Dewan Rakyat · 16 December 2021
15th Parliament, session 4, meeting 2 · 456 turns · 29,273 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Usul — Menangguhkan Bacaan Kali Yang Kedua Dan Ketiga Rang Undang-Undang Di Bawah P.M. 62Bill
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi. Salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua; “Bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 62, saya mohon D.R. 1/2021 Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2021, D.R. 13/2021 Rang Undang-undang Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021, D.R. 12/2020 Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2020, D.R. 19/2021 Rang Undang-undang Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah (Pindaan) 2021 dan D.R. 18/2021 Rang Undang-undang Antigangguan Seksual 2021 seperti yang tertera di No. 3 hingga 7 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul pada hari ini ditangguhkan bacaan kali kedua dan ketiga dan dibawa ke Mesyuarat yang akan datang.”
Baiklah Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Jawapan-Jawapan Menteri Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof [Alor Gajah]: minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan apakah dasar kerajaan untuk membangunkan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) menggunakan IBS.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Alor Gajah atas soalan yang telah dikemukakan. Untuk makluman, Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah diberi mandat untuk melaksanakan tanggungjawab tentang pertamanya adalah prasarana luar bandar, bekalan elektrik luar bandar, bekalan air luar bandar, ameniti sosial luar bandar dan Program Perumahan Rakyat Termiskin.
Soalan di sini berkaitan dengan PPRT ataupun Program Perumahan Rakyat Termiskin merupakan salah satu daripada usaha kerajaan untuk rakyat mendiami rumah yang lebih selamat dan selesa khususnya kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada golongan miskin dan miskin tegar di kawasan luar bandar. PPRT di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar pada masa ini melibatkan dua skop bantuan iaitu baik pulih rumah dan bina baharu rumah kepada golongan miskin. Bagi pelaksanaan tahun 2022, kementerian telah diluluskan peruntukan sebanyak RM361.1 juta yang melibatkan 2,400 unit rumah PPRT bina baharu dan 11,450 unit PPRT baik pulih. Untuk makluman Yang Berhormat, pelaksanaan PPRT bagi projek bina baharu secara kaedah IBS telah dimulakan sejak tahun 2019, bertujuan untuk penjimatan kos dan mengurangkan tempoh masa bagi pembinaan. Ia juga menyahut seruan kerajaan, menggalakkan peningkatan industri pembinaan dengan tumpuan kepada penggunaan IBS selaras dengan hala tuju ke arah pencapaian status negara maju serta pembinaan yang lestari. Buat masa ini kementerian memberi pilihan kepada kontraktor yang dilantik untuk melaksanakan projek secara konvensional atau IBS. Tahun 2019 sehingga 2021 sebanyak 1,918 unit rumah ataupun 50.3 peratus rumah bina baharu PPRT telah dilaksanakan secara IBS berbanding dengan jumlah keseluruhannya 3,833 unit. Maksud saya, 50 peratus IBS dan 50 peratus konvensional. Kementerian juga menyokong usaha pihak agensi pusat untuk melaksanakan semakan semula insentif IBS sama ada untuk menggalakkan pemaju menggunakan teknologi IBS bagi mengawal kos dan meningkatkan kecekapan dalam pembinaan terutama bagi projek berskala kecil. Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan, soalan tambahan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memberi gambaran sedikit. Ada tiga perkara. Pertama, kalau kita lihat dapatan khusus daripada Parlimen Alor Gajah. Ratusan rumah rakyat termiskin yang sangat daif, kadang-kadang dindingnya tiada, bumbung pun bocor dan sukar untuk diperbaiki. Kedua, kita lihat hari ini dapatan daripada KPKT, berjumlah 32,000 buah rumah yang tidak terjual. Ketiga, kerajaan telah memperuntukkan di dalam Belanjawan 2022 yang kita bahaskan baru-baru ini keseluruhannya berjumlah- bantuan kewangan Keluarga Malaysia, dinyatakan hari itu berjumlah RM52 bilion. Adakah kerajaan merancang untuk menyelaraskan segala bentuk bantuan ini untuk memberi- berbentuk bantuan segera kepada rakyat termiskin yang kita lihat hari ini duduk di tempat yang begitu daif, sebahagian daripada RM52 bilion itu? Keduanya, untuk mempercepatkan pembangunan rumah-rumah untuk PKRT ini tadi untuk rakyat termiskin, kita menyeragamkan satu pelan untuk memastikan IBS diguna pakai untuk memenuhi keperluan ini. Terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Alor Gajah. Dua perkara yang disebut di sini. Pertama ialah bantuan segera dan yang kedua ialah kolaborasi ataupun koordinasi semua agensi. Ini Yang Berhormat Alor Gajah, saya fikir agensi pusat seperti EPU dan juga MOF boleh menjadi penyelaras kepada kementerian-kementerian yang mempunyai projek-projek pembangunan, khususnya yang berkaitan dengan pembinaan rumah. Kita ada Kementerian Pembangunan Luar Bandar bagi luar bandar dan kita ada KPKT. Saya tidak menjawab bagi pihak kementerian lain, cuma saya nyatakan di sini, kita ada bajet dan kita ada peruntukan yang kita kena roll out pada tahun 2022. Cumanya jika ada apa-apa penyelarasan ataupun dasar baharu yang hendak dilaksanakan di peringkat nasional, saya fikir koordinasi atau kolaborasi antara kementerian– katalah ada lima
kementerian. Kementerian ini akan dipanggil untuk duduk, untuk hendak dapatkan satu naratif yang sama-sama kita bina. Keduanya, bantuan segera. Untuk pembinaan rumah bagi seluruh negara, sekarang ini untuk tahun 2022 ini contohnya, sudah ada senarai nama yang dikeluarkan yang selalunya kita dapat melalui pejabat daerah. Pejabat daerah sudah beri senarai nama yang mereka dapat melalui struktur di bawah dan disenaraikan kumpulan ini ialah kumpulan miskin dan patut dibantu rumah. Keduanya, senarai yang ada di dalam itu adalah daripada eKasih. eKasih ini datang daripada EPU dan juga ICU. Senarai nama yang ada itu dan ia beri prioriti. Maknanya, ini kumpulan prioriti hendak diberi. Jadi, berdasarkan itulah Kementerian Pembangunan Luar Bandar akan beri. Ketiga, datang daripada senarai yang dikemukakan juga oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Ada soalan tambahan? Sebelah sini? Yang Berhormat Merbok.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya, sebenarnya penggunaan IBS ini sudah bertahun-tahun, bahkan disokong kuat oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sebab kelebihan ia mengurangkan kos, tidak memakai tenaga pekerja yang ramai dan cepat siap. Oleh sebab itu kos akan menjadi rendah. Persoalannya, CIDB pernah menyasarkan hendak mengeluarkan IBS seramai 100 pengeluar sehingga 300 pada tahun 2018. Jadi, bagaimanakah status tersebut? Adakah tercapai yang 300 pengeluar IBS itu? Terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Merbok. Dalam Kementerian Pembangunan Luar Bandar setakat ini kita ada yang disenaraikan oleh kementerian ada 18 kumpulan ataupun syarikat yang terlibat dengan IBS. Akan tetapi oleh sebab pembina rumah PPRT ini di luar bandar dan ia berselerak. Kadang-kadang kampung ‘A’ ada satu, kampung ‘B’ ada satu, kampung ‘C’ pula ada dua. Jadi, saya tidak fikir tempat yang seumpama itu sesuai untuk IBS. Ia lebih kepada konvensional. Oleh sebab hendak bawa barang, hendak masuk kampung. Kemudian jalan pula jalan kampung. Bukan jalan besar. Kalau hendak bawa IBS ini kena pakai lori yang besar itu. Jadi, sudah tentu ia jadi konvensional. Tempat lokasi yang berhampiran dengan jalan, tepi jalan dan jalan besar, serta rumah pula banyak hendak dibuat, itu sesuai untuk IBS. Jadi, untuk jawapan berapa banyak itu, yang itu saya tidak dapat jawablah sebab itu kena pergi kepada CIDB di bawah KKR. Terima kasih Yang Berhormat Merbok.
2. Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan] minta Perdana Menteri menyatakan apakah usaha kerajaan untuk meningkatkan umur perkahwinan kepada 18 tahun dan langkah-langkah lain untuk membanteras perkahwinan bawah umur.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua. Pada 7 Ogos 2018, Mufti Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan kenyataan yang menyebut bahawa dengan melihat kepada kaedah usul fiqh seperti maslahah, ist’ḥsan, sadd al-zara'ie, zuruf serta adat, sewajarnya perkahwinan di bawah umur mengikut undang-undang hanya dibenarkan bagi kes-kes tertentu sahaja setelah menepati syarat yang ketat dan diperakui oleh mahkamah. Di bawah prinsip siyasah syar'iyyah, kerajaan berkuasa meletakkan polisi mengehadkan umur minimum perkahwinan kerana termasuk dalam kategori mengikat perkara yang harus dengan satu maslahat atau kepentingan bagi menegakkan keadilan
dan bukanlah bertujuan mengharamkan apa yang Allah Ta’ala halalkan. Kerajaan telah mengambil langkah meneliti dan mengkaji cadangan supaya menaikkan umur minimum perkahwinan bagi perempuan beragama Islam daripada 16 tahun kepada 18 tahun. Kajian ini termasuklah membentangkan cadangan tersebut dalam pelbagai forum yang melibatkan negeri seperti Majlis Dialog Undang-undang dan Persidangan Penyelarasan Undang-undang Syarak dan Sivil memandangkan kuasa perundangan berkaitan perkahwinan orang Islam merupakan bidang kuasa negeri-negeri. Berdasarkan maklum balas dan pandangan yang diterima, kebanyakan negeri pada dasarnya bersetuju mengekalkan had umur yang sedia ada sebagaimana termaktub dalam Undang-undang Keluarga Islam di negeri masing-masing. Setelah mengambil kira maklum balas itu, pandangan dari negeri, kerajaan melalui Mesyuarat Sekretariat Dasar Perundangan Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Bil.1/2021 pada 22 September 2021 berpendirian bahawa tiada keperluan untuk meminda had umur minimum perkahwinan bagi perempuan beragama Islam. Dalam masa yang sama, pihak Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah mengambil langkah untuk memastikan pihak yang memohon untuk berkahwin di bawah umur melalui satu proses penilaian yang ketat untuk memastikan kepentingan semua pihak yang terlibat dipelihara. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah mengeluarkan satu SOP permohonan perkahwinan di bawah umur melalui Surat Pekeliling Ketua Pengarah, Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Bil.1/2018 yang berkuat kuasa pada 28 September 2018. Berdasarkan statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, bagi perbandingan jumlah kelulusan kes permohonan kahwin bawah umur orang Islam yang dijana melalui sistem eSyariah, tiga tahun sebelum penguatkuasaan prosedur operasi standard permohonan kahwin bawah umur iaitu dari 1 September 2015 sehingga 31 Ogos 2018, jumlah kelulusan yang dicatat bagi seluruh negeri di Malaysia ialah sebanyak 2,885 kes. Manakala jumlah kelulusan kes permohonan kahwin bawah umur orang Islam tiga tahun selepas penguatkuasaan SOP permohonan kahwin bawah umur iaitu 1 September 2018 sehingga 31 Oktober 2021 pula ialah sebanyak 298 kes. Perbandingan di sini menunjukkan pengurangan sebanyak 783 kes. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Silakan soalan tambahan pertama.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan tadi. Memandangkan JAKIM dan 14 Jabatan Agama Islam Negeri-negeri dan Majlis Agama Negeri-negeri terlibat dalam Pelan Strategi Kebangsaan bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur, saya ucapkan terima kasih atas jawapan yang diberikan tadi. Namun demikian, saya juga ingin menyatakan di sini bahawa negeri Selangor telah menetapkan 18 tahun sebagai had umur perkahwinan untuk orang-orang yang beragama Islam. Negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Sabah, Johor, Melaka dan Perak termasuklah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan telah bersetuju untuk meminda Undang-undang Keluarga Islam berlandaskan syariah di negeri-negeri tersebut. Namun demikian, negeri-negeri seperti Sarawak, Pahang, Terengganu, Perlis, Negeri Sembilan, Kedah dan Kelantan belum lagi memberi persetujuan untuk menaikkan had umur berkahwin untuk orang-orang yang beragama Islam kepada 18 tahun. Tuan Yang di-Pertua, isu ini bukan Islam atau bukan Islam, ia tentang kepentingan kanak-kanak memandangkan stakeholder ataupun partner negara Malaysia dan juga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ialah UNICEF. Saranan UNICEF adalah negara Malaysia juga bersama dengan negara lain, tergolong sebagai negara yang tidak akan membenarkan lagi perkahwinan bawah umur, sama ada Islam atau bukan Islam...
Soalannya Yang Berhormat.
Isunya bukan– merentas agama, merentas gender, budaya, adat dan sebagainya...
Ya, soalannya, soalannya?
Maka, saya ingin tahu apakah rancangan Yang Berhormat Menteri untuk melobi dan memastikan negeri-negeri yang saya sebutkan tadi juga bersama-sama meminda enakmen syariah mereka untuk memastikan bahawa umur 18 tahun ditetapkan sebagai had umur minimum untuk perkahwinan. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan. Dalam soal berkenaan dengan hal yang berhubung kait dengan orang Islam, had perkahwinan atau umur perkahwinan ialah bidang kuasa kerajaan negeri sebab itu kita ada stakeholder masing-masing. Maka, itu adalah merupakan bidang kuasa mereka. Maka, perkara ini adalah perkara yang kita hormat dan setakat hari ini kita tidaklah mengatakan bahawa perlu kita larang terus dan tidak juga perlu kita hendak ketat terus. Maknanya sebab itu kita perkenalkan dan kenakan SOP yang ketat bagi memastikan tidak berlakunya kezaliman antara dua pihak tadi. Terima kasih.
Terima kasih. Ada soalan tambahan kedua?
Setiu.
Silakan Yang Berhormat Setiu.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan saya, apakah SOP yang dilaksanakan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dalam mengendalikan permohonan perkahwinan bawah umur di Mahkamah Syariah?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Setiu. Berdasarkan kepada satu surat pekeliling daripada Ketua Pengarah ataupun Ketua Hakim JKSM yang berkuat kuasa pada 28 September 2018, di sana ada beberapa SOP yang ditetapkan di pihak lelaki dan perempuan. Jika pemohon itu daripada kalangan pihak perempuan adalah seperti berikut: (i) dia hendak kahwin itu mesti ada alasan permohonannya; (ii) latar belakang keluarga pemohon; (iii) latar belakang keluarga bakal suami pemohon; (iv) kemaslahatan kemampuan status pendidikan, sifat peribadi dan kesihatan; (v) latar belakang seksual; (vi) kefahaman terhadap perkahwinan; (vii) sekufu yang bermaksud janganlah dia berumur 16 tahun dan lelaki berumur 70 tahun; (viii) wali; dan (ix) laporan daripada JKM, KKM dan juga PDRM jika perlu. Bagi pihak lelaki pula ialah: (i) alasan permohonan; (ii) latar belakang keluarga pemohon; (iii) latar belakang keluarga bakal isteri pemohon;
(iv) kemaslahatan; (v) latar belakang seksual (vi) kefahaman terhadap perkahwinan; (vii) sekufu; dan (viii) laporan daripada JKM, KKM ataupun PDRM jika perlu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
3. Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [Setiu] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan sejauh mana kementerian mengawal tindakan menaturalisasikan pemain bola sepak sebagai pemain kebangsaan di negara ini.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Keluarga Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Setiu, Kementerian Belia dan Sukan tidak dapat mengawal proses naturalisasi pemain bola sepak kerana permohonan tersebut tidak melalui Kementerian Belia dan Sukan. Ketetapan naturalisasi bagi seseorang individu adalah menggunakan syarat- syarat dan undang-undang sedia ada. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) juga telah menangguhkan projek naturalisasi ini berikutan persembahan pasukan negara pada saingan kelayakan Piala Dunia FIFA, Piala Asia 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu pada bulan Jun yang lalu. Namun, Kementerian Belia dan Sukan amat komited dalam memberikan tumpuan kepada pembangunan sukan negara di kalangan pemain-pemain tempatan. Bagi sukan bola sepak, Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) merupakan inisiatif yang memberikan penekanan kepada pembangunan pemain-pemain muda tempatan daripada seluruh negara. Selain itu, kita juga mengalu-alukan pemain-pemain berpengalaman yang mendapat status naturalisasi untuk membantu melatih pemain muda bagi meningkatkan prestasi sukan bola sepak negara. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, sehingga kini PPBN mempunyai seramai 14,214 orang pemain, 767 orang jurulatih daripada 52 buah Akademi Tunas, 63 buah Pusat Latihan Daerah, 14 buah Sekolah Sukan Negeri, sebuah Sekolah Sukan Malaysia dan sebuah Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari. Pemain-pemain tempatan kita juga telah menunjukkan prestasi yang amat baik dan tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan pemain naturalisasi. Hasil perbandingan yang dilakukan di antara pemain tempatan iaitu Safawi Rashid, 24 tahun dan pemain naturalisasi De Paula Lucrécio, 35 tahun di kejohanan AFF Suzuki Cup 2020 menunjukkan perbezaan seperti berikut: (i) tempoh bermain – Safawi sebanyak 246 minit dan De Paula sebanyak 119 minit dengan satu starter, dua sub dan Safawi dengan tiga starter; (ii) gol yang disumbangkan – Safawi ialah empat gol dan De Paula tiada; (iii) cubaan (shots) – Safawi melakukan 10 cubaan dan De Paula hanya dua; (iv) cubaan tepat (shots on target) – Safawi mempunyai lapan dan De Paula sebanyak dua; (v) ketepatan (shooting accuracy) – Safawi sebanyak 80 dan De Paula sebanyak 100; (vi) hantaran penting (key passes) – Safawi sebanyak empat dan De Paula, satu; dan
(vii) hantaran berjaya (successful passes) – Safawi sebanyak 68 berbanding De Paula hanya sebanyak 28. Jadi, kita lihat bahawa pemain tempatan tidak kurang hebatnya berbanding dengan pemain naturalisasi. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya, berdasarkan keputusan yang diperolehi dalam kelayakan Piala Dunia baru-baru ini sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri, didapati pemain-pemain naturalisasi ini tidak mempunyai semangat untuk mewakili negara dan tidak memperagakan aksi yang mengagumkan berbanding dengan pemain- pemain muda tempatan sehingga mendapat kecaman daripada peminat bola sepak tanah air. Tumpuan keterlaluan di dalam program menaturaliasi pemain ini tidak sihat untuk masa depan bola sepak negara. Apatah lagi FAM juga sudah mempunyai Route Map FAM 2019/2030 yang memfokuskan kepada pembangunan bola sepak kepada golongan muda untuk diangkat menjadi pemain kebangsaan. Soalan saya, adakah kementerian bercadang untuk membentuk sebuah jawatankuasa khas yang melibatkan FAM, persatuan bola sepak negeri-negeri, tokoh- tokoh sukan, pengkritik-pengkritik sukan dan bekas-bekas pemain kebangsaan untuk meneliti dan mengkaji secara lebih terperinci berkait dengan naturalisasi ini sama ada hendak diteruskan atau ditamatkan?
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Seperti yang telah saya sebutkan tadi, bahawa FAM sendiri telah pun mengeluarkan kenyataan bahawa mereka telah pun menghentikan Program Naturalisasi Pemain. Dalam masa yang sama, Kementerian Belia dan Sukan juga mempunyai kekangan kerana berdasarkan kepada Statut dan Peraturan FIFA, pihak kerajaan tidak mempunyai hak dan kuasa untuk mencampuri perihal berkaitan pengurusan sesuatu persatuan ataupun pengurusan pasukan bola sepak.
Sebarang kepincangan pengurusan yang berkaitan dengan pemain-pemain profesional adalah tertakluk kepada peraturan FIFA, di mana FAM sendiri tidak mempunyai kuasa untuk mencampuri permasalahan dan sebagainya. Namun, soalan tadi itu yang saya melihat lebih berupa pandangan akan kita ambil perhatian. Tentunya Kementerian Belia dan Sukan sentiasa mengadakan sesi libat urus dengan our stakeholders, pemegang taruh kami dan akan sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak FAM dalam bidang sukan bola sepak dan juga persatuan-persatuan bola sepak negeri. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih, ada soalan tambahan kedua? Tidak ada. Ahli-ahli Yang Berhormat semua, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan- pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih kepada semua Yang Berhormat. [Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik] minta Perdana Menteri menyatakan langkah yang telah dilaksanakan bagi menambah baik skim perjawatan Penyelia Kelas Agama Fardhu Ain (KAFA) untuk diserap ke jawatan tetap perkhidmatan awam.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Sik. Untuk makluman Yang Berhormat Sik, sehingga kini terdapat seramai 383 orang penyelia di bawah Program Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang telah dilantik oleh JAKIM sebagai pegawai kontrak, contract of service, Gred S19. Lantikan penyelia KAFA ini adalah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil.2/2008 - Dasar dan Prosedur Pelantikan Secara Kontrak yang sedang berkuat kuasa. Kerajaan sedang menyediakan hala tuju Program KAFA yang bertujuan memperkasa Program KAFA sedia ada, termasuklah menambah baik aspek perkhidmatan penyelia KAFA dengan menumpukan kepada elemen peningkatan profesionalisme dan juga jaminan kebajikan. Justeru, bagi merealisasikan kesungguhan kerajaan terhadap usaha tersebut, maka JAKIM telah menjalankan sesi perundingan bersama agensi Persekutuan yang berkaitan bagi mencari kaedah terbaik berhubung pelantikan penyelia KAFA ke jawatan tetap. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Silakan, soalan tambahan pertama.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita sedia maklum, dalam tempoh pandemik ini seperti mana juga pelajar-pelajar di sekolah kebangsaan, para pelajar di kelas KAFA juga terpaksa menjalani pembelajaran mereka melalui PdPR di rumah itu. Jadi kesannya, ramai di kalangan para pelajar ini yang agak ketinggalan dalam mereka mencapai tahap yang baik dalam silibus dan kurikulum di KAFA ini. Begitu juga dengan bilangan pelajar KAFA yang telah pun mencecah 1 juta orang dengan jumlah guru seramai 35,000 orang. Jadi soalan saya, adakah pihak JAKIM bersama dengan agensi lain, termasuk JPA, bercadang untuk menambah lagi pelantikan penyelia-penyelia KAFA ini bagi memperkukuhkan pendidikan kepada anak-anak kita di seluruh negara ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Sik. Sebenarnya, kerajaan dari semasa ke semasa kita sedang untuk menambah baik Program KAFA, termasuk menambahbaikkan kuota penyelia KAFA dan juga kebajikan penyelia KAFA yang seramai 383 orang yang berperanan untuk menyelia terhadap guru KAFA yang seramai 35,000 orang. Oleh kerana kita sedar, sebab itu kerajaan melalui JAKIM sedang merancang pertambahan kuota penyelia KAFA selari dengan unjuran pertambahan kuota guru KAFA secara berfasa mulai tahun 2022 hingga 2026. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Ada soalan tambahan kedua?
Papar.
Yang Berhormat Papar, sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum Parlimen menutup tirai, saya ingin mengucapkan Merry Christmas dan Selamat Tahun Baru 2022 kepada semua yang merayakannya dan tidak lupa juga kepada kaum Tionghoa dan juga India yang akan merayakan Chinese New Year dan Thaipusam tidak lama lagi. Jangan lupa patuhi SOP yang dikeluarkan oleh kementerian. Saya memang menyokong apa yang disuarakan oleh Yang Berhormat Sik, di mana gaji yang diterima oleh penyelia KAFA dan juga guru-guru amatlah rendah kalau
dibandingkan dengan harga barang-barang yang kita tahu sekarang ini. Kedua, banyak juga kelas-kelas KAFA di tempat saya atau Parlimen saya yang begitu daif. Jadi, saya ingin kementerian mengambil inisiatif untuk membaik pulih kelas-kelas ini. Oleh sebab kalau kelas ataupun bilik darjah ini tidak sesuai untuk pembelajaran, jadi orang-orang yang belajar pun memang susah untuk dapat ilmunya. Jadi, saya ingin kerajaan ataupun kementerian dapat menyelenggarakan semua kelas dan bilik darjah yang rosak di Parlimen saya dan juga di Parlimen-parlimen lain. Terima kasih, secepat mungkin.
Terima kasih Yang Berhormat Papar.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Papar atas perhatian terhadap didikan KAFA. Memang itu adalah merupakan satu daripada usaha-usaha yang perlu dibuat untuk memastikan suasana yang kondusif ada kepada murid-murid dan juga guru-guru KAFA yang mengajar di sekolah atau kelas KAFA. Insya-Allah, tadi saya baru sahaja menerima lawatan daripada pihak Exco Agama Sabah yang jumpa dengan saya. Insya-Allah beberapa isu kebajikan itu perlu diberikan perhatian. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih.
2. Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong] minta Menteri Kewangan menyatakan senarai peruntukan pembangunan tahunan kepada setiap negeri dari tahun 2010 sehingga 2020. Perincikan juga hasil kutipan cukai pendapatan mengikut negeri bagi tempoh sama.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat pagi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat, secara keseluruhannya jumlah peruntukan perbelanjaan pembangunan (DE) untuk projek di peringkat negeri telah meningkat daripada RM28.9 bilion pada tahun 2010 kepada RM30.6 bilion pada tahun 2020. Jumlah ini tidak termasuk DE bagi projek yang merentas negeri-negeri. Belanjawan 2022 telah menyediakan peruntukan sebanyak RM48.8 bilion untuk projek peringkat negeri. Ia satu peningkatan yang significant, selaras dengan sasaran Rancangan Malaysia Ke-12. Data perbelanjaan DE bagi setiap negeri dalam tempoh 2010 hingga 2020 secara puratanya menunjukkan arah aliran pelbagai berikutan faktor seperti prestasi pelaksanaan projek-projek pembangunan negeri serta penetapan dan kelulusan bilangan projek-projek baru dalam setiap rolling pelan. Perbelanjaan DE juga dipengaruhi oleh keperluan untuk pelaksanaan projek-projek berimpak tinggi dan berkeperluan segera kepada rakyat. Sebagai contoh, Projek Lebuhraya Pan-Borneo di Sabah dan Sarawak dan Projek Membina Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai di Kelantan dan Central Spine Road di Pahang dan Kelantan serta landasan kereta api berkembar Gemas ke Johor Bahru. Mengambil kira masa yang terhad untuk saya mengemukakan perincian perbelanjaan pembangunan bagi setiap negeri dalam tempoh berkenaan seperti mana soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat, maka data perbelanjaan yang dimohon akan saya kemukakan secara bertulis kepada Yang Berhormat. Mengenai soalan Yang Berhormat untuk mendapat perincian mengenai jumlah hasil kutipan cukai pendapatan mengikut negeri bagi tempoh 2010 hingga 2020. Adalah dimaklumkan bahawa lokasi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri yang menerima cukai pendapatan individu dan syarikat mungkin berbeza dengan tempat di mana aktiviti ekonomi membayar cukai dijalankan atau negeri tempat tinggal sebenar pembayar cukai. Oleh yang demikian, kutipan hasil peringkat negeri tidak menggambarkan bahawa cukai yang dihasilkan adalah daripada sumbangan sebenar aktiviti ekonomi di negeri berkenaan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Soalan tambahan pertama.
Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, memandangkan peruntukan di bawah DE memang tidak cukup bagi setiap negeri, bolehkah Kerajaan Persekutuan menimbang, menetapkan dasar kewangan yang baharu untuk membantu negeri-negeri dengan memulangkan katakan 10 hingga 20 peratus daripada keseluruhan hasil pelbagai cukai Persekutuan yang dikutip di setiap negeri itu?
