Dewan Rakyat · 13 December 2021
15th Parliament, session 4, meeting 2 · 906 turns · 59,941 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir [Setiu] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan perancangan kementerian untuk membantu pembangunan industri angkasa negara dan seterusnya menarik pelaburan dari luar agar terlibat dalam sektor angkasa negara bagi melengkapkan ekosistem angkasa negara.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Setiu atas soalan yang dikemukakan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di dalam membangunkan industri angkasa negara, kerajaan menerusi MOSTI sedang membangunkan satu rangka tindakan sektor angkasa yang komprehensif iaitu Malaysia Space Exploration 2030. Rangka tindakan ini menggariskan strategi untuk tempoh 10 tahun bagi memacu pertumbuhan sektor angkasa negara dan mewujudkan ekosistem angkasa negara yang mampan. Hal ini selaras dengan pelaksanaan Dasar Angkasa Negara 2030 khususnya teras keempat iaitu menyumbang kepada ekonomi dan kesejahteraan negara. Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat empat inisiatif utama yang sedang dirancang dan akan dilaksanakan di bawah Malaysia Space-X 2030 iaitu inisiatif pertama Program Pembangunan Satelit Penderiaan Jarak Jauh. Program ini akan dilaksanakan melalui kaedah public-private partnership dengan izin. Ia bertujuan untuk mewujudkan peluang kerjasama strategik antara kerajaan dan industri tempatan dalam pembangunan teknologi satelit buatan tempatan. Program ini berpotensi untuk meningkatkan pertumbuhan industri pembuatan komponen satelit, industri hiliran berasaskan data berteraskan teknologi angkasa dan industri sampingan. Inisiatif kedua pula adalah pelan strategik industri angkasa negara. Di bawah Malaysia Space-X 2030, MYSA akan membangunkan pelan strategik industri angkasa 2030 yang akan menetapkan matlamat, fokus dan keutamaan pelbagai aktiviti teknologi angkasa bagi memacu industri angkasa tempatan agar menjadi lebih kompetitif dan berdaya saing. Inisiatif ketiga pula melibatkan pemerkasaan kapasiti infrastruktur angkasa negara. Kerajaan menerusi MOSTI juga telah membangunkan infrastruktur teknologi maju angkasa bertaraf antarabangsa di bawah seliaan MYSA yang merangkumi fasiliti pemasangan, integrasi dan pengujian satelit. Kedua, fasiliti kawalan misi satelit di Banting serta, yang ketiga, stesen penerima data satelit (remote sensing) di Temerloh. Inisiatif keempat melibatkan pengukuhan kerjasama antarabangsa dalam sektor angkasa. Menyedari perkara ini MOSTI akan mempertingkatkan jaringan kerjasama melalui pemeteraian memorandum persefahaman dengan agensi kecemerlangan di negara-negara maju di dalam bidang teknologi angkasa. Ia bertujuan untuk meningkatkan
keupayaan dalam R&D&C&I termasuk melalui pemindahan teknologi maju berkaitan dengan teknologi satelit, pelancar, sistem antena dan teknologi kecerdasan buatan di dalam memproses big data yang berkaitan dengan pembangunan kepakaran di sektor industri tempatan. Dalam membangunkan industri angkasa negara, kerajaan menerusi MOSTI sedang mengusahakan penggubalan Rang Undang-undang Lembaga Angkasa Malaysia. Rang undang-undang ini juga telah pun dibentangkan di Dewan yang mulia ini dan baru sahaja diluluskan di Dewan Negara pada 9 Disember 2021 yang lalu. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan pertama. Pada 27 September 2021, satu seminar tertutup iaitu Bengkel Pembangunan Stesen Sains Penyelidikan Lunar Antarabangsa telah dianjurkan oleh China National Space Administration (CNSA) dan State Space Corporation Roscosmos di Zhuhai, China. Adakah Malaysia terlibat dengan bengkel ini dan apakah pendirian kerajaan terhadap Artemis Accords? Kenapakah Dasar Angkasa Negara digubal dahulu, kemudian baru digubal RUU Lembaga Angkasa Malaysia?
Ya, terima kasih atas soalan Yang Berhormat. Sememangnya Bengkel Pembangunan Sistem Penyelidikan Lunar Antarabangsa atau dengan izin, Russian-Chinese Joint Seminar on Cooperation in International Lunar Research Station telah dianjurkan oleh China National Space Administration (CNSA) dan State Space Corporation Roscosmos di Zhuhai, China pada September yang lalu. Ia bertujuan membincangkan mengenai penyediaan deklarasi berkaitan cadangan pembangunan Stesen Penyelidikan Lunar Antarabangsa di bulan. Seminar ini telah dihadiri oleh pakar-pakar daripada United Nations Office for Outer Space Affairs (UNOOSA), European Space Agency (ESA), Asia-Pacific Space Cooperation Organization (APSCO) dan beberapa buah negara termasuk seorang pakar dari Malaysia iaitulah Profesor Emerita Datuk Dr. Mazlan binti Othman. Beliau adalah mantan Pengarah United Nations Office for Outer Space Affairs (UNOOSA). Tuan Yang di-Pertua, menjawab mengenai program Artemis Accords yang diterajui oleh National Aeronautics and Space Administration (NASA), Amerika Syarikat adalah merupakan program penerokaan angkasa antarabangsa untuk tujuan aman termasuk penghantaran angkasawan wanita pertama ke bulan pada tahun 2024. Satu perjanjian Artemis telah diwujudkan NASA pada tahun 2020 sebagai panduan aktiviti kerjasama yang akan dilaksanakan melalui perjanjian dua hala dan menjelaskan mengenai kedudukan peruntukan perundangan dan tanggungjawab negara yang menyertai program ini.
Buat masa ini, kerajaan belum berhasrat untuk menandatangani Artemis Accords. Kerajaan berpandangan bahawa Malaysia masih belum bersedia untuk menyertai inisiatif ini dan keputusan untuk menandatangani program seumpama ini perlu diteliti terlebih dahulu daripada pelbagai aspek termasuk implikasi kewangan dan kelebihan yang menguntungkan negara sebelum menyertai Artemis Accords. Sekian, terima kasih.
Ada soalan tambahan nombor dua? Kalau tak ada, saya sekarang ingin menjemput Yang Berhormat Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew. Silakan.
2. Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew [Wangsa Maju] minta Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan projek dan program untuk meningkatkan daya saing industri halal bagi merebut peluang pasaran halal yang lebih besar sepertimana disebutkan dalam RMK-12 sebagai strategi untuk merangsangkan ekonomi negara dan menyatakan jumlah peruntukan yang telah diberi untuk program- program dan projek-projek tersebut.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada keprihatinan Yang Berhormat yang bertanyakan soalan tentang pembangunan industri halal. Tuan Yang di-
Pertua, projek-projek pembangunan industri halal yang dijalankan di bawah RMKe-12 untuk mempertingkatkan industri halal adalah seperti berikut. Pertama, Projek Pembangunan Kompetensi Modal Insan dan Pengetahuan Sektorial Halal yang merangkumi aktiviti menginstitusikan dan pembangunan kandungan ke arah peningkatan kompetensi modal insan dan pengetahuan industri halal Malaysia. Kumpulan sasar adalah bakat dalam industri halal dan juga institusi-institusi berkaitan industri halal negara. Jumlah peruntukan bagi program ini untuk RMKe-12 adalah RM10 juta. Sejumlah RM100,000 telah diperuntukkan bagi tahun 2021. Kedua, projek halal Home-Grown Champion - Sourcing Partnership dengan izin, merangkumi intervensi dan fasilitasi pembangunan kapasiti serta transformasi keupayaan syarikat-syarikat halal tempatan yang dikenal pasti berdaya maju dengan berpandukan maklum balas jurang dan penambahbaikan oleh rakan strategik HDC, iaitu syarikat produk halal multinasional dan syarikat besar tempatan. Jumlah peruntukan bagi program ini sepanjang RMKe-12 adalah RM6 juta dan sebanyak RM1 juta telah diperuntukkan bagi tahun 2021. Ketiga, projek Malaysia Global Halal Showcase: Reaching Halal Markets merangkumi aktiviti persediaan dan penyediaan platform untuk produk halal daripada syarikat halal tempatan yang berdaya eksport dan memenuhi permintaan di pasaran antarabangsa yang menjadi fokus. Jumlah peruntukan bagi program ini bagi RMKe-12 ialah RM3 juta. Sejumlah RM1.1 juta telah diperuntukkan bagi tahun 2021. Keempat, Program Latihan Industri Halal yang merangkumi aktiviti penyediaan latihan kepada bakat halal tempatan bagi meningkatkan tahap kecekapan dalam industri dengan kemahiran eksekutif halal dan juga kemahiran juruaudit halal. Jumlah peruntukan bagi program ini untuk RMKe-12 adalah RM5 juta. Sebanyak RM750,000 telah diperuntukkan bagi tahun 2021. Tuan Yang di-Pertua, dalam memperkukuhkan lagi pembangunan industri halal negara, kerajaan telah memperuntukkan RM12.63 juta bagi tahun 2022. Jumlah ini merangkumi projek-projek di bawah kementerian MITI, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan juga Jabatan Perdana Menteri. Selain itu, pembangunan industri halal akan dilonjakkan melalui Pelan Induk Industri Halal 2030 yang menggariskan tujuh teras strategik dengan memberi tumpuan terhadap penghasilan produk dan perkhidmatan bermutu tinggi di sepanjang rantaian bekalan halal. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, langkah dan usaha ini dijangka akan meningkatkan sumbangan industri halal kepada KDNK sebanyak 8.1 peratus dan menjana pendapatan eksport sebanyak RM56 bilion pada tahun 2025 berbanding 6.6 peratus dan RM30.5 bilion pada tahun 2020. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, memandangkan teknologi traceability semakin kerap digunakan untuk mengesan negara asal, pengilang, proses pengeluaran dan sebagainya, saya ingin tahu sejauh manakah MyTrace system yang disahkan oleh MATRADE itu telah diguna pakai dalam pengimportan dan pengeksportan produk halal? Sejauh manakah ia telah berjaya mengawal pengimportan dan pengeksportan menggunakan logo halal palsu? Pada bulan Disember ini, telah berlaku pengimportan daging menggunakan logo halal palsu di Senai, Johor. Kejadian seperti ini telah menjejaskan keyakinan pembeli terhadap produk makanan kita di luar negara. Saya juga ingin tahu sama ada kes iaitu produk kita dipasarkan di negara lain didapati menggunakan logo halal palsu. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, silakan Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, terdapat dua soalan dalam soalan tambahan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Wangsa Maju. Pertama, berkenaan dengan produk palsu. Saya fikir sebelum ini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah memberi penjelasan. Untuk produk palsu itu, saya fikir ia adalah di bawah bidang kuasa KPDNHEP. Walaupun HDC di bahawa MITI telah
bersama-sama membantu tetapi saya fikir lebih baik KPDNHEP untuk memberi penjelasan dalam perkara tersebut. Berkenaan dengan soalan kedua dalam soalan tambahan yang dibangkitkan iaitu bagaimana kita mengesan produk-produk halal yang dihasilkan di luar negara dan juga di dalam negara – untuk makluman tersebut, agensi yang bertanggungjawab bukan HDC. Sebenarnya di bawah MITI, ada sebuah agensi lagi iaitu SIRIM yang telah dipertanggungjawabkan untuk memberi cadangan kepada bagaimana kita mengesan asal usul sesebuah produk termasuk di dalam halal. Saya akan memberi maklumat tambahan berkenaan itu kerana ia terletak di bawah agensi SIRIM. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Soalan tambahan nombor dua. Sebelah sini. [Merujuk kepada pihak kerajaan]
Setiu.
Jempol.
Maaf, nombor dua Setiu ya.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya sejauh manakah kerjasama multilateral di peringkat antarabangsa bagi mewujudkan perspektif peluang perniagaan serta negara manakah yang berminat untuk menyertai kolaborasi tersebut?
Saya fikir soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Setiu ialah berkenaan dengan usaha kita untuk menarik lebih banyak pelaburan melalui hubungan baik yang dijalinkan. Untuk makluman Yang Berhormat Setiu, saya ingin menarik perhatian kepada Yang Berhormat Setiu berkenaan dengan usaha yang telah disediakan melalui MITI dan Halal Development Corporation Berhad (HDC) melalui Pelan Induk Industri Halal 2030 untuk memacu usaha pembangunan industri halal berasaskan sumber pengetahuan serta penghasilan produk-produk tempatan yang bermutu tinggi. Melalui Pelan Induk Industri Halal ini juga, kita mewujudkan kerjasama pelaburan di antara peniaga tempatan dan syarikat antarabangsa terutamanya dalam bidang meningkatkan inovasi serta pengkomersialan produk (R&D) halal. Usaha ini juga merangkumi program-program seperti khidmat bimbingan, inkubator perniagaan serta insentif berbentuk kewangan untuk penghasilan produk yang mempunyai nilai tambah tinggi seperti bahan ramuan, farmaseutikal, kosmetik dan peranti perubatan. Jadi, untuk mewujudkan hubungan yang lebih baik di peringkat antarabangsa dan juga pembangunan daripada segi pelaburan, kita perlu rujuk kepada Pelan Induk Industri Halal 2030. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman.
3. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan langkah menaikkan industri getah dan pendapatan penoreh getah dengan kewajaran menaikkan harga lantai Insentif Pengeluaran Getah (IPG) daripada RM2.50 kepada RM3.00 sekilogram.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat yang sentiasa prihatin ke atas kebajikan pekebun kecil getah. Untuk makluman Yang Berhormat, Insentif Pengeluaran Getah (IPG) merupakan satu insentif yang disediakan kerajaan untuk meringankan beban ekonomi pekebun kecil getah kesan daripada kejatuhan harga getah. Di samping itu, pelaksanaan IPG juga bertujuan untuk memberi galakan kepada pekebun kecil agar terus menoreh bagi menjamin bekalan getah domestik bagi memenuhi keperluan sektor pemprosesan dan hiliran getah negara. Pada tahun 2020, pengeluaran getah negara berjumlah 514,702 tan dengan 458,281 tan atau 89 peratus dihasilkan oleh sektor pekebun kecil. Sekiranya pengeluaran pekebun kecil getah berjumlah 500,000 tan setahun dan purata harga didagang adalah di
bawah RM2.50 sekilogram, adalah dianggarkan RM1 bilion setahun peruntukan tambahan yang diperlukan sekiranya Paras Harga Pengaktifan (PHP) IPG dinaikkan kepada RM3.50 sekilogram. Jumlah peruntukan IPG ini dijangka akan meningkat lebih tinggi sekiranya harga getah asli dunia mengalami trend penurunan yang mendadak jauh di bawah PHP IPG.
Oleh yang demikian, kerajaan perlu benar-benar memperhalusi cadangan kenaikan PHP IPG bagi mengelakkan beban kewangan lebih besar kepada kerajaan di samping menjaga kebajikan pekebun kecil serta industri getah negara. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Sik.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dalam peruntukan belanjawan bagi IPG ataupun Insentif Pengeluaran Getah 2022 yang telah diluluskan di Dewan ini pada tahun depan iaitu RM180 juta, ketika mana saya yakin bajet ini diperuntukkan ketika pengaktifan harga lantai RM2.50. Pada ketika ini, harga getah beku ataupun sekerap yang dijual oleh penoreh adalah RM3.00 hingga RM3.10. Jadi persoalan saya, adakah peruntukan ini boleh digunakan untuk kewajaran kerajaan menaikkan harga lantai sehingga ke RM3.50 ataupun juga boleh digunakan untuk membantu para penoreh kita yang menghadapi dua keadaan hari ini iaitu penyakit luruhan daun getah ataupun pestalotiopsis yang telah menyebabkan daun getah luruh sehingga 90 percent. Kedua ialah keadaan cuaca kita. Hujan yang turun lebat yang dijangka oleh Jabatan Meteorologi Malaysia sehingga bulan Mac tahun depan yang menyebabkan penoreh kita tidak dapat menoreh seperti biasa dan menyebabkan mereka kekurangan pendapatan yang sangat ketara. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat. Persoalan daripada Yang Berhormat haruslah dimaklumkan bahawa harga getah ini bergantung kepada pasaran dunia, permintaan, penawaran. Jadi, kerajaan menentukan dasar supaya melalui IPG, bantu kepada pekebun kecil khasnya ialah untuk apa yang saya telah maklumkan dalam soalan asal saya iaitu pekebun kecil boleh terus menoreh sewaktu harga rendah di pasaran di samping mengurangkan kesan kejatuhan harga getah kepada pendapatan mereka. Jadi, bajet tahun akan datang itulah satu bajet khusus yang telah dikhaskan supaya dapat membantu pekebun kecil apabila menghadapi masalah kejatuhan harga getah, harga lantai iaitu RM2.50. Jadi, saya faham apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat mengatakan bahawa masih ada persoalan atau isu-isu lain yang dihadapi oleh pekebun kecil, terutama daripada kebajikan mereka, daripada penyakit dan sebagainya. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian memang sentiasa melalui AGM membuat R&D, sentiasa mengambil perhatian dan mengkaji bagaimana untuk membantu pekebun kecil terutama penyakit, memberi khidmat nasihat. Jadi cadangan Yang Berhormat itu, saya akan angkat untuk perbincangan antara kementerian dengan agensi berkaitan contohnya RISDA dan juga Kementerian Kewangan supaya apa yang dihadapi oleh pekebun kecil di bawah ini mungkin boleh dipertimbangkan untuk memberi bantuan yang sewajarnya. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Pokok Sena, silakan.
Jempol.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak mendapatkan sedikit penjelasan. Tadi seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sik, isunya sekarang ini ialah isu penoreh tidak boleh hendak menoreh. Apabila penoreh tidak
boleh menoreh, pekebun pun tidak akan ada pendapatan. Sebabnya kerana musim hujan, musim tengkujuh mereka tidak boleh menoreh. Kemudian datang pula musim daun luruh dikenali sebagai musim pucuk pun yang mengambil masa tiga, empat bulan. Penoreh dan pekebun ini akan hilang pendapatan. Jadi, apakah langkah-langkah yang dibuat oleh pihak kerajaan untuk memastikan supaya menampung kehilangan pendapatan mereka ini. Ini sebab bagi saya walaupun ada harga IPG, RM2.50 tetapi kalau dia tidak boleh menoreh pun tidak akan memberikan makna. Kalau naik sampai RM3.50 pun dia tidak boleh menoreh, tidak ada pendapatan. Jadi, apakah langkah-langkah untuk mengatasi pengurangan pendapatan mereka ini?
Terima kasih Yang Berhormat, kawan lama. Itulah sebabnya kementerian mengambil pelbagai langkah termasuk memberikan bantuan musim tengkujuh, November, Disember sebanyak RM300 sebulan untuk seorang pekebun kecil diteruskan dan selalu membuat R&D bagaimana untuk membantu pekebun kecil terutamanya untuk meningkatkan produktiviti. Saya tahu masih lagi ada isu-isu yang perlu diambil kira, maka saya nampak langkah-langkah selain daripada bantuan musim tengkujuh, IPG dan R&D untuk bantuan daripada proses untuk menggalakkan penjualan secara lateks, di mana ia boleh meningkatkan pendapatan. Apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat itu, kami akan ambil maklum bagaimana boleh ditambah baik lagi, membantu kepada pekebun terutama kepada pendapatan mereka.
Baru-baru ini Yang Berhormat, naik sampai RM3.50 tetapi tidak boleh menoreh.
Itulah. Cuaca...
Sebab apa...
Kadangkala di luar jangkaan. Kami bukan boleh mengawal cuaca. Jadi, itulah isu-isu yang patut kita bincang bersama demi kebaikan terutama kepada pekebun kecil yang kita boleh menjaga kebajikan. Kita sentiasa mengambil perhatian supaya mereka dapat sara hidup yang bertambah baik. Itulah, kita ambil maklum semua ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, minta satu lagi.
Ya Yang Berhormat Jempol. Ringkas Yang Berhormat Jempol.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang baik hati. Isu harga lantai ini telah lama diperkatakan di mana kita ada International Tripartite Rubber Council yang dimaksudkan ialah tiga buah negara untuk mengawal harga lantai getah ini. Kedudukan kita pada hari ini tidak begitu seperti APEC mengawal harga minta dunia, minyak petrol dan sebagainya. Jadi, sejauh manakah International Tripartite Rubber Council berperanan? Keduanya, saya minta – ini tidak dapat dijawab pun tidak apa supaya LGM ini mengkaji bahawa benih getah yang dikeluarkan oleh LGM, 301 ini tidak sesuai untuk tanaman, sudah 15 tahun tidak boleh menoreh kerana batang dia rosak. Jadi, kajian LGM terhadap benih getah ini perlu diperhalusi sebelum dapat kepada pekebun kecil. Mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat. Berkaitan dengan kerjasama tiga buah negara pengeluar getah di mana untuk bekerjasama bagaimana untuk membantu menstabilkan harga. Saya sudah mengatakan harga getah ini bergantung kepada pasaran dunia, permintaan dan penawaran. Jadi, ketiga-tiga buah negara ini akan berbincang supaya kalau boleh membantu bagaimana menstabilkan harga dan meningkatkan harga pasaran dunia demi membolehkan pendapatan terutamanya pekebun kecil kita di negara ini mendapat pendapatan yang lebih lumayan. Berkaitan dengan soalan kedua ini, itulah satu soalan yang saya rasa dibangkitkan oleh Yang Berhormat sudah beberapa kali. Jadi, sebenarnya saya ada membuat perbincangan dengan pegawai LGM, KP baru-baru ini. Oleh sebab Yang
Berhormat telah membangkitkannya. Jadi, kami sedang dalam perbincangan dan saya juga telah mengarahkan LGM supaya duduk semeja berbincang terutamanya dengan Yang Berhormat yang membangkitkan dan beri maklumat yang lebih tepat bagaimana boleh berbincang bukan sahaja dengan LGM mungkin juga dengan agensi-agensi berkaitan bagaimana untuk mengatasi. Sepatutnya ini tidak berlaku kerana kalau untuk makluman Yang Berhormat, benih itu penting. Ia di bawah kawalan. Untuk dibekalkan kepada pekebun kecil pun bukannya boleh sembarangan orang boleh membekalkannya tetapi ia ada kualiti ataupun dikawal oleh LGM supaya membekalkan benih yang boleh mendatangkan hasil. Jadi, memang ini satu isu yang sudah dibangkitkan maka, kami sebagai kementerian akan melihat perkara ini. Saya menjemput Yang Berhormat nanti, saya mengaturkan satu perjumpaan supaya lebih detil, jelas agar apa yang berlaku ini dapat diatasi atau diambil perhatian atau boleh membantu menyelesaikan isu ini.
Terima kasih.
Kena ganti rugi kepada pekebun kecil Yang Berhormat.
Tolong. Sudah 15 minit soalan. Yang Berhormat Temerloh.
4. Datuk Wira Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir [Temerloh] minta Menteri Kanan Kerja Raya menyatakan tentang inisiatif penggunaan tenaga hijau (solar) bagi lampu- lampu jalan (LED) dan papan-papan tanda jalan raya selain dari penggunaannya di bangunan-bangunan milik dan kelolaan Kementerian Kerja Raya.
Selamat pagi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Kerja Raya Malaysia telah melaksanakan inisiatif penggunaan tenaga hijau atau solar bagi lampu-lampu jalan LED dengan pelaksanaan projek perintis yang menggunakan lampu jalan solar LED sejak tahun 2018 untuk projek jambatan di jalan Persekutuan. Manakala bagi jalan-jalan persekutuan yang lain, penggunaan lampu cekap tenaga LED telah dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif hijau. Hasil pelaksanaan projek perintis lampu jalan solar LED ini, pihak JKR telah memulakan pemasangan untuk jalan selain dari jalan persekutuan iaitu jalan luar bandar, jalan kampung di penempatan orang asal dan jalan yang jauh yang tiada sumber bekalan elektrik. Pihak JKR juga telah melaksanakan pemasangan lampu jalan solar LED di kawasan pembandaran seperti di negeri Selangor yang mempunyai kejadian kecurian kabel yang tinggi. Justeru itu, melalui penggunaan lampu jalan solar LED, ia didapati boleh mengurangkan pelepasan karbon yang boleh mencemarkan alam sekitar, tiada bil elektrik bulanan dan mengurangkan kos kes vandalisme ke atas aset kerajaan. Selain dari jalan raya, inisiatif yang sama akan digunakan untuk papan tanda jalan raya di lokasi yang bersesuaian. Inisiatif lain seperti penggunaan solar flashing amber light dengan izin juga telah diperluaskan dalam skop penyelenggaraan berkala bukan pavement. Walau bagaimanapun, pemasangan lampu ini adalah bergantung kepada keperluan terutama bagi tujuan memberi amaran awal kepada pemandu untuk memperlahankan kenderaan. Kementerian Kerja Raya juga telah melaksanakan inisiatif penggunaan tenaga hijau solar dalam bangunan melalui pemasangan solar panel. Pada masa ini pemasangan solar panel di bangunan Kompleks Pejabat Kementerian Kerja Raya Blok A dan Kompleks Ibu Pejabat JKR Blok A dan C telah dijalankan melalui inisiatif solar energy purchasing atau singkatannya SEP yang telah dilancarkan pada 16 Mac 2021. Melalui inisiatif solar energy purchasing (SEP) ini, pemasangan solar panel akan diperluaskan lagi di bangunan Kementerian Kerja Raya dan JKR Malaysia yang terpilih seluruh negara bermula dari bulan April 2021. Sekian dan terima kasih.
Terima kasih. Soalan tambahan pertama Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, pertamanya kita harus mengucapkan tahniah kepada Kementerian Kerja Raya yang telah berusaha keras untuk menjadikan solar, menjadikan... [Tidak jelas] mengambil inisiatif menggunakan tenaga hijau supaya ia lebih berkesan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya, mohon Menteri menyatakan bilangan syarikat yang telah mengambil bahagian dalam operasi tenaga solar di negara ini. Apakah halangan yang dihadapi oleh kerajaan untuk memenuhi permintaan jangka panjang ini? Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Antara satu halangan Yang Berhormat kementerian sendang menghadapi sekarang adalah walaupun kita menggalakkan penggunaan lampu solar ini, tetapi kita belum ada kuasa untuk mewajibkan pihak-pihak tertentu khususnya yang melaksanakan projek kerajaan sebagai syarikat konsesi dan sebagainya untuk menggunakan lampu LED ataupun yang berteknologi hijau secara wajib. Maka, kementerian sekarang dalam proses untuk mereka satu garis panduan LS 20 ataupun juga dikenali sebagai spesifikasi lampu jalan. Jadi, apabila garis panduan ini telah lulus, maka kita ada kuasa untuk mewajibkan pihak-pihak syarikat untuk menggunakan lampu yang berteknologi hijau dan kita menganggarkan mungkin ini kita boleh mula laksanakan dari tahun 2020 kerana kita perlu kelulusan SIRIM untuk bahan- bahan sebelum dia boleh dimasukkan dalam approval list ataupun senarai kelulusan untuk digunakan daripada JKR. Berkaitan pula dengan syarikat-syarikat yang telah menerima kerja untuk ini daripada kementerian, saya tidak ada data itu secara spesifik tetapi saya boleh memberikan secara bertulis kepada Ahli Yang Berhormat nanti. Sekian dan terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Tumpat silakan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Berkenaan dengan pemasangan sistem solar photovoltaic (PV) D12 bangunan milik Kementerian Kerja Raya di bawah projek rintis Program Pembelian Tenaga Solar hasil perjanjian antara JKR bersama anak syarikat TNB GSPARX Sdn. Bhd. Saya difahamkan pengguna tidak perlu mengeluarkan sebarang kos pemasangan dan penyelenggaraan PV selama 21 tahun. Soalan saya, bagaimanakah kos yang perlu ditanggung oleh kementerian untuk tujuan penyelenggaraan setelah tamat 21 tahun tersebut? Apakah ia benar-benar berbaloi dan menjimatkan untuk jangka panjang? Apakah pelan lanjutan kementerian terhadap tenaga solar tersebut? Terima kasih.
Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat. Terima kasih atas soalan itu yang sangat bermaklumat kepada semua. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, kita telah ada satu inisiatif daripada Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) yang telah memperkenalkan net energy metering. Jadi, di bawah net energy metering (NEM) Kementerian Kerja Raya telah melaksanakan solar energy purchasing yang mana kerajaan ada 100 megawatt dan kita ambil kuota daripada SEP itu. Kementerian telah melaksanakan ini sejak 16 Mac 2021. Kelebihan ini Yang Berhormat adalah kerajaan dapat menikmati kos sifar pemasangan dan kos sifar operasi dan penjimatan daripada ini adalah dianggarkan sebanyak RM9.3 juta nilai bil elektrik yang boleh dijimatkan untuk tempoh 21 tahun. Jadi, selepas itu baru kita akan buat dasar dan juga perancangan yang baharu sebab 21 tahun itu agak panjang juga, Tuan Yang di-Pertua. Sekian dan terima kasih.
Okey, Yang Berhormat Permatang Pauh.
Soalan tambahan.
Yang Berhormat Permatang Pauh bangun dulu Yang Berhormat Padang Serai, maaf.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih juga Yang Berhormat Timbalan Menteri menunjukkan komitmen terhadap pembangunan teknologi hijau. Saya ada cuba mencari pendirian terkini kementerian berkait dengan isu penurapan jalan raya yang juga sehaluan khususnya bila setiap tahun JKR bakal menurap lima peratus hingga 10 peratus daripada 100,000 km jalan raya. Pada Belanjawan 2019 diputuskan untuk menggunakan teknologi Bitumen Terubahsuai Getah Bekuan (CMB) ketika itu RM100 juta sememangnya menunjukkan komitmen supaya kita bantu dalam pengekalan harga getah. Saya hanya pohon pendirian kementerian, terkini lebih-lebih lagi kerana JKR menyatakan persetujuan mereka untuk menggunakan CMB ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat. Kementerian Kerja Raya sedang membuat beberapa kajian bagaimana kita boleh menambahbaikkan sistem penurapan jalan kita. Kita akan mengadakan satu dasar yang baru setelah beberapa kajian itu dibuat. Ada beberapa teknologi yang sedang dikaji sepertimana Yang Berhormat sebutkan tadi rubberised roads, compress system dan sebagainya. Itu semua kita akan mengambil kira daripada segi cost-benefit analysis sebelum ia akan diwajibkan sebagai satu dasar bergerak ke hadapan. Sekian dan terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya menyampaikan serangkap pantun. Sidang kita menuju penghujung, Maaf salah silap harap tidak disimpan, Kedudukan Tuan Yang di-Pertua yang sentiasa disanjung, Soalan lima Jerantut pohon jawapan.
5. Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut] minta Perdana Menteri menyatakan usaha pemerkasaan, pendidikan pelaburan dan peningkatan kesedaran untuk menggalakkan rakyat mencipta kekayaan dan pendapatan pasif melalui pelaburan dan minta Menteri senaraikan statistik pemilikan ekuiti dalam kalangan rakyat Malaysia melalui jenis pelaburan yang disertai.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan komited untuk memperkasakan dan meningkatkan kesedaran rakyat berhubung pelaburan termasuk pendidikan, pelaburan dan peningkatan kesedaran untuk menggalakkan rakyat mencipta kekayaan.
Oleh itu, kerajaan melalui Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) giat menjalankan inisiatif pemerkasaan dan pendidikan pelabur untuk masyarakat Malaysia bagi membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan yang berhemah dan bijak. Usaha ini antara lain, dilaksanakan melalui InvestSmart yang dilancarkan oleh SC pada tahun 2014. Semenjak dilancarkan, InvestSmart telah melaksanakan pelbagai program dan inisiatif penyelidikan, pelaburan percuma merangkumi jutaan masyarakat di bandar dan di luar bandar. Semasa pandemik COVID-19, inisiatif-inisiatif ini dilakukan secara dalam talian melalui acara pendidikan, pelaburan tahunan seperti Virtual InvestSmart Fest dan web sinar pendidikan pelaburan.
Antara komponen penting dalam program dan inisiatif pendidikan pelaburan ini adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Malaysia tentang bagaimana untuk mengenal pasti dan mengelakkan diri dari terjebak dengan skim-skim penipuan pelaburan atau scam dan pentingnya untuk membuat perancangan kewangan. Kerajaan juga melaksanakan inisiatif khusus untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dalam bidang teknologi kewangan, fintech, termasuklah penganjuran persidangan tahunan Fintech SCxSC. Selain daripada itu, institut-institut pasaran modal lain seperti Bursa Malaysia Berhad, Securities Industries Development Corporation, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Financial Planning Association of Malaysia dan Malaysian Financial Planning Council dan syarikat-syarikat berlesen dan berdaftar dengan SC juga mengadakan pelbagai program kepada masyarakat Malaysia yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan tentang produk pelaburan dan perkhidmatan pasaran modal yang sah. Berhubungan dengan pemilikan ekuiti sektor korporat, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa pembentangan Usul Rancangan Malaysia Kedua Belas di Dewan Rakyat pada 27 September 2021 telah mengumumkan status pemilikan ekuiti sektor korporat berasaskan nilai pasaran tahun 2019 adalah seperti berikut. Pegangan bumiputera sebanyak 17.2 peratus, bukan bumiputera sebanyak 25 peratus dan pegangan asing sebanyak 45.5 peratus dan nomini sebanyak 12.3 peratus.
Terima kasih. Silakan Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan diberikan. Cuma saya inginkan kepastian. Apakah jumlah pemilikan ekuiti terkini bumiputera? Kalau tadi sebut ada 17 peratus. Apakah jumlah sebenar yang dimiliki ekuiti bumiputera? Apakah usaha- usaha khusus yang dibuat oleh kerajaan untuk menaikkan ini dan untuk semua kaum, apakah usaha kerajaan dibuat? Adakah hendak bagi bonus selepas tempoh-tempoh tertentu? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Silakan Yang Berhormat.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Jerantut atas soalan tambahan. Berkenaan soalan berkaitan dengan apakah cadangan-cadangan kerajaan untuk tujuan membantu bagi penambahan pemilikan ekuiti bumiputera. Itu saya ingat kena tanya Kementerian Kewangan lebih khusus sebab di peringkat EPU ini kita cuma mempunyai statistik berkaitan dengan peratusan pemilikan ekuiti dan berkenaan dasar-dasar kewangan yang lebih spesifik ini dikawal oleh Kementerian Kewangan. Saya percaya yang akan memutuskan berkenaan kedudukan sama ada perlu penambahan atau cadangan penambahan dan sebagainya.
Yang Berhormat Rasah, silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan. Saya meneliti jawapan kepada soalan asal daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi yang menyentuh serba sedikit berkenaan dengan mata wang virtual atau pun cryptocurrency kalau tidak silap saya iaitu satu mata wang yang baharu. Saya sendiri tidak arif. Saya kena beritahu tetapi ia suatu trend baharu untuk masa kini. Jadi, apakah pendirian kerajaan berkenaan dengan currency secara maya, secara virtual ini, secara online yang mana perlu ada some sort of security dengan izin, supaya rakyat Malaysia yang terlibat tidak terjebak atau tidak tertipu oleh sindiket yang terlibat yang akhirnya bukan sahaja tidak meningkatkan pemilikan ekuiti rakyat Malaysia tetapi merugikan kita pula, wang rakyat kita rugi. Jadi saya hendak tanya, apakah pendirian daripada kerajaan? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih.
Dengan izin Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Rasah, berkenaan cryptocurrency ataupun bitcoin dan sebagainya ini amat susah untuk kita menetapkan satu bentuk kawalan memandangkan sifatnya cryptocurrency ini adalah decentralised. Kita tidak mempunyai satu tempat untuk
pemusatan kawalan bagi cryptocurrency sebab ia adalah terbuka. Dalam dunia ini ada banyak dan ini adalah satu bentuk pelaburan baharu. Walau bagaimanapun, kita mempunyai platform-platform yang mengawal secara khusus dagangan yang berkaitan cryptocurrency. Kerajaan juga melalui SC telah pun kalau tidak silap saya, mengiktiraf ataupun mengklasifikasikan cryptocurrency ini sebagai salah satu daripada bentuk sekuriti yang antara lain untuk memberi bimbingan kepada pelabur-pelabur supaya lebih memahami risiko dan bentuk pelaburan yang berkaitan dengan crypto. Akan tetapi untuk membuat satu undang-undang yang khusus, itu amat sukar disebabkan oleh kawalan yang khusus ini tidak dapat dibuat memandangkan sifat crypto ini sebagai decentralised.
Terima kasih. Yang Berhormat Kuala Krai.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya juga ingin berpantun pada pagi ini. Tuan Yang di-Pertua cukup bagus, Hendaklah kita menghormati dia, Soalan Kuala Krai nombor tujuh, Vaksin mRNA buatan Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
7. Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan apakah perkembangan terkini vaksin buatan negara jenis mRNA yang dibangunkan hasil kerjasama antara IMR, Institut Penyelidikan Veterinar dan UPM. Begitu juga peruntukan sebanyak RM5 juta bagi pembangunan R&D vaksin yang diberikan kepada UPM dan UM.
Sedap sungguh dodol Melaka, Makan sambil berkelah di pantai, Yang Berhormat bertanya tandanya cakna, Tak sanggup saya kecewakan Kuala Krai. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas soalan. Untuk makluman Yang Berhormat, penyelidikan vaksin COVID-19 jenis mRNA ini hanya melibatkan penyelidik di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) KKM. Bagi penyelidikan yang melibatkan kerjasama antara IMR, Institut Penyelidikan Veterinar dan UPM, kajian yang dilaksanakan adalah berkaitan pembangunan vaksin meliputi teknologi virus nyahaktif, inactivated virus. Pada masa ini, kedua-dua kajian vaksin tersebut masih di peringkat awal pembangunan iaitu bukti konsep, proof of concept dengan izin. Bagi vaksin mRNA, aktiviti terkini adalah calon vaksin akan menjalani proses in vitro transcription dengan izin yang melibatkan pelbagai ujian makmal yang kompleks. Seterusnya, aktiviti terkini berkaitan penyelidikan vaksin virus nyahaktif adalah proses menyahaktifkan virus yang terpilih dan penambahan bahan khas iaitu adjuvant untuk meningkatkan tindak balas vaksin. Bagi menjawab mengenai peruntukan sebanyak RM5 juta bagi pembangunan R&D vaksin yang diberikan kepada Universiti Malaya dan Universiti Putra Malaysia, MOSTI telah menyalurkan dana bagi membiayai dua projek iaitu di bawah Universiti Putra Malaysia yang menggunakan platform virus iaitu nama projeknya, Construction of the Recombinant Newcastle Disease Virus Expressing Receptor-Binding Domain Protein of SARS-Cov-2 Virus as a Vaccine Candidate dan di bawah Universiti Malaya yang
menggunakan platform mucosal vaccine iaitu Pilot Project Development of Modular Mucosal Vaccine Platform Using Generally Regarded as Safe Bacteria Against COVID- 19.
Kedua-dua projek ini melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM4.9 juta melalui geran MOSTI Combating COVID-19 Fund (MCCOF). Mulai 1 Mei 2020, MOSTI telah menawarkan skim dana MOSTI Combating COVID-19 Fund yang bertujuan untuk menggalakkan Projek R&D and CNI di dalam memerangi dan mengawal wabak COVID- 19. MCCOF telah menerima cadangan projek dalam bidang STI dan dapat terus dilaksanakan ataupun quick win. Pelaksanaan projek yang dinyatakan tadi baru bermula pada 15 Januari 2021 untuk tempoh tidak melebihi 24 bulan dan masih di dalam tempoh pelaksanaan Milestone 1 iaitu penyelidikan dan penemuan, di mana aktiviti yang telah dilaksanakan ialah pengenalan sasaran vaksin dengan menggunakan bantuan komputer. Pada masa ini, projek dalam pelaksanaan aktiviti seterusnya ialah pengesahan molekul pengumpulan semula dan penyediaan molekul sasaran vaksin. Sehubungan dengan itu, MOSTI berharap projek yang dibiayai di bawah inisiatif MCCOF ini menjadi sebuah platform bagi penciptaan vaksin tempatan, seterusnya dapat mengurangkan kebergantungan bekalan vaksin dari luar negara yang melibatkan kos yang tinggi. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, silakan Yang Berhormat Kuala Krai.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sepertimana yang diketahui, MOSTI akan memfokuskan terhadap pembangunan vaksin. Tahniah saya ucapkan kepada MOSTI atas pelancaran Pelan Pembangunan Vaksin Negara pada 1 September yang lalu. Soalan tambahan saya ialah adakah kerajaan bercadang untuk menjalinkan hubungan kerjasama dengan negara lain seperti Thailand dan sebagainya? Thailand yang sudah mengumumkan akan mengeluarkan vaksin sendiri pada tahun 2023. Ini sekali gus dapat membantu kita dalam menjayakan Pelan Pembangunan Vaksin Negara ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Silakan.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, pembangunan vaksin ialah projek pembangunan berjangka panjang dan berterusan yang memerlukan input kepakaran dan teknologi. Sehubungan itu, kerajaan melalui MOSTI telah memasukkan elemen pemindahan teknologi dan kepakaran menerusi rundingan yang sedang dibuat bagi tujuan perolehan vaksin daripada negara atau daripada syarikat farmaseutikal luar negara. Seperti Yang Berhormat sedia maklum juga, Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara dan Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI) yang telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 1 November 2021, penaiktarafan MGVI ini adalah sesuai dengan skop baharu untuk memfokuskan kepada penyelidikan genome dan biologi molekular dalam usaha penghasilan vaksin. Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara pula turut memfokuskan strategi perolehan ataupun pemindahan teknologi salah satu strategi utama dalam elemen pembangunan teknologi vaksin negara. Pada ketika ini, NIBM melalui MGVI telah mengadakan sesi perbincangan dengan negara-negara seperti China, Cuba dan Thailand dalam kerjasama projek penerokaan pembangunan vaksin menggunakan teknologi mRNA. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Kuala Selangor.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sangat menarik perkembangan vaccine development di MOSTI. Soalan lanjutan saya, Tuan Yang di-Pertua kalau boleh, apakah ada kesediaan untuk kita capai dalam waktu yang sesegera, pembangunan bukan COVID-19 vaksin tetapi the influenza
vaccine yang juga merupakan satu cabaran, khususnya kepada warga emas, jubli 500,000 setahun maut, penyakit influenza-like illnesses (ILI), hardiness dan sebagainya yang masih lagi merupakan satu cabaran. Kalaulah di sana ada satu low-hanging fruit, dengan izin, yang untuk kita mempercepatkan influenza vaccine manufacturing ini Tuan Yang di-Pertua, sebuah syarikat AG Biologicals yang juga merupakan tempatan. Kesediaan mereka untuk mengadakan usaha-usaha JV dengan industri, bersekali dengan MOSTI andainya dapat digunakan. They are using cells-based influenza vaccine. Ini satu teknologi yang tidak conventional juga. Apa pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri dan kesediaan MOSTI untuk bersama dalam usaha mendapatkan satu low-hanging fruit? Influenza vaccine sangat penting untuk kita lindungi orang dewasa dan maaf, warga emas kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri..
Sepertimana yang kita jelaskan sebelum ini dan jawapan sebelum ini, pembentukan MGVI bukan semata-mata bagi tujuan persediaan negara spesifik untuk COVID-19 sahaja tetapi juga untuk kajian lain-lain pembangunan vaksin jenis lain, khususnya bagi penyakit-penyakit yang memang sentiasa dihadapi oleh rakyat negara kita. Maka kerana itu, apa-apa sahaja cadangan, barangkali Yang Berhormat mempunyai cadangan yang seperti mana yang disebut spesifik syarikat yang berkenaan, boleh. Oleh sebab tidak semata-mata daripada segi pembangunan vaksin ini kita perlu bermula daripada awal, daripada zero. Kita quick win adalah antara lain, termasuklah bekerjasama dengan mana-mana syarikat yang telah pun mencapai tahap tertentu yang membolehkan kita memindahkan kepakaran ke dalam negara kita. Yang Berhormat boleh terus berhubung dengan kita bagi proses selanjutnya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Boleh satu lagi?
Sila, Yang Berhormat Pontian.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Vaksin yang ada yang telah kita ambil ini, adakah ia boleh menyelesaikan masalah Omicron? Adakah rakyat perlu khuatir tentang Omicron? Adakah kemungkinan ada varian-varian baru yang entah apa nama pada masa akan datang? Bagaimana caranya untuk kita mengatasi segala perkara ini?
Terima kasih.
Sehingga sekarang, varian jenis Omicron yang kita kesan cuma satu kes setakat ini. Jadi, oleh kerana itu kita belum ada kajian untuk dalam negara kita tentang vaksin yang kita gunakan ini, keberkesanan terhadap Omicron yang dalam negara kita. Walau bagaimanapun, menurut maklumat yang ada pada saya, kajian di peringkat antarabangsa mendapati bahawa penggunaan dos penggalak didapati berkesan untuk menangani virus jenis Omicron ini. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Tuan Khoo Poay Tiong, silakan.
8. Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka] minta Perdana Menteri menyatakan: (a) statistik terkini mengenai permohonan dan kelulusan Bantuan Khas COVID-19 dan Bantuan Pengurusan COVID19 di bawah pengurusan NADMA; dan (b) berapa peruntukan kerajaan untuk dua bantuan tersebut bagi tahun 2022, termasuk langkah-langkah yang akan diambil untuk meningkatkan kadar permohonan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Sehingga 6 Disember 2021, sebanyak 65,189 permohonan bantuan khas COVID-19 telah diterima. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 55,184 permohonan telah diproses dan 22,336 permohonan telah diluluskan yang melibatkan bantuan sebanyak RM28.6 juta, Yang Berhormat. Manakala bagi bantuan khas Pengurusan Kematian COVID-19 pula, daripada 24,305 permohonan yang diterima, 14,818 permohonan telah diproses dan 11,816 permohonan telah diluluskan melibatkan bantuan sebanyak RM56.8 juta. Soalan kedua Yang Berhormat, yang telah dikemukakan adalah tiada peruntukan khusus pada 2022 daripada kerajaan bagi bantuan ini kerana ia menggunakan Tabung COVID-19 NADMA yang menerima sumbangan daripada orang ramai, entiti korporat, institusi Diraja dan anggota pentadbiran. Sehingga kini, kerajaan telah memberi sumbangan awal berjumlah RM61 juta. Sekiranya berlaku gelombang seterusnya, kerajaan akan menambah dana bagi menampung keperluan sekiranya baki Tabung COVID-19 NADMA tidak lagi mencukupi untuk membuat bayaran. Saya juga ingin memaklumkan, sekiranya terdapat permohonan- permohonan bantuan ini dalam kawasan Yang Berhormat dan juga semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang berada di Dewan, yang masih belum lulus, mohon supaya dapat dikemukakan terus kepada Tugas-tugas Khas, terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya. Saya bertumpu kepada keberkesanan pelaksanaan ini. Kalau berdasarkan kepada jawapan yang diberi dan kita lihat kadar jangkitan, hari ini kita telah mencatat sebanyak 2.68 juta. Akan tetapi yang diluluskan hanya sekadar 22,000 sahaja iaitu tidak sampai 1 peratus. Juga kalau kita lihat daripada kadar kematian, hanya sekadar 11,000 sahaja yang diluluskan, sedangkan kadar jumlah kematian ialah 30,000 iaitu lebih kurang hanya sekadar 36 peratus sahaja. Jadi, di sini saya hendak tanya kepada pihak Yang Berhormat Menteri, sama ada, ada masalah daripada segi publisiti atau tidak? Kenapakah begitu kurang sambutan ataupun permohonan daripada pesakit ataupun waris kematian?
Apa yang saya lihat ialah di mana prosesnya, mungkin kita perlu tinjau supaya dia lebih mudah untuk mereka memohon. Kalau kita lihat hari ini, mereka gunakan sistem PDF di mana mereka perlu download, isi, lepas itu perlu scan dan WhatsApp ataupun post, ia sukar. Caranya sukar. Bolehkah kita tukar kepada cara seperti yang kita mohon secara online seperti yang kita mohon GKP ataupun BPL. Itu lebih mudah untuk mereka. Oleh sebab matlamatnya bagus untuk program ini. Jadi saya berharap supaya bolehkah kita teruskan program ini untuk tahun hadapan. Kita cari lagi dana. Soalan tambahan saya ialah tempoh masa yang diambil untuk membayar. Saya mendapat aduan di mana mereka ambil masa lebih kurang satu bulan untuk lulus.
Ringkaskan Yang Berhormat. Yang Berhormat...
Selepas itu perlu lagi satu bulan untuk dapat wang tersebut. Jadi bolehkah kita singkatkan supaya mereka boleh dapat wang tersebut dalam masa satu minggu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya boleh tanya soalan itu 25 saat sahaja. Silakan Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya amat memahami dan saya masih ingat masa menjawab persoalan Yang Berhormat ketika saya menggulung perbahasan Menjunjung Kasih Titah Diraja, persoalan mengenai online ini telah ditimbulkan. Kami telah mengadakan sistem online ini Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat check semula, kami telah mengikuti permintaan Yang Berhormat itu. Terima kasih. Keduanya kenapa tidak ada publisiti? Sebenarnya ada, sangat banyak publisiti dilakukan dan saya sendiri telah engage ramai Yang Berhormat yang ada di Dewan ini supaya ia disampaikan melalui WhatsApp dan juga apa sahaja kaedah yang boleh digunakan melalui media perdana dan juga media sosial. Sekarang Yang Berhormat, kita boleh memohon. Kadang-kadang syarat itu tidak ditepati dan tidak dipenuhi. Jadi, saya memohon kepada Yang Berhormat dan juga semua pemohon yang mendengar ketika ini untuk menyemak status ini dengan memasuki e-mel kami [email protected] dan saya mohon pejabat-pejabat Yang Berhormat juga membantu sekiranya mereka tidak berapa fasih dan memahami. Antara perkara yang tidak melayakkan mereka Yang Berhormat ketika telah ataupun melewatkan permohonan-permohonan ini adalah perkara-perkara seperti macam saya pergi kepada permohonan pengurusan kematian COVID-19 sebanyak RM5,000. Syarat-syarat kelayakan itu tidak ditepati bukan warganegara dan selalunya permohonan ini tidak lengkap dan untuk bantuan khas COVID-19 RM100 satu hari pula bukan warganegara dan tiada pekerjaan sebelum dikenakan perintah pengawasan dan pemerhatian dan mempunyai pendapatan ataupun menerima gaji dalam tempoh perintah pengawasan dan pemerhatian ketika menjalani rawatan di hospital ekoran COVID-19. Saya memohon sekiranya ada lagi permohonan dan saya tahu masih ada permohonan yang mungkin lewat dan juga tidak lepas. Saya mohon terus kepada saya, Tugas-Tugas Khas. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ya, Yang Berhormat Baling.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya wakil Baling mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak NADMA yang kami di antara kawasan yang kes tinggi kematian dan juga terkesan dengan COVID-19 ini. Jadi soalan saya apa yang sahabat saya Yang Berhormat Kota Melaka tanya tadi lebih kurang sama. Cuma, saya hendak minta Yang Berhormat Menteri saya hendak tahu berkaitan meuar-uarkan atas kematian ada peruntukan universiti yang boleh diclaim ataupun keluarga waris mati boleh dapat, tetapi masih lagi dari segi uar-uar advertisment itu betul, Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut tadi, tetapi kawasan luar bandar masih kurang, mereka tidak faham lagi. Jadi, cadangan saya boleh atau tidak Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri libat uruskan kami semua Ahli Parlimen ini. Kami 222 orang ini ada pejabat dan mereka boleh datang lapor di pejabat kami. Bagikan borang, kami boleh siapkan borang untuk mengisikan. Ahli Parlimen lazimnya kerjasama dengan penghulu-penghulu JKKK, kami lebih tahu kampung itu ada kematian, bila tarikh masuk hospital dan sebagainya. Jadi, ini akan melakukan proses yang cepat dan mudah untuk kerajaan memberi peruntukan bayaran kepada waris si mati. Itu yang saya dan Yang Berhormat Kota Melaka sebutkan tadi. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Baling. Yang Berhormat Kota Melaka dan Yang Berhormat Baling amat prihatin dan amat memahami apa yang berlaku di akar umbi. Sememangnya selain daripada secara runcit, saya membuat libat urus itu, tetapi pandangan Yang Berhormat itu akan diambil kira dan diharapkan ia tidak lagi setinggi dahulu semua permohonan ini sebab COVID-19 sekarang semakin dikawal dan hampir rendah, semakin rendah setiap hari. Jadi, mungkin cadangan-cadangan itu saya akan bawakan sekarang dan libat urus ini kita boleh buat bukan hanya secara fizikal tetapi saya online dengan semua Yang Berhormat. Terima kasih.
Lembah Pantai.
Ringkas Yang Berhormat Lembah Pantai.
Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ada dapat beberapa permohonan dari bulan Ogos, mereka sudah mohon tetapi nampak macam very opaque sistem itu. Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh membantu kami memahami dari time dia masukkan sehingga diluluskan, apakah jangka masa itu? Apakah yang melewatkan dan apa yang kami boleh bantu untuk boleh mempercepatkan? Sebab ramai saya risau mereka dapat permohonan tetapi mereka lepaskan sebab dia langsung tidak tahu macam mana hendak check. Malah ada— saya memohon maaf Yang Berhormat Timbalan Menteri ada yang saya sampaikan kepada PTTK, tetapi tidak berbalas juga. Terima kasih.
Saya minta maaf mengenai permohonan kepada PTTK. Setakat ini Yang Berhormat seorang sahaja yang tidak lepas permohonan tersebut. Sebenarnya kalau permohonan itu dibuat— sebulan selepas itu Yang Berhormat sebenarnya. Kalau semenjak Ogos, maknanya syarat itu tidak ditepati. Akan tetapi Yang Berhormat tolong terus dengan saya selepas ini, saya akan tengok terus. Terima kasih. Maaf bagi pihak pejabat saya dan juga NADMA. Terima kasih.
10. Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan: (a) berapa harga yang dimuktamadkan dalam pajakan tanah milik Lembaga Getah Malaysia Lot 20913 seksyen 88 Jalan Ampang kepada Al Noor Foundation dari Turki; dan (b) berapa harga yang dimuktamadkan dalam cadangan penjualan tanah milik LGM lot no 20012 dan geran bernombor 79145 kepada syarikat EUROWHITE.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Tawaran pajakan tanah lot 20913 seksyen 88 Jalan Ampang tidak dimuktamadkan. Perjanjian tidak dapat ditandatangani kerana tiada persetujuan penerimaan daripada kedua-dua belah pihak. Prosedur tender pajakan tanah ini telah dibuat secara terbuka yang diiklankan di akhbar Berita Harian pada 2 Oktober 2020. Mesyuarat Lembaga Perolehan Lembaga Getah Malaysia pada 30 November 2020 telah menilai tawaran yang diterima daripada enam syarikat dan memutuskan berdasarkan penilaian Jawatankuasa Teknikal Dan Kewangan tawaran terbaik diterima daripada Al Noor Foundation. Al Noor Foundation yang telah melepasi penilaian dan memberi tawaran yang terbaik dengan tawaran nilai pajakan 70 sen sekaki persegi bagi tempoh pajakan selama 10 tahun dengan menyambungkan lima tahun dengan kadar kenaikan 10 peratus setiap lima tahun. Penyambungan lima tahun tertakluk kepada persetujuan bersama. Walau
bagaimanapun, tawaran pajak ini tidak dimuktamadkan dan perjanjian tidak ditandatangani. Untuk soalan ataupun bahagian (b), cadangan tawaran pembelian oleh syarikat EUROWHITE bagi tanah lot nombor 20012 seluas 8.89 ekar telah dibentangkan di Jawatankuasa Pelaporan LGM. Namun, tiada pengesyoran penjualan kepada syarikat tersebut kerana pihak LGM perlu menimbangkan pilihan terbaik dan mendapatkan ulasan daripada Jabatan Warisan Negara serta laporan perunding [Tidak jelas] yang dilantik berikutan status hartanah tapak warisan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah memberikan penjelasan bahawa isu ini tidak dimuktamadkan. Cuma yang saya hendak dapatkan penjelasan, adakah ia tidak dimuktamadkan itu ekoran daripada krisis yang timbul ekoran daripada peletakan jawatan rakan saya dari Jerantut sebagai Pengerusi LGM yang pada waktu itu mendedahkan bahawa ada urusan campur tangan Yang Berhormat Menteri ke atas isu-isu yang berbangkit ini. Ini merupakan satu isu yang sangat besar sehingga tersebar dokumen-dokumen dalam kontak kementerian dan juga LGM yang menunjukkan bahawa ada isu-isu yang menjadi pertikaian dalam LGM dan khususnya antara hubungan antara Yang Berhormat Menteri dengan Pengerusi LGM .
Saya kira bahawa sahabat saya yang mungkin ada dalam Dewan yang seharusnya tampil ke hadapan ini untuk menjelaskan apa sebenarnya sehingga beliau mendakwakan bahawa ada campur tangan Yang Berhormat Menteri atas LGM. Terima kasih.
Terima kasih. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat, apa-apa pajakan daripada LGM ini mesti mengikut prosedur kerajaan. Jadi, untuk kes ini sebenarnya saya telah jawab soalan asas itu. Apabila diiklankan, setelah iklan terima cadangan daripada syarikat-syarikat, maka ia perlu melalui penilaian daripada LGM Properties Corporation (LGMPC), di mana mereka mempunyai dua jawatankuasa. Satu, Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Kewangan di mana beberapa kriteria diwajibkan, seperti menilai daripada segi kelengkapan dokumen, penyataan kewangan dan penyataan bank. Itu semua dilalui. Jadi, selepas daripada cadangan itu, pajakan diambil kira daripada segi semua termasuk harga pajakan, jenis perniagaan yang hendak dijalankan di atas tanah yang hendak dipajak dan kenaikan harga tawaran jika ada pada tempoh-tempoh tertentu serta keadaan pembayaran. Jadi, untuk makluman Yang Berhormat, apabila proses ini dijalankan maka LGMPC akan mengangkat kepada Lembaga Perolehan Getah untuk membuat tindakan selanjutnya. Jadi, Lembaga Perolehan Getah telah menerima cadangan yang telah di- shortlist ataupun tersenarai pendek tiga syarikat dan keputusan akan dihantar ke pejabat Yang Berhormat Menteri sebab ia perlu proses masuk ke pejabat Menteri untuk buat kelulusan. Sekiranya ada pandangan lain, maka mereka bawa balik ke Board LGM untuk buat keputusan selanjutnya. Jadi, ketika ini – kes ini ialah apabila mereka dah masuk ke Pejabat Yang Berhormat Menteri dan ada pandangan dan mereka bawa balik ke board untuk buat kelulusan, maka tarik balik perjanjian itu. Ini dikatakan Yang Berhormat kata tadi iaitu aduan-aduan daripada viral media massa. Maka, perjanjian itu sebenarnya tidak ditandatangani dan SPRM telah dapat maklumat ini untuk menjalankan siasatan. Jadi pada masa kini, tindakan masih tunggu hasil siasatan SPRM. Jadi, tak ada tandatangan, tak ada lanjutan daripada apa-apa sekalipun kerana proses itu masih dalam siasatan.
