2022|TAHUN 2023|TAHUN 2024|TAHUN 2025| |---:|----------------------|---------:|---------:|---------:|---------:| | 1|Sekolah Rendah | 24339| 24588| 24588| 24588| | 2|Sekolah Menengah | 20086| 20819| 21099| 21100|<END_TABLE_MARKER> Khusus bagi Parlimen Kangar, unjuran murid adalah seperti berikut: |BIL.| UNJURAN BILANGAN MURID |TAHUN 2022|TAHUN 2023|TAHUN 2024|TAHUN 2025| |---:|--------------------------------|---------:|---------:|---------:|---------:| | 1|Sekolah Rendah Parlimen Kangar | 10229| 10297| 10354| 10404| | 2|Sekolah Menengah Parlimen Kangar| 8580| 8500| 8432| 8373|<END_TABLE_MARKER> Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan unjuran tersebut bilangan bilik darjah sedia ada masih mencukupi untuk menampung pertambahan bilangan murid di negeri Perlis sepanjang tempoh RMKe-12. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, sila Yang Berhormat Kangar soalan tambahan.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan. Walaupun Yang Berhormat Menteri mengatakan jumlah kelas yang ada mencukupi, saya ingat Yang Berhormat Menteri pun sudah dua kali saya bangkitkan di Dewan ini tentang penutupan sekolah, tentang bangunan yang rosak dan menurut kenyataan daripada Exco Pendidikan Negeri Perlis sendiri menyatakan sekurang-kurangnya sebanyak 50 buah sekolah menghadapi situasi usang, sekolah- sekolah lama yang memerlukan penambahbaikan. Jadi, saya juga menerima aduan daripada sebahagian pihak sekolah yang menyatakan nisbah murid dalam kelas terlalu padat jadi ini mungkin menjejaskan kualiti pendidikan. Jadi, saya ingat kementerian mesti ada satu perancangan kerana saya difahamkan memang sudah ada tapak yang telah dikhususkan untuk pembinaan sekolah. Saya harap kementerian akan segera melaksanakan perkara ini.
Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Berkaitan dengan keadaan sekolah, itu adalah di bawah peruntukan penyelenggaraan yang kita sentiasa memantau bagi memastikan bangunan sekolah itu selamat untuk anak- anak kita. Berkaitan dengan keperluan di Perlis, sepertimana saya sebut tadi, jika ada keperluan berdasarkan dengan unjuran yang dibuat maka kita akan mengambil langkah yang sewajarnya. Terima kasih.
Soalan tambahan kedua, saya ingin menjemput Yang Berhormat Papar.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Masalah yang dihadapi oleh Yang Berhormat Kangar sama dengan masalah yang dihadapi oleh daerah Papar di mana sekolah rendahnya, sekolah menengahnya memang sudah ada. Akan tetapi murid tahun demi tahun bertambah tetapi sekolah masih lagi tidak bertambah. Jadi, ada juga sekolah-sekolah yang mengadakan dua sesi, pagi dan petang. Ini menunjukkan sekolah itu tidak cukup bilik darjah. Jadi, saya ingin mengajukan kepada Yang Berhormat Menteri, kalau boleh bagilah penambahan sekolah atau kalau tidak pun, kalau boleh bagilah peruntukan untuk membaik pulih sekolah-sekolah yang mana rosak, darjah-darjah yang rosak supaya kita dapat gunakan darjah-darjah ini untuk kegunaan pelajar-pelajar. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Papar, sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Papar. Saya ambil maklum apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Sepertimana yang saya jelaskan kepada Yang Berhormat Kangar tadi, kita memang lihat keadaan dan keperluan. Sekiranya terdapat keperluan kita akan susun ikut priority yang mana akan mendapat tumpuan terlebih dahulu khususnya sekolah di kawasan yang terlalu padat. Sebagai contoh, ada sekolah di kawasan terlalu padat, ini kita cuba selesaikan dan kita lihat juga tentang penyelenggaraan sekolah-sekolah yang perlu diselenggarakan, kita akan cuba selenggarakan sebaik mungkin.
Yang Berhormat Menteri, terutamanya Sekolah SK Kinarut.
Tuan Yang di-Pertua, tidak ada soalan daripada pihak kerajaan. Soalan daripada pihak kerajaan tidak ada?
Pertanyaan telah dijawab Yang Berhormat Menteri. Pertanyaan seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris, Yang Berhormat Jerantut.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya menyampaikan serangkap pantun. Harga barangan naik menggila, Rakyat terhimpit tidak terhingga, Tuan Yang di-Pertua sentiasa mesra bila-bila, Soalan Jerantut nombor tiga.
3. Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan jenis bantuan yang diberikan kepada pengusaha pusat pelancongan yang terkesan dengan masalah wabak COVID-19 agar mereka boleh membuka kembali perniagaan mereka.
Terima kasih Yang Berhormat Jerantut atas pertanyaan tersebut. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya meneruskan jawapan, izinkan saya untuk menjawab soalan Yang Berhormat Jerantut ini bersekali dengan pertanyaan Yang Berhormat Padang Serai, nombor 15 pada hari ini kerana ia turut menyentuh perkara yang sama. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah melaksanakan beberapa pakej rangsangan ekonomi seperti: (i) PENJANA iaitu pada bulan Jun 2020; (ii) PEMERKASA pada 17 Mac 2021; (iii) PEMULIH pada 28 Jun 2021; dan (iv) PEMERKASA Plus pada 31 Mei 2021.
Yang bertujuan untuk memulihkan ekonomi dan memastikan kesinambungan perniagaan sambil membekalkan pekerjaan terutamanya kepada rakyat Malaysia. Antara bantuan khas yang diberikan kepada industri pelancongan terjejas akibat daripada pandemik COVID-19 adalah seperti berikut: (i) bantuan khas one-off sebanyak RM3,000 kepada agensi pelancongan yang berdaftar dan berlesen dengan MOTAC iaitu lebih daripada 3,000 syarikat pengendalian, pelancongan berlesen termasuklah syarikat-syarikat MM2H iaitu hampir 700 agen MM2H yang mempunyai lesen inbound di bawah MOTAC; (ii) bantuan kewangan one-off RM500 kepada pemandu pelancong di Semenanjung Malaysia dan Sarawak, manakala bantuan kewangan one-off sebanyak RM1,000 kepada pemandu pelancong Sabah, lebih daripada 8,000 orang pemandu pelancong di seluruh negara menerima bantuan ini; (iii) bantuan khas one-off RM600 kepada pengendali inap desa di bawah Program Pengalaman Homestay Malaysia, lebih daripada 2,800 pengendali inap desa mendapat manfaat tersebut; (v) Bantuan Kewangan Geran Khas Prihatin sebanyak RM1,000 secara one-off kepada pengusaha Spa dan pusat urutan kaki berdaftar dengan MOTAC, seramai 570 pengusaha Spa dan juga pusat urutan kaki telah mendapat manfaat tersebut juga; (vi) Skim Pembiayaan Pelancongan PENJANA (PTF) yang berjumlah RM1 bilion yang bertujuan untuk menyokong perusahaan kecil dan sederhana PKS juga telah dilaksanakan dalam sektor pelancongan melalui Bank Negara Malaysia; (vii) pelanjutan diskaun bil elektrik 10 peratus bermula daripada Oktober hingga 31 Disember 2021 kepada pengusaha hotel pengendali taman tema dan pusat konvensyen, pusat membeli belah dan juga pengusaha pelancongan diberikan melalui TNB; (viii) pengecualian cukai pelancongan iaitu RM10 satu bilik satu malam dan juga cukai perkhidmatan enam peratus oleh pengusaha hotel sehingga 31 Disember 2021 juga diberikan pengecualian; (ix) penangguhan pembayaran ansuran cukai pendapatan bulanan oleh syarikat sehingga 31 Disember iaitu di bawah PEMERKASA melalui LHDN dan juga sokongan kepada majikan menerusi Program Subsidi Upah 4.0. Tarikh permohonan adalah 1 Ogos 2021 hingga 31 Oktober 2021 iaitu kadar bantuan sebanyak RM600 telah pun dilaksanakan untuk empat bulan dan terhad kepada 500 orang pekerja setiap ini. Saya juga – memandangkan ini ialah soalan bersama, izinkan saya lagi satu minit untuk saya terangkan; (i) Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) juga telah dilaksanakan sebanyak RM7 juta; (ii) Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi di bawah PEMERKASA juga RM17 juta; (iii) Geran Bantuan Khas Syarikat My Second Home Malaysia sebanyak RM2 juta; dan (iv) Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) sebanyak RM5.25 juta telah diperuntukkan dan juga beberapa pakej yang lain. Kesemuanya kerajaan telah membelanjakan hampir lebih daripada RM50 juta. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sila Yang Berhormat Jerantut. Soalan tambahan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan tadi. Kita tahu yang industri perhotelan mengalami kehilangan pendapatan lebih kurang RM11.5 bilion tahun lepas. Jadi, adakah kerajaan bersedia untuk mengurangkan cukai pendapatan ataupun menghapuskan cukai untuk tahun hadapan? Apakah perancangan MOTAC bagi membangunkan segmen ekopelancongan negara, terutamanya di negeri Pahang dan khususnya bagi Parlimen Jerantut sendiri? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, menjawab satu minit.
Ia ada dua soalan. Pertamanya ialah mengenai cukai dan juga sebagainya. Saya rasa itu haruslah dijawab oleh Kementerian Kewangan kerana ia melibatkan cukai pendapatan dan juga sebagainya. Akan tetapi seperti yang telah saya nyatakan sehingga 31 Disember 2021, ada beberapa bentuk cukai yang kita telah wave seperti yang telah saya bacakan tadi. Soalan kedua adalah mengenai ekopelancongan dan juga sebagainya. Di bawah Tourism Malaysia, kita memang sedia membantu dan juga mempromosikan Tourism Malaysia. Akan tetapi di bawah bahagian yang sama, terdapat juga beberapa skim infrastruktur yang boleh mereka mohon, contohnya di bawah skim infrastruktur pelancongan yang diuruskan oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad yang mereka bolehlah, contohnya pembelian tanah, membina bangunan, mesin dan juga sebagainya. Ataupun modal kerja bagi syarikat ataupun kerja-kerja pengubahan ataupun menaik taraf untuk facality ekopelancongan. Keduanya, ianya juga bermula daripada RM20 juta sehingga ke RM100 juta ataupun sehingga 80 peratus daripada jumlah kos projek tersebut. Terdapat juga tabung khas pelancongan yang diuruskan oleh Small and Medium Enterprises Development Bank Berhad iaitu yang menawarkan pembiayaan dalam bentuk modal kerja untuk pengusaha- pengusaha ekopelancongan yang kecil dan sederhana. Selain daripada itu, Tourism Malaysia akan sentiasa bekerjasama dengan kerajaan negeri dan juga sebagainya kerana apabila ada satu projek yang kita kenal pasti, ianya adalah melalui kerajaan negeri dan dibawa melalui MOTAC kepada kementerian untuk kita membuat penyelarasan mengikut prioriti. Maka kita akan terus bekerjasama dengan Yang Berhormat. Maka Yang Berhormat bolehlah berbincang dengan kerajaan MOTAC negeri dan juga seterusnya ianya dibawa kepada kementerian untuk kita kaji. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan pertanyaan seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Padang Serai.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya, saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian. Apakah langkah-langkah yang digerak oleh kerajaan dalam membantu pengusaha pelancongan yang muflis semasa pandemik untuk bangkit kembali? Kedua, apakah bantuan dan insentif baru yang diberikan oleh MOTAC melalui perbelanjaan 2022? Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih kepada soalan yang ditanya oleh Yang Berhormat Padang Serai. Pertama sekali adalah mengenai mereka yang telah muflis dan juga sebagainya. Yang itu, kita ada proses-proses tertentu yang mereka harus ikut. Saya
rasa ianya adalah di bawah bidang kuasa Bank Negara dan di bawah Kementerian Kewangan dan juga sebagainya. Akan tetapi, pada masa yang sama memandangkan perkara itu telah dibawa, maka saya akan bawa juga kepada perhatian kementerian untuk kita kaji. Ada tak apa-apa yang kita boleh bantu mereka untuk memberi nasihat dan juga sebagainya. Soalan keduanya, yang ditanya oleh Yang Berhormat tadi adalah mengenai khususnya melibatkan Bajet 2022 ini. Maka kerajaan telah mengumumkan komitmen untuk memulihkan dan juga memangkin beberapa sektor tumpuan bagi sektor pelancongan. Beberapa inisiatif utama dengan nilai keseluruhannya RM1.6 bilion telah diumumkan dilaksanakan pada tahun hadapan. Maka bantuan secara one-off contohnya adalah di bawah pelan pemulihan iaitu bantuan untuk tiga bulan iaitu untuk pemandu pelancong RM500 dan juga MM2H sebanyak RM3,000, pengusaha homestay sebanyak RM600, pengusaha spa dan juga pusat urut kaki sebanyak RM1,000 dan juga usahawan kraf sebanyak RM500. Ini untuk tiga bulan berturut-turut. Seterusnya adalah kepada komuniti Mah Meri, one-off RM200 ribu. Ini melibatkan sebanyak RM85 juta. Seterusnya kita beri kepada Geran Padanan Pembaikan Hotel Bajet ataupun inap desa berdaftar, maka telah diperuntukkan sebanyak RM30 juta. Geran Sepadan Pelancongan Seni Budaya dan juga syarikat swasta bagi NGO, bagi menganjurkan program dan juga acara bersama sebanyak RM50 juta. Dana galakan bagi mempromosikan serta menggalakkan pelancong domestik iaitu baucar diskaun dan juga rebat RM20 juta, promosi dan juga pengiklanan sebanyak RM30 juta. Dana sokongan dan juga promosi publisiti penggiat pelancongan sebanyak RM2 juta. Penganjuran acara dan juga menyokong perkembangan pelancongan Islam sebanyak RM5 juta. Ini sekali gus akan membolehkan MOTAC untuk terus memainkan peranan yang penting dalam mempromosi dan juga menyumbang kepada tambah baiknya pelancong dan seterusnya kepada pemulihan ekonomi negara pasca COVID-19. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sudah panjang jawapannya. Saya teruskan dengan menjemput seterusnya Yang Berhormat Puan Kasthuriraani a/p Patto, Batu Kawan.
4. Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan] minta Menteri Kewangan menyatakan apakah jenis bantuan geran, one off atau pinjaman kepada pengusaha bas sekolah dalam tempoh pandemik COVID-19 dan pasca COVID-19 dan apakah pelan tindakan untuk 'blacklist' syarikat kredit yang menghantui mereka yang tidak dapat membayar pinjaman yang diambil disebabkan pandemik ini.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Batu Kawan, skim rehabilitasi sewa beli bas dan teksi telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, pada Januari 2021 sebagai satu inisiatif dibawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia atau lebih dikenali sebagai PERMAI bagi membantu pengusaha bas dan teksi yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Di bawah skim ini, pengusaha teksi dan bas iaitu termasuk bas persiaran, bas ekspres dan bas sekolah boleh memohon untuk menstruktur semula pinjaman bagi pembelian bas dan teksi mereka. Dengan moratorium yang diberikan selama 12 bulan dan bayaran balik bulanan yang lebih rendah daripada syarikat-syarikat kredit sebagai pembiaya. Bagi tujuan ini, kerajaan telah menyediakan jaminan sehingga 50 peratus daripada jumlah had pembiayaan sebanyak RM1 bilion. Setakat ini, kita belum ada pelan tindakan untuk blacklist syarikat kredit. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan pertama, sila Yang Berhormat Batu Kawan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan tadi. Saya membawa rintihan daripada Pertubuhan Pengusaha Bas Bumiputra Malaysia, Tuan Che Ibrahim Che Ismail dan Sekretariat Gabungan Bas Malaysia, Tiaga. Untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri, salah satu industri yang amat terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan adalah pengusaha bas termasuk bas sekolah dan teksi. Namun tiada jaringan keselamatan yang menyeluruh disediakan oleh pihak kerajaan, termasuk semua kementerian yang terlibat. Syarikat kredit yang memberi pinjaman kepada pengusaha bas menghantar notis semasa PKP, sampai ada yang diheret ke mahkamah. Sehingga kini, hampir 30 peratus pengusaha mikro kecil dan sederhana “gulung tikar”. Isu pangkalnya Yang Berhormat Timbalan Menteri, adalah daripada 22 syarikat kredit yang berdaftar dan juga yang tidak berdaftar, hanya tujuh yang terlibat dalam skim rehabilitasi kerajaan. Sebanyak 650 syarikat bas yang telah menerima pinjaman sehingga 70 peratus daripada syarikat kredit ini. Banyak pengusaha bas dan teksi tidak menikmati skim rehabilitasi ini. Maka ingin saya tanya, jika kerajaan akan bantu menyediakan skim pinjaman daripada pihak kerajaan untuk membantu pengusaha kecil ini untuk membantu mereka melangsaikan hutang. Tuan Yang di-Pertua, sedikit lagi. Kita mahu Keluarga Malaysia ini termasuk dan melindungi semua. Bukan sahaja syarikat-syarikat yang besar, tetapi syarikat-syarikat pengusaha bas yang kecil juga. Saya faham dan saya tahu isu pengusaha bas ini merentas beberapa kementerian. Akan tetapi Kementerian Kewangan adalah custodian peruntukan kewangan, bantuan kewangan dan saya harap perkara ini boleh dibawa ke Kabinet supaya semua kementerian yang terlibat dapat memberikan satu jaminan keselamatan atau satu jaringan keselamatan, a social security untuk pengusaha bas ini. Mohon ulasan daripada pihak kementerian. Terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Satu minit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Batu Kawan di atas keprihatinan kepada semua pengusaha teksi dan bas. Mungkin saya boleh berkongsi juga dengan Ahli Yang Berhormat Batu Kawan. Memang betul, bukan tujuh tetapi lapan pembiaya yang terlibat dalam skim rehabilitasi sewa beli teksi dan bas ini.
Pada 17 November 2021 baru-baru ini, kita juga bersetuju untuk memanjangkan lagi Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi yang pada asalnya tamat pada 31 Disember 2021 dilanjutkan sehingga keseluruhan had jaminan pembiayaan habis digunakan. Kalau kita tengok statistik sehingga 31 Oktober 2021, ia menunjukkan daripada RM1 bilion peruntukan skim BTHPRS hanya RM505 juta sahaja atau bersamaan 1,462 akaun peminjam telah digunakan. Ini bermaksud masih ada lagi baki peruntukan sebanyak RM495 juta peruntukan jaminan untuk dimanfaatkan oleh pengusaha bas dan teksi. Pembiaya yang terlibat memang betul cuma ada lapan. Saya namakan sekarang iaitu: (i) ORIX Credit Malaysia Berhad; (ii) ORIX Leasing Malaysia Berhad; (iii) ORIX Auto Leasing Malaysia Berhad; (iv) Hap Seng Credit; (v) Hitachi Capital Malaysia Sdn. Bhd.;
(vi) Scania Credit Malaysia Sdn. Bhd.; (vii) Pac Lease Berhad; dan (viii) SMFL Hire Purchase Malaysia Sdn. Bhd. Saya ambil maklum yang ada 22kan? Kita cuma ada lapan dan kita akan cuba bincang dengan pihak kementerian bagaimana kita boleh memperbaiki dan meluaskan agar tidak banyak pengusaha bas tertinggal daripada skim bantuan ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan seterusnya. Tidak ada. Saya terus menjemput Yang Berhormat Bintulu.
5. Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu] minta Menteri Kanan Pendidikan menyatakan: (a) apakah langkah-langkah kerajaan dalam mengatasi kepincangan masalah elaun guru yang berasal dari Sabah dan Sarawak yang bertugas di Semenanjung Malaysia; dan (b) apakah dasar terkini dan langkah-langkah kerajaan dalam usaha penempatan semula guru berasal dari Sarawak yang bertugas di Semenanjung Malaysia agar ditempatkan semula di Sarawak.
Sila Yang Berhormat Menteri Kanan Pendidikan menjawab.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penjawat awam termasuk guru yang berasal dari Sabah dan Sarawak dan bertugas di Semenanjung Malaysia layak menerima Elaun Bayaran Insentif Perumahan Wilayah (BIPW) selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil.11 Tahun 2001 Elaun Perumahan Wilayah bagi pegawai yang bertukar wilayah. Kadar bayaran BIPW adalah berbeza mengikut gred jawatan dan lokasi di mana guru tersebut berkhidmat. Sebarang perubahan kepada kadar bayaran insentif ini adalah tertakluk kepada pertimbangan agensi pusat dan juga kedudukan kewangan semasa kerajaan. Berhubung pertanyaan Ahli Yang Berhormat berkaitan penempatan semula guru yang berasal dari Sarawak ke negeri tersebut, KPM telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) KPM Bil. 7/2021 Pelaksanaan Permohonan Pertukaran PPP di sekolah dan kolej vokasional pada 23 September 2021 menggantikan SPI Bil. 3 Tahun 1975 iaitu Panduan bagi Pertukaran Guru-guru dan SPI Bil. 1/1978 iaitu Tarikh Bagi Pertukaran Guru-guru. SPI tersebut turut menyertakan garis panduan permohonan pertukaran Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di sekolah dan kolej vokasional sebagai rujukan kepada pengetua, guru besar dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang berkhidmat di sekolah dan kolej vokasional bawah KPM untuk memastikan urusan pertukaran PPP dapat dilaksanakan dengan teratur dan berkesan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan garis panduan tersebut KPM telah menetapkan tiga prinsip asas pertukaran iaitu kekosongan jawatan, keperluan opsyen serta kepentingan dan keperluan perkhidmatan. Dalam hal ini, permohonan pertukaran boleh dibuat berdasarkan kepada beberapa kategori iaitu kategori kesihatan, kategori keselamatan dan kategori mengikut pasangan dan lain-lain. Oleh yang demikian, pertimbangan permohonan pertukaran guru termasuk dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak dibuat berdasarkan kepada prinsip asas dan kategori permohonan yang telah ditetapkan. KPM komited dalam memastikan setiap permohonan pertukaran guru diberikan pertimbangan sewajarnya selaras dengan garis panduan yang telah ditetapkan. Sekian, terima kasih.
Baik terima kasih. Sila Yang Berhormat Bintulu, soalan tambahan pertama.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri Kanan yang telah beri jawapan itu. Tadi soalan saya bertanya kenapa elaun ada perbezaan? Kalau Semenanjung ke Sarawak atau Sabah, elaunnya lain dan lagi tinggi. Kalau Sarawak ataupun Sabah ke Semenanjung, elaunnya rendah. Kenapakah ada perbezaan? Itu satu. Saya rasa tadi belum jawab jelas. Kita minta kenapa tidak boleh selaraskan supaya sama. Isu kedua, ada pening kepala punya iaitu orang memohon hendak transfer katakan di Semenanjung hendak transfer balik pergi Sabah. Saya rasa pun ada berlaku di Sarawak dan ini masalah orang sudah kahwin. Bila dia minta hendak balik, minta setahun, dua tahun, tiga tahun, sampai lima tahun pun tidak lulus. Akhir sekali, mereka cerai. Inilah orang punya keluarga, dia marah. Ini saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, bolehkah kementerian ambil serius perkara ini, tengok tujuan terutama sekali mereka sudah kahwin ataupun ada yang sudah ada anak tetapi tidak beri lulus. Inilah saya minta Yang Berhormat Menteri lihat dan bagi satu jawapan yang jelas kepada cikgu-cikgu semua.
Terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Untuk elaun tadi sebenarnya seperti mana saya sebut tadi bahawa ini adalah di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam. Mereka dah ada jadual elaun untuk pergerakan daripada Semenanjung ke Sarawak, Sarawak ke Semenanjung dan sebagainya. Sekiranya Yang Berhormat Bintulu sebut tadi elaun ke Sarawak lebih tinggi dan ke Semenanjung lebih rendah, saya semak tadi katanya berbeza. Ada elaun yang ke Semenanjung itu lebih tinggi berbanding dengan ke Sarawak. Jadi ia ada pekeliling yang detail yang menjelaskan satu persatu berdasarkan lokasi dan sebagainya. Untuk menjawab soalan yang kedua berkaitan dengan pertukaran guru. Izinkan saya Tuan Yang di-Pertua, ambil masa sedikit. Ini perkara yang selalu dibangkitkan. Perkara berkaitan dengan pertukaran guru ini bukan perkara baharu. Perkara ini telah berlarutan sekian lama. Jadi sebab itu apabila kita lihat, kita cuba kaji apakah sebenarnya yang berlaku. Jadi sebab itu saya sebut tadi, antaranya ialah Surat Pekeliling Ikhtisas yang menjadi asas pertukaran guru ini yang digunakan selama ini adalah yang dikeluarkan pada tahun 1975 dan yang satu lagi pada tahun 1978. Ini terlalu lama. Tahun 1975 ini saya pun belum lahir. Apa yang kita buat adalah kita keluarkan dan kita kaji semua masalah yang ada, kita keluarkan satu surat pekeliling baharu dengan garis panduan baharu. Apa yang berlaku sebelum ini biasanya pertukaran guru dibuat selama ini di peringkat kementerian, dibuat secara berasingan dengan penempatan guru. Jadi yang buat penempatan guru, dia akan tempatkan guru baharu, yang buat pertukaran, dia akan buat pertukaran guru. Jadi disebabkan ini, jumlah yang boleh bertukar ini tidak ramai. Jadi sebab itu dalam pendekatan baharu ini, kita laksanakan penempatan ini selaras sekali dengan pertukaran. Jadi kita boleh memaksimumkan jumlah pertukaran. Dalam konteks ini juga, memang yang berjauhan tadi, kita sebut kategori guru yang berjauhan dengan pasangan. Ini merupakan satu kategori yang diberikan keutamaan. Namun begitu, dalam konteks tertentu guru ini ingin kembali ke negeri yang mana opsyen mata pelajarannya dah terlalu lebih, terlalu ramai melebihi keperluan di negeri tersebut. Maka tindakan terbaik yang kita boleh laksanakan dalam konteks tersebut adalah untuk menawarkan negeri yang terdekat. Sebaik-baiknya kita cuba cari dalam negeri yang terdekat dan daerah yang terdekat dengan kawasan asal ataupun kawasan tempat tinggal guru tersebut.
Jadi dalam konteks ini, kita membuat satu perubahan baharu dalam konteks pertukaran guru untuk memahami apa yang disebut oleh Yang Berhormat Bintulu tadi bahawa perkara ini telah lama berlarutan. Insya-Allah bagi sedikit masa kita dapat selesaikan perkara ini secara lebih menyeluruh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Hang Tuah Jaya.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan kedua, sila Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri Kanan Pendidikan. Selain daripada isu elaun guru ini, antaranya yang penting juga untuk saya tarik perhatian Yang Berhormat Menteri ialah tentang peruntukan untuk membaiki keadaan sekolah-sekolah yang uzur terutamanya di kawasan-kawasan bandar. Jadi, pihak sekolah membuat aduan kepada saya kerana mereka juga perlu cari peruntukan sendiri. Boleh atau tidak ada satu pemantauan yang jelas daripada kementerian, sekolah-sekolah yang memerlukan, which is in dire need dengan izin Yang Berhormat Menteri, boleh kita berikan keutamaan. Ini saya ingat perkara yang pentinglah dalam keadaan kita berdepan dengan krisis pandemik ini.
Terima kasih Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Ya, seperti mana Yang Berhormat sebutkan tadi bahawa kita tahu ada sekolah- sekolah yang amat memerlukan. Dalam konteks kementerian, inilah yang akan berada dalam senarai teratas keutamaan penyelenggaraan untuk sekolah-sekolah kita. Kita ada 10,000 buah sekolah, yang mana yang amat memerlukan ini akan diletakkan di sebelah atas bagi memastikan isu-isu yang memerlukan penyelenggaraan segera. Ada yang bumbung tercabut, bumbung rosak, kalau tidak dibaiki tidak dapat digunakan dan sebagainya. Ini merupakan antara perkara-perkara yang diberikan keutamaan segera supaya murid-murid dapat belajar dalam persekitaran yang selamat dan kondusif. Terima kasih.
Terima kasih. Pertanyaan jawab lisan seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Dr. Azman bin Ismail, Kuala Kedah.
6. Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah] minta Menteri Pertanian dan Industri Makanan menyatakan langkah-langkah yang telah diambil oleh kementerian untuk mengatasi masalah khusus hasil-hasil pertanian yang tidak dapat dituai atau dijual kerana PKP dan PKPD.
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk maklumat Yang Berhormat, jadian hasil pertanian tidak dapat dituai dan dijual dalam tempoh PKP dan juga PKPD secara khususnya berlaku disebabkan oleh beberapa faktor seperti berikut. (i) limitasi bilangan tenaga kerja yang dibenarkan bekerja di ladang serta penutupan pintu sempadan bagi kemasukan pekerja asing; (ii) masalah pengedaran yang terjejas disebabkan oleh gangguan perkhidmatan logistik dan kawalan pergerakan; dan (iii) penurunan permintaan daripada sektor hospitaliti dan juga perkhidmatan seperti restoran, hotel, sekolah, universiti dan juga kilang.
Bagi mengatasi isu ini, MAFI telah melaksanakan beberapa inisiatif termasuklah: (i) pembukaan pasar segar terkawal dengan SOP yang ketat; (ii) bantuan khidmat pemasaran; (iii) pengukuhan jualan dalam talian; (iv) penyediaan insentif pemasaran; dan (v) pembangunan infrastruktur logistik dan juga pemasaran. Pasar segar terkawal (PST) telah diaktifkan apabila PKP mula dilaksanakan bagi memastikan supaya bekalan produk pertanian dapat sampai kepada pengguna. Pembukaan PST dengan pematuhan terhadap SOP yang ketat telah dapat menyediakan ruang pasaran kepada para pengeluar pertanian terus kepada pengguna. Bermula 30 Mac sehingga 30 Ogos tahun 2021, pelaksanaan PST ini telah dapat memasarkan sebanyak 140,823 metrik tan hasil pertanian pelbagai jenis dengan nilai jualan sebanyak RM198.1 juta di seluruh negara. Agensi-agensi pemasaran MAFI turut membantu peserta pertanian yang menghadapi masalah dalam memasarkan hasil pertanian melalui Program Khidmat Pemasaran MAFI (Ladang Kontrak 2.0). Agensi-agensi pemasaran MAFI telah membantu untuk mengaturkan pasaran petani dengan segmen pasaran seperti pasar raya, kedai runcit, kilang pemprosesan dan juga pemborong. Sehingga 31 Oktober tahun 2021, seramai 1,424 orang petani telah dibantu melalui program ini dengan nilai jualan sebanyak RM109 juta. Melalui program ini juga sebanyak 959 forward agreement telah ditandatangani antara peserta program dengan FAMA dan juga LPP yang melibatkan 14,439 metrik tan tanaman dengan nilai sebanyak RM19.72 juta. MAFI juga menyedari trend terkini pengguna yang telah beralih kepada pembelian melalui kedai-kedai maya ataupun platform e-dagang. Sehubungan itu, semenjak tahun 2020, MAFI telah menggiatkan usaha untuk memperkukuhkan pemasaran produk pertanian melalui platform e-dagang sebagai saluran pemasaran alternatif kepada para petani. Bagi tujuan ini, beberapa program kerjasama dengan pihak industri telah dilaksanakan. Antaranya termasuklah kerjasama dengan Shopee, Lazada, AirAsia Farm, Grab, Foodpanda serta beberapa platform digital baharu seperti e-Agro. Dalam masa yang sama, MAFI juga menggalakkan para petani untuk memasarkan semua hasil pertanian menggunakan platform e-dagang Agro Bazar Online (ABO) yang telah ditambah baik. Petani yang berminat untuk menyertai ABO ini akan diberikan latihan dan juga menguruskan transaksi jualan atas talian. Maka, sehingga 31 Oktober tahun 2021, seramai 6,107 orang usahawan telah berdaftar di platform ABO ini dengan transaksi jualan sebanyak RM9.1 juta. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Baik. Sila, soalan tambahan pertama.
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hargai penjelasan dan jawapan Yang Berhormat Menteri. Namun, pengalaman saya di PKPD Kuala Kedah bulan September. Tiga hari pertama tidak ada SOP dan tidak ada satu penjelasan tentang apa yang boleh dibuat dan tidak boleh dibuat. Maka, semuanya kelam-kabut. Oleh sebab itu, soalan saya ialah bolehkah SOP yang umum disediakan untuk PKP ataupun untuk PKPD dan itu diguna pakai di seluruh Malaysia dengan sedikit penyesuaian lokal. Soalan saya ialah bolehkah MAFI mengadakan penyelarasan dengan pihak MKN, pihak polis, pihak Kerajaan Negeri dan lain-lain lagi. Ini kerana pengalaman dua kali PKPD di tempat saya adalah tiga hari pertama tiada siapa tahu apa yang berlaku. Maka, segala yang dirancang, itu e-dagang apa semua tidak akan berlaku. Ini kerana kurier tidak boleh masuk, semua tidak boleh masuk. Sedangkan kita mengeksport dan mengimport barang- barang pertanian dari Thailand tanpa pemandu dan kelindan bertemu. Barang saya transfer. Begitu juga Singapura. Tidak bolehkah kita ada satu SOP sedemikian yang tidak
mengganggu pemasaran barang petani kita. Kerugiannya sangat besar. Ikan ditangkap tidak dapat dijual. Tiga hari itu sangat besar. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Sila, Timbalan Menteri. Satu minit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya nampak Yang Berhormat ini tiada soalan yang khusus. Akan tetapi apa pun terjadi, kita telah melalui PKP1, 2 dan 3. Dalam semasa PKP ini, kita telah dapat menyelaraskan serta meneruskan pembekalan makanan dari semua sektor. Walaupun kita menghadapi banyak rintangan tetapi dengan kerjasama rapat kita di antara MAFI dan juga MKN, begitu juga kepada penguat kuasa seperti polis yang telah melicinkan perjalanan ataupun pergerakan apa juga bekalan-bekalan yang telah kita hantar kepada setiap lokasi. Dalam konteks ini, semua agensi MAFI telah membuka PST atau pusat segar terkawal. PST ini diuruskan bukan sahaja daripada FAMA, bahkan daripada LPP termasuk juga LKIM dan agensi-agensi yang lain. Ini kerana pada ketika tersebut, tiada outlet lain dan petani-petani tidak dapat memasarkan barangan produk mereka. Akan tetapi atas inisiatif dan daya usaha daripada MAFI, bukan sahaja kita telah dapat membekalkan makanan kepada pengguna, bahkan dapat memasarkan apa juga produk-produk pertanian daripada petani-petani kita. Seperti yang saya sebut tadi tentang nilai jualan yang telah kita buat bukan sahaja melalui PST tadi, bahkan melalui agro online juga. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Soalan tambahan kedua. Sila, Yang Berhormat Alor Gajah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya tadi kita sebutkan isu pagi tadi. Isu bekalan dan permintaan. Adakah SOP yang belum diselaraskan ini akan ditambah baik untuk memastikan antara sebab harga barangan terutamanya hasil pertanian itu meningkat dari antara 30 ke 200 peratus. Apakah Menteri Pertanian bekerjasama dengan KPDNHEP untuk menyelesaikan masalah ini secara keseluruhan sekiranya SOP PKP tadi menghalang pembekalan dari pusat-pusat penghasilan barang pertanian. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Alor Gajah. Sila, Timbalan Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita menghormati apa juga peraturan SOP yang telah digariskan oleh MKN dan juga kerajaan bagi memastikan supaya penularan COVID-19 ini dapat terus dibendung. Apa pun, walaupun kita menghadapi satu rintangan bukan sahaja tentang pergerakan dan pembekalan. Kita juga menghadapi rintangan tentang pekerja-pekerja yang berkurangan kerana kebanyakan daripada pekerja-pekerja asing ini tidak boleh dibenarkan masuk. Bagaimanapun, Tuan Yang di-Pertua, atas usaha yang saya sebut tadi, bahawa kita telah dapat memasarkan semua produk pertanian dengan kerjasama daripada pihak MKN dan juga pihak polis walaupun sebenarnya pergerakan ini begitu perlahan sekali tetapi kita telah dapat memastikan kelancaran pembekalan bagi semua outlet kita, bukan sahaja dari pasar-pasar yang telah dibenarkan pembukaannya, bahkan daripada PST- PST kita seluruh negara. Bermakna daripada FAMA sebanyak 63 PST. Daripada LPP, sebanyak 40. Daripada LKIM, kita ada 92. Jadi inilah sebenarnya outlet-outlet yang telah memberikan perkhidmatan yang cukup efisien sekali walaupun kita menghadapi rintangan tentang PKP. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertanyaan jawab lisan seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Dungun.
7. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan langkah membendung adegan seksual dan kandungan berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dalam program yang disiarkan menerusi perkhidmatan penstriman atas talian seperti Netflix.
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Yang Berhormat yang mengemukakan soalan. Soalan ini satu soalan yang sangat relevan sekali. Seperti mana Yang Berhormat sedia maklum, di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, khususnya seksyen 233 telah memperuntukkan bahawa kesalahan bagi penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain, membuat, mewujud, meminta, memulakan penghantaran kandungan lucah, sumbang, yang palsu, yang mengancam dan jelek sifatnya adalah dianggapkan satu kesalahan yang boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara selama tidak melebihi satu tahun. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi kandungan-kandungan terutamanya laman web, penyekatan akses telah pun dilakukan. Sehingga September 2021, lebih daripada 4,000 laman, khususnya laman-laman pornografi yang telah diambil tindakan dan disekat oleh MCMC. Masalahnya merujuk kepada soalan Yang Berhormat, saya mengakui kita menghadapi kesulitan, terutamanya bagi perkhidmatan penstriman ataupun streaming atas talian, termasuk Netflix. Netflix merupakan satu perkhidmatan media over the top, dengan izin, iaitu perkhidmatan media streaming dengan kandungan data, maklumat dan multimedia yang berjalan melalui rangkaian internet dan berpangkalan di luar negara. Banyak program ataupun perkhidmatan yang serupa dengan Netflix yang di bawah kategori over the top yang kawalannya bukan sahaja negara kita, juga dengan negara lain, ada menghadapi kesukaran untuk mengawal sepenuhnya, Yang Berhormat. Walaupun demikian, ada langkah-langkah tertentu yang dijalankan. Bagi dalam negara kita, Netflix secara umumnya menggunakan beberapa kaedah penarafan untuk memberikan panduan kepada pengguna, bila mereka secara voluntary hendak menggunakan apa yang ditayangkan iaitu kategori yang sesuai dengan kanak-kanak berumur tujuh tahun ke atas, remaja berumur 13 tahun ke atas dan dewasa berumur 16 tahun dan 18 tahun ke atas. Selain daripada itu, Netflix juga turut menyediakan perkhidmatan parental control untuk mengawal, terutamanya anak-anak dengan menentukan kata laluan yang tertentu supaya dapat protect daripada anak-anak pada kategori umur yang tidak wajar menonton filem-filem yang tidak bersesuaian dengan mereka. Akan tetapi semuanya ini adalah memerlukan kepada pendekatan kendali diri. Ini kerana kita tidak mempunyai tools sepenuhnya dan mereka tidak termasuk dalam kategori tayangan-tayangan yang dilesenkan di bawah akta kita sedia ada iaitu semua streaming yang di bawah kategori over the top (OTT) yang berpangkalan dari luar negara yang menggunakan akses internet.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan pertama, sila Yang Berhormat Dungun.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan. Soalan, bila kita lihat kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Pada masa itu, penstriman atas talian masih belum wujud. Soalnya, yang berlaku ialah kepada perkara yang semasa ini melibatkan mungkin keperluan kepada kementerian untuk melihat jumlah perkhidmatan penstriman yang wujud di Malaysia. Dilihat jumlah itulah, adakah kementerian berhasrat untuk mengurangkan jumlah perkhidmatan penstriman yang wujud di Malaysia ini sebagai salah satu langkah pengawalan dalam isu ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Dungun, sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat. Memang betul, malah akta ini sedang kita teliti bagaimana kaedah-kaedah pengawalan. Ini satu cabaran yang dihadapi oleh semua negara, terutama bagi streaming yang bersifat OTT. Kita perlu mencari jalan yang bersesuaian. Buat masa ini, apa yang boleh dilakukan adalah untuk mengadakan pelan-pelan ataupun tindakan yang bersifat advokasi bagi memastikan ada kematangan dalam soal memilih rencana ataupun program yang ada. Oleh sebab kita ada gaming online ataupun perjudian online, kita ada tayangan multimedia yang pelbagai sifatnya. Sesetengahnya memang tidak dinafikan, bercanggah dengan nilai-nilai budaya dan sensitiviti negara kita yang lazimnya melanggar Akta Pelesenan. Akan tetapi undang- undang kita hanya tertakluk kepada platform yang berdaftar dan dilesenkan dalam negara kita. Jadi, bagi yang disiarkan secara bebas melalui kemudahan internet yang berlaku secara global, kita belum mempunyai satu mekanisme. Kalau sekiranya ada sesuatu yang kita merasakan sangat tidak wajar untuk ditayangkan dalam negara kita, MCMC perlu membuat engagement dengan pihak yang berkenaan di luar negara dan boleh membuat permohonan kepada mereka untuk perkara itu dilihat ataupun dikaji. Itu sahaja yang boleh kita lakukan tetapi force of law tidak dapat dikuatkuasakan bagi platform yang beroperasi dari luar negara.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertanyaan jawab lisan seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Beruas. [Dato’ Sri Azalina Othman Said (Pengerang) mempengerusikan Mesyuarat]
8. Dato' Ngeh Koo Ham [Beruas] minta Menteri Pengangkutan menyatakan sama ada kerajaan akan mengurangkan bayaran cukai jalan untuk kenderaan diesel memandangkan kerajaan telah mengurangkan subsidi diesel dan harga diesel sekarang lebih mahal daripada petrol RON 95.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Beruas. Untuk makluman Yang Berhormat Beruas, semakan kadar Lesen Kenderaan Motor (LKM) telah beberapa kali dilaksanakan pada sebelum ini. Sebagai contoh dalam tahun 2007, kadar fi bagi kenderaan motor pendaftaran milik persendirian berkapasiti enjin 1,000 cc dan ke bawah telah ditetapkan pada kadar yang rendah iaitu hanya RM20 setahun. Sementara itu, bagi motosikal yang berkapasiti enjin 150cc dan ke bawah telah ditetapkan pada kadar fi LKM pada RM2.00 sahaja. Seterusnya, satu lagi semakan semula kadar fi LKM telah dilaksanakan dalam tahun 2008 yang antara lain melibatkan perkara-perkara berikut: (i) fi LKM bagi kenderaan motor pendaftaran milik persendirian jenis salon dan bukan salon, milik individu dan syarikat yang menggunakan bahan bakar diesel atau diesel hijau telah diselaraskan dengan kadar bahan bakar petrol, (ii) fi LKM bagi kenderaan perkhidmatan awam seperti bas ekspres, teksi, kereta sewa, bas persiaran dan bas carter ditetapkan pada kadar rata iaitu RM20.00 setahun; dan (iii) bagi bas mini, bas sekolah dan bas henti-henti, kadar fi LKM adalah sebanyak RM2.00 setahun. Dalam tahun 2011 pula, Kementerian Pengangkutan juga telah memberikan insentif pengurangan kadar fi LKM melibatkan kenderaan-kenderaan berteraskan teknologi hijau pelepasan rendah karbon, termasuklah kenderaan motor menggunakan
bahan bakar diesel hijau dan dengan kuasa elektrik dengan pengurangan kadar fi LKM sebanyak 50 peratus daripada kadar sedia ada. Dalam hubungan ini, sebarang cadangan pengurangan kadar fi LKM pada masa hadapan perlu dikaji dengan terperinci dengan mengambil kira kepada kutipan hasil kerajaan serta impaknya kepada keseluruhan ekosistem pendaftaran kenderaan motor di Malaysia.
Mengambil kira inisiatif dan semakan semula kadar fi LKM yang telah dilaksanakan sebelum ini, maka Kementerian Pengangkutan Malaysia pada masa ini tiada mempunyai sebarang perancangan untuk mengurangkan kadar perkiraan bayaran fi LKM yang khusus bagi kenderaan motor menggunakan bahan bakar diesel sahaja. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan pertama.
Terima kasih. Saya rasa tadi Yang Berhormat Menteri tidak jawab soalan saya. Soalan saya ialah minta Yang Berhormat Menteri Pengangkutan menyatakan sama ada kerajaan akan mengurangkan bayaran cukai jalan untuk kenderaan diesel memandangkan kerajaan telah mengurangkan subsidi diesel dan harga diesel sekarang lebih mahal daripada petrol RON95. Walau bagaimanapun, saya hendak tanya soalan tambahan. Mungkin Yang Berhormat Menteri boleh beri jawapan yang lebih lengkap kepada saya. Soalan tambahan saya ialah apakah asas dan formula yang digunakan untuk menetapkan bayaran cukai jalan kenderaan petrol berbanding dengan kenderaan diesel. Asas dan formula bagi subsidi petrol dan diesel. Yang saya hendak dapat satu jawapan ialah perbandingan bagaimana- adakah kerajaan berlaku adil kepada mereka yang menggunakan kenderaan diesel. Sekarang subsidi berkurangan tetapi cukai jalan masih sangat tinggi. Beberapa kali- ganda daripada kenderaan petrol. Itu perbandingan yang saya hendakkan. Hendak dapatkan keadilan kepada mereka yang memiliki kenderaan diesel.
