Dewan Rakyat · 20 December 2021
15th Parliament, session 4, meeting 2 · 182 turns · 5,357 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga dibahaskan dan diputuskan DR.20/2021, Rang Undang-undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 seperti dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga suatu tarikh yang tidak ditetapkan.”.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada siapa yang menyokong?
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, saya bangun di atas Peraturan Mesyuarat 36(12). Tuan Yang di-Pertua, pada November 17, semasa gulungan yang dibuat oleh Menteri Perpaduan, Menteri Perpaduan telah memberi aku janji kepada Dewan ini bahawa dia akan adakan satu sesi libat urus dengan Ahli Parlimen dan katakan bahawa selepas pilihan raya di Melaka dia akan adakan. Jadi 17 November dan sekarang sudah lebih daripada 33 hari dan juga sekarang sudah habis pilihan raya di Sarawak. Mungkin adakah kita perlu tunggu hingga pilihan raya umum dan perkara ini akan dibuat. Ini perlu diberi perhatian Tuan Yang di-Pertua kerana saya petik apa yang beliau kata dalam Hansard. Dia kata pada 17 hari bulan, dengan izin, “Kalau dapat selepas selesai Melaka, saya akan bagikan taklimat. Jadi hari ini, ini yang mustahak. Hari ini Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, saya dengan Yang Berhormat tidak payah hendak bagi detil
kepada PTMI ini because nanti apabila kita bagi taklimat Yang Berhormat-Yang Berhormat boleh bangkitkan apa sahaja Yang Berhormat hendak cadangkan, ini termasuk mekanisme untuk kita membuat pengesanan...”. Ini bermakna pada hari itu kerana beliau memberi aku janji ini, kita ramai di antara Ahli Parlimen tidak membangkitkan isu-isu yang detail kerana aku janji yang diberi oleh Menteri Perpaduan. Apa sudah jadi? Jadi mengikut Peraturan Mesyuarat 36(12), dengan izin saya baca, “Mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis dan ahli ini boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu...”. Tuan Yang di-Pertua, bila seorang Menteri memberi aku janji dan sesi ini adalah— - hari ini adalah hari terakhir, sepatutnya mengikut aku janji itu ia patut mengimplementasikan apa dia memberi aku janji. Ini kerana hari itu ramai di antara Ahli Parlimen termasuk saya tidak membangkitkan perkara-perkara dengan detil kerana beliau memberi aku janji tersebut. Kalau tidak, hari itu kita akan ambil banyak masa. Jadi mengelirukan semua kita, lagi-lagi Ahli Parlimen. Tidak masuk akal Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa ini adalah skandal yang besar mengenai MITRA. Kita semua tahu di mana jutaan ringgit telah diseleweng dan saya difahamkan RM400 juta pun telah dihantar balik kepada kerajaan kerana tidak diguna pakai dalam tempoh lebih kurang lapan hingga sembilan tahun. Ini menunjukkan tidak ada keseriusan oleh kerajaan untuk menolong masyarakat yang tertindas di negara ini. Jadi kalau Menteri pun bila memberi aku janji dan tidak mengikut aku janji tersebut, saya rasa ini adalah satu perkara yang layak untuk dirujuk kepada committee tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, beliau juga telah memberi— lagi satu adalah mengenai Thaipusam, di mana beliau telah kata tidak ada perarakan-perarakan dan sebagainya. Akan tetapi, selepas itu Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia kata bahawa itu boleh dibuat kerana Kabinet telah memberi kebenaran. Semua ini mengelirukan dan rakyat ini – dalam kes MITRA, satu skandal yang besar juga. Saya rasa ini adalah satu perkara yang patut dirujuk. Jangan kita kerana mungkin Ahli-ahli Parlimen atau ahli-ahli MIC yang terlibat dalam hal ini atau skandal ini, di mana kita macam tidak tahu— saya harap beliau boleh dirujuk dan tindakan tegas diambil. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya, Yang Berhormat kalau serius hendak merujuk perkara ini kepada Dewan, maka perlu diberikan notis usul, Yang Berhormat. Saya pun perlu juga meneliti apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri Perpaduan itu sebelum saya boleh buat keputusan. Saya tahu Yang Berhormat sudah baca Hansard tadi, tetapi saya perlu selidiki juga. Jadi, kalau Yang Berhormat boleh memberitahu notis, maka saya bolehlah memulakan proses penelitian itu. Yang Berhormat, saya tidak boleh tangani dengan serta-merta sebegini sahaja.
Tuan Yang di-Pertua, okey Tuan Yang di- Pertua, saya faham. Akan tetapi, Tuan Yang di-Pertua, orang di luar sangat marah dengan apa yang dibuat oleh Kementerian Perpaduan.
Saya faham, saya faham.
Penyelewengan wang yang diguna pakai, yang dicuri oleh ahli-ahli politik. Ini untuk manfaat masyarakat yang tertentu, masyarakat India itu, tetapi nampaknya tidak ada keseriusan.
Yang Berhormat, ada dua atau tiga prosiding yang boleh dimulakan. Kalau Yang Berhormat hendak mulakan prosiding merujuk Peraturan Mesyuarat 36(12) ini, maka diperlukan usul. Akan tetapi, Special Select Committee pun boleh teliti perkara ini. PAC pun saya rasa boleh teliti perkara ini kerana...
