Dewan Rakyat · 15 December 2021
15th Parliament, session 4, meeting 2 · 802 turns · 60,194 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
Tuan Yang di-Pertua, kuorum tidak cukup, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Yang Berhormat Padang Serai, sebahagian mereka sedang mengambil saliva test. They will be coming soon, shortly, insya-Allah.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Sekarang saya jemput yang pertama, Yang Berhormat Tanjong Manis.
1. Tuan Haji Yusuf bin Abd Wahab [Tanjong Manis] minta Menteri Kanan Pendidikan menyatakan status penyambungan bekalan elektrik dari grid ke SMK Semop di Pulau Bruit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Pendidikan Malaysia komited untuk memastikan sekolah di luar bandar termasuk di Sarawak mendapat akses kepada bekalan elektrik. Dalam hal ini, KPM sentiasa bekerja sama dengan Kerajaan Negeri Sarawak dan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi mengenal pasti sekolah yang boleh disambungkan ke talian grid untuk mendapatkan bekalan elektrik. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, SMK Semop merupakan salah sebuah sekolah yang telah dikenal pasti terletak berhampiran dengan talian grid elektrik. Oleh yang demikian, kerja-kerja penyambungan ke talian grid sedang dilaksanakan oleh JKR dan dijadualkan selesai selewat-lewatnya pada bulan Mac 2022. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan Yang Berhormat Tanjong Manis, 30 saat.
Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang menggembirakan tadi. Untuk makluman Yang Berhormat Menteri SMK Semop ini sebenarnya ada mengalami kekurangan bilik kelas, kekurangan bilik asrama, tidak ada dewan perhimpunan dan tidak ada padang atau trek olahraga untuk kegunaan murid-murid. Murid-murid sekolah terpaksa menggunakan jalan raya berdekatan sebagai tempat latihan olahraga.
Di sekolah SK Semop yang bersebelahan juga tidak ada dewan perhimpunan untuk kegunaan murid-murid sekolah. Mereka terpaksa menggunakan ruang antara blok kelas sebagai tempat perhimpunan. Saya pernah membangkitkan perkara-perkara ini di dalam perbahasan yang lepas. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, berkenaan status permohonan ini. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat Tanjong Manis. Berkaitan dengan SMK Semop itu kekurangan bilik darjah, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam RP2 RMKe-12 kerajaan telah meluluskan permohonan pembinaan bangunan tambahan 12 bilik darjah dan lain-lain kemudahan di SMK Semop. Jadi kita insya-Allah akan masukkan kemudahan dewan terbuka dalam skop pembinaan tersebut. Untuk SK Semop, kita akan teliti keperluan untuk membina dewan terbuka berpandukan kepada syarat-syarat yang sedia ada. Terima kasih Ahli Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri, berkenaan dengan padang tadi, trek untuk latihan olahraga ada berita menggembirakan daripada Yang Berhormat Menteri?
Sila Yang Berhormat Yang Berhormat Menteri.
Kita akan teliti keperluan tersebut Yang Berhormat dan kemudian kita akan membuat susulan berkaitan dengan permohonan yang disebut oleh Yang Berhormat tadi. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri, soalan tambahan kedua saya jemput Yang Berhormat Sibuti.
Okey, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat, saya ingin merujuk kepada berkenaan tentang isu air dan elektrik kepada grid. Semestinya kita tahu bahawa masalah ini berlarutan, Kerajaan Sarawak pernah menawarkan sejumlah RM50 juta untuk penyambungan grid dan RM9 juta untuk water grid. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, adakah masalah ini telah dapat diputuskan dan saya ingin mendapat tahu daripada Yang Berhormat Menteri, adakah dengan penyambungan grid ini pihak kementerian bersedia untuk pembayaran bil bulanan untuk penyambungan grid dan juga grid elektrik dan air ini.
Sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Sibuti. Berkaitan dengan RM50 juta yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri. Dalam konteks ini kerajaan negeri bekerjasama dengan kementerian dan 124 buah sekolah terlibat dalam program tersebut. Daripada 124 buah sekolah ini 23 buah sekolah telah selesai disambung ke grid dan 101 buah sekolah dalam proses penyambungan. Seperti mana sekolah-sekolah lain di seluruh negara, bayaran utiliti merupakan sebahagian daripada bayaran yang akan dilaksanakan pihak kementerian. Terima kasih.
Terima kasih. Saya bagi peluang soalan tambahan ketiga Yang Berhormat Padang Serai.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin mohon kepada Yang Berhormat Menteri di Padang Serai sekolah-sekolah sudah hampir 50 tahun ke atas. Bagaimana ataupun adakah rancangan untuk rewiring balik bilik sekolah-sekolah tersebut memandangkan dia punya tenaga elektrik dia gunakan lebih daripada dulu.
Dulu mereka tidak pakai komputer dan macam-macam tetapi hari ini TV dan macam-macam mereka pakai. Akan tetapi kabel itu masih lagi zaman dulu, bagaimana kita hendak atasi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat Padang Serai. Berkaitan dengan wiring dengan izin yang lama ini memang terdapat sekolah- sekolah di mana wiringnya telah lama, pendawaiannya telah lama dan tidak mampu penampung keperluan bekalan elektrik.
Oleh sebab itu, kita akan beri keutamaan kepada sekolah-sekolah ini dalam konteks pendawaian semula sekiranya didapati keperluan itu jauh lebih tinggi dan kadang- kadang apabila tidak dilakukan pendawaian semula bekalan tidak mencukupi. Jadi, sekolah-sekolah yang termasuk dalam kumpulan ini akan diberi keutamaan dalam konteks pendawaian semula. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Menteri. Pertanyaan jawab lisan seterusnya saya ingin jemput Yang Berhormat Tuan Charles Anthony Santiago, Klang.
2. Tuan Charles Anthony Santiago [Klang] minta Menteri Tenaga dan Sumber Asli menyatakan langkah serta-merta/rancangan kementerian untuk menghentikan penggunaan bahan api fosil dalam penjanaan tenaga; merangsang penjanaan tenaga boleh diperbaharui; mengurangkan pengeluaran karbon (carbon emission) untuk mencapai ‘carbon neutral’ sebelum tahun 2050.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Keluarga Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Klang yang bertanyakan mengenai langkah pengurangan karbon. Tuan Yang di-Pertua, Pelan Pembangunan Penjanaan tahun 2020-2039 telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 23 Disember tahun 2020 telah menetapkan laluan rendah karbon (low-carbon pathway) dengan izin, untuk mengurangkan pembebasan karbon daripada sektor pembekalan elektrik secara berperingkat dengan mengambil kira keseimbangan dalam tiga elemen utama ataupun dipanggil trilemma tenaga iaitu jaminan bekalan, mampu bayar dan lestari, dalam bahasa Inggeris dengan izin security, affordability and sustainability. Pendekatan ini membolehkan sektor bekalan elektrik melaksanakan inisiatif rendah karbon secara terancang berdasarkan keupayaan dan ketersediaan sistem serta mengambil kira kemampuan rakyat untuk membayar. Dalam menyokong aspirasi negara kita mencapai sasaran pelepasan gas rumah kaca (GHG) bersih sifar seawal-awal pada tahun 2050 ataupun net zero carbon emission dengan izin. Antara langkah proaktif kerajaan dalam mencapai aspirasi nasional ini termasuklah mengurangkan kebergantungan kepada arang batu sebagai sumber penjanaan elektrik dengan menetapkan sasaran sebanyak 31 peratus kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) dalam pembekalan elektrik negara menjelang tahun 2025 dan 40 peratus menjelang tahun 2035. Sasaran ini akan dicapai melalui pelaksanaan dan penambahbaikan program TBB sedia ada seperti feed-in tariff (FIT), net energy metering (NEM), self-consumption (SELCO) dan New Enhanced Dispatch Arrangement (NEDA). Selaras dengan sasaran kerajaan untuk mengurangkan intensiti pelepasan GHG daripada sektor bekalan elektrik, kerajaan juga telah menetapkan bahawa tiada pembangunan loji arang batu yang baharu pada masa akan datang. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas jawapan yang begitu bagus daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan. Soalan saya Yang Berhormat Menteri ialah pertama, apakah rancangan terperinci masa depan untuk mengurangkan penggunaan gas dan juga arang? Walaupun saya telah mendengar jawapan Yang Berhormat Menteri, tetapi what is the specific? Juga apakah ini bererti, bermakna kepada concession agreement yang sedia ada dengan pihak swasta? Adakah kita akan bertukar, bincang, apakah yang akan buat? Kalau kita tidak dapat, adakah kita adakan satu masa untuk ulang kaji pelan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Klang atas soalan yang cukup baik. Memang sebagaimana yang saya sebutkan tadi bahawa kita mempunyai suatu suasana yang agak dilema antara penggunaan bahan api ataupun arang batu dan gas ini sebagai sumber penjana elektrik dengan sasaran kita untuk mencapai net zero carbon emission. Ini bergantung kepada keadaan realiti yang berlaku kerana kita tidak boleh menghentikan serta-merta operasi loji ini sebagaimana Yang Berhormat pun maklum kerana mereka ini mempunyai agreement iaitu power purchase agreement (PPA) yang begitu panjang tempohnya– masanya belum habis. Akan tetapi, langkah kerajaan untuk tidak renew, untuk tidak memperbaharui penjanaan melalui arang batu dan juga gas ini. Kita boleh berubah kepada TBB kepada hidro, kepada solar, mungkin kepada hidrogen sendiri pun Tuan Yang di-Pertua. Ini kerana, unsur TBB yang baharu yang sedang kita laksanakan dan untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Dewan yang mulia ini pada hari ini Malaysia menerima kunjungan Secretary of the State daripada US yang juga membincangkan mengenai TBB ini. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan bertemu dengan Mister Secretary of US Secretary of States pada hari ini. Itu matlamat kita. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya ialah apakah perancangan sektor bekalan elektrik dalam menyokong aspirasi negara untuk mencapai sasaran pelepasan gas rumah kaca (GHG) sifar bersih seawal-awalnya pada tahun 2050? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Kuala Krai. Soalan cukup baik juga. Kita tahu bahawa kita mempunyai perancangan dalam sektor elektrik ini untuk menyokong aspirasi negara ini ke arah pelepasan GHG sifar menjelang tahun 2050. Hala tuju mikro bagi mengurangkan pelepasan GHG bagi sektor bekalan elektrik telah ditetapkan sejak tahun 2019 lagi sebagaimana yang saya sebutkan tadi Pelan Pembangunan Pembekalan Elektrik Negara 2020-2039 yang memperincikan sasaran pengurangan intensiti pelepasan karbon sektor pembekalan elektrik sebanyak 45 peratus pada tahun 2030 dan 60 peratus pada tahun 2035. Komitmen pengurangan intensiti ini telah diteruskan dalam penetapan Dasar PDP edisi yang seterusnya tahun 2021 sehingga tahun 2029 yang mana kerajaan telah menetapkan laluan rendah karbon sebagaimana yang telah saya sebutkan tadi. Pada masa yang sama secara ringkasnya Tuan Yang di-Pertua, sektor bekalan elektrik juga merupakan satu-satunya sektor ekonomi yang telah menetapkan pelaksanaan sasaran serta garis masa bagi menurunkan kadar pelepasan GHG ini. Oleh itu, jelas bahawa sektor ini merupakan sektor yang paling terkehadapan walaupun kita belum lagi mencapai sasaran yang sebenarnya, sektor elektrik ini sektor yang terkehadapan dalam memenuhi aspirasi negara ini. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Soalan jawab lisan seterusnya. Saya ingin menjemput Tuan Lukanisman bin Awang Sauni, Sibuti.
3. Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [Sibuti] minta Menteri Kewangan menyatakan strategi kerajaan untuk memastikan bahawa rakyat Malaysia, terutamanya belia, tidak ketinggalan dalam memahami teknologi Blockchain dan apakah pendirian kerajaan berkenaan penggunaan matawang kripto dalam urus niaga harian dan apakah inisiatif Kerajaan untuk mengolah matawang kripto sendiri (iaitu Stablecoin).
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat Sibuti. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kegunaan teknologi blockchain adalah amat luas dan boleh memanfaatkan pelbagai industri. Sebagai contoh, teknologi ini boleh menyimpan rekod-rekod penting dengan selamat. Malah boleh digunakan untuk mempatenkan dan menjejak harta intelek dalam perniagaan dan pelbagai kontrak undang-undang. Di dalam sektor kewangan, aplikasi pertama pelaksanaan teknologi blockchain adalah dalam mata wang kripto atau mata wang digital seperti Bitcoin. Antara inisiatif- inisiatif kerajaan untuk memastikan bahawa rakyat Malaysia terutamanya belia tidak ketinggalan dalam memahami teknologi blockchain adalah termasuk penganjuran Persidangan Tahunan Fintech SCxSC yang telah dianjurkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) selama lapan tahun sejak tahun 2014. Pada tahun ini Persidangan SCxSC telah diadakan pada 26 hingga 28 Oktober 2021 dan daripada keseluruhan para hadirin yang hadir hari persidangan ini, 60 peratus adalah tergolong dalam kumpulan belia berumur 35 tahun ke bawah.
Berhubung dengan pendirian kerajaan mengenai penggunaan mata wang kripto dalam urus niaga harian, aset digital dapat dikeluarkan oleh syarikat untuk tujuan pengumpulan dana tetapi ia juga tertakluk kepada penerbit yang memenuhi syarat yang ditetapkan oleh SC sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perintah Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Penetapan Sekuriti) (Mata Wang Digital dan Token Digital) 2019. Berhubung penggunaan mata wang kripto bagi tujuan pembayaran, mata wang kripto seperti Bitcoin dan Ethereum tidak diiktiraf sebagai mata wang yang sah diperlakukan dengan izin, legal tender di Malaysia dan bukan merupakan instrumen pembayaran yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Mata wang kripto tidak sesuai digunakan sebagai instrumen pembayaran disebabkan mata wang ini tidak menunjukkan ciri-ciri universal wang. Secara umumnya, mata wang kripto bukanlah penyimpan nilai dan medium pertukaran yang baik disebabkan keadaan mata wang kripto yang terdedah kepada turun naik harga yang tidak menentu dan pendedahan kepada ancaman siber dan kekurangan daripada segi boleh skala. Namun demikian, kemajuan teknologi dan kadar pendigitalan yang semakin pesat telah mendorong kepada peningkatan penggunaan pembayaran secara digital. Landskap pembayaran dan mata wang kripto yang cepat berubah telah mendorong bank-bank pusat untuk menilai kewajaran mengeluarkan mata wang digital bank pusat atau central bank digital currency (CBDC). CDBC ini merupakan sebuah instrumen pembayaran digital yang dikeluarkan oleh bank pusat dan sedang diteroka dan dikaji oleh pelbagai bank pusat di dunia. Pada masa ini, BNM belum memutuskan untuk mengeluarkan CBDC dalam masa terdekat. Di Malaysia, sistem pembayaran domestik termasuk platform pembayaran runcit masa nyata, real-time retail payments platform (RPP) terus beroperasi dengan selamat dan cekap untuk menyokong keperluan ekonomi dan sekali gus membolehkan pembayaran digital pada masa nyata. Selain itu, sistem kewangan di Malaysia juga terus menyokong fungsi ekonomi di samping memenuhi keperluan individu dan perniagaan. Namun begitu, pihak BNM akan
terus menilai secara aktif potensi CBDC untuk mencapai objektif dasar awam. Terima kasih.
Soalan tambahan pertama, sila Yang Berhormat Sibuti.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang sangat lengkap dan juga teliti berkenaan tentang revolusi wang kripto di Malaysia. Saya ingin mengetahui perkembangan ketika ini ramai golongan belia wanita mengejar untuk menjadi jutawan kripto dan juga banyak pelaburan kripto ditawarkan terutama sekali di sosial media. Sudah tentu banyak juga kejadian-kejadian seperti scam dengan izin berlaku di dalam industri pelaburan kripto. Apakah langkah-langkah yang dapat dijelaskan oleh pihak kementerian cara-cara untuk mengelakkan scam pelaburan kripto ini? Terima kasih.
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Ahli Parlimen Sibuti di atas soalan susulan tadi. Makanya dalam jawapan saya pada awal tadi, salah satu kenapa mata wang kripto ini masih lagi dalam perhatian dan rasanya belum lagi sesuai digunakan sebagai instrumen pembayaran ialah salah satu daripadanya ialah ancaman siber dan financial scam dan sebagainya. Namun begitu, SC melalui inisiatif pendidikan pelabur, InvestSmart, Securities Industry Development Corporation, Bursa Aset Digital (DAX) yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia juga telah melaksanakan pelbagai inisiatif secara percuma untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat Malaysia tentang urus niaga dan pelaburan aset secara digital. SCxSC adalah merupakan salah satu program jangkauan yang membolehkan orang ramai mengikut perkembangan terbaru Fintech di peringkat tempatan dan antarabangsa dan topik-topik yang dibincangkan di persidangan SCxSC merangkumi perkembangan semasa mengenai aset digital. Ini adalah dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran dan juga memberi peluang kepada para hadirin, masyarakat kita untuk memperoleh ilmu dan berinteraksi dan berbincang mengenai topik ini dengan lebih lanjut supaya, insya-Allah dalam masa yang akan datang mereka lebih berhati-hati apabila membuat pelaburan menggunakan kripto dan aset-aset digital. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan kedua, saya menjemput Yang Berhormat Alor Gajah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya memohon setelah memahami apa yang dijawab tadi, Bank Negara masih lagi mengkaji tetapi setakat ini, kalau disebutkan perniagaan kripto adalah dikawal selia oleh Securities Commission. Berapakah syarikat yang telah diluluskan oleh Securities Commission atau Yang Berhormat Menteri Kewangan dalam usaha untuk meningkatkan lagi perdagangan kripto di negara kita tetapi dalam bentuk platform yang dipanggil decentralized. Terima kasih.
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Bank Negara bukanlah satu-satunya central bank yang melakukan kajian ini, malah kajian ini dilaksanakan oleh seluruh bank-bank negara lain termasuk Singapura, Australia dan sebagainya. sudah tentu kripto atau digital aset adalah perkara baru dan ia dengan izin berkaitan dengan DeFi atau decentralized finance. Maksudnya mereka ingin melakukan transaksi urusan kewangan ini dengan minimum intervention atau dengan harga lebih murah, lebih cepat...
Berapa syarikat yang telah diluluskan oleh Menteri Kewangan. Itu sahaja jawapan yang saya minta.
Okey, tidak apa. Yang Berhormat Alor Gajah, saya akan beri terperinci tentang– saya tidak mempunyai maklumat itu sekarang dan saya akan memberinya secara bertulis. Terima kasih.
Baik. Terima kasih. Pertanyaan seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Simpang Renggam.
4. Dr. Maszlee bin Malik [Simpang Renggam] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan usaha dan insentif kementerian untuk memajukan industri Taman Tema Hiburan Keluarga di Malaysia yang semakin malap dan menanggung kerugian besar dampak wabak COVID-19.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada semua warga Kristian yang akan menyambut Krismas tidak lama lagi. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Simpang Renggam– tahniah! Baru sahaja berhijrah ke parti baru. Urusan berkaitan pengurusan taman tema dan pusat hiburan keluarga adalah tertakluk kepada kelulusan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan, sama ada majlis bandar raya, majlis perbandaran ataupun majlis daerah. Mana-mana pengusaha taman tema yang ingin mendapatkan kebenaran beroperasi tidak dikehendaki untuk mendapatkan sebarang permit atau kebenaran daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). Menurut data oleh Malaysian Association of Theme Park & Family Attractions (MATFA), pada masa ini terdapat 82 buah taman tema dan pusat hiburan keluarga yang sedang beroperasi di Malaysia. Seperti juga perniagaan yang lain, pengusaha taman tema turut menghadapi masalah yang sukar ketika negara bergelut dengan penularan COVID- 19 sepertimana juga aktiviti-aktiviti dalam sektor pelancongan, taman tema adalah antara aktiviti yang akhir dibenarkan untuk beroperasi sepenuhnya selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara. Mengenai usaha dan inisiatif kementerian, kerajaan melalui beberapa pakej rangsangan ekonomi telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membantu kelangsungan hidup rakyat dan perniagaan di dalam negara. Antara insentif dan bantuan yang boleh dimanfaatkan oleh pengusaha taman tema adalah seperti berikut: (i) diskaun bil elektrik sebanyak 10 peratus yang diberikan khas kepada pengusaha hotel, pengendali taman tema, pusat konvensyen, pusat membeli belah dan juga pengusaha pelancongan yang diberikan melalui TNB; (ii) penangguhan pembayaran ansuran cukai pendapatan bulanan oleh syarikat sehingga 31 Disember 2021 oleh LHDN ataupun MOF; dan (iii) program subsidi upah bantuan sebanyak RM600 setiap pekerja selama empat bulan dan terhad sehingga 500 orang pekerja setiap majikan oleh PERKESO melalui Kementerian Sumber Manusia. Melalui Bajet 2022 pula, pengecualian duti hiburan ke atas aktiviti hiburan termasuk taman tema di semua di Wilayah Persekutuan dapat membantu menggalakkan dan juga merancakkan lagi kehadiran pengunjung ke taman tema. Dalam hal ini, MOTAC turut menyambut baik langkah-langkah oleh kerajaan-kerajaan negeri seperti negeri Johor, Pulau Pinang dan Selangor untuk membantu meringankan beban penggiat industri taman tema menerusi pengecualian penuh duti hiburan yang dikenakan. Pada masa yang sama, pihak berkuasa negeri-negeri lain adalah disarankan untuk turut memberikan pengecualian duti hiburan seperti ini bagi terus menyokong pemulihan
sektor ini. Bagi membantu taman tema dan juga pusat hiburan keluarga ini untuk kembali menerima pengunjung dan bangkit semula, MOTAC telah bekerjasama dengan MATFA untuk menawarkan diskaun tiket dan baucar istimewa di semua taman tema dan pusat hiburan keluarga serta taman permainan ahli-ahli MATFA bermula 31 Oktober hingga 26 Disember 2021.
Izinkan saya untuk menggulung. Tawaran ini juga disalurkan melalui kempen pelancongan domestik Cuti-cuti Malaysia membabitkan lebih 25 buah taman tema dan pusat hiburan keluarga di seluruh negara iaitu kempen Rediscover Fun-A Theme Park Family Affair. Ini dijangka akan dapat menarik kehadiran lebih ramai pengunjung ke taman-taman tema dengan lebih 40,000 orang pengunjung boleh mendapat manfaat daripada kempen ini dengan menikmati kadar tiket masuk yang lebih rendah. Terima kasih.
Soalan tambahan pertama. Yang Berhormat Simpang Renggam. Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Baru-baru ini ketika perbahasan Jawatankuasa, saya ada meminta supaya MOSTI memberikan peruntukan melalui pembudayaan sains dan inovasi kepada taman-taman tema yang berunsurkan sains dan inovasi. Ini mungkin boleh bekerjasama dengan MOTAC untuk memastikan geran dapat diberikan kepada mereka demi menggalakkan anak-anak terutamanya daripada keluarga B40 dapat berkunjung ke taman-taman tema yang berunsurkan sains dan juga inovasi. Akan tetapi itu bukan soalannya. Soalan saya ialah berkaitan dengan apakah langkah MOTAC dalam memastikan taman tema ini dapat diselamatkan daripada cukai dosa (sin tax) yang mendapat punca kuasa daripada Akta Duti Hiburan 1953 yang telah saya bawakan ketika dalam banyak perbincangan yang mana ia boleh dilakukan dengan dua perkara. MOTAC boleh reklasifikasikan taman-taman tema bukan sebagai taman hiburan tetapi sebagai pusat pelancongan agar ia dikeluarkan daripada akta tersebut, ataupun MOTAC dan juga MOF boleh membawa kepada Dewan untuk dipinda Akta 1953 itu agar dikecualikan taman tema hiburan keluarga. Ini kerana kesan daripada cukai dosa yang dikenakan 25 peratus ke atas tiket untuk masuk ke taman hiburan, kesannya tiket menjadi mahal. Ini membebankan kepada para pengusaha taman-taman tema hiburan keluarga dan juga menjadi penghalang dan hambatan kepada keluarga-keluarga berpendapatan rendah untuk anak-anak mereka menikmati pendidikan dan hiburan di taman-taman tema hiburan keluarga. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Sebenarnya, kalau boleh saya hendak minta Yang Berhormat Simpang Renggam untuk ringkaskan tetapi saya faham ada dua perkara yang ditanya, sama ada boleh diklasifikasikan sebagai pusat pelancongan ataupun untuk Kementerian Kewangan merujuk kembali untuk akta yang baharu. Yang Berhormat Simpang Renggam, MOTAC sentiasa memberi perhatian yang serius kepada aktiviti-aktiviti keluarga dan sebagainya untuk menggalakkan lebih ramai keluarga untuk datang ke taman-taman tema. Ini kerana kalau kita mendapati dalam/di masa gejala COVID-19 ini, yang pentingnya adalah indeks kebahagiaan keluarga. Biasanya ia dilakukan pada hujung minggu dan juga sebagainya. Maka untuk yang dicadangkan untuk tukar kepada pusat pelancongan dan sebagainya, kalau kita tengok akta yang ini sebenarnya ia hanya rujuk kepada Akta Duti Hiburan 1953, iaitu sebelum merdeka lagi dan punca kuasanya bukan berada di bawah MOTAC. Akan tetapi secara prinsipnya, kita yakin bahawa duti ini bolehlah dikaji semula dan sebagainya.
Keduanya, Yang Berhormat juga ada menyebut mengenai keperluan untuk MOF mengkaji. Ini mungkin lebih baik dijawab oleh MOF, tetapi daripada segi MOTAC, kita percaya bahawa selepas begitu lama akta ini tidak dikaji dan juga sebagainya, maka kita punca kuasanya adalah di bawah MOF. Akan tetapi namun demikian, Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Akta Duti Hiburan dengan kerajaan-kerajaan negeri pula bersetuju bahawa mereka ini adalah diseragamkan pada kadar 25 peratus. Maka kesimpulannya, maka sudah tiba masa untuk akta ini dikaji dan juga dilihat, di mana punca kuasanya? Diletak di bawah kementerian mana dan kita yakin daripada segi kementerian MOTAC, kita akan sentiasa bersedia untuk membantu taman-taman tema ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya minta Yang Berhormat Tebrau.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih atas jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya. Soalan tambahan saya, adalah daripada segi apakah ciri-ciri yang buat taman tema hiburan keluarga akan berjaya walaupun cabaran banyak. Ini supaya kita boleh elakkan secara yang berlaku pada Mimaland yang beroperasi pada tahun 1975 tetapi dipaksa tutup. Jadi, apa ciri-cirinya dan macam mana kita boleh elakkan ini berlaku lagi? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya minta soalan itu diulangi kerana apa beberapa sebutan itu tidak tepat, saya tidak dapat tangkap. Saya minta diulang balik.
Minta ulang sekali lagi. Tidak mengapa, Yang Berhormat Tebrau.
Ciri-ciri yang buat taman tema hiburan keluarga berjaya supaya kita boleh elakkan penutupan Mimaland berlaku lagi.
Mima, Mimaland. Dia minta ciri-ciri yang berjaya.
Okey. Mengenai ciri-ciri yang diminta mengenai Mimaland tadi itu kita harus berikan bertulis kerana kita perlu kaji kembali dan juga sebagainya, bila ditutup dan juga sebagainya. Akan tetapi untuk memastikan bahawa ciri- ciri sesuatu taman tema berjaya adalah selain daripada mempunyai daya tariknya sendiri, unique selling point tetapi juga menggunakan business model untuk memastikan ia berjaya dan juga sebagainya. Memandangkan ini adalah soalan yang merujuk kepada sebuah taman tema secara terperinci, maka kita akan berikan secara bertulis. Terima kasih.
Terima kasih.
Satu lagi soalan, boleh?
Tambahan? Soalan tambahan ketiga. Sila Yang Berhormat Merbok.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya cuma ingin menanyakan satu soalan tambahan. Kalau kita melibat contoh, taman-taman hiburan animasi di Perak iaitu MAPS itu yang kini telah ditutup pada tahun 2020 yang saya jangkakan pembinaannya lebih kurang RM520 juta, makan kos. Akan tetapi selepas itu oleh sebab mungkin pandemik, so dia menanggung hutang yang banyak. Soalan saya, berdasarkan apa yang Yang Berhormat Timbalan Menteri telah jawab, (a), (b), (c) dan (d), bagaimanakah kita ingin membantu supaya dia kembali ini kerana kalau tidak ia akan menjadi gajah putih. Sedangkan taman-taman tema hiburan ini kalau di utara mungkin itu yang terbaik lah. Tidak perlulah semua orang pergi ke Kuala Lumpur untuk pergi Sunway Lagoon dan sebagainya. Pohon penjelasan, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Merbok. Sila.
Yang Berhormat Merbok, taman-taman tema ini sebenarnya mendapatkan lesen operasinya daripada PBT. Maka daripada segi MOTAC, tugas kita adalah untuk mempromosikan dan merancakkan mereka. Kalau seandainya ia telah ditutup, maka ia haruslah dirujuk daripada segi untuk mereka untuk membangunkan semula. Ia ada beberapa skim di bawah MOTAC seperti Skim Industri Pelancongan dan sebagainya dan Bank Pembangunan, maka mereka boleh merujuk untuk dapatkan bantuan ataupun menghidupkan kembali dan sebagainya. Akan tetapi daripada segi bajet yang diberikan kepada kita adalah untuk merancakkan aktiviti pelancongan ini. Contohnya, pada tahun ini kita ada baucar diskaun rebat sebanyak RM20 juta akan diberikan. Begitu juga dengan promosi dan pengiklanan dan juga dana sokongan promosi dan publisiti penggiat pelancongan sebanyak RM2 juta dan sebagainya. Terima kasih.
5. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan pelan strategik jangka masa panjang kementerian untuk menangani kes-kes rogol bawah umur dan sumbang mahram yang masih berleluasa dalam negara kita.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Dungun atas soalan yang dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sentiasa memandang serius isu kepincangan seksual di kalangan masyarakat terutama dalam golongan kanak-kanak dan wanita. Kes rogol bawah umur dan sumbang mahram merupakan satu jenayah seksual yang berat dan yang memerlukan inisiatif oleh pelbagai pihak untuk membanteras perkara ini dan ini adalah satu dosa yang sangat besar. Jadi, saya mengharapkan kerjasama daripada pelbagai pihak. Beberapa pelan strategik jangka panjang telah dibangunkan untuk mengatasi itu ini. Antaranya ialah Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI) yang bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran kepada semua pihak termasuk wanita, keluarga dan kanak-kanak berkaitan dengan pendidikan kesihatan reproduktif dan melahirkan masyarakat yang penyayang, bertanggungjawab dan mengamalkan gaya hidup sihat dan sejahtera.
Begitu juga kita mengadakan kolaborasi bersama dengan pelbagai agensi kerajaan, swasta dan badan-badan NGO untuk memastikan supaya golongan mereka ini tidak tercicir. Seterusnya, Pelan Strategi Kebangsaan bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur yang dikendalikan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang menetapkan komitmen pemegang taruh utama di peringkat kerajaan, swasta mahupun badan bukan kerajaan iaitu menangani dua faktor utama kekurangan dan keadaan akses kepada pendidikan kesihatan reproduktif dan seksual serta kemahiran ibu bapa. Di bawah faktor ini juga ada empat strategi iaitu: (i) menyediakan platform penyediaan informasi kepada kanak- kanak dan ibu bapa; (ii) menyediakan perkhidmatan SRH mesra kanak-kanak ini supaya kanak-kanak dan remaja untuk meningkatkan advokasi dan intervensi yang berkaitan dengan isu ini; (iii) penubuhan Pasukan Task Force Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak; dan
(iv) menubuhkan Jawatankuasa Bersepadu Pengurusan Isu-isu Sosial Kanak-kanak di Media Sosial yang melibatkan Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan badan-badan bukan kerajaan bagi menangani isu keselamatan siber dengan mempergiatkan advokasi dan intervensi serta menambah baik aspek perundangan dengan menguatkuasakan aspek pengawalan ke atas laman sesawang pornografi kanak-kanak. Terima kasih.
Soalan tambahan pertama. Sila, Yang Berhormat Dungun.
Terima kasih atas jawapan yang diberikan. Selain isu rogol dan sumbang mahram, isu LGBT yang melibatkan seks di luar tabii juga semakin menular. Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan, jika ada dalam simpanan― atau kalau tidak, secara bertulis― statistik yang melibatkan seks luar tabii dalam kalangan kanak-kanak ataupun remaja? Terima kasih.
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Ya, terima kasih Yang Berhormat dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas soalan yang dikemukakan tadi. Berdasarkan sumber daripada PDRM, statistik kesalahan luar tabii yang melibatkan mangsa umur 18 tahun bagi tahun 2019 hingga November 2021 adalah seperti berikut: | Negeri |Jumlah (kes)| |---------------|-----------:| |Perlis | 4| |Kedah | 13| |Pulau Pinang | 12| |Perak | 16| |Selangor | 94| |Kuala Lumpur | 39| |Negeri Sembilan| 8| |Melaka | 8| |Johor | 37| |Pahang | 16| |Terengganu | 9| |Kelantan | 6| |Sabah | 18| |Sarawak | 17| |JUMLAH | 287|<END_TABLE_MARKER> Antara umur yang terlibat, yang bawah daripada 16 tahun ialah seramai 208 orang dan 16 hingga 18 tahun seramai 82 orang, melibatkan keseluruhan mangsa yang terlibat ialah 290 orang. Dan yang melibatkan jantina pula iaitu 114 orang lelaki dan 176 orang perempuan yang melibatkan 290 orang kesemuanya. Terima kasih.
Soalan tambahan yang kedua. Sila, Yang Berhormat Petaling Jaya.
Terima kasih. Soalan saya ialah bilakah kecualian dalam Kanun Keseksaan seksyen 376B hukuman bagi sumbang mahram akan dipinda dan diselaraskan di antara umur di antara lelaki dan perempuan? Ini kerana pada masa ini, seksyen ini menyatakan seorang yang di bawah 16 tahun jika seorang perempuan atau di bawah 13 tahun jika lelaki hendaklah dianggap tidak mampu
untuk memberi persetujuan. Saya hendak tahu, bila kita akan menyelaraskan umur di antara lelaki dan perempuan? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya. Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Ya, terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya dan Tuan Yang di-Pertua. Soalan ini adalah soalan yang spesifik dan insya- Allah, kita akan jawab secara bertulis sebab ia memerlukan penelitian dan kajian. Terima kasih.
6. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Permatang Pauh] minta Menteri Pertanian dan Industri Makanan menyatakan: (a) usaha kementerian mewujudkan sokongan ekosistem bagi rantaian bekalan tempatan seperti yang telah dibuktikan menerusi kejayaan Farm Fresh dan Ramly Burger; dan (b) nyatakan langkah-langkah penyelesaian pemutusan rantaian bekalan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mengakibatkan pembaziran hasil pertanian.
Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab, saya ingin menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua. Soalan ini mempunyai dua perkara yang berbeza yang sebenarnya tidak selari dengan Peraturan Dewan. Walaupun saya telah membuat persediaan, saya mohon kerjasama Tuan Yang di-Pertua untuk membuat tafsiran sama ada...
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tambah.
Saya faham. Biar saya jawab dulu.
Sebenarnya keputusan berkait dengan penerimaan ataupun penolakan sebarang soalan terletak dengan Tuan Yang di-Pertua. Ini kali pertama dalam Dewan, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat.
Saya rasa tidak boleh diterima langsung...
Saya hendak mohon tafsiran daripada Tuan Yang di-Pertua...
...Memandangkan soalan ini dah diluluskan oleh pihak Dewan Rakyat.
...Sama ada saya menerus...
Jawab sahajalah kalau dah serius.
Kalau saya ikut kepada Buku Peraturan ini, Perkara 23(1)(r)(ii), dia kata mudah sahaja. Saya boleh jawab, tiada masalah, saya buat persediaan.
Ya, sila jawab Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tapi kalau saya jawab ini, panjang ceritanya. Kalau Tuan Yang di-Pertua setuju, saya boleh buat.
Saya minta supaya jawab soalan ini.
Kalau saya jawab, boleh tapi panjang fasal ada dua perkara.
Jawab dulu.
Jawab sajalah. Jawab saja. Tuan Yang di-Pertua dah suruh jawab.
Ia berbeza. Boleh?
Ya.
Yang Berhormat jawab saja, Yang Berhormat. Jawab, jawab.
Kalau boleh, saya jawab.
Ya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya, MAFI menerusi jabatan dan agensinya telah melaksanakan pelbagai usaha dan inisiatif bagi mewujudkan sokongan ekosistem rantaian bekalan yang konsisten daripada peringkat pengeluaran sehinggalah ke peringkat promosi dan pemasaran. Di peringkat pengeluaran dan pemprosesan, antara bantuan yang telah disediakan adalah, pertamanya, Program Agropreneur Muda yang bertujuan untuk membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang pertanian. Geran Agropreneur Muda ini adalah RM20,000 setiap individu. Dalam masa yang sama, kita ada menyediakan pakej pembiayaan dengan kadar faedah serendah dua peratus setahun dengan had maksimum daripada TEKUN Nasional sehingga RM50,000 dan Agrobank sehingga RM200,000 bagi setiap projek. Kita juga mempunyai khidmat nasihat teknikal intensif daripada jabatan dan agensi atau syarikat yang dilantik oleh MAFI. Program Geran Pemadanan (Matching Grant) yang bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran kebolehpasaran serta hasil jualan produk. Terdapat dua bentuk Geran Pemadanan di bawah program ini iaitu, yang pertama, dengan izin, change upgrade product (CUP) bagi membantu usahawan di peringkat mikro melalui geran padanan dengan nisbah 70 peratus kerajaan, 30 peratus usahawan dengan kadar bantuan maksimum kerajaan sebanyak RM60,000. Kedua, high-impact product bagi membantu usahawan perusahaan kecil sederhana melalui geran padanan pada nisbah 50 peratus kerajaan, 50 peratus usahawan dengan kadar bantuan maksimum kerajaan sebanyak RM200,000. Insentif cukai bagi projek pengeluaran bahan makanan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 di mana pengecualian cukai sebanyak 100 peratus diberikan selama 10 tahun kepada projek baharu dan selama lima tahun bagi projek pengembangan. Di peringkat pemasaran pula, sokongan disediakan adalah melalui khidmat nasihat dan bimbingan pembangunan produk, program pemadanan perniagaan dan program promosi. Sebagai contoh, antara inisiatif yang telah dilaksanakan oleh MAFI adalah, pertamanya, khidmat pemadanan perniagaan yang bertujuan untuk memadankan usahawan pertanian dengan pembeli industri seperti pasar raya dan sektor hotel, restoran dan juga katering. Melalui inisiatif ini, usahawan daging tempatan iaitu Al-Quds Livestock telah berjaya mendapat pasaran di 20 rangkaian Lotus di sekitar Lembah Klang pada tahun ini dan kini dalam usaha untuk mengembangkan pasaran ke Lotus zon utara. Kedua, program pembangunan export management company (EMC) yang bertujuan untuk meningkatkan penerokaan pasaran eksport melalui pembangunan jenama di pasaran luar negara. Melalui inisiatif ini, pengeksport dan juga pengimport dibangunkan sebagai pemasar produk pertanian dan agromakanan di pasaran global melalui konsolidasi pelbagai stock-keeping unit (SKU) dari beberapa jenama tempatan di bawah satu jenama.
Ketiga, Program Pemerkasaan Galakan Pasaran Eksport yang bertujuan untuk memperkukuhkan akses pasaran sedia ada dan meneroka akses pasaran baharu. Ia dilaksanakan oleh Pejabat Penasihat Pertanian dengan kerjasama bahagian dan juga jabatan serta agensi MAFI serta agensi luar seperti MATRADE melalui penyertaan dalam program ekspo, pameran perdagangan, in-store promotion dan program promosi. Untuk jawab soalan dua pula, ini panjang ini.
Kita bagi...
Untuk makluman Yang Berhormat..
Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita bagi soalan tambahan dahulu. Saya bagi peluang...
Tidak, biar saya jawab yang kedua ini.
Baik, sila.
Untuk makluman Yang Berhormat, sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, aktiviti pertanian telah dikategorikan sebagai perkhidmatan perlu dan dibenarkan beroperasi bagi memastikan rantaian bekalan makanan tidak terputus untuk kegunaan rakyat Malaysia. MAFI telah mengeluarkan sebanyak 166,769 surat kebenaran merentas daerah dan negeri kepada pengusaha pertanian bagi memudahkan aktiviti pemasaran dan pengedaran produk berasaskan pertanian. Selain itu, bagi mengelakkan pembaziran hasil pertanian sewaktu PKP, beberapa strategi telah dilaksanakan seperti berikut: (i) untuk meningkatkan akses pengeluar terhadap pasaran runcit apabila pasar borong dan pemborong mula mengurangkan belian akibat pengurangan permintaan daripada sektor institusi. Oleh yang demikian, Pasar Segar Terkawal telah dilaksanakan sewaktu PKP 1.0 daripada 30 Mac hingga 1 Mei Tahun 2020, selepas itu PKP 3.0 dari 1 Jun sehingga 11 September 2021; (ii) meningkatkan kecekapan pengedaran melalui kerjasama strategik dengan penyedia perkhidmatan first mile dari ladang ataupun pengeluaran kepada hab pengedaran atau pelanggan dan the last mile to hab pengedaran terus kepada pelanggan seperti PosLaju, Citylink, Line Clear, Lalamove, GDEX dan sebagainya. Kerjasama ini memberi pilihan kepada pengeluar untuk mendapatkan perkhidmatan penghantar kepada kos yang lebih rendah; (iii) membuka alternatif pasaran dalam talian melalui portal e- Dagang seperti AgroBazar Online, Marketplace AgroBazar Malaysia di Shopee, Shop Malaysia Online di Lazada dan juga AirAsia Farm. Strategi ini dapat mengurangkan kebergantungan pengeluar terhadap kaedah pemasaran fizikal sahaja; dan (iv) menggalakkan aktiviti pemprosesan hasil pertanian menggunakan fasiliti yang disediakan sama ada untuk buah- buahan mahupun produk hiliran. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Sila Yang Berhormat Permatang Pauh, soalan tambahan.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya harap ada keterbukaan untuk menjawab dengan tuntas kerana soalan ini mengakibatkan kesan yang sangat
negatif bukan sahaja kepada pengusaha dan penternak tetapi juga kepada pengguna dengan kenaikan harga barang. Saya rujuk kepada laporan Khazanah Research Institute yang menyatakan bila bercakap tentang soal mobilisasi makanan merentasi rantaian bekalan tempatan, ia melibatkan di Malaysia 16 kementerian dengan 67 agensi. Maksudnya sangat luas, maka perlu kerajaan dan kementerian mengambil kira cara untuk memudahkan laluan. Contoh sekarang sebagaimana diumumkan oleh KPDNHEP yang juga melibatkan kementerian Yang Berhormat, akan berlaku pergantungan yang tinggi kepada hasil dedak bagi rantaian penternak dan juga makanan-makanan di Malaysia. Antara sebab utama kenapa isirung sawit iaitu pengganti kepada barangan import dedak yang selalunya kita guna pakai di mana seluruh dunia sekarang bersaing untuk mendapatkannya. Jadi 95 peratus datang daripada China dan Rusia, kita terpaksa kembali kepada kedaulatan dan sekuriti makanan dalam negara. Maka Yang Berhormat, bagi pihak kementerian apakah langkah-langkah untuk mempercepatkan memberi insentif khas buat hasil tempatan pengusaha bagi makanan dedak yang diperlukan untuk mengatasi keperluan ternakan di seluruh Malaysia kerana ini yang dibangkitkan oleh mereka sedang kita pergi ke fasa seterusnya tidak lagi menggunakan pergantungan kepada barangan import. Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Walaupun sebenarnya soalan ini sudah lari lagi. Sudah lari daripada tujuan asal tetapi saya akan jawab. Pertamanya apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi tentang apa juga masalah yang dihadapi bukan sahaja daripada pengguna yang terpaksa membayar tinggi barang-barang keperluan makanan bahkan kepada pengeluar produk iaitu petani dan penternak yang terpaksa menanggung kos production yang tinggi. Maka dengan sendirinya, rantaian pemasaran ini akan berlaku kerana daripada mula seperti yang kita semua maklum bahawa kebanyakan daripada raw material ataupun keperluan asas kita adalah kita import daripada luar negara yang harga pada ketika ini kita semua tahu tinggi. Misalannya apa juga macam baja dan juga racun, walaupun kenaikannya 100 peratus tetapi kita dapati setelah kita buat penyiasatan yang ditanggung oleh pengeluar ataupun petani hanya 20 ke 30 peratus sahaja. Makna peningkatannya tidak boleh lebih daripada tersebut. Walau macam mana pun Tuan Yang di-Pertua, sekarang kita dalam proses untuk menstabilkan keadaan bukan sahaja kita memastikan supaya bekalan kita mencukupi bahkan rakyat dan juga pelanggan atau pengguna tidak terbeban dengan harga yang tinggi. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Soalan tambahan kedua, sila Yang Berhormat Pontian.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Apakah langkah-langkah yang dibuat oleh MAFI bagi memerangi orang tengah dalam bekalan makanan dan pemasarannya? Adakah MAFI bercadang untuk mengadakan Pasar Borong Digital untuk petani, penternak dan penanam sayur juga membina Pasar Fizikal Jualan Terus seperti di muara sungai ataupun pangkalan- pangkalan nelayan untuk nelayan dan keluarga mereka menjual terus tanpa orang tengah? Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Pontian. Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Yang Berhormat Pontian ini dapat benar-benar memahami apa juga keperluan yang sedang kita hadapi.
[Dewan ketawa]
Pertamanya semasa kita menghadapi COVID-19, tiga agensi kita telah mewujudkan Pasar Segar Terkawal yang pertamanya daripada FAMA yang telah mewujudkan sebanyak 54. Selepas itu LPP mewujudkan sebanyak 42 dan begitu juga daripada LKIM mewujudkan Pasar Segar mereka, ikan. Jadi maknanya rantaian kita terus berjalan walaupun kita menghadapi keadaan seperti COVID-19. Apa Yang Berhormat sebut tadi tentang apakah peranan kita untuk memastikan supaya Pasar Borong Digital memang pun telah bermula sejak kita menghadapi COVID-19 kerana pembelian ataupun jualan melalui online ini cukup bertepatan sekali dan menepati apa juga kehendak daripada pembeli pada ketika ini. Masalah orang tengah yang kita hadapi pada ketika ini, inilah yang sedang kita bincangkan dan kita cuba atasi supaya bukan sahaja pelanggan tidak terbeban bahkan pengeluar iaitu petani, penternak dan nelayan tidak diambil kesempatan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih.
Satu lagi?
Soalan tambahan yang kedua, sila Yang Berhormat Pokok Sena.
Baik. Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua.
Yang Berhormat Alor Gajah sudah bagi tadi sudah. Sudah dapat tadi sudah soalan nombor dua. Sila.
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak dapatkan penjelasan berkaitan dengan isu pasar dan sebagainya. Baru-baru ini ada Jualan Keluarga Malaysia yang saya akui harga yang begitu baik dan murah. Beras pun boleh dapat lima kilogram RM10 walaupun harga yang dibenarkan oleh kerajaan boleh jual sampai RM12.50. Boleh tidak kalau buat hari-hari, satu. Oleh sebab ini anjuran kementerian Yang Berhormat dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, boleh tidak buat hari-hari ataupun boleh tidak cari satu mekanisme untuk bekalkan barang itu kepada peruncit dengan harga yang murah dan mereka boleh jual dengan harga seperti mana yang dijual di Jualan Keluarga Malaysia.
Terima kasih, Yang Berhormat Pokok Sena. Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, Pasar Keluarga Malaysia ini akan diadakan pada setiap Parlimen sebanyak 222 yang telah pun bermula dan pada hari Sabtu dan Ahad ini juga akan terus bergerak. Kita akan dapati bukan sahaja barangan-barangan keperluan, bahkan termasuk ikan, ayam dan sayur-sayuran dan juga barang-barang keperluan yang lain akan disediakan dengan harga yang cukup berpatutan sekali.
Kita hendak, kalau boleh apa juga yang dibuat di pasar Keluarga Malaysia nanti akan memberi satu indikasi kepada semua juga yang pemborong-pemborong dan juga penjual-penjual supaya tidak mengambil kesempatan dalam keadaan yang cukup meruncing pada ketika ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih.
Orang tanya lain, jawab lain.
Soalan tambahan boleh? Soalan tambahan.
[Ketawa]
Saya sudah bagi dua soalan tambahan.
Tiga soalan tambahan, Tuan Yang di- Pertua.
Saya bagi peluang sebelah sini pula. Sila Yang Berhormat Alor Gajah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mekanisme sebenarnya sudah ada ya. Model kejayaan sudah ada. Apa yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh tadi adalah antara kejayaan oleh Ramly Burger dan juga Farm Fresh. Kita kena tingkatkan pelaksanaan inisiatif ini dengan menggunakan model-model yang telah berjaya, 67 agensi yang kita ada. Kita ada swasta yang telah pun menjana pendapatan. Membuat ekosistem yang boleh mendagangkan barangan dari luar bandar. Contohnya hari ini lebih kurang lebih daripada RM1.8 bilion. Model ini perlu diambil diguna pakai oleh agensi-agensi kerajaan. Adakah hari ini agensi-agensi kerajaan telah melibatkan diri dalam melaksanakan tanggungjawab itu untuk memastikan keluaran ini mendapat tempat di pasaran dengan secara holistik. Saya bagi contoh ya, kalau dilihat koperasi outlet contohnya ada 3,000 outlets. Akan tetapi tidak diguna pakai. Kita ada FAMA, kita ada agensi lain, pusat-pusat pengumpulan. Adakah ini perlu diperbaiki dan adakah senarai-senarai terkini yang kita telah guna pakai tentang model yang saya sebutkan tadi. Berapakah impaknya daripada segi perolehan itu? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Alor Gajah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya jawab ringkas sahaja. memang apa yang disebut oleh Yang Berhormat Alor Gajah memang cukup bertempatan sekali. Misalannya Farm Fresh sekarang, yang insya-Allah akan diapungkan di pasaran bersaham dalam jangka masa yang singkat. Walaupun mereka bermula pada tahap yang moderat tetapi dengan bantuan dan juga bimbingan daripada MAFI. Dia telah menjadi sebuah syarikat yang boleh kita banggakan. Misalannya, kita telah memberikan pertamanya kepada syarikat yang selain daripada bantuan bermula pada awalnya. Kita juga telah memberikan pengecualian cukai selama 10 tahun kepada syarikat ini. Keduanya, kita juga pembiayaan sebanyak RM10 juta di bawah projek Pemacu Pertanian di dalam Taman Pengeluaran Makanan pada tahun 2015. Geran padanan, kita bagi juga sebanyak 30 peratus kerajaan dan 70 peratus syarikat bagi pembelian 600 ekor lembu yang bernilai RM1.8 juta. Selepas itu pada tahun 2018, kita bagi lagi 312 ekor lembu bernilai sebanyak RM936,000. Untuk yang Ramly Burger ini, kerana beliau adalah seorang pengimport dan juga pembuatan ataupun manufacturing. Jadi selain daripada khidmat bimbingan dan juga kita bawa beliau ini kita memperkenalkan pada persada pasaran luar negara. Akan tetapi kerana memandangkan beliau tidak ada membuat apa-apa pengeluaran yang merupakan pertanian, jadi kita bagi dalam bentuk yang lain. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Soalan.
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi soalan tambahan boleh?
Ia tidak boleh lebih...
Ini isu berkaitan dengan pertanian. Harga.
Yang Berhormat Klang. Ia tidak boleh lebih daripada tiga soalan tambahan. Peraturan 24. Tidak boleh. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Kuala Langat.
7. Dato' Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandram [Kuala Langat] minta Menteri Kewangan menyatakan pembekal-pembekal, kontraktor serta syarikat-syarikat yang terlibat dalam implementasi teknologi 5G dan kos keseluruhan untuk peralihan teknologi ini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selain Ericsson yang telah dilantik sebagai pembekal perkakasan rangkaian, para pembekal kontraktor serta syarikat yang akan terlibat dalam pelaksanaan rangkaian 5G secara umumnya terdiri daripada pemilik tapak, pemilik gantian telekomunikasi serta pembekal tenaga elektrik. Bagi pelaksanaan di bawah fasa 1A dalam tahun 2021, pihak Digital Nasional Berhad (DNB) sedang melaksanakan rundingan untuk melantik pembekal kontraktor dan syarikat. Anggaran awal kos rangkaian liputan 5G ini adalah berjumlah RM11 bilion. Daripada jumlah tersebut, RM4 bilion adalah bagi perkakasan rangkaian dan perkhidmatan diuruskan dengan izin, manage services selama 10 tahun oleh Ericsson dan RM6 bilion lagi adalah bagi kos infrastruktur rangkaian daripada pembekal lain iaitu bagi menara, gantian telekomunikasi, tenaga elektrik dan kos-kos lain. Manakala RM1 bilion lagi adalah bagi bayaran fi penguntukan radas dengan izin, apparatus assignment kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). DNB kini menjangkakan RM1.5 bilion lagi diperlukan bagi gantian telekomunikasi tambahan selama 10 tahun daripada Telekom Malaysia (TM) disebabkan infrastruktur gantian telekomunikasi dalam negara yang berada pada tahap lebih rendah daripada dijangkakan. Oleh itu, kos keseluruhan bagi perkakasan dan infrastruktur rangkaian liputan 5G negara dianggarkan berjumlah RM12.5 bilion. Terima kasih.
Soalan tambahan. Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Hari ini apabila saya buka surat khabar The Star ini, ada lima muka surat, saya ingat sebagai advertisement lah daripada DNB dengan cara- cara apa yang dibuat sekarang oleh DNB. Banyak soalan yang ditanya telah pun cuba dijawab oleh mereka. Soalan saya di sini ialah kekeliruan yang ada di depan kita sekarang ialah berapakah total costnya untuk DNB ini sekarang? Jangkaan total costnya untuk DNB sekarang. Adakah semua telco telah terlibat dalam pemberian kontrak dan kerja untuk kita bersama-sama menjayakan program ini di dalam Malaysia? Berapa percent daripada kerja-kerja ini dijangka akan diberi kepada kontraktor-kontraktor bumiputera? Selalu ditanya soalan ini. Apa yang saya dengar daripada pembangkang dan juga daripada orang-orang lain di luar, we haven’t yet got an exact amount or the total amount that DNB will be spending at the end of this whole process of 5G network in Malaysia.
Terima kasih Kuala Langat. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Okey. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat atas soalan susulan. Mungkin saya jawab tentang bumiputera dahulu. Sebagai sebuah syarikat milik penuh kerajaan, Digital Nasional Berhad (DNB) tertakluk pada arahan dan garis panduan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh kerajaan, daripada segi antara lain penyertaan oleh/dan pembangunan vendor bumiputera. Oleh yang demikian, DNB bersama Ericsson sebagai pembekal peralatan rangkaian NEP telah merangka pelan penggunaan rangkaian liputan 5G yang akan menggunakan infrastruktur yang sedia ada dan memaksimumkan kerja kontrak dan perkhidmatan daripada vendor tempatan Malaysia khususnya kontraktor dan pembekal bumiputera. Daripada jumlah RM12.5 bilion kos peralatan dan infrastruktur rangkaian liputan, 61 peratus akan memanfaatkan kepentingan bumiputera dan 24 peratus akan
dimanfaatkan oleh kontraktor Malaysia yang lain dan 15 peratus akan memanfaatkan kepentingan orang asing. Selain daripada RM12.5 bilion ini perbelanjaan untuk DNB ini, perbelanjaan tambahan itu merujuk pada mungkin pelaburan tambahan untuk menambah tapak lokasi untuk memperkukuhkan rangkaian bagi memenuhi permintaan untuk kapasiti tambahan yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat, pengusaha ataupun kerajaan. Kos itu adalah kos masa hadapan yang hanya akan diperuntukkan berdasarkan kemungkinan dan peningkatan dan permintaan 5G. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan kedua...
[Bangun]
Pokok Sena.
Ledang.
Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Port Dickson.
Saya jemput Yang Berhormat— sila Yang Berhormat Port Dickson.
Terima kasih. Projek ini seperti mana yang kita tahu merupakan kontroversi besar negara yang sekarang diimbaskan akan mengulangi malapetaka ekonomi dalam kes 1MDB. Jadi kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab, kita jangka RM12 bilion tetapi mungkin ada tambahan, infrastruktur tambahan, itu jawab dalam Mesyuarat JKKK. Kalau mesyuarat dalam Parlimen ini, kita hendak definitive answer. Ada kenyataan 15, ada 18, ada jangkaan mencecah sehingga RM20 bilion. Kita hendak definitive answer, satu. Keduanya, proses penilaian, proses tender perolehan mesti dipatuhi. Ini bebanan besar kepada negara. Saya tidak percaya ia RM12 bilion. Kajian dibuat mesti mencecah kerana ia tidak mengambil kira keperluan infrastruktur tambahan yang ada.