Yang Berhormat, kalau tidak boleh jawab boleh bagi jawapan secara bertulis.
Ada sedikit maklumat yang saya hendak kemukakan kepada Yang Berhormat Beruas. Terima kasih, Yang Berhormat. Penetapan kadar fi LKM bagi kenderaan-kenderaan yang didaftarkan adalah seperti mana yang digariskan di bawah Kaedah-kaedah Kenderaan Motor 1959. Asas pengiraan kadar fi LKM adalah berbeza bagi setiap kenderaan mengambil kira faktor- faktor seperti berikut: (i) kapasiti enjin; (ii) kawasan isytihar atau penggunaan; (iii) bahan bakar pemilikan kenderaan; dan (iv) jenis kegunaan kenderaan. Selain faktor-faktor yang dinyatakan di atas di fi LKM juga berbeza mengikut kawasan pengisytiharan kenderaan tersebut digunakan. Secara umumnya, fi di Sabah dan Sarawak adalah lebih rendah berbanding di Semenanjung Malaysia, manakala kadarnya di Labuan 50 peratus lebih rendah dari Sabah dan Pulau Langkawi. Pulau Langkawi juga 50 peratus lebih rendah daripada kadar fi LKM di Semenanjung Malaysia. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan kedua.
Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh saya haraplah Yang Berhormat Menteri menjawab soalan saya. Saya hendak perbandingan di antara kenderaan petrol dan diesel. Tadi jawapan ini kalau minta saya baca semua peraturan ini,
kita boleh baca tetapi apakah asas dan formula yang digunakan untuk menetapkan cukai jalan untuk kenderaan diesel. Apakah formula dan asas yang ditetapkan oleh kerajaan untuk menentukan cukai jalan bagi kenderaan petrol? Kalau boleh saya dapat perbandingan itu secara bertulis. Inilah soalan...
Yang Berhormat, ini soalan lisan. Yang Berhormat ada hak pada soalan pertama dan satu soalan tambahan. Yang Berhormat sudah melebihi soalan.
Akan tetapi tidak jawab saya. Soalan saya...
Yang Berhormat betul. Kalau Yang Berhormat tidak puas hati, Yang Berhormat boleh maklumkan kepada Tuan Yang di-Pertua bahawa Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak menjawab soalan.
Memang tadi tidak dijawab.
Kalau Yang Berhormat hendak berbahas hari ini, kita tidak akan selesai.
Saya memohonlah kalau boleh bagi jawapan...
Terpulang kepada Yang Berhormat.
...Rakyat minta daripada saya.
Kita ada peraturan, Yang Berhormat.
Betul. Jadi...
Soalan tambahan kedua dari blok kerajaan. Ada?... [Merujuk kepada blok kerajaan] Kalau tidak, saya buka kepada blok pembangkang. Silakan Yang Berhormat Pokok Sena.
Baik, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak tanya berkaitan dengan cukai jalan ini. Soal isu cukai jalan iaitu hak orang yang membayar cukai jalan. Adakah hak orang yang membayar cukai jalan ini dia boleh buat sewenang-wenangnya? Khususnya, sekarang ini saya nampak Tuan Yang di- Pertua iaitu ramai orang yang menggunakan lampu biru. Lampu biru itu supaya orang yang berada di hadapan jalan itu boleh mengelak. Jadi, adakah semua orang boleh guna? Hatta, kita kerajaan sendiri pun yang bukan Yang Berhormat Menteri sahaja pun guna lampu biru ini. Jadi, adakah kami pula berhak mengelak daripada tergesa-gesanya orang-orang ini untuk memberikan laluan kepada mereka?
Terima kasih, Yang Berhormat. Sebenarnya kegunaan lampu biru ini haruslah mengikut peraturan yang dibenarkan. Jadi, mana-mana pihak yang tidak perlu pakai, tiada mempunyai hak untuk menggunakan lampu biru, jangan pula digunakan. Jadi...
Kalau yang kerajaan, siapakah sahaja yang berhak?
PH pun gunakan dahulu. PH pun pernah gunakan.
Itulah. Hanya dibenarkan kepada pihak yang dibenarkan sahaja. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Kuala Nerus.
9. Dato' Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali [Kuala Nerus] minta Menteri Kewangan menyatakan, rancangan kerajaan mengatasi pengurangan kutipan hasil cukai dan pada masa yang sama memberi peluang kepada syarikat atau individu yang terjejas akibat pandemik untuk kembali bangkit.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat Kuala Nerus, penelitian yang berterusan sedang dijalankan kerajaan bagi mengatasi pengurangan kutipan hasil cukai, di samping juga mengambil usaha berterusan untuk menstrukturkan sistem pencukaian yang lebih seimbang, adil dan saksama dalam usaha meningkatkan hasil negara. Di samping itu, pelbagai inisiatif pencukaian turut disediakan oleh kerajaan khusus kepada syarikat atau individu yang terjejas akibat pandemik COVID-19 di bawah pelbagai pakej bantuan dan rangsangan semenjak hampir 18 bulan lepas. Selain itu, kerajaan juga telah mengumumkan langkah-langkah cukai yang disasarkan untuk membantu syarikat dan individu yang terjejas untuk kembali bangkit seperti berikut. Bagi langkah cukai untuk syarikat: (i) menangguhkan bayaran ansuran cukai pendapatan bagi PMKS selama enam bulan sehingga 30 Jun 2022; (ii) mengecualikan duit setem ke atas perjanjian pinjaman pembiayaan bagi pembiayaan antara rakan setara atau peer-to- peer lending (P2P); (iii) melanjutkan pengecualian duti setem ke atas perjanjian penstrukturan semula atau penjadualan semula bagi pinjaman atau pembiayaan; (iv) melanjutkan rebat cukai bagi penubuhan entiti baharu PMKS; (v) melanjutkan elaun pelaburan semula tambahan; dan (vi) melanjutkan galakan cukai bagi kos pengubahsuaian premis perniagaan. Bagi langkah cukai untuk individu pula: (i) pelepasan cukai pendapatan individu akan diberikan bagi perkara-perkara berkenaan iaitu bayaran taska dan tadika sebanyak RM3,000 bagi tahun taksiran 2022 dan 2023; pembelian komputer, telefon bimbit dan tablet sebanyak RM2,500 bagi tahun taksiran 2022; perbelanjaan yuran khusus peningkatan kemahiran sebanyak RM2,000 bagi tahun taksiran 2022 dan 2023; dan perbelanjaan pelancongan domestik sebanyak RM1,000 bagi tahun taksiran 2022. (ii) pengurangan cukai jualan akan diberikan ke atas kenderaan yang melibatkan 100 peratus untuk kenderaan CKD dan 50 peratus kenderaan CBU; dan (iii) pelupusan harta tanah oleh individu warganegara dan pemastautin tetap serta selain syarikat tidak akan dikenakan cukai keuntungan harta tanah bagi tahun keenam dan seterusnya. Terima kasih.
Soalan tambahan pertama.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ucapkan tahniah atas usaha kerajaan untuk meningkatkan lagi hasil cukai negara dan juga perlepasan kepada rakyat.
Namun, dalam masa yang sama kita mendapat aduan tentang peranan LHDN yang saya faham sangat bersungguh-sungguh untuk pastikan bahawa tidak berlaku ketirisan dalam pungutan cukai. Akan tetapi kaedah yang diguna pakai oleh LHDN iaitu bayar dahulu, bincang kemudian barangkali boleh menekan rakyat dalam situasi pandemik terutamanya untuk B40 dan juga M40.
Adakah kementerian bersedia untuk melihat kembali pendekatan yang dibuat oleh LHDN ini supaya memberi kesan yang baik kepada rakyat untuk membayar cukai dengan cara berhemah dan juga akhirnya memberi kesan yang baik kepada negara kita daripada segi ekonominya? Terima kasih.
Silakan.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Kuala Nerus. Kita akan ambil maklum dan terutamanya sekali kepada mereka yang dalam kategori B40 dan M40, mungkin kita boleh minta LHDN untuk melonggarkan atau meringankan usaha yang bayar dahulu dan kira kemudian. Kita akan membawa rancangan ini dalam peringkat kementerian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Bukit Bintang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri adakah kerajaan benar-benar yakin kutipan hasil 2022 akan meningkat bagi menampung perbelanjaan negara dan apakah alasan untuk menyokong kenaikan ini? Minta penjelasan.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat Bukit Bintang. Semua cukai yang diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 2022 ianya bersifat anggaran hasil dan kita mengharapkan ianya dapat memberi atau meluaskan lagi dan memberi tambahan kepada hasil kutipan. Walau bagaimanapun, kita akan tahu dalam masa yang akan datang kalau kutipan ini mencukupi atau tidak. Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bintang.
Satu lagi soalan tambahan.
Tambahan.
Yang Berhormat Jelutong. Silakan.
10. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong] minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Persekutuan mengenai penyelenggaraan dan pemulihan perkhidmatan feri Pulau Pinang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Jelutong. Operasi perkhidmatan feri Pulau Pinang telah diambil alih semula oleh Penang Port Sdn. Bhd., bermula 1 Januari 2021 selaras dengan keputusan Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya bertarikh 18 Disember 2019. Selaras dengan pengambilalihan semula oleh pihak PPSB, feri-feri lama telah dihentikan operasi berikutan kondisi feri-feri tersebut yang terlalu usang serta tidak lagi efektif dan selamat untuk terus beroperasi bagi menjamin keselamatan dan keselesaan penumpang. Dalam hubungan ini, pihak berkuasa pelabuhan iaitu Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan juga operator pelabuhan iaitu PPSB telah merencana penaiktarafan fasiliti pelabuhan dan juga sistem operasi perkhidmatan feri Pulau Pinang. Pihak PPSB juga sedang dalam proses untuk melaksanakan model perniagaan perkhidmatan feri yang baharu di mana feri-feri baharu jenis water bus dan vehicle transporter bakal digunakan bermula penghujung tahun 2022 secara berperingkat.
Sehubungan dengan itu, semasa tempoh peralihan atau interim ini, operasi perkhidmatan feri Pulau Pinang adalah menggunakan feri yang disewa oleh pihak PPSB bagi membawa penumpang, pejalan kaki dan penumpang dengan kenderaan beroda dua, motosikal dan basikal. Penyelenggaraan feri-feri sewaan tersebut dilaksanakan secara berjadual seperti berikut: (i) penyelenggaraan dilakukan sekali sebulan untuk feri penumpang pejalan kaki; dan (ii) penyelenggaraan dilaksanakan selepas tamat operasi pada jam 10 malam setiap hari bagi feri kenderaan beroda dua. Dengan pengenalan perkhidmatan feri baharu yang bakal dilaksanakan, Kerajaan Persekutuan akan memastikan operasi perkhidmatan feri Pulau Pinang kekal relevan dan memenuhi kehendak pengguna. Kerajaan Persekutuan turut memberi jaminan bahawa operasi perkhidmatan feri Pulau Pinang akan diteruskan tanpa sebarang halangan demi kesejahteraan rakyat Malaysia dan rakyat Pulau Pinang secara khususnya. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan pertama.
Tuan Yang di-Pertua terima kasih. Saya ingin tanya soalan tambahan apakah yang berlaku kepada geran RM30 juta yang telah pun diserahkan kepada Penang Port ketika mantan Menteri Kewangan yang juga merupakan mantan Ketua Menteri Pulau Pinang Yang Berhormat Bagan? Geran itu diberikan ke Penang Port sebagai salah satu syarat untuk perkhidmatan feri diteruskan. Saya bertanya soalan ini kerana feri Pulau Pinang merupakan satu ikon di mana ia menjadi tarikan kepada pelancong-pelancong dari luar negara dan juga dalam negeri. So, saya ingin tanya apakah yang berlaku kepada geran RM30 juta yang telah pun diserahkan kepada Penang Port sebagai syarat untuk meneruskan dengan perkhidmatan feri yang sedia ada? Terima kasih.
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jelutong. Saya tidak ada maklumat ini di tangan saya dan saya akan memberi jawapan secara bertulis. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya minta maaf. Geran itu bukan RM1 juta, RM2 juta tetapi RM30 juta yang telah pun diserahkan. Jadi Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah semestinya tidak boleh memberi jawapan begitu. Saya minta maaf, saya mengadu kepada Tuan Yang di-Pertua.
Tidak apalah. Yang Berhormat Timbalan Menteri jawapan bertulis dalam masa lima hari ya. Lima hari ya dari hari ini. Soalan tambahan kedua dari blok kerajaan. Ada sesiapa berminat? Saya buka pada blok pembangkang?
Bolehkah saya tanya semula?
Sudah tidak ada pilihan Yang Berhormatlah. Silakan Yang Berhormat Jelutong.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Hari ini saya terharu kerana Jelutong diberi layanan istimewa di Dewan yang mulia ini.
[Dewan riuh]
Perangai baik hari ini boleh dapatlah.
Saya betul-betul berterima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.
Saya tidak dapat muruku Deepavali pun.
Tuan Yang di-Pertua tahu bahawa di sepanjang perjalanan persidangan Dewan, kita digemparkan dengan berita bahawa RM38 juta digunakan untuk memperbaiki rumah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang tidak didiami. Sebanyak RM100 juta dicadangkan untuk digunakan untuk membeli tanah dan rumah untuk Yang Berhormat Pekan. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita pula telah melantik duta-duta dan penasihat-penasihat. Kenapakah penduduk-penduduk Pulau Pinang dianaktirikan? Tidak ada sebarang pembangunan infrastruktur. Feri Pulau Pinang tidak diberi perhatian, cable-car Pulau Pinang tidak diberi perhatian, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang tidak diberi perhatian, LRT di Pulau Pinang tidak diberi perhatian. Adakah ini sebab Kerajaan Pulau Pinang adalah kerajaan Pakatan Harapan?
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, soalan Yang Berhormat Jelutong ini terkeluar daripada soalan asal. Jadi, saya tidak akan dapat menjawab. Jika diperlukan...
Macam kena reject dua-dua.
...Jawapan secara bertulis sahaja. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya dengan segala hormatnya boleh ke mengadu? Ini merupakan infrastruktur melibatkan pengangkutan, sudah semestinya masuk dalam kementerian. Kenapa pula Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak dapat jawab?
Yang Berhormat Timbalan Menteri. Boleh tidak Yang Berhormat Timbalan Menteri jemput Yang Berhormat Jelutong ke kementerian dan berjumpa dengan Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri dan bersama Yang Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap juga Ahli Parlimen supaya dapat kita selesaikan masa minum teh tarik kah. Terakhir, Yang Berhormat Kemaman.
11. Tuan Che Alias bin Hamid [Kemaman] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan jumlah keseluruhan pencawang 4G sedia ada dan perancangan pembinaan pencawang 4G baru dalam Parlimen Kemaman.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menghasilkan Pelan Jalinan Digital Negara yang bertujuan untuk menangani isu akses kepada internet kualiti tinggi, perkhidmatan tetap dan mudah alih.
Setakat Oktober 2021, jumlah struktur pemancar komunikasi di Parlimen Kemaman dan Terengganu adalah seperti berikut – saya beritahu Kemaman dahulu ya. Multi fungsi ini bermakna pemancar multi fungsi 35, atas bangunan. Kita buat pemancar
atas bangunan 29, struktur Tundra 6. Menara- atas menara ada pemancar 89, pemancar dinding bangunan satu, jumlah 160. Berbanding dengan Terengganu 911. Antara inisiatif untuk menambah baik infrastruktur digital di Terengganu dan Parlimen Kemaman melalui Pelan Jalinan Digital Negara di bawah fasa 1 setakat 31 Oktober adalah seperti berikut. Ini kita punya perancangan. Parlimen Kemaman perancangan 13, siap lapan. Untuk naik taraf pemancar, perancangan 208 dan siap 148. Premis tersedia gantian optik, perancangan 9,144 dan siap 7,653. Secara umumnya pelaksanaan kesemua inisiatif JENDELA telah bermula sejak September 2020 dan inisiatif di dalam perancangan akan siap secara berperingkat sehingga penghujung tahun 2022. Untuk makluman Yang Berhormat juga, peratusan liputan 4G di kawasan berpenduduk di Terengganu telah meningkat kepada 94.71 peratus pada suku ketiga 2021 berbanding 93.68 peratus sebelum pelaksanaan JENDELA pada suku ketiga 2020. Manakala di Parlimen Kemaman pula, peratusan liputan jalur lebar 4G telah meningkat kepada 94.61 peratus berbanding 84.78 peratus sebelum pelaksanaan JENDELA. Terima kasih.
Soalan tambahan pertama.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang diberikan tadi. Mengikut penggunaan teknologi 5G berpotensi membantu meningkatkan keluaran KDNK Malaysia sebanyak lima peratus atau bersamaan RM122 bilion menjelang tahun 2030. Oleh itu soalan tambahan saya, sejauh manakah pembinaan pencawang 4G yang dibangunkan di Kemaman melalui JENDELA ini dilengkapi dengan ketersediaan daripada aspek teknikal untuk memancarkan rangkaian 5G yang dijangkakan digunakan penghujung tahun 2022 ini? Mohon penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Kemaman. Sekarang ini kebanyakan tower pemancar dan sebagainya antaranya adalah daripada MCMC dan juga daripada syarikat telco termasuk Telekom, Maxis dan juga Digi dan sebagainya. Yang Berhormat Kemaman tanya 5G, 5G ini adalah di Digital Nasional Berhad (DNB), syarikat baharu. Dia tidak ada tower, tidak ada pemancar. Dia baru hendak buat. Jadi, kalau Yang Berhormat tanya pemancar yang sedia ada itu bergantung kepada adakah DNB ini hendak bincang dengan telco yang sedia ada untuk membuat 5G ini. Jadi maknanya, kita – 5G ini syarikat baharu. Ia tidak masuk, bukan dengan MCMC, dia tidak jumpa MCMC. Dia buat syarikat baharu. MCMC pun tidak tahu. Kita bagi spektrum sahaja dekat dia. Jadi 5G ini, maknanya Yang Berhormat Kemaman kena tanya Kementerian Kewangan. Okey, terima kasih.
Lembah Pantai.
Yang Berhormat Padang Serai.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Mohon penjelasan, bolehkah kerajaan menyatakan berapa banyak kawasan yang masih menggunakan capaian 3G dan ke bawah di Malaysia?
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Soalan Yang Berhormat 3G itu, jumlahnya kita tidak tahu sebab apa sekarang ini kebanyakan tempat nya kita sudah masuk 4G. Jadi, hari-hari kita padam 3G masuk 4G sebab hujung tahun ini kita hendak kalau boleh keseluruhannya 4G. Tidak ada 3G lagi. Akan tetapi untuk makluman Yang Berhormat, sekarang ini kementerian kita tengah usaha untuk buat satelit. Dia kalau kata kita hendak sampai ini – sebab soalan saya dan jawapan saya ini sampai 2022. Kalau kita berjaya membuat satelit, sebab satelit ini mahal tetapi kalau kita berjaya mendapat satelit yang harga murah sedikit, seluruh negara, kawasan Sabah, Sarawak, bukit bukau semuanya ada satelit. Termasuk Laut China Selatan. Sekarang ini dekat laut, Laut Selat Melaka, Laut China Selatan, nelayan tidak dapat sebab dasar kita ini, komunikasi ini kita hendak macam elektrik, air, semua orang mendapat komunikasi.
Jadi, termasuk dalam laut. Sekarang tidak boleh pacak tower dalam laut. Jadi, kita kalau boleh... [Tidak jelas] maknanya, kalau ada satelit kita usaha satelit, seluruh negara dapat. Jadi itu, tetapi jawapan Yang Berhormat 3G ini sudah tidak relevan sebab kita hendak buat 4G semua. Terima kasih.
Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu-waktu pertanyaan bagi Jawab Lisan pada hari ini. Terima kasih semua Yang Berhormat. [Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan di peringkat Jawatankuasa Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Kementerian Sumber Manusia bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2022 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2022 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Rabu, 1 Disember 2021.”
Yang menyokong?
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Peraturan mesyuarat.
Berapa?
Saya hendak merujuk – terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak merujuk berkenaan surat yang telah...
Peraturan Mesyuarat yang mana Yang Berhormat Muar?
Peraturan Mesyuarat 36(12). Pada minggu lepas saya telah mengutuskan surat kepada Tuan Yang di-Pertua berkenaan Peraturan Mesyuarat 36(12) di mana saya merujuk Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Kuala Kangsar kerana kenyataan yang mengelirukan. Di mana pada bulan September beliau menegaskan bahawa peruntukan akan diberikan secara adil kepada semua Ahli Parlimen kerajaan dan juga pembangkang dan akan diagihkan serta-merta. Akan tetapi sudah masuk ke bulan Disember dan sampai ke hari ini satu sen pun Parlimen Muar belum dapat lagi.
Saya ingin mohon kepada Tuan Yang di-Pertua untuk menimbangkan semula keputusan yang telah pun Tuan Yang di-Pertua sampaikan kerana keputusan ini tidak tepat dan betul kerana justifikasi yang diberikan oleh Yang Berhormat Kuala Kangsar adalah kalau ikut fasal 3.5, lampiran kepada Memorandum Persefahaman iaitu, “Memperuntukkan dan menyalurkan peruntukan yang bersamaan dengan Ahli-ahli Dewan Rakyat kerajaan kepada semua Ahli-ahli Dewan Rakyat yang terlibat dalam persefahaman ini.” Dengan sifir mudahnya dia kata hanya bagi mereka yang menandatangani MOU ini. Akan tetapi dalam kes saya, orang yang ingin menandatangani tidak diberikan hak untuk menandatangani dan selepas itu rakyat Muar terkesan dengan begitu teruk sekali. So, when you are not given a chance, jangan salahkan Ahli Parlimen Muar, jangan salahkan orang Muar apabila peruntukan itu tidak diberikan secara adil. Kamu kena datang ke Muar, lihat orang Muar, nelayan-nelayan yang teruk terkesan, orang-orang kampung bila banjir atap hilang, tidak ada tempat hendak duduk, kamu kena jawab kepada mereka kenapa Parlimen-parlimen lain jauh lebih penting dari Muar. Kenapa mereka perlu dihukum kerana tidak menyokong kerajaan? This is wrong and blatantly wrong. Mana keadilannya apabila Ahli Parlimen kerajaan boleh dapat RM3.8 juta hingga ke RM5 juta, Ahli Parlimen Pakatan Harapan pun diberikan peruntukan. Tahun depan RM3.8 juta. Akan tetapi bagi Muar, kosong Ringgit Malaysia. Kalau kita mahu cetuskan budaya politik yang baharu, jangan kita diskriminasi ikut sokongan politik. Oleh sebab itu saya berharap boleh dirayu keputusan ini kerana jawapan yang diberikan tidak betul.
Yang Berhormat...
Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat. Sekejap, nanti Yang Berhormat Simpang Renggam. Satu satu. Yang Berhormat saya memahami frustasi Yang Berhormat. Saya pun tidak nampak surat yang dijawab oleh Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi daripada peraturan, saya mencadangkan kepada Yang Berhormat untuk merayu kepada Tuan Yang di-Pertua sebab saya hanya mengganti di bawah Peraturan Mesyuarat 73. Saya tidak terlibat dalam proses penerimaan ataupun penolakan. Jadi, saya minta maaf. Saya terpaksa jalankan tugas untuk menyambung perbahasan untuk belanjawan.
Tuan Yang di-Pertua.
Di bawah mana, Yang Berhormat Simpang Renggam?
Cuma saya hendak maklumkan dekat dalam Dewan ini bahawa saya akan failkan rayuan.
Ya lah, untuk rekodkan bantahan.
Tuan Yang di-Pertua. Saya merujuk kepada...
Bawah mana, Yang Berhormat Simpang Renggam?
Ya, merujuk kepada peraturan yang sama. Jikalau kes Yang Berhormat Muar, beliau bukan daripada PH, beliau tidak terlibat dalam menandatangani. Akan tetapi, kes saya agak pelik sedikit. Saya sedari dulu daripada PH dan baru-baru ini telah masuk menyertai Parti Keadilan Rakyat dan juga saya telah berikan kepada Tan Sri Speaker surat menyatakan kepada kedua-dua keadaan.
Malangnya, sehingga detik ini, Simpang Renggam masih tidak terima peruntukan. Yang kita terima daripada ICU mengatakan, “Tidak ada peruntukan bagi Simpang Renggam” tanpa mempedulikan isi kandungan MoU yang menyatakan bahawa kami daripada PH, saya daripada Pakatan Harapan juga sebahagian daripada mereka yang menandatangani. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, pada saya, kita merayu kepada JPM, hormati MoU. Mengapa Simpang Renggam daripada PH dan juga daripada Parti Keadilan Rakyat dinafikan daripada peruntukan ini? Hormati MoU. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2022 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2022 JawatankuasaBill
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2022 dan Anggaran Pembangunan 2022 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Keenam] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Dato’ Sri Azalina Othman Said (Pengerang) mempengerusikan Jawatankuasa]
Tuan Pengerusi, tajuk yang sama.
Tak. Saya dah overrule. Saya hendak terus ke Jawatankuasa untuk perbahasan..
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2022 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2022 Jawatankuasa — Kepala B.26 [Jadual] – Kepala P.26 [Anggaran Pembangunan 2022] –Bill
Ahli-ahli Yang Berhormat, Kepala Bekalan B.26 dan Kepala Pembangunan P.26 di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi terbuka untuk dibahas. Setiap pembahas lima minit. Saya akan sebut nama. Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Teluk Intan, Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Kemaman, Yang Berhormat Sepanggar, Yang Berhormat Padang Rengas, Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Alor Gajah, Yang Berhormat Lumut, Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Papar, Yang Berhormat Libaran, Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya dan Yang Berhormat Tampin. Saya menjemput Yang Berhormat Jempol. Tidak ada? Sekarang saya jemput Yang Berhormat Teluk Intan.
Terima kasih Tuan Pengerusi yang budiman kerana izinkan saya bangun untuk membahaskan belanjawan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi peringkat Jawatankuasa. Tuan Pengerusi, saya ingin bangkitkan lima perkara. Pertama, saya bangun di bawah Kepala B.26 Butiran 040000 – Program Khusus. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, ada peningkatan lima kali ganda dalam pembayaran emolumen kakitangan kontrak daripada RM381,000 menjadi RM1.5 juta. Mengapa ada kenaikan mendadak yang begitu melonjak? Saya rasa perlu penjelasan. Perkara kedua, saya sedar di mana pembangunan kementerian ini adalah sangat penting kerana visinya adalah menjadikan keusahawanan dan koperasi sebagai satu agenda utama negara dan misi kementerian juga sangat penting kerana ia mewujudkan satu ekosistem keusahawanan dan koperasi yang holistik dan kondusif untuk menyokong agenda pembangunan usahawan negara yang inklusif, seimbang dan mampan. Tuan Pengerusi, saya juga rasa bangga kerana Menteri ada duduk di dalam Dewan untuk dengar perbahasan. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Pertama ini, saya bangun di bawah perkara kedua adalah P.26 iaitu Program Skim Latihan Siswazah dan juga program PPP dan PFI yang menelan belanja RM20 juta pada tahun hadapan. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, Skim Latihan Siswazah ini berapa yang sebenarnya diperuntukkan untuk siswazah kita ini, graduan universiti, mengikuti perkembangan terkini iaitu industrial revolution 4.0? Dalam pembangunan ini, berapakah yang diperuntukkan untuk mendidik mereka menguasai skil digital infrastructure. Kedua, data storage dan cloud data centre. Ketiga, industrial automation and robots. Keempat, industrial additive manufacturing. Kelima, internet of things. Keenam, smart factories dan ketujuh, digital twins? Berapakah peruntukan sebenarnya disediakan? Supaya negara kita berada di kadar yang kompetitif berbanding dengan negara-negara lain khususnya negara serantau. Perkara ketiga saya ingin bangkitkan iaitu Butiran 00601. Sebanyak RM55 juta untuk Dana Pembangunan dan Pembiayaan PKS. Dalam butiran tersebut, saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri di mana baru-baru ini sekiranya kita lihat laporan United Nations Conference on Trade and Development, tahun lepas walaupun waktu pandemik tetapi jumlah pelaburan FDI yang masuk ke ASEAN masih berjumlah USD137 bilion. Akan tetapi, saya berasa amat sedih sekali kerana Malaysia kini berada di kedudukan yang tercorot dan merosot dengan begitu dahsyat sekali. Dahulu kita di negara ASEAN, kita hanya ketinggalan jika dibandingkan dengan Singapura. Akan tetapi kini, di mana kedudukan FDI yang masuk ke ASEAN, kita telah kalah kepada bukan sahaja Singapura, malah kita kalah kepada Indonesia, Vietnam, dan juga Filipina. Daripada jumlah USD137 bilion pelaburan, hanya 2.55 peratus sahaja ataupun USD3.5 bilion yang masuk ke negara kita. Ini bermaksud kementerian ini memainkan peranan yang penting untuk mewujudkan satu ekosistem yang kondusif tetapi daripada jumlah pelaburan yang masuk ke ASEAN, terbukti di mana pelabur-pelabur asing telah menggunakan duit mereka untuk mengundi tidak melabur di tanah air kita yang tercinta ini. Saya rasa perkara ini perlu diberikan satu pandangan yang cukup berat supaya Malaysia kekal sebagai satu destinasi pelaburan yang dinampak sebagai center of excellence dan juga center of investment dalam aspek keusahawanan. Perkara yang seterusnya saya ingin bangkitkan adalah di mana kita sekarang ini telah pun luluskan RM80 juta untuk Institut Keusahawanan Negara di bawah Butiran 96000. Saya hendak tanya. Sebenarnya mengikut laporan Bank Dunia, atas Dasar Ekonomi Baru yang tidak saintifik dan telah pun ketinggalan zaman dan tidak mengikut keperluan dan juga keupayaan sebaliknya mengikut warna kulit, menjadikan Malaysia mengalami krisis brain drain.
Laporan Bank Dunia menunjukkan di mana negara kita kehilangan bakat 1.2 juta orang dan antaranya 350,000 adalah golongan profesional yang menelan kos pendidikan berjuta-juta ringgit untuk kita mendidik tetapi akhirnya negara kira hilang bakat tersebut yang perlu kita kaji semula. Bayangkan jika anak-anak muda kita di bawah semangat Keluarga Malaysia, mereka semuanya adalah saudara mara kita, bayangkan Menteri, jika mereka semua kembali ke tanah air kita bekerja menyumbang kepada pembangunan negara, saya rasa Malaysia bukan sahaja akan menjadi the little tiger of Asian, malah kita boleh jadi the dragon of Asia. Ini memerlukan pimpinan yang berwawasan jauh, berpandangan jauh dan kita haruslah mempunyai sifat berlapang dada memastikan supaya anak-anak muda kita kembali ke negara kita untuk terus menyumbang kepada pembangunan negara. Perkara terakhir yang saya ingin bangkitkan. Sebenarnya baru-baru ini kita berasa teruja apabila kita lihat ASEAN mempunyai 12 buah syarikat unicorn. Unicorn bermaksud syarikat yang mempunyai nilai pasaran melebihi USD1 bilion. ASEAN ada 12. Memandangkan Menteri di sini, saya hendak kongsikan laporan ini. Sebenarnya Unicorn in ASEAN, Singapura ada enam iaitu: (i) SEA Garena; (ii) Razer; (iii) Trax Image Recognition; (iv) Grab― Grab sekarang syarikat Singapura; (v) Lazada; dan (vi) PatSnap. Indonesia ada empat iaitu: (i) Gojek; (ii) Traveloka; (iii) Tokopedia; dan (iv) Bukalapak. Filipina ada satu iaitu Revolution Precrafted. Vietnam ada satu iaitu VNG Corporation. Daripada 12 syarikat unicorn, Malaysia K-O-S-O-N-G, kosong. Satu pun unicorn tidak ada di Malaysia. Yang ada Grab pun sekarang ini dicuri ataupun diculik ataupun ditarik oleh Singapura. Mengapa kita ada syarikat unicorn tetapi kita tidak dapat kekalkan syarikat unicorn negara kita?
Grab ini dijangka bernilai dan akan disenaraikan di Nasdaq New York bernilai USD 40 bilion. Yang Berhormat Menteri, USD 40 bilion. Bayangkan syarikat ini jika ia bertapak di Malaysia bayar cukai kepada kerajaan, bayar cukai kepada hasil negara kita, berapakah hasil yang kita akan dapat? Memandangkan ini satu – saya rasa kita perlu overhaul sistem ini untuk memastikan kementerian memainkan peranan yang cukup penting. Wujudkan ekosistem yang inklusif, kondusif selaras dengan visi dan misi dalam buku bajet yang ada, yang kita bahas ini. Saya mohon penjelasan daripada Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Jempol.
Terima kasih, Tuan Pengerusi mengizinkan saya untuk berbahas Rang Undang-undang Perbekalan 2022 peringkat Jawatankuasa Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Butiran 00601 – Dana Pembangunan dan Pembiayaan PKS, SME Corp Malaysia. Semasa sesi penggulungan perbahasan RMKe-12 yang lalu saya ada bangkitkan isu mengenai faedah dikenakan oleh SME Bank terhadap para peminjam. Pada masa itu, ramai usahawan merasa terbeban, tidak berpuas hati dengan kadar faedah yang dikenakan terhadap mereka iaitu lebih tinggi berbanding dengan bank komersial. SME Bank telah ditubuhkan pada 3 Oktober 2005 dan berperanan untuk memberi bantuan kewangan seolah-olah telah menyimpang daripada tujuan asal penubuhannya. Kedudukan SME Bank pada hari ini terpaksa meminjam daripada sektor korporat dan mengalihkan tanggungan faedah tersebut kepada peminjam. Ini sama sekali tidak boleh diterima. Soalan saya, apakah tindakan yang telah diambil oleh MOF selaku pemilik kepada SME Bank dan sejauh manakah peranan yang telah dimainkan oleh MOF untuk menyelesaikan perkara mustahak ini? Perkara ini telah pun dibiarkan dan tidak boleh dibiarkan dan memerlukan tindakan drastik kepada kementerian kerana usahawan kita telah terjejas akibat pandemik COVID-19. Bagi memastikan SME Bank dan para peminjam keluar daripada kemelut ini saya mempunyai tiga cadangan yang boleh dipertimbangkan oleh kementerian. Pertama, GLC hendaklah meletakkan dana di bank-bank pembangunan milik kerajaan dengan kadar faedah kosong bagi tempoh jangka masa sederhana antara tiga hingga lima tahun. Keduanya, MOF memberikan subsidi terhadap kadar faedah pinjaman untuk semua peminjam PKS sehingga tiga peratus berserta jaminan daripada syarikat jaminan pinjaman seperti SJPP dan juga CGC. Ketiga, Bank Negara haruslah membenarkan feasibility daripada sudut perundangan yang dikenakan terhadap bank-bank pembangunan bagi menawarkan saving dan juga current account. Butiran 020300 – Pembangunan Francais dan Vendor. Sejak MEDEC ditubuhkan pada tahun 2018 peruntukan dan peranan untuk membangunkan francais telah bertindih antara MEDEC dan juga KPDNHEP. Saya difahamkan hal berkaitan dengan pentadbiran PERNAS diletakkan di bawah MEDAC. Manakala bagi perkara dalam program penting untuk ditetapkan di bawah program KPDNHEP. Soalan saya, apakah menerusi mekanisme ini dapat memberi sumbangan yang lebih baik dan nilai positif terhadap pembangunan industri francais negara. Peranan dua kementerian dalam satu agensi kerajaan telah menimbulkan kecelaruan kerana sebarang pelaporan dan tindakan memerlukan pengesahan daripada kedua-dua kementerian terlebih dahulu. Perkara ini merupakan contoh birokrasi yang perlu dibetulkan dengan segera kerana ia boleh merencatkan kelancaran PERNAS dan seterusnya merugikan usahawan. Mengambil kira semangat Keluarga Malaysia dalam tempoh 100 hari untuk membuktikan pencapaian Kabinet kerajaan. Saya mohon supaya perkara ini distrukturkan semula. MSaya mencadangkan agar bahagian francais dikembalikan kepada tempat asal penubuhan pada 8 Mei 1999 yang lalu iaitu di bawah tanggungjawab MEDAC. Berkaitan pembangunan francais – apakah peranan kementerian untuk memperkasakan agensi PERNAS agar dapat meningkatkan bilangan usahawan bumiputera. Berpandukan klausa 19, Akta Francais 1998, adakah kementerian bercadang untuk memperkenalkan sekatan bagi mengawal francaisor daripada terus mengenakan kadar fi yang tinggi yang melampau terhadap para usahawan. Hal ini kerana kadar fi yang dikenakan oleh francaisor adalah tidak munasabah dan membebankan usahawan yang menjadi peniaga francais sedangkan kos sebenarnya adalah tidak tinggi. Apakah tindakan kementerian terhadap francaisor yang mendaftar fi melebihi kadar pasaran seperti mana tertakluk dalam justifikasi pendaftaran francais. Ini berhubung dengan francaisor ataupun francaisi untuk tindakan menawar peluang perniagaan francais kepada usahawan-usahawan lain yang hari ini tidak dibuka contohnya, seperti FamilyMart, Starbucks dan lain-lain.
Apakah pelan kementerian bagi membolehkan usahawan untuk membuka perniagaan francais tersebut? Hal ini kerana produk yang ditawarkan mendapat permintaan yang tinggi. Butiran 13001 – Suruhanjaya Koperasi Malaysia:Pembangunan Perniagaan. Pada tahun lalu sektor koperasi negara telah mencatatkan perolehan sebanyak RM41.45 bilion meskipun berdepan dengan cabaran pandemik COVID-19. Perolehan disumbangkan oleh 14,629 buah koperasi yang telah meningkatkan kadar KDNK negara menerusi pelbagai aktiviti ekonomi. Menerusi Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) sebanyak 10,000 buah masjid dan surau di seluruh negara didapati berpotensi untuk menubuhkan koperasi kariah. Ini berdasarkan statistik semasa terhadap 6,300 buah masjid dan 17,000 buah surau yang menjadi tumpuan orang Islam untuk beribadah serta menjalankan kegiatan kemasyarakatan. Walau bagaimanapun, daripada bilangan tersebut hanya 500 buah sahaja yang menubuhkan koperasi kariah masjid sebagai pemangkin pembangunan ekonomi orang Islam. Soalan saya apakah perancangan kementerian untuk menggalakkan dan mewujudkan lebih banyak koperasi di masjid ataupun surau? Berapakah sasaran bilangan koperasi kariah masjid baharu yang akan ditubuhkan pada tahun 2022? Kementerian perlu mengambil peluang untuk menggalakkan kariah masjid dan surau menubuhkan koperasi sendiri supaya dapat menjadi ejen pengeluar serta pengedar produk halal kepada rakyat Malaysia. Koperasi kariah masjid dan surau boleh dijadikan sebagai outlet dalam bidang peruncitan dan pemborongan produk halal keluaran bumiputera dan IKS. Sekian sahaja terima kasih. Saya harap pandangan dan persoalan, cadangan dibangkitkan sebentar tadi dapat diberi perhatian dan tindakan kementerian selanjutnya. Terima kasih, assalamualaikum.
Yang Berhormat Pokok Sena.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Kepala B.26 Butiran 020500 – Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia). Saya ingin mendapatkan penjelasan kerana dalam bulan Jun yang lalu ada kenyataan yang dibuat oleh bekas Menteri Pembangunan Usahawan, yang sekarang ini Menteri Hal Ehwal Undang-undang. Beliau menyatakan bahawa hampir 90 peratus IKS khususnya Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dan juga informal bakal gulung tikar. Jadi, saya hendak dapatkan penjelasan berapakah yang telah dikenal pasti oleh pihak kementerian bahawa dalam kalangan 90 peratus itu yang benar-benar gulung tikar ataupun mereka telah berjaya dibangkitkan semula untuk meneruskan usahawan mereka? Berapa pula dalam kalangan mereka itu yang telah diisytiharkan sebagai muflis? Kedua, Butiran 020000 – Pembangunan Usahawan. Saya ingin mendapatkan penjelasan, apakah pelan strategik yang dilakukan oleh pihak kementerian untuk menyelaraskan program pembangunan usahawan dengan pelbagai kementerian ini? Ini kerana, saya lihat bahawa ada juga kementerian-kementerian lain, contoh seperti Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Pembangunan Wanita pun ada, Kementerian Pertanian pun ada terlibat dengan menyediakan geran dan sebagainya untuk pembangunan usahawan. Saya maksudkan supaya Kementerian Pembangunan Usahawan ini sebagai kementerian yang core untuk mencapai matlamat kepada pembangunan usahawan supaya dapat kita mengadakan satu pelan strategik untuk memastikan semua kementerian itu menjurus kepada satu pencapaian yang diletakkan garis penamatnya untuk kita capai dalam satu-satu tempoh.
Ini sangat penting kepada kita semua untuk memastikan apa yang kita hasratkan dengan penyediaan geran-geran itu akan tercapai. Kita juga perlu menyelia berapa ramai di kalangan usahawan-usahawan kecil ini khususnya yang telah diberikan bantuan, mereka ini benar-benar berjaya. Yakni yang dapat geran dan sebagainya, benar-benar berjaya. Berapa di kalangan mereka itu yang gulung tikar ataupun gagal dan sebagainya. Ketiga, Butiran 030000 – Pembangunan Koperasi. Saya lihat seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Jempol tadi. Masalah di koperasi kariah masjid ini yang agak perlahan dan tidak berjaya. Sedangkan kita banyak masjid dan sebagainya. Salah satunya saya lihat Tuan Pengerusi ialah kurangnya penglibatan golongan muda dalam sektor koperasi ini. Dalam sektor koperasi. Jadi, saya hendak mendapatkan penjelasan apa pelan strategik kementerian untuk membabitkan kementerian-kementerian yang lain ini, iaitu seperti mana Kementerian Belia dan juga Kementerian Pengajian Tinggi untuk memastikan penglibatan mereka ini dalam koperasi. Kalau kita lihat di peringkat IPT agak kurang berbanding dengan Kementerian Pendidikan. Ada koperasi di peringkat sekolah. Jadi, mereka telah dibimbing dan dilibatkan daripada awal. Akan tetapi, bila masuk ke IPT agak berlaku kekurangan penglibatan di kalangan siswa dan siswi yang terdapat dalam negara kita. Jadi, apa pelan strategik. Ini kerana bagi saya bahawa jika keadaan ini tidak diatasi, sudah tentu akan kita alami bahawa koperasi-koperasi kita ini tidak mampu untuk bertapak bertahan secara yang lebih lama kerana kita memerlukan nafas baharu, memerlukan pemikiran yang lebih baik di kalangan golongan generasi muda ini. Kemudian yang terakhir juga ialah saya juga ingin mendapatkan penjelasan bahawa apakah penyediaan dana untuk koperasi khususnya bagi membantu koperasi- koperasi siswa-siswi dan juga belia ini supaya mereka dapat digerakkan secara yang lebih berkesan. Akhir sekali ialah Butiran 040400 – Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional). Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat, apakah kita ada satu garis matlamat untuk hendak capai tahap mana mereka yang terlibat dalam TEKUN ini supaya mereka mesti bergerak lebih maju ke hadapan. Bukan hanya berada pada keadaan yang seperti biasa. Jadi, kita kena ada satu garis berapa tahun selepas daripada mereka mendapat pinjaman TEKUN. Mereka boleh diangkat atau dinaiktarafkan untuk menjadi usahawan yang lebih baik pada satu-satu masa. Terima kasih.
Yang Berhormat Jerantut.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana turut hadir mendengar perbahasan Ahli-ahli Parlimen mengenai kementerian ini. Tuan Pengerusi, saya terus kepada Butiran 020200 – Pembangunan Ekosistem Keusahawanan. Dasar Keusahawanan Nasional (DKN 2030) bagi mewujudkan ekosistem keusahawanan yang holistik dan kondusif bagi menyokong agenda pembangunan ekonomi negara yang inklusif, seimbang dan mampan merupakan satu usaha yang terbaik. Selaras dengan itu, segala program dan aktiviti pembangunan usahawan haruslah selari supaya dapat membentuk masyarakat Malaysia yang berfikiran dan berbudaya keusahawanan terutama di kalangan bumiputera, di samping mampu meningkatkan bilangan usahawan yang berkualiti, berdaya maju, berdaya tahan, berfikiran global dan kompetitif.
