Dewan Rakyat · 8 March 2022

15th Parliament, session 5, meeting 1 · 438 turns · 43,728 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Menteri Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum saya memanggil Ahli-ahli Yang Berhormat, ada pemakluman yang saya ingin bacakan. Ahli-ahli Yang Berhormat, sukacita dimaklumkan bahawa hari ini 8 Mac 2022 adalah Sambutan Hari Wanita 2022. Bersempena dengan Hari Wanita 2022 ini Parlimen Malaysia menganjurkan satu forum bual bicara bersama Yang Berhormat bertajuk “Saksama Bersama”, pada hari ini jam 1 tengah hari bertempat di Bilik Bankuet, Blok Utama, Parlimen Malaysia. Ahli-ahli Yang Berhormat adalah dijemput untuk hadir. Sekian, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya ingin menjemput Yang Berhormat Sabak Bernam.

Mohd Fasiah bin Mohd FakehUMNO · BNSabak Bernam · question

1. Dato' Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh [Sabak Bernam] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan setakat manakah kementerian telah berjaya menyediakan projek perumahan mampu milik yang konklusif, praktikal dan mapan khususnya bagi golongan muda (berumur 25-35 tahun) dan setakat manakah sambutan golongan muda ke atas projek perumahan PR1MA seluruh negara.

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina MericanUMNO · BNMenteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Kepala Batas

Baik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Sabak Bernam. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas soalan yang telah disebut tadi. Bagi memastikan usaha ini dapat dijayakan dengan sebaik mungkin, kerajaan telah mewujudkan Jawatankuasa Penyelarasan dan Pelaporan Kluster Perumahan RMKe-12. Bagi tujuan untuk memastikan pelaksanaan penyediaan 500 ribu buah rumah mampu milik dapat dicapai pada tahun 2025. Strategi pelaksanaan ini akan melibatkan KPKT sebagai penyelaras utama kepada kementerian dan juga agensi persekutuan, kerajaan negeri dan sektor swasta. Program Rumah Mampu Milik di bawah kawal seliaan KPKT sememangnya terbuka kepada semua golongan B40, M40 dan termasuklah dalam kalangan golongan muda. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sehingga kini terdapat 154 buah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang telah siap dibina merangkumi 97,196 unit kediaman di seluruh negara.

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina MericanUMNO · BNMenteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Kepala Batas

Bagi tahun 2022, sebanyak tujuh buah projek PPR dirancang untuk dibina di seluruh negara merangkumi 2,770 buah. Pada masa yang sama kerajaan komited untuk meneruskan Program RMR di bawah SPMB yang juga terbukti memberi manfaat perumahan khusus kepada golongan B40 yang mempunyai tanah sendiri atau tanah milik ahli keluarga yang diberi kebenaran. Sehingga kini, 50,078 unit RMR telah pun siap dibina di seluruh negara. Selain daripada itu, kerajaan akan meneruskan program perumahan sedia ada bagi golongan M40 melalui Program Rumah Mampu Milik dengan harga jualan RM300,000 dan ke bawah seperti Projek Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM). Kediaman SPNB yang memberikan manfaat kepada golongan M40. Setakat ini terdapat 24,903 unit PPAM dan 27,821 unit perumahan PR1MA dan 28,305 unit kediaman SPNB telah siap dibina di seluruh negara. Merujuk kepada pertanyaan asal Yang Berhormat mengenai sambutan golongan muda ke atas Projek Perumahan PR1MA secara keseluruhannya sehingga Disember 2021, sebanyak 50 peratus pembeli kediaman PR1MA iaitu 17,543 orang pembeli di seluruh negara adalah terdiri daripada golongan yang sememangnya berusia di antara 25 hingga 35 tahun. Bagi 2021 sahaja, sebanyak 34 peratus pembeli kediaman PR1MA iaitu 1,904 orang daripada 5,626 orang adalah terdiri daripada kalangan mereka yang berusia pada usia 25 hingga 35 tahun. Ini sekali gus menunjukkan bahawa harga jualan yang ditawarkan oleh PR1MA menjadi kegemaran dalam kalangan anak muda. Tambahan pula, PR1MA juga memperkenalkan inisiatif ‘Youth Home Ownership’ yang menyasarkan peningkatan pemilikan rumah PR1MA dalam kalangan golongan muda daripada 50.3 percent kepada 70 peratus pada penghujung tahun 2022. Bagi membantu golongan muda memiliki rumah, kementerian juga sedang merancang untuk menyediakan Rumah Transit Belia (RTB) di beberapa buah lokasi di Lembah Klang yang mana harga rumah dan kadar sewa yang pada waktu ini dianggap tinggi.

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina MericanUMNO · BNMenteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Kepala Batas

Sebanyak dua projek RTB dicadangkan iaitu di Mukim Batu, Kuala Lumpur manakala satu lagi di Rawang Selangor. Bagi RTB Mukim Batu Kuala Lumpur, ia akan dibangunkan sebanyak 1,400 unit dan RTB Rawang Selangor sebanyak 3,000 unit akan dibina. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPKT juga telah mengenal pasti berkaitan dengan isu utama pemilikan rumah mampu milik untuk kalangan 25 hingga 35 tahun. Pada pengamatan kementerian antara kesukarannya adalah untuk mendapat pembiayaan (barrier of entry). Oleh itu Kerajaan Persekutuan melalui KPKT dan juga MOF bercadang untuk menganjur program Home Ownership Campaign (HOC) yang akan memfokuskan empat elemen utama iaitu: (i) Inisiatif Pembiayaan Perumahan Malaysia (IPPM); (ii) penyediaan perumahan; (iii) program; dan (iv) promosi. Di bawah elemen Inisiatif Pembiayaan Perumahan Malaysia (IPPM) ini, program seperti Skim Rumah Pertamaku di bawah Cagamas Berhad dan Skim Jaminan Kredit Perumahan di bawah SJKP dan RTO PR1MA sedang dimuktamadkan serta akan ditingkatkan dengan kerjasama institusi kewangan yang terpilih agar dapat menarik minat pembeli khususnya golongan B40 dan M40 bagi memudahkan pembiayaan untuk memiliki rumah. Secara kesimpulan, agenda besar KPKT mengenai perumahan akan memberi fokus kepada konsep ‘5K’ iaitu: (i) ketersediaan (availability); (ii) kemampuan (affordability);

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina MericanUMNO · BNMenteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Kepala Batas

(iii) kemudahan pembiayaan (accessibility); (iv) kualiti (quality); dan (v) kediaman berdaya huni. Mudah-mudahan saya yakin, inilah yang akan menjadi hasrat dan keinginan generasi muda di Malaysia secara keseluruhannya. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Menteri yang telah menjelaskan jawapan tadi dan memberikan komitmen yang begitu tinggi kepada golongan muda, terutama dalam merancang projek perumahan. Baru-baru ini Persatuan Perunding Hartanah Muslim ada menyarankan agar kerajaan menubuhkan Tabung Perumahan Negara bagi mencapai sasaran ‘satu keluarga satu rumah’ khususnya bagi menyelesaikan pembiayaan bagi B40. Apakah KPKT ada bercadang untuk melaksanakan perkara dalam masa yang akan datang? Setakat manakah pemaju perumahan PR1MA ini dapat menyediakan kemudahan infrastruktur termasuklah terutamanya teknologi internet dan kemudahan parkir kereta yang mencukupi bagi keperluan penduduk di residensi-residensi PR1MA yang ketika ini terpaksa bekerja dari rumah dalam COVID-19 yang terus meningkat ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Menteri. Dua minit, 30 saat.

Okey, baik terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan tadi. Sememangnya salah satu daripada apa yang saya sebut tadi iaitu ‘5K’ – dalam kita membuat penyediaan rumah mampu milik, saya melakarkan lima perkara yang paling penting. Pertamanya ketersediaan– maknanya the availability. Kita hendak tahu stok dari Perlis sampailah ke Sabah dan Sarawak, berapa banyakkah stok rumah mampu milik yang kita ada. Keduanya, adalah daripada segi soal affordability. Kita hendak kena lihat kayu ukur daripada segi definisi yang dikatakan ‘mampu milik’. Mampu milik di Kuala Lumpur tidak semestinya mampu milik di Kinabatangan. Maka, pemetaan untuk seluruh kawasan ini dengan menggunakan medium income multiple formula agar dapat dilakukan penyediaan mampu milik yang berdasarkan harga ikut lokaliti termasuklah dalam sesebuah negeri sekalipun. Contohnya kalau di Ipoh kemungkinan besar ia tidak mampu miliki di Gerik, harganya. So, penetapan harga yang lebih stabil perlu dilakukan oleh pemaju-pemaju penyedia rumah mampu milik. Ketiganya adalah daripada segi soal accessibility ataupun kemudahan pembiayaan. Inilah salah satu yang saya sedang minta untuk dilihat model baharu. Setakat ini yang ada intervention daripada pihak kerajaan adalah melalui apa disebut sebagai Skim Jaminan Kemudahan Kredit Perumahan (SJKP) tadi dan juga Cagamas Berhad. Dalam kalangan anak muda yang menjadi paling-paling sukar adalah barriers at the entry. They do not have orang kata soal orang kata downpayment dan kadang-kadang ia menyebabkan pinjaman-pinjaman mereka tidak dapat diluluskan. Namun, pada cadangan yang disebut Tabung Perumahan Negara, sebagaimana model-model yang ada di luar negara macam HDB, ini adalah salah satu perkara yang saya sedang teliti dan juga oleh panel of experts yang ditubuhkan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Kita akan wujudkan satu cadangan model baharu agar kita boleh angkat dan pada akhirnya yang akan meluluskan ini adalah Bank Negara dan Kementerian Kewangan. This is not entirely under KPKT. Kita perlu meyakinkan agar pada akhirnya the access kepada perolehan pembiayaan bagi mendapatkan rumah mampu milik terutamanya di kalangan anak-anak muda selari dengan kempen yang saya sedang lakukan Own at Young dapat direalisasikan. Untuk PR1MA tadi– memang PR1MA saya dah minta salah satu daripada perkara yang perlu ditekankan adalah aspek daya huni. The aspect of livability. One of the most important aspects dengan izin, dalam livability ini adalah soal connectivity- last mile

connectivity. Oleh sebab itu, perumahan mampu milik yang disediakan oleh PR1MA sekarang ini semuanya dibekalkan fibre to the unit. Ini kerana, ia akan menjadikan orang kata rumah itu mempunyai kelengkapan internet secara tersedia. Ini dilakukan oleh anak syarikat mereka PR1MA Comm. supaya kita tidak mahu melihat bahawa rumah-rumah yang dikatakan untuk B40 ini tahap daya huninya berada pada tahap yang tidak tinggi hanya kerana harganya adalah harga yang tidak ataupun harga dianggap rendah. Bersesuaian bahawa connectivity ataupun internet access ini adalah yang dikatakan sebagai third utility. Sudah menjadi basic human ataupun basic keperluan kepada manusia maka demikian jugalah agenda PR1MA yang bukan hanya menyedia perumahan tetapi menyediakan perumahan yang mempunyai tahap daya huni yang setimpal dan tinggi. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Datuk Dr. Hasan bin BahromAMANAH · PHTampin

Tampin.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Soalan tambahan yang kedua...

Datuk Dr. Hasan bin BahromAMANAH · PHTampin

Tampin.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Bukit Bendera.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya tengok ramai yang hendak bertanya. Saya jemput Yang Berhormat Bukit Bendera.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tadi mendengar dengan jelas jawapan oleh Menteri. Tadi Menteri menyatakan bahawa Rumah Transit Belia adalah dimulakan di Lembah Klang. Soalan saya, di bandar- bandar besar yang harga rumah yang tinggi – seperti Menteri dari Pulau Pinang, Menteri juga tahu bahawa harga rumah di Pulau Pinang juga agak tinggi dan juga Johor Bahru, berapakah peruntukan oleh kerajaan untuk melaksanakan Program Rumah Transit Belia tahun ini? Sama ada, ada rancangan untuk memperluaskan Rumah Transit Belia ke negeri Pulau Pinang dan ke Johor Bahru. Itulah soalan saya.

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Ya, sememangnya. Sebab itu baru-baru ini saya telah berjaya meminta supaya Majlis Perumahan Mampu Milik Negara diaktifkan semula. Ia dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan dihadiri oleh semua Ketua Menteri dan Menteri Besar dan juga Menteri-menteri yang menjadi antara implementing agency kepada penyediaan perumahan. Di situ kita dapat adakan strategi secara berintegrasi (integrationist) sebab soal penyediaan perumahan ini bukan hanya terletak di bahu Kerajaan Pusat tetapi juga terletak bersama-sama dengan kerajaan negeri dan juga sektor swasta. Pada waktu ini sebagaimana yang disebut memang ada di kawasan Lembah Klang namun Rumah Transit Belia juga telah mula diadakan di negeri-negeri lain, di negeri Johor umpamanya. Di negeri Selangor juga ada rancangan. Jadi Yang Berhormat, memang kita melihat secara keseluruhan agenda penyediaan rumah ini dan termasuk juga Rumah Transit Belia dengan kerjasama antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri. Mudah-mudahan orang kata penyediaan rumah pada mereka yang berada pada usia muda dapat dilakukan dengan sebaiknya. Terima kasih.

2. Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat] minta Menteri Luar Negeri menyatakan: (a) sama ada kerajaan menyedari bahawa ramai rakyat Malaysia terkandas di Ukraine ataupun tidak; dan (b) nyatakan jenis bantuan yang telah dan akan disalurkan untuk membantu mereka.

Dato’ Sri Saifuddin AbdullahBERSATU · PNMenteri Luar Negeri · Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Ipoh Barat. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, tidak ramai rakyat Malaysia yang berada di Ukraine dan mereka mendaftar kepada Malawakil secara sukarela. Antara 14 hingga 24 Februari seramai 13 orang warganegara telah keluar dari Ukraine secara sukarela. Pada 26 Februari seramai sembilan lagi warganegara termasuk dua orang petugas kedutaan telah keluar, evakuasi dari Kiev– dari Ukraine.

Dato’ Sri Saifuddin AbdullahBERSATU · PNMenteri Luar Negeri · Indera Mahkota

Pada hari ini setakat makluman kami, cuma ada empat orang warganegara yang berdaftar dengan kedutaan besar yang masih berada di Ukraine. Ada di antara mereka yang berkahwin dengan warganegara tempatan. Pihak kedutaan melalui perwakilan Malaysia di negara-negara berdekatan Ukraine, terutamanya di Warsaw, di Poland sentiasa berhubung rapat dengan warganegara Malaysia yang masih berada di Ukraine. Pihak kedutaan kita sentiasa bersedia untuk membantu sekiranya mereka berhasrat untuk keluar dari Ukraine. Bantuan yang diberikan termasuk memudah cara urusan kemasukan di sempadan-sempadan berkaitan. Sempadan negara berkaitan, urusan dokumentasi, contohnya pengeluaran Sijil Perakuan Cemas bagi mereka yang memerlukan, menjaga dan memastikan keadaan kebajikan mereka sentiasa terpelihara dan urusan-urusan lain yang berkenaan. Di kesempatan ini, saya ingin juga merujuk kepada video berdurasi 45 saat yang dimuat naik dalam talian yang mendakwa bahawa sekumpulan pelajar Malaysia masih lagi terkandas di Ukraine. Sehingga kini tiada pengesahan dapat dibuat ke atas dakwaan tersebut serta identiti mereka sebagai warganegara Malaysia. Namun saya ingin mengulangi gesaan saya supaya mana-mana warganegara Malaysia di Ukraine yang masih belum mendaftarkan diri dan masih berada di sana untuk mendaftar kepada kami dan kedutaan yang terdekat, sekali lagi saya ulang ialah kedutaan kita di Poland yakni di Warsaw. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Soalan tambahan pertama, Yang Berhormat Ipoh Barat.

Ya terima kasih. Video itu pun saya nampak kerana itu saya mengemukakan soalan ini. Soalan saya adalah, saya difahamkan ramai rakyat Malaysia yang tidak berdaftar. Ini menjadi satu masalah yang besar. Apakah yang telah dikenal pasti untuk menolong mereka? Saya difahamkan mereka dalam keadaan yang sangat serius pada masa sekarang. Kita tahu bahawa kedutaan kita tergesa-gesa keluar hendak terbang melalui kapal terbang tidak dapat, selepas itu melalui jalan raya. Ini menunjukkan kita tidak sedia untuk menghadapi masalah yang serius di Ukraine. Kalau sedemikian, macam mana rakyat Malaysia yang akan menghadapi masalah ini. Saya khuatir Yang Berhormat, adalah negara-negara yang dekat sempadan macam Poland, dahulu sebahagian dari Rusia juga, telah masuk dengan NATO. Saya khuatir mungkin ada aggression di sana juga. Apakah pendirian kerajaan, kementerian? Jika ada sedemikian, adakah kita bersedia untuk melibatkan untuk menolong mereka. Adakah projek short-term, long-term plan? Kerajaan adakah kalau terlibat dalam usaha untuk menyelesaikan perang ini di antara Ukraine dan Rusia, adakah perbincangan telah dibuat dengan Rusia supaya memberi arahan atau pandangan supaya mereka mengundur dari Ukraine.

Dato’ Sri Saifuddin AbdullahBERSATU · PNIndera Mahkota

Pertama, evakuasi adalah perkara yang lazim kita lakukan dan semua ketua-ketua perwakilan kita memang sentiasa bersedia. Ini kita

Dato’ Sri Saifuddin AbdullahBERSATU · PNIndera Mahkota

lakukan di banyak tempat melalui udara dan melalui darat misalnya di Iraq, di Yemen, di Syria dan sebagainya. Di Ukraine itu, tidak tergesa-gesa. Memang kita ada maklumat itu dan keputusan dibuat pada 24 hari bulan Februari untuk mereka keluar. Memang lazimnya pegawai kedutaan kita antara yang akhir keluar. Ini di mana- mana dan inilah pengorbanan pegawai-pegawai kedutaan kita di mana-mana malawakil. Pada waktu yang sama, mereka akan bawa bersama mereka mana-mana warganegara yang masih berada di tempat-tempat konflik, termasuklah baru-baru ini kita membawa seorang warganegara Singapura untuk keluar. Kedua ialah kita sentiasa mengingatkan rakyat kita di luar negara untuk mendaftar. Akan tetapi kelazimannya memang begitu apabila berlaku sesuatu bencana, sesuatu masalah, maka pada masa itu baru mereka secara sukarela akan mendaftar. Namun sebaik sahaja kita tahu walaupun mereka tidak daftar, kita akan hubungi juga mereka melalui telefon, melalui pesanan-pesanan, melalui teman-teman mereka dan sebagainya. Tentang kedudukan beberapa orang rakyat Malaysia yang berada di Poland termasuk ada yang keluar baru-baru ini daripada Kiev, mereka ada di Poland. Ada yang pergi ke negara lain– yang ini memang kita sentiasa melihat dari segi intelligence. Apa- apa yang mungkin berlaku, pelan evakuasi itu memang sentiasa ada dalam apa-apa keadaan. Bukan sahaja keadaan konflik peperangan tetapi juga dalam suasana bencana seperti banjir, gempa bumi dan baru-baru ini evakuasi daripada Wuhan ketika Yang Berhormat bekas Perdana Menteri ada di sini mempengerusikan Mesyuarat Evakuasi Rakyat Malaysia dari Wuhan sebagai contoh. Terima kasih.

Rusia, ada perbincangan dengan Rusia untuk mengundur dari Ukraine?

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Subang boleh?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Kita dengar Beaufort dulu.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Pertamanya izinkan saya untuk mengucapkan Selamat Hari Wanita Sedunia kepada semua wanita yang ada di dalam Dewan ini dan juga yang berada di luar sana, di seluruh negara kita Malaysia yang tercinta ini. Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri. Sekiranya betul video yang ditularkan itu dan terdapat ataupun memang ada terdapat rakyat kita di Ukraine sekarang ini yang sedang berada dalam peperangan ini, apakah tindakan-tindakan daripada kementerian ataupun negara kita untuk evacuate mereka ini daripada sana dalam tempoh yang terdekat? Terima kasih.

Dato’ Sri Saifuddin AbdullahBERSATU · PNIndera Mahkota

Soalan yang sama saya ulang tetapi tidak apa, terima kasih. Ya kalau benar dan kalau kita tahu pasti kita akan usahakan dengan apa cara sekalipun. Lazimnya apabila kita membuat sesetengah program evakuasi itu, kita tidak umumkan kepada khalayak untuk menjaga keselamatan mereka. Contohnya semasa evakuasi jalan darat dari Kiev menuju ke Poland baru-baru ini, kami cuma berkata evakuasi sudah bermula tetapi kami langsung tidak jawab bila orang tanya ikut mana, sekarang di mana, sebab kita hendak jaga keselamatan mereka. Hal yang sama sekiranya diperlukan kita bersedia untuk melaksanakan. Izinkan saya berbalik kepada soalan Yang Berhormat Ipoh Barat, saya tidak sempat hendak– saya lupa hendak jawab tadi. Kita ada hubungan yang baik dengan Rusia, dengan Ukraine. Kita ada cara-cara yang kita gunakan. Akan tetapi saya tidak mahu menunjukkan bahawa seolah-olah kita terlibat secara direct dalam rundingan damai itu. Kita mendukung rundingan damai yang sedang dijalankan. Ada beberapa negara sahabat kita yang aktif terlibat dengan rundingan damai itu dan kita menyampaikan dukungan kita kepada mereka. Terima kasih.

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Boleh tidak Timbalan Yang di-Pertua, soalan satu lagi, tentang Ukraine?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Peraturan 24A(5) setakat 10 minit satu soalan. Ada sedikit masa lagi saya bagi peluang kepada Yang Berhormat Subang untuk bertanya.

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri saya lihat keadaan di Ukraine ini semakin teruk. Civilians are targeted, pembunuhan beramai-ramai sudah mula berlaku. Pada tahap apakah Malaysia akan mula membuat tindakan sanctions sekiranya perkara ini berterusan di mana civilians are targeted? At what level are we willing to act beyond just being mediator? Terima kasih.

Dato’ Sri Saifuddin AbdullahBERSATU · PNIndera Mahkota

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Subang. Prinsip kita ialah kita tidak percaya kepada unilateral sanction. Sanction harus melalui United Nations. Sebagai ahli Human Rights Council kita sudah mencadangkan bahawa pertama kita minta ceasefire. Kedua rundingan itu diteruskan. Sekiranya perlu, sanction boleh dilaksanakan. Akan tetapi kita belum sampai ke tahap tersebut. Akan tetapi hakikatnya sekiranya itu perlu ia harus dibuat melalui United Nations. Namun Tuan Yang di-Pertua, kita juga harus berhati-hati dengan sanction ini. Ada waktunya sanction dikenakan tetapi kalau tidak bersasar yang kena nanti adalah rakyat yang tidak berdosa. Jadi kita harus hati-hati dalam soal sanction walaupun ia antara senjata ampuh yang boleh digunakan. Terima kasih.

Kesavan a/l SubramaniamPKR · PHSungai Siput · question

3. Tuan Kesavan a/l Subramaniam [Sungai Siput] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan: (a) apakah visi dan dasar baharu kerajaan Keluarga Malaysia berhubung dengan latihan pembangunan; dan (b) apakah tindakan yang diambil untuk memastikan kerangka masa untuk mencapainya

Datuk Seri M. SaravananMIC · BNMenteri Sumber Manusia · Tapah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pembangunan modal insan merupakan faktor kritikal bagi menjana dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara. Ketersediaan tenaga kerja kemahiran tinggi adalah penting untuk menyokong peralihan semua sektor ekonomi ke arah aktiviti berintensi pengetahuan teknologi dan inovasi. Ke arah merealisasikan aspirasi negara ini, dasar-dasar utama adalah merangkumi empat bidang fokus seperti berikut: (i) menambah baik kecekapan pasaran buruh; (ii) mentransformasikan TVET untuk memenuhi permintaan industri; (iii) memperkukuh pembelajaran sepanjang hayat untuk meningkatkan kemahiran; dan (iv) menambah baik kualiti pendidikan untuk meningkatkan outcome pelajar dan kecemerlangan institusi. Pembangunan modal insan di Malaysia memerlukan usaha bersepadu daripada sektor awam, swasta serta masyarakat. Sehubungan ini, kolaborasi antara pelbagai kementerian dan sektor swasta perlulah diperkukuhkan. Mengambil kira perubahan teknologi yang semakin rancak, kerajaan memberi penekanan kepada aspek latihan dan program pembangunan tenaga kerja. Ini bagi mewujudkan tenaga kerja tempatan yang berkemahiran tinggi dan kompeten serta menampung keperluan industri semasa dan keperluan masa hadapan.

Datuk Seri M. SaravananMIC · BNMenteri Sumber Manusia · Tapah

Dalam hubungan ini, pasaran buruh akan dijajarkan semula supaya lebih inklusif dan mampan. Manakala tenaga kerja sedia ada dan masa hadapan akan dibangunkan. Pelaksanaan inisiatif ini akan mewujudkan pasaran buruh yang fleksibel bagi memenuhi permintaan industri dan menambah baik taraf hidup rakyat. Bagi bahagian kedua Tuan Yang di-Pertua, pelbagai inisiatif telah dan akan diambil oleh kerajaan untuk memastikan hasrat melahirkan guna tenaga berkemahiran dan berpendapatan tinggi yang mampu dapat menyumbang ke arah pembentukan negara membangun yang makmur, inklusif dan mampan dapat dicapai. Inisiatif-inisiatif tersebut melibatkan yang pertama adalah perbelanjaan melalui Belanjawan 2022 telah diperuntukkan Inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia bertemakan “Keluarga Malaysia Makmur Sejahtera”. Mendukung matlamat menurunkan kadar pengangguran melalui penyediaan 600,000 peluang pekerjaan pada tahun 2022 dengan peruntukan RM4.8 bilion. Inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia merangkumi tiga program utama iaitu Inisiatif Jamin Kerja Insentif Pengajian di bawah PERKESO yang akan memanfaatkan 300,000 orang pencari kerja di seluruh negara dengan peruntukan sebanyak RM2 bilion. Kedua, Inisiatif Latihan dan Penempatan Jangka Pendek atau Malaysia Short- Term Employment Programme dengan izin yang menawarkan 80,000 peluang pekerjaan dalam sektor awam, syarikat milik kerajaan dan rakan-rakan strategik. Ketiga, program latihan dan peningkatan kemahiran menyediakan pelbagai program latihan semula dan peningkatan kemahiran latihan dengan jaminan pendapatan pekerjaan, peruntukan adalah sebanyak RM1.1 bilion dengan sasaran 220,000 orang pelatih merangkumi sembilan agensi kerajaan. Sistem Latihan Dual Nasional dan Program Pensijilan Industri, kerajaan telah menambah peruntukan sebanyak RM200 juta untuk pelaksanaan program dan program usaha sama berteraskan TVET bersama pihak industri. Keseluruhan untuk Kementerian Sumber Manusia diperuntukkan sebanyak RM60 juta daripada RM200 juta ini. Ketiga, aktiviti latihan perkembangan latihan peningkatan kemahiran dan latihan kemahiran semula, reskilling dan upskilling dengan izin Tuan Yang di-Pertua, yang dilaksanakan oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad. Setakat Februari 2022, sebanyak 651,812 tempat latihan telah diluluskan meliputi 15 sektor daripada 35 bidang kemahiran. Aktiviti latihan ini akan terus diperkasakan bagi meningkatkan kemahiran dalam kalangan pekerja supaya dapat terus menyumbang kepada peningkatan produktiviti negara. Seterusnya Program Perantisan. Program ini diteruskan dengan pemberian insentif sebanyak RM900 sebulan untuk tempoh enam bulan kepada majikan yang menggaji golongan perantis lepasan sekolah dan graduan berumur 18 hingga 30 tahun dalam jawatan eksekutif. Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, Inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara lima skim telah diperkenalkan yang terdiri daripada Place and Train, B40 Development, SME Development, Industri Revolusi 4.0 dan Gerak Insan Gemilang. Skim-skim ini diwujudkan untuk membantu rakyat mendapatkan penempatan pekerjaan self-employed serta menambah dan meningkatkan kemahiran mereka. Sehingga November 2021, sebanyak 85,527 orang pelatih telah mengikuti skim-skim yang melibatkan penempatan pekerjaan dan pekerjaan sendiri. Setakat ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Kesavan a/l SubramaniamPKR · PHSungai Siput

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah memberikan jawapan dan telah memberikan fokus kepada empat kategori di bawah Kementerian Sumber Manusia. Jadi, ini sebagai tambahan berkenaan dengan industri muzik di mana muzik adalah salah satu unsur dalam kehidupan yang sangat anjal sifatnya. Muzik dilihat salah satu cabang aktiviti ekonomi yang boleh membantu pembangunan sosial. Sebagai contoh Yang Berhormat Port Dickson gemar muzik lagu Tamil MGR… [Disampuk] Nama lagu? [Menyanyikan lagu Tamil] Maksudnya, kalau saya ditakdirkan...

Dato' Haji Salim SharifUMNO · BNJempol

Yang Berhormat Menteri faham, Yang Berhormat Menteri jawab itu.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Minta soalannya, soalannya.

Dato' Haji Salim SharifUMNO · BNJempol

Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Baling tolong translate, Yang Berhormat Baling.

Tuan Kesavan a/l SubramaniamPKR · PHSungai Siput

Maksudnya kalau saya– dengan izin ya Tuan Yang di-Pertua, maksudnya kalau saya ditakdirkan memimpin negara, saya akan pastikan rakyat miskin tidak menderita lagi. Itu maksud lagu itu. Jadi, soalan tambahan saya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Soalan, soalan.

Tuan Kesavan a/l SubramaniamPKR · PHSungai Siput

Adakah kementerian Yang Berhormat turut memberikan keprihatinan kepada golongan anak muda yang minat dalam industri muzik, anak muda India, Melayu, Cina dan Asli supaya mereka juga diberikan kemahiran dan juga latihan dalam industri ini. Soalan saya ya atau tidak?

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memang lagu yang dinyanyikan oleh Yang Berhormat Sungai Siput cukup popular, bukan sahaja lagu, Yang Berhormat Port Dickson juga cukup popular dengan lagu itu. Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, setakat ini Kementerian Sumber Manusia fokus kepada ke arah automasi. Kebanyakan program yang dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Manusia melalui agensinya adalah lebih kepada Industri Revolusi 4.0 di mana 10 tahun akan datang adalah amat penting. Kita lihat pembangunan bukan sahaja di tanah air kita tetapi di seluruh dunia dengan pembangunan teknologi. Maka, program-program yang dilaksanakan adalah lebih ke arah Industri Revolusi. Walau bagaimanapun, itu satu cadangan yang baik. Walaupun setakat ini Kementerian Sumber Manusia ataupun agensi-agensi belum lagi fokus ataupun tidak fokus untuk sektor-sektor seperti muzik dan sebagainya. Walau bagaimanapun kita boleh walaupun negara ke arah Industri Revolusi 4.0, seni dan budaya adalah amat penting. Maka, saya sedia dan rela untuk mengkaji secara mendalam dan daripada segi kerelevanan untuk melaksanakan. Terima kasih.

Dato' Haji Salim SharifUMNO · BNJempol

Terima kasih. Pertamanya saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana visi dan dasar amat jelas dan dapat melahirkan lebih ramai pekerja yang akan bekerja di pelbagai sektor yang telah dimaklumkan sebentar tadi. Jadi, dalam usaha tersebut pelbagai usaha yang dilakukan termasuklah TVET dan sebagainya. Cuma kebimbangan saya pada hari ini ialah antara latihan yang dibuat ini maksudnya masih lagi kita kekurangan, kita masih lagi kekurangan dalam sektor pertanian. Jika sekarang kita lihat hasil-hasil pertanian kelapa sawit dan sebagainya masih lagi tidak boleh dikeluarkan dan malah kerajaan juga rugi jutaan bilion ringgit daripada hasil yang tidak keluar. Jadi, Yang Berhormat Menteri ada menyebut soal untuk kemasukan pekerja tetapi sampai hari ini belum lagi. Saya hendak tanya bila ia boleh menampung keadaan yang seperti mana latihan yang dibuat ini tidak termasuk latihan sebagai buruh yang berada di kawasan ladang ataupun kawasan pertanian yang dimaksudkan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, kebetulan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jempol adalah benar. Tahun lepas kita rugi, daripada sektor perladangan khususnya kelapa sawit lebih daripada RM20 bilion sebab kekurangan pekerja dalam sektor ini. Kementerian Sumber Manusia telah membuka pendaftaran dan proses pemilihan ataupun menentukan kuota sedang berlangsung. So, dalam hujung bulan ini kita boleh dapat masuk pekerja asing, yang pertama. Kedua, kita lihat warga tempatan tidak tunjuk minat dalam sektor ini walaupun hampir setahun kita tarik supaya peluang-peluang ini diberikan kepada warga tempatan

tetapi warga tempatan masih lagi belum menunjuk minta dalam sektor ini, khususnya sektor perladangan dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melalui Bajet 2022 telah menyatakan bahawa– ataupun di bawah pelan RMKe-12 telah menyatakan bahawa kita harus mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing bawah daripada 50 peratus. Ini bererti kita perlu memberi latihan-latihan kemahiran dalam sektor perladangan dan pertanian di mana ke arah automasi. Kita pun telah mula latihan-latihan seperti ini sepertimana kita memberi latihan menggunakan dron dan sebagainya untuk membaja, meracun dan aktiviti-aktiviti seterusnya. Terima kasih.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Tuan Yang di-Pertua, bolehkah saya minta soalan tambahan?

Papar, Papar.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Masa telah mencukupi. Ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan- pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih, Ahli-ahli Yang Berhormat. [Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

[Soalan No.1 – YB. Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris (Jerantut) tidak hadir]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya persilakan Yang Berhormat Jerantut, tidak ada dalam Dewan. Seterusnya saya ingin menjemput Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Yang Berhormat Pandan.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Hari ini kita dalam Hari Wanita Antarabangsa. Kita dijadikan lelaki dan perempuan untuk sama-sama kita berlaku adil antara kita dan pecahlah andaian stereotaip.

Wan Azizah binti Wan IsmailPKR · PHBandar Tun Razak · question

2. Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail [Pandan] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan: (a) apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) untuk memastikan kawalan harga munasabah ke atas barang keperluan seperti telur, ayam, minyak masak serta sayuran; dan (b) apakah strategi jangka pertengahan dan panjang untuk memastikan sekuriti makanan negara terjamin.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna · Hulu Terengganu

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Pandan. Saya mohon keizinan Dewan ini untuk menjawab bersekali dengan soalan lisan daripada Yang Berhormat Pasir Gudang yang bertarikh 14 Mac nanti iaitu berkaitan dengan hal yang sama. Sebelum itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan terima kasih kepada seluruh warganegara Malaysia yang telah datang ke Hulu Terengganu membantu mangsa banjir yang terkesan teruk pada akhir bulan lepas. Terima kasih setinggi-tingginya dan penghargaan setinggi-tingginya.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna · Hulu Terengganu

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Pandan dan tahniahlah kepada Yang Berhormat Pandan yang telah menjadi Pengerusi NACCOL yang pertama pada tahun 2018. Mesyuarat NACCOL telah diadakan sebanyak dua kali pada 9 Disember 2021 dan 31 Januari 2022. Mesyuarat khas telah diadakan untuk memperlihatkan kesungguhan kerajaan terutamanya keprihatinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang sendirinya mahu menjadi Pengerusi NACCOL yang sebelum itu disandang oleh Menteri Kanan MITI. Seperti mana Yang Berhormat Pandan sedia maklum bahawa beberapa keputusan penting berkaitan dengan usaha kerajaan mengurangkan kos ataupun mengurangkan tekanan rakyat terutamanya B40 dan M40 dalam menghadapi kos sara hidup yang meningkat. Antara inisiatifnya ialah: (i) mengadakan Program Jualan Keluarga Malaysia di mana peruntukan sebanyak RM100 juta melibatkan 222 kawasan dan diberi diskaun sehingga 20 peratus bagi barang-barang keperluan; (ii) Program Mekanisme Kawalan Harga Minyak Masak iaitu peruntukan sebanyak RM150 juta iaitu dari Januari hingga Mac untuk mengekalkan harga minyak botol lima kilogram supaya ia berharga di bawah RM30; (iii) Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia iaitu dilanjutkan sehingga 5 Jun 2022. Antara barang kawalan utama ialah ayam dan telur ayam; (iv) Harga runcit ayam standard di bawah Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia diturunkan menjadi RM8.90 dan begitu juga harga telur gred A, B dan C diberi subsidi lima sen sebiji. (v) Subsidi kepada penternak ayam dan pengeluar telur ayam diberikan untuk menjaga harga runcit ayam standard dijual pada harga RM8.90. Kemudian, permit import ayam turut membuka pengimportan ayam bulat dan permit ini juga dipanjangkan kepada industri pasar raya ataupun hypermarket yang mana ia dahulu diberi kepada orang tertentu tetapi hari ini telah dibuka kepada hypermarket untuk import ayam. Kemudian, koperasi juga turut dilibatkan dalam industri pertanian untuk menawarkan harga barang asas yang lebih murah kepada masyarakat. Seterusnya isu kekurangan buruh dan sektor berkaitan – seperti yang dikatakan oleh Kementerian Sumber Manusia tadi iaitu berkaitan dengan pengeluaran barangan makanan ini dan MoU dengan Bangladesh. Kita difahamkan telah ditandatangani pada 19 Disember 2021. Itu untuk jangka pendek. Untuk jangka panjang Tuan Yang di-Pertua, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MYCC) telah membuat siasatan sekiranya wujud kartel dalam pakatan menentukan harga ayam dan harga telur ayam. Kemudian yang kedua, Kementerian Kewangan mengkaji insentif cukai untuk transformasi ladang ternakan ayam agar lebih moden, lebih efisien dan lebih kondusif. Ketiga, menyokong penyelidikan yang dibuat oleh MARDI untuk menjadikan isirung kepala sawit bagi menggantikan jagung dan soya. Keempat, mencadangkan kepada seluruh kerajaan negeri untuk memanjangkan lagi lesen TOL untuk aktiviti-aktiviti pertanian. Kelima, jaminan bekalan bukan sahaja mencukupi tetapi juga ialah kemampuan Keluarga Malaysia untuk mendapatkannya. Pelan tindakan jangka panjang akan dibincangkan dengan terperinci dalam Mesyuarat NACCOL yang akan datang. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Soalan tambahan pertama, dipersilakan Yang Berhormat Pandan.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab. Saya hendak tanya kerana diikutkan import ini semua telah berjalan langkah-langkah ini. Akan tetapi,

satunya bila datang kepada jangka panjang atau jangka sederhana, masih lagi kaji. Bilakah hendak dapat kajian itu? Saya hendak tanya juga apakah harga RM60 bilion sekarang ini – kita import Tuan Yang di-Pertua. Tiap-tiap tahun bil import makanan adalah RM60 bilion setahun dan sekarang ini perubahan iklim. Semalam, banjir kilat dekat Kuala Lumpur dan juga dengan adanya krisis politik ataupun akibat krisis di Eropah dengan Rusia-Ukraine – tadi kita sudah ada soalan. Bagaimana negara hendak menanganinya dengan semua ini dan apakah perancangannya terperinci sebab mesyuarat baru dua kali. The last adalah 29 Januari; sekarang sudah Mac. Saya hendak mohon. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Terima kasih, Yang Berhormat Pandan. Terima kasih atas keprihatinan dan saya yakin Yang Berhormat Pandan ada idea-idea yang bernas kerana beliau Yang Berhormat telah menjadi Pengerusi NACCOL yang pertama. Jadi, saya bersetuju dengan apa yang dikatakan itu dan kita sebenarnya concerned ataupun memerhatikan apa yang berlaku di sekeliling kita dan yang menjadi masalah kepada kita ialah apa yang kita lakukan ini ia cross-ministry. Ertinya bukan– kita cuma menjaga harga dan keberadaan barang. Akan tetapi, yang selebihnya berada di kementerian MAFI contohnya, kemudian berkait juga dengan Kementerian Sumber Manusia dan sebagainya. Jadi, semua ini di bawah NACCOL ini kita kumpulkan semuanya ini ialah untuk mencari suatu titik pertemuan agar keberadaan barang ada dan kemampuan rakyat membelinya pun tidak menjadi suatu benda yang membebankan. Jadi insya-Allah, saya yakin dalam mesyuarat NACCOL yang akan datang ia akan dapat diperincikan satu persatu untuk mengatasi masalah-masalah secara jangka pendek atau jangka panjang. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan yang kedua saya jemput Yang Berhormat Kuala Krai.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan terhadap soalan asal. Soalan saya ialah langkah kerajaan dengan menetapkan harga kawalan sedikit sebanyak dapat meringankan beban rakyat. Namun begitu, langkah ini turut membawa kepada kerisauan kepada peniaga sehingga mereka terpaksa mengambil langkah dengan menyorok barangan mereka ataupun disebut dalam bahasa Arab sebagai ihtikar. Oleh itu, apakah inisiatif kerajaan bagi memastikan pengawalan harga tidak membebankan kedua-dua pihak pembeli dan juga peniaga sekali gus dapat mengurangkan isu sorok atau ihtikar barangan keperluan ini? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Okey Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Sebenarnya betul apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kuala Krai tadi iaitu penstabilan harga ini menyeronokkan pengguna tetapi dalam masa yang sama membebankan kerajaan kerana kerajaan terpaksa mengeluarkan kos yang begitu banyak untuk hendak stabilkan harga. Berkaitan dengan isu sorok, kita ada pegawai-pegawai yang memantau keberadaan barang di seluruh negara; lebih daripada dua ribu orang termasuk pegawai- pegawai pemantau harga dan juga penguat kuasa kita untuk memantau keberadaan barang. Ertinya, trail barangan tersebut daripada pengeluar sampai kepada pengguna, kita dapat tahu berapa yang diimport, berapa ia simpan dan berapa yang masih ada dalam market dan sebagainya.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Jadi isu sorok setakat ini Alhamdulillah, tidak ada laporan yang kita terima. Saya yakin ia tidak ada, perkara yang berlaku sekarang bukan disebabkan oleh sorok tetapi oleh kerana masalah COVID-19, banjir dan juga masalah bahan mentah yang semakin terhad. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan seterusnya...