Ini cuma hendak meletakkan satu keadaan yang rendah supaya tidak mengejutkan. Janganlah kita ulangi masalah yang sama. Mengapakah Kementerian Kewangan takut untuk mendedahkan seluruh maklumat ini? Mengapa tidak ada penilaian terbuka dan sistem perolehan terbuka untuk menentukan. Saya tidak menentang hendak pilih Ericsson kah, Huawei kah tetapi biar ada satu proses yang telus dalam hal ini. Oleh sebab itu, saya tidak percaya Tuan Yang di-Pertua. Untuk menjawab dalam hal ini, mesti mengizinkan satu, perbahasan yang teliti atau pendedahan maklumat yang teliti. Bukan soal iklan di surat khabar. You bayar, you bagilah iklan. Wang itu wang rakyat juga. Tidak ada munasabahnya. Ia mesti ada a reason discourse, perbincangan teliti. Saya hendak tekankan– Yang Berhormat Timbalan Menteri kena faham bahawa ini mengundang satu masalah besar bagi negara. Bagaimana mungkin dalam keadaan sekarang, satu projek mega yang mencecah hampir RM20 bilion diluluskan dengan shrouded in secrecy. Siapakah dapat kontrak? Kroni mana dapat? Anak siapa? Menantu siapa? Kita kena tahu. Ya, semua orang tahu sudah ini. Siapakah dapat dan kepada siapa yang menjadi perantara–komisen–yang atas- atas? Ini janganlah ulang. Kalau kita tidak belajar daripada pengalaman 1MDB, kita tidak akan belajar sampai bila-bila pun.
[Dewan riuh]
Baik.
Jadi, saya harap Tuan Yang di- Pertua bagi ruang supaya Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab dan jawab dengan tegas. Jelas.
Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson kerana sangat prihatin tentang soal DNB ini. Namun saya ingin beri ketegasan di sini bahawa DNB...
Tanya Yang Berhormat Pagoh.kah?
Apa?
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Saya tidak mahu diganggu. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab.
Kita ingin buat ketegasan di sini bahawa DNB dan 1MDB ialah perkara yang berbeza. Pertamanya, daripada segi proses tender. Proses tender DNB ini sebenarnya telah distruktur oleh firma perkhidmatan profesional bebas iaitu Ernst & Young Consulting Sendirian Berhad. Mengikut piawaian global...
1MDB dahulu Goldman Sachs, ingat? Profesional juga. You can’t use that argument. [Tepuk]
Akan tetapi Goldman Sachs itu dia raise bon bukan? Bukan open tender. This is an open tender. It is a big difference bukan? So, dia ada panel yang– empat panel yang terdiri daripada kira-kira 50 pakar tempatan dan antarabangsa dari 10 buah negara yang memiliki pengalaman melaksanakan rangkaian 5G pada masa kini. Proses tender bermula dengan pelan awal dan terdapat 14 syarikat membekal perkakasan rangkaian network equipment provider (NEP). Seterusnya lapan syarikat disenarai pendek dan dijemput untuk membida dalam tender ini. Kriteria-kriteria yang diambil kira ketika menyenaraikan pendek syarikat ini ialah pertamanya, pencapaian yang terbukti dalam menjayakan pelaksanaan 5G dan perkhidmatan teknologi keseluruhan (end-to-end technology solutions) dan ketersediaan keselamatan yang dipertingkatkan untuk melindungi pengguna dan platform. Ia perlu ada kehadiran dalam ekosistem Malaysia semasa serta pemahaman yang kukuh tentang persekitaran perniagaan, termasuk rangkaian vendor yang sedia ada dan tenaga kerja tempatan untuk pelaksanaan segera serta pelan yang efektif untuk meminda pengetahuan kepada syarikat-syarikat tempatan. Daripada lapan buah syarikat yang dijemput, hanya empat buah syarikat yang mengemukakan tawaran dalam proses tender ini. Pasukan Penilaian Tender ini terdiri daripada pakar industri bebas dari dalam dan luar negara dan juga golongan profesional yang berpengalaman. Keputusan tender kemudiannya dibincangkan secara mendalam oleh Jawatankuasa Tender dan Lembaga Pengarah DNB. Seperti yang dinasihatkan dan dimudah cara oleh EY Consulting, piawaian tadbir urus yang paling ketat telah digunakan sepanjang proses tender. Keperluan tender adalah berdasarkan kriteria yang dikenal pasti dan diperhalusi melalui proses yang mantap berdasarkan maklum balas industri mengenai keperluan rangkaian 5G. Ia dikongsikan dengan semua NEP yang dijemput untuk mengemukakan tawaran bidaan. Daripada hasil ini, Ericsson menduduki tempat yang teratas dalam ketiga-tiga komponen utama kriteria pemilihan tender seperti berikut: (i) daripada segi teknikal. Ini meliputi keseluruhan kemampuan teknologi 5G, kemampuan pelaksanaan 5G dan pendekatan integrasi juga daripada keselamatan siber dan rangkaian dan operasi serta penyelenggaraan; (ii) daripada segi komersial. Ini meliputi cadangan pembiayaan dan jumlah kos keseluruhan pemilikan; dan (iii) daripada segi sosioekonomi. Ini kena meliputi pembangunan tempatan dan kesan sosioekonomi.
Dengarnya Tuan Yang di-Pertua, jawapan itu...
Sekejap, sekejap. Kita...
...Proses, kita tahu prosesnya. Proses dia boleh ikut. 1MDB kalau teliti laporan dia ikut proses termasuk dengan Goldman Sachs. Dalam hal ini, yang kita tanya dedahkan proses itu, satu. Keduanya, keputusan dibuat itu, keputusan yang di atas itu, apakah mengikuti penilaian yang ditentukan oleh semua pakar yang disebut? Ini you boleh buat proses yang cukup telus dan teliti. Akan tetapi, apabila buat keputusan itu, keputusan itu ada kepentingan. Oleh sebab itu saya hendak tanya– bukannya Ericson, syarikat mana yang diperolehi? Yang ditentukan yang bekerja sebagai perantara dan sebagainya? Ini yang kita kena tahu. Yang ada proses penyalahgunaan kuasa, komisen, keuntungan, kronisme itu bukan proses. Saya tahu, saya lapan tahun Menteri Kewangan, proses semua ikut. Apabila atas itu sampai malapetaka juga. Jadi, sebab itu kita kena jawab kos sebenarnya, finally apa? Tidak jawab. Apakah ia dan berapakah kos? Penilaian kalau betul buat– Proses yang ditentukan bukan atas kertas. Mengapakah tidak ada pendedahan tentang proses itu kepada awam? Mengapakah mesti dirahsiakan untuk pengetahuan orang ramai?
Baik, terima kasih Yang Berhormat Port Dickson. Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson. Sila rumuskan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih. Seperti saya katakan tadi, saya tahu Yang Berhormat Port Dickson ialah orang yang berpengalaman dalam kementerian saya. Saya menghormati pandangan beliau tetapi seperti saya katakan, Goldman Sachs itu bukan open tender. Dia dilantik secara terus untuk fund raising untuk bond. Ini, DNB ini kita membuat proses tender terbuka. Mungkin banyak – kita akan buat mungkin satu libat urus kepada dengan semua Ahli Parlimen bukan sahaja di pihak kerajaan tetapi juga pihak pembangkang untuk mungkin DNB memberi penerangan secara lebih telus...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
...Supaya apa-apa soalan ataupun syak wasangka boleh di-addressed oleh pihak DNB itu sendiri.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Papar, Papar.
Baik, terima kasih Timbalan Menteri. Saya ingin teruskan sebab masa telah diberikan agak panjang untuk soalan ini. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Tuan Loke Siew Fook, Seremban.
8. Tuan Loke Siew Fook [Seremban] minta Menteri Pengangkutan menyatakan butir-butir terperinci perolehan ‘rolling stocks’ untuk perkhidmatan ETS Gemas-Johor Bahru termasuk kos perolehan, syarikat pembekal, kaedah perolehan dan butiran lain.
Tuan Yang di- Pertua, kerajaan melalui Unit Perancang Ekonomi pada 30 Oktober 2017 telah meluluskan perolehan rolling stocks ETS Gemas-Johor Bahru dengan jumlah kos keseluruhan sebanyak RM587 juta. Bagi menyokong pelan perkhidmatan ETS secara keseluruhan dan selaras dengan persiapan Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas- Johor Bahru yang dijangkakan pada Jun 2023. Lanjutan itu selaras dengan PKPP 2.1 yang berkuat kuasa, satu pelawaan tender telah dimuat naik ke laman sesawang kementerian pada 20 Januari 2020. Susulan daripada itu, satu taklimat tender telah diadakan pada 3 Februari 2020. Sebagai rekod, sebanyak 29 buah syarikat tempatan telah hadir semasa taklimat tender tersebut.
Sebanyak 17 buah syarikat telah membeli dokumen tender. Proses penilaian kewangan dan teknikal telah mula di antara 18 Mei 2020 dan berakhir pada 5 Jun 2020. Berdasarkan kepada skop dan kos yang ditetapkan, hanya tiga buah syarikat sahaja yang mengambil bahagian dalam proses tender perolehan ini. Satu laporan penilaian tender perolehan telah di bentang ke Lembaga Perolehan Kementerian Pengangkutan yang telah bersidang pada 23 Jun 2020. Namun, tiada petender yang lulus bagi kedua-dua penilaian kewangan dan teknikal dalam perolehan ini. Sehubungan itu, satu semakan dan kajian pasaran telah dilaksanakan semula bagi meneliti keperluan sebenar.
Terdapat tiga syarikat tempatan sahaja yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan (MOF) melalui kod bidang pembuatan. Namun hanya dua syarikat pembuatan tempatan sahaja yang aktif di dalam pembuatan dan pemasangan rolling stock termasuk syarikat luar yang telah melabur dan membina pelan mereka di Malaysia. Berdasarkan track record dan kelulusan Kementerian Kewangan dan sepertimana yang telah dijawab semasa sesi jawapan peringkat Jawatankuasa pada 1 Disember 2021, kementerian telah memutuskan untuk melantik syarikat CRRC Rolling Stock Center (Malaysia) Sdn. Bhd. (CRM) bagi perolehan train ETS 6-cars set yang baharu memandangkan syarikat ini telah menawarkan penurunan harga sebanyak 22 peratus daripada kos perolehan ini iaitu penjimatan kira-kira RM80 juta untuk kerajaan. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya seperti yang dikatakan semasa dalam era Kerajaan Pakatan Harapan. Kita membuka perolehan ini secara rundingan terbuka. Akan tetapi seperti yang dijawab tadi perolehan ini telah pun dianugerahkan melalui rundingan terus. Persoalan saya ialah seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi ada tiga syarikat yang masuk pembidaan semasa rundingan terbuka tersebut. Akan tetapi ketiga-tiganya tidak lulus dari segi penilaian kewangan dan teknikal. Persoalan saya syarikat yang dianugerahkan sekarang ini iaitu CRRC – saya tahu syarikat itu ia ada kilang di Batu Gajah di Perak. Saya pun pernah melawat kilang tersebut. Akan tetapi bukankah syarikat yang sama ini juga tidak lulus dari segi penilaian teknikal dan kewangan? Saya hendak tahu apakah justifikasi, apakah pertimbangan, apakah perbezaan yang diletakkan oleh syarikat tersebut apabila syarikat ini diberikan secara rundingan terus. Padahal semasa rundingan terbuka mereka tidak berjaya daripada segi penilaian teknikal dan kewangan. Apakah pertimbangan dan juga apakah justifikasi supaya syarikat ini diberikan rundingan terus pada ketika ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Seremban, yang juga merupakan mantan Menteri Pengangkutan. Izinkan saya memberi penerangan secukup-cukupnya tentang perkara ini. Seperti mana yang saya jawab tadi 29 buat syarikat telah masuk. Apabila diberi taklimat 17 sahaja membeli dokumen. Daripada 17 buah syarikat itu hanya tiga buah syarikat yang masuk kerana melihat kelayakan mereka mesti ada assembly plant di sini. Ini yang pertama ataupun sekurang- kurangnya mereka buat OEM di Malaysia. Ini adalah satu pengkhususan yang patut diadakan dan inilah dari segi kriteria pemilihan. Soalan yang cukup baik. Saya juga tanya pegawai. Kenapa mereka – kedua-dua syarikat tidak lulus secara penilaian teknikal dan kewangan. Jawapan yang saya perolehi masa itu saya semak. Pertama ialah syarikat CRRC mereka menawarkan RM456 juta. Satu lagi syarikat SMS Rail Service, RM533 juta. Satu lagi syarikat di mana namanya saya ada syarikat Perencana Dingin Sdn. Bhd. bersama-sama dengan PT INKA dari Indonesia, mereka juga masuk. Akan tetapi kalau semakan kewangan, dua syarikat yang layak. Ini bernilai RM580 juta lebih kurang. Dalam tiga konteks ini saya hendak bagi tahu, mana yang lebih rendah? RM456 juta. Saya kata kenapa pula tidak lulus daripada segi evaluation technical? Saya
tergamam apabila melihat spesifikasi yang kita letak ini satu dunia tidak boleh buat. Oleh sebab itulah mereka tulis surat kepada kita, kalau kita hendak letak auxiliary battery pada gerabak. Macam mana kita hendak buat satu kereta api yang tidak ada kepala, tidak ada hujung? Depan belakang kena letak bateri tambahan. Kalau bateri diletak di tengah- tengah, kita tidak boleh menembusi gerabak. Oleh sebab itulah apabila kita lihat spesifikasi ini, apabila kita letak semua tidak boleh buat sebab dalam dunia ini bateri kalau tergendala hanya dua jam sahaja. Ini invensi yang ada di dunia ini. Macam mana kita boleh letak satu specs empat jam kecuali dengan meletak dua gerabak bateri di hadapan dan belakang. Oleh sebab itulah apabila tender terbuka itu dibuat, tiga syarikat kita menilai daripada dua syarikat ini yang layak. Nombor satu, syarikat CRRC menawarkan jumlah 22 percent kurang daripada apa yang telah kita estimate-kan. Itu pertama. Kita buat perbandingan pada perolehan stok 2019. Dari segi puratanya, ia juga 15 peratus lebih rendah kerana ketika itu dalam keadaan gawat dan COVID-19, kita minta supaya mereka dapat kurangkan harga. Dalam keadaan ini kita dapat jimatkan RM80 juta. Pertama kosnya rendah. Kedua dari segi teknikal. Kita melihat dua aspek. Satu yang saya sebutkan auxiliary battery depan dan belakang. Ini tidak masuk akal. Itu tidak boleh. Kalau kita letakkan itu tidak ada syarikat di dunia pun boleh buat. Kedua, dari segi raisekan platform daripada 9cm kepada 20cm. Ini kerana kita gunakan metre-gauge, tolok meter. Ia lebih sempit. Kalau kita hendak naikkan platform-nya, gravitinya lari. Dalam soal ini, saya rasa apabila kita gunakan semua sebelum ini rolling stock ini lebih pada 9cm, kita gunakan 9cm tidak ada masalah. Dua perkara ini telah diangkat kepada Kementerian Kewangan dengan penilaian semula dan berpandukan kepada tender terbuka yang telah dibuat hanya dua syarikat. Perbandingan antara dua syarikat pertama dari segi kosnya lebih rendah. Kedua dari segi teknikalnya ia memenuhi syarat. Oleh sebab itulah kita dapat menawarkan kepada syarikat CRRC yang berpengkalan di Batu Gajah dengan jumlah tenaga kerja 90 peratus adalah rakyat Malaysia. Sekian terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan adalah adakah projek ETS Gemas ke Johor Bahru akan siap pada bulan Oktober 2022 seperti yang ditetapkan. Adakah sekarang sudah ada tanda-tanda agar projek ini tidak akan diselesaikan atau disiapkan pada tarikh itu? Sekiranya ada, apakah langkah-langkah boleh diambil oleh kerajaan untuk mengelakkan projek ini tertangguh? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Sebenarnya kita telah menetapkan syarat untuk penyempurnaan projek sivil, di mana kita perlukan sedikit masa untuk menggerakkan rolling stock kita di sana. Oleh sebab itulah perolehan ETS ini pada tahun 2023 kena anjak masuk dan dibuat testing commissioning dan sebagainya. Apabila kita mensyaratkan syarikat kontraktor kena siapkan Oktober 2022, mungkin ada sedikit kelewatan disebabkan oleh COVID-19 dan kita sedang mengatasi perkara ini kerana sebelum itu kita terpaksa memberi satu order, perintah supaya mereka tidak menggunakan– kita tidak menjalankan kerja pada waktu PKP yang telah disyaratkan. Kita tengah berusaha untuk selesaikan masalah ini. Kita ada satu sela masa untuk mereka membuat testing and commissioning. Apabila tren ini sampai ia kena bawa gerabak itu ke landasan untuk dibuat testing dan commissioning. Kita akan cuba kejar masa 2023 masih lagi waktu yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan. Terima kasih.
Terima kasih. Pertanyaan jawab lisan seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Libaran.
9. Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau [Libaran] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan bagaimanakah jalinan hubung kait antara Dasar Warga Emas Negara, Pelan Tindakan Warga Emas Negara 2011, WKB2030 dan Rancangan Malaysia Ke-12 dapat menjamin kesejahteraan hidup warga emas di Malaysia.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seperti yang kita sedia maklum Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 merupakan iltizam untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang terus membangun secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif pada semua peringkat kumpulan pendapatan, etnik, wilayah dan rantaian bekalan. Pelaksanaan WKB ini meliputi seluruh rakyat Malaysia yang polariti yang terangkum juga di dalamnya termasuk golongan warga emas sebagai salah satu kumpulan sasar. Rancangan Malaysia Ke-12 pula adalah pelan pembangunan menyeluruh yang akan memperkenalkan beberapa pembaharuan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi mampan dengan pengagihan peluang dan hasil yang lebih saksama. Dalam Rancangan Malaysia Ke-12 kesejahteraan warga emas diberi perhatian yang utama oleh kerajaan. Di bawah fokus keenam, iaitu memperkasakan agenda bumiputera dan Keluarga Malaysia, aspek kesejahteraan warga emas akan fokuskan kepada memperbanyakkan sistem sokongan kepada warga emas agar keperluan warga emas terpelihara.
Sehingga hari ini, lebih daripada 140 buah pusat aktiviti warga emas telah diwujudkan oleh kerajaan untuk memperluaskan lagi usaha dan kita merancang untuk memperluaskan lagi ke seluruh kawasan Parlimen. Malaysia juga perlu mewujudkan lebih banyak bandar mesra warga emas pada masa akan datang bagi memastikan maklumat dan data warga emas sentiasa dikemas kini dan Sistem Pendaftaran Warga Emas Nasional akan ditambah baik dengan liputan yang lebih luas. Dasar Warga Emas Negara pula mengiktiraf warga emas sebagai warganegara yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan pengalaman, mempunyai hak untuk menikmati kehidupan sejahtera, dihormati dan boleh terus menyumbang kepada pembangunan negara. Dasar Warga Emas Negara adalah komitmen kerajaan untuk mewujudkan warga emas yang berdikari, bermartabat diri, dihormati dengan mengoptimumkan potensi diri melalui penuaan sihat, positif, aktif dan produktif dan menyokong untuk meningkatkan kesejahteraan hidup dalam pembangunan negara. Hal ini selaras dengan Pelan Tindakan Warga Emas Negara (PTWEN) yang memperuntukkan enam strategi iaitu: (i) promosi advokasi; (ii) pembelajaran sepanjang hayat; (iii) keselamatan dan perlindungan; (iv) tabir urus dan perkongsian tanggungjawab; (v) penglibatan dan kesepaduan antara generasi pendidikan; dan (vi) pembangunan. Jadi, bagi memastikan kesejahteraan hidup warga emas di Malaysia terjamin, kementerian sentiasa memantau dan mengemaskinikan antara Dasar Warga Emas Negara dan PTWEN dan juga mengikut tempoh yang tertentu supaya program yang dirancang kepada warga emas ini sejajar dengan matlamat yang telah ditetapkan dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Rancangan Malaysia Ke-12. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan pertama, Yang Berhormat Libaran.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang terperinci. Malaysia dijangka akan menghadapi fenomena menua pada tahun 2030. Maka arus fenomena modenisasi memang banyak mengubah struktur Keluarga Malaysia. Ini ada kaitan dengan masalah yang saya kemukakan. Sehingga perancangan masa hadapan dilihat penting di hadapan dan kehidupan manusia. Pertimbangan dalam menempuh kehidupan waktu tua adalah penting untuk masa hadapan bagi mencapai kesejahteraan hidup. Justeru dalam mencapai matlamat yang digubal dan dirancang, soalan saya bagaimanakah KPWKM melibatkan kerjasama strategi antara kementerian dengan agensi yang lain serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menyokong kesejahteraan hidup warga emas di Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Libaran, sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan yang baik ya. Kami di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, kita telah menubuhkan Majlis Penasihat dan Perunding Warga Emas Negara ya, yang mana melibatkan— iaitu keanggotaan majlis ini terdiri daripada wakil- wakil kementerian termasuk Kementerian Pengajian Tinggi, Unit Perancang Ekonomi, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Kita juga melibatkan beberapa pertumbuhan badan bukan kerajaan dan juga pakar-pakar dalam pelbagai bidang terutamanya berkaitan dengan warga emas ini sebagai keanggotaan majlis. Majlis ini dipengerusikan sendiri oleh Yang Berhormat Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Di peringkat negeri, kita ada Jawatankuasa Pembangunan Warga Emas Negeri yang mana mempunyai hubungan secara langsung dengan Majlis Tindakan Negeri yang ditubuhkan untuk menghubungkan antara Kerajaan Persekutuan dan negeri dan Jawatankuasa Pembangunan ini terdiri daripada juga pelbagai agensi termasuk sektor swasta dan juga badan bukan kerajaan. Jadi kerajaan berusaha dengan pelbagai program dan di peringkat kementerian kita mengadakan juga program-program di antaranya pemantapan pusat aktiviti warga emas sebagai hab perkhidmatan warga emas, kita mengadakan Program Sambutan Hari Warga Emas, Persidangan PAWE, Persidangan Meja Bulat ke Arah Negara Tua dan pelbagai program yang melibatkan kepentingan yang melibatkan pelbagai pihak. Terima kasih.
Soalan tambahan yang kedua, saya jemput sebelah sini Yang Berhormat Wangsa Maju. Sila. Ini ya, yourself.
Wangsa Maju? Wangsa Maju.
Ya Wangsa Maju, I sebut Wangsa Maju. Sila.
Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Walaupun sudah melebihi 10 tahun...
Yang Berhormat, Yang Berhormat buka face mask supaya jelas suara. Boleh, saya benarkan.
Tuan Yang di-Pertua...
Ya...
Walaupun sudah melebihi 10 tahun kerajaan mengadakan Dasar Warga Emas dan Pelan Tindakan Warga Emas tetapi kita tidak perasan kesannya. Semakin ramai warga emas, khususnya mereka yang tiada keluarga ataupun tertinggal oleh anak-anak mereka, mereka itu terpaksa tinggal
bersendirian tanpa apa-apa bantuan daripada kerajaan. Mereka sentiasa menghadapi masalah menjaga sendiri, khusus mereka yang tidak boleh bergerak atau immobile. Jadi di negara-negara lain, terdapat program yang mana pekerja sosial melawat kerap kepada warga emas yang tinggal bersendirian. Jadi, saya ingin tahu sama ada kementerian mempunyai atau bercadang mengadakan program yang sama ya, lawatan oleh pekerja sosial. Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju. Sila Yang Berhormat TImbalan Menteri.
Ya, terima kasih Yang Berhormat di atas soalan tambahan dan kita sangat mengalu-alukan cadangan dan pandangan yang baik demi kebaikan warga emas kita ya. Selain daripada program yang kita telah laksanakan sebagaimana saya sebut tadi, kita ada pusat aktiviti warga emas, kita ada 143 buah institusi pusat aktiviti warga emas dan kita juga ada 17 institusi di bawah JKM yang membantu untuk warga emas. Di mana warga emas yang mana kita bantu sekarang ini, kita ada penghuni berjumlah 2,030 orang tetapi sekiranya mereka yang memerlukan, yang tercicir saya mengharapkan supaya laporan dan maklumat itu diberi terus kepada JKM kita. Kita ada lebih 108 buah pejabat kebajikan daerah di seluruh negara. Untuk makluman Yang Berhormat, sekarang ini di bawah institusi kita, kita telah menguruskan warga emas yang terlantar lebih daripada 157 orang, yang separuh terlantar 222 orang dan ada juga yang berpenyakit mental, 548 orang dan kita ada juga warga emas yang berada di institusi kita, tetapi yang boleh menguruskan diri sendiri seramai 620 orang. Jadi kita sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik. Jadi, kita mengharapkan insya-Allah dengan adanya maklumat dan program- program yang kita sediakan ini dengan kerjasama Yang Berhormat dan semua Ahli Parlimen, sama-sama kita memberikan yang terbaik. Insya-Allah kerajaan sedang berusaha untuk tahun hadapan untuk kita merangka satu akta khusus untuk warga emas untuk memastikan supaya rang undang-undang yang kita akan sediakan ini mencakupi semua kepentingan dan perlindungan penjagaan hak warga emas di Malaysia. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya bagi peluang soalan tambahan ketiga sebelah sini, sila Yang Berhormat Beaufort.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya terbaca hari ini bahawa ada satu Skim Saraan Bercagar (SSB) yang telah diperkenalkan oleh Cagamas Berhad yang mana dilancarkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk memberi peluang kepada pesara meminjam dengan mencagarkan rumah mereka yang telah dibayar dengan penuh untuk mendapat wang bagi meneruskan kehidupan mereka dengan cara kehidupan yang mereka sudah biasa. Ini dilaporkan, dilaksanakan di Lembah Klang. Adakah kementerian, soalan saya, bercadang untuk bekerjasama dengan Cagamas Berhad untuk mengembangkan skim ini kepada pesara warga emas kita di seluruh negara. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Beaufort atas soalan tambahan dan kita sangat mengalu-alukan sebenarnya kerjasama apa jua yang boleh memberikan kebaikan kepada warga emas kita. Program ini sangat baik, saya kira perkara ini seharusnya ditambahbaikkan dan diperluaskan kepada semua peringkat, insya-Allah.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang tamatlah sesi untuk
waktu-waktu bagi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. Terima kasih Ahli- ahli Yang Berhormat. [Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan Jawab Lisan tamat]
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga dibahas dan diputuskan DR.12/2021, Rang Undang-undang Kewangan 2021; DR.10/2021, Rang Undang-undang Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2021; DR.15/2021, Rang Undang-undang Paten (Pindaan) 2021; DR.14/2021, Rang Undang-undang Hak Cipta (Pindaan) 2021 dan DR.16/2021, Rang Undang-undang Petunjuk Geografi 2021 di No. 1 sehingga 5 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan usul-usul hari ini dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 16 Disember 2021.
Ada yang menyokong?
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
[Dato’ Sri Azalina Othman Said (Pengerang) mempengerusikan Mesyuarat]
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG KEHADIRAN WAJIB PESALAH-PESALAH (PINDAAN) 2021 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang Undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah 1954; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Dalam Negeri [Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat akan datang.
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG ANTIGANGGUAN SEKSUAL 2021 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi suatu hak tebus rugi bagi mana-mana orang yang diganggu secara seksual, penubuhan Tribunal bagi Antigangguan Seksual, menggalakkan kesedaran tentang gangguan seksual dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubung dengannya; dibawa ke dalam mesyuarat oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG KEWANGAN 2021 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. [14 Disember 2021]
Tuan Yang di-Pertua, Sungai Buloh sini. Saya ingin bangkitkan Peraturan Mesyuarat 18.
Yang mana?
Peraturan Mesyuarat 18, usul tergempar or urgent motion. Semalam, saya sudah failkan satu usul tergempar kepada Pejabat Speaker. Usul tergempar itu membangkitkan beberapa fakta yang mengejutkan yang berkaitan dengan kepentingan awam. Secara ringkas, fakta yang saya bentangkan itu menunjukkan bahawa Ketua Pesuruhjaya SPRM sekarang, Tan Sri Dato’ Sri Azam Baki pada tahun 2016 semasa dia menjadi Pengarah Siasatan, dia memiliki lebih kurang RM2 juta syer di dalam syarikat tersenarai dan RM2 juta waran di satu lagi syarikat tersenarai. Adik beliau, pada masa yang sama, memiliki lebih RM3 juta saham di salah satu daripada dua syarikat tersenarai itu. Ini membangkitkan beberapa soalan yang serius, termasuk manakah dana untuk membeli saham dan waran itu datang dan adakah seksyen 36 Akta SPRM di mana pendapatan seorang pegawai awam jauh kurang daripada aset yang dimiliki dan menyebabkan satu kesalahan jenayah dan sebagainya dibangkitkan. Inilah semua fakta yang saya bangkitkan dalam usul tergempar saya kepada Speaker. Pagi ini saya dapat jawapan dari Pejabat Speaker dan izin saya baca sahaja dua ayat yang penting iaitu di perenggan tiga, “Sehubungan dengan itu, saya telah meneliti usul Yang Berhormat dan mendapati Yang Berhormat telah mengemukakan usul untuk mencadangkan agar siasatan perlu diadakan atas beberapa pihak.” Itu betul. Saya bangkitkan keperluan untuk siasatan. Saya sambung dalam jawapan Speaker. “Untuk berbuat demikian, Dewan perlu membuat satu ketetapan. Hal ini secara jelas tidak mematuhi peruntukan Peraturan Mesyuarat 18(1) yang hanya membenarkan usul untuk merundingkan sesuatu hal di bawah peraturan tersebut.” Saya bersetuju. Kita semua tahu skop Peraturan Mesyuarat 18. Kita hanya boleh buat perundingan dan bukan untuk ketetapan. Akan tetapi, tanggapan dalam jawapan ini iaitu untuk mengadakan satu siasatan― saya baca ayat itu
sekali lagi, Tuan Yang di-Pertua. “Untuk berbuat demikian, Dewan perlu membuat satu ketetapan.” Dengan hormat, saya rasa inilah tanggapan yang tidak tepat, tidak betul. Kita tidak perlu untuk siasatan dibuat oleh kerajaan atas fakta yang dibangkitkan dalam usul tergempar. Tidak perlu Dewan ini untuk membuat apa-apa ketetapan. Yang saya bangkit sebagai hak saya sebagai Ahli Parlimen, menggunakan Peraturan Mesyuarat 18 untuk merunding― itulah wordnya discuss, runding yang dibenarkan di bawah Peraturan Mesyuarat 18― dengan kerajaan supaya kita boleh dapat pandangan kerajaan, apakah tindakan yang mereka akan ambil atas fakta-fakta yang diberi kepada perhatian mereka. Sama ada mereka akan buat siasatan? Siapa akan buat siasatan? Kerana ini adalah Ketua SPRM. Perkara ini berbangkit dengan isu rasuah, betul, tetapi sama ada SPRM boleh siasat? Siapa boleh siasat kalau SPRM tidak boleh siasat? Patutkah dia teruskan kerja beliau sekarang? Ini semua. Akan tetapi, ini bukan untuk Dewan buat ketetapan seperti yang disebut oleh Speaker dalam jawapan. Ini adalah untuk kerajaan menimbangkan dan beri pandangan atau jawapan kepada saya dalam usul tergempar itu. Jadi, saya minta kalau boleh― ini tanggapan untuk menolak usul tergempar saya memang salah. Tiada asas. Itu bukan maksud Peraturan Mesyuarat 18. Tiga syarat yang penting di dalam Peraturan Mesyuarat 18 iaitu perkara yang dibangkitkan mesti kepentingan awam― itu memang jelas berkaitan dengan kepentingan awam; kedua, spesifik― fakta yang saya sebut dalam usul itu sangat spesifik; dan perlu disegerakan. Jadi, memang perlu disegerakan sebab ini adalah perkara yang sangat serius dan perlu dijelaskan oleh pegawai awam itu dan kerajaan perlu ambil ini secara serius juga. Jadi, saya merayu kepada Tuan Yang di-Pertua, saya minta perkara ini dikaji semula sekali lagi. Penolakan ini tidak betul, tidak patut. Sepatutnya apa yang patut dijawab ialah usul tergempar ini dibenarkan dirunding sama ada di Dewan, saya rasa ia lebih sesuai di Dewan, ataupun dalam prosedur Peraturan Mesyuarat 18 di Kamar Khas. Akan tetapi untuk menolak ia macam itu tanpa alasan yang bagus, semasa usul-usul ini telah mematuhi tiga syarat yang disebut di dalam Peraturan Mesyuarat 18, bagi saya ialah satu pengabaian tanggungjawab Speaker.
Yang Berhormat...
So, I think the Speaker should take this more seriously.
Who investigate?
Who investigate? Betul.
Yang Berhormat...
Tugas kita bukan untuk...
Yang Berhormat, I know. Yang Berhormat, be fair to me.
Yes, sure.
Saya mengganti bawah Standing Order 7. I cannot decide. Akan tetapi di dalam peraturan mesyuarat, Yang Berhormat boleh rayu kepada Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua. Saya cukup simpati ya. Usul saya pun banyak kali ditolak, Yang Berhormat. [Ketawa]
Tahu.
Saya faham. I sympathize tetapi as of now, tidak ada dalam jadual, jadi saya tidak boleh. Sebab surat ini pun saya dapat... [Sambil menunjukkan sehelai kertas] And orang yang berkenaan sahaja boleh overrule kepada keputusan iaitu Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua. Keduanya, Yang Berhormat, saya simpati dan saya cadang mungkin di dalam MoU, Yang Berhormat boleh letaklah standing order dibuat pindaan dan sebagainya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Itu pandangan saya secara peribadi but I have to carry on. Yang Berhormat Menteri menunggu. Can you please? Saya ada empat rang undang-undang hari ini.
Memang I faham. I keep it short.
But I have to overrule your request by advising you to appeal directly to the Speaker under the standing order.
I will do as advised.
Thank you so much.
I will appeal to him tetapi just final point, the role of a Speaker is to protect the dignity of this House, dengan izin.
Kalau kita menolak usul untuk melindungi kerajaan, melindungi pegawai awam yang di mana fakta macam ini dibongkarkan, memang ini tidak baik untuk imej Dewan yang mulia ini ataupun Pejabat Speaker. Itu yang saya nak sebut dan saya minta, I mean, tafsiran ini tidak digunakan. Tujuan saya bukan untuk Dewan buat ketetapan, kita nak runding hal ini dengan kerajaan dan cara yang terbaik yang diperuntukkan di dalam peraturan mesyuarat ialah ada usul tergempar.
Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Menteri, 20 minit untuk jawab. Silakan.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam “Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera”. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat di Dewan Rakyat yang telah bersama-sama meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 di peringkat Dasar dan Jawatankuasa. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada 15 Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan Rang Undang-undang Kewangan 2021 ini. Segala pandangan dan cadangan yang diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat akan pihak MOF teliti untuk memastikan penyampaian perkhidmatan dan pemberian insentif bantuan benar-benar dapat dirasai oleh rakyat. Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, pelaksanaan PKP bermula tahun 2020 sememangnya telah menjejaskan kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan. Defisit fiskal tahun 2021 telah diunjurkan sebanyak 5.4 peratus berbanding KDNK berdasarkan jangkaan ekonomi yang berkembang pada kadar pertumbuhan tiga hingga empat peratus. Manakala hasil dianggarkan bagi tahun 2021 menyusut 6.7 peratus daripada anggaran belanjawan asal kepada RM221 bilion atau 14.6 peratus kepada KDNK. Penyusutan ini terutamanya disebabkan oleh kutipan hasil cukai yang lebih rendah. Namun begitu, pengurangan ini akan dapat ditampung oleh hasil tambahan berikutan purata harga minyak dan harga minyak sawit yang lebih tinggi serta dividen tambahan dan bayaran khas daripada entiti kerajaan bagi menampung keperluan perbelanjaan sebanyak RM320.6 bilion. Tuan Yang di-Pertua, jumlah perbelanjaan ini adalah lebih rendah secara marginal sebanyak 0.6 peratus berbanding anggaran belanjawan asal iaitu pada RM322.5 bilion berikutan pelaksanaan menyusun semula keutamaan perbelanjaan ke arah menyokong sistem penjagaan kesihatan, meringankan beban rakyat dan memastikan kelangsungan perniagaan dengan mengambil kira keperluan fiskal yang semakin meningkat. Bagi tahun 2022, kutipan hasil Kerajaan Persekutuan dianggar pada RM234 bilion atau 14.3 peratus kepada KDNK.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, terus kepada point lah. Kita ada bangkitkan banyak soalan. Itu semua angka itu saya boleh rujuk kepada dokumen bajet. Tak perlu bacalah, terus kepada point.
Ini floor saya Yang Berhormat Bangi. Saya tak ganggu pun Yang Berhormat Bangi semasa Yang Berhormat Bangi bahas semalam. Bersifat adillah kepada saya. Saya kena beri preamble supaya Yang Berhormat Bangi lebih memahami.
Kalau nak saya memahami, keluarlah. Saya beri lecture kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri pun boleh.
Wah! Yang Berhormat, tidak semudah itu Yang Berhormat. Bagi tahun 2022, kutipan hasil Kerajaan Persekutuan dianggarkan pada RM234 bilion atau 14.3 peratus kepada KDNK didorong oleh jangkaan peningkatan hasil cukai kepada RM171.4 bilion atau hasil bukan cukai berjumlah RM62.6 bilion. Justeru, terdapat keperluan kerajaan untuk melebarkan asas cukai (broadening the tax base) dan tidak hanya tergantung kepada hasil-hasil sedia ada. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menjawab soalan berkaitan pendapatan daripada sumber luar negeri atau FSI secara bersekali seperti yang ditanya oleh Yang Berhormat Bangi, Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Kubang Pasu, Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Kluang dan Yang Berhormat Kuala Selangor. Daripada perspektif percukaian, secara amnya terdapat dua sistem yang dipraktikkan iaitu territorial atau worldwide scope. Secara prinsipnya kedua-dua sistem ini, pendapatan yang diperoleh oleh residen sesuatu negara akan tertakluk kepada kenaan cukai jika pendapatan tersebut terbit dari negara berkenaan. Di bawah worldwide scope, pendapatan residen tertakluk kepada kenaan cukai pendapatan di mana pendapatan tersebut terbit berbeza dengan territorial. Pendapatan sumber luar negara akan hanya tertakluk kepada kenaan cukai bila pendapatan berkenaan diremit. Oleh itu, pindaan yang dicadangkan iaitu menarik balik pengecualian ke atas FSI adalah selari dengan prinsip territorial yang diamalkan oleh Malaysia sejak tahun 1967 lagi. Pendapatan yang dijana atau diperoleh oleh sumber luar Malaysia dan diremitkan atau diterima di Malaysia adalah layak dikenakan cukai seperti kadar berikut. Mulai 1 Januari 2022 sehingga 30 Jun 2022 pada kadar cukai tiga peratus. Mulai 1 Julai 2022 dan seterusnya pada kadar cukai semasa. Semalam juga Ahli Yang Berhormat ada highlighted kalau pendapatan telah dikenakan cukai di tempat di mana pendapatan itu dijana, ia tidak adil jikalau pendapatan yang sama dikenakan cukai di tempat yang lain, di mana pendapatan itu tidak dijana. Suka saya menjelaskan di sini Yang Berhormat, bahawa isu tidak adil tidak berbangkit. Ini kerana mana-mana orang yang telah dikenakan cukai asing sama ada secara pengenaan cukai pegangan atau cukai korporat ke atas pendapatan punca asing yang diterima di Malaysia boleh menuntut kredit cukai dua belah pihak atau sebelah pihak di bawah peruntukan seksyen 132 dan seksyen 133 Akta Cukai Pendapatan 1967. Semalam juga, Yang Berhormat mempersoalkan rasional kerajaan mengenakan cukai pada kadar tiga peratus bagi pendapatan yang diremit bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2022 yang dilihat lebih merupakan tax amnesty. Yang Berhormat juga mempertikaikan akan keperluan tax amnesty ini atau ia hanya peluang keemasan bagi yang kaya-raya membawa balik wang asing ke Malaysia. Suka saya memberi pencerahan kepada Yang Berhormat, bahawa program sukarela ini disediakan untuk memberi peluang kepada pembayar cukai membawa balik wang dari luar negara pada kadar yang lebih rendah untuk tempoh tiga bulan. Tax amnesty ini adalah tempoh transisi sebagai soft landing dengan izin, untuk mengurangkan kesan kepada pembayar cukai berikutan pindaan ini. Melalui program tax amnesty ini, LHDN tidak akan mengaudit punca pendapatan yang diremit iaitu sama ada ia merupakan
pendapatan yang berpunca dari Malaysia atau tidak, LHDN akan menerima dan menganggap semua remitan dalam tempoh transisi merupakan pendapatan daripada punca luar negara dan tiada semakan lanjut akan dibuat. Bagi persoalan mengenai usaha menarik pelabur ke Malaysia dan sama ada pindaan ini akan membantutkan usaha tersebut, ia perlu dilihat secara holistik, bukan ke atas elemen cukai semata-mata. Melalui perbandingan awal dengan negara serantau di Asia Yang Berhormat, diperhatikan Korea Selatan, India dan beberapa negara tidak mengecualikan cukai ke atas pendapatan termasuk dividen. Ini menunjukkan pendekatan polisi yang diambil oleh Malaysia bukanlah suatu yang baharu. Selain itu, Malaysia masih dianggap sebagai destinasi pelabur yang menarik kerana kita tidak mengenakan cukai ke atas capital gains tax dan masih mempunyai pelbagai bentuk insentif lain bagi menyokong iklim pelaburan negara. Kementerian Kewangan menyedari bahawa pengenaan cukai ini boleh menyebabkan peningkatan cukai ke atas FSI, namun ia boleh mengatasi isu percukaian yang signifikan iaitu situasi double non-taxation dan double taxation. Hal ini adalah kerana syarikat boleh menuntut sama ada bilateral tax credit atau unilateral tax credit. Jika pendapatan diremit pada tahun taksiran 2022, kredit cukai boleh diberikan di mana pembayar cukai perlu menunjukkan bukti foreign sources income dengan izin, tersebut telah dicukaikan di negara asing. Layanan tax credit yang sama boleh digunakan oleh pembayar cukai individu bagi pendapatan sewa yang diterima dari luar negara. Kesemua peruntukan di dalam Perjanjian Pengelakan Percukaian Dua Kali adalah terpakai. Bagi pekerja yang bekerja di luar negara seperti di Singapura dan membawa balik pendapatan tersebut ke Malaysia, ia akan tertakluk kepada cukai di Malaysia. Kerajaan sedar sumbangan yang diberikan oleh pekerja pemastautin Malaysia tersebut dalam membangunkan ekonomi setempat, terutamanya di negeri Johor. Walau bagaimanapun, pada masa ini sebagaimana pembayar cukai yang lain, mereka layak bagi pelepasan dan rebat individu. Rasional mereka dikenakan cukai adalah bagi menyamaratakan layanan cukai semua pemastautin di Malaysia, sama ada yang mendapat pendapatan dalam negara atau dibawa masuk dari luar negara kerana mereka turut mendapat manfaat segala kemudahan dan fasiliti yang disediakan oleh kerajaan.
Berhubung isu pencen daripada luar negara juga tertakluk kepada cukai yang dibangkitkan. Kementerian Kewangan ingin memaklumkan bahawa layanan yang diberikan adalah bergantung kepada Perjanjian Pengelakan Percukaian Dua Kali (DTAA) di antara Malaysia dengan negara rakan penjanji. Sebagai contoh, dalam Perjanjian Pengelakan Cukai Percukaian Kali Singapura, pension article memperuntukkan hak mencukai ke atas dana pencen yang dibawa balik oleh pemastautin Malaysia diberikan kepada Malaysia. Namun begitu, Kementerian Kewangan mengambil maklum akan hal ini berkenaan layanan tidak setara (disparity treatment) dengan izin di antara pemastautin yang menerima pencen daripada dana yang diluluskan di Malaysia seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja berbanding dari luar Malaysia. Oleh yang demikian, Kementerian Kewangan menyatakan komitmen akan meneliti perkara ini dengan lebih lanjut. Kajian bagi penarikan balik pengecualian foreign source income ini telah dibuat sejak dua tahun lepas setelah melibatkan libat urus Kementerian Kewangan dan pihak- pihak berkaitan termasuk penyediaan kertas konsep dari Lembaga Hasil Dalam Negeri yang menerima pandangan menyeluruh daripada pelbagai pihak berkepentingan pada masa ini. Kementerian Kewangan juga perlu mengambil kira penglibatan dan komitmen di peringkat antarabangsa seperti OECD dan Kesatuan Eropah dalam menetapkan dasar percukaian semasa. Kementerian Kewangan kekal terbuka menerima segala pandangan termasuk telah menubuhkan sebuah task force antara Kementerian Kewangan, agensi kutipan cukai dan pakar percukaian yang mewakili pelbagai industri bagi membincangkan
mekanisme ke arah memastikan pelaksanaan yang lancar pada Januari 2022. Kementerian Kewangan komited dalam memastikan pindaan akta ini tidak memberikan kesan negatif kepada rakyat secara keseluruhan melalui pelan pelaksanaan yang lebih telus di mana hasil tambahan ini dapat disalurkan kepada program pemulihan negara.
Tuan Yang di-Pertua.
Sila. Yang Berhormat Bangi, lepas itu Subang.
Soalan untuk mendapatkan klarifikasi. Jikalau seorang rakyat Malaysia sekarang yang kerja di Singapura, mereka bersara lepas itu hendak ambil balik saving mereka daripada Singapura pada bulan Julai 2022. Adakah simpanan ini akan dikenakan cukai pendapatan pada kadar yang sama dengan apa yang kita alamai sekarang di Malaysia sebagai rakyat Malaysia di Malaysia. Itu klasifikasi yang saya hendak dapatkan.
Yang Berhormat Subang.
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, yalah dengar itu ada laporan, ada kajian. Boleh tidak cost-benefit analysis ini diberi kepada kita dari segi ekonomi overall dan juga berapa yang kita dapat pulangan ini ya? Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Subang dan Yang Berhormat Bangi di atas persoalan tersebut. Sepertimana yang telah— izinkan saya dahulu menjawab soalan Yang Berhormat Subang. Berdasarkan kajian, sekiranya kita cost-benefit analysis yang disebutkan tadi, kita akan mengalami kerugian sebanyak RM3.9 bilion sekiranya perenggan 28 dalam Jadual Enam ini dikekalkan sebab kita ada buat simulasi jenis pendapatan sama ada dividen, sama ada dividen, faedah, keuntungan modal pengajian fi, yuran upah dan semua royalti, sewaan harta dan hak milik ini kita dah buat kajian pada tahun 2019 sekiranya sepertimana yang saya sebutkan dalam soalan tadi kita dah berbincang, dah buat libat urus ini di tahun sebelum ini. Sekiranya kita masih mengekalkan perkara-perkara ini dan sudah pasti kita akan melibatkan kehilangan pendapatan sebanyak RM3.936 bilion. Persoalan yang dibangkitkan...
Yang Berhormat Menteri, soalan saya adalah sama ada laporan ataupun cost-benefit analysis itu boleh diberi kepada kita sebab kita hendak kaji juga. Takkan kita ambil you know face value apa Yang Berhormat Menteri cakap. There must be an assumption. Saya hendak tengok, boleh tidak? Boleh bagi atau tidak?
Boleh. Kita akan bagi jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat Subang berkaitan perkara yang dibangkitkan. Manakala yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bangi sebentar tadi saya dah jawab berkaitan isu pencen di mana kita sememangnya bahawa— saya telah menjawab sebentar tadi bahawa memang kena cukai namun Kementerian Kewangan akan mengkaji semula untuk diberikan layanan sama rata. Wang simpanan yang dibawa balik dari Singapura pada Julai akan dicukai ikut kadar semasa. Terima kasih Yang Berhormat Bangi dan Yang Berhormat Subang. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya...
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Kluang.
Yang Berhormat Kluang.
Berkenaan warga Malaysia yang bekerja di Singapura juga boleh?
Boleh.
Okey, terima kasih Timbalan Menteri. Berkenaan warga Malaysia yang bekerja di Singapura ada satu soalan yang penting iaitu mungkin Kementerian Kewangan akan kaji semula lagi kertas mekanisme dan sebagainya. Akan
tetapi satu soalan yang penting buat sementara bagi mereka adalah sama ada mereka perlu buat pengisytiharan pendapatan tahunan setiap tahun bermula tahun depan kerana ini akan meningkatkan kos bagi mereka kerana ini bukan satu proses yang mudah. Mereka perlu mengupah akauntan yang profesional untuk bantu mereka. Ini adalah satu kos tambahan bagi mereka walaupun mereka mungkin majoriti bukan bergaji tinggi. Mereka makan upahan yang harian ataupun biasa sahaja di Singapura kerja 3D tetapi sekarang bawa gaji pendapatan mereka balik ke Malaysia kena cukai di sini lagi dan kena upah seorang akauntan buat semua pengisytiharan ini. Jadi, bagaimana Kementerian Kewangan menyelesaikan isu ini supaya pada masa yang susah sekarang tidak memberi satu beban kepada rakyat hanya kerana mereka sudi berulang-alik di antara dua negara untuk mendapatkan gaji yang lebih tinggi. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kluang. Seperti mana yang saya sebutkan tadi rasional untuk mereka kenakan cukai ini adalah untuk menyamaratakan layanan cukai kerana mereka juga mendapat manfaat segala kemudahan dan fasiliti disediakan oleh kerajaan. Jadi untuk bersifat adil, mereka dikenakan cukai. Namun, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri dalam masa terdekat akan membuat sesi engagement kepada mereka untuk memberi penerangan apakah yang mereka kena lakukan supaya sistem taksiran sendiri (STS) ini akan dipermudahkan di peringkat mereka. Cuma Yang Berhormat...
Minta Yang Berhormat Timbalan Menteri Tebrau.
Sekejap ya Yang Berhormat Tebrau. Saya habiskan Yang Berhormat Kluang dulu.
Okey.
Jika mereka bermastautin, perlu mengisi borang seperti mana individu-individu di Malaysia. Pengisian borang tidak sukar dan nota penjelasan akan dikemas kini. Apa yang pentingnya adalah wang tersebut di cukai, individu hendaklah mengemukakan borang nyata melalui e-filing, dia tidak perlu tax agent hendak hire tax agent. Itu sebab tadi saya beritahu Yang Berhormat perkara-perkara ini kita akan – saya telah meminta Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk membuat engagement dan kita nak kemas kini maklumat-maklumat semasa. Ini perkara baru. Sudah pasti akan ada kekeliruan. Itu sebabnya kita kena buat awal kerana pelaksanaannya berlaku pada tahun hadapan. Cuma Yang Berhormat Subang, data yang kita akan beri kepada Yang Berhormat nanti berdasarkan simulasi data yang telah diremitkan sepanjang dua tahun sebelum ini supaya kita dapat melihat pada masa akan datang bagaimana simulasi yang kita akan lakukan. Terima kasih...
Yang Berhormat Timbalan Menteri soalan susulan lagi.
Saya hanya ada dua minit sahaja tinggal. Saya banyak lagi hendak jawab. Boleh ya. Nanti Yang Berhormat jumpa sayalah.
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Ini cadangan yang penting ini.
Bukan, sebab Cukai Makmur pun penting.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Kuala Selangor. Minta maaf lewat masuk tadi. Telah dijawab soalan tentang double tax agreement (DTA) itu?
Dah.
Sudah ya. Okey, saya tidak dengar tadi.
Nanti kalau Yang Berhormat Kuala Selangor hendak mendapat maklumat tambahan beritahu saya, saya boleh jumpa. Jangan risau.
Terima kasih.
Boleh Tuan Yang di-Pertua saya minta masa sikit, lima minit untuk saya pergi kepada Cukai Makmur.
Tambah 10 minit, tambah 10 minit.
Lima minit.
Boleh. 10 minit pun okey.
10 minit boleh?
Boleh.
10 minit, silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Berkaitan Cukai Makmur, Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Kubang Pasu dan Yang Berhormat Beruas ada bangkitkan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Cukai Makmur ini terpakai kepada syarikat meliputi semua industri yang pendapatan bercukai melebihi RM100 juta. Tujuan pengenaan Cukai Makmur ini adalah untuk mengenakan kadar cukai yang berpadanan dengan syarikat yang memperoleh keuntungan tinggi walaupun berhadapan dengan pandemik COVID-19. Berdasarkan statistik dan rekod sebelum, Cukai Makmur hanya melibatkan 233 syarikat daripada 434,068 bilangan pembayar cukai syarikat yang aktif iaitu hanya lima peratus sahaja. Sebanyak 60 peratus atau 142 syarikat adalah terlibat dengan perniagaan pengilangan dan insurans atau takaful. Sebanyak 35 peratus atau 81 peratus merupakan syarikat tersenarai di Bursa Malaysia.
Cukai Makmur ini dijangka akan memberi hasil tambahan sebanyak RM3.9 bilion. Yang Berhormat Pokok Sena membangkitkan bahawa pasaran saham telah mengalami penurunan sebanyak RM40 bilion akibat pengumuman kerajaan dalam Bajet 2022. Yang Berhormat Beruas juga membangkitkan berkenaan kesan penurunan nilai saham kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terkesan akibat pengumuman ini. Pernyataan ini adalah bersifat umum dan kurang tepat Yang Berhormat. Memandangkan penurunan di pasaran saham FBMKLCI secara keseluruhan di dalam bulan November dan Oktober bukanlah semata-mata akibat pengumuman Cukai Makmur tetapi juga dipengaruhi sentimen pasaran mengikut trend pasaran utama dunia yang turun akibat pelbagai isu termasuk pengumuman Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) berkaitan bahaya varian baharu. Pasaran ekuiti juga bergerak atas pelbagai sebab. Banyak faktor lain selain Cukai Makmur mempengaruhi keputusan pelaburan atau kenaikan atau kejatuhan saham seperti keseluruhan persekitaran global, tempatan termasuk kaedah faedah (interest rate) dan asas-asas syarikat-syarikat itu sendiri. Pasaran saham Bursa Malaysia yang sebenarnya telah melihat tanda-tanda minat pelabur atau pemulih ekonomi dalam beberapa bulan kebelakangan ini. Terdapat aliran masuk dana asing ke Bursa berturut- turut pada Ogos, September, Oktober dan juga November 2021.
Walau bagaimanapun, sentimen pelabur telah menurun sikit berikutan kebimbangan dengan kemunculan varian baharu virus COVID-19 di beberapa negara. Untuk memandang ke hadapan Yang Berhormat, minat pelabur dalam pasaran Bursa Malaysia akan bergantung kepada beberapa faktor seperti kadar pemulihan pendapatan korporat dan penilaian relatif syarikat tersenarai. Penilaian (valuation) syarikat tersenarai Bursa Malaysia kini secara amnya dijangka dapat menarik minat pelabur. Beberapa penganalisis pasaran juga meramalkan peningkatan prestasi indeks penanda aras dalam beberapa minggu akan berlaku peningkatan prestasi indeks penanda aras FBMKLCI dalam beberapa minggu akan datang. Yang Berhormat Kubang Pasu dan Yang Berhormat kuala Selangor membangkitkan tempoh pelaksanaan Cukai Makmur yang dianggap sudah terlambat. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Kewangan tidak mengenakan Cukai Makmur pada tahun taksiran 2020 adalah kerana kerajaan ingin melaksanakan dasar retrospektif sebaliknya mengambil langkah positif dengan memberi ruang kepada pembayar cukai dengan pendekatan lebih prospektif. Secara perbandingan...
Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh dapat penjelasan?
Biar saya habis dulu boleh? Secara perbandingan, beberapa negara luar juga didapati telah memutuskan untuk menaikkan cukai mereka secara kekal dalam masa terdekat sebagai langkah susulan pemulihan pandemik COVID-19 secara prospektif. Sebagai contoh United Kingdom mengumumkan kenaikan cukai korporat daripada sembilan peratus kepada 25 peratus pada April 2023. Kerajaan memberi jaminan bahawa Cukai Makmur akan dilaksanakan sekali sahaja dan hasil akan digunakan untuk memastikan kesihatan awam kita lebih berdaya tahan dalam menghadapi sebarang ancaman. Keprihatinan oleh kerajaan di dalam penentuan tempoh ini adalah bagi membolehkan syarikat yang terlibat agar bersiap sedia dan mempunyai tempoh sewajarnya untuk menyesuaikan diri dalam dasar one-off ini. Sila Yang Berhormat Beruas.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, memang di pasaran ada banyak unsur yang menyebabkan naik turunnya indeks bursa saham. Akan tetapi, daripada ramai penganalisis memang Cukai Makmur ini menyebabkan turunnya harga saham terutamanya syarikat-syarikat yang terlibat. Tentunya kalau cukai itu naik daripada 24 peratus kepada 33 peratus memanglah mereka yang melabur dalam syarikat-syarikat ini tahu akan kesannya. Jadi, apa yang saya hendak tahu ialah untuk GLC selepas Cukai Makmur ini diumumkan, berapakah kerugian kerajaan dalam syarikat-syarikat ini yang dengan secara terus terkesan daripada cukai tambahan kepada 33 peratus itu? Tadi dianggarkan kerajaan hanya dapat RM3.9 bilion. Berapakah kerugian selepas pengumuman untuk GLCs? Terima kasih.
