Dewan Rakyat · 9 March 2022

15th Parliament, session 5, meeting 1 · 684 turns · 50,580 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi semua. Saya mulakan dengan menjemput Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali.

Mohd Khairuddin bin Aman RazaliPAS · GSKuala Nerus · question

1. Dato' Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali [Kuala Nerus] minta Menteri Kewangan menyatakan mekanisme khusus untuk mengawal selia peremitan wang ke luar negara khususnya oleh pekerja warga asing yang mencecah RM40 bilion setiap tahun.

Tuan Haji Yamani Hafez bin MusaUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan II · Sipitang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Nerus. Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2011 Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang Akta 731 telah diperkenalkan bagi menyediakan sebuah rangka kerja pengawalseliaan yang komprehensif untuk mengawal selia aktiviti perniagaan perkhidmatan wang termasuk perniagaan kiriman wang. Akta 731 ini ialah bertujuan untuk memastikan perkembangan industri perniagaan perkhidmatan wang yang tersusun serta untuk memperkukuhkan keutuhan industri supaya tidak disalahgunakan untuk jenayah kewangan dan aktiviti haram yang lain. Di bawah Akta 731 ini, peserta-peserta industri itu mesti dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia dan dikehendaki mematuhi keperluan undang-undang dan pengawalseliaan dalam menjalankan aktiviti pengiriman kewangan. Ini termasuk keperluan pencegahan pengubahan wang haram dan pencegahan pembiayaan keganasan Anti Money Laundering dan combating the financing of terrorism dengan izin. Terutamanya pelaksanaan langkah usaha wajar iaitu due diligence dengan izin ke atas pelanggan serta penyelenggaraan rekod berkenaan serta transaksi perniagaan pengiriman wang bagi melindungi pengendali pengiriman wang daripada digunakan sebagai perantara untuk aktiviti penghantaran wang haram. Sebagai suatu langkah pengawalan, BNM di dalam Malaysia juga menetapkan had transaksi bagi pengeluaran wang keluar oleh seorang individu, tidak boleh melebihi RM50,000 setiap hari. Di samping itu, pengendali tersebut juga dikehendaki untuk mengemukakan statistik transaksi secara berkala kepada Bank Negara Malaysia. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Soalan tambahan pertama.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Isu keluarnya duit dari negara kita, yang angkanya yang sangat besar ini tentulah menarik perhatian rakyat

Malaysia sendiri kerana angkanya seperti dicatatkan sekitar RM30 bilion hingga RM40 bilion setahun. Ya, kita faham bahawa kerajaan telah menyediakan pelbagai langkah untuk mengawal, tidak berlakunya pengubahan wang haram. Akan tetapi, sejauh mana pula kerajaan mendapat manfaat daripada pengeluaran duit tadi menerusi cukai yang dikenakan daripada warga asing? Atau juga pemantauan terhadap duit-duit yang tidak diisytiharkan yang keluar dengan cara yang tidak menerusi money changer dan sebagainya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih atas soalan susulan. Memandangkan pelaksanaan yang saya katakan tadi, aktiviti pengeluaran wang tanpa lesen merupakan satu kesalah sebenarnya di bawah Akta 731. Bank Negara Malaysia juga meningkatkan aktiviti pengawasan surveillance dengan izin bagi mengenal pasti pengendali yang tidak sah serta menambah baik keupayaan pemantauan dengan mengguna pakai analisis data atau data analytics dengan izin, bagi mengenal pasti risiko dalam industri dan mengesan transaksi-transaksi yang mencurigakan dengan lebih berkesan. Langkah untuk meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan juga sedang diambil melalui penambahbaikan terhadap Akta 731 untuk memastikan tindakan penguatkuasaan yang lebih cekap dan punitif supaya kita dapat mencegah aktiviti perniagaan pengiriman wang yang tidak sah. Setakat akhir bulan Disember 2021, sebanyak 42 pengendali pengiriman wang yang bukan bank telah dilesenkan di bawah Akta 731 yang menyediakan perkhidmatan tersebut melalui 1,410 premis di seluruh negara dan secara atas talian. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Ada soalan tambahan?

Hulu Langat.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Hulu Langat.

Terima kasih ya Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya tertarik dengan soalan Yang Berhormat Kuala Nerus tadi. Dia ada menyebut fasal cukai pendapatan kepada pekerja-pekerja asing dan saya merujuk kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan ketika Belanjawan 2022 mengatakan bahawa kerajaan akan mengenakan cukai terhadap pendapatan pekerja asing yang diterima di Malaysia. Sejauh manakah perkembangan ini? Berapakah jangkaan pendapatan hasil tersebut yang akan kita kumpul di bawah kumpulan wang yang disatukan pada tahun 2022 ini? Terima kasih.

Terima kasih atas soalan susulan daripada Yang Berhormat Hulu Langat. Kita belum lagi, saya tidak mempunyai data untuk mencukai pekerja-pekerja asing. Akan tetapi apa yang boleh saya kongsi di sini, remitan wang itu kita, ejen-ejen ini ataupun mereka yang dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia, mereka ada mengenakan fi lah. Ia mengikut, ia ada mempunyai skala-skala tertentu untuk caj fi tetapi kita belum lagi ada data. Saya mungkin akan jawab secara bertulis tentang pendirian kerajaan terutama sekali MOF tentang cukai ke atas warga asing. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Tuan Loke Siew Fook.

Anthony Loke Siew FookDAP · PHSeremban · question

2. Tuan Loke Siew Fook [Seremban] minta Menteri Pengangkutan menyatakan bilakah sistem “e-testing” dapat dilaksanakan sepenuhnya untuk semua proses ujian lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan syarikat pembekal teknologi manakah yang telah dipilih untuk melaksanakan sistem tersebut.

Dato’ Henry Sum AgongPBB · GPSTimbalan Menteri Pengangkutan · Lawas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Loke Siew Fook atas soalan nombor 2. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pengangkutan Malaysia melalui

Dato’ Henry Sum AgongPBB · GPSTimbalan Menteri Pengangkutan · Lawas

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia telah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Projek E-Testing bagi memastikan pelaksanaan sistem e-testing yang bakal digunakan adalah menepati dan mematuhi peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa kelak. Pada masa ini, pihak JPJ sedang melaksanakan proses pembuktian konsep (proof of concept) ke atas sistem berkenaan. Sebanyak empat buah syarikat telah memohon dan diberikan kelulusan untuk menjalankan aktiviti POC terbabit. Pada ketika ini jawatankuasa teknikal sedang dalam proses penilaian ke atas sistem yang dibangunkan oleh syarikat-syarikat tersebut. Laporan penilaian POC tersebut dijangka akan dapat dibentangkan ke Kementerian Pengangkutan pada akhir bulan Mac 2022. Mana-mana syarikat yang berjaya dalam fasa penilaian POC akan ditawarkan untuk melaksanakan projek rintis kepala projek bagi tempoh tertentu sebelum sistem ini mula diperkenalkan secara berperingkat di institut memandu di seluruh negara. Sekian terima kasih.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri sama ada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan ini terlalu sibuk berkempen di Johor sehingga lupa tugas hakiki untuk menjawab soalan di Parlimen– ponteng Parlimen pada pagi ini. Saya pun pergi Johor semalam jam 2.00 pagi baru sampai Kuala Lumpur tetapi Setiausaha Dewan Rakyat ingatkan saya datang awal pada hari ini. Ini tanggungjawab kita sebagai Ahli Parlimen. Tanggungjawab Menteri untuk menjawab soalan di Parlimen, bukan sibuk berkempen sahaja. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya yang berkenaan dengan e-testing ini. E- testing ini semasa saya menjawat jawatan Menteri Pengangkutan. Ini merupakan agenda utama saya untuk melaksanakan e-testing untuk sistem ujian memandu kerana ini merupakan salah satu pendekatan yang boleh diguna pakai untuk mencegah rasuah semasa ujian memandu ini. Akan tetapi sudah lebih dua tahun proof of concept, masa saya pun sudah sedang dijalankan. Kita juga pada ketika itu menjalankan trial project tetapi sehingga hari ini saya nampak belum ada kesungguhan Kementerian Pengangkutan untuk melaksanakan e- testing ini secara sepenuhnya. Keduanya untuk ujian KPP 01 iaitu ujian undang-undang. Pada ketika saya menjawat jawatan Menteri. Saya telah mengarahkan supaya ujian undang-undang ini ataupun KPP 01 ini dibuka kepada semua institut memandu supaya tidak dimonopoli oleh satu ataupun dua buah syarikat. Pada ketika ini, semua orang yang ingin mengambil ujian memandu ini mereka kena pergi ke tempat yang lain untuk mengambil ujian undang-undang ini ataupun KPP01 ini. Jadi saya hendak tanya mengapakah Kementerian Pengangkutan tidak meneruskan usaha supaya membuka ujian undang-undang ini kepada semua institut memandu dan memudahkan kepada para peserta untuk terus mendapat ujian di tempat yang sama tanpa perlu dirujuk ke tempat yang lain. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua terima kasih atas soalan tambahan tadi. Pertama itu tidak perlu dijawab kerana merupakan politik. Seperti mana..

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Bukan politik ini tugas hakiki...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, tolong.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Dia tidak hadir itu fakta.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat jawab.

Maklumkan bahawa Yang Berhormat Menteri mempunyai komitmen yang lain yang sama pentingnya mungkin di...

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Komitmen di Yong Peng.

Ya. Baik Yang Berhormat, sepertimana saya katakan tadi sistem baharu ini harus melalui POC dahulu sebelum sampai ke peringkat ujian konsep. Jadi, adalah amat penting kerana konsep baharu ini perlu diteliti dengan baik sebelumnya dilaksanakan kerana ia melibatkan masyarakat umum. Apabila ia diterima pakai nanti pasti tidak ada halangan dan masalah yang terbit. Jadi, seperti mana aktiviti yang dijalankan selama ini oleh aktiviti penyiaran POC bermula pada Februari 2022 yang melibatkan empat buah syarikat bagi fasa 1 yang telah diberikan kelulusan pelaksanaan POC. Tarikh pelaksanaan POC e-testing adalah seperti berikut: (i) 9 hingga 11 Februari 2022 di IM Surfine Hitech Sdn Bhd, Hulu Langat Selangor; (ii) 19 Februari 2022, 2 hingga 3 Mac 2022 di IM Propandu, Sungai Buloh. (iii) 21 dan 23 Februari 2022 di IM Berjaya, Johor; dan (iv) 9 hingga 11 Mac 2022 di IM Lima Bintang Abadi Sdn Bhd bagi Pulau Pinang. Inilah proses-proses yang dijalankan tentulah mengambil masa. Sekian terima kasih.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Yang Berhormat, untuk KPP01 itu bagaimana? KPP01.

Yang Berhormat, apa dia? KP...?

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

KPP01 merujuk kepada ujian bertulis untuk undang-undang, ujian berkomputer. Kita sudah cadangkan supaya dibuka untuk semua institut memandu untuk laksanakan ujian bertulis itu secara berkomputer di institut memandu itu masing-masing. Sekarang ini dirujuk kepada satu dua syarikat sahaja iaitu yang paling utama ialah MYEG yang didominasi dan dimonopoli oleh MyEG. Adakah ia boleh dibuka kepada semua institut memandu yang lain?

Yang Berhormat saya tidak mempunyai butir-butiran mengenai jawapan untuk soalan ini dan saya akan bagi secara bertulis.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Boleh rujuk kepada pegawai minta mereka buat jawapan bertulis untuk saya. Walaupun saya tahu apa jawapannya tetapi minta jawapan bertulis. Terima kasih.

Baik, baik. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Tumpat dipersilakan.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya ini masih terkait dengan apa yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Seremban iaitu daripada segi kesediaan kementerian dalam menjalankan e-testing ini. Saya difahamkan bahawa dalam e-testing pegawai JPJ akan berada dalam bilik khas di institut memandu bagi memantau pelajar yang mengambil ujian tersebut di atas litar dan jalan raya. Jadi, sejauh manakah persiapan sepenuhnya yang telah di buat oleh institut memandu bagi memastikan e-testing ini berjalan lancar dan dapat dilaksanakan oleh kementerian. Terima kasih.

Juga jawapan kepada soalan ini bergantung kepada proses yang sedang dijalankan dan dijangkakan proses ini akan berakhir pada hujung bulan ini. Selepas itu akan dilaksanakan mana-mana konsep yang difikirkan baik dan perlu untuk masyarakat awam. Sekian terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ada soalan lagi? Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Tuan Anyi Ngau.

Anyi NgauPDP · GPSBaram · question

3. Tuan Anyi Ngau [Baram] minta Menteri Kanan Pendidikan menyatakan berapa jumlah tapak sekolah yang belum disenaraikan dalam ‘Federal Land Commission’ sehingga kini di Sarawak khasnya dan di seluruh negara amnya. Nyatakan implikasi kiranya tapak sekolah belum disenaraikan dalam FLC serta tindakan penyelesaian pihak Kementerian Pendidikan.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNTimbalan Menteri Pendidikan II · Kimanis

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat pagi dan salam Keluarga Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Baram. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited untuk terus melaksanakan pemutihan tanah bagi semua sekolah bawah KPM memandangkan terdapat tapak sekolah yang masih belum ditukar hak milik kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP). Sehingga 31 Januari 2022 KPM telah melepasi sebanyak 1,821 tapak sekolah yang masih belum berstatus hak milik PTP.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNTimbalan Menteri Pendidikan II · Kimanis

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 587 buah tapak sekolah di Sarawak telah dikenal pasti untuk proses pemberi milikan kepada PTP. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan garis panduan penyediaan Rancangan Malaysia Kedua Belas, 2021 hingga 2025 yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri, mana-mana tapak sekolah yang belum berstatus hak milik PTP, pelaksanaan projek pembangunan tidak dapat dipertimbangkan oleh agensi pusat. Berdasarkan kepada ketetapan ini, projek pembangunan termasuk penggantian penuh, menaik taraf bangunan atau pembinaan blok tambahan tidak dapat dilaksanakan selagi tapak sekolah berkenaan masih belum berstatus hak milik PTP. Sehubungan dengan ini, KPM komited untuk memastikan semua tapak sekolah berkenaan ditukar status kepada hak milik PTP dengan membuat perolehan tapak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan dan kerajaan negeri. Sekian dan terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Soalan tambahan pertama Yang Berhormat.

Tuan Anyi NgauPDP · GPSBaram

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan. Soalan tambahan saya ialah berapa dan butiran sekolah-sekolah di kawasan Baram– bilangan butiran dan sekolah- sekolah di kawasan Baram yang belum ada tapak yang sah dan juga kenapa ini berlaku? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Terima kasih Yang Berhormat Baram. Mengenai jumlah berapa itu nanti kita akan bekalkan secara bertulis kepada Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tentang kenapa adanya kelewatan pemberi milikan kepada PTP ini. Ini adalah usaha-usaha secara bersama. Saya ingin memaklumkan bahawa KPM telah menyatakan dalam mesyuarat bersama-sama dengan Ketua Menteri dan juga Menteri-menteri besar di seluruh negara untuk bersama-sama membantu mempercepatkan pemberi milikan kepada PTP ini kepada semua tanah yang terlibat untuk menjamin kelancaran dan juga pelaksanaan projek-projek pembangunan di bawah kementerian ini khususnya. Terima kasih Yang Berhormat.

Papar.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Papar ya.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Di Sabah memang banyak sekolah yang mana dibina oleh kerajaan tetapi tanahnya belum dapat diselesaikan oleh Kementerian Pendidikan. Soalan saya, selama ini berapa banyak kah tapak sekolah yang sudah dibina sekolah dapat diselesaikan dan saya juga mahu

senarai sekolah-sekolah dan tapaknya yang telah dimasukkan ke dalam Federal Lands Commissioner. Saya juga sebagai wakil rakyat dari Sabah, ingin kementerian menyatakan apakah masalahnya yang menyebabkan tapak-tapak bangunan tidak dapat disenaraikan dalam Federal Lands Commissioner dan apakah implikasinya daripada segi perundangan? Satu lagi Tuan Yang di-Pertua. Ini pasal PPD di Papar. Dari dahulu saya sudah memohon supaya PPD di Papar ini diberikan sebuah bangunan supaya mereka dapat berfungsi dengan baik dan sempurna. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Terima kasih Yang Berhormat Papar. Sebagaimana saya nyatakan tadi bahawa untuk memastikan pindah milik, pemberi milikan kepada PTP ini adalah kerjasama bukan sahaja di peringkat KPM tetapi lebih utama ialah di peringkat Jabatan Tanah di negeri-negeri. Itu sebabnya kita sentiasa bekerja rapat dan membuat libat urus secara terus dengan jabatan dan juga agensi di peringkat negeri-negeri untuk membantu mempercepatkan pemberi milikan kepada PTP ini, insya-Allah. Jadi, berkenaan dengan implikasinya tadi saya sudah sebutkan, antaranya kita mempunyai kekangan dalam melaksanakan projek-projek besar seperti penggantian penuh bangunan. Akan tetapi saya ingin nyatakan bahawa walaupun tanah sekolah itu belum lagi dipindah milik kepada PTP tetapi kita masih lagi boleh melaksanakan projek- projek penyelenggaraan dan projek-projek kecil demi memastikan sekolah-sekolah itu terus berada dalam keadaan yang selesa dan selamat untuk diduduki oleh anak-anak kita. Mengenai dengan kedudukan PPD Papar Yang Berhormat, saya telah nyatakan bahawa tanah untuk cadangan pembinaan PPD Papar telah pun kita kenal pasti. Saya telah meminta kepada PPD Papar dan juga JPN negeri Sabah untuk mengangkat cadangan ini secepat mungkin supaya kita akan membina Pejabat Pendidikan Daerah Papar secepat mungkin, mudah-mudahan. Terima kasih Yang Berhormat.

Ya, terima kasih. Harap-harap.

Puan Rubiah binti WangPBB · GPSKota Samarahan

Soalan ketiga ada?

Tuan Yang di-Pertua

Maaf, ya.

Puan Rubiah binti WangPBB · GPSKota Samarahan

Boleh untuk soalan tambahan ketiga?

Tuan Yang di-Pertua

Ringkas ya.

Puan Rubiah binti WangPBB · GPSKota Samarahan

Okey, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin hendak menarik perhatian kementerian berkaitan dengan sekolah yang tidak sah kedudukan tapaknya yang mana banyak juga berlaku di kawasan saya dan salah satu sekolah itu adalah Sekolah Kebangsaan Samarahan Estate. Sekolah ini dalam keadaan yang sungguh daif, uzur dan terdedah dengan tanah runtuhan. Apakah usaha atau tindakan kerajaan khususnya kementerian untuk membantu sekolah-sekolah yang tidak sah taraf ini dalam usaha memastikan keselesaan, kesejahteraan dan juga bukan sahaja dari sudut keselesaan malah dari sudut peralatan pun tidak dikendalikan dengan baik untuk kemudahan sekolah berkenaan. Sedangkan permohonan untuk memutihkan sekolah ini telah dilaksanakan, telah dimohon sejak tahun 1990-an lagi tetapi tidak ada tindakan daripada pihak kementerian. Mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Terima kasih Yang Berhormat Kota Samarahan. Saya ingin nyatakan bahawa untuk memastikan pemindah milikan tanah kepada PTP ini bukanlah tanggungjawab KPM semata-mata tetapi juga adalah Jabatan Tanah di negeri- negeri. Kita sentiasa bekerjasama seperti mana saya nyatakan sebentar tadi. Saya berharap mana-mana sekolah yang masih berada dalam keadaan tanah itu belum lagi sah milik PTP, saya ingin nyatakan bahawa bukanlah kita tidak akan dapat

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

meneruskan sebarang projek pembangunan, masih boleh. Sebenarnya kita masih boleh melakukan penyelenggaraan, kerja-kerja kecil tetapi kalaulah berlaku keruntuhan, itu sudah melibatkan keselamatan. Kita akan semak sekiranya ia memang diperlukan, kita akan ambil tindakan secepat mungkin. Insya-Allah, kita akan semak. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Sedih dengar bab Kementerian Pendidikan dan sekolah- sekolah di Sabah walaupun sudah 60 tahun. Pantang lari dan pantang lompat, Soalan saya nombor empat.

Khalid bin Abdul SamadAMANAH · PHShah Alam · question

4. Tuan Khalid bin Abd Samad [Shah Alam] minta Menteri Pertanian dan Industri Makanan menyatakan apakah usaha baharu yang dilakukan oleh pihak kementerian untuk mengurangkan kebergantungan beras import untuk penggunaan negara.

Datuk Seri Haji Ahmad bin HamzahUMNO · BNTimbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I · Jasin

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Shah Alam, sebenarnya industri padi dan beras adalah merupakan satu sektor agromakanan yang penting dalam mengeluarkan makanan ruji utama untuk rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, negara kita masih perlu mengimport hampir 30 peratus beras bagi menampung keperluan penduduk negara ini saban tahun. Berdasarkan kepada perkara tersebut, kementerian menyedari bahawa kebergantungan kepada beras import akan menjejaskan sekuriti bekalan makanan negara. Sekiranya terdapat gangguan bekalan daripada faktor-faktor luar tawaran seperti sekatan perdagangan luar, pandemik wabak penyakit dan sebagainya. Justeru, sekuriti makanan negara bagi beras perlu diperkukuhkan selaras dengan perancangan yang terkandung dalam dokumen dasar utama MAFI iaitu Dasar Agromakanan Negara 2021 hingga 2030 dan juga Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara dari tahun 2021 sehingga tahun 2025. Bagi meningkatkan lagi produktiviti pengeluaran padi dan beras negara, Program SMART Sawah Berskala Besar ataupun SMART SBB telah diperkenalkan oleh kerajaan pada Februari tahun 2021 yang melibatkan tiga entiti utama dengan izin special purpose vehicle (SPV) iaitu Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), golongan pesawah dan juga syarikat peneraju. Tujuan utama pelaksanaan Program SMART SBB adalah seperti berikut. Meningkatkan hasil padi domestik dengan penglibatan pihak swasta yang sedia terlibat dalam industri menerusi pelaburan modal, kepakaran dan juga keupayaan teknologi yang dimiliki oleh mereka.

Datuk Seri Haji Ahmad bin HamzahUMNO · BNTimbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I · Jasin

Peningkatan hasil dan juga produktiviti padi tempatan ini penting bagi memperkukuhkan sekuriti bekalan makanan negara dan juga tahap sara diri negara terhadap beras, lebih-lebih lagi dalam keadaan negara berhadapan dengan pengurangan kawasan bertanam padi pada setiap tahun. Program Smart SBB menyasarkan peningkatan purata hasil padi nasional kepada tujuh tan metrik sehektar dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) berbanding purata hasil semasa adalah sekitar 3.5 ke 4.3 metrik sehektar. Justeru, membantu pencapaian untuk sara diri beras negara kepada 75 peratus menjelang tahun 2025 atau sebelum berakhirnya RMKe-12. Keduanya, untuk mengoptimumkan penggunaan sumber menerusi penyatuan pengurusan sawah dan memodenkan aktiviti penanaman padi menerusi penggunaan teknologi dan mekanisasi terkini. Hal sedemikian kerana penggemblengan sumber lebih mudah dilakukan menerusi satu pengurusan, manakala kos-kos tambahan akan diserap oleh syarikat peneraju. Ketiganya, untuk meningkatkan pendapatan pesawah yang sebahagian besarnya masih berada dalam bawah kategori B40 berikutan masih mengusahakan tanah sawah

Datuk Seri Haji Ahmad bin HamzahUMNO · BNTimbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I · Jasin

secara individu dan juga bersaiz tidak ekonomik iaitu kurang daripada dua hektar. Penglibatan dalam program ini akan membantu mereka menjana pendapatan tambahan menerusi peningkatan hasil serta pengurangan kos pengeluaran. Keempatnya, mempromosikan jalinan usaha sama pihak swasta dan pesawah menerusi kaedah pertanian kontrak (contract farming) antara syarikat peneraju dan juga pesawah. Kementerian meyakini bahawa kepelbagaian masalah atau isu utama di lapangan seperti pendapatan pengeluar padi yang rendah, kos pengeluaran yang tinggi, kekurangan mekanisasi dan juga automasi, persekitaran pertanian yang tidak kondusif dan kerugian pasca tuai dapat diatasi melalui pelaksanaan Program Smart SBB. Kejayaan Smart SBB pada 2021 yang lalu telah diterjemahkan melalui pencapaian Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) MAFI. Sehingga Oktober 2021, bilangan penglibatan dan hasil pendapatan kumpulan sasar iaitu pesawah telah berjaya melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu sebanyak 28 peratus hingga 180 peratus. Seramai 3,811 orang pesawah telah mendapat manfaat daripada Program Smart SBB. Melibatkan kawasan penanaman padi sebanyak 9,777 hektar di beberapa buah tempat, termasuk kawasan IADA Barat Laut Selangor dan IADA Seberang Perak. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Okey, silakan soalan tambahan pertama

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan tadi. Seperti mana yang kita tahu, sekarang ini dunia sedang mengalami perubahan iklim. Kita dapati bahawa hujan yang ekstrem dan cuaca-cuaca kepanasan yang ekstrem boleh merosakkan hasil tanaman. Ini tidak akan menjejas hanya negara kita tetapi juga negara-negara dari mana kita mengeksport, dari mana kita dapat bekalan padi ataupun beras. Maka, saya ingin bertanya apakah usaha di pihak kementerian untuk menghasilkan benih yang lebih berdaya tahan, yang akan menentukan bahawa usaha- usaha yang dilakukan, sepertimana yang disebutkan tadi tidak akan rosak dan gagal oleh kerana perubahan iklim yang sedang kita alami? So, in other words, dengan izin ya, kita tidak boleh andaikan bahawa keadaan ini semua sama saja. Dunia sedang berubah, cuaca sedang berubah. Adakah kita telah bersiap sedia dengan melakukan R&D untuk menghasilkan benih yang lebih berdaya tahan? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam yang begitu berminat sekali untuk bersama-sama kita supaya dapat menyumbang kepada pembangunan produktiviti beras dan juga padi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bahawa pada ketika ini MARDI dengan kerjasama semua, dengan kolaborasi semua institusi pendidikan tinggi sentiasa menjalankan penyelidikan dan mengeluarkan beberapa jenis padi yang baru. Benih padi baru pada ketika ini kita perkenalkan iaitu IS21 iaitu kerjasama daripada pihak Atomik yang telah mengeluarkan satu benih padi yang baru. Kita sentiasa, bukan sahaja berkolaborasi dengan universiti-universiti tempatan dan juga agensi-agensi yang lain, bahkan pada negara-negara lain supaya kita dapat penemuan-penemuan baru yang boleh meningkatkan lagi pengeluaran. Seterusnya, untuk meningkatkan pencapaian kita supaya kita dapat mencapai sebanyak 75 peratus SSL sehingga tahun 2025. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Soalan tambahan, Yang Berhormat Setiu.

Tuan Yang di-Pertua

Sila. Sebelah sini dulu, Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Yang Berhormat Setiu.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Beras merupakan makanan ruji negara tetapi kita terpaksa bergantung kepada import dari luar. Kalau mengikut indeks sekuriti makanan (GFSI), kedudukan kita jatuh ke tangga 48 pada tahun 2020, sedangkan sebelumnya kita pernah berada di tangga ke-28. Soalan saya, apakah langkah yang diambil oleh pihak kerajaan untuk mengatasi masalah ini dan memastikan kita dapat menjamin bekalan makanan yang mencukupi untuk masa hadapan? Sekian.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya tengok Yang Berhormat ini mempunyai satu pendidikan yang cukup baik sekali. Terutamanya tentang GFSI ini ataupun, dengan izin, Global Food Security Index ataupun Indeks Keselamatan Makanan Global. Memang satu ketika, kita terima hakikat bahawa Malaysia berada pada tahap ke-28 dalam negara di dalam seluruh dunia sebanyak 113 buah negara. Selepas itu, kita jatuh pada tahun 2020 ke tangga 48. Ini disebabkan kerana penukaran cara indikator yang telah dibuat oleh pihak Economic Intelligence Unit yang membuat kita punya rating. Bukan sahaja kita terlibat, bahkan untuk sebagai example, Singapura suatu ketika dulu adalah ditangga pertama. Kalau GSFI seluruh dunia, Singapura dapat nombor satu. Akan tetapi apabila telah diubah GSFI ini, indikator ini, jatuh nombor 15. Alhamdulillah menjelang tahun 2021, kita telah dapat memperbaiki kedudukan kita pada tangga ke-39. Saya yakin kerana dengan apa segala usaha yang telah kita jalankan pada ketika ini, kita akan terus dapat menambah baik lagi kedudukan GFSI kita. Seterusnya, membuktikan bahawa kita dapat memperbaiki banyak lagi kawasan- kawasan yang telah dimasukkan dalam indikator daripada GSFI ini. Terutamanya daripada segi, dengan izin, natural resource dan juga resilience yang telah diperkenalkan baru-baru ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Soalan tambahan.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Hulu Langat.