Adakah kerajaan masih hendak meneruskan? [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Pokok Sena. Tolong. Ada soalan tambahan lain? Tak ada? Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub...
Sekali lagi boleh?
Maaf Yang Berhormat Pokok Sena, tak bolehlah.
Tak ada orang nak tanya lagi.
Ini bukan masa bahas.
11. Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub [Machang] minta Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan apakah perancangan khusus yang akan dibuat oleh pihak kerajaan bagi menarik lebih banyak pelaburan asing dalam masa terdekat ini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Perancangan khusus kerajaan bagi menarik lebih banyak pelaburan langsung asing bagi jangka masa panjang dan juga dalam masa terdekat adalah seperti berikut iaitu memperkenalkan Dasar Pelaburan Baharu Negara. Ia berteraskan Aspirasi Pelaburan Nasional (National Investment Aspiration) dengan izin, yang melibatkan elemen-elemen penting termasuk meningkatkan economic complexity, mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi, memperluaskan rangkaian domestik, mewujudkan kluster ekonomi baharu, membangunkan kluster ekonomi sedia ada dan juga mempertingkatkan inklusiviti. Untuk makluman, Dasar Pelaburan Baharu ini memberi keutamaan kepada sektor berintensifkan teknologi tinggi dan juga inovasi yang mengimbangi kelestarian ekonomi dan alam sekitar sejajar dengan penanda aras global berkaitan elemen alam sekitar, sosial dan tadbir urus. Keduanya, meneruskan penawaran insentif bagi menarik FDI di bawah PENJANA, merangkumi pakej pengecualian cukai istimewa bagi menggalakkan syarikat asing memindahkan operasi mereka ke Malaysia atau menjalankan pelaburan baharu dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan serta menjadikan Malaysia sebagai pusat rangkaian bekalan antarabangsa. Ketiga, membangunkan lapan industri dan aktiviti strategik terpilih di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) iaitu elektrik dan elektronik, perkhidmatan global, aeroangkasa, industri kreatif, pelancongan, halal, pertanian pintar dan biojisim serta menyokong agenda ekonomi hijau seiring dengan Matlamat Pembangunan Mampan di bawah Agenda 2030. Keempat, menyediakan insentif bagi pengeluar produk farmaseutikal termasuk vaksin di bawah Belanjawan 2021 yang diumumkan oleh kerajaan pada 6 November 2020 melalui pakej pengecualian cukai istimewa dan memberikan pertimbangan kemudahan- kemudahan lain termasuk geran, pengecualian duti import dan cukai jualan bagi mesin dan peralatan serta bahan mentah. Kelima, menubuhkan Pejabat Pelaburan Digital (Digital Investment Office) dengan izin, di bawah Rangka Tindakan Ekonomi Digital bagi memperkukuhkan daya saing Malaysia dalam menghadapi gelombang transformasi digital. Keenam, menubuhkan pusat sehenti di Johor Bahru untuk pelawat perniagaan memasuki Malaysia dari Singapura. Pusat sehenti ini berperanan penting dalam memastikan Malaysia kekal stabil untuk pemulihan dan pertumbuhan ekonomi dengan
membolehkan pergerakan pelawat perniagaan menjalankan perniagaan mereka di Malaysia semasa pandemik. Ketujuh, menawarkan khidmat fasilitasi dalam mendapatkan kelulusan dan mempercepatkan pelaksanaan projek termasuk penubuhan portal InvestMalaysia, Project Acceleration and Coordination Unit (PACU) dan pusat sehenti di MIDA bagi membantu pelabur secara optimum. Kelapan, mempergiatkan aktiviti penggalakan pelaburan melalui misi penggalakan pelaburan ke luar negara termasuk East Pacific Project Mission, menandatangani perjanjian persefahaman serta menganjurkan webinar dengan kolaborasi bersama komuniti perniagaan. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan komited untuk terus melaksanakan dasar-dasar proaktif untuk menarik masuk pelaburan berkualiti dan berimpak tinggi ke Malaysia. Terima kasih.
Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Machang.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri yang memperlihatkan banyak inisiatif baharu yang telah disediakan oleh pihak kerajaan bagi memastikan pelaburan-pelaburan baharu akan masuk ke dalam negara kita. Tuan Yang di-Pertua, semenjak COVID-19 ini, kita dengar banyak syarikat multinasional yang telah menarik diri daripada terus melabur di Malaysia. Boleh tak Yang Berhormat Timbalan Menteri sebutkan syarikat-syarikat mana yang telah menarik diri ini dan apakah kesan atau akibatnya– contoh seperti berapa banyakkah pengangguran yang telah berlaku akibat penarikan diri ini. Kedua, pada tahun 2022 iaitu tahun depan, MITI menyasarkan pelaburan baharu akan masuk sekitar RM200 bilion ke dalam negara dan akan menyediakan peluang pekerjaan sebanyak 114,000. Saya nak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, negara manakah yang menjadi tumpuan untuk kita bawa masuk pelaburan ke dalam negara kita dan adakah lagi selain daripada yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, inisiatif, inisiatif tambahan ini yang boleh menyaingi negara-negara lain bagi memastikan negara kita akan terus menjadi destinasi kepada pelaburan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat. Terdapat dua soalan dalam soalan tambahan. Pertama, berkenaan dengan syarikat-syarikat yang telah menamatkan operasi mereka terutamanya semasa pandemik. Sebelum ini saya telah memberi jawapan dalam Dewan ini. Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya senarai itu tidak banyak. Ini melibatkan syarikat-syarikat yang telah membuat penyelarasan perniagaan mereka, terutamanya apabila berdepan dengan pandemik. Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat kepada syarikat-syarikat yang berjenama besar yang telah pada waktu ini datang melabur di negara kita contohnya syarikat Porsche iaitu pengilang kenderaan dari Jerman yang telah memilih Malaysia untuk membangunkan kilang pemasangan CKD yang pertama di luar Eropah sejak 70 tahun penubuhan syarikat. Keduanya, syarikat Microsoft melalui kenyataan media bertarikh 20 April 2021 yang dijangka melabur sebanyak RM4.2 bilion bagi menubuhkan pusat data serantau di Cyberjaya, Malaysia. Begitu juga untuk syarikat SK Nexilis, anak syarikat SK Group dari Republik Korea telah mengumumkan pelaburan bernilai RM4.24 bilion di Malaysia untuk mendirikan kilang pembuatan tin copper foil di Sabah. Jadi, kesemua ini merupakan syarikat-syarikat pelabur yang berjenama besar yang telah menubuhkan pelaburan mereka di Malaysia. Jadi, kesemua ini menunjukkan Malaysia ini kekal kompetitif sebagai destinasi pusat pelaburan terpilih dan bilangan yang telah menutup operasi itu sebenarnya amat kecil.
Untuk soalan kedua yang tadi dibangkitkan oleh Yang Berhormat berkenaan dengan negara-negara yang kita pilih untuk melakukan trade and investment mission. Sebenarnya Yang Berhormat, kita memilih kepada sektor-sektor yang seperti saya sebutkan tadi. Ada lapan sektor. Lapan industri dan aktiviti terpilih yang seperti saya berikan dalam jawapan. Sebenarnya, kita tidak menetapkan mana sebuah negara kerana kita berdasarkan kepada sektor-sektor dan aktiviti yang terpilih. Terima kasih
Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Bukit Bintang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah lawatan menarik pelaburan asing yang sedang dirancang bagi tahun 2022? Bagaimanakah prospeknya? Saya mengikut satu jawapan MITI tadi tentang pelaburan asing, saya nampak negara China tidak ada dalam senarainya. Hanya Singapura, Amerika Syarikat, Indonesia, United Kingdom dan Kanada. Apakah kedudukan pelaburan asing dari negara China? Minta penjelasan. Terima kasih.
Terima kasih. Silakan.
Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman, jumlah pelaburan dari Januari sehingga Jun adalah berjumlah RM107.5 bilion dan maklumat untuk negara China setakat ini saya tidak ada tetapi saya dapat memaklumkan bahawa negara China kekal sebagai rakan dagang kita yang terbesar dari segi pemasaran produk dan mereka juga telah selama lima tahun menjadi pelabur terbesar dari segi sektor pembuatan dan untuk maklumat lanjut berkenaan dengan pelaburan dari negara China termasuk kilang-kilang, saya boleh berikan secara bertulis kepada Yang Berhormat Bukit Bintang. Terima kasih. Silakan Yang Berhormat.
Terima kasih.
Soalan tambahan. Maaf Tuan Yang di-Pertua.
Maaf, ada dua lagi soalan. Yang Berhormat Kapar, Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid.
12. Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kapar] minta Perdana Menteri menyatakan apakah komitmen untuk memastikan kesucian agama Islam dapat dipelihara daripada sebarang anasir jahat seperti ajaran sesat, perjudian, mabuk dan sebagainya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada kekanda saya Yang Berhormat Kapar. Untuk makluman ahli Yang Berhormat, kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Jabatan Agama Islam negeri-negeri sentiasa berusaha memastikan kesucian agama Islam di negara ini terus dipelihara daripada sebarang anasir yang mencalar kesucian agama Islam. Sehubungan itu, pihak Jabatan Agama Islam negeri secara berterusan melaksanakan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan ke atas kes-kes kesalahan jenayah syariah yang dilaporkan melibatkan ajaran sesat, perjudian dan kesalahan mabuk. Sepanjang tahun 2020, sebanyak 33 kes dilaporkan, melibatkan kes berkaitan ajaran salah, pemujaan salah, doktrin palsu dan dakwaan palsu. Manakala, 334 kes melibatkan perjudian, berada di tempat perjudian dan 86 kes melibatkan minuman yang memabukkan. Selain penguatkuasaan kerjasama antara JAKIM dan Jabatan Agama Islam negeri terus diperkukuh lagi memastikan kesucian agama Islam di negara ini terus dipelihara melalui pelaksanaan pelbagai program. Contohnya program-program
peningkatan penghayatan agama dan pencegahan jenayah syariah berbentuk webinar, forum dan kempen kesedaran jenayah syariah. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Soalan tambahan?
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, meneliti daripada jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri, ini soalan saya. Apakah langkah kementerian untuk berbincang dengan Kementerian Pengangkutan, mengawal selia mereka yang memandu dalam keadaan mabuk, begitu kerap berlaku kemalangan yang mengorbankan nyawa dan juga di samping itu berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk mempertimbangkan cabutan khas yang begitu menonjol secara berleluasa. Saya mohon supaya kementerian bersepadu dalam soal ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kapar. Satu penegasan dan soalan yang sangat baik. Pihak kerajaan sentiasa mencari jalan dan juga peluang untuk memastikan kes-kes yang disebutkan tadi terutama yang berkaitan dengan kes pemandu mabuk dan sebagainya dan sebagaimana kita sedia maklum bahawa telah pun ada pindaan kepada akta yang mempertingkatkan hukuman kepada pemandu mabuk, khususnya melibatkan kemalangan maut. Berkaitan dengan kerjasama dengan Kementerian Kewangan, pihak kita sentiasa mencari jalan dan berusaha untuk memastikan bahawa sebarang desakan dan juga suara-suara rakyat di bawah sana di kalangan orang Islam khususnya berkaitan dengan aktiviti judi sebagaimana kita sedia maklum, akan sentiasa disampaikan kepada pihak Kementerian Kewangan. Kita tahu itu di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan tetapi kita konsisten sebagai orang Islam, sepatutnya untuk tidak mengizinkan atau membenarkan aktiviti perjudian ini dibenarkan dilaksanakan secara berleluasa. Terima kasih.
Terima kasih.
Setiu.
Yang Berhormat Kuala Krai. Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang telah diberikan kepada soalan asal. Saya ingin memanjang sedikit isu berkaitan dengan ajaran sesat. Mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri nyatakan apakah definisi Ahlus Sunnah Wal Jemaah di Malaysia. Apakah kriteria utama yang sering ditemui oleh pihak berkuasa agama dalam sesebuah ajaran sesat? Perkara ini penting untuk dijelaskan kepada rakyat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan
Terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Kuala Krai yang sangat cakna kepada isu berkaitan dengan perkara melibatkan akidah iaitu perkara yang melibatkan berlakunya penularan ajaran sesat. Untuk makluman ahli Dewan, suka saya tegaskan di sini bahawa definisi bagi maksud Ahlus Sunnah Wal Jemaah itu ialah berdasarkan kepada Mesyuarat Panel Kajian Akidah, JAKIM kali ke-42, pada 28 Februari 2010 telah memutuskan Ahlus Sunnah Wal Jemaah adalah golongan yang memahami dan berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW menerusi sahabat tabiin dan juga tabiat tabiin yang sentiasa bersama mereka dalam prinsip akidah, syariah dan akhlak. Mereka adalah golongan yang memahami dan berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW mengikut manhaj salaf atau khalaf iaitu Asya'irah dan Maturidiah dan yang kedua, mereka adalah golongan yang berfahaman sederhana wasatiyyah, tidak
melampau dan tidak terlalu longgar. Ini mengeluarkan khawarij, Syiah Rafidha, Qadariyah, Jabariyah, Muktazilah, anti-hadis, Islam liberal, pluralisme agama dan seumpamanya. Mereka ialah golongan yang mengutamakan perpaduan dan persaudaraan Islam, bukan permusuhan. Perdamaian bukan peperangan. Berpegang kepada prinsip tidak memuja pemimpin, tidak taksub sehingga mengkafirkan atau menyesatkan sesama Islam. Berkaitan komponen kedua soalan Yang Berhormat iaitu apakah yang sering ditemui apabila kumpulan-kumpulan ajaran sesat ini dibongkarkan: (i) berpegang dengan akidah selain daripada Ahlus Sunnah Wal Jemaah; (ii) golongan mereka ini berpegang dengan ajaran kerohanian atau tasawwuf falsafah yang bercampur-aduk dengan ajaran kebatinan; (iii) mempercayai atau mengamalkan perkara khurafat dan tahyul. (iv) menjadikan ilham, mimpi atau kasyaf sebagai sumber pegangan dan kepercayaan; (v) taksub dan fanatik yang melampau kepada guru atau ketua ajaran. (vi) menyelewengkan tafsiran Al-Quran dan Al-Hadith untuk kepentingan peribadi atau kumpulan; (vii) berpegang kepada liberalisme dan pluralisme agama; dan (viii) menolak disiplin ilmu dan autoriti pihak berkuasa agama. Ini sebahagian daripada kriteria utama yang sering kita temui oleh pihak berkuasa agama dalam sesebuah ajaran sesat yang kita bongkarkan. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Yang di-Pertua.
Masa terhad. Saya nak minta satu lagi...
Satu sahaja.
...Pertanyaan. Saya jemput Yang Berhormat Baling, Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim.
13. Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling] minta Menteri Kanan Pertahanan menyatakan adakah kementerian bercadang untuk mewujudkan semula atase tentera di Mesir. Jika ya, bilakah akan dilaksanakan bagi membantu memudahkan kemasukan NGO Malaysia ke Gaza untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan.
Bismillahi Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberi peluang untuk soalan 13 ditanya. Tuan Yang di- Pertua, terima kasih saya ucapkan kepada sahabat saya Yang Berhormat Baling yang membangkitkan cadangan untuk mewujudkan Pejabat Penasihat Pertahanan di Mesir. Saya tahu Yang Berhormat Baling ini seorang yang aktif terlibat dengan misi-misi kemanusiaan, Somalia, Jepun dan Gaza. Saya boleh panggil dia Bapa Sukarelawan. Okey, untuk menjawab soalan Yang Berhormat Baling, Malaysia sebelum ini belum pernah membuka Pejabat Penasihat Pertahanan di Mesir. Hanya terdapat Pejabat Penasihat Pertahanan di Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu di Asia Barat. Walau
bagaimanapun, cadangan Yang Berhormat Baling kemukakan ini adalah cadangan yang baik.
Dalam masa yang sama, kerajaan juga sedang merancang untuk mewujudkan Pejabat Penasihat Pertahanan yang baharu di Mesir. Kementerian Pertahanan turut mengkaji keperluan untuk menggunakan Penasihat Pertahanan Malaysia sedia ada di Malawakil berhampiran seperti di Malawakil Riyadh, Arab Saudi atau Malawakil Ankara di Turki untuk diakreditasi ke Mesir bagi membantu sebarang urusan berkaitan hubungan pertahanan antara Malaysia dan Mesir. Pembukaan Pejabat Penasihat Pertahanan ini dilihat sebagai usaha negara mendukung Kertas Putih Pertahanan yang menitikberatkan usaha ke arah diplomasi pertahanan sama ada pada peringkat bilateral dan multilateral. Ia berpotensi untuk memperluaskan hubungan kerjasama dalam pelbagai bidang pertahanan seperti latihan ketenteraan, pendidikan ketenteraan dan industri pertahanan. Penasihat Pertahanan merupakan pengantara dari segi pertahanan dan keselamatan negara, selain merupakan wakil kepada Menteri Pertahanan dan Panglima Angkatan Tentera dalam acara rasmi yang melibatkan pertahanan. Terima kasih.
Soalan tambahan pertama, sila Yang Berhormat Baling.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya di sana, ke Gaza ini sudah lebih tiga kali. Soalan saya ini pun saya letak kerana saya tahu Yang Berhormat Menteri Pertahanan amat akrab dengan Kerajaan Mesir. Ini kerana rakyat Malaysia termasuk di negeri Kelantan, di Baling umpamanya di tempat saya. Kami usaha kutip duit hendak bantu kepada mereka, saudara mara kita di sana di Gaza yang memerlukan sokongan dan bantuan. Saya baru-baru ini 31 hari tak dapat masuk. Ini kerana Kerajaan Mesir diperintah oleh tentera. Atas keakraban negara Malaysia, khususnya Yang Berhormat Datuk Seri Hishamuddin dengan Kerajaan Mesir, saya fikir sudah patut masanya tepat untuk kita adakan. Soalan saya walaupun lambat lagi ke cepat lagi ke, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri hubungan pertahanan— menyatakan sejauh manakah hubungan pertahanan di antara Malaysia dan Mesir dapat membantu Malaysia dalam menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk di Gaza. Seluruh negara, seluruh masjid— 6,000 masjid doakan untuk Gaza, banyak bagi bantuan tetapi kita susah hendak masuk.
Soalan, soalan.
Jadi, soalan saya itulah tadi. Sejauh manakah Kementerian Pertahanan mempunyai keakraban untuk kita salurkan bantuan sebelum ada attaché di sana? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Baling. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri. Satu minit.
Terima kasih Yang Berhormat Baling. Hebat betul. Apa yang dia makan pagi ini. Hebat. Okey, terima kasih saya ucapkan kepada sahabat saya Yang Berhormat Baling yang bertanya mengenai sejauh manakah hubungan pertahanan di antara Malaysia dan Mesir dapat membantu misi bantuan kemanusiaan ke Gaza yang beliau yang saya tahu pada— beliau ada baru ini untuk ke sana. Seperti Yang Berhormat maklumlah, saya tahu Yang Berhormat maklum dan arif, Mesir ini merupakan sebuah negara republik Arab yang memiliki satu-satunya laluan darat ke Gaza. Secara geografi, Mesir mempunyai sempadan dengan Wilayah Gaza, Palestin di timur. Manakala Israel pula di bahagian timur. Sempadan ini dikuasai penuh oleh Mesir dan sebarang rentas sempadan ke Wilayah Gaza perlu mendapatkan permit ataupun keizinan daripada Kerajaan Mesir.
Memandangkan Kerajaan Mesir kini ditadbir oleh presidennya yang bernama Abdel Fattah Al-Sisi yang juga merupakan komander tertinggi dalam Supreme Council of the Armed Forces dan bekas Menteri Pertahanan, saya percaya ia boleh dimanfaatkan oleh Malaysia melalui hubungan pertahanan dengan Mesir. Cadangan Yang Berhormat Baling memang baik. Hubungan sedia ada antara Mesir dan Israel juga boleh memberi kesan yang positif kepada Malaysia untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza khususnya di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia dan pertubuhan NGO secara amnya. Saya ucapkan tahniah dan saya tahu tiga tahun dia tak beraya di rumah, dia beraya di misi kemanusiaan. Namun Yang Berhormat Baling, kita perlu juga dalam misi kemanusiaan ini dalam negara turut penting. Kita tak mahulah orang kata, “kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan”...
Dalam negara banyak sudah. Biro Kebajikan UMNO sudah buat Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Ala, Tabung Haji itu jaga betul. Jangan cakap lebih.
Akan tetapi apa pun Yang Berhormat Baling, saya ucapkan tahniahlah. Cakna kemanusiaan beliau. Okey terima kasih.
Kalabakan.
Soalan tambahan yang kedua, sila Yang Berhormat Kalabakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memandangkan kita mungkin ramai NGO yang ingin keluar negara menyampaikan bantuan, saya mohonlah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri menjelaskan perancangan masa depan kementerian berkenaan penubuhan Pejabat Penasihat Ketenteraan yang baharu di seluruh dunia. Soalan saya, di manakah pejabat baharu Defence Attaché lagi yang akan ditubuhkan dalam masa terdekat dan bagi menjalankan hubungan ketenteraan dengan negara kita, Malaysia? Terima kasih.
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan, seorang pegawai bank. Hari ini bertanya mengenai perancangan penubuhan Pejabat Penasihat Pertahanan. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan pada masa ini kita tak ada merancang untuk membuka Penasihat Pertahanan yang baharu kecuali di Kaherah. Buat masa ini, kita di seluruh dunia kita ada 26 Penasihat Pertahanan. Jadi, di negara ASEAN semua kita ada. Antara yang kita ada seperti di UK, US, Japan dan France. Di Asia semua kita ada. Walau bagaimanapun Kementerian Pertahanan sedang dalam proses untuk melaksanakan rancangan akreditasi bagi beberapa Penasihat Pertahanan ke beberapa buah negara seperti yang kita panjangkan ke Kementerian Luar Negeri untuk kelulusan akreditasi. Antaranya: (i) Penasihat Pertahanan di Malawakil Ankara untuk dihantar ke Qatar; (ii) Penasihat Pertahanan di Malawakil Moscow ke Belarus; (iii) Penasihat Pertahanan di Malawakil Paris ke Belanda; (iv) Penasihat Pertahanan di Malawakil Riyadh untuk ke Jordan dan Oman; (v) Penasihat Pertahanan di Malawakil Washington untuk ke Kanada— tetapi apa-apa pun yang terbaru saya tahu Kanada sudah setuju; dan
(vi) Penasihat Pertahanan di Malawakil Yangoon ke Bangladesh— Bangladesh terbaru saya pun tahu dia sudah setuju. Pada masa ini terdapat dua negara yang telah pun memberi kelulusan. Cuma hendak makluman kepada semua, untuk kita hendak hantar ke mana-mana negara kita melihat dua perkara: (i) apakah cost-benefit, dengan izin; dan (ii) negara tersebut kena setuju. Kita kena lihat apakah kepentingan negara kita dari segi pertahanan. Contohnya perpindahan teknologi dalam industri pertahanan. Kita ambil contoh negara Perancis. Dulu kita tak ada Penasihat Pertahanan tetapi apabila kita membeli aset pertahanan seperti kapal selam, maka kita melihat ada keperluan. Barulah kita membuka Pejabat Penasihat Pertahanan yang mana di situ adalah terdiri daripada Pegawai Tentera Laut. Jadi hendak buka ini pun melibatkan kos yang besar, sebab itu kita ada konsep akreditasi. Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan.
Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. [Sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan tamat]
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan Rang Undang- undang Perbekalan 2022 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2022 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 14 Disember 2021”.
Ada yang menyokong?
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Usul Menangguhkan Mesyuarat Di Bawah P.M. 18(1) — Isu Pengambilan Tanah Di Kampung Sungai Baru, Kampong BharuUrgent matter
Sila. Baca usul sahaja. Yang Berhormat Shah Alam, sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon mengemukakan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan 18(2) seperti berikut. Bahawa saya diberi kebenaran merunding perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendak disegerakan iaitu bagi berunding isu pengambilan tanah di Kampung Sungai Baru, Kampong Bharu, Kuala Lumpur oleh kerajaan untuk tujuan pembangunan semula oleh pemaju swasta. Isu ini adalah perkara tertentu kerana ia khusus melibatkan tindakan kerajaan menggunakan peruntukan Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk mengambil tanah pemilik tanah Kampung Sungai Baru bagi tujuan pembangunan semula oleh pemaju swasta. Ini baru broker Tuan Yang di-Pertua. Perkara ini melibatkan kepentingan ramai kerana ini melibatkan pengambilan tanah pemilik tanah Kampung Sungai Baru, Kampong Bharu, Kuala Lumpur yang telah memiliki dan menduduki tanah tersebut sejak beberapa generasi. Perkara ini perlu disegerakan kerana sehingga sekarang, pemilik tanah telah diberikan notis siasatan oleh Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan dan telah melalui satu proses siasatan.
Pemilik tanah merasakan tekanan yang dahsyat dengan tindakan kerajaan menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 pada waktu pandemik COVID-19 untuk mengambil tanah mereka untuk dimajukan oleh pemaju swasta. Mana suara orang Melayu ini dahulu yang kecoh bila Kerajaan PH hendak usahakan? Kita bukan hendak gunakan Akta Pengambilan Tanah, tetapi macam-macam dia tuduh.
Melayu penuh sagun, sagun dalam mulut.
Tindakan ini perlu dihentikan segera demi kepentingan pemilik tanah dan penduduk sekitar yang akan terkesan secara langsung atau tidak langsung dalam proses pengambilan tanah dan pembangunan semula ini. Saya percaya bahawa isu-isu ini adalah berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendak disegerakan selari dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat 18(1) dan 18(2). Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Ini jawapan dari Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat – “Saya telah menerima satu pemberitahu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) oleh Yang Berhormat Shah Alam pada hari Rabu, 8 Disember 2021. Teks usul ini adalah seperti yang dibacakan oleh Ahli Yang Berhormat Shah Alam sebentar tadi. Bagi membolehkan perkara ini ditimbangkan oleh Majlis Mesyuarat, saya sebagai Yang di-Pertua hendaklah berpuas hati bahawa perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu memenuhi tiga syarat. Syarat yang pertama ialah bahawa perkara itu tertentu. Syarat yang kedua ialah bagi kepentingan orang ramai dan syarat yang ketiga ialah berkehendak disegerakan. Saya telah meneliti perkara ini dan mendapati bahawa tertentu, perkara ini adalah perkara yang tertentu;
kepentingan orang ramai, ia adalah bagi kepentingan orang ramai; berkehendakkan disegerakan, perkara ini juga perlu disegerakan. Oleh yang demikian, saya membenarkan usul ini dirundingkan pada hari ini di Kamar Khas pada jam 2.30 petang. Terima kasih, 13 Disember, hari Isnin. - Tan Sri Azhar Azizan Harun, Yang di-Pertua Dewan Rakyat.”
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya nak panggillah yang mana yang daripada PAS, yang daripada UMNO dulu yang juara-juara yang menentang apa yang telah hendak diusahakan oleh Pakatan Harapan dulu hadir dalam Kamar Khas. Biar kita bahas. Tengok, cara yang hendak dilakukan oleh Barisan Nasional, Pakatan Nasional ini, jauh lebih teruk!
Jangan hina Melayu-PAS lah. Jangan hina Melayu-PAS.
Kita sudah sediakan jawapan dan kita akan menjawab dengan...
Jangan hina Melayu-PAS, mereka dah insaf sekarang.
Ala, dulu macam-macam dituduh.
Saya jawab.
Sekarang ini hendak anu. Ha! Tengok...
Saya... [Pembesar suara dimatikan]
Ahli Yang Berhormat, jumpa di Kamar Khas pukul 2.30 petang. Baik.
Kamar Khas. Mari PAS, mari UMNO. Hendak tunjuk hero sekarang!
Peraturan Mesyuarat, Standing Order.
Tuan Yang di-Pertua, peraturan Dewan.
Bagi saya habiskan ini ya. Yang Berhormat Jelutong, sekejap.
Kita boleh jawab sekarang kalau hendak.
[Dewan riuh]
[Pembesar suara dimatikan]
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG PATEN (PINDAAN) 2021 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Paten 1983; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna [Dato’ Rosol bin Wahid]; dibacakan kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG HAK CIPTA (PINDAAN) 2021 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Hak Cipta 1987; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna [Dato’ Rosol bin Wahid]; dibacakan kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG PETUNJUK GEOGRAFI 2021 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi perlindungan dan pendaftaran petunjuk geografi berhubung dengan barang dan untuk melaksanakan triti yang berkaitan dan bagi perkara yang berhubungan dengannya; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna [Dato’ Rosol bin Wahid]; dibacakan kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2022 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2022 JawatankuasaBill
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2022 dan Anggaran Pembangunan 2022 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Ketiga belas] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan
Sila Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Pengerusi, terima kasih. Tuan Pengerusi, pada hari Rabu yang lalu, saya telah memasukkan satu usul di bawah Aturan Mesyuarat 18(1) dan (2) berikutan dengan kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Perpaduan dalam Dewan yang mulia ini, mengatakan bahawa perarakan semasa Thaipusam iaitu perarakan Silver Chariot, perarakan Kavadi, perarakan Chingay akan dilarang disebabkan oleh penularan wabak COVID-19 khususnya varian Omicron. Selepas saya membentangkan, menyerahkan usul tersebut, saya telah membaca pada petang itu, ada satu kenyataan dibuat oleh Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa keputusan itu adalah tidak muktamad. Maksudnya Yang Berhormat Menteri mengatakan kenyataan beliau di Dewan yang mulia ini adalah belum lagi dimuktamadkan.
Hari kemudiannya, Yang Berhormat Bagan telah juga membangkitkan perkara ini di Dewan yang mulia ini. Kita lihat juga bahawa baru-baru ini, kelmarin-kelmarin dahulu, wakil MIC telah membuat kenyataan bahawa perkara ini masih dalam rundingan dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, mengatakan bahawa belum lagi ada apa-apa keputusan muktamad. Akan tetapi, besar kemungkinan perarakan semasa Thaipusam iaitu perarakan Silver Chariot dan Kavadi akan dibenarkan. So, saya berdiri di sini untuk bertanya, kalau boleh, Yang Berhormat Menteri berkenaan hadir kembali ke Dewan yang mulia ini, disebabkan sekarang ada banyak kekeliruan. Kedua-dua perayaan ini– Saya berdiri di sini sebagai wakil rakyat bertanya tentang perayaan Thaipusam dan perayaan Chingay. Mungkin MIC hanya berminat dengan perayaan Thaipusam sahaja, tetapi saya sebagai wakil rakyat, ingin tahu kedua-dua perayaan tersebut. Perayaan-perayaan itu akan disambut dalam masa sebulan dua. Jadi, amatlah tidak adil untuk membenarkan perkara ini masih lagi belum diselesaikan dengan muktamad.
Baik, baik.
Jadi saya memohon, saya tidak mahu menggunakan peraturan-peraturan bahawa mengatakan bahawa Yang Berhormat Menteri telah mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan, tidak. Akan tetapi saya mohon kalau boleh, satu kenyataan diberikan di bawah Peraturan Mesyuarat 21(1), “Pertanyaan-pertanyaan bolehlah diarahkan kepada Menteri-menteri berkenaan dengan hal-hal dalam urusan jawatan mereka dan pertanyaan-pertanyaan boleh juga diarahkan kepada ahli-ahli selain daripada Menteri berkenaan dengan rang undang-undang, usul atau lain-lain perkara orang ramai yang berkaitan dengan urusan Majlis Mesyuarat yang dalam tanggungan ahli-ahli yang tersebut.” Ini melibatkan isu perpaduan. Kalaulah kerajaan mendukung konsep Keluarga Malaysia dan baru-baru ini juga kita lihat bahawa anjuran program Keluarga Malaysia yang tidak mematuhi SOP juga dibenarkan, yang dikompaun saya rasa adalah amat tidak adil untuk kerajaan melarang perarakan Chingay, perarakan semasa Thaipusam, perarakan Silver Chariot dan perarakan Kavadi.
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya ambil maklum.
Bolehkah Tuan Pengerusi mengarahkan Yang Berhormat Menteri untuk hadir dalam Dewan ini dan memberi kenyataan yang memberi kepastian supaya kedua-dua perayaan ini boleh diteruskan dengan perarakan Silver Chariot, Kavadi dan Chingay. Terima kasih.
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Kami ambil maklum apa permintaan daripada Yang Berhormat Jelutong dan kita akan maklumkan.
Masalahnya Tuan Pengerusi, kita akan bersidang hanya dua tiga hari lagi. Jadi, saya mohon kalau boleh, perkara ini diberi perhatian dan satu maklum balas diberikan. Kita juga tahu bahawa apabila kenyataan dibuat dalam Dewan yang mulia ini, tiba-tiba kenyataan itu tidak dipegang– Saya akan beri contoh dalam isu feri Pulau Pinang. Yang Berhormat Menteri Kewangan sekarang telah memberi aku janji kepada mantan Yang Berhormat Menteri Kewangan, Yang Berhormat Bagan bahawa perkhidmatan feri akan diteruskan.
Namun demikian, perkhidmatan feri tidak diteruskan dan telah dibatalkan. Ini menyebabkan kerisauan kepada saya.
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Faham dan baik.
Terima kasih.
Saya tidak mahu memanjangkan masa...
Tuan Pengerusi, berkaitan dengan Thaipusam lagi. Oleh sebab kena beritahu awal sebab kaum India yang beragama Hindu itu akan berpuasa sebulan ataupun 40 hari, kena beritahu awal. Ini kavadi-kavadi semua bukan tangkap basah punya, kena panjangkan ia punya masa untuk ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong dan Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan Pengerusi, saya minta maaf, saya minta maaf. Saya tidak mahu isu ini dipolitikkan dan saya tidak mahu mana-mana parti, terutamanya MIC, menjadi hero. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong dan Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan Pengerusi, peraturan mesyuarat. Tuan Pengerusi, saya ingin bangkitkan Peraturan Mesyuarat 11, di mana Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan iaitu persidangan Majlis dari semasa ke semasa. Tuan Pengerusi, minggu lalu atau dua tiga minggu lalu, Yang Berhormat Menteri Undang-undang, Yang Berhormat Santubong pernah membangkitkan isu bahawa sidang Parlimen akan dilanjutkan dua hari lagi iaitu mungkin akan dilanjutkan sehingga 21 Disember 2021. Saya ingin bertanya, apakah keputusan Tuan Pengerusi tentang perlanjutan ini? Kita tahu bahawa Menteri-menteri atau Perikatan Nasional mungkin mereka sedang dalam holiday mood tetapi ada banyak isu lagi rakyat yang perlu dibincangkan. Oleh kerana kita tahu bahawa sidang Parlimen yang akan datang adalah tiga bulan daripada sekarang. Sekarang rakyat susah dengan kenaikan harga barang, kita mahu bahawa Parlimen ini menjadi medan forum yang terbaik untuk membangkitkan isu dan bagaimana kerajaan untuk berusaha untuk mengawal harga barang dan juga pelbagai masalah COVID-19, Omicron dan sebagainya.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru.
Jadi, saya rasa bahawa ada keperluan untuk kita lanjutkan sidang Dewan ini supaya isu-isu rakyat ini dibangkitkan dan dibahaskan. Saya mohon ini, janganlah hendak cepat-cepat pergi holiday. Isu rakyat pertama, rakyat didahulukan, ini Barisan Nasional/Perikatan Nasional kata tetapi kita mahu bahawa isu ini dibahaskan di dalam Parlimen.
Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Yang Berhormat, kita akan dapatkan maklumat ini daripada Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Santubong. So, we will get back to him, dengan izin.
Tuan Pengerusi, begitu banyak rang undang-undang yang dibentangkan di atas meja kita perlu diselesaikan. Oleh itu, saya sokong cadangan Yang Berhormat Bayan Baru.
Terima kasih. Saya telah jawab tadi, kita akan tunggu Yang Berhormat Menteri...
Tuan Pengerusi, satu lagi isu ialah jawapan daripada Yang Berhormat Menteri, jawapan bertulis. Saya bangkitkan banyak isu dalam perdebatan Rang Undang-undang Perbekalan dan juga bajet, terutamanya dalam Kementerian Pertanian dan juga KPDNHEP yang membangkitkan tentang isu harga naik, kesusahan petani, nelayan dan penternak, isu kenaikan kos baja dan sebagainya. Kita masa perbahasan, penggulungan Yang Berhormat Menteri 30 minit sahaja dan semuanya hendak bagi jawapan bertulis. Akan tetapi sampai sekarang sudah daripada peringkat Dasar, sampai ke peringkat Jawatankuasa, sampai sudah penghujung Parlimen, hari ini adalah last day dalam isu bajet, hendak undi sudah. Akan tetapi jawapan
bertulis masih belum sampai. Saya- I hold the Ministers accountable dan tolonglah Tuan Pengerusi, kena push sedikit. Oleh sebab selalunya janji, masa katakan akan bagi jawapan bertulis tetapi sampai sekarang tidak ada.
Yang Berhormat Bayan Baru, memang kita maklumkan lima hari bekerja untuk menjawab.
Ini sudah lebih daripada 20 hari sudah.
Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi. Saya, saya setuju...
Tuan Pengerusi, kita sudah bahas tujuh Jawatankuasa tetapi Yang Berhormat Menteri-menteri ingkar dengan perintah Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi memberitahu mereka, mengarahkan lima hari tetapi Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri ingkar dengan perintah.
Mereka tidak hirau pun lima hari dan sudah lebih daripada sepuluh hari, dia tidak kisah.
Tidak mengikuti perintah, oleh itu sila menjalankan tugas, Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera dan Yang Berhormat Bayan Baru.
Tuan Pengerusi, benarkan Segambut membangkitkan. Saya setuju dengan apa Yang Berhormat Bayan Baru serta Yang Berhormat Bukit Bendera nyatakan tadi. Di depan saya, saya bahas peringkat Dasar, peringkat Jawatankuasa, sampai sekarang, jawapan peringkat Dasar pun tidak ada dan hanya Kementerian Dalam Negeri telah bagi response, kementerian lain tidak ada.
Setuju dengan Yang Berhormat Segambut.
Ini buktinya. [Sambil menunjukkan kertas jawapan]
Baik, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Segambut.
Perbahasan peringkat Dasar pun belum sampai. Tuan Pengerusi, ini kena make sure ini.
Okey Yang Berhormat Bayan Baru, kita ambil maklum feedback ini dan kita akan maklumkan kepada Yang Berhormat Menteri yang berkenaan. Terima kasih.
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2022 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2022 Jawatankuasa — Kepala B.63 [Jadual] – Kepala P.63 [Anggaran Pembangunan 2022] –Bill
Ahli-ahli Yang Berhormat, Kepala Bekalan B.63 dan Kepala Pembangunan P.63 di bawah Kementerian Pendidikan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat, saya ada senarai, melihatkan kepada 22 orang, saya baca dahulu. Ahli-ahli Yang Berhormat, dimulakan dengan Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Kulai, Yang Berhormat Sabak Bernam, Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Kubang Pasu, Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Tuaran. Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Simpang Renggam, Yang Berhormat Libaran, Yang Berhormat Semporna, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Sekijang, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Sepang.
Kita mulakan dengan menjemput Yang Berhormat Jempol.
Tuan Pengerusi, ini berkenaan pendidikan. Saya rasa kena bagi semua Ahli-ahli Yang Berhormat peluang untuk berbahas hari ini. Oleh sebab apa, tinggal ini hari sahaja. Kalau kita tidak beri peluang, macam mana kita hendak bukakan masalah-masalah dari kawasan kita berkaitan dengan sekolah, pendidikan dan sebagainya?
Baik, terima kasih.
Kita minta panjang, bagi semua orang peluang, lima minit sahaja, itu pun tidak dapat. Rakyat bawah sana marah sama kita, apa ini lima minit pun tidak mahu bagikah dia orang?
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Ini bukan peringkat Dasar, ini peringkat Jawatankuasa. Jadi, saya hendak mulakan dengan Yang Berhormat Jempol, silakan. Kita ambil maklum.
Tuan Pengerusi, Rasah pun tidak adalah, bolehkah Yang Berhormat Rasah? Tuan Pengerusi, minta masukkan Rasah.
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana mengizinkan saya mengambil bahagian, membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2022, peringkat Jawatankuasa Kementerian Pendidikan. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Menteri yang hadir mendengar, sudah pastilah jawapan tidak sampai lima hari akan terjawab. Butiran 062800 – Bantuan Awal Persekolahan. Pertamanya, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan kerana meneruskan inisiatif ini dan menambah kadar bantuan sebanyak RM50 iaitu kepada RM150, berbanding RM100 sebelum ini. Berdasarkan pembentangan Belanjawan 2022 yang lalu Yang Berhormat Menteri Kewangan, bantuan ini disasarkan akan mendapat manfaat lebih 3 juta orang murid dengan nilai peruntukan keseluruhan RM450 juta. Walau bagaimanapun, dirujuk kepada butiran, saya dapati hanya RM300 juta sahaja diperuntukkan menerusi bantuan ini bagi tahun hadapan. Oleh itu, saya ingin mendapatkan kepastian dan penjelasan daripada kementerian berhubung dengan peruntukan sebanyak RM150 juta untuk kelancaran program ini. Berkaitan kaedah pemilihan bagi penerima yang layak yang memberi manfaat bantuan ini, saya dapati masih terdapat kelemahan yang perlu diatasi oleh kementerian supaya bantuan ini benar-benar mencapai objektifnya. Hal ini kerana terdapat sesetengah-sesetengah keluarga berpendapatan masih tinggi dan tidak layak menerima bantuan tetapi tanggungan dan bilangan anaknya masih lagi bersekolah agak ramai. Begitu juga sebaliknya, terdapat keluarga yang menjalankan perniagaan sendiri iaitu tanpa slip gaji dan mempunyai pendapatan yang tinggi turut layak mendapat bantuan. Soalan saya, apakah tindakan kementerian untuk menyelesaikan isu berkaitan ini supaya bantuan tersebut benar-benar membantu individu yang memerlukannya? Saya mencadangkan agar kementerian mengubah syarat dan kriteria kelayakan penerima bantuan ini perlu diperkasakan dari semasa ke semasa. Kementerian tidak boleh mengukur kepada pendapatan kasar bulanan sahaja, kementerian perlu melihat dengan cara yang lebih meluas iaitu dengan mengambil kira kadar tanggungan dan bilangan anak yang masih bersekolah. Begitu juga individu yang menjalankan perniagaan sendiri tanpa slip gaji. Butiran 040100 – Bahan Pengajaran dan Pembelajaran. Berkenaan insentif khas alat bantuan mengajar secara one-off sebanyak RM100 kepada lebih kurang 400 orang guru sekolah di bawah kementerian. Pada hemat saya, pemberian RM100 sahaja tidak mencukupi untuk menghargai jasa dan pengorbanan guru yang bertugas sepanjang tempoh persekolahan ditutup. Umumnya mengetahui sekolah ditutup berbulan-bulan lamanya dan para guru perlu memainkan peranan untuk memastikan setiap murid tidak tercicir daripada mendapat pendidikan.
Sepanjang tempoh tersebut, para guru terpaksa mengeluarkan modal sendiri untuk menyediakan perkakasan ataupun kelengkapan PdPR yang mencukupi. Begitu juga dengan keperluan internet, elektrik terpaksa ditanggung sepenuhnya oleh para guru untuk suatu tempoh yang panjang. Saya amat bersetuju dengan pemberian insentif ini tetapi kadarnya perlu diberikan biarlah mencukupi, mengambil kira purata kos yang telah dibelanjakan oleh guru untuk pelaksanaan PdPR. Soalan saya, apakah kementerian berhasrat untuk meningkatkan kadar insentif ini kepada guru yang lebih munasabah dan apakah indikator yang diambil kira oleh kementerian dengan menetapkan kadar insentif sebanyak RM100? Saya menyeru kementerian agar teliti semula perkara ini dan mencadangkan agar kadar tersebut ditingkatkan sekurang-kurangnya RM500. Saya faham bahawa kerajaan sedang memberi tumpuan kepada usaha untuk memerangi COVID-19 yang menelan belanja yang amat besar. Walau bagaimanapun, kementerian juga harus mempertimbangkan nasib guru yang terpaksa mengeluarkan duit poket mereka sendiri untuk PdPR. Seterusnya, demi ketidakberlaku loss of generation ataupun generasi yang hilang dalam pendidikan era pasca pandemik COVID-19, perluaskan JENDELA di seluruh Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Jalur lebar, internet di luar bandar perlulah diberikan keutamaan berbanding di bandar. Keadaan pendidikan di luar bandar perlu diberi perhatian. Akses internet amat penting agar ekuiti dan juga akses pendidikan dapat dinikmati di seluruh negara. Butiran 03504 – Ubahsuai Naiktaraf Sokongan Pendidikan.
Minta rumuskan. Rumuskan, ya.
Last. Terima kasih diucapkan kepada kerajaan telah menyediakan peruntukan RM1.3 bilion kepada tahun hadapan menerusi peruntukan yang besar, maka besarlah harapan saya untuk melihat sekolah-sekolah dalam Parlimen Jempol diberi keutamaan dan mendapat perhatian sewajarnya memandangkan sekolah daif masih menjadi isu besar terhadap pendidikan negara kerana tidak menafikan pendidikan yang saksama kepada murid-murid. Soalan saya, apakah kementerian mempunyai butiran khas, mempunyai garis panduan dan perancangan teliti untuk masyarakat khususnya yang berada di sekolah di luar bandar. Di saat sistem pendidikan negara sedang bergerak ke era pendidikan Revolusi Industri 4.0 dengan memperkasakan pendigitalan pendidikan, isu sekolah daif mestilah diselesaikan dengan segera. Begitu juga dengan 3K (kesihatan, keselamatan, keceriaan) yang telah diumumkan pada tahun 1991, hari ini telah hilang daripada radar. Adakah ia diperkasakan semula kerana inilah satu modul di mana ibu bapa melalui PIBG dapat bekerjasama untuk keceriaan sekolah? Saya berharap agar perkara ini mendapat pertimbangan khas daripada Yang Berhormat Menteri yang hadir pada hari ini. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi membenarkan saya sedikit masa. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Kulai.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Perkara pertama yang saya hendak bangkit, Butiran 030100 – Pendidikan Awal. Saya baca ini adalah daripada Buku Rancangan Malaysia Kedua Belas bahawa penyelarasan dan tadbir urus yang kurang tadbir. Terdapat pertindihan fungsi antara kementerian dan agensi berkaitan dengan Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak (ECCE) awam dan swasta.
Ini menyebabkan kurikulum yang tidak selaras dan perbezaan kualiti guru, kaedah pengajaran dan pembelajaran serta kelemahan tadbir urus. Ini mengakibatkan outcome dalam program ECCE tidak konsisten. Ini saya baca daripada buku Rancangan Malaysia Kedua Belas. Oleh sebab itu, saya kemukakan satu soalan kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan iaitu sama ada kementerian ada satu hala tuju, ada satu hasrat untuk menggabungkan, menyatukan agensi yang bertindih fungsi berkaitan dengan asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak awam dan swasta. Amat menyedihkan jawapan kepada soalan yang dihantar kepada saya pada 30 November 2021, menyatakan bahawa perundangan sedia ada adalah tidak bertindih dan oleh sebab itu, KPM akan mengguna pakai peruntukan akta sedia ada. Kalau ini adalah jawapan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, saya nak tanya sama ada buku Rancangan Malaysia Kedua Belas ini, hala tuju yang telah ditetapkan, kelemahan yang telah ditunjukkan dalam buku Rancangan Malaysia Kedua Belas ini adalah sebenarnya tak betul. Selain daripada itu, saya juga nak sebut bahawa dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa pembentangan Rancangan Malaysia Kedua Belas pada para 70 juga ada menyebut bahawa Sekolah Model Khas Komprehensif (K9) akan ditambah tetapi apabila saya tanya soalan ini, apa rancangan KPM untuk menambah sekolah K9, jawapan yang saya dapat sekali lagi menyatakan bahawa tambahan bangunan ada, sedang dilaksanakan dan dijangka siap pada tahun 2022 di Raub dan juga di Rompin. Projek untuk naik taraf K9 kepada sekolah K11 ada tetapi penambahan sekolah K9 langsung tidak disebut dalam jawapan ini. Saya nak tanya di sini, jawapan yang disediakan oleh KPM yang saya terima pada hari ini adalah kurang tepat ataupun KPM langsung tak faham apa itu hala tuju yang telah ditetapkan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas. Buku ini, penyediaannya telah mengakibatkan satu kos sebanyak RM4.2 juta. Kalau KPM sendiri tidak berhasrat untuk mengikuti hala tuju yang telah ditetapkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas, janganlah bazir duit rakyat dan lebih baik kita buangkan buku ini ke dalam tong sampah. Isu kedua yang saya hendak bangkit adalah tentang pengambilan guru secara one-off. Saya pernah bangkit isu ini dalam perbahasan tetapi seolah-olahnya Yang Berhormat Menteri tak faham isu ini. Ya, memang betul keputusan untuk temu duga fasa satu telah diumumkan pada 1 November 2021 Akan tetapi tahukah Yang Berhormat Menteri, sekurang-kurangnya sebanyak 340 orang calon, keputusan mereka yang mereka terima adalah seperti ini, pertama ialah tertakluk kepada kelulusan mesyuarat suruhanjaya. Apa maksud ini? Ini maksudnya keputusan yang diumumkan itu adalah tergantung. Kenapa keputusan mereka tergantung? Sampai hari ini isu tak selesai. Ada juga calon yang diminta bahawa mereka perlu mengemukakan dokumen sebelum 15 Disember 2021 tetapi setakat ini Yang Berhormat Menteri, mereka tak tahu apa dokumen yang mereka perlu kemukakan. Bagaimana mereka hendak hantar dokumen ini dan dokumen itu perlu dihantar kepada siapa? Sekurang-kurangnya 340 orang calon masih tak terima keputusan temu duga ini. Takkanlah Yang Berhormat Menteri tak faham isu ini dan tak boleh nak bantu mereka? Isu ketiga yang saya hendak bangkit ialah sama juga sekali lagi, telah saya bangkit semasa perbahasan saya di peringkat dasar tetapi sekali lagi tak jawab oleh Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri sendiri mengumumkan bahawa SMJK akan dapat peruntukan sebanyak RM4.11 juta untuk 74 buah SMJK. Itu pengumuman yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri semasa penggulungan Belanjawan 2021. Akan tetapi Yang Berhormat Timbalan Menteri Senator Mah mengumumkan pada 18 Oktober 2021, menyatakan bahawa 81 buah SMJK tetapi peruntukan penyelenggaraan yang mereka terima hanya RM3.87 juta.
Kalau ikut pengiraan satu carta yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri, ada 81 buah sekolah. Satu buah sekolah boleh dapat RM55,000. Sepatutnya SMJK boleh dapat RM4.5 juta tetapi mana baki RM622,000 ini? Jadi saya hendak mintalah Yang Berhormat Menteri janganlah elak soalan ini. Jawab di sini. Mana peruntukan untuk SMJK? Selain daripada itu, oleh sebab pengumuman yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri semasa penggulungan tahun lalu, berbeza dengan keputusan yang diumumkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Senator Mah. Jadi saya hendak tanya, berapa banyak dana penyelenggaraan yang telah disalurkan untuk SK, SMK dan sekolah berasrama penuh dan juga SJK(C), SJK(T), sekolah mubaligh dan juga sekolah agama bantuan rakyat. Khasnya untuk sekolah agama bantuan kerajaan dan juga sekolah mubaligh kerana pada zaman PH, kedua-dua kategori sekolah ini dapat peruntukan penyelenggaraan sebanyak RM50 juta.
Minta rumuskan, Yang Berhormat. Masa dah tamat.
Akan tetapi untuk tahun ini, sekolah agama bantuan kerajaan hanya menerima RM12 juta dan sekolah mubaligh hanya menerima RM20 juta. Jadi saya hendak tanya, berapa peruntukan yang akhir mereka dapat dalam tahun ini. Sama ada memang sama dengan pengumuman yang telah dibuat oleh Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi dan juga di sini saya hendak cakap terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana sudi datang ke Dewan untuk membuat penggulungan pada peringkat Jawatankuasa. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kulai. Baik, seterusnya saya jemput Yang Berhormat Sabak Bernam.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Pertama saya ingin menyentuh Butiran 010000 – Pengurusan, khususnya Butiran 010100 Pengurusan Am yang mendapat peruntukan sebanyak RM140.5 juta bagi tahun 2022 berbanding RM132.2 juta bagi tahun 2021. Kementerian Pendidikan Malaysia memperakui bahawa ibu bapa adalah pelanggan utama KPM selain institut pendidikan, kementerian, agensi, komuniti dan juga murid. Manakala, salah satu fungsi Pengurusan Am adalah memberi perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan dan pengurusan aduan secara sistematik. Sehubungan ini saya ingin membangkitkan aduan yang sering saya terima mengenai kekurangan dana Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk belanja mengurus mesyuarat dan menjalankan aktiviti. Oleh itu saya memohon dan mencadangkan agar kerajaan memberikan peruntukan khas kepada PIBG iaitu RM1,000 untuk sekolah rendah dan RM2,000 bagi sekolah menengah. Ini kerana, kita dapati kutipan yuran PIBG memang tidak mencukupi juga untuk mengurus perjalanan aktiviti dan pengurusan lain-lain di dalam PIBG. Kedua, saya ingin menyentuh Butiran 03000 – Operasi Pendidikan khususnya Butiran 030300 – Pendidikan Menengah yang mendapat peruntukan sebanyak RM18.2 bilion bagi tahun 2022 berbanding RM17.8 bilion pada tahun 2021. Ia antaranya bagi menyediakan kemudahan pendidikan kepada pelajar dalam lingkungan umur 12 hingga 20 tahun meliputi kurikulum dan kokurikulum, selaras dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Saya bertanya adakah KPM menyediakan peruntukan berdasarkan aktiviti yang dilaksanakan yang secukupnya? Pandemik COVID-19 telah menimbulkan pelbagai isu ketika dalam pendidikan. Pertamanya keciciran pelajar untuk menerima pendidikan disebabkan pengajaran dan pembelajaran melalui Pendidikan Pembelajaran di Rumah
(PdPR) sebagai sistem persekolahan yang diguna pakai masa kini. Saya ingin mendapat penjelasan setakat manakah atau berapa peratuskah pelajar menengah yang tercicir sepanjang pelaksanaan PdPR ini? Kedua, saya ingin membangkitkan isu learning burnout ataupun hilang motivasi untuk pelajar dan membaca dalam kalangan pelajar menengah dan juga pelajar sekolah rendah. Isu ini dikhuatiri akan menyumbang kepada peningkatan kadar ketinggalan dalam pembelajaran. Kajian dari Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) mendapati enam daripada sepuluh murid hilang motivasi untuk mengikuti PdPR. Isu keciciran pembelajaran dan learning burnout perlu ditangani secara segera bagi mengelakkan lebih ramai pelajar tertinggal dalam pelajaran dan seterusnya mewujudkan lost generation. Saya ingin mendapat penjelasan kerajaan manakah keseriusan isu learning burnout ini dan apakah langkah kerajaan bagi mengatasi isu ini. Seterusnya saya ingin menyentuh Butiran 040000 – Pengukuhan Operasi Pendidikan. Sehubungan ini saya ingin membangkitkan tentang isu penggiliran datang ke sekolah dan bersemuka terutama ketika pentaksiran peperiksaan bagi pelajar tingkatan satu hingga empat iaitu sebahagian pelajar datang manakala separuh lagi di rumah. Sedangkan sepatutnya pentaksiran dan peperiksaan dijalankan secara serentak. Saya ingin mencadangkan agar semua pelajar diaturkan supaya datang serentak semasa pentaksiran dan peperiksaan bagi memastikan mutu kualiti pentaksiran peperiksaan dijalankan. Seterusnya saya ingin menyentuh Butiran 06000 – Program Khusus. Saya ingin menyentuh Butiran 060600 – Bantuan Sukan yang mendapat peruntukan sebanyak RM6.3 juta. Saya juga ingin bertanya mendapat penjelasan kerajaan apakah langkah kerajaan bagi mencari dan mencungkil bakat sukan di kalangan pelajar dan apakah kerajaan menyediakan peruntukan yang khusus untuk mendapatkan jurulatih profesional untuk melatih pelajar-pelajar yang berbakat dalam sukan supaya akan muncul jaguh sukan negara. Saya ingin menyentuh Butiran P.63 khususnya Butiran 02000. Saya mengalu- alukan langkah kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM450 juta kepada pelajar bagi membekalkan tablet kepada pelajar daripada keluarga B40 melalui Program Siswa Keluarga Malaysia. Saya mohon agar kerajaan menyediakan peruntukan bagi membekalkan peranti seperti tablet kepada pelajar menengah khususnya pelajar Tingkatan 3, 4 dan 5 terutama golongan B40 yang mempunyai bilangan adik-beradik yang ramai. Akhirnya saya ingin menyentuh Maksud Pembangunan P.63, Butiran 03504 – Ubahsuai Naik Taraf Sokongan Pendidikan yang mendapat peruntukan sebanyak RM1.3 bilion. Saya ingin membangkitkan keperluan menaik taraf bilik-bilik guru supaya kondusif kepada guru. Ini termasuklah menyediakan komputer yang mencukupi untuk guru-guru, bilik-bilik guru juga sewajarnya dipasang penyaman udara dan lain-lain kemudahan yang diperlukan. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Putatan. Sila Yang Berhormat Putatan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Kemajuan sebuah negara itu bukan sahaja dilihat daripada segi kemantapan ekonomi dan juga politiknya tetapi pembangunan kemajuan di dalam pendidikan adalah satu indikator yang amat penting untuk dilihat. Saya menyentuh Butiran 020100 – Dasar Pendidikan iaitu saya ingin menyentuh tentang Dasar Pendidikan Malaysia yang membawa Malaysia di persada antarabangsa. Taraf pendidikan Malaysia di persada antarabangsa dinilai oleh Program International Student Assessment (PISA) yang di bawah kelolaan Organization for Economic Co-
operation and Development (OECD). Kita telah turut serta dalam program ini sebanyak empat kali dan keempat-empat program yang kita ikuti itu, pencapaian pelajar-pelajar Malaysia di dalam literasi matematik adalah tidak memberangsangkan. Contohnya pada tahun 2012, kedudukan kita adalah ke-50 daripada 65 buah negara daripada seluruh dunia. Pada tahun 2018, tahap literasi Matematik pelajar-pelajar kita pula adalah pada tangga 47 daripada 78 buah negara. Jadi, di dalam belanjawan yang dibentangkan baru-baru ini, Putatan ingin tahu apakah perancangan yang dijalankan Kementerian Pendidikan agar peningkatan pelajar-pelajar kita dapat dinaikkan di persada antarabangsa? Itu yang pertama. Kedua, saya ingin merujuk kepada 010300 – Pembangunan Infrastruktur. Tuan Pengerusi, Sabah memerlukan satu dasar yang khas kerana ia berlaku di Sabah sahaja. Saya merujuk kepada penambahan penduduk di Sabah – Sabah sahaja yang pertambahan penduduknya adalah satu yang mukjizat sekali. Akan tetapi, di sini kita tidak membincangkan bagaimana penambahan penduduk Sabah itu melipat kali ganda. Apa yang Putatan ingin sentuhkan di sini adalah apakah persediaan dasar kerajaan di dalam menentukan infrastruktur Sabah itu dapat berhadapan dengan pembangunan penduduk Sabah yang mendadak itu? Kalau kita berdasarkan kepada perkiraan itu biasa, Sabah itu adalah luar biasa. Oleh sebab itulah terlalu banyak Ahli-ahli Parlimen di Sabah berbicara tentang sekolah- sekolah Sabah yang tidak mencukupi. Saya harap Kementerian Pendidikan dapat melihati dalam satu bentuk yang khusus kerana ia berlaku di Sabah sahaja. Ketiga, berkenaan tahap internet yang berlaku di Sabah. Laporan yang telah diberikan oleh Jabatan Pendidikan Sabah, tahap internet di Sabah adalah cuma 52 peratus pada tahun 2020. Bagaimanakah pelajar-pelajar di Sabah dapat meningkatkan peningkatan pendidikan mereka jikalau tahap coverage internet ini tidak dapat dinaikkan? Putatan ingin bertanya kepada kementerian, apakah kolaborasi yang ada dengan Kementerian Pendidikan dan kementerian-kementerian yang bersangkutan agar tahap 52 peratus internet coverages ini dapat dipertingkatkan. Seterusnya ini lebih menyedihkan iaitu berkenaan Sekolah Berasrama Penuh.