Terima kasih. Silakan, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tanjong atas soalan tersebut.
Sememangnya kutipan cukai ini, seperti yang saya katakan tadi tidak menggambarkan kerana kebanyakannya cukai-cukai yang utama seperti cukai petroleum misalnya diambil terus dan direkod di HQ, bukan di negeri-negeri. Ini mungkin tentang apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat, kita ambil maklum dan mungkin juga boleh diutarakan oleh Yang Berhormat sendiri dalam mesyuarat Majlis Kewangan Negara yang saya percaya akan dilaksanakan pada tahun hadapan. Mungkin berbincang juga dengan negeri-negeri lain dan Menteri Besar lain. Mungkin ada satu kaedah baharu supaya keperluan negeri itu dapat diberi keutamaan oleh Kerajaan Persekutuan. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ada soalan tambahan kedua? Kalau tidak ada, saya sekarang menjemput Yang Berhormat Kuala Selangor. Silakan.
4. Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [Kuala Selangor] minta Perdana Menteri menyatakan kesediaan kementerian untuk membekukan atau ‘freeze bankruptcy proceeding’ buat perniagaan yang sedang dalam kegawatan ‘cashflow’ dan tekanan kewangan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Ketua Pengarah Insolvensi dan pegawai-pegawai yang berkhidmat di Jabatan Insolvensi Malaysia tidak mempunyai bidang kuasa untuk membeku atau freeze bankruptcy proceeding yang telah dimulakan di mahkamah terhadap perniagaan syarikat dan individu yang sedang dalam kegawatan cashflow dan tekanan kewangan. Jabatan Insolvensi Malaysia akan bertindak sebagai pentadbir hal ehwal kebankrapan setelah perintah kebankrapan (bankruptcy order) direkod terhadap seorang individu. Jabatan Insolvensi Malaysia juga berperanan sebagai penyelesai ataupun liquidator untuk mentadbir hal ehwal syarikat yang digulung oleh mahkamah. Sehubungan dengan itu, tindakan untuk membeku atau freeze bankruptcy proceeding yang telah dimulakan di mahkamah tidak berlaku sebelum peranan statutori Jabatan Insolvensi Malaysia bermula. Merujuk kepada input daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dalam konteks syarikat yang menghadapi masalah aliran wang tunai, syarikat tersebut juga dapat manfaat peruntukan berkaitan skim penyelamat korporat di bawah Penggal 8 Bahagian 3 Akta Syarikat 2016 [Akta 777]. Itu skim perkiraan sukarela korporat ataupun corporate voluntary arrangement atau pengurusan kehakiman (judicial management) dengan izin. Skim perkiraan sukarela korporat untuk berunding dengan pemiutang tanpa campur tangan atau kelulusan mahkamah. Skim pengurusan kehakiman pula merupakan skim yang lebih formal di mana syarikat ataupun pemiutang boleh memohon kepada mahkamah supaya perintah pengurusan kehakiman diluluskan dan seorang pengurus
kehakiman dilantik bagi tujuan membolehkan pelan penyelamat dapat dipersetujui oleh pemiutang untuk dilaksanakan. Semasa tempoh moratorium dengan izin, mekanisme penyelamat korporat sedang berkuat kuasa, syarikat diberikan perlindungan daripada apa-apa tindakan atau prosiding terhadap syarikat termasuk tindakan penggulungan. Di samping skim penyelamat korporat, syarikat boleh mencadangkan suatu skim berkompromi di bawah seksyen 366 Akta 777 dan pada masa yang sama memohon kepada mahkamah memberikan perintah halangan di bawah seksyen 368 Akta 777 untuk menghalang prosiding selanjutnya dan apa-apa tindakan ataupun prosiding terhadap syarikat kecuali dengan keizinan mahkamah. Namun begitu Tuan Yang di-Pertua, minta maaf panjang sedikit. Dalam konteks kes kebankrapan pelepasan seorang individu yang telah dijatuhkan perintah kebankrapan boleh dipertimbangkan berdasarkan peruntukan-peruntukan dalam Akta Insolvensi 1967 seksyen 33, seksyen 33A, seksyen 33C dan juga seksyen 105 Akta Insolvensi. Jadi butiran macam mana hendak melaksanakan ada di dalam dengan saya tetapi panjang sangat Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Terima kasih. Soalan tambahan pertama Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang menjawab dengan begitu teliti dan saya juga dengar akan jawapannya tadi. Antara lain yang mengambil kira peruntukan- peruntukan seumpama corporate voluntary arrangement yang ada kepada badan-badan seumpama corporate entities. Adapun Tuan Yang di-Pertua yang lebih menggusarkan kita adalah kebankrapan individu dan khususnya laporan mengikut Malaysian Association of Borrower and Consumer Solutions yang mengunjurkan umur di antara 30 hingga 45 tahun dalam waktu terdekat tahun hadapan ini akan mengalami kebankrapan pada paras yang lebih parah. Jadi khususnya, dari sudut tindakan dan langkah-langkah yang boleh dibantu oleh kerajaan. Memandangkan prospek turn around economy tidak akan berlaku sehingga second atau third quarter dan mereka sangat memerlukan bantuan yang lebih mudah jelas dan akan dapat mengeluarkan mereka. Ia tidak membabitkan apa-apa kewangan kepada kerajaan. Sekadar untuk mengambil inisiatif untuk membantu rakyat khasnya individu- individu yang sedang mengalami kegawatan aliran tunai ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri.
Kalau ditilik Tuan Yang di- Pertua dari sudut undang-undang yang ada pada kita sekarang ini, khususnya di bawah Jabatan Insolvensi Malaysia bahawa kita tidak punya kuasa untuk intervene dalam soalan ini. Walaupun kita mengetahui bahawa kes dikatakan kebankrapan berlaku khususnya di masa COVID-19 ini dan juga kepada mereka yang telah larut umurnya. Akan tetapi dalam seksyen-seksyen yang saya sebut tadi ada banyak syarat yang tertentu kalau boleh dipenuhi syarat-syarat tersebut, pihak mahkamah boleh memberi arahan supaya bankruptcy itu dikeluarkan daripada senarai. Begitu juga arahan kalau social debtor ataupun guarantor social boleh dikeluarkan atas arahan Ketua Pengarah Insolvensi tetapi syarat-syarat tertentu ada juga terletak di bawah undang-undang, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Terima kasih. Soalan tambahan kedua, sebelah ini tidak ada. Silakan Yang Berhormat Lumut.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dalam tempoh kita menghadapi pandemik ini, kita akan meminda satu akta iaitu Akta Langkah-langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus.
Kalau kita perpanjangkan isu insolvensi ke dalam pindaan ini, apakah kita tidak boleh mengatur bagi kedua-dua pihak yang terlibat supaya menyerahkan kepada perantaraan dalam tempoh-tempoh tertentu? Seperti apa yang dicadangkan dalam akta yang akan kita bentangkan sebentar lagi. Supaya kita dapat selesaikan, paling tidak pun dalam tempoh pandemik ini supaya bankruptcy ataupun kebankrapan sama ada individu ataupun syarikat itu dapat kita elakkan kerana ia berkait-kait dengan suasana COVID-19 yang sangat mendesak ini. Apakah tidak boleh kita rangka sedemikian. Terima kasih.
Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Soalan ini memang banyak dibincang dalam Kabinet. Akan tetapi apabila perkara ini di bincang dahulu kita meningkatkan dia punya threshold daripada satu peringkat hingga ke status ribu. Sebelum seseorang itu diisytiharkan bankrap dia mendapat kebenaran daripada pihak Menteri dahulu. Ini ada diletak dalam pindaan yang telah berlaku dahulu. Akan tetapi, walau bagaimanapun untuk kita meminda undang-undang yang telah diletak di atas meja dengan tidak ada notis-notis tertentu, saya mohon arahan daripada Tuan Yang di-Pertua kerana bidang kuasa itu bukan diletak di tangan saya lagi sebabnya kita kena observe the independent of Parliament itu sendiri. Jadi, saya tidak boleh mengarah mana-mana pihak Parlimen ini. Jadi, Tuan Yang di-Pertua juga perlu patuh dengan peraturan yang ada di hadapan kita yang tidak boleh kita tidak mematuhinya. Jadi dalam keadaan sedemikian Yang Berhormat mungkin difikir pada masa yang akan datang, mungkin Parlimen sesi yang akan datang, kita boleh fikirkan perkara tersebut. Terima kasih.
Terima kasih. Ada soalan? Tidak ada? Saya ingin menjemput Yang Berhormat Sabak Bernam, silakan.
5. Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh [Sabak Bernam] minta Perdana Menteri menyatakan penggunaan Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN).
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam. Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) ditubuhkan dengan tujuan untuk memperakukan terimaan dan bayaran bagi pertama, memberi bantuan kepada mangsa-mangsa bencana yang berlaku di dalam atau luar negara yang diputuskan oleh Jemaah Menteri Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atau Yang Berhormat Menteri yang dilantik oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat. Kedua, membiayai aktiviti-aktiviti, program-program. Contohnya, aktiviti dan program latih amal pengurusan bencana antara agensi dan komuniti. Projek-projek, contohnya projek pembaikan infrastruktur yang memerlukan pembaikan segera seperti tanah runtuh di Bukit Antarabangsa baru-baru ini dan operasi pembenihan awan. Kos operasi, contohnya peruntukan operasi bencana sewaktu musim tengkujuh atau perolehan sama ada barangan, contohnya collapsible tent, dengan izin, kit makanan dan personal protective equipments, dengan izin, atau perkhidmatan penghantaran barangan bantuan di kawasan-kawasan pedalaman yang berkaitan dengan pengurusan dan pengendalian bencana di dalam atau luar negara. Semenjak berlakunya penularan pandemik COVID-19 Yang Berhormat, yang masih berpanjangan sehingga kini, Kementerian Kewangan telah menubuhkan Kumpulan Wang COVID-19 (KWC) khusus untuk pembiayaan pengoperasian ketika COVID-19 yang mana antara penerimanya ialah NADMA. Pada tahun 2021, NADMA telah menerima peruntukan sebanyak RM350 juta, khusus untuk perbelanjaan pengoperasian yang berkaitan dengan COVID-19.
Selain itu, NADMA juga mempunyai satu lagi tabung iaitu Tabung COVID-19 untuk menguruskan bantuan-bantuan yang berkaitan pandemik ini. Memandangkan kerajaan telah menubuhkan Kumpulan Wang COVID-19, maka penggunaan Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) difokuskan pula kepada pengurusan lain-lain bencana seperti banjir, tanah runtuh dan sebagainya. Ketiga, memberi bantuan kepada kerajaan negeri, jabatan dan agensi yang tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi dalam Tabung Bantuan Bencana Negeri atau di peringkat jabatan agensi masing-masing. Bagi musim tengkujuh ini, NADMA telah menyalurkan peruntukan pengoperasian bencana sebanyak RM6.5 juta pada bulan November 2021 bagi membantu kerajaan negeri dan agensi-agensi tindak balas dalam operasi menyelamat mangsa sepanjang musim tengkujuh. Keempat, bagi menzahirkan keprihatinan kerajaan terhadap mangsa-mangsa bencana, termasuk banjir. Kerajaan telah memberi bantuan wang ihsan sebanyak RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah yang terjejas untuk membantu meringankan beban mangsa buat sementara waktu ketika bencana. Bantuan wang ihsan bukan pampasan atau ganti rugi Yang Berhormat, terhadap kerosakan rumah, harta benda yang dialami oleh mangsa bencana. Ia merupakan sumbangan ikhlas yang tertakluk kepada kadar semasa yang ditentukan oleh kerajaan. Sedikit lagi, Tuan Yang di-Pertua. Bagi bantuan kerosakan rumah, harta benda, terdapat agensi lain yang memberi bantuan, seumpamanya KPLB, KPKT dan ICU dan juga kerajaan negeri. Buat masa ini, dasar kerajaan berhubung bantuan wang ihsan ini adalah untuk mangsa-mangsa yang berpindah ke pusat pemindahan sementara sahaja. Oleh itu, kita menggalakkan mangsa untuk mematuhi arahan pihak berkuasa untuk berpindah segera. Ia adalah selaras dengan dasar pengurangan risiko bencana, di mana berpindah segera itu boleh mengelakkan risiko kehilangan nyawa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Timbalan Menteri yang telah memberikan jawapan. Saya memahami keadaan di pihak kementerian. Soalan tambahan saya, setakat ini berapa jumlah wang terkumpul daripada sumbangan pihak swasta dan awam? Nyatakan organisasi utama yang terlibat memberikan dana terbabit. Setakat manakah kesemua sumbangan yang dimasukkan ke tabung amanah ini, diuruskan dan dikendalikan serta diselaraskan dalam memberikan bantuan kepada rakyat yang terjejas akibat bencana? Ini kerana saya dapati apabila di peringkat daerah, kita tidak tahu di manakah jabatan yang menyelaraskan. Contohnya, kalau berlaku kebakaran, rumah di kampung terbakar, kena beri bantuan segera. Kadang-kadang memakan masa sampai tiga, empat bulan, barulah tuan empunya rumah yang terbakar itu dapat diuruskan. Saya minta kepada kementerian untuk menyelaraskan, kementerian mana atau jabatan mana untuk memastikan bahawa tindakannya mestilah diambil dengan segera. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat, Tabung KWABBN ini hanya menerima peruntukan kerajaan sebanyak RM50 juta daripada Kementerian Kewangan pada setiap tahun dan tidak menerima sebarang sumbangan daripada pihak swasta atau awam. Ia betul-betul daripada peruntukan kerajaan sahaja. Mengenai pengurusan di peringkat daerah dan juga negeri Yang Berhormat, sebagaimana telah dijelaskan sebelum ini, Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara ini bertujuan memberi bantuan kepada mangsa-mangsa bencana sahaja. Soal rumah terbakar itu tidak dianggap satu bencana, Yang Berhormat. Ia perlu diuruskan dengan saluran lain pula. Kerajaan Pusat melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat sentiasa bekerjasama dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat negeri yang
dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dan daerah pula dipengerusikan oleh Tuan DO.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau rumah terbakar kita perlu berurusan...
Tolong, Yang Berhormat. Bukan untuk berbahas sekarang. Sudah habis jawapan?
Jadi, di peringkat daerah dengan Tuan DO, Yang Berhormat. Peruntukan operasi bencana ini disalurkan lebih awal sebenarnya. Penggunaannya meliputi operasi ketika bencana seperti memindahkan mangsa ke tempat selamat dan pengurusan PPS, kit makanan dan collapsible tent dan lain-lain lagi yang saya sebut sebelum ini. Untuk penyaluran bantuan wang ihsan yang RM1,000 itu, kerajaan negeri selaku Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, dibuat setelah laporan penuh dan tepat mengenai bilangan ketua isi rumah itu yang telah terjejas, telah disubmit kan. Daripada peringkat daerah melalui ketua-ketua kampung dan juga penghulu, dibagi kepada daerah, Tuan DO akan submitkan kepada Setiausaha Negeri di peringkat negeri. Masa itu, duit KWABBN ini akan turun. Akhir sekali, bantuan wang ihsan Yang Berhormat, yang RM1,000 yang diberi kepada ketua isi rumah (KIR) ini bukan pampasan atau ganti rugi. Ia adalah untuk membantu meringankan beban buat sementara waktu, yang diberi oleh kerajaan. Senarai ketua isi rumah untuk memastikan tidak lagi berlaku apa-apa pertindihan ataupun ketidaktepatan maklumat yang diterima daripada akar umbi, ia harus dipastikan perkara ini sebelum wang itu disalurkan. Sekiranya apa sahaja yang ditakrifkan bencana ini, ada peraturan bawah MKN Yang Berhormat. Ia tidak boleh ditakrifkan hanya fasal rumah itu terbakar. Ia ditakrifkan sebagai bencana. Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pada setakat ini, berapakah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini mendapat manfaat dari Kumpulan Wang Bantuan Bencana Negara ini?. Baru-baru ini, pada tahun ini, ada berlaku banjir kilat di Kuala Lumpur. Berapa jumlah yang telah dibayar kepada mereka? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bintang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk bantuan kepada Wilayah Persekutuan, saya tidak mempunyai jumlah spesifik yang ada dalam simpanan saya ini. Akan tetapi saya akan memberi tahu kepada Yang Berhormat selepas ini. Keduanya, banjir kilat ini Yang Berhormat, tidak ditakrifkan sebagai bencana di bawah Arahan MKN. Terima kasih.
8. Tuan Su Keong Siong [Kampar] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan keberkesanan dan tahap pelaksanaan Kempen Pemilikan Rumah (Home Ownership Campaign) PR1MA yang telah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021. Apakah cadangan atau tindakan kementerian untuk membantu pembeli-pembeli terawal yang telah mengalami kerugian apabila PR1MA menawarkan diskaun atau rebat sehingga 30 peratus kepada pembeli baharu dalam pelancaran kempen PR1MA (HOC) pada tahun 2019.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Salam Keluarga Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kampar. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Kempen Pemilikan Rumah (Home Ownership Campaign – HOC) merupakan pengecualian duti stem yang diberikan kepada pembeli atau pelan rumah kediaman yang berharga antara RM300,000 hingga RM2.5 juta, terhad kepada 1,000,000 pertama daripada harga kediaman tersebut.
Pemberian diskaun sebanyak 10 peratus turut disediakan oleh pemaju yang menjadikan pelan ini yakni yang berdaftar dengan: (i) Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia; (ii) Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah; dan (iii) Persatuan Pemajuan dan Perumahan Hartanah Sarawak. Kempen ini yang bermula Januari 2019 akan diteruskan sehingga 31 Disember 2021. Untuk makluman Yang Berhormat, Perbadanan PR1MA Malaysia, seperti juga pemaju-pemaju yang lain telah mengambil bahagian dalam Home Ownership Campaign (HOC) ini, anjuran bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), PR1MA telah menyertai kempen HOC mulai 1 Mac hingga 31 Disember 2021 bertujuan untuk membantu rakyat terutamanya golongan yang menghadapi kesukaran untuk membeli rumah. Diskaun yang ditawarkan melalui kempen ini bertujuan untuk meningkatkan jualan dalam jangka masa yang terhad dan tertakluk kepada terma dan syarat tertentu. Pada masa yang sama, ia juga mendorong penjualan rumah-rumah yang tidak terjual di pasaran perumahan Malaysia. Di bawah program HOC tersebut, PR1MA telah menawarkan diskaun sebanyak 10 peratus dan rebat sehingga 20 peratus kepada projek-projek terpilih di seluruh Malaysia. Pihak PR1MA turut menanggung yuran guaman bagi perjanjian jual beli untuk membeli rumah PR1MA. Tawaran promosi ini telah menggalakkan pembelian rumah PR1MA oleh golongan M40 untuk memiliki kediaman sendiri. Sepanjang tempoh program HOC dijalankan, PR1MA telah mencatatkan jualan yang amat memberangsangkan dengan menunjukkan peningkatan jualan daripada semasa ke semasa sejak Mac 2019 sehingga 13 Disember 2021. Sebanyak 21,746 unit residensi PR1MA telah pun dijual di bawah program ini melibatkan RM1.5 bilion diskaun dan rebat yang diberikan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tiada pemberian rebat dalam apa jua bentuk diberikan kepada pembeli-pembeli awal yang membeli sebelum program HOC dibuat. Ini adalah kerana terdapat tuntutan mahkamah yang dibuat oleh beberapa pembeli awal. Antaranya, supaya PR1MA membatalkan pembelian rebat di bawah HOC tahun 2019 atau alternatifnya untuk PR1MA memberi rebat kepada setaraf kepada para pembeli awal tersebut. Lantaran daripada itu, pada 30 Jun 2021, Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa tiada mekanisme penetapan harga di bawah Akta PR1MA 2012 untuk menentukan harga rumah PR1MA dan tiada juga larangan untuk PR1MA memberikan sebarang potongan harga. Walau bagaimanapun, para pembeli telah membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan pada 29 Julai 2021 untuk pertimbangan selanjutnya. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, sewajarnya perkara yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan supaya tidak mendatangkan prejudis kepada mana-mana pihak. Pihak PR1MA akan menilai semua tuntutan daripada pembeli-pembeli setelah keputusan dari Mahkamah Rayuan dimuktamadkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Soalan tambahan pertama?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pembeli- pembeli cara ini terpaksa mengambil tindakan mahkamah kerana mereka tunggu begitu lama untuk kerajaan memberikan satu penyelesaian kepada mereka. Apabila isu ini dibangkitkan semasa pelancaran HOC tersebut, ini adalah tidak adil kerana pembeli- pembeli awal yang terdiri daripada golongan anak muda membeli rumah pertama mereka yang sekarang menghadapi pinjaman loan yang lebih tinggi daripada harga asal rumah baharu sekarang. Jadi, ini adalah satu situasi yang ditimbulkan oleh kerajaan dan saya rasa kerajaan perlu menyelesaikannya dan tidak perlu pembeli-pembeli terawal ini mengambil
tindakan mahkamah. Jadi, mantan Yang Berhormat Menteri yang terdahulu telah memberi jaminan bahawa beliau akan mengkaji, mengkaji, tetapi sudah dua tahun tidak ada penyelesaian daripada pihak kerajaan. Ini adalah satu masalah yang timbul sebab pelancaran HOC yang tidak dirancang dengan lebih teliti. Jadi, kerajaan perlu bertanggungjawab. Jadi, soalan saya Tuan Yang di-Pertua, kenapakah kerajaan tidak mengambil langkah proaktif untuk menyelesaikan isu ini dan membiarkan pembeli-pembeli terawal ini mengambil tindakan mahkamah?
Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat janganlah terlalu menyalahkan kerajaan. Sebenarnya, kerajaan telah terlalu banyak...
Last, last.
...Membantu rakyat. Saya hendak cerita kepada Yang Berhormat. Sejak Jun 2020 hingga 31...
Ini memang salah kerajaan. Kerajaan [Pembesar suara dimatikan]
Tidak apa. Sabar.
Yang Berhormat, Yang Berhormat...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang Berhormat tolonglah. Terima kasih. Silakan.
Yang Berhormat, Yang Berhormat bertenang, saya pun bertenang. Saya pun bertenang Yang Berhormat. Sabar, sabar. Saya beri jawapannya. Janganlah marah. Kita selesaikan dengan terbaik.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dari Jun 2020 hingga 31 Oktober 2021, sejumlah 79,605 pembeli terlibat dengan HOC. Ramai ini Tuan Yang di-Pertua. Kita bantu rakyat ini. Kita bantu rakyat. Nilai asal jualan RM61.7 bilion patutnya dapat diperoleh oleh kerajaan. Akan tetapi, nilai lepas HOC, RM51.3 bilion diskaun yang diberikan kepada rakyat yang terlibat bernilai RM79,000 Tuan Yang di-Pertua ialah RM10.4 bilion. Ini untuk rakyat dan bukan untuk kementerian atau bukan untuk kerajaan. Akan tetapi, untuk rakyat. Cuma, yang terdahulu yang tidak terlibat dengan rebat dan juga diskaun ini, mungkin nasib mereka –Bukanlah maknanya tidak baik. Akan tetapi, itu tempohnya. Macam contoh saya dulu. Saya pegawai kerajaan, gaji saya dulu RM880. Hari ini kalau PTD baharu, pegawai baharu, gaji sudah ribu-ribu. Apakah saya hendak marah kepada kerajaan kerana gaji dulu? Itu suasana semasa kita ya. Ini keadaan yang harus kita fahami. Oleh sebab itulah Tuan Yang di-Pertua, perkara ini telah dibawa ke mahkamah. Jadi, kita simpati dengan mereka yang terdahulu Tuan Yang di-Pertua tetapi kita tunggulah keputusan dari mahkamah. Ini sebab daripada segi peraturannya, tidak ada syarat yang menetapkan bahawa PR1MA tidak boleh memberikan diskaun sepertimana yang saya sebutkan tadi.
[Bangun]
Begitu juga, untuk menghalang. Jadi, maknanya benda ini kita serahkan kepada mahkamah. Saya tidak hendak campur tangan antara –Beri peluang kepada mahkamah untuk menyelesaikan. Insya-Allah, tidak apa Yang Berhormat. Relax Yang Berhormat, kita cari jalan. Sebenarnya, kita sentiasa hendak membantu rakyat kita tanpa kira siapa mereka. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih.
Yang Berhormat Jempol silakan.
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang dihormati. Pelaksanaan kempen HOC yang dilaksanakan sebelum ini adalah bertujuan untuk menyelamatkan pasaran hartanah tempatan daripada mengalami kemerosotan dengan ketara. Saya difahamkan sebanyak 82,000 unit rumah bernilai lebih daripada RM38.29 bilion telah pun terjual setakat tahun 2019 hingga tahun 2021. Jadi, saya hendak tanya, berapakah jumlah ataupun peratus bumiputera dan bukan bumiputera untuk memiliki hartanah tersebut? Adakah kementerian ingin melanjutkan lagi satu tempoh yang ada dan berapa baki-baki yang tidak terjual? Saya difahamkan berbagai-bagai inisiatif yang diberikan. Contohnya, 10 peratus diskaun, guaman percuma untuk golongan B40. Jadi, soalan saya yang saya maksudkan tadi ialah peratus bumiputera dan bukan bumiputera dan berapa lamakah ia akan dilanjutkan tempoh penjualan tersebut? Mohon Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Dipersilakan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Jempol sahabat saya. Sebenarnya Tuan Yang di- Pertua, kita tidak boleh nafikan jasa dan keprihatinan kerajaan kepada pembeli dan pemilik rumah dan juga syarikat-syarikat yang terlibat dengan pembinaan rumah ini. Kedua-dua mereka terkesan apabila berlakunya COVID-19 ini. Sebab itulah banyak usaha telah dibuat oleh kerajaan termasuklah kempen HOC ini. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, sepertimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Jempol tadi, sebenarnya kita tidak ada mendiskriminasikan mana-mana jumlah kaum sama ada Melayu, Cina, India dan sebagainya. Mereka layak untuk membeli rumah mengikut kategori yang mereka boleh...
Itu tidak menjawab soalan itu.
Ya, nantilah saya jawab, belum sampai lagi. Saya berjalan belum sampai ke Kuala Lumpur lagi, baru hendak sampai. Tuan Yang di-Pertua, sebab itulah detail ini saya akan dapatkan berapa jumlah yang telah mendapat faedah daripada ini. Jadi, dalam rekod saya ini tidak ada Tuan Yang di-Pertua. Saya akan dapatkan.
Tidak ada jawapanlah itu.
Kementerian tiada maklumat mengenai peratus pemilikan bumiputera dan bukan bumiputera. Data ada di negeri- negeri. Kita sedang merancang untuk laksanakan BORN data analytic perumahan untuk dapatkan data perumahan keseluruhannya. Ini masalah kita. Kita ada 15 Tuan Yang di- Pertua, agensi yang melibatkan perumahan ini. Bukan sahaja Kementerian Perumahan dan Kajian Tempatan. Kita mesti faham. Oleh sebab itulah, di perumahan negeri, di swasta dan sebagainya. Jadi, data- data ini perlu kita peroleh dan insya-Allah, Yang Berhormat sahabat saya, saya akan...
Bila hendak jawab itu? Lima hari tempoh?
[Ketawa]
Yang Berhormat Jempol, duduk dulu.
Insya-Allah Tuan Yang di-Pertua. Insya-Allah. Berhubung dengan perlanjutan itu Tuan Yang di-Pertua, setakat ini kita laksanakan kempen ini sehingga 31 Disember 2021. Insya-Allah Tuan Yang di-Pertua, kita akan bawa kepada kementerian dan juga agensi yang terlibat.