Kalau saya boleh sambung sikit Yang Berhormat Timbalan Menteri?
Boleh.
Ya. kita sedia maklum bahawa antara penyumbang ketika kita nampak dan kita saksikan capital flight dalam dengan merudumnya dengan kurang lebih RM30 bilion itu, lalu yang menyokong investment di pasaran saham kita, ekuiti market kita adalah our institutional investors. Dengan ini juga sekali gus mereka akan terkesan daripada sudut payment to their investors, shareholders dan sebagainya. Jadi, itu pun tidak ada kenyataan yang jelas daripada kerajaan tentang sejauh mana. Satu lagi adalah how long daripada sudut masa yang akan penguatkuasaan Cukai Makmur (Prosperity Tax) akan dilaksanakan? For how long? Apakah akan direview kembali? Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat dari Kuala Selangor dan Ahli Yang Berhormat Beruas berkaitan persoalan yang berbangkit. Saya hendak pergi kepada Yang Berhormat Kuala Selangor dahulu berkaitan tempoh tersebut. Seperti mana yang telah saya sebutkan tadi, kita akan kenakan pada tahun taksiran 2022 dan ia bersifat one-off. Maknanya hanya setahun sahaja bagi tempoh tahun 2022, ia tidak berlarutan. Kita bagi komitmen ia hanya sekali sahaja. Ini banyak kali yang...
Ini sangat penting Yang Berhormat Timbalan Menteri. Investors mahukan certainty, mahukan clarity, mereka mahukan tax regulation yang stabil dan predictable. Ini meninggalkan kesan yang sangat parah kalau selalunya berubah begitu kepada investors terutama foreign juga domestic investors. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Yang Berhormat Kuala Selangor, sudah pasti Kementerian Kewangan dan kerajaan amat sedar perkara certainty yang mesti kita tunjukkan. Itu sebabnya kita di Dewan yang mulia ini acap kali menyatakan bahawa Cukai Makmur hanya kita kenakan kepada mereka pada tahun taksiran 2022. Hanya sekali sahaja pada tahun taksiran 2022. Juga Yang Berhormat Kubang Pasu bangkitkan kenapa kita missed the boat? Kenapakah tidak laksanakan pada tahun 2020 atau tahun 2021? Itu sebabnya kita tidak mahu membebankan pembayar cukai. Akan tetapi, apabila kita melihat ke hadapan, semua virus yang berlaku baru ini kita tidak dapat jangka. Itu sebabnya kita mesti lakukan langkah-langkah melebarkan (broaden tax base) untuk memastikan kita dapat meningkatkan hasil. Berkaitan Yang Berhormat Beruas, berkaitan isu berapa banyak GLCs yang terlibat dengan kerugian itu, saya mohon pada Yang Berhormat untuk diberikan jawapan secara bertulis. Nanti kalau sudah dapat jawapan dalam tempoh-tempoh tersebut saya akan jawab ya.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Saya pun telah menunggu masa hampir-hampir tamat. Dalam perbahasan saya kelmarin, untuk Tuan Yang di-Pertua.
Nanti, Yang Berhormat. Saya belum bagi floor lagi Yang Berhormat.
Ya?
Biar saya habiskan dulu. Nanti sampai pada Yang Berhormat tanya itu. Boleh Tuan Yang di-Pertua saya teruskan?
Tinggal dua minit saja lebih.
Yang Berhormat Beruas membangkitkan satu dasar berkaitan sekatan masa ke atas keuntungan tidak dapat diserapkan yang dibawa ke hadapan. Kerajaan telah menetapkan sekatan tempoh masa untuk menuntut kerugian perniagaan tujuh tahun dalam Belanjawan 2019 bagi mengekang aktiviti perancang cukai (tax planning) dan kehilangan hasil negara secara berterusan melalui pelbagai inisiatif cukai dalam bentuk potongan cukai pendapatan seperti mana yang kerap kali Yang Berhormat saya jawab soalan Yang Berhormat berkaitan perkara yang sama, kita akan pastikan kita ini akan mengikuti piawaian antarabangsa OECD sebagai world’s best practices. Namun demikian, kerajaan telah meneliti semula dasar ini dengan mengambil kira pandangan pihak industri, pandangan Yang Berhormat, Ahli-ahli Dewan semua yang mengalami kesukaran menjalankan perniagaan di dalam tempoh pandemik serta proses pemulihan memang mengambil masa. Justeru, kerajaan telah memanjangkan tempoh sekatan dari tujuh tahun kepada 10 tahun di dalam pindaan ini bagi semua industri. Pada masa yang sama Yang Berhormat, kerajaan terus komited untuk mengkaji bagi industri yang bersifat long
gestation periods seperti pembalakan untuk memastikan ia terus bersaing. Yang Berhormat baru tanya saya tiga minggu lepas, saya sudah beritahu memang kita dalam peringkat perbincangan. Insya-Allah Yang Berhormat, awal tahun depan atau sidang akan datang pada bulan Mac, kita akan beri update apakah status perbincangan dan kajian yang telah kita jalankan.
Bagi saya tanaman balak ini yang digalakkan oleh kerajaan mesti dikecualikan daripada peraturan ini, kalau boleh. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Pindaan– Yang Berhormat ada bangkitkan berkaitan pindaan ke atas Petroleum (Income Tax) Act (PITA) dengan memasukkan kuasa Menteri iaitu Yang Berhormat Jelutong. Pindaan ini Yang Berhormat Jelutong dibuat adalah bagi mempercepatkan penyampaian perkhidmatan kepada industri petroleum berbanding peruntukan sedia ada yang mengehendaki pemberian pengecualian melalui pewartaan perundangan subsidiari terutamanya yang melibatkan projek petroleum yang berkepentingan nasional. Keputusan segera perlu dibuat untuk memastikan kepentingan kerajaan dalam mengekal dan meningkatkan pelaburan dalam projek-projek huluan terjamin. Kerajaan memberi jaminan pindaan ini tidak membuka ruang kepada salah guna kuasa seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Jelutong. Sebaliknya meningkatkan kecekapan perkhidmatan kerajaan seterusnya mencepatkan penyampaian kepada rakyat.
Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sedikit respons. Saya berterima kasih di atas maklum balas yang diberikan. Memang untuk makluman Tuan Yang di-Pertua yang sedang mempengerusikan, memandangkan Tuan Yang di-Pertua juga merupakan seorang peguam yang terkenal, peruntukannya berbunyi seperti berikut dengan izin; “The Minister may, in any particular case, exempt any chargeable person from all or any of the provision of this Act, either generally or in respect of any income of a particular kind or any class of income of a particular kind”. Persoalannya adalah, bagaimanakah kita ingin menentukan supaya kuasa ini tidak disalahgunakan dan saya telah memberi contoh bersama dengan Yang Berhormat Pokok Sena di mana Menteri Kewangan pada suatu masa Yang Berhormat Pekan, telah menyalahgunakan kuasa ini sehingga beliau sendiri dan keluarga beliau sendiri tidak dikenakan apa-apa cukai. Perkara itu hanya terbongkar apabila kita Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan. Jadi walaupun Yang Berhormat Timbalan Menteri cuba meyakinkan kami– kami ingin menyokong, tetapi bolehkah perkara-perkara lain, langkah-langkah lain selain daripada Menteri, sekurang-kurangnya pegawai-pegawai tinggi juga termasuk sekali dalam apa-apa keputusan yang diambil supaya kita tidak mahu kejadian ataupun insiden ataupun sejarah 1MDB berulang sekali lagi. Itu adalah kerisauan saya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong atas persoalan. Di bawah kepimpinan Yang Berhormat Menteri Kewangan, Yang Berhormat Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul, sememangnya kita ada penambahbaikan walaupun daripada segi undang-undang, kuasa tersebut terletak di bawah kuasa Yang Berhormat Menteri Kewangan tetapi apa yang kita laksanakan sepanjang kita berada di Kementerian Kewangan, untuk kita melibatkan pegawai-pegawai tertinggi dalam agensi-agensi yang berkaitan untuk memberi nasihat dan syor. Perkara ini adalah perkara yang dalam Jawatankuasa dan sudah pasti bukanlah sepenuhnya. Namun saya akui ia masih tertakluk kepada perundangan yang sedia ada. Boleh Tuan Yang di-Pertua saya jawab satu soalan daripada Yang Berhormat Beruas selepas itu yang lain itu saya akan bagi jawapan secara bertulis. Yang Berhormat Beruas membangkitkan prosiding garnishee di mana pembayar cukai tidak tahu dan dianiaya. Tindakan garnishment diambil oleh pemiutang penghakim
iaitu LHDN terhadap penghutang penghakiman pembayar cukai bagi mendapatkan jumlah tunggakan cukai melalui pihak ketiga iaitu bank. Tindakan ini selaras dengan prosedur yang digariskan di bawah Aturan 49 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012). Tindakan ini dilakukan melalui pemfailan notis permohonan ke mahkamah oleh pihak bank, pihak yang di garnish, manakala pembayar cukai sebagai penghutang penghakiman, pihak mahkamah akan memberikan perintah tunjuk sebab kepada pihak bank untuk hadir dan memberi butiran baki jumlah wang yang ada dalam akaun pembayar cukai. Perintah tunjuk sebab ini perlu diserahkan sendiri atau dipanggil diserahkan kendiri kepada pihak bank dan serahan kepada pihak cukai akan dibuat sekiranya mahkamah mengarahkan serahan tersebut dilaksanakan. Perkara ini dinyatakan di dalam Aturan 49 Kaedah 3 KKM 2021. Setelah mendapat perintah tunjuk sebab tersebut pihak bank akan membekukan akaun pembayar cukai. Menerusi prosiding ini sekiranya mahkamah mendapati tiada bantahan daripada pihak bank dan pembayar cukai untuk menyerahkan wang yang ada di dalam bank tersebut kepada pihak LHDN, mahkamah seterusnya akan memberikan perintah mutlak bagi mengarahkan pihak bank untuk berbuat demikian. Perkara ini adalah selaras dengan Aturan 49 Kaedah 4, KKM 2021. Sila Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya setuju itulah peraturan sedia ada. Sekarang dengan pindaan yang akan dibuat, bank mesti berikan semua butir-butir dan tidak boleh memberitahu tuan punya akaun itu. Itu yang jadi masalah. Saya setuju kenapa kerajaan tidak gunakan aturan yang sedia ada, show cause kepada bank kenapa tidak patut di ‘garnish’ wang dalam bank itu. Sebab kenapa kerajaan perlu special. You have extra power, tulis surat kepada bank, bank mesti bongkar semua butir-butir. Itu yang menjadi satu masalah yang besar. Kemudian, peruntukan yang hendak dipinda dikatakan pihak bank tidak boleh memberitahu hal ini kepada pemegang akaun, itu yang jadi masalah. Jadi, saya hendak dapat satu jawapan kenapa kalau sudah ada prosedur sedia ada, kenapa mesti dipinda akta ini di mana saya bagi satu contoh. Saya ada seorang kawan doktor dekat Singapura, sudah 35 tahun tetapi masih rakyat Malaysia. Penghakiman dibuat terhadap dia tanpa pengetahuan kerana pihak income tax boleh membuat assessment or tax kalau seseorang itu tidak memfailkan pulangan teks tahunan dia, kemudian boleh difailkan saman dan judgement in default dibuat tanpa pengetahuan orang di luar negara. Kemudian kalau boleh disita lagi atau digarnish lagi wang dia dalam bank tanpa pengetahuan dia, apa berlaku kepada negara kita ini? Rakyat Malaysia di luar negara yang bekerja di luar negara tiba-tiba balik dapati semua wang dalam banknya hilang. Kemudian bank kata ini peraturan, ini undang-undang yang memaksa saya memberikan semua butir-butir kepada pihak kerajaan. Pihak kerajaan kemudian menyita semua wang mereka. Ini bukan satu amalan yang baik.
Yang Berhormat Beruas, Tuan Yang di-Pertua. Seperti mana Yang Berhormat sebutkan tadi, Yang Berhormat memang arif daripada segi teknikal perundangan dan saya fikir Yang Berhormat juga arif kenapa kerajaan melakukan tindakan-tindakan dalam pindaan ini. Sebagai contoh kalaulah kita memaklumkan kepada pihak pembayar cukai, sudah pasti mereka mempunyai possibility, kebarangkalian. Saya tidak menuduh tetapi kebarangkalian untuk mereka keluarkan sepenuhnya wang simpanan mereka. Itu sebabnya tindakan rasional kepada kita membuat pindaan ini dan ia juga selari dengan akta penguatkuasaan yang lain. Walau bagaimanapun Yang Berhormat tadi ada sebutkan kes-kes yang terperinci berkaitan dengan kawan Yang Berhormat. Perkara itu saya minta Yang Berhormat lakukan seperti mana Yang Berhormat telah lakukan sebelum ini dalam pindaan-pindaan sekiranya ada perkara yang lebih spesifik, Yang Berhormat beritahu saya, kita akan buat secara libat urus. Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih semua.
Alor Setar, cuma hendak dapat kepastian.
Ada satu soalan yang penting.
Satu soalan sahaja.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis...
Maaf Tuan Yang di-Pertua, ada satu soalan yang penting.
...Bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini...
Tuan Yang di-Pertua, Timbalan Menteri belum beritahu.
...Dibacakan kali yang kedua sekarang.
Ada tidak jawapan?
Kita hendak pihak kerajaan- kerajaan sudah ada banyak kuasa, mereka yang hutang kepada pihak cukai tidak boleh keluar negara. kerajaan pun boleh menghalang mereka melalui Imigresen. Terlalu banyak kuasa diberikan kepada kerajaan, itu tidak sihat. [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Dato’ Sri Azalina Othman Said (Pengerang) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Fasal berapa?
Tentang tadi kuasa yang diberikan kepada seksyen...
Fasal?
Fasal 18.
Fasal 18.
Tuan Pengerusi, power to call on bank account information for purpose of making garnishee order application. Kita tahu banking secrecy merupakan satu prinsip yang amat penting untuk kita ada keyakinan kepada pihak bank. Saya tahu kerajaan memang berhak ke atas cukai-cukai yang dihutangkan. Kita pun sudah memberi banyak kuasa kepada pihak kerajaan termasuklah melarang sesiapa yang berhutang kepada kerajaan, cukai kepada kerajaan tidak dibenarkan ke luar negara. Itu pun satu kuasa yang memang sudah agak besar. Jadi, isunya kenapa kalau rakyat biasa, syarikat biasa, orang biasa, mesti mengikut peraturan yang ditetapkan di bawah prosiding garnishee ini, kerajaan mesti ada kuasa lebih. Kalau kerajaan hendak kuasa lebih ini, mungkin bolehkah ia juga diberikan kepada syarikat-syarikat lain yang orang lain berhutang dengan mereka. Isunya begini, kenapakah double standard lagi? Kerajaan mesti ada kuasa lebih, itu yang saya harap dapat dijawab.
Silakan Yang Berhormat Menteri, Fasal 18.
Yang Berhormat, seperti yang dibangkitkan isu ini tadi saya telah jawab. Yang Berhormat Beruas, ini memastikan prosiding garnishment dapat dilaksanakan sekiranya pihak bank memaklumkan kepada pembayar cukai kebarangkalian akan menyebabkan pembayar cukai mengeluarkan semua duit dalam simpanan bank tersebut dan ini sudah pasti tindakan garnishment tidak akan dapat dilakukan. Itu sebab rasional kepada peruntukan tersebut dan sudah pasti kita telah membuat perbincangan dengan Bank Negara sebelum apa-apa tindakan yang kita buat. So, kita bukan melakukan tindakan itu tanpa kita membuat sesi libat urus. Saya ingat itu sahaja, terima kasih Tuan Pengerusi.
Akan tetapi ada masalah salah guna kerana atas nama mungkin hutang cukai RM2,000, pihak kerajaan meminta dibongkarkan semua akaun orang persendirian itu dan semua jumlah dalam akaun banknya. Ini yang menjadi satu masalah. Isunya hendak mendapatkan semula cukai, itu saya sokong 100 peratus. Akan tetapi sudah ada prosedurnya, kenapakah kita berikan kuasa lebih ini? Sudah banyak kali kita nampak salah guna kuasa di pihak kerajaan. Itu yang saya bantah. Terima kasih.
Lain, fasal berapa? Sebut fasal ya.
Fasal 9. Fasal 9 untuk meminda subseksyen 46(1) Akta 53, Perenggan 9(b). Di mana sub perenggan baru 46(1)(h)(i) dan (ii), Akta 53 yang dicadangkan bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi potongan perseorangan bagi perbelanjaan bagi pemeriksaan perubatan penuh dan perbelanjaan bagi ujian pengesanan penyakit koronavirus 2019 (COVID-19) termasuklah ujian pengesanan sendiri COVID-19 yang dibelanjakan oleh seorang individu untuk dirinya sendiri, suami atau isteri atau anaknya. Pindaan di atas hanya menyebut berkenaan potongan cukai pendapatan bagi perbelanjaan ujian pengesanan COVID-19 kepada individu, pasangannya dan anaknya. Namun, jika ujian pengesanan COVID-19 itu menunjukkan keputusan positif, maka akan berlaku prosiding susulan oleh individu positif itu untuk mendapatkan rawatan untuk penyakit itu. Dengan makna, kalau kontak rapat akan melibatkan kuarantin yang menyebabkan daripada perbelanjaan dalam simpanan yang akan ditanggung oleh seseorang yang terkena kuarantin itu. Kedua, kalau positif maka perbelanjaan yang diperlukan walaupun selepas discaj dari pusat rawatan tetap akan ada perbelanjaan seperti tangki gas, katil pesakit dan lain- lain. Mengapakah tidak dimasukkan sekali daripada segi potongan cukai pendapatan bagi perbelanjaan bagi pesakit-pesakit COVID-19 yang positif atau yang dikuarantin? Terima kasih Tuan Pengerusi.
Boleh saya...
Sekalilah. Saya rumuskan sekali. Fasal berapa, Yang Berhormat?
Fasal 5 berkenaan pindaan seksyen 6, cukai pendapatan.
Silakan.
Okey, terima kasih. Saya hanya ada satu soalan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk clarified dalam Dewan yang mulia ini
kerana ramai di luar sana ingin tahu, adakah pindaan yang baru ini akan bercanggah dengan DTA Malaysia dengan Singapura kerana dalam artikel 15 dalam DTA dengan Singapura mengatakan secara jelas bahawa gaji seseorang bekerja hanya akan dikenakan cukai di tempat dia bekerja. Itu kalau kita sekarang hendak meterai dalam perkataan Yang Berhormat Timbalan Menteri yang guna tadi, maksudnya mereka akan dikenakan cukai dalam dua buah tempat walaupun memeterai. Jadi, di sini saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri menjelaskan secara terperinci sama ada ini akan bercanggah dengan DTA Malaysia dengan Singapura dan bagaimanakah kita menyelesaikan masalah ini walaupun hanya memeterai sahaja. Terima kasih.
Fasal lain?
Satu lagi Tuan Pengerusi.
Fasal-fasal sahaja ya.
Fasal 5(b)(o). Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak ada masa untuk menjawab soalan saya tentang pendapatan daripada unit trust untuk GLIC yang datang dari luar negara sama ada ia akan dikenakan cukai di bawah pindaan ini? Itu sahaja. Terima kasih.
Last.
Butiran 20. Tuan Pengerusi, pindaan ini memestikan bayaran lebih daripada— kalau bayaran melebihi RM100,000 dibayar kepada ejen, dealer dan distributor yang membayar itu mesti withholding dua peratus daripada bayaran. Anggapan ini ialah yang ejen itu akan ada keuntungan. Ini bukan satu kes sahaja. Sekarang sikap kerajaan berkehendakkan semua rakyat yang dibebankan dengan pelbagai tanggungjawab dan tugas. Dalam jual beli pun, diperlukan withholding sale and purchase amount tiga percent, lima percent kah, tujuh percent kah mengikut keadaan tertentu, mesti dibayar kepada pihak income tax dalam masa yang tertentu. Dalam kes ini, 30 hari. Kalau tidak dibayar, akan didenda 10 percent. Begitu juga dengan lain-lain peruntukan. Isunya, apabila tidak ada cukai, hendak dapat balik wang yang telah diserahkan kepada pihak income tax ini lambat sangat. Jadi kenapa ditambah beban ke atas rakyat ini? Jadi, kita tidak harus – kalau ada ejen yang akan mendapat keuntungan ini, biarlah dia membayar cukai selepas semua proses perniagaannya direturn kepada pihak – when they file the return, kita akan tentukan. Jangan cukai terlebih dahulu. Tadi tentang Garnishee tadi. Bolehkah kerajaan hanya dihadkan meminta pihak bank membayar jumlah yang dihutangkan? Jangan kita langgar prinsip banking secrecy. Kalau hutang RM2,000 sahaja, tidakkan hendak minta bank bongkar semua hal peribadi seseorang itu? Jadi harapan saya, pihak kerajaan hanya berhak untuk menuntut jumlah yang hendak dituntutnya daripada akaun pembayar cukai dalam bank, bukan dibongkar semua. Apabila dibongkar semua ini, dia tidak boleh beritahu account holder, bolehkah bank disamankan kerana memecah kontrak banking secrecy dengan anak guaman. Kita tidak mahu isu-isu lain berbangkit, sungguhpun niat baik. Let us limit to recovery and not the right to all the accounts of the taxpayers. Terima kasih.
Silakan.
Terima kasih.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, ini sahaja?
Ya. Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat yang bertanya. Ahli Yang Berhormat Dungun membangkitkan satu pandangan yang baik. Saya akan minta pihak bahagian cukai
Kementerian Kewangan untuk meneliti pandangan kerana ia melibatkan kesan selepas COVID-19 dan mungkin takrifan itu mungkin kita akan lihat bagaimana kajian, sama ada kita boleh memperluaskan atau tidak.
Yang Berhormat Kluang membangkitkan― Artikel 15 itu betul, akan dikenakan cukai di tempat dia bekerja. Pindaan tidak bercanggah dengan DTA Malaysia dan Singapura kerana ia berkaitan dengan remitan. Memandangkan pendapatan telah dicukaikan, individu tersebut layak mendapat tax credit di Malaysia. Yang Berhormat Beruas bangkitkan― Yang Berhormat, kita memang begini, Yang Berhormat. Berapa bilangan jumlah yang dihutang, itu sahaja yang kita akan ambil. Kita tidak akan ambil keseluruhan duit simpanan dalam bank mereka itu. Untuk makluman Yang Berhormat, apa yang kita lakukan ini...
Tetapi ini bukan apa yang dipinda.
Macam mana saya hendak jawab, Yang Berhormat asyik bangun saja ini? Yang Berhormat Beruas, kita tidak salah guna kuasa. Tindakan ini sah di bawah kaedah mahkamah. Maklumat tersebut untuk memastikan bank akaun pembayar cukai adalah betul. Kedua, Yang Berhormat membangkitkan tentang pindaan bertujuan untuk memastikan pematuhan cukai (tax compliance) oleh ejen. Individu tersebut akan memastikan Borang Nyata Pembayar Cukai dikemukakan memandangkan pendapatan tersebut tertakluk kepada cukai pegangan. Berkaitan Yang Berhormat Bangi yang bangkitkan private equity sebahagian daripada fundraising exercise di luar negara. Sekiranya dana yang dibawa masuk itu adalah bersifat modal, dana berkenaan tidak dianggap sebagai foreign source income dan tidak dikenakan cukai. Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain.
Bukan, bukan. Soalan saya ialah tentang GLIC macam PNB dan juga KWSP. Boleh bagi jawapan secara bertulis tak?
Yang Berhormat. [Fasal-fasal 1 hingga 67 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang Undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin) dan diluluskan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN (PINDAAN) 2021 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu bahawa Rang Undang-undang Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2021 dibacakan kali yang kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, jenayah pemerdagangan orang merupakan bentuk penghambaan moden yang merupakan cabaran global yang dihadapi oleh semua negara di dunia sekarang termasuk Malaysia. Pemerdagangan orang ini juga merupakan suatu keadaan di mana maruah serta hak asasi seseorang manusia yang menjadi mangsa telah dinafikan dan diperlakukan secara zalim dan tidak berperikemanusiaan. Sifat serta modus operandi jenayah ini unik dan dinamik kerana ia boleh berlaku kepada semua golongan tidak kira jantina, umur, status kewarganegaraan serta boleh berlaku sama ada di dalam negara atau merentasi sempadan negara. Pemerdagangan orang merangkumi aspek eksploitasi seks, eksploitasi buruh, perhambaan, pengabdian termasuk pemindahan organ manusia. Jenayah penyeludupan migran mula secara umumnya melibatkan sebarang aktiviti seperti mengatur atau merancang kemasukan mahupun pengeluaran seseorang dari mana-mana negara secara haram dan melanggar perundangan negara. Selain itu, mereka yang bersubahat dengan penyeludupan migran seperti terlibat membawa atau menyembunyikan seseorang bagi diseludup masuk atau keluar juga merupakan pelaku jenayah penyeludupan migran. Perundangan domestik khusus bagi menangani kedua-dua kesalahan jenayah ini adalah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang biasanya dikenali sebagai Akta 670 ataupun Akta ATIPSOM 2007. Akta ini diperkenalkan dan diluluskan pada 24 April 2007 dengan nama Akta Antipemerdagangan Orang 2007 dan berkuat kuasa sepenuhnya pada 28 Februari 2008. Akta ini telah dipinda sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2010 dan 2015. Pindaan pertama yang diluluskan pada tahun 2010 antara lain adalah bagi memasukkan kesalahan penyeludupan migran dan akta kemudiannya dirujuk sebagai Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007. Semasa pindaan seterusnya pada tahun 2015, Jawatankuasa Peringkat Tertinggi (High-Level Committee) yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri dengan keahlian peringkat Yang Berhormat Menteri telah diwujudkan di samping penambahbaikan dalam aspek perlindungan dan kebajikan mangsa pemerdagangan orang. Akta ini telah memperuntukkan penubuhan Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) yang melibatkan penyertaan pelbagai kementerian dan jabatan termasuk wakil-wakil daripada organisasi lain serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri. Meskipun akta sedia ada telah dipinda sebanyak dua kali, namun masih terdapat keperluan untuk memperjelaskan beberapa peruntukan penting bagi menyokong pelaksanaannya serta memenuhi obligasi negara di peringkat serantau dan antarabangsa. Sehubungan itu, beberapa siri konsultasi telah dilaksanakan sejak tahun 2018 hingga Oktober 2020 bersama pemegang taruh melibatkan agensi kerajaan, NGO, masyarakat madani, organisasi antarabangsa dan konsultan pakar mengenai reformasi perundangan berkaitan pemerdagangan orang dan penyeludupan migran bagi menambah baik usaha Malaysia dalam membanteras kedua-dua jenayah ini. Tuan Yang di-Pertua, di peringkat antarabangsa, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah menggubal Konvensyen Mengenai Jenayah Terancam (UNTOC) pada tahun 2000 di mana Malaysia telah menandatangani konvensyen tersebut pada 26 September 2002 dan meratifikasinya pada 24 September 2004. Konvensyen ini turut mengandungi tiga protokol yang melengkapi iaitu: (i) Protokol PBB Mengenai Pemerdagangan Orang (Protokol TIP); (ii) Protokol PBB Mengenai Penyeludupan Migran (Protokol SOM); dan (iii) Protokol PBB Mengenai Pembuatan Secara Haram dan Penyeludupan Senjata Api.
Malaysia telah menyertai salah satu daripada protokol tersebut iaitu Protokol TIP pada 26 Februari 2009. Namun demikian, dalam konteks penetapan hukuman kepada dalam penyeludupan migran, artikel yang berkaitan dalam Protokol SOM telah dijadikan panduan dan rujukan.
Sehubungan itu, kewujudan Akta 670 sedia ada adalah selaras dengan obligasi dan komitmen negara di bawah UNTOC dan protokol sokongannya. Manakala di peringkat serantau pula, Konvensyen ASEAN Mengenai Pemerdagangan Orang (ACTIP) merupakan dokumen yang terpakai bagi menyokong inisiatif negara-negara ASEAN dalam aspek perundangan, penguatkuasaan, perlindungan mangsa, kerjasama strategik dan antarabangsa dalam memerangi jenayah pemerdagangan orang. Malaysia telah menandatangani ACTIP pada 21 November 2015 dan meratifikasikannya pada 7 September 2017. Tuan Yang di-Pertua, seperti yang telah sedia maklum, Malaysia telah dinilai berada pada kedudukan Tahap 3 (Tier 3) dalam laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS) mengenai pemerdagangan orang bagi tahun 2021. Penurunan ini adalah secara automatik selepas negara menduduki Tahap 2 Pemerhatian iaitu Tier 2 Watch List selama tiga tahun berturut-turut sejak tahun 2018 hingga 2020. Selain itu, laporan mengenai wujudnya elemen buruh paksa dalam sektor ekonomi negara telah memberi kesan negatif kepada imej Malaysia secara amnya. Jabatan Buruh Amerika Syarikat (US Department of Labor) juga telah menyenaraikan beberapa produk keluaran negara dalam list of goods produced by child labor or forced labor atau senarai barangan dan produk yang menggunakan elemen buruh kanak-kanak dan buruh paksa iaitu tekstil 2009, kelapa sawit 2009, elektronik 2014 dan sarung tangan getah pada tahun 2020. Perkara ini diburukkan lagi dengan pengenaan withhold release order (WRO) pada tahun 2020 dan 2021 oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat iaitu US Customs and Border Protection (CBP) ke atas produk berasaskan kelapa sawit dan produk sarung tangan getah yang dikeluarkan oleh syarikat Malaysia. Dalam satu kejadian lain bertujuan laporan kajian menyeluruh Situasi Buruh di Sektor Perladangan Sawit Malaysia 2018 yang dijalankan dengan kerjasama kerajaan dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), isu buruh paksa didapati wujud walaupun dalam skala yang kecil di sektor perladangan sawit di Malaysia terutamanya di Sabah dan Sarawak. Dalam hubungan ini, Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi (HRC) tadi, MAPO yang saya pengerusikan pada 31 Mac 2021 telah menekankan tentang kepentingan untuk menambah baik perundangan sedia ada, khususnya Akta 670 bagi membolehkan tindakan lebih tegas dapat diambil ke atas penjenayah yang terlibat dalam aktiviti pemerdagangan orang dan penyeludupan migran serta perlindungan kepada mangsa pemerdagangan orang dapat diberikan dengan lebih berkesan. Tuan Yang di-Pertua, cadangan pindaan Rang Undang-undang Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2021 adalah meliputi perkara berikut: (i) pindaan tafsiran pemerdagangan orang dan pemansuhan tafsiran paksaan; (ii) peningkatan hukuman penjara dan pengenaan hukuman sebatan; (iii) peruntukan kesalahan yang lebih berat termasuk melibatkan penjawat awam; (iv) pewujudan kuasa Menteri dalam pelantikan mana-mana pegawai awam sebagai penguat kuasa di bawah Akta 670; (v) penambahan keanggotaan organisasi lain dan NGO dalam MAPO; dan
(vi) perluasan peranan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam pengurusan dan kawalan pegawai pelindung serta rumah perlindungan mangsa pemerdagangan orang. Pindaan tafsiran pemerdagangan orang serta pemansuhan tafsiran paksaan (coercion) merupakan elemen paling utama dalam pindaan kali ini. Ia adalah bertujuan untuk menyeragamkan tafsiran pemerdagangan orang dan paksaan selaras dengan tafsiran di bawah Protokol TIP dan juga ACTIP. Penyelarasan tafsiran ini dihasratkan dapat membantu memudahkan proses pengenalpastian mangsa pemerdagangan orang dan pertuduhan kepada penjenayah yang terlibat. Pindaan kali ini juga turut melibatkan peningkatan hukuman penjara iaitu di antara 15 tahun hingga 20 tahun bagi kesalahan pemerdagangan orang dan penyeludupan migran. Selain itu, bagi kesalahan yang lebih berat, bentuk peningkatan hukuman yang dicadangkan adalah peningkatan hukuman penjara maksimum sehingga 30 tahun atau bersamaan dengan hukuman penjara seumur hidup dan boleh dikenakan sebatan. Antara contoh bentuk kesalahan yang lebih berat, merujuk kepada Artikel 5 ACTIP adalah peruntukan kesalahan melibatkan penjawat awam semasa menjalankan tugasnya. Kesalahan berulang keadaannya membawa kepada kecederaan parah mangsa, kematian mangsa atau menyebabkan mangsa menghidapi penyakit kronik, membunuh diri serta kesalahan yang dilakukan terhadap kanak-kanak dan orang kurang upaya. Cadangan peningkatan hukuman penjara serta pengenaan hukuman sebatan ini menunjukkan keseriusan kerajaan bagi memastikan pelaku jenayah keji ini dikenakan hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka. Rujukan penanda aras dan perbandingan perundangan dengan negara-negara strategik lain seperti di United Kingdom, Filipina, Thailand dan juga Singapura telah diambil kira semasa penyediaan cadangan ini. Pindaan yang sama juga dicadangkan ke atas kesalahan penyeludupan migran yang lebih berat yang dilakukan oleh penjawat awam semasa menjalankan tugasnya bagi menunjukkan keseriusan kesalahan penyalahgunaan kuasa oleh penjawat awam.
Yang Berhormat, Tuan Yang di- Pertua, sedikit penjelasan, sedikit sahaja. Penjelasan. Sedikit sahaja iaitu tentang undang- undang kita terima baik, kesediaan kementerian meminda...
Yang Berhormat, Yang Berhormat, Menteri sedang membuat huraian...
Belum lagi. Belum habis baca.
Oh! Ya ya. Sorry.
Selepas itu saya akan jemput, Yang Berhormat. Sudah tidak lama kan, Yang Berhormat sekejap lagi?
Tidak, sedikit sahaja lagi.
Sedikit sahaja, biar dia habiskan.
I think dalam 10 minit lagi. Boleh?
Saya hendak kena..
Pukul 1.00 sharp atau boleh tambah 10 minit untuk habiskan.
10 minit. Can you do it by 1.00 o’clock? Lagi enam minit.
Lagi empat minit tidak habis.
So, ini bagi lagi 10 minit, by 1.05 you stop. Silakan.
All right. Okey.
Untuk habis, then I can start with the debate.
Okey Yang Berhormat. Pindaan Akta 670 kali ini juga mencadangkan peruntukan baharu bagi memberikan kuasa kepada Menteri Dalam Negeri untuk melantik mana-mana pegawai awam selepas berunding dengan Yang Berhormat Menteri, berkaitan sebagai penguat kuasa di bawah Akta 670. Cadangan pelantikan ini bertujuan membantu mengembangkan platform kerjasama dan sinergi kepada anggota penguatkuasaan sedia ada termasuk dalam isu melibatkan penguatkuasaan dan kawalan sempadan bagi menangani dan mencegah dari berlakunya jenayah ini. Selain itu, menyedari peranan penting yang diberikan oleh pelbagai pihak termasuklah organisasi lain dan NGO, pindaan kali ini juga mencadangkan penambahan bilangan organisasi lain dan NGO sebagai Ahli Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran dengan tiga orang kepada lima orang yang mempunyai pengetahuan dan kepakaran dalam isu pemerdagangan orang dan daripada dua orang, kepada tiga orang yang mempunyai kepakaran dalam isu penyeludupan migran ini. Ini adalah bersesuaian dengan aspirasi dan matlamat Keluarga Malaysia untuk meningkatkan perkhidmatan komuniti termasuk NGO dalam aspek pencegahan dan perlindungan mangsa-mangsa pemerdagangan orang. Dalam usaha untuk memperkasakan elemen perlindungan kepada mangsa pemerdagangan orang, penjelasan kuasa dan peranan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam aspek pengurusan pentadbiran dan kawalan ke atas orang yang didagangkan, pegawai pelindung dan tempat perlindungan mangsa pemerdagangan yang dikendalikan oleh kerajaan, NGO atau organisasi lain yang berkaitan adalah penting dalam pindaan kali ini. Menteri yang berkaitan ini juga boleh memberikan sebarang arahan secara am atau khusus selaras dengan maksud pindaan ini juga. Pindaan ini juga memperuntukkan bidang kuasa yang lebih jelas dan menyeluruh serta memberi elemen semak dan imbang kepada arahan bagi pemindahan mangsa pemerdagangan orang dari satu rumah perlindungan ke rumah perlindungan yang lain melalui mekanisme perundingan dengan Menteri Dalam Negeri. Tuan Yang di-Pertua, butir-butir khusus Rang Undang-undang Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2021 adalah seperti berikut:- Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa Akta yang dicadangkan. Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 2 Akta 670 subfasal 2(a) bertujuan untuk meminda takrif ‘exploitation’ dalam teks bahasa Inggeris untuk menjadikannya selaras dengan teks bahasa kebangsaan. Subfasal 2(b) bertujuan untuk memotong takrif ‘paksaan’, subfasal 2(c) bertujuan untuk meminda takrif ‘pegawai penguat kuasa’ untuk memasukkan mana-mana pegawai awam yang dilantik di bawah subseksyen 27(1A) yang dicadangkan. Subfasal 2(d) bertujuan untuk menggantikan takrif ‘pemerdagangan orang’ dengan takrif yang baharu ke dalam seksyen 2 Akta 670; Fasal 3 bertujuan untuk meminda perenggan 6(2)(n) dan (o) Akta 670 untuk menaikkan bilangan anggota Majlis daripada pertubuhan bukan kerajaan atau organisasi lain yang berkaitan yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran sesuai dalam masalah dan isu yang berhubungan dengan pemerdagangan orang termasuk perlindungan dan bantuan orang yang diperdagangkan yang dilantik oleh Menteri daripada tiga orang anggota kepada lima orang anggota dan untuk menaikkan bilangan anggota daripada pertubuhan bukan kerajaan atau organisasi lain yang berkaitan yang mempunyai pengalaman pengetahuan dan kepakaran yang sesuai dalam masalah dan isu berhubungan dengan penyeludupan migran yang dilantik oleh Menteri daripada dua orang anggota kepada tiga orang anggota.
Fasal 4 bertujuan untuk meminda seksyen 12 Akta 670 bagi memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang memperdagangkan orang yang bukan merupakan seseorang yang tidak dapat menjaga atau melindungi dirinya sendiri sepenuhnya disebabkan kehilangan upaya atau keadaan fizikal atau mental adalah melakukan suatu kesalahan. Fasal ini juga bertujuan untuk menaikkan hukuman pemenjaraan dari tempoh tidak melebihi 15 tahun kepada tempoh tidak melebihi 20 tahun. Fasal 5 bertujuan untuk meminda seksyen 13 Akta 670 bagi memperuntukkan perkara yang terpakai bagi mana-mana orang yang melakukan kesalahan pemerdagangan orang jika orang yang diperdagangkan itu bukan merupakan seorang kanak-kanak atau yang bukan seseorang yang tidak dapat menjaga atau melindungi dirinya sendiri sepenuhnya disebabkan kehilangan upaya atau keadaan fizikal atau mental yang merupakan kesalahan pemerdagangan orang yang lebih berat. Fasal ini juga memperuntukkan hukuman pemenjaraan seumur hidup atau dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat. Fasal 6 bertujuan untuk meminda seksyen 14 Akta 670 dengan memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang memperdagangkan orang yang merupakan seseorang yang tidak dapat menjaga atau melindungi dirinya sendiri sepenuhnya disebabkan kehilangan upaya atau keadaan fizikal atau mental melakukan suatu kesalahan. Fasal ini juga bertujuan untuk menaikkan hukuman daripada hukuman pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada tiga tahun tetapi tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga didenda kepada pemenjaraan seumur hidup atau dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat. Fasal ini juga bagi memperuntukkan bahawa cara yang digunakan terhadap orang yang diperdagangkan yang merupakan seorang kanak-kanak atau seseorang yang tidak dapat menjaga atau melindungi dirinya sendiri sepenuhnya disebabkan kehilangan upaya atau keadaan fizikal atau mental adalah tidak relevan dan bukannya menjadi suatu keperluan untuk dibuktikan dalam suatu pendakwaan bagi kesalahan di bawah seksyen 14 Akta 670. Fasal 7 bertujuan untuk meminda seksyen 15A Akta 670 untuk menaikkan hukuman pemenjaraan bagi kesalahan yang berhubungan dengan membawa dalam transit orang yang diperdagangkan melalui Malaysia melalui darat, laut atau udara atau selainnya, mengaturkan atau memudahkan perbuatan itu daripada tempoh tidak melebihi tujuh tahun kepada tempoh tidak melebihi 15 tahun. Fasal 8 bertujuan untuk meminda seksyen 19 Akta 670 untuk menaikkan hukuman pemenjaraan bagi kesalahan yang berhubungan dengan mana-mana orang dengan diketahuinya merekrut atau bersetuju untuk merekrut orang lain untuk menyertai perlakuan suatu perbuatan pemerdagangan orang daripada tempoh tidak melebihi 10 tahun kepada 15 tahun. Fasal 9 bertujuan untuk meminda seksyen 26A Akta 670 untuk menaikkan hukuman bagi kesalahan penyeludupan migran daripada tempoh tidak melebihi 15 tahun kepada tempoh tidak melebihi 20 tahun. Fasal 10 bertujuan untuk meminda seksyen 26B Akta 670 bagi memperuntukkan bahawa seorang pegawai awam yang melakukan kesalahan penyeludupan migran dalam melaksanakan kewajipan awamnya melakukan kesalahan penyeludupan migran yang lebih berat. Fasal ini juga bertujuan untuk menaikkan hukuman bagi kesalahan yang berhubungan dengan melakukan kesalahan penyeludupan migran yang lebih berat daripada hukuman pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada tiga tahun tetapi tidak melebihi 20 tahun dan juga boleh dikenakan denda atau kedua-duanya kepada hukuman pemenjaraan seumur hidup atau dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat;
Fasal 11 bertujuan untuk meminda seksyen 26C Akta 670 untuk menaikkan hukuman bagi kesalahan yang berhubungan dengan membawa dalam transit seorang migran yang diseludup menerusi Malaysia melalui darat, laut atau udara atau selainnya, mengaturkan atau memudahkan perbuatan itu daripada hukuman pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun kepada 15 tahun. Fasal 12 bertujuan untuk memasukkan subseksyen baharu 27(1A) dan (1B) ke dalam Akta 670 untuk memperuntukkan bahawa Menteri bolehlah selepas berunding dengan mana-mana Menteri berkaitan lain melantik mana-mana pegawai awam sebagaimana yang difikirkan perlu sebagai pegawai penguat kuasa bagi maksud Akta 670 dan pegawai awam itu juga yang dilantik sedemikian bolehlah menjalankan segala kuasa penguatkuasaan dan tiap-tiap pelantikan di bawah subseksyen 27(1A) dicadangkan hendaklah disiarkan dalam warta. Fasal 13 bertujuan untuk memasukkan subseksyen baharu 42(3) dan (4) ke dalam Akta 670 untuk memperuntukkan bahawa Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat hendaklah bertanggungjawab bagi apa-apa perkara yang berhubungan dengan pengurusan pentadbiran dan kawalan ke atas tempat perlindungan yang diisytiharkan di bawah subseksyen 42(1) Akta 670 orang yang diperdagangkan di tempat perlindungan itu dan pegawai pelindung yang dilantik di bawah seksyen 43 Akta 670. Fasal ini juga bertujuan untuk memperuntukkan bahawa Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat boleh memberikan apa-apa arahan mengikut apa-apa cara sama ada secara am atau khusus bagi maksud yang disebut dalam subseksyen 42(3) yang dicadangkan. Fasal 14 bertujuan untuk meminda subseksyen 43(1) Akta 670 untuk memperuntukkan bahawa selepas berunding dengan Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Menteri boleh melantik mana-mana orang lain untuk menjalankan kuasa dan melaksanakan kewajipan seorang pegawai pelindung di bawah Akta 670 termasuk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dinyatakan. Fasal ini juga bertujuan untuk memotong subseksyen 43(1A) Akta 670. Fasal 15 bertujuan untuk meminda subseksyen 51(5) Akta 670 untuk memperuntukkan bahawa jika orang yang diperdagangkan itu adalah seorang warganegara asing, suatu perlanjutan perintah perundingan boleh diberikan bagi maksud perakaman di posisi di bawah seksyen 61A Akta 670. Fasal 16 bertujuan untuk meminda subseksyen 53(3) Akta 670 untuk memperuntukkan bahawa mahkamah boleh atas suatu permohonan yang dibuat oleh pegawai pelindung atau pegawai penguat kuasa setelah berpuas hati bahawa orang yang diperdagangkan itu memerlukan jagaan dan perlindungan lanjut atas sebab yang munasabah atau bagi tujuan pengurusan penghantaran pulang membuat perintah supaya orang yang diperdagangkan itu ditempatkan di tempat perlindungan bagi apa-apa tempoh lanjut sebagaimana yang difikirkan patut oleh Majistret. Fasal 17 bertujuan untuk meminda seksyen 57 Akta 670 untuk memperuntukkan bahawa selepas berunding dengan Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Menteri boleh pada bila-bila masa atau sebab yang pada hematnya mencukupi dengan perintah secara bertulis mengarahkan pemindahan mana-mana orang yang diperdagangkan daripada suatu tempat perlindungan ke tempat perlindungan yang lain sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu. Fasal 18 bertujuan untuk memotong peringkat perenggan 66(2)(f) Akta 670. Pemotongan perenggan 66(2)(f) Akta 670 berbangkit daripada pindaan seksyen 42 Akta 670 dalam fasal 13 yang Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat boleh memberikan apa-apa arahan mengikut apa-apa cara sama ada secara am atau khusus bagi apa-apa perkara yang berhubungan dengan pengurusan, pentadbiran dan kawalan ke atas tempat perlindungan yang disiarkan di bawah subseksyen 42(1) Akta 670 orang yang diperdagangkan di
tempat perlindungan itu dan pegawai pelindung yang dilantik di bawah seksyen 43 Akta 670. Fasal 19 bertujuan untuk memperuntukkan bagi peruntukan kecualian dan pindaan lain yang tidak disebut secara khusus adalah pindaan kecil atau berbangkit. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa serius dan komited dalam usaha untuk membanteras jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran di Malaysia. Sejak tahun 2015 sehingga kini, sebanyak 1,915 kes pemerdagangan orang dan 1,502 kes penyeludupan migran telah disiasat oleh lima agensi penguat kuasa di Malaysia. Daripada jumlah tersebut, 734 sabitan telah direkodkan bagi kesalahan yang berkaitan dengan pemerdagangan orang dan penyeludupan migran. Manakala seramai 11,942 orang mangsa pemerdagangan orang telah diselamatkan dan diberi perlindungan di bawah akta ini. Kerajaan mempunyai keyakinan penuh bahawa dengan pindaan dan tambahan peruntukan baharu di dalam rang undang-undang ini melengkapi peruntukan-peruntukan sedia ada akta serta dapat mempertingkatkan inisiatif negara dalam membanteras jenayah pemerdagangan orang dan juga penyeludupan migran.
Selain itu, pindaan ini membawa kepada pemerkasaan perundangan ini juga boleh menambah baik kedudukan Malaysia dalam penilaian antarabangsa, khususnya berkaitan dengan isu pemerdagangan orang dan penyeludupan migran. Untuk makluman semua, dalam usaha untuk menangani pemerdagangan orang secara holistik, kerajaan telah melancarkan Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan Orang 2021-2025 atau singkatan NAPTIP 3.0. Pelan tindakan ini merupakan kesinambungan kepada dua pelan tindakan terdahulu dan merupakan dokumen strategik yang menggariskan segala perancangan dan usaha bagi membanteras pemerdagangan orang di Malaysia bagi lima tahun ke hadapan. Pindaan akta ini juga selaras dengan salah satu daripada bidang program NAPTIP memperkukuhkan mekanisme perundangan dan peraturan. Kementerian ini juga berpandangan bahawa usaha pengukuhan perundangan melalui pindaan akta ini juga selaras dengan hala tuju kementerian yang diterajui oleh saya, iaitu berpandukan prinsip maqasid syariah bagi memelihara lima perkara utama iaitu agama, nyawa, akal, harta dan keturunan. Ini secara langsung dapat mengembalikan maruah mereka yang telah dizalimi di samping memenuhi tanggungjawab kepada pemegang taruh sama ada di pihak kerajaan, rakyat mahupun penduduk di negara Malaysia yang kita cintai ini. Pindaan ini juga merupakan manifestasi dan interpretasi terbaik dalam menyeimbangkan elemen pemeliharaan hak kemanusiaan serta komitmen menjaga keselamatan yang biasanya menjadi dilema yang dihadapi oleh kementerian ini. Ia juga secara jelas membuktikan iltizam dan kesungguhan negara dalam memenuhi obligasi di peringkat domestik mahupun antarabangsa. Kerajaan berpandangan bahawa rang undang-undang ini akan memperkasakan peruntukan undang-undang sedia ada di dalam menangani jenayah ini secara lebih efektif. Adalah menjadi harapan kerajaan agar kedua-dua jenayah kes ini dapat dicegah dan dihapuskan dengan jayanya. Walau bagaimanapun, kejayaan ini tidak dapat dicapai tanpa sokongan dan kerjasama daripada semua pihak termasuklah daripada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan.
Ada siapa yang menyokong?
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang ini bernama suatu akta untuk meminda Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dibacakan
kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Sambung 2.30 memandangkan sekarang jam sudah lebih pukul 1.00, kita sambung 2.30 petang. Saya akan sebut nama-nama yang akan bahas sampai nombor 16. Yang Berhormat Pengerang, Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Padang Rengas, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Sungai Buloh, Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Kulai, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Batu Kawan, Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, Yang Berhormat Sik dan Yang Berhormat Bukit Mertajam. Terima kasih.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.13 petang]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera semua. Sekarang perbahasan Rang Undang-undang Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2021 akan bermula. Saya mempunyai 18 orang dalam senarai, 18 pembahas. Saya ingin menjemput Yang Berhormat Pengerang. Silakan Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya lima minit. Pertama sekali saya hendak mengucapkan tahniah kepada kerajaan. Ramai orang berkata bahawa sepatutnya ini dilakukan lebih awal. Akan tetapi bagi saya, memandangkan dan mengambil kira cabaran daripada COVID-19, apa yang dilakukan oleh kerajaan pada hari ini adalah langkah pertama. Keduanya Tuan Yang di-Pertua, hari ini saya dimaklumkan bahawa State Secretary dari United States datang ke Malaysia dan berada di Parlimen untuk berjumpa dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Ini menggambarkan secara tidak langsung bahawa mereka menerima pendekatan-pendekatan yang dalam proses dibawa oleh kerajaan pada hari ini, terutama sekali dalam isu perdagangan orang dan penyeludupan migran dalam negara kita. Yang Berhormat Menteri tadi dalam huraian telah menyebut tentang bagaimana apa yang berlaku dalam syarikat-syarikat besar memberikan negara-negara yang membangun, memberikan mereka pandangan negatif kepada Malaysia kalau isu ini tidak ditangani oleh pihak kerajaan. Jadi, saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan. Saya pun melihat kepada akta dulu dan pindaan pada hari ini ialah perkataan ‘coercion’ itu dikeluarkan. Ini sesuatu yang memang penting seperti kita yang dalam Dewan ini yang ramainya peguam tentang pembuktian coercion itu sesuatu yang agak susah dari segi subjektif. Itu sebabnya dalam kes-kes sedemikian, itu salah satu daripada masalah yang paling besar. Jadi apa yang diwujudkan pada hari ini, kalau kita tengok pada rang undang- undang ini yang dibawa di hadapan kita dalam fasal yang disebut dalam pindaan pada seksyen 2 di mana takrifan itu diberikan definisi yang begitu luas. Akan tetapi saya hendak timbulkan soalan Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan perkataan kalau kita tengok dalam segi versi bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Nyatakan bahawa dalam 2D menyatakan tentang perdagangan orang dan disebutkan bagi maksud “eksploitasi, dengan cara yang berikut: (a), (b), (c), (d), (e), (f), (g)”. Kita tengok di sini ialah memerlukan dua aspek dari segi undang-undang iaitu maksud “eksploitasi, dengan cara yang berikut”. Maknanya adanya mens rea dan adanya actus reus. Jadi, ini memang bagi saya ada sesuatu yang dilihat sebagai wajar sebab kita perlu berlaku adil dalam sistem yang berlaku dalam proses perundangan negara kita. Walau bagaimanapun, saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan dan Yang
Berhormat Menteri sendiri berada di dalam Dewan pada hari ini untuk menggunakan perkataan yang agak lebih luas dan juga spesifik. Oleh sebab dalam perkataan “(c) fraud”, “(d) perdayaan” dan “(e) penyalahgunaan kuasa” begitu subjektif. Jadi saya mencadangkan untuk memasukkan sebagai contoh yang berlaku hari ini modern slavery iaitu penculikan (abduction) serta pengaruh tidak wajar (undue influence) dalam perenggan 2(d) sebagai salah satu cara premerdagangan orang. Tindakan seperti ikatan hutang dan ‘pekalan’ pasport (passport withdrawal) telah sering kali dilaporkan di Malaysia di mana cara-cara tersebut turut serta dimasukkan dalam definisi perdagangan, kalau kita lihat. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini perlu menangani isu yang berkaitan dengan elemen perhambaan (slavery) dengan kerja paksa ataupun wajib. Itu sebabnya isu ini sering kali dilihat sebagai overlapping dalam perkara ini. Apabila bercakap tentang permerdagangan orang hendaklah ditangani secara menyeluruh untuk meningkatkan perlindungan mangsa. Itu sebabnya bagi saya kesan yang lebih besar dalam perkara ini, kalau kerajaan tidak melakukan— better late than never dan kita sebagai Ahli Parlimen tidak menyokong ialah ia akan affect pada perniagaan antarabangsa di peringkat mata dunia. Kita sendiri tahu bahawa dunia hari ini semakin kecil. Negara-negara moden yang menjadi pengimport pada barangan buatan Malaysia akan melihat perkara ini sebagai ukuran pembelian mereka. Terbukti daripada kes Top Glove dengan izin. Itu sebabnya bagi saya apa pun Tuan Yang di-Pertua, elemennya ialah elemen keuntungan (profit). Apabila syarikat boleh buat untung pada kos yang paling rendah, tak nak bayar insurans, tak nak bayar SOCSO, tak nak bayar EPF kepada rakyat tempatan, ambilnya pekerja luar, diberinya paksaan daripada masuk sebagai pelancong menjadi pula mereka yang dilhat sebagai modern slavery. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua,saya juga hendak minta kepada Yang Berhormat Menteri— saya mengucapkan tahniahlah dalam spesifikkan tentang perkataan Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal kebajikan dimasukkan dalam fasal 12 seksyen 42 itu. Itu memang perlu sebab saya rasa takkan Menteri Dalam Negeri hendak jaga hal ehwal kebajikan. Akan tetapi seksyen ini membawa masuk ini menerima kehadiran kementerian yang relevan. Saya minta pada jasa baik Yang Berhormat Menteri dan juga kementerian yang relevan memasukkan pejabat Office of the Children’s Commissioner (OCC). Kalau boleh, supaya dapat memantau apabila anak-anak kecil yang menjadi mangsa kepada ikatan ini. Dengan itu, Pengerang menyokong kepada cadangan baik oleh pihak kerajaan dan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Pengerang. Yang Berhormat Menteri ada dalam Dewan. Jadi saya tidak perlu kirim salam kepada dia. [Ketawa] Saya persilakan Yang Berhormat Sepang. Silakan.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya untuk turut sama berbahas mengenai pindaan kepada rang undang-undang berkaitan dengan antipemerdagangan manusia dan juga anti-smuggling of migrants. Tuan Yang di-Pertua, saya mendengar tadi pembentangan daripada Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Menteri juga mengakui bahawa pihak State Department dari US telah pun downgrade dengan izin, Malaysia kepada tahap yang ketiga. Satu tahap yang mungkin tidak begitu baiklah. Oleh kerana kalau kita lihat kepada definisi tahap ketiga itu adalah kita gagal untuk comply dengan izin, bare minimum. Makna minimum ini, paling minimum kita telah gagal.
