Dewan Rakyat · 6 December 2021
15th Parliament, session 4, meeting 2 · 715 turns · 48,130 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [Bachok] minta Menteri Kanan Pendidikan menyatakan sejauh mana Program Pemerkasaan Pelaksanaan Kurikulum (KPMPerkasaKU) bagi memperkukuhkan numerasi dan literasi memberikan tumpuan kepada kawasan luar bandar dan pedalaman.
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa berusaha untuk memastikan pendidikan murid, terutamanya dalam aspek literasi dan numerasi diberikan keutamaan. Kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) merupakan aspek yang diberi penekanan dalam pendidikan murid di Tahap 1 iaitu Tahun 1, 2 dan 3. KPM telah melaksanakan Program Pemulihan Khas untuk murid sekolah rendah yang menghadapi masalah menguasai kemahiran asas 3M. Guru pemulihan dengan kerjasama guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik memberi bimbingan yang bersesuaian kepada murid sehingga mereka mendapat atau dapat menguasai kemahiran asas 3M. KPM juga memperkenalkan Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah (PlaN) untuk memastikan murid sekolah rendah menguasai sekurang-kurangnya tahap penguasaan 3 dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Pelaksanaan PlaN adalah sebagai program sokongan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang menyeluruh untuk membantu memantapkan kemahiran 3M. Bermula September 2021, KPM telah melaksanakan Program Pemerkasaan Pelaksanaan Kurikulum (KPMPerkasaKU). Salah satu aspek yang diberi penekanan dalam program ini ialah pemugaran literasi dan numerasi. Penekanan juga diberikan kepada penglibatan ibu bapa dalam menyokong pelaksanaan PdP. Program ini dirangka bagi memastikan murid menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi melalui PdP secara bersemuka atau PdPR yang bersesuaian dengan tahap keupayaan murid untuk mengikuti pembelajaran seterusnya. Pada masa ini, murid Tahap 1 yang telah dikenal pasti di sekolah rendah kawasan bandar, luar bandar dan pedalaman dibekalkan dengan modul asas literasi dan modul asas numerasi bagi mempertingkatkan penguasaan 3M mereka. KPM yakin langkah strategik yang dilaksanakan ini dapat memastikan murid menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi dalam keadaan yang selamat dan mendapat akses kepada pembelajaran yang berkualiti. Terima kasih.
Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Bachok.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang diberikan. Kita sedia maklum bahawa isu-isu pendidikan, terutama berkaitan dasar dan kurikulum pendidikan anak-anak di sekolah amat dekat di hati para ibu bapa dan rakyat negara kita. Saya yakin pihak kementerian amat prihatin untuk mendengar dan respons terhadap kritikan dan juga rungutan mereka. Saya bangkitkan soalan ini iaitu pertama, kerana kita berhadapan dengan pandemik selama dua tahun ini sehingga mengganggu perjalanan pembelajaran dan pengajaran di sekolah kita. Keduanya, kerana sememangnya telah wujud jurang pendidikan yang semakin melebar di antara bandar dan luar bandar yang belum dapat dilunaskan penyelesaiannya dengan terbaik. Baru-baru ini Cikgu Fadhli Salleh, seorang guru yang banyak advocate isu-isu pendidikan dan juga beberapa pihak telah bangkitkan mengenai silibus-silibus pelajar yang semakin membebankan mereka. Perkara ini boleh menjadi faktor utama kepada kesenjangan pendidikan pada hari ini. Saya mohon pandangan kementerian terhadap perkara ini iaitu apakah kementerian bercadang untuk kembali memperhalusi aspek silibus murid sekolah yang dilihat semakin membebankan pelajar ini. Terima kasih.
Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Bachok yang amat prihatin mengenai perkara ini. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, KPM telah melaksanakan penjajaran kandungan kurikulum mata pelajaran. Penjajaran kurikulum ini adalah untuk menyusun semula kandungan mata pelajaran kepada kandungan asas, kandungan tambahan dan kandungan pelengkap. Penjajaran ini dibuat agar murid dapat bersedia untuk pembelajaran di peringkat seterusnya serta dilaksanakan mengikut keupayaan mereka. Justeru dalam tempoh pandemik, KPM telah menyesuaikan silibus mengikut keupayaan murid dengan memberi tumpuan kepada kandungan asas kurikulum. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Muar, ya.
[Bangun]
Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri, sistem pendidikan negara sekarang, kini sangat mencemaskan. Pada minggu lepas kita dapat jawapan bertulis yang menunjukkan 22 ribu anak muda atau pelajar-pelajar kita tercicir kerana COVID-19 dan lebih setahun setengah mereka tidak bersekolah kerana kekangan kewangan yang agak drastik. Kita tidak boleh salahkan murid ataupun ibu bapa kerana hilang minat. It’s not the problem of passion. Mereka tiada tablet, laptop, Internet, kekangan kewangan dan yang lebih mencemaskan, kajian yang diterbitkan pada bulan Mei, Families on the Edge menunjukkan bahawa bukan saja mereka hilang setahun setengah, tetapi kini, walaupun ekonomi dibuka, besar kemungkinan mereka tidak dapat kembali ke sekolah kerana kekangan kewangan yang agak luar biasa.
Persoalan saya ini, since this is a national emergency, situasi yang teramat mencemaskan ya, mana inisiatif kerajaan jika kerajaan yang menggunakan slogan Keluarga Malaysia dapat memberikan RM38 juta untuk tambah baik rumah Perdana Menteri, RM100 juta tawaran kepada bekas Perdana Menteri, penasihat-penasihat yang bergaji RM50,000 tetapi situasi ini yang teramat mencemaskan, 22 thousand, after one year and a half tidak dapat pendidikan, apa yang boleh kerajaan lakukan berskala besar untuk intervensi supaya mereka ini ditempatkan secepat mungkin, since this is a national emergency. Sedikit sahaja tambahan, saya merayu kepada Yang Berhormat Menteri untuk berikan jawapan bertulis kepada saya sebagai Ahli Parlimen Muar, senaraikan nama- nama keluarga dan anak-anak yang tercicir kerana saya hendak pergi rumah ke rumah.
Saya ingin pastikan sekurang-kurangnya di kawasan saya, there will be no one left behind, one year and a half boleh hancurkan masa depan mereka. Saya merayu, terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Muar. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, apa yang dibangkitkan tadi oleh Yang Berhormat Muar saya rasa adalah berdasarkan kepada jawapan yang diberikan kepada Yang Berhormat Kangar tempoh hari. Jadi, ingin saya maklumkan di sini, KPM amat prihatin dan sentiasa mengambil langkah untuk menyelesaikan dan juga memastikan dan menurunkan kadar dan kemungkinan keciciran dalam kalangan murid. Jadi untuk itu, ke arah itu, banyak langkah yang telah kita ambil dan sebelum menjawab langkah-langkah yang telah diambil, saya ingin maklumkan sedikit. Ingin berikan angka-angka statistik sejak tahun 2018 berbanding dengan apa yang telah disebutkan, jawapan yang telah diberikan kepada Yang Berhormat Kangar iaitu berdasarkan data bagi tempoh Mac hingga Disember 2020, murid yang berhenti sekolah adalah seramai 11,301 orang. Bagi tempoh Januari hingga Julai 2021, seramai 10,015 orang murid direkodkan berhenti sekolah. Jumlah keseluruhan murid yang berhenti persekolahan bagi tempoh Mac 2020 hingga Julai 2021 adalah 21,316 orang. Jadi, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berbanding dengan tahun 2018, jumlah angkanya adalah 34,074 orang. Maksudnya, untuk tahun-tahun sebelumnya, angka tersebut adalah lebih tinggi daripada apa yang telah diberikan jawapan kepada Yang Berhormat Kangar. Jadi, apa-apa langkah yang kita ambil ke arah untuk mencapai kejayaan untuk kita turunkan kadar keciciran tersebut. Pertama, adalah menggerakkan pihak sekolah, pejabat pendidikan daerah, jabatan pendidikan negeri untuk mengesan murid yang tidak hadir semasa pengajaran dan pembelajaran di rumah, PdPR dan semasa sesi pembelajaran di sekolah semasa sekolah dibuka semula. Kedua, menyediakan perkhidmatan bimbingan dan sokongan psikososial melalui pelbagai kaedah. Ketiga, mengadakan perbincangan di antara pihak sekolah dengan ibu bapa atau penjaga murid untuk mengenal pasti sebab dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk menangani murid yang kurang minat untuk belajar. Pada waktu yang sama, kita melaksanakan intervensi murid risiko cicir pengajaran dan pembelajaran di peringkat JPN dan PPD. Intervensi ini melibatkan sektor pengurusan pembelajaran, sektor pengurusan sekolah, pembangunan murid dan sebagainya. Ia juga melibatkan focal person, penglibatan ibu bapa, komuniti dan swasta (PIBKS) Selain daripada itu, kita juga menyediakan Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir di Sekolah (GPMBC) sebagai rujukan JPN, PPD dan sekolah. Dashboard murid berisiko cicir bagi mengesan pasti murid berisiko cicir. KPM turut menyediakan Manual Pengurusan Pencegahan dan Intervensi Murid Cicir. Inilah langkah-langkah yang kita ambil dan mungkin saya boleh berikan lebih terperinci lagi kepada Yang Berhormat Muar tentang apa yang telah saya sebutkan tadi. Terima kasih.
Terima kasih.
Papar.
Maaf Yang Berhormat Papar, 13 minit kita di soalan ini.
2. Tuan Nga Kor Ming [Teluk Intan] minta Menteri Kewangan menyatakan berapakah jumlah kerugian hasil negara akibat dari aktiviti penyeludupan haram termasuk arak dan rokok serta apakah langkah-langkah yang sedang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah serius ini.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam
Keluarga Malaysia, makmur sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat Teluk Intan atas persoalan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sepanjang tahun 2020, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah merekodkan jumlah perolehan kes rampasan rokok dan minuman keras tidak sah sebanyak 2,842 kes yang keseluruhannya bernilai RM97.34 juta dan melibatkan nilai kehilangan cukai sebanyak RM707.14 juta. Tuan Yang di-Pertua, bagi tahun 2021 sehingga September pula, statistik yang sama mencatatkan sebanyak 2,518 kes rampasan yang bernilai RM41.43 juta dengan jumlah kehilangan cukai terlibat adalah sebanyak RM281.69 juta. Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha membendung ketirisan hasil cukai akibat aktiviti penyeludupan rokok dan minuman keras, pihak JKDM sentiasa mempergiatkan kawalan dan tindakan penguatkuasaan melalui pelbagai aktiviti serbuan, rondaan darat dan air, sekatan jalan raya, pemeriksaan kapal, bot atau kenderaan, di samping melakukan pelbagai operasi khas dan operasi outlet rokok dan minuman keras. Ahli Yang Berhormat Teluk Intan, sungguhpun negara menghadapi pandemik COVID-19, usaha-usaha menangani aktiviti penyeludupan terus dipertingkatkan oleh JKDM dari semasa ke semasa melalui pelbagai aktiviti seperti berikut: (i) kita menyertai Operasi Portcullis dengan menghantar alert notification dengan izin Tuan Yang di-Pertua, kepada pihak kastam di negeri jiran seperti negara Thailand bagi membuat pengesahan dagangan eksport syarikat; (ii) merangka kaedah operasi yang lebih dinamik seperti Operasi Sepadu Marin Kastam mengikut tempoh masa tertentu dan memberi fokus kepada sektor operasi laut; (iii) mengadakan Ops Benteng melalui pelaksanaan sekatan jalan raya bersama aktiviti penguatkuasaan di sepanjang Pantai Timur Semenanjung bagi menyekat rantaian pergerakan barang di jajaran tersebut; (iv) melaksanakan Ops Pacak di tempat-tempat yang dikenal pasti sebagai hotspot dengan tujuan memutuskan rantaian penyeludupan; (v) menyediakan mesin pengimbas sebagai proses inbound dan outbound di seluruh negara yang dikendalikan oleh pegawai kastam ataupun pengendalian bersama dengan pegawai operator yang ditugaskan bagi tujuan mengesan penyeludupan; (vi) menyertai kerjasama dalam multi-agency taskforce atau MATF dengan pelbagai agensi penguatkuasaan lain seperti Polis Diraja Malaysia, aktiviti pengawasan maritim Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); (vii) menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak penguatkuasaan dan keselamatan serta industri melalui perkongsian maklumat dan operasi bersepadu; dan (viii) menjalinkan kerjasama antarabangsa melalui perkongsian maklumat perisikan antarabangsa dan operasi yang berkaitan dengan rokok. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Yang Berhormat Teluk Intan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pagi ini saya bangkitkan dua soalan penting iaitu berkenaan dengan penyeludupan arak dan juga rokok. Tuan Yang di-Pertua, mengikut laporan Illicit Cigarette Study yang dijalankan oleh Confederation of Malaysian Tobacco Manufacturers Federation (CMTM) dengan izin,
dengan sedihnya telah pun dan dilaporkan Malaysia kini dengan izin, “Malaysia has become the largest consumer of illegal cigarette in the world with an estimated total of 12 billion sticks of illicit cigarette in 2019 that comprise 62 percent of worldwide sales.” Bermaksud, Malaysia kini menjadi syurga penyeludupan. Sebanyak 62 peratus rokok tidak sah di dunia sebenarnya dijual di Malaysia.
Kedua, di mana semua rokok di pasaran lebih kurang 60 peratus rokok yang tidak sah. Maka soalan pertama saya, adakah kerajaan akan mengkaji salah satu sebab adalah kerana rasuah dan kedua, merupakan kadar cukai yang terlalu tinggi. Soalan kedua berkenaan dengan penyeludupan arak. Baru-baru ini saya mendapat aduan daripada Confederation of Malaysian Brewers Berhad di mana Kerajaan Pusat kini ingin membuat lagi sedangkan Malaysia sudah menjadi negara yang mempunyai kadar cukai eksais arak yang kedua paling tinggi di seluruh dunia selepas negara Norway. Our liquor price is the second highest in the world. Akan tetapi baru-baru ini, kedai kopi hendak jual bir. Jabatan Kastam hendak melaksanakan dasar baharu walaupun peraturan lama iaitu Excise Regulations telah wujud sejak tahun 1977 tetapi tidak pernah dilaksanakan. Akan tetapi mulai bulan hadapan, kastam hendak laksanakan peraturan lama dasar baharu. Semua kedai kopi yang jual bir kena memohon license asing. Sekarang buka sebuah kedai kopi ada business license...
Soalan Yang Berhormat.
Ada signboard license.
Yang Berhormat soalan.
Sekarang jual bir pun satu license, jual rokok pun license, satu kopi hendak bayar berapa license? Satu license itu Tuan Yang di- Pertua...
Soalan Yang Berhormat.
...Harganya RM1,340. Maka ini kosnya akan pass on to consumer.
Yang Berhormat, soalan.
...Menjadikan masalah barang naik semakin serius. Maka soalannya saya hendak tanya, mengapa pada waktu rakyat sedang menderita ini, kita hendak adakan- kita ada Jawatankuasa PEMUDAH, tetapi buat apa ada lagi birokrasi yang berlebih-lebihan, akhirnya rakyat akan menerima padah. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Panjang sangat itu Yang Berhormat. Seminit.
[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Teluk Intan merupakan topik yang cukup besar Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya lebih sedikit saya menjawab ini.
[Bangun]
...Saya sudah bangun dahulu.
Ya.
Izinkan Tuan Yang di-Pertua. Persoalan pertama yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Teluk Intan adalah berkaitan yang dikatakan laporan-laporan yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Teluk Intan tadi. Pertama untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan sedar apa yang sedang berlaku di peringkat lapangan. Itu sebabnya saya umumkan tadi iaitu kita wujudkan Multi-Agency Task Force (MATF) yang dianggotai oleh pelbagai agensi penguatkuasaan. Itu yang pertama.
Keduanya apabila dalam kajian tersebut, kita nampak ada sepertimana kebenaran yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat berdasarkan laporan-laporan. Sebelum Yang Berhormat membangkitkan, kita pun sudah tahu dan itu sebabnya kita telah lakukan tindakan tegas yang mengetatkan kawalan ke atas aktiviti transshipment rokok melalui pelabuhan negara supaya Malaysia tidak dilihat seperti mana Yang Berhormat sebutkan tadi sebagai hab transshipment rokok haram. Inilah termasuk mengehadkan aktiviti transshipment rokok di pelabuhan- pelabuhan tertentu sahaja. Kita hanya benarkan lima sahaja pelabuhan: pertama, pelabuhan Port Klang Northport dan Westport; kedua, Pelabuhan Tanjung Pelepas; ketiga, Pelabuhan Senari, Sarawak; dan keempat Sepanggar. Yang Port Klang tadi dua lah, Westport dan Northport. Kedua, kita mengenakan cukai bagi rokok import bagi tujuan dieksport semula sebelum kita benarkan dipanggil, drawback, dengan izin dan kita bagi pulang balik cukai pun Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat bukan 100 peratus. Kita hanya bagi sembilan persepuluh. Langkah tegas ini Tuan Yang di-Pertua, satu usaha serius kerajaan untuk mengurangkan ketirisan hasil cukai akibat penyalahgunaan kemudahan kedai bebas cukai yang sukar dikawal. Kedua, soalan Yang Berhormat tadi berkaitan kenaikan harga cukai bagi produk minuman keras. Ini sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, bukan amalan sahaja di Malaysia tetapi ia juga amalan negara-negara sekitar kita dan negara antarabangsa. Cumanya Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, kita mematuhi satu konvensyen yang dipanggil nama dia panggil sebagai The WHO Framework Convention on Tobacco Control (WHO FCTC) untuk kita mengawal kenaikan-kenaikan harga ini supaya ia selaras dengan walaupun kita hendak dapatkan hasil negara tetapi dalam masa yang sama, kita juga harus mematuhi kaedah untuk kita mengawal rokok dan minimum keras. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ringkaskan Yang Berhormat Jempol. Soalan terus.
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang bijaksana, lagi dikasihi bagi peluang kepada saya. Cuma sedikit sebelum saya tanya soalan, saya hendak respons sedikit ada Yang Berhormat Muar menyebut gaji Penasihat PM, RM50 ribu. Jadi. perkara ini ada yang berniat tidak baik.
Tolong, janganlah. Janganlah.
Okey, soalan saya berhubung dengan cadangan mengenakan duti eksais ke atas produk cecair ataupun gel nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik ataupun dipanggil vape. Cadangan tersebut sudah tentunya untuk mengimbangi kerugian RM5 bilion akibat penyeludupan rokok. Soalan saya, adakah duti eksais ke atas cecair ataupun vape peranti mampu mengimbangi kehilangan hasil rokok seludup. Soalan saya yang kedua, kenapa perkara ini mengenakan duti eksais ke atas cecair rokok vape ini tinggi, dibimbangi boleh berlaku penyeludupan juga seperti rokok. Jadi, mohon supaya perkara ini akan dilaksanakan pada 1 Januari yang akan datang supaya kajian lebih menyeluruh tentang supaya mengelakkan penyeludupan seperti rokok yang dimaksudkan tadi. Terima kasih.
Terima kasih. Dipersilakan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat dari Jempol. Persoalan yang dibangkitkan adalah berkaitan pengumuman Bajet 2022 tempoh hari berkaitan duti eksais dikenakan kepada cecair bernikotin RM1.20 per mililiter. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak kementerian telah memanggil pemain- pemain industri yang berkaitan. Saya sendiri yang mempengerusikan mesyuarat tersebut. Setakat ini untuk makluman Yang Berhormat, kita sedang mempertimbangkan
pandangan-pandangan mereka. Cumanya yang pentingnya Tuan Yang di-Pertua, kita kena melihat adakah ini hanya berlaku di Malaysia begitu- caj tinggi. Kalau saya hendak bandingkan Yang Berhormat dengan Korea. Korea RM6 lebih per mililiter, Indonesia RM2.47 sen per mililiter. Malaysia hanya RM1.20 tetapi kita ambil pandangan Yang Berhormat kerana pemain-pemain industri juga mengeluh kepada kita Tuan Yang di-Pertua berkaitan tersebut. Cuma sedikit Tuan Yang di-Pertua, saya hendak memanjangkan sedikit jawapan saya yang berkaitan soalan tambahan Ahli Yang Berhormat dari Teluk Intan mengaitkan isu rasuah disebabkan itu ada penyeludupan. Pertamanya kita rasa itu tidak adil kepada pegawai saya di kementerian Jabatan Kastam Diraja Malaysia kerana kita sekarang ini Tuan Yang di-Pertua, kita lakukan pelbagai tindakan dan pelan strategik untuk meningkatkan integriti pegawai-pegawai saya di peringkat JKDM. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, kita akan laksanakan menggunakan body-worn camera untuk meningkatkan integriti dan menyelamatkan pegawai-pegawai saya di kementerian Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang selalu dituduh yang terlibat dengan rasuah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Yang Berhormat Tuan Che Alias bin Hamid, silakan.
3. Tuan Che Alias bin Hamid [Kemaman] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, rancangan kementerian untuk membantu memenuhi keperluan khidmat guaman syarie kepada golongan ibu tunggal yang kurang berkemampuan.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kemaman atas soalan yang telah dikemukakan. Secara umumnya keperluan khidmat guaman syarie boleh didapati dari Jabatan Bantuan Guaman berikutan dengan JBG ini ada menyediakan perkhidmatan bantuan guaman dalam apa-apa hal prosiding mahkamah jenayah, sivil dan syariah kepada warganegara Malaysia termasuk juga ibu tunggal yang layak di bawah Akta Bantuan Guaman 1971. Selain daripada itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Pembangunan Wanita turut membantu ibu tunggal melalui penyediaan program-program berbentuk pemerkasaan, pengetahuan, terutamanya peningkatan pengetahuan terhadap undang-undang, pengurusan emosi dan psikologi serta perkara-perkara yang berkaitan dengan jenayah yang sering berlaku terhadap wanita. Antara program yang dilaksanakan yang pertama iaitu Program Rintis Pemerkasaan Ibu Waja di mana program ini dilaksanakan secara rintis di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang melibatkan 171 orang wanita terdiri daripada ibu tunggal yang bertujuan untuk memberi pengetahuan, kefahaman dan panduan kepada peserta berkaitan dengan proses menuntut hak di mahkamah. Di akhir program ini, kita mengharapkan peserta dapat mewakili dirinya di mahkamah tanpa perlu melantik peguam. Kita juga menyediakan program Legal Clinic iaitu meningkatkan pengetahuan wanita mengenai hak mereka dalam perundangan dan sehingga November 2021 sebanyak 140 program telah dilaksanakan yang telah melibatkan 88,462 orang peserta. Seterusnya iaitu Program Destress Clinic yang mana program berbentuk pengurusan emosi dan psikologi dan program ini telah dilaksanakan sebanyak 135 program dan telah melibatkan 140,668 orang peserta. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Kemaman.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberi.
Realiti yang berlaku pada hari ini iaitu ramai ibu tunggal yang berjaya mendapatkan hak hadanah ataupun penjagaan anak-anak mengambil keputusan untuk tidak mengambil tindakan mahkamah ke atas bekas suami yang culas dalam aspek pemberian nafkah anak-anak di atas pelbagai faktor dan kekangan. Soalan tambahan saya, sejauh manakah program pendidikan kesedaran perundangan yang telah dilaksanakan oleh pihak kementerian bagi mendidik wanita, khususnya ibu tunggal mengenai hak-hak mereka apabila berlakunya penceraian ini? Mohon penjelasan. Terima kasih.
Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Ya. Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan. Sebagaimana yang saya sebut tadi, antara program yang kita buat iaitu program Pemerkasaan Ibu Waja. Ini adalah untuk memberi kesedaran kepada ibu tunggal yang diceraikan oleh suami supaya mengetahui hak mereka. Program ini insya- Allah, memberi kesedaran kepada mereka untuk mempunyai keyakinan diri untuk berdepan dengan mahkamah. Kita juga menyediakan Skuad WAJA untuk membantu mereka. Sehingga kini Skuad WAJA kita juga dilatih dengan pelbagai modul dan telah mencapai 100,202 orang. Program di Pusat Sokongan Sosial Setempat. Kita juga ada khidmat aduan atas talian seperti talian toll-free LPPKN. Kita juga menyediakan perkhidmatan kaunseling dan tele- kaunseling. Untuk makluman Yang Berhormat juga, melalui Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, di mana sejak tahun 2009 lagi telah menubuhkan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) yang berfungsi untuk membantu penguatkuasaan perintah nafkah di Mahkamah Syariah. BSK juga menyediakan khidmat bantuan guaman syarie bagi membantu isteri- isteri dan anak-anak untuk mendapat perintah mahkamah di Mahkamah Syariah. Selain itu, inisiatif ini disediakan juga di bawah Majlis Agama Islam negeri-negeri untuk membantu mereka yang memerlukan. Program Legal Clinic juga diadakan untuk menyebarkan informasi tentang perundangan syariah termasuk informasi berkaitan dengan khidmat guaman. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Tangga Batu.
Okey. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita ini selalu bertindak macam hendak membaiki perkara-perkara tetapi kita yang dikatakan prevention is better than cure. Apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri adalah untuk wanita dan membantu ibu tunggal. Akan tetapi, bagaimana kita membuat program ataupun kita mendidik kaum lelaki ini supaya mereka bertanggungjawab, apabila banyak hak ibu tunggal ataupun anak-anak yang terbiar ini ia akan menimbulkan lebih banyak kesan sosial kepada masyarakat. Jadi, how effective, bagaimana berkesannya? Ada tidak kita pastikan bahawa program-program macam ini dibuat kepada ayah ataupun suami supaya mereka lebih serius mengambil tahu tentang keluarga mereka. Terima kasih.
Okey. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih atas soalan Yang Berhormat yang cukup baik. Sebenarnya tanggungjawab ini adalah tanggungjawab semua pihak. Kami di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui LPPKN ada pelbagai modul termasuk modul memperkasakan para suami ataupun para lelaki ini untuk memastikan mereka mempunyai tanggungjawab kepada keluarga dan anak-anak. Bukan itu sahaja, kita juga bekerjasama dengan pelbagai kementerian termasuk Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk memperkasakan para suami ini, Inisiatif Lelaki Qawwam untuk memastikan mereka bertanggungjawab kepada keluarga.
Kita mengharapkan supaya semua pihak bertanggungjawab untuk memastikan tanggungjawab, terutamanya nafkah kepada anak-anak ini tidak terabai. Jadi, kita mengharapkan dengan segala pendidikan dan undang-undang yang ada, kita harap semua pihak mematuhi dan arahan ini bukan sahaja tanggungjawab kita dalam memenuhi perundangan kerajaan tetapi dia akan bertanggungjawab di akhirat nanti. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, minta satu lagi soalan.
Terima kasih.
Bolehkah satu soalan lagi Tuan Yang di-Pertua?
Yang Berhormat Merbok sudah bangun awal tadi. Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya, adakah modul yang Yang Berhormat Timbalan Menteri sebutkan tadi, yang menjadikan ayah itu mengembalikan peranan ayah sebagai figura kepada anak-anak? Sebab saya rasa itu untuk jangka masa panjang. Seperkara lagi adalah bantuan guaman syarie, biasanya ia hanya handle kes syarie. Akan tetapi apakah bantuan guaman syarie sedia ada pun saya rasa sudah tidak berdaya. Kalau kita tengok realiti, bantuan guaman syarie biasa sudah tidak berdaya untuk mengurus kes-kes sebegini. Jadi, apakah langkah drastik Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk isu tersebut? Terima kasih.
Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan. Kita memang mengadakan pelbagai modul dan program untuk kita mendidik para suami tetapi ada di kalangan para suami ini kadang-kadang mereka tidak berminat menghadiri kursus yang kita tawarkan, kebanyakan yang ramai menghadirinya adalah para ibu. Jadi ini perlu kepada kerjasama daripada pimpinan tempatan untuk kita memperbanyakkan program di peringkat bawah juga untuk memastikan para suami sebagai ketua keluarga bertanggungjawab kepada keluarga. Jabatan Bantuan Guaman adalah jabatan yang kita sediakan kepada mereka yang mana antara program yang kita sediakan termasuk berkaitan dengan isu jenayah, perkara sivil, isu kekeluargaan sivil dan kekeluargaan syariah. Jadi maknanya di bawah Jabatan Bantuan Guaman ini bukan sahaja isu syariah termasuk juga isu-isu yang berkaitan dengan keperluan yang memerlukan kepada bantuan guaman. Terima kasih.
Terima kasih. Maaf...
Tuan Yang di-Pertua, boleh satu lagi kah?
...Saya cuma boleh benarkan tiga soalan tambahan Yang Berhormat Beaufort. Maaf. Yang Berhormat Batu.
4. Tuan P. Prabakaran [Batu] minta Menteri Kanan Pendidikan menyatakan apakah pendapat Menteri Perpaduan mengenai pelan memperkenalkan mata pelajaran PERPADUAN bagi murid-murid sekolah rendah dan menengah menggantikan pendidikan Moral yang berada dalam sistem pendidikan sekian lama tanpa memberi sebarang impak yang nyata untuk memupuk semangat perpaduan.
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa pada masa ini, tiada perancangan untuk menggantikan mata pelajaran Pendidikan Moral dengan mata pelajaran Perpaduan. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, Pendidikan Moral merupakan mata pelajaran teras untuk murid yang tidak menganut agama Islam berdasarkan Peraturan- peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 seperti yang termaktub di dalam Akta Pendidikan 1996 [Akta 550]. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013–2025 mengesyorkan kurikulum Pendidikan Moral bagi murid bukan beragama Islam memberi lebih tumpuan kepada pemahaman tentang nilai universal, perpaduan dan hubungan baik sesama insan. KPM telah melaksanakan penambahbaikan secara bersepadu dengan memberi lebih tumpuan kepada elemen perpaduan dalam aspek kurikulum, strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta bahan sokongan. Elemen perpaduan dalam kurikulum Pendidikan Moral diterjemahkan secara eksplisit dan diperkembangkan melalui tema dan bidang yang khusus. Tema dan bidang yang diajar bukan sahaja memberi tumpuan kepada kandungan tetapi dikaitkan juga dengan construct perpaduan. Selain itu, strategi PdP seperti pembelajaran penyelesaian masalah, pembelajaran khidmat masyarakat dan pembelajaran berasaskan projek dilaksanakan bagi meningkatkan penerapan dan pemantapan elemen perpaduan dalam Pendidikan Moral. Strategi PdP ini bukan sahaja melibatkan semua warga sekolah malah turut melibatkan masyarakat sekeliling selari dengan konsep whole of school dan whole of society kerana perpaduan adalah tanggungjawab kita bersama. KPM juga menghasilkan bahan sokongan untuk memantapkan amalan perpaduan dalam kalangan murid iaitu Buku Panduan Pelaksanaan Memperkukuh Perpaduan melalui mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral dalam kurikulum. Buku panduan ini menjadi rujukan guru Pendidikan Moral untuk memperkukuh perpaduan secara terancang melalui pelbagai cadangan, aktiviti PdP di dalam dan di luar bilik darjah. Penambahbaikan kurikulum Pendidikan Moral dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi menjadikan mata pelajaran tersebut relevan dengan keadaan semasa dalam memupuk dan meningkatkan amalan perpaduan serta integrasi kaum dan etnik dalam kalangan murid. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Batu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Bagi saya, subjek Pendidikan Moral itu agak penting dan Yang Berhormat Timbalan Menteri kata, tidak boleh tukar nama dengan subjek Perpaduan. Akan tetapi, saya rasa kita kena ada satu entiti ataupun platform lain bagi pelajar-pelajar untuk memupuk perpaduan. Macam dahulu kita ada Program Latihan Khidmat Negara yang memberi fokus untuk memupuk perpaduan negara dan juga prinsip-prinsip ataupun nilai-nilai murni yang lain. Akan tetapi adakah KPM ada inisiatif ataupun pelan yang akan datang untuk membantu ataupun memupuk perpaduan antara pelajar-pelajar, terutama dalam media sosial?
Ini disebabkan baru-baru ini saya nampak apa yang berlaku dalam media sosial, banyak perkara buruk seperti menghina agama-agama lain. Saya rasa KKMM pun tidak memainkan peranan yang penting untuk mengatasi masalah ini. Apakah pandangan Timbalan Menteri? Terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih. Saya memang bersetuju bahawa...
[Bangun]
Nilai-nilai murni, elemen tersebut perlu diterapkan dan ia telah kita terapkan, bahkan bukan melalui satu mata pelajaran tetapi merentas mata pelajaran. Jadi, itu semua telah kita mulakan sejak daripada prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah. Apa yang penting adalah bukan sahaja ia diterapkan dalam mata pelajaran semata-mata tetapi juga melalui aktiviti di luar bilik darjah dan sebagainya.
[Bangun]
Terima kasih.
Terima kasih. Ya, silakan Yang Berhormat Tebrau.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada jawapan daripada Timbalan Menteri Pendidikan mengenai isu perpaduan. Soalan saya kerana ada dua pendapat. Para politician suka memainkan sekolah vernakular adalah sebab perpaduan tidak dalam keadaan yang baik. Jadi, adalah sebabnya. Akan tetapi yang saya dengar daripada ibu bapa-ibu bapa, mengapa mereka tidak hantar anak-anak mereka pergi ke sekolah kebangsaan adalah sebab ia punya standard atau prestasi di sekolah kebangsaan tidak sama dengan sekolah vernakular kerana sekolah vernakular ia lebih fokus kepada performances. Jadi, perbezaan dua pendapat ini ...
Soalannya Yang Berhormat, soalan.
Jadi isu. Jadi, apakah pendapat kementerian untuk memastikan perbezaan pendapat ini dapat dikurangkan gap supaya isu ini tidak akan berterusan? Terima kasih.
Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih kepada soalan daripada Yang Berhormat Tebrau. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, saya rasa, nilai jati diri, tanggungjawab dan sebagainya, memang telah kita terapkan dalam mata pelajaran kita. Jadi, mengenai soalan sama ada murid daripada sesuatu aliran adalah lebih cemerlang daripada aliran yang lain, ini saya rasa itu terpulang juga kepada sekolah- sekolah tertentu ya. Saya rasa tidak adil lah kalau kita mengeluarkan satu kenyataan bahawa sekolah aliran tertentu adalah lebih lemah daripada aliran yang lain. Apa yang penting adalah saya rasa lebih penting, macam mana tanggungjawab masyarakat dan juga ibu bapa untuk mengambil bahagian, meluangkan masa dalam pembelajaran anak- anak mereka. Terima kasih.
Terima kasih.
Papar.
Soalan terus.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memang perpaduan ini sangat penting untuk kita menyatukan murid-murid di sekolah. Akan tetapi satu perkara yang saya selalu diberi anjuran daripada bapa-bapa ialah apabila mereka– walaupun ini tidak ada kena mengena dengan perpaduan, tetapi harus saya utarakan apa yang ada, yang selalu berlaku di sekolah-sekolah.
Soalan Yang Berhormat Papar, soalan.
Ya, soalannya ialah berkenaan dengan ibu bapa selalu menerima surat daripada PIBG yang menyuruh mereka untuk menyumbang dana kepada PIBG ini iaitu untuk sekolah-sekolah rendah dalam lingkungan RM40 dan untuk sekolah menengah ialah RM150. Jadi soalan saya, adakah kerajaan bercadang untuk membiayai semua sumbangan ini? Saya juga mencadangkan supaya kerajaan mesti kalau boleh di waktu COVID-19 ini di mana rakyat susah untuk mengambil alih dan memberi mereka
pertolongan supaya orang-orang tua ini kalau mereka anaknya ramai, maka banyaklah duit yang akan keluar. Jadi soalan saya, saya mencadangkan kepada kerajaan membantu kepada ibu bapa ini untuk membayar elaun PIBG ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Timbalan Menteri hendak jawab secara bertulis?
Ya. Terima kasih kepada Yang Berhormat Papar. Saya kurang pasti maklumat yang dikemukakan sebentar tadi. Jadi, bolehlah saya salurkan secara bertulis. Terima kasih. Kalau ada apa yang disebutkan itu benar ya. Terima kasih.
Terima kasih. Saya hendak komen sedikit tentang soalan nombor empat oleh Yang Berhormat Batu. Dia menanyakan pendapat Menteri dan soalan tambahan pun Yang Berhormat Batu menanyakan pendirian Menteri. Sebenarnya yang dibenarkan untuk ditanya kepada Menteri ialah hal-hal yang dalam urusan jawatan mereka, bukannya pendapat ataupun pendirian peribadi Menteri. Kalau hendak ditanya pendapat dan pendirian kementerian, itu dalam peraturan lah.
Tuan Yang di-Pertua, saya tanya plan tindakan yang KPM.
Tadi tanya juga pendirian. Tidak apa. Just komen am lah ya.
Thank you, thank you.
Yang Berhormat Pontian. Silakan.
Tuan Yang di-Pertua, soalan nombor lima.
5. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan perkembangan terkini dua industri iaitu kreatif dan digital negara yang melibatkan khasnya belia dan apakah perancangan yang dilakukan untuk menjadikan dua industri ini sebagai sumber pendapatan mereka.
Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Komunikasi dan Multimedia sentiasa komited dan menyokong aspirasi kerajaan dalam pembangunan industri kreatif kepada Keluaran Dalam Negara Kasar. Sebagai contoh, pada tahun 2019, industri kreatif termasuk kandungan kreatif digital seperti animasi, permainan digital, media interaktif, komik digital dan lain-lain telah menyumbangkan sebanyak RM29.4 bilion kepada KDNK manakala sejumlah RM31.9 bilion disasarkan pada tahun 2025. Justeru itu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia melalui agensinya seperti FINAS, MyCreative Ventures Sdn Bhd, CENDANA dan MDEC menawarkan pelbagai program dalam bentuk kemudahan pembiayaan, pembangunan kapasiti, akses dan promosi bagi meningkatkan penglibatan orang ramai terutamanya golongan belia untuk menjadikan industri ini sebagai sumber pendapatan mereka. Sebagai contoh, MyCreative Ventures Sdn Bhd dan CENDANA menyediakan peruntukan sebanyak RM11.16 juta melalui program Geran Pembiayaan Peralatan Muzik dan Online Streaming, Pinjaman Mikro Bagi Usahawan Kreatif (PMUK), Program Pembiayaan Karya Kilat dan Program Pembiayaan Muzik Independen yang melibatkan pembangunan bakat, bantuan pinjaman mudah, bantuan geran untuk pemasaran serta platform untuk penciptaan produk dan perkhidmatan bernilai tinggi. FINAS pula melalui program di bawah dana kandungan digital seperti Dana Mikro Pengkarya, dana aspirasi, Dana Program TV/OTT dan Dana Kandungan Digital Kenegaraan (DKD) 3.0 di bawah inisiatif PRISMA 2.0 turut membantu penggiat industri
termasuklah golongan belia dalam penghasilan karya melalui pembangunan industri kreatif dengan jumlah peruntukan sebanyak RM38 juta. Manakala MDEC turut melaksanakan pelbagai program untuk membuka peluang dan memberikan manfaat terutamanya kepada golongan belia seperti Program Global Online Workforce, Program Premier Digital Tech Institution, Program Pembangunan Perusahaan Kandungan Digital, Program Penggalakan Penstriman dan Kandungan Video serta Kempen Usahawan Muda di bawah program usahawan. Di samping itu, Program Level Up @ Schools atau Program Pembangunan Aplikasi Permainan Digital dan Creativity @ Schools bagi penghasilan animasi mudah telah disediakan khususnya kepada golongan pelajar. Sehingga kini, seramai lebih kurang 270,000 peserta yang terdiri daripada golongan belia telah mendapat manfaat daripada program-program tersebut. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Pontian.
Soalan, apakah langkah untuk menyegerakan perkhidmatan 5G di Malaysia agar industri kreatif dan industri digital tidak tertinggal? Itu soalan. 58 buah negara sudah ada 5G, termasuk Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura. 1,662 buah bandar di seluruh dunia ada liputan 5G tetapi handphone saya masih 4G. Terima kasih.
Terima kasih. Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Di mana kita sedar bahawa Malaysia ini agak ketinggalan sedikit lah dalam 5G. Disebabkan itu, usaha yang dilakukan oleh Kementerian Kewangan di mana telah pun menubuhkan sebuah syarikat yang dinamakan Digital National Berhad (DNB) untuk mereka mengambil alih tugas 5G ini.
Manakala, tugas 4G ini masih diusahakan oleh telco yang sedia ada supaya seluruh negara kita ini mendapat 4G dan menutup 3G. Jadi, usaha yang dilakukan oleh Kementerian Kewangan ini pertamanya ditumpukan kepada bandar-bandar besar dahulu, bukan kampung-kampung. Jadi, ia agak mengambil masa dan kita sedar keadaan ini kita hendak percepatkan, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Padang Serai bangun awal.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Mohon penjelasan. Boleh kerajaan menyatakan berapa peratus golongan belia yang terlibat dalam dua industri ini? Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Silakan.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat, kebanyakan mereka yang terlibat dalam industri kreatif ini kita tidak ambil peratus sebab apa kita melibat- ia dari semasa ke semasa tetap ada. Contohnya, kita buat golongan mentor, di mana kita mencari golongan-golongan muda supaya mereka mendapat, mengadakan sedikit perubahan ataupun inovasi dalam usaha industri kreatif ini. Contohnya, sekarang ini kita telah tubuhkan Persatuan Industri Kreatif di tiap-tiap negeri di mana tiap-tiap negeri itu mereka dapat berbincang dan bagaimana untuk buat perubahan membuat branding baharu kepada industri kreatif. Terutamanya, saya ambil contoh di Pulau Pinang. Di Pulau Pinang ini ada seorang penggiat seni kreatif iaitu bernama Omara telah mengubah suai boria dan mengubah suai ghazal parti dan mereka melibatkan ramai orang. Jadi, kalau kita hendak lihat satu-satu negeri dan kita hendak ambil peratus, agak sukar. Terima kasih banyak.
Terima kasih.
Boleh soalan? Ringkas sahaja.
Okey Yang Berhormat Ledang, ringkas ya.
Ringkas.
Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya dari Ledang, apakah perkembangan rundingan awam forum kandungan ataupun content forum berkenaan dengan cadangan semakan kod kandungan mengambil keperluan dan kehendak semasa pengguna? Terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Yang itu saya tidak ada maklumat sekarang ini dan kalau itu yang lama, kita akan bagi jawapan bertulis Yang Berhormat, terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin.
Tuan Yang di-Pertua, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Siswazah menganggur negara merana, Lambat bertindak masa depan semakin kelam, Wahai Menteri yang bijaksana, Mohon jawapan soalan Hang Tuah Jaya yang keenam. 6. Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin [Hang Tuah Jaya] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan usaha kementerian bersama pihak universiti untuk memahami keperluan ini dan seterusnya memperkasakan graduan dengan kerjasama pihak industri agar kebolehpasaran graduan dapat memenuhi keperluan kategori tenaga mahir dan separuh mahir
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan saya hendak mengucapkan terima kasih banyak kepada Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Kementerian Pengajian Tinggi sentiasa menggalakkan penglibatan industri dalam menangani isu kebolehpasaran graduan. Antara usaha yang telah dilaksanakan bagi memastikan perkara ini dicapai adalah: (i) menyediakan platform perkongsian input di peringkat strategik termasuklah Majlis TVET Negara, Majlis Penasihat Industri, Government Industry TVET Coordination Body serta pasukan petugas khas di bawah Majlis Pekerjaan Negara; (ii) adalah mewujudkan pelbagai program kolaborasi bersama pihak industri termasuklah program yang dinamakan Industry@University; (iii) menjalinkan kerjasama strategik bersama-sama agensi yang berkepentingan di dalam bidang keusahawanan seperti TEKUN Nasional, Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan juga MEDAC. Antara program yang dilaksanakan adalah Program KPT-MEDAC SISWAPRENEUR dengan kerjasama TEKUN Nasional yang merupakan program pembiayaan mikro khusus untuk pelajar IPT dengan peruntukan sebanyak RM5 juta pada tahun 2021. Terdahulu, KPKT dan MEDAC melalui SME Corp melaksanakan Program Rintis TUBE At IPT dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.4 juta; (iv) KPT mengaktifkan semula Majlis Keusahawanan Pendidikan Tinggi Nasional di peringkat kementerian untuk membantu
penetapan hala tuju agenda pemerkasaan keusahawanan di IPT; dan (v) membangunkan portal sehenti dengan izin one-stop center iaitu Portal Graduate Reference Hub for Education and Training (GREaT) sebagai rujukan pelajar untuk mendapatkan makluman mengenai pekerjaan dan keusahawanan peluang melanjutkan pengajian, pembiayaan, latihan, peningkatan kemahiran dan lain-lain. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, di samping penglibatan bersama industri, KPT sentiasa berhubung rapat dengan pelbagai kementerian dan agensi bagi mendapatkan input berhubung kebolehpasaran graduan bagi menambah baik modul dan program akademi agar sejajar dengan keperluan guna tenaga negara dan memenuhi kehendak industri. Antara yang kita laksanakan adalah kajian yang dijalankan oleh TalentCorp dan seterusnya jalinan kerjasama dengan PERKESO untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan dengan pasaran buruh dan ini diperkukuhkan lagi dengan input daripada portal MyFutureJobs. Seterusnya, kita juga bekerjasama dengan jabatan dan agensi seperti Ilmiah, TalentCorp Malaysia, MIDA untuk menyemak secara berkala kandungan modul dan program akademi yang ditawarkan. KPT dalam Pelan Strategi Kebolehpasaran Graduan 2021-2025 turut menekankan elemen pengukuhan kolaborasi dalam bidang pembangunan akademi serta kebolehpasaran graduan yang berimpak tinggi yang melibatkan pelbagai pihak berkepentingan. Ini digariskan dengan jelas di bawah Strategi Keempat dalam pelan ini yang secara spesifiknya memfokuskan kepada pemerkasaan hubungan industri. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada kajian baru-baru ini oleh Universiti Malaya yang bertajuk Employee’s Expectation and Preference of Graduate in Malaysia dengan izin Tuan Yang di-Pertua yang menyimpulkan mustahak untuk IPT ini merangka dan melaksana program yang bersesuaian dan relevan dengan kehendak majikan dan pemegang taruh yang menyediakan peluang pekerjaan. Kalau kita rujuk senarai dengan negara-negara terkemuka dunia bagi pekerjaan berkemahiran tinggi, Luxembourg misalnya mendahului dengan 59.5 peratus pekerjaan berkemahiran tinggi diikuti oleh Singapura 54.7 peratus dan juga Switzerland 51.3 peratus. Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi baru-baru ini memaklumkan kebimbangan mengenai kekurangan pekerja kemahiran tinggi untuk memenuhi permintaan industri, terutamanya teknologi yang baharu. Jadi, saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah perancangan segera KPT khususnya dan juga Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk mengatasi masalah ini sebelum ia menjadi lebih rumit lagi? Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat. Kementerian memang sentiasa komited dan akan terus berusaha dan berikhtiar untuk memastikan isu kebolehpasaran siswazah ini dapat ditangani sebaiknya sesuai dengan Rancangan Malaysia Ke-12 yang telah menetapkan kepentingan untuk membangunkan bakat masa hadapan dengan menjajarkan pasaran kerja bagi memenuhi keperluan industri.