Di Malaysia terdapat 69 buah sekolah berasrama penuh tetapi cuma terdapat dua buah sahaja di Sabah walaupun kita sekarang ini sudah tahun 2021. Di dalam Belanjawan RMKe-12 ini, Putatan ingin tahu, apakah ada perancangan kementerian untuk menambah sekolah berasrama penuh yang mana sekolah berasrama penuh ini diiktiraf sebagai sekolah yang mempunyai profil yang tinggi. Ini amat menyedihkan. Bukan sahaja dua buah sekolah yang terletak di Sabah tetapi umurnya pun agak muda. Saya ingat semasa saya di tingkatan enam tahun 1984, barulah satu sekolah berasrama penuh muncul di Sabah. Seterusnya, saya beralih ke kawasan saya di Putatan.
Minta rumuskan cepat Yang Berhormat kerana masa sudah tamat.
Terakhir dari Putatan.
Baik.
SMK Lok Kawi telah pun diperuntukkan tanah dan tanah itu saya difahamkan telah pun dibayar oleh Kementerian Pendidikan. Saya ingin bertanya kepada Kementerian Pendidikan, apakah SMK Lok Kawi ini termasuk di dalam rancangan program yang terdekat ini iaitu dalam program RMKe- 12? Ini kerana tanah sudah pun dibayar pada tahun 2019. Itu sahaja, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Putatan. Seterusnya, jemput Yang Berhormat Jerantut.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi atas kesempatan yang diberi kepada saya. Sedikit sahaja yang saya hendak sentuh tentang kementerian ini iaitu di bawah Butiran 03000 – Operasi Pendidikan yang saya fokus ialah Butiran 030100 – Pendidikan Awal Kanak-kanak dan juga Butiran 030200 – Pendidikan Rendah. Dua sekali saya rangkumkan Tuan Pengerusi. Kesan COVID-19 yang melanda baru-baru ini yang terpukul paling hebat ialah pendidikan rendah di mana anak-anak ini seolah-olah tidak diperlukan ke sekolah dan sistem penghantaran pendidikan mereka ini tidak sempurna pada saya dan yang paling tidak sempurna dalam kategori persekolahan itu peringkat rendahlah. Perkara lain yang melibatkan peperiksaan, kelas-kelas peperiksaan agak diberi perhatian oleh kementerian. Jadi, apakah untuk akan datang ini pengalaman ini pada saya perlu dijadikan pertimbangan yang sangat wajar oleh pihak kementerian terutama bagi sekolah-sekolah di luar bandar. Lebih-lebih lagi kepada anak-anak Orang Asli kita. Apakah yang berlaku kepada pendidikan rendah di kalangan anak-anak Orang Asli ini? Di sini, saya ingin memohon kepada Kementerian Pendidikan sekiranya dapat diberikan, apakah data-data terkini yang menunjukkan peratusan keciciran anak-anak Orang Asli ini di peringkat sekolah rendah? Apakah usaha-usaha yang dibuat oleh pihak kementerian agar hendak memastikan anak-anak Orang Asli terutama mereka yang berada berselerak di kampung mereka ini dapat kita berikan pendidikan yang sewajarnya kepada mereka? Saya ingin mengetahui juga, apakah persiapan kementerian apabila wabak yang melanda negara kita, apakah kontingensi kementerian yang ada daripada segi hendak pastikan pendidikan kanak-kanak ini dapat diberikan untuk masa depannya sekiranya ada lagi berlaku kejadian-kejadian seperti wabak COVID-19 yang melanda ini? Jadi kita harap pengalaman-pengalaman yang telah lalu ini memberikan pengajaran agar anak-anak kita ini paling tidak ialah 80 peratus untuk mereka dicapai pengajaran dan pembelajaran. Saya akui, ada usaha pihak kementerian mengadakan PdPR dan pelbagai lagi tetapi ini minta maaf saya hendak katakan terutamanya sekolah- sekolah luar bandar ini lebih kepada gimik sahajalah. Ini kerana daripada segi pengisian sepenuhnya, kesan yang didapati terhadap anak-anak jauh tersasar daripada yang sepatutnya. Perkara di bawah Butiran 040000 – Pengukuhan Operasi Pendidikan yang mendapat peruntukan lebih daripada RM40 bilion. Saya hendak fokus kepada Butiran 040100 – Bahan Pengajaran dan Pembelajaran. Apabila sebut butiran ini, kita dapat terus pergi kepada isu beg berat di sekolah. Isu beg berat di sekolah ini sudah lama, sehingga sekarang pun tidak dapat diselesaikan. Macam-macam idea dibuat tetapi pelajar terutamanya pelajar sekolah rendah masih lagi mengusung beg-beg berat ke sekolah. Jadi, apakah persiapan kementerian? Saya tahu ada banyak usaha yang dibuat oleh kementerian. Contohnya Perbadanan Kota Buku yakni agensi yang bernaung di bawah Kementerian Pendidikan telah berjaya membangunkan aplikasi KPM eTextbook Reader dengan izin, di mana aplikasi ini akan memberi akses kepada buku teks sekolah secara digital buat murid-murid yang secara langsung dan mengurangkan beban beg yang berat. Pertanyaan saya, apakah kesinambungan daripada kejayaan tersebut dan mengapa ia tidak digunakan secara meluas? Butiran yang terakhir Tuan Pengerusi ialah program khusus di bawah Butiran 061100 – Perjalanan dan Pengangkutan Murid Asrama yang mendapat peruntukan RM18 juta. Terima kasih kepada pihak kementerian masih lagi melihat keperluan peruntukan ini terutamanya bagi sekolah-sekolah luar bandar di kawasan pedalaman, pelajar-pelajarnya terpaksa duduk di asrama. Kekangan mereka ialah apabila peruntukan ini tidak konsisten, kadang-kadang ada, sekejap ada, sekejap tidak ada. Kalau adapun dimulakan agak lambat Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih kerana hadir.
Ini kerana apabila lambat, belanja peruntukan ini diturunkan ke peringkat negeri dan daerah sudah pastilah halangan untuk anak-anak kita ini pulang ke rumah dan balik semula ke sekolah dan ini akan menyumbang peratus keciciran para pelajar terutama di luar bandar. Jadi, saya harap sangat kepada Yang Berhormat Menteri yang hadir agar memberi penekanan kepada perkara ini lebih-lebih lagi di waktu tekanan ekonomi yang agak berat kepada para ibu bapa. Terima kasih Tuan Pengerusi atas peluang diberi kepada saya. Terima kasih.
Terima kasih. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Tampin.
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 040600 – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Peruntukan menurun daripada RM104 juta kepada RM60 juta. Kita sedia maklum DBP diwujudkan untuk membina, mengembang dan merakyatkan serta membudayakan bahasa Melayu. Saya ingin tahu, apakah strategi kerajaan dalam memastikan setiap rakyat di negara ini betul-betul mahir dan fasih berbahasa Melayu? Saya ingin bertanya, bagaimana dengan pelajar luar negara atau sekolah- sekolah antarabangsa. Apakah mereka juga diwajibkan mengambil dan lulus dalam bahasa Melayu? Apakah kaedah yang kerajaan akan lakukan bagi memastikan semua rakyat dan penduduk di negara ini menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya dalam berkomunikasi dan tidak diselang-selikan atau bercampur-campur dengan bahasa asing? Apakah ada kajian yang menyeluruh yang dibuat berkaitan dengan sikap rakyat dalam membudayakan bahasa Melayu? Apakah DBP telah benar-benar berpuas hati dengan penggunaan bahasa Melayu di kalangan warganegara? Kalau belum, apakah tindakan seterusnya yang akan dibuat oleh DBP dalam memastikan bahasa Melayu dihayati dan dimasyarakatkan sepenuhnya? Saya mencadangkan supaya semua upacara rasmi sama ada mesyuarat, seminar, persidangan meja bulat, dialog dalam pelbagai peringkat dikelola dalam bahasa Melayu agar pembumian bahasa Melayu berakar umbi di dalam masyarakat. Butiran 010400 – Pengurusan Sumber Manusia. Peruntukan menurun daripada RM142.9 juta kepada RM137.5 juta. Saya ingin tahu, mengapa peruntukan ini diturunkan? Mengapa ia dikurangkan kerana ia melibatkan banyak perkara dalam memudah dan melicinkan sesuatu urusan. Saya ingin bertanya, berapa ramai guru yang dinaikkan pangkat pada tahun 2022? Apakah kenaikan pangkat para guru betul-betul mengikut kriteria yang telah ditetapkan? Bagaimana dengan cadangan kerajaan hendak mengambil 18,000 orang guru? Apakah ia telah dilaksanakan ataupun masih dalam perancangan? Bilakah ia akan selesai? Apakah pengambilan guru tersebut akan dapat menyelesaikan masalah kekurangan tenaga pengajar di sekolah-sekolah sama ada sekolah rendah ataupun sekolah menengah? Bolehkah kerajaan menjelaskan secara terperinci bidang yang menjadi tumpuan dalam pengambilan guru tersebut?
Bagaimana pengagihan tenaga guru tersebut mengikut negeri? Melihat kepada senario tersebut, apakah peruntukan yang diberikan sejumlah itu mampu untuk mengurus sumber manusia tersebut? Butiran 040100, merujuk kepada bahan pengajaran dan pembelajaran. Peruntukan yang diberikan menurun daripada RM37.6 juta kepada RM32.9 juta. Apakah kerajaan mempunyai maklumat yang terperinci masalah yang dihadapi oleh guru ketika berhadapan dengan pengajaran PdPR? Apakah dalam maklumat kementerian, guru
menggunakan kewangan sendiri? Apakah tahap sokongan kebajikan yang diberikan oleh kementerian dalam membantu guru dalam menyelesaikan masalah bahan pengajaran dan pembelajaran? Bagaimana dengan penglibatan pengagihan alat peranti? Apakah ia telah diselesaikan? Seterusnya Butiran 00800, berkaitan dengan rumah guru. Peruntukan yang diberikan meningkat daripada RM1.4 juta kepada RM9.5 juta. Saya ingin tahu, berapa banyak rumah guru yang dibina di sekolah bandar dan luar bandar? Apakah semua rumah guru tersebut didiami atau ada rumah tersebut hanya tempat tinggal makhluk yang tidak diundang? Kalau tidak didiami rumah tersebut, apakah tindakan yang diambil oleh pentadbir sekolah ataupun arahan yang diberikan oleh kerajaan untuk dimanfaatkan bangunan tersebut? Akhir sekali Tuan Pengerusi, Butiran 010300, berkaitan dengan pembangunan infrastruktur berkurang daripada RM23.5 juta kepada RM17.9 juta. Sepengetahuan saya, terdapat bangunan sekolah tidak boleh digunakan. Persoalannya, mengapa ia berlaku? Apakah ada satu kajian menyeluruh faktor-faktor yang mempengaruhi bangunan yang dibina tidak boleh digunakan? Apakah disebabkan struktur bangunan ataupun bahan- bahan binaan bangunan tersebut dari bahan yang tidak berkualiti? Apakah tindakan selanjutnya yang boleh, telah dan akan dilakukan oleh kerajaan dalam menyelesaikan masalah tersebut? Saya ingin mendapatkan maklumat terperinci jumlah bangunan sekolah yang tidak boleh digunakan disebabkan kekurangan murid. Apakah tindakan yang boleh kementerian lakukan mengatasi masalah tersebut? Akhir sekali, saya melihat soal buli di sekolah ini menjadi trend di dalam masyarakat kita pada hari ini. Justeru itu, saya mengharapkan supaya kerajaan menyelesaikan masalah ini secara tuntas dalam perkara yang bersangkut paut dengan disiplin di sekolah-sekolah. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Seterusnya Yang Berhormat Pontian.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih kepada Menteri yang berada dalam Dewan untuk mendengar. Pada minggu lepas, Kementerian Sumber Manusia menjawab soalan saya ini berhubung tentang Butiran 020100 – Dasar Pendidikan. Saya bertanya kepada Kementerian Sumber Manusia, berapa ramai pekerja di Malaysia. Jawapannya, 14.2 juta. Kemudian saya bertanya, daripada 14.2 juta itu, berapa ramai yang ada sijil diploma, ijazah. Jawapan kementerian, yang ada cuma 32 peratus. Daripada 14.2 juta pekerja di Malaysia ini yang ada sijil termasuk STPM. Tuan Pengerusi, Dato’ Seri Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Port Dickson, daripada keseluruhan 14.2 juta pekerja di Malaysia iaitu kira-kira separuh rakyat di Malaysia ini, yang ada sijil termasuk STPM, diploma dan ijazah hanya 32 peratus. Dengan lain perkataan, 9.5 juta atau 68 peratus hanya ada SPM dan ke bawah. Jadi, ini berkaitan dengan pendidikan menengah dan pendidikan lepas menengah. Tentulah jawapannya TVET ada. Saya nak beritahu kepada Tuan Pengerusi, kalau kita buka muka surat 462, buku yang tebal ini... [Sambil menunjukkan buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2022] Outcome 2: Aksesibiliti kepada pendidikan berkualiti. Peratusan murid berumur 16 tahun ke atas yang mengikuti pendidikan vokasional, sekolah menengah kebangsaan, institut latihan awam dan organisasi yang melaksanakan program TVET daripada segi peratus sasaran 2021, 5.3 peratus sahaja. Ia membawa kepada satu lagi data iaitu 400,000 orang pelajar mengambil SPM setiap tahun, hanya 150,000 orang sahaja yang pergi ke STPM, diploma dan juga pengajian tinggi. Sejumlah 250,000 orang lagi ataupun 60 peratus hanya ada SPM dan ke bawah. Mereka ini menjadi kumpulan B40 dalam masyarakat. Apa yang saya ingin tanya kepada Menteri dan ingin cadang kepada Menteri, yang pertama ialah cadangan banyakkan kolej Tingkatan 6. Di Malaysia ini ada kolej Tingkatan 6, ada 23 buah. Sejumlah 23 buah itu, kolej Tingkatan 6 yang nombor satu
terbaik seluruh Malaysia ialah kolej Tingkatan 6 kawasan saya, Kolej Tingkatan Enam Pontian. Pengetuanya Jusa C, Menteri. Pengetua Kolej Tingkatan Enam Pontian sama taraf dengan Pengarah Pendidikan Johor yang masih kosong. Masih tidak diisi lagi jawatan Pengarah Pendidikan Johor ini, sedangkan di kolej Tingkatan 6 kawasan saya itu, pengetuanya Jusa C. Banyakkan kolej tingkatan enam di seluruh Malaysia. Kalau tak cukup duit, kita sebenarnya membakar duit tiap-tiap hari Tuan Pengerusi. Kita bakar duit RM7 bilion, memberi subsidi kepada orang kaya iaitu subsidi minyak. Orang kaya lebih banyak dapat subsidi daripada orang miskin. Kemudian tahun depan, RM15 bilion dibakar tiap-tiap hari memberi subsidi minyak kepada orang kaya, lebih banyak daripada orang miskin. Apa benda punya dasar ini? Patut subsidi kepada orang miskin, bukan subsidi kepada orang yang banyak kereta dan kenderaan. Ini subsidi terbalik. Ambil duit daripada itu, buat kolej Tingkatan 6. Seterusnya cadangan ialah STEM. STEM ini apa benda? STEM ini ialah science, technology, engineering and mathematics. Huruf ‘E’ itu dalam konteks Malaysia, untuk menyelamatkan 250,000 orang lepasan SPM tiap-tiap tahun, yang hanya ada SPM, tak ada peluang pergi mengaji tinggi, tak ada peluang pergi Tingkatan 6, tak ada peluang buat diploma, tak ada peluang pergi TVET. Sejumlah 250,000 orang ini, kita ajar ‘E’ satu lagi, entrepreneurship ketika daripada Tingkatan 1 sampai Tingkatan 5 atau Tingkatan 6. Nanti akan dijawab oleh pegawai-pegawai Yang Berhormat Menteri. Dia jawab apa? Jawapan 10 tahun yang sudah, sama sahaja. Kita sudah buat merentasi kurikulum. Itu jawapan zaman dulu, zaman Nabi Adam punya jawapan. Mana ada? Kalau kita kata koperasi, daripada 600 pelajar, yang masuk koperasi belajar meniaga itu, hanya mungkin 40 orang daripada 600 pelajar. Oleh sebab itu, perlu ada subjek khusus asas-asas keusahawanan daripada Tingkatan 1 sampai Tingkatan 6 supaya pelajar 250,000 orang, anak-anak kita yang keluar SPM sahaja itu tahu ilmu perniagaan. Terima kasih. Assalamualaikum.
Waalaikumussalam. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Kubang Pasu.
Terima kasih. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Pengerusi, pertamanya Butiran 010500 – Teknologi Maklumat, Kod 20000, sebanyak RM195.82 juta. Jadi saya ingin bertanya, ini bayaran untuk apa? Adakah ini untuk kontrak menyediakan internet di sekolah-sekolah? Akan tetapi, rasanya macam terlalu sedikit figures itu. Akan tetapi kalau bukan itu, dia untuk apa? Di mana diletakkan bajet untuk penyediaan internet untuk sekolah-sekolah? Juga saya ingin tahu, setelah diubah daripada YES kepada tiga syarikat yang lain sebagai “measures” itu, yang dikatakan bertambah baik perkhidmatannya, jadi apa keadaannya sekarang ini untuk dimaklumkan kepada Dewan ini? Keduanya Tuan Pengerusi, Butiran 040600 – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di bawah Kod 40000, bayaran dan kenaan tetap. Tahun 2021 diberikan RM104 juta. Tahun depan, 2022 hanya RM60 juta. Pengurangan yang sangat ketara. Jadi saya ingin tahu, adakah DBP selama ini mungkin dah tercapai semua matlamat penubuhannya itu yang menyebabkan pemberian yang diberikan ini boleh dikurangkan sebegitu banyak sehingga mereka mampu ataupun kita dah tengok DBP yang kita juga nak jadikan ia sebagai satu badan seumpama British Council telah pun dicapai sehingga menyebabkan mereka ini tidak perlu lagi diberikan peruntukan sebanyak itu.
Terakhirnya Tuan Pengerusi ialah tentang Butiran 060900 – Rancangan Makanan Tambahan. Kod 40000 – Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap sebanyak untuk tahun depan RM299.627 juta berbanding 2021 sebanyak RM298.9 juta. Peningkatan yang sangat sedikit – 0.2 peratus sahaja. Jadi adakah ini sebab dari segi logiknya, setelah kita dilanda pandemik COVID-19 ini saya rasa lebih ramai keluarga yang tergolong dalam kelompok B40 ataupun terus di bawah lagi yang B20-nya yang dikatakan sebagai kriteria
untuk mereka ini layak mendapat RMT. Jadi kalau bilangannya bertambah ramai tetapi peningkatannya boleh katakan hampir tidak ada – sama seperti tahun lepas, adakah bilangan itu akan dikekalkan? Bahkan mereka yang layak akan bertambah. Itu satu. Keduanya, bila dibuat giliran seminggu bersekolah, seminggu PdPR. Saya rasa kelompok ini kita berikan kelonggaran kepada mereka untuk terus menerus menghadiri persekolahan secara kendiri agar tiap-tiap hari mereka boleh dapat RMT ini. Jadi kalau begitu saya ingat lebih banyak peruntukan yang diperlukan dan yang lebih ketara lagi Tuan Pengerusi ialah mereka penyedia iaitu kantin ini diberikan untuk menyediakan RMT ini dengan kadar RM2.50 satu hari untuk seorang pelajar. Antara menu yang hendak diberikan ialah nasi berlauk ayam. Kemudian kena ada buah-buahan sama ada pisang, bukan pisang lekeh-lekeh, pisang berangan. Ataupun epal. Ataupun kalau oren, ia Sunkist dan yang sewaktu dengannya. Kita tahu dengan harga yang – itu tidak habis lagi. Kemudian minuman disebut di situ minuman coklat ataupun – sebenarnya disebut Milolah atau yang sewaktu dengannya. Jadi dengan RM2.50 Tuan Pengerusi dengan yang diminta itu, saya ingat hampir- hampir mustahil untuk disediakan makanan yang berkualiti kepada anak-anak kita yang qualify ini dengan RM2.50. Hal yang kita tidak mahu ialah nanti penyedia ini oleh sebab RM2.50 ini tidak memberikan – jangan kata untung, balik modal pun tidak. Maka mereka akan cut corners dan yang akan menderitanya adalah anak-anak yang layak mendapat RMT ini. Saya mohon supaya ini dilihat semula tentang kadar ini dan sekiranya kadar ini hendak dinaikkan, sudah tentulah RM299.627 juta yang diperuntukkan sama seperti tahun lepas itu sudah tentulah tidak mencukupi. Saya harap perkara ini perlu diberi perhatian dan mohon mendapat jawapan daripada Yang Berhormat Menteri yang alhamdulillah hadir secara sendiri untuk memberi jawapan pada hari ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Seterusnya, Yang Berhormat Jerai.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Pertama, B.63 berkaitan dengan Butiran 010100 – Pengurusan Am. Di Parlimen saya Jerai, terdapat sekolah-sekolah yang memerlukan kos peruntukan berskala kecil bagi membaik pulih kerosakan seperti pintu tandas, paip air dan longkang dan sebagainya. Cadangan saya, perkara ini dilihat tidak berisiko dan boleh diuruskan sendiri oleh pihak sekolah. Kenapa tidak diturunkan peruntukan kecil bagi memudahkan kerja penyelenggaraan berskala kecil berkenaan untuk dijalankan. Kerajaan boleh menyalurkan terus bantuan penyelenggaraan sekurang-kurangnya RM5,000 ke setiap sekolah rendah dan menengah di seluruh negara bagi yang memerlukan kerana ia dilihat lebih efektif dan cepat. Perkara kedua, P.63 Butiran 00800 – Rumah Guru. Soalan saya, berdasarkan jumlah perbelanjaan pada tahun 2020, ia menunjukkan angka 0. Adakah langsung tidak diguna sebarang peruntukan untuk perkara ini sedangkan pada 25 Ogos 2019 melalui laporan akhbar Berita Harian, Yang Berhormat Menteri Pendidikan pada ketika itu mengatakan pihaknya sedang mengambil pelbagai langkah proaktif untuk menangani isu kuarters guru yang terbiar di seluruh negara. Yang Berhormat Menteri Pendidikan pada ketika itu berkata tindakan itu antaranya ialah dengan membaik pulih sejumlah kuarters, menyewakan kuarters kepada pihak swasta dan agensi-agensi kerajaan termasuk kerajaan negeri serta mengubahsuai fungsi kuarters terbabit. Ketika itu, kementerian mempunyai sebanyak 50,252 unit kuarters seluruh Malaysia dan daripada jumlah itu sebanyak 33,893 unit ataupun 67.44 peratus sedang diduduki. Sementara 16,364 unit atau 32.56 peratus adalah kuarters kosong (tidak dihuni). Daripada jumlah itu Tuan Pengerusi, daripada sejumlah unit kosong itu pula sebanyak 10,062 unit berada dalam keadaan yang rosak dan tidak boleh dihuni dan kebanyakan terletak di luar bandar.
Soalan saya, dari tempoh berkenaan hingga ke hari ini, adakah masih belum diambil apa-apa tindakan berhubung masalah rumah guru yang terbiar ataupun rosak ini? Masih di butiran yang sama, perihal guru sekolah rendah dalam bandar. Semua sedia maklum, kos sara hidup di bandar semakin meningkat terutama melibatkan sewa rumah hingga mencecah RM1,000 bagi sebuah rumah. Kita mohon supaya kementerian kaji semula berkaitan elaun perumahan yang harus dinaikkan bagi meringankan para guru ini. Seterusnya B.63 Butiran 040100 – Bahan Pengajaran dan Pembelajaran. Saya ingin mengulang untuk bantuan kepada guru sekarang ini RM100 untuk PdPR supaya dinaikkan kepada RM300. Saya ulang sekali lagi dalam perbahasan saya kali ini iaitu kita mesti naikkan sebab guru-guru yang komited dalam pengajaran dan pembelajaran ini kadangkala menggunakan duit sendiri untuk menjayakan pengajaran mereka. Seterusnya yang terakhir Butiran 00203 - Sekolah Menengah Berasrama Penuh. Sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Tampin tadi berkenaan isu buli, ketika ini hangat diperkatakan dan saya faham isu ini tidak melibatkan sekolah di bawah kementerian. Walau bagaimanapun, saya ingin tahu statistik sebenar yang terbaru tentang buli di sekolah menengah berasrama penuh di bawah seliaan KPM. Jika masih berlaku, apakah usaha-usaha yang telah dan akan dilakukan oleh KPM agar negara tidak digemparkan lagi dengan isu di bawah kawal selia KPM ini. Sekian, assalamualaikum.
Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Tuaran.
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada Tuaran untuk berbahas Bajet 2022 peringkat jawatankuasa Kementerian Pendidikan. Saya ingin mulakan bagi Maksud Bekalan 63, Butiran 040500 - Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan juga Butiran 020100 – Dasar Pendidikan. Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya, Majlis Peperiksaan Malaysia ini adalah satu agensi untuk mengendali dan mengelola peperiksaan STPM. Manakala peperiksaan SPM pula dikelola oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Saya ingin bertanya kenapakah perlu wujud dua agensi untuk mengendalikan dua peperiksaan ini? Keduanya, Majlis Peperiksaan Malaysia telah diberi peruntukan RM15 juta dalam bajet ini. Saya telah melihat, mencari dalam anggaran belanjawan ini untuk Lembaga Peperiksaan Malaysia – tidak ada. Tidak ada butiran dan tidak ada peruntukan. Adakah RM15 juta ini diperuntukkan untuk belanja, untuk peperiksaan SPM dan STPM?
Tuan Pengerusi, pada 18 November yang lalu, kementerian telah mengumumkan jadual peperiksaan SPM. Dalam pengumuman jadual tersebut telah dinyatakan bahawa peperiksaan SPM bagi tahun 2021 akan bermula pada 19 Februari dan selesai 18 Mac. Juga telah dalam jadual itu jelas dinyatakan bahawa peperiksaan juga akan diadakan pada hari Jumaat, pada hari Sabtu dan pada hari Ahad. Selepas pengumuman tersebut pelbagai pihak telah membuat bantahan, termasuklah NUTP yang mengatakan bahawa, “Tolonglah, hujung minggu beri kami relaks. Jangan kerja pada hujung minggu.” Selepas itu, ibu bapa dan pihak-pihak kerajaan, antaranya dari Gereja Seventh-day Adventist (SDA) selama ini telah menuntut, telah meminta pihak kerajaan supaya tolong jangan adakan peperiksaan pada hari Sabtu. Oleh kerana menurut kepercayaan Gereja SDA, mereka sangat memelihara Sabbath iaitu pada Hari Sabtu, mengatakan bahawa bermula daripada terbenam matahari pada Hari Jumaat sehingga terbenam matahari Hari Sabtu, sepanjang waktu tersebut para anggota Gereja Seventh-day Adventist hanya digalakkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti ibadah dan kebajikan. Kita telah meminta sekian lama. Saya sendiri sebagai Ahli Parlimen Tuaran telah berbincang dengan Pengarah JPN Sabah dan sebagainya. Akan tetapi tahun demi tahun ini, suara-suara rakyat tidak pernah didengar dan masih juga diteruskan. Masih juga diadakan. Pada kali ini, Hari Ahad pun dibuat. Apabila dibuat bermula pada jam lapan pagi sampailah jam lima petang. Begitu juga Hari Jumaat. Hari Jumaat, orang Islam
mengadakan solat Jumaat, juga diadakan pada jam lapan pagi sampailah jam lima petang dan sebagainya. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, apakah sebenarnya kementerian berpegang kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menyatakan bahawa mesti ada kepatuhan kepada Tuhan? Juga pematuhan kepada lima prinsip Rukun Negara, prinsip pertama iaitu Kepercayaan kepada Tuhan. Kalau percaya kepada Tuhan, Tuhan mengatakan bahawa sekian hari mestilah menjalankan ibadah. Mesti pergi sembahyang dan sebagainya. Kenapa dibuat juga peperiksaan pada ketika itu? Itu pertanyaan saya. Kedua, apabila saya melihat Lembaga Peperiksaan Malaysia, lihat ia punya fungsi dan peranan sebagainya, lihat ia punya objektif, Piagam Pelanggan, tidak pernah di situ disebut hal-hal berkenaan dengan Rukun Negara. Pertanyaan saya adalah adakah lima prinsip Rukun Negara itu hanya perhiasan di sekolah-sekolah? Di bangunan-bangunan atau hanya dalam lagu-lagu? Adakah Rukun Negara ini betul-betul diamalkan oleh pihak kementerian sebagai pendidik, pembina negara ini? Sudah sekian lama kita menyatakan bahawa tolong berilah peluang rakyat Malaysia untuk menjalankan ibadah mereka pada Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Tuaran ingin mencadangkan supaya kerajaan membuat dasar, janganlah diadakan peperiksaan pada Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Sudah sekian banyak pelajar dari Gereja SDA, mereka meninggalkan peperiksaan dan sudah guarantee gagal dan sebagainya. Saya mohon supaya ini dipatuhi atas prinsip-prinsip Rukun Negara dan juga kepatuhan kepada Falsafah Pendidikan Negara. Saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat selaku Yang Berhormat Menteri Kanan, adakah Yang Berhormat pernah mendapat nasihat daripada Menteri Perpaduan Negara tentang perkara ini? Adakah Yang Berhormat pernah diberi peringatan? Oleh sebab Kementerian Perpaduan Negara ini dari tahun 1971 sampailah hari ini sudah berbelanja RM25 bilion. Kalau begitu banyak perbelanjaan, hari ini perpaduan kita bukan semakin baik tetapi semakin merosot. Adakah mereka telah menjalankan kewajipan mereka untuk mencapai matlamat perpaduan tersebut? Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Seterusnya, Yang Berhormat Tebrau.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Izinkan saya menyertai perbahasan. Tuan Pengerusi, bagi Butiran 020100 – Dasar Pendidikan. Tuan Pengerusi, di atas kepesatan dan kepadatan penduduk dalam sesuatu kawasan juga mempengaruhi jumlah murid atau pelajar di sesuatu sekolah. Jumlah pelajar yang ramai dalam sesuatu kelas akan mempengaruhi sistem pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Di negara lain hanya menempatkan 15 sehingga 25 orang pelajar di dalam sebuah kelas, berbanding di Malaysia secara purata seramai 45 orang ke atas. Ini menyebabkan guru tidak boleh fokus sepenuhnya terhadap pencapaian setiap pelajar di dalam kelas tersebut. Saya minta Yang Berhormat menyatakan pendekatan yang sesuai agar dapat meningkatkan kualiti pendidikan negara kita supaya bilangan pelajar yang berhenti sekolah awal dapat dikurangkan. Tuan Pengerusi, sebagai sebuah negara yang mementingkan sektor pendidikan, pengambilan guru juga memainkan peranan penting. Sekiranya calon untuk jadi guru yang masuk ke perkhidmatan adalah untuk tujuan mendapatkan kerja kerana tidak dapat pekerjaan di tempat lain, maka komitmen daripada guru itu akan berkurangan. Apakah pelan tindakan kementerian dalam memastikan pengambilan guru-guru adalah orang yang berminat dan mempunyai komitmen? Saya juga mendapati penempatan guru yang jauh dari rumah ke tempat bertugas menyebabkan guru terpaksa berulang-alik. Masa guru tersebut akan terbuang dan tidak dapat digunakan secara efektif. Begitu juga guru yang ditugaskan jauh seperti di Sabah dan Sarawak yang menyebabkan tekanan kehidupan pada guru berkenaan kerana terpaksa berjauhan dengan keluarga. Pada satu masa, guru tersebut akan memohon
untuk berpindah ke sekolah yang berhampiran dengan rumah atau keluarga. Ini akan buat pelajar-pelajar menghadapi guru yang baru. Adakah kementerian sudi mengkaji semula amalan ini untuk tujuan kesejahteraan guru-guru dan keluarganya serta kebaikan pelajar- pelajar? Tuan Pengerusi, seterusnya Butiran 030300 - Pendidikan Menengah. Mengikut kenyataan Ketua Polis Johor - Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay pada Disember 2020 menyatakan kesalahan jenayah tertinggi membabitkan remaja adalah berkaitan dengan kes curi, mencederakan orang, pecah rumah, samun dan sebagainya. Untuk kes jenayah narkotik juga melibatkan pelajar sekolah menengah iaitu bagi kesalahan memiliki dadah, memasukkan dadah ke dalam badan dan penyalahgunaan air ketum. Begitu juga dengan kes buli yang selalu berlaku. Baru-baru ini, sepuluh orang pelajar di Maktab Rendah Sains Mara Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar terbabit dalam kes buli dan ditangkap. Pihak pentadbiran sekolah pula lebih cenderung untuk merahsiakan permasalahan samseng buli di kalangan pelajar demi mengelak masalah kepada laporan pencapaian prestasi sekolah. Lebih menyedihkan ialah laporan anak-anak yang membocorkan maklumat situasi sekolah kepada ibu bapa akan berhadapan tekanan pensisihan oleh pihak sekolah. Saya minta Yang Berhormat Menteri Pendidikan menyiasat sebab-sebab dan keadaan ini berlaku. Saya juga minta Yang Berhormat Menteri Pendidikan menyatakan, adakah pendekatan penyelesaian dikenal pasti bagi mengatasi masalah tersebut? Tuan Pengerusi, saya juga menyelami perasaan ibu bapa yang mengharapkan anak-anak mereka mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan sekolah. Soalan saya, adakah kecemerlangan dalam peperiksaan akan menjanjikan kejayaan kerjaya pada masa hadapan? Sistem ini boleh buat pelajar berhenti sekolah pada usia awal. Mereka yang berhenti sekolah awal akan menghadapi masalah dalam kebolehpasaran sektor pekerjaan oleh sebab tidak mempunyai kemahiran. Manakala sistem pendidikan negara lain seperti Finland tidak memberikan tekanan dalam peperiksaan dan lebih mementingkan kemahiran dan kreativiti pelajar, menyebabkan mereka mudah untuk mendapatkan pekerjaan. Adakah kita akan terus memberi tumpuan kepada kecemerlangan peperiksaan sebagai pengukur seseorang pelajar yang lebih baik? Saya minta Yang Berhormat Menteri menjawab soalan saya. Butiran yang terakhir Tuan Pengerusi, Butiran 040100 – Bahan Pengajaran dan Pembelajaran. Saya difahamkan setiap sekolah menengah mempunyai kelas ICT untuk tujuan pelajar memperoleh manfaat pengurusan ICT dalam pembelajaran tetapi tidak mencapai matlamat oleh sebab guru penyelaras ICT kebanyakan bukan guru yang ada cukup kepakaran dalam perkara ini tetapi dilantik. Jadi, saya mohon kementerian menyiasat kekangan kelas ICT bagi mengenal pasti sebab-sebab supaya langkah- langkah bagi menambah baik dapat dilaksanakan. Saya juga memohon Yang Berhormat Menteri memberikan peruntukan tambahan peranti yang mencukupi dalam Rancangan Malaysia Ke-12 dengan melibatkan Ahli-ahli Parlimen di kawasan untuk memilih siapa yang harus diberi peranti memandangkan Ahli- ahli Parlimen yang lebih tahu yang mana memerlukan. Ini pun sekiranya sekolah masih ditutup. Saya sentuh isu ini kerana di kawasan saya, hanya 10 buah sekolah di dua buah kawasan sahaja diberi, dipilih untuk menerima sebanyak 2,145 buah set peranti. Akan tetapi kawasan saya ada banyak lagi sekolah yang tidak terima. Jadi, saya minta Yang Berhormat Menteri menyatakan, apakah kriteria yang diguna pakai untuk memilih sesuatu sekolah untuk menerima peranti digital? Itu sahaja daripada saya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Jam telah menunjukkan pukul satu. Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat. [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua, Dato’ Mohd Rashid Hasnon mempengerusikan Mesyuarat]
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan dan akan disambung semula jam 2.30 petang nanti. Terima kasih.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Dato’ Sri Azalina Othman Said (Pengerang) mempengerusikan Jawatankuasa]
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakatuh. Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. Yang Berhormat Batu Gajah.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 020000 – Dasar Penilaian dan Pengurusan Prestasi. Tuan Pengerusi, dalam norma baharu, beban guru semakin bertambah. Banyak kerja perlu dilaksanakan secara atas talian. Banyak perkara baharu telah diselitkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Banyak juga kerja di luar tugasan dan tanggungjawab guru menjadi sebahagian daripada aktiviti tambahan yang semakin lumrah. Kerja-kerja tambahan yang membebankan ini boleh menyimpang daripada tugasan konvensional yang menjadi asas profesion perguruan. Kita tidak boleh menafikan bahawa beban kerja ini memberi tekanan atau stress kepada guru-guru. Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk mengurangkan beban guru di bawah norma baharu? Apakah ada kajian-kajian empirikal yang pernah dilakukan oleh pihak yang neutral untuk mengkaji tahap beban kerja guru- guru. Ramai dari kalangan guru berpengalaman mengambil peluang untuk bersara awal disebabkan oleh beban kerja. Berapakah guru yang telah bersara awal dalam tempoh lima tahun yang lalu? Apakah kementerian pernah mengkaji kenapakah mereka membuat keputusan untuk bersara awal? Tuan Pengerusi, kes mangsa buli telah menjadi kecoh di media sosial sejak beberapa hari yang lalu. Lebih-lebih lagi apabila ada sedutan Sinar Harian yang mengungkapkan sindiran hakim terhadap warden yang bertugas semasa kejadian. Di ruang komen, saya terbaca banyak keluhan dan rasa tidak puas hati mangkin daripada kalangan para guru yang sedang memegang jawatan sebagai warden ataupun mantan warden. Mereka tidak mampu memikul beban kerja sebagai warden asrama dan pada masa yang sama menjadi guru akademik. Oleh yang demikian saya mencadangkan supaya jawatan warden asrama sepenuh masa diwujudkan di setiap asrama seperti yang disarankan oleh NUTP untuk menangani isu buli yang semakin serius. Tuan Pengerusi, Butiran 030000 – Operasi Pendidikan, Peruntukan SJKT. Dalam Belanjawan 2022, peruntukan untuk SJKT telah dikurangkan kepada RM30 juta sahaja. Sebelum tahun 2021, SJKT menerima peruntukan RM50 juta setiap tahun. Akan tetapi mulai tahun 2021 di bawah Menteri Kanan Pendidikan yang baharu, jumlahnya telah dikurangkan. Bagi tahun 2021, SJKT menerima peruntukan kurang daripada RM30 juta. Ini adalah diskriminasi terhadap SJKT di bawah kerajaan baharu. Harap pemimpin MIC juga berani menyuarakan isu ini supaya SJKT juga menerima RM50 juta seperti sedia kala. Tuan Pengerusi, sedih sekali 150,000 biji komputer riba telah diedarkan kepada golongan B40 di seluruh negara. Akan tetapi hanya enam buah sekolah daripada 527 buah SJKT menerima komputer riba ini. Ramai ibu bapa B40 telah kecewa dengan
tindakan ini. Bukankah ini satu bentuk diskriminasi oleh pihak KPM di bawah kerajaan Keluarga Malaysia. Apakah tindakan susulan membaiki kelemahan ini? Tuan Pengerusi, pentafsiran sekolah. Kaedah pentafsiran sekolah berdasarkan kategori Band 1 hingga Band 6 adalah tidak rasional. Saya berpendapat bahawa pengkelasan sekolah mengikut kadar ini akan memudaratkan lagi sistem pendidikan negara kita. Sekolah dalam kategori Band 1 dikatakan berada pada tahap berprestasi tinggi, manakala sekolah dalam kategori Band 6 pula dianggap sebagai sekolah lemah berprestasi dan tidak boleh menunjukkan kekuatan mereka. Bukankah ini meruntuhkan semangat guru-guru dan murid-murid di sekolah Band 6? Dalam pada itu, ibu bapa juga akan memilih sekolah Band 1 untuk menempatkan anak-anak mereka. Justeru, sekolah Band 6 hanya menerima anak-anak murid yang lemah dan lembap tahun demi tahun. Ini tidak akan membantu sekolah itu memulihkan kedudukannya. Saya berpendapat pengkelasan seperti ini bukanlah satu mekanisme membina, malah membinasakan seluruh sistem pendidikan kita. Semua guru yang ditempatkan di sekolah adalah pegawai pendidikan yang mempunyai kelayakan ikhtisas dan ditempatkan oleh Kementerian Pendidikan. Oleh itu adalah tidak wajar untuk membeza-bezakan antara sekolah. Perlu mencari mekanisme yang lebih efektif dan adil dan bukannya kaedah bercorak diskriminasi. Tuan Pengerusi, pembangunan SJKT. Saya juga ingin tahu apakah rancangan kementerian untuk sekolah-sekolah berikut: (i) SJKT Batu Empat Klang, Selangor. Pengambilan tanah dilakukan oleh KPM pada tahun 2013 tetapi belum ada usaha pembinaan sekolah tersebut di lokasi tersebut. Kenapa? (ii) SJKT Ladang Bahau, Negeri Sembilan. Tanah dan kelulusan EPRD sedia ada tetapi belum ada rancangan pembinaan. Kenapa? (iii) SJKT Mersing, Johor. Sekolah ini sudah menumpang di sebuah sekolah menengah walaupun sudah memiliki tanah tetapi belum ada usaha untuk membina sekolah tersebut. Kenapa? Saya juga ingin tahu tentang projek naik taraf padang sekolah yang diberikan peruntukan sebanyak RM300,000 pada tahun 2018 di Perak. Berapakah jumlah peruntukan yang diterima oleh SJKT Jalan Stesen Paloh, Johor pada tahun 2018 sehingga sekarang oleh PIBG dan LPS. Bagaimanakah peruntukan ini dibelanjakan secara terperinci? Tuan Pengerusi, kelayakan tinggi guru.
Yang Berhormat...
Akhir sekali, last point. Ramai guru yang mempunyai kelayakan sarjana dan doktor falsafah masih berkhidmat sebagai guru biasa di peringkat sekolah. Adakah penempatan seperti ini sesuai untuk kelayakan dan kebolehan mereka? Saya berpendapat ini adalah satu bentuk brain drain yang perlu ditangani dengan segera. Satu sistem yang lebih berkesan perlu dirangka untuk membantu guru-guru yang memiliki kelayakan yang lebih tinggi. Ini akan memberi suntikan semangat baharu dalam dunia pendidikan negara kita. Ia juga akan menggalakkan lebih ramai guru mengambil inisiatif untuk melanjutkan pelajaran mereka. Kementerian Pendidikan mesti think out of the box dalam hal ini dan bukan sentiasa memberi alasan dan kekangan pelaksanaannya. Malah kementerian harus memberi galakan dan inisiatif kepada mereka yang bercita-cita maju ke hadapan. Sekian terima kasih.
Yang Berhormat Kuala Krai.
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Lima minit eh?
Bismillahi Rahmani Rahim. Saya mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian pendidikan Malaysia. Saya ingin menyentuh Kepala B.63 Butiran 030300 – Pendidikan Menengah. Tuan Pengerusi tahun ini merupakan tahun pertama pelajar menduduki SPM melalui pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Persoalan saya adakah pelaksanaan KSSM yang diperkenalkan pada tahun 2017 akan mencapai objektif yang diharapkan? Adakah pelaksanaan KSSM ini tidak membebankan para guru?
Saya difahamkan KSSM ini membebankan mereka penambahan bilangan waktu mengajar daripada 24 waktu kepada 30 sehingga 32 waktu seminggu. Apakah langkah yang diambil untuk meringankan beban guru agar guru dapat memberikan tumpuan yang lebih baik kepada pelajar? Merujuk kepada butiran yang sama berkaitan isu mata pelajaran Sejarah bagi pelajar SPM KSSM, saya mencadangkan kajian kes untuk Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang dilaksanakan oleh pelajar juga diambil kira bagi membantu markah lulus mata pelajaran Sejarah. Sebagaimana sebelum ini, pelajar dibantu dengan Kertas 3 sebanyak wajaran 20 peratus. Hal ini merujuk kepada penilaian mata pelajaran bahasa Melayu yang dibantu ujian bertutur dan mendengar serta mata pelajaran Pendidikan Islam yang dibantu oleh ujian tilawah dan hafazan. Pada butiran yang sama Tuan Pengerusi, saya juga ingin memohon penjelasan adakah kerajaan bercadang untuk memulakan kembali PT3 pada tahun hadapan setelah dua tahun ditangguhkan? Saya bimbang penangguhan PT3 ini akan menyebabkan pelajar-pelajar tidak lagi belajar secara bersungguh-sungguh dan belajar secara sambil lewa terutamanya apabila UPSR telah dimansuhkan. Butiran yang sama Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya pihak kementerian, apakah usaha yang telah dibuat dalam mengenal pasti bakat dan kecenderungan pelajar dan membantu menentukan hala tuju selepas tamat SPM agar mereka tidak berhenti setakat itu? Apakah usaha yang boleh membantu mereka memilih kursus yang sesuai setelah tamat SPM khususnya bagi pelajar yang kurang cemerlang? Saya beri contoh, daripada 100 orang pelajar lepasan SPM, berkemungkinan 50 peratus yang mengambil inisiatif sendiri meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi atau mengambil STPM. Soalannya ialah bagaimana yang selebihnya? Jika ada usaha yang dibuat oleh KPM dengan membantu mereka, saya yakin mereka akan terus menyambung pengajian. Banyak peluang yang disediakan oleh kerajaan sama ada melalui TVET atau lainnya tetapi isunya ialah mungkin tiada maklumat ataupun kurang motivasi menyebabkan mereka terhenti setakat itu. Saya cadangkan kepada pihak KPM agar dapat mengadakan jawatankuasa bersama dengan KPT dalam isu ini. Tuan Pengerusi, Maksud Pembangunan P.63, Butiran 00102 – Rendah Menengah. Melihat kepada kejayaan negara Jepun yang sangat berjaya menerapkan isu kebersihan, saya ingin mencadangkan agar mata pelajaran ‘Pendidikan Kebersihan’ digubal untuk diserapkan ke dalam kurikulum pembelajaran di sekolah bermula sejak prasekolah sehingga ke sekolah menengah. Murid-murid perlu diajar menjaga kebersihan dan menjadikan satu kewajipan bagi setiap individu bermula seawal prasekolah lagi. Pendidikan Kebersihan ini tidak hanya meliputi kebersihan diri malah turut menerapkan kebersihan persekitaran. Sebagai contoh, murid diberikan pendedahan teori serta amali seperti mencuci tandas, membersihkan sawang dan sebagainya. Tuan Pengerusi, P.63, Butiran 03504 – Ubahsuai Naik Taraf Sokongan Pendidikan. Soalan saya, berapakah peruntukan yang akan diberikan kepada sekolah rendah dan menengah pada tahun hadapan? Adakah sama rata atau mengikut per kapita? Saya ingin maklumat terperinci berkaitan dengan isu ini.
Butiran seterusnya P.63, Butiran 00900 – Asrama. Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan isu buli pelajar di asrama. Walaupun isu buli kali ini tidak melibatkan sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), namun ia cukup terkesan kepada kita semua. Saya ingin bertanya, berapakah elaun untuk warden asrama dan adakah ia berpadanan dengan beban kerja dan tanggungjawab? Bilakah kali terakhir elaun warden ini disemak dan adakah kerajaan bercadang menstrukturkan semula elaun warden dalam masa terdekat? Adakah kerajaan bercadang mewujudkan warden sepenuh masa dan tidak seperti sekarang iaitu warden hanyalah daripada kalangan guru-guru dan kerani? Terakhir, Tuan Pengerusi ialah P.63, Butiran 01700 – Program Pembangunan Kurikulum. Soalan saya ialah apakah hala tuju mata pelajaran Reka Cipta dan Reka Bentuk Teknologi (RBT) dalam KSSM dan KSSR yang telah diperkenalkan pada tahun 2017? Apakah kurikulum yang telah digubal mampu untuk melahirkan generasi muda yang lebih berdaya saing dan menjadi pemain global sesuai dengan perkembangan Industri Revolusi 4.0? Regeneron International Science and Engineering Fair (ISEF) adalah satu platform yang amat baik dalam memberi peluang dan galakan secara lebih serius kepada generasi muda pada hari ini dalam mengembangkan minat dan bakat dalam bidang reka cipta dan R&D. Saya ingin menyentuh isu sokongan KPM di bawah seliaan Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian kepada sekolah atau guru dan murid yang terlibat dalam Pertandingan Inovasi Sains di peringkat antarabangsa untuk membantu sekolah dan institusi pendidikan dalam mendapatkan paten. Butiran ini adalah berkaitan aktiviti mendapatkan paten bagi sekolah atau institusi pendidikan yang terlibat. Ia adalah signifikan dalam membantu sekolah atau institusi pendidikan dalam mengkomersialkan hasil reka cipta dan R&D yang boleh dibawa ke tengah. Ini termasuklah inisiatif dan kerjasama dalam GLC atau syarikat multinasional dalam menyumbang ke arah pembangunan reka cipta dan R&D negara bermula daripada peringkat akar umbi. Apakah bentuk kerjasama atau inisiatif oleh BSKK atau KPM dalam menerajui reka cipta (R&D) di peringkat sekolah seperti yang telah dilakukan dan dilaksanakan oleh MRSM dan ANSARA untuk menyalurkan bantuan pembiayaan paten? Persoalan saya Tuan Pengerusi ialah apakah langkah yang telah diambil oleh KPM dalam mempromosikan cukai kepada syarikat-syarikat yang berhasrat membantu perkembangan bidang reka cipta dan R&D di peringkat sekolah? Cadangan saya agar KPM memberikan peruntukan pembiayaan paten kepada lima projek yang terbaik di peringkat kebangsaan...
Yang Berhormat...
Dalam Pertandingan Reka Cipta, Sains dan Inovasi serta R&D untuk diketengahkan di peringkat yang lebih tinggi. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih. Yang Berhormat Simpang Renggam. Lima minit Yang Berhormat ya.
Ya. Terima kasih Tuan Pengerusi. Bismillahir Rahmanir Rahim. Jikalau kita lihat antara falsafah yang dijunjung oleh KPM selari dengan Perlembagaan Universal Declaration of Human Rights dan juga Sustainable Development Goals ialah pendidikan menjadi hak asasi bagi setiap warga. Ia terangkum di bawah slogan ‘Pendidikan Untuk Semua’. Bertitik tolak daripada ini kita lihat sekitar tahun 2018 dan 2019, pendidikan anak- anak kurang upaya ataupun murid berkeperluan khas sentiasa diberikan perhatian. Tuan Pengerusi, mewakili ibu bapa dan anak-anak OKU seluruh Malaysia, saya ingin bertanyakan kepada KPM, apakah status Pelan Pembangunan Pendidikan Inklusif bagi Golongan Kurang Upaya Tahun 2020-2025 yang pernah diusahakan oleh KPM pada
tahun 2019? Ia mencakupi pendidikan daripada awal prasekolah sehinggalah ke peringkat tertiary. Juga, kita inginkan penjelasan daripada KPM untuk semua sekolah rendah dan menengah harian di bawah KPM tentang berapakah jumlah peruntukan yang disediakan untuk pembangunan infrastruktur agar sekolah-sekolah mesra OKU? Bagaimana pulakah peruntukan kepada sekolah berasrama penuh, sekolah agama dan sekolah bantuan kerajaan dan juga kolej vokasional agar semua institusi ini mesra OKU? Kita juga ingin bertanyakan mengapakah pendidikan OKU kini dipandang sepi dan jarang menjadi agenda besar KPM? Butiran 030000 – Operasi Pendidikan. Yang Berhormat Timbalan Menteri baru-baru ini ada mengatakan bahawa seramai 34,000 orang murid cicir telah direkodkan pada tahun 2018, Tuan Pengerusi. Ini benar. Maka, bertitik tolak daripada angka tersebut dan kesedaran itu menyebabkan KPM sewaktu saya berada di sana telah melancarkan pelbagai inisiatif antaranya Zero Reject Policy, Ziarah Cakna, Keciciran Sifar dan Pendidikan untuk Semua. Maka hasilnya boleh dirujuk kepada dokumen pencapaian KPM semasa Kerajaan Pakatan Harapan iaitu pada tahun 2019, kita telah berjaya membawa kembali 4,369 orang pelajar ataupun murid cicir kembali ke sekolah. Apakah status Program Ziarah Cakna, Keciciran Sifar, Zero Reject Policy dan Pendidikan untuk Semua ini? Apakah ia akan digunakan untuk membawa kembali murid-murid cicir ke sekolah semula. Butiran 060900 – Rancangan Makanan Tambahan. Saya ingin merujuk kepada pembentangan yang dibuat oleh Yang Berhormat Kubang Pasu tadi. Saya bersetuju bahawa kadar RMT perlu dinaikkan kepada RM2.50 kepada RM4 berdasarkan keadaan barang basah semasa yang kini semakin mahal. Jikalau kita mengekalkan kadar yang lama, ia akan sama ada menjejaskan kualiti makanan yang disediakan ataupun ia akan menjejaskan pengusaha-pengusaha kantin. Maka, dicadangkan agar dinaikkan. Begitu juga, saya konsisten menyeru agar Program Sarapan Pagi Percuma dibawa tetapi terdapat keengganan daripada pihak kerajaan dan juga pihak KPM. Tidak apalah, kita boleh beralih kepada satu langkah yang lain iaitu RMT perlu diperluaskan lagi makanannya kepada bottom B40 tetapi diluaskan kepada sehingga M40 yang memerlukan. Mereka boleh membuat permohonan sehinggalah keadaan ekonomi – Ini kerana, keadaan ekonomi semasa yang begitu tenat dan ramainya rakyat yang bergelut untuk terus hidup. Butiran 050200 – Latihan Dalam Perkhidmatan. Mewakili para guru daripada seluruh Malaysia yang setiap hari bahkan setiap jam tidak jemu-jemu membuat aduan mengadukan hal mereka kepada saya.
Baru-baru ini sepanjang tempoh 11 hari di Shah Alam ramai yang telah mengambil peluang untuk bertemu dan mengadukan hal mereka. Kepada KPM dan Yang Berhormat Menteri Kanan yang pun berada di hadapan saya, tolonglah bantu para guru yang semakin hari semakin dibebani dengan kerja-kerja perakaunan dan perkeranian yang pelbagai. Malah, baru-baru ini saya tanyakan soalan yang hampir sama daripada Yang Berhormat Batu Gajah iaitu apakah usaha untuk membantu guru-guru yang burnout atau lesu upaya. Dijawab mereka kena hadiri kursus itu, seminar ini dan sebagainya. Kursus dan seminar bukan jawapannya. Jawapannya ialah dengan memberikan kepercayaan dan pemberdayaan kepada guru dan jangan bebankan mereka dengan pelaporan peperiksaan yang pelbagai ketika mereka telah setahun setengah menjalankan PdPR dan kembali semula ke sekolah. Berikan kepercayaan autonomi kepada sekolah dan para guru untuk mengembalikan kebahagiaan dan kegembiraan di sekolah. Saya juga ingin menyahut apa yang telah dibawa oleh Yang Berhormat Batu Gajah tadi dan juga Yang Berhormat Kuala Krai iaitu jawatan warden. Keluhan yang disuarakan oleh para guru secara langsung kepada saya melalui media sosial dan juga apa yang telah disebutkan oleh NUTP baru-baru ini.