Papar. Papar.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya jemput soalan tambahan yang ketiga. Sila Yang Berhormat Pokok Sena.

Papar. Papar.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Baik. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebelum ini kementerian ada menyebut bahawa akan bawa ayam dari luar negara untuk masuk. Mula kata hendak dari China dan Thailand. Tidak boleh, kata mahal. Macam harga lebih kurang di Malaysia. Kemudian kata hendak bawa ayam dari Brazil. Sampai sekarang saya tidak pun nampak rupa bentuk ayam Brazil itu macam mana.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Pungkok dia tonggeng lagu mana ka, kita pun tidak tahu. Jangan nanti pula habaq kata hendak bawa masuk dari Rusia ataupun Ukraine pula. Jadi saya hendak minta penjelasan, berapa banyak dah ayam Brazil itu kalau betul kata dah hendak bawa dari Brazil? Berapa banyak telah masuk ke dalam negara kita? Berapa banyak ayam dari Brazil? Kos bawa masuk ayam Brazil itu dengan kos subsidi yang dibantu kepada penternak tempatan? Oleh kerana ini sangat penting untuk kita lihat bahawa- Bagi saya ialah kepentingan, keutamaan kita ialah membantu penternak tempatan. Kalau kita bawa ayam dari luar negara, ini bermakna bahawa kita lebih banyak membantu penternak luar negara dari Brazil. Jadi kita kena selesai secepat mungkin masalah yang dihadapi oleh penternak dalam negara kita, barulah ada win-win situation antara penternak dengan pengguna. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya daripada Yang Berhormat Pokok Sena. Sebenarnya saya dimaklumkan - sebab ini di bawah MAFI. Saya dimaklumkan ayam import diberi kepada pengimport- pengimport ini, saya difahamkan dari Thailand sahaja. Tidak sampai ke Brazil lagi setakat ini. Oleh kerana ya kita, memang kata Yang Berhormat Pokok Sena tadi kita hendak menjaga penternak, tetapi kita sebagai kerajaan hendak menjaga penternak, peniaga dan juga rakyat, supaya balance. Jadi apa yang berlaku, saya difahamkan setakat ini MAFI maklumkan kepada kita telah mengeluarkan sebanyak 29 permit import ayam kepada pengimport-pengimport termasuk juga kepada hypermarket untuk membawa ayam ini. Cuma kekangan yang dimaklumkan kepada kita ialah kerana harga di luar pun juga mahal. Jadi ini menimbulkan masalah untuk hendak bawa masuk ke sini. Saya difahamkan setakat ini sudah bawa masuk dalam dua atau tiga kontena untuk permulaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertanyaan jawab lisan seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli (Dungun).

Wan Hassan bin Mohd RamliPAS · PNDungun · question

3. Tuan Haji Wan Hassan Bin Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan perancangan kementerian bagi mengurangkan penggunaan tapak pembuangan sisa pepejal yang terbuka supaya dapat meminimumkan impak negatif terhadap alam sekitar.

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina MericanUMNO · BNMenteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Kepala Batas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon izin untuk menjawab soalan Yang Berhormat Dungun secara bersekali dengan soalan Yang Berhormat Bakri bertarikh 14 Mac kerana kedua-duanya membabitkan isu yang sama. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sentiasa komited untuk memastikan pengurusan sisa pepejal yang cekap dan berkesan. Ini termasuk perancangan tapak pelupusan sisa pepejal yang selamat supaya dapat meminimumkan impak negatif terhadap alam sekitar. Pada masa ini jumlah tapak pelupusan sisa pepejal yang beroperasi di seluruh Malaysia adalah sebanyak 137 yang terdiri daripada 21 tapak pelupusan sisa pepejal sanitari. Manakala 116 tapak pelupusan sisa pepejal yang tidak sanitari. Bagi negeri- negeri yang menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 Akta 672, fasiliti pengurusan sisa pepejal tersebut diuruskan oleh KPKT melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) dengan melantik operator swasta yang berpengalaman dalam menguruskan pengurusan sisa pepejal. Bagi negeri-negeri yang tidak menerima Akta 672 pula, fasiliti- fasiliti ini diuruskan oleh pihak berkuasa tempatan di negeri masing-masing. Pada masa ini KPKT melalui JPSPN merancang untuk menutup selamat tapak pelupusan sisa pepejal terbuka ataupun dump site yang sedia ada. Ini akan digantikan dengan stesen pemindahan yang berfungsi sebagai pusat pengumpulan sisa di kawasan yang lebih strategik sebelum dilupuskan ke tapak pelupusan sisa pepejal sanitari yang berpusat yang dilengkapi dengan loji rawatan air larut resap lapisan linear dan juga sebagainya bagi memastikan kelestarian alam sekitar sentiasa terpelihara. Selain itu, kementerian juga merancang untuk membina loji rawatan sisa pepejal Waste to Energy (WtE) di negeri yang menerima pakai Akta 672 bagi mengatasi isu kekurangan tapak yang bersesuaian untuk pembinaan tapak pelupusan sanitari serta menampung penjanaan sisa yang semakin meningkat sepanjang tahun. Projek WtE ini juga tidak terhad pada teknologi insinerator semata-mata. Projek WtE boleh juga mengguna teknologi-teknologi lain seperti anaerobik digester, pyrolisis, gasifikasi dan sebagainya. Pembinaan-pembinaan WtE adalah bertujuan untuk mengatasi masalah kekurangan tapak pelupusan di bandar-bandar utama yang menjana sisa pepejal melebihi 500 tan sehari. Selain itu, loji ini mampu mengurang janaan gas rumah hijau dan seterusnya dapat membantu negara mencapai sasaran pengurangan gas rumah hijau sebanyak 45 peratus menjelang tahun 2030. Menyedari keperluan untuk mewujudkan pengurusan sisa pepejal yang holistik, cekap, mampan dan selaras dengan hierarki pengurusan sisa. KPKT mengorak langkah untuk mentransformasikan pengurusan sisa pepejal ke arah apa yang disebut sebagai sekular ekonomi ataupun ekonomi kitaran. Inisiatif yang dimaksudkan sebagai usaha transformasi pengurusan sisa pepejal ke arah ekonomi kitaran yang akan dilaksanakan oleh KPKT adalah antara lain seperti berikut: (i) membangun kerangka road map pengurusan sisa pepejal berasaskan ekonomi kitaran: (ii) memperkasakan program komunikasi pendidikan kesedaran awam bagi amalan pengasingan sisa di punca ataupun separation at source dan pembudayaan amalan 3R. (iii) peluasan tanggungjawab pengeluar ataupun extended producer responsibility.

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina MericanUMNO · BNMenteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Kepala Batas

(iv) membangunkan kemudahan sisa pepejal secara lebih bersepadu; dan (v) transformasi fasiliti pengurusan sisa pepejal. Usaha ini dilihat akan mengurangkan penjanaan jumlah sisa pepejal dalam jangka masa panjang serta mengurangkan kos pengurusan sisa pepejal sekali gus menyumbang kepada pencapaian matlamat pembangunan mampan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Soalan tambahan pertama. Sila Yang Berhormat Dungun.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan. Soalan tambahan saya ini saya hendak khususkan untuk negeri Terengganu. Apakah perancangan transformasi pengurusan sisa pepejal di negeri Terengganu? Apakah KPKT akan menutup selamat semua tapak pelupusan sisa pepejal terbuka di Terengganu? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Sila Yang Berhormat Menteri. Satu minit.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan ini agak spesifik. Untuk makluman pada pengetahuan saya di Terengganu ada lebih kurang tujuh pusat pelupusan sisa pepejal. Daripada sembilan ini, lapan adalah bukan sanitari (non-sanitary), manakala satu adalah sanitari yang dibina oleh KPKT. Sebagai makluman Yang Berhormat bahawa negeri Terengganu adalah negeri yang tidak menerima pakai Akta 672 pada waktu ini. Bererti obligasi kepada pengurusan sisa pepejal terletak di atas bahu dan di bawah kawal seliaan PBT di negeri berkenaan. Namun dalam hal ini, KPKT komited untuk membuat sebagaimana saya sebut tadi tentang transformasi pengurusan sisa pepejal terutamanya ke arah pengenalan teknologi- teknologi baharu seperti WtE yang saya sebut tadi, Waste to Energy di kawasan-kawasan yang penjanaan sisa pepejal yang melebihi 500 tan metrik. Untuk itu saya hendak maklumkan bahawa pengurusan sisa pepejal walaupun bukan di bawah Akta 672, KPKT komited untuk membawa WtE ke negeri Terengganu. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Soalan tambahan yang kedua. Saya menjemput Yang Berhormat Rasah.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan. Saya meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Menteri tadi ketika menjawab soalan asal dan soalan tambahan. Saya nampak komitmen daripada Kementerian KPKT dan Yang Berhormat Menteri.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Cuma saya hendak tanya, di Negeri Sembilan. Daripada 137 keseluruhan tapak pelupusan, ada berapa di Negeri Sembilan yang sanitary dan yang tidak sanitary untuk Negeri Sembilan? Juga, dalam usaha kita untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, itulah komitmen kita bersama, dan sebahagian daripada tanggungjawabnya terletak pada KPKT sebab kerajaan tempatan. Saya hendak tanya, apakah pendirian terkini daripada KPKT sendiri berkenaan dengan pembinaan incinerator? Sebab, kita tahu incinerator adalah antara facility yang diguna pakai sejak dahulu tetapi banyak laporan daripada expert mengatakan bahawa pembinaan incinerator kalau dia dekat sangat dengan kawasan perumahan dan juga kawasan komersial yang lain, ia mungkin mendatangkan mudarat. Jadi, apakah pendirian terkini pihak kerajaan khasnya KPKT? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila, Yang Berhormat Menteri. Satu minit.

Terima kasih Yang Berhormat. Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum bahawa Negeri Sembilan memang berada di bawah ataupun menerima pakai Akta 672 menjadikan obligasi pembersihan awam dan

juga pengurusan sisa pepejal berada di bawah kawal seliaan Kerajaan Pusat iaitu melalui KPKT. Saya tidak dapat spesifik tentang jumlah tapak pelupusan sampah yang berada di Negeri Sembilan, tetapi saya boleh maklumkan bahawa Negeri Sembilan adalah antara negeri yang pertama yang mana kita adakan transformasi dalam pengurusan sisa pepejal melalui perkenalan Waste to Energy iaitu di Tanah Merah, Port Dickson yang akan menjadikan satu-satunya WtE yang pertama yang akan beroperasi. Testing dan commissioning, insya-Allah akan berlaku tahun ini juga. Tentang komitmen untuk melihat teknologi-teknologi baharu, Yang Berhormat, sebagaimana yang saya maklumkan bahawa antara yang kita hendak tekankan ialah, pertama, bagaimana kita hendak kurangkan waste to the landfill. Itu adalah antara perkara pertama yang kita hendak lakukan. Kalau ada mana-mana teknologi yang boleh menyumbang kepada pengurangan waste to the landfill, maka ia adalah satu perkara yang akan pertimbangkan. Keduanya adalah tentang soal teknologi baharu yang dapat digunakan secara lebih bersepadu. Kita hendak di tempat itu ada material recovery facility yang boleh buat pengasingan, kemudian kita hendak adakan satu sistem yang mana ia boleh diguna dan dijana secara lebih lestari dan akhirnya ia menyebabkan apa sahaja residual yang hendak dihantar kepada landfill itu akan menjadi jumlah yang jauh lebih kurang. Ini akan menyebabkan bahawa the lifespan of landfill will be a lot longer. So, pada waktu sekarang, sistem pepejal ataupun sistem pengurusan pepejal masih lagi dilakukan secara tradisional di mana semua waste dihantar kepada landfill. Dengan harapan, komitmen, mudah-mudahan teknologi WTE bilamana operasi nanti, kita akan boleh melihat bahawa sistem pengurusan sisa pepejal yang jauh lebih terurus dan juga yang boleh menyumbang pada kelestarian alam sekitar. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi soalan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya bagi soalan ringkas yang ketiga kepada Yang Berhormat Merbok.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya simple sahaja. Seperti Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi, 95 peratus daripada sisa pepejal semuanya akan pergi ke tapak pelupusan ini. Akan tetapi, masalah ketara adalah jumlah tapak pelupusan sanitary, seperti yang Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi, adalah sangat lebih kecil berbanding tapak pelupusan yang bukan sanitary. Soalan saya. Bagaimanakah segregation at source, proses pengasingan sisa pepejal di punca itu masih lagi lemah dan tidak menjadi budaya dalam masyarakat? Jadi, apakah langkah drastik kerajaan?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Merbok.

Yang Berhormat, memang saya terpaksa mengaku bahawa separation at sources pada waktu ini masih lagi berada dalam tahap kepedulian yang amat-amat rendah. Sebab itulah ada dua, tiga inisiatif yang diperkenalkan. Antaranya daripada segi program-program kesedaran. Walaupun dari segi pembersihan sisa-sisa pepejal domestik kita ada three plus one, dari segi pengumpulan tiga hari kita ambil biasa dan satu hari kita ambil yang recyclable, tetapi masih dilihat bahawa tahapnya rendah. Kita menyasarkan tahap recyclable untuk sampai kepada tahap 40 peratus pada tahun 2025. Akan tetapi pada waktu ini, kita masih berada dalam sekitar 30 peratus. Usaha akan dilipat gandakan dari segi soal create the awareness dan juga perkara-perkara yang boleh menyumbang kepada peningkatan kesedaran di samping, tadi saya sebut, ada extended producers responsibility. Ini antara yang kita boleh lakukan. Ini membabitkan soal kerangka perundangan.

Maknanya kepada produser-produser produk-produk, dia bukan produce barang yang hendak diguna tetapi dia juga adalah producer of waste. Saya bagi contoh kalau sesuatu orang yang mengeluarkan botol yang ada air tanpa saya perlu menamakan jenama dia. Dia bukan jual air sahaja, dia jual juga waste. Akan tetapi, tidak pernah ada extended responsibility yang dikenakan selain daripada keuntungan yang diperoleh. Ada negara-negara telah mengenakan some kind of tax and duty. So, ini adalah perkara-perkara yang sedang dinilai agar pada akhirnya ekonomi kitaran, the circular economy yang kita hendak capai dapat dilaksanakan dan, insya-Allah, mudah-mudahan dalam tempoh-tempoh mendatang, pengurusan ini akan menjadi lebih lestari. Terima kasih.

Tengku Zulpuri Shah bin Raja PujiDAP · PHRaub · question

4. Tengku Zulpuri bin Raja Puji [Raub] minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan kebakaran melibatkan berpuluh buah rumah kerap berlaku di kawasan kampung baru di seluruh Malaysia, yang terakhir pada tahun lepas berlaku di Kampung Baru Karak, Pahang. Adakah pihak Kerajaan Pusat bercadang melaksanakan program dana pinjaman kepada penduduk kampung baru, supaya dapat menukar bahan binaan kepada jenis tahan rintangan kebakaran. Seterusnya mengelakkan kejadian kebakaran besar-besaran, sesuai dengan slogan "Keluarga Malaysia".

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad KamalBERSATU · PNTimbalan Menteri Perpaduan Negara

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Raub. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Hari Wanita buat semua kaum hawa di Malaysia dan di seluruh dunia. Tuan Yang di-Pertua, peranan dan fungsi Bahagian Kampung Baru Cina telah dipindahkan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ke Kementerian Perpaduan Negara berkuat kuasa pada 1 Januari 2022. Bahagian Kampung Baru Cina telah diperuntukkan RM10 juta untuk Skim Pinjaman Penduduk Kampung Baru Cina bagi tahun 2022. Penduduk kampung baru boleh membuat permohonan baik pulih atau naik taraf rumah di bawah skim pinjaman tersebut melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan jumlah pinjaman maksimum sebanyak RM100,000 dan kadar faedah empat peratus. Selain itu, kementerian ini juga memberikan bantuan baik pulih rumah kepada mangsa-mangsa bencana melalui Program Bantuan Baik Pulih Rumah (PBPR) dengan had siling bantuan sebanyak RM15,000. Permohonan bantuan perlu dikemukakan melalui Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) masing-masing untuk pertimbangan pihak kementerian. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Soalan tambahan pertama. Dipersilakan Yang Berhormat Raub.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Bagi menenteramkan hati penduduk semua rumah kampung baru Cina yang masih tinggal di rumah papan, saya mencadangkan penyelesaian jangka masa pendek supaya rumah-rumah ini dibekalkan dengan pemadam api, dengan izin, fire extinguisher serta melalui Pesuruhjaya Tenaga untuk menyemak sistem pendawaian bagi rumah papan lama sedia ada yang masih selamat. Adakah pihak kementerian bersetuju?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Raub. Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Satu minit.

Terima kasih Yang Berhormat Raub atas cadangan yang bernas tersebut. Saya kira ini cadangan yang boleh kita ambil kira untuk dipertimbangkan dalam beberapa program yang telah kita peruntukkan. Kalau boleh izinkan saya menjelaskan sedikit sebanyak berkenaan dengan peruntukan pembangunan Bahagian Kampung Baru bagi tahun ini.

Pertama, Program Pembangunan Infrastruktur Fizikal yang mana pelaksanaan projek-projek pembangunan berskala kecil di kampung baru bagi menyediakan kemudahan asas infrastruktur kemudahan sosial dan landskap melalui konsep gotong royong yang mana ini menelan perbelanjaan sebanyak RM69 juta. Kedua, Program Bantuan Baik Pulih Rumah yang saya sebutkan tadi yang mana had nilai bantuan sebanyak RM15,000. Ketiga, program skim pinjaman khas penduduk kampung baru yang mana ini adalah satu program di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 untuk memberi bantuan kewangan berbentuk pinjaman mudah kepada penduduk kampung baru dalam membayar premium pajakan tanah, membiayai aktiviti perniagaan kecil dan menaik taraf rumah. Skim pinjaman ini telah diteruskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 dan Rancangan Malaysia Ke-12. Jadi, cadangan Yang Berhormat Raub itu memang kenalah dengan ketiga-tiga program pembangunan bantuan kampung baru di bawah Kementerian Perpaduan Negara. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Soalan tambahan yang kedua. Saya jemput sekiranya ada. Saya jemput Yang Berhormat Papar.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya meneliti jawapan Menteri tadi. Sepertimana yang kita tahu, di Sabah juga ramai mangsa- mangsa kebakaran yang mana rumah mereka rosak, ada yang separuh rosak dan ini memerlukan bantuan daripada kerajaan.

Jadi apa yang saya ingin nyatakan di sini ialah berapa ramaikah orang-orang Sabah yang menerima musibah kebakaran ini telah memohon Program Baik Pulih Rumah (PBPR)? Apakah terma dan peraturan-peraturan yang harus mereka penuhi demi mendapatkan permohonan ini diluluskan? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Papar. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat Papar. Untuk makluman Yang Berhormat, apa yang saya jelaskan tadi adalah lebih kepada pembangunan ataupun bantuan kepada Kampung Baru Cina. Mungkin kalau Yang Berhormat maksudkan di Sabah, saya tidak ada maklumat terperinci berkenaan dengan ini. Nanti saya akan berikan jawapan bertulis. Akan tetapi mungkin apa Yang Berhormat tanyakan tadi lebih relevan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Terima kasih.

Peraturannya, peraturannya yang saya hendak. Peraturan macam mana kita hendak memohon, yang PBPR.

Setakat ini tiada kampung baru di Sabah dan Sarawak untuk permohonan sebegitu. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Ya. Yang Berhormat Papar, ini kampung-kampung baru. Seterusnya saya ingin menjemput jawab lisan Yang Berhormat Datuk Haji Shabudin Yahaya, Tasek Gelugor.

Shabudin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor · question

5. Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [Tasek Gelugor] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan adakah kementerian menyokong usaha peminat sukan tertentu seperti catur untuk menyertai pertandingan di luar negara dengan perbelanjaan sendiri. Apakah langkah yang diambil bagi membantu penggiat sukan ini?

Dato' Seri Ahmad Faizal bin AzumuBERSATU · PHMenteri Belia dan Sukan · Tambun

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Hari Wanita Antarabangsa buat semua wanita di

Dato' Seri Ahmad Faizal bin AzumuBERSATU · PHMenteri Belia dan Sukan · Tambun

seluruh Malaysia, khasnya buat para atlet wanita, jurulatih dan juga para pegawai wanita. Sesungguhnya seseorang wanita itu mampu menimbulkan kekuatan daripada kesulitan yang dialami dan wanita adalah lambang kekuatan sebenar. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Tasek Gelugor, Kementerian Belia dan Sukan menyambut baik dan sangat-sangat mengalu-alukan inisiatif daripada mana-mana pihak untuk turut sama membangunkan sukan di negara ini sama ada melalui penganjuran mahupun penyertaan pertandingan di dalam dan di luar negara. Kementerian ini sangat menghargai komitmen yang ditunjukkan oleh peminat- peminat sukan, sama ada individu ataupun syarikat-syarikat korporat yang sanggup mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk menyertai pertandingan di luar negara. Selain daripada itu, Kementerian Belia dan Sukan juga prihatin dalam membangunkan sukan di negara ini dan turut membantu menyalurkan dana dan peruntukan kewangan yang dipohon oleh persatuan dan kelab sukan melalui Sistem Pengurusan Sukan Bersepadu (SPSB). Sebagai contoh, sepanjang tahun 2019 hingga 2021, sebanyak RM24,080 peruntukan kewangan telah disalurkan kepada persatuan dan kelab catur untuk melaksanakan aktiviti di peringkat akar umbi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Haji Shabudin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya masih lagi berkisar tentang sokongan dan komitmen kerajaan terhadap pembangunan sukan. Jadi soalan tambahan saya ialah apakah langkah yang diambil oleh kementerian bagi mengelakkan situasi pilih kasih terhadap sukan-sukan yang berpotensi menyumbang pingat kepada negara dalam kejohanan peringkat tinggi seperti Sukan SEA, Sukan Asia atau Sukan Komanwel? Ini kerana terlalu banyak tumpuan diberikan kepada sukan seperti bola sepak sahaja yang tidak membuktikan kejayaan atau membawa kemenangan. Adakah pengelasan sukan mengikut kategori seperti kategori A atau B masih relevan pada masa kini? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Tasek Gelugor. Sila Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat Tasek Gelugor. Saya melihat perkara ini adalah satu perkara yang serius dan kita sentiasa bekerjasama dengan pemegang taruh terutamanya Majlis Olimpik Malaysia dan juga persatuan-persatuan sukan di seluruh negara untuk memastikan jika kita menghantar wakil-wakil atau atlet-atlet untuk bertanding di kejohanan-kejohanan antarabangsa seperti Sukan SEA, Sukan Asia dan Sukan Komanwel, perlulah ia dapat memberi saingan yang sengit di dalam kejohanan-kejohanan tersebut. Maka di dalam pemilihan atlet untuk mewakili negara ini, ianya harus melalui pemilihan yang ketat dibuat oleh pihak Persekutuan atau persatuan-persatuan induk sukan tersebut. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih. Soalan tambahan kedua, saya jemput Yang Berhormat Jelutong.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wanita. Saya juga berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri apabila beliau campur tangan dalam isu melibatkan Lee Zii Jia dan Goh Jin Wei dan Badminton Association Malaysia dengan izin. Saya lihat juga perkembangan tentang bola sepak negara kita. Pelantikan jurulatih baharu, Kim Pan-gon yang telah berjanji untuk membawa pasukan negara kita ke pertandingan World Cup dengan izin. Apakah langkah-langkah yang sedang diambil untuk menjayakan misi ini dan memastikan bahawa bola sepak negara kita dengan izin akan pergi ke next level. Kita lihat bahawa prestasi pasukan negara kita makin lama makin tercorot. Jadi apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian untuk memastikan bahawa kita dapat bertanding dengan pasukan-pasukan lain seperti South Korea, Vietnam dan sebagainya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Sila Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya bersependapat dengan Yang Berhormat tentang betapa kita berasa susah hatilah dengan prestasi pasukan bola sepak negara kita. Namun, usaha-usaha sedang dan terus dibuat oleh pihak FAM dan kerajaan sentiasa memberi komitmen, bantuan dan apa juga perkara yang boleh membantu menyegerakan pencapaian yang terbaik bagi pasukan bola sepak kita. Baru-baru ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah meluluskan satu peruntukan yang agak besar sebanyak RM10 juta kepada FAM untuk tujuan tersebut. Dalam masa yang sama, pihak Kementerian Belia dan Sukan juga sedang merencana pelbagai program bersama dengan Jabatan Belia dan Sukan Negara untuk meningkatkan prestasi ataupun populariti permainan sukan bola sepak ini di semua peringkat. Kami berpandangan bahawa jika sukan ini dimainkan di peringkat akar umbi secara besar-besaran, tentunya kita akan mendapat pool of talent yang lebih besar bagi kita dapat mencungkil bakat ini untuk kita serapkan ke dalam pasukan nasional kita. Satu hari nanti insya-Allah kita akan mampu bertarung di peringkat yang tertinggi. Sama-sama kita doakan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum kita masuk ke pertanyaan lisan seterusnya, saya ingin hendak ulang balik pemakluman di peringkat pagi tadi mengenai dengan Hari Wanita. Sempena Hari Wanita hari ini, ada satu forum bual bicara bersama dengan Ahli-ahli Yang Berhormat bertajuk Saksama Bersama jam satu tengah hari di Bilik Bankuet, Blok Utama Parlimen Malaysia. Mana-mana yang berkesempatan, sila hadir. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Tuan Sivarasa Rasiah, Sungai Buloh.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Wanita Sedunia kepada semua wanita di Malaysia dan di dunia. Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor enam.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia menjawab, tiga minit.

Sivarasa a/l K. RasiahPKR · PHSungai Buloh · question

6. Tuan R. Sivarasa [Sungai Buloh] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan apakah hasil siasatan yang di umum oleh Menteri yang akan dilakukan terhadap tuduhan amalan buruh paksa oleh Sime Darby Plantations Bhd. (SDB) yang telah mengakibatkan US Custom and Border Protection mengeluarkan perintah larangan terhadap minyak sawit yang telah dieksport kepada US oleh SDB.

Datuk Seri M. SaravananMIC · BNMenteri Sumber Manusia · Tapah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sektor perladangan sawit telah dikenakan perintah tahan pelepasan oleh United States Customs and Border Protection berikutan wujudnya dakwaan amalan buruh paksa dalam operasi pengeluaran industri berkenaan. Hasil siasatan dan semakan oleh Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia mendapati tiada pelanggaran undang-undang berkaitan forced labour oleh Sime Darby Plantations Berhad. Walau bagaimanapun, terdapat kesalahan yang dikesan di bawah seksyen 13(2) Akta Pampasan Pekerja 1952 iaitu gagal melaporkan kemalangan pekerja asing di Pejabat Tenaga Kerja dalam tempoh 10 hari daripada tarikh kemalangan. Beberapa inisiatif telah diambil menangani larangan import minyak sawit ke pasaran Amerika Syarikat tersebut seperti berikut: (i) menjalankan aktiviti pemeriksaan ke atas syarikat-syarikat yang dikenakan perintah tahan pelepasan untuk menyiasat dakwaan buruh paksa dalam operasi pengeluaran syarikat;

Datuk Seri M. SaravananMIC · BNMenteri Sumber Manusia · Tapah

(ii) menjalankan penguatkuasaan bersepadu bersama agensi penguatkuasaan lain seperti Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia bagi mengenal pasti kesalahan-kesalahan eksploitasi yang lain yang boleh membawa kepada elemen pemerdagangan orang; dan (iii) menjalankan program pendidikan perburuhan kepada syarikat- syarikat terkesan dengan perintah tahan pelepasan.

Datuk Seri M. SaravananMIC · BNMenteri Sumber Manusia · Tapah

Ini juga bagi memberi pendedahan serta meningkatkan kefahaman dan kesedaran berkaitan buruh paksa. Tuan Yang di-Pertua, inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh kementerian ini telah menunjukkan bahawa kerajaan memandang serius amalan buruh paksa yang didakwa berlaku dalam negara. Kerajaan akan terus mempergiat usaha menguatkuasakan dan pendekatan sosial bersama pemegang- pemegang taruh bagi memerangi amalan eksploitasi pekerja di negara ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Soalan tambahan pertama. Sila Yang Berhormat Sungai Buloh.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan tadi. Yang Berhormat Menteri berkata siasatan yang dilakukan oleh kementerian menunjukkan tiada perlanggaran daripada segi undang-undang atau amalan terbaik, good practices dengan izin berkenaan dengan isu buruh paksa sebab itulah alasan yang digunakan oleh agensi US Customs dan Border Enforcement untuk keluarkan perintah larangan. Jadi, kalau kementerian kata tiada perlanggaran, bagi saya itu tidak akan bantu selesai masalah ini. Masalah ini sekarang kelapa sawit daripada Sime Darby, premier GLC kita dilarang, imej negara tercemar, imej Sime Darby pun tercemar dan ini bukan saja di kelapa sawit, ada juga dengan industri lain, glove industry dengan Top Glove dan sebagainya. Jadi saya hendak tahu kalau mereka kata, US Customs berkata mereka ada bukti. Kalau tidak dia tidak akan buat perintah larangan. Jadi apa yang kita patut buat, kita engage dengan US Customs, dapat bukti mereka dan lepas itu telitikan bukti dan tengok lepas itu macam mana kita selesai. Tidak akan US Customs buat tanpa apa-apa alasan. Jadi, kalau kita ambil sikap, oh! Tidak ada perlanggaran, masalah ini akan berterusan. Jadi, soalan saya Tuan Yang di-Pertua kepada Yang Berhormat Menteri adalah apakah usaha yang dibuat untuk engage dengan izin dengan Kastam dapat semua tuduhan mereka, bukti untuk tuduhan mereka. Lepas itu, bawa balik kepada Sime Darby, dapatkan pandangan Sime Darby dan akhirnya kementerian mesti menjadi orang tengah untuk selesai ini. Kalau tidak masalah macam akan berlarutan. Mungkin akan melibatkan syarikat-syarikat lain. Jadi saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Menteri. Satu minit.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat atas keprihatinan Yang Berhormat. Kebetulan Tuan Yang di- Pertua, saya telah berjumpa dengan Duta Besar Amerika Syarikat telah memberi penjelasan yang pertama, peringkat awal. Yang kedua, keputusan ini dibuat oleh US Customs Border dan agensinya tanpa memaklumkan kepada kita apakah kesalahan. Kalau kita lihat Yang Berhormat, satu lagi isu contohnya, forced labour, kita lihat daripada sudut lain dan mereka, cara mereka lihat adalah jauh berbeza daripada apa yang kita lihat. Contohnya di Sabah dan Sarawak, pekerja dari Indonesia memang bekerja di ladang-ladang kelapa sawit tetapi majikan tidak menyediakan rumah asuhan untuk anak- anak mereka. Maka waktu kerja memandangkan tiada maid ataupun amah untuk menjaga anak, anak-anak ikut. Ini bukan bererti anak-anak pergi ke ladang untuk bekerja.

Akan tetapi di peringkat antarabangsa ini dilihat sebagai child labour. Ini satu contoh yang saya bagi. Yang kedua Tuan Yang di-Pertua, apabila kita sebut forced labour merangkumi 11 indikator yang terdiri daripada sekatan pergerakan, salah satu. Kedua, penahanan dokumen pengenalan diri, yang ketiga isolasi, keempat penyalahgunaan kerentanan, abuse of vulnerability, kelima keadaan tempat tinggal dan tempat kerja yang teruk, it’s not conducive. Yang keenam kerja lebih masa, yang ketujuh keganasan fizikal dan seksual, yang kelapan ancaman dan ugutan, yang kesembilan penahanan gaji, yang ke-10 penipuan dan yang ke-11 perhambaan hutang. Ini adalah 11 indikator. Sehingga hari ini, agensi berkaitan di United States tidak pernah maklumkan kepada mereka di manakah kesalahan telah berlaku. Apabila kita siasat mengikut indikator ini, tiada sebarang kesalahan. Walau bagaimanapun kita telah minta penjelasan daripada pihak Amerika Syarikat supaya kita dimaklumkan apakah kesalahan. Walau bagaimanapun sepertimana Tuan Yang di-Pertua, kita lihat, saya setuju dengan Yang Berhormat, saya bukan hendak menafikan imej kita tercalar di arena antarabangsa apabila kita sebut saja pekerja asing. Saya menghadapi masalah besar untuk membawa masuk pekerja asing dari Indonesia, daripada segi pendirian mereka, mereka lebih selesa ke negara-negara lain daripada datang ke Malaysia sebab pelbagai faktor. Walau bagaimanapun Kementerian Sumber Manusia sedang dan telah mengambil pelbagai inisiatif yang pertama untuk mengatasi isu ini adalah yang pertama membuat penguatkuasaan Akta 446 di mana pekerja asing perlu diberi tempat tinggal yang kondusif tidak kira sama ada pekerja asing ataupun pekerja tempatan. Pekerja, warga kerja perlu diberi tempat tinggal yang kondusif mengikut Akta 446, ini yang pertama. Kedua dan hari ini, kita lihat Kementerian Sumber Manusia telah mensyaratkan walaupun kita telah membuka ruang untuk pekerja asing masuk dalam negara tetapi daripada segi pengagihan kuota akan ditentukan mengikut kesediaan tempat tinggal. The moment you do not have a place for them to stay, we are not going to approve, itu yang pertama.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Jadi Yang Berhormat Menteri, kalau tidak ada pelanggaran, bilakah Amerika Syarikat akan berhenti larangan itu? Kena jawab di sini.

Kita sudah minta maklumat daripada Amerika Syarikat di manakah kesalahan syarikat-syarikat tersebut. Setakat ini mengikut siasatan kami tiada sebarang kesalahan. Mengikut 11 indikator ini. Yang kedua Tuan Yang di-Pertua...

Yang Berhormat Menteri...

...kita akan membina shelter untuk pekerja-pekerja asing. Yang ketiga satu lagi kesalahan besar adalah tidak membayar gaji. Ini pun masuk dalam sektor buruh paksa. Maka kerajaan akan mengimplementasikan e-wages di mana kerajaan akan tahu sekiranya gaji tidak dibayar setiap bulan dan keempat adalah induction course. Apabila pekerja asing masuk ke negara kita, kita akan mengadakan induction course supaya pekerja ini sedar apakah hak mereka. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih. Soalan tambahan kedua.

Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Saya jemput, sila Yang Berhormat Kuala Langat.

Terima kasih jawapan Yang Berhormat Menteri atas isu Amerika Syarikat dengan Great Britain dan sebagainya yang telah katakan tentang isu forced labour. Saya hendak Yang Berhormat Menteri beritahu kepada Duta Amerika dengan Duta Great Britain jangan beri ke Malaysia dan lecture us on forced labour. Mereka punya sejarah lebih teruk daripada kitalah. I think

this a white man’s game yang hendak berhentikan kita untuk dapat komuniti kita kepada negara lain. We have to be firm on this. I mintalah kerjasama dari Yang Berhormat Menteri. Buat sekali Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih. Sila Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, saya telah pun sampaikan apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Kuala Langat tetapi dengan bahasa yang lebih halus tapi saya masih tegas nyatakan pendirian kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Haji Salim SharifUMNO · BNJempol

Sikit saja, sikit Yang Berhormat Menteri. Sikit.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Kejap, tunggu kebenaran saya. Soalan tambahan satu lagi, sila Yang Berhormat Jempol.

Dato' Haji Salim SharifUMNO · BNJempol

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang bijaksana lagi dihormati. Jadi soalan saya tadi saya lihat jawapan Yang Berhormat Menteri cukup bagus. Cuma apakah sistem data yang boleh kita detect di mana majikan atau syarikat ini mengajikan buruh dengan cara yang tidak betul di mana menjadikan ia sebagai buruh paksaan kerana dalam keadaan kita hari ini memang anti minyak sawit ini memang di Eropah cukup kuat untuk menyerang kita. Jadi untuk masa akan datang, tindakan kementerian bagi kita menyenaraikan syarat-syarat utama dan kita boleh detect data yang ada itu dengan kadar segera sebelum perkara itu berlarutan begitu lama, berlarut satu, dua tahun baru kita tahu ada buruh paksaan dan pelbagai cara yang dibuat oleh majikan. Mohon Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Jempol, silakan Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, untuk mempergiatkan ataupun memastikan perkara-perkara ini tidak berlaku lagi, berulang lagi, saya dan pegawai- pegawai kanan akan bersiap ke Geneva dalam seminggu ini untuk berbincang dengan pihak ILO. Yang kedua saya telah tubuhkan satu jawatankuasa khas di antara Duta Besar Amerika Syarikat dengan Kementerian Sumber Manusia untuk mengadakan perbincangan dan langkah-langkah positif untuk mengatasi isu ini dalam masa depan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri oleh sebab Yang Berhormat yang menanyakan soalan berikut tidak ada dalam Dewan, maka saya skip. Terus ke soalan berikutnya Yang Berhormat Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd. Nasir. Silakan. [Soalan No.7- YB. Dato Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim (Batang Lupar) tidak hadir]

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Johor Baru juga ingin mengucapkan Selamat Hari Wanita terutamanya kepada wanita Johor. Gunakan kuasa undi anda sebaiknya hujung minggu ini. Soalan saya nombor lapan.

Akmal Nasrullah bin Mohd NasirPKR · PHJohor Bahru · question

8. Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd. Nasir [Johor Bahru] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan: (a) punca-punca yang telah dikenal pasti yang menyumbang kepada peningkatan harga barangan yang tinggi di pasaran; dan (b) langkah-langkah proaktif yang diambil oleh Kementerian bagi mengawal kenaikan harga barang.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna · Hulu Terengganu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru dan saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat mengundi kerana pengundi-pengundi awal pada hari ini untuk Bangsa Johor. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Johor Bahru ingin mengetahui berkaitan punca kenaikan harga barang dan langkah-langkah proaktif diambil kementerian untuk mengatasi hal tersebut. Tuan Yang di-Pertua, kenaikan harga barang dipengaruhi oleh peningkatan kos input barangan.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna · Hulu Terengganu

Kos input ini meliputi kos barangan daripada pengimport dan kos-kos lain yang turut meningkat ekoran daripada kenaikan kadar tukaran wang asing dan kenaikan harga barangan dari pengimport. Kebergantungan negara kepada bekalan makanan dari luar akan menyebabkan sebarang perubahan harga import memberi kesan kepada harga bahan makanan dalam negara. Manakala, langkah-langkah yang akan diambil oleh kementerian dalam kapasiti kemampuan kementerian sehingga hari ini ialah: (i) mengadakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan dan juga Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia untuk menetapkan harga maksimum barangan-barangan tertentu yang penting. Contohnya topeng muka, sanitiser dan juga test kit; (ii) melaksanakan Program Penentuan Harga Maksimum Bagi Ayam dan Telur Ayam yang mana harga ini akan berlangsung sehingga 5 Jun 2022 untuk memberi kestabilan harga kepada kedua-dua item tersebut kerana kita menyedari tidak lama lagi kita akan menghadapi puasa dan juga akan menyambut Hari Raya; (iii) melaksanakan Program Jualan Keluarga Malaysia. Ini adalah inisiatif kepada rakyat untuk mendapatkan barang keperluan dengan harga yang lebih murah dengan kerjasama pasar raya, koperasi dan peniaga-peniaga setempat; dan (iv) mengadakan kerjasama ataupun libat urus dengan kementerian- kementerian lain terutama sekali MAFI untuk pastikan pengeluaran makanan dan barangan keperluan lain dijamin bekalannya dan stabil harganya. Libat urus juga diadakan bersama dengan pemain industri, pengeluar, pengimport, pemborong, peruncit, persatuan pengguna dan lain-lain pihak yang berkaitan dijalankan dari masa ke masa. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, soalan tambahan pertama.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya tertarik dengan jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri khusus kepada isu ayam tadi. Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut kita hendak kawal harga dan sebaginya sedangkan punca itu juga Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut berdasarkan kos. Ketika ini kos pengeluaran yang saya difahamkan oleh penternak sekitar RM6.50, manakala pembekal penternak juga terpaksa jual pada harga RM5.60 Tuan Yang di-

Pertua. Maksudnya beza dalam 90 sen. Akan tetapi, subsidi yang kerajaan bagi ketika ini – kalau saya silap, tegur ya – yang saya faham 60 sen. Maksudnya ada defisit 30 sen. Persoalan saya, adakah kerajaan tidak mempunyai dana untuk salurkan kepada penternak dan ini timbul juga. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, bersetujukah Yang Berhormat Timbalan Menteri daripada kita belanja RM150 juta untuk membuat Pilihan Raya Negeri Johor, lebih baik bantu penternak ini stabilkan harga – bukan stabilkan politik. Stabilkan harga oleh sebab rakyat tengah susah sekarang ini. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru. Saya pun bersependapat dengan Yang Berhormat Johor Bahru iaitu duit RM150 juta ataupun RM200 juta yang diperuntukkan untuk pilihan raya itu lebih baik digunakan dalam keadaan rakyat sakit, rakyat banjir, COVID-19 dan sebagainya. Saya setuju, bukan 100 peratus malah lebih daripada 200 peratus.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, lawan tetap lawan.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Terima kasih. Berkaitan dengan harga ayam, sebenarnya memang setakat ini kita menentukan harga ayam disubsidikan adalah sebanyak 60 sen untuk satu kilogram ayam. Untuk makluman, data yang ada pada kita bahawa rakyat Malaysia telah menggunakan dua ekor ayam sehari. Jadi kalau 60 sen satu kilogram, berapa banyak kerajaan harus belanjakan untuk membantu meringankan beban pengguna-pengguna. Begitu juga dengan telur. Jadi ini dua isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang oleh pengguna berkaitan dengan ayam dan telur. Jadi kementerian kita berharap dengan peruntukan yang ada ini sedikit sebanyak akan meringankan beban pengguna. Akan tetapi beban kerajaan akan semakin meningkat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Okey, saya ingin menyeru kepada Ahli-ahli Yang Berhormat semua kalau boleh kita kurangkan politik sedikit dalam Dewan. Mari kita bincangkan isu-isu mengenai rakyat.