Sudah semestinya kementerian tidak bekerja secara bersendirian dan kita tidak bekerja secara silo dan kita mengambil tindakan bersama dengan pihak MOSTI, MITI, Kementerian Sumber Manusia untuk menyediakan bakat berkemahiran tinggi dalam bidang-bidang teknologi terkini. Saya hendak kongsi kan dengan Yang Berhormat antara usaha yang dilaksanakan oleh KPT. Antaranya adalah KPT telah menubuhkan Industri ataupun IR 4.0 Competence Center di mana program ini bertujuan untuk mewujudkan prasarana dan memperkasa pembelajaran dan penyelidikan menggunakan teknologi terkini terutamanya yang berkaitan dengan IR 4.0. Dalam waktu yang sama juga Yang Berhormat, ada juga ditubuhkan University Revolution Teaching Factory di Universiti Teknikal (MTUN)
Ya.
KPT melalui IPT juga ada menubuhkan Makers@University bagi mewujudkan ruangan khusus untuk menggarap cetusan idea inovasi baharu dan dalam waktu yang sama juga KPT ada memperkenalkan kurikulum melalui IPT ada memperkenalkan kurikulum tersedia masa hadapan dan menerapkan kemahiran sebagai teras melahirkan graduan yang universal, terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Terima kasih. Ya, Yang Berhormat Beaufort?
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri. Pertama, apakah beza antara Kajian Pengesanan Graduan oleh KPT dan Laporan Statistik Siswazah yang dikeluarkan oleh DOSM? Adakah kementerian mempunyai maklumat bahawa ada TVET-TVET, Universiti TVET dalam negara kita yang mempunyai kebolehpasaran yang mencapai hampir 100 peratus siswazahnya? Bolehkah Yang Berhormat Menteri memaklumkan kepada Dewan ini, berapa banyak Universiti TVET ini yang telah berjaya sedemikian rupa? Terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan yang telah diberikan. Ada sedikit persamaan dan juga perbezaan antara kajian yang dilaksanakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan juga Laporan Statistik Siswazah yang dikeluarkan oleh DOSM. Walau bagaimanapun, kedua-dua kajian ini mempunyai objektif dan metodologi yang sedikit berbeza. Kajian Pengesanan Graduan yang dilaksanakan oleh KPT adalah untuk mengesan status graduan tahun semasa kajian, sama ada mereka telah bekerja, mereka telah meningkatkan kemahiran, melanjutkan pelajaran ataupun menunggu penempatan pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian. Laporan Statistik Siswazah yang dikeluarkan oleh DOSM pula memperincikan keseluruhan penawaran buruh siswazah mengikut ciri-ciri demografi dan sosioekonomi. Siswazah dan laporan DOSM ini ditakrifkan sebagai individu yang memperoleh sijil tertinggi daripada universiti, daripada kolej, politeknik, badan diiktiraf atau setarafnya dengan tempoh pengajian sekurang-kurangnya dua tahun tanpa mengambil kira tempoh mereka graduate. Saya juga nak maklumkan ke dalam Dewan ini bahawa kebolehpasaran terutamanya di dalam universiti teknikal dan juga politeknik dan kolej komuniti agak tinggi. Saya tidak ada makluman terperinci seperti yang dimohon oleh Yang Berhormat. Saya akan berikan makluman ini secara bertulis. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Alor Gajah, pendek.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya memohon supaya Yang Berhormat Menteri menyenaraikan setakat ini
atas kelangsungan Dasar Keusahawanan Nasional yang antara utamanya iaitu teras untuk membentuk pelajar-pelajar menjurus kepada keusahawanan. Berapa setakat ini, universiti-universiti kita di Malaysia ini telah mewujudkan contohnya- specific institute of entrepreneurship atau kolej sepertimana yang dilakukan di universiti-universiti terkenal, umpamanya Cambridge Judge Business School. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas soalan yang dikemukakan. Untuk makluman Yang Berhormat dari Alor Gajah, banyak juga universiti yang fokus kepada keusahawanan ini tetapi mengikut tujahan-tujahan yang telah ditetapkan mengikut universiti-universiti di Malaysia ini daripada 20 buah universiti awam. Satu daripada tujahan fokus oleh universiti mengenai keusahawanan ini adalah Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Yang lain-lain secara perinciannya, saya akan berikan maklumat secara bertulis kepada Yang Berhormat. Terima kasih.
7. Tuan Ramli bin Dato’ Mohd Nor [Cameron Highlands] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan, apa langkah yang akan dilakukan oleh pihak kementerian berikutan isu capaian internet yang kurang memuaskan di kawasan DUN Tanah Rata dan DUN Jelai, Cameron Highlands.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih soalan Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia telah menghasilkan Pelan Jaringan Digital Negara yang bertujuan untuk menangani isu akses kepada Internet berkelajuan tinggi untuk perkhidmatan tetap dan mudah alih. Antara usaha dan inisiatif untuk menambah baik infrastruktur digital di DUN Tanah Rata, DUN Jelai dan Parlimen Cameron Highlands melalui JENDELA di bawah fasa satu setakat November adalah seperti berikut; | Tapak Menara Baharu | | | |--------------------------|-----------|-----------| |Kawasan |Perancangan|Siap Dibina| |DUN Tanah Rata |24 |0 | |DUN Jelai |28 |1 | |Parlimen Cameron Highlands|53 |1 |<END_TABLE_MARKER> |Naik Taraf Stesen Pemancar| | | |--------------------------|-----------|-----------| |Kawasan |Perancangan|Siap Dibina| |DUN Tanah Rata |58 |52 | |DUN Jelai |44 |18 | |Parlimen Cameron Highlands|102 |70 |<END_TABLE_MARKER> |Perancangan Untuk Gentian Optik| | | |-------------------------------|-----------|-----------| |Kawasan |Perancangan|Siap Dibina| |DUN Tanah Rata |3,944 |1,095 | |DUN Jelai |241 |0 | |Parlimen Cameron Highlands |4,185 |1,095 |<END_TABLE_MARKER>
Untuk jalur lebar, disebabkan di Cameron Highlands ini kita tak mahu gentian optik dan menara kerana kebanyakannya agak sukar sebab bukit bukau maka kita terpaksa buat satelit seperti berikut; | Projek Jalur Lebar | | |--------------------------|-----------| |Kawasan |Pelaksanaan| |DUN Tanah Rata |2 | |DUN Jelai |47 | |Parlimen Cameron Highlands|49 |<END_TABLE_MARKER> Untuk makluman Yang Berhormat juga, semasa sesi lawatan Yang Berhormat Menteri ke Cameron Highlands, antara lokasi menara dinaiktarafkan iaitu Pos Telanok dan Tanah Rata. Dalam pada itu, ujian kelajuan juga telah dibuat dan kelajuan Internet di situ telah mencatatkan kelajuan yang baik iaitu 20.99 megabait. Dengan siapnya kerja naik taraf stesen pemancar di menara yang terletak di Pos Telanok, secara tidak langsung membolehkan Orang Asli Pos Telanok seramai 500 orang mendapat perkhidmatan rangkaian 4G. Jadi, bolehlah Orang Asli di situ hendak buat order Lazada kah, Shopee kah, semua boleh. Selain itu, di bawah pelaksanaan JENDELA di Cameron Highlands juga terdapat pelaksanaan projek jalur lebar satelit di 54 buah kampung Orang Asli. Projek yang baru bermula pada September 2021 dengan pada masa ini kerja-kerja lawatan tapak sedang giat dilaksanakan. Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2022. Peratusan liputan 4G di kawasan penduduk di Pahang juga telah meningkat kepada 90.46 peratus. Di Parlimen Cameron Highlands pula, liputan 4G telah meningkat kepada 69.85 peratus pada suku ke-tiga tahun 2021 berbanding 54.43 peratus sebelum pelaksanaan JENDELA pada suku ke-tiga tahun 2020. Apabila semua inisiatif JENDELA Fasa Satu siap kelak, liputan 4G di kawasan berpenduduk di Cameron Highlands dijangka akan meningkat kepada 79.69 peratus menjelang penghujung tahun 2022. Tidak dinafikan peratusan ini rendah berbanding sasaran liputan kebangsaan. Namun begitu, pihak kementerian sentiasa mengkaji keperluan untuk menaik taraf kualiti dan mengisi kelompangan liputan di bawah pelan JENDELA Fasa 2. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, kita juga tengah usahakan supaya seluruh negara kita ini, kita mendapat liputan satelit iaitu kita lihat kalau kita hendak letakkan- kita nak dirikan menara dan juga menaik taraf menara dan juga gentian optik mengambil masa tahun 2022, jadi agak lambat. Oleh demikian, lebih banyak projek-projek baharu yang menggunakan pelbagai teknologi akan dirancang bagi meningkatkan liputan kepada 100 peratus di kawasan penduduk. Pelaksanaan JENDELA akan terus digiatkan untuk memastikan impak pelaksanaan diterima dengan cepat oleh rakyat. Kita akan terus membina dan menaik taraf supaya premis-premis mendapat akses gentian optik bagi memastikan keperluan rakyat sentiasa diutamakan. Terima kasih.
Terima kasih. silakan Yang Berhormat Cameron Highlands.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas lawatan kerjanya. Berikut soalan saya, apabila kita lihat banyak struktur bagi meningkatkan pencapaian internet yang ada, apa langkah-langkah yang kementerian akan ambil untuk memastikan tidak ada atau mengurangkan vandalisme. Ini kerana, towers ini dan gentian- gentian optik ini akan melalui kawasan-kawasan yang terpencil.
Silakan.
Okey, terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya Yang Berhormat, kita maklumkan lah baru-baru ini kita nak naikkan dua buah tempat di Pos Lemoi dan Kampung Telimau sedang dalam peringkat pemasangan gentian optik. Akan tetapi, kita lihat masa itu tanah runtuh. Kadang-kadang usaha kita untuk menjaga kawasan-kawasan terutamanya kawasan pedalaman daripada vandalisme jadi agak sukar kerana kita melihat bahawa kalau boleh rakyat sedar. Janganlah ada mereka yang curi genset, kerat wayar dan sebagainya. Jadi, usaha-usaha ini kita buat ke arah kesedaran pengguna itu sendiri kerana kalau pengguna tak sedar dan juga mengambil kesempatan, maka usaha kita ini agak terencat ataupun tergendala. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Bukit Bintang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Memandangkan isu capaian Internet yang kurang memuaskan di Cameron Highlands- akan tetapi di Kuala Lumpur, tetapi sama masalah. Saya ingin tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, sejauh mana Bandar Raya Kuala Lumpur yang dikelilingi oleh bangunan-bangunan tinggi yang menyebabkan berlaku masalah kegagalan capaian Internet telah dapat diatasi. Minta penjelasan. Terima kasih.
Terima kasih.
Okey, terima kasih Yang Berhormat. Kadang- kadang ada satu buah tempat itu dipanggil ‘blind spot’, tak dapat line dan sebagainya. Jadi kalau boleh, kalau kawasan yang tersebut kerana ada liputan bangunan tinggi dan sebagainya, diharap Yang Berhormat dapat membuat laporanlah kepada JENDELA Map ini kepada kita. Di samping itu juga untuk pengetahuan Yang Berhormat, seperti yang saya katakan tadi, kita tengah usaha untuk membuat satelit. Kita dalam perancangan sekarang ini, kalau boleh seluruh negara ini kita nak adakan penggunaan satelit tetapi ia agak mahal.
Akan tetapi, ia agak mahal tetapi kita terpaksa buat. Kalau satelit ini maknanya kita lihat, 5G ini kita belanja lebih kurang RM20 bilion. Sebanyak RM11 bilion dengan spektrumnya 5G, kemudian spektrum yang kita bagi dengan harga lebih kurang, kalau kita jual lebih kurang RM10 bilion, lebih kurang RM20 bilion. Jadi, kalaulah kita buat satelit, lebih kurang hanya RM2 bilion tetapi seluruh negara Sabah, Sarawak, ada bangunan, tiada bangunan, kita akan dapat liputan. Jadi, kita tengah usahakan ini untuk kita mengatasi. Oleh sebab, kalau kata blind spot ini bukan sahaja di kawasan Kuala Lumpur, di bandar-bandar lain pun terdapat blind spot. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih.
Soalan tambahan.
Maaf, sudah tanya dah tadi. Yang Berhormat Sri Gading.
8. Datuk Dr. Shahruddin bin Md Salleh [Sri Gading] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan apakah inisiatif kementerian dalam membendung elaun pelajar latihan industri dibayar rendah.
Terima kasih saya ucapkan pada Yang Berhormat Sri Gading atas soalan yang telah dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam Bilangan 10 Tahun 2011 mengenai Elaun Bagi Pelajar Institut Pengajian Tinggi Yang Mengikuti Latihan Amali di Agensi Kerajaan. Pelajar yang sedang menjalani latihan praktikal di agensi-agensi kerajaan dibenarkan menerima bayaran elaun sebanyak RM15 sehari untuk tempoh maksimum selama tiga bulan.
Prihatin terhadap kelangsungan hidup pelajar yang sedang menjalani latihan industri serta sebagai langkah penambahbaikan, kerajaan telah mula membayar elaun sebanyak RM900 sebulan pada pelajar yang menjalani latihan industri di sektor awam. Kementerian ini sentiasa menggalakkan dan menyokong syarikat serta industri untuk menerima pelajar semasa tempoh pelaksanaan latihan industri. Ini bukan sahaja dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menimba pengalaman dalam persekitaran kerja yang sebenar dan mengasah kemahiran mereka ke dalam bidang pengajian, malah turut membantu syarikat dalam mengenal pasti bakat yang boleh diambil bekerja selepas tempoh latihan industri tersebut tamat. Dalam hubungan ini, kerajaan melalui Belanjawan 2022 yang dibentang pada 29 Oktober 2021 yang baru lalu, menyeru pihak swasta untuk turut serta membayar elaun sekurang-kurangnya RM900 sebulan kepada pelajar yang menjalani latihan industri di syarikat ataupun organisasi mereka. Dalam belanjawan yang sama juga, kerajaan bersetuju untuk memberikan insentif kepada majikan yang menggaji perantis graduan berusia 18 tahun sehingga 30 tahun sebanyak RM900 sebulan bagi tempoh enam bulan. Selain itu, pendekatan latihan industri yang berstruktur seperti Program 2u2i, Work-Based Learning (WBL) dan Structured Internship Programme (SIP) merupakan antara mekanisme inovatif lain yang dilaksanakan oleh KPT dalam menangani masalah elaun pelajar semasa tempoh latihan industri. Ia dapat dicapai melalui persetujuan dan kepentingan bersama ataupun mutual interest dengan izin, yang terjalin antara pihak ITP dengan syarikat menerusi memorandum persetujuan yang menyatakan dengan jelas peranan, fungsi, tanggungjawab bersama yang dipersetujui termasuklah penetapan elaun tersebut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Silakan Yang Berhormat Sri Gading.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Elaun sebanyak RM900 yang diberikan kepada pelajar memanglah terlalu rendah. Akan tetapi, yang lebih menyedihkan lagi ialah ada syarikat-syarikat yang mengambi pelajar sebagai latihan industri (internship) yang tidak pun memberikan sebarang elaun kepada pelajar ini, menjadi buruh paksa. Jadi, apakah langkah-langkah kementerian memantau perkara ini dan seperkara lagi ialah apakah strategi kementerian untuk hendak pastikan bahawa pelajar kita ini mendapat kemahiran tinggi, contohnya dengan menghantar pelajar-pelajar kita untuk mendapat latihan industri di luar negara sebagaimana yang dilakukan oleh universiti- universiti luar negara. Terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat atas keprihatinan Yang Berhormat terhadap kebajikan pelajar yang menjalani latihan industri berkenaan. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian juga memang sangat prihatin terutamanya apabila perkara berkaitan dengan latihan industri termasuk juga dalam isu- isu ada sebelum ini pernah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Muar mengenai latihan industri. Oleh sebab itulah, kementerian telah membuat beberapa kali sesi libat urus bersama dengan MPPK, kesatuan pelajar dan pihak-pihak berkepentingan, terutamanya daripada pelajar-pelajar. Mereka menyuarakan isu yang sama seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat dan untuk makluman Dewan juga, ini merupakan salah satu daripada enam perkara yang dicadangkan, yang telah dibawa ke Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Dalam hal ini, Kementerian Kewangan— ada satu hari, Kementerian Kewangan ada membuat sesi libat urus bersama kementerian dan kami di kementerian telah membawa isu-isu yang telah dibangkitkan oleh pelajar terutamanya mengenai elaun LI dan sebagainya ke peringkat Kementerian Kewangan. Seperti saya nyatakan tadi, alhamdulillah kerajaan melalui pembentangan Bajet 2022 telah bersetuju agar LI ini dilaksanakan, diteruskan di bawah agensi kerajaan dan
terima elaun, peningkatan elaun sedikit tetapi ke arah— bayar elaun sebanyak RM900 sebulan dan pihak swasta digalakkan untuk memberikan elaun. Jadi, mengenai perancangan kita untuk menghantar pelajar ke luar negara, untuk makluman Yang Berhormat juga, KPT ada membuat engagement bersama dengan embassy, dengan izin. Antara perbincangan kami adalah bagaimana embassy ini, dengan bantuan ambassador boleh membantu mengambil pelajar-pelajar untuk dijadikan sebagai internship ataupun menjalankan latihan industri di syarikat-syarikat yang berasal daripada negara-negara berkenaan. Terima kasih.
Terima kasih. Jemput teruskan Yang Berhormat Jempol.
Jempol?
Ya. Ringkas.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian tidak memperkenalkan sebarang garis panduan kepada majikan tentang pemberian elaun yang mana tadi pihak kementerian— RM900 daripada kementerian, manakala untuk majikan ataupun syarikat ini dibiarkan, sama ada hendak bayar atau tidak bayar. Jadi, ketiadaan garis panduan ini menyebabkan segelintir majikan tidak memberi elaun kepada pelajar untuk latihan praktikal ataupun memberi elaun pada kadar yang rendah. Jadi, ini tadi macam kata buruh paksa tadi. Adakah pihak kementerian ada pelan intervensi kementerian bagi mewujudkan situasi yang adil untuk pelajar kita dan juga majikan agar peraturan ini diguna pakai setiap kali penerimaan untuk pelajar-pelajar praktikal? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Memang kementerian sentiasa membuat kerjasama dengan pihak industri dan kami juga menyatakan bahawa keperluan itu ada untuk memberi elaun kepada pelajar-pelajar yang menjalankan latihan industri mereka. Kerajaan memang sentiasa menyokong syarikat dan industri untuk menerima pelajar berkenaan. Antara perkara yang dilaksanakan oleh kementerian adalah dengan membuat engagement secara berterusan. Oleh sebab itu, kita ada sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh pihak industri sendiri yang mana diletakkan di bawah Majlis TVET Negara yang bertujuan untuk perkara-perkara seperti ini boleh dibincangkan di dalam majlis jawatankuasa tersebut. Pengerusinya adalah Tan Sri Soh Thian Lai, pihak industri itu sendiri. Terima kasih Yang Berhormat.
[Soalan No. 9 – YB. Datuk Haji Shabudin bin Yahaya (Tasek Gelugor) tidak hadir]
10. Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah [Kubang Pasu] minta Menteri Kewangan menyatakan jumlah perbelanjaan dan kos keseluruhan secara terperinci bagi penganjuran program Khazanah Megatrends yang diadakan setiap tahun dari tahun 2010 hingga 2021. Nyatakan kesannya terhadap landskap sosioekonomi Malaysia terutamanya untuk mengurangkan kesenjangan pendapatan di kalangan rakyat.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Untuk makluman Yang Berhormat, Khazanah Megatrends Forum (KMF) telah di dianjurkan sejak tahun 2008 sebagai sebuah platform perkongsian ilmu bersama pihak berkepentingan terpilih yang terdiri daripada pihak pembuat dasar, ketua-ketua perniagaan, ahli-ahli akademik dan penggiat sosial bagi membincangkan isu-isu terkini yang memberi kesan ketara kepada masyarakat di seluruh dunia. Isu-isu tersebut dibincangkan daripada perspektif pasaran, syarikat dan masyarakat.
Untuk makluman Yang Berhormat, setiap tahun KMF mengetengahkan tokoh- tokoh pemikir terkemuka dalam bidang masing-masing daripada seluruh dunia, termasuk pemenang Anugerah Nobel sebagai penceramah jemputan.
Terdahulu, penceramah yang hadir ke KMF untuk menyampaikan perkongsian ilmu dan kepakaran mereka tidak diberikan sebarang bayaran. Namun, kos penganjuran KMF seperti kos pengurus acara, logistik, makan dan minuman, penginapan serta lain- lain perbelanjaan am termasuk pengurusan sistem operasi dan teknologi maklumat adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak Khazanah. Untuk makluman Yang Berhormat Kubang Pasu, purata kos penganjuran KMF secara tahunan sejak tempoh tahun 2008 hingga 2021 adalah sebanyak purata RM3.18 juta. Meskipun menelan belanja yang agak besar Yang Berhormat, namun impak penganjuran forum ini adalah ketara. Hasil perkongsian megatrends yang dilaksanakan menerusi platform KMF menjadi panduan kepada Khazanah Nasional Berhad dalam pembentukan strategi perniagaan di samping memacu pertumbuhan syarikat pada masa hadapan. Tuan Yang di-Pertua, memandangkan KMF merupakan majlis perkongsian ilmu, justeru kesannya kepada landskap sosioekonomi Malaysia sukar untuk diukur dengan tepat. Namun demikian, sebahagian besar daripada perbincangan di KMF adalah berkaitan isu-isu sosial yang memberi kesan kepada segenap lapisan masyarakat. Isu-isu tersebut dicerakinkan dan dikupas secara mendalam dengan mengenal pasti dan memahami permasalahan pada peringkat makro terlebih dahulu sebelum dibincangkan secara terperinci mengenai kaedah mengatasinya pada peringkat syarikat melalui peningkatan produktiviti dan seterusnya menambah baik usaha untuk menjana pertumbuhan dan pembangunan masyarakat. Sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua, hasil perbincangan dalam beberapa forum yang diadakan terdahulu berhubung isu ketidaksamaan, dengan izin, isu inequality, Khazanah Research Institute (KRI) telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan kajian berkaitan dengan permasalahan ini dengan lebih mendalam. Hasilnya, sehingga kini KRI telah mengeluarkan pelbagai terbitan kajian mengenai ketidaksamaan di samping mencadangkan kaedah penyelesaian masalah melalui usaha meningkatkan pendapatan isi rumah. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, kesimpulannya manfaat daripada penganjuran KMF adalah sesuatu yang tidak boleh dinilai dengan wang ringgit memandangkan faedah yang diperoleh adalah jauh lebih besar daripada kos penganjuran yang ditanggung. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Yang Berhormat Kubang Pasu.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab. Ya, memang kita– tujuan bertanya itu pun bukanlah sangat hendak tengok, berapa banyak belanja itu dengan hasil yang diperoleh. Lebih pentingnya lagi, seperti yang disebutkan tadi bahawa selain daripada apa yang telah dibincangkan dalam KMF ini ialah bagaimana Khazanah sendiri selain daripada mengutarakan polisi-polisi dasar, ya. Saya tekankan di sini Tuan Yang di-Pertua, ialah tentang findings, tentang kesenjangan pendapatan dalam kalangan rakyat. Saya rasa KRI sendiri, seperti yang disebut telah membuat kajian-kajian dan hasilnya ialah sebuah buku yang sangat saya rasa terkesan kepada kita semua iaitu The Colours of Inequality yang telah mendedahkan betapa ramainya rakyat negara kita yang tidak punya savings dan hanya boleh bertahan dalam keadaan tertentu, mungkin selama satu atau setengah bulan sahaja. Jadi Tuan Yang di-Pertua, soalan saya ialah bagaimana findings ini akhirnya telah diambil oleh Khazanah sendiri dan juga bagaimana ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya
oleh kementerian yang berkaitan bagi memastikan bahawa findings kesenjangan pendapatan rakyat ini dapat kita perbaiki dari semasa ke semasa. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Silakan.
Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Kubang Pasu. Seperti mana Yang Berhormat yang juga merupakan bekas Timbalan Menteri Kewangan, Yang Berhormat lebih mengetahui tentang apakah laporan- laporan yang dikeluarkan oleh Khazanah Research Institute. Saya yakin sepertimana yang saya sebutkan tadi, peserta-peserta daripada forum KMF ini saban tahun meningkat. Sehingga hari ini, sudah hampir seramai 12 ribu orang yang datang dari dalam negara dan luar negara. Mereka juga adalah sebagai pemegang- pemegang taruh berkepentingan yang terpilih, yang melibatkan syarikat-syarikat dalam negara dan syarikat-syarikat luar negara. Sudah pasti, perbincangan dan resolusi mereka itu akan diperbincangkan pada peringkat makro dan ia akan dibawa balik ke syarikat-syarikat. Setiap tema yang kita ambil sejak tahun 2008 hingga kini Yang Berhormat adalah perkara-perkara yang semasa dan juga perbincangan-perbincangan yang melibatkan masa hadapan negara dan dunia. Itulah sebabnya kita panggil pelbagai penceramah yang berkualiti untuk memberi maklumat-maklumat yang berkualiti tinggi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Yang Berhormat Parit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah pun menjelaskan dengan begitu detailed ya. Kos penganjuran Khazanah Megatrends Forum adalah dengan purata sebanyak RM3 juta setahun. Jadi, soalan saya apakah kerajaan mengambil kira hasil daripada kajian ataupun pandangan resolusi forum ini untuk dijadikan dasar dan juga polisi negara? Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Parit. Inilah perkara yang saya fikir amat relevan dan signifikan terhadap persoalan adakah kerajaan yang ada pada hari ini mengambil segala input-input yang diterbitkan oleh institusi-institusi penyelidikan tempatan. Itu sebabnya sejak tahun 2014, KRI telah menerbitkan laporan The State of Households yang menggunakan data- data dari Jabatan Perangkaan Malaysia. Untuk makluman Yang Berhormat, sebelum ini kerajaan meletakkan pencapaian pertumbuhan negara dan impak kepada masyarakat berdasarkan GDP per kapita, Tuan Yang di-Pertua. Itulah sebabnya kita gembira pada hari ini apabila melihat dalam Rancangan Malaysia Ke-12, kerajaan telah melihat pendapatan isi rumah sepertimana yang telah dinyatakan dalam laporan The State of Households dengan izin, supaya kita juga menggunakan pendapatan isi rumah sebagai kayu ukur untuk menentukan kesan pertumbuhan kepada negara. Itulah sebabnya dalam Rancangan Malaysia Ke-12, jumlah ‘RM10 ribu’ sebagai pendapatan isi rumah dilihat sebagai mengukur pertumbuhan negara itu supaya ia sampai ke peringkat bawahan. Kedua Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya sedikit, KRI juga telah menyediakan pengumpulan data primer berkaitan Dasar Perumahan Negara. Alhamdulillah, Dasar Perumahan Negara yang telah dilancarkan pada bagi tahun 2018- 2025 setelah KRI – had KRI ini pun Tuan Yang di-Pertua, wujud disebabkan oleh hasil cadangan daripada Khazanah Megatrends Forum (KMF). Jadi, mereka kaji Dasar Perumahan Negara 1.0 2013-2017 dan alhamdulillah untuk Dasar Perumahan Negara 2.0 ini, elemen-elemen seperti memastikan perumahan berkualiti juga dimasukkan, meningkatkan kebolehcapaian dan kemampuan perumahan juga dimasukkan dalam Dasar Perumahan Negara (DRN 2.0) dan akhirnya ia memperkukuhkan keupayaan institusi dalam menyampaikan Dasar Perumahan Negara 2.0.
Jadi, semua pilihan dasar yang dicadangkan oleh KRI ini Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Parit, telah diguna pakai oleh kerajaan. Kerajaan yang prihatin adalah kerajaan yang mengutamakan institusi penyelidikan tempatan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Tebrau. Yang Berhormat Tebrau tadi ada bangun.
Okey, terima kasih atas jawapan yang diberikan. Cuma, saya hendak tanya walaupun sudah ada banyak perancangan dan sesi libat urus yang melibatkan penceramah dari negara lain tetapi yang pentingnya, apakah langkah-langkah yang menyeluruh dan holistik untuk memastikan bahawa isu yang dibangkitkan ini dapat diselesaikan. Terima kasih.
Silakan.
Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Tebrau. Itulah sebabnya kita maklumkan bahawa apabila Khazanah Megatrends Forum melakukan penganjuran majlis perkongsian ilmu, mereka mencadangkan supaya wujudnya sebuah institut penyelidikan yang dinamakan Khazanah Research Institute. Apa sahaja perancangan, apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan, dan dasar- dasar yang dibuat oleh kerajaan juga akan diambil kira oleh Khazanah Research Institute untuk menyelidiki apakah impak dan kesan kepada rakyat. Ia mesti berterusan melalui bukan sahaja forum perkongsian, ia juga melibatkan pusat penyelidikan yang dilakukan secara berterusan. Penambahbaikan juga akan dicadangkan dalam hasil-hasil kajian. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Tebrau.
Terima kasih Yang Berhormat semua. Sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. Terima kasih semua. Usul Yang Berhormat Menteri, silakan. [Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahaskan dan diputuskan dalam peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2022 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2022 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Selasa, 7 Disember 2021”.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ada yang menyokong?
Saya menyokong.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2022 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2022 JawatankuasaBill
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2022 dan Anggaran Pembangunan 2022 dalam Jawatankuasa sesebuah Majlis.” [Hari Kesembilan] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2022 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2022 Jawatankuasa — Kepala B.42 [Jadual] – Kepala P.42 [Anggaran Pembangunan 2022] –Bill
Yang Berhormat semua, Kepala Bekalan B.42 dan Kepala Pembangunan P.42 di bawah Kementerian Kesihatan sekarang terbuka untuk dibahaskan. Saya mendapat senarai yang amat panjang. 34 orang pembahas akan tetapi saya hanya dapat membenarkan 22 sahaja. Akan dimulakan oleh Yang Berhormat Jempol, diikuti oleh Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Kota Kinabalu, Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Beaufort, Yang Berhormat Klang. Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Papar, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Lumut, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Kulai, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat Setiu dan akhir sekali adalah Yang Berhormat Rasah. Silakan Yang Berhormat Jempol.
Tuan Pengerusi, saya ingat ini...
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Pengerusi, ini kena beri semua orang peluang sedikit.
...Salam sejahtera, salam Keluarga Malaysia. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian pada
hari ini bagi membahaskan RUU Pembekalan 2022 Peringkat Jawatankuasa, Kementerian Kesihatan. Butiran 00500 – Penyelidikan dan Pembangunan (R&D). Kanabis ataupun hemp di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan ketum pula disenaraikan sebagai Akta Racun 1952. Hakikatnya kedua-dua tumbuhan ini mempunyai faedah tersendiri dari sudut perubatan. Soalan saya, sejauh manakah kajian klinikal yang telah dilakukan oleh institusi yang berkaitan terhadap penggunaan ketum dan hemp bagi tujuan perubatan? Sejak sekian lama air ketum telah digunakan secara meluas di luar bandar kerana dikatakan mempunyai keajaiban dan berupaya memberi tenaga serta motivasi kepada tubuh badan untuk bekerja. Kini penggunaan sudah semakin popular. Termasuklah di kawasan bandar walaupun status penggunaan masih diharamkan oleh pihak berkuasa. Saya difahamkan ekstrak ketum mempunyai kesan sebagai anti malaria. Membunuh parasit malaria dan antimutagenic, pencegah sel dan pengamalan perubatan. Material ini boleh menjadi punca penyakit kanser.
Tuan Pengerusi...
...Manakala bagi hemp pula, dapat mengurangkan simptom penyakit kanser. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan
Yang Berhormat Jempol, boleh mencelah?
...Berpotensi sebagai ubat untuk tahan sakit, anti murung dan sebagainya.
Yang Berhormat Jempol, boleh mencelah? Sedikit sahaja.
...Tahan lama. Tidak lama lagi kita akan melangkah ke tahun 2022 tetapi kajian khusus tentang kebolehgunaan kedua-dua tumbuhan tersebut secara meluas untuk tujuan perubatan masih lagi tergantung.
Yang Berhormat Jempol, boleh mencelah?
Soalan saya, apakah kekangan, cabaran yang dihadapi oleh kementerian bagi tujuan R&D hemp dan juga ketum. Serta mengapakah Malaysia mengambil masa yang begitu lama? Sekiranya tiada kekangan undang-undang, Malaysia pastinya akan mengikuti langkah negara lain yang menghalalkan hemp yang menjadi negara kedua di Asia Tenggara yang membenarkan ketum untuk perubatan seperti Thailand.
Yang Berhormat Jempol, boleh mencelah?
Kebenaran menggunakan hemp dan ketum untuk tujuan perubatan boleh membawa perubahan yang positif kepada banyak sektor ekonomi, khususnya sektor pertanian. Butiran 020000 – Perubatan. Setiap tahun, ada sahaja doktor pakar meletakkan jawatan dan menyertai hospital swasta kerana peluang yang lebih cerah kepada tawaran gaji yang lumayan. Saya difahamkan seramai 948 orang pakar perubatan telah meletakkan jawatan dan berkhidmat dalam perkhidmatan awam dan beralih ke sektor swasta sejak tahun 2016 sehinggalah 2021.
Perkara ini amat membimbangkan kerana masih banyak lagi hospital awam, khususnya di luar bandar yang tidak mempunyai doktor pakar. Kekurangan doktor pakar paling kritikal yang dilaporkan adalah di dalam bidang neurologi, kardiologi dan onkologi. Lebih menyedihkan, perkara ini mengakibatkan banyak kes tertunggak dan pesakit terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan. Itu belum lagi mengambil kira keadaan pesakit terpaksa ditolak ke hospital lain disebabkan ketiadaan peralatan rawatan dan juga katil yang mencukupi. Soalan saya, apakah pelan intervensi kementerian untuk memastikan doktor pakar yang sedia ada terus kekal dalam sistem kesihatan awam? Berapakah bilangan sebenar doktor pakar setakat hari ini dan adakah bilangan tersebut mencukupi untuk perkhidmatan keseluruhan negara khususnya untuk rakyat Malaysia? Jika tidak, apakah cabaran yang dihadapi oleh kementerian untuk melahirkan lebih ramai doktor pakar sedangkan terdapat ramai graduan baharu yang dilahirkan dari tahun ke tahun sejak sekian lama. Saya mencadangkan agar kementerian memfokuskan untuk melatih doktor pakar dalam kalangan doktor muda berbanding membawa pulang doktor pakar daripada berkhidmat di luar negara. Kementerian juga perlu membenarkan doktor muda untuk menjalani latihan kepakaran selepas memberi taraf jawatan kontrak ataupun lanjutan kontrak mereka. Mengenai isu doktor kontrak pula, di Jempol seramai 33 orang antara mereka telah berkhidmat sehingga ke tiga tahun tetapi masih belum menerima, menyerap jawatan tetap. Lebih membimbangkan dua orang daripada mereka telah pun meletakkan jawatan dan tidak menyambung kontrak.
Minta rumuskan Yang Berhormat Jempol.
Terdapat juga beberapa buah klinik kesihatan yang hanya mempunyai seorang doktor berjawatan tetap dan selebihnya adalah berstatus kontrak. Hal ini...
Yang Berhormat Jempol minta rumuskan. Masa sudah tamat. Rumuskan.
Baru nak start.
Mana boleh baru nak start? Hanya lima minit. Silakan.
Hal ini turut juga bagi jawatan seperti penolong pegawai perubatan dan farmasi, terdapat 11 orang pegawai farmasi berstatus kontrak yang sudah berkhidmat selama empat tahun. Mengenai isu perjawatan, terdapat banyak perjawatan terpaksa ditanggung oleh pegawai yang mempunyai gred yang lebih rendah. Hal ini berlaku kerana pegawai yang sepatutnya mengisi jawatan tersebut tetapi tidak dihantar untuk berkhidmat di Jempol terutama perjawatan penolong pegawai perubatan. Perkara ini sedang berlaku pada hari ini bukanlah sesuatu perkara yang sihat. Kementerian perlu memberi perhatian yang khusus terhadap isu tersebut. Saya mohon agar kementerian mengambil langkah segera untuk menyelesaikan segala permasalahan supaya tidak terus berpanjangan dan menimbulkan masalah. Sekian, apa yang saya bentangkan sebentar tadi supaya diambil tindakan segera. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Seterusnya, Yang Berhormat Kuala Selangor.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya memulakan sedikit perbahasan saya di peringkat Jawatankuasa ini dengan membawa kembali Kepala P.42, Butiran 00800. Di mana saya memerhatikan lanjutan kepada soalan saya tentang electronic medical records (EMRs). Soalan saya pada tarikh 2 Disember yang lalu. Ketika saya memerhatikan jawapan itu, disebutkan bahawa peruntukan itu di bawah Jawatankuasa Pemandu ICT, Kementerian Kesihatan dan Jawatankuasa ICT Sektor Awam. Di sini saya ingin membangkitkan Tuan Pengerusi bahawa daripada kepala ini, saya tidak memerhatikan peruntukan-peruntukan tersebut dan atas Butiran 00800 – Kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk Kementerian Kesihatan ini, saya kira ia bukan di situ tempatnya, RM42 juta sahaja. Kalau saya diberi faham, bahawa ia mungkin di Jabatan Perdana Menteri, di bawah MAMPU tetapi pemeriksaan saya juga tidak kedapatan.
Lalu saya membangkitkan perkara ini atas keprihatinan untuk kita memacu digitalisation of healthcare khususnya untuk tulang belakang ataupun spine kepada digital healthcare ini merupakan EMR, dan saya ingin perkara ini diperjelaskan oleh kementerian dan Menteri. Itu pertama. Kedua, sedikit beralih kepada persoalan kejuruteraan dan kawal selia di bawah Butiran 060200 – Kejuruteraan dan Kawal Selia Radiasi Perubatan. Tuan Pengerusi, saya memerhatikan penguncupan ataupun penurunan perbelanjaan sebanyak RM100 juta yang dilakukan atas perkhidmatan dan bekalan yang sekali gus menimbulkan kerunsingan kepada kita yang memahami apakah pentingnya untuk perkara services radiasi, nuclear medicine, radiation therapy services, radiography services dan segala-galanya itu memerlukan belanjawan, peruntukan yang sepatutnya tetapi saya perhatikan dikurangkan pula. Ini akan menjejaskan keselamatan dan soalannya apakah yang mendorong kerajaan untuk mengurangkan peruntukan ini? Apakah cara-cara untuk mengatasi ataupun mengatasi akibat daripada tindakan untuk menurunkan peruntukan ini andainya berlaku kemalangan dan leakage radiasi dan sebagainya? Tuan Pengerusi, saya beralih kepada Butiran 080200 – Emolumen Kakitangan Kontrak. Apa yang saya perhatikan adalah di bawah itu emolumen itu dalam perbelanjaan RM2 bilion. Persoalannya, apakah dari sudut services dan perkhidmatan yang diberikan keutamaan untuk peruntukan ini diberikan perjawatan itu di sektor apa dan apakah ia akan dapat mengatasi kekurangan kita? Selama kita dalam pandemik yang lalu kita dapati bahawa antara lain adalah andainya MySejahtera itu masih lagi semi manual, kita memerlukan contact tracing ribuan untuk staf untuk kita atasi kelemahan yang kita istilahkan sebagai the weakest link dalam FTTIS kita. Saya ingin untuk diperjelaskan atas perkara ini kerana butiran itu adalah lebih penting untuk kita tahu bagaimana untuk menangani persoalan ini. Tuan Pengerusi, saya beralih kepada Butiran 021900 – Radioterapi dan Onkologi. Saya perhatikan ada sikit peningkatan tambahan sebanyak RM500 ribu sahaja. Adakah ia mencukupi untuk kita menangani kadar peningkatan kes kanser yang merupakan kedua selepas ischemic heart disease (IHD) sebagai pembunuh pertama di dalam negara kita ini. Ini adalah satu yang perlu diberikan perhatian atas kenapa peruntukan yang sewajarnya tidak diberikan. Satu lagi Tuan Pengerusi adalah atas Butiran 022600 – Perubatan Respiratori. Hanya juga diberikan RM100 ribu sahaja. Manakala kita sedang memerhatikan satu fenomena long COVID-19 pasca pandemik COVID-19 ini yang memerlukan peruntukan untuk perubatan respiratori ini diberikan peruntukan yang sewajarnya tetapi tidak nampaknya, sekadar hanya RM100 ribu peningkatan penambahan sahaja.
Akhir sekali Tuan Pengerusi, kalau saya boleh menyebutkan sikit sini atas komitmen untuk membeli antiviral drugs untuk anti COVID-19 ini yang telah dibuat komitmen untuk pembelian daripada Merck & Co ini. Saya memerhatikan perbelanjaan itu agak besar dan sebagai teguran kepada kementerian kita juga memerhatikan bahawa AstraZeneca juga mengeluarkan satu antiviral drug- di samping molnupiravir yang telah dikeluarkan oleh Merck yang telah pun kita membuat tempahan. Akan tetapi, saya memerhatikan kalau dari sudut superiority yang tidak lebih daripada apa yang dikeluarkan oleh AstraZeneca ini yang membuat satu preparation IM injection yang memberikan protection selama setahun- satu injection 300 milligram yang harganya hanya saya kira setengah atau lebih dari setengah of the cost of molnupiravir yang dikeluarkan oleh Merck. Ia diberikan secara IM dan kosnya hampir 4,000 sahaja untuk satu injection untuk protection secara prophylactic dan juga secara treatment. Treatment curative maksudnya untuk kes-kes COVID-19 yang setara dengan yang dapat dihasilkan atau antiviral drug oleh Merck. Tuan Pengerusi, saya banyak lagi hendak tanya yang lain bersabit dengan isu kanak-kanak- pemakanan dan sebagainya, tetapi saya kira ini sudah cukup untuk soalan ini diberikan perhatian. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Selangor. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Tebrau.
Terima kasih Tuan Pengerusi, izinkan menyertai perbahasan Bekalan 42. Tuan Pengerusi, Butiran 080900 merupakan butiran yang saya ingin bahas pada saat ini. Saya ingin mengucapkan syabas kepada kerajaan yang bukan sahaja prihatin tetapi peka kepada keperluan rakyat dalam isu kesihatan khususnya kepada golongan B40. Skim PeKa B40 diberi untuk tujuan menambah baik lagi bantuan-bantuan yang telah disalur melalui mySalam sekiranya seseorang dijangkiti dengan 45 penyakit kritikal. Walaupun kerajaan sudah memperuntukkan bajet bagi kedua-dua program ini masih ada ramai pesakit daripada golongan B40 memohon bantuan dari pusat khidmat saya. Jenis bantuan yang dipohon termasuk tambang pengangkutan pergi dan balik oleh sebab ada penyakit yang memerlukan pesakit merentas daerah atau negeri atau membeli alat-alat seperti implan atau kerangka besi untuk menyambung tulang yang patah dan lain-lain. Soalan saya adakah bajet yang diperuntukkan tidak mencukupi sehingga pesakit kena memohon bantuan daripada Ahli Parlimen? Oleh sebab itu, saya mohon Menteri memberi maklumat yang terperinci bilangan jenis penyakit, jenis bantuan yang dipohon dan diluluskan di bawah skim mySalam dan juga skim-skim lain. Tuan Pengerusi, seterusnya Butiran 081000 – Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC). Tuan Pengerusi, Malaysia adalah sebuah negara yang dikurniakan dengan sektor iaitu perubatan yang bertaraf setanding dengan negara-negara yang maju. Dengan kelebihan ini Malaysia harus diangkat sebagai satu hab pelancongan kesihatan bagi warga-warga lain oleh sebab kos-kos penginapan dan lain-lain pun berpatutan. Oleh itu, saya ingin Menteri menyatakan sejauh manakah kejayaan usaha untuk membangunkan Malaysia sebagai hab pelancongan kesihatan seperti yang diuar-uarkan oleh Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia. Saya bersedia untuk dibetulkan tetapi saya memang tidak melihat perancangan ini telah mewujudkan banyak resorts bagi tujuan ini. Saya juga ingin Menteri menjelaskan kekangan yang kerajaan hadapi bagi menjayakan usaha ini? Memandangkan pandemik COVID-19 telah menjejaskan sektor pelancongan sehingga banyak hotel dan resort telah berhenti beroperasi. Berapa
seriusnya keadaan sektor pelancongan kesihatan buat masa sekarang? Sama ada kerajaan ada pelan tindakan penyelesaian untuk membantu sektor ini agar ia tidak luput sama sekali. Akhir sekali mengenai Butiran 00300 – Kemudahan Hospital. Tuan Pengerusi, Hospital Sultan Ismail di dalam kawasan Parlimen Tebrau merupakan sebuah hospital pakar tertier yang dilengkapi dengan sistem DIS ataupun Doctor Information System dengan izin, iaitu sistem berkomputer sepenuhnya.
HSI telah mula beroperasi pada bulan Julai 2004 tetapi terpaksa berhenti dua bulan kemudian akibat jangkitan kulat dan mula beroperasi semula pada Februari 2006. Kini, HSI merupakan sebuah hospital pengurusan Universiti Newcastle serta menjadi pusat rujukan kebangsaan kepada perkhidmatan tertiary care. Tuan Pengerusi, kelengkapan sudah hampir 18 tahun diguna pakai dengan peningkatan penduduk yang mendadak dalam tempoh 18 tahun di kawasan Daerah Johor Bahru. HSI telah mengalami beberapa masalah yang mendesak seperti kelengkapan katil tidak mencukupi, kekurangan kakitangan, kerosakan kelengkapan seperti kerusi di ruang pelawat kawasan farmasi dan juga Jabatan Kecemasan. Tempat parkir pun tidak mencukupi dan dalam keadaan berlubang-lubang. Masalah ini bertambah teruk ketika ia diguna pakai untuk merawat pesakit COVID-19. Pada bulan Julai dan Ogos tahun ini saya telah menyumbangkan katil kanvas, laptop terpakai, kain putih untuk tujuan kapan dan barangan keperluan dan lain-lain. Jadi, saya memohon Yang Berhormat Menteri akan memberikan perhatian kepada keadaan dan masalah di HSI supaya hospital berkenaan dapat meneruskan khidmat kepada masyarakat dengan sebaiknya, sekiranya Hospital Pasir Gudang dijangka tidak akan siap dan beroperasi dalam tiga atau empat tahun yang akan datang.
Minta rumuskan Yang Berhormat.
Jadi, saya berharap Yang Berhormat Menteri akan menjawab soalan-soalan saya. Dengan ini saya ucapkan terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Seterusnya, saya menjemput yang Kota Kinabalu.
Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 00800 – Kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Tahun 2022, tercatat peningkatan peruntukan daripada RM11.5 juta pada tahun ini ke RM41.2 juta tahun depan. Saya mengalu-alukan peningkatan tersebut kerana ia sepadan dengan apa yang berlaku sekarang, era COVID-19 ini, kerajaan harus melabur lebih banyak ke atas automasi dan pendigitalan sistem perubatan. Saya juga ingin merujuk kepada Butiran 00203 – Perkhidmatan Kesihatan Bandar dan Butiran 00300 – Kemudahan Hospital. Kerajaan harus menyediakan bangunan khusus di setiap hospital untuk zon pernafasan. Ini disebabkan virus SARS COVID-19 hanyalah permulaan dan semakin banyak virus baharu akan muncul dan hospital akan terus melihat jangkitan pernafasan. Selain itu, secara amnya sejak pandemik bermula zon pernafasan adalah diperlukan di setiap hospital atau klinik kesihatan di mana semua kes yang disyaki berjangkitan paru-paru yang berpotensi COVID-19 harus diasingkan daripada pesakit lain. Saya juga dimaklumkan bahawa di Sabah, COVID-19 Assessment Centre (CAC) juga kini dikendalikan di setiap klinik kesihatan kerajaan di Sabah. Pihak mereka selalu meminta agar kerajaan kekalkan allowance COVID-19 dan kekalkan atau menaikkan
peruntukan untuk penukaran atau pembaikan khemah-khemah di klinik ini sebab banyak khemah yang rosak ditiup ribut akibat hujan yang lebat. Tuan Pengerusi, seterusnya saya ingin membangkitkan isu berkenaan incinerator di Langkawi. Di mana, saya dimaklumkan bahawa incinerator tersebut kerap rosak sehingga sisa clinical waste melimpah-limpah di hospital-hospital dan klinik-klinik kesihatan. Pihak hospital dan klinik kesihatan telah banyak kali tulis surat kepada pihak yang berkenaan tetapi tindakan yang diambil amat perlahan. Adakah masalah ini di sebabkan oleh kekurangan peruntukan? Sekiranya, ya. Saya harap lebih banyak peruntukan disediakan agar sisa-sisa klinikal di Sabah ini dapat dilupuskan dengan baik tanpa kelengahan. Tuan Pengerusi, masih berkenaan butiran-butiran yang saya sebutkan tadi. Saya ingin membangkitkan isu berkenaan Hospital Likas di Kota Kinabalu yang juga dikenali sebagai Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah. Saya ingin mencadangkan agar satu buah bangunan Pusat Krisis Sehenti ataupun One-Stop Crisis Centre (OSCC) untuk mangsa penderaan keluarga, penderaan kanak-kanak, rogol dan lain-lain. Saya dimaklumkan sejak wabak COVID-19 berlaku, lebih banyak kes keganasan rumah tangga telah dilaporkan. Ramai ibu dan anak terjejas dalam keadaan malang ini. Pada masa ini, perkhidmatan OSCC ini ditempatkan di sebuah bilik kecil sahaja di Bahagian Kecemasan di Hospital Likas. Bilik kecil ini semakin tidak mencukupi dengan kenaikan kes keganasan rumah tangga. Selain itu, saya dimaklumkan bahawa blok tambahan adalah sangat diperlukan di Hospital Likas untuk meningkatkan kapasiti katil dan saya harap kerajaan dapat menyalurkan peruntukan untuk ini. Tuan Pengerusi, merujuk kepada Butiran 022700 – Psikiatri dan Kesihatan Mental. Saya ingin memetik hasil Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (KKMK) yang dilaksanakan pada tahun 2015 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang mendapati Sabah ialah negeri yang tertinggi iaitu 42.9 peratus daripada penduduknya mengalami masalah kesihatan mental diikuti oleh Kuala Lumpur 39.8 peratus, Kelantan 39.1 peratus dan Sarawak 35.8 peratus. Menurut kajian tersebut, pelbagai konflik kehidupan antaranya penyalahgunaan dadah, masalah atau krisis kewangan, tiada pekerjaan (jobless), stres pekerjaan, masalah keluarga dan faktor persekitaran. Jika dibiarkan, boleh mengakibatkan gangguan mental. Pandemik COVID-19 dan perintah berkurung yang berpanjangan sudah tentu akan memudaratkan kesihatan mental di Sabah. Namun, Sabah yang tertinggi kes ini yang kes untuk kesihatan mental yang tertinggi untuk Sabah cuma dapat satu buah rumah sakit kerajaan yang khusus untuk bidang tersebut iaitu Hospital Mesra Bukit Padang, Kota Kinabalu. Saya ingin menyeru kepada Yang Berhormat Menteri bahawa lawatlah ke Hospital Mesra Bukit Padang juga kalau terdapat lawatan kerja ke Sabah hari kemudian dan ambil berat tentang apa yang diperlukan hospital tersebut. Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Kinabalu pernah membiayai projek kecil untuk membina tempat parking untuk hospital tersebut. Tuan Pengerusi, seterusnya saya juga ingin merujuk kepada Butiran 00204 – Klinik Bergerak yang diperuntukkan RM150,000 pada tahun hadapan dan sifar pada tahun ini dan juga Butiran 00201 – Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar. Saya ingin mencadangkan bahawa penggunaan ambulans pacuan empat roda (four-wheel drive) dengan izin untuk persekitaran lasak untuk menjawab panggilan kecemasan 999 di kawasan pendalaman menggunakan jalan raya tanah yang tidak diwartakan sebagai jalan raya. Selain itu untuk Sabah, banyak bangunan klinik kesihatan terutamanya di luar bandar sudah usang dan perlu pembaikan atau penggantian. Saya juga ingin menyeru kepada kementerian untuk menyalurkan banyak dana untuk pembangunan kesihatan di luar bandar. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Kinabalu. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Jerai.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk menyertai sesi perbahasan Kementerian Kesihatan Malaysia. Saya mulakan dengan P.42 Butiran 00201 – Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar. Sehingga kini masih belum wujud klinik kesihatan yang merangkumi perkhidmatan Unit Pesakit Luar serta ibu dan anak kecuali di Mukim Sala Besar dan Mukim Sungai Daun dalam Parlimen Jerai. Manakala, klinik ibu dan anak hanya di Kampung Ruat. Semua pesakit penyakit kronik Unit Pesakit Luar terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Yan. Namun begitu, disebabkan pandemik COVID-19 pihak pengurusan hospital telah menutup Unit Pesakit Luar. Pesakit di Mukim Yan terpaksa menerima rawatan di Klinik Sungai Limau Dalam, Mukim Sungai Daun yang serba kekurangan. Sehingga kini, belum wujud klinik kesihatan di Mukim Yan. Pejabat Kesihatan Daerah Yan berharap Klinik Kesihatan Yang dapat dibina merangkumi perkhidmatan unit kesihatan pesakit luar, ibu dan anak bagi memberikan keselesaan kepada penduduk Yan dalam Parlimen Jerai. Perkara kedua, B.40 Butiran 080800 – Perolehan Aset/Harta Modal/Kenderaan. Saya ingin menyentuh perihal kenderaan di Hospital Yan yang agak daif dan sudah tidak selamat untuk digunakan. Terdapat juga kenderaan yang sudah lupus tarikh tetapi masih lagi digunakan ekoran kenderaan tidak mencukupi. Kenderaan bukan ambulans yang telah dilupuskan pada lima tahun lepas, namun begitu ia masih belum digantikan. Jika tidak dapat membekalkan kenderaan baharu, kita minta untuk gantikan sahaja kenderaan yang telah dilupuskan. Seterusnya, perkara terakhir Butiran 00300 – Kemudahan Hospital. Kita mencadangkan untuk membina bangunan baharu satu tingkat untuk Unit Pemulihan Cara Kerja di hospital yang bernilai RM2.5 juta.
Pembinaan bangunan ini bertujuan mewujudkan ruang rawatan dan ruang kerja yang selamat untuk pesakit dan juga staf. Selain itu juga kita bercadang untuk mewujudkan satu ruang yang selamat untuk penyimpanan dokumen dan rekod pesakit. Hospital Yan terletak sejauh 40 kilometer dari Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan 42 kilometer dari Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. Hospital Yan mula dibuka pada 2 Februari 1992 untuk memberi perkhidmatan kepada penduduk Daerah Yan yang berjumlah seramai 74 ribu orang. Hospital Yan merupakan hospital tanpa pakar yang memberi perkhidmatan pesakit luar dan pesakit dalam. Keluasannya hanya 4.62 meter persegi dan ia ada satu ruang sahaja, di mana tiada bilik berasingan untuk aktiviti rawatan pesakit, penyimpanan rekod pesakit, bilik penyimpanan alat rawatan dan bilik pejabat staf. Jadi kita di Parlimen Jerai sangat berhasrat sekiranya pihak kementerian menilai sedikit sebanyak berkaitan cadangan ini. Sekian Tuan Pengerusi, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Kota Belud.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 010200 – Sumber Manusia. Dimaklumkan bahawa Sarawak memerlukan seramai 1,800 pakar perubatan dalam pelbagai bidang di hospital kerajaan. Akan tetapi, ketika ini hanya 532 orang sahaja yang ditempatkan di wilayah itu. Justeru saya ingin bertanya, berapakah jumlah pakar di Sabah pula berbanding jumlah keperluan sebenar doktor pakar? Kementerian juga memaklumkan bahawa faktor
penyebab masalah kekurangan pakar perubatan di Sabah dan Sarawak adalah kerana doktor tempatan berhijrah ke luar negara. Saya ingin tahu setelah mengetahui punca ini, apakah tindakan kementerian dan bagaimanakah kerajaan ingin memastikan mereka ini tidak berhijrah. Terdapat juga cadangan untuk membawa masuk pakar secara kontrak dari luar negara tetapi perkara ini masih di peringkat perbincangan. Jadi, saya ingin tahu berapakah jumlah kos membawa seorang doktor pakar dari luar negara ke Sabah dan apakah bidang kepakaran yang paling kritikal yang diperlukan? Kemudian, akhir dalam butiran ini saya ingin tahu, apakah strategi jangka masa pendek dan juga jangka masa panjang kerajaan bagi merapatkan jurang nisbah doktor kepada penduduk di Sabah iaitu 1:850 pesakit berbanding 1:454 bagi nisbah nasional. Sangat-sangat tinggi jurangnya. Kemudian Butiran 080200 – Emolumen Kakitangan Kontrak. Kenaikan sebanyak RM100 juta berbanding peruntukan tahun ini. Bulan lalu kementerian mengumumkan 4,186 daripada 10,583 pegawai perubatan kontrak akan diberikan lantikan tetap pada tahun hadapan. Terdapat beberapa soalan yang berkaitan. Pertama, berapakah perbelanjaan tambahan bagi 4,186 pegawai perubatan yang baharu ini dan di manakah letaknya butiran tersebut? Kedua, adakah kenaikan RM100 juta untuk membiayai doktor kontrak baharu atau adakah ia membabitkan perjawatan lain juga? Ketiga, saya ingin tahu daripada jumlah tersebut, berapakah jumlah pegawai perubatan yang akan dilantik secara tetap di Sabah. Butiran 00201 – Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar. Ada kenaikan daripada RM107 juta kepada RM131 juta di bawah butiran ini. Saya ucapkan terima kasih atas kenaikan ini tapi saya juga merasa sangat kecewa apabila mendapati perbelanjaan sebenar pada tahun 2020 hanyalah sebanyak RM50 peratus daripada RM155 juta yang diumumkan. Saya mohon penjelasan daripada kementerian, mengapakah tahun 2020, yang mana sektor kesihatan yang paling diperlukan di negara ini khususnya di luar bandar tetapi perbelanjaan tidak digunakan sepenuhnya. Itu yang pertama. Kedua, saya ingin tahu apakah punca perbelanjaan di bawah Butiran Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar ini. Ketiga, saya ingin mendapatkan penjelasan, bagaimanakah di bawah butiran ini dibelanjakan bagi meningkatkan perkhidmatan kesihatan di Parlimen Kota Belud. Saya beberapa kali mencadangkan untuk mewujudkan dan membina sebuah hospital baharu di Kota Belud. Memang sudah ada cadangan itu. Akan tetapi, masalahnya adalah masalah isu tanah Tuan Pengerusi. Oleh sebab itu saya berkali-kali, kalau kita ke sana ke mari fasal isu tanah ini, saya minta pihak kesihatan betul-betul cuba menyelesaikan masalah ini. Masalah yang sama juga untuk Klinik Kesihatan Mantanani. Ia telah diluluskan pada tahun 2015 lagi tetapi masalah tanah juga dan kemudian baru-baru ini, kementerian ada mengumumkan untuk dibangunkan pada Rolling Plan Ketiga, walaupun saya berharap benda ini lebih cepat disegerakan kerana sudah pun diluluskan sejak sekian lama. Saya juga bercakap bagi pihak sahabat saya Yang Berhormat Labuan iaitu beliau ingin bertanya tentang Klinik Kesihatan Kampung Bebuluh, Labuan. Sudah diluluskan, sudah diumum, sudah pecah tanah, tetapi bilakah construction dimulakan? Ini menjadi persoalan. Kemudian terdapat Butiran 020200 – Pengurusan Hospital. Terdapat 24 buah hospital awam di wilayah Sabah. Saya ingin tahu, berapa buahkah hospital yang akan diberi fokus oleh kerajaan bagi tujuan penaik tarafan fasiliti-fasiliti di Kota Belud? Untuk Kota Belud pula, bagaimanakah dan berapakah untuk tahun hadapan? Butiran 030100 – Pengurusan Kesihatan Awam Ibu Pejabat/Negeri. Apakah perancangan kementerian bagi meningkatkan mutu perkhidmatan di tiga buah klinik kesihatan KKM di Kota Belud, sama ada penambahan kakitangan mahupun peralatan perubatan? Adakah kementerian juga bercadang untuk mewujudkan klinik pakar bagi perkhidmatan penting seperti buah pinggang dan juga jantung. Akhir sekali Butiran 030100 – Bekalan Perubatan Fasiliti Kesihatan. Peningkatan peruntukan sebanyak RM100 juta di bawah butiran ini, saya mohon diperincikan. Kedua, saya ingin tahu di bawah butiran manakah peruntukan akan digunakan bagi
melaksanakan perolehan ubat antiviral yang didapati berkesan terhadap pelbagai virus termasuk COVID-19. Saya juga ingin tahu, apakah perancangan awal kerajaan bagi memastikan ubat ini diagihkan kepada Sabah dengan adil agar perkara yang sama tidak akan berulang lagi di mana proses pengagihan vaksin COVID-19 ke atas Sabah waktu hari itu sangat-sangat rendah. Itu saja daripada saya Tuan Pengerusi. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Parit.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 030300 – Kawalan Penyakit. Menurut data Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan (CRPC) Kementerian Kesihatan Malaysia, jumlah kes denggi terkumpul seluruh Malaysia dari 29 Disember 2020 hingga 5 Disember 2021 iaitu 23,849 kes. Saya menyambut baik terhadap pertambahan peruntukan pada butiran ini dan saya ingin mengetahui setakat manakah usaha yang dilaksanakan oleh kementerian bagi menyelesaikan permasalahan denggi di dalam negara kita dan sejauh manakah peranan yang telah dimainkan oleh COMBI dalam menyampaikan maklumat mengenai denggi kepada masyarakat setempat? Adakah terdapat sebarang peruntukan yang akan diberikan terhadap COMBI ini bagi mereka sama-sama membantu di dalam kempen kebersihan dan operasi kerana mereka merupakan badan sukarela yang bergerak aktif. Saya mohon Yang Berhormat Menteri untuk memberikan jawapan. Seterusnya Butiran 020200 – Pengurusan Hospital. Kita menyambut baik pertambahan peruntukan bagi butiran pengurusan hospital dan saya ingin mengetahui sejauh manakah tahap kesiapsiagaan jumlah kapasiti katil di setiap hospital kerajaan dan adakah ia mencukupi untuk menampung para pesakit COVID-19 dan pesakit biasa? Ini memandangkan negara Malaysia telah mencatat kes pertama COVID-19, varian Omicron. Justeru itu, saya ingin mengetahui adakah terdapat perancangan oleh pihak kementerian untuk menambah jumlah katil di hospital kerajaan sebagai persediaan sekiranya berlaku pertambahan kes COVID-19 secara mendadak. Seterusnya Butiran 00904 – Pejabat dan Jabatan Kesihatan. Saya ingin membangkitkan berkenaan isu klinik kesihatan di Parit. Saya melihat terdapat satu keperluan untuk membina baharu sebuah klinik kesihatan di Parit. Hal ini kerana, klinik kesihatan sedia ada terlalu kecil dan sukar menampung pesakit di sekitar kawasan Parlimen Parit. Klinik kesihatan ini juga tidak mempunyai lot parking khusus memandangkan kedudukan klinik kesihatan ini sebaris dengan lot-lot kedai. Keadaan ini juga sudah tentu menyukarkan pesakit untuk datang ke klinik bagi mendapatkan rawatan. Justeru itu, saya mohon kepada pihak kementerian supaya dapat memberikan kelulusan bagi proses pembinaan klinik kesihatan baharu di Parit yang lebih besar dan kondusif memandangkan tapak bersesuaian bagi pembinaan klinik baharu ini sudah ada. Jadi, pembinaan klinik baharu kesihatan Parit ini diperlukan. Ia seiring dengan pertambahan penduduk yang semakin ramai di dalam kawasan saya.
Seterusnya Butiran 021500, saya menyambut baik terhadap pertambahan peruntukan pada butiran ini daripada RM56.44 juta pada tahun 2021 kepada RM56.96 juta pada tahun 2022. Saya ingin mengetahui, adakah peruntukan ini mencukupi untuk menangani masalah penyakit buah pinggang di Malaysia? Apakah bentuk langkah kesedaran yang akan dilaksanakan oleh kementerian kepada masyarakat mengenai penyakit buah pinggang? Melalui peruntukan ini, adakah sebarang perancangan oleh kementerian untuk memperuntukkan mesin dialisis tambahan
di Hospital Changkat Melintang memandangkan mesin dialisis yang sedia ada tidak begitu mencukupi? Seterusnya kepada Butiran 030600. Kita sedia maklum bahawa negara Malaysia kekal menjadi negara paling ramai gemuk atau obes di Asia Tenggara sejak tahun 2015. Saya ingin mengetahui, adakah peruntukan sebanyak RM60.83 juta ini mencukupi bagi menjalankan program pendidikan kesihatan, khususnya mengenai obesiti? Bagaimanakah usaha secara berterusan yang akan dilaksanakan oleh kementerian bagi memberi kefahaman jelas mengenai keburukan obesiti kepada masyarakat? Sejauh manakah Program Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang akan dilaksanakan oleh kementerian mampu mengatasi masalah obesiti dalam kalangan masyarakat? Akhir, seterusnya Butiran 022700. Menurut kenyataan Majlis Kaunselor, seramai 11,596 orang termasuk remaja mendapatkan bantuan bimbingan kaunselor kerana berhadapan isu kesihatan mental sepanjang tahun 2020 hingga September 2021. Melalui peruntukan RM319.58 juta tahun 2022 ini, saya ingin mengetahui apakah usaha yang akan dilaksanakan oleh kementerian bagi menghapuskan stigma masyarakat terhadap pesakit mental? Berapakah jumlah nisbah terkini ahli psikiatri kepada jumlah penduduk di negara kita? Apakah usaha yang telah dilaksanakan bagi mencapai nisbah yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)? Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Parit. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tuaran.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin berbahas bagi Maksud Bekalan 42, Kementerian Kesihatan, Butiran 010100 – Pengurusan Ibu Pejabat/Negeri. Tuan Pengerusi, sistem kesihatan negara kita ini adalah terlalu berpusat atau overcentralised. Keadaan ini begitu ketara pada ketika kita cuba menangani pandemik COVID-19. Ada negeri-negeri tertentu yang mampu untuk membantu Kerajaan Pusat, termasuklah untuk menyediakan medan hospital dan sebagainya tetapi dalam Perlembagaan Persekutuan, Jadual Kesembilan memang hal perubatan dan hal kesihatan ini adalah hal Kerajaan Persekutuan. Bagi negeri tertentu seperti negeri Sabah, hal yang berkaitan dengan kesihatan dan perubatan memang juga diletakkan dalam senarai bersama sehingga tahun 1970. Selepas tahun 1970, hal kesihatan dan perubatan bukan lagi dalam hal bersama bagi negeri Sabah. Kita lihat satu keadaan di Sabah apabila overcentralised atau terlalu berpusat ini, apabila Sabah memerlukan bangunan hospital yang baharu, Kerajaan Persekutuan kerana tidak ada perancangan, dia beli bangunan milik Sabah Medical Centre dahulu di Likas. Jadilah ia sebagai Hospital Likas pada hari ini. Kemudian, Sabah Medical Centre membina sebuah bangunan berhampiran dengan Luyang dan selepas itu Kerajaan Persekutuan, Kementerian Kesihatan membeli pula balik bangunan ini dan hari ini dipanggil sebagai Queen Elizabeth II Hospital. Jadi, kita ada Hospital Queen Elizabeth I dan Hospital Queen Elizebeth II. Hospital-hospital ini bukannya berjauhan. Jadi, dengan lain perkataan, satu perancangan daripada segi tanah untuk membina bangunan, yang keduanya, dari segi perancangan pembinaan bangunan- bangunan ini. Begitu juga di hospital-hospital daerah. Kita boleh lihat, dibina sedikit-sedikit, selepas itu ditambah, selepas itu ditambah, selepas itu ditambah dan sebagainya. Ada pula hospital yang dibina dengan terlalu besar pula untuk tempat yang kecil, daerah yang kecil seperti di Pitas. Hospitalnya begitu besar tetapi penduduk tidak berapa banyak dan sebagainya. Ini semua berbangkit kerana perancangannya dibuat dari Putrajaya. Ia tidak berpijak di bumi yang nyata.
Apabila Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah cuba untuk terlibat dalam hal perancangan, dalam hal pembuatan dasar, biasanya pengarah ini akan ditukar atau pun dibuang dan sebagainya. Kita lihat dalam kes pertukaran Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah baru-baru ini, dia disuruh ke Putrajaya bukan naik pangkat tetapi setara. Apabila ia setara, yang dari Putrajaya pula dipindahkan ke Kota Kinabalu dan akhirnya pegawai ini dengan sayangnya, dia terpaksa undur diri walaupun dia telah memilih untuk berpencen lebih awal. Inilah perkara-perkara yang telah berlaku kerana terlalu ia berpusat. Tidak terlibat pegawai-pegawai ataupun pengarah di peringkat negeri, tidak terlibat dalam hal perancangan, tidak terlibat dalam hal pembuatan dasar, inilah yang telah berlaku. Kita juga masih ingat pada permulaan pandemik ini, apabila dalam hal berkenaan dengan ujian-ujian sampel COVID-19 melibatkan contohnya daripada Lahad Datu ke Kota Kinabalu, ia diangkut menggunakan kereta. Sampel-sampel berhari-hari daripada Lahad Datu ke Kota Kinabalu dan sebagainya. Oleh sebab itu satu sampel pada ketika itu empat hari, lima hari baru dapat keputusan dan sebagainya. Inilah yang telah berlaku. Apa yang dinyatakan oleh sahabat saya Yang Berhormat Kota Belud sebentar tadi, hal-hal begitu, klinik kesihatan di luar bandar berlaku begitu sebab yang menentukan adalah Putrajaya, bukan Kota Kinabalu. Ada sebuah klinik kesihatan di kawasan saya iaitu Klinik Kesihatan Pekan Nabalu sehingga pada hari ini tidak ada air, saya ulangi tidak ada air. Bayangkanlah klinik kesihatan tanpa air dan air yang digunakan adalah underground water. Underground water digunakan, selepas itu ada insiden gempa bumi. Gempa bumi punya pasal, sekarang tidak ada air. Sehingga pada hari ini tidak ada air kerana menunggu peruntukan dari Putrajaya. Jadi inilah Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, adakah pihak kementerian akan memulakan proses decentralisation dalam pengurusan, dalam urus tadbir kesihatan di negara ini? Bukan sahaja di Sabah tetapi di Sarawak dan juga di setiap negeri. Ini supaya tujuannya ialah the outcome, kita mahu outcome yang maksimum, kita mahu sistem penyampaian dalam kesihatan kita ini supaya berkesan, bukan semata-mata kerana adanya perasaan... [Tidak jelas] dan sebagainya tetapi kita mahu keberkesanan. Hentikan overcentralisation; decentralise-lah supaya Malaysia ini kita dapat tadbir dengan lebih baik supaya lebih banyak penyertaan, supaya hal-hal, cabaran-cabaran seperti kekurangan kakitangan dapat dimaksimumkan, pengambilan kakitangan baharu dan sebagainya dapat dibuat sebaik mungkin. Itu sahaja, sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Beaufort.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus ke Butiran 030000 – Kesihatan Awam, Butiran 030300 – Kawalan Penyakit dan Butiran 030500 – Farmasi dan Bekalan Kesihatan Awam. Kita sekarang faham bahawa suntikan booster untuk COVID-19 sudah pun diberikan kepada rakyat Malaysia walaupun ia tidak diwajibkan. Jadi saya ingin tanya, setakat ini berapa peratus kah pencapaian booster vaccine di Malaysia? Adakah kementerian bercadang untuk mewajibkan suntikan booster ketiga memandangkan kemunculan varian baharu yang sangat berbahaya seperti Omicron? Bak kata pepatah, “mencegah itu lebih baik daripada mengubati”. Vaksin memberikan perlindungan mengurangkan risiko jangkitan teruk berbanding jika tidak mengambil. Adakah kementerian telah membuat kajian lebih terperinci mengenai penggunaan vaksin secara long term atau adakah terdapat kaedah lain bagi menangani pelbagai kemunculan varian baharu yang semakin berbahaya?
Bila vaksinasi bagi umur 12 tahun ke bawah akan dilaksanakan, dan berapakah peruntukan yang akan dibelanjakan bagi program vaksinasi umur 12 tahun ke bawah ini? Seterusnya Butiran 030200 - Pembangunan Kesihatan Keluarga, Butiran 030400 – Pemakanan dan Butiran 030600 – Pendidikan Kesihatan. Mengikut National Health and Morbidity Survey 2019, 50.1 peratus orang dewasa di Malaysia adalah tergolong dalam golongan yang terlebih berat dan obes. Oleh itu, saya ingin bertanya adakah kementerian mengadakan kempen menjaga kebersihan diri dan kesihatan sesuai dengan norma baharu. Apa amalan cara hidup sihat untuk kita mengendali atau menangani masalah lebihan berat ini ataupun obes ini. Bagaimana untuk mencapai sasaran 20 peratus seperti yang disebutkan dalam sasaran kementerian dan bagaimanakah komuniti diperkasakan dengan amalan gaya hidup sihat dengan disasarkan dengan 65 peratus ini. Saya ingin bertanya, adakah di peringkat negeri, daerah mahupun sekolah adakah akan diperhebatkan lagi kempen-kempen kesihatan ini. Berikutan dengan norma baharu, kempen sihat melalui laman media sosial juga perlu dititikberatkan dan diperluaskan lagi. Saya juga mencadangkan agar klinik-klinik desa diperkasakan dan juga kempen- kempen kesihatan melibatkan semua sekolah melibatkan Sekolahku Bersih, Program Kantinku Sihat, Komuniti Sejahtera dibuat di semua daerah di seluruh negara kita bagi memastikan rakyat dan komuniti kita, pelajar kita juga menjaga kesihatan menjadikan penjagaan kesihatan diri dan juga persekitaran itu adalah sebagai norma yang biasa. Program-program perkhidmatan saringan kesihatan dengan kerjasama antara pelbagai pihak dan agensi juga perlulah di perhebatkan lagi dan dibuat secara berterusan bukan berkala tetapi secara berterusan supaya kita dapat menjaga kesihatan rakyat kita secara dengan lebih baik lagi dan kita memastikan bahawa obesiti ini dapat kita turunkan. Butiran 00600 – Ubah Suai, Naik Taraf dan Pembaikan, Butiran 00904 – Pejabat dan Jabatan Kesihatan. Naik taraf klinik kesihatan usang bangunan kayu sedia ada seperti dalam kawasan saya Klinik Kesihatan Kota Klias dalam Parlimen Beaufort membina kemudahan decontamination iaitu kemudahan membersihkan diri selepas bertugas di lapangan sebelum bertugas balik ke rumah masing-masing. Ini adalah untuk menjaga kesihatan dan kesediaan petugas frontliners kita. Pejabat kesihatan seperti dalam kawasan Parlimen Beaufort, Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort dan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Penyu membina pusat khas bagi pemeriksaan penyakit berjangkit dan pusat penilaian seperti COVID-19 Assessment Center yang sekarang ini memang payah dalam kawasan kita terpaksa mencari tempat yang sesuai dan membantu mereka menyediakan pelbagai perkakasan. Jadi perkara ini pun perlu diberikan perhatian bukan sahaja kerana COVID-19 tetapi mungkin juga penyakit-penyakit yang akan datang, nauzubillah minzalik. Kemudahan kuarantin sementara bagi penumpang yang disyaki dijangkiti penyakit berjangkit berbahaya yang memasuki melalui pintu masuk negeri di Terminal Feri Menumbok yang ini adalah di antara Labuan yang datang ke negeri Sabah, dia akan masuk melalui Menumbok ini dalam kawasan Parlimen Beaufort. Jadi, kita juga minta supaya kemudahan ini disediakan. Saya juga memohon bagi pihak Parlimen Beaufort supaya Pejabat Kesihatan Daerah Beaufort yang baharu dapat dibina dan pejabat yang ada sekarang ini sudah tidak boleh lagi menampung keperluan semasa terlalu sempit, tanah yang tersedia. Sekarang ini kita sudah ada tanah yang tersedia yang boleh membina sebuah pejabat kesihatan daerah yang lebih luas, tidak terdedah kepada banjir dan lebih kondusif untuk para pengunjung hadir. Jadi saya berharap supaya ini dapat diberikan pertimbangan oleh Kementerian Kesihatan. Terima kasih.
Terima kasih Beaufort. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Klang.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya sentuh kepada Butiran 060400 – Perancangan. Tuan Pengerusi, saya ingin meminta kementerian khususnya Yang Berhormat Menteri, kalau sekiranya kementerian akan mempertimbangkan untuk menggubal suatu akta baru iaitu akta Ventilation and Clean Air Act ataupun Akta Ventilasi dan Pengudaraan Bersih bagi membendung penularan COVID-19. Dalam tindak balas terhadap pandemik COVID-19, beberapa buah negara mula menyedari kepentingan pengudaraan yang baik dalam memerangi Coronavirus. Di Belgium sebagai contoh Tuan Pengerusi, peniaga-peniaga dikehendaki memaparkan monitor kualiti udara supaya pelanggan boleh menyemak tahap udara sama ada selamat dan bersih sebelum mereka masuk ke dalam restoran ataupun bangunan-bangunan berkenaan. Di Jerman pula, program perintis untuk membersihkan udara dimulakan di sekolah-sekolah sedang dijalankan pada musim panas ini. So, saya minta pandangan menerusi perancangan baharu yang boleh dibuat untuk menggubal satu akta Ventilation and Clean Air Act. Isu yang kedua saya hendak bangkit Tuan Pengerusi adalah berkait dengan booster shot iaitu di bawah Butiran 030500 – Farmasi dan Bekalan Kesihatan Awam. Tuan Pengerusi, KKM kini fasa memberi suntikan dos penggalak ataupun booster shot kepada individu-individu yang telah divaksin. Namun setakat 2 Disember 2021, hanya 8.35 peratus daripada penduduk di Malaysia telah mendapat atau menerima dos penggalak ini. Adakah Kementerian Kesihatan Malaysia akan mewajibkan suntikan dos penggalak untuk semua rakyat termasuk pekerja asing yang ada dokumen dan juga tidak ada dokumen dan juga termasuk pelarian ini yang ada di Malaysia. Adakah Kementerian Kesihatan Malaysia akan menggunakan langkah memberi vaksinasi dos penggalak menerusi mekanisme seperti PPV yang diamalkan beberapa bulan yang lalu atau menerusi sistem KKM yang sedia ada menerusi hospital dan juga klinik kesihatan. Bagaimanapun saya hendak tanya kepada kementerian ialah berkait dengan kekeliruan orang ramai berkenaan suntikan dos penggalak Pfizer kepada penerima vaksin Sinovac. Kita telah beberapa orang telah menerima Sinovac dan sekarang mereka diberikan vaksin Pfizer dan ini telah menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat. So, saya cadang kepada pihak kementerian untuk menjelaskan, apakah impak medicine kesihatan dalam isu ini. Saya juga hendak bertanya kepada pihak Menteri adakah KKM akan memberi vaksin Sinovac secara percuma kepada orang ramai. Saya tanya soalan ini sebab pada masa sekarang, kita dapati bahawa kita boleh mendapat vaksin Sinovac kalau kita membayar RM300, RM178 dan sebagainya. Ini akan mengabaikan ataupun akan disadvantage the poor sebab mereka tidak dapat membayar. So, oleh kerana itu saya minta, either- kerajaan memberikan secara percuma atau kawal harga supaya- dan juga bukan harga yang tinggi dan berpatutan supaya semua rakyat Malaysia boleh mendapat vaksin berkenaan. Isu berikut merupakan doktor kontrak, Tuan Pengerusi iaitu di bawah Butiran 010200 – Sumber Manusia. Kenyataan KKM bertarikh 14 November 2021 menyatakan keperluan doktor dalam negara ialah seperti nisbah berikut iaitu satu orang doktor kepada 400 orang penduduk pada tahun 2025 dan satu orang doktor kepada 300 orang penduduk pada tahun 2030. Soalan saya kepada kementerian ialah jumlah peratus doktor kontrak akan diserapkan di dalam perkhidmatan tetap untuk tahun 2022 dan apakah kos keseluruhan kepada kerajaan. Ini saya tidak nampak dalam butiran yang telah diberikan dalam buku yang diberikan. Apa perkembangan tentang penggubalan Akta Pencen bagi menyerap doktor kontrak menerusi jawatan tetap dengan KWSP yang diumumkan oleh Mantan Perdana Menteri dan juga Tan Sri KSU.
Tuan Pengerusi, seterusnya saya hendak pergi kepada bincang mengenai Cancer Fund di bawah Butiran 030300 – Kawalan Penyakit. Pada tahun 2019, kanser ataupun barah merupakan penyebab kematian kedua terbesar di Malaysia. Lebih kurang 100 ribu orang penduduk Malaysia menghidap barah pada satu masa dan satu daripada 10 orang lelaki dan satu daripada sembilan wanita berisiko mendapat penyakit ini sepanjang hayat mereka. Menurut George Institute for Global Health, 99 peratus daripada pesakit kanser di Malaysia akan menghabiskan simpanan hidup mereka dalam satu tahun. 39 peratus tidak mampu membayar ubat mereka dan juga 19 peratus membuat keputusan untuk menghentikan rawatan mereka untuk memberi gambaran besar ubat barah dan kemoterapi dapat menelan kos daripada lebih kurang RM50 ribu hingga RM400 ribu, RM500 ribu bergantung kepada jenis barah yang dihadapi oleh pesakit itu. Tuan Pengerusi, oleh kerana itu saya cadang satu daripada punca kematian tertinggi adalah kos ubat yang terlalu tinggi. The sickness doesn’t kill you, the price of the medicines will kill.
Sehubungan itu, saya mohon kepada pihak kerajaan menubuhkan dana kanser nasional dengan wang sedia ada dengan satu dana sebanyak RM20 juta sebagai permulaan. Akhir sekali Tuan Pengerusi, persediaan KKM untuk menghadapi gelombang variasi baharu COVID-19 di bawah Butiran 030300. Berikutan lonjakan cause of COVID- 19 dan varian baharu iaitu Omicron, katil di ICU semakin sesak di Klang Valley dan juga di beberapa negeri. Saya minta penjelasan Yang Berhormat Menteri mengenai rancangan KKM untuk menguruskan bekalan bagi pelbagai rawatan yang diperlukan untuk pengurusan pesakit berisiko tinggi yang ada morbiditi. Kedua, apakah rancangan KKM untuk mengurus dan mengurangkan pesakit kategori empat dan lima? Adakah hospital-hospital kerajaan dilengkapi dengan ventilators sekiranya— ventilators dan oxygen concentrator dan sebagainya sekiranya terdapat lonjakan pesakit kategori empat dan lima? Saya tanya soalan ini sebab saya lihat dalam anggaran perbelanjaan tidak nampak isu-isu ini dibincangkan dan juga berapa wang peruntukan untuk mengatasi masalah kalau kita dilanda dengan krisis COVID-19 ataupun krisis Omicron. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Klang. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Kuala Langat.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Kalau hendak ambil bahagian dalam pembentangan Kementerian Kesihatan. Saya merujuk kepada Butiran 20000 – Perkhidmatan dan Bekalan. Tuan Pengerusi dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri, isu doktor kontrak ini sudah pun menjadi satu isu besar di dalam negara kita sekarang. Apa yang saya difahamkan ialah dari tahun 2016 ada seramai 23,000 orang doktor kontrak. Daripada 23,000 orang doktor kontrak itu, yang telah diberi kerja tetap di dalam hospital kementerian ialah seramai 1,000 orang sahaja. Sekarang apa yang telah disebutkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, setiap tahun kita akan keluarkan hampir 3,000 orang oleh doktor di dalam negara kita. Seramai 3,000 orang doktor ialah dari IPTA ataupun IPTS di dalam Malaysia sahaja. Berapakah jumlah yang datang dari universiti-universiti di luar Malaysia? Saya ingat jumlahnya ialah dua kali ganda. Angka yang telah disebutkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi ialah hampir 5,000 orang lebih ataupun hampir 6,000 orang.
Soalan saya kepada Kementerian Kesihatan ialah doktor kontrak sekarang yang besar nombornya telah iaitu 23,000. Setiap tahun kita akan dapat lebih 6,000 orang lagi. Apakah facilities yang telah disediakan dan akan disediakan untuk nombor-nombor yang akan datang? Apakah kita hendak katakan kepada ibu bapa yang berbelanja besar untuk anak-anak mereka menjadi doktor untuk masa depan akan datang? So, oleh sebab itu, saya ingat kita kembali balik kepada bajet yang telah diberikan kepada Kementerian Kesihatan. Kita telah pun berbincang bajet ini setiap tahun untuk kesihatan, ia hanya dua peratus sahaja daripada bajet keseluruhannya. Ini tidak cukup. Negara-negara membangun, bajetnya sampai lapan peratus ataupun sampai 12 peratus. Selepas itulah, kita boleh dengar Yang Berhormat Menteri Kesihatan bagi tumpuan kepada Ahli-ahli Parlimen yang telah minta untuk bajet di tempat masing-masing. Kalau tidak, tahun depan pun kita datang, itulah soalan yang sama akan ditanya oleh Ahli- ahli Parlimen tetapi tidak diselesaikan oleh kementerian sebab kita tidak cukup bajet. Saya hendak kembali pada Butiran 070000 – Keselamatan dan Kualiti Makanan. Isu keselamatan ini Tuan Pengerusi, saya hendak bawa kepada kementerian. Kita bagi kontrak kepada syarikat A untuk mendapatkan security business di dalam sebuah hospital besar. Syarikat ini bagi kontrak itu kepada syarikat B ataupun kadang-kadang bagi kepada syarikat C tetapi yang paling dikenalkan ialah pekerja-pekerja biasa. Ini ialah [Tidak jelas] orang. Gaji mereka ditahan. Gaji dia bukan ikut apa yang kita tetapkan gaji bulanan, security- mereka ini kerja sampai 12 jam satu hari. Ini saya hendak kementerian lihat. Kontrak kalau diberi kepada syarikat A, syarikat A lah kena buat kerja di bawah bukan bagi kepada syarikat B ataupun syarikat C. Malangnya yang kena disebutkan di sini ialah orang-orang pekerja ini. Akhirnya, tidak dapat gaji yang sepatutnya. Lagi sekali saya hendak masuk kepada Butiran 00400 – Hospital Baru. Ini untuk kawasan saya di Banting, Kuala Langat. Saya mintalah Kementerian Kesihatan untuk lihat pembangunan hospital di Banting kalau ada dana untuk bina baharu ataupun tidak ada dana untuk naik taraf hospital baharu di Banting ini kepada sebuah hospital yang besar dengan semua kepakaran yang diminta oleh semua Ahli Parlimen ada di dalam di kawasan Banting sebab penduduknya hampir 400,000 orang di dalam kawasan ini. Akhir sekali Tuan Pengerusi, saya hendak masukkan juga isu Institut Jantung Negara. Saya diberitahu sekarang Tuan Pengerusi bahawa Ahli-ahli Parlimen tidak boleh masuk ke Institut Jantung Negara tanpa ada surat daripada seorang pakar dari luar. Surat daripada pegawai kesihatan di Parlimen pun tidak boleh diterima. Ada satu unit yang diperkenalkan sebagai Unit Taksiran Khas KKM di IJN. Unit taksiran ini akan menentukan siapa yang akan mendapat rawatan di dalam IJN kalau tidak ada surat. IJN ini dibina dengan duit siapa? IJN ini dibina oleh kerajaan. Sekarang pasal apa IJN ini macam sebuah hospital swasta? Ahli Parlimen tidak dapat untuk pergi sana. Kita kena ada referral dan sebagainya sebelum kita boleh daftar di sana, sama juga dengan pasangan juga. Ini satu masalah besar. Saya harap Kementerian Kesihatan akan tengok isu ini sebagai satu isu penting. Takkanlah kita sampai ada MI di dalam Parlimen sahaja kita boleh masuk ke IJN. Kalau tidak ada Parlimen dan terjadi sesuatu, kita tidak boleh masuk IJN kah? Saya minta Kementerian Kesihatan untuk melihat apakah yang IJN hendak untuk kita pastikan bahawa kita boleh dapat rawatan di sana. Kalau Ahli Parlimen pun tidak boleh dapat rawatan, saya tidak tahu orang biasa macam mana di IJN.
Terima kasih Yang Berhormat. Masa sudah tamat.
Sedikit sahaja. IJN ini ada kaitan dengan masalah dengan kesihatan jantung sebab kita ada dua buah hospital sahaja iaitu IJN dan Hospital Serdang di Klang Valley ataupun di utara, ia ada Pulau Pinang, di selatan ada Johor Bahru. Akan tetapi saya hendak minta Kementerian Kesihatan, what is the waiting list for orang-orang yang ada sakit jantung ini. Waiting listnya berapa? Adakah kita perlu lagi sebuah hospital dibina khusus untuk ini? Tadi, rakan
saya Yang Berhormat Klang kata kanser jadi isu. Memang, tetapi saya ingat jantung pun isu besar juga di dalam negara kita. Akhir sekali Tuan Pengerusi, bajet kita tidak cukup. Bajet kita kena ditingkatkan untuk kita terima aduan-aduan yang telah dibuat oleh rakyat di bawah dan juga aduan- aduan yang dibuat oleh Ahli Parlimen di dalam Parlimen kita hari ini. Sekian, terima kasih.
Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Kuala Kedah.
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk terus kepada Butiran 030300 – Kawalan Penyakit. Tuan Pengerusi, negara kita seperti juga dengan negara lain di dunia dalam tempoh dua dekad terakhir mengalami ledakan penyakit tidak berjangkit atau NCD dengan izin non- communicable diseases seperti diabetes, atau penyakit kencing manis, darah tinggi, strok, kanser, sakit buah pinggang dan sekarang telah banyak penyakit-penyakit disebut sebagai neurodegenerative diseases. Penyakit-penyakit neurodegenerative seperti dementia, penyakit lumpuh dan lain-lain. Tuan Pengerusi, segala strategi yang kita gunakan untuk menangani ledakan penyakit tidak berjangkit ini adalah gagal. Diabetes bertambah penghidapnya, rosak buah pinggang bertambah, kanser bertambah, sakit jantung, strok bertambah.
Ini pada saya ialah kerana kita menggunakan teori yang salah dalam pencegahan yang kita sebut pencegahan sekarang, bukan pencegahan. Pencegahan, maksudnya orang belum jadi sakit, kita cari dia, kita jumpa dan kita elakkan dia jadi penyakit. Sekarang ialah pengesanan awal sahaja. Apabila kita periksa, gula dalam darahnya tinggi, kita dapat kesan. Akan tetapi kerosakan itu telah berlaku sebelum terjadi penyakit tadi. Untuk itu saya, ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini pada pandangan mutakhir, pandangan terbaru oleh pakar-pakar dalam bidang ini, khususnya Paul Clayton yang merupakan fellow di Oxford Institute for Food, Brain and Behaviour di Oxford University dan Gary Taubes daripada Amerika antaranya yang ke hadapan. Mereka berpendapat bahawa punca ledakan penyakit tidak berjangkit ini terjadi adalah kerana satu keadaan yang dipanggil dengan izin malnutrition type B, malnutrisi jenis B. Malnutrisi ataupun kekurangan zat makanan ini diketahui secara klasiknya sekarang, di pusat kesihatan kita cuba mengesan malnutrisi apabila seseorang itu berat badannya kurang, pertumbuhannya terencat anak-anak kurang zat makanan, kita kata itu malnutrisi dan kita cuba rawat. Akan tetapi, apa yang berlaku yang kita lihat, di Malaysia dan di merata tempat, pengalaman saya juga sebagai doktor hampir 35 tahun, kita melihat anak-anak muda yang badannya tinggi, berat badannya cukup baik, tetapi akhirnya dia di usia 20-an dia menjadi obesiti ataupun dia dapat darah tinggi, dia dapat kencing manis awal, strok di hujung 20- an dan kerosakan buah pinggang, serangan sakit jantung di usia 30-an. Itu dijelaskan dengan malnutrition type B ataupun malnutrisi jenis B. Malnutrisi atau kekurangan zat makanan biasa kurang zat, kurang berat badan. Malnutrisi jenis B ini kurang zat makanan tetapi berat badan besar, tinggi, berat badannya elok. Maka, berat badannya normal. Maka kebanyakan doktor dan profesional kesihatan akan menganggap tidak ada apa-apa yang salah dengan individu itu. Maka kita gagal mengesan bahawa dia berisiko tinggi terkena sakit jantung, stroke dan beberapa penyakit NCD di awal. Malnutrisi jenis B ini ada sifat-sifatnya tertentu. Maka saya mengesyorkan kepada Kementerian Kesihatan supaya ada strategi khusus supaya dikaji dan difahami malnutrisi jenis B dibuat screening ataupun pengenal pasti awal dan kita kawal menerusi jenis B dan kita buat intervensi awal mengelakkan mereka jadi kencing manis, darah tinggi, kanser sebarang penyakit neurodegenerative awal.