Attorney General pun boleh juga. Akan tetapi apabila akur janji diberi di Parlimen ini, takkan— kalau aku janji itu tidak diikut, sepatutnya tindakan perlu diambil terhadap apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Pengerusi PAC pun ada di sini. So, kalau Yang Berhormat libat urus dengan beliau...
Tuan Yang di-Pertua, I don’t think we should push it to another committee.
Saya faham.
This is very clear.
Ya, tetapi perlu...
Investigation yang sedalam-dalam itu cerita lain.
Faham, tetapi...
Itu cerita lain.
Saya perlu ada usul, Yang Berhormat.
Kalau dia telah memberi aku janji untuk berjumpa dengan kita dan mengelak perjumpaan itu mengenai MITRA, itu menunjukkan apa? Ada sesuatu yang— something hidden.
Faham. Ya, tetapi kalau Yang Berhormat hendak Peraturan Mesyuarat 36(12), maka saya perlu usul. Akan tetapi kalau Yang Berhormat ingin saya follow up tentang apa yang beliau katakan mengenai proses libat urus itu, saya bolehlah tulis surat kepada beliau, kalau Yang Berhormat hendak saya berbuat demikian.
Saya harap bahawa follow up itu dibuat dan...
Okey. Saya akan...
...Tindakan susulan diambil dalam perkara ini.
Saya, saya.
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 36(12).
Tuan Yang di-Pertua.
Saya pernah bangkitkan isu ini juga pada minggu lepas tetapi itu bukan Tuan Yang di-Pertua lah, itu ialah Timbalan Yang di-Pertua. Saya membangkitkan Point of Order 36(12), di mana saya minta bahawa Yang Berhormat Menteri datang untuk berikan satu jawapan kerana bercanggah dengan kenyataan akhbar satu hari selepas dia buat kenyataan dalam Parlimen. Akan tetapi, sehingga sekarang, tidak ada sebarang kemajuan. So, di sini kita— seperti rakan saya, saya tidak mahu rujuk itu kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Hanya minta dia buat satu kenyataan supaya tidak mengelirukan Dewan. Itu sahaja kerana ini satu isu penting.
Saya follow up.
Saya harap Tuan Yang di-Pertua boleh minta...
Boleh. Saya akan...
...Yang Berhormat Menteri datanglah Dewan, cakap bahawa itulah kedudukannya. Ini kerana saya hendak terus terang, saya adalah Ahli Jawatankuasa COVID-19 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Tidak pernah dibincangkan dalam Jawatankuasa COVID-19. So, jelas apa yang dia buat adalah mengelirukan Dewan.
So, di sini saya harap juga, Tuan Yang di-Pertua, selain daripada isu MITRA yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat, ini juga satu isu di mana Yang Berhormat Menteri tidak jalankan tugasnya dengan teratur. Kalau hendak buat kenyataan di dalam Parlimen, mestilah tepat dan betul. Jangan main-main dalam Parlimen ini. Saya harap Tuan Yang di-Pertua boleh pastikan beliau hormati Parlimen.
Terima kasih Yang Berhormat Bagan dan Yang Berhormat Ipoh Barat.
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat.
Oh! Ya, Yang Berhormat Tuaran ya. Wah, banyak peraturan mesyuarat pagi ini.
Ya, Peraturan Mesyuarat 18(1). Tuan Yang di-Pertua, saya telah menghantar satu pemberitahu usul pada hari Rabu yang lalu tetapi oleh kerana tidak memenuhi syarat secara teknikal 24 jam, usul saya telah ditolak pada hari Khamis. Sebenarnya saya telah menghantar usul saya itu dengan harapan yang sidang ini akan disambung pada hari ini dan esok.
Ya.