Persoalan saya, apakah usaha-usaha khusus dijalankan terutamanya kepada usahawan-usahawan bumiputera supaya nanti kita bila tersenarai mereka yang terkaya di Malaysia contohnya baru-baru ini lahirnya 10 usahawan terkaya di Malaysia, tidak ada satu orang pun usahawan bumiputera. Ini menggambarkan kegagalan kita dalam membangun usahawan-usahawan bumiputera khususnya. Masuk ke-20 terkaya hanya ada seorang dan dua orang India yang selebihnya kaum Cina. Di mana silapnya Dasar Keusahawanan Negara kita. Tuan Pengerusi, saya juga ingin bertanya berapa peratuskah premis perniagaan milik kaum bumiputera yang ada di bandar-bandar utama dan juga kawasan-kawasan strategik perniagaan lain yang di seluruh negara ini. Apakah strategi yang diusahakan oleh pihak kementerian dalam menangani kekurangan premis-premis perniagaan ini. Ini kerana kita tahu kekurangan premis perniagaan ini antara punca yang menyebabkan mungkin kegagalan para peniaga bumiputera khususnya untuk terus bersaing dengan dalam industri perniagaan. Seperkara lagi, saya mendapat rungutan daripada usahawan. Apabila mereka membuat urusan dengan agensi-agensi di bawah kementerian dalam usaha mendapatkan pinjaman ataupun apa sahaja kemudahan untuk membantu perniagaan mereka, banyak sangat kerenah birokrasinya. Tidak mudah untuk mereka mendapat pinjaman. Tidak mudah untuk mereka mendapatkan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh kerajaan. Dasar kerajaan sudah bagus sudah. Akan tetapi, di peringkat pelaksanaan ada perkara-perkara yang menghalang para usahawan kita mendapatkan kemudahan ini. Jadi, apakah tindakan yang dibuat oleh kementerian dalam membantu para usahawan terutamanya selepas era COVID-19 ini. Jadi, saya harap Yang Berhormat Menteri yang memang bersemangat untuk membantu para usahawan ini, datang kali kedua ke kementerian ini setelah kerajaan kita bertukar dahulu. Harap ada usaha-usaha yang lebih konkrit diberikan dalam membantu para usahawan kita. Tuan Pengerusi, seperkara lagi saya meminta kementerian memberikan statistik pendaftaran syarikat sejak tahun 2020. Syarikat baharu maksud saya. Apakah usaha- usaha kementerian bagi membantu para usahawan baharu ini agar mereka ada semangat daya saing yang tinggi dalam industri ini. Sekali gus menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya utama mereka. Saya juga ingin mencadangkan kepada kementerian agar dapat melaksanakan satu modul latihan keusahawanan yang lengkap dan komprehensif bermula daripada semangat keusahawanan pun diterapkan dalam diri para usahawan selain daripada perkara-perkara lain yang membantu mereka. Perkara yang seterusnya Tuan Pengerusi, Butiran 030000 – Pembangunan Koperasi. Koperasi ditubuhkan dalam negara kita dah lama. Hampir sedekad yang lalu. Akan tetapi, akhir-akhir ini apabila wabak COVID-19 melanda negara turut menjejaskan sektor koperasi. Kita dapat lihat pendapatan koperasi ini menurun sebanyak RM4.34 bilion. Jadi, merupakan satu kerugian pada saya. Pada Julai lalu, kerajaan juga telah memperkenalkan Pelan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi dengan peruntukan sebanyak RM20 juta sebagai galakan memulih dan mengerakkan kembali sektor koperasi dalam negara kita. Saya amat menyokong. Cuma, saya ingin bertanya berapa banyak kah bilangan koperasi yang telah dapat dibantu dan apakah yang berlaku kepada koperasi-koperasi yang sedang tidur ini, Yang Berhormat Menteri. Apakah usaha yang kita buat supaya mereka ini tersedar dan pulih seterusnya bergerak kembali dalam landasan perniagaan mereka. Saya ingin bertanya juga, apakah peranan yang boleh dimainkan oleh koperasi- koperasi kita dalam membantu menangani kenaikan harga barangan yang begitu menggila sekarang ini? Jadi, kita harap dengan adanya pendekatan koperasi ini sedikit
sebanyak dapat meredakan kenaikan harga barangan pasaran. Tuan Pengerusi, terima kasih atas kebenaran yang diberikan kepada saya. Terima kasih.
Yang Berhormat Parit.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi ruang kepada saya untuk turut berbahas. Saya terus sahaja kepada Butiran 020200 – Pembangunan Ekosistem Keusahawanan. Pandemik COVID-19 telah memberi kesan yang besar kepada usahawan terutamanya usahawan Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) sehingga ada yang terpaksa gulung tikar. Saya melihat para usahawan perlu bersedia ke arah perubahan digitalisasi perniagaan bagi mengatasi masalah ini. Justeru itu, melalui peruntukan sebanyak RM2.1 juta di bawah butiran ini, apakah usaha-usaha yang telah dilaksanakan bagi membantu khususnya para usahawan untuk beralih dari perniagaan fizikal kepada perniagaan dalam bentuk talian dan apa yang lebih penting adalah bagaimana kementerian akan memastikan tidak ada satu pun usahawan PMKS ini yang tercicir daripada perubahan digitalisasi perniagaan ini terutamanya usahawan PMKS di luar bandar.
Seterusnya, Butiran 020300 – Pembangunan Francais dan Vendor. Berdasarkan Laporan Tahunan Perniagaan Francais, nilai jualan tahunan industri francais bagi tahun 2018 dan 2019 bertambah daripada RM10 bilion kepada RM13.3 bilion. Saya melihat industri francais dapat membantu usahawan kecil membangunkan perniagaan mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Saya melihat menerusi butiran ini, kerajaan telah pun memperuntukkan sebanyak RM3.79 juta. Saya ingin mengetahui apakah usaha yang akan dilaksanakan oleh kementerian dalam melahirkan lebih ramai usahawan francais? Apakah bentuk bantuan yang akan diberikan kepada usahawan kecil untuk mentransformasikan perniagaan mereka kepada francais supaya mampu berdaya saing dengan jenama besar dan kemudian dikembangkan ke peringkat global? Sehingga kini, berapakah jumlah usahawan kecil yang telah berjaya mengembangkan perniagaan mereka kepada francais ini? Seterusnya ialah Butiran 020500 – Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia). Kita melihat terdapat banyak produk perusahaan mikro kecil dan sederhana, berkualiti tinggi yang berpotensi untuk dipasarkan ke luar negara. Melalui peruntukan sebanyak RM33 juta di bawah butiran ini, adakah terdapat sebarang bentuk ruang dan peluang yang disediakan oleh kementerian, khususnya untuk pengusaha PMKS untuk memasarkan produk mereka ke luar negara? Apatah lagi PMKS ini yang berada di kawasan luar bandar. Apakah bentuk platform yang akan disediakan untuk masyarakat Bumiputera, khususnya pengusaha PKS untuk mengeksport produk mereka ke luar negara? Sejauh mana penekanan kementerian terhadap usaha untuk mengembangkan serta memasarkan produk-produk halal PKS ke luar negara memandangkan eksport produk halal mempunyai potensi yang cukup besar. Seterusnya, Butiran 30000 – Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN). Kita sedia maklum bahawa TEKUN Nasional berperanan untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada Bumiputera untuk memulakan dan memajukan perniagaan. Saya melihat butiran ini, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM225 juta kepada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional. Kita amat menyambut baik terhadap peruntukan yang agak besar ini. Cumanya, saya ingin mengetahui adakah terdapat sebarang permasalahan yang dihadapi oleh TEKUN Nasional dalam mendapatkan kembali pembayaran pinjaman sepanjang tempoh pelaksanaan PKP? Apakah peranan yang telah dimainkan oleh TEKUN Nasional kepada para peniaga yang terkesan akibat daripada pelaksanaan PKP yang lalu?
Seterusnya, Butiran 040300 – Pembangunan Kapasiti Kontraktor. Menerusi butiran ini, saya melihat terdapat penurunan peruntukan RM1.5 juta pada tahun 2020 kepada RM1 juta pada tahun 2021. Saya pohon penjelasan, mengapakah berlaku pengurangan peruntukan kepada butiran ini? Saya ingin mengetahui, adakah pengurangan peruntukan ini akan menjejaskan usaha untuk menambah bilangan kontraktor Bumiputera baru? Bagaimana pula kementerian akan memastikan kontraktor Bumiputera, terutamanya generasi muda turut diberi peluang untuk lebih aktif dalam mengendalikan projek kerajaan? Apakah terdapat sebarang jaminan oleh kementerian untuk memberikan keutamaan kepada kontraktor Bumiputera dalam projek kerajaan? Jadi akhir sekali, Butiran 19530 – Program Peningkatan dan Pembangunan PKS. Berapa jumlah sasaran pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang akan dibantu melalui Program Peningkatan dan Pembangunan PKS ini, terutamanya di kawasan saya di Parlimen Parit? Apa yang lebih penting adalah bagaimana kementerian akan memastikan produk sektor PKS di dalam negara kita mampu bersaing dengan produk daripada luar negara? Terima kasih Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Kemaman.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya teruskan kepada Butiran 030200 – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Saya ingin tahu mengenai statistik koperasi di seluruh negara yang berjaya menjana pendapatan melebihi RM1 juta setahun. Apakah skop perniagaan yang dijalankan di bawah koperasi yang mencatatkan pulangan dan pendapatan yang tinggi? Adakah daripada segi lokaliti perniagaan yang dijalankan itu mempengaruhi daripada segi pendapatan yang diperoleh sama ada di kawasan bandar, luar bandar ataupun daripada segi pengurusan yang baik yang perlu menjadi contoh kepada koperasi- koperasi yang lain? Saya juga mohon penjelasan kerajaan mengenai langkah-langkah proaktif dan agresif yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam usaha memberdayakan koperasi-koperasi yang kurang berdaya saing, seterusnya mampu menjana pendapatan yang lebih baik dan mohon penjelasan daripada pihak kementerian. Seterusnya, saya ingin menyentuh mengenai Universiti Koperasi dan Usahawan Malaysia di bawah Butiran 030300 – Institut Koperasi Malaysia (IKM). Saya mohon perincian daripada kementerian mengenai sejauh manakah progress terkini mengenai penubuhan universiti ini. Selain itu, saya mohon penjelasan pihak kementerian mengenai modul pengajian yang bakal diterapkan di universiti ini. Selain itu, adakah kerajaan berhasrat untuk menetapkan kriteria utama bagi tenaga pengajar yang bakal menyampaikan ilmu keusahawanan ini dan koperasi universiti ini merupakan usahawan yang terbukti berjaya dalam bidang keusahawanan yang diceburinya. Seterusnya Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh mengenai Butiran 020300 – Pembangunan Francais dan Vendor iaitu mengenai statistik usahawan francais dan vendor yang terjejas dalam tempoh pandemik COVID-19. Selain itu, apakah inisiatif yang diambil oleh kerajaan bagi memperkasakan usahawan francais ini yang sedia ada secara khusus dan langkah-langkah untuk menarik minat lebih ramai golongan B40 dam M40 menyertai keusahawanan francais dan vendor ini? Mohon penjelasan pihak kementerian. Tuan Pengerusi, di bawah Butiran 020400 – Pusat Khidmat Kontraktor. Saya ingin menyentuh mengenai nasib kontraktor yang mengambil tender di bawah Syarikat Perumahan Negara (SPNB) susulan isu harga bahan binaan, termasuklah bahan besi, batu-bata, kos sewa lori meningkat sehingga antara 60 peratus ke 100 peratus secara mendadak baru-baru ini. Kontraktor yang terlibat dengan projek seumpama ini biasanya perlu mengikut harga secara relatifnya lebih murah mengikut tender SPNB.
Malangnya apabila berlaku kenaikan harga bahan binaan, kontraktor terpaksa menanggung beban kenaikan tersebut kerana SPNB tidak lagi bertanggungjawab terhadap perkara tersebut selepas tender diberikan kepada kontraktor. Oleh itu, saya mohon penjelasan pihak kementerian mengenai langkah-langkah yang dilaksanakan di peringkat kementerian untuk membantu dan membela nasib para kontraktor ini, khususnya kontraktor kecil bumiputera. Seterusnya Tuan Pengerusi, di bawah Butiran 050000 – Dasar Baru iaitu Butiran 050100 – Penyelenggaraan Sistem BLESS. Saya mohon perincian kementerian mengenai sejauh manakah keberkesanan Business Licensing Electronic Support System (BLESS), dengan izin, telah berjaya meningkatkan kadar kecekapan dalam usaha permohonan lesen perniagaan secara elektronik? Sehingga kini, berapakah lesen perniagaan yang telah dimohon oleh peniaga melalui sistem ini? Seterusnya yang terakhir, penjaja dan peniaga kecil iaitulah di bawah Butiran Dasar Baru juga iaitulah Butiran 050200 – Penjaja dan Peniaga Kecil. Saya mohon perincian kementerian mengenai dasar baru yang telah dilaksanakan untuk membantu penjaja dan peniaga kecil yang terjejas akibat COVID-19. Apakah bentuk bantuan yang diberikan? Apakah kriteria utama penerima yang layak untuk mendapat bantuan di bawah butiran ini? Saya mohon penjelasan pihak kementerian. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Sepanggar.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 020200 – Pembangunan Ekosistem Keusahawanan, RM2.1 juta. Pandemik COVID-19 menyedarkan kita betapa pentingnya ekosistem digital untuk mencegah kejatuhan perniagaan, seterusnya ekonomi negara.
Dengan kekangan peruntukan yang kecil iaitu berjumlah RM2.1 juta untuk membangunkan ekosistem keusahawanan, saya agak ragu-ragu bagaimanakah kementerian ingin menyediakan program-program intervensi bagi memulihkan semula perniagaan SME dan koperasi mengikut norma baharu dan peredaran teknologi terkini. Justeru, saya mohon kerajaan jelaskan apakah strategi yang akan diguna pakai bagi memastikan usahawan-usahawan kecil dan sederhana serta koperasi khususnya di kawasan-kawasan luar bandar di Sabah yang memiliki keterbatasan dari segi ketersambungan jalur lebar dapat dibimbing sebaiknya dengan sumber sedia ada, sekali gus dapat memanfaatkan perkembangan teknologi digital. Butiran 020500 – Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia) sebanyak RM33 juta dan Butiran 030000 – Pembangunan Koperasi sebanyak RM89 juta. Apakah peranan kementerian dalam mewujudkan lebih banyak bidang-bidang baru yang berasaskan new economy dan digital economy di Sabah khususnya kepada usahawan bumiputera yang banyak terlibat dengan industri tradisional seperti makanan dan kraf tangan. Seterusnya, mengenai pelaksanaan bantuan dan pinjaman yang disediakan oleh kerajaan bagi membantu SME. Tuan Pengerusi, semasa kita mendengar bantuan- bantuan yang diumumkan di dalam Belanjawan 2020 semuanya nampak mudah. Berbilion-bilion disediakan, moratorium dari enam hingga 18 bulan, pinjaman kosong peratus dan sebagainya. Ini semuanya diuruskan oleh pelbagai kementerian dan agensi kerajaan. Namun, terdapat pelbagai tanda tanya. Pertama, bagi memberikan gambaran jelas kepada SME dan bakal-bakal usahawan mengenai bantuan-bantuan yang disediakan oleh kerajaan, kenapa tidak semua bantuan dan pinjaman yang disediakan kepada SME diletakkan di bawah satu kementerian sahaja. Contohnya bantuan berkenaan ekonomi digital, KKM yang menguruskannya.
Pembiayaan kepada bumiputera, JPM yang uruskannya dan pelbagai lagi bantuan bagi usahawan-usahawan SME. Jadi saya mohon pendapat Yang Berhormat Menteri adakah lebih mudah sekiranya kementerian ini yang menguruskan semua pembiayaan ini. Kedua, kita semua tahu bukan mudah pembiayaan atau pinjaman yang disediakan oleh kerajaan untuk diluluskan. Jadi saya mohon kementerian jelaskan apakah perbezaan permohonan pembiayaan sebelum pandemik dan sewaktu pandemik. Bagaimanakah proses kelulusan pinjaman dan lebih mudah dan lebih pantas diberikan? Persoalan-persoalan ini amat penting Tuan Pengerusi kerana ketidakmampuan SME meluluskan perniagaan mereka akan menyebabkan lebih ramai penganggur dilahirkan khususnya di Sabah yang semuanya sudah maklum bahawa kadar pengangguran kami adalah kedua tertinggi. Malah golongan belia menganggur paling ramai adalah di negeri Sabah. Saya juga ingin tahu sama ada kementerian ingin menyediakan skim bantuan khusus kepada mereka yang telah diberhentikan kerja akibat COVID-19 untuk bangkit semula menjadi usahawan. Apakah pendekatan dan strategi yang diambil kementerian bagi mengenal pasti mereka yang berpotensi dan bakat mereka di dalam jenis perniagaan tersebut khususnya kepada golongan belia luar bandar. Mereka berminat untuk berniaga dan bila mereka sudah mulakan perniagaan, tidak ramai yang berjaya. Apakah sebenarnya punca yang dikenal pasti dan bagaimanakah kementerian dapat membantu mereka untuk bangkit semula? Golongan SME pula yang sudah berada di ambang “gulung tikar”. Apakah usaha kerajaan untuk memastikan mereka tidak gulung tikar kerana jika mereka gulung tikar, pekerja mereka juga akan kehilangan pekerjaan? Jadi, apakah mekanisme kementerian untuk menyelamatkan mereka? Terakhir Tuan Pengerusi, sejauh manakah SME Corporation berjaya membantu usahawan di negara kita beralih ke arah pendigitalan. Berapa ramaikah SME yang telah beralih ke perniagaan dalam talian dari tahun 2020 sehingga sekarang dan bantuan khusus bagi tujuan ini? Seperti yang kementerian sedia maklum, masih terdapat SME yang mempunyai masalah untuk menambah baik operasi perniagaan daripada pengkomputeran kepada digitalisasi. Kos bagi pembangunan teknologi, infrastruktur dan kemahiran pengurusan digital dalam operasi syarikat adalah tinggi dan apakah peranan yang boleh dimainkan oleh kementerian untuk membantu mereka. Sekian dan terima kasih.
Yang Berhormat Padang Rengas.
Tuan Pengerusi, saya rujuk kepada Butiran 020200 – Pembangunan Ekosistem Keusahawanan dan juga Butiran 020300 – Pembangunan Francais dan Vendor. Tuan Pengerusi, pertama sekali saya hendak ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah mengembalikan semula Kementerian Pembangunan Usahawan dan dicantumkan dengan koperasi. Sepertimana kita semua dimaklumkan iaitu bahawa kementerian ini adalah sangat penting terutamanya dalam usaha kita untuk hendak membangunkan usahawan- usahawan bumiputera di tanah air kita ini yang masih memerlukan lagi sumbangan kerana mereka baru mula untuk hendak menjinakkan diri dengan keusahawanan ini. Berkenaan dengan ekosistem keusahawanan ini, saya lihat iaitu bahawa daripada segi pinjaman, kita lihat sememang dia mempunyai ekosistem dia iaitu bahawa kalau di peringkat bawah sekali ada pinjaman yang dikatakan pinjaman Amanah Ikhtiar ya iaitu diberikan pinjaman kepada usahawan-usahawan kecil sehingga jumlah RM30,000.
Kemudian, kalau mereka berjaya dalam perniagaan mereka dan mereka ingin meningkatkan dia punya business dia, maka dia naik, dia mungkin boleh minta pinjaman, dia boleh pergi kepada TEKUN yang saya difahamkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi iaitu pinjaman boleh dibuat hingga ke RM100,000 tidak silap sayalah. Ya, RM100,000 hingga ke mungkin RM10 juta, kalau tidak silap saya. Jadi seterusnya dia akan meningkat kalau mereka berjaya, maka mereka boleh mengambil pinjaman pula daripada SME Bank. Jadi kita lihat iaitu bahawa dia ada ekosistem dia di mana pinjaman boleh diberikan kepada bumiputera. Saya telah mendengar ucapan yang dibuat oleh Yang Berhormat Sepanggar sebentar tadi iaitu bahawa kadangkala kita punya dana-dana ini, dia ada yang diletak di bawah kementerian yang lain iaitu kalau dia sudah meningkat– kalaulah kata dia sudah meningkat hingga boleh perniagaannya baik dan dia kalau mahu membuat pinjaman RM10 juta ke atas, maka di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi ini, dia sudah tidak ada sudah bank yang seterusnya untuk membantu mereka. Yang ada ialah PUNB dan sebagaimana disebut oleh Yang Berhormat Sepanggar tadi kalau— oleh kerana dana ini diletak di berbagai-bagai kementerian, maka progress seseorang peniaga itu sehingga dia sudah naik dan minta pinjaman RM10 juta, dia terpaksa pergi ke kementerian yang lain, minta kepada PUNB di bawah Jabatan Perdana Menteri dan PUNB tidak mempunyai rekod kejayaan orang yang mahu meminjam wang RM10 juta ke atas. Jadi, sebab itu dia terbantut di situ dan perniagaannya itu tidak boleh berkembang. Jadi, saya ingin mencadangkan iaitu bahawa untuk mempunyai kesinambungan ini, jadi kalau boleh iaitu bawah PUNB yang sekarang ini terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri semestinya kalau boleh dihantarkan kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Ini kerana walaupun dia diletak di bawah Jabatan Perdana Menteri, kita semua sedia maklum iaitu bahawa tidak ada seorang Menteri yang diberi kuasa untuk monitor PUNB ini sehinggakan dia menjadi begitu bebas sekali. Saya difahamkan iaitu kadangkala pinjaman ini kalau hendak minta pun menjangkau sampai enam bulan permohonannya. Kemudian, kalau dilulus pun sekali untuk hendak melepaskan wang itu, makan lagi enam bulan lagi. Dalam perniagaan, time is an essence,Tuan Pengerusi. Saya faham waktu sudah habis. Cuma akhir ucapan saya ini saya mahu kalau boleh diberikan pertimbangan iaitu bahawa PUNB ini diletak di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi supaya ada daripada segi ekosistem pinjaman ini dia ada kesinambungan dari bawah sampailah kepada peringkat yang tertinggi. Tuan Pengerusi, terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat. [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Dato' Sri Azalina Othman Said (Pengerang) mempengerusikan Mesyuarat]
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan dan akan disambung semula jam 2.30 petang nanti. Terima kasih.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]
Assalamualaikum, salam sejahtera semua. Sebelum kita menyambung perbahasan di Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, saya ingin membuat sedikit makluman. Ahli-ahli Yang Berhormat, mengikut Jadual Giliran Kementerian di Peringkat Jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan 2022 yang telah diedarkan sebelum ini, giliran Kementerian Pembangunan Luar Bandar adalah pada hari Khamis, 2 Disember 2021. Walau bagaimanapun, bagi membolehkan Ahli-ahli Yang Berhormat mempunyai masa pada hari Khamis untuk pulang ke kawasan masing-masing, maka saya telah membuat keputusan bahawa perbahasan di Peringkat Jawatankuasa Kementerian Pembangunan Luar Bandar diawalkan ke hari esok, iaitu selepas Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan Kementerian Pengangkutan. Sekiranya perbahasan Kementerian Pembangunan Luar Bandar tidak selesai pada hari esok, maka ia akan disambung ke hari Khamis, 2 Disember 2021. Terima kasih. Dengan ini kita menyambung perbahasan di Peringkat Jawatankuasa Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Saya menjemput Yang Berhormat Batu Gajah. Silakan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. B.26, Butiran 00601 – Dana Pembangunan dan Pembiayaan PKS. Banyak daripada kalangan Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) amat terjejas akibat pandemik COVID-19 di seluruh negara. Saya mengucapkan tahniah kepada pihak Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi kerana prihatin mendengar rintihan dan rungutan daripada usahawan-usahawan PMKS yang terjejas melalui satu dialog yang diadakan dengan 59 Dewan Perniagaan dan Persatuan PKS baru-baru ini. Pertemuan ini melibatkan 34 memorandum dan 42 isu keusahawanan yang perlu mendapat perhatian kerajaan. Menteri telah berjanji akan membawa masalah-masalah yang dihadapi oleh PMKS dalam Mesyuarat Kabinet supaya perhatian diberikan oleh kementerian-kementerian dan agensi-agensi kerajaan yang lain turut terlibat. Setakat ini, apakah isu-isu yang telah dibangkitkan dalam Mesyuarat Kabinet? Apakah penyelesaian yang telah dikenal pasti? Mohon perincian Menteri dalam hal ini. Tuan Pengerusi, Perintah Kawalan Pergerakan telah memberikan tekanan kewangan yang besar kepada peniaga dan ini telah memaksa lebih daripada 30 ribu PKS “gulung tikar”. Saya juga terbaca semasa PKP 2.0, keadaan lebih buruk sehingga 2/3 perniagaan kecil telah ditutup. Ini adalah anggaran yang dibuat oleh Malaysian Retail Sales Association dan saya tidak tahu sama ada statistik ini adalah benar ataupun tidak? Saya mohon penjelasan daripada Menteri. Jadi, saya juga ingin tahu tentang rental relief-fund yang dicadangkan untuk membantu peniaga-peniaga kecil. Apakah pendirian kerajaan dalam memperuntukkan dana khas bagi tujuan tersebut? Berapakah jumlah yang telah ditentukan melalui belanjawan ini bagi membantu mereka yang terkesan daripada masalah penyewaan ini? Apakah bentuk-bentuk bantuan dan tailor-made strategy yang sesuai untuk dilaksanakan dalam menangani hal ini? Bilakah bantuan-bantuan ini akan disalurkan oleh kerajaan? Butiran 040400 – TEKUN Nasional. Tuan Pengerusi, sejak beberapa tahun yang lalu, kerajaan memperuntukkan pinjaman TEKUN sebanyak RM20 juta kepada usahawan kaum India. Walau bagaimanapun, jumlah peruntukan telah ditambah melebihi RM20 juta pada tahun 2020. Begitu juga dimaklumkan bahawa jumlah peruntukan telah ditambah melebihi RM25 juta pada tahun 2021. Jumlah ini tidak termasuk pinjaman tambahan seperti overlapping dan pinjaman kedua atau ketiga. Ini membuktikan bahawa terdapat permintaan yang tinggi untuk pinjaman TEKUN daripada kalangan usahawan India. Oleh yang demikian, dalam Belanjawan 2022, peruntukan yang disediakan bagi TEKUN untuk membantu usahawan kaum India telah
ditambahkan kepada RM45 juta untuk pinjaman pertama tidak termasuk untuk pinjaman tambahan seperti overlapping, pinjaman kedua dan ketiga. Saya terima baik tindakan ini. Walau bagaimanapun saya mencadangkan supaya peruntukan ini ditambahkan kepada RM70 juta bagi tahun 2022. Ramai daripada kalangan usahawan India juga terjejas akibat pandemik COVID-19 dan memerlukan dana dalam usaha pemulihan perniagaan mereka. Dalam pada itu, kementerian juga perlu mengkaji semula untuk melonggarkan lagi syarat-syarat pinjaman TEKUN supaya dapat membantu mereka yang gagal memperoleh pinjaman bank. Saya juga mendapati, pinjaman pertama kepada seseorang individu terlalu kecil dan tidak membantu dalam menggiatkan perniagaannya. Oleh yang demikian, saya mencadangkan kepada TEKUN untuk menilai dan meluluskan pinjaman berdasarkan keperluan yang sebenar atau need-based supaya pinjaman yang diberikan itu benar-benar membantu. Tuan Pengerusi, Butiran 030000 – Pembangunan Koperasi. Memang tidak dapat dinafikan bahawa sektor koperasi mempunyai potensi sebagai pemangkin selaras dengan sektor awam dan sektor swasta dalam menjana ekonomi negara. Apakah strategi-strategi yang telah dilaksanakan ke arah memperkemaskan pengurusan koperasi yang lebih cekap dan berkesan serta mempelbagaikan aktiviti dalam bidang keusahawanan? Apakah usaha-usaha kerajaan untuk menggiatkan semula koperasi-koperasi yang terbantut disebabkan oleh pandemik COVID-19? Berapakah jumlah koperasi yang telah “gulung tikar” dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini? Sejauh mana penglibatan kaum Melayu, kaum Cina, kaum India, kaum bumiputera, dan lain-lain dalam sektor koperasi daripada segi jumlah dan peratusan? Sejauh manakah keseimbangan dan perkembangan sektor koperasi di antara negeri dengan negeri yang lain? Saya juga ingin tahu, perbandingan di antara Semenanjung Malaysia dan juga Sabah dan Sarawak? Akhir sekali Tuan Pengerusi, usahawan untuk banduan Butiran 050200 – Penjaja dan Perniagaan Kecil. Poin terakhir, statistik menunjukkan 63 peratus daripada banduan di negara kita menjalani hukuman kerana melakukan kesalahan-kesalahan kecil. Mereka tidak sepatutnya berada dalam penjara. Kerajaan harus mencari jalan untuk membantu golongan ini. Peluang kedua harus diberi kepada mereka dalam keadaan kita kekurangan tenaga kerja, golongan ini boleh dijadikan sebagai satu tenaga kerja baharu. Mereka juga perlu dilatih menjadi usahawan baharu. Sering kali majikan tidak mahu menerima golongan ini kerana adanya rekod jenayah.
Pada masa yang sama, mereka juga sukar untuk menerima pinjaman daripada mana-mana pihak. Oleh yang demikian, pihak kementerian harus merangka dasar yang efektif untuk membantu golongan ini daripada segi kewangan dan tunjuk ajar supaya mereka boleh menjadi usahawan yang boleh menyara diri dan keluarga masing-masing. Pendekatan ini akan memberi imej baharu kepada mereka dan pada masa yang sama menghalang mereka kembali kepada jalan yang salah. Masyarakat juga boleh menerima mereka sebagai seorang yang kembali ke jalan yang betul. Jadi, saya mohon supaya satu dana khas diperuntukkan oleh kementerian ini untuk membantu golongan ini supaya mereka juga boleh menjadi usahawan baharu. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Silakan Yang Berhormat Dungun.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 010300 – Teknologi
Maklumat. Peruntukan dikurangkan bagi tujuan teknologi maklumat iaitu kepada RM8,545,000 pada tahun 2022. Di kala kita sedang menuju ke arah pendigitalan 5G dalam masa terdekat ini. Apatah lagi dalam Revolusi Industri 4.0, komponen penting ialah internet of things dengan izin. Soalan saya, apakah pengurusan penyelarasan, pelaksanaan dan pemantauan pembangunan dalam peruntukan yang lebih kecil ini akan dapat dilaksanakan oleh kementerian? Butiran 020100 – Dasar dan Hubungan Antarabangsa. Yang pertamanya soalannya, sejauh manakah penggubalan dasar, strategi, pelan tindakan dan program bagi pembangunan dan pemerkasaan usahawan di peringkat nasional dan global telah dilaksanakan sehingga kini? Kedua, sehingga kini apakah jaringan kerjasama yang telah terbentuk di antara Kerajaan Malaysia dan pertubuhan antarabangsa yang berkaitan bagi mempertingkatkan peluang perniagaan usahawan-usahawan di negara kita? Butiran 020200 – Pembangunan Ekosistem Keusahawanan. Pertama, bagaimana keadaan atau tahap ekosistem keusahawanan di negara kita pada masa ini? Kedua, apakah contoh-contoh bentuk latihan yang telah diberi pada masa ini dan akan datang di bawah butiran ini? Ketiga, adakah pembiayaan yang telah diberikan kepada usahawan mengikut prinsip pematuhan syariah? Seterusnya Butiran 040400 – Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional). Pertama, mengapakah peruntukan tahun 2022 ditiadakan berbanding pada tahun ini yang diberi peruntukan sebanyak RM1 juta. Kedua, sehingga kini berapakah peratusan pembayaran balik oleh usahawan terhadap TEKUN Nasional? Ketiga, apakah bentuk-bentuk bantuan yang diberi kepada usahawan-usahawan bagi tahun 2022 setelah ketiadaan peruntukan di bawah Butiran 040400 ini? Seterusnya Butiran 30000. Butiran ini diberi peruntukan RM225 juta. Apakah perbezaan di antara butiran ini dengan Butiran 040400, kerana kedua-duanya di bawah tajuk yang sama iaitu Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional). Seterusnya ialah berkait dengan Butiran 020400 – Pusat Khidmat Kontraktor. Bolehkah dinyatakan sehingga kini pelan pemerkasaan kontraktor dan usahawan, khususnya bumiputera dalam industri binaan telah dapat dilaksanakan? Kedua, apakah bentuk latihan yang disediakan bagi melahirkan kontraktor dan usahawan binaan bumiputera yang berkualiti dan tulen kerana kita selalu kedengaran bahawa banyak projek yang dikelolakan oleh mereka mempunyai masalah dari segi kualiti. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Yang Berhormat Padang Serai.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 020100 – Dasar dan Hubungan Antarabangsa. Saya merupakan seorang yang percaya dalam pembangunan syarikat kecil di dalam negara. Syarikat kecil ini mesti ditarik untuk melibatkan dalam pasaran antarabangsa agar mereka mampu belajar dan mengembangkan perniagaan untuk menjadi lebih baik. Dalam belanjawan, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM5.2 juta untuk dasar dan hubungan antarabangsa. Saya menyokong apa-apa langkah yang digerakkan oleh kerajaan. Akan tetapi persoalan yang ingin saya bangkitkan apakah dasar antarabangsa yang pernah digerakkan oleh kerajaan yang memanfaatkan usahawan tempatan? Saya percaya setiap polisi yang digerakkan oleh kerajaan mesti bersifat inklusif dan memberi kebaikan kepada rakyat yang menjadi fokus utama kerajaan. Saya mohon penjelasan mengenai perkara ini. Butiran 020200 – Pembangunan Ekosistem Keusahawanan. Ekosistem merupakan satu kaedah yang mampu menggerakkan dalam memastikan usahawan- usahawan mampu membangun dan mengembangkan. Antara cara yang boleh digerakkan adalah dengan menurunkan kos pengusaha kecil seperti pengecualian cukai tertentu dalam memberi nafas untuk tempoh tertentu. Kerajaan telah memperuntukkan
sebanyak RM2.1 juta kepada pembangunan ekosistem keusahawanan ini. Cuma apa yang menarik perhatian saya ialah apa langkah dalam membangunkan ekosistem? Apakah ekosistem bagi kerajaan yang baik dalam membantu usahawan ini berkembang? Satu persoalan yang saya ingin bangkitkan adalah apakah langkah kerajaan dalam membantu usahawan yang muflis semasa pandemik? Mereka ini perlu dibantu agar mampu membangkit kembali dalam kehidupan. Berdasarkan kajian saya, mereka ini telah kehilangan aset mereka dan menyukarkan mereka untuk mula balik kerana memerlukan modal yang besar. Mohon kerajaan untuk mempertimbangkan untuk membina satu polisi yang membolehkan mereka mendapat pinjaman perniagaan dalam jaminan kerajaan. Butiran 040400 – Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN Nasional). Saya amat tertarik apabila melihat Belanjawan 2022 di bawah butiran TEKUN Nasional dengan Butiran 040400. Sebelum ini kerajaan telah memperuntukkan RM1 juta kepada TEKUN. Akan tetapi untuk tahun 2022, peruntukan kepada TEKUN adalah kosong. Bagi saya ini merupakan satu perkara yang mencurigakan kepada saya. TEKUN merupakan agensi yang ditugaskan oleh kerajaan dalam membantu perniagaan secara mudah kepada rakyat terutama bumiputera. Akan tetapi dengan peruntukan yang kosong ini adakah bermaksud kerajaan rasa kebajikan pengusaha bumiputera sudah tidak penting kepada kerajaan? Tuan Pengerusi, saya bukan bumiputera tetapi saya mewakili semua kaum di kawasan Parlimen Padang Serai untuk membela nasib golongan miskin terutama kaum bumiputera. Saya mohon penjelasan daripada kerajaan mengenai perkara ini. Saya percaya bahawa rakyat di luar mahu penjelasan kerajaan mengenai perkara ini. Saya berharap setiap soalan yang saya bangkitkan, saya ingin diberi perhatian yang serius oleh kerajaan. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih, Yang Berhormat Padang Serai. Yang Berhormat Alor Gajah, silakan.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Bismillahi Rahmani Rahim. Saya ingin merujuk kepada Maksud B/P.26 Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Butiran 030000 – Pembangunan Koperasi dan Butiran 030100 – Pengurusan Koperasi. Saya ingin menarik perhatian MEDAC berkenaan salah satu matlamat gerakan koperasi di Malaysia adalah untuk membasmi kemiskinan dalam kalangan masyarakat luar bandar dan bandar. Gerak kerja di dalam memperkasa koperasi perlulah selaras dengan Dasar Keusahawanan Negara 2030 dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Kalau kita lihat dalam peruntukan tahun 2022, sejumlah RM1.78 juta adalah belanja pengurusan dan cuma RM319,000 untuk belanja pembangunan dan RM87 juta adalah untuk program-program yang khusus. Saya memohon supaya MEDAC memberitahu anjakan ataupun peningkatan yang begitu sedikit daripada tahun 2021. Apakah impak yang kita telah capai dalam usaha kita untuk menggerakkan koperasi itu untuk mengimbangi kedudukan ekonomi masyarakat luar bandar dan bandar? Kalau kita lihat lagi di dalam kekangan pandemik dari tahun 2020, sebelum itu, kita telah pun menggunakan gerakan koperasi untuk membelanjakan RM20 juta untuk mengadakan platform untuk mengekang kenaikan harga untuk golongan-golongan yang menjadi pemegang taruh di dalam gerakan ini. Kalau kita lihat ataupun merujuk kepada Laporan Global300 yang disediakan oleh pihak International Cooperative Alliance (ICA), dengan izin, sebanyak 300 buah koperasi terbesar di dunia telah menjana perolehan keseluruhan sebanyak USD1.6 trilion atau RM4.8 trilion. Ini adalah indikasi yang sangat kuat bahawa koperasi adalah penyumbang ketiga kepada ekonomi negara selepas sektor kerajaan dan swasta dengan mempunyai jutaan
anggota di seluruh negara serta aset yang melebihi RM140 bilion. Aset yang kita ada hari ini cuma dapat menjana sebanyak lebih daripada RM42 bilion, setakat yang saya ketahui, dalam tahun 2020. Jadinya, kita kena menggerakkan dengan perbelanjaan yang telah disediakan. Kita kena melihat dari segi apakah hala tuju kita, apakah impak yang kita hendak tambah baikkan dari tahun 2021. Hari ini kita belum lagi mendapat laporan yang menandakan perbelanjaan yang kita khususkan untuk koperasi sebanyak RM87 juta pada Bajet 2021. Apakah pencapaian kita setakat ini? Adakah RM20 juta yang digunakan telah membantu mengimbangkan ataupun menstabilkan harga-harga barangan asas, contohnya? Jadi, kalau kita lihat jentera koperasi di negara kita yang berjumlah 14,000 lebih koperasi yang saya sebutkan aset bernilai lebih daripada RM140 bilion, namun begitu, 64 peratus yang masih aktif. Kita kena ada satu tindakan yang affirmative untuk memastikan koperasi yang masih aktif ini diberi tumpuan. Pengurusan itu mesti ditambah baik menggunakan kepakaran-kepakaran profesional yang lebih menuju kepada bidang- bidang keusahawanan untuk memastikan yang lapan juta lebih ahli koperasi akan mendapat manfaat secara keseluruhannya sama ada mereka seorang pengeluar ataupun seorang pengguna. Jadinya, saya mengharapkan kerajaan akan menimbal sama ada kita tambahkan atau kita halakan peruntukan yang disebutkan program khusus itu untuk program-program yang lebih jelas yang kita boleh ukur daripada segi nilai akan impak perbelanjaan itu. Pandemik yang saya sebutkan tadi telah mempengaruhi ekonomi dan proses pemulihan sektor koperasi yang memerlukan peruntukan modal perniagaan yang lebih inovatif dengan menggunakan kepakaran-kepakaran orang yang kompeten, yang profesional untuk membantu gerakan koperasi ini lebih memberi pulangan yang manfaatkan semua rakyat di negara kita ini. Jadi, saya harapkan dan mohon mencadangkan supaya kerajaan membawa isu- isu yang saya bangkitkan ini kepada semua pemegang taruh dengan memperincikan program-program yang tertentu dan berhala tuju dan mengukur impak-impak supaya aset yang kita ada ini menerima pulangan yang lebih daripada RM42 bilion setahun. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Alor Gajah, terima kasih. Seterusnya, Yang Berhormat Lumut.
Terima kasih. Selepas bekas Menteri, bekas Timbalan Menteri pula bercakap. [Ketawa] Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya menyokong penuhlah kalau boleh ucapan bekas Menteri saya itu kita kongsi dengan Lumut sekali dalam jawapan oleh Yang Berhormat Menteri. Selain daripada itu, saya ingin membangkitkan dalam B.26 Butiran 020300 – Pembangunan Francais dan Vendor yang hanya diberikan lebih kurang RM3.8 juta. Program vendor ini adalah antara program yang dicipta untuk membantu usahawan- usahawan baharu khususnya bumiputera untuk mengisi keperluan industri-industri yang lebih besar termasuk yang ada di kawasan saya di Lumut iaitu pembangunan kapal di shipyard, membina kapal. Pada suatu ketika, vendor-vendor inilah yang telah membantu menyediakan ataupun menyempurnakan pembinaan kapal-kapal TLDM, walaupun bukan besar tetapi berjaya dikomisenkan. Namun, dalam pembangunan baru kapal LCS yang sekarang ini tergendala dan lambat daripada jadual, vendor-vendor yang dahulunya telah berjaya diketepikan. Saya harap kementerian memerhatikan semula bagaimana untuk memberikan peluang semula dan tidak digraduatekan cepat-cepat vendor ini kerana mereka belum boleh mengisi keperluan industri yang lebih besar daripada apa yang sedang mereka buat. Jadi kalau mereka dikeluarkan daripada sistem ini, tentulah mereka akan terganggu dalam perniagaan mereka.
Keduanya, Butiran 020500 – Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia) yang diperuntukkan RM33 juta. Saya ingin bertanya, bagaimana keseriusan SME Corp. hari ini dengan program melatih usahawan-usahawan muda yang baharu dalam Program TUBE mereka atau Tunas Usahawan yang dahulunya berjaya melahirkan ramai anak-anak muda yang berdikari dan dapat memulakan perniagaan? Sama ada program tersebut terus dipergiatkan ataupun bagaimana? Saya ingin tahu, bagaimana kerjasama yang dahulunya dibentuk di antara SME Corp. dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang cuba untuk membina usahawan di kalangan asnaf-asnaf di Wilayah Persekutuan? Adakah program tersebut masih dilaksanakan? Bagaimana pencapaiannya setakat ini? Seterusnya, saya ingin menyentuh di dalam perkara pembangunan Butiran 00601 – Dana Pembangunan dan Pembiayaan PKS. RM55 juta disediakan. Ini juga berkaitan dengan SME Corp. Kalau boleh, di manakah tumpuan SME Corp. pada masa ini? Adakah oleh sebab kita memerlukan peningkatan perniagaan, mereka masih aktif dalam usaha untuk memasarkan hasil-hasil SME industries di Malaysia ini keluar negara melalui program eksport mereka? Apakah pencapaian mereka setakat ini? Di samping itu, saya juga ingin menyentuh tentang TEKUN di dalam maksud pembangunan ini yang diperuntukkan hampir dua pertiga daripada peruntukan pembangunan MEDAC ini diberikan kepada TEKUN. RM225 juta berbanding RM356 juta keseluruhan peruntukan pembangunan untuk TEKUN. Jadi, bagaimanakah TEKUN menggunakan peruntukan yang banyak ini untuk memastikan IKS dan usahawan-usahawan kecil yang terjejas dengan pandemik ini dapat dipulihkan? Apakah dana ini mencukupi? Saya rasa TEKUN perlu lebih, pada masa ini, menggunakan dana dalaman mereka supaya lebih ramai usahawan-usahawan kecil dan sederhana ini dapat dipulihkan dengan cara memberikan bantuan pinjaman mudah yang segera dan tidak terlalu cerewet dalam syarat-syaratnya. Saya yakin usahawan- usahawan ini akan membayar balik dengan baik selepas daripada pandemik ini.