Tuan Yang di-Pertua, ini perlu kerana ledakan penyakit non-communicable disease (NCD) sangat merosakkan. Berjuta rakyat Malaysia telah mati atau rosak buah pinggang, jantungnya, lumpuh dan lain-lain lagi dan berbilion-bilion ringgit telah habis dan segala usaha yang kita lakukan tidak berjaya. Maka kita harus mengakui bahawa kita perlu melihat kembali dan yang menariknya Tuan Yang di-Pertua, untuk mengatasi malnutrisi jenis B ini mudah sahaja, iaitu mengurangkan ataupun meminimumkan makanan proses dan kembali kepada diet tradisional. Ia satu proses dan usaha yang boleh kita lakukan dengan biaya yang tidak terlalu banyak dan tidak perlu rocket science dengan izin. Tidak perlu sains yang tinggi- tinggi pun, kembali kepada diet tradisional. Ketika ibu bapa kita, datuk kita dahulu diet tradisional mereka baik Melayu, Cina, India kurang sakit NCD ataupun penyakit-penyakit tidak berjangkit ini. Maka selagi kita tenggelam dalam mencari ubat-ubat ajaib, oleh Kementerian Kesihatan dan lain-lain lagi, kita akan terus mengalami ledakan ini dan lebih ramai rakyat Malaysia akan mati dan akan menderita dan duit akan habis. Maka saya menyeru supaya kita secara serius mengkaji, memahami dan mencegah malnutrisi jenis B. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Tumpat.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertamanya saya ingin menyentuh Butiran 010200 – Sumber Manusia. Kementerian merekodkan bahawa hampir 1,500 para doktor telah meletakkan jawatan sejak tahun 2017 sehingga Jun tahun ini. Soalan saya, apakah kementerian meneliti langkah meletak jawatan ataupun berhenti kerja tersebut adalah disebabkan ekosistem di hospital kerajaan tidak mendorong mereka untuk kekal lama atau tidak kondusif kepada mereka atau apakah sebab-sebab lain? Saya mohon penjelasan. Seterusnya saya juga ingin mengetahui bilakah rancangan kementerian untuk membentangkan pindaan terhadap Akta Pencen 1980 bagi membolehkan perjawatan tetap yang diserap memilih untuk caruman di bawah KWSP sekali gus menjadi salah satu tunjang penyelesaian kepada isu doktor hartal yang timbul baru-baru ini. Seterusnya saya ingin menyentuh Butiran 020700 – Psikiatri dan Kesihatan Mental. Saya ingin mendapat jawapan kementerian mengenai jumlah kaunselor psikiatri dan psikologi yang ada dalam negara ketika ini. Adakah jumlah tersebut menepati ratio yang ditetapkan di peringkat antarabangsa? Adakah kementerian juga bercadang untuk menggalakkan individu mendapatkan kepakaran kedua-dua bidang kaunselor dan psikologi supaya bersekali supaya intervensi terhadap pesakit yang mengalami gangguan kesihatan mental lebih komprehensif. Perkara kedua adalah mengenai perkembangan Program Minda Sihat yang dilaksanakan di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Selain pengamalan program minda sihat norma baharu, apakah kementerian bercadang untuk menambah baik program tersebut. Memandangkan peningkatan kes-kes gangguan kesihatan mental melibatkan umur sekolah khususnya murid sekolah menengah. Apakah penelitian lanjut dibuat terhadap aspek bentuk saringan, sama ada saringan General Anxiety Disorder (GAD-7) atau Patient Health Questionnaire (PHQ-9) supaya kita dapat menyediakan lebih banyak ruang saringan bagi benar-benar mengenal pasti tanda-tanda gangguan kesihatan mental murid? Adakah kementerian juga bercadang untuk meningkatkan tahap intervensi kepada psikologi berintensif terendah yang boleh dilaksanakan oleh para profesional seperti guru bimbingan dan kaunseling di sekolah? Apakah bentuk penaiktarafan terhadap
modul Training of Trainers yang dibangunkan secara strategik melibatkan situasi semasa yang semakin meruncing oleh psikiatri kepada guru bimbingan dan kaunselor di sekolah? Saya juga ingin mengetahui mengapa kementerian tidak membangunkan aspek kesihatan mental ini secara khusus di peringkat sekolah sebagaimana kesihatan pergigian dan alam sekitar. Saya difahamkan intervensi kesihatan mental berada di bawah aspek kesihatan awam. Namun sejujurnya, fokus utama di bawah aspek kesihatan awam lebih tertumpu kepada vaksinasi murid dan kesihatan murid secara umum. Oleh itu, wajar ada fokus yang khusus berkenaan perkara ini. Tuan Pengerusi, Butiran 030600 – Pendidikan Kesihatan. Saya menyokong Dasar Agenda Nasional Malaysia Sihat yang bakal dilaksanakan sehingga tahun 2030. Saya ingin mengetahui apakah strategi penjaga kesihatan yang akan diterapkan kepada rakyat di negara ini. Kita semua tahu aspek pemakanan merupakan teras kepada penjagaan kesihatan dalam negara. Bagaimana pendidikan literasi pemakanan yang sihat akan diberikan tumpuan khusus dalam Agenda Nasional Malaysia Sihat itu. Begitu juga peningkatan rakyat Malaysia melakukan aktiviti fizikal seperti berjoging, berbasikal dan sebagainya. Selain program-program khusus, apakah kementerian dan bentuk pendidikan berpanjangan yang akan dibangunkan oleh kementerian terhadap penjagaan kesihatan rakyat supaya ia menjadi satu life-style yang baik. Sekadar itu Tuan Pengerusi, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Papar.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Berucap dalam bahasa Mandarin] Maksud B42 Butiran 020200 – Pengurusan Hospital. Peningkatan lebih RM100 juta di bawah butiran ini. Tahun lalu saya telah mencadangkan, tahun ini juga saya cadangkan sekali lagi agar perkhidmatan pemeriksaan dan rawatan pergigian yang merupakan perkhidmatan penting khususnya untuk keluarga Papar dinaik taraf di Hospital Papar supaya ramai orang-orang Papar ataupun pesakit-pesakit gigi ini dapat rawatan yang baik dan cepat.
Kami akui bahawa hospital kami bukanlah hospital pakar tetapi janganlah kerana kami bukan hospital pakar, segala perkhidmatan yang penting tidak diambil peduli. Kerajaan harus mengadakan perkhidmatan pakar supaya orang-orang Papar yang kurang kemampuan dapat perkhidmatan yang terbaik tanpa pergi ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu. Kedua, saya juga memohon penjelasan berapakah jumlah katil dan wad-wad baharu yang akan ditambah bagi kesemua 24 buah hospital awam di Sabah pada tahun hadapan dan khususnya di Papar? Perlu diingat, penduduk Papar saban tahun bertambah tetapi hospital macam itu juga. Mengharap hospital baharu macam menunggu durian mentah yang tidak tentu bilakah jatuhnya?
Sedikit Yang Berhormat Papar. Sedikit?
Okey.
Terima kasih Yang Berhormat Papar dan terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin minta Yang Berhormat Papar untuk memasukkan sedikit permohonan sekalilah permohonan penduduk kita di Pulau Sebatik agar Klinik Kesihatan Sebatik yang telah diluluskan sejak 2016 dimulakan pembinaannya segera atas alasan keperluan yang sangat-sangat mendesak.
Faktor utama adalah jarak yang memaksa warga menyeberang lautan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Tawau. Alasan masalah perolehan tanah untuk tapak projek yang diluluskan ini telah diulang-ulang tanpa penyelesaian seolah-olah kita berurusan dengan negara asing untuk laksanakan projek ini. Harus diingat bahawa Sabah adalah wilayah dalam Malaysia, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Masukkan ucapan Yang Berhormat Kalabakan sebagai ucapan saya juga. P.42 Butiran 00400 – Hospital Baru diperuntukkan sejumlah RM212 juta bagi pembinaan hospital baharu. Saya ingin mendapat penjelasan adakah terdapat peruntukan di bawah butiran ini untuk Hospital Papar? Baik untuk hospital lama mahupun untuk hospital baharu yang belum tahu bilakah siapnya? Siapa yang rugi? Memang orang Papar yang rugi dan terkesan. Semua orang-orang Papar harus tahu akan kedudukan ini. Kedua, apakah status terkini Projek Fasa 2 Hospital Papar dan apakah hasil penilaian semula pembinaan hospital ini yang telah melibatkan hampir ratusan juta ringgit duit rakyat? Apakah punca dan faktor kelewatan yang dikenal pasti dan adakah pihak yang bertanggungjawab dalam mengambil tindakan? Yang Berhormat Menteri Kesihatan pernah melawat hospital ini. Jadi, saya ingin minta pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan. P. 42 Butiran 00201 – Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar dan juga P. 42 Butiran 01100 – Peralatan dan Kenderaan. Daripada jumlah RM131 juta yang diperuntukkan bagi tahun hadapan, berapakah peruntukan untuk Sabah dan saya mohon perincian jenis perbelanjaan yang dirancang. Adakah Hospital Papar dan klinik desa akan mendapat manfaat daripada peruntukan ini? Begitu juga dengan peralatan dan kenderaan. Sejumlah RM736 juta peruntukan. Berapakah yang akan diperuntukkan kepada negeri Sabah dan perincian jenis peralatan dan aset yang akan ditambah, khususnya di hospital dan klinik-klinik kesihatan di Papar. Banyak kampung yang tiada klinik di desa. Saya mohon kepada kerajaan supaya setiap kampung diadakan klinik desa dan kalau boleh klinik kesihatan dan seorang doktor harus ditempatkan. Ini akan dapat membuka peluang pekerjaan kepada doktor-doktor atau yang sedang menganggur dan menunggu penempatan. B.42 Butiran 022200 – Farmasi dan Bekalan dan juga Butiran 080700 – Bekalan Perubatan Fasiliti Kesihatan. Terdapat dua butiran yang bagi saya hampir sama maksudnya iaitu mengenai khususnya berkenaan bekalan perubatan. Saya mohon penjelasan apakah perbezaan dua butiran ini yang mana satu diberikan peruntukan RM285 juta dan satu lagi RM3 bilion mohon pencerahan.
Minta ringkaskan Yang Berhormat.
Kedua, saya ingin bertanya dengan isu kekurangan ubat-ubatan kepada pesakit di Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu. Saya maklum bahawa kementerian telah menafikannya. Walau bagaimanapun, kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Justeru, saya mohon penjelasan kerajaan bagaimana kementerian dapat memastikan agar isu ini tidak berulang lagi pada tahun hadapan? Beberapa peruntukan perubatan ubat-ubatan yang diperuntukkan kepada 24 buah hospital awam di Sabah dan Hospital Papar khususnya jangan ada lagi cerita-cerita kurang ubat-ubatan bikin malu kerajaan nanti.
Yang Berhormat, minta rumuskan Yang Berhormat.
Ya. saya akan gulung. Saya juga ingin tahu melalui Belanjawan 2022 ini, apakah rancangan kementerian bagi mengatasi masalah bekalan-bekalan perubatan yang selama ini merupakan masalah serius yang sering dihadapi oleh klinik-klinik kesihatan luar bandar di seluruh Sabah. Sekian, terima kasih. Papar mengundur diri. Ampiti bah kami peruntukan itu, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Papar. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Dungun. Harap tepat pukul 1, boleh berhenti untuk kita break. Sila Yang Berhormat.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus ke Butiran 010200 – Sumber Manusia. Saya dimaklumkan bahawa Unit Sokongan Jurupulih Perubatan Fisioterapi di hospital memerlukan penambahan perjawatan yang sangat kritikal kerana pada waktu ini mereka telah dibebani oleh bilangan pesakit yang ramai bagi seorang fisioterapi terutamanya di hospital-hospital besar iaitu seorang jurupulih perubatan fisioterapi perlu memberi rawatan kepada purata 30 orang pesakit pada waktu ini. Adakah kementerian akan menambah bilangan perjawatan fisioterapi ini dalam masa terdekat? Kedua, begitu juga difahamkan bahawa banyak Petunjuk Prestasi Utama (KPI) telah diletakkan di Unit Sokongan Hospital tanpa sebarang justifikasi yang rasional sehingga membebankan mereka dalam menjalankan tugas hakiki mereka dalam merawat pesakit? Apakah outcome dari KPI yang banyak ini dan apakah tindakan kementerian dalam hal ini? Ketiga, banyak di kalangan staf yang Gred 32 atau 36 sudah lama memperoleh ijazah namun proses untuk menaikkan mereka ke Gred 41 mengambil masa yang terlalu lama. Apakah tindakan kementerian dalam mempercepatkan proses kenaikan gred ini? Keempat, adakah tempoh Doktor Gred 41 yang telah disambung kontrak-kontrak baru-baru ini akan disambung lagi selepas tamat empat tahun nanti? Seterusnya Butiran 010300 – Kewangan. Saya difahamkan Elaun Kritikal kepada jurupulih fisioterapi, jurupulih cara kerja dan ahli farmasi tidak diberi walaupun perjawatan seperti jururawat sudah lama menikmati elaun ini sedangkan risiko terdedah kepada jangkitan dan penyakit adalah sama? Apakah kementerian akan memberi Elaun Kritikal juga kepada jurupulih fisioterapi, jurupulih cara kerja dan ahli farmasi? Butiran 010400 – Pengurusan Latihan. Saya mendapat maklum bahawa peruntukan kewangan bagi kursus-kursus tidak mencukupi bagi kakitangan hospital pada waktu ini sehingga menyebabkan kualiti kursus-kursus ini terganggu. Adakah kementerian akan menambah peruntukan kursus-kursus ini pada tahun 2022? Butiran 020300 – Rawatan Kecemasan dan Pesakit Luar. Sehingga kini, pesakit luar masih perlu menunggu sehingga lebih dari setengah jam untuk menerima perkhidmatan di klinik pakar apatah lagi kalau masa menunggu di hospital-hospital awam termasuk di Hospital Dungun. Pohon penjelasan kementerian kepada penyelesaian bagi masalah yang sangat membebankan pesakit melibatkan masa menunggu yang lama? Seterusnya ialah Butiran 00300 – Kemudahan Hospital. Saya dimaklumkan bahawa peralatan-peralatan digunakan di wad dan unit di hospital yang telah rosak mengambil masa yang lama untuk boleh digunakan semula. Apakah tindakan kementerian dalam mengurangkan kerenah birokrasi dalam menggantikan peralatan ini secepat mungkin? Butiran 00400 – Hospital Baru yang masih dalam pembinaan ialah Hospital Dungun. Saya pohon bolehkah diberi masa tempoh siap sepenuhnya dan boleh digunakan untuk kepentingan rakyat Dungun?
Di bawah Butiran 080900 – PeKa B40. Sehingga kini berapa ramai rakyat yang telah menikmati bantuan dari PeKa B40 ini? Butiran 020500 – Perubatan Am. Adakah kementerian mempunyai perancangan untuk menubuhkan pasukan sukarelawan yang terdiri dari bekas-bekas kakitangan perubatan? Sebagai contohnya dalam menyediakan perkhidmatan perubatan yang merangkumi perkhidmatan rawatan dan penjagaan dan pemulihan yang bersesuaian serta berkesan kepada pesakit yang berada di kawasan pedalaman atau tinggal seorang diri? Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Tepat pukul 1. Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat. [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan dan akan bersidang semula pada jam 2.30 petang nanti. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Dato’ Sri Azalina Othman Said [Pengerang] mempengerusikan Mesyuarat]
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis dalam Jawatankuasa. [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Dato’ Sri Azalina Othman Said [Pengerang] mempengerusikan Jawatankuasa]
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Lumut, lima minit. Silakan Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh mengenai perkara dalam B.42, Butiran 990100 – Konsesi Penswastaan Makmal Ubat dan Stor yang diperuntukkan RM1.4 bilion setahun, serupa dengan tahun lepas. Soalan saya, kita pernah berbahas perkara ini dengan menerima saranan supaya konsesi-konsesi ini dibuka bukan hanya kepada satu buah syarikat kerana banyak tawaran dan banyak syarikat lebih mampu dan harga akan menjadi lebih menarik jikalau dibuka. Jadi apa kedudukan proses untuk dismantling this concession, dengan izin, dan adakah ia sedang dijalankan phase out, dan bila akan complete usaha ini supaya kita akan dapat harga yang lebih baik melalui pasaran yang lebih terbuka. Seterusnya Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh mengenai peruntukan Butiran 022700 – Psikiatri dan Kesihatan Mental. Saya ucap syabas kepada kerajaan kerana
memperuntukkan jumlah yang meningkat sedikit dari tahun lepas. Ini menunjukkan perhatian kementerian terhadap kes-kes yang berkaitan dengan kesihatan mental berhubung dengan pandemik COVID-19 ini mendapat perhatian. Jadi soalan saya, apa kedudukan masalah pesakit kesihatan mental di kalangan rakyat Malaysia dan adakah ia semakin meningkat dan meruncing dan apakah tindakan- tindakan yang perlu diambil oleh kementerian untuk menanganinya. Seterusnya bagi Butiran 030200 – Pembangunan Kesihatan Keluarga. Saya juga mengalu-alukan pertambahan peruntukan sebanyak RM100 juta berbanding tahun lepas dan saya rasa pembangunan kesihatan keluarga dan rantaian struktur perkhidmatan yang disediakan mestilah dipertingkatkan kerana ini akan menjadi first line kepada keperluan masyarakat terutamanya di luar bandar. Apabila kita kaitkan ini dengan peruntukan di bawah P.42 iaitu Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar berbanding dengan Perkhidmatan Kesihatan Bandar iaitu Butiran 00201 dibaca sekali dengan Butiran 00203, kita lihat bahawa peruntukan yang diberikan kepada kesihatan bandar jauh lebih banyak daripada kesihatan luar bandar. Berbeza dengan tahun 2020 apabila kesihatan luar bandar melebihi kos kesihatan bandar. Adakah ini menunjukkan trend yang berbeza oleh Kementerian Kesihatan untuk memberikan tumpuan kepada pembangunan di pihak bandar berbanding luar bandar. Sedangkan kita merasakan bahawa di mana-mana juga tadi rakan-rakan kita dari Kedah, dari Sabah dan Sarawak mengemukakan permohonan untuk penambahbaikan dan pembinaan facilities, dengan izin, di kawasan luar bandar. Seterusnya, saya ingin menarik perhatian yang terakhirnya kepada P.42 di bawah sekali dalam senarai tersebut ada pelarasan bagi tahun 2020 sebanyak RM2.7 bilion yang menjadikan totalnya RM3.834 bilion bagi pembangunan dan jumlah ini di-capture di dalam graf awal dalam penerangan kementerian ini iaitu jumlah sebanyak RM3.834 bilion. Akan tetapi, bagi tahun 2021 walaupun ia merupakan anggaran tetapi jumlah pelarasan tersebut tidak dimasukkan, dimasukkan dalam jumlah RM8.756 bilion, cuma tidak di-capture dalam grafik kementerian ini dan masih lagi kekal di situ jumlah asalnya iaitu sebanyak RM4.380 bilion. Kenapa jumlah RM8.756 bilion itu tidak diletakkan di situ sebagai jumlah pembangunan yang mana akan melihatkan kepada rakyat suatu kesungguhan oleh Kementerian Kesihatan untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan kerajaan yang memberikan jumlah peratusan bajet yang lebih tinggi kepada kementerian ini sesuai dengan perkembangan di negara-negara lain yang memberikan peruntukan yang lebih tinggi. Jadi saya mohon penjelasan kenapa kedua-dua jumlah ini tidak digambarkan dalam penerangan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan. Tuan Pengerusi, itu sebahagian daripada saya. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Kuala Krai.
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi kesempatan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Kesihatan. Sesiapa pun tidak mampu menyangkal bahawa petugas kesihatan merupakan antara benteng paling utama apabila berdepan dengan perang COVID-19. Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih atas jasa anda sekalian. Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Kepala P.42, Butiran 00105 – Latihan Dalam Perkhidmatan. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas pertambahan peruntukan butiran ini. Tentunya pertambahan ini merujuk kepada doktor kontrak yang bakal menerima kenaikan pangkat dan peluang melanjutkan pelajaran.
Namun begitu, bilakah perancangan pihak kerajaan untuk memuktamadkan doktor kontrak ini kepada doktor tetap? Saya ingin menanyakan berapakah jumlah doktor kontrak yang masih belum berstatus tetap dan jangkaan akan diserapkan ke jawatan tetap pada tahun hadapan. Apa tindakan kerajaan menangani kempen ‘Exit KKM’, dan apa tindakan kerajaan terhadap pemberhentian 500 orang doktor kontrak seperti yang dilaporkan oleh pihak media? Tuan Pengerusi, Kepala P.42 Butiran 020200 – Pengurusan Hospital. Saya ingin merujuk kepada Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai yang merupakan hospital utama bagi penduduk Kelantan selatan iaitu penduduk dari Machang, Tanah Merah, Jeli, Gua Musang dan sudah semestinya dari Kuala Krai sendiri. Saya mohon kepakaran Hospital Sultan Ismail Petra ini ditambah terutama untuk bidang yang berkepentingan ramai misalnya pakar jantung, paru-paru, buah pinggang dan sebagainya.
Jarak yang jauh untuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu terutamanya untuk penduduk di sebelah Kelantan selatan, menyebabkan mereka tidak hadir untuk temu janji. Oleh itu saya sangat berharap, Hospital Sultan Ismail Petra ini dijadikan hospital yang utama untuk penduduk Kelantan selatan. Untuk butiran yang sama juga Tuan Pengerusi, saya ingin memohon untuk menaik taraf kemudahan kesihatan di Klinik Kesihatan Dabong bagi menampung keperluan masyarakat setempat yang kian bertambah. Pembangunan pesat dan pertambahan penduduk amat memerlukan kemudahan kesihatan yang baharu, mencukupi dan tentunya selesa. Klinik yang terletak 82 kilometer dari hospital terdekat ini, tidak mempunyai perkhidmatan x-ray yang mana menyukarkan pesakit untuk mendapatkan perkhidmatan ini kerana terpaksa menempuh perjalanan yang jauh melalui jalan yang berbukit. Saya juga ingin memohon pihak kementerian menaik taraf tempat pengurusan COVID-19 seperti pertama, kaunter demam. Kedua, kaunter pengambilan sampel. Ketiga, kaunter pemeriksaan kes COVID-19. Keempat, kaunter pemakaian gelang dan juga surat kuarantin. Kebanyakannya dibina di bawah khemah dengan hanya menggunakan kipas. Ini tentunya tidak lagi sesuai dan tidak memberikan keselesaan terutamanya untuk petugas KKM yang terpaksa memakai PPE yang lengkap. Keperluan untuk menaik taraf ini sangat penting kerana COVID-19 pastinya akan berterusan melihat kepada mutasi- mutasi baharu yang wujud ini. Tuan Pengerusi, Kepala P.42 Butiran 010600 – Pengurusan Maklumat. Kehadiran COVID-19 pada zaman media sosial ini menjadikan pertembungan antara golongan antivaksin yang menyebabkan timbul kekeliruan dalam kalangan masyarakat. Saya memohon kerajaan mempergiatkan usaha menangani kempen golongan ini terutamanya di media sosial agar penyampaian yang lebih kemas dan tepat. Saya ingin menanyakan, berapa orang yang masih belum mengambil suntikan vaksin dalam kalangan yang dikenal pasti sebagai antivaksin? Apakah langkah yang akan diambil oleh pihak kementerian untuk menyelesaikan masalah tersebut? Adakah golongan antivaksin ini menyebabkan negara kita masih belum boleh menjadikan COVID- 19 sebagai endemik dan bukannya pandemik? Tuan Pengerusi, Kepala P.42 Butiran 030300 – Kawalan Penyakit. Saya ingin menanyakan, adakah kerajaan bercadang untuk tidak lagi mengenakan perintah kuarantin kepada mereka yang pulang dari luar negara, termasuk mereka yang menunaikan umrah seperti mana tujuh hari sekarang dengan syarat mereka yang pulang itu negatif COVID- 19? Seterusnya Tuan Pengerusi ialah Kepala P.42 Butiran 070000 – Keselamatan dan Kualiti Makanan. Adakah pihak kementerian sedar tentang ketidakcukupan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan di Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh, Hospital Machang dan Hospital Jeli? Saya difahamkan terdapat hanya seorang pegawai di setiap hospital yang saya sebutkan. Apakah perancangan pihak kementerian untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin?
Terakhir Tuan Pengerusi ialah Maksud P.42 Butiran 00201 – Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar. Saya mohon untuk pihak kementerian dapat menaik taraf Klinik Kesihatan Desa Pasir Kelang kepada klinik kesihatan yang mempunyai doktor dan pembantu perubatan bagi memudahkan rawatan kepada penduduk di seberang sungai Kelantan. Ini kerana kesusahan untuk mereka keluar ke bandar ataupun klinik di kawasan yang lain terutamanya bagi penduduk yang berdekatan di kawasan tersebut iaitu Pasir Kelang, Taku, Buyong Darul Hijrah dan sebagainya. Terima kasih Tuan Pengerusi. Wassalamualaikum.
Terima kasih. Yang Berhormat Kulai ada dalam Kamar Khas. Jadi Yang Berhormat Seputeh boleh ganti sekarang? Can you do it now? Okey. Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Saya swap dengan Yang Berhormat Kulai ya. Silakan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak bangkitkan Butiran 020200 – Pengurusan Hospital dan juga Butiran 022700 – Psikiatri dan Kesihatan Mental. Tuan Pengerusi, saya ingin tanya, apakah kerajaan akan membina lebih hospital untuk menampung penambahan penduduk? Kita lihat populasi Malaysia meningkat lebih kurang 500,000 pertambahan penduduk satu tahun. Jadi daripada segi teori, kita perlu pertambahan 1,000 katil hospital yang baharu demi memenuhi peningkatan penduduk di Malaysia. Sekarang Kementerian Kesihatan menetapkan nisbah dua katil hospital yang baharu bagi setiap 1,000 orang populasi yang dan adalah paling rendah di dunia. Jadi kini ramai pesakit di negeri Perak – saya hendak cakap bagi pihak rakan saya dari Perak – terpaksa pergi ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan seperti bypass bagi pesakit jantung, kanser dan sebagainya kerana hospital besar di Perak tidak mempunyai kelengkapan tersebut. PKP telah amat menyusahkan ramai pesakit di negeri Perak kerana ramai pesakit dilarang merentasi negeri, tidak dapat terima rawatan di Kuala Lumpur kerana Perintah Kawalan Pergerakan ini. Wakil rakyat khususnya Yang Berhormat Kampar minta lebih peruntukan haruslah diberi kepada hospital kerajaan di semua negeri khususnya juga di negeri Perak untuk memenuhi keperluan pesakit-pesakit di luar Kuala Lumpur ataupun Lembah Klang. Pada PRU 2013, calon MCA yang bertanding dalam PRU itu di Kampar mengumumkan pembinaan hospital di Kampar dalam kempen pilihan rayanya. Akan tetapi sehingga sekarang, ia masih dalam tahap pertimbangan tapak yang sesuai. Pada tahun 2019, Kementerian Kewangan telah meluluskan peruntukan RM1.6 bilion untuk membina tiga buah hospital iaitu Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Hospital Kampar dan Hospital Labuan serta membesarkan pusat kardiologi Hospital Queen Elizabeth II di Sabah. Akan tetapi sampai sekarang, Yang Berhormat Kampar, dia kata dia bangkitkan isu ini dalam bentuk soalan lisan dan ucapannya setiap tahun tetapi sampai sekarang Kementerian Kesihatan masih menganggapnya masih tidak memberi tapak yang sesuai untuk membuat hospital itu. Saya ingin hendak minta Menteri Kesihatan bagi jawapan. Saya juga hendak tanya tentang psikiatri dan kesihatan mental. Saya hendak puji kementerian kerana memandang berat tentang aspek ini dan memberi pertambahan peruntukan bagi bahagian ini. Akan tetapi saya hendak mencadangkan Kementerian Kesihatan supaya juga bekerjasama dengan pihak counselling centre di pihak swasta dan cuba bekerjasama dengan mereka kerana mereka yang mengalami penyakit mental ini selalunya mereka pergi ke counselling centre ini. Saya difahamkan banyak counselling centre di Lembah Klang dan juga di seluruh negara, mereka menghadapi masalah kesuntukan dana dan kewangan. Saya rasa adalah penting bagi psychiatry department di hospital untuk ada kerjasama dengan counselling centre swasta ini. Tuan Pengerusi, saya hendak juga membangkitkan tentang isu talian kesihatan bagi pelancong atau pelawat asing yang ingin masuk ke Malaysia. Ramai antara mereka,
mereka mengadu mereka terpaksa tunggu lama untuk mendapat jawapan daripada KKM untuk kebenaran mengadakan home quarantine dan sebagainya. Saya mencadangkan supaya KKM memberikan pertimbangan dan respond yang pantas kepada pelawat asing khususnya bagi pemohon yang ingin masuk ke Malaysia untuk menziarahi ibu bapa ataupun ahli keluarga mereka yang sakit, demi kecemasan. Saya cadangkan supaya KKM juga memaparkan nombor telefon kecemasan mereka bagi pelawat yang ingin masuk ke Malaysia dengan yang urgent cases emergency supaya mereka boleh panggil dan terangkan keadaan dan sebab mereka hendak masuk Malaysia supaya pertimbangan khas boleh diberi kepada mereka. Akhir sekali, saya hendak tanya tentang isu kelebihan doktor di Malaysia. Kita tahu setiap tahun wujudnya beberapa ribu graduan perubatan di negara kita dan kelebihan doktor di Malaysia ini adalah disebabkan banyak kolej dan universiti yang menawarkan kursus perubatan di Malaysia. Saya hendak tanya sama ada kementerian ada kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengadakan dialog dengan pihak universiti dan kolej yang menawarkan kursus perubatan untuk menangani masalah kelebihan doktor. Ini kerana sekarang sudah sampai satu tahap yang mana saya rasa kerajaan telah pun – sekarang kita tidak dapat buat apa-apa. Akan tetapi saya rasa kita haruslah ada rundingan dengan banyak pihak supaya isu ini bole ditangani. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Sik.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 020200 – Pengurusan Hospital. Pertamanya saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan, terima kasih kepada seluruh warga kerja KKM yang diterajui oleh Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri sepanjang tempoh pandemik sehingga ke hari ini yang mana kes COVID-19 kita telah secara signifikannya menurun dengan baik.
Begitu juga dengan program vaksinasi yang telah berjaya mendapat pujian dari seluruh dunia. Saya merujuk kepada program penyelidikan dan sokongan teknikal khusus peralatan dan sistem kejuruteraan perubatan dalam keadaan baik dan berfungsi iaitu ketika mana kementerian menyasarkan pencapaian sebanyak 95 peratus. Persoalan yang saya ingin bangkitkan, iaitu berkenaan dengan penambahbaikan dan kapasiti serta facilities perkhidmatan kesihatan Hospital Daerah Sik. Hospital Daerah Sik yang mula beroperasi pada tahun 1984 yang dilengkapi dengan 93 buah katil perlu diberi diberikan perhatian sewajarnya oleh pihak kementerian. Bangunan wad yang sudah lama uzur, sempit dan panas, tiada ruang yang mencukupi untuk kes-kes yang memerlukan pengasingan. Jarak antara katil juga sangat dekat dan hanya dipisahkan dengan drawer pesakit sahaja untuk penjarakan sosial khususnya ketika menguruskan pesakit-pesakit COVID- 19 dan tidak ada ruang untuk pelawat yang sesuai ketika mana keperluan untuk bersama dengan keluarga dan sebagainya. Saya ingin mencadangkan pembesaran wad lelaki dan wad perempuan berserta dengan aset dan facilities yang lengkap. Seterusnya, isu wad yang tiada penyaman udara, dicadangkan memasang air turbine ventilator di setiap wad. Begitu juga kemudahan komputer yang tidak mencukupi. Malahan, yang sedia ada juga sangat uzur dan tidak di-update, dengan izin, yang menyukarkan proses kerja. Tambahan lagi, pada zaman yang memerlukan banyak teknologi ataupun simpanan digital, sasaran kerajaan untuk menggunakan electronic medical record juga sukar dicapai sekiranya keperluan ini tidak dipenuhi. Sasaran sebanyak 30 set komputer dan 10 laptop baharu diperlukan.
Begitu juga dengan kuarters kakitangan yang sangat uzur dan perlu dinaik taraf, sama ada untuk kekal menjadi kuarters atau ditukar fungsi, yang boleh digunakan untuk keperluan-keperluan lain. Begitu juga dengan sistem iQMS untuk memudahkan panggilan pesakit juga perlu dinaik taraf di Jabatan Farmasi, Jabatan Pesakit Luar dan Jabatan Kecemasan. Seterusnya, saya merujuk kepada Butiran 030000 – Kesihatan Awam. Baru-baru ini, Persatuan Pengguna Pulau Pinang membangkitkan isu yang begitu menggusarkan sebilangan rakyat Malaysia, khususnya pengguna insurans kesihatan, berkaitan dengan premium insurans kesihatan yang melambung tinggi dalam tempoh beberapa tahun. Siasatan mendapati situasi ini berlaku akibat peningkatan bayaran perubatan yang dikenakan oleh hospital swasta. Kos penjagaan hospital swasta merupakan salah satu alasan utama bagi peningkatan premium insurans kesihatan. Menurut tinjauan global mengenai trend perubatan pada tahun 2019, Malaysia berada pada peringkat antara yang tertinggi di Asia Tenggara dalam bentuk kos perubatan. Akan sampai masanya apabila orang ramai tidak lagi mampu untuk membayar insurans kesihatan dan pemegang polisi sedia ada mungkin membiarkan polisi mereka luput. Saya mencadangkan agar KKM bersama dengan Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia yang menguruskan hal berkaitan dengan premium insurans ini untuk melihat isu ini dengan lebih dekat bagi memberi satu penjelasan yang baik dan keputusan yang baik untuk kesihatan seluruh rakyat. Seterusnya, Butiran 030300 – Kawalan Penyakit. Menghasilkan sendiri vaksin COVID-19 adalah diyakini antara jalan paling baik ke arah mengekang penularan wabak yang telah meragut jutaan nyawa di seluruh dunia serta mengakibatkan pelbagai sektor sama ada ekonomi, pendidikan, pelancongan dan perubatan menjadi lumpuh. Langkah segera ke arah itu perlu dilakukan memandangkan wujud pelbagai masalah berkaitan dengan perolehan stok bekalan selain terpaksa membayar kos yang tinggi bagi mendapatkan keperluan bekalan tersebut. Saya memohon kementerian menyatakan adakah sudah ada usaha ke arah pembangunan vaksin COVID-19 di Malaysia? Dimaklumkan bahawa sudah pun bermula proses ini. Jadi, saya ingin memohon daripada segi jadual ataupun time frame ketika mana kita juga sudah bersedia menggunakan vaksin tersendiri. Terakhir, saya ingin membangkitkan bantahan daripada Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) terhadap pelaksanaan ujian saringan COVID-19 kepada murid sekolah rendah iaitu mengarahkan guru-guru melakukan ujian tanpa dibekalkan peralatan PPE. Ia adalah satu tindakan yang berbahaya dan mendatangkan risiko yang tinggi kepada mereka. Saya memohon supaya pihak kementerian mengambil tindakan segera agar isu ini dapat diatasi. Tuan Pengerusi, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Sik. Yang Berhormat Gopeng. Yang Berhormat Gopeng ada? Tidak ada. Yang Berhormat Setiu. Yang Berhormat Setiu? Yang Berhormat Setiu tidak ada? Ada.
Setiu ada. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillahi rabbil 'alamin, wassalatu wassalamu ala asrafil ambiya iwal mursalin, wa 'ala alihi wasahbihi ajma'in. Tuan Pengerusi, Butiran 022700 – Psikiatri dan Kesihatan Mental. Pasca pandemik COVID-19 benar-benar meninggalkan impak negatif kepada kesihatan mental rakyat. Peningkatan kes penderaan domestik, kecelaruan mental serta kes bunuh diri pada saat ini amat membimbangkan. Konsep bunuh diri didakwa menular berdasarkan fenomena yang dikenali sebagai peniruan ataupun Werther effect. Aksi-aksi berkaitan dengan bunuh diri sering kali disajikan sejak akhir-akhir ini yang secara langsung memberi impak negatif kepada penerima maklumat yang sedang mengalami kecelaruan dan masalah mental.
Berdasarkan kenyataan pakar, perkara ini menyebabkan semakin tersebar luasnya elemen copycat iaitu peniru aksi. Oleh itu, apakah insentif selain daripada penyediaan talian psikososial yang disediakan oleh kementerian dalam menangani isu ini terutamanya pelan jangka panjang? Adakah kerajaan bercadang untuk menambah bilangan pegawai psikiatri bagi membolehkan masyarakat mendapatkan perkhidmatan tersebut dengan lebih luas? Seterusnya, Butiran 00201 – Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar. Saya ingin bertanya kepada kementerian tentang status pembinaan Klinik Kesihatan Jabi yang telah saya sebut acap kali dalam Dewan yang mulia ini disebabkan oleh keuzuran klinik tersebut. Tuan Pengerusi, seterusnya ialah Butiran 060500 – Pihak Berkuasa Peranti Perubatan...
Tuan Pengerusi.
Ya, sila.
Sebentar, saya tidak mahu mengganggu. Akan tetapi, Yang Berhormat Menteri tidak ada. Di manakah Yang Berhormat Timbalan-timbalan Menteri?
Dia beritahu saya dia pergi ke bilik air tadi.
Tuan Pengerusi pernah menegur sebelum ini. Banyak kali Tuan Pengerusi telah menegur supaya Menteri atau Timbalan Menteri hadir. Kita lihat, Yang Berhormat Menteri pun tidak ada. Yang Berhormat Timbalan Menteri pun tidak ada.
Yang Berhormat Timbalan Menteri ada.
Ini Kementerian Kesihatan.
Tidak apa, it is okay...
Ada dua orang Yang Berhormat Timbalan Menteri. Takkanlah Yang Berhormat Menteri dan kedua-dua orang Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh menghilang?
Sorry-lah Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Menteri pun tidak sihat. [Ketawa]
Yang Berhormat Timbalan Menteri ada. Dia pergi tandas.
Kita membahaskan pada peringkat Jawatankuasa mengenai isu-isu penting. Walaupun saya tidak berpeluang tetapi Yang Berhormat Setiu membangkitkan isu-isu penting. Jadi, perlulah Yang Berhormat Menteri atau Yang Berhormat Timbalan Menteri hadir. Tuan Pengerusi, tolong ambil tindakan.
Yang Berhormat Jelutong, terima kasih ya untuk mengingatkan semua orang. Selepas ini Yang Berhormat Kulai, kemudian Yang Berhormat Timbalan Menteri akan jawab. Dia pergi ke bilik air tadi, dia beritahu saya.
Minta satu lagi, Pokok Sena, Tuan Pengerusi. Tambahan.
Tuan Pengerusi, boleh teruskan?
Sekejap. Apa dia?
Saya hendak minta tambahan. Satu, untuk saya. Sedikit sahaja, saya minta dua minit sahaja nanti.
Masa kena tambah.
Tambahan untuk?
Dua minit sahaja.
Saya dapat arahan sebab KPKT ada 30 orang pembahas selepas ini. Silakan Yang Berhormat Setiu, sambung.
Okey, butiran seterusnya ialah Butiran 080600 – Pengoperasian Fasiliti Baru. Saya dapati satu perkara yang perlu dibuat oleh kementerian sebagai mana yang dibuat di hospital di Thailand yang mana lokar ataupun almari tempat simpan barang-barang pesakit pada masa yang sama dijadikan tempat duduk bagi para penjaga pesakit dan juga yang menziarahi pesakit. Seterusnya, Butiran 060500 – Pihak Berkuasa Peranti Perubatan. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, berapakah jangka masa setiap peranti yang dibekalkan di klinik-klinik kesihatan dan klinik desa khususnya? Adakah peranti-peranti tersebut dikawal selia dan sejauh manakah pemeriksaan ke atas keselamatan peranti tersebut dijalankan? Butiran seterusnya ialah Butiran 030300 – Kawalan Penyakit. Seperti yang dimaklumkan, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) memberi amaran untuk tidak bergantung pada vaksin sahaja bagi menangani penularan COVID-19. Buktinya, kes jangkitan di seluruh Eropah melonjak naik walaupun negara-negara tersebut mencatat kadar vaksinasi yang tinggi. Oleh itu, kerajaan seharusnya meningkatkan kapasiti semaksimum mungkin bagi memastikan langkah-langkah serta SOP yang disediakan benar-benar tepat dan dikuatkuasakan sebaik mungkin.
Walau bagaimanapun, apa yang berlaku pada hari ini, rakyat semakin culas dengan SOP yang ditetapkan. Contohnya terdapat sesetengah tempat kerja ataupun kilang yang mana pekerjanya menghidapi COVID-19, tetapi tempat tersebut masih beroperasi seperti biasa tanpa sanitasi dan kuarantin pekerja-pekerja kontak rapat kepada pesakit tersebut. Begitu juga SOP kemasukan ke premis-premis peruncitan. Had kemasukan, pemeriksaan suhu dan sebagainya tidak lagi dipatuhi dengan sepenuhnya. Masyarakat mengambil lewa setiap SOP yang digariskan. Oleh itu soalan saya, sejauh manakah kajian telah dijalankan bagi memastikan setiap SOP yang digariskan dipatuhi dan sesuai dengan keadaan negara yang sedang bersedia ke arah fasa endemik. Umum mengetahui antara langkah-langkah persediaan ke arah fasa tersebut adalah dengan memperkenalkan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS). Namun saya yakin, selain daripada penerapan nilai sukarela rakyat, penguatkuasaan juga perlu diberi penekanan. Oleh itu, sejauh manakah penguatkuasaan yang telah dijalankan oleh pihak kementerian bagi memastikan SOP-SOP tersebut dipraktikkan dan masih relevan dengan keadaan semasa. Seterusnya Butiran 030500 - Farmasi dan Bekalan Kesihatan Awam. Saya mendapat aduan di mana klinik-klinik kesihatan mempunyai bekalan ubat yang berbeza- beza. Perkara ini menyusahkan pesakit yang terpaksa kembali ke klinik kesihatan yang sama walaupun berada jauh dari klinik kesihatan tersebut. Walhal jika diteliti, fungsi farmasi dan bekalan kesihatan awam adalah bagi meningkatkan akses pesakit kepada bekalan ubat. Oleh itu, apakah inisiatif kerajaan bagi memastikan bekalan ubat yang sama dibekalkan bagi setiap klinik kesihatan sekali gus mengelakkan pesakit mengalami masalah bekalan ubat terputus kerana tidak dapat menyambung bekalan ubat di fasiliti kerajaan yang berdekatan. Terakhir sekali Tuan Pengerusi, Butiran 080900 - PeKa B40. Saya menyambut baik usaha kerajaan menyediakan Skim PeKa B40 bagi menggalakkan rakyat menjalankan pemeriksaan kesihatan sekali gus mampu mencegah daripada penyakit di kemudian hari. Namun begitu, hampir 89 peratus daripada mereka yang layak untuk Skim Perlindungan Penjagaan Kesihatan PeKa B40 gagal menjalani saringan kesihatan
tersebut. Oleh itu, soalan saya, apakah punca skim ini tidak mendapat sambutan dan begitu memberangsangkan, sejauh manakah promosi dijalankan dan apakah inisiatif kerajaan bagi memastikan ia benar-benar dimanfaatkan. Sekian Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Kulai, kemudian Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Perkara pertama saya hendak sentuh pada hari ini adalah Butiran 030300 - Kawalan Penyakit saya memetik apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri Rembau dalam prosiding PAC. Dengarlah perkataan beliau sendiri, saya - I quote. Beliau menyatakan bahawa, “Perolehan vaksin adalah literally a life-and-death issue”. Ini adalah perkataan beliau sendiri. Akan tetapi apa yang kami nampak bahawa Pharmaniaga Berhad, mereka jual vaksin Sinovac dua dos kepada kerajaan pada harga USD30 ataupun RM125 dua dos. Akan tetapi pada masa yang sama, mereka jual vaksin yang sama kepada orang-orang yang lain, sama ada kerajaan negeri ataupun pihak swasta pada harga RM300 untuk dua dos. Perbezaan dalam harga itu adalah begitu besar. Saya rasa saya tidak ada masalah untuk Pharmaniaga mendapat keuntungan tetapi keuntungan itu mestilah munasabah. Kita tidak boleh mengizinkan Pharmaniaga untuk mendapat keuntungan yang melampau kerana pada zaman sekarang, vaksin adalah satu perubatan yang diperlukan oleh semua orang. Apabila perkara ini dibangkitkan di dalam prosiding PAC, harga siling yang dicadangkan sendiri oleh Pharmaniaga adalah RM130 untuk satu dos. Akan tetapi Menteri Kesihatan pada masa itu sendiri menyatakan bahawa “In my view...” – again, I quote laporan daripada PAC pada muka surat 54. Yang Berhormat Menteri Kesihatan sendiri cakap, “In my view right now, it is on the high sight.” Maksudnya untuk Menteri Kesihatan, beliau juga setuju bahawa kalau kita hadkan harga Sinovac satu dos pada RM130, harga itu adalah terlampau juga, adalah melampau juga. Akan tetapi sampai hari ini walaupun Menteri Kesihatan telah buat pengumuman bahawa harga siling akan ditetapkan- pengumuman itu dibuat pada bulan tujuh tetapi sampai sekarang, bulan Disember kita tidak tahu apa harga siling untuk vaksin Sinovac lagi dan orang ramai yang terpaksa, kerajaan negeri yang terpaksa membeli vaksin Sinovac pada harga yang begitu melampau. Jadi, saya hendak tanya di sini, adakah ini munasabah bahawa kerajaan negeri dan pihak swasta dipaksa untuk membeli vaksin Sinovac daripada Pharmaniaga dengan satu harga yang begitu melampau. Isu kedua yang saya hendak bangkitkan pada hari ini adalah tentang Butiran 10000 - Emolumen. Di KKM, ada seorang Menteri dan juga ada dua orang Timbalan Menteri. Pada masa yang sama, tiga orang Penasihat Khas telah dilantik untuk Menteri. Antara ketiga-tiga orang itu, salah satu adalah Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin. Datuk Rosnah ini memiliki latar belakang peguam dan memang beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Kesihatan antara tahun 2009 sehingga 2013. Akan tetapi saya hendak tanya, adakah in sebab beliau dilantik sebagai penasihat khas kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan ataupun beliau dilantik sebagai penasihat khas kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan kerana beliau pernah menyandang jawatan EXCO Wanita UMNO dan juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO? Kenapalah untuk sebuah kementerian yang mempunyai begitu banyak, begitu ramai pakar dalam perubatan, kita ada DG, kita ada Timbalan DG dan juga pengarah- pengarah yang lain. Akhirnya untuk Yang Berhormat Menteri Kesihatan, beliau perlu melantik tiga orang penasihat khas. Saya hendak tanya kenapa mereka dilantik? Apa
kepakaran mereka dan apa jasa mereka dan saya hendak tahu, setakat ini sejak pelantikan mereka, apakah gaji dan juga elaun yang mereka terima pada masa itu. Bukan itu sahaja, walaupun kami sudah ada seorang Menteri Kesihatan, dua orang Timbalan Menteri Kesihatan, tiga orang penasihat khas kepada Menteri Kesihatan, Perdana Menteri sekarang cakap beliau perlu seorang lagi penasihat khas kesihatan. Saya rasa kalau Perdana Menteri tidak percaya terhadap Menteri Kesihatan dan Timbalan Menteri Kesihatan yang dilantik oleh beliau, lebih baik bahawa beliau terus sack mereka dan lantik pegawai penasihat khas itu untuk menjadi Menteri. Janganlah bazirkan duit rakyat untuk pelantikan-pelantikan khas ini. Isu ketiga yang saya hendak bangkit...
Boleh, boleh? Sedikit, boleh?