Akan tetapi, setelah diketahui bahawa persidangan disambung pada hari ini, saya telah resubmit usul itu pada hari Khamis. Pada pagi ini, saya telah menerima penolakan usul saya itu, Tuan Yang di- Pertua. Cuma saya ingin nyatakan di sini, Tuan Yang di-Pertua, usul yang saya telah hantar itu adalah sangat penting sebab melibatkan ribuan calon SPM yang akan mengambil pada bulan Mac nanti. Pelbagai pihak telah pun membantah jadual itu kerana peperiksaan telah dijadualkan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Setelah itu, pihak Kementerian Pendidikan telah keluarkan jadual yang baharu. Kita sangat berterima kasih atas jadual itu. Walau bagaimanapun, pada 19 Februari 2022 iaitu hari Sabtu, masih lagi diadakan ujian mendengar Bahasa Malaysia dan juga Bahasa Inggeris yang jatuh pada hari Sabtu. Untuk ini, ribuan calon yang beragama Seventh-day Adventist, dia tetap tidak akan datang sebab kepercayaan agama dia tidak boleh keluar rumah pada hari Sabtu. Oleh sebab itu, saya mohon rundingkan. Cumanya, dalam penolakan ini, Tuan Yang di-Pertua, niat saya ialah supaya jadual itu dibatalkan, bukan usul saya dibatalkan. Jadi, Tuan Yang di-Pertua tulis di sini sebab― saya minta dirundingkan sahaja. Dirundingkan supaya jadual yang 19 Februari itu dibatalkan. Itu yang mahu dibatalkan, bukan usul yang dibatalkan, Tuan Yang di-Pertua. Saya mahu dirundingkan. Jadi, saya mohonlah supaya perkara ini dapat dirundingkan, Tuan Yang di-Pertua, sebab ini sangat penting melibatkan kepentingan umum. Ramai yang terlibat, ribuan. Ini perkara tertentu dan ini melibatkan masa depan calon-calon. Dia sudah tetap gagal sebab dia memang tidak dapat hadir untuk peperiksaan ini pada hari Sabtu sebab kepatuhan Tuhan. Tuhan dia cakap mesti jumpa Dia pada hari Sabtu, dia kena pergi sembahyanglah. Akan tetapi, kenapa pihak kementerian mahu juga— dia sudah ubah, jadual sudah diubah ya. The rest of it, tidak ada lagi hari Jumaat, terima kasih untuk orang Islam. Hari Sabtu, untuk orang SDA, tidak ada lagi. Hari Ahad untuk Kristian dan yang lain, terima kasih. Akan tetapi, kenapa lagi sangkut ini? Sabtu, 19 Februari 2022. Kenapa lagi? Jadi, tundalah. Kita ada hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis ada. Letak situlah. Kenapa disangkut sini lagi? Jadi, itu yang mahu dirunding, Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya. Saya mohon, saya merayu supaya dapat dirundingkan agar perkara ini dapat diselesaikan. Saya harap baik― sebab yang ini bulan Februari, sekarang ini sudah Disember, Tuan Yang di-Pertua. Ini melibatkan masa depan ribuan pelajar seluruh negara yang beragama SDA, yang guarantee punya dia tidak lulus Bahasa Malaysia, dia akan gagal SPM.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon supaya usul saya ini dapat dirundingkan, dapat dipertimbangkan semula, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Ya, sekejap. Yang Berhormat, sebenarnya saya tolak sebab usul ini secara terang di perenggan yang terakhir itu, meminta supaya jadual tersebut dibatalkan. Jadi, sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, Peraturan Mesyuarat 18(1) dan 18(2) ini ialah hanya untuk merundingkan...
Saya tahu, Tuan Yang di-Pertua...
Kita tidak boleh buat resolusi. Tidak ada mengundi...
Saya tahu dalam peraturan itu merundingkan, tetapi usul saya ini yang saya mahu minta nanti itu supaya ia dibatalkan itu.
Oleh sebab itu...
Akan tetapi, saya kemukakan usul ini supaya dirundingkan itu, Tuan Yang di-Pertua.
Ya, tetapi dalam usul tersebut, diminta bahawa perkara tersebut dibatalkan.
Tidak, itu dalam surat saya. Dalam usul ini tetap sama.
So, ini macam hendak buat resolusi.
Usul saya yang pertama itu tetap sama.
Macam hendak buat resolusi.
Tulisan saya yang 300 patah perkataan ini, tidak ada perkataan yang itu.
Saya mahu dirundingkan sahaja. Cumanya saya minta dirundingkan supaya jadual itu yang akan dibatalkan. Jangan adakan pada hari Sabtu, itu sahaja Tuan Yang di- Pertua.
Yang Berhormat, Yang Berhormat kata, ayat yang terakhir, “Atas pertimbangan ini, maka Tuaran meminta...”.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingat jangan kita terlalu sangat teknikal. Teknikal ini daripada segi masa.
Bukan teknikal, perkara ini substantif.
Saya telah memenuhi masa ia 24 jam. Lebih 24 jam. Kenapa lagi mahu teknikal secara perkataan itu sahaja?
Yang Berhormat , Yang Berhormat. Ini bukan...
Saya minta supaya dirundingkan sahaja. Minta dirundingkan sahaja secara teknik. Lalu kita tengok Peraturan 18(1) jelas asal kita - ia tertentu, kepentingan orang ramai, perlu disegerakan, itu. Kita minta supaya dirundingkan, itu sahaja. Perkataan supaya dibatalkan itu dalam surat saya sahaja. [Tidak jelas] ...seperti alasan untuk membatalkan, Tuan Yang di-Pertua.
Tuaran dah tersilap tulis itu. Yang Berhormat Tuaran dah tersilap tulis itu.
Saya dah buat keputusan, saya tidak akan benarkan. Saya dah banyak kali cakap, saya tidak akan benarkan apa-apa usul yang ingin membuat
resolusi di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan Peraturan Mesyuarat 18(2) sebab tidak ada undi, hendak buat resolusi macam mana Yang Berhormat?
Tuan Yang di-Pertua, saya cuma ingin mahu supaya perkara ini dirundingkan. Ini tertentu, lepas itu kepentingan umum, beribu-ribu pelajar dan calon-calon akan gagal.
Saya tidak boleh buat macam ini, Yang Berhormat. Kita pun tidak boleh buat macam ini. Maaf ya.
Ini Peraturan Mesyuarat 18(1) jelas supaya kita dapat merundingkan perkara yang tertentu.
Ya, jelas. Memang jelas, merundingkan sahaja.
Ya, jelas di situ. Kenapa pula digunakan hal-hal teknikal dalam surat saya sahaja?
Mana ada? Yang Berhormat.
Dalam surat saya, saya minta...