Apabila daripada Tahap 2 kepada Tahap 3, saya rasa ini memang satu yang memang amat merisaukan kitalah. Saya melihat Tuan Yang di-Pertua, undang-undang ini seperti mana yang Tuan Yang di-Pertua pun sedar, kita boleh adakan undang-undang yang hebat-hebat pun. Kita boleh– contohnya kita boleh perketatkan lagi undang-undang- undang. Kita kenakan hukuman lebih stiff ataupun lebih keras. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua di akhirnya kita melihat kepada pelaksanaan (enforcement) itu sendiri. Saya telah membaca report daripada beberapa akhbar antarabangsa mengenai kenapakah Malaysia didowngradekan. Antaranya tuduhan itu adalah melibatkan istilahnya ialah ‘complicity’ ataupun penglibatan daripada pihak-pihak yang terlibat dalam pelaksanaan hukum itu sendiri iaitu pihak kerajaan sendiri. Saya ingin bertanya kepada pihak Menteri, selama ini berapa ramaikah kakitangan kerajaan ataupun kakitangan awam yang telah ditugaskan untuk melaksanakan akta ini terlibat juga dalam sindiket memperdagangkan manusia ini? Ini kerana, saya berkata begitu sebab kerajaan sekarang telah bercadang untuk meminda seksyen 27 dengan meletakkan satu seksyen baharu – satu provision baharu iaitu Menteri akan berunding dengan pihak-pihak Menteri lain untuk mengadakan satu penjawat awam yang baharu. Makna selain daripada polis, pihak imigresen, pihak kastam, kemungkinan selepas ini ada lagi penjawat awam baharu yang akan ditugaskan untuk melaksanakan undang-undang ini. Akan tetapi, Tuan Yang di-Pertua, saya agak risau apabila membaca dalam akhbar contohnya mereka yang terbabit dalam pelaksanaan penguasaan undang- undang ini juga mempunyai rekod-rekod melanggar undang-undang sendiri. Kita baca dalam media – yang terbaru melibatkan SPRM. Saya hendak membaca sendiri laporan MalaysiaKini bertarikh 14 Disember. Jutaan ringgit dibelanjakan untuk pengimbas kastam bermasalah. Kita membeli alat pengimbas untuk kita belanjakan – untuk kita pastikan pihak kastam ini menjalankan tugas dengan baik, tetapi setelah kita berbelanja berjuta ringgit, pengimbas itu sendiri bermasalah. Dikatakan juga pengimbas yang lama pun apabila telah tamat tempoh tidak lagi ada usaha-usaha untuk diperbaiki. Sebenarnya, kita sekarang dilihat cuba menghabiskan wang rakyat untuk melakukan kerja-kerja yang tidak berkesan dan akhirnya kita melihat undang-undang ini walaupun kita buat dengan baik macam mana pun, akhirnya ia tetap bermasalah kerana tidak dapat menyelesaikan masalah. Saya bertanya kepada pihak kerajaan tentang laporan daripada United States Department of Labor mengenai FELDA dikatakan terlibat dalam employ dengan izin – mereka-mereka yang dianggap buruh paksa. Kalau kita lihat undang-undang memang tidak ada tafsiran mengenai buruh paksa (forced labour). Saya tanya kepada pihak Yang Berhormat Menteri apakah definisi yang difahami oleh pihak kerajaan tentang ‘buruh paksa’ ini. Ini disebabkan kalau tidak didefinisikan dalam undang-undang ini, kita risau kalau kita serahkan kepada pihak mahkamah, mahkamah mungkin akan mempunyai pelbagai tafsiran. Saya mencadangkan kalau boleh di peringkat Jawatankuasa ini, kalau boleh pihak Yang Berhormat Menteri mungkin boleh memikirkan supaya kita adakan satu peruntukan khas mengenai apa yang dimaksudkan dengan ‘buruh paksa’ itu supaya kita jelas kepada satu panduan. Kalau sini kita bawa ke mahkamah – kalau kita lihat kepada undang-undang – Tadi Yang Berhormat Menteri juga mengatakan tentang protokol. Memang betul kalau lihat pada seksyen-seksyen di Artikel 6 dalam protokol itu ia mengatakan ada satu guideline untuk kita perlu ikut untuk kita melaksanakan undang- undang ini. Antaranya kalau kita dakwa mana-mana pihak yang terlibat dengan sindiket memperdagangkan manusia ini, kita kena pastikan daripada segi laporan akhbar itu tidak dinamakan pihak-pihak yang terlibat. Saya agak merasa terkilan kerana dalam satu interview oleh pihak polis yang terlibat dalam kerja-kerja merisik dalam kes antipemerdagangan manusia ini dia mengatakan bahawa kita telah berjaya mencapai
rekod yang lebih baik apabila kita menggunakan SOSMA juga dalam pelaksanaan hukum. Sedangkan bagi pihak negara Barat ini dan pihak kita sendiri, SOSMA ini satu undang- undang yang draconian. Undang-undang yang mempunyai – yang terlalu banyak peruntukannya tidak menyebelahi tentang human rights ini. Saya merasa agak terkilan kerana mengapakah kita berbangga kita dapat kurangkan satu jenayah dengan kita menggunakan satu akta yang sendiri bermasalah iaitu Akta SOSMA itu? Saya tanya kepada pihak kerajaan, adakah kerajaan terus ingin melaksanakan SOSMA ini daripada segi melaksanakan undang-undang ini. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Seterusnya Yang Berhormat Padang Rengas.
Tuan Yang di- Pertua, saya ingin menyatakan di sini, nak ucap tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana berjaya membentangkan satu rang undang-undang. Saya ingin menyatakan sokongan sepenuh saya kepada pindaan yang akan dibuat. Cuma, saya hendak sebut di sini dengan izin there is an English idiom which says that “prevention is better than cure”. Apa yang saya lihat di sini iaitu bahawa sememangnya Yang Berhormat Menteri bersungguh-sungguh mahu melakukan sesuatu untuk membolehkan kita diturunkan daripada Tier 3 ke Tier 2 yang perlu dilakukan oleh kerana mereka merupakan sebuah negara pengimport barangan kita. Saya ucapkan tahniah. Akan tetapi, saya kira di dalam pindaan akta ini ada menyebut tentang hukuman yang dibuat terhadap syarikat-syarikat kalau mereka terlibat dalam kerja-kerja ini. Cuma, saya hendak sebut ada perbezaan budaya di antara kita dengan Amerika Syarikat yang mana pekerja-pekerja kita membawa anak-anak mereka sama untuk mereka menjalankan kerja mereka di ladang-ladang kerana tidak ada orang yang menjaga anak mereka. Saya hendak tengok di sini kalau boleh mesti ada satu seksyen yang mengehendaki supaya syarikat menyediakan tempat-tempat child centre ini untuk membolehkan pekerja-pekerja bekerja tanpa membimbangi apa akan berlaku kepada anak-anak mereka yang tinggal di rumah-rumah. Dengan izin, we must have something here to force the company to sediakan child centre so that kita tidak melanggari apa yang difikirkan sebagai child labour oleh pihak Amerika. Itu pertamalah. Kedua Yang Berhormat Menteri, saya tengok kita mengambil orang-orang ini, pekerja-pekerja daripada ejen-ejen. Inilah yang menyebabkan iaitu kita menjadi sasaran kepada Amerika Syarikat bahawa kita memperdagangkan manusia atau imigran. Jadi, apa salahnya sekarang ini kalau betul-betul kita memerlukan pekerja daripada source country seperti Philippines-kah, Indonesiakah, ataupun Bangladesh, kita deal with the government so that the government– dia punya kerajaan yang akan cari pekerja ini. Apa sekali pun, kita akan mengambil pekerja daripada institusi yang diwujudkan oleh kerajaan yang memanggil pekerja-pekerja ini daripada negara mereka. Kalau tidak, sepertimana kita semua tahu, kita akan dihukum disabitkan oleh kerana perbuatan ejen-ejen. So, we deal directly with the government. Saya percaya kerajaan mereka juga akan merasa simpati dengan rakyatnya dan akan mengusahakan untuk pastikan bahawa kerajaan akan memastikan orang ini adalah orang yang layak untuk dihantar bekerja di luar negara. We have to take that responsibility. But now we are using the agents dan ejen inilah yang menyebabkan pekerja dikutip daripada kampung-kampung. Ada yang jual tanah mereka dan ini bondage– labour bondage yang dilakukan. Akan tetapi yang dihukum ialah kita walhal kita cuma ambil pekerja. Jadi, ini pertama. Kedua juga, mungkin hendak elok kalau sekiranya kita bagi ke mana-mana syarikat kalau dia hendak 100 orangkah, 200 orangkah dia sendiri pergi cari. You go to that country. You want 200 workers, you go and find 200 workers in Bangladesh or in Philippines. Jadi, tidaklah boleh dipersalahkan kepada negara Malaysia yang menyebabkan bondage ini berlaku bagi pekerja yang datang daripada source country.
Saya juga mahu Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat menaikkan orang kata denda ini bagus semua. Tapi saya rasa lebih tepat dan lagi baik kalau kita ambil tindakan terhadap CEO itu, CEO itu mesti bertanggungjawab. Kalau sekalipun kita denda sampai sejuta, dia punya untung dia bilion. Macam baru-baru inilah, macam-macam buat sarung tangan getah, macam dia punya keuntungan bilion. Kalau sejuta- kalau dia gunakan pekerja-pekerja ini tidak menyediakan tempat tidur semua, dia risau apa bayar sejuta sahaja tapi dia boleh exploit pekerja ini. I want the CEO to be responsible. Selagi CEO itu tidak diberikan accountability, maka dia relaks sahajalah. Okey, yang kena denda syarikat. Jadi, syarikat bayar sahaja sejuta what’s the problem? Jadi, ini kalau boleh kita mahu supaya orang yang bertanggungjawab kepada syarikat itu mesti bertanggungjawab kepada pekerja-pekerja di syarikat itu. Kalau tidak, mereka akan diperkenakan, tidak kiralah apa dia. Sekali hendak dihukumkan sekali sebatkah, itu tak kiralah. Saya juga minta supaya kita lihat kepada the source of the problem. Yang Berhormat, saya minta kalau boleh yang jadi eksploitasi ini adalah orang yang pada mulanya masuk secara sahlah. Kemudian ada sebab tertentu dia lari kah apa, akhirnya dia punya visa habis, maka dia akan jadi mangsa kepada eksploitasi kepada syarikat- syarikat. Jadi, pada saya kalau Yang Berhormat kita simpatilah, ini orang bekerja, orang susah kita jangan menakutkan mereka untuk tampil ke hadapan untuk reregister kah ataupun memutihkan mereka. We should be more friendly because we also need them and they are poor people ya. Jadi kalau kita boleh layan mereka dengan baik, kita tunjuk itu bahawa don’t worry ya saya tahu Yang Berhormat sekarang hendak buat “e” apa itu? Bagus itu.
E-Pola.
E-Pola itu bagus. That helps the workers. But at the same time, I hope that we know we are more amenable, more open to the illegal workers, we need them. There’s no necessary to send them home. Tapi kita bagi tahu kepada mereka, kita bukan kejar mereka, kita hendak memutihkan mereka. Tak perlulah kita kata within certain period all the time. You find yourself illegal you come forward, we legalize you because we need you. Jadi Yang Berhormat, saya menyokong penuh pindaan ini dan saya berharap dengan adanya ini dan enforcement yang disebut oleh Yang Berhormat Sepang tadi, kita akan boleh diturunkan daripada Tier 3 kepada Tier 2. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas, Yang Berhormat Jelutong, silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut bangun untuk membahaskan dalam rang undang-undang ini dan saya ingin menyatakan sokongan penuh terhadap undang-undang ini. Hari ini, saya ingin berkongsi untuk Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua Dewan yang mulia ini, ada berita yang mengatakan bahawa bot yang membawa PATI karam di Tanjong Balau, Johor di mana 10 PATI ditemui dalam keadaan lemas dan 29 lagi masih hilang. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, ada satu berita yang mengatakan antara tahun 2012 dan 2015, sindiket jenayah rentas sempadan telah memperdagangkan sekurang-kurangnya 170,000 orang ke Malaysia dengan kebanyakannya daripada etnik Rohingya, Myanmar, Bangladesh dengan menjana kira-kira USD50 juta sehingga USD100 juta iaitu RM206 juta sehingga RM413 juta. Kadangkala saya sendiri bila pergi ke kawasan saya di Pulau Pinang dan juga di kota raya Kuala Lumpur, terkejut bila lihat lambakan warganegara asing yang begitu banyak. Saya ingin menyokong rang undang-undang ini kerana saya tidak mahu negara kita menjadi tempat di mana lambakan orang-orang warganegara asing ini meningkat dengan begitu banyak.
Kita lihat orang-orang Myanmar, Bangladesh sudah mula membuka kedai di sini dan ada yang lebih fasih bertutur dalam bahasa Bangladesh daripada bahasa Malaysia. So, saya di sini cuma ingin menggunakan kesempatan ini Tuan Yang di-Pertua dan Menteri, untuk tanya apakah yang berlaku kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja yang telah ditubuhkan pada tahun 2019 ketika Yang Berhormat Langkawi menjadi Perdana Menteri. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Suruhanjaya Siasatan Diraja ini telah ditubuhkan, apabila terjumpanya kubur ramai-ramai di Wang Kelian. Saya difahamkan bahawa Tan Sri Ariffin Zakaria telah pun diminta untuk mempengerusikan Suruhanjaya Penyiasatan tersebut, di mana 48 orang saksi termasuklah orang-orang Rohingya telah dipanggil untuk memberi kenyataan. Dalam laporan tersebut, banyak perkara-perkara yang amat mengejutkan juga telah pun dilaporkan, telah pun diterima dan laporan itu telah pun dikemukakan kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong. So, saya di sini ingin tanya, kalau boleh laporan suruhanjaya siasatan itu juga dibekalkan kepada semua Ahli-ahli Parlimen kerana daripada laporan tersebut, saya difahamkan tidak ada seorang pun warganegara Malaysia dituduh. Persoalan saya, bagaimanakah perkara ini boleh berlaku kerana kita tahu, di sempadan yang mengawal adalah imigresen, polis, tentera. Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, dalam laporan-laporan dalam surat khabar saya difahamkan 12 orang anggota polis telah ditahan dan disiasat. Apakah yang berlaku kepada mereka? Saya bertanya soalan-soalan ini, kerana kita ingin bersama- sama dengan kerajaan, bersama-sama dengan Menteri meningkatkan lagi tahap keselamatan di sempadan untuk memastikan bahawa lorong-lorong tikus ini sentiasa dipantau. So saya berharap, persoalan-soalan yang dikemukakan oleh saya ini dapat dijawab dan saya sekali lagi ingin menggunakan kesempatan ini untuk bertanya. Apakah salahnya kalau laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja itu dibekalkan kepada kami, supaya kami dapat menghalusi laporan itu kerana saya difahamkan laporan itu telah disediakan di atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya faham bahawa Menteri juga sedia maklum, kita dikejutkan dengan berita penemuan 139 kubur beramai-ramai. Saya juga difahamkan bahawa pasukan polis yang sampai di lokasi telah menemui sangkar-sangkar yang mengandungi lelaki dan wanita yang masih lagi hidup. Saya ingin tanya, kalau boleh kerajaan ini mengemukakan laporan tersebut supaya kita dapat melihat laporan itu dan juga mungkin melakukan langkah-langkah yang lebih baik untuk kita mempertingkatkan lagi kawalan keselamatan di sempadan. Saya juga...
Yang Berhormat Jelutong, boleh saya mencelah? Boleh saya mencelah.
Saya juga mengambil kesempatan ini, sorry Yang Berhormat sudah lompat saya tak bagi peluang. So, saya minta maaf, saya tak beri peluang. Saya ingin juga merujuk kembali perkara-perkara yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri. Saya juga di sini ingin tanya kepada kes-kes khusus melibatkan orang-orang kenamaan yang telah dituduh kerana telah melakukan kesalahan-kesalahan di bawah akta ini. Kita lihat sejak kebelakangan ini tidak ada sebarang berita, saya tidak mahu menyebut mana-mana individu tetapi saya percaya Yang Berhormat Menteri tahu bahawa orang-orang kenamaan ini telah pun dituduh kerana menyimpan ataupun menggaji orang-orang yang tidak mempunyai permit dan sebagainya. Akan tetapi sejak kebelakangan ini, kita tidak tahu, apakah perkembangan kes-kes yang melibatkan mereka. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Amat tenang pada petang ini. Yang Berhormat Kuala Langat, silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kuala Langat hendak ambil bahagian di dalam undang-undang ini. Mula-mula saya hendak ucapkan tahniah dan syabas sebab kita telah bawa satu undang- undang yang memang saya nampak bahawa it’s high time untuk kita bawa sekarang.
Akan tetapi saya ada beberapa soalan dan juga cadangan untuk undang-undang ini dilakukan dengan terbaik di bawah. Saya hendak beritahu bahawa kalau KDN sahaja yang akan ambil tugas dan tanggungjawab untuk keseluruhannya, yang itu kita sekarang di Tier 3. Kalaulah negara kita ini kena— nampak bahawa kita ambil tindakan-tindakan sewajarnya. Apa yang diminta oleh dunia dan kita hendak move kepada Tier 2 ataupun Tier 1— malangnya KDN sahaja tidak boleh lakukannya. Oleh sebab perkara ini yang forced labour and also foreigners yang datang sini semua, ada beberapa kementerian yang juga ada masalah dengan sistem ini. Satu, Kementerian Kesihatan. Dua, Kementerian Sumber Manusia. Kita ada— kemudian Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi dan sebagainya yang terlibat dalam isu ini. So, soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, macam mana kita akan bersama-sama dalam situasi ini? Adakah shared information antara kementerian- kementerian ini akan dilakukan? Ataupun data analytics yang ada sekarang, data-data ini akan dikongsi oleh semua kementerian untuk kebaikan negara dan selepas itu kita ambil satu tindakan yang jelas atas sesiapa pun yang akan bawa kes ini ke mahkamah. Oleh sebab itu, saya tidak berapa tahu bahawa adakah kementerian ini ada connection antara satu sama lain untuk shared information ini? Are you connected to one another, in terms of connectivity? Untuk kita ada satu committee ataupun perhubungan untuk kita atasi masalah ini bersama-sama. So, saya minta— dan juga apa yang saya nampak, we have to be more friendly to show that kita memang berupaya untuk hormat labour di dalam negara kita. The problem with a lot of us ialah kita tidak hormat labour. We take labour as an entity yang 3D jobs ini, dirty, difficult and— apa lagi satu?
Dangerous.
Dangerous. Dirty, difficult and dangerous ini kepada orang asing. Orang tempatan tidak hendak buat. So, kita— sometimes we unconsciously or consciously, kita pandang bawah kepada orang-orang yang buat kerja ini. Itu satu cara yang kita kena tukar. Di mana kalau kita recognise labour as— industry dan labour ini penting untuk negara kita, we have to give the due respect to the labour force in this country. That is why and— sebab itulah kita ada ramai orang asing yang bekerja dalam negara kita sebab kita tidak cukup dengan tenaga- tenaga daripada warganegara Malaysia yang akan buat kerja-kerja yang saya sebut tadi. Oleh sebab itu, kita mesti ada satu pandangan bahawa negara ini, reliance on labour is so important for the future of this country. We cannot live without these people either. I think that’s a fact that we must accept in this country at present. The next two years, is very important. Dua tahun yang akan datang ini akan main satu isu penting untuk negara kita. Oleh sebab itu, saya minta kakitangan dan juga kementerian-kementerian yang berkenaan untuk bekerjasama untuk atasi masalah ini. It’s timely yang kita ada ini sebab hari ini KDN. Esok Kementerian Kesihatan. Kementerian Sumber Manusia akan datang. Baru-baru ini, KeTSA— PERHILITAN pun kita buat demikian. All this is connected with one and another untuk kita pastikan bahawa kita boleh buat sesuatu yang terbaik untuk negara ini. So, akhir sekali Tuan Yang di-Pertua. Saya harap undang-undang yang kita ada ini ialah undang-undang yang bawa kebaikan untuk negara. Untuk pastikan bahawa
undang-undang ini digunakan dengan cara yang betul, penguatkuasaan penting untuk kita buat sesuatu. We have to pay attention to this. Oleh sebab itu, saya minta Yang Berhormat Menteri lihatlah macam mana kita boleh naik taraf pegawai-pegawai kita dan juga agensi-agensi kita untuk bawa satu yang terbaik untuk negara dengan penguatkuasaan yang terbaik untuk sistem yang kita akan hadapi. Saya sokong penuh dengan undang-undang ini yang akan bawa negara kita kepada satu taraf yang lain dan ini kita kena kerja bersama-sama untuk kejayaannya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Saya seterusnya menjemput Yang Berhormat Sungai Buloh, silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya pergi terus kepada perbahasan saya. Saya telah mendengar ucapan Yang Berhormat Menteri dengan teliti tetapi saya apabila— tidak ada satu kala pun saya mendengar apa yang saya boleh sebut the elephant in the room, apa itu dengan izin, iaitu penurunan Malaysia daripada Tahap 2 dalam laporan mereka yang baharu diterbitkan, kepada Tahap 3. Ini yang rendah sekali di mana ada beberapa buah negeri sahaja. Oleh sebab inilah perkara yang kita kena menangani sekarang ini ya. Kita ada di Tahap 2 untuk beberapa tahun dan diletak di tahap Watch List. Tier 2 Watch List iaitu macam sudah bagi warning lah. Kalau tidak buat apa-apa, kamu akan diturunkan ke Tahap 3 dan ini baru berlaku. Ini yang kita mesti menangani. Di sini saya nampak undang-undang pindaan ini memang secara umum, saya— kita sokong. Undang-undang baru ini menangani dan melebarkan definisi coercion atau paksaan lebih daripada paksaan fizikal, itu bagus. Ada juga peruntukan sekarang untuk kerjasama dengan kementerian lain, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat atas dengan isu pengurusan tempat-tempat perlindungan untuk mangsa pemerdagangan manusia. Akan tetapi persoalan saya dan kerisauan saya ialah perkara-perkara yang pokok, yang dibangkitkan dalam laporan Amerika Syarikat ini sebagai asas untuk penurunan kita ke tahap tiga masih belum ditangani. Isu yang— itu yang saya hendak sebut di sini. Secara ringkas, mereka turunkan kita sebab saya baca dengan izin Tuan Yang di-Pertua, “The government of Malaysia does not fully meet the minimum standards for the elimination of trafficking”. Kita tidak sampai ke minimum standard pun mereka sebut as the alasan. “...and is not making significant efforts to do so, even considering the impact of the COVID-19 pandemic on its anti-trafficking capacity”. “Is not making any significant efforts”, kita tidak buat apa-apa yang signifikan. Memang mereka— selepas itu mereka menghargai ada beberapa langkah yang diambil. Memang undang-undang ini memang akan— ialah langkah tambahan tetapi di sini apa isu pokok, mereka complained, mereka kata di sini kita masih belum secara serius menangani trafficking dengan kanak-kanak, wanita in the— especially dalam industri seks dan sebagainya. Itu belum ditangani secara serius. Kedua ialah kita tidak secara— saya baca the original words dengan izin, “did not adequately address or criminally pursue credible allegations from multiple sources alleging labour trafficking, including in the rubber manufacturing industry and palm oil sector”. Poin ketiga yang mereka bangkitkan cara kita menangani mangsa-mangsa. They said— mereka kata, kita terus criminalisekan mangsa. Sebaliknya, kita patut beri perlindungan kepada mangsa tetapi especially dalam kes-kes imigresen dan pelacuran semua, kita hukum yang mangsa itu. Sepatutnya kita bagi perlindungan. So, di sini kita sudah gagal. Akhirnya, mereka membangkitkan isu— saya baca dengan izin, “Despite ongoing concerns that corruption facilitated trafficking, the government arrested and investigated”, mereka mengaku itu tetapi, “...but did not prosecute or convict, officials who were allegedly
complicit in trafficking-related crimes”. Kita tangkap, kita siasat, tiada pendakwaan. Itu dalam kawalan kita.
Di perenggan terakhir laporan ini pun disebut sekali lagi...“Official complicity continues to undermine anti-trafficking efforts. The ongoing corruption related to processes for foreign nationals to work in Malaysia increases the cost of migration and consequently increases migrant workers’ vulnerability to trafficking through debt-based coercion. Corrupt immigration officials facilitate trafficking by accepting bribes from brokers and smugglers at border crossings, including at airports. Some government officials...”― dia minta rasuah, ask for bribes― “...And direct involvement in extortion from and exploitation of migrants.” So, semua ayat ini ialah asasnya laporan ini. Jadi, poin asas yang saya hendak sebut di dalam Dewan yang mulia ini ialah kita boleh dalam undang-undang pindaan baharu ini kita naikkan hukuman, itu okey bagi saya, tetapi ini tidak menangani isu pokok yang dibangkitkan sebagai alasan penurunan kita. They are focusing on how we treat victims, macam mana kita menangani victims. Sepatutnya jangan hukum mangsa. Kita sepatutnya beri perlindungan yang efektif supaya mereka boleh duduk di negara sampai traffickers itu didakwa dan dihukum di mahkamah. Akan tetapi, nampaknya ini tidak berlaku. Amalan rasuah melemahkan usaha kita dan inilah isu-isu pokok. Akhirnya, ini yang saya nak tegaskan, Tuan Yang di-Pertua, iaitu pelaksanaan kuasa yang sedia ada. Hukuman nampak tidak jadi isu. Dalam laporan ini, tidak disebut hukuman-hukuman yang sedia ada. Dalam undang-undang yang sedia ada, tidak cukup. Itu langsung tidak dibangkitkan. Apa yang dibangkitkan adalah kegagalan melaksanakan kuasa-kuasa yang sedia ada, ketidakadaan kerjasama yang cukup di antara agensi-agensi dan sebagainya. Jadi, saya harap Yang Berhormat Menteri apabila menggulung, boleh address perkara-perkara yang serius ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Buloh. Yang Berhormat Jempol, silakan.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Keluarga Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang mengizinkan saya untuk mengambil bahagian untuk membahaskan Rang Undang-undang Antipemerdangangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2021. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri yang juga hadir di dalam Dewan ini. Sudah pasti jawapan cepat, tidak kurang juga jawapan bertulis lima hari. Untuk pengetahuan, rang undang-undang telah dibentangkan untuk memastikan Akta 670 selaras dengan kehendak yang dinyatakan oleh Protokol Palermo dan juga ACTIP. Pada hemat saya, rang undang-undang ini sememangnya perlu disegerakan dan diluluskan dengan sebulat suara supaya kedudukan negara dalam Laporan Pemerdagangan Manusia (TIP) yang diterbitkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat dapat dibaiki pada masa hadapan. Oleh itu, syabas dan tahniah saya ucapkan kepada kementerian khususnya Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) yang sentiasa peka dengan keadaan dan prihatin terhadap mangsa-mangsa pemerdagangan manusia. Secara umumnya, saya menyokong segala pindaan dibawa kementerian pada kali ini. Namun, terdapat beberapa perkara yang menjadi persoalan dan perlu diberi perhatian oleh kementerian untuk tindakan selanjutnya. Kebanyakan sektor ekonomi negara masih bergantung pada khidmat pekerja asing kerana kumpulan tersebut datang dengan kesanggupan untuk melakukan kerja- kerja kemahiran rendah dan juga julat gaji yang rendah. Menurut rencana yang ditulis oleh
Murray Hunter berjudul Pergantungan Keterlaluan Terhadap Pekerja Asing pada November 2019, jumlah pekerja asing tanpa dokumen yang sah di Malaysia adalah berjumlah 2.5 juta sehingga 3.3 juta orang. Selain daripada faktor pekerja asing yang sudah tamat tempoh bekerja dan tidak pulang ke negara asal, penyeludupan migran juga dapat menyumbang kepada pekerja asing tanpa dokumen yang sah. Perkara ini menjadi semakin parah dari semasa ke semasa bertitik tolak daripada kerenah birokrasi yang menyukarkan majikan untuk mengambil pekerja asing. Begitu juga dengan kesukaran yang dihadapi oleh warga asing di luar sana untuk membuat permohonan kemasukan secara sah bagi tujuan bekerja di dalam negara. Kerenah birokrasi yang saya maksudkan di sini adalah kedudukan kedua-dua belah pihak, iaitu majikan dan juga warga asing, terpaksa melalui proses yang panjang dan memakan masa yang begitu lama bagi tujuan tersebut. Ekoran daripada masalah birokrasi yang tidak berpenghujungnya, maka lahirlah lebih banyak sindiket penyeludupan migran kerana terdapat permintaan yang tinggi daripada pihak majikan warga asing itu sendiri. Soalan saya, bilakah kali terakhir syarat-syarat dan prosedur pengambilan pekerja asing dan permohonan kemasukan bagi tujuan pekerja asing oleh warga asing disemak oleh kementerian? Sejauh manakah libat urus kementerian bersama kementerian dan agensi berkaitan untuk memudahkan urusan kedua-dua belah pihak tersebut? Saya cadangkan agar kementerian menilai semula syarat dan prosedur tersebut supaya penyeludupan migran tidak terus menjadi pilihan majikan dan warga asing. Saya mengambil contoh ejen-ejen pembantu rumah, contohnya, membawa masuk pekerja pembantu rumah secara social visit. Datang ke Malaysia dan kita benarkan secara GP visa. Namun, keadaan caj dia bawa satu orang pekerja pembantu rumah, nilainya RM20,000. Ini lebih mahal daripada unta, kata P. Ramlee. Jadi, jual orang lebih untung daripada jual unta. Ini sudah lama berlaku, Yang Berhormat Menteri. Dalam keadaan ini, saya minta supaya dipermudahkan cara pengambilan pekerja asing. Contohnya, untuk mengambil pekerja asing, tidak perlu lalu ejen. Kenapa dalam kos tersebut boleh caj sampai RM20,000 sedangkan masuk dengan tiket tidak sampai pun RM5,000? Cukuplah! Ini empat kali ganda. Jadi, tidak ada pilihan. Anak tiada orang jaga, ibu di rumah sakit, datuk sakit. Apa pilihan kita? Hanyalah ambil RM20,000. Inilah puncanya. Kemasukan tidak betul itu. Secara social visit ataupun pas pelancong tetapi diputihkan. Jadi, apakah salahnya kita membuat satu sistem untuk mengekang perkara ini supaya perkara ini dapat diselesaikan dengan mudah? Pemerdagangan manusia merupakan jenayah ketiga di dunia selepas pengedaran dadah dan penyeludupan senjata api. Kini pemerdagangan manusia berada di tahap yang semakin membimbangkan dengan anggaran sekitar 25 juta orang telah diperdagangkan di seluruh negara. Keadaan Malaysia turut mencatatkan peningkatan apabila terdapat sebanyak 1,854 kes dengan jumlah tangkapan 2,073 orang pesalah sejak tahun 2015 sehinggalah Jun 2021. Manakala seramai 10,406 orang mangsa pula telah berjaya diselamatkan dan memberi pelindungan di 10 buah rumah perlindungan kerajaan serta badan bukan kerajaan. Soalan saya, sejauh manakah pindaan ini mampu untuk― dengan hukuman, dengan menangani isu pemerdagangan manusia ini, dengan keadaan kita lebih berat, mereka rasa takut dan sebagainya, adakah dengan pindaan ini, kita berjaya? Hal ini kerana pada tahun 2016, pernah dilaporkan bahawa sindiket pemerdagangan manusia mampu untuk meraih keuntungan sebanyak RM162 bilion setahun di peringkat global. Inilah untung yang lebih besar. Kegiatan pemerdagangan ini juga lebih beruntung berbanding dengan penyeludupan dadah dan senjata api kerana
mangsa telah pun diniagakan berulang kali sehingga mangsa tidak bermaya, bunuh diri dan sebagainya. Bagi individu yang tiada kesedaran mengambil jalan pintas untuk mendapatkan sejumlah wang yang banyak serta terdesak, hukuman tersebut sudah tentulah tidak dapat menghalang keinginan mereka. Sekiranya hanya berpaksikan kepada hukuman semata- mata, sudah tentulah matlamat kementerian untuk membanteras kegiatan pemerdagangan manusia secara holistik sukar dicapai. Sebelum ini negara telah digemparkan dengan pengumuman penurunan kedudukan Tahap 3 oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat iaitu tahap yang paling rendah dalam Laporan TIP. Penurunan tahap tersebut adalah disebabkan tidak memenuhi piawaian minimum untuk menghapuskan kegiatan pemerdagangan manusia dan ketiadaan usaha signifikan. Soalan saya, apakah piawaian minimum yang digariskan menerusi pindaan Akta Perlindungan Mangsa Pemerdagangan Manusia 2000 (TVPA) dan mengapakah Malaysia gagal untuk mematuhinya?
Tolong habiskan.
Apakah menerusi pindaan kali ini Malaysia dapat membaiki kedudukan Tahap 1 iaitu pematuhan...
Yang Berhormat.
... Seperti yang saya maksudkan sebentar tadi.
Tolong habiskan.
Jadi, oleh sebab- masa habis ya?
Ya.
Oleh itu, saya pohon supaya ia dapat diperbaiki. Sistem birokrasi yang ada pada hari ini dipermudahkan. Kalau ia mudah, tak ada orang pun nak seludup manusia sebab mudah seperti hidupkan lesen memandu dan sebagainya. Ada dokumen yang lengkap, masuk dan lulus dalam tempoh 24 jam. Jadi, mereka ini boleh pergi sendiri tanpa ejen ataupun sebagainya. Jadi, saya pohon perkara ini dapat pertimbangan Yang Berhormat Menteri untuk menambah baik perkara ini. Saya mohon menyokong Rang Undang-undang Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2021. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Klang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Prestasi Malaysia dalam menangani masalah pemerdagangan dan juga penyeludupan termasuk dengan buruh paksa boleh diperbaiki walaupun kerajaan telah mengambil beberapa langkah positif. Pada tahun 2019, Kerajaan Amerika Syarikat telah menyenaraikan Malaysia di bawah Senarai Pemerhatian Tahap 2 (Tier 2 Watch List) iaitu kedudukan kedua terendah dalam Laporan Tahunan mengenai Pemerdagangan Manusia (Trafficking in Persons Report). Ini adalah kerana kita gagal untuk memenuhi piawaian atau standard minimum bagi menghapuskan segala kegiatan pemerdagangan manusia. Malaysia telah disenaraikan dalam kedudukan tersebut selama lapan tahun dari tahun 2011 hingga tahun 2020. Kebelakangan ini iaitu pada tahun 2021, Amerika Syarikat menurunkan taraf Malaysia kepada Tahap 3 (Tier 3) di laporan Trafficking in Persons Report. This is the lowest possible point dalam ranking TIP, Tuan Yang di-Pertua. Ini
adalah kerana kerajaan gagal dan tidak serius menangani masalah pemerdagangan dan buruh paksa (forced labour) dan tidak mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pihak penjenayah walaupun kerajaan menerima aduan dan dakwaan mengenai aktiviti- aktiviti pemerdagangan buruh terutama di industri-industri pembuatan sarung tangan getah dan juga pengeluar-pengeluar minyak sawit. Tambahan pula penjenayah-penjenayah dalam kes ini adalah firma yang dimiliki kerajaan ataupun government linked companies. Kerajaan mempunyai 33 peratus saham dalam ketiga-ketiga firma pengeluar minyak sawit terbesar di dunia, tetapi ia tidak campur tangan dan gagal membanteras gejala pemerdagangan manusia dan juga buruh paksa dalam industri kelapa sawit. Tuan Yang di-Pertua, kekurangan keupayaan dan juga kurang kesanggupan kerajaan untuk mengurus dan menangani masalah pemerdagangan manusia dan buruh paksa secara berkesan telah merugikan ekonomi dan telah membawa reputasi buruk kepada negara kita. Dalam tempoh dua tahun ini, US Customs and Border Protection agency menerusi withhold release order (WRO) telah mengenakan sekatan eksport terhadap enam firma Malaysia. Ini adalah kerana produk yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat ini mempunyai unsur-unsur buruh paksa dan pemerdagangan manusia. Sekatan tersebut telah mencemarkan reputasi firma berkenaan dan impak ke atas ekonomi adalah serius. Baru-baru ini iaitu dua tiga minggu yang lalu Tuan Yang di-Pertua, syarikat gergasi UK bernama Dyson telah membatalkan kontrak dengan pengeluar mereka di Johor Bahru oleh sebab unsur-unsur pemerdagangan manusia dan buruh paksa. The implikasi ialah kita hilang business, negara kita hilang keuntungan, negara hilang cukai dan juga beribu- ribu pekerja akan hilang pekerjaan. Masalah selanjutnya dalam tidak menangani masalah pemerdagangan manusia dan buruh paksa ialah kontrak Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) terutama perjanjian pelbagai hala (multilateral trade agreements). Dalam konteks ini, produk pengeluaran Malaysia ataupun syarikat Malaysia akan dilarang daripada mengeksport ke negara-negara lain dalam perjanjian FTA tersebut. Misalnya, jika Customs and Border Protection Agency Amerika Syarikat menghentikan produk buatan Malaysia masuk ke Amerika Syarikat, maka larangan itu akan diperluaskan ke negara-negara seperti Kanada dan Mexico. Ini adalah kerana Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat adalah sebahagian daripada perjanjian perdagangan North American Free Trade Agreement. Larangan ini boleh juga diperluaskan kepada Free Trade Agreements partners seperti European Union, Jepun dan sebagainya. Jadi Tuan Yang di-Pertua, implikasi non-compliance kepada human trafficking standards and forced labour protocol and convention adalah amat serius. Oleh sebab itu, syarikat-syarikat tempatan tidak ada pilihan lain selain menghormati dan mengambil kira hak pekerja sebagai sebahagian daripada rancangan perniagaan mereka atau business model dan bukan sebagai isu sampingan. Tuan Yang di-Pertua, satu cara untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi ialah untuk menukar undang-undang ATIPSOM seperti yang dikemukakan oleh pihak kerajaan dan kita terima baik pandangan yang telah dikemukakan dan kita sokong beberapa pandangan baharu yang telah dikemukakan. Apa yang penting ialah undang- undang ATIPSOM ini mestilah selaras dengan memenuhi piawaian antarabangsa. This is the key. Pada masa ini, ATIPSOM tidak melindungi sepenuhnya mangsa dan mangsa buruh paksa dengan cukup. Buruh paksa ditakrifkan oleh undang-undang antarabangsa sebagai kerja atau perkhidmatan yang dilakukan oleh seseorang di bawah paksaan dan ancaman. Dalam bahasa Inggeris, work or service extracted from a person involuntarily ataupun under threat. Buruh paksa tidak dilihat sebagai kesalahan jenayah di sisi undang-undang Malaysia. Ia hanya satu elemen yang terkandung dalam eksploitasi di bawah seksyen 2 ATIPSOM. Oleh yang demikian, buruh paksa tidak dianggap sebagai satu jenayah. So, this has to change Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan tiga isu lagi iaitu sebagai recommendation kepada pihak Yang Berhormat Menteri. Pertama ialah untuk memperluaskan perlindungan pekerja-pekerja kepada pembantu rumah (domestic workers). Kedua, mengambil langkah untuk menghapuskan recruitment fee. Ini menjadi satu isu yang besar dalam isu recruitment of workers, migrant workers, pekerja asing iaitu menghapuskan recruitment fee iaitu caj tambahan mengenai proses pengambilan dan penempatan pekerja asing di Malaysia. Biasanya caj tersebut akan dikenakan oleh ejen- ejen atau labor brokers terhadap pekerja. Kerajaan perlu memastikan caj pengambilan tersebut hanya dibayar oleh majikan dan bukan oleh pihak pekerja khususnya pekerja asing. Ketiga, memperluaskan usaha untuk mengadakan kempen kesedaran hak pekerja asing bagi memaklumkan pekerja-pekerja asing tentang hak mereka dan undang- undang buruh di Malaysia. Ini termasuk hak mereka untuk menyimpan pasport sendiri pada setiap masa serta peluang untuk mengakses remedi undang-undang terhadap pengeksploitasian terhadap mereka. Dengan itu, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Saya nak minta Ahli-ahli Yang Berhormat supaya mematuhi masa kerana kita ada tiga lagi rang undang-undang selepas ini. Yang Berhormat Tumpat, silakan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran. Saya telah meneliti pindaan yang dikemukakan dalam Rang Undang-undang Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran ini yang dipinda selaras dengan Protokol Palermo dan ASEAN Convention Against Trafficking in Persons, Especially Women and Children. Saya menyokong pindaan yang dikemukakan khususnya terhadap takrif pemerdagangan. Takrif pemerdagangan orang yang diperincikan kepada bentuk ancaman atau penggunaan kekerasan atau bentuk paksaan yang lain. Pemelarian, fraud, perdayaan, penyalahgunaan kuasa, penyalahgunaan kedudukan orang yang mudah terdedah kepada bahaya perbuatan pemerdagangan orang serta pemberian atau penerimaan bayaran atau faedah untuk memperoleh kerelaan seseorang yang mempunyai kawalan ke atas orang yang diperdagangkan. Soal definisi ini sangat penting kerana berkaitan dengan pelbagai perkara. Antaranya sebab ia bersangkutan dengan aspek pendakwaan di mahkamah. Jika tiada perincian terhadap frasa pemerdagangan orang, sukar untuk menentukan elemen-elemen pemerdagangan jika sesuatu kes dirujuk ke mahkamah. Ini sering kali berlaku.
Oleh sebab itu, maksud eksploitasi dalam takrif pemerdagangan orang ini lebih diteliti supaya kita dapat meletakkan situasi yang sesuai dengan makna pemerdagangan orang. Oleh sebab itulah saya tekan tadi bahawa pendefinisian yang lebih jelas terhadap frasa ‘pemerdagangan orang’ seperti yang tertera dalam kertas rang undang-undang ini sangat penting. Ini kerana ia telah memberikan satu garis yang jelas terhadap isu pemerdagangan orang. Begitu juga, pindaan terhadap seksyen 12 berkaitan kesalahan pemerdagangan orang dengan memperluaskan frasa mana-mana orang yang memperdagangkan orang yang bukan merupakan seorang kanak-kanak termasuklah seorang yang tidak dapat menjaga atau melindungi dirinya sendiri sepenuhnya disebabkan kehilangan upaya atau keadaan fizikal atau mental. Tuan Yang di-Pertua, pindaan ini merupakan satu tundakan yang proaktif daripada kerajaan memandangkan negara juga telah jatuh ke Tier 3 dalam laporan pemerdagangan orang bagi tahun ini. Antara yang saya ingin ketengahkan beberapa
situasi yang mendorong kepada kejatuhan tier negara berdasarkan laporan ini adalah ketiadaan penyelarasan antara agensi yang dilihat masih lemah dan tidak bersistematik serta tiada pendakwaan yang dikenakan terhadap pegawai-pegawai kerajaan mahupun ahli politik yang terlibat dalam jenayah ini meskipun sebelum ini telah berlaku tangkapan dan siasatan. Ketika ini kita hanya mempunyai tiga agensi utama yang bertindak dalam aspek penguatkuasaan iaitu PDRM, Jabatan Imigresen Malaysia termasuk juga Jabatan Kastam. Soalan yang saya rasa perlu dijelaskan di sini, adalah bagaimana pindaan ini akan memperbaiki aspek penyelarasan penguatkuasaan terhadap kedua-dua jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran dalam negara ini. Apa tambah nilai yang akan diberikan tumpuan khusus terhadap aspek penguatkuasaan serta bagaimana pengaplikasian teknologi terkini akan diberikan dalam aspek ini? Perkara ini wajar diteliti kerana kita mahukan perubahan yang lebih substantif serta praktikal dalam menangani jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran dalam negara. Perkara kedua adalah berkenaan pendefinisian pemerdagangan orang dan penyeludupan migran seperti yang telah saya jelaskan pada awal tadi. Saya ingin bertanya, adakah kerajaan berhasrat untuk menyediakan data yang khusus bagi memisahkan kes penyiasatan dan pendakwaan terhadap pemerdagangan orang dan penyeludupan migran bagi memudahkan penguatkuasaan sesuai dengan peruntukan undang-undang yang berbeza bagi kedua-dua kesalahan ini. Tuan Yang di-Pertua, dalam beberapa keadaan, kerajaan dilihat tidak menangani sesuatu kes daripada pelbagai aspek eksploitasi yang boleh disabitkan kepada kesalahan pemerdagangan orang. Sebagai contoh pada Disember lalu, kerajaan melakukan pendakwaan terhadap dua— terhadap sebuah syarikat pembuatan sarung tangan pakai buang kerana tidak menepati Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja. Namun ironinya, kedua-dua syarikat ini tidak disiasat di bawah jenayah pemerdagangan orang walaupun difahamkan terdapat bukti yang jelas terhadap perkara berkenaan yang termasuk di bawah frasa bentuk paksaan serta fraud. Begitu juga kes yang dilaporkan sejak tahun 2018 yang mengaitkan beberapa syarikat pengeluar produk getah dengan eksploitasi pekerja migran. Kes ini dipercayai melibatkan unsur rasuah serta penglibatan pegawai kerajaan yang menjadi dalang kepada jenayah pemerdagangan orang. Kes-kes sebegini boleh diteliti di bawah kes pemerdagangan orang, mahupun penyeludupan migran tetapi ia tidak berlaku. Oleh sebab itu, dengan pindaan ini diharapkan pihak penguat kuasa dapat lebih ruang untuk meneliti kes-kes yang mempunyai elemen pemerdagangan orang serta penyeludupan migran ini. Saya mempunyai beberapa contoh lagi Tuan Yang di-Pertua dalam kes seumpama ini termasuk kes-kes berprofil tinggi yang tidak ditangani sebetulnya demi memerangi jenayah pemerdagangan orang serta penyeludupan migran ini. Cuma kerana masa tidak mengizinkan, saya mengharapkan pindaan-pindaan ini tidak sekadar menuruti konvensyen atau amalan standard antarabangsa. Kita sendiri perlu sedar di mana kelompangan yang ada dan menampung kelompangan yang ada dengan segera. Kita berpijak pada realiti yang ada. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Silakan Yang Berhormat Parit Buntar.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya terus masuk untuk perhatian Yang Berhormat Menteri kepada isu yang paling pokok ketika kita membicarakan akta ini pindaan ini iaitu soal pentakrifan buruh paksa itu sendiri tidak dijadikan yang utama melainkan kita hanya dapati perkataan ‘eksploitasi’ sebagai elemen.
Bagi saya ini adalah satu peluang yang kita telah rugikan peluang ini untuk kita benar-benar menggunakan akta ini bagi melonjakkan tier tiga yang telah dikenakan kepada kita dan rakan-rakan telah menjelaskan betapa ia memberikan impak yang besar kepada ekonomi negara kerana adanya no-buy policy dalam peningkatan-peningkatan itu. Jadi, saya mohon Yang Berhormat Menteri menggunakan ruang ini melihat semula forced labour is the real issue. Exploitation is that result of forced labour, dengan izin. Jadi, apabila kita tidak ada sebab utama forced labour itu yang ditakrifkan, maka kita tidak meluaskan keperluan untuk keyword dalam saya punya perbahasan ini ialah menjenayahkan buruh paksa. [Bercakap dalam bahasa Arab] Orang Arab kata tidak ada. Yang ada— dengan izin ya, yang ada hanya exploitation dan disebut apa yang dimaksudkan exploitation. Saya beri contoh Yang Berhormat Menteri. Banyak kasus yang berlaku bukan hanya menyebabkan exploitation dari sudut fizikal tetapi contohnya membayar gaji lambat, pegang pasport, exploit daripada segi psikologi dan ini semua tidak ditakrifkan sebagai exploitation. Akan tetapi kalau kita letakkan definisi forced labour itu sebagai utama, maka itulah yang akan dimasukkan sekali elemen-elemen yang boleh kita anggap forced labour dan saya ingin highlight kepada Yang Berhormat Menteri bahawa apa yang dibuat oleh Jabatan Amerika Syarikat itu ialah isunya forced labour. Ini yang kita fail to address dengan peluang yang kita ada pada akta yang sangat baik pindaan ini. Seperti contohnya isu kita meningkatkan lagi wakil NGO dalam MAPO, very good. Kita sokong dengan meningkatkan lagi kesalahan pemerdagangan yang lebih berat, very good. Begitu juga kita meningkatkan hukuman, very good. Akan tetapi the real issue is not being addressed sebagai masalah yang disebut oleh rakan saya, elephant in the room. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, ketika para pegawai kementerian membuat pindaan ini, apakah mereka merujuk kepada apa standard dan piawaian yang boleh dan perlu kita capai. Kalau tidak saya rasa, ini satu gimik untuk hendak tunjuk, okey kita ada pindaan begini-begini tetapi kita tidak address the real issue. Kedua, saya kira pepatah Arab ada menyatakan— bukan hadis ya. “Ilmu tanpa amal ini macam pohon tidak ada buahlah”. [Bercakap dalam bahasa Arab] Dengan izin. So, what I mean, maksud saya ialah di manakah keberkesanan enforcement. Itu isunya. We may have a very good law, dengan izin, but our enforcement is so poor because we have corrupt officials on the ground and the issue will go on and will continue. Jadi, saya harap Yang Berhormat Menteri ada pandangan yang luas dalam melihat soal ini serta bekerjasama dengan semua agensi dan saya masih insist, mendesak kalau ada ruang supaya forced labour itu ataupun apa yang dikatakan buruh paksa itulah tema besar dalam kita hendak mengeluarkan negara kita ini daripada pandangan dunia, piawaian dunia yang masih melihat kita masih belum sesuatu dengan serius. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Harap Yang Berhormat Menteri mengambil perhatian.
Terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar. Dipersilakan Yang Berhormat Dungun seterusnya.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya dimaklumkan bahawa tujuan utama pindaan ini adalah untuk memastikan Akta 670 ini selaras dengan kehendak yang dinyatakan dalam Protokol Palermo dan The ASEAN Convention Against Trafficking in Persons, Especially Women and Children (ACTIP) yang berhubungan dengan antipemerdagangan orang.
Pertama-tamanya, saya ingin menyatakan sokongan terhadap usaha ini kerana pada waktu ini negara kita dikecam hebat boleh banyak pihak berikutan pendedahan Trafficking in Persons (TIP) Report oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat yang telah
menurunkan gred negara kita dalam isu ini daripada Tier 2 kepada Tier 3. Saya difahamkan bahawa Tier 3 ini dimaksudkan di sini bahawa negara kita mengikut laporan tersebut, “...telah gagal mencapai tahap standard minimum dalam usaha bagi memastikan jenayah pemerdagangan orang dikekang”. Walaupun ia dalam bentuk laporan dari sebuah jabatan di Amerika Syarikat, ia tetap memberi impak negatif kepada imej Malaysia di mata dunia. Saya dimaklumkan bahawa tindakan awal kerajaan ialah melancarkan Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan Orang 2021-2025 (NAPTIP 3.0) bagi memperbaiki reputasi negara pada awal tahun ini. Soalan saya ialah sejauh manakah pelan ini telah digerakkan daripada segi fizikal operasi di peringkat agensi-agensi kerajaan bagi membanteras pemerdagangan orang di Malaysia bagi tempoh lima tahun ke hadapan? Kedua, saya juga ingin menyebut berkenaan isu yang turut dibangkitkan oleh laporan dari Jabatan Negara Amerika Syarikat berkenaan dakwaan pemerdagangan manusia di sektor pembuatan dan sektor pertanian terutamanya di ladang kelapa sawit. Saya rasa terkesan dengan dakwaan ini lebih-lebih lagi ia telah disebut sudah lama di dada-dada media antarabangsa dan seterusnya memalitkan imej buruk kepada negara kita. Saya mendapati memang wujud sebilangan kes ini di negara kita. Cuma, saya belum pasti sama ada bilangannya dalam paras membimbangkan atau tidak, sehingga wajar diterbitkan di media antarabangsa dan memberi calaran kepada imej negara kita. Soalan saya, apakah Kementerian Dalam Negeri melakukan jalinan kerjasama dengan Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi dalam memeriksa kesahihan dakwaan ini dengan pemeriksaan mengejut secara besar-besaran di ladang- ladang kelapa sawit. Seterusnya, saya ingin membawa kepada perhatian Tuan Yang di-Pertua dalam Dewan yang mulia ini iaitu daripada segi pengurusan agensi kerajaan yang berkaitan dalam menangani isu pemerdagangan orang ini. Saya terkejut apabila mendapat tahu daripada berita yang dilaporkan bahawa ada sebilangan kecil pegawai dalam agensi atau jabatan kerajaan bersekongkol dengan penjenayah lain bagi memastikan warga asing diseludup masuk dan diperdagangkan dalam negara kita. Walaupun negara kita memiliki infrastruktur yang berkelas dunia, namun satu perkara penting ialah kita mesti juga menjaga integriti penjawat-penjawat awam supaya tidak dirosakkan oleh segelintir yang merosakkan imej negara. Oleh sebab itu, apabila berlaku hilangnya sebahagian daripada pandangan negara-negara maju melihat kepada etika pentadbiran kita kerana dirosakkan oleh segelintir pegawai, maka ia dijadikan sebagai asas bahawa negara kita masih mundur dalam etika pentadbiran. Saya juga dimaklumkan bahawa pindaan kali ini juga menyentuh kepada hukuman yang lebih berat kepada penjawat-penjawat awam yang mengkhianati negara. Soalan saya, adakah kementerian melakukan pemeriksaan audit dari semasa ke semasa secara menyeluruh kepada semua agensi dan jabatan yang terlibat dengan urusan kemasukan imigresen pada masa ini agar tiada lagi kes penjawat awam bersekongkol dengan penjenayah pemerdagangan manusia pada masa hadapan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Dipersilakan sekarang Yang Berhormat Kulai.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk berbahas rang undang-undang untuk meminda Akta Antipemerdagangan Orang. Hari ini saya ingin fokus kepada pemerdagangan bayi. Pada tahun 2016, saya ada baca satu laporan yang menyatakan bahawa ada pelacur-pelacur di Chow Kit telah diperalatkan sebagai ibu tumpang dan bayi yang mereka lahirkan itu akan dijual untuk mereka yang hendak cari anak. Saya menyokong segala
usaha Kementerian Dalam Negeri dan juga Yang Berhormat Menteri untuk membanteras jenayah seperti itu. Akan tetapi pada masa yang sama, saya juga harap bahawa KDN juga mengambil prihatin tentang kes yang memang melibatkan ibu bapa angkat yang tidak berniat jahat dan juga bayi yang telah ditinggalkan oleh ibu bapa kandung mereka. Jadi, saya rasa ini adalah dua perkara yang kami perlulah memperhalusi dan juga membezakan. Saya membangkitkan isu ini adalah kerana ramai anak angkat di Malaysia tidak dapat kerakyatan daripada KDN atas alasan bahawa antipemerdagangan orang atau bayi. Saya rasa ini adalah kurang adil kerana untuk golongan ini, kebanyakan mereka memang telah ditinggalkan oleh ibu kandung mereka. Di sini, saya hendak sentuh satu kes yang telah dibuat iaitu Mahkamah Persekutuan telah buat satu keputusan pada 19 November berkenaan seorang remaja yang telah ditinggalkan oleh ibu kandungnya di Hospital UKM pada Januari 2004 dan bayi itu telah diangkat sebagai anak angkat oleh sepasang suami isteri dari Pulau Pinang. Akan tetapi, apabila budak tersebut mencecah usia 12 tahun pada tahun 2016, JPN enggan mengeluarkan kad pengenalan dengan mengatakan terdapat sedikit ketidaktepatan berhubung nama budak lelaki dan kakak angkatnya. Akhirnya, ibu bapa menyerahkan sijil kelahiran anak mereka kepada JPN dan apabila mereka dapat sijil kelahiran kedua yang dikeluarkan oleh JPN, rekod maklumat ibu bapa sebagai ‘tiada’. Oleh sebab itu, status kerakyatan anak terbabit telah menjadi ‘belum ditentukan’. Selepas itu, pasangan ini telah melalui proses mahkamah untuk memastikan anak itu menjalani proses anak angkat di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Akan tetapi, walaupun segala ini telah dibuat, akhirnya sijil kelahiran ketiga yang diissuekan oleh JPN masih bukan warganegara. Oleh sebab itu, ibu bapa ini tiada pilihan tetapi failkan satu saman terhadap kerajaan di mahkamah. Apabila kes ini sampai Mahkamah Persekutuan, akhirnya Mahkamah Persekutuan dengan lima orang hakim berkongsi pandangan dan bersetuju bahawa dalam kes ini sebenarnya mengikut Perkara 19B Jadual Kedua, Perlembagaan Persekutuan, beban terletak pada kerajaan untuk membuktikan bahawa ibu kandung kanak-kanak itu bukanlah pemastautin tetap di sini. Dengan izin I quote, “...pastinya KDN memiliki segala jentera penting untuk mengesahkan identiti ibu kandung anak itu jika bukan bapanya daripada rekod kemasukan hospital. Oleh itu, sebagai rekod, kerajaan tidak boleh melepaskan beban pembuktian itu”. Ketua Hakim berkata dalam menangani kes serupa pada masa depan, kerajaan perlu mengambil perhatian terhadap keputusan hari ini. I quote, “Ketika menangani permohonan pendaftaran anak baru lahir sebegitu, menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menjalankan siasatan sewajarnya bagi menentukan status ibu bapa dan ibu kandungnya. Jika, selepas siasatan didapati fakta peninggalan adalah benar, mereka diwajibkan oleh undang-undang tertinggi negara untuk mengiktiraf permohonan kerakyatan mengikut kuat kuasa undang-undang”. Oleh sebab itu, saya telah kemukakan satu soalan kepada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri, saya tanya apakah tindakan yang akan diambil oleh KDN selepas keputusan Mahkamah Persekutuan pada 19 November? Jawapan yang saya terima menyatakan bahawa KDN melalui JPN akan melaksanakan perintah tersebut dan telah menghubungi pihak pemohon melalui peguam beliau supaya hadir ke JPN bagi melaksanakan perintah tersebut.
