Dewan Rakyat · 7 December 2021

15th Parliament, session 4, meeting 2 · 636 turns · 45,160 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Menteri Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Abdul Latiff bin Abdul RahmanPAS · PNKuala Krai · question

1. Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai] minta Perdana Menteri menyatakan apakah Gagasan Keluarga Malaysia yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 23 Oktober 2021 dirasakan amat dekat dengan rakyat secara keseluruhan. Sejauh manakah tindakan yang diambil oleh kerajaan agar umat Islam di Malaysia tidak tertinggal dalam menyahut hasrat dan gagasan ini khususnya dalam membantu usahawan Muslim dalam tempoh 100 hari ini yang terkesan dengan COVID-19.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk menjawab. Tempoh masa tiga minit.

Tuan Haji Idris bin Haji AhmadUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) · Jerantut

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Bagi menyahut Gagasan Keluarga Malaysia dan merealisasikan sebuah negara yang bersatu padu dan harmoni, seluruh rakyat yang merupakan ahli Keluarga Malaysia perlu berganding bahu membentuk lanskap urus negara yang sejahtera. Dalam hal ini, untuk membantu mereka yang terkesan akibat daripada pandemik COVID-19, maka antara usaha yang dilakukan di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Pertamanya, mengenai bantuan Musaadah Tijariyyah. Inilah juga KPI yang saya telah pun kemukakan ke Pejabat Perdana Menteri untuk mendapat 700 orang penerima yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2.1 juta. Akan tetapi kerana permintaannya begitu banyak, alhamdulillah kita telah berjaya meluluskan seramai 1,391 orang pemohon. 1,609 di Kuala Lumpur, 485 ialah Labuan dan Putrajaya 47 orang. Jumlah keseluruhan yang kita keluarkan ialah sebanyak 4,113,000. Keduanya, mengenai Program Keusahawanan Asnaf untuk Program Israf 2.0 iaitu kerjasama antara YaPEIM dengan SME Bank yang kita telah berikan kepada asnaf seramai 79 orang, setiap orang sebanyak RM10,000 oleh SME Bank. YaPEIM pula telah pun memberikan kerjasama dalam konteks untuk memberikan latihan perniagaan kepada asnaf ini. Ketiganya, mengenai bantuan peniaga kecil yang dikemukakan, yang dibuat oleh Tabung Haji melalui program CSR nya. Penerimanya seramai 1,620 orang peniaga kecil yang melibatkan kos sebanyak RM810,000. Akhir sekali ialah program untuk membantu juga iaitu YaPEIM telah pun memberikan latihan seramai 8,600 orang peserta untuk meningkatkan skill perniagaan mereka agar mereka dapat untuk bersaing, terutamanya dalam suasana pandemik COVID-19. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Dipersilakan soalan tambahan pertama, Yang Berhormat Kuala Krai.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang telah diberikan dan semoga usahawan Muslim akan dapat meneruskan perniagaan mereka pasca pandemik COVID-19. Insya-Allah. Soalan tambahan saya, Tuan Yang di-Pertua. Di samping perancangan- perancangan dan aktiviti yang disusun untuk mencapai KPI 100 hari pihak Yang Berhormat Menteri, apakah usaha-usaha yang telah dilakukan untuk menjaga kebajikan imam dan guru takmir di seluruh negara bagi mengimarahkan lagi Islam di Malaysia ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Dipersilakan Yang Berhormat Menteri. Dua minit 30 saat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman berkenaan Yang Berhormat Kuala Krai, maka kita memang mengambil berat dan mengambil cakna berkenaan dengan sumbangan yang disumbangkan oleh terdiri daripada kalangan imam dan juga guru takmir yang berada di dalam negara kita. Maka dengan sebab itu, tentang beberapa inisiatif yang cuba kita berikan, terutamanya daripada segi aspek kebajikan antaranya ialah Program Perlindungan SOCSO sebanyak RM232.82 setahun untuk bermula sejak dari Mac 2021 dan begitu juga dengan bayaran one-off sebanyak RM500 kepada imam, bilal, noja dan juga guru takmir. Dalam masa yang sama juga kita telah pun untuk mempertingkatkan tentang usaha ini dengan mengadakan kelas pengajian takmir itu secara dalam talian dan juga bersemuka di seluruh negara apabila suasana COVID-19 ini sudah pun menurun. Begitu juga dengan Program Tafaqquh Fiddin untuk guru-guru takmir yang diadakan secara dalam talian, terutama pada waktu COVID-19 dan insya-Allah, secara bersemuka di seluruh negara. Pada tahun depan, insya-Allah guru takmir akan ditingkatkan lagi, ditambah sebanyak 1,000 orang lagi iaitu untuk kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan juga untuk penjara serta Jabatan Kebajikan Masyarakat. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan kedua. Saya jemput Yang Berhormat Hulu Langat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya melihat soalan ini ditujukan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tapi terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri menjawab soalan ini. Keluarga Malaysia mesti melihat isu utama rakyat tanpa mengira Muslim ataupun tidak sebagai prioriti paling utama dalam negara ini. Jika kita melihat unjuran kenaikan harga barang, ia akan berterusan sehingga 30 hingga 200 peratus menjelang tahun 2022 ini ekoran fenomena global dan kejatuhan mata wang dan pengurusan ekonomi negara ini sendiri. Apakah pendekatan kerajaan hari ini untuk memastikan isu penting rakyat mengurus Keluarga Malaysia ini dapat diselesaikan? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Menteri, dua minit.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Hulu Langat. Oleh kerana soalan yang ditanya kepada saya itu, saya kena jawab yang melibatkan soalan tadi. Maka saya jawab ikut itu. Tadi soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Hulu Langat itu mungkin boleh ditanya kepada Yang Berhormat Menteri di bidang lain. Nanti kalau saya jawab nanti masa yang bukan masa saya. Jadi, saya ucap terima kasih.

Ini soalan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tuan Yang di-Pertua.

Kalau untuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kena soal kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri lah. Soalan ini soalan ditujukan khas kepada saya. Kalau boleh, Yang Berhormat Hulu Langat boleh baca soalan dulu kot. Terima kasih.

Sivakumar a/l Varatharaju NaiduDAP · PHBatu Gajah · question

2. Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah] minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan SOP yang telah dirangka untuk sambutan Hari Thaipusam pada 18 Januari 2022. Ini adalah penting universiti membolehkan pihak kuil yang terlibat dan penganut-penganut membuat persediaan awal untuk sambutan tersebut.

Datuk Halimah binti Mohamed SadiqueUMNO · BNMenteri Perpaduan Negara · Kota Tinggi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin buka mask.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Silakan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Batu Gajah. Yang Berhormat, Yang Berhormat lebih maklum perayaan Thaipusam akan disambut oleh penganut Hindu pada 18 Januari 2022, hari Selasa. Bagi memastikan aspek-aspek keselamatan dan juga kesihatan awam itu dipatuhi, maka Kementerian Perpaduan Negara telah pun menyediakan SOP Sambutan Perayaan Thaipusam bagi tahun 2022. Dalam penyediaan SOP ini, Yang Berhormat, sesi libat urus telah pun diadakan pada 2 Disember 2021 pada hari Khamis yang lalu. Tujuan sesi libat urus ini ialah untuk kita dapatkan pandangan dan juga maklumat-maklumat terperinci mengenai aktiviti, upacara keagamaan pada sambutan perayaan Thaipusam itu. Sebagai makluman kepada Yang Berhormat juga, sesi libat urus tersebut telah pun dihadiri oleh 10 orang pemimpin agama Hindu dari Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan juga Johor yang akan menyambut perayaan Thaipusam ini secara besar-besaran. Keduanya, selain daripada 10 orang pemimpin ini dalam sesi libat urus itu, wakil- wakil daripada Majlis Keselamatan Negara juga turut hadir bersama-sama dengan wakil- wakil daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Saya ingin juga memaklumkan kepada Yang Berhormat, selepas sesi libat urus itu diadakan bersama dengan 10 pemimpin agama Hindu itu dengan wakil daripada MKN dan juga KKM, semua keperluan cadangan SOP itu akan diangkat― bukan kita yang luluskan ya, Yang Berhormat. Kita akan angkat cadangan-cadangan itu ke mesyuarat berikut untuk kelulusan. Yang pertama, Mesyuarat Kumpulan Kerja Teknikal Pengurusan Pandemik yang akan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah MKN yang dijangka akan bersidang pada 13 Disember 2021 ini. Yang kedua, selepas itu akan diangkat pula kepada Mesyuarat Kuartet Menteri yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Pertahanan yang dijangka akan diadakan mesyuaratnya pada 14 Disember 2021 ini. Dan yang ketiga― ia ada tiga peringkat, Yang Berhormat. Kemudian yang terakhir akan dibawa kepada Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang akan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang dijangka akan mengadakan mesyuaratnya pada 15 Disember 2021. Bila ini semua dah siap, Yang Berhormat, maka saya akan keluarkan surat makluman kelulusan SOP itu dan juga kenyataan akhbar kepada pemimpin agama yang tersebut. Ini SOP yang dah siap, Yang Berhormat... [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Yang kita buat libat urus dan yang kita akan angkat kepada ketiga-tiga jawatankuasa itu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan. Sila, Yang Berhormat Batu Gajah.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya terima baik jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, saya nak tahu, dalam SOP yang sudah pun siap itu, saya nak tahu sama ada pihak kuil dibenarkan untuk menubuhkan gerai-gerai sementara. Ini adalah penting sebab bagi peniaga-peniaga kecil, ini adalah peluang untuk mereka untuk membuat perniagaan untuk mencari sedikit pendapatan dan pada masa yang sama, dalam tempoh dua tahun ini kuil-kuil pun tidak mempunyai apa-apa pendapatan, maka ia juga menjadi sumber hasil kepada kuil tersebut. Jadi ini adalah perkara penting dan saya nak tahu sama ada perkara ini ada dimasukkan dalam SOP ataupun tidak. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Sila, Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Batu Gajah. Yang Berhormat, ada tujuh perkara yang telah pun dikenal pasti dalam perbincangan libat urus yang saya sebutkan tadi dengan pemimpin-pemimpin dari negeri-negeri. Tujuh perkara yang disebutkan dalam kita mengenal pasti aktiviti-aktiviti perayaan sambutan hari Thaipusam ini termasuklah gerai jualan. Gerai jualan ini, Yang Berhormat, tidak ada masalah selagi mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih. Soalan tambahan kedua. Saya jemput Yang Berhormat Tebrau.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas jawapan daripada Yang Berhormat Menteri Perpaduan kepada Yang Berhormat Batu Gajah. Oleh sebab Tahun Baru Cina akan mengikuti hari Thaipusam― tahun hadapan, Tahun Baru Cina jatuh pada 1 Februari 2022. Jadi, ini pun pentinglah. Saya haraplah Yang Berhormat Menteri Perpaduan akan adakan sesi perbincangan dengan wakil-wakil daripada kaum Tionghoa supaya adakan SOP yang sesuai untuk mereka pergi tokong-tokong untuk sembahyang dan sebagainya. Khususnya saya nak sebut ini ya. Oleh kerana Yang Berhormat Menteri datang dari Johor, Johor ada satu perayaan yang special iaitu adalah Chingay yang jatuh pada 18 Februari 2022. Sudah dua tahun tidak ada perarakan yang besar-besaran. Jadi, saya haraplah pada tahun yang akan datang ini, kita akan ada satu perayaan yang bagus supaya pelancong-pelancong pun boleh datanglah. Kalau bukan dari luar negara pun, dari dalam negeri pun bagus juga. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Menteri menjawab.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tebrau. Yang Berhormat, dalam aktiviti sambutan hari Thaipusam juga ada perarakan iaitu perarakan Silver Chariot. Jadi, dalam permohonan kepada sambutan hari Thaipusam, perarakan itu tidak dibenarkan. Dalam pada kita sedang berhadapan juga dengan varian baharu yang ada ini, jadi perarakan tidak dibenarkan dalam sambutan hari Thaipusam. Saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat― tadi saya sebut tentang sambutan hari Thaipusam. Sebelum itu, kita akan menyambut sambutan hari Krismas. Sambutan hari Krismas ini juga kita telah pun menyediakan SOP nya dan kita akan bawa juga SOP yang telah pun dicadangkan selepas diadakan sesi libat urus dengan pemimpin- pemimpin agama yang berkaitan, kita akan bawa pada 14 Disember 2021. Saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat, berkaitan dengan penyediaan SOP apa juga perayaan-perayaan yang disambut oleh pelbagai kaum di negara kita ini, kita akan membuat sesi libat urus itu dua bulan sebelum tarikh perayaan. Sebelum tarikh perayaan, sesi libat urus dan kemudian kita akan menyediakan SOP-SOP cadangan

selepas diadakan sesi libat urus untuk diangkat kepada jawatankuasa-jawatankuasa yang telah pun saya nyatakan. Saya ingin beri jaminan kepada Yang Berhormat, tidak ada masalah dalam penyediaan SOP untuk apa-apa perayaan di negara kita sempena dengan konsep Keluarga Malaysia. Itu yang pertama.

Keduanya, Chingay. Johor memang terkenal dengan perayaan Chingaynya. Akan tetapi Yang Berhormat, saya sudah sebut Thaipusam kita tidak benarkan, maka sudah tentulah apa juga perarakan tidak akan dibenarkan. Itu pun bergantung kepada keputusan yang akan dibuat oleh ketiga-tiga mesyuarat yang saya nyatakan tadi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih.

Boleh, Papar?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Pertanyaan Menteri seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Port Dickson.

Anwar bin IbrahimPKR · PHTambun · question

3. Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim [Port Dickson] minta Perdana Menteri menyatakan, apa tindakan segera, dan langkah-langkah efektif bagi jangka pendek, sederhana dan jangka panjang yang akan diambil oleh Majlis Tindakan Kos Sara Hidup untuk menangani krisis kenaikan harga barangan keperluan asas yang menimpa rakyat pada masa ini.

Dato’ Sri Mustapa bin MohamedUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) · Jeli

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan telah menubuhkan Majlis Tindakan Kos Sara Hidup pada tahun 2014 bagi merangka dasar dan strategi serta pelan tindakan untuk menangani isu kenaikan kos sara hidup rakyat. Kedua, kenal pasti isu dan cabaran kenaikan kos sara hidup dan ketiga, menyelaras pelaksanaan dasar dan program oleh pelbagai kementerian dan agensi. Majlis ini telah diaktifkan semula pada tahun 2018. Untuk makluman Yang Berhormat, pada tahun 2019, kadar inflasi cuma 0.7 peratus dan pada tahun lalu menguncup sebanyak 1.2 peratus berikutan pandemik COVID-19 dan harga minyak petroleum yang jatuh dengan mendadak. Pada suku pertama tahun ini, ekonomi dunia telah mula menunjukkan tanda- tanda pemulihan. Manakala harga minyak mentah telah meningkat. Berikutan itu, kadar inflasi kita telah naik kepada 4.7 peratus pada bulan April dan 4.4 peratus pada bulan Mei. Pada bulan Oktober lalu kadar inflasi kita ialah 2.9 peratus. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sedar bahawa akhir-akhir ini harga bagi beberapa keperluan asas khususnya ayam, beberapa jenis sayuran dan ikan telah meningkat dengan ketara. Menyedari masalah ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengarahkan supaya semua kementerian ambil tindakan segera bagi menangani isu berkaitan bidang tugas masing-masing. Pada 4 Disember lalu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah membuat pengumuman berikut, iaitu memberi kebenaran mengimport ayam bulat bersifat sementara dan memperuntukkan sebanyak RM262 juta bagi membantu peladang dan petani yang terjejas. Pada 30 November lalu, Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah membuat pengumuman berikut pertama, menggerakkan lebih 1,000 orang pegawai pemantau harga secara harian untuk memantau harga sebanyak 480 item di 1,500 buah premis. Memulakan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan lebih awal menjelang perayaan Krismas.

Dato’ Sri Mustapa bin MohamedUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) · Jeli

Melalui Bajet 2022 pula, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM31 bilion dalam bentuk subsidi, bantuan dan insentif, termasuk pemberian subsidi petrol RON95 dan diesel termasuk juga untuk membantu mengurangkan harga barangan keperluan penduduk luar bandar dan sebanyak RM400 juta untuk menstabilkan harga minyak masak. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan amat prihatin tentang masalah yang dihadapi oleh rakyat berikutan kenaikan harga beberapa keperluan asas khususnya bagi kumpulan B40 dan M40. Jabatan Perangkaan telah diarahkan supaya membuat pemantauan secara harian ke atas beberapa keperluan asas dan melaporkan trend perubahan kepada kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup pada 9 Disember 2021 bagi membincangkan langkah-langkah yang menyeluruh dan bersepadu untuk menangani isu kenaikan kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat. Tindakan jangka sederhana dan panjang akan dibentangkan oleh kementerian- kementerian yang berkenaan di mesyuarat tersebut. Antara perkara yang akan dibincangkan termasuklah pergantungan kepada import, kos input makanan, isu buruh asing, skim subsidi, geran dan pinjaman mudah, teknologi pertanian dan juga R&D. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, sila Yang Berhormat Port Dickson untuk soalan tambahan pertama.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Terima kasih. Keadaan meruncing, krisis kian serius, mesyuarat baru hendak diadakan pada 9 Disember. Itu menampakkan satu kecuaian dan salah keutamaan oleh kerajaan. Ini kerana, walaupun disebut dengan pelbagai langkah diambil, termasuk import sebanyak 200 buah kontena ayam. Walaupun kita hendak tahu siapa yang dapat permit import ini. Kenyataannya ialah dengan semua langkah yang diambil itu, langsung tidak berkesan. Jawatankuasa Kabinet belum bersidang, Majlis Tindakan Kos Sara Hidup baru akan bersidang. Rakyat sementara ini hendak ‘mentekedarah’ apa, dalam keadaan tertekan begini? Jadi, harga ayam proses standard, Kota Kinabalu RM10 sekilogram, Kuching RM11.50 sekilogram, Kota Bharu RM9.50 sekilogram, Seremban RM10 sekilogram. Harga Cili Merah Kulai, Kota Kinabalu sebanyak RM16 sekilogram, Kuching RM35 sekilogram paling tinggi di Malaysia, mungkin di ASEAN. Kota Bharu RM16 sekilogram, Seremban RM20 sekilogram. Satu lagi Tuan Yang di-Pertua, Kacang Buncis di Kota Kinabalu RM7 sekilogram kerana pengeluaran yang ada dan pemasaran. Kalau RM7 di Kota Kinabalu, di Kuching RM16 sekilogram. Di Kota Bharu RM16 sekilogram, Seremban RM16 sekilogram. Tuan Yang di-Pertua, yang saya sebut tentang keperluan mengadakan mesyuarat supaya tindakan diambil. Umpamanya, masalahnya, masalah lama yang dikupas. Pemasaran, agensi-agensi kerajaan harus dikerahkan untuk mengambil tindakan segera kerana kos di ladang dan kos di pasar borang, pasar bandar...

Yang Berhormat Port Dickson, biar Papar, Yang Berhormat Port Dickson.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Itu berbeza. Ini juga seperti mana yang kita lihat, baru-baru ini saya lihat food valley Selangor, bila dia bawa sendiri, kos boleh dijatuhkan sebanyak RM2, RM2.50. Jadi, langkah-langkah ini kerajaan nampaknya tidak ambil tindakan yang wajar. Akan tetapi, saya hendak tekankan di sini, dalam keadaan sekarang Tuan Yang di-Pertua...

Yang Berhormat Port Dickson, tambahan, tambahan.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Masalah dan beban kepada rakyat terlalu berat dan Menteri-menteri yang ramai ini tidak memberikan tumpuan kepada permasalahan, penyelesaian masalah rakyat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, sila habiskan.

Yang Berhormat Port Dickson, tambahan, tambahan harga.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Tidak ada tambahan. Ini...

Sekejap, sekejap.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Tidak ada tambahan, ini sesi soal jawab Menteri, mereka berdua, minta maaf. Sila Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson, angka-angka yang dibaca oleh Yang Berhormat Port Dickson itu memang dalam pengetahuan kerajaan. Itu sebabnya kerajaan memandang serius perkara ini. Telah saya tegaskan, kita memberi keutamaan yang tinggi kepada hal-hal berkaitan kenaikan harga, kita memang akur dengan perasaan rakyat di bawah. Untuk makluman Yang Berhormat Port Dickson pada tahun 2020, Jawatankuasa Kenaikan Harga ini dipengerusikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bermesyuarat sebanyak dua kali. Tahun ini sebanyak tiga kali mesyuarat telah diadakan oleh Yang Berhormat Menteri berkenaan, yang bertanggungjawab khusus kepada kenaikan harga ini, yang terpenting selain daripada Kementerian Pertanian dan beberapa kementerian lain. Jadi, yang pertama saya hendak jelaskan bahawa angka-angka yang dibacakan oleh Yang Berhormat Port Dickson kita sedia maklum dan Jabatan Perangkaan sekarang ini memantau. Dahulu, sebanyak dua kali sebulan dipantau harga sayur, sekarang setiap hari dipantau oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Kira-kira 30 hingga 40 jenis sayur dipantau, cili dan lain-lain yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Port Dickson. Keduanya, saya hendak tegaskan sekali lagi bahawa ini merupakan satu masalah yang besar yang dihadapi oleh rakyat, kita akur dan sedar betapa perlunya isu ini ditangani. Oleh itu, dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, selalu ditekankan perkara ini walaupun belum dipanggil lagi mesyuarat. Pertama, Menteri telah mengadakan mesyuarat sebanyak tiga kali pada tahun ini. Dalam Mesyuarat Jemaah Menteri telah pun diarahkan supaya seluruh usaha dan tenaga semua kementerian dan agensi bagi memastikan bahawa kenaikan harga dapat dikawal. Kita sedia maklum bahawa kenaikan harga ini banyak sebabnya. Selain daripada import, selain daripada margin, selain daripada kartel mungkin, banyak, selain cuaca, buruh asing, banyaklah faktor-faktor yang telah diberikan. Ini semua akan dihalusi oleh kerajaan melalui mesyuarat yang akan di adakan pada hari Khamis akan datang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Papar.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, ya. Ini sesi Pertanyaan-pertanyaan Menteri Yang Berhormat .

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Ini bukan soalan baru tetapi penjelasan pertanyaan, mesyuarat yang disebut, yang perlu Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Mikrofon...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Okey, boleh tanya, boleh tanya.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

...Yang dijawab tadi Majlis Tindakan Kos Sara Hidup. Pantau, tidak payah pantau, semua orang tahu. Harga cili di Kuching RM36, semua orang tahu. Yang kita hendak tahu, apa tindakan segera yang diambil?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

....Yang harus diambil. Yang Berhormat Menteri ada mesyuarat, betul, saya kata Jawatankuasa Kabinet. Ini kerana satu kementerian tidak mampu menyelesaikan perkara ini. Oleh sebab itu ada Jawatankuasa Kabinet, ada Majlis Tindakan, akan tetapi mesyuarat belum ada. Ini yang saya hendak tanya, mengapa mesyuarat Majlis Tindakan Kos Sara Hidup baru hendak diadakan pada 9 Disember.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik. Terima kasih.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Keduanya, apabila Jawatankuasa Kabinet berkenaan itu bersidang kerana ia melibatkan banyak kementerian. Daripada jawapan Yang Berhormat Menteri KPDNHEP, dia jawab kementerian itu sahaja bertindak...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Belum lagi Jawatankuasa Kabinet kerana ia melibatkan Menteri Ekonomi, Menteri Kewangan dan Menteri Hal Ehwal Pengguna. Jadi sebab itu, saya tanya supaya tindakan diambil. Menteri boleh sebut ini, ada masalah banyak kartel lah, monopoli. Selesaikan masalah kartel dan monopoli.

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Pasal apa tidak ambil tindakan? [Tepuk]

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Mengapa tidak ada keupayaan, kekuatan, kesediaan untuk mengambil tindakan. Kalau benar, disebut oleh Yang Berhormat Menteri tentang kartel dan monopoli.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Kartel memang masalah Tuan Yang di-Pertua, dalam semua hal politik dan juga ekonomi.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Ya, betul.

[Dewan riuh]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik. Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson. Ahli Yang Berhormat, ini adalah sesi bertanya pertanyaan dan perlu dijawab oleh Yang Berhormat Menteri. Sila Yang Berhormat Menteri menjawabnya. Sila.

Menteri tidak jawab.

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua. Ringkas sahaja, saya sudah jawab kebanyakan soalan tadi. Pertama, beri keutamaan yang tinggi, Menteri berkenaan telah pun mengambil tindakan peringkat, tindakan umpamanya jualan Keluarga Malaysia. Sudah 15 tempat diadakan termasuklah di...

Tidak jalan. Tidak jalan.

Di Pulau Pinang dan lain-lain dengan tindakan membenarkan import 5.5 juta ekor ayam sebulan. Ini juga tindakan serta-merta yang diambil. Banyak tindakan telah diambil dan Jawatankuasa Kabinet yang akan bersidang, NACOL ataupun Majlis Tindakan Kenaikan Harga ini dalam sehari dua ini, ahli-ahlinya ialah Menteri dan pegawai-pegawai. Jadi, ini bukan makna kali pertama Kabinet membincangkan perkara ini. Sudah banyak kali. Jadi, sabarlah bila mesyuarat akan diadakan. Insya-Allah, kerajaan akan mengumumkan langkah-langkah sewajarnya untuk menangani satu isu yang memang kerajaan sedar ia adalah isu yang besar dan penting perlu ditangani dengan berkesan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Soalan tambahan.

Papar.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Pokok Sena.

Pasir Mas.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Masa telah cukup diberikan untuk sesi pertanyaan-pertanyaan...

Tak, mana soalan tambahan tadi?

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya hendak buat cadangan ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Peraturan 24 (a) tertakluk kepada masa. Minta maaf.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya hendak cadang, hendak ganti import ayam 200 kontena itu dengan eksport diberi Kabinet pergi luar negeri

Ini kali pertama soalan tambahan kedua-dua dibagi kepada yang bertanya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Tidak. Saya ada peraturan. Sekarang tamatlah sesi waktu pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. [Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

[Soalan No. 1 – YB. Dato' Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali (Kuala Nerus) tidak hadir]

Mukhriz bin MahathirBERSATU · PHJerlun · question

2. Dato' Seri Utama Haji Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir [Jerlun] minta Perdana Menteri menyatakan sama ada kerajaan berhasrat untuk memberikan kuasa pendakwaan kepada penguat kuasa seperti Jabatan Alam Sekitar supaya tindakan dapat terus diambil ke atas pihak-pihak yang mencemar sungai dan udara, memandangkan pihak Peguam Negara kadang-kadang tidak membenarkan dakwaan dibuat ke atas mereka.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat, Pasir Gudang.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila, Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menjawabnya.

[Dewan riuh]

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti SamsudinBERSATU · PNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) · Masjid Tanah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Pasir Gudang. Peraturan Mesyuarat, Tuan Yang di-Pertua.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara telah pun memberikan kuasa kepada penguat kuasa seperti Jabatan Alam Sekitar untuk menjalankan tugas pendakwaan melalui pelantikan di bawah seksyen 377, Kanun Tatacara Jenayah Akta 593 bagi mengendalikan pendakwaan terhadap pihak-pihak yang mencemarkan sungai dan juga udara.

Walaupun selaras dengan kehendak undang-undang di bawah seksyen 44, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 iaitu Akta 127, izin pendakwaan haruslah diperolehi terlebih dahulu daripada pendakwa raya. Arahan pertuduhan hanya akan dikeluarkan setelah pendakwa raya berpuas hati bahawa segala keterangan dalam kertas siasatan adalah mencukupi bagi membuktikan elemen pertuduhan tersebut. Oleh yang demikian, dakwaan bahawa Peguam Negara yang bertindak sebagai pendakwa raya, kadang-kadang tidak membenarkan pendakwaan dibuat terhadap mereka yang melakukan pencemaran sungai dan udara, adalah tidak berasas kerana sesuatu pendakwaan yang dikenakan terhadap suspek di mahkamah adalah bergantung pada hasil siasatan sesuatu kes. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Soalan tambahan pertama saya, Yang Berhormat Jerlun.

Terima kasih. Antara masalah yang dihadapi oleh penguat kuasa Jabatan Alam Sekitar ialah pendakwaan yang tidak diluluskan oleh pendakwa raya seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, walaupun kertas siasatan ke atas pesalah pencemaran itu telah siap disempurnakan dengan bukti-bukti yang kukuh. Adakah boleh Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan dan seksyen 376 Kanun Acara Jenayah dipinda untuk beri kuasa pendakwaan kepada JAS? Bagi kes-kes serius yang perlu diambil tindakan cepat, adakah ilmu pengetahuan berkenaan alam sekitar dalam pejabat Peguam Negara boleh dipertingkatkan supaya pasukan pendakwaan lebih celik dan mahir. Berkenaan perlanggaran undang-undang daripada sudut pencemaran; atau pastikan tiada pihak atasan berkepentingan yang campur tangan dan memberi tekanan supaya tindakan tidak diteruskan ke atas pesalah pencemaran. Ini penting Tuan Yang di-Pertua bagi menjaga kepentingan awam dan tidak kepentingan pihak-pihak tertentu sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit.

Terima kasih Yang Berhormat Jerlun di atas perhatian yang diberikan, terutama sekali dalam kes-kes yang melibatkan pencemaran alam sekitar. Jadi sebagaimana yang telah dimaklumkan di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan yang mana Peguam Negara ada kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya untuk memulakan, menjalankan dan juga membuktikan apa-apa prosiding bagi satu kesalahan. Selain daripada prosiding di hadapan Mahkamah Syariah, Mahkamah Negeri ataupun Mahkamah Tentera. Sebagaimana yang telah disebutkan tadi seksyen 376 yang mana memperincikan lebih lanjut tentang kuasa pendakwa raya dan juga pelantikan timbalan pendakwa raya untuk kita melaksanakan fungsi pentadbiran keadilan jenayah sebagaimana yang termaktub di bawah itu. Secara jelas, di bawah undang-undang tersebut membuktikan bahawa segala perkara yang berkaitan dengan hal ehwal pentadbiran keadilan jenayah terletak di bawah pendakwa raya dan boleh melantik timbalan pendakwa raya untuk menjalankan fungsi sama seperti itu. Kita melihat bahawa apa juga yang berlaku, perlulah elemen-elemen tersebut dibuktikan, barulah boleh dilaksanakan pendakwaan. Kalau sebelum itu, kita melihat kita juga boleh memberikan kompaun juga terhadap kesalahan-kesalahan. Saya faham tentang kegusaran yang telah Yang Berhormat Jerlun berikan dan kita di bawah Yang Berhormat Menteri, kita memberikan perhatian bahawa tidak ada campur tangan mana-mana pihak yang boleh memberikan gangguan pada mana-mana pendakwaan ataupun mana-mana siasatan. Insya-Allah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan kedua, saya menjemput blok sini, sila Yang Berhormat Tebrau.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri kepada soalan

Yang Berhormat Jerlun. Saya kelihatan kerana saya pun terima banyak aduan terhadap pencemaran alam sekitar, khususnya di Sungai Kim Kim yang selalu berlaku pencemaran. Memang ada tindakan diambil oleh Jabatan Alam Sekitar dan pihak kuasa tempatan. Kompaun ada dikenakan tetapi ini masih berulang. Jadi, adakah sebab kompaun yang dikenakan terlalu rendah. Bagi pesalah, dia tidak takut untuk mengulangi kesalahan pembuangan dan sisa yang mencemarkan alam sekitar. Adakah Yang Berhormat Menteri setuju kita kena jatuhkan hukuman penjara walaupun satu minggu atau dua minggu? Baru ada kesan untuk mengatasi masalah ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat tentang masalah di Sungai Kim Kim yang telah menarik perhatian seluruh negara tentang apa yang telah berlaku di sana. Oleh sebab itu, tindakan kompaun pun telah diberikan dan saya suka mengesyorkan sekiranya ada apa-apa juga perbuatan ataupun kesalahan yang dilakukan, yang melibatkan kepentingan orang ramai dan kepentingan awam dan sebagainya, bolehlah melaporkan dengan segera supaya pihak kita boleh mengambil tindakan. Bukan hanya setakat kompaun tetapi juga pendakwaan di mahkamah. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Tuan Yang di-Pertua, Standing Order.

Sini Papar.

Satu lagi Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sekejap. Bagi saya habiskan yang ini dahulu. Soalan tambahan ketiga saya bagi peluang Yang Berhormat Papar.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya ini senang sahaja dijawab. Bagaimana pula kalau kita sudah membuat aduan kepada kementerian, berkenaan dengan kilang-kilang dan juga rumah-rumah ternakan, di mana kita boleh lihat pencemaran ada berlaku dan kementerian yang kita adukan itu tidak mengambil apa-apa tindakan. Apakah kita sebagai orang tempatan boleh membawa ataupun menyaman kementerian tersebut? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Sekiranya sebagaimana yang telah pun dinyatakan oleh Yang Berhormat, sekiranya terdapat apa-apa perkara yang dilihat yang boleh diambil tindakan, bolehlah merujuk kepada pihak berkuasa negeri untuk tindakan. Sekiranya ia tidak diberi perhatian, maka bolehlah juga maklumkan kepada pihak kami untuk kita juga memberikan perhatian tentang perkara tersebut. Akan tetapi sebagaimana yang saya nyatakan untuk Yang Berhormat sebentar tadi, apabila melibatkan kepentingan awam sebagaimana di Sungai Kim Kim, di Sungai Gong dan sebagainya yang telah pun di bawah pengetahuan orang ramai, yang melibatkan nyawa orang ramai dan sebagainya, ia di bawah Jabatan Pendakwa Raya. Akan tetapi kalau perkara itu melibatkan hanya sebahagian kecil sahaja individu yang terlibat, ia boleh di bawah kuasa pihak negeri. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ya, Pasir Gudang, sila.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya membangkitkan Peraturan Mesyuarat 21, pertanyaan-pertanyaan kepada

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Menteri. Awal tadi kita ada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri, ada tiga soalan. Soalan pertama dan yang ketiga minta Perdana Menteri menjawab. Akan tetapi Menteri yang lain yang menjawab, bukan Perdana Menteri datang. Saya anggap perkara ini penting Tuan Yang di-Pertua, sebab Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang mempunyai Menteri di Jabatan Perdana Menteri paling ramai. Jadi, kalau Perdana Menteri dijemput minta menjawab tidak datang, ini bertentangan dengan kehendak Dewan ini. Sebagai contoh, House of Commons di Parlimen British ada Prime Minister’s Question Time. Jadi, di situ Perdana Menteri datang menjawab sampai 30 soalan dengan tangkas, dengan cermat menjawab. Jadi, kita hendak tradisi ini diamalkan di negara ini, tradisi yang baik ini. Soalan-soalan yang penting ini, misalnya soalan nombor tiga tentang kos harga barang itu perlulah dijawab oleh Perdana Menteri. Jadi, saya harap perkara yang saya bangkitkan ini dapat diberi perhatian. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Apa pun, ini adalah waktu-waktu pertanyaan. Tadi itu pertanyaan-pertanyaan Menteri, maka Perdana Menteri boleh minta Menteri yang lain untuk menjawabnya. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang.

Shamsul Anuar bin NasarahUMNO · BNLenggong · question

3. Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah [Lenggong] minta Perdana Menteri menyatakan langkah bagi meningkatkan pendapatan isi rumah khususnya golongan B40 namun dalam pada masa yang sama mengurangkan kebergantungan secara langsung dengan bantuan tunai semata-mata.

Dato’ Eddin Syazlee bin ShithBERSATU · PHTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) · Kuala Pilah

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan melaksanakan beberapa langkah jangka masa pendek untuk melindungi kehidupan dan punca pendapatan serta kesan pandemik COVID-19 kepada semua lapisan masyarakat termasuk daripada kalangan B40. Dalam Bajet 2022, Bantuan Keluarga Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion disediakan yang memberi manfaat kepada 9.6 juta penerima yang layak. Kerajaan juga akan meluluskan pelbagai pemberian subsidi dan insentif bagi industri pertanian, jaminan makanan dan komoditi dengan peruntukan sebanyak RM1.7 bilion. Program-program kebajikan sosial tersebut seperti pindahan wang tunai adalah berdasarkan kepada keperluan kepada kumpulan sasaran yang layak. Dalam usaha untuk mengurangkan kebergantungan kepada kerajaan khususnya bantuan tunai, kerajaan juga akan meningkatkan usaha untuk memperbanyakkan program-program kebajikan produktif supaya setiap isi rumah dapat meningkatkan kapasiti dan keupayaan bagi meningkatkan pendapatan dan seterusnya taraf hidup mereka secara mampan. Menjana dan mengekalkan pekerjaan juga menjadi agenda utama kerajaan untuk meningkatkan pendapatan isi rumah. Inisiatif ini termasuk Jamin Kerja Keluarga Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM4.8 bilion bagi menyediakan 600,000 peluang pekerjaan termasuklah melaksanakan dengan izin, Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) dan program latihan serta peningkatan kemahiran supaya pekerja terutama dalam kalangan B40 mampu meningkatkan kebolehpasaran mereka. Melalui insentif penggajian JaminKerja, kerajaan akan memperuntukkan bantuan antaranya bayaran berjumlah RM600 sebulan bagi tempoh enam bulan kepada mereka yang bekerja dalam sektor gig. Kerajaan menyediakan pelbagai skim pinjaman pembiayaan perniagaan dan pembiayaan alternatif untuk memenuhi keperluan perniagaan terutama perniagaan informal serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana kepada isi rumah yang terkesan teruk akibat COVID-19. Sebagai contoh, bagi menggalakkan penyertaan usahawan wanita, kerajaan memperuntukkan RM6.25 juta bagi program MyKasih Kapital yang merangkumi bantuan asas modal secara dalam talian. Skim Pembiayaan Informal dan Mikro dengan saiz dana berjumlah RM200 juta juga diperuntukkan dengan kadar faedah zero peratus. Bagi

Dato’ Eddin Syazlee bin ShithBERSATU · PHTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) · Kuala Pilah

tempoh jangka panjang dalam RMKe-12, kerajaan akan meneruskan dasar dan strategi untuk meningkatkan pendapatan dan kuasa beli serta kesejahteraan terutamanya isi rumah di bandar dan di luar bandar. Akhir sekali, kerajaan percaya bahawa strategi dan inisiatif di atas terutamanya melalui program kebajikan produktif dapat meningkatkan pendapatan dan mengurangkan kebergantungan rakyat kepada bantuan tunai oleh kerajaan di samping menangani cabaran semasa dan masa hadapan termasuk impak pandemik COVID-19.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak merujuk kepada kenyataan Pengarah Eksekutif Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi, Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali. Dia menyebut bahawa jurang pendapatan bagi golongan kaya dan miskin di negara ini semakin melebar susulan golongan berpendapatan rendah B40 hanya memperoleh 16 peratus daripada kek ekonomi negara. Jadi, berdasarkan kepada kenyataan itu, golongan B40 hanya memperoleh 16 peratus saya sebutkan tadi. Justeru itu, saya hendak tahu apakah langkah utama ataupun faktor utama yang menyebabkan jurang pendapatan antara golongan kaya dan miskin ini benar-benar melebar? Kemudian, saya ucap terima kasih apa yang disebut kejayaan-kejayaan dan juga perancangan kerajaan tadi. Pastinya kesan daripada pandemik COVID-19 ini, ia memberi kesan yang lebih besar. Kedudukan sosioekonomi rakyat, data-data kemiskinan sudah begitu berubah. Pertambahan berlaku. Orang miskin bertambah, pendapatan berkurang dan sebagainya. Apakah langkah-langkah kerajaan dengan data-data yang sudah begitu berubah ini? Terima kasih.

Dato’ Eddin Syazlee bin ShithBERSATU · PHKuala Pilah

Terima kasih Yang Berhormat Lenggong atas soalan tambahan. Pertama, berkenaan jurang. Ini kita boleh lihat berdasarkan kepada keadaan semasa yang mana golongan B40 ramai yang telah terkesan teruk memandangkan mereka ini terdiri daripada orang-orang yang terlibat dalam bidang perusahaan. Misalnya, di golongan pertengahan. Ramai pula pengusaha-pengusaha ataupun mereka yang bekerja ini, secara tetap ini telah terjejas dan ada yang kehilangan pekerjaan. Jadi, bila keadaan ini berlaku, mereka ini secara automatik ada yang telah masuk ke dalam golongan miskin dan juga miskin tegar barangkali. Jadi, inilah keadaan-keadaan yang menyebabkan jurang itu menjadi lebih ketara sebab golongan-golongan pemodal yang lebih baik kedudukannya agak kurang terkesan.

Dato’ Eddin Syazlee bin ShithBERSATU · PHKuala Pilah

Oleh sebab keadaan ini menyebabkan kerajaan menumpukan untuk memberi bantuan kepada B40 ataupun miskin ini melalui program-program pembelian tunai yang bantuan secara langsung supaya mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup. Ini yang menjadi fokus kepada kerajaan sebab bagi menjawab soalan seterusnya, dalam tempoh pandemik dan COVID-19 ini, yang menjadi keutamaan kepada kerajaan adalah untuk memastikan bahawa mereka yang terkesan dan terkesan teruk akibat daripada pandemik COVID-19 ini perlu mendapat bantuan dan menerima bantuan secara langsung sama ada dalam bentuk bantuan tunai ataupun komoditi daripada kerajaan. Terdapat juga beberapa insentif yang diberi kepada rakyat, termasuklah menyediakan program-program bagi meningkatkan pendapatan. Ini termasuk juga untuk mengekalkan pekerjaan dan bagi golongan usahawan untuk memberi akses kepada mereka bagi mendapatkan pembiayaan kewangan bagi menjana pendapatan dan menceburi bidang perniagaan seperti pembiayaan mikro melalui peruntukan yang diberikan melalui TEKUN dan sebagainya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Soalan tambahan kedua, saya jemput Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, tadi dinyatakan tentang langkah-langkah yang telah pun dijalankan untuk golongan B40. Namun, saya percaya antara perkara yang paling mendesak ialah masalah kumpulan B40 yang bumiputera. Jadi, saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah inisiatif-inisiatif yang jelas yang telah dilaksanakan dan telah pun berjaya mendapat kejayaan bagi membantu meningkatkan pendapatan bumiputera bagi golongan B40 ini? Ini kerana saya dengar tadi hanya sekadar subsidi dan program sokongan. Tiada satu ekosistem yang menyeluruh ataupun sinergi yang sepenuhnya untuk membantu mereka. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Dato’ Eddin Syazlee bin ShithBERSATU · PHKuala Pilah

Terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Jadi, untuk makluman Yang Berhormat Hang Tuah Jaya dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat, ini adalah inisiatif ataupun langkah-langkah yang diambil dalam tempoh kita menangani masalah yang diakibatkan oleh kesan pandemik COVID-19. Ini satu proses yang berterusan, bermula dengan langkah-langkah untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk. Oleh sebab dalam keadaan sekarang seperti yang saya sebutkan tadi, yang menjadi keutamaan adalah untuk kita memastikan bahawa rakyat dapat meneruskan kelangsungan hidup melalui bantuan-bantuan yang diberikan oleh kerajaan. Jadi, sebenarnya banyak dan untuk tahun 2022 juga, kerajaan masih lagi memperuntukkan bantuan-bantuan Keluarga Malaysia yang berjumlah RM8.2 bilion dan ini yang akan sampai ke sasaran bagi semua rakyat, tidak kira bumiputera ataupun tidak berjumlah RM9.6 juta bagi mereka yang layak. Ini menunjukkan kita tahu di kalangan B40 ini, yang paling ramai adalah golongan orang bumiputera. Jadi, secara tidak langsung apa juga inisiatif ataupun langkah-langkah dan pendekatan yang diambil oleh kerajaan ini secara tidak langsung ataupun secara langsung juga adalah bertujuan untuk membantu rakyat terutama sekali golongan bumiputera lah yang terjejas teruk di kalangan group kumpulan B40 itu.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Menteri, minta ringkaskan ya sudah? Baik saya... [Disampuk]

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tambahan satu lagi?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Saya bagi kurang sedikit bagi kepada Yang Berhormat Alor Gajah.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Pokok Sena.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mudah sahaja. Dapatan purata perbelanjaan B40 untuk barangan asas sahaja untuk melangsungkan kehidupan tahun 2019 sebanyak RM240 bilion tanpa simpanan. Apa sahaja pendapatan yang mereka dapat. Apakah tanda aras yang terbaharu kita lihat hari ini untuk menyelesaikan masalah ini secara holistik? Adakah B40 masih lagi membelanjakan sebanyak RM240 bilion setahun untuk melangsungkan kehidupan harian dengan pembelian barangan asas? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, sila Yang Berhormat Menteri satu minit.