Saya menyokong penuh mewakili para guru, membawa suara para guru dan menyokong cadangan daripada NUTP jawatan warden perlu diwujudkan khusus dan dilantik kepada jawatan khas dan bukan diambil daripada guru yang sibuk mengajar di waktu sidang yang diberikan elaun serendah RM240 semata-mata sedangkan kerjanya 24 jam. Wujudkan jawatan khas warden untuk mereka dedikasikan menjaga asrama dan kebajikan murid. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Libaran
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada Libaran untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2022 Peringkat Jawatankuasa. Saya ingin menyentuh perkara di bawah Maksud Pembangunan 63. Suasana yang tenteram dan selesa di sekolah adalah penting kepada para pelajar dan guru dalam memastikan pembelajaran dan juga pelajaran berlaku dan berkesan. Jadi, faktor guru dan persekitaran pembelajaran juga memainkan peranan yang sangat penting dalam menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Persekitaran fizikal guru umpamanya, ketika membimbing pembelajaran dalam bilik darjah. Saya sangat mengalu-alukan atas belanjawan yang telah dibentangkan oleh kerajaan yang memperuntukkan untuk mengganti bangunan sekolah-sekolah daif dan saya ingin juga menarik perhatian kerajaan supaya dana tersebut merangkumi sekolah- sekolah daif di Sabah dan Sarawak terutama sekali di Parlimen Libaran iaitu Sekolah Kuala Gum-gum Kecil, Sekolah Kebangsaan Kampung Pertanian di Batu 25, Sekolah Pulau Libaran, Sekolah Pulau Nunuyan dan Sekolah Kebangsaan Sungai Manila di DUN Sungai Manila. Tuan Pengerusi, selain daripada itu saya mengharapkan supaya peruntukan ini dapat diperuntukkan dan diberi fokus kepada sekolah-sekolah yang saya sebutkan tadi demi kesejahteraan rakyat terutama sekali kepada anak-anak sekolah yang belajar di sekolah ini termasuklah juga guru-guru. Seterusnya bagi Butiran 00900 – Asrama. Untuk makluman, asrama juga penting di mana sekolah-sekolah, sekolah menengah yang telah dibina baru oleh kerajaan yang melibatkan kepada murid-murid sekolah yang datang daripada jauh yang tidak ada rumah atau tempat tinggal di sekolah yang berdekatan. Ini untuk kepentingan untuk murid-murid. Saya merasakan bahawa ini haruslah diambil perhatian oleh kerajaan terutama sekali Kementerian Pendidikan untuk memberi keselesaan dan kemudahan kepada murid-murid sekolah dan membantu ibu bapa supaya dapat anak-anak ini bersekolah dengan baik dan duduk berdekatan dengan sekolah. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kerajaan Persekutuan sebelum ini pun telah meluluskan projek pembinaan sebuah asrama baharu di SMK Libaran. Namun sehingga kini tidak ada sebarang perkembangan dan maklumat penuh atau maklum balas daripada pihak berkaitan atau pihak kerajaan atau pihak daripada Kementerian Pendidikan bahawa walaupun telah diluluskan tetapi masih lagi belum mendapat maklumat balas yang supaya projek ini dapat diluluskan. Justeru, saya minta pihak yang berkenaan atau pihak yang berwajib yang berkaitan dapat memberi status yang terkini mengenai dengan pembinaan bangunan asrama baharu tersebut di SMK Libaran ini. Sekian Tuan Pengerusi, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Libaran. Saya menjemput Yang Berhormat Semporna menggantikan Yang Berhormat Kota Belud.
Terima kasih, Tuan Pengerusi atas ruang yang pendek untuk membolehkan saya sedikit sebanyak. Pertama, mengenai dengan Butiran 030000 – Operasi Pendidikan dan Butiran 010500 - Teknologi Maklumat. Peningkatan daripada RM1.4 bilion di bawah emolumen di dalam butiran operasi pendidikan, mohon penjelasan berapakah jumlah guru yang akan ditambah dan subjek yang terlibat? Seperkara lagi berhubung kait dengan sekolah daif yang ada iaitu kalau dilihat daripada segi belanjawan diperuntukkan sejumlah hampir RM634 juta untuk Sabah dan Sarawak. Akan tetapi, bila saya melihat apa yang berlaku di peringkat akar umbi perbelanjaan untuk sekolah daif saban tahun diperuntukkan tetapi masih lagi peruntukannya begitu besar. Sampai bila kita dapat mempunyai perancangan yang cukup rapi untuk membolehkan supaya sekolah-sekolah khususnya di luar bandar di Sabah dan Sarawak ini akan dapat kita naik tarafkan? Sehingga di kawasan saya sendiri PIBG terpaksa belanja untuk beli kerusi sekolah. Tidak ada negara membangun yang terpaksa membeli bangku untuk sekolah- sekolah. Di Singapura, di Thailand, di Vietnam saya tidak pernah dengar keadaan ini walhal kalau kita melihat peruntukan yang dibelanjakan untuk Kementerian Pendidikan berbilion duit daripada belanjawan yang lalu sampai belanjawan pada hari ini. Ini yang membimbangkan kita. Seperkara lagi mengenai dengan kes buli ini. Kes buli merupakan kes yang sudah lama berlaku di negara kita dan sehingga ia bukan hanya membabitkan masalah daripada segi anak-anak yang cacat ataupun oleh kerana dibuli. Bahkan ia membabitkan sampai nyawa dan kematian pun berlaku. Apakah pihak kementerian mempunyai langkah- langkah untuk mengatasi masalah ini? Selain daripada itu, saya cadangkan supaya ada online. Merely dengan izin, touch the button di sekolah itu kalau ada di antara yang buli itu, form of deterrence dengan izin, untuk mengelak supaya jangan ada buli lagi kelak di setiap sekolah yang ada. Ada sistem yang mempermudah anak-anak yang kena buli oleh lain dapat memberi laporan dan tindakan tegas dapat diambil supaya jangan dibiarkan anak-anak ini sehingga nyawa mereka dapat terjejas. Berhubung kait dengan bantuan untuk peranti di sekolah-sekolah, Butiran 010500 - Teknologi Maklumat iaitu kita dapati bahawa banyak lagi sekolah-sekolah anak-anak yang tidak mempunyai kelengkapan peranti di peringkat sekolah-sekolah di luar bandar khususnya yang tidak mempunyai kelengkapan untuk sistem pembelajaran.
Mungkin Yang Berhormat Menteri juga sedar dan tahu dalam masalah sistem seperti Butiran 040100 – Bahan Pengajaran dan Pembelajaran. PdR iaitu membabitkan sistem pelajaran di PdPR iaitu di peringkat rumah. Kadang-kadang itu bukan mudah guru- guru hendak laksanakan. Di samping itu, peranti yang ada, peralatan, komputer ada tetapi elektrik tidak ada. Mungkin di sekolah ada generator tetapi bila sampai di rumah untuk hendak menggunakan komputer yang sudah diedarkan tidak dapat digunakan. Sampai bilakah? Rancangan demi rancangan sudah masuk ke-12. Mengatasi masalah connectivity khususnya di pusat-pusat red area. Red area seperti ada sekolah, ada balai polis yang mana anak-anak ini perlu untuk mendapatkan ilmu. Terkadang itu, ibu bapa terpaksa menghantar anak-anak mereka ke daerah-daerah yang jauh lebih besar, ada kemudahan sudah belanja banyak pula. Tempat penginapan di mana? Hostel tidak mencukupi dan ini kebimbangan saya. Kita perlu mempunyai rancangan yang rapi untuk memastikan supaya keadaan ini dapat kita tingkatkan. Begitu juga dalam usaha baru-baru ini, kita didedahkan dengan berita seorang murid hadir setiap hari ke sekolah tanpa mengendahkan sistem penggiliran oleh kerana beliau ingin menikmati makanan percuma di sekolah. Ini juga berlaku dan saya harap Yang Berhormat Menteri meneliti perkara ini dan cuba di atasi kerana ini merupakan suatu perkara yang penting, daripada segi makanan. Kerana kita belanja banyak duit untuk kemudahan anak-anak untuk mereka dapat bersekolah dengan baik.
Begitu juga dengan Butiran 061900 – Biasiswa Kecil Persekutuan. Saya ingin bangkitkan perkara ini juga. Kita sedar dan tahu musim COVID-19 ramai anak-anak sekolah ibu bapa mereka meninggal dunia. Jadi saya harap bantuan ini di kawasan saya, di kawasan luar bandar yang berhadapan masalah ini. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Machang.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 01000 – Pejabat-pejabat Pendidikan. Saya lihat di sini belanja untuk pembangunan meningkat RM2 bilion berbanding tahun 2021 daripada RM3 bilion kepada RM5 bilion. Sedikit sahaja, Tuan Pengerusi. Saya hendak tanya, adakah perkara yang disebutkan berulang-ulang kali di dewan yang mulia ini daripada dahulu sehingga hari ini berkenaan dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Machang ini ada termasuk atau tidak di dalam RMKe-12 dan kalau tidak, saya harap pihak kementerian, Yang Berhormat Menteri dapat mempertimbangkan untuk membina pejabat berasingan untuk PPD Machang kerana sekarang ini PPD Machang masih lagi menumpang di salah sebuah sekolah rendah. Saya harap ini dapat menjadi perhatian kepada pihak kementerian. Seterusnya, Tuan Pengerusi, Butiran 030000 – Operasi Pendidikan. Berkenaan dengan mungkin ramai rakan Ahli-ahli Yang Berhormat sudah sebut masalah kekurangan guru mengikut mata pelajaran tertentu ini. Kita lihat beberapa buah mata pelajaran ataupun subjek yang memang kritikal masih lagi kekurangan guru-guru. Terutamanya, Bahasa Inggeris dan juga Matematik Tambahan. Di sini saya hendak tanya pihak kementerian, perkara ini sebenarnya bukan baru, lama daripada dahulu lagi. Ada tidak perancangan ataupun tindakan yang akan dibuat oleh pihak kementerian bagi menyelesaikan masalah yang berlarutan ini. Saya harap pihak Yang Berhormat Menteri dapat memberi satu jawapan untuk melegakan ibu bapa yang berada di kawasan luar bandar. Sebagai contoh Tuan Pengerusi, di Machang, sekolah menengah di Machang. Salah sebuah sekolah menengah di Machang terdapat 15 kekurangan guru Bahasa Inggeris termasuk di Tingkatan Enam. Peperiksaan tidak lama lagi. Bulan tiga ini ada peperiksaan. Begitu juga di sekolah rendah ada 21 buah sekolah rendah di Machang ini kekurangan guru Bahasa Inggeris berjumlah 32 orang. Saya difahamkan ada kemasukan guru-guru ke Kelantan untuk tahun 2022 ini. Saya harap Yang Berhormat Menteri tolonglah tengok-tengok kekurangan guru bagi mata-mata pelajaran yang saya sebutkan tadi untuk dihantar bertugas di kawasan Machang. Dalam soal ini juga adakah sistem pengambilan kita tidak seimbang contohnya pengambilan guru-guru baharu tidak seimbang maknanya, guru-guru yang akan dilatih dalam mata-mata pelajaran penting ini tidak seimbang berbanding dengan keperluan yang mendesak yang menjadi kekurangan yang amat penting di sekolah-sekolah. Seterusnya, Tuan Pengerusi Butiran 061900 – Biasiswa Kecil Persekutuan. Saya tambah apa yang telah disebut Yang Berhormat Semporna sekejap tadi tentang Biasiswa Kecil Persekutuan. Saya lihat tidak ada untuk tahun 2022 mungkin diletakkan di bawah tajuk lain barangkali. Tahun 2021, RM88 juta. Di sini, apa maksud saya hendak sebutkan di sini ialah kalau boleh mohon pihak kementerian supaya menjelaskan kalau ada, adakah jumlah yang sama ataupun ada pertambahan? Keduanya, saya mohon sangat supaya ditingkatkan jumlah penerima dan juga jumlah wang yang dibantu melalui biasiswa kecil ini juga ditambah memandangkan dengan kos sara hidup yang meningkat. Dulu, kita bagi lebih kurang RM70 ke RM110 kalau boleh biarlah ia ditambah kerana kita tahu terutamanya pelajar-pelajar yang datangnya dari kawasan-kawasan luar bandar ini bukan sahaja B40 malah kurang daripada B40. Keadaan kesempitan hidup mereka walaupun pelajar-pelajar ini merupakan pelajar yang cemerlang tetapi oleh kerana kekangan belanja kewangan, akhirnya mereka
akan tercicir di peringkat persekolahan rendah dan juga menengah. Itu sahaja, Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Machang. Yang Berhormat Ipoh Timur, lima minit.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada butiran-butiran berikut. Nombor satu, Butiran 010300 - Pembangunan Infrastruktur yang mana anggaran peruntukan tahun 2022 telah berkurangan kepada satu jumlah RM17.95 juta daripada RM23.52 juta pada tahun 2021. Butiran 010500 - Teknologi Maklumat yang mana anggaran peruntukan pada tahun 2022 juga telah berkurangan kepada RM212.37 juta dan Butiran 040100 - Bahan Pengajaran dan Pembelajaran yang mana anggaran peruntukkan tahun 2022 telah berkurangan kepada RM32 juta berbanding dengan RM37 juta pada tahun 2021. Tuan Pengerusi, negara kita sekarang berada dalam satu era norma baharu yang mana era pandemik COVID-19 telah memberikan satu impak negatif yang amat serius terhadap pembelajaran dan pelajaran anak-anak kita di sekolah. Sejak bulan Mac yang lepas, pembukaan sekolah adalah secara on and off dengan izin dan pengajaran dan pembelajaran di rumah PdPR menjadi satu inti pati dan elemen penting dalam pembelajaran anak-anak sekolah. Maka, alat-alat seperti komputer, komputer riba, kemudahan internet telah menjadi suatu keperluan bagi murid-murid dan bagi sekolah dan para guru pula, keupayaan sekolah untuk melaksanakan pengajaran atas talian iaitu virtual learning adalah amat penting untuk memastikan pembelajaran murid-murid tidak terjejas dalam tempoh pandemik ini. Sebenarnya pada tahun 2011, negara kita sepatutnya telah tersedia dengan pengajaran dan pembelajaran di rumah. Projek 1BestariNet telah pun dimulakan pada tahun 2011 dengan objektif untuk melengkapkan sebanyak 10 juta buah sekolah di Malaysia dengan akses internet berkelajuan tinggi 4G dan akan menjadi pelantar pembelajaran maya yang membolehkan pengajaran dan pembelajaran melalui satu virtual learning environment, dengan izin yang boleh diakses pada bila-bila masa di sekolah atau mana-mana juga, anytime and anywhere learning, dengan izin. Satu projek yang sekiranya berjaya, sudah tentu akan membantu dalam mencapai matlamat PdPR yang kita hadapi sekarang.
Namun projek yang telah menelan suatu peruntukan sebanyak RM2.7 bilion ini telah gagal dan tidak dapat memenuhi objektif projek. Ini menyebabkan sistem 1BestariNet langsung tidak berguna dan tidak berfungsi apabila negara kita memerlukan perkhidmatannya. Projek ini memberikan kemudahan internet kepada murid-murid sekolah semasa PdPR? Tidak ada. Projek ini menyediakan modul yang tersedia untuk tujuan pengajaran? Tidak ada, yang diguna pakai oleh KPM sekarang apa itu? Zoom dan Google Classroom, itu percuma. Apa yang terjadi dengan perbelanjaan kita sebanyak RM2.71 bilion dalam projek 1BestariNet? Bayangkan sekiranya projek ini betul-betul mencapai objektifnya dan bukan objektif yang hanya memihak kepada pihak kontraktor, betapa jauh sekolah-sekolah dan murid-murid akan memanfaatkannya, khasnya dalam era pandemik ini. Apa yang kita nampak sekarang dalam projek 1BestariNet adalah sekadar menara-menara yang didirikan di atas tapak-tapak sekolah yang mana liputan komunikasinya adalah bertujuan untuk komersial kontraktor semata-mata. Cuba tanya, berapa sekolah dalam negara yang bermanfaat dengan liputan tersebut? Saya percaya tidak. Saya juga diberitahu bahawa pada tahun 2019 berlaku insiden yang mana KPM telah pun mengarahkan untuk memotong elektrik yang disambung kepada menara-menara komunikasi tersebut. Tidak sampai beberapa hari,
ada arahan pula daripada tidak tahu siapa yang begitu berpengaruh untuk menyambung kembali. Siapa sebenarnya yang begitu berpengaruh dalam menjamin kepentingan kontraktor dipelihara dan bukannya sekolah-sekolah dan murid-murid. Projek ini bermula pada tahun 2011 dan telah beroperasi tidak lama kemudian. Yang Berhormat Menteri Pendidikan pada ketika itu iaitu Yang Berhormat Pagoh perlu memberikan satu penjelasan juga terhadap desas-desus kontrak iaitu kenapa kontrak yang ditandatangani begitu memihak kepada kontraktor dan bukan kerajaan. Bagi perkara yang sama, saya juga merujuk kepada Butiran 060000 – Program Khusus. Jumlah anggaran pada tahun ini adalah sejumlah RM3.7 bilion. Saya berasa amat terkejut dan kecewa di bawah Butiran Program Khusus ini. Tidak ada mana-mana peruntukan khusus yang diberikan untuk tujuan membantu murid-murid dalam PdPR. Langsung satu sen pun tidak ada. Murid-murid kita sekarang menghadapi beban dan tekanan yang besar dalam pembelajaran atas talian. Ada keluarga yang mempunyai empat orang anak dalam sekolah terpaksa berkongsi satu tablet ataupun telefon bimbit demi menyertai online secara giliran. Ada yang terpaksa berhenti pembelajaran buat seketika waktu kerana tidak mempunyai kemudahan internet di rumah. Saya menyeru supaya KPM memahami keadaan dan kesengsaraan keluarga berpendapatan rendah dan bukan sentiasa sahaja berada dalam retorik bahawa pencapaian prestasi peperiksaan adalah lebih baik dalam masa pandemik atau peratusan keciciran sekolah adalah rendah. Sesiapa yang berfikiran waras tidak akan percaya terhadap retorik ini. Pada pembentangan belanjawan tahun lepas, telah pun diumumkan pemberian 150,000 komputer riba kepada anak-anak sekolah. Namun, pemberian ini adalah tidak transparent, tidak ada satu guideline pun. Sampai bulan September yang lepas, hanya 130,000 sahaja yang diedarkan. Saya mencadangkan supaya suatu peruntukan khusus diberikan kepada KPM dalam perkara ini untuk memastikan tiada keluarga yang tertinggal, tiada anak-anak murid yang tercicir dalam PdPR. Pemberian laptop atau gajet, kemudahan internet adalah amat perlu dan wajib. Ini adalah tanggungjawab kerajaan. Dengan itu, sekian daripada saya. Terima kasih.
Yang Berhormat Parit.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus ke Butiran 010400 – Pengurusan Sumber Manusia. Menerusi butiran ini, saya mendapati kementerian telah memperuntukkan sejumlah RM137.56 juta pada tahun 2022. Kita sekali lagi digemparkan dengan kes buli pelajar asrama. Saya yakin dan percaya mungkin ada lagi kes buli pelajar asrama yang berlaku, namun tidak mendapat perhatian media ataupun masyarakat umum. Saya merasakan guru sendiri telah memegang tanggungjawab yang besar untuk mendidik pelajar. Apabila diberikan tambahan tanggungjawab untuk menjadi warden, sudah tentu ia memberikan bebanan kepada para guru. Saya ingin mencadangkan sekiranya ia dapat dilaksanakan supaya kementerian mewujudkan satu jawatan khusus warden asrama yang bukan terdiri daripada kalangan guru bagi mengatasi masalah buli di asrama. Saya ingin mengetahui, adakah kementerian melihat wujud keperluan untuk mewujudkan jawatan baharu warden asrama yang bukan dilantik dalam kalangan guru bagi mengatasi masalah ini? Bagaimanakah peranan yang telah dimainkan oleh guru kaunselor di sekolah-sekolah bagi mengatasi masalah buli ini? Seterusnya, Butiran 020100 – Dasar Pendidikan. Baru-baru ini Kementerian Pendidikan memaklumkan jumlah keseluruhan murid yang berhenti persekolahan pada Mac 2020 hingga Julai 2021 adalah sebanyak 21,316 orang. Saya ingin mengetahui melalui peruntukan sebanyak RM20.13 juta tahun 2022 ini, apakah usaha yang akan
dilaksanakan oleh kementerian dalam memastikan jumlah keciciran pelajar tidak bertambah dan menjadi lebih buruk pada masa akan datang? Adakah terdapat sebarang kajian yang telah dilaksanakan oleh kementerian bagi mengenal pasti punca utama berlakunya keciciran pelajar sepanjang tempoh pandemik? Sejauh manakah kementerian melihat sistem pendidikan di negara kita telah bersedia sepenuhnya untuk berubah ke arah konsep home-based learning atau home-based schooling yang akan menjadi medium budaya belajar baharu di negara kita? Seterusnya Butiran 00800 – Rumah Guru. Menerusi peruntukan rumah guru ini diperuntukkan sebanyak RM9.5 juta. Melalui peruntukan sedia ada ini, adakah ia mencukupi untuk membina baharu rumah guru atau pun membaik pulih? Apakah usaha- usaha yang akan dijalankan oleh pihak kementerian bagi membaik pulih rumah guru yang usang dan uzur terutamanya di kawasan luar bandar? Saya juga ingin mengetahui, apakah perancangan pihak kementerian terhadap kuarters-kuarters guru yang tidak lagi diduduki oleh guru-guru serta terbiar? Contohnya, di tempat saya ada beberapa buah kuarters guru yang mana penghuninya dari kalangan guru hanya beberapa orang sahaja. Jadi, saya mohon penjelasan. Seterusnya Butiran 01000 – Pejabat-pejabat Pendidikan. Menerusi butiran ini saya mendapati kementerian telah memperuntukkan sejumlah RM72.7 juta pada tahun 2022. Di kesempatan ini, saya juga ingin memohon kembali perhatian dan tindakan yang sewajarnya kepada pihak kementerian untuk melaksanakan pembinaan baharu Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah yang berada di dalam kawasan Parlimen Parit. Permohonan ini dibuat kerana saya melihat ada satu keperluan yang sangat mendesak bagi pembinaan baharu pejabat pendidikan ini disegerakan. Seterusnya Butiran 040600 – Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya melihat peruntukan untuk Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mengalami pengurangan peruntukan yang sangat besar dari RM104 juta pada tahun 2021 kepada RM60 juta pada tahun 2022. Saya mohon penjelasan mengapa berlakunya pengurangan peruntukan ini? Adakah pengurangan peruntukan ini akan merencatkan usaha pembudayaan bahasa Melayu? Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah usaha-usaha pemerkasaan bahasa Melayu yang akan dilaksanakan oleh kementerian bagi meningkatkan kefahaman serta kefasihan bahasa Melayu terutamanya di sekolah- sekolah jenis kebangsaan dan sekolah persendirian? Sejauh manakah kementerian melihat aktiviti pembudayaan bahasa Melayu yang telah dilaksanakan pada masa kini telah berjaya meningkatkan kefahaman serta kefasihan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar? Akhir, Butiran 030200 – Pendidikan Rendah. Saya mendapati bahawa sekolah rendah dan menengah di kawasan Seri Iskandar, khususnya di kawasan saya yang agak padat dan memerlukan kepada sekolah rendah dan sekolah menengah. Jadi, itu pun sudah beberapa kali saya sebut di dalam Dewan ini. Saya mohon penjelasan kepada pihak kementerian. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Sekijang.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 030200 – Pendidikan Rendah dan Butiran 030300 – Pendidikan Menengah. Dalam butiran ini, jumlah yang diperuntukkan untuk institusi pendidikan rendah adalah sebanyak RM19.5 juta berbanding dengan RM18 juta bagi institusi sekolah menengah. Peruntukan yang hampir sama diberikan ini memperlihatkan bahawa jumlah pelajar dan sekolah yang ada di kedua-dua institusi pendidikan menengah dan rendah ini seolah-olah adalah seimbang. Saya ingin tahu jumlah pelajar terkini di sekolah menengah dan rendah di bawah seliaan KPM. Berapakah jumlah sekolah rendah dan menengah yang ada? Apakah perancangan pihak KPM dalam membina sekolah rendah dan menengah yang baharu pada masa akan datang?
Saya juga ingin minta penjelasan pihak KPM dalam mempertimbangkan semula cadangan saya berkaitan pendidikan wajib kepada murid sehingga Tingkatan Lima. Sekiranya hasrat ini dilaksanakan, adakah jumlah sekolah menengah yang sedia ada ini mencukupi bagi menampung pertambahan jumlah murid di sekolah menengah? Tuan Pengerusi, seterusnya ingin saya menyentuh kepada Butiran 040100 – Bahan Pengajaran dan Pembelajaran. Dalam Butiran ini, saya mendapati bahawa berlaku pengurangan peruntukan daripada RM37.5 juta pada tahun 2021 kepada RM32.9 juta tahun 2022. Saya ingin tahu apakah rasionalnya pengurangan peruntukan dalam bahan pengajaran dan pembelajaran ini? Adakah pengurangan peruntukan ini menunjukkan bahawa pihak KPM berhasrat untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran di rumah ataupun PdPR kepada murid atau adakah pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka akan dilaksanakan sepenuhnya bagi sesi persekolahan tahun hadapan yang dijangka akan bermula pada bulan Mac 2022? Jika pihak KPM masih ingin meneruskan PdPR ini secara bergilir-gilir, adakah masalah asas yang dihadapi sebelum ini seperti kekurangan peranti, capaian internet yang lemah dan pemantauan ibu bapa atau penjaga ketika PdPR telah diatasi? Saya juga ingin minta pihak KPM membentangkan hasil keberkesanan PdPR ini. Adakah pihak KPM mengakui bahawa PdPR ini telah menyumbang kepada peningkatan jumlah murid cicir? Saya juga ingin tahu jumlah murid cicir terkini yang telah direkodkan. Apakah perancangan KPM dalam menyelesaikan isu ini? Tuan Pengerusi, selanjutnya saya ingin menyentuh kepada Butiran 060300 – Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Saya ingin tahu pencapaian dan hasil yang diperolehi daripada program ini. Adakah program khusus ini membantu dalam mengatasi isu penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid sekolah kebangsaan? Adakah program khusus ini membantu dalam mengatasi isu penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah vernakular? Jika tidak, apakah perancangan pihak KPM dalam memastikan murid-murid sekolah rendah dan menengah dapat menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan baik? Isu berkaitan tahap penguasaan bahasa Inggeris yang lemah dalam kalangan murid sekolah kebangsaan dan kelemahan penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah vernakular bukanlah isu yang baru. Pelaksanaan Dasar MBMMBI pada tahun 2012 bagi menggantikan pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) adalah bertujuan bagi memperkasa dan memperkukuhkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris kepada murid-murid sekolah. Namun, apakah hasrat ini tercapai? Baru-baru ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menekankan penggunaan bahasa Melayu dalam segala urusan rasmi kerajaan. Saya menyokong penuh akan usaha ini. Namun, jika ingin melihat kepada kejayaan ini, haruslah dilentur daripada rebungnya. Untuk itu, pihak KPM seharusnya perlu mengambil inisiatif yang berkesan dalam memastikan murid-murid di peringkat sekolah dapat menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan baik. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Selepas ini Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Sepang kemudian Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Setiu.
Tuan Pengerusi, saya dah minta.
Tak ada. Arahan daripada Tuan Pengerusi ialah Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Sepang kemudian Yang Berhormat Menteri.
Saya dah buat memo tadi untuk minta.
Saya tak dapat arahan. Kejap ya, Tuan Pengerusi akan masuk selepas ini. Silakan Yang Berhormat Setiu.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh [Membaca doa aluan] . Butiran 010200 – Pengambilan. Saya bersetuju dengan cadangan sahabat-sahabat yang lain di kalangan Ahli Parlimen untuk mencadangkan supaya satu jawatan khusus warden bukan daripada kalangan guru dapat diwujudkan ataupun kalau sekiranya tidak dapat dipertimbangkan jawatan baru ini, saya cadangkan supaya dinaikkan elaun warden bagi memberi semangat kepada mereka dalam menjalankan tugas. Seterusnya Butiran 010300 – Pembangunan Infrastruktur. Saya ingin membangkitkan isu yang berkaitan dengan baik pulih sekolah-sekolah luar bandar sering kali terlewat menerima peruntukan. Ianya amat membimbangkan kerana kerosakan yang berlaku boleh mengancam keselamatan murid-murid dan warga sekolah, bahkan terdapat juga sesetengah peruntukan sehingga ke hari ini masih belum diterima. Selain itu, terdapat juga kerosakan yang menelan peruntukan yang besar untuk dibaik pulih seperti kerosakan pada litar pemasang elektrik dan sistem perpaipan yang terlalu lama. Perkara ini membawa implikasi besar di mana bil air sekolah berkenaan melambung tinggi mencecah ribuan ringgit sebulan akibat terdapat banyak tempat kerosakan yang tidak diperbaiki segera. Begitu juga dengan komputer yang terdapat di pejabat dan bilik khas. Fasiliti-fasiliti tersebut perlu dinaik taraf dengan kadar segera kerana apa yang sedia ada amat kurang efisien untuk diguna pakai. Tuan Pengerusi, apa yang berlaku pada hari ini, makmal sekolah khususnya sekolah luar bandar telah usang. Sesetengah kes sudah hampir runtuh, bahkan bangunan-bangunan bagi pembelajaran vokasional menengah atas juga memerlukan bangunan baru agar proses pengajaran dan pembelajaran lebih kondusif dan berkesan. Saya juga ingin membangkitkan berkenaan kerosakan pagar di Sekolah Rendah Chalok di Setiu akibat dilanda banjir. Sudah dua kali banjir melanda, sehingga hari ini belum dapat dibaiki lagi. Saya memohon agar kementerian dapat menyalurkan peruntukan bagi masalah- masalah yang telah saya bangkitkan bagi memastikan kemudahan infrastruktur sekolah- sekolah luar bandar khususnya, diperkasakan sekali gus hak pelajar luar bandar untuk mengecapi pendidikan yang sempurna tercapai. Perkara seterusnya Butiran 020100 – Dasar Pendidikan. Pemimpin dalam dunia pendidikan menggalas tanggungjawab besar dalam memastikan matlamat dan agenda pendidikan dapat dilestarikan. Namun, pelbagai isu dan cabaran yang timbul dalam melaksanakan tanggungjawab ini, antaranya kuasa guru yang amat terbatas. Keterbatasan ini menyebabkan ramai guru yang kecewa, malah tidak mampu untuk mengambil apa-apa tindakan untuk membentuk sikap dan akhlak anak-anak murid mereka. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] Hasilnya, murid-murid tidak lagi mengendahkan kata-kata guru dan tidak menghormati guru-guru mereka. Tuan Pengerusi, perkara ini berdasarkan pelbagai aduan yang diterima daripada guru-guru, di mana mereka sering mengeluh, nilai murni semakin terhakis di kalangan pelajar kita pada hari ini. Murid tidak lagi menghormati guru, bahkan ada yang berani menengking guru mereka di khalayak ramai. Oleh itu, saya memohon agar pihak kementerian mengkaji semula pelaksanaan hukuman rotan bagi menjadikan peraturan disiplin sekolah lebih komprehensif. Bukan hanya dibenarkan kepada pengetua, guru besar dan guru hal ehwal murid sahaja. Hal ini bagi memastikan pengawalan tingkah laku pelajar dapat dikawal, sekali gus mampu meningkatkan disiplin dan nilai murni melalui hukuman rotan tadi.
Tuan Pengerusi, perkara seterusnya pada butiran yang sama. Tidak dinafikan masih terdapat guru-guru yang antivaksin dan belum lengkap vaksin. Perkara ini menyukarkan guru-guru lain untuk berkongsi tempat, bilik, laluan dan kemudahan sekolah dengan murid-murid dan seluruh warga sekolah. Saya mendapat aduan di mana pihak sekolah telah melakukan pelbagai usaha untuk mengurus guru atau kakitangan berkenaan. Oleh itu, apakah SOP khusus yang digariskan oleh pihak KPM berhubung isu tersebut bagi memastikan wabak COVID-19 tidak tersebar disebabkan kebenaran pelajar bersemuka? Terakhir sekali, Butiran 030300 – Pendidikan Menengah. Saya ingin mengulangi apa yang saya sebut semasa perbahasan peringkat Dasar iaitu perlunya pembinaan sekolah menengah kebangsaan agama di Kampung Pandan Jaya, Rhu Sepuluh. Saya berpandangan, kewajaran sekolah ini dibina sekarang disebabkan 619 orang pelajar daripada aliran agama telah ditempatkan di sekolah menengah biasa. Sebanyak 10 kelas aliran agama yang diwujudkan hanyalah sehingga Tingkatan Tiga sahaja dan mereka akan mencari sekolah agama yang baru apabila mereka memasuki Tingkatan Empat.
Untuk mendapatkan pendidikan agama yang lebih sempurna dan suasana pembelajaran yang lebih baik, maka adalah lebih baik mereka ditempatkan di sebuah sekolah menengah agama berbanding dengan menumpang di sekolah menengah biasa. Di samping itu, Sekolah Menengah Agama Setiu yang ada sekarang sudah menghampiri tahap maksimum khususnya apabila berlakunya kemasukan pelajar baharu setiap tahun. Manakala Sekolah Menengah Imtiaz Setiu merupakan sekolah terpilih yang mengambil pelajar yang mendapat keputusan cemerlang sahaja di peringkat sekolah rendah yang datang dari seluruh daerah negeri Terengganu, bukan sahaja daerah Setiu ataupun Parlimen Setiu. Oleh sebab itu saya merasakan bahawa kewajaran diluluskan pembinaan sekolah menengah kebangsaan agama di Kampung Pandan Jaya, Rhu Sepuluh tadi. Sekian Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat. Oleh kerana Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Labuan dan Yang Sik tidak ada di sini, maka saya ke Yang Berhormat Rasah akhir sekali. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Pengerusi atas peluang yang diberikan berkat ketidakhadiran Yang Berhormat Sepang pada petang ini yang memberikan saya peluang. Pertama saya menyambut baik peruntukan pembangunan untuk kementerian ini naik mendadak dari RM3.08 bilion kepada lebih RM5 bilion. Kenaikan hampir 70 peratus, tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Kanan. Saya percaya dengan peruntukan pembangunan yang melonjak dengan tinggi tersebut ia akan membantu kementerian ini melakukan tambah baik kepada sekolah-sekolah. Cuma saya hendak merujuk Butiran 07000 - Bangunan dan Pejabat KPM. Ini saya kena minta maaf kepada Yang Berhormat Menteri Kanan. Saya tidak bersetuju dengan RM247 juta iaitu hampir lima persen daripada peruntukan pembangunan keseluruhan digunakan untuk bangunan dan pejabat KPM. RM247 juta, bajet 2021 RM238 juta. Dua tahun combine hampir setengah bilion. Apa kita hendak buat dengan pejabat kementerian? Teruk sangat ke? Kalau kita gunakan setengah bilion itu, saya rasa kita boleh bona sekurang-kurangnya 50 buah sekolah termasuk sekolah luar bandar khususnya. Jadi saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri Kanan berkenaan dengan perkara ini. Perkara kedua adalah berkenaan dengan 04001 di bawah tajuk Program Biasiswa dan Penajaan. Ia perkara baharu. Saya hendak dapatkan maklumat yang lebih terperinci daripada Yang Berhormat Menteri Kanan apakah jenis program? Nampak nama tajuk, saya memang setuju, ia sesuatu yang bunyinya cukup baik, untuk murid-murid untuk pelajar kita dengan jumlah yang besar RM343 juta. Cuma saya hendak butiran macam mana apakah ia berkaitan dengan gajet pengagihan dan sebaginya kepada murid-murid kita.
Perkara seterusnya adalah 01300 – Pendidikan Khas. Tahun sebelum itu RM24 juta kali ini RM73 juta naik tiga kali. Saya menyambut baik pendidikan khas sebab ada keperluan. Banyak sekolah termasuk di bandar termasuk di Parlimen Rasah. Parlimen Rasah walaupun ada kawasan luar bandar tetapi secara amnya dikategorikan sebagai kawasan bandar, tetapi kemudahan kelengkapan untuk pendidikan khas adalah tidak sempurna, adalah tidak sesuai dan perlu ditambahbaik dan diperbaiki. Jadi saya mohon sebahagian daripada peruntukan yang ada disalurkan ke Parlimen Rasah. Butiran seterusnya adalah kaitan dengan 00201 – Menengah Akademik. Saya nampak lebih RM563 juta diperuntukkan di bawah Bajet 2022. Saya menyambut baik kerana ada keperluan. Saya cukup yakin dan saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri Kanan apakah status pembinaan Sekolah Menengah S2 Heights di bawah Parlimen Rasah. Ia pernah disebutkan zaman Pakatan Harapan dahulu ketika Yang Berhormat Simpang Renggam menjadi Menteri Pendidikan pada ketika itu. Dikatakan bahawa pembinaannya dilakukan di bawah Rancangan Malaysia ke-12. Tahun hadapan sudah masuk tahun kedua RMKe-12. Jadi apakah status? Oleh sebab tanah sudah ada, tanah daripada pemaju, apakah status pembinaan? SMK S2 Heights dan SK S2 Heights di bawah Parlimen Rasah. Perkara terakhir saya hendak sebutkan pada petang ini Tuan Pengerusi, adalah berkenaan dengan Butiran 00102 – Rendah Akademik. Kalau bajet sebelumnya hanya RM229 juta kali ini digandakan kepada RM576 juta, saya menyambut baik. Ia akan membolehkan, saya percaya peruntukan ini untuk naik taraf penyelenggaraan, tambah baik kepada sekolah-sekolah rendah di seluruh negara. Tidak kira. Saya harap begitu, tidak kira sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina, sekolah jenis kebangsaan Tamil. Oleh sebab ketiga-tiga aliran sekolah ini menjunjung ataupun mematuhi, mengikuti sukatan mata pelajaran yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Saya sudah sebutkan walaupun ada rakan-rakan yang menyebut soal isu fasih berbahasa Melayu, saya hendak sebutkan murid-murid dari SJKC dan SJKT juga boleh fasih bahasa Melayu. Saya sendiri adalah produk dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dalam Kampung Baharu, sekolah kecil. Akan tetapi hari ini saya bukan setakat tidak baca teks dalam Dewan yang mulia ini, saya antara wakil rakyat yang sepanjang masa kalau berbahas, hanya berbahas dengan merujuk kepada catatan dan tidak membaca teks dan tidak menjadi pembaca berita. Saya rasa Yang Berhormat Menteri Kanan boleh bersetuju dengan saya. Ini buktinya. Kalau saya boleh maknanya ramai lagi murid-murid dari SJKC dan SJKT juga boleh fasih berbahasa Melayu. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, apakah pandangan? Ada court case di luar, ada orang mengheret SJKC dan SJKT ke mahkamah mengatakan kedua- dua jenis aliran sekolah ini tidak selaras dengan undang-undang Malaysia. Izinkan saya merujuk kepada Perkara 152(1) iaitu berkenaan dengan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Sub (1)(a) menyatakan bahawa tiada halangan menggunakan bahasa lain, maka dengan itu SJKC dan SJKT wajar wajib diteruskan pengajarannya dan pihak kerajaan juga wajib memberikan peruntukan yang setara adil ikut keperluan setiap jenis aliran supaya anak-anak kita sentiasa diberikan peluang terbaik dalam masyarakat majmuk Malaysia. Oleh sebab penguasaan bahasa Melayu tidak sepatutnya menjadi isu ataupun menjadi apa-apa agenda politik kepada mana-mana pihak. Sekian sahaja Tuan Pengerusi atas peluang yang diberikan kepada saya pada petang ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Bahasa Melayu Yang Berhormat Rasah memang hebat. Dengan itu tamatlah...
Tuan Pengerusi, Padang Serai minta...
Maaf Yang Berhormat Padang Serai sebab...
Hari ini last, lepas ini tak ada peluang.
Yang Berhormat Padang Serai, kalau saya bagi kepada Yang Berhormat Padang Serai, maka saya tidak berlaku adil kepada Yang Berhormat Tumpat.
Satu sahaja lagi.
Yang Berhormat Setiawangsa pun ada dalam ini, yang didahulukan Yang Berhormat Padang Serai.
Boleh bagi sekali dengan Tumpat, Tuan Pengerusi.
Boleh bagi. Ini hal sekolah Tuan Pengerusi.
Maaf, maaf.
Sebab kawasan kita kawasan pedalaman, kita perlukan...
Maaf, saya sudah 30 minit ke belakang. Maaf.
Bagi tiga minit.
Dengan itu tamatlah perbahasan...
Tiga minit Tuan Pengerusi.
Maaf Yang Berhormat. Tamatlah perbahasan di peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pendidikan. Saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Kalau boleh 20 minit Yang Berhormat. Lebih kuranglah ya, saya serahkan kepada Yang Berhormat, budi bicara Yang Berhormat untuk menjawab siapa dahulu dan siapa secara bertulis. Silakan Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang membahaskan perkara berkaitan KPM di peringkat jawatankuasa. Mengambil kira jumlah pembahas yang ramai dan banyak topik yang disentuh oleh pembahas, saya akan cuba mengikut turutan pembahas dan kemudiannya sekiranya ada perkara yang sama dibangkitkan oleh pembahas-pembahas selepasnya kita rangkumkan sekali. Pertama sekali berkaitan dengan Bantuan Awal Persekolahan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jempol dan beberapa ahli Yang Berhormat lain. Ada yang bertanya tentang apabila bantuan dinaikkan daripada RM100 ke RM150, mengapakah jumlah peruntukannya sama? Terdapat keperluan tambahan RM150 juta untuk tujuan ini sebenarnya yang akan disediakan oleh pihak Kementerian Kewangan. Yang kedua ada yang membangkitkan tentang bantuan awal persekolahan ini dalam konteks penerimanya. Ada yang mengatakan bahawa ada ibu bapa sewaktu COVID-19 ini kehilangan pendapatan, yang mana sebelum ini pendapatannya melebihi RM3,000, sekarang pendapatannya berkurangan dari RM3,000. Maka dalam konteks tersebut selagi mana pendapatan ibu bapa tersebut kurang dari RM3,000, insya-Allah kita akan pastikan supaya anak-anak ini mendapat bantuan awal persekolahan.
Yang Berhormat Jempol dan Yang Berhormat Jerai juga membangkitkan tentang pembayaran elaun one-off untuk guru-guru dalam konteks bahan pengajaran di sekolah. Seperti mana Ahli-ahli Yang Berhormat sebut, kita menghargai segala jasa guru di waktu yang sukar ini di mana mereka telah banyak berkorban untuk memastikan mereka dapat laksanakan yang terbaik. Namun begitu, kita mengambil kira kedudukan kewangan kerajaan dan Kementerian Pendidikan sentiasa berbincang dengan Kementerian Kewangan dan agensi pusat bagi memastikan kita dapat usahakan yang terbaik. Seterusnya berkaitan dengan sekolah daif yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Jempol dan juga Ahli Yang Berhormat Tampin dan juga beberapa Ahli Yang Berhormat yang lain. Seperti mana yang saya sebut sebelum ini, jumlah sekolah daif –
kita tidak sebut sekolah daif, kita panggil bangunan daif di sekolah kerana ada sekolah itu bangunannya baru, ada tujuh bangunan dua bangunan baru mungkin empat atau lima bangunan yang berada pada skala tujuh, skala enam dan sebagainya. Tumpuan kita, keutamaan kita adalah untuk bangunan yang berada pada skala tujuh. Ini adalah bangunan yang telah disahkan tidak selamat oleh JKR. Maka inilah yang akan diangkat dalam konteks setiap kali kita mengangkat projek-projek pembangunan dalam RP mengikut Rancangan Malaysia seperti mana yang telah ditetapkan. Yang Berhormat Jempol membangkitkan tentang 3K yang dilaksanakan pada awal tahun 2000 iaitu kebersihan, keceriaan dan keselamatan. Isu berkaitan dengan perkara berkaitan dengan keselamatan ini banyak juga dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat lain dalam konteks kes buli di sekolah. Jadi Yang Berhormat Semporna, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Setiu turut membangkitkan perkara berkaitan buli dan perkara apakah pendekatan yang boleh digunakan oleh KPM untuk memastikan supaya keselamatan di sekolah ini berada pada tahap yang baik. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, seperti mana yang Ahli-ahli Yang Berhormat sebut bahawa perkara yang berkaitan dengan buli ini bukanlah satu perkara baru. Perkara ini telah berlarutan sekian lama. Saya, sebagai seorang murid asrama sebelum ini pun memahami sebagai seorang bekas pelajar Maktab Tentera Diraja kita fahami keadaan di asrama bagaimana. Namun begitu, jika kita lihat perkara berkaitan buli ini sehingga pada hari ini masih berlaku walaupun pelbagai tindakan tegas telah diambil. Ingin saya berkongsi menjawab apa yang disebut oleh Yang Berhormat Jempol tadi tentang kebersihan, keceriaan dan keselamatan. Kami di pihak Kementerian Pendidikan pada masa ini adalah di peringkat akhir untuk mengadakan sesi libat urus berkaitan dengan pengenalan konsep Sekolahku Sejahtera. Jika kita lihat, dalam konsep Sekolahku Sejahtera ini ia bukanlah satu mata pelajaran baru tetapi ia merupakan penerapan nilai-nilai murni seperti mana yang disebut oleh ramai Ahli Yang Berhormat tadi bahawa anak-anak kita ini perlu diterapkan dengan nilai-nilai murni sewaktu mereka berada pada peringkat awal persekolahan. Jika kita lihat, antara komponen dalam konteks buli ini sebagai contoh, apabila ramai anak-anak kita yang tidak bertindak secara rasional. Masing-masing mengambil tindakan merasakan mereka dalam kelompok yang ramai bahawa mereka boleh membuli sahabat-sahabat lain dan keadaan ini menyebabkan bahawa antara punca yang membawa kepada keadaan yang ada pada hari ini adalah anak-anak kita tidak mengambil kira bahawa apa yang dilakukan itu adalah sesuatu yang tidak betul. Begitu juga rasa empathy, rasa untuk memahami apakah perasaan mereka yang dibuli, mereka yang dipukul. Oleh sebab yang demikian, maka Kementerian Pendidikan akan memperkenalkan konsep Sekolahku Sejahtera yang mempunyai 14 elemen. Ia ada 14 elemen yang mana guru-guru akan menerapkan elemen ini secara tidak langsung dalam kelas. Sewaktu guru mengajar, guru-guru akan terapkan. Kita tidak adakan mata pelajaran baru dan kerana kita mahu penerapan elemen nilai-nilai murni ini dibuat secara natural, dibuat secara alami di mana sebagai contoh saya sebut tadi bahawa rasional anak-anak kita tidak didedahkan di peringkat awal tentang keperluan untuk membuat sesuatu keputusan dengan rasional. Apa yang berlaku kalau kita ingat dalam kes buli ini ataupun dalam kes buli yang sebelum ini termasuklah yang melibatkan arwah Zulfarhan bahawa kalau mereka memikirkan secara rasional, mereka tahu tindakan mereka itu adalah tindakan yang tidak betul, kesan pada diri mereka, kesan kepada keluarga mereka, kesan kepada masa depan mereka adalah amat besar dan pada masa yang sama kesan kepada sahabat-sahabat dan rakan mereka juga adalah besar. Insya-Allah, dalam masa terdekat kita akan turun ke bawah menceritakan bahawa pada masa ini kita mahukan anak-anak kita bukan sahaja menumpukan kepada pendidikan akademik semata-mata tetapi mereka memahami konsep-konsep penting dalam kehidupan. Secara umumnya, banyak konsep penting dalam kehidupan tetapi
konsep Sekolahku Sejahtera memberi tumpuan kepada 14 konsep utama. Insya-Allah saya akan jelaskan dengan lebih lanjut.
Terima kasih. Terima kasih.
Ahli Yang Berhormat Kubang Pasu, Kubang Pasu tidak ada di sini. Ahli Yang Berhormat Kulai membangkitkan tentang pendidikan awal kanak-kanak dan bagaimanakah kami di peringkat kementerian sebenarnya telah diberi tanggungjawab untuk membuat penyelarasan dalam konteks pendidikan awal kanak-kanak. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kulai bahawa pada waktu ini keberadaan pendidikan awal kanak-kanak khususnya di peringkat nurseri. Kalau empat tahun ke atas jelas di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia tetapi bila empat tahun ke bawah ini terdapat banyak kementerian yang mempunyai institusi pendidikan awal kanak-kanak. Maka oleh sebab itu, Kementerian Pendidikan telah diberi tanggungjawab untuk membuat penyelarasan dan pihak Jawatankuasa Teknikal yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan telah mengadakan mesyuarat untuk menetapkan terms of reference, dengan izin dan juga mengambil kira perkara-perkara perundangan dalam konteks penjagaan awal kanak-kanak ini. Kita ingin melihat supaya satu kerangka yang menyeluruh dapat dibentuk apabila kita bercakap tentang penjagaan awal kanak-kanak. Kita tahu apakah kerangkanya maka semua institusi yang ada khidmat ataupun ada memberikan khidmat penjagaan awal kanak-kanak ini perlu mengikut kerangka yang akan ditetapkan kelak. Jadi untuk menjawab Ahli Yang Berhormat Kulai, itulah penjelasan yang saya berikan berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak tadi.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya hanya hendak tambah sedikit, jangan lupa bahawa di bawah kerajaan kami juga ada Tabika KEMAS yang di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat. Kami juga ada Tabika Perpaduan dan juga KEMAS dan pelbagainya. Jadi saya rasa apabila task force ini telah diwujudkan dengan izin, saya harap bahawa juga akan mengkaji semua agensi di bawah kerajaan supaya kita boleh satukan satu sistem kurikulum dan juga tenaga kerja. Terima kasih.
Setuju dengan Ahli Yang Berhormat Kulai dan itulah yang sedang dilaksanakan oleh kami bagi memastikan semua tadi seperti mana Ahli Yang Berhormat sebut. Ada tadi Tadika KEMAS, Tadika JPNIN, Perpaduan dan sebagainya ini yang kita akan selaraskan supaya ada satu kerangka yang jelas. Keduanya menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat Kulai berkaitan dengan pengambilan guru secara one-off. Pertama sekali ingin saya jelaskan bahawa dalam konteks pengambilan guru ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan merupakan pihak berkuasa melantik. Kami akan menyenaraikan bidang-bidang yang diperlukan oleh sekolah, oleh kementerian maka pelantikan dan juga proses-proses pengambilan ini dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan yang merupakan sebuah suruhanjaya bebas. Oleh yang demikian, kita telah menyampaikan perkara ini. Kita juga menerima maklumat yang sama daripada masyarakat terutamanya pemohon di luar sana dan kita telah sampaikan kepada pihak SPP. Ketiga, berkaitan dengan SMJK ataupun conforming school yang disebut oleh Yang Berhormat Kulai tadi. Ingin saya jelaskan bahawa sebenarnya saya sudah jelaskan jumlahnya. Jumlahnya adalah seperti mana dalam hansard sewaktu saya menggulung di peringkat dasar itu tidak ada perubahan. Itulah jawapan yang ditanya oleh Yang Berhormat Kulai dan itulah jawapannya. Selain daripada itu merupakan bukanlah satu angka yang dikeluarkan secara rasmi dalam konteks kita jelaskan peruntukan penyelenggaraan itu. Maka sebarang peruntukan penyelenggaraan dibuat berdasarkan kiraan yang kita telah jelaskan dalam penggulungan di peringkat dasar tempoh hari.
Saya tidak fahamlah, Yang Berhormat Menteri. Minta penjelasan kerana press conference itu atau maklumat itu diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan, Senator Mah yang menyatakan bahawa untuk 82 bukanlah 74 tetapi 82 SMJK peruntukan yang mereka terima daripada kerajaan iaitu daripada KPM tidak sampailah RM4 juta. Itu memang berbeza dengan angka yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri.
Jadi, adakah bahawa pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Menteri Pendidikan I, Dato’ Dr. Mah Hang Soon itu tak betul, tetapi peruntukan yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri baharu betul? Jadi kalau macam itu, Yang Berhormat Menteri perlulah minta Timbalan Menteri untuk membuat satu pembetulan.
Terima kasih Yang Berhormat. Izinkan saya lihat kenyataan sebenar oleh Timbalan Menteri sebelum saya membuat sebarang kenyataan. Namun begitu, daripada sudut peruntukan penyelenggaraan, itulah yang saya sebutkan tadi, seperti mana yang saya telah jelaskan di peringkat dasar tempoh hari. Berkaitan dengan peruntukan-peruntukan penyelenggaraan lain yang disentuh oleh Yang Berhormat Kulai, sebenarnya dalam konteks ini, pengiraannya amat mudah. Saya dah jelaskan pengiraan peruntukan penyelenggaraan itu bahawa kita ambil jumlah peruntukan penyelenggaraan untuk mendapat apakah baseline untuk setiap sekolah, kita bahagikan dengan semua sekolah di seluruh negara. Kemudian, kita dapat jumlah peruntukan tertentu. Untuk sekolah bantuan kerajaan, kita akan ambil 90 peratus daripada jumlah baseline tersebut, dengan izin. Daripada 90 peratus itu, kita kumpulkan jumlah untuk keseluruhan sekolah bantuan kerajaan. Maka kita ambil jumlah yang besar, ditolak dengan peruntukan untuk SBK itu dan akan dibahagikan kepada kategori-kategori sekolah kerajaan yang lain. Jadi, ia merupakan satu formula yang jelas. Dua faktor yang akan memberi kesan kepada jumlah peruntukan yang diterima. Pertama, sama ada ia adalah sekolah kerajaan ataupun sekolah bantuan kerajaan. Kedua adalah jumlah sekolah. Kalau jumlah sekolah itu lebih banyak, maka peruntukan yang diterima itu tentulah lebih tinggi. Berkaitan dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sabak Bernam tentang peruntukan PIBG. Saya mengambil maklum cadangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Sabak Bernam berkaitan dengan peruntukan PIBG...
Yang Berhormat Sabak Bernam tak ada.
Tak ada? Tak ada ya. Seterusnya, saya menyentuh – Saya terus ke – Ada yang dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat tadi, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sabak Bernam juga. Dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat, termasuklah Yang Berhormat Sekijang tadi berkaitan dengan penggiliran. Apakah kita akan terus melaksanakan sistem penggiliran dalam konteks pembukaan semula sekolah bulan Januari nanti. Ingin saya jelaskan kepada Ahli- ahli Yang Berhormat, seperti mana saya sebut sebelum ini bahawa pada asalnya, semua peringkat di sekolah ini bergilir. Namun, setelah berbincang dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, kita membuat keputusan kelas peperiksaan yang mana jumlah murid dalam sekolah tersebut telah divaksinkan melebihi 90 peratus, mereka boleh ke sekolah tanpa penggiliran. Itu untuk kelas peperiksaan. Kami sedang mengkaji perkara ini bersama dengan Kementerian Kesihatan untuk melihat sama ada murid dalam kelompok lain yang masih digilirkan ini boleh dibenarkan ke sekolah. Begitu juga untuk murid-murid di sekolah rendah. Kita juga sedang melihat perkara ini dan kita akan perincikan perkara ini dalam masa terdekat. Seterusnya, Ahli-ahli Yang Berhormat tadi menyentuh tentang bekalan guru. Saya ingin sentuh – Saya terlupa tadi apabila Yang Berhormat Kulai sebut tentang pengambilan guru, ada Ahli-ahli Yang Berhormat juga termasuk Yang Berhormat Machang menyentuh tentang jumlah guru dan pengambilan guru serta guru-guru opsyen tertentu yang tidak mencukupi. Saya ingin mengambil peluang ini untuk menjelaskan secara keseluruhannya, apakah konteks kekosongan guru ini. Pertama sekali kita dapati, apabila saya masuk ke
kementerian, kita ada dapati terdapat kekosongan lebih 18,000 jawatan guru. Lebih 18,000 jawatan ini termasuklah jawatan-jawatan dalam subjek yang disentuh oleh Ahli Yang Berhormat tadi termasuk Ahli Yang Berhormat Machang, yang menyatakan bahawa kekosongan ini termasuklah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Ini merupakan satu cabaran yang paling utama. Oleh sebab itu, dalam pengambilan ini untuk Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyentuh tentang pengambilan guru baharu ini, kita melihat sebenarnya 18,000 ini, kekosongan ini berada pada mata pelajaran mana. Kita kaji satu persatu dan kita lihat apakah punca yang menyebabkan kekosongan ini berlaku. Antara punca yang menyebabkan kekosongan ini berlaku, antaranya adalah bekalan yang tidak mencukupi dalam pasaran. Oleh sebab itu, dalam pengambilan 18,702 orang ini, kita menggunakan pendekatan yang berbeza di mana kita gunakan pendekatan pengambilan secara kluster. Maknanya, seorang guru itu yang mendapat Ijazah Pendidikan dalam bidang tertentu, kita kaji apakah bidang lain yang masih boleh diajar oleh guru-guru ini. Maka, kita akan benarkan mereka untuk memohon jawatan bagi kekosongan dalam bidang yang mana bukan sahaja bidang mereka belajar di universiti secara spesifik, tetapi juga bidang-bidang lain yang mereka mampu mengajar di sekolah. Itu berkaitan dengan perguruan. Seterusnya, Ahli Yang Berhormat Putatan. Ada Yang Berhormat Putatan? Ahli Yang Berhormat Putatan bertanya tentang bagaimanakah usaha Kementerian Pendidikan untuk memastikan prestasi negara di peringkat antarabangsa khususnya dalam konteks PISA itu dapat ditingkatkan. Izinkan saya jelaskan kepada Ahli Yang Berhormat, apabila kita mengkaji keputusan peperiksaan PISA ini ataupun pentaksiran yang dibuat untuk PISA bagi penarafan ini, kita dapati antara komponen yang mana paling mencabar bagi anak-anak di Malaysia adalah komponen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Mereka boleh menyelesaikan perkara-perkara matematik menggunakan pendekatan atau formula tertentu, tetapi apabila sampai kepada soalan yang memerlukan pemikiran analitikal ataupun memerlukan pemikiran pada tahap yang lebih tinggi, di sinilah antara area dengan izin, yang kita dapati kita agak terkebelakang. Oleh sebab itu, kementerian mengambil pendekatan untuk memasukkan lebih banyak komponen KBAT ini dalam mata pelajaran bagi membolehkan murid-murid kita ini mempunyai pemikiran analitikal yang lebih tinggi. Ini merupakan sebahagian daripada pendekatan yang kita ambil. Kemudian, Yang Berhormat Putatan juga menyentuh tentang sekolah. Yang Berhormat Putatan kata sekolah di Sabah ini jumlah penduduknya meningkat dengan mendadak, maka apakah pembinaan sekolah-sekolah melalui bajet pembangunan ini akan dilaksanakan di Sabah. Untuk maklumat Yang Berhormat, bukan sahaja di Sabah, di Semenanjung Malaysia, di mana-mana ada terdapat kawasan-kawasan tertentu khususnya di mana jumlah penduduk itu meningkat dengan mendadak sekali, maka setiap kali kita memohon peruntukan pembangunan untuk pembinaan sekolah-sekolah baharu, maka keutamaan kita adalah untuk sekolah-sekolah yang mempunyai jumlah penduduk yang padat. Pada masa yang sama, kita juga mengambil kira pattern peningkatan jumlah penduduk. Sekiranya kita dapati kawasan-kawasan tertentu terdapat trend atau pattern peningkatan penduduk yang mendadak, maka kita memberi tumpuan khusus kepada pembinaan sekolah di kawasan-kawasan ini supaya apabila sampai masanya jumlah penduduk meningkat, sekolah tersebut telah tersedia. Memandangkan saya sudah...