Saya hendak mengucapkan tahniah kepada KDN kerana sudilah mematuhi perintah ataupun keputusan Mahkamah Persekutuan tetapi saya harap usaha KDN tidak henti di sini kerana penghakiman yang disampaikan oleh ketua hakim adalah sangat jelas. Bukan kes ini sahaja tetapi untuk kes-kes yang lain di mana bayi telah ditinggalkan oleh ibu kandung mereka dan selepas mereka diangkat sebagai anak angkat oleh warga Malaysia, mereka memang berhak untuk dapatkan kerakyatan by operational flow. Ini adalah perkataan dan penghakiman yang telah disampaikan oleh mahkamah tertinggi di negara ini.
Jadi saya di sini inginlah minta pandangan Menteri Dalam Negeri, apabila saya menyokong segala usaha kementerian untuk membanteras pemerdagangan orang tetapi saya harap bahawa segala perdagangan bayi memang saya tidak setuju. Akan tetapi, apabila memang ada bayi yang telah ditinggalkan oleh ibu kandung mereka, saya rasa KDN juga perlulah tahu bagaimana kita bezakan kes sedemikian dan pastikan mangsa ataupun budak-budak yang telah ditinggalkan oleh ibu kandung mereka juga dapat perlindungan sepenuhnya. Selain daripada itu untuk mangsa-mangsa pemerdagangan orang, apa perlindungan mereka sama ada mereka ada akses pada pekerjaan mereka ada akses pada pendidikan, semua ini adalah perlindungan yang mereka amat perlukan. Jadi saya harap, apabila kita hendak selain daripada meningkatkan hukuman perlindungan kepada mangsa juga adalah satu aspek yang saya rasa sangat penting. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kulai. Dipersilakan Yang Berhormat Setiu. Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pertamanya secara asasnya Islam melarang umatnya melakukan aktiviti pemerdagangan manusia pada setiap kali ia dilakukan. Kita telah menafikan hak kebebasannya sehingga keadaan orang tersebut dilihat lebih hina daripada haiwan. Dalam satu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A., Nabi bersabda... [Membaca sepotong hadis] Maksudnya; “Tiga golongan aku musuhi mereka di hari kiamat dan siapa yang aku musuhinya nescaya aku mengalahkannya. Lelaki yang memberi baiah dengan aku kemudian dia memungkirinya. Lelaki yang menjual orang yang merdeka kemudian dimakan harganya. Lelaki yang mengupah seseorang sedangkan orang itu melaksanakan tugasnya kemudian dia tidak memberi upahnya.” Tuan Yang di-Pertua, isu pemerdagangan manusia amat dekat dengan kita semua. Kegiatan pelacuran, jual beli manusia, perhambaan moden dan lain-lain lagi. Namun anak-anak muda kini kurang memberi perhatian, kurang cakna akan isu ini walaupun ia sering kali berlaku di sekeliling kita. Sebagai contoh, kanak-kanak telah dipaksa untuk bekerja sebagai buruh paksaan ataupun menjaja di tepi jalan. Begitu juga di kawasan rehat dan rawat. Oleh itu, saya berpandangan perlunya kerjasama strategik rentas kementerian bagi menyelesaikan isu ini. Keterlibatan belia menerusi Kementerian Belia dan Sukan amat diperlukan. Saya yakin kombinasi anak muda dan pegawai kerajaan menerusi Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran dapat mewujudkan jaringan strategik ke arah penyelesaian bersepadu. Selain itu juga, ialah juga dapat meningkatkan awareness khususnya di dalam kalangan belia dan beliawanis di negara kita. Seperti yang diketahui umum anak muda adalah golongan terbesar di Malaysia. Oleh itu, keterlibatan anak muda melalui program kesukarelawan untuk bersama-sama mengesan sebarang aktiviti pemerdagangan sama ada melalui jalan darat, jalan laut dan sebagainya amat tepat sekali. Oleh itu, persoalannya sejauh manakah kerjasama ini dijalankan dan apakah bentuk program- program yang sedang dan telah dilaksanakan serta sejauh manakah usaha ini mendapat sambutan daripada kalangan anak muda pada hari ini. Tuan Yang di-Pertua, keuntungan lumayannya yang diperolehi oleh sindiket dengan jumlah yang besar. Hasil daripada aktiviti pemerdagangan manusia juga menyebabkan kegiatan ini terus berleluasa. Selain itu, kesukaran untuk mengesan modus operandi sindiket turut menjadi penyumbang pada isu ini terus berlaku. Tidak dinafikan pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan antaranya ialah menumbuhkan Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran bahkan baru-baru ini kementerian juga telah melancarkan Pelan Tindakan Antipemerdagangan Orang Kebangsaan 2021 hingga 2025 bagi memerangi pemerdagangan manusia di negara ini.
Namun begitu, kelemahan masyarakat sekeliling memahami, mempunyai kesedaran serta tanggungjawab sosial dalam membantu kerajaan, menangani isu pemerdagangan manusia. Justeru apakah inisiatif kerajaan bagi memastikan setiap usaha yang dijalankan turut mendapat perhatian masyarakat umum bagi memastikan isu ini dapat ditangani sehingga ke peringkat akar umbi. Tuan Yang di-Pertua, perkara seterusnya berkenaan warga asing yang menjadi dalang pada penyeludupan. Akhir-akhir ini timbulnya banyak kes berkaitan warga asing yang menjadi ketua penyeludupan sehinggakan terdapat juga kes di mana penyeludup tersebut yang juga merupakan seorang warga asing yang berstatus Datuk di negara kita juga ketua pada aktiviti tersebut. Oleh itu soalan saya apakah langkah kerajaan untuk menangani isu warga asing yang menjalankan aktiviti penyeludupan dan sehingga kini berapakah jumlah kes yang telah diterima? Tuan Yang di-Pertua, perkara terakhir yang saya ingin sentuh berkenaan kedudukan Malaysia dan isu pemerdagangan manusia. Berdasarkan kajian, Malaysia tidak pernah menduduki tahap satu sejak laporan pemerdagangan manusia ini diperkenalkan pada tahun 2001, bahkan pada tahun 2018, Malaysia dinyatakan sebagai belum memenuhi sepenuhnya standard untuk membanteras isu pemerdagangan manusia. Walaupun terdapat usaha yang telah dijalankan oleh Kerajaan Malaysia. Di antara faktornya adalah Kerajaan Malaysia didapati kurang mendakwa suspek-suspek yang terdiri yang disyaki terlibat dan isu pemerdagangan manusia ini. Sekian Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Yang Berhormat Batu Kawan. Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas kebenaran untuk Batu Kawan mengambil bahagian dalam perbahasan untuk meminda rang undang-undang ini. Tuan Yang di-Pertua, selepas enam tahun saya ingin tanya di sini di manakah keadilan bagi mangsa pemerdagangan manusia di Wang Kelian. Di mana sekurang- kurangnya 130 orang mati dan dijumpai banyak sangkar dan tulang-tulang yang ditinggalkan. Seolah-olah mereka ini telah ditetak. Di Thailand ahli sindiket ada yang sudah ditahan masih diburu oleh anggota penguat kuasa di Malaysia. Selebihnya telah ditahan telah didakwa. Di antaranya adalah pegawai daerah, datuk bandar, pegawai- pegawai penguat kuasa dan sebagainya. Baru-baru ini juga salah seorang daripada dalang meninggal dunia dalam tahanan di Thailand. Akan tetapi persoalannya, apakah status di Malaysia? Siapa dalang di sebalik penemuan kubur-kubur ini? Berapa ramai daripada sindiket atau anggota penguat kuasa yang telah ditahan? Apakah status pendakwaan tersebut? Adakah mereka telah disabitkan atau tidak? Saya rasa selepas enam tahun sudah sampai masa Ahli-ahli Parlimen, keluarga- keluarga mangsa dan juga rakyat Malaysia berhak untuk mengetahui siapa daripada sebelah kita ini yang terlibat dalam penemuan ataupun kewujudan Wang Kelian ini. Wang Kelian ini bukan satu perkara yang baharu. Surau-surau yang ada di sekitar kawasan Wang Kelian ini, mereka tahu ada penghuni-penghuni yang duduk di sana. Mangsa pemerdagangan manusia yang akan turun sekali-skala untuk minta bantuan, minta makanan sebelum ahli-ahli sindiket menunjukkan pistol ataupun senapang kepada mereka, mengugut mereka untuk kembali ke sangkar mereka itu. Saya juga ingin tahu apakah status Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Wang Kelian. Saya tahu pada masa itu RCI ini telah wujud di atas perkenan Yang di-Pertuan Agong. I think this is time it must be brought to Parliament and must be tabled for us to know the status. Hari ini kita hendak bawa pindaan kepada RUU ini yang sifatnya adalah meningkatkan hukuman, naikkan hukuman, increase penalty dan sebagainya. Akan tetapi kita tidak– RCI pun belum lagi dibentangkan, kita hendak buat ini. Walaupun ini satu
pendekatan yang saya rasa progresif tetapi isunya adalah kita ada orang-orang dalam penguatkuasaan juga yang terlibat.
Ini bukan tanggapan saya sahaja, memang ada laporan-laporan polis, ada pendakwaan, ada penangkapan pengarah ataupun pegawai-pegawai yang berpangkat tinggi juga terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia ini. Saya harap kalau bukan dalam sidang ini yang tinggal sehari sahaja lagi, maka dalam sidang akan datang ini, pihak KDN komited untuk membentangkan RCI mengenai Wang Kelian ini. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada KDN, anggota Bahagian D3, Pencegahan, Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) atau usaha untuk menumpas sindiket penyeludupan migran orang di ladang Lojing, Cameron Highlands. Saya rasa ini harus kita acknowledge untuk memberi kredit kepada mereka. Namun tangkap di sini, sana lagi membuas. Tangkap di sana, kawasan lain membuas. So, isunya adalah wujud sindiket yang ada rancangan yang sangat baik untuk mereka terus melakukan jenayah pemerdagangan orang ini. Pada pendapat saya Tuan Yang di-Pertua, kita kena ubah persepsi dahulu. Isunya apabila ada satu bot yang membawa 60 atau 50 orang daripada negara lainlah, kita tidak tahu sama ada yang berdokumen atau tidak, tangkapan pertama adalah mereka ini adalah pendatang asing tanpa izin (PATI). This needs to change. The minute we see them, you cannot just assume they are just PATI. You have to be able to evaluate kalau mereka ini menjadi mangsa pemerdagangan manusia. Oleh sebab sindiket-sindiket ini akan menjanjikan the moon and the stars to them. Datang ke Malaysia dapat kerja dan sebagainya. Mereka diperdaya, ditipu, menjadi mangsa pemerdagangan, dieksploitasi and they are abandoned at sea, ditinggalkan di lautan untuk mereka cari arah tuju mereka sendiri. Saya faham bahawa the first point of contact adalah dengan imigresen. Maka saya harap pihak imigresen ini sama ada— ataupun pihak maritim, PDRM akan menggunakan budi bicara yang ada berlandaskan undang-undang yang sedia ada ini untuk memastikan bahawa yang datang ini adalah betul-betul fit the description of mangsa pemerdagangan manusia. Tuan Yang di-Pertua, saya menyentuh juga beberapa perkara, sedikit sahaja lagi.
Ya, masa sudah habis. Minta rumuskan.
Sedikit sahaja. Saya ingin tahu juga, apakah status mahkamah khas untuk pemerdagangan orang? Special court for trafficking yang telah diumumkan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Raus bin Sharif yang dikatakan perlu wujud selain dari di Klang, beliau juga mencadangkan di Ipoh, di Melaka, di Muar, di Kota Kinabalu dan Balik Pulau. Saya ingin tahu, apakah status ini? Kita hendak pinda rang undang-undang ini, pindaan yang bagus but we don’t have the special court for trafficking. Selain daripada itu, saya hendak menyentuh sedikit mengenai alternative to detention. Tuan Yang di-Pertua, sebelum ini Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Sosial telah membincangkan alternative to detention. So, saya rasa sudah tiba masa sebagai sebuah negara yang telah meratifikasi Konvensyen Hak Kanak-kanak, kita tidak boleh membenarkan kanak-kanak menjadi mangsa dalam detention centre. Hari ini masih lagi wujud kanak-kanak yang masih ada dalam detention centre, pusat penahanan kami. Dengan Malaysia menjadi ahli dalam UN Human Rights Council, I think kita perlu satu pendekatan yang proaktif, foreign policy negara bukan sahaja pindaan kepada rang undang-undang untuk kita lihat...
Masa...
...So that, we don’t have any more children in detention. Pada masa yang sama...
Terima kasih Yang Berhormat.
...Just poin dia, untuk kita naik daripada Tier 3 kepada Tier 2 ataupun Tier 1. Seperti yang rakan-rakan saya katakan tadi, Malaysia tidak pernah menduduki Tier 1. I think this is something serious. Kita perlu melabur usaha kita untuk memastikan kita ada usaha. Ini bukan kita tidak boleh lihat laporan daripada US sahaja, apa yang mereka tahu, tetapi apa-apa pun wujud. Kalau Wang Kelian itu wujud depan mata kita, maka kita ada isu pemerdagangan manusia di Malaysia. So, saya rasa perlu ada juga pindaan kepada rang undang-undang yang berkaitan dengan Kementerian Sumber Manusia. Kita hendak kaitkan isu pemerdagangan manusia dan buruh paksa juga. So, it needs amendments to Employment Act, tabling of Employment Act dan sebagainya oleh Kementerian Sumber Manusia. Saya hendak cadangkan satu task force atau unit seperti dalam MACC yang akan melaporkan kepada Yang Berhormat Menteri. Hari ini saya hendak cadangkan satu unit atau task force yang juga akan melaporkan kepada Yang Berhormat Menteri dan bukan sahaja Yang Berhormat Menteri, dan kepada Parlimen. Last suggestion Tuan Yang di-Pertua...
Tambahan lima poin. I sudah calculate sudah. I only allowed one point.
Baik. Yang Berhormat Menteri kalau Yang Berhormat Menteri dengar, saya harap...
Yang Berhormat, saya minta Yang Berhormat Batu Kawan untuk habiskan masa, sebab telah ambil masa 45 minit.
Kalau ada apa-apa pindaan kepada rang undang-undang ia perlu melalui Jawatankuasa Khas Parlimen dahulu, bukan dibentangkan baharu masuk jawatankuasa khas. Jawatankuasa khas perlu melihat pindaan ini dahulu, panggil experts dapatkan ulasan daripada mereka, baru kita benarkan bentangkan di Parlimen. Saya harap Yang Berhormat Menteri akan mengambil semua cadangan kami dan memberikan jawapan yang kami harapkan. Terima kasih.
Ada lagi yang keenam? Ketujuh? Tidak ada ya. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Baling.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Keluarga Malaysia. Terima kasih kerana memberi peluang kepada Baling untuk turut serta. Saya menyambut baik dan menyokong hasrat Kementerian Dalam Negeri untuk meminda Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2021. Antaranya seksyen 12, seksyen 13 dan seksyen 14, iaitu antaranya memperdagangkan orang yang lebih berat daripada tiga tahun hingga 20 tahun dinaikkan kepada lima hingga seumur hidup. Ini bukan satu perkara biasa. Negara-negara lain seperti Singapura dan negara-negara Indonesia, Filipina, Amerika semua sudah ada. Jadi, kita setuju dengan cadangan hukuman yang berat yang dikenakan kepada kesalahan memperdagangkan manusia ini. Kita pun semua sedia maklum seperti kawan- kawan lain yang sebutkan apa yang telah berlaku dalam kawasan Genting Perah, rahsia Wang Kelian, lebih 150 orang mayat yang telah dikebumikan di situ tanpa ada hala tuju. Jadi kalaulah tidak ada hukuman seumur hidup, ini mungkin akan berterusan. Mungkin di kawasan saya di Baling pun mungkin akan berlaku. Jadi saya amat gembira pada hari ini kerana perkara ini dapat dilakukan. Walau bagaimanapun, saya ingin menegaskan bahawa sebagai Kerajaan Keluarga Malaysia yang berpegang teguh kepada kestabilan demi kemakmuran. Tugas kerajaan bukan untuk menghukum rakyat semata-mata tetapi kita juga perlu melihat kepada punca dan mengapa rakyat melanggar undang-undang dan peraturan yang ditetapkan, khususnya dalam mereka untuk kita dapatkan maid di rumah kita.
Sebagai contoh, saya sendiri ada pengalaman dalam pengambilan pembantu rumah warga Indonesia, semakin meningkat kosnya. Saya difahamkan kadar harga sudah mencecah RM21,000 hingga RM23,000. Apatah lagi zaman pandemik COVID-19, Tuan Yang di-Pertua. Kalau pergi tanya tidak ada RM30,000 jangan dekat dengan agensi tersebut. Jadi, kalau kita tengok Philippines— maids dari Philippines pun sudah mencecah lebih RM30,000. Ini tidak termasuk kuarantin dan lain-lain. Untuk kos pengambilan pekerja Bangladesh pula, apa yang paling menyedihkan, ada berlakunya monopoli ejen. Sebenarnya Kerajaan Bangladesh hanya mengenakan kos sebanyak RM8,000 sahaja untuk rakyat mereka keluar bekerja ke negara lain. Namun, akibat monopoli ejen yang dilantik hanya sebanyak 10 hingga 20 orang ejen sahaja— ini saya difahamkan, Yang Berhormat Menteri boleh perbetulkan saya sekiranya saya salah. Mereka menggunakan kos hampir RM20,000 satu kepala. Akibat mereka yang datang ke Malaysia ini terpaksa menjual rumah, menjual ladang, malah haiwan-haiwan ternakan seperti kambing, lembu dan sebagainya. Ada yang jual sawah padi dan apa sahaja yang mereka ada untuk datang bekerja di Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, kita sedar— untuk makluman, pekerja-pekerja asing yang datang dari negara Indonesia, Bangladesh, Nepal, India dan lain-lain, datang ke bumi bertuah Malaysia ini semata-mata menaruh harapan untuk mencari nafkah yang halal buat keluarga mereka. Maknanya, negara kita ini amat bertuah untuk memberikan peluang kepada insan yang lain datang dari luar negara sana. Justeru, kita harus bertanggungjawab, khususnya kita dalam Dewan Rakyat yang mulia ini, yang melakukan, kita yang membuat undang-undang dasar ini. Soalan saya, apakah kaedah yang telah kementerian ambil untuk membuka ruang kepada lebih ramai ejen lagi yang dipantau oleh kementerian? Adakah kerajaan akan adakan tanda aras harga maksimum atau siling untuk bayaran ejen? Supaya kartel dan monopoli ejen ini dapat dihapuskan. Situasi ini akan— adalah antara penyebab utama yang berlakunya human trafficking ini. Jika ada yang menawarkan pembantu dengan kos RM3,000 hingga RM5,000 untuk illegal maids, tentulah rakyat akan mengambil mereka sebab kosnya murah.
Saya bagi contoh kepada Tuan Yang di-Pertua. Tak usah pergi jauh, kawasan di sini Lembah Pantai. Guru suami isteri gaji RM6,000, mereka ada tiga orang anak. Seorang lapan tahun, seorang enam tahun, seorang lagi baby. Hendak pergi hantar kepada tempat pengasuh anak-anak ini, mereka memerlukan paling tidak RM1,500 sehingga RM2,000. Kalau mereka hendak ambil maid, hendak ambil orang gaji, harga RM12,000 hingga RM13,000 malah RM15,000. Masuk-masuk kerja, lepas tiga bulan lari. Bila lagi, pergi jumpa ejen hendak― “Tiga bulan sudah lari, susah mahu cari. Kita pun tak dapat.” Duit sudah burn. Itulah sebabnya di antara hari ini ramai yang mana mereka datang tawarkan RM2,000, RM3,000 untuk mereka ambil orang gaji dan selepas itu dia akan tulis surat kepada imigresen untuk mengabsahkan untuk mereka bekerja. Jadi, saya hendak tanya kepada kerajaan, apakah mereka ini akan ditahan, cikgu- cikgu ini akan ditahan kerana ada orang gaji di rumah? Jadi, saya harap― apa yang dibawa pada hari ini bagus. Tapi kesimpulannya, sebelum kerajaan ingin meminda undang-undang yang ada dengan hukuman yang lebih berat, kita perlu mengambil perhatian terhadap punca jenayah ini terus berleluasa. Never-ending situation. Di mana-mana pun terus berlaku kesalahan ini jika kita tidak mengenal pasti punca kesalahan ini. Tidak mustahil masalah imigran ini akan berterusan sebagaimana berlaku di Amerika Syarikat, Australia dan negara Eropah dan lain-lain. Jadi, rumusannya pada petang ini...
Minta rumuskan.
Demi kelangsungan perjuangan Keluarga Malaysia, saya sokong kita luluskan rang undang-
undang ini dan dari segi kaedah dan mekanismenya sebagai tambahan, kita bincang di dalam jawatankuasa untuk kita tambah baik dalam pelaksanaannya. Justeru, saya yakin dan percaya Yang Berhormat Menteri yang bijaksana yang mempunyai pengalaman yang luas, beliau telah mengkaji, beliau telah meneliti, beliau telah mendapat pandangan dan laporan dan sebagainya. Saya yakin kuasa yang bakal kita berikan kepada Yang Berhormat Menteri ini untuk memilih orang-orang yang benar- benar mempunyai integriti yang tinggi seperti rakan-rakan lain sebutkan tadi, untuk kita pastikan kita bawa negara ini dengan izin Allah di bawah kepimpinan Yang Berhormat Menteri yang bijaksana ini ke Tier 1, insya-Allah. Justeru itu, Baling menyokong penuh bill ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Lima minit.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, semasa Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu Yang Berhormat Padang Rengas membentangkan rang undang-undang ini buat kali pertama pada tahun 2007 pada 9 Mei, untuk makluman Yang Berhormat Menteri, Malaysia pada ketika itu berada pada Tier 2 watchlist. Selepas 14 tahun, hari ini Yang Berhormat Menteri membentangkan pindaan yang terkini berkait tentang undang-undang ini dalam keadaan kita jatuh ke Tier 3, Tahap 3. Saya ingin bertanya kepada kementerianlah, selama 14 tahun ini, what went wrong? Apa yang kita tidak cerakinkan secara terperinci menyebabkan kita terus merudum walaupun kita sudah melalui satu journey, satu perjalanan yang panjang sejak tahun 2007 lagi? Untuk rekod untuk rujukan kita pada masa-masa akan datang, Yang Berhormat Menteri, mungkin elok dinyatakan apakah negara-negara yang tergolong di dalam Tier 3 ini supaya ia menjadi satu motivasi kepada kita untuk segera mencari jalan penyelesaian agar kita boleh keluar daripada laporan yang pada saya amat memalukan kita. Kita juga maklum bahawa ada lawatan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken. Saya ingin bertanya kepada Menteri, apakah isu ini dijadikan satu isu yang penting on the table, dengan izin, dalam perbincangan kita berkait tentang perkara ini? Ini kerana kita tahu bahawa kesannya amat besar kepada ekonomi. Tadi Yang Berhormat Menteri bentangkan tentang isu-isu yang berkait tentang syarikat yang membuat getah atau produk-produk getah, sawit dan sebagainya. Saya kebetulan ada pengalaman sedikit dahulu menjaga portfolio industri utama. Kita tahu apabila laporan ini berlaku, ia akan memberikan kesan yang besar kepada pemain- pemain komoditi utama negara kita. Bila di Amerika Syarikat kita berdepan dengan masalah ataupun cabaran, tentunya kita akan berhadapan dengan masalah di Kesatuan Eropah misalnya, dan ia mengganggu ekonomi negara terutamanya pemain-pemain komoditi utama negara kita seperti getah dan sawit. Tuan Yang di-Pertua, Menteri juga sebut tadi dalam pembentangan tentang TIP Protocol yang, kalau tidak silap sayalah, katanya telah diratifikasikan pada 26 Februari 2009. Di antara kandungan TIP Protocol, sepertimana Yang Berhormat Menteri juga sedia maklum, ialah untuk menggubal sesuatu undang-undang yang komprehensif yang boleh menangani permasalahan jenayah pemerdagangan orang ini. Kenapa ia mengambil masa sejak tahun 2009 sehinggalah tahun 2021 ini untuk kita memasukkan ia di dalam peraturan ataupun di dalam undang-undang domestik negara? Apakah halangan yang telah pun kita hadapi sehingga kita terpaksa berdepan dengan keadaan laporan yang amat memalukan negara?
Yang Berhormat Menteri, kalau kita teliti perbahasan Ahli-ahli Parlimen pada tahun 2007 dahulu, antara isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen pada ketika itu ialah aspek hukuman. Pada ketika itu juga, hukuman telah pun dibangkitkan kerana pada pandangan mereka, Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Parlimen dahulu, hukuman-hukuman ini sangat rendah. Malah ada yang menyatakan apakah ini merupakan undang-undang yang mereka boleh cari jalan dan terlepas. Ada juga cadangan pada ketika itu, Tuan Yang di-Pertua, adalah cadangan hukuman sebat. Namun, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, pada ketika itu Yang Berhormat Menteri iaitu Yang Berhormat Padang Rengas pada ketika itu di dalam jawapan penggulungannya menyatakan bahawa hukuman sebat ini tidak boleh― saya quote ya, “Tidak boleh dikenakan hukuman sebat kerana ianya tidak selari dengan kehendak undang-undang antarabangsa yang semakin menjurus kepada penghapusan hukuman, corporal punishment dan kita tidak boleh mengadakan undang-undang yang tidak selari dengan kehendak Bangsa-bangsa Bersatu ini.” Jadi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah ada shift of policy? Berlaku perubahan dasar yang mana kalau ketika dulu jawapan Menteri di dalam penggulungan, mereka tidak mahu hukuman sebat ini kerana berbeza dengan kehendak United Nations dan kita mesti jadi the UN citizen yang baik, kalau saya masih ingatlah membaca Hansard pada ketika itu. Namun, ini berbeza. Jadi, saya ingin bertanya, apakah di sana terdapat perubahan dasar? Kalau ya, apakah alasannya? Yang terakhir Tuan, Yang di-Pertua...
Sila rumuskan ya.
Kita tahu bahawa aspek yang dibangkitkan oleh ramai wakil rakyat, Ahli-ahli Parlimen pada hari ini ialah aspek enforcement. Secara khususnya saya ingin bertanyakan, berapakah sumber kewangan ataupun resources, dengan izin, yang telah disediakan, yang telah diperuntukkan untuk memastikan kita menjayakan misi sifar pemerdagangan orang ini? Ini kerana kita juga ingin maklum. Kalau daripada segi undang-undangnya ada tapi sepertimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Kawan tadi, misalnya mahkamah hanya ada satu sahaja mahkamah khusus, mungkin ada keperluan untuk tambah lagi mahkamah yang perlu kepada resources. Jadi, apakah di sana terdapat sumber kewangan yang mencukupi untuk kita memastikan misi ini berjaya? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Seterusnya, saya jemput yang kedua terakhir iaitu Yang Berhormat Sik dan diikuti oleh Yang Berhormat Bukit Mertajam. Sila, Yang Berhormat Sik.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seriusnya jenayah pemerdagangan manusia ini ia adalah jenayah yang ketiga tertinggi di dunia selepas pengedaran dadah serta penyeludupan senjata api termasuklah di negara kita di Malaysia. Malah dilihat insiden pemerdagangan manusia ini menunjukkan trend peningkatan dengan rekod 165 kes pada tahun 2020 berbanding hanya 17 kes pada tahun 2008 yang lalu. Menurut statistik Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO), sejak tahun 2015 sehingga Jun 2021, sebanyak 1,854 kes pemerdagangan dengan jumlah tangkapan lebih 2,700 orang pesalah. Tuan Yang di-Pertua, banyak tadi disentuh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berkaitan insiden hitam ketika mana penemuan lebih 139 mayat dan 28 kem penempatan di Wang Kelian pada tahun 2015 yang lalu. Saya sendiri pada ketika itu terlibat bersama
membantu beberapa NGO menguruskan mayat-mayat tersebut ketika pengebumian di Selatan Thailand dan juga pengebumian di Kampung Tualang, Pokok Sena. Sangat tragis apa yang berlaku dan inilah kesan kepada perhambaan sesama manusia ini yang sangat zalim dan sangat keji yang dikutuk oleh seluruh manusia termasuklah dalam sejarah Islam itu sendiri ialah kelahiran Nabi SAW ialah untuk menghapuskan perhambaan sesama manusia.
Tuan Yang di-Pertua, penguatkuasaan undang-undang Malaysia dalam memerangi pemerdagangan manusia dan buruh paksa telah lama dibelenggu dengan pelbagai masalah dan kesulitan untuk dipraktiskan dengan sebaiknya. Pertubuhan masyarakat sivil telah bertahun-tahun menggesa Kerajaan Malaysia untuk meminda Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Imigran 2007 ini yang kita pinda pada hari ini bagi mempertingkatkan rangka kerja perundangan. Kebimbangan sebelum ini adalah ATIPSOM nampak tidak dapat melindungi mangsa dan mangsa kerja paksa pada tahap normatif. Undang-undang antarabangsa mentakrifkan buruh paksa sebagai pekerja atau perkhidmatan yang dikeluarkan secara tidak sengaja atau di bawah ancaman daripada seseorang. Akta sebelum pindaan ini melihat khusus dalam penakrifan buruh paksa hanyalah satu elemen yang dimasukkan dalam seksyen 2 ATIPSOM di bawah tajuk Eksploitasi. Semua jenis eksploitasi seksual, buruh atau perkhidmatan paksa, perhambaan atau amalan yang setanding dengan perhambaan, kehambaan sebarang aktiviti jenayah atau penyingkiran bahagian tubuh manusia kesemuanya adalah dianggap sebagai bentuk eksploitasi. Jadi penakrifan baharu ataupun diperbaiki dalam akta yang kita pinda ini khususnya dalam takrifan pemerdagangan orang dan eksploitasi khusus dalam seksyen 2(d) adalah sangat bertepatan bagi pengukuhan pelaksanaan akta ini khususnya untuk mendakwa penjenayah-penjenayah yang terlibat dalam pemerdagangan manusia ini. Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan beberapa langkah untuk pengukuhan kepada pelaksanaan akta ini. Pertama, perlu meningkatkan kemampuan penguatkuasaan undang-undang untuk menyiasat dan mendakwa kes pemerdagangan orang termasuklah penyeludupan migran iaitu termasuk dengan meningkatkan penyelarasan antara agensi. Tadi kalau Yang Berhormat Hang Tuah Jaya menyebut berapa jumlah peruntukan yang kita akan salurkan untuk mengukuhkan bahagian penguatkuasaan. Jadi saya ingin bertanya berapakah jumlah anggota penguat kuasa yang telah kita bersiap dari segi latihannya bagi kita melaksanakan ataupun memperkukuhkan pelaksanaan akta ini sendiri. Kedua, cadangan saya ialah perlu pihak kementerian meneruskan kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan NGO termasuk melalui bantuan kewangan atau bantuan kepada NGO untuk menyediakan beberapa perkhidmatan pemulihan kepada mangsa- mangsa termasuk khidmat kaunseling, khidmat perundangan dan sebagainya. Ketiga, saya mencadangkan untuk melatih pegawai penguat kuasa termasuk pemeriksaan pekerja dan pegawai imigresen mengenai SOP untuk mengenal pastian mangsa yang merangkumi maklumat mengenai petunjuk pemerdagangan tersebut yang sangat sulit jika kita tidak menyediakan pegawai-pegawai yang terlatih. Keempat, iaitu mengurangkan kelewatan pendakwaan termasuk dengan memberikan panduan yang lebih baik kepada pendakwa untuk melakukan pendakwaan terhadap pemerdagangan orang dan meningkatkan pemahaman perundangan mengenai pelbagai jenayah pemerdagangan terutama bagi kerja paksa. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sik dan yang terakhir Yang Berhormat Bukit Mertajam.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pada 10 Februari, saya terima maklumat di kawasan saya ada kes penderaan pekerja pembantu rumah. Jadi pada hari yang sama, saya dan pasukan saya telah turun untuk melawat rumah tersebut. Siasat dengan lebih lanjut. Apa yang kami nampak pada hari itu amat mengejutkan. Seorang wanita dalam keadaan kusut duduk di car porch halaman rumah dengan kakinya dibalut beg plastik dan luka-luka nampak kelihatan di tangannya. Kami cuba berkomunikasi dengan beliau tetapi beliau diam seribu bahasa. Ada jiran yang mendakwa bahawa wanita yang malang tersebut sudah lebih sebulan tidur di car porch dengan anjing peliharaan tuan rumah itu. Setelah bergelut mulut berbincang, berbicara dengan tuan rumah dan majikan beberapa jam akhirnya kami telah membuat laporan polis. Polis saya ucapkan terima kasih telah mengambil tindakan cepat, hubungi majikan dan mengarahkan mereka membawa wanita tersebut ke balai polis. Pada hari itu, pada malam itu juga lebih kurang jam 10.00 malam saya sampai ke balai polis dan telah diberi peluang untuk berjumpa wanita tersebut. Dia membisu tidak berkata apa-apa. Seakan-akan dalam keadaan terkejut. Badan kecilnya membeku duduk tegak tanpa sebarang pergerakan. Saya dapat lihat dengan mata saya sendiri luka yang masih merah di atas kedua-dua belah tangan dan kaki beliau. Muka pun ada nampak seperti kesan lebam. Jangan bimbang. Saya Anggota Dewan Perwakilan dan saya akan membantu kamu. Kamu sudah selamat. Itu sahaja yang saya mampu bisikkan kepada Adelina Lisao untuk memberikan ketenangan kepada beliau. Pada malam itu juga, mungkin buat kali pertama dalam lebih sebulan Adelina Lisao tidur di atas katil. Diberi kembali penghormatan dan dipulihkan maruahnya sebagai seorang manusia bukan anjing. Akan tetapi tragisnya Tuan Yang di-Pertua, pada malam itu adalah malam terakhir Adelina Lisao tidur di atas katil, dalam hidupnya yang singkat 20 tahun itu sebab esok harinya, 11 Februari 2018, Adelina Lisao dari Desa Abi, Kecamatan Oenino, Kabupaten Timor Tengah Selatan, Nusantara Timur, Indonesia, telah meninggal dunia di Malaysia. Dia merupakan mangsa pemerdagangan orang dan penyeludupan manusia yang telah dibawa masuk ke negara ini pada umur 15 tahun. Tragisnya ialah sudah hampir empat tahun, hari ini Malaysia masih lagi gagal memberikan keadilan kepada Adelina Lisao. Kita mungkin marah kepada si pelaku, majikan dan sebagainya yang kini sedang dituduh di mahkamah. Saya kalau sebut tentang orang ini, saya rasa marah, membara. Manusia yang seakan-akan binatang. Namun, jika kita penjarakan si pelaku dan majikan sekalipun, isu Adelina Lisao tidak terselesai jika kerajaan gagal menumpaskan aktiviti pemerdagangan orang dan penyeludupan manusia dengan melaksanakan dasar perlindungan yang sistemik kepada pekerja migran. Jika pekerja migran tidak diberi hak, contohnya pekerja domestik, tidak diberikan hak sebagai pekerja penuh dalam Akta Kerja, tiada cuti minggu, tiada gaji minimum, tiada saluran untuk mengadu yang selamat dan mudah diakses, tiada usaha proaktif oleh penguasa untuk mengenal pasti mangsa. Malahan, acap kali mangsa dikenakan tindakan kerana pelanggaran undang-undang imigresen. Isu ini bukan setakat majikan yang terlibat. Ejen kita kena tangkap, tekong kapal penyeludupan kita kena tangkap, kapalnya kita kena bom dan musnahkan habis-habisan. Sindiket penyeludupan kita kena tumpaskan. Pegawai-pegawai awam yang terlibat perlu dihukum dengan seberat-beratnya. Saya nampak rang undang-undang ini ada hukuman penjara seumur hidup dan saya harap selepas ini mahkamah akan mempertimbangkan kehendak Parlimen atau pun dengan izin, will of Parliament untuk mengenakan hukuman yang paling tinggi ke atas pelaku yang sedar. Malah, kita di Dewan ini ada seorang bekas Timbalan Perdana Menteri yang sedang berdepan kes mahkamah atas dakwaan menerima rasuah berpuluh-puluh juta ringgit daripada syarikat yang menguruskan permit pekerja asing. Adakah bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut atau rakan-rakannya dalam Kabinet juga telah menerima rasuah daripada sindiket yang membawa masuk Adelina dan menyebabkan kematian beliau di Malaysia ini? Blood is on our hands. All of us.
Selepas tiga tahun dalam senarai pemantauan, Tier 2 Laporan Trafficking in Persons oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat dan saya hendak rumuskan. Pada Julai tahun ini, Malaysia akhirnya dijatuhkan ke tier yang paling bawah iaitu Tier 3. Saya hendak akhiri perbahasan saya dengan memetik sedikit sahaja, one paragraph of the report. “The Government of Malaysia does not fully meet the minimum standards for the elimination of trafficking and is not making significant effort to do so even after considering the impact of COVID-19 pandemic on its anti-trafficking capacity. Therefore, Malaysia was downgraded to Tier 3,” dengan izin. Benda minimum pun kita sudah gagal laksanakan. Adakah Malaysia sebuah negara yang tidak berperikemanusiaan? Saya rasa tidak.
Akan tetapi kita telah gagal melindungi Adelina Lisao dan ramai lagi mangsa pemerdagangan manusia. Saya merayu kerajaan dan ahli-ahli di dalam Dewan yang mulia ini, kita sama-sama menghentikan jenayah kemanusiaan ini daripada terus berlaku di negara kita. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Mertajam. Yang Berhormat, 18 orang ahli telah berbahas. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri untuk memberi jawapan. 20 minit.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, selepas saya mendengar hujah daripada rakan-rakan Ahli Parlimen, saya menyedari bahawa isu ini adalah satu isu yang besar. Bukan hanya besar tetapi ia adalah sesuatu yang menjadi peranan utama kepada semua Ahli Parlimen dalam negara kita untuk menyelesaikan isu pemerdagangan orang di dalam negara kita ini. Pertamanya sebelum saya mendengarnya, semua menyokong tentang apa yang telah pun saya bentangkan tadi mengenai dengan rang undang-undang ini. Saya bersetuju dengan segala apa yang dibangkitkan, yang dihujahkan oleh Ahli-ahli Parlimen. Apa yang saya nak cuba ringkaskan atau summarize kepada semua, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, adalah pertamanya untuk kita menyelesaikan ini, kerajaan semata- mata tidak boleh melakukannya tanpa kerjasama seluruh rakyat yang ada di dalam negara kita. Sebab itu hari ini kita hanya membentangkan satu rang undang-undang. Dalam erti kata untuk kita membentangkan rang undang-undang ini, kita mencari ruang-ruang bagaimana untuk kita menambah baik apa sahaja undang-undang yang sedia ada di dalam negara kita. Maka sebab itu kita berikan penambahbaikan daripada semasa ke semasa. Hukuman-hukuman yang telah pun kita bentang sebelum ini, kita hendak juga berikan penambahbaikan kerana kita merasakan ia perlu untuk kita mengambil kira segala yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Sebab itu bila ahli-ahli Yang Berhormat juga menyentuh tentang enforcement, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, penguatkuasaan, saya bersetuju sebab itu dalam rang undang-undang ini kita berikan penekanan supaya Menteri boleh melantik penjawat awam lebih daripada apa yang sedia ada dalam akta asal. Ini adalah kerana kita memikirkan bahawa tanggungjawabnya memerlukan ramai lagi untuk menjadi mata dan telinga, untuk menentukan segala kesalahan yang dilakukan, boleh kita ambil kira dan berikan hukuman dan bawa mereka itu ke pihak mahkamah. Jadi ini adalah sesuatu yang memerlukan advocacy, saya minta maaf. Dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Kita memerlukan supaya kita boleh turun dan berikan nasihat, education, pengajaran, pendidikan kepada semua rakyat yang ada. Maka sebab itu apabila kita membentangkan undang-undang ini, kita memerlukan penjawat awam yang akan kita berikan latihan secukup-cukupnya untuk kita juga turun ke bawah nanti, untuk melantik banyak lagi pihak-pihak lain untuk menjadi mata dan telinga seperti yang saya katakan.
Saya nak beri contoh. Akta yang sebelum ini kita tidak pun melantik pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) sebagai contoh. Akan tetapi hari ini dengan adanya rang undang-undang ini, kita boleh juga melantik mereka. Kita juga boleh melantik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Ini adalah sesuatu yang kita fikir perlu untuk kita memberikan bukan hanya enforcement tetapi menambahkan lagi golongan mereka yang boleh kita turunkan kuasa untuk membantu kita menangani masalah ini. Kemudian kita juga hendak supaya masyarakat di dalam negara kita ini mempunyai perasaan seperti Ahli-ahli Parlimen. Tadi cerita yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Mertajam adalah sesuatu yang saya sendiri merasai akan apa yang dirasai oleh Yang Berhormat Bukit Mertajam. Ini adalah satu cerita yang sepatutnya kita maklumkan kepada semua rakyat yang ada di dalam negara kita. Maka sebab itu, kita perlukan masyarakat yang mempunyai perasaan bahawa mereka mahu negara kita bebas daripada hamba abdi. Mereka mahu supaya negara kita ini menjadi sebuah negara yang dihormati. Bukan seperti laungan Ahli-ahli Yang Berhormat semata-mata, tetapi kerjasama ini perlu kita adakan. Seperti ramai Ahli-ahli Yang Berhormat katakan, di dalam Al-Quran telah terbukti melebihi 20 ayat yang telah pun menceritakan tentang hamba abdi. Ini menunjukkan bahawa kita semua memerlukan sesuatu kerjasama daripada semua golongan. Sama ada orang Islam ataupun yang beragama apa sekalipun yang mahu menentang tentang masalah hamba badi dalam negara kita hari ini. Maka segala apa yang kita bentangkan hari ini adalah untuk melihat kerjasama ini bukan hanya di peringkat kerajaan yang telah dibangkitkan ramai Ahli Yang Berhormat tadi, tentang collaboration di antara satu kementerian dengan kementerian-kementerian yang lain, tetapi juga NGO-NGO. Kita perlukan juga ramai daripada semua golongan-golongan yang ada di negara kita untuk memastikan ia boleh berlaku. Begitu juga dengan masalah majikan. Tadi ada Yang Berhormat Padang Rengas bangkitkan bagaimana caranya untuk kita memastikan supaya mereka yang diperlukan dalam negara kita ini ada proses yang boleh kita mengetahui keberadaan mereka di dalam negara kita. Saya telah pun memaklumkan sebelum ini. Saya sudah bawa dalam Mesyuarat Jemaah Menteri supaya kita adakan satu konsep yang kita namakan e-locker, di mana apabila seseorang itu masuk ke dalam negara kita, kita tahu keberadaannya dan kita tahu siapa dia. Bukan hanya tahu orang itu tetapi juga kita tahu keluarga dia, di mana kampungnya. Semua itu kita perlu tahu dan kalau dia bekerja di dalam negara kita, kita hendak tahu sama ada dia mendapat gaji ataupun tidak. Maka kita perlu supaya semua memasukkan dalam e-locker tersebut, gaji melalui e-wages sebagai contoh. Ini adalah sesuatu yang kita perlukan. Penambahbaikan menggunakan teknologi supaya segala apa kesalahan yang dilakukan oleh majikan, kita pasti boleh mengambil tindakan dengan sewajarnya dengan secepat mungkin. Ini adalah satu-satu perkara yang telah pun hangat diperbincangkan bukan hanya di peringkat kementerian tetapi juga di peringkat NGO-NGO dan semua rakyat yang ada, yang mahu melihat kejayaan untuk memastikan bahawa mereka yang melakukan kesalahan ini patut mengambil tindakan. Jadi saya ucapkan berbanyak- banyak terima kasih kepada semua yang telah membentangkannya. Saya nak maklumkan tentang masalah Tier 3 yang baru-baru ini diumumkan oleh US Department. Tadi Yang Berhormat Hang Tuah Jaya mengatakan tentang tahun 2007, ketika itu kita di Tier 2. Saya nak maklumkan ketika itu kita adalah di Tier 3. Tier 3 sebenarnya sudah empat kali Malaysia dalam Tier 3 iaitu tahun 2001, 2007, 2009, 2014 dan 2021. Jadi bermakna ada peningkatan semasa kita melakukan pembaikan tentang akta ini pindaan pada tahun 2015. Walaupun ada penambahbaikannya kita di kedudukan watch list pada tahun 2015, 2016 dan kita naik ke Tier 2 pada tahun 2017. Kemudian pada tahun 2018, turun semua ke Tier 2 Watch List, 2019 masih lagi watch list, 2020 berturut- turut selama tiga tahun watch list maka sebab itu US Department meletakkan kita kepada Tier 3.
Apa yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ambil maklum. Perkara ini memanglah perkara-perkara yang kita ingin selesaikan bukan hanya di peringkat kerajaan tetapi kita juga membincangkan perkara ini dengan embassies yang lain sama ada mereka adalah source country ataupun embassy seperti US dan semuanya, kita membincangkan perkara ini untuk kita keluar dari Tier 3. Salah satunya adalah untuk memberi penambahbaikan kepada akta yang sedia ada pada hari ini. Maka sebab itu saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu ini. Saya yakin dengan sokongan yang diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, dan saya ambil maklum segala apa pandangan yang telah dimaklumkan tadi, insya-Allah saya percaya bahawa akta ini boleh membantu kita...
Yang Berhormat Menteri.
...Untuk menyelesaikan masalah sedia ada.
Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan.
Yes, Yang Berhormat Klang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, satu daripada isu yang telah dibangkitkan oleh laporan TIP (Trafficking in Persons) report Amerika Syarikat yang berkait dengan recruitment fee yang diambil oleh ejen-ejen ataupun labour brokers secara paksa di negara source, at source countries. Apakah cara kerajaan untuk mengatasi masalah ini? Juga, macam mana kerja bersama-sama dengan pihak syarikat di Malaysia yang pergi ke sana untuk membawa pekerja? Minta pandangan.
Terima kasih. Ini yang saya dah katakan tadi, kita nak adakan aplikasi e-Locker tersebut. Kita tahu dia datang daripada mana dan kita tahu juga sama ada dia datang itu secara kena bayar awal dengan fi yang begitu besar, semua itu akan kita tahu lebih awal lagi. Ini akan kita bincang di antara kerajaan dengan kerajaan the source country. Itu yang akan kita ambil kira supaya masalah tentang pembayaran fi yang begitu tinggi itu kita akan dapat menurunkannya supaya ia tidak menjadi masalah kepada mereka yang mahu datang dalam negara kita.
Yang Berhormat Menteri, Baling.
Penjelasan, e-Locker itu untuk gaji ataupun semua pembayaran yang dibuat?
Semua. Semua ada dalam itu...
Termasuk dalam source countries?
Dia bayar berapa banyak pada tempat asal, apabila dia masuk, majikannya siapa dan keluarganya di mana, dia bekerja di mana, tempat tinggal di mana, semua kita akan masukkan detil di situ yang mana negara asal boleh buka e-Locker tersebut dan kita juga boleh membuka e-Locker tersebut.
Boleh track. Boleh track pengaliran wang.
Kita track kedudukan keberadaan mereka dalam negara kita ini. Ya Yang Berhormat Baling.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mengalu-alukan e-Locker ini kerana satu usaha yang baik. Saya fikir insya-Allah, e-Locker ini akan lebih baik daripada MySejahtera yang kita guna pakai dalam konteks kesihatan. Soalan saya satu lagi Yang Berhormat Menteri, kalau kita lihat pada hari ini yang saya sebutkan tadi, kartel, monopoli dan sebagainya, bagi contoh di Bangladesh. Saya difahamkan, betul atau tidak Yang Berhormat Menteri yang tahu, hanya 20 hingga 25 syarikat.
Padahal, ada 1,800 syarikat yang boleh menjadi agensi untuk membawa pekerja- pekerja. Saya harap dapat melakukan terus menerus dengan kerajaan kita melalui e- Locker ini. Jadi, when that thing happens dengan izin, so, there is no more cartel and monopoly, orang nak bayar lebih rendah yang saya sebutkan tadi jual kandang, jual apa semua datang ke mari nak cari rezeki di tempat kita, saya yakin dan percaya ini akan diberikan manfaat kepada negara dan kepada pekerja-pekerja tersebut. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
Betul.
Sikit Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Saya nak bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Baling bahawa negara kita ini is the pulling factor nya begitu besar. Kita boleh memberi pekerjaan dan mereka tahu bila mereka datang ke Malaysia ini mereka akan dapat pekerjaan. Akan tetapi masalahnya adalah disalahgunakan oleh majikan-majikan tersebut. Maka sebab itu saya nak pastikan tadi melalui e-Locker kita tahu bahawa majikan telah pun menyalahgunakan ataupun telah melanggar undang-undang kita dan sebab itu undang-undang yang kita perketatkan ini adalah untuk memberikan hukuman yang lebih berat kepada mereka yang menyalahi undang-undang. Ya, sila Yang Berhormat Jempol.
Terima kasih Menteri. Cuma tadi saya ada bangkitkan isu bagaimana ejen ini memonopoli harga yang tak sepatutnya. Jadi bagaimana ia pun menyumbang kepada kemasukan pemerdagangan manusia, seolah- olah dia menjual manusia dengan nilai RM20,000. Jadi ejen ini masih bebas, dia boleh buat apa sahaja. Hendak, tak nak, tak nak sudah. Oleh sebab kesusahan, kesukaran dia orang masuk ke Malaysia ini jadi bagaimana pula kita nak mengawal ejen yang tidak berperikemanusiaan, menekan pembantu rumah contohnya dalam isu ini.
Itulah yang telah pun saya katakan tadi bahawa isu ini dia tidak hanya boleh melihat dalam satu segi semata-mata. Kita patut melihat daripada segi holistik, komprehensif, semua sekali itu perlu kita ambil kira. Telah pun saya katakan tadi melalui undang-undang, enforcement, advokasi dan semua masyarakat yang ada dalam negara kita ini. Rakyat keseluruhannya harus mengetahui bahawa undang-undang yang kita bangkitkan hari ini adalah untuk menjadikan negara kita bebas daripada hamba abdi. Itu yang kita mahu lakukan bersama. Kita tidak hanya boleh melihat daripada segi ejen semata-mata, kita juga mahu melihat mereka yang sebenarnya melantik ejen-ejen tersebut. Mengapa mesti kita bayar begitu besar sekali? Ini yang menjadi masalahnya. Ini adalah kerana bila kita sebut daripada segi supply and demand. Kalau dah demand nya sampai sanggup bayar RM20,000 itu menjadikan ejen-ejen begitu lemak naik daripada angka dahulu. 15 tahun dahulu hanya RM1,500 naik RM5,000, RM10,000 dan akhir-akhir ini saya difahamkan sehingga RM20,000. Ini menjadi satu masalah yang begitu besar. Saya dan juga pegawai-pegawai sedang memikirkan bagaimana caranya untuk kita memastikan supaya ejen-ejen juga akan kita teliti dan kita tengok daripada segi trail yang telah pun penerimaan wang yang dibayar kepada mereka melalui bank dan sebagainya. Itu juga akan kita pastikan untuk memastikan segala apa yang kita hendak ini boleh kita tangani bersama. Jadi, banyak perkara telah pun dibangkitkan tadi.
Hang Tuah Jaya, Menteri. Hang Tuah Jaya, di depan.
Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, ya.
Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini berkait tentang pekerja tadi Yang Berhormat Menteri sebut tentang e-Locker dan sebagainya. Kita tahu sekarang antara perkara yang menjadi kebimbangan itu adalah perhambaan hutang. Bila pekerja dia berhutang, kemudian dia menjadi hamba. Di situ peranan itu lebih kepada Kementerian Sumber Manusia. Dalam pindaan ini, diberikan ruang kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Jadi, di mana duduknya Kementerian
Sumber Manusia di dalam rangka kerja yang lebih inklusif seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi?
Ya. Tentang isu untuk pengambilan pekerja, pekerja itu sendiri betul di bawah Kementerian Sumber Manusia. Pekerja itu sendiri, tetapi masalahnya adalah apabila mereka nak membawa masuk, di situlah kita letakkan e- Locker, kerjasama tadi. Saya dah maklumkan collaboration seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Langat tadi, bahawa ia perlukan sesuatu kerjasama banyak kementerian. Bukan hanya satu kementerian, tetapi kementerian-kementerian yang lain juga mesti diambil kira. Contohnya, negara kita ini adalah sebuah negara yang begitu porous daripada segi sempadannya. Maka, kita juga perlukan angkatan tentera, kita perlukan semua penguatkuasaan yang lain. Ini adalah kerana hendak memastikan kemasukan mereka yang memperdagangkan manusia itu melalui lorong-lorongnya. Kita perlukan teknologi-teknologi yang lebih canggih untuk kita memastikan semua ini perlu diambil kira. Jadi, bukan setakat undang-undang yang kita bentangkan hari ini, tetapi keseluruhannya adalah untuk memastikan segala apa yang kita lakukan ini adalah untuk mengurangkan daripada semasa ke semasa untuk memastikan mereka yang memperdagangkan orang, mereka yang menyalahgunakan sindiket-sindiket yang ada, mereka yang menjadi recruitment agency, semua itu adalah perkara-perkara yang akan kita ambil kira untuk memastikan bahawa undang-undang ini berjaya untuk kita gunakan di masa hadapan.
Yang Berhormat Menteri, Sungai Buloh. Terima kasih.
Yang Berhormat Sungai Buloh.
Ini berkaitan dengan bayaran kepada ejen. Saya boleh sahkan angka RM20,000 yang baru disebut oleh Yang Berhormat Menteri sebab itulah jawapan yang saya dapat bila baru tanya seorang ejen, berapakah kos untuk membawa masuk seorang pekerja pembantu rumah. Jadi saya nak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah bayaran sebenar, bayaran ‘rasmi’ yang wajib dibayar kepada agensi-agensi kerajaan khususnya di pihak KDN, imigresen dan sebagainya? Apakah bayaran ‘rasmi’ itu supaya kita faham apakah jumlah besar yang sekarang dikutip oleh ejen dan inilah bayaran di peringkat Malaysia sahaja Tuan Yang di- Pertua. Mungkin pekerja ini bayar kita tak tahu dari negeri yang hantar, sama ada Bangladesh, Indonesia atau Filipina. Mungkin dia bayar jumlah yang serupa di sana. Jadi, inilah punca yang disebut dengan izin, debt bondage yang dianggap sekarang sebagai buruh paksa dan sebagainya.
Betul.
So, itulah angka yang saya nak tanya. Official.
Saya hanya tinggal 1 minit 37 saat. Terima kasih. Saya nak menjawab tentang isu ini, saya nak maklumkan sebenarnya majikan tidak perlu menggunakan ejen. Dia boleh pergi sendiri ambil bawa balik dan berurusan dengan imigresen. Dalam berurusan dengan imigresen, tak payah bayar apa-apa. Hanya bayar...
Yang Berhormat Menteri.
Fi untuk mendapatkan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) untuk mereka mengesahkan mereka untuk bekerja dalam negara. Itu hanya fi yang perlu dibayar. Lain-lain itu adalah sesuatu yang dibayar kepada ejen. Oleh sebab itu kalau kita tak menggunakan ejen, sebenarnya kosnya adalah very minimum. Ini masalah kita adalah apabila kita menggunakan ejen. Ini yang menyebabkan kos yang kita bayar itu adalah kos untuk bayar kepada ejen.
Yang Berhormat Menteri. Sorry Yang Berhormat Menteri.
Yes Yang Berhormat Kuala Langat.
Adakah yang Yang Berhormat Menteri sebut tadi boleh diguna pakai sekarang ini oleh rakyat Malaysia ataupun yang nak bawa pembantu rumah, bekerja rumah ini tanpa ejen itu?
Boleh.
Imigresen selepas itu boleh sahkan mereka di sini...
Boleh.
Kita bayar sudah apa yang you katakan temporary work permit dan levi semua itu kita bayar.
Boleh.
Kita tidak payah ada ejen-ejen yang caj kita sampai RM20,000 dan sebagainya.
Betul.
Adakah ini boleh diguna pakai sekarang Yang Berhormat Menteri?
Boleh diguna pakai sekarang ini dan bukan hanya sekarang ini, sebelum ini pun boleh diguna pakai. Insya-Allah, saya minta kalau boleh semua rakyat yang mendengar apa yang saya menjawab hari ini, kalau boleh tidak payah menggunakan ejen. Kita boleh buat secara online dan insya-Allah ia adalah perkara yang lebih baik.
[Dewan tepuk]
Jadi, Tuan Yang di-Pertua, segala apa yang telah dibangkitkan...
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
...Saya ambil maklum dan akan saya ambil kira...
Silakan teruskan. Teruskan, teruskan saja.
Untuk kita ambil kira...
Terbaik Yang Berhormat Menteri. Terbaik.
Tahniah, tahniah. Tahniah Yang Berhormat Menteri.
...Supaya boleh dibuat penambahbaikan. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Syabas, syabas. Satu keputusan yang baik Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. [Pembesar suara dimatikan]
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa]
[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan
Tuan Pengerusi, boleh saya mohon untuk jawapan bertulis kepada isu-isu yang telah kami bangkitkan tadi. Terima kasih.