Dato’ Eddin Syazlee bin ShithBERSATU · PHKuala Pilah

Terima kasih kepada Yang Berhormat Alor Gajah. Itu yang saya sebutkan sebentar tadi Yang Berhormat Alor Gajah bahawa selain daripada peruntukan untuk meneruskan kelangsungan hidup, kita juga mempunyai perancangan-perancangan jangka masa panjang.

Dato’ Eddin Syazlee bin ShithBERSATU · PHKuala Pilah

Ini termasuklah menyediakan... [Disampuk]

Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta tanda aras hari ini? Berapa jumlah selepas MCO ini sama ada jumlah perbelanjaan RM240 bilion kurang atau lebih? Itu menjadi tanda aras kita untuk membuat satu penyelesaian masalah, terima kasih.

Dato’ Eddin Syazlee bin ShithBERSATU · PHKuala Pilah

Yang Berhormat Alor Gajah, saya tidak dapat menjawab secara tepat berkenaan penanda aras sebab tidak ada dalam rekod saya tetapi kalau Yang Berhormat masih berminat saya akan cuba dapatkan dan saya akan bekalkan kepada Yang Berhormat secara bertulis.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Boleh satu lagi?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Pertanyaan jawab lisan seterusnya saya jemput Yang Berhormat Tuan Karupaiya a/l Mutusami Padang Serai.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya mulakan dengan sebuah pantun; Menara dibina rakyat diabaikan, Kilang ditutup pelabur pun lari, Isu lampu Isyarat ingin saya diketengahkan, Hilang nyawa baharu hendak bersimpati.

Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai · question

4. Tuan Karupaiya a/l Mutusami [Padang Serai] minta Menteri Kanan Kerja Raya menyatakan di kawasan Parlimen Padang Serai terdapat beberapa persimpangan jalan yang harus didirikan lampu isyarat. Contohnya persimpangan Jalan Batu Putih, Taman Sepilai dan Sungai Karangan. Hal ini kerana kawasan tersebut sering kali berlakunya kemalangan dan masalah lalu lintas.

Tuan Arthur Joseph KurupPBRS · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Pensiangan

Selamat pagi, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi menambah baik persimpangan jalan yang sering berlaku kemalangan dan masalah lalu lintas, Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Kerja Raya telah melaksanakan penambah baikkan persimpangan melalui; (i) kerja-kerja pemasangan lampu isyarat; (ii) pemasangan lampu jalan; (iii) pembaikan di lokasi yang kerap berlaku kemalangan; dan (iv) kerja-kerja menaik taraf persimpangan. Kementerian ini mengambil maklum akan isu kemalangan dan masalah lalu lintas yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat. Bagi Persimpangan Batu Putih yang berada di Laluan Persekutuan FT169, Jalan Mahang - Klang Lama, kementerian ini telah: (i) mengangkat permohonan projek menaik taraf simpang; (ii) memasang lampu isyarat; dan (iii) lain-lain kerja berkaitan di Persimpangan Batu Putih iaitu lokasi yang kerap ada kemalangan. Di laluan Jalan Persekutuan, Jalan Mahang - Klang Lama, FT169 Kulim Kedah untuk kelulusan agensi pusat bagi Rolling Plan Kedua dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Walau bagaimanapun, berdasarkan agihan siling peruntukan yang terhad bagi projek yang baharu, cadangan projek tersebut tidak dapat dipertimbangkan oleh agensi pusat dalam tempoh yang berkenaan.

Tuan Arthur Joseph KurupPBRS · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Pensiangan

Kedua, bagi persimpangan Taman Sepilai di laluan yang sama, persimpangan tersebut belum memenuhi waran untuk dinaiktarafkan kepada persimpangan berlampu isyarat berdasarkan kepada level of service (LOS) yang masih berada pada tahap A di laluan tersebut apabila kita merujuk kepada data Road Traffic Volume Malaysia (RTVM) tahun 2020. Walau bagaimanapun, pihak kementerian melalui Jabatan Kerja Raya daerah sentiasa melakukan penyelenggaraan melalui kontrak konsesi bagi memastikan bahawa laluan tersebut berada dalam keadaan yang selamat dan selesa untuk pengguna jalan raya tersebut. Bagi tempat yang ketiga iaitu persimpangan jalan Sungai Karangan yang terletak di laluan FT136, kerja-kerja menaik taraf persimpangan ini akan dilaksanakan di bawah skop roadside development berikutan terdapat pemajuan yang akan dijalankan di kawasan tersebut. Sehubungan dengan itu, disyorkan kepada Ahli Yang Berhormat untuk mengemukakan permohonan bagi menaik taraf persimpangan tersebut kepada JKR Negeri Kedah dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Kedah bagi dimasukkan dalam senarai keutamaan negeri dalam Rolling Plan yang akan datang. Barulah kementerian ini boleh meneliti sekiranya terdapat permohonan menaik taraf persimpangan tersebut dalam Rolling Plan Ketiga, Rancangan Malaysia Kedua Belas untuk dipertimbangkan oleh Agensi Pusat sekiranya memenuhi aspek teknikal untuk dilaksanakan. Sekian, dan terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sila Yang Berhormat Padang Serai, soalan tambahan pertama.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk dapatkan lampu isyarat di simpang Batu Putih. Soalan seterusnya, saya ingin bertanya kepada kementerian di mana beberapa tempat lampu isyarat kerap kali rosak terutama semasa hujan lebat. Ini menyebabkan kesesakan lalu lintas berlaku. Bagaimanakah kementerian hendak atasi masalah tersebut? Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Terima kasih Yang Berhormat dari Padang Serai. Sekiranya ada kerosakan, tolonglah buat aduan kepada pihak yang berkaitan khususnya kepada JKR sekiranya ia terletak di bawah jalan persekutuan ataupun kepada majlis- majlis supaya pihak konsesi ataupun agensi yang berkaitan boleh mengambil tindakan dengan seterusnya. Sekian, dan terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Soalan tambahan kedua, saya jemput Yang Berhormat Baling.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Butterworth-Kulim Expressway, makna kata Kulim, Padang Serai dan Baling akan kongsi highway tersebut. Saya meneliti jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi tetapi izinkan saya hendak menyatakan bahawa hasrat kami Baling, Padang Serai, Kulim ini, kita perlukan jawapan yang lebih precise. Janganlah suruh kami buat aduan kalau lampu isyarat rosak ataupun janganlah kata bajet tidak ada, RMK-12 tiada duit. Jadi highway tersebut sememangnya lampu isyarat- traffic light amat diperlukan. Banyak kematian dalam kes kemalangan nyawa di situ berlaku khususnya pada hujung tahun begini. Orang balik ke Kelantan akan gunakan jalan itu. Jadi saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri minta pengarah jalan untuk pergi tengok BKE itu di keseluruhannya. Saya bagi pihak Kulim, Padang Serai, Baling, kami akan melepasi ke Gerik selepas itu. Jadi kemalangan nyawa, maaf Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya sedikit

– kebanyakan mangsa kemalangan nyawa merupakan rakyat Baling, rakyat Padang Serai, rakyat Kulim. Minta maaf. Yang langgar ini orang luar, yang menggunakan BKE highway tersebut, yang hendak ke Terengganu dan ke Kelantan, ke Jeli dan sebagainya. Jadi saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri, tolong adakan mesyuarat khusus dengan pengarah jalan, minta Menteri Kanan untuk mengambil inisiatif tindakan yang proaktif berkaitan dengan apa yang sahabat saya Yang Berhormat Padang Serai sebut tadi dan Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Baling.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab. Satu minit.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Terima kasih Yang Berhormat Baling. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak agensi JKR sentiasa telah mengenal pasti black spots di mana kita akan memberi keutamaan. Kita akan sentiasa buat yang terbaik khususnya apabila kita menerima aduan. Walaupun kita perlu juga aduan tetapi itu tidak bermakna bahawa kita tidak memantau keadaan-keadaan jalan tersebut. Bagi semua jalan yang sudah dikenali sebagai black spots, kita akan memastikan bahawa kita akan memberikan keutamaan untuk penyelenggaraan ataupun penambahbaikan di kawasan-kawasan black spots tersebut untuk mengurangkan risiko daripada kemalangan. Sekian, dan terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertanyaan seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Jerai.

Sabri bin AzitPAS · PNJerai · question

5. Tuan Sabri bin Azit [Jerai] minta Perdana Menteri menyatakan, adakah kerajaan bercadang untuk melantik Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah dan Penyelia Guru Agama (KAFA) ke perjawatan tetap.

Tuan Haji Idris bin Haji AhmadUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) · Jerantut

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Yang Berhormat Jerai, terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Untuk maklumat Yang Berhormat, jawatan Penyelaras Pentadbiran Majlis Daerah (PPMD) mula diwujudkan pada tahun 1992. Hasil daripada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (JKI) dengan elaun bulanan sebanyak RM1,500 bagi setiap seorang kepada seramai 61 orang PPMD yang dilantik. Pada tahun 2010, kerajaan bersetuju melantik PPMD di bawah status Contract for Service dengan bayaran elaun bulanan sebanyak RM1,710. Manakala pada tahun 2015, kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan taraf jawatan PPMD daripada Contract for Service kepada jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29 dengan gaji pokok sebanyak RM1,493 ataupun RM1,770.95 berdasarkan kepada kelayakan sebulan dan diberikan kenaikan gaji tahunan sebanyak RM145. Ini melibatkan jumlah PPMD seramai 173 orang sehingga ke hari ini. Manakala bagi Penyelia Guru KAFA pula, sehingga kini terdapat 383 orang Penyelia Guru KAFA yang berstatus kontrak Gred S19 yang dilantik berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008. Dasar dan prosedur pelantikan secara kontrak yang sedang berkuat kuasa, pelantikan PPMD dan Penyelia Guru KAFA ini walaupun berstatus kontrak, mereka adalah layak menerima hak dan manfaat perkhidmatan seperti mana pegawai perjawatan tetap yang lain. Berkenaan cadangan untuk menaikkan perjawatan PPMD dan Penyelia Guru KAFA ke jawatan tetap, kerajaan sentiasa optimis untuk mengadakan perbincangan

Tuan Haji Idris bin Haji AhmadUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) · Jerantut

dengan agensi pusat berkaitan dengan mencari kaedah yang terbaik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Soalan tambahan pertama. Sila Yang Berhormat Jerai.

Tuan Sabri bin AzitPAS · PNJerai

Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang menjawab dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya, sekarang ini penduduk dan taman-taman perumahan bertambah, kariah dan masjid juga bertambah, kerja-kerja pemantauan masjid juga bertambah. Oleh sebab itu ringkasnya, adakah kerajaan bercadang untuk menaik tarafkan status kontrak kepada tetap supaya mereka dapat menangani kos hidup masing-masing dengan apa yang ada sekarang? Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Menteri. Satu minit.

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Jerai. Untuk maklumat, maknanya kerajaan sentiasa mengambil berat terutama terhadap isu-isu kebajikan kepada penyelaras ataupun pentadbir PPMD Majlis Daerah yang menjadi penghubung antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri dalam hal ehwal agama. Oleh sebab itu sebelum cadangan perjawatan ini diangkat, maka beberapa perkara yang perlu dirunding. Setakat ini memang sedang dalam proses, kita melakukan perundingan demi perundingan termasuklah juga dengan Jabatan Agama Islam Negeri dan juga Majlis Agama Islam Negeri bagi melengkapkan dokumentasi hal-hal yang berkaitan dengan soal deskripsi ataupun bidang tugas yang perlu dilakukan PPMD. Begitu juga dengan beban tugas serta ratio, bilangan PPMD setiap daerah berbanding dengan masjid yang berada di setiap daerah itu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Ada soalan tambahan kedua. Sila Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHKulim-Bandar Baharu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, adakah Yang Berhormat Menteri bersetuju daripada jawapan tadi, merujuk kepada jumlah elaun atau gaji, ia relatifnya masih rendah berbanding dengan keperluan kos hidup hari ini? Ketika menjawat jawatan ini, Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah, Penyelia Guru KAFA memainkan peranan yang sangat penting bukan saja soal pentadbiran masjid, mengimarahkan masjid dan mereka bertanggungjawab terhadap institusi agama yang sangat penting di dalam komuniti masyarakat Melayu Islam kita. Jadi, kadar upah yang masih relatively rendah ini, sebenarnya memerlukan satu ikhtiar yang lebih agresif kerana status jawatan kontrak dan tetap sangat memberi kesan kepada psikologi penjawat awam ini, begitu juga dengan kadar upah. Apakah Yang Berhormat Menteri bersetuju?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Menteri, satu minit.

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Memanglah kalau kita lihat daripada segi gaji ataupun elaun yang mereka dapat ini nampaknya memang tidak berapa cukup. Oleh sebab itulah beberapa usaha yang kita buat untuk berbincang dengan stakeholders, pemegang taruh untuk membincangkan supaya ke arah mereka ini menjadi sebagai penjawat yang tetap tetapi memerlukan kepada prosedur kewangan. Oleh sebab itu, kita kata tadi apabila hendak buat satu perkara ini, ia perlu kepada deskripsi tugasnya dan begitu juga tentang ratio masjid. Mungkin kadang-kadang ada sesetengah daerah ada tiga buah masjid, empat buah masjid, lima buah masjid. Jadi, itu perkara-perkara yang

perlu diselesaikan dahulu daripada segi pentadbiran sebelum pihak stakeholders, pemegang taruh meluluskan apa yang kita pohon tadi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Hang Tuah Jaya satu.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya ingin teruskan. Pertanyaan Jawab Lisan seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Seputeh.

Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh · question

6. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan jumlah kutipan dana yang diterima oleh Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF) daripada pengusaha industri sawit daripada 1 Januari 2020 hingga 30 September 2021. Senaraikan perbelanjaan dan Program MPOGCF sejak ia ditubuhkan.

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck SengMCA · BNTimbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi I · Tanjung Piai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Peruntukan daripada kutipan dana disalurkan kepada MPOGCF pada setiap suku tahun. Sehingga Julai 2021, MPOGCF telah menerima peruntukan berjumlah RM8.02 juta secara keseluruhannya. Peruntukan ini akan digunakan bagi membiayai kos pengurusan dan program serta projek yang sedang dan akan dilaksanakan di bawah MPOGCF. Oleh kerana pandemik COVID-19 sedikit sebanyak telah menjejaskan gerak kerja bagi projek dan program di bawah MPOGCF. Dalam hal ini, daripada jumlah peruntukan yang diterima, sebanyak RM726,078 telah dibelanjakan sehingga Ogos 2021 merangkumi projek berikut: (i) membiayai The Wildlife Rescue Unit berjumlah RM722,476 yakni RM472,476 pada tahun 2021 dan RM250,000 pada tahun 2020; (ii) projek Konservasi Harimau Malaya berjumlah RM3,602; dan (iii) perbelanjaan bagi projek-projek lain dijangka akan lebih banyak dibuat mengikut pencapaian dan kemajuan projek dari semasa ke semasa selaras dengan kebenaran pergerakan yang telah diberikan oleh kerajaan. Senarai program dan projek di bawah MPOGCF sejak ia ditubuhkan adalah seperti berikut: (i) Program Penanaman Sejuta Pokok – RM2.26 juta; (ii) Program Konservasi Harimau Malaya – RM3 juta dalam tempoh lima tahun; (iii) Elephant Grass Planting – RM483,120; (iv) pembiayaan Welfare Rescue Unit – RM945,000 dalam tempoh tiga tahun; (v) Borneo Orangutan dan Borneo Elephant Population Survey – RM1.5 juta; (vi) WRU MPOGCF coffee table books – RM150,000; (vii) penanaman semula pokok hutan di Putrajaya – RM2 juta; (viii) penanaman semula pokok hutan di Melaka – RM420,000; (ix) Projek Perhutanan Semula Central Forest Spine (CFS) Kelantan – RM2.85 juta; (x) Projek Penanaman dan Pemulihan Pokok di Taman Botani Kuala Terengganu – RM1.2 juta; (xi) Projek Papan Tanda Kawasan Lintasan Hidupan Liar – RM1 juta;

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck SengMCA · BNTimbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi I · Tanjung Piai

(xii) Pembinaan cabaran dalam pemulihan biodiversiti dalam industri minyak sawit di Malaysia – RM39,300; dan (xiii) penerbitan buku Panduan Amalan Pengurusan Dana Terbaik Pengurusan Hidupan Liar di kawasan Perladangan – RM301,305. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Soalan tambahan pertama. Sila Yang Berhormat Seputeh.

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, tujuan utama wujudkan MPOGCF pada waktu saya memegang jawatan Menteri adalah untuk menunjukkan kepada seluruh dunia di mana industri sawit ataupun penanaman pokok sawit, ia boleh wujud bersama dengan pemulihan hutan, penanaman pokok jenis hutan, konservasi dan sebagainya. Akan tetapi saya hendak beri satu komen ialah sampai sekarang ramai penanam sawit tidak tahu tentang projek di bawah MPOGCF kerana kurang publisiti dilakukan oleh pihak kementerian ataupun MPOGCF. Saya rasa sekarang kita masih menghadapi banyak serangan terhadap industri sawit Malaysia. Kita sepatutnya menguar-uarkan semua ini green project yang dilakukan di bawah MOPGCF ini. Adakah kementerian akan menjemput pakar konservasi, key conservation experts ataupun NGO di dalam atau pun di luar negara untuk bekerjasama dengan pihak kementerian ataupun MPOGCF dalam segala usaha projek konservasi ini dan penanaman pokok ini? Ini supaya apa yang dilakukan oleh kementerian dan juga di bawah MPOGCF boleh disampaikan. Mereka akan jadi saksi kepada industri sawit Malaysia yang mana kita memang menuju ke arah untuk menanam pokok dan juga menjaga haiwan liar di negara kita ini. Saya rasa usaha publisiti secara meluas dalam perkara ini kita masih belum nampak. Malah orang yang tanam pokok sawit, industri penanaman pokok sawit di negara kita ini masih kurang tahu tentang projek ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck SengMCA · BNTanjung Piai

Terima kasih Yang Berhormat. Saya setuju, perlu diperkasakan lagi untuk promotion sedemikian. Akan tetapi Yang Berhormat harus tahu bahawa untuk MPOGCF ini baru ditubuhkan, hanya beroperasi pada 1 April 2021. Jadi, banyak usaha digunakan dan apa yang berlaku ialah bekerjasama bukan sahaja untuk industri tetapi juga across ministry. Mesti kementerian-kementerian lain, contoh bagaimana untuk bantu dalam yang dikatakan— bagi peruntukan yang saya katakan tadi, RM3 juta untuk pemulihan Harimau Malaya, antara KeTSA, agensi-agensi kerajaan, MPOB. Jadi, saya setujulah. Saya ambil maklum akan pandangan itu. Kami akan memperkasakan supaya promotion atau fungsi tersebut boleh bekerjasama dan bukan sahaja dalam negara tetapi juga luar negara supaya experts datang untuk bantu kita mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh kementerian. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan kedua, Yang Berhormat Pontian.

Terima kasih. Oleh kerana saya berdiri agak awal tadi. Terima kasih. Masalah kita ialah mengenai deforestation ataupun penggondolan hutan. Saya ingin bertanya, mengapa kita tidak mengusahakan supaya tanaman sawit itu sebagai satu sebahagian daripada tanaman hutan? Supaya pokok sawit yang berumur 20 tahun ke 25 tahun itu boleh dianggap sebagai pokok hutan. Jadi, kita tidak dianggap oleh pihak dunia menggondolkan hutan untuk tanaman sawit ataupun sebahagian jenis pokok hutan boleh ditanam di celah-celah pokok sawit. Adakah kementerian pernah berfikir tentang perkara ini? Adakah ia boleh dilaksanakan? Dua perkara tadi iaitu sawit sebagai tanaman hutan, satu lagi ialah ada pokok hutan di kiri dan kanan kebun sawit ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ya, Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit.

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck SengMCA · BNTanjung Piai

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat harus faham bahawa tanaman atau industri sawit ini, kalau kita melihat bahawa mengapa kita adakan pelbagai promotion dan bagaimana kita untuk membantu kepada pemain industri, terutama kita menghadapi masalah, terutama daripada anti minyak sawit di Eropah. Jadi, mengapa ada sijil MSPO. Salah satu, MSPO ialah untuk menjaga kualiti untuk satu standard yang boleh diterima pakai oleh seluruh negara. Satu syarat ialah kita tidak akan boleh tanam sawit di perhutanan kekal di bawah Jabatan Perhutanan. Ini salah satu syarat. Kita juga mengehadkan bahawa penanaman tidak boleh melebihi 6.5 juta hektar. Inilah perkara yang berlaku. Jadi, perkara yang kita hendak ialah untuk membolehkan terutama kualiti sawit kita— terutama kita hendak menangani masalah terutama daripada diskriminasi daripada Europe yang selalu mengatakan— itulah isu-isu kita daripada negara kita. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertanyaan Jawab Lisan seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Julau.

7. Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [Julau] minta Menteri Kanan Kerja Raya menyatakan apakah tindakan pihak kementerian dalam menyelesaikan isu kemalangan jalan raya yang kerap berlaku di Lebuh Raya Pan Borneo kerana kebelakangan ini terlalu banyak laporan kemalangan yang dilaporkan di lebuh raya tersebut akibat hanya satu laluan sahaja yang dibuka serta kekurangan papan tanda yang menyukarkan pemanduan pengguna.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Pensiangan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak telah dimulakan pada Oktober 2015, meliputi 11 pakej kerja dengan jajaran sepanjang 786 kilometer dari Telok Melano ke Miri. Satu pakej kerja iaitu pakej Telok Melano ke Sematan telah siap sepenuhnya pada bulan Januari 2019. Seksyen Julau bagi Pakej Kerja 07 dari persimpangan Bintangor ke persimpangan Julau telah siap pada Oktober 2021 dan seksyen Serian pada Pakej Kerja 3 bagi bulatan Serian ke Balai Ringin telah siap pada 4 Disember 2021. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan juga Dewan yang mulia ini, status kemajuan pembinaan sehingga November 2021 bagi 10 pakej kerja iaitu dari Sematan ke Miri yang kini sedang giat dilaksanakan adalah sebanyak 74 peratus dengan jangkaan siap keseluruhannya pada penghujung tahun 2022. Kementerian Kerja Raya amat mengambil berat aspek keselamatan di kawasan pembinaan, khususnya bagi Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak yang kini sedang giat dilaksanakan. Sehubungan dengan itu, bagi aduan insiden kemalangan yang berlaku di sepanjang jajaran projek Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak, Kementerian Kerja Raya telah mengadakan pemeriksaan baru-baru ini dan mengenal pasti langkah-langkah penambahbaikan khususnya daripada aspek pelan pengurusan trafik atau traffic management plan dan audit keselamatan jalan ataupun road safety audit bagi sepanjang jajaran Lebuh Raya Pan Borneo. Prosedur-prosedur keselamatan berikut yang diguna pakai bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya semasa pelaksanaan projek Lebuh Raya Pan Borneo adalah: (i) Prosedur pelan pengurusan trafik atau traffic management plan di tapak bina sepanjang pembinaan jalan raya berpandukan kepada piawaian arahan teknik daripada JKR;

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Pensiangan

(ii) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 daripada DOSH; dan (iii) Garis Panduan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Awam di Tapak Bina 2007 yang dikendalikan oleh CIDB. Sekiranya terdapat kegagalan pihak kontraktor untuk mematuhi prosedur- prosedur keselamatan yang telah dinyatakan, arahan pemberhentian kerja atau stop-work order akan dikeluarkan kepada kontraktor-kontraktor yang terlibat. Kerja-kerja pembinaan hanya boleh diteruskan setelah penambahbaikan dilaksanakan oleh kontraktor berdasarkan notis penambahbaikan atau corrective action request oleh pegawai penguasa. JKR negeri Sarawak selaku pelaku pegawai penguasa turut akan menggiatkan lagi pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan pelaksanaan projek mengikut spesifikasi, kualiti dan selamat untuk pengguna jalan raya. Kita sentiasa komited dalam memastikan aspek keselamatan diutamakan bagi menjamin keselesaan pengguna jalan raya di sepanjang jajaran Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak. Sekian, terima kasih

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Soalan tambahan pertama. Sila, Yang Berhormat Julau.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri, antara punca berlakunya kemalangan di Lebuh Raya Pan Borneo ini adalah kerana tiada kon atau tidak cukup signage yang diletakkan untuk menentukan hala tuju jalan. Saya bagi contoh. Macam di Semenanjung sini, apabila ada road diversion, mereka ada letak kon, berapa ratusan kon untuk bagi incoming traffic and outgoing traffic. Akan tetapi, macam di Pan Borneo Sarawak, walaupun ada signage sedikit di simpang, tetapi selepas itu tiada kon sekali. Jalan itu adalah jalan untuk berapa ratus meter ataupun kilometer. Apabila waktu malam, orang nampak jalan itu selalu pusing sini, pusing sana, mereka tidak tahu. Mereka masih on the right lane or on the wrong lane. So, soalan saya, Yang Berhormat Timbalan Menteri, bagaimana pampasan insurans dapat dibayar kepada keluarga mangsa apabila nahas kemalangan berlaku bukannya daripada kekhilafan pengguna itu sendiri?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Satu minit.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Terima kasih Yang Berhormat Julau. Saya mengambil maklum daripada isu yang baru dibangkitkan oleh Yang Berhormat Julau. Maka saya akan mengarahkan JKR Sarawak dengan serta-merta untuk turun sekali lagi untuk membuat pemantauan dan juga untuk memastikan bahawa pihak kontraktor akan mengikut semua prosedur keselamatan termasuk mengadakan macam reflective strings dan juga kon-kon di sepanjang jalan untuk memastikan bahawa pengguna di sana akan lebih dapat melihat dengan jelas jalan raya walaupun dalam proses pembinaan. Bagi soalan yang kedua berkaitan dengan tuntutan insurans oleh pengguna jalan raya, sebenarnya bagi tuntutan insurans, sekiranya berlaku kemalangan di sepanjang jajaran Lebuh Raya Pan Borneo, tuntutan tersebut boleh dimajukan kepada JKR Sarawak bagi jalan-jalan yang sedang dinaiktaraf di bawah Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak. Jadi, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi memudahkan proses tuntutan tersebut, dokumen sokongan turut diperlukan seperti gambar kenderaan dan seksyen jalan yang rosak, lokasi insiden, laporan polis dan borang tuntutan. Selepas daripada itu, siasatan lanjut akan dilaksanakan dan pampasan ganti rugi yang sewajarnya boleh diberikan setelah siasatan selesai dilaksanakan oleh pihak syarikat insurans. Sekian dan terima kasih.

Wong TackDAP · PHBentong · question

8. Tuan Wong Tack [Bentong] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan deposit yang perlu dibayar oleh Lynas untuk pengurusan permanent disposal facility (PDF). Adakah Lynas akan dipertanggungjawab menanggung kos pembinaan serta pembersihan yang melangkau deposit tersebut sekiranya bencana alam besar memusnahkan PDF ini selepas Syarikat Lynas tutup.

Dato’ Seri Dr. Adham bin BabaUMNO · BNMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Tenggara

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) telah meluluskan lesen kelas A iaitu pengilangan di bawah Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984 [Akta 304] kepada Lynas dan ia tertakluk kepada beberapa syarat. Syarat tersebut adalah seperti kos yang terlibat berkenaan pembinaan kemudahan pelupusan kekal ataupun permanent disposal facility (PDF) ditanggung sepenuhnya oleh Lynas. Cagaran sebanyak USD50 juta telah dibayar oleh Lynas bagi menampung kos yang terlibat berkaitan pengurusan sisa sekiranya Lynas menghentikan operasinya termasuk sebarang kebarangkalian berlakunya kejadian atau kemalangan radiologi. Untuk makluman Yang Berhormat, berkenaan dengan persoalan mengenai tanggungjawab ataupun tanggungan terhadap PDF sekiranya berlaku kemusnahan akibat bencana alam, ia bergantung kepada laporan analisa keselamatan akhir yang akan dilaksanakan oleh Lynas oleh perunding yang berlesen dengan AELB ataupun Lembaga Pelesenan Tenaga Atom untuk dinilai dan diluluskan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom sebelum kemudahan PDF tersebut selesai dibina. Ia meliputi jaminan kukuh dan juga tiga perkara penting iaitu safe, security and safeguard. Bagi memastikan pengoperasian PDF dapat berjalan lancar, pertama, pembinaan PDF ini perlu dilesenkan di bawah Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984 [Akta 304] membabitkan pemonitoran radiologi dan alam sekitar serta pemantauan struktur PDF sepanjang operasinya. Kedua, Lynas bertanggungjawab sepenuhnya membina PDF ini. Untuk tujuan ini, ia telah melantik syarikat Gading Senggara Sdn. Bhd. sebagai kontraktor bagi proses pelupusan sisa water leach purification (WLP) ke PDF yang dibina. Syarikat Gading Selenggara Sdn. Bhd. ini perlu dilesenkan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom dan sebarang liabiliti yang timbul membabitkan PDF sekiranya Lynas menghentikan operasi ini akan ditanggung sepenuhnya oleh pemegang lesen tersebut. Ketiga, cagaran lesen bagi kemudahan pelupusan bagi dikenakan di bawah seksyen 18 Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984 [Akta 304] kepada pemilik kemudahan pelupusan tersebut dan syarat-syarat kepada pemilik kemudahan pelupusan akan ditentukan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom selepas penyerahan rasmi tapak PDF oleh Lynas kepada pemilik baharu dan mereka tersebut perlu memohon lesen kelas G daripada pihak AELB. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Soalan tambahan pertama. Sila Yang Berhormat Bentong.

Tuan Wong TackDAP · PHBentong

Tuan Yang di-Pertua, angka RM50 juta itu is a small number. I do not know how that come about. Adakah cukup RM50 juta yang telah dibayar pada kerajaan? Apa yang saya risau, apakah jaminan Lynas dan Gading Senggara hendak tiba-tiba close shop, lingkup? What are we going to do as kerajaan, what are we going to do if that happens? Apakah jaminan bencana besar tidak akan berlaku? Before 2011 di Jepun, top engineer, scientist mereka semua pun percaya reka bentuk loji kuasa nuklear mereka di Jepun akan boleh tahan sebarang bencana besar. Lihat apa terjadi?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Soalan itu, soalannya.

Tuan Wong TackDAP · PHBentong

Lynas dan PDF nya yang dicadangkan akan letak di kawasan tepi pantai, kawasan yang berpaya, rendah. Low-lying coastal area, wetlands. How are we not taking a very high risk? Imagine dalam keadaan perubahan iklim, macam- macam bencana boleh berlaku. Tsunami can happen. Serious flood can happen.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Soalannya Yang Berhormat Bentong. Soalannya.

Tuan Wong TackDAP · PHBentong

So, saya mahu bertanya adakah sesuai mencadangkan satu PDF diletakkan di tepi pantai, di tepi laut dan di tepi perkampungan next to Balok, next to a fishing village.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih.

Tuan Wong TackDAP · PHBentong

Adakah nyawa penduduk orang kampung, nelayan tidak bernilai berbanding dengan orang di Australia? Kerana di Australia, kilang Lynas di Kalgoorlie, Kerajaan Australia memerlukan...

Cukuplah, bukan ceramah sini.

Tuan Wong TackDAP · PHBentong

Lynas hantar sisanya...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terlalu panjang, ini bukan perbahasan.

Ini bukan tempat ceramah.

Tuan Wong TackDAP · PHBentong

This is a serious issue you know, that we are talking about. The well-being of our children, the well-being of our country.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih. Sila, minta Yang Berhormat Menteri menjawab.

Soalannya ataupun perkara yang dibangkitkan Yang Berhormat, kita sudah beritahu tadi bahawa dalam elemen kelulusan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom, kita menitikberatkan tiga perkara iaitu safety, security and safeguard. Untuk makluman Yang Berhormat, ia bukan melibatkan sahaja pemonitoran pembinaan oleh RIA dan EIA tetapi juga kawasan yang dibina yang Yang Berhormat tahu ialah di kawasan GIE iaitu Gebeng Industrial Estate yang telah dibenarkan peringkat awal daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk ditetapkan selepas dipindahkan dari Bukit Ketam. Kawasan tersebut dalam pemonitoran, didapati kawasan yang boleh diperakui untuk membina PDF. Akan tetapi, Yang Berhormat kena ingat bahawa syarat Lynas, ia tidak akan dapat lagi mengimport rare earth yang belum diproses selepas tahun 2023 kerana syarat, mereka mesti tidak lagi mengimport bahan radioaktif daripada Australia selepas tahun 2023.

Tuan Wong TackDAP · PHBentong

Yang Berhormat Menteri tetapi sekarang pada masa ini 1.4 juta tan radioactive waste sedang kumpul di kilang. That is our concern.

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya jemput pertanyaan yang kedua pula.

Tebrau, boleh?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Tambahan.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Hantar balik ke Australia.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Tebrau.

Tebrau?

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tebrau dapat banyak kali. [Disampuk] Yang Berhormat Tebrau dapat banyak kali, saya lihat.

Ini tambahan untuk...

Asyik Yang Berhormat Tebrau sahaja ini, apa ini? Ini kartel ke ini?

[Dewan riuh]

Sudahlah Yang Berhormat Tebrau.

Okey, terima kasih atas jawapan daripada Menteri.

Ini Dewan Rakyat bukan Dewan Tebrau.

[Ketawa] Akan tetapi ini memang tambahan untuk pihak kerajaan. Pada bulan September Yang Berhormat Timbalan Menteri MOSTI ada menjawab soalan di Dewan ini. Pada masa itu soalan adalah tapak untuk panel PDF di Bukit Ketam, Mukim Kuala Kuantan, jawapan adalah akan ditangguh pembinaannya sehingga bulan Mac tahun depan. Adakah ini masih kekal, pembinaan akan mula pada bulan Mac atau ada tapak yang baharu yang dicadangkan kepada Lynas untuk membina PDF? Sekiranya ada, apakah langkah yang sudah diambil untuk memastikan penduduk-penduduk di sekitar itu rasa selamat sekiranya PDF itu dibina di sana? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Seperti yang saya maklumkan tadi bahawa pembinaan tapak PDF di Bukit Ketam telah pun ditamatkan. Tidak ada berlaku lagi pembinaan PDF di situ dan telah dipindahkan cadangannya di Gebeng Industrial Estate (GIE) seluas 60 ekar berhampiran dengan LAMP iaitu plant yang Lynas ada sekarang. Dalam pembinaan permanent disposal facility (PDF) ini, apa yang telah kita laksanakan ialah keperluan RIA dan EIA dipenuhi. Esok Laporan EIA akan tamat dan dia akan submit EIA esok. Selepas itu, proses kelulusan boleh dibenarkan dan ia akan berlaku di tapak yang sedia ada iaitu bersebelahan dengan LAMP. Itu jawapannya Yang Berhormat. [Dato’ Sri Azalina Othman Said (Pengerang) mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh satu soalan lagi?

Boleh tak saya duduk dahulu? Okey, silakan Yang Berhormat Merbok.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya dengan Yang Berhormat Menteri, sejujur-jujurnya takkanlah kita betul-betul hendak meluluskan tapak PDF itu di sini walaupun telah dialihkan. Akan tetapi kawasan yang dicadangkan adalah tapak itu not gazetted. Tapak itu tidak digazet sebagai tempat PDF toxic waste. Maksudnya, sekitar itu ada kawasan perindustrian. Kalau saya pun bekerja dekat kawasan itu takkan kita hendak luluskan? Jadi, saya tanya Yang Berhormat Menteri betul-betul, hendak luluskan juga kah PDF itu? Terima kasih. Factory lain pula macam mana?

Tuan Yang di-Pertua, PDF yang dibina ini mematuhi piawaian tempatan dan juga antarabangsa. Ia juga memenuhi piawaian yang telah kita laksanakan. Kawasan yang telah pun digazet untuk LAMP sebenarnya sekarang pun ada temporary residual, bahan radioaktif itu dan ia perlu dipindahkan ke PDF dan sejujurnya kawasan tersebut sebenarnya sudah elevated pun dan ia sudah dikaji pemonitoran, 20 kilometer radius oleh RIA dan ia selamat.

Kita ada tiga prinsip iaitu safety, safeguard dan juga security yang telah kita tetapkan dan ia perlu dipatuhi sebelum kita benarkan dan ia adalah selamat.

Yang Berhormat Tuan Shaharizukirnain. Silakan.

Shaharizukirnain bin Abdul KadirPAS · PNSetiu · question

9. Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [Setiu] minta Perdana Menteri menyatakan sejauh mana usaha kerajaan dalam menyelesaikan isu kemudahan infrastruktur FELDA di Setiu seperti sistem perparitan yang telah lama tidak diselenggara.

Dato’ Eddin Syazlee bin ShithBERSATU · PHTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) · Kuala Pilah

Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM10.5 juta bagi membina dan menaik taraf pelbagai kemudahan infrastruktur FELDA di Setiu seperti berikut iaitu pertama, menaik taraf jalan kampung sepanjang 12.8 kilometer dan pembinaan jambatan menghubungkan perkampungan Blok 12, 13 dan 14 ke Kampung Batu Hampar di FELDA Chalok Barat dengan kos sebanyak RM12.3 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-11. Projek ini telah siap pada 30 September 2020.

Dato’ Eddin Syazlee bin ShithBERSATU · PHTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) · Kuala Pilah

Kedua, menaik taraf sistem perparitan, pembinaan gabion dan bahu jalan di FELDA Selasih dengan kos sebanyak RM600,000 di bawah Program Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE). Projek naik taraf sistem perparitan dan pembinaan gabion telah siap pada 30 September 2020. Sementara projek naik taraf bahu jalan telah siap pada 3 Januari 2021. Naik taraf fasiliti seperti tandas awam dan tapak riadah di FELDA Selasih dengan kos sebanyak RM100,000 dan naik taraf dewan komuniti dan pusat transit baja dengan kos sebanyak RM500,000. Kedua-dua projek tersebut merupakan projek kecil berimpak tinggi atau dengan izin, people-centric project. Kerja fizikal projek baharu bermula dan di jadual siap dalam tempoh 18 bulan. Selanjutnya membina Masjid Chalok Barat berkapasiti 1,000 jemaah dengan kos sebanyak RM2 juta di bawah peruntukan khas Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Daripada kos tersebut 50 peratus daripadanya ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan dan selebihnya oleh Kerajaan Negeri Terengganu. Kemajuan fizikal pada tahap tiga peratus dan di jadual siap pada Oktober 2022. Akhir sekali, projek untuk menaik taraf jalan, sistem perparitan dan saliran dengan kos sebanyak RM5 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-12. Projek ini akan dijalankan di kawasan yang mana kampungnya tidak pernah diturap lebih daripada lima tahun dan mengalami kerosakan fizikal serta kawasan yang terkesan dengan banjir. Projek ini dalam proses pra pelaksanaan dan kerja fizikal dijadualkan bermula pada suku tahun pertama tahun 2022 dan akan mengambil masa 12 bulan untuk disiapkan. Pelaksanaan projek- projek yang saya sebutkan di atas akan dapat menangani isu sistem perparitan yang telah lama dan tidak diselenggara dengan baik di kawasan tersebut.

Soalan tambahan Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Apakah perancangan kementerian dalam memastikan kerosakan sistem perparitan di kawasan FELDA contoh di FELDA Chalok Rahmat yang telah dibiarkan begitu lama. Adakah kerajaan mempunyai perancangan di masa akan datang untuk memastikan kerosakan ini tidak dibiarkan begitu lama. Sejauh manakah agensi-agensi di peringkat daerah seperti pejabat daerah, majlis daerah, JPS, dapat turut memberi kerjasama kepada FELDA dalam melakukan pembaikpulihan kerosakan yang berlaku.

Dato’ Eddin Syazlee bin ShithBERSATU · PHKuala Pilah

Terima kasih kepada Yang Berhormat Setiu di atas soalan tambahan. Untuk makluman Yang Berhormat FELDA sentiasa mengambil berat berkenaan keadaan-keadaan sistem perparitan seperti yang berlaku di Chalok Barat ini. Ya?

Chalok Rahmat.

Dato’ Eddin Syazlee bin ShithBERSATU · PHKuala Pilah

Chalok Rahmat, sorry, maafkan saya. Chalok Rahmat. Setidak-tidaknya Yang Berhormat daripada apa yang dapat kita tengok sebentar tadi, kita melihat banyak perkara yang dibuat oleh Unit Perancang Ekonomi dan juga FELDA untuk memberi dan melakukan perkara-perkara yang boleh menambahbaikkan kualiti hidup masyarakat di sana. Kalau hendak dibandingkan apa yang kawasan di sini dapat berbanding dengan FELDA di kawasan saya pun masih lagi tertinggal, banyak lagi parit-parit yang belum diselenggarakan dan jalan-jalan yang perlu diturap termasuklah belum mempunyai sebarang dewan. Jadi daripada apa peruntukan yang diberikan oleh FELDA untuk kawasan ini, saya percaya yang kawasan ini dah pun menerima sekurang-kurangnya perkara-perkara yang menjadi keperluan asas kepada masyarakat di sana.

Boleh Tuan Yang di-Pertua?

Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Soalan tambahan kedua ya.

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, sewaktu pentadbiran Pakatan Harapan dulu, kita pernah membentangkan Kertas Putih FELDA dan dalam Kertas Putih itu antara yang difokuskan adalah program pembangunan peneroka di bawah FELDA. Saya tengok dalam website FELDA ini takers untuk program pembangunan peneroka ini hanya baru pada tahap inilah, baru 20 peratus sahaja peneroka yang mendapat manfaat. Jadi saya ingin tanya kepada Timbalan Menteri, apakah perkembangan terkini Program Pembangunan Peneroka ini yang kita peruntukkan RM1 bilion. Terima kasih.

Dato’ Eddin Syazlee bin ShithBERSATU · PHKuala Pilah

Terima kasih kepada Yang Berhormat. Berkenaan peruntukan RM1 bilion, yang ini saya tidak ada pengetahuan yang tepat sebab saya pun baharu dipindahkan ke Unit Perancang Ekonomi. Saya percaya perkara-perkara yang baik itu akan tetap diteruskan oleh kerajaan sekarang di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Oleh sebab kalau berdasarkan kepada sehingga ke hari ini saya difahamkan mengikut rekod ini yang dibekalkan kepada saya, RM130 juta telah pun dibelanjakan setakat hari inilah saya percaya. Manfaatnya kepada 60,000 orang Yang Berhormat.

Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan · question

10. Datuk Rozman bin Isli [Labuan] minta Menteri Alam Sekitar dan Air menyatakan langkah yang diambil kementerian bagi mengatasi banjir kilat yang semakin kerap berlaku di Labuan dan bilakah projek rumah pam di Kampung Rancha-Rancha yang bertujuan untuk mengatasi banjir kilat di tempat itu dimulakan.

Dato’ Mansor bin OthmanPKR · PHTimbalan Menteri Alam Sekitar dan Air · Nibong Tebal

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Labuan tentang soalan nombor 10 ini. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) mengambil berat dan peduli akan masalah banjir yang berlaku di beberapa kawasan penempatan di Labuan. Penempatan di Kampung Rancha-Rancha ini adalah di kawasan rendah yang kini dikelilingi oleh pembangunan industri yang pesat. Asal usul kawasan sekitar Kampung Rancha-Rancha ini adalah kawasan yang berpaya yang telah ditimbus dan telah tidak disediakan sistem saliran yang sempurna bagi mengalirkan air larian hujan. Selain itu, antara faktor lain yang menyumbang kepada kejadian banjir adalah disebabkan oleh sistem saliran yang tidak dapat mengalirkan air larian dengan sempurna akibat halangan paip yang rendah. Bagi penyelesaian jangka pendek, KASA telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM117,400 bagi menyelenggarakan dua kolam takungan banjir di kawasan Labuan pada tahun 2021. Bagi penyelesaian jangka panjang pula, yang melibatkan pelaksanaan Projek Menaik taraf Sistem Saliran Mesra Alam Kampung Rancha-Rancha, Wilayah Persekutuan Labuan dengan kos projek berjumlah RM4.5 juta. Projek ini dijangka akan ditender pada tahun 2020 dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2024.