Terima kasih kekanda saya, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin mengingatkan, saya buka website Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, masih menggunakan perkataan MAFI. MAFI ini dalam bahasa Arab, maksudnya ‘sudah tidak apa sudah’. Maknanya, kalau boleh tukar nama yang sedap sikit, bagus juga. Yang Berhormat Timbalan Menteri, pada tahun lepas kita menganggarkan dan target 70 peratus tanam, 30 peratus import dari luar. Yang Berhormat Timbalan Menteri sendiri pada 29 September 2021 menyebutkan kita hendak lebih daripada itu, 75 peratus kita tanam, 25 peratus kita import. Saya ucapkan tahniah, pencapaian yang disebutkan tadi beberapa orang pesawah telah bertambah hasil pendapatan mereka, alhamdulillah. Akan tetapi saya bimbang pencapaian 70 peratus ini di peringkat negara dalam tempoh lima tahun yang dirancang itu, sejauh mana ia betul-betul boleh tercapai? Oleh sebab perkara ini sangat penting.

Kita bukan hanya tumpu pada beberapa bidang sawah. Ya! Ucapkan tahniah kepada pesawah itu, tetapi target kita sebanyak 75 peratus tanam sendiri itu, sejauh mana ia boleh tercapai. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Yang Berhormat MAFI musykillah.

Terima kasih Yang Berhormat. Perkataan MAFI sebenarnya ialah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), tetapi apa

pun Yang Berhormat, Yang Berhormat telah menunjukkan satu minat yang cukup tinggi sekali terutamanya tentang usaha kita untuk mempertingkatkan lagi pengeluaran. Bahkan pada ketika ini MAFI telah memperkenalkan Dasar Agromakanan Negara 2021 hingga tahun 2030 bermakna selama 10 tahun. Selepas itu Dasar Sekuriti Makanan untuk lima tahun, kita menjangka walaupun pada ketika ini kita mencapai hanya 70 peratus sahaja SSL kita. Akan tetapi, kita yakin dengan usaha yang telah kita jalankan pada ketika ini, memperkenalkan SMART SBB ini, kita berkeupayaan untuk menambahkan lagi pendapatan ataupun pengeluaran kita, lagi lima peratus iaitu 75 peratus. Ini kerana matlamat SBB ini bukan sahaja ia akan diambil alih ataupun usaha sama oleh syarikat-syarikat yang mempunyai kepakaran bahkan dengan menggunakan automasi dan juga mekanisasi dan juga tanaman secara moden. Pesawah-pesawah tidak payah bersusah hati, bahkan syarikat peneraju ini akan menanggung sebanyak RM3,200 sehektar kos penanaman dan semua hasil kita telah jamin bahawa pada ketika ini telah kita jalankan seperti saya sebut tadi, sebanyak 9,000 hektar yang telah kita jalankan, kita telah berjaya menghasilkan keluaran padi ataupun had padi ini berlipat ganda. Kita yakin dengan usaha ini akan dapat meningkatkan lagi pencapaian kita dan Insya-Allah menjelang hujung RMKe-12, kita berkeupayaan untuk mencapai sebanyak 75 peratus kepada SSL padi kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Satu lagi.

Tuan Yang di-Pertua

Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir.

Shaharizukirnain bin Abdul KadirPAS · PNSetiu · question

5. Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [Setiu] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan perancangan kerajaan untuk mengasah bakat kepimpinan wanita untuk memastikan lebih ramai golongan wanita bersedia untuk memimpin.

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd YusoffPAS · PNTimbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Rantau Panjang

Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Menjawab soalan Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Pembangunan Wanita, telah melaksanakan pelbagai program pembangunan kapasiti bagi mengasah bakat, kemahiran dan ciri-ciri kepimpinan untuk golongan sasar iaitu wanita. Sepanjang tahun 2021, sebanyak 202 program kepimpinan telah dilaksanakan dan memanfaatkan seramai 100,923 orang peserta. Program-program yang telah dilaksanakan adalah berbentuk latihan, advocacy pendedahan bagi memberi kesedaran dan meningkatkan kemampuan wanita mempengaruhi keputusan berkaitan dengan interaksi sosial. Antara program yang diutamakan dalam kepimpinan wanita yang telah dilaksanakan seperti Forum Kepimpinan Kendiri iaitu Bangkit Sendiri dan antara tujuan program ini adalah untuk memberi kesedaran mengenai kepentingan aspek kepimpinan yang perlu iaitu wanita bangkit untuk mendepani sebarang cabaran dalam kehidupan mereka. Seterusnya, Program Simposium Wanita Dalam Pengajian Tinggi dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Wanita dengan pihak Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara termasuk Universiti Sains Malaysia dan juga program simposium ini adalah untuk menyediakan medium bagi golongan wanita untuk membincangkan dan berkongsi pandangan, idea dan advocacy mengenai isu dan trend semasa berkaitan dengan era yang ada pada hari ini dan kepimpinan dalam pendidikan tertinggi. Selain daripada itu, simposium ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada para peserta untuk membina jaringan kerjasama dan mendorong perbincangan mengenai

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd YusoffPAS · PNTimbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Rantau Panjang

isu golongan wanita mengenai kepimpinan dan kebolehpasaran dan kesaksamaan di institut pengajian tinggi. Seterusnya, program konvensyen kepimpinan muda yang mana program ini diadakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia. Program ini adalah bagi mengumpulkan input bagi menambahbaikkan agenda pemerkasaan wanita dari segi kepimpinan muda dari pelbagai latar belakang di Malaysia, input dan maklum balas daripada para pemimpin muda dijadikan rujukan untuk penggubalan dasar untuk masa hadapan. Di antara 300 orang peserta yang telah menyertai program ini, iaitu fokus kepada enam kluster utama iaitu: (i) pekerjaan dan penjanaan pendapatan; (ii) pendidikan dan kesaksamaan gender; (iii) kepimpinan dan politik; (iv) kesihatan; (v) keselamatan; dan (vi) perundangan Program ini dengan kerjasama beberapa buah universiti awam. Seterusnya, program pemerkasaan gender dan kepimpinan wanita muda dan wanita berkerjaya. Program ini diadakan sepanjang tahun melalui Pejabat Pembangunan Wanita di negeri-negeri dan tujuan program ini untuk memberi inspirasi kepada wanita muda dan wanita berkerjaya mengenai taktik kepimpinan, meningkatkan kebolehpasaran wanita muda menduduki kerusi lembaga pengarah dalam sektor korporat dan kebolehupayaan wanita sebagai pembuat keputusan dalam pelbagai bidang. Seterusnya ialah melalui Bajet 2022, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM5 juta kepada Yayasan Kepimpinan Wanita bagi menjalankan latihan kepimpinan muda. Program ini Insya-Allah akan diteruskan pada tahun ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, silakan Yang Berhormat Setiu.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, terlebih dahulu saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Hari Wanita Sedunia yang disambut semalam. Soalan saya, sejauh manakah sasaran sebanyak 30 peratus penglibatan wanita dalam sektor swasta telah dapat dicapai dan jika sekiranya belum dapat dicapai, apakah faktor yang menghalang tidak tercapainya sasaran tersebut? Sekian.

Terima kasih Yang Berhormat. Ya, saya juga mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada seluruh wanita dalam negara kita. Setakat ini untuk makluman Yang Berhormat, pencapaian wanita dalam membuat keputusan di sektor swasta ialah sebanyak 25.8 peratus. Antara keperluannya ialah kita dalam mencapai, ini bukan sahaja tanggungjawab Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, kita memerlukan sokongan dan dorongan daripada semua pihak, semua majikan, semua agensi, semua kepimpinan dalam kita mencapai ini. Jadi justeru itu, di antara langkah yang telah kita laksanakan ialah bagaimana susunan daripada pengumuman yang telah sebut dalam Bajet 2022 oleh Menteri Kewangan, di mana kita telah meminda iaitu senarai keperluan Suruhanjaya Sekuriti di Bursa Malaysia untuk mewajibkan semua syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia untuk mempunyai sekurang-kurangnya seorang wanita dalam lembaga pengarah syarikat. Suruhanjaya Sekuriti juga menggunakan pendekatan standard di mana semua syarikat besar yang mempunyai permodalan pasaran sebanyak RM2 bilion pada 31

Disember 2021, akan melaksanakan keperluan ini dan bermula 1 September 2022, syarikat-syarikat lain juga disyaratkan untuk melaksanakan sekurang-kurangnya seorang ahli lembaga pengarah wanita dalam syarikat ini berkuat kuasa 1 Jun 2022. Kita sedang menyusun pelbagai strategi untuk mencapai ke arah 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan. Kita telah juga memantau secara berkala syarikat-syarikat yang senarai melalui Suruhanjaya Sekuriti ini daripada segi perubahan dalam lembaga pengarah, individu yang dilantik dan penghantaran laporan urus tadbir supaya maklumat terperinci mengenai syarikat termasuk penglibatan wanita dalam lembaga pengarah dan insya-Allah kita akan meneruskan perkongsian ini untuk menyokong pelaksanaan keperluan lembaga pengarah ini sekurang-kurangnya seorang ahli lembaga pengarah tercapai dalam mencapai sasaran 30 peratus dalam sektor swasta. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Rasah, silakan.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Dalam jawapan kepada soalan asal Yang Berhormat Timbalan Menteri ada menyatakan bahawa pada tahun lepas, kalau tidak silap saya lebih 100,000 orang wanita terlibat dalam program yang disasarkan untuk melonjakkan kepimpinan wanita. Saya rasa itu satu usaha yang perlu kita teruskan dan perlu diperbanyakkan. Cuma bersempena dengan Hari Wanita Sedunia semalam yang bertemakan “Saksama Bersama”. Jadi, saya hendak tanya, apakah lagi program-program khas untuk tahun ini untuk melonjakkan meningkatkan kepimpinan wanita. Ia agar mereka mencapai– wanita mencapai kedudukan yang sewajarnya. Jadi, saya mohon jawapan dan saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat menyambut Hari Wanita Sedunia walaupun lambat sehari tetapi ini platform yang terbaik bersempena dengan soalan ini kepada semua wanita. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan dan terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

Dalam pengumuman yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semalam, di antara perkara yang disebut ialah pelaksanaan Majlis Wanita Negara, yang mana kita telah meletakkan untuk mencapai pelaksanaan program ini untuk wanita terlibat dalam enam kluster utama iaitu salah satunya ialah kepimpinan, ekonomi, pendidikan, kesihatan, perundangan dan keselamatan. Jadi, insya-Allah dalam Majlis Kepimpinan Wanita Negara ini, kita akan berusaha untuk meningkatkan lagi terutama dari sudut kluster kepimpinan supaya akan ada polisi lebih ramai lagi wanita berada dalam sudut kepimpinan. Setakat ini kita lihat penilaian perlu dinilai semula terutama penilaian dari pelbagai peringkat iaitu melalui kerjasama dengan pelbagai pihak berkaitan dengan mengkaji semula tafsiran dan indikator bagi menentukan jumlah penglibatan wanita dalam kepimpinan di semua sektor sama ada awam dan swasta. Jadi, saya kira ramai lagi sebenarnya wanita-wanita yang berjaya. Jadi, kita harapkan insya-Allah dengan wujudnya Majlis Wanita Negara ini akan lebih ramai lagi wanita akan diangkat menjadi pemimpin yang berkelayakan untuk memimpin dalam sektor-sektor yang diceburi. Jadi, insya-Allah ini di antara beberapa perkara selain daripada beberapa perkara lagi termasuk juga ialah pengumuman bagaimana wanita yang kematian suami diberi ruang untuk bekerja dari rumah. Ini adalah salah satu sistem sokongan yang sangat terkesan terutama bagi mereka yang baru kehilangan kepimpinan dalam keluarga. Ini juga akan memberi satu semangat untuk mereka terus bekerja dengan lebih produktif dalam melaksanakan peranan mereka dalam arus pembangunan negara. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Kalau tidak ada soalan tambahan lagi, saya ingin menjemput sekarang Yang Berhormat Tuan Chang Lih Kang.

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Bantulah petani yang rajin menanam, Soalan saya soalan enam.

Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim · question

6. Tuan Chang Lih Kang [Tanjong Malim] minta Menteri Tenaga dan Sumber Asli menyatakan sama ada boleh membenarkan petani menanam tanaman jangka pendek di rizab tanah TNB untuk mengatasi masalah keselamatan makanan.

Datuk Seri Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri Tenaga dan Sumber Asli · Kota Bharu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Tanjong Malim yang bertanya mengenai aktiviti tanaman di rizab tanah TNB. Sebelum saya menjawab soalan ini, saya hendak memperbetulkan sedikit persepsi bahawa sebenarnya tidak ada apa yang dinamakan rizab TNB. Tidak ada tanah rizab TNB, yang adanya ialah tanah yang terletak di dalam laluan talian perbekalan elektrik adalah tanah yang mempunyai perjanjian izin lalu ataupun wayleave yang masih lagi kepunyaan tuan tanah, bukan kepunyaan rizab. Manakala TNB adalah pihak licensee atau pemegang lesen yang menggunakan tanah itu untuk memasang dan menyelenggara talian bekalan elektrik serta bertanggungjawab memastikan keselamatan ke atas talian perbekalan elektrik. Untuk soalan Yang Berhormat Tanjong Malim, saya ingin menyatakan bahawa ya, untuk tanah-tanah ini dibenarkan aktiviti penanaman bukan sahaja sayur dan tanaman jangka pendek tetapi disebut tanaman kontan (cash crop) dan juga boleh digunakan sebagai padang ragut di bawah talian itu dengan syarat ia memenuhi apa yang telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) yang telah mengeluarkan ini, satu garis panduan yang dipanggil Garis Panduan Izin Lalu Talian Pembekalan Elektrik yang mengandungi garis panduan pelaksanaan aktiviti penggunaan tanah dan sebagainya. Jadi untuk ini, apa yang perlu dilakukan atau syarat yang ditetapkan antaranya ialah ketinggian pokok itu tidak melebihi 6 kaki tinggi ataupun 1.8 meter, ini atas sebab- sebab faktor keselamatan. Jadi, apa yang perlu dilakukan oleh seseorang yang berminat untuk menggunakan tanah di bawah talian ini adalah pertama, mendapatkan kebenaran tuan tanah. Jika tanah itu tanah kepunyaan state atau state land ataupun tanah hutan simpan atau state reserved perlu mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa negeri ataupun pentadbir tanah. Sekiranya tanah itu adalah milik individu ataupun individual land, perlu mendapat kebenaran sama ada dalam bentuk tenancy ataupun dalam bentuk pajakan (lease). Manakala kebenaran yang kedua daripada TNB sebagai pemegang lesen ataupun licensee untuk memastikan garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Tenaga itu dapat dipenuhi. Saya hendak sebutkan juga bahawa Yang Berhormat Tanjong Malim, tanah di bawah talian TNB ini bukan sahaja boleh digunakan untuk tanaman. Boleh digunakan untuk kolam tadahan ataupun on-site detention, kolam ikan, kolam udang, tempat letak kereta, memasang dan merentang gas paip, minyak paip air dan paip pembetungan dan juga tapak semaian. Banyak aktiviti boleh dibuat di bawah talian ini. Ini satu indirect CSR daripada TNB. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan, soalan tambahan pertama.

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya menyambut baik jawapan daripada pihak kementerian. Saya tanya soalan ini sebab di kawasan saya ada juga petani yang tanam di atas wayleave TNB ini tetapi diminta keluar dari kawasan itu dan kami difahamkan bahawa tanah tersebut tidak ada kegunaan yang lain.

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

So, saya ingin menyeru kepada kementerian supaya dapat memastikan dasar kementerian ini boleh sampai ke bawah. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih sahabat saya, Yang Berhormat Tanjong Malim. Ini mungkin ada perkara-perkara yang tidak memenuhi syaratlah. Yang Berhormat boleh berjumpa terus dengan saya kalau ada masalah kerana adalah satu polisi kerajaan terutamanya selepas pandemik COVID-19 ini, kita hendak guna sehabis baik tanah-tanah milik kerajaan dan juga TNB untuk kegunaan rakyat menjana ekonomi mereka. Jadi, saya menyambut baiklah hasrat Yang Berhormat. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Sebelah sini silakan.

Tuan Che Alias bin HamidPAS · PNKemaman

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menyambut baik kebenaran yang diberikan kepada para petani untuk menanam tanaman jangka pendek di mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Soalan tambahan saya, berapakah jumlah permohonan yang telah mendapat kebenaran TNB dan pemilik tanah untuk diusahakan aktiviti penanaman di bawah talian penghantaran ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya dari Kemaman mengenai permohonan yang telah diluluskan. Setakat ini mengikut rekod saya, ada 115 permohonan yang telah diluluskan bagi aktiviti yang dibenarkan yang di dalam ROW TNB grid ataupun right of way TNB grid. Walau bagaimanapun, saya tidak ada maklumat terperincilah mengenai jenis tanah, sama ada tanah individu ataupun tanah kerajaan. Daripada jumlah tersebut, 28 permohonan diluluskan berkaitan dengan tanaman, tapak semaian dan juga nurseri. Lain-lain aktiviti yang mendapat kelulusan itu seperti mana pembinaan jalan, rel, kolam tadahan, kolam oksidasi dan saluran paip air dan gas juga itu terkandung di dalam kelulusan yang telah diberikan. Saya rasa itu sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Bukit Bintang.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, apa insentif yang akan diberi kepada pengusaha-pengusaha tanam semula di kawasan-kawasan yang sudah kerja itu kawasan sudah... [Tidak jelas] Apakah insentif yang akan diberikan kepada mereka untuk menggalakkan mereka menanam lebih pokok di kawasan-kawasan yang sudah kerja? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Bukit Bintang yang bertanya mengenai insentif yang mungkin boleh diberi. Pertamanya, saya hendak sebutkan bahawa tanah yang dipegang oleh TNB untuk talian ini jika dibenarkan petani menanam itu tidak ada caj, no charge, free of charge. Dia hanya dapatkan kebenaran daripada pemilik dan juga daripada TNB, tidak perlu dikenakan. Untuk insentif itu, saya kira di bawah TNB ada insentifnya, atas permohonan. Mungkin ada penanam-penanam ini yang perlukan itu, kita boleh pertimbangkan. Kerajaan boleh mempertimbangkan. Itu bentuk insentif sama ada kewangan ataupun bantuan benih-benih dan sebagainya, itu boleh diberikan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Seterusnya Yang Berhormat Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman (Sik). [Soalan No. 7 – Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi [Igan] tidak hadir]

[Soalan No. 8 – Yang Berhormat Dr. Ong Kian Ming [Bangi] tidak hadir]

Ahmad Tarmizi bin SulaimanPAS · PNSik · question

9. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik] minta Menteri Pertanian dan Industri Makanan menyatakan langkah kementerian untuk mempertimbangkan imbuhan atau pampasan kepada negeri-negeri yang menjadi pengeluar utama padi negara memandangkan negeri terbabit telah mengalami kos lepas perolehan hasil negeri dalam bentuk percukaian serta tanah di negeri terlibat tidak dapat dibangunkan dengan pembangunan komersial seperti negeri-negeri lain.

Datuk Seri Haji Ahmad bin HamzahUMNO · BNTimbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I · Jasin

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Sik. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, MAFI mengambil maklum akan cadangan insentif fiskal pengekalan kawasan tanaman padi di negeri-negeri pengeluaran padi yang utama dalam negara, khususnya negeri Kedah seperti yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi.

Datuk Seri Haji Ahmad bin HamzahUMNO · BNTimbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I · Jasin

Pada masa kini, MAFI sangat komited untuk mengekalkan Kedah terutamanya, sebagai jelapang padi utama negara bagi menyokong Agenda Sekuriti Makanan Negara. Kawasan jelapang padi negeri Kedah akan terus diberikan perhatian oleh Kerajaan Persekutuan, khususnya bagi meningkatkan pendapatan petani yang rata-ratanya berada dalam golongan B40. Sehubungan itu, MAFI juga berharap agar kerajaan negeri dapat terus memberikan komitmen dalam mengekalkan kawasan tanaman padi yang sedia ada bagi memenuhi keperluan makanan ruji serta sekuriti makanan rakyat Malaysia. Selain itu, MAFI berpandangan bahawa pengekalan kawasan menanam padi adalah amat penting bagi usaha kita memastikan jaminan bekalan makanan negara yang mencukupi, terutamanya dalam tempoh pandemik COVID-19 ini. Dalam menyokong Agenda Sekuriti Makanan Negara, pelbagai bentuk subsidi dan bantuan telah diberikan oleh Kerajaan Persekutuan dalam bentuk input dan juga output pertanian. Pembinaan infrastruktur baharu dan naik taraf infrastruktur pengairan yang sedia ada. Perkara ini akan memberikan manfaat secara terus kepada golongan sasar iaitu pesawah yang merupakan penduduk semua negeri yang terlibat termasuk di negeri Kedah. MAFI dan pihak yang berkepentingan lain akan terus berbincang bagi mewujudkan satu situasi menang-menang demi Agenda Sekuriti Makanan Negara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, dalam usaha pengukuhan sumber keselamatan makanan negara ini yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingin bertanya adakah pihak MAFI telah memulakan langkah mewujudkan jawatankuasa bersama kerajaan negeri, khususnya negeri Kedah ya bagi mengukuhkan kolaborasi yang sudah pasti memerlukan komitmen kedua-dua belah pihak. Sepertimana yang pernah digaris ataupun diungkap Kerajaan Negeri Kedah pada satu ketika dahulu di bawah pimpinan Almarhum Tan Sri Ustaz Haji Azizan bin Abdul Razak, Kedah hendak dijadikan sebagai Belanda Timur iaitu negeri yang maju dengan pertanian. Jadi, adakah pihak MAFI melihat bahawa potensi ini adalah dipunyai oleh Kedah dan ia boleh setanding dengan negeri-negeri yang lain yang berorientasikan ekonomi perindustrian ini. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Sik. Satu cadangan yang cukup baik dan bernas sekali, apatah lagi dengan kedudukan beliau sekarang sebagai Pengerusi MADA, memang cukup bertepatan sekali. Untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat, sebenarnya MAFI sentiasa terbuka untuk berbincang dengan semua pihak terutamanya stakeholders dan mereka yang mempunyai kepentingan termasuk Kerajaan Negeri Kedah berhubungan dengan apa juga perkara-perkara yang

melibatkan kepentingan kita bersama demi memastikan supaya tahap sekuriti makanan negara akan terus terjamin. Sehubungan itu, MAFI sebenarnya telah mewujudkan satu koloborasi ataupun kerjasama platform di antara kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat iaitu dengan melibatkan kehadiran Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan ataupun ahli Exco kerajaan, perjumpaan secara bersekala sekurang-kurangnya dua kali setahun tahun dengan Yang Berhormat Menteri dan juga MAFI untuk kita sama-sama berbincang terutamanya untuk kita meneruskan synergy antara Kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan negeri dalam penghasilan, pengeluaran apa juga komoditi. Ini bagi memastikan semua, supaya kita mendapat maklum balas dan mengetahui apa juga masalah yang dihadapi supaya kita dapat sama-sama mengatasinya, dalam usaha kita untuk menentukan supaya aktiviti pertanian dalam usaha untuk melipatgandakan lagi pengeluaran makanan negara akan terus terjamin. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Bukit Bendera.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sebenarnya menyokong dengan cadangan Yang Berhormat Sik tadi iaitu perlu ada pemberian terus bantuan kewangan kepada kerajaan negeri yang menghasilkan padi, khasnya Kedah supaya sumber hutan boleh dikekalkan kerana sebelum ini sumber hutan digunakan sebagai dana pembangunan negeri. Soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri MAFI, apakah strategi-strategi tambahan dari segi MAFI, antara lain mungkin stockpile. Apakah strategi target stockpile untuk beras, untuk memastikan food security di negara kita. Itu soalan saya.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat tadi, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya ianya terkandung dalam agenda kita iaitu Dasar Sekuriti Makanan Negara dan juga Dasar Agromakanan. Benda ini sebenarnya kerjasama yang telah kita buat di antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri seperti yang saya sebut tadi. Bukan sahaja tentang pembangunan infrastruktur dan juga bagi memastikan supaya golongan sasar kita, pesawah sentiasa diberikan perhatian, kita mahu meningkatkan lagi pendapatan mereka supaya ianya dapat keluar daripada kawasan B40. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Papar ada soalan tiga? Yang Berhormat Papar, ada soalan tambahan? Tidak ada, okey. Seterusnya saya menjemput Datuk Wira Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir.

Datuk Wira Haji Mohd. Menteri Tenaga dan Sumber Asli menyatakan usaha kementerian mengawal pembalakan di negeri Pahang daripada menjadi bencana seperti hujung tahun lalu.

Datuk Ali anak BijuBERSATU · PNTimbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli · Saratok

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat Temerloh, aktiviti pembalakan di negara ini melibatkan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) yang dikelaskan sebagai hutan pengeluaran tanah kerajaan dan tanah bermilik. Pembalakan hutan pengeluaran dilaksanakan secara terkawal melalui catuan tebangan tahunan (CTT) berdasarkan prinsip pengurusan hutan secara berkekalan sustainable forest management (SFM) menerusi sistem pengurusan memilih selective management system (SMS). CTT bertujuan mengimbangi jumlah pengeluaran kayu dengan keupayaan dan keluasan sesuatu kawasan hutan pengeluaran dalam HSK. Kadar CTT diputuskan oleh Majlis Tanah Negara (MTN) pada setiap tempoh Rancangan Malaysia lima tahun. Penetapan CTT adalah berasaskan kepada keupayaan pemulihan semula jadi, natural regeneration capacity kawasan yang diusaha hasil. Setiap kerajaan negeri perlu

Datuk Ali anak BijuBERSATU · PNTimbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli · Saratok

mematuhi kadar CTT yang telah ditetapkan dan pematuhan terhadap CTT dilaporkan dalam mesyuarat MTN. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Majlis Tanah Negara, MTN ke- 71 yang bersidang pada 14 Disember 2015, telah bersetuju untuk menetapkan CTT bagi negeri Pahang seluas 68,435 hektar. Berdasarkan rekod dari tahun 2016 hingga 2020, hutan pengeluaran dalam HSK di negeri Pahang yang telah diusaha hasil dalam tempoh RMKe-11 adalah 58,074 hektar. Ini menunjukkan pengusaha hasilan di negeri Pahang tidak melebihi CTT yang telah ditetapkan, iaitu pengurangan sebanyak 10,360 hektar daripada kadar CTT yang telah ditetapkan. Bagi Rancangan Malaysia ke-12 pula, CTT yang telah ditetapkan oleh MTN ke-77 pada 28 September 2020 di negeri Pahang adalah seluas 58,000 hektar. Ini menunjukkan pengurangan sebanyak 10,438 hektar berbanding dengan CTT pada RMKe-11. Bagi tujuan pelesenan pembalakan di hutan tanah kerajaan dan tanah bermilik, ianya tertakluk kepada pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Akta 127 dan Perintah Kualiti Alam Sekeliling.

Datuk Ali anak BijuBERSATU · PNTimbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli · Saratok

Aktiviti yang ditetapkan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) 2015 yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA). Jabatan- jabatan Perhutanan Negeri akan mengeluarkan lesen pembalakan selepas laporan EIA diluluskan oleh JAS. Selain itu, bagi memastikan aktiviti pembalakan dilaksanakan secara teratur, pelesen perlu menghasilkan Rancangan Pengusaha Hasil Hutan (RMH) sebelum lesen dikeluarkan. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) juga telah mengeluarkan Pekeliling Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia pada tahun 2016 iaitu Panduan Amalan Baik Hutan (Good Forest Practices) untuk pengusaha hasilan kayu- kayan tanah kerajaan sebagai rujukan utama jabatan-jabatan perhutanan negeri. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Temerloh. Soalan tambahan pertama.

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah menjawab soalan tadi dengan fakta-fakta yang tersendiri. Akan tetapi saya ingin bertanya lagi, sebenarnya apakah usaha Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bagi menampung implikasi pembalakan yang telah menyebabkan bencana banjir yang teruk seperti tahun-tahun lalu. Malah sekarang sedang kembali dijangka berlaku lagi. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri, silakan.