Akhirnya, saya ingin menyentuh tentang Butiran 050100 – Business Licensing Electronic Support System (BLESS) secara- ini electronic support system ini, Tuan Pengerusi. Saya baru cuba tengok dalam websitenya hari ini. Hari ini dia kata, line telefonnya down. Jadi, untuk pendaftaran baharu business licensing ini tergantung. Ini sistem elektronik kita ini ya. Jadi, diharapkan kementerian melihat bahawa perkara-perkara sebegini yang sepatutnya memudahkan usahawan-usahawan tidak terjejas kerana masalah-masalah teknikal yang sepatutnya tidak berlaku. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Lumut. Dipersilakan Yang Berhormat Bachok.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... [Membaca sepotong ayat al- Quran] Saya terus kepada Butiran 040500 – Institut Keusahawanan Negara (INSKEN). Kita sedia maklum impak yang dihadapi oleh golongan usahawan berdepan dengan pandemik yang melanda negara dan saya secara peribadi menyokong langkah kementerian yang direncanakan melalui Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dalam menyokong golongan usahawan yang terlibat akibat pandemik ini. Dalam perkara ini, saya ingin memohon penjelasan lanjut daripada kementerian mengenai inisiatif INSKEN e-BizClinic yang memberi tumpuan untuk mengadakan konsultasi perniagaan kepada golongan usahawan supaya ia dapat dilaksanakan secara seimbang kepada usahawan di bandar dan luar bandar, serta berapa peratus kah daripadanya melibatkan usahawan di Parlimen Bachok?
Adakah kementerian bercadang untuk mempromosi inisiatif ini kepada usahawan luar bandar supaya mereka juga dapat turut serta mendapatkan konsultasi perniagaan tersebut. Saya juga ingin bertanya apakah inisiatif kementerian bagi menyokong usahawan khususnya di bawah INSKEN ini, akan turut mengambil kira konsultasi pengurusan kewangan atau cashflow perniagaan kepada golongan usahawan ini selain aspek pembangunan perniagaan dan sebagainya. Butiran 020300 – Pembangunan Francais dan Vendor. Saya difahamkan kementerian telah melancarkan program pembiayaan keusahawanan francais belia di bawah Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS). Saya ingin penjelasan kementerian mengenai penyertaan terkini golongan belia dalam program ini. Adakah kerjasama dilaksanakan di peringkat institusi pendidikan bagi meningkatkan penglibatan belia dan mahasiswa dalam sektor keusahawanan francais? Saya juga ingin mengetahui apakah tumpuan utama yang diterapkan dalam pembiayaan program ini serta nilai pembiayaan yang disediakan oleh pihak kementerian. Butiran 040400 – Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional). Saya ingin bertanya apakah peruntukan di bawah TEKUN ini diletakkan di bawah Butiran yang lain kerana di sini diletakkan tiada peruntukan disediakan bagi TEKUN pada tahun 2022 berbanding RM1 juta pada tahun ini. Saya juga ingin bertanya mengenai Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro 2.0 (CBRM 2.0). Berapa jumlah pembiayaan telah diluluskan di bawah CBRM 2.0 ini dan berapa ramai dalam kalangan PMKS yang telah menerima manfaat daripada skim pembiayaan ini? Butiran 030200 – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Tahun lalu, Parlimen telah meminda Akta Koperasi bagi menambah baik pengurusan koperasi dalam negara dengan sasaran sumbangan perolehan sektor Koperasi sehingga RM100 bilion kepada ekonomi negara menjelang tahun 2030. Saya ingin bertanya sejauh mana penambahan koperasi diwujudkan susulan pindaan yang dibuat terhadap syarat-syarat minimum bilangan individu bagi penubuhan koperasi selaras dengan pindaan yang dilakukan kementerian serta adakah kerajaan menyediakan platform bagi mempromosi serta menggalakkan lebih banyak penubuhan koperasi bagi memperkukuhkan lagi sosioekonomi masyarakat dalam negara. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bachok. Seterusnya Yang Berhormat Papar.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya teruskan B dan P.26 Butiran 040500 dan 96000 - Institut Keusahawanan Negara (INSKEN). Diperuntukkan sejumlah RM3.5 juta dan RM10 juta bagi kedua-dua butiran ini. INSKEN di dalam membangunkan kapasiti usahawan melalui program-program latihan dan bimbingan, sememangnya penting khususnya setelah rakyat mengharungi badai pandemik COVID-19 yang mana membatas pergerakan kita antara daerah dan negeri. INSKEN ini hanya terdapat di Semenanjung iaitu di Cyberjaya. Jadi kalau boleh saya ingin memohon kepada kerajaan dan juga penjelasan daripada kerajaan. Mengapakah ia tidak dapat diwujudkan di Sabah dan Sarawak? Apakah yang menyebabkan ia belum ada di Sabah dan Sarawak? Ramai graduan dan juga penganggur di Daerah Papar khususnya yang memerlukan latihan-latihan dan bimbingan usahawan. Memahami kekangan kewangan yang dihadapi oleh kerajaan, saya ingin mencadangkan agar kementerian wujudkan sebuah cawangan INSKEN di luar wilayah ini kerana kami amat memerlukan agensi seperti ini. Ramai usahawan kecil perlukan bimbingan, khususnya strategi pemasaran norma baharu dalam e-commerce. Terakhir mengenai INSKEN ini, saya ingin bertanya dengan terdapat ramai guru- marketing di luar sana, apakah peranan agensi di dalam mengguna pakai mereka ini bagi menarik lebih ramai lagi usahawan mendapat bimbingan dengan cara perniagaan yang betul?
P.26, Butiran 90000 – Skim Latihan Siswazah. Peningkatan peruntukan hampir sekali ganda dari RM2.6 juta kepada RM5 juta, ketika ini seramai hampir 2,000 orang siswazah yang menganggur atas faktor kelebihan graduan dan kekurangan peluang pekerjaan. Justeru saya memohon pencerahan, bagaimana wang ini akan dibelanjakan dan apakah strategi-strategi yang sedang dan akan dibuat oleh kerajaan bagi memastikan kadar pengangguran siswazah ini dapat dikurangkan melalui bimbingan-bimbingan dan peluang-peluang sebagai usahawan, khususnya di Sabah? Seperti kami di Sabah, peluang adalah luas kerana sumber alam kami yang luas dan lokasi yang strategik tetapi oleh sebab kurangnya pelaburan dan industri hiliran menyebabkan usah-usaha ke arah melahirkan ramai usahawan dalam bidang baru terbantut dan tidak ramai yang berjaya. Justeru saya memohon kepada kementerian menyatakan apakah langkah spesifik bagi membantu golongan siswazah di Sabah. Ramai di kalangan siswazah dan lepasan kolej vokasional yang mempunyai kemahiran tersendiri yang ingin menceburi perniagaan dan bekerja sendiri. Akan tetapi tidak ada platform yang tersedia dan kalau ada pun terlalu ketat peraturan dan sangat terbatas. P.26 Butiran 30000 – Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional). Peruntukan sebanyak RM225 juta iaitu peningkatan sebanyak RM25 juta berbanding tahun 2021, terdapat tiga isu yang saya ingin utarakan iaitu masalah birokrasi, peluang kepada belia dan bimbingan. Tindakan sesetengah usahawan dan peniaga kecil mengambil jalan dengan meminjam daripada ceti haram atau along bukan kerana bantuan kerajaan tidak mencukupi. Kita lihat Belanjawan 2021 dan 2022 ini, berbilion-bilion ringgit disebut mengenai bantuan kepada mereka. Namun, adakah mudah untuk membuat pinjaman daripada agensi kerajaan ini? Sudah tiba masanya kerajaan memikirkan mekanisme yang akan memudahkan pihak supaya bantuan sampai kepada golongan sasar. Kedua, berkenaan peluang pembiayaan kepada golongan belia. Saya menggesa agar TEKUN diberi peluang yang lebih luas kepada golongan belia yang hilang pekerjaan atau mereka yang gulung tikar dalam perniagaan bagi memulakan perniagaan yang baharu. Di samping itu, TEKUN juga perlu memastikan bahawa golongan ini benar-benar mendapat faedah daripada pembiayaan yang diberikan kerana kita ingin memastikan bahawa mereka ini boleh berjaya.
Justeru, adalah penting untuk kita memastikan setiap daripada mereka mengoptimumkan potensi dan bakat yang dimiliki dengan bimbingan serta motivasi berterusan. Di Parlimen Papar misalnya, ramai daripada kami yang mengusahakan bidang- bidang pertanian dan industri-industri berkaitan makanan. Apa yang kami kekurangan merupakan bimbingan, galakan serta bantuan bagi memajukan perusahaan kami kepada satu tahap yang lebih tinggi. Saya melihat bahawa TEKUN harus memainkan peranan dalam membantu pengusaha kecil khususnya di dalam bidang pertanian dalam mengeluarkan produk hiliran dan tidak lagi bergantung kepada perniagaan secara tradisional. Jadi, saya memohon agar agensi ini dapat mempermudah permohonan dan kalau boleh jumlah permohonan dapat dipertingkatkan daripada RM50 ribu kepada RM100 ribu. Terima kasih, Papar mohon mengundur diri.
Terima kasih Yang Berhormat Papar. Yang Berhormat Libaran.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam Keluarga Malaysia. Bagi Butiran 020200 – Pembangunan Ekosistem Keusahawanan. Kita sedia maklum bahawa sejak pandemik COVID-19 melanda negara pada tahun lalu ternyata memberikan kesan secara tidak langsung kepada kemerosotan fungsi ekonomi negara serta golongan peniaga Malaysia terutama di negeri Sabah. Banyak sektor peniagaan yang terjejas. Usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) turut menerima tempias. Apa lagi perniagaan, mereka tidak dapat beroperasi seperti biasa dan ada yang terpaksa tutup dan atau gulung tikar. Oleh sebab itu, meskipun sektor perniagaan mula mendapat kelonggaran ketika PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) diperkenalkan. Namun, tetap menyukarkan jua menyusahkan sektor berkenaan melakukan perancangan dalam jangka masa panjang. Maka hakikatnya bantuan yang disalurkan haruslah dapat membantu kepada usahawan dalam mempersiapkan diri serta produk masing-masing supaya ia bersifat berdaya upaya, berdaya saing dan juga inovatif dalam pasaran terutama dalam platform jualan secara online untuk memperkasakan lagi usahawan di Malaysia. Mohon kerajaan terutama pijak kementerian, dapat menambah baik masalah tersebut demi membantu rakyat yang terjejas. Seterusnya bagi Butiran 020300 – Pembangunan Francais dan Vendor. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pertumbuhan industri francais negara semakin berkembang pada tahun 2016 dan juga mampu membaiki ekonomi usahawan yang menceburi diri. Potensi industri francais sangat besar. Kita juga faham kehendak menurut laporan tahunan perniagaan francais, nilai jualan sebanyak RM8.66 bilion pada tahun 2016 dan telah melonjak pula kepada RM13.3 bilion pada tahun 2019. Rakyat terutamanya para peniaga mengharapkan supaya kemudahan seperti ini mendapat memanfaatkan sepenuhnya. Bagaimana kementerian dapat menyalurukan kemudahan ini kepada para peniaga yang memerlukan supaya ramai lagi generasi muda ini dapat berkecimpung bersama-sama memajukan diri dalam perniagaan. Sekian, Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Libaran.
Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Libaran. Silakan Yang Berhormat Klang.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus pada Butiran 020200 – Pembangunan Ekosistem Keusahawanan. The World Health Organization dan Kementerian Kesihatan Malaysia telah membuat satu amaran kepada rakyat jelata di Malaysia untuk sedia menghadapi gelombang yang keempat COVID-19 akibat ancaman varian baharu iaitu varian Omicron. Beberapa buah negara seperti Israel dan Jepun telah menjalankan full lockdown. Walaupun kerajaan telah mengenakan sekatan sementara terhadap negara-negara tertentu yang berisiko, namun kita juga harus bersiap sedia untuk menghadapi gelombang baharu dan Perintah Kawalan Pergerakan. Selain ancaman Varian Omicron, doktor- barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh juga memberi amaran mengenai kemungkinan gelombang baharu COVID-19 pada bulan Disember. Hal ini, rawatan biasa dan juga unit rawatan rapi untuk pesakit COVID- 19 di hospital itu semakin meningkat dengan pesakit kategori 4 dan kategori 5. Sudah pastinya ancaman-ancaman yang saya nyatakan memberi kesan buruk terhadap pemulihan ekonomi dan kelangsungan perniagaan kecil dan mikro dan juga informal. Usahawan-usahawan generasi muda kerana mereka masih mengalami kesukaran untuk memulangkan modal yang terjejas sepanjang dua tahun ini. Sebarang ketidakpastian dalam pasaran juga akan menyebabkan keyakinan pengguna yang rendah dan juga kuasa membeli yang lemah terus mengekang pertumbuhan ekonomi.
Menurut soal selidik telah dijalankan oleh pejabat saya, Tuan Pengerusi. Jikalau kerajaan mengumumkan lockdown sekali lagi, 81 peratus perniagaan kecil dan mikro hanya boleh bertahan kurang daripada tiga bulan atau kurang berdasarkan simpanan yang sedia ada. Walaupun ramai yang pernah memohon pinjaman dari bank-bank tetapi seramai 60 peratus permohonan telah ditolak akibat mereka gagal membuktikan perniagaan mempunyai aliran tunai ataupun cashflow yang kuat dan pendapatan yang mencukupi. Kita mesti memahami bahawa pedagang-pedagang ataupun perniagaan- perniagaan kecil, mikro dan juga sederhana yang baru ditubuhkan tidak mempunyai simpanan kewangan seperti GLC atau korporat-korporat besar. Ini membuat mereka lebih rentan ataupun vulnerable untuk menutup perniagaan jikalau gelombang COVID-19 baharu tercetus di Malaysia. Hal ini seterusnya mengakibatkan lebih ramai kehilangan pekerjaan dan tidak mampu untuk membayar pinjaman bank. Akhirnya mereka terpaksa bergantung kepada along dan juga lebih ramai orang terjerumus dalam kemiskinan. Saya ada satu pandangan, saya minta Yang Berhormat Menteri menjawab isu ini iaitu saya menyeru pihak kementerian agar memainkan peranan yang penting untuk menolong peniaga-peniaga kecil, informal dan juga sederhana serta usahawan-usahawan generasi muda dengan membentuk satu- dana kecemasan MEDAC. Dana kecemasan- MEDAC di bawah payung atau umbrella- bawah pembangunan ekosistem keusahawanan yang boleh diguna pakai untuk bantu usahawan- usahawan mikro dan kecil dalam keadaan kecemasan. Bukan kita tunggu sampai mereka gulung tikar dan selepas itu kita fikir apa kita boleh buat. So, saya minta bagi pihak kerajaan untuk membentuk satu- dana kecemasan di bawah pembangunan ekosistem keusahawanan. Selain itu juga saya minta pihak kerajaan memberi kelonggaran kepada mereka khususnya peniaga-peniaga kecil dan informal untuk mendapat pinjaman atau bantuan kewangan bagi membayar hutang tertunggak sewa premis, bil-bil elektrik dan sebagainya dalam masa paling kritikal ini. Akhir sekali Tuan Pengerusi, dengan dana inilah baru kita dapat membahagikan kesusahan ekonomi secara adil sebagai kebaikan bersama masyarakat dan kemapanan ekonomi. Peniaga-peniaga kecil dan mikro juga akan menjadi kadar kelangsungan hidup yang lebih baik dan dapat mengekalkan pekerjaan dan seterusnya kita dapat mengurangkan krisis yang mungkin akan mencetus di Malaysia. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Tumpat.
Terima kasih Tuan Pengerusi atas peluang yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Peringkat Jawatankuasa Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Pertamanya saya ingin menyentuh Butiran 020200 – Pembangunan Ekosistem Keusahawanan. Sebagaimana kita sedia maklum bahawa golongan usahawan ini berdepan dengan cabaran yang besar untuk bangkit semula pasca pandemik. Tahun lalu sahaja 104,784 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) telah “gulung tikar”. Tahun ini pula melibatkan 37,415 perusahaan telah “gulung tikar”.
Saya mengambil maklum rancangan kementerian untuk menyalurkan pelbagai ruang pembiayaan kepada PMKS ini. Antaranya ialah Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro (CBRM 2.0) di bawah TEKUN, Skim Pembiayaan PKS dan Rakyat Fleksi di bawah Bank Rakyat; serta Projek Jadi Usahawan Berjaya (Be Your Own Boss) di bawah PERNAS. Saya ingin bertanya kementerian ataupun kerajaan, berapakah jumlah pembiayaan yang telah disalurkan kepada golongan PMKS ini di bawah setiap program skim pembiayaan yang disebutkan tadi? Sejauh mana inisiatif tersebut berjaya mencapai
sasaran untuk membantu golongan PMKS bangkit semula pasca pandemik? Saya juga ingin bertanya, sejauh manakah rancangan kementerian untuk memperluaskan program ini bagi membantu lebih ramai PMKS yang terkesan itu? Seterusnya, saya ingin menyentuh Butiran 020500 – Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia). Saya ingin menyentuh mengenai Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) yang telah dilaksanakan di seluruh negara sejak enam tahun lalu. Saya difahamkan program ini berjaya melahirkan 5,000 orang usahawan belia ketika ini. Soalan saya, apakah Program TUBE ini juga turut memberikan tumpuan kepada platform perniagaan dalam talian selaras dengan Dasar Digitalisasi Perniagaan oleh kerajaan? Saya juga ingin bertanya, apakah kementerian menyediakan suatu mekanisme pemantauan bagi memantau golongan alumni TUBE ini sama ada masih berada dalam sektor keusahawanan atau sebaliknya serta apakah rancangan kementerian untuk menjadikan golongan alumni ini sebagai ikon keusahawanan TUBE pada masa akan datang. Ini juga sebagai benchmark kepada kejayaan yang dicapai di bawah Program TUBE ini. Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyentuh Butiran 050200 – Penjaja dan Peniaga Kecil. Saya ingin bertanya apakah fokus aktiviti di bawah butiran penjaja dan peniaga kecil ini kerana butiran ini merupakan program baharu bagi tahun hadapan. Apakah ada mekanisme khusus yang disediakan oleh kementerian bagi penyaluran peruntukan ini kepada penjaja dan peniaga kecil? Saya juga ingin tahu apakah inisiatif yang diberikan tumpuan bagi menyokong golongan penjaja kecil di bawah butiran ini. Seterusnya Tuan Pengerusi, Butiran 30000 – Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN). Peruntukan di bawah TEKUN telah ditingkatkan kepada RM225 juta pada tahun hadapan. Saya ingin bertanya, berapakah jumlah pembiayaan tanpa caj telah disalurkan kepada PMKS bagi tahun ini dan berapa pula sasaran pembiayaan yang ditetapkan bagi tahun hadapan? Saya juga ingin bertanya, berapa peratus daripada golongan PMKS yang menerima pembiayaan atau pinjaman daripada TEKUN yang mengalami non-performing loan sepanjang tahun ini? Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi atas peluang yang diberikan. Saya merujuk terus kepada Butiran 030000 - Pembangunan Koperasi. Saya ingin mengajak kementerian untuk Yang Berhormat Menteri kepada Rancangan Malaysia Ke-12 yang telah pun kita luluskan di dalam Dewan ini. Di mana di dalam Rancangan Malaysia Ke-12 ini dalam aspek melonjakkan pertumbuhan industri strategik dan berimpak tinggi serta perusahaan mikro kecil dan sederhana. Di situ terdapat satu strategi yang menyatakan akan menggalakkan penyertaan inklusif melalui perusahaan mikro kecil dan sederhana, koperasi dan persatuan berasaskan pertanian. Jadi, saya ingin tanya kepada kementerian, kita sekarang berdepan dengan keadaan harga barang naik, sayur pun naik dan sebagainya. Sudah pastilah strategi tentang koperasi pertanian ini merupakan satu strategi yang penting untuk kita sama- sama jayakan dan berada dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Cuma saya teliti dalam buku bajet ini, apakah ada peruntukan untuk pembangunan koperasi yang berasaskan pertanian? Oleh sebab bila saya rujuk pula pada peruntukan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, tidak ada peruntukan yang khusus berkaitan perkara ini. Jadi, saya percaya perkara ini perkara yang amat penting kerana kalau kita boleh menggerakkan atau menggemblengkan potensi koperasi petani-petani seluruh negara ini, sudah pasti ia
akan membantu kita mengembalikan semula apa yang disebut sebagai supply and demand dalam pasaran dan tentunya dengan keadaan itu, harga akan stabil. Kedua Yang Berhormat Menteri, berkaitan tentang fokus kementerian dalam membangunkan bakal-bakal usahawan ini. Kalau kita tengok dalam buku bajet ini, fokus kementerian ialah selain daripada bakal usahawan, kita juga ingin memastikan akan ada peningkatan usahawan yang kita lahirkan. Namun, perkara ini kita tengok dalam buku bajet mencapai sasaran tetapi yang malangnya tiada peningkatan peratusan KDNK yang jatuh sehingga negatif 7.30. Dalam kesimpulan saya ataupun dalam kesimpulan yang boleh kita buat, mungkin kedai dibuka tetapi tiada transaksi yang boleh menjana pendapatan. Jadi, kita hendak tengok bagaimana peranan kementerian berdepan dengan permasalahan ini dan mungkin di situ terdapat strategi yang boleh dikongsi untuk menyelesaikan hal-hal yang berkait tentang keadaan pandemik yang ramai usahawan terpaksa berdepan dengan pandemik ini. Seterusnya, yang ketiga ialah Butiran 050000 – Dasar Baru. Ada banyak butiran projek, contohnya Program Peningkatan dan Pembangunan PKS, Industri Halal dan Skim Latihan Siswazah. Saya ambil contoh Skim Latihan Siswazah yang dianggarkan sebanyak RM30 juta. Kita lihat media melaporkan peningkatan siswazah menganggur ini sebanyak 22.5 peratus kepada 202,400 orang. Jadi, saya ingin minta penjelasan kepada Yang Berhormat Menteri. Selepas kita berikan mereka skim latihan ini, apakah outcome yang kita harapkan selepas kita membelanjakan ataupun kerajaan membelanjakan sehingga RM30 juta untuk pembangunan siswazah ini? Apakah pelan atau bantuan dana yang lebih sustainable yang boleh disediakan untuk golongan siswazah ini? Perkara yang seterusnya Tuan Pengerusi ialah butiran tentang TEKUN. Saya yakin ramai Ahli Parlimen di dalam Dewan ini menyatakan bahawa peruntukan untuk TEKUN ini ialah satu perkara yang penting untuk kita membantu mereka yang ingin berjinak-jinak atau yang telah pun berniaga, memberikan sokongan kepada mereka. Saya masih ingat lagi di dalam Dewan ini, Menteri yang lama telah menyatakan bahawa untuk pemberian TEKUN ini, ia tidak akan ada lagi masalah birokrasi. Jadi, saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah itu pendirian kementerian sekarang? Kalau dulu, saya masih ingat lagi dalam Dewan disebut, kalau dulu 20 tapisan, sekarang mungkin empat atau lima sudah pun boleh diluluskan. Jadi, apakah perkara ini diteruskan ataupun ada tambah baik? Misalnya, daripada segi online dan sebagainya, boleh disegerakan, diluluskan kalau jumlahnya kecil. Kita tahu dalam keadaan sekarang, kita memperuntukkan belanja yang cukup besar, bertujuan untuk membantu usahawan-usahawan kita di luar, terutama yang baru ingin berjinak-jinak dalam perniagaan ini untuk membantu mereka mendapatkan modal. Seterusnya ialah berkait tentang Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) yang saya lihat daripada dahulu ada pertambahan daripada RM32 juta kalau tidak silap saya kepada RM80 juta. Saya ingin tanya, apakah fokus ataupun hala tuju Institut Keusahawanan Negara ini? Oleh kerana kita tahu ada pelbagai institut yang untuk membina usahawan ini. Jadi, kita mahu ada kerjasama antara kementerian. Kita tahu di bawah Kementerian Pengajian Tinggi ada juga keusahawanan, di bawah kementerian-kementerian yang lain pun ada juga aspek keusahawanan. Jadi, bagaimana kementerian Yang Berhormat Menteri ini mungkin boleh diunjurkan ataupun dibangunkan satu centre, satu pusat agar boleh kita koordinat, aturkan program-program pembangunan usahawan agar ia lebih efektif dan berkesan. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Yang Berhormat Tampin.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Bismillahi Rahmani Rahim. Butiran 26, Butiran 020000 – Pembangunan Usahawan, di mana peruntukan yang diberikan kurang daripada RM1 juta dari tahun 2021. Mengapakah peruntukan ini dikurangkan? Apakah soal pembangunan keusahawanan ini hampir selesai diusahakan oleh kementerian ataupun negara telah mempunyai tahap keusahawanan di kalangan masyarakat di negara ini telah mencapai matlamat yang telah ditentukan?
Adakah kementerian lain yang mengendalikan urusan keusahawanan ini. Kalau ada, bagaimana kerjasama dan penyelarasan dilakukan untuk tidak berlaku pertindihan tanggungjawab antara kementerian-kementerian yang melaksanakan usaha-usaha keusahawanan ini. Butiran 020200 – Pembangunan Ekosistem Keusahawanan di mana peruntukan telah ditingkatkan daripada RM1 juta kepada RM2 juta. Namun, bagi saya peruntukkan ini tidak mencukupi untuk membina ekosistem keusahawanan yang tinggi dan mampu berdaya saing. Sebagaimana kita sedia maklum, ekosistem keusahawanan amat penting bagi membina minat, kecenderungan dan menjana kecintaan pemikiran keusahawanan di kalangan masyarakat, khususnya mereka yang berhasrat untuk memperkukuhkan gerak kerja keusahawanan mereka secara aktif bagi meningkatkan pendapatan. Kerana itu, peruntukan yang diberikan itu, adakah ia mencukupi atau bagaimana? Persekitaran yang mendorong keusahawanan harus diterjemahkan dalam pelbagai ruang dan bentuk. Aspek yang paling penting adalah pendidikan yang mendorong kepada nilai keusahawanan itu sendiri. Kerana itu, kerajaan wajar menerapkan nilai keusahawanan ini pada peringkat yang lebih sesuai dalam sistem pendidikan negara, sama ada di peringkat menengah ataupun institusi pendidikan tinggi agar jiwa keusahawanan ini tertancap dalam jiwa warga negara kita. Bagaimana negara mewujudkan ekosistem keusahawanan yang boleh menarik minat warga negara di luar negara untuk pulang bagi melaksanakan apa yang telah mereka usahakan yang menyumbang kepada pembangunan negara. Saya juga ingin menyentuh Butiran 050200 – Dasar Baharu yang ini berkaitan dengan penjaja dan peniaga kecil. Peruntukan yang diberikan sejumlah RM827 ribu. Adakah peruntukkan itu dapat membantu para pekerja kecil, lebih-lebih lagi ketika berhadapan dengan pasca wabak COVID-19 yang amat terkesan dan terjejas sehingga ramai di kalangan mereka menutup perniagaan? Soalnya, berapa jumlah yang akan diberikan kepada para peniaga kecil ini yang terkesan dalam mendepani perniagaan. Apakah peruntukan yang diberikan itu dalam bentuk pinjaman ataupun geran? Apakah pemberian itu akan dapat menyelesaikan masalah perniagaan mereka? Akhir sekali, Butiran 90000 – Skim Latihan Siswazah dalam bidang keusahawanan yang mana peruntukan ditingkatkan daripada RM2 juta kepada RM5 juta. Ini mencerminkan kesungguhan kerajaan dalam meningkatkan penglibatan para siswazah untuk terlibat dengan keusahawanan. Namun, adakah peruntukan yang diberikan itu mencukupi dalam mendepani sejumlah 202,400 orang siswazah yang menganggur pada tahun 2020 dan seramai 778,800 orang penganggur yang ada di negara ini. Adakah usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam mengadaptasi golongan ini dapat dipupuk nilai keusahawanan agar mereka juga tidak terus tercicir daripada pembangunan negara. Justeru, kerajaan harus mempunyai komitmen yang tinggi di dalam memastikan setiap warga mampu melaksanakan kerja yang boleh menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Kerana itu, dorongan warga dengan usaha keusahawanan ini amat penting demi menjaga dan memastikan kesejahteraan bersama dapat dicapai oleh masyarakat di negara ini. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Akhir sekali, Yang Berhormat Baling. Silakan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Butiran 050000 – Dasar Baharu. Saya melihat ada lebih kurang 11 buah agensi di bawah kementerian- apatah lagi di bawah seorang Menteri yang amat bijaksana yang pernah duduk di kementerian ini terdahulu dan akhirnya Allah hantar balik ke situ. Jadi, saya harap kehadiran Yang Berhormat Menteri kali kedua ini, apa yang saya pohon ini harap dapat direalisasikan. Saya ingin berbincang isu Bank Rakyat 1.0. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Jawatankuasa] Kalau kita tengok Bank Rakyat telah sekian lama berada dalam negara kita untuk membantu orang muda, tidak kira lah dalam konteks saham, orang tua, semuanya dapat manfaat. Saya difahamkan RM3 bilion jumlah nilai saham untuk Bank Rakyat yang ada pada hari ini. Atas nama Bank Rakyat, sebanyak 13,14 dan 15 peratus diberikan dividen setiap tahun dan zakatnya pun telah dibayar. Jadi, saya ingin bertanya dengan Yang Berhormat Menteri, adakah boleh Yang Berhormat Menteri boleh melaksanakan dalam konteks Dasar Baharu ini, Bank Rakyat 2.0. Ini kerana mata-mata rakyat menyatakan pada saya bahawa rakyat dan Bank Rakyat berpisah tiada. Jadi, Bank Rakyat lah sepatutnya memberi kelonggaran dan beri peluang keemasan kedua ini kepada rakyat di bawah sana. Jadi, saya ingin mencadangkan Bank Rakyat 2.0 ini diberikan peluang kepada golongan B40, M40 dan kalaulah 100 peratus kek tersebut, 60 peratus diberikan kepada M40 dan B40. Selepas itu, yang 40 peratus itu kita boleh beri kepada mereka gaji yang lebih 15 ribu dan sebagainya. Saya yakin dan percaya demi kelangsungan Keluarga Malaysia berserta dengan kestabilan demi kemakmuran negara, saya yakin dan percaya Yang Berhormat Menteri dapat melaksanakan dan boleh menzahirkan hasrat rakyat di bawah sana. Kalau kita tengok apa yang berlaku dalam ASN, ASB dan sebagainya. Dia ada had dan limitnya. Jadi, kalau kita berikan peluang kali ini dalam konteks Bank Rakyat 2.0, saya yakin dan percaya rakyat kita boleh merancang. Tuan Pengerusi, anak-anak hendak pergi sekolah. Tuan Pengerusi, mungkin cucu Tuan Pengerusi masih kecil lagi. Walaupun Tuan Pengerusi umur muda tetapi kita boleh rancang untuk meletakkan duit. Bilamana kita letakkan sekarang setiap bulan- tidak perlu bagi 15 ,13 atau 14 peratus, 10 peratus alhamdulillah, rakyat sudah begitu gembira. Kalau lah Tuan Pengerusi letak RM100 ribu, dapat faedah 10 peratus satu tahun. Kalau RM100 ribu dengan faedah 10 peratus, dapat RM10 ribu. Katalah untuk tempoh 15 tahun cucu Tuan Pengerusi sudah besar hendak masuk universiti, duit itu sudah memadai untuk kita membiayai cucu belajar ke universiti. Jadi ini satu peluang keemasan. Yang Berhormat Menteri, ini merupakan peluang keemasan Yang Berhormat Menteri. Allah berikan Yang Berhormat Menteri datang balik ke kementerian ini buat kali kedua. Jadi, saya harap legasi Yang Berhormat Menteri daripada Tanjong Karang yang hebat dan bijaksana ini dapat kita melaksanakan Bank Rakyat 2.0 untuk rakyat mendapat manfaat. Kalau kita tengok, ambil contoh inisiatif dari Bank Rakyat yang sentiasa mengambil langkah proaktif dan menyeluruh bagi menyediakan kemudahan kewangan kepada komuniti usahawan mikro dan PKS daripada pelbagai sektor ekonomi. Jadi, saya yakin dan percaya kalau kita tengok track record yang ada pada Bank Rakyat ini sangat signifikan untuk kita memulakan Bank Rakyat 2.0, khususnya. Saya
yakin dan percaya RM6 bilion saham boleh dihimpunkan, dan dikumpulkan kalau diberi ruang kepada seluruh rakyat di negara kita kerana selepas pandemik COVID-19 ini, Tuan Pengerusi, perniagaan pun orang takut. Orang nak simpan duit pun takut. Letak dekat Tabung Haji dua peratus pun belum tentu dapat lagi. Jadi, kalau lah Bank Rakyat 2.0 bayar zakat dan sebagainya, insya-Allah ramai lagi orang boleh datang letak duit. Akan tetapi saya minta janganlah bagi kepada orang kaya-kaya, Tuan Pengerusi. Bagi dekat orang kaya-kaya RM6 bilion ini tidak sampai dua bulan, sudah habis penuh dah. Itu sebab saya syorkan demi Keluarga Malaysia, demi kemakmuran negara tercinta ini, sebanyak 60 peratus itu diberikan kepada golongan B40 dan M40. Bagi mereka itu dahulu, 40 peratus itu, Tuan Pengerusi, Menteri dan Bank Rakyat, fikirkanlah hendak bagi kepada semua orang agar dapat terlibat dalam Bank Rakyat 2.0 ini. Jadi, itulah yang penting. Saya akan tunggu jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh memberi jawapan gembira kepada seluruh rakyat, demi Keluarga Malaysia, demi Kestabilan dan Kemakmuran yang dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini. Dengan kesungguhan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob daripada Bera. Saya harap kementerian, Menteri-menteri semuanya dapat mengangkat Keluarga Malaysia ini untuk memastikan walk the talk, apa yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Menteri-menteri ini dapat melaksanakan. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua Menteri. Saya difahamkan semuanya markah penuh 100 hari. Alhamdulillah. Saya harap mereka dapat mencapai kecemerlangan selepas ini. Lakukan perkara-perkara yang semua Ahli Parlimen dalam Dewan yang mulia ini, Dewan Rakyat ini, kawan sebelah sana, kami di sebelah sini bercakap, bersuara, tolong laksanakan.
Terima kasih Yang Berhormat Baling.
Saya percaya Yang Berhormat Menteri Tanjong Karang, you are the man, walk the talk. Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Bodek nombor satu.
Terima kasih Yang Berhormat Baling. Ahli-ahli Yang Berhormat, seramai 22 orang Ahli-ahli Yang Berhormat telah berbahas, sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab, selama 20 minit.
Terima kasih Tuan Pengerusi, yang bercakap seramai 22 orang, hendak jawab 20 minit. Saya cubalah, cuba jawab semampu yang boleh. Akan tetapi, saya ingin mengucapkan terima kasih banyak kepada semua Ahli- ahli Parlimen yang telah mengambil bahagian dan kesimpulan yang saya dengar daripada mula sehingga akhir dengan teliti, maka ia selaras sebenarnya dengan apa yang sedang dirancang oleh pihak kementerian. Pertama, pada dasarnya semua bercakap mengenai bagaimana hendak memulihkan usahawan dan juga koperasi yang terjejas dalam waktu pandemik COVID- 19 ini dan bagaimanakah bantuan-bantuan ini, hendak dibantu mereka ini. Untuk makluman, ini memang prioriti kita yang pertama. Pada hari ini dalam tempoh tiga bulan ini, kita punya sasaran hendak bantu dan memulihkan usahawan yang terjejas, koperasi yang terjejas ini, target kita hanya
sebanyak 188,345 tetapi alhamdulillah, kita telah capai lebih iaitu sehingga 220,241. Begitu juga kita merancang, sebagaimana Yang Berhormat bercakap tadi, bagaimana hendak membantu mereka yang terjejas, yang kena berhenti kerja, siswazah, golongan belia, golongan Asnaf dan golongan kurang upaya. Ini semuanya memang ada dalam perancangan kita dan untuk itu dalam tempoh tiga bulan ini kita cuba melihat apakah kita mampu mencapai seperti mana yang kita rancang dan juga hari ini telah pun diluahkan oleh rakan-rakan Ahli Parlimen pada hari ini. Untuk tempoh yang saya nyatakan tadi, golongan yang hilang pekerjaan, belia, graduan ini, sasaran kita, kita hendak dalam lebih 2,975 tetapi alhamdulillah, kita capai lebih daripada itu. Kita boleh capai sehingga 3,667 orang golongan mereka-mereka yang terlibat ini mendapat bantuan daripada kementerian. Isu yang ketiga yang juga saya tengok tadi, yang ramai bercakap ialah bagaimana hendak memperkukuhkan daya tahan Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) melalui adaptasi teknologi. Tadi ramai cakap sekarang ini digitalisasi, online dan sebagainya, ini memang dalam perhatian kementerian. Oleh itu, kita cuba buat percubaan dalam tempoh tiga bulan ini. kita agih-agihkan kepada agensi-agensi yang berkenaan maka alhamdulillah. Kita target kita hendak capai seramai 8,680 orang peserta, hari ini kita dapat capai seramai 8,594 orang, hampir tercapai tiga perkara ini. Begitu juga tadi, ramai yang bercakap bagaimana kita hendak membuat penyelarasan, saya tidak nafikan, saya masuk kementerian ini sahaja, saya tengok ada sebanyak 11 buah agensi. Bukannya mudah kita hendak selaraskan sebanyak 11 buah agensi di bawah satu kementerian, itu baru satu kementerian. Kita juga tahu bahawa di kementerian-kementerian lain juga terlibat mengenai melahirkan usahawan-usahawan tani, MAFI pun ada program, Kementerian Pengajian Tinggi juga ada program, MOSTI juga ada program, semua ada program. Oleh sebab itulah, kami di kementerian telah pun berusaha untuk kita selaraskan. Kita telah membuat beberapa MoU dengan beberapa buah kementerian untuk kita bekerjasama di antara satu sama lain. Saya bagi contoh, tadi ramai yang bercakap termasuk juga ada yang menyebut bagaimana nasib usahawan-usahawan ini. Kursus, kursus, kursus, apakah kesudahannya? Maka kita buat dasar yang baharu, setiap usahawan yang mengikuti kursus di bawah kementerian ini, kita kena pastikan bahawa habis sahaja kursus, no more bagi sijil. Bagi sijil tetapi mesti dipastikan untuk mendapatkan pinjaman daripada pihak agensi kita. Jikalau ada geran sebagai contoh, kita ada satu program di bawah INSKEN, kita buat program, habis kursus kita bagi geran sebanyak RM15,000. Akan tetapi kalau sebanyak RM15,000 ini tidak cukup, dia hendakkan sebanyak RM100,000 maka kita telah minta, hendak pinjam sebanyak RM100,000 ini boleh pinjam dengan TEKUN. Jadi, itulah di antara yang kita sedang rancang. Kita cuba hendak menyelaraskan peranan ini dan juga ramai juga yang bercakap mengenai peranan koperasi. Memang betul, saya memang bersetuju bahawa koperasi ini mesti kita pertingkatkan. Pada hari ini kita letak selaras dengan IKS. Pada hari ini kita lihat usahawan-usahawan kita dan dividen-dividen, kalau kita lihat dividen koperasi Tuan Pengerusi, lebih banyak daripada simpanan dari bank. Jadi, oleh sebab itu saya dengar tadi ramai yang bercakap masalah koperasi, memang mengenai perkembangan koperasi, termasuklah koperasi masjid yang disebut tadi, memang dalam perancangan kita. Jadi oleh itu, saya cubalah jawab semampu yang boleh, masa pun sudah tidak ada, kecuali Yang Berhormat Teluk Intan ada bangkitkan mengenai kehilangan bakat atau brain drain. Saya hendak nyatakan bahawa INSKEN memainkan peranan bahawa dalam peserta INSKEN, termasuk juga ada rakyat di luar negara juga mengikuti kursus yang ada bersama INSKEN. Begitu juga dengan menggalakkan pelaburan dan juga mewujudkan ekosistem yang menyeluruh. SME Corp. telah pun memainkan peranan dengan memperuntukkan sebanyak RM5 juta untuk kita meningkatkan strategi dan juga syarikat berprestasi tinggi untuk kita angkat ke peringkat yang lebih tinggi.
Begitu juga kita ada beberapa skim iaitu di bawah SME Corp. Kita ada dipanggil – ada peruntukan sebanyak RM55 juta untuk program BAP atau Peningkatan Kapasiti dan Keupayaan PKS. Kita juga ada program BEEP dan dengan adanya program-program ini, daripada angka yang kita lihat pada hari ini kita ada lebih kurang 502 PMKS telah menerima manfaatnya. Begitu juga mengenai unicorn. Tadi unicorn dibangkitkan oleh Yang Berhormat Teluk Intan, yang ini kita kena update dengan MOSTI. Bila MOSTI ini kena tanya sedikit, untuk Unicorn tetapi untuk makluman, yang kita dapat daripada MOSTI bahawa syarat- syarat untuk melahirkan syarikat unicorn adalah di bawah MOSTI. MOSTI menyasarkan sebanyak lima buah syarikat unicorn untuk tempoh lima tahun. Mengenai perbelanjaan yang dibangkitkan tadi iaitu bagi perbelanjaan kakitangan kontrak yang telah meningkat daripada 381,000 orang mengapa tahun meningkat sampai1.5 juta orang? Saya hendak maklumkan bahawa dalam skim kontrak ini ada dua, satu kontrak yang biasa, yang mesti dapat kelulusan dari Jabatan Perkhidmatan Awam, satu lagi dipanggil kontrak MySTEP. MySTEP ini ada dua, tahun lepas kita asingkan bajet ini, MySTEP lain, kontrak biasa lain. Akan tetapi kali ini kita gabungkan sebab itulah dia meningkat nampak sampai 1.5 juta. Yang Berhormat Jempol bangkit mengenai kadar faedah tinggi SME Bank, kenapa tinggi sangat?
Mana yang tidak ada dalam Dewan, boleh buat secara bertulis. Akan tetapi Yang Berhormat Jempol ada.
Yang Berhormat Jempol ada?
Yang Berhormat Jempol ada.
Oh! Yang Berhormat Jempol ada. Yang Berhormat Jempol, isu yang selalu dibangkitkan kerana dia peminjam tegar SME Bank. [Ketawa] Jadi, memang, kalau kita lihat memang isu yang kadar tinggi tetapi untuk makluman Yang Berhormat Jempol, kadang-kadang memang ada beberapa peruntukan. Misal kata program itu program kerajaan, memang diberikan, kerajaan ada bagi subsidi. Contoh, Tabung Khas Pelancongan 3 yang merupakan dana khas untuk usahawan dalam sektor pelancongan dengan menawarkan pembiayaan modal kerja sehingga RM500,000 setiap pelanggan. Kadar keuntungan dikenakan yang juga kompetitif iaitu sebanyak enam peratus setahun. Akan tetapi, setelah mengambil kira subsidi kadar keuntungan sebanyak dua peratus yang diberikan oleh kerajaan. Kadar ini adalah tetap sepanjang tempoh pembiayaan. Ada skim-skim tertentu yang memang Kementerian Kewangan bagi subsidi sebanyak dua peratus. Walau bagaimanapun, cadangan Yang Berhormat amat baik sekali, di mana kalau boleh GLCs yang lain itu banyaklah simpan duit dekat SME Bank dan juga cadangan Yang Berhormat supaya – untuk makluman Yang Berhormat ya, tahun ini SME Bank tidak dapat peruntukan daripada pihak kerajaan. Jadi, dia gunakan duit mereka sendiri. Jadi, kalau cadangan untuk GLCs untuk meningkatkan atau melabur di SME Bank ini memang satu cadangan yang cukup baik daripada Yang Berhormat Jempol. Begitu juga tadi saya sudah sebut mengenai peningkatan– Yang Berhormat Jempol juga menyebut koperasi masjid. Sepertimana yang saya nyatakan tadi, memang dalam program kita...
Sedikit sahaja, Yang Berhormat Menteri.
...Kita cuba hendak capai 10 peratus. Sekarang ini lebih kurang tujuh peratus sahaja koperasi masjid. Akan kita cuba capai 10 peratus.
Sedikit sahaja, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Sila, Yang Berhormat Jempol.
Tadi macam tidak terjawab soalan saya tadi. Di mana SME Bank ini tidak berperanan seperti bank. Apa yang menjadi isu ialah kadar faedah yang dikenakan itu lebih tinggi dengan bank komersial. Oleh sebab pihak Bank Negara tidak membenarkan mewujudkan menawarkan saving dan current account, sudah pasti sumber kewangan ini tidak dapat diperoleh. Jadi, adakah tindakan meminda SME Bank ini menjadi bank komersial khas untuk usahawan? Ini kerana apa penawaran yang diberi adalah lebih tinggi. Itu maksud saya.
Terima kasih Yang Berhormat Jempol.
Jadi, apakah keputusan kementerian tentang isu ini yang sudah lama berpanjangan?
Terima kasih.
Kelonggaran bersama dengan bank. Ini bank tapi tidak berperanan seperti bank.
Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Jempol. Insya-Allah, kita akan mengambil perhatian. Sebagaimana yang saya nyatakan tadi bahawa SME Bank ini dia terpaksa dia mendapat pinjaman daripada pihak lain untuk pengurusan bank ini. Jadi, kalau disusun semula betul-betul untuk membantu usahawan dan mendapat sumbangan daripada pihak kerajaan, mungkin apa yang diharapkan oleh Yang Berhormat Jempol itu akan tercapai. Saya akan ambil perhatian cadangan daripada Yang Berhormat Jempol. Yang Berhormat Kemaman membangkitkan Sistem BLESS yang dapat memudahkan kebolehan pencapaian rakyat untuk membuat permohonan lesen, juga menyemak status permohonan dan mendapat kelulusan tanpa perlu hadir secara fizikal ke premis pihak berkuasa. Tadi juga ada disebut bagaimana Sistem BLESS ini kadang- kadang dia pun rosak dan sebagainya. Ini kita akan ambil perhatian ya. Yang Berhormat dari Kemaman juga membangkitkan mengenai progress penubuhan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia. Ini, untuk makluman, bahawa proses penubuhan dalam peringkat akhir ya. Kita sedang memenuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi di bawah KPT dan insya-Allah, kita cuba usahakan dengan secepat mungkin dan mungkin sebelum bulan Julai tahun depan ataupun secepat-cepatnya pada bulan Mac, kita akan cuba tubuhkan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia. Mengenai francais, tadi pun ramai yang membangkitkan mengenai bantuan yang diberi kerana kita terjejas mengenai sistem francais. Sehingga kini, terdapat 24 akaun usahawan francais dengan nilai RM2.1 juta membuat- dia telah pun mendapat bantuan daripada Pernas. Pernas juga menyediakan pelbagai bentuk bantuan dan skim perbelanjaan seperti program RECURVE yang menawarkan dana tambahan kepada usahawan francais.
Yang Berhormat Menteri, sedikit lagi tidak terjawab. Pertindihan Pernas dengan Kementerian KPDNHEP dengan MEDAC. Ini ada dua kementerian untuk menjaga francais ini.
Terima kasih. Memang benar, Tuan Pengerusi, sekarang ini ada dua kementerian jaga satu program. Di mana di bawah francais ini, pentadbirannya di bawah MEDAC tetapi aktanya di bawah Kementerian Hal Ehwal Pengguna. Jadi, saya dengan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Pengguna dengan KSU telah mengadakan mesyuarat, kita cuba susun, selaraskan. Walau bagaimanapun, saya nampak apa juga yang kita buat, kalau satu program dua kementerian jaga, tidak boleh jadi. Sama ada Kementerian Pembangunan Usahawan ambil jaga 100 percent ataupun saya sebagai Yang Berhormat Menteri, I don’t mind, kalau Kementerian Hal Ehwal Pengguna hendak ambil francais, ambillah asalkan rakyat lebih mudah. Daripada kita berebut untuk apa? Nanti sana tidak kena, sini yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran.
Jadi, saya terbuka. Ini francais ini memang ada dua ‘tauke’ yang jaga. Saya tidak apa, asalkan kepentingan rakyat, hendak ambil, ambillah. Saya rela lepaskanlah francais ini kepada Kementerian Hal Ehwal Pengguna kalau betul-betul mereka hendak, tetapi, apa juga, bagi saya, ialah mesti jaga kepentingan rakyat. Begitu juga Yang Berhormat Padang Rengas ada menimbulkan mengenai PUNB. Memang betul, PUNB memang pada dasarnya daripada segi undang-undangnya memang di bawah Jabatan Perdana Menteri kerana PUNB ini ditubuhkan di bawah Yayasan Pelaburan Bumiputera. Di bawah Yayasan Pelaburan Bumiputera ini ada dua- anak. Satu PNB dan satu PUNB. Memang di bawah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Akan tetapi, oleh sebab kita hendak menyelaraskan daripada segi pentadbirannya kerana PUNB ini dia boleh bagi pinjam minimum RM100 ribu dan maksimum RM10 juta dan kita juga macam Yang Berhormat Padang Rengas kata, kita hendak selaraskan hendak pinjam lebih RM100- Amanah Ikhtiar, sebagai contoh, pun diletak di bawah kementerian saya secara pentadbiran. Ini kerana dua-dua agensi ini, Amanah Ikhtiar dan juga PUNB ini, memang mereka ini ada peraturan mereka sendiri tetapi kita dengan kebenaran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, meletakkan kedua-dua Amanah Ikhtiar dengan PUNB ini di bawah kementerian ini supaya kita dapat selaraskan untuk kita hendak membantu usahawan-usahawan ini. Yang Berhormat Sepanggar mengenai digital, saya sudah sebut tadi.
Yang Berhormat Sepanggar tidak ada.
Maknanya memang menjadi tumpuan kepada kita. Yang Berhormat Jerantut, bantuan kepada koperasi di bawah program....
Yang Berhormat Menteri.
Ya?
Yang Berhormat Sepanggar tidak ada dalam ini.
Oh! Yang Berhormat Sepanggar tidak ada. Okey, sorry. Yang Berhormat Jerantut ada?
Buat secara bertulis.
Jerantut ada, Yang Berhormat Menteri.
Ya, Yang Berhormat Jerantut ada. Mengenai koperasi ini, Yang Berhormat Jerantut, memang kita ada beri berbagai-bagai bantuan. Antaranya Program Transformasi Ekonomi Gerakan Koperasi, Program Jualan Koperasi Prihatin Rakyat, Program Penubuhan Koperasi Prihatin Rakyat, Program Dagang Produk/Perkhidmatan Koperasi Atas Talian dan beberapa bantuan yang kita beri di bawah program PEMULIH. Bantuan pembangunan sehingga RM300 ribu kepada koperasi yang layak bagi mengembangkan perniagaan, akses kepada pembiayaan untuk modal pusingan, pembelian aset sehingga RM10 juta, kepada koperasi yang layak. Peranan koperasi dalam menangani isu-isu kenaikan harga barang ini juga disebut oleh beberapa Ahli Parlimen. Penglibatan koperasi dalam Program Jualan Prihatin Rakyat bagi menggalakkan orang ramai berbelanja dan membeli keperluan harian di kedai koperasi menawarkan harga yang berpatutan. MEDAC menyediakan insentif jualan kepada koperasi yang terlibat untuk mengurangkan kos jualan di mana, sebagai contoh, kita beri 15 peratus barang-barang- siapa yang membeli barang-barang di kedai koperasi, harganya kurang lebih murah 15 peratus daripada harga yang dibeli dari luar.
Yang Berhormat Pokok Sena dan juga Yang Berhormat Padang Serai menimbulkan isu mengenai usahawan-usahawan yang gulung tikar. Memang betul, kita lihat bahawa- daripada kerajaan kita, ada sebanyak 37 ribu usahawan “gulung tikar”. Jadi, bagi tindakan itu, MEDAC telah menyediakan perbelanjaan khas iaitu Skim Pembiayaan Pemulihan Niaga Mikro 2.0 di bawah TEKUN dan juga kita juga telah dapat...
Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan berkait dengan peniaga-peniaga yang “gulung tikar”.
Ya.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Tadi saya telah membuat satu cadangan untuk menubuhkan satu – dana kecemasan kementerian untuk menolong peniaga-peniaga kecil dan sederhana dan juga informal yang boleh menggunakan fasiliti seperti dana kecemasan kalau kita ada masalah MCO yang kedua, ketiga dan sebagainya. Saya takut seperti Delta baru ini yang kita dapati mungkin akan berleluasa dan peniaga-peniaga kita akan menghadapi masalah. So, kita ada dana kecemasan tersedia untuk tolong, bukan selepas tutup kedai. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Klang.
Terima kasih Yang Berhormat Klang. Pandangan Yang Berhormat, saya ambil kira. Kita akan tambah baik dengan apa yang kita sedang buat. Sepertimana yang saya nyatakan tadi, ada yang membangkit mengenai birokrasi. Saya memang bersetuju bahawa dalam keadaan susah ini, luar biasa, saya telah meminta kementerian saya di bawah, agensi, hanya agensi-agensi di bawah kementerian saya sahaja yang saya boleh arah yang mendapat pembiayaan daripada kerajaan, tolong kurangkan birokrasi ini. Bukan sahaja setakat birokrasi biasa tetapi CTOS dan CCRIS juga jangan diambil kira untuk kita hendak mempercepatkan hendak menolong usahawan- usahawan ini. Usahawan juga ada skim dipanggil SPIN. Ini pun yang kita beri kepada usahawan- usahawan informal ini pun jangan dikenakan apa-apa interest. Free of charge, tidak ada caj apa-apa.
Ini kita sedang buat dan juga pandangan Yang Berhormat Klang. Ini kita akan ambil kira kerana dalam peruntukan dibangkit oleh ramai yang bangkitkan tadi iaitu TEKUN kita dapat RM200 juta tahun depan dan RM25 juta itu memang khusus untuk usahawan-usahawan daripada kaum India. Usahawan India ini memang ada peruntukan. Tahun ini kita bagi lebih daripada peruntukan. Kita dapat RM20 juta tetapi kita bagi RM23 juta. Tahun depan kita dapat RM25 juta kita akan bantu golongan-golongan usahawan...
Untuk peniaga-peniaga India, adakah dana itu akan ditingkatkan lagi daripada RM25 juta hingga RM35 juta begitu?
Peruntukan yang kita akan dapat sebagai contoh, macam tahun ini kita dapat RM20 tetapi kita belanja lebih. TEKUN gunakan duit dalaman daripada peruntukan. Yang terakhir RM23 juta. Tahun depan RM25 juta. Mungkin apabila kita tengok bila sampai masa, mungkin TEKUN boleh guna peruntukan dalaman sepertimana yang dilakukan pada tahun ini lebih daripada peruntukan yang kita dapat. Kita akan cuba membantu usahawan-usahawan kerana kita amat memahami masalah-masalah usahawan di luar sana yang kita sedia maklum bahawa usahawan- usahawan yang sedang terjejas ini bukannya mudah. Ini kerana itulah tadi ada disebut fasal tindakan undang-undang. Saya juga hendak maklumkan, saya telah memberikan arahan kepada agensi-agensi di bawah kementerian saya. No legal action can be taken. Tidak boleh ambil tindakan undang-undang. Ini bukan masanya kita nak ambil tindakan
undang-undang kepada usahawan. Hendak bagi bankrap kah nak “gulung tikar” kah. No way, stop. Tunggu. Lepas enam bulan nanti baru tindakan ini kita baru boleh buat...
Tahniah Yang Berhormat Menteri.
Ini kerana kita faham masalah yang sedang dihadapi oleh rakyat. Begitu juga dengan moratorium. Kita tengok– Saya hanya boleh bantu kes kementerian saya. Sebagai contoh UDA, ia ada 888 buah premis perniagaan. Kita tahu ada yang tidak mampu untuk berniaga di situ. Kita bekerjasama dengan agensi yang lain. Kalau hendak berniaga, hendak mula berniaga, dia boleh pinjam dengan TEKUN di bawah kementerian kita supaya boleh mula berniaga. Ertinya MEDAC di bawah agensi-agensi yang sedia ada, kami akan cuba sedaya upaya untuk memastikan bahawa usahawan yang sedang menghadapi masalah ini akan dapat meneruskan perniagaan kerana kita juga faham kerana fasa yang pertama – COVID-19 mungkin sudah berkurangan. Berkurangan maksudnya, dulu PKP, sekarang ini sudah boleh rentas sempadan dah hidup macam biasa. So now, fasa yang kedua bagi saya ialah perkembangan ekonomi iaitu membantu usahawan-usahawan. Ini memang dalam perhatian kita. Dan untuk akhirnya. Ya, masa sudah habis...
Yang Berhormat Menteri masa sudah tamat.
Sedikit sahaja, sedikit sahaja. Ini tentang fi francais. Kawalan francais tadi tidak dijawab kerana membebankan francais daripada francaisor. Jadi, apakah tindakan peraturan seperti yang saya sebutkan tadi yang brand yang ada di dalam pasaran ini. Apakah tindakan kementerian bagi memberi peluang dan menyekat fi yang terlalu mahal, membebankan usahawan?
Terima kasih. Itu yang saya katakan tadi apabila ada dua buah kementerian ini yang juga francais aktanya, pendaftarannya di bawah kementerian lain. Perlaksanaannya di bawah kementerian saya. Macam contoh, malam esok ada penganugerahan kepada Persatuan-persatuan Francais Malaysia. Ini bukan di bawah kementerian saya yang anjur. Saya sebagai Yang Berhormat Menteri MEDAC pun tidak mendapat jemputan pun program yang akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri esok malam. Ini Yang Berhormat Menteri ini. Ini sebagai contoh yang buat program itu Persatuan- persatuan Francais Malaysia...
Kesian Yang Berhormat Menteri kena sailang. Kesian.
[Ketawa]
Jadi, sebab itu saya kata tadi masalah francais ini memang penting. Saya hendak ulang lagi bahawa mesti disatukan sama ada MEDAC ambil 100 percent atau pun kementerian KPDNHEP ambilah 100 percent uruskan. Jangan menyusahkan rakyat dalam kita hendak membela nasib rakyat ini. Saya, I do not mind untuk serahkan…
Baik.
Akhir sekali, cadangan Yang Berhormat Baling. Terima kasih Yang Berhormat Baling, pandangan yang baik mengenai ‘saham Bank Rakyat 2’. Sekarang ini, saya tahu ramai yang hendak jumpa saya hendak beli saham. Saham sudah habis sudah maksimum RM3 bilion. Jadi, memang dalam perancangan Bank Rakyat, mungkin akan timbulkan saham Bank Rakyat 2. Jadi, ini akan boleh buka saham kepada rakyat tetapi cadangan Yang Berhormat Baling amat baik sekali supaya beri kuota kepada B40 ini supaya B40 juga dapat merasai nikmat apabila membeli saham Bank Rakyat yang hari ini kita lihat salah satu koperasi yang terbaik bagi dividen sampai 13 peratus ke 14 peratus. Kita harap, kalau saham Bank Rakyat 2 ini kembali ditubuhkan tetapi kita dalam proses kerana perlu mendapat kebenaran pelbagai pihak Bank Negara Malaysia dan
sebagainya. Insya-Allah ini dalam perhatian dan kalau ini berlaku, berjaya dilaksanakan kuota seperti yang Baling cadangkan itu memang akan diberi perhatian, diberi pengenaan kepada peluang kepada B40...
Untuk kuota Tuan Yang di-Pertua di Batu Pahat pun masukkan sekali.
[Ketawa] Terima kasih.
Jadi, saya ingat itu sahajalah. Masa tidak...
Yang Berhormat Menteri tidak perlu kuota. Sejumlah 100 percent yang saham Bank Rakyat 2 ini untuk anak muda generasi masa depan. [Tepuk]
Terima kasih. Ini pandangan bekas Yang Berhormat Menteri pun saya akan ambil kira. Jadi, pandangan anak muda satu pandangan yang baik. Insya-Allah – Ertinya, otai-otai ini sudah beli banyak kali saham Bank Rakyat yang ada – ini yang baru ini yang tidak merasa.
Baik.
Mungkin juga pandangan yang patut kita ambil kira untuk kita menggalakkan anak-anak muda menyimpan dan juga membeli saham-saham dalam koperasi ini.
Baik.
Jadi, saya minta maaf kepada 22 Ahli-ahli Parlimen ini yang telah bangkit. Daripada Yang Berhormat Alor Gajah daripada Yang Berhormat Lumut, bekas-bekas Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri yang memahami masalah kementerian ini saya minta maaflah...
Buat secara bertulis.
...Kepada semua tetapi insya-Allah kita akan bagi jawapan bertulis kepada tiap-tiap Ahli-ahli Parlimen yang membangkitkan isu-isu yang amat baik sekali demi usahawan-usahawan kita masa hadapan. Terima kasih banyak.
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM195,036,300 untuk Kepala B.26 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2022 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.26 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.26 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2022 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.26 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2022 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2022 Jawatankuasa — Kepala B.46 [Jadual] – Kepala P.46 [Anggaran Pembangunan 2022] –Bill
Kepala Bekalan B.46 dan Kepala Pembangunan P.46 di bawah Kementerian Sumber Manusia terbuka untuk di bahas sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ada menerima 24 Ahli-ahli Yang Berhormat untuk berbahas. Saya bacakan senarainya. Ia dimulakan dengan Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang
Berhormat Kemaman, Yang Berhormat Setiawangsa, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Batu Kawan, Yang Berhormat Sungai Buloh, Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, Yang Berhormat Padang Serai dan Yang Berhormat Sik. Saya mulakan dengan menjemput Yang Berhormat Kuala Krai. Lima minit.
Bismillahi Rahmani Rahim...
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya bangkitkan satu isu? Ini kerana, Kementerian Sumber Manusia kita kena jaga semua yang kerja jadi saya tadi lihat pegawai penjawat awam kita yang hendak tolong Yang Berhormat Menteri bagi jawapan dan sebagainya mereka terpaksa duduk di atas lantai tahu untuk tengok televisyen dan saya rasa ini adalah kurang baiklah. Kurang sedap. Mereka ini mungkin pegawai kanan dalam kementerian...
Ya.
Saya hanya hendak cadangkan Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia ambil maklum bagi mereka kerusi lebihlah duduk sana bagi mereka untuk buat kerja.
Terima kasih Yang Berhormat...
Ini sangat serius Yang Berhormat...
Mereka akan masuk ke dalam ini. Mereka akan masuk...
Ramai di antara mereka di luar...
Baik.
Ini tidak senonohlah. Saya harap Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia will take personal initiative dalam hal ini. Kementerian Sumber Manusia boleh.
Baik. Terima kasih.
Ini adalah satu cara menjaga rakyat yang bekerja untuk kita.
Kita bagi pegawai minimum untuk masuk ke dalam yang balance memang di luar tetapi kita ambil maklum. Boleh mohon lebih daripada itu. Sila, Yang Berhormat Kuala Krai.
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kerana memberi ruang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Sumber Manusia. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh Maksud B.46 Butiran 030200 – Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
Saya tertarik dengan kenaikan perbelanjaan sebanyak RM7,014,300 untuk Butiran ini. Peningkatan yang agak tinggi ini menunjukkan kerajaan sangat prihatin dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Dalam usaha melangkah ke hadapan, kita perlu mengharungi persekitaran global yang lebih mencabar dan kompetitif.
Perkembangan teknologi semasa secara tidak langsung menggesa kerajaan mengambil segala langkah perlu bagi mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif serta dapat memangkinkan produktiviti negara. Pertamanya, saya ingin menanyakan apakah tujuan Rang Undang-undang Keselamatan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan 2020) yang dicadangkan oleh pihak kerajaan. RUU ini dilihat akan menambah lagi bidang kuasa Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan sehingga meningkatkan beban tugas pemeriksaan jentera, pembaziran sumber dan menambah potensi salah guna kuasa di kalangan pegawai penguat kuasa. Adakah penambahan ini merujuk kepada ketidakcukupan pegawai penguat kuasa dan kurangnya keberkesanan mereka dalam menjalankan tugas-tugas yang diberikan? Keduanya, saya juga merujuk kepada RUU Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan 2020). Apakah justifikasi peruntukan perundangan berkaitan latihan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dimasukkan dalam RUU tersebut. Ketiganya, apakah status penyumberluaran pemeriksaan jentera berperakuan kelayakan yang sekarang ini dijalankan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Keempatnya, apakah tindakan dan langkah kementerian bagi meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan negara. Kelimanya, sejauh manakah kerajaan membuat pemantauan, pemeriksaan dan kawal selia untuk mengurangkan risiko kemalangan di tapak pembinaan selanjutnya, mengelakkan kemudaratan kepada orang awam. Manakala, yang keenamnya pula apakah cadangan kerajaan untuk mengubah undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan untuk memastikan ada cukup ventilasi ataupun pengudaraan di tempat kerja untuk kurangkan penularan COVID-19. Apakah cara-cara kerajaan membantu majikan untuk menambah baik sistem pengudaraan selain daripada penyediaan garis panduan. Apakah penyediaan garis panduan yang ada dapat mengurangkan kadar jangkitan dan penularan COVID-19 di kalangan pekerja terutama di sektor perkilangan dan sektor pekerjaan yang melibatkan pekerja yang ramai dan sesak. Ketujuh dalam Butiran yang sama, apakah tindakan yang diambil oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan untuk mencegah penularan pandemik COVID-19 di tempat kerja. Merujuk kepada data bermula 1 April 2021 sehingga 26 Mei 2021 sahaja, sebanyak 286 kluster tempat kerja telah dilaporkan dengan jumlah 17,087 kes. Kelapan, sejauh mana tahap kesihatan mental pekerja dan majikan yang berdepan dengan tekanan kesan pandemik COVID-19 dan apakah tindakan kementerian dalam menangani isu ini. Akhirnya yang kesembilan ialah merujuk kepada Buku Bajet 2022. Di bawah kerangka Keberhasilan Kementerian Outcome 2, decent work. Apakah justifikasi sasaran Kadar Kemalangan Pekerjaan 2021 dan 2022 lebih tinggi daripada pencapaian sebenar Kadar Kemalangan Pekerjaan 2022? Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran Maksud B.45 Butiran 020000 – Pembangunan Modal Insan. Saya ingin bertanya apakah polisi yang diambil oleh pihak kementerian terhadap pekerja Muslim yang bekerja di kedai-kedai serbaneka yang menjual arak? Ini jelas memberi tekanan dan tidak menghormati hak sebagai Muslim kepada mereka. Di sana terdapat hukum yang jelas di mana sepuluh golongan yang terlibat dengan arak akan dilaknat oleh Allah SWT. Selain daripada itu, terdapat rungutan daripada pekerja wanita Muslimah di sektor perhotelan yang mana mereka tidak dibenarkan bertudung, memakai skirt yang pendek dan tidak bersesuaian sebagai seorang Muslimah ataupun wanita Muslimah. Saya sangat berharap perkara ini diberikan perhatian yang serius oleh pihak kementerian. Isu yang terakhir, Tuan Pengerusi ialah Maksud P.46, Butiran 04700 Institut Latihan Perindustrian (ILP), Selangor. Walaupun saya hendak sebut isu ini di Kuala Krai tetapi saya cari Butiran berkaitan tidak ada. Akan tetapi saya rujuk kepada Butiran ini untuk menarik perhatian kementerian. Di Kuala Krai, terdapat sebidang tanah yang dicadangkan untuk pembinaan Institut Latihan Perindustrian (ILP). Saya ini menanyakan apakah status terkini cadangan pembinaan ILP tersebut kerana pengambilan tanah telah pun dibuat lebih daripada 10 tahun. Saya masih
mengharapkan cadangan pembinaan ini akan dapat diteruskan memandangkan Kuala Krai merupakan antara daerah yang masih belum mempunyai institusi pengajian tinggi. Sekiranya— Institusi Pengajian Lanjutan dan juga Pengajian Tinggi tidak dapat – sekurang-kurangnya dengan pembinaan ILP ini akan dapat menaikkan nilai hartanah sekitar dan manfaatnya adalah kepada warga tempatan. Tuan Pengerusi, itu sahaja ucapan saya. Terima kasih. Wassalamalaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikumsalam warahmatullah. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Ipoh Barat. Sila Yang Berhormat Ipoh Barat. It is your turn now.
Tuan Pengerusi, saya diarahkan oleh kawan saya bahawa diberi peluang kepada Yang Berhormat Batu Kawan dahulu selepas itu saya.
Boleh. Saya boleh beri kepada Yang Berhormat Batu Kawan sekarang. Saya jemput Yang Berhormat Batu Kawan atas permintaan untuk berucap awal. Sila, Yang Berhormat Batu Kawan.
Terima kasih Tuan Pengerusi di atas kebenaran dan juga desakan daripada Yang Berhormat Seputeh untuk saya membahas. Juga Yang Berhormat Ipoh Barat, kebenaran daripada Yang Berhormat Ipoh Barat untuk saya mengambil bahagian dalam perbahasan Jawatankuasa Kementerian Sumber Manusia yang berjumlah RM1.29 bilion. Tuan Pengerusi saya mulakan dengan Butiran 04300 – Institut Latihan Perindustrian Nibong Tebal, Pulau Pinang. Saya nampak ada penurunan peruntukan daripada RM2.14 juta sehingga RM500,000. Saya ingin tahu kenapa dan di mana potongan tersebut. Beralih kepada Butiran 08300 – Projek Membina Enam Pejabat Tenaga Kerja Baharu. Saya nampak ada peningkatan daripada RM15.2 juta kepada RM27.5 juta. Anggaran kos RM4.5 juta untuk setiap pembinaan bangunan baharu, saya ingin tahu di manakah pembinaan enam buah pejabat Tenaga Kerja baharu ini dan adakah negeri Pulau Pinang tersenarai untuk menerima satu pejabat baharu. Seterusnya saya menyentuh Butiran 04110 – Program Perburuhan. Tuan Pengerusi saya ingin bangkitkan dua isu mengenai Program Perburuhan ini. Satu adalah isu kemasukan pekerja asing dan kedua adalah isu pekerja asing yang lari. Hari ini kita lihat dengan berita yang kita baca mengenai isu kemasukan pekerja asing yang melalui banyak ejen. Sekurang-kurangnya 20 lebih ejen yang terlibat dalam urusan untuk membawa pekerja asing masuk ke negara kita untuk bekerja dalam pelbagai sektor. Ini bukan expat ya, ini adalah biasanya pekerja-pekerja dalam sektor-sektor pembinaan, sektor-sektor F&B, sektor domestic worker dan sebagainya. Kita tahu Malaysia juga antara negara yang tidak terkecuali daripada isu salah guna kuasa, isu rasuah, isu hak asasi manusia, terutama sekali penindasan hak-hak pekerja asing yang masuk ke negara kita. Saya ingin tahu di sini, apakah status pengambilan pekerja domestik atau domestic workers terutama sekali daripada Indonesia. Saya faham ada rundingan di antara negara kita dengan negara Indonesia. Akan tetapi saya juga mendapat tahu bahawa kos untuk memohon domestic worker ini untuk membantu wanita yang harus keluar untuk bekerja ataupun membantu untuk menguruskan rumah mereka ini, meningkat daripada kos sebelumnya. Saya faham bahawa peningkatan ini amat tinggi. Saya rasa pada di kala pandemik COVID-19 ini, satu peningkatan yang tidak justified dengan izin, akan terus membebani terutama sekali wanita yang mahu masuk ke dalam alam pekerjaan. Saya rasa adalah sedikit ironik bila Kementerian Sumber Manusia mahu menggalakkan lebih ramai wanita untuk masuk balik ke dalam alam pekerjaan. Akan tetapi
tiada kuasa atau tiada budi bicara atau kuasa rundingan untuk cap harga atau kos untuk membawa domestic worker ini ke dalam negara kita. With every increasing amount of this cost, you deter one female from going back to the workforce. Maka saya mohon bahawa pihak Kementerian Sumber Manusia bersama dengan KDN yang dikatakan gatekeeper untuk membawa masuk pekerja asing ini, akan meletakkan kepentingan rakyat ahead of kepentingan ejen untuk memastikan bahawa hanya ejen-ejen yang terpilih, ejen-ejen yang tidak mempunyai kepentingan mereka sendiri, turut serta dalam usaha kerajaan untuk membawa pekerja asing ini masuk. Kedua adalah isu pekerja asing yang lari. Tuan Pengerusi kita tahu banyak agensi, banyak majikan mengalami masalah pekerja yang lari. Sebab-sebab mengapa pekerja asing ini lari adalah banyak. Banyak pekerja asing ini menjadi mangsa penindasan. Mereka dibuli, mereka diganggu. They are harrased dan hak-hak mereka sebagai pekerja, bukan sahaja pekerja asing tetapi pekerja di Malaysia ini tidak dilindungi.
Maka, dia terus dicabuli dan terus dianiaya. So, ramai pekerja asing ini melarikan diri. Bila pekerja asing ini melarikan diri, maka majikan akan dikenakan levi oleh KDN, sama ada salah majikan atau tidak. Saya rasa kita perlu ada satu sistem dan satu formula untuk kita rungkaikan dan pastikan sekiranya majikan itu telah melakukan jenayah ataupun penindasan terhadap pekerja-pekerja asing, maka tindakan undang-undang harus diambil. Akan tetapi sekiranya pekerja asing ini melarikan diri kerana mendapat offer yang lebih baik ataupun termakan dengan umpan ejen-ejen yang lain, maka perlu ada satu jaringan untuk pastikan mereka ini tidak lenyap begitu sahaja. Ini kerana majikan melabur banyak duit untuk membawa pekerja asing ini masuk. Maka, ingin saya cadangkan, melihat kepada negara-negara yang lain, satu sistem seolah-olah mirip sistem KWSP. Di mana ada caruman kecil daripada majikan dan caruman lebih sedikit daripada pekerja asing ini dicarum dalam satu- akaun. Bukan diberi kepada majikan semata-mata, kita tidak tahu kalau majikan itu akan lari, lingkup ataupun “gulung tikar”, ataupun diberikan kepada ejen. Sama nasib dengan majikan, ejen pun boleh lari, maka saya cadangkan kalau ada satu rancangan untuk kerajaan mengikut model negara lain. Buka akaun macam EPF untuk pekerja asing ini supaya mereka ini terikat. Bila habis tempoh masa bekerja, visa itu tiga tahun, maka pekerja asing itu akan ada simpanan sedikit untuk mereka...
Masa sudah tamat Yang Berhormat. Terima kasih. Baik.
...Dan mereka juga tidak akan melarikan diri. Saya harap dengan ini kita juga dapat melihat kepada isu-isu yang lain. Sedikit lagi, Tuan Pengerusi. Isu ejen-ejen yang membuli dan juga seolah-olah macam warlords. Mereka ada- mereka katakan, “Kamu tak boleh buat laporan terhadap saya. Saya ada hubungan atau connection- kabel, dengan orang-orang besar”. Jadi, saya harap sebagai Menteri, Menteri Sumber Manusia akan bawa isu ini untuk wujudkan satu persefahaman di antara cross ministry dengan KDN, KPDNHEP dan kementerian yang lain untuk pastikan hak pekerja-pekerja asing ini juga dipelihara. Pada masa yang sama, hak-hak pekerja tempatan juga diberikan kepentingan yang sama. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan. Saya kena cari sebelah sini, nanti kita akan masukkan Yang Berhormat Ipoh Barat. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Setiu.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... [Membaca sepotong ayat Al-Quran]
Tuan Pengerusi, saya terus kepada Butiran 030200 – Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Berlaku peningkatan dalam butiran ini daripada RM125,338,500 kepada RM132,352,800. Tuan Pengerusi, kebajikan pekerja antara isu yang seharusnya diberikan keutamaan. Umum mengetahui kerajaan telah membentangkan rancangan bagi meningkatkan cuti bersalin kepada 90 hari, begitu juga paternity leave, dengan izin Tuan Pengerusi, dinaikkan kepada tujuh hari. Saya kira langkah ini amat tepat dalam memastikan kebajikan para pekerja terjamin. Namun begitu, undang-undang yang berkait dengan kebajikan pekerja masih lagi tidak mengambil kira cuti bergaji penuh mereka yang mengalami keguguran. Hal ini kerana sokongan ataupun cuti untuk mereka yang kehilangan anak dalam kandungan amatlah penting. Usaha ini bagi memberi ruang kepada pekerja wanita untuk pulih fizikal dan emosi mereka. Jika mereka terpaksa bekerja, semestinya produktiviti kerja akan terjejas disebabkan fizikal dan mental mereka yang masih belum pulih akibat daripada keguguran tadi. Oleh itu, cuti bersalin bagi wanita yang mengalami keguguran wajar dipertimbangkan. Perkara seterusnya juga berkaitan dengan kebajikan pekerja, khususnya pekerja sektor swasta. Seperti mana sedia maklum, sejak Ogos 2019, pekerja di agensi Kerajaan Persekutuan telah dilaksanakan Waktu Bekerja Fleksi (WBF), dengan izin Tuan Pengerusi, menggantikan Waktu Bekerja Berperingkat (WBB). Pelaksanaan tersebut memberi ruang kepada pegawai untuk hadir bekerja dalam tempoh waktu masuk dan waktu pulang yang ditetapkan dengan syarat memenuhi tempoh waktu bekerja sehari. Berdasarkan jawapan Timbalan Menteri tempoh hari, kerajaan akan memasukkan peruntukan baharu berhubung Waktu Bekerja Fleksibel serta cadangan pengurangan waktu kerja mingguan dalam pindaan Rang Undang-undang Kerja (Akta Kerja) 1955. Soalan saya, sejauh manakah hasil dapatan bagi pekerja yang telah mengamalkan Waktu Bekerja Fleksibel ini? Apakah inisiatif kerajaan bagi memastikan majikan-majikan di sektor swasta menyambut baik usaha tersebut? Butiran 030400 – Perhubungan Perusahaan. Seterusnya, saya merujuk kepada butiran ini. Hubungan yang baik antara majikan dan pekerja merupakan salah satu cara untuk menangani isu masalah mental dalam kalangan pekerja. Hal ini kerana berdasarkan kajian, antara punca utama penyakit mental di tempat kerja ialah beban kerja melampau. Selain tempoh masa bekerja yang panjang, kurangnya kawalan, kerja rutin, konflik antara individu, kurangnya ganjaran dan masalah organisasi. Justeru, hubungan baik antara majikan dan pekerja mampu menangani masalah ini secara efektif. Oleh itu, apakah langkah kerajaan bagi mengharmonikan hubungan antara majikan dan kerajaan? Sehingga kini, sejauh mana kempen nilai-nilai murni seperti saling menghormati telah dijalankan bagi memupuk hubungan yang baik antara kedua- dua belah pihak, sekali gus merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negara? Selain itu, Butiran 041000 – Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja. Saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian berhubung butiran ini. Apakah bentuk program? Adakah ia nya kesinambungan dengan Butiran 030300 – Hal Ehwal Kesatuan Sekerja? Butiran seterusnya ialah Butiran 030100 – Tenaga Kerja. Umum mengetahui sektor swasta merupakan salah satu sektor terpenting kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Majikan, pekerja di sektor ini perlu diberi perhatian. Seperti yang sedia maklum, baru-baru ini kerajaan telah memperkenalkan aplikasi digital, Skim MyEZ Cover iaitu pembelian takaful insurans kenderaan secara ansuran tanpa faedah serta patuh syariah. Namun begitu, skim ini hanya diberikan kepada penjawat awam serta golongan sasar daripada sektor swasta. Soalan saya, kenapakah skim ini tidak diperluaskan lagi kepada semua pekerja daripada semua sektor swasta supaya kita dapat menikmati kemudahan ini secara holistik tanpa membezakan pekerja kerajaan mahupun swasta? Sekian, Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Ipoh Barat.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Ini 030000 – Pengurusan Perburuhan Negara. Kita tahu negara kita tenat kerana tidak cukup pekerja asing sekarang. Kita perlu satu polisi yang serius, yang perlu dilipatgandakan supaya fast track membawa mereka ke negara ini. Saya tidak tahu apa yang dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri sebenarnya. Yang Berhormat, saya tahu Yang Berhormat sedang usaha. Akan tetapi kita perlu satu inisiatif dan satu polisi yang terdekat supaya membawa mereka, memberikan kebenaran supaya mereka bekerja di sini dengan seberapa segera. Akan tetapi jangan lupa, membenarkan mereka bekerja adalah satu tetapi macam mana kita hendak mengatasi buruh paksa? Saya difahamkan, setiap pekerja mungkin dia kena di antara RM6,000 ke RM10 ribu sebelum mereka masuk kerja dalam negara. Buruh paksa ini menjadi suatu perkara yang besar, Tuan Pengerusi. Di mana kita terpaksa menghadapi macam-macam sanctions oleh negara Amerika dan Eropah. Kita third tier traffic in person, macam mana kita boleh mengatasinya. Yang Berhormat sendiri telah mengakuinya recalibration telah gagal. Ada beberapa perubahan perlu dibuat. Apakah tindakan sedang diambil untuk mengatasi perkara tersebut? Mengenai Butiran 030300 - Hal Ehwal Kesatuan Sekerja. Saya tahu pengagihan wang yang telah dibuat, Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja. Saya hendak tahu Yang Berhormat, apakah yang dibuat supaya lebih ramai rakyat Malaysia menjadi anggota di kesatuan sekerja? Adakah inisiatif-inisiatif yang sedang dibuat oleh kementerian cukup? Oleh sebab saya percaya kita perlu be on the ground, untuk berjumpa mereka, pekerja- pekerja, memberitahu hak mereka dan kenapa mereka masuk di Kesatuan Sekerja. Saya semalam baru menghadiri satu seminar. Apabila saya berbincang dengan committee tersebut, mereka berkata mereka hargai Kementerian Sumber Manusia tetapi perlu lebih bantuan kepada Kesatuan Sekerja dan juga inisiatif untuk lebih ramai rakyat Malaysia masuk sebagai anggota supaya ada bargaining power yang setaraf dengan orang lain.
Tuan Pengerusi, kita hanya ada lebih kurang lima peratus pekerja di negara ini yang dikawal oleh kesatuan kerja. Butiran 030500 – Mahkamah Perusahaan. Yang Berhormat, saya telah mengatakan di Dewan ini sebelum kita menerajui kerajaan bahawa mereka membuat keputusan security of tenure. Akan tetapi, mereka tidak ada security of tenure. Saya difahamkan kita telah alih kepada sistem yang lama. Bila kita menerajui kerajaan, sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum habis kontrak Mahkamah Perusahaan mereka akan diberitahu. At least 100 days, be decent about it. Akan tetapi, sekarang Januari mereka kontrak baru direnewal hingga sekarang belum diberitahu. Silalah Yang Berhormat usaha sedikit. Tolong kepada mereka. Mereka pun manusia. Mereka pun kalau disingkirkan, mereka perlu balik ke jawatan sebagai peguam. Jangan kita menyusahkan mereka. Semasa dahulu Kabinet telah mengarahkan bahawa setiap tahun kita mengurangkan AGC punya pegawai-pegawai di Mahkamah Perusahaan, lima orang satu tahun. Adakah ini dibuat? Saya difahamkan arahan itu belum lagi betul-betul diimplementasikan. Saya harap tindakan diambil dengan seberapa segera yang boleh. Juga berapakah tunggakan kes-kes di mahkamah perusahaan? Butiran 040600 – Majlis Perundingan Gaji Negara. Yang Berhormat, saya telah kata kalau Pakatan Harapan menerajui kerajaan, sekarang kita gaji minimum RM1,400. Di Eropah, di England satu bulan EUR1,598.69. Gaji minimum pun baru dinaikkan di England dan sebagainya. Kenapakah Malaysia tidak dan enggan membuat demikian? Ini merupakan satu kegagalan yang besar. Lagi satu Butiran 041200 – Perkhidmatan Bekalan Makanan Bermasak di Institut Latihan KSM. Tuan Pengerusi, kita mengagihkan berjuta-juta Ringgit. Sekarang untuk
tahun ini RM54 juta setahun lebih. Semasa kita menerajui kerajaan, saya telah ada banyak masalah di institut-institut di mana mendapati ramai anak-anak kita tidak ada breakfast langsung. Ini kerana breakfast sana banyak teruk. Yang Berhormat sendiri mahu pergi ke kantin. Baru Yang Berhormat tahu. Lalat di sana, kucing di sana. Saya sendiri melawat semua ILPD negara ini dapati ini masalah luar- selalu dan perlu tindakan. Ini small matter tetapi anak-anak kita yang muda-muda dan miskin dari luar bandar yang datang, mereka perlu galakan. Mereka perlu pertolongan. Kita sebagai menerajui kerajaan, perlu memberi pertolongan kepada mereka dan juga nutritious food. Yang Berhormat, semua lecturers duduk di air condition office. Makanan luar biasa. Anak-anak kita yang belajar di sana, makanan banyak tidak ada guna. Ini kita perlu ingat. Saya telah cadangkan dahulu Yang Berhormat bahawa kita perlu hentikan kontrak- kontrak yang diberi kepada mereka. Mereka you tahu semua Yang Berhormat, semua ada connection punya. Itu fasal dia ada di sana dan ramai antara kontrak-kontrak yang menjalankan memberi makanan di kantin-kantin semua tauke lumayan dari parti-parti politik yang besar. UMNO dan sebagainya. Kita perlu ambil tindakan yang tegas. Tolonglah anak-anak kita Yang Berhormat. Lagi satu Yang Berhormat adalah...
Masa dah tamat dah Yang Berhormat Ipoh Barat.
Ya?
Masa dah tamat.
Ya, satu minit sahaja.
Okey. Last.
Ini PERKESO dan HRDF. Langsung tidak disebut dalam financial estimate budget kali ini. Yang Berhormat, berbilion-bilion diagihkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk PERKESO dan HRDF. Akan tetapi, macam mana mereka tidak dikawal selia oleh Parlimen. Saya nampak di sini. Saya telah baca di buku ini. [Menunjukkan buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2022] Tidak sebut satu paragraf pun mengenai HRDF atau SOCSO. Menunjukkan ada sesuatu yang- bukan sembunyikan tetapi mungkin di lain-lain telah disenaraikan di lain tempat. SOCSO saya difahamkan diagihkan lebih kurang RM100 bilion or RM15 billion, saya rasa. Macam mana kita tidak tahu macam mana ia diguna pakai. Adakah sasaran dia telah capai dan apakah yang dibuat? Berapa ramai telah digaji kan? Yang Berhormat Menteri jawab semasa bila ditanya soalan tetapi dalam buku ini tidak disenaraikan. Saya harap Yang Berhormat akan membuat satu inisiatif. There must be correction. So that we played a part of check and balance, Tuan Pengerusi.
Baik.
Juga dengan HRDF. Juta-juta diagihkan untuk training tetapi difahamkan Finance Ministry mengatakan pada dasarnya. Akan tetapi dalam buku ini tidak dinyatakan di kementerian dan wang itu digunakan oleh kementerian. Saya tidak mahu esok hari Yang Berhormat disiasat oleh agensi-agensi katakan wang telah diagihkan di sini dan Yang Berhormat apa hendak kata Tidak tahu? Tidak boleh. Buku ini tidak nyatakan berapa diagihkan, macam mana ia digunakan dan apa untuk- apa benefitsnya? Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Kemaman.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi memberi kesempatan untuk saya bersama dalam membahaskan di Peringkat Jawatankuasa Kementerian Sumber Manusia.
Tuan Pengerusi, di bawah Butiran 030100 – Tenaga Kerja. Saya ingin menyentuh beberapa isu yang berkaitan. Pertama, isu kekurangan kerja kira-kira 75 ribu orang pekerja di ladang sawit telah menjejaskan produktiviti pengeluaran minyak sawit mentah yang disasarkan sebanyak 20 juta tan metrik pada tahun ini. Isu ini susulan pembekuan pengambilan pekerja asing sejak Perintah Kawalan Pergerakan yang pertama tahun lepas. Justeru, adakah perancangan drastik daripada pihak kerajaan kementerian khususnya, bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan dengan kadar segera? Seterusnya kedua, selain sektor perladangan, sektor pembinaan turut mengalami kekurangan tenaga kerja yang serius susulan tidak ramai pekerja warga tempatan yang berminat untuk bekerja dalam sektor 3D iaitu industri yang kotor, bahaya dan sukar. Hal ini menyebabkan terdapat beberapa projek besar kendalian kerajaan turut tergendala ekoran kontraktor yang bergantung pada pekerja warga asing bagi kerja-kerja dalam kategori tersebut menghadapi kesukaran untuk menepati jadual pembinaan meskipun sektor pembinaan merupakan antara sektor terawal yang dibenarkan beroperasi sepenuhnya dalam fasa pemulihan pandemik COVID-19. Oleh itu, adakah kerajaan berhasrat untuk melaksanakan inisiatif-inisiatif tertentu yang lebih kompetitif bagi membantu para kontraktor dalam usaha menarik lebih ramai warga tempatan untuk menyertai industri ini? Seterusnya yang ketiga, saya ingin menyentuh mengenai waktu kerja fleksibel. Saya telah meneliti jawapan kementerian berhubung dengan cadangan waktu kerja fleksibel bagi golongan wanita. Iaitu dengan memasukkan cadangan pengurangan waktu kerja mingguan bagi wanita dalam pindaan Akta Kerja 1955. Saya amat bersetuju dengan peruntukan baharu tersebut kerana ia berpandangan di sana terdapat keutamaan untuk para wanita mengimbangkan antara kerjaya dan juga keluarga. Namun, sejauh manakah komitmen pihak kerajaan untuk menguatkuasakan pindaan akta ini agar majikan sektor swasta turut mematuhinya? Seterusnya Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh mengenai hasil kajian gaji minimum yang telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Teknikal Perundingan Gaji Negara (JTPGN) di bawah Butiran 040600 – Majlis Perundingan Gaji Negara. Adakah kajian tersebut telah selesai dibentangkan sepenuhnya kepada MPGN? Sekiranya telah dibentangkan, apa penilaian MPGN terhadap kajian tersebut dan sejauh manakah komitmen kerajaan untuk segera mengumumkan suatu paras gaji minimum baharu bagi meringankan beban rakyat yang kini terbeban ekoran dengan peningkatan barangan keperluan asas dalam jumlah yang agak besar pada hari ini. Seterusnya Tuan Pengerusi, kita maklum bahawa kerajaan perlu melihat kerangka ekosistem yang lebih menyeluruh dalam soal pengajian ini termasuklah aspek keupayaan majikan untuk membayar gaji pekerja. Namun, had gaji minimum pada ketika ini merupakan nilai yang sama untuk gaji asas kira-kira 10 atau ke-15 tahun yang lepas. Sedangkan inflasi yang berlaku saban tahun meningkatkan harga dan menurunkan nilai wang tersebut. Lalu kuasa beli rakyat semakin menurun dan memberi kesan yang amat besar terhadap beban hidup rakyat.