Dato’ Mansor bin OthmanPKR · PHTimbalan Menteri Alam Sekitar dan Air · Nibong Tebal

Kementerian juga telah meluluskan kajian pelan induk saliran mesra alam (PISMA) bagi Wilayah Persekutuan Labuan dengan kos berjumlah RM2.5 juta. Kajian PISMA ini dijangka akan ditender pada September 2022. Kajian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti punca-punca kejadian banjir kilat yang berlaku dan sebagai rujukan dalam merancang infrastruktur saliran serta mengenal pasti langkah penyelesaian yang komprehensif bagi menangani kejadian banjir kilat. Sekian, terima kasih.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Selain menyebabkan banjir kilat, hujan lebat ini juga menyebabkan banyak berlaku tanah runtuh. Banyak rumah di Labuan terutamanya di kawasan kampung di mana sistem perparitan masih tidak lengkap berhadapan dengan tanah runtuh sekarang ini.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Bolehkah kementerian adakan peruntukan juga untuk projek-projek segera pembaikan supaya keruntuhan tanah yang berlaku itu tidak melarat dan tidak membahayakan rumah-rumah berhampiran? Terima kasih.

Dato’ Mansor bin OthmanPKR · PHNibong Tebal

Terima kasih Yang Berhormat Labuan atas soalan tambahan itu. Ini adalah satu permohonan dari Yang Berhormat Labuan dan saya harap Yang Berhormat dapat kemukakan permohonan ini kepada kementerian untuk kita ambil perhatian. Terima kasih.

Terima kasih. Saya dapati kawasan-kawasan yang selalu berlaku banjir kilat adalah di kawasan yang rendah, yang berhampiran sungai-sungai. Saya dapati ketika banjir kilat berlaku, lumpur-lumpur akan dibawa turun dan masuk ke rumah-rumah. Ini adalah sebab pembangunan di atas sungai atau di hulu sungai. Jadi, ini bukan satu masalah yang senang untuk diatasi tanpa kerjasama pihak berkuasa tempatan, pejabat daerah dan juga pemaju untuk memastikan pembangunan tidak menjejaskan alam sekitar kita dan buat air hujan akan turun ke sungai dengan aliran yang cepat supaya ia akan berlaku banjir. Jadi, adakah KASA akan merangka satu dasar supaya mereka bersama memastikan projek perumahan atau mana- mana projek...

Panjang sangat soalan Yang Berhormat, panjang.

...Akan mengambil kira tidak menjejaskan...

Yang Berhormat, ini bukan ceramah.

...Benda ini.

Soalan. Silakan Yang Berhormat Menteri. Kalau tidak boleh jawab, bagi jawapan bertulis.

Dato’ Mansor bin OthmanPKR · PHNibong Tebal

Lagipun soalan terkeluar sedikit daripada soalan pokok Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Nga Kor MingDAP · PHTeluk Intan · question

11. Tuan Nga Kor Ming [Teluk Intan] minta Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi menyatakan berapa kerugian yang dialami oleh industri perladangan negara pada tahun 2019, 2020 dan 2021 akibat masalah kronik kekurangan guna tenaga dan apakah langkah-langkah yang sedang diambil oleh kementerian untuk mengatasi masalah serius ini.

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck SengMCA · BNTimbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi I · Tanjung Piai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Bagi sektor perladangan sawit, anggaran kerugian dikira berdasarkan ketidakupayaan menuai buah tandan segar (BTS) disebabkan kekurangan penuai dan pemungut BTS.

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck SengMCA · BNTimbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi I · Tanjung Piai

Berdasarkan statistik pada Ogos 2021, kekurangan penuai dan pemungut BTS ialah 25,471 orang, dengan purata produktiviti penuai dan pemungut iaitu dua tan BTS sehari bagi setiap penuai dan pemungut. Jumlah BTS yang tidak dapat dituai adalah sebanyak 50,942 tan sehari. Mengambil kira bilangan hari bekerja iaitu selama 26 hari sebulan, jumlah anggaran BTS yang tidak dapat dituai adalah sebanyak 1.3 juta tan sebulan yang menyamai 15.9 juta tan BTS setahun. Berdasarkan kadar purata perahan minyak iaitu 20 peratus, nilai kehilangan minyak sawit mentah (MSM) adalah sebanyak 3.18 juta tan. Dengan purata harga MSM RM4,550 setan, nilai kerugian akibat kekurangan guna tenaga pada Ogos 2021 adalah sebanyak RM14 bilion setahun. Anggaran jumlah kerugian ini telah meningkat sebanyak 56 peratus dan lebih 100 peratus berbanding tahun 2002 dan tahun 2009 di mana jumlah kerugian ekoran daripada masalah kekurangan guna tenaga bagi tahun tersebut masing- masing dianggarkan sebanyak RM9 bilion dan RM6 bilion setahun. Bagi memastikan angka kerugian ini tidak terus meningkat, Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi telah berusaha untuk membawa masuk pekerja asing masuk ke Malaysia bagi mengisi kekurangan guna tenaga ini. Selain daripada itu, kerajaan juga sentiasa menyarankan penggiat industri untuk mengadaptasikan penggunaan mekanisasi dalam proses kerja. Mekanisasi bukan sahaja mempercepatkan proses kerja, tetapi juga membantu mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja manual. Bagi mempromosikan penggunaan mekanisasi dan automasi, Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia telah menghasilkan lebih daripada 50 teknologi yang sedia untuk dikomersialkan. Produk R&D ini merangkumi semua aktiviti di lapangan termasuk bagi pekebun kecil sawit. Bagi memastikan hasil produk R&D ini sampai kepada penggiat industri, promosi telah dilakukan di media massa dan ketika sesi libat urus bersama penggiat industri dijalankan. Mereka yang mengadaptasikan teknologi hasil R&D ini dibimbing dan disokong bagi tujuan pengkomersialan. Usaha penyelidikan dan pembangunan teknologi mekanisasi akan sentiasa dikemas kini dari semasa ke semasa bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan teknologi tersebut ketika di lapangan. Sekian, terima kasih.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTeluk Intan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang budiman. Saya berasa amat terkejut sekali apabila Dewan yang mulia ini dimaklumkan akibat daripada kekurangan guna tenaga, industri sawit negara mengalami kehilangan ataupun kerugian sebanyak RM14 bilion setahun. Ini merupakan satu jumlah kehilangan yang cukup besar. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, bilakah guna tenaga yang dijanjikan sejak tahun lepas iaitu 25,471 orang pekerja ini dapat masuk dan terus menyumbang supaya kerugian ini tidak berterusan sehingga industri sawit kita terjejas dengan teruk. Kedua adalah baja. Harga baja tahun ini dijangka— Malaysia terpaksa mengimport lebih kurang RM15 bilion hingga RM18 bilion, baja kimia dari luar negara. Negara kita mempunyai tanah yang subur, teknologi ada, kementerian yang bijaksana kononnya ada, mengapa tidak boleh hasilkan baja kimia sendiri? Adakah kementerian mempunyai pelan supaya negara kita tidak bergantung sepenuhnya kepada baja kimia yang diimport dari negara asing? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck SengMCA · BNTanjung Piai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat. Soalan pertama yang dijanjikan ialah 32,000 orang pekerja asing akan dimasukkan tetapi oleh sebab COVID-19 ini, ia bukan sahaja memberi kesan kepada negara kita, ia adalah seluruh dunia. Jadi, kemasukan pekerja asing ini bergantung kepada negara sumber dan negara sumber ini boleh dikatakan— penuai ini kebanyakan daripada warga Indonesia. Apa-apa sekalipun, baru-baru ini Menteri KPPK ataupun kementerian telah mengadakan lawatan ke negara Indonesia dan telah mengadakan perbincangan berkaitan dengan pekerja asing tersebut. Adalah didapati bahawa kerajaan berkaitan atau Kerajaan Indonesia masih dalam pertimbangan walaupun setuju, tetapi keutamaan

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck SengMCA · BNTanjung Piai

Indonesia adalah untuk memuktamadkan Memorandum Persefahaman berhubung Perkhidmatan Domestik Indonesia (PDI) terlebih dahulu. Jadi, itulah saya katakan bahawa kita bergantung kepada pekerja asing, tetapi juga bergantung kepada negara sumber yang memberi persetujuan untuk menghantar pekerja asing atau pekerja mereka ke negara kita. Saya sudah pasti memang harap— yang dikatakan kerugian itu bukan kerugian untuk industri, tetapi kerugian untuk negara juga ataupun pendapatan kerajaan. Jadi, kerajaan amat ambil perhatian terhadap perkara tersebut. Jadi, saya harap ataupun memang harap dapat mempercepatkan kemasukan pekerja asing ini untuk mengatasi masalah tersebut. Bagi soalan kedua, harga baja. Harga baja ini Tuan Yang di-Pertua, dalam COVID-19 ini memang menjejaskan semua bidang termasuk raw material, bahan-bahan mentah. Oleh sebab raw material ataupun baja ini juga bergantung kepada raw material yang diimport dari luar negara. Jadi, ini bukan di bawah kementerian boleh diatasi, tetapi kita juga harus berbincang dengan kementerian-kementerian berkaitan demi membantu supaya menyelesaikan masalah tersebut. Sekian, terima kasih.

Soalan tambahan kedua? Yang Berhormat Pasir Mas.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya membaca kenyataan daripada pihak kerajaan secara khususnya Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) bahawa kerajaan sedang bergerak secara aktif untuk melaksanakan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja yang sudah tentu akan membawa masuk banyak tenaga buruh asing yang lain. Yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi ialah halangan di negara Indonesia. Adakah terdapat usaha-usaha untuk membawa pekerja-pekerja daripada negara-negara lain khususnya bagi memastikan kekurangan tenaga kerja ini dapat diatasi segera? Satu soalan daripada Yang Berhormat Teluk Intan tadi yang saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri agak terlepas iaitu usaha Malaysia untuk membangunkan baja sendiri. Yang Berhormat Timbalan Menteri bercakap tentang harga baja tidak dapat dikawal. Akan tetapi apakah usaha kita untuk membangunkan baja kita sendiri bagi mengatasi isu kebergantungan terhadap bahan import? Terima kasih.

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck SengMCA · BNTanjung Piai

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat tadi saya sudah memberi penjelasan bahawa oleh sebab kelapa sawit ini untuk penuaian ini, kebanyakan daripada pekerja asing adalah daripada negara sumbernya ialah Indonesia. Selama ini, industri sawit kita atau pengusaha kita lebih untuk suka atau lebih menerima pekerja asing dari Indonesia. Mereka mempunyai pengalaman terutama Indonesia merupakan negara pengeluar sawit yang utama dan mereka memang mempunyai penduduk atau pekerja yang ramai. Akan tetapi, untuk negara lain setakat ini masih kita dapati bahawa mereka tidak begitu minat. Ini sebab untuk membawa pekerja asing ke bidang ini juga, mesti pastikan mereka mampu dan mereka minat serta mereka ingin menceburi dalam bidang tersebut. Kedua, berkaitan dengan baja tadi, saya ambil maklumlah bahawa mesti ada usaha supaya boleh dilakukan. Jadi, saya ambil maklum perkara ini supaya dibincangkan di peringkat kementerianlah. Sekian, terima kasih.

Ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu-waktu pertanyaan bagi Jawab Lisan pada hari ini. Terima kasih semua Yang Berhormat. Usul Yang Berhormat Menteri. [Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti SamsudinBERSATU · PNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) · Masjid Tanah

Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan di peringkat Jawatankuasa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Kementerian Kerja Raya bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2022 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2022 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Rabu, 8 Disember 2021.”

Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd YazidUMNO · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) · Kuala Kangsar

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2022 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2022 JawatankuasaBill

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2022 dan Anggaran Pembangunan 2022 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Kesepuluh] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Dato’ Sri Azalina Othman Said (Pengerang) mempengerusikan Jawatankuasa]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2022 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2022 Jawatankuasa — Kepala B.24 [Jadual] – Kepala P.24 [Anggaran Pembangunan 2022] –Bill

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Kepala Bekalan B.24 dan Kepala Pembangunan P.24 di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri terbuka untuk dibahas. Saya akan sebut 18 nama. Selama lima minit untuk seorang pembahas. Dimulakan dengan: (i) Yang Berhormat Pasir Mas; (ii) Yang Berhormat Teluk Intan; (iii) Yang Berhormat Tebrau;

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

(iv) Yang Berhormat Pasir Gudang; (v) Yang Berhormat Alor Gajah; (vi) Yang Berhormat Kuala Selangor; (vii) Yang Berhormat Kuala Krai; (viii) Yang Berhormat Bangi; (ix) Yang Berhormat Tumpat; (x) Yang Berhormat Kangar;

(xii) Yang Berhormat Bukit Bendera; (xiii) Yang Berhormat Kemaman; (xiv) Yang Berhormat Padang Serai; (xv) Yang Berhormat Sepang; (xvi) Yang Berhormat Jelutong; (xvii) Yang Berhormat Hang Tuah Jaya; dan (xviii) Yang Berhormat Sibuti. Silakan Yang Berhormat Pasir Mas, lima minit.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi. Terus kepada topik di bawah kerangka perbelanjaan mengurus kod Butiran 010400 – Khidmat Pengurusan, menunjukkan peningkatan ketara iaitu sebanyak RM64 juta berbanding RM39 juta pada tahun sebelumnya. Saya ingin mendapatkan justifikasi dan pencerahan daripada pihak kementerian tentang ke manakah peningkatan jumlah ini akan disalurkan serta apakah manfaat langsung yang dapat dinikmati oleh rakyat di peringkat akar umbi sehinggakan kadar khidmat pengurusan ini dinaikkan sehingga RM25 juta? Persoalan ini saya lontarkan kerana menerusi belanjawan pada kali ini, kita dapat melihat peruntukan pengurusan korporat dan maklumat dikurangkan berbanding tahun sebelumnya. Kita mengharapkan dengan peningkatan dana bagi khidmat pengurusan ini, MITI dapat mempertingkatkan mutu yang benar-benar memberikan impak terutamanya dari sudut penerangan. Ini kerana kita tidak mahu kritikan rakyat di lapangan mengenai penerangan MITI yang tidak selaras dan bercanggah terutama sejak pandemik berlaku berterusan dalam jangka masa yang panjang. Kedua, seterusnya setelah diteliti, anggaran perbelanjaan pembangunan turut menunjukkan peningkatan bagi kod am Butiran 30000 di bawah aset iaitu dengan anggaran belanjawan sebanyak RM104 juta berbanding RM81 juta pada tahun sebelumnya. Saya yakin pihak kementerian merasakan ia berkeperluan. Namun, perlu dipastikan aset apakah yang dibeli? Apakah dengan pembelian aset ini kita dapat mengurangkan kebergantungan kita dengan negara luar? Kita sedia maklum bahawa muncul pertikaian pada bulan lepas mengenai Dasar Kabotaj Negara yang dibangkitkan oleh pembangkang dan telah pun dijawab oleh wakil kementerian. Namun persoalannya adakah aset yang kita beli ini akan memberikan manfaat besar kepada rakyat dan menggunakan kepakaran anak watan di negara kita sendiri dalam menyelesaikan masalah-masalah berbangkit yang berkaitan dengan kementerian ini?

Isu InvestKL, selain itu, butiran projek di bawah kod Butiran 00298 – InvestKL Malaysia menunjukkan pindaan tahun 2021 sebanyak RM1 juta. Begitu juga pada tahun hadapan dengan jumlah anggaran harga projek bernilai RM5 juta. Persoalannya, kita maklum bahawa InvestKL merupakan satu buah badan yang berfokus yang menarik syarikat multinasional Fortune Global 500 dan Forbes Global 2000. Apakah jumlah RM1 million ini akan digunakan untuk melaksanakan inisiatif baharu atau sekadar meneruskan inisiatif sedia ada? Di bawah InvestKL ini, terdapat pelbagai Talent Programme seperti Apprentice Programme, Young Executive Programme dan Senior Executive Programme yang dilaksanakan dengan kolaborasi bersama Jabatan Pendidikan Tinggi dan melibatkan 12 buah institusi pengajian tinggi dengan harapan melahirkan pelapis kepimpinan negara di peringkat global. Persoalannya, adakah inisiatif akan dikembangkan lagi jaringannya kepada lebih banyak IPT di seluruh Malaysia? Saya ingin mencadangkan agar kolaborasi InvestKL ini mengambil kira syarikat tempatan seperti Petronas dan juga syarikat gergasi di peringkat global. Isu CPTPP dan MUEFTA, selain daripada isu-isu tersebut yang telah saya sebutkan tadi, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk bertanya pihak MITI untuk memberikan penerangan terhadap kemas kini Perjanjian CPTPP. Ada banyak perkara masih dilihat ‘atas angin’. Apakah dari sudut kajiannya dan juga content perjanjian perdagangan? Di sini, kita tidak mampu untuk memberi apa jua pandangan spesifik tentang CPTPP ini seandainya tiada sebarang penjelasan yang menyeluruh. Saya berharap agar Kerajaan Malaysia dapat memberikan kemas kini terhadap isu ini dengan penjelasan yang menyeluruh agar rakyat dapat menilai terus usaha ini. Perkara ini juga termasuk Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia – Kesatuan Eropah (EU) atau MUEFTA yang baru-baru ini dihangatkan semula. Dalam isu hab halal pada 15 November, satu artikel yang dikeluarkan dan diterbitkan oleh Malay Mail menceritakan tentang Halal Cluster Week yang menjadi pertunjukan jenama halal Malaysia terhadap peluang pelaburan bernilai RM330 juta. Usaha ini dilakukan bagi mengekalkan kemapanan industri halal di Malaysia. Saya percaya jenama-jenama halal Malaysia boleh ditolak ke hadapan di peringkat antarabangsa di samping memberikan keutamaan kemasukan produk-produk halal daripada negara-negara lain. Dalam masa yang sama, saya juga percaya, saya juga percaya dan mengharapkan kementerian boleh menyediakan lagi usaha membantu produk-produk tempatan supaya boleh dipasarkan di peringkat antarabangsa. Kita lihat pelbagai jenama anak tempatan kita telah pun dipasarkan di Malaysia sehingga mampu mendapat perkongsian pasaran (market share) yang baik dalam komuniti tempatan. Daripada produk kerepek cheese-nya, air sodanya, bawang goreng dan juga dalam Lazada dan Shopee, kita tengok ada produk ‘Sambal Nyet’ oleh seorang usahawan, anak muda kita, Khairul Aming namanya. Dia jual sambal ini dalam masa satu jam, laku berpuluh-puluh ribu ringgit Malaysia, banyaknya. Jadi, produk-produk ini saya harapkan supaya kementerian supaya dapat mencari jalan untuk diangkat ke peringkat antarabangsa supaya negara kita menjadi pengeluar kepada produk-produk halal tempatan untuk ke peringkat antarabangsa. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Teluk Intan.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTeluk Intan

Terima kasih Tuan Pengerusi yang budiman. Saya bangun untuk membahaskan di peringkat Jawatankuasa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Saya hendak bangkitkan tujuh perkara. Pertama tentang kod Butiran 040100 – Dasar Pelaburan dan Fasilitasi Perdagangan.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTeluk Intan

Baru-baru ini United Nations Conference on Trade and Development telah pun mengemukakan laporan terkini ASEAN Investment Report 2021. Antara top 10 investors in ASEAN, US number one, Singapore number two, Hong Kong number three, Japan number four, China number five, Korea number six, Thailand number seven, Canada number eight, nombor sembilan Switzerland dan nombor 10 Netherlands. Malaysia, jauh ketinggalan. Kedua, FDI inflow to Malaysia. Number one is Singapore with USD90.6 billion, number two is Indonesia with USD18.6 billion, number three is Vietnam with USD15.8 billion, keempat is Philippines with USD6.5 billion. Dengan kata lain, Malaysia sekarang ini kedudukan jauh merosot. Dulu kita hanya kalah kepada Singapore. Sekarang ini kita jauh ketinggalan. Singapore, Indonesia, Vietnam, Philippines sudah mendahului kita. Mengikut United Nations Conference on Trade and Development’s report, jumlah pelaburan asing yang masuk ke ASEAN tahun lepas adalah sebanyak USD137 bilion. Akan tetapi yang masuk ke Malaysia hanya– Yang Berhormat Menteri yang bijaksana ada di sini. Terima kasih ya, 2.55 percent sahaja. 2.55 peratus FDI yang masuk ASEAN tetapi hanya 2.55 percent masuk Malaysia. Perkara kedua, tentang perancangan strategik pelaburan berimpak tinggi. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, kita selalu hendak katakan ada pelaburan yang terpilih yang berimpak tinggi. Akan tetapi kita lihat, apabila kementerian berikan pioneer status kepada industri-industri, saya bagi contoh Alliance Steel di Pahang. Mereka tidak bayar apa-apa cukai kepada kita, bahan mentah pun import dari negara lain. Akhirnya apa yang kita dapat, sisa daripada perindustrian. Kedua, Lynas sama juga. Apa yang kita dapat, sisa radioaktif tinggi tetapi cukai, satu sen pun tidak ada. CSR pun tidak nampak. Perkara ketiga, projek berimpak tinggi di bawah Butiran 00525 - Dana Projek Berimpak Tinggi. Jumlahnya RM1.77 bilion. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri yang bijaksana, apakah projek-projek berimpak tinggi ini sampai menelan belanja hampir RM2 bilion? Apakah ia betul-betul membawa manfaat kepada rakyat dan negara? Perkara yang keempat adalah Butiran 00530 - Menaiktaraf dan Memperbaiki Infrastruktur Asas Kawasan Perindustrian Sedia Ada. Peruntukannya RM323 juta tetapi tahun depan hanya RM15 juta. Untuk maklumat Yang Berhormat Menteri, kebanyakan kawasan perindustrian kita memang berada dalam keadaan yang daif. Jalan tidak diturap, ada yang sehingga lebih lima tahun. Saya menjemput Yang Berhormat lawat bersama saya, pergi ke kawasan perindustrian Bemban, kawasan perindustrian Jelapang, tengok dengan mata sendiri betapa daifnya keadaan infrastruktur yang ada di kawasan perindustrian tersebut. Perkara yang kelima, Butiran 00406 - Merangka Pelan Induk Produktiviti Nasional dan juga Butiran 00407 - Amalan Baik Peraturan (GRP). Merangka pelan sahaja, jumlah peruntukan RM45.5 juta. Untuk amalan baik peraturan (good regulatory practice), sebanyak RM30 juta. Dua perkara ini berjumlah RM75 juta. Bolehkah berikan kita perincian bagaimana kementerian hendak rangka satu pelan sahaja, RM45 million? Bagi saya, mahal lah. Cukup mahal. Saya tahu barang naik tetapi tidak sampai tahap itu. Perkara keenam iaitu Aeroangkasa, di mana jumlahnya diperuntukkan di bawah Butiran 99000. Satu jumlah yang cukup besar. RM1.1 bilion diperuntukkan untuk industri aeroangkasa. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, kita dahulu hantar angkasawan pergi ke angkasa lepas. Apakah hasil kajian? Apakah sebenarnya pendapat saintifik yang boleh membawa kemajuan kepada negara kita? Ataupun hanya ia dijadikan sebagai satu propaganda politik untuk meraih nama sahaja tetapi akhirnya, “Indah khabar dari rupa”? Jangan kita ada sikap angkat bakul, masuk sendiri. Perkara ketujuh yang saya ingin bangkitkan adalah tentang Butiran 00404 - Program Daya Saing Negara yang berjumlah RM21 juta. Competitiveness sangat penting. Saya berasa besar hati apabila saya lihat bajet ini, kementerian telah pun sasarkan. Malaysia needs to be in the top 10 of the world’s ranking of doing business. Saya hendak

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTeluk Intan

dengar daripada Yang Berhormat Menteri, apakah strategi, langkah supaya Malaysia menjadi destinasi pelaburan utama semula? We have to restore the glory of the nation, dengan izin. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Tebrau.

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana mengizinkan saya menyertai perbahasan Bekalan 24 mengenai Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Tuan Pengerusi, butiran yang saya ingin sentuh adalah Butiran 030700 - Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE). Tuan Pengerusi, peranan utama MATRADE adalah membantu pengeksport Malaysia membangunkan dan mengembangkan pasaran eksport. Menurut kenyataan media daripada Yang Berhormat MITI mengenai perangkaan perdagangan luar dari bulan Januari hingga Jun 2021, prestasi perdagangan Malaysia mencatatkan sejumlah RM188.7 bilion, merupakan peningkatan 29.3 peratus berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2020. Peningkatan ini datang daripada industri petroleum, electrical and electronics dan produk getah. Peningkatan nilai eksport dicatatkan oleh semua sektor berbanding dengan tahun 2020. Kita melaksanakan PKP dari bulan Mac 2020 di mana kebanyakan sektor tidak dibenarkan beroperasi dan bermula bulan November 2020, banyak sektor diizinkan beroperasi secara berperingkat. Soalan saya, adakah peningkatan nilai eksport bagi semua sektor tahun ini adalah sebab kita guna kasar angka-angka tahun 2020 untuk dibandingkan, jadi ia nampak meningkat? Macam mana dengan statistik sekiranya kita membandingkan dengan tahun 2019 pada masa tahun yang normal? Harap Yang Berhormat Menteri boleh menjawab soalan saya serta memberitahu usaha-usaha untuk memastikan perkembangan ekonomi kita tidak akan terjejas akibat tiada pekerja. Oleh sebab banyak sektor ekonomi kita seperti electrical and electronics (E&E) dan pertanian bergantung kepada pekerja asing. Kini, kekurangan pekerja asing telah banyak menjejaskan sektor pertanian. Kebun sayur tiada orang menyemai benih dan membaja. Kelapa sawit tiada orang memetik serta kilang tidak mencukupi pekerja. Kekurangan pekerja di banyak sektor adalah salah satu punca utama harga sayur, buah-buahan, hidupan laut dan ayam naik mendadak. Saya merayu kepada kerajaan bagi mempercepatkan proses kelulusan permit bekerja dan mengizinkan pekerja asing baharu masuk balik serta-merta. Kalau tidak, peningkatan eksport tidak akan bermakna sekiranya pengeluaran produk tidak meningkat kerana kekurangan pekerja. Tuan Pengerusi, butiran seterusnya adalah Butiran 040300 - Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). Saya juga mengucapkan tahniah dan syabas kerana MIDA telah berjaya membawa banyak pelabur luar negara dengan nilai pelaburan sebanyak RM80.6 bilion dalam sektor pembuatan, perkhidmatan terutama pada suku pertama tahun 2021. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, berapa banyak pelaburan telah kita dapat pada suku dua dan tiga tahun ini? Adakah Yang Berhormat Menteri merasakan jumlah pelaburan terkumpul pada tahun 2021 cukup memberangsangkan atau tidak? Sekiranya tidak, apakah sebabnya? Negara China dan India merupakan negara yang kedua dan kelima banyak KDNK di dunia. Adakah kita memberikan tumpuan untuk menarik pelaburan daripada kedua-dua negara Asia ini? Bolehkah Yang Berhormat Menteri menyatakan berapa dan jumlah nilai pelaburan pada tahun 2021 yang datang daripada kedua-dua buah negara ini? Berapa banyak peluang pekerjaan baharu telah diwujudkan?

Secara amnya, apakah pelan tindakan sedang dan akan diambil bagi memastikan kita tidak akan hilang daya saing berbanding dengan negara-negara lain di rantau Asia Tenggara khususnya Thailand, Indonesia dan Vietnam? Oleh sebab tanpa pelaburan dalam industri-industri yang berteknologi tinggi, ekonomi negara akan merosot dan pengangguran akan meningkat serta inflasi.

Tuan Pengerusi, Indonesia sudah menjadi tumpuan pelabur-pelabur asing selepas Indonesia melonggarkan dasar pelaburan asing. Menurut Laporan Bank UOB pada 27 Jun 2021, pelabur asing di Indonesia yang terbesar adalah Singapura. Semua sedia maklum bahawa Singapura ialah rakan perdagangan penting kita. Adakah MITI sudah mengenal pasti sebab-sebab syarikat Singapore memilih Indonesia? Walaupun sektor-sektor yang dilaporkan di Indonesia, negara kita pun ada infrastruktur dan kemudahan yang sama, kalau bukan lebih baik untuk servis permintaan pelabur-pelabur dari Singapura. Bagi saya satu minit lagi, boleh? Untuk satu isu.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Panjang sangat Yang Berhormat. Semua orang lima minit, Yang Berhormat.

Masa 30 saat. Butiran 050400 – Halal Development Corporation (HDC). Saya mengucapkan tahniah kerana HDC sudah melancarkan Go Halal Fund sebanyak RM100 juta untuk membantu 300 PKS untuk menyertai industri halal bagi menghalalkan produk dan servis atau meningkatkan kapasiti pengilangan atau pengeluaran. Saya minta Yang Berhormat Menteri menyatakan, adakah kemudahan ini sudah disalurkan sepenuhnya? Kalau tidak, berapa lagi masih lagi untuk dipohon? Selain daripada itu, adakah bank lain akan memberi kemudahan yang sama? Last punya, adalah saya dapati HDC ada menyertai ekspo di Dubai 2020 untuk menerajui Program Misi Halal Malaysia. Objek misi ini adalah dengan tujuan menghasilkan perdagangan serta pelaburan sebanyak RM500 juta.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat. Cukuplah Yang Berhormat. Banyak lagi orang hendak bahas, Yang Berhormat.

Habis, habis.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat. Ya, Allah.

Soalan saya adalah, mengapakah satu sasaran yang sedikit di satu ekspo yang begitu besar? Adakah kita tidak yakin dengan produk kita? Itu sahaja daripada saya. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat. Kita ini, rakyat tengah tengok kita beratus ribu ya. Kalau kita tidak dapat ikut undang-undang, macam mana kita hendak rakyat ikut undang-undang? Jadi kedua, tolonglah hormat sahabat-sahabat Yang Berhormat lain yang perlu berbahas. Yang Berhormat Pasir Gudang. Silakan.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Lima minit ya Yang Berhormat.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Ya, saya akan ikut masa, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Terima kasih.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Saya merujuk B.24 Butiran 030000 – Pengukuhan Perdagangan Antarabangsa. Khususnya, Butiran 030100 – Hubungan Serantau dan Antarabangsa. Tuan Pengerusi, saya membangkitkan satu isu

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

sahaja iaitu apakah Malaysia patut atau tidak patut ratify iaitu mengesahkan Perjanjian CPTPP iaitu Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership? Saya berhujah, Malaysia janganlah ratify. Jangan mengesahkan CPTPP ini, kenapa? Pertama, faedah perdagangan yang akan diperoleh Malaysia tidak seberapa. Kedua, saya lihat Amerika Syarikat pun tidak berada dan tidak menyertai dalam CPTPP itu. Malah, Joe Biden, masa beliau ini Naib Presiden waktu Barrack Obama dahulu, beliau juga tak nak kembali kepada perjanjian asal CPTPP. Jadi, saya menasihati sahabat- sahabat di sebelah sana yang membela dan menyokong CPTPP ini supaya jangan terus naif. Kita kena fikir kepentingan nasional Malaysia. Kita jangan lupa bahaya. Jangan menafikan bahayanya CPTPP ini. Satu contohnya, saya melihat daripada segi intellectual property misalnya, harga ubat akan naik lagi kalau kita mengesahkan, ratify perjanjian ini. Memanglah waktu ini negara China kononnya ingin menyertai CPTPP. Saya melihat tindakan China ini macam main silat, buat taici dengan Amerika Syarikat. Akan tetapi kita mesti ingat, negara China kuasa kedua ekonomi yang besar. Malaysia tidak sekuat China kalau kita menyertai CPTPP ini. Akhir sekali Tuan Pengerusi, saya hairan mengapa Yang Berhormat Menteri MITI ini daripada BERSATU. Mengapa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, daripada UMNO, dari BN, daripada Perikatan Nasional dan juga Yang Berhormat daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang selama ini dalam Dewan ini bercakap tentang agenda Melayu, agenda bumiputera. Akan tetapi mereka tidak tahu, apabila Malaysia ratify CPTPP ini hendak sebut pun susah ini. Ini akan mengancam tentang usaha-usaha kononnya untuk agenda bumiputera, agenda Melayu ini. Saya faham Yang Berhormat Menteri Perdagangan Antarabangsa seorang ahli matematik. Akan tetapi ini persoalan undang-undang, perjanjian ini begitu tebal dan kita ingat, kita dah kalah dalam mahkamah antarabangsa, Pulau Batu Putih. Jadi, jangan kerana kita tersilap ratify perjanjian ini, ertinya semua akan susah. Bukan agenda bumiputera, bukan agenda Melayu yang dibawa oleh parti kerajaan sekarang ini akan terjejas tetapi syarikat-syarikat GLC di peringkat Persekutuan, syarikat-syarikat GLC di peringkat negeri akan terjejas apabila kita tidak betul-betul kaji. Jadi, Yang Berhormat Menteri ada sini. Maknanya, kita boleh berbalah dalam negeri dari berbeza politik tetapi bila kita berdepan dengan ancaman luar negara, kita mesti bersatu. Jadi, saya ingin mengingatkan Menteri-menteri kerajaan sekarang ini hati- hati. Jangan kita terlalu naif. Jangan kita lupa bahayanya perjanjian ini kepada kepentingan nasional, pada eksport kita, kepada pedagang dalam negara kita dan masa depan negara ini. Seperti yang saya janjikan Tuan Pengerusi, saya tidak akan ambil masa Ahli-ahli Parlimen yang lain. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Alor Gajah.

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada B/P.24, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Butiran 030000 – Pengukuhan Perdagangan Antarabangsa dan Butiran 040000 – Pengukuhan Pelaburan Berkualiti. Saya menyokong penuh apabila melihat Belanjawan 2022. Akan tetapi saya ingin menarik perhatian MITI tentang pengurangan peruntukan berkaitan pengukuhan perdagangan antarabangsa. Apakah perancangan kerajaan di dalam menarik semula pelabur-pelabur luar ke dalam Malaysia? Saya berpendapat dan bercadang bahawa kita perlu melestarikan segala bentuk galakan untuk memastikan pemain-pemain industri yang tersenarai dalam Fortune 500, contohnya seperti Apple untuk melabur ke dalam Malaysia. Ini secara tidak langsung akan membuka mata lebih ramai lagi pelabur luar untuk melabur ke dalam Malaysia. Seperti kita sedia maklum, keadaan ekonomi Malaysia

sedang dalam proses pemulihan. Langkah-langkah proaktif, konstruktif dan pragmatik perlu diambil agar Malaysia menjadi pilihan utama pelabur-pelabur dari luar. Ini saya jangka sedang dilaksanakan dengan penuh keyakinan untuk kita mendapat impak yang lebih tinggi. Dengan izin, dengan adanya pengaliran masuk modal teknologi canggih, pendapatan dan sebagainya, pemulihan ekonomi pastinya akan berlaku dengan lebih pesat. Tempoh pasca pandemik merupakan peluang terbaik untuk menjalinkan kerjasama antarabangsa bagi membangunkan semula ekonomi global dan sosial memandangkan ekonomi seluruh dunia terjejas terus akibat pandemik COVID-19. Sehubungan dengan itu, saya merasakan tidak wajar sekiranya melihat pada Butiran 00204 – Tabung Promosi Eksport Perkhidmatan dan Butiran 00206 – Penyertaan Tahunan Dalam Acara Perdagangan Antarabangsa Terpilih. Peruntukan dikurangkan berbanding tahun 2021. Ini adalah kerana sektor perkhidmatan dan pembuatan menyumbang lebih daripada 80 peratus kepada ekonomi Malaysia, melalui pendedahan peluang-peluang perniagaan dan pelaburan dengan menyertai acara perdagangan antarabangsa secara lebih aktif, ia pasti akan membawa lebih banyak pelaburan sama ada di dalam mahupun di luar negara.

Mengenai Butiran 040200 – Ekonomi Digital, saya menyambut baik tindakan kerajaan di dalam menaikkan peruntukan tersebut. Cumanya, kita kena selaraskan peruntukan itu dengan kementerian-kementerian lain. Kita pun telah melihat impak-impak tertentu hari ini apabila kita lihat sumbangan ataupun bantuan dari kerajaan dengan memudahcarakan ekosistem itu sendiri apabila satu syarikat tempatan, contohnya, telah menggandakan penggunaan platform digital itu untuk membantu golongan B40 dan masyarakat luar bandar untuk mempamerkan dan memperdagangkan produk-produk tempatan di persada antarabangsa. Terdapat peningkatan mendadak Tuan Pengerusi, peruntukan Butiran 99000 – Aeroangkasa, yang disebutkan oleh rakan-rakan di dalam Dewan ini iaitu Butiran 00525 – Dana Projek Berimpak Tinggi dan Butiran 00201 – Program Pembangunan Industri Automatif. Soalan saya, adakah kita ingin merancakkan pembangunan automatif, contohnya, dari sudut pembangunan electric vehicle, dengan izin? Sama ada kita mahu menarik pelaburan dari luar ataupun membangunkan industri automatif tempatan yang berlandaskan elektrik? Jadi, kalau kita lihat, jumlah itu perlu kita sasarkan untuk inisiatif-inisiatif tertentu sama ada berbentuk membangunkan usahawan untuk membuat barangan untuk EV ataupun untuk membina kereta EV itu sendiri. Ini perlu kita perjelaskan supaya kita lebih dikenali sebagai yang disebutkan negara pengeluar dalam sektor automatif sama ada barangan untuk spare parts ataupun untuk barangan pembuatan itu sendiri. Prestasi pelaburan Malaysia juga telah menunjukkan penurunan sebanyak 35 peratus berbanding tahun 2020. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pasir Gudang tadi pelaburan suku pertama lebih daripada RM80 bilion. Adakah ini telah masuk atau cuma diluluskan? Minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Akhir sekali, saya hendak menarik perhatian hari ini tentang keluasan ataupun nilai perdagangan halal dunia. Dinyatakan oleh Bank Dunia, pada tahun 2030 peluang untuk barangan halal di global adalah sebanyak RM27 trilion. Kita kena memberi fokus untuk membangunkan barangan-barangan ini untuk dieksport ke luar negara. Kalau kita lihat di negara-negara lain seperti Jepun, Eropah dan US, walaupun kita banyak misi galakan eksport barangan halal, kita lihat terlalu sedikit kalau dibandingkan dengan saiz pasaran antarabangsa yang saya sebutkan tadi. Saya mencadangkan supaya Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk terus menggalakkan misi perdagangan itu dan juga bekerjasama dengan kementerian lain untuk membangunkan produk-produk tempatan untuk memenuhi permintaan yang saya sebutkan tadi lebih daripada RM27 trilion pada tahun 2030. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Kuala Selangor.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mengingatkan kita semua bahawa kementerian inilah kementerian yang dipertanggungjawabkan untuk pada akhirnya menjadikan negara kita sebuah negara yang punya daya saing yang akan meletakkan kita kembali pada kedudukan yang sepatutnya. Kita dengar rakan-rakan di Dewan ini berhujah sebentar tadi bagaimana hari ini kita terkial- kial bukan sahaja untuk bersaing dengan Singapura tetapi dengan Indonesia, Thailand, Vietnam dan sebagainya pun, kita masih lagi mencungap-cungap. Tuan Pengerusi, saya mengingatkan diri saya untuk menyebutkan kehilangan banyak syarikat seperti Hyundai, IBM, Shell IT dan semua. Citigroup, financial company, satu organisasi dan banyak yang lain. Jadi, saya hendak terus masuk kepada persoalan saya atas Kepala P.24 ini, Tuan Pengerusi, atas Butiran 50000 – Dasar Nasional Industri 4.0 ya. Kita sedia maklum bahawa SME menyumbangkan 38 peratus sumbangan kepada KDNK dan dari segi workforce-nya pula sangat tinggi iaitu hampir 98 peratus majikan yang mendaftarkan pekerja-pekerja mereka dalam sektor SME ini. Persoalan saya dalam Dasar Nasional Industri 4.0 ini ya, beyond cliche dan hype, apakah benar-benar yang kita maksudkan dengan promosi transformasi teknologi, Yang Berhormat Menteri ya? Lebih penting daripada itu, Yang Berhormat Menteri, adalah supaya dapat diperjelaskan apakah kriterianya dalam kita mengagihkan geran, matching grant seumpama Smart Automation Grant untuk 200 buah manufacturing companies dan juga SME Digitalisation Grant (DG) itu yang kurang lebih yang telah ditingkatkan kepada RM200 juta. Apakah kriteria-kriteria yang penting untuk mereka penuhi? Yang amat dikhuatiri adalah ketika the technological know-how itu didahului oleh the know-who yang sangat menjadi petualang besar dalam memberikan peluang kepada mereka yang sebenar-benarnya genuine, legit dan layak. Juga, apakah penilaian input dan output sahaja yang kita gunakan model itu ataupun kita perlu segera menerapkan model input output? Di samping itu, outcome dan impak the IOOI model, saya ingat Yang Berhormat Menteri lebih faham dan mungkin boleh menerangkan kita supaya kita dapat terus berdaya saing dan memacukan industri kita yang hari ini, kita sudah jauh ketinggalan. Tuan Pengerusi, sikit untuk saya memberikan sokongan kepada SIRIM Berhad dalam P.24 Butiran 00100 ini. Program SIRIM-Fraunhofer ini yang akan berakhir tahun ini. Apakah akan diberikan lanjutan sokongan peruntukan untuk mereka? Kerana mereka telah banyak membantu menghasilkan pelbagai bantuan kepada membangunkan 2,000 lebih pembangunan teknologi merangkumi 400 penggunaan teknologi-teknologi uptake, aplikasi teknologi 224 buah syarikat dan segalanya yang lain. Saya kira, kalau kita punya hanya RM17 juta sahaja saya tengok di situ, Tuan Pengerusi, banyak program mereka yang memerlukan sokongan tetapi tidak diberikan peruntukan yang sewajarnya, masakan boleh kita terus berdaya saing. Saya ingat akhir sekali kalau boleh saya sebutkan tentang Halal Industry Development Corp (HDC) ini. Apa lagi kegiatan-kegiatan ataupun polisi-polisi yang kementerian mahu majukan untuk kita benar-benar kembali untuk― satu masa dahulu kita adalah the flagship benchmark tetapi hari ini saya kira atas beberapa kekurangan dan kekangan, antara lain adalah juga kerana kita masih lagi menumpang atas peruntukan Akta Perihal Dagangan 2011 itu, maka kita tergendala untuk benar-benar memacu dan unleash and unlock industri ini. Begitu juga saya perhatikan JAKIM kerana hanya menggunakan pakar-pakar di kalangan penjawat awam tidak dapat benar-benar memajukan pelbagai aspek new frontiers yang antara lain kalau boleh mereka serahkan kepada independent third party mungkin lebih maju, dapat lebih pantas dan lebih rancak dapat dibangunkan termasuklah

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

pelbagai halal certification exercises ataupun areas termasuk halal medical devices, halal packaging, halal logistic retail dan sebagainya. Tuan Pengerusi, sekadar itu sahaja yang dapat saya kongsikan. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Kuala Krai.

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Saya ingin menyentuh Kepala P.24 Butiran 00201 – Program Pembangunan Industri Automatif.