Datuk Ali anak BijuBERSATU · PNSaratok

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, JPSM Negeri Pahang telah membuat semakan lapangan dan udara di beberapa lokasi yang dikaitkan dengan aktiviti pembalakan yang menyebabkan banjir di Pahang iaitu di Jalan Bentong, Karak, berhampiran Stesen Timbang Jabatan Pengangkutan Jalan Karak dan Jambatan Seri Telemung. Hasil semakan mendapati kejadian banjir yang berlaku bukan disebabkan oleh aktiviti pembalakan haram tetapi berpunca daripada kejadian kepala air. Di kedua-dua lokasi ini yang bermula di Hutan Simpan Lentang akibat hujan lebat yang berterusan selama tiga hari bermula 16 Disember 2021 hingga hari kejadian banjir besar di Bentong, 18 Disember 2021. Kejadian hujan lebat ini menyebabkan tanah di kawasan tinggi menyebabkan tompok air dan seterusnya menyebabkan struktur tanah menjadi lemah sehingga berlakunya tanah runtuh, terutamanya di kawasan hulu lembangan yang bercerun. Jabatan Perhutanan Pahang juga mengesahkan bahawa tiada sebarang aktiviti pengusaha hasilan hutan sama ada dalam Hutan Simpan Lentang, tanah kerajaan dan tanah bermilik di kedua-dua lokasi tersebut. Sebahagian besar atau 82.6 peratus iaitu 21,845.8 hektar adalah terdiri daripada keseluruhan Hutan Simpan Lentang telah dikelaskan sebagai hutan perlindungan, hutan tadahan air dan hutan pelajaran.

Datuk Ali anak BijuBERSATU · PNSaratok

Manakala bakinya, 17.3 peratus, 4,600 hektar, merupakan hutan pengeluaran. Walau bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang lesen pengeluaran pengusaha hasil diluluskan di Hutan Simpan Lentang. Selain itu, kawasan Hutan Simpan Lentang di Sungai Kerau seluas 30 hektar juga telah dijadikan sebagai petak high conservation value forest sejak tahun 2012. High conservation value forest merupakan kawasan perlindungan hutan yang tidak boleh dijalankan sebarang aktiviti pengusaha hasil. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ada soalan tambahan Yang Berhormat Tumpat tadi?

Tumpat, ya.

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Saya mendengar dengan teliti jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi dan walaupun Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan bahawa banjir yang berlaku baru-baru ini tiada kaitan dengan masalah pembalakan yang tidak terkawal, namun di luar sana pemikiran masyarakat apabila berlaku banjir, mereka tetap mengaitkannya dengan pembalakan yang tidak terkawal. Jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi menyebut dari segi CTT yang dipatuhi di negeri Pahang. Soalan saya, apakah negeri-negeri lain juga di sepanjang RMKe-11 mematuhi CTT yang bagi saya, saya merasakan bahawa memang mematuhi. Jadi, apakah masalah sebenar dalam soal salah laku dari segi pembalakan yang menghantui kerajaan? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan, Yang Berhormat.

Datuk Ali anak BijuBERSATU · PNSaratok

Terima kasih, Yang Berhormat Tumpat. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, untuk tempoh Rancangan Malaysia Kesebelas iaitu tahun 2016 hingga 2020, MTN ke-71 yang bersidang pada 14 Disember 2015 telah bersetuju dengan penetapan CTT bagi Semenanjung Malaysia keseluruhan 41,888 hektar setahun, Sabah 50,000 hektar setahun dan Sarawak seluas 155,000 hektar setahun. Berdasarkan rekod dari tahun 2016 hingga 2020, hutan pengeluaran dalam...

Minta sebut Kelantan juga. Kelantan ada berapa, ini?

Datuk Ali anak BijuBERSATU · PNSaratok

Kelantan?

Datuk Ali anak BijuBERSATU · PNSaratok

Kelantan, ya?

Datuk Ali anak BijuBERSATU · PNSaratok

Okey sekejap lagi, ya.

Datuk Ali anak BijuBERSATU · PNSaratok

Berdasarkan rekod dari tahun 2016 hingga tahun 2020, hutan pengeluaran dalam HSK telah diusaha hasil dalam tempoh RMKe-11 adalah 890,570 hektar di Semenanjung Malaysia, adalah seluas 158,954 hektar. Di Sabah, 247,114 hektar dan di Sarawak 484,502 hektar. Ini menunjukkan pengurangan pengusaha hasilan sebanyak 343,870 hektar daripada jumlah catuan yang ditetapkan 1,234,440 hektar bagi tempoh Rancangan Malaysia Kesebelas. Untuk kawasan negeri Kelantan, okey. Jumlah CTT yang ditetapkan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ialah 27,085 hektar dan jumlah keseluruhan yang sudah dibalak adalah berkurangan sebenarnya daripada CTT. Pada tahun 2020, ia berkurangan sebanyak 13,788 hektar. Maknanya, negeri Kelantan pun tidak melebihi CTT yang telah ditetapkan oleh MTN.

Terima kasih.

Datuk Ali anak BijuBERSATU · PNSaratok

Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Yang Berhormat Bukit Bintang. Ringkas, ya.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Memandangkan negeri Pahang salah satu negeri yang berbalak besar-besaran di negara kita, saya ingin bertanya apakah syarat yang akan ditetapkan untuk bahawa pengusaha pembalakan di kawasan hutan ini menanam semula pokok-pokok di kawasan yang tertentu untuk memastikan negara kita hijau dan bukan sahaja di negeri Pahang tetapi juga di negara kita? Minta penjelasan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Datuk Ali anak BijuBERSATU · PNSaratok

Terima kasih. Sebenarnya, mengikut Perkara 74(2) Perlembagaan Persekutuan, memperuntukkan bahawa hutan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Institut Penyelidikan Perhutanan (FRIM) adalah dalam memberikan nasihat teknikal mengenai pengurusan dan pembangunan hutan serta menjalankan penyelidikan dan khidmat latihan. Di Sabah dan Sarawak, KeTSA memberi bantuan teknikal kepada Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Perhutanan Sarawak berdasarkan peruntukan di bawah Perkara 95E(4) Perlembagaan Persekutuan. Manakala, alam sekitar adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Alam Sekitar dan Air. Jadi untuk menjawab soalan Yang Berhormat, untuk pengeluaran penanam semula pokok hutan adalah baik dirujukkan kepada Kerajaan Negeri Pahang sendiri.

Datuk Ali anak BijuBERSATU · PNSaratok

Kalau saya ada informasi ataupun perincian yang lebih, saya akan memberi jawapan secara bertulis mengenai cadangan ataupun saranan Yang Berhormat mengenai penanaman hutan semula tadi, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Seterusnya Yang Berhormat Tuan Jugah a/k Muyang @ Tambat.

Tambat @ Jugah anak MuyangBEBASLubok Antu · question

11. Tuan Jugah anak Muyang @ Tambat [Lubok Antu] minta Menteri Pertanian dan Industri Makanan menyatakan bagaimana kementerian menangani masalah kenaikan harga racun dan baja yang digunakan oleh pekebun kecil atau petani yang menjalankan aktiviti tanaman komoditi seperti kelapa sawit atau tanaman padi.

Datuk Seri Haji Ahmad bin HamzahUMNO · BNTimbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I · Jasin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian amat prihatin terhadap isu kenaikan harga baja dan juga harga racun yang dihadapi oleh setiap pengusaha tanaman komoditi pada ketika ini. Peningkatan harga baja dan racun yang berlaku semenjak pasca COVID-19 adalah berpunca daripada faktor: (i) kenaikan kos bahan mentah; (ii) perubahan polisi daripada negara pengeksport; (iii) kekurangan tenaga kerja; dan (iv) gangguan logistik. Apabila bekalan baja dan racun berkurangan di pasaran dan permintaan sentiasa berterusan daripada petani, maka peningkatan harga terus berlaku di sepanjang rantaian pembekalan input pertanian tersebut. Bagi mengurangkan kesan kenaikan harga ini, kementerian telah melaksanakan inisiatif seperti berikut. Pertama, menyediakan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion bagi subsidi padi yang merangkumi:

Datuk Seri Haji Ahmad bin HamzahUMNO · BNTimbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I · Jasin

(i) Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan; (ii) Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP); (iii) Insentif Benih Padi Sah (IBPF); dan (iv) Skim Baja dan Racun Padi Bukit. Kerajaan juga turut memberikan tambahan peruntukan sebanyak RM62 juta bagi SIPP untuk memberikan manfaat kepada 322,800 orang pesawah. Seterusnya, sebanyak RM200 juta telah diperuntukkan di bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) dan juga Agrobank sebagai pinjaman pada kadar faedah sifar peratus dan moratorium bayaran balik selama enam bulan. Peruntukan ini boleh memberikan manfaat kepada seramai 276,621 orang pengusaha tanaman sayur-sayuran dan juga buah-buahan. Kementerian melalui jabatan dan juga agensi turut memperkenalkan alternatif lain bagi mengurangkan kebergantungan sepenuhnya kepada baja kimia dan juga racun seperti berikut. Pertama, menggalakkan petani untuk mengamalkan pengurusan perosak bersepadu dengan izin integrated pest management bagi mengurangkan kebergantungan terhadap racun kimia melalui kawalan secara kultur, kawalan fizikal dan juga kawalan biologi. Kedua, menggalak dan mempromosikan penggunaan input pertanian yang berasaskan mikroorganisma berfaedah iaitu dengan izin, effective microorganism seperti dengan izin Plant Booster, Growth Enhancer dan Bokashi. Ketiga, meningkatkan amalan pertanian baik melalui Program Persijilan myGAP dan juga myOrganic iaitu menguruskan sumber dalam pengeluaran pertanian secara lestari. Ini di mana penggunaan baja dan juga racun adalah mengikut kitaran dan keperluan tanaman. Keempat, menggunakan kaedah dengan izin soil profiling bagi membantu mengenal pasti kandungan nutrien yang tersedia dalam tanah dan membolehkan penggunaan baja dilaksanakan secara efisien mengikut kuantiti yang diperlukan oleh tanaman sahaja. Kelima, menjalankan aktiviti pengembangan bagi mendidik petani untuk menggunakan baja dan racun mengikut keperluan dan sukatan yang tepat dengan teknik- teknik yang betul supaya pengguna racun dan baja adalah berkesan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Soalan tambahan pertama.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri jelaskan berhubung masalah kenaikan harga racun dan baja. Akan tetapi, tiada pula penjelasan diberikan daripada segi faktor-faktor yang menyebabkan isu ini berterusan sebab berpanjangan dan seolah-olah tiada penghujungnya. Jadi, saya percaya rakyat hendak tahu apakah punca kepada masalah ini dan sampai bilakah kita akan terus bertahan dengan isu ini? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Ini satu soalan yang cukup bertepatan sekali yang sebenarnya menjadi keresahan kepada semua petani pada ketika ini. Untuk makluman Yang Berhormat, antara faktor-faktor yang menyumbang kepada isu kenaikan baja dan juga racun ini adalah seperti berikut. Pertama, faktor daripada global. Negara China yang menjadi pembekal pada ketika ini mengawal dan mengehadkan pengeluaran bahan mentah yang mencemarkan persekitaran seperti yellow phosphorus.

Untuk makluman, negeri China sekarang telah mendapat tekanan daripada peringkat dunia kerana carbon emission yang cukup tinggi sekali. Jadi, mereka sekarang mengambil tindakan ini. Kedua, pengurangan eksport daripada negara-negara pembekal bahan mentah seperti negeri China dan juga Australia dan juga kenaikan harga barang mentah untuk memproses dengan izin hectic ingredients racun. Selepas itu, tidak lupa juga tentang kerana pada ketika ini apabila ada peperangan di Russia dan juga Ukraine. Selepas itu, ada faktor nasional juga iaitu: (i) penurunan nilai ringgit pada ketika ini; (ii) peningkatan harga komoditi telah menyebabkan pengeluar- pengeluar lebih berminat untuk mengeksport ke negara-negara luar seperti USA ke Eropah dan juga China seterusnya secara tidak langsung meningkatkan harga tempatan; dan (iii) pasaran saham kita yang tidak stabil. Ketiga, faktor di peringkat syarikat pula. Pada ketika ini seperti yang kita maklum bahawa kos logistik telah meningkat disebabkan oleh pandemik. Jadi kos satu kontena sekarang yang untuk mengimport baja dan juga kimia meningkat pada sekitar daripada RM3,000, kalau September tahun 2020 kepada RM7,000 untuk September tahun 2021. Selepas itu, syarikat-syarikat yang disebut adalah mengambil kesempatan untuk menaikkan harga apabila stok merosot dalam pasaran dan juga penghentian import stok baharu disebabkan oleh pandemik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Papar.

Tuan Yang di-Pertua

Ya Yang Berhormat Papar, silakan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Di daerah Papar pada suatu ketika dahulu adalah merupakan pengeluar padi yang kedua terbesar selain daripada Kota Kinabalu. Akan tetapi, kegemilangan ini hanya tinggal kenangan disebabkan oleh beberapa faktor ataupun permasalahan yang belum dapat diselesaikan oleh kerajaan selain daripada kenaikan baja dan racun iaitu kekurangan jentera menuai dan jentera membaja, benih yang mahal, tiada penyeliaan tanah-tanah yang terbiar dan juga harga padi yang begitu rendah di mana kerajaan tidak dapat menaikkan subsidi. Petani-petani ini merasa apabila dia meneruskan penanaman padi ini, mereka akan mengalami kerugian yang begitu besar. Jadi, soalan saya sampai bilakah masalah- masalah seperti ini akan dapat diselesaikan oleh kerajaan demi menghasilkan padi yang banyak untuk negara kita? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi saya ada sebut tadi bahawa pihak kerajaan pada ketika ini telah menyediakan sebanyak RM1.5 bilion untuk berbagai-bagai jenis subsidi terutamanya kepada padi. Bagi memastikan supaya bukan sahaja kita dapat memberikan pembelaan kepada seramai 350,000 orang pesawah padi seluruh negara bahkan kita mahu melihat supaya kita dapat meningkatkan pengeluaran bagi memastikan supaya sekuriti makanan negara kita terus terjamin.

Kita sebenarnya memang cukup memahami – saya ambil maklum tentang apa yang berlaku di Papar pada ketika ini. Ini kerana, pada ketika ini kerajaan telah memperkenalkan Program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) iaitu tanaman padi skala besar bersama penglibatan daripada pihak swasta dengan tanaman cara

moden yang menggunakan automasi dan juga dengan menggunakan cara-cara terkini. Ini supaya kita dengan sendirinya dapat meningkatkan pengeluaran dan sekali gus dalam masa yang sama tidak ada modal daripada pesawah. Syarikat pengeluar ataupun pengeluar-pengeluar tadi akan mengeluarkan sebanyak sekurang-kurangnya RM3,200 untuk satu hektar. Mereka akan dapat meningkatkan lagi pengeluaran daripada 3.5 metrik tan sehektar – yang saya sebut tadi kepada 7 tan. Jadi, apa juga pulangan terus kepada tuan tanah ataupun kepada pesawah. Jadi dengan ini, walaupun pesawah pada ketika ini menghadapi bukan sahaja kekurangan modal, bahkan satu lagi perkara Tuan Yang di-Pertua, dengan izin adalah banyak daripada pesawah kita sekarang adalah “aging group” yang semakin tidak bertenaga. Justeru itu, kita mahu kalau boleh penanaman cara yang termoden sekali. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih dan rakyat Papar mengalu- alukan cadangan kerajaan ini. Terima kasih

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Papar. Yang Berhormat semua, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. [Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-Pertanyaan — USUL PERKARA TERTENTU BERKENAAN KEPENTINGAN ORANG RAMAI YANG BERKEHENDAK DISEGERAKAN DI BAWAH P.M. 18(1): Banjir Kilat Di Lembah Klang pada 7 Mac 2022Urgent matter

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, membenarkan saya mengemukakan usul 18(1) di Dewan yang mulia ini. Dengan hormatnya, saya Yang Berhormat Fong Kui Lun Ahli Parlimen Bukit Bintang ingin mengemukakan usul di bawah Perkara 18(1) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat bagi membincangkan perkara tertentu, kepentingan orang ramai yang perlu disegerakan iaitu kejadian banjir kilat yang melanda banyak kawasan Lembah Klang pada 7 Mac 2022, bermula lebih kurang jam 2.30 petang sehingga 7.00 malam. Ini perkara tertentu kerana banjir kilat itu yang berlaku, diakibatkan hujan lebat, ribut yang menenggelamkan banyak kawasan di Lembah Klang dan Bandar Raya Kuala Lumpur. Ia kepentingan orang ramai kerana banjir telah menenggelamkan banyak kenderaan terperangkap menyebabkan kerosakan dan kerugian besar kepada orang ramai. Ia perlu disegerakan kerana pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) gagal untuk menguruskan dan membersihkan sungai, parit dan longkang secara berskala berikutan kejadian banjir besar pada akhir tahun 2021 yang menenggelamkan banyak kawasan Lembah Klang. Pihak berkuasa perlu tegas bertindak mengatasi punca dan sebab berlakunya banjir kilat yang sering berulang. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bintang. Ahli-ahli Yang Berhormat semua, saya telah terima satu pemberitahu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) oleh Yang Berhormat Bukit Bintang pada hari Isnin, 7 Mac 2022. Teks usul itu adalah seperti yang dibacakan oleh Yang Berhormat Bukit Bintang sebentar tadi. Bagi membolehkan perkara ini dipertimbangkan oleh Majlis Mesyuarat, saya sebagai

Tuan Yang di-Pertua

Yang di-Pertua Dewan Rakyat hendaklah berpuas hati dengan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu memenuhi tiga syarat. Seperti biasa, syarat pertama tersebut iaitu: (i) perkara itu tertentu. (ii) kepentingan orang ramai; dan (iii) berkehendak disegerakan. Saya telah meneliti perkara ini dan mendapati bahawa ia perkara yang tertentu, berkepentingan orang ramai dan juga berkehendak untuk disegerakan. Oleh yang demikian saya membenarkan usul ini untuk dirundingkan. Usul ini akan dirundingkan pada jam 1.00 tengah hari, hari ini di Dewan Rakyat sehingga jam 2.30 petang. Bagi membolehkan usul ini dirundingkan di dalam Majlis Mesyuarat, ia perlu diputuskan melalui sesuatu usul, oleh yang demikian saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk mengemukakan usul tersebut. Sekian terima kasih.

Usul — Merentikan Kuat Kuasa Peraturan-Peraturan Mesyuarat Di Bawah P.M. 90(2)Motion

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku JaafarPBB · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) · Santubong

Tuan Yang di-Pertua, “Bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 90(2), dengan persetujuan Tuan Yang di-Pertua, saya mengemukakan usul untuk menghentikan kuat kuasa Peraturan Mesyuarat 12(1) dan Peraturan Mesyuarat 16(1)(b) iaitu bagi membolehkan usul ini, di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1), oleh Yang Berhormat Bukit Bintang dirunding di dalam Majlis Mesyuarat pada hari ini Rabu, 9 Mac 2022 jam 1.00 tengah hari sehingga selesai dan selepas itu diteruskan dengan perbahasan ke atas Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.”

Tuan Yang di-Pertua

Ada yang menyokong?

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNTimbalan Menteri Pendidikan II · Kimanis

Tuan Yang di- Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHDamansara

Peraturan mesyuarat.

Tuan Yang di-Pertua

Ya?

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHDamansara

Peraturan Mesyuarat 43 dan 44(2). Peraturan Mesyuarat 43 menyebut bahawa keputusan Pengerusi adalah muktamad “...dan keputusannya berkenaan dengan apa-apa perkara Peraturan Mesyuarat tidak boleh diminta dipertimbangkan semula dan tidak boleh diulang kaji oleh Majlis Mesyuarat kecuali dengan dikeluarkan usul bersendiri kerana itu.”

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHDamansara

Perkara 44(2), “Pengerusi hendaklah memerintah mana-mana ahli dan yang berkelakuan tidak senonoh atau melakukan perbuatan yang menghina Majlis Mesyuarat atau terus tidak mengindahkan kuasa Pengerusi keluar dari Majlis Mesyuarat bagi tempoh tidak melebihi 10 hari dan ahli tersebut hendaklah dengan serta-merta keluar dari Majlis Mesyuarat.”. Tuan Yang di-Pertua, pada 7 Mac, Tuan Yang di-Pertua telah pun memberikan keputusan ke atas usul yang saya telah pun bawa di bawah Peraturan Mesyuarat 36(12) kepada Yang Berhormat Pekan. Tuan Yang di–Pertua menyebut bahawa beliau dapat memberikan penjelasan mengenai kenyataan-kenyataan Yang Berhormat Pekan dan menyertakan bukti dan dokumen yang menyokong penjelasan tersebut selewat-lewatnya pada hari Rabu, 9 Mac 2022. Akan tetapi, semalam apabila kita baca berita surat khabar ataupun media, Yang Berhormat Pekan telah pun ingkar daripada mematuhi arahan daripada Tuan Yang di- Pertua dan menyebut bahawa beliau hanya akan menjawab kepada Tuan Yang di-Pertua selepas pilihan raya di Johor. Ini dengan jelas telah pun menghina Tuan Yang di-Pertua dan juga menghina pendirian di dalam Dewan ini dan tindakan yang sepatutnya mesti diambil ke atas Yang Berhormat Pekan. Beliau bukan merupakan seorang calon yang bertanding di Johor. Dia hanya merupakan seorang penyokong kempen dan apa-apa perkara yang berlaku di dalam Dewan ini, sepatutnya adalah supreme iaitu yang paling penting sekali dan segala yang beliau tengah lakukan perlu letakkan. Beliau perlu pulang ke majlis ini dan menjawab kepada Tuan Yang di–Pertua. Saya rasa Tuan Yang di-Pertua telah pun memberikan kelonggaran kepada beliau bahawa beliau boleh menjawab secara bertulis. Tidak perlu datang Dewan untuk menjawab secara langsung. Beliau juga tidak dapat mematuhi kelonggaran tersebut. So, kita harap Tuan Yang di-Pertua buat keputusan menggantung Yang Berhormat Pekan ini sehingga beliau dapat memberikan jawapan bila-bila masa yang beliau mahu. Terima kasih. [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Damansara. Sebenarnya – Pertamanya, amalan meminta penjelasan secara bertulis itu adalah amalan saya, bukan terdapat apa-apa di dalam peraturan mesyuarat. Saya membuat amalan tersebut kerana apabila terdapat usul untuk merujuk seseorang Ahli Parlimen itu ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, maka itu satu perkara yang amat serius.

Tuan Yang di-Pertua

Jadi, sebelum saya benarkan usul itu dan usul tersebut selalunya melibatkan perkara-perkara mengenai fakta ya ataupun perbahasan mengenai fakta. Usul Yang Berhormat Damansara berikan kepada saya pun melibatkan fakta. Empat fakta telah dibangkitkan terutamanya sama ada yang nombor satunya, I think yang paling – saya rasalah yang paling penting ialah sama ada kerajaan menggunakan wang kerajaan untuk membayar hutang prinsipal 1MDB, sebab yang dikatakan oleh Yang Berhormat Pekan ialah prinsipal ya. Jadi, saya perlu melihat penjelasan mengenai perkara itu sebelum saya boleh membuat keputusan untuk membenarkan atau menolak usul Yang Berhormat. Jadi, amalan saya memang dari hari yang pertama saya menjadi Yang di-Pertua ialah untuk meminta penjelasan dahulu, baru saya putuskan sama ada untuk benar atau tidak benarkan usul tersebut. Dalam perkara ini, saya memohon penjelasan daripada dua orang. Pertamanya, daripada Yang Berhormat Pekan kerana beliau merupakan subject matter, Yang Berhormat Damansara. Saya juga memohon, meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri Kewangan kerana Yang Berhormat Menteri Kewangan semasa menjawab soalan tambahan daripada Yang Berhormat Bagan, keesokan harinya saya rasa telah mengatakan kerajaan membayar hutang 1MDB. Jadi, kenyataan ini bercanggahlah dengan Yang Berhormat Pekan.

Tuan Yang di-Pertua

Jadi, saya memerlukan penjelasan daripada kedua-dua Yang Berhormat tersebut sebelum saya boleh memutuskan usul Yang Berhormat Damansara.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHDamansara

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Sekejap ya. Oleh itu, saya telah menulis surat kepada kedua-dua Yang Berhormat dan saya meminta penjelasan selewat-lewatnya hari ini, hari Rabu ya. Okey. Kedua, sebenarnya semalam selepas saya mempengerusikan mesyuarat itu. Saya menerima surat daripada Yang Berhormat Pekan meminta lanjutan masa sehingga hari Rabu minggu hadapan untuk memberi penjelasan. Saya benarkan permohonan tersebut sehingga Selasa pagi minggu hadapan. Jadi, tidak timbullah persoalan sama ada Yang Berhormat Pekan mengingkari arahan saya sebab saya yang memberi masa kepada Yang Berhormat Pekan sehingga Selasa minggu hadapan. Itu sebenarnya yang terjadi.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHDamansara

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHDamansara

Saya di sini menghormati dan bersetuju dengan amalan yang telah pun diambil oleh Tuan Yang di-Pertua supaya penjelasan diberikan secara bertulis ke, dalam Dewan ke, sebelum keputusan dibuat.

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHDamansara

Itu tidak dipertikaikan.

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHDamansara

Itu adalah amalan yang betul.

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHDamansara

Akan tetapi, keputusan untuk memberikan masa adalah keputusan Tuan Yang di-Pertua mengenai usul saya. Itu keputusan yang telah pun dibuat, jawab dalam dua hari.

Tuan Yang di-Pertua

Saya.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHDamansara

Kita faham kalau beliau masuk hospital. Tidak dapat jawab.

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHDamansara

Ataupun mungkin seorang calon di Johor tidak dapat jawab. Kita setuju tetapi alasan yang diberikan secara terbuka dalam media sosial dalam media adalah “Oh! saya berkempen di Johor, tidak ada masa hendak jawab Tuan Yang di-Pertua di Parlimen”.

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHDamansara

Ini satu perkara yang menghina Parlimen. Menghina Tuan Yang di-Pertua.

[Dewan riuh]

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHDamansara

Itu merupakan...

Tuan Yang di- Pertua. I think that it’s below the belt.

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHDamansara

It is not below the belt. What’s the reply from Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pekan itu below the belt.

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHDamansara

Tidak menghormati Tuan Yang di- Pertua.

Masa Yang Berhormat Pekan bahas. Yang Berhormat Damansara ada di dalam Dewan?

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHDamansara

Apa ini? Kempen di Johor lebih penting?

No. Masa bahas...

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHDamansara

Dia bukan calon!

Were you there? Were here then masa Yang Berhormat Pekan bahas?

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHDamansara

I was...

No, masa Yang Berhormat Pekan bahas, you ada di Dewan?

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHDamansara

I was listening to his speech.

Saya hendak tanya, Yang Berhormat Damansara ada di dalam Dewan tak masa Yang Berhormat Pekan bahas? Akan tetapi cara you olah as if you were inside the Dewan masa bahas. [Dewan riuh]

Saya ada.

Okey. Saya tanya... [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Yang di-Pertua

Tidak apa. Tidak apa. Sabar, sabar, sabar semua. Sebenarnya itu keputusan saya. Saya yang membenarkan perlanjutan masa itu. So...

Tuan Yang di- Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Saya...

As if Yang Berhormat Damansara were inside the Dewan.

Tuan Yang di-Pertua, saya hadir. Saya mendengar.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Saya ada dalam Dewan. Yang Berhormat Baling, saya ada dalam Dewan.

Saya ada. Saya mendengar.

Tidak. Saya tanya Yang Berhormat Damansara. Yang Berhormat Damansara yang sedang membahas sekarang. Saya tidak tanya orang lain. Yang Berhormat Damansara pun... [Pembesar suara dimatikan]

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Alright. Yang Berhormat semua, pokok persoalannya sekarang, pagi ini yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Damansara ialah sama ada Yang Berhormat Pekan telah mengingkari arahan saya. Saya telah memberi penerangan. Beliau sebenarnya tidak mengingkari kerana saya lah yang memberikan...

Okey, selesai. Kita tunggu next week. Fair.

Tuan Yang di-Pertua

...Lanjutan masa sehingga Selasa, 10 pagi kepada beliau. Ya. Jadi, itulah keputusan saya.

Hendak bahas pasal banjir ini, Tuan Yang di-Pertua. I think we don’t have prolong this one lah. Next week hari Rabu, fair. Thank you, Sir.

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHDamansara

Last. Let me put my sentiment on record.