Ini supaya kalau boleh— dan pertamanya, kita minta kalau boleh Allah ringankanlah beban COVID-19 yang menimpa negara kita. Kedua, kalau COVID-19 selesai, mungkin masalah ini berkurangan sikit. Ketiganya, mungkin kita akan bincangkan semula Tuan Yang di-Pertua, apakah boleh ruang dilanjutkan daripada 31 Disember kepada waktu-waktu yang selanjutnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Beaufort.
Boleh satu lagi?
Ya Yang Berhormat. Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah status penjualan rumah PR1MA Beaufort setakat ini. Saya juga ingin tahu, adakah kementerian memantau bilakah agaknya para pembeli yang awal dapat mula menduduki rumah yang telah mereka beli awal tetapi sekarang ini ada yang separuh siap, ada yang belum siap, ada yang sudah hampir siap. Terima kasih.
Dipersilakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan asal adalah terlalu umum dan saya berikan jawapan yang agak umum dan menyeluruh tetapi soalan Yang Berhormat Beaufort ini amat terlalu khusus dan saya perlu mendapatkan sedikit maklumat tambahan Tuan Yang di-Pertua, berapakah jumlah semua sekali yang telah diberikan dan sebagainya. Minta maaf Yang Berhormat Beaufort. Saya akan berikan jawapan bertulis kepada Yang Berhormat. Terima kasih atas pertanyaan.
9. Dato' Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali [Kuala Nerus] minta Menteri Kewangan menyatakan langkah pengurusan hutang yang dirancang oleh kerajaan selepas hasrat menaikkan had statutori hutang negara kepada 65 peratus berbanding 60 peratus kepada KDNK sebelum ini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selepas mengambil kira keperluan membiayai pertambahan siling Kumpulan Wang COVID-19 dan sumber pembiayaan untuk melaksanakan Rancangan Malaysia Kedua Belas, had hutang statutori baharu ini ditingkatkan kepada 65 peratus kepada KDNK dan had baharu ini ditetapkan untuk mengimbangi keperluan pembiayaan dengan mengambil kira keupayaan kewangan dan juga hasil negara. Sebarang peningkatan had hutang akan meningkatkan bayaran khidmat hutang kerajaan dengan izin debt service charges (DSC) yang diunjurkan mencecah 18 peratus kepada hasil. Paras berkhidmat bagi nisbah DSC kepada hasil seharusnya tidak melebihi 15 peratus bagi mewujudkan wang fiskal untuk perbelanjaan lain yang boleh menjana hasil negara. Selain itu, had yang dicadangkan ini adalah dengan mempertimbangkan tahap keberhutangan kerajaan serta kemapanan kewangan kerajaan dalam jangka sederhana. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan kedudukan kewangan kerajaan kekal stabil supaya kerajaan bersedia dan berupaya untuk melaksanakan rancangan pembangunan dan langkah kitaran balas ekonomi sekiranya diperlukan. Oleh itu, antara langkah untuk meringankan beban hutang dan barang khidmat hutang, Kerajaan Persekutuan perlu memastikan perbelanjaan mestilah memberi impak yang berganda kepada ekonomi dan rakyat dan dengan harapan pengukuhan dan pemulihan kembali ekonomi hasil kerajaan juga akan kembali meningkat dan ini akan memberi ruang fiskal yang diperlukan kepada kerajaan. Terima kasih.
Terima kasih. Silakan Yang Berhormat.
Ya, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita faham bahawa dalam situasi keadaan sekarang COVID-19 dan sebagainya, tentulah kerajaan terpaksa berhutang lebih banyak untuk menampung keperluan negara. Cuma kalau kita lihat daripada beberapa perancangan kerajaan sebelum ini antaranya cukai-cukai yang baharu yang diperkenalkan bahkan kami juga mencadangkan untuk konsep wakaf diperluaskan lagi. Sejauh manakah kerajaan rasa yakin bahawa cukai-cukai baharu ini serta alternatif pendanaan boleh menampung bebanan hutang kerajaan semakin tinggi sekarang? Terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Semua perancangan kita dalam mengenalkan cukai baharu ini ianya bukanlah dengan izin a silver bullet to solve kita punya problem tetapi kita ingin mencari kaedah-kaedah yang kreatif bagaimana kita mengutip hasil tanpa memberi jejas yang terlalu banyak kepada ekonomi dan sekali gus cuba meringankan beban-beban hutang yang terpaksa kita ambil pada kali ini. Kita mengambil maklum dengan cadangan-cadangan yang diberikan oleh Yang Berhormat dan kita akan cuba memperluaskan lagi kaedah wakaf yang disebut oleh Yang Berhormat tadi. Terima kasih.
Terima kasih. Sila Yang Berhormat Pokok Sena.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak quote sikit apa yang disebut oleh Menteri Ekonomi. Menteri Ekonomi ada menyebut bahawa tidak ada negara yang boleh muncul menjadi sebuah negara dengan status berpendapatan tinggi tanpa terlebih dahulu meningkatkan tadbir urus menghapuskan rasuah dan mempromosikan soal integriti di setiap sektor. Ini isunya. Inilah ya antara punca yang menyebabkan kita terpaksa menanggung hutang. Antaranya ialah tahun depan ialah berkaitan dengan 1MDB. Lebih daripada RM30 bilion yang kita terpaksa menanggung pembayarannya. Jadi, saya hendak dapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat, apakah langkah-langkah yang dibuat oleh pihak kerajaan dalam hendak mengoptimumkan dalam menguruskan negara kita ini seperti Yang Berhormat sebut tadi perlu kepada langkah- langkah yang boleh memberikan manfaat yang lebih besar kepada negara. Satu perkara yang saya hendak mendapatkan penjelasan juga ialah apa faedah yang baiknya, hutang bayar hutang. Apa faedahnya baiknya, hutang bayar hutang? Jadi seolah-olah orang dulu dia jual tanah bayar hutang. Jadi, apa baiknya untuk sebuah negara ini?
Terima kasih. Silakan Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena atas soalan susulan tadi. Dalam tempoh jangka sederhana dan setelah kita harapkan ekonomi kembali pulih, kerajaan juga akan melaksanakan semula langkah konsolidasi dan inisiatif pengukuhan fiskal kerajaan termasuk meluaskan asas hasil, mengukuhkan pentadbiran dan pematuhan cukai dan meningkatkan kecekapan perbelanjaan serta penggubalan Akta Tanggungjawab Fiskal yang dijangka dapat memperkukuhkan tadbir urus dan disiplin fiskal. Selaras dengan trajektori konsolidasi fiskal, keperluan pinjaman kerajaan harapnya dapat dikurangkan dan seterusnya dapat mengawal paras hutang negara. Selain itu, usaha menambahbaikkan tadbir urus dan pembaharuan institusi sedang dilaksanakan dan langkah ini akan membantu memperbaiki kedudukan kewangan kerajaan pada masa hadapan. Soalan akhir itu, apa baiknya hutang untuk membayar hutang. Itu adalah strategi roll over di mana kita memastikan kalau kita boleh berhutang dengan kadar yang lebih rendah untuk membayar hutang awal yang lebih tinggi dalam medium-term ataupun short- term, kita akan melaksanakannya sekiranya wajar. Ini adalah strategi kerajaan untuk mengurangkan kadar hutang Yang Berhormat. Terima kasih atas soalan tersebut.
Strategi gali lubang, tutup lubang ya.
[Soalan No.10 – YB. Puan Yeo Bee Yin (Bakri) tidak hadir]
11. Puan Maria Chin binti Abdullah [Petaling Jaya] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan adakah KPKT pernah mengaji program perumahan sosial sepertimana yang dilaksanakan di Vienna, Austria, bahawa perumahan kerajaan dapat menarik minat dan disewakan kepada keluarga dari semua tahap status sosioekonomi dengan subsidi berdasarkan jumlah pendapatan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas perkongsian Ahli Yang Berhormat mengenai model-model perumahan sosial di luar negara yang boleh melihat kebersesuaian untuk diadaptasi di negara kita. Program perumahan sosial Vienna atau Austria merupakan satu program Social Housing Program dibiayai oleh Kerajaan Austria. Program ini merupakan salah satu model perumahan sosial yang sedang dikaji bagi penambahbaikan program perumahan di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Vienna dengan penduduk berjumlah 1.8 juta mempunyai peratus kadar penduduk menyewa yang tinggi iaitu sebanyak 80 peratus dan 60 peratus daripadanya menyewa rumah bantuan kerajaan, social housing dengan izin. Menurut agensi statistik di bawah Kesatuan Eropah, Austria adalah negara ketiga yang mencatatkan pemilikan rumah terendah di Eropah dengan hanya 50 peratus selepas Switzerland 41.6 peratus dan Jerman 51.1 peratus berikutan harga pasaran hartanah yang tinggi berbanding Malaysia memiliki 76.9 peratus yang rakyat kita memiliki rumah. Pihak berkuasa Bandar Vienna bertanggungjawab menguruskan 220,000 unit perumahan sosial untuk rakyat berpendapatan rendah, manakala 200,000 unit rumah lagi adalah dibangunkan secara kolaborasi dengan pemaju swasta dengan syarat bahawa separuh daripada jumlah unit rumah pemaju tersebut diserahkan kepada pihak berkuasa Bandar Vienna bagi tujuan digunakan untuk perumahan rakyat berpendapatan rendah dan selebihnya dipajak kepada golongan berpendapatan sederhana. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kadar sewa pula ditentukan berdasarkan tidak lebih daripada 20 peratus hingga 25 peratus pendapatan penyewa. Walaupun penghuni berpendapatan rendah telah meningkat pendapatannya, sewaan masih diberikan kerana pihak berkuasa Bandar Vienna berpendapat bahawa interaksi antara golongan dengan julat pendapatan berbeza adalah perlu untuk integrasi sosial yang harmoni.
Pada masa yang sama, ia juga mengelak kemerosotan nilai di perumahan sosial dengan hanya menempatkan penghuni daripada golongan berpendapatan rendah. Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau negeri sentiasa mengutamakan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat. Pemilikan rumah di awal usia boleh meningkatkan nilai diri individu di samping rumah sebagai keperluan asas untuk menjalani kehidupan. Di peringkat kerajaan negeri, kuota rumah mampu milik ditetapkan antara 30 peratus hingga 50 peratus bagi setiap kemajuan perumahan oleh pemaju swasta untuk meningkatkan pembelian rumah mampu milik dalam kalangan rakyat. Program perumahan KPKT memberikan peluang kepada golongan berpendapatan rendah B40 untuk memiliki rumah sama ada secara jualan ataupun secara sewaan dan tidak hanya membekalkan rumah sewaan semata-mata sebagaimana
program di Vienna, Austria. Kerajaan juga menyediakan Skim Rumah Mesra Rakyat di bawah Syarikat Perumahan Negara. Skim ini memberi peluang kepada rakyat untuk memiliki rumah, memiliki tanah dan bina rumah sendiri. Selain daripada itu, model perumahan Vienna, model-model perumahan sosial di negara lain juga akan turut diteliti oleh kerajaan Tuan Yang di-Pertua dan akan kita ambil contoh-contoh yang baik untuk kita aplikasikan di negara kita di mana yang sesuai. Namun demikian, kepentingan kerajaan ialah ingin melihat supaya sebahagian besar rakyat di negara kita bukan sekadar menyewa rumah tetapi kita hendak mereka memiliki rumah sendiri untuk masa depan yang lebih terjamin. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya ialah isu berkenaan dengan golongan miskin tegar. Salah satu konsep berkenaan dengan perumahan sosial ialah menyediakan perumahan untuk golongan miskin tegar. Adakah kemungkinan yang mana kementerian akan mempertimbangkan bekerjasama dengan majlis tempatan dengan majlis negeri untuk mengambil alih perumahan sosial ini seperti rumah pangsa awam dan kos rendah serta menguruskannya tanpa sewa dan juga mengenakan tanggungjawab sosial yang ketat kepada penghuni. Bolehkah menyatakan perumahan sosial yang disebut oleh Timbalan Menteri, ada road map kah atau pelan tindakan untuk menguruskan konsep itu. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat- terima kasih. Saya terima pandangan Yang Berhormat, pandangan yang cukup baik. Untuk makluman Yang Berhormat sebenarnya satu kajian telah dibuat oleh Khazanah Research Institute tentang pelaksanaan social housing ini di Vienna dan beberapa negara yang lain, namun belum ada keputusan ataupun hasil daripada yang dilahirkan untuk kita buat penelitian. Kedua tentang rumah-rumah yang disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat untuk golongan miskin tegar. Suka saya maklumkan bahawa terdapat 15 agensi di negara kita yang mengendalikan urusan pembinaan rumah termasuklah Kementerian Luar Bandar, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kerajaan negeri, RISDA, FELDA dan ada lagi beberapa agensi lain. Agensi-agensi ini bertanggungjawab untuk membina rumah-rumah bagi masyarakat ataupun kumpulan-kumpulan di bawah tanggungjawab mereka. Umpamanya RISDA. Mereka membantu rumah-rumah pekebun-pekebun kecil untuk membuat rumah. Jadi Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Petaling Jaya, saya terima pandangan yang baik itu dan insya-Allah sebenarnya kita banyak program perumahan untuk membantu rakyat miskin ini di bawah miskin tegar ini. Umpamanya SPNB di bawah Rumah Mesra Rakyat yang harga rumah RM75,000 tetapi kita bagi subsidi RM20,000, hanya RM55,000. Satu lagi yang terbaru yang kita telah lancarkan ialah Program Rumah IKRAM, yang kita membantu lebih kepada mereka yang terjejas dengan COVID-19 yang mana dahulunya mereka menyewa di tempat-tempat tertentu tetapi terpaksa keluar kerana tidak mampu membayar sewa dan akhirnya kita tawarkan kepada mereka rumah dengan kadar sewa hanya RM194 sebulan. Kita kecualikan enam bulan pertama dalam tempoh mungkin dua tahun kita tengok ruang. Setakat ini kita telah menawarkan 2,000 unit rumah dan sebahagian daripadanya telah pun disahut oleh mereka yang berpendapatan rendah dan terkesan dengan COVID ini. Insya-Allah Tuan Yang di-Pertua kita akan cari jalan bagaimana sebaik-baiknya Yang Berhormat kita bantu penduduk negara kita terutamanya mereka yang golongan miskin tegar ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
12. Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka] minta Menteri Kesihatan menyatakan: (a) senarai nama Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega yang telah beroperasi melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan; dan (b) lokasi, nama pemilik, jumlah bayaran sewa dan penanggung bayaran sewa untuk setiap lokasi PPV Mega tersebut.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pelaksanaan vaksinasi melalui PPV Mega berkapasiti tinggi iaitu 3,000 dos sehari ke atas adalah bertujuan untuk meningkatkan kapasiti dan kadar vaksinasi negara. PPV Mega yang dikendalikan oleh CITF ataupun COVID-19 Immunisation Task Force melibatkan pengamal perubatan swasta di bawah ProtectHealth adalah sebanyak 41 PPV di seluruh negara. Walau bagaimanapun, kesemua PPV Mega ini di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah ditutup pada bulan Oktober 2021. Untuk makluman Yang Berhormat, senarai PPV Mega di seluruh negara adalah seperti berikut. Di Johor ada lima seperti Persada Johor International Convention Centre, Universiti Tun Hussein Onn dan sebagainya. Di Kedah ada dua iaitu Langkawi International Convention Centre dan Amanjaya Sports Arena. Di Kelantan ada satu, di Melaka ada dua iaitu Stadium Mini Majlis Perbandaran Jasin dan Stadium Hang Tuah Melaka Tengah. Di Negeri Sembilan ada satu, di Pulau Pinang ada dua, di Sabah ada dua seperti Dewan Masyarakat Tawau. Di Sarawak, ada satu sahaja iaitu Borneo Convention Centre Kuching. PPV Mega yang banyak adalah di Selangor 17 seperti The Mines International Exhibition and Convention Centre, UiTM Shah Alam, Multimedia Universiti Cyberjaya dan sebagainya. Di Terengganu, ada tiga seperti Stadium Tertutup Gong Badak. Di Wilayah Persekutuan ada lima seperti di Kuala Lumpur Convention Centre, di Stadium Nasional Bukit Jalil, Putra World Trade Centre Kuala Lumpur. Senarai ini adalah ada di dalam jawapan dan akan diberi kepada Yang Berhormat. Berhubung pelaksanaan PPV di negeri-negeri yang dahulunya dilaksanakan oleh pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), perkara ini diuruskan oleh pihak kerajaan negeri masing-masing melalui platform CITF di peringkat negeri. Anggaran kos vaksinasi adalah RM14 seorang penerima vaksin yang dibayar terus kepada pengamal perubatan swasta. Manakala anggaran kos penetapan PPV Mega adalah tidak melebihi RM15 seorang yang meliputi kos sewaan, kos utiliti, perkakasan untuk pengoperasian PPV sebagai contoh laptop, kerusi, meja, fotostat dan sebagainya dan juga bahan pakai habis seperti face shield, face mask, sanitizer, pembersihan dan sanitasi serta makan minum petugas yang dibiayai oleh CITF. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya soalan saya ada dua bahagian. Satu bahagian saya tanya tentang kadar sewa PPV tersebut tetapi tidak dijawab. Saya tidak tahu sama ada nanti dalam jawapan yang lengkap akan diberikan. Soalan saya, kalau kita lihat soalan saya Tuan Yang di-Pertua, bahagian (b) saya tanya lokasi, nama pemilik dan jumlah bayaran sewa. Contohnya PWTC kita sewa tempat tersebut dijadikan sebagai Mega PPV, jadi berapakah sewa yang kita bayar untuk PWTC contohnya. Sebab saya dimaklumkan PWTC satu hari sewanya ialah RM50,000 satu hari untuk sewa, bayar kepada PWTC.
Jadi, saya hendak satu kepastian daripada kementerian, adakah maklumat itu betul? Kita bayar RM50,000 satu hari kepada PWTC dan kita tahu siapa pemilik PWTC tersebut. Jadi, soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua, sekarang kita sudah masuk
ke peringkat kita memberikan booster kepada orang ramai. Cara kita bagi melalui MySejahtera, minta mereka pergi ke klinik-klinik tanpa melibatkan mega PPV ataupun PPV. Jadi soalan saya ialah, kenapa pada peringkat awal apabila kita memberikan suntikan satu dan dua, kita tidak mengamalkan cara seperti yang kita amalkan sekarang iaitu kita bagi booster dengan tidak perlu ada PPV, tidak perlu ada mega PPV. Bukankah dengan cara sekarang kita amalkan, booster hantar mereka pergi ke klinik, ia dapat menjimatkan kos untuk kita mendirikan PPV dan juga mega PPV. Itu soalan yang saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sekarang pada peringkat booster ini, kita lihat sambutannya amat rendah. Di Melaka Tuan Yang di-Pertua, saya pergi ke sebuah tempat, satu hari sepatutnya ada 600 orang pergi tetapi berlaku sehingga ada kalanya satu hari hanya 60 orang lebih yang pergi sahaja. Hanya sekadar 10 peratus. Jadi, bagaimanakah kementerian hendak mengatasi masalah ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Timbalan Menteri, silakan.
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan yang diutarakan dalam jawapan ini. Kalau kita melihat seperti yang saya telah katakan tadi anggaran seseorang penerima vaksin untuk datang ke PPV ini adalah RM15 untuk seorang. Ini bukan kos vaksin, kos vaksin adalah RM14. Akan tetapi apabila kita membuka PPV, kita menganggarkan daripada kesemua kos adalah RM15 seorang sehari. Jadi kalau kita melihat – saya pun tidak dapat kos sebenarnya apa yang telah dibayar oleh MOSTI dalam hal ini tetapi membuat anggaran, kalau kita membuat anggaran 18,000 kedatangan sehari, kalau darab dengan RM15 ia jumlah yang besar. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] Akan tetapi, kita mengira kos yang sebenar yang dibayar adalah cuma RM6.30 bukannya RM15. RM6.30 only for one penerima – Hold on, hold on. You duduk dahulu. Dos booster ini Yang Berhormat yang bertanya kepada saya mengapa kita tidak membuka PPV. Ini telah dijawab oleh Yang Berhormat sendiri iaitu tadi Yang Berhormat katakan mereka yang datang untuk mengambil dos booster ini amat kurang, jadi kalau kita menyewa PPV yang begitu mahal, tidak memadailah. Jadi, begitulah keadaan sekarang saya ingat mungkin jawapan ini tidak memuaskan Yang Berhormat tetapi kita melihat memang– cuma di Sarawak, ramai yang suka dos booster ini. Dahulu apabila kita memberikan dos pertama dan kedua, kita membuka PPV kerana semasa itu, kita menginginkan imuniti kepada komuniti supaya lebih ramai rakyat kita menerima vaksin dos pertama dan kedua. Akan tetapi booster dose ini seperti Yang Berhormat katakan tidak ramai orang yang berminat mengambilnya. Okey, boleh?
Sedikit penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan yang saya tanya ialah berapakah bayaran sewa? Jadi bolehkah berikan jawapan bertulis berkenaan tapak yang kita sewa. Contohnya kita menggunakan PWTC sebagai mega PPV. Kerajaan perlu membayar sewa untuk tapak tersebut. Jadi saya hendak tahu berapakah sewaan untuk tapak tersebut? Ini kerana, maklumat yang saya dapat, satu hari dibayar RM50,000. Jadi itu soalan saya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka.
Saya ada senarai 41 PPV besar dan semua ini ada dalam senarai dan saya akan bagi dengan tempat, nama PPV ini. Akan tetapi, kalau Yang Berhormat menginginkan jumlah atau pembayaran kepada ini, saya tidak tahu kerana ini di bawah MOSTI. Saya pun tidak ada maklumat. Cuma yang saya sebut tadi RM6.30
adalah berdasarkan kedatangan harian sebab kita menganggarkan RM15 tetapi tidak sampai begitu. Thank you.
Jadi Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh dapat jawapan yang lengkap sebab kalau lihat bahagian (b), saya ada tanya jumlah bayaran sewa.
Okey, saya cuba sebab ini under MOSTI ya, thank you. Kita akan cuba mendapatkan maklumat seperti yang dikehendaki oleh Yang Berhormat.
Saya perlukan...
Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Seterusnya soalan tambahan yang kedua....
Soalan tambahan.
Tuan Yang di-Pertua, sebab soalan yang saya tanya tidak dijawab. Jadi saya minta supaya Tuan Yang di-Pertua boleh bantu untuk mendapatkan jawapan yang lengkap. Kalau lihat bahagian (a) dan bahagian (b), bahagian (b) saya tanya tentang sewa tapak mega PPV, tidak dijawab. Saya minta supaya jawapannya diberikan secara bertulis.
Sila.
Bolehkah Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua bantu?
Saya cuba bantulah.
Okey, terima kasih Timbalan Menteri.
Thank you.
Soalan tambahan yang kedua, saya jemput Yang Berhormat Rasah.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan. Saya meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi berkenaan dengan kos apabila menjawab soalan asal dan juga soalan tambahan daripada Yang Berhormat Kota Melaka. Saya hendak tanya ataupun mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, antara menggunakan PPV yang sebelum ini dilaksanakan dan semuanya ditutup pada bulan Oktober hari itu berbanding dengan sekarang yang menggunakan klinik swasta untuk dos penggalak, booster dose yang dilaksanakan pada ketika ini– daripada segi effectiveness of cost, daripada segi penjimatan dan sebagainya, perbelanjaan yang perlu dibayar oleh kerajaan daripada segi mana lebih efektif. Efektif maksudnya di sini bukan setakat kita menjimatkan kos sahaja tetapi soal perbelanjaan yang dikeluarkan dan juga sambutan daripada rakyat Malaysia yang akan menerima vaksin tersebut. Jadi, saya mohon jawapan ataupun pandangan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, jelas kalau kita menggunakan facility kita sendiri, KKM yang free. Vaksin pun free, semua free. Jadi, Yang Berhormat ingin membandingkan, saya tidak tahu hendak bandingkan dengan mana sebab sekarang ini Kementerian Kesihatan sendiri yang membuat semua kerja ini, jadi free lah. Cuma kos doktor itu, mereka dibayar gaji bulan kalau ada insentif-insentif itu memang kita bayar tetapi kalau dibandingkan dengan PPV, PPV kita perlu membayar lebih banyak daripada segi sewa dan sebagainya. Thank you.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertanyaan jawab lisan seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Beruas.
14. Dato' Ngeh Koo Ham [Beruas] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan satu persatu langkah-langkah permohonan untuk rekalibrasi/pemutihan pekerja-pekerja asing (PATI).
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan telah memperkenalkan Pelan Rekalibrasi Pendatang Asing Tanpa Izin yang bertujuan untuk menyelaras pendataan PATI melalui pendaftaran maklumat oleh PATI dan majikan yang terlibat. Pelan tersebut turut mensasarkan pemulihan semula sektor ekonomi negara di samping membendung penularan pandemik COVID-19 di dalam negara. Pelan yang mengandungi dua komponen utama iaitu Program Rekalibrasi Pulang dan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja. Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Antara Menteri Dalam Negeri & Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing Kali Keenam bertarikh 26 Oktober 2021 yang lepas, telah bersetuju untuk menambah baik perjalanan program RTK dengan memberi beberapa kelonggaran syarat seperti berikut. Majikan perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja: (i) berdaftar dengan Jabatan Imigresen Malaysia melalui portal RTK di dalam sesawang jabatan bagi penentuan keperluan tenaga kerja serta kawalan penggajian;
(ii) majikan perlu membuat bayaran deposit sebanyak RM500; (iii) majikan boleh mendaftar dalam semua sektor kecuali sektor yang telah dibekukan. Namun begitu, sektor-sektor lain akan dipertimbangkan tertakluk kepada kajian terperinci dan keberkesanan program. (iv) pendaftaran PATI bagi semua kesalah imigresen kecuali mereka yang mempunyai kesalahan kes jenayah melibatkan pihak PDRM; (v) PATI akan dipanggil untuk membuat verifikasi bagi menentukan kelayakan dalam sektor yang dibenarkan dan kesalahan-kesalahan PATI; (vi) Jabatan Imigresen Malaysia akan memberikan kelulusan berdasarkan kelayakan 70 peratus dalam permohonan majikan berdasarkan kepada PATI yang lulus dan layak diverifikasi; (vii) majikan boleh memohon untuk mendapatkan kelulusan bagi 30 peratus dari pihak Jabatan Tenaga Kerja sekiranya perlu; (viii) majikan akan membawa PATI bagi tujuan pemeriksaan FOMEMA; dan (ix) mana-mana PATI yang melepasi tapisan keselamatan FOMEMA, pihak majikan perlu membuat bayaran fi rekalibrasi dan PATI akan dikeluarkan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS). PATI perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan iaitu terbuka kepada PATI yang belum didakwa di mahkamah atau dijatuhkan hukuman di bawah seksyen 6(1)(c), tidak memiliki suatu pas yang sah yang dikeluarkan dengan sah kepadanya bagi memasuki Malaysia, kesalahan di bawah seksyen 15(1)(c) iaitu kesalahan tinggal lebih masa di
bawah Akta Imigresen 1959/1963 atau kesalahan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 sahaja. Kelayakan juga hanya diberikan kepada PATI dari 15 negara sumber iaitu Thailand, Kemboja, Nepal, Myanmar, Lao PDR, Vietnam, Filipina, Pakistan, Sri Lanka, Bangladesh, Turkmenistan, Uzbekistan, Kazakhstan, India dan Indonesia. PATI yang menyertai program ini perlulah bebas daripada sebarang kes jenayah lain selain daripada kesalahan imigresen. Pemegang kad atau mana-mana dokumen United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) buat masa ini belum lagi dibenarkan menyertai program ini. Dikenal pasti oleh majikan atau ditentukan melalui suatu sistem padanan tertakluk kepada keperluan tenaga kerja sektor yang dibenarkan. PATI perlu lulus saringan kesihatan tertakluk kepada syarat-syarat pengambilan pekerja asing sedia ada termasuk menjalani ujian saringan COVID-19 atas tanggungan sendiri dan memiliki dokumen perjalanan negara asal yang masih belum tamat tempoh. PATI yang telah dikeluarkan pelekat PLKS di dalam Program Rehiring dan Program 6P yang telah tamat tempoh juga dibenarkan. PATI yang lari tetapi tidak dilaporkan oleh majikan asal. Itulah kriteria yang perlu diambil kira. Terima kasih.