Saya ingin menanyakan, kenapakah terdapat kenaikan yang begitu mendadak untuk Butiran ini? Apa perancangan kerajaan dalam menghadapi kehadiran industri kenderaan elektrik (EV) yang semakin mendapat tempat di dunia hari ini. Untuk Butiran yang sama, saya ingin menyentuh penggunaan nama kereta-kereta buatan Malaysia. Kalau dahulu, nama-nama yang lebih mencerminkan Malaysia seperti Saga, Satria dan Perdana digunakan. Namun, hari ini saya melihat kita tidak lagi menggunakan nama-nama tersebut malah lebih terarah menggunakan nama-nama yang tidak mencerminkan Malaysia. Kenapa perubahan ini berlaku? Adakah nama-nama Malaysia ini tidak boleh dipasarkan sama ada dalam ataupun luar negara. Adakah kerajaan bercadang untuk kembali beralih kepada nama-nama yang mempunyai cerminan Malaysia ini? Tuan Pengerusi, butiran kedua ialah Butiran 00206 – Penyertaan Tahunan Dalam Acara Perdagangan Antarabangsa Terpilih. Saya ingin menanyakan berapakah jumlah pelaburan yang termeterai setakat ini? Berapakah jangkaan pelaburan yang akan diperoleh apabila Malaysia menyertai Expo Dubai 2020? Berapakah expo-expo antarabangsa yang akan disertai Malaysia pada tahun 2022 nanti dan berapakah jumlah jangkaan pelaburan yang akan di terima oleh Malaysia? Butiran yang ketiga Tuan Pengerusi ialah Butiran 00530 – Menaiktaraf dan Memperbaiki Infrastruktur Asas Kawasan Perindustrian Sedia Ada. Saya ingin menanyakan, berapakah jumlah pelaburan yang diterima oleh negara ini pada tahun ini? Berapakah jumlah pelaburan dijangka akan diterima pada tahun hadapan? Apakah kerajaan berpuas hati dan apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan dalam meningkatkan jumlah pelaburan di dalam keadaan yang tidak menentu akibat pandemik COVID-19 ini? Dalam masa yang sama, saya ingin menanyakan apakah perancangan pihak kerajaan dalam terus meningkatkan jumlah pelaburan kepada negeri Kelantan khususnya bagi memastikan kesamarataan antara wilayah dapat berlaku dengan sebaiknya. Semestinya Kelantan memerlukan jumlah pelaburan bagi meningkatkan peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan memandangkan ramai rakyat Kelantan terpaksa ke luar negeri untuk mendapatkan pekerjaan. Berapa kah jumlah pelaburan Kelantan pada tahun ini dan apakah perancangan spesifik untuk meningkatkan pelaburan Kelantan di masa akan datang? Tuan Pengerusi, butiran terakhir ialah Butiran 50000 – Dasar Nasional Industri 4.0. Saya ingin menanyakan apakah perkembangan terkini Dasar Nasional Industri 4.0 setelah mengambil kira keadaan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia? Dasar Nasional Industri 4.0 melibatkan tiga elemen terpenting iaitu proses, teknologi dan people. Saya ingin mencadangkan kerajaan untuk meningkatkan mutu pembelajaran di kalangan universiti agar ia lebih menepati keperluan industri pada hari ini. Manakala pelajar-pelajar diberikan hak yang lebih terbuka selepas SPM, diploma dan universiti untuk

melanjutkan pelajaran berasaskan keperluan semasa. Ini penting untuk mengelakkan duit kerajaan di salurkan ke tempat-tempat yang tidak sepatutnya apabila hak yang lebih terbuka diberikan kepada pelajar. Dalam masa yang sama, pusat pengajian perlu membuktikan kemampuan untuk menarik minat pelajar dan dapat menawarkan kualiti yang terbaik untuk mereka. Saya percaya mana-mana pusat pengajian teknikal, institut, kolej ataupun universiti yang tidak menunjukkan prestasi yang baik akan berusaha secara sihat berlumba-lumba untuk mendapatkan belajar. Model sekarang tidak efektif kerana anak- anak tiada pilihan ataupun hak memilih untuk memasuki pusat pengajian tinggi yang melibatkan industri seperti GMI dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA. Tuan Pengerusi, butiran yang sama ialah berkaitan industri. Saya ingin menanyakan bagaimanakah dengan isu berkaitan dengan pembiayaan dari segi end user ataupun kilang dan pembekal teknologi ataupun system integrator. Kedua-dua elemen ini dapat merealisasikan dana dan geran kerajaan sebab kriteria terlalu tinggi dan tidak dapat membantu memulakan syarikat bagi menyediakan teknologi-teknologi terkini pada kilang. Untuk masalah penyeragaman, pengusaha, pembekal teknologi system integrator perlu mendapatkan industri standard di mana integrasi teknologi yang ada dapat diseragamkan untuk berkomunikasi secara waktu sebenar dan efektif, di Thailand contohnya semua industri SME, saya difahamkan dipasangkan energy meter sebagai penanda aras penggunaan electricity dengan di-connected to internet of things (IoT) dan centralised dashboard. Saya mencadangkan kerajaan turut memasang energy meter di premis-premis SME secara percuma selama 24 bulan dan data-data elektrik boleh disemak agar penggunaannya lebih menjimatkan dan efektif. Tuan Pengerusi, itu sahaja perbahasan saya. Terima kasih. Wassalammualaikum.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Bangi.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak bangkitkan tiga perkara sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana hadir di Dewan pada pagi ini. Perkara pertama yang saya hendak bangkitkan ialah P.24 Butiran 50000 iaitu berdasarkan peruntukan kepada dana Industri 4.0. Saya hendak merujuk kepada perkara yang telah dibuat di MITI semasa Pakatan Harapan menjadi kerajaan. Masa itu, saya sendiri sebagai Timbalan Menteri telah turun padang banyak kali untuk buat promosi Industri 4.0 terutamanya untuk program readiness assessment (RA). Saya tahu ada banyak RA telah dilaksanakan dan sekarang business intervention funding pun telah dikeluarkan. Akan tetapi saya hendak tanya Menteri, dalam masa PKP ini. Ini memang merupakan satu masa keemasan di mana proposal untuk business intervention ataupun program untuk business intervention, apabila ia boleh dikeluarkan kepada industri dan industri boleh menunjukkan best practices daripada segi pelaksanaan 4.0. Ini memang boleh dipaparkan melalui Internet, melalui secara maya dan sebagainya. Akan tetapi dengan kesalnya saya tengok macam MITI telah hilang momentum untuk mempromosikan Industri 4.0 ini. Saya rasa pandemik COVID-19 bukan satu alasan tetapi sepatutnya menjadi satu peluang keemasan untuk MITI lebih menceburi dan memberi peluang kepada industri untuk membuat perkara yang luar biasa supaya kadar automasi boleh dipertingkatkan lagi dan supaya Malaysia boleh di cerminkan sebagai satu contoh yang baik. Semasa PKP kita boleh upgrade dasar Industri 4.0 kita ini supaya semua negara di luar sana boleh nampak bagaimana daya saing industri di Malaysia boleh dipertingkatkan semasa PKP ini. Itu isu yang pertama. Isu kedua yang saya hendak bangkitkan ialah tentang Maksud P.24 Butiran 00201 iaitu berdasarkan pembangunan automotif. Tadi ada beberapa Yang Berhormat telah menyebut perkara ini tetapi saya hendak memberi perhatian yang khusus kerana selepas

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

pelancaran Dasar Automotif Nasional ataupun National Automotive Policy pada tahun 2020 di bawah Kerajaan Pakatan Harapan. Saya pun tahu ada beberapa working group telah dilaksanakan selepas pelancaran Dasar Automotif Nasional ini. Salah satu working group adalah working group yang bertanggungjawab untuk polisi rollout electric vehicle infrastructure. Ini bukan electric vehicle, ini bukan memasang ataupun manufacture, membuat electric vehicle tetapi untuk sebagai satu coordination vehicle, untuk menambahkan lagi ekosistem ataupun infrastruktur EV seperti charging station, seperti teknologi untuk menukar bateri dan sebagainya. Akan tetapi malangnya selepas NAP telah dilancarkan, dalam masa dua tahun ini memang tidak ada apa-apa perkara yang kita boleh nampak yang MITI sedang promosikan daripada segi koordinasi dengan kementerian yang lain seperti MOSTI, seperti Kementerian Alam Sekitar dan Air dan sebagainya untuk mempromosikan dan untuk menambahkan lagi infra EV di seluruh Malaysia termasuk di petrol station dan sebagainya. Akan tetapi apa yang saya lihat ialah private sector sekarang mereka sedang membuat inisiatif ini dengan tidak ada apa-apa panduan daripada MITI. Itu perkara yang kedua yang saya hendak bangkitkan. Perkara yang ketiga saya hendak bangkitkan ialah tentang B.24 Butiran 050600 – InvestKL. Di bawah Kerajaan Pakatan Harapan kami telah menubuhkan satu China Special Channel untuk menarik dan memberi perhatian yang lebih khusus di bawah InvestKL supaya kita boleh menarik lebih banyak strategi investment daripada negara China dengan izin. Akan tetapi apa yang saya dengar sekarang ialah tanggungjawab ini telah diserap balik kepada MIDA tetapi apa yang saya lihat ialah tidak ada satu hala tuju yang strategik untuk menarik pelaburan yang pelbagai sektor daripada negara China. Ada yang high tech, ada manufacturing yang memerlukan tanah yang besar seperti di Pahang, Alliance Steel dan sebagainya. Akan tetapi malangnya tidak ada satu strategi yang telah diumumkan oleh MITI. Ya, that is your national investment aspiration tetapi tidak diberi satu perhatian yang lebih khusus kepada satu negara yang sedang melabur dengan banyak di luar negara iaitu negara China. Jadi, saya harap Yang Berhormat Menteri boleh ambil tiga perkara ini dan jawab soalan lepas ini. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Tumpat.

Terima kasih Tuan Pengerusi di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Pertamanya, saya ingin menyentuh Butiran 020100 – Sokongan Perdagangan dan Industri. Berdasarkan laporan prestasi pelaburan bagi suku pertama tahun 2021 yang dikeluarkan oleh MIDA, terdapat lima negeri utama bagi pelaburan tertinggi yang diluluskan dalam semua sektor ekonomi iaitu negeri Kedah sebanyak RM43 bilion. Selangor sebanyak RM8.6 bilion, Wilayah Persekutuan sebanyak RM4.9 bilion. Sarawak sebanyak RM6.9 bilion dan Sabah sebanyak RM5 bilion. Ia selaras dengan objektif yang ditetapkan oleh kementerian iaitu menggalakkan pembangunan sektor perkhidmatan yang mampan seimbang dan berdaya saing melalui penggubalan, perancangan, pemantauan dan pelaksanaan dasar serta program peningkatan pelaburan, eksport dan pembinaan keupayaan sektor perkhidmatan. Justeru, dua persoalan yang ingin saya timbulkan ialah pertama, sejauh manakah pelaburan yang diluluskan di negeri Sabah dan Sarawak mampu diterjemahkan kepada

pembangunan negeri yang lestari dan peningkatan kesejahteraan rakyat yang berkualiti. Kedua, selain daripada lima negeri yang disebutkan itu, bagaimanakah negeri-negeri lain terutama di kawasan Pantai Timur, khususnya di negeri Kelantan supaya boleh mendapat peluang pelaburan yang sama dalam meningkatkan sosioekonomi negeri dan kesejahteraan rakyat. Seterusnya saya ingin menyentuh Butiran 030100 – Hubungan Serantau dan Antarabangsa. Jika dibandingkan dengan Belanjawan 2021, peruntukan bagi perkara ini meningkat sebanyak 13.8 peratus daripada RM1.72 juta kepada RM1.95 juta. Sepanjang tahun 2021, kita mendapat berita yang tidak menggembirakan dengan berpindahnya beberapa syarikat antarabangsa dari Malaysia ke negara lain. Contohnya, seperti syarikat automotif dari Korea Selatan, Hyundai bagi rantau Asia Pasifik yang berpindah dari Malaysia ke Indonesia. Begitu juga dengan anak syarikat IBM, sebuah syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat, telah berpindah dari Cyberjaya ke Singapura. Selain itu, Shell juga turut memindahkan operasi berkaitan IT dari Cyberjaya ke India. Apakah respons dan tindakan kementerian berkenaan perkara ini dan apakah langkah-langkah bagi menyekat terusnya berlaku perpindahan seperti ini? Tuan Pengerusi, seterusnya Butiran 040300 – Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). Laporan yang dikeluarkan oleh MIDA menunjukkan tiga negara tertinggi melabur di Malaysia adalah Singapura sebanyak RM43.1 bilion, Belanda sebanyak RM5 bilion dan Korea Selatan sebanyak RM4.3 bilion. Namun begitu, syarikat ternama antarabangsa seperti Toyota, Alibaba, Microsoft, Google dan sebagainya memilih negara jiran seperti Indonesia dan Singapura untuk membina tapak dan operasi seterusnya meningkatkan pelaburan mereka di sana. Justeru, bagaimanakah kementerian merangka strategi berkesan dalam menarik pelaburan ke dalam negara terutamanya selepas pelaksanaan PKP 3.0 baru-baru ini. Apakah perancangan yang dilaksanakan oleh kementerian memandangkan peruntukan kepada MIDA adalah sama seperti dalam Belanjawan 2021 iaitu sebanyak RM160 juta. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Kangar.

Bismillahi Rahmani Rahim. Alhamdulillahirobila’lamin.. [Mengungkap perkataan bahasa Arab] Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya ada tiga perkara yang ingin dibangkitkan dalam perbahasan di peringkat Jawatankuasa ini di mana dalam perbahasan Dasar, saya memberi saranan kepada kementerian untuk tidak terlalu terikat dengan formula Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang sentiasa mahu menjadikan eksport melebihi import kerana kita mesti sedar bahawa ekonomi negara kita kecil. Jadi, kalau kita terikat sangat kepada formula ini, mungkin ia akan memperlahankan peluang kita untuk menerima pelaburan asing yang berkualiti yang sepatutnya digalakkan dengan lebih banyak dan juga cepat. Dengan pilihan untuk kita menandatangani RCEP dan juga CPTPP, dinamik ekonomi dalam negara akan berubah meskipun umumnya perdagangan berasaskan permintaan dan penawaran sebenar antara penjual dan pembeli akan memenangkan semua pihak tetapi ada yang mungkin tewas dalam persaingan khusus yang akan berlaku. Terkait dengan hal ini, saya ingin menyentuh Butiran 020000 – Pembangunan Industri dan Daya Saing yang secara khususnya Butiran 020100 – Sokongan Perdagangan dan Industri yang mana pada pandemik COVID-19 menyaksikan banyak perusahaan kecil dan sederhana yang gulung tikar. Saya ingin tahu, berapa banyak produk PKS yang dieksport dari tahun ke tahun sepanjang RMKe-11? Berapa banyak nilai dagangan PKS keluar negara yang menyusut kerana pandemik COVID-19 dan apakah usaha kementerian dalam memperbanyak, mempelbagai dan juga meningkatkan jumlah eksport daripada segi jumlah nilai RM ke luar negara iaitu daripada PKS.

Saya juga percaya kementerian harus seiring dengan agenda kerajaan untuk Wawasan Kemakmuran Bersama yang Yang Berhormat Menteri sendiri pernah usahakan semasa beliau menjadi Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Apa yang saya maksudkan ialah pelaburan mestilah merata ke seluruh negara dan tidak hanya tertumpu kepada negeri- negeri yang sudah maju. Tadi sahabat saya, Yang Berhormat Tumpat menyebut bahawa lebih 60 peratus pelaburan ke negara kita ini hanya pergi ke lima buah negeri sahaja. Sekiranya ini terus berlaku, maka objektif untuk kita merapatkan jurang antara negeri, wilayah dan juga pendapatan penduduk hanya akan menjadi satu misi yang sia-sia. Kita mempunyai banyak negeri yang dekat dengan sempadan negara jiran misalnya Perlis, Kedah, Kelantan iaitu dekat dengan Thailand. Johor dekat dengan Singapura malah Sabah dan Sarawak berhampiran dengan Brunei dan juga Indonesia. Akan tetapi malangnya kurang perhatian diberikan untuk memajukan ataupun memastikan negeri-negeri sempadan ini mendapat manfaat terbanyak daripada kedudukan strategik masing-masing. Terkait dengan ini, saya ingin menyentuh Butiran 030200 – Hubungan Perdagangan dan Ekonomi Dua Hala dan juga Butiran 030 – Integrasi Kerjasama Ekonomi ASEAN. Saya ingin tahu berapakah jumlah pengeluaran dan perdagangan di kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur, Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) dan juga Indonesia–Malaysia–Thailand Growth Triangle (IMT-GT). Terkait dengan ini, saya ingin juga menyentuh tentang negeri saya, Perlis yang berjiran dengan Thailand iaitu destinasi eksport kedua terbesar Malaysia di ASEAN dan juga menjadi rakan dagangan yang kedua terbesar bagi Malaysia di ASEAN yang mana nilai ekonomi lebih kurang dalam 16.6 peratus yang mana antara eksport utama ialah produk elektrik, elektronik, kimia dan produk kimia dan petroleum mentah manakala produk import utama kita adalah produk elektrik dan elektronik, peralatan pengangkutan, kimia dan juga produk kimia. Saya tahu sebelum ini ada rancangan untuk Kementerian Pembangunan Luar Bandar mewujudkan ASCI ataupun untuk wujudkan ASEAN punya institute tentang transportation. Akan tetapi itu nampaknya belum lagi berlaku apa-apa. Jadi saya harap Yang Berhormat Menteri dapat membawa agenda untuk memajukan negeri-negeri sempadan ini di dalam Kabinet supaya kerajaan segera memberi perhatian kepada keperluan pembangunan infrastruktur asas yang diperlukan di sana. Saya sudah banyak kali membawa pelbagai pandangan kepada pelbagai kementerian tentang rancangan pertumbuhan yang begitu perlahan di negeri Perlis sedangkan Lembah Chuping telah tersedia untuk merancakkan ekonomi sempadan ini. Saya berharap dana di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di bawah Butiran 00530 dapat digunakan untuk membantu dan mempercepatkan usaha ini sekurang-kurangnya bagi tujuan membina sebuah bangunan pencawang elektrik yang sesuai bagi keperluan kawasan ini. Kalau perkara asas ini tidak ada, jadi agak sukar untuk kerajaan menarik pelaburan pergi ke kawasan ini. Terkait dengan ini juga, saya ingin menyentuh Butiran 050400 – Halal Development Corporation. Daripada pelbagai laporan berita, negeri Perlis telah diumumkan untuk dijadikan satu hab halal negara ini sejak sekurang-kurangnya dari tahun 2006, cukup lama. Akan tetapi berapa banyak kah pelaburan halal di Perlis dan adakah ia pelaburan domestik atau pelaburan asing? Saya juga ingin tahu sama ada - berapa banyak perdagangan halal sama ada import atau eksport dari tahun ke tahun sejak lima tahun lalu. Pensijilan halal juga di bawah JAKIM. Jadi walaupun sering kita mendengar ketegasan tentang persijilan halal ini, kita masih melihat banyak kes seperti daging import yang tidak halal diberikan sijil halal. Jadi saya hendak tahu apakah usaha kementerian untuk mengurangkan import yang bagi saya, ini tidak memenuhi standard. Yang terakhir Butiran 020600 – Standard Malaysia. Aktiviti enam kalau saya rujuk dalam buku yang dibekalkan kepada kita. Antaranya ialah bertujuan untuk berkaitan memelihara alam sekitar tetapi sektor utama yang kita tunjuk daripada segi pelaburan mencatatkan bahawa sektor

perlombongan adalah yang terbesar. Jadi bagaimanakah kementerian memastikan pelaburan yang kita terima dalam sektor perlombongan ini benar-benar mematuhi standard kita dalam memelihara alam sekitar terutama dalam kita menuju sustainable development goals. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat. [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Dato’ Sri Azalina Othman Said (Pengerang) mempengerusikan Mesyuarat]

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan dan akan disambung semula jam 2.30 petang nanti. Terima kasih.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis dalam Jawatankuasa. [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Jawatankuasa]

Tuan Pengerusi, sebelum sidang diteruskan, saya ingin membawa satu perkara kepada perhatian Tuan Pengerusi di bawah Peraturan Mesyuarat 36(2), “Tidak boleh disebutkan apa-apa perkara yang sudah dalam pertimbangan mahkamah, sekiranya pada pertimbangan Tuan Pengerusi harus merosakkan kepentingan-kepentingan pihak yang berbicara”. Tuan Pengerusi, ketika waktu rehat makan tengah hari tadi, saya telah mengikuti perkembangan berita dalam laman sosial dan saya telah membaca berita dalam Malaysiakini, Free Malaysia dan portal-portal lain yang melaporkan bahawa Yang Berhormat Pekan yang sepatutnya hadir di Mahkamah Rayuan pagi tadi, tidak hadir dan telah memohon penangguhan kerana dikatakan telah- merupakan kontak rapat dengan seorang yang telah dijangkiti dengan COVID-19. Saya terkejut kerana kelmarin Yang Berhormat Pekan telah hadir di Parlimen. Jadi, saya ingin tanya, sama ada nombor satu, beliau telah pun menjalani saringan kesihatan COVID-19. Kedua, kerisauan saya, kalau beliau merupakan kontak rapat kepada seorang yang dijangkiti dengan COVID-19, beliau telah hadir di Parlimen kelmarin. Jadi, perkara kedua, saya cuma ingin menyatakan bahawa kita sebagai sebuah negara demokrasi perlu menghormati tiga cabang iaitu satu Parlimen, eksekutif dan juga bidang kehakiman. So, saya cuma tidak mahu pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan hadir di Parlimen, tetapi tidak hadir di mahkamah. So, saya mohon Tuan Pengerusi untuk memberi perhatian kepada perkara ini.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Kita ambil perhatian, kita akan check-lah tentang pengambilan saliva test bagi yang disebutkan tadi. Menyambung semula perbahasan di peringkat Jawatankuasa, saya ingin menjemput Yang Berhormat Dungun. Lima minit.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi. Perkara pertama yang ingin saya bangkitkan ialah Butiran 040300 – Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). Pertama, apakah program atau inisiatif yang telah dibuat oleh MIDA yang berjaya membawa masuk ataupun membawa ke Terengganu pelabur-pelabur dari tahun lepas? Kedua, dalam menjadikan negeri Terengganu sebagai salah satu kuasa ekonomi di Malaysia, apakah pelan jangka masa panjang oleh MIDA bagi menarik pelaburan asing datang ke negeri Terengganu dalam masa terdekat? Kedua, Butiran 030500 – Rundingan Strategik. Pada waktu ini Malaysia telah mengadakan Perjanjian Perdagangan Bebas dua hala dengan tujuh buah negara dan Perjanjian Perdagangan Serantau melalui ASEAN sebanyak tujuh buah negara luar. Adakah kementerian merancang melaksanakan usaha untuk mengadakan Perjanjian Perdagangan Bebas yang baharu dengan negara-negara lain pada masa yang akan datang? Sejauh manakah Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ini membantu negara dalam perkembangan ekonomi sehingga kini? Selanjutnya ialah Butiran 030300 – Integrasi Kerjasama Ekonomi ASEAN. Sejauh manakah Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) telah diratifikasi dan akan memberi kesan positif kepada negara kita? Adakah kementerian dalam proses mencadangkan ASEAN mempertingkatkan model perkongsian kerjasama ekonomi seperti EU yang ternyata memberi kelebihan yang banyak kepada negara-negara anggota? Butiran 030200 – Hubungan Perdagangan dan Ekonomi Dua Hala. Soalan saya yang pertama, bagaimanakah secara umumnya kementerian meningkatkan hubungan perdagangan dua hala dengan negara-negara yang sudah sedia mempunyai hubungan diplomatik dengan negara kita pada pasca pandemik COVID-19? Kedua, adakah kementerian dengan kerjasama Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi masih meneruskan lagi usaha untuk membantah sekatan eksport minyak sawit ke EU? Seterusnya, Butiran 030100 – Hubungan Serantau dan Antarabangsa. Apakah impak atau kesan positif daripada penganjuran APEC 2020 yang dianjurkan pada tahun lepas kepada ekonomi negara kita? Butiran 020100 – Sokongan Perdagangan dan Industri. Soalan saya yang pertama, apakah jenis bentuk sokongan yang disediakan oleh kementerian dalam butiran ini? Kedua, apakah pelan jangka masa panjang yang telah diambil oleh kementerian bagi memastikan usahawan terutamanya dari negeri-negeri Pantai Timur khususnya Terengganu mendapat manfaat daripada program yang akan dilaksanakan supaya mereka boleh menjadi usahawan global? Butiran 010200 – Perancangan Strategik. Peruntukan yang telah dikurangkan daripada RM3,137,200 kepada RM3,021,100 pada tahun 2022 sedangkan ia adalah penting bagi pembentukan dasar, pelan strategik dan program kementerian bagi menggalakkan pembangunan industri, pelaburan dan perdagangan antarabangsa.

Bagaimanakah kementerian akan melaksanakan dasar-dasar dan pelan strategik penting kementerian dengan peruntukan yang telah dikurangkan dari tahun 2021? Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Bukit Bendera.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga turut ingin menyertai perbahasan untuk Peringkat Jawatankuasa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Butiran 020700 – Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Saya perhatikan terdapat penurunan peruntukan daripada RM41 juta pada tahun 2021, dikurangkan kepada RM39 juta. Akan tetapi pada hakikatnya, apabila saya imbas kembali buku-buku bajet yang lama, sebenarnya sebelum ini tahun 2020 sebanyak RM28 juta naik kepada RM41 juta sekarang turun kepada RM39 juta. Saya hendak tanya, minta penjelasan Yang Berhormat Menteri. Berkenaan dengan perkara ini, Malaysia telah jatuh dari tangga ke-22 pada tahun 2019 ke tangga ke-27 pada tahun 2021 dalam indeks International Institut of Management Development (IMD) Global Competitiveness Index, dalam Indeks Daya Saing Global. Apakah usaha oleh kerajaan untuk memperbaiki Indeks Daya Saing Global ini? Ini kerana dalam buku ini telah diadakan sasaran dan sebagainya. Tuan Pengerusi, perkara kedua yang saya bangkitkannya ialah Butiran 99000 – Aeroangkasa. Saya perhatikan terdapat satu anggaran yang agak besar anggaran harga projek RM1.1 bilion dan tahun 2020 dianggarkan atau dibajetkan RM60 juta. Saya ingin memohon penjelasan Yang Berhormat Menteri, sama ada peruntukan tersebut bertujuan untuk sesuatu bangunan yang baharu dan sekiranya bangunan baharu apakah lokasi serta butiran-butiran begini kerana projek aeroangkasa telah disenaraikan sebagai satu projek yang berpotensi di RMKe-12 khasnya telah dinyatakan luar kawasan negeri Selangor dan Pulau Pinang. Minta Yang Berhormat Menteri untuk berikan butiran tentang Industri Aeroangkasa? Butiran 020000 – Pembangunan Industri dan Daya Saing. Bersama juga dengan Butiran 040000 – Pengukuhan Pelaburan Berkualiti. Saya memohon penjelasan Yang Berhormat Menteri apakah strategi kerajaan untuk merancakkan pertumbuhan industri semikonduktor di Pulau Pinang dan dalam masa COVID-19 dan pasca COVID-19 industri healthcare manufacturing, pembuatan berkenaan dengan industri kesihatan di Pulau Pinang? Apakah insentif yang diberikan dalam menggalakkan pertumbuhan industri ini? Apakah inisiatif MIDA dalam perkara ini? Seterusnya, Butiran 050600 – InvestKL. Tadi telah Ahli Parlimen Bangi telah nyatakan tentang China Special Channel berkenaan dengan sebelum ini ditempatkan di InvestKL tetapi sekarang ini dialihkan kembali kepada MIDA. Saya hairan juga kerana kita telah melantik beberapa duta khas, Yang Berhormat Bintulu Duta Khas ke People’s Republic of China dan saya ingin menanyakan Yang Berhormat Menteri, apakah bidang tugas dia? Ini kerana kelmarin beliau juga bertanding DUN di Sarawak. Apakah kehebatan beliau? Boleh menjadi, menjawat jawatan Ahli Parlimen, pada masa yang sama Duta Khas ke China bertaraf Menteri. Sekarang pula meminta untuk kerja sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak? Negeri pun boleh, Parlimen pun boleh, antarabangsa beliau juga— So, bagaimana beliau boleh? Apakah sumbangan duta-duta khas bukan sahaja beliau, Yang Berhormat Serian, Duta Khas Asia Timur, Yang Berhormat Maran, Timur Tengah dan MIC Presiden, Asia Selatan.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Pelantikan begini telah membazirkan wang cukai rakyat kerana ia tidak ada sumbangan yang signifikan, tidak ada apa-apa sumbangan mendatangkan pelaburan antarabangsa. Apakah sumbangan mereka dalam perniagaan antarabangsa? Perkara last sekali Butiran 030000 – Pengukuhan Perdagangan Antarabangsa. Saya nampak terdapat satu penurunan daripada segi pengukuhan perdagangan antarabangsa daripada RM196 juta kepada RM74 juta dan khasnya diturun dengan hebatnya daripada hubungan serantau dan antarabangsa dari RM27 juta hingga ke RM2 juta sahaja. Apakah pengurangan sebegitu signifikan pada kala kita memupuk untuk memasuki RCEP pada kita kata ini sudah menyertai CPTPP kita mahu usaha— Apakah usaha FTA-FTA yang lain yang sedang diusahakan oleh MITI selain daripada RCEP, selain daripada CPTPP apakah FTA-FTA yang sedang diusahakan oleh MITI?

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Itulah persoalan-persoalan saya. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Kemaman.

Tuan Che Alias bin HamidPAS · PNKemaman

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama berbahas peringkat Jawatankuasa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Saya terus kepada Butiran 040100 – Dasar Pelaburan dan Fasilitasi Perdagangan. Saya mohon penjelasan pihak kerajaan, sejauh mana prestasi Malaysia sebagai negara destinasi pelaburan asing di rantau Asia? Kita maklum bahawa negara-negara sekitar seperti Indonesia, Vietnam dan Kemboja merupakan antara negara yang memiliki faktor tarikan pelaburan asing yang lebih baik daripada aspek sumber dan juga tenaga kerja yang lebih murah berbanding Malaysia. Justeru, apakah langkah-langkah yang lebih agresif dilaksanakan oleh kerajaan dalam memastikan Malaysia kekal sebagai destinasi utama tumpuan pelaburan asing ini? Seterusnya, Butiran 040300 – Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). Butiran 040300, saya ada dua persoalan bersabit butiran ini. Pertama, setelah penarikan kembali pengecualian kabotaj daripada beberapa syarikat antarabangsa yang terlibat dengan pembaikan kabel dasar laut di perairan negara. Sejauh mana ia memberi kesan negatif terhadap imej negara dan sehingga kini, adakah ia memberi impak terhadap kemasukan pelaburan asing memandangkan negara- negara jiran seperti Indonesia, Singapura, Filipina turut menyertai kabotaj ini? Seterusnya kedua berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh Standard Chartered Malaysia merupakan negara kedua paling kondusif untuk pelaburan asing di Asia Tenggara bagi syarikat Eropah dan juga Amerika Syarikat. Namun begitu, syarikat-syarikat ternama antarabangsa berpangkalan di Amerika Syarikat seperti Facebook, Google, Microsoft telah memilih negara jiran Indonesia khususnya untuk membina tapak dan operasi mereka dalam tempoh pandemik COVID- 19 ini seterusnya meningkatkan pelaburan mereka di sana. Justeru, adakah justifikasi dan penarafan yang diberi oleh Standard Chartered mengenai prestasi Malaysia adalah tepat dan apakah langkah-langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi mengelakkan lebih banyak syarikat-syarikat gergasi sedia ada ini memindahkan pelaburan ke negara lain di rantau Asia ini? Seterusnya, Tuan Pengerusi Butiran 050400 – Halal Development Corporation (HDC). Adakah kerajaan mempunyai perancangan jangka panjang untuk menjadikan

Tuan Che Alias bin HamidPAS · PNKemaman

negara sebagai hab halal eksport ayam terbesar di rantau Asia? Seperti contoh, sejak dahulu lagi Brazil walaupun bukan negara Islam, adalah pengeksport ayam halal terbesar dunia. Mereka membawa pekerja Muslim untuk bekerja di rumah-rumah sembelihan mereka secara besar-besaran. Namun, fakta ini. Malaysia sebagai sebuah negara yang mempamerkan imej Islam perlu mengambil peluang ini memandangkan keperluan terhadap sumber makanan halal mempunyai potensi yang amat besar dan luas untuk dikembangkan ke serata dunia.

Tuan Che Alias bin HamidPAS · PNKemaman

Seterusnya Tuan Pengerusi, yang terakhir, Butiran 020700 – Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Bersempena Persidangan Kebangsaan Amalan Baik Peraturan 2021 baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menerima tiga anugerah daripada MPC. Justeru itu, berdasarkan pengiktirafan ini, sejauh manakah penilaian terhadap kementerian-kementerian yang lain selain daripada KKM dan apakah langkah-langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi menggalakkan lebih banyak kementerian menerapkan amalan baik peraturan dalam kementerian dan jabatan masing-masing? Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Kemaman. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Padang Serai.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Butiran 020400 – Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI) dan Seranta. Malaysia merupakan negara pengeksport yang menjalinkan kerjasama dengan pelbagai negara dalam membesarkan pasaran barangan tempatan Malaysia. Sudah pasti kerajaan telah menjalankan pelbagai langkah dalam memastikan syarikat tempatan menembusi pasaran dunia. Maka, kerajaan telah mewujudkan Anugerah Kecemerlangan Industri dalam memberi penghargaan kepada syarikat tempatan yang telah menunjukkan prestasi yang baik. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM3.3 juta bagi anugerah ini. Maka, persoalan yang ingin saya bangkitkan adalah, apakah cabaran utama yang dihadapi oleh syarikat tempatan dalam memperluaskan perniagaan mereka terutama di era pasca pandemik ini? Perkara ini penting untuk diteliti agar kita mampu mewujudkan polisi dalam membantu mereka. Tuan Pengerusi, Butiran 020600 – Standard Malaysia. Standard Malaysia merupakan badan yang menerajui untuk mengkaji persaingan dalam pasaran tempatan ini. Perkara ini penting dalam memastikan tiada penindasan oleh syarikat besar kepada syarikat kecil dalam sesuatu industri. Saya melihat bahawa kerajaan telah menurunkan peruntukan kepada Standard Malaysia kepada RM15.8 juta berbanding peruntukan bagi tahun 2021 iaitu RM16.5 juta. Saya mohon penjelasan daripada kementerian. Adakah penurunan ini akan memberi kesan negatif kepada prestasi Standard Malaysia? Butiran 030000 – Pengukuhan Perdagangan Antarabangsa. Apabila saya mengkaji belanjawan Malaysia, saya amat tertarik dengan Butiran 030000 yang melibatkan pengukuhan perdagangan antarabangsa. Apa yang menarik perhatian saya adalah kerajaan telah menurunkan peruntukan ke RM174.8 juta berbanding RM196.3 juta bagi tahun 2021. Selepas pandemik semakin reda, sudah pasti kerajaan akan merancang balik perdagangan antarabangsa kerana sempadan negara sudah dibuka kembali. Maka, saya ingin memohon penjelasan daripada pihak kerajaan, apakah faktor menurunkan peruntukan ini di saat ekonomi dunia semakin stabil? Tuan Pengerusi, Butiran 040200 – Ekonomi Digital. Ekonomi digital merupakan satu perkara yang sangat penting dalam membesarkan pasaran produk tempatan dan mengurangkan jurang antara bandar dan luar bandar. Akan tetapi masalah dengan

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

ekonomi digital adalah, ia tidak mencapai kepada golongan yang memerlukan iaitu golongan luar bandar. Dalam peruntukan, kerajaan telah memperuntukkan hanya RM600 ribu untuk butiran ini. Satu nilai yang kecil kerana perkara ini penting dalam memberi peluang yang adil kepada semua produk untuk memasuki pasaran dunia. Maka, soalan saya adalah, apakah langkah kerajaan dalam membantu produk luar bandar untuk menembusi pasaran dunia? Selain itu, saya juga ingin menanyakan kerajaan. Saya melihat banyak kilang seperti kilang Sony di Perai telah tutup. Kulim Hi-Tech pula banyak kilang sudah ditutup. Juga selepas kilang Sony ditutup, hampir 1,500 orang hilang pekerjaan. Bukan itu sahaja, subkontraktor juga telah tutup dan ini membimbangkan kerana apabila kilang-kilang ini ditutup, maka pekerja yang ada sebelum ini sudah tiada. Ramai akan kehilangan pekerjaan. Maka persoalan saya, apakah langkah kerajaan dalam memastikan kilang- kilang ini tidak ditutup atau “gulung tikar”? Saya juga ingin bertanya, berapa kilang akan diwujudkan di Kulim Hi-Tech pada 2022? Selain itu, apakah langkah kerajaan dalam meningkatkan pelabur asing di Malaysia? Kita mengambil contoh Grab. Mereka telah berpindah ke Singapura kerana ekosistem perniagaan yang lebih terbuka dan progresif. Maka, apakah langkah kerajaan dalam menarik pelaburan ini? Kesimpulannya, saya berharap semua yang dibangkitkan oleh saya dapat perhatian oleh kerajaan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Seterusnya saya jemput – Yang Berhormat Sepang, tiada dalam Dewan. Yang Berhormat Jelutong. Sila, lima minit.

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya cuma ingin menyentuh dua, tiga perkara sahaja. Kita lihat bahawa kementerian ini menyatakan bahawa tujuan kementerian adalah menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan terpilih dan menjadi antara negara pedagang yang paling berdaya saing. Mengenai perkara itu, saya ingin menyentuh tentang Anggaran Perbelanjaan Tahun 2021 dalam Butiran 030100 – Hubungan Serantau dan Antarabangsa. Daripada anggaran tahun 2021, RM27,478,400 kita lihat bahawa terdapat penurunan kepada RM2 juta sahaja. RM27,478,400 ke penurunan sebanyak RM2 juta sahaja. Saya ingin bertanya, kenapakah terdapat penurunan yang begitu mendadak? Saya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Berkenaan perkara ini, di Pulau Pinang juga banyak syarikat dan pembuat- pembuat semikonduktor telah pun ditutup, “gulung tikar” dan mula bergerak ke negara- negara lain seperti Vietnam, Thailand dan ke negara-negara lain di Asia. Apakah langkah- langkah yang diambil oleh Menteri dan kementerian untuk memastikan bahawa mereka ini terus menerus kekal di Malaysia? Di Pulau Pinang, pembuat semikonduktor merupakan industri utama di mana ramai daripada penduduk di Pulau Pinang bekerja di syarikat-syarikat dan kilang-kilang begini. Jadi, amat merisaukan kepada saya kalau dalam masa lima tahun atau enam tahun lagi, ramai penduduk di Pulau Pinang akan hilang pekerjaan mereka. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah hasil daripada lawatan Menteri dalam satu trip – an investment mission ke London pada bulan Oktober baru-baru ini? Saya ingin bertanya, adakah Menteri mendapat apa-apa maklum balas atau hasil tentang foreign direct investment yang akan dibuat hasil daripada lawatan ini?

Saya juga ingin penjelasan. Saya difahamkan Menteri telah– saya ingin bertanya sama ada Menteri telah pergi ke sana seorang ataupun dengan rombongan daripada Jabatan Menteri ataupun dengan ahli-ahli keluarga. Ini kerana ada juga desas-desus mengatakan bahawa Yang Berhormat Menteri telah pergi ke sana bersama-sama dengan rombongan keluarga telah pergi menaiki kapal terbang Singapore Airlines first class ataupun balik dari London ke Malaysia menaiki kapal terbang first class. Kita lihat bahawa dalam masa pandemik COVID-19 ini ramai yang kehilangan kerja, ramai yang kebuluran, ramai yang tidak dapat makan, macam-macam masalah dihadapi. Jadi, kalau ini adalah sesuatu yang benar berlaku, saya rasa Menteri perlu berjimat cermatlah dan menggunakan wang itu untuk tujuan-tujuan yang memberi manfaat kepada rakyat dan bukan membazir seperti yang dilaporkan.

Pada masa yang sama, saya ingin tanya juga kepada Yang Berhormat Menteri. Apakah tujuan kerajaan melantik duta-duta khas? Saya ingin memetik Yang Berhormat Bukit Bendera yang telah berbahas tadi. Saya telah membangkitkan berulang-kali di Dewan yang mulia ini tentang pelantikan pemimpin MIC - Tan Sri Vigneswaran sebagai Duta Khas ke Asia Selatan. Apakah jawatan beliau akan memberangsangkan lagi kerja- kerja Yang Berhormat Menteri ataupun memberangsangkan lagi perdagangan dua hala di antara negara-negara di Asia Selatan dan Malaysia? So, saya mohon penjelasan. Bagi saya ia ialah satu pembaziran. Kalau kita lihat kepada Butiran 030100 – Hubungan Serantau dan Antarabangsa. Lebih baik Menteri dan kakitangan di jabatan menggunakan dana untuk kita meningkatkan lagi hubungan serantau dan antarabangsa, daripada kita melantik duta-duta khas yang hanya membazirkan kita sahaja. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak terus pergi pada Butiran 040200 – Ekonomi Digital. Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, kalau kita lihat di sini peruntukan yang diberikan adalah sekadar RM664,700. Saya baru-baru ini membaca laporan media yang memetik kata-kata Yang Berhormat Menteri sendiri bahawa ekonomi digital ini merupakan aspek yang penting bagi memastikan kelangsungan perniagaan norma baharu. Justeru, melipat gandakan usaha, terutamanya menyediakan platform pembiayaan digital, e-dagang dan ekonomi gig. Justeru, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri sendiri, bagaimana perkara ini ingin dilaksanakan kalau peruntukan yang disediakan hanyalah begitu minimum? Kita tahu sekarang ini, kita sedang bergerak ke arah misalnya virtual bank ataupun financial tech, sistem kewangan yang berasaskan teknologi. Saya percaya ini merupakan perkara yang tentunya berada di dalam radar kerajaan yang menuntut pada kerjasama pelbagai kementerian. Kalau kita cross-check Yang Berhormat Menteri, dengan buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2022 ini. Terutamanya dalam Program Empat. Saya ingin minta perhatian pada Program Empat iaitu Pengukuhan Pelaburan Berkualiti. Kalau kita lihat outcome yang kedua, ekosistem e-dagang terus berkembang pesat dan berdaya maju. Kita lihat di sini, peratusan sumbangan e-dagang kepada KDNK, kalau tahun 2020 iaitu 8.4 percent sahaja. Sasaran kita untuk tahun 2021 dan 2022 ialah sekitar 6 peratus sahaja. Jadi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, kenapa pada tahap ini dalam keadaan kita ingin bergerak ke hadapan ini, tahap ini masih lagi sangat rendah? Perkara yang kedua seterusnya Tuan Pengerusi, berkaitan tentang industri aeroangkasa. Kita lihat dalam peruntukan yang disediakan ini jumlahnya RM1 bilion lebih. Apabila kita baca website MIDA sebagai contoh, dalam industri aeroangkasa ini kita menjangka

pendapatan untuk tahun 2030 mencecah RM55.2 bilion. Jadi, kita sekarang berdepan dengan realiti pandemik. Pertama saya ingin bertanya, apakah rasionalnya untuk kita terus memberikan tumpuan pada industri aeroangkasa ini? Oleh kerana kita tahu sekarang ini kebanyakan industri yang berkaitan dengan aeroangkasa ini berdepan dengan cabaran untuk sustain, dengan izin. Adakah pendapatan yang diunjurkan oleh MIDA ini realistik untuk kita sasarkan pada tahun 2030 nanti, ia akan mencecah RM55.2 bilion. Oleh kerana kita tahu dalam keadaan sekarang ini, tumpuan harus diberikan pada pelaburan yang bersifat boleh merancakkan lagi ekonomi pesisir. Bukan sekadar satu- tumpuan kita kepada industri aeroangkasa yang kita tahu sekarang berdepan dengan cabaran dan tidak memberikan pulangan yang tinggi kepada kerajaan dan juga rakyat. Apakah perkara ini ataupun tumpuan ini realistik, Yang Berhormat Menteri? Ketiga ialah berkait tentang Butiran 030000 – Pengukuhan Perdagangan Antarabangsa. Saya teliti bahawa Yang Berhormat Menteri sendiri telah pun pergi banyak negara seperti Qatar, Australia, Turki, Germany, UK dan tentunya dalam usaha untuk misi perdagangan. Jadi, saya ini bertanya secara khusus. Apakah nilai pelaburan yang telah pun dibawa dan bakal dinikmati oleh rakyat? Daripada segi pelaburan itu, apakah ia real? Maksudnya, apakah akan wujudnya misalnya peluang-peluang pekerjaan yang lebih baik diberikan akibat daripada pelaburan ini yang pastinya merancakkan pertubuhan kilang dan sebagainya? Oleh kerana kalau kita rujuk di dalam buku belanjawan ini, secara khususnya berkait tentang Malaysia sebagai destinasi pelaburan terpilih. Nilai pelaburan yang direalisasikan, kalau ikut tahun 2020 hanyalah 70 peratus sahaja. Begitu juga untuk sasaran pada tahun 2021 dan juga 2022, hanya 70 peratus sahaja. Jadi, apa tidak ada usaha untuk mencecah 100 peratus di masa yang akan datang? Terakhir Yang Berhormat Menteri, saya ingin bangkitkan isu yang telah disampaikan kepada saya iaitu berkaitan isu AP yang tentunya kepada bumiputera. Sepertimana Yang Berhormat Menteri sedia maklum, AP ini apabila ia selesai menggunakan semua ini, ia akan dapat bonus AP. Jadi, antara aduan yang diterima kepada saya itu ialah bonus AP ini lambat prosesnya. Kadang-kadang memakan masa enam hingga tujuh bulan. Saya bukan perjuangkan sangat tentang AP ini. Seperti Yang Berhormat Menteri dulu juga ada pengalaman terlibat dalam industri AP ini. Akan tetapi point saya ialah ia ada kesan pada ekosistem, misalnya aksesori kereta. Misalnya, hasil kepada kerajaan, nilaian cukai dan sebagainya. Jadi, perkara- perkara ini kalau dilambatkan, ia akan memberikan kesan kepada keseluruhan ekosistem yang bersabit tentang kereta dan sebagainya. Jadi, saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, kenapa lambat? Apakah ada jalan penyelesaiannya? Oleh sebab saya percaya ramai pengusaha di luar sana, mereka inginkan jawapan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Seterusnya, saya menjemput yang terakhir, Yang Berhormat Seputeh.