Sekejap- adalah tentang saringan COVID-19 di sekolah. KKM sekarang sudah cakap bahawa untuk murid-murid di sekolah rendah perlu menjalani ujian saringan COVID-19 secara bergilir. Akan tetapi saringan ini dijalankan oleh guru-guru. Saya hendak tanya di sini, kami Ahli-ahli Parlimen. Kami dewasa. Setiap minggu, kami menjalani dua kali ujian saringan tetapi kami selalu ditemani oleh pegawai KKM dan pegawai KKM ini mereka semua pakai PPE. Mereka ada pelitup muka, mereka ada sarung tangan dan mereka ada PPE yang lengkap. Akan tetapi sekarang KPM dan KKM minta bahawa ujian saringan ini dibuat dan dilaksanakan oleh guru. Walaupun golongan ini mereka tidak dapat PPE. Jadi, saya hendak tanya sama ada ini satu rancangan yang munasabah ataupun rancangan ini akan membawa risiko terhadap golongan guru-guru ini. Saya hendak tahu, cadangan ini adalah dibuat oleh KPM ataupun dibuat oleh KKM? Apabila mana-mana kementerian yang buat cadangan ini, sama ada mereka telah mengambil kira kakitangan kerajaan iaitu guru-guru kami. Saya tidak ada masalah bahawa murid-murid diwajibkan menjalani ujian saringan tetapi saya rasa kita juga perlu melindungi guru-guru kita. Isu terakhir yang saya hendak sebut di sini adalah tentang kekurangan doktor di Hospital Kulai. Saya hendak sebut di sini, saya pernah bawa isu ini kepada Menteri Kesihatan bahawa di Hospital Kulai sahaja, kita sekurang-kurangnya perlu 10 orang doktor lagi kerana ada yang letak jawatan kerana tidak berpuas hati dengan isu kontrak, ada juga yang telah dipindah keluar tetapi sampai sekarang kita tidak dapat gantian.
Saya hendak tanya kenapa kita tidak boleh mengatasi isu kontrak ini kerana banyak lagi hospital yang kekurangan doktor. Bukan itu sahaja, saya dengar bahawa Hospital Cyberjaya walaupun sudah siap dibina tetapi sekarang tidak boleh buka kerana KKM tidak ada duit. Tidak ada kakitangan untuk buka hospital tersebut. Jadi saya hendak tanya adakah ini munasabah sebab... [Disampuk]
Yang Berhormat Kulai boleh.
Yang Berhormat masa sudah habis Yang Berhormat.
Minta hendak tambah Yang Berhormat.
Tidak boleh bagi. Saya ada KPKT, 30 orang pembahas.
Sedikit sahaja.
Tidak boleh Yang Berhormat.
10 saat.
Masa sudah tamat Yang Berhormat.
10 saat.
You have to be fair to everybody Yang Berhormat.
10 saat sahaja.
Saya minta maaf. Ini Timbalan Menteri jawab, Yang Berhormat bolehlah tanya nanti.
Tidak apa nanti Menteri dapat kredit nanti.
Tanyalah dia.
Boleh Timbalan Menteri?
Tidak, bila dia jawab, gulung Yang Berhormat boleh interject.
Tidak, saya hendak bangkitkan isu Cyberjaya.
Yang Berhormat Tuan Pengerusi kah saya? Saya sementara sahaja ini.
Tuan Pengerusi bolehlah.
Ya, saya kata tidak boleh tidak bolehlah. Tidakkan saya kata tidak boleh hendak paksa saya kata boleh.
You have discretion.
Saya tahu tetapi saya tidak hendak guna is a discretion Yang Berhormat. Maknanya budi bicara. So, let me do my job as you want to do your job. Saya ada 30 orang KPKT.
I want you to exercise your discretion, boleh?
Tidak boleh.
Tidak boleh?
Minta maaf.
Kenapa tidak boleh? [Ketawa] . Bolehlah.
Tidak boleh. Lailahaillallah. Yang Berhormat, 30 KPKT selepas ini. Saya ada pembahas ramai. Menteri hendak cakap 30 minit.
Yang Berhormat — tidak salah, sedikit sahaja.
Yang Berhormat, janganlah. Saya hendak cakap baik-baik. Kang saya buka mask saya buat keputusan lain pula.
Tidak apalah.
Terima kasih Yang Berhormat, sila duduk Yang Berhormat. Terima kasih ya Yang Berhormat Kulai.
Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, 30 minit. Jadi kalau Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat sebelah sana hendak tanya you have to open up for question. Teruskan Yang Berhormat.
Thank you, Tuan Pengerusi, terima kasih. Yang tidak berpeluang untuk berbahas sekurang-kurangnya boleh tanya soalan. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Silakan, terpulang kepada Timbalan Menteri.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Keluarga Malaysia sihat sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat jawatankuasa serta telah menyentuh isu-isu serta persoalan berkaitan Kementerian Kesihatan. Saya ingin menjawab persoalan-persoalan yang dibawa oleh Ahli-ahli Yang Berhormat secara satu persatu supaya kita tidak ketinggalan apa-apa soalan yang ditanya. Ahli Parlimen Jempol bertanyakan tentang penggunaan kanabis dan ketum dan kajian klinikal. Kajian ke atas daun ketum masih berada di peringkat pra klinikal dan meliputi kajian pengenalpastian kandungan bahan kimia, kajian keselamatan dan kajian keberkesanan. Sebanyak enam kajian pra klinikal pernah dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan. Senarai kajian adalah seperti berikut:- (i) kajian pengenalpastian kandungan bahan kimia bagi penyediaan ekstrak terpiawai dengan mitragynine satu komponen unik dalam ketum sebagai penanda aras kimia; (ii) kajian keselamatan yang melindungi kajian acute toxicity dengan izin cytotoxicity dan mutagenicity menentukan sama ada ekstrak boleh menyebabkan perubahan mutlak material genetik di dalam sel. Kajian-kajian ini menunjukkan bahawa ekstrak daun ketum adalah selamat bagi penggunaan dalam jangka masa pendek; dan (iii) kajian keberkesanan mendapat ekstrak ketum mempunyai kesan sebagai anti malaria membunuh parasit malaria dan antimutagenic atau mencegah sel daripada perubahan material genetik yang boleh menjadi punca penyakit kanser. Di samping itu, sebagai sebuah monograph bahan mentah bagi pengecaman daun ketum telah disediakan oleh pihak Jawatankuasa Monograf Herba Malaysia dan boleh diakses di laman web Global Information Hub on Integrated Medicine dengan izin. Data pra klinikal sedia ada masih belum mencukupi bagi membolehkan formulasi ekstrak ketum memasuki fasa kajian klinikal. Beberapa kajian keselamatan bagi penggunaan jangka masa panjang perlu dilakukan. Masalah utama yang dihadapi adalah mendapatkan bahan mentah yang tetap dari pihak pembekal. Kajian ke atas ketum memerlukan bahan mentah yang mencukupi daripada sumber yang stabil bagi menghasilkan ekstrak terpiawai yang mempunyai kandungan yang serupa bagi kesemua kajian pra klinikal. Kesinambungan penghasilan ekstrak terpiawai dari bahan mentah ketum yang bersesuaian bagi kajian pra klinikal dan klinikal adalah penting bagi menghasilkan produk ketum yang bernilai tinggi. Bagi marijuana pula, tiada kajian makmal yang sedang atau pernah dijalankan oleh pihak Kementerian Kesihatan. Satu kajian scoping review dengan izin ke atas hemp pernah dijalankan oleh pihak IMR dan satu jurnal telah diterbitkan iaitu dengan izin
Cannabis sativa subsp. Sativa's pharmacological properties and health effects: Scoping review of current evidence. Berhubung kanabis dan hasilnya seperti cannabis risen. Ekstrak atau tincture cannabis merupakan dadah berbahaya dan racun yang tertakluk kepada Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952. Sekiranya melibatkan keluaran yang mengandungi kanabis untuk digunakan bagi tujuan pengubatan manusia dan haiwan, ia juga tertakluk kepada Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang dibuat di bawah Akta Jualan Dadah Berbahaya. Akta-akta dan peraturan-peraturan ini memperuntukkan kawalan ke atas semua aktiviti yang bersangkutan dengan kanabis dan hasilnya yang merangkumi penanaman, pengimportan, pengeksportan, pemilikan, penyimpanan, penjualan, dan pembekalan. Di samping itu, kanabis dan hasilnya turut tertakluk kepada kawalan di bawah konvensyen antarabangsa iaitu Single Convention on Narcotic Drugs 1961 dan Convention on Psychotropic Substances of 1971 dengan izin yang mana Malaysia merupakan ahli. Justeru itu, semua aktiviti yang bersangkutan dengan kanabis dan hasilnya
Tuan Pengerusi...
...Perlu mematuhi keperluan di bawah konvensyen-konvensyen ini.
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Bagan Serai, mohon pertanyaan sedikit.
Siapa dia?
Tasek Gelugor. Tuan Pengerusi, tadi saya mendengar dengan teliti penjelasan daripada Timbalan Menteri berkenaan dengan kanabis. So, sekarang ini telah dikenal pasti salah satu daripada spesies kanabis ini ialah hemp. Akan tetapi, hemp mempunyai ciri-ciri biologi yang tidak sama dengan kanabis dan hemp ini dikatakan selamat untuk digunakan terutama sekali dalam bidang perubatan. Negara Thailand, United State of America dan sebagainya telah pun mula menggunakan dan mengeluarkan serta menanam kanabis jenis hemp ini. Jadi, apakah kerajaan Malaysia bersedia untuk menceburi bidang penanaman kanabis yang dikatakan tidak memabukkan dari segi fizikalnya dan adakah kerajaan ataupun Kementerian Kesihatan bersedia untuk menilai, mengkaji dan melihat kepada perubahan beberapa akta yang menyekat kepada pelaksanaan satu industri perubatan yang berasaskan kepada hemp ini termasuklah Akta Racun 1952 dan Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sebagainya. Adakah kajian dari sudut perundangan juga telah dibuat selain daripada kajian-kajian yang bersifat biologi kepada jenis tanaman kanabis dan hemp ini. Terima kasih.
Sikit, tadi soalan Jempol. Jadi mungkin saya tidak dapat sepenuhnya. Saya hendak tanya tadi adakah ketum ini yang Menteri sebut tadi telah pun ada kajian. Jadi sejauh manakah tempoh tersebut ataupun ada ditubuhkan satu institusi khas untuk mengkaji kerana dalam keadaan sekarang ini keseluruhan — malah di kampung telah pun menanam ketum. Menanam ketum ini tidak salah, menggunakan itu adalah salah di bawah Akta Racun 1952. Jadi sejauh mana kajian ini dan bila ia akan dapat dilaksanakan dengan kadar segera kerana Thailand — hari ini saya dengar di sempadan ini eksport ketum di Thailand. Jadi menunjukkan permintaan tinggi. Jadi produk ini mungkin baik kalau dibuat secara terkawal ia memberikan pendapatan yang lebih kepada petani-petani yang di luar bandar. Apakah komen Menteri?
Terima kasih Yang Berhormat Tasik Gelugor dan Yang Berhormat Jempol sekali lagi bertanya. Seperti yang kita tahu, dua perkara ini memang hangat dibincangkan, didebatkan. Sudah banyak tahun dah. Seperti yang saya sebutkan tadi kajian-kajian yang tidak mencukupi dan memerlukan kajian- kajian lanjut. Kita bukanlah hendak menyekat kalau benda itu baik memang kita hendak buat tetapi dua perkara ini memang terikat dengan akta yang kita sebutkan tadi seperti Akta Racun 1952 dan sebagainya, yang mana usaha-usaha untuk mengguna, menyimpan dan sebagainya itu tidak dibenarkan. Jadi, pada ketika ini memang kita kena ikut akta dan undang-undang tetapi masa akan datang saya percaya kerajaan akan meneruskan kajian-kajian dan melihat kepada dapatan kajian itu dan insya-Allah kalau kata benda itu mendatangkan lebih kebaikan dan kita boleh buat pindaan undang-undang dan sebagainya supaya kita dapat menggunakan, supaya kita dapat pendapatan yang lebih. Jadi, inilah kerajaan punya pada pendapat ketika ini. Saya habiskan sedikit lagi. Sehubungan dengan itu apa-apa aktiviti yang bersangkut dengan mitragynine dan cannabis merangkumi kajian atau penyelidikan yang dijalankan oleh mana-mana pihak mematuhi undang-undang yang berkuat kuasa. Akta Racun 1952 dan peraturan-peraturan 1999 bagi mitragynine, manakala Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 serta peraturan-peraturannya bagi cannabis. Sekiranya melibatkan keluaran yang mengandungi mitragynine atau cannabis untuk digunakan bagi tujuan perubatan manusia dan haiwan ia juga tertakluk kepada Peraturan- peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang dibuat di bawah Akta Jualan Dadah 1952. Yang Berhormat Jempol bertanya lagi tentang pakar perubatan dalam perkhidmatan awam. Yang Berhormat Jempol, sehingga 30 September 2021 jumlah pakar perubatan adalah seramai 6,066 orang iaitu 6,042 orang pakar perubatan tetap dan 24 orang pakar perubatan kontrak. Bagi menarik minat pakar perubatan untuk kekal perkhidmatan di KKM, inisiatif yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut: (i) mempertimbangkan kenaikan pangkat pakar perubatan dalam tempoh sembilan tahun ke Gred 54; (ii) menambahkan kaedah kenaikan pangkat pakar perubatan dengan memperkenalkan gred lapisan Pakar Perubatan Gred UD56 mulai 1 Januari 2017 dengan penambahan jumlah emolumen sebanyak RM2,000 sebulan; dan (iii) daripada aspek saraan pakej yang ditawarkan kepada pakar perubatan adalah menarik. Faedah yang diberikan bukan sahaja bersifat monetari malah tawaran juga diberikan dalam bentuk bukan monetari. Jumlah gaji dan elaun tetap yang diterima oleh Pakar Perubatan Gred UD53, UD54, UD55 dan UD56 adalah di antara RM11,000 hingga RM21,000 sebulan. Manakala Pakar Perubatan Gred Kanan yang lebih tinggi pula boleh menerima antara RM16,000 hingga RM37,000 sebulan. Antara faedah yang boleh dinikmati pakar perubatan adalah seperti berikut: (i) bayaran insentif pakar yang ditambah baik daripada lingkungan RM1,400 hingga RM2,400 kepada lingkungan RM1,900 kepada RM3,100 mulai 1 Januari 2009. Peningkatannya adalah sebanyak RM500 ke RM700; (ii) memberi bayaran elaun kerja luar waktu bekerja (on call) dengan izin bagi pakar perubatan RM230 pada hari bekerja dan RM250 pada hari cuti mingguan atau cuti am; (iii) memberi bayaran insentif penempatan pakar perubatan atau pergigian kepada pakar perubatan yang bertugas di fasiliti kesihatan di Sabah dan Sarawak. Kadar bayaran adalah dalam
lingkungan RM500 hingga RM2,000 bagi kawasan bandar dan lingkungan RM1,000 hingga RM2,500 bagi kawasan luar bandar; (iv) membenarkan pakar perubatan membuat locum di hospital swasta tertakuk kepada syarat-syarat tertentu; (v) pegawai perbuatan pakar yang melakukan kes-kes pembedahan pada cuti umum untuk mengurangkan masa menunggu bagi kes- kes pembedahan elektif akan diberi bayaran insentif khas pada kadar RM200 sejam; (vi) melaksanakan full-paying patient (FPP) dengan izin, di hospital KKM sebagai sumber pendapatan tambahan kepada pakar perubatan; dan (vii) memberi peluang kepada pakar perbuatan melanjutkan pelajaran dalam bidang sub kepakaran. Bagi meningkatkan jumlah pakar perubatan lebih 1,300 slot pengajian kepakaran telah disediakan di universiti awam. Selain itu, peruntukan sebanyak RM100 juta juga diumumkan dalam pembentangan Bajet 2022 bagi maksud membiayai pengajian kepakaran untuk 3,000 orang pegawai perubatan kontrak dan pergigian. Tuan Pengerusi...
Mohon mencelah.
Yang Berhormat Gopeng.
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Masalah Pakar Perubatan khususnya saya alu-alukan usaha dalam full-paying patient dan merupakan satu cara retention yang agak berjaya. Cuma, masalah sekarang apabila masalah doktor kontrak tidak diselesaikan, ini bermakna on stream untuk latihan pakar akan terjejas. Walaupun diberikan empat tahun untuk lantikan kontrak, ini memang tidak mencukupi untuk latihan pakar dalam sistem yang sedia ada khususnya kursus Master’s dan sebagainya. Jadi, apakah cadangan daripada kementerian untuk selesaikan supaya bekalan pakar ini akan mencukupi untuk Kementerian Kesihatan Malaysia? Sekian.
Yang Berhormat Menteri, saya ambil kesempatan daripada nasihat Tuan Pengerusi berkenaan dengan perkara ini juga. Saya telah membangkitkan juga rasional tentang pelantikan penasihat-penasihat khas dan juga duta-duta ke luar negara di mana kerajaan dilihat membazirkan wang yang begitu banyak di dalam melantik penasihat-penasihat kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, duta-duta khas ke sana dan ke sini. Kenapakah tidak kerajaan melihat kepada nasib doktor-doktor kontrak? Dalam perbahasan saya, saya telah membangkitkan isu-isu berkenaan dengan masa depan yang tidak menentu kepada mereka. So, rayuan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri adalah untuk kita nasihatkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya kurangkan pelantikan penasihat-penasihat, duta-duta ke sana dan ke sini dan memberi perhatian terutamanya kepada bidang kesihatan di mana ada ramai doktor yang sedang berkhidmat untuk masa depan negara kita, untuk rakyat kita. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, kejap. Boleh? Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanyalah. Oleh kerana saya faham sekarang kerajaan mungkin kekurangan wang dan dalam jawapan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia tentang Hospital Cyberjaya, pihak kerajaan menyatakan akan cuba membuat operasi Hospital Cyberjaya secara kerjasama awam dan swasta. Akan tetapi, saya difahamkan Yang Berhormat Menteri sekarang ini lebih kurang 9,619 orang telah membuat satu petisyen membantah.
Saya hendak tanya adakah— kalau kata kerajaan hendak buat juga sistem hibrid ini, saya minta kalau boleh kerajaan pastikan kos perubatan kepada masyarakat- masyarakat B40 ini, masyarakat-masyarakat ini terus kekal rendah. Boleh tidak kerajaan memastikan benda itu boleh berlaku? Sekian, terima kasih.
Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat yang bertanya. Keluar sedikit daripada butiran ini pun ada juga, kan? Akan tetapi, kalau saya hendak sebut tentang masalah doktor kontrak. Ini masalah yang telah terjadi. Kita tahu lambakan doktor-doktor yang datang itu sebab ada doktor kontrak. Kalau saya boleh bermula dari awal lagi, masa dulu-dulu masa diberikan doktor kontrak, saya dapati ramai doktor seronok sebab mereka terpaksa menunggu dekat setahun. Ada yang tunggu setahun lebih untuk dapat masuk tetapi sebab tidak ada tempat. Bila dilaksanakan, ini jadi doktor-doktor ini tidak perlu tunggu begitu lama dan masuk tetapi apabila sampai habis tempoh kontrak itu, maka timbullah perkara ini. Kerajaan tidak duduk diam. KKM bukan duduk diam tentang perkara ini. Kita telah nyatakan beberapa kali dalam jawapan bahawa kita tubuhkan jawatankuasa khas dan sebagainya. Kita akan adakan perbincangan, dialog dan bengkel yang kita lakukan. Bergerak ke hadapan kita akan adakan perbincangan dengan JPA dan Kementerian Kewangan Malaysia tentang perkara-perkara berkaitan dengan Akta Perubatan 1971 dan Akta Pergigian 1971 supaya perkara-perkara itu dapat dipermudahkan dan supaya mereka dapat meneruskan kerjaya dengan lebih baik. Ini perkara-perkara yang akan dibuat. Kita sedang berfikir bagaimana kita dapat buat pindaan pada Akta Pencen 1980 umpamaannya supaya kita dapat masukkan anak-anak muda, doktor-doktor ini ke dalam sistem tetap (permanent) yang kita hendak ini. Jadi, ini kita sedang usahakan. Kita belum dapat lagi. Insya-Allah kita akan terus berusaha supaya apa yang kita katakan tadi nasib doktor-doktor masa hadapan kita terjamin. Kita tidak akan buat perkara-perkara yang menyebabkan nasib-nasib mereka tidak terjamin. Ini sudah pasti.
Saya percaya contohnya Yang Berhormat Gopeng. Yang Berhormat Gopeng sendiri tahu sebab perkara ini sudah berlanjutan daripada semasa Yang Berhormat Gopeng jadi Timbalan Menteri benda ini telah dibincangkan dan tidak ada movement forward. Jadi, ini yang kita harapkan beberapa perkara yang akan berlaku tidak lama lagi untuk memberi kebaikan kepada cabaran doktor kontrak ini.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Yang Berhormat Timbalan Menteri. Cuma, saya hendak menegur sedikit. Jangan gunakan istilah lambakan. Ini kerana ramai daripada murid-murid kita yang mahu menjadi doktor untuk berkhidmat kepada negara dan rakyat kita. Jadi, saya minta kalau boleh kita perhalusi perkara ini dan kalau kita ingin memberi khidmat ataupun nasihat kepada yang bakal menjadi doktor, mungkin perkara itu boleh dinasihatkan kepada mereka dengan cara memberi kaunseling dan sebagainya ketika mereka-mereka ini mahu mengambil jurusan-jurusan tertentu. Bukan selepas mereka mendapat ijazah dan keluar daripada universiti baru kita tiba-tiba mengenakan syarat-syarat dan sebagainya.
Terima kasih. Tidak apa, terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya dapat memahami kegelisahan, kerisauan dan keprihatinan Yang Berhormat Jelutong. Itu juga yang ada pada diri saya. Sebab apa, kita
ada ramai di antara kita anak-anak kita pun doktor. Kita memahami perkara ini. Bukanlah tujuan saya kata lambakkan sebegitu tetapi perkara yang terjadi dahulu 3,000 setahun. Hari ini kita tahu selepas 2016 ia jadi 4,000 hingga 5,000 dan banyak. Sebab apa, ada doktor-doktor muda yang pulang dari luar negara dan sebagainya. Jadi daripada universiti-universiti di luar negara yang diiktiraf pun dan ramai dan kita tidak mampu pada ketika itu untuk mengambil kerana perjawatan yang tidak cukup. Juga, dasar kawalan saiz yang diwujudkan pada 2016 itu. Jadi, saya tidak payahlah ulang perkara itu lagi. Akan tetapi, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada doktor-doktor walaupun pada ketika ini masih kontrak lagi tetapi telah banyak berjasa kepada negara terutama dalam masa COVID-19 ini. Kita tidak pernah mensia-siakan sesiapa. Kita beri bantuan dan sebagainya dan kita sentiasa fikir bagaimana supaya dia dapat menyambung kerjanya. Satu hari nanti dapat jawatan...
Okey sedikit.
Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sorry Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Saya harap Yang Berhormat Jelutong happy dengan soalan itu. Jadi saya...
Boleh sedikit?
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit. Bagi saya tanya sahaja, bukan soalan yang Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab tadi. Saya minta sahaja jasa baik Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya faham...
Boleh saya teruskan atau Doktor kontrak kah? Doktor kontrak.
...yang kita buat semua kajian dan sebagainya. Akan tetapi apa time frame-nya yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan untuk selesaikan masalah ini? You cannot have an open verdict. You have to have a time frame. Sebab anak-anak kita ini tiap-tiap tahun keluar sebagai doktor. So, alasan-alasan yang diberikan oleh kementerian kita boleh terima, tidak ada masalah. Akan tetapi I need a solution and we need a solution. So, apakah time plan dia yang ada? Kedudukan ini semua dengan kewangan sahaja. So, I hope that you understand apa yang kita minta ini. So, kalau ada time frame di mana boleh selesaikan masalah, saya minta jawapan dari Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Okey sedikit lagi. Saya tambah sahaja. Jawapan Jempol tadi itu. Seramai 948 pakar perubatan meletak jawatan sejak 2016 sampai 2021. Apakah puncanya doktor pakar ini meletak jawapan? Kedua, doktor pakar kurang di kawasan luar bandar, hospital luar bandar. Apakah tindakan? Jadi ini proses yang perlu dibuat bila ia akan diselesaikan? Mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab. Kalau dia tidak ada jawapan, bertulis pun tidak apa.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri juga bincang dengan Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi yang mengatakan bahawa medical graduate sekarang untuk IPTA, IPTS tempatan dengan 3,000 setahun tidak cukup. Mahu tingkatkan lagi sehingga 4,000 setahun. Jadi, kalau sekarang kita tidak dapat absorb yang sedia ada, bagaimana apabila kita meningkatkan lagi medical graduate? Jadi, sepatutnya Kementerian Kesihatan harus berbincang dengan Kementerian Pengajian Tinggi supaya masalah supply side itu diselesaikan. Sekian.
Terima kasih atas soalan-soalan, perbincangan yang banyak ini. Macam saya kata tadi, saya faham daripada...
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Hulu Langat
Yang Berhormat Hulu Langat. Ini bukan masalah time frame. Kita sudah ada perbincangan yang terus menerus sebenarnya.
Sekarang— kita ada. Baru-baru ini kita buat bengkel, kita bincang bagaimana kita hendak menyelesaikan perkara ini. Itu saya sebut tadi dan saya sudah nyatakan tindakan- tindakan kerajaan supaya kita jangan kehilangan doktor pakar dan tindakan kerajaan supaya doktor pakar sudi dan sanggup buat pengorbanan untuk pergi ke luar bandar dan sekarang kita ada hospital kluster dan sebagainya. Kepada anak-anak kita, doktor-doktor kontrak ini, kita sedang berfikir macam mana cara untuk mendapatkan mereka kembali ke dalam sistem yang tetap. Dengan ada lah syarat-syarat dan pindaan-pindaannya. Saya telah nyatakan bahawa kita ada pindaan-pindaan yang kita hendak buat. Perbincangan- perbincangan dan saya setuju dengan Yang Berhormat Gopeng tadi yang kita perlu ada perbincangan dengan KPT secara lebih lanjut tentang perkara-perkara yang akan kita bawa ke hadapan. Terima kasih. Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada soalan daripada Yang Berhormat Kuala Selangor iaitu tentang pembelian antiviral yang agak besar daripada Merck. Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, KKM telah mengumumkan akan membeli ubat antiviral molnupiravir keluaran syarikat Merck, Sharp and Dohme (MSD). Cadangan pembelian tersebut adalah kerana pada masa itu hanya ubat molnupiravir sahaja yang telah diumumkan oleh UK Medicines and Health Products Regulatory Agency (MHRA), dengan izin sebagai ubat antiviral khusus untuk rawatan proses memuktamadkan perjanjian sebenar dengan syarikat MSD. Walau bagaimanapun dengan perkembangan terkini apabila syarikat AstraZeneca dan Pfizer telah mengeluarkan ubat khusus untuk rawatan COVID-19, KKM akan menyelaraskan semula keperluan pembelian tersebut dan menyesuaikan semual pembelian ubat-ubatan bagi rawatan pesakit COVID-19 mengikut jumlah peruntukan yang diluluskan oleh kerajaan iaitu sebanyak RM172 juta. Yang Berhormat Kuala Selangor ada bertanya tentang emolumen kakitangan kontrak RM2 bilion untuk sektor dan bidang apa. Sebenarnya, peruntukan sebanyak RM2 bilion di bawah program khusus adalah bertujuan untuk meneruskan pelantikan secara kontrak lebih 49,000 pegawai di KKM merangkumi skim perkhidmatan berikut; (i) Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Farmasi; (ii) Anggota Sains Kesihatan Bersekutu dan paramedik dan; (iii) Kaunselor yang diambil secara pembelian perkhidmatan (Contract of Service). Pelantikan ini bagi memenuhi keperluan perkhidmatan antara sektor perubatan dan juga kesihatan awam. Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada soalan daripada Yang Berhormat Tebrau... [Disampuk]
Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya bertanya tentang perkara-perkara yang lain. Tadi itu jawapan sangat baik saya dengar sebentar tadi. Pembelian antiviral drug itu jangan hanya dilonggokkan atau hanya di atas molnupiravir sahaja daripada Merck. Itu sangat baik, polisi yang seperti itu. Namun, persoalan saya yang saya bangkitkan adalah peruntukan kepada Butiran 022600 – Perubatan Respiratori itu, atau di mana pun ia persoalan long COVID-19 itu sangat penting. Jangan tinggalkan soalan itu, sebab itu adalah sangat penting. Kalau kita ambil NHS UK, mereka membina 80 clinics untuk tangani persoalan long COVID-19 dan long COVID-19 ini bukan sahaja satu yang bersifat respiratory medicine tetapi semuanya, cardiovascular termasuk juga mental health, dementia kalau orang tua dan anak-anak there is a cognitive impairment juga. Jadi, saya hendak perkara ini dijawab juga begitu. Boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri? Bagi yang lain tadi saya terima atas penjelasan-penjelasan yang dibuat.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya juga setuju bahawa soalan itu soalan yang penting untuk dijawab sebenarnya. Akan tetapi secara detilnya saya tidak ada di sini dan saya bersedia untuk memberikan jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat Kuala Selangor nanti.
Boleh. Baik terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Jadi, saya teruskan Tuan Pengerusi. Ini soalan tentang Skim PeKa B40 dan juga MHTC. Kerajaan telah melaksanakan Skim Peduli Kesihatan untuk kumpulan B40... [Disampuk]
Maaf Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan saya kalau minta jawapan kepada persoalan kejuruteraan dan kawal selia tentang radiation services itu juga penting. Kekurangan penurunan RM100 juta itu satu yang sangat merunsingkan. Itu kalau boleh saya minta penjelasan dibuat ya. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Ya Yang Berhormat, saya akan masukkan sekali soalan itu. Saya teruskan dengan Skim Peduli Kesihatan ini atau PeKa B40 yang bermula pada 15 April 2019 semasa Yang Berhormat Kuala Selangor menjadi Menteri Kesihatan, tahniah.
PeKa B40 menawarkan empat manfaat, kumpulan B40 dan pasangannya yang menjadi penerima Bantuan Sara Hidup, berumur 40 tahun ke atas. Bajet yang diperuntukkan adalah mencukupi bagi menyediakan empat manfaat kepada penerima sekiranya layak. Untuk manfaat kedua, bantuan alat perubatan, terdapat had maksimum RM20,000 seumur hidup bagi setiap penerima yang merangkumi 10 alat-alat perubatan. Manakala untuk manfaat keempat iaitu insentif tambang pengangkutan, had maksimum adalah sebanyak RM500 bagi setiap penyakit untuk penerima di Semenanjung dan RM1,000 bagi setiap penyakit untuk penerima di Sabah, Sarawak dan Labuan. Tujuan manfaat ini adalah untuk meringankan beban kos pengangkutan penerima apabila mereka mendapatkan rawatan di hospital. Berkenaan dengan Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia, kerajaan sedang mempergiatkan lagi usaha pemulihan industri pelancongan kesihatan antarabangsa dengan kadar segera, memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan yang selamat dan dipercayai bagi pelancongan kesihatan di rantau Asia Pasifik. Implikasi semasa ini yang dihadapi oleh sektor pelancongan kesihatan adalah penutupan sempadan antarabangsa akibat pandemik COVID-19. Dengan ini, kementerian telah mewujudkan Malaysia Healthcare Travel Industry Blueprint 2021-2025 dengan izin, yang menggariskan perancangan lima tahun bagi memulihkan dan membangun semula industri pelancongan kesihatan negara. Di antara inisiatif-inisiatif utama yang sedang dilaksanakan adalah promosi digital dan penjenamaan secara strategik melalui kempen dengan izin, Experience Malaysia Healthcare dan aktiviti- aktiviti atas talian seperti health talk, ekspo virtual serta kolaborasi promosi bersama agen- agen di negara sasaran. Tuan Pengerusi, pemilihan Malaysia sebagai destinasi rawatan niche melalui program dengan izin, Fertility and Cardiology Hubs of Asia, Malaysia Cancer Care Centre of Excellence dan Hepatitis C. Usaha ini akan menggalakkan lagi pelaburan swasta, modal insan, infrastruktur dan teknologi dalam bidang-bidang rawatan khusus. Melaksanakan kerangka digital industri pelancongan kesihatan dalam usaha meningkatkan serta memperbaiki pengalaman pelancong kesihatan...
Yang Berhormat Menteri.
Sebentar ya. Di sepanjang rantaian penerimaan rawatan mereka di Malaysia, ini termasuk menggalakkan hospital-hospital untuk mengadaptasi konsultasi dan rawatan secara atas talian.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tuan Pengerusi, tadi dalam perbahasan saya, saya telah bangkit isu berkait dengan kos ubat-ubat kanser dan bagaimana kerajaan harus membentuk satu dana kanser untuk menolong khususnya golongan B40 untuk mengatasi kanser. Apakah rancangan kerajaan untuk membentuk satu cancer relief fund? Minta penjelasan.
Yang Berhormat, boleh habis lagi 10 minit.
Tuan Pengerusi...
Tambah lagi 10 minit.
Tuan Pengerusi, dia...
Sepuluh minit Yang Berhormat, boleh?
Hari ini 22 Yang Berhormat telah membuat perbahasan dan kita dapati ada soalan yang banyak sebenarnya, banyak persoalan dikeluarkan. Jadi, sudah pasti saya tidak dapat menjawab semua.
Saya bagi lagi 10 minit dan yang lain itu bertulislah.
Ya. Terima kasih Tuan Pengerusi. Soalan untuk...
Yang Berhormat Menteri, kalau boleh jawab adakah Sinovac akan diberikan secara percuma ataupun harga itu akan dikawal.
Boleh kita bila kita bangun nak mencelah itu, tunggu Menteri benarkan dulu sebab banyak sangat yang bangun terus bercakap sahaja. Tak eloklah macam itu. Silakan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat, bersabar sikit. Soalan Yang Berhormat ini ada jawapan sebenarnya, tetapi kalau saya tak sempat, saya akan bagi secara bertulis and then saya akan teruskan mengikut susunan yang ada pada saya. Dekat mana tadi? MHTC ya? Melaksanakan program Flagship Medical Tourism Hospitals dalam usaha untuk mengenal pasti hospital- hospital ikon swasta yang benar-benar mempunyai komitmen untuk melonjakkan kepakaran dan keunggulan perubatan serta perkhidmatan mereka ke peringkat global. Keempatnya, mengkoordinasi program International Retirement Living yang menawarkan pengalaman selesa dan selamat bagi segmen pesara yang kian meningkat di rantau Asia. Limpahan sumbangan ekonomi akan dinikmati oleh sektor perubatan, pelancongan leisure, hartanah dan juga pelaburan.
Yang Berhormat Menteri, berkaitan dengan hospital. Padang Serai.
Silakan.
Tadi tak dapat bahas, tetapi saya kena ini. Saya juga ingin mohon agar Hospital Kulim dinaikkan taraf ke hospital pakar sepenuhnya. Ini kerana ramai pesakit yang terpaksa berulang-alik ke Hospital Alor Setar untuk menerima rawatan pakar. Malahan, tambahan wad dialisis perlu memandangkan semakin hari ada pertambahan pesakit rawatan dialisis di Kulim. Saya mencadangkan agar klinik kesihatan di kawasan Kulim dapat dinaikkan taraf agar beberapa masalah seperti tempat menunggu yang sempit, stor penyimpan ubat dan rekod pesakit yang terhad, bilik rawatan yang kurang selesa dan tiada tempat parkir kereta yang khas menyebabkan kesesakan lalu lintas kerana terpaksa parkir kereta di bahu jalan raya terutama dapat diatasi. Malahan bangunan baharu atau bangunan tambahan juga harus didirikan bagi menampung tambahan penduduk di kawasan tersebut. Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ini peluang saya kena gunakan.
[Ketawa] Tuan Pengerusi, terima kasih. Ini sebab dia Padang Serai, dia dekat-dekat dengan Bagan Serai. Jadi, saya tak ada ganggu. Akan tetapi, saya tak tahu butiran mana yang dia tanya. Akan tetapi tak apa, kita tengok. Apa yang boleh kita jawab, kita tolong, kita akan bantu beri jawapan. Menjawab soalan Yang Berhormat Kota Kinabalu, penggunaan ambulans yang tidak sesuai untuk penggunaan jalan raya pedalaman. Untuk maklumat Yang Berhormat, pada tahun 2017, KKM telah pun membekalkan sebanyak sembilan buah ambulans daripada jenis four-wheel drive kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah yang sesuai
digunakan di jalan-jalan pedalaman Sabah. Jumlah ini akan ditambah lagi mengikut perancangan perolehan ambulans sama ada melalui kaedah pembelian ataupun melalui sewaan (leasing). Jadi, ini pun adalah perkara-perkara yang sentiasa dibincangkan di peringkat kementerian sebab penting. Kalau ambulans rosak, jadi orang pun boleh jadi bahaya. Bahaya di merata tempat. Sebenarnya bukan sahaja di Sabah, di Sarawak, malah di seluruh Malaysia. Oleh sebab itu kaedah menyediakan ambulans ini sedang difikirkan secara outsourcing yang terlebih baik seperti mana kita pernah buat baru-baru ini apabila kes memuncak, COVID di Greater Klang Valley, kita telah membuat perkara ini dan dapat menyelesaikan perkara dengan lebih baik. Mungkin pada masa akan datang...
Yang Berhormat Menteri.
...Perkara-perkara ini akan diambil tindakan. Saya pun baru balik dari Sabah baru-baru ini dalam lawatan ke klinik dan juga pusat-pusat vaksin. Saya dapati memang jelaslah di tempat di sana memang perlukan ambulans yang lebih baik supaya tidak nanti, akan menyebabkan bahaya nyawa pada orang yang di dalam ambulans termasuk doktor-doktor...
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Boleh saya celah?
Silakan.
Okey. Adakah kerajaan akan mengembalikan perkhidmatan flying doctors yang dulu dia sewa helikopter dari Sabah Air, flying doctors selain daripada penambahan yang four-wheel drive. Terima kasih.
Lebih kepada ambulans. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Tuan Pengerusi. Berkenaan dengan ambulans, kita lihat daripada segi perkhidmatan ambulans, cuma lebih kurang satu pertiga daripada panggilan ambulans itu menepati masa, grade one call ikut KPI yang ditetapkan. Jadi, ini penting sebab ini bermakna dua pertiga apabila ada kecemasan, dua pertiga daripada panggilan kecemasan itu, ambulans tidak dapat sampai masa yang diperlukan untuk selamatkan nyawa. Jadi, ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan. Antaranya, apa yang dilakukan di Hospital Kota Kinabalu misalannya, di mana gunakan GPS dipasang kepada ambulans dan akan mengurangkan masa untuk menunggu dan mereka yang kendalikan ambulans tahu di mana dekat ambulans- ambulans yang berkenaan. Jadi, kita juga lihat ada banyak ambulans swasta. Jadi, apakah rancangan kementerian untuk supaya selaraskan perkhidmatan ambulans di swasta dan di kementerian dan agensi yang lain supaya ada satu sharing of resources mengguna pakai misalannya, uberisation dan sebagainya supaya kita boleh jump start daripada segi meningkatkan mutu perkhidmatan ambulans. Sekian.
Terima kasih. Tuan Pengerusi, cadangan- cadangan yang baik daripada mantan Timbalan Menteri, Yang Berhormat Gopeng, saya setuju. Ini sebab apa, saya memang setuju sangat. Benda-benda ini juga berlaku di tempat saya dulu. Ada orang yang tak sempat sampai ke hospital, mati tengah jalan sebab ada ambulans yang tak sihat. Ambulans itu sendiri tak sihat.
Yang Berhormat Menteri, Papar minta laluan. Papar minta laluan. Papar.
Tiga minit sahaja lagi Yang Berhormat. Tiga minit sahaja lagi.
Ambulan juga? Ambulan juga?
Boleh? Boleh papar?
Semua tunggu jawapan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya bagi pihak warga Papar ingin bertanya, macam mana sudah perkembangan hospital baharu Papar yang mana sudah lama ditunggu- tunggu tetapi belum siap lagi sehingga ke hari ini. Kalaulah misalnya disebabkan oleh kontraktor yang tidak ada keupayaan sama ada daripada segi teknikal ataupun daripada segi kewangan, maka kita carilah alternatif lain supaya orang-orang Papar ini tidak susahlah untuk mendapatkan rawatan yang terbaik dari kerajaan. Terima kasih.
Saya ingat soalan itu sudah dijawab masa Rancangan Malaysia Kedua Belas dahulu.
Ya, sudah ditanya dalam Parlimen tetapi Yang Berhormat Papar dia hendak merintih lagi.
Ya, dua minit setengah.
Memang saya setuju dan insya-Allah, kalau perlu nanti Tuan Pengerusi, saya boleh sediakan jawapan yang bertulis yang lebih detil.
Ya, memang betul...
Update kepada...
...baru terima teks lagi dari warga Papar ini.
Ya, itulah tetapi tidak apa, kita akan tengok. Mungkin insya-Allah, satu hari kita sampai di sana. Jadi berbalik kepada ambulans tadi, yang saya hendak menyatakan persetujuan saya tadi. Kerajaan dan KKM amat prihatin tentang perkara ini. Oleh sebab itu, kita tengah fikirkan bagaimana atau kaedah baharu untuk menyediakan ambulans, jenis-jenis ambulans yang sesuai di tempat-tempat contohnya macam di Sabah, Sarawak dan sebagainya. Juga kaedah-kaedah dan teknologi baharu yang boleh— sebab sekarang ini tidak macam dahulu lagi. Kita tidak boleh lagi ikut macam dahulu, ambulans yang macam dahulu. Ia teknologi-teknologi baharu yang dapat membantu kita mempercepatkan, supaya patient dan ambulans dapat datang on time seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Gopeng. Kebetulan soalan dari Yang Berhormat Jerai ini pun sama juga. Ambulans di Hospital Yan tetapi spesifik Hospital Yan. Untuk makluman Yang Berhormat, KKM sedang dalam proses akhir tender perolehan pembekalan 490 unit— ini yang saya sebut tadi, kenderaan ambulans type B bersama kelengkapan peralatan perubatan bagi kegunaan hospital dan klinik kesihatan KKM yang dilaksanakan secara tender terbuka. Agihan pembekalan ambulans tersebut telah dikenal pasti berdasarkan keperluan di PTJ masing- masing dan pembekalan adalah secara berfasa. Selain itu, sebagai alternatif tambahan, KKM juga dalam fasa penyediaan skop projek bagi perancangan perolehan ambulans secara sewaan— yang saya sebut tadi, listing yang akan dilaksanakan sebagai mengatasi kekurangan perkhidmatan ambulans di facilities KKM di seluruh negara. Melalui kaedah sewaan, adalah diharapkan isu kekurangan perkhidmatan ambulans di KKM dapat diatasi. Tuan Pengerusi, bukan sahaja dapat diatasi tetapi juga ambulans itu dalam keadaan yang sihat walafiat. Ambulans itu sendiri sihat. Kalau ambulans itu sakit, dia bawa orang sakit jadi banyak masalah. Jadi itu sebab— nampak gaya banyak juga yang bertanya tentang soalan berkenaan ambulans ini. Yang Berhormat Jerai juga bertanya tentang perancangan jabatan pesakit luar dan klinik kesihatan ibu dan anak. Ini mungkin yang terakhir saya dapat beri jawapan. KKM akan ambil maklum. Masih belum ada sebuah klinik kesihatan yang menyediakan kedua-dua perkhidmatan pesakit luar dan ibu dan anak di Yan. Buat masa ini, KKM masih dalam proses mengenal pasti tapak sesuai untuk pembinaan sesebuah klinik kesihatan. KKM mengambil maklum akan kekangan ruang untuk penyimpanan rekod pesakit yang dihadapi di Hospital Yan. KKM sentiasa mengkaji keperluan menaik taraf fasiliti kesihatan tertakluk kepada keperluan perkhidmatan dan peruntukan kewangan kerajaan.
Sempat lagi kah Tuan Pengerusi? Atau sudah cukup? Saya boleh bagi jawapan yang bertulis.
Ya.
Tuan Pengerusi, saya juga dapati bahawa perbahasan dari Ahli Yang Berhormat semua perbahasan yang baik-baik tetapi banyak juga yang telah lari daripada butiran-butiran yang disebut. Walau bagaimanapun, saya cuba sedaya-upaya saya untuk memberikan jawapan secara bertulis kepada mereka yang telah berbahas. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM28,030,000,000 untuk Kepala B.42 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2022 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.42 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Masalah seterusnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.42 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2022 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.42 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]
Usul — Meminda Jadual Di Bawah Peraturan Mesyuarat 57(2) – Mengurangkan RM8,568,000 Daripada Peruntukan Kepala B.43Motion
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Keluarga Malaysia Makmur Sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi. Merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 57(2), saya mohon mencadangkan bahawa fasal 2 dalam teks Bahasa Kebangsaan dan teks bahasa Inggeris rang undang-undang dipinda dengan menggantikan perkataan “seratus lima puluh enam bilion empat ratus dua belas juta lapan ratus lima puluh lapan ribu lapan ratus ringgit (RM156,412,858,800)” dengan perkataan “seratus lima puluh enam bilion empat ratus empat juta dua ratus sembilan puluh ribu lapan ratus ringgit (RM156,404,290,800)”. Saya juga mohon mencadangkan agar Jadual kepada rang undang-undang dipinda di bawah ruang “Amaun”- (a) bagi Maksud B.43, dengan menggantikan perkataan “1,776,018,800” dengan perkataan “1,767,450,800”; dan (b) pada JUMLAH, dengan menggantikan perkataan “156,412,858,800” dengan perkataan “156,404,290,800.” Tuan Pengerusi, pindaan ini berbangkit daripada pengurangan jumlah wang yang diperuntukkan bagi Maksud B.43 yang dinyatakan dalam Jadual kepada rang undang- undang iaitu mengurangkan sebanyak RM8,568,000 daripada jumlah yang diperuntukkan di bawah Kepala Bekalan B.43 di bawah Butiran 040900 – Penggerak Komuniti Tempatan. Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat semua, masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera dalam Kertas Pindaan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan yang telah dibentangkan
sekarang ini terbuka untuk dibahas. Akan tetapi saya rasa tidak ada perbahasan. Maka saya terus ajukan masalah kepada Dewan. Ahli-ahli Yang Berhormat semua, masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan dalam Kertas Pindaan hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]
Usul — Meminda Jadual Di Bawah Peraturan Mesyuarat 57(2) – Mengurangkan RM8,568,000 Daripada Peruntukan Kepala B.43 — Kepala B.43 [Jadual] – Kepala P.43 [Anggaran Pembangunan 2022] –Motion
Ahli-ahli Yang Berhormat, Kepala Bekalan B.43 dan Kepala Pembangunan P.43 di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sekarang terbuka untuk dibahas. Saya mempunyai senarai yang amat panjang, 36 orang. Saya hanya – kita cuma ada masa untuk 20 orang. Maka akan dimulakan oleh Yang Berhormat Padang Rengas, ada? Tidak apa, ini adalah senarai pembahas Yang Berhormat Padang Rengas, diikuti oleh Yang Berhormat Pulai dan Ahli-ahli Yang Berhormat berikut Yang Berhormat Sabak Bernam, Yang Berhormat Kluang, Yang Berhormat Pengerang, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Segambut, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Tanjong Malim, Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Beaufort, Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Libaran, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Tumpat dan Yang Berhormat Papar. Sekiranya sesiapa yang tidak ada, makan saya akan panggil yang disenaraikan seterusnya. Kita mulakan dengan Yang Berhormat Pulai, silakan.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada B.43 Butiran 020200 – Pengurusan Sisa Pepejal.