Sila Yang Berhormat Beruas.
Terima kasih. Soalan tambahan. Saya hendak jawapan daripada Menteri, kenapa satu tahun ini Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia berdolak-dalik dalam isu permohonan rekalibrasi ini? Pada mulanya, dikatakan menggunakan website Foreign Workers Integrated Management System (ePPAx) dan myIMMs. Kemudian diumumkan akan menggunakan Foreign Workers Centralized Management System bermula 1 Julai 2021. Akan tetapi, langsung tidak boleh guna sampai hari ini. Menteri Sumber Manusia kata akan digunakan. Akan tetapi, minggu ini dalam Jawatankuasa Pilihan Khas, saya menanyakan wakil daripada KDN, bagaimana memohonnya? Beliau mengatakan masih boleh dimohon menggunakan ePPAx dan myIMMs. Kenapa sampai satu tahun rakyat di luar keliru bagaimana hendak memohon? Juga, tadi Menteri kata kelulusan kuota 70 peratus oleh imigresen dan 30 peratus oleh Kementerian Sumber Manusia. Kenapa ini like you are sharing war spoils? Rakyat susah. Dikatakan 70 peratus KDN dan 30 peratus Kementerian Sumber Manusia. Kenapa tidak satu kementerian atau satu agensi untuk uruskan semua ini? Ini telah mendatangkan banyak masalah dan kesusahan kepada rakyat. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Sila Yang Berhormat Menteri, satu minit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak menjelaskan di sini, isunya ialah untuk kita memberikan sesuatu yang lebih mudah kepada majikan untuk mengambil semula pekerja-pekerja dalam isu rekalibrasi ini. Telah pun saya sebutkan tentang semua kriteria bagaimana untuk mereka diberikan kelulusan dalam program ini. Cuma, masalahnya adalah di antara KDN dan KSM itu, penggunaan aplikasi yang selama ini ada dua. Satu, yang digunakan oleh ePPAx tadi dan satunya FWCMS. Oleh sebab itu, apabila kita tengok dalam masa lebih kurang enam bulan susah sangat untuk mendapatkan verifikasi dari semua mereka itu― kerana untuk mendapatkan kelulusan, ia mesti mendapatkan kuota dulu daripada Kementerian Sumber Manusia. Kita hanya meluluskan untuk memberikan PLKS semata-mata dari segi keselamatan negara. Dari sudut security, kita yang buat. Dari sudut untuk mendapatkan kuota, KSM yang buat.
Oleh kerana lambat dari segi untuk mendapatkan kuota, sebab itu kita kata okey, apply terus kepada imigresen. Kita hanya luluskan 70 peratus daripada permohonan. Itu sahaja yang kita lakukan. Dan 30 peratus lagi kalau mereka hendak jadikan 100 peratus, dia boleh minta semula dengan Jabatan Tenaga Kerja untuk mendapatkan kelulusan kuota sebanyak 100 peratus. Itulah yang dilakukan buat masa program rekalibrasi sahaja. Untuk program yang betul, program yang biasa dilakukan untuk warga asing dari luar datang, mesti mendapat kelulusan kuota sebanyak 100 peratus dari Jabatan Tenaga Kerja. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan kedua. Saya jemput Yang Berhormat Baling.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Jawapan yang begitu meluas yang kita sudah boleh faham. Saya ada dua sahaja soalan saya. Yang Berhormat Menteri, di atas bijaksana Yang Berhormat Menteri, kalau boleh kita selaraskan. Rakyat di bawah sana, Yang Berhormat Menteri, they only understand immigration. Kalau hendak PATI hendak pergi minta buat rekalibrasi ini atau hendak minta kelulusan khas, imigresen. They do not understand the system yet. Hundred percent rakyat kita di bawah, dia tidak faham Kementerian Sumber Manusia punya involvement. Jadi, saya harap kalau perkara ini boleh dapat kita selaraskan dengan pihak imigresen, jadi rakyat memberi tumpuan khas kepada imigresen. Saya faham kekangan di JIM iaitu kakitangan. Akan tetapi, saya harap Yang Berhormat Menteri boleh lakukan satu keputusan atas kebijaksanaan. Kedua, Yang Berhormat Menteri, isu kita sekarang ini ialah pekerja asing dari Nepal. Dalam 15 negara Yang Berhormat sebut tadi, nama Nepal tidak ada. Kalaulah PATI ini ada warga Nepal yang ada tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah seperti yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, bolehlah memberikan kelonggaran. Ini kerana di merata tempat kawasan perumahan pada hari ini, mereka memerlukan Nepal ini sebagai security guard. Jadi, ini sudah ada kekangan. Hendak datang yang baharu, oleh kerana pandemik COVID-19 masih lagi belum menentu, kita tidak boleh hendak bawa masuk. Jadi, saya harap Yang Berhormat Menteri boleh mempertimbangkan Nepal ini untuk diberikan kelulusan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya tambah Yang Berhormat Baling sikit boleh?
Terima kasih Yang Berhormat Baling. Sila Yang Berhormat Menteri jawab.
Tuan Yang di-Pertua, pertamanya, saya hendak jelaskan dari segi cara-cara untuk kita mengambil pekerja asing. Negara kita ini masalahnya bukan hanya program rekalibrasi tetapi juga program untuk membawa masuk pekerja asing. Oleh sebab itu, kita khususkan dari segi pekerja itu sendiri mesti datangnya daripada Kementerian Sumber Manusia untuk kita dapatkan data berapa ramai pekerja, sama ada orang dalaman warganegara atau yang bukan warganegara Malaysia yang bekerja dalam negara kita. Oleh sebab itu, data ini mesti dijaga oleh Kementerian Sumber Manusia. Akan tetapi, oleh sebab program rekalibrasi tadi adalah sesuatu yang hendak permudahkan dalam masalah untuk kita membangunkan semula ekonomi negara dalam COVID-19 ini, maka sebab itu diberikan sesuatu kelonggaran supaya kuota itu 70 peratus. Maknanya kalau dia apply 100 peratus kepada Jabatan Tenaga Kerja, takut oleh kerana permohonan begitu banyak sekali, kita terus luluskan 70 peratus tanpa mendapat kelulusan Kementerian Sumber Manusia. Itu sebenarnya yang kita lakukan dari segi kuota. Yang 70:30 itu hanya daripada segi kuota sahaja semata-mata.
Manakala bagi soalan kedua tadi mengenai pekerja Nepal, sebenarnya pekerja Nepal adalah salah satu daripada sumber manusia yang saya baca tadi. Jadi, saya hendak baca semula 15 negara sumber sahaja iaitu Thailand, Kemboja, Nepal, Myanmar, Lao PDR, Vietnam, Filipina, Pakistan, Sri Lanka, Bangladesh, Turkmenistan, Uzbekistan, Kazakhstan, India dan Indonesia.
Thank you Sir. Terima kasih.
Alright, terima kasih.
Papar. Papar. Papar.
Sedikit sahaja. Ini penting juga ini. Pelarian Rohingya yang dimaksudkan...
Yang Berhormat Jempol, tunggu Yang Berhormat.
Sedikit, sedikit sahaja.
Saya kena cari dari sebelah sini pula. Dijemput, Yang Berhormat Papar. Soalan tambahan last, ketiga. Saya kena bagi kepada Yang Berhormat Papar, dari sebelah sini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menyokong penuh dengan langkah-langkah kerajaan untuk rekaliberasi dan juga pemutihan pekerja-pekerja asing iaitu PATI. Kedua, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Selepas GRS mengambil alih Kerajaan Sabah, saya ingin bertanya sekali lagi kepada Yang Berhormat Menteri; berapa ramaikah PATI yang telah dihantar balik ke negara asal seperti yang telah dijanjikan dahulu sewaktu berkempen di Sabah? Jadi, apa yang saya lihat sekarang ini ialah masih ramai lagi PATI-PATI yang berkeliaran di Kota Kinabalu. Begitu juga di tempat saya, di Papar. Jadi, saya ingin minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Papar. Sila, Yang Berhormat Menteri.
Masalahnya – Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Masalahnya di sini ada dua. Isunya sama ada pekerja asing tanpa izin, ataupun pendatang tanpa izin. Jadi, soalannya PATI. PATI itu kita kena lihat di sini. Kalau mereka adalah merupakan pekerja asing tanpa izin, melalui Program Rekalibrasi ini boleh juga kita daftarkan jika mengikut kriteria yang telah saya bacakan tadi. Bagi mereka pendatang tanpa izin ini, ia adalah merupakan satu masalah yang besar di negeri Sabah. Ia perlukan political will untuk kita kerjasama hendak memastikan mereka yang sekarang mendapat IMM13 dan semua dokumen yang telah pun dikeluarkan oleh kerajaan semasa dahulu lagi sebanyak – Sudah pun keluar lebih kurang 130,000 semua nya, itu adalah perkara lain. Manakala mereka yang masuk sekarang ini benar-benar tanpa izin, yang kita telah lakukan melalui Ops Benteng dan sebagainya, memang telah pun kita hantar balik dari semasa ke semasa. Saya tidak ada angka di sini, tetapi kita memang menghantar mereka balik terutamanya dalam masa COVID-19 untuk kita menangani masalah pandemik yang ada dalam negara kita. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat.
Sedikit sahaja. Ini penting ini. Sudah last. Hari ini last. Esok tidak ada soalan lagi.
Yang Berhormat Jempol, saya ada peraturan. Kena maksimum sebanyak tiga sahaja. Minta maaf, Yang Berhormat Jempol.
Sabarlah, Jelebu.
Sekarang, saya jemput Yang Berhormat Batu.
17. Tuan P. Prabakaran [Batu] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan walaupun dengan penjenamaan semula Rumah Kos Rendah kepada Rumah Mampu Milik, tetapi dengan harga jualan RM200,000 hingga RM300,000 ianya masih tidak mampu dimiliki oleh B40. Bukankah ini suatu pembohongan. Isunya tidak boleh diselesaikan dengan memudahcarakan pinjaman dan meletakkan beban hutang RM300,000 atas bahu golongan B40. Apakah penyelesaian KPKT mengenai masalah ini?
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Salam Keluarga Malaysia. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Batu. Cuma Yang Berhormat Batu, saya minta Yang Berhormat Batu tentang soalan itu; “Bukankah ini suatu pembohongan.” Saya ingat perkataan itu tidak berapa baik, Yang Berhormat. Bahkan saya boleh kata Yang Berhormat juga bohong. Akan tetapi, saya tidak hendak beri persepsi yang tidak baik kepada Yang Berhormat. Cuma, perkataan itu Yang Berhormat keluarkan. Mungkin bukan pembohongan tetapi mungkin kerana Yang Berhormat tidak faham dan tidak memiliki maklumat yang cukup dan tepat. Jadi, saya tidak hendak kata Yang Berhormat berbohong. Akan tetapi mungkin maklumat pada Yang Berhormat tidak tepat tentang perumahan ini. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Program Perumahan Mampu Milik yang diuruskan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan terbahagi kepada dua iaitu program untuk golong B40 dan golongan M40. Ini dua yang berbeza, Yang Berhormat. Bagi golongan B40, KPKT menyediakan Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) yang dijual antara RM35,000 hingga RM100,000. Jadi, soalan Yang Berhormat itu tidak berapa tepat. Sebab itu Yang Berhormat kata bohong, sebab Yang Berhormat tidak ada maklumat yang tepat. Bagi golongan M40 pula, KPKT menyediakan Rumah Mampu Milik (RM) dengan harga jualan sebanyak RM300,000 dan ke bawah. Seperti Perumahan Penjawat Awam (PPAM) program perumahan di bawah Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) dan Kediaman SPNB– Ini mungkin yang agak medium class sedikit. Bagi membantu pemilikan rumah mampu milik dalam kalangan golongan B40 ini, kerajaan komited untuk menyediakan perumahan khususnya bagi mereka yang berpendapatan sebanyak RM3,000 dan ke bawah menerusi pembinaan PPR secara berterusan. Program ini merupakan subsidi terbesar bagi pemilikan rumah awam kepada golongan B40. Terdapat dua jenis PPR yang disediakan oleh kerajaan iaitu Program Perumahan Rakyat Dimiliki dan Program Perumahan Rakyat Disewa. Program Perumahan Rakyat Dimiliki merujuk kepada unit PPR yang dijual kepada pemohon yang berkelayakan. Manakala PPR Disewa ditawarkan kepada rakyat yang masih belum berkemampuan untuk memiliki kediaman sendiri. Sejak diperkenalkan pada tahun 1982 sehingga kini, terdapat sebanyak 154 buah projek PPR Dimiliki dan PPR Disewa yang telah siap dibina dan melibatkan sebanyak
97,190 unit rumah kepada golongan sasar. Sekiranya pengisian mencapai 100 peratus, program ini memberikan manfaat kepada sejumlah 379,064 orang penduduk dengan mengambil kira purata saiz isi rumah adalah pada 3.9 berdasarkan Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. PPR Dimiliki dijual dengan harga sebanyak RM35,000u Yang Berhormat, di Semenanjung Malaysia. Manakala sebanyak RM42,000 bagi Sabah dan Sarawak. PPR Disewa pula menawarkan kadar sewa sebanyak RM124 sebulan yang mana kadar sewa ini jauh lebih rendah daripada harga pasaran sewaan. Pada masa yang sama, kerajaan juga telah memperkenalkan PPR sewa untuk milik (rent-to-own), dengan izin, bagi golongan yang masih belum layak memperoleh kemudahan pembiayaan dari sisi kewangan komersial. Selain PPR, KPKT menerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad turut melaksanakan pembinaan Rumah Mesra Rakyat bagi membantu golongan berpendapatan isi rumah sebanyak RM3,000 yang tidak mempunyai rumah dan tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah yang sempurna. Setakat ini, sebanyak 47,714 unit Rumah Mesra Rakyat telah pun disiapkan. Tuan Yang di-Pertua, di samping itu kerajaan juga dalam meningkatkan accessibility perumahan oleh rakyat, kementerian bercadang untuk menubuhkan panel pemikir, panel of experts, bagi membantu dan memberi nasihat kepada kementerian dalam pelbagai isu perumahan khususnya melibatkan kluster sosial, ekonomi dan geopolitik. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan pertama, sila Yang Berhormat Batu.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Mungkin saya boleh tarik balik perkataan ‘bohong’ itu, tetapi saya hendak tekankan di sini bahawa dengan kadar inflasi, harga barang naik, kadar ekonomi merosot, peluang pekerjaan yang rendah, saya rasa semakin hari ya, setiap hari kita dapat rakyat Malaysia memohon rumah. Contohnya, rumah PPR dengan kerajaan. Di sini saya ada satu fakta di mana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah menerima sebanyak 9,948 permohonan untuk menyewa unit perumahan awam dan Projek Perumahan Rakyat sejak tahun 2019 sehingga bulan Ogos lalu. Maknanya, dalam satu setengah tahun ada 9,000 permohonan di ibu kota Kuala Lumpur sahaja. Sebanyak 1,547 orang pemohon telah diluluskan. Selebihnya yang baki tidak tahu apa statusnya. Maksudnya, adakah mereka ada rumah atau tidak ada rumah, memang we do not know, dengan izin. So, apakah tindakan KPKT untuk membantu pemohon-pemohon sebegini supaya mereka dapat rumah daripada kerajaan? Kalau tidak silap saya, projek PPR pun tidak lagi ada dalam pelan KPKT. Betul atau tidak?
Terima kasih, Yang Berhormat Batu. Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih, Yang Berhormat Batu. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Batu, terima kasih kerana menarik istilah yang tidak indah dalam Dewan ini. Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya seperti mana yang saya sebutkan dalam beberapa soalan yang sebelum ini, di negara kita ini ada 15 buah agensi yang terlibat dengan pembinaan rumah untuk rakyat kita termasuklah rumah keluarga miskin, rumah PPR dan sebagainya. Termasuklah, Kementerian Wilayah Persekutuan, kerajaan negeri dan juga pihak swasta. Jadi, saya kira mungkin permohonan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu adalah khusus kepada permohonan yang dipohon kepada PPR di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan. Saya ingat Yang Berhormat, untuk membantu Yang Berhormat, bolehlah Yang Berhormat jumpa saya dan kita bincangkan sedikit. Mungkin ada ruang-ruang yang boleh diketahui di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang kita boleh bantu.
Sebab itulah pada lima tahun akan datang kita telah merancang sebanyak 500,000 buah rumah mampu milik yang kita cadangkan pada RMKe-12 ini. Kita harap usaha ini akan dapat juga menyelesaikan sebahagian permohonan perumahan yang...
Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta maaf mencelah. Maksud saya, rumah tidak cukup di negara ini. Saya harap pihak KPKT ambil tindakan segera sebab kadar pada dua tahun lepas berbeza dengan musim COVID-19.
Sebab banyak yang hilang pekerjaan, tak mampu bayar sewa. So, mereka harap hanya kerajaan yang boleh bantu. Apabila rumah tak cukup, macam mana dengan keadaan mereka? Itu sahaja. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Batu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Batu. Saya sebutkan tadi, di bawah khusus untuk yang terjejas COVID, kita ada 2,000 unit rumah yang dipanggil Rumah IKRAM yang kita tumpukan kepada mereka yang terjejas kerana dikeluarkan dari rumah yang mereka tidak mampu lagi sewa dan mereka terpaksa keluar. Jadi kita beri ruang. Yang Berhormat boleh lah kalau ada pemohon-pemohon kemukakan kepada kita, kita ada 2,000 unit yang ditawarkan sebahagian telah pun diisi bagi mereka yang seperti mana Yang Berhormat sebutkan tadi. Sewanya hanya RM124 sebulan dan bagi enam bulan yang pertama ini, kita berikan pengecualian sewa kepada mereka. Kita harap COVID-19 ini akan selesai dan kita akan melihat dalam tempoh dua tahun mungkin keadaan sewa ini bagaimana kita boleh pastikan supaya tindakan yang lebih terjamin dapat diberikan kepada mereka yang terlibat.
Kalau boleh, bagi list.
Terima kasih.
Timbalan Menteri boleh bagi list rumah-rumah IKRAM itu supaya kita tahu.
Tidak mengapa, Yang Berhormat hantar sahaja senarai permohonan kepada kita, insya-Allah kita akan lihat. Terima kasih.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. [Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan Jawab Lisan tamat]
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG AGENSI KAWALAN SEMPADAN MALAYSIA (PEMBUBARAN) 2021 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk memansuhkan Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017 (Akta 799) untuk membubarkan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia yang ditubuhkan di bawah akta itu dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Dalam Negeri [Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua dan ketiga pada Mesyuarat yang akan datang.
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga dibahaskan dan diputuskan DR.17/2021, Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) (Pindaan) 2021 dan DR.20/2021, Rang Undang-undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 di No. 1 dan 2 Usul Menteri Kewangan di No. 8, 9 dan 10 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul hari ini dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga suatu tarikh yang tidak ditetapkan”.
Ada yang menyokong?
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.
Boleh saya teruskan dahulu, sekejap nanti kita akan rujuk. Sila Menteri.
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG LANGKAH-LANGKAH SEMENTARA BAGI MENGURANGKAN KESAN PENYAKIT KORONAVIRUS 2019 (COVID-19) (PINDAAN) 2021 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Langkah-langkah Sementara bagi mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020 dibacakan kali kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang yang akan saya bentangkan bertujuan untuk meminda Akta Langkah-langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit
Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020 [Akta 829] yang telah diwartakan pada 23 Oktober 2020 bagi tempoh dua tahun daripada tarikh penyiaran dalam warta kerajaan. Sebagaimana semua Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Akta 829 merupakan komitmen kerajaan untuk mengurangkan impak perundangan COVID-19 dan juga merupakan satu temporary relief daripada tanggungjawab perjanjian bagi suatu tempoh yang ditetapkan. Penggubalan akta ini melibatkan pengubahsuaian 14 akta dan dua ordinan di peringkat Persekutuan di bawah kawal selia kementerian atau jabatan berkaitan. Keputusan kerajaan pada tahun 2020 berkaitan penggubalan akta ini didorong oleh krisis penularan pandemik COVID-19 yang bukan sahaja memberi impak negatif kepada kesihatan awam tetapi turut memberi kesan kepada ekonomi dan sosial penduduk dunia termasuklah rakyat negara kita. Pada masa yang sama, kerajaan turut melaksanakan penguatkuasaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 iaitu Akta 342 termasuk mewartakan Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit dan Peraturan- peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit dari semasa ke semasa. Fokus kerajaan untuk melindungi tahap kesihatan dan keselamatan rakyat turut melibatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di bawah Akta 342 dan Akta Polis 1967 [Akta 344] mulai 18 Mac 2020 sehingga 31 Ogos 2020 sehingga pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara Berfasa mulai Julai 2021 sehingga kini. Dalam konteks ini, kesan penularan COVID-19 dirasai oleh semua pihak apabila suatu pihak terkesan bermakna seluruh rantaian ekonomi (economic chain) dengan izin akan turut terkesan termasuk akibat daripada pelaksanaan pelbagai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Pelan Pemulihan Negara Berfasa. Semenjak 23 Oktober 2020, Akta 829 telah dipinda sebanyak empat kali di bawah kuasa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) dan sekali pindaan di bawah kuasa Menteri Kewangan Malaysia melalui perintah yang diwartakan. Pindaan-pindaan tersebut melibatkan perlanjutan tempoh kuat kuasa Bahagian II Ketidakupayaan Melaksanakan Obligasi Kontraktual. Pindaan Jadual seksyen 7 Bahagian II Ketidakupayaan Melaksanakan Obligasi Kontraktual melibatkan penambahan senarai jenis kontrak sewa beli, kontrak pajakan dan kontrak jadual kredit yang dihadkan kepada golongan sasaran B40, M40 dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berskala mikro. Perlanjutan tempoh kuat kuasa mana-mana kewajipan ataupun obligasi statutori yang tidak mungkin dilaksanakan di dalam mana-mana akta dalam Jadual atau di bawah kawal selia Kementerian Kewangan Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, penggubalan suatu undang-undang harus memberi keutamaan kepada sifatnya yang dinamik dan progresif agar ia terus kekal relevan mengikut peredaran masa. Dalam konteks ini,pelaksanaan Akta 829 sentiasa terbuka kepada sebarang penambahbaikan yang diperlukan setiap lapisan masyarakat dari semasa ke semasa selama tempoh kuat kuasa akta untuk mengurangkan impak ekonomi COVID-19 ke atas individu dan perniagaan yang terkesan daripada aspek perundangan. Justeru, selain daripada pindaan kepada Akta 829 di bawah kuasa Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta Kerajaan Persekutuan, pindaan-pindaan substantif dalam bahagian-bahagian tertentu juga dicadangkan melalui rang undang-undang ini yang mana cadangan pindaan-pindaan ini diperoleh daripada kementerian ataupun jabatan seperti Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Kewangan. Secara umumnya, Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara bagi mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) (Pindaan) 2021 ini merangkumi pindaan yang diperuntukkan dalam 10 fasal keseluruhannya seperti berikut. Fasal 1 merujuk kepada tajuk ringkas dan peruntukan mengenai kuat kuasa akta. Fasal 2 dan 3 bertujuan untuk memasukkan Ordinan Buruh Sabah dan Ordinan Buruh Sarawak sebagai sebahagian daripada undang-undang yang diubahsuai di bawah Akta 829.
Ketiga, Jabatan Perdana Menteri iaitu fasal 4 merujuk kepada subseksyen 9(1) Bahagian II, Ketidakupayaan Melaksanakan Obligasi Kontraktual, akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen 9(1) yang baharu. Pindaan tersebut berkenaan klausa pengantaraan di mana Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Parlimen dan Undang- undang diberi kuasa untuk mempertimbangkan jenis kontrak lain selain daripada senarai dalam Jadual Bahagian II akta ibu. Tujuan pindaan adalah untuk membantu lebih ramai rakyat yang terkesan dan gagal memenuhi obligasi kontraktual mereka dan pada masa yang sama memperluaskan lagi ruang lingkup pelaksanaan pengantaraan di bawah Pusat Mediasi COVID-19 (PMC- 19) kepada pihak-pihak yang mempunyai pertikaian kontraktual selain daripada jenis kontrak yang disenaraikan di bawah Jadual Bahagian II.