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, memandangkan Yang Berhormat Menteri ada di sini saya merujuk pada Butiran 020000 – Pembangunan Industri dan Daya Saing. Saya difahamkan pihak Kerajaan Selangor sangat gembira kerana MITI bagi sokongannya terhadap Selangor Aviation Show yang diadakan pada 25 hingga 27 November. Selangor Aviation Show 2021 ini merupakan antara pameran aeroangkasa yang pertama diadakan di dalam rantau Asia selepas pandemik COVID-19. Ia berjaya mencapai sasaran pengunjung seramai 5,000 orang dan 12 memorandum persefahaman telah ditandatangani semasa pameran tersebut. Tahniah kepada pihak MITI, Menteri dan juga Invest Selangor. Di sini saya ingin bertanya, apakah rancangan MITI daripada segi perangkaan strategi dan juga insentif untuk menarik masuk pelaburan asing (FDI) ke Malaysia? Oleh

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

kerana kalau kita baca Laporan ASEAN Investment Report 2020 hingga 2021, Malaysia berada di tangga kelima di belakang negara-negara lain di Asia Tenggara seperti Singapura, Indonesia, Vietnam dan Filipina dalam nilai kemasukan pelaburan asing (FDI). Malaysia juga menampakkan kadar penurunan sebanyak 55 peratus berdasarkan Laporan UNCTAD. Saya difahamkan bahawa MITI tengah merangka National Investment Aspiration (NIA). Saya ingin bertanya, apakah tumpuan MITI daripada segi penarikan masuk FDI ke Malaysia, khususnya fokus yang lebih komprehensif terhadap industri berimpak tinggi? Apakah MITI akan merangka insentif yang lebih kompetitif untuk menarik lebih ramai pelabur asing ke Malaysia, khususnya industri yang berimpak tinggi yang boleh mencipta pekerjaan yang berpendapatan tinggi kepada warga Malaysia? Sehubungan dengan itu, saya juga ingin bertanya. Memandangkan isu pekerja selalu adalah masalah yang banyak kali dibangkitkan oleh pihak industri. Selalunya kita juga lihat salah satu faktor, sesetengah pelabur asing tutup kilang mereka di Malaysia dan pindah ke negara jiran adalah kerana masalah kekurangan pekerja. Jadi, apa peranan yang dimainkan oleh MITI untuk mengatasi masalah kekurangan pekerja asing bagi sektor perindustrian kita, khususnya pelaburan asing?

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

Tuan Pengerusi, saya ingin bangkitkan satu isu tentang mekanisasi. Mulai bulan Mac tahun ini, Malaysia Palm Oil Board (MPOB) mengutip tambahan RM2 SES bagi setiap metrik tan minyak sawit daripada industri sawit sehingga angka mereka mencapai RM37 juta demi memenuhi matching grant RM30 juta daripada Kementerian Kewangan untuk membuat kajian terhadap mekanisasi di sektor huluan perladangan sawit ataupun Mechanisation and Automation Research Consortium of Oil Palm (MARCOP). Ses tambahan yang dikenakan oleh MPOB terhadap penanaman sawit menunjukkan komitmen industri sawit untuk meningkatkan mekanisasi di sektor huluan sawit. MITI selama ini memberi insentif kepada sektor perkilangan yang menjalankan mekanisasi dan mengurangkan pekerja. Akan tetapi, insentif untuk menjalankan mekanisasi tidak diberi kepada sektor huluan perladangan dan juga pertanian. Sedangkan kita tahu sektor perladangan dan pertanian memang perlu tenaga kerja yang banyak. Sekarang nisbah di antara pekerja dan keluasan ladang ialah seorang pekerja menjaga lapan hektar kawasan penanaman sawit. Sekiranya mekanisasi digunakan sehingga sektor perladangan boleh dikurangkan nisbah antara tenaga kerja dan kawasan penanaman sawit kepada seorang pekerja menjaga sepuluh hektar kawasan penanaman sawit, ia akan mengurangkan banyak tenaga kerja di sektor perladangan. Jadi, memandangkan isu ini sebenarnya adalah no man’s land yang syarikat perladangan mengadu mereka tidak terima apa-apa insentif daripada kerajaan ataupun MITI bila mereka melabur dalam mekanisasi dan keperluan mereka ini tidak dapat dibantu oleh Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, jadi saya ingin panjangkan suara hati dan keperluan syarikat perladangan kepada MITI supaya insentif untuk mekanisasi juga diberikan kepada syarikat industri sawit, khususnya dalam sektor huluan. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Yang Berhormat, seramai 18 orang Ahli telah berbahas di Peringkat Jawatankuasa. Sekarang saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri Kanan untuk menjawab. Tempoh masa 20 minit. Diharap mana yang tiada dalam Dewan boleh beri jawapan bertulis dalam tempoh lima hari. Teruskan Yang Berhormat Menteri.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliPKR · PHMenteri Kanan Perdagangan, Antarabangsa dan Industri · Gombak

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Bagi pihak

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliPKR · PHMenteri Kanan Perdagangan, Antarabangsa dan Industri · Gombak

kementerian, saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada 18 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan di Peringkat Jawatankuasa dan telah menyentuh beberapa perkara yang terkait dengan peranan kementerian. Saya percaya pandangan dan teguran daripada Ahli-ahli Yang Berhormat itu adalah untuk membantu negara mencerdaskan semula ekonomi negara akibat pandemik COVID-19 dan, insya-Allah, kita dapat bersama-sama mengangkat dan memartabatkan Malaysia sebagai destinasi pelaburan di rantau ini. Yang Berhormat dari Kuala Selangor, Kuala Krai dan Bangi telah membangkitkan isu Smart Automation Grant (SAG). Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, inisiatif ini berjumlah RM50 juta adalah untuk membantu PKS dan juga MTC ataupun mid-tier companies bagi mengautomasikan proses pengeluaran dan juga operasi syarikat. Inisiatif SAG ini telah menarik minat yang tinggi di kalangan syarikat PKS dan MTC. Maka dalam program PEMERKASA, dana tambahan telah diberikan sebanyak RM50 juta seperti yang diumumkan pada bulan Mac 2021. Ini menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan geran SAG sebanyak RM100 juta dan ia diberikan secara padanan 50-50 sehingga had maksimum sebanyak RM1 juta bagi setiap syarikat. Sehingga 31 Oktober, sebanyak 167 buah syarikat telah diluluskan dengan nilai padanan 50-50 berjumlah sebanyak RM99.5 juta dengan 86 peratus penerima geran merupakan syarikat PKS dan selebihnya merupakan syarikat MTC. Kriteria dalam mengagihkan SAG seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor, ada disenaraikan sebanyak tujuh kriteria utama. Antara kriteria yang telah ditetapkan ialah syarikat mestilah terlibat dalam aktiviti pembuatan dan juga perkhidmatan selain beberapa kriteria yang lain. Yang Berhormat Alor Gajah telah membangkitkan isu Dana Projek Berimpak Tinggi yang berjumlah RM2 bilion. Dana ini bertujuan sebagai peruntukan strategi dan berimpak tinggi untuk memastikan Malaysia dapat menarik pelaburan daripada syarikat- syarikat yang bertaraf dunia, projek mega dan strategik untuk menempatkan aktiviti dan projek mereka di Malaysia ini. Ini adalah selaras dengan Aspirasi NIA termasuk untuk bersaing dengan negara-negara di rantau ini dan juga menawarkan insentif yang lebih kompetitif bagi projek-projek yang telah kita tetapkan. Projek yang disasarkan melalui dana ini dijangka akan menjana pelaburan lebih RM101.3 bilion dengan peluang pekerjaan lebih 12,700 orang yang melibatkan sektor keutamaan negara seperti semikonduktor, infrastruktur digital, farmaseutikal dan R&D&I dalam teknologi pintar. Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Bangi dan juga Yang Berhormat Kuala Krai ada membangkitkan tentang Dasar Nasional Industri 4.0 dan juga memohon penjelasan tentang usaha-usaha untuk mempromosi transformasi teknologi dan juga kriteria dalam mengagihkan, seperti yang telah saya jelaskan tadi, SAG kepada PKS. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sebanyak RM40 juta telah diperuntukkan bagi pelaksanaan program Readiness Assessment (RA) di bawah MPC dan juga Intervention Fund di bawah MIDA yang bertujuan untuk menggalakkan adoption of automation dan juga teknologi-teknologi yang tinggi dalam Dasar Nasional Industri 4.0. Semenjak pelancaran Dasar Nasional Industri 4.0 pada tahun 2018, sebanyak 259 program outreach telah diadakan dengan melibatkan seramai 22,136 orang peserta. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kita juga telah menjalankan latihan seperti program reskilling dan upskilling serta Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Industry4wrd yang bertujuan untuk melengkapkan tenaga kerja tempatan dengan kemahiran baharu selaras dengan keperluan pasaran pekerjaan bagi transformasi Fourth Industrial Revolution. Semenjak pelaksanaan program ini pada tahun 2019 sehingga kini, MITI dengan kerjasama KSM dan juga KPT telah berjaya melaksanakan Program Latihan Industri 4.0 yang memanfaatkan seramai 7,301 orang pekerja PKS untuk program latihan semula dan

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliPKR · PHMenteri Kanan Perdagangan, Antarabangsa dan Industri · Gombak

457 orang- tenaga pengajar, telah dilatih melalui program Training of Trainers dalam bidang teknologi industri 4.0. Sebanyak 18 buah pusat kompetensi yang berteraskan teknologi industri 4.0 telah pun dinaiktarafkan di 15 IPTA di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 yang akan melatih pelajar-pelajar untuk dilengkapi dengan kemahiran industri 4.0...

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Kuala Selangor.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila, Yang Berhormat Kuala Selangor.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya membangkitkan isu bagaimana MITI akan terus-terusan memberikan sokongan dan dukungan untuk meningkatkan prestasi dan performance SME kita dengan menyebutkan tentang penjelasan yang saya perlukan iaitu measurement of DII, IOOI itu sepertimana yang digunakan oleh Scandinavian model rather than just input-output ya, sebagai untuk menggalak dan memberikan peningkatan produktiviti kepada SME kita, Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor.

Ya, Yang Berhormat Bangi.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Terima kasih. Cuma cadanganlah, Yang Berhormat Menteri. Saya telah kata tadi, saya rasa kita perlu lebih agresif untuk mempromosikan secara maya aktiviti yang telah dibuat di bawah business intervention.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Jadi, cadangan saya kepada Menteri dan juga pegawai, buatlah lebih— banyak use cases yang telah dapat kejayaan dalam implementasi beberapa aspek industri 4.0 tidak kira Internet of Things ataupun artificial intelligence dan sebagainya. Selepas itu letak di channel YouTube ataupun di social media Yang Berhormat pun boleh kerana saya rasa ini adalah sesuatu yang kurang dari segi promosi. Cadangan saya.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Sila.

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor dan Yang Berhormat Bangi. Saya akan memberikan maklumat tambahan tentang perkara-perkara yang dibangkitkan. Untuk makluman Yang Berhormat, MITI sentiasa mempromosikan program RA dan IF ini walaupun dalam tempoh PKP. Semenjak PKP mulai Mac 2020 sehingga kini, kita telah meluluskan sebanyak 562 PKS untuk menyertai Program Readiness Assessment walaupun dalam tempoh PKP. Namun, disebabkan ada juga sekatan merentas negeri, pelaksanaan RA ini kita adakan secara atas talian seperti yang juga dicadangkan oleh Yang Berhormat dan semenjak pelaksanaan RA pada tahun 2019, sebanyak 810 PKS telah pun melaksanakan RA ini. Yang Berhormat Bangi, Yang Berhormat Kuala Krai dan Yang Berhormat Alor Gajah juga membangkitkan isu program pembangunan industri automotif dan juga mohon penjelasan, apakah perancangan pembangunan EV. Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan sebanyak RM20.5 juta bagi tujuan program pembangunan industri automotif telah pun perkenalkan yang merangkumi dua projek iaitu pertama, untuk memperkasakan pembangunan modal insan dan teknologi di dalam sektor automotif dan mobiliti sebanyak RM5 juta dan juga penubuhan Centre of Excellence for Future Industries (CoEFI) yang berjumlah RM15.5 juta di mana ia adalah sebuah projek pemangkin untuk merancakkan inisiatif public-private partnerships yang dipacu oleh pemain industri dan seterusnya mengeksport bidang kepakaran ke negara serantau. Pada tahun 2020, fokus pembangunan CoEFI ini akan dimulakan untuk menyokong pembangunan ekosistem EV yang komprehensif melalui pusat

kecemerlangan Electric Vehicle Interoperability Centre (EVIC) dan juga pusat robotik. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi perancangan dan pelan pembangunan ekosistem EV di Malaysia, MITI dan MARii akan memberi fokus terhadap pembangunan ekosistem yang merangkumi aspek rantaian bekalan, infrastruktur pengecasan EV, komponen kritikal EV dan aktiviti lepas jualan bagi EV. Setelah NAP 2020 dilancarkan, inisiatif NAP dilaksanakan di bawah enam working group yang telah ditubuhkan yang dikelolakan oleh MARii dan disertai oleh badan dan agensi kerajaan yang lain. Bagi konteks roll-out untuk EV infrastructure, technology and engineering working group telah pun diberi mandat untuk memimpin pembangunan dan penyediaan ekosistem EV secara menyeluruh dari aspek teknologi dan juga kejuruteraan. Kerjasama strategik di antara kementerian ini, KASA, MARii dan juga Malaysian Green Technology and Climate Change Centre (MGTC) dalam memberikan input bagi penyediaan Low Carbon Mobility Blueprint yang banyak memberi fokus kepada pembangunan ekosistem EV yang menyeluruh merangkumi kenderaan, infrastruktur pengecasan EV. Yang Berhormat Bukit Bendera membangkitkan mengenai usaha FTA lain yang sedang dilaksanakan oleh MITI. Pada masa ini, selain mempergiatkan usaha ke arah meratifikasi CPTPP dan juga RCEP, MITI juga sedang merundingkan perluasan skop FTA yang sedia ada, yang terkini adalah di antara Malaysia-Turki. Di peringkat serantau pula, MITI sedang terlibat dengan aktif dalam rundingan penambahbaikan ataupun sedang dalam proses upgrading negotiations bagi ASEAN-Australia-New Zealand Free Trade Area. Yang Berhormat Dungun turut bertanyakan sejauh mana ratifikasi RCEP. Perjanjian ini bakal diratifikasikan oleh Malaysia pada bulan Disember ini sebaik sahaja selesai urusan pindaan ke atas beberapa peruntukan dalam undang-undang berkaitan yang akan dibentangkan di dalam Parlimen ini.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bangun]

Yang Berhormat Pasir Mas ada membangkitkan isu khidmat pengurusan yang melonjak naik tambahan sebanyak RM...

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Soalan Yang Berhormat Kuala Selangor.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Yang Berhormat Menteri, kalau boleh.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Celah sedikit. Meskipun saya tidak sempat untuk memberikan— soalan saya tentang CPTPP itu Yang Berhormat Menteri, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ya, silakan.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Saya ingin untuk merujuk kepada kajian yang dibuat oleh seorang pakar ekonomi dalam tahun 2019. Pakar Ekonomi Kanan PBB, Dr. Rashmi Banga yang telah merumuskan bahawa kesan the differential effect atas CPTPP adalah satu yang negatif, di mana kalau saya boleh hanya menyebutkan hanya satu daripada hujah-hujah beliau. Dalam simulasi beliau, kajian yang beliau buat, sementara peningkatan import adalah RM10 bilion yang diharapkan untuk peningkatan eksport itu hanyalah RM500 juta. Maksudnya, net in the finalin analysis, ia adalah suatu yang merugikan. Kita pun sedia maklum bahawa dalam banyak negara yang kita sudah ada FTA bilateral. Jadi, perkara itu diminta untuk kita perhalusi dan kita pertimbangkan Yang Berhormat Menteri. Banyak lagi point lain yang boleh saya gunakan sebagai hujah beliau. Sebanyak enam, tujuh hujah yang beliau gunakan dan perkara itu perlu kita cermati. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Sila Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Sebenarnya saya telah memberikan penjelasan yang agak panjang lebar ketika penggulungan peringkat dasar tentang CPTPP tetapi perkara baharu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor dan juga beberapa Ahli Yang Berhormat dalam perbahasan di peringkat Jawatankuasa, saya boleh respons mungkin sebahagiannya secara bertulis. Akan tetapi khusus untuk perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor, dengan merujuk kepada kajian yang dibuat oleh Dr. Rashmi Banga, sebenarnya saya juga ada dua laporan yang dirujuk oleh Ahli Yang Berhormat Kuala Selangor. Akan tetapi izinkan saya nyatakan di sini, ini bukanlah pendirian UNCTAD seperti yang didakwa. Ini adalah pendirian peribadi, malahan kalau disebut dalam laporan ini pun ada disclaimer bahawa ini tidak mewakili pendirian UNCTAD, ini adalah pendirian peribadi beliau. Walau bagaimanapun, setelah saya teliti pandangan daripada Dr. Rashmi Banga, beliau langsung tidak memberi satu unjuran secara spesifik tentang kesan impak kepada kadar pengangguran yang akan berlaku. Namun, saya juga hendak nyatakan di sini, kalau melihat kepada unjuran yang dilakukan oleh Bank Dunia menunjukkan bahawa Malaysia bakal menikmati peningkatan KDNK di antara satu peratus hingga 1.3 peratus sekiranya Malaysia mengambil pendirian untuk meratifikasi CPTPP dalam masa yang segera. Jadi, ada dua pandangan. Ini mewakili satu institusi iaitu Bank Dunia, manakala pandangan yang dibangkitkan tadi adalah pandangan peribadi. Walau bagaimanapun, kita memberikan satu fokus pemerhatian ke atas pandangan-pandangan ini. Oleh sebab itu Yang Berhormat Kuala Selangor, kita telah pun melaksanakan CBA atau cost-benefit analysis yang sebelum ini tidak dilaksanakan. Sebelum CPTPP ditandatangani pada Mac 2018, tidak ada sebarang CBA dilaksanakan. Maka saya dan kementerian mengambil pendirian untuk mengambil sikap yang lebih terbuka. Kita telah memulakan proses CBA dan akan disiapkan pada hujung tahun ini. Apabila CBA ini siap, kita bersedia untuk berkongsi maklumat-maklumat dan dapatan daripada CBA ini untuk maklumat awam. Yang Berhormat Bangi.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja. I think you have to be fair to Yang Berhormat Jeli. Oleh kerana sebelum ini di bawah TPP, beliau juga ada membuat satu CBA dan telah diterbitkan secara terbuka. Saya tahu CPTPP ini memang tidak ada CBA, tetapi daripada segi acknowledgement, I think you should acknowledge apa yang telah dibuat oleh Yang Berhormat Jeli. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Saya setuju pandangan Yang Berhormat Bangi. Akan tetapi kita sedang membincangkan soal CPTPP. Ianya berbeza dengan TPPPA yang telah pun Yang Berhormat sedia maklum kita telah suspended 22 provisions dalam TPP yang memberikan lebih benefit kepada Amerika Syarikat. Oleh sebab itu kita tangguh dan gantung dan ini adalah satu tax yang berbeza walaupun sebahagian besar daripada tax itu masih kekal, tetapi banyak provisions atau klausa-klausa yang telah dipinda dan diperbaiki.

Yang Berhormat Menteri.

Jadi, oleh kerana berlaku pandemik pada tahun lepas dan berlanjutan sehingga tahun ini, saya kira adalah lebih baik kerajaan melaksanakan CBA untuk melihat apakah kesan-kesan dan implikasi. Terima kasih Yang Berhormat.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Setuju, setuju.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Kita tunggu untuk CBA dibentangkan Yang Berhormat Menteri supaya kita dapat berhujah...

Ya, Yang Berhormat Kuala Selangor...

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

...akan impak kepada kenaikan import yang juga akan bersaing dengan, contohnya alat-alat ganti kereta dan beras dari Vietnam dan sebagainya itu. Ia meninggalkan kesan kepada...

Ya Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya boleh memberikan satu perincian tentang apakah kesan kepada import dan juga eksport negara. Tetapi ianya panjang dan ambil masa. Saya minta izin Tuan Pengerusi...

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Dikongsikan...

...untuk mengemukakan secara bertulis kepada Yang Berhormat Kuala Selangor. Akan tetapi secara umumnya 14 FTA yang telah pun dikuatkuasakan oleh negara kita belum ada satu trend yang menunjukkan import negara melebihi eksport negara. Saya percaya ini juga akan memberikan peluang kepada pemain-pemain dan industri tempatan untuk mendapat pilihan supaya- sebab apabila import itu meningkat Yang Berhormat Kuala Selangor, saya percaya Yang Berhormat juga sedia maklum, ia juga mengandungi komponen-komponen intermediary goods dan juga raw materials yang membolehkan pemain-pemain tempatan untuk membuat pilihan bagi mendapatkan raw materials yang lebih berkualiti dan bahan-bahan ini akan menjadi...

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Saya sangat memahami akan perkara itu Yang Berhormat Menteri.

...supaya kita dapat eksport semula.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Baik. Saya sangat memahami perkara tersebut.

Jadi perkara ini saya cuba perincikan kesan...

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Cumanya kita telah pun ada FTA bilateral dgn negara-negara tersebut. So over an above, apa yang telah pun kita meterai apakah kesan atas CTPPA ini? Kerana negara-negara itu telah pun wujud FTA secara bilateral dengan Malaysia. Itu persoalannya. Terima kasih.

Ya, Yang Berhormat Kuala Selangor. Memang perkara ini banyak dibahaskan. Kita ada bilateral FTA, kita ada regional FTAs, jadi mengapa perlu ada satu CPTPP? Hujah saya ialah CPTPP ini akan melaksanakan apa yang disebut sebagai gold standard punya agreement yang menerima pakai piawaian-piawaian bertaraf antarabangsa. Saya percaya Malaysia sudah bersedia untuk menembusi pasaran-pasaran baharu dan menikmati preferential tariff yang dilaksanakan di bawah CPTPP. Walau bagaimanapun saya akan kemukakan perincian kepada Yang Berhormat untuk memastikan perkara ini dapat difahami secara bersama. Namun yang lebih penting, kajian daripada CBA ini akan dimaklumkan kepada awam supaya kita dapat bersama- sama membincangkan apakah yang terbaik bagi negara kita di masa yang akan datang.

Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Jelutong.

Yang Berhormat, masa sudah habis. Saya cuma telah tanya penjelasan sama ada dalam rombongan lawatan ke London pada bulan Oktober Yang Berhormat Menteri dan telah pun keluar di dalam berita, adakah benar Yang Berhormat Menteri membawa ahli-ahli keluarga sama ada pihak kementerian yang membayar...

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, tidak payahlah. Yang Berhormat tolong, tolong. Tidak ada kena mengena dengan bajet pun. Maaf. Oleh sebab- saya tidak benarkan soalan itu.

Tuan Pengerusi, saya telah tanya dalam perbahasan saya. Kalau kementerian tidak membelanjakan wang, bagi tahu kementerian tidak belanjakan wang.

Tuan Pengerusi

Tidak ada kena mengena dengan bajet pun. Yang Berhormat Menteri telah pun issue statement saya rasa dalam kalau tidak silap saya Yang Berhormat, tolong ringkaskan dan habiskan mesyuarat.

Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi

Itu ruling saya. Oleh sebab tidak ada kena mengena dengan bajet.

Tuan Pengerusi, kita belum dengar penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, tidak ada kena mengena dengan bajet.

Saya rasa seolah-olah Tuan Pengerusi hendak menjawab soalan bagi pihak Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi

Saya tidak menjawab, tetapi apa kena mengena dengan Butiran ini? Tolong duduk. Yang Berhormat Menteri, saya...

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Tuan Pengerusi...

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Tuan Pengerusi, Butiran 050100.

Tolong bertindak adil.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

...sebuah negara, berkaitan. Saya pun ingin mendapatkan penjelasan.

Kita hendak tahu penjelasan. Kalau tidak ada, beritahu tidak ada.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Setiap Yang Berhormat Menteri ada...

Tuan Pengerusi

Duduk, duduk.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Ada butiran bajet Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Sorry, saya tidak dengar.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Yang Berhormat Menteri, maaf Tuan Pengerusi. Setiap kementerian ada bajet untuk ke luar negara dan for what mission

Ya, itu yang kami tanya.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Jadi apa yang Yang Berhormat Jelutong tanya ialah sama ada Yang Berhormat Menteri tempah kelas pertama dan harganya masa COP26 saya tahu dari London ke Singapura balik ke Malaysia harga memang tinggi. Jadi, bagilah Yang Berhormat Menteri peluang untuk menjawab.

Kalau Yang Berhormat Menteri tidak membelanjakan wang daripada kementerian, tolong jawab.

Tuan Pengerusi

Duduk, duduk. Tolong duduk. Yang Berhormat Menteri, saya serahkan kepada Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya memahami tindakan Yang Berhormat Jelutong ini lebih cuba mengalihkan daripada fokus isu yang lebih besar. Namun saya tidak ada masalah untuk menjawab perkara yang dibangkitkan. Setiap perbelanjaan dalam trade mission MITI adalah mematuhi peraturan dan prosedur kewangan. Sebelum trade mission ini diluluskan, ianya mesti dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri Kabinet dan setiap perincian, senarai delegasi, jumlah peruntukan, perbelanjaan, destinasi itu semua diperincikan dan telah diluluskan oleh Jemaah Menteri

Kabinet mengikut peraturan dan tatacara kewangan. Saya menafikan tuduhan Yang Berhormat Jelutong. Terima kasih. Tuan Pengerusi, saya hendak teruskan...

Tuan Pengerusi, itu bukan tuduhan. Jangan hendak perkecilkan... [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Pengerusi

Sudah jawab, sudah jawab.

No. Tuan Pengerusi, jangan perkecilkan... [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Pengerusi

Okey, okey. Sudah jawab, sudah jawab.

Yang Berhormat Hang Tuah Jaya...

Tuan Pengerusi, jangan perkecilkan tugas kami untuk semak dan imbang. Oleh sebab itu kita ada di sini.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Jelutong...

Terima kasih, terima kasih.

Saya tidak menuduh, saya tanya soalan bagi pihak rakyat, apa salahnya?

Tuan Pengerusi

Duduklah, duduk.

Baik, saya telah memberikan penjelasan, terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya hendak teruskan dengan Yang Berhormat Hang Tuah Jaya yang bertanyakan, kebetulan beliau pun bertemu dengan saya di London pada ketika itu.

Tuan Pengerusi

Oh! Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.

Yang Berhormat Hang Tuah Jaya membangkitkan tentang isu pemberian AP tambahan kepada syarikat AP terbuka. Dasar pemberian AP tambahan semasa adalah berdasarkan prestasi penjualan kenderaan di mana AP tambahan akan hanya diberikan kepada mana-mana syarikat AP terbuka yang berjaya menjual 50 peratus daripada peruntukan AP tahunan. Maknanya kalau mereka diberikan 100 AP bagi tahun tersebut, mereka mesti menjual 50 peratus terlebih dahulu, barulah boleh diberikan tambahan diberikan kepada syarikat. Oleh yang demikian, AP tambahan akan diberikan kepada syarikat yang menunjukkan prestasi jualan yang baik. Sekiranya syarikat menunjukkan prestasi jualan baik, mereka boleh mendapatkan AP tambahan berulang kali untuk tahun yang sama. Jadi itu penjelasan saya Tuan Pengerusi. Banyak lagi jawapan yang saya akan berikan secara bertulis dalam tempoh lima hari yang ditetapkan oleh Tuan Pengerusi. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Minta jawapan bertulis.

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM585,753,000 untuk Kepala B.24 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2022 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.24 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

Tuan Pengerusi

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.24 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2022 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.24 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2022 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2022 Jawatankuasa — Kepala B.27 [Jadual] – Kepala P.27 [Anggaran Pembangunan 2022] –Bill

Tuan Pengerusi

Sekarang tiba giliran Kementerian Kerja Raya Yang Berhormat semua. Kepala Bekalan B.27 dan Kepala Pembangunan P.27 di bawah Kementerian Kerja Raya sekarang ini terbuka untuk dibahas. Saya mempunyai senarai 33 orang pembahas, tetapi kita cuma ada masa untuk 22, minta maaf. Akan dimulakan oleh Yang Berhormat Tanjong Malim dan diikuti Yang Berhormat-Yang Berhormat berikut iaitu Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Kota Kinabalu, Yang Berhormat Libaran, Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Sepanggar, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Tebrau. Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Taiping, Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Balik Pulau dan akhir sekali Yang Berhormat Baling. Sekiranya sesiapa yang tidak ada, maka saya akan ganti dengan yang seterusnya. Dipersilakan Yang Berhormat Tanjong Malim.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Silakan.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Saya rasa, bagi peluang semua sekali sebab ini kementerian memang penting pada kawasan kita.

Tuan Pengerusi

Maaflah. Silakan Yang Berhormat Tanjong Malim.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Minta tolong bagi– Padang Serai kena beri juga. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

[Ketawa] Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya masuk kepada isu pertama. Adalah saya mendapati bahawa dalam belanjawan kali ini peruntukan mengurus untuk KKR ini telah diturunkan secara drastik dari RM1.26 bilion pada tahun lepas, tahun 2021 telah diturunkan, dipotong sebanyak 35 peratus kepada RM823 juta. Peruntukan untuk pembangunan pula tambah enam peratus. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, apakah sebab pemotongan peruntukan mengurus yang begitu drastik? Butiran kedua yang saya ingin sentuh adalah Butiran 050600 sehingga Butiran 050900. Terdapat empat projek yang telah dikosongkan untuk peruntukan 2022. Butiran 050600 – Penyelenggaraan Jalan Persekutuan Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, dari RM80 juta kepada RM0. Butiran 050700 – Penyelenggaraan Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia, dari RM309 juta dikosongkan. Butiran 050800 – Penyelenggaraan Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia (Bukan Pavement), dari RM30 juta dikosongkan. Butiran 050900 – Penyelenggaraan Jalan Persekutuan Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan (Bukan Pavement), dari RM12 juta dikosongkan. Jumlah yang terlibat adalah RM431 juta dan terus dikosongkan. Apakah sebab ini berlaku? Perkara ketiga yang saya hendak sentuh, Butiran 060000 - One-off bajet untuk menaik taraf pembaikan dan penyelenggaraan bangunan. Sebelum ini kosong, tetapi sekarang RM5.4 juta untuk tahun 2022. Apakah one-off projek ini? Perkara keempat yang saya hendak sentuh ialah Butiran 09260 yang ia tidak berada dalam bajet kali ini, tetapi ini adalah butiran Belanjawan 2021, di bawah jalan raya dan jambatan Sarawak. Sepatutnya ini adalah satu peruntukan untuk naik taraf jalan-jalan

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

di Sarawak. Jumlah anggaran harga projek adalah sebanyak RM942 juta, tetapi kali ini telah dihilangkan begitu sahaja. Saya hendak tanya, apakah sebab RM942 juta ini, projek yang melibatkan RM942 juta ini dihilangkan begitu sahaja? Adakah jalan-jalan di Sarawak sudah pun sempurna dan tidak perlu dinaiktarafkan? Butiran seterusnya adalah 41000 – Kajian Kemungkinan Jalan, feasibility study ditambah dari RM3 juta kepada RM7 juta. Namun apabila saya meneliti belanjawan kali ini, peruntukan untuk pembinaan jalan-jalan baharu telah dipotong secara drastik untuk tahun 2022. Saya ambil contoh, Butiran 80000 – Membina Jalan-jalan Baru, telah dikurangkan dari RM64 juta kepada RM40 juta. So, kalau projek untuk pembinaan jalan- jalan baharu dikurangkan, apa sebab peruntukan untuk kajian kemungkinan jalan itu ditambah? Seterusnya, perkara terakhir adalah saya hendak tanya apakah progress untuk Lebuhraya Pan Borneo? Ini sebab kalau kita kaji balik, didapati bahawa setiap tahun perbelanjaan sebenar untuk Lebuhraya Pan Borneo adalah lebih rendah daripada bajet sejak tahun 2018. Setiap tahun diberi bajet RM2 bilion, tetapi perbelanjaan sebenar pada tahun 2018 RM1.7 bilion, 2019 RM1.19 bilion, 2020 RM1.35 bilion dan untuk tahun 2021, anggaran dipinda adalah RM1.4 bilion. Apakah sebab dan apakah progress Lebuhraya Pan Borneo ini? Tuan Pengerusi, itu sahaja yang saya hendak sampaikan. Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Malim. Saya jemput Yang Berhormat Jerantut.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi untuk beri saya ruang pada petang ini. Sedikit sahaja, pertamanya butiran P.02800 – Memperbaiki, Mengganti dan Menaikkan Taraf Jalan dan Jambatan. Saya hendak merujuk kepada Jalan FT234, Jalan Batu Embun sempadan Kuala Lipis. Saya ingin bertanya kepada pihak Kementerian Kerja Raya, apakah ada peruntukan di bawah peruntukan kementerian ini untuk menyelenggarakan jalan ini terutamanya dari segi jambatan kerana saya melihat kepada keperluan melihat semula jambatan ini perlu diganti kerana salah satunya strukturnya telah pun lama dan kenderaan-kenderaan terlalu berat melalui kawasan tersebut. Ada juga kawasan-kawasan terutamanya lorong mendaki bukit yang begitu berbahaya kepada pengguna. Jalan ini penting untuk makluman Yang Berhormat Menteri, kerana ia jalan utama bagi penduduk di kawasan daerah Lipis untuk menghubungi ke Kuantan sebagai ibu negeri. Laluan ini juga dilalui juga oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang. Jadi, daripada segi keselamatan jalan ini perlu diambil kira. Saya hendak menarik perhatian pada perbahasan ini agar pihak kementerian memberikan peruntukan yang sewajarnya kepada jalan ini terutama daripada segi kawasan-kawasan yang bahaya seperti selekoh yang saya pasti kurang tanda-tanda keselamatan. Butiran yang kedua saya hendak sentuh ialah P.61000 – Naiktaraf Jalan-jalan. Di bawah butiran ini, saya suka menarik perhatian kementerian lagi kepada jalan FT1508, Jalan Sungai Retang-Padang Piol. Tuan Pengerusi, saya hanya fokus kepada daerah sahaja iaitu Parlimen Jerantut mengenai penyelenggaraan jalan-jalan ini. Ini kerana untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Jalan FT1508 ini sering kali saya bangkitkan. Setiap kali bajet, setiap kalilah saya bangkitkan. Maknanya sudah lapan tahun ini, saya memang sering kali bawa. Ini kerana ini jalan yang penting bagi penduduk di kawasan DUN Tahan terutamanya dan di kawasan ini ada jumlah penduduk lebih kurang 20,000 orang. Ia menghubungkan pusat peranginan yang terkemuka iaitu Taman Negara. Kehadiran para pelancong luar, sebelum COVID-19 memang banyak pelancong luar negara yang datang. Jadi, mereka pernah terkandas kerana laluan ini ditenggelami banjir. Saya hanya memohon untuk menaik aras sahaja kerana jalan ini setiap tahun akan ditenggelami apabila berlaku kenaikan paras air sungai. Bila ini berlaku,

menyebabkan banyak masalah. Salah satunya perhubungan tidak dapat dilalui, pelancong terkandas. Kalau musim banjir, laluan ini juga merupakan penghalang untuk menghantar bekalan makan kepada pangkalan-pangkalan hadapan serta penduduk- penduduk di kawasan tersebut. Pernah Kementerian Kerja Raya telah memaklumkan dalam sesi jawapan lisan saya, dimaklumkan pernah masuk dalam RMKe-11, Rolling Plan Kedua. Akan tetapi apabila masuk RMKe-12, tiba-tiba hilang.

Adakah jalan itu sudah siap? Adakah naik aras itu telah dibuat? Ataupun adakah jalan ini tidak perlu? Jadi saya pohon sangat kalau tidak boleh jawapan secara lisan beri jawapan secara bertulis apakah jaminan bahawa jalan ini akan dibuat. Saya telah pun menulis surat kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk memaklumkan memohon peruntukan khas untuk jalan ini. Saya sangat berharaplah agar kementerian memberikan perhatian yang serius kepada masalah yang saya kemukakan tadi. Serta satu lagi ialah FT98 Jalan Temerloh-Jerantut, terutamanya bermula pada kilometer tujuh hingga kilometer 13 terlalu banyak rosaknya dan jalan ini boleh dikatakan banyak tampalan dari jalan asal. Ini sudah pasti membahayakan kepada pengguna- pengguna jalan raya. Saya tidak kisahlah kalau di Kuala Lumpur ini ataupun di bandar- bandar utama terlalu mudah untuk diperbaiki jalan ini. Rangkaian jalan rayanya cukup banyak, tidak cukup di atas tanah di bawah tanah. Akan tetapi bagi kami di bandar-bandar kecil khususnya di negeri Pahang di Parlimen Jerantut ini mengapa agak sukar untuk rakyat di kawasan Parlimen saya, khususnya dan rakan-rakan yang lain untuk menikmati kemudahan yang hampir sama dengan tempat-tempat lain di seluruh bandar. Jadi, saya pohon sangat-sangat agar perkara ini diberi perhatian. Begitu juga, sedikit mungkin di bawah kuasa Kementerian Pembangunan Luar Bandar tetapi di bawah pengawasan JKR. Mana-mana jalan kampung yang di bawah pengawasan JKR, di bawah pelaksanaan Kementerian Kerja Raya saya sangat berharap agar saiznya dapat dilebarkan. Daripada segi keselamatan perlu ada bahu jalan supaya orang kampung juga boleh menikmati kemudahan yang sama dengan penduduk bandar. Tuan Pengerusi, terima kasih banyak atas ruang yang diberikan kepada saya. Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Yang Berhormat Kota Kinabalu. Silakan.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Ya, Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada di bawah Maksud Pembangunan dari Butiran 05100, 08230, 08250, 08260, 08280 dan 08600 iaitu keseluruhan bajet yang diperuntukkan untuk Pembangunan Jalan Raya dan Jambatan Sabah akan naik daripada RM66 juta kepada RM129 juta pada tahun depan. So, dalam kesemua yang butiran ini saya ingin merujuk kepada beberapa isu tempatan. Pertamanya yang berlakunya keretakan ataupun cracks on the side barriers yang timbul di flyover yang terletak di Hilltop Luyang di kawasan saya Kota Kinabalu sejak bulan Januari tahun ini dan sekarang pun hampir mahu habis tahun ini sudah, so keretakan tersebut masih kelihatan dan sehingga kini masih belum siap dibaiki. So, apakah status untuk pembaikan semula untuk keretakan ini? Kedua, saya ingin merujuk kepada ini flyovers di tempat lain seperti J11, Jalan Lintas U-turn Flyover. Projek ini bermula sejak Januari 2019 dan sampai sekarang bilakah ia akan siap? Ada juga empat flyovers yang terletak di Indah Permai, Persimpangan UMS, Persimpangan Kampung Rampayan dan Persimpangan Kingfisher. Keempat-empat flyovers ini kos keseluruhan projek itu sebanyak RM359 juta. Sampai sekarang projek ini saya rasa masih belum siap-siap lagi walaupun Yang Berhormat Kinabatangan selaku

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Menteri Kerja Raya di Sabah, beliau menjanjikan akan siap pada akhir tahun ini tetapi sampai sekarang belum nampak. Apa jua pun keadaan, kesesakan jalan raya yang dilaporkan adalah sangat serius di sana sehingga ada di laporan di newspaper Daily Express melaporkan seorang yang tinggal di Kingfisher Park mengambil masa 80 minit untuk pulang ke rumah atas sebab kesesakan jalan raya dari sejauh Tanjung Lipat. So, selepas itu yang keadaan di sana jalan tersebut gelap gelita pada waktu malam. So, saya ingin menyeru kepada kementerian untuk mempercepatkan pembinaan flyover ini. Selepas itu saya hendak merujuk kepada Butiran 82000 - Lebuhraya Pan Borneo. Jumlah yang diperuntukkan RM2 bilion untuk pembinaan lebuh raya tersebut di Sabah dan Sarawak dan di mana kedua-dua Borneo states mendapat RM1 bilion masing-masing untuk tahun depan. Baru-baru ini Perdana Menteri dia berkata kerajaan akan memastikan pembinaan fasa kedua Lebuhraya Pan Borneo Sarawak dari Pujut ke Lawas akan diteruskan. Manakala status kemajuan pembinaan bagi 12 Pakej Kerja Pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah masih untuk fasa satu yang telah dimulakan sehingga ke Oktober lepas 62 peratus. So, Sarawak sudah cerita fasal fasa dua dan Sabah masih tertinggal dan berada di fasa satu. So, secara jelasnya pembinaan Pan Borneo Sabah ini memang amat lewat daripada pembinaan Pan Borneo di Sarawak. Apakah sebabnya Lebuhraya Borneo Sabah ini lambat? Ada orang yang hendak menuding jari kepada pertukaran kaedah pelaksanaan daripada cara project delivery partner (PDP) kepada project convention di mana JKR Sabah dan Sarawak merupakan pegawai penguasa. Ada pula pihak yang katakan mereka menabur fitnah bahawa Pakatan Harapanlah yang sudah potong bajet untuk pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah ini. Ini kerana tiada sukuk ataupun disediakan sebelum penamatan cara PDP. Memang seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Tanjong Malim, setiap tahun sejak tahun 2018 sampai ke tahun ke depan. Setiap tahun kita juga ada diperuntukkan RM1 bilion untuk di Pan Borneo Sabah ini. So, masalahnya kenapa ia lewat? So, sekarang yang lebih penting itu bagaimanakah kita hendak mempercepatkan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah. Menteri pernah berkata kerajaan sedang mengkaji dan meneliti cadangan- cadangan bagi menyegerakan pelaksanaan keseluruhan bagi projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah fasa satu yang merangkumi 19 buah pakej kerja termasuk mempertimbangkan kaedah pelaksanaan secara Inisiatif Pembayaran Swasta (PFI) atau pembiayaan melalui terbitan sukuk bon oleh DanaInfra Nasional Berhad. Saya minta Menteri untuk menjelaskan bilakah kaji selidik dan apakah cara yang terbaik untuk menyegerakan pembinaan Pan Borneo ini akan dibuat keputusan? So, ini adalah amat penting. Last sekali saya ingin merujuk kepada masalah alam sekitar yang berlaku akibat pembinaan Lebuhraya Pan Borneo iaitu selalu dikaitkan berlakunya banjir kilat di kawasan Penampang kah, di kawasan Papar kah selalu berkaitan dengan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah. Dengan itu saya ingin meminta Menteri untuk menjawab macam mana untuk menyegerakan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Kota Kinabalu. Yang Berhormat Libaran, silakan.

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada Libaran untuk membahaskan Belanjawan 2022 Peringkat Jawatankuasa.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya merujuk kepada perkara di bawah Maksud Pembangunan 27 di bawah Butiran 08260 - Naiktaraf dan Memulihkan Jalan di bawah tajuk ‘Jalan Raya dan Jambatan Sabah’. Pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas seperti bekalan air bersih, bekalan elektrik, jalan raya dan lipatan jaringan telekomunikasi memang kekal menjadi satu isu utama di negeri Sabah. Isu yang saya ingin bentangkan pada hari ini adalah berkaitan dengan jalan. Diharapkan bahawa kerajaan prihatin dengan kesejahteraan rakyat dan perlu membangunkan rangkaian jalan raya yang selamat, diyakini berkesan dan juga mampu untuk menggiatkan pembangunan sektor ekonomi dengan meminimumkan kerosakan alam sekitar. Tuan Pengerusi, oleh hal yang demikian saya mohon pertimbangan Kerajaan Persekutuan supaya dapat naik taraf jalan di Kampung Memanjang. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, saya faham bahawa jalan di Kampung Memanjang ini adalah terletak di bawah bidang kuasa negeri. Namun memandangkan bahawa jalan tersebut sudah lebih daripada 10 tahun tidak ada pembaikan dan penyelenggaraan daripada pihak yang berkuasa. Keadaan jalan sekarang semakin hari semakin buruk. Ia tidak selamat untuk digunakan oleh masyarakat tempatan akibat akan mengundang- kita tidak mahu mengundang kemalangan dan kecederaan yang kita tidak ingini. Tuan Pengerusi, justeru itu saya memohon supaya Kerajaan Persekutuan dapat mengambil alih Jalan Kampung Memanjang atau Kerajaan Persekutuan dapat membantu kerajaan negeri untuk naik taraf dan memulihkan jalan kampung tersebut demi kesejahteraan Keluarga Malaysia. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Libaran. Yang Berhormat Tampin, silakan.