Yang Berhormat Menteri.
Ya.
Padang Serai.
Silakan.
Masih dalam tajuk yang sama. Seterusnya, saya mohon tambahan sekolah rendah dan sekolah menengah di kawasan Padang Serai memandangkan peningkatan populasi di kawasan ini. Saya juga mendengar rintihan daripada ibu bapa mengenai fasiliti seperti tandas, perabot dan
kelengkapan di sekolah berada dalam keadaan yang amat menyedihkan dan tidak mencukupi bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan sempurna. Harap pihak kementerian dapat memberi perhatian. Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Sikit Tuan Pengerusi. Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat. Cuma saya nak tahu tadi Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Kita tahu sebelum ini Yang Berhormat Menteri menyatakan bahawa bantuan susu. Kita tahu kesukaran untuk sampai ke pedalaman susu ini, kita tak tahu dia punya keaslian ataupun kualiti susu. Adakah pihak kementerian memikirkan selain daripada vitamin yang mungkin boleh disyorkan, ataupun dalam keadaan yang sukar ini, kita minta kantin sekolah ini menyediakan makanan seperti nasi lemak, mi goreng, nasi goreng dan sebagainya kerana ia pun boleh membantu anak-anak miskin di luar bandar ini agar dapat menikmati sarapan pagi yang lebih selesa.
Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Perkara berkaitan RMT ini disentuh oleh beberapa Ahli Yang Berhormat yang saya skip tahu sebab Yang Berhormat Kubang Pasu tidak ada di sini, tetapi beberapa Ahli Yang Berhormat lain...
Yang Berhormat. Yang Berhormat, saya tambah 10 minit boleh?
Dua minit.
Sepuluh.
Sepuluh minit, boleh.
Ya.
Berkaitan dengan Yang Berhormat Jempol sebut tadi, berkaitan dengan Rancangan Makanan Tambahan, berkaitan dengan RMT ini. Pertama sekali, Yang Berhormat Kubang Pasu membangkitkan tentang jumlah RMT ini, RM2.50 yang tidak mencukupi. Ahli Yang Berhormat yang lain juga turut menyentuh tentang perkara yang sama. Dia kata RM2.50 ini tidak mencukupi mengambil kira kenaikan harga barang dan mengambil kira pandangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Jempol tadi, tentang apakah makanan ataupun menu yang hendak diberikan. Oleh yang demikian, kita sedar, kita ambil maklum bahawa memang mengambil kira menu yang disediakan itu, maka jumlah RM2.50 itu agak rendah mengambil kira keadaan semasa dan juga menu yang diperlukan. Perkara ini sedang dibincangkan di peringkat kementerian bersama agensi pusat untuk melihat apakah pendekatan yang paling sesuai dalam membolehkan kita memberikan yang terbaik kepada anak-anak yang memerlukan ini.
Selain daripada itu juga terdapat tadi disebut oleh beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat berkaitan dengan murid yang hadir ke sekolah walaupun bukan giliran untuk mereka hadir kerana mereka ingin mendapatkan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tersebut. Maka perkara ini juga sedang diperincikan oleh kementerian untuk melihat apakah pendekatan yang paling sesuai bagi membantu kumpulan murid ini. Okey seterusnya saya hendak sentuh balik yang Yang Berhormat Putatan tadi tak habis lagi. Yang Berhormat Putatan dan juga Yang Berhormat Padang Serai tadi saya ambil maklum apa yang disebut oleh Yang Berhormat Padang Serai. Seperti mana saya sebut di mana kita lihat ada keperluan kita akan pastikan supaya ia akan diberi keutamaan. Namun begitu ini memberi kesan kepada soalan yang ditanya oleh Yang Berhormat Machang, soalan yang ditanya oleh Yang Berhormat Parit dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyentuh tentang pembinaan PPD. Inilah antara kekangan yang dihadapi oleh kementerian apabila kita melihat bahawa kita mendapat sejumlah sekolah yang perlu dibina segera, pada masa yang sama kita ada juga infra-infra lain yang perlu dibina termasuklah PPD. Sebab itu kementerian akan melihat priority list, list keutamaan
itu untuk memastikan supaya sebarang keputusan yang dibuat kita ambil kira apakah keperluannya dalam konteks sekolah dan juga PPD. Saya melawat banyak PPD yang menumpang di sekolah dan kita sedar ini merupakan satu cabaran utama dan insya-Allah seperti mana saya sebut tadi kita akan susun dan melihat priority list kita untuk membolehkan kita mengambil satu titik yang seimbang di antara untuk menyelesaikan perkara-perkara yang berkaitan dengan sekolah pada masa yang sama juga berkaitan dengan institusi. Yang Berhormat Putatan juga menyentuh tentang SBP di negeri Sabah. Ya, betul Yang Berhormat Putatan kita ada dua SBP di negeri Sabah iaitu Sekolah Menengah Sains Sabah dan juga Sekolah Menengah Sains Lahad Datu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kapasiti Sekolah Menengah Sains Sabah pada waktu ini adalah 92 peratus dan kapasiti Sekolah Menengah Sains Lahad Datu pada waktu ini adalah 81.8 peratus. Buat masa ini masih ada kapasiti di sekolah-sekolah ini dan seperti mana saya sebutkan tadi di sekolah-sekolah lain kita akan terus memantau untuk memastikan supaya perkara ini akan terus diberi perhatian. Yang Berhormat Putatan juga menyentuh mengenai SMK Lok Kawi. Di SMK Lok Kawi memang pembayarannya telah dibuat tetapi proses keseluruhan masih belum selesai. Selagi proses keseluruhan itu masih belum selesai kita tidak dapat memohon di bawah RP dan insya-Allah kita akan selesaikan perkara ini segera dan kita akan mohon dalam RP selepas selesainya urusan-urusan berkaitan dengan tanah. Yang Berhormat Jerantut ada di sini? Yang Berhormat Jerantut menyentuh tentang pendidikan yang berkaitan dengan keciciran dan ramai Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain menyentuh perkara yang sama berkaitan dengan keciciran. Seperti mana yang Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, dalam tempoh yang sukar ini di mana kita melaksanakan PdPR, yang mana anak kita ini tidak semua mempunyai akses kepada internet dan tidak semua mempunyai akses kepada peranti. Sebab itu di peringkat kementerian kita cukup mengambil serius dan kita berdasarkan data-data yang ada khususnya murid yang tidak pernah berhubung dengan sekolah. Ini data yang kita sedang kemas kini sepanjang tempoh sekolah dibuat PdPR dan sepanjang tempoh sekolah dibuka. Sekolah baru sahaja tutup, kita sedang mengemas kini data murid-murid yang langsung tidak berhubung dengan sekolah dalam tempoh tersebut. Pihak PPD dan JPN khususnya telah turun ke bawah untuk mengenal pasti murid-murid ini apakah keberadaan mereka dan kita dapati ramai juga murid-murid yang berpindah tempat tinggal yang tidak dimaklumkan oleh pihak sekolah dan kita sedang usahakan supaya perkara ini dapat diselesaikan kerana kita dapat trace, kita dapat menjejaki anak-anak ini bagi memastikan kita dapat bantu mereka, kembalikan mereka dan rapatkan mereka kepada sistem pendidikan yang sedia ada. Ahli Yang Berhormat Jerantut juga menyentuh tentang isu beg berat di sekolah. Ini merupakan antara perkara yang turut disentuh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat lain. Seperti mana yang kita maklum bahawa perkara berkaitan dengan beg berat ini telah dibincangkan lama, telah dibincangkan dalam pelbagai konteks dan pada waktu ini sebenarnya kita memang sedang duduk dan berbincang merangka. Kerana isu yang berlarutan sekian lama ini seperti mana isu buli tadi kita kena betul-betul fahami punca dan kita akan turun ke bawah untuk melihat apakah masalah yang asasnya. Inilah pendekatan yang digunakan oleh KPM sebelum ini. Jika kita lihat sebagai contoh saya hendak berkongsi. Mungkin orang kata KPM senyap tak buat apa. Dalam konteks pertukaran guru sebagai contoh. Dalam sejarah pertukaran guru yang paling tinggi adalah pada kali ini, 55 peratus daripada guru yang memohon bertukar dapat ditukarkan. Kerana apa? Kerana kita selidiki satu persatu apakah punca yang menyebabkan pertukaran ini tidak dapat dilakukan secara optimum dan insya-Allah beri sedikit masa kita akan cuba selesaikan perkara ini secara lebih menyeluruh. Begitu juga perkara berkaitan dengan kes buli, perkara berkaitan dengan beg sekolah. Ini merupakan isu-isu yang telah lama dibincangkan tetapi untuk mendapat satu penyelesaian yang konkrit, maka kami mengambil pendekatan untuk memahami segala
isu yang timbul dan duduk berbincang dengan pemegang-pemegang taruh untuk mencari penyelesaian yang terbaik. Yang Berhormat Jerantut juga membangkitkan tentang 061100 – Pengangkutan Murid. Yang Berhormat Jerantut kata lambat sampai ke sekolah. Saya semak tadi di peringkat kementerian kita salurkan pada bulan Januari. Cuma kalau Yang Berhormat Jerantut boleh sampaikan kepada saya apakah maklumat yang ada untuk membolehkan kita mengenal pasti di manakah punca kelewatan peruntukan ini disalurkan. Seterusnya Yang Berhormat Tampin. Ada? Yang Berhormat Tampin dan Yang Berhormat Kubang Pasu tadi juga ada menyentuh tentang pengurangan DBP. Ini termasuk juga Yang Berhormat Parit. Yang Berhormat Parit juga menyentuh tentang pengurangan peruntukan kepada DBP sebanyak RM44 juta. Sebenarnya RM44 juta untuk tahun lepas itu adalah tambahan kepada peruntukan yang biasa diterima oleh DBP. Peruntukan RM44 juta tambahan tahun lalu adalah untuk menyelesaikan tunggakan cukai bagi tahun 2002 sehingga 2018 untuk – tunggakan cukai one-off ini kita selesaikan RM44 juta. Sebab apabila sudah selesai tunggakan RM44 juta ini, jumlah ini ditarik keluar maka ia kembali kepada jumlah yang diterima oleh DBP sebelum ini. Jadi itulah penjelasan berkaitan dengan pengurangan jumlah yang diterima oleh DBP. Kemudian disentuh berkaitan dengan Yang Berhormat Tampin menyentuh tentang apakah sukatan pelajaran Bahasa Melayu di sekolah antarabangsa. Sama ada perlu dipelajari ataupun tidak. Sekiranya sekolah antarabangsa itu mengambil kurikulum kebangsaan, maka mereka wajib belajar Bahasa Melayu. Itu wajib. Wajib belajar dan wajib lulus seperti mana kurikulum kebangsaan di sekolah-sekolah lain. Namun begitu sekiranya murid itu berada di sekolah kebangsaan dan tak mengambil kurikulum kebangsaan. Diambil kurikulum antarabangsa, maka mereka wajib belajar Bahasa Melayu, tidak wajib lulus tapi wajib belajar. Untuk murid-murid – ini kalau warganegara. Untuk murid-murid bukan warganegara, mereka tidak diwajibkan belajar Bahasa Melayu di sekolah antarabangsa. Jadi itu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tampin. Seterusnya Yang Berhormat Tampin menyentuh tentang berapa ramai guru yang naik pangkat. Data yang ada pada tahun 2021 menunjukkan seramai 31,717 orang guru siswazah yang dinaikkan pangkat dan 4,492 orang guru bukan siswazah yang dinaikkan pangkat. Tuan Pengerusi, saya banyak lagi untuk dijawab namun begitu saya berada di penghujung. Saya mohon supaya jawapan yang bertulis ini kita akan sampaikan secepat mungkin terutamanya yang menyentuh tentang perkara-perkara peruntukan khusus. Kita akan sampaikan dalam masa terdekat untuk memastikan supaya saudara-saudari dapat penjelasan yang diberikan. Namun saya hendak sentuh satu sahaja yang dibangkitkan tadi oleh Yang Berhormat...
Tuaran.
Berkaitan dengan jumlah peruntukan yang digunakan untuk membayar bangunan. I think Yang Berhormat Rasah – untuk membayar bangunan yang disebut oleh Yang Berhormat Rasah tadi, RM220 juta. Kerana ini boleh memberi gambaran seolah-olah satu jumlah yang besar digunakan oleh KPM. Oleh yang demikian, izin saya jelaskan di sini bahawa jumlah RM220 juta ini dalam konteks ini adalah untuk bayaran sewaan bangunan Kementerian Pendidikan Malaysia sebanyak RM90.2 juta melalui PPP-PFI dan begitu juga perjanjian konsesi projek penswastaan rumah guru fasa 1 iaitu sekitar RM136.8 juta. Jadi itulah jumlah yang disebut oleh Yang Berhormat tadi. Bukannya untuk kami digunakan tetapi ia untuk penyewaan bangunan dan perkara ini telah berlangsung untuk satu tempoh yang lama.
Jadi sedikit sahaja...
Penjelasan Yang Berhormat.
...menjawab Yang Berhormat Tuaran. Sedikit sahaja.
Jadual peperiksaan SPM.
Ya. Sebenarnya Yang Berhormat Tuaran, saya sudah keluarkan jadual baharu. Seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Tuaran, apabila kita mendapat pandangan daripada murid-murid bahawa jadualnya terlalu padat, termasuklah peperiksaan pada hari Jumaat dan hari Ahad, kami panggil Lembaga Peperiksaan untuk duduk berbincang dan kita telah keluarkan jadual baharu dua hari lepas, Yang Berhormat. Yang Berhormat boleh rujuk jadual baharu yang dikeluarkan. Sekian itu sahaja. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Sedikit, Padang Serai, Yang Berhormat Menteri.
Walaikumsalam. Sudah habis Yang Berhormat, sudah habis.
Hendak bahas tidak boleh, hendak tanya tidak boleh.
Yang Berhormat Menteri, ada beberapa dalam ucapan...
Sudah habis, Yang Berhormat Libaran.
...oleh Jawatankuasa untuk membangkitkan masalah di kawasan tetapi belum berjawab lagi.
Akan dijawab secara bertulis, Yang Berhormat Menteri kata tadi. Yang Berhormat semua, masalahnya sekarang ialah bahawa wang sejumlah RM47,590,933,700 untuk Kepala B.63 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2022 jadi sebahagian daripada Jadual telah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.63 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Masalah seterusnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.63 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2022 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.63 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2022 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2022 Jawatankuasa — Kepala B.64 [Jadual] - Kepala P.64 [Anggaran Pembangunan 2022] –Bill
Kita ke Kementerian Pengajian Tinggi sekarang. Yang Berhormat semua. Kepala Bekalan B.64 dan Kepala Pembangunan P.64 di bawah Kementerian Pengajian Tinggi terbuka sekarang untuk dibahaskan. Saya ada 26 orang tetapi kita terpaksa berhenti selepas 22 orang. Akan dimulakan oleh Yang Berhormat Pontian, diikuti oleh Ahli Yang Berhormat berikut iaitu Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Setiawangsa, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Beaufort, Yang Berhormat Bangi, Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Sekijang, Yang Berhormat Rasah dan akhir sekali Yang Berhormat Batu. Silakan Yang Berhormat Pontian.
Tuan Pengerusi, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk berucap. Dalam muka surat 479 buku yang tebal itu disebut bahawa peratusan graduan universiti awam yang mendapat pekerjaan pada tahun konvokesyen tahun 2021, 60 peratus. Jadi saya ingin tanya 40 peratus lagi menganggur. Kenapakah perkara itu berlaku? Disebut juga di dalam buku ini, peratusan graduan universiti awam yang bekerja sendiri pada tahun konvokesyen, 16 peratus. Jadi daripada dua data yang saya kongsikan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri, kita lihat bahawa ada masalah daripada segi graduan boleh bekerja sendiri. Antara masalahnya adalah kerana hanya dua kredit subjek keusahawanan yang diwajibkan untuk semua graduan ataupun siswa dan siswazah universiti. Saya ingin mencadangkan supaya kreditnya ditambah kepada ijazah, misalnya 10 peratus jika ijazah 120 kredit, 12 kredit diwajibkan. Diploma kalau 90 kredit, sembilan kredit diwajibkan dan sijil, daripada 60 kredit, enam kredit diwajibkan supaya keluaran universiti awam ini boleh bekerja sendiri.
Boleh...
...dan mereka tidak perlu...
...minta penjelasan?
...makan gaji. Silakan Yang Berhormat Kinabatangan.
Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya dengan Yang Berhormat Pontian. Apakah Yang Berhormat Pontian melihat bahawa di Malaysia ini, ia janggal sedikit iaitu kita sudah mengamalkan satu, exam-oriented. Kedua, mengutamakan kredit sembilan, 12. Di negara-negara maju, Amerika, di Eropah, tidak ada seumpama ini. Jadi adakah Yang Berhormat Pontian ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya memikir balik situasi ini dan ini tidak akan memberi tekanan kepada pelajar-pelajar kita khususnya.
Ya, Yang Berhormat Kinabatangan. Saya ingin memuji Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi, sehubungan dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kinabatangan kerana menubuhkan dan memulakan Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL). Ini supaya kita tidak terikat dengan kredit-kredit ini berdasarkan pengalaman, boleh dapat diploma, berdasarkan pengalaman boleh dapat ijazah, berdasarkan pengalaman 25 tahun boleh dapat PhD. Ini dinamakan Yang Berhormat Kinabatangan, Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL) dalam Bahasa Malaysia, Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu. Sebagai contoh Yang Berhormat Kinabatangan sudah 25 tahun dalam politik, boleh mengikuti APEL ini kemudian ada Doktor Bung Mokhtar bin Raden di hadapan, mudah-mudahan. Ini satu kaedah yang saya kira, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, berapa banyak anggaran keluaran APEL daripada semua universiti awam pada tahun ini, pada tahun hadapan dan ia adalah satu langkah yang baik. Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM), kalau kita melihat Kanada, Jepun, Jerman, Switzerland dan Australia, itu adalah lima buah negara keusahawanan yang teratas. Kanada, Jepun, Jerman, Switzerland dan Australia. Malaysia nombor 36. Singapura - 14. Korea Selatan - 15. Thailand - 28. Mereka semua berada di hadapan kita. Jadi saya ingin mencadangkan sebagaimana saya cadangkan kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan tadi, akan tetapi Yang Berhormat Menteri Pendidikan
sepatah pun dia tidak sebut nama Pontian walhal saya telah memberikan cadangan- cadangan. Saya tidak tahulah, mungkin dia ada masalah dengan saya kerana parti yang berlainan. Dia tidak menjawab soalan-soalan saya tadi. Saya menunggu. Selepas 10 minit Tuan Pengerusi beri, saya tanya mana nama Pontian tidak disebut-sebut walhal saya telah memberikan cadangan-cadangan. Tidak apalah, itu kita fikirkan kemudian. Jadi saya ingin mencadangkan Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi supaya dalam komponen E itu untuk menjadikan Malaysia negara keusahawanan macam negara Kanada, Jepun, Jerman, Switzerland dan Australia. E itu entrepreneurship. Mudah- mudahan ia kiranya boleh diterima. Kolej Komuniti. Penting Kolej Komuniti ini. Sekali lagi saya ingin menyebut bahawa ada 250,000 orang lepasan SPM setiap tahun yang tidak masuk ke universiti, tidak ambil STPM. Maka mereka boleh pergi ke kolej-kolej komuniti cuma ada 114 buah kolej. Kita janji 222 buah kolej. Saya harap Kolej Komuniti di Benut, Pontian, Yang Berhormat Menteri dapat diluluskan, walaupun seorang lagi Yang Berhormat Menteri EPU katanya tidak meluluskan. Hanya meluluskan Jeli dan Pagoh. Akan tetapi Pontian tidak diluluskan. Saya harap ada lah kaedahnya supaya diluluskan Kolej Komuniti di Benut dan Pontian ini. Akhir, biasiswa pendidikan tinggi. Maka saya ingin bertanya tentang Biasiswa MyBrainSc. Kita ingin melahirkan graduan PhD 60,000 sehingga tahun 2023 akan tetapi jika kita hentikan Biasiswa MyBrainSc ini, kita tidak akan mencapai apa yang kita ingin capai. Kita hantar semua pelajar kita ke negara-negara maju. Mereka pulang dan membina semula negara ini dengan baik. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.
Bismillahi Rahmanir Rahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 020000 – Pendidikan Tinggi. Kementerian akan membelanjakan RM7.5 bilion yang disediakan untuk memastikan pendidikan tinggi kita sentiasa berdaya saing. Namun kita ketahui bahawa perkara yang penting yang kita hadapi dari tahun 2020 sehingga sekarang ialah pandemik COVID-19. Antara isu yang dibangkitkan oleh mahasiswa adalah tentang yuran yang dikenakan kepada mereka untuk memasuki institusi pengajian tinggi. Jadi saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Menteri dan kementerian, sekarang ini saya ingat sudah hampir dua tahun. Kebanyakan IPT hanyalah belajar itu secara dalam talian. Tiada kemudahan-kemudahan di IPT yang digunakan seperti fasiliti, makmal dan sebagainya. Jadi mereka bertanya apakah terdapat strategi ataupun tindakan segera kementerian untuk mengurangkan yuran ini serendah yang mungkin dan apakah kementerian bersedia untuk memberikan moratorium yuran, terutamanya kepada kumpulan B40 apabila kita berdepan dengan keadaan di mana mereka tidak boleh masuk ke dalam kampus.
Saya juga ingin bertanya kepada kementerian berkaitan dengan Butiran 02800 - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Tuan Pengerusi, saya graduan UIA. Saya ingin tanya kepada kementerian, kalau lihat kepada perbelanjaan pembangunan sebenar bagi tahun 2020 adalah sifar. Apakah perbelanjaan untuk tahun 2020 itu tidak ada langsung perbelanjaan untuk pembangunan? Begitu juga dengan Butiran 05001 - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Juga perbelanjaan sebenar juga adalah sifar. Jadi, apakah langsung dinafikan atau ditiadakan projek-projek pembangunan di IPT,
terutama di universiti yang saya nyatakan seperti mana yang dinyatakan di dalam Buku Belanjawan? Seterusnya, bagi Butiran 010000 – Pengurusan, Kementerian Pengajian Tinggi. Kita lihat kementerian ataupun kerajaan membelanjakan RM371 juta bagi tujuan untuk membangunkan potensi individu, mahasiswa supaya di sana terdapat peluang-peluang pekerjaan yang disediakan buat mereka. Saya setuju dengan Yang Berhormat Pontian tadi yang membangkitkan secara langsung data-data yang diterbitkan terus di dalam Buku Belanjawan ini, terutamanya tentang keberhasilan kementerian daripada segi peratus kadar kebolehpasaran graduan. Kita lihat di dalam buku ini dinyatakan bagi tahun 2020, 84 peratus kebolehpasaran graduan institut pendidikan tinggi. Namun, kalau kita cross- check ataupun rujuk silang dengan ratusan graduan universiti awam yang mendapat pekerjaan pada tahun konvokesyen, jauh lebih rendah Tuan Pengerusi, 59.7 peratus. Jadi, saya ingin tanya kepada kementerian, bagaimanakah kita ingin laksanakan ataupun pastikan perkara ini dapat kita atasi dengan segera? Saya misalnya merujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang menunjukkan satu data yang membimbangkan, di mana Ketua Perangkaan Malaysia – Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin menyatakan bahawa kesan kepada pasaran buruh telah menyebabkan bilangan siswazah menganggur meningkat ketara sebanyak 22.5 peratus. Jadi, sudah pasti di sana kita dapat strategi kementerian untuk memastikan perkara ini dapat kita atasi kerana kita tahu bahawa kementerian daripada segi siri jawapan yang diberikan juga berminat kepada usaha untuk memastikan program-program usahawan itu berjaya. Jadi, bagaimana perkara ini dapat kita laksanakan secara cohesive, dengan izin Tuan Pengerusi, supaya semua kementerian yang ingin melakukan program keusahawanan ini akan dapat memastikan kejayaan untuk melahirkan usahawan-usahawan yang sebenarnya di kalangan anak-anak muda kita. Seterusnya ialah Butiran 05012 – Latihan Penyelidikan Universiti. Saya hendak tarik perhatian Tuan Pengerusi, untuk penyelidikan ini tahun 2020, kita peruntukan hanya RM900,000. Tahun 2021, RM1.1 juta dan tahun depan meningkat sebanyak RM3.2 juta. Relatifnya masih lagi rendah. Ini kerana kalau kita bercakap tentang IPT, kita tidak boleh lari daripada tumpuan kepada penyelidikan. Jadi, kenapa peruntukan yang sedikit ini hanya sedikit diberikan kepada tujuan-tujuan penyelidikan? Apakah di sana terdapat upaya daripada kementerian untuk memastikan agar belanja research, dengan izin, dapat kita perkasakan untuk memastikan negara kita terus berdaya saing dan maju? Terakhir, satu sahaja Tuan Pengerusi iaitu Butiran 050000 - Program Khusus, kementerian. Saya lihat di sini, program khusus untuk Butiran 050200 - Emolumen Kakitangan Kontrak. Untuk tahun 2021, kita belanja RM400 juta. Untuk tahun 2022, kita anggarkan RM407 juta. Ada peningkatan RM7 juta. Namun, kalau kita lihat Butiran 050400 - Biasiswa Pendidikan Tinggi untuk tahun 2021, kita belanja RM161 juta. Namun, untuk tahun 2022 kita jatuhkan kepada RM150 juta. Jadi, saya ingin tanya kepada kementerian, apa rasionalnya? Di sana terdapat peningkatan emolumen kakitangan kontrak sebanyak RM7 juta tetapi untuk biasiswa ini, untuk anak-anak kita kurangkan sebanyak RM10 juta. Apakah ini the right strategy untuk memastikan anak-anak kita dapat dibiayai dengan pembiayaan yang mencukupi bagi memastikan mereka dapat akses kepada pendidikan tinggi? Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih. Seterusnya, Yang Berhormat Tumpat.
Terima kasih Tuan Pengerusi diatas peluang yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pengajian Tinggi. Tadinya, telah dinafikan di Kementerian Pendidikan Malaysia. Pertamanya, saya ingin menyentuh Butiran 010200 - Pendidikan Tinggi. Pada Butiran ini saya ingin bertanya mengenai Jawatankuasa Mesyuarat Saringan Awal bagi meneliti keperluan silibus di institusi pengajian awam. Apakah mengambil kira senarai pekerjaan kritikal?
Saya ingin mengetahui apakah kajian-kajian dibuat terhadap perubahan silibus bagi memenuhi pekerjaan kritikal dan perancangan semasa bagi meneliti penstrukturan silibus selaras dengan pendekatan terhadap Revolusi Industri 4.0? Dalam isu ini Tuan Pengerusi, saya ingin mengetahui perkembangan inisiatif kokurikulum tersedia masa hadapan yang berasaskan kepada kokurikulum lentur dan organik serta pendekatan yang lebih holistik. Saya ingin bertanya, sejauh manakah pengenalan silibus baharu diperkenalkan ketika ini, selain kekerapan semak kokurikulum yang dilaksanakan oleh kementerian? Seterusnya, mengenai isu PTPTN. Saya ingin bertanya, berapakah kutipan yang berjaya dibuat sepanjang tempoh tahun ini serta sasaran yang ditetapkan dengan pemberian diskaun pembayaran PTPTN sehingga April 2022? Saya juga ingin bertanya, berapa peratus daripada golongan pelajar yang mempunyai simpanan pendidikan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)? Apakah langkah bagi menarik lebih ramai yang membuka akaun dalam SSPN ini? Tuan Pengerusi, seterusnya Butiran 010300 – Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Saya ingin mengetahui sejauh mana pelaksanaan kepada program penawaran mejar pengkhususan sama ada berbentuk dwi-mejar atau mejar minor yang hibrid selaras dengan IR4.0 mendapat sambutan pelajar di institusi pengajian awam ketika ini? Sejauh mana program galakan terhadap perkara ini dilaksanakan oleh kementerian sekarang? Seterusnya, saya ingin menyentuh Butiran 050400 - Biasiswa Pendidikan Tinggi. Saya ingin mengetahui berapakah jumlah biasiswa yang ditawarkan kepada masyarakat awam untuk menyambung pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi, khususnya ke peringkat doktor falsafah? Seterusnya, di bawah Butiran yang sama, saya ingin mengetahui apakah kementerian akan melanjutkan biasiswa MyBrain pada pelajar pengajian di bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan dan tidak hanya tertumpu kepada pelajar bidang Sains semata-mata? Seperti mana Yang Berhormat Pontian tadi saya ingin bertanya, apakah kementerian masih berhasrat mengekalkan sasaran 60,000 orang pelajar PhD menjelang tahun 2023 seperti yang disebutkan oleh kementerian sebelum daripada ini? Berapakah jumlah tajaan biasiswa serta hadiah latihan Persekutuan yang disediakan oleh kementerian ke arah mencapai sasaran ini? Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Seterusnya, Yang Berhormat Batu Gajah. Silakan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 010200 - Pendidikan Tinggi. Dikatakan lebih 10 peratus daripada IPTS akan menggulung tikar pada tahun ini dan tahun hadapan akibat kesan daripada pandemik COVID-19. Apakah tindakan-tindakan yang akan diambil oleh kerajaan untuk membantu IPTS yang menghadapi masalah, terutamanya daripada segi kekangan kewangan untuk meneruskan operasinya? Seterusnya, Butiran 010300 - Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Tuan Pengerusi, ijazah palsu masih menjadi isu yang berterusan di negara kita. Ramai di kalangan warga Malaysia tertipu dengan institusi-institusi bogus, di mana di dalam luar dan luar negara kerana keghairahan untuk memperoleh ijazah dengan cara yang mudah. Mereka tidak sedar bahawa ijazah yang mereka miliki itu adalah palsu atau tidak diiktiraf. Ini mengakibatkan kerugian besar kepada mereka yang terpedaya dengan promosi- promosi pihak yang tidak bertanggungjawab. Ada kalanya, wang rakyat yang begitu banyak mengalir keluar dari negara kita secara sia-sia ke negara lain yang menawarkan pelbagai ijazah palsu. Apakah usaha-usaha kementerian untuk membendung kegiatan penjualan dan pembelian ijazah palsu ini?
Tuan Pengerusi, sebagai sebuah negara yang berwawasan menuju ke arah status negara maju, kita harus berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan kadar literasi negara. Pada masa yang sama, segala usaha perlu diambil oleh pihak kementerian untuk menggalakkan rakyat Malaysia supaya menanam semangat lifelong learning. Apakah
usaha-usaha kerajaan untuk mempromosikan polisi lifelong learning kepada seluruh warga Malaysia supaya negara kita dilihat sebagai hab pendidikan yang unggul di perantauan ini?
[Bangun]
Atas inisiatif lifelong learning ini, adakah kementerian bercadang untuk menawarkan peluang pengajian peringkat tinggi seperti ijazah sarjana dan doktor falsafah kepada Ahli-ahli Parlimen yang layak dan berminat? Apakah dorongan yang diberikan oleh kementerian kepada Ahli-ahli Parlimen? Ya.
Minta laluan. Lifelong learning. Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Baru-baru ini isu dan cadangan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) USM telah dibangkitkan bahawa sama ada ia akan dibubarkan. PJJ USM telah pun ditubuhkan pada tahun 1971 dan merupakan program PJJ yang pertama di negara ini. Saya hendak tanya kepada pihak KPT untuk menjawab kenapa pusat PJJ USM perlu ataupun akan dibubarkan? Sama ada Yang Berhormat Batu Gajah bersetuju dengan saya bahawa pihak KPT harus bercampur tangan dalam urusan-urusan ini dan menyelesaikan isu ini dengan penglibatan-penglibatan semua stakeholder yang ada.
Saya amat bersetuju dengan Yang Berhormat Ipoh Timur. Saya mohon Yang Berhormat Menteri menjawab. Tuan Pengerusi, sejak dahulu lagi negara kita menjadi pilihan pelajar-pelajar asing untuk melanjutkan pelajaran mereka di negara kita. Berapakah jumlah pelajar asing yang belajar di institusi-institusi pengajian tinggi di negara kita sejak 10 tahun yang lalu? Bagaimanakah industri ini terkesan akibat daripada pandemik COVID-19? Apakah langkah-langkah yang diambil untuk memulihkan keadaan seperti sebelum ini? Bagaimanakah promosi dilakukan di negara-negara lain untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan bertaraf antarabangsa? Negara-negara manakah yang menjadi sasaran pemasaran kita? Terakhir sekali Tuan Pengerusi. Adakah benar bahawa minat pelajar-pelajar kita semakin berkurangan dalam bidang sains dan teknologi? Sila berikan data mengenai jumlah pengambilan pelajar di universiti awam mengikut kaum mulai tahun 2017 sehingga tahun 2021 mengikut kursus kritikal dan dalam bidang STEM terutamanya dalam bidang perubatan, farmasi, seni bina, kejuruteraan dan sebagainya. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Baling dipersilakan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Keluarga Malaysia. Alhamdulillah, Baling diberikan peluang untuk perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Pengajian Tinggi. Butiran 040000 – Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Belanjawan 202 memperuntukkan kerajaan sebanyak RM6.6 bilion bagi memperkasakan bidang pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) untuk memenuhi permintaan pekerja keperluan industri. Nilai peruntukan tahunan terbesar yang pernah diberikan kepada pembangunan TVET di Malaysia untuk KPT pula diperuntukkan adalah anggaran RM1.4 bilion. Merujuk kepada laporan daripada PricewaterhouseCoopers (PwC), permintaan tenaga kerja TVET dijangka meningkat kepada 7.98 juta pada tahun 2030 manakala penawaran graduan TVET daripada industri institusi TVET awam dan swasta adalah dianggarkan sebanyak 188,000 menjelang tahun 2030. Namun demikian, Malaysia masih tidak dapat menyediakan tenaga kerja TVET tempatan yang mencukupi bagi memenuhi permintaan industri negara.
Ledakan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0) menyelusup ke segenap bentuk industri dan manipulasi pelbagai teknologi yang memerlukan tahap keseimbangan kualiti tenaga kerja mahir adalah cabaran yang perlu dihadapi di negara kita ini. Dalam hal ini, penting untuk pekerja dilengkapi dengan pengetahuan dan kepakaran melalui peningkatan kemahiran latihan semula dan pembelajaran sepanjang hayat bagi memastikan kebolehpasaran. Persoalan saya, bagaimanakah rancangan kementerian dalam memastikan program yang berorientasikan kepada reskilling, upskilling dan cross-skilling akan memberi nilai tambah kepada graduan TVET? Apakah pula rancangan dan sasaran yang ditetapkan menerusi Majlis TVET Negara berupaya menghasilkan tenaga pekerja yang berkemahiran tinggi? Apakah wujud pengenalan kepada bidang-bidang baharu TVET? Berapa jumlah untuk urusan pembangunan kokurikulum promosi dan pelaksanaan kepada bidang-bidang baharu TVET ini? Saya yakin dan percaya bahawa perbelanjaan ini bakal mendatangkan hasil jangka masa panjang kepada negara. Sejauh manakah sistem TVET negara mencapai pengiktirafan di peringkat antarabangsa dan bagaimanakah peruntukan yang diberikan membantu program pengukuhan TVET? Akhir sekali, saya ingin sentuh berkaitan dengan kolej komuniti. Butiran 04800 – Kolej Komuniti. Saya difahamkan sebanyak 86 buah Kolej Komuniti di seluruh negara beroperasi di bawah seliaan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK). KPT menerusi kolej komuniti diberikan peruntukan sebanyak RM80.6 juta. Saya ingin menyatakan permohonan yang pihak Kolej Komuniti Baling yang memerlukan ialah bangunan baharu. Ketika ini, Kolej Komuniti Baling masih menggunakan premis kedai sebagai pusat pengajian dan bilik kuliah. Keadaan premis yang kecil tidak lagi sesuai kerana jumlah pelajar semakin bertambah. Jumlah semasa pelajar adalah seramai 185 orang. Saya juga difahamkan bahawa dua kursus pengajian berstatus sijil yang ada di KKB iaitu Sijil Fesyen Pakaian serta Sijil Pastri. Pihak KKB mahukan kursus tambahan. Kalau kita tengok pada hari ini Tuan Pengerusi, Keluarga Malaysia, selepas itu, Kestabilan Demi Kemakmuran negara. Kita hendak libatkan anak-anak muda yang berumur 18 tahun. Apatah lagi, mereka yang school dropout, dengan izin yang tidak dapat sambung persekolahan. Di sana, kami di Baling, kami ingin mencadangkan beberapa kursus tambahan. Kita minta mengikut Baling, kita perlukan bidang teknologi bagi produk peralihan dan kuasa juga perlu diberikan perhatian. Justeru, kita minta tambahan baharu bidang-bidang kursus media dan teknologi maklumat untuk pelajar-pelajar yang meminati graphic design dan sebagainya. Mereka boleh berniaga online. Kami di sana kebanyakannya adalah pelajar-pelajar perempuan. Kita hendak encourage the boys untuk datang ke kolej komuniti ini dengan adanya peruntukan yang telah disediakan oleh kerajaan selain daripada pastri buat kek dan juga fesyen pakaian yang ramainya anak-anak muda. Di Baling, kita minta tiga kursus tambahan. yang saya sebutkan satu tadi. Keduanya, adalah Kursus Teknologi Elektrik Solar dan Kursus Logistik iaitu kepada bidang teknologi makanan dan produk hiliran dan kampung juga perlu diberikan perhatian. Pihak KKB juga— Kolej Komuniti Baling, KKB itu adalah Kolej Komuniti Baling juga memerlukan sebuah bas untuk memudahkan pengangkutan anak-anak pelajar bagi menghadiri kursus program seminar dan aktiviti di luar kampung. Kami di Baling luar bandar, Yang Berhormat Menteri. Harap-harap Yang Berhormat Menteri bolehlah datang ke Baling dan tengok akan kolej komuniti kami yang a bit daif dan memerlukan. Kita hendak memperluaskan kolej komuniti. Kita hendak muliakan pelajar-pelajar yang berada di kolej komuniti ini khususnya saya selaku Ahli Parlimen Baling, saya hendak melihat anak-anak muda. Apatah lagi mereka akan menjadi pengundi dalam pilihan raya yang akan datang. Kita wajib dan harus muliakan mereka dengan memberikan peluang kedua dalam kolej komuniti ini. Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya harap dapat berikan jawapan dan kelulusan.
Paling tidak, berilah bas itu dulu. Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi minta Yang Berhormat Menteri beri bas dan datang lihat sendiri dengan mata dan kepala di Baling dan buatlah keputusan yang baik untuk kita buat satu buah bangunan untuk Kolej Komuniti Baling. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Keluarga Malaysia yang kita semua sayangi.
Terima kasih Yang Berhormat Baling. Sekarang Yang Berhormat Tampin. Silakan.
Bismillahi Rahmani Rahim, terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada Tampin terlibat dalam perbahasan KPT ini. Tampin merujuk kepada Butiran 020100 – Universiti Malaya (UM). Peruntukan yang diberikan sama seperti tahun 2021 berjumlah RM506.1 juta. Apakah peruntukan yang diberikan itu termasuk Universiti Malaya sebagai sebuah Universiti Penyelidikan? Apakah pengkategorian sebagai Universiti Penyelidikan masih lagi diiktiraf oleh kementerian? Kalau masih berlaku apakah kementerian akan menambah jumlah universiti yang dikategorikan sebagai Universiti Penyelidikan dan kalau tidak mengapa ia tidak lagi dilakukan? Saya juga ingin bertanya status pembangunan Pusat Agrosains Pintar Universiti Malaya di Gemas. Apakah masalah yang mereka hadapi? Berapa jumlah peruntukan yang kerajaan telah berikan? Bilakah ia akan disiapkan sepenuhnya dan berfungsi mengikut objektif penubuhannya? Saya dimaklumkan Pusat Agrosains Pintar Universiti Malaya di Gemas ini menghadapi kekurangan peruntukan membina jalan masuk ke pusat tersebut iaitu berjumlah RM470 ribu. Saya berharap kerajaan dapat memberi peruntukan bagi menyelesaikan masalah ini dengan segera khususnya dalam Belanjawan 2022 supaya pusat tersebut dapat melaksanakan fungsinya dengan baik. Saya telah membuat lawatan ke pusat tersebut dan terpaksa melalui jalan yang tidak sesuai untuk ke Pusat Agrosains Pintar Universiti Malaya. Saya harap Menteri juga dapat membuat lawatan ke sana. Butiran 050400 – Biasiswa Pengajian Tinggi, yang telah dikurangkan daripada RM161.5 juta kepada RM150 juta. Berapa jumlah biasiswa yang diperuntukkan dalam peringkat sarjana dan juga doktor falsafah? Saya ingin tahu secara terperinci berapa ramai pelajar yang telah diberikan biasiswa tetapi tidak menghabiskan pengajiannya? Apakah tindakan kerajaan dan berapa ramainya yang telah dikenakan tindakan terhadap pelajar yang tidak menghabiskan pengajiannya? Bidang apakah yang menjadi fokus atau keutamaan kerajaan untuk diberikan biasiswa dan negara menjadi yang menjadi pilihan pelajar? Apakah insentif kerajaan apabila pelajar dapa menghabiskan pelajaran mereka mengikut jadual yang ditetapkan dan mendapat pencapaian yang cemerlang? Butiran 04800 – Kolej Komuniti, yang telah banyak dibincangkan oleh Ahli Dewan sebelumnya iaitu ditambah peruntukan RM48 juta kepada RM80.5 juta. Apakah bidang yang menjadi pilihan pelajar ketika mengikut pengajian kolej komuniti? Sejauh manakah pencapaian kebolehpasaran pelajar keluaran kolej komuniti? Apakah kerajaan mempunyai bank data pelajar yang berjaya dalam kerjaya mereka? Apakah ada bidang pengajian ataupun kursus yang tidak mendapat sambutan? Apakah tindakan kerajaan yang telah kementerian lakukan terhadap kursus yang tidak mendapat sambutan? Sejauh mana kementerian mempunyai maklumat terperinci penglibatan graduan kolej komuniti ini dengan keusahawanan? Seterusnya, Butiran 05011 – Penyelidikan Fundamental. Ditambah peruntukan daripada RM221 juta kepada RM294 juta. Apakah yang menjadi fokus kementerian berkaitan dengan penyelidikan ini? Apakah kerajaan telah memperuntukkan jumlah peruntukan setiap universiti? Berapa jumlah penyelidikan FRGS yang telah dihasilkan pada tahun 2020 dan 2021? Berapa banyak yang telah dipatenkan? Apakah contoh
secara terperinci seperti dasar ataupun pembangunan yang kerajaan telah guna pakai hasil daripada cadangan penyelidikan yang dilakukan oleh universiti-universiti awam ataupun universiti swasta ataupun penyelidikan yang dilakukan itu hanya sekadar exercise academic untuk memenuhi syarat kenaikan pangkat kakitangan akademik di universiti-universiti yang ada di negara kita ini? Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Terima kasih, Yang Berhormat Tampin. Sekarang giliran Yang Berhormat Tebrau, silakan.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Butiran yang saya ingin sentuhkan adalah Butiran 020000 – Pendidikan Tinggi. Menurut laporan Asia Sentinel pada 9 September 2019 bertajuk ‘Malaysia’s Public Universities Falling Behind’ dengan izin . Saya mendapati universiti swasta tempatan meningkat dengan pesat. World University Ranking dengan izin kini meletakkan Universiti Tuanku Abdul Rahman (UTAR) sebagai universiti kedua terbaik negara hanya di belakang universiti awam tertua iaitu Universiti Malaya. Manakala QS International University Rankings pada tahun yang sama meletakkan Universiti UCSI sebagai swasta keenam dan Universiti Taylor’s kelapan. Kedudukan bagi Swinburne University of Technology, International Medical University, HELP University dan Sunway University antara lain berada dalam 10 teratas di Malaysia. Tuan Pengerusi, organisasi universiti awam di Malaysia adalah sangat hierarki dan authoritarian. Kepakaran hanya diiktiraf melalui jawatan dan bukan ilmu. Ini mewujudkan budaya ‘tuan-pelayan’ dan meritokrasi. Dalam persekitaran sedemikian, nepotisme mengatasi amalan meritokrasi. Oleh itu, suasana sedemikian tidak akan menarik perhatian orang yang mempunyai idea baharu dan kreativiti. Ini adalah salah satu sebab bagi saya adalah prestasi universiti kita tidak sebaik berbanding dengan universiti swasta. Jadi, Malaysia kini menyaksikan pembukaan retakan kepada dua falsafah pengajian tinggi yang berbeza sama sekali. Di satu pihak adalah universiti awam dengan struktur dan budaya yang dikatakan hanya menghasilkan agenda yang ditetapkan oleh kerajaan. Di satu pihak lagi sektor pendidikan tinggi swasta yang terdiri daripada universiti swasta tempatan dan kampus universiti asing Malaysia yang mengejar meritokrasi. Ini membuat graduan-graduan daripada universiti swasta lebih mudah mendapat pekerjaan selepas mereka habis pelajaran mereka. Oleh sebab itu, saya ingin bertanya Menteri adakah kerajaan berhasrat untuk mereformasikan struktur universiti awam dan membebaskan pengurusan dan pentadbiran supaya pelantikan jawatan dan hala tuju berdasarkan keperluan dan merit? Tuan Pengerusi, lagi satu perkara adalah tunggakan graduan perubatan yang menunggu jawatan housemanship dengan izin semakin serius. Mereka yang tamat pengajian tahun lepas terpaksa menunggu sekurang-kurangnya lapan bulan sebelum diberi jawatan. Ia adalah cabaran bagi graduan kerana ramai daripada mereka mempunyai pinjaman pelajaran seperti PTPTN yang dijangka akan mula dibayar selepas tamat pengajian. Dengan Ijazah Perubatan mereka tidak benar-benar bersedia mengambil pekerjaan lain dan tidak mahu. Akan tetapi, malangnya ramai daripada mereka terpaksa memasuki bidang kerja lain buat sementara waktu untuk menyara diri mereka dalam tempoh menunggu yang panjang ini. Ramai graduan perubatan telah mengalami tekanan dalam pelbagai peringkat dan harus diberi perhatian serta-merta. Apakah tindakan atau langkah-langkah kerajaan yang diambil dalam tempoh jangka masa pendek dan jangka masa panjang dalam mengatasi keadaan ini? Tuan Pengerusi, yang berikut adalah Butiran 030000 – Hospital Pengajar. Saya mendapat hospital pengajar menghadap cabaran besar seperti peruntukan bajet yang tidak seimbang dalam pendidikan, rawatan dan penyelidikan. Gabungan tidak seimbang ini mungkin halangan hospital pengajar ini mencapai matlamat mereka seperti pendidikan
dan latihan perubatan, inovasi dalam penjagaan klinikal dan rawatan pesakit yang tidak berkemampuan. Tuan Pengerusi, peruntukan bajet tidak mencukupi menghalang inisiatif penyelidikan oleh pelajar perubatan pada dasarnya adalah untuk memberi manfaat dalam bidang perubatan dan manusia secara keseluruhan. Jadi – bagi saya 30 saat lagi Tuan Pengerusi. Saya ingin Yang Berhormat Menteri menjawab adakah peruntukan Bajet 2022 untuk setiap hospital pengajar itu berdasarkan misi dan matlamat mereka masing-masing supaya pelajar perubatan tidak dihalang untuk maju dalam kerja penyelidikan perubatan oleh sebab kita bukan kekurangan bakat tetapi kekurangan bajet atau kemudahan penyelidikan. Itu sahaja kerana kita tak cukup masa. Saya ucapkan terima kasih dan saya ingin menyokong bajet pendidikan ini.
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Yang Berhormat Kalabakan, silakan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Pengajian Tinggi. Saya terus kepada Butiran 020000 – Pendidikan Tinggi dan Butiran 021100 – Universiti Teknologi Mara. Butiran ini diperuntukkan RM7.5 bilion bagi kesemua 20 universiti awam. Daripada lima universiti awam berstatus penyelidikan, berapa buah universiti sedang membangunkan vaksin COVID-19? Selain itu, apakah jenis vaksin lain yang sedang dibangunkan? Berapakah peruntukan yang disediakan bagi tujuan tersebut? Saya juga ingin menyentuh mengenai UITM Kampus Tawau. Kampus ini telah beroperasi pada tahun 1996 dan pada ketika itu kampus sementara terletak di Bangunan MAA Tawau. Seiring dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan akses pendidikan tinggi yang lebih luas, tahun 2011 menyaksikan kampus tetap UITM Tawau telah siap dibina. Memang benar tidak dapat dinafikan bahawa Kampus Tawau...
Papar ingin mencelah, Yang Berhormat Kalabakan.
... Telah berjaya menghasilkan alumni-alumni Bumiputera yang lahir daripada program-program pra pendidikan tinggi ataupun lebih dikenali sebagai program pra diploma UITM. Namun begitu Tuan Pengerusi...
Papar, papar. Papar jangan lupa.
Sekejap, sekejap Yang Berhormat Papar. Tuan Pengerusi, sudah lebih 20 tahun Kampus Tawau ini beroperasi. Mengapakah program-program yang ditawarkan hanya di peringkat pra diploma sahaja? Apakah sebenarnya yang menjadi halangan? Adakah tiada kapasiti daripada segi sumber manusia atau bangunan? Dalam suasana ekonomi yang kurang baik sekarang akibat pandemik COVID-19, jika program diploma dapat disediakan di Kampus Tawau, sudah tentu kos perjalanan untuk anak-anak dari pantai timur seperti Kalabakan, Tawau, Semporna, Lahad Datu dan Kunak dapat dijimatkan dengan signifikan. Okey Yang Berhormat Papar, silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Butiran 020000 – Pendidikan Tinggi. Di dalam ucapan Belanjawan 2022 telah dinyatakan berkenaan inisiatif peranti siswa Keluarga Malaysia yang memberi manfaat kepada seramai 600,000 mahasiswa dalam golongan B40. Seperti mana yang kita maklum, Sabah merupakan negeri yang begitu daif di mana ramai golongan pelajar B40.
Dalam hal ini, saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah status terkini inisiatif tersebut. Sebanyak manakah yang akan diagihkan kepada negeri Sabah dan juga pelajar-pelajar di daerah Papar. Kedua ialah saya ingin bertanyakan berkenaan dengan kolej komuniti yang mana saban tahun kita membahaskan di Parlimen ini. Jadi, saya ingin bertanyakan kepada kementerian, bagaimanakah status kolej komuniti? Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan.
Terima kasih Yang Berhormat Papar. Masukkan ucapan Yang Berhormat Papar dalam perbahasan saya. Seterusnya, Butiran 020000 – Pendidikan Tinggi. Tiada perubahan bagi kesemua 20 universiti di seluruh negara. Ketika ini, terdapat lima universiti penyelidikan. Empat universiti komprehensif dan 11 universiti berfokus. Universiti Malaysia Sabah dikategorikan sebagai universiti komprehensif dan saya ingin tahu, apakah kriteria untuk dinaikkan sebagai universiti penyelidikan. Berkenaan universiti penyelidikan ini, sejauh mana universiti awam ini terkesan ketika tempoh pandemik oleh kerana tidak dapat menjalankan penyelidikan yang sepatutnya. Tuan Pengerusi, mengikut laporan terkini daripada Jabatan Statistik Malaysia, bilangan siswazah menganggur meningkat ketara sebanyak 22.5 peratus atau 37,200 orang kepada 202,400 orang yang mana lebih 75 peratus daripada siswazah menganggur adalah mereka yang aktif mencari kerja. Tambahan daripada itu, hanya kira-kira 73,400 orang atau 27 peratus graduan Bumiputera dapat memenuhi peluang pekerjaan sektor swasta yang ditawarkan pada tahun 2020 berbanding dengan 103,900 atau 40 peratus pada tahun 2019. Kajian TERAJU mendapati penurunan peluang pekerjaan kepada graduan Bumiputera berkenaan antaranya berpunca daripada pengurangan peluang pekerjaan di pasaran sebanyak 29.3 peratus bagi kedua-dua tahun berkenaan. Sehubungan dengan itu, apakah respons KPT? Apakah program-program yang ditawarkan di universiti awam mahupun swasta telah dikaji semula? Adakah pihak KPT merancang dan membuat kajian mendalam bagi para graduan dapat mencari pekerjaan sesuai dengan kelulusan? Apakah masih terdapat kursus-kursus yang ditawarkan oleh universiti tempatan yang kurang berpadanan dengan permintaan industri? Apakah usaha- usaha KPT bersama-sama dengan pihak swasta dan agensi berkenaan dalam mewujudkan pelan strategik kebolehpasaran graduan sebagai proses persediaan untuk mendapatkan tawaran pekerjaan? Selain daripada peluang pekerjaan, apakah galakan dan bantuan berterusan yang diberikan kepada pelajar yang berasal dari luar bandar untuk berkhidmat di tempat asal melalui bidang perniagaan dan usahawan? Butiran terakhir saya ingin sentuh ialah Butiran 030000 – Hospital Pengajar, Butiran 04200 – Universiti Malaysia Sabah. Berpuluh tahun hospital pengajar diwujudkan di negara namun hospital-hospital ini hanya tertumpu di Semenanjung Malaysia. Walaupun belum siap tetapi akhirnya Sabah dan Sarawak diberikan hospital pengajar yang masih di dalam pembinaan. RM34.9 juta diperuntukkan dalam perbelanjaan ini untuk tahun hadapan dan saya ingin tahu apakah status projek Hospital Pengajar Universiti Malaysia Sabah dan adakah ianya mengikut jadual iaitu pada tahun 2023? Terima kasih Tuan Pengerusi, itu sahaja.
Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Yang Berhormat Jerantut, silakan.
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi untuk memberi saya peluang mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Pengajian Tinggi. Tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana sudi mendengar perbahasan Ahli Parlimen. Tuan Pengerusi, saya menyentuh kepada Butiran 20000 – Perkhidmatan dan Bekalan. Akhir-akhir ini kita merasa agak bimbang kerana bilangan peratusan graduan
yang menganggur begitu tinggi. Kalau mengikut dapatan daripada Jabatan Perangkaan, ia telah meningkat kepada 202,400 orang graduan yang tidak bekerja ataupun mempunyai pekerjaan sendiri. Jadi mungkin kita boleh bertanya pihak kementerian, apakah agaknya yang menyebabkan punca graduan ini tidak mendapat pekerjaan ataupun tak boleh nak bekerja sendiri. Sama ada kesilapan universiti kita dalam menyediakan bidang-bidang pengajian yang bersesuaian dengan keperluan guna tenaga negara kita. Kalau ada, apakah langkah yang diambil oleh pihak universiti untuk memastikan graduan yang dikeluarkan oleh pihak universiti mampu diserap kepada sektor pekerjaan. Kita juga merasa risau kerana graduan dalam bidang perubatan meningkat, dikatakan hampir 18,000 orang setakat ini masih belum ditempatkan di mana-mana peluang pekerjaan. Mengapa ini juga berlaku? Sepatutnya kita ada dasar ataupun kerangka besar berapakah keperluan-keperluan bidang perubatan yang diperlukan oleh negara untuk disediakan oleh pihak universiti dan apakah ada tanggungjawab kementerian untuk mengawal kemasukan bidang-bidang tertentu ini kepada universiti- universiti tadi. Kedua, apakah usaha-usaha yang diusahakan oleh kementerian untuk mengekalkan keunggulan universiti-universiti awam dan swasta dalam negara kita sekali gus menjadikan negara kita ini hab pendidikan terkemuka di dunia ataupun sekurang- kurangnya peringkat Asia. Jadi, bagi membolehkan bilangan pelajar-pelajar luar itu sanggup datang ke Malaysia apabila dia yakin dengan sistem pengajian tinggi di negara kita ini.
Yang Berhormat Jerantut.
Macam saya katakan tadi ....
Lembah Pantai, boleh?
Ya, sikit sahaja ya.
Sikit sahaja. Berkenaan dengan universiti awam, apa pandangan Yang Berhormat Jerantut contohnya bagi Universiti Malaya yang mana ramai di sini termasuklah Tuan Pengerusi yang merupakan alumni. Mereka ada kekurangan dana setiap tahun, RM200 juta. Walaupun diberikan dana yang sama tetapi kurang. Apa pandangan Yang Berhormat? Adakah kita patut tingkatkan ataupun adakah kita patut jual tanah Universiti Malaya ataupun bagaimana untuk pastikan kualiti pendidikan yang ditawarkan sama ataupun lebih tinggi daripada apa yang ada. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Lembah Pantai. Saya bersetuju tetapi mungkin kementerian ada cadangan-cadangan mereka, kalau boleh ditambahlah. Kalau tidak boleh tambah pun, saya difahamkan ada universiti ini ada mempunyai rangkaian swasta dalam universiti ini. Maksudnya dalam universiti ini ada wing, ada jabatan, ada bahagian yang menjana pendapatan mereka melalui pendapatan luar tidak mengharapkan bantuan daripada kerajaan dan ini kita harapkan pihak universiti serta kementerian mengawasi betul-betul perjalanan bahagian swasta di universiti mereka agar kewujudannya benar-benar memberi manfaat kepada pihak universiti. Bukan hanya menguntungkan kepada pihak yang mengurus bahagian ini. Seperkara lagi Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, berapakah bilangan produk hasil daripada penyelidikan universiti yang telah dipatenkan. Mungkin banyak pihak universiti telah membuat penyelidikan dan hasil penyelidikan itu boleh digunakan untuk kebaikan negara kita, malah pada dunia dalam pelbagai bidang. Jadi apakah ianya sudah di paten dan dikomersialkan oleh pihak universiti. Kalau ada, kalau sempat statistiknya boleh maklumkan, kalau tidak ada tidak apa bagi secara bertulis pun tidak ada masalah.
Seperkara lagi saya ingin bertanya sejauh manakah layan pihak universiti dalam menentukan bidang yang bersesuaian dengan kehendak para pelajar kita apabila mereka memohon. Jadi mungkin tadi berlakunya lambakan kerana ketidakpadanan antara keperluan universiti, keperluan negara dan kehendak pelajar yang memohon masuk ke universiti. Terakhir, Butiran 030000 – Hospital Pengajar. Walaupun sudah ada disentuh oleh pihak lain tadi apakah status terkini MyBrain? Adakah ia telah diberhentikan atau adakah peruntukannya akan ditambah bagi meringankan beban yuran pengajian pelajar yang terlibat? Sekian terima kasih, Tuan Pengerusi.