Yang Berhormat, dengar saya. Yang Berhormat, sekejap. Yang Berhormat kata Yang Berhormat...
Tuan Yang di-Pertua, itu jelas, usul ini untuk merundingkan... [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat, maaf. Yang Berhormat kata banyak kali Peraturan Mesyuarat 18(1) jelas, memang jelas. Runding sahaja. Ia tidak boleh nak minta buat itu, minta buat ini, Yang Berhormat.
Saya minta untuk dirundingkan. Usul itu nanti tujuannya itu, dalam usul itu setelah dibincangkan. Saya mahu runding, tujuannya itu.
Tidak apalah Yang Berhormat. Saya– kalau Yang Berhormat... Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Nama pun runding.
Runding, runding.
Apa yang jelas, niat kita jelas kita mahu selamatkan masa depan ribuan pelajar.
Dahlah, sudah lamalah.
Okey, Yang Berhormat. Saya dah buat keputusan tetapi kalau Yang Berhormat hendak saya review ke apa, tulislah pada saya. Terima kasihlah Yang Berhormat. Saya ada hal lagi sekarang. Maaf Yang Berhormat.
Saya mohon Tuan Yang di-Pertua supaya perkara ini direviewkan. Saya minta Kementerian Pendidikan tolonglah ambil perhatian ini. Ini pendidikan negara ini, fasal pendidikan negara mengatakan membina insan yang seimbang daripada segi rohani, jasmani dan intelek dan kepatuhan kepada Tuhan, itu adalah core. Kita berceritakan tunggak nilai-nilai murni yang 12 itu. Ini kerana apa hal kita patuh kepada Tuhan, kita dizalimi, tidak boleh duduk peperiksaan.
Saya– Yang Berhormat.
Dengan itu, apa punya kementerian, apa punya kerajaan ini yang tidak peduli. Itu sahaja permintaan... [Pembesar suara dimatikan]
Okey, Yang Berhormat, okey. Saya pasti Kementerian Pendidikan mendengar perkara ini. Diharap mereka memberi pertimbangan. Ahli-ahli Yang Berhormat semua, maaf. Saya difahamkan terdapat proses libat urus yang agak urgent, yang hendak diadakan sekarang. Maka, saya terpaksa tangguhkan Mesyuarat kita pada pagi ini selama 15 minit dan kita akan mulakan selepas 15 minit. Terima kasih semua.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 10.23 pagi]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 10.40 pagi]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (PINDAAN) 2021 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Point of order. Tuan Yang di-Pertua, point of order. 14(1)(i).
Siapa? Saya?
14(1)(i). Oleh sebab keadaan banjir yang amat serius, perlukan satu jawapan yang penting daripada kerajaan khususnya langkah- langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah ini dan di mana ada kematian juga. Saya harap bahawa ada seorang Menteri untuk memberikan penjelasan tentang langkah- langkah yang diambil untuk menangani masalah banjir yang telah pun menjejaskan beribu-ribu dan saya harap bahawa sungguhpun ini agak secara tergempar. Akan tetapi saya harap seorang Menteri khususnya Menteri yang berkaitan iaitu berkaitan dengan perparitan, bolehlah berikan satu jawapan tentang apakah langkah, apakah bantuan dan apakah usaha yang boleh dilakukan supaya keadaan dapat dipulihkan dalam masa yang paling singkat sekali. Ini kerana seperti Tuan Yang di-Pertua tahu, kita amat terharu dengan gambar- gambar di mana kita boleh lihat banyak yang terpaksa berteduh dan berlindung di atas bumbung rumah mereka. Ini tidak sepatutnya berlaku dalam Lembah Klang di mana dianggap sebagai satu kawasan yang amat maju sekali.
Saya sokong.
Bukan sahaja di sini, ada banyak wakil rakyat yang juga menjadi mangsa di sini.
Kawasan saya Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Bukit Bintang sekejap. Yang Berhormat Pontian dahulu sudah bangun.
Ya, saya juga mengenai peraturan mesyuarat yang serupa. Kita ingin mengetahui apakah langkah-langkah daripada kerajaan contohnya wang ihsan yang diumumkan RM1,000 itu, berapakah mangsa yang menerimanya dan berapa ramai yang akan menerima dan bilakah akan
diberikan sebagai contoh. RM50 juta untuk Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara dan RM100 juta untuk baiki infra dan baiki rumah ini. Tadi saya melawat di Ampang, ada keperluan-keperluan untuk memperbaiki longkang besar yang menyebabkan banjir lumpur yang teruk dan berbau busuk yang menjejaskan kesihatan rakyat. Saya kira RM100 juta itu tidak cukup untuk membaiki segala infra yang rosak akibat banjir.
Ahli Parlimen Ampang yang baharu.
Jadi, saya ingin menyokong supaya perkara ini dijelaskan dalam Dewan Rakyat. Terima kasih.
Ya, ya. Kota Raja yang paling teruklah. Soalnya bukan bantuan wang itu segera. Soalnya mana bot tentera, bot polis, APMM. Banyak nelayan menawarkan diri untuk bawa bot mereka. Bot nelayan tak sesuai kerana ia adalah ia labuh di bawah dan memang kita stranded begitu lama. Saya sendiri stranded lapan jam di satu stesen minyak. Orang kata mana wakil rakyat tak nampak muka. Nampak muka apa, stranded. Tak boleh keluar. Jadi keadaan begini cukup emergency, tentera, polis dan sebagainya. Saya tidak tahu apa Menteri dan Perdana Menteri buat ketika begini. Keadaan yang begitu teruk, dia bukan banjir biasa...