Datuk Dr. Hasan bin BahromAMANAH · PHTampin

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana menjemput dan mengizinkan Tampin terlibat sama dalam membicarakan soal Kementerian Kerja Raya. Tampin merujuk kepada Butiran 31000 – Pembinaan Jalan dan Jambatan. Saya berharap peruntukan yang diberikan ini dapat dilakukan dengan baik dan bebas daripada sebarang penyelewengan dan salah guna kuasa. Saya berharap peruntukan yang berkaitan dengan pembinaan jambatan, termasuk untuk membina jambatan konkrit untuk menggantikan jambatan gantung antara Kampung Kurnia Diraja dengan Kampung Pasir Besar yang sentiasa mengalami kerosakan apabila banjir berlaku. Jambatan tersebut menjadi laluan utama masyarakat di tempat tersebut. Seterusnya Butiran 80000 – Membina Jalan-jalan Baru. Saya ingin mengetahui peruntukan ini, apakah termasuk pembinaan jalan antara Felda Bukit Jalor dengan Gemas? Ini kerana jalan pintas ini telah diluluskan dan akan dilaksanakan. Bilakah jalan ini akan dibuat? Bila ia dijangka siap? Saya sering membangkitkan perkara ini kerana saya sentiasa ditanya oleh masyarakat setempat tentang status jalan yang saya sebutkan itu. Seterusnya Butiran 050700 – Penyelenggaraan Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia, tidak ada peruntukan yang diberikan. Mengapa tidak ada peruntukan yang diberikan? Apakah peruntukan penyelenggaraan diambil daripada butiran yang lain atau sepanjang tahun 2022, belanja untuk menyelenggarakan jalan sudah tidak diperlukan lagi? Saya ingin penjelasan yang tuntas daripada kerajaan, mengapa peruntukan itu ditiadakan? Kita sedia maklum banyak perkara yang perlu diselenggara daripada aspek perparitan ataupun longkang jalan untuk mengelak banjir kilat, rumput, pokok yang perlu dicantas atau ditebang kerana ia boleh mengganggu penglihatan dan juga mengelakkan berlakunya kemalangan.

Datuk Dr. Hasan bin BahromAMANAH · PHTampin

Seterusnya Tampin ingin membicarakan Butiran 71000 – Memperelok dan Membaikpulih Jalan. Terdapat satu pengurangan yang besar iaitu hampir sejumlah RM46 juta. Apakah peruntukan itu mampu menyelesaikan untuk membaik pulih jalan yang terdapat di negara ini? Kita dapati banyak jalan di negara ini perlu diselenggara dan dibaik pulih kerana banyak terdapat kerosakan yang perlu diselesaikan. Seterusnya Butiran 60000 – Naiktaraf Jalanraya dan Laluan, yang diperuntukkan sejumlah RM326.7 juta dan Butiran 61000 – Naiktaraf Jalan-jalan, yang diperuntukkan RM1.148 bilion. Tuan Pengerusi, dalam persidangan yang lepas, malah ketika mengemukakan soalan, saya telah membangkitkan perkara ini bagi menaik taraf jalan antara Gemas dan Tampin daripada dua lorong kepada empat lorong. Saya amat bimbang dan khuatir sekiranya tidak dinaiktarafkan, ia akan memberi kesan kepada keselamatan negara, penduduk setempat dan para pengguna jalan raya. Tuan Pengerusi, kita sedia maklum, Gemas mempunyai kem terbesar dan segala peralatan senjata dan kenderaan canggih terdapat di kem tersebut. Apabila kenderaan berat besar tentera keluar dari kem, menyebabkan lalu lintas tersekat. Walaupun saya telah mendapat jawapan daripada kerajaan berkenaan status jalan tersebut, namun saya tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan. Saya berharap pandangan dan permintaan dari Parlimen Tampin wajar difikirkan dan diambil perhatian yang serius kerana kita mengemukakan pandangan dalam soal keselamatan negara. Parlimen Tampin berharap ia wajar dipertimbangkan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Yang Berhormat Kuala Krai, silakan. Maaf.

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi ruang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Kerja Raya. Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada Kepala P.27, Butiran 60000 – Naiktaraf Jalanraya dan Laluan. Saya ingin menanyakan, kenapakah peruntukan pada butiran ini berkurangan pada tahun 2022? Saya bimbang ia akan membantutkan pihak JKR dalam memastikan proses menaik taraf jalan akan berjalan dengan lancar. Saya ingin menarik perhatian pihak kementerian berkaitan dengan Jalan FT008 Kuala Krai – Gua Musang. Saya mendapati kebanyakan jalan di laluan ini telah kehilangan garis putih. Ia sangat menyusahkan dan membahayakan terutama untuk pemanduan pada waktu malam dan lebih teruk lagi ialah pada waktu hujan lebat terutama pada musim ini adalah musim tengkujuh. Adakah kerajaan bercadang untuk menambah penggunaan glass road stud di garisan putih yang sedia ada terutama di kawasan-kawasan yang telah rosak garisan putih? Saya ingin menanyakan mekanisme yang diambil kira untuk menentukan pemasangan glass road stud dan garisan putih. Saya juga ingin menyentuh keadaan Lebuhraya CSR Pakej 3: Gua Musang, Kelantan ke Kampung Relong, Kuala Lipis di Pahang. Saya harap kerajaan memantau dengan lebih serius keadaan laluan tersebut. Saya mendapati laluan ini tidak diselenggara dengan baik. Banyak jalan mengalami kerosakan serta beralun dan tidak selamat. Dalam masa yang sama, keadaan persekitaran yang sangat tidak ceria. Saya juga ingin mencadangkan pihak kementerian menyediakan lampu di simpang masuk ke Lebuhraya CSR iaitu di Kampung Relong, Kuala Lipis. Ketiadaan lampu di persimpangan tersebut sangat menyukarkan kepada pemandu untuk mengenal pasti persimpangan itu terutama pada waktu malam dan hujan. Saya mendapati terdapat tiang lampu di sepanjang permulaan simpang tersebut, namun ia tidak dinyalakan. Saya mohon agar lampu-lampu jalan ini dinyalakan terutama sekali di permulaan simpang masuk ke lebuh raya ini. Tuan Pengerusi, Kepala P.27, Butiran 61000 – Naiktaraf Jalan-jalan. Saya ingin menarik perhatian pihak kementerian berkaitan kerosakan jalan beberapa buah tempat di laluan FT066A. Pada 5 Disember 2021 iaitu beberapa hari yang lepas, terjadi satu

kejadian tanah runtuh pada kilometer 46 Jalan Jelawang – Jeli, di mana runtuhan ini agak kritikal dan mengakibatkan mendapan sedalam 0.44 meter daripada aras jalan yang asal. Mendapan yang berlaku ini adalah kali kelima sejak musim tengkujuh tahun 2020 dan tahun 2021. Mendapan kali ini berpunca daripada kegagalan pembetung jenis CMP saiz 1.2 meter yang telah rosak, pecah dan kemik akibat faktor usia serta kelajuan air deras semasa banjir. Saya ingin menanyakan Yang Berhormat Menteri ataupun Timbalan Menteri, apakah tindakan segera yang akan diambil oleh pihak JKR untuk menyelesaikan masalah tersebut? Untuk makluman Tuan Pengerusi dan kementerian, laluan ini merupakan laluan utama dari Jeli dan Tanah Merah untuk ke Gua Musang, seterusnya ke Kuala Lumpur kerana dapat mengurangkan jarak perjalanan sehingga 40 kilometer. Selain itu, laluan ini juga sebagai alternatif dari bandar-bandar utama Kelantan untuk ke Gua Musang ataupun terus ke Kuala Lumpur semasa musim perayaan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Saya merayu pihak kementerian agar dapat memperbaiki dengan segera dan menaik taraf jalan ini agar ia lebih selamat dan selesa kepada pengguna. Sudah sampai masanya ia dinaiktarafkan secara menyeluruh dan dilihat secara keseluruhan terutama laluan yang rosak serta mendap dan masalah ini jadi lebih teruk setiap kali menghadapi musim tengkujuh seperti sekarang ini. Saya juga ingin memohon agar pihak kementerian dapat meluluskan peruntukan segera untuk membaiki jalan di Kampung Jelawang ke Sungai Sam iaitu di FT066 seksyen 3.3 ataupun seksyen 4.0 berdekatan dengan sebuah Kampung Corner S ataupun kawasan sekitar yang rosak dan beralun. Terakhir Tuan Pengerusi ialah Kepala P.27, Butiran 050700 – Penyelenggaraan Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia. Saya ingin menanyakan, kenapakah butiran ini tiada peruntukan pada tahun hadapan berbanding tahun 2021 sebanyak RM309,400,000? Adakah dengan ketiadaan peruntukan pada tahun hadapan, bermakna jalan-jalan di seluruh Semenanjung tidak akan diselenggarakan? Dari manakah pihak kementerian akan mendapatkan peruntukan bagi butiran ini? Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Seterusnya, Yang Berhormat Sepanggar. Silakan.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 05100 – Jalan-jalan Besar di Sabah, Butiran 08230 – Pembinaan Jambatan, Butiran 08250 – Kajian Perlindungan/Pembaikan Cerun-cerun, Butiran 08260 – Naik Taraf dan Memulihkan Jalan, Butiran 08270 – Memulihkan Jalan, Butiran 08280 – Pembinaan Jalan-jalan, Butiran 08600 – Naik Taraf Jalan Raya. Saya menyentuh semua butiran ini kerana ia adalah berkaitan. Mengikut Buku Anggaran Persekutuan Belanjawan 2020, disediakan peruntukan berjumlah RM494 juta bagi Projek Jalan Raya dan Jambatan Sabah. Namun, apabila saya meneliti Buku Anggaran Persekutuan Belanjawan 2020, perbelanjaan sebenar bagi tahun 2020 hanyalah RM127 juta atau 25 peratus sahaja. Sarawak pula daripada RM51 juta, sebanyak RM33 juta sahaja dibelanjakan iaitu sebanyak 64 peratus. Begitu juga pada tahun 2019, jumlah jalan dan jambatan di Sabah diumumkan sejumlah RM385 juta, hanya RM271 juta atau 70 peratus dibelanjakan. Sarawak pula sebanyak RM242 juta diperuntukkan dan RM199 juta atau sebanyak 82 peratus dibelanjakan. Saya ingin mendapat penjelasan daripada kementerian, ke manakah pergi baki peruntukan yang tidak digunakan? Adakah sebahagian peruntukan yang diluluskan di Parlimen ini telah dilencongkan ke projek-projek yang lain? Tuan Pengerusi, baru-baru ini semasa Kementerian Pembangunan Luar Bandar menggulung, saya juga terkejut dengan angka-

angka yang disebutkan berkenaan dengan peruntukan projek-projek luar bandar di Sabah. Angka-angka yang disebut beliau tidak sama dengan jumlah peruntukan yang diumumkan dan diluluskan oleh Parlimen semasa Belanjawan 2019 dan Belanjawan 2020. Peruntukan dan perbelanjaan sebenar bagi tahun-tahun yang lalu jelas terpampang di dalam Buku Anggaran Persekutuan Belanjawan setiap tahun. Ini amat mengelirukan. Saya sebut di sini kerana saya tidak mahu Yang Berhormat Menteri pula menggulung dengan menggunakan angka-angka yang tidak selari dengan belanjawan tahunan yang kita telah luluskan setiap tahun. Apa guna kita berbahas di peringkat Jawatankuasa, memperincikan setiap butiran dan meluluskan peruntukan kementerian tetapi akhirnya kita diberikan angka-angka yang mengelirukan, malahan peruntukan yang disebut adalah jauh lebih kecil daripada peruntukan yang diluluskan di Dewan yang mulia ini. Butiran 82000 – Lebuhraya Pan Borneo. Sejak Belanjawan 2018 sehingga Belanjawan 2022, sejumlah RM2 bilion diperuntukkan setiap tahun melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM10 bilion bagi tempoh lima tahun. Namun Tuan Pengerusi, sekali lagi saya kecewa apabila perbelanjaan sebenar bagi Projek Lebuhraya Pan Borneo ini tidak pernah digunakan sepenuhnya. Contohnya, tahun 2018 iaitu sebanyak RM1.7 bilion sahaja digunakan, tahun 2019 sebanyak RM1.1 bilion dan tahun 2020 sebanyak RM1.35 bilion sahaja dibelanjakan. Justeru, saya ingin jaminan daripada kerajaan, adakah RM2 bilion yang diperuntukkan pada tahun hadapan juga, insya-Allah, akan dibelanjakan sepenuhnya? Kedua, saya mohon penjelasan. Dalam tempoh lima tahun tersebut, berapakah projek-projek Pan Borneo di Sabah yang tergendala akibat peruntukan yang tidak dibelanjakan? Ketiga, saya ingin tahu, apakah kaedah-kaedah yang paling sesuai bagi mempercepatkan pembinaan baki pakej-pakej Pan Borneo di Sabah? Adakah kerajaan berpendapat kaedah pelaksanaan secara PFI merupakan kaedah yang terbaik? Sekiranya ya, berapakah anggaran kos yang akan ditanggung oleh kerajaan? Keempat, memandangkan Yang Berhormat Menteri tidak menjawab soalan saya semasa di peringkat Dasar, sekali lagi saya memohon Yang Berhormat Menteri menjawab dengan jelas di sini. Mengapakah Sabah tidak diberikan atau disediakan dengan bon atau sukuk bagi menyiapkan Projek Lebuhraya Pan Borneo sedangkan Sarawak disediakan pembiayaan ini? Kelima, saya ingin bertanya, mengapakah Jambatan Labuan tidak dimasukkan di dalam jajaran Pan Borneo? Wilayah Persekutuan Labuan ini mencerminkan integrasi perpaduan Kerajaan Persekutuan dengan Sabah dan inilah masanya untuk kerajaan membuktikan perkara ini. Sedangkan 11 buah negeri dilibatkan dalam projek rundingan terus, mengapa tidak Jambatan Labuan yang sangat diperlukan oleh penduduk di Labuan dilaksanakan secara runding terus? Butiran 020100 – Dasar dan Pembangunan. Tuan Pengerusi, semasa perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Kewangan, saya telah menyoal berkenaan projek-projek rundingan terus yang diberikan kerajaan sepanjang tahun 2021 sama ada semasa tempoh darurat mahupun selepas tempoh darurat. Kementerian Kewangan tidak menjawab soalan saya. Dua minggu lalu, Kementerian Kerja Raya telah mengeluarkan kenyataan media dan menafikan bahawa Samling Resources yang diberikan projek runding terus berjumlah RM1.13 bilion adalah bukan di bawah Projek Jana Wibawa. Namun, kementerian hanya menjawab 10 peratus sahaja daripada persoalan yang saya timbulkan tempoh hari iaitu: (i) Kementerian Kerja Raya tidak menafikan bahawa satu pun projek yang berkehendakkan segera dilaksanakan di Sabah sepanjang tempoh darurat dan sepanjang tahun 2021; (ii) Kementerian Kerja Raya tidak menafikan bahawa tiada satu pun projek fizikal berkehendakkan segera melibatkan Kementerian Kesihatan dilaksanakan sepanjang tempoh

darurat yang kononnya dibuat bagi memerangi COVID-19; dan (iii) Kementerian Kerja Raya tidak menafikan juga tidak menafikan projek runding terus yang melibatkan Kementerian Kerja Raya adalah berjumlah RM4.4 bilion atau sebanyak 56 peratus daripada RM7.75 bilion rundingan yang telah dan akan diberikan SST pada tahun ini. Tuan Pengerusi, saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Sepanggar. Yang Berhormat Tumpat, silakan.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertamanya, saya ingin menyentuh Butiran 31000 – Pembinaan Jalan dan Jambatan; dan Butiran 9000 – Lain-lain Pembinaan. Pertamanya, saya ingin bertanya mengenai perkembangan status terkini pembinaan jejantas di Bulatan Pasir Pekan, Wakaf Bharu. Bilakah ia dijangka siap? Saya mengharapkan ia boleh disiapkan dalam masa yang ditetapkan dan seboleh-bolehnya sebelum musim hari raya yang akan datang bagi mengelakkan kesesakan yang teramat sangat menjelang musim perayaan itu. Kedua, sebelum ini saya pernah bangkitkan mengenai pembinaan jejantas yang merentasi rel kereta api di Kampung Kok Pasir, Tumpat. Pembinaan jejantas ini sangat penting bagi menghubungkan dua buah kampung yang terpisah oleh rel kereta api, sedangkan jalannya sudah siap terbina di kedua-dua belah kampung itu dan hanya terpisah oleh ketiadaan jejantas (flyover) merentasi rel kereta api berkenaan. Oleh itu, soalan saya bilakah pembinaannya akan dimulakan? Ini kerana cadangan pembinaan jejantas ini telah lama diputuskan. Ketiga, saya ingin mengetahui status cadangan pembinaan jambatan yang menghubungkan Cherang Melintang dan Telok Jering dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor di Parlimen Tumpat bagi menggantikan jambatan satu lane atau satu lorong sahaja yang menyebabkan laluannya terpaksa digilirkan, yang menyebabkan berlaku traffic jam yang memanjang dan menyusahkan pengguna. Jambatan ini penting kerana ia boleh menjadi jalan alternatif dari Pasir Mas ke Tumpat. Seingat saya semasa kempen Pilihan Raya Kecil Pengkalan Kubor pada tahun 2014, parti-parti politik yang bertanding di sana berjanji untuk membina jambatan itu sekiranya diberikan kemenangan oleh rakyat. Namun sehingga ke hari ini, masih tidak ada riak untuk pembinaan selepas tujuh tahun daripada tarikh pilihan raya tersebut. Saya selalu dan sering ditanya oleh penduduk di kawasan berkenaan. Saya mohon agar perkara ini mendapat perhatian daripada pihak kementerian dan jabatan-jabatan berkaitan demi kemudahan rakyat. Seterusnya, sepertimana yang saya berulang kali bangkitkan di Dewan yang mulia ini mengenai cadangan pembinaan jambatan di Kepulauan Renjuna yang secara geografinya terpisah dengan tanah besar. Sering kali berlaku permasalahan apabila peningkatan paras air di Sungai Kelantan, termasuklah dalam situasi air yang terlalu cetek sehingga menyukarkan pergerakan bot-bot merentasi sungai, sekali gus turut menyukarkan penduduk setempat memenuhi keperluan seharian mereka. Saya mengharapkan agar pihak kementerian dapat memberikan tumpuan terhadap cadangan pembinaan jambatan di Kepulauan Renjuna ini bagi menjadikan ia sebagai tunjang penyelesaian dalam menghubungkan kepulauan berkenaan dengan tanah besar. Oleh itu, saya mohon sekali lagi penjelasan daripada kementerian. Apakah pembinaan jambatan ini berada dalam perancangan kementerian setakat ini? Selain pembinaan jambatan di Kepulauan Renjuna, saya juga ingin bertanya mengenai status Jambatan Pengkalan Kubor – Tak Bai. Rancangan pembinaan Jambatan

Pengkalan Kubor – Tak Bai serta Jambatan Kedua Rantau Panjang – Golok ini sudah diputuskan sejak tahun 2012 apabila Malaysia dan Thailand menandatangani Perjanjian Kerjasama Joint Development Strategy. Malahan, saya difahamkan pihak Jabatan Kerja Raya sendiri telah melaksanakan kajian kebolehlaksanaan (feasibility study) terhadap pembinaan jambatan tersebut pada tahun 2012. Namun, saya tidak pasti status pembinaan jambatan tersebut sehingga kini. Oleh itu, saya mohon kementerian menjelaskan mengenai pembinaan Jambatan Pengkalan Kubor – Tak Bai ketika ini. Jika ia belum dilaksanakan, apakah kekangan yang ada? Jika sedang dalam pembinaan, bilakah jangkaan ia siap sepenuhnya?

Masih di bawah butiran yang sama. Saya ingin bertanya mengenai perkembangan terkini pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Fasa 3 yang menghubungkan Gemuruh, Kuala Terengganu sehingga ke Pangkalan Kubor, Tumpat. Saya mengharapkan agar kementerian dapat berusaha memastikan pembinaan LPT3 ini mengikut jadual yang ditetapkan. Seterusnya, yang terakhir, Butiran 040300 – Cawangan Kejuruteraan Cerun. Saya mengambil kesempatan mengucapkan takziah kepada semua mangsa tanah runtuh di KM27.1 Jalan Simpang Pulai, Cameron Highlands. Kejadian tanah runtuh bukanlah kali pertama berlaku dalam negara. Sudah tentu kebimbangan masyarakat awam terhadap kejadian begini sangat berasas. Saya ingin bertanya, apakah suatu siasatan menyeluruh akan dilakukan melibatkan kepakaran cerun dan sebagainya bagi mengelak kejadian sebegini berulang pada masa akan datang? Apakah kementerian akan mempunyai satu mekanisme ataupun polisi yang jelas terhadap kejuruteraan cerun khususnya di jalan raya yang berisiko tanah runtuh? Apakah sistem pengurusan dan keselamatan cerun sentiasa dikemas kini serta sejauh mana sistem ini diaplikasikan dengan memastikan cerun-cerun dalam negara ini selamat? Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Yang Berhormat Kapar. Silakan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Tuan Pengerusi kerana memberikan izin saya membicarakan soal Kementerian Kerja Raya. Pertama, saya ingin menyinggung Butiran 60000 – Naiktaraf Jalanraya dan Laluan yang telah diperuntukkan RM329,700,000. Sepanjang perjalanan 52 kilometer dari Klang ke Meru, dari Klang ke Kapar, keperluan itu sudah nampak kebaikan dan penambahbaikan. Akan tetapi, tidak menyeluruh. Jadi, saya minta supaya ia dilaksanakan dengan menyeluruh antara lingkaran 52 kilometer itu supaya jalan-jalan itu tidak mengganggu ketenteraman pemandu-pemandu yang menggunakan jalan-jalan tersebut. Keduanya, saya juga ingin menyinggung iaitu Butiran 020000 – Pembangunan Infrastruktur Jalan dan Pembangunan Industri Pembinaan yang telah diperuntukkan RM55,994,400. Kemudian saya hendak tanya jalan raya yang melibatkan Klang ke Pelabuhan Klang, dari Klang melalui Kapar ke Pelabuhan Klang. Kedapatan jalan yang sungguh meruncingkan. Ia tidak boleh dikompromikan sebab ia digunakan oleh banyak lori-lori besar yang telah mencacatkan jalan raya. Jadi, kecacatan itulah yang menyebabkan rintihan dan tangisan ramai mereka yang terlibat secara langsung yang menggunakan laluan itu. Laluan ini telah pun disuarakan di peringkat Dewan Undangan Negeri oleh sahabat saya, Yang Berhormat Pelabuhan Klang yang begitu kecewa dengan ketidakselesaan jalan yang begitu memudaratkan penduduk di sekitar DUN Pelabuhan Klang. Jadi, saya ingin mendapat maklumat daripada kementerian, apakah perlu boleh disegerakan untuk ditambahbaikkan supaya tidak ia menjadi bebanan baharu kepada

barang-barang yang dihantar dari Pelabuhan Klang melalui ke arah Jalan Klang dan juga ke arah Jalan Kapar yang mencacat cederakan jalan-jalan yang sepatutnya diubati atau diperbaiki. Ini tidak boleh kita biarkan begitu berterusan kerana ia akan merosakkan nyawa dan juga keselamatan penduduk di sekitar Klang dan juga Kapar. Di samping itu, saya juga diminta oleh sahabat saya Yang Berhormat Klang berkenaan dengan― sebab dia tidak boleh bercakap, nombor dia ke belakang, jadi diminta saya bercakap tentang longkang-longkang dan parit-parit, Tuan Pengerusi. Longkang-longkang dan parit-parit tersumbat dan menyebabkan banjir yang keterlaluan luar biasanya yang menyebabkan kami di sekitar Daerah Klang terpaksa menanggung beban takut kalau berlakunya hujan lebat dan bertembung dengan air pasang, sudah for sure banjir berlaku. Jadi, parit-parit ini boleh membantu menghindar sedikit masalah banjir yang menjadi penyakit baharu dalam musim yang tidak menentu ini. Maka, dia memohon satu dana khas dan saya setuju dana khas itu perlu diwujudkan untuk membersihkan semua laluan-laluan longkang JKR dan parit-parit ini supaya air mudah lalu, ia tidak disekat. Kalau ia disekat, ia marah dan ia akan memuntahkan air menjadi banjir. Jadi, pihak Kementerian JKR harus lebih peka dan bersifat keprihatinan, kemanusiaan supaya benar-benar menjiwai tanggungjawab yang telah pun diatur dan diangkat sumpah ketika menjawat jawatan tersebut. Tuan Pengerusi, saya juga, tanpa membuang masa satu minit ini, ingin menyinggung tentang Butiran 050600 – Penyelenggaraan Jalan Persekutuan Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan sudah kosong, tidak ada bajet. Kedua, bersekali dengan Butiran 81000 – Membina Jalan-jalan Baru (Projek Baru) yang berjumlah RM620,800,000. Saya tadi pagi ditunjuk gambar oleh Yang Berhormat Papar. Tuan Pengerusi, anak-anak sekolah berjalan ikut laluan balak yang begitu menyedihkan dengan keadaan yang lepas hujan dengan tidak berkasut. Saya tidak tahu mengapa harus terjadinya dalam negara kita yang sudah merdeka puluhan tahun dan saya tidak nampak kenapa harus ditangguh-tangguh sedangkan kita ada dalam butiran iaitu...

Tuan Ma'mun bin SulaimanWARISANKalabakan

Anak tiri, Yang Berhormat,

...Butiran 020200 – Cawangan Jalan. Kena memantau. Wakil-wakil rakyat Parlimen telah bersuara. Saya diberitahu oleh Yang Berhormat Papar yang begitu kecewa dan saya melihat anak-anak berjalan, menitik air mata saya. Apakah ini hasil daripada kemerdekaan yang dicapai? Saya minta Kementerian Kerja Raya supaya bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah dan dengarlah rintihan Ahli-ahli Yang Berhormat di setiap kawasan supaya rakyat tidak terbeban dan derita dalam perkara itu. Terima kasih Tuan Pengerusi. [Tepuk]

Terima kasih Yang Berhormat Kapar.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Yang Berhormat Tebrau.

Hidup Yang Berhormat Kapar.

Tuan Pengerusi

[Ketawa] Yang Berhormat Tebrau tidak ada? Silakan.

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Minta maaf, tadi ada satu call. Tuan Pengerusi, butiran yang saya ingin sentuh adalah Butiran 61000 – Naiktaraf Jalan-jalan yang diperuntukkan sebanyak RM1.148 bilion. Kerja menaik taraf Jalan Kempas Lama dari susur keluar Lebuhraya Utara Selatan ke simpang masuk di setiap business park di Kampung Maju Jaya sudah lama berjalan dan tidak tahu jangkaan akan siap. Kerja-kerja pada waktu siang telah menjadi punca kesesakan trafik di situ. Lori keluar masuk ke tapak projek tersebut itu tidak dibersihkan.

Saya minta Yang Berhormat Menteri mengambil perhatian terhadap projek ini supaya kerja menaik taraf dapat diselesaikan dengan secepat mungkin memandangkan terdapat rungutan dan aduan terhadap keselamatan penduduk di sekitar kawasan serta pengguna jalan raya. Tuan Pengerusi, di atas kepesatan dan pertambahan penduduk di Kampung Maju Jaya serta kawasan perindustrian di Seelong, Senai, terdapat keperluan bagi menaik taraf jalan dari persimpangan Jalan Bunga Mawar, Kampung Maju Jaya ke jalan kawasan perindustrian di Seelong, Senai ditambah kepada empat lorong bagi menjamin keselamatan penduduk dan keselesaan pengguna jalan raya. Ini adalah disebabkan keadaan jalan di situ yang begitu sempit, berdebu dan kotor dipenuhi tanah merah dan kenderaan berat sering menggunakan jalan tersebut ke kawasan perindustrian. Tuan Pengerusi, Jalan Sungai Tiram dari Kampung Oren ke Felda Ulu Tebrau harus dinaik taraf kepada empat lorong oleh sebab aliran trafik semakin meningkat. Begitu juga dengan Jalan Kong Kong dari Desa Rakyat ke Bandar Layang juga harus dinaik taraf kepada empat lorong secepat mungkin oleh sebab aliran trafik yang sentiasa sesak. Tuan Pengerusi, satu jejambat laluan interchange, dengan izin, harus dibina di atas Jalan Puteri yang menghubungkan ke Jalan Kota Tinggi menghala ke Johor Bahru oleh sebab kereta yang menghala ke Johor Bahru akan membuat pusingan U selepas Taman Dato Chellam. Ini menyebabkan aliran trafik yang begitu sesak bagi jalan yang menghala ke Kota Tinggi. Akhirnya, Tuan Pengerusi, saya difahamkan Lebuh Raya Pasir Gudang dari susur masuk dan keluar Lebuhraya Utara Selatan ke simpang Taman Tampoi Jaya, Jalan Skudai akan ditambah kepada enam lorong di dalam Rancangan Malaysia Ke-12.

Saya mohon Menteri mengesahkan kesahihan berita ini dan menyatakan bilakah Lebuh Raya Pasir Gudang di bahagian ini akan diperuntukkan bajet bagi menaik taraf oleh sebab masalah ini amat mendesak. Itu sahaja dari Tebrau. Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Yang Berhormat Jelutong, silakan.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh tiga perkara. Pertama, Butiran 80000 – Membina Jalan- jalan Baru dan Butiran 81000 – Membina Jalan-jalan Baru (Projek Baru). Saya ingin tanya, apakah rancangan untuk membina jalan-jalan baharu di Pulau Pinang? Kita lihat di Pulau Pinang sudah pun dalam keadaan selalu sesak. Banyak juga kenderaan yang masuk ke pulau, kenderaan dari negeri-negeri berdekatan dan juga kita lihat bahawa kesesakan ini menjadi lebih teruk ketika hari Sabtu dan hari Ahad. Jadi, semua inisiatif yang diambil oleh kerajaan negeri seperti membina paired road, juga membina elevated highway, semua ini dilakukan oleh inisiatif kerajaan negeri. Persoalan saya adalah apakah sumbangan ataupun rancangan JKR untuk membina jalan-jalan baharu untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas yang makin lama makin teruk di Pulau Pinang? Saya berharap sebagai seorang Wakil Rakyat dari Pulau Pinang, keluhan rakyat Pulau Pinang dapat dibawa ke Dewan yang mulia ini, Timbalan Menteri akan mendengar keluhan saya. Saya berharap dalam anggaran projek yang telah pun dibentangkan, sedikit sebanyak akan dibelanjakan di Pulau Pinang bagi mengatasi masalah ini. Kedua, bagi penunggang-penunggang motosikal. Saya ingin menyentuh Butiran 61000 – Naiktaraf Jalan-jalan, Butiran 60000 – Naiktaraf Jalanraya dan Laluan dan Butiran 71000 – Memperelok dan Membaikpulih Jalan.

Tuan Pengerusi, kita lihat sejak kebelakangan ini banyak kemalangan melibatkan penunggang motosikal. Jadi, saya merayulah bagi pihak penunggang-penunggang motosikal supaya lopak-lopak jalan diperbaiki, jalan-jalan diperbaiki. Kalau boleh speed breakers, dengan izin, diletakkan di atas jalan raya, di mana terdapat kenderaan- kenderaan berat- kerana kita lihat kemalangan-kemalangan jiwa yang meragut nyawa penunggang-penunggang motosikal ini makin lama makin meningkat. Kita lihat ada wanita yang mengandung, ada murid-murid sekolah terlibat. Jadi, saya merayulah supaya kementerian memberikan perhatian kepada perkara ini dan juga memasang lampu-lampu jalan di tempat-tempat di mana berlakunya kemalangan. Saya tidak mahu mengulangi, minta maaf Tuan Pengerusi, membelanjakan RM38 juta memperbaiki rumah rasmi Perdana Menteri yang tidak didiami. Membelanjakan wang yang tidak membawa manfaat. Membincangkan di Kabinet tentang tanah dan rumah yang hendak dibeli untuk Yang Berhormat Pekan, RM100 juta. Gunakan wang-wang itu untuk memastikan bahawa pengguna-pengguna jalan raya terutamanya penunggang- penunggang motosikal sentiasa dilindungi dan keselamatan mereka dijamin. Saya juga ingin menyentuh lain-lain pembinaan di kawasan saya di Jelutong. Saya ingin menyentuh Butiran 90000 – Lain-lain Pembinaan. Seperti Yang Berhormat Kapar iaitu untuk memperluaskan dan memperbaiki longkang-longkang di kawasan-kawasan di Jelutong kerana di Jelutong, di tiga DUN bila saja berlaku hujan yang lebat Jalan P. Ramlee, DUN Datuk Keramat, Batu Lanchang dan Sungai Pinang sentiasa mendapat kesan akibat banjir. Jadi, saya merayu supaya kementerian memberi perhatian kepada perkara-perkara ini. Saya juga ingin menyentuh isu berkenaan dengan jalan raya sekali lagi di Pulau Pinang iaitu berkenaan dengan jalan raya-jalan raya utama. Saya meminta supaya diperbaiki dan diberi perhatian dan diselenggarakan selalu.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Terima kasih kerana membenarkan saya mencelah. Tuan Pengerusi, saya ingin bangkitkan tadi memang kerajaan membelanjakan banyak duit yang mewah-mewah untuk pemimpin seperti pengurusan aset dalam bangunan Jabatan Perdana Menteri RM228 juta tahun akan datang dan tahun ini RM257 juta. Akan tetapi saya dapat aduan daripada JKR Manjung tidak ada, tidak cukup duit untuk menurap jalan yang sudah rosak lama dan juga lampu jalan raya besar yang berbulan-bulan tidak menyala. Jadi, saya mohon kepada kerajaan bagi tahu kepada saya, berapa jumlah peruntukan untuk JKR Manjung untuk beberapa tahun yang lepas, tahun ini dan tahun akan datang dan pastikan jumlah yang mencukupi diperuntukkan kepada JKR Manjung. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Oh! Habis. Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Yang Berhormat Dungun, silakan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 051000 – Penyelenggaraan dan Bil Lampu Jalan dan Lampu Isyarat Jalan Persekutuan. Saya memohon perhatian khusus daripada pihak kementerian untuk isu-isu setempat. Pertama, banyak lampu jalan yang telah rosak sekian lama dan membahayakan rakyat Dungun sejak sekian lama, lebih-lebih lagi menjelang musim tengkujuh. Namun, tiada tindakan diambil walaupun sudah dilaporkan kepada pihak berkuasa seperti JKR Daerah Dungun. Lokasi lampu jalan-jalan tersebut adalah: (i) sepanjang Jalan Haji Zainal Abidin sehingga ke TM Point, terdapat lebih kurang 30 batang jalan di pembahagi jalan yang rosak; dan

(ii) dari Laluan Persekutuan 3 AH8 iaitu sepanjang jalan dari PETRONAS Rantau Abang sehingga ke Petron, Kampung Jambu Bongkok. Butiran 02800 – Memperbaiki, Mengganti dan Menaiktaraf Jalan dan Jambatan. Soalan saya yang pertama, adakah kementerian melakukan usaha memantau dan memperbaiki jalan-jalan dan jambatan-jambatan di pedalaman Parlimen Dungun dari semasa ke semasa? Kedua ialah Lebuhraya Jerangau-Jabor, Jalan Persekutuan 14. Jalan ini masih menjadi pilihan lori pengangkutan yang menyebabkan ia menjadi- ketika waktu puncak kesesakan, di samping pengguna-pengguna dan penduduk tempatan. Soalannya, apakah penyelesaian kepada permohonan yang pernah dibuat supaya menaiktarafkan jalan ini? Ketiga Butiran 80000 – Membina Jalan-jalan Baru. Sebanyak 32,378,174 jumlah kenderaan bermotor telah direkodkan di Malaysia pada tahun 2020. Menurut statistik yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan Malaysia, jumlah ini sekali gus menunjukkan peningkatan lebih kurang 1.2 juta buah kenderaan, atau 3.8 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu sekitar 31.2 juta buah kenderaan. Manakala terdapat lebih daripada 17,830 kilometer jalan persekutuan di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak. Soalan saya, adakah jalan persekutuan yang berukuran 17,830 kilometer di seluruh negara dan jalan-jalan negeri pada waktu ini sudah mampu menampung bilangan kenderaan bermotor yang berjumlah 32,378,174 buah itu? Seterusnya, Butiran 020200 – Cawangan Jalan.

Di antara fungsi Cawangan Jalan ini di bawah dasar dan pembangunan ialah merancang, melaksana, menyelia dan memantau perancangan serta pembinaan jalan dan jambatan supaya mematuhi spesifikasi piawaian bermutu tinggi dan dengan kos yang ekonomik demi keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya. Kita dapati dengan pertambahan kenderaan yang sangat mendadak saban tahun di seluruh negara, saya mohon dipertimbangkan supaya melihat bagaimana pada waktu-waktu puncak kesesakan yang berlaku di seluruh lebuh raya dalam negara kita. Ia bukan lagi kadang-kadang memberi keselesaan kepada pengguna tetapi kesulitan dalam waktu kesesakan yang amat sangat. Oleh itu, saya pohon cadangan supaya dilihat melalui Butiran 020200 ini yang pertama ialah pembinaan Lebuh Raya Selatan Timur dari Johor ke Besut, Terengganu dan terus ke Kelantan. Kedua, pembinaan Lebuh Raya Timur Barat dari Jeli, Kelantan sehingga ke Simpang Pulai, Perak. Ketiga, pembinaan Lebuh Raya Karak Kedua yang baharu bagi menjadi lebuh raya alternatif bagi pengguna-pengguna Lebuh Raya Karak yang sedia ada. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Yang Berhormat Ledang. Silakan.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya dari Ledang ingin membangkitkan beberapa perkara butiran yang pertama ialah Butiran 02800 – Memperbaiki, Mengganti dan Menaikkan Taraf Jalan dan Jambatan. Saya mohon Yang Berhormat Menteri untuk menjelaskan perkembangan projek menaik taraf tiga jambatan, Jalan Sungai Mati ke Bukit Gambir. Ini kerana projek ini saya telah bangkitkan beberapa kali dan telah tertunggak sejak tahun 2012. Mengikut maklumat yang saya peroleh pemberian tender bagi projek ini adalah pada awal tahun 2020. Kerja naik taraf jambatan telah dijadualkan bermula pada pertengahan tahun 2020 dan sepatutnya siap menjelang tahun 2022. Namun, berdasarkan pemerhatian saya sendiri, serta banyak rungutan daripada orang ramai juga, belum ada sebarang usaha untuk menaik taraf seperti yang

dicadangkan. Tidak ada tanda-tanda langsung bahawa pelaksanaan sebarang kerja sedang berlaku di jambatan-jambatan tersebut. Saya bawakan perihal ini kerana usaha untuk menaik taraf tiga atau pun pelebaran jambatan ini agak kritikal. Sebab begini ya Tuan Pengerusi, ini kerana keadaan jalan ini dari segi jalan dari Sungai Mati ke Bukit Gambir itu jalannya baik, diturap dengan baik. Akan tetapi, bila tiba kepada jambatan itu ianya sempit. Jadi, tiga kali berlaku proses itu. Jadi, ia boleh menyebabkan apa yang berlaku ialah mengundang bahaya, bahkan telah beberapa kali berlakunya kemalangan terutamanya kemalangan kepada penunggang motosikal dan basikal. Mereka sediakan pengadang tetapi pengadang ini pun dah beberapa kali ditukar. Kos pengadang ini pun mungkin agak tinggi. Jadi bagi saya, saya mohon Yang Berhormat Menteri untuk jelaskan bilakah projek menaik taraf ini akan siap. Ini kerana saya telah bawakan perkara ini sejak daripada tahun 2019. Tambahan lagi sekarang saya tidak lagi berada dalam Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Tangkak. Justeru, saya tidak dapat mengikuti perkembangan secara langsung dan terus berkenaan dengan projek tersebut. Butiran yang kedua ialah Butiran 31000 – Pembinaan Jalan dan Jambatan. Saya mohon Yang Berhormat Menteri menjelaskan status projek menaik taraf Jalan FT23, Jalan Persekutuan yang menghubungkan Muar, Tangkak dan Segamat. Mohon penjelasan status projek secara keseluruhan. Saya faham projek ini telah berjalan beberapa tahun tetapi apakah status keseluruhan projek ini? Saya secara khusus ingin meminta penjelasan berkenaan dengan status pakej bypass Segamat – Tangkak yang difahamkan mempunyai tiga cadangan jajaran. Kali terakhir saya mendapat kemas kini tentang projek ini, kajian trafik untuk menentukan jajaran telah dilakukan pada tahun 2019. Selain itu, menurut jadual pelaksanaan projek, setakat ini projek baru melepasi fasa penghasilan Surat Setuju Terima pada Mei 2021. Saya lihat tidak ada apa-apa tindakan, tidak ada apa- apa pembangunan yang dilakukan untuk mana-mana jajaran. Jadi, saya mohon Yang Berhormat Menteri untuk menjelaskan sekarang ini apakah status projek secara khusus iaitu pakej bypass Segamat – Tangkak. Saya juga ingin mohon Yang Berhormat Menteri menjelaskan berapakah kos keseluruhan projek terkini. Ini kerana saya difahamkan kos projek ini meningkat berkali- kali ganda berbanding dengan unjuran kos awal iaitu pada 2016 sebanyak RM160.2 juta, 2017 sebanyak RM269 juta dan 2018 sebanyak RM309 juta. Jadi, mungkin ada sebabnya. Mungkin berubah daripada dua lorong kepada empat lorong. Akan tetapi, kos ini meningkat dengan agak mendadak dan ini menjadikan satu kebimbangan. Persoalan berkenaan dengan projek ini saya kira amat penting kerana projek ini membawa manfaat sebagai pemangkin pembangunan sosioekonomi dan industri untuk kawasan Johor Utara. Bahkan, pada pendapat ramai orang dan penduduk juga, ia akan menjadi jalan alternatif sekiranya berlaku banjir di kawasan tersebut. Pada masa yang sama, walaupun faedah manfaatnya itu tidak sampai kepada kawasan saya secara langsung, Tuan Pengerusi tetapi saya rasa rakan Ahli Parlimen daripada Segamat, dari Sekijang akan menyokong perkara ini dilaksanakan seberapa segera kerana untuk menjimatkan tempoh masa perjalanan daripada exit Tangkak ke Segamat ataupun ke Sekijang dan kawasan-kawasan yang lain. Justeru, saya minta penjelasan daripada pihak Yang Berhormat Menteri dan saya ingin tegaskan di sini Tuan Pengerusi, kalau tidak sempat jawab dalam penggulungan, mohon dijawab secara bertulis. Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Yang Berhormat Jerai. Silakan.

Tuan Sabri bin AzitPAS · PNJerai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Pengerusi

Waalaikumsalam.