Saya mengharapkan kementerian dapat untuk mengambil perhatian kerana isu yang saya bangkitkan in Tuan Pengerusi adalah isu yang the very long standing issue. Jadi, saya harap rakan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri yang ada pada petang ini, kalau tidak cukup nanti daripada segi perbahasan masa, saya akan memberikan beberapa dokumen tambahan supaya isu ini once for all, dengan izin, akan dapat diselesaikan. Ia berlaku di Taman Bukit Kempas Banjaran dalam kawasan Parlimen Pulai iaitu pembuangan sisa pepejal ini di atas sebuah tanah yang telah berlarutan hampir 10 tahun. Kesan daripada pembuangan sisa pepejal ini ataupun sampah-sampah ini telah menyebabkan pada malam hari berlakunya peluapan menghasilkan gas yang akhirnya menyebabkan isu kesihatan bagi penduduk di taman ini. Saya telah memberikan beberapa maklumat kepada pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru dan ia telah dapat diberikan perhatian. Saya telah diberitahu beberapa mesyuarat telah diadakan. Namun, saya juga mengharapkan pihak kementerian dapat membantu supaya isu ini dapat diselesaikan. Saya telah melawat kawasan ini sebanyak dua kali dan saya telah mendapati tanah ini telah digunakan sekian lama dan telah pun ditutup. Akan tetapi, kesan daripada sisa buangan ini telah menyebabkan berlakunya isu kesihatan tempatan. It’s very local Tuan Pengerusi. Daripada saya bersyarah tentang Perang Teluk ya, geopolitik dan hari ini saya bercakap tentang Taman Bukit Kempas Banjaran. Jadi, saya harap atas kerjasama nanti antara pihak saya dan pegawai-pegawai di Parlimen Pulai dan pihak kementerian, kita akan, insya-Allah, dapat menyelesaikan isu ini secara tuntas.
Kedua Tuan Pengerusi, Butiran 030200 – Perumahan Negara dan Butiran 030400 –Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata. Di sini saya merujuk Yang Berhormat Timbalan Menteri, Taman Desa Kempas – ini spesifik. Taman Desa Kempas yang hampir 20 tahun telah dibina oleh pihak pemaju dan hampir dua dekad – 20 tahun. Sebanyak 80 peratus daripada penduduknya telah pun selesai membayar harga rumah ini. Ia harga rumah kos rendah. Akan tetapi, isunya CF tidak boleh diperoleh. Bayangkan sudah membayar hampir 20 tahun, sebanyak 80 peratus telah pun selesai membuat bayaran tetapi tidak boleh duduk. Telah banyak kali wakil rakyat sebelum saya – sebelum ini Pulai sekarang ini Pulai juga. Selepas tahun 2018, saya telah melawat sebanyak tiga kali dan berlakunya yang dikatakan sebagai blame game, yang negeri menyalahkan Federal dan Federal juga tidak cukup maklumat kepada negeri. Jadi, pada petang ini, demi rakyat ini, Tuan Pengerusi saya pergi melawat dan ada sebahagiannya duduk tanpa elektrik dan air. Jadi, terpaksalah pula kita merayu kepada TNB dan merayu kepada SAJ supaya dapat supply air dan elektrik sementara. Bayangkanlah begitu susah kehidupan mereka. Ini rakyat yang mohon rumah murah – sudah 20 tahun tetapi tidak dapat didiami. Jadi, saya bawa pada petang ini, juga very local issue. Jadi, atas butiran ini, saya harap pihak kementerian akan dapat menghantar pegawai dengan segera untuk pergi ke taman perumahan ini. Insya-Allah, saya juga akan membantu daripada segi dokumen-dokumen yang boleh membantu supaya isu ini sekali lagi dapat diselesaikan oleh pihak kerajaan yang ada pada hari ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Pulai. Yang Berhormat Sabak Bernam. Silakan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Pertama saya ingin menyentuh Butiran 020000 – Persekitaran Bandar Mampan khususnya Butiran 0201000 – Kerajaan Tempatan yang mendapat peruntukan sebanyak RM56.5 juta bagi tahun 2022 yang berfungsi merangka, mengkaji semula penyeragaman, penyelarasan, mengadakan kolaborasi dan mengurus setia akan perihal dasar, akta, garis panduan dan pekeliling berkaitan PBT. Saya ingin menyentuh berhubung dengan sistem perakaunan di pihak kuasa kerajaan tempatan termasuklah majlis daerah, majlis perbandaran dan majlis bandar raya kerana sistem perakaunan yang tepat boleh dipercayai dan telus adalah penting bagi memastikan kebolehpercayaan, integriti dan akauntabiliti sebuah agensi kerajaan termasuklah pihak berkuasa tempatan. Sehubungan ini, saya ingin menyentuh berhubung dengan pelaksanaan sistem perakaunan dan kewangan di PBT. Kerajaan telah memperkenalkan beberapa sistem perakaunan dan kewangan kepada PBT antara sistem kerajaan tempatan. Tuan Pengerusi, Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 1, Tahun 2011, Standard Accounting System For Government Agencies (SAGA) turut diperkenalkan kepada semua kerajaan tempatan semenjak dilancarkan pada tahun 2011. Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah mengeluarkan Sijil Pematuhan SAGA kepada lebih 120 buah agensi kerajaan dengan sasaran 30 buah agensi kerajaan menerima Sijil Pematuhan SAGA setiap tahun. Majlis Bandar Raya Ipoh menjadi pihak berkuasa tempatan pertama yang memperoleh pematuhan SAGA. Saya ini mendapatkan penjelasan kerajaan khususnya KPKT untuk menyatakan setakat manakah kemajuan PBT dalam mematuhi dan melaksanakan SAGA di semua PBT? Menyatakan bilangan PBT yang telah menerima Sijil Pematuhan SAGA dan nyatakan PBT-PBT berkenaan. Nyatakan apakah faktor-faktor yang menyebabkan kebanyakan PBT sukar untuk menerima Sijil Pematuhan SAGA dan seterusnya melaksanakan SAGA di PBT? Nyatakan langkah kerajaan bagi memastikan setiap PBT menerima Sijil Pematuhan SAGA.
Seterusnya saya ingin menyentuh Butiran 030000 – Komuniti Bandar Mampan khususnya Butiran 030200 – Perumahan Negara yang mendapat peruntukan sebanyak RM43.3 juta bagi tahun 2022 berbanding RM38.6 juta bagi tahun 2021. Ini bagi meningkatkan akses kepada golongan B40 dan M40 untuk memiliki rumah mampu milik. Dalam Bajet 2022, kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion bagi memastikan rakyat negara ini memiliki rumah sendiri. Berhubung dengan projek- projek rakyat ini, saya ingin mendapatkan penjelasan bilangan rumah yang telah dapat dibina di bawah Projek Perumahan Negara bagi tahun 2021 dan jangkaan bilangan rumah yang akan dibina pada tahun 2022. Berhubung dengan Butiran 030000 – Komuniti Bandar Mampan khususnya Butiran 030500 – Perbadanan PRIMA Malaysia yang tidak menerima sebarang peruntukan bagi tahun 2022 berbanding penerima peruntukan sebanyak RM20 juta bagi tahun 2021. Saya ingin mendapatkan penjelasan adakah Perbadanan PRIMA Malaysia ini telah ditamatkan memandangkan tidak menerima sebarang peruntukan sedangkan projek-projek perumahan PRIMA masih lagi sedang dilaksanakan. Sehubungan dengan ini, saya ingin menyentuh berhubung dengan Projek Perumahan PRIMA dan juga Projek Perumahan Penjawat Awam. Saya ingin mendapat penjelasan kerajaan, bilangan Projek Perumahan PRIMA dan juga Projek Perumahan Penjawat Awam yang telah siap dibina sehingga kini, dalam pembinaan dan yang sedang dalam perancangan serta lokasi dan jumlah unit. Saya mendapat maklum balas terdapat Projek Perumahan PRIMA yang gagal disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan. Antaranya, Projek Perumahan PRIMA Residensi Brickfields yang berharga RM380,000 yang dijangkakan siap pada November 2021. Akan tetapi, sehingga kini, kemajuan projek berkenaan hanya 20 peratus sahaja. Selain projek PRIMA yang gagal disiapkan mengikut tempoh, saya juga mendapat maklum balas, rumah yang disiapkan tidak mematuhi mutu yang ditetapkan termasuklah mempunyai kerosakan (defect) seperti Residensi Pauh Permai, Permatang Pauh, Penang yang baru-baru ini menerima kunci. Walaupun pembeli diberikan Defect Liability Period untuk membuat aduan dan complaint tentang kerosakan (defect) telah melewatkan pembeli untuk memasuki rumah berkenaan dan membuat ubah suaian sepatutnya.
Saya berharap kerajaan akan memastikan pemaju, memastikan setiap unit rumah telah memenuhi kualiti dan spesifikasi yang ditetapkan sebelum menyerahkan unit rumah- rumah berkenaan. Kerajaan juga hendaklah memastikan pemaju membaiki segala kerosakan dan defect dengan segera. Sehubungan dengan itu, saya ingin mendapat penjelasan kerajaan, apakah kerajaan bertindak bagi memastikan setiap projek perumahan terutamanya projek perumahan PR1MA dapat disiapkan mengikut jadual pelaksanaan yang telah ditetapkan dan apakah tindakan kerajaan kepada pemaju yang gagal menyiapkan rumah mengikut jadual seperti Projek Perumahan PR1MA Residensi Brickfields. Apakah langkah dan tindakan kerajaan bagi memastikan projek perumahan PR1MA dapat disiapkan dengan memenuhi mutu ataupun kualiti spesifikasi yang telah ditetapkan? Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam. Yang Berhormat Kluang. Silakan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Berkenaan Butiran 040700 – Fasiliti Pengurusan Sisa Pepejal (SWCorp) di bawah perbelanjaan mengurus telah disifarkan. Manakala Butiran 00500 – Pengurusan Sisa Pepejal di bawah perbelanjaan pembangunan ditingkat daripada RM72.8 juta kepada RM1.55 bilion bagi tahun depan.
Saya minta Yang Berhormat Menteri menjelaskan apa projek yang akan dijalankan dengan dana RM1.55 bilion? Paling penting sekali saya ingin tahu bahawa sama ada kementerian merancang untuk mengkaji semula cara pengurusan sisa pepejal dari segi kewangan. Cara yang kita pakai sekarang tidak memberi insentif mencukupi untuk menggalakkan kitar semula. Syarikat konsesi akan dibayar tetap berdasarkan jumlah premis yang dikutip sampah. Pihak berkuasa tempatan juga membayar kadar tetap mengikut jumlah premis yang memerlukan perkhidmatan mengutip sampah. Malah Kerajaan Persekutuan membayar mengikut apa yang PBT perlu bayar. Akhirnya tiada pihak akan berusaha untuk menurunkan jumlah berat sisa pepejal melalui program kitar semula yang lebih agresif. Ini kerana kitar semula atau tidak, kita tetap bayar jumlah bayaran yang sama untuk membuang sampah. So, kerajaan sekalipun tidak akan dapat jimat duit kalau seluruh negara menjalankan kitar semula di punca. Kita tahu kitar semula di punca dan gaya hidup 3R adalah penting untuk memelihara alam sekitar. Namun begitu, lebih ramai orang hanya ambil peduli poket sendiri sahaja. Sekiranya kitar semula tidak menjimatkan atau memberi manfaat terus kepada pengguna sendiri, tiada alasan bagi mereka untuk menjalankan kitar semula. Justeru, saya minta Yang Berhormat Menteri menjelaskan apa kesannya sekiranya kerajaan membuat pindaan ke atas perjanjian konsesi supaya pengurusan sisa pepejal negara kita lebih cenderung kepada skim Pay-As-You-Throw dengan izin dan bukan lagi bayaran tetap tidak kira sesebuah premis membuang 100 kg atau satu kg dalam sebulan. Saya tahu perjanjian ini adalah bagi 22 tahun, namun saya minta Yang Berhormat Menteri menjelaskan langkah-langkah membetulkan dasar tersebut.
Yang Berhormat Kluang, sikit boleh?
Okey, boleh.
Okey, thank you ya. Jadi, terima kasih Tuan Pengerusi. Jadi, soalan adalah kepada KPKT juga mengenai isu yang sama. Adakah KPKT mempunyai satu ketepatan bagi amalan pengurusan standard untuk semua PBT di negara ini menguruskan pelupusan sisa pepejal mereka sebab banyak pihak berkuasa tempatan di Sabah termasuk Sandakan tidak mempunyai sistem tapak pelupusan sanitari yang betul dengan sisa pepejal yang hanya berlonggok di tapak pelupusan sampah. Bagaimanakah KPKT berhasrat menggunakan peruntukan bajet yang besar ini untuk mengatasi isu kesihatan dan keselamatan awam yang serius? Terima kasih.
Ya, ini menunjukkan betapa serius dan penting pengurusan sisa pepejal. Isu ini penting dalam hati rakyat kita. Jadi, saya minta suara rakyat Sandakan itu pun masuk ke dalam ucapan perbahasan saya. Isu kedua, Butiran 32000 di bawah Maksud Pembangunan. Pasukan Bomba adalah salah satu jentera yang amat penting dalam kehidupan harian rakyat kita. Namun begitu, saya rasa susah hati apabila melihat kemudahan yang masih tidak mencukupi bagi mereka yang menjalankan tugas. Misalnya, bangunan Balai Bomba Kluang yang telah dibina melebihi 50 tahun perlu dinaik taraf segera. Saya sendiri berasa susah hati apabila melihat abang-abang bomba kita terpaksa menggunakan kabinet terbuang oleh agensi lain, bumbung yang bocor, air conditioner di bilik tidak sejuk dan paling penting sekali mereka hanya minta satu reka bentuk bangunan yang baru supaya mereka dapat turun segera apabila menerima panggilan kecemasan. Minta Yang Berhormat Menteri mempertimbangkan untuk menaik taraf Balai Bomba Kluang. Butiran 040400 – Sewaan CCTV yang memakan belanja sejumlah RM12 juta pada tahun 2022. Minta Yang Berhormat Menteri menjelaskan jumlah kamera CCTV di bawah program sewaan ini mengikut negeri dan PBT, kos sewa sebuah kamera dan sistem berkaitan. Berapa kontraktor dilantik untuk menjalankan program ini dan berapa tahun kontrak sewaan CCTV. Isu terakhir, minta Tuan Pengerusi 30 saat lagi. Butiran 030600 – Kesejahteraan Komuniti. Saya minta Yang Berhormat Menteri memberi arahan
kepada semua pihak berkuasa tempatan untuk menangguhkan pelaksanaan pelesenan penjualan bir di semua kedai kopi dan restoran. Ekonomi kita terjejas semenjak krisis COVID-19. Perniagaan kedai kopi yang bergantung kepada pelanggan lain dine-in baru pulih sedikit sahaja baru-baru ini selepas dine-in diizinkan. Harga barang yang kian meningkat pula menambahkan kos perniagaan mereka. Sekiranya kita menguatkuasakan lesen ini sekarang, kita hanya menambahkan beban rakyat marhaen yang berbelanja di kopitiam, kedai kopi setiap hari. Yang Berhormat Menteri KPKT mempunyai kuasa untuk tangguhkan pelaksanaan dasar ini. Saya minta Yang Berhormat Menteri mempertimbangkan, rakyat tidak sejahtera sekiranya kerajaan langsung tidak membantu untuk menurunkan kos perniagaan dan kos sara hidup. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kluang. Silakan Yang Berhormat Pengerang.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya rujuk pada Butiran 00400 – Pembangunan Bandar Pintar atau smart city. Saya hendak tanya pada Yang Berhormat Menteri, dulu mantan Yang Berhormat Menteri sudah banyak kali turun pada kawasan saya memberitahu tentang wujudnya smart city. Sekarang sudah tukar Menteri, saya harap dasar tidak bertukar walaupun orangnya bertukar ya sebab agak tidak adillah bagi rakyat kawasan saya dengan begitu semangat hendak tunggukan smart city. Seterusnya, Butiran 030200, Butiran 01513, Butiran 01600 dan Butiran 01603 berkaitan perumahan negara. Saya hendak sebut tentang warga tua ya. Soalan saya pada Yang Berhormat Menteri, Malaysia pada tahun 2020 mempunyai 3.7 juta warga emas lebih daripada umur 60 tahun nanti. Dijangka akan meningkat 5.3 juta pada 2030 iaitu 15 peratus daripada jumlah penduduk rakyat Malaysia. Jadi, Malaysia akan menuju kepada status negara tua. Jadi, soalan saya pada Yang Berhormat Menteri, banyak warga emas mengalami sindrom sarang kosong atau empty nest dengan izin, akibat tinggal bersendirian ataupun jauh daripada anak dan menghadapi penyakit kronik di mana memerlukan penjagaan. Saya tahu kementerian begitu peka kepada isu orang kurang upaya tetapi tentang orang-orang yang tua dalam masyarakat kita, adakah kementerian akan mewujudkan dasar-dasar yang baru untuk menentukan bukan sahaja aspek penjagaan tetapi fasiliti- fasiliti untuk membantu proses ketuaan ini ataupun yang disebut dalam bahasa Inggeris dengan izin active aging bagi komuniti-komuniti yang lebih tua. Ketiga, saya rujuk kepada bomba, Butiran 30000, Butiran 030100, Butiran 31000 dan Butiran 36000. Saya hendak sebut tentang isu helikopter ya pada Yang Berhormat Menteri. Seperti yang diketahui bahawa kawasan Parlimen Pengerang berdekatan dengan projek RAPID, projek RAPID dalam kawasan Parlimen Pengerang yang mana memang RAPID ini ialah projek minyak dengan gas yang begitu hebat, dikenali dunia. Bersama juga projek Dialog. Jadi kalau kebakaran berlaku, saya tahu mereka mempunyai sistem kebakaran sendiri yang begitu padu dan high-tech tetapi untuk masyarakat berdekatan, adakah helikopter bomba boleh dikhaskan di kawasan Parlimen Pengerang untuk keadaan kecemasan, untuk rescue dan kecemasan dari segi penularan api untuk bekerjasama dengan projek RAPID dan Dialog. Berkenaan dengan kempen mencegah kebakaran bagi masyarakat, sama ada kementerian akan mengambil kira perbelanjaan yang lebih kepada kawasan-kawasan kampung yang berdekatan dengan projek RAPID dan Dialog, minyak dengan gas, di mana mereka diberikan sistem khusus dan bantuan di setiap kawasan perumahan berdekatan dan kampung-kampung berdekatan untuk memberikan mereka seperti bantuan first assistance dalam kebakaran.
Saya juga hendak ingatkan kepada kementerian, adanya dasar bahawa tidak sepatutnya sekolah paling dekat ada berdekatan dengan projek RAPID tetapi saya ingin memaklumkan kepada kementerian, sekolah yang paling dekat adalah 900 meter. Ini agak bahaya daripada segi hendak mengeluarkan kanak-kanak, kalau wujud masalah pembakaran dari segi gas dalam industri minyak dan gas. Oleh sebab apinya akan merebak dengan begitu cepat dan asapnya boleh membunuh. Jadi, saya harap kementerian akan lebih peka dan relevan kepada isu masyarakat tempatan, khasnya anak-anak kita di sekolah berdekatan dengan projek-projek minyak dan gas dalam kawasan-kawasan pembangunan industri. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerang. Silakan Yang Berhormat Tuaran.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin berbahas pada Butiran 010000 – Pengurusan. Dalam hal ini Tuan Pengerusi, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah di antara kementerian yang boleh dikatakan sudah decentralised. Maknanya sudah ada devolution of powers sebab di peringkat negeri khususnya di Sabah, kerajaan tempatan menggunakan ordinannya sendiri iaitu Ordinan Kerajaan Tempatan 1961. Kerajaan Tempatan Negeri Sabah juga tidak tertakluk kepada Akta Kerajaan Tempatan 1976 di mana di bawah Perlembagaan Persekutuan, Artikel 95A adanya National Council of Local Government tetapi Kerajaan Negeri Sabah ataupun Sabah diwakili di sana walaupun tidak ada kuasa ataupun hak untuk mengundi. Apa yang menarik Tuan Pengerusi, di bawah Ordinan Kerajaan Tempatan Sabah ini pada Seksyen 49 ialah terdapat beberapa kuasa yang telah diletakkan di situ yang sangat menarik iaitu kerajaan tempatan ataupun di negeri Sabah ini mempunyai kuasa dalam hal pertanian dan juga hal pendidikan. Ini sangat menarik. Apabila dalam hal pertanian, selama ini saya tidak nampak bagaimana kerajaan tempatan di negeri Sabah terlibat dalam hal-hal pertanian. Contohnya dalam hal-hal membantu petani dan sebagainya. Itu saya tidak pernah nampak tetapi suatu perkara yang penting, yang boleh dilihat. Akan tetapi satu lagi yang menarik ialah dalam hal pendidikan. Dalam hal pendidikan, dalam Ordinan Kerajaan Tempatan Sabah 1961 ini, kerajaan tempatan berkuasa boleh mempunyai kuasa untuk hal-hal penyelenggaraan, melalui beberapa hal dalam pendidikan. Apa yang saya ingin tanya kepada pihak Menteri, adakah pihak kementerian pernah berbincang di dalam Mesyuarat Rundingan Majlis Kerajaan Tempatan Persekutuan? Adakah pihak kerajaan, wakil daripada Kerajaan Negeri Sabah pernah membincangkan atau membawa perkara ini? Oleh sebab dalam perbincangan dalam majlis ini adalah berkenaan pendidikan. Pendidikan ini bila kita lihat dalam Perlembagaan Persekutuan, dalam Jadual Kesembilan memang ia dalam Senarai Persekutuan. Ia bukan pun dalam Senarai Bersama. Oleh sebab itu juga saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, adakah pihak kementerian menyokong supaya hal-hal pendidikan ini juga diletakkan dalam Senarai Bersama supaya pihak kerajaan negeri, sama ada peringkat negeri atau pun kerajaan tempatan bukan sahaja terlibat dalam hal pendidikan, bukan setakat dalam hal pentadbiran tetapi juga dalam hal perundangan. Ini adalah penting sebab sudah ada kelihatan di sana percanggahan daripada segi perundangan. Perlembagaan Persekutuan meletakkan pendidikan dalam Senarai Persekutuan tetapi apabila kita ke kerajaan tempatan, Ordinan Kerajaan Tempatan Negeri Sabah 1961, Seksyen 49 diletak pula hal pendidikan. Ini sesuatu yang janggal dan perlu diselaraskan. Saya ingin bertanya pihak kementerian, adakah kementerian sedar tentang kewujudan ini, perkara ini dan kejanggalan ini? Apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk memastikan supaya penyelarasan dapat dibuat?
Sebenarnya Tuan Pengerusi, perkara ini sangat penting sebab ada keunikan daerah-daerah tertentu di Sabah, di mana akta ini dapat digunakan bukan sahaja dalam membantu kerajaan untuk menangani sekolah-sekolah daif, membaiki sekolah-sekolah dan sebagainya tetapi ada perkara lain seperti dalam hal pengajaran dan pembelajaran bahasa-bahasa ibunda tempatan. Oleh sebab setiap daerah di Sabah ini mempunyai bahasa yang berlainan dan ada yang sudah pun diajar di sekolah dan sebagainya. Jika sekiranya kerajaan tempatan dapat mempunyai kuasa dari segi perundangan untuk terlibat dalam hal ini, saya ingat ini amat membantu kerajaan dalam hal-hal berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran bahasa ibunda dan sebagainya. Saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Dipersilakan Yang Berhormat Setiu.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya pergi kepada Butiran 030100 – Perumahan Negara. Seperti yang sedia maklum, isu perumahan terbengkalai semakin menjadi-jadi. Lebih-lebih lagi kenaikan harga barang binaan sejak kebelakangan ini menggusarkan pihak kontraktor dan tidak mustahil bilangan rumah terbengkalai juga meningkat akibat kenaikan harga barang. Sebagai contoh, baru-baru ini sebanyak 111 projek perumahan terbengkalai membabitkan 15,010 unit kediaman dikenal pasti di seluruh Selangor dan sehingga kini masih belum mempunyai kontraktor atau pemaju yang menyelamatkan. Oleh itu, apakah langkah kementerian bagi meminimumkan syarat kepada kontraktor untuk menggalakkan kontraktor menyambung bayaran, sekali gus mampu menyambung semula projek dengan kos yang kecil tanpa mengabaikan aspek keselamatan? Pada butiran yang sama, saya ingin membangkitkan berkenaan isu kerosakan unit akibat masalah teknikal yang berlaku di kebanyakan PPR. Saya difahamkan apabila pemerhatian awal dijalankan, kita dapati banyak kebocoran air di laluan awam di setiap tingkat dan terdapat juga air menitik di ruang tamu rumah penduduk. Selain itu, terdapat juga kebocoran pada saluran najis yang berterusan yang dapat dilihat melalui lumut pada dinding. Tidak dinafikan, kerja pembaikan telah dijalankan. Namun begitu, kerosakan unit tetap berlaku walaupun setelah pembaikan dijalankan. Oleh itu soalan saya, sejauh manakah pemantauan daripada pihak kementerian terhadap mutu kerja pembaikan yang telah dilakukan? Apakah usaha dalam memastikan masalah ini tidak berulang lagi? Tuan Pengerusi, masalah kekurangan tanah di mana lagi tempat yang jauh dengan penduduk boleh dijadikan tapak pelupusan sampah. Oleh itu kita perlu beralih kepada teknologi baharu ataupun kita perlu mengurangkan sampah. Tanggungjawab menjaga kebersihan, tanggungjawab bersama. Hakikatnya, amalan kitar semula masih lagi kurang dipraktikkan oleh semua rakyat Malaysia. Justeru, saya menyokong penuh usaha kerajaan menjalankan Program ‘Trash to Cash’ yang merupakan salah satu daripada Dasar Kebersihan Negara bagi menggalakkan masyarakat mengumpul barang-barang kitar semula dan dijualkannya kepada SWCorp, sekali gus dapat mengurangkan pembuangan sampah. Soalan saya, sejauh manakah sambutan yang diberikan oleh masyarakat terhadap program ini? Sehingga kini, apakah langkah kerajaan bagi menggalakkan lagi masyarakat untuk menyertainya? Perkara seterusnya berkenaan Butiran 030200 – Perumahan Negara berkaitan Program Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia atau Rumah IKRAM. Saya menyokong penuh usaha kerajaan bagi membantu mereka yang kehilangan rumah akibat
COVID-19 untuk mendapatkan kembali rumah. Namun begitu, sehingga kini berapakah jumlah pemohon yang telah berjaya ditempatkan? Selain itu, berkenaan usaha kerajaan bagi membantu rakyat khususnya golongan muda memiliki rumah iaitu melalui pengaktifan semula Majlis Perumahan Mampu Milik Negara (MPMMN) juga wajar disokong. Namun begitu, apakah sasaran kerajaan pada tahun 2022 bagi merealisasikan sasaran membina 500,000 unit rumah mampu milik sepanjang tempoh RMKe-12? Butiran seterusnya Butiran 40000 – SPNB. Saya ingin tahu tentang status terkini projek perumahan Rumah Mesra Rakyat (RMR) usaha sama SPNB dan FELDA di Felda Chalok Barat.
Adakah kementerian bercadang untuk mewujudkan projek-projek seumpama ini di FELDA-FELDA yang lain? Apakah punca kelewatan pembinaan Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB ini? Saya mendapat maklumat, ada yang mengambil masa yang lama untuk dibina setelah mendapat kelulusan tawaran oleh SPNB. Ada pemaju yang telah melarikan diri dan diganti dengan pemaju yang lain. Tuan Pengerusi, butiran yang sama juga. Daerah Setiu merupakan salah sebuah daerah yang tidak mencukupi daripada segi perumahan. Banyak penjawat awam yang terpaksa berulang-alik dari daerah berdekatan untuk ke pejabat, jadi apakah perancangan kementerian? Saya mohon supaya Daerah Setiu menjadi salah satu keutamaan dalam pembinaan rumah di masa yang akan datang. Butiran yang terakhir berkaitan Butiran 030100 – Bomba dan Penyelamat. Saya mendapat maklumat, setiap pasukan bomba sukarela hanya diperuntukkan RM3,000 setahun untuk kos penyelenggaraan, minyak dan lain-lain. Jika sekiranya mereka berbelanja lebih daripada peruntukan tersebut, mereka terpaksa menanggung sendiri. Saya mencadangkan kerajaan supaya mengambil tanggungjawab untuk menanggung kesemua kos dan setiap anggota pasukan sukarela ini diberi elaun khas untuk menambahkan semangat mereka dalam menjalankan tugas. Di samping itu perlu juga disediakan peralatan kebombaan yang mencukupi kepada pasukan sukarela ini supaya mereka dapat berperanan dengan lebih efisien dan efektif sebagai tenaga sokongan membantu anggota bomba ketika kes-kes kecemasan. Sekian Tuan Pengerusi.
Terima kasih. Yang Berhormat Jerlun, silakan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Pengerusi, saya bermula dengan Butiran 00500 – Pengurusan Sisa Pepejal yang berjumlah RM1.55 bilion. Pertamanya, saya ingin bangkitkan mengenai loji insinerator di Pulau Langkawi yang buat sekian lama tidak beroperasi sehinggakan menyebabkan masalah di kawasan Sungai Kilim Geoforest Park apabila tapak pelupusan sampah itu sudah agak penuh dan berlakunya pembocoran leachate masuk ke Sungai Kilim yang menjejaskan kelayakan kita sebagai UNESCO Global Geoparks. Jadi, perkara ini telah saya bangkitkan beberapa kali sejak beberapa tahun. Pihak penaziran UNESCO telah memberi amaran sebanyak dua kali sebenarnya untuk tapak pelupusan sampah dan loji insinerator ini beroperasi secepat mungkin. Kita dengar berita dua minggu yang lepas Yang Berhormat Menteri melawat tapak tersebut dan menyatakan bahawa bulan ini ia akan beroperasi. Saya pun dengar ada laporan bahawa tapak itu pun sudah beroperasi tetapi saya bimbang mengenai kapasiti yang sebenarnya 80 tan sehari walhal jumlah sampah yang dikeluarkan di Pulau Langkawi itu lebih 120 tan. Selain itu, kita juga tahu mengenai masalah tapak pelupusan sampah di Semeling, Sungai Petani. Sebelum ini pernah berlaku kebakaran yang menyebabkan pencemaran udara di seluruh kawasan Kuala Muda dan sejak itu tapak pelupusan sampah ini telah ditutup. Kemudian, diberitahu pula bahawa semua sampah di Daerah Kuala Muda
itu dihantar ke tapak pelupusan sampah di Kulim dekat dengan Kampung Sungai Karangan. Jadi, saya ingin bertanya adakah Kerajaan Persekutuan, khususnya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ini berbincang dan berunding dengan Kerajaan Negeri Kedah supaya dikenal pasti tapak-tapak pelupusan sampah yang baharu ataupun apakah tindakan yang diambil untuk memastikan bahawa tapak-tapak yang sedia ada ini beroperasi dengan baik dan memenuhi tujuan kewujudannya. Saya sudah banyak kali membangkitkan mengenai Projek Perumahan Rakyat (PPR), khususnya di Ayer Hitam, Jerlun. Ini di bawah Butiran 01513. Saya ucap terima kasih kepada pihak kementerian, khususnya Yang Berhormat Menteri yang mengambil tindakan setelah saya bangkitkan perkara yang sama. Saya diberi tahu ada pemohon- pemohon rumah itu yang telah dipanggil. Walaupun begitu setakat ini belum lagi tawaran yang dibuat kepada pemohon. Secara umumnya saya dapati bahawa memang ada masalah ketidakcekapan agaknya di mana kerajaan tidak mempunyai dengan izin satu sense of urgency. Apabila dibangunkan sebuah kawasan perumahan PPR, dilengah-lengahkan projek itu walhal projek sudah pun siap lebih awal. Akan tetapi kerana karenah birokrasi, maka dilambatkan penyerahan kunci sehingga ada pihak yang tidak bertanggungjawab memecah masuk rumah-rumah tersebut, rosak dan kini kerajaan telah terpaksa menanggung belanja untuk membaiki rumah-rumah yang rosak itu. Jadi, saya mohon perhatian yang sepatutnya diberikan kepada projek-projek PPR ini supaya matlamat projek itu dapat dipenuhi sebaik yang mungkin. Akhir sekali P.17400 – Program Pembangunan Kampung Baru berjumlah RM84 juta. Saya tahu di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan pun ada peruntukan RM3.6 juta di bawah Perbadanan Pembangunan Kampong Bahru. Zaman Kerajaan Pakatan Harapan dahulu Tuan Pengerusi, PH telah menawarkan kepada pemilik tanah RM850 sekaki persegi dan dinaikkan kepada RM1,000 sekaki persegi. Pembangkang waktu itu termasuklah Yang Amat Berhormat Bera sendiri, Yang Berhormat Ketereh dan Yang Berhormat Pekan yang telah kata ketika itu kerajaan ini tidak boleh menggunakan Akta Pengambilan Tanah di Kampong Bharu kecuali untuk membina kemudahan orang ramai iaitu hospital dan sebagainya dan tidak bolehlah dibina pusat beli belah. Mereka mendesak kerajaan membayar RM3,000 sekaki persegi, kononnya tawaran RM1,000 itu satu penganiayaan kepada masyarakat Melayu yang menetap di situ. Hari ini kita terima berita penduduk Kampong Bharu diarah mengosongkan unit mereka di flat PKNS dan di rumah di tanah persendirian dan Kerajaan Barisan Nasional yang kononnya pembela orang Melayu itu hanya menawarkan bayaran RM400 sekaki persegi. Saya ingin bertanya, apa sudah jadi kepada tawaran RM3,000 sebelum ini? Kalau ini caranya, memang tidak mengejutkanlah apabila dikatakan rizab tanah Melayu sudah berkurangan, 12 peratus sahaja. Jadi, saya harap kerajaan ini tidak hanya retorik sahaja tetapi put your money where your mouth is dengan izin dengan menawarkan RM3,000 yang dijanjikan sebelum ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Dipersilakan Yang Berhormat Bachok. Dipersilakan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya terus kepada Butiran 020100 – Kerajaan Tempatan. Local Agenda 21 (LA21) merupakan teras utama kepada pembangunan pengurusan pihak berkuasa tempatan supaya dapat membantu penyampaian dasar kerajaan secara sistematik, terurus dan berkesan.
Maka, proses penambahbaikan sistem dan mekanisme urus tabir PBT wajar sentiasa diberikan perhatian oleh pihak kerajaan. Saya ingin bertanya, apakah kementerian mempunyai perancangan untuk menambah baik sistem penyampaian PBT di seluruh negara bagi menepati kehendak perancangan di bawah Local Agenda 21 (LA21) termasuklah mengoptimumkan peranan media sosial sebagai alat komunikasi utama PBT kepada masyarakat setempat. Apakah kementerian merancang untuk mewujudkan suatu response team di setiap PBT di seluruh negara bagi memastikan peranan PBT dapat diperkukuhkan dalam pentadbiran peringkat kerajaan tempatan? Apakah bentuk kolaborasi efektif dibentuk bersama persatuan penduduk setempat atau pihak swasta bagi memastikan urus tadbir di peringkat kerajaan tempatan dapat dioptimumkan? Adakah kementerian mempunyai suatu garis panduan yang seragam terhadap operasi semua PBT berdasarkan majlis bandar raya, majlis perbandaran dan daerah supaya peranan PBT dapat diselaraskan dan dioptimumkan sepenuhnya. Butiran 030200 – Perumahan Negara. Saya ingin mendapatkan penjelasan kementerian mengenai pelancaran Program MyBeautiful Keluarga Malaysia bagi menambah baik imej perumahan awam kos rendah yang tidak mempunyai badan pengurusan bersama (JMB) yang khusus, berapakah buah unit perumahan awam kos rendah yang telah menyertai program ini serta apakah bentuk penambah baikkan terhadap perumahan awam kos rendah yang diutamakan di bawah Program MyBeautiful Keluarga Malaysia ini.
Mengenai penilaian indeks projek Perumahan Rakyat Berdaya Huni, saya ingin mengetahui, apakah unit asas yang diukur dalam indeks tersebut serta apa penilaian semasa kementerian terhadap indeks daya huni PPR, khususnya yang berada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur? Kita semua memahami suasana di beberapa PPR dan perumahan awam di Lembah Klang secara dasarnya tidak menepati kehendak daya huni atau kebolehhidupan berdasarkan apa yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sendiri. Ini termasuklah dalam konteks keselesaan unit rumah merangkumi aspek keluasan dan sebagainya. Kebersihan setempat, kepadatan tinggi dan sebagainya. Soalan saya, apakah rancangan jangka panjang kementerian dalam melihat perkara ini? Bagaimana indeks daya huni PPR tadi akan dapat memberi input kepada agenda setting kementerian untuk memformulasikan dasar serta hala tuju yang lebih baharu kepada perumahan yang lebih berdaya huni kepada penduduk PPR? Saya maksudkan PPR yang sedia ada pada hari ini, perlu di-rejuvenate sepenuhnya bagi meningkatkan daya huni. Butiran 020300 – Perbadanan Pengusaha Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam. Pelaksanaan program-program sifar sisa seperti komuniti sifar sisa (KOSIS) sangat baik dan wajar mendapat perhatian daripada seluruh masyarakat. Saya ingin mengetahui apakah kementerian berhasrat menggerakkan program konsesi ini di seluruh negara di bawah pentadbiran PBT supaya capaian program ini menjadi lebih meluas. Konsep penjanaan pendapatan melalui sisa kitar semula seperti plastik, kertas, logam, sisa makanan dan minyak masak perlu digembleng melibatkan pendekatan whole- of-society dalam membentuk kesedaran kepada seluruh rakyat. Dengan adanya program sebegini, lama-kelamaan akan membentuk kesedaran secara tidak langsung dan menjadi sebahagian daripada rutin dan kebiasaan kepada masyarakat di negara kita. Saya juga ingin bertanya, apakah daya usaha? Apakah ada usaha yang optimum daripada SWCorp untuk membuat kempen kesedaran kepada masyarakat terhadap item sisa kitar semula ini? Saya berpandangan masih ramai yang berpandangan apabila kita sebutkan tentang kitar semula, hanya terbayangkan kaca, plastik dan kertas sahaja. Sedangkan jika kita pecahkan kepada contoh item plastik sahaja, ada tujuh kategori jenis plastik yang berbeza yang boleh dikitar semula. Botol plastik berbeza daripada paip PVC dan berbeza juga dengan plastik bekas makanan. Ketiga-tiga item ini berbeza walaupun
dalam satu kelompok plastik sahaja. Jadi, perkara ini perlu diketengahkan kepada masyarakat sebagai satu bentuk pendidikan. Selain itu, pengasingan kitar semula juga tidak hanya tertumpu kepada kaca, plastik dan kertas. Kita juga boleh mengitar semula sisa makanan, peralatan elektronik atau e-waste serta kitar semula minyak masak terpakai. Kesemua ini perlukan pengetahuan dan penglibatan setiap isi rumah di seluruh negara. Oleh itu, saya mohon kementerian dapat meneliti kempen serta serta inisiatif seperti KOSIS ini akan dapat diperluaskan lagi di seluruh negara. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bachok. Yang Berhormat Segambut, silakan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus ke Butiran 030100 – Bomba dan Penyelamat. Saya hendak bagi cadangan untuk Sijil Perakuan Bomba (Fire Certificate) yang dikeluarkan oleh pihak bomba. Selepas PKP ini, kita lihat ada banyak bisnes mereka terjejas dengan bisnes yang tidak bagus dan PKP banyak tutup. Jadi, kita ada di Segambut masalah di mana untuk dapatkan Fire Certificate ini, mereka kena berurusan dengan JMB. JMB mempunyai masalah untuk mendapatkan pematuhan semua syarat-syarat yang dikenakan oleh bomba untuk pastikan mereka dapat renew business license mereka dan Fire Certificate setiap tahun. Jadi kita ada masalah di mana JMB tidak dapat memenuhi syarat-syarat tersebut. Mereka tidak mempunyai kuasa untuk mendapatkan semua pemilik untuk bekerjasama ataupun untuk dapatkan dalam masa yang diperuntukkan. Jadi apabila ada delay, semua business license mereka terjejas. Jadi, saya minta pertimbangan pihak bomba untuk memberi kelonggaran daripada segi masa dan pematuhan. Sekarang ini dalam- kerana PKP untuk bantu bisnes yang terjejas dan bantu JMB ini dan bukan bawa mereka ke mahkamah untuk pastikan ada kelangsungan dalam bisnes mereka. Isu kedua adalah Butiran 030200 – Perumahan Negara. Seperti yang telah dibangkitkan oleh ramai Ahli Parlimen. Ramai kontraktor sekarang ini mempunyai masalah kewangan kerana kenaikan harga bahan mentah. Jadi saya merayu kepada pihak kerajaan untuk mencari cara, untuk membantu kontraktor-kontraktor di luar kerana saya diberitahu ada banyak dalam beberapa bulan ini tidak dapat tidur kerana mereka risau harga-harga bahan mentah semakin naik. Copper telah naik 90 peratus, aluminium kenaikan 90 peratus, UPVC paip 100 peratus harga kenaikan, metal naik 40 peratus. Jadi, kalau kerajaan tidak bantu mereka. Saya tahu kerajaan sekarang ada variation of price yang telah dikenakan untuk semua projek kerajaan tetapi kita minta sama ada KPKT boleh lead perbincangan ini untuk kenakan VOP kepada projek swasta ataupun cari jalan lain untuk bantu kontraktor ini, mungkin bagi subsidi ataupun kenakan harga syiling ataupun bagi tax incentive kepada pembekal, supplier untuk mereka naikkan penghasilan bahan mentah ini di Malaysia. Seterusnya Butiran 040900 - Penggerak Komuniti Tempatan. Saya lihat ada RM8 juta diperuntukkan untuk mereka tetapi secara terang, ramai Ahli Parlimen di sini di kawasan Parlimen kita. Kita tidak tahu siapa Penggerak Komuniti Tempatan ini. Apakah bidang kuasa mereka? Apakah tugas mereka? Apakah program yang telah dilaksanakan? Saya lihat ada overlap kerana di Kementerian Wilayah Persekutuan, kita juga ada Majlis Perwakilan Penduduk. Jadi, kita tidak tahu sebenarnya siapa yang gerakkan aktiviti. Apabila semua rakyat tidak tahu, kita lihat bajet pula diperuntukkan, program dibayar, banner bermacam- macam naik dan mereka ini bukan wakil rakyat, bukan dipilih oleh masyarakat tempatan. Saya lihat ini adalah satu pembaziran. Saya minta perincikan bagaimana duit ini dibelanjakan.
Yang Berhormat Segambut, perkara itu sudah dibatalkan tadi. Sudah dipinda ya.
Okey. Butiran 01402 – Kajian dan Penyelidikan Perumahan. Untuk pandemik ini, saya hendak minta sama ada KPKT tahu ataupun ada mengkaji data-data masalah sosial yang berlaku, kes COVID-19 naik di kawasan perumahan kos rendah dan masalah sosial seperti kes rogol dan kita juga ada satu kajian yang dilaksanakan oleh UNICEF di mana kanak-kanak di perumahan seperti ini, mereka tidak ada bilik untuk belajar. Jadi apabila ruang yang disediakan itu, konsep ataupun design tidak membantu mereka belajar. Golongan yang tercicir semakin ramai. Jadi saya minta kajian dilakukan untuk melihat semua data ini dan kita bantu masalah sosial yang ada melalui perumahan design yang baru. Akhir sekali, Butiran 01907 – Rancangan Kawasan Khas (RKK). Saya telah menulis surat kepada Menteri Wilayah dan DBKL. Saya minta KPKT juga membantu. Kita perlukan Rancangan Kawasan Khas untuk Kampung Sungai Pencala dan kawasan hijau di belakang Jalan Kiara 5 dan Jalan Kiara 7. Saya minta KPKT kalau boleh, mulakan perbincangan dan langkah untuk mewujudkan rancangan kawasan khas untuk dua tempat ini. Terima kasih.
Okey Yang Berhormat Segambut. Yang Berhormat Kuala Krai. Silakan.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Saya ingin menyentuh maksud P.43 Butiran 40000 – Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Saya ingin bertanya ataupun menyebutkan di sini ialah berkaitan dengan isu di Kuala Krai terdapat sebuah projek perumahan terbengkalai. Semenjak 1999 lagi, projek ini di Taman Keroh, Kuala Krai di bawah syarikat Chian Chuan Development Sdn Bhd telah terbengkalai dan diambil alih oleh pihak SPNB pada 1 November 2002. Saya ingin menanyakan apakah status terkini projek ini yang telah diambil oleh SPNB. Apakah nasib pembeli rumah yang terbengkalai? Sedangkan sebahagiannya masih terpaksa membayar pinjaman rumah tersebut.
Apakah langkah yang diambil oleh SPNB untuk menyelesaikan masalah rumah yang terbengkalai ini pada masa hadapan? Apakah tindakan tegas yang telah diambil terhadap syarikat-syarikat yang tidak menyelesaikan projek perumahan yang dibina? Tuan Pengerusi, Maksud P.43, Butiran 31000 – Perolehan Kenderaan/ Helikopter dan Kelengkapan Bomba. Saya ingin mengucapkan tahniah atas kenaikan peruntukan untuk butiran ini. Balai Bomba Dabong memerlukan kenderaan pelbagai guna yang baharu kerana kenderaan yang ada sekarang sudah terlalu uzur dan lama. Saya difahamkan ia telah berusia lebih 20 tahun dan kerap kali dibaiki. Ini tentunya akan menyukarkan usaha menyelamat, terutama di kawasan Dabong yang luas dan berbukit bukau. Ketidakcukupan anggota tetap juga menjadi masalah di Balai Bomba Dabong, hanya seramai 20 orang termasuk anggota pegawai bomba bantuan. Oleh itu, saya memohon penambahan anggota untuk memenuhi keperluan di Balai Bomba dan Penyelamat Dabong. Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyentuh Butiran 02101 – Pembangunan Taman Awam. Di Kuala Krai, ada sebuah tasik yang dikenali dengan Taman Tasik Krai merupakan sebuah taman awam yang mengelilingi dua buah tasik di Bandar Kuala Krai. Tasik ini menjadi tumpuan masyarakat setempat untuk berehat, berjoging dan bersiar- siar.