Ada? Sila Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Fasal 12 ini berkait tentang peruntukan baharu, subseksyen baharu, 27(1A) dan (1B), kalau ikut akta ibu, dinyatakan ada lima ataupun enam yang diberikan kuasa ini. Cuma dalam hal ini, dinyatakan selepas berunding dengan mana-mana Menteri berkaitan yang lain. Jadi, apakah di sana ada diperincikan kementerian-kementerian mana yang hendak dirundingkan? Ataupun ia dibiarkan terbuka dan kemudiannya disiarkan di dalam warta? Terima kasih.
Sila Yang Berhormat Dungun.
Fasal 5, penggantian seksyen 13. Di mana kalau kita lihat kepada kesalahan pemerdagangan orang yang lebih berat ini...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Buka mask.
Sabit kepada hukuman, sabit kepada hukuman... [Membuka pelitup muka]
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dengar sikit.
Dihukum apabila disabitkan dengan pemenjaraan seumur hidup atau dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat. Sedangkan Tuan Pengerusi, dalam seksyen yang ingin digantikan, segala kesalahan yang terkandung di atas boleh dibahagikan kepada dua. Pertama, kesalahan pemerdagangan yang menyebabkan kecederaan kepada mangsa. Orang yang masih hidup tetapi kecederaan sama ada parah ataupun tidak. Kedua, itu yang melibatkan seksyen 13 (a), (d) dan (e). Kedua, kesalahan menyebabkan kematian kepada mangsa secara langsung atau tidak langsung yakni seksyen 13 iaitu (b) dan (c) di mana kecederaan parah itu di bawah seksyen 13(a). Akan tetapi seksyen 13(b), kematian. seksyen 13(c) ialah bunuh diri, membunuh diri. Itu kematian. Kemudian, seksyen 13(d), seksyen 13(e) itu, kecederaan. Jadi, soal yang melibatkan kepada kesalahan ini, kematian mangsa ini, kalau dikira daripada segi rasionalnya, sudah pasti sepatutnya lebih berat tahap jenayahnya berbanding kesalahan yang menyebabkan kecederaan. Soalan saya adalah mengapa
hukuman yang diperuntukkan dalam penggantian seksyen ini adalah sama, tidak mengira sama ada kesan pemerdagangan ini menyebabkan kecederaan atau kematian seseorang mangsa tersebut. Saya ingin membawa perhatian dalam penemuan kubur besar dan kem penempatan sementara di Wang Kelian, Perlis yang didakwa menjadi berkaitan dengan aktiviti pemerdagangan manusia pada tahun 2015. Kes ini sangatlah penting untuk dijadikan rujukan bagi memastikan dalang bagi kes-kes yang menyayat hati ini perlu diberikan hukuman yang lebih keras dan bukannya hukuman yang setara dengan kesalahan pemerdagangan yang menyebabkan kecederaan semata-mata kepada mangsanya. Saya pohon supaya yang melibatkan kematian dan juga yang melibatkan kecederaan diasingkan daripada segi kehakiman daripada segi hukum itu supaya ia diberatkan kepada kes-kes yang melibatkan bunuh diri dan juga kes-kes yang membawa kepada kematian. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Ada lagi? Ya. Silakan Yang Berhormat Pokok Sena.
Ya. Terima kasih Tuan Pengerusi. Seksyen 27(1A) ya. Saya tidak pasti sama ada, ada disebut ataupun tidak tadi dan saya tidak dengar apa-apa ulasan daripada Yang Berhormat Menteri iaitu berkaitan dengan apakah bentuk penjawat awam yang ingin diberikan kuasa oleh KDN untuk menguatkuasakan ATIPSOM ini. Ini sebab saya lihat bahawa isu-isu yang sekarang ini yang kita hadapi seperti mana dalam pembentangan akta ini tadi disebut oleh Yang Berhormat Menteri ialah isu integriti dalam kalangan agensi penguat kuasa khususnya imigresen dan sebagainya— disebut Yang Berhormat Menteri tadi. Jadi, apakah jaminan dalam kita hendak mengatasi masalah integriti ini? Kalau diberikan kepada agensi-agensi yang lain ataupun digabung mereka itu sedangkan kita berhadapan dengan permasalahan yang sama iaitu permasalahan integriti dalam kalangan bahagian penguat kuasa. Ini sebab saya lihat bahawa dalam isu yang berkaitan dengan soal pekerja dengan kemasukan pekerja asing sama ada secara sah ataupun secara tidak sah dan sebagainya, ia membabitkan kumpulan ataupun syarikat-syarikat besar yang menguasai industri ini. Umpamanya, saya sangat meragui apabila Kementerian Dalam Negeri memberikan kepada Bestinet untuk memprogramkan satu Foreign Workers Centralized Management System (FWCMS) untuk isu permohonan pekerja asing melalui online dan sebagainya. Sedangkan— dan ini saya tidak faham ini kenapa kementerian KSM ini, boleh bersetuju dengan KDN sedangkan dalam KSM sudah ada ePPAx sebelum itu. ePPAx yang dibangunkan oleh kerajaan bukan dibangunkan oleh syarikat di Sungai Petani. Bukan dibangunkan oleh syarikat. Akan tetapi yang saya sebutkan tadi FWCMS ini, Foreign Workers Centralized Management System ini, ia dibangunkan oleh syarikat. Bermakna bahawa syarikat sudah menguasai satu sistem yang kerajaan ada kepentingan. ePPAx yang di KSM itu dibangunkan oleh kerajaan dengan wang kerajaan sendiri hampir RM10 juta. Kemudian, di-upgrade dan sebagainya dan dalam sistem ePPAx ini, kita tidak mengenakan apa-apa caj. Dalam ePPAx ini tidak mengenakan apa-apa caj. Akan tetapi melalui Foreign Workers Centralized Management System ini, saya difahamkan bahawa Bestinet ini maknanya ia akan kenakan RM100 bagi setiap pekerja asing. Ini menambahkan kos. Menambahkan kos. Jadi, saya bimbang dan ini juga ada isu dengan KSM yang sendiri katakan Ahad ini akan menandatangani MOU dengan Bangladesh, dengan kehadiran Menteri dari Bangladesh. Saya difahamkan di sana ada peranan Bestinet. Jadi, saya bimbang bahawa ini akan merosakkan lagi permasalahan yang sedang kita, kita hadapi. Jadi, saya mohon penjelasan.
Baik. Yang Berhormat Baling.
Terima kasih. Fasal 6, seksyen 14 Akta 670. Saya ingin hendak tambah sikit berkaitan dengan apa yang saya sebutkan tadi dalam perbahasan saya. Ini specifically berkaitan dengan pekerja- pekerja di rumah. Pertama sekali, apakah salah dan kiranya Yang Berhormat Menteri, maid ini kita panggil domestic worker. Dalam istilah yang baharu domestic worker atau pekerja rumah tangga. Jadi, apa yang berlaku pada hari ini, yang mereka yang lari daripada majikan tersebut. Ia ada satu lagi a small cartel yang mana empat, lima orang duduk satu rumah. Dia kalau bekerja di Subang Jaya, dia akan lari duduk di Cheras. Selepas itu apa yang berlaku dalam lima orang ini, dia akan buat they punya deed petugas harian. Ia akan pergi rumah ke rumah buat pagi sampai petang. Yang saya sebutkan tadi, yang guru-guru yang tidak mampu dan pegawai-pegawai kerajaan yang tidak mampu, mereka bekerja di rumah. Weekend Saturday dan Sunday, dia akan cuci pagi sampai petang. Satu jam RM10 atau RM20, lima jam sebanyak RM100, contoh. Soalan saya sekarang ini, dalam jawatankuasa ini, kita kena bincangkan hendak tentukan hala tuju kita. Sekiranya, pihak imigresen atau mana-mana pihak pergi raid rumah tersebut dan tangkap. Adakah tuan rumah, cikgu tadi ini atau pegawai-pegawai bank atau kerajaan jadi man slaughtering? Adakah mereka ini?
Ini yang saya harap kita tidak ambil tindakan sebab hukuman ini memang kita sokong, berat sangat. Kalau kita tengok Wang Kelian dan sebagainya ini memang sepatutnya lebih daripada seumur hidup pun patut layak. Kalau pergi tanam orang hidup- hidup, yang 150 orang ini kita tidak tahu apa terjadi. Jadi dalam hal ini, apakah pindaan Yang Berhormat Menteri sedang fikirkan untuk macam— Saya yakin dan percaya, you had spoken to all the stakeholders tanpa sempadan, luar negara, sudah cakap dengan semua duta. Saya percaya whatever you did dengan stakeholders. Jadi saya harap, yang small cartels ini akhirnya saya tidak mahu rakyat yang tidak berdosa macam cikgu dan sebagainya yang tidak mampu ini untuk mengadakan domestic workers yang saya sebutkan tadi ini mahal, inilah hakikatnya, natijahnya mereka akan terjebak dengan undang-undang dan akhirnya mereka akan terjebak dengan keputusan yang kita buat berkaitan dengan apakah undang-undang yang akan menentukan berkaitan dengan mereka dipenjarakan punya lama. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Silakan Yang Berhormat Menteri. Minta Yang Berhormat Menteri menjawab.
Terima kasih. Pertamanya kepada Yang Berhormat Hang Tuah Jaya tentang Fasal 12 iaitu pemulihan.
Yang Berhormat Hang Tuah Jaya tidak ada dalam Dewan.
Dia tanya, dia keluar terus.
Tidak mengapa, boleh move to the next one Yang Berhormat. Boleh beri jawapan bertulis.
Kemudian, Yang Berhormat Dungun ada bertanya tentang seksyen 5. Saya hendak maklumkan bahawa seksyen 5 ini, sekejap ya. Saya masuk dahulu dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena tentang jaminan dari segi integriti. Saya hendak maklumkan, ini adalah sesuatu perkara yang telah pun kita perhebatkan dari semasa ke semasa untuk menentukan enforcement
ini menjaga dari segi integritinya. Apa yang dipersoalkan tentang sama ada KSM atau KDN menggunakan segala apa yang telah pun sedia ada dalam negara. Saya hendak maklumkan, FWCMS ini bukan baru, ia telah ada sebelum ini lagi. Pada tahun 2016 atau 2017 kalau tidak silap saya, syarikat ini telah pun diberikan kontrak tersebut FWCMS. Jadi bukan perkara yang baru sebenarnya. Kemudian tentang apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Baling. Saya bersetujulah bahawa kalau ada kartel, sindiket dan sebagainya, kita akan perhebatkan daripada segi hukuman. Oleh sebab itu, kita sekarang ini hendak melantik ramai lagi penjawat awam untuk membantu kita daripada segi enforcement. Jadi segala apa yang telah dibangkitkan itu, insya-Allah Yang Berhormat Dungun, saya kurang faham apa Yang Berhormat Dungun mahukan.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Walau bagaimanapun, saya akan maklumkan kepada Yang Berhormat Dungun apa yang telah pun dibangkitkan tadi. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri.
Walaupun disebutkan tadi FWCMS ini dikatakan sudah ada lama sebelum itu tetapi kemudiannya itu telah terminated dan kita telah bangun dalam KSM.
Tidak betul, tidak terminated.
Tidak mengapalah. Akan tetapi kita telah bangunkan sistem dalam...
Betul, betul bangun sistem dalam KSM. Itu KSM yang gunakan.
Ya tetapi kenapa sekarang ini dipindahkan kepada KDN iaitu melalui FWCMS.
Bukan dipindahkan, saya hendak maklumkan bahawa masalah...
Sedangkan dulu adalah tanggungjawab di bawah KSM dan diberikan percuma, tidak ada kos kepada orang ramai.
Tidak mengapa. Saya hendak maklumkan bahawa pelantikan kuota semua itu telah diberikan kepada KSM, tidak ada kena-mengena dengan KDN lagi. Memang kita benarkan KSM untuk menggunakan segala apa aplikasi yang ada. Kalau mereka hendak menggunakan FWCMS pun boleh, dia hendak menggunakan ePPAx pun boleh. Segala apa yang kita lakukan adalah untuk integrate- kan, untuk memastikan ada data-data perkongsian di antara KDN dan KSM. Itu yang ingin saya maklumkan.
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri, last sekali yang tadi saya sebut, domestic worker ataupun pekerja rumah tangga. Ini rakyat kita yang minta supaya mereka kita muliakan dengan gelaran domestic worker ataupun pekerja rumah tangga. Itu pertama. Keduanya yang saya sebut tadi hukuman berat kepada cikgu-cikgu, pegawai- pegawai yang orang datang day-to-day yang cuci ini, kalau ada rate tidak adalah mereka ini dikenakan hukuman yang seberat itu sebab mereka got no choice because they can’t afford it. Jadi sebab itu diadakan yang day-to-day punya maid ini ataupun dipanggil domestic worker kerana mereka kosong, bila rate mereka itu kosong, tiada permit. Harap- harap itu budi bicara Yang Berhormat Menterilah. Terima kasih.
Terima kasih. Insya-Allah, saya ambil maklum.
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Dungun.
Ya. Seksyen 13 yang melibatkan kecederaan parah dan kematian sama hukuman. Jadi perlu ada hukuman yang lebih berat kepada yang melibatkan kematian. Itu saya pohon diberi pertimbangan.
Segala apa yang kita lakukan ini adalah untuk memberikan penambahbaikan walaupun sama tetapi maksudnya adalah untuk kita beri penambahbaikan daripada akta yang sebelum ini. Itu sebenarnya yang kita lakukan. Jadi kita nampak sama hari ini tetapi ia adalah ditambah baik daripada akta yang sebelum ini. Terima kasih. Okey, itulah dia Tuan Pengerusi. Terima kasih banyak.
Terima kasih. [Fasal-fasal 1 hingga 19 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi) dan diluluskan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PATEN (PINDAAN) 2021 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu satu Rang Undang-undang Paten (Pindaan) 2021 dibacakan kali yang kedua sekarang.
Silakan.
Salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MIPO) berperanan dalam mengawal selia pembangunan dan pentadbiran sistem harta intelek termasuk mentadbir dan menguatkuasakan perundangan harta intelek seperti perlindungan dan pendaftaran paten. Akta Paten 1983 [Akta 291] telah diwartakan pada 15 Disember 1983 dan dikuatkuasakan pada 1 Oktober 1986. Akta ini telah mengambil alih Ordinan Pendaftaran Paten United Kingdom dan membolehkan pemohon memfailkan permohonan paten di Malaysia tanpa perlu ke United Kingdom terlebih dahulu. Akta 291 dan Peraturan- peraturan Paten 1986 (PU (A) 327/86) memberi perlindungan kepada paten dan pembaharuan utiliti melalui pendaftaran. Tempoh sah pendaftaran sesuatu paten adalah 20 tahun dari tarikh pemfailan permohonan paten dengan syarat ia diperbaharui setiap tahun. Akta 291 telah dipinda pertama kali pada tahun 1993 dan dikuatkuasakan pada 1 Ogos 1995 untuk memasukkan peruntukan pemeriksaan substantif yang diubahsuai, tuntutan tarikh prioriti, pembatalan paten, pindaan permohonan dan perubahan struktur fi yang dikenakan bagi tujuan pendaftaran paten.
Akta 291 turut telah dipinda pada tahun 2000 bertujuan untuk mematuhi kehendak-kehendak di bawah Perjanjian Trade-Related Aspects of Intellectual Property
Rights (TRIPS) yang disertai oleh Malaysia bagi tujuan perdagangan. Seterusnya, Akta 291 telah dipinda pada tahun 2002, 2003 dan kali terakhir pada tahun 2006 bagi mengemas kini prosedur permohonan paten antarabangsa selaras dengan penyertaan Malaysia dalam Perjanjian Patent Cooperation Treaty (PCT). Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Akta 291 perlu dikaji semula bagi memastikan undang-undang paten selaras dengan perkembangan semasa perlindungan paten di peringkat antarabangsa bagi memastikan undang-undang paten dapat memberi perlindungan dengan lebih efisien dan efektif selaras dengan kehendak komuniti paten, perniagaan, pihak berkepentingan dan negara. Pindaan ini juga telah mengambil kira komitmen Malaysia dalam Perjanjian TRIPS berkaitan kesihatan awam, Perjanjian Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) dan Perjanjian Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (CPTPP). Kementerian juga memastikan pindaan ini bertepatan dengan keputusan yang telah dibuat oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Ogos 2021 yang bersetuju dengan cadangan supaya Malaysia menjadi ahli Budapest Treaty on the International Recognition of the Deposit of Microorganisms for the Purposes of Patent Procedure atau Budapest Treaty. Penyertaan Malaysia dalam Budapest Treaty akan memudahkan pemohon untuk menyimpan mikroorganisma bagi tujuan permohonan paten di tempat simpanan yang diiktirafkan sekali sahaja bagi mendapatkan perlindungan paten di beberapa negara ahli Budapest Treaty. Pindaan kepada Akta 291 perlu dilaksanakan bagi mematuhi peruntukan Budapest Treaty dan seterusnya membolehkan Malaysia mengemukakan Surat Cara Penyertaan Budapest Treaty kepada World Intellectual Property Organization (WIPO) yang merupakan pentadbir Budapest Treaty. Akta 291 perlu dipinda terlebih dahulu bagi membolehkan Malaysia mengguna pakai lesen wajib bagi tujuan membuat dan mengeksport produk farmaseutikal ke negara pengimport yang layak (eligible importing countries) bagi tujuan menangani masalah kesihatan awam sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Artikel 31 Perjanjian TRIPS yang telah berkuat kuasa dan menjadi sebahagian daripada Perjanjian TRIPS sejak tahun 2017. Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Paten (Pindaan) 2021 telah disediakan dan diluluskan oleh Jabatan Peguam Negara dan juga diluluskan oleh Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 26 November 2021. Rang Undang-undang Paten (Pindaan) 2021 mengandungi 69 fasal yang melibatkan pindaan-pindaan seperti yang berikut:― Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa rang undang- undang ini. Fasal 2 adalah mengenai pindaan am yang melibatkan penggantian perkataan “warta” dengan perkataan “jurnal rasmi” dan penggantian perkataan “masa yang ditetapkan” dengan “tempoh yang ditetapkan”. Fasal 3 melibatkan pindaan kepada tafsiran di bawah seksyen 3 yang bertujuan untuk memperkenalkan tafsiran kepada “Majlis TRIPS”, “Pihak Berkuasa Depositari Antarabangsa”, “mikroorganisma”, “Jurnal Rasmi”, “keluaran farmaseutikal”, “pemastautin” dan “Perjanjian TRIPS” supaya lebih jelas. Fasal 4 melibatkan pindaan kepada seksyen 13 berkenaan reka cipta yang tidak boleh dipaten untuk menjelaskan keluaran proses mikrobiologi merupakan reka cipta yang boleh dipatenkan. Fasal 5 melibatkan pindaan kepada seksyen 14 mengenai kebaharuan dan menjelaskan bahawa kandungan permohonan paten domestik yang mempunyai tarikh prioriti yang lebih awal daripada suatu permohonan paten merupakan seni terdahulu
sekiranya kandungan tersebut termasuk dalam permohonan paten domestik yang telah disiarkan di bawah seksyen 33D Akta 291. Fasal 6 melibatkan pindaan seksyen 17B mengenai penukaran bahawa permohonan bagi mendapatkan paten menjadi permohonan bagi mendapatkan perakuan pembaharuan utiliti dan sebaliknya yang melibatkan penetapan dan perlanjutan tempoh yang tidak dibenarkan di bawah seksyen 82 Akta 291. Fasal 7 melibatkan pindaan seksyen 18 mengenai hak kepada suatu paten iaitu hak pereka cipta paten adalah tertakluk kepada keseluruhan peruntukan Akta 291 dan bukan hanya merujuk kepada seksyen 19 yang berkaitan dengan penyerahhakan kehakiman. Fasal 8 melibatkan pindaan seksyen 19 mengenai penyerahhakan kehakiman akan permohonan paten atau paten dalam fasal 49 yang melibatkan pindaan kepada seksyen 59 mengenai prosiding pelanggaran untuk menyelaraskan had masa daripada lima tahun kepada enam tahun sebagaimana had masa untuk tindakan kontrak, tort dan tindakan lain yang diperuntukkan di bawah seksyen 6 Akta Had Masa 1953 [Akta 254]. Fasal 9 melibatkan pindaan seksyen 21 mengenai reka cipta oleh pekerja kerajaan dan bertujuan untuk menjelaskan bahawa Kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri boleh membuat permohonan paten di bawah Akta 291. Fasal 10 melibatkan pindaan seksyen 23A mengenai permohonan oleh pemastautin hendaklah difailkan di Malaysia terlebih dahulu dan kebenaran bertulis pendaftar hendaklah dipohon oleh pemastautin sekiranya pemastautin berhasrat untuk membuat permohonan paten di luar Malaysia tanpa membuat permohonan paten di Malaysia. Fasal 11, 17, 29 dan 53 bertujuan meminda seksyen 25, subseksyen 29A(3), subseksyen 35A(1) dan subseksyen 78G(1) Akta 291 untuk memberi kuasa kepada pendaftar dalam menentukan borang bagi pengisytiharan permohonan atau permintaan yang melibatkan penarikan balik permohonan paten, pemeriksaan substantif yang diubahsuaikan, penghidupan semula paten yang luput dan permohonan antarabangsa. Fasal 12 bertujuan memotong seksyen 26A Akta 291 mengenai kuasa pemohon untuk meminda permohonan paten sebagai pindaan berbangkit kepada pindaan seksyen 79 Akta 291. Fasal 13 melibatkan pindaan seksyen 26B mengenai pembahagian permohonan bertujuan memperuntukkan pindaan kepada pendaftar bagi pembahagian permohonan hendaklah dibuat dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan. Tempoh yang ditetapkan untuk membuat permintaan ini juga tidak boleh dilanjutkan. Pindaan ini turut memperuntukkan bahawa permohonan terbahagi adalah berhak kepada tarikh prioriti dan tarikh pemfailan permohonan asal. Fasal 14 dan 15 memperkenalkan peruntukan baharu iaitu seksyen 26C dan subseksyen 78O(1A) mengenai pendepositan mikroorganisma. Seksyen baharu ini diperkenalkan bagi tujuan Malaysia menjadi ahli kepada Triti Budapest.
Sekiranya suatu reka cipta melibatkan suatu mikroorganisma yang tidak tersedia kepada orang awam dan tidak dapat diperihalkan dalam permohonan paten, mikroorganisma tersebut boleh didepositkan kepada pihak berkuasa depositori antarabangsa yang diiktiraf di bawah Budapest Treaty ataupun kepada pihak berkuasa Depositori Kebangsaan sebagai mematuhi kehendak penaziran paten di bawah Akta 291. Fasal 15 melibatkan pindaan seksyen 27 mengenai hak prioriti dan memohon dibenarkan untuk membuat permohonan pemulihan hak prioriti dalam tempoh yang ditetapkan selepas tamat tempoh 12 bulan tersebut selaras dengan Triti Kerjasama Paten yang mana Malaysia merupakan ahli. Fasal 16 melibatkan pindaan seksyen 28 mengenai tarikh pemfailan iaitu pemohon perlu mengemukakan dokumen yang lengkap untuk mendapatkan tarikh
pemfailan permohonan paten termasuk membuat bayaran fi bagi setiap tuntutan reka cipta yang melebihi 10 tuntutan dalam satu permohonan. Fasal 17 melibatkan pindaan seksyen 29A mengenai permintaan bagi pemeriksaan substantif atau pemeriksaan substantif yang diubahsuai. Pemohon tidak lagi perlu mengemukakan maklumat tambahan atau dokumen sokongan yang melibatkan pemfailan di luar Malaysia dan membenarkan penangguhan bagi pemeriksaan substantif yang diubahsuai sahaja. Fasal 18 melibatkan pindaan seksyen 30 mengenai pemeriksaan substantif atau pemeriksaan substantif yang diubahsuai iaitu sebarang pindaan kepada pemohon hendaklah tidak menzahirkan lebih daripada apa yang dizahirkan dalam permohonan asal. Fasal 19 memperkenalkan peruntukan baharu seksyen 31A mengenai salinan paten atau permohonan paten yang diperakui dan tidak diperakui dan membolehkan pemilik atau pemohon paten membuat permintaan kepada pendaftar bagi mendapatkan salinan atau cabutan diperakui atau tidak diperakui bagi permohonan paten atau patennya. Fasal 20 melibatkan pindaan seksyen 32A mengenai notis mengenai amanah dalam daftar dan bertujuan membenarkan notis mengenai suatu amanah nyata atau benefisiari suatu amanah nyata diterima oleh pendaftar dan dimasukkan ke dalam daftar. Fasal 21 melibatkan pindaan seksyen 33 mengenai pemeriksaan daftar dan salinan atau cabutan daripada daftar dan menjelaskan bahawa mana-mana orang termasuk Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri boleh membuat permintaan kepada pendaftar untuk memeriksa daftar dan mendapatkan salinan atau cabutan diperakui atau tidak diperakui daripada daftar. Fasal 22 melibatkan pindaan seksyen 33A mengenai salinan diperakui atau cabutan diperakui daripada daftar dan sebagainya. Boleh diterima sebagai keterangan dalam mahkamah. Sekiranya dokumen yang berhubungan dengan permohonan paten atau paten boleh diperoleh di bawah Akta 291 atau dokumen tersebut telah tersedia kepada orang awam, maka pekerja perbadanan tidak boleh dikehendaki untuk hadir ke mahkamah bagi tujuan mengemukakan dokumen-dokumen tersebut. Fasal 23 melibatkan pindaan seksyen 33B mengenai pindaan kepada daftar dan membolehkan pemunya paten membuat permintaan kepada Pendaftar untuk meminda nama atau alamat pereka cipta. Fasal 24 melibatkan pindaan seksyen 33C mengenai mahkamah boleh memerintahkan supaya daftar dibetulkan dan merupakan pindaan berbangkit daripada pengenalan seksyen 88C baharu yang mengehendaki setiap permohonan ke mahkamah termasuk keputusan diserahkan kepada Pendaftar. Fasal 25 memperkenalkan peruntukan baharu seksyen 33D mengenai penyiaran permohonan paten dalam jurnal rasmi hak harta intelek dan membenarkan permintaan penyiaran awal oleh pemohon paten dan peruntukan baharu ini tidak terpakai kepada permohonan antarabangsa yang dibuat di bawah Triti Kerjasama Paten. Fasal 26 melibatkan pindaan seksyen 34 mengenai pemeriksaan awam iaitu orang awam boleh membuat pemeriksaan awam untuk mendapatkan laporan carian dan pemeriksaan pemeriksa komunikasi daripada pemohon paten kepada Pejabat Pendaftaran Paten dan petikan bahan bertulis berkaitan paten yang dikemukakan oleh pemohon paten atau mana-mana orang lain kepada Pejabat Pendaftaran Paten. Fasal 27 memperkenalkan peruntukan baharu seksyen 34A mengenai pemerhatian oleh pihak ketiga iaitu membenarkan mana-mana orang termasuk Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri untuk membuat pemerhatian secara bertulis kepada Pendaftar mengenai kebolehpatenan sesuatu permohonan paten. Fasal 29 melibatkan pindaan seksyen 35A mengenai penghidupan semula paten yang luput iaitu penghidupan semula paten yang luput boleh dibuat dalam tempoh 12
bulan dan tarikh notis tentang luputnya sesuatu paten yang disiarkan dalam Jurnal Rasmi Harta Intelek. Fasal 30 melibatkan pindaan seksyen 36 mengenai hak pemunya paten iaitu membenarkan paten diuruskan sebagai subjek kepentingan bercagar. Mana-mana orang selain pemunya paten atau pemegang lesen tidak perlu mendedahkan rahsia pengilangan atau komersial dalam membuktikan bahawa keluaran tersebut diperoleh daripada proses yang dipatenkan. Sekiranya mahkamah berpuas hati bahawa adalah tidak munasabah atau tidak perlu berbuat demikian atau akan menjejaskan rahsia pengilangan atau komersial orang tersebut. Fasal 31 melibatkan pindaan seksyen 37 mengenai pembatasan hak. Pindaan ini bertujuan untuk meluaskan pembatasan hak paten seperti yang berikut: (i) apa-apa tindakan yang dilakukan terhadap paten bagi tujuan eksperimen; (ii) bagi membenarkan keluaran farmaseutikal untuk dieksport bagi tujuan mendapatkan kelulusan pemasaran ataupun marketing approval daripada pihak berkuasa yang relevan di luar Malaysia; dan (iii) penggunaan paten pada mana-mana vessel, pesawat udara, pesawat angkasa atau kenderaan darat negara asing yang ada di Malaysia secara tidak sengaja. Pindaan ini adalah selaras dengan peruntukan di bawah Konvensyen Paris yang mana Malaysia merupakan ahli. Fasal 32 bertujuan meminda tajuk Bahagian VIII dengan memperkenalkan tajuk baharu iaitu permohonan paten dan paten sebagai objek harta. Fasal 33 melibatkan pindaan seksyen 39 mengenai penyerahan dan perpindahan permohonan paten dan paten iaitu mengiktirafkan paten sebagai harta peribadi atau harta alih yang boleh menjadi subjek kepentingan bercanggah dan membenarkan transaksi kepentingan bercanggah ini direkodkan dalam daftar termasuk pindaan butir-butir transaksi dan pengeluaran transaksi daripada daftar. Fasal 34 bertujuan meminda Bahagian X Akta 291 untuk memberi kuasa kepada Pendaftar untuk memberi lesen wajib di bawah Bahagian ini.
Fasal 35 hingga 39 dan fasal 41 bertujuan meminda seksyen 48 hingga 53 Akta 291 bagi mematuhi kewajipan di bawah Artikel 31. Perjanjian TRIPS bagi membenarkan pemberian lesen wajib untuk pembuatan keluaran farmaseutikal di Malaysia dan pengeksportan keluaran yang sama kepada negara pengimport yang layak untuk menangani masalah kesihatan awam negara tersebut. Melalui pindaan ini juga, mana- mana orang boleh memohon lesen wajib sekiranya produk yang dikeluarkan di Malaysia telah dijual di pasaran tempatan dengan harga tinggi yang tidak berpatutan tanpa sebab yang sah pada bila-bila masa selepas paten diberikan tanpa perlu menunggu tamat tempoh tiga tahun dari tarikh pemberian paten atau empat tahun dari tarikh pemfailan paten tersebut. Fasal 40 memperkenalkan peruntukan baharu seksyen 52A mengenai pemberian lesen wajib yang tidak boleh menimbulkan kemungkiran kontrak. Fasal 42 dan 44 bertujuan meminda subseksyen 54(4) mengenai pindaan pembatalan dan penyerahan lesen wajib dan pindaan kepada subseksyen 55(5) mengenai penyerahan paten. Fasal 43 bertujuan meminda tajuk Bahagian XI Akta 291 dengan tajuk baharu iaitu “PENYERAHAN, BANGKANGAN DAN PENTAKSAHAN PATEN”. Fasal 45 memperkenalkan peruntukan baharu seksyen 55A mengenai bangkangan paten iaitu membolehkan mana-mana orang berkepentingan memulakan prosiding bangkangan bagi tujuan mentaksahkan paten di hadapan pendaftar.
Fasal 46 melibatkan pindaan seksyen 56 mengenai pentaksahan paten dan merupakan pindaan berbangkit daripada pemotongan permohonan penangguhan bagi pemeriksaan substantif di bawah seksyen 29A Akta 291. Fasal 47 memperkenalkan peruntukan baharu seksyen 56A mengenai prosiding pentaksahkan selepas pemfailan notis bangkangan. Peruntukan baharu ini menjelaskan bahawa apabila prosiding bangkangan di hadapan pendaftar di bawah seksyen 55A Akta 291 masih belum selesai. Pihak yang berkepentingan tidak boleh memulakan prosiding pentaksahan di mahkamah di bawah seksyen 56 Akta 291. Kecuali jika kedua-dua pihak kepada pembangkangan bersetuju memulakan prosiding pentaksahan di mahkamah atau pihak berkepentingan merupakan defendan bagi prosiding perlanggaran di mahkamah. Dalam keadaan tersebut, pihak berkepentingan dikehendaki memaklumkan kepada pendaftar dan menarik balik notis bangkangan yang telah difailkan. Fasal 48 melibatkan pindaan subseksyen ataupun seksyen 57 mengenai tarikh dan kuat kuasa pentaksahan. Pindaan ini memasukkan kesan pentaksahan paten oleh pendaftar di bawah seksyen 55A adalah sama seperti kesan pentaksahan paten oleh mahkamah di bawah seksyen 56 sedia ada di mana paten tersebut hendaklah dianggap sebagai tidak sah daripada tarikh pemberian paten. Fasal 50 dan 61 melibatkan pindaan seksyen 75 mengenai penerimaan pernyataan dalam keterangan dan pindaan seksyen 83 mengenai perlanjutan masa oleh sebab kesalahan di pejabat pendaftaran paten. Pindaan ini bertujuan untuk meluaskan pemakaian seksyen ini yang bukan sahaja merujuk kepada mahkamah tinggi tetapi turut merujuk kepada mahkamah-mahkamah lain. Fasal 51 memperkenalkan peruntukan baharu seksyen 76A yang bertujuan untuk memperkenalkan pengkompaunan kesalahan di bawah Akta 291. Fasal 52 melibatkan pindaan seksyen 78F mengenai orang yang berkelayakan untuk permohonan antarabangsa. Warga Malaysia yang tinggal di luar Malaysia atau pemastautin layak untuk memfailkan permohonan antarabangsa di Pejabat Pendaftaran Paten dan pemastautin di bawah seksyen ini adalah tertakluk kepada seksyen 23A Akta 291. Fasal 54 melibatkan pindaan seksyen 78N mengenai penyiaran antarabangsa bagi permohonan antarabangsa dan kesannya dan penyiaran permohonan antarabangsa yang dibuat oleh Biro Antarabangsa mempunyai kesan yang sama seperti penyiaran yang dibuat di bawah Seksyen 33D Akta 291. Fasal 56 melibatkan pindaan seksyen 79 mengenai kuasa pendaftar untuk meminda permohonan paten iaitu membolehkan pemunya paten memohon kepada pendaftar untuk meminda nama atau alamat pereka cipta dan dokumen permohonan dan pindaan terhadap permohonan paten tersebut tidak boleh menzahirkan lebih daripada apa yang dizahirkan dalam permohonan asal dan pindaan tidak boleh dilakukan sekiranya terdapat prosiding mahkamah yang masih berjalan dan berhubung dengan hak permohonan paten di bawah seksyen 19. Fasal 57 melibatkan pindaan seksyen 79A mengenai kuasa pendaftar untuk meminda paten dan membenarkan pemunya paten memohon kepada pendaftar untuk pemeriksaan semula paten. Fasal 58 melibatkan pindaan seksyen 80 mengenai kuasa lain pendaftar. Pindaan ini memberikan kuasa kepada pendaftar seperti yang berikut: (a) untuk mengawet kos; dan (b) untuk mengemukakan maklumat mengenai sesuatu permohonan paten yang belum disiarkan di bawah seksyen 33D bagi tujuan mematuhi Akta Akses Kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah 2017 [Akta 795]. Fasal 59 melibatkan pindaan seksyen 81 mengenai perjalanan kuasa budi bicara iaitu peluang untuk didengar di hadapan pendaftar hendaklah dibuat mengikut cara dengan pembayaran fi yang ditetapkan.
Fasal 60 melibatkan pindaan seksyen 82 mengenai perlanjutan masa itu iaitu perlanjutan masa hanya dibenarkan dalam tempoh dan perkara tertentu sahaja. Fasal 62 melibatkan pindaan seksyen 84 mengenai hak kerajaan untuk mematuhi kewajipan di bawah Artikel 31 Perjanjian TRIPS yang berhubungan dengan pengimportan keluaran farmaseutikal oleh agensi kerajaan atau pihak ketiga yang ditentukan oleh Menteri jika berlaku masalah kesihatan awam di Malaysia. Fasal 63 melibatkan pindaan seksyen 86 mengenai ejen paten. Pindaan ini menjelaskan perkara-perkara yang berhubungan dengan pembatalan, pelantikan atau pertukaran ejen paten. Fasal 64 memperkenalkan peruntukan baharu seksyen 86A mengenai Jurnal Rasmi Harta Intelek dan menggantikan warta bagi penyiaran di bawah Akta 291 serta memperuntukkan bahawa suatu salinan jurnal rasmi hendaklah menjadi keterangan prima facie tentang fakta yang dinyatakan dalamnya. Fasal 65 melibatkan pindaan seksyen 87 mengenai peraturan-peraturan.
Pindaan ini memberi kuasa kepada Yang Berhormat Menteri untuk membuat peraturan berhubung dengan perkara-perkara berikut: (a) menetapkan pihak berkuasa depositori kebangsaan dan mengawal selia semua perkara yang berhubung dengan pihak berkuasa depositori kebangsaan; (b) mengawal selia perfailan atau pengeluaran dokumen melalui cara elektronik; dan (c) mengawal selia semua perkara yang berhubungan dengan ejen paten. Fasal 66 memperkenalkan peruntukan baharu seksyen 87A mengenai direktif atau notis amalan oleh pendaftar iaitu memberi kuasa kepada Pendaftar bagi mengeluarkan direktif atau notis amalan yang mempunyai kuasa perundangan kepada mana-mana orang yang berhubungan dengan mana-mana peruntukan Akta 291 atau perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya. Fasal 63 melibatkan pindaan seksyen 88 mengenai rayuan dan menjelaskan bahawa tatacara rayuan terhadap keputusan Pendaftar di Mahkamah Tinggi adalah sama seperti rayuan di bawah mana-mana undang-undang bertulis dalam perkara-perkara sivil. Fasal 63 memperkenalkan lima peruntukan baharu iaitu seksyen 88A mengenai kos prosiding di hadapan mahkamah dan memberi kuasa kepada mahkamah untuk mengaward kos kepada mana-mana pihak yang berprosiding di hadapan mahkamah dan Pendaftar tidak boleh diperintahkan untuk membayar kos mana-mana pihak. Seksyen 88B mengenai perlindungan terhadap tindakan guaman dan prosiding undang-undang dan memberikan perlindungan kepada Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Penolong Pendaftar, Pemeriksa dan mana-mana pegawai perbadanan lain terhadap apa- apa tindakan saman. Pendakwaan atau prosiding lain berikutan tindakan atau peninggalan yang dilakukan dengan suci di hati dalam melaksanakan fungsi-fungsi nya dan menjalankan kuasanya di bawah Akta 291. Seksyen 88C mengenai penyampaian permohonan perintah penghakiman kepada pendaftar. Seksyen 88D mengenai pendaftar tidak boleh menjadi pihak dalam prosiding tertentu apabila tiada klausa tindakan terhadap Pendaftar. Seksyen 88E mengenai kuasa Menteri untuk meminda jadual dan bertujuan untuk memberi kuasa kepada Menteri untuk meminda jadual di bawah Akta 291. Fasal 69 melibatkan peruntukan pengecualian dan peralihan. Tuan Yang di- Pertua saya mohon mencadangkan.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada sesiapa yang menyokong?
Tuan Yang di-Pertua saya menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Paten 1983 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Pertama, saya ingin menjemput Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Permatang Pauh dan Yang Berhormat Rasah. Silakan Yang Berhormat Tebrau.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. RUU ini bertujuan untuk meminda banyak seksyen serta memasukkan banyak seksyen baharu ke dalam Akta Paten 1983. Pindaan ini jelas merupakan usaha untuk mematuhi Budapest Treaty dengan izin mengenai deposit mikroorganisma untuk tujuan paten mereka serta perjanjian TRIPS, dengan izin yang memerlukan negara anggota untuk menyediakan paten untuk sebarang ciptaan sama ada produk atau proses dalam semua bidang teknologi tanpa diskriminasi tertakluk kepada ujian biasa kebaharuan mereka cipta dan kebolehgunaan industri. Sebagai sebuah negara membangun adalah bijak untuk mengetahui pelbagai bentuk harta intelek dan mekanisme. Perlindungan harta intelek yang ditubuhkan di negara kita ini. Khususnya bagi mereka yang berada di universiti seperti pensyarah dan penyelidik. Universiti sering dilihat sebagai batu loncatan untuk pemimpin masa depan dan usahawan dan pencipta perniagaan yang berjaya yang kesemuanya memerlukan pengetahuan tentang pelbagai harta intelek dan mekanisme perlindungannya sebagai alat untuk mencapai pertubuhan yang mampan. Tuan Yang di-Pertua Malaysia telah melakukan dengan baik setakat ini untuk mematuhi TRIPS kerana kami telah mewujudkan semua mekanisme perlindungan harta intelek yang diperlukan di bawah perjanjian TRIPS melalui pelbagai undang-undang yang telah dilaksanakan. Tuan Yang di-Pertua saya berpendapat bahawa dalam era Revolusi Perindustrian Ke-4 ini adalah penting bagi rakyat Malaysia untuk menyedari kepentingan harta intelek dan pelbagai mekanisme perlindungan harta intelek yang tersedia untuk mencapai kemampanan dan untuk bersaing dengan harta intelek yang tersedia untuk mencapai kemampanan dan untuk bersaing dengan negara maju. Saya berpendapat bahawa dengan meningkatkan pematuhan kita akan meningkatkan kedudukan kita dalam Indeks Inovasi Global (GII). Pada tahun 2019 kedudukan Malaysia berada di tempat ke-35 daripada 129 buah negara. Justeru saya percaya pematuhan yang lebih tinggi akan membantu menarik pelaburan langsung asing (FDI) yang lebih tinggi dan peningkatan dalam pemindahan teknologi apabila lebih banyak syarikat asing bersedia untuk menubuhkan pusat penyelidikan di sini. Saya melihat bahawa pindaan yang dicadangkan adalah tepat pada masanya kerana kita ingin memastikan bahawa kita tidak ketinggalan dalam penyelidikan bioteknologi di mana kita bercita-cita untuk mengukuhkan penyelidikan kita untuk membangunkan produk pharmaceutical dan microorganism kami sendiri yang memberi manfaat kepada manusia. Oleh itu, saya ada tiga soalan untuk dijawab oleh Yang Berhormat Menteri. Pertama adakah terdapat sebarang peruntukan dalam Akta Paten untuk menangani isu suatu paten seperti produk pharmaceutical atau ubat dijual pada harga tinggi di Malaysia. Soalan kedua, adakah pemberian lesen wajib akan menimbulkan pelanggaran kontrak. Ketiga, adakah syarikat pharmaceutical generic di Malaysia boleh mendapatkan kelulusan pemasaran produk pharmaceutical ini daripada pihak berkuasa yang mengawal selia permasalahan pharmaceutical luar negara ketika produk pharmaceutical tersebut masih dalam perlindungan di Malaysia. Itu sahaja daripada saya terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Yang Berhormat Setiu silakan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Seperti yang diketahui umum rang undang-undang diwujudkan bagi memberikan hak eksklusif yang dianugerahkan kepada pemunya untuk suatu reka cipta baharu. Oleh demikian dengan adanya akta ini ia mampu melindungi reka bentuk pemunya daripada ditiru bahkan Intellectual Property (IP) yang didaftarkan boleh dijadikan aset terpenting yang mampu mendorong perkembangan ekosistem dunia perniagaan, pemulihan ekonomi serta kemajuan insani. Tuan Yang di-Pertua akta ini sememangnya membawa implikasi yang besar kepada sesebuah industri pembuatan tempatan. Malah, tanpa akta tersebut para usahawan bakal berhadapan risiko kehilangan identiti. Seperti mana yang berlaku dalam industri pemprosesan batik. Umum mengetahui corak dan reka bentuk setiap hasil batik tidak sama. Namun, kebelakangan ini identiti industri ini makin terhakis akibat kecenderungan pengusaha dari negara jiran menjiplak rekaan dan motif tempatan kepada produk keluaran mereka. Begitu juga dengan dunia perniagaan PKS. Isu yang sering kali timbul adalah peniruan reka cipta yang mencetuskan pergaduhan.
Perkara ini disebabkan oleh tahap kesedaran yang masih rendah bukan sahaja di kalangan peniaga malah dalam kalangan pengguna juga. Isu-isu yang terus membelenggu dunia perniagaan PKS ini menjadi salah satu faktor utama mengapa mereka tidak mendaftarkan IP mereka. Oleh itu, apakah mekanisme kerajaan bagi menarik lebih ramai usahawan tempatan untuk mendaftarkan IP mereka selain memberikan kefahaman kepada peniaga akan kepentingan pendaftaran ini dibuat.? Selain itu, apakah bentuk kewangan yang disediakan oleh pihak kementerian bagi menggalakkan para usahawan untuk mendaftarkan IP mereka? Tuan Yang di-Pertua, para usahawan juga perlu menitikberatkan pelan perniagaan jangka pendek dan juga pelan jangka panjang bagi memastikan hak serta keaslian produk atau perkhidmatan mereka mampu terus bertahan di pasaran dan tidak mudah ditiru oleh usahawan yang lain. Namun yang menjadi persoalannya, apakah langkah-langkah yang diperkenalkan oleh KPDNHEP bagi memastikan paten yang diberi berkualiti dan mengambil kira pandangan pihak yang berkepentingan? Selain itu juga, saya meminta penjelasan sejauh manakah bidang R&D telah dijalankan dan apakah keutamaan R&D serta bidang pemfailan paten negara pada masa kini? Mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri. Sekian Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Yang Berhormat Bukit Bendera.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua saya turut ingin menyertai pindaan Akta Paten 1983. Tadi saya mendengar ucapan Yang Berhormat Menteri akta ini telah diasaskan 1983 mengenai lima pindaan. Pindaan terakhir tahun 2006. Oleh itu, hari ini menteri mengemukakan rang undang-undang dengan begitu banyak pindaan 69 fasal ini kerana terlalu lama tidak dipinda. Maka saya menyeru meminta kerajaan supaya kerana undang-undang intellectual property, undang-undang berkenaan dengan hak intelek perlu dikemaskinikan setiap masa. Kalau sekiranya tidak kita akan ketinggalan di belakang. Saya memang faham bahawa hari ini kementerian akan mengemukakan tiga rang undang-undang di samping rang undang-undang berkenaan paten, berkenaan dengan hak cipta dan juga petunjuk geografi adalah sebahagian daripada pembaharuan untuk memenuhi perjanjian
RCEP iaitu Regional Comprehensive Economic Partnership atau dalam bahasa Melayu, Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah membuat komitmen untuk memenuhi obligasi RSEP yang pada menjelang 1 Januari 2022 kerana sudah terdapat enam negara ASEAN telah menyertai secara rasminya berkenaan RCEP iaitu negara Brunei, Cambodia, Laos, Singapura, Thailand dan juga Vietnam. Malaysia bakal menjadi negara ketujuh. Maksudnya selepas ketiga-tiga undang-undang domestik ini diluluskan, maka kita sekurang-kurangnya bersedia secara undang-undang untuk menyertai satu blok perdagangan antarabangsa yang penting. Soalan saya, kenapa kita begitu lambat kerana suka atau tidak suka RCEP sudah terbentuk apabila ada enam negara ASEAN menyertainya? Oleh itu, kita sebenarnya ke belakang dan bukan di hadapan. Saya melihat berkenaan dengan rang undang-undang ini bukan sahaja memenuhi obligasi RCEP dan juga kerana di RCEP ada satu chapter berkenaan dengan hak harta intelek sebanyak 43 muka surat dengan banyak pelbagai keperluan. Saya meneliti rang undang-undang ini sebahagiannya memenuhi Perjanjian TRIPS, perjanjian berkenaan perdagangan berkaitan aspek hak harta harta intelek, berkenaan dengan treaty berlapis, mengenai pengiktirafan antarabangsa, pendepositan mikroorganisma bagi maksud prosedur paten. Malaysia ialah satu TRIPS compliance country. Oleh itu untuk memenuhi Revolusi Industri 4.0 dan juga menggalakkan inovasi, kita perlu memastikan bahawa undang- undang paten kita up to date. Saya lihat— saya ingin meminta Menteri membuat pengesahan bahawa undang-undang yang dibentangkan memenuhi 43 muka surat dalam chapter intellectual property RCEP. Antara fasal yang saya ingin bangkitkan iaitu compulsory license for pharmaceutical patent, fasal 35 sampai 41. Malaysia mempunyai potensi untuk menjadi satu Tropical Diseases Research Centre dan apakah remedy untuk pemegang-pemegang paten sekiranya compulsory license dikeluarkan oleh registrar. Apakah remedy-nya? Fasal 45 patent opposition allow dengan satu fasal baharu. "Opposition proceedings against the owner of a patent in relation to the grant of patent before the Registrar”. Apakah remedy sekiranya pemohon- pemohon ini tidak dapat mendapat kelulusan daripada registrar. Saya meminta supaya satu pembaharuan daripada segi bukan sahaja tiga undang-undang yang kita bentangkan hari ini, saya meminta supaya undang-undang berkenaan industrial design dikemas kini kerana Malaysia masih belum menyertai Hague Protocol. H.A.G.U.E. Malaysia belum Hague Protocol berkenaan dengan industrial design. Saya rasa kita perlu mengemaskinikan undang-undang industrial design supaya kita memenuhi standard antarabangsa. Oleh itu saya meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Yang Berhormat Sepang, silakan.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya untuk turut serta dalam membahaskan mengenai pindaan kepada Akta Paten ini. Permulaannya Tuan Yang di-Pertua saya ingin menyatakan beginilah. Tadi saya telah mendengar pembentangan daripada pihak Menteri, jelas ialah satu massive amendment, dengan izin. Saya agak risau Menteri kerana apabila kita membuat satu massive amendment ini di waktu petang sebegini, dalam keadaan Akta Paten ini satu akta yang very teknikal dalam keadaan kita mungkin semua tidak diberikan satu ruang yang mencukupi untuk membuat research dan juga untuk berdebat dan untuk berbahas. Kita khuatir the end product nanti undang-undang ini dengan apa yang ada sekarang ini dia akan diluluskan tetapi dia tidak mungkin menghasilkan satu undang-undang yang baik. Itu yang pertama. Sebab itulah saya mencadangkan kepada pihak Speaker tadi betapa pentingnya untuk
kita memperkasakan committee di peringkat Parlimen ini. Parlimen tidak jadi satu rubber stamp kepada sejarah undang-undang yang hendak diluluskan. Itu yang pertama. Keduanya, secara umumnya kita tahu bahawa Akta Paten itu sendiri adalah satu penghargaan kepada invention ataupun penemuan baharu. Penemuan baharu ini ada kaitan dengan novelty atau satu benda yang memang tidak berlaku, benda yang susah— novelty-lah. Yang pelik sikitlah. Jadi, kalau kita nak memastikan bahawa Akta Paten ini betul-betul dihargai kerana memang saya ingat lagi saya belajar syariah dulu, hatta ada ulama mengatakan bahawa termasuk dalam siasatan syariah itu ialah kita menjaga hak paten ini. Ini kerana paten ini secara tersiratnya menunjukkan adanya satu research, satu penyelidikan yang dilakukan sebab itulah hasil paten patut dilindungi. Akta Paten ini memang kita tahu memang akta untuk melindungi the patent holder ini. Akan tetapi dalam masa yang sama Yang Berhormat Menteri, saya ingin bertanya kepada Menteri. Dalam suasana sekarang ini, dalam suasana pandemik ini— tadi sahabat saya daripada Yang Berhormat Bukit Bendera mengatakan tentang compulsory— istilah compulsory license ya. Yang kita tahu bahawa kerajaan ini mempunyai mekanisme untuk memastikan— sebab paten ini bermaknanya Tuan Yang di-Pertua kalau kita ada satu barang yang dilindungi di bawah paten, secara umumnya ia mengakibatkan barang- barangan yang mungkin akan ataupun barang-barang yang dihasilkan kemudiannya tidak dapat dijual kerana ada satu perlindungan di bawah paten. Jadi, sebab itulah dalam Akta Paten yang saya ingat memang ada satu peruntukan di mana kerajaan boleh dalam keadaan tertentu campur tangan bagi memastikan “secara tak langsungnya membenarkan an infringement” dengan izin, pelanggaran kepada paten itu sendiri.
Sebagai contoh, demi memastikan satu ubat ataupun satu vaksin sekiranya didapati dipatenkan, tetapi kalau hendak dijual atau digunakan, akan mengakibatkan rakyat menderita kerana harga yang mahal, maka ketika itu kerajaan boleh dalam keadaan tertentu, dalam keadaan untuk public interest ataupun dalam keadaan darurat, membenarkan barangan-barangan yang melanggar paten ini dijualkan seperti yang berlaku di India. Baru-baru ini kita tahu bagaimana isu ubat yang berkaitan dengan anti- kanser. Satu syarikat paten telah pun ada satu hak paten tetapi oleh sebab harga yang hendak dijual– harga ubat ini begitu mahal, kerajaan membenarkan satu-satu syarikat perubatan untuk mengeluarkan satu ubat yang bersifat generik untuk memastikan harganya lebih murah. Jadi, ini memang satu keadaan di mana infringement of privacy— infringement of patent dibenarkan ataupun tolerated, dengan izin, dalam keadaan tertentu. Dalam hal ini, saya rasa mungkin pihak Yang Berhormat Menteri boleh tanyakan, adakah dalam keadaan kita sekarang berhadapan dengan vaksin ini, keadaan ini patut– hak eksklusif pemegang paten ini pada masa tertentu kita boleh compromisekan demi memastikan keselamatan rakyat diutamakan. Dalam kaedah Islam, ada satu kaedah dipanggil ‘Tasaruful imam alla ra'yah manutun bil maslahah’. Satu-satu tindakan kerajaan ini untuk rakyatnya bergantung kepada maslahat. Jadi maknanya dalam keadaan tertentu, walaupun kita tahu bahawa seorang yang memiliki paten ini patut dilindungi kerana dia membuat research, satu penyelidikan dan sepatutnya dilindungi tetapi dalam masa yang sama, hak itu kadang- kadang bersifat terlalu mahal. It’s an expensive business, satu transaction yang bersifat mahal. Not affordable kepada rakyat maka dalam keadaan tertentu, sudah tentulah paten ini tidak boleh kita dalam sepanjang masa bersikap begitu strict sehingga mengakibatkan rakyat menderita. Saya harap kerajaan dapat memikirkan bagaimanakah kita boleh memastikan ada berlakunya keseimbangan antara hak pemegang paten dan juga hak rakyat kerana paten ini kalau tidak dikawal dengan baik, ia akan mengakibatkan rakyat menderita.
Saya juga agak peduli mengenai isu kerajaan dibenarkan untuk “campur tangan” untuk memastikan infringement of patent ini. Saya agak risau kerana kalau kita membenarkan hak ini, walaupun daripada segi baguslah kerajaan boleh campur tangan, tetapi kalau kerajaan ini adalah kerajaan yang tidak telus dan yang corrupt. Ia mungkin mengakibatkan kita bukan melindungi rakyat tetapi kita melindungi kroni-kroni daripada kerajaan sendiri. Saya harap kerajaan ambil tahu dan saya berharap Yang Berhormat Menteri- walaupun saya rasa Yang Berhormat Menteri mempunyai masalah untuk memahami pindaan yang massive ini, tetapi Yang Berhormat Menteri walau bagaimanapun, janganlah gagal sepertimana Yang Berhormat Menteri gagal mengawal harga-harga barang ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Yang Berhormat Permatang Pauh, silakan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam hormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut serta dalam perbahasan pindaan Akta Paten 1983. Saya rasa pindaan ini memang perbincangannya berlangsung selama beberapa tahun dan bermula di bawah kepimpinan KPDNHEP dahulunya Yang Berhormat Kulim- Bandar Baharu. Sebahagian besarnya untuk meningkatkan fleksibiliti Perjanjian WTO TRIPS, yang bakal memberikan lebih banyak ruang bagi pengoperasian industri domestik, selaras dengan sasaran RMKe-12 untuk meningkatkan lagi industri farmaseutikal kita. Saya berharap beberapa pindaan dapat diperhalusi Tuan Yang di-Pertua kerana sementara kita mahu memperkukuhkan kedudukan Malaysia untuk pastikan kita kalis masa hadapan dalam industri paten, dibawa oleh Yang Berhormat Setiu tadi, bayangkan banyak batik dalaman di negara kita pun belum dipatenkan lagi. So, of course we have to improve in this regard tetapi ada beberapa kebimbangan. Pertama, saya sebut tentang rundingan awam tahun 2019 di mana diadakan dengan banyak pihak dan third world network menghantar ulasan terperinci tentang matriks yang digunakan oleh MyIPO semasa berunding. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga mengadakan rundingan mengenai perkembangan paten dalam beberapa keadaan implikasi Malaysia sekarang hendak menyertai Perjanjian Budapest. Jadi pindaan yang dicadangkan ini, saya bimbang kerana secara tidak langsung membolehkan pemilik paten membuat pemerhatian, observation semula terhadap permohonan lesen wajib, compulsory licensing. Malaysia dikenali lebih- lebih lagi semasa pandemik sebagai salah sebuah negara terkedepan dalam bab issuance of compulsory licensing. Lihat sahaja laman web Pertubuhan Kesihatan Sedunia, “Hepatitis C in Malaysia: From crisis to hope.” Mekanisme, ataupun bila kita ada kuasa untuk mengguna pakai permohonan lesen wajib, maka kerajaan dapat memberikan ruangan kepada rakyat, akses kepada perubatan-perubatan yang memang nilainya sangat tinggi. Untuk Malaysia, sebelum penggunaan compulsory licensing, lebih 400,000 orang individu dijangkiti tetapi hanya satu peratus yang telah dirawat. It’s very exorbitant, Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya bimbang kalau kita beri terlalu banyak ruang untuk mereka of course reprieve ini akan memberi kesan negatif kepada rakyat, itu satu. Kedua, memang semasa pandemik, banyak negara maju telah meminda undang- undang mereka. Sebenarnya untuk apa? Untuk memudahkan lagi penggunaan lesen wajib. So, we were one of the first. Kita kiranya meletakkan penanda aras yang baik tetapi pindaan sekarang Yang Berhormat Menteri akan menjadikan lebih sukar untuk kita mengguna pakai compulsory licensing. Saya benar-benar berharap if we can look at that because kita kena maintain our position untuk memberi akses kepada ubat-ubatan kepada rakyat.