Berdasarkan statistik sehingga 7 Disember 2021, PMC-19 telah menerima sebanyak 171 permohonan untuk mendapatkan perkhidmatan pengantaraan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 13 peratus ataupun 22 kes pengantaraan telah selesai menjalani proses pengantaraan, manakala empat kes sedang dalam proses pengantaraan ataupun sedang menunggu sidang pengantaraan untuk berjalan. Baki sebanyak 145 kes lagi merupakan permohonan yang separa lengkap dan sukar diteruskan proses pengantaraan disebabkan faktor-faktor seperti kegagalan untuk mendapatkan persetujuan kedua-dua pihak yang bertikai, permohonan yang menukar fikiran serta permohonan di luar kategori. Justeru, situasi ini juga mendorong pindaan kepada subseksyen 9(1) bahagian II dilaksanakan, di mana lebih ramai pihak yang terkesan daripada pelbagai obligasi kontraktual akibat PKP dan COVID-19 dapat menggunakan perkhidmatan PMC19. Seterusnya, yang melibatkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Fasal 5 merujuk kepada pindaan untuk memasukkan fasal bahagian baharu iaitu Bahagian XIA yang mengandungi seksyen 38A sehingga seksyen 38F selepas Bahagian XI, pengubahsuaian Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118]. Perincian seksyen-seksyen tersebut adalah seperti berikut. Seksyen 38A berkaitan peruntukan tafsiran perjanjian dan perjanjian pertama. Seksyen 38B berkaitan apa-apa caj bayaran lewat yang dikecualikan ke atas pembeli yang gagal membayar ansuran bagi tempoh 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2021. Seksyen 38C bertujuan untuk membenarkan pemaju memohon kepada Menteri bagi pengecualian bagi tempoh 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021 untuk pengiraan masa bagi penyerahan pemilikan kosong dan penyediaan kemudahan bersama. Seksyen 38D pula merujuk kepada pembeli tidak boleh disifatkan telah mengambil milikan kosong sekiranya pemilik tidak dapat mengambil pemilikan kosong suatu kemudahan perumahan disebabkan oleh langkah-langkah yang diambil di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi tempoh 1 Jun 2021 sehingga 31 Oktober 2021. Seksyen 38E seterusnya dicadangkan untuk mengecualikan tempoh 1 Jun 2021 hingga 31 Oktober 2021 daripada pengiraan tempoh liabiliti kecacatan dan tempoh pemaju melaksanakan kerja-kerja pembaikan. Seksyen 38F dicadangkan untuk mengadakan peruntukan kecualian. Fasal 6 diadakan bertujuan untuk menggantikan seksyen 39 untuk mengadakan peruntukan bagi permulaan kuat kuasa seksyen baharu iaitu 40A mulai 1 Jun 2021 dan juga seksyen 40B mulai 10 Jun 2020. Fasal 7 bercadang untuk memasukkan seksyen baharu iaitu seksyen 40A dan seksyen 40B yang mengandungi peruntukan pengecualian pengiraan tempoh 1 Jun 2021 hingga 31 Disember 2021. Untuk pengiraan tempoh bagi pemberian pengiktirafan dan
pemberitahuan secara bertulis kepada Kesatuan Sekerja Pekerja dan pengecualian akibat berada di tempat yang tertakluk Perintah Kawalan Diperketat. Fasal 8 bertujuan untuk menggantikan seksyen 42 Akta 829. Fasal 9 bertujuan untuk memasukkan bahagian baharu iaitu Bahagian XIIIA dan Bahagian XIIIB ke dalam Akta 829 bagi mengadakan peruntukan pengubahsuaian yang perlu masing-masing kepada Ordinan Buruh Sabah dan Ordinan Buruh Sarawak. Bahagian XIIIA mengandungi seksyen baharu 42A, 42B dan 42C manakala Bahagian XIIIB mengandungi seksyen baharu 42D, 42E dan 42F. Fasal 10 bertujuan untuk meminda subseksyen 59(1) Akta 829 untuk melanjutkan tempoh yang Yang Berhormat Menteri bertanggungjawab bagi mana-mana akta boleh memperuntukkan perkiraan alternatif untuk mana-mana mesyuarat statutori yang tidak mungkin diadakan mengikut perkiraan dalam akta dilanjutkan bagi mesyuarat dari 10 Jun 2020 hingga 31 Disember 2021. Peruntukan asal hanya menetapkan tempoh 18 Mac 2020 hingga 9 Jun 2020. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, secara umumnya sebahagian besar daripada pindaan-pindaan yang dikemukakan melalui rang undang-undang ini merupakan cadangan oleh sektor industri dan perniagaan seperti pemaju perumahan, kesatuan sekerja serta individu-individu yang terkesan daripada aspek ekonomi seperti pembeli rumah yang dikemukakan melalui sesi libat urus yang telah pun dilaksanakan bersama dengan kementerian ataupun jabatan, termasuklah Kerajaan Negeri Sabah dan juga Kerajaan Negeri Sarawak sebelum kita dimuktamadkan di peringkat dasar kementerian dan dibawa untuk proses gubalan rang undang-undang. Dalam hal ini, persetujuan Kerajaan Negeri Sarawak dan Kerajaan Negeri Sabah telah pun diperoleh secara rasmi melalui surat bertarikh 30 September 2021. Realitinya, tidak dapat dinafikan kerajaan telah banyak menawarkan insentif kepada rakyat sejak Februari 2020 sama ada dalam bentuk tunai, subsidi, moratorium, Pakej Rangsangan Ekonomi untuk meringankan beban akibat COVID-19. Misalnya, seperti Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) yang bernilai RM15 bilion dan Program Strategik Memperkasakan Rakyat Ekonomi (PEMERKASA) yang bernilai RM40 bilion, malah insentif-insentif ini terus dikaji daripada aspek keberkesanan dan relevensi terhadap keperluan setiap lapisan masyarakat negara ini yang terkesan disebabkan oleh COVID-19. Justeru, saya ingin menarik perhatian semua Ahli Yang Berhormat bahawa kelonggaran yang diberikan melalui gubalan rang undang-undang ini secara tidak langsung akan terus mewujudkan lebih banyak ruang dan lebih banyak peluang bagi proses pemulihan semua individu dan juga syarikat yang terkesan, sekali gus merangsang ekonomi untuk jangka masa panjang. Selain itu, peluasan skop khidmat pengantaraan yang dicadangkan merupakan inisiatif untuk memberi lebih peluang kepada pihak-pihak yang bertikai bagi mendapatkan khidmat pengantaraan. Dalam erti kata lain, rang undang-undang ini adalah sebagai penyokong dan juga pelengkap kepada semua insentif serta komitmen kerajaan untuk terus membantu rakyat yang memerlukan. Dengan ini Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Ada siapa yang menyokong?
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta yang meminda Akta Langkah-langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Sebelum saya memanggil, ada Yang Berhormat Pokok Sena.
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 36(12) berkaitan dengan kenyataan yang mengelirukan Dewan. Semalam, Yang Berhormat Timbalan Menteri Komunikasi ada membuat sidang media berkaitan dengan Digital Nasional Berhad (DNB). Daripada kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri ini, saya dapati ada beberapa orang Yang Berhormat Menteri, khususnya Yang Berhormat Menteri Kewangan dan Timbalan Menteri Kewangan yang saya beranggapan telah membuat kekeliruan dan mengelirukan Dewan dalam perbahasan-perbahasan ataupun jawapan- jawapan terhadap perbahasan yang dibuat oleh Dewan. Antara yang disebut semalam oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri berkaitan dengan DNB ini ialah isu-isu yang dibangkitkan sebelum ini. Beliau membangkitkan bahawa tidak telus dalam tender DNB ini, sedangkan jawapan jawapan-jawapan daripada pihak Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan, mereka kata telus. Beliau menyebut bahawa antaranya ialah berlaku perbincangan rahsia antara Yang Berhormat Menteri Komunikasi dahulu, Yang Berhormat Menteri Kewangan dan Yang Berhormat Menteri Komunikasi dahulu, ada perbincangan rahsia. KKM tidak dirunding katanya. Begitu juga dengan isu-isu yang disebut bahawa antaranya isu monopoli. Beliau menyatakan bahawa ada isu monopoli dalam pelaksanaan DNB. Terakhir semalam, Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan menyebut projek ini RM12.5 bilion, sedangkan Yang Berhormat Timbalan Menteri Komunikasi semalam jawab bahawa ialah RM20 bilion. Jadi, ini menimbulkan kekeliruan kepada Dewan. Seolah-olahnya bagi saya, dalam ucapan Yang Berhormat Menteri Kewangan dalam pembentangan bajet, ada menyebut soal 5G ini, berkaitan dengan myDigital dan sebagainya.
Jadi seolah-olah kita telah berbahas dan meluluskan bajet ini yang juga berkaitan dengan syarikat yang diperbadankan iaitu DNB ini, seolah-olahnya kita telah berbohong kepada rakyat dan seolah-olahnya kita lihat Dewan telah melakukan satu benda yang sangat tidak wajar dilakukan.
Baik, terima kasih, Yang Berhormat Pokok Sena.
Jadi saya minta petua daripada Tuan Yang di-Pertua, apa jadi dengan bajet yang telah kita luluskan, sedangkan sekarang timbul isu kekeliruan dalam pelaksanaan DNB. Jadi sebab itu bagi saya bahawa kerajaan harus tampil, Menteri Kewangan harus tampil memperjelaskan apa sebenarnya yang dimaksudkan rahsia, perbincangan rahsia antara Menteri Kewangan sekarang dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia dahulu? Ini merupakan satu benda yang sangat-sangat penting kepada negara kita dalam konteks pengurusan kewangan negara kita dan bagi saya, kenyataan semalam ialah kenyataan daripada seorang Timbalan Menteri dan dia meluahkan sesuatu yang saya percaya daripada hati dia sendiri. Maknanya, dia merasakan sesuatu yang tidak kena dalam soal tadbir urus. Jadi apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi baru- baru ini macam saya sebut pagi tadi, mengatakan bahawa kita tidak akan mencapai negara berpendapatan tinggi kalau kita tidak mengatasi masalah tadbir urus, masalah rasuah yang mesti diperangi secara habis-habisan. Akan tetapi apa yang berlaku hari ini ialah bagaimana kerajaan datang berbohong kepada Dewan yang mulia ini.
Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena walaupun dengar macam satu perbahasan tetapi ini bukan perbahasan, saya mohon untuk Yang Berhormat Pokok Sena tulis kepada Tuan Yang di-Pertua untuk kita bagi jawapan secara bertulis. [Ketawa]
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin teruskan dengan...
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat. Peraturan mesyuarat.
Ya.
Peraturan Mesyuarat 24(5).
Berapa? Peraturan mana?
Peraturan Mesyuarat 24(5) ini MQT. Ini mengenai MQT. Kerap kali bila kita memberi soalan MQT, hanya tiga soalan naik tetapi ada banyak soalan lain yang tidak naik. Saya harap untuk soalan-soalan yang tidak naik, sekurang-kurangnya jawapan diberi. Ini adalah kerana Tuan Yang di-Pertua, kita tidak tahu apakah soalan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain dan kita juga selepas itu menaikkan dan membuat soalan-soalan yang sama. Untuk kebaikan kedua-dua pihak saya harap ini boleh ditimbangkan. Terima kasih.
Ya. Kita ambil maklum, Yang Berhormat Ipoh Barat, soalan MQT. Baik seterusnya saya ingin menyenaraikan Ahli- ahli Yang Berhormat yang ingin turut berbahas. Ia dimulakan dengan pertama, Yang Berhormat Pontian, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Kuala Selangor, kemudian Yang Berhormat Setiu (Yang Berhormat Setiu tarik diri). Kemudian Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Bukit Gelugur diubah dengan Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Papar, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Lumut, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Kota Belud dan Yang Berhormat Labuan. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Pontian untuk memulakan perbahasan, lima minit.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Hari ini kita ada dua pindaan rang undang-undang yang berkaitan dengan koronavirus. Satu ialah Akta untuk meminda Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan satu lagi yang baru dibacakan sebentar tadi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, Akta Langkah-langkah Sementara Bagi Mengurangkan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) (Pindaan). Apa yang saya ingin timbulkan di sini ialah mengenai fasal 4 mengenai mana- mana pihak untuk melaksanakan apa-apa obligasi kontraktual yang timbul daripada apa- apa kontrak yang disebabkan oleh langkah-langkah yang ditetapkan boleh mengguna penyelesaian secara perantaraan (mediation). Saya ingin bertanya, adakah kelonggaran ini hanya diberi dalam KPKT sahaja sebab selepas itu fasal 5 bertujuan yang melibatkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Apa yang saya ingin timbulkan di sini ialah kontrak rakyat ini ada banyak, Tuan Yang di-Pertua. Masa kita pinjam rumah, kita buat kontrak dengan bank, masa kita pinjam kenderaan buat kontrak dengan bank. Kemudian masa peniaga-peniaga kecil mereka buat juga kontrak dengan bank. Apa yang saya ingin tanya dan saya ingin mohon penjelasan ialah bagaimana tentang moratorium pinjaman bayaran balik untuk rumah, kereta, perniagaan? Adakah segala-galanya itu boleh menggunakan penyelesaian secara perantaraan supaya mereka yang terlibat dalam masalah. Semua orang terlibat dalam masalah ini tetapi sukar untuk membayar balik pinjaman rumah, kereta, perniagaan dan apabila sudah ditarik balik moratorium pinjaman ini, mereka akan mula membayarnya dan ini satu bebanan kepada rakyat sebab COVID-19 ini belum selesai sepenuhnya. Ada pula entah apa lagi varian selepas ini.
Jadi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri kalau kita hanya mengehadkan waktu 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021, ia tidak boleh dianggap sebagai membantu kerana pada tahun depan pun yang beberapa hari lagi sudah tahun depan penyakit ini masih belum selesai. Oleh itu saya ingin mencadangkan supaya apa yang kita hendak pinda ini waktunya itu hendaklah dilanjutkan sehingga COVID-19 benar-benar selesai. Itu yang saya ingin nyatakan di sini supaya apabila moratorium yang ada kontrak kena bayar selepas itu katalah kena bayar mulai bulan Januari, bulan Februari, bulan Mac, rakyat masih lagi boleh memohon ihsan, memohon pertimbangan daripada pihak bank supaya mereka boleh dilanjutkan moratorium pinjaman balik mereka atas kes-kes yang tertentu. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada menyebut mengenai hendak membantu B40, M40, PKS Mikro terutamanya. Jadi ini satu perkara penting yang ingin saya kira tidak dinyatakan di sini. Cuma dinyatakan, KPKT dinyatakan Kementerian Sumber Manusia, dinyatakan Kementerian Kewangan, Kementerian Kewangan pun bukan ada kaitan tentang perkara yang saya sebut perlanjutan moratorium bayaran balik pinjaman rumah, kereta, perniagaan daripada rakyat. Itu sahaja yang ingin saya timbulkan. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Pontian. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Kuala Selangor.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Rang Undang-undang Akta Langkah-langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) (Pindaan) saya kira agak straightforward kecuali perkara-perkara yang menyangkut pindaan kepada seksyen 9 itu adalah untuk membenarkan tanggungjawab kontraktual yang tidak dapat dilaksanakan akibat COVID-19, semua sedia maklum dan boleh kita selesaikan melalui perantaraan (mediation). Not to litigate but to mediate, arbitrate, dengan izin. Insya-Allah. Tuan Yang di-Pertua, pengubahsuaian Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 itu juga saya kira adalah memberi perlindungan kepada pembeli sekiranya mereka tidak mampu membuat bayaran ansuran kepada pemaju daripada dikenakan caj lewat pembayaran. Hanya terpakai kepada kontrak jual beli yang dimasuki sebelum 31 Mei dan penguatkuasaan semua ini boleh dimohon pengiraannya sehingga 31 Disember, Tuan Yang di-Pertua. Saya mencadangkan supaya kesemua memandangkan tidak dapat kita pastikan COVID-19 akan berakhir dalam waktu yang segera memandangkan varian Delta dan varian Omicron juga masih lagi mengganas. Saya kira mengapa tidak– saya minta supaya dilanjutkan kepada 31 Disember 2022, kalau boleh, Tuan Yang di-Pertua. Adapun pindaan Akta Perhubungan Perusahaan 1967, Ordinan Buruh Sabah dan Ordinan Buruh Sarawak itu saya kira adalah perlu untuk memberikan pekerja jangan dihadkan waktunya dan diberikan lanjutan dan tidak dihadkan sepanjang 60 hari diberikan mereka ruang untuk mendapatkan pembelaan itu. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Itu sahaja pindaan yang agak ringkas.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Rasah.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk saya dalam membahaskan pindaan terhadap rang undang- undang ini. Secara amnya hanya beberapa perkara sahaja sebab sepatutnya kalau kita tengok pada tahun lepas apabila rang undang-undang ini dibacakan kali pertama dan dibahaskan, Dewan ini ambil peluang untuk persidangan yang pertama selepas pandemik COVID-19 pada sidang bulan Julai dan Ogos kita buat.
Akan tetapi tahun ini disebabkan ada— kerajaan ketika takut untuk panggil sidang dan melaksanakan darurat sehingga hari terakhir kita bersidang pada tahun ini. 16 Disember pada hari ini, baru kita hendak bentang dan bahaskan bacaan yang kedua dan seterusnya untuk diluluskan. Memang berlaku kelewatan. Jadi, dari segi teknikal saya hendak merekodkan teguran terhadap kerajaan disebabkan kerajaan sebelum ini yang gagal memanggil sidang Parlimen menyebabkan kelewatan sebegini yang tidak sepatutnya berlaku. Tuan Yang di-Pertua, saya meneliti beberapa bahagian khasnya Bahagian XIA yang berkaitan dengan pengubahsuaian tambahan kepada Akta Pemajuan Perumahan Kawalan dan Pelesenan 1966 atau Akta 118 yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi ketika pembentangan. Saya nampak memang ada keperluan sebab kita tahu industri ataupun pembinaan ataupun perumahan negara merupakan antara industri yang akan memacu dan memangkin kemajuan dan pembangunan pelbagai sektor. Ia merupakan satu rantaian yang melibatkan banyak pihak. Jangan kita sebut, jangan kita fikir— walaupun akta hanya sebut pemaju dan pembeli, dua pihak sahaja tetapi dua pihak ini di tengah-tengahnya melibatkan banyak pihak. Melibatkan pelbagai syarikat konsultan, main con, sub con, pembekal yang bukan satu atau dua, berpuluh, beratus. Jadi ia memberi impak yang sangat besar. Jadi ada keperluan perkara ini dilaksanakan. Cuma saya hendak tanya, tempoh yang disebutkan dalam RUU ini adalah berkaitan dengan 1 Januari sehingga 31 Disember pada tahun ini. Saya hendak tanya khasnya untuk pemaju, kalau hendak dapatkan pengecualian perlu mohon kepada Menteri yang berkenaan yang saya percaya Menteri KPKT untuk berapa lama tempohnya. Saya hendak tanya. Saya ada dengar ura-ura bahawa Menteri akan bagi pengecualian tempoh selama lima bulan yang bermula pada 1 Jun sehingga 31 Oktober. Adakah benar perkara ini ataupun Menteri akan gunakan budi bicara yang ada pada Menteri case-to-case? Berkaitan dengan perkara ini juga— sebab dalam tempoh itu kita tahu pelaksanaan full lockdown ketika itu yang menyebabkan keseluruhan sektor pembinaan terpaksa berhenti, tidak beroperasi untuk tempoh beberapa bulan. Jadi, saya hendak tanya kes yang berkaitan juga. Sekiranya tapak binaan itu ada kluster, ada pekerja yang dijangkiti atau sekumpulan pekerja— kita tahu banyak kluster. Yang luar dari tempoh tersebut, boleh tidak pemaju tersebut memohon kepada budi bicara Menteri berkenaan untuk mendapatkan kemudahan daripada RUU ini? Oleh sebab benda itu saya tidak nampak ada dinyatakan secara jelas. Jadi mohon penjelasan daripada pihak Menteri berkenaan perkara ini. Satu lagi perkara yang saya hendak sebutkan adalah saya meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri KPKT tadi dan juga jawapan yang diberikan kepada saya pada dua hari lepas pada hari Selasa oleh Menteri KPKT berkenaan dengan HOC sebab saya sebut berkenaan dengan perumahan ini. Saya hendak dapatkan pengesahan daripada kerajaan. Apakah HOC akan dilanjutkan? Cadangan saya, saya mohon supaya dilanjutkan. HOC mula-mula dilaksanakan, digubal dan dilaksanakan di Malaysia di bawah Kerajaan Pakatan Harapan dahulu. Ia memang sesuatu yang baik. Ia akan memboleh merancakkan lagi sektor pembinaan memberikan kemudahan kepada lebih ramai pembeli rumah yang berpotensi untuk membeli rumah dan ia membolehkan banyak rumah yang sudah siap yang tidak sempat dijual, tidak dapat dijual atas pelbagai sebab dapat dijual. Jadi saya mohon supaya dilaksanakan sebab setakat hari ini, setakat dua hari dahulu jawapan daripada Menteri KPKT, dia kata kerajaan bercadang untuk melanjutkan kempen HOC. Kementerian juga sedang meneliti cadangan untuk mewujudkan skim pembiayaan perumahan yang lebih bersesuaian. Jadi saya, nampak gaya macam hendak lanjut. Jadi saya mohon dilanjutkan sekurang-kurangnya untuk setahun lagi. Lanjutan ini
bukan sahaja untuk menguntungkan pemaju. Saya bukan bercakap bagi pihak pemaju tetapi untuk membolehkan industri ini dan sektor pembinaan ini dapat terus maju ke hadapan. Oleh sebab kita kena faham sektor pembinaan ini kalau tergendala, sangkut di tengah jalan, tidak bergerak, tidak maju ke hadapan, bukan setakat pemaju yang menghadapi masalah. Jauh lebih penting adalah ramai pekerja yang dalam rantaian pembinaan rumah tersebut dan ia juga mengakibatkan masalah kepada pembeli-pembeli rumah sebab mereka akan terpaksa membayar harga yang lebih tinggi untuk pembelian rumah tersebut. Perkara terakhir, saya juga ambil peluang ini walaupun saya hanya bahaskan Bahagian XIA yang berkaitan dengan perumahan, saya mohon juga kerajaan mempertimbangkan supaya moratorium. Sebab kalau kita beli rumah kita ambil pinjaman dari bank, pembiayaan dari bank komersial. Jadi, moratorium itu penting. Tidak ada sebab untuk kita tidak buat moratorium dan saya harap supaya perkara ini boleh berjalan secara serentak agar mereka yang terkesan kerana pandemik COVID-19 ini dapat mengharunginya bersama. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Dungun.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana keizinan untuk saya berbahas dalam RUU Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) (Pindaan) 2021. Penyerahan pemilikan kosong. Saya ingin menyatakan sokongan terhadap inisiatif oleh kerajaan bagi memberi ruang kepada pihak pemaju untuk memohon pengecualian daripada pengiraan masa bagi penyerahan milikan kosong kepada pembeli bagi tempoh 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2021. Namun saya ada beberapa persoalan yang ingin dibangkitkan berkenaan isu ini. Pertama, saya mendapati masih banyak projek perumahan yang terbengkalai dan juga sakit pada masa ini yang telah menyebabkan ramai pembeli unit-unit tetap membayar ansuran bank. Walaupun projek-projek ini tidak disiapkan. Kebanyakan projek-projek ini sudah bermula sebelum pandemik COVID-19 menyerang negara kita. Saya berharap projek-projek sakit ini tidak dimasukkan dalam pengecualian ini. Kedua, saya juga ingin meminta kementerian perumahan dan kerajaan tempatan memantau semua projek perumahan yang tengah giat dibangunkan agar tiada lagi alasan kelewatan atau penangguhan dibuat selepas mendapat pengecualian ini. Pada waktu ini ramai di antara rakyat telah lama bersabar menunggu untuk memasuki rumah baharu yang telah lama tertangguh kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jadi, tiada salahnya kementerian bersikap proaktif dalam hal ini. Seterusnya, Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Saya juga ingin menyebut tentang pengecualian terhadap had masa bagi prosedur dalam membuat representasi di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967 terutamanya melibatkan isu pertikaian kontrak antara pekerja dan majikan. Saya dimaklumkan bahawa kerajaan memberi kelonggaran dalam memastikan prosedur ini dijalankan kerana terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan. Dalam situasi ini, saya ingin mencadangkan kerajaan mengambil cakna terhadap lambakan kes di bawah akta ini terutamanya urusan pengurusan kes di mahkamah perusahaan. Saya mendapat tahu proses penyelesaian kes di mahkamah perusahaan mengambil masa yang lama sehingga membuat pihak-pihak yang terlibat lama menunggu keadilan terlaksana bagi mereka. Dengan wujud pengecualian masa diberi dalam RUU ini, soalan saya apakah pelan tindakan yang drastik oleh kerajaan bagi mempercepatkan penyelesaian kes di Mahkamah Perusahaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Bukit Bendera.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Petama kali saya ingin merekodkan kedukacitaan saya kerana pihak kerajaan hanya membentangkan bill di atas meja Ahli Parlimen pada hari Selasa dan hari Khamis. Kita perlu membahaskan— government is rushing through this bill pada hari terakhir mesyuarat ini. Bill ini begitu penting kerana dia bukan sahaja satu second time pada tahun 25 Ogos 2020. Parlimen ini meluluskan first temporarily measure bill dan ini ialah amendment bill.
Dalam bill ini, saya lihat tempoh masa yang dinyatakan acting retrospectively. Masa sudah lalu tetapi datang ke Parlimen untuk meminta supaya beberapa klausa berkuat kuasa retrospectively. Sepatutnya kena prospectively iaitu berkuat kuasa kemudian dan bukan sebelum ini. Saya rasa ada beberapa isu seperti tadi Yang Berhormat Rasah telah menyatakan bahawa moratorium. Sebenarnya kerajaan tidak menjalankan apa-apa moratorium. Sebenarnya hanya deferred payment iaitu pembeli-pembeli rumah terpaksa juga– hanya melanjutkan masa pembayaran hutang untuk pinjaman rumah, lanjutkan masa dan accrued interest masih berjalan. Oleh itu, tiada moratorium dan itu juga satu masalah kerana pembeli-pembeli rumah walaupun masa dibekukan tetapi they have to service the interest of the loan. Itulah walaupun kerajaan menyatakan moratorium dan sebagainya, ia hanya satu deferred payment. Pembeli apabila mereka telah menandatangani S&P, accrued interest terus berjalan. Saya telah mendapat maklum balas daripada Persatuan Pembeli-pembeli Rumah Malaysia, House Buyers Association of Malaysia (HBA), berkenaan dengan rang undang-undang ini. Walaupun tadi saya dengar pembahas menyatakan beberapa isu tetapi ada dua perkara pokok yang ingin saya bangkitkan bagi pihak pembeli-pembeli rumah. Pertamanya ialah berkenaan dengan stakeholders money yang sebanyak lima peratus (five percent). Apabila Temporarily Measurement Amendment Bill ini menyatakan defect liability period dilanjutkan satu tahun tetapi gagal mempertimbangkan untuk extend stakeholder money of five percent. Tempohnya sepatutnya 24 bulan daripada vacant possession, tetapi tidak dilanjutkan. Ini bermaksud lawyer boleh release stakeholder money 24 bulan daripada vacant possession dan tidak mempertimbangkan bahawa dengan izin there is no changes to the corresponding extension of the defect liability period. Undang-undang ini melanjutkan defect liability period (DLP) tetapi tidak lanjutkan masa untuk pelepasan stakeholder money. Itu memang tidak memihak kepada pembeli-pembeli rumah. Saya rasa tidak adil kepada pembeli-pembeli rumah. Perkara kedua ialah extension of time. Saya ingin merujuk kepada kes Ang Ming Lee. Satu kes keputusan Ang Ming Lee lawan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan 2020 di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Dalam kes tersebut, diputuskan bahawa extension of time yang dilakukan oleh Director General ataupun Menteri tidak boleh dilakukan secara mekanikal dan tidak dilakukan secara automatik. Hak untuk didengar pembeli-pembeli rumah perlu dijaga. Maksudnya right of to be heard of the purchasers needed to be held. Dalam kes ini, dalam fasal 5 Rang Undang-undang Temporarily Measures Amendment ini tidak menyatakan bahawa hak untuk didengar oleh pembeli-pembeli. Maka, sekiranya hak in tidak dijaga, maka keputusan Mahkamah Rayuan dan juga Mahkamah Persekutuan ini tidak digambarkan dalam rang undang-undang ini. Saya rasa itu tidak memihak kepada pembeli rumah.