Ini isu sebenar Tuan Yang di-Pertua. Memang rakyat Johor tertanya-tanya kenapa desak mereka masuk pilihan raya dalam keadaan harga barang tengah mahal. Kalau kos itu kita gunakan untuk stabilkan harga barang, lebih baik daripada membuat dakyah stabilkan politik dalam keadaan terus tidak stabil.

Tuan Yang di-Pertua

Faham. Tak – Yang Berhormat, bukan itu maksud saya. Bukan maksud saya. Maksud saya berkempen.

Tuan Yang di-Pertua

Janganlah berkempen dalam Dewan Rakyat. Silakan soalan tambahan kedua, sebelah sini. [Merujuk kepada blok kerajaan] Ya, Yang Berhormat Tumpat.

Setuju Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mendengar dengan teliti jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi berkenaan dengan kenaikan harga barangan yang banyak terkait dengan bahan-bahan import. Demikian juga pendapat daripada Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia yang menyebut bahawa kenaikan harga barangan ini terkait dengan kenaikan harga barangan import. Namun, langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan sebagaimana yang dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, saya tidak nampak pergi kepada penyelesaian kepada root cause of the problem iaitu kenaikan harga bahan-bahan import itu sendiri. Apakah langkah-langkah kerajaan bagi memastikan – kerana kita kenal pasti kenaikan harga barangan ini disebabkan kenaikan bahan yang diimport. Jadi apakah langkah kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini secara telus?

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya kita di kementerian menjaga harga. Barang tersebut di bawah kementerian lain, MAFI. Jadi saya difahamkan MAFI juga telah mengadakan program menyentuh food security untuk control atau untuk mengawal harga makanan ini yang mana dengan adanya program ini, saya yakin dan percaya dalam jangka masa panjang, isu ini akan dapat selesaikan. Cuma di kementerian kita, kita menentukan keberadaan barang dan juga harga barang tersebut. Jadi harga ataupun kita masukkan barang AP import dan sebaginya, itu bukan di bawah kementerian kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan tambahan, satu sahaja lagi.

Tuan Yang di-Pertua

Tadi ada Yang Berhormat Kuala Krai pun hendak, Yang Berhormat Hulu Langat. Saya rasa Yang Berhormat Kuala Krai bangun tadi Yang Berhormat. Maaf.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Peningkatan inflasi bukan hanya berlaku di Malaysia. Namun, ia adalah fenomena global yang turut dialami oleh kebanyakan negara lain di seluruh dunia. Bahkan di Amerika Syarikat sendiri turut mengalami kadar inflasi yang tertinggi dalam tempoh 40 tahun. Soalan saya ialah, bilakah jangkaan harga barangan akan kembali stabil pada kajian pihak kementerian. Kedua ialah, sehingga kini berapakah jumlah aduan yang diterima oleh pihak kementerian melalui aduan berkenaan kenaikan harga barang dan sejauh manakah penyelesaian yang telah dibuat oleh pihak kementerian terhadap aduan tersebut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Berkaitan dengan kestabilan harga barang – Sehingga kini kita tidak ada satu tarikh untuk tentukan bila harganya akan stabil. Ini kerana, memang dalam perniagaan ini yang menentukan suatu penawaran – demand and supply. Berkaitan dengan aduan, terima kasih. Kebetulan di tangan saya ada aduan-aduan yang berkaitan dengan – dua sahaja di sini iaitu harga telur. Untuk makluman, harga telur sehingga 21 Februari, kita menerima 59 aduan. Manakala harga minyak masak, aduan berkaitan dengan harga minyak masak sehingga 21 Februari juga, kita menerima 507 aduan. Itu sahaja. Bab-bab lain insya-Allah saya akan sediakan dalam jawapan bertulis. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tambat @ Jugah anak MuyangBEBASLubok Antu · question

9. Tuan Jugah anak Muyang @ Tambat [Lubok Antu] minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan adakah terdapat pakej bantuan sama ada dalam bentuk geran bagi membantu golongan usahawan luar bandar daripada pelbagai sektor.

Datuk Haji Hasbi bin HabibollahPBB · GPSTimbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II · Limbang

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, KPKLB akan terus komited dalam membantu usahawan luar bandar dengan menawarkan program antaranya Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) Re-Start. Program ini menyediakan geran bantuan bernilai RM3,000 hingga RM5,000 bagi menampung kos operasi dan keperluan modal pusingan bertujuan secara khusus untuk membantu usahawan memulihkan semula perniagaan yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dan bencana alam seperti banjir yang berlaku pada hujung tahun 2021. Program yang bermula pada September 2021 ini telah berjaya membantu sehingga 586 orang usahawan dengan nilai geran berjumlah RM2.97 juta sehingga kini. Bagi tahun 2022 ini pula, dengan peruntukan sebanyak RM15.3 juta KPLB telah merancang beberapa program secara menyeluruh bagi membantu usahawan bagi meningkatkan taraf hidup ekonomi mereka. Program-program tersebut termasuklah

Datuk Haji Hasbi bin HabibollahPBB · GPSTimbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II · Limbang

Program Rural Business Challenge 2.0, Program Start Right KPLB, Program Usahawan Bergerak, Rural Business Outlet, Program SPKLB iaitu Skim Pengukuhan Luar Bandar dan Program Out-Reach Usahawan@KPLB.

Datuk Haji Hasbi bin HabibollahPBB · GPSTimbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II · Limbang

Program-program ini dijangkakan memberi manfaat kepada lebih 5,000 orang usahawan. Selain itu RISDA, agensi KPLB juga turut melaksanakan program keusahawanan dan aktiviti-aktiviti ekonomi tambahan bagi membantu usahawan- usahawan pekebun kecil yang terkesan. Melalui program ini usahawan pekebun kecil diberi bantuan dalam bentuk peralatan, mesin, bahan mentah dan input pertanian secara bimbingan dan latihan keusahawanan yang memfokuskan kepada pembangunan produk, pemasaran, pensijilan dan akreditasi. Peruntukan yang diterima pada tahun 2021 berjumlah RM19.97 juta dan sehingga kini seramai 3,513 orang usahawan pekebun kecil telah menerima bantuan ini di seluruh negara. Pada tahun 2022 ini pula, program aktiviti ekonomi tambahan telah menerima peruntukan sebanyak RM27 juta dengan sasaran 3,377 orang usahawan pekebun kecil untuk program ini. Manakala untuk program pembangunan usahawan, sebanyak RM29 juta diperuntukkan dengan sasaran 11,620 usahawan pekebun kecil diberi bimbingan. Manakala di bawah MARA terdapat tiga program yang dilaksanakan iaitu Program Latihan Keusahawanan MARA, Program Persijilan Usahawan MARA dan juga Program Gate to Global. Program Latihan Keusahawanan MARA merupakan kursus berkaitan keusahawanan merangkumi aspek spiritual, pengurusan perniagaan, pengurusan kewangan, pengurusan operasi, pemasaran serta teknologi maklumat dan komunikasi dan seramai 13,022 usahawan dalam bandar serta juga luar bandar telah menerima manfaat dengan perbelanjaan sebanyak RM9.64 juta. Program Persijilan Usahawan MARA ialah program pengukuhan dan peningkatan usahawan bumiputera supaya lebih berpengetahuan, berkemahiran serta peningkatan pengurusan syarikat dan seramai 1,731 usahawan telah menerima manfaat dengan perbelanjaan sebanyak RM7.1 juta. Selain itu, FELCRA juga ada mempunyai program- program bantuan usahawan untuk penduduk di luar bandar. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, soalan tambahan pertama.

Ya, soalan tambahan pertama, terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah kementerian ada cadangan mengadakan sesi outreach programme mengenai bantuan pada masa sekarang, tumpuan pada sasaran belum tercapai kepada kawasan luar bandar khususnya kawasan saya di kawasan Lubok Antu. Berapakah bantuan yang telah diagihkan di kawasan Lubok Antu semasa pandemik COVID-19 sekarang ini? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, silakan.

Terima kasih, Yang Berhormat Lubok Antu. Kementerian melalui program-program outreach seperti Mini Karnival Usahawan Desa dan program-program keusahawanan yang dilaksanakan oleh agensi di bawah KPLB berusaha menyebarluaskan maklumat geran bantuan di peringkat daerah mahupun negeri. KPLB turut menyertai program-program yang dianjurkan oleh kementerian- kementerian lain juga bagi tujuan yang sama seperti Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia. Sehingga kini geran SPKLB Re-Start telah diluluskan kepada lima usahawan dengan nilai geran berjumlah RM37,000 bagi kawasan Lubok Antu iaitu ada nama-nama dia di sini, ada lima buah syarikat iaitu Saudara Bakong anak Maweng, Usop anak Aslen, Franklin anak Tarang, Jalani Rampai dan juga Umba anak Subah. Ini banyak jenis bantuan dalam peralatan pertanian dan juga pembelian peralatan kedai runcit dan juga yang disediakan untuk mereka ini yang bernilai RM37,000 kelulusan

dalam tahun 2021. Di samping itu juga, tentang outreach programme ini saya minta kepada Yang Berhormat juga boleh berhubung dengan MARA di Sri Aman. Saya tahu di Lubok Antu tidak ada, jadi boleh dan juga di pihak kami, KPLB juga akan memohon kepada agensi-agensi yang ada di Sarawak, agensi KPLB seperti RISDA, FELCRA, KEMAS dan sebagainya untuk mengadakan program mungkin berbentuk secara mini karnival atau bagaimana untuk membuat program outreach ini di Lubok Antu, insya-Allah. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, silakan Yang Berhormat Padang Serai.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Pandemik memberi kesan besar kepada usahawan. Bolehkah kementerian menjelaskan berapa ramai usahawan luar bandar yang telah muflis semasa pandemik melanda berbanding kemunculan usahawan baru dan kebanyakan usahawan yang muflis ini dalam sektor apa? Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Padang Serai. Saya tidak ada maklumat berapa yang muflis dan bagaimana membantu mereka, apa jenis bantuan yang telah diberikan kepada mereka. Saya akan balik kepada kementerian dan juga mungkin bagaimana kita hendak cari juga mungkin agensi lain yang ada memegang rekod tentang orang yang muflis ini disebabkan oleh pandemik atau banjir dan sebagainya. Kita akan berikan jawapan bertulis. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Boleh Tuan Yang di-Pertua satu soalan tambahan lagi?

Tuan Yang di-Pertua

Akan tetapi Yang Berhormat ada soalan berikut..

Soalan lain ini soalan KPLB. Baik, terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, selain daripada disebut tadi modal ataupun geran yang diberi kepada golongan usahawan luar bandar. Saya percaya antara faktor penting ialah juga memperkasakan prasarana seperti jaringan ataupun pencapaian internet. Saya lihat di bawah KPLB ini ada Pusat Komuniti Desa. Di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia ada Pusat Internet Desa, jadi apakah ada perancangan untuk disatukan kerana kita tahu bahawa kedua-dua ini dia punya purpose adalah untuk serve, dengan izin masyarakat desa dan luar bandar. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Memang ada, hal itu telah pun diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri KPLB bahawa juga di KPLB juga ingin hendak bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk membantu menyebarluaskan tentang pencapaian internet di luar bandar. Oleh sebab mungkin di FELDA dan FELCRA dan sebagainya, ini adalah untuk membantu mereka dalam program untuk marketing mereka, business online daripada luar bandar. Jadi memang ada program itu dan kita telah pun duduk bersama untuk memikirkan bagaimana hendak bersama-sama menggunakan fasiliti yang ada dan sebagainya. Bukan kita hendak ambil alih tugas Kementerian Komunikasi dan Multimedia, tidak tetapi bekerjasama. Tujuannya memang ada, memang sedang dalam rencana sekarang ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin, Hang Tuah Jaya silakan.

Shamsul Iskandar bin Mohd AkinPKR · PHHang Tuah Jaya · question

10. Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin [Hang Tuah Jaya] minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah kementerian mempunyai perancangan untuk memastikan perlindungan kepada kanak-kanak yang divaksin dan kemudiannya mempunyai kesan sampingan serius serta apakah ada sebarang kajian rasmi kementerian yang diguna pakai dan dirujuk terutamanya dalam aspek keberkesanan vaksin menghalang penularan virus COVID-19.

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan I · Bagan Serai

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Selamat Hari Wanita Sedunia. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan dari Yang Berhormat Sabak Bernam dan juga Yang Berhormat Sungai Petani kerana menyentuh isu yang sama. Tuan Yang di-Pertua, PICKids bermula sejak 3 Februari 2022 dan terkini 29.3 peratus telah mendapat suntikan bersamaan dengan 1.041 juta kanak-kanak. Bagi tempoh 25 Januari 2020 sehingga Mac 2022 jumlah kes COVID-19 individu berumur kurang daripada 18 tahun sebanyak 748,037 kes. Dari itu, 301,268 kes adalah kanak- kanak berumur lima hingga 11 tahun bersamaan dengan 40.3 peratus. Selain itu kes kematian juga dicatatkan sebanyak 157 kes di bawah 18 tahun dan 39 kes iaitu bersamaan 24.8 peratus untuk kanak-kanak lima hingga 11 tahun. Terdapat peningkatan COVID-19 di kalangan kanak-kanak sejak sekolah dibuka dan dengan kehadiran Omicron yang sangat mudah merebak. Sehingga 5 Mac 2022 jangkitan COVID-19 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun 123,053 disahkan sejak Januari 2022. Ada di antaranya memerlukan kemasukan ke hospital juga kemasukan ke ICU. KKM melalui PPKD telah meluluskan vaksin Comirnaty pada 6 Januari dan ini setelah vaksin ini dianalisa daripada aspek keselamatan dan keberkesanan dan telah menjalani kajian klinikal yang sangat ketat dengan teliti. Keberkesanan didapati 90.7 peratus. Vaksin Comirnaty formula khas juga dijalankan dan telah dilakukan di Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan Singapura dan real world data menunjukkan kesan sampingannya adalah sangat rendah.

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan I · Bagan Serai

Sebagai contoh, sebanyak 8.7 juta dos formulasi kanak-kanak ini telah dilakukan di Amerika dan didapati AEFI jauh lebih rendah berbanding AVI di kalangan remaja. Pada 3 Mac 2022, PPKD telah memberikan keizinan bersyarat untuk corona vaccine suspension dari Sinovac Life Sciences dan juga Pharmaniaga Life Science. Penilaian data yang melibatkan immunobridging analysis menunjukkan bahawa vaksin ini menghasilkan tindakan balas imun yang tinggi kepada golongan kanak-kanak berbanding dengan golongan remaja dan dewasa. Hasil kajian klinikal pula menunjukkan vaksin ini selamat dengan rejim dua dos iaitu 0.5 mililiter dan dua dos ini diberikan dalam sela 28 hari. Laporan AEFI dari negara China yang telah menggunakan sebanyak 211 juta dos CoronaVac menunjukkan bahawa vaksinasi selamat dan kebanyakan kesan sampingan adalah ringan, sederhana dan sementara. Sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan AEFI, sehingga 25 Februari, hanya sebanyak 94 laporan AEFI bersamaan dengan kadar 0.1 laporan bagi setiap 1,000 dos di Malaysia. Daripada 94 laporan ini, hanya dua dos dikategorikan sebagai serius dan kesan yang paling kerap termasuklah demam, stres terhadap suntikan dan proses vaksinasi, kegatalan, pening dan sakit kepala. Semua kes serius yang dilaporkan akan disiasat secara menyeluruh oleh pasukan penyiasat yang ditubuhkan dan akan diserahkan kepada Jawatankuasa Farmakovigilans khas vaksin COVID-19 dan juga akan menilai sama ada hubung kait dengan kesan sampingan dan vaksin. Keputusan akan juga dibawa ke jawatankuasa teknikal perubatan dan juga jawatankuasa induk. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Soalan tambahan pertama.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya percaya Yang Berhormat Timbalan Menteri juga maklum bahawa baru- baru ini tular remaja yang didakwa meninggal pada bulan Januari yang lalu selepas mengambil vaksin. Jadi, mungkin boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri memberikan pencerahan dalam Dewan ini sebenarnya apakah punca kematian. Ini kerana dimaklumkan, dikhabarkan bedah siasat itu adalah peribadi dan tidak boleh didedahkan kepada awam. Ini kerana saya percaya ini ada kesan kepada ibu bapa. Misalnya, saya ambil contoh Tuan Yang di-Pertua sedikit. Pejabat kesihatan kawasan Kota Kinabalu mencadangkan pilihan vaksin. Kalau disebutkan di sini vaksin Pfizer seperti Yang Berhormat Timbalan Menteri sebutkan tadi sebanyak 90.7 peratus keberkesanan. Manakala dibuat perbandingan pula dengan Sinovac keberkesanan vaksin sebanyak 75.8 peratus. Jadi kalau kesan Sinovac ini lebih rendah, saya percaya lebih munasabah kalau hanya tumpu kempen ini hanya kepada Pfizer. Mohon pencerahan ataupun jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Pertamanya tentang isu kanak-kanak itu telah diberi penerangan yang detail oleh Yang Berhormat Menteri baru-baru ini tentang kajian yang dijalankan setelah post-mortem dan sebagainya dan menunggu laporan penuh daripada pakar- pakar. Tentang penilaian, tentang keberkesanan Sinovac tadi, ada satu kajian, kita dapati kajian untuk Pfizer ini lebih banyak dan lebih detail menunjukkan keberkesanannya terhadap vaksinasi kanak-kanak. Sedangkan, tidak ada kajian yang— cuma yang dikatakan penilaian data yang melibatkan immunobridging analysis menunjukkan bahawa vaksin CoronaVac yang saya sebut tadi menghasilkan tindak balas imun yang lebih tinggi kepada golongan kanak-kanak berbanding dengan golongan remaja dan dewasa. Ini satu ya. Hasil kajian menunjukkan vaksin ini adalah immunogenic dan selamat dengan rejimen dua dos di mana satu dos adalah 0.5 mililiter dan dos kedua diberi 28 hari selepas itu. Saya juga sebut laporan AEFI di China yang melibatkan 211 juta dos didapati kalangan menunjukkan vaksin ini adalah selamat dan kebanyakannya adalah kesan sampingan yang sementara dan ringan dan hanya melibatkan gred satu dan gred dua. Walau bagaimanapun, terdapat satu preprint paper yang mengkaji tentang vaksin effectiveness of CoronaVac di kalangan dua juta subjek yang berumur enam tahun hingga 16 tahun di negara Chile, di mana ia menunjukkan sebanyak 75.8 peratus effectiveness for prevention of symptomatic COVID-19 infection dengan izin dan sebanyak 77.9 peratus untuk kemasukan ke hospital. Selain itu, pandangan pakar juga telah dirujuk di mana kelulusan untuk kegunaan vaksin CoronaVac di kalangan kanak-kanak telah dipersetujui oleh pakar-pakar berkenaan. Maka berdasarkan pertimbangan benefit-risk balance dengan izin PPKD telah memberikan kelulusan bersyarat untuk kegunaan vaksin CoronaVac untuk golongan kanak-kanak berumur lima tahun dan ke atas ini supaya CoronaVac boleh dijadikan sebagai alternatif kepada sesiapa yang tidak dapat mengambil vaksin mRNA Pfizer disebabkan oleh kesan alergi ataupun tidak mahu menerima vaksin Pfizer. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Soalan tambahan kedua sebelah sini dahulu kalau ada? Tidak ada. Silakan Yang Berhormat Jelutong.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya meneliti jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri dan frontliners di atas semua langkah yang diambil untuk membendung penularan wabak COVID-19.

Adakah Yang Berhormat Menteri mengetahui bahawa pematuhan SOP adalah sesuatu yang begitu penting? Kita di dalam Dewan mematuhi SOP, di semua tempat disarankan untuk mematuhi SOP. Berkenaan dengan pematuhan SOP, apakah tindakan yang akan diambil terhadap Ahli-ahli Parlimen yang berkempen di Johor yang tidak mematuhi SOP? Jikalau sebelum ini di Melaka, Saya telah bertanya dengan Menteri Kesihatan berkenaan— terutamanya Yang Berhormat Pekan yang tidak mematuhi SOP. Baru-baru ini Yang Berhormat Port Dickson dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 kerana membuka mask semasa memberi ucapan dalam satu ceramah. Kita lihat kelmarin ada satu Program Santai Bersama Bosku di Kluang, Johor di mana kita lihat puluhan orang yang hadir di tempat tersebut mungkin melebihi 100 orang atau 200 orang. Di mana, Yang Berhormat Pekan tidak mematuhi SOP tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil. Bolehkah Yang Berhormat memberi penjelasan atas perkara ini? Apakah SOP hanya perlu dipatuhi oleh rakyat biasa?

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat...

Apakah SOP...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, ringkaskan.

Soalan saya adalah kenapa tindakan tidak diambil terhadap semua perkara-perkara yang dilakukan oleh Ahli-ahli Parlimen daripada barisan kerajaan? Yang Berhormat, apakah ada double standard?

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Yang Berhormat.

Perkara-perkara ini dipersoalkan oleh rakyat. Jadi, saya ingin tahu penjelasan Yang Berhormat. Adakah Yang Berhormat tahu tentang Program Santai Bersama Bosku yang berlangsung di Kluang, Johor?

Merapu, tidak ada kaitan dengan soalan itu.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, tidak ada kaitan dengan soalan asal itu.

Ada kaitan, ada kaitan. Kita berbincang tentang penularan COVID-19.

Tuan Yang di-Pertua, soalan hari ini berkenaan dengan PICKids dan AEFI.

No. Ini adalah berkenaan dengan penularan COVID-19... [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, tolong. Soalan seterusnya Yang Berhormat Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya tanya soalan tambahan berkaitan dengan vaksin untuk kanak-kanak.

Tuan Yang di-Pertua

Cukup Yang Berhormat Kota Melaka. Yang Berhormat Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi, silakan.

Che Abdullah bin Mat NawiPAS · GSTumpat · question

11. Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [Tumpat] minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan status pembinaan sebuah jejantas bagi melintasi landasan kereta api di Kampung Kok Pasir, Tumpat untuk kemudahan rakyat sekitar kawasan tersebut.

Datuk Haji Hasbi bin HabibollahPBB · GPSTimbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II · Limbang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Untuk makluman Yang Berhormat, projek membina jalan dan jambatan melintasi rel kereta api dari Kampung Kok Keli ke Kampung Kok Pasir, Tumpat, Kelantan telah

Datuk Haji Hasbi bin HabibollahPBB · GPSTimbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II · Limbang

diluluskan di bawah Rolling Pelan di bawah pertama Rancangan Malaysia Kedua Belas iaitu di bawah RP1 Tahun 2021 dengan kos sebanyak RM17.2 juta. Skop pelaksanaan projek ini adalah membina jalan dan jejambat yang merentasi rel kereta api sepanjang 400 meter dengan spesifikasi JKR R2. Status terkini projek ini telah selesai direka bentuk dan dijangka dapat di tender pada bulan Jun tahun 2022. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, soalan tambahan pertama.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan tadi. Saya bersyukur kepada Allah SWT. Soalan bertalu- talu saya berkenaan perkara ini sejak tahun 2018 hampir pada setiap persidangan. Alhamdulillah hari ini telah pun menampakkan kejayaan. Saya mengharapkan supaya ia tidak tertangguh lagi. Ini kerana jambatan ataupun jejantas yang diperlukan ini untuk menghubungkan dua jalan yang telah pun siap beberapa tahun yang lalu. Cuma tidak ada jejantas dan tidak boleh digunakan sepenuhnya. Soalan saya, apakah reka bentuk seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi mengambil kira laluan motosikal. Soalan keduanya, apakah ada di tempat-tempat lain seumpama ini? Jalan sudah siap, kedua-dua belah laluan rel itu yang bertentangan. Namun, jejantas tidak ada untuk digunakan oleh penduduk setempat. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, silakan.

Datuk Haji Hasbi bin HabibollahPBB · GPSTimbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II · Limbang

Terima kasih, Yang Berhormat. Memang sudah pastinya di atas jejambat tersebut sudah pastinya ia akan ada mempunyai lorong untuk motosikal ya di atas jejambat tersebut, insya-Allah. Keduanya, seperti mana yang ditanya oleh Yang Berhormat apakah di tempat lain ada juga perkara yang sama? Sebenarnya, selain projek ini terdapat satu lagi projek jalan luar bandar yang melintasi rel kereta api yang telah diluluskan iaitu projek membina jalan dan jambatan melintasi rel kereta api dari Kampung Kelar ke Kampung Chicha Tinggi, Pasir Mas, Kelantan. Projek ini telah diluluskan di bawah RP1 RMKe-12 tahun 2021 dengan kos RM17.1 juta; kurang RM100,000 daripada yang tadi dengan skop membina jalan sepanjang 0.7 kilometer dengan spesifikasi JKR 2 dan sebuah jambatan. Kerajaan ini juga akan mempertimbangkan permohonan projek-projek seumpama ini sekiranya disenaraikan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri sebagai keutamaan untuk dipertimbangkan dalam permohonan projek di bawah Rolling Plan yang akan datang, insya-Allah.

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ada soalan tambahan kedua? Kalau tidak ada, saya mempersilakan Yang Berhormat Tuan Sim Chee Keong untuk soalan seterusnya.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya menanya kepada Yang Berhormat Menteri, saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada terutamanya wanita di Malaysia, di Bukit Mertajam dan juga di seluruh dunia.

Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam · question

12. Tuan Sim Chee Keong [Bukit Mertajam] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan jumlah sumbangan dana sukan pihak swasta yang telah mendapat pengecualian cukai setiap tahun dari tahun 2013 sehingga 2021.

Dato’ Seri Ahmad Faizal bin AzumuBERSATU · PHMenteri Belia dan Sukan · Tambun

Terima kasih, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam pembangunan sukan negara, insentif pengecualian cukai telah diperkenalkan menerusi Majlis Sukan Negara (MSN). Individu ataupun badan korporat yang memberikan sumbangan bagi pelaksanaan program dan aktiviti berkaitan sukan akan mendapat pengecualian cukai yang termaktub di bawah seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967. Para penyumbang ataupun penaja yang memberikan sumbangan dalam bentuk wang tunai sahaja yang layak mendapat tolakan dalam pengiraan pendapatan agregat. Kadar pengecualian adalah terhad. Sebanyak 7 peratus daripada pendapatan agregat kepada individu dan 10 peratus daripada pendapatan agregat kepada syarikat. Sumbangan dana sukan daripada pihak korporat yang melalui MSN dari tahun 2013 hingga tahun 2021 iaitu sembilan tahun adalah sejumlah RM729,810,494.69. Untuk makluman Yang Berhormat Bukit Mertajam, jumlah penajaan ini besar namun kebanyakannya adalah merupakan penajaan terus kepada badan-badan sukan. Sumbangan yang melalui MSN ini tidak dikenakan sebarang kos pentadbiran dan ia adalah untuk tujuan mendapatkan pengecualian cukai daripada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sahaja. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat, soalan tambahan pertama.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan tersebut. Ini juga berkaitan dengan dana sukan. Pada tahun 2019 semasa pembentangan Belanjawan 2020, Kerajaan Pakatan Harapan ketika itu telah memperuntukkan RM10 juta – sebab hari ini Hari Wanita ya – kepada pembangunan sukan untuk wanita ataupun women in sports. Saya nampak selepas ‘Langkah Sheraton’, peruntukan sebanyak RM10 juta itu sudah tidak ada. Dalam Belanjawan 2022 pun tidak ada. Saya hendak tanya Yang

adakah kerajaan bercadang untuk meneruskan benda ini? Juga, apakah hasil daripada siasatan yang telah dijanjikan oleh Yang Berhormat Menteri untuk isu-isu gangguan seksual yang telah dibangkitkan oleh saudari Cindy Ong dan juga Datuk Pandalela? Oleh sebab Yang Berhormat Menteri sendiri telah berkata akan berjumpa dengan Datuk Pandalela ketika itu pada bulan Oktober 2021. Jadi, apakah hasil daripada perjumpaan tersebut dan adakah siasatan menjurus kepada sebarang tindakan terhadap isu gangguan seksual terhadap atlet wanita kita? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Terima kasih. Berkenaan dengan peruntukan sebanyak RM10 juta kepada pembangunan sukan kepada wanita, benar ia telah tidak termasuk dalam peruntukan dalam perbelanjaan – dalam Belanjawan Tahun 2020. Kita semua sedia maklum bahawa pada ketika itu juga kewangan negara banyak terjurus kepada usaha untuk menyelamatkan pemain-pemain industri sukan, memberi moratorium dan juga insentif kepada penggiat-penggiat sukan dalam usaha mereka untuk terus beraktiviti dalam waktu pandemik. Berkenaan dengan perjumpaan saya dengan beberapa orang atlet sohor negara berkenaan dengan isu yang telah dibangkitkan oleh mereka. Benar, kita telah pun berhubung dan beberapa perkara telah kita adakan bersama dengan beberapa lagi pemegang taruh untuk kita cari jalan bagaimana untuk menyediakan kemungkinan satu akta Safe Sport Act yang mungkin dapat kita perkenalkan.

Perkara ini sedang diperhalusi melalui Kementerian Belia dan Sukan bersama dengan pemegang-pemegang taruh termasuk atlet-atlet wanita yang telah pun melalui pelbagai pengalaman untuk kita berkongsi bersama mencari jalan bagaimana kita selesaikan perkara tersebut. Terima kasih, Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ada soalan tambahan? Akhir sekali saya jemput Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun. 13. Datuk Seri Panglima Hajah Azizah Binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun [Beaufort] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan: (a) sehingga kini, adakah terdapat aduan kes-kes yang melibatkan peniaga menjual barangan keperluan harian seperti minyak masak, telur dengan harga yang tidak berpatutan; dan (b) apakah inisiatif Kementerian dalam penyelarasan harga barang keperluan di seluruh negara dalam memastikan rakyat tidak dibebankan oleh kenaikan harga barang.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna · Hulu Terengganu

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Beaufort yang ingin tahu berkaitan dengan masalah minyak masak, telur yang harganya yang tidak berpatutan dan apakah inisiatif yang dibuat oleh kementerian untuk mengatasi hal tersebut. Tuan Yang di-Pertua, sepanjang tahun 2021, kementerian telah menerima sejumlah 43 aduan berkaitan dengan harga telur ayam manakala pada tahun 2022 sehingga 21 Februari, sebanyak 16 aduan telah diterima. Jumlah keseluruhan aduan bagi dua tahun tersebut iaitu sebanyak 59 aduan; 43 campur 16. Bagi aduan berhubung harga minyak masak, pada tahun 2021 terdapat 395 aduan manakala pada tahun ini sehingga 21 Februari, sebanyak 112 aduan. Kesemuanya 507 aduan. Antara langkah-langkah bagi mengawal kenaikan harga barang adalah seperti berikut: (i) mengadakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan dan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia; (ii) melaksanakan penentuan harga maksimum bagi ayam dan telur ayam sehingga 5 Jun bagi memastikan kestabilan harga kedua- dua item tersebut; (iii) melaksanakan Program Jualan Keluarga Malaysia yang berlangsung di 222 kawasan Parlimen; dan (iv) bekerjasama bersama dengan kementerian yang berkaitan iaitu MAFI serta libat urus dengan industri; pengeluar, pengimport, pemborong, dan persatuan pengguna berkaitan dengan hal tersebut dari semasa ke semasa. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Soalan tambahan pertama?

Terima kasih. Saya mendapati bahawa Program Jualan Keluarga Malaysia itu tidak banyak barangan yang terlibat dan tidak mencukupi untuk semua yang memerlukan.

Saya difahamkan sekarang barangan makanan yang essential bagi orang Malaysia seperti telur dan ayam – kalau Malaysia suka makan ayam; mempunyai masalah yang besar susah mahu didapati di mana-mana. Supermarkets tidak terdapat. Jadi, dalam keadaan yang begini dan saya difahamkan akan berterusan lagi, apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak kementerian ataupun kerajaan untuk menanganinya supaya dia tidak; pertama, dapat ditangani daripada segi kekurangannya produk makanan ini dan keduanya daripada segi harga yang mungkin akan meningkat lagi disebabkan kurangnya barangan yang diperlukan ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Beaufort. Sebenarnya apa yang dimaklumkan itu iaitu tidak banyak barangan yang terlibat yang dijual. Memang kita akui tidak semua barang. Cuma, apa yang berada di Program Jualan Hari Keluarga Malaysia ialah barang-barang keperluan sahaja dengan kerjasama pemain industri ataupun pasar raya yang bekerjasama dengan kementerian untuk menawarkan harga lebih murah sebanyak 15 hingga 20 peratus. Berkaitan dengan harga barang ataupun keberadaan barang pula, kita sentiasa memantau keberadaan barang dan juga harga barang. Kita akui memang ada peningkatan sesetengah barang kerana pandemik, banjir dan juga kerana pertukaran wang asing. Itu memang tidak dapat kita elakkan tetapi kita pantau supaya ia tidak berlaku pencatutan sehingga menganiaya pengguna di negara kita. Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Kalabakan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, baru-baru ini Yang Berhormat Menteri ada melawat Pulau Sebatik di Kalabakan. Jadi, hasil lawatan pun tidak diberitahu kepada kami. Jadi kami ingin tahu, adakah harga barang yang di Tawau dan Kalabakan ini meningkat disebabkan oleh penyeludupan yang kerap berlaku di negara jiran? Kita ingin tahu apakah yang boleh dibuat oleh KPDNHEP untuk mengekang kenaikan harga di Tawau. Terima kasih.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Terima kasih sahabat saya, Yang Berhormat Kalabakan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkaitan dengan lawatan tersebut, saya tidak adapun maklumat. Saya akan panjangkan soalan tersebut kepada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ya, Yang Berhormat Jerlun, akhir sekali.

Terima kasih. Saya mendengar jawapan daripada kementerian sebentar tadi. Kita ini sebuah negara yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai negara paling maju dalam kalangan yang membangun. Kita sudah bina Putrajaya, kita ada KLCC dan sebagainya tetapi saya rasa sedih kerana pada hari ini kita masih lagi bercerita mengenai bahan makanan yang harganya tidak terkawal dan tidak cukup. Ini perkara-perkara yang paling asas. Tidakkah boleh kementerian ini betul-betul duduk semeja dengan kementerian- kementerian yang lain untuk pastikan bahawa harga barang kita terkawal pada kadar yang berpatutan dan bekalan yang mencukupi untuk rakyat kita? Itu satu perkara yang paling basic, saya ingatlah, dalam sebuah kerajaan yang hendak mewujudkan Keluarga Malaysia. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Terima kasih, Yang Berhormat Jerlun. Memang sebagaimana saya menjawab soalan daripada Yang Berhormat Pandan tadi, kerajaan amat prihatin dan amat mengambil berat hal tersebut hingga mengaktifkan National Action Council on Cost of Living (NACCOL) untuk duduk semeja antara KPDNHEP, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pengangkutan, MITI dan juga MAFI untuk berbincang cara

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

dan hala tuju untuk pastikan kebergantungan kita pada barang import dan juga produk- produk import dapat dikurangkan. Maknanya, kita ada kemampuan sendiri untuk mengguna dan memproses. Itu yang sedang kita buat. Dengan adanya NACCOL, kita berharap insya-Allah ia akan membuahkan sesuatu yang terbaik untuk kerajaan dan untuk rakyat. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat semua, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Jawab Lisan pada hari ini. Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian. [Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Peraturan mesyuarat.

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Peraturan Mesyuarat 18(1). Oleh sebab di Kuala Lumpur kelmarin banjir kilat di banyak tempat, khususnya di Bukit Bintang, Cheras, Seputeh dan Lembah Pantai, saya minta satu usul tergempar boleh dibahaskan di Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, banyak kereta yang telah ditenggelami oleh sebab banjir kilat di Kuala Lumpur dan ramai warga kota Kuala Lumpur – mengakibatkan mereka kerugian banyak. Satu buah kereta kalau kereta yang berjenama, BMW, Mercedes atau mana-mana kereta, akan hilang harganya sekurang-kurangnya ratusan ribu ringgit. Saya minta ini kepentingan orang ramai, boleh dipentingkan dan dibahaskan di Dewan yang mulia ini. Saya ada berhubung dengan Yang Berhormat Menteri Kementerian Wilayah Persekutuan. Yang Berhormat Menteri kata ini pun dia faham, haruslah dibahaskan di Dewan. Minta kelulusan daripada Tuan Yang di-Pertua, yang boleh memberikan keutamaan kepada hal ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Bintang.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, perkara yang sama atau perkara yang lain?

Saya perkara yang sama.

Tuan Yang di-Pertua

Perkara yang sama. Yang Berhormat Lembah Pantai, ya.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Sama seperti sahabat saya, Yang Berhormat Bukit Bintang. Malah juga di negeri-negeri Selangor ya, ramai yang sangat terkesan dengan banjir kilat yang berlaku semalam. Ada satu lagi aspek yang sangat menyayat hati. Ramai di kalangan mereka yang terkesan semalam merupakan mereka yang terkesan pada 18 dan 19 Disember yang lalu. Malah ada yang menangis, beritahu pada saya, “Yang Berhormat, kami baru beli mesin basuh baharu. Kami baru menggunakan rebat RM500. Sudah rosak.” Jadi, saya pohon jasa baik Tuan Yang di-Pertua, agar kita boleh membahaskan dan harapan saya bukan setakat Yang Berhormat Menteri wilayah tetapi Menteri yang ditugaskan untuk menjaga NADMA dan juga mungkin Yang Berhormat Menteri KASA diminta untuk memberi penjelasan kerana ketiga-tiga kementerian ini saling berkait. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat. Sekejap ya. Beri saya menjawab Yang Berhormat Bukit Bintang dan Yang Berhormat Lembah Pantai dahulu.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bukit Bintang, saya menerima usul Yang Berhormat malam tadi pukul 10. Jadi, saya mempunyai 24 jam sebenarnya mengikut peraturan mesyuarat. Jadi, saya akan menjawab usul itu pada hari ini. Yang Berhormat Lembah Pantai, usul tersebut saya terima pada pukul 9 pagi tadi, pukul 10 pagi tadi. Jadi, saya mempunyai sehingga esok sebab 24 jam diperlukan. Akan tetapi secara preliminary lah ya, saya mencadangkan agar perkara itu dibincangkan. Saya akan mencadangkan perkara itu dibincangkan. Itu sahaja komen saya sekarang tetapi saya tidak boleh benarkan sekarang sebab perlu 24 jam itu, ya. Esok saya akan jawab.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua sebab malam pukul 10.30 saya baru hantar e-mel itu kepada pejabat Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, tetapi sekarang masalahnya ada dua usul itu. Jadi, kalau saya benarkan satu usul sahajalah tetapi saya akan benarkan Yang Berhormat Lembah Pantai...

Veteran, veteran.

Tuan Yang di-Pertua

[Ketawa] Akan tetapi Yang Berhormat Lembah Pantai sekali boleh datang membincangkan usul tersebut.

Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 18(1). Sebelum itu, saya ingin mengambil kesempatan bagi pihak WARISAN, untuk mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada semua wanita di luar sana. Pagi tadi saya telah pun menghantar surat bagi mendapatkan kebenaran dalam Dewan ini kepada pejabat Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan memberikan keutamaan dan membincangkan dengan segera mengenai arahan pembayaran USD14.92 bilion iaitu bersamaan dengan RM62.59 bilion oleh Mahkamah Tinggi Tara Paris kepada Kesultanan Sulu. Tuan Yang di-Pertua, ini adalah perkara yang berkaitan dengan kepentingan orang. Berkenaan dengan kedaulatan negara, terutamanya wilayah Sabah. Malaysia dibentuk oleh tiga buah wilayah dan Persekutuan bertanggungjawab ke atas keselamatan Sabah dan Sarawak. Jadi, saya mohon soal ini dibincangkan dan dibahaskan dalam Dewan ini dengan kadar segera dan tidak boleh diremehkan lagi, dilengahkan lagi. Jadi, saya mohon Tuan Yang di-Pertua, untuk mempertimbangkan permohonan saya ini diberikan keutamaan untuk dibahaskan di dalam Dewan yang mulia ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Sebenarnya Yang Berhormat, saya difahamkan bahawa usul Yang Berhormat itu bukan pagi tadi, pukul 11.30 selepas saya duduk.

Tuan Yang di-Pertua

Saya pun belum nampak lagi usul itu. Biar saya teliti dahulu usul itu supaya saya boleh beri pendapat dan keputusan. Yang Berhormat, saya belum tengok lagi. Pukul 11.30 saya sudah duduk sini.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Saya juga memohon untuk disegerakan. Kegusaran orang di Pantai Timur Sabah ini, selepas serangan Tanduo, kita sembilan tahun ini merasa sangat gusar. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya akan perhatikan usul itu dan akan membuat keputusan. Terima kasih, Yang Berhormat Kalabakan.

Usul — Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan AgongMotion

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah; “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam persidangan Parlimen memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan Menjunjung Kasih Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Kelima, Parlimen yang Keempat Belas”. [7 Mac 2022]

Tuan Yang di-Pertua

Boleh saya sambung tadi fasal usul Peraturan Mesyuarat 18(1) itu, peraturan mesyuarat cuma membenarkan satu hari satu usul sahaja ya. Jadi, saya perlu ingatkanlah Yang Berhormat sebab satu hari satu usul sahaja. Jadi, saya terpaksa, kalau boleh terima pun mengikut masa yang terima usul itulah. Terima kasih. Kita sambung dengan perbahasan Titah Diraja. Kita akan mulakan dengan Yang Berhormat Kuala Krai, 12 minit dan diikuti sesi sehingga pukul 1 tengah hari ini. Saya harap kita boleh habiskan dengan Yang Berhormat Kuala Krai dan Yang Berhormat Johor Bahru, Yang Berhormat Lenggong dan Yang Berhormat Seputeh. Saya silakan Yang Berhormat Kuala Krai.

Bismillahi Rahmani Rahim. Alhamdulillah wassalatu wassalamu ala Rasulillah wa aalihi wasahibi wa man walaah. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu, izinkan saya memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana diberi peluang untuk turut serta dalam perbahasan Menjunjung Kasih Titah Diraja dan saya mengambil peluang ini untuk menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang telah berkenan berangkat merasmikan istiadat pembukaan Penggal Kelima, Majlis Parlimen Keempat Belas pada 28 Februari 2022.

Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan dengan sepotong ayat... [Membaca sepotong ayat al-Quran] Maksudnya, “Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai berai. Dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika dahulu (masa jahiliah) bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu sehingga dengan kurnia Nya kamu menjadi bersaudara, sedangkan ketika itu kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah Allah menerangkan ayat- ayat Nya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk.” Ayat 103 surah Al-Imran. Tuan Yang di-Pertua, sebagai mukadimahnya, Kuala Krai ingin menzahirkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah mengemudi Kerajaan Malaysia pada hari ini dengan begitu baik sekali. Keluarga Malaysia yang

diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mula melekat di sanubari rakyat Malaysia. Semoga ia menjadi asbab untuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri terus memacu Malaysia menjadi negara yang aman dan makmur serta mendapat limpah rahmat untuk sekalian rakyat. Walaupun Malaysia menghadapi pelbagai cabaran yang getir akibat COVID-19 yang belum berkesudahan serta ditambah dengan bencana banjir yang sangat teruk, kerajaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengharunginya dengan jaya. Semoga terus diberi kekuatan daripada Allah SWT untuk memimpin negara sehingga ke penghujung penggal ini. Tuan Yang di-Pertua, berkaitan isu banjir. Dalam masa tiga bulan terakhir ini, negara dilanda banjir yang sangat luar biasa. Bulan Disember 2021 di Selangor dan Pahang, manakala bulan Februari 2022 di Kelantan dan Terengganu. Dan semalam, di tengah-tengah Bandar Kuala Lumpur sendiri. Kerajaan telah membelanjakan peruntukan yang besar untuk membantu warga yang dilanda banjir dan membaik pulih infrastruktur sehingga mencecah RM1.4 bilion untuk banjir tahun 2021 sahaja. Belum lagi dikira banjir tahun 2022. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas keprihatinan dan kelulusan segera segala bentuk bantuan kepada rakyat yang terlibat. Saya ingin bertanya, apakah pihak kerajaan mempunyai pelan jangka pendek dan jangka panjang bagi mengatasi masalah banjir ini? Di sesetengah tempat, banjir sering berulang setiap kali hujan lebat walaupun beberapa jam sahaja. Kerajaan perlu mengenal pasti tempat-tempat yang berisiko banjir untuk membaik pulih infrastruktur. Jika jambatan rendah, maka binalah jambatan yang lebih tinggi. Jika masalahnya sistem perparitan, maka binalah sistem perparitan yang boleh menampung aliran air. Ahli-ahli Parlimen tentunya sentiasa bersedia untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan dalam mengenal pasti setiap permasalahan. Jika tiada apa- apa perancangan holistik yang dibuat oleh kerajaan, maka setiap kali banjir melanda, kerajaan terpaksa berhabis wang yang banyak untuk memberikan bantuan kepada rakyat terjejas dan membaik pulih infrastruktur yang rosak. Begitulah seterusnya, Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan Program Jualan Keluarga Malaysia. Diumpamakan sudah jatuh ditimpa pula tangga. Pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia, tidak ketinggalan negara kita, menyebabkan rakyat terbanyak mengalami kesusahan. Negara kita diuji pula dengan banjir yang besar. Tentunya ia memberi kesan yang sangat teruk terutama kewangan kepada rakyat terbanyak. Program Jualan Keluarga Malaysia ialah inisiatif Perdana Menteri dan dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk menawarkan harga yang lebih murah dan berpatutan kepada rakyat Malaysia. Ternyata menjadi ubat mujarab untuk mengurangkan kesusahan yang dialami. Kuala Krai sendiri setakat ini telah mengadakan program ini mengikut jadual bermula bulan Januari yang lalu. Program ini ternyata mendapat sambutan yang cukup baik. Masyarakat setempat telah keluar untuk mendapatkan barangan harian terutamanya apabila ia dilaksanakan di peringkat kawasan dewan undangan negeri. Saya difahamkan program ini hanya akan berjalan sehingga bulan Mac ini sahaja. Jadi, dalam kesempatan ini, saya ingin mencadangkan Program Jualan Keluarga Malaysia ini diteruskan sehingga hujung tahun ini kerana ia memberi manfaat yang cukup baik atau sekurang-kurangnya dilaksanakan setiap minggu pada bulan April ini yang berkebetulan dengan bulan Ramadhan. Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan infrastruktur iaitu khususnya laluan masuk ke Kelantan melalui Jeli-Gerik. Saya ingin mengambil peluang ini untuk menjunjung kasih kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas titah baginda berkaitan dengan kepentingan pembinaan lebuh raya seperti Central Spine Road dan lain-lain lebuh raya lagi yang mampu memacu pembangunan wilayah serta pertumbuhan ekonomi setempat.

Saya ingin menarik perhatian pihak kerajaan agar dapat membina sebuah lebuh raya baharu yang menghubungkan negeri-negeri sebelah utara sama ada Perak, Kedah, Pulau Pinang, Perlis dengan Kelantan iaitu laluan Gerik ke Jeli dan terus ke Jerteh, Terengganu. Biar ada sesuatu yang boleh disebut-sebut jasa Yang Amat Berhormat Bera dalam memastikan keseimbangan wilayah khususnya jalan dan lebuh raya yang selesa menghubungkan Pantai Timur dengan Utara Semenanjung. Buat masa ini, satu-satunya laluan dari Gerik ke Jeli ialah Lebuhraya Timur Barat yang dibuka pada tahun 1982 dan semestinya telah terlalu usang dan sangat berbahaya terutamanya pada waktu malam dan hujan. Jika Tuan Yang di-Pertua berkesempatan, boleh menaiki kenderaan melalui jalan ini. Bagai kata rakyat terbanyak, bergegar otak, Tuan Yang di-Pertua. Terdapat banyak kerosakan, berlubang, garis putih yang sudah hilang dan pastinya ia amat membahayakan. Sudah sampai masanya ia dibaiki secara keseluruhan dan dinaik taraf agar ia memberi keselesaan dan keselamatan kepada pengguna jalan raya. Isu yang sama berkaitan infrastruktur iaitu sambungan Lebuh Raya Kota Bharu- Kuala Krai ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Insya-Allah, dengan siapnya Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai yang sedang dibina sekarang, tentunya akan dapat menjimatkan masa terutamanya kepada penduduk Kelantan Selatan dan perantau dari Lembah Klang untuk ke Kota Bharu. Namun begitu, lebuh raya sepanjang 73.5 kilometer ini hanya berakhir di Pasir Hor. Untuk makluman, kesesakan untuk memasuki Bandar Kota Bharu bermula di Pasir Hor termasuklah laluan untuk ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa yang terpaksa melalui laluan sama ada Kubang Kerian ataupun Lundang yang menyebabkan masa yang diambil sehingga hampir mencecah satu jam daripada persimpangan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai yang jaraknya sekitar 17 kilometer sahaja. Saya ingin mencadangkan agar pihak kerajaan dapat mempertimbangkan sebuah projek sambungan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai ini terus ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa. Kata orang Kelantan, ‘ook senapah boh, sambong sikit jah lagi’. Maknanya, tidak banyak lagi, 17 kilometer sahaja lagi. Sambungan ini jika berjaya dilaksanakan, bukan sahaja pengguna ke lapangan terbang sahaja mendapat manfaatnya tetapi tentunya memberi limpah rahmat yang besar kerana terdapat beberapa destinasi pelancongan yang menarik di Pengkalan Chepa. Antaranya Pantai Cahaya Bulan, Pantai Sabak, Pantai Mek Mas dan lain-lain lagi. Isu berkaitan infrastruktur, Tuan Yang di-Pertua. Cadangan saya ialah penubuhan task force jalan Gua Musang ke Kuala Krai yang merupakan laluan utama masyarakat Kelantan untuk ke Kuala Lumpur. Di sepanjang jalan berlaku kerosakan yang amat teruk terutamanya selepas hujan lebat minggu lepas. Banyak jalan yang berlubang, kehilangan garis putih yang sangat menyukarkan pemanduan. Banyak kemalangan telah berlaku di sepanjang laluan ini dalam masa dua bulan ini. Selain itu, jalan yang tidak rata terutama di Kampung Putih di Gua Musang. Kerosakan yang tidak berkesudahan ini amatlah menyusahkan pengguna jalan raya di samping ia mengakibatkan kemalangan. Saya mencadangkan pihak kerajaan perlu menubuhkan sebuah task force untuk menilai serta memperbaiki kerosakan di sepanjang jalan ini secepat mungkin. Saya minta tolong sangat-sangat pihak JKR mengambil tindakan segera terhadap isu ini. Tentunya ia amat diperlukan sementara menanti lebuh raya CSR yang masih dalam pembinaan. Janganlah kerana alasan projek CSR yang sedang dibina, maka laluan ini dibiarkan rosak dan tidak terurus begitu lama. Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan roadmap pelaksanaan syariah di Malaysia. Saya ingin mengambil peluang ini untuk bertanyakan, apakah roadmap atau rancangan Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) berkaitan pelaksanaan syariah di Malaysia? Umat Islam di Malaysia tentunya amat menantikan bilakah RUU 355 akan dibentangkan di Parlimen dan pemerkasaan mahkamah syariah yang tertunda sejak

sekian lama. Saya difahamkan sudah terdapat roadmap secara menyeluruh, bukan sahaja pindaan RUU 355. Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan sindrom selepas pengambilan vaksin. Kemunculan virus COVID-19 telah mengubah segala-galanya. Ada yang kehilangan ahli keluarga tersayang, ada yang kehilangan kerjaya dan ada yang kehilangan segala- galanya. Apabila kerajaan telah memulakan pengambilan vaksin pada awal tahun 2021 kepada seluruh rakyat Malaysia, kes COVID-19 telah mula menurun. Walaupun kini ia menaik semula tetapi kes di tahap empat dan lima terlalu amat kecil. Ternyata keberkesanan vaksin untuk melawan COVID-19 sangat baik. Namun begitu, di luar sana terdapat beberapa kes yang mula dipersoalkan selepas pengambilan dos kedua dan dos penggalak. Antaranya, ia mengakibatkan mengalami strok, masalah jantung dan lain-lain lagi. Saya ingin bertanyakan, adakah Kementerian Kesihatan sedar tentang perkara tersebut dan adakah terdapat kajian mengenainya? Apakah penjelasan pihak kerajaan berkenaan perkara ini dan adakah terdapat kes yang telah disahkan mengenainya selepas pengambilan vaksin tersebut? Saya mohon penjelasan yang tuntas pihak Kementerian Kesihatan khususnya agar rakyat di luar sana terus yakin dengan usaha pemberian vaksin dan tidak menimbulkan pelbagai fitnah atas usaha kerajaan yang amat baik ini.

Terakhir Tuan Yang di-Pertua ialah berkaitan dengan pindaan Akta 342. Terdapat bantahan secara besar-besaran kepada cadangan pindaan ini. Dalam mailbox saya, penuh dengan bantahan-bantahan ini dan juga perjumpaan di luar sana. Persoalan saya ialah adakah pihak KKM bersedia meneruskan cadangan pindaan yang telah tertangguh ini? Dengan keadaan dan suasana semasa, khususnya pihak KKM telah melonggarkan SOP sama ada kepada yang disahkan positif ataupun kontak rapat dan juga tiada lagi pengesanan kluster-kluster. Maka saya mencadangkan pindaan kepada Akta 342 ini tidak diteruskan. Apa perlu lagi diteruskan, bahkan kita perlu bersedia ke arah hidup dengan COVID-19. Seandainya bergejala sama ada demam, batuk atau lain-lain, buatlah ujian kendiri dan bolehlah ke klinik untuk mendapatkan bantuan kesihatan. Sebagai penutup Tuan Yang di-Pertua, sebelum Kuala Krai mengundurkan diri, saya ingin sudahi dengan serangkap pantun sebagai menyahut Titah Tuanku. Air di kali sesejuk salju, Tersenyum bonda penuh sayugia, Keluarga Malaysia terus maju, Aman makmur dan bahagia. Akhirnya, dengan ini Kuala Krai dengan penuh sukacitanya menyokong usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Oleh kerana Yang Berhormat Lenggong telah menarik diri maka tinggal dua orang sahaja sebelum pukul satu, Yang Berhormat Johor Bahru dan Yang Berhormat Seputeh. Jadi, seorang lebih kurang 15 minit. Silakan Yang Berhormat Johor Bahru.

Alhamdulillah. Okey baik, terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang kepada Johor Bahru untuk turut serta dalam perbahasan Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya Akmal Nasir, juga adalah seorang pengundi N.44 DUN Larkin. Maka hari ini saya akan bercakap sebagai seorang rakyat biasa terutamanya datang dari Johor. Dalam

keadaan ekonomi yang sangat tidak memberangsangkan, kes harian COVID-19 yang masih tinggi, rasuah semakin membarah, amalan dua darjat semakin berleluasa dan kami tidak semena-mena terheret dengan pilihan raya negeri yang sedang berlaku. Tatkala Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan jelas bertitah yang saya petik secara lisan. “Cukuplah berpolitik siang malam, fokuskan menjaga kepentingan rakyat”. Malangnya masih ada yang pentingkan soal kuasa akibat berbalah sesama mereka sendiri tanpa rasa bersalah dibazirkan sehingga RM150 juta untuk pilihan raya negeri di Johor. Tuan Yang di-Pertua, tindakan ini bukan sahaja tidak membantu, sebaliknya membebankan rakyat. Kalau betul hendak tolong orang Johor, ada tiga perkara tumpuan utama iaitu: (i) salurkan dana tersebut untuk tujuan yang lebih utama ataupun yang lebih penting; (ii) fokuskan kepada dasar yang membela rakyat; dan (iii) kekhuatiran kami sekiranya hasil PRN ini lebih memburukkan kehidupan rakyat. Pertama, begitu banyak kumpulan yang terkesan dengan kelembapan aktiviti ekonomi yang sepatutnya menjadi keutamaan penyaluran dana. Alangkah baiknya kos- kos yang dihabiskan untuk pelaksanaan PRN ini disalurkan untuk pakej rangsangan tambahan. Terdapat ribuan perniagaan kecil yang telah gulung tikar, terdapat lebih 12 ribu orang pekerja di Johor telah diberhentikan kerja. Contoh spesifik di dalam Dewan yang mulia ini juga saya pernah bangkitkan bahawa perlu ada permohonan untuk salurkan dana RM10 juta kepada Larkin Sentral, hab pengangkutan awam dan pasar yang terkesan teruk dengan PKP dan sebagainya. Namun, permohonan itu masih dipandang sepi dan kini kalau Tuan Yang di-Pertua turun ke Larkin Sentral di bahagian barangan kering, hanya tinggal 50 ke 60 peratus sahaja yang masih mampu bernafas dan bertahan. Saya tidak tahu sampai bila perkara ini akan berlaku. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, dana RM150 juta tadi dapat dimanfaatkan kepada mereka yang terkesan dengan COVID-19. Apabila berlaku kes positif, arahan kerajaan ini mudah, kamu kena kuarantin satu minggu tetapi kepayahan, kesengsaraan itu kepada pesakit kerana tempoh seminggu itu juga menyebabkan mereka tiada pendapatan. Jadi, kalau keutamaan itu untuk membantu rakyat, RM150 juta ini kalau kita bagi pun katakan RM500 kepada setiap individu yang terkesan COVID-19 kena kuarantin, yang mungkin hilang mata pencarian, kita boleh bantu 300 ribu orang. Itu kalau tidak berlaku pilihan raya negeri. Tuan Yang di-Pertua, pagi tadi kita ada sebut juga soal utama adalah soal menstabilkan harga barang. Malah saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, dari pihak kerajaan sendiri pun kata beliau setuju dengan saranan saya supaya kalau RM150 juta itu lebih elok, lebih baik salurkan kepada usaha mengawal harga barang daripada panggil pilihan raya kerana isu soal harga barang tadi dah dijelaskan. Isunya di peringkat kos, subsidi yang disalurkan itu biarlah kepada pengeluar, penternak kecil supaya mereka juga dapat bukan sahaja menjamin harga yang stabil tetapi juga bekalan yang lebih terkawal. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita tidak buat pilihan raya negeri di Johor, sebenarnya kerajaan boleh memilih untuk melaksanakan janji-janji yang telah diketengahkan ketika membentangkan belanjawan pada tahun lepas. Saya ambil contoh, ini satu contoh, bilakah guru-guru yang telah dijanjikan RM100 untuk tujuan membantu alat bantuan mengajar PdPR. Tahun lepas umum hendak bagi RM100, sekarang sudah masuk bulan Mac, para pelajar SPM pun kelam-kabut ada pilihan raya dan sebagainya. Mana pergi RM100 tersebut? Guru-guru ada sekitar 416,743 orang, angka ini cikgu yang bagi saya. Bila dikira sebenarnya, kalau tiada pilihan raya negeri, bukan RM100, RM300 pun kerajaan boleh salurkan. Ia sebab kita tidak mahu berlaku macam tahun lepas, janji hendak bagi laptop

kepada para pelajar, sampai hujung tahun ada yang tidak dapat malah ramai yang mengeluh, dengar sahaja, tidak nampak laptop tersebut Tuan Yang di-Pertua. Masuk kepada perkara kedua, selain isu dana yang patut disalurkan kepada keutamaannya. Fokus negara kita, fokus negeri Johor ini tumpukan kepada soal dasar yang membantu rakyat, yang sepatutnya mendahului perbincangan soal pilihan raya. Bilakah sempadan Johor-Singapura ini akan dibuka? Dengan signifikan, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, kerana yang berlaku ketika ini untuk memulihkan ekonomi negeri Johor dan negara secara menyeluruh, kita kena akui bahawa ekonomi di Johor ini bergantung harap kepada kuasa membeli rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura mahupun rakyat Singapura yang berbelanja di Johor. Selagi sempadan tidak dibuka, ekonomi itu sangat malap. Mereka bertanya, dan saya hendak tanya kepada pihak kerajaan, kalau boleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri jawab. Kalau pilihan raya negeri, kalau kempen itu dah boleh dibuat minggu lepas lagi, sebenarnya sempadan itu patut dibuka hari ini. Yang dia hendak larang sekarang, sempadan tidak dibuka, rakyat Johor tidak boleh balik mengundi, ekonomi makin teruk tetapi dibebankan dengan polemik politik yang sangat memenatkan Tuan Yang di-Pertua. Negara-negara lain seperti Australia, New Zealand, Filipina dan semuanya telah mula membuka sempadan menggunakan SOP yang mereka kenalkan dan perketatkan sebab kalau kita terus terkurung ketika ini, macam VTL yang ada ketika ini di Johor hanya membenarkan penggunaan bas awam, kena berlumba, berebut beli tiket. Apa yang saya hendak cadangkan kepada kerajaan, perkenalkan VTL ini untuk pengangkutan persendirian juga. Ini lebih selamat.

Mereka tidak perlu bersesak-sesak di causeway di Tambak Johor tetapi boleh terus sahaja menggunakan kenderaan persendirian, motosikal, bus, kilangnya ataupun kenderaan kereta tanpa perlu bersesak di causeway. Jadi kalau bagi saya kalau betul ada kejujuran kalau kerajaan hendak umum pembukaan sempadan itu jangan umum untuk gula-gula Pilihan Raya umum dengan tuntas buka biar rakyat Johor boleh balik mengundi dan memulihkan kembali ekonomi. Dasar kedua Tuan Yang di-Pertua yang menjadi keutamaan yang perlu diberikan tumpuan ketika ini sebagai contoh Yang di-Pertuan Agong telah bertitah agar pemulihan ekonomi ini disegerakan tanpa mengira kelas pendapatan. Ada sekumpulan yang ramainya iaitu anak-anak muda dalam industri gig ekonomi lebih empat juta orang yang terlibat secara langsung yang mungkin kalau kita tahu yang terkenal sebagai riders, Food Pandanya ataupun Grab Food, Shopee Food dan pelbagai lagi agensi ataupun syarikat-syarikat tersebut. Tatkala kos sara hidup terus melambung tinggi harga barang tidak dikawal pendapatan anak-anak muda pula ini sekarang tertekan ditekan kerana komisen yang mereka terima itu dinipiskan terpaksa combine trip yang kena bersidai. Kalau Tuan Yang di-Pertua hendak tahu mereka ini kalau dapat order sekalipun kena bersidai tunggu order siap setengah jam, satu jam. Akan tetapi daripada segi perlindungan masa depan mereka ini langsung terabai. Perkara ini bukan yang baharu tetapi kalau betul hendak masuk pilihan raya ini yang patut jadi keutamaan iaitu mengangkat supaya ada jaminan perlindungan kepada anak muda dari segi masa depannya melalui caruman KWSP mahupun daripada segi keselamatan ketika bekerja melalui perlindungan SOCSO ataupun PERKESO Tuan Yang di-Pertua. Cadangan saya biarlah mereka yang bekerja dalam industri gig lebih 20 jam sehari ini kita wajibkan syarikat-syarikat tersebut. Mereka ini buat untung besar Tuan Yang di-Pertua. Wajibkan mereka buat caruman mandatori untuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan juga Kumpulan Perlindungan Pertubuhan Keselamatan Sosial Tuan Yang di- Pertua.

Oleh sebab kalau kita tengok berdasarkan data ketika ini syarikat-syarikat gig ini mendapat ataupun memberi pulangan dari segi berbanding dengan KDNK sekitar 18.5 peratus Tuan Yang di-Pertua dan dijangkakan dengan keadaan sekarang akan meningkat sehingga 30 peratus dalam tempoh dua tahun. Syarikat terus membesar anak-anak muda ini terus ditekan sebab itu kalau betul ada kejujuran untuk membantu anak muda. Cadangan saya selain mewajibkan syarikat tersebut buat sumbangan mandatori kerajaan juga kena pinda undang-undang yang memberi definisi yang lebih tuntas kepada kumpulan pekerja gig ini. Akta yang sedia ada ini agak lapuk kerana menggambarkan pekerjaan secara penuh masa tetapi gig ekonomi juga sekarang ini sudah menjadi pekerjaan sepenuh masa kepada anak muda dan jangan perkecilkan mereka. Tuan Yang di-Pertua perkara yang ketiga yang saya dengar sendiri dengan jiran- jiran dengan tetangga di Johor ini. Kekhuatiran mereka sekiranya keadaan itu akan bertambah teruk selepas Pilihan Raya Negeri. Saya ambil contoh, ini dasar yang penting saya bercakap dalam Dewan soal perumahan yang berlaku sekarang ini sekiranya Barisan Nasional menang yang telah diumumkan calon Menteri Besarnya di umum di Program MIC disebut kalau Barisan Nasional menang mereka akan pulangkan balik kuota rumah ini disalurkan melalui parti-parti politik. Amalan ini dibuat sebelum 2018 iaitu 20 peratus Rumah Mampu Milik di Johor diagihkan melalui saluran parti politik. Kita sudah hapuskan perkara tersebut kerana bila rumah hak asasi rakyat ini dijadikan tujuan memancing sokongan politik timbul pula isu ketirisan ada orang jadi orang tengah, borang pun kena bayar Tuan Yang di-Pertua. Kerisauan ini kerana yang digambarkan hanya soal politik dan sebagainya hakikatnya dasar yang akan dilaksanakan itu menyebabkan agihan yang kembali gelap melalui orang politik. Saya sarankan biarlah agihan rumah ini dibuat secara telus dan adil sebab yang rakyat hendak tahu sebagai contoh isu rumah PRIMA. Saya sudah bangkitkan setiap kali perbahasan patut dijadikan sebagai keutamaan setelah saya asak mewakili rakyat Johor Bahru. Alhamdulillah rumah PRIMA Tebrau akhirnya dapat kunci. Masalah tidak sempurna banyak defect dan apabila ditanya sampai sekarang defect itu masih tidak dibaiki dengan sempurna yang lebih merisaukan rumah PRIMA di Kota Tinggi, Menteri semua turun berkempen rumah PR1MA Kota Tinggi sudah berapa lama tidak siap mereka sudah start bayar pinjaman tetapi rumah tidak siap lagi Tuan Yang di-Pertua. Jadi sebab itu bagi saya ini bukan soal berkempen Tuan Yang di-Pertua bagi saya ini luahan rakyat di bawah sebab isu yang saya bawa sebelum ini isu kontraktor-kontraktor kecil bumiputera. Saya bawa dalam sini buat sidang media masih tidak dipedulikan kerana syarikat konsesi orang tengah yang mendapat laba membuat untung menekan kontraktor peniaga-peniaga kecil ini. Tuan Yang di-Pertua sebagai penutup menghormati masa tambahan yang telah diberikan oleh Tuan Yang di-Pertua sebagai seorang pengundi Larkin kami sebenarnya sangat muak dengan orang-orang politik yang terus buat percaturan tidak habis-habis. Kami mahukan keadilan dengarlah rintihan kami dan angkatlah suara rakyat Johor. Sekian terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru. Akhir sekali sebelum pukul satu. Yang Berhormat Seputeh silakan. 13 minit.

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi Tuan Yang di-Pertua saya dan juga Johor Bahru diberikan 15 minit. Jadi hari ini Hari Wanita saya minta tambah lagi satu minit berbanding dengan Johor Bahru.

Tuan Yang di-Pertua

Boleh.

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

16 minit bagi saya.

Tuan Yang di-Pertua

Kalau Yang Berhormat–Yang Berhormat setuju duduk sehingga lebih pukul satu. Saya setuju.

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

Setujulah semua kan, setuju hari ini Hari Wanita.

Tuan Yang di-Pertua

Dipersilakan.

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya akan menumpukan ucapan saya kepada empat isu. Isu pertama ialah banjir kilat di Kuala Lumpur semalam. Saya dapati beberapa Ahli Yang Berhormat ini yang menyaksikan satu banjir kilat yang begitu dahsyat yang berlaku semalam. Di mana banyak kereta rosak dan trafik di pusat bandar lumpuh, ini termasuk juga di kawasan saya. Saya tidak pasti mana Yang Berhormat Arau Menteri Wilayah Persekutuan apabila banjir berlaku. Adakah beliau berada di Kuala Lumpur ataupun di Johor? Adakah beliau melihat kedahsyatan yang berlaku di Kuala Lumpur semalam. Kenyataan lama Yang Berhormat Menteri yang bertarikh 25 November 2013 dalam mStar.com yang bertajuk pengurusan banjir di Malaysia antara terbaik berbanding dengan negara lain termasuk Amerika Syarikat telah tular di media sosial semalam. Waktu itu Yang Berhormat Arau ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga jaga fasal bencana. Saya hendak tanya Yang Berhormat Arau sekarang masih percaya kenyataan yang diluahkan oleh beliau pada waktu itu. Ini adalah kenyataan akbar Malaysia terbaik urus banjir berbanding negara lain termasuk Amerika Syarikat. Ini gambar pada tahun 2013. Jadi sekarang Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Arau sudah jadi Menteri Wilayah Persekutuan. Saya hendak tanya apakah perasaan beliau dan juga rancangan beliau. Dalam mesyuarat Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan dengan Ahli Parlimen Kuala Lumpur pada bulan lepas. Saya terdengar Yang Berhormat Arau yang kata DBKL akan lulus lebih rumah mampu milik pencakar langit di Kuala Lumpur. Saya memang bimbang apabila saya dengar ini saya ingin minta beliau mengkaji semula kesemua cadangan projek berdensiti tinggi seperti ini. Dalam era perubahan iklim kita semua sekarang cakap fasal climate change ini, volume hujan akan lebih tinggi berbanding dengan tempoh masa sebelum ini. Kesemua projek berdensiti tinggi tersebut akan menyumbangkan lebih banjir kilat di Kuala Lumpur kerana sistem perparitan di banyak tempat di Kuala Lumpur termasuk di pusat bandar Kuala Lumpur tidak diperbesarkan selama ini. DBKL hanya sibuk luluskan satu projek demi satu projek dengan densiti yang tinggi yang khususnya di bawah Yang Berhormat Putrajaya apabila dia menjadi mantan Menteri Wilayah Persekutuan.

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

Akan tetapi kita lihat yang tidak ada – perparitan tidak dibesarkan. Sekarang apa yang berlaku semalam yang mana melibatkan di kawasan saya. Sebenarnya di banyak tempat di kawasan saya, air banjir sepatutnya melalui Smart Tunnel tetapi saya lihat semalam ia nampaknya tidak berfungsi. Saya hendak juga menyeru Yang Berhormat Menteri dan juga DBKL untuk meneliti bangunan yang berdensiti tinggi yang dibina di sempadan di antara Kuala Lumpur dan juga pihak Selangor. Saya difahamkan Exco Selangor merangkap ADUN Kinrara, Yang Berhormat Ng Sze Han telah tulis surat kepada Yang Berhormat Menteri tentang projek RUMAWIP DBKL yang akan dijual dengan harga RM300,000 per unit di Bukit Jalil. Projek RUMAWIP ini mempunyai dua blok. Blok A mempunyai 38 tingkat dan 39 tingkat di blok B. Setiap unit hanya diberi satu tapak tempat kereta sahaja dan projek perumahan yang begitu tinggi densitinya tentu akan menyumbangkan kesesakan trafik di kawasan Bukit Jalil dan juga kawasan DUN Kinrara, Selangor. Tuan Yang di-Pertua, Bukit Jalil terletak di kawasan Parlimen Seputeh tetapi saya langsung tidak tahu ada Projek RUMAWIP ini. Saya ingin menyeru Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan menjawab surat daripada EXCO kerajaan Selangor tersebut. DBKL juga Yang Berhormat Arau haruslah mengadakan perbincangan dengan

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

MPSJ ya. Itu PBT yang mengawasi kawasan DUN Kinrara berkenaan dengan isu trafik dan isu-isu lain berkenaan dengan RUMAWIP yang saya sebutkan tadi. Tuan Yang di-Pertua, saya juga hendak bangkitkan satu isu tentang ugutan Menteri Dalam Negeri kepada peserta Cina di satu jamuan meraih undi di Johor Baru pada tiga hari yang lepas. Menteri Dalam Negeri, Yang Berhormat Larut telah membuat satu ucapan penuh baur ugutan kepada peserta Cina dalam satu jamuan di Johor Bahru pada beberapa hari yang lepas. Beliau berucap tanpa memakai pelitup muka. Akan tetapi saya tidak nampak ada polis ke atau KKM ke akan ambil tindakan terhadap beliau. Dalam ucapannya beliau mengehendaki semua peserta jamuan itu berhenti makan apabila beliau berucap. Beliau juga mahu mereka bertepuk tangan apabila dia berucap. Beliau berkata Pegawai Cawangan Khas Polis itu Special Branch yang berada dalam dewan jamuan itu akan melaporkan kepada beliau siapa yang tidak tepuk tangan dan tidak mendengar ucapannya. Ucapannya telah disiarkan dalam laman web dan juga tular dalam media sosial. Apa yang ditunjukkan oleh Yang Berhormat Larut ya, Menteri Dalam Negeri ini bukan sahaja menunjukkan sikap sebagai seorang Menteri yang begitu angkuh, tetapi apa yang serius ialah beliau menggunakan pegawai Special Branch untuk mengugut hadirin Cina yang juga merupakan pengundi di Johor itu untuk dengar ucapan beliau. Kalau tidak mereka akan laporkan kepada dia. Kita tidak tahulah apa akan berlakulah selepas itu. Bukankah ini merupakan penyalahgunaan kuasa oleh seorang Menteri Dalam Negeri. Apakah tugas pegawai Special Branch di PDRM – sebenarnya adalah untuk memantau sama ada – untuk keselamatan awam. Akan tetapi mereka seolah-olah diperalatkan oleh Menteri Dalam Negeri untuk memantau hadirin di jamuan Perikatan Nasional itu sama ada mereka sokong kerajaan Perikatan Nasional ataupun tidak. Bukankah tugas polis adalah menjaga keselamatan awam dan mereka sepatutnya neutral dalam politik, khususnya dalam pilihan raya? Akan tetapi saya lihat yang Menteri Dalam Negeri ini sebenarnya telah menyalahgunakan kuasa beliau. SPR sepatutnya ambil tindakan terhadap kenyataan ucapan dibuat oleh Menteri Dalam Negeri ini. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya juga tidak faham. Kita lihat PRN Johor ini – Okey kami di Dewan Rakyat kami dibenarkan untuk berucap tanpa pelitup muka kerana memang suka untuk berucap dengan adanya pelitup muka. Akan tetapi di PRN Johor, kesemua penceramah, mereka harus dikehendaki untuk berucap dengan pelitup muka. Akan tetapi kita lihat ada double standard. Kita lihat Tan Sri Mahiaddin, Mantan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Yang Berhormat Pekan – Apabila mereka berucap, mereka boleh keluarkan pelitup muka. Akan tetapi apabila Ketua Pembangkang berucap tanpa memakai pelitup muka, dia dikenakan kompaun RM1,000. Kami pun merasa keliru, apakah yang standard yang ditetapkan oleh KKM ini terhadap mereka yang berceramah? Kenapakah ada yang boleh dan ada yang tidak boleh? Kita lihat calon MUDA, dia tunjuk ‘laga penumbuk’ kita kata. Itu sebagai macam untuk menggantikan shake hand dan calon itu dikenakan kompaun RM1,000. Akan tetapi, kita lihat Yang Berhormat Pekan pergi mana-mana tempat tumbuk orang, tumbuk sana sini, tidak ada kompaun dikenakan kepada beliau. Samakah ini – adalah cara kita kata dibenarkan atau tidak? Saya rasa semua orang keliru kerana yang apa standard SOP yang dipakai oleh PRN Johor itu memang berlainan dengan apa yang kita pakai di Dewan Rakyat ataupun oleh ahli politik, pemimpin negara di sebelah sana itu. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sentuh tentang MoU pembantu rumah antara Malaysia dengan Indonesia. Saya ingin tahu apa yang telah berlaku tentang dalam menandatangani MoU tentang pengambilan pembantu rumah dari Indonesia oleh pihak Malaysia?

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

Kita lihat, saya terbaca dalam media bahawa MoU ini sepatutnya ditandatangani oleh Menteri Sumber Manusia Malaysia dengan Kerajaan Indonesia pada 7 hingga 8 Februari di Bali. Akan tetapi ditangguhkan oleh pihak Indonesia kerana Kementerian Dalam Negeri tidak memberi kerjasama yang sewajar. KDN tiba-tiba mengumumkan dasar baharu yang mengehendaki pembantu rumah Indonesia yang masuk ke Malaysia menggunakan My Travel Pass. Pengumuman KDN ini memang bercanggah dengan MoU yang sepatutnya ditandatangani oleh Menteri Sumber Manusia dengan Kerajaan Indonesia berkenaan dengan penggunaan One Channel System (OCS). Memandangkan kedua-dua Menteri dalam Kabinet yang sama membuat kenyataan yang bercanggah dalam isu MoU dengan Indonesia, Perdana Menteri haruslah campur tangan dan mengambil alih perbincangan MoU dengan kadar segera. Ini kerana, MoU pembantu rumah ini ada kaitan dengan pengambilan pekerja Indonesia dalam sektor-sektor lain di negara kita. Kalau MoU ini tidak diselesaikan, isu ini tidak diselesaikan. Kita tidak dibenarkan untuk mengambil pekerja Indonesia untuk berkhidmat untuk bekerja di sektor-sektor lain di negara kita. Saya juga ingin merujuk pada laporan disiarkan dalam portal Malaysiakini yang bertajuk ‘Source: Trouble foreign worker recruiting system to be replace’ yang disiarkan pada 3 Mac 2022. Mengikut artikel tersebut perkhidmatan Bestinet Sdn. Bhd yang menguruskan pekerja asing atau apa yang dinamakan Malaysia Foreign Workers Centralised Management System (FWCMS) mungkin akan diambil alih oleh satu syarikat baharu yang bernama 3S Asia Sdn. Bhd yang ditubuhkan dalam Jun tahun 2021. Syarikat ini mempunyai satu laman web iaitu 3S Malaysia.com yang memaparkan logo Kementerian Sumber Manusia. Saya hendak tanya apakah syarikat ini telah mendapat sokongan daripada Kementerian Sumber Manusia untuk menangani One Channel System (OSC) dengan pihak Indonesia. Saya juga ingin tahu, siapakah mewujudkan portal ini dan macam mana portal ini – macam mana syarikat ini dilantik? Apakah ia dilantik melalui rundingan terus antara Kementerian Sumber Manusia dengan syarikat ini – iaitu direct nego ataupun melalui tender terbuka? Kalau melalui tender terbuka, saya ingin tanya berapakah syarikat menyertai pembindaan ini? Selain itu, apakah syarikat 3S Asia Sdn. Bhd hanya mewujudkan laman web ini sahaja untuk menguruskan pengambilan pembantu rumah Indonesia melalui OSC ataupun syarikat ini juga ditugaskan untuk menjalankan pengambilan pekerja (recruitment), latihan, penempatan pekerja dan penghantaran balik pembantu rumah Indonesia di Malaysia.

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

Saya rasa hairan kenapakah selepas laporan ini disiarkan, laman web 3S Malaysia.com ini hilang dan saya ingin minta Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia memberitahu Dewan yang mulia ini tentang isu ini dan juga tentang isu berkenaan MoU dengan pihak Indonesia. Tuan Yang di-Pertua, isu keempat, saya ingin minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) menjawab tuduhan yang disiarkan dalam laman web sabahkini2.com berkenaan 370,000 unit buku yang berjudul ‘Mari Kenali S’wet' yang diterbitkan Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dengan kos perbelanjaan RM3.9 juta. Buku yang dikhususkan kepada pelajar sekolah dan sekolah menengah dilancarkan oleh Menteri MPIC dalam Januari tahun ini. Saya ingin petik tulisan dalam laman web sabahkini2.com yang berbunyi, “Projek yang dilaksanakan oleh Ketua Unit Komunikasi Korporat (KUKK) KPKK dengan kerjasama MPOC bernilai RM3.9 juta itu dilihat sebagai projek harga tidak masuk akal dan sangat menguntungkan pembekal. Reka bentuk dan kandungan buku yang dicetak juga sangat buruk. Tidak sepadan dengan kos RM3.9 juta. Buku ini sepatutnya diberikan secara percuma kepada sekolah rendah dan sekolah menegah di seluruh Malaysia. Namun ia tidak pernah pun dihantar ke sekolah-sekolah dimaksudkan. Malah buku itu

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

tidak pernah dihantar sepenuhnya oleh ke Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPKK). Jika benar dihantar ke MPIC sudah tentu ratusan ribu buku tersimpan di kementerian untuk diagihkan. “Projek RM3.9 juta dengan kos penghantaran RM100,000 ke seluruh negara sekurang-kurangnya dicetak 370,000 cetakan jika dua variasi buku ini dibayar dengan kos RM10 seunit. Kos cetak semakin banyak dicetak semakin murah. Kalaupun ada kos konsep, content dan reka bentuk dibayar RM30,000 sehingga RM70,000 sekali pun pembekal tetap untung luar biasa. “Zuraidah mesti beri penjelasan RM3.9 juta sudah dibayar oleh MPOC mencetak buku “Mari Kenali Sawit”. Namun bukunya entah di mana dan tiada penghantaran ke sekolah-sekolah di seluruh negara. Sekurang-kurangnya 370,000 unit buku dicetak. Mana buku-buku itu?” Ini semua disiarkan dalam laman web sabahkini2.com ini. Daripada tulisan laman ini, saya difahamkan perolehan dibuat secara rundingan terus arahan Menteri yang diselaraskan oleh bekas PTTK beliau Nor Ratna Sri Dewi Mokhtar. Saya berharap Menteri MPIC boleh memberi penerangan tentang tuduhan dilemparkan oleh sabahkini2.com tersebut. Terima kasih atas kepada Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya tambah satu minit ucapan saya berbanding dengan Johor Bahru tadi. Sekian terima kasih. Selamat Hari Wanita kepada semua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Sebenarnya sembilan minit, sempat 12 minit sahaja. Sebelum saya tangguhkan mesyuarat pada pukul satu ini. Saya ingin umumkan senarai pembahas yang akan bermula pukul 2.30 petang. Didahului oleh Yang Berhormat Parit dan diikuti oleh Yang Berhormat berikut, Yang Berhormat Kubang Pasu, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Lubuk Antu, Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Merbok, Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Raub, Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat Taiping dan Yang Berhormat Batu Gajah. Saya tangguhkan mesyuarat ini sehingga pukul 2.30 petang. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.04 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Tuan Yang di-Pertua

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Kita sambung perbahasan Titah Diraja dengan saya jemput Yang Berhormat Parit. Silakan 12 minit Yang Berhormat.

Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Keluarga Malaysia. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana terus memberikan ruang dan peluang untuk saya juga turut serta berbahas. Di dalam kita mengharungi sepanjang Parlimen ke-14 ini yang telah memasuki penggal kelima, kita telah melihat peralihan demi peralihan kerajaan yang memerintah. Pelbagai cabaran dan dugaan sehinggakan rakyat juga terkesan dengan hebatnya akibat kerajaan yang bertukar.