Terima kasih, Yang Berhormat Jerantut. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Setiawangsa.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Setiawangsa ingin turut serta dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Pengajian Tinggi. Pertama sekali Setiawangsa ingin memuji pihak KPT kerana turut serta terlibat dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Pendidikan kerana kalau dibandingkan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia mereka sampai hari ini masih lagi tidak mahu menghantar pegawai mereka ke Jawatankuasa kami. Bagi bekalan Butiran 010100 – Pengurusan Am dan Butiran 010200 – Pendidikan Tinggi, Setiawangsa sekali lagi ingin mengulangi tentang isu PTPTN. Ini satu bom jangka yang akan memberi kesan bukan sahaja kepada kebajikan graduan. Sudah tentu itu priority kita tetapi ia juga akan mengheret sistem kewangan negara kerana bila sudah puluhan bilion ringgit ada di dalam sistem PTPTN, apa-apa masalah yang berlaku sudah tentu akan memberi kesan yang besar. PTPTN untuk diteruskan mereka berharapkan hari ini pinjaman komersial daripada bank, mereka juga mendapat pinjaman daripada badan-badan kewangan yang lain. Jika kita ikuti, PTPTN ini dicetus oleh Menteri Pendidikan ketika itu Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak pada Perhimpunan Agung 1995. Ramai yang mengulas tentang isu graduan menganggur dan ini tentu juga satu isu yang serius. Namun, sebaik sahaja mereka dapat kerja mereka akan berdepan dengan soal macam mana hendak membayar semula PTPTN. Oleh sebab itu sebelum ini kerajaan ada memperkenalkan Dasar Menggalakkan Pembayaran Hutang PTPTN dengan sokongan dan bantuan majikan dengan memberikan insentif pengecualian cukai kepada majikan yang sama-sama membayar hutang PTPTN kakitangan mereka. Namun, sehingga November 2021 hanya sebanyak RM779,681 yang dibayar sedangkan macam saya sebut tadi jumlah hutang PTPTN telah mencapai kadar puluhan bilion ringgit. Jadi dasar ini tentu kita perlu lihat semula bagaimana kita hendak menjayakannya. Seterusnya mahu tidak mahu kita perlu satu dasar yang lebih radikal termasuk mempertimbangkan penghapusan hutang PTPTN secara bersasar untuk golongan B40 yang menepati syarat tertentu. Maka ini akan membebaskan graduan-graduan yang dalam keadaan B40 untuk meneruskan kehidupan mereka. Begitu juga kita perlu melaksanakan sebaik-baiknya dasar pembayaran PTPTN berdasarkan pendapatan graduan. Ini telah dimulakan di Australia dan dibuat di United Kingdom dan banyak negara dan telah diusulkan ketika era Pakatan Harapan dahulu. Cuma sepatutnya bagi saya, kita kena ada pendapatan minimum yang lebih tinggi yang pernah dicadangkan oleh Pakatan Harapan pendapatan minimum, RM4,000, selepas RM4,000 baru pembayaran semula PTPTN dimulakan. Apabila pendapatan meningkat RM6,000, RM8,000, RM10,000 dan seterusnya sebulan kadar peratusan pembayaran untuk PTPTN perlu dipertingkatkan. Perlu ada tempoh pembayaran semula maksimum contohnya 15 tahun supaya selepas itu graduan akan bebas hutang selepas masa tertentu. Ini bukan cadangan- cadangan baru, ia juga pernah diutarakan oleh pengkaji Ooi Kok Hin di dalam tulisannya
di The Center. Sebaliknya amalan biasa di Malaysia yang kita teruskan dalam Belanjawan 2022 ialah memberikan diskaun untuk pembayaran penuh atau sebahagian besar pembayaran. Ini bukan macam saman trafik yang kita selalu kecoh hujung tahun dapat diskaun dan sebagainya tetapi ini jumlah hutang yang besar dan mereka yang mampu membuat pembayaran penuh biasanya ialah mereka daripada keluarga menengah ataupun keluarga atasan. Tidak adil bagi mereka yang B40 yang tidak mampu hendak membuat bayaran selonggok untuk perlu membayar pada kadar yang lebih mahal. Menurut survey yang dibuat di The Center, 57 peratus graduan mengatakan kerana hutang PTPTN, mereka melambatkan pembelian rumah, 82 peratus mengatakan golongan miskin tidak patut berhutang untuk mendapat pendidikan tinggi. Akhir sekali, Setiawangsa ingin menyentuh Butiran 050000 – Program Khusus. Kita lihat ada kenaikan untuk bertugas ke luar negara Butiran 050100 dari RM1.2 juta tahun 2021 kepada RM2 juta tahun 2022. Setiawangsa tidak ada masalah dengan perkara tersebut cuma kita lihat ada penurunan pula pada Butiran 050400 – Biasiswa Pendidikan Tinggi daripada RM161 juta pada tahun 2021 kepada RM150 juta. Jadi bagi saya tentulah fokus sepatutnya kepada biasiswa dan ia harus kalau tidak boleh dinaikkan, dikekalkan dan bila kita memberi penekanan kepada biasiswa yang lebih banyak, itulah antara cara mengurangkan tekanan terhadap PTPTN yang macam saya kata merupakan satu bom jangka masa yang akan menimbulkan masalah yang besar. Sekian dari Setiawangsa.
Terima kasih, Yang Berhormat Setiawangsa. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Kuala Krai.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya juga, Kuala Krai juga ingin mengambil bahagian dalam ucapan berkaitan dengan Belanjawan 2022 peringkat Jawatankuasa Kementerian Pengajian Tinggi. Saya ingin merujuk kepada B dan P.64. Butiran 40000 – Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap. Peruntukannya hampir sama untuk tahun 2021 dan tahun 2022. Tuan Pengerusi, susulan tiada peningkatan yang besar bagi peruntukan mengurus universiti awam bagi tahun 2022 adakah ia akan memberi implikasi kepada pengoperasian universiti awam. Adakah ini memberi petunjuk bahawa universiti awam terpaksa mencari dana sendiri untuk pengoperasiannnya pada tahun hadapan? Kepala B.64 Butiran 030000 – Hospital Pengajar. Tuan Pengerusi, adakah peruntukan Belanjawan 2022 yang diperuntukkan kepada hospital pengajar mencukupi bagi menampung kos pengendalian kes COVID-19 dan juga kes bukan COVID-19. Tentunya peningkatan peruntukan diperlukan memandangkan pandemik COVID-19 masih belum pulih sepenuhnya. Dalam isu yang sama, adakah terdapat cadangan untuk mewujudkan hospital pengajar kedua di Kelantan pada masa hadapan terutama untuk penduduk di kawasan Kelantan Selatan yang jaraknya begitu jauh dengan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). Saya cadangkan agar Kuala Krai menjadi pilihan Yang Berhormat Menteri nanti, insya-Allah. Tuan Pengerusi, Kepala B.64 Butiran 990100 – Ubat-ubatan Hospital Pengajar. Juga peruntukan yang sama tidak ada perubahan.
Mohon nyatakan sama ada keperluan perubatan– keperluan peruntukan ubat- ubatan hospital pengajar mencukupi bagi menampung kos ubat-ubatan yang semakin meningkat. Adakah dengan kenaikan harga ubat-ubatan yang semakin tinggi pada hari ini serta keperluan hospital mencukupi untuk tahun hadapan.
Pada Belanjawan 2021, adakah perbelanjaan ubat-ubatan ini mencukupi, memandangkan negara kita memerlukan peralatan dan ubatan tambahan bagi menangani pandemik COVID-19 yang melanda. Tuan Pengerusi, Kepala B.64 Butiran 020000 – Pendidikan Tinggi. Soalan saya ialah adakah pihak kementerian bercadang mewujudkan sebuah universiti ataupun IPT ataupun kolej universiti, politeknik ataupun sekurang-kurangnya mewujudkan cawangan Universiti Malaysia Kelantan di Kuala Krai pada masa hadapan, memandangkan Kuala Krai masih belum mempunyai pusat pengajian tinggi, mungkin antara kawasan di Kelantan yang belum mempunyai. Besar harapan agar sebuah IPT diwujudkan di Kuala Krai untuk memenuhi keperluan dan permintaan pelajar selain daripada mengimbangi dan meningkatkan sektor ekonomi kepada penduduk setempat. Tuan Pengerusi, Butiran 040000 – Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Isu pengangguran dalam kalangan mahasiswa yang masih menjadi polemik dan tidak berkesudahan belum menemui jalan penyelesaiannya. Masalah ini tentunya berpunca daripada kegagalan mengenal pasti keperluan pasaran pekerjaan untuk masa depan. Persoalan saya ialah bagaimanakah kebolehpasaran graduan ini diambil kira berdasarkan keperluan semasa dan akan datang? Bagaimanakah penyelesaian yang terbaik diambil bagi memastikan pelajar memasuki kursus yang diperlukan, khususnya melalui TVET? Saya mencadangkan pandangan daripada pemain-pemain industri khususnya, turut diambil kira bagi memastikan keperluan graduan yang menepati dengan kehendak pasaran. Dalam waktu yang sama, terdapat keciciran pelajar-pelajar lepasan SPM ataupun SPMV yang tidak lagi menyambung pengajian akibat tidak lagi berminat dengan jurusan yang ditawarkan. Mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri. Berapakah jumlah pelajar lepasan SPM dan SPMV yang tidak menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi sebaik sahaja mereka menghabiskan pelajaran di peringkat sekolah menengah? Apakah terdapat insentif dan galakan yang ditawarkan kepada mereka untuk menarik minat mereka menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Saya mencadangkan agar dapat ditubuhkan Jawatankuasa Bersama dengan pihak KPM dalam menangani isu ini. Terakhir Tuan Pengerusi ialah Butiran 010300 – Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Saya tertarik dengan program Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Terdahulu (APEL) yang diperkenalkan oleh pihak kementerian. Semenjak diperkenalkan, berapakah jumlah mereka yang memohon dan berapakah jumlah mereka yang telah berjaya menamatkan pengajiannya mengikut kategori sama ada APEL (A), (C) ataupun (Q)? Berapakah universiti yang telah menyertai program APEL sama ada universiti awam ataupun universiti swasta? Mohon Yang Berhormat Menteri dapat senaraikan. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Seterusnya, Yang Berhormat Bukit Bendera.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Peruntukan untuk Kementerian Pengajian Tinggi telah meningkat dari RM6.85 bilion dari tahun 2020 sebelum pandemik ke RM14.47 bilion tahun 2022, melebihi dua kali ganda. Akan tetapi saya ingin memberikan peringatan, saiz peruntukan yang tinggi sahaja tiada semestinya menjamin kita boleh mencapai sasaran pembelajaran yang kita tetapkan. Kebanyakan bajet untuk Kementerian Pengajian Tinggi ialah ke atas 20 universiti awam, di mana RM7.5 bilion dan tujuh hospital pengajar, RM1.48 bilion iaitu 78 peratus daripada perbelanjaan pengurusan. Butiran 020000 – Pendidikan Tinggi. Tuan Pengerusi, terdapat kekurangan jurutera khasnya dari segi bidang manufacturing dan software development. Walaupun kita mempunyai foreign direct investment, penubuhan kilang-kilang baharu, keperluan jurutera di seluruh negara sudah tidak mencukupi. Tidak mencukupi graduates ataupun lulusan graduan dari segi Science, Technology Engineering and Mathematics (STEM).
Mengikut anggaran industri, kekurangan 14,000 orang jurutera, engineers di seluruh negara. Daripada angka tersebut, 6,000 orang di negeri Pulau Pinang. Kilang-kilang terpaksa membuat recruitment drive ke kampus-kampus di seluruh Malaysia untuk mendapatkan pekerja-pekerja yang berkualiti yang boleh memenuhi keperluan industri. Industri-industri semi konduktor di Singapura, negara China dan Taiwan ada menawarkan job vacancies untuk tarik jurutera-jurutera di Malaysia untuk bekerja di negara-negara tersebut. Oleh itu, pada satu pihak kita mendengar Kementerian Pengajian Tinggi dan juga Kementerian Sumber Manusia memberitahu kita, terdapat isu pengangguran, unemployment isu underemployment dari segi graduan tetapi tidaklah – ada satu pihak lagi kita juga mendapati bahawa terdapat supply and demand mismatch dari beberapa industri. Kita tidak ada satu master plan untuk memenuhi keperluan industri, sama ada dari segi kejuruteraan. Kita juga mendengar bahawa kita menghadapi masalah dari segi graduan perubatan. Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi memberitahu kita – kita memerlukan 4,000 orang graduan perubatan dan kita menawarkan 3,000 setiap tahun. Akan tetapi kita juga ada satu pihak lagi, kita mendengar bahawa ramai rintihan terhadap pelatih-pelatih doktor, doktor kontrak dan sebagainya. Ini menunjukkan satu isu yang serius dari segi perancangan graduan pengajian tinggi. Bukan itu sahaja, kita juga terdapat rungutan bahawa pelajar undang-undang, tiada universiti di Sabah dan Sarawak yang menawarkan kursus ijazah sarjana muda undang-undang di Borneo. Itu juga satu masalah. Kita harus men-diversify. Pandemik COVID-19 telah memberikan impak kepada perbelanjaan di kampus IPTA dan IPTS. Ada IPTS yang hadapi cabaran kewangan. Saya khuatiri terdapat compromise dari segi kualiti pengajaran apabila IPTS ataupun IPTA mengambil lebih ramai pelajar asing melalui pembelajaran online. Apakah usaha Kementerian Pengajian Tinggi...
Yang Berhormat Bukit Bendera.
... untuk memastikan kualiti IPTS dan IPTA yang terpaksa – IPTS khasnya yang bakal ada yang menghadapi masalah pelajar kewangan yang tutup dalam tempoh 2020 sampai 2021. Bagaimana Kementerian Pengajian Tinggi dapat membantu pelajar-pelajar ini? Silakan Yang Berhormat Jelutong.
Saya ingin juga tumpang bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi. Kelmarin terdapat pengumuman dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa RM25 juta akan diberikan kepada AIMST. Kita lihat bahawa dalam senarai universiti awam, memang AIMST tidak dalam senarai tersebut. Persoalan saya adalah adakah kementerian akan memantau cara bagaimana RM25 juta ini akan dibelanjakan, nombor satu. Kedua, sehingga sekarang saya difahamkan bahawa RM20 juta telah diberikan sebagai pemberian geran kepada universiti AIMST. Apakah penuntut-penuntut India yang telah mendapat manfaat daripada pemberian geran ini. Ini persoalan saya.
Sila masukkan sebahagian dari ucapan saya. Butiran terakhir sekali, Tuan Pengerusi.
Sila rumuskan.
Pelantikan politik di institusi IPTA. Kita telah mendapati bahawa terdapat beberapa pelantikan yang sebelum ini walaupun mereka sudah meletak jawatan, Ketua UMNO bahagian Balik Pulau dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia. Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah. Ketua Wanita UMNO Sabah, Datuk Hajah Dr. Jainab Datuk Seri Panglima Ahmad Ayib sebagai ahli Lembaga Pengarah UMS, walaupun mereka sudah meletak jawatan baru- baru ini. Kenapa begitu banyak pelantikan politik di IPTA yang telah dibuat oleh Kementerian Pengajian Tinggi? Kita harus mementingkan supaya– dan saya juga ingin menanyakan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan bilakah— walaupun kita sudah
pinda pada tahun 2018 di mana Seksyen 15 (2)(c) telah dilakukan pindaan untuk memberikan ruang demokrasi yang lebih besar dengan tidak melarang pelajar daripada menyertai aktiviti parti politik dalam kampus universiti awam dan juga universiti swasta. Apakah pindaan yang seterusnya yang telah diumumkan di Parlimen dan pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, satu akta yang baharu untuk memberikan kebebasan akademik, kebebasan berfikir, kebebasan bersuara untuk memastikan kampus kita mempunyai dinamik, progresif dengan daya maju.
Saya ingin menanyakan terhadap pembaharuan undang-undang kolej dan universiti tersebut. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Setiu.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya pergi kepada Butiran 010200 – Pendidikan Tinggi. Berkaitan isu mental di kalangan pelajar universiti. Sebanyak 223,990 panggilan talian bantuan sokongan psikososial diterima dan mahasiswa tidak terkecuali daripada mereka yang memerlukan sokongan emosi dan kaunseling. Persoalannya, berapakah panggilan yang dibuat oleh mahasiswa daripada jumlah itu? Berapa pula yang mengalami tekanan mental dan kemurungan? Sejauh manakah masalah mental di kalangan mahasiswa telah diatasi? Adakah wujud mekanisme khusus untuk mahasiswa mendapatkan rawatan mental secara atas talian? Isu berkaitan dengan mental ini amat penting untuk diatasi bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan. Selain itu, masalah sosial dalam kalangan mahasiswa juga amat penting untuk diselesaikan. Kita dikejutkan dengan isu sugar daddy di Malaysia sehinggakan baru-baru ini tersebar satu poster berkenaan senarai top 10 universiti yang paling ramai pelajarnya mendaftarkan diri di Sugarbook, dengan izin Tuan Pengerusi. Oleh itu, apakah langkah yang dijalankan oleh kerajaan dalam menangkis isu ini dari terus berleluasa? Tuan Pengerusi, saya menyambut baik usaha kerajaan melancarkan Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia sebagai sebuah badan berperanan membantu golongan mahasiswa yang memerlukan. Saya kira ini merupakan salah satu langkah bagi mengelakkan mahasiswa melibatkan diri daripada aktiviti sugar daddy tersebut. Soalan saya, berapa banyakkah peruntukan yang akan disalurkan? Apakah usaha kerajaan bagi memastikan lebih banyak sumber dana untuk yayasan ini bagi memastikan kelangsungan operasinya tidak tergendala akibat kekurangan dana? Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyentuh mengenai lambakan graduan pendidikan yang tidak mendapat penempatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41 walaupun telah beberapa tahun bergraduasi. Isu ini telah berlarutan sekian lama. Berdasarkan data kajian lapangan yang dilaksanakan, terdapat lebih kurang 4,390 orang graduan yang bergraduasi antara tahun 2011 sehingga 2020 masih belum diberikan penempatan. Saya mohon perincian kementerian, apakah bentuk kursus pendidikan yang dimiliki oleh kebanyakan graduan yang tidak diberi penempatan ini? Apakah penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang kementerian bagi memastikan nasib graduan-graduan ini terbela? Tuan Pengerusi, hal ini kerana bidang pendidikan amat berlainan dengan bidang- bidang lain yang amat luas skop pekerjaannya. Sekiranya seseorang graduan pendidikan tidak dapat bekerja sebagai seorang guru, maka mereka sukar mendapatkan pekerjaan di bidang lain ekoran skop bidang kerja mereka yang amat terhad. Butiran seterusnya Butiran 010300 – Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Saya ingin menyentuh mengenai isu institusi pengajian swasta (IPTS) yang menawarkan kursus pengajian yang masih belum mendapat pengiktirafan daripada MQA. Mohon kementerian nyatakan statistik IPTS yang belum mendapatkan pengiktirafan MQA dan
negara ini. Adakah wujud badan khusus yang memantau IPTS yang menawarkan kursus pengajian yang belum diiktiraf oleh MQA? Selain itu, apakah mekanisme yang digunakan bagi memastikan setiap jurusan yang dipilih diiktiraf oleh MQA bagi memastikan isu lambakan graduan menganggur dapat dikurangkan? Mohon penjelasan Menteri. Tuan Pengerusi, Butiran 030600 – Hospital Pakar Kanak-kanak (HPKK). Saya ingin mendapatkan penjelasan kementerian mengenai status pengoperasian HPKK pertama di negara ini iaitu HPKK Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya difahamkan bahawa sepatutnya hospital pakar ini mula menerima pesakit pertama pada bulan Mac tahun ini, namun terpaksa ditukar kepada hospital COVID-19 susulan peningkatan kes COVID-19 dalam tempoh PKP 3.0 yang lalu. Selain itu, berdasarkan jumlah peruntukan untuk tahun 2022 yang lebih sekali ganda berbanding peruntukan sebelum ini, adakah kerajaan berhasrat untuk membina lebih banyak HPKK? Terutama di universiti-universiti awam bagi memberi peluang kepada para pelajar yang mengikuti kursus tersebut menjalani latihan di universiti masing- masing. Ini sekali gus mampu menyelesaikan lebih banyak masalah kesihatan di kalangan kanak-kanak. Mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri. Sekian, Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Kuala Kedah.
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus merujuk kepada Butiran 020000 – Pendidikan Tinggi. Tuan Pengerusi, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini terhadap satu isu di kalangan para penyelidik, saintis dan ahli akademik yang membuat kajian-kajian di institusi pengajian tinggi kita. Kita ada banyak hasil kajian yang merupakan hasil kajian yang terbaik dan banyak resources yang dibelanjakan untuk mendapatkan apa yang dicapai daripada kajian tersebut. Akan tetapi ada masalah membawa hasil-hasil kajian itu kepada industri dan dalam menghasilkan produk dan sebagainya, paten dan lain-lain lagi. Saya ingin supaya Dewan memberi perhatian serius kepada perkara ini kerana kalau tidak kita selesaikan, kita akan selalu kerugian dan ketinggalan. Saya ada contoh yang saya hendak sebutkan di Dewan yang mulia ini tentang satu jumpaan yang merupakan landmark ataupun jumpaan yang cukup tinggi nilainya dan merupakan satu jumpaan besar oleh saintis tempatan iaitu Profesor Foo Hooi Ling daripada Universiti Perdana Malaysia (UPM). Beliau telah pada 20 tahun yang lepas, melalui kajian beliau dan pasukan beliau menjumpai satu yang disebut sebagai postbiotic. Postbiotic adalah satu benda yang revolutionary sifatnya. Postbiotic berkaitan dengan produk kesihatan, berkaitan dengan probiotic dan prebiotic yang memang telah diketahui. Pada 20 tahun dahulu beliau menerbitkan dalam makalah antarabangsa, itu yang pertama di dunia. Belum ada orang bercakap postbiotic pada ketika itu. Setelah 20 tahun berlalu, produk postbiotic telah digunakan dan dikeluarkan dengan meluas di Amerika dan Korea Selatan. Baru tujuh bulan lepas, ada kilang di Malaysia yang mengeluarkan postbiotic. Jadi, saya ingin tahu, apakah yang berlaku? Mengapakah kita mengambil masa terlalu lama untuk membawa satu jumpaan itu yang boleh diterjemahkan kepada satu produk yang besar, yang berpotensi komersial yang cukup tinggi, kita mengambil masa terlalu lama, 20 tahun? Bukan itu sahaja, jumpaan kita digunakan di negara luar, negara lain. Amerika dan Korea Selatan mendahului kita sedangkan itu hasil kajian penyelidik kita. Kita yang mula-mula sekali. Jadi, ada sesuatu yang saya minta supaya Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi melihat tentang mekanisme kita melakukan paten misalannya, mekanisme hubungan antara institut pengajian tinggi kita dengan industri, dengan kementerian- kementerian lain. Saya rasa kalau kita hanya tumpu kepada Kementerian Pengajian Tinggi, kita tidak akan selesaikan masalah ini.
Pengguna kepada produk itu mungkin Kementerian Pertanian, mungkin Kementerian Kesihatan, mungkin Kementerian Pertahanan. Maka, perlu ada kerjasama, jaringan yang cukup mantap supaya hasil kajian ini dimanfaatkan. Adalah malang apabila kita menggunakan bakat-bakat terbaik kita, merupakan bakat terbaik di institusi pengajian tinggi kita, mereka menjalankan kajian, mereka dapat jumpaan menggunakan segala sumber yang kita ada dan jumpaan itu dimanfaatkan oleh industri negara-negara luar. Postbiotic itu satu contoh, sedangkan teknologinya tidak begitu sukar dan kilang yang ada sekarang pun kilang di Semenyih, di negeri Selangor. Ia tidak begitu high-tech tetapi produknya cukup revolutionary yang kita ada kelebihan kerana kita yang menjumpainya. Jadi, saya mohon supaya masalah ini walaupun telah berlaku pada produk postbiotic ini, supaya ia tidak berulang kembali pada produk-produk lain. Saya juga ada mendengar kisah-kisah sedih jumpaan-jumpaan lain yang juga jumpaan-jumpaan yang cukup baik, cukup besar tetapi tidak dapat dipasarkan, tidak dapat dipatenkan, tidak dapat digunakan kerana industri tidak memerlukan produk tersebut, disebutkan begitu. Akan tetapi saya juga tidak terkejut kalau satu hari nanti kita dengar benda yang sama dimulakan atau digunakan di industri-industri di negara luar. Oleh kerana itu, saya minta supaya kita sama-sama fikirkan satu mekanisme yang berkesan supaya kajian boleh dilakukan sesuai dengan kehendak industri, kehendak masyarakat, keperluan macam postbiotic tadi memang kita sudah ada prebiotic, probiotic. Apa salah kita sambung dengan postbiotic dan juga kita kaitkan dengan segala kementerian lain yang terlibat dan kita permudahkan untuk paten dan lain-lain lagi.
Semoga hakikat bahawa para penyelidik ahli sains kita, ahli-ahli akademik kita adalah penjawat awam. Mereka tertakluk kepada general order, peraturan khas mereka tidak boleh terlibat dalam perniagaan misalannya. Itu dipermudahkan. Kalau telah dipermudahkan, saya ucapkan tahniah dan saya harap akan dipermudahkan lagi supaya tidak berulang produk postbiotic 20 tahun lalu kita kaji, baharu sekarang dapat kita gunakan. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Seterusnya Yang Berhormat Dungun.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Tuan Pengerusi. Perbahasan di peringkat Jawatankuasa Kementerian Pengajian Tinggi ini saya hendak mulakan dengan Butiran 010200 – Pendidikan Tinggi. Di bawah program dua pendidikan tinggi ialah ada sasaran- sasaran yang disertakan. Saya ingin bertanya, apakah KPT meletakkan sasaran agar semua universiti di Malaysia mengejar kedudukan universiti masing-masing di peringkat antarabangsa setiap tahun. Jika ya, apakah pencapaian setakat ini? Kedua, di bawah butiran yang sama. Bagaimanakah pemantauan dibuat kepada institusi pengajian swasta (IPTS) yang dilihat banyak mengambil pelajar-pelajar antarabangsa, namun berkesudahan menjadi institusi yang berasaskan keuntungan sahaja dengan mengenakan yuran yang mahal tanpa menjaga kualiti pendidikan. Butiran 040000 – Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Bagaimanakah KPT memberi keutamaan kepada TVET dalam memastikan pelajar- pelajar dalam bidang ini diberi bantuan berterusan untuk menjadi graduan yang boleh menyumbang kembali kepada pembangunan negara. Butiran 050400 – Biasiswa Pendidikan Tinggi. Apakah KPT merancang menambah peruntukan biasiswa kepada tenaga pengajar akademik di universiti awam dalam memastikan kualiti pendidikan mereka dapat dipertingkatkan? Kembali kepada Butiran 010400 – Pembangunan Bakat Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT). Bagaimana kah penekanan terhadap pembangunan akhlak di kalangan mahasiswa terus diberi perhatian dalam memastikan mereka bergraduasi bukan sahaja
di bidang akademik, bahkan dalam bidang keterampilan insani? Di bawah butiran yang sama juga ialah kita melihat bagaimana mahasiswa yang berkecimpung dalam politik pada masa mereka berada di kampus dengan bebas dan ini akan melahirkan kepimpinan yang hebat di masa yang akan datang yang akan menjadi pemimpin di dalam masyarakat. Akan tetapi ketika kadang-kadang berlaku apabila keluar kelapangan setelah berada di universiti, bakat mereka hilang begitu sahaja. Jadi, adakah kuasa autonomi universiti tidak diganggu di dalam berkait dengan hal-hal politik campur dan dari luar? Jadi, saya inginkan supaya kita tetap letakkan kepentingan melahirkan pemimpin-pemimpin berkaliber di kalangan mahasiswa-mahasiswi selepas mereka keluar dari universiti dan berada di lapangan. Seterusnya, saya ingin untuk ke Butiran 020000 – Pendidikan Tinggi. Jumlah universiti kita 20 buah. Adakah bilangan universiti awam sudah mencukupi bagi menampung sebilangan besar lepasan sekolah menengah seluruh negara pada waktu ini? Kedua, bagaimanakah jalinan kerjasama yang telah dibuat oleh pihak universiti dan pihak industri yang berkaitan bagi memastikan syllabus pengajian kekal relevan dalam memastikan graduan yang bergraduasi mampu memenuhi keperluan industri? Ketiga, apakah ada cadangan daripada KPT untuk mengubah sistem bantuan kepada mahasiswa dengan mewujudkan sistem crowdfunding dengan izin Tuan Pengerusi dan yang kedua perbincangan merentasi kementerian dengan agensi-agensi zakat dan pertubuhan-pertubuhan kebajikan bagi membantu menaja kos sara hidup mahasiswa? Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Seterusnya, Yang Berhormat Jerlun.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Pengerusi saya mulakan dengan Butiran 040100 mengenai dengan TVET. Memandangkan pekerja mahir dari luar negara telah berkurangan akibat daripada pandemik, saya ingin bertanya adakah tambahan bajet 0.9 peratus dari tahun 2021 hingga 2022 itu dianggap mencukupi. Keduanya Butiran 050100 – Bertugas ke Luar Negara. Antara lain pegawai- pegawai pendidikan kita yang berada di luar negara ini dipertanggungjawabkan untuk mempromosi IPTA-IPTA kita kepada pelajar-pelajar asing. Saya lihat bahawa negara- negara seperti Australia, New Zealand dan United Kingdom baharu-baharu ini telah mengurangkan yuran mereka, malah ada juga yang menawarkan peluang pekerjaan selepas graduasi. Ada juga prospect untuk mendapat status penduduk tetap dan kewarganegaraan. Saya ingin bertanya, apakah kelebihan universiti-universiti kita yang kita tawarkan kepada pelajar-pelajar asing berbanding dengan negara-negara tersebut. Seterusnya Butiran 020300 – Universiti Sains Malaysia (USM). Sebelum ini pernah dibelanja sejumlah bajet untuk membeli mesin genome sequencing iaitu satu alat yang agak mahal. Tujuannya untuk penyelidikan untuk mengenal pasti kaum etnik mana yang terdedah kepada contohnya barah, kalau contoh lagi colorectal cancer dan sebagainya. Jadi, oleh kerana alat ini sangat mahal, ada juga kemungkinan ia tidak dipakai pada tahap yang optimum. Maka takkan boleh dielak mesin yang sama diberi oleh IPTA yang lain dan sebaliknya dikongsi sahaja penggunaannya dengan pihak USM. Kita perlu mengelak daripada berlakunya saingan tidak sihat di antara universiti-universiti kita yang akan tentunya memakan belanja besar wang rakyat. Butiran 05017 – PPP/PFI berjumlah RM39.5 juta. Adakah ada perkongsian dengan pihak swasta untuk membangunkan IPTS termasuk universiti dari luar negara. Untuk makluman, Kedah sebenarnya memerlukan sebuah IPT yang berteraskan sains dan teknologi untuk menyokong industri teknologi tinggi yang wujud di Kulim, Kuala Muda dan sebagainya. Sebelum ini kita telah mencuba untuk merunding dengan pihak Tsukuba University dan Shibaura University, kedua-duanya dari Jepun tetapi gagal. Adakah pihak
KPT bercadang untuk menarik minat universiti asing khususnya yang berteraskan sains dan teknologi untuk membuka cawangan di Kedah? Butiran 050200 – Emolumen Kakitangan Kontrak. Saya ingin mencadangkan boleh ke tidak dipertimbangkan oleh pihak KPT untuk membenarkan pelajar-pelajar PhD diambil sebagai staf pensyarah kontrak untuk mengajar pelajar-pelajar, mungkin diploma ataupun sarjana muda sebagai pengganti kepada yuran ataupun kos yuran pengajian PhD mereka. Dengan itu peruntukan di bawah Butiran 050400 – Biasiswa Pendidikan Tinggi dapat ditumpukan kepada pelajar-pelajar sarjana muda dan ke bawah. Seterusnya Tuan Pengerusi Kod 40000. Belanja mengurus RM9.5 bilion, belanja pembangunan RM2.4 bilion. Jumlahnya RM12.2 bilion.
Satu angka yang tentunya agak besar dan sepatutnya cukup untuk melahirkan graduan-graduan yang terpelajar, menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, kepada sektor perkhidmatan, penemuan teknologi-teknologi canggih dan sebagainya. Adakah mungkin kerana amalan meritokrasi dalam penyelidikan yang tidak pada tahap yang sepatutnya yang membantut peranan IPTA dalam pembangunan negara. Saya lihat di bawah Butiran 010300 – Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Saya rasa perlu dipertingkatkan peranan mereka untuk memastikan bahawa ada piawaian tertentu mengenai tenaga pengajar kita dan elakkan daripada lantikan-lantikan ahli lembaga daripada kalangan orang politik. Akhir sekali, secara keseluruhannya saya lihat bajet KPT 2022 berjumlah RM14.5 bilion ini bukanlah satu angka yang kecil. Namun, jika tiada fokus, dana yang dibelanjakan setiap tahun itu mungkin tiada menghasilkan graduan bagi memenuhi aspirasi negara. Jadi soalnya, daripada mana KPT dapat panduan untuk betul-betul mengenal pasti area mana ataupun bidang-bidang fokus yang mana yang seiring dengan rancangan jangka panjang negara? Sektor ekonomi mana contohnya yang hendak diberi tumpuan? Kita lihat di Singapura, diberi tumpuan teknologi kuantum. Jadi, di bawah Butiran 05011 – Penyelidikan Fundamental, saya ingin bertanya, tidakkah boleh KPT memberi pengkhususan kepada sektor elektronik dan elektrikal di mana Malaysia sudah pun mempunyai kelebihan berbanding dengan negara-negara lain contohnya dalam pengeluaran semikonduktor. Dengan itu, menyumbang kepada tahap competitive edge yang ada pada Malaysia untuk menghadapi saingan dalam pasaran dunia ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Beaufort.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya terus kepada Butiran 040000 – Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Di negara maju, siswazah TVET sentiasa menjadi rebutan. Apakah perancangan kementerian seterusnya dalam mempromosikan pendidikan TVET sebagai pilihan utama kepada para ibu bapa dan anak-anak khususnya? Malah kebanyakan graduan daripada TVET ini diibaratkan pisang goreng panas kerana sering diburu oleh pihak industri dan majikan. Hal ini kerana, mereka sangat yakin dengan potensi graduan yang berkualiti dan lebih berdaya saing berbanding graduan yang hanya cemerlang di atas kertas sahaja. Saya beri contoh, UniKL contohnya, mempunyai kebolehpasaran melebihi 90 peratus. Contohnya pada tahun lalu, tahun 2020, 96 peratus kebolehpasaran graduan UniKL. Jadi, saya ingin bertanya juga kepada Yang Berhormat Menteri, bolehkah memberikan jumlah ataupun kadar kebolehpasaran pusat pengajian TVET yang lain dalam negara ini? Adakah kementerian bercadang untuk menambahkan lagi program-program strategik institusi TVET berdasarkan kepada kemampuan dan keperluan semasa?
Apakah program tersebut? Cabaran dalam mengarusperdanakan program TVET dalam sistem pendidikan masih wujud terutamanya melibatkan persepsi dan stigma masyarakat yang menganggap TVET adalah pendidikan kelas kedua. Apakah program atau perancangan kementerian seterusnya bagi mempromosikan institusi TVET dalam negara kita? Dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, perkembangan industri lebih terarah kepada teknologi pintar, Revolusi Industri 4.0, Internet of Things dan teknologi hijau. Oleh itu, perbelanjaan besar diperlukan institusi TVET untuk menambah baik kurikulum latihan, meningkatkan kemahiran tenaga pengajar dan paling utama adalah untuk menyediakan fasiliti serta peralatan yang dapat memenuhi keperluan kurikulum latihan yang semakin berkembang dan juga yang berteknologi tinggi. Apakah inisiatif yang diambil bagi mengadaptasi teknologi dalam pembelajaran dengan mewujudkan technology enable collaborative classroom (TECC) serta menambah baik ruang pembelajaran secara kreatif dan inovatif. Apakah usaha kementerian untuk bekerjasama dengan industri dan agensi berkaitan secara berterusan? Apakah program atau bidang baharu TVET dalam melahirkan bakat-bakat diperlukan untuk pasaran kerja masa hadapan? Kita tahu bahawa tadi pun ramai sahabat telah bercakap tentang keperluan engineers, jurutera dalam industri dalam negara kita. Oleh itu, keperluan untuk kita meningkatkan lagi TVET ini dan juga meramaikan lagi para pelajar kita khususnya dari luar bandar dalam usaha kita untuk membasmi kemiskinan, maka ini mestilah dilaksanakan secara berterusan dan secara dengan lebih hebat lagi bagi memastikan lebih ramai lagi para pelajar kita mengikuti bidang TVET ini. Saya berharap kementerian akan mengambil tindakan ke arah ini dalam masa yang terdekat ini. Seterusnya Butiran 040100 – Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. Kewujudan kolej komuniti juga membolehkan masyarakat setempat dan individu mendapat pendidikan sepanjang hayat bagi membantu menaik taraf kemahiran yang sedia ada, sekali gus mengubah nasib hidup mereka ke arah yang lebih baik. Hal ini selaras dengan permintaan kerajaan yang ingin melahirkan graduan TVET yang berkualiti dan berkemahiran tinggi. Sabah mempunyai industri teknologi tinggi seperti sektor pembuatan automatif, aeroangkasa, kereta api dan pelbagai lagi. Namun, yang harus sentiasa dikemas kini daripada segi kurikulum dan teknologi bagi membolehkan lulusan kolej komuniti sentiasa relevan dengan perubahan yang berlaku dalam industri masing-masing di negara ini. Mana-mana kursus yang kurang memenuhi aspirasi negara dalam pembangunan negara, tidak perlu diketepikan terus. Sebaliknya, mungkin boleh dijadikan kursus pendek supaya ia dapat membantu kumpulan-kumpulan kecil masyarakat yang memerlukannya. Dalam hal ini, kolej komuniti disarankan supaya menjadi institusi rujukan (reference institution) bagi satu-satu kursus yang hampir pupus atau kurang dipraktikkan pada zaman sekarang supaya ia tetap kekal dalam khazanah pembangunan negara. Apakah langkah kementerian untuk memperkasakan kedua-dua institusi ini? Politeknik dan kolej komuniti ditumpukan dengan kaedah-kaedah menambah program keusahawanan. Ia adalah satu langkah strategik yang baik untuk mewujudkan siswa siswi usahawan yang mampu mencipta pekerjaan. Untuk makluman Yang Berhormat Menteri – Saya ingin bertanya, berapakah peruntukan untuk Kolej Komuniti Beaufort untuk tahun 2022? Untuk makluman, kita mempunyai kolej komuniti di sana yang mempunyai program sijil kulinari dan perhotelan yang mana merupakan perhotelan ini satu-satunya di Sabah dan Sarawak. Kita mempunyai pelajar-pelajar yang datang dari negeri Sarawak dan juga seluruh daerah di negeri Sabah. Begitu juga dengan kulinari, antara dua yang ada dalam negeri Sabah. Untuk makluman juga, kebolehpasaran graduan kita pada tahun sebelum pandemik ini melebihi 90 peratus. Malahan, ada graduan kita yang berjaya memenangi pertandingan di peringkat antarabangsa mewakili negara kita, Malaysia. Mereka sekarang memohon perlunya ada asrama kerana kita ada pelajar-pelajar dari luar daerah Beaufort.
Juga, mereka memerlukan dewan tempat mereka mengadakan program-program yang mana setakat ini mereka tidak mempunyainya. Jadi, bagi pihak mereka sebagai Ahli Parlimen Beaufort, saya memohon supaya Yang Berhormat Menteri dan kementerian dapat mempertimbangkan untuk mewujudkan asrama dan juga dewan untuk kolej komuniti.
Minta Yang Berhormat Beaufort habiskan.
Terima kasih.
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Bangi.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 020000 – Pendidikan Tinggi, di bawah belanja mengurus. Saya nak tanya Menteri, apakah strategi dan juga peruntukan yang akan diberikan kepada IPTA untuk menyelaraskan strategi mengendalikan kes COVID-19 daripada segi saringan, kuarantin dan juga kepatuhan SOP memandangkan kes COVID-19 akan dikesan di setiap IPTA di seluruh negara? Apakah panduan (guidance) dengan izin, dan bantuan daripada segi kepakaran yang akan diberikan oleh pihak KPT kepada setiap VC (Vice Chancellor) dan juga pasukan VC di setiap IPTA untuk membuat persediaan pada tahun hadapan apabila kebanyakan pelajar akan kembali ke kampus masing-masing? Isu yang kedua ialah Butiran 030000 – Hospital Pengajar. Adakah peruntukan akan ditambah di butiran ini untuk membantu mengurangkan bil hospital kepada mereka yang di hospital asasi di hospital pengajar seperti PPUM dan juga PPUKM akibat daripada COVID-19? Saya telah merujuk satu kes kepada Yang Berhormat Menteri di bawah nama Siti Amira Sariyatul binti Rusly iaitu seorang pelajar dan researcher di UKM yang juga ada komorbiditi iaitu penyakit lupus.
Beliau telah masuk PPUM akibat COVID-19 dan dikenakan satu caj yang saya rasa sedikit tinggi iaitu hampir RM8,000 selepas menerima rawatan daripada PPUM. Jadi, saya harap Yang Berhormat Menteri boleh beri bantuan atau budi bicara kepada kes-kes seperti ini supaya bil ini terutamanya kepada pesakit di golongan B40 seperti Cik Amira boleh dikurangkan ataupun dimansuhkan. Isu yang ketiga ialah Butiran 010300 – Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Ada banyak IPTS yang terpaksa “gulung tikar” akibat daripada COVID-19. Apakah rancangan MQA dan juga KPT untuk menggunakan peluang ini untuk menjalankan satu stocktake atau satu kajian dan penilaian untuk setiap IPTS, khususnya IPTS yang mungkin tidak lagi sustainable dari segi kewangan walaupun selepas negara Malaysia memasuki status COVID-19 yang endemik seperti apa yang dialami sekarang dan bukan pandemik. Apakah strategi kementerian untuk mempertimbangkan, sama ada untuk memberhentikan lesen sebahagian daripada IPTS yang telah “gulung tikar” sebagai satu langkah dalam strategi konsolidasi ataupun consolidation untuk sektor IPTS di seluruh negara memandangkan ada banyak tuduhan dan juga aduan mengenai IPTS yang kurang profesional ataupun dengan izin, fly-by-night institute of higher learning di mana lesen operasi disalah guna untuk tujuan yang lain selain daripada pengajian tinggi. Minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Jerai.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi atas peluang yang diberikan kepada saya untuk perbahasan jawatankuasa bagi Kementerian Pengajian Tinggi. Saya terus ke perkara pertama B.64 Butiran 010200 – Pendidikan Tinggi. Menurut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia 2019, graduan Malaysia meningkat kepada 5.29 juta. Lebih tinggi pada tahun 2019 berbanding 4.94 juta tahun 2018. Pada tahun yang sama, jumlah penganggur siswazah seramai 170,300 orang dan jumlah ini meningkat sebanyak 5.5 peratus berbanding tahun 2018 sebanyak 161,300 orang. Hal ini menunjukkan ramai dalam kalangan pelajar lepasan universiti tidak mempunyai pekerjaan setelah tamat belajar. Kita kekurangan generasi muda dalam sektor pertanian, perladangan dan kemahiran. Soalan saya, sejauh manakah pihak kementerian mewujudkan kempen kesedaran dalam kalangan golongan muda ini sejak pusat pengajian tinggi lagi bagi mengenal pasti peluang dalam bidang pertanian, perladangan dan kemahiran. Ini kerana peluang ini memberi pendapatan lumayan dan ia secara tidak langsung dapat mengurangkan kadar pengangguran dalam negara kita. Masih di butiran yang sama, berkaitan subjek teras di universiti. Saya melihat sangat wajar untuk pihak kementerian memperkasakan subjek teras seperti TITAS, Hubungan Etnik, Kenegaraan dan lain-lain di universiti. Hal ini kerana subjek ini mampu untuk memupuk dan menyemai jati diri semangat kenegaraan serta perpaduan yang tinggi di peringkat pengajian tinggi kepada pelajar kita jika diperkasa lagi ke tahap yang lebih baik dan tidak hanya sekadar mampu untuk lulus subjek itu sahaja. Mereka ini yang akan menjadi contoh kepada masyarakat dan juga pelapis kepada pemerintahan negara pada masa hadapan. Ketiga, perkara B.64 Butiran 022000 – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Isu buli dalam kalangan penuntut sering berlaku sehinggakan negara kita pernah dikejutkan dengan kes kematian saudara Zulfarhan yang dibuli oleh penuntut lain. Baru- baru ini juga ditularkan di media sosial berkaitan anggota tentera yang dibuli rakan sekerja sehingga habis gajinya kerana terpaksa membeli barang dapur untuk pegawai atasan dan telah mendapat perhatian Menteri Pertahanan di media sosial. Ini yang kita tahu, yang tidak dihebohkan, bagaimana pula dan apakah jaminan dan kajian yang telah dilaksanakan bagi mengekang perkara sebegini daripada berlaku di masa depan. Jika di pusat pengajian tinggi lagi tidak dibendung, tidak mustahil perkara sebegini akan terus terjadi di masa hadapan. Keempat, Butiran 050400 – Biasiswa Pengajian Tinggi, Hadiah Latihan Persekutuan (HLP). Ia merupakan penajaan kepada pegawai-pegawai kerajaan daripada kumpulan pengurusan dan profesional (P&P) bagi mengikuti pengajian ijazah lanjutan secara sepenuh masa di IPT dalam dan luar negara. Soalan saya, bagaimanakah sambutan yang diterima dan sehingga kini berapakah jumlah permohonan yang telahpun diterima dan diluluskan? Masih di butiran yang sama, pada 25 Julai 2018, Menteri Pendidikan pada ketika itu telah memaklumkan bahawa program MyBRAIN iaitu skim pembiayaan pendidikan oleh Kementerian Pendidikan untuk sarjana atau Master, kedoktoran PhD ditangguhkan. Berita berkenaan telah mengecewakan ramai pihak terutama pelajar lepasan ijazah yang ingin menyambung pengajian ke peringkat sarjana. Soalan saya, adakah kementerian hari ini berhasrat untuk mewujudkan semula biasiswa MyBRAIN ini memandangkan program ini sangatlah baik untuk diwujudkan semula bagi membantu golongan yang benar-benar layak serta memerlukan. Jawapan saya minta sangat-sangatlah untuk mereka yang berkeperluan. Terakhir berhubung dengan kesinambungan peranan universiti dalam pembangunan negara. Bagaimanakah Kementerian Pengajian Tinggi memastikan wujudnya pelan penggantian ahli akademik berkualiti untuk universiti di negara kita? Apakah skim perjawatan di universiti sekarang ini menarik minat pelajar cemerlang ijazah pertama untuk kekal dalam dunia akademia?
Adalah penting bagi universiti untuk memiliki pelajar kelas pertama untuk dilatih sebagai ahli akademik muda berjawatan tetap dan sebagaimana wujudnya jawatan seumpama itu di sektor awam yang lain. Jawatan penolong pensyarah wajar diwujudkan semula, ahli akademik muda dapat dilantik dalam kalangan pelajar cemerlang ijazah pertama. Bagaimanakah pihak kementerian melihat perkara ini? Sekian, terima kasih. Assalamualaikum.
Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Sekijang.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 010300 – Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Di dalam butiran ini yang memperuntukkan sejumlah RM25.4 juta kepada MQA. Saya ingin tahu jumlah khusus pengajian terkini yang telah mendapat pengiktirafan daripada pihak MQA dan berapakah jumlah khusus pengajian yang masih ditawarkan di universiti tetapi tidak mendapat pengiktirafan MQA? Bagaimanakah pengajian ini boleh ditawarkan kepada para pelajar sedangkan kursus pengajian ini masih belum mendapat pengiktirafan? Apakah sebab kursus pengajian ini masih lagi tidak diiktiraf? Jika dilihat, banyak kursus pengajian yang ditawarkan adalah kursus yang tidak penting dan sukar untuk graduan ini dipasarkan di dalam industri. Oleh yang demikian, saya mencadangkan agar pihak kementerian hanya memfokuskan kepada subjek yang perlu dan menepati kehendak kursus yang ditawarkan. Apa yang penting adalah subjek teras yang menjurus kepada kursus pengajian yang diambil. Ini menepati kehendak pemain industri. Lantaran daripada itu, tempoh pengajian mahasiswa dapat dikurangkan dan kos pengajian juga dapat dijimatkan. Tuan Pengerusi, seterusnya saya ingin menyentuh kepada Butiran 040100 – Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. Pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional atau TVET adalah proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekanan utama terhadap amalan industri. Ia bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang tertentu yang merangkumi komponen praktikal, kemahiran psikomotor dan pendedahan kepada latihan industri. Mereka daripada lepasan SPM yang lulus berpeluang untuk melanjutkan pelajaran sama ada dalam bidang sijil ataupun diploma dalam program TVET yang berkemahiran tinggi. Institusi yang menawarkan TVET ini adalah seperti politeknik, kolej komuniti dan kolej vokasional. Jika dilihat pada ketiga-tiga institusi TVET ini, kesemuanya berorientasikan pada hala tuju dan matlamat yang sama iaitu menyediakan keperluan latihan dan kemahiran kepada semua peringkat dan memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi sebelum ke pasaran tenaga kerja.
Namun persoalan saya, apakah yang membezakan ketiga-tiga institusi ini? Mengapa cabang TVET ini perlu diasingkan mengikut institusi yang berbeza di samping menempatkan semua di bawah satu institusi. Saya bersependapat apabila institusi politeknik dan kolej komuniti ini ditempatkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), namun apakah rasional kolej vokasional pula ditempatkan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedangkan kolej vokasional juga berorientasikan pendidikan dan latihan teknikal. Saya juga ingin tahu keberhasilan inisiatif TVET di dalam kebolehpasaran mereka di dalam industri dan statistik graduan TVET yang menganggur serta apakah puncanya. Saya juga ingin tahu sama ada pihak kementerian dapat menyemak semula modul semasa TVET agar ia sentiasa memenuhi kehendak industri selari dengan Revolusi Industri 4.0.
Tuan Pengerusi, selanjutnya Butiran 050400 – Biasiswa Pengajian Tinggi. Anggaran Perbelanjaan bagi tahun 2022 untuk tujuan Biasiswa Pengajian Tinggi menunjukkan penurunan kepada RM150 juta berbanding RM161.5 juta pada tahun 2021. Saya mohon pihak kementerian untuk memperincikan jumlah mahasiswa yang telah menerima tajaan ini. Adakah tajaan ini lebih memfokuskan kepada tajaan bagi pengajian di luar negara dan apakah kriteria yang dipertimbangkan di samping ukuran asas penerimaan tajaan dipilih berdasarkan kepada pencapaian yang cemerlang dalam akademik. Selain itu, apakah khusus pengajian utama yang diberikan penekanan kepada pemberian tajaan ini? Saya juga ingin tahu apakah mereka yang menerima tajaan ini dijamin untuk berkhidmat di sektor awam setelah tamat pengajian. Bagaimana pula pihak kementerian dapat memastikan bahawa mereka yang telah menerima tajaan ini akan pulang dan berkhidmat di dalam negara di samping pilihan mereka untuk terus berkhidmat dan menetap di negara asing. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sekijang. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Rasah kemudian yang terakhir Yang Berhormat Batu. Dipersilakan Yang Berhormat Rasah.
Terima kasih Tuan Pengerusi atas peluang yang diberikan. Saya mulakan dengan peruntukan bekalan di bawah tajuk 020000 untuk Pendidikan Tinggi. Saya nampak untuk Bajet 2022 ini, bajetnya sama RM7.5 juta di bawah geran untuk semua IPTA. Sepatutnya geran itu kena tambahlah. Itu saya. Sebab apa? Kita harapkan universiti terus menjadi tempat yang akan melahirkan graduan yang berkualiti tinggi dalam membawa pembangunan dan memacu kemajuan negara pada masa akan datang. Jadi ada keperluan untuk kita menambahkan geran kepada IPTA walaupun kita tahun setiap IPTA tersebut ada mengutip bayaran ataupun yuran daripada mahasiswa tetapi geran daripada kerajaan ini, bagi saya amat penting. Saya nak tanya, dengan bajet peruntukan bekalan ini kekal pada tahap yang sama, apakah ia menunjukkan tiada tambahan tenaga pengajar ataupun tenaga akademik? Saya rasa itu penting. Kalau kita nak jadikan Malaysia ini pusat ilmu serantau, sekurang-kurangnya saya rasa kita perlu tambah bilangan kakitangan akademik di IPTA kita. Jadi saya ingin kepastian daripada Yang Berhormat Menteri Kementerian Pengajian Tinggi, apakah tidak akan ada penambahan tenaga pengajar akademik khususnya. Cuma satu saya minta, ini saya nak tegaskan, jangan buat lantikan politik untuk mereka yang bukan daripada bidang akademik, latar belakang akademik tetapi latar belakang politik ke dalam ahli lembaga pengarah. Saya rasa itu tidak sesuai, tidak wajar dan tidak sepatutnya dilakukan. Kalau kita nak jadikan menara gading kita sebagai gedung ilmu yang dihormati bukan sahaja di negara kita tetapi sebagai gedung ilmu serantau yang dihormati oleh negara luar, itu patut dielakkan sama sekali. Perkara kedua yang saya nak sebutkan Tuan Pengerusi adalah di bawah butiran 010300 iaitu di bawah Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sebanyak RM25 juta diperuntukkan. Kita sedia maklum, MQA ini antara badan yang mengawal selia, memantau kursus-kursus yang ditawarkan oleh IPTS. Banyak IPTS. Setiap hari, setiap tahun kita ada IPTS baharu sama ada cawangan daripada universiti luar yang terkemuka dan sebagainya, dibuka bukan sahaja di bandar-bandar besar, malah di pekan-pekan pun saya rasa sudah ada. Itu keperluan. Memang itu sebahagian daripada pembangunan akademik yang kita kena hadapi. Itu memang trend yang terjadi pada masa kini. Cuma saya nak tanya, apakah MQA ini mempunyai bidang kuasa tertentu sebab kita tidak mahu ada orang kampung, mereka yang bukan daripada keluarga yang berada disebabkan mereka tidak dapat masuk ke IPTA, hantar anak ke IPTS dan akhirnya kursus, diploma ataupun ijazah sarjana muda yang ditawarkan, yang diberikan oleh IPTS tersebut tidak mematuhi kelayakan
ataupun akreditasi daripada MQA dan akhirnya pemegang ijazah tersebut tidak dapat cari kerja. Itu yang kita nak elakkan. Jadi saya nak tanya Yang Berhormat Menteri apakah daripada segi ini, MQA mempunyai bidang kuasa dia untuk lebih proaktif termasuk untuk menghalang IPTS daripada mengeluarkan iklan untuk menawarkan apa-apa kursus sekiranya kursus itu tidak mendapat kelulusan daripada MQA. Perkara seterusnya yang saya nak sebutkan adalah di bawah maksud pembangunan. Saya nampak tahun ini sama macam tahun lepas. Di bawah Butiran 00601 - Universiti Malaya dan 00602 – Pusat Perubatan Universiti Malaya, memang tidak banyak. Kita tengok UM tahun lepas RM8 juta, tahun ini RM14.5 juta. Ini adalah universiti yang terulung. Universiti pertama. Universiti yang paling utama di negara kita tetapi peruntukan itu memang saya cukup terkejut, memang mengecewakan. Kita patut beri lebih. Kita sepatutnya memberikan peruntukan yang lebih kepada IPTA, terutamanya IPTA yang utama ini sebab ia sebagai pelaburan jangka panjang untuk membolehkan anak-anak Malaysia supaya belajar di negara kita dan jangan keluar ke luar negeri. Yang kedua, kita jadikan Malaysia sebagai hab ataupun pusat ilmu serantau. Orang asing pula datang ke negara kita. Yang pentingnya bukan setakat aliran wang. Kita tidak keluar, maknanya kekal di Malaysia. Yang terpenting adalah kita boleh mengangkat bahasa Melayu, bahasa kebangsaan kita sebagai bahasa ilmu serantau. Ia sangat mustahak. Segala-galanya bermula di menara gading, khususnya untuk beberapa kursus yang utama, yang mungkin kena campur dengan bahasa Inggeris sebab mungkin ada hasil penyelidikan ilmiah dalam bahasa Inggeris tetapi kita boleh campur. Itu cara dia kalau kita hendak memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu serantau. Saya nak tegaskan di sini, tiga buah fakulti utama, perubatan, kejuruteraan dan undang-undang. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri ada berapa IPTA yang menawarkan kursus untuk ketiga-tiga jurusan ini. Bagi saya, graduan daripada jurusan perubatan,...
Yang Berhormat Rasah.
...Engineering dan undang-undang akan mempunyai peluang pekerjaan yang cukup cerah. Ya, Yang Berhormat Kota Kinabalu.
Yang Berhormat Rasah.
Masa sudah habis Yang Berhormat Rasah.
Cuma satu sahaja...
Beri dia 30 saat sahaja.
Jurusan undang-undang ditawarkan di UNIMAS dan UMS, kalau saya tidak silap kerana esok kita akan meluluskan pindaan Perlembagaan yang berpandukan MA63 dan saya rasa pusat pengajian kerajaan di Sabah dan Sarawak harus menjadi pusat pengajian yang mastery dalam subjek Undang- undang Borneo ini.
Saya setuju dengan Yang Berhormat Kota Kinabalu. Saya mohon masukkan sebagai sebahagian daripada ucapan kita sebab kita ada sistem undang-undang kita. Kalau boleh, esok sesiapa pemegang AOB, semuanya daripada IPTA kita. Satu, aliran wang keluar dapat diberhentikan sebab undang-undang kita. Biar mereka ketika dalam pengajian lagi sudah biasa dengan undang-undang Malaysia dan bukannya belajar di luar, esok balik ke Malaysia untuk mengamalkan sebagai pengamal undang-undang, baharu nak belajar undang-undang di Malaysia. Jadi itu sahaja Tuan Pengerusi. Minta maaf ya, ambil masa sedikit. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Yang terakhir saya jemput Yang Berhormat Batu.