Perdana Menteri sudah umumkan RM100 juta.
Okey. Baling.
Ini yang kita jadi masalah. Dapat markah 90 peratus kejayaan. Akan tetapi kita lihat bila berlaku banjir, sudah hari kedua tidak sampai lagi bantuan-bantuan yang sepatutnya telah sampai.
Wakil rakyat kena buat— menyampaikan bantuan seperti kami yang biasa banjir, menghantar bantuan kepada mereka.
Sebab Menteri ini ada kuasa penuh terutama terhadap tentera. Tentera kita cukup baik, tentera kita cukup cekap. Bila kita arah sahaja, dia akan move tetapi tidak ada arahan.
Macam mana hendak bagi...
Ini yang saya cukup hairan kenapa jadi begitu.
Terima kasih semua. Terima kasih semua.
Tuan Yang di- Pertua. Baling, Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat, maaf. Maaf. Sepanjang...
[Dewan riuh]
[Sistem pembesar suara dimatikan]
Sekejap. Kita cuma ada satu urusan sahaja mengikut Aturan Urusan Mesyuarat hari ini iaitu Rang Undang-undang Pencegahan....
[Dewan riuh]
Yang Berhormat, tolong.
Kalau rumah Tuan Yang di-Pertua yang banjir macam mana? [Sistem pembesar suara dimatikan]
Bukan. Urusan kita cuma hari ini ialah Rang Undang- undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit. Ya, maaflah. Kalau hendak penerangan Menteri itu selalunya itu terserah kepada Yang Berhormat Menteri untuk membuat penerangan dan diberi notis kepada saya bahawa mereka akan membuat penerangan di bawah P.M.14(1)(i). So, kita tak boleh melompat dari isu ke satu isu tanpa
isu itu berada dalam Aturan Urusan Mesyuarat. Begitu yang kita buat dan begitu kita jalankan prosiding Parlimen.
Tak ada siapa jangka banjir akan berlaku lama... [Sistem pembesar suara dimatikan]
Saya tahu tetapi kita kena ikut peraturan kan? Kalau ada urusan usul, saya akan tangani usul itu tetapi kita tak boleh lompat melompat begini. Isu— dari satu isu ke satu isu lain. Maaf. Saya hendak menjemput Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk menjalankan prosiding seterusnya.
Yang lompat-lompat sebelah sana, Tuan Yang di-Pertua. Lompat-lompat sebelah sana, sini tak ada lompat.
Ikut atap pun boleh, ini kan peraturan. Come on lah, don’t talk about peraturan, memalukan.
Tuan Yang di-Pertua, isu rakyat. Kalau isu rakyat tak boleh bahas di sini, nak bahas di mana?
Tuan Yang di- Pertua.
Duduklah.
Don’t talk about peraturan lah. Kerajaan tebuk atap ini.
Tuan Yang di-Pertua, ini isu rakyat melibatkan banjir. Dewan Rakyat bersidang. Takkan kita tak boleh bangkitkan perkara itu.
Sudahlah, duduk.
People are dying, you know. Come on-lah Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Menteri, silakan.
Tuan Yang di-Pertua tak ada kawasan tidak ada apalah, tak tahu. Kami ada kawasan.
Tak hormat langsunglah. Apa lah.
Tuan Yang di-Pertua mana tahu apa. You don’t know anything. Tak tahu apa-apa.
Tak habis-habis. [Sistem pembesar suara dimatikan]
Tolong. Yang Berhormat Menteri.
Tak turun pun.
Tuan Yang di- Pertua, selaras dengan Aturan Urusan Mesyuarat hari ini iaitu Rang Undang-undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021. Pada hari Khamis yang lepas, saya sudah mengadakan sesi libat urus dengan Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Selepas itu, telah pun diadakan perbincangan antara Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan Yang Berhormat Ketua Pembangkang agar proses libat urus ini dilanjutkan pada hari Isnin, hari ini pada jam 8.00 pagi untuk kita membawa butiran pindaan ini kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, Sains dan Inovasi yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Bandar Kuching.
Ini adalah selaras dengan semangat MOU dan juga selaras dengan usaha untuk kita reformasi kan Parlimen. Dalam hal rang undang-undang— pindaan rang undang- undang Akta 342 ini Tuan Yang di-Pertua, sangat penting untuk kita mendapat penerimaan rakyat dan juga pematuhan rakyat. Ini kerana adalah berkaitan dengan langkah-langkah kesihatan awam yang diperlukan untuk kita menangani bukan hanya COVID-19, tetapi juga apa sahaja penyakit-penyakit berjangkit yang akan timbul.