Atas faktor itu, saya pastinya ada kesedaran tinggi betapa keperluan kerajaan yang stabil demi kemakmuran masa depan. Soal ini penting dalam memastikan kerajaan yang stabil itu boleh melaksanakan dasar dan agenda pembangunan negara dengan lebih jelas dan lancar tanpa ada apa-apa kesan yang lain. Kita mahukan pemulihan ekonomi negara disegerakan. Apatah lagi turut tempias kuat dengan pandemik COVID-19 yang masih berterusan. Tuan Yang di-Pertua, dalam titah Tuanku ada menyentuh soal Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang telah berjaya mencapai liputan vaksinasi lengkap sehingga 90 peratus populasi dewasa. Terima kasih kerajaan Keluarga Malaysia di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob kerana rakyat kita dalam proses dos penggalak termasuk pelaksanaan imunisasi dalam kalangan kanak-kanak. Dalam hal ini, saya hendak bertanya berapa peratus sebenarnya rakyat Malaysia yang langsung tidak mengambil imunisasi ini? Apakah benar hanya tinggal dua peratus sahaja dan adakah mereka ini dalam kalangan kita yang bekerja atau berada aktif dalam masyarakat kita? Saya juga hendak tahu berapa peratus rakyat kita yang hanya mengambil dua dos vaksin dan setakat mana rakyat kita yang mengambil sehingga dos penggalak dan berapakah peratusannya? Tuan Yang di-Pertua, saya selari dengan titah Tuanku yang menyambut baik Pelan Strategik Kebangsaan Kesihatan Mental 2020–2025 yang dirangka bagi menangani isu kesihatan mental rakyat terutamanya yang terkesan akibat pandemik COVID-19 melalui pelbagai langkah intervensi dan bantuan kepada golongan yang terkesan. Dalam hal ini, sememangnya ramai juga rakyat Malaysia yang terkesan akibat COVID-19 terutama dalam kalangan mereka yang positif berdasarkan angka keseluruhan di negara ini. Saya pernah membangkitkan soal long COVID-19 ataupun jangkitan COVID-19 berpanjangan dan ia membimbangkan apabila semakin ramai jumlah pesakit wabak itu yang sudah sembuh terpaksa dirujuk kembali ke hospital dan unit rawatan rapi (ICU). Saya dimaklumkan ramai dalam kalangan long COVID-19 ini ataupun jangkitan COVID-19 yang berpanjangan mengalami radang paru-paru, ia telah menyebabkan kecederaan paru-paru. Soalnya ada di antara mereka sudah kehilangan pekerjaan dan ada yang baru hendak bekerja tetapi menghadapi masalah ini sehingga majikan terpaksa memberhentikan mereka. Jadi saya hendak tahu juga apakah perancangan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sumber Manusia, malah Kementerian Kewangan untuk memastikan rakyat Malaysia yang menghadapi long COVID-19 ini diberikan kemudahan bantuan? Apakah jaminan buat mereka dari aspek kesejahteraan, kehidupan mereka? Kita semua maklum bahawa jangkitan COVID-19 yang berpanjangan ini ataupun long COVID-19 ini kita semua maklum bahawa adalah keadaan pesakit itu di mana gejala dan tanda COVID-19 dihadapi melebihi tempoh empat minggu. Tuan Yang di-Pertua, sejak dahulu saya selalu membangkitkan soal rumah mampu milik, tidak kira di kawasan luar bandar, pinggir bandar mahupun di bandar, masalah ini berterusan. Walaupun kerajaan sentiasa ada perancangan ia perlu dirancang secara berhemah dan mempunyai perancangan yang perlu dipermudahkan pemilikannya untuk rumah mampu milik ini. Usaha menyediakan perumahan kepada rakyat terutamanya B40 dan M40 menjadi tugas penting kerajaan. Saya percaya ia bukan bebanan, sebaliknya tanggungjawab kerana isu perumahan perlu dilihat sebagai isu negara. Kalau tidak ditangani dengan bijak, maka tanpa tempat berlindung sesuai penghasilan rakyat boleh menurun, akibatnya pendapatan negara merosot dan negara miskin apabila rakyat hidup bergelandangan dan papa kedana. Jadi saya hendak bertanya setakat mana usaha terkini Majlis Perumahan Mampu Milik Negara (MPMMN) merangka strategi penyediaan dan pelaksanaan 500,000 buah rumah mampu milik di seluruh negara? Setakat mana kelonggaran mahupun kemudahan pemilikan dipermudahkan bagi merumahkan rakyat.

Saya juga sebenarnya bimbang kalau di sebut soal RMM ini, maka perkara seperti kualiti, kaedah pembinaan, bayaran balik, pengangkutan, keselamatan, harga dan lokasi ada kalanya terabai. Apakah ia benar? Setakat mana SPNB, PR1MA dan UDA membantu RMM ini? Saya juga hendak bertanya apakah kerajaan mempunyai pangkalan data penduduk dan keperluan perumahan mereka mengikut petempatan yang hendak dan perlu disediakan bagi menentukan tahap keperluan serta kemampuan sebenar pembelian rumah mampu milik ini? Jadi elok juga kerajaan mengkaji semula dasar berkaitan perumahan mampu milik. Bukan memberi penekanan kepada kuantiti semata-mata, sebaliknya turut memudahkan dan mempercepatkan proses kelulusan merancang kerana kelewatan bermakna kos kepada pemaju. Tuan Yang di-Pertua, dalam titah Tuanku ada memperihalkan harapan agar kerajaan menumpukan usaha dalam membasmi kemiskinan tegar menjelang tahun 2025 melalui tindakan bersepadu pelbagai pendekatan termasuk memastikan taraf hidup golongan miskin tegar dapat ditingkatkan melalui peningkatan pendapatan yang mapan.

Saya memang berharap negara ini tiada lagi miskin tegar dan berkaitan selari dengan matlamat Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Cumanya, saya memerlukan kepastian daripada pihak kerajaan bahawa kita telah memasuki fasa tahun ketiga pandemik COVID-19 yang jelas sama sekali telah mengubah taraf hidup kemiskinan, malahan sudah ada M40 yang mencapai B40 dan B40 telah mencapai kemiskinan dan sebagainya. Jadi saya hendak tahu, adakah masih relevan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) keseluruhan nasional adalah sebanyak RM2,208 sebulan bagi satu isi rumah pada tahun 2019, berbanding RM980 pada tahun 2016. Jadi saya hendak tahu, apakah PGK sekarang selepas COVID-19 ini? Walaupun kadar kemiskinan dilihat ada penurunannya, saya hendak tahu setakat mana kebenaran itu. Sejak dua tahun lalu, kita telah melihat betapa ramainya rakyat kita kehilangan pekerjaan, terjejas punca pendapatan dan ekonomi serta perniagaan mereka. Saya hendak mencadangkan kepada kerajaan untuk melakukan penambahbaikan kaedah pengukuran kemiskinan dengan mengkaji semula metodologi penetapan PGK supaya ia lebih menggambarkan corak perbelanjaan dan keperluan serta demografi semasa isi rumah, seiring dengan kemajuan yang dicapai oleh negara mengikut tahun tersebut. Tuan Yang di-Pertua, saya terpanggil bagi perkara Jawatankuasa Khas Pemantauan RMKe-12 melibatkan pelbagai agensi Persekutuan dan negeri hendaklah mencapai sasaran outcome dan seterusnya memenuhi keperluan sosioekonomi. Dalam hal ini, saya melihat komitmen kerajaan mengekalkan pembangunan sebagai agenda nasional terbukti dengan penyediaan peruntukan pembangunan bagi Rolling Plan 2 (RP2) tahun 2022 RMKe-12 berjumlah RM75.6 bilion yang disalurkan kepada pelbagai kementerian dan agensi bagi pelaksanaan sebanyak 6,749 buah program ataupun projek. Cuma saya hendakkan perincian, apakah pembangunan ataupun projek yang telah dan akan dilaksanakan khususnya di dalam kawasan Parlimen Parit dan setakat mana di bawah Rolling Plan 2 tahun 2022 RMKe-12 ini akan memberikan manfaat kepada rakyat khususnya di negeri Perak secara keseluruhannya. Dalam kesempatan ini, saya tidak jemu-jemu untuk membangkitkan khususnya permohonan bagi kawasan khususnya di kawasan Parlimen Parit iaitu kompleks sukan Seri Iskandar yang selalu saya bangkitkan khususnya di dalam Dewan ini agar dapat diberikan perhatian oleh pihak kerajaan dan kementerian. Kedua iaitu Klinik Kesihatan Parit yang mana ia memerlukan sebuah bangunan yang begitu kondusif khususnya bagi mereka yang memerlukan bentuk perkhidmatan kesihatan khususnya di dalam kawasan Parlimen Parit. Ketiga, saya juga memohon kepada kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan untuk dapat juga meluluskan bangunan khususnya Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah kerana kawasan yang sedia ada agak kecil dan kita juga sedia maklum bahawa Pejabat Pendidikan Daerah ini boleh kita umpamakan sebagai enjin di dalam kita melihat

kecemerlangan dan kejayaan pendidikan khususnya bagi anak-anak kita yang bersekolah. Keempat, saya juga mohon kepada kerajaan untuk mempercepatkan kelulusan bagi sistem pengairan IADA khususnya di Parlimen Parit di dalam daerah Perak Tengah. Jadi, itulah perkara-perkara yang ingin saya sampaikan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Oleh kerana masa yang tidak mengizinkan, dengan ini saya menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Parit. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Kubang Pasu. Silakan, 12 minit Yang Berhormat.

Terima kasih. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk turut mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena Perasmian Penggal Kelima, Parlimen Keempat Belas pada 28 Februari yang lalu. Saya juga turut untuk mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada semua wanita di Malaysia, sudah tentunya khususnya kepada wanita yang berada di Parlimen Kubang Pasu dan di DUN Anak Bukit. Minggu lepas Tuan Yang di-Pertua, satu laporan penting daripada Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC), sebuah badan di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah dikeluarkan mengenai impak adaptasi dan kerentanan yang berpunca daripada perubahan iklim. Laporan tersebut adalah sangat penting bagi kita Ahli-ahli Dewan Rakyat sebagai pembuat dasar untuk difahami serta peri pentingnya untuk kita mengambil berat tentang laporan ini yang menunjukkan bahawa impak perubahan iklim adalah sebenarnya lebih teruk masa kini daripada apa yang disangkakan oleh para saintis lima tahun yang lalu. Sejak tahun 2008, berikutan kemarau yang teruk, kepanasan yang melampau dan banjir yang teruk di banyak negara di dunia mengakibatkan lebih 20 juta orang berpindah dari rumah kediaman mereka setiap tahun. Di negara Malaysia kita juga, kita menghadapi keadaan banjir yang lebih kerap di luar monsun dan dengan intensiti hujan yang lebih banyak. Lihat sahaja hujan di Kuala Lumpur dua petang berturut-turut, yang menyebabkan rakan-rakan kita MP dari Wilayah Persekutuan terpaksa membuat usul untuk membincangkan perkara ini. Ini tidak boleh kita anggap sebagai fenomena biasa lagi. This is not normal anymore. Laporan IPCC tersebut juga menyatakan bahawa walaupun dunia dapat mengurangkan gas rumah hijau (greenhouse gases) dengan cepat, gas-gas ini yang sedang berada dalam atmosfera dan dengan trend emisi dunia terkini akan membawa kepada impak iklim yang sangat signifikan serta tidak dapat dielakkan lagi sehingga tahun 2040. IPCC menganggarkan bahawa dalam dekad ini, perubahan iklim akan mengakibatkan 32 hingga 132 juta orang yang akan menjadi lebih miskin. Perubahan iklim juga akan mengancam sekuriti makanan dan lain-lain masalah kesihatan. Jadi apa yang jelas daripada laporan terbaru ini adalah untuk kita memberikan perhatian yang lebih serius kepada adaptasi dan isu kehilangan dan kerosakan akibat impak perubahan iklim. Contohnya kehilangan nyawa, kerosakan harta benda, kehilangan mata pencarian, kehilangan tempat kediaman dan sebagainya. Difahamkan kerajaan masa kini sedang berusaha mendapatkan dana daripada peringkat antarabangsa iaitu Green Climate Fund untuk membiayai penyediaan Pelan Adaptasi Negara. Langkah ini akan mengambil masa beberapa tahun untuk disediakan. Dalam masa yang sama, langkah-langkah dan tindakan segera diperlukan seperti menggalakkan climate resilient development iaitu pembangunan berdaya tahan iklim. Kita seharusnya menilai semula corak pembangunan dan dasar-dasar perancangan bandar dan desa supaya setiap rancangan atau pembangunan di semua peringkat dilihat daripada kaca mata perubahan iklim. Adakah sebarang rancangan ataupun pembangunan tersebut membawa ke arah pembangunan yang berdaya tahan

iklim ataupun sebaliknya? Kaedah sedemikian sangat diperlukan. Undang-undang dan dasar-dasar yang sedia ada harus dikaji untuk menggalakkan pembangunan yang berdaya tahan iklim. Baru-baru ini terdapat perdebatan hebat di media sosial berkenaan hubung kaitnya pembalakan hutan atau penukaran status hutan simpan kekal kita bagi tujuan melombong, perladangan durian musang king dan sebagainya dengan masalah banjir di negeri-negeri tertentu. Beberapa kerajaan negeri memberikan alasan bahawa hujan yang lebat atau fenomena kepala air yang mengakibatkan impak yang teruk di kawasan- kawasan yang dilanda banjir serta mengakibatkan kerosakan yang besar bukan berpunca daripada aktiviti pembalakan. Fenomena hujan lebat akan menjadi lebih kerap daripada apa yang kita dapat lihat daripada laporan ini.

Jadi, penjagaan hutan-hutan kita adalah amat penting sebagai adaptation response atau langkah adaptasi untuk menjamin bahawa walaupun hujan lebat berlaku dengan lebih kerap, kesan banjirnya dapat ditebat iaitu kurang kesan kerosakan dengan ecosystem-based adaptation atau adaptasi yang berasaskan ekosistem. Kajian 2016 oleh Institut Alam Sekitar Stockholm telah mendedahkan bahawa di Malaysia, ”Secara umumnya, kerajaannya melihat kerentanan negara berkenaan dengan perubahan iklim adalah rendah berbanding negara lain di rantau Asean. Akibatnya tindakan adaptasi telah diberi keutamaan yang lebih rendah berbanding dengan pembangunan ekonomi.” Apakah pendirian ini masih dipegang oleh kerajaan walaupun mutakhir ini negara dilanda pelbagai musibah akibat perubahan iklim. Sudah sampai masanya kita mengambil langkah lebih segera dan tegas untuk memberi perhatian yang lebih serius kepada perubahan iklim dan impaknya. Persoalan saya ialah berapa lama masa yang akan diambil oleh KASA untuk penyediaan Pelan Adaptasi Negara ini dan berapa banyak dana yang akan diperuntukkan untuk menjayakan pelan ini. Tuan Yang di-Pertua, negara kita juga acap kali dilanda krisis kenaikan harga makanan. Apabila dipersoalkan kepada kerajaan, jawapan selalu diberikan ia adalah di luar kawalan kerajaan. Harga makanan ternakan naik mendadak, begitu juga harga baja dan racun. Tidak ketinggalan harga benih. Terkesan adalah para petani dan penternak. Akhirnya ialah rakyat yang terpaksa membayar dengan harga yang lebih tinggi dan lebih teruk lagi apabila tiada bekalan dalam pasaran. Kenaikan harga benih menyebabkan lebih ramai petani ketika ini mula mengamalkan amalan tradisi seperti masa lalu iaitu menyimpan dan memproses benih sendiri. Malah ada yang berkongsi atau menjualnya secara kecil-kecilan. Amalan ini sedikit sebanyak membantu petani menjimatkan kos dan mempelbagaikan pilihan benih yang ada. Pada ketika ini tiada halangan untuk petani melakukan aktiviti ini sama ada benih yang digunakan adalah benih tradisional yang boleh didapati di sekitar kawasan mereka atau benih komersial yang dibeli di kedai. Namun, cadangan kerajaan untuk meminda Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004 supaya selari dengan UPOV Convention 1991 iaitu the International Union for the Protection of New Varieties of Plants jelas akan menafikan hak petani ini. UPOV 1991 bertujuan untuk mengukuhkan monopoli syarikat terhadap benih seolah-olah benih tersebut adalah hak mutlak mereka sedangkan Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004 sedia ada adalah mencukupi kerana ia menyeimbangkan hak syarikat dan hak tradisi petani. Jelas sekali hal ini berpotensi meningkatkan harga benih yang pada ketika ini sudah pun sedia naik. Apa yang memusykilkan kita ialah proses penggubalan pindaan akta ini melibatkan sebuah organisasi asing berpusat di Jepun yang disokong oleh sekretariat UPOV iaitu East Asia Plant Variety Protection Forum. Teks pindaan akta ini dicadang dan dipersetujui oleh mereka sebelum ia akan dibentangkan kepada Parlimen untuk dibahaskan dan diluluskan. Sedangkan proses konsultasi bersama petani dan NGO tidak dilaksanakan dengan berkesan. Padahal mereka adalah pemegang taruh yang terbesar.

Manakala pihak pembekal benih telah berkali-kali dijemput oleh Jabatan Pertanian untuk proses konsultasi. Ia jelasnya tindakan yang tidak membumi. Amalan ini mesti dihentikan. Jabatan Pertanian mesti berhenti menghantar pegawai ke forum EAPVP ini, menghentikan cadangan pindaan akta ini hanya sanya bagi memenuhi tuntutan UPOV tersebut. Malaysia jangan sekali-kali sertai konvensyen UPOV yang bakal menambah derita para petani terkait pembelian dan penggunaan benih-benih baru dalam pasaran. Saya ingin bertanya pendirian kerajaan terhadap isu ini. Apakah kerajaan sudah pada dasarnya bersetuju untuk menyertai UPOV Treaty dan sekarang sedang sibuk menyiapkan draf undang-undang bagi meminda akta Protection of New Plant Varieties Act 2004? Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin mengambil kesempatan untuk menyentuh isu yang dekat dengan umat Islam khususnya di Malaysia yang kita cintai ini. Tular sebuah video rakaman program Riuh Keluarga Malaysia anjuran kerajaan melalui Kementerian Komunikasi di Ayer Hitam, Johor baru-baru ini apabila anak muda kita dibiarkan berhibur, menari, berjoget tanpa menjaga penjarakan dan SOP. Seluruh ahli Kabinet dan Menteri Kesihatan saya kira masih membisu tentang hal ini. Ibaratnya tidak ada masalah untuk kita berbuat demikian. Tatkala SOP untuk solat berjemaah di masjid dan surau masih lagi dikuatkuasakan, mesti lengkap vaksinasi dan mengamalkan penjarakan, Program Riuh Keluarga Malaysia yang merupakan program anjuran kerajaan ini dibiarkan berlangsung tanpa mematuhi SOP seperti mana dikenakan di masjid dan surau. Saya juga mendesak supaya kerajaan berbincang dengan pihak berkuasa negeri mengenai SOP yang ditetapkan oleh sesetengah Majlis Agama yang menetapkan hanya mereka yang telah mendapat suntikan penggalak sahaja yang dibenarkan melakukan ibadah di masjid. Jika kita lihat semula pengamalan di ruangan awam seperti pasar raya, dewan program atau pejabat masih melaksanakan SOP dua dos sahaja. Terdapat perbezaan dalam melaksanakan SOP berkaitan vaksin ini di masjid berbanding tempat lain. Saya mohon anomali amalan ini diperbetulkan. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyinggung beberapa isu di kawasan saya Kubang Pasu. Terima kasih, akhirnya Projek Tebatan Banjir Sungai Bata dari Changlun ke Jitra bakal dilaksanakan dalam RMKe-12 ini. Pastinya mengurangkan insiden banjir yang memusnahkan tanaman padi dan kerosakan harta benda termasuk rumah, insya-Allah. Setiap kali musnahnya tanaman padi yang diusahakan, pihak Jabatan Pertanian melalui Pertubuhan Peladang kawasan Asun akan membuat bancian tahap kerosakan dan keluasan yang terlibat dengan janji pampasan akan dibuat oleh pihak kerajaan. Petani diminta untuk memberi salinan laporan polis akibat banjir. Gambar semasa banjir melanda dan selepas banjir sebagai bukti untuk diberikan pampasan. Sehingga kini, sudah dua kali insiden kemusnahan tanaman padi berlaku dan bancian dibuat bagi insiden banjir November 2020 dan November 2021. Namun, sehingga kini petani masih belum menerima apa-apa sagu hati pampasan. Saya juga telah bangkitkan tentang masalah keselamatan pengguna jalan raya yang terdiri daripada penduduk taman perumahan di Bukit Kayu Hitam akibat daripada lori-lori kontena yang menyeberangi sempadan untuk ke depot simpanan yang menggunakan jalan pintas bagi mengelakkan diambil tindakan oleh pihak penguat kuasa kerana berada di luar had dua kilometer melepasi sempadan seperti mana seksyen 21(5) dan seksyen 90(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Yang Berhormat Menteri Pengangkutan berjanji untuk menyelesaikan perkara ini kerana penduduk di Padang Besar juga menghadapi masalah yang sama. Namun, keadaan masih belum berubah. Mohon maklum balas yang konkrit daripada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan. Saya juga telah bangkitkan tentang keadaan jalan yang gelap pada waktu malam dari simpang Lebuh Raya Bukit Kayu Hitam-Changlun ke FELDA Bukit Tangga kerana ketiadaan lampu jalan yang mengakibatkan kemalangan termasuk kemalangan jiwa dan mencadangkan dipasang lampu jalan berkuasa solar bagi mengurangkan kos berbanding dengan pemasangan biasa menggunakan kabel elektrik. Ketika Yang Berhormat Mersing menjadi Menteri KPLB dahulu, beliau mengaku di dalam Dewan yang mulia ini untuk menyelesaikannya. Akan tetapi, tiada apa yang berlaku. Apabila Yang Berhormat Padang Terap mengambil alih daripada Yang Berhormat Mersing, saya telah berjumpa dan

menghantar permohonan secara bertulis kepada beliau. Namun, masih belum dengar apa-apa berita. Mohon mendapat jawapan daripada Yang Berhormat Menteri KPLB. Tuan Yang di-Pertua, saya kira itu sahaja. Saya juga turut mohon menyokong usul ini. Sekian, wabillahi taufik wal hidayah. Assamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Yang di-Pertua

Waalaikumsalam. Terima kasih, Yang Berhormat Kubang Pasu. Sekarang silakan Yang Berhormat Sik.

Assamualaikum warahmatullah. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya bersama pada petang ini untuk membahaskan perbahasan Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong bagi Penggal Kelima, Parlimen Keempat Belas hari ini. Saya mulakan dengan satu hadis Nabi S.A.W [Membaca hadis Nabi dalam Bahasa Arab], “Sesungguhnya kejujuran akan menunjukkan kebajikan dan kebajikan itulah jalan ke syurga. Apabila seseorang bersikap jujur dan selalu memperhatikan kejujuran dirinya, nescaya di sisi Allah S.W.T dia dianggap sebagai orang yang jujur.”

Tuan Yang di-Pertua, kestabilan politik sesebuah negara amat penting kerana ia memberikan kesan besar kepada ekonomi untuk terus berkembang dan memberikan kesejahteraan kepada rakyat. Justeru, saya menjunjung tinggi Titah Tuanku Yang di- Pertuan Agong agar pihak kerajaan dan pembangkang bersatu hati dalam menjayakan program dasar dan apa jua sebarang program yang dirancang untuk berjaya dilaksanakan sepenuhnya. Kita yang berada di sini, di Dewan yang mulia ini harus mendukung prinsip politik matang dan sejahtera dan konsep penyatuan ummah bagi mengelakkan pertelingkahan politik yang berpanjangan dan merugikan rakyat. Bagi isu kesihatan, kita mengambil maklum penularan wabak COVID-19 yang semakin menular, maka kaedah pemeriksaan kendiri harus diberikan penekanan bagi memutuskan rangkaian jangkitan. Seperti mana yang disebutkan oleh Ahli Dewan yang lain, harga kit saliva harus diletakkan dengan harga yang berpatutan bagi memudahkan rakyat melakukan pemeriksaan kendiri sekiranya disyaki menjadi konteks rapat. Kempen pengambilan dos vaksin penggalak dilihat mampu menurunkan kadar jangkitan bahkan pembangunan vaksin tempatan menerusi Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara perlu dilaksanakan dengan agresif melalui kerjasama agensi-agensi kesihatan dan pusat-pusat penyelidikan di universiti tempatan bagi meyakini segenap lapisan masyarakat. Selain itu, isu stres atau tekanan jiwa sama ada di tempat kerja mahupun bekerja dari rumah dilihat satu perkara yang perlu di titik beratkan bagi memastikan rakyat Malaysia sentiasa sihat bagi menjalankan kehidupan seharian. Ini termasuklah risiko penyakit jantung, kemurungan, cenderung mencederakan diri sendiri bahkan boleh membarah sehingga membunuh diri. Penularan pandemik COVID-19 telah 360 darjah corak kehidupan majoriti masyarakat apabila ramai yang hilang pekerjaan dan sumber pendapatan sekali gus menjadi punca kepada peningkatan penyakit jiwa atau mental. Pemeriksaan kesihatan mental dan penjagaan diri harus dibawa menerusi kempen dan Program Agenda Malaysia Sihat. Dalam bidang sains dan teknologi, agensi-agensi kerajaan harus berupaya merakyatkan sains dan teknologi menerusi pameran, kempen dan pertandingan sama ada di sekolah mahupun di universiti, maka golongan belia harus dijadikan sasaran utama bagi pembangunan sains dan teknologi dan juga TVET sebagai wadah pembangunan sumber manusia bagi masa hadapan. Begitu juga dengan galakan inovasi sains dalam bidang

angkasa, kecerdasan buatan robotik, bio sains, keselamatan siber dan maritim yang dilihat mampu menjana ekonomi negara dalam menarik peluang pelaburan dari luar bahkan boleh melahirkan tenaga mahir dan pakar yang berdaya saing bagi menambah baik aset- aset anggota keselamatan dan agensi penguatkuasaan. Inovasi-inovasi dalam bidang ini mampu dijadikan peluang membangunkan sesuatu kawasan atau daerah melalui pelaburan ekonomi baharu dan pembangunan luar bandar menerusi pembinaan infrastruktur bagi memudahkan urusan perniagaan. Semua pihak hendaklah bersatu tenaga bagi membasmi isu kemiskinan tegar yang dilihat tiada kesudahan sehingga ke hari ini, termasuklah bagi daerah saya di Sik. Masih ada rakyat yang mengemis sedang mencari rezeki di siang dan pada malam hari umpama pepatah ‘kais pagi makan petang, kais petang makan malam’. Maka Program Agropreneur Muda yang dijalankan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan yang diwujudkan harus diteruskan bagi menggalakkan penglibatan golongan bidang dalam bidang sektor agro makanan, bahkan program seumpama ini harus dilihat dalam kerangka yang lebih besar melalui empat sektor utama iaitu tanaman, ternakan, perikanan dan industri asas tani. Bagi isu perubahan iklim, Baginda Tuanku Yang di-Pertuan Agong turut menekankan tentang sasaran pelepasan karbon bersih sifar menjelang tahun 2050. Oleh itu kerajaan menerusi kementerian berkaitan harus bekerjasama dengan pimpinan kerajaan negeri tanpa mengira parti bagi menyediakan strategi pertumbuhan hijau, menggalakkan penanaman semula hutan simpan dan turut melaksanakan kajian terhadap kadar pelepasan karbon di bandar-bandar berkepadatan tinggi. Hal ini penting sebagai persediaan bagi mengawal kadar perubahan iklim dan pengurusan bencana di setiap kawasan yang terlibat pada masa datang. Selain itu kerajaan harus memperhalusi pakej insentif untuk menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik seperti pengecualian cukai jalan, pengecualian cukai pendapatan kepada individu yang memasang stesen – ataupun syarikat yang memasang stesen pengecas dan juga insentif kepada pembeli melalui pelepasan cukai pendapatan. Dalam isu keselamatan dan pertahanan, pihak kerajaan harus mengkaji kesan jangka pendek dan jangka panjang terhadap pertahanan negara. Apa yang sedang berlaku konflik di antara Rusia dan Ukraine yang sedang tegang pada ketika ini. Rakyat Malaysia harus dididik atas fakta-fakta yang betul sejauh mana ia memberi impak terhadap harga minyak dan gas asli dan juga keselamatan Malaysia di rantau Asia yang dikelilingi oleh Laut China Selatan. Justeru, saya yakin dengan perolehan aset-aset baharu bagi setiap perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia iaitu darat, laut dan udara. Penyelenggaraan dan menaik taraf aset-aset usang mampu meningkatkan tahap Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) yang menjadi teras utama pertahanan seperti dalam Titah Baginda Yang Dipertuan Agong. Oleh itu, isu perolehan kapal LCS oleh syarikat Boustead bagi kegunaan TLDM harus diselesaikan memandangkan penangguhan perolehan yang agak lama dan telah memberi kesan negatif kepada aspek keselamatan negara. Soalan saya, apakah pihak Kabinet sudah mempunyai keputusan sama ada perolehan LCS ini harus diteruskan atau di hentikan. Sekiranya ia akan diteruskan, berapa pula kos tambahan yang perlu ditanggung dan dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Dalam isu antarabangsa, saya ingin melahirkan kekesalan dan kemarahan atas tindakan beberapa pihak di negara India yang melarang pemakaian tudung kepada pelajar Muslim di sekolah dan universiti. Begitu juga isu krisis Rusia dan Ukraine yang hanya baru tercetus, tetapi bagaimana pula nasib rakyat Palestin yang telah ditindas setelah sekian lama, lebih 70 tahun yang lalu. Penindasan menerusi dasar aparteid, rasisme, pembunuhan orang awam Palestin yang tidak bersenjata, penahanan, pengusiran terhadap lebih enam juta orang warga Palestin daripada kawasan kediaman mereka serta memusnahkan rumah-rumah kediaman dan tanaman-tanaman mereka seharusnya diangkat sebagai suara yang besar dari seluruh kepimpinan di Malaysia juga di pentas dunia.

Selain itu, begitu juga apa yang ditimbulkan oleh Titah Baginda Yang Dipertuan Agong mengenai fahaman aliran pemikiran yang mengelirukan masyarakat Islam dan juga menormalisasikan budaya yang bercanggah dengan adat dan amalan agama di negara ini. Tayangan rancangan televisyen, drama-drama yang mempromosikan LGBT, sek bebas, pesta liar, perlulah dihindarkan dan tidak boleh sama sekali disiarkan di dalam televisyen kita. Hal ini dikhuatiri menjadi kebiasaan dan akhirnya berlaku normalisasi budaya barat yang keji dan mungkar ke dalam masyarakat dan adat ketimuran Malaysia yang menekankan adab dan kesopanan dalam kehidupan seharian. Begitu pepatah Melayu menyebut ‘di mana bumi dipijak, di situ langit di junjung’. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin membangkitkan hal berkaitan dengan Kerajaan Negeri Kedah ketika mana pengumuman yang telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menimbang pampasan sebanyak RM100 juta kepada Kerajaan Negeri Kedah atas komitmen kerajaan negeri mengekalkan kelestarian hutan-hutan sebagai kawasan tadahan air dan juga kawasan Jelapang Padi Negara. Cadangan dan saranan yang telah pun diangkat ini seharusnya menjadi perhatian utama kepada pihak kerajaan untuk membantu kerajaan negeri bagi meneruskan usaha mengekalkan hutan-hutan simpan yang ada ketika mana Kerajaan Negeri Kedah telah mengorbankan ratusan hektar, bahkan ribuan hektar kawasan hutan untuk tidak diterokai walaupun asakan daripada pembangunan sangat mencabar. Seterusnya, saya ingin juga membangkitkan berkaitan dengan keselamatan makanan, khususnya untuk kita mengekalkan apa yang telah kita ada hari ini, bahkan kita ingin menambah sumber-sumber makanan sedia ada. Kita perlu memastikan bahawa kawasan-kawasan tanah ataupun sawah bendang dan juga kawasan pertanian yang lain perlu ditingkatkan daripada segi keluasannya dan tidak ada sama sekali kompromi untuk memusnahkan kawasan-kawasan ini untuk pembangunan dan asakan industri serta asakan-asakan daripada yang lain.

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Minta penjelasan.

Ya, ringkas sahaja, Yang Berhormat Jelutong.

Ya, berkenaan dengan isu air di mana Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah telah membuat tuntutan terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Apakah pandangan Yang Berhormat mengenai perkara itu? Di mana ramai daripada Kedah telah pun berhijrah ke Pulau Pinang dan sedang mencari pekerjaan ataupun kerja di Pulau Pinang. Juga ada yang ulang-alik dari Kedah ke Pulau Pinang dan sudah mula bermastautin di Pulau Pinang. Adakah tuntutan itu sesuatu yang ....

Baik, ya. Terima kasih Yang Berhormat Jelutong.

Adakah ia munasabah dituntut? Persoalan saya.

Saya memahami apa yang dilakukan perundingan di antara Kerajaan Negeri Kedah dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Yang paling penting ialah komitmen bersama kedua-dua kerajaan termasuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Mereka perlu melihat apa yang terkandung dalam riparian rights ataupun hak-hak pengairan sungai yang sekarang ini Sungai Muda khususnya, yang menyusuri sebahagian besar di negeri Kedah dan sudah pastilah Kerajaan Negeri Pulau Pinang melihat kepentingan bersama untuk mengekalkan hutan dan juga untuk memastikan sumber air kita sentiasa terpelihara. Terakhir, Tuan Yang di-Pertua, saya membangkitkan berkaitan dengan keperluan dan kemudahan asas di Parlimen Sik khususnya saya ingin membangkitkan, seperti mana

yang telah disebut sebelum ini, iaitu kemudahan Hospital Daerah Sik pada ketika ini yang sangat kritikal untuk dibaik pulih dan ditambah dari segi facilities dan juga peralatan perubatannya. Hospital Daerah Sik ini yang telah dibina awal tahun 1980-an dahulu pada ketika ini tidak dapat lagi menampung keperluan pesakit-pesakit yang begitu ramai. Sebahagian pesakit kronik terpaksa dibawa ke Hospital Sungai Petani yang agak jauh, Hospital Alor Setar. Saya memohon untuk Kementerian Kesihatan melihat dalam pelan pembangunan hospital-hospital ini memasukkan Hospital Daerah Sik sebagai satu hospital yang akan dinaik taraf bagi memenuhi keperluan kesihatan bagi rakyat di daerah saya lebih kurang 67,000 orang ini yang sudah pasti sebahagian besar mereka adalah warga-warga emas yang perlu rawatan yang sangat baik untuk meneruskan kehidupan mereka. Tuan Yang di-Pertua, itulah sahaja ucapan saya. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat Sik. Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Shah Alam. Silakan, 12 minit, Yang Berhormat.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya ucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk membahas Titah Yang di-Pertuan Agong pada hari ini. Saya dapati banyak teguran dan gesaan yang amat bermakna terkandung di dalam Titah Yang di-Pertuan Agong dan diharap kerajaan akan mengambil iktibar dan melaksanakan apa yang dianjurkan dengan bersungguh-sungguh khususnya berhubung rasuah, alam sekitar dan berpolitiking tanpa henti. Perlu juga ditegaskan bahawa ketidakstabilan politik berpunca daripada kerajaan yang ditubuh melalui pintu belakang dan tebuk atap. Ada juga perkara-perkara yang berlaku berkaitan sesi perbahasan yang ingin saya sebut. Saya amat terkejut apabila Barisan Nasional melantik Yang Berhormat Pekan sebagai pembahasnya yang pertama. Adakah Barisan Nasional begitu ketandusan pemimpin sehingga seorang yang telah didapati bersalah merompak harta negara bukan oleh seorang hakim tetapi empat orang hakim diberikan penghormatan sebagai pembahas pertama? Beliau didapati bersalah bukan berdasarkan pengakuan lisan saksi atau mangsa yang dicurigai seperti dalam kes Yang Berhormat Port Dickson tetapi atas dasar paper trail, dengan izin, atau bukti-bukti kukuh atas kertas seperti rekod bank dan slip perpindahan wang pada tahun-tahun berkenaan yang tidak boleh dipalsukan atau diada- adakan. Maka keputusan bersalah beliau adalah mantap dan kukuh tanpa curiga. Adakah ini petanda adanya usaha untuk mengembalikannya sebagai pemimpin dan ketua negara? Sekiranya Barisan Nasional, na’uzubillah minzalik, kembali memerintah, kalau ada, ianya membuktikan keberkesanan konsep kepimpinan cash is king yang diperjuangkannya. Mungkin ada yang rindu ini, rindu cash is king ini. Dalam ucapan Yang Berhormat Pekan, beliau langsung tidak menunjukkan walaupun sedikit keinsafan ke atas kerosakan yang telah beliau lakukan. Malahan, Yang Berhormat Pekan masih ingin nyatakan bahawa pengurusan kewangan negara di bawah BN termasuk semasa di bawah dirinya adalah jauh lebih baik berbanding PH dan PN dengan mengemukakan data-data yang entah sejauh mana ketepatannya, beliau menggambarkan betapa kayanya negara pada ketika itu sambil menegur keengganan Kerajaan PH untuk melaksanakan GST. Oleh sebab kayalah yang dia rompak itu. Persoalannya, kalau ekonomi sudah begitu baik dan negara begitu kaya, maka kenapa perlunya GST? Sedangkan, GST dicadangkan oleh Barisan Nasional pada ketika itu untuk menambahkan jumlah cukai yang dikutip daripada rakyat. “PH hanya pandai menghabiskan wang yang telah disimpan BN selama ini dan tidak pandai menambahkan kewangan negara”, kata Yang Berhormat Pekan. Kalau apa

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

yang diinginkan Yang Berhormat Pekan ialah menambah kewangan negara dengan menambah lagi kutipan cukai daripada rakyat, maka sememangnya kami menolaknya. Itu bukan caranya. Lebih-lebih lagi menambah kewangan negara untuk diperhabiskan oleh kleptocrat negara. Yang Berhormat Pekan mendabik dada mengatakan, “Hutang negara pada zaman BN hanya RM680 bilion tetapi pada zaman seterusnya telah melonjak kepada lebih dari RM1 trilion”. Ya, memang ia melonjak ke RM1 trilion setelah kami mengklasifikasikan semua hutang yang dijamin kerajaan yang tidak dapat dibayar balik oleh peminjam seperti 1MDB sebagai hutang negara, kerana PH telus dan tidak mahu menipu rakyat. Sememangnya itulah tanggungan sebenar yang diwarisi dari Kerajaan Barisan Nasional yang ingin diselindung keadaannya melalui pentakrifan bahawa ia hutang pihak lain. Contingent liabilities yang dihasilkan oleh BN merupakan penipuan nyata terhadap rakyat dan negara. Apa yang paling memualkan adalah kenyataan Yang Berhormat Pekan bahawa duit rakyat tidak digunakan untuk membayar hutang 1MDB. Ini merupakan pembohongan yang jelas dan nyata dan Shah Alam bersetuju dengan desakan beberapa Ahli Parlimen supaya Yang Berhormat Pekan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan atas pembohongan ini. [Tepuk] Semua tahu, tempoh hutang bon RM32 bilion belum lagi matang dan oleh itu, apa yang perlu dilakukan sekarang adalah membayar bunga ke atas pinjaman tersebut. Bunga dianggarkan sebanyak RM2.7 bilion setahun. Ini dinyatakan oleh bekas Menteri Kewangan II, Husni Hanadzlah pada tahun 2015 dan dilaporkan dalam Astro Awani. RM2.7 bilion setahun bersamaan RM7 juta sehari, Tuan Yang di-Pertua. RM7 juta sehari. Bolehkah anggota Dewan yang mulia ini menggambarkan jumlah wang sebanyak RM7 juta sehari dibayar oleh rakyat kerana ada pemimpin yang ingin berseronok sambil kayakan keluarga dan kroni? Sedangkan, duit tersebut boleh diguna pakai untuk membina sekolah, hospital, perumahan dan sebagainya untuk kebajikan rakyat dan untuk mewujudkan pekerjaan untuk rakyat. Ada netizen dia kata, “Fed up”, dengan izin. “Kita tidak hendak dengar lagilah rasuah-rasuah ini.” Kita hendak dengar fasal pekerjaan, hendak dengar tentang pendapatan untuk rakyat dan sebagainya. Duit ini bila sudah habis dirompak, maka macam mana kita hendak wujudkan pekerjaan, hendak wujudkan sekolah baharu, hendak wujudkan hospital baharu yang akan mendatangkan pekerjaan untuk rakyat?