Terima kasih Tuan Pengerusi beri peluang kepada Batu. Saya terus kepada Butiran 050100 – Bertugas Ke Luar Negara, di mana peruntukan meningkat daripada RM1.2 juta kepada RM2 juta. Perbelanjaan meningkat sebanyak RM789,000. Akan tetapi Butiran 050400 – Biasiswa Pendidikan Tinggi pula dipotong dari RM161.5 juta kepada RM150 juta sahaja. RM11.5 juta telah dipotong untuk bahagian biasiswa pelajar ini. Adakah bertugas ke luar negara lagi penting daripada biasiswa para pelajar? Walaupun perkara ini telah pun dibangkitkan oleh saudara saya Yang Berhormat Setiawangsa tadi, tetapi saya juga ingin menekankan perkara ini sebab saya rasa kami perlu membela kebajikan pelajar-pelajar dan juga membela institusi pelajaran. Butiran 010400 – Pembangunan Bakat Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) juga dipotong dari RM9.35 juta kepada RM8.7 juta. Ini menunjukkan KPKT tidak serius dalam membangunkan bakat anak muda. Butiran 040000 – Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Untuk Kod Awam 20000 iaitu bekalan dan perkhidmatan banyak dipotong iaitu sebanyak RM33.7 juta. Minta KPT jelaskan bahagian apa yang dipotong. Adakah perbelanjaan-perbelanjaan dan sara hidup, pengangkutan barang-barang, utiliti, sewaan atau bahan-bahan mentah untuk pembaikan dan penyelenggaraan kerana bahagian ini adalah untuk perbelanjaan kumpulan pelaksana dalam KPT. Saya juga minta KPT jelaskan apa persediaan kementerian ini untuk pembukaan semester baharu daripada belajar secara online, PdPR untuk belajar secara fizikal. Kita menghadapi isu ini semenjak dua tahun lepas. Ramai pelajar merungut kerana tidak diberikan apa-apa guidelines, dengan izin untuk pembukaan semester baharu kerana khuatir dengan situasi semasa memandangkan ada varian baharu, Omicron. Mohon penjelasan pihak KPT.
Yang Berhormat Batu boleh saya mencelah, 20 saat sahaja.
Boleh, boleh.
Isu yang saya hendak bawa kepada Yang Berhormat Batu ialah kekurangan dalam jumlah students dengan izin yang dimasukkan kepada institusi pengajian tinggi. Statistik ini daripada KPT, 1.33 juta orang pada tahun 2019. Sekarang untuk tahun lepas 2020 sudah kurang lebih kurang 100,000 orang. Bagi saya ini satu isu yang serius yang akan ada impak pada pembangunan negara pada jangka masa panjang. Saya hendak tahu pendapat Yang Berhormat Batu dan bolehkah kita tanya kepada Yang Berhormat Menteri apakah langkah daripada kerajaan untuk pastikan ini tidak berterusan untuk tahun ini, tahun depan. Apakah kerajaan akan buat untuk pastikan jumlah student kita kekal kepada jumlah lama dan akan meningkat. Terima kasih Yang Berhormat Batu.
Teruskan Yang Berhormat Batu.
Terima kasih saudara saya Yang Berhormat Sungai Buloh. Boleh masukkan dalam bahagian ucapan saya. Saya juga mohon Yang Berhormat Menteri KPT untuk bagi pandangan. Poin seterusnya, saya juga minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri KPT, apa status Jawatankuasa Kerja Penambahbaikan AUKU yang pernah dijanjikan pada sidang Kamar Khas pada 25 Ogos 2020 dan didesak oleh gabungan mahasiswa yang menyatakan tidak pernah ada mesyuarat Jawatankuasa. Perkara ini saya rasa
penting sebab hari ini persatuan pelajar-pelajar juga mengadakan sidang media berkaitan dengan AUKU. Saya harap pihak KPT boleh memanggil pelajar-pelajar tersebut untuk berbincang balik apakah perkara yang dilakukan dalam Jawatankuasa Kerja Penambahbaikan.
Yang Berhormat Batu?
Okey, boleh.
Terima kasih Yang Berhormat Batu. Saya cuma ingin tanya Anggaran Perbelanjaan 020000 – Pendidikan Tinggi. Tahun 2021 dan 2022, bagi semua 20 universiti, tidak ada sebarang kenaikan. Semuanya kekal sama. Untuk makluman Tuan Pengerusi, semua kekal sama. Untuk 20 universiti, Anggaran Perbelanjaan pada 2021 dan 2022 sama. Macam manakah ini boleh berlaku? Sudah tentu ada peningkatan dalam Anggaran Perbelanjaan. Boleh Yang Berhormat Menteri memberi penjelasan dengan masalah COVID-19, masalah kegawatan ekonomi. Mungkin penuntut-penuntut tidak dapat menghabiskan semester mereka tahun ini. Takkan lah tidak ada sebarang kenaikan dalam kos? Bolehkah Yang Berhormat Menteri memberi penjelasan.
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Boleh masuk ucapan itu dalam bahagian perbahasan saya.
Yang Berhormat Batu, sedikit sahaja bolehkah?
Boleh, boleh.
Terima kasih Yang Berhormat Batu. Saya hanya hendak mencelah saya tengok dekat sini Biasiswa Kecil Persekutuan dan juga Skim Biasiswa Sukan di bawah Kepala 061900 dan juga 062000 sekarang tinggal kosong. Kalau ikut sebelum ini tahun 2020 dalam jawapan bertulis yang pernah saya terima, biasiswa sukan kita sudah kurang sangat banyak. Kalau hendak ikut, sebelum ini biasiswa sukan kita ada RM21 juta dalam diperuntukkan pada tahun 2020, tahun 2021 tinggal RM2 juta dan sekarang kosong. Saya faham bahawa di sekolah kita banyak pertandingan MSSM dan sebagainya. Kita tidak dapat buat kerana COVID-19. Jadi, apakah langkah kementerian untuk memastikan mungkin atlet-atlet ataupun bakat kita dalam sukan ini dapat melanjutkan pelajaran dan ditempatkan dalam mungkin unit khas di universiti untuk mereka dapat peluang inilah.
Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Boleh masukkan dalam ucapan saya. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Masa sudah habis sudah. Terima kasih Yang Berhormat Batu. Seramai 22 Ahli-ahli Yang Berhormat telah berbahas di peringkat Jawatankuasa. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi untuk menjawab. Tempoh masa 20 minit.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Keluarga Malaysia. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 bagi peringkat Jawatankuasa iaitu Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Terbrau, Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Setiawangsa. Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Beaufort, Yang Berhormat Bangi, Yang
Berhormat Sekijang, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Batu dengan celahan daripada Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Kota Kinabalu, Yang Berhormat Sungai Buloh dan Yang Berhormat Kangar. Bagi soalan Yang Berhormat Pontian. Walaupun Yang Berhormat Pontian tidak ada dalam Dewan tetapi dia ada menanyakan mengenai penubuhan Kolej Komuniti Pontian. Cadangan ini untuk makluman Yang Berhormat, terima kasih di atas cadangan Yang Berhormat Pontian. Akan tetapi sebenarnya Kementerian Pengajian Tinggi telah membuat lawatan tapak dan cadangan ini mewujudkan satu satelit kolej komuniti bagi yang Tanjung Piai tetapi ada kolej komuniti satelit yang berada di Pontian. Menjawab soalan daripada Yang Berhormat Hang Tuah Jaya pula, mengenai moratorium yuran pelajar. Bagi meringankan beban pelajar IPTS, KPT telah mengambil tindakan berikut iaitu pelaksanaan moratorium permohonan kenaikan yuran kursus pengajian IPTS telah dilaksanakan bermula 1 Jun 2020 sehingga 31 Disember 2021. KPT dalam pertimbangan untuk melanjutkan moratorium yuran tersebut dan memohon pertimbangan serius IPTS untuk memberikan diskaun pemotongan yuran kepada pelajar atas dasar keprihatinan dan cakna terhadap kebajikan pelajar. Untuk makluman Yang Berhormat, ada juga engagement awal yang telah dilaksanakan oleh KPT bersama dengan IPTS ini dan ada sesetengah– hampir semua IPTS yang berkemampuan telah memberikan diskaun dan juga pengurangan yuran dan insentif-insentif lain kepada para pelajar. Mengenai program khusus untuk biasiswa, rasional pengurangan biasiswa tahun 2022. Yang Berhormat, KPT telah diperuntukkan sebanyak RM150 juta tahun 2022 berbanding RM161.5 juta pada tahun sebelumnya. KPT akan fokuskan kepada penajaan dalam negara kecuali program-program berimpak tinggi seperti Skim Latihan Akademik Bumiputera, Skim Latihan Akademik IPTA, subkepakaran dan pasca kedoktoran ataupun PD.
Ini kerana kos penajaan dalam negara adalah jauh lebih rendah berbanding dengan luar negara. Sekali gus, kita dapat memberikan manfaat kepada ramai pelajar. Justeru itu, pengurangan jumlah penghantaran pelajar ke luar negara akan menjimatkan perbelanjaan kerajaan. Penjimatan ini dilihat berupaya mengimbangi pengurangan peruntukan biasiswa tahun 2022. Mengenai pengurangan yuran di IPTA pula, 20 peratus pengurangan bagi sesi tahun 2021 dan 2022. Memang sudah semestinya KPT sangat prihatin dan peka terhadap permintaan dan permohonan daripada para pelajar mengenai bebanan kewangan apabila memulakan pengajian di dalam semester yang baharu. Oleh sebab itulah, tadi saya maklumkan ada pengurangan 20 peratus. Memberi manfaat semua warganegara Malaysia di peringkat pengajian bermula daripada peringkat asasi sehinggalah di peringkat pasca siswazah. Untuk makluman Yang Berhormat juga, yuran itu merangkumi semua jenis yuran yang dikenakan ke atas pelajar sepanjang tempoh pengajian semester pertama iaitu termasuklah: (i) yuran pendaftaran; (ii) yuran pengajian; (iii) yuran asrama; (iv) yuran perkhidmatan; (v) yuran perpustakaan; (vi) yuran aktiviti pelajar; (vii) yuran alumni; (viii) yuran kesihatan dan insurans; dan (ix) yuran kebajikan.
Ini bermaksud, 20 peratus ini daripada semua keseluruhan yuran. Mengenai peratusan GE dan bekerja sendiri iaitu keusahawanan pula, kebolehpasaran graduan ini, kita ukur. Di KPT, kami mengukur kebolehpasaran graduan ini yang merangkumi graduan tahun semasa kajian itu yang telah – maknanya, bermaksud graduan itu telah bekerja ataupun graduan itu meningkatkan kemahiran, melanjutkan pelajaran ataupun menunggu penempatan pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas sahaja mereka menamatkan pengajian yang melibatkan universiti awam, IPTS, politeknik, kolej komuniti dan institut latihan kemahiran awam (ILKA). Untuk makluman Yang Berhormat pula, tahun 2020, kadar kebolehpasaran graduan keseluruhan adalah di tahap 84.4 peratus. Daripada jumlah tersebut, 60 peratus ialah graduan bekerja, 17.8 peratus pula melanjutkan pelajaran, dua peratus tengah meningkatkan kemahiran dan 4.6 peratus pula tengah menunggu penempatan pekerjaan. Daripada 60 peratus graduan bekerja, 13.1 peratus merupakan graduan universiti awam yang bekerja sendiri atau terlibat dalam bidang keusahawanan. Yang Berhormat Hang Tuah Jaya juga bertanya mengenai peruntukan berkaitan dengan penyelidikan yang rendah dan kurang. Untuk makluman Yang Berhormat juga, KPT memang sentiasa melibatkan ataupun menggalakkan penglibatan industri ataupun agensi daripada pelbagai pihak dalam hendak memastikan kecemerlangan penyelidikan agar penyelidikan itu memberi impak kepada masyarakat dan juga negara. Jadinya, antara langkah-langkah yang KPT laksanakan ialah kolaborasi bersama dengan universiti ataupun institusi penyelidikan luar dan dalam untuk guna sama alatan analisis teknologi tinggi. Jadinya, geran penyelidikan tidak perlu digunakan untuk membeli peralatan analisis baharu dan penerbitan berimpak tinggi disasarkan bagi setiap usaha sama tersebut. Keduanya pula, penyelidikan berfokus kepada penyelidikan fundamental mengenai hasil semula jadi tempatan supaya ada mobility yang mudah diterbitkan oleh High Impact Journal. Dalam waktu yang sama juga, IPT ada bekerjasama dengan pihak industri pada awal penyelidikan untuk memastikan penyelidikan berkualiti tinggi dan memberikan impak kepada industri dan perkongsian sumber rujukan dalam kalangan universiti awam dan agensi yang tandatangan MoU menerusi konsortium sumber elektronik pendidikan tinggi bagi langganan pangkalan data. Ini secara tidak langsung, MoU ini akan memberikan penjimatan kos langganan kepada industri awam dan agensi yang melanggan dan memberi nilai tambah kepada semua universiti awam, termasuk tiga buah politeknik premier. Yang Berhormat juga ada bertanya mengenai definisi graduan employability. Tadi saya sudah sedikit sebanyak bercakap mengenai perkara tersebut. Akan tetapi saya hendak tambah lagi bahawa antara usaha yang dilakukan oleh KPT dalam membantu graduan ini, kita telah bangunkan Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi 2021-2025. Dalam waktu yang sama juga, kita menerapkan elemen keusahawanan merentasi kurikulum dan bidang pengajian serta melaksanakan rangka kerja penjana pekerjaan dan menyediakan inkubator keusahawanan. Hal yang paling penting sekali apabila pelajar itu hendak menjadi usahawan, cabaran ia adalah untuk mendapat pembiayaan. Oleh kerana itulah, KPT telah melakukan kerjasama dengan kementerian, terutamanya Kementerian MEDAC dalam menyediakan program pembiayaan mikro. Mengenai pembangunan UTEM pula. Peningkatan peruntukan ini disebabkan tiga buah projek sambungan UTEM meningkat dengan jumlah peruntukan sebanyak RM36.7 juta berbanding peruntukan bagi satu projek sambungan bagi tahun 2021 yang berjumlah RM0.3 juta. Sudah semestinya peningkatan peruntukan ini memerlukan komitmen projek- projek yang telah dalam pelaksanaan seperti saya hendak beri contoh. Ini projek-projek yang telah dilaksanakan di UTEM iaitu penggantian dan perolehan peralatan teknikal bagi fakulti sedia ada Fasa 1. Untuk makluman Yang Berhormat pula, untuk tahun 2022, Kementerian Kewangan melalui pembentangan bajet, belum ada lagi projek baharu sebab mengambil kira komitmen projek yang sedia ada.
Yang Berhormat Tumpat juga ada menanyakan mengenai MQA dan program penawaran untuk major pengkhususan serta sejauh manakah pelaksanaannya? MQA melalui penerbitan program standard membenarkan dan menggalakkan penawaran daripada major pengkhususan untuk tahap sarjana muda, sarjana dan kedoktoran. Jam kredit bergraduat akan menjadi lebih tinggi berbanding dengan program biasa. Sebagai contoh, untuk Program Seni dan Seni Reka, jumlah jam kredit bergraduat minimum ialah 140 jam kredit untuk program dwi-major pengkhususan di peringkat Sarjana Muda berbanding dengan 120 jam kredit untuk Program Sarjana Muda Am. Pemberi pendidikan tinggi boleh memohon akreditasi untuk program-program dwi-major pengkhususan. Yang Berhormat Tumpat juga ada bertanya mengenai status terkini MyBrain. Untuk makluman Yang Berhormat Tumpat, ada beberapa juga Yang Berhormat lain juga ada bertanya mengenai Program MyBrain, seperti contohnya Yang Berhormat Jerai. Jadinya, KPT berterima kasih kepada kerajaan yang telah meluluskan RM3 juta peruntukan kepada KPT. Walaupun permohonan kami adalah jauh lebih tinggi tetapi alhamdulillah, kita mendapat peruntukan sebanyak RM3 juta untuk melaksanakan satu program baharu di bawah MyBRAIN 2.0 iaitu Program Pentauliahan Profesional. Program ini sebenarnya dikhususkan untuk tenaga pengajar di politeknik, kolej komuniti dan universiti awam. Tujuannya adalah untuk memastikan tenaga pengajar IPTA memiliki tahap profesionalisme yang relevan dengan keperluan semasa dan teknologi terkini. Walau bagaimanapun, saya hendak maklumkan juga bahawa permohonan untuk program peringkat Sarjana atau PhD, EPU tidak luluskan. Akan tetapi KPT telah mengemukakan rayuan semula kepada EPU terhadap permohonan ini. Oleh sebab kami mendapati bahawa kedua-dua program ini memberikan impak yang positif terhadap peningkatan kebolehpasaran graduan, perkembangan kerjaya dan peningkatan taraf hidup sebagaimana yang dilaporkan di dalam satu kajian iaitu Kajian Impak MyBRAIN 2015 dan Kajian Kebolehpasaran Tadbir Urus dan Impak Pelaksanaan Dua Program Biasiswa Tahun 2020. Program ini telah sebenarnya untuk makluman Dewan juga Tuan Pengerusi, program ini telah menghasilkan sumbangan kesarjanaan yang sangat signifikan, di mana program ini telah menghasilkan secara kolektif sebanyak: (i) 2,695 penerbitan; (ii) 111 paten; (iii) 104 copyrights; (iv) 15 buah reka bentuk industri; dan (v) 11 trademarks.
Kita di pihak KPT akan mengemukakan permohonan rayuan dan juga sebenarnya telah mengemukakan permohonan supaya penajaan di peringkat pasca siswazah tersebut boleh diluluskan di dalam Rolling Plan Ketiga. Yang Berhormat Tumpat juga ada mencadangkan supaya MyBrain15 ini diteruskan selain daripada tadi yang saya sudah maklumkan. Sasaran KPT adalah untuk melahirkan 60,000 orang pemegang PhD menjelang tahun 2023. Kalau sekiranya kita memberikan biasiswa atau penajaan bagi membantu dan menggalakkan pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat PhD, pertama ini sedikit sebanyak dapat membantu untuk merealisasikan hasrat KPT untuk melahirkan 60,000 orang pemegang PhD. Yang Berhormat Tumpat juga ada menanya mengenai kutipan PTPTN bagi tahun 2021, bayaran diskaun sehingga April 2022, peratus dalam SSPN dan langkah tarikh SSPN. Setakat November, RM297 juta dan setakat Januari hingga November, RM2.1 bilion dan target kutipan untuk tahun 2022 pula adalah RM2.5 bilion. Anggaran kutipan bagi tempoh diskaun yang telah diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan daripada November 2021 hingga April 2022 adalah sebanyak RM2 bilion.
Untuk makluman Dewan juga, semua peminjam PTPTN diwajibkan untuk membuka akaun SSPN dan langkah menarik minat untuk menyimpan dalam SSPN ini kita di peringkat PTPTN telah mengadakan kerjasama. Antara kerjasama yang telah dilaksanakan adalah dengan kerajaan negeri melalui insentif kelahiran bayi baharu dan sebanyak tujuh negeri telah PTPTN buat perbincangan iaitu negeri Perak, Terengganu, Melaka, Johor, Kedah, Sabah dan terakhir adalah di Selangor. Yang Berhormat Tumpat juga ada bertanya mengenai jumlah biasiswa yang ditawarkan termasuk doktor falsafah. Penawaran biasiswa di peringkat PhD dilaksanakan melalui Program SLAB dan Program SLAI dan Hadiah Latihan Persekutuan serta MyBrainSc. Jumlah biasiswa ditawarkan di peringkat PhD dari tahun 2015 hingga tahun 2021 adalah seramai jumlah penerima biasiswa adalah seramai 7,765 orang dan bidang pengajian adalah pelbagai meliputi sastera, ekonomi, perubatan, kesihatan, sains tulen dan kejuruteraan dan sebanyak 200 kuota diperuntukkan bagi HLP setiap tahun. Mengenai Jawatankuasa Saringan Awal Silibus. Universiti awam melalui Mesyuarat Saringan Awal yang mana panelnya terdiri daripada TalentCorp, Ilmiah, MIDA, JPA, MDEC, MQA dan badan profesional memastikan program yang dipohon adalah memenuhi keperluan industri dalam negara dan critical occupation list di ambil kira dalam permohonan bantuan baharu dan semakan semula program yang diadakan secara berkala bagi tempoh tiga tahun. Inisiatif EXCEL pula ada empat teras utama iaitu Industry Driven Experiential Learning (IDEAL), Community Resilience Experiential Learning (CARE), Research Infused Experiential Learning (REAL) dan Personalised Experiential Learning (POISE). Yang Berhormat Batu Gajah juga ada bertanya mengenai IPTS yang “gulung tikar”. Untuk makluman Yang Berhormat Batu Gajah, dia ada membangkitkan mengenai jangkaan sebanyak 10 peratus. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memastikan IPTS terus berdaya saing seterusnya dapat mengatasi isu IPTS yang ditutup pada tahun yang mendatang. Antara inisiatif yang dilaksanakan oleh kementerian adalah dengan menubuhkan satu jawatankuasa pemudah cara IPTS ini sebagai satu industri yang dinamakan PEMUDAH IPTS. Ia adalah terdiri daripada pegawai kementerian, government bodies dan juga pihak-pihak industri. Ia bertindak sebagai satu pasukan untuk penyelaras pelaksanaan pelan intervensi strategik yang merentasi kementerian dan agensi dan kita melalui— ada presentation kepada EAC dan IPTS telah dipersetujukan sebagai satu sektor ekonomi paling penting dan berdaya saing sebagai industri yang kompetitif di peringkat global. PEMUDAH IPTS apabila mesyuarat beberapa kali telah mengemukakan 37 inisiatif yang telah dipersetujui secara bersama. Daripada 37 inisiatif tersebut, tujuh dikategorikan sebagai quick win, 13 inisiatif short-term, 17 pula inisiatif long-term. Penambahbaikan kepada dasar, kriteria dan proses ini melibatkan agensi lain juga seperti MQA dan PTPTN. Mengenai cadangan Yang Berhormat untuk program-program pengajian tinggi ini untuk di-offer atau ditawarkan oleh Ahli-ahli Parlimen sebagai usaha lifelong learning. Memang Yang Berhormat dalam usaha untuk menggalakkan lifelong learning ataupun pembelajaran sepanjang hayat termasuk Ahli-ahli Parlimen, pegawai-pegawai kerajaan. Melalui MQA ini ada MQA tawarkan satu program dinamakan APEL. APEL ini adalah APEL.A dan juga APEL.Q. APEL.A ini Yang Berhormat adalah bertujuan untuk kemasukan ke program pengajian tinggi mengikut tahap dan sijil hingga ke ijazah kedoktoran. APEL.Q pula bertujuan penganugerahan kelayakan di mana pengalaman calon ataupun pengalaman calon sebelum ini memenuhi keperluan program pengajian hingga dianugerahkan kelayakan akademi. Buat masa ini untuk maklumat Yang Berhormat, lima institusi ditawarkan APEL.Q yang melibatkan 12 program pengajian termasuk MQA dan JPA. Saya mengambil kesempatan ini untuk membuat promosi mengenai APEL ini kepada Ahli-ahli Parlimen. Jadi, Ahli-ahli Parlimen bolehlah mengikuti. Silakan Yang Berhormat.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Oleh kerana kesuntukan masa bagi kementerian ini, memang banyak perkara sebenarnya yang perlu dibangkitkan. Saya sebenarnya tadi mengharapkan agar Menteri
boleh prioritize sikit isu-isu penting yang dibangkitkan dan kemudiannya lain-lain itu bolehlah jawab secara bertulis. Walaupun begitu, saya ingin bertanya mengenai soalan saya berkait dengan daripada mana Kementerian Pengajian Tinggi ini mendapat panduan, apa sektor-sektor khusus yang sepatutnya diberi tumpuan oleh kementerian ini untuk membantu dalam pertumbuhan ekonomi negara kita. Saya memberi contoh negara jiran seperti Singapura yang mengenal pasti teknologi kuantum sebagai satu area dengan izin, yang diberi pengkhususan yang menyumbang secara langsung dalam pertumbuhan ekonomi dalam negara mereka. Di Malaysia, kita ada electronic and electrical semiconductor dan sebagainya. Tidakkah EPU contohnya memberi pandangan kepada KPT untuk memberi fokus? Ini kerana kita mempunyai peruntukan atau sumber yang terhad. Kita perlu bersaing di peringkat antarabangsa. Tidakkah boleh itu yang dilakukan oleh kementerian selain daripada cuba melakukan segala benda. Saya lihat dalam buku bajet ini ada enam universiti yang peranannya sama sahaja. Word-by-word sama. Takkanlah sampai macam itu sekali kita membuat secara terlalu umum. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, Baling sekejap sahaja.
Tuan Pengerusi, tambah masa 10 minit.
Yang Berhormat Baling.
Terima kasih, Tuan Pengerusi, saya menyambut baik inisiatif pendidikan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi yang telah mengambil berkaitan dengan Yang Berhormat sebut tadi iaitu pendekatan pendidikan fleksibel kementerian iaitu melalui APEL.A dan APEL.C dan sebagainya termasuk Majlis TVET Negara, pendahuluan JITC, PTPTN sedia membantu, Skim Simpanan Pendidikan Nasional membantu ibu dan ayah serta waris. Saya menyambut baik. Pada hari ini saya juga menyebutkan serta menyentuh tadi berkaitan dengan pelajar-pelajar di kawasan luar bandar yang tercicir. I was mentioning about second plan. Pelan kedua. Hari ini kalau kita tengok dalam kolej-kolej komuniti, terlalu ramai anak gadis yang masuk belajar di sana. Saya melihat ada kekurangan dan jurang di mana anak-anak muda lelaki yang dengan izin, drop out daripada sekolah ini memang mereka minta tambah bidang-bidang kursus media dan teknologi maklumat untuk mereka belajar— peminat-peminat graphic designer dan mereka hendak berniaga online dan sebagainya di kawasan luar bandar. Mereka boleh mempromosikan.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] Jadi saya mohon agar Yang Berhormat Menteri, hari ini Yang Berhormat Menteri Kewangan ada. Yang Berhormat Menteri Kewangan mendengar dan Yang Berhormat Menteri Kewangan tahu. Yang Berhormat Menteri Kewangan seorang yang bijaksana, yang boleh mendengar nadi denyutan rakyat di bawah sana boleh tambah peruntukan kepada Kementerian Pengajian Tinggi ini. Jadi, saya minta sebuah bas untuk Baling tadi. Kolej komuniti kami hendak satu buah bas. Kalau tidak cukup bajet, saya percaya Yang Berhormat Menteri Kewangan akan bagi kelulusan khas untuk rakyat Baling yang marhaen ini.
Yang Berhormat, 10 minit boleh?
Boleh.
10 minit, ya?
Boleh, boleh.
Terima kasih.
Saya menyambut baik apa cadangan Yang Berhormat Jerlun nyatakan tadi. Sudah semestinya kita mahukan yang terbaik untuk universiti dan juga graduan-graduan yang bakal dilahirkan oleh universiti-universiti ini. Oleh sebab itulah di Kementerian Pengajian Tinggi sekarang ini untuk maklumat Yang Berhormat, di Dubai tengah mengadakan Expo Dubai. Bermaksud sesetengah universiti yang berminat telah berada di sana untuk membuat MoU untuk memperkenalkan universiti kita dan membuat kerjasama bersama dengan universiti-universiti dari luar. Kita juga maklum mengenai beberapa perkara seperti yang dibagi contoh oleh Yang Berhormat Jerlun. Bagaimana Singapura ke hadapan kalau kita bandingkan dengan kita. Akan tetapi untuk makluman Yang Berhormat juga, kita sentiasa membuat libat urus bersama dengan industri dan platform seperti Majlis TVET Negara. Kita gunakan sebaik mungkin. Bermaksud di bawah Majlis TVET Negara, ada subkomiti yang kita namakan Jawatankuasa Bersama Dengan Industri yang dipengerusikan sendiri oleh seorang tokoh industri terkenal dan dia menjalankan peranan sebagai penasihat kepada industri dan dia duduk berbincang. Jawatankuasa ini berbincang dan akhirnya akan mencadangkan kepada pihak universiti dan juga kerajaan, apakah jenis permintaan dari segi apa jenis pelajar-pelajar yang diperlukan di masa hadapan. Government-Industry TVET Coordination Body ini kita gunakan di bawah Majlis TVET Negara ini sebagai penasihat dan memberi tunjuk ajar kepada kita dalam kita hendak mengetahui bidang apakah yang penting untuk KPT dan melalui IPT-IPT ini, fokuskan agar seperti kebolehpasaran itu akan bertambah dan sebagainya. Yang lain-lain saya akan jawab secara bertulis Yang Berhormat Jerlun. Mengenai Yang Berhormat Batu Gajah, bangkitkan isu mengenai ijazah palsu. Bagi mengekang kes- kes kelulusan akademik palsu, KPT telah mengambil pelbagai inisiatif yang mencakupi langkah-langkah pemantauan dan pencegahan serta tindakan bersifat positif, punitif. Antaranya bekerjasama dengan SKMM bagi menyekat akses ke laman sesawang yang disyaki menawarkan atau menjual sijil palsu, perkongsian maklumat dan risikan dengan agensi penguatkuasaan lain, memberi penerangan daripada semasa ke semasa kepada masyarakat untuk meningkatkan kesedaran semakan status program melalui MQA dan menggalakkan penggunaan teknologi dan ciri-ciri keselamatan terkini bagi menjamin ketulenan sijil dan lain-lain. Lain-lain, promosi menggalakkan kemasukan pelajar antarabangsa pula adalah- dalam melaksanakan promosi ini, beberapa perkara yang kita telah laksanakan iaitu Program Virtual Mobility. Seperti saya nyatakan tadi kepada Yang Berhormat Jerlun, ada satu Program Expo 2020 Dubai di mana KPT turut mempromosikan pendidikan tinggi di Dubai dan KPT melalui pegawai-pegawai ataupun pejabat-pejabat education Malaysia di luar negara turut melaksanakan aktiviti-aktiviti promosi bagi menarik minat pelajar antarabangsa. Dan yang lain-lain, jenis-jenis promosi juga saya akan maklumkan secara bertulis kepada Yang Berhormat Batu Gajah. Yang Berhormat Baling, mengenai program baru TVET. Bagi mendukung, ini kita menjawab secara bertulislah Yang Berhormat Baling.
Terima kasih. Harap-harap dapatlah tambah bidang.
Ya lah. Yang itu kita akan pertimbangkan dan kita akan buat discussion di peringkat JPPKK untuk melihat bidang-bidang tambahan seperti yang telah dimaklumkan oleh Yang Berhormat Baling.
Jerai, Jerai. Tengok MyBRAIN.
Ya, Yang Berhormat Jerai tadi pun saya ada maklumkan mengenai program MyBRAIN.
Yang Berhormat Menteri, kalau boleh Yang Berhormat Menteri, libatkan semua Ahli Parlimen sebagai
stakeholder dengan Ketua Pengarah kah dan sebagainya. Boleh kita bincang, baru kita boleh jelaskan apa keperluan masing-masing di kawasan masing-masing untuk pemudahcarakan Yang Berhormat Menteri.
Boleh, boleh. Itu kita akan laksanakan dan saya boleh aturkan semua Ahli-ahli Parlimen untuk buat engagement bersama dengan JPPKK dalam masa terdekat. Sebab kita Parliament session, Dewan Rakyat pun hendak habis. Akan tetapi saya rasa saya tiada masalah untuk memanjangkan permohonan ini kepada semua Ahli-ahli Parlimen. Permohonan untuk pindahkan ke bangunan baru, sekiranya memenuhi syarat. Tetapi insya-Allah, Yang Berhormat Menteri Kewangan pun ada dengan kita dan pertimbangkan di dalam Rolling Plan yang akan datang.
Yang Berhormat Menteri Kewangan angguk kepala tadi. Dia lulus untuk Baling, insya-Allah.
Mengenai, banyak Yang Berhormat Baling tanya ini tetapi yang lain-lain saya jawab bertulis. Akan tetapi untuk minta bas itu, sekiranya terdapat keperluan lah. Nanti kita akan buat siasatan, JPPKK akan membuat permohonan itu dilaksanakan mengikut prosedur untuk mengatasi isu keperluan bas.
Yang Berhormat Menteri Kewangan, bas murah sahaja Yang Berhormat Menteri Kewangan. Baling ini, bagilah hadiah kepada Baling.
Akan tetapi sementara ini kolej komuniti ada sewa bas untuk penggunaan kakitangan dan juga pelajar. Yang Berhormat Kuala Kedah, sebenarnya ada celahan daripada Yang Berhormat Ipoh Timur. Yang Berhormat Ipoh Timur ada? Okey. Mengenai PJJ yang USM itu ya, Yang Berhormat Ipoh Timur. Yang itu Yang Berhormat Kuala Kedah pun ada, pernah membangkitkan isu yang sama. Sebenarnya, segala cadangan itu telah disuarakan melalui satu Mesyuarat Senat. Satu badan kebijaksanaan tertinggi daripada universiti yang melihat hal ehwal berkaitan akademik USM. Akan tetapi untuk makluman semua juga, USM melalui Mesyuarat Senat yang ke- 272 yang telah dibuat pada 25 November telah membuat keputusan agar status PPPJJ ini kekal setakat ini. Jadinya, tidak ada penutupan. Tidak ada apa. Dengan agenda nasional melalui pemerkasaan, akan diperkasakan melalui transformasi dalaman dengan mengadaptasi pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian dengan lebih meluas, inclusive kepada golongan B40. Jadinya jangan risau mengenai isu ini. Sebab memang ketika itu banyak pendapat yang telah dikeluarkan dan saya juga setuju dengan Yang Berhormat Ipoh Timur. Dimaklumkan PJJ USM ini antara yang tertua sekali. PJJ yang tertua kerana itulah kita telah discuss. Pihak Ketua Pengarah dan juga pihak KPT telah membuat perbincangan bersama USM dan dalam Mesyuarat Senat. Sebab ia diputuskan dalam Mesyuarat Senat yang terdiri daripada pakar-pakar daripada universiti itu sendiri. Akan tetapi dia cuma ada hendak tambah baik mengenai perkara berkenaan.
Yang Berhormat Menteri, mungkin Yang Berhormat Menteri tidak sempat untuk menjawab persoalan saya. Masa tidak mencukupi. Cuma permintaan saya, kalau boleh memberi satu ulasan jawapan bertulis, permintaan saya mengenai geran RM20 juta, RM25 juta yang diberikan oleh kerajaan kepada AIMST. Kita pun terkejut. Perkara ini kita tidak diketahui, tidak dilaporkan di mana-mana. Tidak ada sebarang kenyataan akaun dan sebagainya. Cuma saya hendak tanya, bagaimana wang itu dibelanjakan, berapakah penuntut-penuntut yang mendapat manfaat daripada geran itu. Kalau boleh beri penjelasan dan permintaan saya supaya perkara itu dipantau. Maklumlah, saya tidak mahu mengulangi isu MITRA dan sebagainya. Kita cuma mahu wang itu digunakan supaya penuntut-penuntut mendapat manfaat daripada geran tersebut. Terima kasih.
Saya setuju dengan apa yang Yang Berhormat Jelutong nyatakan tadi. Sudah semestinya sekiranya peruntukan itu ada dan diperuntukkan kepada universiti yang berkenaan. Sudah semestinya pemantauan itu akan dibuat di peringkat KPT dan kita akan, untuk makluman. Akan tetapi saya akan menjawab secara bertulis juga berkaitan perkara itu.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Cuma permintaan saya satu lagi, jangan benarkan MIC untuk sabotaj. Terima kasih.
[Dewan riuh]
[Bangun]
Yang Berhormat Menteri, last sekali kes Amira itu.
Ya, ya. Kes Amira itu, terima kasih Yang Berhormat Bangi kerana sentiasa prihatin dan telah membawa kepada saya isu mengenai Amira berkenaan dengan isu bukan isulah, musibah yang dihadapi oleh saudari Amira ini. Pihak PPUM telah memberi diskaun kepada dia dan kita telah merujuk kepada UKM sebab memandangkan dia masih lagi attached dengan UKM dan alhamdulillah UKM melalui zakat akan membayar dan settle-kan semua bayaran yang tertunggak di PPUM. Ini untuk makluman Yang Berhormat Bangi. Terima kasih banyak.
Terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih banyak.
Yang Berhormat Menteri, Papar, Papar. Walaupun mencelah tetapi kalau dapat dijawab oral pun boleh.
Kolej Komuniti Papar, setelah dibangunkan dan statusnya nanti saya beri secara bertulislah ya, Yang Berhormat.
Okey, okey.
Itu sahaja sedikit sebanyak yang dapat saya katakan. Sebenarnya banyak lagi isu yang telah dibangkitkan dan saya akan jawab secara bertulis kepada setiap seorang daripada Ahli-ahli Parlimen yang telah membangkitkan isu berkaitan Pengajian Tinggi. Terima kasih banyak semua Ahli Parlimen.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dengan itu, tamatlah perbahasan dan jawapan Menteri bagi peringkat Jawatankuasa untuk Kementerian Pengajian Tinggi. Ahli-ahli Yang Berhormat semua, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM11,546,744,200 untuk Kepala B.64 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2022 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.64 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Masalahnya seterusnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.64 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2022 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.64 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [Fasal 1 hingga 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang]
Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan bahawa rang undang-undang ini dimaklumkan kepada Majlis sekarang.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat semua, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2022 dimaklumkan kepada Majlis sekarang. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang Undang-undang Perbekalan 2022 dimaklumkan kepada Majlis sekarang]
Tuan Yang di-Pertua, bukan sebulat suara. Ada yang berkecuali, jadi perkataan yang hendak digunakan, ‘Lebih suara bersetuju’ bukan ‘sebulat suara’.
[Dewan riuh]
Baik, lebih suara bersetuju. Ahli-ahli Yang Berhormat semua, masalahnya ialah bahawa usul di atas nama Yang Berhormat Menteri Kewangan di dalam Aturan Urusan Mesyuarat hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]
[Usul Anggaran Pembangunan 2022 dimaklumkan kepada Majlis sekarang]
[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
MoU bukan CSA ya, mana siapa cakap.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-undang bernama Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2022 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu bagi perkhidmatan bagi tahun itu telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan dipersetujukan dengan pindaan. Saya mohon mencadangkan bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Ada yang menyokong?
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong sepenuhnya. [Dewan riuh]
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kanan. Yang Berhormat semua, masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]
UsulMotion
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan iaitu Jawatankuasa telah menimbangkan Usul yang diedarkan kepadanya dan bersetuju dengan Usul itu. Saya mencadangkan: "Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari tujuh puluh tujuh bilion dan enam ratus
juta ringgit (RM77,600,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2022, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2022, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 32 Tahun 2021, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut."
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada yang menyokong?
Tuan Yang di- Pertua, saya juga mohon menyokong sepenuhnya.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kanan. [Tepuk]
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Usul Menteri Kewangan, yang berbunyi; "Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari tujuh puluh tujuh bilion dan enam ratus juta ringgit (RM77,600,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2022, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2022, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 32 Tahun 2021, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut." Hendaklah disahkan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]
Ahli-ahli Yang Berhormat, maka Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Selasa, 14 Disember 2021. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.58 petang]
Kamar KhasSpecial Chamber
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Isu Kelewatan Pembayaran Gaji kepada Pengawal Keselamatan Sekolah di bawah Wira Corps Security (M) Sdn. Bhd.Special Chamber
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Seramai 40 orang pengawal keselamatan sekolah yang diupah oleh Wira Corps Security (M) Sdn. Bhd. tidak dibayar gaji selama dua bulan sehingga aduan dibuat. Sekolah-sekolah yang terlibat tersebut terletak di Kawasan Parlimen Gopeng dan termasuklah:
(i) Sekolah Kebangsaan Pos Raya;
(ii) Sekolah Kebangsaan Rapat Jaya;
(iii) Sekolah Kebangsaan Rapat Setia;
(iv) Sekolah Kebangsaan Simpang Pulai;
(v) Sekolah Kebangsaan Sungai Rapat;
(vi) Sekolah Kebangsaan Sungai Raya;
(vii) Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam;
(viii) Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu; dan
(ix) Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat.
Kelewatan membayar gaji telah menyusahkan pengawal keselamatan, di samping menjejaskan keselamatan di sekolah-sekolah berkenaan.
Bagaimanakah Kementerian Pendidikan Malaysia boleh menjamin perkara sedemikian tidak berulang? Apakah asas Kementerian Pendidikan Malaysia memberi kontrak tersebut kepada syarikat Wira Corps Security (M) Sdn. Bhd?
Berapakah jumlah perbelanjaan Kementerian Pendidikan Malaysia atas perkhidmatan yang diberikan oleh Wira Corps Security (M) Sdn Bhd?
Apakah bilangan sekolah di mana pengawalan keselamatan sekolah diuruskan oleh Wira Corps Security (M) Sdn Bhd di negeri Perak dan di seluruh negara? Adakah kementerian menjalankan penilaian prestasi atas syarikat tersebut dan sekiranya ada, apakah keputusan penilaian tersebut. Sekian. Terima kasih.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Yang Berhormat Gopeng.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa memastikan setiap kontrak yang diberikan kepada syarikat perkhidmatan kawalan keselamatan memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh Kerajaan. Dalam hal ini, Wira Corps Security (M) Sdn.
Bhd. telah dilantik untuk memberikan perkhidmatan kawalan keselamatan di 22 buah premis pendidikan di Perak yang melibatkan 88 orang pengawal keselamatan.
Secara keseluruhan, Wira Corps Security (M) Sdn. Bhd. menguruskan 54 buah premis pendidikan di seluruh negara yang melibatkan 225 pekerja keselamatan dengan nilai kontrak berjumlah RM19,068,149.00. Asas pemilihan dan pelantikan Syarikat Wira Corps Security (M) Sdn. Bhd. adalah berdasarkan kriteria seperti berikut:
(i) mendapat markah penilaian teknikal dan kewangan yang tinggi dan melepasi markah minimum yang ditetapkan;
(ii) syarikat menawarkan harga antara yang terendah dan berada dalam julat harga yang diterima;
(iii) mempunyai alamat cawangan dalam lokaliti negeri; dan
(iv) memperoleh markah prestasi bagi kerja semasa melepasi markah minimum yang ditetapkan.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan penilaian prestasi terhadap semua Syarikat Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (PKK) secara berkala bagi memastikan syarikat yang dilantik mematuhi terma-terma dan syarat-syarat yang telah ditetapkan di dalam dokumen kontrak atau arahan- arahan lain kementerian yang berkuat kuasa.
Penilaian dilaksanakan oleh pentadbir premis iaitu sekolah selaku penerima perkhidmatan dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) selaku Pusat Tanggungjawab. Prestasi syarikat perkhidmatan kawalan keselamatan dinilai berdasarkan kriteria berikut:
(i) kehadiran pengawal keselamatan;
(ii) kawalan keluar masuk orang awam;
(iii) kawalan dan rondaan;
(iv) kelengkapan peralatan;
(v) pengurusan dengan pentadbir premis; dan
(vi) tahap responsif syarikat terhadap teguran pentadbir premis.
Penilaian prestasi syarikat tidak melibatkan kriteria pembayaran gaji pekerja memandangkan perkara ini tertakluk di bawah seksyen 19, Akta Kerja 1955 iaitu pembayaran gaji tidak melebihi tujuh hari dari tempoh upah. Laporan Penilaian Prestasi Syarikat Wira Corps Security (M) Sdn. Bhd. bagi tahun 2021 mengikut zon adalah seperti berikut:
(i) Zon Kinta Utara 1 dengan markah purata 78.37 peratus iaitu dalam kategori sederhana;
(ii) Zon Batang Padang 4 dengan markah purata 83.43 peratus iaitu dalam kategori baik;
(iii) Zon Perlis 4 dengan markah purata 86.68 peratus iaitu dalam kategori baik;
(iv) Zon Timur Laut 1 dengan markah purata 80.71 peratus iaitu dalam kategori baik;
(v) Zon Port Dickson 2 dengan markah purata 88.89 peratus iaitu dalam kategori baik; dan
(vi) Zon Julau 1 dengan markah purata 84.35 peratus iaitu dalam kategori baik.
Tuan Yang di-Pertua, secara keseluruhannya, prestasi Syarikat Wira Corps Security (M) Sdn. Bhd. adalah dalam kategori baik bagi hampir kesemua zon sepanjang tahun 2021. Namun, prestasi perkhidmatan syarikat bagi sekolah- sekolah di Zon Kinta Utara 1 adalah dalam kategori sederhana dan didapati mulai merosot pada bulan Julai sehingga Oktober 2021.
Berdasarkan laporan prestasi bulanan, markah prestasi mulai menurun disebabkan oleh ketidakhadiran sepenuhnya pengawal keselamatan, ekoran kegagalan pihak syarikat membayar gaji. Perkara ini juga memberi kesan kepada tahap kualiti kawalan dan rondaan, pengurusan dengan pentadbir premis dan tahap responsif syarikat yang kurang terhadap teguran pentadbir premis.
KPM memberi perhatian serius terhadap isu kebajikan pengawal keselamatan dan sentiasa memantau serta memastikan bahawa syarikat perkhidmatan kawalan keselamatan sentiasa mematuhi sebarang dasar kerajaan serta kontrak yang dimeterai antara pihak syarikat dengan pihak kerajaan. Untuk itu, KPM telah mengambil inisiatif awal dan mengemukakan cadangan tindakan yang boleh diambil oleh Jabatan Pendidikan Negeri kepada syarikat sekiranya berlaku sebarang pelanggaran klausa di dalam dokumen perjanjian.
Selaras dengan peruntukan di dalam dokumen perjanjian, sebarang ketidakpatuhan terhadap skop perkhidmatan membolehkan syarikat dikenakan denda dan seterusnya diberikan notis kemungkiran sebelum boleh ditamatkan kontrak. Dalam hal ini, KPM telah mengeluarkan surat peringatan dan membuat pemotongan bayaran kepada pihak syarikat kerana ketidakpatuhan terhadap skop perkhidmatan di dalam dokumen perjanjian. KPM juga melaksanakan lawatan pemantauan secara berkala bagi memastikan obligasi kontrak dilaksanakan oleh syarikat sepanjang tempoh kontrak. Sekian dan terima kasih.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Pembinaan Kuarters Bomba Baharu di Daerah Hulu SelangorSpecial Chamber
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pasukan Bomba dan Penyelamat memainkan peranan yang kritikal di negara kita. Daripada kes kemalangan, bencana, kebakaran, malah khidmat sosial juga pihak bomba bersedia berkhidmat untuk masyarakat. Perkhidmatan Pasukan Bomba dan Penyelamat amat penting dalam menjaga keselamatan orang awam, sehingga ada ketikanya mereka turut berhadapan dengan risiko maut. Pendek kata, mereka ini memikul tanggungjawab yang berat dalam memastikan kesejahteraan rakyat.
Daerah Hulu Selangor telah menerima sebuah balai bomba baharu iaitu Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Sentosa yang telah mula beroperasi secara rasmi sejak 8 Julai 2019. Namun begitu, balai bomba ini tidak dilengkapi dengan kuarters penginapan bomba. Hulu Selangor mohon maklum balas kementerian, berapa ramaikah anggota bomba yang bertugas di balai bomba sedia ada di daerah ini? Berapakah kapasiti kuarters penginapan yang sedia ada di daerah ini? Adakah jumlah ini mencukupi dan adakah pihak kementerian bercadang untuk menambah anggota yang bertugas di daerah ini?
Selain itu, Hulu Selangor mencadangkan agar pihak kementerian dapat mempertimbangkan untuk pembinaan kuarters bomba baharu di daerah ini.
Cadangan ini bagi menjaga kebajikan serta memastikan pegawai dan anggota bomba yang bertugas mempunyai kediaman yang baik dan selesa. Kemudahan kuarters penginapan ini merupakan satu keperluan penting untuk anggota bomba, lebih-lebih lagi dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.
Dengan adanya kuarters ini, ia dapat meringankan beban buat anggota bomba kita.
Pembinaan kuarters bomba yang baharu dicadangkan agar dibina di lot bersebelahan Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Sentosa. Dengan pembinaan kuarters baharu ini, ia akan dapat menampung keperluan kuarters untuk anggota bomba yang terhad di daerah ini. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Keluarga Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Hulu Selangor.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
(KPKT) melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ingin menzahirkan ucapan ribuan terima kasih di atas keprihatinan Ahli Yang Berhormat berhubung isu kebajikan anggota bomba yang bertugas di daerah Hulu Selangor.
Kementerian ini juga bersetuju dan tidak menafikan bahawa penyediaan kuarters secara langsung dapat memberikan keselesaan serta meringankan beban di kalangan anggota bomba.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di Daerah Hulu Selangor pada masa ini terdapat dua buah Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) yang sedang beroperasi seperti berikut:
|Bil.| Nama Balai Bomba |Kategori|Jumlah Keanggotaan| |---:|--------------------|--------|-----------------:| | 1|BBP Kuala Kubu Bharu|C | 29| | 2|BBP Bukit Sentosa |C | 33|
Secara keseluruhannya, terdapat seramai 62 orang anggota bomba yang sedang bertugas di Daerah Hulu Selangor dan perjawatan yang belum diisi adalah sebanyak lima jawatan. Oleh yang demikian, sebarang pertambahan keanggotaan akan sentiasa dikaji secara berterusan berdasarkan keperluan serta keutamaan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, pada masa ini kemudahan kuarters bagi anggota bomba di daerah Hulu Selangor terdapat di Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dengan bilangan sebanyak empat unit kuarters jenis rumah teres. Pada masa yang sama, keperluan bagi kuarters ini juga ditampung oleh Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah di Kuala Kubu Bharu yang memiliki 10 unit jenis rumah teres dan enam buah blok pangsapuri dengan 56 unit rumah.
Jarak bagi balai bomba Wilayah Tengah ini dengan Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu hanyalah 2.6 kilometer. Manakala dengan Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Sentosa pula adalah sejauh 28 kilometer.
Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan kepada penilaian yang terkini dan faktor kedudukannya yang strategik di dalam daerah negeri Selangor, kementerian melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sedang dalam perancangan untuk membina sebuah lagi balai bomba berserta kuarters di kawasan Kota Kemuning, Shah Alam bagi menampung keperluan semasa melibatkan anggota bomba yang bertugas di dalam atau di luar daerah tersebut.
Permohonan bagi pembinaan balai dan kuarters ini akan dimasukkan di dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) Rolling Plan Ketiga (RP3) tahun 2023.
Pada masa yang sama juga, pihak kementerian melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menyambut baik hasrat serta cadangan Ahli Yang Berhormat bagi membina kuarters di atas tapak bersebelahan dengan Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Sentosa. Kementerian akan sentiasa memberi perhatian sewajarnya seandainya masih terdapat keperluan mendesak bagi mendapatkan kuarters atau tidak mencukupi pada masa yang akan datang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan itu. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi ucapan di bawah usul berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan Peraturan Mesyuarat 17 pada hari ini.
Kamar Khas — Usul Menangguhkan Mesyuarat Di Bawah P.M. 18(1) — Isu Pengambilan Tanah di Kampung Sungai Baru, Kampong BharuSpecial Chamber
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Usul yang saya bawa di bawah 18(1) dan 18(2) telah pun saya bacakan tadi.
Boleh baca sekali lagi?
Hendak kena baca sekali lagi? Okey, habislah masa aku panjang hendak hujah.
[Ketawa] Okey.
Rumuskan.
Tuan Yang di-Pertua. Saya memohon mengemukakan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan 18(2) seperti berikut, bahawa saya diberi kebenaran merunding perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendak disegerakan iaitu bagi berunding isu pengambilan tanah di Kampung Sungai Baru, Kampong Bharu Kuala Lumpur oleh kerajaan untuk tujuan pembangunan semula oleh pemaju swasta. Isu ini adalah perkara tertentu kerana ia khusus melibatkan tindakan kerajaan menggunakan peruntukan Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk mengambil tanah pemilik tanah Kampung Sungai Baru bagi tujuan pembangunan semula oleh pemaju swasta.
Perkara ini melibatkan kepentingan ramai kerana ini melibatkan pengambilan tanah pemilik tanah Kampung Sungai Baru, Kampong Bharu Kuala Lumpur yang telah memiliki dan menduduki tanah tersebut sejak beberapa generasi. Perkara ini perlu disegerakan kerana sehingga sekarang, pemilik tanah telah diberikan notis siasatan oleh Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan dan telah melalui satu proses siasatan. Pemilik tanah merasakan tekanan yang dahsyat dengan tindakan kerajaan menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 pada waktu pandemik COVID-19 untuk mengambil tanah mereka untuk dimajukan oleh pemaju swasta.
Tindakan ini perlu dihentikan segera demi kepentingan pemilik tanah dan penduduk sekitar yang akan terkesan secara langsung atau tidak langsung dalam proses pengambilan tanah dan pembangunan semula ini. Saya percaya bahawa isu ini adalah berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendak disegerakan, selari dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat 18(1) dan 18(2).
Terima kasih. Saya mula berhujah.
Saya bagi petua dahulu. Yang Berhormat, Malaysia menurut keputusan yang telah dibuat pada hari ini. Satu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) telah dibenarkan untuk dirundingkan. Saya benarkan ucapan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat keseluruhan tiga orang selama 30 minit. Kemudian Yang Berhormat Menteri menjawab selama 30 minit. Jadi, saya dimaklumkan ada tiga orang pembahas yang telah didaftarkan kepada saya:
(i) Yang Berhormat Shah Alam;
(ii) Yang Berhormat Lembah Pantai; dan
(iii) Yang Berhormat Sri Gading Jadi, dalam tempoh 30 minit itu, mungkin saya jangkakan bermula dengan Yang Berhormat Shah Alam. Mungkin sekitar 15 minit kemudian tujuh minit.
[Merujuk kepada Yang Berhormat Lembah Pantai] Tujuh minit. [Merujuk kepada Yang Berhormat Sri Gading]. Lebih kurang begitu. Jadi, saya mempersilakan Yang Berhormat Shah Alam untuk memulakannya.
Terima kasih.
Berapa minit?
15 minit.
Total 30 minit.
Menteri menjawab 30 minit.
Kita ada tiga orang, bagilah sejam. Yang Berhormat Menteri pun setuju.
[Ketawa]
Cakap dahulu.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim.
[Membaca selawat] Pada mulanya saya ingin menjelaskan bahawa pihak kami semua setuju, perlunya pembangunan semula bandar. (urban redevelopment) Ini kerana, kawasan-kawasan yang telah lama, yang sudah tidak sesuai yang perlu dibangunkan kembali adalah merupakan satu keperluan. Di mana-mana bandar raya pun ia berlaku.
Akan tetapi, apa yang kita hendak tegaskan ialah bahawa tugas kerajaan adalah untuk menentukan bahawa golongan yang susah, golongan marhaen tidak diambil kesempatan oleh pemaju apabila dilakukan urban redevelopment ini kerana biasanya apabila dilakukan urban redevelopment ataupun pembangunan semula bandar raya ataupun kawasan bandar itu.
Kawasan-kawasan yang dibangunkan kembali adalah kawasan-kawasan yang diduduki oleh golongan yang susah, bukan golongan yang duduk dalam kondominium yang sudah 40 tingkat dan 30 tingkat dan sebagainya. Oleh kerana itu, mereka merupakan golongan yang lemah yang apabila didatangi oleh pemaju yang banyak duit, mereka boleh kalau tidak dilindungi kepentingan mereka, akan diambil kesempatan. Oleh sebab itu, kerajaan mesti faham peranannya.
Pertama, dia kena tentukan bahawa terma yang diberikan oleh pemaju tidak berat sebelah dan kepentingan pemilik adalah sentiasa dijaga. Kedua, harga yang munasabah dan adil. Ini, walaupun kita serah kepada rundingan, antara golongan pemaju dengan pemilik tetapi kita kena faham ia merupakan rundingan yang tidak setara. Ini kerana, golongan yang susah berhadapan dengan pemaju yang kaya-raya.
Oleh sebab itu, kerajaan mesti memantau untuk menjaga kepentingan golongan yang lemah itu. Lebih-lebih lagi Tuan Yang di-Pertua, sekiranya golongan ini adalah golongan bumiputera, orang Melayu kita yang hidup di dalam bandar yang sudah tidak ramai. Sudahlah tidak ramai, apabila didatangi dengan pemaju dan sebagainya maka mereka boleh diambil kesempatan. Jadi sayurlah
bagi pemaju. Saya tidak mahu politikkan isu ini tetapi ingin ia diurus dengan baik, win-win yang sebenar.
Dahulu saya dituduh broker, hendak halau Melayu dari bandar, dituntut harga 3,000 sekaki persegi. Ini semua mainan politik yang songsang dan tidak bertanggungjawab. Saya tidak mahu buat kerja-kerja macam itu. Ini bukan cara kita. Saya tahu Kampung Sungai Baru bukan dalam kawasan Malay Agricultural Settlement (MAS). Akan tetapi, ia tetap berhampiran dengan kawasan segi tiga emas (golden triangle) Kuala Lumpur dan tidak mempunyai sekatan-sekatan seperti MAS. Kalau MAS, dia punya sekatan cukup berat.
Hanya boleh dimiliki oleh orang Melayu, malahan yang hendak sewa pun kena orang Melayu. Hendak sewa rumah, bangunan dalam kawasan MAS pun mesti orang Melayu. Itu sekatan-sekatan yang cukup berat. Akan tetapi, yang kurangnya ialah ia bersifat leasehold. Namun, oleh sebab tidak ada sekatan- sekatan yang seberat- maka harganya tetap semestinya dalam lingkungan RM850 hingga RM1,000 sekaki persegi seperti yang ditawarkan saya dahulu untuk kawasan MAS. Ini kerana, ia ada pro and con…
Penjelasan...
Eh! Tidak boleh...
[Dewan riuh]
Yang Berhormat Menteri belum boleh lagi. Belum, kita habiskan dahulu.
Yang Berhormat, tunggulah dulu. Biar saya habiskan dahulu.
Mana boleh mencelah Yang Berhormat Menteri. Duduk dahulu.
Relaks dahulu. Ada 30 minit.
[Ketawa]
Ada beberapa kenyataan itu memerlukan penjelasan.
Tak apa. Nanti boleh jelaskan. Tak apa, relaks dahulu.
Tak apa.
Nanti...
Saya tahu bahawa Yang Berhormat Menteri ini, sebenarnya bukan dia yang bersalah. Akan tetapi Menteri sebelumnya.
[Ketawa]
Okey, faham.
Bukan saya. Akan tetapi di antara saya dengan dia.
[Ketawa]
Ya. Okey, baik.
Pak turut.
Namun, saya lihat kerajaan sekarang terlalu ghairah untuk membantu pemaju.
Mic, mic, mic.
Mic tutup.
Maaf. Eh! Dah on dah.