Oleh yang demikian, saya telah bentang pada Jawatankuasa Pilihan Khas tadi segala butiran dan perincian berkenaan dengan pindaan ini termasuklah peraturan dan juga garis-garis panduan yang diperlukan dalam pindaan. Kita juga telah mendengar pandangan daripada kumpulan pakar yang telah memberi cadangan dan juga nasihat kepada Jawatankuasa Pilihan Khas. Saya telah dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas, Yang Berhormat Bandar Kuching bahawa Jawatankuasa Pilihan Khas telah membuat keputusan sebulat suara minta saya untuk tangguhkan. [Tepuk] Tangguhkan pindaan ini bukan disebabkan tidak disokong secara dasarnya. Perkara-perkara substantif yang sebahagian besar telah pun dipersetujui. Cuma, ada beberapa detil yang masih lagi perlu sesi yang akan datang supaya dapat dipersetujui bersama. Saya setuju dengan pandangan ini disebabkan Akta 342 ini sangat penting untuk kita dapat public compliance ataupun pematuhan daripada rakyat. Kalau sekiranya kita undi pada hari ini dan pindaan ini tidak melalui consensus bipartisan, kita akan ada masalah daripada segi pematuhan daripada rakyat kerana isu ini dilihat sebagai isu yang mempunyai pandangan yang berbeza-beza dan tidak ada consensus. Oleh sebab itu, setelah saya bincang dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tadi dan juga Yang Berhormat Ketua Pembangkang, maka dengan mengambil kira juga tumpuan perlu diberi kepada masalah bencana banjir buat masa ini.
Usul Menangguhkan Bacaan Kali Yang Kedua Dan Ketiga Rang Undang-Undang Di Bawah P.M. 62Bill
Tuan Yang di- Pertua, untuk mengambil ketetapan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Pilihan Khas atas semangat bipartisan, atas semangat MoU kita dan bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 62, saya mohon mencadangkan Rang undang-undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 seperti dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini ditangguhkan bacaan kali kedua dan ketiga ke mesyuarat akan datang. [Tepuk]
Rakyat menang. Rakyat menang.
Yang Berhormat Ketua Pembangkang.
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan kerana mengambil keputusan menangguhkan pembentangan bacaan kedua ke sidang yang akan datang. Ada beberapa perkara yang perlu saya sentuh. Pertama, sebahagian besar Ahli- ahli Parlimen pun tidak hadir kerana terpaksa mengawal dan membantu usaha-usaha mengurangkan tekanan rakyat di masa banjir terutama sekitar Lembah Klang dan juga beberapa negeri yang lain. Saya dalam hal ini― kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga hadir― ingin menggesa supaya tindakan segera diambil termasuk mengarahkan pihak tentera untuk mengambil tindakan yang lebih pantas.
Kedua, ada beberapa kelemahan yang terkait juga dalam hal ini. Umpamanya, mengapa tidak boleh ada kesan awal atau early warning system dengan semua kecanggihan Jabatan Meteorologi dan Kaji Cuaca? Sampai rakyat tidak tahu. Sedar pagi itu, kereta dan sebahagian barang-barang sudah hanyut. Ini juga ada kait dengan peranan Kementerian Kesihatan kerana kita dapat menjangka wabak COVID-19 dan penyakit-penyakit lain yang berjangkit ini akan terus merebak selepas banjir ini. Jadi, kita mahu tumpuan yang lebih ke arah ini. Menyentuh soal rang undang-undang ini, penggubalannya tentulah sangat lemah.
Pencelahan. Pencelahan, Yang Berhormat Port Dickson.
Tiada pencelahan.
Saya rasa penggubalannya itu dengan pindaan-pindaan yang dikemukakan sekarang ini menunjukkan bahawa kementerian dan Kabinet yang meluluskan tidak mengambil kira beberapa pandangan rakyat. Umpamanya, pertama, hukuman kompaun naik RM1,000 ke RM10,000 dan lain- lainlah juga ya. Oleh itu, harus kita belajar daripada pengalaman ini iaitu meneliti peruntukan-peruntukan yang ada dan meneruskan dengan program libat urus. Kalau betul disebut tadi peranan pembangkang dan semangat memorandum persefahaman, sepatutnya ada libat urus yang boleh mengambil kira pandangan-pandangan lain― kepakaran dan sebagainya. Akan tetapi, semangat yang ditunjukkan iaitu kesediaan untuk meminda, jadi akhirnya dengan cadangan pindaan ini, saya berpendapat beberapa hal substantif telah pun diambil kira termasuk menurunkan semula atau membatalkan cadangan kenaikan kompaun bagi rakyat daripada RM1,000 ke RM10,000 kekal dengan RM1,000 sekarang.
[Bangun]
Itu pun kita menunggu peraturan supaya jangan ada dua darjat ini. Ini kerana sudah banyak berlaku di mana pembesar- pembesar, kumpulan ningrat ini tidak dikenakan hukuman tetapi rakyat yang miskin dikenakan hukuman. [Tepuk]
Betul, betul.
Jadi, saya juga mengambil kira pandangan konsensus yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi oleh Jawatankuasa Pilihan Khas...
Yang Berhormat Ketua Pembangkang, mencelah.
...Yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Bandar Kuching supaya bukan sahaja peraturan, bukan sahaja undang- undang tetapi sebelum dibentangkan di sini, peraturan dan garis panduan itu diteliti dan dikaji supaya jangan ada pelanggaran kuasa ataupun permasalahan yang berbangkit kerana kurang jelas. Mana-mana undang-undang itu harus ada clarity. Oleh sebab dalam undang-undang itu tidak ada clarity, makna peraturan dan garis panduan itu harus membantu. Akan tetapi, pada prinsipnya, saya hendak sebut, walaupun keutamaan kita menangani banjir, saya hendak sebut bahawa ada keperluan kita meneliti semula rang undang-undang Akta 342 ini kerana ia akan membantu supaya tindakan menangani masalah COVID-19 dan penyakit berjangkit ini lebih berkesan. Jadi, pada dasarnya, kita setuju harus ada peraturan. Apa yang tidak kita setuju ialah beban kepada rakyat, hukuman lebih tinggi dan wewenang atau discretion yang terlalu luas bagi penguat kuasa. Juga, hukuman yang tidak merujuk kepada proses hukum mahkamah dan penyelarasan dengan majlis perbandaran. Ada hal-hal yang berlaku, umpamanya di sini tidak disentuh, umpamanya tindakan yang bukan hanya patutnya dibebankan kepada Kementerian Kesihatan tetapi juga majlis perbandaran.
Mengapakah pelanggaran oleh syarikat-syarikat besar itu dibiarkan dan pelanggaran oleh anak-anak orang kecil itu diberikan penekanan? Jadi, saya simpulkan dengan mengatakan bahawa saya sambut baik keputusan untuk menangguhkan ke sidang yang akan datang. Akan tetapi, biarlah sebelum dibentangkan sekali lagi― kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun hadir― ada kesepakatan untuk menerima peruntukan-peruntukan ini terutama yang substantif, ada perkara-perkara yang kecil mungkin kita berbeza pendapat, tetapi peraturan itu sangat terpakai kerana pelanggaran yang berlaku ini kerana kita terlalu lemah dalam garis panduan dan peraturan. Jadi, saya sekali lagi ucapkan terima kasih atas tindakan pihak kerajaan untuk menarik balik.
Penjelasan. Penjelasan, Yang Berhormat Port Dickson. Sedikit.
Terima kasih. Tidak ada penjelasan. Ini atas jemputan saya. Yang Berhormat Bandar Kuching selaku Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, silakan.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya di sini bangun sebagai Pengerusi Jawatankuasa untuk menyatakan pendirian kami. Jadi, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Kesihatan, Sains dan Inovasi sebelum ini telah bermesyuarat dan mendengar pendapat daripada kedua-dua pihak termasuk Yang Berhormat Menteri, Ketua Pengarah Kesihatan, pegawai Kementerian Kesihatan, pegawai AGC serta panel pakar luar yang terdiri daripada Prof. Adeeba, Dr. Lim Kuan Joo, Dr. Chow Kim Weng, Dr. Thirunavukarasu Rajoo, Dr. Koh Kar Chai dan Encik Azrul Mohd Khalib. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas kesungguhan dan keterbukaan beliau untuk berbincang dan juga untuk memperhalusi guidelines yang sedia ada, malah menerima beberapa cadangan kami untuk mencari satu titik persefahaman untuk kebaikan rakyat. Maka, selepas mendengar penjelasan Yang Berhormat Menteri, atas nasihat pakar-pakar serta perbincangan dalam committee kami, jawatankuasa kami, kami sebulat suara mengesyorkan agar rang undang-undang ini ditangguhkan untuk penglibatan yang lebih komprehensif dengan semua pihak berkepentingan dan juga untuk membuat semakan yang diperlukan untuk menambah baik rang undang-undang ini.
Kami menyokong keperluan rang undang-undang untuk disemak, dikemas kini dan diperkukuhkan. Akan tetapi undang-undang penting sedemikian tidak harulah tergesa-gesa untuk memastikan semua sudut dilindungi dan rang undang-undang difikirkan secara betul, secara komprehensif untuk meningkatkan kepercayaan dan keyakinan orang ramai terhadap rang undang-undang yang penting ini dan juga untuk mengelakkan sebarang akibat atau consequences yang tidak diingini. Kami amat percaya bahawa keutamaan dalam menangani ancaman, mungkin Omicron yang akan datang adalah keperluan untuk mengukuhkan tindak balas kesihatan awam kami dan juga mempertingkatkan kapasiti sistem kesihatan kami. Selain itu, bagi kami keutamaan dan sumber kerajaan sekarang haruslah tertumpu untuk menangani isu banjir dan bencana alam yang sedang melanda negara kita. Oleh itu secara rumusannya, kami sekali lagi mengesyorkan agar rang undang- undang ini dibincangkan dengan lebih teliti dalam Jawatankuasa kami dan guidelines untuk penguatkuasaan haruslah dibentangkan atau made public kepada rakyat sebelum undang-undang ini dibentangkan semula dalam Parlimen ini. Dengan itu, sekian terima kasih.
Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Menteri Kesihatan. Ada apa-apa hendak nyatakan?