Tuan Yang di-Pertua

Faham. Sila.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHDamansara

Saya rasa kebenaran untuk memberikan ruang masa atas alasan beliau berkempen di Johor adalah tidak betul dan sepatutnya ia tidak dibenarkan sebab alasan tersebut secara jelas menghina Dewan ini. Menghina Tuan Yang di-Pertua. Ia menjadi satu example ataupun contoh precedent untuk masa hadapan, bila-bila masa sesiapa yang tidak hendak ikut arahan daripada Tuan Yang di-Pertua, berikan alasan yang tidak munasabah. Terima kasih.

Tuan Yang di- Pertua. Saya, one minute. Saya perlu sedikit.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

Saya ingin menyatakan on record juga, sekiranya mana-mana Ahli dalam Dewan ini apabila hendak bahas, hendak bercakap sesuatu sedalam-dalamnya, content-nya. Wajib, patut, berada, mendengar ucapan bahas seseorang itu. Cara Yang Berhormat Damansara olah, macam beliau berada, mendengar. Ini ambil daripada Hansard. Ambil daripada Hansard. Hendak Jadi hero dalam Dewan.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHDamansara

Ada Hansard, video! Apa bezanya?

Ini adalah untuk mempolitikkan. Hendak mempolitikkan sebab mereka tahu pilihan raya di Johor sedang berlaku.

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Yang Berhormat Baling jangan “menegakkan benang yang basah”. Yang Berhormat Baling.

Ini semua hendak cari poin untuk pilihan raya. [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Saya ada dalam Dewan, saya dengar.

Tuan Yang di-Pertua

Okey, Yang Berhormat Baling. Saya ambil perhatian.

Yang Berhormat Damansara bercakap, saya tidak ganggu. Saya hendak habis sedikit sahaja. Saya hendak habis sedikit sahaja, poin-poin. Jadi, saya merayu...

Tuan Yang di-Pertua

Ya, 30 saat.

Saya merayu kepada semua pihak. Kalau hendak bahas boleh. Everyone of us has right. Akan tetapi, masa Yang Berhormat Pekan berbahas. Saya hendak masukkan dalam Hansard pada hari ini. Hendak sahkan, Yang Berhormat Damansara was never in the Hall. Dia tidak ada dalam Dewan Yang Mulia ini. Kalaulah Yang Berhormat Jelutong hendak bangun kah, orang lain kah, saya tidak kisah sebab dia ada. Akan tetapi dia tidak ada. Jadi, jangan hendak hero dalam Dewan ini. Thank you.

Tuan Yang di-Pertua

Baik Yang Berhormat Baling. Terima kasih. Yang Berhormat Damansara, terima kasih. Saya ambil perhatian dan rekodkan bantahan Yang Berhormat Damansara. Di masa hadapan, sudah tentu saya akan menggunakannya sebagai guidance saya di dalam membuat keputusan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua yang saya hormati.

Tuan Yang di-Pertua

Cukup.

Sedikit sahaja. Cuma persoalan saya adalah ketika itu Yang Berhormat Baling pun tidak hadir. Kedua, semasa berkempen di Johor Bahru, ketika...

Tuan Yang di-Pertua

Saya pun tidak ada waktu itu.

Ketika ditemu bual oleh wartawan. Beliau memberi penjelasan-penjelasan mengenai isu yang sama. Jadi, saya risau. I mean saya ingin tanya, kalau beliau boleh memberi penjelasan di luar kepada pihak para wartawan mengenai isu 1MDB yang dibahaskan, kenapa tidak hadir di Dewan yang mulia ini? Itu persoalannya.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Sebenarnya pada waktu itu, saya pun tidak hadir. Mengenai penjelasannya di luar, itu bukan di bawah kawalan saya ya. Boleh Kita teruskan dengan...

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Pendek sahaja.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, akhir ya.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Terima kasih. Bukan isu yang dibangkit oleh Yang Berhormat Baling itu tidak relevan. Yang ditanya tadi, adakah munasabah Tuan Yang di-Pertua beri alasan, kegiatan politik di luar boleh mengatasi keutamaan di Parlimen. Walaupun Tuan Yang di-Pertua kata ini boleh difikir sebagai precedent, saya hendak beri pandangan bahawa penjelasan Tuan Yang di-Pertua itu bagi saya agak– bukannya tidak munasabah. Tidak selari dengan kedudukan Parlimen.

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Maknanya siapa pun boleh, “Saya ada mesyuarat cabang Keadilan Port Dickson”. Boleh Tuan Yang di-Pertua terima alasan itu? Kemudian pilihan raya tetapi maknanya alasan remeh politik itu boleh dianggap sangat genting sehingga keputusan itu mengatasi keutamaan Parlimen yang telah ditetapkan sendiri oleh Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat. Saya ambil perhatian dan terima kasih di atas peringatan tersebut kepada saya. Dengan izin, with the benefit of hindsight, saya tidak mengambil apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat di dalam pertimbangan sebelum saya membuat keputusan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua

Pada masa hadapan, saya sudah tentu akan mengambil perkara tersebut dalam pertimbangan. Minta maaf Yang Berhormat.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan kehadiran Ahli Parlimen. Gopeng.

Tuan Yang di-Pertua

Maaf, maaf. Sudahlah.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Kebenaran untuk bangkit isu walaupun tidak hadir ini, tidak sepatutnya menjadi panduan juga sebab kalau ini yang menjadi panduan, semua tengok...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat. Cukup-cukup.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Menteri-menteri yang tidak hadir, bagaimana mereka boleh jawab soalan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen?

Tuan Yang di-Pertua

Okey, Yang Berhormat. Ya, Tuan Setiausaha. [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua, isu peraturan juga. Isu lain, isu lain. Saya minta maaf, bukan isu Pekan. Saya pun sudah bosan dengan Pekan. Sudah meluat dengan Pekan. Saya telah masukkan satu notis di bawah Peraturan Mesyuarat 18 kerana kelmarin saya telah menerima satu video TikTok

mengenai empat pelajar yang belajar di Ukraine. Semuanya gadis remaja yang menangis dan meminta bantuan Kerajaan Malaysia untuk membawa mereka balik dari Ukraine. Dalam video itu, mereka bercakap dalam bahasa Tamil. Saya akan hantar video itu kepada Tuan Yang di-Pertua. Di mana mereka merayu, menangis dan mengatakan bahawa mereka tidak ada makanan, sedang berlindung di suatu tempat. Tidak ada air juga untuk mereka minum dan juga mereka merayu kepada Kerajaan Malaysia untuk membawa mereka balik ke Malaysia dengan segera. Jadi, saya cuma risau tentang pelajar-pelajar Malaysia keseluruhannya yang belajar di Ukraine. Apakah tindakan yang akan diambil oleh kementerian dan kerajaan untuk membawa mereka dengan selamat? Jadi, saya berpandangan bahawa perkara ini ialah perkara tertentu, berkenaan kepentingan orang ramai yang perlu disegerakan. Saya mohon supaya Tuan Yang di-Pertua mempertimbangkan usul ini, membenarkan perkara ini dibahaskan.

Tuan Yang di-Pertua

Saya difahamkan usul Yang Berhormat diterima oleh pejabat saya pada pukul 11 pagi tadi lah.

Baru pagi tadi saya masukkan.

Tuan Yang di-Pertua

Biar saya teliti dahulu dan saya akan buat keputusan. Terima kasih Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Usul — Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan AgongMotion

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah; “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam persidangan Parlimen memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Kelima Parlimen yang Keempat Belas”. [8 Mac 2022]

Tuan Yang di-Pertua

Kita sambung perbahasan Titah Diraja. Pembahas- pembahas hari ini terdiri daripada Yang Berhormat–Yang Berhormat berikut. Akan dimulakan oleh Yang Berhormat Dungun, disusuli oleh Yang Berhormat– Yang Berhormat Sungai Siput, Keningau, Lanang, Tanjong Manis, Selangau, Bachok, Tanjung Malim, Setiu, Stampin, Cameron Highlands, Sekijang, Kemaman, Sandakan, Balik Pulau dan akhir sekali, Kangar. Untuk meneruskan, saya menjemput Yang Berhormat Dungun sekarang. 15 minit Yang Berhormat.

Bismillahi Rahmani Rahim. [Membaca sepotong doa] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas pada Penggal Ke-5 bagi merakamkan ucapan menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas keprihatinan dalam ucapan baginda pada pembukaan Penggal Kelima Dewan ini baru- baru ini. Baginda menyentuh pelbagai perkara melibatkan kebajikan dan keperluan rakyat, lebih-lebih lagi dalam kita melalui pandemik COVID-19 yang menyaksikan puluhan ribu kes dicatatkan setiap hari. Benarlah kata pepatah, “Raja payung rakyat” yang menzahirkan betapa fungsi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah signifikan dalam memayungi rakyat jelata dalam banyak aspek. Tuan Yang di-Pertua, pertama saya ingin untuk bangkitkan berkaitan isu infrastruktur di Dungun. Untuk permulaan perbahasan saya hari ini, saya ingin membangkitkan beberapa isu berkenaan masalah tempat yang berlaku di Parlimen Dungun yang saya wakili. Pertamanya, Balai Polis Kuala Jengai, Dungun. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, saya ingin memaklumkan bahawa Balai Polis Kuala Jengai, Dungun ini sudah banyak kali ditenggelami oleh banjir. Termasuk yang berlaku pada baru-baru ini, bahkan balai polis ini di antara yang teruk terjejas. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] Apabila hujan berterusan pada 27 Februari 2022 lalu, menyebabkan balai dan kuarters yang menempatkan 10 orang anggota dan 23 ahli keluarga itu mula dinaiki air jam 10 pagi. Ini yang menyebabkan balai polis ini yang sepatutnya menjadi tempat bagi seluruh anggota polis menjadi first responder, dengan izin, kepada isu banjir di Hulu Dungun dan juga khususnya di Kuala Jengai. Akan tetapi mereka sendiri pun terpaksa menyelamatkan diri dan menyelamatkan dokumen-dokumen yang penting. Oleh itu, saya pohon supaya satu Balai Polis Kuala Jengai ini dibina yang baru supaya ia dapat berfungsi sebagai first responder, dengan izin, bila berlaku banjir yang teruk dan besar di Hulu Dungun. Saya berharap pihak Kementerian Dalam Negeri mengusahakan secepat mungkin untuk memastikan bahawa kepentingan penduduk setempat dapat diurus dengan baik. Berdasarkan kepada kemampuan pegawai dan anggota polis serta keluarga mereka dalam menguruskan isu yang berkait dengan banjir. Apabila mereka dapat untuk berada dalam sebuah balai dan kuarters yang lebih selesa, yang selamat, maka tentulah mereka dapat memberikan pertolongan kepada penduduk kampung yang terjejas banjir. Kedua ialah benteng di Sungai Dungun, khususnya di Kampung Sungai Buaya. Benteng di Sungai Dungun yang menjadi pengadang kepada air pasang tinggi telah rosak baru-baru ini. Seterusnya, mengakibatkan air masuk ke dalam Kampung Sungai Buaya dan berpotensi menyebabkan musibah kepada penduduk-penduduk di sekitar Sungai Dungun ini. Saya berharap pihak Kementerian Alam Sekitar dan Air dapat memperbaiki secepat mungkin benteng ini bagi menghalang kemalangan jiwa. Laporan terhadap masalah ini telah disampaikan kepada JPS Daerah Dungun tetapi masih belum mendapat apa-apa respond dan tindakan setakat ini. Ketiga, jalan yang rosak di Kampung Jongok Batu, Dungun. Jalan utama menghubungkan penduduk di Hulu Dungun ke Pasir Raja di Kampung Jongok Batu, Dungun yang baru diperbaiki pada akhir tahun lepas, kembali rosak kerana gelombang banjir yang melanda baru-baru ini. Jalan terbabit runtuh sejak 2019 kesan daripada aliran

air banjir yang menyebabkan kawasan bawah tanah terhakis teruk. Saya berharap kementerian berkenaan mengambil inisiatif dalam memperbaiki jalan ini secepat mungkin untuk kemudahan penggunaan oleh rakyat di kampung sekeliling.

Seterusnya berkaitan dengan pemecah ombak di muara Sungai Dungun, di belakang Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kwang Hwa, Dungun. Saya ingin membawa perhatian Dewan yang mulia ini berkenaan pembinaan pemecah ombak di muara Sungai Dungun Terengganu yang terletak di belakang Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kwang Hwa, Dungun. Sehingga hari ini saya dimaklumkan projek ini sudah mendapat kelulusan. Namun, perkembangannya masih lagi tidak diketahui sehingga kini kerana dengan ketiadaan benteng ini akan menyebabkan hakisan tanah terus berlaku. Saya memohon perhatian daripada pihak yang berkuasa untuk memaklumkan apakah status benteng ini pada waktu sekarang ini? Tuan Yang di-Pertua, seterusnya isu kenaikan inflasi di Terengganu. Walaupun secara umumnya inflasi di Terengganu adalah sama trendnya dengan negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia, namun perubahan kadarnya adalah amat membimbangkan dan memperlihatkan peningkatan kos sara hidup yang ketara di negeri ini. Faktanya, kadar inflasi Terengganu telah mengatasi paras inflasi Semenanjung Malaysia sejak Julai 2020. Bagi tempoh sebelum itu, kadar inflasi Terengganu adalah yang terendah iaitu di kedudukan antara yang kesembilan dan ke-11 berbanding kesemua 11 buah negeri atau kumpulan negeri di Semenanjung Malaysia. Sebaliknya, bermula Julai 2020 kadar inflasi Terengganu termasuk dalam kelompok yang teratas di kedudukan keempat bagi tempoh Julai hingga November 2020. Seterusnya di tempat ketiga pada Disember 2020 dan kemudiannya di tempat paling atas sejak Januari 2021. Sekiranya trend ini berterusan, dijangkakan julat perbezaan kadar inflasi Terengganu dan Semenanjung Malaysia akan terus melebar. Adalah amat canggung apabila Terengganu sebuah negeri dengan paras perbandaran yang sederhana mempunyai kadar inflasi yang lebih tinggi berbanding negeri-negeri dengan paras perbandaran yang lebih tinggi seperti Johor, Melaka, Pulau Pinang, Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur. Walaupun purata indeks harga pengguna tahunan Terengganu adalah yang terendah dan menunjukkan harga barangan dan perkhidmatan di negeri ini masih rendah berbanding negeri-negeri lain, namun dengan trend inflasi seperti yang dihuraikan sebelum ini, tidak mustahil situasi akan berubah jika masih tiada perhatian dan pendekatan yang munasabah diberikan oleh pihak berkuasa. Susulan isu geopolitik antarabangsa terutamanya yang sedang berlangsung seperti peperangan antara Rusia dan Ukraine serta bencana alam seperti banjir besar yang melanda di beberapa buah negeri dan daerah dalam negeri Terengganu, ia pasti akan memberikan kesan terhadap harga dan rantaian bekalan makanan dan bahan mentah. Ini sekali gus menyumbang kepada kenaikan harga barangan dan perkhidmatan dalam pasaran tempatan dalam tempoh jangka masa ke hadapan ini. Saya berharap jalinan erat dapat dibuat di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Terengganu melalui jabatan-jabatan dan agensi-agensi yang berkaitan untuk menanganinya dengan berkesan dan secara lebih menyeluruh kerana kadar inflasi ini mempunyai kaitan yang amat rapat dengan kadar pertumbuhan ekonomi dan kadar pengangguran. Adalah dikhuatiri sekiranya tiada langkah wajar diambil segera, hal ini akan menjejaskan sasaran Kerajaan Negeri Terengganu untuk mencapai pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) antara 3.0 peratus hingga 3.4 peratus dan menyediakan peluang-peluang pekerjaan pada tahun 2022 seperti yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu semasa membentangkan Belanjawan 2022 Terengganu Darul Iman pada 15 November lalu.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, agensi Sekuriti Bekalan Makanan. Bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan makanan, setiap negara perlu mempunyai sekuriti makanan. Sekuriti makanan bermakna semua orang pada setiap masa boleh memperoleh makanan yang mencukupi untuk meneruskan hidup yang sihat dan aktif. Bagi menjamin sekuriti makanan sesebuah negara, kerajaan perlu memainkan peranan penting dalam menjamin bekalan makanan mencukupi. Pada waktu ini, negara kita masih lagi ketiadaan agensi khusus yang bertanggungjawab untuk jaminan bekalan makanan ketika beberapa buah negara lain telah menubuhkan agensi sama bagi menangani isu itu termasuk Singapura yang mempunyai Agensi Makanan Singapura (SFA) sejak 1 April 2019. Cadangan saya ini membolehkan penubuhan agensi ini sebagai suatu badan berkanun yang bertanggungjawab terhadap akses jaminan bekalan dan simpanan makanan dalam negara. Agensi ini boleh membina kerjasama dengan pemain-pemain industri pertanian bagi kepelbagaian sumber makanan import dan tempatan serta memastikan kelangsungan rantaian bekalan keselamatan makanan yang bermula dari ladang atau bendang sawah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Minta Yang Berhormat rumuskan Yang Berhormat.

Saya ingin mencadangkan agensi ini; (i) melakukan jaringan kerjasama dengan industri perniagaan berasaskan makanan untuk memanfaatkan teknologi bagi meningkatkan produktiviti; (ii) menjalankan penyelidikan berterusan untuk membangunkan inovasi produk berasaskan makanan yang boleh dikomersialkan; (iii) memangkin transformasi industri untuk memastikan keselamatan makanan dapat dijamin dan terjaga. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Sungai Siput, 15 minit.

Tuan Kesavan a/l SubramaniamPKR · PHSungai Siput

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua mengizinkan Sungai Siput mengambil bahagian dalam perbahasan Menjunjung Kasih Titah Diraja. Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada Tuhan di atas limpah kurnia-Nya mengizinkan Sungai Siput mewakili rakyat Sungai Siput mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Tuan Yang di-Pertua, Titah Tuanku, Perkara 74. Baginda serius isu rasuah yang berlaku dan menegur Ahli-ahli Parlimen serta pemimpin-pemimpin politik yang siang dan malam asyik mencaturkan permainan politik sehinggakan mengabaikan tumpuan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi rakyat ketika ini khususnya banjir dan COVID-19, masalah kesihatan. Dalam keadaan negara sedang menghadapi gelombang COVID-19, varian Omicron yang kian mengancam nyawa manusia, pemimpin-pemimpin parti-parti politik tertentu pula mencaturkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor kononnya untuk kestabilan politik.

Tuan Kesavan a/l SubramaniamPKR · PHSungai Siput

Ini jelas bercanggah dengan amalan sistem demokrasi dan Raja Berperlembagaan, di mana rakyat negeri Johor memilih kerajaan pada PRU 14 bagi tempoh lima tahun yang berakhir pada Jun 2023. Tuan Yang di-Pertua, teguran dan ingatan Tuanku tepat pada masanya. Enough is enough, cukup itu cukuplah. Jangan pula

Tuan Kesavan a/l SubramaniamPKR · PHSungai Siput

ada lagi percaturan bubar DUN negeri seterusnya bagi memenuhi nafsu kuasa pemimpin- pemimpin tertentu. Tuan Yang di-Pertua, bersesuaian dengan teguran dan nasihat Tuanku, saya ingin merujuk buku Thirukkural yang ditulis oleh Thiruvalluval 2000 tahun yang lalu. Thirukkural adalah panduan hidup, the art of living. Jadi, saya rujuk tajuk Kural 549, just rule, hanya memerintah, ayat 549 yang berbunyi begini dalam bahasa Tamil. [Bercakap dalam bahasa Tamil] yang membawa maksud “The duties of a King are protecting his subject from enemies and punishing the wrong does”. Dalam bahasa, “Tugas seorang Raja adalah melindungi rakyatnya daripada musuh dan menghukum orang yang bersalah”. Itu terjemahan Thirukkural, ayat 549. Seterusnya ayat 544, “The world respect the King who rules justice for the welfare of the people”. “Dunia menghormati Raja yang memerintah dengan adil dan kesejahteraan rakyat”. Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku. Tuan Yang di-Pertua, Titah Tuanku....

Yang Berhormat, Yang Berhormat minta penjelasan sedikit. Berkenaan isu ini, adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong itu ditujukan kepada ahli-ahli politik atau Ahli-ahli Parlimen yang telah pun dituduh di mahkamah dan ada juga yang disabitkan seperti Yang Berhormat Pekan dan Yang Berhormat Bagan Datuk dan dalam masa yang sama, saya ingin tanya Yang Berhormat tentang satu lagi pepatah ataupun kenyataan dalam bahasa Tamil dengan izin Tuan Yang di-Pertua yang berbunyi seperti berikut. [Bercakap dalam Bahasa Tamil] Minta penjelasan Yang Berhormat. Terima kasih. Bermaksud dalam Bahasa Malaysia, sekiranya pencuri dan perompak tidak bertaubat, kita tidak boleh melenyapkan orang-orang yang merompak, mencuri dan pada masa yang sama pengundi-pengundi juga perlu sedar kalau mereka tidak keluar mengundi dan menukar menyokong Harapan, maka kejadian-kejadian ahli-ahli politik yang melakukan perkara-perkara seperti ini akan terus berlaku. Terima kasih.

Tuan Kesavan a/l SubramaniamPKR · PHSungai Siput

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Tuanku dalam titah beliau tidak menujukan kepada mana-mana individu. Jadi mereka yang terasa, “siapa makan cili, dialah terasa pedas”. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin tumpu kepada beberapa isu kawasan di Parlimen Sungai Siput. Titah Tuanku, perkara 29 dan 30 iaitu penyediaan infrastruktur luar bandar yang lebih baik dan berkualiti. Ketidakseimbangan pembangunan dan ekonomi semua etnik seperti Orang Asli hendaklah dikurangkan bagi memastikan kemakmuran negara dinikmati oleh semua secara adil. Tuan Yang di-Pertua, sejak kebelakangan ini, timbul kesedaran daripada kalangan masyarakat Orang Asli Parlimen Sungai Siput untuk menuntut pampasan terhadap kawasan atau tanah rizab asli apabila kawasan tersebut terlibat dengan projek pembangunan kerajaan negeri mahupun swasta, termasuk pemimpin-pemimpin parti politik atau wakil rakyat di DUN Lintang, Parlimen Sungai Siput. Saya mahu penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri yang berkaitan, khususnya Menteri Pembangunan Luar Bandar dalam perkara yang dibangkitkan masyarakat Orang Asli Sungai Siput. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya rujuk Titah Tuanku perkara 30, penyediaan tempat tinggal yang selesa dan kondusif juga perlu diperluaskan melalui penyediaan bantuan bina baru serta pembaikan rumah yang uzur terutamanya kepada golongan miskin dan kurang berkemampuan agar mereka juga dapat menjalani kehidupan yang lebih sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, di Parlimen Sungai Siput ramai golongan miskin dan miskin papa kedana wajar dibantu membina rumah kos rendah di Parlimen Sungai Siput. Tuan Yang di-Pertua, di Parlimen Sungai Siput kira-kira 600 ketua isi rumah daripada 2,500 ketua isi rumah dari kalangan masyarakat asli tidak memiliki rumah dan mereka terpaksa kongsi kelamin dengan ahli keluarga mereka yang lain. Saya merayu kepada JAKOA dan

Tuan Kesavan a/l SubramaniamPKR · PHSungai Siput

Menteri Pembangunan Luar Bandar, mengambil maklum perkara ini. Laksanakanlah seruan Titah Tuanku, penyediaan tempat tinggal yang selesa untuk golongan ini. Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada NGO, Insaf Malaysia yang sangat prihatin berjanji membina lima buah rumah baru bagi masyarakat Orang Asli di Kampung Ulu Cenin, Kampung Kajang, Kampung Kemboh, Kampung Pos Pui dan Pos Biah, sebelum hari raya tahun ini. Terima kasih kepada NGO Insaf Malaysia. Tuan Yang di-Pertua seterusnya saya ingin menyentuh isu Unit Dialisis Hospital Sungai Siput. Sebulan yang lalu saya ziarah keluarga Makcik Saitom binti Abdul Aziz yang berumur 66 tahun di Kampung Puluh Satu, Sungai Siput. Makcik Saitom binti Abdul Aziz ini dinasihatkan oleh doktor pakar hospital kerajaan untuk menjalani rawatan dialisis kerana buah pinggangnya rosak. Hospital Sungai Siput yang hanya ada 16 mesin tidak mampu membantu makcik Saitom untuk menjalani dialisis di Hospital Sungai Siput kerana senarai yang menunggu untuk rawatan ini melebihi 100 orang. Makcik ini tiada pilihan, terpaksa menjalani rawatan ini di pusat swasta yang perlu bayar hampir RM47 ribu setahun. Makcik ini tiada SOCSO, maka tiada pilihan, terpaksalah mencari duit untuk menyelamatkan nyawanya. Saya sebagai wakil rakyat turun padang membantu bagi sumbangan sebanyak RM3 ribu untuk kos rawatan selama sebulan untuk membolehkan makcik menjalani rawatan ini. Tuan Yang di-Pertua, bukan sahaja makcik ini tetapi ramai rakyat Malaysia miskin seperti makcik ini tiada harapan bantuan hospital kerajaan menjalani rawatan dialisis. Di manakah tempat teduh bagi golongan miskin pesakit seperti ini? Jawapan pastinya kerajaan. Tetapi malangnya mereka ini tiada harapan keprihatinan kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan. Saya merayu kepada Menteri Kesihatan, pandanglah kekurangan mesin dialisis di Hospital Sungai Siput demi menyelamatkan nyawa rakyat miskin yang terpaksa menjalani rawatan dialisis. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh mengenai kelulusan kepada semua produk kesihatan tanpa kajian jika ianya didaftar di bawah health supplement. Ramai penjual mengambil kesempatan jual secara online menggunakan tag kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Rakyat menjadi mangsa apabila terpengaruh dengan iklan dengan tag kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tuan Kesavan a/l SubramaniamPKR · PHSungai Siput

Saya mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri Kesihatan, adakah wujud jawatankuasa pemantau khusus pasaran ubat dalam media sosial yang kadangkala saya sendiri lihat di dalam Facebook menggunakan gambar pemimpin-pemimpin untuk mempengaruhi jualan mereka. Tuan Yang di-Pertua, isu keempat saya mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri Pendidikan berkenaan dengan tanah 2,000 ekar yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Perak kepada satu pertubuhan untuk menjana pendapatan bagi sekolah-sekolah Tamil negeri Perak bagi tujuan pembangunan pendidikan masyarakat India negeri Perak. Sudah hampir lapan tahun sehingga kini, tiada sesen pun diberikan kepada sekolah- sekolah Tamil negeri Perak. Mohon jawapan daripada Yang Berhormat Menteri Pendidikan. Seterusnya saya ingin bertanya, apakah jadi kepada bangunan baharu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Sungai Rela, Sungai Siput. Baki kerja tertinggal lima peratus sejak tahun 2017 hingga kini, belum diselesaikan. Saya telah bangkitkan perkara ini berulang kali sejak tahun 2018. Sudah hampir lebih empat tahun, tetapi sehingga hari ini tidak ada penyelesaian. Maka saya dengan tegas, mendesak Yang Berhormat Menteri Pendidikan bagi jawapan yang mempunyai asas yang ditangguhkan selama ini, padahal kerja yang tertinggal hanya lima peratus. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya minta Kementerian Dalam Negeri menyatakan jumlah anggota polis bagi Daerah Sungai Siput. Adakah jumlah anggota yang sedia ada memenuhi kriteria dengan nisbah penduduk Parlimen Sungai Siput yang kini

Tuan Kesavan a/l SubramaniamPKR · PHSungai Siput

cecah hampir 90,000 orang. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, orang kurang upaya (OKU). Di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, berapa banyakkah sekolah dirancang untuk pelajar-pelajar OKU dan berapakah bajetnya. Kanak-kanak yang dilahirkan buta, pekak, bisu, maka Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan haruslah mula menyediakan sekolah-sekolah teknologi untuk melatih anak-anak mereka ini. Mereka adalah anak-anak istimewa. Tuan Yang di-Pertua, ibu bapa yg mempunyai anak istimewa ini menghadapi cabaran besar untuk membesarkan anak-anak ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Rumuskan Yang Berhormat.