Sudah, sudah.
Namun, saya lihat kerajaan sekarang terlalu ghairah untuk membantu pemaju sehingga sanggup menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 yang sepatutnya hanya digunakan untuk kepentingan awam. Bukan untuk kepentingan pemaju.
[Tepuk] Saya ingat lagi ucapan...
Tarik semula kenyataan itu, tidak betul.
Perdana Menteri...
Tak apa.
Sekejap nanti.
Sabar, sabar, sabar.
Tidak betul kenyataan tersebut.
Tarik balik.
Dia ini suka hendak menggangu saya lah. Suruh dia keluar.
Bukan ganggu. Menuduh bahawa kerajaan mengutamakan pemaju itu adalah kenyataan yang tidak betul. Saya hendak beri tahu bahawa kerajaan sekarang adalah yang mengutamakan rakyat.
Baik, terima kasih.
Ya. Betul, alhamdulilah.
Seperti mana yang pernah diucap oleh Yang Berhormat Ismail Sabri iaitu Perdana Menteri yang sekarang ini. Dalam time kita hendak bangunkan Kampong Bharu, dia kata tidak guna Akta Pengambilan Tanah ini...
Dia bukan Yang Berhormat Ismail Sabri. Dia Amat Berhormat Ismail Sabri.
Baiklah.
Tuan Yang di-Pertua, disiplinkan dia sikit Yang Berhormat Menteri ini.
[Dewan riuh]
Dulu dia kata tidak boleh gunakan akta ini kecuali macam hendak bina hospital. Itu yang dikatakan kepentingan awam.
Betul.
Bukan untuk hendak dibangunkan kembali, hendak beri kepada developer dan sebagainya. Menteri Wilayah selepas saya dan sebelum Menteri Wilayah sekarang, yang baik dan budiman. Akan tetapi suka mencelah telah berperanan dengan begitu ghairah sekali membantu pemaju. Dalam sebuah video, pemaju menyatakan dengan jelas projeknya disokong oleh Tan Sri Annuar bin Haji Musa dan KWP diarah untuk
menjadi sebagai pemudah cara serta Perbadanan Kampong Bharu sebagai urus setia untuk menjayakan projeknya.
Sehingga diarahkan –
Projeknya siapa dia?
Projek yang pemaju itulah.
Bukan projek Yang Berhormat Arau. Sehingga diarahkan TNB, IWK, COB dan lain-lain, semua datang untuk membantu. Dikatakan oleh pemaju, dia cukup seronoklah yakni suntikan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri Wilayah pada ketika itu.
Apa yang saya hendak tanya siapa yang bantu pemilik? Kalau Kementerian Wilayah Persekutuan, Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu, IWK, TNB, COB semua dikerahkan oleh Menteri untuk bantu pemaju ini, siapa yang bantu pemilik orang Melayu yang susah ini?
Yang Berhormat Menteri Wilayah kena faham, kenapa ramai yang tidak setuju dengan projek ini. Ini apa ini, bincang-bincang ini? Dengarlah dulu. Selain soal harga yang tak jelas, pemilik risau apa yang akan berlaku sekiranya pemaju “gulung tikar” sebelum projek selesai? Fasal mereka dibayar, Tuan Yang di- Pertua, dengan unit yang baharu, bila dah selesai.
Selain itu – ya lah, dalam perjanjian itu mereka akan diberikan duit sedikit untuk sewa rumahlah, pindahlah, inilah itu. Akan tetapi, bayaran yang sebenarnya akan berlaku bila projek itu selesai dan diberikan rumah yang baru. Akan tetapi, kalau pemaju gulung tikar, apakah yang akan berlaku? Apakah jaminan terhadap tanah mereka yang sudah pasti pada ketika itu telah dicagarkan kepada bank oleh pemaju?
Saya pernah tangani satu kes di Ijok, 1,000 keluarga. Mereka dulu ada tanah, 10 ekar, 10 ekar, 10 ekar, dia bagi kepada pemaju. Ada tiga hingga empat pemaju yang handle. Semua terbengkalai. Terpaksa tunggu sampailah Pakatan Harapan ataupun Pakatan Rakyat ambil alih, barulah kita selesaikan masalah 1,000 keluarga itu telah tunggu berbelas tahun, baru dapat rumah-rumah mereka.
Sekarang ini, pemilik-pemilik di Kampung Sungai Baru risau. Kalau dia serah semua kuasa kepada pemaju dan pemaju cagar kepada bank, tiba-tiba pemaju gulung tikar, apa jadi pada mereka? So, apakah jaminannya? Adakah kerajaan sanggup menjamin projek ini? Jauh berbeza dengan pendekatan PH tempoh hari. Pemilik dibayar terlebih dahulu dan tidak dibayar melalui pemberian rumah. Dulu yang saya tawarkan kepada pemilik ialah kita bayar 1,000 kaki per segi, 850 kaki persegi. Cash, 150 sahaja yang kita katakan sebagai saham dalam pembangunan yang hendak dilakukan.
Lalu, penduduk dapat duit awal. Kalau dia hendak beli rumah yang baharu, dia mahu pindah keluarkah, dia mahu balik ke kampung bina banglo, mansion atau apa, itu hak dia. Akan tetapi, yang ini, mereka kena tunggu rumah disiapkan, baru dia dapat bayaran. Ini merupakan terma yang berat sebelah.
Sudahlah soal harga pun tidak jelas, terma pun berat sebelah menyebelahi pihak pemaju ya.
Yang Berhormat ada tiga minit lagi.
Okey, saya ingat sudah mahu habis. Okey, saya tambah lagi tiga minit.
Boleh, boleh, boleh.
Dalam kes ini, ada tersebar luas kes rumah flat yang akhirnya keputusannya dibeli atau dibayar pampasan dengan harga sebanyak RM244,460 iaitu kadarnya 4,400 semeter persegi.
Adakah yang ditularkan itu benar? Ini kerana, daripada pendengaran yang telah diadakan.
Kalau benar – ini pada tarikh 15 November 2021 ya. Kalau benar, dengan duit RM244,460 itu dia hendak beli apa dekat Kuala Lumpur ini? Dia mahu duduk mana? Mana ada rumah yang boleh dibeli dengan harga yang sedemikian rupa.
Maka, disinilah, saya rasa, pihak kerajaan kena membela golongan yang lemah, menjaga kepentingan mereka.
Bukan, ghairah membantu pemaju. Tidak dapat setuju tentang harga dan sebagainya, maka digunakan Akta Pengambilan Tanah 1960. Sudahlah itu ya.
Saya difahamkan, bahawa yang 50 peratus itu adalah tidak setepat sepertimana digambarkan. Sebenarnya, senarai kesemuanya ada 64 buah rumah teres yang terlibat, tetapi 34 lagi buah rumah teres, belum diwartakan.
Daripada 64 buah rumah, dia dapat 50 peratus, dia saja tidak masukkan yang 34 buah rumah teres itu, kerana kalau dimasukkan yang 34 buah rumah teres itu, maka, keperluan lebih 50 peratus tidak dipenuhi. Adakah itu benar?
Kalau kiranya ia benar, nampak sangatlah bahawa pihak kerajaan, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu menjadi sebagai – minta maaf, kuda tunggangan pemaju. Ini sangat mendukacitakan.
Saya harap bahawa semua isu ini akan dapat dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri.
Jadi, Yang Berhormat ini macam broker-lah?
Hampa broker lah, kami tidak.
Bukan broker lah?
Lagi teruk daripada broker.
[Ketawa]
Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Seterusnya saya jemput, Yang Berhormat Lembah Pantai. Saya bagi limat minit sahaja.
Boleh tambah lagi tidak apa.
Boleh.
Baik.
Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Berkenaan dengan isu ini, sebenarnya di Lembah Pantai kami telah lalui dengan pemaju yang sama. Saya ingat lagi waktu itu mungkin sekitar tahun...
Tahun 2016?
Tidak, tidak lagi awal. Sewaktu Yang Berhormat Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Flat PKNS empat tingkat, di Kampung Kerinchi dibangunkan semula oleh pemaju yang sama. Pada waktu itu, wujud satu lacuna ataupun kekosongan dalam undang-undang, yang memungkinkan perkara sama berulang bagi saya, di Sungai Baru.
Malah, isu yang saya lihat sebagai daripada segi pembuat dasar ataupun penggubal undang-undang, masalah utama yang kita hadapi di Kuala Lumpur pada hari ini, krisis utama ialah kita tidak lagi ada tanah. Banyak daripada tanah telah dilelong, dijual oleh bukan Menteri Wilayah yang ini, bukan Menteri Wilayah sebelum ini, bukan Menteri Wilayah sebelum itu, tapi mungkin yang sebelum, sebelum itu.
Masalahnya, hari ini dan ke hadapan ialah kita tidak ada lagi apa yang disebutkan sebagai greenfield, kawasan lapang, kawasan tanah yang kosong untuk dibangunkan. Apa yang kita ada ialah rumah-rumah pangsa, pangsapuri, kondo, rumah-rumah flat yang dibina pada tahun 60-an, 70-an, yang mesti dibangunkan semula. Ini kerana, prasarana asas sekiranya mereka ada tangki air yang telah lama rosak dan perlu diganti. Sekiranya mereka ada lif, daripada empat lif, mungkin tinggal satu lif sahaja, maka, mahu tidak mahu, mesti ada pembangunan semula.
Masalah kita, bila saya sebut lacuna tadi, ialah kita tidak ada undang- undang khusus untuk memastikan hak semua pemilik dijaga dan tidak ada yang dianaktirikan. Sehingga, apa yang berlaku ialah, ada pihak yang mengambil kesempatan.
Dalam kes di Kampung Kerinchi, yang telah mengakibatkan sehingga anak muda yang bernama Adam Adli ditumbuk oleh anasir-anasir pada waktu itu kerana beliau mempertahankan hak 30 buah keluarga, pemilik Flat PKNS Kampong Bharu. Saya lihat, perkara yang sama seakan-akan berulang di Sungai Baru.
Di sini yang kita perlukan adalah apa yang saya dan beberapa orang Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah sebutkan kepada Yang Berhormat Shah Alam sewaktu beliau menjadi Menteri Wilayah Persekutuan iaitu kita perlu ada satu undang-undang pembangunan semula Kuala Lumpur ataupun undang-undang pembangunan semula. Sekiranya sejumlah pemilik yang mempunyai hak milik strata bersetuju, maka boleh berjalan. Kalau tidak, tidak boleh.
Apa yang berlaku sekarang ini, Kuala Lumpur ini seakan-akan – maaflah kata, undang-undang rimba iaitu kalau tidak semua – sebab mereka adalah pemilik tetapi sekiranya tidak ada undang-undang yang bersesuaian, maka apa yang berlaku timbullah fitnah, timbullah buruk sangka, timbullah salah faham dan momokkan broker diperkuda dan sebagainya.
Walhal realitinya apa yang kita hendak sebagai Ahli Parlimen di Kuala Lumpur, saya hendak lihat warga Kuala Lumpur ada rumah yang mereka boleh tinggal dengan selesa, dengan anak hinggalah mereka ada cucu dan sebagainya.
Masalah kita ialah tidak ada satu undang-undang yang khusus dan saya mohon Yang Berhormat Menteri nyatakan apakah status penggubalan ataupun
penyediaan draf rang undang-undang bagi pembangunan semula sama ada di Kuala Lumpur ataupun di luar kerana ia juga melibatkan bidang kuasa kementerian KPKT.
Saya mohon Yang Berhormat Menteri jelaskan daripada semua pemilik tanah dan Flat PKNS juga di Sungai Baru ini, berapakah ramai di kalangan mereka telah menerima hak milik strata kerana itulah yang berlaku di Flat PKNS empat tingkat di Kampung Kerinchi. Apabila mereka tidak ada hak milik strata atas sebab-sebab sejarah, legasi, kecuaian dan sebagainya, maka mereka tidak tahu apa hak mereka sebagai pemilik dan ia boleh diambil kesempatan oleh mana- mana pihak.
Saya risau sekiranya apa yang berlaku di Kampung Kerinchi berulang di Sungai Baru. Daripada segi hak para pemilik ini mereka boleh dapat rumah-rumah baharu tetapi masalahnya, contohnya di Kampung Kerinchi mereka dipindahkan daripada Flat PKNS ke Residensi Kerinchi. Bebanan masa depan sangat besar kerana waktu mereka tinggal di Flat PKNS Kampung Kerinchi, mereka bayar mungkin RM40 maintenance dan sebagainya. Apabila pindah ke Residensi Kerinchi, RM235 sebulan sehinggakan Perdana Menteri pada waktu itu, Yang Amat Berhormat Pekan pada waktu itu terpaksa bersama-sama dengan pihak yang lain mengumpulkan dana RM1 juta untuk membantu.
Ini maksudnya kita perlukan satu rangka membolehkan pembangunan semula Kuala Lumpur yang mampan (sustainable) dan adil kepada orang yang baru hendak memiliki rumah kepada orang yang telah lama berada di situ, termasuklah orang Melayu yang telah sama-sama meneroka, membuka Bandar Raya Kuala Lumpur.
Akhir sekali, saya mohon Yang Berhormat Menteri teliti sekiranya ada tanah-tanah yang ingin dijual oleh DBKL ataupun perumahan-perumahan awam yang dimiliki DBKL kerana pemaju yang sama juga telah membangunkan Perumahan Awam Sri Pahang.
Pada waktu itu sekitar tahun 2016 atau 2017, mereka telah membina Perumahan Awam Sri Pahang dan masalahnya apabila dibeli, hanya dibeli tanah.
Pemaju tidak membeli liabiliti, hutang yang ditanggung misalnya hutang daripada segi bil air dan bil api yang akhirnya terbeban kepada pakcik-makcik yang sekarang ini ada di kalangan mereka “sebatang kara”.
Jadi, sementara kita bercakap tentang projek khusus di Sungai Baru, saya mohon Yang Berhormat Menteri, KSU pun ada dan semua pegawai atasan daripada Kementerian Wilayah Persekutuan, kalau boleh disampaikan kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, beri pertimbangan supaya sekiranya ada pembangunan semula mana-mana perumahan awam ataupun projek PPR – bukan sahaja dijual nilai tanah itu tetapi sekiranya ada tunggakan api, air dan sebagainya, itu juga mesti dibeli oleh pemaju. Jika tidak, masalah yang dihadapi oleh penduduk di Sri Pahang yang sekarang ini sedang dibangunkan semula oleh pemaju yang sama akan berulang bagi aset-aset lain yang dimiliki oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Sebagai seorang Ahli Parlimen yang relatively muda dengan izin, yang telah membesar di Kuala Lumpur, saya tidak berminat dalam polemik diperkuda ataupun menjadi broker.
[Tepuk] Akan tetapi yang saya ingin lihat ialah Yang Berhormat Menteri, kita kurangkan retorik, kita kuatkan kerja untuk selesaikan masalah kerana ramai di kalangan kita termasuklah bentara-bentara, termasuklah staf-staf yang ada di Parlimen ini tinggal di Kuala Lumpur dan mereka, kami, saya
ingin lihat rumah-rumah yang dibina dengan lebih baik yang tidak menzalimi para pembeli termasuklah orang Melayu. Jadi itulah harapan saya sebagai seorang Ahli Parlimen di Kuala Lumpur. Terima kasih.
[Tepuk]
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Kemudian yang terakhir saya jemput Yang Berhormat Sri Gading. Siapa yang hendak bercakap? Sila, boleh. Cakap sedikit.
Yang Berhormat Seputeh boleh.
Kalau berani cakaplah.
[Ketawa]
Yang Berhormat Sri Gading, sila.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri dan rakan-rakan Ahli Parlimen.
Sebenarnya saya telah diminta, dijemput dan dipanggil oleh beberapa orang penduduk di Kampung Sungai Baru, pemilik rumah teres dan juga pemilik flat di Sungai Baru. Sebagai mantan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, saya kerap ke Kampung Sungai Baru ini. Beberapa kejadian seperti banjir kerana pintu air tidak triggered, maka banjir telah berlaku dan saya hadir dan sebagainya. Jadi dalam kes ini, beberapa orang pemilik telah minta berjumpa dengan saya dan menceritakan beberapa perkara.
Pertama, perkara yang mereka complaint kepada saya ialah sikap di kalangan pegawai-pegawai di PKB tidak menyebelahi mereka. Jadi, mereka lebih kepada memberikan laluan ataupun pemudah cara kepada pemaju. Mereka mengatakan sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Shah Alam dan Yang Berhormat Lembah Pantai, saya tidak mahu memanjangkan perkara ini.
Kalau dipanjangkan pun, ceritanya sama tetapi tindakan yang mereka mahukan ialah satu tindakan perlu dengan tindakan segera demi kepentingan pemilik tanah dan juga penduduk sekitar yang secara langsung terkesan dengan apa yang berlaku pada hari ini. Kalau tindakan diambil, penduduk dan pemilik terpaksa keluar, ia jadi precedent kepada perkara-perkara yang akan berlaku kemudiannya. Jadi, saya kira itu sahaja yang dapat saya sebut.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih banyak. Ya, hentikannya.
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Sila, saya bagi peluang kepada Yang Berhormat Seputeh.
Seputeh, satu minit sahaja.
Boleh, Yang Berhormat Seputeh.
Saya lihat tadi Yang Berhormat Menteri tepuk meja bila Yang Berhormat Lembah Pantai berucap, maksudnya dia setujulah. We are on the same page. Saya juga rasa Yang Berhormat Arau
selepas dia pegang jawatan Menteri Wilayah Persekutuan, apa yang diputuskan oleh mantan Menteri dulu diikut sahaja. Macam garis panduan arak, dia sendiri pun keliru sampai hari ini masih belum selesai. Jadi isu ini juga sama. Ini mungkin Yang Berhormat Menteri dia terpaksalah, ini dulu buat macam ini, sekarang ikut.
Saya hendak ingatkan Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Arau sekarang adalah Menteri. Kalau yang dulu itu dia tidak buat betul, kalau dia menyusahkan kedudukan Yang Berhormat sebagai Menteri Wilayah Persekutuan, boleh batalkan, setujukah? Batalkan semua keputusan yang tidak betul itu. Saya rasa untuk menyelamatkan nama baik Yang Berhormat Arau sebagai Menteri Wilayah Persekutuan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Sudah cukup masa, kita bagi 30 minit.
Tadi ingin sangat bercakap, la ni bagi peluang.
Sebelum saya menjemput Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan untuk menjawab, sedikit. Saya bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, sebenarnya banyak program yang kami buat di Pulau Pinang. Saya boleh bagi contoh, Tanjung Tokong, Sungai Nibong sebanyak 800 keluarga, Batu Feringghi, saya sendiri right handedly 78 keluarga dengan bantuan UDA. Kemudian Kampung Tok Subuh.
Jadi, saya seronok mendengar supaya kita dapat jawapan yang terbaik untuk diselesaikan masalah penduduk marhaen. Jadi –
Hendak bertanya sahaja, apabila Yang Berhormat Menteri menjawab boleh mencelah ataupun diam sahaja?
Boleh mencelah. Ini Peraturan Mesyuarat 18, boleh.
Boleh mencelah. Okey. Ini beza, maknanya apabila saya bercakap, dia tidak boleh mencelah. Apabila dia bercakap, saya boleh. Okey, bagus.
[Ketawa]
Yang Berhormat Menteri, dia ada kuasa dia. Jadi sekarang saya menjemput 30 minit daripada sekarang. Terpulang berapa lama yang mahu tetapi maksimum 30 minit.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat petang dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua yang dikasihi. Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Seputeh yang telah memberi pandangan masing-masing. Saya ingin menegaskan di sini bahawa saya hadir di sini kepentingannya, tidak ada kepentingan peribadi.
Saya hadir adalah untuk kepentingan rakyat. Saya meletakkan satu benda dalam hidup saya. Kalau meninggalkan dunia ini, saya hendak orang yang saya tolong itu berdoa kepada saya semoga saya selamat di alam kubur. Seperti Yang Berhormat Shah Alam tidak terfikir pun benda-benda macam itu. Jadi kalau orang
yang memikirkan hal dunia dan akhirat, sudah pasti tindakannya sentiasa mendapat pertolongan Allah SWT.
Itu sangkaan buruk itu, kena tarik balik.
[Ketawa]
Sangkaan buruk, mungkin terburuk sedikit. Akan tetapi saya tidak nampak kadang-kadang Yang Berhormat melihat bahawa saya buat ini ikhlas kerana Allah SWT, bukan saya buat untuk kepentingan diri. Kalau saya dapati orang-orang marhaen, orang-orang bawah, rakyat bawah diperkotak-katikkan, saya akan membela mereka. Saya akan menjadi pembela yang dahsyat sehingga dikenali sebagai pembela marhaen di negara ini.
Jadi Yang Berhormat tidak payah bimbang tentang apa yang saya akan buat. Kalau saya dapati bahawa tuan tanah teraniaya,saya akan pastikan saya akan membela mereka habis-habisan. Itu sebab saya campur tangan. Saya tidak tahu semasa Yang Berhormat berjumpa dengan dia banyak kali, dia pun tidak bagi tahu. Dianya kata ada sembang pasal bola, bola, bola. Saya pun sembang dengan dia pasal bola, bola, bola. Saya ingat dengan izin Allah SWT, KLFC telah menang – KL City telah menang dengan hebatnya.
Sejarah 30 tahun menunggu. Selama 32 tahun menunggu. Jadi, dia tumpang seronok sebab dia pegang Presiden semasa dia menjadi Menteri. Saya tumpang seronok. Tiba-tiba muncul sahaja Menteri yang baharu ini, tiba-tiba kemenangan kepada KL City. Jadi, demikianlah masing-masing seronok walaupun kita tahu banyak DAP yang tidak gemar benda ini sebab mereka tidak seronok tengok bola. Mereka seronok tengok benda lain. Jadi, sebahagian daripada PH suka tengok bola.
Kenapakah DAP termasuk ya?
Bukan. DAP tidak setuju kita beri cuti kecuali Yang Berhormat Shah Alam setuju, Yang Berhormat Lembah Pantai pun setuju tetapi DAP tidak setuju kita beri cuti.
Saya hendak bertanya Yang Berhormat Menteri.
Sekarang saya masih bagi kebenaran.
Kalau Yang Berhormat Menteri kata sanggup hendak membela golongan yang marhaen. Maka kenapakah digunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 dan mereka dipaksa untuk menyerahkan tanah mereka dengan syarat-syarat dan harga yang tidak dipersetujui oleh mereka?
Saya akan baca ini. Tadi permulaan. Tadi permulaan pada percakapan yang panjang sekejap lagi. Ahli Yang Berhormat tidak sempat mencelah sebab masa tidak cukup. Saya akan bagi jawapan yang terperinci. Kalau didapati Yang Berhormat boleh buktikan kepada saya bahawa jawapan yang saya bagi ini masih menyebabkan penganiayaan kepada orang-orang bawah, pemilik tanah maka saya letakkan pemilik tanah dan juga rakyat nombor satu. Pemaju itu hak dia.
Akan tetapi saya dengan rakyat itu penting sebab kita kena ingat sebagai seorang Islam, kita memerlukan doa kawan-kawan untuk selesaikan hidup kita di
akhirat nanti. Itu yang saya buat. Saya buat kerana Allah SWT, bukan kerana hendak cari nama. Yang Berhormat walaupun tidak mahu main politik tetapi Yang Berhormat mencari nama. Padahal Yang Berhormat tahu ini. Ini PH patut selesaikan pada tahun 2016 punya kes. Yang Berhormat sepatutnya selesaikan.
Akan tetapi, sampai Yang Berhormat tidak buat apa.
Pada tahun 2016, Kerajaan Barisan Nasional.
Ya tetapi tahun 2018 sampai 2021 itu?
Tahun 2018, mereka sedang berunding. Maka apabila mereka berunding, pemilik dengan pemaju, kita tidak campurlah. Kita pantau tetapi tidak adalah kita gunakan Akta Pengambilan Tanah.
Memaksa pemilik untuk menyerahkan tanah mereka.
Saya bekas Pegawai Tanah, Yang Berhormat. Kalau saya ada pada zaman Yang Berhormat semasa itu, saya sudah pasti akan menggunakan kehebatan saya untuk mentadbir tanah. Saya selesaikan dalam masa setahun. Yang Berhormat biarkan tahun 2018 sampai tahun 2021 Yang Berhormat tidak pandang. Mungkin Yang Berhormat tidak ada kelulusan dalam bahagian tanah dibandingkan dengan saya, dengan izin Allah SWT. Sekarang saya menjawab secara rasmi Yang Berhormat.
Sila jawab dahulu.
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua. Sahaja hendak bagi panas sedikit majlis petang ini. Cadangan pembangunan semula kawasan Sungai Baru, Kampong Bharu merupakan inisiatif kerjasama swasta di antara pemilik tanah dan juga Flat PKNS Sungai Baru dengan pemaju iaitu Ritzy Gloss Sdn. Bhd. Pemaju ini merupakan anak syarikat Suez Capital Sdn Bhd. dan juga adalah pemaju pertama yang berjaya melaksanakan pembangunan semula rumah pangsa empat tingkat Kampung Krinchi, Kuala Lumpur sekitar tahun 2016.
PKB bertindak sebagai fasilitator bagi membantu melancarkan pelaksanaan pembangunan semula ini selaras dengan fungsinya yang diperuntukkan di bawah seksyen 14, Akta Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011 [Akta 733]. Sehubungan dengan itu, PKB telah mengkaji keupayaan pemaju dan model perniagaan terutamanya daripada aspek tawaran pulangan usaha sama kepada pemilik.
Berdasarkan pada tawaran usaha sama tersebut, PKB mendapati pemilik akan menikmati taraf hidup yang lebih baik, selesa, moden, teratur dan sekali gus membolehkan hartanah tersebut berpotensi (unlock land value) untuk memperolehi pulangan yang tinggi pada masa yang akan datang. Pihak pemaju telah dipelawa oleh Persatuan Pemilik Hartanah Kampung Sungai Baru pada tahun 2016 untuk mengemukakan cadangan pembangunan di kawasan Sungai Baru. Semua jumlah 328 unit ataupun 64 lot teres dan 264 unit flat terlibat dengan projek pembangunan semula ini.
Projek ini berada di luar kawasan penempatan pertanian Malay Agricultural Settlement (MAS) yang sinonim dengan Kampong Bharu.
Pembangunan kawasan ini pada asalnya telah dimajukan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan tanah di kawasan Sungai Baru adalah pegangan bertempoh dengan pajakan 99 tahun.
Pemaju telah mengadakan beberapa program penerangan dan rundingan dengan pemilik tanah sejak tahun 2016. Antara usaha yang telah dilaksanakan adalah sesi pembentangan, penerangan, sesi dialog, sesi rundingan di bawah urus mesyuarat unit bergerak khidmat nasihat guaman dan pembukaan pejabat kecil di tapak...
Tuan Yang di-Pertua, semua ini kita sudah tahu. Jawab soalan, kenapakah kerajaan menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk memaksa pemilik jual tanah pada syarat dan harga yang tidak dipersetujui?
Saya jawab usul dahulu.
Tidak payah. Itu sejarah kita semua tahu.
Tidak boleh. Saya juga tidak mahu dengar usul dibawa. Apabila usul itu dibawa, saya kena jawab rasmi mengikut apa yang...
Soalannya adalah, kenapakah guna Akta Pengambilan Tanah dan tidak membenarkan pemilik merunding sehingga capai persetujuan?
Ini bukan usul. Ini usul. Maka saya tidak benarkan untuk diganggu dengan dahsyat Yang Berhormat Shah Alam.
[Ketawa] Pemaju telah mengadakan beberapa program penerangan dan rundingan pemilik tanah sejak tahun 2016. Antara usaha yang telah dilaksanakan adalah sesi pembentangan, dialog, sesi rundingan, libat urus, mesyuarat unit bergerak, khidmat nasihat guaman bukan pejabat kecil di Tapak. Pemaju juga telah mengadakan sesi libat urus bersama dengan pemilik tanah Flat PKNS Sungai Baru.
Terakhir, pada 5 sehingga 7 Oktober 2020. Tujuan program ini diadakan untuk memberi penerangan dan penjelasan berkenaan dengan pembangunan semula merangkumi cadangan pelan konsep pembangunan, tawaran kepada pemilik dan mendapatkan persetujuan pembangunan semula daripada mereka.
Pemaju telah menawarkan cadangan pembangunan secara usaha sama kepada pemilik-pemilik lot dan juga unit flat yang terlibat. Setiap pemilik akan mendapat unit gantian hartanah (in-kind) berdasarkan keluasan jenis dan kategori tanah milik mereka. Untuk unit gantian, pemaju telah bersetuju untuk menawarkan rumah berkeluasan 90.02 meter persegi ataupun 969 kaki persegi dan 111.45 meter persegi ataupun 1,200 kaki persegi dengan kemudahan facility kondominium berserta petak accessories tempat letak kereta.
Selain itu, pemaju juga telah menawarkan bayaran persetujuan menandatangani usaha sama kos pemindahan keluar rumah, kos pemindahan masuk semula ke unit gantian hartanah, ex gratia, ubah suai rumah sedia ada, barang penyewa rumah sementara ataupun penyediaan rumah transit sehingga unit gantian hartanah diserahkan. Bagi pemilik rumah teres, bayaran lebihan tunai harga unit gantian juga ditawarkan. Sabar menunggu macam ini sampai habis...
Yang Berhormat Menteri.
Tawaran itu tidak diterima oleh sebahagian besar.
Pemaju juga telah membantu.
Pemilik-pemilik berkenaan bagi menyelesaikan isu hartanah pusaka serta
penyempurnaan pindah milik hartanah mereka. Apabila saya habis, bercakaplah kamu sebelum kamu dicakapkan.
[Ketawa] Lain kali jangan tanya soalan. Bagi saya habis. Kalau Tuan Yang di-Pertua tidak mahu saya habis, saya berdialog dengan mereka sehingga tidak habis hari. Saya kena habiskan benda ini dan saya tunjukkan apakah yang ditanya telah masuk dalam jawapan ini.
Kita akan rekod nanti.
Sabar sikit, sebab saya ada masa 30 minit. Kita hendak buat apa lagi, 30 minit inilah.
Berdasarkan semua aspek tawaran ini, pemilik yang ada pada masa ini mempunyai rumah Flat PKNS Sungai Baru bersaiz 41 meter persegi atau 441 kaki persegi, akan memperoleh anggaran tawaran usaha sama bernilai RM880,000 dengan unit gantian berkeluasan 90.02 meter persegi ataupun 969 kaki persegi.
Manakala, bagi rumah flat sedia ada bersaiz 53 meter persegi atau 507 kaki persegi hingga 56 meter persegi ataupun 600 kaki persegi pula akan memperoleh anggaran tawaran usaha sama bernilai RM1.09 juta dengan unit gantian yang berkeluasan 1,200 kaki per segi. Bagi pemilik rumah teres pula, purata pemilik akan memperoleh tiga unit gantian hartanah yang berjumlah tawaran usaha sama bernilai RM2.7 juta dan bayaran lebihan tunai harga unit gantian.
Berdasarkan tawaran ini, sejumlah 219 lot atau 66.77 peratus telah bersetuju menandatangani perjanjian usaha sama tersebut. Manakala, perolehan tanah bagi baki 109 lot unit flat atau 33.23 peratus yang tidak setuju. Maka, perkara ini telah dilaksanakan dengan menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960. Daripada jumlah tersebut, sejumlah 264 unit flat terlibat dalam pembangunan dengan pecahan 192 unit flat atau 72.7 peratus bersetuju dengan tawaran usaha sama dan 70 unit atau 27.3 peratus terlibat dengan pengambilan tanah.
Bagi rumah teres pula, sejumlah 64 lot teres telah terlibat dengan pembangunan dengan pecahan 27 lot atau 42.2 peratus setuju dengan tawaran usaha sama dan 37 lot atau 57.8 peratus terlibat dengan pengambilan tanah.
Menteri?
Jadi, kaedah – Saya bagi habis sikit, Yang Berhormat Lembah Pantai. Mahu habis sudah ini. Kaedah perolehan tanah pembangunan semula ini dilakukan secara hibrid yang melibatkan perjanjian usaha sama pemilik dengan pemaju dan pengambilan tanah.
Ia adalah alternatif kaedah pembangunan bagi merealisasikan pembanggunan semula agar kepentingan pemilik yang majoritinya telah bersetuju dan diambil kira. Pematuhan di bawah seksyen 4, Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi projek ini telah dikeluarkan melalui Warta Kerajaan Persekutuan No. 9400, bertarikh 18 Jun 2021. Manakala, pewartaan di bawah seksyen 8, akta yang sama telah dibuat melalui Warta Kerajaan Persekutuan No. 9412, bertarikh 21 Jun 2021.
Akta Pengambilan Tanah 1960 membenarkan pihak berkuasa negeri untuk mengambil mana-mana tanah bagi tujuan pembangunan. Namun, prinsip hak kepada harta tersebut adalah dipatuhi. Perkara 13(1), Perlembagaan
Persekutuan memperuntukkan bahawa; “tidak seorang pun dilucut haknya, kecuali mengikut undang-undang”. Perkara 13(2), Perlembagaan Persekutuan pula memperuntukkan bahawa; “tiada undang-undang boleh memperuntukkan pengambilan atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang mencukupi”. Jadi, saya memendekkan penerangan ini. Saya beritahu bahawa, oleh sebab berlaku pertikaian yang telah saya sebutkan, maka Menteri Wilayah Persekutuan telah campur tangan dan meminta supaya hearing yang kedua atau perbicaraan kedua ini ditangguhkan seketika tahun depan untuk membolehkan saya membuat rundingan dengan mereka.
Akan tetapi, bagaimanapun kita tahu bahawa sebelum habis orang mendengar cerita, tiba-tiba muncul Yang Berhormat Shah Alam cuba mahu jadi hero tetapi sebenarnya sayalah yang menjadi hero sebab saya memberhentikan pengambilan tanah ini. Ia patutnya berlaku pada 21 Disember ini. Saya sudah umumkan bahawa Menteri telah minta KPTG untuk tangguhkan sehingga tahun depan sehingga saya boleh runding balik dengan tuan tanah dan dengan pemaju.
Boleh saya tanya hero? Hero, boleh saya tanya?
Sila Yang Berhormat Lembah Pantai.
Pertama, saya mohon kalau boleh dipanjangkan salinan teks sebab saya rasa banyak fakta.
Banyak maklumat yang ada di situ supaya kami pun tidak salah dengar maklumat yang disampaikan.
Cuma, saya hendak mohon penjelasan sikit. Tadi Yang Berhormat Menteri sebut, sebelum ini jumlah yang setuju adalah 66-67 peratus. Kalau dibandingkan waktu proses pengambilan tanah ataupun di Flat PKNS Kampung Kerinchi dulu, kalau tidak silap saya, waktu itu ialah 76 peratus.
Ini bermaksud, sekiranya benar 66 peratus seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi, jumlah yang bersetuju dalam kes Sungai Baru lebih rendah berbanding dengan apa yang kami lalui di Lembah Pantai. Sekiranya itu benar, maka, di sinilah yang saya sebutkan tadi sebagai lacuna in the law, dengan izin, yang mana ia membolehkan– katalah satu hari nanti, 60 peratus sahaja yang setuju. Maka, adakah tanpa ada undang-undang, adakah pengambilan seperti yang berlaku di Sungai Baru ini, mungkin berlaku?
Where do we stop? How low do we go? Jadi, kita mesti ada undang- undang untuk memastikan– Yalah, memang kita mahu lihat Menteri Wilayah menjadi hero, tetapi tidak boleh setiap isu hendak jadi hero bukan? Jadi, mesti ada in the law supaya– kita tidak tahu, tahun depan kalau rezeki Yang Berhormat Menteri, kekal. Kalau tidak, macam mana? Ada yang baharu, sama ada Menteri yang baharu itu akan jadi hero ataupun Menteri yang baharu itu akan meluluskan pewartaan untuk mengambil tanah seperti yang berlaku sebelum ini?
Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri?
Sekejap, sekejap, sikit saya bagi Yang Berhormat Shah Alam. Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab jawapan ini jawapan penuh, boleh saya ambil kira bahawa saya hendak minta supaya
benarkan saya menghantar jawapan bertulis kepada semua Ahli Yang Berhormat, kepada Yang Berhormat Shah Alam.
Hat yang lain macam mana? Saya rasa tak perlu kot. Saya akan bagi jawapan bertulis.
Baik.
Kita tengok jawapan bertulis, sekiranya tidak puas hati, kita boleh pertikaikan. Akan tetapi, ada satu jawapan daripada soalan Yang Berhormat Lembah Pantai tadi iaitu sama ada, status hakmilik strata telah keluar kepada semua pemilik, jawapannya ialah ya.
Semua sudah hakmilik strata. Jadi, saya telah melihat perkara ini, saya pergi jumpa tuan tanah, mereka kata minta– bukan tidak setuju, Tuan Yang di- Pertua, mereka minta dirundingkan semula.
Saya tanya juga PKNS, tetapi tidak ramai kerana majoriti bersetuju bahawa mereka hanya menunggu apa yang teres kata. Jadi, saya telah buat keputusan tunggu hearing, saya akan mendengar dua belah pihak. Saya akan menjadi perunding utama walaupun Yang Berhormat Shah Alam telah timbulkan benda ini, tetapi saya hendak beritahu benda ini telah pun diselesaikan minggu lepas.
Oleh sebab itu, mereka telah keluarkan poster dengan hebatnya, menyokong Menteri Wilayah Persekutuan bahawa minta projek ini dirunding semula. Saya mahu runding semula. Kita mahu tengok kalau sekiranya kita dapati bahawa mereka ini, tiga tahun lagi akan dapat sejuta dengan rumah gantian– Saya kata, antara cadangan saya, bagi duit sekarang, sejuta. Habis cerita, tidak payah cakap banyak.
Kadang yang rumah teres dapat 2 juta, bagi 2 juta. Kenapakah mesti cakap banyak? Bagi. Supaya membolehkan untuk unit-unit yang mereka patutnya dapat itu, benarkan mereka untuk membeli unit yang berkenaan apabila tempohnya siap. Bukan dengan ambil harta pemilik, selepas itu caj dengan bank dan jadi terbengkalai. Ini ialah lacuna, loophole undang-undang yang harus kita pentingkan.
Pentadbir tanah yang baik, dia nampak benda ini. Dia tidak akan biarkan tuan tanah menjadi mangsa. Tuan tanah yang menjadi mangsa ini seluruh negara.
Tuan tanah banyak menjadi mangsa iaitu bila mereka sign kosong, menyerahkan hak mereka untuk diambil oleh pihak tertentu sehingga di kampung-kampung pun banyak yang tanah hilang kerana undang-undang tadi.
Akan tetapi, di sini oleh sebab ada Yang Berhormat Menteri yang hebat dan juga ada Ahli Parlimen yang dahsyat, maka kita akan tengok benda ini bersama. Apabila saya buat benda ini saya tahu bahawa saya diperhatikan oleh orang ramai. Saya hendak pastikan bahawa keadilan ditegakkan. Pemaju nombor dua. Apa yang penting, tuan tanah. Kalau tidak...
Kalau boleh, Menteri...
Macam Yang Berhormat Shah Alam, semasa dia menjadi Menteri, dia berikan tawaran tidak beritahu sumber kewangan ambil daripada mana. Dia kata ambil EPF. EPF tiada duit sudah. I-Citra punya pasal. Kita ambil Tabung Haji, Tabung Haji tengah macam ini.
Jadi bila dia cakap macam itu, sudah pasti dia seorang broker. Akan tetapi, kalau dia ada sumber kewangan, pada hari ini letakkan depan saya, iaitu sumber kewangan saya akan panggil orang Kampong Bharu selesaikan. Saya bukan reti mahu sembang-sembang panjang. Saya hendak selesaikan serta- merta, duit you yang bernilai katalah RM10 juta, di masa akan datang bagi sekarang RM7 juta cukuplah. Oleh sebab apa, nilai sekarang RM7 juta, tidak tahu apa akan jadi RM10 juta masa akan datang.
Saya melihatkan nilai sekarang, had nilaian gantian bagi harga separuh sebagai contoh macam itu, bukan dengan cara untuk ambil tanah mereka, kemudian pergi caj di bank. Lepas itu kalau projek tidak siap, mereka akan terima masalah.
Yang Berhormat Menteri.
Jangan bimbang, saya faham.
Loophole undang-undang ini sudah ada dalam kepala saya, itu sebab saya suruh tangguh. Saya yang telah menangguhkan perbicaraan dan KPTG setuju. Akan tetapi kalau dia tidak setuju, saya tidak boleh buat.
Yang Berhormat Menteri.
Kuasa Menteri bukan ada, yang ada Menteri kepada KPTG hanya seorang iaitu Yang Berhormat Shah Alam sebab dia berani minit kepada KPTG untuk berbuat sesuatu.
Yang Berhormat Menteri.
Ya.
Saya berminat apabila Yang Berhormat Menteri sebut tentang keadilan. Saya difahamkan ada di kalangan penduduk, mereka yang tidak setuju.
Bukan Parti Keadilan?
Bukan, bukan.
[Ketawa] Kalau minat pada Parti Keadilan pun boleh juga, tidak menjadi masalah. Ada di kalangan penduduk yang telah menerima, mereka tidak mahu yang menolak, menerima apa yang mereka terima nanti.
Jadi saya mohon Yang Berhormat Menteri, biarlah adil kepada semua pihak. Yang dulu itu dulu. Kalau hendak dirundingkan semula, jangan dikategorikan ini kelas satu, ini pemilik kelas dua. Yang setuju awal dia dapat 100 percent, yang setuju kemudian 80 percent sahaja. Ini yang saya dengar dan saya pohon Yang Berhormat Menteri tegas dalam bab ini, biar adil untuk semua.
Yang Berhormat, orang yang sudah setuju pada masa yang lepas, mereka sudah terganggu kehidupan mereka, sudah bertahun. Jadi apabila dia bersetuju, mereka kata kenapakah mereka dapat hak yang sama dengan orang ini, malah ada yang minta syarat tidak mahu duduk sekali dengan orang yang tidak bersetuju kerana telah mengganggu pembangunan. Semua ini akan diambil kira Yang Berhormat. Emosi mereka, tentang sanubari asma ramah mereka, kita akan ambil kira.
Yang Berhormat, saya bagi contoh macam kes arakkan. Saya di antara Menteri yang jumpa mereka empat kali, empat kali. PH tidak terima, PH tidak jumpa mereka. Saya jumpa empat kali, jumpa dengan pengeluar arak enam kali, jumpa dengan peminum-peminum arak berkali-kali.
Tetapi Yang Berhormat Menteri masih keliru dengan garis panduan itu. Itu masalahnya.
Yang keliru Yang Berhormat.
Pengeluar-pengeluar arak, pengedar-pengedar arak, peminum-peminum arak tidak keliru. Itu sebab saya berjumpa dengan semua pengedar, pengeluar, mereka setuju. Saya kata DAP kata apa, tidak apalah DAP Dato’, lepas pilihan raya nanti kita akan tentukan DAP tidak ada lagi wo.
[Ketawa] Itu sebab mereka setuju tau, you have to be careful with them you know because they agree with me. They tend to love me more than you now, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua.
Sebelum...
Jadi Yang Berhormat, tentang lacuna undang-undang tadi, saya hendak beritahu tentang lacuna undang- undang ya.
Okey, okey.
Yang Berhormat Lembah Pantai, saya mengambil kira ini. Orang yang pergi awal itu, mereka sudah meradang dengan mereka yang baru hendak setuju ini dan mereka telah sebarkan berita yang tidak baik, dia kata. Akan tetapi saya mengambil pendekatan yang lebih mudah sekarang ini, semua akan diberi keadilan yang sebaiknya. Kalau tidak pun, saya akan kurangkan masalah di tahap yang minimum. Bagi tempoh yang terdekat, tidak panjang, saya ingat by January, insya-Allah saya akan kira selesaikan. Selepas itu kita akan lihat pembangunan Kuala Lumpur secara keseluruhan.
Keduanya, kita sudah ada Rang Undang-undang Tanah Kampong Bharu yang sepatutnya ditablekan dalam masa ini tetapi AG belum siap blue bill, jadi kita tidak boleh tablekan. Akan tetapi rang undang-undang tersebut memberi hak kepada pembangunan dalam kawasan Kampong Bharu dalam MAS di mana cadangan baharu ini akan membolehkan nilai tanahnya itu melambung-lambung.
Jadi, kita lihat apa yang telah kita buat itu akan menjadi kenyataan.
Sepatutnya PH yang bawa benda ini tetapi malangnya PH tidak sempat terfikir sebab mereka memikirkan kuasa dan menggunakan kuasa, menyalahgunakan kuasa jadi mereka tidak sempat. Sepatutnya dalam masa dua tahun Yang Berhormat, dah selesai dah.
Yang Berhormat Menteri ini mabukkah?
[Ketawa] Cakap macam ini, saya pun tidak faham. Kenapakah Yang Berhormat Menteri timbulkan isu macam itu? Kita sebenarnya– zaman kita, kita telah cuba hendak dapatkan persetujuan. Kita tak nak guna Akta Pengambilan Tanah. Kita tak nak memaksa walaupun kita ada kuasa boleh pinda undang- undang ini dan itu. Jadi itulah sebabnya pada masa itu pihak Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu diarahkan untuk bertemu dengan semua penduduk, pemilik dan berbincang dengan mereka dalam group kecil.
Ya.
Bincang, jelaskan tujuan di sebaliknya dan dapat...
Akan tetapi sebenarnya Yang Berhormat, 18 bulan PH itu dah boleh selesai Yang Berhormat.
Bukan 18, 22 bulan ya.
22 bulan.
Tapi kita mula Kampong Bharu itu bukan dari hari pertama.
Ya, kami akan ambil alih berbulan- bulan lagi.
Kita hendak cuba dapat...
Kalau 22 bulan, Yang Berhormat dah boleh buat macam-macam.
Ala, kuasa yang Sungai Baru ini...
Tapi Yang Berhormat sibuk untuk...
Sungai Baru ini dah berapa tahun Yang Berhormat?
Semak.
Yang Berhormat, berapa tahun dah?
Saya baru tiga bulan.
Berapa tahun? Tidak, janganlah tengok yang tiga bulan, yang Barisan Nasional dari tahun berapa?
Yang Berhormat tanya saya.
Berapa tahun? Berapa tahun yang Kampung Sungai Baru ini? Janganlah hendak elak-elak, come on lah. Be fair.
Ya, kalau Yang Berhormat kata...
I’m not talking about you personally. Bukan saya cakap Yang Berhormat Menteri. Saya cakap fasal Barisan Nasional.
Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat hero. Allah SWT bagi peluang Yang Berhormat perintah 22 bulan.
Dari 2016, 2016. Sudah berapa tahun? Tidak dapat selesai.
22 bulan, patutnya sudah selesai.
Tuan Yang di-Pertua, betulkan dia.
22 bulan patut selesai.
Tuan Yang di-Pertua, betulkan dia. Fakta dia tidak betul.
Ini tolong betulkan Yang Berhormat Shah Alam sebab dia cakap macam orang mabuk.
Saya hendak minta Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan, saya hendak minta beginilah engage dengan mereka.
Tidak Yang Berhormat.
Nantilah, biarlah saya cakap.
Yang Berhormat tidak payah minta, saya dah buat.
Engage dengan mereka, dapat faham kenapa mereka tidak setuju.
Saya dah buat Yang Berhormat, tidak payah nasihat.
Kenapakah mereka tidak setuju?
Saya dah buat.
Antara sebab kenapa mereka tidak setuju ialah kerana pertama harga, kedua ialah jaminan projek itu. Tadi Yang Berhormat Menteri ada sebut, bayar dulu, bayar dulu, jangan cagar tanah. Kalau tidak dicagar tanah itu, developer ini hendak dapat duit daripada mana?
Ha! Itu yang masalah.
Ia adalah kebiasaan.
Ini masalah besar Yang Berhormat Shah Alam. Kenapakah you fikirkan masalah developer?
Kerana developer memang caranya begitu.
Developer bukan seorang dalam dunia Yang Berhormat, ramai developer.
Itu memang cara dia.
Inilah masalahnya. Saya dah nampak dah.
Itulah sebabnya kita hendak cuba atasi.
Thank you very much bahawa inilah masalah PH.
Dengan tidak serah pada pemaju.
Bahawa inilah masalah PH, kononnya berjuang untuk rakyat tetapi memikirkan masalah developer.
Sekarang ini, kerajaan ini dapat kuasa, dapat tanah untuk pemaju. Apa ini gunakan Akta Pengambilan Tanah hendak serah pada pemaju? Pleaselah.
[Tepuk]
Yang Berhormat.
Janganlah hendak kelirukan ya.
Bukan Yang Berhormat. Orang mabuk... macam ini.
Dah habis masa dah kot.
Tidak, ada tinggal tiga minit lagi.
Tidak. Yang Berhormat saya gulungkan, jangan kacau. Saya hendak beritahu Yang Berhormat, inilah pemikiran songsang yang agak mabuk memikirkan pemaju hendak ambil duit mana. Kalau you tidak ada duit, jangan masuk campur. Kita akan cari pemaju yang mempunyai duit untuk campur tangan. Ini dia pemikiran salah.
Semua pemaju melakukan itu. Dulu kan di Lembah Pantai pun begitu.
Ha! Nampak, nampak.
Itu sebabnya dalam perjanjiannya kena serah. Baca perjanjiannya, perjanjian dengan anu ni yang mana dalam perjanjian dia kata serah kuasa tanah itu kepada pemaju.
Yang Berhormat, duduk. Yang Berhormat duduk, kalau tidak Yang Berhormat mabuk.
Kalau tidak kenapa hendak serahkan kuasa ke atas tanah itu kepada pemaju?
Yang Berhormat duduk. Perangai tidak ubah dalam Parlimen sampai ke Kamar Khas, suka ganggu orang.
Baik, saya minta Yang Berhormat Menteri rumuskan dalam tempoh dua minit sekarang.
Tapi Tuan Yang di-Pertua kena beritahu mereka kena diam.
Baik.
Saya hendak cerita juga sedikit tentang bahawa model Pulau Pinang, Tuan Yang di-Pertua pernah jadi Timbalan Menteri. Saya akan buat bukan sahaja mengikut model itu tetapi termoden dan terbaik.
Ya, baik.
Akan tetapi saya hendak beritahu.
Bola sepak ini, saya bawa KL City daripada Liga Perdana naik Liga Super tau. Masa itu Yang Berhormat tidak ada, kamu bukan Menteri Wilayah Persekutuan, saya yang bawa daripada Liga Perdana naik ke Liga Super. Masuk Liga Super, menang Piala Malaysia.
Kebetulan Yang Berhormat Menteri jadi sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.
[Tepuk] Itu sahaja.
Inilah tidak sedar diri. Yang Berhormat tidak akan boleh jadi KLFA kalau Yang Berhormat tidak Menteri. Kalau Yang Berhormat Menteri lah, jadi KLFA. Patutnya bila saya Menteri, saya lah Presiden KLFA.
[Ketawa] Akan tetapi saya tidak mahu main politik, saya benarkan sebab saya melihat kawan-kawan ini semua kawan.
Saya cukup prihatin dan sangat rasai apa yang Yang Berhormat...
Saya tidak kacau tetapi kalau sekarang ini kalau Yang Berhormat mencabar saya, saya tidak boleh tunggu.
Saya ingat Yang Berhormat tidak jadi...
[Dewan riuh]
Dalam isu KLFA ini Tuan Yang di-Pertua pun tidak boleh sebab dia pun terlibat.
Saya hanya menyatakan kenyataan.
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak jawab ini.
Saya cari dia dulu.
Baik, saya minta Yang Berhormat Menteri rumuskan, akhir sekali.
Akhir sekali, duduk diam ya. Akhir sekali, pemikiran bahawa pemaju hendak ambil duit mana kalau tidak boleh caj ini, itu pemikiran lama Yang Berhormat. Ramai pemaju yang mampu tanpa menggunakan tanah tersebut, dia boleh advance dulu dengan izin.
Dah kenapa dalam perjanjian itu dinyatakan begitu?
Ha! Nampak? Nampak ini nampak?
Kenapakah dalam perjanjian itu dinyatakan begitu? Kena serah hak atas tanah itu kepada pemaju.
Itu nampak, si mabuk! Aku ini...
Pula.
[Ketawa] Ini dia kata dia dah jumpa peminum.
[Ketawa]
Yang Berhormat Lembah Pantai, suruh dia duduk sekejap, biar saya jawab ini. Kita tidak boleh letakkan pemaju, ini masalah bukan PH, ini seorang sahaja Shah Alam. Tengok pemaju kalau tidak ambil tanah kita, tidak boleh caj tanah. Ini pemikiran salah Yang Berhormat.
Pemaju yang hebat dia tahu untuk gunakan kekuatan kewangannya untuk memajukan...
Tanya pemaju ini. Tanya pemaju ini. Sila tanya pemaju ini. Biar dia jawab secara bertulis bahawa dia tidak cagarkan tanah itu.
Ini bukan di Shah Alam, bukan di Arau. Ini bukan Bukit Jalil. Akan tetapi ini adalah di Kuala Lumpur.
Saya cabar Yang Berhormat Menteri Wilayah. Minta pemaju itu tulis dia tak cagar tanah itu. Sila.
Ini saya ini sabar. Yang Berhormat, saya cabar Yang Berhormat buktikan Yang Berhormat tidak mabuk.
Pula. Saya tak ada kuasa.
Orang kata jangan ganggu! Tiga minit Tuan Yang di-Pertua, macam mana nak buat jawab kalau kacau orang macam ini.
Okey, tinggal satu minit lagi.
Yang Berhormat, dengar ini.
dengar elok-elok. Bahawa kita nak kena pastikan pemaju mempunyai kekuatan kewangan. Bukan menggunakan tanah ini untuk cari duit. Kalau nak guna tanah untuk cari duit, baik saya suruh Perbadanan Kampong Bharu ambil tanah itu caj bagi duit kepada pemilik-pemilik. Kenapakah melalui pemaju yang tidak ada kemampuan–
Fasal dia nak bangunkan.
Dia nak bangunkan. Bukan sekadar nak beli. Nak bangunkan.
Nampak! Nampak! Pemabuk. Saya bukan nak kata – ini saya tak katalah PH mabuk ini. Shah Alam mabuk.
Minta surat daripada pemaju yang memberi jaminan dia tidak cagar kepada bank.
Ini Yang Berhormat, jangan ganggu saya.
Ah! Pula.
Tidak Shah Alam. Sudah, sudah.
Duduk. Nak tutup macam mana.
Ini sampai kiamat tak habis mesyuarat ini.
[Ketawa]
Tiap-tiap kali saya cakap yang dia terasa dia akan kena. Saya nak bagitahu, kita akan meletakkan keadilan kepada semua dan kita bukan membela pemaju seperti yang dilakukan oleh Kerajaan PH.
Jangan ambil tanah bagi pihak pemaju. Jangan rampas tanah bagi pihak pemaju.
Ada rumah– Ini nampak ini, nampak ini. Ini boleh pakaikah ini?
[Ketawa]
Boleh tak ambil besi kah apa halang dia jangan bagi bangun. Saya nak jawab, nak tutup. Sudah habis sudah.
Nak tutup. Sila tutupkan.
Yang Berhormat, ini saya nak bagitahu bahawa PH nampaknya utamakan pemaju daripada pemilik tuan tanah.
Dia kata kena ambil tanah kena caj dekat bank baru nak bayar.
Bukan kita yang nak rampas tanah. Yang nak rampas adalah kerajaan sekarang.
[Ketawa]
Dia kata kena ambil tanah, nak caj dekat bank baru nak bayar. Akan tetapi kita meletakkan pemilik dahulu. Sekurang- kurangnya pemilik dapat. Kalau saya jumpa Ahli Parlimen mabuk macam ini, mati saya.
[Ketawa]
Saya nak beritahu itu. Dia ada duit tak ada duit, dia punya hal. Akan tetapi, ganti rugi diberikan kepada pemilik mesti didahulukan.
KSU pun tahan gelak.
Kalau nak gunakan pemilik punya hak untuk pergi caj dekat bank, pemilik sendiri boleh caj dekat bank, dia dah dapat nilai yang tinggi.
Baik Yang Berhormat Menteri. Masa sudah tamat.
Jadi, dengan itu saya akhiri bahawa perbincangan yang baik ini ambil kira dalam libat urus di antara Yang Berhormat Menteri dan pemaju dan juga pemilik-pemilik. Saya minta Ahli-ahli Yang Berhormat, maaflah yang itu. Yang di KL ini supaya bersama-sama dengan saya untuk menyelesaikan apa sahaja perkara termasuk Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 yang akan dibentangkan–
Kena panggil Ahli Parlimen Titiwangsa untuk terlibat. Dia lepas tangan.
Ya setuju.
Mana boleh kena panggil Ahli Parlimen Titiwangsa.
Ya, sila.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Ini Ahli-ahli Yang Berhormat. Biar saya jawab bagi habis. Jadi, kalau saya – saya ganggu masa dia berucap Tuan Yang di-Pertua tahan. Dia ganggu masa saya berucap Tuan Yang di-Pertua tak tahan. Saya tahu Tuan Yang di-Pertua pun tak boleh halang orang macam ini.
Biarlah dia meneruskan– [Ketawa] Maaf cakap kalau saya terkasar bahasa.
Baik. Terima kasih.
Akan tetapi, saya nak bagitahu bahawa saya bawa pegawai-pegawai KSU saya ini di mana Kampong Bharu untuk menyelesaikan masalah. Kita tidak akan memberi keutamaan kepada pemaju yang telah dicadangkan oleh Shah Alam. Kita akan bagi keutamaan kepada rakyat. Kepada orang marhaen supaya mereka mendapat hak keadilan yang sewajarnya.
Saya berterima kasih tentang mana yang telah ditimbulkan dan saya minta kalau ada terkasar bahasa. Bukan niat saya untuk merendahkan mana-mana pihak. Bagi saya manusia adalah sama tetapi biarlah kita berbincang cara yang berhemah dan cara orang – Terima kasih.
Saya pun minta maaf kalau ada terkasar bahasa.
Nampak dia ganggu lagi.
Bertaubatlah tuan. Kalau sekiranya nak bertanya soalan, saya akan pastikan supaya– saya suruh ini dibincangkan di sini sebab saya anak jantan yang harus menghadapi segala-galanya. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ahli-ahli Yang Berhormat kita mula tadi pukul 2.52 petang, kita selesai pukul 3.54 petang. Satu jam dan dua minit ikut peraturan iaitu perbincangan selama satu jam. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang, esok, Selasa, 14 Disember 2021. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.
[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 3.50 petang]