Saya akui penggunaan ataupun penghasilan mana-mana ciptaan tanpa kebenaran pemilik paten adalah kesalahan besar. Kita tidak nafikan. Hanya kita mahu rakyat B40 tidak terkesan, lebih-lebih lagi bila ada pindaan yang memberi ruang untuk penilaian semula. Contoh, sebuah hospital di Brescia, Itali utara terpaksa mendapatkan bantuan jurutera untuk mereka bentuk dan menghasilkan valve secara digital bagi alat pernafasan dengan menggunakan teknologi percetakan 3D kerana hospital mereka tidak dapat mendapatkan valve gantian dalam rantaian bekalan semasa krisis pandemik. So, in an emergency, many things can happen and government sepatutnya mempunyai ruang untuk melakukan sesuatu di bawah kuasa mereka walaupun kita terikat dengan perjanjian antarabangsa, itulah yang saya bimbang. Apa pun Tuan Yang di-Pertua, yang kedua adalah isu apabila kita lihat disebut di sini ada beberapa pindaan. Saya akan sebut di dalam Jawatankuasa later, tetapi untuk mematuhi Perjanjian Budapest, hanya bimbang saya adalah Malaysia boleh sahaja menikmati banyak faedah yang kita mahu tanpa menyertai Perjanjian Budapest pun dan kalau kita sertai sekarang, ada implikasi kewangannya. If you look at the Budapest Treaty, peningkatan yang bakal berlaku adalah menerusi jumlah paten yang dipohon untuk mikroorganisma dan ia bakal meningkatkan kos input bagi sektor pemakanan, perubatan dan juga pertanian. I mean we have seen it right? Dengan harga barang sekarang. Jadi peningkatan kos ini juga bakal menjejaskan kajian dan industri bioteknologi negara. Jadi, saya pohon dapat diperhalusi Yang Berhormat Menteri dan kita datang dengan satu lagi– I mean, still the same updates untuk memastikan kita kalis masa hadapan tetapi juga melindungi kebajikan dan kedaulatan negara. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Yang Berhormat Rasah, akhir sekali.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk saya turut serta dalam perbahasan untuk rang undang-undang meminda Akta Paten 1983. Saya ada beberapa perkara yang saya mohon mendapatkan jawapan ataupun penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Yang pertama, saya nampak di bawah seksyen 86A yang baharu diperkenalkan, ada disebut “Jurnal Rasmi Harta Intelek”. Sesuatu yang baharu walaupun Yang Berhormat Menteri semasa pembentangan tadi ada beri sedikit penjelasan, saya mohon penjelasan lanjutan sebab ini adalah sesuatu yang teknikal.
Apakah kaitan ataupun hubung kait Jurnal Rasmi Harta Intelek ini jika dibandingkan dengan Warta Kerajaan? Warta Kerajaan kita tahu dah lama dah, selama ini kita guna pakai. Jadi, tiba-tiba ada perkara baharu. Saya mohon penjelasan lanjut daripada Yang Berhormat Menteri. Apakah rasional dan sebab diperkenalkan Jurnal Rasmi Harta Intelek ini? Apakah ia membawa manfaat kepada mereka yang terlibat dan sebagainya? Perkara kedua yang saya nak sebutkan pada petang ini adalah berkenaan dengan paten. Hari ini kita sebut Akta Paten, kita gubah akta induknya. Saya nak tanya, ada tak kemungkinan apa-apa paten yang telah didaftarkan secara rasmi oleh pendaftar boleh dicagarkan di mana-mana institusi kewangan supaya pemegang paten ini boleh mendapat tajaan ataupun dana untuk memajukan hasil mereka? Sebab, banyak orang tengah terlibat. Ia diperdagangkan dan akhirnya orang tengah ataupun peniaga yang untung, bukan pemegang paten tersebut. Jadi, boleh tak dilakukan? Memang saya tahu ini mungkin luar sedikit daripada pindaan hari ini, tetapi secara dasar saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.
Perkara ketiga yang saya nak sebut, di bawah seksyen 3, ada satu tafsiran baharu untuk perkataan “keluaran farmaseutikal”. Saya anggap ia sesuatu yang baharu dan mungkin ada keperluan. Memang ada keperluan sebab selepas pandemik yang berlaku pada sejak tahun lepas, hampir dua tahun, banyak produk perlu ada paten berkaitan dengan ubat-ubatan dan sebagainya. Cuma, saya nak tanya, di bawah ini, apakah KKM terlibat? Sebab ia very specific berkenaan dengan ubat-ubatan, perkara yang berkaitan dengan bidang perubatan. Hanya kementerian Yang Berhormat Menteri KPDNHEP sahaja ataupun melibatkan KKM? Itu saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Saya merujuk kepada fasal 47 dalam rang undang-undang ini yang memperkenalkan seksyen 56A yang baharu. Saya nampak ini ada sedikit macam tak berapa sesuai sebab dikatakan 56A(1)(a), “Kedua-dua pihak dalam prosiding bangkangan bersetuju bagi prosiding pentaksahan itu dimulakan di mahkamah.” Kalau kedua-dua pihak yang saling tidak boleh bersetuju antara satu sama lain, kita nak mereka bersetuju, saya rasa ada kepayahan di sana. Jadi, saya mohon, kenapa kedua-dua pihak perlu setuju baru pergi mahkamah? Sepatutnya pihak yang terkilan yang dia rasakan dirinya jadi mangsa, dibenarkan pergi mahkamah. Jadi, saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Satu lagi yang saya nampak di bawah triti, ia selaras dengan penyertaan kita ke dalam Triti Budapest, ada perkataan “mikroorganisma”. Mikroorganisma boleh dipatenkan. Apakah ia akan membawa manfaat kepada mereka yang terlibat? Saya nampak ini perkataan baharu, ada tafsiran dan ia berkaitan dengan Triti Budapest. Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Juga, apakah langkah-langkah daripada kerajaan, kementerian ini sendiri untuk membolehkan mikroorganisma baharu yang disimpan di pusat simpanan antarabangsa boleh diakses oleh pihak-pihak yang berkepentingan? Perkara terakhir saya nak sebutkan adalah berkenaan dengan pemfailan paten di Malaysia. Sekiranya pemastautin memfailkan di negara luar dahulu sebelum failkan di Malaysia, dia failkan di luar negara tanpa kebenaran pendaftar di Malaysia, apakah penalti yang dikenakan? Sebab, saya rasa tak disebut tadi. Saya tak dengar huraian, penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Jadi, saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab dalam masa 15 minit, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, saya bermula dengan Yang Berhormat Rasah. Yang Berhormat Rasah bertanya adakah― fasal farmaseutikal itu, nanti saya akan buat penjelasan. Jadi, yang ditanya tadi adalah bolehkah paten dicagarkan di mana-mana institusi kewangan sepertimana harta persendirian yang lain itu. Memang MyIPO ataupun kementerian juga mencadangkan dalam Rang Undang-undang Paten 2021 untuk membolehkan sesuatu paten boleh menjadi subjek kepentingan bercagar sebagaimana harta persendirian atau harta alih yang lain. Jadi, pindaan ini semata-mata untuk membolehkan mana-mana orang ketiga yang menjadi pihak dalam transaksi kepentingan bercagar berkenaan dengan suatu paten boleh memohon kepada MyIPO untuk merekodkan transaksi kepentingan bercagar dalam daftar. Ini kerana dalam kita nak membangunkan industri dan ekonomi kita, kita perlulah mencari sesuatu yang baharu yang berinovatif supaya yang boleh dicagarkan ini boleh dijadikan kolateral nanti supaya dia boleh membantu dalam pengembangan business
ataupun perniagaan. Ini ada added value. Kita buat nilai kepada paten itu. Oleh sebab itu, ia boleh dicagarkan. Ditanya tadi apakah rasional pengenalan Jurnal Rasmi. Jadi, Tuan Yang di- Pertua, semua siaran melibatkan permohonan paten dan pemberian paten di bawah Rang Undang-undang Paten 2021 ini akan dilaksanakan oleh MyIPO dalam Jurnal Rasmi Harta Intelek. Jurnal Rasmi Harta Intelek akan diselenggarakan oleh MyIPO. Dengan itu, proses penyiaran perkara-perkara yang melibatkan paten atau permohonan paten akan lebih pantas dan boleh diakses orang awam di laman web MyIPO. Jurnal Rasmi Harta Intelek ini adalah digunakan bagi cap dagangan dan reka bentuk perindustrian. Ini kerana kita hendak menggunakan prinsip ease of doing business. Sebab kalau guna Jurnal Rasmi ini, ia adalah dikawal selia oleh MyIPO sendiri terlibat, lain daripada Warta Kerajaan itu. Jadi, ease of doing business sudah tentunya akan membantu dalam mengurangkan cost of doing business. Jadi, lebih conducive business environment. Oleh sebab itulah kita menggunakan Jurnal Rasmi ini untuk kita nak menggantikan Warta Kerajaan. Jadi, ini memudahkan lagi urusan dalam hal ini.
Yang Berhormat Menteri, boleh minta? Depan. Klang.
Saya ada 15 minit. Jadi...
Satu soalan. Soalan yang kecil sahaja.
Bolehlah, tetapi...
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya berkait dengan paten, isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi dalam mukadimah dan juga jawapan kepada Yang Berhormat Rasah tadi. Malaysia merupakan satu-satu negara yang telah sponsor temporary waiver on the intellectual property rights di World Trade Organization. Tujuan Kerajaan Malaysia untuk sponsor bersama-sama dengan lebih kurang 150 buah negara dalam dunia ini ialah supaya negara-negara miskin dan orang-orang miskin di dunia ini dapat akses kepada ubat COVID-19. So, kita memberi kelonggaran. Kita menyokong negara-negara lain bersama-sama negara lain untuk melonggarkan keketatan, the tightness of the intellectual property rights. Akan tetapi, Yang Berhormat Menteri, kita di sini sekarang hendak tighten the intellectual property rights menerusi paten di Dewan yang mulia ini. Dengan ini, ia akan menaikkan harga barang ubat-ubatan di Malaysia. At the global level, we want to decrease prices, but in Malaysia, oleh sebab kita nak ketatkan IPR ini, maka harga di Malaysia, harga ubat di Malaysia menerusi patent rights yang kita berikan kepada firma-firma antarabangsa ini akan meningkatkan harga ubat untuk rakyat Malaysia. Bukankah ini bercanggah dengan prinsip Malaysia untuk mengadakan akses kepada ubat dengan harga berpatutan? Minta pandangan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa ini adalah sama juga poin ataupun yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh dan juga Yang Berhormat Sepang. Jadi, ya, memang terdapat peruntukan dalam Rang Undang-undang Paten 2021 ini yang membenarkan mana-mana orang pada bila-bila masa selepas pemberian paten untuk membuat permohonan lesen wajib ya. Itu jadi, bagi tujuan membuat dan mengeluarkan produk paten tersebut di Malaysia tanpa perlu mendapatkan kebenaran pemunya. Jadi, pembuatan dan pengeluaran tersebut bukanlah suatu pelanggaran hak pemunya paten sekiranya paten pemunya tersebut dijual dengan harga yang tinggi di Malaysia. Jadi, kita akan pastikan. Tadi, ada hak kerajaan (government rights), kita boleh gunakan. Pernah kita gunakan di Malaysia ini ya. Jadi, memang kita tahu akan kepentingan orang B40 dan sebagainya. Kerajaan memang prihatin dan oleh sebab itu
ya, kita tahu ini mungkin akan bercanggah tetapi kita ada boleh yang kita gunakan. There is no need for application. The government can just invoke the government rights, ya. Jadi...
Relicensing boleh masih digunakan seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh tadi?
Boleh dan masih digunakan.
Juga Yang Berhormat Menteri, adakah kita telah membuat satu cost benefit analysis berkait dengan harga ubat-ubatan selepas undang-undang yang dikemukakan tadi akan diamalkan? Minta pandangan.
Kita –ya ini. Ya, kita akan bincangkan dengan– Sebab KKM pun ada pandangan dalam semua ini. Oleh sebab itu, ada KPDNHEP ini ataupun MyIPO tidak boleh bersendirian sebab KKM pun ada kuasa dalam especially ubat-ubatanlah. Jadi, perlu kita perhalusi Yang Berhormat ya. Jadi ya. Tadi Yang Berhormat Permatang Pauh, squeeze on the subject lah, lesen wajib ini. Adakah pindaan ini menyukarkan untuk implementasikan lesen wajib ini untuk kesihatan awam? Yang Berhormat Permatang Pauh, jawapannya pindaan ini memberi manfaat kepada Malaysia iaitu membolehkan lesen wajib diguna pakai untuk membuat dan mengeksport produk farmaseutikal ke negara pengimport yang layaklah, yang layak untuk tujuan menangani masalah kesihatan. Ini akan merancakkan lagi industri farmaseutikal tempatan untuk – dengan pengeluaran farmaseutikal yang established dari luar negara. Jadi, ada juga yang kita boleh memanfaatkan daripada semua ini. Jadi, penyertaan Malaysia ke Budapest Treaty yang satu lagi poin Yang Berhormat Permatang Pauh, penyertaan Malaysia ke Budapest Treaty akan memberi manfaat dan memudahkan pemohon untuk menyimpan microorganism bagi tujuan permohonan paten disimpan di tempat yang diiktiraf sebagai ataupun bagi mendapatkan perlindungan paten ke beberapa negara oleh Budapest Treaty.
Beberapa saat sahaja Yang Berhormat Menteri.
Boleh.
Terima kasih Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua. Ya, dulu kita ada mengadakan rundingan untuk tempoh peralihan empat tahun sebelum kita membuat keputusan untuk menyertai. Apa status kerana saya lihat menerusi pindaan ini, kita sudah melepaskan tempoh peralihan empat tahun tersebut? Thank you Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Permatang Pauh, kalau boleh sabar, tunggu pegawai beritahu supaya penjelasan yang lebih tepat ya, sebab banyak ini. Saya hendak teruskan tadi sebelum selesai dengan Yang Berhormat Rasah. Akan tetapi, Yang Berhormat Rasah–Yang Berhormat Setiu tidak ada?
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Ada, ada.
Yang Berhormat Rasah ada?
Ada.
Satu lagi yang poin pemastautin itu, Yang Berhormat Rasah. Saya telah jawab jugalah sekali gus tadi Yang Berhormat Rasah berkenaan dengan mikroorganisma di Budapest. Boleh ya?
Ya, ya.
Jawapan yang sama ya?
Ya, ya.
Begini. Jadi, yang ini memfailkan apakah kesan sekiranya pemfailan Malaysia tadi, ia memfailkan paten di luar Malaysia ya tanpa kebenaran. Kalau saya nota yang betul lah. Jadi, ini merupakan satu kesalahan bagi mana-mana pemastautin yang memfailkan paten di luar negara tanpa memfailkan di Malaysia terlebih dahulu atau tanpa mendapat kebenaran MyIPO. Kesalahan ini jika disabitkan boleh didenda RM15,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. Walau bagaimanapun, terdapat cadangan undang-undang dalam pindaan ini, kesalahan ini boleh di kompaun sekiranya pesalah berhasrat untuk menyelesaikan kes ini di luar mahkamah. Ini untuk memudahkan dan lebih meringankanlah sebab itu ada cadangan di sini ya.
Yang Berhormat Menteri, mohon mencelah sedikit. Saya setuju jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Cuma, ada tidak budi bicara daripada Menteri kah, siapa-siapa Pendaftar kah, kalau kesalahan itu dilakukan tanpa sengaja? Dia bukan sengaja. Boleh tidak kalau Menteri bagi lepaskan dia kah ataupun Pendaftar lepaskan untuk sesiapa yang melakukan kesalahan kali pertama? Kita bukan hendak menggalakkan kesalahan. Cuma, katakan dia tidak sengaja, mungkin dia tidak arif dengan ataupun terlepas pandang dengan rang undang-undang ini. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Ya, nanti saya jawab itulah. Okey? Saya hendak jawab Yang Berhormat Tebrau ada?
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Ya, ada, ada.
Yang Berhormat Tebrau. Boleh ya? Saya hendak cover lebih ramai dapat jawapanlah. Yang Berhormat Tebrau ada bertanya tentang terdapat sebarang peruntukan dalam Akta Paten untuk menangani isu suatu paten seperti produk farmaseutikal dan ubat dijual pada harga yang tinggi. Kurang lebih sama tetapi penjelasannya terdapat peruntukan dalam Rang Undang-undang Paten 2021 ini yang membenarkan mana-mana orang pada bila-bila masa selepas pemberian paten membuat permohonan lesen wajib. Jadi, untuk membuat dan mengeluarkan produk paten tersebut di Malaysia tanpa perlu mendapat kebenaran pemunya paten, pembuatan dan pengeluaran tersebut bukanlah suatu pelanggaran hak pemunya paten sekiranya paten pemunya tersebut dijual dengan harga yang tinggi di Malaysia. Yang Berhormat Tebrau. Jadi, yang satu lagi yang ditanya oleh Yang Berhormat Tebrau. Adakah – ini telah terjawablah Yang Berhormat Tebrau seperti mana yang saya jawab untuk Yang Berhormat Klang tadi dan juga itu Yang Berhormat Permatang Pauh penjelasannya. Jadi, kepada Yang Berhormat Setiu ya. Yang Berhormat Setiu bertanya apakah bentuk kewangan yang disediakan oleh KPDNHEP ataupun kerajaan membantu pemohon IP di Malaysia? Tuan Yang di-Pertua, Dana Pemfailan Harta Intelek disediakan melalui peruntukan RMKe-12 untuk tempoh empat tahun bermula tahun 2022 ke 2025, ada disediakan. Jadi, jumlah peruntukan adalah RM1 juta setahun bagi menggalakkan pendaftaran harta intelek supaya untuk memberi bantuan kepada SME, politeknik, sekolah-sekolah dan para penyelidik tempatan. Ini adalah galakanlah. Jadi, begitu juga yang ditanya oleh Yang Berhormat Setiu, apakah aktiviti R&D tadi. Ya, aktiviti R&D boleh menggunakan teknologi yang telah dipatenkan oleh orang lain dengan syarat ia bukan untuk tujuan dikomersialkan. Jadi, paten adalah satu hak eksklusif dan dianugerahkan untuk suatu reka cipta sama ada ia adalah satu produk atau proses untuk melakukan sesuatu yang baharu dan penyelesaian teknikal ke atas sesuatu masalah. Jadi, bidang perlindungan paten di Malaysia adalah tertakluk kepada Akta Paten 1983 dan merupakan salah satu komponen penting harta intelek yang dikawal selia oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) institusi di bawah KPDNHEP. Jadi, untuk – Tuan Yang di-Pertua, bagi saya yang tidak dapat dan tidak mampu saya jawab sekarang kerana masa, bolehkah kita boleh...
Ya, Yang Berhormat Menteri perlu...
Memberi secara bertulis. Akan tetapi, setakat ini dululah sebab saya cuba hendak adil kepada semua yang bertanya. Akan tetapi, masa sudah...
Lima minit lagi boleh?
Okey. Ini untuk Yang Berhormat Permatang Pauh tadi lah. Tempoh peralihan empat tahun penyertaan Budapest Treaty ya, Yang Berhormat. Tiada tempoh peralihan untuk penyertaan ke Budapest Treaty memandangkan Akta Akses Kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah telah diluluskan pada tahun 2017 iaitu itu hanyalah verbal understanding antara KeTSA dan KPDNHEP pada tahun 2015. Syarat empat tahun hanya terpakai sebelum Akta ABS diluluskan. Okey. Ini Yang Berhormat Setiu lagi. Apakah langkah-langkah yang diperkenalkan oleh KPDNHEP bagi memastikan paten yang diberi berkualiti dan mengambil kira pandangan pihak berkepentingan? Jadi Tuan Yang di-Pertua, pemerhatian oleh pihak ketiga telah lama diperkenalkan oleh negara-negara membangun lain seperti Amerika Syarikat, European Union dan Singapura. Pemerhatian oleh pihak ketiga boleh membantu semasa peringkat pemeriksaan permohonan bagi membenarkan mana-mana orang mengemukakan sebarang dokumen cipta. Ini juga ada kaitan dengan kualiti sebab kita ada pandangan dari luar juga yang membantu kita. Daripada kita sendiri, KPDNHEP dan MyIPO sudah ada mekanismenya untuk memastikan hanya produk yang berkualiti yang didaftarkan. Kita juga tidak mahu negara kita sembarangan dalam perkara ini kerana ia akan menjejaskan nama negara kita dalam bidang ini. Jadi memang ada mekanismenya. Yang Berhormat Setiu dah tidak dah. Okey setakat itu dululah Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]
Ada perbahasan? Yang Berhormat Permatang Pauh, silakan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya pergi kepada beberapa seksyen tadi. Mungkin boleh dijelaskan lagi Yang Berhormat Menteri. Pertama, seksyen 50(2) yang secara tidak langsung— saya tahu jawapan Yang Berhormat Menteri beri tadi jaminan tetapi saya hanya bimbang ia secara tidak langsung memberi ruang kepada penangguhan pengeluaran lesen berwajib (compulsory licensing) ataupun berpotensi mengakibatkan compulsory licensing langsung tidak diberi
memandangkan pemilik paten dia boleh buat pemerhatian semula terhadap permohonan compulsory licensing. So that’s a concern bawah seksyen 50(2). Kedua adalah seksyen di bawah 26C dan 78O(1A) sekali lagi bagi mematuhi Perjanjian Budapest bagi pendepositan mikro organisma tanpa menyertai perjanjian. Bab A iaitu pencipta di Malaysia dah boleh gunakan sistem IDA untuk mendapatkan paten ke atas microorganism dengan lebih mudah dan murah di semua negara yang telah menandatangani perjanjian ini. Kedua, Malaysia punya akses kepada semua sampel microorganism yang ingin dipatenkan di Malaysia. Yang Berhormat jawab tadi, kita dah adakan rundingan tetapi selepas kelulusan ABS tidak boleh lagi kita nikmati tempoh peralihan empat tahun ini daripada ratifikasi sebelum membuat keputusan untuk menyertai. Jadi, saya faham benda-benda ini bila bercakap tentang perjanjian, the devil is really in the details. Jadi mungkin kalau boleh Yang Berhormat ambil kira bahawa semua penasihat undang-undang, semua kita punya key negotiators termasuklah penasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia benar-benar bersedia bagi menangani sebarang cabaran ataupun desakan daripada negara-negara lain yang jauh lebih terkedepan. Selalunya mereka guna pakai ruang-ruang ini untuk mendesak kita, membebankan kepada kita sedangkan kita sepatutnya daripada segi struktur dan kedudukan ekonomi negara patut diberi tempoh peralihan tersebut. Itu sahaja Tuan Pengerusi, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Kalau tidak ada, saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Silakan.
Ya terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Jadi saya dengar itu macam bukan soalan tetapi lebih kepada syor dan cadangan yang kita terima baik dan ambil serius dan kita hargailah pandangan sebegitu Yang Berhormat Permatang Pauh. Terima kasih.
Sedikit saja Yang Berhormat. Kalau boleh diambil kira because tempoh peralihan sangat-sangat bernilai. Whatever it may be, there’s one thing that every country sama ada perjanjian ini ataupun semasa COP, wajib kita dapat because kita tidak boleh dilayan, terpaksa memenuhi obligasi sama sebagaimana negara maju. Mereka dah ada berapa banyak tahun ke depan. So, please if the negotiators can consider this, saya rasa semua akan memberikan persetujuan. Terima kasih Yang Berhormat.
Kita memang ambil serius cadangan itu. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh dan Yang Berhormat Menteri. [Fasal-fasal 1 hingga 69 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Kewangan I (Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah) dan diluluskan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG HAK CIPTA (PINDAAN) 2021 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mengemukakan Rang Undang-undang Hak Cipta (Pindaan) 2021.
Ada huraian?
Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, Akta Hak Cipta 1987 [Akta 322] digubal oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk memberikan perlindungan kepada hak cipta dan hak-hak berkaitan kepada karya secara automatik sekiranya memenuhi kelayakan yang ditetapkan. Akta Hak Cipta 1987 telah diwartakan pada 21 Mei 1987 dan dikuatkuasakan pada 1 Disember 1987. Akta 332 telah dipinda pertama kali pada tahun 1990 bertujuan untuk mengemas kini Sistem Perundangan Hak Cipta selaras dengan penyertaan Malaysia bagi anggota Berne Convention. Akta 332 kemudiannya turut telah dipinda pada tahun 1996, 1997 dan 2000 bertujuan untuk mematuhi kehendak-kehendak di bawah Perjanjian Trade-Related Aspects of Intellectual Property Rights (TRIPS) yang disertakan oleh Malaysia pada 1 Januari 1995. Antara pindaan utama yang melibatkan hak cipta ketika itu adalah memperkenalkan tempoh perlindungan hak cipta antaranya perlindungan sepanjang hayat pemunya hak cipta dan 50 tahun selepas kematiannya selaras dengan tempoh perlindungan antarabangsa. Seterusnya, Akta 332 telah dipinda pada tahun 2002, 2003 dan 2012 dan kali terakhir pada tahun 2020 bagi memperluaskan bidang kuasa Tribunal Hak Cipta untuk mendengar pertelingkahan berhubungan dengan royalti antara badan pelesenan dan ahli-ahlinya. Tuan Yang di-Pertua, Akta 332 ini dipinda bagi memastikan Undang-undang Hak Cipta yang dilaksanakan akan memberi perlindungan dengan lebih efisien dan lebih efektif selaras dengan keperluan semasa dan bagi memenuhi kehendak komuniti perniagaan dan pihak-pihak yang berkepentingan. Jadi di samping itu, perundangan hak cipta perlu ditambah baik dari semasa ke semasa seiring dengan perkembangan landskap perlindungan harta intelek dan bersesuaian dengan peruntukan dalam perjanjian- perjanjian antarabangsa. Kementerian akan memastikan pindaan Akta 322 ini memberikan perlindungan hak cipta yang sewajarnya termasuk melaksanakan pengecualian hak yang dibenarkan dan diiktiraf di peringkat antarabangsa. Pindaan ini juga sebagai persediaan bagi Malaysia untuk menyertai Marrakesh Treaty to Facilitate Access to Published Works For Persons Who Are Blind, Visually Impaired or Otherwise Print Disable (Marrakesh Treaty) bagi mengiktiraf hak orang kurang upaya kelihatan dan cacat kelihatan untuk mendapatkan karya dalam format boleh akses (accessible format copy) seperti yang telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 29 Oktober 2021. Penyertaan Malaysia sebagai anggota Marrakesh Treaty akan menyumbang kepada kemajuan sosioekonomi negara dengan memberikan pengecualian daripada mendapatkan kebenaran pemunya hak cipta untuk membuat dan mendengar ataupun mengedarkan bahan bacaan dalam format boleh akses (accessible format copy) bagi golongan kurang upaya penglihatan. Objektif Marrakesh Treaty ini adalah untuk meningkatkan akses kepada buku, majalah dan bahan cetakan lain untuk orang kurang upaya penglihatan dan orang yang
mempunyai ketidakupayaan cetakan lain (other print disability). Marrakesh Treaty juga bertujuan untuk meningkatkan akses kepada bahan bacaan dalam format boleh akses dari luar negara dan memberi manfaat kepada golongan orang kurang upaya penglihatan khususnya dalam bidang pengajian tinggi dan pendidikan. Kementerian yakin melalui pindaan Akta 332 ini dan penyertaan Malaysia dalam Marrakesh Treaty akan memberikan akses yang lebih luas kepada kira-kira 46,875 orang golongan kurang upaya penglihatan terhadap bahan bacaan dalam format boleh akses. Semakan dan pindaan ke atas Akta 332 ini turut mengambil kira perjanjian-perjanjian perdagangan yang telah ditandatangani oleh Malaysia seperti Perjanjian Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) dan Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (CPTPP). Tuan Yang di-Pertua, selain cadangan pindaan bagi memenuhi obligasi dalam treaty antarabangsa, penggubalan Rang Undang-undang Hak Cipta (Pindaan) 2021 ini juga akan menambah baik dan mengemas kini perkara-perkara yang berikut iaitu Sistem Pemberitahuan Sukarela Hak Cipta Bagi Pencapaian Perkhidmatan Pendaftaran Karya Hak Cipta di Malaysia yang lebih efektif dan Sistem Pengisytiharan Sebagai Badan Pelesenan di Malaysia. Selanjutnya rang undang-undang ini juga bertujuan untuk mengukuhkan peruntukan berkaitan dengan penguatkuasaan hak cipta khususnya dalam persekitaran digital dengan memperkenalkan kesalahan hak cipta yang melibatkan teknologi penstriman selaras dengan perkembangan penyiaran karya secara dalam talian. Rang Undang-undang Hak Cipta (Pindaan) 2021 ini juga akan meluaskan kuasa penguatkuasaan bagi memastikan tindakan penguatkuasaan yang lebih efektif diambil terhadap mana-mana orang yang melakukan perlanggaran hak cipta. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Rang Undang-undang Hak Cipta (Pindaan) 2021 telah disemak dan diluluskan oleh Jabatan Peguam Negara. Rang undang-undang ini juga telah diluluskan oleh Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 26 November 2021. Rang Undang-undang Hak Cipta (Pindaan) 2021 mengandungi 20 fasal yang melibatkan pindaan kepada peruntukan sedia ada dan memasukkan peruntukan baharu. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Sesiapa yang menyokong?
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat semua, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Hak Cipta 1987 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Saya menjemput Yang Berhormat Tebrau diikuti oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berikut iaitu Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Kemaman dan Yang Berhormat Rasah. Silakan, Yang Berhormat Tebrau.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Marrakesh Treaty, dengan izin bertujuan untuk membantu orang buta cacat penglihatan atau cacat cetakan mempunyai akses kepada buku dan gaya sastera lain dalam format yang boleh diakses. Sehingga kini, lebih 82 negara di dunia telah menyertai treaty ini iaitu 38 di Eropah termasuk yang berikut dari luar EU. Oleh itu, dengan pindaan yang dicadangkan kepada Akta Hak Cipta 1987, Malaysia akan dilihat sebagai mematuhi Marrakesh Treaty. Marrakesh Treaty memerlukan semua pihak berjanji untuk berhati-hati dengan cabaran yang memudaratkan perkembangan lengkap orang dengan ketidakupayaan cetakan atau ketidakupayaan cetakan lain yang mengehadkannya kebebasan bersuara
mereka termasuk kebebasan untuk mencari, menerima dan menyampaikan maklumat dan idea semua jenis atas dasar sama rata dengan orang lain termasuk melalui semua bentuk komunikasi pilihan mereka, menikmati hak mereka untuk pendidikan dan peluang untuk menjalankan penyelidikan. Walaupun keperluan untuk menjaga orang dengan ketidakupayaan cetakan atau ketidakupayaan cetakan lain terdapat keperluan untuk mengekalkan perlindungan yang berkesan terhadap hak penyiaran untuk tujuan mematuhi Marrakesh Treaty, Akta Hak Cipta 1987 perlu menyatakan dengan jelas beberapa perkara.
Pertama untuk mentakrifkan bahawa karya bermaksud karya sastera dan seni bahawa salinan format boleh akses bermaksud salinan karya dalam cara atau bentuk alternatif yang memberi orang beneficiary access kepada karya itu termasuk membenarkan orang itu mendapat akses mudah dan selesa seperti orang yang tidak cacat penglihatan atau kecacatan cetakan lain. Salinan format boleh diakses digunakan secara eksklusif oleh orang beneficiary dan ia mesti menghormati integriti karya asal. Dengan mengambil kira perubahan yang diperlukan untuk menjadikan kerja itu boleh diakses dalam format alternatif dan keperluan kebolehcapaian orang. Bahawa entiti yang diberi kuasa bermaksud entiti yang diberi kuasa atau diiktiraf oleh kerajaan untuk menyediakan pendidikan, latihan pengajaran, pembacaan entiti atau akses maklumat kepada orang beneficiary atas dasar bukan keuntungan. Ia juga termasuk institusi kerajaan atau NGO yang menyediakan perkhidmatan yang sama kepada penerima manfaat sebagai salah satu aktiviti utamanya. Entiti yang diberi kuasa mesti menentukan teras orang yang dilayani sebagai orang beneficiary mengehadkan pengedaran dan menyediakan salinan format boleh diakses mana-mana karya kepada orang beneficiary dan atau entiti yang diberi kuasa sahaja. Tidak menggalakkan pengeluaran semula. Pengedaran dan penyediaan salinan yang tidak dibenarkan dan mengekalkan penjagaan yang sewajarnya dalam rekod pengedaran. Pengendalian salinan karya sambil menghormati privasi orang beneficiary. Oleh itu, soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri ialah nombor satu, sama ada perkara karya dalam akta mempunyai makna yang sama seperti yang ditetapkan di bawah Marrakesh Treaty. Nombor dua, adakah Yang Berhormat Menteri menetapkan jenis organisasi yang layak sebagai entiti yang diberi kuasa yang selaras dengan Marrakesh Treaty? Ketiga, berapakah bilangan organisasi yang mungkin diiktiraf sebagai entiti yang diberi kuasa dan sama ada kerajaan akan membiayai entiti yang diberi kuasa? Keempat, berapakah bilangan penerima yang mungkin yang mungkin mendapat manfaat daripada cadangan pindaan akta itu? Kelima dan terakhir, memandangkan fakta bahawa hanya orang yang berada di bawah keahlian entiti yang diberi kuasa akan mendapat memanfaat daripada akta yang dipinda, bagaimana kerajaan akan memastikan bahawa semua orang buta, cacat penglihatan atau cacat cetakan yang memerlukan akses kepada karya itu akan diserap oleh entiti yang diberi kuasa? Dengan ini saya ingin menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Yang Berhormat Tuaran silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang Tuaran untuk turut berbahas Akta Rang Undang- undang Akta Hak Cipta (Pindaan) 2021. Tuaran menyokong pindaan ini Tuan Yang di- Pertua. Sebab pindaan ini Malaysia boleh meratifikasi Triti Marrakesh setelah standard amalan antarabangsa dipenuhi khususnya untuk memudahkan akses kepada karya yang diterbitkan bagi orang buta, kurang penglihatan atau ketidakupayaan cetak. Tuan Yang di-Pertua, terdapat 40 juta orang buta di dunia dan 54,000 orang datangnya dari Malaysia. Golongan ini memerlukan pembelaan dari pelbagai segi dan
Tuaran meminta supaya kerajaan mempertingkatkan lagi program-program pembelaan kepada golongan istimewa ini. Di Tuaran kita ada Tuaran Blind Centre selain daripada sekolah pendidikan khas Tuaran yang sememangnya memerlukan banyak pembelaan dan bantuan. Daya cipta orang-orang buta memang terkenal dan luar biasa termasuk dalam seni suara dan seni muzik seperti Caliph Buskers. Pindaan ini selain daripada membolehkan Malaysia untuk menandatangani dan meratifikasi Triti Marrakesh tetapi kita berharap orang kurang upaya penglihatan akan lebih bersemangat berkarya selepas ini dan seterusnya mendapat pulangan hasil yang lumayan. Cuma saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, kenapa lambat meratifikasikan triti tersebut sedangkan negara yang berkecamuk seperti Afghanistan sudah pun berbuat demikian jauh lebih awal daripada kita Malaysia. Langkah untuk membolehkan komuniti kurang upaya penglihatan untuk mewujudkan Collective Management Organisation (CMO) juga Tuaran mengalu-alukan. Langkah seperti ini adalah satu bentuk langkah melaksanakan desentralisasi. Tuan Yang di-Pertua, memang di Malaysia ini dari segi governance memang overcentralized. Putrajaya dan Kuala Lumpur. Untuk memperhebatkan lagi dalam hal ini daya cipta dan sebagainya kita perlu banyak desentralisasi dan devolution of power. Sebab itu dalam hal ini Tuaran mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, khususnya Yang Berhormat Menteri kerana berani melaksanakan desentralisasi khususnya dalam urus tadbir CMO. Saya difahamkan dalam hak cipta seni suara dan seni muzik Yang Berhormat Menteri telah meluluskan CMO untuk Sabah dan Sarawak. Cumanya Tuaran ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Bilakah kedua-dua CMO ini mula beroperasi? Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh CMO Sabah dan juga Sarawak? Adakah kerajaan membuat apa-apa bentuk facilitation atau memberi apa-apa bantuan kepada kumpulan tersebut memandangkan mereka ini adalah kumpulan yang memang memerlukan banyak bantuan. Saya juga difahamkan bahawa perjuangan anak-anak seni Sabah dan juga anak- anak seni Sarawak telah mendapatkan CMO sendiri ya setelah mengambil masa begitu lama. Oleh sebab CMO yang ada di peringkat kebangsaan telah cuba menghalang usaha mereka. Banyak persoalan yang telah dibangkitkan. Mereka mengatakan bolehkah mereka bertahan. Adakah nanti mereka mendapat pendapatan yang lebih setelah mereka mempunyai CMO sendiri dan sebagainya? Sedangkan selama ini, penggiat-penggiat seni di Sabah sebagai contoh. Dalam satu tahun pendapatan royaltinya boleh RM10, RM13 sedangkan lagu-lagu begitu popular. Kalau di Sabah ada sebuah lagu namanya Sayang Kinabalu. Lagu ini digunakan oleh kerajaan untuk mempromosikan sektor pelancongan khususnya di negeri Sabah dan sebagainya. Penyanyinya, pencipta Asmin Mudin dan sebagainya. Apabila kita berjumpa dengan dia kemudian kita tanya, kita ingat dia sudah kaya kerana royalti penciptaannya. Akan tetapi rupanya pendapatannya hanya RM13 setahun dari segi royalti ya. Ini bererti bahawa lagu-lagu tempatan, kesenian di Sabah dan Sarawak memang ada keistimewaannya. Ada dia punya pendengar, ada penggemarnya tertentu dan oleh sebab itu perlu digalakkan dan sebab itulah kita mengatakan bahawa perlu desentralisasi dari segi CMO dan langkah kementerian untuk memberi CMO kepada Sabah, penggiat-penggiat seni muzik dan seni suara di Sabah iaitu memang bertepatan dan di Sarawak juga memang bertepatan. Jadi, syukurlah Yang Berhormat Menteri mengambil langkah-langkah yang proaktif untuk melaksanakan desentralisasi dalam usaha tadbir hak cipta. Tahniah. Inilah sebaik-baik hala tuju dalam industri ini pada pandangan Tuaran. Hak cipta adalah harta intelek iaitu sumber kekayaan baharu bagi negara. Oleh itu, government must facilitate and not to frustrate that creativity para pencipta.
Para pencipta perlu diberi galakan, perlu diberi insentif kalau boleh dan sebagainya. Kalau boleh beri bimbingan daripada segi contohnya, kalau CMO yang ada sekarang ini dan apabila dia mengutip royalti dari pusat-pusat hiburan dan sebagainya, setakat menggunakan secara fizikal bouncer dan sebagainya. Sedangkan hari ini kita mempunyai teknologi, kita mempunyai software dan sebagainya yang boleh, yang tepat dari segi menentukan agar collection ataupun pungutan royalti itu dapat dikutip secara adil dan sebaik-baik mungkin dan sebagainya. Dalam hal ini barangkali pihak kementerian boleh memberi bimbingan, boleh memberi panduan jadi support technology yang sebaik-baik mungkin yang dapat boleh membantu komuniti seni ini ataupun pencipta-pencipta ini, khususnya mereka yang terlibat bersama-sama dalam CMO ini. Jadi ke arah matlamat tersebut, Tuaran mencadangkan supaya Kerajaan Persekutuan menggalakkan juga kerajaan-kerajaan negeri untuk membuat perundangan mereka tersendiri dalam hal ehwal hak cipta yang meliputi juga barangkali petunjuk geografi dan paten seperti yang dibincangkan sebentar tadi dan selepas ini petunjuk geografi. Ini adalah kerana setiap negeri mempunyai keistimewaan masing-masing. Keistimewaan dari segi seni muzik, seni suara dan sebagainya ataupun juga mempunyai keunikan dalam flora dan fauna serta muka bumi yang unik yang berpotensi dipatenkan sebagai harta intelek. Seperti di Sabah kita ada kopi Tenom, di tempat saya di Tuaran sebagai contoh kita ada Tuaran mee dan sebagainya petunjuk geografi di situ tetapi ini bila kita nanti dipatenkan dan sebagainya, hak ciptanya milik siapa? Siapa yang regulatenya? Adakah juga apabila ada paten-paten ataupun ada harta intelek yang unik untuk negeri dan sebagainya, Kerajaan Persekutuan juga yang regulate? Saya ingat itu tidak berapa efisien. Lebih baik, lebih terurus barangkali sekiranya kerajaan negeri mempunyai enakmen ia sendiri to regulate hal-hal harta intelek seperti ini. Jadi saya mencadangkan kepada kementerian, Kerajaan Persekutuan supaya memberi galakan kepada kerajaan-kerajaan negeri. Saya difahamkan bagi negeri Sabah sebagai contoh, seawal tahun 1991 sudah adapun enakmen ataupun ordinan copyright, hak cipta dan sebagainya dan boleh dipertingkatkan diperbaiki dan sebagainya supaya pihak kementerian dapat bekerjasama. Barangkali MyIPO boleh bekerjasama di peringkat kerajaan negeri. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] Kita dapat mempertingkatkan lagi apresiasi dari segi harta intelek ini, kefahaman tentang harta intelek ini sebab ini adalah sumber kekayaan negara yang memerlukan penglibatan dan kefahaman rakyat yang jauh lebih meluas. Itu sahaja yang saya ingin nyatakan. Saya berharap cadangan-cadangan yang saya telah berikan dan persoalan dapat diberi jawapan daripada pihak kementerian. Sekian, saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tumpat.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah. [Membaca sepotong ayat al-Quran] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan RUU Hak Cipta. Rang undang-undang ini dipinda bagi memenuhi piawaian dan pengamalan antarabangsa berdasarkan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau, Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik serta Triti Marrakesh untuk memudahkan akses kepada karya yang diterbitkan orang buta, kurang penglihatan mahupun ketidakupayaan cetakan.
Pertamanya saya ingin menyentuh mengenai implikasi terhadap harta intelek di bawah perjanjian antarabangsa, khususnya CPTPP. Ramai yang telah bangkitkan kebimbangan terhadap implikasi ratifikasi perjanjian ini kepada negara. Bukan kerana menolak kepentingan perdagangan tetapi kerana ia berkaitan dengan soal bukan perdagangan seperti harta intelek, pelaburan, perolehan kerajaan, syarikat milik kerajaan, e-dagang, perkhidmatan, alam sekitar dan buruh. Saya menyentuh dalam konteks implikasi terhadap harta intelek dengan penyertaan negara dalam CPTPP. Sebagai contohnya, adalah hak pembiak baka tumbuhan serta hak paten terhadap mikroorganisma yang akan menjejaskan nasib para petani kerana secara tidak langsung, Malaysia juga akan terlibat dalam Konvensyen Antarabangsa bagi Perlindungan Varieti Tumbuhan Baharu (UPOV 1991). UPOV 1991 ini akan mendorong kepada monopoli syarikat dan pembiak baka terhadap biji benih dan bahan penyebaran tumbuhan. Sedangkan di Malaysia kita mempunyai Akta Perlindungan Varieti Baharu Tumbuhan 2004 yang mengimbangi hak pembiak baka komersial atas usaha inovasi mereka. Jadi CPTPP ini mengubah perkara ini. Saya bangkitkan perkara ini kerana ia berkait dengan harta intelek dalam sektor pertanian. Walaupun tidak berkait secara langsung dengan kementerian tetapi hakikatnya itulah gambaran implikasi terhadap langkah meratifikasikan perjanjian antarabangsa seperti CPTPP yang sebenarnya telah dipersetujui sejak September 2018 lagi. Tuan Yang di-Pertua, meneruskan perbahasan ini, saya ingin mengetahui berapakah permohonan hak cipta melalui pemberitahuan sukarela sepanjang negara dilanda pandemik COVID-19 bagi tahun 2020 dan tahun 2021. Berapakah sijil pemberitahuan sukarela hak cipta telah dikeluarkan dan saya ingin mengetahui kategori utama terhadap pemberitahuan sukarela sepanjang dua tahun ini. Adakah karya sastera, seni dan filem masih mendominasi permohonan hak cipta ini. Tuan Yang di-Pertua, pindaan kali ini juga bagi memenuhi Triti Marrakesh yang merangkumi sistem pelaksanaan pengecualian hak cipta bagi memenuhi keperluan golongan kurang upaya untuk mendapatkan capaian kepada karya dalam format boleh akses melalui authorised entity. Dalam perkara ini, saya ingin bertanya sejauh manakah program-program kesedaran transliterasi bahan celik kepada bacaan untuk golongan kurang penglihatan dan pendengaran dilaksanakan bagi memastikan golongan ini celik terhadap hak mereka. Sejauh manakah jalinan kerjasama serta program bersifat down-to-earth dilaksanakan kementerian bagi memenuhi aspek kesedaran ini ke peringkat lapangan. Apa program-program memupuk kesedaran terhadap pembudayaan harta intelek dilaksanakan khusus terhadap golongan ini. Tuan Yang di-Pertua, perkara yang terakhir saya ingin mengetahui apakah kementerian mempunyai satu kerangka dasar dan hala tuju terhadap pembangunan ekosistem pengkomersialan harta intelek dalam dan luar negara. Sejauh manakah sesi libat urus dilaksanakan bersama dengan institusi pendidikan negara mahupun pihak industri dalam perkara ini. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Bukit Bendera.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Saya turut ingin menyertai perbahasan pindaan Akta Hak Cipta 1987. Seperti dalam huraian, pindaan ini tiga objektif iaitu memenuhi Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), CPTPP dan juga Triti Marrakesh untuk memudahkan akses kepada karya yang telah diterbitkan bagi orang yang buta, kurang penglihatan dan tidak berkeupayaan cetakan. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya Triti Marrakesh ini saya alu-alukan kerana berita baik untuk orang yang kurang penglihatan dan juga buta tetapi kita terlewat lima
tahun. Triti Marrakesh telah dimulakan untuk endorsement tahun 2016. Yang Berhormat Tuaran tadi menyebut Afghanistan telah menandatangani Triti Marrakesh, sebenarnya terdapat 82 buah negara telah menandatangani Triti Marrakesh. Kita terkebelakang. Di peringkat ASEAN, kita di belakang Cambodia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand. Memang kita bukan memimpin tetapi kita terkebelakang. Akan tetapi untuk orang buta kawasan saya ada organisasi seperti St. Nicholas’ Home for the blind, mereka akan benefit daripada di bawah pindaan ini seperti mereka boleh akses kepada karya-karya dan tidak menjadi satu pelanggaran hak cipta, sekiranya ditukar kepada format yang boleh akses seperti Braille.
Di samping itu, saya meneliti fasal 8 tentang pindaan ini telah menyatakan antara lain organisasi pengurusan kolektif. Sebelum ini ia dipanggil licensing body. Sekarang dipanggil collective management organization. Sebelum ini saya pernah membangkitkan dalam Dewan ini dua tahun apabila Rang Undang-undang Hak Cipta (Pindaan) 2019 bahawa isu-isu berkenaan dengan komposer, penulis lirik, artis, syarikat penerbitan dan syarikat rakaman, isu-isu sekitar MACP, PPM, RPM dan PRISM tentang kutipan royalti muzik. Isu ini masih berterusan. Sama ada pindaan ini dengan memperkenalkan collective management organization sebagai satu usaha untuk menyelesaikan isu yang saya bangkitkan tadi? Tuan Yang di-Pertua, fasal 9 telah menyatakan bahawa pengawal boleh mengeluarkan garis panduan yang berhubungan dengan apa-apa perkara mengenai pengisytiharan dan pengendalian organisasi pengurusan kolektif. Saya ingin menegaskan bahawa garis panduan tidak ada kuat kuasa undang-undang. Garis panduan bukan subsidiary legislation. Apakah guidelines sedemikian― boleh minta penjelasan, sama ada guidelines sedemikian ada kuat kuasa undang-undang? Tuan Yang di-Pertua, terdapat satu fasal iaitu fasal 15 di muka surat 12 berkenaan dengan satu seksyen 43AA iaitu streaming technology dan dengan tambah satu bab berkenaan dengan streaming technology. Walaupun streaming technology telah wujud banyak tahun tetapi akhirnya selepas begitu banyak tahun baru dimasukkan sebagai satu chapter dalam Akta Hak Cipta. Ini sekali lagi, seperti yang saya kata, kita terkebelakang. Saya meminta MyIPO supaya menyemak kesemua perundangan harta intelek kerana kita memang terkebelakang dan memang kita perlu senantiasa mengemas kini undang- undang kita supaya kita dapat ke suatu tahap yang lebih baik di peringkat antarabangsa. Untuk fasal 13, compounding of offences is introduced. Kemasukan satu compounding ialah tidak melebihi 50 peratus daripada maksimum fine. Saya rasa ini satu guidelines yang bagus kerana sebelum ini tidak dinyatakan tentang peratusan compounding of the maximum fine. Saya meminta penjelasan daripada Menteri tentang isu-isu yang telah saya bangkitkan tadi. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Bukit Bendera, boleh saya mencelah sikit?
Ya, silakan.
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak register nama, jadi saya hanya ada beberapa soalan sahaja. Saya juga ingin menyahut Yang Berhormat Tumpat yang telah membangkitkan isu UPOV 91 dan juga Plant Variety Protection Act. Kita tahu bahawa kalau kita sign on to CPTPP dan juga RCEP di mana petani-petani kita akan menghadapi masalah kerana paten dan juga copyright tentang semua all the seeds, benih-benih akan dikira protected by copyrights ya. Akan tetapi di Malaysia dan juga di negara-negara Asia, 80 peratus petani sebenarnya mereka mendapatkan benih-benih daripada dulu ya. Katakan mereka
menanam padi. Selepas padi itu, mereka simpan benih-benih untuk season yang kedua dan ketiga, musim yang ketiga dan seterusnya. Akan tetapi, kerana kalau kita sign on to CPTPP dan juga TRIPS dan sebagainya, maka hak cipta benih-benih padi ialah di bawah syarikat. Petani terpaksa beli daripada syarikat. Kalau katakan sebenarnya crossbreeding berlaku pada― okey, kalau katakan petani tidak beli daripada syarikat, maka mereka tidak ada benih untuk tanam. Maka kos untuk petani akan meningkat. Jadi, ini adalah isu yang sangat besar antara petani. Bukan hanya petani sahaja tetapi juga flower growers, vegetable growers dan macam-macam lagi. Petani terpaksa beli baka daripada syarikat-syarikat besar yang dikontrol oleh empat atau lima syarikat sahaja. Malaysia tidak mempunyai syarikat yang berupaya untuk compete dengan syarikat-syarikat besar seperti Syngenta dan sebagainya. Jadi, nasib petani akan terjejas. Jadi, saya harap bahawa Menteri look into this issue kerana nasib petani itu kita kena bela sebagai kerajaan. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat, ini floor Yang Berhormat Bukit Bendera.
Ya, ya, ya.
Terima kasih, Yang Berhormat Bayan Baru.
Protection of New Plant Varieties Act 2004 masih berkuat kuasa dan masih tiada pindaan dibentangkan di Parlimen. Saya meminta penjelasan Menteri, sama ada satu pindaan ataupun satu pengekalan hak untuk menjaga hak-hak petani kita akan dikekalkan? Dari satu pihak, kita ingin memenuhi obligasi antarabangsa untuk RCEP dan CPTPP dan pada satu pihak yang lain, kita juga perlu menjaga kepentingan awam, kepentingan petani-petani, kepentingan pelbagai pihak, pelbagai industri, commercial sector dan sebagainya. Itu sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Kemaman.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang memberi kesempatan kepada saya untuk bersama-sama membahaskan Rang Undang-undang Hak Cipta (Pindaan) 2021. Tuan Yang di-Pertua, berasaskan kepada Akta Hak Cipta 1987, pencipta sebuah karya ataupun hak intelek diberi perlindungan dan hak eksklusif oleh undang-undang dalam tempoh masa tertentu untuk mengawal penggunaan karya mereka. Dunia teknologi maklumat hari ini menjadikan isu hak cipta sebuah karya atau harta intelek tidak terhad kepada peniruan karya semata-mata bahkan melibatkan teknologi maklumat dan komunikasi yang memberi impak yang nyata terhadap undang-undang hak cipta. Oleh itu, dalam mendepani isu berkenaan hak cipta ini, saya ingin membahaskan beberapa isu yang berkaitan. Pertama, isu cetak rompak gaya moden tidak lagi melibatkan penjualan VCD secara fizikal sepertimana yang berlaku pada 10 atau 20 tahun yang lalu. Hari ini kita lihat sebuah karya itu diciplak dengan cara memuat naik secara haram kandungan filem dan juga sewaktu dengannya melalui platform-platform media sosial seperti Telegram, Facebook, YouTube dan sebagainya. Hal ini mendatangkan kerugian yang amat besar buat pemain-pemain industri yang mengeluarkan bajet jutaan ringgit untuk mengeluarkan karya mereka melalui saluran yang betul. Namun, dengan wujudnya pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini melakukan cetak rompak ke atas karya mereka menyebabkan keuntungan yang diperoleh
tidak setimpal dengan usaha dan kos yang telah dicurahkan bahkan mengalami kerugian pula. Tuan Yang di-Pertua, oleh itu, saya mohon penjelasan daripada pihak kerajaan, sejauh mana keberkesanan insentif dan langkah yang telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk menangani situasi ini? Sehingga kini, adakah kerajaan mempunyai statistik penjenayah hak cipta yang telah dibawa ke muka pengadilan dan disabitkan kesalahannya? Oleh itu, adakah kerajaan mempunyai perancangan dan inisiatif yang lebih agresif dan berkesan bagi mengekang aktiviti jenayah hak cipta ini? Mohon penjelasan. Seterusnya, saya ingin bertanya, apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan terhadap orang luar yang mencipta karya-karya animasi tempatan, kemudian dimasukkan pula dengan unsur-unsur lucah yang amat menjijikkan? Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, karya animasi tempatan seperti Upin Ipin direka sesuai untuk tontonan anak-anak muda, anak-anak kecil tempatan di negara kita. Namun, apabila dimasukkan dengan unsur-unsur lucah oleh penciplak yang sangat tidak bertanggungjawab ini, ia mendorong ke arah sexual grooming, dengan izin, yang amat membimbangkan.