Tuan Sabri bin AzitPAS · PNJerai

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberikan peluang kepada saya untuk sekali lagi mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat

Tuan Sabri bin AzitPAS · PNJerai

jawatankuasa untuk Kementerian Kerja Raya. Perkara pertama B.27 Butiran 050800 – Penyelenggaraan Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia (Bukan Pavemen). Pada tahun 2021, peruntukan yang diberikan ialah RM30 juta. Namun, pada 2022 tiada sebarang peruntukan yang dicatatkan. Soalan saya, kenapa perkara ini berlaku sedangkan di negara kita banyak struktur jalan raya yang masih berkeadaan teruk sehingga menyebabkan kemalangan. Semua sedia maklum sekarang musim hujan dan sering berlaku banjir, ekoran daripada banjir ini mengakibatkan jalan-jalan rosak. Sepatutnya peruntukan untuk menyelenggarakan jalan ini diwujudkan meskipun sedikit. Perkara kedua masih di bawah butiran yang sama, kerja-kerja pemotongan rumput jalan hanya akan dibersihkan sebanyak sembilan kali setahun. Namun begitu, disebabkan rumput-rumput ini cepat panjang sehingga mengganggu laluan kita, minta pihak kementerian untuk menjadikan 12 kali sepanjang tahun. Ini bermaksud setiap bulan akan ada kerja-kerja ulangan pembersihan, sama juga dengan kerja-kerja pembersihan longkang. Lazimnya, akan dilakukan sebanyak dua kali setahun. Jadi, kita minta pihak kerajaan menambah kerja-kerja pembersihan longkang berkenaan kepada tiga kali setahun. Ini kerana banyak berlaku kes longkang tersumbat dan jika kekerapan mencuci dan membersih ditambah, insya-Allah masalah longkang tersumbat dan banjir kilat seumpamanya dapat dielakkan. Ketiga, B.27 Butiran 051000 – Penyelenggaraan dan Bil Lampu Jalan dan Lampu Isyarat Jalan Persekutuan. Tidak dapat dinafikan pelbagai langkah penguatkuasaan telah dilaksanakan oleh PDRM bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya, lebih-lebih lagi pada musim perayaan. Namun begitu, masalah berkaitan dengan infrastruktur perlu diberi keutamaan, terutamanya lampu jalan yang tidak berfungsi. Malah, terdapat juga jalan raya yang tidak mempunyai tiang lampu. Sebagai contoh di kawasan Parlimen Jerai, jalan dari Gurun menghala ke Jeniang terutama di kawasan Jentayu yang sangat gelap pada waktu malam. Ia sering mengundang kemalangan maut disebabkan perkara berkenaan. Kita minta kerajaan berikan sedikit peruntukan untuk penyediaan lampu jalan di kawasan berkenaan memandangkan ia adalah jalan utama. Perkara keempat masih di bawah butiran yang sama, di persimpangan keluar Tol Gurun. Terdapat satu lampu isyarat jenis flashing light yang berkelip-kelip sebelum bertukar ke kuning dan merah. Keadaan ini memberi kesedaran yang jelas kepada pemandu supaya lebih berhati-hati untuk menghentikan kenderaan sebelum lampu bertukar kuning dan merah. Tuan Pengerusi, saya menyarankan supaya lebih banyak lampu isyarat jenis ini dibuat begitu kerana ia lebih menarik fokus pemandu supaya berhati-hati ketika di jalan raya terutama di lampu isyarat. Seterusnya yang terakhir, B.27 Butiran 030100 – Cawangan Arkitek. Di Parlimen Jerai sebuah masjid terapung yang dibina pada tahun 2016 sehingga kini masih belum siap, tertangguh akibat subkontraktor sering bertukar tangan. Masjid terapung ini dianggap mercu tanda di daerah Yan. Saya mohon kementerian dapat memberi status sebenar untuk disiapkan. Ini kerana aduan daripada rakyat saya terima yang sangat- sangat berharap untuk disiapkan masjid ini dengan secepat mungkin. Sekian Tuan Pengerusi. Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Yang Berhormat Kalabakan.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Bismillahi Rahmani Rahim. Kalabakan juga ingin mengambil bahagian perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Kerja Raya. Saya ingin menyentuh butiran Penyelenggaraan Jalan Persekutuan Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan - Butiran 050600 bersekali dengan Butiran 050900. Tiada peruntukan diberikan di bawah

butiran ini menimbulkan pelbagai persoalan sedangkan pada tahun lalu diperuntukkan sejumlah RM80 juta dan RM12 juta bagi kedua-dua butiran ini. Pertama saya ingin bertanya, mengapakah tiada peruntukan disediakan untuk butiran penyelenggaraan jalan di Sabah? Kedua, adakah peruntukan di bawah butiran ini telah dipindahkan ke peruntukan pembangunan? Sekiranya benar, berapakah jumlah projek jalan raya di Sabah sekiranya butiran ini tidak dipindahkan ke perbelanjaan mengurus? Ketiga, bolehkah Kementerian Kerja Raya Persekutuan memberi penjelasan sama ada jalan-jalan Persekutuan yang terdapat di Sabah sudah diserahkan kepada kerajaan negeri untuk kerja-kerja penyelenggaraan jalan dilaksanakan oleh konsesi. Konsesi penyelenggaraan jalan lantikan JKR Sabah. Kedua, saya ingin menyentuh Butiran 05100 – Jalan-jalan Besar di Sabah, hingga Butiran 08600 – Naiktaraf Jalan Raya. Tuan Pengerusi, berbuih mulut kami wakil-wakil Sabah menyuarakan akan ketidakadilan yang diberikan kepada Sabah sepanjang 58 tahun bersama membentuk Malaysia. Adakah suara-suara kami hanya tuduhan melulu tanpa sebarang fakta? Buktinya tahun 2018, tanpa mengira projek Pan Borneo, Sabah diperuntukkan hanya 10 peratus daripada RM3.7 bilion iaitu jumlah keseluruhan jalan raya dan jambatan yang diperuntukkan di bawah perbelanjaan pembangunan. Tahun 2019 menurun lagi kepada sembilan peratus daripada RM4.1 bilion. Tahun 2020 meningkat sedikit kepada 11 peratus daripada RM4.2 bilion. Tahun 2021 menurun dengan mendadak kepada 3.8 peratus daripada RM4 bilion, dalam Belanjawan 2022 ini hanya 2.9 daripada RM4.4 bilion diperuntukkan untuk Sabah. Sudahlah peruntukan kami ini sedikit, peruntukan yang disediakan setiap tahun pun tidak digunakan sepenuhnya. Jadi Tuan Pengerusi, sampai bila kami di Sabah akan merasai jalan-jalan raya seperti di Semenanjung? Tempoh 50 tahun lagi pun belum tentu sekiranya mentaliti Kerajaan Persekutuan mementingkan...

Yang Berhormat Kalabakan, Papar.

...Pembangunan di sini...

Papar minta tolong.

Yang Berhormat Papar, dipersilakan.

Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Papar ingin bertanyakan berkenaan dengan satu pembinaan jalan raya yang mana ia sudah diluluskan pada dua tahun yang lalu, tetapi sampai sekarang pun belum lagi dilaksanakan iaitu jalan Manggis, Kaiduan dan Tampasak. Soalan saya, bilakah projek ini akan dilaksanakan? Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan.

Terima kasih Yang Berhormat Papar. Masukkan ucapan Yang Berhormat Papar dalam perbahasan saya. Tuan Pengerusi, masalah kerosakan jalan-jalan utama di Sabah sudah berlarutan puluhan tahun tanpa solusi yang bersepadu dan jitu daripada kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan kemelut kerosakan jalan yang berpanjangan. Jalan-jalan rosak berlubang di kebanyakan di laluan utama dibiarkan bertahun- tahun dan sedikit tindakan hanya diambil jika aduan keras daripada rakyat yang selalu mengalami kerosakan kenderaan mereka akibat keadaan jalan yang teruk dan membahayakan pengguna jalan raya tersebut. Kita tiada pilihan lain dan terpaksa menggunakan jalan-jalan utama yang sama bersama-sama dengan kenderaan berat, komersial, angkutan balak dan lori-lori tanker sawit yang selalu dilihat lebih muatan daripada yang dibenarkan. Apabila kita menghantar aduan kerosakan kepada JKR Sabah, jawapan yang selalu diberikan adalah kerja-kerja pembaikan kerosakan jalan adalah tanggungjawab pihak konsesi penyelenggaraan jalan. Sebagai contoh, kerajaan telah membayar syarikat konsesi Pemborong Kekal Mewah sejumlah RM2.6 bilion dari tahun 2002 hingga tahun 2020. Namun, berikut menunjukkan data MARRIS (Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia) untuk jalan-jalan MCDC (Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah) semakin teruk dan tiada

peningkatan. Jalan utama dari Tawau ke Kalabakan dan jalan utama dari Kalabakan ke Sapulut telah sekian lama dalam keadaan terbiar. Jalan-jalan ini sepatutnya berturap penuh. Namun sejak tiga tahun ini, sekarang sebahagiannya telah dibiarkan menjadi jalan gravel berbatu dan warga pengguna dipaksa menerima dan menggunakan jalan substandard ini untuk laluan harian. Butiran seterusnya Butiran 08280 – Pembinaan Jalan-jalan, diperuntukkan sejumlah RM41.6 juta. Saya terus kepada soalan pertama. Baru-baru ini Timbalan Menteri memaklumkan bahawa peruntukan RM480 juta disediakan di bawah peruntukan kerajaan Persekutuan bagi kerja-kerja menaik taraf Jalan Sapulut ke pekan Pagalungan sejauh 38 kilometer. Saya ingin tahu, di manakah butiran atau peruntukan melibatkan projek ini? Kedua, saya ingin memohon penjelasan di manakah butiran peruntukan bagi pembinaan Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) di daerah kecil Pagalungan yang didakwa telah diluluskan dalam Belanjawan 2022? Saya teliti setiap ucapan belanjawan mahupun butiran di bawah Buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2022, tidak disebutkan berkenaan projek ini. Terakhir, yang disebutkan hanyalah kerajaan akan menambah lapan pos kawalan Pasukan Gerakan Am yang membabitkan Pagalungan di Sabah dan Temong Mura di Sarawak. Jadi, saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan perkara ini. Terakhir, saya ingin penjelasan jika benarlah kompleks CIQS ini akan di bina di daerah kecil Pagalungan, apakah justifikasinya? Adakah limpahan ekonomi kepada Sabah akan lebih besar berbanding membina kompleks CIQS di seluruh Kalabakan dan Simanggaris Indonesia? Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. yang Berhormat Setiu.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Pengerusi, saya pergi kepada Butiran 020200 – Cawangan Jalan. Garisan jalan adalah salah satu medium untuk mengawal trafik dan menyampaikan maklumat kepada pengguna jalan raya. Oleh kerana itu, saya memohon agar pihak kementerian dapat memasukkan peruntukan untuk kelulusan baik pulih garisan jalan yang pudar dari Gemuroh ke Besut dan juga dari Batu Rakit ke Kota Putera Besut mengikut jalan pantai. Butiran kedua, Butiran 71000 – Memperelok dan Membaikpulih Jalan. Saya juga memohon pihak kementerian agar dapat meluruskan selekoh tajam berhadapan dengan Balai Polis Chalok kerana selekoh tersebut mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya, apatah lagi selepas selekoh tersebut terdapat sebuah sekolah rendah dan ada traffic light berhadapan dengan sekolah tersebut dan kadang-kadang tidak disedari oleh pengguna yang membawa kenderaan terlalu laju disebabkan terhalang oleh selekoh tersebut. Dalam butiran yang sama berdasarkan kenyataan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, sebanyak 223 kemalangan direkodkan berpunca daripada fizikal jalan raya termasuk jalan berlubang serta rosak akibat kerja-kerja pembinaan sepanjang 2018 sehingga 2020. Oleh itu, saya memohon agar penguatkuasaan diberi tumpuan kepada kawasan pembinaan kerana kebanyakan kemalangan jalan raya sering kali berlaku akibat kecuaian pemaju projek-projek pembinaan yang tidak menitik beratkan keselamatan pengguna jalan raya sepanjang tempoh pembinaan dijalankan. Tuan Pengerusi, saya memberi sokongan penuh terhadap Kempen Kita Jaga Jalan Kita yang menitik berat tanggungjawab pengguna untuk bertanggungjawab terhadap jalan raya yang digunakan bersama. Namun begitu, saya juga ingin memohon agar kerosakan jalan raya akibat kenderaan berat menggunakan jalan tersebut turut diberi penekanan di dalam kempen tersebut.

Seterusnya Butiran 90000 – Lain- lain Pembinaan. Tuan Pengerusi, berdasarkan kajian yang telah dijalankan di beberapa kawasan sekitar LPT2, kebanyakan pagar yang dibina telah dirosakkan oleh penternak bagi memberi laluan kepada haiwan ternakan mereka meragut rumput. Perkara ini amat membimbangkan pengguna lebuh raya tersebut dan sering berlaku kemalangan akibat haiwan ternakan berkeliaran di atas lebuh raya tersebut. Oleh itu, saya memohon agar keselamatan pengguna dipertingkatkan lagi dengan membina kawalan pagar yang lebih kukuh di sepanjang LPT2 bagi menghalang kemasukan binatang ternakan ke lebuh raya tersebut, sekali gus kemalangan jalan raya boleh dielakkan. Seterusnya merujuk kepada Butiran 08260 – Naiktaraf dan Memulihkan Jalan. Saya memohon peruntukan yang diperuntukkan oleh kementerian kepada butiran ini untuk dimasukkan juga kerja-kerja membaik pulih jalan rosak di FT460 Seksyen 0/004/86 yang menelan kos sebanyak RM2.56 juta iaitu jalan masuk ke VHF Bukit Bintang, Daerah Besut, Terengganu. Hal ini kerana jalan tersebut juga menjadi laluan masuk pelajar dan guru ke Sekolah Menengah Tok Dor dan Sekolah Kebangsaan Anak Ikan.

Yang kedua, FT189 dicadangkan pemasangan lampu jalan dari Seberang Jerteh ke sempadan Kelantan. Yang ketiga, menaik aras permukaan Jalan FT03 seksyen 653 hingga 655. Yang keempat, menaik aras permukaan Jalan FT460 seksyen 0 hingga 4.8 dan saya juga mencadangkan agar kementerian mengenal pasti kawasan-kawasan yang dikategorikan sebagai berisiko kemalangan supaya kementerian dapat memasang atau menambah lampu jalan. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Jawatankuasa] Seterusnya Tuan Pengerusi, Butiran 040100 – Cawangan Senggara Fasiliti Jalan. Merujuk kepada butiran ini, saya memohon agar kerajaan menyegerakan pembinaan longkang di dua tempat Jalan Persekutuan. Yang pertama dari Rhu Tapai ke Simpang 3 Merang. Kedua, dari Simpang 4 Wakaf Tengah ke Batu Rakit disebabkan apabila berlaku banjir, sering kali air bertakung dan membahayakan pengguna jalan raya. Sekian, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Taiping.

Tuan Teh Kok LimDAP · PHTaiping

Terima kasih Tuan Pengerusi atas peluang yang diberi kepada Taiping dalam Perbahasan Bajet 2022 peringkat Jawatankuasa Kementerian Kerja Raya. Merujuk kepada Butiran 050000 – Program Khusus telah dikurangkan kepada RM51 juta berbanding RM487 juta pada tahun 2021. Terkejut apabila semakan lanjut mendapati empat tajuk perihal penyelenggaraan Jalan Persekutuan telah dikosongkan pada tahun yang akan datang. Persoalan Taiping ialah, adakah penyelenggaraan Jalan Persekutuan tersebut yang berjumlah melebihi RM400 juta telah ditamatkan atau dipindah ke tajuk lain di bawah Maksud Pembangunan? Semakan lanjut juga menunjukkan jumlah peruntukan Kementerian Kerja Raya tahun 2021 dan tahun 2022 adalah lebih kurang sama iaitu RM7.348 bilion untuk tahun 2021 manakala RM7.306 bilion untuk tahun 2022. Jadi, sila jelaskan di mana letaknya peruntukan untuk penyelenggaraan Jalan Persekutuan. Pada pendapat Taiping, isu keselamatan jalan raya tidak harus dipandang ringan demi kesejahteraan rakyat. Seterusnya, Butiran 051000 – Penyelenggaraan dan Bil Lampu Jalan dan Lampu Isyarat Jalan Persekutuan. Taiping mohon pihak kementerian menyalurkan sebahagian

Tuan Teh Kok LimDAP · PHTaiping

untuk membaiki masalah lampu jalan rosak yang telah lama tidak diuruskan di sepanjang Jalan Simpang dan Jalan Air Kuning, Taiping. Tuan Pengerusi, meneliti fungsi Cawangan Jalan dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2022, tugas utama merancang, melaksana, menyedia dan memantau perancangan serta pembinaan jalan dan jambatan supaya mematuhi spesifikasi piawaian bermutu tinggi dan dengan kos yang ekonomi demi keselamatan dan keselesaan pengguna jalan. Taiping terpanggil untuk mengingatkan pihak kementerian menjelaskan sejauh manakah pihak Cawangan Jalan telah mencapai dan memenuhi fungsi tersebut khasnya daripada segi bermutu tinggi dengan kos yang ekonomi. Tuan Pengerusi, sering kali kedengaran banyak aduan dan masalah yang diajukan ke JKR dibalas dengan jawapan yang kurang munasabah iaitu tiada peruntukan atau peruntukan tidak mencukupi. Walaupun masalah yang sering dihadapi itu bersifat kecil seperti masalah lampu jalan tidak menyala dan pembersihan saliran air yang dikawal selia oleh pihak JKR, besarlah harapan Taiping sekiranya kementerian akan memberi perhatian yang khusus dan menangani isu-isu kecil seperti membaiki dan kawal selia infrastruktur yang sedia ada demi kesejahteraan penduduk setempat. Seterusnya Butiran 040300 – Cawangan Kejuruteraan Cerun. Sekali lagi Taiping terpanggil untuk membangkitkan masalah keruntuhan cerun bukit di Pusat Peranginan Bukit Larut yang sudah mula berlaku dan ditangani sejak awal tahun 2020 tetapi masih belum diselesaikan sepenuhnya sehingga kini. Untuk makluman kementerian, Pusat Peranginan Bukit Larut ditutup sejak akhir tahun 2019 sehingga kini demi keselamatan pelawat. Tuan Pengerusi, Bukit Larut merupakan pusat pelancongan utama di Taiping. Sekiranya isu runtuhan cerun bukit tidak ditangani dengan segera, ia bukan sahaja akan terus menjejaskan pembangunan industri pelancongan malahan melembapkan lagi pertumbuhan ekonomi di kawasan Taiping. Kelewatan pihak berkuasa bertindak menangani keruntuhan cerun akan menyebabkan runtuhan yang lebih teruk kerana kepadatan hujan turun di Taiping adalah tertinggi di Malaysia. Oleh itu, Taiping mohon jasa baik kementerian agar mengambil tindakan yang serius ke atas isu-isu yang dibangkitkan khasnya keruntuhan cerun Bukit Larut demi membantu Taiping terus berkembang maju dalam arus pembangunan pasca pandemik COVID-19. Itu sahaja. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Taiping. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Bachok.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya terus kepada Butiran 040300 – Cawangan Kejuruteraan Cerun. Saya mohon penjelasan kementerian berhubung risiko kemungkinan insiden tanah runtuh yang berlaku di Jalan Gua Musang Lojing ke Cameron Highlands serta Jalan Jeli menuju Gerik yang menjadi kawasan zon merah kerana sering kali berlaku kejadian tanah runtuh di kawasan tersebut. Apakah tahap risiko kejadian mendapan dan tanah runtuh di jalan-jalan tadi? Apakah langkah kontingensi bagi menjamin keselamatan penduduk jalan raya yang melalui jalan berkenaan? Saya turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa tanah runtuh yang berlaku baru-baru ini di Jalan Simpang Pulai Cameron Highlands. Sememangnya insiden sebegini perlu mendapat perhatian serius daripada kerajaan bagi mengelakkan ia terus berulang pada masa akan datang. Susulan insiden tersebut, saya ingin mengetahui apakah suatu pasukan petugas khas telah dibentuk bagi menyiasat kes berkenaan serta adakah kementerian bercadang membangunkan penerima gunaan teknologi terkini bagi mengesan lebih awal kejadian

tanah runtuh di kawasan tersebut khususnya di kawasan zon merah yang berisiko tinggi? Oleh kerana struktur tanah tinggi di negara kita yang begitu berisiko dan terdedah kepada mendapan dan tanah runtuh. Saya amat berharap agar teknologi terkini seperti teknologi dron dan sebagainya perlu diketengahkan agar kejadian-kejadian malapetaka sebegini tidak berlaku dengan mudah. Butiran 060100 – Menaik Taraf, Pembaikan dan Penyelenggaraan Bangunan. Di sini terdapat peruntukan baharu di bawah butiran ini yang berjumlah RM5.4 juta. Soalan saya, apakah tumpuan utama terhadap butiran ini? Apakah jenis bangunan yang akan termasuk di bawah butiran menaik taraf pembaikan dan penyelenggaraan bangunan ini? Butiran 050600 – Penyelenggaraan Jalan Persekutuan Sabah Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Butiran 050700 – Penyelenggaraan Jalan Persekutuan Wilayah Persekutuan Semenanjung Malaysia dan Butiran 050800 – Penyelenggaraan Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia (Bukan Pavemen). Peruntukan di bawah butiran ini telah ditiadakan pada tahun hadapan. Sebelum ini, peruntukan yang disalurkan adalah melibatkan RM80 juta, RM309.4 juta, RM30 juta dan RM12 juta. Oleh itu, saya ingin bertanya adakah peruntukan penyelenggaraan Jalan Persekutuan ini telah dipindahkan ke butiran lain dan apakah butiran yang dimaksudkan tersebut.

Terakhir Tuan Pengerusi, Butiran 60000 – Naiktaraf Jalanraya dan Laluan. Saya mohon pihak kementerian dapat menaik taraf jalan dan penyelenggaraan Federal Route FT189 yang mengunjur dari Kampung Repek, Bachok sehingga ke Besut, Terengganu. Ia memandangkan pengguna jalan raya rentas negeri telah mula memilih dan menggunakan laluan tepi pantai sebagai jalan alternatif ke Kota Bharu bagi mengelak kesesakan yang berlaku di laluan Jerteh-Kota Bharu. Dengan laluan yang sempit hari ini, saya bimbang terhadap keselamatan penduduk kampung yang padat yang menggunakan jalan tersebut sebagai laluan harian perhubungan mereka. Saya juga mohon agar kementerian dapat melaksanakan kajian trafik di laluan FT189 bagi nilai semula kepadatan trafik serta menyediakan pelan jalan alternatif bagi mengatasi kesesakan di jalan-jalan utama Parlimen Bachok akibat pembangunan setempat yang semakin rancak. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Bachok. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Sik.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus ke Butiran 020000 – Pembangunan Infrastruktur Jalan dan Pembangunan Industri Pembinaan, berserta dengan Butiran 020100 – Dasar dan Pembangunan. Seperti mana Ahli-ahli Parlimen yang lain, saya juga ingin membangkitkan berkaitan dengan Indeks Kos Bahan Binaan Yang telah bertambah pada kadar antara tiga hingga sembilan peratus di seluruh negara. Perkara ini sangat meresahkan apabila harga barang bagi tujuan pembinaan sangat tinggi. Sebagai contoh, harga bahan binaan terutama bagi besi cerucuk dahulunya berharga RM2,800 satu tan metrik, tetapi kini harganya naik sehingga RM4,000 satu tan metrik. Kementerian Kerja Raya bersama dengan kementerian-kementerian lain harus mempunyai satu mekanisme dan intervensi bagi mengawal harga barang pembinaan supaya pembangunan di kawasan-kawasan di seluruh negara dapat dijalankan dengan lancar tanpa ada sebarang penangguhan tempoh pembinaan bagi sesuatu projek. Seterusnya, Butiran 030000 – Pembinaan Infrastruktur Bangunan bersama Butiran 030900 – Cawangan Kerja Pendidikan. Saya ingin membangkitkan berkaitan

masalah banjir yang berlaku di Daerah Sik khususnya banjir yang telah berlaku di dalam bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Gulau yang telah menyebabkan infrastruktur bangunan tersebut telah rosak. Ia berpunca daripada sistem perparitan dan longkang yang tersumbat serta parit yang sangat sempit. Saya mohon agar pihak kementerian memberi perhatian bagi tujuan membaiki sistem perparitan di sekolah ini bagi tujuan untuk menjaga keselamatan murid-murid dan para guru serta melindungi harta benda sekolah. Kes ini telah berlanjutan sejak sekian lama dan pada setiap kali banjir. Pada tahun ini sahaja, lebih tiga kali banjir berlaku di kawasan sekolah ini. Seterusnya Butiran 31000 – Pembinaan Jalan dan Jambatan. Saya membangkitkan pembinaan Jambatan Kuala Teloi, Sik yang menghubungkan Jalan Batu Lima dan Parit Panjang. Soalan saya, bilakah ia akan dilaksanakan? Keadaan jambatan ini kini yang sangat sempit dan sangat berbahaya kepada pengguna jalan raya, telah berlaku kemalangan yang melibatkan motosikal dan kenderaan berat yang mengakibatkan kemalangan maut. Saya pernah mengutarakan persoalan yang sama ketika perbahasan belanjawan peringkat Jawatankuasa pada dua tahun yang lalu. Maka saya memohon agar projek ini disegerakan secepat mungkin bagi memudahkan kerja- kerja seharian dan laluan di jalan tersebut. Seterusnya yang terakhir, Butiran 81000 – Membina Jalan-jalan Baru (Projek Baru). Saya ingin bangkitkan berkaitan dengan pembinaan jalan baharu di antara Sik dan Jeneri yang telah dirancang sebelum ini bagi tujuan menghubungkan penduduk-penduduk di pekan Sik ke Kampung Jeneri dan sekitarnya. Bilakah projek pembinaan ini akan dilaksanakan? Saya mohon perlu disegerakan supaya memudahkan lagi penduduk untuk berulang alik dari pekan Sik ke Jeneri bagi tujuan merancakkan kegiatan harian termasuk penoreh-penoreh getah, para peniaga, kakitangan awam yang berulang alik ke sekolah- sekolah, seterusnya penduduk di sekitar termasuk untuk urusan-urusan di pejabat-pejabat kerajaan di pekan Sik. Selain itu, saya juga mohon agar lampu-lampu jalan yang diselia oleh JKR di sepanjang Jalan Jeniang ke Kota Aur, Sik diselenggarakan dan dilihat mungkin ada yang telah rosak. Ini kerana keadaan ini menyebabkan jalan yang sangat gelap pada malam hari dan ia telah membahayakan penduduk dan pengguna jalan raya tersebut. Ia perlu dilihat segera oleh pihak Jabatan Kerja Raya khususnya di daerah Sik. Tuan Pengerusi, sekian terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Sik. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Balik Pulau, kemudian yang terakhir Yang Berhormat Baling. Sila Yang Berhormat Balik Pulau.

Terima kasih pada...

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Padang Serai.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Balik Pulau dahulu.

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya mulakan dengan Butiran B.43 Butiran 31000 – Pembinaan Jalan dan Jambatan. Saya ingin menyentuh tentang jejambat pintasan untuk penduduk Kampung Seronok. Isu ini saya telah bangkitkan beberapa kali kerana jalan ini kerap kali berlaku kemalangan dan melibatkan penduduk di sekitar kawasan tersebut. Kampung Seronok ini merupakan kampung yang pernah jadi Kampung Terbaik di Malaysia. Jadi, saya minta supaya pihak KKR mengambil tindakan dengan kerjasama- Pejabat Parlimen pun telah membina bonggol jalan, namun hal ini tidak menyelesaikan masalah sepenuhnya.

Kita perlu ada pembinaan jejambat motosikal dan laluan pejalan kaki untuk memudahkan penduduk Kampung Seronok dan keselamatan mereka untuk ke masjid. Namun saya sedia maklum bahawa isu pembinaan jejambat ini melibatkan tanah milik persendirian. Jadi saya mohon agar KKR mempertimbangkan berkenaan pemilikan tanah- land acquisitions tersebut kerana ia melibatkan keselamatan penduduk. Seterusnya saya ke Butiran 61000 – Naiktaraf Jalan-jalan iaitu menambah paras jalan di hadapan Taman Manggis di Balik Pulau. Saya juga pernah bangkitkan tentang pembinaan menaikkan paras jalan- road level Jalan Sungai Rusa ke Teluk Bahang iaitu FT006 yang terletak berhadapan dengan Taman Manggis. Pada tahun 2020, jumlah peruntukan telah diberikan kepada pihak JKR. Namun isu banjir dan masalah perparitan di sini tidak dapat dijalankan sepenuhnya oleh sebab kesuntukan peruntukan yang diberikan. Oleh yang demikian, saya mohon kementerian agar dapat menambah peruntukan bagi JKR Daerah Barat Daya (DBD) agar dapat menyelesaikan isu ini secara keseluruhan iaitu menaik taraf sistem perparitan dan menambah paras jalan-jalan persekutuan yang terletak berhadapan dengan Taman Manggis. Isu banjir di kawasan ini tidak dapat diselesaikan sekiranya kerja-kerja menaik taraf dibuat secara berasingan. Jadi, mohon perhatian Menteri berkenaan isu ini sebab Taman Manggis ini kerap dinaiki air apabila banjir. Jadi, saya harap KKR dapat menyelesaikan masalah ini dengan membina perparitan dan juga menaik taraf paras jalan. Ketiga iaitu Jalan Sungai Batu ke PUSPAKOM Teluk Kumbar. Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, jalan ini adalah di bawah Persekutuan dan laluan ini merangkumi laluan ke pekan Teluk Kumbar yang mana juga merupakan laluan utama bagi bas-bas kilang. Di sini penduduk Teluk Kumbar kebanyakannya bekerja di kilang-kilang di Bayan Lepas. Jadi, saya mohon perhatian Menteri untuk menyegerakan pelebaran jalan tersebut oleh sebab kepadatan penduduk yang meningkat dan kebanyakannya merupakan pekerja-pekerja atau warga industri perkilangan Bayan Lepas. Tuan Pengerusi juga pernah bekerja di Bayan Lepas. Saya tahu Tuan Pengerusi pun maklum tentang masalah yang dihadapi. Seterusnya, terakhir iaitu Butiran 051000 – Penyelenggaraan dan Bil Lampu Jalan dan Lampu Isyarat Jalan Persekutuan. Saya ingin bertanya, berapakah jumlah lampu jalan yang diselenggarakan oleh JKR di seluruh negara? Daripada jumlah ini, berapakah kuantiti tiang lampu yang menggunakan ‘smart’ LED street lights iaitu bagi menggantikan lampu konvensional iaitu LPS ataupun HPS?

Tujuan saya bertanya ini, saya hendak tanya tentang komitmen KKR mengenai inisiatif hijau kerana lampu LED dapat mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 50 peratus. Ia juga mampu mengurangkan kos penyelenggaraan kerana lifespan ataupun umur bagi lampu LED lebih panjang daripada lampu jalan konvensional dan juga mengurangkan pelepasan CO2. Jadi, saya ingin bertanya inisiatif KKR berkenaan smart street lights ini. Kalau di Pulau Pinang, saya difahamkan hampir 100 peratus lampu-lampu jalan di Pulau Pinang telah bertukar kepada LED street lights. Jadi, bilakah kita dapat seluruh Malaysia menggunakan lampu ataupun smart LED lights ini? Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau dan sekarang saya jemput Yang Berhormat Baling.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih kerana beri peluang kepada saya. Butiran 61000 – Menaik Taraf Jalan-jalan. Kementerian Kerja Raya komited dalam memastikan pembangunan infrastruktur, khususnya jalan raya dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkualiti. Saya

difahamkan sepanjang tahun 2020 dan sehingga tahun 2021, Kementerian Kerja Raya telah memperuntukkan sebanyak RM2.77 bilion untuk kerja-kerja penyelenggaraan Jalan Persekutuan di seluruh Malaysia iaitu untuk Semenanjung RM2.2 bilion. Manakala untuk Sabah, Sarawak dan sebagainya bagi tempoh 2020. Di negeri Kedah telah menerima pemberian penyelenggaraan dalam negeri daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM945.41 juta. Penyelenggaraan jalan raya adalah untuk memastikan jalan berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan oleh rakyat. Beberapa peruntukan khas untuk naik taraf jalan-jalan luar bandar, terutamanya di Kedah. Butiran 31000 – Pembinaan Jalan dan Jambatan. Cadangan menaik taraf Sungai Petani ke Pekan Tawar, Baling. Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Baling (JTPD) pada Ogos 2021, pihak JKR maklum bahawa daripada permohonan peruntukan yang lalu hanya RM16 juta sahaja diluluskan bagi kerja-kerja awalan. Namun, peruntukan RM16 juta itu tersebut akan digunakan menaik taraf Jalan Kupang dan di kawasan Parlimen Jerai. Jadi, dukacita dimaklumkan kedua-dua projek naik taraf jambatan itu tidak diluluskan kerana peruntukan tersebut akan disalurkan ke Alor Setar pula. Jadi, ini yang sedang berlaku dalam kawasan Parlimen saya. Sehubungan dengan itu, permohonan menaik taraf Jambatan Kupang yang telah diangkat semula dalam RMKe-12 kerana projek tersebut perlu dilaksanakan segera. Laluan tersebut merupakan laluan utama dari Utara ke Pangkalan Hulu ke jambatan tersebut yang begitu sempit dan sukar untuk kenderaan besar selisih. Saya mohon diangkat semula permohonan untuk menaik taraf Jalan Sungai Petani ke Baling dalam Rancangan Malaysia Ke-12 dengan anggaran peruntukan lebih kurang RM200 juta. Dimaklumkan juga tentang jalan itu telah diwartakan seperti berikut: (i) FT67 Simpang Tawar ke Jambatan Kuala Pegang; dan (ii) FT76 Simpang Landak ke Pekan Baling. Saya hendak bertanyakan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah jawapan yang akan diberikan kepada Baling? Difahamkan bahawa projek tersebut bukanlah keutamaan pula di dalam RMKe-12. Mohon kementerian dapat meneruskan projek tersebut. Ini kerana saya telah menyatakan pagi tadi, kes-kes kemalangan kerana jalan sempit, tiada lampu isyarat dan sebagainya. Projek ini telah mendapat kelulusan pada tahun 2017 untuk jalan raya FT67 dan FT76 dapat dilaksanakan. Dua batang jalan ini patut dilaksanakan kerana kami di Baling, Tuan Pengerusi, ramai anak-anak bekerja kilang, bekerja di kawasan yang disebutkan oleh sahabat saya tadi ini, kawasan Pulau Pinang. Jadi, mereka keluar seawal empat pagi. Justeru, kalaulah jalan ini dapat dilakukan, dapat dilaksanakan, daripada Baling pergi Sungai Petani 25 minit. Daripada Baling pergi ke port, malah kilang-kilang yang hendak datang membina kilang perindustrian di daerah kawasan Baling di Kuala Ketil, mereka hanya memerlukan 45 minit untuk sampai ke Port Klang sekiranya Lebuh Raya FT67 dan FT76 ini dapat dilaksanakan. Justeru, saya pohon lagi sekali, ini tidak kiralah yang saya sebutkan tadi kepada Tuan Pengerusi, kemalangan maut yang meragut nyawa rakyat Baling kerana apa? Highway yang digunakan itu, jalan itu sempit dan di mana mereka yang datang daripada luar kawasan Baling ini, tidak tahu langkap jalan tersebut, di mana ada lubang, lopak dan berbukit-bukit. Itulah yang menyebabkan kemalangan berlaku, khususnya pada waktu malam. Jadi, sekali lagi saya mohon kepada kementerian untuk mempertimbangkan ini jalan dalam Rancangan Malaysia di bawah Rancangan Malaysia RMKe-12 ini yang telah dibentangkan beberapa kali untuk menaikkan taraf ataupun membina jalan FT67, FT76. Saya difahamkan FT04 Kulim ke Baling telah diluluskan. Saya hendak tanya, bilakah projek ini dapat dilaksanakan? Jadi, sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Kementerian KKR. Saya pohonlah Pengarah Jalan datanglah ke Baling, jumpalah dengan kami Ahli-ahli Parlimen Kulim, Yang Berhormat Padang Serai macam saya sebutkan pagi tadi untuk berbincang sebagai stakeholders, untuk tidak lain, tidak bukan, mengelakkan kemalangan maut yang terlalu ramai rakyat kami, nyawa mereka terancam dan diragut, khususnya pak cik-pak cik, mak cik-mak cik jual kuih pagi-pagi, Tuan Pengerusi.

Bayangkanlah di kampung naik motor hendak jual nasi lemak, naik motor hendak pergi jual kuih, kena langgar dengan orang datang dari luar kerana itulah laluan utama untuk mereka ke Jeli, Kelantan, Gerik dan sebagainya.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Baling.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri yang bijaksana lagi muda yang hebat akan membawa balik bincang dengan Yang Berhormat Menteri untuk melaksanakan projek di kawasan kami. Saya menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau Yang Berhormat Menteri sibuk, Yang Berhormat Timbalan Menteri datang ke kawasan kami. Saya akan tunjukkan jalan-jalan tersebut. Terima kasih saya ucapkan demi keluarga ku Malaysia, kita dapat melaksana projek ini. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Baling. Yang Berhormat, saya ada permintaan dua Ahli Yang Berhormat untuk berbahas. Saya jemput Yang Berhormat Padang Serai empat minit, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Klang juga empat minit. Silakan.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 050600 – Penyelenggaraan Jalan Persekutuan Sabah, Sarawak dan W. P. Labuan. Saya selalu dapat berita daripada rakan-rakan di Sabah dan Sarawak yang menunjukkan keadaan jalan raya yang amat menyedihkan. Walaupun sudah lama merdeka tetapi kebanyakan jalan di Sabah dan Sarawak masih teruk dan menyukarkan pergerakan penduduk setempat. Saya sendiri melihat semasa saya berada di Sabah dan juga Sarawak. Sekiranya ada sesuatu kawasan pedalaman, sekiranya seseorang wanita yang mengandung hendak bawa keluar untuk bersalin tetapi hospital tengah jalan dia boleh bersalin dalam kereta. Macam itulah keadaan di Sabah. Saya telah meneliti perbelanjaan 2022. Saya menyaksikan bahawa kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM80 juta pada tahun 2021 tetapi untuk tahun 2022, tiada peruntukan bagi Butiran 050600 - Penyelenggaraan Jalan Persekutuan Sabah, Sarawak dan W. P. Labuan. Maka persoalan saya, bolehkah kerajaan menyatakan sebab atas penarikan peruntukan ini? Mesti juga ada satu rancangan jangka panjang untuk membaiki jalan-jalan di Sabah dan Sarawak. Tuan Pengerusi, Butiran 050700 – Penyelenggaraan Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia. Jalan raya adalah infrastruktur yang amat penting dalam menghubungkan antara satu tempat dengan tempat yang lain. Jika kerajaan tidak menyediakan infrastruktur ini, maka ia akan menyukarkan rakyat dan akhirnya memberi kesan kepada ekonomi negara. Dalam perbelanjaan, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM309.4 juta untuk penyelenggaraan Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia bagi tahun 2021 tetapi tiada peruntukan yang diberikan kepada butiran ini dan ini menimbulkan persoalan, kenapa? Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menanyakan jalan FT169 - jalan menghubungkan antara Kulim dan Mahang. Jalan ini selalu sesak kerana ia menghubungi Kulim Hi-Tech ke Karangan. Maka, ramai penggunaan jalan ini untuk ke tempat bekerja. Maka, saya ingin mencadangkan agar kerajaan membesarkan jalan dari dua lane kepada empat lane dalam mengelakkan kesesakan berlaku. Selain itu, jalan tersebut juga tiada tiang lampu dan ia membahayakan kepada pengguna apabila pada waktu malam. Saya mohon untuk kerajaan selesaikan perkara yang dibangkitkan oleh saya. Tuan Pengerusi, Butiran 051000 – Penyelenggaraan dan Bil Lampu Jalan dan Lampu Isyarat Jalan Persekutuan. Di bawah kod 051000, kerajaan telah meningkatkan peruntukan sebanyak RM2 juta bagi penyelenggaraan dan menambah bilangan lampu jalan dan lampu isyarat.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Akan tetapi, saya ingin membangkitkan mengenai jalan yang menghubungkan Kulim Hi-Tech dengan Taman Mutiara. Jalan ini tidak mempunyai lampu jalan dan ia sangat bahaya jika ia digunakan pada waktu malam. Jalan ini selalu digunakan oleh pekerja sektor, malahan juga ibu bapa bagi menghantar anak mereka ke sekolah. Saya mohon kepada kerajaan untuk mempertimbangkan untuk membina lampu jalan di kawasan tersebut agar memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya. Butiran 051200 – Penyelenggaraan dan Pembaikan Kecil Jambatan. Di bawah Butiran 051200, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM7 juta bagi penyelenggaraan dan pembaikan kecil jambatan. Ia meningkat sebanyak RM3 juta berbanding tahun 2021. Untuk pengetahuan rakan-rakan, saya telah turun untuk melihat satu jambatan uzur di Jalan FT/169/204/400 minggu lepas. Keadaan jambatan ini amat menyedihkan kerana bahu pengadang jalan tersebut telah tercabut. Ini amat membahayakan kepada pengguna. Boleh dikatakan jika dua lori lalu pada masa yang sama, kemungkinan jambatan itu tidak akan bertahan lama dan mungkin lori itu terjun ke sungai. Maka saya ingin mencadangkan kepada kerajaan untuk menggantikan jambatan baharu dalam memberi keselesaan kepada pengguna dan pada masa yang sama juga dalam memastikan tiada perkara yang tidak diingini berlaku. Saya mohon semua persoalan yang dibangkitkan oleh saya ini diberikan perhatian dan dijawab nanti. Secara keseluruhan boleh diberikan pujian kepada Kementerian Kerja Raya. Ada peningkatan daripada dahulu sehingga sekarang. Bagus. Harap kementerian ini terus memberi khidmat untuk rakyat yang terbaik. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Klang. Empat minit.