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Sebagai contoh, pagi ini saya didatangi oleh seorang guru kaunseling yang mengeluh betapa setiap seorang guru kaunseling terpaksa menjaga 500 orang anak murid. Seorang jaga 500, mana mungkin mereka mampu membuat yang terbaik bagi anak-anak kita? Dia memohon saya mendesak kerajaan untuk menambahkan lagi jumlah guru kaunseling. Akan tetapi, duitnya di mana? Bayar bunga hutang 1MDB. Apabila tempoh hutang ini matang maka ia perlu dibayar secara keseluruhannya secara selonggok dan pada ketika itu hutang baharu untuk bayar hutang lama mungkin dirancang untuk diambil oleh Yang Berhormat Pekan. Apa Yang Berhormat Pekan hendak kisah? Dia dan keluarga serta rakan sudah kaya dan hutang yang diambilnya akan dibayar oleh rakyat. Pagi ini juga saya ditunjukkan sebuah video kemungkinan besar dikeluarkan oleh pihak BN kerana saya mengkritik hero mereka iaitu Yang Berhormat Pekan. Video ini mendakwa saya menghina orang kampung dan pinggiran bandar berbangsa Melayu. Maaf, saya tidak menghina sesiapa kecuali golongan yang menyokong perompak dan penyamun, sama ada orang kampung, orang pinggir bandar mahupun orang bandar sendiri. Begitu juga sama ada Melayu, Cina mahupun India. Hanya video yang saya rujuk semasa saya berucap itu menunjukkan orang kampung berbangsa Melayu. Kalau sudah tahu Yang Berhormat Pekan merompak dan menyamun wang negara, tidakkah memalukan kalau kita terus menyokongnya. Saya tahulah orang UMNO dia kata “Malu Apa?” . Bukan sekadar menyokong perompak, jadi

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

perompak pun tidak apa. Ah, “Malu Apa Bossku”. Saya tahu sekarang ini sudah ramai orang-orang ramai yang tidak lagi bersama Yang Berhormat Pekan. Ada pula yang mengatakan bukan Yang Berhormat Pekan yang merompak tetapi Tim Leissner dan Roger Ng. Eh, Tim Leissner dan Roger Ng bekerja untuk Goldman Sachs bukan 1MDB. Mereka yang mengesyorkan bagi pihak Goldman Sachs supaya menjual bond bernilai berbilion untuk pihak 1MDB kepada pelabur-pelabur sambil mendapat komisen yang terlebih besar, terlalu besar. Namun, yang membuat pinjaman tersebut dan mendapat wang itu adalah 1MDB dengan jaminan daripada kerajaan Malaysia. Maka harap jelas 1MDB iaitu pihak Yang Berhormat Pekan yang meminjam dan Kerajaan Malaysia yang membayar. Pegawai-pegawai Goldman Sachs mengambil kesempatan dari usul 1MDB yang dilihat longgar dan tidak kukuh dengan mengenakan komisen yang tinggi. Akhirnya, rakyat Malaysia juga yang menanggung kesemuanya. Pada masa yang sama, persidangan kali ini mempertontonkan perbalahan antara Yang Berhormat Pekan dan Yang Berhormat Pagoh. Yang Berhormat Pekan mengkritik Kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin oleh Yang Berhormat Pagoh seolah-olah Yang Berhormat Pekan tidak ada kena-mengena dengan kerajaan tersebut. Eh, bukankah Yang Berhormat Pagoh menjadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan sokongan Yang Berhormat Pekan juga? Mana akan ada Kerajaan PN kalau tidak ianya disokong BN dan bukankah begitu ramai pemimpin BN menjadi Menteri Kanan dan Menteri kiri dalam kerajaan yang dikatakan Kerajaan PN dan begitu juga sebaliknya. Kerajaan pimpinan Yang Berhormat Bera, bukankah ianya Kerajaan BN yang disokong PN. Akan tetapi diserang-menyerang seolah-olah tidak ada kena mengena di antara diri mereka. Saya pun tidak tahu hendak namakan Kerajaan BN disokong PN atau Kerajaan PN disokong BN. Maka untuk mudah kita panggil sahajalah ‘kerajaan 69’. PN dan BN sibuk menjaja diri sebagai kerajaan Melayu Islam, Melayu Islam. Sedangkan rasuah, salah guna kuasa dan sentimen perkauman dibudayakan. Adakah kamu semua faham apa itu kepimpinan Islam? Kepimpinan Islam adalah kepimpinan yang mencontohi kepimpinan Nabi Muhammad SAW iaitu seorang insan yang di digelar Al-Amin iaitu orang yang amanah, bukan sahaja rakan dan pengikut tetapi juga oleh musuh-musuhnya dan yang mengikut Islam semestinya bebas dari sentimen perkauman kerana Nabi SAW menolak sentimen perkauman dan menganggap ia sebagai sebahagian dari assabiah yang tertuntut – yang terkutuk. Tuan Yang di-Pertua, saya minta masa dua minit lebih kerana ada dua ke tiga ahli Parlimen Amanah yang tidak dapat berucap kerana positif COVID-19. Mana mungkin ‘kerajaan 69’ yang dipimpin PN atau BN boleh mengakui dirinya kerajaan Melayu Islam sedangkan pembentukannya tidak lain dan tidak bukan atas dasar rasuah, sogokkan jawatan, adu domba agama dan perkauman sempit. Kalau kita dengar ucapan salah seorang wakil rakyat parti Islam iaitu PAS, dia memuji Yang Berhormat Pekan kerana perancangan ECRL oleh Yang Berhormat Pekan melibatkan pembinaan beberapa stesen tambahan di Kelantan sedangkan Kerajaan PH mengurangkan jumlah stesen ECRL di Kelantan. Tanpa memahami sebab-sebab di sebalik pembatalan tersebut PAS boleh butakan matanya terhadap rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa Yang Berhormat Pekan. Seperti Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak, parti yang didakwa Islam iaitu PAS juga memegang pada dasar “Malu Apa Bossku?” sehingga panggillah kami apa sekalipun, pelacur, bohsia atau bohjan, kami tetap ingin bersama mu. Begitulah berkesannya dasar cash is king sehingga atas sebab sogokkan beberapa station tambahan perompak sanggup disokong. Begitu juga PAS menawarkan supaya AMANAH bersama mereka tetapi syaratnya tinggalkan DAP. Saya hendak buat satu perumpamaan Tuan Yang di-Pertua di sini supaya orang semua faham. Kalau hendak ke destinasi sama walaupun niat mungkin berbeza, kita boleh menaiki bas yang sama. Ada yang ke sana untuk melancong, ada yang balik kampung, ada yang ziarah rakan, ada untuk business dan sebagainya.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Akan tetapi, destinasinya sama. Boleh, bas yang sama. Begitulah kami dengan DAP. Kami inginkan destinasi politik yang sama iaitu kerajaan bersih rasuah, bersih penyelewengan, berkebajikan dan bersih perkauman. Maka kita boleh bersama. PAS entah apa matlamat dan destinasi politiknya, bersama perompak dan penyamun, bersama mengapikan sentimen perkauman, adu domba agama dan tidak bermaruah sehingga berdiam diri apabila dihina dan ditertawakan oleh rakan. Saya cadangkan kepada PAS, betulkan dahulu destinasi politik kamu barulah menjemput kami untuk bersama. Ini point yang terakhir, persoalan pertukaran agama seseorang anak secara unilateral juga saya ingin sentuh. Di sini saya bacakan teguran daripada Yang Berhormat Parit Buntar yang didapati positif COVID-19 tempoh hari. Akan tetapi sebelum itu hendaklah kita memahami bahawa ini bukan persoalan baharu, dalam sejarah dunia Islam yang telah tertegak tamadunnya selama lebih 1400 tahun. Memang sebelum ini telah berlaku keadaan di mana salah seorang pasangan ibu bapa memeluk Islam sambil pasangannya kekal dengan agama asal. It’s nothing new. Ada banyak tulisan fiqah oleh para ulama. Ada kalanya yang memeluk agama Islam adalah ayahnya dan adakala juga yang memeluk Islam adalah ibunya. Para alim ulama berbeza pandangan dalam soal agama anak-anak mereka. Memang beberapa mazhab menegaskan anak-anak itu turut memeluk agama Islam tidak kisah sama ada ibu atau ayah mereka memeluk Islam. Akan tetapi ada juga yang berbeza pandangan, antaranya Imam Malik yang berpandangan anak itu akan ikut agama ayahnya kerana atas dasar nasab atau keturunan. Maka kalau ayahnya kekal dengan agama asal, tidak memeluk agam Islam, anak- anaknya kekal bukan Islam. Adakah kita hendak tuduh Imam Malik Khianat dan tidak mempertahankan akidah anak-anak itu? Yang penting kita memahami ialah ini merupakan isu ‘istisyadiah’ ataupun pendapat dan opinion dan bukan hukum [Bercakap dalam bahasa Arab] Apa yang penting adalah untuk mencari penyelesaian adil yang mengutamakan kebajikan anak-anak. Itulah juga sebabnya mengapa ada juga ulama seperti Iman Asy-Syaukani memegang kepada pendapat bahawa dalam soal hadanah, anak-anak perlu diserahkan kepada yang lebih mampu memberikan kesejahteraan kepada anak-anak tersebut walaupun sekiranya kepada ibu yang tidak beragam Islam. Ini merupakan penghakiman yang dibuat di Kuwait dan di UAE kecuali Enakmen Islam Terengganu (Pindaan) 2001 dan Selangor 2003, negeri lain masih terdapat percanggahan dengan Federal berhubung syarat persetujuan kedua-dua ibu bapa dan ketetapan umur. Adalah diharap persoalan ini boleh diselaraskan dan diseragamkan di antara negeri dan Federal supaya ianya tidak lagi menjadi isu yang akan dipolitikkan oleh mana-mana pihak.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Maka, dengan itu saya sekali lagi mengucapkan terima kasih atas peluang yang diberikan untuk turut berbahas Titah Yang di-Pertuan Agong. Semoga penyamun dan perompak akan kecundang di Johor. Sekian, terima kasih.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Dipersilakan Yang Berhormat...

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya tidak mahu mengganggu Yang Berhormat Shah Alam tadi tetapi saya teruja mendengar perbahasan beliau tentang perompak dan pencuri. Saya hendak tujukan soalan ini kepada Tuan Yang di-Pertua tetapi Tuan Yang di- Pertua telah meninggalkan Dewan dan Timbalan Yang di-Pertua telah mengambil alih dan memang elok juga Timbalan Yang di-Pertua menjawab soalan ini kerana pada hari tersebut Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan sidang ketika saya diminta keluar Dewan. Persoalan saya adalah adakah Yang Berhormat Pekan telah memberi maklum balas kepada penjelasan yang dituntut oleh Dewan yang mulia ini mengenai usul yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Damansara? Saya cuma ingin penjelasan.

Kelmarin, saya telah tanya dengan Tuan Yang di-Pertua dan Tuan Yang di-Pertua telah memberi tahu bahawa beliau sedang menunggu penjelasan dan Yang Berhormat Pekan telah diberi tarikh sehingga esok. Jadi persoalan saya adalah adakah Yang Berhormat Pekan telah pun memberi maklum balas kepada permintaan penjelasan tersebut? Terima kasih.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat Jelutong, perkara itu telah dibawa ke pengetahuan Tuan Yang di-Pertua kita. Beliau akan putuskan. Kita teruskan dengan urusan kita. Dipersilakan Yang Berhormat Lubok Antu.

Tuan Yang di-Pertua, maafkan saya. Kelmarin Tuan Yang di-Pertua memberitahu bahawa beliau telah pun menghantar surat menuntut penjelasan dan beliau telah memberi Yang Berhormat Pekan sehingga esok. Jadi, persoalan saya adalah adakah apa-apa respons sehingga hari ini telah diterima? Itu sahaja persoalan saya daripada Yang Berhormat Pekan? Terima kasih.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat Jelutong, untuk makluman Yang Berhormat, saya tidak ada knowledge berkaitan perkara Yang Berhormat sebut itu. Kita biarkanlah Tuan Yang di-Pertua sendiri ya. I have no knowledge dengan izin ya. Kita teruskan urusan kita. Kita mempersilakan Yang Berhormat Lubok Antu untuk meneruskan.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Salam sejahtera, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya berbahas dalam sisi Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Kelima Parlimen yang Keempat belas. Tuan Yang di-Pertua, Perlembagaan Persekutuan berkaitan Perjanjian Malaysia Tahun 1963 telah berjaya diluluskan pada Disember lalu. Sesungguhnya peristiwa tersebut bakal terpahat sebagai detik bersejarah buat seluruh rakyat Malaysia. Bagi saya, yang menjadi wakil rakyat kawasan Parlimen Lubok Antu amat berharap satu impak yang nyata dan bukan retorik semata melonjakkan lagi pembangunan di Lubok Antu dan seluruh negara amnya. Tuan Yang di-Pertua, Projek Pembinaan Lebuhraya Central Spine Road West Coast Expressway, Sarawak Sabah Link-Road dan Lebuhraya Pan Borneo Sabah dan Sarawak bakal memacu pembangunan wilayah serta pertumbuhan ekonomi setempat. Dalam masa yang sama, penggunaan infrastruktur di Sabah dan Sarawak hendaklah dipercepatkan sebagai pusat pertumbuhan ekonomi baharu berikutan perpindahan ibu kota negara Indonesia ke Wilayah Kalimantan. Walau bagaimanapun, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Apakah perancangan dan pembangunan ekonomi yang disediakan dan akan dilaksanakan di kawasan Lubok Antu? Umum, semua kita mengetahui bahawa negara jiran kita Indonesia telah memindahkan pusat pemerintahan dari Jakarta ke Kalimantan. Lubok Antu sinonimnya dikenali sebagai pekan sempadan yang berdekatan dengan Pekan Badau Kalbar. Seharusnya bersedia dan dilaksanakan dengan tuntas penggunaan daripada segi ekonomi dan pelaburan. Ini bagi mengimbangi impak pembangunan di negara jiran. Janganlah memomokkan pemimpin di negara jiran menjadi kenyataan yang menyatakan “Kalau dahulu kita suka ber swafoto di Malaysia Sarawak, mulai hari ini biarlah mereka datang ber swafoto di sini.

Ini menunjukkan mereka begitu serius membangunkan kawasan-kawasan di sekitar sempadan kita yang berteraskan pembangunan. Adakah kita merelakan kawasan Lubok Antu terus terpinggir dan menjadi bahan lucu di negara jiran? Tuan Yang di-Pertua, bagi menjamin kesejahteraan rakyat masyarakat luar bandar tumpuan hendaklah diberikan kepada penyediaan infrastruktur luar bandar yang lebih baik dan berkualiti. Tidak seimbang pembangunan dan ekonomi atas kelas pendapatan wilayah dan negeri serta semua etnik Orang Asli dan lain-lain hendaklah dikurangkan bagi memastikan kemakmuran negara dinikmati oleh semua secara adil. Oleh itu, saya mohon disegerakan penyediaan infrastruktur awam di kawasan Parlimen Lubok Antu. Isu atau masalah bekalan air terawat di kawasan Long Lidung dan Hilir Kelili, jalan raya berturap, masalah telekomunikasi seolah-olah jadi siulan pembangunan tanpa kesudahan. Janganlah mengabaikan atau memandang sebelah mata kedaifan pembangunan di kawasan Lubok Antu dan kawasan luar bandar di Sarawak amnya. Lipat gandakanlah peruntukan dan usaha pembangunan di kawasan ini yang telah lama tertinggal. Tuan Yang di-Pertua, bagi mengimbangi populasi Penjawat Awam Persekutuan berkhidmat di kawasan Sabah dan Sarawak yang terkandung dalam 18 Perkara untuk Sarawak dan Sabah 20 Perkara, ingin saya tegaskan supaya menelusuri semua Perkara 48 Borneonisasi. Semua Ketua Jabatan Kumpulan A di Sabah dan Sarawak harus dilantik di kalangan orang Sabah dan Sarawak melainkan tiada kepakaran. Bukan saya bermaksud tidak ingin atau menolak kemasukan penjawat awam dari Semenanjung tetapi saya ingin kita membangunkan modal insan secara lebih komprehensif. Biarlah Dasar Integrasi Nasional terus berkekalan. Kalau kita lihat secara global, seperti terpinggir warga Malaysia yang berasal dari Sabah dan Sarawak. Cukuplah dengan alasan kita di Sabah dan Sarawak kurang kepakaran. Kalau kurang kepakaran, menjawat jawatan itu salah siapa sebenarnya? Kalau kurang kepakaran, berilah latihan. Kalau kurang orang, perbanyakan kemasukan. Tuan Yang di-Pertua, menyentuh tentang pendaftaran negara, masih ramai rakyat Sarawak yang tiada kad pengenalan diri stateless. Peraturan yang ditetapkan di Putrajaya yang tidak memahami isu adat seharusnya diteliti kerana ia mengakibatkan penafian keluarga kewarganegaraan anak negeri Sarawak. Tidak terfikir bahawa kita harus membuang anak kita yang dilahirkan oleh anak negeri Sarawak. Autonomi kita tidak bernilai jika ia tidak berkesan untuk kita. Pada masa ini, peranan JPM negeri Sarawak adalah seperti perkhidmatan penghantaran surat di mana proses kelulusan permohonan dari Sarawak hanya datang dari Putrajaya. Ramai kes budak sekolah tidak dapat menyambung persekolahan kerana perkara ini. Sudah tiba masanya kerajaan memikirkan perkara autonomi itu. Tuan Yang di-Pertua, sektor agromakanan negara telah menunjukkan peningkatan di mana pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar mencatat angka sebanyak 5 peratus dan sumbangan sebanyak 44 peratus dengan nilai eksport sebanyak RM27. 7 bilion bagi tempoh sehingga suku ketiga tahun 2021. Justeru, pembangunan sektor agromakanan hendaklah diteruskan dipergiatkan. Usaha meningkatkan pendapatan golongan petani, penternak dan nelayan juga hendaklah diteruskan, dilaksanakan menerusi pemaksaan kaedah pemasaran yang berkesan dan tidak dieksploitasi oleh orang tengah. Oleh yang demikian, saya ingin bertanya kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) berkenaan langkah-langkah memperkasakan produk ikan air tawar tilapia Batang Ai.

Daripada segi pembangunan pemasaran dan perluasan produktiviti serta kualiti, saya amat berharap produk ternakan ikan sangkar di Lubok Antu mampu memperluaskan lagi peranan berteraskan arus perkembangan pemasaran digital dan global. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua Ahli Dewan Yang Mulia atas pandangan, penambahbaikan serta sokongan pembangunan yang bakal diberikan. Semoga kesepaduan dan keikhlasan dalam Keluarga Malaysia terus mencapai iltizam dan beroleh keberkatan. Dengan ini, walaupun masa masih tertinggal, saya turut menyokong titah Tuanku. Terima kasih.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih, Yang Berhormat Lubok Antu. Dipersilakan, Yang Berhormat Sungai Petani.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang untuk saya berucap. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sama-sama dengan penuh tawaduk mendengar ucapan Tuanku Yang di-Pertuan Agong begitu dan ia padat dengan nasihat-nasihat yang baginda berikan. Saya ingin, Tuan Yang di-Pertua, membawa beberapa isu hari ini. Pertama ialah permasalahan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Walaupun ada atau wujudnya Akta Veteran 2012 iaitu kita namakan Akta 740, tetapi akta ini sebenarnya lebih tertumpu pada bagaimanakah bekas-bekas perajurit kita berorganisasi antara satu sama lain. Bagaimanakah organisasi mereka akan didaftarkan dengan Jabatan Veteran dan bagaimanakah urusan organisasi itu harus dilakukan? Ia tidak langsung bercakap tentang kebajikan bekas-bekas angkatan tentera. Isu- isu seperti isu tadbir urus Lembaga Tabung Angkatan Tentera, bagaimana telah bertahun- tahun lamanya dilihat lembaga ini tidak memberikan keuntungan semaksimumnya kepada anggota-anggota mereka. Sepatutnya, manfaat yang mereka dapat itu dapat mereka nikmati tetapi dengan jelas menunjukkan bahawa Lembaga Tabung Angkatan Tentera sehingga kini tidak memainkan peranan semaksimum seperti yang diharapkan. Begitu juga seperti yang diminta oleh perintah Majlis Angkatan Tentera Malaysia 1973 di mana antara yang disebut dalam perintah Majlis tersebut ialah angkatan tentera, khususnya bekas-bekas tentera, boleh mendapat tapak rumah dan tapak pertanian. Akan tetapi malangnya, sehingga kini, pelaksanaan Perintah Majlis Angkatan Tentera Malaysia 1973 itu tidaklah dilaksanakan secara tuntas kerana kononnya tanah berada di bawah kawalan kerajaan negeri. Akan tetapi harus kita akui bahawa setiap para anggota tentera kita bukan sahaja mempertahankan negara ini, tetapi juga mereka menggadaikan nyawa untuk mempertahankan negeri-negeri. Oleh itu, kita melihat bahawa Akta 740 ini haruslah dilihat kembali supaya memasukkan isu-isu yang berkait langsung dengan bekas-bekas angkatan tentera kita, termasuklah penyelarasan pencen. Seperti semua kita maklum, bahawa satu akta telah pun diluluskan oleh Parlimen iaitu Akta Pencen 2012 dan garis pemisah di antara mereka yang mendapat pencen sebelum 2012 dengan mereka yang mendapat pencen selepas 2012 amat jauh sekali. Oleh sebab itu, kita cadangkan supaya akta yang saya sebut tadi iaitu Akta 740 dilihat kembali dengan memasukkan isu-isu yang telah saya sebutkan tadi, termasuklah mereka juga di kalangan veteran yang tidak berpencen. Saya kira telah sampai masanya mereka yang tidak berpencen ini diberikan imbuhan-imbuhan tertentu, khususnya mereka yang berada dalam golongan B40. Saya ingin mencadangkan di sini, Tuan Yang di-Pertua, supaya Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) diperkemas kerana setiap anggota tentera, sebelum mereka melangkah ke alam awam, akan melalui satu kursus di PERHEBAT. Jadi saya mencadangkan supaya kursus ini diperhebat betul-betul dengan memberikan semua anggota tentera yang akan melangkah ke dalam dunia awam ini dengan sijil atau pun diploma dan diberikan pendedahan dalam kursus-kursus profesional. Bukan itu sahaja,

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

sebaik sahaja mereka tamat kursus ini, mereka bukan sahaja diberikan khidmat nasihat, tetapi juga bantuan kewangan agar mereka boleh melangkah ke alam awam dengan lebih berjaya. Kita tahu bahawa bekas-bekas tentera kita ialah orang-orang yang betul-betul profesional dan mereka ini mempunyai kepakaran-kepakaran yang luar biasa. Jadi apa yang diperlukan ialah memberikan mereka tools atau pun bantuan-bantuan yang akhirnya boleh membantu mereka untuk meneruskan kehidupan mereka sebagai orang awam. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin bercakap tentang Pertahanan Menyeluruh (HANRUH). Apatah lagi dalam keadaan sekarang ini apabila Rusia menyerang Ukraine dan kita lihat bagaimana kerdilnya Ukraine dalam menghadapi Rusia yang besar. Bukan sahaja Rusia mempunyai kecanggihan jentera, tentera, alat peperangan dan aset tetapi juga dengan bala tentera yang amat terlatih. Saya ingin mencadangkan supaya kerajaan kita melihat kembali, apakah persediaan kita sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka. Kita tidak boleh bergantung harap kepada personel-personel kita yang aktif. Kita cuma mempunyai sekadar 110,000 orang anggota tentera yang aktif dengan 51,600 orang reserve atau pun anggota simpanan. Selayaknya, sebagai sebuah negara yang berdaulat, harus mempersiapkan diri kita. Oleh sebab itu, saya mencadangkan mereka yang berumur antara 18 hingga 49 tahun di Malaysia, ada 15 juta orang yang kalau diberikan latihan, mereka ini boleh mempertahankan negara kita sekiranya ada mereka-mereka yang cuba memperkotak- katikkan kita. Saya ingin mencadangkan supaya, Tuan Yang di-Pertua, dikembalikan program Akta Latihan Khidmat Negara, sebuah akta yang kita ada pada tahun 2003, dengan terus memberikan pendedahan anak-anak muda kita kepada ketatanegaraan, jati diri, kesukarelawan dan juga ketenteraan. Banyak negara, termasuk jiran kita di Singapura, terus mengekalkan Latihan Khidmat Negara ini dan mereka meletakkan syarat utama iaitu para yang berkhidmat dalam latihan atau pun ikuti kursus ini, harus mengikuti kursus ini dengan memikul seratus peratus disiplin apabila melaksanakan program ini. Jadi saya mencadangkan kerajaan harus memastikan negara kita bukan sahaja siap siaga dalam menghadapi apa keadaan sekali pun, tetapi yang lebih penting sekali, rakyat sendiri harus mempunyai kebolehan dan kepakaran untuk mempertahankan diri kita. Jadi saya kiranya khidmat negara ini kita teruskan. Maka kita mesti pastikan program- program yang kita akan masukkan ini akan memastikan rakyat kita, khususnya mereka yang berumur 18 tahun, anak-anak kita yang telah pun melepasi SPM dan sebelum memasuki universiti atau pun dalam kursus-kursus TVET yang lain, melalui program ini supaya bukan sahaja mereka ini terlatih daripada segi ketatanegaraan dan jati diri, tetapi yang lebih penting sekali ialah dalam alam ketenteraan supaya apabila mereka ini diperlukan untuk bangun mempertahankan negara, mereka bersedia dengan penuh semangat dan juga dengan penuh latihan.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya bercakap tentang food security atau keselamatan makanan. Hingga tahun 2020, Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah pun mengimport 55.4 bilion makanan. Lima jenis bahan-bahan makanan yang kita import di antaranya ialah kopi, koko, teh dan rempah bijirin. Keluaran dan seliaan makanan lain, bahan makanan untuk ternakan dan sayur-sayuran. Dua perkara yang saya kira benda yang boleh kita laksanakan tanpa bergantung kepada import luar negara ialah bahan makanan untuk ternakan di mana kita telah membelanjakan 6.2 bilion dan sayuran sebanyak 5.1 bilion. Kita lihat di hampir seluruh negara kita banyak tanah yang terbiar tetapi tidak diusahakan. Sedangkan inilah tempat yang paling subur untuk kita tanam tanaman khususnya sayuran. Kementerian Pertanian dan asas tani sementara kementerian- kementerian lain saya kira harus duduk dan lihat kembali bagaimanakah tanah-tanah yang terbiar ini boleh kita gunakan. Bagaimanakah aset-aset kita ini tidak terbiar begitu sahaja? Sedangkan kita mengimport makanan begitu banyak.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Yang Berhormat Sungai Petani.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Perbahasan yang kita sebut hari ini ialah supaya kita mempunyai sungguh-sungguh niat untuk membangunkan food security ini supaya kita tidak terlepas daripada satu masalah iaitu apabila kita memerlukan makanan akhirnya kita tidak tergantung kepada supplies daripada luar dan apabila kita mempunyai yang dihadapi sekarang seperti peperangan ataupun COVID-19. Silakan.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Sedikit sahaja. Saya setuju dengan apa yang Yang Berhormat Sungai Petani cakap tadi tentang tanah-tanah terbiar yang diberikan tetapi tiada pengusaha. Saya baru pergi ke Kluang, Johor. Dia ada satu kawasan 3,000 hektar di bawah Kementerian Pertanian. Akan tetapi tanah-tanah dahulu diberikan kepada kroni-kroni, syarikat-syarikat dengan kawan- kawan mereka. Akhirnya, sekarang mereka tidak mengusahakan. Dan patutnya dibersihkan supaya orang yang tidak mengusahakan dikeluarkan daripada tanah-tanah untuk beri orang yang mengusahakan. Minta komen, ya.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Kita malah berbelanja besar apabila kita cuba mengadakan usaha untuk membela lembu kita sendiri. Akan tetapi malangnya apa juga amanah yang diberikan kepada pengusaha-pengusaha itu telah menyelewengkan sejumlah besar duit rakyat dan negara dan program lembu itu terbengkalai dan akhirnya terus mengimport lembu-lembu dari luar negara. Begitulah juga dengan tanah-tanah yang terbiar ini. Kalau kita tidak serius melihat bagaimanakah kita boleh usahakan tanah kita sendiri selama itu lah kita akan bergantung makanan daripada negara. Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua dalam masa terdekat ini ialah hendak bawa isu tentang program imunisasi kanak-kanak ataupun PICKids. Saya bimbang Tuan Yang di- Pertua apabila kerajaan mengumumkan bahawa kanak-kanak yang berumur lima hingga 15 tahun akan diberikan suntikan vaksin bermula pada Februari 2022 yang lalu. Saya melihat ini sesuatu tindakan yang tergopoh gapah kerana dalam keadaan masalah COVID-19 telah dan sedang melandai dan malah kita akan membuka sempadan untuk negara-negara jiran terutamanya masuk dan kita juga akan ke negara mereka. Tiba-tiba program vaksin untuk kanak-kanak ini kita kenalkan. Sepatutnya, saya kira kerajaan harus melihat dan mengkaji benar-benar ada kewajaran untuk memberikan vaksin pada anak-anak kita yang berumur lima ke 12 tahun ini. Kita tidak tahu apakah masalah-masalah yang akan timbul akibat daripada mereka ini di vaksin pada umur yang begitu muda. Malah ada pihak yang mengatakan sains dan data menunjukkan bahawa anak-anak mempunyai imuniti yang luar biasa. Tuhan telah memberikan kekuatan dalaman kepada mereka. Malah masalah-masalah yang dihadapi oleh anak-anak ini dengan sendirinya dapat mereka selesaikan kerana mereka mempunyai imuniti yang cukup tinggi 99.9 peratus tetapi kita telah pun memberikan sekarang kelulusan untuk memberikan vaksin pada anak-anak kita. Ada juga pengkaji-pengkaji mengatakan adakah wajar kerana mereka ini terlalu muda untuk menerima vaksin dan ada pihak mengatakan bahawa tidak ada masalah kerana negara-negara lain pun tular mengadakan vaksin. Isu yang kita bangkitkan sekarang COVID-19 muncul pada tahun 99. Sekarang ini baru tahu— vaksin mula diperkenalkan dan adakah dalam masa yang singkat begitu kita tahu tidak ada masalah- masalah yang akan melanda anak-anak kita khususnya Tuan Yang di-Pertua sesuatu yang luar biasa ialah tentang isu kemandulan. Kita tidak tahu sama ada anak-anak kita yang diberi vaksin ini akan menghadapi masalah jangka panjang termasuklah isu kemandulan. Last sekali Tuan Yang di-Pertua ialah tentang bagaimana saya melihat bahawa ini facilities yang ada di sepanjang highway kita tidak mencukupi untuk memastikan mereka yang memerlukan seperti penunggang-penunggang motosikal apabila hujan ramai berhenti di bawah jejantas. Baru-baru ini 10 motosikal dilanggar oleh sebuah lori di kawasan saya di Gurun, Kedah. Dua telah meninggal dunia dan ramai yang cedera, Tuan Yang di-Pertua. Jadi, saya meminta supaya PLUS dan konsesi-konsesi jalan yang lain termasuk kerajaan memastikan bahawa harus ada tempat-tempat perhentian motosikal. Malah bekas seorang pegawai polis berpangkat ASP baru-baru ini juga dilanggar lori apabila

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

beliau berhenti untuk berteduh di bawah jejantas di Selangor baru-baru ini. Jadi, saya ingat ini adalah benda yang penting. PLUS mempunyai duit yang banyak dan harus melihat ini sebagai satu kebajikan yang sepanjang jalan itu saya mencadangkan supaya didirikan tempat-tempat berteduh agak jauh daripada jalan supaya kalau hujan datang mereka yang menunggang motosikal dapat berteduh di tempat yang selamat dan sekali gus kita dapat selesaikan masalah kemalangan-kemalangan yang kita tidak perlukan ini. Untuk itu Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih dan saya menyokong titah Tuanku. Terima kasih.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Dipersilakan Yang Berhormat Klang.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan beberapa isu berkait dengan bencana banjir yang telah melanda Lembah Klang semalam dan juga di kawasan Parlimen Klang, kawasan parlimen saya. Laporan terbaru daripada Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC) nyatakan bahawa hujan akan menjadi lebih lebat dan kerap di seluruh Asia dalam dekad akan datang. Ini bermakna kekerapan banjir akan meningkat dan kos untuk projek-projek tempatan banjir akan semakin meningkat terutamanya di bandar yang pesat membangun. Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah mendapati bahawa kesan perubahan iklim boleh menyebabkan banjir yang lebih teruk di kawasan pedalaman sungai dan pesisiran pantai. Study on impact of climate change on sea level rise in Malaysia 2017 oleh NAHRIM mengatakan beberapa kawasan pesisiran pantai termasuk sebahagia besar Klang mempunyai risiko untuk tenggelam akibat perubahan iklim dan juga peningkatan paras air laut. Pada tahun 2019, kajian central of governmental empirical studies telah menyatakan sebahagian bandar persisiran pantai termasuk Klang ataupun kawasan Parlimen Klang akan tenggelam menjelang tahun 2050. Kajian tersebut telah mengukur peningkatan paras air laut menggunakan model Shuttle Radar Topography Mission (SRTM). Kajian elevation data triple estimate of global vulnerability to sea level rise and coastal flooding terbitan Nature Communications juga menjangkakan sebahagian bandar Klang akan tenggelam akibat kenaikan paras air laut dan perubahan iklim. Sehingga hari ini, Klang telah dilanda banjir lima kali dalam lima bulan ini. Yang teruk sekali ialah banjir pada 17 dan 18 Disember 2021.

Klang merupakan sebuah bandar pelabuhan dengan kepadatan penduduk yang tinggi dan amat memerlukan dana tambahan bagi meningkatkan kapasiti sistem saliran bagi melebarkan longkang monsun, menambah kapasiti pintu air, membina kolam tadahan banjir dan meninggikan ban-ban di pesisiran pantai. Pada pertengahan 2021, kita melihat beberapa buah kawasan di Kedah berada di bawah air dan penghujung tahun lepas dan awal tahun ini, kita melihat banjir besar di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Dalam beberapa hari yang lepas, Lembah Klang ditelenggami air. Jika ini berterusan untuk beberapa hari lagi, ekonomi Kuala Lumpur akan musnah dan terjejas teruk dan kerugian ekonomi boleh mencecah jutaan atau bilion ringgit. Tuan Yang di-Pertua, orang ramai hidup dalam ketakutan hujan. Bila orang dengar thunderstorm dengan lightning, mereka takut, mereka hendak balik rumah. Mungkin sebab mereka takut rumah mereka akan dibanjiri. Ini bukan isu orang-orang dewasa; anak muda pun takut sebab mereka tidak dapat tidur dalam rumah kerana banjir, di mana ada satu atau dua kaki air. Fenomena ini iaitu ketakutan hujan menimbulkan masalah psikologi on top of high number of COVID-19 infections fear dan setakat ini kami tidak mendengar atau melihat sebarang maklum balas daripada agensi-agensi kerajaan mengenai bantuan sokongan psikologi ini.

Tuan Yang di-Pertua, at the end of the day rakyat mahu penyelesaian. The people are looking for solutions. Perubahan iklim is a phenomenon that is here to stay dan kita dapati dengan hujan yang berterusan dan taburan air yang terlalu tinggi, jelas memberi impak menyebabkan sistem saliran di Klang tidak dapat menampung air sebegitu banyak. Situasi air pasang di laut turut menyebabkan paras air meningkat. Saya mencadangkan kerajaan khususnya KASA mempertimbangkan konsep ‘sponge city’ seperti di China atau drip irrigation yang diamalkan di negara India sebagai langkah jangka masa panjang untuk tebatan banjir. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mencadangkan supaya KASA dan kerajaan Keluarga Malaysia menubuhkan sebuah suruhanjaya khas banjir untuk menyiasat dan memberi cadangan bagi rancangan keseluruhan jangka panjang untuk mengatasi kemungkinan bandar-bandar di Malaysia ditenggelamkan. Siasatan ini boleh diketuai oleh pakar-pakar tempatan dan luar negara untuk menyiasat bencana banjir dan menyediakan pelan penyesuaian iklim negara yang lebih komprehensif. Permintaan untuk menubuhkan suruhanjaya khas banjir ini adalah adil, it’s fair memandangkan enam buah negeri telah mengalami tragedi akibat banjir dalam beberapa bulan yang lalu melibatkan kehilangan nyawa, 48 orang anak Malaysia telah mati oleh kerana banjir, tenggelam, kehilangan harta benda dan gangguan hidup sosial dan juga ekonomi. Bagi rakyat Malaysia B40, banjir ini adalah double whammy Tuan Yang di- Pertua kerana kehilangan pekerjaan dan pendapatan semasa pandemik COVID-19 dan sekarang terpaksa menampung kerugian harta benda, kenderaan, perabot yang mencecah lebih kurang RM30,000 hingga RM40,000 sesebuah keluarga, seisi rumah. Ini membebankan orang ramai. Untuk kawasan Klang, saya minta dan juga minta JKR – ini saya telah membuat beberapa kali pesanan kepada JKR tetapi JKR bisu. Saya minta mereka untuk mengkaji semula kekerapan kerja-kerja pembersihan longkang monsun di Klang kepada setiap minggu daripada apa yang sedia ada iaitu sekali dalam enam bulan di bawah konsesi kerja raya. Ini tidak masuk akal; macam mana mereka membuat perjanjian konsesi ini untuk membersihkan longkang satu kali dalam enam bulan. Ini perbuatan bodoh, Tuan Yang di-Pertua. Saya tengok Tuan Yang di-Pertua pun sokong pandangan-pandangan saya dalam hal ini. Saya masih tunggu jawapan daripada JKR sebab saya telah lontarkan isu ini dalam sidang Disember dan pada bulan Januari semasa ada sidang khas banjir dan sekarang, kali ketiga. Selepas itu Tuan Yang di-Pertua, saya memberi satu komitmen, saya akan ke mahkamah untuk membawa JKR ke mahkamah supaya bersihkan longkang di Klang. You tengok, saya akan buat. Memandangkan jumlah banjir yang semakin meningkat di negara ini, saya mencadangkan Tuan Yang di-Pertua supaya kerajaan mempertimbangkan penubuhan Disaster Relief Force dan juga Disaster Relief Research and Training Center. Institusi seperti ini boleh melengkapkan kerja NADMA, which is very, very lacking dan lemah pada masa sekarang. Cerita NADMA itu cerita yang panjang, so saya akan bincang NADMA itu pada masa yang akan datang. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan dalam ucapan saya berkenaan bantuan wang ihsan sebanyak RM1,000. Saya ingin memberitahu bahawa ini tidak cukup sebab seperti yang saya katakan tadi, sesebuah keluarga telah hilang sekurang-kurangnya RM30,000. So, bagi RM1,000 tidak cukup dan tidak munasabah. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia dan Bangladesh menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pada 19 Disember 2021 untuk membawa pekerja Bangladesh ke Malaysia. Saya menggesa kerajaan untuk menyelidik lebih mendalam mengenai 25 buah agen pengambilan pekerja Bangladesh dan juga 10 buah subejen mereka yang ditugaskan untuk pengambilan pekerja Bangladesh ke Malaysia. Banyak syarikat ini mempunyai jawatan pengarah yang saling berkaitan dan tidak jelas siapa yang sebenarnya adalah pemilik. Sewajarnya kerajaan harus berusaha dan mendedahkan kepada umum sama ada benarkah terdapat 275 buah syarikat berasingan atau sama ada mereka semua adalah proksi untuk satu orang, dua orang atau tiga orang.

Akaun permasalahan ini, beberapa pihak telah menimbulkan kebimbangan terhadap butiran MoU yang tidak didedahkan kepada umum dengan sesetengah pihak mengatakan kebimbangan ini akan mewujudkan sindiket untuk menguruskan pengambilan pekerja antara kedua-dua buah negara. Beberapa kumpulan berkepentingan telah menyuarakan kebimbangan mereka seperti kemungkinan sindiket seperti ini boleh meningkatkan kos penghijrahan pekerja yang seterusnya akan mengakibatkan pekerja dibebani hutang dan terjebak untuk buruh paksa yang sistematik. Saya mohon agar Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia mendedahkan kepada umum MoU yang ditandatangani dengan Bangladesh dan memberitahu Dewan yang mulia ini bagaimanakah kerajaan akan menjamin zero-cost recruitment supaya pekerja asing dan majikan Malaysia tidak dibebankan. Tuan Yang di-Pertua, kes kematian dalam tahanan semakin meningkat. Sehingga Mac 2022, sebanyak 14 kes kematian telah direkodkan bersamaan satu kematian setiap minggu secara purata. Saya mencadangkan agar Kementerian Kesihatan Malaysia menubuhkan unit kesihatan atau perubatan custodial yang mempunyai peranan khusus untuk menguruskan perkhidmatan kesihatan di pusat tahanan bagi merawat banduan- banduan yang menghadapi komplikasi kesihatan. Sehingga hari ini, kerajaan belum menjalankan perbicaraan inkues bebas kalau banduan mati dalam tahanan. Ini telah diertikan sebagai cover-up oleh beberapa kumpulan berkepentingan dan jika terdapat salah laku anggota polis, pegawai yang ingkar itu masih digantung kerja dan didakwa di mahkamah. Kes kematian Revnesh Kumar. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan isu kes kematian kanak-kanak berumur 13 tahun iaitu Revnesh Kumar selepas 14 hari mengambil dos vaksin pada 30 Disember 2021. Saya telah bangkitkan kematian anak muda 13 tahun ini dan keluhan ibu bapa berkenaan kepada Yang Berhormat Menteri dan juga DG Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi saluran Twitter. Beberapa hari yang lalu, Yang Berhormat Menteri KKM telah berjumpa dengan ibu bapa mendiang untuk lebih kurang 30 minit. Akan tetapi, apa yang saya dapat daripada laporan media mengatakan bahawa keluarga Revnesh Kumar langsung tidak puas hati dengan alasan yang diberikan oleh pihak KKM. Saya mencadangkan supaya laporan post-mortem diteliti atau dihalusi secara terperinci oleh jawatankuasa khas yang terdiri daripada pakar-pakar independent.

Ini adalah sebab ini adalah penting untuk memberi keyakinan dan confidence kepada ibu bapa yang lain dan masyarakat secara am untuk memberi vaksin kepada anak-anak mereka.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Klang, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sedikit sahaja saya hendak minta pohon kepada Yang Berhormat Klang untuk komen tentang satu laporan yang dikeluarkan semalam sahaja iaitu oleh Asia Sentinel, “Najib Said Seeking Friendly AG to Keep Him Out of Jail.” Laporan ini menyatakan bahawa bekas Perdana Menteri sedang berusaha mencari AG yang baru, ingin nominate AG yang baru kerana AG yang sekarang sudah bersara dua hari yang lepas. Akan tetapi AG yang baru tidak dapat dicari kerana ada perebutan untuk nominate orang yang friendly kepada bekas Perdana Menteri. Ini akan mengakibatkan bahawa our top - what we call top law enforcer ya, maksudnya Attorney-General ini dikuasai oleh golongan politik yang berkepentingan diri sendiri. Kita tahu bahawa AG ini sangat penting untuk dispense justice. Dia kena mendakwa orang yang bersalah. Akan tetapi kerana kalau AG ini dikuasai atau di nominate orang yang telah disabit kesalahan, maka negara akan jadi huru-hara. Jadi saya mohon supaya kalau boleh Menteri Undang-undang clarify kerana laporan ini sangat-sangat damning untuk negara dan perlu jawapan daripada kerajaan. Minta pohon Yang Berhormat Klang.

Tuan Yang di-Pertua, saya sokong pandangan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Bayan Baru tadi. Isu ini telah dibangkit oleh Bar Council dan juga mereka telah raised concern dan ini ada satu yang

tidak kena dengan kelewatan appointment AG yang baru. So saya sokong dan saya minta Menteri berkenaan untuk menjawab.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Sedikit sahaja. Saya rasa AG itu tidak boleh dijual beli ya. He has to be highest integrity, tidak boleh dijual beli. Setuju kah Yang Berhormat Klang?

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHPermatang Pauh

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak celah sahaja Yang Berhormat Klang lebih kepada isu yang dibangkitkan berkait dengan pemvaksinan untuk kanak-kanak. Saya sendiri alhamdulillah kedua-dua anak saya di vaksin secara sepenuhnya. Saya dijangkiti COVID-19 tetapi alhamdulillah bila kita divaksin - saya rasa penting bagi pihak media juga untuk memberi laporan sementara kita memberi ruang untuk ibu dan ayah mendapat jaminan, adalah penting untuk melakukan atau menyiarkan laporan selepas proses post-mortem. So, I think one of the key items. Apakah pendapat Yang Berhormat apabila kita bercakap tentang isu pemvaksinan ini dengan begitu berleluasanya berita yang menakutkan yang tidak langsung based on evidence. Yang Berhormat, saya pohon pandangan kerana akhirnya ia memberi kesan khususnya kepada keluarga berpendapatan rendah, ibu dan ayah takut untuk memvaksin kan anak-anak mereka sedangkan itulah cara yang terbaik bagi melindungi mereka daripada bahaya COVID-19. Terima kasih Yang Berhormat. Thank you Tuan Yang di- Pertua.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat Klang dua minit ya. Please wrap up your speech.