Saya ingin mengingatkan kerajaan bahawa Temporarily Measurement Bill ini sebenarnya satu social legislation untuk membantu pelaksanaan kewajipan kontrak terhadap pihak yang lebih lemah iaitu mereka yang tidak mempunyai kuasa menawar yang sama kekuatan dengan pihak kontrak yang lain. Ini bermaksud, bill ini sepatutnya memihak kepada pembeli rumah dan bukan memihak kepada pemaju kerana pembeli rumah mempunyai kuasa negotiation power yang lebih lemah berbanding dengan pemaju. Di samping stakeholder money dan extension of time, satu perkara yang tidak – setahun yang lalu saya membahaskan rang undang-undang ini dan saya menyatakan bahawa seksyen 257(1)(g) Kanun Tanah Negara untuk lelong. Antaranya disebut ialah masa untuk membayar purchase prices hendaklah dilengkapkan dalam masa 120 hari dan Temporarily Measurement Bill pertama tiada diambil kira atau tidak dimasukkan pindaan tersebut. Untuk pindaan ini juga tidak dimasukkan untuk sesiapa yang pada waktu MCO mereka membeli rumah yang dilelong dan gagal dalam masa 120 hari untuk menyempurnakan lelong tersebut, membayar lelong tersebut dan melengkapkan dokumen. Dia punya deposit will be forfeited. Saya ada satu kes, Maybank forfeited, hanya pulangkan 50 peratus deposit sahaja. Oleh itu, 50 peratus yang lain Maybank– yang telah dilucutkan hak. Saya nampak bahawa itu satu contoh yang jelas bahawa kerajaan gagal menggunakan Temporarily Measurement Bill ini untuk melindungi hak pembeli rumah, hak-hak mereka yang meminta lelong dan memberikan perlindungan yang secukupnya kepada pembeli-pembeli rumah. Saya mahu minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri terhadap tiga isu yang saya bangkitkan iaitu stakeholder money sebanyak five percent dia punya extension of time, sama ada hak untuk didengar untuk EoT dan untuk tempoh Kanun Tanah Negara seksyen 257(1)(g) hak untuk 120 hari itu tidak dipinda melalui Temporarily Measurement Bill pertama dan kedua ini. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Tumpat, tiada dalam Dewan. Yang Berhormat Papar.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Bercakap dalam bahasa Cina] Ketohadan. Saya rasa pada asasnya matlamat akta ini adalah baik kerana bertujuan untuk membantu golongan yang terjejas akibat daripada PKP (MCO) yang bermula pada tahun 2020 dan disambung lagi pada MCO 2.0 pada tahun 2021. Ini terutamanya kepada mereka yang tidak dapat melaksanakan obligasi contractual mereka. Akan tetapi, apa yang terjadi seperti di kawasan P.175 Papar iaitu pada waktu PKP dan PKPD ramai penduduk di Papar yang sangat terkesan kerana tidak mendapat apa-apa bantuan daripada kerajaan. Apa yang terjadi bukan sahaja kepada penduduk tetapi anak-anak juga kekurangan susu, kekurangan pampers, orang-orang tua yang sakit, juga memerlukan bantuan tetapi bantuan lambat datang. Namun, pada kebiasaan apa yang berlaku di atas kertas memang nampak cantik dan indah tetapi apabila pada pelaksanaannya, objektif yang sepatutnya tidak dicapai. Justeru, terdapat asbab untuk kita mempersoalkan beberapa perkara yang menyentuh mengenai rang undang-undang ini yang memerlukan penjelasan daripada kerajaan. Sewaktu pembentangan rang undang-undang ini pada Ogos 2020, kerajaan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM29 juta bagi penyediaan perkhidmatan mediasi melalui Pusat Mediasi COVID-19 (PMC19) kepada orang awam dan syarikat yang terkesan dengan pandemik COVID-19. Perbelanjaan di bawah proses ini akan ditanggung oleh kerajaan bagi tempoh 12 bulan iaitu bermula pada Oktober 2020 sehingga 30
September 2021 berdasarkan kelayakan yang ditetapkan. Jadi persoalan saya, berapakah peruntukan yang telah digunakan setakat ini?
Kedua, berapakah jumlah individu dan syarikat yang telah mendapatkan perkhidmatan PMC dan peratusan mereka yang dapat menyelesaikan dispute tersebut? Bagaimana pula jika persetujuan tidak dicapai oleh pihak-pihak berkaitan dalam perantaraan ini? Berapakah peratus mereka yang telah mengambil tindakan undang- undang setelah melalui proses pengantaraan ini? Seterusnya, saya juga ingin tahu pecahan jenis kontrak yang terlibat dan sektor manakah yang paling banyak mendapatkan PMC-19. Seterusnya saya ingin menyentuh fasal 4 yang mana pada masa ini hanya kategori kontrak yang dinyatakan dalam Jadual kepada bahagian dua yang boleh diselesaikan dengan cara pengantaraan. Pindaan ini membolehkan apa-apa kontrak yang disebabkan oleh langkah- langkah yang ditetapkan dibuat atau diambil di bawah Akta 342 bolehlah diselesaikan dengan cara pengantaraan. Ketika ini, kontrak yang melibatkan adalah pembinaan bon pelaksana, acara profesional, pelancongan, pajak sewa, ziarah keagamaan, perjanjian sewa balik dan kontrak jualan kredit. Soalan saya, berapakah tambahan kontrak yang dimaksudkan dan sektor manakah yang terlibat? Menyentuh mengenai kontrak pelancongan dan ziarah keagamaan, saya juga ingin tahun status terkini tiket pakej-pakej pelancongan yang dibawa ke mediasi dan apakah penyelesaian yang diperoleh. Seterusnya mengenai seksyen baharu 38A yang dicadangkan bertujuan untuk mengecualikan caj pembayaran lewat bagi pembeli yang gagal membayar ansuran daripada 1 Januari hingga 31 Disember 2021. Soalan saya, bagaimanakah sekiranya pembeli telah membayar caj pembayaran lewat sepanjang tahun ini dan apakah rang undang-undang ini dikuatkuasakan? Adakah pembeli akan menerima semula pembayaran yang telah dibuat kepada penyedia kontrak? Terakhir Tuan Yang di-Pertua, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan sekali lagi, selamat menyambut Hari Krismas, Hari Thaipusam dan Tahun Baru Cina kepada seluruh rakyat Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Malaya, Wilayah Sabah dan Sarawak terutamanya P.175 Papar. Terima kasih. Papar mohon undur diri.
Terima kasih Yang Berhormat Papar. Seterusnya, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Lumut, Yang Berhormat Jelutong dan Yang Berhormat Bukit Gelugor tiada di dalam Dewan. Seterusnya Yang Berhormat Kalabakan, kedua terakhir. Silakan Yang Berhormat Kalabakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya ruang dan peluang untuk turut membahaskan Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) (Pindaan) 2021. Saya mengikuti ucapan Yang Berhormat Menteri ketika membentangkan pindaan RUU ini dan saya percaya bahawa semangat asal dan objektif RUU pada hari ini adalah semata-mata memberikan kelegaan kepada rakyat dan usaha kerajaan menyediakan aspek compromise di antara banyak pihak iaitu pihak penyewa, tuan rumah, penjual, pembeli, pembiaya, peminjam dan sebagainya. Saya terus kepada perkara-perkara pindaan serta persoalan dalam rang undang- undang ini. Sejak RUU ini diluluskan pada bulan Ogos 2020, sudah empat tarikh pelanjutan kuat kuasa dipinda. Lanjutan terakhir yang saya fahami adalah sehingga 31 Disember 2021. Pada hari ini, adakah tempoh tersebut akan dilanjutkan selepas tempoh tamat tersebut yang akan berakhir pada 31 Disember 2021?
Kedua, mengenai fasal 2 dan 3, bertujuan untuk meminda tajuk panjang dan seksyen 2 [Akta 829] masing-masing untuk memasukkan Ordinan Buruh Sabah dan Ordinan Buruh Sarawak sebagai sebahagian daripada undang-undang yang hendak diubahsuai di bawah Akta 829. Persoalan saya, kenapakah hari ini, hanya hari ini, Ordinan Buruh bagi dua wilayah ini dimasukkan di dalam RUU ini sedangkan sebelum ini RUU ini telah memasukkan Ordinan Had Masa Sabah dan Sarawak? Sejak RUU ini diluluskan, sejauh manakah kolaborasi dan juga kerjasama di antara Kerajaan Pusat dan juga kerajaan negeri-negeri dalam memastikan pelaksanaan rang undang-undang ini diselaraskan dengan kerajaan negeri masing-masing? Dengan memasukkan Ordinan Buruh Sabah dan Sarawak di dalam pindaan ini, apakah implikasinya kepada rakyat Sabah? Sama juga soalan saya seperti tadi, bagaimanakah kerajaan dapat memastikan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak dapat melaksanakan dan menyelaraskan pindaan ini? Tuan Yang di-Pertua, dalam apa-apa undang-undang baharu mahupun pindaan yang kita akan gubal, yang kita bentang, bahas dan luluskan di sini, soalan pokok yang berbalik kepada kita adalah adakah masalah yang ingin kita selesaikan dapat diselesaikan. Pelindungan dan penyelesaian di bawah RUU ini mestilah berkesan dan efektif. Oleh itu, menyentuh proses mediasi yang dijalankan oleh Pusat Mediasi COVID- 19 yang ditanggung oleh kerajaan, adakah mereka yang layak merupakan individu dalam lingkungan B40, M40, PKS mikro dan PKS kecil? Soalan saya, berapakah peratusan golongan ini yang diberikan penyelesaian tanpa dikenakan tindakan undang-undang? Kedua, berkenaan dengan pakar-pakar pengantara yang dikenal pasti dan dilantik oleh Yang Berhormat Menteri selaras dengan fasal 9(2) Bahagian II rang undang-undang ini. Saya ingin tahu, bagaimanakah proses lantikan mereka ini dibuat dan kriteria yang ditetapkan? Ketiga, adakah sistem mediasi di bawah RUU ini berkesan dengan sepenuhnya? Berapakah jumlah pertikaian dan tuntutan yang masih belum diselesaikan sejak RUU ini dikuatkuasakan? Terakhir, keempat, saya mohon diberikan data terperinci mengenai jumlah yang telah dibelanjakan di bawah Pusat Mediasi COVID-19 bagi status individu dan syarikat yang telah melalui mediasi ini? Itu sahaja daripada saya. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Terakhir, Yang Berhormat hang Tuah Jaya.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada Hang Tuah Jaya untuk membahaskan Akta Langkah-langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) (Pindaan) 2021. Pertamanya, sepertimana yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri tadi, saya hendak mula dengan perkara yang paling asas iaitu membangkitkan persoalan mengenai MoU dengan kerajaan berkait dengan legislation ataupun rang undang-undang. Sepanjang ingatan saya ialah antara perkara yang paling penting yang kita persetujui dalam MoU Itu ialah sebarang rang undang- undang mestilah dirunding antara kerajaan dan juga pembangkang. Jadi, saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjaga Parlimen ini, apakah inisiatif ini dibuat untuk rang undang-undang ini? Ini kerana pembentangan tadi, saya fikir tidak ada perkara ini disebut. Saya yakin bahawa dalam hal ini sewajarnya Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen ini menunjukkan contoh dengan memulakan proses apa saja legislation, dengan izin, rang undang-undang ini sebelum kita bentangkan apa saja di dalam Dewan ini, sewajarnya dirundingi supaya input-input yang berguna ataupun perkara-perkara yang penting yang
sewajarnya menjadi fokus rang undang-undang tersebut dapat dipersefahami ataupun dapat dipersetujui secara bersama sebelum daripada ia dibentangkan. Kedua Tuan Yang di-Pertua ialah tujuan. Saya percaya tujuan undang-undang ini, Langkah-langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) (Pindaan) 2021 untuk membantu rakyat. Sudah pastilah apa saja elemen yang mana bertujuan untuk mengurangkan beban rakyat itu sewajarnya ada di dalam kerangka undang-undang ini agar kebajikan ataupun kepentingan rakyat itu dijaga sewaktu kita berdepan dengan pandemik dan sekarang kita sedang menjurus ke arah endemik. Saya ingin tanya secara khusus berkait tentang pindaan yang menyatakan bahawa fasal 4 iaitu keupayaan ataupun kegagalan mana-mana pihak untuk melaksanakan apa-apa obligasi kontraktual. Saya difahamkan dalam pindaan ini, ia akan dinyatakan secara meluas dan tidak tertakluk hanya kepada jadual yang ada di dalam akta ibu. Maknanya, ia kembangkanlah kan. Jadi, saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Menteri, bagaimanakah prosesnya? Ini kerana kita tidak mahu apabila berlaku pindaan seperti ini, apabila ia terlalu umum, ia akan tertakluk kepada kerenah birokrasi. Kita tahu bila rakyat yang terkesan ini, majoritinya adalah M40 dan B40 yang kadang-kadang apabila mereka memasuki sesuatu perjanjian misalnya, perjanjian sewa, kadang-kadang, mereka tidak ada perjanjian pun. Kadang-kadang lebih kepada understanding dengan tuan punya bangunan atau tuan punya rumah. Apakah dalam undang-undang ini, tuan punya rumah dapat perlindungan tetapi yang menyewa itu tidak dapat perlindungan? Ini yang ingin saya tanyakan kepada Yang Berhormat Menteri kerana kita tahu bahawa apabila disebut soal memanjangkan ataupun menyediakan secara umum apa-apa jua kontrak, ia tentu akan kita berdepan dengan kerenah birokrasi. Apakah akan ada misalnya peraturan-peraturan yang dicerakin secara rinci di mana kita tahu bahawa dengan peraturan-peraturan itu akan mempermudah lagi rakyat dapat memahami kaedah yang bagaimana yang harus mereka hadapi apabila mereka berdepan dengan masalah tidak boleh memenuhi apa-apa jua tuntutan kontrak yang mereka hadapi disebabkan berdepan dengan krisis COVID-19? Perkara yang ketiga Tuan Yang di-Pertua, ialah berkait persoalan yang begitu penting kerana kita tahu bahawa dalam keadaan sekarang ini, saya sebutkan tadi, mereka yang berdepan dengan masalah ini, majoritinya adalah rakyat yang miskin dan susah. Tadi disebutkan soal perantaraan, ada kes yang berjaya dan ada kes yang sedang dalam proses pengantaraan. Jadi, bagaimanakah recostnya kalau pengantaraan itu gagal? Kalau mediation itu gagal? Apakah dalam peraturan dalam pindaan kita ini disediakan ruang untuk mereka- mereka yang gagal dalam perantaraan itu, mereka boleh tertakluk pula kepada mahkamah dan sebagainya. Ini kerana ini perkara-perkara yang saya fikir harus kita perincikan supaya ia dapat memandu rakyat terutamanya keluar daripada masalah ini. Yang terakhir Tuan Yang di-Pertua...
Baik.
Terakhir sekali ialah isu yang berkait tentang maklumat. Apakah nantinya ada suatu kempen yang diusahakan oleh kementerian agar perkara-perkara dan langkah- langkah ini dapat sampai terus ke peringkat akar umbi agar mereka yang berdepan dengan masalah ini dapat mengetahui bahawa sebenarnya ada undang-undang yang menyediakan hal-hal yang boleh menyelesaikan permasalahan mereka terutamanya seperti undang-undang yang sedang kita bahaskan ini. Jadi, ini empat isu yang ingin saya bangkitkan untuk Yang Berhormat Menteri teliti dan tentunya kita Hang Tuah Jaya menuntut jawapan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Ahli Yang Berhormat, seramai tujuh orang telah berbahas. Jam telah menunjukkan 1.03 tengah hari. Dewan ditangguhkan dan disambung semula jam 2.30 petang dengan jawapan oleh Yang Berhormat Menteri ataupun Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Ahli Yang Berhormat.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.03 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan
Menteri.
Tuan Yang di-Pertua. Menurut senarai yang telah dibaca tadi, Jelutong ada dalam senarai. Jadi, saya mohon diberi peluang untuk membahaskan. Hari ini Tuan Yang di-Pertua nampak pun handsome lah dengan baju batik, nampak segak.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya baik hati hari ini. Dalam senarai yang tidak dapat hadir di peringkat pagi tadi tetapi telah hadir semula 2.30 petang ini. Saya beri peluang sesiapa yang hadir lagi, saya bagi peluang untuk mereka berbahas. Jadi, dalam senarai ini termasuk Yang Berhormat Jelutong, sebelum saya memanggil Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.
Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya panggil Yang Berhormat Jelutong, silakan.
Tuan Yang di-Pertua, Setiu, Setiu.
Ya.
Kalau Setiu hendak masuk balik, boleh tak? [Ketawa] Tadi, tarik diri.
Saya beri juga peluang pada Setiu, silakan. Kalau boleh, panggil Yang Berhormat Lumut. Siapa boleh panggil Lumut, Lumut pun minta saya tadi.
Baik, Tuan Yang di-Pertua.
Sila Yang Berhormat Jelutong, lima minit.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas peluang yang diberikan untuk berbahas rang undang-undang ini iaitu Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) (Pindaan) 2021. Saya cuma ingin memohon kalau boleh penguatkuasaan undang-undang ini dilanjutkan, kalau boleh sehingga tahun awal tahun 2023. Oleh sebab kita belum lagi tahu apakah kesan-kesan yang akan berlaku pada tahun hadapan.
Maklumlah, kita pun pada hari ini dikejutkan dengan berita pengumuman oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan bahawa seorang kanak-kanak berusia lapan tahun telah pun dikesan dijangkiti dengan COVID-19 varian Omicron. Kita belum tahu lagi, apakah yang akan berlaku pada tahun depan. Akan tetapi permohonan saya sebagai Ahli Parlimen pembangkang adalah untuk menyokong rang undang-undang ini. Cuma permintaan saya adalah kalau boleh penguatkuasaan rang undang-undang ini dilanjutkan ke tempoh yang boleh sampai ke tahun 2023. Pada masa yang sama, saya ingin merakamkan kehampaan saya iaitu undang-undang ini sepatutnya dibentangkan lebih awal lagi. Oleh kerana pada masa sekarang kita lihat bahawa ramai daripada rakyat Malaysia dalam keadaan yang begitu tertekan. Seperti yang telah disentuh oleh Yang Berhormat Pontian tadi, saya ingin tanya kalau boleh opsyen menggunakan perantara ataupun prosiding perantaraan ini juga melibatkan kontrak-kontrak melibatkan pembelian rumah, kontrak-kontrak melibatkan sewa beli kenderaan, kontrak-kontrak pinjaman- pinjaman sampingan daripada pihak bank, menggunakan kad kredit dan sebagainya. Berkenaan kad kredit untuk makluman Tuan Yang di-Pertua juga, ramai daripada golongan M40 dan juga B40. M40 terutamanya menggunakan kad kredit. Ada yang telah pun menggunakan kad kredit ketika mereka tidak lagi boleh membayar kad kredit. Ada juga yang telah hilang pekerjaan mereka, di mana mereka dipaksa ataupun terpaksa menggunakan kad kredit untuk membiayai perbelanjaan bulanan. So, permintaan saya ataupun pertanyaan saya adalah bolehkah undang-undang ini juga mengikat pihak bank kalau ada individu-individu, terutamanya rakyat Malaysia yang terkesan akibat disebabkan oleh wabak COVID-19, di mana mereka telah pun menggunakan kad kredit mereka untuk berbelanja tetapi tidak boleh membayar balik dan kalau mereka memilih untuk menggunakan proses prosiding pengantaraan. Saya juga ingin tanya, bolehkah undang-undang ini- persoalan saya, mengikat pihak bank ataupun mana-mana satu pihak untuk menangguhkan prosiding mahkamah ketika menunggu proses pengantaraan? Oleh kerana ada yang akan memilih untuk pergi ke mahkamah juga walaupun undang-undang ini ada. Saya di sini pada akhirnya cuma ingin sekali lagi bertanyakan kepada Yang Berhormat Menteri, apakah sebabnya undang-undang ini baru-baru sahaja dibentangkan? Sepatutnya dibentangkan lebih awal lagi. Akan tetapi kita lihat bahawa walaupun kita telah membentangkannya pada hari ini, sepatutnya undang-undang dibawa kepada pertimbangan Majlis Mesyuarat Dewan yang mulia ini sebelum hari terakhir. Saya berharap persoalan-persoalan yang telah dibangkitkan oleh saya dapat dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Setiu. Yang Berhormat Lumut, tunggu sebentar, sabar. Ya, Yang Berhormat Setiu.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pandemik COVID-19 bukan sahaja memberi cabaran yang amat besar untuk terus bangkit bersama mendepani penularan COVID-19, begitu juga pasca pandemik. Malah, tidak dapat dinafikan setiap individu dari pelbagai lapisan masyarakat akan merasai impak pandemik ini. Justeru, pembentangan rang undang-undang ini amat bertepatan, lebih-lebih lagi bagi menyentuh isu yang berkaitan dengan pinjaman perumahan, kesan perjanjian perumahan dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, umum mengetahui PKP baru-baru ini memberi kesan yang besar dalam sektor perumahan, lebih-lebih lagi apabila penawaran pemberian
penangguhan bayaran pinjaman oleh institusi perbankan secara moratorium dijalankan. Tidak dinafikan moratorium tersebut sememangnya meringankan beban banyak pihak, terutama golongan M40 yang telah jatuh pada kumpulan B40. Namun begitu, ia turut memberi implikasi negatif kepada ejen hartanah yang juga tulang belakang kepada proses jual beli hartanah, di mana mereka mengalami cabaran untuk mendapatkan pembeli. Hal ini kerana pembeli lebih cenderung untuk mengambil pendekatan berhati-hati dalam membeli hartanah disebabkan bimbang wujud pelbagai risiko seperti projek perumahan yang berkemungkinan terbengkalai. Kesannya, para ejen hartanah mengalami kesukaran untuk mendapatkan hasil akibat kekurangan pembeli hartanah. Buktinya, berdasarkan kajian, hampir 82 peratus ejen hartanah kediaman khususnya, mengalami kemerosotan pendapatan. Oleh itu, apakah mekanisme kerajaan bagi membantu golongan ini untuk terus bertahan, terutama akibat pemberian pelbagai tempoh pengecualian dalam sektor hartanah? Tuan Yang di-Pertua, realiti yang berlaku adalah rakyat miskin lagi takut dan risau untuk memiliki hartanah walaupun kerajaan telah menjalankan pelbagai langkah, antaranya melalui inisiatif pengecualian bayaran cukai keuntungan harta tanah (CKHT) serta menyediakan jaminan sehingga RM2 bilion kepada bank melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan bagi memberi akses pembiayaan kepada golongan yang sukar mendapatkan pinjaman. Oleh itu, apakah langkah kerajaan bagi memastikan bantuan tersebut diterima oleh golongan sasar? Sehingga kini, berapa banyakkah permohonan dan peruntukan yang telah disalurkan bagi rakyat berpendapatan rendah turut mampu memiliki kediaman? Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin membahaskan mengenai isu syarikat-syarikat kredit yang bukan sahaja tidak menawarkan moratorium kepada peminjam dalam tempoh PKP yang lepas bahkan berterusan mengenakan caj lewat bayar. Realitinya, rakyat yang berada dalam kelompok miskin tegar lebih banyak berhutang dengan syarikat kredit berbanding bank disebabkan kelayakan gaji mereka yang tidak mencapai paras minimum untuk membuat pinjaman bank. Justeru, saya mohon penjelasan, sama ada kerajaan bercadang untuk memasukkan syarikat kredit di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan bagi menjamin operasi yang lebih terkawal selaras dengan ketetapan semasa melibatkan perihal kewangan yang diputuskan oleh kerajaan? Sekiranya tidak, apakah kekangan yang dihadapi oleh kerajaan dan implikasi akan datang serta apakah inisiatif yang diambil oleh kerajaan bagi memastikan syarikat kredit ini boleh mematuhi dasar ataupun polisi kewangan yang ditetapkan oleh kerajaan? Selain itu juga, Tuan Yang di-Pertua, saya berpandangan pertukaran nama “pemberi pinjaman wang” kepada “syarikat kredit komuniti” merupakan suatu tindakan yang seolah-olah bertujuan untuk menormalisasikan hutang dalam kalangan masyarakat walaupun bukan untuk memenuhi keperluan yang mendesak. Lebih-lebih lagi peminjam dikenakan faedah yang tinggi dan amat membebankan. Justeru, saya mohon pendirian kerajaan mengenai isu ini. Tuan Yang di-Pertua, yang akhir sekali berkenaan isu majikan dan pekerja. Seperti yang diketahui umum, impak pandemik COVID-19 membawa kepada keterpaksaan majikan untuk membuang pekerja dalam tempoh masa yang singkat. Isu pembayaran gaji, peningkatan hutang dan sebagainya sering menghimpit para majikan untuk mengambil keputusan tersebut. Namun begitu, langkah ini membebankan para pekerja. Sekian, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Lumut.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan semula peluang untuk berbahas pada petang ini.