Tuan Kesavan a/l SubramaniamPKR · PHSungai Siput

Saya mohon Menteri berkenaan, apakah rancangan kerajaan masa hadapan golongan ini. Dengan ini saya menyokong, menjunjung kasih titah Diraja. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Keningau, 20 minit selaku ketua parti.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahas titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong tengah hari ini. Terima kasih. Pertama, saya ingin membangkitkan isu cadangan kerajaan baru-baru ini untuk mengeluarkan kad warga asing di Sabah. Cadangan ini walaupun mungkin baik, tetapi amat sensitif dari segi persepsi warga Sabah. Ini disebabkan pengalaman yang pahit bagi mereka di mana sebelum ini ada projek IC, selepas itu ada PSS iaitu pas sementara yang diberikan kepada warga asing, terutama sekali kepada pendatang tanpa izin. Oleh sebab itu mereka mentah-mentah menolak apa juga cadangan kalau disebutkan isu kad. Tuan Yang di-Pertua, walaupun ini adalah sensitif dan kontroversi dan sering kali dipolitikkan, tetapi isu ini, masalah ini perlu diselesaikan dengan segera, dengan holistik dan dengan muktamad sebab kalau tidak, ini akan lebih membahayakan kepada negeri Sabah, kepada Malaysia dari segi keselamatan, dari segi ekonomi, dari segi politik dan apatah lagi baru-baru ini kita telah mendengar kumpulan Sulu telah menuntut membawa kes tuntutan mereka ke Mahkamah di Spain di Madrid dan mereka telah diberi keputusan, di mana mereka berhak menuntut tidak kurang dari RM62 bilion daripada Malaysia. Jadi, ini merisaukan rakyat Sabah dan membimbangkan mereka dan perlu ada penjelasan daripada Kerajaan Malaysia. Apakah pendirian Kerajaan Malaysia tentang tuntutan ini, kes mahkamah ini. Siapakah sebenarnya yang dalang untuk membawa kes ini ke Madrid. Saya setuju dengan Yang Berhormat Kota Belud bahawa isu ini adalah isu yang penting dan perlu disegerakan kerana Malaysia diminta supaya memberi penjelasan dan jawapan dalam tempoh satu bulan. Tadi, saya menyokong saranan beliau supaya perkara ini dibahas dalam Dewan yang mulia ini. Walau bagaimanapun, sementara itu isu warga asing di Sabah perlu diselesaikan dan saya telah mendengar banyak keluhan daripada rakyat supaya IC Sabah dikeluarkan bukan kad warga asing. Akan tetapi dalam pandangan saya, saya menyokong supaya satu exercise, satu kajian dibuat untuk mendatakan to do census pendataan setiap warga asing di Sabah agar kita dapat menangani isu ini. Tanpa data, kita tidak akan dapat menyelesaikan masalah ini sebab kita tidak tahu berapa ramai, mereka di mana, kerja mana, alamat mana dan sebagainya dan siapa mereka. Maka itu, kerajaan negeri baru-baru ini telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menangani masalah ini dan termasuk juga cadangan meluarkan kad warga asing.

Pandangan saya ialah kerjasama di antara kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat harus dibuat dan saya minta supaya kuasa yang penuh diberikan kepada kerajaan negeri untuk menangani isu ini dan juga sokongan yang penuh daripada semua agensi federal dan penguat kuasa di Sabah. Dengan itu kita dapat menjalankan pendataan ini dengan baik dengan kerjasama dan penglibatan semua pihak. Kita mencadangkan supaya semua stakeholders agensi-agensi kerajaan penguat kuasa, badan-badan NGO...

Yang Berhormat Keningau, penjelasan.

...pemimpin-pemimpin politik juga dilibatkan supaya penyelesaiannya boleh diterima oleh semua pihak.

Yang Berhormat Keningau, penjelasan, boleh?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Tuaran, mohon mencelah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Tuaran.

Okey. Yang Berhormat selaku Timbalan Ketua Menteri Sabah dan telah pun dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa sepertimana yang telah Yang Berhormat nyatakan tadi. Adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa dalam usaha mencari penyelesaian tuntas dalam masalah kebanjiran pendatang tanpa izin di Sabah, kita hendaklah merujuk kepada empat kategori pendatang asing tanpa izin di Sabah: (i) pendatang asing tanpa izin yang datang tanpa dokumen dan menduduki Sabah; (ii) pelarian perang Filipina; (iii) Stateless Childrens (iv) penduduk Sabah yang telah mendapat dokumen kewarganegaraan yang diragui.

Jadi, cerita Yang Berhormat tadi dalam hal sama ada mengadakan banci ataupun dalam hal pemberian kad warganegara ini, Yang Berhormat merujuk kepada kumpulan mana ini? Yang pertama tadi PTI kah, yang pelarian perang Filipina kah atau yang stateless kah ataupun kategori yang keempat yang mempunyai dokumen kewarganegaraan yang diragui? Mana satu Yang Berhormat?

Okey, terima kasih. Kita akan menyelesaikan masalah secara menyeluruh dan pendirian kerajaan negeri dan pusat adalah untuk menangkap dan mengusir pendatang asing tanpa izin. Yang lain-lain itu akan kita duduk bersama dengan Yang Berhormat juga untuk mencari penyelesaian supaya kita akan dapat menangani masalah ini dengan bersama. Terima kasih. Saya juga ingin menyentuh sedikit tentang isu hak kewangan Sabah di mana setiap tahun kita mendengar Sabah ini paling miskin, lapan daripada 10 daerah paling miskin di Malaysia adalah di Sabah. Baru-baru ini terdengar pengumuman daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak yang mana beliau telah mengumumkan ada pembayaran geran khas 40 peratus yang akan dibayar lima kali ganda daripada apa yang sedang dibayar sekarang. Ini adalah berita yang baik. Walau bagaimanapun, bila mana kita dengar...

Penjelasan, Yang Berhormat Keningau.

...Lima kali ganda RM26.7 juta itu hanyalah RM133.5 juta. Persoalan saya adakah ini mengganti tuntutan hak kita ke atas 40 peratus hak kewangan berasaskan daripada Artikel 112C dan 112D dalam perlembagaan. Saya harap ini tidak menjejaskan tuntutan itu dan saya juga melihat ini...

...Sebenarnya keputusan yang tidak asas. Ada dua asas sahaja yang kita boleh gunakan di sini...

Penjelasan Yang Berhormat fasal kemiskinan tadi.

...Iaitu satu, membayarkan dan memenuhi keperluan Perlembagaan iaitu 40 peratus hasil bersih ataupun gunakan formula yang ditentukan pada tahun 1969, 48 tahun yang lalu di mana pembayaran RM20 juta dan meningkat 7.5 peratus setiap tahun sehinggalah RM26.7 juta.

Penjelasan Yang Berhormat, boleh?

Dalam perlembagaan, dia mengatakan sekiranya tidak ada financial review, formula yang lalu boleh digunakan. Jadi kalau kita berasaskan kepada formula itu, amaun yang patut dibayar sekarang iaitu RM26.7 juta naik cumulatively 7.5 peratus setiap tahun, 48 tahun sepatutnya yang dibayar pada tahun ini, pada hari ini adalah lebih kurang RM1 bilion. Ini saya rasa boleh diangkat oleh Kerajaan Pusat. Saya juga ingin menyentuh sedikit tentang...

Boleh mohon penjelasan tentang kemas kini itu?

Saya tidak ada masa ini. Saya perlu habiskan poin saya di sini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Tidak bagi.

Boleh Yang Berhormat? Bagi atau tidak bagi, Yang Berhormat?

Saya bersetuju dengan rakan-rakan saya yang lain di mana kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak harus ditingkatkan untuk dikembalikan kepada nisbah satu pertiga ataupun 35 peratus daripada jumlah keseluruhan. Jumlah keseluruhan pada hari ini adalah 222 kerusi. Daripada 222 kerusi ini, Semenanjung mempunyai...

Boleh atau tidak boleh?

...167 kerusi. Maksudnya ia merupakan 75 peratus dan Sabah dan Sarawak hanya 25 peratus kerusi secara total. Jadi ini adalah terlalu rendah, 10 peratus lebih rendah daripada yang sepatutnya iaitu 35 peratus. Jadi, saya menyokong saranan ini keadaan sepatutnya Sabah dan Sarawak mempunyai kerusi yang lebih, mungkin bertambah 28 kerusi lagi. Kawasan Daerah Tambunan dan Daerah Punus sekarang pun satu-satu daerah yang tidak ada kerusi Parlimen dan seharusnya mempunyai kerusi Parlimen demi untuk pembangunan di daerah itu. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh sedikit tentang isu pembangunan di mana kerajaan negeri baru-baru ini telah melancarkan Sabah Maju Jaya

sebagai rangka pembangunan negeri. Memfokuskan kepada pertanian, pelancongan, industri dan sebagainya dan pendigitalan. Bila mana pengumuman ini dibuat, pelabur-pelabur asing dari luar seperti China, Eropah dan sebagainya telah menarik minat dan mencadangkan beberapa pelaburan. Antara pelaburan ini memerlukan keputusan dan sokongan daripada Kerajaan Pusat. Sebagai contoh, untuk menubuhkan, mewujudkan satellite station di Sabah supaya boleh mewujudkan connectivity 5G tanpa mendirikan tower-tower tetapi lari kepada satelit. Adakah kerajaan terbuka untuk menyokong dan meluluskan cadangan ini? Tuan Yang di-Pertua, saya juga meminta dan menyokong saranan Tuan Yang Terutama mengenai politik. Kurangkan politik. Saya rasa ini satu saranan yang baik dan tumpukan kepada pembangunan dan menyelesaikan masalah. Saya harap konsep Keluarga Malaysia ini dapat diamalkan oleh semua pihak kerana ini akan memberikan kita satu perasaan kekitaan dan kita boleh bekerjasama sebagai keluarga dan menghormati antara satu dengan yang lain. Dengan ini, kita boleh duduk bersama dan tidak buang masa untuk berpolitik dan bersengketa antara satu dengan yang lain. Maka itu saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Yang Berhormat Keningau? Yang Berhormat Keningau.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, Yang Berhormat Keningau.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Saya hendak tanya soalan boleh? Tuan Yang di-Pertua, boleh?

Masih dalam masa saya, silakan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Silakan, ada masa lagi.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Tadi saya mengikuti perbahasan Yang Berhormat Keningau. Saya mendapati bahawa Yang Berhormat Keningau tidak ada sentuh fasal perjanjian Nature Conservation Agreement (NCA) yang isu carbon credit ini. Saya harapkan Yang Berhormat Keningau memberikan pandangan bahawa— adakah Yang Berhormat Keningau berpandangan bahawa Kerajaan Persekutuan dalam proses menggubal undang-undang untuk carbon credit untuk seluruh Malaysia ini harus engagement dengan Negeri Sabah dan kalau boleh ini seharusnya diletakkan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Kota Kota Kinabalu. Sila, Yang Berhormat Keningau.

Terima kasih. Oleh sebab ini kes ada kes di mahkamah, saya tidak boleh menjawab isu ini. Nanti sub judice pula. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Lanang.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Lanang untuk mengambil peluang dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong atas titah Tuanku di Dewan ini.

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang diketahui, Ketua Wilayah di Sarawak tidak digelar sebagai Ketua Menteri lagi tetapi Premier Sarawak mulai 1 Mac 2022. Adakah Kerajaan Persekutuan akan menyusulkan rang undang-undang baharu pindaan Perlembagaan Persekutuan di dalam Perkara 160 untuk menambah dan menguatkuasakan takrifan ‘Premier Sarawak' sebagai gelaran mewakili Ketua Wilayah Sarawak. Jika ya, bilakah ia akan diusulkan memandangkan Wilayah Sarawak sudah mula menggunakan gelaran tersebut sejak 1 Mac 2022 ini? Saya mengingatkan Kerajaan Persekutuan bahawa tanpa Pindaan Perlembagaan Persekutuan, gelaran ‘Premier’ tidak membawa maksud sebenar kepada mana-mana pihak tetapi hanya syok sendiri oleh Premier Sarawak sendiri. Jangan beliau hanya dikenali sebagai Premier di Sarawak, tetapi melangkah keluar, beliau hanya Ketua Menteri sama seperti ketua negeri-negeri yang lain. Paling penting, adakah gelaran Premier Sarawak ini di Malaysia akan mempercepatkan proses pengembalian hak-hak dan kuasa Sarawak kepada anak Sarawak. Saya menyeru Kerajaan Persekutuan supaya mempercepatkan pengembalian hak autonomi kepada Wilayah Sarawak sekurang-kurangnya hak pendidikan dan kesihatan. Mereka dapat melakukan langkah pertama dengan meminda perlembagaan dan memasukkan kesihatan dan pendidikan sebagai tanggungjawab bersama antara Persekutuan dan Wilayah. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menekankan isu aplikasi MySejahtera yang banyak kali saya bangkitkan di Dewan yang mulia ini. Sudah lebih dua tahun MySejahtera ini digunakan di Malaysia tetapi masih banyak masalah yang tidak dapat diselesaikan dengan segera. Walaupun kiosk bantuan MySejahtera telah diadakan, tetapi belum ada lagi di Sarawak. Rakyat Sarawak yang mempunyai pelbagai masalah teknikal di aplikasi MySejahtera hanya dapat membuat aduan melalui helpdesk. Malangnya, pengadu- pengadu memaklumkan kepada saya bahawa walaupun mereka telah menghubungi helpdesk MySejahtera berkenaan masalah-masalah yang dihadapi, namun tiada sebarang maklum balas diterima ataupun mengambil masa yang sangat lama untuk penyelesaian. Ramai yang tidak dapat meneruskan aktiviti harian akibat kegagalan MySejahtera mengemas kini status vaksinasi, sijil vaksin digital hilang ataupun kesalahan maklumat di profil mereka. Ditambah pula dengan helpdesk yang tidak dapat dihubungi. Saya menggesa kerajaan supaya melayan Sarawak secara adil dengan juga menubuhkan kiosk-kiosk bantuan fizikal di MySejahtera di seluruh Sarawak dengan secepat mungkin untuk membantu rakyat Sarawak menangani segala masalah teknikal MySejahtera yang dihadapi oleh mereka termasuk masalah isu Sijil Vaksinasi Digital yang timbul dari Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Industri. Saya juga ingin memohon penjelasan daripada kerajaan sama ada MySejahtera akan terus digunakan selepas ini kerana selepas pengumuman yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semalam, rakyat pun sekarang sangat keliru dengan penggunaan aplikasi MySejahtera selepas 1 April 2022. Jadi, saya minta satu garis panduan yang tepat dikeluarkan supaya rakyat tidak terus di saman kerana tidak mematuhi SOP. Seterusnya, saya ingin menyentuh isu Program Vaksinasi. Program Vaksinasi bagi anak-anak yang berumur lima tahun hingga 11 tahun baru bermula pada bulan lepas. Akan tetapi, masih ada ramai ibu bapa yang tidak membenarkan anak-anak mereka menerima suntikan vaksin kerana risau tentang keselamatan dan kesihatan anak mereka. Ada juga sebilangan ibu bapa yang sedang menunggu vaksin Sinovac berbanding dengan vaksin Pfizer. Menurut kajian oleh kumpulan penyelidik di New York State, vaksin Pfizer kurang berkesan di kalangan kanak-kanak berumur lima tahun hingga 11 tahun kerana pantas hilang sebahagian besar keberkesanannya untuk mencegah jangkitan selepas satu tempoh masa yang singkat. Jadi, adakah kerajaan akan mengkaji dos vaksin penggalak atau dos vaksin alternatif untuk kanak-kanak dalam negara kita.

Memandangkan kerajaan juga telah meluluskan dan mula pemberian vaksin Sinovac kepada kanak-kanak berumur lima tahun hingga 11 tahun pada bulan ini, mengapakah kerajaan tidak meluluskan pemberian vaksin Pfizer dan Sinovac dengan serentak supaya ibu bapa mempunyai pilihan sebelum anak-anak mereka menerima vaksin COVID-19? Bagi kanak-kanak yang telah menerima dos pertama Pfizer, sekiranya ibu bapa kanak-kanak tersebut berasa kurang yakin atau tidak bersetuju untuk memberikan vaksin Pfizer, adakah mereka diberi peluang untuk memilih Sinovac sebagai dos kedua kepada anak-anak mereka? Selain itu, saya juga ingin tanya sama ada Kerajaan Persekutuan akan memberi keutamaan atau prioriti kepada Sarawak untuk mendapatkan bekalan pil antiviral Paxlovid keluaran Pfizer bagi rawatan COVID-19. Adakah pil tersebut juga sesuai digunakan untuk rawatan COVID-19 bagi kanak-kanak? Tuan Yang di-Pertua, saya memahami ibu bapa berkemungkinan cenderung untuk mengambil pendekatan ‘tunggu dan lihat’ kerana beberapa faktor seperti keselamatan dan keberkesanan vaksin dalam kalangan anak mereka. Justeru, saya menyeru kerajaan supaya memberi lebih banyak maklumat terbaik dan terkini berhubung program vaksinasi dan juga memaparkan data atau statistik yang konkrit bagi memberi keyakinan kepada ibu bapa supaya mendaftarkan anak mereka untuk mendapatkan vaksin COVID-19. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bangkitkan ujian test kit yang dijual di pasaran. Sudah terdapat banyak kes yang dilaporkan fake negative atau fake positive. Kalau fake positive sekurang-kurangnya penguji boleh kuarantin sendiri di rumah. Akan tetapi kalau fake negative, penguji tidak akan menjalankan kuarantin dan masih ke sana dan ke sini. Ini mungkin akan menyebarkan virus COVID-19 kepada orang lain. Oleh itu, saya ingin tahu apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh kerajaan untuk memastikan test kit yang digunakan memberi keputusan yang lebih tepat dan jualan test kit di pasaran tidak membekalkan test kit parallel import atau test kit yang tidak mendapat kelulusan daripada KKM. Tuan Yang di-Pertua, saya telah menerima banyak aduan daripada guru-guru interim bahasa Inggeris lantikan 2019 mengenai sebelum ini Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah mengumumkan bahawa golongan mereka akan ditemu duga pada bulan Mac sebagai langkah dilantik sebagai guru tetap sekolah kerajaan. Akan tetapi, sejak kebelakangan ini, kebanyakan dalam kalangan mereka terkejut dan berasa sangat kecewa kerana SPP telah menolak temu duga tersebut melalui satu emel hanya kerana mereka tidak memenuhi peperiksaan CEFR C1 (MUET Band 5). Saya dimaklumkan bahawa, SPP wujud double standard dalam hal ini kerana peperiksaan CEFR C1 (MUET Band 5) ini tidak digunakan sebagai penanda aras atau benchmark untuk pengambilan guru one-off dan pengambilan guru interim bahasa Inggeris pada tahun lepas. Saya ingin mohon penjelasan tentang perkara ini. Perlu diingatkan bahawa golongan guru interim tersebut tidak dapat menduduki peperiksaan diperlukan semasa pandemik COVID-19 yang belum pernah berlaku sebelum ini. Memandangkan kontrak mereka akan tamat pada April ini, saya menggesa agar kerajaan tarik balik atau kaji semula kriteria pengambilan ini dan memberi ruang masa yang lebih untuk mereka menduduki peperiksaan yang diperlukan ataupun menapis kumpulan calon guru yang berhasrat tinggi ini melalui satu proses temu duga supaya mereka ditempatkan ke perjawatan tetap demi kelangsungan sistem pendidikan negara. Saya ingin membangkit isu kesesakan lalu lintas yang menjadi satu isu yang teruk di Sibu terutama di kawasan, Permai, Lanang dan sebagainya. Sejak tahun 2013, saya telah meminta supaya satu flyover dibina di Sibu untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Sibu. Sekarang memang ada satu flyover tetapi ia untuk Lebuhraya Pan- Borneo dan bukan untuk mengurangkan kesesakan jalan raya di bandar Sibu.

Sekali lagi saya mohon supaya Kerajaan Persekutuan untuk membuat kajian supaya membina jalan alternatif atau flyover untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Sibu terutamanya di kawasan Lanang. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan masalah mengenai penipuan tawaran kerja di luar negara. Beberapa hari yang lepas, sepasang adik-beradik dari Sarikei, Sarawak telah terpedaya oleh iklan pekerjaan di laman web sosial yang menawarkan gaji tinggi di Thailand. Mereka turut ditahan dan pasport mereka di sita selepas mereka enggan melibatkan kerja penipuan online di sempadan Thai-Myanmar dan penjenayah memeras ugut sebanyak RM60 ribu untuk membebaskan dua orang adik- beradik tersebut.

Bulan yang lepas, saya juga menerima satu kes yang lebih kurang sama iaitu seorang penduduk Sibu menjadi mangsa kumpulan pemerdagangan manusia di Kemboja. Dia juga terpedaya dengan salah satu iklan tawaran pekerjaan palsu. Menurut ahli keluarganya, selepas mangsa tersebut sampai ke Kemboja, dia tidak diberi kerja seperti yang diiklankan tetapi dipaksa bekerja untuk pelbagai skim penipuan dalam talian (online). Maka, penjenayah terus menahan pasportnya dan mengugutnya selepas dia enggan meneruskan tugasannya. Kemudian mereka turut mengugut keluarga mangsa supaya membayar USD20,000 sebagai pampasan untuk melepaskannya. Tuan Yang di-Pertua, bagi kes penipuan kerja di Kemboja tersebut, saya pernah membawa ahli keluarga mangsa yang di Sibu membuat laporan polis. Namun, saya sangat kecewa kerana pihak polis tidak mengambil apa-apa inisiatif terhadap kes tersebut. Walaupun saya juga menghantar aduan kes tersebut melalui e-mel kepada ibu pejabat PDRM dan Pejabat Kedutaan Malaysia di Kemboja supaya mengambil langkah menyelamatkan rakyat kita di Kemboja, tetapi amat mengecewakan kami kerana akhirnya tidak mendapat sebarang respons daripada kedua-dua pihak tersebut. Cuba bayangkan mangsa-mangsa yang terbabit merupakan ahli keluarga, saudara-mara atau kawan kita. Apakah perasaan kita? Oleh itu, saya di sini ingin mendapatkan penjelasan daripada kerajaan, apakah solusi sepatutnya sekiranya PDRM dan pejabat kedutaan di negara tersebut tiada sebarang respons terhadap aduan-aduan yang dibuat? Saya juga menyeru kerajaan supaya mengambil tindakan yang proaktif untuk menangani masalah penipuan tawaran pekerjaan yang semakin kerap berlaku sejak kebelakangan ini. Tuan Yang di-Pertua, saya banyak menerima e-mel daripada rakyat dari seluruh negara tentang tuntutan RM10,000 daripada KWSP. Saya percaya semua Ahli Yang Berhormat di sini turut menerima e-mel tersebut. Saya sebagai Ahli Parlimen mempunyai tanggungjawab dan tugas untuk mendengar keluhan, rintihan serta segala permasalahan yang dihadapi oleh rakyat. Oleh itu, hari ini saya sampaikan di Dewan yang mulia ini supaya pihak kerajaan memberi pertimbangan sewajarnya. Jadi, saya berharap pihak kerajaan balik, baca semua e-mel yang dihantar iaitu tuntutan RM10,000 daripada KWSP, meneliti isu ini serta membuat pertimbangan yang sewajarnya. Selain itu, kami juga disarankan untuk menolak pindaan Akta 342. Pindaan Akta 342 dianggap tidak munasabah, tiada ada asas saintifik dan zalim. Dalam keadaan rata- rata negara beralih ke fasa endemik dan melonggarkan sekatan-sekatan walaupun dalam keadaan bilangan kes yang tinggi, pindaan akta ini adalah tidak relevan sama sekali. Ini saya amat setuju. Tambahan pula dengan double standard yang diamalkan selama ini, saya memang tidak akan menyokong pindaan Akta 342 yang menyusahkan rakyat kita. Isu seterusnya adalah isu penipuan Macau Scam. Sindiket Macau Scam telah mengaplikasikan pelbagai taktik atau muslihat untuk memancing dan memperdaya mangsa mereka. Salah satu kes terbaharu yang berlaku di Sibu pada 18 Januari tahun ini iaitu seorang suri rumah yang terbabit dengan mengalami kerugian sebanyak RM87,240 akibat diperdaya oleh sindiket Macau Scam. Mangsa tersebut telah menerima panggilan telefon yang mengatakan bahawa beliau telah didakwa membuat tuntutan insurans dalam tempoh tiga bulan. Kemudian beliau telah memberikan maklumat peribadi kepada suspek

dan diminta membuat akaun bank baharu bagi proses ikat jamin jika pendakwaan dilakukan terhadap mangsa. Beliau mendapati bahawa telah ditipu apabila suspek tersebut telah menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi lagi. Selain kes Macau Scam, penipuan love scam juga merupakan isu serius memandangkan kes semakin meningkat dalam beberapa tahun ini. Isu-isu scam ini haruslah diambil prihatin supaya dapat mengurangkan kes penipuan atas talian atau panggilan telefon yang berlaku di Malaysia. Adakah PDRM dan Jabatan Siasatan Jenayah telah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membendung isu-isu scam ini? Saya berharap PDRM dan Jabatan Siasatan Jenayah mestilah berganding bahu dan bekerjasama secara rapat dalam siasatan kes penipuan.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Yang Berhormat Lanang. Sekejap. Sini, sekejap.

Saya ada masa lagi. Okey.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Lanang, saya hendak extend, dengan izin, sampai pukul 1.00 tengah hari. Saya beri tambahan masa lima minit lagi.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Okey. Ya, ya. [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Hanya pukul 1.00 tengah hari usul yang baharu nanti hendak dibahaskan. Jadi saya benarkan tambahan lima minit lagi. Silakan.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak minta pandangan daripada Yang Berhormat Lanang dan juga kerajaan. Saya cadangkan kerajaan meletakkan billboard untuk meng-create awareness kepada rakyat, khususnya kepada kalangan ibu tunggal untuk menjauhi daripada love scam, Macau Scam dan sebagainya. Okey, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, Yang Berhormat Kepong. Sila, Yang Berhormat Lanang.

Saya setuju dengan cadangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Kepong kerana banyak mangsa scam ini adalah dari Sibu. Saya pun tidak tahu mengapa tetapi memang banyak mangsa dari Sibu dan kebanyakan adalah wanita.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tidak semestinya kaya. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, isu yang seterusnya, saya ingin menekankan isu banjir dan banjir kilat yang sering berlaku di kawasan Lanang dan Sibu. Semalam atau dua hari yang lepas di Kuala Lumpur, kita pun tengok satu hujan lebat mengakibatkan banjir-banjir di kawasan Bukit Bintang dan di kawasan Klang. Jadi di Sibu pun, setiap kali hujan lebat, penduduk- penduduk di Sibu amat risau kerana banjir kilat akan berlaku. Masalah banjir telah memberi kesan negatif yang amat ketara kepada penduduk tempatan di kawasan Lanang. Saya telah menerima banyak aduan berkenaan masalah banjir yang selalu berlaku di kawasan Lanang. Antaranya ialah Bukit Assek, Hua Kiew road , Tiong Hua road, Merlin, Sentosa, Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, Taman Sengan dan di kawasan pedalaman seperti Pulau Dudong, Sungai Assan, Salim Belalang dan sebagainya. Seperti yang diketahui, projek tebatan banjir di Sibu telah dilaksanakan sejak Rancangan Malaysia Kesembilan. Akan tetapi, tetap kerap berlakunya masalah banjir di kawasan Lanang dan Sibu. Saya ingin tahu berapakah jumlah peruntukan yang telah diperuntukkan untuk projek tebatan banjir tersebut mengikut fasa-fasa tertentu. Selain itu, saya telah pun banyak kali menyeru agar kerajaan membawa masuk pakar untuk mengkaji semula projek tersebut dan juga mencari punca utama atau sebenar masalah banjir demi menyelesaikan masalah banjir. Adakah kerajaan bercadang untuk mencari pakar untuk mencari penyelesaian banjir ini yang banyak menyusahkan rakyat?