Apa pandangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Pematang Pauh di masukkan ke dalam ucapan saya. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua cadangan untuk sistem saliran udara di kawasan penyebaran atau sesak COVID-19. Seperti yang kita tahu penularan COVID-19 kini semakin berleluasa. Satu cara untuk kawal penularan COVID-19 adalah untuk menjamin sistem aliran udara yang baik. Saya cadang supaya pihak pengusaha iaitu businessman dan sebagainya memasang penapis udara di tempat-tempat risiko jangkitan ini melalui bantuan Department of Occupational Safety and Health (DOSH) dan Kementerian Kesihatan. Pertimbangan ini perlu dan penting memandang hakikat bahawa tempat-tempat ini terdiri daripada industri-industri kecil sederhana seperti syarikat multinasional yang mana mereka mempunyai kapasiti kewangan dan pembelian yang berbeza. Oleh itu adalah penting kerajaan menawarkan geran ataupun subsidi kepada PKS untuk memasang penapis udara di kawasan sekitar mereka supaya pengunjung, pelanggan dan kakitangan semua lebih selamat dalam kawasan tertutup ini. Department of Occupational Safety and Health (DOSH) boleh menjadi pihak berkuasa untuk membantu mereka dalam memberi nasihat dan penguatkuasaan bagi pemasangan peranti ini. Untuk syarikat yang lebih besar, mereka mungkin perlu diberi rebat pinjaman ataupun pelepasan cukai untuk memasang tetapi untuk PKS yang lebih kecil, boleh mendapat subsidi kerajaan untuk pelepasan atau pelepasan cukai. Saya berharap kerajaan akan mempertimbangkan cadangan ini dan mengambil tindakan segera untuk kita mencapai endemicity in a safe environment. Sekian terima kasih.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Klang. Dipersilakan Yang Berhormat Merbok.

Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang untuk Merbok menjunjung kasih bahas Titah Di Raja dalam persidangan Dewan yang mulia ini. Meskipun tahun lepas Merbok tidak berpeluang

dalam perbahasan Titah Di Raja ini kerana dalam tempoh PKP dan juga pandemik yang mana masa dan jumlah untuk berada di Dewan Rakyat ini di hadkan bagi mengekang penularan wabak. Oleh kerana masa yang terhad, saya seboleh mungkin akan meringkaskan perbahasan ini. Saya meneliti ucapan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong apabila Tuanku menyatakan kestabilan politik yang dikecapi kini menerusi kerjasama dwi partisan melalui Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik yang telah ditandatangani antara pihak kerajaan dan pembangkang. Alhamdulillah, landskap politik negara kini lebih stabil bagi menjayakan agenda pembangunan demi kepentingan rakyat dan masa hadapan negara. Suka atau tidak, ini adalah sejarah yang tercipta di Malaysia. Benar kerajaan PH ditumbangkan pada Februari 2020. Namun yakinlah proses pengislahan itu sebenarnya tidak berhenti. PH mungkin tidak ada rezeki untuk membuat perubahan besar ketika memerintah, namun proses reformasi itu dapat diteruskan melalui proses semak dan imbang yang akhirnya menguntungkan rakyat kebanyakan. Tuan Yang di-Pertua, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah di atas usaha kerajaan yang menyediakan 558,633 penempatan pekerjaan kepada rakyat Malaysia yang mana status ini 112 peratus daripada sasaran awal yang seperti dilaporkan oleh akhbar. Saya amat mengharapkan ini benar-benar menjadi kenyataan dan tidak menjadi kosong ataupun simulasi atas kertas yang menyedapkan hati kerana 80 peratus pengangguran adalah terdiri daripada kalangan belia. Saya juga mengharapkan kementerian boleh memastikan agar penempatan kerja ini berlaku padanan kerja bukan sahaja sekadar kerja. Ini kerana kerja dan kerjaya itu adalah mempunyai motivasi yang berbeza. Tuan Yang di-Pertua saya juga ingin menyentuh apa yang disebut oleh Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menyebutkan “Bagi menjamin kesejahteraan masyarakat luar pula tumpuan hendaklah diberikan kepada penyediaan infrastruktur luar bandar yang lebih baik dan berkualiti”. Saya juga sangat bersetuju akan hal ini kerana isu air di Merbok masih belum berkesudahan. Saya mengulangi isu ini untuk kali yang ke lima dalam Dewan yang mulia. Pertamanya, adalah ketidakupayaan sistem agihan sedia ada sejak tahun 1970-an yang tidak mampu menampung kuantiti serta tekanan hingga mengakibatkan kerap pecah. Kedua, ketidakupayaan sistem rawatan air loji di Tupah dan Merbok yang tua berusia lebih 70 tahun untuk merawat air mentah dan bila parameter non turbidity ini melebihi 50 NTU akan menyaksikan operasi loji terpaksa dihenti tugas iaitu shut down dengan izin. Ketiga, tempoh menunggu sistem kira-kira enam jam untuk bekalan pulih dari elok dengan izin apabila berlaku henti tugas akhirnya menyaksikan bekalan air terganggu almost setiap hari. Keempat, kawasan tadahan dan takungan yang terhad menyumbang kepada ketidakcukupan air mentah terutamanya ketika musim kemarau seperti sekarang ini memperlihatkan Loji Tupah yang berusia lebih 70 tahun ini semakin menyusut daripada 20 million litre per day iaitu 20 mld kepada 8 juta liter sehari yang hakikatnya keperluan sebenar penduduk adalah 32 juta liter sehari. Sekarang ini memang tiada pilihan. Menghantar air ke rumah menggunakan lori tangki terpaksa dilakukan walaupun ia bukan impian rakyat kerana rakyat terpaksa mengangkut air. Kita bayangkan kalau warga emas dan ini adalah menyukarkan. Saya mengharapkan projek naik taraf loji rawatan Bukit Selambau yang daripada 30 liter juta sehari kepada 70 liter sehari yang telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 segera disiapkan. Sehingga pada hari ini difahamkan tarikh milik tapak naik taraf projek juga Bukit Selambau adalah pada 06 Jun 2021 pada tahun lepas dan tarikh siap kerja dijadualkan pada 02 Disember 2023.

Kini kemajuan jadual sebenar di tapak adalah 4.5 peratus berbanding jadual enam peratus. Jadi projek-projek melibatkan kepentingan rakyat ini saya harap diberi perhatian yang serius dan kena dipantau supaya ia mampu disegerakan dan disiapkan seperti yang dijadualkan. Tuan Yang di-Pertua saya meneliti Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong turut menyebutkan bahawa penyediaan tempat tinggal yang selesa dan kondisi juga perlu diperluaskan melalui penyediaan bantuan bina baharu serta pembaikan rumah yang uzur terutamanya kepada golongan miskin dan kurang berkemampuan agar mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa.

Di samping itu, akses kepada ‘pemadat’ hendaklah diberi keutamaan melalui pelbagai inisiatif yang lebih mesra pendapatan seperti penyediaan rumah mampu milik dan kaedah pembiayaan perumahan bagi kumpulan B40 dan M40. Saya sebenar-benarnya tersentuh berkenaan isu perumahan rakyat ini termasuklah penyediaan rumah mampu milik di Malaysia ini adalah isu yang sangat sensitif. Acap kali rakyat merungut bekalan rumah yang murah dan berpatutan pada pandangan gaji dan pendapatan mereka tidak banyak. Sudah menjadi lumrah semua orang ingin memiliki rumah sendiri ya. Saya sebenarnya ingin merujuk pada kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato' Sri Reezal Merican yang memaklumkan bahawa sebanyak ‘tujuh’ rumah mampu milik tidak terjual setakat suku ketiga tahun lalu. Ini adalah suatu yang perlu kita pandang serius ya. Secara umum dapat dilihat berlaku ketidakpadanan pendapatan dengan harga rumah mampu milik yang ditawarkan menyebabkan harga rumah mampu milik ini tidak terjual dan melonjak secara signifikan. Apa yang berlaku ini menunjukkan ketidakseimbangan daripada segi pendapatan dan harga tawaran hartanah yang menjadi salah satu sebab utama mengapa ada golongan yang masih tidak mampu memiliki rumah sendiri. Antara punca-punca lain terjadinya isu pemilikan rumah ini adalah harga pasaran rumah yang masih di luar kemampuan ramai. Kemudian, kekurangan rumah mampu milik. Kemudian, tidak mampu membayar wang pendahuluan. Ada yang sebahagiannya ya. Kemudian, sukar ataupun kurang kelayakan untuk mendapat pinjaman perumahan. Tuan Yang di-Pertua, tidak salah jika kita mencontohi jiran kita, negara seperti Singapura. Mengikut statistik, Singapura adalah salah satu negara di mana penduduknya mempunyai kadar pemilikan rumah sendiri yang paling tinggi di dunia. Semuanya adalah hasil polisi Lembaga Perumahan dan Pembangunan atau Housing and Development Board Singapura dalam menyediakan perumahan mampu milik. HDB melihat keseluruhan spektrum keperluan yang menjadikan persekitaran hidup optimum untuk penduduk. Sebenarnya seawal tahun 60-an, Singapura sebenarnya menghadapi krisis perumahan dan kebersihan yang teruk. Ramai rakyat mereka yang tinggal di tempat yang tidak sesuai, tidak terurus dan di kawasan setinggan yang sesak dengan penduduk. Dianggarkan hanya lapan peratus sahaja penduduk Singapura pada ketika itu yang tinggal di rumah pangsa milik kerajaan. Jadi, bagi menyelesaikan krisis ini, HDB telah ditubuhkan pada Februari 1960 dan tanpa lengahkan masa, HDB terus bertindak dalam masa tiga tahun sahaja mendirikan sebanyak 21,000 rumah pangsa. Dua tahun kemudian, jumlah rumah pangsa yang dibina meningkat kepada 54,000 unit dan dalam masa 10 tahun, Singapura berjaya membina bilangan rumah flat yang mencukupi bagi rakyat Singapura sekali gus menyelesaikan masalah kediaman yang dihadapi. Singapura juga berjaya memperkenalkan satu sistem perumahan yang unik di mana tiga perempat daripada pembangunan dibiayai oleh HDB, manakala pemilik hanya membiayai sebahagian lagi menggunakan Central Provident Fund, dengan izin. Hasilnya, sekarang Singapura berjaya memiliki peratusan rumah tertinggi di dunia dan ini adalah salah satu contoh yang perlu kita jadikan panduan ya.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, dalam isu rumah mampu milik ini, demografi, budaya dan kehidupan sekitar perlu diambil kira. Jadi, kita haruslah mempunyai nilai empati sama merasa dan bertanggungjawab. Akhirnya, rumah-rumah mampu milik ini hanya boleh kita betul-betul mampu milik, bukanlah rumah mampu tengok. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin merujuk kepada Titah Yang di-Pertuan Agong terkait tadbir urus perbandaran melalui penggunaan teknologi digital di dalam pengurusan, perancangan dan pembangunan bandar hendaklah dipelbagaikan. Usaha untuk menyediakan penyelesaian langsung kepada masalah-masalah fizikal, ekonomi dan sosial yang dihadapi oleh penduduk juga hendaklah dipergiatkan. Saya sangat bersetuju dengan apa yang telah dititahkan dalam urus tadbir pentadbiran. Ia seharusnya bukan sahaja menggunakan teknologi digital yang canggih tetapi seharusnya lebih responsif agar permasalahan rakyat yang duduk di dalam kawasan perbandaran bukan sahaja dapat didengar dengan segera tetapi wajar mendapat respons yang segera daripada sudut tindakan. Terdapat sembilan ciri-ciri tadbir urus yang baik yang telah digariskan oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu iaitu UNDP. Antaranya: (i) penyertaan; (ii) mematuhi undang-undang; (iii) efektif dan efisien; (iv) kesaksamaan dan keterlibatan; (v) responsif; (vi) telus; (vii) akauntabiliti dan bertanggungjawab; (viii) berorientasikan kesepakatan; dan (ix) berwawasan strategik. Saya juga di kesempatan ini ingin mengulangi pantun yang terakhir Yang di- Pertuan Agong sebutkan. Busana tradisi kain bersulam, Warna jingga berawan larat, Cukuplah berpolitik siang dan malam, Fokuskan menjaga kepentingan rakyat. Saya yakin sebenarnya pantun ini adalah ‘sindiran’ buat semua Ahli-ahli Dewan. Mungkin budaya politik kita yang masih jauh daripada matang ini masih jauh daripada amalan. Politik ini dilihat jahat kerana orang-orang politik yang jahat yang akhirnya orang- orang politik yang baik, tidak jahat pun dilihat turut diletakkan dalam kandang yang salah. Bak kata peribahasa, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Tuan Yang di-Pertua, politik harus dimaknai dengan nilai yang sebenar, bukan persepsi. Kebajikan rakyat bukan politik murahan tetapi adalah kebertanggungjawaban. Dalam PRN Johor, kita terpaksa membelanjakan ratusan juta untuk kita lakukan pilihan raya negeri sedangkan saya tidak terkejut juga Perdana Menteri dalam kempennya turut menyatakan bahawa BN akan menang dua pertiga. Ini adalah telahan yang tidak mengejutkan ya. Ini kerana PRN Johor diadakan untuk memastikan pengukuhan kuasa― bukan kestabilan politik― antara perebutan kuasa antara BN dan juga PN. Kita juga menyaksikan program-program mereka, SOP nya semuanya ke laut. Justeru, di kesempatan ini, saya merayu kepada rakyat Johor khususnya anak- anak muda, gunakan minda yang rasional kali ini dan buat pilihan yang terbaik. Memilih pemimpin yang benar-benar dahulukan rakyat, bukan sekadar menggula-gulakan rakyat. Ini kalilah.

Dengan ini, saya akhiri perbahasan saya dengan dua rangkap pantun. Cincin emas cincin suasa, Cincin berlian mahal harganya, Lemaskan mereka yang gila kuasa, Undi biru muda rakyat sejahtera. Berat mata memandang berat lagi bahu yang menyandang, Derita rakyat tidak berkesudahan, Biarlah menjadi hero tidak didendang, Selagi bernafas lawan tetap lawan. Hari ini 8 Mac. Selamat Hari Wanita Sedunia. Let’s break the bias together. Dengan ini, Merbok menyokong Titah Diraja. Terima kasih.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Merbok. Selanjutnya dipersilakan Yang Berhormat Kepong untuk berbahas.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk turut serta dalam perbahasan kali ini. Isu yang pertama, kita menjangkakan akan berlaku kenaikan harga rumah khususnya di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur. Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), harga rumah kediaman baharu dijangka meningkat susulan kenaikan harga bahan binaan. Saya juga dimaklumkan bahawa kos bahan binaan seperti besi, kaca dan konkrit dan sebagainya telah naik sehingga 60 peratus berbanding dengan harga sebelum pandemik COVID-19 dan boleh menyebabkan harga rumah menjadi semakin mahal. Oleh yang demikian, saya ingin mendapatkan penjelasan, kenapakah kos bahan binaan boleh melonjak naik? Apakah langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan atau sekurang-kurangnya menstabilkan harga bahan binaan agar tidak berlaku kenaikan harga rumah dan memberi peluang rakyat berpendapatan rendah mampu memiliki rumah sendiri? Isu yang kedua berkenaan Program Perumahan Rakyat (PPR). Tujuan projek ini adalah bagi membantu keluarga miskin yang tidak mampu menyewa rumah dengan kadar sewa pasaran semasa. Mereka ditawarkan PPR dengan bayaran sewa serendah RM124 sebulan sahaja untuk satu tempoh yang tertentu. Mungkin empat atau lima tahun. Jadi, pada tahun yang keempat atau kelima, agensi kerajaan yang berkenaan sepatutnya perlu membuat bancian atau siasatan jika keluarga tersebut telah pun mengalami peningkatan pendapatan atau sara hidup. Jika didapati ada perubahan peningkatan, wajarnya mereka ini memberi peluang kepada pemohon-pemohon lain untuk menduduki PPR. Ini kerana, saya mendapati terdapat keluarga yang telah menduduki PPR sehingga lebih 10 tahun dan mewarisi hingga ke tiga generasi. Sedangkan, terdapat lebih daripada 10,000 permohonan baharu yang masih menunggu tawaran sewa rumah PPR selama lebih daripada 10 tahun.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Sehubungan itu, saya minta agar kerajaan betul-betul membanci penyewa- penyewa PPR di samping menyediakan peluang untuk mereka meningkatkan taraf hidup masing-masing pada masa akan datang. Saya juga berharap agar kerajaan dapat membina lebih banyak PPR baharu di bandar-bandar besar khususnya di kawasan Parlimen Kepong bagi membantu keluarga-keluarga yang sangat memerlukan. Isu ketiga. Saya sering menerima aduan daripada penduduk di kawasan Parlimen Kepong berkenaan dengan kerosakan padang rekreasi di taman perumahan terutamanya

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

kerosakan padang bola keranjang. Di Kepong sendiri ada sekurang-kurangnya tujuh buah padang bola keranjang awam. Namun, semuanya dalam keadaan rosak dan sangat teruk. Lantai gelanggang sering rosak dan berlubang, penuh dengan retak dan tidak sesuai untuk melakukan sebarang aktiviti sukan, apatah lagi permainan bola keranjang. Setiap kali pihak persatuan penduduk atau pejabat saya sendiri membuat aduan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan menghantar kontraktor untuk membaiki. Namun tidak sampai dua bulan lantai gelanggang rosak semula disebabkan kerja baik pulih yang tidak berkualiti. Jadi, saya harap isu seperti ini tidak akan berulang lagi dan akan diatasi dengan segera. Kontraktor yang berkenaan ditukar jika perlu. Isu keempat, seterusnya adalah berkenaan harga khinzir. Kita sedia maklum seluruh Malaysia sering membincangkan masalah kenaikan harga ayam, telur, sayur dan sebagainya. Namun tiada pihak yang membincangkan masalah harga khinzir yang terus mengalami kenaikan 30 peratus dalam satu bulan. Masalah ini bukan menjejaskan bangsa Cina sahaja tetapi rakyat Sabah, Sarawak dan kaum-kaum lain turut terkesan dengan kenaikan tersebut. Chain reaction, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, kenaikan harga khinzir adalah meluas di pasaran. Jadi, saya berharap agar pihak kerajaan dapat memikirkan langkah bagi membantu menyelesaikan masalah kenaikan mendadak harga khinzir pada kebelakangan ini. Isu terakhir adalah banjir kilat yang teruk di Lembah Klang semalam, melanda beberapa kawasan yang menenggelamkan ratusan kenderaan dan ribuan orang terperangkap di jalan raya, selain daripada kerugian harta dan wang yang belum dapat di kira. Menteri Alam Sekitar dan Air, Yang Berhormat Kubang Kerian berkata taburan hujan luar biasa selama dua jam semalam menjadi punca banjir kilat ini. Persoalan saya kepada Yang Berhormat Kubang Kerian, adakah jawapan itu sahaja mencukupi? Selain daripada jawapan itu apa lagi kerajaan boleh bantu kepada mangsa banjir semalam? Saya juga terpanggil untuk bertanya kepada Yang Berhormat Kubang Kerian. Apa pengalaman dan kelayakan Yang Berhormat Kubang Kerian dalam mengatasi masalah banjir sedangkan negeri Kelantan beliau sendiri mengalami banjir bertahun-tahun tanpa sebarang penyelesaian. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] Menurut laporan berita Kuala Lumpur dilanda banjir kilat sebanyak 48 kali dari Oktober 2015 ke September 2020. Ini bermaksud banjir berlaku di Kuala Lumpur 10 kali dalam satu tahun. Adakah ini salah satu ciri pusat bandar bertaraf world class? Kita mempunyai menara merdeka 118 tingkat yang kini jadi bangunan pencakar langit kedua tertinggi di dunia tetapi longkang-longkang di sekitar menara itu tersumbat dengan sampah-sarap dan jalan-jalan di sekelilingnya banjir apabila hujan lebat. Tiada peniaga asing yang waras akan melabur wang mereka di negara kita jika masalah banjir berulang sebanyak 10 kali setahun. Apabila terowong Lebuh Raya SMART Tunnel dengan izin siap dibina dengan kos RM2 bilion pada tahun 2007. Kerajaan kata isu banjir di Kuala Lumpur diselesaikan dengan penuh. Kerajaan pada masa itu Kerajaan Barisan Nasional. Apa yang berlaku semalam dan pada bulan Disember adalah bukti yang jelas SMART Tunnel merupakan satu projek yang gagal. Saya minta kerajaan menjawab mengapa SMART Tunnel gagal mengatasi banjir setiap kali hujan lebat? Saya juga minta kerajaan menubuhkan satu pasukan khas yang ahlinya terdiri daripada pegawai kanan pelbagai kementerian yang berkaitan dan ia dipimpin oleh seorang pakar banjir yang bereputasi tinggi di antarabangsa untuk mencari satu penyelesaian holistik mengatasi banjir kilat di Lembah Klang dengan once and for all dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Itu sahaja perbahasan saya, sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Permatang Pauh, 12 minit.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHPermatang Pauh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam hormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas laluan yang diberikan kepada Permatang Pauh khas sempena Hari Wanita Sedunia. Izinkan saya merafakkan sembah bagi turut sama menyokong usul menjunjung kasih ke atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Tuan Yang di-Pertua, kita kini tiba pada tahun ketiga pandemik, berperang dengan wabak COVID-19 dan pandemik ini cukup mengesankan disusuli pengalaman meredah pola cuaca ekstrem yang jauh lebih teruk daripada sebelumnya. Kita masih pun belum pulih daripada banjir besar yang menyaksikan kemusnahan luar biasa hujung tahun lalu. Datang pula banjir di Kelantan dan Terengganu. Belum habis lumpur dibersihkan daripada rumah penduduk Pantai Timur, kita dikejutkan pula dengan banjir kilat semalam di sekitar Kuala Lumpur. Air hujan turun secara berterusan sehingga awal pagi tadi dan kita ini – yang berkempen di Johor juga jangan pandang ke tepi bila banjir kilat menyengat. Kempen dengan prihatin dan saya rasa wajib kita ambil kira apa yang terpaksa dihadapi oleh penduduk menerusi tindakan yang kita ambil dalam Dewan Rakyat. Kejutan pandemik Tuan Yang di-Pertua, memaksa penggubal dasar kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat bersama-sama berusaha merungkai permasalahan seterusnya. Pada hemat saya perubahan iklim ekstrem yang bakal menjejaskan bukan sahaja kualiti hidup rakyat tetapi juga sekuriti makanan negara. Cuaca panas yang dijangka tidak tiba sebaliknya hujan lebat melanda dengan kerap akibatnya kawasan tanaman padi ditenggelami air. Bukan sahaja yang melibatkan Tanjong Karang, Sekinchan, Sabak Bernam tetapi seluruh negara. Bila hasil tani terjejas sudah tentu kadar inflasi bertambah dan harga barang bertambah naik. Perubahan iklim dan pemuliharaan hutan Tuan Yang di-Pertua, laporan IPCC 2021 mendedahkan purata suhu global dari 2011 dan 2020 menjadi 1.1 degree Celsius lebih panas berbanding 1850 hingga 1900. Jadi, perubahan sekecil ini hakikatnya membawa kepada kesan iklim yang besar. Kita lihat kehancuran, banjir kilat di Jerman, kebakaran hutan di Turki, gelombang haba yang teruk di Amerika Syarikat dan juga Kanada. Setakat pertengahan Januari Menteri Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed iaitu Yang Berhormat Jeli menganggarkan kemusnahan akibat banjir bernilai RM5.3 bilion hingga RM6.5 bilion. Seperti mana kemiskinan bersifat multidimensi, jaminan makanan negara juga bukan hanya melibatkan pengeluaran bekalan semata-mata tetapi merangkumi aspek ketersediaan atau accessibility, penggunaan dan kestabilan. Ini ditakrif sebagai sekuriti makanan oleh The Food and Agriculture Organization dalam World Summit 1996. Jadi, banjir di Kelantan dan Terengganu memperlihatkan sekitar 25,000 orang penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan banjir. Jadi, selagi kita tidak ukur Multidimensional Poverty Index di kawasan pasca banjir, kita hanya mampu mengagak impak kepada sumber makanan mangsa yang terjejas selepas banjir tanpa benar-benar menelusuri keperluan dan bahaya yang menimpa mereka. Seperti pandemik, perubahan iklim juga merupakan fenomena yang jauh lebih menjejaskan kehidupan golongan rentan, melebarkan jurang miskin kaya kerana golongan berpendapatan rendah, merekalah yang bekerja dalam sektor pertanian, ternakan, perikanan dan sektor informal. Contohnya pekerja gig, yang hantar makanan time hujan siapa? Pekerja gig. Akan tetapi, saya kecewa kerana Menteri Sumber Manusia menjawab tidak bersedia untuk memperkenalkan rang undang-undang baharu bagi mengawal selia syarikat gig kerana semua mereka ini B40. Kegiatan ekonomi mereka bergantung penuh kepada perubahan cuaca.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHPermatang Pauh

Tuan Yang di-Pertua, contoh baru-baru ini dengan banjir kilat, Jabatan MET Malaysia boleh sahaja keluarkan panduan kepada semua syarikat dan majikan agar membenarkan method bekerja dari rumah apabila kita sudah tahu trend cuaca banjir kilat berisiko berlaku. So allow them to work from home dan dapat menyelamatkan harta benda, insya-Allah. Kedua, bila kita musnahkan hutan dan kawasan tadahan air hujan, kita musnahkan pertahanan semula jadi kita terhadap banjir. Berpuluh-puluh tahun diperlukan untuk tanah yang sudah di nyah hutan agar pulih sedangkan ekosistem sebegini yang menadah air hujan supaya air hujan tidak melimpah ruah masuk ke rumah orang. Jadi, kita harus mengejar semula masa untuk memulihkan keadaan. Sejak tahun 1992, Malaysia menyatakan komitmen hendak kekalkan 50 peratus daripada tanah kita dilitupi hutan. Akan tetapi penyahhutanan kita berlaku dalam kelajuan yang sangat merisaukan. Contoh, WWF Malaysia menganggarkan dari tahun 2001 hinggalah tahun 2019, terdapat pengurangan sebanyak 8.12 juta hektar hutan iaitu 28 peratus. Sekarang tinggal hanya 58.1 peratus daripada keluasan tanah. Ingat, tahap ini pun sudah rasa panas, sudah dapat alami krisis iklim yang begitu ekstrem. Jadi kita harus maksimumkan liputan hutan. Soalan saya, apakah yang sedang dilakukan oleh kerajaan? Tahun lepas KASA mengumumkan hendak bentangkan Akta Perubahan Iklim tetapi tiga tahun lagi iaitu pada tahun 2025. That is too late, Tuan Yang di-Pertua. Bencana akibat perubahan iklim sedang berlaku pada saat ini. Rumah-rumah di Kelantan dan Terengganu ditenggelami lumpur sekarang. Maka, Akta Pengurusan Bencana, Akta Perubahan serta Adaptasi Iklim semuanya wajib dipercepatkan. Sebaliknya yang kita hadapi realitinya kontraktor hendak laksanakan projek mitigasi banjir di Kuala Lumpur pun, gagal. So I think this is quite crucial. Saya harap dapat dibawa dalam sesi ini. Apa guna adakan sesi tergempar kalau tidak disusuli dengan rang undang-undang yang mengikat? Malaysia dipohon daripada United Nations Green Climate Fund untuk mewujudkan Pelan Adaptasi Iklim Nasional. This is only a small first step. Saya fikir kita wajib ada roadmap, target dan definisi apakah maksud adaptasi iklim dalam konteks negara kita. Tuan Yang di-Pertua, fasa kedua laporan IPCC menyimpulkan hampir satu per tiga ladang makanan dan padang ragut haiwan ternakan tidak boleh lagi diguna pakai pada hujung abad kalau perubahan iklim tidak dibendung. Jadi harga makanan bakal meningkat dengan risiko 80 juta orang sedunia hadapi risiko kebuluran. Dengan ledakan harga barangan yang semakin naik, isu kekurangan bekalan makanan asas ayam, minyak masak, kentang, telur – ada juga Yang Berhormat Kepong bangkitkan yang lain ya, kita nampak ada program subsidi Pasar MyRakyat. Akan tetapi ini tidak menyasari ataupun menyelesaikan masalah hakiki because you are targeting the end product. Sebagai contoh, meskipun wujud pemberian subsidi input, Skim Insentif Pengeluaran Padi, tetapi disalurkan menerusi vendor, bukan dengan sistem bayaran terus kepada pesawah. Jadi, RM62 juta yang diumumkan untuk insentif racun, hanya bakal menguntungkan syarikat pengeluar, vendor input racun dan baja dan bukannya petani. Limited choices, Tuan Yang di-Pertua dan bahan-bahan buat racun diimport dari negara luar. Sebelum ini, satu tong racun empat liter, RM45. Sekarang RM90. Berapa peratus sahaja inisiatif MAFI yang ada seperti myOrganic, myGAP dan Program Kebun Komuniti. These are good tetapi berapa peratus merangkumi keseluruhan industri pertanian? Kalau serius, ia harus merangkumi 50 peratus. Harap ia dijawab oleh Menteri. Dalam analisa pakar-pakar, mereka menyatakan negara-negara Asia Timur tidak pernah meninggalkan aspek pertanian. Perbezaan antara Asia Timur dan Asia Tenggara adalah mereka menumpukan kepada pekebun kecil, not big time players. Persoalannya, bagaimana hendak pastikan setiap petani mampu untuk hidup dan mendapat pulangan dan hasil yang menguntungkan. Tuan Yang di-Pertua, hari raya, Ramadhan, saya bimbang kalau kita tidak settle isu bekalan, maka, pelan intervensi yang dilaksanakan akan terlalu lewat. Kita akan berdepan dengan isu ketersediaan dan kekurangan bekalan makanan asas yang

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHPermatang Pauh

diumumkan oleh kebanyakan pembekal, kekurangan lebih 90 juta bekalan telur sepanjang Ramadhan dan Aidilfitri. Jadi saya bawakan dalam perbahasan Dewan Rakyat 2022 peringkat Jawatankuasa KPDNHEP, sudah ada laporan tinjauan pasaran sektor makanan oleh MyCC. Tahun 2019 laporan oleh IPSOS tersebut diwujudkan, dihasilkan dan antara usul yang menimbulkan isu persaingan dan menyebabkan harga meningkat adalah penyalahgunaan permit AP dan telah diberikan untuk proses pengimportan. Jadi pada saya, bila pagi tadi Yang Berhormat Menteri sebut ada usaha untuk membuka ruang AP mengimport ayam kepada empat pengusaha pasar raya besar, persoalan saya ialah pertama, kerajaan wajib mendedahkan nama pemegang AP yang diluluskan untuk mengimport ayam. Kedua, adakah cukup AP dipanjangkan kepada pengusaha pasar raya besar dan koperasi? Ketiga, apakah elemen kawalan yang akan diperkenalkan oleh kerajaan untuk memastikan tiadanya penyalahgunaan AP? Kalau yang sudah salah guna, are they going to be blacklisted? Berbalik kepada dapatan MyCC, trend peningkatan itu sebelum krisis pandemik dan peperangan sekarang sudah tiba ya, memberi kesan kepada kita. jadi kalau kerajaan sering menggunakan kaedah penyelesaian jangka masa pendek menerusi pemberian subsidi, maka kita tidak mampu untuk mewujudkan sistem pengeluaran dan pengagihan bekalan makanan negara yang lebih mampan. Kalau kerajaan mampu belanja RM905.3 juta Dana Jaminan Makanan semasa PKP, saya fikir sebaiknya kerajaan melabur secukupnya untuk memastikan sekuriti makanan kita terjamin dalam jangka masa panjang. It is not easy. Saya tahu but I think kalau kita ada iltizam politik dan kita bersetuju dalam bab ini, kita jangan ambil jalan pintas yang akhirnya akan merugikan pengguna, petani dan penternak kita. Jumlah import makanan meningkat. Kadar purata 4.1 peratus setahun. Dahulu RM45.3 bilion tahun 2015. Tahun lalu, RM55.4 bilion untuk memenuhi permintaan pengguna tempatan. You have bawang besar, produk tenusu, kopi, tepung gandum, teh, bawang kecil, ubi kentang dan minyak masak. Jadi, tiga elemen pada saya lah yang menghalang kita daripada bergerak ke depan mencari penyelesaian. Pergantungan kepada konglomerat pertanian besar, bukannya benar-benar mengupayakan petani serta pekebun kecil dengan teknologi terkini. Tiadanya fokus untuk melabur secukupnya bagi bakat agripreneur sebenar dan segmen berinovasi dan kegagalan merungkaikan penyalahgunaan AP, subsidi kepada golongan, racun serta baja terpilih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Minta rumuskan Yang Berhormat.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHPermatang Pauh

Baik, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, kita sudah ada Dasar Agromakanan Negara. Saya ada baca hasil KPMG, as another consultancy tahun 2021 hingga tahun 2030. Bagus, ada pelan hanya kebimbangan saya, bila kita sudah senarai pendek tidak adanya golongan pelapis daripada kalangan belia dan ada juga bakat-bakat dan syarikat tempatan, bagaimanakah pelaksanaannya? Kita tahu ada mereka yang mampu untuk melaksanakan vertical farming yang kalis cuaca ekstrem tetapi pantauan dan maklum balas daripada saya, tanah pertanian kita ada lapan juta hektar. Hari ini kita guna 800,000 hektar sahaja untuk tujuan sektor agromakanan. Less than 10 percent. Jadi bila kita tidak beri dukungan, bayangkan ekosistem ini tidak membantu kerana kalau mereka yang diberikan sewaan tanah untuk membangunkan teknologi terkini, believe me ya, saat-saat akhir ada sahaja kerana negeri, Kerajaan Pusat, agensi yang akan tarik balik tanah yang disewa. Itu pantauan dan maklum balas yang kami dapat. Jadi saya harap, bila kita ada dasar agro sekuriti, kita mahu kembali untuk mengangkat agenda tersebut, maka kita harus pastikan wujudnya reformasi structural and sudah tentu it is not going to be easy. Ada players yang akan marah tetapi demi sekuriti jaminan dan kedaulatan makanan negara, kita harus laksanakan apa yang sukar. Di sinilah relevannya kewujudan pembangkang yang kuat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong dengan cadangan balas reformasi struktur yang disebutkan tadi. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik. Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Raub.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera kepada semua Ahli mesyuarat Dewan yang dimuliakan ini. Terlebih dahulu patik ingin merafak sembah dan menjunjung kasih atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 28 Februari 2022 yang lalu.

Di petang ini juga saya ingin mengambil kesempatan seperti rakan-rakan lain ingin mengucapkan Selamat Hari Wanita. Tuan Yang di-Pertua, kemerosotan alam sekitar dan fenomena perubahan iklim telah memberi ancaman kepada dunia dan kesejahteraan manusia. Yang di-Pertuan Agong menyeru supaya mekanisme pengurusan bencana hendaklah sentiasa ditambah baik yang turut melibatkan peranan dan tanggungjawab rentas sosial meliputi kerajaan, swasta, pertubuhan masyarakat sivil dan sukarelawan terutamanya daripada kalangan belia serta rakyat jelata. Dalam erti kata lain, selepas ini sekiranya ada mesyuarat bencana diharap ADUN, Ahli Parlimen setempat walaupun pembangkang hendaklah dijemput sama sekali sebagai ahli jawatankuasa dan diberi tanggungjawab bersama demi kepentingan rakyat dan negara. Tuan Yang di-Pertua, sudah tiba masanya kerajaan perlu memikirkan solusi ataupun cara penyelesaian baharu bagi menyelesaikan isu bencana banjir kerana kerugian harta meningkat beratus-ratus juta dan pihak kerajaan juga telah mengeluarkan peruntukan yang besar bagi menangani masalah isu banjir ini. Sebagaimana kita tahu kekangan Jadual Kesembilan yang memberi kuasa mutlak tanah dan pembalakan adalah di bawah kuasa kerajaan negeri. Alasan yang sama juga diberi mereka bergantung hasil hutan yang mana salah satu adalah pendapatan kerajaan negeri. Sekiranya masalah kebergantungan kepada hasil aktiviti-aktiviti pembalakan dan perlombongan yang tidak lestari ini boleh diselesaikan, ianya dapat mengurangkan beberapa masalah yang sedia ada. Banjir, banjir balak, kepala air, membaiki kekeruhan air serta memelihara semua kehidupan haiwan akustik yang bergantung dalam air, mengurangkan konflik haiwan dengan manusia seperti gangguan gajah dan harimau. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada tebatan banjir, pembinaan kolam banjir, mendalamkan sungai dibuat. Penyelenggaraan sungai-sungai kecil juga perlu diambil perhatian. Pemindahan atau penempatan semula rumah-rumah yang dibuat di tanah rizab JPS hendaklah dipindah ke kawasan yang lebih selamat. JPS hendaklah melebarkan lagi tanah rizab sungai kepada satu jarak munasabah serta ditanam dengan pokok-pokok hutan. Kerjasama dengan kerajaan negeri serta kementerian yang lain amat penting bagi melaksanakan pertanian lestari. Pastikan jarak sungai dengan kawasan pertanian ini supaya tidak pencemaran air berlaku. Tuan Yang di-Pertua, kenyataan semberono yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan yang lalu, boleh mengubah landskap kehidupan Harimau Malaya. Menteri Tenaga dan Sumber Asli dalam jawapannya tempoh hari juga hanya separuh setuju dengan kenyataan ini. Sebelum ini ada Menteri Komoditi yang berucap atau bercakap, jika orang utan jumpa manusia, orang utan akan bunuh manusia. Tuan Yang di-Pertua, kita kena kongsi di sini sedikit maklumat. Habitat Harimau Malaya jantan dewasa, kawasan penguasaannya sekitar 60 hingga 100 kilometer. Manakala harimau betina dewasa sekitar 20 kilometer. Kalau statement ataupun kenyataan dari Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan itu mengatakan jarak pembalakan dengan kampung Orang Asli hanya sekitar lima kilometer, apalah sangat lima kilometer itu bagi Harimau Malaya jika habitatnya telah diganggu. Perlu diingat Harimau Malaya dewasa ini boleh berlari di antara 50 hingga 60 kilometer sejam tanpa berhenti dan

biasanya pergerakan Harimau Malaya ini bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain sekitar antara 10 kilometer hingga 20 kilometer. Biasanya habitat Harimau Malaya ini juga jika terserempak dengan manusia dia akan lari kecuali jika harimau itu sakit, cedera atau sudah tua, tidak mampu memburu lagi ataupun kawasan habitatnya diganggu. Konflik Harimau Malaya dengan manusia ini telah menyusahkan penduduk Orang Asli di kawasan Pos Bihai untuk bercucuk tanam serta yang kebergantungan kepada hasil hutan. Kami banyak menerima permintaan bantuan makanan daripada mereka. Diharap pihak JAKOA lebih prihatin pada mereka. Tuan Yang di-Pertua, konflik haiwan dengan manusia ini bukannya hanya harimau sahaja. Kita juga mendengar gajah liar merosakkan tanaman orang kampung, Orang Asli apabila kawasan habitatnya diganggu. Mungkin kita ada terbaca berita yang lepas dalam bulan Februari 2021, seekor gajah betina yang beratnya lebih kurang dua tan didapati mati di tepi jalan Empangan Pedu dekat Kampung Pinang. Sekarang tugas Jabatan Perhilitan kini semakin tercabar. Selain daripada tugas sebagai pemindah haiwan, mereka juga berdepan dengan bahaya haiwan tersebut serta rungutan daripada penduduk kerana tidak dapat mengawal haiwan-haiwan ini dan memusnahkan kebun- kebun mereka. Sebelum itu saya minta pada Yang Berhormat Menteri Sumber Asli semak balik ya dengan kementerian, sebab saya merujuk ataupun saya dapatkan maklumat daripada penduduk bahawa setakat ini tiada pihak Timbalan Menteri atau pembantu yang melawat mangsa Harimau Malaya ini. Poin nombor 12 Yang di-Pertuan Agong menyeru kepada rakyat memelihara kesihatan dan mengamalkan budaya hidup. Saya ingin mengambil kesempatan ini memohon kepada Kementerian Kesihatan Malaysia supaya menaik taraf perjawatan doktor pakar di Hospital Raub sebelum ini dan masa kini banyak kes-kes pakar dirujuk ke Hospital Kuala Lipis dan Temerloh yang mana jarak perjalanannya agak jauh. Banyak aduan diterima oleh keluarga pesakit khasnya di Parlimen Raub yang memohon supaya Hospital Raub ini dinaik taraf tersebut juga untuk dinaik taraf perubatan dialisis. Tuan Yang di-Pertua, poin yang ke-41 Yang di-Pertuan Agong juga ada menyebut pemulihan industri pelancongan supaya dapat memberi peluang rakyat berhibur selain membudayakan pelancongan selamat kepada semua. Justeru itu saya pohon kepada pihak JKR pusat supaya dapat menaik taraf serta penyelenggaraan jalan dari Teranum iaitu dari bandar Raub ke Bukit Fraser yang kini terbiar dan tidak terurus. Bahu-bahu jalan penuh dengan ranting-ranting pokok dan buluh. Tuan Yang di-Pertua, Titah Yang di-Pertuan Agong juga menyentuh kesejahteraan masyarakat luar bandar khasnya untuk masyarakat etnik Orang Asli bagi menaik taraf kehidupan mereka. Pada tahun 2007 syarikat pengelola RISDA Plantation Sdn. Bhd. melalui kerjasama dengan JAKOA dan penduduk Orang Asli Kampung Klang ada membuat persefahaman melalui surat aku janji untuk menanam pokok sawit seluas 260 hektar. Tapi yang dibuat hanya 180 ekar sahaja.