Saya rasa langkah untuk mengemukakan pindaan kepada Akta 829 ini wajar kerana kita rasa wabak COVID-19 ini is here to stay lah, dengan izin, untuk beberapa ketika lagi. Walaupun kita berharap ia selesai, nampaknya datang pula varian-varian baharu yang mengancam kesihatan kita. Jadi, walaupun kita berdoa tidak akan berlaku lagi MCO, darurat dan sebagainya, tetapi ia sangat bergantung kepada tingkah laku manusia dalam mengawal diri dan mengawal penyakit ini. Saya bersetuju dengan pandangan rakan-rakan supaya tempoh yang dibincangkan pada hari ini bukan sekadar memberikan pengecualian sehingga 31 Disember 2021 tetapi kalau boleh dipanjangkan mencukupi untuk setahun supaya tidaklah di pertengahan jalan nanti, pada bulan satu, bulan dua, kita terpaksa mengadakan pindaan-pindaan semula untuk membolehkan syarikat-syarikat ataupun individu yang terikat dengan kontrak-kontrak ini diambil tindakan atas sebab tidak dapat menyelesaikan urusan-urusan kontrak mereka. Ini penting kerana kita rasa tempoh lagi dua minggu sebelum habis tahun ini adalah sangat tidak bermakna untuk suatu pindaan kepada rang undang-undang ini. Seterusnya, saya juga berharap kerajaan meneliti sepenuhnya dan mengambil kira kalau ada di antara kontrak-kontrak ini tidak tercapai bukan kerana alasan pandemik COVID ini tetapi kerana kelemahan-kelemahan dalam pentadbiran pengurusan mereka ataupun agensi-agensi kerajaan di mana projek-projek tidak boleh masuk air kah, elektrik kah yang bukan kerana masalah pandemik tetapi kerana kelemahan-kelemahan dalam pengurusan. Ini kita tidak harus biarkan, kerana ia akan menjejaskan pemilikan-pemilikan hartanah oleh rakyat yang memerlukan rumah-rumah mereka disegerakan. Saya tidak mahu ada pihak-pihak yang menggunakan alasan COVID-19 ini sebagai punca kelewatan projek-projek mereka. Selain daripada itu, kita juga berterima kasih kerana tempoh-tempoh memberikan pengiktirafan, pembuatan laporan dan sebagainya bagi persatuan-persatuan dan kesatuan sekerja ini― bagus ya, kerana ada masalah di sana kalau mereka diwajibkan atau dimestikan mengikut tarikh-tarikh sedia ada ya. Jadi pelanjutan ini, saya rasa munasabah. Kalau bolehlah, kerajaan meneliti bukan hanya untuk rang undang-undang ini tetapi dalam mana-mana perkara yang melibatkan tarikh-tarikh tertentu seperti menghantar laporan-laporan persatuan kah atau NGO kah atau parti politik yang telah mengikut sesuatu had-had telah ditentukan. Kita semua terjejas ya. Bukan hanya industri- industri tetapi NGO-NGO, parti-parti politik yang tidak dapat mengadakan mesyuarat agung dan sebagainya memerlukan pelanjutan- pelanjutan ini disebut secara tuntas di dalam peraturan-peraturan atau undang-undang yang lain. Begitu juga saya rasa kita mengharapkan bahawa kementerian-kementerian seperti KPKT yang disebutkan dalam penerangan tadi, mengambil kira urusan-urusan projek-projek yang telah ada dan― di mana-mana juga kita melihat, banyak projek yang tertangguh. Kalau ia berpunca daripada pandemik ini, maka pindaan ini terpakai. Akan tetapi, kita hendak melihat supaya tidak disalahgunakan ataupun ada yang mengambil kesempatan daripada kelemahan masing-masing untuk gagal menyempurnakan tanggungjawab mereka. Begitu juga kepada pembeli-pembeli yang tidak dapat menyempurnakan pinjaman-pinjaman mereka supaya terus mengusahakannya dan bagi pihak peminjam iaitu bank-bank dan syarikat kredit yang lain, seharusnya memberikan bantuan seperti moratorium yang lepas supaya tidak ada di antara mereka yang gagal untuk mendapatkan pemilikan rumah ini kerana isu-isu kewangan sedemikian. Kalau boleh, tidak ada lagi perkara-perkara yang memberikan sebab rakyat kita tidak mendapat rumah mereka. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Lumut. Yang Berhormat, tambahan seramai tiga Yang Berhormat telah memberikan perbahasannya dan sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri atau Timbalan Menteri untuk menjawab.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Keluarga Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya bagi pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan keluarga KPKT mengucapkan terima kasih kepada sembilan Yang Berhormat Ahli Parlimen yang telah membahaskan Rang undang-undang Langkah-langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) (Pindaan) 2021.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Selangor telah menimbulkan adakah tempoh perjanjian pertama boleh dilanjutkan selepas 31 Mei 2021 dan bilakah tempoh permohonan boleh dibuat kepada Menteri KPKT? Perjanjian pertama adalah sebelum 31 Mei 2021 kerana mengambil kira kerajaan telah mengisytiharkan PKP bermula pada 1 Jun 2021. Maka bermula pada tarikh ini, tiada perjanjian jual beli ditandatangani antara pemaju dan pembeli sehingga 31 Julai 2021. Pemaju dan pembeli juga boleh mengemukakan permohonan mengikut akta ini kepada Menteri selepas pewartaan pindaan Akta 829 ini. Yang Berhormat Kuala Selangor juga mencadangkan untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa selepas 31 Disember 2021, KPKT juga menyambut baik hasrat Yang Berhormat Kuala Selangor untuk melanjutkan tempoh pengecualian selepas 31 Disember 2021 mengambil kira COVID-19 yang masih belum berakhir. Insya-Allah Tuan Yang di- Pertua, kita akan meneliti cadangan ini. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Rasah yang menimbulkan tempoh permohonan pengecualian yang ditetapkan boleh dibuat oleh pemaju kepada Yang Berhormat Menteri dan kriteria kelulusan permohonan pengecualian. Pemaju boleh mengemukakan permohonan kepada Menteri KPKT bagi tempoh penyerahan milikan kosong dan penyiapan milikan bersama. Pertimbangan dibuat oleh Menteri KPKT mengikut merit setiap permohonan pemaju bagi mana-mana tempoh daripada 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2021. Untuk makluman Yang Berhormat, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan mempertimbangkan permohonan pemaju. Jika disebabkan langkah-langkah yang ditetapkan dibuat atau diambil di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 untuk mengawal dan mencegah merebaknya COVID-19, berdasarkan kriteria-kriteria seperti berikut: (i) permohonan pemaju adalah bagi projek berlokasi di dalam kawasan diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), zon merah; (ii) arahan pelaksanaan standard operating procedure (SOP) oleh MKN, CIDB dan Akta 446 menyukarkan pihak pemaju, kontraktor untuk beroperasi seperti biasa; (iii) terdapat kes positif COVID-19 di kalangan pekerja menyebabkan tapak bina perlu ditutup dan dikuarantin; (iv) kesukaran pihak pemaju, konsultan untuk berurusan dengan pihak berkuasa tempatan bagi urusan sokongan dan permohonan CCC; dan (v) kesukaran pihak pemaju untuk mendapatkan bekalan bahan- bahan yang perlu diimport dari luar negara. Selain itu Yang Berhormat juga bertanya tentang pelanjutan kempen pemilikan rumah (HOC) dan adakah moratorium melibatkan pinjaman perumahan akan diteruskan? Untuk makluman Yang Berhormat juga, pada masa ini kempen HOC akan tamat pada 31
Disember 2021. Walau bagaimanapun, KPKT sedang berbincang dengan Kementerian Kewangan dan pihak REHDA bagi melanjutkan tempoh HOC tersebut. Pada masa ini, pengecualian duti setem bagi surat cara pindah hak milik dan perjanjian pinjaman bagi rumah berharga RM500,000 dan ke bawah bagi pembeli rumah pertama masih berkuat kuasa sehingga 31 Disember 2025. Kerajaan menyambut baik cadangan mengenai pelanjutan tempoh moratorium supaya dilaksanakan serentak dengan tempoh Akta 829 berkuat kuasa. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat berikutnya ialah Yang Berhormat Dungun mencadangkan projek sakit yang...
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Rasah.
Yang Berhormat Rasah, ya sila.
Sila Yang Berhormat Rasah.
Saya meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri dan saya menyambut baik penjelasan progresif daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Cuma, saya ada sedikit tambahan berkenaan dengan isu yang sama. Dalam akta ada disebutkan untuk apa-apa perjanjian pertama biasanya S&P lah sama ada Schedule G, Schedule H yang ditandatangani sebelum 31 Mei tahun ini. Apa kata untuk S&P yang ditandatangani selepas itu sebab walaupun waktu itu PKP ada full lockdown dan sebagainya tetapi ada juga S&P yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak, pembeli dan pemaju dalam tempoh full lockdown tersebut. Jadi, saya tidak mahu nanti ada lacuna of law berkenaan dengan bahagian ini. Jadi saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Saya berikan penjelasan sepertimana yang saya sebutkan awal tadi, namun tidak ada maklumat daripada saya tentang perjanjian- perjanjian yang dibuat selepas 31 Mei itu. Jadi, insya-Allah Tuan Yang di-Pertua, saya akan minta perkara ini diteliti andainya berlaku, kita akan buat penelitian dan tindakan selanjutnya. Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dungun mencadangkan projek sakit dan terbengkalai tidak dipertimbangkan dalam RUU ini dan apakah langkah pemantauan KPKT dalam menangani projek perumahan terbengkalai. Pindaan Akta 829 ini hanya untuk projek yang aktif dalam pembinaan sahaja dan tidak melewati tempoh pembinaan yang asal. Oleh itu, projek sakit dan terbengkalai tidak akan dipertimbangkan. Pemantauan bagi projek sakit dan terbengkalai dilaksanakan secara proaktif melalui mesyuarat secara berkala. Selain itu Yang Berhormat Menteri KPKT turut memantau status projek sakit dan terbengkalai melalui kaedah war room yang telah pun kita bentuk, tubuhkan sebagaimana yang dimaklumkan oleh beliau dalam Dewan ini suatu ketika dahulu. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat berikutnya ialah Yang Berhormat Bukit Bendera bertanyakan kenapa defect liability period (DLP) dilanjutkan satu tahun namun wang yang dipegang oleh peguam cara pemaju, stakeholder’s money, five percent sebagai pemegang kepentingan tidak dilanjutkan sekali. Tuan Yang di-Pertua, tempoh DLP disesuaikan mengikut kelulusan yang diberikan mengikut seksyen 38E akta ini. Memandangkan tempoh yang diluluskan adalah satu tempoh masa pengecualian pelaksanaan DLP, oleh itu satu tarikh tamat baru DLP diberikan bagi projek berkenaan. Sehubungan dengan itu, kaedah stakeholder masih terikat mengikut jadual ketiga perjanjian jual beli yang mana pemaju perlu menolak tempoh pengecualian dan pengeluaran stakeholders’ sum.
Wang yang dipegang oleh peguam cara pemaju sebagai pemegang kepentingan sebanyak lima peratus akan dibayar kepada pemaju iaitu 2.5 peratus selepas tempoh lapan bulan pembeli mengambil VP atau penyerahan pemilikan kosong dan 2.5 peratus lagi akan dibayar habis tempoh 24 bulan dari tarikh VP iaitu tempoh tamat DLP yang baru. Yang Berhormat Bukit Bendera juga bertanyakan adakah akta ini akan mempertimbangkan right to be heard dalam Menteri KPKT mempertimbangkan pelanjutan tempoh masa EOT dan penyerahan milikan kosong dan penyiapan kemudahan bersama. Konsep yang digunakan dalam pelaksanaan akta ini ialah suspended time atau frozen time dengan izin, iaitu masa kontrak yang tidak berfungsi akan tidak boleh dilaksanakan. Oleh itu, ia tidak ada kaitan dengan terma extension of time dengan izin atau perkara yang dinyatakan dalam kes Ang Ming Lee kerana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan elemen EOT sebagai ultra vires. Yang Berhormat juga menimbulkan isu berkaitan Kanun Tanah Negara, seksyen 257A iaitu 120 hari bagi menyelesaikan transaksi di antara pembeli dan penjual. Perkara ini adalah tidak tertakluk di bawah Akta 118. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat berikutnya ialah Yang Berhormat Papar bertanya adakah pembeli yang telah membuat bayaran late payment charges (LPC) boleh menuntut semula bayaran tersebut. Bagi caj pembayaran lewat untuk tempoh 1 Januari sehingga 31 Disember 2021, pembeli wajib menuntut semula apa-apa caj lewat yang dikenakan oleh pemaju. Jika pemaju gagal membuat pembayaran balik, pembeli boleh membuat aduan kepada KPKT untuk siasatan dan tindakan sewajarnya. Tindakan akan diambil bagi membolehkan pembeli menerima balik caj tersebut daripada pemaju. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat berikut ialah Yang Berhormat Jelutong mencadangkan pelanjutan kuat kuasa Akta 829, COVID-19 sehingga tahun 2023.
Pandangan-pandangan ini diterima baik, KPKT akan mengkaji bagaimana ia dapat dilaksanakan dengan baik untuk faedah rakyat. Walau bagaimanapun, ia juga tertakluk kepada suasana keadaan COVID-19 di negara kita ini. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat terakhir yang membahaskan tentang rang undang-undang berkaitan dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ialah Yang Berhormat Setiu. Terima kasih saya ucapkan, yang bertanya apakah mekanisme kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah melalui inisiatif sedia ada seperti penyediaan rumah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR), Projek Perumahan Penjawat Awam (PPAM), PR1MA dan SPNB. Kerajaan menyasarkan penyediaan rumah mampu milik sebanyak 500,000 menjelang tahun 2025. Pengecualian duti setem, surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi hanya rumah yang berharga RM2.5 juta dan ke bawah sehingga 31 Disember 2021. Yang Berhormat Setiu juga menanyakan kesan kepada ejen hartanah, 80 peratus mengalami kemerosotan pendapatan. Dalam masa pandemik COVID-19, semua rakyat terkesan darinya bukan sahaja ejen hartanah dan untuk membantu mereka diberikan bantuan melalui program pemerkasaan oleh kerajaan. Pengawalan kepada syarikat kredit komuniti, perkara ini dikawal di bawah Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 [Akta 400]. Oleh itu, semua terma pinjaman dikawal di bawah akta ini dan kita laksana di bawah penguasaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Tuan Yang di-Pertua, itu sahajalah persoalan yang ditimbulkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat seramai sembilan orang. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih banyak kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Andai kata terdapat – ada lagi kemusykilan yang masih lagi tersimpan di hati dan di dada, maka boleh lah datang berjumpa dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk penjelasan berikutnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Timbalan Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Ada seorang lagi yang akan menjawab. Dipersilakan Timbalan Menteri.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang membangkitkan..
20 minit ya.
Perkara berkenaan dengan Akta Kerja [Akta 829] utamanya. Pertama, saya akan menyentuh perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dungun berkenaan dengan pengecualian pengiraan tempoh masa bagi representasi di bawah Akta Perhubungan Perusahaan iaitu di bawah Jabatan Perhubungan Perusahaan di bawah Kementerian Sumber Manusia. Jadi berhubung dengan pengecualian pengiraan tempoh masa bagi representasi oleh pekerja di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967 [Akta 177] dan kaitannya dengan lambakan kes di Mahkamah Perusahaan sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dungun. Mahkamah Perusahaan di bawah Kementerian Sumber Manusia telah merangka Pelan Transformasi Mahkamah Perusahaan yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi dan kecekapan dalam menyelesaikan kes-kes yang dirujuk ke Mahkamah Perusahaan. Beberapa perkara telah diambil kira dalam merangka pelan transformasi tersebut dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Antara pendekatan yang kita ambil adalah seperti berikut: (i) menambah baik proses aliran kerja pengendalian dan pelupusan kes sedia ada bagi mempercepatkan penyelesaian kes. Di bawah proses aliran kerja yang baharu, pihak-pihak hendaklah memfailkan semua surat cara atau pleading dan dokumen-dokumen yang berkaitan dalam tempoh yang ditetapkan dan tempoh ini hendaklah dipatuhi dengan tegas; (ii) menggunakan pendekatan dengan izin, alternative dispute resolution (ADR) melalui kaedah pengantaraan atau penilaian awal untuk mempercepatkan penyelesaian kes; (iii) tempoh indeks prestasi utama (KPI) bagi menyelesaikan kes untuk kes-kes pembuangan kerja yang diterima pada tahun 2018 ke atas dikurangkan daripada 16 bulan prosesnya turun ke 12 bulan; dan (iv) meluaskan penggunaan sistem pengrekodan digital ke semua bilik bicara mahkamah dan mengehadkan permohonan daripada peguam untuk menangguh perbicaraan kes kerana sesuatu sebab atau alasan melainkan dengan sebab atau alasan yang munasabah dan tidak dapat dielakkan seperti cuti sakit dan cuti kecemasan. Dengan pelaksanaan Pelan Transformasi Mahkamah Perusahaan ini telah dapat menyelesaikan kes-kes tertunggak di Mahkamah Perusahaan di samping melancarkan dan melicinkan bagi mempercepatkan proses pengendalian serta pelupusan pertikaian perusahaan secara efektif. Perkara yang dibangkitkan seterusnya, tiga perkara disentuh dalam perbahasan oleh Yang Berhormat Kalabakan. Tuan Yang di-Pertua, perkara yang disentuh sebelum ini tiada laporan diterima berhubung dengan kesukaran pekerja untuk membuat aduan kepada Pengarah Tenaga Kerja Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, mengambil kira pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang diisytiharkan pada tahun ini menyukarkan untuk pekerja bergerak keluar dari kawasan pada tahun ini ataupun menyukarkan pekerja untuk keluar daripada kediaman ke Pejabat Tenaga Kerja yang berdekatan.
Maka kerajaan memutuskan supaya pengubahsuaian ini dibuat bagi menjaga kebajikan para pekerja di Sabah dan Sarawak. Kerajaan Persekutuan sentiasa prihatin dan bekerjasama dan berkolaborasi dengan baik dengan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak dalam hal kebajikan para pekerja di kedua-dua negeri tersebut. Ini termasuklah hal melaksanakan Ordinan Buruh Sabah dan Ordinan Buruh Sarawak. Sebagai contoh di negeri Sabah, Jabatan Tenaga Kerja Sabah yang bertanggungjawab bagi menguatkuasakan Ordinan Buruh Sabah sentiasa bekerjasama dengan kerajaan negeri melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak Persekutuan melalui Kementerian Sumber Manusia telah mengadakan libat urus dengan kedua-dua Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak sebelum memasukkan cadangan untuk mengubah suai Ordinan Buruh Sabah dan Sarawak dan kedua-dua kerajaan negeri tersebut telah pun mengalu-alukan cadangan ini. Berhubung dengan implikasi pelaksanaan pengubahsuaian Ordinan Buruh Sabah dan Sarawak melalui rang undang-undang ini, ia semestinya memberi manfaat dan kemudahan kepada para pekerja di kedua-dua negeri tersebut terutamanya dalam hal apabila pekerja yang tidak berpuas hati dan yang terkesan dengan keputusan dengan izin, domestic inquiry yang diputuskan oleh majikan melalui subseksyen 13(1) Ordinan Buruh Sabah dan subseksyen 14(1) Ordinan Buruh Sarawak. Ketiga, saya akan menyentuh perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong berkenaan dengan tempoh pengubahsuaian Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Tuan Yang di-Pertua, tempoh pengubahsuaian Akta Perhubungan Perusahaan 1967 [Akta 177] diubah daripada 1 Jun 2021 sehingga 31 Disember 2021. Bila berlaku PKPD ikut tempoh kuat kuasa Akta 829. Jadi Akta 829 dilaksanakan ia akan mengikut tempoh akta tersebut. Seterusnya untuk menjawab lagi perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong. Tempoh pengubahsuaian Akta Agensi Pekerjaan Swasta, 18 Mac 2020 hingga tarikh tamat kuat kuasa Akta 829 tetapi tidak lebih daripada 31 Disember 2022. Maknanya 2021 tak habis lagi, kita lanjutkan sehingga 31 Disember 2022. Terima kasih Yang Berhormat Jelutong membangkitkan perkara ini sekurang-kurangnya pihak buruh, kesatuan sekerja dan juga pekerja-pekerja akan dapat maklumat tentang ini. Tempoh pengubahsuaian Ordinan Buruh di Sabah juga dilanjutkan daripada 1 Jun 2021 hingga tarikh tamat kuat kuasa Akta 829 tetapi tidak lebih daripada 31 Disember 2022. PKPD ikut tempoh kuat kuasa juga Akta 829 iaitu Ordinan Buruh Sabah. Tempoh- tempoh pengubahsuaian Ordinan Buruh di Sarawak daripada 29 Mei 2021 dilanjutkan sehingga 31 Oktober 2021. PKPD ikut tempoh kuat kuasa Akta 829.
Seterusnya, saya hendak menyentuh berkenaan dengan lanjutan tempoh lagi. Jadi, semua tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Pelan Pemulihan Negara (PPN) kecuali Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) adalah tempoh penggantungan dan tidak diambil kira. Kiraan tempoh selama 60 hari tersebut akan bermula pada 1 Januari 2022 sebagai hari pertama bagi pengiraan tersebut dan pekerja boleh memfailkan representasi selewat-lewatnya pada 1 Mac 2022. Sebelum ini, kalau tempoh pemecatan atau pembuangan hanya diberikan tempoh selama 60 hari. Kalau lebih daripada 60 hari, ia tidak boleh membawa perkara ini ke Mahkamah Perusahaan lagi. Jadi, seterusnya Yang Berhormat adalah berkenaan dengan perkara-perkara yang disentuh tadi. Begitu juga dengan yang disentuh oleh Yang Berhormat Setiu dan Yang Berhormat Lumut tadi. Saya rasa saya telah merangkumi perkara-perkara yang disentuh oleh kelima-lima orang Yang Berhormat yang menyentuh berkenaan Akta Pekerja iaitu Akta 829 sekarang ini. Sekian, wabillahi taufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri Sumber Manusia. Seterusnya, saya ingin menjemput seorang lagi iaitu Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) untuk menjawab.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronovirus 2019 (COVID-19) (Pindaan) 2021. Segala cadangan dan juga pandangan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang amat kami hargai dan akan diberikan perhatian sewajarnya oleh kementerian dan juga jabatan yang berkepentingan. Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, rang undang-undang pada hari ini adalah merupakan pindaan kepada Akta Langkah-langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020 iaitu Akta 829. Pendekatan pelaksanaan akta ini adalah dibezakan dengan isu-isu di bawah pelaksanaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 iaitu Akta 342 dan juga Akta Langkah-langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) 2020. Sekali lagi saya hendak menegaskan di sini bahawa penggubalan pelaksanaan Akta 829 ini adalah suatu temporary relief daripada tanggungjawab perjanjian bagi suatu tempoh yang ditetapkan dan diperkenalkan oleh kerajaan bagi mengurangkan impak perundangan COVID-19 ke atas individu dan juga perniagaan yang terkesan disebabkan oleh—dari segi aspek ekonomi. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pontian telah membangkitkan persoalan mengenai pindaan di bawah fasal 4 RUU ini iaitu pindaan kepada seksyen 9 berkaitan pengantaraan. Untuk makluman Yang Berhormat, seksyen 7 Bahagian II dalam Akta 829 telah pun menetapkan relief dengan izin, kepada ketidakupayaan untuk melaksanakan obligasi kontrak yang disebabkan oleh langkah-langkah yang telah pun ditetapkan, dibuat atau diambil di bawah Akta 342 ini untuk mengawal dan juga mencegah merebaknya COVID-19. Obligasi-obligasi kontraktual tersebut adalah merujuk kepada sembilan kategori kontrak di bawah Jadual seksyen 7 seperti berikut: (i) pembinaan; (ii) bon pelaksanaan projek pembinaan; (iii) perkhidmatan profesional; (iv) sewaan premis bukan kediaman; (v) kontrak acara; (vi) kontrak pelancongan; (vii) kontrak ziarah keagamaan; (viii) kontrak sewa beli kenderaan oleh perniagaan mikro B40 dan M40; dan (ix) kontrak jualan kredit. Pada asalnya Yang Berhormat, pengantaraan yang dinyatakan di seksyen 9 juga adalah tertakluk kepada senarai kontrak yang dalam Jadual seksyen 7. Dengan adanya pindaan kepada seksyen 9 ini, apa-apa pertikaian yang timbul daripada apa-apa kategori kontrak bolehlah diselesaikan dengan cara pengantaraan di bawah akta ini.
Oleh yang demikian perkara ini tidak hanya memfokuskan kepada obligasi kontrak perumahan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan semata-mata tetapi sebaliknya dengan adanya pindaan ini, skop jenis kontrak ini diperluaskan. Namun, pertikaian yang timbul akibat daripada ketidakupayaan mana-mana pihak untuk melaksanakan obligasinya, hendaklah disebabkan oleh langkah-langkah yang ditetapkan, dibuat ataupun diambil di bawah Akta 342. Oleh yang demikian bagi menjawab soalan Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Papar dan Yang Berhormat Jelutong selepas daripada pindaan ini diluluskan semua kategori kontrak termasuk kontrak kad kredit boleh dibawa untuk penyelesaian melalui pengantaraan di bawah akta ini, asalkan pertikaian yang timbul akibat daripada ketidakupayaan mana-mana pihak untuk melaksanakan obligasinya hendaklah disebabkan oleh langkah-langkah yang ditetapkan, dibuat ataupun diambil di bawah Akta 342. Walau bagaimanapun, ia tidak boleh mengikat pihak bank untuk tidak mengambil sebarang tindakan kerana ia tidak tersenarai di bawah Jadual seksyen 7. Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebentar. Mengenai perkara yang baru dijelaskan. Kalau ia tidak mengikat pihak bank untuk menunggu proses mediasi ini diselesaikan, ia tidak berguna. Ia sia-sia kerana kalau saya merupakan seorang yang telah meminjam menggunakan kad kredit dan saya berhutang RM30,000 dan pihak bank telah memulakan tindakan guaman terhadap saya. Saya telah minta supaya perkara ini dibincangkan antara pengantara mediasi. Kalau pihak bank tidak mahu menunggu, maka ia boleh— memang mediasi selalunya akan dilakukan oleh pihak hakim atau penolong kanan pendaftar ataupun majistret. Kalau pihak bank tidak tunggu untuk proses mediasi itu selesai, maka saya percaya pada hemat saya ia adalah cuma selesai— ia menjadi sia-sia sahaja. Itu adalah kerisauan saya.
Terima kasih, Yang Berhormat Jelutong. Sila.
Oleh sebab itu daripada awal saya maklumkan sebentar tadi bahawa skop ini diperluaskan di bawah semangat Akta 342 ini. Semua jenis skop kontrak ini diperluaskan. Ia hanya mengatakan bahawa tidak mengikat tetapi masih lagi boleh diadakan mediasi ini. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Papar juga menimbulkan beberapa persoalan berkenaan dengan perkhidmatan pengantaraan melalui PMC-19. Yang Berhormat ingin mendapatkan penjelasan berkenaan dengan jumlah peruntukan perbelanjaan yang telah pun digunakan bagi tujuan pengantaraan. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan telah pun meluluskan peruntukan berjumlah RM29.1 juta untuk menjalankan insentif di bawah mediasi di bawah PMC-19 ini dan sebanyak RM2.08 juta telah pun disalurkan kepada tiga penyedia perkhidmatan mediasi yang terdiri daripada dengan izin, Malaysian Bar, Sabah Law Society dan Advocates Association of Sarawak. Namun, hanya sejumlah RM384,000 sahaja yang telah pun dibelanjakan. Berdasarkan kontrak perjanjian antara kerajaan dan penyedia perkhidmatan mediasi ini, apa-apa lebihan peruntukan yang tidak dibelanjakan akan dipulangkan kepada kerajaan. Ada juga persoalan dari segi pelantikan pengantara ini oleh Yang Berhormat Menteri ini adalah berdasarkan senarai yang dikemukakan oleh pihak penyedia perkhidmatan pengantaraan. Pengantara-pengantara ini adalah dilantik dalam kalangan mereka yang terlatih serta bertauliah dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pengantaraan. Berdasarkan statistik daripada 7 Disember 2021 sebanyak 22 buah kes pengantaraan telah selesai menjalani proses pengantaraan, manakala empat kes sedang dan dalam proses pengantaraan ataupun sedang menunggu sidang pengantaraan untuk berjalan. Daripada 22 kes yang diselesaikan, 16 kes merupakan kes di bawah kategori individu manakala enam kes di bawah kategori syarikat.
Kontrak acara dan pembinaan adalah kategori kontrak yang paling banyak dirujuk kepada PMC-19. Sehingga kini hanya satu buah kes pertikaian berhubung dengan pakej pelancongan yang dibawa ke PMC-19 dan kes tersebut berjaya diselesaikan. Ahli Yang Berhormat Hang Tuah Jaya telah membangkitkan persoalan mengenai proses pengantaraan yang akan dilaksanakan apabila skop kategori kontrak diperluaskan melalui pindaan ini. Seperti mana proses pengantaraan yang telah dilaksanakan sebelum ini mediation rules dengan izin, telah pun dibangunkan sebagai panduan kepada mana- mana pihak yang menggunakan perkhidmatan pengantaraan di bawah Akta 342 iaitu melalui PMC-19. Secara umumnya mediation rules dengan izin, ini adalah merupakan garis panduan kepada perkhidmatan pengantaraan PMC-19. Selain itu, saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat bahawa tidak wujud kerenah birokrasi dalam pelaksanaan pengantaraan PMC-19 kerana permohonan pihak- pihak untuk mendapatkan perkhidmatan pengantaraan di PMC-19 ini adalah dikemukakan secara atas talian.