Selain itu, sistem perparitan yang kurang efektif juga merupakan salah satu punca kejadian banjir kilat di kawasan Lanang. Oleh itu, saya ingin tahu sama ada pihak kementerian sudah atau akan melaksanakan perancangan untuk menyelenggarakan semula sistem perparitan di kawasan Lanang dan mengorek dasar sungai di Sungai Rajang dan Sungai Igan sebagai salah satu penyelesaian masalah banjir di kawasan Lanang. Saya juga berharap kerajaan dapat memberikan lebih tumpuan terhadap masalah banjir ini dan memberikan peruntukan secukupnya untuk menangani masalah banjir di kawasan Lanang. Satu lagi isu – pun tentang air iaitu tekanan air yang terlalu rendah di kawasan Lanang, di sekitar kawasan Sibu Jaya dan juga tekanan air yang sangat rendah di rumah- rumah panjang berhampiran dengan kawasan Sibu Jaya. Isu ini sudah lama berlaku dan saya ingin meminta Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk meneliti isu ini dan mencari penyelesaian dengan secepat mungkin. Saya minta kementerian untuk memberi penjelasan apakah yang telah dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Sarawak dalam mengatasi masalah ini? Baru-baru ini – sering kali kita tidak ada air di kawasan Sibu dan juga Lanang. Jadi, saya ingin tahu apakah langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah air di kawasan Sibu dan Lanang? Itu sahaja daripada saya. Saya menyokong Titah Diraja Tuanku di Dewan ini. Terima kasih. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Usul — USUL PERKARA TERTENTU BERKENAAN KEPENTINGAN ORANG RAMAI YANG BERKEHENDAK DISEGERAKAN DI BAWAH P.M. 18(1): Banjir Kilat Di Lembah Klang pada 7 Mac 2022Urgent matter

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Sekejap, Yang Berhormat Bukit Bintang. Sekejap. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang masa pun telah pukul 1.00 tengah hari dan menurut keputusan yang telah saya buat tadi, satu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) telah dibenarkan untuk dirunding pada tengah hari ini. Saya memberi 45 minit kepada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk berucap dan pihak kerajaan akan menjawab juga dalam masa 45 minit. Kementerian-kementerian berkenaan akan menjawab mengikut soalan-soalan yang dibangkitkan.

Tuan Yang di-Pertua

Pertamanya, saya menjemput Yang Berhormat Bukit Bintang untuk berucap. Masa 14 minit Yang Berhormat.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Terima Tuan Yang di-Pertua kerana terlebih dahulu memberi peluang kepada saya untuk mengemukakan satu usul yang penting. Saya rasa usul ini harus di bahas dan sekarang saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana meluluskan usul saya di bawah Perkara 18(1) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat bagi membincangkan perkara tertentu, kepentingan orang ramai dan perlu disegerakan iaitu kejadian banjir kilat yang melanda banyak kawasan dalam Kuala Lumpur dan Selangor pada 7 Mac 2022, berikutan hujan ribut yang lebat yang turun pada kira-kira jam 3 petang sehingga dua jam. Banjir kilat ini telah menyebabkan kawasan-kawasan rendah yang mudah berlaku banjir ditenggelami air seperti kawasan Jalan Melaka, Pudu, Salak Selatan, Kuchai Lama,

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

di kawasan Seputeh, Jalan Loke Yew, Pudu Ulu, Bukit Bintang, Jalan Parlimen, Jalan Yaacob Latif, Kampung Baru, Bandar Sri Permaisuri, Jalan Tun Razak dan seterusnya. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mempertikai hujan lebat yang turun tetapi kita tidak pernah mengambil iktibar, pengajaran tindakan mengatasi banjir kilat dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Setiap kali hujan ribut berlaku sejak saya menjadi wakil rakyat 30 tahun yang lalu, saya sentiasa membangkitkan isu banjir kilat menjadi acara tahunan Kuala Lumpur yang tidak dialu-alukan selama ini. Tuan Yang di-Pertua, kejadian kelmarin telah menyebabkan lebuh raya dan jalan raya ditenggelami air termasuk berpuluh-puluh malah beratus kenderaan terperangkap dalam banjir, mengalami kerosakan teruk dan rumah-rumah ditenggelami banjir. Bila kita mengkaji punca banjir kilat, kita dapati ia berpunca daripada hujan yang turun dengan lebat melebihi kemampuan sistem saliran untuk menerimanya. Ini di mana saluran longkang, parit, sungai dan kolam takungan yang jarang dibersihkan dari tersumbat itu sebab air hujan lebat di atas jalan dan kawasan rendah. Jika sistem saliran baik, air banjir akan surut dengan cepat. Tuan Yang di-Pertua, saya beri satu contoh terowong di bawah tanah di Jalan Brunei Kuala Lumpur ini dekat pejabat saya yang tersumbat jarang diselenggara dan dibersihkan dengan kerap menyebabkan air tidak dapat mengalir dengan lancar. Oleh sebab terowong ini amat besar sehingga jentera CASE 580 pun boleh masuk dalam terowong ini. Saya rasa ada 20 tahun belum diselenggara dan dibersihkan tanah yang tersumbat di terowong ini. Saya harap, kerajaan seharusnya memberi satu tindakan yang secepat mungkin untuk membersihkan terowong yang besar di Jalan Brunei ini. Tuan Yang di-Pertua, selain sistem saliran yang tidak memuaskan, faktor pembangunan tanah yang rancak berlaku menyebabkan air bersama mengalir ke dalam sistem aliran yang menyebabkan saliran yang ada cepat dipenuhi dengan sampah sarap, mendapan tidak di bersih, mendapan tanah dan jalannya menjadi sungai-sungai. Ini yang mengakibatkan kenderaan terperangkap, berlaku kesesakan kenderaan yang luar biasa. Bukan sahaja banjir lambat surut tetapi kenderaan terperangkap dalam kesesakan selama dua jam sebelum dapat dileraikan. Saya faham kerajaan telah melaksanakan projek tebatan banjir, menaik taraf sistem saliran yang memakan belanja ratusan juta ringgit. Akan tetapi, ini masih tidak mencukupi bila hujan lebat menjadi bah. Sepatutnya, Bandar Raya Kuala Lumpur yang semakin maju, yang membangun dengan pembinaan bangunan-bangunan bertingkat tinggi bebas dari ancaman banjir kilat. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan dan DBKL semacam tidak ada perancangan dan tindakan yang jelas untuk menjadikan Bandar Raya Kuala Lumpur bebas daripada ancaman banjir dan banjir kilat. Kita sebut dengan projek tanah dan binaan bangunan bertingkat-tingkat tetapi kita agak – dengan perancangan untuk membebaskan Bandar Raya Kuala Lumpur dari ancaman banjir. Apa yang kerajaan dan DBKL telah lakukan setelah peristiwa Kuala Lumpur dilanda banjir besar pada Disember 2021? Pada masa itu saya rasa 18 Disember tahun yang lalu, banjir kilat di Kuala Lumpur ini khususnya di kawasan Tiong Nam yang mengakibatkan 165 hingga 200 rumah tenggelam sehingga lima kaki, hingga lapan kaki. Ini satu kerosakan dan kerugian pada pemilik rumah ini dan kerajaan ada memberi bantuan tetapi sangat lewat, dalam tempoh selepas tiga minggu. Di kawasan saya, pada hari yang kedua saya telah memberi bantuan kepada mereka, setiap rumah, sejumlah 160 unit rumah ini, pemilik saya kasi setiap rumah RM500 tunai untuk membantu mereka. Saya rasa bandar raya harus mengambil tindakan yang cepat untuk membantu mereka. Saya menghargai Yang Berhormat Menteri dan juga Datuk Bandar, pada masa itu dia ada beri bantuan tetapi agak lambat sedikitlah. Saya harap tindakan ini seharus dipertingkatkan untuk memastikan bahawa jika bencana banjir kilat, kerajaan harus memberi tindakan yang sewajarnya.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Tuan Yang di-Pertua, apakah yang kerajaan dan DBKL telah membuat setelah peristiwa Kuala Lumpur dilanda banjir besar pada Disember 2021? Satu tindakan seharusnya diambil oleh kerajaan, memastikan peristiwa ini tidak berlaku, berulang lagi. Selain hujan lebat membangkit mengakibatkan banjir kilat, sesetengah kawasan pula terdedah pada tanah runtuh. Kes pokok tumbang dan mengorbankan nyawa dan harta benda juga satu masalah. Pada hari ini, sudah tiga bulan, tentang tanah runtuh pun belum diambil tindakan yang sewajarnya.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Saya dapat aduan daripada penduduk-penduduk di kawasan yang terlibat, yang tidak dapat menyelamatkan bahawa tanah runtuh ini diselesaikan dalam tempoh masa yang singkat. Saya hargai usaha Jabatan Meteorologi Malaysia dan NADMA memberi amaran awal kepada orang ramai tetapi berapa ramai rakyat kita yang bersiap sedia untuk berjaga-jaga? Sebagai langkah menguruskan hal banjir supaya dapat diminimumkan, saya mencadangkan seperti berikut: (i) mekanisme pengurusan bencana banjir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hendaklah dipertingkatkan, melibatkan pelbagai agensi secara tersusun dan berkesan; (ii) mengadakan kerjasama gotong-royong membersihkan melibatkan pelbagai pihak, termasuk rakyat sendiri sebagai acara dua bulan atau suku tahun di semua kawasan tanpa gagal; (iii) mendidik masyarakat supaya mengutamakan atau membudayakan kebersihan dengan hebahan yang berkesan; (iv) mengambil tindakan melebarkan sistem saliran seperti longkang, parit dan sungai; (v) sering membersihkan saliran yang tertutup dan terowong air tertutup supaya tidak berlaku mendapan dan sumbatan sampah- sarap; (vi) menambah lagi pembinaan kolam takungan banjir sedia ada yang tidak mampu menampung limpahan air banjir ketika hujan lebat; (vii) memastikan projek-projek pembangunan mematuhi 100 peratus arahan DBKL bagi mengelakkan banjir seperti tidak membiarkan tanah, pasir, bahan buangan di bawa mengalir ketika hujan; (viii) memastikan pekedai, peniaga, penjaja dan orang ramai menguruskan sampah-sarap mereka dengan baik dan tidak teragak-agak untuk mengenakan kompaun bagi kesalahan membuang sampah sarap sesuka hati dan memberi hadiah bagi mereka yang berjaya mengamalkan kebersihan; (ix) menjadikan moto ‘Ke Arah Menjadikan Kuala Lumpur Bebas Banjir’ untuk diikuti oleh warga kota; dan (x) marilah kita belajar dari negara-negara maju dan negara jiran, menjaga kebersihan mereka. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bintang. Saya sekarang menjemput Yang Berhormat Lembah Pantai dahulu. 12 minit.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut bersama untuk membahaskan perkara yang kita alami buat

acap kali. For the umpteenth time, dengan izin, di mana kita sedar satu banjir kilat telah berlaku dan mengulangi fobia yang dialami oleh penduduk Kuala Lumpur dan Lembah Klang setelah berlaku banjir besar pada 18 dan 19 Disember yang lalu. Kalau pada bulan Disember yang lalu, seramai 321 buah keluarga di Kampung Pasir Baru dalam kawasan Lembah Pantai yang terkesan. Kali ini banjir kilat yang berlaku setelah hujan melebihi 100 mililiter selama tiga jam telah memberi kesan kepada 167 buah keluarga yang mana 146 terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara di SJK(T) Saraswathy, dalam kawasan Lembah Pantai. Ini tidak mengambil kira tempat-tempat yang lain. Kali ini yang kita lihat di Lembah Pantai, saya tidak pasti di kawasan-kawasan yang lain, masalahnya berulang. Punca air datang dari mana dan beberapa perkara yang berlaku itu, bagi penduduk yang tinggal di kawasan Kampung Pasir Baru, mereka mula bertanya sejak Disember sehingga ke hari ini, apakah penambahbaikan yang telah dilakukan? Kenapa perkara ini berulang? Adakah sekiranya hujan lebat berlaku lagi, kerana perkara ini hampir setiap hari kita kena tengok Jabatan Meteorologi. Seakan-akan kita sudah tidak boleh buat apa-apa perancangan sebagai penduduk di Kuala Lumpur. Setiap hari kita kena tengok hari ini hendak ribut ataupun tidak. Ada amaran ribut petir, hujan berlarutan atau pun tidak. Bagaimanakah kita hendak teruskan hidup? Kuala Lumpur ialah sebuah bandar raya. Kuala Lumpur tidak patut menjadi ‘banjir raya’. Saya sangat kesal... [Tepuk] kerana itulah persepsi yang timbul di kalangan penduduk. Akan tetapi apa pun, saya ingin ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Wilayah, Yang Berhormat Timbalan Menteri Wilayah dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri Tugas-tugas Khas. Ketiga-tiga daripada mereka telah datang ke pusat pemindahan sementara untuk melihat sendiri keadaan. Malah, Yang Berhormat Timbalan Menteri Wilayah sebelah malam itu telah pergi melihat rumah pam, yang mana di situ ada beberapa perkara yang timbul persoalan di kalangan penduduk sama ada rumah pam itu berfungsi, adakah sampah-sarap yang ada di unit saringan atau pun netting itu, filter itu telah dibersihkan sebelum banjir atau pun bagaimana? Akan tetapi saya ingin memohon jasa Yang Berhormat Menteri atau Yang Berhormat Timbalan Menteri Air dan Sumber Asli untuk datang tengok masalah yang dihadapi. Setakat ini mereka belum lagi. Cuma kita lihat– kita tahu JPS di bawah Kementerian Air dan Sumber Asli tetapi sehingga kini saya rasa belum lagi turun ke Lembah Pantai untuk melihat. Akan tetapi bukan sahaja Lembah Pantai, seluruh kawasan yang terkesan. [Disampuk]

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Yang Berhormat Lembah Pantai boleh saya...

Silakan.

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Di kawasan saya, 1,100 buah rumah di Taman Kinrara telah dilanda banjir pada Disember dan dua hari yang lalu, kena lagi. Penduduk di situ baharu baiki rumah, mereka beli perabot baharu, tilam baharu, tiba-tiba kena lagi. Jadi, apabila saya turun melihat pada hari Isnin malam itu, memang sedih. Setiap kali banjir, kerosakan RM10,000 sebuah rumah. Dalam dua banjir itu, RM20 juta telah habis dari kawasan Taman Kinrara. Taman Kinrara ini lower - middle income group. Soalan saya tambahan, saya hendak tahu post- mortem engineering report mana? That’s the most important thing. Kalau kita tidak tahu sebab apa banjir ini berlaku secara kilat, what is the problem? Saya hendak minta Kerajaan Pusat ini berilah engineer turun, buat report betul-betul, then we can talk about mitigation. Poin kedua ialah bantuan. Saya berterima kasih Kerajaan Pusat beri bantuan ada yang kata RM1,000, ada yang kata sampai RM10,00 tetapi di mana report itu? Apabila saya turun, orang bertanya, “Bilakah duit kita hendak sampai ini?” Pejabat saya sudah beri. Pada Januari sudah beri sebanyak setengah juta ringgit. Akan tetapi daripada Kerajaan Pusat kita minta buat satu laporan, berapa yang you sudah beri kepada Taman Kinrara supaya orang pun tidak marah sangat. I don’t blame you for this kind of issue. Memang banjir kilat tetapi saya rasa post-mortem engineering dan post-mortem bantuan itu kena ditulis dan diberi kepada rakyat. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Subang. Saya masukkan sebagai sebahagian daripada ucapan saya. Bersangkut-paut dengan apa yang dibangkitkan tadi tentang permohonan bantuan. Saya difahamkan di Lembah Pantai, dari 321 buah keluarga yang terkesan pada bulan Disember yang lalu, hanya 166 buah keluarga yang telah terima bantuan RM2,500. 155 buah keluarga masih bertanya kepada ketua kampung hampir setiap hari dan mereka panjangkan kepada saya juga. Semua maklumat telah disampaikan, daripada persatuan penduduk kepada DBKL, Jabatan Pembangunan Komuniti dan disampaikan kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU).

Ini yang dimaklumkan kepada saya. Akan tetapi persoalannya, kenapa ICU tidak diberikan duit itu? Saya pohon penjelasan dalam Dewan yang mulia ini, adakah benar ICU tidak ada duit untuk berikan kepada rakyat bantuan banjir ini? Saya nak tahu sebab inilah yang kami tanya, inilah yang ditanya kepada kami untuk banjir bulan Disember. Tak payah sebut lagi banjir sekarang, tetapi banjir bulan Disember. Adakah benar ICU tidak cukup duit untuk bayar RM2,500? Kalau cukup duit, kenapa masih tak – walhal maklumat nama- nama pemohon telah disampaikan kepada ICU. I know it for a fact, dengan izin. Saya tahu sebab DBKL pun mengatakan begitu, persatuan penduduk pun berkata begitu. Jadi, di situlah saya pohon kalau boleh, diberikan penjelasan. Saya juga ingin bertanya sebab penduduk ada berkata Jabatan Kerja Raya ada datang ke kawasan Kampung Pasir Baru dan mereka buat ukuran, melihat rumah-rumah yang terkesan sekitar – itu yang berlaku dulu. Akan tetapi sehingga hari ini, tidak tahu apa yang berlaku. Adakah pihak JKR akan datang? Penduduk terpaksa buat baiki sendiri. Saya sangat tersentuh sama macam sahabat saya tadi, bila saya jumpa pada petang kejadian, pukul 5.15 petang saya turun ke Kampung Pasir Baru dan penduduk yang keluar mak-mak, atuk-atuk, nenek-nenek, kakak-kakak, abang-abang, ada yang mengendong anak, ada yang ambillah apa sahaja sebab mereka risau pada waktu itu sama seperti banjir pada 18 Disember. There is no more peace of mind. Apa yang boleh kita lakukan Yang Berhormat Menteri, untuk pastikan bahawa warga Kuala Lumpur dapat merasa selesa, merasa selamat. Kita tahu siren tak dipasang lagi walaupun ada perancangan. Apakah tidak boleh dipasang sekarang untuk memberikan amaran sekiranya telah melepasi satu tahap Sungai Klang itu? Saya ingin bertanya sebab sekarang ini kita bukan nak piecemeal solution. Betul yang disebutkan oleh Yang Berhormat Subang tadi, kita inginkan post-mortem. Saya rasa daripada segi kesiapsiagaan Ahli-ahli Parlimen dalam kawasan perlu dilibatkan dalam persiapan supaya semua agensi yang berkaitan, kita dapat bekerjasama dengan baik dan mengaktifkan sebarang PPS sebagai contoh. Kita ketepikan soal politik. Kita dahulukan dan utamakan nasib rakyat. Akan tetapi, saya rasa perkara ini tak berlaku ataupun belum berlaku. Akan tetapi, saya percaya boleh dilakukan. Maksudnya, semua agensi – sekarang saya nampak bagi PDRM, mereka telah mulakan. Di PPS yang di Lembah Pantai ditutup sekarang, hari ini telah ditutup. Akan tetapi, mereka telah mulakan exercise. Sekiranya berlaku lagi, apa yang perlu dilakukan sebab kita tahu kalau kita lihat topografi, kawasan-kawasan di Kuala Lumpur dan Lembah Klang yang akan terkesan akibat banjir. The low-lying levels, the low-lying areas, dengan izin. Jadi, it should not come as a surprise. Kita patut tahu. Maka, libatkanlah kami Ahli-ahli Parlimen, tak kiralah di pihak pembangkang atau dalam kalangan Backbenchers supaya kami juga boleh bantu. Kita ketepikan soal politik. Berkenaan pelan tebatan banjir, saya ingin memohon penjelasan daripada pihak kerajaan, apakah perancangan kita khusus untuk Kuala Lumpur dan juga untuk Lembah Klang (Greater Klang Valley) dengan izin, untuk menghadapi keadaan fenomena banjir kilat, banjir besar, perubahan iklim ataupun darurat iklim ataupun krisis iklim yang benar- benar berlaku dan kita lihat dan kita saksikan sekarang. Adakah perancangan itu sedang dirangka? Sekiranya ia sedang dirangka, pandangan kami sebagai Ahli-ahli Parlimen belum ataupun tidak dilibatkan. Sekiranya ada, saya pohon jemputlah kami. Saya percaya pengalaman kami di peringkat akar umbi melihat apa yang berlaku boleh membantu daripada segi sama ada post-mortem ataupun pandangan-pandangan tambahan. Apa yang saya risau, mereka yang merangka pelan-pelan tebatan banjir ini, mereka tidak

berpijak di bumi yang nyata. Mereka tidak berada dalam kawasan banjir itu. Mereka tidak merasai fobia, rasa takut. Bila hujan sahaja kita tak tahu nak buat apa. Jadi, saya pohon janganlah mereka yang merangka pelan tebatan banjir ini sama seperti mereka yang merangka SOP kita. Kita tengok bagaimana Menteri Kesihatan di Johor dalam isu Pilihan Raya Negeri Johor terpaksa halfway dalam pilihan raya mengatakan tak payah pakai facemask untuk mereka yang bercakap. Maksudnya, mereka yang merangka SOP itu, mereka tidak berada on the ground. Saya risau mereka yang merangka pelan tebatan banjir ini juga tidak berada on the ground. Pergilah, lihatlah, rasailah. Duduklah dalam rumah Makcik Fatimah yang tinggal di belakang pumphouse, rumah pam di Kampung Pasir Baru. Beliau merupakan pemilik rumah yang kali ini banjir kilatnya sampai ke dada. She is not a very tall woman, dengan izin. Terima kasih Timbalan Menteri, ada pergi ke rumah beliau. Pergilah ke rumah beliau. Saya pohon untuk dirangka dengan lebih baik supaya kita dapat memastikan pembangunan di Kuala Lumpur dan juga Lembah Klang ini bukan sahaja lestari, tetapi mampan untuk menghadapi cabaran krisis iklim yang mendatang. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih. Yang Berhormat Kepong, diikuti akhir sekali Yang Berhormat Cheras. Yang Berhormat Kepong sembilan minit.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk menyertai dalam perbahasan usul ini. Isu yang pertama saya hendak bangkit adalah tentang kemarahan mangsa-mangsa banjir kilat pada petang hari Isnin yang lalu di Lembah Klang kerana beratusan kenderaan ditenggelami air. Bangunan, kedai, rumah, gerai, warung dan lain-lain juga terjejas. Kerugian harta dan wang yang tidak dapat dihitung. Perkara ini sudah berlaku 48 jam, tetapi tiada mana-mana pihak kerajaan memberikan apa jenis bantuan kewangan kepada mangsa-mangsa tersebut. Oleh yang demikian, saya minta kerajaan tidak kira apa kementerian menghulurkan bantuan kewangan kepada mereka dengan kadar secepat mungkin. Saya cadangkan cukai jalan kenderaan-kenderaan yang terjejas oleh banjir kilat ini dapat dikecualikan daripada bayaran bagi tempoh sekurang-kurangkan enam bulan. Seterusnya saya hendak kongsikan di Dewan yang mulia ini sedikit pengalaman saya. Hampir 10 tahun sebelum PRU-14 pada tahun 2018, air longkang melimpah setiap kali hujan di tempat sebahagian besar Jalan Kuching berdekatan Bulatan Segambut. Saliran longkang dan terowong di bawah dan di tepi Jalan Kuching itu telah lama tersumbat dengan sampah sarap dan tilam juga dijumpai di dalam. Saya pernah tulis banyak surat kepada kerajaan dan Menteri tentang isu ini dan pegawai juga beberapa kali site visit dengan izin, ke sana. Akan tetapi, masalah air kotor melimpah di atas jalan tersebut masih tidak boleh diselesaikan oleh sebab macam-macam alasan. Apa yang paling kesian, yang kena air kotor berbau busuk di jalan itu adalah pengguna jalan menaiki motosikal. Selepas PRU-14, saya terus membuat aduan kepada Menteri Pakatan Harapan dan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). DBKL hantar kontraktor mengorek semula jalan itu, buat longkang, buat terowong di bawah jalan yang baharu, tiba-tiba masalah itu diselesaikan sehingga kini. Tempat tersebut tiada lagi nampak air kotor melimpah di atas jalan semasa hujan. Ertinya Tuan Yang di-Pertua, ertinya perkara ini, banjir kilat di Lembah Klang sepatutnya boleh diselesaikan sejak awal. Apa yang bermasalah adalah pegawai-pegawai dan Menteri-menteri yang tidak serius dalam kerja mereka. In short dengan izin Tuan Yang di-Pertua, kerajaan tidak berhasrat untuk mempunyai political will to solve the long-pending flood issue in Klang Valley. Saya percaya jika Menteri terbabit memberi amaran yang terakhir kepada pegawai mereka bahawa mereka akan diturunkan pangkat, dipotong gaji atau dibuang kerja, masalah banjir kilat ini pasti akan diselesaikan dengan cepat dan dengan keadaan yang baik. Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya ulangi cadangan saya kepada kerajaan untuk menubuhkan satu pasukan khas yang ahlinya terdiri daripada pegawai kanan

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

pelbagai kementerian, cross-ministry dengan izin, yang berkaitan termasuk kerajaan Negeri Selangor dan dipimpin oleh seorang pakar banjir yang bereputasi tinggi di antarabangsa untuk mencari satu penyelesaian yang sempurna mengatasi banjir kilat di Lembah Klang ini dengan kadar once and for all.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Dengan peluang perbahasan ini saya harap cadangan-cadangan saya boleh diterima oleh kerajaan. Sekian, terima kasih.

Yang Berhormat Kepong.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Ya.

Boleh saya tanya pandangan?

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Ya, ada empat minit lagi.

Baik. Kalau kita lihat bantuan yang disampaikan, ada pandangan daripada pihak DOSM kalau tidak silap saya, Jabatan Perangkaan yang mengatakan untuk dalam konteks banjir pada 18 ke 19 Disember yang lalu yang diperlukan untuk menghidupkan semula ataupun memberi membantu mereka bangun semula adalah sekitar RM10,000. Ini juga bertepatan dengan permohonan dan permintaan daripada ramai di luar sana untuk bantuan ataupun kebenaran mengeluarkan RM10,000 daripada KWSP. Adakah Yang Berhormat bersetuju dengan pandangan sekiranya RM10,000 ini kerajaan tidak mampu hendak keluarkan daripada KWSP? Maka, kerajaan akan perlu usahakan cara yang lain untuk memberi RM10,000 cash kepada rakyat, sebaiknya bukanlah daripada wang simpanan hari tua. Apa pandangan Yang Berhormat Kepong?

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Ya, saya sokong pandangan Yang Berhormat Lembah Pantai dengan sepenuhnya. Ya, saya memberi peluang kepada Yang Berhormat Segambut.

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Puan Hannah YeohDAP · PHSegambut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hanya hendak minta petua Tuan Yang di-Pertua kerana tidak cukup masa untuk semua Ahli Parlimen Kuala Lumpur berbahas. Boleh tidak benarkan kami mencelah bila Yang Berhormat Menteri beri penjelasan nanti. Itu sahaja.

Tuan Yang di-Pertua

Ringkas lah ya.

Ya, Yang Berhormat Kepong.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Lumut.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Kepong. Kita ada warning system oleh MET Malaysia. Meteorological Department mengatakan bahawa kadar hujan akan tinggi dan banjir mungkin berlaku. Akan tetapi, dalam beberapa kali peringatan ini banjir tidak berlaku. Jadi, kita selalu off guard. Tiba-tiba banjir berlaku. Jadi, kita hendak bertanya, sama ada satu sistem yang boleh memberikan amaran bukan awal tetapi amaran semasa proses banjir itu meningkat supaya contohnya orang-orang yang letakkan kereta di parking di Kuala Lumpur ini sempat mengalihkan kereta mereka. Kalau tidak, mereka akan kehilangan ataupun kehilangan wang untuk kerosakan. Adakah sistem itu munasabah kalau kita boleh put in place? Terima kasih.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Ya, saya setuju.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Yang Berhormat Kepong.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Ya.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Boleh Yang Berhormat Kepong?

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Ya.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Ya, walaupun Sabah tidak ditimpa banjir pada baru-baru ini tetapi Sabah selalu berlaku masalah banjir ini. Tadi sistem ramalan cuaca yang dibangkitkan itu kalau ikut yang jawapan saya dapat daripada soalan lisan saya, mendapati bahawa sistem ramalan cuaca yang digunakan oleh MET Malaysia adalah yang terkini, seiring dengan yang digunakan oleh negara-negara maju seperti US. So, kalau lah sistem ramalan cuaca yang begitu bagus, kenapa selalunya kita tidak dapat menyampaikan maklumat terkini kepada rakyat? Minta pandangan.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Ya, satu sistem ramalan dan satu sistem warning banjir patut diadakan. Oleh sebab itu, saya cadangkan satu pasukan khas ditubuhkan. Saya masih ingat semasa saya Ahli Parlimen Segambut, pihak DBKL ada satu sistem ramalan cuaca banjir, warning system di Kampung Kasipillay. Dia meletakkan satu biji belon. Belon yang tidak boleh naik. Belon yang sudah gagal. Tidak tahu berapa juta telah dibazirkan. Lagi siapa? Tidak ada? Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Akhir sekali, Yang Berhormat Cheras. Silakan. Sembilan minit.