Oleh itu, saya mohon penjelasan kerajaan mengenai langkah-langkah jangka panjang kerajaan bagi menambah baik kitaran ekonomi ini agar gaji minimum yang diterima pekerja mampu menampung kos sara hidup yang semakin tinggi hari ini terutama bagi rakyat yang menetap di kawasan-kawasan bandar. Seterusnya, Tuan Pengerusi di bawah Butiran 041100 – Program Perburuhan. Saya ingin menyentuh mengenai pendidikan perburuhan sebagai salah satu mekanisme yang dilaksanakan ke arah membina warga pekerja dan majikan yang bermaklumat dan berpengetahuan tentang undang-undang perburuhan negara melalui program-program berbentuk dialog industri, ceramah dan juga seminar. Soalan saya, sejauh manakah program pendidikan perburuhan ini dilaksanakan di negara ini? Apakah inisiatif yang diambil oleh kerajaan bagi memperluaskan kewujudan program pendidikan seumpamanya ini bagi menggalakkan lebih ramai pekerja dan
majikan menyertainya bagi membangunkan pekerja dan majikan yang celik mengenai hak-hak mereka sebagai seorang pekerja dan juga sebagai majikan? Seterusnya yang terakhir Tuan Pengerusi, di bawah Butiran 041000 – Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja. Saya mohon perincian pihak kementerian mengenai pertambahan peruntukan tahunan pada tahun 2022 lebih sekali ganda berbanding dengan tahun 2021 iaitu sebanyak RM2.6 juta, manakala, RM1.1 juta pada tahun sebelum ini. Saya mohon penjelasan kementerian, apakah bentuk program hal ehwal kesatuan sekerja sehingga melibatkan peruntukan sekali ganda lebih besar pada tahun 2022? Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Kemaman. Seterunya, saya menjemput Yang Berhormat Pokok Sena.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. B.46 Butiran 020000 – Pembangunan Modal Insan. Dalam buku besar TVET ini, dalam prestasi outcome program iaitu pengarusperdanaan TVET. Di tulis di sini peratusan lepasan sekolah memasuki TVET pada tahun 2020 iaitu pencapaian sebenar 20.50 peratus. Tahun 2021 disebut di sini sasaran ialah 15 peratus. Saya hendak tahu berapa pencapaian yang sebenarnya tahun 2021 sehingga kini? Ini sebab dilihat untuk tahun 2022 sasaran ialah 18 peratus. Begitu juga dengan peratusan peningkatan tenaga pengajar TVET yang dilatih semula (reskilling dan upskilling) iaitu pada tahun 2020, pencapaian sebenar ialah 34 peratus. Tahun 2021 sasaran ialah 15 peratus. Jadi berapa peratus sebenarnya yang telah diberikan latihan semula dan sasaran untuk tahun hadapan itu, 15 peratus? Saya hendak timbulkan ini ialah kerana saya melihat bahawa pertama sekali dalam pembangunan modal insan ini, bajet agak menurun berbanding dengan tahun 2021. Sedangkan saya lihat bahawa program TVET ini harus diberikan perhatian apabila tercatat soal outcome pengarusperdanaan TVET— kita harus mengarusperdanakan TVET dan ini seharusnya diberikan tumpuan yang lebih serius. Apa yang membimbangkan saya ialah dalam beberapa bulan sudah, ada satu kenyataan telah pun disebut bahawa lebih kurang 16 buah pusat bertauliah yang berdaftar di bawah JPK ini telah pun ditutup kerana ia tidak boleh beroperasi akibat daripada PKP. Diberitahu juga 179 pusat bertauliah pula nyawa-nyawa ikan. Jadi apakah langkah- langkah yang diambil untuk membantu pusat-pusat bertauliah ini? Saya tidak sempat bertanya tadi — hendak bangkit kepada Kementerian Pembangunan Usahawan sebab ini juga harus dilihat dalam konteks pembangunan usahawan. Mereka ini juga usahawan. Jadi macam mana mereka hendak membiayai kos. Walaupun ada diberikan skim subsidi upah tetapi ia tidak mencukupi, hanya ada beberapa bulan sahaja diberikan tetapi selepas daripada itu oleh sebab mereka bergantung pada kemasukan pelajar. Apabila pelajar tidak masuk, jadi mereka tidak boleh hendak beroperasi dan tidak ada income (pendapatan) yang mereka perolehi daripada yuran dan sebagainya. Jadi menyebabkan ada 16 telah pun ditutup dan selebihnya itu berhadapan dengan keadaan yang sangat meruncing. Jadi ini yang saya hendak minta. Apakah langkah-langkah yang dibuat oleh kementerian khususnya JPK dalam melihat masalah-masalah pusat bertauliah ini? Tahun ini memang saya difahamkan bahawa kemasukan pelajar begitu dingin dan oleh sebab perubahan sistem pelajaran hari ini. Kemasukan pelajar itu — mereka hendak kena tunggu lepas bulan tiga tahun hadapan. Jadi apa persiapan yang dibuat oleh kementerian untuk menghadapi selepas bulan tiga ini. Khususnya ialah kempen, promosi TVET ini. Mengarusperdanakan TVET ini perlu dibuat tetapi saya tidak nampak sekarang ini ada promosi yang untuk meyakinkan orang. Ini sebab saya melihat selepas daripada PKP, ibu bapa dan keluarga ini agak bimbang untuk menghantar anak ke pusat-pusat latihan kemahiran ini. Mereka takut dan sebagainya.
Jadi kita perlu ada keyakinan. Sebelum itu mereka tidak yakin adakah boleh masuki pasaran pekerjaan ataupun tidak. Akan tetapi sekarang kebimbangan mereka terhadap isu-isu yang berkaitan dengan COVID. Jadi oleh sebab itu saya minta bahawa satu promosi perlu dibuat dan satu bantuan patut diberikan kepada pusat-pusat bertauliah ini untuk mereka bangkit semula. Kemudian ialah berkaitan dengan Butiran 030100 – Tenaga Kerja. Saya hendak sebut pertama sekali Yang Berhormat dalam satu kenyataan baru-baru ini ada menyatakan 500,000 peluang pekerjaan dalam sektor 3D. Jadi saya hendak minta pecahan 500,000 itu mengikut sektor iaitu sektor perkilangan, sektor pembinaan, sektor perhotelan, servis, perladangan, pertanian dan sebagainya. Jadi pecahan dari 500,000 itu berapa? Akhir sekali walaupun banyak lagi sebenarnya perkara yang saya hendak sebut tetapi saya harap bahawa Tuan Pengerusi berikan yang terakhir tetapi ada lagi sebenarnya.
Baik.
Saya hendak minta iaitu dalam perkara yang berkaitan dengan Butiran 030200 – Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Akan tetapi saya tidak direct kepada JKKP tetapi saya hendak direct kepada PERKESO. Ini sebab tidak ada butiran yang berkaitan dengan PERKESO oleh sebab ia merupakan satu badan berkanun. Jadi berkaitan soal penambahbaikan yang perlu dibuat oleh PERKESO dalam isu yang berkaitan dengan memberikan faedah kepada pencarum, orang yang diinsuranskan. Iaitu yang berkaitan dengan masalah faedah pengurusan jenazah atau mayat. Kalau kita lihat yang telah dibuat oleh PERKESO ialah bayaran pembayaran kos penghantaran pulang jenazah pekerja asing sampai RM4,500 sekiranya jenazah itu dibawa pulang ke negara asal termasuk kes bukan bencana pekerja berkuat kuasa 1 Oktober 2019. Maknanya ini telah dilakukan. Bayaran pembayaran kos penghantaran pulang jenazah kepada pekerja tempatan yang melibatkan interregional migrant iaitu daripada Semenanjung ke Sabah, Sarawak ataupun dari Sabah, Sarawak ke Semenanjung termasuk juga bukan bencana pekerja berkuat kuasa 2021 iaitu April. Jadi apa yang saya hendak cadangkan ialah apakah boleh dipertimbangkan semua pencarum yang aktif semasa mencarum, melalui Akta 4, 7, 8, 9 ini diberikan faedah pengurusan jenazah kepada waris bagi meringankan beban waris yang ditinggalkan. Maknanya meliputi semua faedah tersebut. Ini kerana buat masa ini faedah pengurusan mayat hanya terbit sekiranya cukup kelayakan caruman untuk di bawah skim keilatan ataupun meninggal akibat bencana kerja. Kalau lain daripada itu tidak dapat. Maknanya ini yang perlu diberikan pertimbangan. Namun saya bersetujulah bahawa kelayakan bayaran pencen ilat yang terbit di bawah skim keilatan bencana kerja itu dikekalkan mengikut syarat yang sedia ada. Cuma saya minta itu satu sahaja untuk dipertimbangkan supaya diberikan faedah pengurusan ini kepada semua. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Pokok Sena. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tebrau.
Terima kasih Tuan Pengerusi mengizinkan saya sertai perbahasan ini. Butiran yang pertama yang saya sertai ialah Butiran 020100 – Pembangunan Tenaga Manusia. Tuan Pengerusi, sekiranya rakyat kita tidak berminat dengan kerja 3D (dirty, dangerous, dan difficult) yang sedia ada, apakah langkah kerajaan yang diambil untuk mengatasi masalah ini agar tidak mengancam majikan yang memerlukan pekerja?
Adakah kerajaan bersedia untuk menggantikan tenaga buruh seperti sektor perladangan kepada pembangunan tenaga teknologi secara artificial intelligent technology yang menggunakan mesin untuk melakukan tugasan seperti di negara maju daripada segi perladangan, pertanian, perkilangan serta perkhidmatan khususnya restoran-restoran dan medan selera yang memerlukan ramai tenaga manusia. Walaupun kerajaan ingin ambil langkah-langkah sedemikian, ini akan mengambil masa sekurang- kurangnya tiga hingga lima tahun dalam proses menuju ke arah menggantikan buruh. Kerajaan harus meneruskan program pengambilan pekerja asing dan mengurangkan secara berperingkat. Kalau tidak, majikan tetap akan mengambil pendatang tanpa izin. Kalau tidak, mereka tidak boleh berniaga. Maka saya tidak lihat ini akan menyelesaikan masalah PATI tetapi menggalakkan lebih ramai PATI datang ke negara kita. Kalau kita tidak menangani isu dengan baik walaupun kita hendak mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing tetapi sebelum itu kita mesti ada langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah ini. Butiran yang seterusnya adalah Butiran 020200. Tuan Pengerusi, di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas, kerajaan akan memberi tumpuan kepada sembilan bidang utama dan salah satu adalah memperkukuhkan pemangkin pertumbuhan ekonomi. Agenda MyDIGITAL dan diikuti dengan Dasar IR 4.0 negara yang digariskan dalam RMKe-12. Langkah mempercepat penggunaan teknologi dan inovasi akan ditumpukan kepada pendigitalan dan teknologi termaju termasuk teknologi IR 4.0. Oleh yang demikian, adakah rakyat kita sudah mencapai tahap kemahiran dan cekap serta memenuhi jawatan dalam sektor digital? Adakah kerajaan yakin dengan pelan tindakan yang disediakan akan menambah peluang pekerjaan yang berkemahiran? Tuan Pengerusi, kerajaan juga seharusnya membantu usahawan dalam tiga sektor utama yang merupakan industri yang berintensifkan buruh. Bagi menggerakkan penggunaan teknologi IR 4.0 di mana teknologi IR 4.0 adalah keupayaan kuasa pemprosesan yang tinggi dan disokong dengan keupayaan penstoran digital yang memacu kepada penghasilan produk berteknologi tinggi. Oleh yang demikian, sekiranya kerajaan mentransformasikan penggunaan teknologi tinggi, ia dapat menyelesaikan permasalahan atau isu daripada segi kelulusan permit pekerja asing daripada tiga sektor utama iaitu sektor perladangan, perkhidmatan dan perkilangan kerana tiada keperluan kepada pekerja-pekerja lagi. Bagi menjayakan perkara tersebut, kerajaan seharusnya menggalakkan pelabur- pelabur untuk membuat pelaburan bagi membangunkan teknologi IR 4.0 di dalam negara. Selain dapat mengurangkan kos operasi, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berteknologi tinggi serta dapat melatih tenaga mahir bagi mengendalikannya. Dengan kejayaan langkah-langkah ini agar negara kita boleh dibebaskan daripada kebergantungan kepada pekerja asing. Tuan Pengerusi, Program Subsidi Upah (PSU) dalam pembayaran bantuan subsidi upah di bawah Pakej Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) di bawah PERKESO khusus untuk merangsang pengambilan pekerja oleh majikan dan pencarian pekerjaan kepada pencari kerja. Sejauh manakah keberkesanan PENJANA dan PEMULIH dalam memberi impak kepada negara serta jumlah dan bilangan orang yang telah menjadi contoh di atas keberkesanan program ini? Saya perlu 30 saat lagi ya, untuk sentuh butiran terakhir.
Ya, sila.
Butiran yang terakhir adalah Butiran 041200 – Perkhidmatan Bekalan Makanan Bermasak di Institut Latihan KSM. Tuan Pengerusi, di bawah butiran tersebut, sebanyak RM54 juta telah diperuntukkan bagi tahun hadapan berbanding tiada pada tahun ini. Bolehkah kerajaan memperincikan jenis makanan bermasak dan berapa peserta yang terlibat di institusi latihan tersebut serta berapa kekerapan program atau latihan yang dilaksanakan di institusi tersebut yang memerlukan bajet sebanyak RM54 juta? Itu sahaja perbahasan daripada saya, saya mohon menyokong bajet ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Setiawangsa.
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Setiawangsa ingin menyentuh pertama sekali Butiran 030100 – Tenaga Kerja dan Butiran 030000 – Pengurusan Perburuhan Negara. Pertama sekali tentang soal pekerja gig. Khazanah Research Institute (KRI) dalam Laporan The State of Households 2020 Part 2 menyatakan pekerja ekonomi gig sebagai dengan izin, defining features sektor perburuhan di Malaysia. Bila kita bercakap tentang soal ekonomi gig, bila kita buat risalah, promosi dan sebagainya, yang banyak dicetak adalah gambar-gambar pekerja gig berkemahiran tinggi. Pekerja IT malah dengan izin, freelance professional tetapi hakikatnya majoriti besar pekerja gig yang ada di negara kita adalah pekerja tidak mahir seperti pemandu ride sharing dan juga penghantar makanan. Namun, mereka telah memainkan peranan yang sangat besar dalam soal ekonomi negara kita, menjadi barisan depan, bergelut dengan COVID-19 ketika kita duduk di rumah ketika PKP. Masalahnya ialah tiada platform yang ada buat masa ini untuk mereka. Tidak ada kerangka sebagaimana untuk pekerja tetap ataupun untuk pemilik perniagaan dan mereka masih dianggap bekerja sendiri. Anggaran Bank Dunia menyatakan lebih suku tenaga kerja yang ada di Malaysia ataupun 3.8 juta orang terlibat dalam ekonomi gig. Kita lihat berita terbaru, penyenaraian Grab yang dinilai USD40 bilion atau hampir RM170 bilion atau lebih separuh daripada Belanjawan Malaysia untuk 2022 yang kita bincang pada hari ini. Begitu juga Delivery Hero yang memiliki Foodpanda. Mereka mencatatkan keuntungan suku yang terbaik pada suku ketiga 2021, 854 juta Euro ataupun RM4.082 bilion, kenaikan 88 peratus daripada tempoh yang sama pada tahun yang lepas. Sehingga hari ini, mereka dilayan kononnya sebagai kontraktor bebas. Jadi, tidak dianggap sebagai pekerja namun pada hakikatnya kalau kita tahu pada hari ini, banyak daripada mereka yang memandu aplikasi ini ataupun menggunakan aplikasi ini, mereka tidak dibenarkan menggunakan aplikasi pihak pesaing. Jadi, fiction tentang independent contractor itu adalah tidak betul. Ramai lepasan sekolah, ramai golongan yang kehilangan kerja malah graduan terpaksa menjadi pekerja gig terutamanya ketika COVID-19. Kita sepatutnya melihat kepada perkembangan perundangan di Amerika khususnya di California dan United Kingdom untuk merangka kerangka perundangan untuk pekerja-pekerja ekonomi gig. Sampai bila lagi kita nak biarkan perkara ini berlarutan? Seterusnya tentang masalah gaji dan upah, juga di bawah butiran yang sama. Pasaran pekerja hari ini ialah pasaran majikan ataupun employers market yang menekan gaji graduan. Banyak kes pemegang diploma dibayar gaji diploma tetapi majikan mahukan output pemegang sarjana muda. Ketiga, saya ingin bertanya tentang perincian MYFutureJobs. Di bawah butiran yang sama, pecahan kelulusan pendidikan tertinggi pengguna MYFutureJobs dan pecahan keperluan pendidikan pekerjaan yang diiklankan di dalam portal tersebut. Yang difahamkan adalah banyak pemohon yang mempunyai kelulusan universiti tetapi pekerjaan yang disediakan tidak memerlukan pekerja-pekerja yang lulus universiti. Cukuplah kita asyik menyalahkan IPT, menyalahkan graduan kononnya tidak mempunyai kemahiran yang setara dengan pasaran apabila sebenarnya kesalahannya terletak di bahu kita kerana gagal membina kerangka ekonomi yang sesuai, yang berkemahiran tinggi untuk anak-anak kita pada hari ini. Graduan yang dilahirkan di negara kita pada hari ini tiga kali ganda berbanding pekerjaan yang dicipta setiap tahun. Jadi, ini satu krisis yang sangat besar dan dalam masa yang terakhir ini hanya ada dua perkara lagi. Bawah butiran yang sama juga, Skim JaminKerja Keluarga Malaysia.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] Setiawangsa ingin bertanya, apa ukuran kejayaan program ini, dan apakah perancangan jangka masa panjang untuk memastikan pekerja-pekerja yang dilahirkan merupakan pekerja yang mahir dan produktif? Terakhir, Setiawangsa ingin menyentuh Butiran 030400 – Perhubungan Perburuhan di bawah Pengurusan Perburuhan Negara, Kod 10000 tentang soal perhambaan moden. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan kerana telah memenuhi piawai Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) untuk mengelak perhambaan moden ataupun yang kita panggil buruh paksa ataupun buruh kanak-kanak. Dalam Laporan Pemerdagangan Manusia 2021, Malaysia masih lagi berada pada tahap paling rendah iaitu tahap tiga. Jadi, Setiawangsa ingin menyarankan agar Malaysia mengikut arus pembangunan perundangan perburuhan dalam perkara ini dan semua pihak sama ada kerajaan, GLC dan pihak swasta mengikut panduan yang disediakan oleh pihak kementerian dan juga ILO.
Terima kasih Yang Berhormat Setiawangsa. Yang Berhormat Kuala Langat, sila.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak refer ke Kod 20000 – Perkhidmatan dan Bekalan. Tuan Pengerusi, isu pekerja asing di dalam negara kita sudah bincang lama dan lama sekali. Tapi saya nampak sampai sekarang kita tidak ada satu penyelesaian atas isu ini. Daripada 252 buah syarikat yang saya dapat, kekurangan pekerja ialah 22 ribu. Ini oleh FMM yang ada membership sampai 3,500 buah syarikat di dalam negara kita. Kita ialah satu-satu negara di mana pembinaan ataupun manufacturing sector memberi 23 peratus kepada GDP negara kita di dalam tahun 2020. Akan tetapi, dengan kekurangan pekerja, kita telah menurun 44 peratus dengan pekerja asing, produktiviti kita pun mengurang. Itu bermakna percukaian kepada kerajaan ataupun GDP kita akan turun. Memang orang kita tidak suka bekerja dalam kerja 3D iaitu dangerous, dirty and difficult. Ini akan ada impak yang besar kepada sektor pembinaan ataupun manufacturing dan supply chain di dalam negara kita. Kita ialah sebuah negara di dalam kawasan ini di mana kita ialah key player in the region as far as manufacturing is concern. Saya faham bahawa kita hendak menuju kepada IR4.0 dan kita ada hasrat untuk membangunkan negara, tetapi masalah depan kita, Tuan Pengerusi, ialah bagaimana negara kita akan serap survival negara kita di dalam dua tahun yang ada di depan kita sangat penting untuk negara kita. Kita mesti mengadakan program, kita kena kompromi dan kena buat apalah juga untuk keselamatan negara dan juga produktiviti kita untuk masa depan yang akan datang. Sebab itu saya minta kementerian untuk bersama-sama dengan kementerian yang lain ini untuk cepat memproses ataupun dapatkan satu SOP yang ketat yang boleh membangunkan balik manufacturing sector kita dengan cara macam mana kita hendak adakan pekerja-pekerja. Adakah dia daripada pekerja asing ataupun pekerja tempatan? Tapi bila saya dengar selalu, beberapa kementerian katakan kita kena gunakan pekerja- pekerja tempatan. Masalah di bawah bila kita bincang dengan FMM dan agensi-agensi berkenaan, susah untuk mereka dapatkan pekerja-pekerja dari kawasan ataupun dari Malaysia. Sebab itu saya ingat kita sampai sudah di dalam satu taraf di mana we have to make a decision. Apakah yang kita akan lakukan? Ini bukan saja manufacturing sector, perladangan pun ada masalah besar juga. So, saya mintalah Yang Berhormat Menteri
dengan Kabinet untuk buat satu keputusan yang bijaksana untuk masa depan yang akan datang. Saya pun hendak tanya Yang Berhormat Menteri juga sebab kita dengar cerita di mana Malaysia ini dianggap sebagai sebuah negara yang ada force labour, Tuan Pengerusi. Can the Minister please give me a definition of “forced labour” in the context of Malaysia? Apa erti “forced labour” ini di Malaysia? Amerika Syarikat dan negara-negara Barat menggunakan istilah ini untuk halang pengeksportan kita kepada negara-negara yang lain. Adakah kita akan tahan negara kita di mana- kalau tanya sayalah ya, force labour itu tidak ada. Memang ada masalah dengan labour di dalam negara kita tetapi force labour ini, saya minta kerajaan untuk lawan dan lawan kuat untuk menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia ini bukanlah sebuah negara di mana kita gunakan force labour untuk kemajuan negara kita. Ini penting untuk kita tahan maruah dan juga standard kita kepada dunia. So, inilah sedikit, Tuan Pengerusi, yang saya hendak bawa kepada Yang Berhormat Menteri dan saya harap Yang Berhormat Menteri boleh jawab dalam penggulungan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Yang Berhormat Kalabakan, dipersilakan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin mengambil bahagian. Butiran pertama Butiran 030100 – Tenaga Kerja. Butiran ini mendapat peruntukan RM112.5 juta. Saya ingin bertanya, apa usaha khidmat nasihat kementerian kepada majikan-majikan yang terpaksa melaksanakan pemberhentian kerja sementara atau layoff, misalnya dalam bentuk penutupan sementara syarikat— temporary shut down dalam masa kegawatan ekonomi semasa pandemik? Adakah kementerian memantau majikan demi memastikan pekerja dibayar gaji berpatutan demi kesinambungan kehidupan pekerja? Jika majikan melaksanakan pemberhentian sementara, maklumat tempoh pemberhentian sementara dilaporkan pada Jabatan Tenaga Kerja untuk tujuan pemantauan sama ada pekerja tersebut diambil semula bekerja atau ditawarkan pemberhentian secara sukarela atau VSS atau pemberhentian tetap pada masa hadapan. Butiran kedua, Butiran 040500 – Elaun Pelajar Pra-Perkhidmatan. Butiran ini diperuntukkan RM3.7 juta. Saya ingin bertanya, siapakah yang berkelayakan mendapat elaun yang diperuntukkan? Apakah bidang-bidang perkhidmatan yang dikhususkan dalam butiran ini? Seterusnya, saya juga ingin menyentuh Butiran 030000 – Pengurusan Perburuhan Negara. Pada 29 November 2021, semalam, harga CPO sawit adalah pada paras RM5,309 satu tan. Namun, adakah pengusaha ladang sawit khususnya di Sabah dapat meraih keuntungan yang tinggi daripada harga ini? Perbelanjaan industri kelapa sawit Sabah jauh lebih tinggi berbanding dengan Malaysia Barat terutamanya kos buruh dan pengangkutan iaitu melibatkan kira-kira 20 peratus daripada kos keseluruhan. Sabah yang merupakan pengeluar utama minyak sawit negara berdepan dengan isu kekurangan pekerja yang semakin kritikal sekali gus akan memberi kesan besar kepada pendapatan dan ekonomi negara sekiranya isu ini tidak diselesaikan. Dimaklumkan bahawa 32,000 pekerja asing bagi sektor perladangan telah diluluskan tetapi ianya tidak terpakai untuk Sabah dan Sarawak memandangkan kedua- dua wilayah ini mempunyai Ordinan Buruh yang tersendiri. Sehubungan itu, saya memohon penjelasan kerajaan, apakah peranan yang boleh dimainkan Kerajaan
Persekutuan khususnya Kementerian Sumber Manusia bersama-sama kerajaan negeri bagi mencari solusi bagaimana ingin menyelesaikan masalah ini?
Saya juga ingin mendapatkan perincian, mengapakah pekerja tempatan tidak berminat untuk bekerja di sektor perladangan sawit setelah pelbagai program yang telah dibuat oleh kerajaan bersama-sama dengan syarikat perladangan? Berapa jumlah kos pengambilan seorang pekerja asing termasuk kos penginapan, visa dan lain-lain berbanding dengan pengambilan seorang pekerja tempatan. Apakah kelebihan-kelebihan yang ditawarkan kepada pekerja tempatan? Terakhir, dalam butiran ini apakah status terkini Program Rekaliberasi Tenaga Kerja yang dibuat oleh kerajaan bagi menjadi penyelesaian jangka pendek masalah kekurangan buruh tenaga kerja di ladang-ladang sawit di seluruh negara? Seterusnya Butiran 040600 – Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) yang diperuntukkan RM950 ribu bagi tahun 2022 iaitu jumlah yang sama pada tahun 2021. Apakah dapatan kajian impak dan kajian semula Perintah Gaji Minimum 2020 yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal Perundingan Negara kepada MPTGN? Apakah syor-syor yang diberikan mengenai liputan gaji minimum? Saya juga ingin tahu apakah kaedah terkini yang diguna pakai bagi menetapkan gaji minimum di Sabah memandangkan majoriti daerah miskin adalah terdapat di Sabah? Terakhir, Butiran 040800 – Program Latihan Kemahiran. Sebanyak RM3.4 juta diperuntukkan pada tahun hadapan berbanding tahun lalu, tahun ini RM3.5 juta. Saya ingin penjelasan tentang berapakah jumlah syarikat swasta yang mengambil peranan dalam memberikan bantuan dan program berbentuk latihan kepada mereka yang hilang pekerjaan khususnya syarikat-syarikat yang telah mendapat keuntungan besar semasa tempoh COVID-19 ini? Saya juga ingin tahu, sepanjang tempoh COVID-19 sehingga ke hari ini industri manakah yang paling terkesan dan industri manakah yang masih banyak menawarkan pekerjaan? Adakah latihan dan program-program baharu yang ditawarkan oleh kementerian yang berbeza dengan program-program sebelum ini khususnya dalam Parlimen mendepani realiti pekerjaan normal baharu. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Yang Berhormat Dungun, silakan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 020100 – Pembangunan Tenaga Manusia. Peruntukan dikurangkan untuk tahun 2022. Daripada maksud sebahagian daripada Pembangunan Industri 4.0 ialah melibatkan internet of things dan melibatkan juga penggunaan robot menggantikan tenaga manusia. Bukan sahaja pada sektor-sektor pembuatan tetapi juga kepada sektor perkhidmatan YANG telah mula adanya penggunaan robot menggantikan tenaga manusia. Oleh itu, apakah pengurangan yang diberikan dari Bajet 2022 ini adalah kerana masalah yang mungkin akan timbul daripada isu ini? Seterusnya, sejauh manakah penyediaan dan menjalankan program latihan prapekerjaan yang dilakukan oleh kementerian pada waktu ini telah memenuhi kehendak keperluan sektor perindustrian di Malaysia? Ketiga, adakah kementerian melakukan jalinan kerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi bagi memastikan institut pengajian tinggi melaksanakan syllabus yang relevan dengan kehendak pasaran? Kementerian Sumber Manusia sepatutnya memberikan input pekerjaan yang diperlukan. Maka hasil daripada input tersebut graduan yang akan dilahirkan akan diselaraskan ke arah keperluan itu. Keempat, apakah bentuk
latihan yang dibuat bagi meningkatkan taraf kemahiran pekerja sedia ada untuk sektor perindustrian? Butiran 030100 – Tenaga Kerja. Apakah kempen-kempen yang telah dibuat oleh kementerian bagi meningkatkan kesedaran perburuhan di kalangan pekerja di seluruh negara? Kedua, apakah bentuk usaha oleh kementerian dalam mengutamakan dan memperluaskan peluang pekerjaan kepada warganegara terutamanya dalam sektor pembuatan? Ketiga, apakah tindakan kementerian untuk mewajibkan majikan mewujudkan suasana perburuhan yang kondusif dan selesa di tempat kerja? Butiran 030300 – Hal Ehwal Kesatuan Sekerja. Pertama, apakah bentuk perincian program yang dilaksanakan dalam hal ehwal kesatuan sekerja? Kedua, sejauh manakah kesatuan sekerja secara umumnya membantu dalam menyuarakan isu-isu berkaitan kebajikan pekerja? Tuan Pengerusi, dalam negara menuju tahun baharu 2022, maka peranan kesatuan sekerja bukan sahaja menjaga kepentingan dan kebajikan pekerja tetapi kesatuan sekerja juga mesti menjadi agen perubahan bagi pihak kerajaan. Setakat manakah usaha-usaha kementerian membawa usaha kemajuan kepada kesatuan- kesatuan sekerja dalam negara kita? Seterusnya Butiran 040600 – Majlis Perundingan Gaji Negara. Pertama, adakah kajian impak dan kajian semula Perintah Gaji Minimum (PGM) 2020 sudah dibentangkan suku ke-empat tahun ini oleh Majlis Perundingan Gaji Negara?Kedua, jika ia sudah dibentangkan, apakah hasil kajian tersebut? Adakah garis gaji minimum akan dinaikkan pada masa terdekat ini memandangkan kos sara hidup yang sangat tinggi sekarang ini? Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Yang Berhormat Kepong. Silakan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 041100 – RM700 ribu, Butiran 041200 – Perkhidmatan Bekalan Makanan Bermasak di Institut Latihan KSM berjumlah RM54 juta dan Butiran 050100 – Harta Modal berjumlah RM633,400. Ketiga-tiga butiran ini tahun ini tiada tetapi tahun depan diberi peruntukan. Saya hendak tahu tujuan ketiga-tiga butiran ini? Mengapa tahun ini tidak ada, tahun depan diberikan? Juga, tempat dan tarikh ketiga-tiga program ini dilakukan? Seterusnya saya merujuk kepada Butiran 030000 – Pengurusan Perburuhan Negara. Saya hendak ambil kesempatan ini untuk menyentuh isu berkenaan kebenaran bekerja bagi pemegang kad UNHCR atau golongan pelarian. Mereka ini lari dari negara asal atas sebab peperangan yang berpanjangan, penganiayaan daripada kerajaan sendiri atau banyak lagi alasan. Ini pula bertentangan dengan kepercayaan sesetengah individu dan ahli politik Malaysia yang beranggapan mereka ini datang ke negara kita untuk mencuri kerja-kerja yang sedia ada. Isu pelarian ini tidak boleh lagi di-passing game di antara Kementerian Sumber Manusia dan pihak Imigresen atau Kementerian dalam Negeri. Mereka ini sudah lama berada di Malaysia. Ini bukan lagi hal Imigresen. Mereka sudah berada di sini. Ada yang sudah dua- generasi di kalangan kita dan masih memegang status tidak dibenarkan bekerja. Kalau mereka tidak bekerja dan mencari duit, bagaimana mereka mahu teruskan hidup. Ada yang terpaksa melakukan kerja secara senyap-senyap dan mengambil upah yang sedikit. Selagi mereka ini tidak dibenarkan untuk bekerja di sisi undang-undang, selagi itulah wujud anasir-anasir keji yang akan mengambil kesempatan ke atas mereka. Bukan kita tidak pernah dengar cerita berkenaan golongan pelarian diseksa oleh majikan sendiri. Ada yang diberi makan sehari sekali, dipaksa bekerja dari pagi sehingga malam tanpa bayaran dan ada juga yang dipukul ibarat hamba.
Apakah mereka ini bukan manusia seperti kita juga? Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, ini bukan isu yang baru. Pada tahun 2017, Timbalan Perdana Menteri, Yang Berhormat Bagan Datuk pada ketika itu pernah mengusulkan projek perintis kebenaran bekerja agar mereka ini dibenarkan untuk bekerja. Akan tetapi program tersebut hilang tanpa khabar. Di waktu pemerintahan PH, wujudnya usaha-usaha untuk mereformasi undang-undang negara agar mereka ini dibenarkan untuk bekerja tetapi tidak dapat dilaksanakan atas peralihan kerajaan yang mendadak. Golongan ini bukan sikit jumlahnya. Setakat ini, terdapat 179,383 orang yang memegang kad UNHCR di Malaysia. Memandangkan negara kita masih lagi bergantung dengan buruh luar bagi membantu sektor-sektor seperti sektor perindustrian dan sektor perladangan, adalah wajar agar Kementerian Sumber Manusia dan kerajaan mengikhtiarkan inisiatif-inisiatif khusus agar mereka diberikan peluang bekerja di Malaysia. Itu sahaja. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Jerai. Dipersilakan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk menyertai sesi perbahasan Jawatankuasa Kementerian Sumber Manusia. Saya ingin menyentuh Perkara B.46 Butiran 030300 – Hal Ehwal Kesatuan Pekerja. Dalam norma baharu ketika ini, ekonomi gig menjadi segmen pekerjaan semakin meningkat dan menjadi pilihan, terutama dalam kalangan generasi muda. Namun kebanyakan pekerja dalam ekonomi gig ini tidak mempunyai perlindungan diri, termasuk mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Justeru, sekiranya berlaku kemalangan atau sebagainya, ia menjadikan mereka ini tidak mempunyai perlindungan insurans. Kesedaran itu masih kurang dan sejak Januari 2020 hingga kini, hanya tujuh peratus atau 28,425 orang pekerja ekonomi gig berdaftar dengan PERKESO. Angka berkenaan masih rendah dan soalan saya, apakah tindakan kerajaan dalam memastikan hal ini dapat perhatian serius dalam kalangan pekerja yang sekarang ini meningkat hingga empat juta. Sebelum COVID-19, para pekerja ini hanya 500,000 dan sekarang menjangkau hampir empat juta. Kedua, Butiran 020100 – Pembangunan Tenaga Manusia. Peruntukan tahun 2021 berjumlah RM361,230,500 telah turun lebih RM56 juta kepada RM304,886,400 pada tahun 2022. Ini menunjukkan penurunan yang sangat banyak sedangkan pembangunan tenaga manusia ini sangat perlu dititik beratkan, terutama sekarang ini negara berada di fasa endemik COVID-19. Masih lagi berkaitan ekonomi gig, antara sektor yang mewakili pekerja ekonomi ini adalah sektor e-hailing, pengangkutan makanan dan barangan seperti Grab dan Foodpanda serta perniagaan dalam talian. Mohon kerajaan iktiraf golongan ini dengan memberi elaun tetap, sebagai contoh dicadangkan RM400 kepada semua pemandu e- hailing yang memenuhi KPI jam pemanduan bulanan atau mingguan bagi yang layak menerima elaun ini. Ini penting untuk menyuntik semangat mereka kerana negara masih dalam fasa endemik. Permintaan terhadap khidmat ini amat berkurangan jika dibandingkan dengan sebelum COVID-19 melanda negara. Berdasarkan pemantauan, sekarang purata pendapatan yang diperoleh oleh pemandu e-hailing kurang daripada RM1,300 sebulan. Saya juga ingin bertanya kepada kementerian, adakah mempunyai perancangan untuk mewujudkan semula latihan khusus di bawah Kementerian Sumber Manusia seperti Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) yang memfokuskan kepada latihan komprehensif dalam
bentuk reskilling dan upskilling. Kedua-dua bentuk latihan ini pada hemat saya, sangat diperlukan dan ketika sedang berhadapan contohnya dengan pandemik COVID-19 ini, menyaksikan ramai pekerja kita kehilangan kerja. Berdasarkan statistik Program SL1M pada 31 Disember 2018, seramai 226,251 orang peserta terbabit dalam program ini, motivasi dan temu duga. Manakala, seramai 132,261 orang peserta dibantu, 70 peratus daripadanya telah berjaya didapatkan pekerjaan. Namun begitu, Program SL1M ini telah dihapuskan dan digantikan dengan Program PROTEGE. Program PROTEGE ini katanya telah diberikan suntikan elemen latihan keusahawanan bagi melahirkan lebih ramai usahawan berdaya maju. Soalan saya, apakah penambahbaikan yang telah dilakukan dengan program ini dan apakah status keberkesanan Program PROTEGE ini dalam kalangan masyarakat berbanding skim yang ditawarkan sebelum ini. Seterusnya, perkara B.46 Butiran 030100 – Tenaga Kerja. Syabas dan tahniah kepada kementerian. Saya hendak mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, khususnya berkaitan dengan jumlah pemberhentian pekerja ekoran COVID-19 dan apakah langkah yang telah diambil oleh kementerian dalam menangani masalah ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Dipersilakan Yang Berhormat Kapar.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyinggung Butiran 030200 – Keselamatan dan Kesihatan Pekerja. Saya hendak tanya dengan Yang Berhormat Menteri, apakah telah dilaksanakan dalam persetujuan untuk menambah JTK yang menjalankan penguatkuasaan supaya lebih efisien dan lebih teratur dan lebih secepat dan pantas. Kedua, saya ingin menyinggung Butiran 030300 – Hal Ehwal Kesatuan Sekerja bersekali dengan Butiran 041000 – Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, dalam RM2.6 juta peruntukan. Saya hendak tanya, sekarang ini kita ada lapan peratus sahaja dalam seluruh 14 juta pekerja ini, ada lapan peratus sahaja yang berkesatuan. Apakah langkah kementerian untuk memastikan yang selebih 92 peratus itu dapat meraikan dan menjadi kesatuan supaya mereka juga mendapat hak dalam perjanjian bersama yang membolehkan lebih baik daripada Akta Pekerja 1955. Ketiga, tanpa melengah waktu saya ingin merujuk kepada Butiran 030500 – Mahkamah Perusahaan. Mahkamah Perusahaan, Tuan Pengerusi, kita tidak ada Mahkamah Tinggi. Lepas Mahkamah Perusahaan, kena pergi ke Mahkamah Tinggi. Mahkamah Tinggi di luar, banyak masalah kerana Hakim-hakim Yang Arif dia tidak begitu arif dalam soal pekerjaan. Jadi saya minta supaya langkah seterusnya ialah Mahkamah Tinggi Perusahaan yang membolehkan Hakim-hakim itu yang arif tentang pekerjaan dan sebelum pergi ke Mahkamah Rayuan ataupun Persekutuan. Seterusnya Butiran 040200 – Emolumen Kakitangan Kontrak, RM2.3 juta. Saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, kontrak ini macam mana ini. Kontrak ini. Adakah kontrak ini bertahun-tahun atau kontrak ini berlarutan, berpanjangan sehingga sebelum 15 tahun untuk mereka ditetapkan. Saya hendak tahu RM2.3 juta daripada mana terbitnya. Seterusnya tanpa melengahkan waktu, Butiran 040800 – Program Latihan Kemahiran berjumlah RM3.4 juta dan juga bersekali dengan Butiran 020000 – Pembangunan Modal Insan. Dalam rangkuman dua ini, banyak mengajar kita ketika kita dalam proses pandemik ini, Tuan Pengerusi. Kita tengok banyak sangat hampir ratusan ribu orang pekerja yang telah kehilangan pekerjaan. TVET ini, boleh atau tidak diperlebar kepada mereka yang dibuang kerja, yang sudah tidak ada— umur sudah 45 tahun ini, sudah celaru hendak kerja apa.
Jadi mereka ini perlu diberi ruang untuk masa depan yang lebih baik daripada apa yang ada semasa mereka bertugas dan pandemik berlaku. Di samping itu juga Tuan Pengerusi, Skim Insurans Pekerja (SIP) ini. Apakah kementerian berperancangan untuk menambah baik atau memberikan inisiatif yang baharu atau memberikan ruang penambahan daripada pencarum, pekerja dan juga majikan atau majikan sedikit penambahan, untuk kita rungkaikan longgokan dana yang setahun hampir RM1 bilion lebih itu untuk kita memanfaatkan kepada mereka yang ‘di- renti kerja sentara-kan’ atau dalam bahasa Inggeris dengan izin, retrenchment. Jadi kita hendakkan mereka ini juga mendapat ruang untuk bersekali dengan pelajar-pelajar yang dalam proses kemahiran TVET dan mereka juga ada tabungan yang berlebihan untuk mereka memberikan sedikit ruang keselesaan hidup, Tuan Pengerusi. Jadi saya minta kementerian benar-benar memberikan peningkatan seperti mana yang telah pun dimaklumkan. Saya sebenarnya dalam proses ini. Ingat cukup masa, rupanya ada masa seminit lagi.
Apa yang saya nampak ialah sekarang ini kementerian harus memberikan tumpuan dalam segi pembangunan modal insan. Kita tahu bahawa kementerian berusaha, kita tahu tetapi sebenarnya dalam proses kita hendak memberikan manfaat kepada kelebihan, baru kita keluarkan pindaan Akta Kerja. Kita bagi banyak maklumat. Saya berasa sedikit terganggu sebab akhirnya Akta Kerja ini sudah merangkumi satu era yang luar biasa. Akan tetapi dalam masa yang sama, kebergantungan banyak ayat-ayat tergantung yang macam contractor labor dan sebagainya itu perlu Yang Berhormat Menteri kaji semula sebab ia memberikan kesan untuk pekerja-pekerja ini dizalimi oleh majikan-majikan. Apa yang sudah adapun mereka sudah zalim, tambah yang tidak ada, lagi zalim. Jadi, jangan ada argument untuk di bahas di Parlimen supaya pekerja menjadi mangsa seterusnya. Terima kasih, Tuan Pengerusi. Tepat di 1.50 saat. Terima kasih.