Saya memohon taman ini dinaikkan taraf dan ditambah infrastruktur kerana kemudahan yang sedia ada seperti trek joging, alat rekreasi, kerusi rehat serta buaian dan permainan kanak-kanak yang telah banyak rosak dan uzur terutama selepas banjir pada tahun 2014. Saya juga ingin memohon agar taman ini dilengkapi dengan lampu hiasan pada waktu malam serta penyelenggaraan tasik agar ia sentiasa bersih dan tidak tercemar. Saya yakin taman ini akan menjadi tumpuan kepada penduduk setempat untuk beriadah dan berehat terutama pada hujung minggu. Tuan Pengerusi, Butiran 02102 – Pembangunan Landskap. Saya juga ingin memohon penambahbaikan dan naik taraf landskap Taman Cintawangsa di Kuala Krai. Selain itu, saya juga berharap taman-taman awam dan taman permainan akan turut mendapat limpahan daripada pertambahan peruntukan pada butiran ini. Di Kuala Krai, banyak taman awam dan juga taman permainan yang perlukan kepada perhatian pihak kementerian. Saya bersedia untuk menyerahkan senarai kepada Yang Berhormat Menteri untuk pertimbangan segera. Tuan Pengerusi, Maksud B.43, Butiran 020100 – Kerajaan Tempatan. Saya ingin menyentuh berkaitan pemusatan kuasa, lantikan di pihak berkuasa tempatan (PBT). Terdapat beberapa isu berkaitan lantikan ini antaranya ialah: (i) peluang kenaikan pangkat yang terhad; (ii) pertukaran yang terhad antara bahagian dalam PBT sahaja; (iii) tindakan tatatertib ke atas kakitangan terdedah kepada pilih kasih dan juga penyelewengan; dan (iv) motivasi kerja yang tidak meningkat kerana persekitaran yang sama. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, adakah pihak kementerian bersedia ataupun mempunyai cadangan untuk menyelesaikan masalah ini secara menyeluruh sama ada dengan menubuhkan Suruhanjaya Pihak Berkuasa Tempatan ataupun apa-apa mekanisme lain. Mungkin skop Suruhanjaya Pihak Berkuasa Tempatan ini mestilah meliputi pelantikan jawatan, pengesahan jawatan, perkhidmatan tetap dan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran, tatatertib dan penamatan perkhidmatan. Suruhanjaya, jika ingin ditubuh ataupun mana-mana mekanisme termasuk suruhanjaya ini memerlukan pindaan kepada Akta Kerajaan Tempatan melibatkan senarai jawatan, kuasa pihak berkuasa tempatan dan lain-lain isu berkaitan. Terakhir Tuan Pengerusi, ialah Butiran 30000 – Pembinaan Bangunan JBPM di Semenanjung Malaysia. Dengan kenaikan daripada RM36 juta lebih kepada RM57 juta. Saya ingin bertanya, apakah pihak kementerian mempunyai perancangan untuk membina sebuah balai bomba di Laloh. Balai bomba ini adalah satu keperluan yang sangat mendesak untuk penduduk di kawasan Laloh dan juga Manek Urai. Memandangkan jarak balai bomba yang paling hampir ialah di Bandar Kuala Krai, iaitu lebih kurang sejauh 30 kilometer. Itu sahaja Tuan Pengerusi, semoga mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak kementerian. Assalamualaikum.
Waalaikumusalam, terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai.
Terima kasih Tuan Pengerusi, Saya ingin sentuh perkara pertama Butiran 040900 – Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT). Saya menyambut baik keputusan kerajaan yang menerima cadangan Pakatan Harapan untuk hapuskan peruntukan Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) secara keseluruhan. Keputusan kerajaan adalah keputusan yang tepat sebab wang yang dibelanjakan dalam belanjawan ini adalah wang rakyat. Kita perlu memastikan setiap sen yang
digunakan akan membawa manfaat kepada rakyat. PeKT ini jelas merupakan perkakas politik yang telah disalah gunakan untuk menjaga kepentingan mantan Menteri. Dengan ini, saya menyeru supaya wang RM8.6 juta ini jangan terus dihapuskan sebegitu tetapi pindahkan kepada agensi kerajaan yang lebih penting seperti bomba dan penyelamat supaya mereka dapat melengkapkan kelengkapan mereka. Perkara kedua yang ingin saya sentuh adalah, saya ingin minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri tentang penurunan Peruntukan Mengurus dan peningkatan Peruntukan Pembangunan yang begitu ketara dalam belanjawan KPKT 2022. Saya ambil contoh Peruntukan Mengurus telah menurun sebanyak 45 peratus dari RM3.23 bilion kepada RM1.78 bilion. Peruntukan Pembangunan pula meningkat secara mendadak kepada 63 peratus daripada RM2.14 bilion kepada RM3.48 bilion. Pada tahun ini, saya difahamkan bahawa KPKT telah diminta untuk membuat klasifikasi semula dan Peruntukan Mengurus sebanyak RM1.422 bilion, Peruntukan Mengurus diklasifikasikan semula sebagai Peruntukan Pembangunan. Saya ingin tanya, apakah sebab pengklasifikasian semula ini dan adakah ini merupakan sebahagian daripada creative accounting. Saya bagi contoh Butiran 00500 – Pengurusan Sisa Pepejal. Terdapat satu lonjakan yang begitu besar dari RM72 juta kepada RM1.5 bilion. Adakah ini juga sebahagian daripada creative accounting. Ini adalah soalan yang saya ingin tujukan kepada Menteri. Perkara ketiga yang saya ingin sentuh adalah Butiran 030500 – Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA). Saya ingin tanya kenapa peruntukan PR1MA ini dari RM20 juta diturunkan sangat drastik kepada kosong. Apakah sebabnya penurunan ini? Sebelum ini 32 projek PRIMA telah dibatalkan. Daripada 32 projek itu, 17 projek sudah diberi pampasan sebanyak RM172 juta. Ada 15 projek lagi yang sedang dalam proses rundingan. Apakah rasionalnya kerajaan memotong peruntukan PR1MA pada waktu ini? Di mana ada 15 projek lagi yang terbatal yang masih dalam rundingan pampasan itu. Adakah sebab pemotongan peruntukan PR1MA ini, saya juga mendapati bahawa sasaran peratusan rumah mampu milik yang disediakan oleh kementerian telah dikurangkan dari 29 peratus pada tahun 2021 kepada 10 peratus pada tahun depan. Inilah soalan yang saya ingin tanya. Soalan yang keempat, Butiran 02101 – Pembangunan Taman Awam, Butiran 02102 – Pembangunan Landskap, Butiran 02104 – Penyelidikan dan Pemuliharaan Landskap hingga Butiran 02105 – Pengurusan Landskap, Landskap Negara. Landskap Negara saya dapati bahawa pada dalam Belanjawan 2022 ini satu lonjakan yang amat ketara iaitu dari RM41 juta kepada 2021 kepada RM86 juta lebih daripada seratus peratus lonjakan itu. Saya hendak tanya, dalam era pasca COVID-19 ini bagaimana penambahan peruntukan di Landskap Negara ini boleh membantu negara kita dalam keadaan ini. Saya rasa kementerian patut banyakan pembinaan perumahan, banyakan pelaburan dalam agensi-agensi penting, barisan hadapan seperti bomba dan penyelamat. Akan tetapi, bukan banyak kan peruntukan dalam Landskap Negara. Perkara terakhir yang saya ingin sentuh adalah Butiran 00100 – Projek Kecil di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. Pada tahun 2020 itu, projek-projek kecil hanya berjumlah RM27 juta. Pada tahun 2021, sebanyak satu lonjakan besar sebanyak RM347 juta iaitu 11 kali ganda. Tahun depan pula, ada satu lagi lonjakan daripada RM347 juta kepada RM431 juta iaitu lonjakan sebanyak 24 peratus. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Jawatankuasa]
Saya hendak tanya, apakah ini juga satu susunan semula kategori ataupun betulnya ada peningkatan peruntukan projek-projek kecil. Kalau ini adalah peningkatan yang betul, minta kementerian nyatakan kenapa ada peningkatan yang begitu ketara. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Malim. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Jerai.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk menyertai sesi perbahasan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Pertama, Perkara B.43 Butiran 030100 – Bomba dan Penyelamat. Pertambahan anggota bomba sangat diperlukan terutama pada musim pandemik COVID-19 ini. Hal ini kerana mereka merupakan antara barisan hadapan bertugas menjalankan sanitasi di bangunan-bangunan yang berisiko. Keadaan ini merupakan kerja tambah buat mereka sedangkan sebelum ini mereka hanya terdedah kepada misi bantuan dan menyelamat sahaja. Selain itu, apabila berlaku musibah besar, kekurangan anggota menyebabkan kesukaran berlaku sebagai contoh musibah kepala air yang berlaku di Yan pada 18 Ogos 2021 yang lalu. Anggota di balai sekitar Parlimen Jerai tidak mencukupi sehinggakan kita perlukan bantuan anggota balai luar. Kedua, dalam butiran yang sama. Saya suka untuk memohon agar kesemua anggota bomba bantuan diserap ke perjawatan tetap bagi melayakkan mereka menerima pencen sekiranya tamat berkhidmat nanti dan dapat mengurangkan kos untuk merekrut anggota baru kerana anggota bomba bantuan ini semua sudah terlatih dan terdedah dengan misi bantuan dan menyelamat. Ketiga, dalam butiran yang sama. Di Jerai, terdapat enam pertubuhan bomba sukarela. Kerajaan telah membantu pertubuhan ini dengan memberikan bantuan wang tunai sebanyak RM1,500 setahun. Dengan jumlah berkenaan, sudah pasti tidak mencukupi dan ia menuntut pertubuhan ini untuk menggunakan duit saku sendiri. Saya sangat berharap sekiranya pihak kementerian menilai permohonan saya untuk mencadangkan kenaikan peruntukan tahunan buat pertubuhan bomba sukarela ini. Saya sangat berharap agar pihak kerajaan mempertimbangkan cadangan ini memandangkan anggota sukarela ini sangat banyak membantu musibah dalam komuniti. Perkara kedua, B.43 Butiran 32000 – Penyelenggaraan Bangunan dan Jentera Bomba. Di Kedah, jumlah penduduk seramai 2,192,800 orang, manakala di Perak seramai 2,510,200. Namun begitu, perbezaan yang ketara ini dapat dilihat daripada segi kewujudan balai bomba. Di Kedah hanya terdapat 19 buah balai bomba manakala di Perak terdapat 34 buah balai bomba yang beroperasi. Soalan saya, apakah kriteria yang diambil kira bagi mewujudkan sebuah balai bomba di sesuatu lokasi? Pihak kementerian juga perlu mengkaji semula pembekalan jentera yang sesuai dengan mengikut kawasan risiko sesuatu tempat. Terdapat balai yang mempunyai jentera yang besar dan tidak boleh mengakses ke sesuatu lokasi, terutama ke kawasan penduduk yang jalannya sempit dan tidak kukuh untuk dilalui jentera berat. Seterusnya P.43 Butiran 01513 – Program Perumahan Rakyat. Baru-baru ini di akhbar tempatan kecoh berkaitan projek perumahan mampu milik yang tidak terjual. Adakah RM200,000 hingga ke RM500,000 boleh dikira sebagai rumah mampu milik? Kita sedia maklum purata gaji rakyat Malaysia sama ada graduan ataupun tidak di bawah RM4000 sebulan. Adakah logik untuk bank meluluskan pinjaman jika harga rumah mampu milik ini berada dalam lingkungan RM200,000 hingga ke RM500,000? Jika ya sekalipun, ia adalah di paras cukup-cukup, tanpa ada lebihan.
Jadi, kita mencadangkan supaya kementerian meletakkan harga siling untuk kategori rumah mampu milik supaya dapat mengawal pemaju daripada menjual rumah ini dengan harga yang terlalu tinggi kepada rakyat. Kerajaan juga perlu lebih tegas kepada pemaju dan institusi perbankan dalam meluluskan permohonan pembeli supaya golongan yang benar-benar layak sahaja yang dapat membeli rumah mampu milik ini. Jika dilihat senario sekarang, kebanyakan yang bergaji RM5,000 ke atas mula membeli rumah mampu milik dan seterusnya menyewakan kepada golongan yang bergaji rendah. Jadi, bayaran bulanan mereka dibayar oleh penyewa dan penyewa tetap tidak dapat membeli rumah berkenaan. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Sekarang saya jemput Tampin.
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Pengerusi. Tampin merujuk kepada B.43, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan merujuk kepada Butiran 030000 – Komuniti Bandar Mampan di mana perbelanjaannya meningkat daripada RM979.2 juta kepada RM998.2 juta. Apakah peruntukan yang diberikan ini mencukupi sedangkan isu yang berkaitan untuk membangunkan komuniti bandar mampan suatu yang amat penting dan memastikan kelestarian dan stabiliti bandar dan perbandaran amat wajar. Butiran 030100 – Bomba dan Penyelamat. Peruntukan yang diberikan ialah RM901.4 juta kepada RM930.9 juta dan Butiran 30000 – Pembinaan Bangunan JBPM di Semenanjung Malaysia meningkat daripada RM36.2 juta kepada RM57.1 juta. Dengan peruntukan yang sedikit peningkatan itu, apakah jumlah balai bomba yang terdapat di negara ini telah mencapai nisbah kapasiti standard perkhidmatan bomba dan masyarakat yang telah dirangka 1:10,000 penduduk. Apakah kelengkapan yang dimiliki oleh JBPM di negara ini telah memenuhi standard ataupun piawaian yang ditetapkan oleh peringkat antarabangsa? Saya ingin juga bertanya, apakah semua balai bomba di daerah telah diubahsuai atau di-upgrade dengan izin dalam pelbagai aspek. Kalau belum, apakah kerajaan ada rancangan untuk menaik taraf semua balai bomba mengikut keupayaan setiap balai bomba mengikut keperluan, perkembangan kawasan dan juga penduduk. Saya berharap kerajaan dapat mempertimbangkan untuk menaik taraf Balai Bomba Daerah Tampin yang sudah lama tidak lagi sesuai mengikut standard balai bomba peringkat daerah. Butiran 01513 – Program Perumahan Rakyat di mana peruntukan meningkat daripada RM270.4 juta kepada RM394.1 juta. Ini bermakna keperluan rakyat kepada perumahan adalah serius. Kerajaan telah merangka Dasar Perumahan Negara 2018- 2028. Dalam tempoh tersebut, kerajaan telah meletakkan sasaran satu juta rumah mampu milik. Apakah kerajaan meneruskan dasar tersebut? Apakah strategi kerajaan untuk mencapai sasaran? Apakah kerajaan mampu mencapai hasrat tersebut? Saya juga ingin bertanya, berapa jumlah rumah rakyat yang akan dibina pada tahun 2022 dan berapakah rumah yang telah dirancang tahun 2021 atau sebelumnya tidak dapat dilaksanakan? Berapa jumlah yang telah dilaksanakan tetapi belum selesai dibina ataupun terbengkalai. Apakah strategi kerajaan dalam meningkatkan akses golongan B40 dan M40 telah dan boleh memiliki rumah mampu milik? Apakah kerajaan bersedia menimbangkan untuk membina rumah mampu milik di Daerah Tampin kerana Parlimen Tampin amat memerlukan kawasan perumahan dalam meningkatkan akses golongan B40 dan M40 memiliki rumah tersebut. Seterusnya Tuan Pengerusi, Butiran 030600 – Kesejahteraan Komuniti di mana peruntukan meningkat daripada RM8.2 juta kepada RM10.5 juta. Kita sedia maklum satu aspek yang penting dalam memastikan kesejahteraan komuniti adalah jaminan keselamatan. CCTV adalah pendekatan yang baik dalam memastikan keselamatan warga sentiasa diperhati dan terkawal. Justeru itu, apakah ada rancangan yang komprehensif kerajaan dalam memastikan pemasangan CCTV di tempat-tempat strategik ataupun zon- zon yang banyak berlakunya jenayah atau di tempat-tempat yang sesuai dalam memastikan keselamatan warga dapat dijaga.
Butiran 04000 – Program Pembasmian Kemiskinan Bandar. Peruntukan meningkat daripada RM36 juta kepada RM57.6 juta. Tujuan program ini adalah untuk mengurangkan beban tanggungan keluarga miskin bandar untuk meningkatkan keupayaan dan kualiti hidup keluarga bandar. Apakah aktiviti yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam memastikan kemiskinan bandar dapat diatasi? Bagaimana ia dilaksanakan dan sejauh mana program pembasmian kemiskinan bandar ini telah mencapai sasarannya? Program ini telah lama dilaksanakan. Cuma saya ingin bertanya, berapa peratus pencapaiannya dan apakah kerajaan mempunyai maklumat terperinci jumlah penduduk bandar yang termasuk dalam kategori miskin. Apakah prasarana yang disediakan oleh kerajaan...
Minta rumuskan Yang Berhormat.
...bagi membantu masyarakat bandar lepas daripada pagar kemiskinan? Apakah ia nya termasuk menyediakan ruang-ruang perniagaan? Akhirnya, saya memohon dan saya berharap supaya kerajaan dapat membaik pulih atau naik taraf pasar basah di Pekan Gemas yang telah lama dan perlu dipertingkatkan dalam perbelanjaan tahun 2022 agar peniaga pasar basah dapat meningkatkan pendapatan mereka. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Beaufort.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Bismillahi Rahmani Rahim. Saya terus kepada Butiran 030200 – Perumahan Negara dan Butiran 04000 – Program Basmi Kemiskinan Bandar. Apakah perancangan kementerian dalam mengatasi isu rumah setinggan ini yang didirikan di atas air ataupun di lereng bukit seperti di Kota Kinabalu yang terdedah kepada bencana setiap masa? Adakah kementerian bercadang untuk menambah peruntukan bagi membina rumah PPR sebagai kemudahan kepada rakyat yang memerlukan dan duduk di bandar dan kurang mampu? Apakah program-program baharu basmi kemiskinan yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan dengan peruntukan yang disediakan ini? Saya ingin tahu, apakah program dalam klasifikasi mengurangkan beban tanggungan keluarga. Saya ingin diberikan perincian tentang program-program ini untuk melihat bagaimana ia berkesan benar-benar untuk mengurangkan beban tanggungan keluarga? Butiran 01513 – Program Perumahan Rakyat. Saya ingin tahu, bilakah PPR Selagon, Beaufort yang melibatkan 67 unit rumah teres dapat disiapkan dan dapat didiami oleh penghuninya akan datang? Mohon juga saya supaya kementerian dapat memberikan pertimbangan agar PPR Selagon ini dapat dijadikan rumah rent-to-own di mana perkara ini akan lebih bermanfaat untuk rakyat yang memerlukan rumah yang akan jadi milik mereka. Saya cadangkan juga agar perancangan awal untuk membina 300 unit rumah PPR di Selagon diteruskan bagi memenuhi keperluan rumah untuk setinggan yang telah dikenal pasti di Bandar Beaufort. Butiran 40000 – SPNB. Program Rumah Mesra Rakyat telah membantu keluarga berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri yang agak selesa di seluruh negara. Setakat ini berapa banyak kah rumah mesra rakyat di bawah SPNB yang sudah dibina di Sabah dan juga dalam kawasan Parlimen Beaufort itu sendiri? Berapa permohonan yang tertunggak? Bilakah pembinaan boleh dimulakan semula?
Saya mencadangkan kepada kementerian untuk menambah peruntukan rumah mesra rakyat (RMR) ini kerana ia amat diperlukan oleh penduduk kampung yang berpendapatan rendah dan yang layak untuk membuat rumah mereka sendiri tetapi mereka ini tidak mempunyai kewangan yang mencukupi tetapi dengan pembayaran yang mesra kepada rakyat itu maka mereka akan dapat memiliki rumah sendiri. Seterusnya Butiran 020200 – Pengurusan Sisa Pepejal. Saya ingin bertanya kepada kementerian apa terjadi kepada rancangan sanitary landfill yang sepatutnya dibina di Beaufort untuk menyelesaikan masalah landfill yang ada sekarang ini yang sebenarnya tidak selesa kepada rakyat yang mana kedudukannya ialah lokasinya adalah terlalu dekat dengan kawasan penduduk rakyat. Saya kasihan kepada penduduk Kampung Muhibah yang pada masa ini adalah amat terkesan disebabkan oleh dumping area yang amat tidak selesa untuk mereka dan menyebabkan bau dan boleh menimbulkan mendatangkan penyakit kepada mereka. Ini sudah lama sebenarnya dibincangkan, sudah lama diputuskan untuk dibina sebuah sanitary landfill yang baharu untuk Daerah Beaufort dan daerah-daerah berdekatan. Akan tetapi, sehingga kini masih lagi belum selesai dilaksanakan. Oleh kerana itulah saya ingin bertanya kepada kementerian bilakah akan dilaksanakan? Yang Berhormat Menteri sendiri yang sebelum ini pun sudah datang melawat dan memberitahu saya bahawa perkara ini akan dilaksanakan. Namun sehingga kini, masih lagi belum terlaksana dan amat sedih sekali kerana terlalu dekat dengan perumahan dan orang kampung akan tercium bau yang amat teruk sekali. Oleh sebab itu, saya minta supaya perkara ini diberikan perhatian dan dapat cepat dilaksanakan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Ipoh Timur.
Terima kasih Tuan Pengerusi. saya rujuk kepada Butiran 00500 – Pengurusan Sisa Pepejal Negara. Saya nampak ada satu peruntukan telah pun ditambah dari RM72 juta ke suatu angka RM1.55 bilion. Saya meminta supaya pihak kementerian boleh menjelaskan rasional di belakang penambahan sebanyak 20 kali ganda ini. Kita sekian maklum bahawa Akta Pengurusan Sisa Pepejal 2007 berhasrat untuk menyediakan sistem pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang lestari, bersepadu, cekap dan berkesan dan dengan kos yang efektif. Namun, soalan yang saya hendak bangkitkan di sini adalah apakah usaha kitar semula yang telah pun dilaksanakan oleh kerajaan sejak tahun 2018 kerana kita tidak nampak langsung sejak tahun 2007 kerana kita tidak nampak langsung ada usaha untuk mempromosikan usaha kitar semula di negara kita. Saya juga hendak membangkitkan bahawa pada tahun 2019, mantan Menteri telah pun mengumumkan berkenaan dengan Projek Waste-to-Energy dan saya hendak tanya, apakah status projek tersebut? Isu kedua yang saya ingin sentuh adalah isu Butiran 040900 – Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) yang mana ia telah pun diumumkan pada hari ini bahawa peruntukan PeKT ini akan dibatalkan tetapi bagi saya ia tidak seharusnya berhenti di situ sahaja dan kita hendak tahu bahawa sama ada portfolio ini akan dipindah ke mana-mana kementerian mengikuti mantan Menteri KPKT. Kita sedia maklum bahawa PeKT ini merupakan bayi kesayangan mantan Menteri KPKT dan ia merupakan sesuatu yang tidak harus dilaksanakan dari hari pertama. Kita hendak tahu, siapakah yang telah pun mendapat manfaat dalam peruntukan sejumlah lebih daripada RM8.6 juta bagi tahun 2021? Siapa yang dibayar gaji? Siapa yang digaji? Apakah program yang dilaksanakan? Kenapa wujudnya PeKT? Sebab kenapa kegagalan ia dan motif politik di belakangnya. Dengan kegagalan PeKT ini, saya mendesak supaya pihak kementerian melaksanakan audit ataupun siasatan dalaman terhadap siapa yang harus memikul tanggungjawab
berkenaan dengan jumlah berkenaan dengan penubuhan PeKT ini yang telah pun memakan satu anggaran sebanyak RM8.6 juta pada tahun 2021? Ketiga, adalah berkenaan dengan Butiran 020100 – Kerajaan Tempatan. Saya telah meneliti satu sekular dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia baru-baru ini yang berkenaan dengan penguatkuasaan pelesenan ke atas penjualan liquor secara runcit yang dihidangkan di restoran dan kedai kopi di seluruh negara. Ini merupakan satu perkara yang amat mengejutkan dan saya tidak faham kenapa setiap kali apabila kita bincang berkenaan dengan isu liquor ini adalah keputusan-keputusan ataupun polisi-polisi baharu daripada kerajaan yang cuba untuk membebankan rakyat. Pengecualian untuk lesen ini telah pun diberikan sejak tahun 1993 lagi iaitu lebih kurang 20 tahun sebelum ini dan kenapakah ia ditarik balik dalam masa pandemik ini? Pagi tadi kita telah mendengar bahawa Yang Berhormat Menteri Kewangan ada menjawab lesen fee adalah sebanyak RM1,300 lebih dan ini akan menambah ke atas beban dan juga birokrasi yang akan dihadapi oleh pihak restoran dan juga kedai kopi. Kita seharusnya memahami bahawa kedai-kedai kopi sekarang barulah pick up dengan izin perniagaan mereka selepas suatu tempoh masa no dine-in yang amat panjang dan janganlah sekali skala menindas rakyat dalam masa susah. Bagi kerajaan tempatan, saya menyeru bahawa pihak kementerian dan kerajaan tempatan boleh mengambil satu pendirian untuk tidak menguatkuasakan penarikan pengecualian ini. Satu lagi adalah berkenaan dengan Butiran 020500 - Pembangunan Kampung Baru. Saya hendak bertanya bahawa di manakah portfolio ini sekarang? Sebelum ini kita dimaklumkan bahawa portfolio ini akan dipindah kepada Kementerian Perpaduan. Saya hendak bangkitkan satu isu di sini yang mana di kawasan saya iaitu di Kampung Baru Pasir Pinji pada tahun 2019 pernah diluluskan. Yang Berhormat Menteri telah pun meluluskan suatu projek pembinaan semula Pasar Pasir Pinji.
Akan tetapi apa yang terjadi, selepas kerajaan bertukar, maka projek ini telah pun tidak diteruskan. Saya hendak bertanya, berapakah perbelanjaan yang telah pun digunakan sepanjang ini. Saya memohon supaya projek ini dapat diteruskan semula kerana pada pagi tadi sahaja, saya menerima panggilan daripada ADUN saya di kawasan Pasir Pinji iaitu beliau meminta supaya sama ada saya boleh keluarkan daripada peruntukan saya RM150,000 untuk pembinaan ataupun pembaikan longkang (drainage) di Pasar Pasir Pinji. Sekiranya kita boleh mengadakan atau meneruskan projek yang dicadangkan pada tahun 2019 ini, maka kesemua ini boleh dijimatkan dan kesemua masalah boleh diselesaikan dengan segera. Sekian daripada saya, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Libaran.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya ingin menyentuh perkara di bawah Maksud Pembangunan 43 di bawah Butiran 01513 – Program Perumahan Rakyat dan Butiran 01604 – Pemulihan dan Penyelenggaraan. Menjadi harapan kepada kerajaan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik dan kurang berkemampuan untuk memiliki tempat tinggal yang selesa. Di samping itu, pembangunan perumahan perlu disediakan kemudahan awam yang lengkap berserta kemudahan taman rekreasi yang bermutu. Oleh hal yang demikian, persekitaran PPR yang selamat, sihat dan sejahtera adalah penting untuk menjamin kesejahteraan penghuni-penghuni. Justeru, saya ingin menarik perhatian Kerajaan Persekutuan supaya mempertimbangkan peruntukan untuk kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan di PPR iaitu PPR Taman Gum-Gum Jaya Batu 16, PPR Taman Murni serta PPR Sungai Manila. Saya ingin bertanya kepada Kerajaan Pusat, Kerajaan Persekutuan. Berapakah
peruntukan bagi kerja-kerja pembaikan dan kerja-kerja penyelenggaraan bangunan PPR di kawasan Libaran? Kedua ialah adakah rancangan kerajaan terutama sekali KPKT untuk menambah bangunan PPR kerana masih lagi ramai rakyat belum mempunyai rumah sendiri? Sementara ini saya difahamkan, masih menyewa dan masih tinggal di rumah keluarga. Hal yang seterusnya saya ingin bangkitkan di Dewan yang mulia ini adalah berkaitan dengan PPR Taman Batu Putih. Selepas hampir dua tahun negara kita dilanda pandemik COVID-19, PPR Taman Batu Putih ini telah dijadikan sebagai pusat kuarantin. Dekat dua tahun beroperasi. Persoalan yang saya ingin kemukakan di sini ialah bilakah pemohon-pemohon yang layak dapat menghuni di PPR Taman Batu Putih ini dapat dimaklumkan kepada mereka siapa yang layak untuk diterima masuk dalam unit-unit PPR Taman Batu Putih ini. Saya harap kementerian ataupun agensi-agensi kerajaan yang terlibat dapat memberikan maklumat serta status terkini PPR di Taman Batu Putih ini. Demikian dimaklumkan juga bahawa kerajaan adalah menyediakan fasa-fasa pembangunan untuk PPR Taman Batu Putih. Saya ingin bertanya bahawa sekarang PPR Taman Batu Putih ini terletak di fasa ke berapa serta minta kerajaan supaya dapat menyenaraikan skop-skop kerja untuk fasa-fasa yang terlibat. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Pasir Gudang.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Pengerusi, saya merujuk P.43 Butiran 40000 – SPNB iaitu Syarikat Perumahan Negara Berhad. Saya mohon Yang Berhormat Menteri menjelaskan lebih lanjut tentang peruntukan kewangan kepada SPNB dalam buku Anggaran Belanjawan Tahun 2022 sebanyak RM315 juta. SPNB sebagai syarikat milik kerajaan, bolehkah Yang Berhormat Menteri terangkan bagaimanakah pencapaiannya? Saya berharap SPNB boleh menjadi syarikat perumahan yang utama di negara kita. Saya mohon pencerahan daripada pihak kementerian. Berapa banyak projek perumahan di 222 kawasan Parlimen di seluruh negara yang dibangunkan oleh SPNB dalam lima tahun yang lalu iaitu Rancangan Malaysia Kesebelas 1995-2020? Seterusnya Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya, ada berapakah banyak projek SPNB yang sakit di seluruh negara? Bolehkah jelaskan mengapa ada projek SPNB yang sakit atau masih terbengkalai? Berkaitan dengan SPNB, izinkan saya menyentuh isu di kawasan saya Parlimen Pasir Gudang. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada SPNB yang telah membangunkan satu projek perumahan di Parlimen Pasir Gudang iaitu Taman Seri Molek Perdana. Malangnya projek SPNB ini yang mula dibangunkan lapan tahun yang lalu sepatutnya siap pada tahun 2013, tetapi hingga sekarang 2021 iaitu selama lapan tahun, masih belum siap sampai ke hari ini. Walau bagaimanapun, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih khususnya kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Yang Berhormat Menteri Kepala Batas yang telah campur tangan sebaik sahaja saya mengadu kepada beliau tentang projek perumahan SPNB di Taman Seri Molek Perdana yang tidak siap-siap itu. Pada minggu lepas, saya telah menerima sepucuk surat rasmi daripada Yang Berhormat Menteri KPKT bertarikh 15 November 2021. Yang Berhormat Menteri memaklumkan projek perumahan di Taman Seri Molek Perdana iaitu satu-satunya projek SPNB di Parlimen Pasir Gudang telah siap sebanyak 98.21 peratus. Maknanya sudah hampir hendak siap itu. Alhamdulillah, saya mengucapkan syukur kepada Allah SWT. Ramai pembelinya iaitu lebih 700 orang, tentu
akan gembira apabila Blok A, B dan C dalam surat Menteri itu akan siap pada Disember tahun ini. Ertinya, mereka boleh dapat sijil CCC itu sudah boleh menduduki. Ada dua blok lagi iaitu Blok D dan E dijangka siap pada Mac 2021. Saya berharap pihak kementerian mungkin dapat membantu supaya dipercepatkan lagi. Jadi, di sini Tuan Pengerusi iaitu saya melihat bahawa dalam butiran yang saya bahaskan ini, nampak ada kesungguhan daripada pihak kementerian khususnya Menteri dan Timbalan Menterinya yang dimaklumkan telah membentuk bilik perang (war room) untuk mengatasi masalah projek rumah terbengkalai sama ada projek di bawah seliaan kerajaan ataupun swasta. Ini satu perkara yang baik. Maknanya benda yang baik kalau patut dipuji, saya mohon memuji untuk makluman Dewan ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Gudang. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Tumpat, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Papar dan yang terakhir, Yang Berhormat Pokok Sena. Sila, Yang Berhormat Tumpat.
Terima kasih Tuan Pengerusi atas peluang perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Pertamanya, saya ingin menyentuh Butiran 030200 – Perumahan Negara. Saya meneliti dan mengikuti langkah kementerian untuk mengadakan satu akta khusus mengenai penyewaan perumahan yang dijangka akan dibentangkan pada tahun hadapan. Saya ingin bertanya, sejauh manakah aspek diskriminasi kepada penyewa ini akan ditekankan dengan penggubalan akta tersebut? Apakah tumpuan yang diberikan oleh akta berkenaan berhubung dengan perkara ini? Saya juga ingin mengetahui penjelasan lanjut daripada kementerian mengenai kajian cause and effect terhadap pelaksanaan Residential Tenancies Act 2010 New South Wales, Australia serta pengamalan akta yang hampir sama di beberapa negara lain seperti Australia dan UK yang menjadi rujukan kepada pihak kementerian. Selain itu, saya juga ingin bertanya mengenai konsultasi dengan kerajaan negeri di bawah Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT). Apakah pendirian yang diutarakan oleh setiap kerajaan negeri terhadap cadangan penggubalan akta ini? Masih di bawah butiran yang sama, saya ingin menyentuh tentang lambakan rumah mewah yang tidak terjual pada ketika ini. Saya pernah bangkitkan pandangan dan cadangan pembekuan pembinaan rumah-rumah mewah sebelum ini bagi mengatasi isu lambakan unit yang tidak terjual sambil menumpukan kepada perumahan mampu milik. Dalam hal ini, saya ingin mengetahui berapa banyak projek perumahan rumah mewah yang melalui kajian feasibility study bagi permohonan kebenaran merancang dan berapa banyak yang telah ditolak berdasarkan kajian tersebut atas faktor permintaan yang rendah. Sejauh manakah kajian susulan seperti cost-benefit analysis atau social impact analysis dilakukan bagi projek perumahan mewah dilaksanakan bagi mendapatkan keputusan yang lebih menyeluruh terhadap satu-satu projek perumahan mewah? Saya juga ingin mengetahui sejauh mana Skim Jaminan Kredit Perumahan akan dibuka kepada golongan yang bekerja sendiri selain daripada golongan pekerja ekonomi gig bagi memastikan pemilikan perumahan yang tinggi dalam kalangan rakyat. Saya berpandangan bahawa isu perumahan yang tidak mampu milik ini berpanjangan kerana tumpuan dasar kementerian yang kelihatan pro pemaju. Rumah yang dibina kebanyakannya berada pada paras RM300 ribu sedangkan tinjauan pendapatan isi rumah oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2019 menjelaskan bahawa harga perumahan maksimum yang mampu dicapai berdasarkan pendapatan isi rumah median iaitu sebanyak RM5,879 adalah sebanyak RM211,428 sahaja. Ini
berdasarkan pengiraan gandaan median 3.0 yang dilaksanakan bagi mengukur tahap kemampuan pemilikan harga rumah oleh rakyat Malaysia. Oleh itu, saya mohon penelitian kementerian terhadap perkara ini. Seterusnya Tuan Pengerusi, Butiran 030100 – Bomba dan Penyelamat. Saya ingin mengetahui, apakah ada inovasi yang dilaksanakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam menghadapi suasana penyelamatan secara norma baharu? Apakah perubahan terhadap prosedur penyelamatan selamat yang dilaksanakan memandangkan negara akan beralih ke fasa endemik kelak? Sebelum ini, terdapat kes anggota Balai Bomba dan Penyelamat Tawas yang diserang ketika sedang memadamkan kebakaran. Apakah ada siasatan yang dijalankan terhadap kes berkenaan serta langkah bagi mengelakkan insiden yang sama berulang pada masa akan datang? Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Papar.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Da jia hao... [Tidak jelas] Tuan Pengerusi, Maksud Bekalan 43 dan Maksud Pembangunan 43, bagi Kod 40000 – Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap dan Kod 30000 – Aset. Saya mohon penjelasan berkenaan dengan peruntukan keseluruhan bagi perbelanjaan di bawah butiran ini yang menunjukkan pengurangan kira-kira RM1.5 bilion. Kedua, mengapakah berlakunya pengurangan hampir separuh perbelanjaan bagi pemberian dan kenaan bayaran tetap di bawah perbelanjaan pembangunan dan berlaku pula peningkatan mendadak bagi pembelian aset sebanyak RM1.8 bilion? Saya mohon dua perkara ini dijelaskan serta diperincikan. B.43 bagi Butiran 030100 – Bomba dan Penyelamat dan P.43 bagi Butiran 30002 – Pembinaan Bangunan JBPM di Sabah. Saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana menaikkan peruntukan bagi Jabatan Bomba dan Penyelamat sebanyak RM30 juta di bawah OE dan peningkatan sebanyak RM50 juta di bawah DE. Peningkatan ini sememangnya perlu memandangkan jasa dan peranan mereka cukup besar kepada rakyat Malaysia dan rakyat Papar, khususnya. Mereka ini membuat bermacam-macam kerja, bukan sahaja memadam api. Tuan Pengerusi, peruntukan sebanyak RM15,900,000 bagi pembinaan bangunan JBPM di Sabah, saya mohon kerajaan menyatakan adakah terdapat perancangan untuk membina balai bomba kategori E di kawasan luar bandar dan pedalaman di Sabah, khususnya di Parlimen Papar kerana luasnya kawasan P.175 Papar yang perlu bomba pantau. Saya juga ingin tahu persediaan perkhidmatan logistik dan operasi penyelamat yang dirancang oleh JBPM di Sabah bagi menghadapi musim tengkujuh dan perubahan cuaca yang tidak menentu. Adakah aset-aset kakitangan mencukupi untuk kerja-kerja yang mencabar ini? Seterusnya, B.43 Butiran 030500 – Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA). Saya memohon penjelasan mengapakah tiada peruntukan bagi PR1MA pada tahun ini? Apakah masalahnya? Adakah rumah PR1MA tidak mendapat sambutan daripada rakyat Malaysia? Terdapat satu projek PR1MA di Parlimen Papar iaitu Kinarut South. Saya mohon status terkini projek ini dan bagaimanakah sambutannya? Maksud B.43 pada Butiran 04000 – Program Pembasmian Kemiskinan Bandar. Tuan Pengerusi, diperuntukkan sebanyak RM57,699,000 bagi tahun hadapan. Walaupun berlaku kenaikan berbanding tahun ini, yang menjadi persoalan kepada saya ialah apakah jenis dan bentuk-bentuk bantuan yang diberi? Bantuan ini melibatkan seluruh negara, bandar-bandar di setiap negeri dan wilayah di Malaysia.
Pandangan saya, jumlah ini tidak mencukupi oleh sebab setelah hampir dua tahun COVID-19 melanda, sudah pasti ramai daripada mereka yang dikategorikan sebagai miskin bandar ini meningkat disebabkan ramai yang tidak dapat mencari rezeki secara konsisten dan juga yang tidak bekerja. Saya juga ingin mendapatkan data daripada kerajaan, berapa ramai kah anak- anak Sabah yang bekerja di bandar-bandar di seluruh negara yang dikategorikan sebagai miskin bandar yang boleh dibantu di bawah peruntukan ini. Maksud P.43 pada Butiran 00100 – Projek Kecil di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. Peningkatannya agak besar iaitu sebanyak RM84 juta di bawah butiran ini. Pertama, saya ingin tahu senarai dan jenis projek-projek di bawah butiran ini. Apakah projek yang selalu dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan di Sabah? Kedua, melalui projek-projek ini, bagaimanakah kementerian dapat membantu dan memajukan PBT di Sabah, khususnya PBT di Papar dalam proses pembangunan fizikal dan sosioekonomi rakyat di Sabah serta meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat? Ketiga, saya mohon agar diberikan perhatian dan peruntukan bagi memperbaiki sistem perparitan dan longkang yang tidak sempurna di Parlimen Papar yang menjadi antara punca berlakunya kejadian banjir semakin teruk. Hal ini berlaku di pekan Kinarut, perumahan di sekitar pekan Papar yang mana parit-parit tidak diselenggarakan. Perumahan-perumahan di Kampung Kuala menghadapi masalah yang sama dan hampir kesemua perumahan di dalam selenggaraan PBT. Maksud B.43 pada Butiran 030200 – Perumahan Negara dan juga Butiran 01513 – Program Perumahan Rakyat.
Keseluruhan peruntukan pembangunan bagi perumahan negara telah meningkat sebanyak RM115 juta berbanding tahun 2021. Program Perumahan Rakyat telah meningkat dengan agak ketara iaitu RM123 juta. Pertama, saya ingin bertanya apakah definisi terkini rumah mampu milik yang diguna pakai oleh kerajaan pada ketika ini? Jangan rumah mampu lihat kerana rakyat berhadapan dengan kesusahan dan keperitan hidup. Kedua, sekiranya kerajaan akan menetapkan satu harga siling dan saiz rumah di bawah kategori rumah mampu milik, bagaimanakah kementerian dapat memastikan syarikat swasta dapat mengikuti sepenuhnya polisi tersebut? Adakah kerajaan akan memberi bantuan ataupun subsidi untuk bahan-bahan pembuatan rumah. Ketiga, saya ingin bertanya...
Sila rumuskan Yang Berhormat.
...berapakah anggaran rumah mampu milik yang akan dibina di seluruh negara dan Sabah khususnya pada tahun hadapan? Kerajaan juga merancang membina 500,000 buah rumah mampu milik seperti yang dinyatakan dalam RMKe-12. Apakah strategi atau blueprint kementerian bagi merealisasikan rancangan tersebut? Jangan cakap tak serupa bikin. Di samping kerajaan membantu rakyat...
Yang Berhormat, masa sudah tamat. Minta rumuskan.
Sedikit sahaja lagi.
Silakan. Silakan.
Di samping kerajaan membantu rakyat, khususnya golongan belia dan pembeli rumah pertama mendapatkan rumah, kerajaan harus memikirkan kaedah yang sesuai dalam memastikan kerenah birokrasi sama ada daripada peringkat kerajaan dan pihak bank dipermudahkan.
Terakhir Tuan Pengerusi, saya ingin kementerian menjelaskan, adakah terdapat perbincangan dengan Kerajaan Negeri Sabah bagi menjadikan rumah PPR sedia ada di Sabah ini di bawah skim Rumah Sewa Untuk Beli memandangkan skim ini tidak disediakan di Sabah. Mohon kementerian jelaskan cabaran yang dihadapi dan adakah skim ini boleh dilaksanakan di Sabah? Ini kerana ramai penghuni PPR yang sudah tinggal lama bertahun-tahun, bertanya kepada saya, kenapakah dan bilakah kemudahan ini dapat dilaksanakan? Di Sabah, keluhan-keluhan ini adalah daripada penghuni-penghuni di Taman Sri Sagindai, Kinarut, Papar. Saya mahu kerajaan juga memantau perbuatan-perbuatan sesetengah penyewa yang menyewakan kembali rumah mereka ini untuk keuntungan atas angin. Jadi, saya dengan ini berterima kasih dah Papar mengundur diri, empati sedikit bah, kemudahan yang diberi oleh kerajaan. Terima kasih.
Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Pokok Sena, pembahas yang terakhir.
Baik, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh B.43 Butiran 020100 – Kerajaan Tempatan. Saya hendak minta supaya pihak kementerian dapat membuat semakan ataupun check terhadap masalah kerajaan tempatan (PBT) ini. Ini kerana kita berhadapan dengan isu soal sistem saliran perparitan dalam kawasan PBT ini tersangat mundur ke belakang. Sudah tidak mampu untuk menampung pembangunan yang berlaku, projek perumahan industri yang naik begitu pesat. Ini menyebabkan kawasan-kawasan perumahan yang dahulunya, 20 tahun sehingga 30 tahun tidak pernah dinaiki air tetapi sekarang ini berhadapan dengan masalah. Jadi, kita minta supaya setiap PBT itu jangan menolak kepada JPS. JPS kata ini kawasan PBT sedangkan dalam PBT itu, semua agensi kerajaan itu berada dan mereka harus mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah ini khususnya untuk menyemak kembali Pelan Induk Sistem Saliran yang telah pun memakan masa puluhan tahun sedangkan kita telah berhadapan dengan projek pembangunan yang begitu banyak. Kemudian saya ingin menyentuh soal Butiran 030300 – Bahagian Kawalan Kredit Komuniti bersekali dengan P.43 Butiran 04000 – Program Pembasmian Kemiskinan Bandar kerana ini ada kaitan. Tuan Pengerusi, dalam tempoh PKP bermula dari tahun 2020, sehingga Jun ataupun Julai 2021, kita lihat syarikat pinjaman wang berlesen ataupun sekarang dikenali sebagai Kredit Komuniti ini yang dilesenkan di bawah KPKT atau kementerian ini telah mengeluarkan pinjaman berjumlah RM8.6 bilion. Maknanya pada saat kita berhadapan dengan pandemik COVID-19 ini. Jadi, ini satu jumlah yang sangat besar, menunjukkan betapa terdesaknya masyarakat dan rakyat kita sebab kredit komuniti ini ialah syarikat pinjaman wang berlesen yang cepat. Kita boleh dapat dalam tempoh 40 minit sehingga satu jam, satu jam setengah. Kita isi, kita masuk dan sebagainya, dia boleh dapat. Daripada RM500 sampai RM100,000 pinjaman yang boleh dibuat. Jadi saya hendak menunjukkan bahawa jumlah RM8.6 bilion ini satu benda yang sangat besar. Itu belum lagi pemegang pajak gadai (PPG) yang juga di bawah KPKT. Saya dimaklumkan bahawa dari tahun 2020 sehingga Julai 2021, nilai barang sandaran yang digadaikan di semua premis pemegang pajak gadai (PPG) bernilai RM12.1 bilion. Maknanya dengan pinjaman Kredit Komuniti tadi jumlahnya RM20.7 bilion. Rakyat meminjam secara mudah, terdesak kemudian rakyat terpaksa bergadai. Inilah pepatah Melayu kata, “bergolok-bergadai”. Mereka sanggup “bergolok-bergadai” untuk melangsungkan kehidupan. Sedangkan kalau kita lihat Bajet 2022 ini, kerajaan memperuntukkan hanya RM8.2 bilion untuk Bantuan Keluarga Malaysia. RM8.2 bilion sahaja Bantuan Keluarga Malaysia.
Kemudian, disebut dalam pembentangan Bajet 2022 ini, iaitu berkaitan dengan bantuan yang disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Secara keseluruhan, bantuan itu hanya RM2.4 bilion. Maknanya RM11 bilion. Sedangkan yang rakyat terpaksa “bergolok-bergadai” ini nilainya RM20.7 bilion. Ini gambaran menunjukkan bagaimana keadaan yang dihadapi oleh masyarakat dan rakyat dalam negara kita. Pertama kali saya hendak dapatkan penjelasan daripada pihak kerajaan, daripada jumlah gadaian tadi iaitu RM12.1 bilion gadaian itu, berapa yang telah pun ditebus balik? Berapa jumlah yang telah ditebus balik dan berapa yang telah dilelong? Sebab kita hendak ukur kemampuan dan keupayaan untuk rakyat ini menebus dan kemudian kita boleh lihat bahawa berapa pula yang rakyat tidak mampu hendak tebus balik maknanya terpaksa lelong kerana masalah kemiskinan yang sedang dihadapi. Oleh sebab itu saya lihat bahawa kemiskinan bandar ini, kredit komuniti dan pemegang pajak gadai ini kebanyakan dalam kawasan bandar. Sama ada bandar besar atau bandar-bandar kecil. Saya tunjuk contoh bagaimana kerajaan mengabaikan– sepatutnya saya sebut di dalam Kementerian Kesihatan tadi yang akhir, Tuan Pengerusi. Kerajaan mengabaikan satu lagi frontliner, yang sepatutnya diberi sedikit bantuan sara hidup mereka one-off yang tidak dipedulikan dan tidak didendangkan oleh kita semua. Kita beri kepada frontliner ini RM500 atau RM600 one-off dalam Bajet 2021, bukan bajet tahun hadapan. Akan tetapi kita abaikan kepada cleaner iaitu tukang cuci di hospital. Tukang cuci di hospital ini, khususnya mereka cleaner yang berada dan bekerja di wad COVID-19. Mereka ini terdedah kepada risiko untuk dijangkiti dan ada sebahagian mereka dijangkiti tetapi mereka tidak dapat kerana mereka bukan penjawat awam. Mereka ini bekerja dengan syarikat swasta, kontraktor. Sedangkan gaji mereka paling tinggi RM1,200 gaji minima tukang cuci. Mereka terpaksa mop, cuci tandas, mop lantai kemudian saya difahamkan apabila di mana sahaja laluan pesakit COVID-19 itu lalu, mereka kena ikut untuk spray ubat nyah kuman. Maknanya mereka sendiri pakai PPE sebab mereka terdedah kepada risiko tetapi kerajaan langsung tidak beri. Walaupun mereka bukan penjawat awam, tetapi saya hendak sebut bahawa mereka ini adalah sebahagian daripada kemiskinan bandar. Mungkin mereka ini juga sebahagian daripada yang telah melelong barangan ataupun yang telah menyandar barang kepada pajak gadai. Nilai keseluruhan mereka daripada mereka yang membuat pinjaman daripada kredit komuniti dan mereka yang telah menyandarkan barangan untuk disandarkan kepada pajak gadai, nilainya RM20.7 bilion.