Permohonan seterusnya diproses melalui sistem permohonan mediasi PMC-19 yang dikendalikan secara kerjasama antaranya; (i) Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana
(ii) Malaysian Bar; (iii) Sabah Law Society; (iv) Advocates Association of Sarawak. Saya juga ingin menegaskan bahawa prinsip asas pengantaraan adalah penyelesaian pertikaian yang berbentuk sukarela. Maknanya sekiranya pihak-pihak tidak berjaya mencapai persetujuan sesi pengantaraan terpaksa ditamatkan tanpa perjanjian penyelesaian. Pihak-pihak boleh memilih kaedah pertikaian yang lain termasuklah boleh membawa tuntutan tersebut kepada mahkamah. Kerajaan juga telah melaksanakan sesi libat urus holistik sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Sumber Manusia sebentar tadi yang mana kita telah mengadakan sesi libat urus yang holistik dan juga komprehensif bersama dengan pihak kementerian, jabatan dan agensi yang berkaitan dengan pindaan-pindaan yang dicadangkan. Kementerian, agensi dan jabatan juga telah pun melaksanakan sesi libat urus mereka sendiri dengan pihak berkepentingan untuk mendapatkan input dan pandangan berkaitan dengan pindaan-pindaan tersebut. Oleh itu, kerajaan yakin pindaan ini telah mendapat pandangan semua pihak yang berkepentingan secara langsung dan tidak langsung. Kerajaan juga komited untuk memastikan perkhidmatan pengantaraan ini melalui PMC-19 ini dihebahkan dan rakyat maklum tentang perkara ini. Kempen secara berterusan melalui saluran rasmi melibatkan stesen radio dan juga televisyen serta penggunaan medium kempen melalui pengiklanan rel di bawah Prasarana Berhad turut digunakan selain daripada platform sosial media seperti Facebook, Instagram, TikTok, Twitter dan sebagainya akan digunakan. Saya juga hendak maklumkan di sini bahawa konsep mediasi ini adalah merupakan konsep yang dibuat secara sukarela oleh kedua-dua pihak. Maksudnya kedua-dua pihak ini perlu bersetuju untuk sama-sama menyelesaikan pertikaian. Oleh hal demikian, peruntukan di bawah mediasi ini tidak akan mengikat mana- mana pihak termasuklah pihak bank sebagaimana yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong sebentar tadi. Saya juga hendak merujuk kepada persoalan Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Setiu dan juga Yang Berhormat Lumut berkenaan dengan cadangan
pelanjutan tempoh kuat kuasa Akta 829 sehingga tahun 2023 boleh dipertimbangkan kerajaan tertakluk kepada situasi semasa dan juga keperluan. Sekian terima kasih. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang dikemukakan kepada masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah rang undang-undang ini dibacakan kali kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]
Ada perbahasan? Ya, Yang Berhormat Dungun.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Fasal 5 iaitu caj pembayaran lewat. Penambahan seksyen ini menetapkan bahawa jika pembeli gagal untuk membayar apa-apa ansuran bagi tempoh bagi 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021, pemaju tidak boleh mengenakan caj pembayaran lewat berkenaan dengan ansuran yang tidak berbayar itu ke atas pembeli itu. Soalan saya, memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020 di seluruh negara, mengapakah tempoh pengecualian caj pembayaran lewat ini hanya bermula 1 Januari 2021 bukannya pada 18 Mac 2020? Seterusnya ialah penyerahan pemilikan kosong dan penyimpanan kemudahan bersama seksyen 38C(1) berhubung dengan suatu pemajuan perumahan walau apa pun apa-apa perjanjian yang dibuat antara pemaju dengan pembeli, pemaju boleh memohon kepada Menteri bagi mana-mana tempoh dari 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021 dikecualikan daripada pengiraan masa bagi penyerahan pemilikan kosong suatu kediaman perumahan atau penyiapan kemudahan bersama, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam pemajuan perumahan itu. Dalam pindaan bagi seksyen 38C(1) ini pemaju boleh memohon dengan pihak Menteri dikecualikan pengiraan masa bagi penyerahan pemilikan kosong kepada pembeli dari tempoh 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021. Soalan saya, jika pemaju sengaja melambat-lambatkan permohonan pengecualian pengiraan masa kepada kementerian sedangkan projek tidak berjalan atau lambat berjalan tanpa sebarang alasan dan justifikasi yang jelas, apakah mekanisme yang akan dilakukan oleh kementerian bagi mengatasi masalah ini? Setelah itu satu lagi persoalan jika pemaju membuat permohonan kepada Menteri, berapakah tempoh masa (timeframe) kelulusan Menteri kepada pemaju? Oleh sebab melibatkan masa permohonan pemaju dan masa kelulusan Menteri bolehkah diketahui tempoh masa tersebut? Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Terima kasih, Yang Berhormat Dungun. Yang Berhormat Lumut.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh mengenai fasal 5 seksyen 38D dibaca sekali dengan 38E mengenai pengambilan pemilikan kosong. Ertinya dalam tempoh masalah COVID-19 ini berlaku maka pembeli itu tidak boleh disifatkan telah mengambil pemilikan kosong walaupun telah diberikan tarikh dan tidak dapat disempurnakan oleh pembeli. Jadi perkara ini adalah sebenarnya – adakah ia untuk kita mula mengira tempoh liabiliti kecacatan supaya tempoh liabiliti kecacatan ini betul- betul bermula daripada tarikh ia disahkan mengambil pemilikan kosong itu? Ini kerana, kita tidak mahu tarikh liabiliti kecacatan itu dipendekkan kerana kelambatan untuk mengambil alih pemilikan kosong oleh pembeli. Jadi, ini merugikan pembeli. Adakah ini isi kepada pindaan ini. Terima kasih.
Yang Berhormat, silakan.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin bangkitkan isu seksyen 38C terutamanya dalam perenggan subseksyen (3). Dinyatakan bahawa Menteri tidak boleh mempertimbangkan satu permohonan selepas habisnya masa bagi tarikh pemilikan kosong. Seperti mana yang kita sedia maklum, undang-undang ini adalah untuk tempoh sehingga 31 Disember 2021. Jadi untuk beberapa hari sahaja kita luluskan undang- undang ini. Jadi, sekiranya perjanjian di mana pemilikan yang telah sepatutnya diberikan dalam tempoh tahun ini, adakah mereka dikecualikan untuk memohon pengecualian di bawah subseksyen (3) sekarang? Ini adalah hal penting untuk penjelasan. Saya mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk beri penjelasan.
Terima kasih. Yang Berhormat Pasir Gudang.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingin penjelasan berkenaan fasal 7, ini berkenaan dengan Akta Perhubungan Perusahaan. Saya cuba baca sebab macam tidak faham ini. Kalau boleh bantu minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Saya baca di sini, seksyen baharu 40B yang dicadangkan mengecualikan “(1) Tempoh yang mana-mana majikan, kesatuan sekerja majikan, kesatuan sekerja pekerja atau pekerja berada di tempat yang tertakluk kepada perintah kawalan diperketat hendaklah dikecualikan daripada pengiraan tempoh di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967 bagi pemberian pengiktirafan atau pemberitahuan secara bertulis kepada kesatuan sekerja pekerja yang berkenaan alasan-alasan untuk tidak memberi pengiktirafan di bawah subseksyen 9(3), pembuatan suatu laporan secara bertulis kepada Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan di bawah subseksyen 9(4) dan pemfailan representasi di bawah subseksyen 20(1A)”.
Ayat ini ayat yang legalistiklah, undang-undang. Akan tetapi, bagi orang biasa termasuk saya peguam pun tidak faham ini. [Ketawa] Boleh terangkan? Terima kasih.
Terima kasih. Ada lagi? Kalau tidak ada, saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah.
Ayat ini mudah sahaja. Untuk memudahkan para pekerja yang diambil tindakan dan sebagainya dan rasa tidak puas hati. Jadi, pihak kementerian telah membuka satu portal untuk aduan terus kepada pihak Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja yang dinamakan Working for Workers tanpa kita mengisytiharkan nama-nama pekerja tersebut. Dalam masa kita dapat sahaja aduan ini dalam portal, terus kita akan buat semakan dan terus ambil tindakan untuk kita berjumpa dengan majikan. Di sini, tindakan-tindakan akan diambil. Kalaulah berlaku peraturan ataupun standard operating procedure di dalam peraturan Akta Kerja iaitu dalam― disebut juga domestic inquiry yang telah dilaksanakan. Ini kita akan ambil semak, siasat supaya kita memberi pembelaan kepada pekerja dan tidak juga kita menganiaya majikan kalau standard operating procedure itu berlaku. Di situlah tugas Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja untuk membuat keputusan dalam seksyen yang disebutkan tadi. Jadi, kita tengok di sini, dalam masa tempoh COVID-19 ini, kes tuntutan untuk pengiktirafan yang akan dibuat oleh Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia berhubung dengan pengiraan tempoh 21 hari di bawah seksyen 9(3) dan pengiraan tempoh 14 hari di bawah seksyen 9(4) Akta 177. Ini kerana syarikat-syarikat yang menerima notis tuntutan pengiktirafan di bawah seksyen 9 Akta 77. Saya terpaksa juga menyebut teknikal pengamal undang-undang yang ada di sini. Sebab, itulah yang digariskan, diberi panduan. Jadi, disebabkan oleh itu, fasal 7 adalah bagi pengecualian tempoh pekerja, kesatuan majikan, majikan yang berada di tempat yang diisytiharkan PKPD dan tidak dapat hendak patuhi tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen yang saya sebut tadi iaitu seksyen 9(3), seksyen 9(4) dan seksyen 20(1A) kerana mereka tidak dapat keluar daripada tempat kediaman kerana PKPD. Itu sahaja yang kita dapat beri penjelasan tentang interpretasi seksyen 40 yang disebut oleh Yang Berhormat tadi. Jadi, sekian, terima kasih.
Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ada jawapan lagi?
Yang Berhormat Timbalan Menteri balik dah kah?
Banyak lagi belum dijawab itu.
Yang Berhormat Timbalan Menteri hendak jawab secara bertulis atau boleh jawab sekarang?
Saya ingat, Tuan Pengerusi, boleh kita beri jawapan bertulis?
Kita jawab kedai mamak.
Di saat skrip jawapan tidak dapat lagi.
Tuan Pengerusi, terima kasih banyak. Minta maaf kerana ada sedikit kesilapan teknikal. Kita ada dua pertanyaan di sini. Pertama ialah daripada Yang Berhormat Dungun mengenai tempoh masa pengecualian diberikan daripada 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021. Pemaju yang memohon hendaklah memastikan bahawa pemilikan kosong tidak diberikan kepada pembeli. Maka, layak memohon di bawah Akta COVID-19 oleh pemaju. Jadi, maknanya ini jawapan atas pertanyaan Yang Berhormat dari Dungun. Yang Berhormat Dungun juga bertanya apakah rasional tempoh liabiliti kecacatan (DLP) dikecualikan bagi tempoh 1 Jun 2021 hingga 31 Oktober. Dalam tempoh 1 Jun 2021 hingga 31 Oktober 2021, kerajaan telah mengenakan pelbagai Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) dan standard operating procedure (SOP) yang telah menghalang pergerakan pemaju untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan rumah dalam tempoh tersebut. Selain itu, tempoh tersebut juga melibatkan proses pemulihan, persediaan dan peralihan negeri-negeri ke fasa-fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang berikutnya. Sehubungan itu, bagi melindungi kepentingan pembeli, kerajaan akan mengecualikan tempoh tersebut iaitu 1 Jun 2021 hingga 31 Oktober 2021 daripada pengiraan tempoh liabiliti kecacatan (DLP) selepas pembeli mengambil pemilikan kosong sesuatu kediaman perumahan. Tuan Pengerusi, sementara itu Yang Berhormat Lumut tanyakan tentang tempoh kecacatan. Tempoh kecacatan tidak dipendekkan. Ia memenuhi masa yang hilang kerana PKP. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. [Fasal-fasal 1 hingga 10 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang Undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) (Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid) dan diluluskan]
Pemasyhuran Tuan Yang Di-Pertua — Mesyuarat Dewan Rakyat Ditambah Satu Hari
Ahli-ahli Yang Berhormat, dimaklumkan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Ketua Majlis telah bersetuju untuk menambah satu hari lagi bagi Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat Penggal Keempat, Parlimen Keempat Belas tahun 2021, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(2) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat iaitu pada Isnin, 20 Disember 2021 bagi membolehkan Rang Undang-undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 (D.R. 20/2021) dibentangkan dan diputuskan di Dewan Rakyat. Notis bertulis akan diberikan kepada semua Ahli Yang Berhormat selepas ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, mohon pencerahan.
Ya.
Saya lihat pengurusan sidang ini— saya tidak menyalahkan Tuan Yang di-Pertua tetapi ini soal kelemahan dipihak kerajaan yang telah pun mengiktiraf 90 percent Aspirasi Keluarga Malaysia. Selepas 100 hari, saya lihat bahawa ia telah merudum jatuh. Ini adalah berpunca daripada isu Rang Undang- undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.
Ini point of order-kah Yang Berhormat?
Tidak, tidak. Saya mohon pencerahan sebab masalahnya kami ini Ahli Parlimen telah mengatur program pergerakan peribadi kami. Apabila tidak dimaklumkan bahawa tidak ada tentang pertambahan. Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Parlimen) saya jumpa di luar. Pagi tadi dia kata, “Saya memang hendak sambung tetapi kita tidak sambung sebab masalah staf di sini pun ramai yang bercuti dan sebagainya”.
Jadi kita sudah atur program kita di kawasan, bertemu dengan masyarakat dengan rakyat yg kita sudah kadang-kadang missed banyak program di musim Parlimen ini. Tiba-tiba berlaku sebegini rupa. Bagi saya, satu benda yang sangat saya kesal. Apa salahnya kalau tangguh rang undang-undang ini dibawa ke sidang yang akan datang.
[Dewan riuh]
[Tepuk] Kenapa kita hendak kelam kabut, hendak gopoh. Ini seolah-olah bagi saya Tuan Yang di-Pertua— seolah-olah kita buat rang undang-undang ini macam buat di kedai mamak.
Orang Sabah sudah beli tiketlah balik.
Macam kita buat di kedai mamak. Sekejap, semalam bawa mai satu pindaan— cadangan pindaan, menurunkan denda daripada RM1 juta tinggal RM500,000. Daripada RM100,000 tinggal RM50,000...
Tuan Yang di-Pertua, sepatutnya diumumkan awallah seminggu.
Jadi, tiba-tiba sekarang hari ini hendak tangguh sampai hari Isnin untuk ada perbincangan select committee dan sebagainya. Ini bagi saya bahawa bukan kerajaan 90 peratus.
Okey.
Kerajaan sembilan peratus sahaja.
Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena.
Ini bagi saya satu benda yang sangat memalukan.
Yang Berhormat— okey.
Failed. Kerajaan gagal. Sekali lagi kerajaan ini kerajaan yang mewarisi kerajaan yang gagal.
Kita jauhlah. Kita balik sini, jauh. [Pembesar suara dimatikan]
Okey Yang Berhormat. Sabar, sabar Yang Berhormat. Penambahan satu hari atau dua hari atau tiga hari atau 10 hari itu di bawah kuasa Ketua Majlis iaitu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Beliau telah...
Tuan Yang di-Pertua. Sepatutnya perbincangan kena buat awal.
Yang Berhormat, duduklah. Saya cakap ini. Tolong. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Ketua Majlis telah menggunakan budi bicara beliau untuk menambah lagi satu hari mengikut keperluan yang sedia ada ya. Terima kasih.
[Dewan riuh]
Akan tetapi menyusahkan semua orang. Menyusahkan kami, menyusahkan rakyat. [Pembesar suara dimatikan]
Itu Yang Berhormat kena— Yang Berhormat, Yang Berhormat. Sekejap.
...Tetapi menyalahkan...
Betul, betul.
...Perdana Menteri yang menyusahkan kami, menyusahkan rakyat.
Tuan Yang di- Pertua.
Tidak apa Yang Berhormat. Yang Berhormat kena libat uruslah. Terima kasih.
Tuan Yang di- Pertua.
Zooming, zooming
Yang Berhormat Menteri, silakan.
Usul — Menangguhkan Bacaan Kali Yang Kedua Dan Ketiga Rang Undang-Undang Di Bawah P.M. 62Bill
Tuan Yang di- Pertua, bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 62. Saya mohon mencadangkan dalam (D.R. 20/2021) Rang Undang-undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 Seperti yang tertera di Nombor 2 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan usul-usul pada hari ini ditangguhkan bacaan kali kedua dan ketiga ke hari Isnin, 20 Disember 2021. Terima kasih.
Baiklah Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat...
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 62 juga. Peraturan Mesyuarat 62 itu adalah berbunyi seperti berikut, “Yang menjaga seseorang rang undang-undang boleh berdiri di tempatnya dan minta menarik balik”. So, saya cadangkan kalau rang undang-undang itu tidak begitu teratur dan perlu dipinda, kami sebagai Ahli Pembangkang juga mempunyai urusan di kawasan masing-masing.
Saya setuju.
Bayangkan semua kawasan kami telah atur rancangan dan majlis-majlis. Saya cadangkan supaya Yang Berhormat Menteri tarik balik...
Ya, lain kalilah.
...Dan bincangkan semula.
Bentang lain kali.
Mingguan bolehlah.
Jangan... [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat duduk. Yang Berhormat tidak baca habis Peraturan Mesyuarat 62 itu. Saya baca keseluruhan ya, Peraturan Mesyuarat 62, “Ahli yang menjaga sesuatu rang undang-undang boleh berdiri di tempatnya dan diminta menarik balik rang undang-undang.” Akan tetapi ada sambung itu, Yang Berhormat baca setakat itu sahaja. Dia sambung, dia kata, “Atau hendak menangguhkan peringkat satu lagi rang undang-undang tersebut”. So, duduklah.
Yang ‘atau’ itu tidak payah kiralah Tuan Yang di-Pertua, yang ‘atau’ itu. Kira yang awal sahajalah.
Tuan Yang di- Pertua... [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat, tolong.
Tuan Yang di- Pertua, Baling, Baling. Saya hendak bagi aturan...
Tuan Yang di-Pertua... [Pembesar suara dimatikan]
Cukup, cukup, cukup. Setiausaha silakan, perkara yang seterusnya.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua, tidak dengar saya sampai habis. Tuan Yang di-Pertua, tidak dengar saya sampai habis. Saya cadangkan ditarik balik. Boleh ditarik balik atau ditangguhkan.
Kita kena hormat... [Pembesar suara dimatikan]
Telah ditangguhkan. Telah ditangguhkan oleh Yang Berhormat Menteri ya. Terima kasih.
Ahli Parlimen Sarawak ..., untuk rakyat Sarawak.
Yang Berhormat Menteri, saya cadang tangguhkan... [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Menteri Kewangan, sorry. Maaf. Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan, silakan.
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua, bolehkah ia ditangguhkan sehingga tarikh yang lain? Itu sahaja... [Pembesar suara dimatikan]
Ditangguhkan sehingga Isnin lah. Sudah ditangguhkan sehingga Isnin.
Menyusahkan kami. Kami...
Hormatlah rakyat Sarawak. Ahli Parlimen...
Yang Berhormat, tolong.
Akta 275 mengambil ketetapan supaya kerajaan...
Tolong, tolong.
...memindahkan sebanyak RM22,824 juta di bawah seksyen 3(1) akta yang sama iaitu baki wang terimaan...
Kerajaan sembilan percent.
Tuan Yang di-Pertua.
...Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII)…
GPS menang besar di Sarawak kalau macam ini.
Saya minta maaf Tuan Yang di- Pertua.
... dari September hingga Disember 2021…
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sekejap. [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sekejap, sekejap. Yang Berhormat Ketua Pembangkang.
Sepanjang pagi tadi dan tengah hari memang ada proses libat urus yang melibatkan Menteri Kesihatan, Ketua Pengarah Kesihatan dan kemudian pimpinan parti. Kemudian, merujuk kepada Perdana Menteri tentang keperluan untuk menangguh, untuk memberi ruang perbincangan dengan semua pihak. Kemudian supaya Select Committee dapat bersidang sebelum dikemukakan beberapa cadangan pindaan yang lain. Tentu kita ini disebabkan pandangan kita tentang beberapa peruntukan yang harus dipinda secara total, secara lebih jelas terutama yang melibatkan kompaun bagi sebahagian besar rakyat. Oleh yang demikian, dalam rundingan itu dipersetujui supaya Select Committee bersidang 8 pagi dan kita bersidang jam 10 pagi. Sekiranya, semua ini— hal-hal yang penting itu disepakati, kita mungkin menimbangkan untuk menyokong. Akan tetapi kalau beberapa perkara substantif itu tidak dipersetujui, kita masih ada ruang untuk membangkang atau menolak usul itu. Jadi, saya hendak jelaskan tentang ini dan saya ambil kesempatan ini untuk menjelaskan bahawa ini bukan keputusan satu pihak. Ini setelah kita mengambil pendirian untuk mempertikai beberapa peruntukan yang dipinda dan dengan persetujuan Menteri dan Perdana Menteri, itulah sebabnya ini...
Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson, terima kasih. Amat hebat sekali. Betul. [Pembesar suara dimatikan]
Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang.
Kami tetap 90 percent ya Yang Berhormat Pokok Sena.
Sembilan percent, sembilan percent.
Baiklah saya...
Saya bagi diskaun tinggal sembilan percent sahaja. [Pembesar suara dimatikan]
Okey.
Pakatan Harapan lagi teruklah dahulu Yang Berhormat Pokok Sena.
Cukup, cukup. Terima kasih. Saya ingin menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk memulakan usul sekali lagi. Maaf.
Usul-Usul Menteri Kewangan — AKTA PENDANAAN KERAJAAN 1983 [AKTA 275] Memindahkan RM22,824 juta ke Kumpulan Wang PembangunanMotion
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon mencadangkan; "Bahawa mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM22,824 juta di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama, iaitu baki wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) dari September hingga Disember 2021 sebanyak RM13,500 juta dan baki wang terimaan Bil Perbendaharaan Islam Malaysia (MITB) tahun 2021 sebanyak RM9,324 juta ke Kumpulan Wang Pembangunan". Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk membentangkan satu resolusi berkaitan ketetapan mengenai pemindahan wang Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) dan Bil Perbendaharaan Islam Malaysia (MITB) ke Kumpulan Wang Pembangunan (KWP) mengikut keperluan seksyen 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275]. Resolusi ini dibentangkan supaya kerajaan memindahkan sebanyak RM22,824 juta iaitu baki wang terimaan MGII bagi tempoh September hingga Disember 2021 sebanyak RM13,500 juta dan Bil Perbendaharaan Islam Malaysia (MITB) bagi tahun 2021 sebanyak RM9,324 juta ke Kumpulan Wang Pembangunan.
Pemindahan ini dilaksanakan untuk menampung perbelanjaan pembangunan. Seperti Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Kumpulan Wang Pembangunan ialah salah satu daripada Wang Amanah Kerajaan yang ditubuhkan mengikut Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 bagi tujuan membiayai projek pembangunan. Salah satu sumber dana yang terdapat dalam Akaun Pinjaman Wang Pembangunan adalah melalui pindaan dari Akaun Pinjaman Yang Disatukan. Seksyen 4(b) Akta 275 memperuntukkan bahawa terimaan daripada MGII dan MITB hanya boleh dipindahkan kepada Kumpulan Wang Pembangunan setelah mendapat kelulusan Dewan Rakyat dengan resolusi. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sekuriti pinjaman berasaskan syariah ini telah diterbitkan oleh kerajaan di bawah Akta 275. Antara tujuan utama terbitan berasaskan syariah adalah bagi meningkatkan pembangunan pasaran kewangan Islam. Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya memohon mencadangkan resolusi berkaitan ketetapan pemindahan sebanyak RM22,824 juta iaitu baki wang terimaan MGII bagi tempoh September hingga Disember 2021 sebanyak RM13,500 juta dan MITB bagi tahun 2021 sebanyak RM9,324 juta ke Kumpulan Wang Pembangunan. Dimohon agar pemindahan ini diluluskan oleh Dewan Rakyat. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ada yang menyokong?
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat semua, masalah sekarang ini terbuka untuk di bahas kalau hendak di bahas. Kalau tidak, maka saya kemukakan sekarang.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul Yang Berhormat Menteri Kewangan seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul hari ini di No. 8 hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Usul-Usul Menteri Kewangan — AKTA BIL PERBENDAHARAAN (TEMPATAN) 1946 [AKTA 188] Memindahkan RM2,968 juta ke Kumpulan Wang PembangunanMotion
Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya mohon mencadangkan; “Bahawa mengikut peruntukan perenggan 2(2)(b) Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946 [Akta 188] mengambil ketetapan supaya kerajaan memindahkan sebanyak RM2,968 juta wang terimaan Bil Perbendaharaan Malaysia (MTB) tahun 2021 di bawah seksyen 2(1) akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan”. Tuan Yang di-Pertua, saya memohon untuk membentangkan satu resolusi berkaitan ketetapan mengenai pemindahan wang terbitan Bil Perbendaharaan Malaysia (MTB) ke Kumpulan Wang Pembangunan (KWP). Mengikut keperluan seksyen 2(1) Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946 [Akta 188], resolusi ini dibentangkan supaya kerajaan memindahkan sebanyak RM2,968 juta iaitu baki wang terimaan MTB bagi tahun 2021 ke Kumpulan Wang Pembangunan. Pemindahan ini dilaksanakan untuk menampung perbelanjaan pembangunan. Seperti Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, Kumpulan Wang Pembangunan ialah salah satu Kumpulan Wang Amanah Kerajaan yang ditubuhkan mengikut Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 bagi tujuan membiayai projek pembangunan. Salah satu sumber dana yang terdapat dalam Akaun Kumpulan Wang Pembangunan adalah melalui pindahan dari Akaun Pinjaman Disatukan dan seksyen 2(1) Akta 188 memperuntukkan bahawa terimaan daripada MTB hanya boleh dipindahkan kepada Kumpulan Wang Pembangunan setelah mendapat kelulusan Dewan Rakyat dengan resolusi. Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya mohon mencadangkan resolusi berkaitan ketetapan pemindahan sebanyak RM2,968 juta iaitu wang terimaan MTB bagi tahun 2021 ke Kumpulan Wang Pembangunan. Dimohon agar pemindahan ini diluluskan oleh Dewan Rakyat. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ada yang menyokong usul ini?
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah ini sekarang terbuka untuk di bahas. Tidak ada perbahasan. Maka Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan di bawah nombor sembilan dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul hari ini hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Usul-Usul Menteri Kewangan — AKTA PENDANAAN KERAJAAN 1983 [AKTA 275] Memindahkan RM11,000 juta ke Kumpulan Wang COVID-19Motion
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan; “Bahawa mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275] mengambil ketetapan supaya kerajaan memindahkan sebanyak RM11,000 juta di bawah seksyen 3(1) Akta 275 dan seksyen 4(2) Akta Langkah-langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) 2020 [Akta 830] iaitu baki wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) dari September hingga Disember 2021 ke Kumpulan Wang COVID-19”. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk membentangkan satu resolusi berkaitan ketetapan mengenai pemindahan wang Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) dan Bil Perbendaharaan Islam Malaysia (MITB) ke Kumpulan Wang COVID-19. Mengikut keperluan seksyen 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275] dan seksyen 4(2) Akta Langkah-langkah Sementara Bagi Pembiayaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) 2020 [Akta 830]. Resolusi ini dibentangkan supaya kerajaan memindahkan sebanyak RM11,000 juta iaitu baki wang terimaan MGII bagi tempoh September hingga Disember 2021 ke Kumpulan Wang COVID-19 dan pemindahan ini dilaksanakan untuk menampung pakej rangsangan dan pelan pemulihan ekonomi serta perbelanjaan pembangunan. Seperti Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, Kumpulan Wang COVID-19 telah ditubuhkan selaras dengan peruntukan di bawah Akta 830 yang telah diwartakan pada 26 Oktober 2020 bagi membiayai pakej rangsangan dan pelan pemulihan ekonomi. Sumber dana Kumpulan Wang COVID-19 diperoleh melalui pindaan terimaan Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) yang ditadbir di bawah Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 [Akta 637] serta MGII dan MITB di bawah Akta 275. Seksyen 4(b) Akta 275 memperuntukkan bahawa terimaan daripada Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) hanya boleh dipindahkan ke Kumpulan Wang Pembangunan dan Kumpulan Wang COVID-19 setelah mendapat kelulusan Dewan Rakyat dengan resolusi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sekuriti pinjaman berasakan syariah ini telah diterbitkan oleh kerajaan di bawah Akta 275. Antara tujuan utama terbitan berasaskan syariah adalah bagi meningkatkan pembangunan pasaran kewangan Islam. Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya mohon mencadangkan resolusi berkaitan ketetapan pemindahan sebanyak RM11,000 juta iaitu baki wang penerimaan MGII bagi tempoh September hingga Disember 2021 ke Kumpulan Wang COVID-19. Dimohon agar pemindahan ini diluluskan oleh Dewan Rakyat. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ada yang menyokong usul ini?
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah ini sekarang terbuka untuk dibahas. Sekiranya tidak ada perbahasan, maka Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan di bawah nombor 10 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul hari ini hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga hari Isnin, 20 Disember 2021. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera semua.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 3.59 petang]