Tuan Tan Kok WaiDAP · PHCheras

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin memberi peringatan atau lebih wajarnya amaran kepada Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan. Ini kerana bencana banjir ini akan menjadi lebih kerap, lebih besar, lebih meluas dan juga lebih teruk pada masa depan yang sedang menanti. The disaster is growing. Tuan Yang di-Pertua, banjir di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur yang merupakan ibu kota Malaysia, selain membawa penderitaan, kesengsaraan dan kerugian kepada orang ramai, ia juga merupakan satu perkara yang merosakkan imej negara yang memalukan rakyat jelata. Saya dalam banyak tahun kebelakangan ini seperti mana yang dititikberatkan oleh Ahli Parlimen Bukit Bintang, kejadian banjir kilat, banjir besar-besaran di Kuala Lumpur ini adalah tidak berkesudahan. Saya ingin Menteri perlulah mengaku. Kita tidak boleh mempersalahkan perubahan iklim dan juga cuaca yang ekstrem. Kita tidak boleh mempersalahkan juga bahawa longkang-longkang dalam bandar raya tersumbat dengan sampah sarap. Kita juga tidak boleh mempersalahkan air hujan berlebihan adalah punca dan culprit yang menyebabkan banjir yang besar semacam apa yang berlaku dalam dua hari kebelakangan ini. Saya ingin perkatakan di sini bahawa punca dan pesalah adalah utama adalah pihak berkuasa. Policy maker dan Menteri merupakan pesalah yang terbesarlah. Tuan Yang di-Pertua, saya merasakan kerajaan perlu menerima hakikat yang perubahan iklim telah tiba ke negara kita dan kesan-kesannya akan kekal bersama kita. Fenomena cuaca ekstrem akan menjadi norma baharu. Tidak menjadi satu kebetulan apabila kita berhadapan dengan kadar hujan yang luar biasa tingginya dalam beberapa bulan yang lepas. Rakyat Kuala Lumpur buat sekian lamanya telah membantah pembangunan melampau dan yang tidak terkawal dan tidak dikawal selia dengan baiknya oleh pihak berkuasa. Berhubung dengan perkara ini, mengenai pembangunan keterlaluan. Saya ingin menunjukkan di sini bahawa sebagai contoh di kawasan Parlimen saya di Taman Supreme, Taman Segar dan juga Taman Desa Aman. Tiga taman kediaman yang terletak bersambung dengan satu sama lain dengan penduduk kepadatan penduduk yang tinggi. Apa yang telah terjadi baru-baru ini ialah pihak DBKL telah memberi kelulusan perancangan kepada sekurang-kurangnya tujuh pemaju perumahan untuk membina lebih daripada 6,000 unit rumah pelbagai jenis di kawasan yang radiusnya kurang daripada satu kilometer. Ini adalah satu perkara yang amat membimbangkan walaupun bantahan yang keras telah pun disuarakan kepada kementerian dan juga DBKL. Akan tetapi, kelulusan tetap akan diberikan.

Tuan Tan Kok WaiDAP · PHCheras

Saya ingin memaklumkan kepada Dewan, ini adalah satu time bomb yang akan berlaku. Ini kerana kawasan ketiga-tiga taman perumahan ini adalah kawasan berbukit dengan cerun-cerun yang curam dan mendadak. Saya juga hairan. kerajaan sebelum Pelan Induk Kuala Lumpur yang baharu dikeluarkan, DBKL sering memberi kelulusan kepada cadangan-cadangan perubahan untuk meningkatkan plot ratio di banyak kawasan di seluruh Kuala Lumpur [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen]

Tuan Tan Kok WaiDAP · PHCheras

Terkini adalah perubahan kepada cadangan perubahan. Sejumlah 37 kawasan di Kuala Lumpur. Ini adalah draf perubahan keempat. Kalau daripada perubahan pertama hingga ketiga tambah lagi keempat, sejumlah lebih daripada 100 projek perumahan akan dibangunkan di Kuala Lumpur dengan densiti, kepadatan penduduk yang tinggi. Ini saya memang merasa bimbang seperti yang dirasai oleh penduduk-penduduk setempat di setiap kawasan di mana cadangan perumahan ini akan dilakukan, saya harap ia tidak akan menjadi satu kenyataan dan satu perkara yang akan berlaku kerana kegagalan perancangan bandar adalah satu perkara yang benar di Kuala Lumpur ini. Penguatkuasaan yang kurang dijalankan juga merupakan satu perkara yang merisaukan. Saya...

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Minta laluan Yang Berhormat Cheras.

Tuan Tan Kok WaiDAP · PHCheras

Ya, sila.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Terima kasih Yang Berhormat dari Cheras, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya dengar apa yang disebut oleh Yang Berhormat dari Cheras dan saya rasa semua kita di sini— saya ingin juga melaporkan bahawa banjir memang berlaku juga di kawasan saya, Puchong. Tuan Yang di-Pertua, kita baru sahaja mengadakan sesi di mana kita bincangkan berkenaan dengan banjir. Kita semua tahu apakah sebenarnya kerosakan, kehilangan yang dibawa melalui banjir ini. Kita sudah melalui masalah ini bukan setahun dua, bertahun-tahun. Balik ke Dewan dan bicarakan perkara ini, assurance diberikan oleh kerajaan supaya tindakan akan diambil supaya perkara ini tidak berulang. Tidak sampai dua, tiga bulan berulang lagi. Jadi kita di sini Tuan Yang di-Pertua, kita hendak tahu apakah sebenarnya cadangan kerajaan untuk pastikan bahawa masalah ini tidak berulang lagi. Ini adalah satu perkara yang cukup penting dan di sini saya harap bahawa hari ini Menteri akan hadir dapat memberikan kepada kita jawapan daripada bulan Disember hingga sekarang, apakah tindakan yang telah pun diambil oleh kerajaan untuk pastikan bahawa masalah ini tidak berulang. Ini kerana kita semua tahu bahawa cuaca sekarang berbeza. Kita lihat hujan yang turun dengan cukup lebat, cukup cepat, pantas berlakunya banjir. So, dalam tiga bulan ini apakah tindakan yang telah pun diambil? Tidak ada tindakan. Bagaimana boleh berlaku masalah ini sekali lagi dan adakah ia akan berulang lagi? Menteri ada di sini saya harap we get to the point, we need to focus on the problem. What are the solutions? Apakah solution yang akan dibawa oleh kerajaan untuk atasi masalah ini? Saya rasa ini cukup penting supaya rakyat dapat tahu dalam masa yang akan datang perkara ini tidak akan diulang dan kita akan ambil perhatian yang serius berkenaan dengan perkara ini. Saya harap Menteri dapat jawab soalan tersebut juga. Boleh dimasukkan dalam ucapan Ahli Yang Berhormat dari Cheras. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Tan Kok WaiDAP · PHCheras

Saya mohon sedikit masa lagi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Puchong dan juga bersetuju bahawa jawapan yang harus diberikan oleh mereka yang memegang tampuk kuasa. Ini kerana perkara ini memang satu perkara yang seperti mana yang saya titik beratkan hari ini satu perkara yang bukan menyusahkan rakyat sahaja, merugikan rakyat sahaja tetapi juga memalukan negara. Ada satu persoalan yang saya ingin tanya mengenai SMART Tunnel. Saya difahamkan Jabatan Meteorologi Malaysia telah pada kelmarin, setelah memberikan

Tuan Tan Kok WaiDAP · PHCheras

amaran bahawa ada ribut petir akan berlaku sedikit masa lagi. Saya ingin tahu pukul berapakah amaran dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia dan pukul berapakah SMART Tunnel mengaktifkan atau activate-kan Smart Tunnel itu supaya terowong trafik dijadikan terowong saliran air. Ini adalah satu perkara kerana apa yang berlaku semalam terbuktilah Terowong SMART itu telah gagal dalam fungsi dan peranannya. Ini sahaja, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Empat kementerian yang terlibat iaitu Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) dan juga Kementerian Alam Sekitar dan Air. Saya hendak beri Yang Berhormat Menteri Kementerian Wilayah Persekutuan masa 20 minit. Silakan.

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri Wilayah Persekutuan · Arau

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya akan menjawab melalui tiga pendekatan. Pertama, saya akan ceritakan tentang senario banjir kilat yang berlaku baru-baru ini. Keduanya ialah menjawab persoalan yang ditimbulkan di bawah 18(2) dan yang ketiga ialah menjawab perkara yang telah ditimbulkan pada hari ini. Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana kita semua sedia maklum, satu insiden hujan lebat telah berlaku pada 7 Mac 2022 sekitar jam 3.00 petang. Pada hari tersebut keadaan taburan hujan yang turun telah melebihi 100 milimeter per jam iaitu lebih 40 milimeter per jam. Di atas kadar hujan lebat yang boleh menyebabkan banjir. Hujan lebat ini telah menyebabkan insiden banjir kita di 29 kawasan. Kawasan tersebut saya terpaksa sebut walaupun agak panjang untuk membolehkan kawan-kawan kita yang berada di pelbagai Parlimen mengetahuinya. Jalan Yaacob Latif, Jalan Ampang, underpass Jalan Pudu, Jalan Maharajalela, Jalan Cheras, Jalan Melaka, Terowong Chan Show Lin, Lebuhraya KL-Seremban, Bulatan Kuda, Jalan Tun Perak, Bulatan Dataran Pahlawan, Jalan Permaisuri, Pudu Ulu, Jalan Padang Tembak, Kampung Periuk, Jalan Semarak, Jalan Air Panas, Jalan Cochrane, terowong Jalan Tun Razak, Jalan Kuchai Lama, Kampung Pasir, terowong kiri Keramat, Lembah Kesas, belakang Kiara Residen 2, Jalan Kuching (Bulatan Segambut), Jalan Brunei, Jalan Petaling, Jalan Raja Chulan, Jalan Pahang, Jalan Mahameru dan Jalan Bulan. Daripada 29 kawasan yang terlibat, banjir kilat di 25 kawasan telah surut dalam masa 30 sehingga 45 minit. Manakala banjir di empat kawasan banjir yang telah surut dalam tempoh satu hingga tiga jam ialah underpass Bulatan Pudu, terowong Jalan Tun Razak, Kampung Pasir dan juga Kampung Periuk. Untuk makluman juga, liputan kawasan banjir yang besar adalah berlaku di bahagian selatan Kuala Lumpur dan juga pusat bandar. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah mengarahkan kakitangan daripada pelbagai agensi dalaman iaitu kejuruteraan, penguat kuasa, Jabatan Kesihatan Alam Sekitar, Jabatan Pengangkutan Bandar, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrik, Pejabat Cawangan DBKL turun ke lapangan untuk memberi bantuan awal, melancarkan trafik dan melakukan kerja-kerja pembersihan. Usaha ini telah dilakukan bersama dengan agensi dan badan bukan kerajaan termasuklah JPS, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, APM, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Alam Flora dan juga Majlis Perwakilan Penduduk. Sebanyak tujuh trak tunda telah digunakan untuk mengalihkan kenderaan yang terkandas. DBKL juga telah membuat pemantauan melalui CCTV untuk memantau dan mengenal pasti lokasi- lokasi untuk menghantar bantuan awal. Selain itu, dua pusat perpindahan sementara telah dibuka seperti berikut. Pertama, ialah perpindahan mangsa banjir di Kampung Pasir yang melibatkan 450 orang ataupun kalau rekod saya ini ada lagi satu MYDATA. Jadi, Yang Berhormat Lembah Pantai bagi tahu 169. 170 keluarga telah dilaksanakan. Pada 8 Mac, mereka ini masih

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri Wilayah Persekutuan · Arau

berada di sana dan sampai hari ini. Akan tetapi saya meminta supaya mereka ini boleh terus berada di sana sekiranya rumah mereka masih dikhuatiri tidak boleh digunakan. Dewan Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru perpindahan mangsa banjir di Kampung Periuk melibatkan 384 orang ataupun 107 keluarga. Semasa saya berada di sana untuk pengetahuan Yang Berhormat Seputeh, angka ini ialah baru 80 keluarga tetapi dia mendaftar terus dan angka yang terakhir ialah 101 keluarga. Akan tetapi hari ini kita dapat 107 keluarga. Pada 8 Mac mereka masih berada di sana dan mereka dibenarkan berada di sana sehingga tempoh yang mereka boleh pulang dan rumah mereka selamat untuk digunakan.

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri Wilayah Persekutuan · Arau

Selain itu juga Yayasan Wilayah Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat telah membantu menyumbang makanan dan wang tunai kepada semua mangsa yang terjejas di tempat kejadian di pusat perpindahan tersebut. Saya juga ingin Menjunjung Kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kerana telah berkenan menyampaikan sumbangan peribadi Baginda kepada pusat perpindahan sementara, Kelab Sultan Sulaiman. Tuan Yang di-Pertua, akibat insiden banjir ini kejadian tanah runtuh telah berlaku di tiga buah tempat, Persisiran Indah, Taman Persisiran Desa yang melibatkan rizab jalan, Jalan Hang Tuah Empat, Salak Selatan yang melibatkan rizab jalan, Jalan 1/27D Seksyen 6, Wangsa Maju yang melibatkan tanah persendirian. Ia melibatkan empat buah rumah yang mana dua buah rumah telah dikosongkan oleh penghuni yang terjejas. DBKL telah meninjau kawasan yang terlibat dan kerja-kerja susulan telah dilakukan dalam kadar segera. Tuan Yang di-Pertua, DBKL juga mengambil tindakan untuk membersihkan 12 buah lokasi pokok tumbang dan dahan serkah seperti terdapat di 12 buah tempat, Blok 28, Masjid Ubaidah, Jalan Pudu, Jalan Teluk Pulai, Jalan Kuchai 2, Jalan Desa Utama, PPR Seri Alam, Miharja, Lebuh Ampang, Jalan Kuari, 64 Taman Midah Cheras dan Jalan Siakap. Suka untuk dimaklumkan, kerja-kerja diselesaikan pada hari tersebut juga iaitu pada 7 Mac. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Lembah Pantai yang telah mengutarakan isu enam kolam takungan banjir di Kuala Lumpur di bawah JPS yang telah dibangunkan bagi tujuan tebatan banjir iaitu Kolam Batu, Kolam Nanyang, Kolam Batu 4 1/2, Kolam Delima, Kolam Taman Wahyu dan Kolam Taman Desa. Saya ingin memaklumkan bahawa kejadian banjir kilat pada 7 Mac 2022 bukan berpunca daripada kegagalan enam buah kolam takungan banjir tersebut berfungsi. Malahan kolam-kolam tersebut telah berfungsi dengan kapasiti yang mencukupi bagi menampung kapasiti air hujan serta beroperasi mengikut prosedur operasi standard yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, saya dimaklumkan oleh JPS terdapat sebuah kolam iaitu kolam takungan banjir di bawah JPS iaitu Kolam Takungan Banjir Boyan di Sungai Bunus yang didapati tidak dapat menampung air hujan yang luar biasa yang di luar kapasiti kolam tersebut dan menyebabkan berlakunya limpahan air dari kolam itu ke kawasan sekitar. Dalam hal ini, JPS sedang melaksanakan projek tebatan banjir di PULAPOL di samping akan membina tembok penahan banjir di kawasan telah dikenal pasti bagi mengelakkan limpahan air dari Kolam Takungan Banjir Boyan berulang. Tuan Yang di-Pertua, saya juga telah dimaklumkan oleh JPS bahawa Pusat Kawalan SMART telah memasuki mode yang kedua dan air Sungai Klang telah dilencongkan ke Terowong SMART pada jam 3.58 petang. Pada 7 Mac, mode yang ketiga telah diaktifkan pada 4.45 petang. Dengan bermulanya mode ketiga, Terowong SMART telah ditutup untuk semua kenderaan dan terowong berkenaan dibuka semula untuk lalu lintas pada jam 8.00 malam. Lencongan air banjir berjalan selama hampir enam jam dengan keseluruhan air yang telah dilencongkan sebanyak ‘1.15’ meter padu. Tuan Yang di-Pertua, penyelesaian secara menyeluruh bagi mengatasi banjir oleh JPS adalah menggunakan kaedah Annual Recurrence Interval, ARI200 sebagai asas untuk mereka membentuk semula keupayaan sungai di Kuala Lumpur. Dalam menyokong usaha ini, DBKL telah melantik perunding bagi mereka membentuk semua parit monsun

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri Wilayah Persekutuan · Arau

dan longkang-longkang termasuk longkang tepi jalan raya. Ini bagi mempertingkatkan keupayaan longkang, menampung air hujan berasaskan Annual Recurrence Interval, ARI200, perunding telah diminta untuk menyiapkan kajian ini dalam masa 12 bulan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memperbetulkan kenyataan Yang Berhormat Bukit Bintang dalam usul yang mendakwa DBKL gagal menguruskan pembersihan sungai, parit dan longkang secara berkala selepas kejadian banjir akhir 2021. Saya ingin menerangkan bahawa DBKL telah menyediakan 19 perangkap sampah terapung di sungai-sungai di Kuala Lumpur bagi menahan sampah daripada bahagian hulu sungai. Semua perangkap sampah ini diselenggarakan setiap hari. Bagaimanapun, apabila paras air sungai terlalu tinggi semasa hujan lebat, sampah-sampah yang ditahan di perangkap sampah sedia ada terlepas ke bahagian hilir sungai dan menyebabkan sampah-sampah tersebut tersangkut di tempat-tempat laluan air serta menjejaskan kelancaran air. Untuk makluman taskforce banjir terdiri daripada jabatan-jabatan dalaman DBKL serta Jabatan Pengairan dan Saliran sentiasa mempertingkatkan pengawasan dan juga penguatkuasaan seperti berikut. Ini kita telah laksanakan tanggungjawab ini berterusan: (i) penyelenggaraan berkala iaitu pembersihan sungai di bawah tanggungjawab DBKL tiga kali seminggu; (ii) penyelenggaraan parit monsun telah dipertingkatkan dari kini parit-parit yang tersumbat dan rosak telah berkurangan. Kekerapan kerja-kerja pembersihan jalan dan longkang- longkang telah dipertingkatkan dengan kerjasama Tetuan Alam Flora Sdn Bhd; (iii) penguatkuasaan terhadap projek pembinaan yang melanggar syarat-syarat kelulusan telah dipertingkatkan bagi mengelakkan kejadian banjir lumpur; dan (iv) penyelenggaraan dan menaik taraf drainage outlet yang rosak dan tersumbat sedang giat dilaksanakan. Saya juga ingin memaklumkan bahawa kementerian akan memohon Bantuan Wang Ihsan daripada pihak NADMA agar dapat meringankan beban kewangan kerana banjir kilat tidak termasuk dalam kategori bencana alam tetapi oleh sebab ia terlibat dengan perpindahan, maka kita telah memohon untuk dimasukkan di bawah kategori bencana. Yang Berhormat yang telah menimbulkan pelbagai perkara, pertama Yang Berhormat Bukit Bintang – Oh! Yang Berhormat bertanya soalan.

Tuan Fong Kui Lun [Bukit BintangDAP · PHBukit Bintang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Adakah Yang Berhormat sedar di kawasan Bukit Bintang khususnya di Jalan Brunei ada sebuah terowong yang besar, air yang mengalir ke Sungai Kerayong. Saya rasa 10 tahun yang lepas sudah ada penyelenggaraan di terowong ini tetapi sehingga hari ini belum ada satu pembersihan tanah di terowong ini. Bolehkah Yang Berhormat mengambil tindakan untuk memastikan bahawa pengaliran di Sungai Kerayong ini boleh dipastikan? Terima kasih.

Yang Berhormat, saya akan menjawab sekejap lagi. Pertama sekali, bantuan yang telah diberikan kepada Tiong Nam yang dimaklumkan terdapat sejumlah 285 buah keluarga yang terkesan. Bantuan kewangan telah diserahkan kepada keluarga yang terkesan pada 30 Disember 2021, sejumlah RM1300 untuk sebuah keluarga. Pada hari saya memberikan bantuan Yang Berhormat ada tetapi Yang Berhormat telah balik awal, jadi saya telah bagi bantuan tetapi bukan tiga bulan, tidak betul Yang Berhormat. Jadi 30 Disember 2021. Kalau banjir berlaku 18, tidak sampai – sebenarnya kalau ikut arahan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kita bagi bantuan semasa mangsa masih berada di pusat perpindahan. Ini telah kita laksanakan dengan wajar bukan sahaja di Kuala Lumpur tetapi di seluruh negara. Kemudian berhubung dengan apa yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai iaitu terdapat mereka yang tidak mendapat bantuan sehingga sekarang. Bantuan Wang Ihsan bagi mangsa banjir fasa satu, semua telah diagihkan kecuali 26

orang yang tidak dapat dihubungi dan telah diminta untuk mengambilnya di kaunter DBKL. Jadi tidak benar dikatakan bahawa Bantuan Wang Ihsan ini tidak diberikan.

RM2500 bukan RM1000.

Ya tetapi Yang Berhormat ada rekod, jadi saya pun ada rekod. Yang Berhormat boleh bagi kepada saya dan Insya-Allah kita akan selesaikan serta-merta, tidak ada masalah. Benda ini ...

Saya sudah bangkitkan banyak kali sudah, tidak selesai lagi.

Saya mengucapkan terima kasih Yang Berhormat berada di pusat banjir semasa saya hadir dan juga Timbalan dan juga beberapa yang lain. Mungkin semasa kita hadir, mereka tidak ada. Akan tetapi untuk mengatakan bahawa Menteri tidak ada di Kuala Lumpur pergi Johor itu tidak betul, apa yang saya tahu ialah Yang Berhormat Seputeh memang tidak hadir di mana-mana pusat banjir. Okey, kemudian...

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

Tarik balik. Tuan Yang di-Pertua, ini tidak adil. Saya berada di kawasan saya dan kereta saya tidak boleh jalan kerana banjir di banyak tempat.

Akan tetapi Yang Berhormat, saya maksudkan di pusat perpindahan, tidak ada perpindahan yang berlaku di kawasan Yang Berhormat. Jadi Yang Berhormat hadir di tempat mungkin tempat letak kereta dan sebagainya.

Cuma Yang Berhormat Menteri, tidak dengar di Seputeh...

... apabila kita hadir di satu tempat, kita tidak boleh mengata orang lain tidak hadir. Orang lain hadir dan saya tahu semua wakil rakyat cukup prihatin.

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

Okey Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau.

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

Yang Berhormat Menteri dekat mana waktu itu?

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

Yang Berhormat Menteri dekat mana bila banjir berlaku di Kuala Lumpur.

Saya berada di underpass. Yang Berhormat, saya tidak sempat ambil gambar dan hantar. Jadi, orang ambil gambar – saya berada di Parlimen pada masa tersebut. Apabila hujan turun luar biasa dan saya – Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bagi tahu hujan ini agak luar biasa. Saya terus pergi ke tempat perpindahan dan apabila saya berada di pusat perpindahan baru 30 orang daftar. Lepas itu, datanglah sehingga ia menjadi 100 orang kesemuanya.

Yang Berhormat Menteri.

Kampung Pasir seramai 39 orang mula- mula sekarang sudah jadi 169 orang, ikut Yang Berhormat.

Yang Berhormat Menteri.

Akan tetapi ikut angka saya adalah 170. Jadi, menunjukkan bahawa kami sampai sebelum banjir berlaku. Kami sudah sampai di tempat kejadian...

Ha, tidak adalah. Saya – [Ketawa]

Saya ingin mengatakan –ini adalah Menteri ini lain kualiti sikit daripada PH...

Ini lebih propaganda. Yang Berhormat Menteri.

Kita meletakkan pemikiran bahawa kita berpindah sebelum banjir.

Tidak, tidak. Yang Berhormat Menteri.

Itu yang kita hendak katakan...

Saya hendak maklumkan ada satu kawasan ...

Okey, untuk makluman...

Yang Berhormat Menteri, maaf. Tidak benar di Seputeh tidak ada berlaku pemindahan. Di kawasan Kampung Petaling Bahagia iaitu kampung Pegawai Tugas-tugas Khas Yang Berhormat Menteri, Datuk Ramlan Askolani, kampung beliau di situ telah berlaku dua kali banjir. Pertama 18 Disember dan kedua yang baru-baru ini. Mereka terpaksa dipindahkan ke Masjid Abdul Rahman Bin Auf. Kawasan ini dulu Lembah Pantai dipindahkan ke Seputeh. Akan tetapi, saya lihat dua kali berlaku, dua kali tidak ada PPS di situ. Mungkin Yang Berhormat Menteri boleh panjangkan agar diaktifkan Sekolah Kebangsaan Dharma sebagai PPS untuk bantu Yang Berhormat Seputeh. Terima kasih.

Ya, yang ini tidak ada masalah Yang Berhormat. Ini adalah kali pertama yang kerajaan buat. Saya sendiri semasa saya pegang NADMA dulu saya tidak dapat buat benda ini iaitu apabila mereka berpindah kita bagi RM500, apabila tidak berpindah kita bagi RM250. Akan tetapi, sekarang ini Yang Amat Berhormat kata berpindah ataupun tidak berpindah dibagi RM1,000. Ini adalah cukup luar biasa. Sepatutnya ada ucapan-ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah melakukan kerja-kerja yang dahsyat ini. Berhubung dengan perpindahan di masjid, oleh sebab mereka terlibat dalam banjir mereka dikira sebagai mangsa banjir. Untuk sesetengah tempat yang mereka berpindah di tempat yang tidak diwartakan sebagai pusat banjir tetapi maklum pada kita, kita akan ambil tindakan. Dalam kes ini Yang Berhormat yang melibatkan pegawai pejabat Menteri, sudah pasti ia telah direkodkan sebagai pusat banjir sementara dan belum kita buat pendaftaran...

Ya, cuma sudah dua kali berlaku tidak ada apa-apa, belum ada PPS.

Sebab orang berpindah ini, orang yang berpindah ini Yang Berhormat dia ada dua cara. Satu, betul-betul dia pindah...

Dua kali, itu kampung pegawai Yang Berhormat Menteri. Kampung dia, dia membesar di situ tetapi dua kali berlaku banjir, dua-dua kali pun tidak ada PPS. Mungkin kena tukar pegawai.

Yang Berhormat, kita ada dua – sekarang saya puji Yang Berhormat sebelum saya pusing tidak puji Yang Berhormat, Yang Berhormat ada masalah. Okey, Yang Berhormat, ia ada dua cara untuk pusat perpindahan. Pertama, mereka berpindah di pusat yang telah diwartakan. Keduanya, mereka berpindah di mana-mana sebab banjir yang berlaku. Tidak pernah mereka berpindah di mana pun kita tidak ambil kira. Kita mengambil kira terutama dalam keadaan sekarang apabila Yang Amat Berhormat menyebut bahawa apabila mereka terkesan

kepada banjir walaupun tidak berpindah sama ada berpindah di rumah sedara-mara mereka dikira mangsa banjir seperti mereka berpindah di pusat perpindahan. Jadi, Yang Berhormat tentang perkara tersebut tidak ada masalah untuk kita berbuat demikian sebab mereka ini berskala kecil – kalau melibatkan 10 orang dan sebagainya jadi ini yang kita akan buat selepas itu. Ini kerana, pusat perpindahan yang telah diwartakan ia melibatkan semua kakitangan yang kerah untuk pergi ke sana. Tempat-tempat yang saya sebutkan tadi ini mungkin diuruskan oleh pelbagai pihak lain tetapi bantuan akan dibagi sama seperti orang lain.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Ya.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Kepong.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Bukit Bintang.

Okey. Jadi, Yang Berhormat Jalan Brunei, Bukit Bintang, terowong Jalan Brunei yang dimaksudkan berada dalam keadaan baik. DBKL telah menjalankan kerja-kerja pemeriksaan terowong Jalan Brunei pada April 2020. Kejadian banjir yang berlaku di Jalan Brunei pada 7 Mac 2022 adalah disebabkan oleh paras air Sungai Kerayong melepasi paras bahaya dan menyebabkan banjir yang berlaku. Akan tetapi penyelenggaraan di terowong Jalan Brunei dibuat dengan baik Yang Berhormat. Apabila air melimpah ...