Terima kasih, tepat sekali Yang Berhormat. Yang Berhormat Tumpat, silakan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 020200 – Pembangunan Kemahiran dan Pengiktirafan. Pelbagai bentuk pelan sokongan telah disediakan oleh kerajaan kepada golongan yang bekerja sendiri. Antaranya ialah inisiatif perlindungan keselamatan sosial pekerjaan sendiri bagi orang bekerja sendiri (OBS). Saya difahamkan seramai 13,000 OBS telah dilindungi di bawah Program PENJANA Gig, manakala yang selebihnya dilindungi di bawah Skim Perlindungan Persendirian. Soalan saya, apakah kedua-dua skim perlindungan ini akan diteruskan pada tahun hadapan dan diperluaskan kepada lebih ramai golongan OBS? Saya juga ingin bertanya, adakah skim ini juga melindungi golongan OKU yang bekerja sendiri? Jika ya, berapa peratus golongan OKU yang menerima perlindungan tersebut? Apakah inisiatif kementerian bagi menggalakkan OKU menyertai skim perlindungan ini? Seterusnya Tuan Pengerusi, Butiran 030100 – Tenaga Kerja. Dalam konteks rancangan kementerian untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing yang menjadi dasar kementerian yang diperkenalkan sejak beberapa Rancangan Malaysia sebelum ini. Soalan saya, adakah dasar pembekuan pengambilan pekerja asing baharu dari semua negara sumber ke Malaysia akan diteruskan sehingga Disember 2022? Sejauh mana surat aku janji majikan dilaksanakan, melibatkan majikan-majikan di pelbagai sektor bagi memastikan pengawalan terhadap kemasukan, penggajian serta penghantaran pulang pekerja. Berapa peratus majikan yang terlibat dalam menandatangani surat aku janji tersebut setakat ini mengikut sektor? Apakah di sana wujud kes-kes perlanggaran aku janji oleh para majikan? Apakah tindakan kementerian terhadap majikan yang tidak mematuhi aku janji yang ditetapkan ini? Saya juga ingin mengetahui mengenai exit policy penggajian pekerja asing dengan pelan latihan
kemahiran kepada pekerja tempatan. Soalan saya, berapa jumlah pekerja tempatan yang sedang mengikuti latihan kemahiran tersebut? Apakah ada inisiatif lain bagi menyokong penggajian pekerja tempatan, khususnya dalam bidang 3D iaitu dirty, difficult and dangerous? Tuan Pengerusi, seterusnya Butiran 030300 – Hal Ehwal Kesatuan Sekerja. Saya menyokong pandangan supaya kementerian memberikan tumpuan terhadap pindaan Akta Kerja 1995 (Akta 265) bagi menyenaraikan pekerja ekonomi gig meliputi e-hailing dan p-hailing supaya mereka turut dilindungi di bawah Akta 265 ini. Justeru, sejauh manakah pendirian kementerian terhadap perkataan ini? Saya percaya perkara ini juga penting untuk diteliti dengan mendalam meskipun kerajaan telah menyediakan pelbagai skim perlindungan kepada golongan pekerja ekonomi gig ini. Seterusnya, Butiran 041000 – Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja. Saya ingin bertanya, apakah bentuk program yang akan dibangunkan kementerian di bawah butiran ini, sejajar peningkatan peruntukan kepada RM2.6 juta pada tahun 2022? Apakah langkah kementerian untuk memperkukuhkan peranan Kesatuan Sekerja dalam negara dan bentuk sokongan yang disediakan kementerian bagi menggalakkan penubuhan kumpulan dan Kesatuan Sekerja di tempat kerja masing-masing? Selain itu, saya juga ingin bertanya mengenai pembelaan kepada golongan wanita, khususnya melibatkan kes-kes gangguan seksual di tempat kerja bagi memastikan perlindungan kepada wanita sentiasa terjamin serta hak-hak mereka untuk melaksanakan tuntutan agama seperti hak menutup aurat dan sebagainya dijamin oleh majikan. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Yang Berhormat Bukit Bendera, silakan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin turut menyertai perbahasan peringkat Jawatankuasa untuk Kementerian Sumber Manusia. Butiran 020200 – Pembangunan Kemahiran dan Pengiktirafan. Salah satu program penting oleh Kementerian Sumber Manusia ialah pembangunan modal insan. Peratusan graduan kemahiran mendapat pekerjaan dalam bidang yang dilatih dalam tempoh enam bulan selepas tamat latihan, pada tahun 2020 pencapaian 90.45 peratus. Akan tetapi angka ini menurun pada tahun 2021 kepada 85 peratus. Terdapat isu under employment iaitu graduan lulusan bidang tertentu hanya dapat kerja yang lebih rendah dan tidak setara dengan kelulusan dan kelayakan latihan mereka. Menurut kajian Labour Force Survey, terdapat 1.13 juta orang graduan di Malaysia yang underemployed, yang membuat kerja-kerja yang setara dengan SPM dan angka itu, 1.13 juta itu pada tahun 2019. Angka ini sesuatu yang merunsingkan. Terdapat juga isu pengangguran, unemployment di kalangan graduan. Saya ingin bertanya sama ada perancangan oleh Kementerian Sumber Manusia untuk menyelesaikan isu under employment dan juga unemployment, pengangguran di kalangan orang-orang muda. Kadar pengangguran pada bulan September tahun ini, 4.6 peratus iaitu 737,500 orang yang dicatatkan sebagai menganggur. Akan tetapi menurut kajian tersebut, sembilan peratus daripada angka ini telah menganggur melebihi satu tahun dan 15.5 peratus antara enam bulan dan satu tahun. Apakah strategi tambahan dan efektif oleh Kementerian Sumber Manusia untuk tangani isu-isu yang saya sebut tadi? Butiran 030100 – Tenaga Kerja. Mengikut Laporan World Bank 2019, Malaysia mempunyai melebihi tiga juta orang pekerja asing iaitu lebih kurang 10 peratus populasi rakyat Malaysia iaitu sejumlah 32.75 juta rakyat Malaysia. Tiga juta orang mempunyai temporarily employment visit pass dan dijangkakan antara 1.2 sampai 1.4 juta ialah pekerja asing yang dikategorikan sebagai illegal ataupun undocumented, tidak mempunyai dokumen, angka yang besar. Mengikut Laporan Public Accounts Committee Parliament (PAC), Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, Parlimen Malaysia, 55 peratus daripada approval kemasukan
pekerja asing pada tahun 2018 sampai 2019 digunakan special approvals yang tidak memenuhi kriteria normal. Pada waktu itu PAC telah menyatakan ada beberapa orang individu, bekas Speaker - Tan Sri Pandikar Amin, Menteri sekarang - Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh bin Haji Omar, Ahli Parlimen Sri Aman - Dato' Masir Kujat dan Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang - Yang Berhormat Mohd Yusof Mohd Nor merupakan antara middle man yang meluluskan special approvals tanpa melalui laluan kelulusan biasa, kelulusan khas. Empat orang individu ini telah disebut dalam PAC Report dan mereka tidak menjawab apa-apa. Saya ingin bertanya kepada Kementerian Sumber Manusia berdasarkan skandal special approvals yang dibongkarkan PAC, apakah langkah tambahan Kementerian Sumber Manusia untuk mengetatkan kelulusan terhadap pekerja asing ini? Di samping itu juga, saya ingin menanyakan apakah strategi kita untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.
Saya faham bahawa beberapa sektor perlu pekerja asing sebagai sektor perladangan terutamanya. Akan tetapi juga saya memandangkan bahawa terdapat perlu juga menjaga kebajikan orang awam dan juga perlu menganjak daripada mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Yang Berhormat Permatang Pauh.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam hormat. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya rujuk kepada Butiran 030000 – Pengurusan Perburuhan Negara dan juga Butiran 030100 – Tenaga Kerja. Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri, saya semalam sempat menghadiri sesi yang dianjurkan oleh MTUC bersama beberapa Ahli Parlimen di sini di mana mereka mendapat pembentangan oleh agensi di bahawa kementerian JTKSM Semenanjung Malaysia. Akan tetapi dibangkitkan bahawa mereka tidak diberi sesalinan rang undang-undang pindaan Akta Kerja 1995. Sebagaimana yang kita tahu Tuan Pengerusi, menjelang Disember tahun ini, kita— menjelang beberapa hari lagi kita akan sampai ke peringkat bacaan kedua. Selalunya bacaan kedua ini tidak akan ada ruang untuk kita terima pakai perubahan. Jadi persoalan saya ini mungkin dilihat tidak begitu adil dan terbuka dalam proses bagi melibatkan kesatuan sekerja termasuklah pihak-pihak lain. Walaupun saya rasa kementerian berusaha untuk memasukan peruntukan baharu berhubung waktu kerja yang fleksibel, cadangan pengurangan waktu kerja mingguan bagi wanita supaya apabila bekerja shif malam, majikan diperingatkan untuk menyediakan pengangkutan bagi yang layak dan mempunyai dana yang sepatutnya. Akan tetapi secara sistematik ia tidak melindungi pekerja secara khusus. Maka persoalan saya kalau dilihat dgn cuti bersalin. Saya rasa 90 hari ini diraikan, tetapi kita masih lagi terkebelakang 98 hari ini sebagaimana dilaksanakan di Korea Selatan, Turki, Jepun yang mana semua lebih daripada 12 minggu cuti bersalin berbayar. Persoalannya adakah kementerian akan beri ruang untuk penambahbaikan cadangan balas sebelum kita sampai ke dalam Dewan dan meluluskan versi bacaan kedua. Women’s Aid Organization juga pinta agar perlindungan diskriminasi— SUHAKAM juga sokong. Dipanjangkan kepada pemohon kerja yang mengandung contohnya, bukan hanya terhadap kepada pekerja. Saya sebut semua ini kerana pada saya you know we have finally come to this moment. Jadi ditunggu-tunggu, hanya kita hendak pastikan melibatkan kesemua pemegang taruh. Tuan Pengerusi, saya juga bangkitkan beberapa cadangan antaranya adalah tidak ada peruntukan menyeluruh bagi mewakili pekerja ekonomi gig sama ada independent contractor ataupun dependent. Walaupun diperbaiki definisi tertentu, pada saya ia masih lagi tidak mengambil kira perkembangan ledakan ekonomi gig yang melihat
kira-kira empat juta orang individu. Sudah tentu ada yang memberi argument mereka ini temporary nature because kita hendak pastikan mereka dapat mencapai mobiliti sosial sepatutnya. Saya tahu HRD Corp. sedang mengambil dengan serius pengambilan pekerja juga daripada mereka yang dilihat segmen-segmen yang vulnerable. Akan tetapi untuk pekerja gig, program di bawah PERKESO, bawah SPS Lindung, PERKESO dilihat terpaksa menanggung beban yang sangat besar dengan nilai caruman yang diluaskan manfaat kepada sembilan kategori pekerja sama ada petani— bekerja sendiri, sorry. Petani, nelayan, penjaja, artis dan petugas pemulihan dalam komuniti. Jadi, ada pandangan dan saya rasa kerajaan harus mengambil kira bila sektor ini lebih berisiko, apakah tanggungan kelak kepada kerajaan atau bebanan kewangan kelak kerana kita masih lagi memerlukan undang-undang untuk mengiktiraf pekerjaan gig sebagai definisi pekerja. Di UK they get about USD8.72 pounds per hour, menikmati ganjaran cuti tahunan serta pembayaran pencen. Kita tidak mahu syarikat-syarikat yang memang mempunyai dan mendapat hasil keuntungan yang tinggi, tetapi tidak melindungi pekerja. Mahu tidak mahu kawalan syarikat tersebut harus diambil kira. Saya dimaklumkan oleh PERKESO ada cadangan daripada Kementerian Pengangkutan untuk memperkenalkan bentuk- bentuk caruman lain yang dipaksakan terhadap syarikat. Akan tetapi pada saya tidak boleh kita ignore, tidak boleh menafikan keperluan untuk mewujudkan undang-undang baharu bagi menangani ataupun mengawal selia definisi pekerja dalam sektor gig dan sektor lain yang baharu dalam kita mendepani sektor buruh yang terkini. Terakhir Tuan Pengerusi, adalah ratifikasi CPTPP. Mereka mengatakan kerana CPTPP, kita kena memperkenalkan pindaan-pindaan sedemikian. Pada saya Kementerian Sumber Manusia berdiri dengan independent, tidak perlu dipaksakan mana- mana perjanjian kerana kita hendak di Malaysia adanya kedaulatan dan sekuriti undang- undang termasuk dalam negara kita, our own policies space. Akhir kata apabila kita menjamin keselamatan negara, ia bermula dengan jaminan kepada pekerja. Saya berharap diberi ruang oleh kementerian untuk mengambil kira pandangan sebelum kita sampai ke peringkat akhir tanpa paksaan menerusi perjanjian CPTPP. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Yang Berhormat Sepang tidak ada ya. Yang Berhormat Sungai Buloh. Silakan.
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi saya ruang untuk membahas dalam peringkat Jawatankuasa. Saya rujuk kepada Butiran 030000 – Pengurusan Perburuhan Negara khususnya Butiran 030100 – Tenaga Kerja dan Butiran 030200 – Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Secara khususnya Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada satu kes tertentu yang telah mencemarkan imej negara kita di ruang dunia. Kes yang melibatkan satu syarikat berhad dengan izin, limited public listed company yang bernama ATA IMS Berhad yang sekarang tajuk siasatan di peringkat Amerika Syarikat untuk amalan buruh paksa ataupun dengan izin forced labor. Saya faham dalam pindaan yang kita akan buat di Dewan ini dalam beberapa minggu lagi, pindaan kepada Akta Kerja kita akan juga bincang isu buruh paksa atau forced labor. Akan tetapi saya bawa kes ini sebab ada beberapa aspek yang sangat merisaukan di mana dituduh NGO activist yang menyiasat kes ini dan bongkarkan kes ini kepada Amerika Syarikat kepada badan kastam di sana yang sekarang mungkin akan melarang produk-produk daripada syarikat itu iaitu produk elektronik yang digunakan di vacuum cleaner, dengan izin. Certain parts of it digunakan. Akan melarang pengimport barang-barang itu sebab amalan buruh paksa dan syarikat UK bernama Dyson— Dyson adalah masyhur atau well known dengan izin, untuk membuat vacuum cleaner yang high standard. Syarikat ini membekalkan beberapa parts dari vacuum cleaner itu kepada Dyson dan Dyson pun sekarang selepas mendengar laporan terperinci tentang amalan buruh paksa oleh syarikat ini, telah berhentikan kontrak
mereka dengan syarikat ini baru beberapa hari dahulu. Bermaksud tuduhan atau dakwaan atas amalan buruh paksa ini memang ada asas sehingga Dyson pun risau tentang imej dan reputasi mereka sehingga mereka tidak kisah kesan ekonomi, diberhentikan. Aspek yang saya hendak bangkitkan ialah ada juga aduan oleh badan yang mula- mula membongkarkan isu ini, semua perkara ini telah dirujuk daripada bulan April tahun ini kepada sumber manusia. Akan tetapi mereka atas rekod sudah berkata langsung tidak ada apa-apa jawapan atau tindak balas. Saya hendak tanya kepada kerajaan, pertama, betul ke aduan ini diterima dakwaan tentang amalan buruh paksa yang melibatkan bukan golongan kecil, ini syarikat besar. Berapa ribu orang pekerja digajikan di sana yang mana separuh adalah pekerja asing dan separuh adalah pekerja tempatan. Jadi ini terlibat dua- dua golongan. Ada juga tuduhan— sesuatu ialah dari segi tindakan kerajaan. Aduan dia adalah kerajaan kita tidak buat apa-apa tindakan, tiada siasatan yang mereka tahu. Hanya badan- badan atau di luar negara contoh US Customs ambil minat dan sekarang sudah buka siasatan yang mungkin akan mengakibatkan pemberhentian import macam dibuat untuk sarung tangan, rubber gloves sudah dihalang oleh US.
Satu lagi tuduhan yang juga merisaukan ialah penglibatan PDRM. Ada tuduhan, walaupun saya tahu ia tidak kena mengena dengan Kementerian Sumber Manusia, ada tuduhan juga. Pegawai di syarikat ini telah membawa seorang pekerja Bangladesh, yang bernama Kumar Limbu ke balai polis. Dia dituduh membongkar mengenai butiran buruh paksa yang berlaku di dalam syarikat itu. Ini tuduhan yang dibuat terhadap dia, dan dia telah dipukul oleh polis dan sebagainya. Jadi semua ini telah dibawa ke ruang dunia sekarang. Dyson telah mengambil tindakan dengan berhentikan kontrak. US Customs sekarang buat siasatan terperinci dan kita belum tahulah apa tindakan daripada Amerika Syarikat. Akan tetapi kalau ikut keputusan mereka untuk graft factories, ada kesan serius kepada ekonomi kita sebab ini bukan syarikat kecil. Jadi saya minta jawapan daripada kerajaan, apakah tindakan dalam kes ini? Kes ini bukan kes terpencil, ini kita tahu. Walaupun buruh paksa ini bukan majoriti pekerja di Malaysia, memang benar. Akan tetapi memang ia melibatkan jumlah yang signifikan. Jadi saya minta, Kementerian Sumber Manusia menjawab. Apa tindakan kita untuk; pertama, dengan kes ini secara khusus; kedua, tentang amalan buruh paksa, atau forced labour, dengan izin, untuk mengawal amalan ini dan memastikan pekerja-pekerja kita bekerja dalam suasana yang tidak terugut dan dalam keadaan bebas di mana hak mereka dihormati. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Buloh. Saya harap Yang Berhormat Menteri dapat menjawab soalan Yang Berhormat Sungai Buloh sebagai soalan yang pertama apabila menjawab. Kalau boleh, sebab banyak sangat tuduhan forced labour terhadap syarikat-syarikat di Malaysia sekarang. Yang Berhormat Beruas, silakan.
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana membenarkan saya membahaskan Kementerian Sumber Manusia di Peringkat Jawatankuasa. Saya merujuk pada Butiran 030100 – Tenaga Kerja di bawah tajuk Pengurusan Perburuhan Negara. Tuan Pengerusi, dua Yang Berhormat Menteri yang merupakan Menteri yang menyumbangkan besar kepada masalah bekalan tenaga kerja ialah Menteri Sumber Manusia dan Menteri Dalam Negeri. Mereka ini pun merupakan penyumbang utama kepada harga barangan yang naik di negara kita, sungguhpun ada sebab-sebab lain kenaikan harga barang.
Tuan Pengerusi, kita tahu masalah kekurangan tenaga kerja ini sudah berlarutan bertahun-tahun. Kedua-dua Yang Berhormat Menteri ini bukanlah baharu sahaja jadi Menteri. Mereka sudah jadi Menteri lebih kurang dua tahun, sejak Yang Berhormat Pagoh menjadi Perdana Menteri. Kedua-dua Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia dan Menteri Dalam Negeri. Mereka macam tidak ada perancangan, tidak ada hala tuju. Mereka berdolak- dalik. Saya bagi satu contoh, Program Pemutihan telah diumumkan sejak November 2020. Akan tetapi, ia tidak difikirkan dengan baik dan syarat-syarat yang ditetapkan adalah macam dengan niat hendak menggagalkan rancangan pemutihan. Kenapakah saya kata begitu? Oleh sebab dua syarat yang ditetapkan bulan November 2020 ialah satu, sesiapa yang hendak menggaji Pekerja Asing Tanpa Izin (PATI) hanya boleh dapat daripada Depoh Imigresen. Apabila mendapat pekerja Depoh Imigresen ini, majikan mesti membayar kos untuk membawa balik seorang lagi ke negara asal. Manakah satu- majikan hendak menggunakan wang begitu banyak tanpa mengetahui siapakah pekerja yang akan digajinya? Kumpulan kedua yang boleh dibuat pemutihan dikatakan mesti lah pekerja yang sedia ada. Kalau seseorang itu PATI, bagaimanakah majikan boleh menunjukkan orang itu sedang bekerja dengan dia? Jadi dua syarat ini tidak masuk akal. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri dan juga Menteri Sumber Manusia, adakah seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Bukit Bendera tadi, amalan memberi special permit atau special approval kepada beberapa orang perseorangan untuk menguntungkan mereka, masih diamalkan. Kalau tidak, kenapa begitu susah untuk kedua-dua Yang Berhormat Menteri ini membuat satu keputusan bagaimana membuat sesuatu program pemutihan secara senang Tuan Pengerusi, daripada 1 Julai tahun ini sampai akhir tahun ini dikatakan sisa minyak akan bertukar di mana Kementerian Sumber Manusia akan menguruskan proses pemutihan. Akan tetapi malangnya sehingga hari ini, website Kementerian Sumber Manusia langsung tidak boleh digunakan. Di dalam mesyuarat Human Right Committee baru-baru ini di mana saya merupakan ahli, pada 24 November baru ini, tiba-tiba diberitahu oleh wakil dari Kementerian Sumber Manusia, mungkin kuasa ini akan diberi semula kepada Kementerian Dalam Negeri. Jadi dalam satu tahun ini, berdolak-dalik, tidak tentu arah dan rakyat di luar hendak memohon dan membayar memberi levi kepada kerajaan, tidak dapat melakukannya. Jadi Tuan Pengerusi, saya ingin nyatakan bahawa isu ini sangat penting kerana negara kita telah kerugian. Mengikut anggaran untuk ladang kelapa sawit sahaja, kita telah kerugian sebanyak RM20 bilion setahun. Kerajaan kerugian cukai RM2 bilion setahun kerana tidak cukup pekerja. Kita tahu kenaikan harga barangan seperti sayur-sayuran kerana tidak ada pekerja yang mencukupi. Jadi sumbangan kedua-dua Yang Berhormat Menteri ini sehinggakan kenaikan sayur-sayuran boleh mendadak sehingga 100 ke 200 peratus. Inilah akibatnya satu tahun tidak buat kerja. Semua orang di luar kata kedua-dua Yang Berhormat Menteri ini, mereka bagi gred F- fail. Saya bagi gred G- gagal. Rakyat marah. Negara kita ini ekonomi memang dalam keadaan meruncing. Kita memakai lebih RM110 bilion kerana menandingi COVID- 19. Akan tetapi kedua-dua Yang Berhormat Menteri ini menyebabkan kita kerugian berpuluh bilion ringgit daripada pendapatan. Tuan Pengerusi bagi saya habiskan. Saya ingin menyatakan bahawa baru-baru ini kita mendapati bahawa ekonomi telah pun pulih di negara-negara yang lain di rantau kita ini. Ekonomi di Indonesia telah berkembang 3.5 peratus, ekonomi di Singapura 6.5 peratus, ekonomi di Filipina 7.1 peratus dan ekonomi di Thailand masih menyusut 0.3 peratus. Akan tetapi, negara kita ini untuk third quarter, telah menyusut sebanyak 4.5 peratus. Bagaimana kita hendak bayar hutang yang banyak, kalau kita tidak ada lebihan pendapatan. Oleh yang demikian Tuan Pengerusi, saya memohon kepada kerajaan dan Menteri supaya memberitahu adakah special arrangement untuk kroni-kroni atau orang perseorangan bagi menggaji pekerja-pekerja asing ini masih diamalkan.
Kedua, kalau memang tidak larat, tidak cekap hendak mentadbir, sila undur diri ataupun Perdana Menteri mesti pecat mereka. Oleh sebab kita tidak boleh membenarkan keadaan ini berlarutan yang menyebabkan kesusahan yang amat teruk kepada rakyat jelata. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Beruas. Yang Berhormat Pasir Putih minum kopi banyak sangat kot.
[Ketawa]
Yang Berhormat Klang tidak ada. Yang Berhormat Hang Tuah Jaya tidak ada. Yang Berhormat Padang Serai, silakan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Vanakkam Yang Berhormat Menteri. Butiran 020000 – Pembangunan Modal Insan. Dalam memastikan negara ini terus membangun dan maju, peningkatan nilai di kalangan rakyat amat penting. Rakyat Malaysia mesti dilengkapi dengan ilmu dan kemahiran yang mampu memberi kesan positif kepada pembangunan negara melalui pasaran buruh. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM374 juta di bawah butiran Pembangunan Modal Insan. Peruntukan ini telah diturunkan berbanding tahun 2021 di mana kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM432 juta. Berdasarkan laporan pasaran buruh yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, produktiviti pekerja bagi tahun 2021 telah berkurang dan ini menyebabkan syarikat lebih gemar untuk melabur dalam mesin pembuatan berbanding dengan tenaga buruh. Maka persoalan saya kepada kerajaan adalah bagaimana kerajaan akan mempertingkatkan produktiviti tenaga buruh tempatan agar ia menarik pelabur dalam pasaran buruh dan seterusnya akan memberi kesan yang besar kepada kenaikan gaji pekerja. Tuan Pengerusi, Butiran 040600 – Majlis Perundingan Gaji Negara. Gaji merupakan satu perkara yang hangat dibincangkan oleh rakyat sebelum ini. Saya telah berjumpa dengan beberapa orang penduduk Padang Serai. Mereka mengadu kepada saya bahawa gaji yang mereka peroleh sekarang tidak cukup untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat. Apabila saya melihat belanjawan, kerajaan memperuntukkan belanjawan kepada Majlis Perundingan Gaji Negara sebanyak RM950,000, dan jumlah yang sama juga telah diberikan pada tahun 2021. Akan tetapi yang menjadi persoalan saya adalah apakah faktor yang menyatakan dalam Majlis Perundingan Gaji Negara yang menyukarkan kerajaan untuk menaikkan gaji minimum? Tuan Pengerusi, kenapakah saya membangkitkan perkara ini? Ini kerana faktor kenaikan kos sara hidup merupakan faktor penting dalam kerajaan mempertimbangkan balik untuk menaikkan gaji minimum negara. Tolong beritahu saya bahawa kenaikan gaji minimum akan menaikkan kos sara hidup tetapi jika itu hujah kerajaan, kenapakah kenaikan gaji minimum tidak boleh dilakukan? Maka soalan saya adalah apa fungsi kerajaan untuk perkara ini? Tugas kerajaan adalah untuk mengawal sistem ekonomi negara agar ia memberi kebaikan kepada rakyat. Seterusnya, saya juga mahu kementerian membuat kajian atas pekerja yang sering kali mengambil cuti dan memberi alasan-alasan yang tidak munasabah. Akibat pengambilan cuti, production di kilang terganggu dan kilang-kilang yang sukar mengambil pekerja asing sebab pekerja tempatan tidak aktif dan sentiasa beri masalah seperti sakit dan sebagainya. Ini mengganggu produktiviti. Setiap produktiviti mesti dilengkapkan setiap bulan. Kalau mereka tidak dapat atasi, mereka kena bayar denda dan sebagainya. Itulah sebab mereka suka mengambil pekerja-pekerja asing. Jadi, bagaimana pihak kementerian mendidik pekerja-pekerja tempatan agar mereka tidak membuat sedemikian dan mereka sentiasa rajin pergi kerja dan sentiasa memberi produktiviti kepada kilang
tersebut, perlu beri jawapan. Memberi alasan dan menjalankan tugas kerajaan yang telah diamanahkan oleh rakyat kepada anda semua. Saya mohon untuk kerajaan mempertimbangkan semua persoalan yang dibangkitkan oleh saya dan saya akan menunggu jawapan daripada kerajaan. Nandri Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Yang Berhormat Klang dah ada, silakan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus ke Butiran 030100 – Tenaga Kerja. Saya fokus kepada JaminKerja yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan pada bajet tetapi saya fokus di bawah SOCSO. Tuan Pengerusi, menurut Levy Economics Institute, jaminan pekerjaan ialah pilihan awam untuk pekerjaan di mana ia merupakan program yang dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan. Tujuan adalah untuk memberi peluang pekerjaan kepada mereka yang bersedia dan berhasrat bekerja dengan gaji yang berpatutan. Itu fokus job guarantee ataupun jaminan kerja. Akan tetapi di Malaysia, kita mengamalkan konsep yang lain iaitu pendekatan kerajaan dalam Skim JaminKerja sekarang adalah untuk menyediakan subsidi sebanyak 20 peratus gaji bulanan pekerja untuk enam bulan pertama dan 30 peratus gaji bulanan pekerja untuk enam bulan yang seterusnya. Pendekatan ini akan membebankan peniaga kerana ini akan meningkatkan kos operasi perniagaan dalam masa di mana peniaga-peniaga terdesak. Sekarang secara tidak langsung, kerajaan telah memindahkan tanggungjawabnya kepada sektor swasta pada waktu krisis. Ini adalah tidak adil kepada peniaga-peniaga yang masih mengalami kesukaran. Kerajaan harus menyedari bahawa kejayaan jaminan kerja atau job guarantee bergantung sepenuhnya kepada keupayaan kerajaan untuk mewujudkan peluang pekerjaan atau menyokong inisiatif mewujudkan peluang pekerjaan. Memandangkan kebanyakan majikan langsung tidak akan berminat untuk menanggung gaji sebanyak 80 peratus dan juga 70 peratus apabila majoriti majikan masih bergelut untuk pulih dalam krisis ekonomi. Ramai masih mengalami aliran tunai yang ketat, hutang, sewa, bil elektrik dan juga utiliti yang tidak dibayar. Jadi, sekarang kita akan lebih membebankan peniaga-peniaga ini dan saya cadangkan kepada kerajaan supaya mengulang kaji konsep JaminKerja. Sebenarnya kerajaan perlu mempertimbangkan untuk menggunakan konsep asal JaminKerja dengan membayar subsidi gaji bulanan sebanyak RM1,500 seorang pekerja kepada majikan yang mengupah golongan penganggur selama 12 bulan. Inisiatif ini dibuka kepada SME, NGOs, civil society organizations termasuk dengan badan-badan profesional yang hendak menggunakan khidmat mereka. Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri ialah adakah kerajaan bersedia untuk menukar konsep yang diamalkan iaitu jangan kita memindahkan beban kerajaan kepada pihak peniaga pada masa ini sebab peniaga-peniaga sekarang di burden oleh increase in cost. Sekarang kita hendak wujudkan pekerjaan untuk kepentingan rakyat Malaysia supaya kita dapat beri suntikan kepada ekonomi. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Klang. Akhir sekali Yang Berhormat Sik, silakan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim.
Waalaikumsalam.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus Butiran 020000 – Pembangunan Modal Insan. Dalam butiran ini, program Technical and Vocational Education and Training (TVET) dengan izin, merupakan program paling utama dalam pembangunan modal insan. Namun demikian, Bajet 2022 dalam peruntukan program ini untuk mengarusperdanakan TVET berlaku pengurangan sebanyak RM58.25 juta. Program TVET ini amat sukar dilaksanakan kerana ia perlu dilakukan dalam tempoh yang tertentu. Begitu juga dalam peralatan yang berasaskan teknologi yang memerlukan penyelenggaraan berkala bagi tujuan meningkatkan kemahiran. Persoalan saya, apabila peruntukan ini dikurangkan dan kebanyakan keadaan ini akan menjejaskan pengajian TVET ini maka apakah pelan kerajaan untuk meningkatkan dan juga mengarusperdana TVET ini seperti mana yang dihasratkan oleh negara kita. Kedua, berapakah sasaran pelajar yang akan dihasilkan melalui peruntukan tahun 2022 ini? Mohon kementerian memperincikan jumlah sasaran pelatih yang dihasilkan daripada pecahan bidang yang ditawarkan. Seterusnya, apa pelan dan rancangan kementerian bagi memperkasakan program TVET melalui sokongan program apprentice, dengan izin, di syarikat-syarikat terpilih terutamanya yang melibatkan industri pembuatan? Saya juga ingin bertanya, apa dapatan yang diputuskan dalam Jawatankuasa Pemerkasaan Pendidikan TVET bagi menghasilkan impak positif dalam melaksanakan pemerkasaan TVET ini yang telah ditubuhkan di bawah Kementerian Pendidikan pada tahun 2019 yang lalu memandangkan isu iaitu isu pertindihan melibatkan beberapa kementerian termasuk KSM sendiri, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Kementerian Belia dan Sukan, KPLB dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Dalam engagement latihan TVET, berapakah jumlah syarikat sendirian yang telah membuat perjanjian ataupun MOU dengan pihak kementerian bagi mengelakkan percanggahan ataupun mismatch, dengan izin, antara keperluan industri dengan keperluan pekerja yang dihasilkan? Ia juga termasuk kolaborasi antara pusat pengajian TVET dengan pihak industri melalui konsep teaching factory, dengan izin, menambah pembabitan industri ke dalam industri berkenaan di dalam pelbagai bidang. Seterusnya, saya mohon penjelasan, bagaimanakah langkah-langkah dan ruang promosi dan pemasaran bagi mengubah stigma masyarakat yang sebahagiannya masih mengatakan bahawa pelajaran pendidikan TVET merupakan pendidikan kelas kedua? Nampaknya persepsi yang negatif ini masih berterusan apabila didapati masih ramai pelajar di peringkat sekolah menengah tidak berminat menyambung pelajaran ke peringkat diploma ataupun sijil di bawah program TVET dalam pelbagai bidang khususnya bidang teknologi. Seterusnya, Butiran 030200 – Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Isu SOP berkenaan COVID-19. Kita sedia maklum apabila gelombang pandemik melanda negara kita, ramai pekerja telah mendapat impak besar terutamanya melibatkan kesihatan dan kebajikan. Yang kedua, isu vaksin di kalangan pekerja. Sejauh manakah pemantauan pihak kementerian terhadap golongan pekerja yang tidak divaksin? Apakah langkah konsultasi yang dipelopori pihak kementerian bagi memberi penerangan dan keyakinan di antara pekerja dan majikan berkaitan isu vaksin ini? Seterusnya, selepas pewartaan Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Reka Bentuk Pembinaan dan Pengurusan), adakah berlaku pengurangan kemalangan ataupun kematian di kalangan pekerja seperti mana yang disasarkan dalam objektif dan matlamat peraturan ini? Apakah peraturan ini dapat memanifestasikan kebertanggungjawaban dan pembabitan duty holder, dengan izin, secara mandatori termasuk pemilik projek, pereka bentuk dan kontraktor binaan? Dalam kajian kementerian, adakah falsafah, dengan izin, self-regulation iaitu tanggungjawab memastikan aspek keselamatan di tempat kerja dapat direalisasikan oleh kedua-dua pihak iaitu majikan dan pekerja?
Seterusnya, saya ingin membangkitkan perkara berkaitan dengan Pusat Rehabilitasi PERKESO. Saya sendiri telah membuat lawatan ke Pusat Rehabilitasi PERKESO di Melaka bersama Yang Berhormat Timbalan Menteri KSM pada minggu yang lalu. Saya melihat pusat ini sangat memberi manfaat besar kepada pekerja dan buruh yang ditimpa kemalangan sewaktu bekerja dan memerlukan program pemulihan rehabilitasi yang memerlukan juga khidmat bantuan profesional daripada ahli fisioterapi dan doktor. Saya mohon perincian data bagi kapasiti semua pusat rehabilitasi ini dan perancangan pihak kementerian untuk mewujudkan lagi pusat satelit di negeri-negeri yang masih belum wujud. Adakah pihak kementerian akan membuka peluang untuk mereka yang tidak mencarum SOCSO ini termasuk kakitangan awam yang ingin mendapat pelan rawatan pemulihan di pusat ini? Terakhir, Butiran 030300 – Hal Ehwal Kesatuan Sekerja. Isu kesatuan pekerja di syarikat-syarikat multinasional yang tidak berminat untuk menggalakkan penubuhan kesatuan pekerja di kalangan pekerja mereka. Apakah pihak kementerian merancang tindakan yang tuntas bagi mengharmonikan kedua-dua pihak supaya syarikat-syarikat ini juga perlu akur untuk membenarkan pekerja-pekerja di syarikat MNC ini menubuhkan kesatuan pekerja seperti mana yang termaktub dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959? Tuan Pengerusi, sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sik. Yang Berhormat semua, dengan itu, tamatlah perbahasan di peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Sumber Manusia. Saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Masa 25 minit, Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi, point of order. Tuan Pengerusi, pada sesi ini, dalam perbahasan mengenai Kementerian Sumber Manusia, banyak perkara yang dibangkitkan. Yang Berhormat, jawapan belum dibuat secara bertulis. Boleh mengambil perhatian dan tolong segerakan. Bukan saya sahaja. Ramai di antara Ahli Parlimen. If you have given us earlier, many of the issue will be not raise now. Please help us.
Jawapan bertulis kalau tidak sempatlah, Yang Berhormat.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ambil maklum apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat. Tuan Pengerusi, selamat petang, salam sejahtera dan salam keluarga Malaysia. Tuan Pengerusi, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian bagi sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 peringkat Jawatankuasa Kementerian Sumber Manusia pada hari ini. Dalam ucapan Bajet 2022 oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan, Kementerian Sumber Manusia telah diluluskan peruntukan bagi tahun 2022 berjumlah RM1,292.42 juta iaitu RM835.67 juta di bawah peruntukan belanjawan mengurus dan RM456.75 juta di bawah peruntukan pembangunan. Secara umumnya, peruntukan yang diluluskan bertambah sebanyak RM4.1 juta iaitu 0.32 peratus berbanding peruntukan tahun 2021 yang diluluskan sebanyak RM1.288 bilion. Untuk tahun 2022, peruntukan mengurus berjumlah RM835.67 juta telah diluluskan berbanding dengan peruntukan tahun 2021 berjumlah RM832.8 juta. Secara umumnya, peruntukan tahun 2022 adalah bertambah sebanyak RM11.8 juta ataupun 1.43 peratus. Untuk tahun 2020, peruntukan pembangunan berjumlah RM456.7 juta yang telah diluluskan berbanding dengan peruntukan 2021 berjumlah RM464.5 juta. Secara umumnya, peruntukan tahun 2022 adalah berkurangan sebanyak RM7.7 juta ataupun 1.67 peratus.
Tuan Pengerusi, seramai 22 orang Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan persoalan berkaitan isu dan cadangan berkaitan Kementerian Sumber Manusia sepanjang sesi perbahasan kali ini. Saya akan memberi maklum balas dalam masa yang ditetapkan oleh Tuan Pengerusi. Pada masa yang sama, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap isu tenaga buruh di negara ini. Ada juga pandangan berbentuk soalan dan ada juga berbentuk cadangan. Ada juga cadangan-cadangan untuk penambahbaikan untuk Kementerian Sumber Manusia. Segala cadangan dan pandangan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat akan diterima secara terbuka dan saya bagi jaminan kita akan mengkaji secara mendalam. Yang baik akan kita mengikuti kehendak Ahli-ahli Yang Berhormat. Tuan Pengerusi, saya ucapkan terima kasih atas nasihat Tuan Pengerusi supaya saya bermula dengan Yang Berhormat Sungai Buloh di mana isu ini berkaitan imej negara. Maka, saya ada juga― bukan sahaja Yang Berhormat Sungai Buloh― Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Ipoh Barat dan juga Yang Berhormat Kuala Langat telah membangkitkan mengenai isu kekurangan pekerja asing. Sehinggakan Yang Berhormat Beruas menyatakan bahawa inilah puncanya kenaikan harga ataupun salah satu punca kenaikan harga. Walau bagaimanapun, saya ucapkan ribuan terima kasihlah. Tiba-tiba pihak sebelah sana mengambil pendirian supaya membenarkan ataupun mempercepatkan pekerja asing. Ini satu perubahan yang cukup berkesan sebab sebelum ini, kita lihat pihak sebelah sana yang menghalang daripada membawa pekerja asing dan sebagainya dengan pelbagai tuduhan dan fitnah. Walau bagaimanapun, saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat. Hari ini negara memang menghadapi kekurangan pekerja. There is a huge shortage of labour force, Tuan Pengerusi. Pada masa yang sama, kita lihat― sebagai Menteri Sumber Manusia, saya tidak boleh mengikut sesuka hati untuk membawa pekerja asing apabila negara sedang menghadapi krisis ekonomi dan juga pengangguran dengan kadar 5.3 peratus. Cuba bayang, Tuan Pengerusi, dalam keadaan warga Malaysia menghadapi pengangguran 5.3 peratus, dan saya sebagai Menteri Sumber Manusia membawa masuk pekerja asing. Mungkin kita akan boleh jadi Menteri yang unpopular kerana tidak mengatasi masalah pengangguran. Maka, di peringkat awal, walaupun kita sudah kekurangan pekerja asing, kita telah memberi peluang ini kepada warga-warga tempatan sebagai kerajaan yang prihatin. Saya telah memaksa majikan sehingga mereka mengiklankan di MYFutureJobs di bawah Kementerian Sumber Manusia. Itu isu yang pertama. Saya telah mengambil pelbagai langkah supaya peluang-peluang ini terus diberikan kepada warga tempatan. Itu yang pertama. Kedua, Tuan Pengerusi, kita lihat kes COVID-19 meningkat dan sempadan- sempadan seluruh dunia telah ditutup. Maka, sukar untuk membawa masuk pekerja asing. Ketiga, kebanyakan negara-negara sumber seperti Indonesia, Bangladesh, India dan sebagainya adalah di zon merah. Bagaimana saya boleh bawa pekerja asing masuk dalam negara dalam keadaan ini? Ini adalah puncanya. Dan isu keempat, kita tiada sebarang SOP. Kelima, tiada lagi vaksin. Kita masih lagi berusaha melahirkan vaksin. Dalam keadaan ini, memang sukar untuk membawa masuk pekerja asing. Baru- baru ini apabila negara kita mencapai 80 peratus lebih rakyat divaksinkan dan kita ada SOP baharu, baru-baru ini Kabinet telah meluluskan untuk membawa masuk pekerja asing mengikut keperluan semasa. Ini satu proses, Tuan Pengerusi. Bukan saya boleh bawa masuk pekerja asing sesuka hati. Maka, setelah kita mengkaji secara mendalam, kini kita telah memperkenalkan satu SOP baharu melalui MKN dan Kabinet di mana 32,000 pekerja asing akan dibawa masuk ke dalam negara ini sebagai peringkat pertama untuk melihat sama ada mereka sempat comply dengan SOP yang sedia ada dan sebagainya.
Ini Tuan Pengerusi, antara isu pengangguran, isu krisis ekonomi, isu krisis kesihatan dan vaksin. Maka hari ini kita telah membenarkan pekerja asing di peringkat awal untuk sektor perladangan. Kedua, isu yang dibangkitkan oleh...
Yang Berhormat Menteri boleh tanya? Tentang pemutihan. Tadi dikatakan, tidak boleh membawa pekerja asing dari luar negara. Akan tetapi pemutihan sejak November 2020 sampai hari ini...
Yang Berhormat, saya akan jawab. Sabar, sabar...
Masih belum selesai, kenapakah begitu lama?
Saya ada jawapan. Yang Berhormat sabarlah, tunggu saya jawab.
Okey, bagi jawapan.
Yang Berhormat patut sabar sedikit, ini my floor. Bagi saya jawab. Tuan Pengerusi, tiada sebarang pemutihan berlaku. Saya tidak tahu mana Yang Berhormat dapat maklumat mengenai pemutihan. Setelah kita mengambil kerjasama pelbagai langkah untuk memastikan warga tempatan dapat peluang kerja dan sebagainya, akhirnya sebelum kita membenarkan pekerja asing, kita telah membuat satu program baharu iaitu rekalibrasi, bukan pemutihan...
Rekalibrasi itu pemutihan...
Yang Berhormat, tolong.
Dengar dahulu Yang Berhormat, dengar dahululah. Kalau tidak puas baru soal balik.
Okey. Oleh sebab itu, tadi kata tidak ada pemutihan. Itu memeranjatkan. Rekalibrasi itu ada mereka untuk pulang balik, ada untuk pemutihan...
Tunggu, tunggu Yang Berhormat Menteri bagi penerangan dahulu. [Sistem pembesar suara dimatikan]
Mana ada— Tuan Pengerusi, pemutihan lain dan rekalibrasi lain. Pemutihan itu menghalalkan yang haram. Akan tetapi, dalam keadaan negara kita, kita tidak pernah buat menghalalkan benda yang haram. Kita buat rekalibrasi iaitu pekerja asing yang datang dengan dokumen yang sah ke negara ini telah hilang peluang pekerjaan kerana ada beberapa orang majikan yang membawa mereka dengan kos yang tinggi telah gulung tikar. Maka, kita tidak membenarkan mereka balik ke negara asal, kita rekalibrasi dengan kekalkan mereka. Pada masa yang sama ada mereka yang hendak pulang balik. Kita tidak boleh pegang mereka untuk duduk di negara ini untuk selama-lamanya. Ada juga pekerja-pekerja asing yang datang ke negara kita dalam keadaan COVID-19, mereka hendak kembali dengan ahli keluarga. Maka kita telah memperkenalkan sebanyak dua kalibrasi, satu rekalibrasi kerja iaitu mereka boleh terus kerja dan kedua rekalibrasi pula mereka yang hendak pulang, kita hantar balik. Akan tetapi, kita tidak ada kuasa Tuan Pengerusi untuk menghalalkan orang yang datang ke negara ini secara haram. Itu yang penting. Seterusnya Tuan Pengerusi mengenai isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Buloh dan juga Kuala Langat mengenai forced labor. Ada sebanyak 11 indikator Tuan Pengerusi yang menentukan forced labor. Antaranya adalah; (i) penahanan gaji; (ii) bekerja terlalu lama (excessive overtime); dan
(iii) penahanan dokumen perjalanan majikan. Tuan Pengerusi, apabila saya sebut 11 indicator termasuk juga tenaga buruh, tenaga kerja yang tidak digunakan. Contohnya mereka berada di dalam penjara yang masih dianggap sebagai forced labor, sebab tenaga mereka tidak digunakan. Daripada 11 indicator forced labor ada juga kena pergi peluang yang sama rata untuk semua tenaga kerja. Di negara kita terdiri yang pelbagai kaum, ada juga komposisi perkauman kita perlu memberi keutamaan untuk [Tidak jelas] . Contohnya, kalau 11 indicator ini, salah satunya adalah kita kena bagi sama rata untuk semua kaum. Bolehkah di negara ini, seorang bukan Melayu boleh jadi IGP? Memang tidak boleh, kita ikut corak negara kita. Maka, kebanyakan isu forced labor yang melibatkan negara kita adalah penahanan gaji, bekerja terlalu lama dan penahanan dokumen, ini tiga faktor penting. Maka Kementerian Sumber Manusia telah mengambil pelbagai langkah untuk mengatasi ini dengan memperkenalkan akta baharu. Walaupun— saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Ipoh Barat telah meluluskan Akta 446 di kedua-dua dewan tetapi tidak mengimplementasikan. Maka Kerajaan PN telah mengambil kesempatan untuk menguatkuasakan Akta 446 iaitu kita pastikan pekerja diberi tempat tinggal yang selesa, suasana yang kondusif dan memberi almari dan sebagainya untuk pastikan mereka letak pasport dan sebagainya. Tambahan pula kita dalam usaha mengambil langkah-langkah untuk mengatasi isu ini dengan memperkenalkan e-Wages iaitu apabila pekerja ini tidak dibayar gaji dalam masa tertentu, Kementerian Sumber Manusia akan tahu. Kedua, way forward adalah kita akan melaksanakan Centralized Labor Quarters (CLQ) yang akan dipantau oleh Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri. Ini adalah langkah-langkah sedang dijalankan...