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan walaupun tiada dalam senarai. Terima kasih sekali lagi. Tuan Pengerusi, saya sentuh Butiran 030200 – Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur. Tuan Pengerusi, isu jalan raya JKR yang rosak dan berlubang serta longkang-longkang JKR yang tidak dibersihkan merupakan isu yang memerlukan perhatian untuk kawasan Parlimen Klang. Pejabat Parlimen Klang iaitu Parlimen saya telah menerima beratus-ratus aduan daripada penghuni-penghuni Klang termasuk persatuan penduduk, rukun tetangga, peniaga-peniaga mengenai kekotoran longkang yang tidak dibersihkan dan lubang jalan raya atau pothole di merata-rata tempat di kawasan Parlimen Klang. Parlimen Klang dan jiran kami iaitu Parlimen Kapar mempunyai tiga buah pelabuhan penting di Malaysia. Namun, keadaan jalan di Daerah Klang berada dalam keadaan sangat teruk. That is an understatement, Tuan Pengerusi. Sangat teruk is understatement. Hampir setiap seminggu berlaku kemalangan maut akibat jalan yang berlubang-lubang dan jalan raya yang tidak ada lampu. Tuan Pengerusi, oleh sebab longkang-longkang ini tidak dibersihkan secara kerap dan berpanjangan, maka keadaan ini telah mengakibatkan kekerapan banjir yang menjejaskan kawasan perumahan dan perindustrian sekali gus menyebabkan kerugian ekonomi dan juga kesusahan rakyat Klang. Dan kebanjiran itu, Tuan Pengerusi, dalam satu minggu tiga kali oleh sebab longkang tersumbat. Sebab longkang itu kotor, tidak dibersihkan. Klang memerlukan kekerapan pembersihan longkang-longkang dan penyeliaan berterusan. Maka, peruntukan kepada JKR daerah harus ditingkatkan. Longkang- longkang di bawah penyeliaan JKR di kawasan Klang didapati hanya dibersihkan setiap

enam bulan sekali dan ini dimeterai dalam perjanjian konsesi di antara JKR Klang dan juga Roadcare iaitu dengan terma-terma kerja pembersihan longkang ditetapkan hanya akan dijalankan enam bulan sekali. Ini bermaksud bahawa longkang-longkang di Klang hanya dibersihkan dua kali dalam setahun. This is a crime. This is an absolute crime. Ini merupakan satu penganiayaan kepada rakyat Klang yang membayar berjuta-juta ringgit dalam cukai kepada Kerajaan Persekutuan. Saya mencadangkan, Tuan Pengerusi dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri yang ada di sini, agar Kementerian Kerja Raya memperuntukkan dana khas serta- merta sebanyak RM6 juta untuk kawasan Parlimen Klang bagi membersihkan semua longkang JKR. Satu. Kedua, saya juga mencadangkan agar perjanjian konsesi diberi kepada syarikat swasta diperhalusi untuk meningkatkan kontrak pembersihan longkang dan bahu jalan JKR kepada setiap minggu daripada enam bulan sekali seperti yang sedia ada. Tuan Pengerusi, sejak beberapa bulan lalu, NGO dan juga kumpulan berkepentingan yang terdesak di Klang telah mula membincangkan untuk mengadakan protes di luar Pejabat JKR Klang. Ini sudah menjadi serius. Ini disebabkan mereka hendak bawa keseriusan masalah mereka kepada JKR Klang. Juga, saya telah menyokong idea ini dan jika kerajaan tidak bertindak cepat untuk membersihkan longkang-longkang ini, saya dengan senang hati akan mengetuai bantahan berkenaan. Ini merupakan satu amaran kepada JKR supaya cepat-cepat bersihkan longkang di Parlimen Klang. Akhir sekali, Tuan Pengerusi, Butiran 09280 – Membina Jalan-jalan. Bandar pelabuhan di negara-negara maju seperti Jepun, Korea, Jerman dilengkapi infrastruktur jalan raya yang canggih dan sebarang kerosakan akan diperbaiki dengan segera. Ada SOP nya― 24 hours SOP, 48 hours SOP. Memang ada. Sehubungan ini, saya minta Menteri Kerja Raya mewujudkan satu dana khas berjumlah RM50 juta bagi segera membaiki dan menaik taraf jalan-jalan di Pelabuhan Klang. Satu minggu, seorang mati di Pelabuhan Klang, Tuan Pengerusi. Saya juga minta JKR segera menilai semula terma- terma diberi kepada syarikat konsesi dalam menyelenggarakan dan membaiki jalan rosak di Klang. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Klang. Yang Berhormat, dengan ini saya ingin menjemput Timbalan Menteri untuk menjawab. Masa 30 minit.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Pensiangan

Salam sejahtera dan salam keluarga Malaysia. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada 24 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan peringkat Jawatankuasa yang menyentuh isu-isu di bidang kuasa Kementerian Kerja Raya (KKR). Terima kasih atas keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan. Saya akan menggunakan kesempatan ini dengan sebaik yang mungkin untuk memberikan jawapan bagi setiap persoalan dan cadangan Ahli Yang Berhormat. Saya akan jawab kepada soalan-soalan yang dibangkitkan mengikut isu-isu yang dibangkitkan oleh ramai Ahli-ahli Yang Berhormat. Sekiranya masa mengizinkan, barulah saya akan jawab secara spesifik atau terperinci berkaitan dengan projek-projek ataupun jalan-jalan yang telah dibangkitkan.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh skip mana yang tidak ada. Boleh jawab bertulis.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Maka dengan itu, saya juga akan memberi keutamaan kepada Ahli-ahli yang masih berada di dalam Dewan.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Ingin saya bermula dengan menyentuh kepada peruntukan yang diberikan untuk penyelenggaraan. Saya ingin bermula dengan menyatakan bahawa KKR di bawah belanja mengurus B.27 akan menerima peruntukan sebanyak RM823.5 juta untuk tahun 2022 iaitu penurunan sebanyak 34.7 peratus berbanding RM1.26 bilion yang telah diterima untuk tahun 2021. Ini disebabkan oleh pengelasan semula beberapa peruntukan penyelenggaraan di bawah program khusus sebelum ini kepada peruntukan belanja pembangunan. Isu ini telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Tanjong Malim, Yang Berhormat Taiping, Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Padang Serai dan juga Yang Berhormat Klang. Pengelasan semula peruntukan tersebut melibatkan sebanyak lima aktiviti penyelenggaraan seperti berikut:- (i) penyelenggaraan jalan persekutuan Sabah, Sarawak dan Labuan bukan pavement sebanyak RM12 juta; (ii) penyelenggaraan kuarters milik JKR sebanyak RM10,300,000; (iii) penyelenggaraan rutin jalan persekutuan Sabah, Sarawak dan Labuan sebanyak RM82 juta; (iv) penyelenggaraan jalan persekutuan Semenanjung Malaysia bukan pavement sebanyak RM30 juta; dan (v) penyelenggaraan rutin jalan persekutuan Semenanjung Malaysia sebanyak RM312,115,000.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Peruntukan itu, untuk makluman Ahli-ahli Parlimen, khusus kepada Ahli Yang Berhormat masih ada. Cuma ia dikelaskan daripada belanja mengurus bertukar pada belanja pembangunan. Maka dengan itu, peruntukan untuk belanja pembangunan B.27, KKR telah diperuntukkan untuk tahun 2022 sebanyak RM6.83 bilion maka itulah diakibatkan pertambahan sebanyak RM395 juta berbanding dengan RM6.088 bilion yang telah diterima pada tahun yang lalu. Belanja pembangunan ini merangkumi...

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

Boleh saya minta laluan? Tanjong Malim.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Silakan.

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Cuma saya hendak bertanya, kenapa penyelenggaraan jalan itu boleh dimasukkan sebagai peruntukan pembangunan? Maintenance is not development. Boleh Yang Berhormat Menteri beri jawapan? Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Kita sudah memohon untuk peruntukan ini kepada Kementerian Kewangan supaya kerja-kerja ini boleh diteruskan tetapi kita difahamkan oleh Kementerian Kewangan bahawa kod itu telah dipinda daripada OE kepada DE. Maka itu adalah keputusan dari Kementerian Kewangan. Bagi KKR, ini masih juga membolehkan KKR untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut. Saya sambung juga, tadi belanja pembangunan ini merangkumi 170 butiran projek-projek pembangunan. Sebanyak 151 adalah butiran projek sedia ada atau sambungan yang diperuntukkan sebanyak RM6.014 bilion. Manakala 19 butiran projek pembangunan iaitu dua projek bukan fizikal dan 12 projek fizikal adalah projek baru. Ini juga termasuk lima butiran penyelarasan semula belanja mengurus (OE) kepada belanja pembangunan (DE) yang telah saya sebutkan tadi sebanyak RM469 juta. Sekarang saya ingin menyentuh kepada isu permohonan jalan baharu, penyelenggaraan dan pembaikan jalan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Jerantut, Yang Berhormat Libaran khususnya di Kampung Memanjang, Yang Berhormat Kapar berkaitan dengan jalan-jalan ke sekolah, Yang Berhormat Kalabakan berkaitan Jalan Kalabakan yang sebenarnya masih berstatus jalan negeri dan Yang Berhormat Padang Serai yang menyentuh pasal jalan-jalan ke hospital ataupun klinik di kawasan luar bandar. Untuk makluman semua Ahli Yang Berhormat, saya ingatkan sekali lagi bahawa bidang kuasa KKR adalah berkaitan dengan jalan Persekutuan sahaja. Prosedur bagi permohonan projek membina jalan baharu ataupun menaik taraf jalan Persekutuan sedia ada adalah melalui kerajaan negeri berdasarkan senarai keutamaan negeri yang dikemukakan kepada kementerian ini melalui penyelarasan antara bahagian ataupun Unit Perancang Ekonomi Negeri dan Jabatan Kerja Raya (JKR). Senarai cadangan projek ini akan melalui proses tapisan di kementerian di mana ia akan dinilai dan diteliti berdasarkan kriteria penilaian terutamanya perancangan dalaman kementerian seperti yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya atau Highway Network Development Plan atau singkatannya HNDP. Bagi cadangan projek yang tiada dalam HNDP, masih boleh dimohon untuk diangkat bagi pertimbangan agensi pusat sekiranya projek berkenaan menjadi keutamaan kerajaan negeri dan disertakan dengan justifikasi permohonan projek yang kukuh. Sehubungan dengan itu, saya menyeru kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah bangkitkan isu pasal permohonan tadi ataupun untuk diwartakan sebagai jalan persekutuan ataupun projek baharu supaya membawa cadangan projek yang ingin dimohon kepada pihak kerajaan negeri terlebih dahulu. Supaya projek berkenaan dapat dipertimbangkan dalam senarai keutamaan negeri untuk dikemukakan kepada Kementerian KKR.

Sedikit, sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Pengerusi, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ya.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Silakan.

Saya hanya hendak buat penjelasan. Mohon penjelasan dari Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana macam saya katakan tadi Jalan FT1508 ini sering kali saya bangkitkan. Dalam RMKe-12 kata masuk dalam Rolling Plan Kedua. Tiba-tiba RMKe-12, hilang terus. Jadi, saya hendak mohon penjelasan dari Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah bermakna kerajaan negeri tidak meletakkan jalan ini di bawah senarai keutamaan negeri? Kalau itu jawapannya, insya-Allah saya akan berurusan dengan kerajaan negeri melalui wakil rakyat di kawasan berkenaan, ADUN, untuk dibawa balik dikemukakan kepada kerajaan negeri agar diangkatkan sebagai senarai negeri sebab jalan ini penting untuk imej Kerajaan Persekutuan juga pada saya. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Jerantut.

Sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri, Kalabakan.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Kalabakan. Sila.

Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebagai Ahli Parlimen dari Sabah mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri juga faham keadaan di Sabah. Jadi, saya ingin bertanya, adakah cadangan-cadangan dari Kerajaan Negeri Sabah untuk kita bekerjasama dengan Kementerian Kerja Raya di Semenanjung ini di Persekutuan, untuk membaiki jalan-jalan di Sabah? Jadi, kita mahu melihat satu pembaharuan dalam pentadbiran kerajaan baharu ini. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, Yang Berhormat Kalabakan. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Terima kasih Yang Berhormat Jerantut dan Yang Berhormat Kalabakan. Seperti mana yang saya katakan tadi, saya akan menjawab isu itu secara umum dahulu. Akan tetapi sebenarnya Yang Berhormat Jerantut ini saya nampak sudah buat kerja rumahnya dan kebanyakan jalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jerantut adalah jalan Persekutuan, Maka saya ada butir-butirnya di sini tetapi seperti mana yang saya katakan tadi saya akan menjawab secara spesifik...

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

..Sekiranya masa mengizinkan. Sehubungan dengan itu, saya menyeru kepada semua Ahli Yang Berhormat untuk mengusahakan supaya projek-projek yang dikira mendesak dapat dimasukkan dalam senarai kerajaan negeri untuk dikemukakan kepada kementerian ini. Tuan Pengerusi, saya akan beralih pada isu berkaitan dengan jenis dan skop kerja penyelenggaraan yang dibangkitkan Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Taiping dan juga Yang Berhormat Klang. Seperti mana keadaannya dengan proses permohonan projek tadi, aspek penyelenggaraan jalan juga termaktub dalam bidang kuasa mengikut status jalan tersebut. Seperti mana Yang Berhormat sedia maklum, skop kerja penyelenggaraan jalan persekutuan terbahagi kepada tiga. Pertama, adalah penyelenggaraan rutin. Ini merangkumi penyelenggaraan pavement, penyelenggaraan bahu jalan dan potong rumput yang juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jerai tadi, sebanyak sembilan kali setahun kerana ini sekarang bergantung kepada peruntukan yang telah diluluskan. Akan tetapi kita sedang usahakan untuk menambahkan lagi frekuensi untuk pemotongan rumput ini. Perabot jalan juga masuk, mencuci jambatan, pembetung dan mencuci longkang seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Klang tadi, kita mengambil serius isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Klang. Kita akan check jadual pembersihan longkang tersebut. Pertama, adakah itu termasuk di dalam jajaran persekutuan ataupun negeri ataupun majlis dan saya akan bagi secara bertulis. Saya akan check untuk Yang Berhormat Klang. Pemeriksaan secara rutin yang dilaksanakan setiap bulan berdasarkan bilangan pusingan kerja yang telah ditetapkan dalam kontrak perjanjian. Kedua, adalah penyelenggaraan berkala iaitu merangkumi penyelenggaraan berkala pavement yang meliputi kerja-kerja turapan jalan seperti menurap semula permukaan jalan dan penyelenggaraan berkala bukan pavement yang meliputi kerja-kerja selain daripada turapan jalan seperti mengecat garisan jalan, membaik pulih pembetung, mengganti papan tanda dan lain-lain. Ketiga, adalah kerja-kerja kecemasan termasuk notice of defect (NOD). Ini pula meliputi kerja membersihkan pokok-pokok yang tumbang, kawalan trafik semasa kerosakan atau runtuhan jalan, membersihkan tanah runtuh dan juga papan tanda amaran semasa banjir. Untuk makluman, yang...

Yang Berhormat Timbalan Menteri. Klang, di depan, depan.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Klang.

Okey terima kasih. Tadi saya telah membuat satu recommendation iaitu untuk memberikan RM6 juta kepada JKR Daerah Klang. Saya bangkit isu ini bukan saya tidak ada kerja lain sebab kalau kita pergi ke parit- parit dan juga longkang-longkang JKR sendiri, kita dapati bahawa botol-botol, batu, sampah dan sebagainya tak boleh tahan. Sekarang kalau kita pergi ke Facebook ada ramai penghuni Klang menghantar gambar itu terus kepada saya dan juga ini menjadi public information. So saya minta kepada pihak kerajaan untuk instantaneously make a

grant of RM6 million to JKR Daerah Klang, supaya mereka dapat membersihkan. Kalau tidak, longkang itu akan sumbat, itulah jadi banjir, orang marah dan juga loss of property. So, minta pandangan Yang Berhormat Menteri. Adakah kerajaan boleh membuat sumbangan itu sekarang.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Kita boleh mempertimbangkan sekiranya permohonan itu sampai kepada kita ataupun kepada pihak yang boleh melakukan kerja- kerja kecemasan seperti ICU dan sebagainya.

...Klang- for you to look at the place.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

That’s why I kata tadi. Okey Klang tidak apa.

Saya minta apa Yang Berhormat Menteri...

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Saya faham soalan itu.

...datang ke Klang, saya jemputlah. Datang ke Klang, saya sendiri akan membawa Yang Berhormat Menteri kepada semua kawasan yang harus dibersihkan. So, you will know what was happening.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Pensiangan

Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Yang Berhormat, Padang Serai.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Saya faham Ahli Yang Berhormat hanya menyuarakan masalah di kawasan. Kita akan ambil perhatian. Terima kasih Yang Berhormat Klang.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Yang Berhormat Menteri, Padang Serai.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Okey, dipersilakan.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Pengerusi, apa yang berlaku kerana banjir dan longkang sudah sumbat sebab semasa mereka mesin rumput, tidak dibersihkan. Apabila hujan, rumput- rumput itu masuk dalam longkang dan sumbat. Ini perlu diambil perhatian serius. Dan juga sampah sarap tepi jalan banyak, banyak kali saya buat kompelin, aduan dan sebagainya. Mesti dibersihkanlah. Bila hujan semua masuk dalam longkang dan sumbat. Dan selenggaraan longkang ini I ingat very slow. Banyak tempat tengok sudah rumput sudah masuk dalam, kita pun tidak tahu ada longkang kah tidak ada longkang. Bila kita masuk baru tahu ada longkang situ. Macam itu sudah tutup sudah. So harus buat kajian balik, JKR-JKR di tempat masing-masing turun, dan buat tinjauan dan buat pembersihan. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Seperti mana yang dikatakan tadi, sekiranya ada permohonan yang mendesak, mungkin kita boleh terima permohonan itu, dan mencari peruntukan melalui arahan kerja dan sebagainya, supaya kita boleh mengatasi itu dengan serta-merta.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Teruskan Yang Berhormat Menteri.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Seperti mana yang saya katakan tadi, melalui NOD ataupun notice of defects ini pihak JKR akan menyenaraikan program penyelenggaraan pembaikan kerosakan mengikut keutamaan, kritikal dan keperluan mendesak. Pelaksanaan program penyelenggaraan ini adalah tertakluk kepada kelulusan peruntukan daripada Kementerian Kewangan, dan Senarai Keutamaan Kerja program pembaikan jalan yang telah dirangka bagi tahun 2022. Sekarang saya ingin beralih kepada isu Lebuhraya Pan Borneo, Sabah.

Yang Berhormat Menteri. Mengenai penyelenggaraan dan keperluan kritikal. Kita berterima kasih Timbalan Pengerusi mempengerusikan Mesyuarat sekarang. Timbalan Pengerusi tahu keadaan kritikal, kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang...

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Faham.

Sudah sangat-sangat kritikal.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik.

Dalam perbahasan saya, saya telah tanya tentang perbelanjaan projek-projek baharu, jalan-jalan baharu di Pulau Pinang di mana Timbalan Pengerusi ketika menjadi ADUN kawasan itu tahu, dan sekarang Kerajaan Pulau Pinang dalam inisiatif sendiri telah pun merancakkan pembinaan jalan raya, paired road, the elevated highway daripada Balik Pulau ke Bukit Gedung. So, persoalan saya adalah kenapa tidak perkara-perkara ini, bila perkara ini akan dirancang. Bukankah Pulau Pinang juga dalam Persekutuan Malaysia. Kenapa tidak JKR memberi perhatian kepada perkara ini. Kenapa tidak Kerajaan Persekutuan memberi perhatian kepada masalah penyelenggaraan lalu lintas di Pulau Pinang. Kenapa perlu semua inisiatif pembinaan jalan-jalan baru bagi menyelesaikan masalah ini hanya ditanggung oleh Kerajaan Pulau Pinang. Bila cukai dibayar, Pulau Pinang merupakan negeri ketiga, keempat pembayar cukai terbanyak hasilnya kepada Kerajaan Persekutuan, tetapi berkenaan dengan urusan lalu lintas, kesesakan lalu lintas, pembinaan jalan-jalan baru, langsung tidak ada sebarang perhatian daripada Kerajaan Persekutuan. Ini rayuan saya, permintaan saya.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong.

Saya juga percaya, Tuan Pengerusi saya minta maaf. Sepatutnya Yang Berhormat Menteri hadir untuk menjawab. Saya tidak tahulah sama ada Yang Berhormat Menteri sibuk berkempen di Sarawak. Kami dihalang untuk pergi ke Sarawak. Yang Berhormat Menteri berkempen di Sarawak. Perkara-perkara melibatkan lalu lintas, pembinaan jalan-jalan baru dan sebagainya, perlu diberi perhatian.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Kementerian KKR akan mempertimbangkan semua senarai cadangan projek yang dikemukakan oleh kerajaan-kerajaan negeri dan untuk diangkat kepada agensi pusat untuk dipertimbangkan dengan mengambil kira kriteria projek untuk kelulusan. Sekarang saya ingin menyentuh fasal Lebuhraya Pan Borneo Sabah dan juga Sarawak. Isu ini telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tanjung Malim, Kota Kinabalu dan juga Sepanggar. Pelaksanaan projek Fasa 1 bagi Lebuhraya Pan Borneo Sabah dengan anggaran jarak keseluruhan 706 kilometer telah dibahagikan kepada 35 pakej kerja, di mana kaedah asal pelaksanaan projek ini melalui rakan pelaksana projek ataupun projek delivery partner (PDP) dan telah mula pada tahun 2016. Ini berkaitan dengan Lebuhraya Pan Borneo di Sabah. Walau bagaimanapun, kaedah pelaksanaan telah berubah susulan penamatan perjanjian PDP pada September 2019, yang turut memberi kesan kepada pentadbiran projek dan perumahan kontrak secara keseluruhannya di mana KKR mengambil alih pelaksanaan projek dengan JKR Sabah sebagai Pegawai Penguasa Projek. Sehingga kini 12 pakej kerja telah dibuat pelantikan kontraktor bagi tujuan kerja- kerja pembinaan dengan status kemajuan pembinaan sehingga Oktober 2021, bagi pakej kerja yang telah dimulakan adalah 62 peratus, dan dijangka siap pada Disember 2023.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Kerja-kerja pembinaan bagi tiga pakej kerja baru yang melibatkan laluan daripada Sandakan mile 32 sehingga Sungai Bauto juga telah bermula pada Oktober tahun ini dan dijangkakan siap pada Oktober 2024. Manakala satu buah pakej kerja baru yang melibatkan laluan daripada Serusuk ke Pituru pula telah diperuntukkan di dalam Rolling Plan Pertama, Rancangan Malaysia Yang Kedua Belas, dan dijangka akan ditender pada suku tahun pertama 2022. Ini merupakan tambahan kepada bajet untuk Lebuhraya Pan Borneo Sabah. Ini menjadikan keseluruhan 16 buah pakej kerja yang akan dilaksanakan buat masa ini dan kos keseluruhan sebanyak RM10.849 bilion. Bagi projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak pula...

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Ya Yang Berhormat Menteri. Kota Kinabalu. Ya soalan saya, kerana Yang Berhormat Menteri KKR pernah jawab di Dewan yang mulia ini bahawa kerajaan akan mengkaji selidik, apakah cara yang lebih baik untuk menyegerakan pembinaan lebuh raya ini sama ada PFI yang selalu yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kinabatangan, atau cara konvensional sekarang, ataupun balik kepada cara yang menggunakan DanaInfra untuk mendapatkan bon dan sukuk, so, apakah solusi sekarang?

Yang Berhormat Menteri, berkaitan. Dari Sepanggar. Okey, dalam soalan saya, saya ada bertanya dengan Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan – saya dimaklumkan bahawa Sarawak telah pun diterbitkan bon ataupun sukuk bagi kerja-kerja mempercepatkan penyiapan pelaksanaan projek Pan Borneo. Tetapi saya difahamkan di Sabah tidak. Sebab itu kita ingin bertanyalah Yang Berhormat selaku Ahli Parlimen daripada yang berasal dari Sabah, kita ingin bertanya apa sebab Sabah tidak disediakan bon ataupun sukuk bagi melaksanakan dan mempercepatkan projek Pan Borneo yang telah pun berlarutan sejak sekian lama ini. Jadi saya harap Yang Berhormat Menteri dapat menjawab soalan ini. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Sepanggar. Sila.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Okey terima kasih. Sebenarnya tujuan project delivery partner ataupun PDP diwujudkan dahulu adalah untuk berfungsi sebagai one- stop center untuk melaksanakan perolehan dan bertanggungjawab terhadap keseluruhan projek itu. Jadi apabila project delivery partner itu telah dibatalkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan dan juga Warisan, maka terdapat implikasi dia. Yang pertama merupakan perubahan pentadbiran projek, dan perubahan kontrak, dan yang kedua ini memerlukan penambahbaikan kapasiti JKR Sabah, dan juga Sarawak. Jadi ini antara sebab yang telah melambatkan proses pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Sabah.

Minta penjelasan bagi pihak rakan-rakan kita. Siapa yang batalkan, projek apa yang dibatalkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan dan Warisan, boleh dijelaskan sekali lagi?

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Minta penjelasan. Sila.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Saya telah katakan tadi, itu struktur project delivery partner (PDP), sistemnya yang telah dibatalkan, bukan projek yang dibatalkan. Maka dengan itu, sekarang kita sedang mencari kaedah yang terbaik untuk memastikan bahawa Lebuhraya Pan Borneo Sabah ini dapat disiapkan. Pertama, kerajaan telah mewujudkan satu jawatankuasa bersama di antara Kementerian Kewangan, EPU dan juga KKR dan jawatankuasa ini akan mengkaji kaedah yang terbaik untuk memastikan bahawa Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1 dapat disiapkan dalam masa yang paling singkat. Jadi, antara cadangan yang telah disebut adalah PFI dan kemungkinan itu juga akan dipertimbangkan oleh jawatankuasa tersebut.

Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri. Okey, terima kasih. Yang Berhormat Menteri sebut tadi tentang sewaktu Kerajaan Pakatan Harapan dan Warisan, kita meminta kepada kerajaan untuk distrukturkan semula daripada konsep PDP kepada konsep menyerahkan tanggungjawab itu kepada JKR Sabah. Yang Berhormat lupa untuk menyatakan bahawa dengan melantik PDP ini juga akan memberi implikasi kewangan yang cukup besar kepada kerajaan. Oleh sebab itulah Kerajaan Pakatan Harapan dan Warisan mengambil kira bebanan kewangan kerajaan, maka kita melantik agensi kerajaan yakni JKR untuk melaksanakan projek ini rather than memberikan tanggungjawab itu kepada syarikat swasta. Itu sebenarnya kenapa sebab Warisan dan Pakatan Harapan dahulu memilih untuk membatalkan PDP dan memberikan pelaksanaan itu kepada JKR Sabah.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Sepanggar. Sila.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Yang Berhormat Menteri, sorry. Ini kerana berbanding dengan Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak, memang Sabah lebih lambat atau lebih lewat pembinaannya sedangkan Sarawak pun juga melalui proses pertukaran daripada PDP kepada cara yang konvensional yang akan dikendalikan oleh JKR. So, apakah faktor yang sebenarnya menyebabkan Sabah lebih lewat daripada Sarawak?

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Kota Kinabalu.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Itu kemungkinan sebab Sarawak tidak ada pertukaran kerajaan negeri, tetapi Sabah ada pertukaran kerajaan negeri. Antara satu sebab yang menyebabkan daripada perubahan dasar tersebut. Juga sebagai maklumat tambahan, Lebuhraya Pan Borneo Sarawak sebenarnya ada mula sedikit awal dari Lebuhraya Pan Borneo Sabah. Di Sarawak, mereka mula pembinaannya pada Oktober 2015 dan di Sabah hanya bermula pada Jun 2016. Maka dengan itu, saya beralih kepada status Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak.

Yang Berhormat Menteri ...

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Tidak boleh. Saya ingat, saya minta Yang Berhormat Menteri teruskan.

Yang Berhormat Menteri, berkenaan dengan langkah-langkah yang perlu diambil bagi menjamin keselamatan pengguna-pengguna motosikal. Saya telah membangkitkan perkara ini di seluruh negara, di Pulau Pinang, kita lihat kemalangan melibatkan motosikal dan kenderaan-kenderaan berat makin meningkat. Jadi, saya telah minta supaya dalam belanjawan kali ini, perhatian juga diberikan kepada pembinaan bonggol-bonggol jalan untuk mengurangkan kelajuan kenderaan- kenderaan berat, memasang lampu-lampu jalan raya untuk memastikan penunggang- penunggang motosikal sentiasa diberi perhatian, keselamatan mereka terjamin. Jadi saya minta kalaupun tidak dapat jawab perkara-perkara itu, minta supaya jawapan bertulis diberikan. Lebih penting daripada jawapan bertulis diberikan, saya minta Yang Berhormat Menteri dan kementerian dan semua kakitangan memberi perhatian bagi mengutamakan keselamatan penunggang-penunggang motosikal. Ini kerana rata-rata sejak kebelakangan ini, kita lihat banyak yang maut akibat kemalangan jalan raya terutamanya melibatkan motosikal. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Sila...

Sedikit, sedikit Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri belum jawab soalan saya yang tentang bon itu. Adakah benar Sarawak telah diberikan bon dan Sabah masih belum? Terima kasih.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Saya difahamkan bahawa DanaInfra bagi pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak tidak dibatalkan tetapi bagi Sabah, ia dibatalkan dan itu juga antara sebab kenapa project’s financing bagi Sarawak ini lebih lancar berbanding dengan Sabah. Jadi, saya ingin juga melaporkan progress pembinaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak yang telah bermula pada Oktober 2015 meliputi 11 pakej kerja dengan jajaran sepanjang 786 kilometer daripada Telok Melano ke Miri, satu pakej kerja iaitu Pakej Telok Melano ke Sematan yang telah siap sepenuhnya pada bulan Januari tahun 2019 dan Seksyen Julau bagi Pakej Kerja 07 dari persimpangan Bintangor ke persimpangan Julau telah siap pada Oktober 2021 dan Seksyen Serian bagi Pakej Kerja 03 dari Bulatan Serian ke Balai Ringin telah siap pada 4 Disember 2021. Status kemajuan pembinaan sehingga November 2021 bagi 10 pakej kerja iaitu dari Sematan ke Miri yang kini sedang giat dilaksanakan adalah sebanyak 74 peratus dengan jangkaan siap keseluruhan pada penghujung tahun 2022. Seterusnya saya ingin menyentuh pasal isu cerun yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Taiping dan Yang Berhormat Bachok kerana isu ini merupakan isu yang panas yang juga masuk dalam berita baru-baru ini terutamanya tanah runtuh di Cameron Highlands dan juga di Jalan Simpang Pulai. Bagi tanah runtuh di Cameron Highlands, untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat, konsesi sudah masuk untuk buat kerja-kecemasan dan ini kerja di sana telah termasuk dalam senarai keutamaan bagi tahun yang akan datang untuk membuat kajian terperinci untuk mengurangkan lagi risiko dalam masa yang akan datang. Laluan daripada Cameron Highlands ini sudah dibuka di sebelah dekat Simpang Pulai. Berkaitan pula dengan tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai, Kementerian Kerja Raya juga turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa kejadian tanah runtuh. Kerja-kerja kecemasan juga sedang giat dijalankan oleh pihak konsesi dan kajian untuk mereka bentuk yang baharu sedang dibuat untuk menguatkan struktur cerun untuk mengurangkan risiko tanah runtuh pada masa-masa yang akan datang. Kedua-dua projek ini akan masuk dalam senarai keutamaan untuk tahun 2022. Saya ingin juga menyentuh untuk jawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kalabakan sebab kebetulan kedua-dua isu yang dibangkitkan ini berkaitan dengan kawasan saya. Untuk maklumat, projek jalan Sapulut ke Pagalungan adalah projek di bawah KPLB, bukan di bawah Kementerian Kerja Raya. Akan tetapi saya telah buat pengumuman itu atas kapasiti saya sebagai Ahli Parlimen kawasan tersebut, bukan atas kapasiti saya sebagai Timbalan Menteri. Kedua, saya ingin memperbetulkan sedikit tentang CIQS itu, yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan dalam belanjawan adalah PGA ataupun Pos Kawalan Pasukan Gerakan Am di Pagalungan, Sabah bukan CIQS. Ini adalah di bawah bidang kuasa KDN dan MKN, bukan diumumkan oleh KKR. Ia disentuh oleh saya atas kapasiti saya sebagai Ahli Parlimen dan bukan Timbalan Menteri KKR.

Yang Berhormat Menteri, sedikit Yang Berhormat Menteri, Kalabakan. Baru-baru ini ada siaran dalam TV, Timbalan Menteri mengumumkan pembinaan CIQS. Ini semua orang tahu ini. Semua orang tanya sama saya, kenapa CIQS akan bina di Pagalungan, bukan di Serudong, Kalabakan? Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Itulah yang saya cakap tadi Yang Berhormat Kalabakan, ada kesilapan. Apa yang diumumkan adalah PGA, bukan CIQS. Di sinilah saya repeat ataupun ulangi lagi kebetulan itu. Saya sekarang beralih kepada isu-isu ataupun soalan yang dibangkitkan yang pertama, oleh Yang Berhormat ...

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Timbalan Menteri, masa sudah tamat. Hendak tambah?

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Habis masa? Sebenarnya jawapan-jawapan selepas ini adalah jawapan secara terperinci dan spesifik. Jadi, sekiranya Tuan Pengerusi mengizinkan, saya akan jawab secara bertulis.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik. Elok bertulis.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Maka dengan itu, saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat, yang saya tidak sempat menjawab dalam sesi ini saya akan jawab secara bertulis. Sekian dan terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan itu.

Tuan Pengerusi, mohon jawapan secara bertulis lima hari. Jawapan bertulis dalam tempoh lima hari.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Dalam tempoh lima hari. Itu memang standard kita.

Sebab kami tidak dapat lagi jawapan bertulis.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Tempoh lima hari bekerja. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM823,509,000 untuk Kepala B.27 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2022 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.27 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.27 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2022 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.27 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi esok, Rabu, 8 Disember 2021. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.10 petang]

Kamar KhasSpecial Chamber

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Menggubal Akta Skim Perumahan Masyarakat LadangSpecial Chamber

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Masyarakat pekerja ladang telah memainkan peranan utama dalam membangunkan ekonomi negara. Namun, setelah 64 tahun merdeka, masyarakat pekerja ladang masih miskin dan terpinggir daripada arus pembangunan negara.

Syarikat gergasi perladangan bertambah kaya kerana titisan peluh mereka, tetapi malangnya pekerja ladang dihimpit dengan gaji rendah dan taraf kehidupan yang daif.

Antara masalah yang dihadapi oleh masyarakat ladang adalah ketiadaan rumah milikan sendiri. Mereka menduduki rumah ataupun kuarters selagi mereka masih bekerja di ladang tersebut. Apabila pekerja ladang bersara atau dihentikan kerja, pekerja tersebut dikehendaki keluar dari rumah tersebut.

Rungutan pekerja ladang ialah harga rumah di pasaran terlalu tinggi dan tidak boleh dibeli dengan gaji rendah mereka. Malah, ramai pekerja ladang terpaksa bekerja sampingan untuk menampung perbelanjaan keluarga. Skim Perumahan Masyarakat Ladang pernah dibawa oleh Allahyarham Tun Razak pada pertengahan tahun 1970-an, tetapi oleh sebab ia hanya merupakan ‘nasihat’, ia tidak dilaksanakan oleh kebanyakan syarikat-syarikat perladangan.

Hanya National Land Finance Cooperative Society (NLFCS) yang melaksanakan skim tersebut di hampir semua ladang yang dimilikinya.

Terbaharu, Kerajaan Pusat Malaysia bekerjasama dengan syarikat Sime Darby dan melaksanakan Skim Perumahan PPR Sewa-Beli di Ladang Seliau, Negeri Sembilan. Malangnya, skim serupa tidak dilaksanakan untuk keseluruhan warga pekerja ladang. Syarikat-syarikat perladangan adalah antara syarikat terkaya dalam negara kita dan mereka memiliki tanah yang luas. Pelaksanaan skim perumahan untuk pekerja mereka akan mengambil segelintir yang kecil iaitu lebih kurang 0.05 peratus daripada tanah yang mereka miliki.

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

Adakah kerajaan akan pertimbangkan penggubalan satu akta yang mewajibkan semua syarikat perladangan yang memiliki lebih daripada 5,000 ekar untuk melaksanakan skim rumah kos rendah untuk disewa-beli oleh para pekerja ladang yang telah kerja lebih daripada 10 tahun di sektor perladangan. Akta tersebut harus juga mengandungi klausa yang membolehkan kerajaan mengambil sedikit tanah ladang untuk melaksanakan skim perumahan tersebut sekiranya syarikat perladangan gagal menawarkan rumah sewa-beli kepada para pekerjanya dalam jangka masa empat tahun selepas akta digazet. Sekian, terima kasih.

Datuk Haji Awang bin HashimPAS · PNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Pendang

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Minta izin, untuk – [Membuka pelitup muka] Tuan Yang di-Pertua, buat masa ini tiada akta yang mewajibkan syarikat perladangan yang memiliki lebih daripada 5,000 ekar untuk melaksanakan skim rumah kos rendah untuk disewa-beli oleh para pekerja ladang yang telah bekerja lebih daripada 10 tahun dalam sektor perladangan.

Walau bagaimanapun, kerajaan telah memperkenalkan Skim Khas Pembiayaan Rumah Pekerja Estet (SKRE) di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 bagi mengurangkan beban kewangan pekerja estet untuk memiliki kediaman dan skim tersebut mula dilaksanakan pada tahun 2012. Objektif utama skim ini adalah bagi meningkatkan kebajikan pekerja estet dengan menyediakan kemudahan bagi membolehkan pekerja estet memiliki rumah sendiri. Ia juga merupakan satu bentuk jaminan kebajikan pekerja estet setelah tamat perkhidmatan atau bersara.

Di samping itu, skim ini dapat menggalakkan pekerja tempatan bekerja di ladang khususnya golongan belia. Di bawah skim ini, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia telah diperuntukkan geran berbentuk dana pusingan

(revolving fund) sebanyak RM50 juta yang disalurkan melalui Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri kepada Bank Simpanan Nasional. Dalam konteks ini Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia bertindak sebagai agensi pelaksana dan Bank Simpanan Nasional pula bertindak sebagai agensi mengurus hal pembiayaan.

Selanjutnya, pembelian hartanah terbuka kepada pembelian hartanah baharu atau rumah terpakai (sub-sale) dengan nilai semasa atau harga belian tidak melebihi RM250,000 tertakluk kepada jumlah pembiayaan. Pekerja estet juga boleh memohon pembiayaan untuk membina rumah di atas tanah persendirian sama ada milik sendiri, pasangan, ibu bapa atau anak atau di atas tanah yang disediakan oleh majikan iaitu majikan ladang tertakluk kepada jumlah pembiayaan maksimum RM150,000.

Skim ini juga menawarkan kadar faedah terendah iaitu sebanyak 2.0 peratus (dua peratus) bagi baki bulanan dan pekerja boleh memohon untuk pinjaman dua generasi iaitu bersama anak yang bekerja dan mempunyai pendapatan tetap. Sejak skim ini diperkenalkan pada tahun 2012 sehingga Disember 2020, 305 orang pekerja estet telah berjaya memiliki rumah dengan kelulusan peruntukan sebanyak RM25.4 juta. Untuk makluman, skim ini telah tamat pada 31 Disember 2020. Sehingga 22 November 2021, pihak Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri sedang meneliti permohonan oleh

Datuk Haji Awang bin HashimPAS · PNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Pendang

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia untuk meneruskan pelaksanaan program ini di bawah Rancangan Malaysia Ke-12. Sekian, terima kasih.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Masalah Bekalan Air yang Bukan Sahaja Sering Terganggu Malah Berbau Masin dan Disyaki Dicemari Bahan Minyak di Bagan PanchorSpecial Chamber

Tuan Teh Kok LimDAP · PHTaiping

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Taiping rasa terpanggil untuk membangkitkan isu masalah bekalan air yang telah berulang kali kami bangkitkan di semua peringkat pentadbiran selama beberapa tahun kebelakangan ini.

Untuk makluman Kementerian Alam Sekitar dan Air, masalah gangguan bekalan air di Bagan Panchor telah lama berlaku. Pada peringkat awal, ramai yang menuduh industri memproses hasil laut yang melibatkan proses sejuk beku yang memerlukan bekalan air yang amat banyak, antaranya untuk proses membuat ais. Pada ketika itu, masalah yang dihadapi hanya setakat gangguan terputus bekalan atau tekanan bekalan air yang rendah sepanjang masa. Banyak aduan telah dibuat, tetapi pihak LAP Negeri gagal menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Dukacitanya, isu gangguan bekalan tersebut telah berlarutan sehingga kini, malahan semakin teruk keadaannya pada kebelakangan ini. Dimaklumkan bahawa, kini bekalan air paip yang diterima bukan sahaja lemah tekanannya, malahan berbau masin dan lebih teruk lagi kelihatan terdapat pencemaran bahan minyak. Banyak aduan telah dipanjangkan ke LAP daerah dan juga pihak berkuasa negeri. Dukacitanya, sehingga kini masih tiada penyelesaian kepada masalah yang dihadapi sepanjang masa ini.

Menurut maklumat yang diterima, adalah dipercayai bahawa saluran paip telah bocor dan tenggelam dengan dalam sekali sehingga tidak dapat diperbaiki.

Taiping amat mengambil berat masalah ini dan mencadangkan pihak kementerian bantu menggantikan saluran paip yang rosak dan bocor itu dengan saluran paip yang baharu demi kepentingan kesihatan dan kesejahteraan penduduk-penduduk di kawasan Bagan Panchor. Diminta juga membuat kajian untuk mengasingkan saluran bekalan domestik daripada saluran bekalan komersial iaitu paip berasingan untuk domestik dan komersial. Sekian, terima kasih.

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNMenteri Alam Sekitar dan Air · Kubang Kerian

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Ahli Parlimen Taiping yang membangkitkan isu setempat untuk perhatian kementerian.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bahawa kawasan Bagan Panchor merupakan kawasan yang paling hujung dalam sistem bekalan air yang diambil daripada loji rawatan air terjun yang berkapasiti 27 juta liter sehari dan terletak lebih kurang 18.5 kilometer dari pekan tersebut. Terdapat 230 akaun pengguna aktif di kawasan ini. Daripada jumlah ini, 102 adalah pengguna domestik manakala baki 128 adalah pengguna komersial. Tekanan air yang dibekalkan kawasan ini ialah sebanyak 1.5 bar, ia melebihi 0.5 bar daripada bacaan tekanan

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNMenteri Alam Sekitar dan Air · Kubang Kerian

minimum 1.5 bar yang telah ditetapkan oleh suruhanjaya. Ini bermaksud bahawa jumlah tekanan air ialah mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh suruhanjaya.

Isu tekanan air rendah – dilihat ada tiga faktor utama yang berlaku, pertama, berdasarkan rekod Lembaga Air Perak, masalah tekanan air rendah kerap berlaku berpunca daripada penggunaan pam air selepas meter oleh pemilik dan penghuni premis. Hal ini menyebabkan pengguna di penghujung Bagan Panchor sering kali menerima masalah tekanan air rendah. Faktor kedua yang dikenal pasti oleh Lembaga Air Perak ialah sebahagian premis domestik dan komersial tidak mempunyai tangki simpanan bekalan air bagi menampung kapasiti air pada setiap hari.

Faktor ketiga ialah masalah kecurian air yang dibuat penyambungan tanpa kebenaran pada paip utama iaitu sebelum meter, Lembaga Air Perak yang dibenarkan, dibina di lantai konkrit di atasnya menyebabkan kes kecurian air di kawasan Bagan Panchor ini sukar dikesan. Untuk makluman, kadar NRW di kawasan ini sangat tinggi iaitu 70 peratus. Ini bermakna yang mampu dibekalkan kepada pengguna hanya 30 peratus. Kebocoran dan faktor illegal ini antara faktor dikenal pasti punca kenapa 70 peratus diletakkan di bawah kadar NRW.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tindakan penguatkuasaan hingga ke peringkat pendakwaan telah pun diambil oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara bagi kes kecurian air hasil aduan daripada pihak Lembaga Air Perak sebelum ini. SPAN telah pun mendakwa seorang pengusaha air batu di Bagan Panchor di Mahkamah Sesyen Taiping pada 21 Februari 2018 dan telah pun disabitkan kesalahan di bawah seksyen 123(1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655] serta dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM20,000 oleh pihak mahkamah.

Berkenaan isu air berbau masin dan dicemari bahan minyak – Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Dewan yang mulia, untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, masalah ini berpunca daripada kebocoran paip komunikasi jenis HDPE bersaiz 25 milimeter selepas meter air Lembaga Air Perak yang menjadi tanggungjawab pemilik premis sendiri. Kebanyakan paip-paip ini dipasang secara tidak sistematik dan terendam dalam kawasan air laut yang berada di bawah perkampungan air. Terdapat pusat simpanan minyak diesel berhampiran kawasan perkampungan air di Bagan Panchor ini disyaki air yang bercampur minyak ini berpunca daripada tumpahan minyak diesel yang berlaku di sekitar kawasan tersebut.

Penggunaan pam yang berleluasa di kawasan perkampungan ini turut menyebabkan air bercampur dengan air laut dengan kesan tumpahan minyak diesel dan disedut bersama melalui paip komunikasi HDPE tadi yang bocor, sehingga ke premis pengguna. Itu antara sebab kenapa air tersebut berbau masin dan mengandungi kandungan minyak. Ini kerana sedutan pam yang dipasang oleh pengguna dan ada kebocoran paip. Apabila dia pasang pam, ia akan menyedut air di luar daripada sistem paip yang sedia ada.

Tindakan yang dibuat ialah untuk makluman, pertama, pihak kementerian sedang memandang serius isu ini dan kita bersama dengan Lembaga Air Perak akan membuat pemantauan yang serius di kawasan ini, khusus terhadap apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Untuk makluman, paip utama Lembaga Air Perak telah pun diganti baharu sebanyak dua kali pada tahun 2007 dan tahun 2011 sepanjang 2.8 kilometer. Paip yang dipasang bersaiz 160 milimeter bagi mengatasi masalah kebocoran dan penyambungan tanpa kebenaran tadi.

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNMenteri Alam Sekitar dan Air · Kubang Kerian

Selain daripada itu, pihak Lembaga Air Perak juga sentiasa memantau dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas tekanan air di kawasan Bagan Panchor melalui pemantauan pressure reducing valves (PRV). Seterusnya, pihak pemilik premis juga terutama yang menggunakan air batu, kedai-kedai komersial ini dicadangkan untuk mereka memohon saiz meter yang bersesuaian dengan keperluan mereka supaya dimajukan kepada Lembaga Air Perak untuk kepentingan dan kelulusan pengguna-pengguna lain.

Selain daripada itu, premis juga menyediakan tangki simpanan bekalan air dan pihak suruhanjaya akan mengadakan perbincangan dengan Lembaga Air Perak untuk kita menyediakan satu tangki service tank yang agak besar bagi keperluan pengguna di kawasan tersebut. Kita akan meningkatkan penguatkuasaan di kawasan itu untuk memantau sejauh mana berlakunya kecurian pada air dan penggunaan yang melanggar peraturan terutama pemasangan pam tanpa ada tangki. Peraturannya, setiap pemasangan pam mesti menyediakan tangki. Kalau ia direct, ia akan memberi kesan kepada pengguna- pengguna lain.

Jadi, itu antara tindakan segera yang akan kita ambil di peringkat Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan pada hari esok sehingga jam 2.30 petang, Rabu, 8 Disember 2021. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.49 petang]