Setiap peserta akan mendapat sebanyak lima ekar seorang. Pada tahun 2016, pihak peserta mula menerima dividen sebanyak RM100 sebulan secara tunai. Pada tahun 2017, peserta menerima dividen sebanyak RM400 sebulan. Pada tahun 2018 sehingga tahun 2021, peserta menerima dividen pada bulan Januari sehingga bulan Oktober sebanyak RM100 hingga RM150 sebulan. Pada bulan November sehingga bulan Disember peserta menerima sebanyak RM200 sehingga RM400 sebulan termasuk duit persekolahan. Ini adalah masyarakat Orang Asli di Kampung Klang. Pada tahun 2018 sehingga tahun 2021, dividen bulan Januari dan bulan Oktober sebanyak RM100 sebulan sehingga RM150 sebulan. Pada bulan November hingga bulan Disember, dividen sebanyak RM200 hingga RM400 sebulan. Tuan Yang di-Pertua, apa yang hendak saya sampaikan di sini, sudahlah tidak ada surat perjanjian, aku janji sahaja. Selepas itu dapat RM100 sehingga RM200. Apa yang mereka boleh buat dalam keadaan ekonomi macam ini? Saya harap pihak JAKOA

atau pihak yang terbabit turun padang balik, kawasan— bukan kawasan di Sungai Klang sahaja, saya difahamkan banyak juga di kawasan Parlimen Cameron Highlands pun ada di Pos Betau. Di mana ada yang dijanjikan sebanyak RM800 sebulan, ada yang dapat hanya RM200 sebulan dan sebagainya. Saya memohon pihak JAKOA sekali lagu turun, pastikan kehidupan masyarakat Orang Asli ini terbela. Saya rasa itu sahaja setakat ini. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan saya menyokong menjunjung kasih Titah Diraja. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Waalaikumusalam. Terima kasih Yang Berhormat Raub. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Gopeng, 12 minit.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Gopeng untuk turut berbahas Usul Menjunjung Kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena pembukaan Penggal Kelima, Parlimen Ke-14. Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang disebut oleh beberapa orang Ahli Yang Berhormat bahawa kita telah dalam tahun ketiga pandemik COVID-19 dan hari ini mencatatkan satu sejarah di mana kematian di seluruh dunia melebihi enam juta orang. Khususnya di Malaysia setakat ini ada 3,600,000 orang yang pernah dijangkiti oleh COVID-19 dan antaranya 33,000 orang telah terkorban. Dari segi nisbah populasi, ini bermakna lebih daripada 1:1,000 yang terkorban akibat COVID-19 dan kalau kita bandingkan apa yang berlaku di sekitar rantau Asia Tenggara, Malaysia yang paling tinggi, kalau dibandingkan dengan negara-negara jiran termasuk Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam dan sebagainya. Akan tetapi kita mesti membuat penilaian berterusan mengambil kira kadar kematian COVID-19. Kalau di peringkat awal kita dalam kadar kematian setiap kes dalam lingkungan satu peratus hingga lima peratus dan sekarang telah menurun kepada 0.1 peratus hingga 0.5 peratus. Penilaian berterusan harus dilakukan daripada aspek impak kesihatan berbanding dengan impak ekonomi dan sosial daripada segi faedah, kos dan sebagainya. Saya pasti pegawai di Kementerian Kesihatan memang ada perancangan yang rapi untuk kita ke arah norma baharu. Akan tetapi dari segi komunikasi, saya rasa agak kekurangan dan kebanyakan rakyat tidak faham apakah hala tuju daripada segi kawalan COVID-19 dan bilakah Malaysia akan balik ke norma baharu ataupun fasa endemik. Pertama, saya rasa kerajaan harus mengakui bahawa gelombang Omicron ini tidak dapat di sekat dengan kapasiti yang sedia ada. Gelombang ini akan berterusan dan sekarang kita lihat mungkin telah melepasi kemuncak dan akan menurun. Dengan mengambil kira kadar kematian yang lebih rendah dari segi gelombang Omicron ini, adalah perlu kita mengkaji adakah kita perlu sekatan yang lebih ketat ataupun kita boleh lakukan kelonggaran yang seterusnya supaya kita boleh lebih cepat pulihkan ekonomi khususnya industri pelancongan dan sebagainya. Saya pasti ramai yang sedang menunggu sidang media daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kita harap ada satu— dia akan umumkan sesuatu yang terbaik, khususnya daripada segi pembukaan sempadan dan saya menyeru memandangkan bahawa kemuncak Omicron telah berlalu dan inilah peluang yang terbaik untuk kita buka khususnya sempadan dengan Singapura VTL supaya membolehkan mereka yang mengundi dalam PRN Johor ini pada 12 Mac ini, mereka boleh balik untuk melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai warga Malaysia untuk menegakkan demokrasi. Saya juga harap apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan pembukaan sempadan, dia akan umumkan satu tarikh yang ke hadapan. Di mana apabila Malaysia mencapai peratusan dos penggalak COVID-19 yang hampir 100 peratus

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

menjelang 31 Mac 2022. Apabila gelombang Omicron ini menurun, jadi ini peluang terbaik untuk kita buka sempadan 100 peratus. Jadi, saya harap bulan April masa yang terbaik untuk kita buka sempadan. Jangan kita buka, tutup, buka, tutup macam kita buka peti sejuk. Lebih baik kita buat satu keputusan, kita mengakui bahawa kita tidak dapat sekat Omicron lagi. Kita harap dan saya yakin dan percaya kepada sesetengah pakar yang menganggap bahawa gelombang Omicron ini mungkin merupakan satu gelombang penamat kepada pandemik COVID-19 ini. Jadi, bukan setakat dari segi pembukaan, saya harap untuk dari segi normalisation ke arah norma baharu untuk pulihkan ekonomi, kita mesti adakan satu SOP yang lebih mudah, lebih tidak begitu ketat dan supaya tidak mengelirukan rakyat, supaya tidak timbul dari segi penguatkuasaan dua darjat. Sebagai contoh, kita lihat beberapa hari sebelum ini ada satu jamuan makan yang dilaksanakan oleh Perikatan Nasional dalam sebuah kawasan tertutup iaitu Pusat Konvensyen Antarabangsa Austin. Tempat tertutup, aircond (berhawa dingin), jamuan makan seramai 800 orang. Pasti semasa makan tidak pakai pelitup muka. Berjam-jam di situ dan memang ada ceramah politik di situ. Itu dibenarkan kerana memang bawah SOP perkara tersebut dibenarkan. Saya bukan hendak salahkan kebenaran yang diberikan untuk program tersebut, tetapi saya hendak bangkitkan satu program di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya di Ipoh di mana ada satu program hiburan terbuka, program yang terbuka. Kenapa pula polis siasat program sedemikian? Kalau kita lihat dari segi risiko, bukankah risiko lebih tinggi kalau kita ada jamuan makan di kawasan tertutup, di kawasan yang berhawa dingin dengan jamuan makan sekali tidak pakai pelitup muka. Jadi ini kalau kita lagi laksanakan SOP sedemikian, memang rakyat boleh lihat ini penguatkuasaan dua darjat dan tidak masuk akal. Jadi, saya rasa kita mesti lakukan SOP yang lebih senang. Mungkin dari segi dua aspek sahaja. Sama ada aktiviti tersebut ada had dari segi jumlah peserta yang pergi ke program tersebut dan juga sama ada pelitup muka diperlukan.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Jadi, tidak payahlah perkara-perkara yang lebih complicated daripada itu. Ini akan memudahkan dari segi penguatkuasaan juga memudahkan dari segi pematuhan kepada SOP. Saya juga rasa dari segi komunikasi ke arah norma baharu, komunikasi ini mesti lebih jelas. Apakah yang dimaksudkan norma baharu? Apakah kesediaan kerajaan dalam fasa endemik; apakah yang akan dilakukan? Apakah yang perlu dilakukan oleh rakyat semasa fasa endemik dan fasa norma baharu ini? Saya rasa ini perkara-perkara yang harus diberi penjelasan sebelum kita beralih – dari segi ke arah norma baharu bukan setakat buka sempadan sahaja. Tuan Yang di-Pertua, semasa pembentangan belanjawan sidang Parlimen yang lepas ada sebuah dasar untuk mengenakan cukai ke atas cecair vape ataupun e-Rokok. Untuk makluman Ahli Dewan ini bahawa kebanyakan cecair vape yang ada di pasaran mengandungi nikotin. Kalau yang tidak ada nikotin memang tidak laris, tidak dapat layanan daripada pengguna. Jadi, kita juga tahu bahawa walaupun perokok dalam kalangan remaja dan orang dewasa telah menurun tetapi mereka yang menggunakan vape ataupun e-Rokok dalam kalangan remaja dan anak muda sedang meningkat. Ini bermakna ada kemungkinan besar ada sebuah generasi penagih nikotin yang akan meningkat. Jadi, saya kecewa sedikit kerana dalam sidang Parlimen ini tidak ada satu akta baharu yang pernah diumumkan untuk mengawal vape dan e-Rokok dan satu akta produk tembakau, rokok dan e-Rokok yang tersendiri untuk kawalan e-Rokok dan sebagainya. Saya rasa ini perlu untuk kita mengelakkan daripada e-Rokok ataupun vaping ini menjadi satu wabak yang luar biasa khususnya dalam kalangan remaja dan ini akan bercanggah dengan dasar kerajaan untuk mengadakan sebuah generasi yang bebas rokok pada masa akan datang. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Ya, sila rumuskan.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Saya ingin sekali lagi rakamkan ribuan terima kasih kerana diberikan peluang dan Gopeng menyokong. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, Yang Berhormat Gopeng. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Taiping dan yang terakhir kemudian Yang Berhormat Batu Gajah. Sila, Yang Berhormat Taiping, 12 minit.

Tuan Teh Kok LimDAP · PHTaiping

Salam sejahtera dan terima kasih, Tuan Yang di- Pertua atas peluang yang diberikan kepada Taiping, mengambil bahagian dalam perbahasan menjunjung kasih Titah Tuanku semasa membuka Penggal Kelima Parlimen Keempat Belas.. Hari ini 8 Mac merupakan sambutan Hari Wanita Sedunia tahun 2022. Izinkan saya mengambil kesempatan ini merakamkan penghargaan dan penghormatan yang setinggi-tingginya ke atas sumbangan kaum wanita dalam usaha bersama menjalin masyarakat penyayang dan membina kemajuan sedunia. Tuan Yang di-Pertua, ketika dunia memulih daripada cabaran pandemik ke tahap pasca COVID-19 yang semakin stabil, perang Rusia-Ukraine telah merumitkan proses pemulihan pasca COVID-19. Banyak masalah sampingan di luar kawalan dan jangkaan akan timbul. Ketika negara kita menikmati harga petroleum dan harga sawit yang melambung tinggi, rancangan yang menyeluruh harus disediakan demi menghadapi gelombang peningkatan kos barangan sedunia yang bakal mengancam kehidupan harian seluruh rakyat Malaysia dan juga daya saing barangan buatan Malaysia di pasaran dunia sekiranya perang Rusia-Ukraine berlarutan. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan harus lebih peka dan proaktif dalam usaha memastikan keseimbangan antara permintaan dan bekalan untuk mengawal kestabilan harga barangan keperluan harian dalam pasaran demi kesejahteraan rakyat kita yang dikasihi. Sukacita saya ulangi dan menyokong cadangan Yang Berhormat Bagan untuk menyediakan dana sebanyak RM3 bilion yang diperoleh daripada Cukai Makmur untuk menstabilkan harga barangan demi kesejahteraan rakyat dan pada masa yang sama mengurangkan kesan kenaikan harga. Tuan Yang di-Pertua, ketika masyarakat bertungkus-lumus menangani cabaran peningkatan kos kehidupan yang semakin membebankan, apakah peranan yang dimainkan oleh parti-parti politik yang kononnya berlawan demi bangsa dan negara benar- benar menguntungkan rakyat dan negara? Bermula dengan Pilihan Raya Negeri Melaka dan diikuti Johor ketika ini, rakyat hari ini harus pandai dan berani menilai semula sama ada cara permainan politik ini bertanggungjawab terhadap bangsa dan negara. Tuan Yang di-Pertua, pada pendapat Taiping demi mengatasi permainan politik yang tidak sihat, membazir wang dan membebankan rakyat tibalah masanya untuk mengkaji dan memperkenalkan kaedah untuk menetapkan tarikh pilihan raya akan datang sebaik sahaja tamat pilihan raya kali ini demi kestabilan politik yang sebenar. Tuan Yang di-Pertua, kedudukan Malaysia dalam indeks persepsi rasuah telah jatuh untuk tiga tahun berturut-turut setelah Langkah Sheraton pada awal tahun 2020. Indeks yang dikeluarkan Transparency International terus jatuh ke tangga 62 pada tahun 2021 daripada keseluruhan 180 negara berbanding tangga 57 pada tahun 2020 dan 51 pada tahun 2019. Dengan kata lain, kedudukan Malaysia telah jatuh 11 tangga dalam masa dua tahun ketika kita mengalami ancaman pandemik COVID-19. Untuk dua tahun yang lalu, sering kita dengar hampir semua penunjuk pertumbuhan ekonomi negara terjejas akibat pandemik COVID-19 yang melanda negara kita. Akan tetapi, aktiviti rasuah tetap tidak berkurangan malah berleluasa semula sejak rampasan kuasa Langkah Sheraton. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia berada di tangga 61 dalam indeks persepsi rasuah pada tahun 2018 berbanding kedudukan 62 pada tahun 2017. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, selepas 22 bulan Pakatan Harapan menerajui Kerajaan Persekutuan di

Tuan Teh Kok LimDAP · PHTaiping

Putrajaya, indeks persepsi rasuah 2019 telah menunjukkan pencapaian yang terbaik iaitu ke-51 daripada 180 buah negara dalam indeks persepsi rasuah. Kesimpulannya, Kerajaan Pakatan Harapan walaupun hanya berkuasa 22 bulan di Putrajaya telah berjaya mengawal masalah rasuah dengan lebih berkesan berbanding Kerajaan Barisan Nasional ataupun Perikatan Nasional. Tuan Yang di-Pertua, tidak dapat dinafikan cabaran utama dalam menangani isu rasuah adalah kurangnya sokongan komitmen dan kemahuan dalam kalangan kepimpinan politik untuk melaksanakan kawalan antirasuah. Masalah ini telah memberi kesan negatif kepada kemampanan dan keberkesanan inisiatif antirasuah yang dijalankan setakat ini. Titah Tuanku memandang serius tentang isu rasuah yang berlaku.

Tuan Teh Kok LimDAP · PHTaiping

Pada pendapat saya, usaha anti rasuah kerajaan ketika ini adalah amat mengecewakan. Ia terbukti dengan kegagalan dan keengganan serta sikap pasif kerajaan dalam siasatan terhadap nama-nama yang terkenal berkaitan dengan negara kita yang didedahkan dalam Pandora Papers yang menyatakan ratusan pemimpin dunia, ahli politik, hartawan atau selebriti termasuk pengedar dadah merupakan antara individu yang terlibat menyembunyikan wang dan pelaburan mereka di serata dunia. Tambahan pula kebelakangan ini kita sekali lagi dikejutkan dengan kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Goldman Sachs Group Inc Asia Tenggara, Tim Leissner dalam prosiding mahkamah berkaitan 1MDB di Amerika Syarikat. Tuan Yang di-Pertua, sistem keadilan menangani jenayah rasuah perlu dilihat secara lebih menyeluruh termasuk penguatkuasaan, pendakwaan dan kehakiman. Seperti yang sedia maklum, ketika isu pemilikan saham membabitkan nama Ketua Pesuruhjaya SPRM masih hangat dibincangkan. Demi memperkasakan Badan Pencegahan Rasuah, izinkan saya sekali lagi mencadangkan pembaharuan undang- undang bagi memastikan naik taraf Suruhanjaya Pencegahan Malaysia diletakkan di bawah kawalan terus Parlimen dan bukan badan eksekutif. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini ke atas isu kenyataan yang tidak berasas atau lebih tepat lagi dikenali sebagai kenyataan palsu yang dibangkitkan dalam Dewan yang mulia ini yang bukan sahaja memesongkan Dewan dan lebih teruk lagi mengelirukan seluruh warga Malaysia yang dikasihi di luar sana. Saya terpanggil untuk membangkitkan tindakan Yang Berhormat Pekan mengambil kesempatan sesi perbahasan menjunjung kasih Titah Tuanku dalam Dewan yang mulia ini dengan kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab apabila beliau menyebut tiada satu sen pun dana awam digunakan untuk membayar hutang 1MDB. Kenyataan Yang Berhormat Pekan terbukti palsu apabila Menteri Kewangan Yang Berhormat Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz mengesahkan di Dewan yang mulia ini pada hari keesokannya bahawa kerajaan sudah mula membayar faedah hutang 1MDB kira-kira RM6.5 bilion dan belum membayar principle kerana principle hutang tersebut hanya akan matang mulai tahun 2022 hingga 2039. Jadi dakwaan bahawa belum lagi kita bayar principle hutang 1MDB ini adalah tidak berasas, tegas Menteri Kewangan ketika menjawab soalan tambahan Yang Berhormat Bagan pada sesi pertanyaan Menteri di Dewan yang mulia ini pada pagi Khamis yang lalu. Tuan Yang di-Pertua, persoalan yang Taiping hendak bangkitkan ialah apakah tindakan dan kaedah Tuan Yang di-Pertua akan ambil untuk memastikan kenyataan sebegitu yang bukan sahaja akan menjadi bahan ketawa umum, bahkan akan menjejaskan imej Parlimen Malaysia selaku badan perundangan kebangsaan Malaysia tidak akan berulang lagi dalam Dewan yang mulia ini, khasnya ketika perbahasan menjunjung kasih Titah Tuanku yang dihormati dan ditaati. Walaupun Yang Berhormat Damansara telah pun merujuk perkara ini ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 36(12) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. Izinkan saya mengingatkan Dewan yang mulia ini bahawa kenyataan palsu sebegitu adalah amat serius dan bakal

Tuan Teh Kok LimDAP · PHTaiping

menjejaskan imej Parlimen dan menjadi precedent buruk sekiranya tidak ditangani dengan tegas. Sebaliknya saya amat dukacita apabila Yang Berhormat Jelutong yang mengambil inisiatif untuk menegur dan mendedahkan pembohongan Yang Berhormat Pekan dengan Peraturan Mesyuarat telah diarah keluar dan digantung untuk satu hari. Di mana keadilan, sekiranya Dewan yang mulia ini selaku institusi Perundangan Kebangsaan Malaysia yang terunggul turut mengalami ketidaksaksamaan. Yang Berhormat Taiping merayu kepada semua wakil rakyat yang dihormati agar memandang serius dan mengambil tindakan yang wajar demi mempertahankan kewibawaan Dewan Rakyat di mana kita diberi mandat untuk memperkukuhkannya. Yang Berhormat Taiping mengakhiri dengan harapan cadangan yang dibangkitkan akan dikaji dan diteliti dengan serius demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara. Sekian, terima kasih..

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Taiping. Seterusnya saya menjemput pembahas terakhir iaitu Yang Berhormat Batu Gajah.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum itu saya minta satu lagi perkara atas isu yang sama yang telah dibangkitkan iaitu kenyataan yang mengelirukan Dewan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Pekan. Terkini, ini adalah apa yang dilaporkan oleh Malaysiakini. Yang Berhormat Pekan mengatakan bahawa beliau akan menjawab isu tentang tuduhan mengelirukan Dewan selepas PRN Johor. Ini bermaksud Yang Berhormat Pekan tidak mahu memberi penjelasan. Ini terang-terang menunjukkan sikap beliau yang menipu di Dewan yang mulia ini dan setelah diberi peluang untuk menjelaskan isu 1MDB, beliau sekarang telah menjelaskan ketika berkempen di Johor, beliau tidak akan memberi penjelasan ataupun penjelasan akan diberikan selepas PRN Johor, mungkin terlewat Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak akan membenarkan Yang Berhormat Pekan memperalat dan mempermainkan Dewan yang mulia ini dan menipu, teruskan menipu. Saya akan menuntut Yang Berhormat Pekan diambil tindakan kalau beliau tidak memberi sebarang penjelasan Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua juga bertanggungjawab. Kalau Timbalan Yang di-Pertua serius tentang isu mengelirukan Dewan, mahu Yang Berhormat yang hadir untuk menggunakan Dewan ini untuk membahaskan perkara yang betul, menyatakan kebenaran, saya minta Tuan Yang di-Pertua memandang berat perkara ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Terima kasih, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Batu Gajah.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Yang Berhormat Batu Gajah untuk turut menjunjung kasih membahaskan Titah Ucapan Tuanku Yang di-Pertuan Agong. Pertama sekali saya ingin tahu sama ada benar ataupun tidak bahawa ekonomi negara semakin pulih pasca pandemik COVID-19? Bagaimanakah pemulihan ini diukur? Masih ramai lagi yang menganggur kerana hilang pekerjaan atau mata pencarian. Banyak juga kilang dan perniagaan telah menggulung tikar, kemasukan pelabur asing (FDI) juga tidak mantap. Kos sara hidup semakin meningkat. Keadaan akan bertambah buruk akibat perang Russia-Ukraine dan masalah banjir yang berlaku di merata negara. Jurang pendapatan antara kaya dan miskin masih melebar. Permintaan bantuan kebajikan daripada kalangan rakyat Malaysia semakin ketara. Perdagangan antarabangsa negara kita juga masih terencat. Industri pelancongan masih sakit dan tidak dapat dipulihkan seperti sebelum pandemik.

Dalam keadaan seperti ini adalah tidak wajar untuk kerajaan berbangga mendakwa ekonomi negara telah pulih di bawah usaha-usaha dan strategi-strategi kerajaan yang efektif. Kerajaan yang ada sekarang telah gagal memulihkan ekonomi mahupun menangani pandemik COVID-19 secara efektif. Penularan Omicron semakin menggemparkan iaitu lebih 30,000 kes sehari. Walaupun kita lihat ada sedikit sebanyak kestabilan ekonomi yang tidak boleh dinafikan, itu adalah disebabkan kerjasama dwi partisan melalui Memorandum Persefahaman Transformasi antara kerajaan dan Pakatan Harapan yang telah merintis jalan kepada kestabilan politik di negara kita di peringkat Persekutuan. Walau bagaimanapun saya mengecam sekeras-kerasnya pihak-pihak yang mencaturkan permainan politik keterlaluan sehingga tercetusnya PRN negeri Melaka dan juga PRN Johor.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan semua pemimpin politik tanah air atas teguran sinis Tuanku Yang di-Pertuan Agong supaya tidak bermain politik siang dan malam. Tumpukanlah perhatian dalam program-program pemulihan ekonomi dan pembangunan negara. Rakyat sudah muak dengan permainan politik dan pilihan-pilihan raya yang menyusahkan dan merugikan masa, tenaga dan wang negara. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah memulakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak yang dijadualkan secara berperingkat di seluruh negara. Banyak juga PPV di sekolah telah dikendalikan dengan baik. Tahniah. Walau bagaimanapun, saya mendapati ramai daripada kalangan ibu bapa tidak mahu anak mereka diberi vaksin kerana pelbagai alasan. Apakah tindakan kerajaan untuk mengatasi masalah ini? Bagaimanakah kanak- kanak yang tidak divaksin ini akan memasuki sekolah pada sesi baharu yang akan dibuka tidak lama lagi? Apakah sasaran kerajaan dalam Program Vaksinasi Kanak-kanak dan bolehkah ia dicapai dalam tempoh terdekat? Dalam media sosial, banyak cerita yang mengatakan bahawa kanak-kanak yang divaksin telah menunjukkan kesan sampingan yang buruk dan ada juga yang meninggal dunia selepas suntikan. Sejauh manakah perkara ini adalah benar? Apakah tindakan kerajaan berhubung dengan perkara ini? Tuan Yang di-Pertua, kad pengenalan adalah dokumen sah yang penting untuk menunjukkan identiti seseorang. Segala maklumat penting tentang identiti seseorang ada tertera dengan jelas pada kad pengenalan. Maklumat agama seseorang juga adalah penting. Saya mendapati bagi orang-orang Muslim, ada perkataan ‘Islam’ tertera pada kad pengenalan. Saya terima baik perkara ini. Agama boleh menunjukkan identiti amalan hidup seseorang dengan nyata. Akan tetapi, ganjilnya, agama orang-orang bukan Islam pula tidak dinyatakan pada kad pengenalan mereka. Saya tidak tahu apakah rasional di sebalik perkara ini. Apakah salahnya jika bagi orang beragama Buddha dinyatakan agamanya pada kad pengenalan? Begitu juga bagi orang-orang Kristian, Hindu, Bahai, Sik dan sebagainya. Bukankah maklumat ini boleh diperolehi dalam sijil kelahiran ataupun borang permohonan kad pengenalan? Ini bukanlah perkara yang sukar untuk dilakukan. Status agama ini boleh menunjukkan keunikan Malaysia iaitu pelbagai ras dan agama hidup dengan aman dan damai di negara ini. Ini juga memudahkan pelbagai urusan yang melibatkan perundangan. Saya sendiri berasa pelik status agama tidak tertera pada kad pengenalan saya. Saya mohon penjelasan yang terperinci berkaitan perkara ini dari konteks amalan pentadbiran dan kedudukan perkara ini dari segi perundangan. Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan MITRA. Beberapa orang telah ditangkap dan disiasat oleh SPRM beberapa bulan yang lalu berhubung dengan penyelewengan dana MITRA. Apakah hasil siasatan tersebut? Apakah tindakan selanjutnya oleh pihak SPRM dalam kes ini? Setakat ini, tidak ada seekor jerung pun

disiasat atau diambil tindakan. Tangkapan-tangkapan ikan bilis pun tidak bermakna dan tiada apa-apa maklumat setakat ini. Yang Berhormat Menteri Perpaduan Negara berjanji untuk mengadakan satu sesi taklimat kepada Ahli-ahli Parlimen untuk menjelaskan perbelanjaan MITRA bagi tahun 2020 dan 2021. Pihak kementerian telah menetapkan tarikh 14 Januari 2022 bagi taklimat tersebut. Kemudian, ditunda kerana sambutan Hari Pongal. Sehingga hari ini, tarikh baharu belum dimaklumkan kepada Ahli-ahli Parlimen. Saya berharap Yang Berhormat Menteri Perpaduan Negara boleh mengadakan taklimat tersebut sebelum tamatnya sesi Parlimen penggal ini. Tuan Yang di-Pertua...

Yang Berhormat, isu MITRA. Saya minta penjelasan.

Yang Berhormat Jelutong, saya ada banyak lagi perkara yang perlu saya bahaskan. Pohon maaf ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Masa terhad.

Okey, teruskan, teruskan.

Terima kasih. Tuan Yang di- Pertua, ada sebidang tanah di sebelah Surau Al-Firdaus di Menglembu yang telah digazetkan untuk membina Sekolah Rendah Agama Rakyat Muhammadiah. Walaupun dijanjikan beberapa kali tetapi bangunan itu tidak dinaikkan setakat ini. Kawasan yang padat penduduk ini memerlukan sebuah sekolah rendah agama rakyat dengan segera. Ketika ini, seramai 100 orang murid belajar di ruangan atau bilik yang disediakan oleh Surau Al-Firdaus. Tempat ini adalah tidak sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, saya mohon supaya Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan dalam lingkungan RM400,000 hingga RM500,000 untuk membina sebuah sekolah rendah agama rakyat di tapak yang disediakan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tahu, apakah usaha-usaha yang telah diambil oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam mengawal dan membendung penglibatan dan penyebaran posting tidak senonoh yang boleh meruntuhkan akhlak dan menyimpang daripada nilai-nilai murni budaya Malaysia terutamanya di kalangan anak- anak muda yang menggunakan pelbagai aplikasi sosial secara meluas? Banyak insiden yang tidak diingini telah berlaku. Ada juga yang telah membunuh diri akibat kesilapan yang dilakukan. Apakah usaha-usaha Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi untuk memberi kesedaran kepada pelajar- pelajar tentang baik buruknya penggunaan multimedia ini? Perkara ini perlu dipandang serius oleh kerajaan dalam usaha membentuk generasi muda yang mengutamakan sahsiah yang tinggi. Tuan Yang di-Pertua, ini adalah berkaitan dengan pendaftaran pertubuhan. Berapakah pertubuhan baharu yang telah didaftarkan pada tahun 2020 dan 2021? Bolehkah kerajaan memberi secara terperinci mengenai kategori jenis-jenis pertubuhan dan statistik mengikut negeri? Berapakah pertubuhan yang telah menjadi dorman atau ditutup dalam tempoh yang sama? Saya juga ingin mengetahui, apakah pembaharuan- pembaharuan yang dilakukan oleh Jabatan Pendaftaran Negara untuk memudahkan pendaftaran pertubuhan di negara kita? Saya dimaklumkan bahawa masih terdapat banyak birokrasi dalam proses pendaftaran pertubuhan. Ini amat menyukarkan semua pemain taruh dalam usaha mendaftarkan pertubuhan. Adakah kerajaan bercadang untuk mempermudahkan lagi proses pendaftaran pertubuhan di negara kita? Tuan Yang di-Pertua, Malaysia merekodkan kadar pesakit buah pinggang antara tertinggi di dunia. Lebih kurang 8,000 kes baharu dikenal pasti setiap tahun di negara kita.

Trend ini amat menggerunkan kerana ia boleh menjejaskan sistem kesihatan negara kita dengan teruk. Anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion hingga RM3.2 bilion diperlukan setahun untuk merawat pesakit-pesakit buah pinggang. Apakah persediaan-persediaan Kementerian Kesihatan bagi menghadapi kemudaratan ini? Saya pernah mencadangkan beberapa kali di Dewan yang mulia mendesak kerajaan menubuhkan pusat-pusat dialisis dilengkapi fasiliti yang cukup di seluruh negara. Ini akan membantu pesakit-pesakit dialisis terutama golongan miskin untuk mendapatkan rawatan. Hari ini, hospital-hospital kerajaan tidak mampu menyediakan mesin-mesin dialisis yang mencukupi. Ini menyebabkan ramai pesakit terpaksa mendapatkan rawatan daripada pihak swasta dengan kos rawatan yang amat tinggi. Walaupun ada pelbagai bentuk bantuan dan subsidi disediakan tetapi tidak memadai. Kerajaan harus merangka polisi yang lebih komprehensif dalam menangani isu penyakit buah pinggang yang bakal menjadi beban yang perlu dipikul oleh Kementerian Kesihatan. Tuan Yang di-Pertua, pengajaran pendidikan Islam kepada murid-murid Muslim di sekolah adalah suatu yang wajib dan perlu disokong oleh semua. Pada masa yang sama, saya juga mencadangkan supaya pendidikan agama lain juga diwujudkan untuk murid-murid bukan Islam. Ini membolehkan setiap anak murid menerima didikan agama masing-masing. Pendidikan agama akan membentuk generasi muda yang mempunyai kekuatan sahsiah dan keutuhan disiplin yang unggul. Cadangan saya juga adalah selaras dengan Rukun Negara yang pertama iaitu kepercayaan kepada tuhan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan pembinaan rohani yang seimbang dan harmoni kepada semua murid sekolah. Apakah pendirian Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mewujudkan pendidikan agama masing-masing kepada murid-murid bukan Islam? Apakah usaha- usaha yang diambil sejajar dengan perkara itu?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Minta rumuskan, Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, ini adalah berkaitan dengan isu kawasan iaitu Balai Polis Tronoh. Tuan Yang di-Pertua, Balai Polis Tronoh telah dibina pada tahun 1906. Balai ini mempunyai seni bina dan sejarah yang perlu dikekalkan. Saya percaya kerajaan akan memberi peruntukan untuk membaik pulih Balai Polis Tronoh yang perlu dijadikan sebagai warisan negara. Ini adalah penting untuk mengekalkan identiti dan sejarah perjuangan PDRM di negara kita. Balai ini adalah antara balai yang terunggul di negara kita.

Oleh yang demikian, saya memohon Kerajaan Persekutuan menyediakan dana peruntukan untuk membaik pulih bahagian-bahagian bangunan yang telah rosak serta mengambil tindakan-tindakan segera untuk digazet bangunan ini sebagai warisan negara. Tuan Yang di-Pertua, point akhir saya...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila rumuskan.

Ya. Ini adalah berkaitan dengan Jabatan Penjara. Tuan Yang di-Pertua, apakah pihak Kementerian Dalam Negeri tidak berniat untuk memperkasakan lagi Unit Pengiring Bermotosikal bagi Jabatan Penjara Malaysia yang hanya bersifat melepas batuk di tangga? Penjara cuma memiliki lapan buah motosikal berkuasa tinggi berumur sembilan tahun yang ditempatkan di tiga buah penjara iaitu Penjara Kajang, Penjara Sungai Buloh dan Penjara Seberang Perai. Unit ini terlalu penting bagi pihak penjara.

Sudah berpuluh-puluh tahun penjara terpaksa memohon bantuan PDRM terutamanya apabila melibatkan perpindahan banduan dan untuk mengiringi ke mahkamah. Adakah benar bahawa Jabatan Penjara Malaysia juga ada kalanya terpaksa menggunakan kenderaan am seperti van roti dan van jenazah untuk tujuan-tujuan rasmi ketika menjalankan tugas dan tanggungjawab hakiki? Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, kuota guru bimbingan dan kaunseling iaitu satu nisbah 500 orang murid ketika ini perlu dikurangkan kepada satu nisbah 300 murid memandangkan keperluan yang semakin meningkat untuk perkhidmatan ini di sekolah menengah dan sekolah rendah, sejajar dengan peningkatan kes-kes kesihatan mental secara mendadak. Apakah pendirian dan usaha Kementerian Pendidikan dalam menambahkan jumlah guru bimbingan dan kaunseling di seluruh negara. Saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi masa tambahan kepada saya. Dengan ini saya menyokong Titah Tuanku. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Yang Berhormat, hari ini memang tidak ada usul selain daripada hendak berhenti 5.30 petang. Oleh itu Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi esok, Rabu, 9 Mac 2022. Terima kasih, Ahli- ahli Yang Berhormat.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.42 petang]

Kamar KhasSpecial Chamber

[Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) mempengerusikan Mesyuarat]

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Kekurangan Bekalan Kit Ujian Kendiri COVID-19 di Kota KinabaluSpecial Chamber

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua atas memberi peluang kepada saya untuk berucap dalam Kamar Khas ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan isu berkenaan kekurangan kit ujian kendiri COVID-19 di Sabah selepas Tahun Baharu Cina. Pada 7 Februari 2022 yang lalu, Kerajaan Sabah mengakui terdapat kekurangan alat ujian kendiri COVID-19 di Kota Kinabalu apabila jumlah kes baharu melonjak melebihi 1,600 di seluruh negeri.

Dalam usaha mengelak pembelian panik, kerajaan negeri terpaksa memberi jaminan kepada rakyat Sabah bahawa bekalan kit ujian kendiri akan pulih tidak lama lagi dan memberi nasihat kepada rakyat supaya tidak melakukan pembelian panik. Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Shahelmy Yahya, berkata kekurangan itu berpunca daripada lonjakan permintaan yang mendadak berikutan peningkatan mendadak kluster sekolah di seluruh negeri.

Selain itu, saiz stok kecil juga diberikan sebagai alasan kekurangan kit ujian di beberapa farmasi. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, yang juga jurucakap COVID-19 negeri, telah menulis tweet, dengan izin: “Based on feedback, some pharmacies do experience shortage of test kit for COVID-19 as they don’t keep big amount of stock for commercial reason.” Ini merupakan isu yang serius. Tanpa kit ujian kendiri COVID-19, maka rakyat tidak dapat melakukan ujian dan tidak akan mengetahui bahawa dia positif atau tidak dan mungkin akan buta-buta menjangkiti orang lain secara tidak sengaja. Persoalan saya kepada kerajaan, apakah rancangan dan usaha-usaha kerajaan kini dalam memastikan bekalan kit ujian kendiri yang mencukupi di pasaran? Bukan sahaja harga siling yang perlu dikawal malah bekalan yang mencukupi di seluruh negara juga penting.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Rangkaian bekalan kit ujian kendiri harus diuruskan dengan baik tanpa mengorbankan kesihatan rakyat yang jauh dari Lembah Klang. Itu sahaja ucapan saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna · Hulu Terengganu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kota Kinabalu. Tuan Yang di-Pertua, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Kota Kinabalu, kita menyedari apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Kinabalu sebentar tadi bahawa isu kekurangan stok bekalan kit ujian kendiri COVID-19 di Sabah.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bekalan kit ujian kendiri COVID-19 di Sabah buat masa ini adalah mencukupi dan pemantauan dilaksanakan secara harian –tiap-tiap hari kita pantau ke atas 42 premis yang menjual kit ujian kendiri COVID-19 di Kota Kinabalu tiada masalah. Tidak dapat dinafikan ada beberapa premis yang kehabisan stok lebih cepat kerana berada di kawasan padat, kawasan bandar dan harga jualan mungkin lebih rendah daripada premis-premis lain mengakibatkan stok ujian tersebut tiada di pasaran buat masa tertentu sahaja.

Sehingga kini, keberadaan kit ujian kendiri COVID-19 telah pulih selepas Tahun Baharu Cina baru-baru ini. Berdasarkan statistik, sebanyak 376 peruncit di Sabah telah diberikan kelulusan untuk menjual kit ujian kendiri COVID-19.

Pembekalan kit ujian kendiri COVID-19 adalah mencukupi dan KPDNHEP Sabah sentiasa mengalu-alukan agar lebih banyak peruncit untuk tampil memohon dari MDA untuk menjual kit ujian kendiri COVID-19 ini.

Tuan Yang di-Pertua, KPDNHEP Sabah juga menasihatkan agar pembeli membuat pembelian mengikut keperluan dan mengelakkan pembelian panik.

Baru-baru ini berlaku sebegitu adalah kerana cuti Tahun Baharu Cina yang panjang, kemudian kes melonjak. Jadi melibatkan sedikit pembelian panik.

Tindakan penguatkuasaan yang tegas juga akan diambil ke atas mana-mana pihak yang menjual kit ujian kendiri COVID-19 melebihi harga maksimum iaitu RM19.90 yang ditetapkan oleh kerajaan atau melakukan aktiviti menyorok bekalan memandangkan kit ujian kendiri COVID-19 telah diwartakan sebagai barang kawalan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Maklumat tambahan Tuan Yang di-Pertua, sehingga kini, data yang ada pada kami iaitu stok terdapat 3,869,773 yang berada dalam market sekarang. Itu untuk tambahan. Satu lagi, kita juga merasa bertuah kerana kita mempunyai lapan syarikat pengeluar kit ujian kendiri COVID-19 di negara kita. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Impak Pandemik COVID-19 Terhadap Kaum India di MalaysiaSpecial Chamber

Tuan Kesavan a/l SubramaniamPKR · PHSungai Siput

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri Kementerian Perpaduan Negara. Pandemik COVID-19 menghambat Malaysia ke arah satu keadaan begitu sukar yang tidak pernah berlaku dalam sejarah negara apabila krisis kesihatan dan ekonomi berlaku serentak.

Tuan Kesavan a/l SubramaniamPKR · PHSungai Siput

Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac 2020 dengan pelbagai variasi telah merencatkan ekonomi negara. Ini kerana, apabila sektor ekonomi dan sosial ditutup sepenuhnya ataupun dihadkan, keadaan ekonomi serta perniagaan akan terjejas teruk.

Akibatnya, ramai hilang mata pencarian, dibuang kerja, perniagaan terpaksa gulung tikar, gaji dipotong separuh dan ada pula terpaksa mengambil cuti panjang tanpa gaji. Saya ingin merujuk secara spesifik kepada masyarakat India di sini. Sebelum impak pandemik COVID-19 lagi, kira-kira 57,624 atau 10 peratus daripada isi rumah kaum India Malaysia berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan. Manakala, 71,148 atau 12 peratus daripada isi rumah kaum India Malaysia memperoleh pendapatan antara RM2,000 dengan RM3,000 sebulan dan 112,896 atau 19 peratus daripada semua isi rumah kaum India memperoleh antara RM3,000 dengan RM4,000 sebulan.

Lebih menyedihkan adalah anggaran bahawa 3,528 atau 0.6 peratus daripada isi rumah kaum India Malaysia diklasifikasikan di bawah paras kemiskinan. Saya ingin tahu apakah blueprint Menteri Perpaduan Negara untuk meningkatkan perlindungan kepada mereka agar tidak terus tercicir ke bawah, terutamanya dalam sektor ekonomi.

Saya juga ingin tahu, apakah blueprint untuk memastikan kaum India tidak keterbelakang dalam pembangunan ekonomi kendiri dan pendidikan selari dengan misi Keluarga Malaysia. Sekian, terima kasih.

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad KamalBERSATU · PNTimbalan Menteri Perpaduan Negara

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput atas soalan yang diberikan. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Perpaduan Negara telah mengambil inisiatif membangunkan Pelan Pembangunan Masyarakat India (PTMI) dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia bagi menambah baik proses pelaksanaan program pembangunan sosioekonomi masyarakat India, khususnya yang di bawah B40.

Melalui pelan ini, lima tunjang dibangunkan secara menyeluruh bagi melaksanakan program dan tindakan mengikut jangka masa pendek, sederhana dan panjang yang menjelaskan indikator dan sasaran yang perlu dicapai iaitu;

(i) Tunjang 1: Memperkasakan Keperluan Asas Masyarakat India;

(ii) Tunjang 2: Meningkatkan Kemenjadian Setiap Kanak- kanak;

(iii) Tunjang 3: Menaik Taraf Ekonomi dan Keusahawanan;

(iv) Tunjang 4: Memperkasakan Keterangkuman Sosial; dan

(v) Tunjang 5: Memperkasakan Wanita ke arah Kesaksamaan Gender.

Bagi memastikan terdapat penyelarasan usaha-usaha pembangunan sosioekonomi masyarakat India secara menyeluruh, kerajaan baru-baru ini telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India yang akan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri. Jawatankuasa ini akan diurusetiakan oleh

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad KamalBERSATU · PNTimbalan Menteri Perpaduan Negara

Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM). Sekian, terima kasih.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Ahli-ahli Yang Berhormat Mesyuarat Kamar Khas pada kali ini ditangguhkan pada jam 2.30 petang, 9 Mac 2022, esok.

[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.44 petang]