Penjelasan sedikit...
Seterusnya...
Penjelasan ringkas, ringkas sahaja Yang Berhormat.
Isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Buloh mengenai syarikat yang telah diambil tindakan oleh pihak Dyson. Tuan Pengerusi, kebetulannya apabila Yang Berhormat sebut kita tidak ambil tindakan itu tidak benar. Saya boleh hantar dokumen-dokumen. Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Tenaga Kerja— kita telah menerima aduan sebelum ini dan telah mengambil tindakan dan kertas siasatan telah pun dibuka dan tawaran compound telah pun dihantar kepada mereka. Akan tetapi, sehingga kini, mereka belum membayar kompaun, maka kita akan mendakwa mereka di mahkamah. Ini adalah kedudukan sebenar. Isu yang baru-baru dikatakan ini ada two sides of story Tuan Pengerusi. Pertama, apabila saya sendiri baca melalui social media bahawa syarikat yang daripada Amerika telah membatalkan kontrak yang diberikan kepada— ataupun Dyson telah membatalkan kontrak yang diberikan kepada syarikat tersebut. Apabila kita telah terima maklumat awal daripada syarikat sendiri bahawa mereka yang membatalkan kontrak ini sebab kekurangan pekerja. There are two different stories. Maka, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia sedang mengkaji sama ada yang mana betul. Sama ada kontrak itu dibatalkan oleh pihak Dyson ataupun pihak syarikat telah— tidak menerima kontrak tersebut kerana kekurangan pekerja. Ini satu isu yang besar Tuan Pengerusi. Walau bagaimanapun Tuan Pengerusi, Kementerian Sumber Manusia sedang mengambil pelbagai langkah. Ini seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Beruas, tiada sebarang special approval Tuan Pengerusi. Kalau kita lihat zaman sebelum ini, ejen-ejen hanya 10 buah ejen sahaja yang dikeluarkan dari Bangladesh untuk membawa pekerja asing.
Saya telah memperluaskan daripada segi membawa masuk pekerja asing supaya tidak orang memonopoli pekerja-pekerja asing. Ini adalah langkah-langkah...
Yang Berhormat...
Kedua, untuk mengatasi isu forced labor Tuan Pengerusi, Kementerian Sumber Manusia telah meletakkan Akta 446 sebagai prasyarat. Maksudnya, sebelum pekerja asing masuk ke negara kita, pihak majikan perlu meyakinkan Kementerian Sumber Manusia ataupun Jabatan Tenaga Kerja bahawa pekerja ini akan diberikan tempat tinggal yang selesa. Ini supaya dapat mengelakkan modern slavery. Saya bersama-sama setiap Ahli Parlimen dalam Dewan yang mulia ini Tuan Pengerusi supaya pastikan kita mengambil langkah-langkah positif untuk menukar imej negara. Memang tercalar di arena antarabangsa, saya tidak menafikan daripada segi kedudukan beberapa individu. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Buruh paksa ini menjadi satu masalah yang besar. Kita perlu faham bahawa tindakan tegas perlu diambil dari awal-awal dahulu. Macam dahulu, apabila kita pergi ke tier tiga dalam trafficking in person— sebelumnya Yang Berhormat, kita ada report terima bahawa ini kemungkinan akan jadi. Kenapa tindakan itu tidak diambil pada tahun dahulu. Sampai bila sudah menjadi masalah yang rumit, baru hendak ambil tindakan. Kedua, saya hendak correction sedikit Yang Berhormat. Yang Berhormat baru kata di Malaysia IGP— non-Malay cannot be IGP. That’s wrong. I think you must withdraw the statement. Because anybody can be IGP, anybody can be Prime Minister. Tidak kisah orang Dayakkah, Kadazan pun boleh. You please correct it.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri...
Mic, mic.
Kita perlu faham dalam kedudukan negara majmuk yang terdiri pelbagai kaum, kita harus sensitive dengan kedudukan perkauman. Kita kena agih mengikut komposisi perkauman. Bukan saya kata tidak boleh jadi, tetapi kita kena fahamlah, kesan kepada seluruh negara ini kalau kita Ahli Parlimen yang— kita harus faham kedudukan negara, itu yang saya maksudkan. Bukan bererti saya hendak menghina mana-mana kaum Tuan Pengerusi...
Yang Berhormat Menteri.
Kedua Tuan Pengerusi, saya tidak boleh membetulkan apa yang sudah menjadi salah sebelum ini. I must look forward, move forward untuk membetulkan apa yang sedia ada. Maka Tuan Pengerusi, memandangkan masa tidak mengizinkan dan ada...
Yang Berhormat Menteri.
Ada seramai 21 orang lagi Ahli Parlimen saya perlu jawab, dan saya cuba jawab dalam...
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Kuala Langat.
Just sedikit sahaja Yang Berhormat Menteri. Sorry, sedikit Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Kuala Langat.
Saya faham isu- isu yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi tentang pekerja asing dan
juga pekerja-pekerja untuk sektor-sektor industri dalam negara kita. Soalan saya, saya tak nak ulang baliklah apa yang jadi dan sebagainya. Akan tetapi, looking forward di dalam tempoh setahun ini ataupun setahun setengah ini, sebelum kita buat sesuatu apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian untuk pastikan kekurangan kerja ini akan kita buat sesuatu untuk masa depan tersingkat yang akan datang. What is our plan just for the future in the next few months as what we want to do tentang kekurangan pekerja-pekerja dalam sektor-sektor perindustrian dan juga sektor-sektor perladangan di dalam negara kita? I’m not talking about— the past forget it-lah. Akan tetapi untuk masa depan ini— This is important because in time to coming in a year it is important that we do something. Saya minta Yang Berhormat Menteri, apakah pelan ataupun cadangan dari kementerian untuk masa hadapan yang akan datang. Terima kasih.
Terima kasih.
Tuan Pengerusi, hala tuju negara seperti mana yang telah disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kita akan pastikan kita kurangkan kebergantungan kepada pekerja asing sehingga 15 peratus. Itu pertama.
Kedua, apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Langat daripada sekarang sehingga kita mencapai sasaran— apakah hala tuju? Seperti mana saya sebutkan, Jawatankuasa Kabinet telah meluluskan pekerja asing secara dasar tetapi buat peringkat permulaan kita akan membenarkan sektor perladangan dalam masa terdekat seminggu, dua minggu ini kita akan membenarkan pekerja untuk sektor perladangan dengan SOP baharu. Sekiranya kita berjaya mengikut SOP, maka kita akan terus membenarkan sektor- sektor ini untuk masa terdekat. Jangka masa panjang kita akan meminta pihak industri move towards automasi. Ini penting sebab kita lihat cabaran masa hadapan bukan post COVID-19 Yang Berhormat. Cabaran masa hadapan merupakan Revolusi Industri 4.0 di mana mungkin kita akan hidup satu dunia yang kita tidak akan bayangi maka way forward would be automasi tetapi daripada sekarang, sehingga kita mencapai tahap itu, kita akan membenarkan pekerja asing secara berperingkat. Kedua, ada sektor syarikat-syarikat saya minta untuk frontliners tidak perlulah untuknya frontliners contohnya sektor perladangan. Kerani yang mengutip data tidak perlu daripada pekerja asing. Mereka perlu diberikan peluang kepada warga tempatan daripada bayar cashier dan sebagainya. Kita perlu memberi peluang kepada pekerja tempatan itu adalah way forward. Tuan Pengerusi, masa tidak mengizinkan untuk— maka izinkan saya...
Yang Berhormat Menteri, soalan yang kecil tetapi penting. Ini berkait dengan workers housing, Act 446. Terima kasih Tuan Pengerusi dan juga Yang Berhormat Menteri. Baru-baru ini Kerajaan Negeri Selangor telah ambil inisiatif untuk membina beberapa buah kompleks pekerjaan asing— complex workers housing di beberapa buah negeri di Selangor. Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Menteri adakah Kerajaan Persekutuan juga akan cuba bercadang untuk membina complex housing di seluruh Malaysia supaya dapat menyenangkan penginapan untuk pekerja asing. Ini minta pandangan.
Terima kasih Yang Berhormat Klang. Tuan Pengerusi, kalau kita hendak memastikan apa-apa perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli- ahli Yang Berhormat untuk dilaksanakan secara berkesan. Way forward adalah rumah pekerja asing yang akan dikenali sebagai Centralized Labour Quarters dengan mengambil kira purata 1.5 juta pekerja asing di negara ini Tuan Pengerusi kita perlukan lebih kurang 22,000 CLQ kiosk ataupun rumah untuk pekerja yang akan dibina seluruh negara yang kita akan beri peluang kepada majikan untuk membina.
Pada masa yang sama, Kementerian Sumber Manusia dan KDN akan memantau daripada segi sistem khas yang boleh membenarkan memantau daripada segi kedudukan sebenar contohnya apabila CLQ boleh itu menampung hanya 1,000 orang. Kita akan pasti kita melalui biometrik sama ada 1,000 orang tidak boleh lebih daripada 1,000 orang dan pelbagainya. Ini langkah-langkah way forward dan dalam masa 10 tahun akan datang Tuan Pengerusi, apabila kita lihat seorang pekerja asing yang tidak belong to mana-mana CLQ bererti pekerja asing itu merupakan pekerja asing tanpa izin. Ini kesimpulan dan saya percaya dengan sokongan padu daripada semua Ahli-ahli Yang Berhormat kita akan mencapai sasaran kita. Tuan Pengerusi...
Yang Berhormat Menteri soalannya, adakah Kerajaan Persekutuan akan juga membina CLQ?
Kita membenarkan pihak majikan untuk membina, kita akan memantau. Tuan Pengerusi, seterusnya isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Krai antara tujuan utama Rang Undang-undang Keselamatan dan kesihatan Pekerja adalah meluluskan liputan pemakaian akta ini ke hampir semua tempat kerja bagi melindung aspek keselamatan dan kesihatan pekerja selaras dengan salah satu elemen yang terkandung dalam di seluruh agenda Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO). Menangani perubahan landskap pekerjaan teknologi proses kerja gig ekonomi, kerja sementara dan bekerja dari rumah dan memantapkan penguatkuasaan bagi mengurangkan kadar kemalangan dan penyakit pekerjaan melalui satu pendekatan yang lebih efektif serta hukuman yang bersifat mencegah. Antara peruntukan yang dimaksudkan dalam RUU pindaan KPA itu ialah berkenaan pelantikan orang berlesen untuk melakukan pemeriksaan jentera berperakuan— contohnya lif, kren dan pengandung tekanan. Kementerian menerusi JKKP sedang mengadakan sesi perundingan awam dengan pihak kepentingan bagi mendapatkan pandangan mereka agar kaedah penyumbang yang terbaik dapat dilaksanakan. Manakala peruntukan berkenaan latihan keselamatan dan kesihatan pekerjaan ia bertujuan memastikan Program Latihan KKP yang dijalankan di negara ini adalah berkualiti daripada segi silibus, tenaga pengajar dan fasiliti sekalu gus dia dapat memenuhi objektif dan kehendak Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Bagi meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan negara, JKKP mengambil pelbagai inisiatif menerusi tiga pendekatan iaitu penguatkuasaan, penetapan standard dan promosi. Tuan Pengerusi, seterusnya Yang Berhormat Batu Kawan. Yang Berhormat Batu Kawan telah projek bawah Butiran 04300 merupakan Projek Perolehan Peralatan Bagi Bidang Baharu Teknologi Percetakan Khusus untuk Bidang Teknologi Multimedia dan Bidang Teknologi Automatif diluluskan dalam Rolling Plan Pertama. Sebanyak RM2.755 juta perolehan telah dilaksanakan pada tahun 2020. Pada tahun 2021 sebanyak RM2.142 juta...
Yang Berhormat Menteri, itu bukan Butiran saya maaf. Butiran saya 04300 – Institut Latihan Perindustrian Nibong Tebal Pulau Pinang, Butiran 08300 – Projek Membina Enam Pejabat Tenaga Kerja Baharu.
Terima kasih Tuan Pengerusi. isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Kawan mengenai Projek Tenaga Kerja Buruh 3D di mana lima buah pejabat JTK tersebut merupakan ubah suai dan menaik tarafkan JTK Rawang, JTK Pelabuhan Klang, JTK Bentong, JTK Sungai Petani, Pejabat JobsMalaysia Kelana Jaya. Pejabat-pejabat ini sudah usang dan perlu diperbaiki bagi keselesaan pelanggan dan pegawai JTK.
Walau bagaimanapun, ini belum masuk lagi di Negeri Pulau Pinang Yang Berhormat. Seterusnya isu Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Kemaman dan Yang Berhormat Ipoh Barat telah membangkitkan Program Khusus Geran Pembangunan Kesatuan Sekerja. Tuan Pengerusi, gera diberi kepada Kesatuan Sekerja bagi membolehkan Kesatuan Sekerja menjalankan aktiviti-aktiviti mereka. Antara program yang dilaksanakan merupakan kursus-kursus kepimpinan dan kemahiran berkesatuan, bantuan pembelian komputer kepada kesatuan kecil bagi membolehkan melaksanakan kerja-kerja kesatuan dan penerbitan buku ilmiah oleh Kesatuan Akademi Universiti bagi boleh menjadi bahan rujukan seluruh negara, pembangunan laman web kesatuan dan lain-lain kaitan dengan kesatuan. Pada tahun 2021, 128 kelulusan kepada kesatuan telah diberikan dan 2022 pastinya lebih banyak kesatuan boleh dibantu. Pada tahun 2021 sebanyak 84 program dan 41 pembelian komputer dan dua pembangunan laman web dan satu penerbitan buku ilmiah telah dilaksanakan. Kementerian Sumber Manusia akan terus mempromosikan dan memberi kesedaran kepada pekerja bakal mencari kerja dan menyertai kesatuan sekerja melalui program outreach dan turun padang.
Tuan Pengerusi, sedikit. Saya hendak tanya hal. Apakah sasaran kementerian untuk meningkatkan membership dalam kesatuan sekerja? Sekarang lebih kurang lima peratus. Apakah sasaran kementerian?
Tuan Pengerusi, kita sedang mengkaji untuk menentukan sasaran baharu. Apabila kita meluluskan akta baharu— 1955, di mana lebih ramai boleh menyertai kesatuan sekerja bukan tidak perlu bergantung kepada satu persatuan yang satu sahaja. So, mungkin dalam masa terdekat, Kementerian Sumber Manusia akan mengumumkan sasaran baharu selepas kita meluluskan akta baharu Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, seterusnya Yang Berhormat Ipoh Barat juga telah membangkitkan gaji minimum. Jawatankuasa Teknik Perundingan Gaji Negara (JTPGN) telah memperhalus dan menganalisis semua dapatan yang diperoleh hasil daripada analisis data borang sosial selidik sesi perundingan awam dan perbandingan dengan terhadap data-data sosioekonomi negara. Laporan Dapatan Kajian telah dibentangkan dan dibahaskan di peringkat Majlis Perundangan Gaji Negara pada 18 November yang lalu dan perbincangan akan diteruskan dalam Mesyuarat Majlis pada 9 Disember 2021 bagi membolehkan kementerian mengemukakan syor kadar gaji baharu dan liputan kepada kerajaan untuk pertimbangan dan persetujuan melalui Jemaah Menteri. Tuan Pengerusi selain itu, program outreach dan turun padang menemui pekerja dan bakal pencari kerja bagi menyedari mereka kepentingan berkesatuan. Program dilaksanakan secara fizikal dan online memandangkan sekatan perjalanan Kementerian Sumber Manusia akan terus memastikan agar pekerja sedar mereka untuk berkesatuan. Kursus-kursus kesatuan dan kepimpinan akan dilaksanakan lagi pada tahun 2021. Sebelum itu saya akan menjawab Tuan Pengerusi. Seterusnya Yang Berhormat daripada ada juga beberapa isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat mengenai Industrial Court dan sebagainya. Saya akan mengkaji secara mendalam dan daripada segi pelaksanaannya walaupun beberapa cadangan saya percaya akan membawa perubahan di peringkat Kementerian Sumber Manusia saya akan cari mengkaji secara mendalam dan saya akan beri secara bertulis kepada pihak Yang Berhormat Ipoh Barat.
Isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena, Tuan Yang di- Pertua, ada juga beberapa perkara saya perlukan masa apabila melibatkan jumlah pekerja asing yang diperlukan mengikut sektor. Saya perlu memberi secara bertulis. Tentang kekosongan 500,000 pekerjaan.
Berkaitan dengan pekerja asing itu, satu. Akan tetapi kekosongan 500,000 yang Yang Berhormat Menteri maksudkan itu, kekosongan 500,000 peluang pekerjaan.
Saya faham Yang Berhormat. 500,000 kekosongan itu ialah pelbagai sektor yang terdiri daripada lima sektor penting. Pertama, perladangan, pertanian, pembuatan, pembangunan dan sektor perkhidmatan. Saya kena kaji dan minta laporan daripada kementerian, akan bagi secara bertulis.
Ya. Baik.
Yang Berhormat Pokok Sena juga membangkitkan isu Promosi TVET 2021. Tuan Yang di-Pertua, sejumlah 1,335 aktiviti promotion telah dilaksanakan pada tahun 2021 merangkumi roadshow, media cetak, media elektronik dan pengiklanan serta media sosial. Walau bagaimanapun, bagi tahun ini angka ini akan meningkat sebab sebahagian besar sepanjang 2021 kita telah terlibat dengan PKP pertama, kedua dan ketiga.
Tuan Yang di-Pertua, maksud saya itu bukan hanya untuk promosi TVET secara umum tetapi juga mempromosi institusi- institusi swasta supaya mereka ini, pusat-pusat pentauliahan swasta ini dikenali oleh masyarakat untuk membuka peluang. Supaya mereka juga mendapat tawaran pelajar- pelajar.
Tuan Yang di-Pertua, apabila kita sebut TVET, TVET ini akan jadi hala tuju negara. Bukan sahaja sebab kementerian tetapi kita lihat Revolusi Industri 4.0 akan membawa perubahan besar. Di mana peluang-peluang pekerjaan sedia ada sekarang mungkin akan jadi tidak relevan lagi. Maka, way forward negara kita ialah mempromosikan TVET sebagai gaya hidup. Kita bukan lagi lihat Malaysia sebagai sasaran tetapi 600 juta ASEAN populations akan menjadi sasaran untuk Malaysia melahirkan modal insan yang cukup confident dalam bidang TVET dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Kalabakan telah membangkitkan beberapa isu mengenai Program Latihan Kemahiran (PLKN). Sebahagian peruntukan untuk PLKN ini adalah melaksanakan program latihan kepada kakitangan institut latihan yang- peningkatan kemahiran, upskilling dan reskilling. PLK sangat penting bagi memastikan kakitangan ini di institut latihan sentiasa berkemahiran tinggi dalam penyampaian perkhidmatan latihan Jemaah Menteri. Tuan Yang di-Pertua, ada juga beberapa orang Ahli Parlimen yang telah membangkitkan, memandangkan tahun ini tiada peruntukan dan tahun hadapan ditambahkan peruntukan. Kita lihat ILP di bawah Kementerian Sumber Manusia bagi tahun ini, kita tidak menjalani sebarang kursus dan latihan dengan keadaan PKP dan sebagainya. Maka, tiada perbelanjaan untuk makanan dan sebagainya. Akan tetapi tahun hadapan apabila kita dah mula ambil balik pelatih, ini akan melibatkan pelbagai perbelanjaan untuk tahun hadapan. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Setiawangsa, tiada di dalam Dewan, saya akan beri secara bertulis. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dungun telah membangkitkan, adakah latihan pra-pekerjaan memenuhi kehendak industri. Tuan Yang di-Pertua, kajian keberkesanan latihan industri yang dilakukan oleh Jabatan Tenaga Manusia terhadap pelajar di JTM mendapati 99.86 peratus majikan berpuas hati dengan prestasi pelajar di JTM pada tahun 2019 dan prestasi ini meningkat ke 99.22 peratus pada tahun 2020. Seterusnya, sebagaimana yang saya jawab kepada Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Kemaman dan Yang Berhormat Ipoh Barat. Kementerian Sumber Manusia sentiasa bekerjasama dengan kesatuan sekerja dan majikan melalui Mesyuarat Majlis Perundingan Buruh Kebangsaan (NLAC). Memastikan kesatuan pekerja mahir dalam melaksanakan perundingan kolektif agar mendapat faedah yang lebih baik. Mesyuarat Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN). Seterusnya, Yang Berhormat Dungun juga telah membangkitkan, mewajibkan majikan sedia suasana perburuhan yang kondusif. Tuan Yang di-Pertua, melalui
penguatkuasaan undang-undang, pemeriksaan berkanun, promosi dan pendidikan perburuhan, pindaan undang-undang selaras dengan kehendak komprehensif dan progresif Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA), dengan izin, standard antarabangsa. Yang Berhormat juga telah membangkitkan Jabatan Pembangunan Kemahiran kerjasama dengan IPT untuk selaraskan kokurikulum. Kementerian melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran menggalakkan IPT untuk mengguna Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang dibangunkan oleh industri bersama JPK sebagai kurikulum latihan yang menjurus kepada kompetensi pekerja. Seterusnya, setakat ini kementerian sedang menyelaras perkara yang memandangkan bidang kuasa berkaitan dengan latihan TVET adalah rentas kementerian. Bentuk-bentuk latihan TVET yang dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Manusia adalah sistem latihan berdasarkan pusat bertauliah iaitu program latihan sepenuh masa. Kedua, Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN). Ketiga, pengiktirafan pencapaian terdahulu program latihan modular jangka pendek dan seminar dan webinar. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Sumber Manusia juga memberikan keutamaan ke atas isu berhubung dengan peluang-peluang pekerjaan bagi pekerja tempatan. Antaranya seperti berikut: (i) portal MyFutureJobs sebagai platform perkhidmatan pekerjaan negara yang membuat padanan pekerjaan. Setakat 31 Oktober 2021, sebanyak 259,478 orang pencari pekerjaan telah berjaya ditempatkan; (ii) program temu duga terbuka secara dalam talian dan fizikal secara mingguan di semua Pejabat PERKESO serta program kerjaya di peringkat negeri, sehingga 31 Oktober 2021 sebanyak 2,300 aktiviti sebegini telah dilaksanakan; (iii) insentif Malaysianization bagi tujuan pengetahuan pekerja asing dengan pekerja tempatan; dan (iv) kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dalam menyediakan pusat satelit MyFutureJobs. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jerai juga telah membangkitkan beberapa isu. Pada masa ini, pekerja yang bekerja sendiri dilindungi di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan (Akta 789), termasuk pekerja gig. Setakat 26 November 2021, seramai 347,578 Orang Bekerja Sendiri (OBS) aktif berdaftar dengan PERKESO. Daripada jumlah itu, 210,240 orang adalah di bawah sektor penghantar barang p-hailing. Sehingga 19 November 2021, sebanyak 8,890 sesi libat urus di seluruh negara telah dilaksanakan bagi menggalakkan orang bekerja sendiri, termasuk pekerja gig berdaftar dan mencarum dengan PERKSEO supaya mereka dilindungi di bawah six scheme keselamatan. Walau bagaimanapun, kita lihat baru-baru ini ada satu keputusan telah dibuat di United Kingdom, di mana pekerja gig juga harus dikenali sebagai pekerja normal. Sekarang ini Kementerian Sumber Manusia sedang mengkaji keputusan itu supaya kita melahirkan satu perlindungan baharu untuk memastikan kita memperkenalkan pekerja gig ini sebagai pekerja biasa. Kita lihat mungkin gig ekonomi akan menjadi satu budaya, kita belum pasti lagi. Mungkin kita akan hidup dengan keadaan COVID-19 dan sebagainya dan gig ekonomi akan menjadi satu hala tuju. Kita lihat Tuan Yang di-Pertua, walaupun ada juga pihak-pihak meragui sama ada Laporan Kementerian Sumber Manusia betul atau tidak apabila kita mengurangkan- sempat mengurangkan kadar pengangguran daripada 5.3 peratus kepada 4.8 peratus dalam masa krisis ekonomi dan krisis kesihatan. Kebetulannya kita berjaya mengurangkan kadar pengangguran kerana penglibatan golongan belia dalam sektor gig ekonomi. Salah satu sebab apabila ada juga beberapa orang pilot yang sanggup membawa GrabCar dan sebagainya. Ini salah satu contoh kenapa kita sempat mengurangkan kadar pengangguran. Maka, kerajaan akan terus mengkaji secara
mendalam untuk memberi perlindungan yang sewajarnya kepada mereka yang terlibat dalam gig ekonomi. Dengan ini Tuan Yang di-Pertua, yang lain selain daripada ini saya akan memberi secara bertulis dalam masa terdekat seperti mana dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat. Saya akan pastikan Kementerian Sumber Manusia memberi semua jawapan secara bertulis dalam masa seminggu. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat semua, masalah ialah bahawa wang sejumlah RM835,666,800 untuk Kepala B.46 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2022 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.46 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Ahli-ahli Yang Berhormat semua, masalah sekarang ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.46 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2022 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.46 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Ahli-ahli Yang Berhormat semua, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi esok, hari Rabu, 1 Disember 2021. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.50 petang]
Kamar KhasSpecial Chamber
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Kawasan Tanah Runtuh di Taman Indah Jaya, SandakanSpecial Chamber
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Saya ingin membawa perhatian segera kepada Yang Berhormat Menteri tentang isu tanah runtuh di Taman Indah Jaya, Sandakan.
Tuan Yang di-Pertua, pada Januari 2011, satu kejadian tanah runtuh yang agak serius berlaku di belakang Blok 83, Taman Indah Jaya, Sandakan dan ia juga telah menyebabkan banyak kerosakan terhadap harta benda di beberapa rumah termasuk tadika kanak-kanak. Bagaimanapun, selepas lebih 10 tahun selepas kejadian itu, tiada kerja-kerja pembaikan atau pengurusan yang utama atau sewajarnya dilakukan dan ia juga menyebabkan penduduk di kawasan ini terus hidup dalam ketakutan terutama ketika musim hujan.
Pada Januari tahun ini, bersama-sama dengan pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) kawasan Elopura, kami juga telah melakukan pemeriksaan di tapak itu dan membuat perbincangan mengenai keperluan mendesak untuk menstabilkan cerun kerana tempoh hujan yang kerap. Selepas itu, kami juga diberitahu bahawa MPS akan memohon pembiayaan segera untuk menjalankan kerja-kerja yang diperlukan.
Tuan Yang di-Pertua, selepas 10 bulan berlalu daripada tinjauan itu, tiada apa-apa kerja berkaitan lagi yang dilakukan di tapak berkenaan dan musim tengkujuh kini kembali. Justeru, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri berkenaan hal berikut, memandangkan Ahli Parlimen pembangkang seperti saya sendiri tidak diberikan makluman terkini atau dimaklumkan oleh kerajaan tempatan dan agensi-agensi kerajaan mengenai status dan kemajuan kerja-kerja pembaikan ini.
Tuan Yang di-Pertua, selepas 10 bulan berlalu daripada tinjauan itu, tiada apa-apa kerja berkaitan lagi yang dilakukan di tapak berkenaan dan musim tengkujuh
kini kembali. Justeru, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri berkenaan hal berikut, memandangkan Ahli Parlimen pembangkang seperti saya sendiri tidak diberikan makluman terkini atau dimaklumkan oleh kerajaan tempatan dan agensi kerajaan mengenai status dan kemajuan kerja-kerja pembaikan ini.
Mengapakah selepas 10 bulan masih tiada apa-apa yang dilakukan di lokasi tanah runtuh ini? Adakah MPS telah memohon peruntukan kecemasan atau segera daripada kementerian untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan runtuhan di cerun itu? Berapakah peruntukkan yang telah diluluskan untuk kerja-kerja berkenaan?
Bilakah peruntukkan itu telah diluluskan? Mengapakah tiada apa-apa makluman terkini mengenai status dan perkembangan kerja-kerja itu daripada mana-mana agensi untuk penduduk yang terjejas?
Penduduk Taman Indah Jaya Sandakan terlibat telah menunggu terlalu lama untuk pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap isu ini. Dibimbangkan nyawa juga terancam di sini dan untuk itu, sudah seharusnya tiada alasan bagi kerajaan untuk sebarang kelewatan lagi bagi menyelesaikan isu ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sandakan terima kasih keprihatinan tentang masalah penduduk di Sandakan.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, status pembaikan di lokasi tanah runtuh melibatkan Taman Indah Jaya, Sandakan adalah seperti berikut iaitu pada tahun 2020, Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) telah membina gabion wall di belakang perumahan semi-detached, Taman Indah Jaya dengan kos sebanyak RM150,000 yang bertujuan untuk menahan cerun di kawasan sekitar agar tidak runtuh akibat hujan lebat yang berterusan di Sandakan.
Kedua, pada 26 Januari 2021, MPS telah memohon peruntukan kecemasan kepada Kementerian Kewangan Negeri Sabah sebanyak RM1,045,000 untuk membina gabion wall di lokasi yang sama dan pihak Kementerian Kewangan Negeri Sabah telah meluluskan permohonan peruntukan tersebut pada 1 April 2021 bagi melaksanakan kerja-kerja seperti berikut:
(i) pembinaan gabion wall di belakang perumahan semi- detached Taman Indah Jaya, Sandakan dengan kos sebanyak RM403,000; dan
(ii) pembinaan gabion wall di belakang perumahan detached Taman Indah Jaya, Sandakan dengan kos sebanyak RM642,000.
Buat masa ini, kerja-kerja pembaikan tersebut masih belum dilaksanakan kerana belum memperoleh kelulusan Works Evaluation Committee (WEC) Sandakan untuk kebenaran memulakan kerja. Walau bagaimanapun, kementerian ini dengan kerjasama MPS akan berusaha memastikan kerja-kerja pembaikan di lokasi tanah runtuh di Taman Indah Jaya, Sandakan, dapat diselesaikan. Peruntukan telah ada tetapi masalah kerja tidak dilakukan oleh pihak berkenaan di negeri Sabah. Terima kasih.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Kementerian Sumber Manusia Harus Memberi Komitmen Untuk Mengiktiraf Pekerja Kontrak Perkhidmatan Sokongan di Hospital, Sekolah dan Agensi Kerajaan LainSpecial Chamber
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, pandemik COVID-19 sekali lagi mendedahkan masalah dasar penswastaan dalam perkhidmatan sokongan di mana hak-hak pekerja kontrak sentiasa dicabuli oleh majikan mereka.
Pada awal bulan Ogos 2021, seorang pekerja pembersihan kontrak di Hospital Tengku Ampuan Rahimah yang meninggal dunia selepas dijangkiti COVID- 19 didapati masih belum diberikan vaksin. Pada 22 Oktober 2021, terdapat 38 orang pengawal keselamatan sekolah di sekitar Perlis mendakwa gaji mereka tertunggak dua bulan.
Hal ini menyebabkan kehidupan mereka amat terkesan padahal kes-kes sebegini telah menjadi satu norma sebelum wabak COVID-19. Kesatuan pekerja telah menerima banyak aduan di mana kontraktor-kontraktor enggan atau lewat membayar gaji dan memberi caruman di KWSP, PERKESO dan SIP.
Meskipun pekerja pembersihan hospital melaksanakan tugas mereka sebagai barisan hadapan melawan COVID-19, namun mereka tidak layak menerima elaun khas sebanyak RM600 seperti doktor dan jururawat. Walaupun pekerja kontrak telah lama bekerja di sekolah atau hospital masing-masing melebihi 10 tahun, namun mereka tidak pernah mendapat bonus tahunan, faedah atau peningkatan gaji.
Pekerja-pekerja tersebut dilayan sebagai pekerja baharu kerana majikan memaksa mereka untuk memperbaharui kontrak setiap tiga tahun.
Pihak kontraktor juga gagal menyediakan peralatan kerja dan peralatan perlindungan peribadi yang lengkap dan berkualiti seperti pelitup muka, sarung tangan, penyapu, mop, agen pencuci dan sebagainya. Hal ini membahayakan kesihatan pekerja dan menyukarkan kerja pembersihan seharian. Oleh itu, saya memohon kerjasama Yang Berhormat Menteri untuk menjawab soalan-soalan berikut:
(i) berapakah jumlah pekerja kontrak termasuk pekerja pembersihan, pengawal keselamatan, tukang kebun dan lain-lain lagi yang bekerja di sekolah, hospital dan agensi kerajaan? Sila nyatakan jumlah itu berdasarkan kategori pekerjaan, kaum, jantina dan kumpulan isi rumah, kategori kemiskinan mutlak dan kemiskinan tegar;
(ii) sila huraikan perjanjian antara kerajaan dengan lima syarikat konsesi dalam perkhidmatan sokongan hospital termasuk obligasi kontraktor dala hal penyediaan peralatan dan PPE yang lengkap dan berkualiti, jumlah nilai kontrak, tempoh kontrak, skop-skop kerja, cara pemantauan kerajaan untuk memastikan kontraktor mematuhi terma- terma kontrak. Apakah kriteria-kriteria kontraktor diperlukan untuk mendapatkan kontrak tersebut;
(iii) apakah saluran atau sistem pengurusan aduan pekerja kontrak yang sedia ada. Berapakah jumlah aduan yang diterima pada tahun 2020 dan 2021 berdasarkan jenis
aduan mengenai sekatan kegiatan kesatuan ‘union busting’, kelewatan pembayaran gaji, potongan gaji tanpa sebab, penyelewengan dalam pengiraan upah kerja lebih masa, caruman KWSP, PERKESO dan SIP yang tidak cukup;
(iv) berapakah jumlah kes aduan yang masih dalam siasatan, jumlah kes yang didakwa di mahkamah dan jumlah kes yang diklasifikasikan sebagai ‘no further action’. Apakah tindakan susulan kerajaan terhadap kontraktor-kontraktor yang didapati mengeksploitasi hak-hak pekerja kontrak.
Adakah kerajaan sudi menyenaraihitamkan kontraktor- kontraktor berkenaan. Bagaimanakah kerajaan memastikan kesalahan-kesalahan tersebut tidak diulangi oleh kontraktor yang baharu; dan
(v) adakah kerajaan sudi kaji semula Dasar Penswastaan 1983 dan mengiktiraf pekerja-pekerja kontrak ini sebagai penjawat awam ke dalam skim perkhidmatan dan sistem kerajaan. Sila huraikan pelan tersebut secara terperinci.
Sekian terima kasih atas kerjasama pihak Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Klang, Tuan Charles Anthony Santiago.
Saya amat bersetuju dengan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Klang ini. Saya telah meneliti secara terperinci perkara-perkara yang dibangkitkan. Ada lima perkara yang disentuh oleh Yang Berhormat Klang yang mana sangat baik untuk rakyat dalam masa ketika ini. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Klang telah membangkitkan isu-isu yang menyentuh bidang kuasa rentas kementerian ataupun crossing ministry, dengan izin, yang melibatkan Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, pada masa ini, seramai 42,693 orang pengawal keselamatan yang bertugas di Kementerian Pendidikan Malaysia. Para pengawal keselamatan ini melaksanakan tugasan demi memastikan 10,961 premis di Jabatan Pendidikan Negeri, bahagian dan institusi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia berada dalam keadaan terkawal dan selamat daripada sebarang ancaman.
Bagi perkhidmatan pembersihan bangunan di kawasan sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, terdapat seramai 45,411 orang pekerja yang bertugas untuk memastikan 10,563 premis berada di dalam keadaan bersih dan terjaga demi keselesaan pelajar dan guru. Bagi perkhidmatan membekal makanan bermasak pula, terdapat 12,064 orang pekerja di 1,730 buah premis yang bertanggungjawab menyediakan makanan yang bersih dan selamat kepada murid asrama.
Jadi, kalau Yang Berhormat Klang hendak dapatkan angka ini secara bertulis ini saya boleh passing. Insya-Allah mungkin kita tidak ingat dengan fakta-fakta, jumlah besar – tidak apa boleh saya bagi, tidak ada masalah. Selepas saya baca ini, kita bagi satu salinan.
Memang ada jawapan diberikan kepada mereka.
Jadi setakat ini, Kementerian Sumber Manusia masih belum menerima sebarang maklum balas daripada Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai maklumat terperinci berkenaan bilangan pekerja kontrak dan kandungan perjanjian di antara kerajaan dengan syarikat konsesi dalam perkhidmatan sokongan hospital sepertimana yang dikehendaki. Saya mencadangkan agar pihak Yang Berhormat Klang boleh berurusan secara terus dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mendapatkan maklumat yang tepat dengan kadar segera.
Kita ada hubungi, tetapi kita tidak dapat lagi reply mesej sampai ke petang inilah. Sepatutnya kita sudah boleh bagi jawapan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Klang, tetapi tidak dapat. Kita cadang macam itulah. Bagi isu mengenai saluran atau sistem pengurusan pekerja kontrak Kementerian Sumber Manusia telah menyediakan pelbagai platform yang membolehkan pekerja kontrak membuat aduan sekiranya tidak berpuas hati dengan pihak majikan seperti:
(i) hadir sendiri ke Pejabat Tenaga Kerja;
(ii) secara dalam talian melalui e-mel [email protected], laman web KSM (SISPAA) dan aplikasi Working for Workers
(WFW). Ini kita tidak melihat siapa yang mengadu. Bila pekerja-pekerja mendapat kezaliman ataupun ketidakadilan oleh majikan, mereka boleh terus akses Working for Workers
(WFW). Kita tidak minta nama mereka didedahkan, sebab bila berlaku aduan di dalam ini, kita terus akan buat siasatan betul tidak berlaku – Kita akan panggil terus majikan tersebut. Ini proses yang telah kita jalankan dan sangat baik. Apabila aplikasi ini dilaksanakan, para pekerja tidak merasa bimbang, takut berlaku intimidate ataupun retaliate ataupun tindakan yang tidak beretika oleh majikan terhadap pekerja. Ini adalah satu proses atau satu aplikasi yang sangat baik ketika ini dan banyak kita menyelesaikan masalah pekerja apabila kita melancarkan aplikasi Working for Workers.
(iii) melalui telefon;
(iv) melalui surat – Kebanyakan pekerja tidak berani hendak tulis surat atau hendak telefon sebab takut oleh para majikan berlaku satu tindakan di luar jangkaan terhadap mereka dan akan kehilangan pendapatan. Inilah yang selalu berlaku threaten ataupun ugutan;
(v) melalui pihak ketiga seperti kesatuan, badan bukan kerajaan
(NGO) atau orang perseorangan; dan
(vi) tindakan siasatan juga diambil berdasarkan laporan daripada media massa.
Jadi kita juga melihat kadang-kadang kesatuan kerja juga merupakan satu badan untuk melindungi pekerja, tetapi ada ketika itu satu persetujuan bersama
dengan majikan. Apabila perkara ini berlaku, tidak ada perlindungan kepada ahli-ahli yang menjadi kesatuan sekerja itu. Jadi, sebab ini kita lancarkan perkara-perkara ini.
Selain daripada kesatuan sekerja, kita juga memberikan perlindungan kepada mereka apabila berlaku dirasakan tidak ada keadilan dan kezaliman berlaku kepada mereka ahli employers, melalui aplikasi WFW ini.
Jabatan Tenaga Kerja (JTK) juga akan menjalankan siasatan meskipun sumber aduan adalah secara surat layang dan melalui aplikasi Working for Workers
(WFW). Ini adalah kerana sebahagian pekerja enggan mendedahkan identiti mereka kerana bimbang kehilangan pekerjaan atau dikenakan tindakan sekiranya aduan mereka diketahui oleh majikan.
Dalam konteks ini, secara keseluruhannya, bilangan kes aduan yang diterima pada tahun 2020 dan sehingga 31 Oktober 2021 berjumlah 17,109 aduan. Bukan satu jumlah yang sikit, berlaku yang dilakukan oleh para majikan terhadap para pekerjanya ketika ini, sehingga 31 Oktober 2021. Maksudnya, kes ini besar berlaku ketikan pandemik COVID-19. Ada pihak mengambil kesempatan daripada krisis pandemik yang berlaku dalam negara kita ini.
Manakala, sebanyak 16,971 kes telah berjaya diselesaikan bagi tempoh yang sama iaitu 99.2 peratus kes yang berjaya kita selesaikan. Daripada saya sebut angka tadi, 99 peratus, lebih sikit yang kita biasa – maknanya sistem yang kita ada ini melindungi pekerja hampir 99 peratus ataupun satu peratus lagi hampir ke 100 peratus. Maknanya sangat berjaya amat dialu-alukan oleh para pekerja...
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingatkan Peraturan 17 bukan Peraturan 18, kedua-dua kena hanya membaca teks yang diluluskan sahaja. Tidak ada tambahan...
Okey baik.
Saya khuatir nanti ada perbahasan.
Okey, okey.
Peraturan 17, tidak ada perbahasan.
99 peratus kes yang dapat diselesaikan.
Negeri yang paling tinggi iaitu Negeri Selangor (4,884), Johor (2,973) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (2,272) adalah negeri yang merekodkan jumlah aduan tertinggi.
Antara aduan yang diterima adalah berkaitan dengan isu gaji dan isu kerja lebih masa. Sehingga 31 Oktober 2021, bilangan aduan berkaitan gaji yang diterima oleh JTK berjumlah 4,350 dan sebanyak 4,335 kes telah diselesaikan pada tempoh yang sama. Manakala, bilangan aduan berkaitan isu kerja lebih masa pula, sebanyak 547 diterima dan 542 aduan telah diselesaikan.
Pada ketika ini, semua kes yang masih aktif akan diteruskan siasatan atau perundingan secara win-win antara majikan dan pekerja. Kebanyakan kes atau aduan berjaya diselesaikan dan tindakan susulan serta pemantauan berterusan akan dijalankan mengikut keperluan perundangan oleh pihak JTK dari semasa ke semasa.
Sebarang isu eksploitasi melibatkan isu pekerjaan akan diambil tindakan oleh JTK.
Setiap pekerja yang dicabuli hak perburuhan mereka boleh menggunakan medium- medium yang disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia dalam mengutarakan permasalahan mereka.
Tindakan wajar akan diambil bagi aduan-aduan yang diterima. Bagi kontraktor-kontraktor yang didapati melakukan kesalahan di bawah undang-undang perburuhan, Kementerian Sumber Manusia boleh memaklumkan kepada Kementerian yang berkaitan, iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia atau Kementerian Pendidikan Malaysia untuk pertimbangan menyenarai hitam atau apa- apa tindakan yang bersesuaian sebagai usaha pencegahan atau sebagai hukuman kepada mereka.
Berkaitan isu kaji semula Dasar Penswastaan 1983 dan mengiktiraf pekerja- pekerja kontrak sebagai penjawat awam. Untuk makluman, dasar penswastaan mula diperkenalkan pada tahun 1983 sebagai salah satu usaha kerajaan untuk meningkatkan peranan sektor swasta dalam membangunkan ekonomi negara.
Melalui Dasar Penswastaan ini, saiz perkhidmatan awam dikecilkan dengan mengurangkan penglibatan sektor awam dalam ekonomi. Secara tidak langsung, dasar ini juga meningkatkan kecekapan kerja dan produktiviti negara dengan mengurangkan bebanan kewangan kepada kerajaan.
Bagi memastikan impak perlaksanaan dasar ini berada dalam tahap yang optimum, kerajaan pada tahun 1991 telah menerbitkan Pelan Induk Penswastaan Malaysia dan diikuti dengan penerbitan Garis Panduan Penswastaan. Pelan Induk Penswastaan Malaysia ini menerangkan pelaksanaan dasar manakala Garis Panduan Penswastaan memperincikan perkara-perkara seperti objektif dasar, kaedah yang digunakan serta jentera pelaksanaan dasar.
Dalam Rancangan Malaysia Ke-12 yang dibentangkan pada 27 September 2021, kerajaan akan meneruskan pengoptimuman penggunaan sumber manusia dalam perkhidmatan awam. Perkara ini akan dilaksanakan dengan mengawal pewujudan jawatan baharu tanpa sebarang implikasi kewangan tambahan melalui kaedah tukar ganti (trade-off) atau pindah butiran perjawatan (redeployment). Antara kaedah-kaedah lain yang diguna pakai termasuklah penyumberluaran (outsourcing) dan penswastaan.
Sehubungan dengan itu, cadangan Yang Berhormat berkaitan isu pengiktirafan pekerja-pekerja kontrak ini diserapkan secara tetap sebagai penjawat awam ke dalam skim perkhidmatan awam adalah kurang bersesuaian dengan hasrat kerajaan yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Berhubung maklumat yang dikawal selia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, sekali lagi saya cadangkan supaya Yang Berhormat boleh terus menghubungi kementerian berkenaan bagi mendapatkan maklum balas dengan kadar segera. Sekian, terima kasih. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang, Rabu, 1 Disember 2021. Terima kasih, Ahli-ahli Yang Berhormat.
[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.57 petang]