Sedangkan kerajaan pada tahun depan hanya menyediakan bantuan kebajikan Keluarga Malaysia hanya nilainya lebih kurang RM11 bilion. Maknanya rakyat terpaksa berkorban bukan kerajaan yang memberikan peruntukan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Pokok Sena. Ahli Yang Berhormat, sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri atau Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menjawab 20 minit.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera dan salam Keluarga Malaysia. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mengucapkan terima kasih banyak kepada 21 orang Ahli Parlimen yang membahaskan tentang Bajet 2022 bagi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, termasuk salah seorang Yang Berhormat dari Sandakan yang mencelah perbahasan.
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Pulai menimbulkan masalah pembuangan sisa pepejal di atas tanah hampir berlarutan 10 tahun. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak SWCorp sentiasa memantau pembuangan sampah haram di Johor. Setakat ini operasi sampah haram yang dilaksanakan sehingga 31 Oktober 2021 adalah 673 operasi dan kes pendakwaan mahkamah sebanyak 27 kes. Maknanya kita ambil tindakan termasuk pendakwaan mahkamah. Daripada aspek kesihatan awam, pihak SWCorp akan memastikan tiada pihak yang akan mengambil kesempatan untuk membuang sisa secara haram di tanah Bukit Kempas bagi mengurangkan kesan bau dan pembebasan gas metana kepada penduduk sekitar Taman Bukit Kempas. Saya ucapkan terima kasih banyak kepada Yang Berhormat atas keprihatinan kerana turun padang dan insya-Allah saya berjanji, saya akan cuba turun padang bersama Yang Berhormat untuk kita pastikan isu ini tidak terus menimpa masyarakat setempat. Isu kedua tentang projek terbengkalai Taman Desa Kempas. Taman Desa Kempas Johor Bahru adalah merupakan projek perumahan swasta kos rendah yang dimajukan oleh Syarikat Maju Delima Sdn Bhd melalui satu perjanjian usaha sama dengan Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) Kerajaan Negeri Johor selaku tuan tanah. Butiran pemajuan yang dilesenkan di bawah Akta Pemajuan Perumahan Kawalan dan Pelesenan (Akta 118), saya akan berikan kepada Yang Berhormat secara detil kemudian — yang melibatkan perjanjian jual beli pada tahun 2000, patut siap pada tahun 2003 yang melibatkan 294 orang pembeli rumah dengan bilangan rumah sebanyak 410 buah. Walau bagaimanapun, Yang Berhormat bagi kemajuan projek tertangguh disebabkan masalah projek ini disebabkan masalah kewangan oleh pihak pemaju pada masa tersebut. Susulan itu, projek ini telah disahkan sebagai projek perumahan swasta terbengkalai pada 18 September 2013 berdasarkan peruntukan seksyen 11, Akta 118. Hala tuju pemulihan projek ini menghadapi kesukaran disebabkan oleh pemaju asal tidak digulung dan masih boleh meneruskan projek tetapi menghadapi masalah kewangan. Kelewatan pemaju asal untuk mengemukakan permohonan sokongan kepada agensi teknikal yang terlibat. Yang Berhormat untuk makluman, pemajuan projek diteruskan oleh pihak pemaju asal dan dipantau secara langsung oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Insya-Allah kita harap projek ini dapat diselesaikan segera Yang Berhormat dengan sokongan yang diberikan oleh Yang Berhormat sendiri. Tuan Pengerusi...
Tuan Pengerusi,
...Melalui surat pengesahan para pembeli boleh mendapat kemudahan... [Disampuk]
Tuan Pengerusi, sedikit sahaja.
Ya.
Tuan Pengerusi.
Sila.
Terima kasih atas jawapan itu. Bolehkah diatur nanti satu pertemuan khusus antara pihak taman perumahan ini dengan pihak kementerian supaya secara detil nya kita dapat memperincikan masalah. Saya harap pihak kementerian tidak keberatan sekiranya appointment dipinta dan saya akan membawa mereka berjumpa. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat. Saya ingat saya tidak perlu teruskan jawapan yang mungkin lebih panjang dengan cara-cara penyelesaian. Kita harap kita akan dapat mengadakan pertemuan khas bagi penyelesaian lebih detil. Terima kasih, Yang Berhormat Tuan Pengerusi.
Manakala Yang Berhormat Sabak Bernam menimbulkan beberapa isu. Pertama ialah berkaitan dengan kemajuan dalam mematuhi pelaksanaan Standard Accounting System For Government Agencies (SAGA) di semua PBT yang menyatakan bilangan PBT yang telah menerima sijil SAGA dan PBT yang terlibat dan juga faktor-faktor yang menyebabkan PBT sukar untuk menerima sijil pematuhan SAGA ini. Untuk makluman Yang Berhormat, sebilangan besar PBT melaksanakan SAGA merangkumi sistem aplikasi perakaunan dan kewangan yang dibangunkan oleh commercial off-the-shelf (COTS) serta sistem sokongan berkaitan data kewangan yang berintegrasi dengannya. Sistem ini sebenarnya di bawah Jabatan Akauntan Negara. Sehingga kini sebanyak 14 PBT telah menerima sijil pematuhan SAGA seperti berikut: (i) Labuan; (ii) Putrajaya; (iii) Bandar raya Ipoh; (iv) Perbandaran Kuala Langat; (v) Bandaraya Kuala Lumpur; (vi) Perbandaran Sepang; (vii) Bandar raya Seberang Perai; (viii) Perbandaran Selayang; (ix) Perbandaran Pulau Pinang; (x) Majlis Daerah Kampar; (xi) Majlis Daerah Cameron Highlands; (xii) Majlis Daerah Tanjung Malim; (xiii) Majlis Perbandaran Kemaman; dan (xiv) Majlis Perbandaran Manjung. Faktor-faktor yang menyebabkan kebanyakan PBT sukar menerima sijil SAGA disebabkan oleh: (i) kos pembangunan sistem yang agak tinggi; (ii) kos penyediaan infrastruktur yang menelan belanja yang besar; dan (iii) kekangan pengubahsuaian sistem sedia ada yang dibangunkan oleh kementerian tidak dapat mematuhi kriteria persijilan SAGA untuk diguna pakai di peringkat PBT. Bagi memastikan pelaksanaan sistem perakaunan yang telus, KPKT sentiasa menyokong PBT untuk meningkatkan sistem pengurusan kewangan berkomputer PBT dengan menetapkan ia sebagai salah satu indikator Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan. Berhubungan dengan rumah PPR yang telah dibina pada 2021 ialah sejumlah 2,530 buah unit dan pada tahun 2022 ialah jangkaan kita 7,295 buah unit. Manakala bilangan projek PR1MA dan Projek Perumahan Penjawat Awam, PR1MA projek siap ialah 34 buah projek melibatkan 26,377 buah unit. Dalam pembinaan 27 buah projek melibatkan 20,760 buah unit. Dalam perancangan kalau PR1MA ialah 2,264 buah unit. Manakala Projek Perumahan Penjawat Awam, sehingga 1 Disember 2021 projek siap sebanyak 164 buah projek melibatkan 24,717 buah unit, dalam pembinaan 65 buah projek melibatkan 14,308 buah unit dan dalam perancangan 44 buah projek melibatkan 18,309 buah unit.
Bagi menangani permasalahan pihak pemaju, strategi yang dijalankan oleh PR1MA adalah: (i) campur tangan projek melalui rundingan semula model perniagaan; (ii) mediasi, libat urus pertemuan dengan syarikat dan sebagainya; (iii) membantu pihak pembeli PR1MA menawarkan pembayaran sebahagian ganti rugi tertentu yang ditetapkan LAD kepada pembeli-pembeli yang terkesan; (iv) perbincangan secara berkala bersama pihak pembeli melalui sesi libat urus; dan (v) homebuyer review committee bersama wakil-wakil pembeli bagi memastikan perbincangan dua hala dan penyelesaian bersama dapat dicapai di antara pihak PR1MA dan pembeli. Pembangunan PR1MA dibina berdasarkan kualiti dan piawaian pembangunan yang berdaya mapan berdasarkan garis panduan pembangunan PR1MA yang komprehensif dan persijilan koalisi. Projek Residensi Pauh Permai Permatang Pauh merupakan salah satu projek PR1MA yang berprestasi tinggi di Pulau Pinang. Tuan Pengerusi, saya pergi kepada Yang Berhormat ketiga iaitu Yang Berhormat Kluang. Menimbulkan beberapa perkara tentang pengurusan sisa pepejal dan dilihat tidak efektif kepada syarikat konsesi mengikut bilangan premis yang tidak menggalakkan aktiviti kitar semula. Peningkatan kos pengurusan sisa pepejal adalah berdasarkan kepada pertambahan kawasan baharu dan bilangan premis dengan anggaran sebanyak empat peratus setiap tahun.
Pencapaian kadar kitar kebangsaan pada tahun 2021 adalah 31.5 peratus dan pihak KPKT telah meletakkan sasaran 40 peratus kadar kitar semula kebangsaan pada tahun 2025. Pelbagai inisiatif sedang dilaksanakan oleh pihak KPKT untuk mengurangkan beban peningkatan kos pengurusan sisa pepejal. Antara inisiatif yang dicadangkan adalah merangka dasar pengurusan sisa pepejal selari dengan peralihan daripada modal ekonomi lima kepada konvensional kepada ekonomi kitaran yang mampan. KPKT akan membangunkan kerangka Peluasan Tanggungjawab Pengeluar (EPR) pada tahun 2022. KPKT juga akan meneliti mekanisme pelaksanaan tertakluk kepada perbincangan bersama pihak berkepentingan memperkasakan program-program kesedaran awam di kalangan komuniti. Semakan perjanjian konsesi yang juga dibuat pada setiap tujuh tahun untuk menyemak semula kadar harga dan bayaran kepada syarikat konsesi. Untuk makluman tiada peningkatan kadar harga bayaran pada syarikat konsesi semakan kali pertama yang dibuat pada tahun 2018. KPKT turut bekerjasama dengan pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan bagi menggalakkan aktiviti kitar semula dengan pemberian ganjaran yang berbagai-bagai dan juga pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh pihak SWCorp dan sebagainya. Tuan Pengerusi, yang keempat Yang Berhormat Sandakan. Tuan Pengerusi, saya banyak Tuan Pengerusi.
Mana yang tiada dalam Dewan, boleh tulis.
Yang Berhormat Sandakan, ada?
Tanya dahulu Yang Berhormat Sandakan.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya bangkitkan isu berkenaan dengan balai bomba di kawasan Kluang juga dan juga isu sewaan CCTV. Minta jawab, terima kasih.
Bomba, Yang Berhormat Kluang.
Minta telah naik taraf.
Oh! CCTV. Ya, ya.
Juga sewaan CCTV.
CCTV, kos perbelanjaan CCTV... Sekejap, ya. Yang Berhormat Kluang, sebanyak RM28 juta – untuk makluman Yang Berhormat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bertanggungjawab mengurus, menyelenggarakan 998 buah unit kamera litar tertutup CCTV di 45 buah - pihak berkuasa tempatan. Di bawah Program Bandar Selamat yang berjumlah RM110.9 juta untuk tempoh mulai tahun 2013 sehingga 2022. Pemasangan CCTV dilaksanakan di lokasi hotspot yang disarankan oleh Polis Diraja Malaysia bagi tahun 2021 sejumlah RM16.5 juta telah diluluskan pada KPKT untuk tujuan pengurusan dan penyelenggaraan 998 unit CCTV tersebut. Bagi tahun hadapan RM5,711,200 bagi kontrak fasa sambungan fasa dua telah ditamatkan 30 Jun 2021. Manakala, pertambahan peruntukan perbelanjaan pembangunan Tuan Pengerusi, tahun 2022 di bawah Butiran 00500 - Pengurusan Sisa Pepejal. Peningkatan peruntukan pembangunan pada tahun 2022 telah mengambil kira jumlah peruntukan penggalasan semula belanja mengurus (OE) kepada belanja pembangunan sebanyak RM1.419 bilion merangkumi perkara-perkara berikut: (i) fasiliti sisa pepejal RM92 juta; (ii) konsesi Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) RM1.32 bilion; dan (iii) tapak pelupusan sanitari sisa pepejal, Ladang Tanah Merah Port Dickson RM6.57 juta. Ketiga-tiga pembayaran di atas sebelum ini dibiayai di bawah peruntukan belanja mengurus. Pengelasan semula ini adalah sepertimana yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Maknanya, dulu kita di bawah pengurusan. Tuan Pengerusi...
Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau yang mana Yang Berhormat tidak ada, boleh tulis.
Yang Berhormat Pengerang, ada?
Tidak ada. Bertulis.
Bertulis. Yang Berhormat Setiu.
Yang Berhormat Setiu.
Boleh tanya sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri?
Ya.
Tadi dalam perbahasan, saya ada bertanya mengenai dengan pembaikan dan penyelenggaraan berapakah yang disalurkan kepada kawasan ini? Kedua ialah mengenai dengan PPR, sama ada cadangan untuk menambah PPR di kawasan Libaran kerana ramai orang yang masih tidak ada rumah dan hanya menyewa dan duduk dengan keluarga.
Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Libaran.
Yang Berhormat Libaran ada di belakang Tuan Pengerusi.
Jawab yang lain dahulu.
Jadi, Yang Berhormat Setiu?
Yang Berhormat Setiu tidak ada.
Tidak ada, saya jawab bertulis. Yang Berhormat Jerlun?
Yang Berhormat Jerlun juga tidak ada.
Saya jawab secara bertulis. Yang Berhormat Bachok?
Yang Berhormat Bachok pun tidak ada.
Jadi, saya jawab secara bertulis. Yang Berhormat Segambut?
Yang Berhormat Segambut pun tidak ada. Bertulis.
Boleh Tuan Pengerusi saya bertulis? Kita hanya ada lima minit sahaja lagi. Yang Berhormat Kuala Krai?
Tumpat ada.
Ada, Yang Berhormat Kuala Krai ada.
Terima kasih. Permohonan untuk pembinaan balai bomba di Lakloh dalam DUN Manek Urai di Kuala Krai Yang Berhormat, ya? Terima kasih. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Kelantan kini sedang dalam proses mengenal pasti tapak tanah yang bersesuaian. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Kelantan juga telah membuat satu semakan status tapak tanah yang berkeluasan 5.7 ekar di kawasan tersebut melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan. Yang Berhormat berdoalah supaya balai bomba ini dapat disegerakan.
Insya-Allah. Terima kasih, terima kasih.
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Setiu ada di sini.
Yang Berhormat Setiu baru masuk.
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Setiu, Setiu.
Tadi Kluang ada bangkitkan isu naik taraf balai bomba di Kluang juga. Minta mempertimbangkan. Terima kasih.
Ada Yang Berhormat timbulkan tadi?
Sudah ada Yang Berhormat jawab tidak?
Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk Setiu.
Yang Berhormat Setiu, saya sambung dengan... Oh! Yang Berhormat Setiu ada?
Yang Berhormat Setiu.
Yang Berhormat Kuala Krai, belum selesai.
Yang Berhormat Kuala Krai masih ada.
Sedikit Tuan Pengerusi. Kementerian melalui jabatan bomba juga mencadangkan untuk membina lagi sebuah lagi balai bomba di kategori D dalam Rancangan Malaysia Ke-12 mengikut keutamaan. Walau bagaimanapun, pelaksanaan berdasarkan pada persediaan tapak tanah berkenaan dan kos yang terlibat, Yang Berhormat perjuangkan. Bagi memastikan penduduk di kawasan Lak Loh mendapat perkhidmatan kebombaan yang sewajarnya kementerian melalui jabatan bomba juga telah merancang untuk menubuhkan satu buah pasukan bomba sukarela di kawasan tersebut yang bertindak sebagai pasukan tindak balas awal kecemasan sementara menunggu ketibaan anggota bomba dan sementara menunggu pembinaan balai bomba yang baharu. Berikutnya isu Yang Berhormat Kuala Krai ialah permohonan peruntukan bagi projek pembangunan naik taraf Taman Tasik Kuala Krai dan Taman Indera Wangsa. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Jabatan Landskap Negara telah menyiapkan projek naik taraf Taman Awam Masjid Kuala Krai pada tahun 2019. Permohonan bagi cadangan projek landskap baharu dan taman awam boleh dipohon dan dipertimbangkan sewajarnya apabila memenuhi kriteria yang ditetapkan. Yang Berhormat boleh mohon tetapi kelulusan belum tahu lagi. Insya-Allah kita lihat. Sementara rumah terbengkalai di Taman Keroh, Kuala Krai. Untuk makluman Yang Berhormat berdasarkan projek ini tidak termasuk dalam senarai projek yang dipulihkan di bawah SPNB. Ia tidak termasuk di bawah projek dipulihkan di bawah SPNB. Walau bagaimanapun kementerian mohon Yang Berhormat dapat mengumpulkan maklumat yang terperinci mengenai projek ini untuk saya semak dan kita semak bagi membantu yang menyelesaikan isu yang melibatkan rakyat setempat ini.
Yang Berhormat, sedikit. Padang Serai.
Yang Berhormat Padang Serai ada bahas? Tidak ada?
Okey, saya juga mendapati beberapa buah taman tempat permainan kanak-kanak tidak diperbaiki. Saya juga telah membuat laporan bertulis pada majlis tetapi sehingga hari ini tidak ada jawapan. Saya juga menerima beberapa aduan daripada penduduk atas jalan lubang dan tidak diperbaiki dan juga sedikit peruntukan untuk membuat bonggol di tempat-tempat taman disebabkan keselamatan kanak-kanak. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat, saya akan teliti permohonan yang dan kita akan minta selesaikan. Pegawai-pegawai kita dan pejabat selesaikan perkara ini dan kalau boleh saya akan lihat lebih terperinci. Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Krai habis yang tiga isu?
Baik. Terima kasih.
Terima kasih banyak. Yang Berhormat Tanjung Malim ada?
Yang Berhormat Tanjong Malim tidak ada.
Yang Berhormat Timbalan Menteri Setiu.
Yang Berhormat Jerai?
Yang Berhormat Jerai pun tidak ada. Bertulis.
Kita jawab bertulis. Yang Berhormat Tampin?
Yang Berhormat Tampin pun tiada.
Yang Berhormat Tampin pun tiada.
Tiada.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Beaufort?
Yang Berhormat Beaufort pun tiada.
Yang Berhormat Beaufort pun tiada. Tidak perlu saya jawab Tuan Pengerusi.
Tidak perlu.
Yang Berhormat Ipoh Timur.
Pun tiada.
Juga tiada? Yang Berhormat Libaran?
Yang Berhormat Libaran ada.
Yang Berhormat Libaran ada ya? Okey. Yang Berhormat Libaran. Permohonan supaya Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan peruntukan kerja-kerja pembaikan di penyelenggaraan di PPR Taman Gum-Gum Jaya Batu 16, PPR Taman Murni dan PPR Sungai Manila. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, daripada 100 projek PPR rumah pangsapuri, terdapat lapan PPR yang diuruskan oleh KPKT termasuk urusan penyelenggaraan PPR. Selain itu sebanyak 92 PPR rumah pangsapuri lagi adalah di bawah pengurusan kerajaan negeri melalui SUK Perumahan Negeri atau Lembaga Perumahan Negeri masing-masing. PPR Negeri Sabah diuruskan oleh KPKT Sabah termasuk PPR Taman Gum-Gum Jaya Batu 16, PPR Taman Murni dan PPR Sungai Manila. Kos penyelenggaraan rumah PPR berkenaan ditampung melalui yuran penyelenggaraan yang dibayar oleh penghuni sendiri di samping peruntukan tambahan yang diluluskan oleh pihak kerajaan negeri kepada pihak penyelaras PPR negeri. Namun begitu, bagi membantu pihak Kerajaan Negeri Sabah, KPKT juga menyediakan bantuan penyelenggaraan untuk menampung kos penyelenggaraan di perumahan awam strata. Sejak 2016 sehingga 3 Oktober 2021, sejumlah RM164,202,591.54 meliputi 232 projek penyelenggaraan telah diperuntukkan di bawah PPP kepada pihak kerajaan negeri di seluruh negara. Manakala bagi negeri Sabah RM7,806,227.40 meliputi 16 projek penyelenggaraan telah diperuntukkan kepada kerajaan negeri. Berhubung dengan pemohon-pemohon yang layak dapat menghuni PPR Taman Batu Putih, berhubung status PPR Taman Batu Putih projek telah siap pembinaan pada 18 Oktober 2019. PPR ini mengandungi 900 unit. Pada masa ini, PPR ini dijadikan sebagai pusat kuarantin COVID-19, Tuan Pengerusi. Jadi, terima kasih kerajaan negeri kerana izinkan, walaupun masih terdapat penduduk yang memerlukan rumah ini.
Perbincangan bersama kerajaan negeri akan kita adakan Tuan Pengerusi untuk kita menyelesaikan kerana mungkin kita harap COVID-19 ini akan menurun kalau boleh biar selesai seluruhnya dan kita dapat memastikan supaya penghuni-penghuni yang ingin menduduki PPR ini dapat kita selesaikan. Yang Berhormat Pokok Sena ada?
Yang Berhormat Pokok Sena ada, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Minta maaf Yang Berhormat Pokok Sena. Yang Berhormat Pokok Sena kemudian sedikit. Yang Berhormat Pasir Gudang?
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Yang Berhormat Pasir Gudang?
Satu lagi pertanyaan.
Ya.
Dalam perbahasan saya tadi, adakah perancangan pihak kementerian atau Kerajaan Pusat untuk menambah bangunan PPR di kawasan Libaran?
Okey Yang Berhormat, saya ambil persoalan itu dan kita akan bincang di peringkat kementerian. Minta maaf, Yang Berhormat Pasir Gudang dahulu. Ada?
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya tambah lima minit lagi?
Okey.
Baik. Terima kasih.
Yang Berhormat Pasir Gudang, peruntukan RM315 juta kepada SPNB dan status terkini rumah mesra rakyat. Belanjawan 2022, RM309 juta di bawah SPNB adalah untuk pelaksanaan Projek Mesra Rakyat iaitu untuk membina 3,000 unit rumah di seluruh negara. Projek sakit, status rumah mesra rakyat di seluruh negara sebanyak 48,319 unit siap, 4,610 unit dalam pembinaan, 1,617 unit lulus untuk pelaksanaan dan 7,000 rumah permohonan dalam senarai menunggu. Seperti Yang Berhormat maklum tadi, kementerian sedang memantau 12 projek di bawah kediaman SPNB dalam pembinaan yang berstatus projek sakit. Maknanya, 12 projek Yang Berhormat ya. Termasuk projek Taman Sri Molek Perdana, Plentong di bawah Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat juga daripada 12 projek ini, tiga projek telah memperoleh CCC secara berfasa termasuk dua projek pada bulan November iaitu di Gurun, Kedah dan Batu Gajah, Perak. Antara punca-punca projek sakit yang dikenal pasti ialah masalah aliran tunai projek, jualan rumah yang tidak memberangsangkan akibat harga kediaman yang tidak setara dengan kawasan. Bagi projek Taman Sri Molek Perdana, Plentong SPNB berjaya memperoleh CCC bagi projek Fasa 1 Blok F pada Disember 2020 Yang Berhormat. Terima kasih. Yang Berhormat Tumpat? Ada Yang Berhormat Tumpat?
Ada?
Ada?
Ada, ada.
Ada, ada. Yang Berhormat Tumpat menimbulkan SOP pengoperasian Jabatan Bomba dan Penyelamat semasa COVID-19, status kes orang awam menolak anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat di Lawas.
Pihak kementerian melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia cakna berhubung keselamatan petugas hadapan termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Bagi mengurangkan risiko penularan dalam kalangan anggota bomba, tujuh prosedur operasi seragam telah dikeluarkan. SOP ini digubal selaras dengan khidmat nasihat dan rujukan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat telah mendakwa dan membawa kes mahkamah pada 27 Ogos 2021. OKT mengaku salah dan telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM4,000 atau lapan bulan penjara sekiranya gagal membayar denda. Seksyen 51 Akta Perkhidmatan Bomba, OKT turut diarahkan agar membayar pampasan terhadap mangsa sebanyak RM1,000 di hadapan hakim. OKT telah membayar kesemua denda yang dikenakan. Pelaksanaan RTA konsultasi dengan kerajaan negeri di bawah kerajaan tempatan, penggubalan akta. Untuk makluman Yang Berhormat bagi melindungi kepentingan serta hak penyewa dan pemilik kediaman, kementerian ini sedang menjalankan kajian dan penggubalan Akta Sewaan Kediaman (Residential Tenancy Act) dengan izin yang telah bermula sejak Jun 2019. Kategori ini penyediaan perjanjian penyewaan kediaman menggunakan atau tatacara Akta Kontrak 1950 dan perjanjian itu bersifat umum, yang tidak komprehensif serta tidak melindungi sepenuhnya kepentingan serta hak penyewa dan pemilik premis. Akta baharu ini digubal berdasarkan model Residential Tenancy Acts 2010 di New South Wales, Australia kerana akta ini dilihat mampu melindungi kepentingan pemilik kediaman dan penyewa. Pada masa yang sama, undang-undang berkaitan dari negara Jerman, United Kingdom, Australia serta Rental Housing Act dari Afrika Selatan juga turut dibuat perbandingan. Sepanjang proses penggubalan akta, sesi pengumpulan maklumat data dan konsultasi diteruskan. Terima kasih Yang Berhormat atas pandangan dan juga keprihatinan tentang kepentingan. Berikutnya ialah lambakkan rumah mewah yang tidak terjual. Memang diakui di negara ini terdapat kategori rumah mewah yang mana telah menyumbang kepada kadar lambakkan rumah tidak terjual yang tinggi. Bagaimanapun bilangan rumah mewah bernilai RM1 juta ke atas hanyalah merupakan sebilangan kecil daripada keseluruhan rumah di negara ini. Pada masa ini, pelaksanaan feasibility study merupakan inisiatif pemaju sahaja dan masih belum dijadikan sebagai syarat untuk memohon kebenaran merancang. Dalam prinsip ekonomi yang sihat, produk yang dibekalkan oleh pasaran seharusnya berdasarkan penawaran dan permintaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memandang serius isu rumah kediaman yang tidak terjual. Isu ini pernah dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara. Saya ingat Yang Berhormat, ini kita perlukan perbincangan lanjut bagi kita menyelesaikan dan ini memang dirahsiakan bukan sahaja oleh Yang Berhormat, oleh kita Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, bahkan oleh kerajaan keseluruhannya. Tuan Pengerusi, ada sedikit lagi.
Masa sudah tamat.
Sedikit.
Hendak tambah berapa minit lagi?
Papar belum ada jawapan.
Setiu belum ada jawapan. [Ketawa]
Saya tambah...
Berkenaan kredit perumahan.
Tadi sebut Pokok Sena tadi ini.
Bagi lima minit lagi.
Okey.
Baik, bagi...
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Tumpat. Sedikit sahaja. Kredit perumahan. Boleh ya Tuan Pengerusi?
Baik. Boleh, tiga minit lagi.
Tak boleh selesaikan sehingga saya selesai menjawab keseluruhan?
Papar menunggu.
Teruskan.
Sedikit Tuan Pengerusi. Skim Pinjaman Kredit Perumahan yang disediakan kerajaan turut ditawarkan kepada pekerja sendiri yang tidak mempunyai dokumen pendapatan yang tetap. Inisiatif ini membuka ruang kepada lebih ramai pembeli khususnya dalam kumpulan B40 dan M40. Isu perumahan tidak mampu milik disebabkan dasar kementerian pro-pemaju, harga mampu milik hanya RM211,478 sahaja. Susulan perubahan landskap ekonomi akibat COVID-19 di mana ramai yang terkesan dan terjejas pendapatan dan juga sebilangan besar golongan M40 telah tergelincir ke B40, maka kementerian merasakan amat sesuai cadangan Yang Berhormat supaya siling harga rumah ini diteliti semula.
Seperti Yang Berhormat maklum, penetapan siling harga rumah mampu milik sekarang pada RM300,000 dibuat berdasarkan pengiraan secara median multiple income di mana harga rumah sepatutnya tidak melebihi pendapatan pembeli. Walaupun harga rumah mampu milik ditetapkan pada RM300,000, kerajaan masih juga menyediakan perumahan yang berharga RM150,000 seperti Projek Perumahan Rakyat, kediaman PR1MA di beberapa lokasi dan kediaman SPNB. Kementerian juga akan menubuhkan panel of experts yang di kementerian bagi mengkaji keadaan ini Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Papar ada?
Papar ada di sini.
Yang Berhormat Papar cadang pelaksanaan skim sewa untuk dimiliki RTO. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengambil perhatian ke atas Ahli Yang Berhormat untuk menjadikan PPR disewa sedia ada untuk dijadikan sebagai PPR RTO. Projek ini sebenarnya untuk disewa Tuan Pengerusi, tetapi oleh sebab ada cadangan, insya-Allah kita akan berikanlah perhatian dan kita akan bincang dengan kerajaan negeri. Kedua ialah tentang peruntukan PR1MA 2022. Untuk makluman Yang Berhormat, setakat November 2021, PR1MA telah mengutip hasil jualan sebanyak RM4.1 bilion dari tahun 2019 hingga tahun 2021. Lanjutan daripada hasil kutipan jualan rumah PR1MA yang menggalakkan ini, PR1MA mampu menampung kos operasinya. Maknanya, kekuatan PR1MA ada pada PR1MA. Jadi, sebab itulah kita rasa ini satu pengorbanan PR1MA kepada kerajaan. Andai kata mungkin kita perlu menambahkan lagi perumahan PR1MA ini dan kita perlu minta dengan kerajaan, maka kita akan usahakan Tuan Pengerusi. Namun, kita harap - kita berikan tahniah kepada PR1MA atas kejayaan mereka. Status Residensi Kinarut South. Status terkini Residensi Kinarut South siap Fasa 1, siap 100 peratus. Jumlah unit 232, projek telah mendapat CCC Yang Berhormat ya. Fasa 2 dalam pembinaan, 95 peratus sehingga November 2021. Jumlah unit, 270 unit. Kontraktor telah mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa untuk menyambung operasi di tapak semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Kini, kerja pembinaan tertumpu kepada infrastruktur dan seni bina selari dengan pematuhan SOP COVID-19. Secara keseluruhannya, setakat ini sebanyak 233 unit telah terjual bagi Residensi Kinarut South.
Berkenaan dengan miskin bandar di negeri Sabah bagi di bawah RMKe-11, sebanyak 840 rumah di negeri Sabah telah dipulihkan di bawah program baik pulih rumah. Tahun 2022 pula, sebanyak RM3,856,000 telah diperuntukkan bagi tujuan pelaksanaan program baik pulih rumah di Sabah. Manakala untuk keseluruhan RMKe-12, RM14,280,000. Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat...
Ada satu lagi...
Last sekali Tuan Pengerusi...
Ada satu lagi, satu lagi, satu. Berkenaan dengan penyewa yang menyewakan balik rumah itu, jadi mereka dapat untung atas angin. Ada yang terjadi di PPR.
Ya. Terima kasih Yang Berhormat. Saya akan teliti. Kalau dapat, Yang Berhormat berikan kepada saya maklumat terperinci, PPR mana, apakah di bawah Kerajaan Persekutuan ataupun KPKT dan juga kerajaan negeri dan kita akan cari penyelesaian.
Baik.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, jawab Setiu sikit, dah lama menunggu. [Ketawa]
Teruskan. Ada berkenaan Yang Berhormat Setiu?
Yang Berhormat?
Setiu.
Oh! Yang Berhormat Setiu tak ada sebut ya?
Tadi masa panggil dia tak ada, dua baru masuk.
Oh! Dia baru masuk. Allah. Saya minta izin Tuan Pengerusi kerana mempengerusi, saya bagi...
Dia kena search.
Saya kena cari balik Yang Berhormat Setiu.
Kalau tak, boleh jawapan bertulis.
Tuaran ada itu tidak dijawab.
Boleh. Ha! Ada Yang Berhormat. Yang Berhormat Setiu ini tebal Tuan Pengerusi.
Okey, last.
Ha! Jawapan bertulis?
Minta rumuskan.
Amalan kitar semula kurang mendapat sambutan. Saya jawab sikitlah Yang Berhormat Setiu, lepas itu saya bagi kepada Yang Berhormat Pokok Sena. Untuk makluman Yang Berhormat, seiring dengan perkembangan pesat teknologi maklumat dan e-Dagang, kementerian juga telah mengambil inisiatif dengan mengadakan aplikasi Trash4Cash. Memang kita boleh teruskanlah.
Kita terus berkempen untuk orang masyarakat kita menjual sampah menjadikan duit. Trash4Cash, maknanya sampah menjadi duit. Keadaan ini, saya cukup aktif dalam melaksanakan program ini bersama SME Corp yang lain. Ini melibatkan konsesi kita, Syarikat Alam Flora, Syarikat E-Idaman Sdn Bhd di utara dan juga syarikat SWM Environment Sdn Bhd di selatan. Penggunaan aplikasi Trash4Cash ini dilihat mampu memberi kemudahan kepada masyarakat untuk menghantar dan menjual barang kitar semula. Bagi tahun 2021, data sehingga Oktober, sebanyak 314 program Trash4Cash telah dilaksanakan di tujuh negeri yang menerima pakai Akta 672 melibatkan seramai 12,123 orang. Sebanyak 167,060.2 kilogram barangan kitar semula telah berjaya dikumpulkan dengan memperoleh nilai RM60,980. Tindakan KPKT dalam menyelesaikan projek perumahan swasta terbengkalai. Saya ingat ini adalah kita jawab Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Setiu. Mungkin benda itu, jawapan itu lebih kurang standard. Kalau perlu, nanti saya berikan Yang Berhormat ini secara bertulis yang lebih detil. Kemudian Yang Berhormat Setiu juga, mengemukakan KPKT dalam memantau pelaksanaan penyenggaraan di Program Penyenggaraan Perumahan (PPP) PPR. Sebenarnya Yang Berhormat, isu penyenggaraan ini juga ditimbulkan beberapa Ahli Yang Berhormat yang lain dan memang kita sentiasa memantau masalah kerosakan bangunan, vandalisme dan sebagainya yang melibatkan perumahan PPR ini. Kementerian sentiasa peka dan prihatin kepada permasalahan yang dihadapi. Oleh sebab itulah setiap tahun, kita menyediakan peruntukan bagi membantu penyenggaraan bangunan-bangunan perumahan-perumahan PPR di seluruh negara. Penawaran Rumah IKRAM Keluarga Malaysia. Untuk makluman Yang Berhormat, satu inisiatif baharu yang dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini ialah penawaran Rumah IKRAM. Kita bersedia menawarkan lebih kurang 2,000 Rumah IKRAM dan malah kita dah menyediakan ruang untuk rumah kosong ini lebih kurang 2,000 lebih. Buat sementara, kita tawarkan 2,000 dahulu. Permohonan yang kita peroleh ialah 1,026, telah proses 455, sedang proses 571, tidak lulus 219, telah ditawarkan Tuan Pengerusi, ialah 232. Saya ingat, inilah peranan Yang Berhormat boleh mainkan untuk mengenal pasti mereka yang berpendapatan bawah RM3,000, B40 dan sebagainya yang terkesan daripada COVID-19 ini dapat menyambut tawaran kita untuk mendapatkan Rumah IKRAM, di mana sewanya hanya RM154. Untuk first six months ini, kita berikan pengecualian sewa Tuan Pengerusi.
Terima kasih.
Langkah untuk bantu kontraktor berikutan peningkatan harga bahan binaan. Tuan Pengerusi, sebenarnya kita memang- antara isu yang kita perhatikan ialah kesan kepada kontraktor dalam membina projek- projek khususnya perumahan ini dan kita berikan perhatian dan kita mencari jalan bagaimana boleh membantu mereka untuk sama-sama mengenal pasti cara untuk mengurangkan kesan daripada kenaikan harga. Sasaran tahun 2022 bagi merealisasikan rumah mampu milik, 500,000 sepanjang RMKe-12. KPKT komited untuk menyediakan– menjangkakan kita dapat membina 500,000, dibina sepanjang RMKe-12. Daerah Setiu tidak cukup rumah, apakah perancangan kementerian. Bagi tahun 2022, belum ada cadangan bagi membangunkan projek PPR di Setiu. Walau bagaimanapun, Yang Berhormat boleh mengemukakan permohonan melalui kerajaan negeri kepada KPKT untuk dipertimbangkan dalam cadangan projek baharu ini. Bomba Sukarelawan. Saya ucapkan terima kasih banyak atas keprihatinan Yang Berhormat untuk meningkatkan mungkin bantuan kepada Bomba Sukarela ini. Pihak kementerian mengambil maklum dan akan menghalusi usul untuk menambah baik pasukan bomba sukarela. Setakat ini Tuan Pengerusi, memang kita menyediakan peruntukan RM3,000 bagi setiap bomba sukarela.
Tuan Pengerusi, terima kasih. Akhir sekali ialah Yang Berhormat Pokok Sena, menimbulkan jumlah gadaian yang telah ditebus yang melibatkan– Apa kita panggil tadi Yang Berhormat?
Yang Berhormat Pokok Sena ada?
Ya?
Yang Berhormat bangkitkan jumlah gadaian telah ditebus. Ya?
Ya, yang telah ditebus...
Sepanjang tahun 2020 sehingga Mei 2021, anggaran barang sandaran yang telah dilelong adalah sebanyak RM900 juta. Barang sandaran yang telah dilelong, manakala baki yang selebihnya adalah dalam tempoh gadaian atau ditebus. Jumlah penebusan setiap bulan adalah kira-kira RM200 juta hingga RM300 juta sebulan. Yang Berhormat, very short answer, but sharp.
Baik, terima kasih.
Okey Yang Berhormat?
Terima kasih. Kalau boleh, bagi secara yang bertulis.
Okey. Terima kasih kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat bertanya. Insya-Allah Yang Berhormat yang tidak hadir, saya akan beri jawapan bertulis. Terima kasih Tuan Pengerusi, salam...
Baik.
Tuan Pengerusi, Tuaran ada sini tetapi saya tahu, perkara yang saya bangkitkan barangkali perlu kajian. Akan tetapi, mohon jawapan bertulis.
Ya. Okey, okey. Jawapan bertulis Yang Berhormat ya. Terima kasih Tuan Pengerusi. Salam daripada Menteri saya dan seluruh keluarga KPKT. Wabillahitaufik, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah ialah bahawa wang sejumlah RM1,767,450,800 untuk Kepala B.43 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2022 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.43 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.43 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2022 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.43 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi esok, Selasa, 7 Disember 2021. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.32 petang]
Kamar KhasSpecial Chamber
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Perkembangan Perancangan Projek Pembinaan Klinik Kesihatan Baharu dan Pejabat Kesihatan Daerah KulaiSpecial Chamber
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, daerah Kulai hanya mempunyai dua buah klinik kesihatan sahaja iaitu Klinik Kesihatan Kulai Besar dan Klinik Kesihatan Kulai Bukit Liki. Klinik Kesihatan Kulai Besar dan Klinik Kesihatan Kulai Bukit Liki merupakan klinik yang sering warga Kulai mendapatkan rawatan. Kedua-dua klinik kesihatan ini tidak lagi mempunyai kawasan untuk tujuan naik taraf dengan penambahan bangunan baharu.
Perkembangan kawasan industri dan ekonomi serta kawasan perumahan yang baharu menyebabkan telah berlakunya peningkatan penduduk secara mendadak di daerah Kulai. Perkara ini telah menyebabkan kedua-dua buah klinik kesihatan ini tidak dapat lagi menampung jumlah pengunjung dan keadaan ini memberi kesan yang serius kerana tidak dapat menerima perkhidmatan rawatan kesihatan pada tahap terbaik. Justeru, satu klinik kesihatan yang baharu perlu ada di Senai kerana di kawasan tersebut hanya mempunyai klinik desa sahaja sedangkan kawasan ini sudah mengalami kepesatan pembangunan dan kepadatan penduduk.
Selain itu, Pejabat Kesihatan Daerah Kulai tidak mempunyai bangunan pejabatnya sendiri dan berkongsi bangunan yang sama di Klinik Kesihatan Kulai Besar yang beralamat Batu 19, Jalan Air Hitam, Kulai. Justeru itu, daerah Kulai amat memerlukan sebuah klinik kesihatan yang baharu serta Pejabat Kesihatan Daerah Kulai perlu mempunyai bangunannya sendiri memandangkan populasi warga Kulai telah mencatat 300,000 orang.
Saya difahamkan terdapat dua bidang tanah yang dirizabkan untuk KKM iaitu di PTD 105166, Mukim Senai, daerah Kulai, Johor yang seluas 4.99 ekar untuk tapak klinik dan di Lot 24035, Mukim Kulai, daerah Kulai, Johor yang seluas 1.228 ekar untuk tapak Pejabat Kesihatan Daerah Kulai.
Soalan saya kepada Kementerian Kesihatan Malaysia adalah seperti berikut:
(i) senaraikan tanah rizab KKM di daerah Kulai. Apakah perkembangan terkini terhadap permohonan bidang tanah untuk klinik kesihatan di PTD 105166, Mukim Senai dan di Lot 24035, Mukim Kulai, daerah Kulai, negeri Johor untuk tapak Pejabat Kesihatan Daerah Kulai;
(ii) pembinaan klinik kesihatan yang baharu diperlukan di daerah Kulai khususnya di Senai. Apakah pihak KKM mempunyai perancangan membina sebuah klinik kesihatan yang baharu di sana?;
(iii) Klinik Kesihatan Kulai Besar dan Klinik Kesihatan Kulai Bukit Liki menampung berapa orang pelanggan setiap hari? Kapasiti maksima untuk dua klinik kesihatan ini adalah berapa orang pelanggan setiap hari?; dan
(iv) rancangan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membina Pejabat Kesihatan Daerah Kulai yang masih tidak mempunyai bangunan sendiri sedangkan perkara tersebut satu keperluan.
Sekian. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kulai. Tuan Yang di-Pertua, KKM sentiasa memantau fasiliti-fasiliti di bawah kementerian, termasuklah keperluan bagi membina sesebuah klinik kesihatan tertakluk kepada ketersediaan tapak yang sesuai dan peruntukan kewangan kerajaan. Buat masa ini, terdapat 10 tapak yang mempunyai fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) di Daerah Kulai seperti berikut:
(i) MLO 5504, Tapak Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim (52 ekar);
(ii) MLO 5504, Tapak Klinik Kesihatan Kulai Besar (2.999 ekar);
(iii) Lot 134, Tapak Klinik Kesihatan Kulai (2.999 ekar);
(iv) MLO 4943, Tapak Klinik Kesihatan Senai (0.225 ekar);
(v) MLO 3621, Tapak Klinik Desa Ulu Choh (0.2755);
(vi) PTD 6274, Tapak Klinik Desa Kelapa Sawit (0.358 ekar);
(vii) PTD 6433, Tapak Klinik Desa Sedenak (0.381 ekar);
(viii) Lot 38, Tapak Klinik Desa Air Bemban (0.381 ekar);
(ix) PTD 7962, Tapak Klinik Desa Kampung Bukit Batu
(0.510 ekar); dan
(x) Lot 5205 Tapak Klinik Desa Saleng (0.287 ekar).
Permohonan bagi tanah Lot PTD 105166, Mukim Senai untuk tujuan pembinaan klinik kesihatan telah dikemukakan kepada Pejabat Tanah dan Daerah Kulai pada 19 Februari 2020. Walau bagaimanapun, permohonan tersebut masih dalam tindakan Pejabat Tanah dan Daerah Kulai dan belum ada keputusan mengenainya. Manakala permohonan bagi tanah Lot 24035 Mukim Kulai untuk tujuan pembinaan Pejabat Kesihatan Daerah telah ditolak oleh Pejabat Tanah dan Daerah Kulai melalui satu surat bertarikh 24 Mei 2021.
Walau bagaimanapun, tapak tersebut telah dirizabkan bagi tujuan kesihatan di bawah kawalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor dan diselenggarakan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Johor.
Berhubung perancangan pembinaan klinik kesihatan yang baharu, Mukim Senai mempunyai populasi penduduk sekitar 68,000 orang dengan kedatangan harian seramai 180 orang pesakit di Klinik Kesihatan Senai. KKM mengambil maklum akan kekangan ruang di klinik kesihatan tersebut dan akan memohon pembinaan klinik kesihatan yang baharu di dalam Rolling Plan yang akan datang di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) tertakluk kepada status hak milikan Lot PTD 105166, Mukim Senai.
Manakala, Klinik Kesihatan Kulai Besar adalah merupakan klinik kesihatan ‘Jenis 3’ yang telah beroperasi sejak tahun 2003 dengan kedatangan harian hampir 860 orang pesakit. Klinik Kesihatan Kulai yang telah beroperasi sejak tahun 1960 pula menggunakan fasiliti lama yang menerima kedatangan pesakit hampir 698 pesakit sehari. Pihak KKM mengambil maklum dengan kesesakan dan kekangan ruang di kedua-dua fasiliti kesihatan dengan jumlah kedatangan pesakit harian yang tinggi.
Seperti mana pihak Yang Berhormat sedia maklum, Pejabat Kesihatan Daerah Kulai buat masa ini beroperasi di bangunan Klinik Kesihatan Kulai Besar.
Tanah yang dirizabkan untuk KKM di Lot 24035, Mukim Kulai, Daerah Kulai, negeri Johor yang seluas 1.228 ekar adalah terlalu kecil untuk menempatkan sebuah Pejabat Kesihatan Daerah. Sehubungan dengan itu, pihak KKM sedang mengenal pasti tapak lain dengan keluasan tapak yang bersesuaian untuk menempatkan Pejabat Kesihatan Daerah Kulai. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga hari Selasa, 7 Disember 2021, jam 2.30 petang. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.
[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.41 petang]