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya beri pandangan?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ambil maklum pandangan yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang dan juga Yang Berhormat Bandar Kuching sebagai Pengerusi Jawatankuasa tadi. Saya rasa ada satu kata sepakat tadi dalam Jawatankuasa. Oleh sebab niat saya adalah untuk bawa semula pindaan ini. Pindaan ini diperlukan dan perkara ini disahkan tadi oleh Ketua Pembangkang dan Yang Berhormat Bandar Kuching. Akan tetapi yang penting ialah pematuhan rakyat. Itu sangat penting, pematuhan itu datang daripada trust dan capability proses perundangan yang bipartisan. Jadi, cadangan daripada Yang Berhormat Bandar Kuching tadi saya setuju. Kita akan terbitkan, dahulu kita tak terbitkan. Mungkin itu kekhilafan dan kita akan terbitkan garis panduan supaya jelas apakah kesalahannya, apa nilai kompaun dan sebagainya supaya lebih jelas apabila saya bawa pindaan kepada Akta 342 nanti, agar mendapat sokongan bipartisan. Oleh sebab yang penting adalah seperti mana yang saya sebutkan tadi, pematuhan. Untuk krisis kesihatan awam ini, ia bukan hanya tindakan punitif tetapi tindakan public health intervention yang sangat penting. Jadi, saya ucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Kita akan bawa sekali lagi pindaan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas sebelum dimaklumkan kepada Majlis nanti. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Port Dickson dan Yang Berhormat-Yang Berhormat...
Tuan Yang di-Pertua. Boleh saya beri cadangan untuk dipertimbangkan sebelum bill baharu dibawa tak?
Maaf.
Oleh kerana sudah dua tahun saya beri pandangan, langsung tidak...
Yang Berhormat, kalau ada pandangan, boleh buat secara – boleh berurusan dengan – Yang Berhormat Bandar Kuching pun ada...
Isunya bukan sahaja penalti, lain-lain isu.
Kita minta juga... [Pembesar suara dimatikan]
Sekarang sedang dilibat urus. Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sidang Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat, Parlimen Keempat Belas telah berlangsung selama 33 hari, mulai dari hari Isnin hingga hari ini - 20 Disember 2021. Sebagaimana semua Ahli Yang Berhormat sedia maklum, persidangan kali ini juga telah diadakan dengan mengambil kira cabaran penularan wabak COVID-19 yang masih berlarutan. Pelbagai langkah telah kita ambil untuk memastikan persidangan ini berjalan lancar, termasuklah mewajibkan ujian RTK-AG Saliva secara berkala sejak Mesyuarat Pertama lagi, di samping menggalakkan pengambilan dos penggalak vaksin COVID-19 kepada semua Ahli Yang Berhormat. Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberi kerjasama bagi membolehkan perjalanan Majlis Mesyuarat dapat disempurnakan sepanjang tempoh persidangan ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan saya kepada KKM yang telah memberikan sepenuh komitmen dalam memastikan Parlimen Malaysia sentiasa dalam keadaan terkawal dan selamat daripada penularan wabak COVID-19. Khususnya ucapan jutaan terima kasih saya pada Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan di bawah pimpinan Dr. Noorliza dan juga pasukan beliau yang amat komited pada keselamatan Ahli-ahli Parlimen dan warga Parlimen sepanjang persidangan ini.
[Tepuk] Terima kasih saya kepada beliau dan pada Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Malaysia. Tidak juga saya lupakan ucapan terima kasih kepada semua pegawai kerajaan, warga Parlimen Malaysia, khususnya Bahagian Pengurusan Dewan Rakyat, wakil media masa serta semua pihak yang turut terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam pengendalian urusan Majlis Mesyuarat sepanjang tempoh Dewan kali ini. Kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dan warga Parlimen yang beragama Kristian, saya mengucapkan Selamat Hari Krismas yang akan disambut pada Sabtu, 25 Disember 2021. Juga tidak terlalu awallah untuk saya mengucapkan juga Selamat Tahun Baru 2022 yang bakal menjelang tidak lama lagi kepada semua. Saya ingin menasihatkan semua Ahli Yang Berhormat untuk sentiasa mematuhi SOP yang dikeluarkan kerajaan agar kita sama-sama dapat mengekang penularan wabak COVID-19 yang masih belum ada kesudahan ini. Oleh sebab ramai yang berpantun sebelum ini dan saya tak dapat berpantun, jadi saya akan mengambil kesempatan ini, giliran saya untuk berpantun.
[Dewan riuh]
Batu Kawan berwarna-warni, Jelutong pula tidak habis berdiri, Setiap hari kita di sini, Amanah rakyat kita penuhi. [Tepuk] Port Dickson bangkitkan isu Pandora, Katanya saya jadi peguam bela, Suasana politik memang bergelora, Namun nasib rakyat mestilah kita bela. [Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua, boleh jawab tak ini? Boleh jawab?
Yang Amat Berhormat Bera orangnya tenang, Rembau pula orangnya tampan, Tuan Yang di-Pertua kadang-kadang memanglah naik berang, Namun apa-apa pun di hati tak pernah disimpan. [Tepuk] Disebabkan Sepang lidah bertikaman, Shah Alam mencelah menambah riuh, Janganlah kita berdendam-dendaman, Ambil yang jernih buanglah yang keruh. [Tepuk] Sembrong menjawab dengan senyuman, Gombak berucap perlahan-lahan, Kita akhiri dengan salam-salaman, Eratkan persahabatan teguhkan persaudaraan.
Mantap.
Akhir bicara, saya ingin mengucapkan kepada semua, selamat pulang dan selamat kembali ke destinasi masing-masing. Semoga Ahli-ahli Yang Berhormat sentiasa sihat walafiat di samping keluarga tersayang. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan pada hari ini ditangguhkan hingga ke suatu tarikh yang tidak ditetapkan. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera semua.
[Dewan ditangguhkan pada jam 11.08 pagi]