Saya melihat situasi ini, video yang dimuat naik ke platform YouTube umpamanya mendapat jumlah tontonan yang sangat tinggi sehingga mencapai 7 juta tontonan. Oleh itu, saya mohon suatu tindakan yang tegas segera diambil bagi mengekang karya-karya animasi tempatan yang pada asalnya diisi dengan contents menarik dan memberi pengajaran kepada anak-anak kita. Namun akhirnya, diciplak dengan unsur-unsur yang jijik dan melampau kerana kurangnya ketegasan di pihak penguatkuasaan negara kita. Seterusnya, apakah langkah dan inisiatif yang diambil oleh kerajaan untuk menyeimbangkan antara perlindungan kepentingan pemilik hak cipta dengan kepentingan pengguna? Kebiasaannya apabila berlakunya monopoli di sesetengah pihak dalam menyediakan platform untuk menampilkan karya-karya pemain industri, maka hasil yang diberikan kurang memuaskan. Oleh sebab itu, kewujudan pihak tidak bertanggungjawab menyediakan penstriman video secara tidak sah baru-baru ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pengguna. Oleh itu, sejauh manakah tindakan yang diambil oleh kerajaan bagi memastikan manfaat yang diperoleh kedua-dua pengguna dan pemilik karya dapat diseimbangkan secara optimum. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Kemaman dan yang terakhir, saya jemput Yang Berhormat Rasah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk saya ambil bahagian dalam perbahasan untuk rang undang-undang yang akan meminda Akta Hak Cipta 1987. Saya telah meneliti huraian daripada Yang Berhormat Menteri KPDNHEP ketika pembentangan tadi. Memang betul, kita perlu membuat pindaan ini selaras dengan keperluan ataupun piawaian antarabangsa khasnya di bawah Triti Marrakesh yang kita akan— saya jangka kita akan menyertainya tidak lama lagi. Cuma sebelum saya bahaskan dua atau tiga perkara berkenaan dengan rang undang-undang ini, saya hendak sebutkan— saya mohon supaya kementerian sekiranya ada apa-apa rang undang- undang pada masa akan datang, mungkin bukan untuk hari inilah sebab hari ini ada tiga rang undang-undang daripada KPDNHEP. Tadi sudah lepas satu Akta Paten. Sekarang Akta Hak Cipta dan selepas ini ada Akta Petunjuk Geografi yang baharu. Saya mohon supaya diadakan libat urus yang lebih kerap, lebih rapat kepada mana-mana Ahli Parlimen dalam Dewan ini. Oleh sebab kita
ada 220 orang, sesiapa yang mempunyai ilmu secara teknikal, profesional untuk memberikan input dan sebagainya. Oleh sebab ini adalah perkara yang very technical. Saya kena mengakui bahawa— saya baca ini pun, walaupun rang undang- undang ini sudah letak di atas meja kita beberapa hari, hendak baca semua itu belum tentu boleh faham sebab dalam itu dia membawa banyak implikasi dan kita perlu merujuk kepada mereka yang expert dalam hal ini. Cuma saya perkara yang pertama saya hendak sebutkan, memang saya menyambut baik. Saya rasa ada keperluan, saya bersetuju dengan apa yg dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri. Pertama, iaitu selaras dengan Triti Marrakesh yang kita bakal menyertainya, memasukinya untuk memudahkan akses kepada golongan, akses kepada karya oleh golongan yang ada masalah penglihatan dan sebagainya. Ia suatu yang bagi saya memberikan peluang akses yang sama rata ataupun yang jauh lebih baik berbanding dengan sebelum ini. Cuma saya hendak tanya, apakah semua karya yang terlibat? Tidak kira yang ilmiah kah, yang muzik kah dan sebagainya. Semua karya boleh kita translate ataupun ditukar agar boleh diakses oleh golongan yang ada masalah penglihatan ini. Ini yang pertama soalan saya. Memang saya mengakui bahawa Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau ataupun Triti Marrakesh ini sangat mustahak untuk membolehkan golongan yang menghadapi masalah penglihatan ini supaya mereka mempunyai akses, mempunyai hak yang sama macam kita. Saya memang menyambut baik. Cuma saya hendak tanya, setakat ini ada berapa negara yang telah memasuki triti ini secara rasmi? Apakah negara-negara utama di dunia telah memasukinya? Kita hendak tahu bukan setakat negara serantau tetapi negara-negara utama. Apakah keuntungan? Apakah manfaat yang boleh diperoleh oleh negara kita dan juga golongan ataupun apa-apa badan yang berkaitan dengan mereka yang ada masalah penglihatan? Kedua, saya hendak sebutkan pada petang ini adalah saya hendak rujuk satu seksyen. Pindaan kepada seksyen 27A iaitu dalam fasal 8(a) dan (b). Saya nampak di situ penggunaan perkataan, “Suatu persatuan atau pertubuhan” digantikan dengan perkataan “Suatu pertubuhan perbadanan”. Saya hendak mohon dapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan pindaan ini. Mungkin secara bertulis sahaja sebab ini benda yang secara teknikal. I think we have to be fair. Saya berikan masa kepada Yang Berhormat Menteri untuk berikan jawapan secara bertulis, kenapa ada pindaan ini? Apakah implikasi dan kepentingan perlunya ada pindaan ini? Sebelum saya mengakhiri perbahasan, saya hendak kemukakan dua contoh Tuan Yang di-Pertua. Pertama, saya hendak bagi contoh ya. Jika ada seseorang dia berkongsi dalam media sosial ataupun menyiarkan satu pautan yang melanggar karya hak cipta di Facebook kah atau apa-apa media beliau. Adakah ini juga merupakan satu kesalahan di bawah akta ini dan khasnya selepas pindaan terhadap rang undang-undang ini? Contoh kedua yang saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri adalah, jika ada seseorang dia beli Android box tetapi hanya melanggan Netflix atau apa-apa application yang terhad sahaja, adakah ini juga melanggar hak cipta mana-mana pihak yang tertentu di bawah peruntukan rang undang-undang yang kita bahaskan pada ketika ini? Jadi, itu sahaja secara ringkas. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Saya berikan masa dalam 15 minit. Would that be, okay? 15 minit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bermula dengan Yang Berhormat Tebrau yang bertanya soalan tadi fasal karya. Jadi, ialah sebenarnya— Yang Berhormat Tebrau masih ada?
Ada. Yang Berhormat Tebrau, ada.
Karya dalam Akta 332 adalah terbahagi kepada hanya sastera, filem, rakaman, seni, bunyi dan siaran. Karya sastera dan karya seni adalah di dalam Akta Hak Cipta dan telah memenuhi obligasi Artikel 2(a) dalam Marrakesh Treaty dan Akta Hak Cipta memberikan makna yang sama dengan Triti Marrakesh dan dipanjangkan kepada karya-karya di bawah Akta 332. Jadi yang ada tadi ditanya, apakah contoh entiti yang diberi kuasa (authorized entity)? Menteri menetapkan jenis organisasi yang layak sebagai entiti yang diberi kuasa di mana entiti tersebut adalah suatu badan atau institusi tidak mencari keuntungan yang menyediakan pendidikan, latihan pengajaran, penyesuaian bacaan atau akses maklumat kepada orang yang ketidakupayaan cetak seperti badan yang mewakili orang buta dan cacat penglihatan seperti Majlis Kebangsaan Orang Buta Malaysia atau institusi seperti Perpustakaan Awam Negara. Ketiga, itu ada juga ditanya pelaksanaan bagi organisasi atau badan yang akan diiktiraf akan dipertimbangkan oleh Menteri KPDNHEP melalui suatu perintah yang menyenaraikan entiti yang terdiri daripada institusi yang tidak mencari keuntungan yang tadi. Jadi, itu adalah sekadar jawapan kepada Yang Berhormat Tebrau, yang ditanyakan penerima yang mendapat manfaat. Penyertaan Malaysia sebagai anggota Marrakesh Treaty juga dapat memberikan akses yang lebih luas kepada golongan kurang upaya penglihatan terhadap bahan bacaan dalam format boleh akses. Perkara ini dijangka akan dapat memanfaatkan sebanyak 46,875 orang golongan kurang upaya penyertaan yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat setakat Februari 2019.
Jadi, memandangkan fakta bahawa hanya orang yang di bawah entiti yang diberi kuasa akan mendapat manfaat daripada akta yang dipinda, bagaimana kerajaan akan memastikan bahawa semua orang buta akan diserap oleh entiti yang dibawa di dalam pindaan ini. Entiti yang diberikan kuasa yang ditawarkan, perlu memastikan bahawa orang- orang dengan ketidakupayaan perlu mendaftar di bawah mereka bagi mendapatkan manfaat terhadap karya boleh akses. Kerajaan melalui peraturan yang akan dicadangkan, akan meletakkan bahawa hanya orang dengan ketidakupayaan yang berdaftar di bawah Akta OKU sahaja diberi manfaat tersebut dengan menunjukkan kad OKU yang dikeluarkan. Ini adalah bagi memastikan bahawa hanya pihak yang benar-benar layak serta berdaftar di bawah JKM yang boleh mengakses karya tersebut. Dengan kebenaran diberikan kepada entiti yang diberi kuasa ini, kerajaan akan memperhebatkan usaha melalui promosi untuk memastikan golongan OKU yang tidak berdaftar untuk segera mendaftar di bawah entiti diberi kuasa atau JKM untuk mendapatkan manfaat tersebut. Jadi, kita perhebatkanlah usaha-usaha untuk mereka ini termasuk dalam golongan yang berhak nanti. Jadi, Yang Berhormat Tuaran bertanya tentang Collective Management Organisation (CMO) akan beroperasi selepas ia diisytiharkan sebagai Badan Pelesenan oleh Pengawal Hak Cipta. Kerajaan melalui MyIPO akan memastikan satu CMO yang telah diisytiharkan dapat beroperasi dengan tulus, transparent, berakauntabiliti dan dengan good governance agar hak cipta dapat menjamin kutipan royalti yang sihat, yang sepatutnya dan kompetitif di dalam industri ini. Jadi, dengan perhatian oleh pihak World Intellectual Property Organization. Yang Berhormat Tuaran bertanya, mengapa lambat merealisasikan Marrakesh Treaty ini, sama juga dengan Yang Berhormat Bukit Bendera yang bertanya. Proses meratifikasi Marrakesh Treaty memerlukan kajian yang dengan penelitian yang komprehensif bagi memastikan hak-hak orang kurang upaya berbenefisiari, terpelihara serta kajian mengenai penetapan atau ..... yang perlu dilaksanakan entitinya.
Jadi, ada juga yang bertanya mengapa terlalu lambat? Itu Yang Berhormat tidak bolehlah saya jawab sekarang sebab itu jauh ke belakang. Memerlukan panjang juga prosedur tadi. Itu sekadar juga menjawab pertanyaan dari Yang Berhormat Bukit Bendera tentang perkara yang sama. Jadi Yang Berhormat Tuaran bertanya juga adakah pindaan akta kali ini mengambil kira persekitaran CMO yang lebih kondusif bagi industri muzik negara, telah saya sebut. Jadi, kajian lanjut akan diadakan untuk memastikan persekitaran CMO lebih kondusif dan mengambil kira prinsip transparency setelah saya sebut tadi, untuk memastikan kesemuanya akan mematuhi organisasi pengurusan kutipan supaya tidak ada menimbulkan apa-apa masalah ataupun pertelingkahan antara pihak-pihak yang bersama dalam perkara ini. Jadi CMO untuk Sabah dan Sarawak yang ditanya oleh Yang Berhormat Tuaran. CMO untuk Sabah dan Sarawak memang mereka telah memberi permohonan. Untuk Sarawak, telah diluluskan, untuk Sabah perlu sedikit lagi untuk kita memperhalusi permohonan mereka. Jadi saya berharap Yang Berhormat Tuaran yang sebagai penaja di dalam perkara ini dengan saya akan beri jaminan kalau ada kerjasama dari pihak mereka di Sabah, bagilah kepada MyIPO, apa MyIPO minta maklumat-maklumat yang diperlukan, mungkin kita boleh mempercepatkan. Macam Sarawak sudah selesai. Jadi Yang Berhormat Bukit Bendera. Peruntukan adalah di bawah purview Kementerian Pertanian dan Industri Makanan yang disebut tadi oleh Yang Berhormat Bukit Bendera berkenaan dengan pertanian. Ministry of Agriculture and Food Industries (MAFI) akan bekerjasama dengan kementerian dan agensi berkaitan bagi memastikan tiada impak dan hak kepada mereka ini terjaga. Memang kita prihatin juga. Sama juga dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bayan Baru, mantan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan. Memang tahu sangat perkara ini. Jadi terima kasih kepada Yang Berhormat kerana mengingatkan kementerian ini agar semua kepentingan mereka ini tidak terjejas. Jadi kita sentiasa mengalu-alukan cadangan, saranan ataupun syor daripada Yang Berhormat yang peka dengan perkara ini.
Kalau boleh Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya sedikit sahaja. Kalau boleh saya minta KPDNHEP adakan satu sesi dialog dengan wakil para petani tantang isu UPOV 1991 ini. Ini benda serius kerana kalau petani terpaksa bergantung untuk membeli benih sahaja, kos penanaman mereka akan naik dan mereka tidak – kalau mereka ditangkap untuk menyimpan or exchange seeds, bertukar- tukar, contohnya kalau kita katakan di Sarawak, katakan di kawasan Bario, petani miskin ditangkap kerana bertukar-tukar benih dan sebagainya, maka mereka akan marah kepada Yang Berhormat Menteri. Kalau boleh juga, berdialog dengan Third World Network yang banyak memperjuangkan isu UPOV 1991. Harap Yang Berhormat Menteri boleh faham isu ini. Terima kasih.
Terima kasih. Berkenaan dengan UPOV 1991, terima kasihlah. Kita ambil maklum dan secara serius saranan tadi daripada Yang Berhormat. Jadi untuk Yang Berhormat Bukit Bendera, bertanya adakah garis panduan berkuat kuasa undang-undang untuk CMO. Jawapannya cadangan pindaan Akta 332 telah memberi kesan kepada garis panduan yang mana sekiranya CMO gagal mematuhi garis panduan ini, pengawal mempunyai kuasa untuk membatalkan pengisytiharan CMO tersebut. Yang Berhormat Bukit Bendera juga bertanya adakah pindaan undang-undang ini dibuat semata-mata bagi meratifikasikan perjanjian antarabangsa seperti Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) dan Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (CPTPP).
Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Bukit Bendera, pindaan undang-undang ini dibuat bagi memastikan rejim harta intelek negara berada di tahap yang baik dan selaras dengan kehendak semasa. Ia juga akan memastikan perundangan harta intelek adalah selaras dengan piawaian antarabangsa yang memenuhi keperluan syarikat tempatan dan antarabangsa. Jadi pindaan ini akan memastikan hak harta intelek individu dan syarikat Malaysia dilindungi secara berkesan dan komprehensif. Walaupun pindaan undang-undang ini tidak dibuat semata-mata bagi meratifikasi Perjanjian Perdagangan Bebas (Pindaan), undang-undang ini adalah selaras dengan komitmen Malaysia dalam Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) dan perjanjian Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (CPTPP). Pelindungan harta intelek yang komprehensif merupakan antara faktor utama dalam penilaian tahap kompetitif negara. Dalam konteks ini kementerian telah memastikan pindaan-pindaan ini mengambil kira perkembangan harta intelek antarabangsa termasuk dalam aspek penguatkuasaan. Jadi Tuan Yang di-Pertua, Malaysia merupakan antara beberapa buah negara yang belum meratifikasikan perjanjian RCEP seperti semua sedia maklum.
Akan tetapi, kita akan buat. Dengan ratifikasi perjanjian RCEP ini, ia akan membuka peluang kepada syarikat tempatan untuk mengeksport barangan dan perkhidmatan ke 14 negara dagang lain. RCEP meliputi pasaran 2.2 bilion penduduk atau 30 peratus daripada populasi dunia. Ia juga akan memfasilitasi kemasukan barangan dan perkhidmatan dari negara dagang yang sekali gus akan meningkatkan persaingan yang sihat dan memberi pilihan kepada pengguna. Ratifikasi perjanjian RCEP juga akan meningkatkan tahap keyakinan pelabur terhadap pasaran Malaysia dan memastikan negara kekal kompetitif berbanding negara- negara lain dalam tahun ini. Dalam perkara ini, saya ingin memaklumkan sebab ada yang menyarankan tadi ataupun menasihatkan supaya kita berhati-hati. Semua itu berkemungkinan kesan yang negatif kepada Malaysia. Dalam hal ini, memang sudah diambil kira dan kerajaan akan mengambil langkah-langkah tertentu untuk menangani itu nanti. Jadi Yang Berhormat Kemaman. Yang Berhormat Kemaman ada?
Yang Berhormat Kemaman tidak ada.
Yang Berhormat Kemaman tak ada...
Bertulislah.
Bertulislah ya.
Ya. Yang Berhormat Kemaman tak ada.
Okey. Masa– Ya, okey. Yang Berhormat Tumpat?
Ada.
Yang Berhormat Tumpat ada?
Ada, ada. Ada Tumpat.
Okey. Yang Berhormat Tumpat yang bertanya statistik voluntary notification sewaktu COVID-19 ini. Jadi, pada tahun 2020, kita menerima 7,372 dan pada tahun 2021 sejumlah 4,314 permohonan diterima sehingga Oktober 2021. Yang Berhormat Tumpat ada. Yang Berhormat Tumpat bertanya banyak lagi soalan tadi Tuan Yang di-Pertua, mungkin...
Masa tak cukup.
...Tak sempat nak jawab banyak lagi. Jadi, supaya adil kepada Yang Berhormat Rasah, saya ingin menggunakan masa bakinya untuk menjawab Yang Berhormat Rasah. Akan tetapi saya bagi peluanglah untuk ada saranan daripada Yang Berhormat Tumpat sekarang. Tak?
Tak ada.
Tak ada ya? Okey.
Teruskan Yang Berhormat Rasah.
Terakhir, Yang Berhormat Rasah – Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Rasah ini memang selalu ambil bahagian dalam hal-hal KPDNHEP. Sangat prihatin kepada rakyat dan juga pada petang ini memang bertanya kepada soalan-soalan yang amat bermakna. Jadi, saya ingin menjawablah. Apa yang ditanya– in future kata dia, di masa depan biarlah kalau ada rang undang-undang yang sangat complex yang seperti yang kita bahaskan sekarang daripada kementerian perlulah diadakan libat urus dengan Ahli-ahli Parlimen. Itu memang saranan yang terbaik. Sebenarnya kita nak buat, tetapi kita ada masalah kekangan kerana sampai terlewat sekalilah kita dapat menyempurnakan ini untuk ditabled ataupun dibentangkan Yang Berhormat. Saya mohon maaf bagi pihak kementerian, tetapi kita akan buat seperti mana yang disarankan oleh Yang Berhormat tadi untuk masa-masa mendatang. Jadi...
Yang Berhormat Menteri, kalau boleh sentuh sekali lagi Tumpat itu mengenai CPTPP berkenaan dengan hak pembiak baka tumbuhan yang dikemukakan...
Okey. Yang Berhormat, boleh saya jawab secara bertulis yang itu? Okey?
Bertulislah ya.
Okey, insya-Allah.
Untuk keterangan kepada Yang Berhormat.
Boleh, tak apa.
Ya, sebab...
Masa tak cukup.
Okey. Terima kasih Yang Berhormat. Jadi, Yang Berhormat Rasah bertanya tentang apakah manfaat sekiranya Malaysia menjadi sebahagian daripada triti kepada – Sudah dijawab tadi. Apa yang ditanya ada tiga tadi. Satu itu yang untuk dia berkongsi pautan yang melanggar karya hak cipta di atas talian. Jadi, jawapannya Yang Berhormat, ya. Pindaan ini dibuat dengan memperkenalkan perenggan (k) baharu bahawa menyediakan atau berkongsi akses ke suatu lokasi dalam talian mana-mana karya atau salinan karya kepada mana-mana orang lain tanpa kebenaran merupakan suatu kesalahan. Sebarang tindakan penguatkuasaan adalah berdasarkan pengaduan rasmi daripada pemilih hak cipta kepada kementerian terutamanya kepada yang melanggar hak cipta secara keterlaluan. Mana-mana pihak yang didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM250,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. Satu lagi soalan iaitu berkenaan dengan Android box tadi. Jawapannya Yang Berhormat, sebab pertanyaan ini adalah pembelian Android box dia kata adalah melanggar hak cipta, tidak. Pindaan baharu ini hanya mensabitkan kesalahan bagi mana- mana orang yang membuat, mengimport, mengedarkan, menawarkan apa-apa teknologi penstriman bagi maksud melakukan atau memudahkan pelanggaran hak cipta sahaja. Jika tujuan adalah bukan melanggar, jadi maka ia tidak menjadi suatu kesalahan hak cipta. Jadi, itu jawapan dia Yang Berhormat.
Baik.
Kalau memang ada yang tertinggal Tuan Yang di-Pertua, mungkin dibenarkan untuk memberi jawapan secara bertulis.
Bertulis, baik.
Saya mohon maaf kalau jawapan tak berapa sempurna kerana perlu dipercepatkan juga ucapan ataupun penggulungan saya ini. Sekian, terima kasih.
Baik, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal 1 hingga Fasal 20 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga; disokong oleh Timbalan Menteri Kewangan I (Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah) dan diluluskan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PETUNJUK GEOGRAFI 2021 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mengemukakan Rang Undang-undang Petunjuk Geografi 2021.
Sila teruskan dengan huraian.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, terima kasih kepada yang masih setia bersama-sama kita pada petang ini. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) berperanan mengawal selia pembangunan dan pentadbiran sistem harta intelek termasuk mentadbir, menguatkuasakan perundangan harta intelek seperti memperlindungan dan pendaftaran petunjuk geografi. Petunjuk geografi ialah suatu petunjuk yang mengenal pasti apa-apa barang sebagai berasal daripada sesuatu negara atau wilayah atau suatu rantau atau lokaliti
dalam negara atau wilayah itu yang suatu kualiti, reputasi atau ciri-ciri lain barang itu adalah pada dasarnya boleh dikaitkan dengan tempat asal geografinya.
Perlindungan petunjuk geografi di Malaysia ditadbir di bawah Akta Petunjuk Geografi 2000 [Akta 602] yang telah dikuatkuasakan pada 15 Ogos 2001. Akta 602 telah digubal selaras dengan keperluan untuk melindungi petunjuk geografi yang berdaftar atau tidak berdaftar di Malaysia. Perlindungan petunjuk geografi ini adalah selaras dengan Perjanjian Trade-Related Aspects of Intellectual Property Rights (TRIPS) yang ditandatangani oleh Malaysia berkuat kuasa pada 1 Januari 1995. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat sekalian, Akta 602 perlu dikaji semula bagi memastikan Undang-undang Petunjuk Geografi yang akan dilaksanakan dapat memberi perlindungan dengan lebih efisien dan efektif di mana kali terakhir dipinda pada tahun 2002. Bagi memastikan Akta 602 kekal relevan dan sentiasa memenuhi objektifnya, kajian yang menyeluruh ke atas Akta 602 telah dijalankan supaya perundangan petunjuk geografi diselaraskan dengan keperluan semasa komuniti perdagangan, menyokong perdagangan, pelaburan dan pertumbuhan ekonomi negara serta kajian ini turut mengambil kira komitmen Malaysia dalam perjanjian Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) dan perjanjian the Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (CPTPP). Mengambil kira apa yang diperjelaskan sebentar tadi, Akta 602 dimansuhkan dan Rang Undang-undang Petunjuk Geografi 2021 dibentangkan dalam Parlimen. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat sekalian Rang Undang-undang Petunjuk Geografi 2021 mempunyai 15 Bahagian yang mengandungi 101 fasal dan satu Jadual. Peruntukan-peruntukan utama dalam Rang Undang-undang Petunjuk Geografi 2021 adalah seperti berikut: Bahagian I, Fasal 1 dan 2 iaitu permulaan. Bahagian ini memperuntukkan tajuk dan pemakaian rang undang-undang. Bahagian II, fasal 3 hingga 5 iaitu berkaitan dengan pentadbiran. Bahagian III, fasal 6 dan 7 berkaitan dengan daftar petunjuk geografi dan rekod pendaftar. Bahagian IV, fasal 8 hingga 17, pendaftaran petunjuk geografi. Bahagian V, fasal 18 dan 19, tempoh pendaftaran dan pembaharuan pendaftaran. Bahagian VI, fasal 20 hingga 24, pembetulan dan pembatalan. Bahagian VII, fasal 25 hingga 28, kesan petunjuk geografi berdaftar. Bahagian VIII, fasal 29 hingga 33, ejen-ejen petunjuk geografi. Bahagian IX, fasal 34 hingga 38 iaitu kesalahan-kesalahan. Bahagian X, fasal 39 hingga 68 iaitu penyiasatan dan penguatkuasaan. Bahagian XI, fasal 69 hingga 76, prosiding undang-undang di mahkamah dan kos dan keterangan. Bahagian XII, fasal 77 dan 78, perlindungan petunjuk geografi. Bahagian XIII, fasal 79 hingga 84, pengecualian ataupun kecualian. Bahagian XIV, fasal 85 hingga 99, bahagian pelbagai dan am. Fasal 85, jurnal rasmi harta intelek. Fasal 86 dan 87 mengenai pemfailan elektronik. Fasal 88 mengenai alamat penyampaian.
Fasal 92 hingga 94 mengenai cara memberikan keterangan, kuasa budi bicara pendaftar serta kos yang diaward oleh pendaftar. Fasal 95 mengenai garis panduan dan Arahan Amalan oleh pendaftar. Fasal 96 mengenai rayuan terhadap keputusan pendaftar. Fasal 97 mengenai hak di bawah undang-undang lain yang tidak terkesan. Fasal 98 dan 99 mengenai kuasa Yang Berhormat Menteri untuk membuat peraturan-peraturan dan meminda Jadual. Bahagian XV, Fasal 100 dan 101, pemansuhan, pengecualian dan peralihan. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna turut memohon supaya naskhah sahih Rang Undang-undang Petunjuk Geografi 2021 adalah dalam bahasa kebangsaan. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Ada siapa yang menyokong?
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi perlindungan dan pendaftaran petunjuk geografi berhubung dengan barang dan untuk melaksanakan triti yang berkaitan dan bagi perkara yang berhubungan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Ahli Yang Berhormat, saya ada tiga orang asalnya tetapi seorang tarik diri. Ada dua Ahli Yang Berhormat untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Pertama, Yang Berhormat Tebrau dan yang kedua Yang Berhormat Bayan Baru. Maka dengan ini saya ingin memulakan dengan memanggil Yang Berhormat Tebrau untuk memberikan perbahasannya.
Okey, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya difahamkan rang undang-undang ini menggantikan Akta Petunjuk Geografi 2000. Saya memahamkan petunjuk geografi ialah satu tanda yang digunakan pada produk yang mempunyai asal geografi tertentu dan mempunyai kualiti atau reputasi yang disebabkan oleh asal usul tersebut. Untuk berfungsi sebagai petunjuk geografi ya atau GI, tanda mesti mengenal pasti produk sebagai berasal dari tempat tertentu. Akta ini bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran dan perlindungan yang lebih baik bagi petunjuk geografi yang berkaitan dengan barangan di Malaysia. Akta ini akan ditadbir Perbadanan Harta Intelek Malaysia dan Ketua Pengarahnya, hendaklah menjadi Pendaftar Petunjuk Geografi dan mempunyai kawalan Pejabat Penunjuk Geografi. Penunjuk geografi mengenal pasti sesuatu barang sebagai berasal dari tempat tertentu. Sebaliknya tanda dagangan mengenal pasti barang atau perkhidmatan sebagai berasal daripada syarikat tertentu. Penunjuk geografi boleh dilihat sebagai subset tanda dagangan yang saya difahamkan. Penunjuk geografi mempunyai fungsi yang sama seperti tanda dagangan kerana seperti tanda dagangan ia adalah: (i) pengecam sumber; (ii) jaminan kualiti; dan (iii) kepentingan perniagaan yang berharga. Walaupun hanya seorang atau pengilang boleh menggunakan tanda dagangan yang didaftarkan atas nama dan alamatnya, setiap pengilang atau pengeluar di rantau yang sama dibenarkan menggunakan penunjuk geografi yang sama. Jadi, ini adalah satu
rang undang-undang yang bagus untuk memastikan produk-produk, khususnya pertanian di Malaysia dapat dijamin dan dilindungi bawah akta ini. Jadi, soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri atau Yang Berhormat
(i) sila nyatakan kelebihan-kelebihan rang undang-undang ini berbanding dengan Akta Penunjuk Geografi 2000 yang akan atau dimansuhkan?; (ii) seberapa pantas pemprosesan daripada tarikh penyerahan permohonan sehingga kelulusan di bawah RUU yang akan diluluskan ini?; (iii) apakah halangan untuk melindungi penunjuk geografi?; (iv) apakah langkah praktikal yang mesti diambil oleh seorang untuk mendapatkan perlindungan penunjuk geografi?; (v) bolehkah penunjuk geografi yang didaftarkan di Malaysia sah di luar Malaysia daripada segi perlindungan?; dan (vi) apakah yang akan terjadi dengan penunjuk-penunjuk geografi yang sudah didaftar bawah Akta 602 yang telah dimansuhkan? Sila jawab. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Bayan Baru.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun untuk menyokong Rang Undang-undang Petunjuk Geografi 2021, secara jelas bahawa ini adalah satu rang undang-undang yang baik yang akan membantu para petani seluruh negara kita. Walau bagaimanapun, saya pun perlukan beberapa soalan yang penting yang perlu penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Apakah perbezaan antara Akta 602 berbanding dengan Rang Undang-undang Petunjuk Geografi 2021? Ini kerana kita tidak nampak bahawa memang sudah ada akta yang lama, fasal-fasal yang perlu yang terpaksa kita pinda. Oleh sebab ini adalah akta yang baharu yang begitu tebal. Jadi apakah perbezaan tersebut? Kedua adalah tentang kita tahu bahawa geographical indication ini banyak membantu petani. Walau bagaimanapun ia memberi sedikit monopoli kepada syarikat- syarikat besar. Contohnya kalau katakan satu syarikat besar, saya hendak bagi satu contoh. Kita tahu bahawa di Malaysia sememangnya mempunyai banyak produk pertanian yang sangat berjaya. Kita ada halia Bentong, kita ada Bario rice yang telah daftar sejak tahun 2014— Tahun 2000 hingga 2014, ada 32 local products yang berdaftar. Ada lima produk dari luar negara. Jadi persoalan saya, adakah sehingga kini, tahun ini, berapakah produk baharu yang didaftarkan di bawah geographical indication sehingga terkini. Saya mohon Yang Berhormat Menteri memberikan penjelasan. Back to the soalan tadi, kita tahu bahawa ada syarikat-syarikat yang besar yang boleh manipulate geographical indication. Contohnya, katakan ada satu produk pertanian yang sangat penting contohnya durian Musang King dan kita tahu bahawa antara yang sangat popular adalah Raub, durian Musang King dari Raub. Petani-petani ini sememangnya mereka telah lama menghasilkan Musang King. Akan tetapi katakan ada satu syarikat yang besar mereka masuk dan mereka buat geographical indication (GI) dan mereka meletakkan beberapa syarat yang special yang hanya mereka boleh buat, yang lain tidak boleh.
Maka mereka akan crowd out petani-petani yang lain, walaupun Musang King itu adalah dari Raub. Mungkin, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri bagaimana kita boleh protect the farmers kerana Musang King dari Raub memang semuanya baik-baik belaka. Akan tetapi kita tahu bahawa petani, mereka sememangnya orang yang expert dalam pertanian, tetapi mereka tidak expert daripada segi perundangan atau menggunakan geographical indication pergi register dapatkan this kind of protection. Maka kalau kita sangka jahat katakan, satu syarikat masuk mereka buat beberapa syarat yang ketat yang ordinary farmers tidak boleh buat. Maka hanya syarikat itu boleh claim bahawa produk durian itu adalah Musang King dari Raub, contohnya. Jadi saya harap bahawa bagaimana kita boleh membantu ordinary petani supaya mereka boleh dapat pembelaan. Bukan sahaja pertanian, tetapi juga ada seni art seperti batik, songket dari Terengganu dan sebagainya pun boleh mendapat geographical indication. Jadi kita berharap bahawa bagaimana kerajaan— ini kerana kita nampak bahawa selepas 13 tahun sejak Akta 602 dimeterai, tetapi hanya 34 local products sahaja yang berjaya didaftarkan. Jadi apakah halangan-halangan, kenapa tidak banyak lagi, kenapa tidak boleh mendapatkan lebih banyak pendaftaran. Apakah halangan-halangan atau challenges yang menyebabkan geographical indication tidak begitu berjaya pada pendapat saya. Akan tetapi kalau kita tengok di negara India, India memang go all out tentang GI, mereka memang ada banyak produk seluruh dunia tahu, Darjeeling tea, saya lupa tadi, Bashkir honey. Bukan sahaja India tetapi seluruh dunia. Di Portugal dia ada Porto and Duoro wines. Kita tahu bahawa di Perancis, Cognac punya XO pun satu geographical indication. Di Rusia, dia ada Bashkir honey. Di Pakistan, dia ada Chaunsa Mango, di Mexico adalah Mexico Tequila. Perancis, Perancis punya Champagne paling popular dengan menggunakan geographical indication. Saya harap bahawa Malaysia boleh ke hadapan lagi, tetapi dia memerlukan kerajaan kerana kalau kita biarkan syarikat-syarikat, mungkin akan monopoli. Akan tetapi kalau kerajaan contohnya kita tahu bahawa Harum Manis Perlis, memang Harum Manis Jabatan Pertanian Perlis daftarkan Harum Manis sebagai geographical indication, tetapi durian tidak ada. Saya pun hairan, kenapa Jabatan Pertanian Pulau Pinang tidak mendaftarkan Black Thorn dari Balik Pulau contohnya, atau di kawasan Yang Berhormat Menteri, ada produk-produk yang bagus, daftarkan. Itu saya harap dengan ada akta yang begitu komprehensif ini, pertanian Malaysia akan maju ke hadapan, seni songket, seni batik di Terengganu, di Kelantan boleh maju ke hadapan dan pelbagai lagi produk Malaysia ini boleh berjaya, sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Jangan lupa madu kelulut, madu tualang dan nasi beriani gam Batu Pahat. Ahli Yang Berhormat, dengan ini saya ingin menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab. Lima belas minit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mungkin tidak sempat 15 minit saya akan gunakan masa. Pertama sekali terima kasih kepada sahabat yang setia iaitu Yang Berhormat Tebrau dan juga Bayan Baru. Yang Berhormat Tebrau memang setia lah...
Kita three man standing, tiga orang sahaja, three men standing. Last man standing.
Tiga orang sahaja.
[Tidak jelas]
Apa dia Tuan Yang di-Pertua? Empat orang Yang Berhormat. Ini boleh bagi award.
Ya, saya catat.
Penghuni setia Parlimen. Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Tebrau dan juga Bayan Baharu yang telah memberi pandangan, cadangan dan pertanyaan. Saya akan cuba jawab mana yang ada dalam jawapan saya. Untuk makluman Yang Berhormat Tebrau, iaitu apakah kelebihan yang akan didapati oleh mereka yang berdaftar dengan GI ini. Jadi kelebihannya ialah seseorang yang menjadi pemilik kepada petunjuk geografi (GI) ini yang pertama ia mempunyai hak mengawal selia kualiti petunjuk geografi tersebut. Maknanya hak dia tidak boleh diganggu-gugat. Kedua pemilik petunjuk geografi boleh mengambil tindakan undang-undang sama ada dalam bentuk sivil atau jenayah sekiranya ada pihak lain menggunakan petunjuk geografi tanpa mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dan mempunyai hak untuk mendapat relief di mahkamah sekiranya berlaku pelanggaran. Kemudian, kelebihan-kelebihan lain ialah petunjuk geografi ini dapat dijadikan keterangan prima facie bagi pemilikan petunjuk geografi berdaftar dan pemilik geografi berdaftar mempunyai hak penguatkuasaan yang lebih kukuh dalam memastikan pihak ketiga yang menggunakan petunjuk geografi tersebut tanpa mengikut spec yang sama melalui sivil ataupun jenayah. Selain daripada itu, Yang Berhormat Tebrau ada juga bertanya berapa lama proses yang akan diambil. Setakat hari ini, proses yang diambil ialah tujuh hingga lapan bulan kerana pihak MyIPO akan berbincang, akan menyiasat dari sesi teknikal dan sebagainya dan mungkin perlu kepada masa yang lebih jika ianya ada berlaku dispute dan sebagainya.
Kemudian, Yang Berhormat Tebrau juga ada bertanyakan langkah-langkah yang mesti diambil untuk menggalakkan ataupun untuk memastikan. Saya rasa menjawab sekali dengan apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Bayan Baru, iaitu kita akan mengadakan sesi libat urus dan juga penerangan yang lebih berkesan terutamanya di peringkat industri dan jabatan-jabatan kerajaan kerana kita dapati banyak produk kita sebenarnya telah diganggu ataupun telah diguna pakai oleh negara jiran kita. Contoh yang saya dimaklumkan, contohnya Musang King. Kita pergi ke negara jiran, di sana di pasar tani mereka ditulis Musang King Singapura, contoh. Minta maaf. Padahal, mungkin Singapura satu batang durian pun tidak ada. Jadi, kita atas inisiatif Kementerian Pertanian dan juga Jabatan Pertanian, mereka mendaftar Musang King Malaysia. Setakat ini Musang King Raub, Musang King Temerloh tidak ada lagi. Ada cadangan untuk hendak daftarkan Musang King Raub tapi pihak MyIPO merasakan bahawa kita sudah daftar di bawah Musang King Malaysia. Jadi telah pun meliputi berkaitan dengan Musang King tersebut ataupun durian tersebut. Untuk makluman Dewan juga, bawah GI ini, kelas-kelasnya ada lima kelas. Pertamanya, makanan. Kemudian yang kedua, minuman keras. Yang ketiga, handicraft. Yang keempat, tekstil dan yang kelima, rempah. Ya, setakat ini ada lima kelas dan mungkin di masa akan datang kita akan kembangkan lagi kelas-kelas ini untuk hendak mempertahankan. Ini hak kita, ini produk kita dan kita harap tidak ada negara lain yang cuba untuk hendak menggunakan kelebihan kita untuk kepentingan mereka. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, Yang Berhormat Tebrau bertanya berkaitan dengan bagaimana dengan Akta 602. Ya, Yang Berhormat Tebrau? adi, akta ini memperkenalkan prosiding sivil dan jenayah untuk digunakan oleh tuan punya pendaftar petunjuk geografi ini. Jadi, itu kelebihan Akta 602. Juga, apa terjadi kepada pendaftaran di bawah Akta 602 yang ada sekarang? Petunjuk geografi yang didaftarkan di bawah Akta 602 akan terus didaftarkan di bawah akta ini tertakluk kepada peruntukan peralihan yang kita laksanakan. Jadi, bagi yang mereka sudah daftar dengan Akta 602 dulu, mereka tidak perlu bimbang. Mereka secara langsung akan dapat berdaftar di bawah akta ataupun Rang Undang-undang Petunjuk Geografi ini.
Seterusnya, Yang Berhormat Bayan Baru bertanyakan tentang syarikat monopoli. Ini memang ada kemungkinan tetapi kita sebagai kementerian ataupun kerajaan, kita akan berunding dengan pihak berwajib. Contohnya kalau pertanian, kita akan berunding dengan Jabatan Pertanian ataupun Kementerian Pertanian berkaitan dengan produk yang hendak didaftarkan itu. Keutamaan diberi kepada jabatan kerajaan. Tapi kalau ada yang lain, antara persatuan dan orang perseorangan, kita akan utamakan persatuan. Contoh yang boleh saya jelaskan di sini macam di Terengganu, YPU. Ia banyak mendaftar songket dan juga batik. Jadi kalau ada individu hendak berdaftar, kita akan lebih menyokong ataupun kita lebih prefer ataupun kita lebih cenderung untuk hendak membantu ataupun hendak mendaftarkan di bawah persatuan ataupun di bawah badan-badan kerajaan. Kemudian, Yang Berhormat Bayan Baru bertanya kenapa sedikit sahaja yang mendaftar. Ini mungkin, pada pandangan saya, mungkin disebabkan oleh kefahaman masyarakat kita tentang pentingnya pendaftaran petunjuk geografi ini kerana mereka merasakan bahawa apa yang mereka buat itu sekadar cukup untuk mereka. Padahal di dalam dunia yang semakin tanpa sempadan ini, banyak kemungkinan boleh dilakukan oleh mereka yang cuba meniru ataupun mengambil kesempatan terhadap apa yang terbaik daripada kita. Kita sudah habis modal beribu-ribu mungkin, tapi orang yang sudah tidak ada modal, dia ambil, dia claim. Yang saya nampak, sebagai contoh, saya dari Terengganu, keropok losong yang terkenal. Saya mari ke Selangor ada keropok losong, saya pergi ke Kelantan ada keropok losong. Sebab, keropok losong tidak didaftarkan sebagai petunjuk geografi. Jadi, ini merugikan. Jadi kalau didaftarkan, insya-Allah ia ada peluang untuk dibawa perkara ini ke mahkamah.
Boleh...
Saya rasa menjawablah apa yang dibangkitkan. Okey, Yang Berhormat Yang Berhormat Bayan Baru. Sila.
Yang Berhormat Menteri, sedikit saja. Saya pun ingin tahu tentang apa― bolehkah Yang Berhormat Menteri bagi senarai yang telah didaftar daripada tahun 2001 sehingga kinilah? Terkini, update. Sebab kita hendak tengok apakah ada kelebihan. Tapi contohnya Musang King itu, saya rasa tidak masuk akallah kerana masih belum daftar geographical indicator. Saya pun tidak faham kenapa ya. Jadi, mohon Yang Berhormat Menteri bagi senarai terkini. Boleh?
Ya, terima kasih.
Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru yang amat prihatin. Kalau boleh, saya baca senarai di sini petunjuk geografi tempatan, 91 produk, luar negara 13. Kalau hendak baca, saya boleh baca satu-satu ya. Masa masih ada lagi. Yang geografi iaitu Sarawak Pepper, Sabah Tea, Borneo Virgin Coconut Oil, Tenom Coffee, Sabah Seaweed, Bario Rice― Bario macam kita kata tadi, Bario ada. Kemudian, Buah Limau Bali Sungai Gedung, Pisco, Scotch Whisky, Sarawak Beras Biris, Sarawak Beras Bajong, Kuih Lidah Kampung Berundong Papar, Tambunan Ginger, Terung Asam Sarawak, Kek Lapis Sarawak, Sarawak Dabai, Cognac, Parmigiano Reggiano― ini daripada luar negara― Langkawi Cheese, Sarawak Litsea, Mangga Harumanis Perlis. Untuk makluman, ada satu lagi hendak didaftar di bawah nama mangga sweet tapi kita tolak kerana benda bunyi geografi yang sama daripada harumanis Perlis ini. Kemudian, Champagne, Belacan Bintulu― belacan pun ada, Tuan Yang di- Pertua― Sesar Unjur Sarawak, Umai Sarawak, Tenun Pahang Diraja, Biskut Dan San Sungai Lembing, Kacang Goreng Sempalit, Gaharu Gopeng, Songket Terengganu, Kain Songket Melaka, Isau Sarawak, Durian Nyekak Sarawak, Ikan Terubuk Mulut Besar Sarawak, Halia Bentong― Halia Bentong sudah ada, sudah register― Kayu Manis Keningau, Tuhau Tambunan Sabah, Sabah Batik, Kelarai, Ulu Tomani Tenom, Batik Terengganu.
Jadi, itu. Kemudian, saya tambah lagi, Tembaga Ladang Terengganu, Ukiran Kayu Besut, Keropok Losong, Keropok Lekor Terengganu, Bot Pulau Duyong, Nasi Dagang Terengganu, Malaysian Durian Musang King― ini didaftar di bawah Raub, tapi kita daftar yang ini. Jadi kita kata itu sama saja. Kemudian, Belecan Sibuti, Buah Tarap Sibuti― buah lomak― Daun Sabong Sibuti, Timun Dayak Sibuti, Kayu Hujan Panas Sibuti, Sarawak Midin, Kuih Cincin Kampung Melugus Papar, Barolo, Tequila, Balung Lemongrass Tea, Ikan Empurau Sarawak, Ikan Puput Sarawak, Sarawak Tapioca, Sarawak Sago, Durian Balik Pulau― Durian Balik Pulau sudah ada― Kasut Manik Melaka, Kebaya Nyonya Melaka, Anggur Tasik Beris. Tenunan Iranun― Kota Belud, Parang Berukir― Kota Belud, Rinago― Kudat, Pinakol― Kudat, Gong Matunggong― Kudat, Asam Pedas― Melaka, Dodol― Melaka, Tawau― Koko, Liking― Kota Belud, Beca Berhias― Melaka, Inavol Rungus― Kudat, Sarawak― Adenosma, Ikan Tahai― Lawas, Pala― Balik Pulau dan yang terakhir yang ke-80, Penjaram― Kota Belud. Yang Batu Pahat belum ada lagi, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih.
Minta Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua boleh apply. Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 101 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Jadual diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang Undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Kewangan I (Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah) dan diluluskan]
Alhamdulillah. Ahli- ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10.00 pagi esok, hari Khamis, 16 Disember 2021. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.22 malam]
Kamar KhasSpecial Chamber
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Masalah Pencemaran Sungai Aur, RompinSpecial Chamber
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, mengikut jawapan oleh Yang Berhormat Menteri yang bersidang pada 22 November 2021, Isnin, pencemaran Sungai Aur adalah berpunca daripada aktiviti perlombongan yang lama dan baharu disebabkan wujudnya kawasan bekas perlombongan bijih besi di sekitar Bukit Ibam dan kawasan-kawasan sekitarnya.
Sebarang pelepasan dari kawasan perlombongan ini akan memasuki Sungai Tepesok, Sungai Jeram serta Sungai Aur sebelum memasuki Sungai Rompin. Justeru, saya ingin bertanya kepada pihak Kementerian Tenaga dan Sumber Asli terutamanya Jabatan Mineral dan Geosains:
(i) apakah usaha-usaha Jabatan Mineral dan Geosains untuk memulihkan lombong yang lama dan baru daripada terus mencemarkan sungai di tanah penduduk; dan
(ii) apakah pandangan pihak Jabatan Mineral dan Geosains jika perkara ini terus berlaku dan tiada penyelesaian maka penduduk akan membawa perkara ini ke mahkamah berasaskan undang-undang sedia ada bagi memohon ganti rugi daripada kerajaan dan tuan punya lombong.
Sekian sahaja ucapan usul saya. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Rompin.
Izinkan saya membuka mask [Sambil membuka pelitup muka] .
Untuk makluman Yang Berhormat Rompin, usaha-usaha Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) untuk memulihkan lombong yang lama dan baharu daripada terus mencemarkan sungai adalah seperti berikut; Pertama, kawasan Bukit Ibam secara geologinya merupakan kawasan yang terletak di atas zon pemineralan semula jadi yang kaya dengan kepelbagaian mineral berharga terutamanya bijih besi.
Sejarah perlombongan bijih besi di Bukit Ibam telah bermula sejak tahun 1960an lagi dengan Syarikat Rompin Company telah memulakan aktiviti perlombongan di kawasan Bukit Ibam. Aktiviti perlombongan ini berterusan sehingga kini memandangkan kawasan Bukit Ibam masih mempunyai rizab mineral bijih besi yang ekonomik untuk diusahakan.
Kedua, berdasarkan kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta Pembangunan Mineral 1994 [Akta 525] kepada JMG, JMG Pahang telah mengeluarkan Surat Kelulusan Skim Pengendalian Melombong (SKSPM) kepada pemegang Pajakan Melombong bagi membolehkan aktiviti perlombongan dijalankan oleh pemegang pajakan atau operator berdasarkan Skim Pengendalian Melombong yang diluluskan dengan syarat-syarat yang dikenakan.
Ini termasuk berkaitan dengan pelepasan efluen daripada lombong.
Ketiga, pemantauan dan pemeriksaan teknikal serta penguatkuasaan dijalankan secara berkala atau mengejut bagi memastikan pemegang pajakan dan operator perlombongan menjalankan operasi perlombongan mengikut undang-undang dan syarat-syarat yang berkuat kuasa.
Keempat, pihak berkuasa negeri Pahang melalui Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang telah menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Aktiviti Perlombongan Negeri Pahang untuk mengukuhkan lagi aspek pemantauan dan penguatkuasaan secara bersepadu di antara pelbagai agensi di bawah bidang kuasa negeri dan juga bidang kuasa Persekutuan berkaitan, yang mana pihak JMG Pahang telah terlibat secara langsung di dalam jawatankuasa tersebut.
Kelima, sebagai langkah berterusan, semua pelombong telah diarahkan untuk menyediakan Pelan Kawalan Hakisan dan Sedimentasi atau Erosion and Sediment Control Plan (ESCP) dan menjalankan program penghijauan seperti penanaman spesies tumbuhan yang bersesuaian sebagai salah satu langkah pemulihan progresif. Langkah-langkah tersebut bertujuan untuk menangani masalah hakisan yang menyebabkan bahan berkelodak atau sedimen yang terdedah di kawasan perlombongan dibawa oleh aliran air larian permukaan
(surface run-off) ketika hujan yang akhirnya akan mengalir masuk ke dalam aliran sungai berhampiran.
Keenam, pihak JMG juga telah menjalinkan kerjasama teknikal bersama pihak Universiti Malaysia Pahang (UMP) melalui Profesor Madya Ir. Doktor Norazwina binti Zainol, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pengajian Siswazah) Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli yang telah menjalankan kajian PhD pelajarnya berkaitan isu pencemaran Sungai Rompin ini dengan tajuk Elucidate The Potential and Natural Treatment Mechanism of Acid Mine Drainage pada 25 Oktober 2017.
Ketujuh, pihak JMG (PPM) telah mengenal pasti bahawa satu kajian lanjut perlu dilaksanakan bagi menangani masalah ini secara terancang.
Memandangkan puncanya adalah daripada bekas tanah lombong yang tertakluk di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Negeri Pahang, pihak JMG Pahang telah mengemukakan permohonan peruntukan sebanyak RM 665,000 kepada
Kerajaan Negeri Pahang secara rasmi pada 29 Oktober 2021 melalui Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang.
Bagi menjawab soalan kedua, pandangan JMG adalah seperti berikut; Pertama, JMG secara berterusan melaksanakan pemantauan, pemeriksaan teknikal dan penguatkuasaan undang-undang dan syarat-syarat berkaitan operasi perlombongan ke atas semua pemegang pajakan dan operator perlombongan yang masih aktif dan berkuat kuasa.
Kedua, JMG hanya memantau dan mengawal selia aktiviti perlombongan bagi tenement yang telah diluluskan oleh pihak berkuasa negeri dan pemegang pajakan yang telah mengemukakan suatu Skim Pengendalian Melombong.
Pemantauan dan kawal selia yang dijalankan oleh JMG berdasarkan kuasa yang diberikan di bawah Akta Pembangunan Mineral 1994. Kuasa yang diberikan kepada jabatan hanya tertakluk di dalam kawasan pajakan melombong dan lesen melombong tuan punya (PML) yang telah diluluskan oleh pihak berkuasa negeri
(PBN) sahaja. Sebarang ketidakpatuhan dan perlanggaran syarat kelulusan dan peruntukan di bawah Akta Pembangunan Mineral 1994 boleh diambil tindakan dan dibawa ke mahkamah setelah melalui proses penguatkuasaan dan penyiasatan yang sewajarnya untuk tindakan pendakwaan.
Ketiga, penguatkuasaan atau pemantauan serta pemulihan bagi kawasan bekas lombong adalah terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Namun, JMG sentiasa memberikan kerjasama, khidmat nasihat dan memberikan bantuan dari semasa ke semasa atas permintaan dan keperluan Pihak Berkuasa Negeri.
Keempat, selain daripada Jabatan Mineral dan Geosains Pahang, terdapat beberapa agensi lain juga mempunyai kuasa secara spesifik untuk mengambil tindakan sekiranya berlaku perlanggaran undang-undang dan syarat-syarat yang berkuat kuasa seperti Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Pahang, Pejabat Daerah dan Tanah, Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang, Jabatan Alam Sekitar serta Jabatan Pengaliran dan Saliran. Sekian, terima kasih.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Perjanjian Penjualan Kredit Karbon/Carbon Offset Kerajaan Sabah dengan Hoch Standard Pte Ltd Menggunakan Hutan Kelas 1 SabahSpecial Chamber
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan isu berkenaan Kerajaan Sabah pada 30 Oktober 2021 menandatangani satu Nature Conservation Agreement dengan syarikat Singapura, Hoch Standard Pte Ltd dan melibatkan perunding pengurusan Australia iaitu Tierra Australia.
Perjanjian itu memberi Syarikat Singapura Hoch Standard Pte Ltd, satu syarikat baharu yang berdaftar di Singapura pada 2019 hak untuk menjual kredit karbon ataupun carbon offset dan modal semula jadi lain seperti air bersih, menggunakan lebih 2 juta hektar tanah berhutan di Sabah untuk 100 hingga 200 tahun akan datang. Persoalannya, mengapakah penjualan karbon kredit mesti melalui orang tengah? Mengapakah 30 peratus pendapatan daripada perjanjian diberikan kepada orang tengah?
Menurut Dr. James Alin, seorang pensyarah di Universiti Malaysia Sabah di bawah perjanjian ini, Kerajaan Sabah akan terikat selama ratusan tahun dan tidak dibenarkan mengganggu hutan kelas 1. Ini bermakna tidak ada
kemungkinan untuk mewartakan mereka untuk tujuan lain selama 100 hingga 200 tahun kerana ikatan karbon. Kemasukan perjanjian tanpa apa-apa konsultasi langsung dengan pihak berkepentingan akan membawa bersama potensi untuk mencetuskan konflik jika wang yang dijanjikan tidak menjadi kenyataan atau jika syarat perjanjian menyekat akses orang asal ke hutan ini.
Hutan sering menjadi sumber makanan, tempat tinggal dan ubat-ubatan bagi masyarakat setempat. Masyarakat Orang Asli yang kebanyakannya mengurus hutan-hutan ini dan mereka merasa bahawa kehidupan dan nasib mereka akan kekal seperti sedia ada dan mereka tidak akan melihat apa-apa faedah daripada perjanjian ini.
Jika perjanjian ini memberi impak positif kepada ekonomi negeri, mengapakah ia tidak didedahkan kepada umum sebelum ditandatangani dan tiada penjelasan langsung diberikan? Persoalannya, ketika kita berbincang tentang menjual offset karbon, adakah kita mempunyai inventori karbon negara Malaysia? Jika, kita tidak mempunyai inventori, kita tidak tahu dengan tepat berapa banyak kapasiti tenggelam karbon kita pada masa ini.
Selain itu, saya ingin bertanya, apakah peranan yang dimainkan oleh Kerajaan Persekutuan dalam perjanjian ini? Adakah Kerajaan Persekutuan bersetuju dengannya? Adalah penting bagi kerajaan untuk melindungi credit carbon hutan negara kerana Malaysia mempunyai Nationally Determined Contribution (NDC) sendiri untuk dipenuhi di bawah Paris Agreement.
Jika kerajaan negeri menjual kredit hutan mereka kepada orang luar, maka Malaysia tidak boleh mengira itu lagi kerana peraturan antarabangsa tidak membenarkan pengiraan berganda. Sebaik sahaja anda menjual kredit hutan anda di luar negara, anda tidak boleh mengiranya lagi bagi offset pelepasan karbon anda sendiri.
Adakah Kerajaan Persekutuan bercadang untuk membayar pampasan kepada kerajaan-kerajaan negeri bagi memelihara hutan mereka agar kerajaan- kerajaan negeri tidak menandatangani perjanjian dengan syarikat asing. Sila Menteri jawab. Itu sahaja. Terima kasih.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Kota Kinabalu. Untuk makluman Yang Berhormat, selaras dengan peruntukan Artikel 74(2) Perlembagaan Persekutuan, Jadual Kesembilan, Senarai Kedua, segala hal ehwal dalam pentadbiran tanah termasuk pengurusan perhutanan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
Kuasa eksekutif Kerajaan Persekutuan adalah terhad kepada memberi nasihat, bantuan teknikal, latihan, penyelidikan dan pembangunan dalam sektor perhutanan kepada negeri-negeri. Walau bagaimanapun, hasrat Kerajaan Negeri Sabah untuk menandatangani perjanjian Nature Conservation Agreement tersebut tidak dirujuk dan tidak dimaklumkan secara rasmi kepada kementerian.
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) sentiasa mengalu-alukan pihak kerajaan negeri untuk merujuk kepada kementerian terlebih dahulu sekiranya berhasrat untuk memulakan sebarang projek perdagangan karbon hutan. Perkara ini juga adalah selaras dengan Panduan Pasaran Karbon Sukarela Sektor Hutan yang telah dikeluarkan oleh kementerian yang turut menggariskan
keperluan pihak kerajaan negeri melaporkan kepada KeTSA mengenai aktiviti pasaran karbon hutan.
Sebagai sebuah negara yang mempunyai litupan hutan yang tinggi, pelbagai usaha mengekal serta memelihara kawasan hutan sedang giat dilaksanakan. Namun begitu, usaha-usaha ini melibatkan kos yang tinggi dan kerajaan-kerajaan negeri tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi.
Mekanisme REDD Plus telah dibangunkan di bawah UNFCCC bertujuan untuk memberikan nilai kewangan terhadap penyerapan karbon oleh hutan serta menawarkan insentif kepada negara-negara membangun bagi mengekalkan hutan dan mengurangkan pelepasan gas rumah kaca (greenhouse gases) daripada aktiviti perhutanan.
KeTSA pada masa ini sedang membangunkan Kerangka Kewangan REDD Plus atau REDD Plus Finance Framework (RFF) yang merupakan satu inisiatif kewangan kepada kerajaan negeri bagi melaksanakan aktiviti mengekalkan dan memulihara hutan serta menjamin ekosistem hutan yang berterusan.
Di samping itu, KeTSA juga telah menubuhkan sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan (CLBG) iaitu Malaysia Forest Fund (MFF) yang akan melaksanakan Kerangka Kewangan REDD Plus di Malaysia. MFF turut berperanan membangun dan melaksanakan model operasi RFF yang efektif dan mampan serta menjana sumber kewangan melalui transaksi pasaran karbon hutan (forest carbon market) bagi membiayai usaha pengekalan, pengurusan, perlindungan dan pemuliharaan hutan oleh kerajaan-kerajaan negeri. Sekian, terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang, Khamis, 16 Disember 2021. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.
[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.49 petang]