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Penjelasan, penjelasan. Saya mahu kasi – terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Oleh sebab terowong yang besar ini di bawah tanah, mesti ada satu projek untuk membersihkan tunnel khususnya kerana 1MDB di kawasan itu iaitu di Imbi sini yang memberi banyak tanah masuk dalam terowong ini. Ini harus ada satu projek yang besar untuk membersihkan. Kedua, adakah Yang Berhormat pertimbangkan bahawa banyak kereta ditenggelami di banjir kilat? Adakah pertimbangkan untuk membayar pampasan kepada mereka oleh sebab mereka bayar cukai kenderaan dan juga cukai untuk kereta eksais tinggi dan tax. Pastikan mereka boleh dapat pampasan diberi kepada mereka. Adakah –

Ya, Yang Berhormat ya. Berhubung dengan terowong Yang Berhormat, DBKL ini saya ingat boleh kata tiap-tiap harilah yang saya akan bertanya dari semasa ke semasa hendak pastikan longkang dibersihkan dan sebagainya. Apabila berlaku banjir yang baru-baru ini Yang Berhormat pun sedia maklum bahawa longkang itu telah pun dibersihkan. Akan tetapi, bila air datang bawa sampah, jadi ia tersumbat. Itupun kita menggunakan tenaga kerja dan ia telah melancarkan perjalanan air. Itu sebab banjir kilat di Kuala Lumpur ini cuma yang diceritakan itu demikian rupalah. Akan tetapi, di kawasan yang saya sebutkan dalam masa 45 minit – kemudian yang lain dalam masa tiga jam dan SMART tunnel kita dengan izin dalam masa sampai pukul 8.00 malam sudah dibuka semula. Jadi, ini yang berlaku di Kuala Lumpur Yang Berhormat.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Kepong.

Jadi, berhubung dengan permohonan Yang Berhormat untuk kereta-kereta ini dibayar pampasan, yang ini akan dijawab oleh Timbalan Menteri Tugas-tugas Khas sekejap lagi. Akan tetapi, di pihak DBKL, kita akan memberi keutamaan yang dahsyat untuk membantu mangsa banjir.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Sikit, sikit.

Tugas saya sekarang ini ialah pastikan kalau berlaku bencana mangsa banjir dapat dipindah termasuk di kawasan Seputeh. Kalau berlaku perpindahan kita akan berada di sana bersama-sama. No problem.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Bagi Kepong, Kepong.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat ...

Yang Berhormat, saya hendak tutup, buat penutupan.

Tuan Yang di-Pertua

Ya. Oh, ingatkan sudah duduk.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Sikit, sikit, Kepong.

Saya berharap Yang Berhormat yang telah mengemukakan usul...

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Yang Berhormat, Yang Berhormat sikit, satu soalan sahaja. Sikit, sikit. Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya Yang Berhormat pernah berkata pada tahun 2013 bahawa sistem pengurusan banjir Kerajaan Malaysia adalah the best in the world. Jadi, soalan saya masihkah Yang Berhormat Menteri fikir sistem flood management Malaysia adalah the best in the world atau yang paling teruk di dunia?

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

[Ketawa]

Ketawa itu tak betul Yang Berhormat. Yang Berhormat, saya sebutkan pendekatan yang kita buat pada zaman itu ya – saya kata berpindah sebelum banjir. Itu sebab contohnya macam berlaku di kawasan di Kelantan, kita pindahkan sebelum banjir. Apabila banjir berlaku tidak ada bot digunakan sebab mereka berpindah dengan kereta dan mereka duduk di pusat banjir selama sehari ataupun dua hari lepas itu banjir datang. Apabila banjir pergi mereka balik ke rumah masing- masing. Perpindahan banjir yang melibatkan bot ini akan menyebabkan kerosakan, kemalangan jiwa dan sebagainya. Itu sebab masa itu bila kita perkenalkan sistem itu, kita perkenalkan NADMA – NADMA baru kita perkenalkan, maka sistem pengurusan banjir telah berjalan dengan lancar dan baik. Yang Berhormat tengok pada masa itu beberapa pendekatan yang dibuat menyebabkan kita menjadi antara yang terbaik untuk menguruskan banjir. Yang Berhormat tengoklah sendiri apa yang diuruskan banjir di negara-negara lain tetapi lain yang diuruskan di Malaysia. Okey, jadi, saya berharap semua Yang Berhormat.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Yang Berhormat, soalan saya belum jawab.

Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Seputeh.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Waktu keadaan Jabatan Kaji Cuaca mengeluarkan amaran dan juga waktu SMART tunnel diaktifkan.

Yang Berhormat, kawan saya akan jawab sekejap lagi. Saya minta Yang Berhormat Seputeh last one. Boleh Tuan Yang di-Pertua?

Puan Hannah YeohDAP · PHSegambut

Segambut, Segambut tidak ada ruang.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Segambut dulu.

Puan Hannah YeohDAP · PHSegambut

Hendak bagi dua cadangan saja kepada Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Seputeh, tolong bagi Yang Berhormat Segambut jalan.

Puan Hannah YeohDAP · PHSegambut

Okey, terima kasih. Saya tidak sempat. Jadi, saya hendak bagi dua cadangan kepada Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan. Satu adalah apabila hujan lebat di Kuala Lumpur, kita bukan ada banjir saja kita ada banyak kes tanah runtuh. Jadi, penggantungan DBKL sekarang kepada pihak IKRAM sahaja untuk menjalankan kajian mengambil masa yang lama dan ada banyak kes dia perlukan tindakan segera.

Puan Hannah YeohDAP · PHSegambut

Jadi, saya minta Menteri tolong bagi bajet yang lebih besar kepada DBKL dan bagi tenaga kerja yang lebih untuk pastikan tanah runtuh ini dapat kita kendalikan dengan secepat mungkin.

Puan Hannah YeohDAP · PHSegambut

Kedua, adalah masalah local plan yang telah diwartakan di DBKL, di Kuala Lumpur. Bila kita ada kes seperti ini di mana air hujan terlalu banyak, kes banjir kilat. Saya minta DBKL hormati local plan yang telah pun diwartakan. Kalau ada permohonan yang datang kepada DBKL buat masa sekarang, sementara kita menunggu kajian 12 bulan semua itu, jangan layan sebarang permohonan yang tidak selaras dengan local plan. Itu sahaja. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Nombor satu. Ya.

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

Mungkin jawab sekalilah. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya– kami tadi dengar semuanya laporan daripada Menteri sama ada dia pergi ke PPS dan sebagainya. Saya rasa bagi penduduk Kuala Lumpur, mereka hendak tahu adakah Kementerian Wilayah Persekutuan, Menteri dan DBKL sudah insaf. Tidak boleh luluskan projek dengan density yang tinggi tanpa lihat masalah perparitan dan juga trafik dan sama ada sudah insaf supaya jangan ikut apa yang pernah dilakukan oleh Yang Berhormat Putrajaya semasa dia jadi Menteri Wilayah Persekutuan, lulus semua projek sahaja tanpa hirau akibat. Sekarang kita melihat masalah banjir, kesesakan trafik dan sebagainya. Jadi semua ini, saya tidak dengar, hanya dengar semua ini laporan sahaja. Apakah pandangan Yang Berhormat Menteri? What is a way forward tentang isu seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Segambut tadi?

Tuan Yang di-Pertua

Ringkas Yang Berhormat.

Pertama sekali, saya hendak ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat yang berucap dan saya bersetuju bahawa bila kita menghadapi bencana ini, tidak ada pendekatan yang berdasarkan parti dan sebagainya. Itu sebab kita mengalu-alukan semua Yang Berhormat di Kuala Lumpur supaya sentiasa membantu dan membuat cadangan yang baik dari semasa ke semasa. Sehingga kini, saya ingat tidak ada cadangan-cadangan yang ditolak begitu sahaja. Kita mempertimbangkan dengan baik dan dahsyat ya. Terima kasih. Malah apabila Yang Berhormat Seputeh tanya sebab di mana Menteri, sebenarnya saya tengok daripada telefon. Saya hampir pusing balik untuk jumpa Yang Berhormat tetapi walau bagaimanapun saya utamakan rakyat dahulu ya, Yang Berhormat. Kedua ialah apa yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat Segambut. Pertama, berhubung dengan kajian yang sekarang ini kita banyak serah kepada IKRAM. Akan tetapi cadangan untuk membolehkan kita tambah untuk membolehkan pendekatan yang lebih berkesan, tidak ada masalah. Kita akan mempertimbangkan. Berhubung dengan local plan, ini juga akan diberi perhatian yang wajar dari semasa ke semasa. Perkara yang telah dibawa oleh Yang Berhormat Seputeh. Yang Berhormat, sebelum itu saya hendak ucapkan terima kasih dahulu kepada semua yang berucap dan apa-apa persoalan yang saya tidak dapat jawab, kita akan ambil tindakan sebab ia telah direkodkan. Hal Yang Berhormat Seputeh ini saya jawab lepas ini saya kira habis jawapan. Saya habis tutup perbahasan saya. Bahawa saya hendak beritahu kami memang telah insaf, Tuan Yang di-Pertua. Kami insaf. Kami insaf selepas PH memerintah yang telah gagal menyebabkan kami telah membuat banyak perkara-perkara baharu untuk membetulkan keadaan. Insaf, memang insaf Yang Berhormat. Insaf kerana bila 22 bulan PH memerintah, banyak juga perkara-perkara yang telah tidak dilakukan, jadi sekarang kita sedang perbaiki.

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

Senaraikan apa yang PH tidak lakukan dalam 22 bulan itu? Kami boleh senaraikan apa Yang Berhormat Putrajaya dahulu pernah buat yang menyebabkan KL menjadi satu bandar raya yang failed city.

Ya, Tuan Yang di-Pertua, hendak saya senaraikan sekarang? Saya ingat tidak perlu Yang Berhormat. Walau bagaimanapun kita hadapi, sekiranya petang ini wujud ribut petir yang berlaku, kita terpaksa terus berada di sini, tidak pergi Johor. Sepatutnya saya ada di Johor sebab mempertahankan...

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Menteri, jangan mainkan politik. Ini banjir melibatkan rakyat Menteri ya, tolong. Janganlah politik-politik sangat. Banjir ini semua, tidak kira UMNO kah, PH kah, semua kena. Menteri betul tak? Menteri sendiri kata banjir ini tidak kira siapa, tidak kira parti. Kenapa dalam penggulungan, Menteri mainkan politik lagi? [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) mempengerusikan

Ini daripada mana?

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Bayan Baru, boleh?

Minta kebenaran dahulu.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Menteri, jadi saya– tetapi Menteri mainkan politik. Janganlah kita hendak bertelagah tentang isu banjir.

Minta– Yang Berhormat Bayan Baru tidak terlibat.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Betul tak Menteri?

Betul. Akan tetapi Yang Berhormat Bayan Baru...

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Ya, terima kasih. Menteri kata betul, jadi stop lah politicking ya. Terima kasih.

Okey, stop. Yang Berhormat Bayan Baru tidak terlibat dengan banjir. Jangan menyibuklah ya. Jadi kepada Yang Berhormat Seputeh, saya hendak ucapkan terima kasih bahawa perkataan saya insaf itu sebab Yang Berhormat menyebutkan insaf ataupun tidak tentang apa yang berlaku. Memang kita insaf. Di antara benda yang insaf ialah bila kita membetulkan beberapa keadaan yang tidak betul pada masa yang lepas, terutamanya di zaman PH. Terima kasih. Assalamualaikum.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dipersilakan kementerian yang berikutnya, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd MuttalibPAS · PNTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Maran

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Keluarga Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak ucapkan terima kasih banyak kepada Yang Berhormat Bukit Bintang kerana membawa usul ini. Namun, untuk makluman Yang Berhormat banyak kawasan, daerah-daerah dan negeri-negeri lain yang sering berlaku banjir dan menjadi kebiasaan kepada mereka seperti Pahang, Terengganu, Kelantan dan lain-lain. Akan tetapi kali ini di Kuala Lumpur ini agak luar biasa sedikit sebab itu menjadi agak penting. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada pasukan keselamatan, pembantu, termasuk polis, bomba, RELA, JPAM, NGO dan penduduk dalam membantu mangsa-mangsa banjir yang baru-baru ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan penghargaan yang tidak terhingga kepada Yang Berhormat Bukit Bintang yang telah memberikan beberapa cadangan dalam menguruskan sampah disebabkan masalah banjir kilat yang telah berlaku di Kuala Lumpur baru-baru ini. Termasuk cadangan memberikan pendidikan kepada masyarakat, peniaga, penjaja, dengan mereka bertanggungjawab dalam menguruskan sisa pepejal yang dihasilkan oleh mereka sendiri.

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd MuttalibPAS · PNTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Maran

Di samping itu juga, Yang Berhormat juga mencadangkan supaya kompaun dikenakan sekiranya mereka tidak mematuhi peraturan yang berkaitan berkuat kuasa. KPKT melalui SWCorp telah melaksanakan program-program pendidikan yang bersesuaian bagi memberi kesedaran kepada masyarakat berhubung pembersihan awam demi kebersihan alam sekitar. Namun Tuan Yang di-Pertua, tidak begitu mudah untuk mengubah pemikiran dan kesedaran masyarakat kita, sebahagian daripada mereka. SWCorp sentiasa memberikan penekanan kepada masyarakat mengenai kesedaran pembersihan dalam menjaga alam sekitar. Banyak program kesedaran awam telah dilaksanakan oleh SWCorp di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Antaranya, program Buang Sampah ke Dalam Tong Sampah. Program Berani Tegur, Program Kesedaran 3R dan lain-lain lagi program. Sehingga 31 Disember 2021 sebanyak 30,979 program kitar semula telah dilaksanakan di peringkat komuniti. Tuan Yang di-Pertua, bagi penguatkuasaan pula sebanyak 138 bilangan operasi sampah haram telah dilaksanakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur oleh SWCorp. Manakala bilangan kes pendakwaan sampah haram adalah lima kes untuk tahun 2021 dengan anggaran denda sebanyak RM70,000. Bilangan notis tawaran kompaun bagi kesalahan tidak mengasingkan sisa di punca daripada Jun 2016 sehingga Disember 2021 adalah sebanyak 30 notis dengan jumlah kompaun adalah sebanyak RM1,500. Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Bukit Bintang, tindakan segera telah diambil oleh KPKT pada 7 Mac selepas banjir kilat berlaku. Kerja-kerja pembersihan telah mula dilaksanakan oleh syarikat konsesi lantikan KPKT iaitu Syarikat Alam Flora Sdn. Bhd. pada 7 Mac 2022 iaitu Isnin di kawasan-kawasan yang telah surut air banjir. Antara kerja-kerja yang dilaksanakan adalah pembersihan jalan, longkang dan kutipan sisa banjir dan ia juga dilakukan bersama dengan Kementerian Wilayah Persekutuan, bandar raya. Kerja pembersihan ini adalah merupakan skop sedia ada dalam perjanjian konsesi. Maka syarikat konsesi mempunyai jentera yang sesuai dan pekerja pembersihan yang mencukupi untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan tersebut. Kerja-kerja pembersihan ini dijangka akan selesai dalam tempoh tiga hingga empat hari ini. Tuan Yang di-Pertua, manakala seorang lagi Yang Berhormat yang menimbulkan pandangan dan hasrat beliau ialah Yang Berhormat Lembah Pantai. Saya ucapkan terima kasih banyak kepada Yang Berhormat Lembah Pantai. Untuk makluman Yang Berhormat, peristiwa banjir bulan Disember yang lalu, ini berkaitan dengan rumah rosak, pembaikan rumah dan sebagainya. KPKT telah menerima 938 senarai nama mangsa yang terlibat di kawasan Kuala Lumpur.

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd MuttalibPAS · PNTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Maran

Daripada jumlah tersebut, 44 unit rumah terlibat dengan bina baru. Manakala 894 unit terlibat dengan baik pulih. Daripada jumlah tersebut, kawasan Lembah Pantai mempunyai 259 unit terlibat untuk baik pulih. Daripada jumlah 259 unit tersebut, 224 unit untuk unit terlibat untuk kerosakan yang nilainya di bawah RM5,000. Di mana pembaikan ini diuruskan oleh ICU, Tuan Yang di-Pertua. Manakala 35 unit terlibat untuk kerja-kerja pembaikan yang nilainya antara RM5,000 hingga RM15,000. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bertanggungjawab dan melalui agensi pelaksana iaitu PR1MA dalam proses pelantikan kontraktor untuk melaksanakan kerja pembaikan kepada 35 unit rumah yang terlibat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya ingat itu sahaja ya.

Yang Berhormat Menteri. Minta Lembah Pantai.

Sila Yang Berhormat Lembah Pantai.

[Menunjuk ke arah Yang Berhormat Puchong]

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat sebut berkenaan dengan apa yang akan dilaksanakan setakat pembersihan dan sebagainya. Yang Berhormat, soalan yang kita bawa di dalam Dewan ini adalah mudah untuk kita faham. Pertamanya, saya rasa semua setuju, Menteri terdahulu juga

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

membuat penekanan bahawa apa yang kita lihat hari ini ialah cuaca yang cukup berbeza daripada dulu. Kita ada hujan yang turun cukup lebat. Jadi, banjir yang kita lihat beberapa hari yang lalu itu ialah hasil daripada hujan yang lebat. Itu ialah satu perkara yang biasa. Ia akan berlaku dan berulang. Jadi, soalan di dalam Dewan ini adalah, adakah sistem perparitan yang kita ada, yang sedia ada itu sesuai untuk kita ini hendak menangani masalah ini? Kalau kita lihat pada apa yang berlaku, sudah tentu ada masalah. Jadi, di situlah I think all of us, kita hendak dengar. Apakah tindakan kerajaan, cadangan kerajaan supaya kita boleh pastikan bahawa kita ada sistem pengairan, saliran perparitan dan sebagainya yang dapat menangani masalah banjir yang kita lihat akibat daripada hujan yang sangat lebat yang kita lihat hari ini? Itu soalan daripada kita. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat bertanya. Sebenarnya saya terima soalan Yang Berhormat tetapi soalan itu wajar dijawab oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air dan juga NADMA sendiri di bawah Jabatan Perdana Menteri. Insya-Allah NADMA akan jawab.

Boleh saya tanya? Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi sebut pasal Lembah Pantai.

Terima kasih atas penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Cuma isunya, kejadian banjir itu berlaku pada 18, 19 Disember yang lalu dan oleh kerana penduduk Kampung Pasir tidak mendapat apa-apa maklumat. Tidak ada apa-apa pemberitahuan, status. Maka, mereka telah mengusahakan sendiri. Keluar poket sendiri, belanja sendiri untuk baiki rumah. Jadi, saya tidak tahu sama ada jumlah yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi masih relevan ataupun tidak kerana mereka terpaksa cari duit sendiri. Pinjam ataupun keluarkan daripada tabung untuk mereka selesaikan. Jadi, sekiranya daripada jumlah ini, adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh maklumkan berapa sebenarnya- bila yang akan dilakukan? Adakah dalam masa seminggu, dua minggu ataupun macam mana? Oleh sebab bunyi macam lama lagi. Kalau lama lagi, tidak payahlah kan? Kecuali hendak diberi pampasan kerana ada nilai. Kalau tidak boleh diselesaikan ataupun telah diselesaikan dahulu, maka itu yang diberi bantuan. Minta penjelasan. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Sebenarnya kerajaan sangat prihatin tentang kebajikan masyarakat kita, terutamanya yang terlibat dengan banjir. Jaminan ini telah diberikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Cuma saya faham, saya Ahli Parlimen yang boleh dikata saban tahun berpengalaman dengan banjir. Kita tahu memang kita bangga dengan sebahagian penduduk kita. Walaupun mereka perlukan bantuan kerajaan tetapi mereka bersedia mencari juga ruang untuk membaiki rumah mereka sendiri. Namun demikian Yang Berhormat Lembah Pantai, insya-Allah saya akan pastikan. Oleh kerana ini telah pun dijanjikan oleh kerajaan dan kita ada jawatankuasa khas di bawah untuk menilai rumah yang rosak, rumah yang perlu dibaiki, rumah yang rosak perlu dibaiki bawah daripada RM5,000 dan sebagainya. Jadi insya-Allah, saya akan cuba cari jalan, Yang Berhormat. Kalau boleh saya turun sendiri di kawasan berkenaan untuk melihat apa sebenarnya yang berlaku. Terima kasih Yang Berhormat.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Dipersilakan Yang Berhormat Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri.

Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd YazidUMNO · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) · Kuala Kangsar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima

Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd YazidUMNO · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) · Kuala Kangsar

kasih kepada semua sahabat yang telah mengutarakan permasalahan di kawasan masing-masing. Saya turut merasa sedih juga di atas apa yang berlaku dalam dua hari di Lembah Pantai ini. Saya ingin menjawab dulu kepada Yang Berhormat...

Lembah Klang, bukan sahaja Lembah Pantai.

Sorry. Lembah Pantai, Lembah Klang.

Terima kasih. Lembah Pantai di hati Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Lembah Klang ya, Kuala Lumpur dan juga Selangor. Okey, maaf. [Ketawa] Yang Berhormat Bukit Bintang ingin tahu mekanisme urusan bencana dipertingkatkan melibatkan semua agensi. Yang Berhormat Bukit Bintang, mekanisme ini, mekanisme pengurusan bencana adalah di bawah Arahan MKN 20 dengan jelas menggariskan satu dasar pengurusan dan bantuan bencana di darat mengikut tahap bencana serta mewujudkan satu mekanisme pengurusan yang menentukan peranan dan tanggungjawab pelbagai agensi dan pihak- pihak berkepentingan yang terlibat semasa bertindak menangani sesuatu kejadian bencana. Arahan ini juga jelas menggariskan tatacara serta perintah dan kawalan mengendalikan urusan tindak balas terhadap bencana melalui penubuhan Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat Pusat, negeri dan daerah. Pengurusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana daerah bersama-sama dengan Komander Operasi Bencana bertanggungjawab membuat penilaian mengenai bencana yang sedang dikendalikan, antara lain daripada segi aspek keupayaan agensi-agensi di peringkat daerah untuk menanganinya. Setelah penilaian dibuat dan tindakan awalan diambil tetapi didapati bahawa kejadian bencana tersebut tidak dapat ditangani oleh jentera peringkat daerah. Maka, Jawatankuasa Pengurusan Bencana daerah hendaklah memaklumkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri dan seterusnya, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat untuk mendapatkan bantuan segera. Justeru, Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana daerah masing-masing telah dipertanggungjawabkan dan mempunyai kuasa untuk menyelaras serta mengatur gerak jentera pengurusan bencana di peringkat masing-masing. Ia bukan hanya meliputi agensi kerajaan, malah kerajaan tempatan dan lain-lain pihak berkepentingan, termasuk NGO-NGO. Saya terus kepada Yang Berhormat Lembah Pantai, saya juga akan menjawab WhatsApp Yang Berhormat Lembah Pantai menghantar kepada saya di Dewan ini. Terima kasih. Yang Berhormat telah bertanya, adakah benar Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) tidak mempunyai peruntukan untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir? Yang Berhormat, perkara ini adalah tidak benar. Peruntukan disalurkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) kepada Kementerian Wilayah Persekutuan bagi tujuan bantuan wang ihsan dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) bagi tujuan bantuan pembelian keperluan asas (BPKA) dari semasa ke semasa berdasarkan permohonan yang diterima daripada agensi berkenaan. Sehingga kini, NADMA telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM1.775 juta kepada Kementerian Wilayah Persekutuan bagi tujuan bantuan wang ihsan dan RM1.715 juta kepada ICU untuk bantuan BPKA bagi Wilayah Persekutuan. Merujuk pada Laporan ICU sehingga 1 Mac 2022, daripada 1,775 ketua isi rumah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang telah disahkan oleh Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) layak menerima bantu wang ihsan sebanyak RM1,000. Kesemua RM1,775 ketua isi rumah (KIR) telah menerima bantuan wang ihsan ini Yang Berhormat, sebanyak 100 peratus. Penyaluran peruntukan bantuan pembelian keperluan asas (BPKA) oleh NADMA sebanyak RM727,500 bagi fasa satu telah diagihkan

sepenuhnya oleh pihak Pejabat Pembangunan Negeri Kuala Lumpur. NADMA pada 3 Mac 2022 telah menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM987,500 kepada Pejabat Pembangunan Negeri Kuala Lumpur bagi agihan BPKA.

Berhubung keperluan pelaporan kepada rakyat mengenai agihan bantuan. Laporan prestasi agihan bantuan wang ihsan sememangnya dikongsi melalui media sosial Yang Berhormat Subang. Akan tetapi sebagai kita bersahabat di Dewan yang mulia saya akan menghantar satu laporan bertulis pada kedua-dua Yang Berhormat Lembah Pantai dan juga Yang Berhormat Subang. Semestinya keprihatinan Yang Berhormat terhadap rakyat yang ada di dalam kawasan harus dipertimbangkan dan juga diambil berat. Terima kasih. Lagi Yang Berhormat Lembah Pantai saya masih tidak selesai lagi dengan persoalan-persoalan Yang Berhormat. Yang Berhormat ingin tahu akan penambahbaikan yang akan dilakukan kepada sekarang. Yang Berhormat Lembah Pantai bertanyakan mengenai apakah penambahbaikan jangan ianya berulang lagi. Bagi memastikan pengurusan bencana negara pada masa akan datang dapat berjalan dengan baik dan mengatasi kelemahan- kelemahan dikenal pasti setelah MPL berlaku. Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri secara dalam talian pada 3 Februari 2022 telah bersetuju dengan lapan langkah. Saya rasa kesemuanya sedia maklum tetapi biarkanlah saya membacanya dengan sedikit masa yang ada pada saya. (i) pemerkasaan dasar, perundangan dan mekanisme berkaitan pengurusan bencana dan pengurangan risiko bencana (DRR); (ii) penekanan terhadap inisiatif DRR; (iii) penyediaan dana untuk pengurusan bencana dan DRR; (iv) pengukuhan mekanisme koordinasi dan kompetensi stakeholders pengurusan bencana; (v) penambahbaikan sistem dan penyampaian maklumat di dalam pengurusan bencana dan DRR; (vi) pemerkasaan dasar dan mekanisme koordinasi bantuan NGO dan sukarelawan; (vii) peningkatan Kemahiran di dalam komunikasi krisis dan komunikasi strategik; dan (viii) peningkatan kapasiti komuniti setempat dan tumpuan terhadap “localisation” di dalam pengurusan bencana dan DRR. Pewujudan repository daftar risiko bencana negara ini penting juga akan membantu mempertingkatkan peluasan dasar DRR melalui pembuat keputusan berdasarkan risiko dan maklumat sejarah bencana di peringkat daerah dan negeri. Untuk Yang Berhormat Lembah Pantai merujuk kepada laporan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) sehingga 1 Mac 2022 seramai 1,775 yang saya sebut tadi telah menerima bantuan Yang Berhormat. Namun begitu Yang Berhormat ada sebut kepada saya bahawa ada lagi lebihnya yang belum. Berhubung kepada perkara itu, kami menerima apa senarai yang dihantar daripada Jawatankuasa Bencana Wilayah Persekutuan. Jadi daripada senarai itulah pemberian bantuan itu berdasar pada itulah bantuan itu diberi Yang Berhormat. Jadi sekiranya Yang Berhormat buat masa ini maknanya kalau semua yang lain telah diterima yang selebihnya tidak. Maknanya mereka tidak memenuhi syarat itu dan melepasi. Jadi saya mohon kalau Yang Berhormat merasakan mereka itu seharusnya diberi juga walaupun pada pandangan Jawatankuasa Bencana peringkat Wilayah iaitu

mereka telah memberi senarai yang berbeza. Saya mohon Yang Berhormat membuat rayuan bagi pihak pemohon-pemohon tersebut. Baik, silakan.

Baik terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri saya menerima baik penjelasan yang diberikan dan saya cukup alu- alukan. Cuma sama seperti dalam kes untuk KPKT tadi tentang hendak baik pulih rumah. Dalam isu permohonan ini saya rasa ada masalah information flow dengan izin iaitu mereka yang telah memberi nama tidak tahu apa status. Adakah mereka layak, tidak layak. Adakah mereka akan terima, tidak terima. Apabila jiran dapat dan mereka sama- sama berikan nama maka akan timbul fitnah dan akan timbul macam-macam persoalan dan yang terpaksa menjawab dan mencari jawapan adalah ketua kampung, pihak DBKL, pihak ICU, saya. Jadi, mungkin information flow itu perlu dipertimbang semula sama ada pemakluman melalui SMS bahawa nama mereka telah diterima dan sedang dipertimbangkan dan apakah keputusan setidak-tidaknya proses seperti itu samalah dengan pihak JKR, samalah juga dengan pihak NADMA akan membantu meleraikan sekiranya rupa-rupanya mereka tidak layak ataupun mereka tidak boleh memberi. Isu yang berlaku sekarang ialah timbul persepsi bahawa pihak ICU ataupun pihak NADMA tidak cukup duit untuk berikan RM2,500 ini sebab penduduk kata jiran aku dapat. Maaf ya tetapi kenapa tidak dapat. Jadi saya harap dan masalah ini bukan sahaja di Lembah Pantai. Apabila saya tanya dengan sahabat-sahabat saya Cheras, Bukit Bintang, benda yang sama berlaku di tempat-tempat yang lain. Jadi, saya pohon pertimbangan sekiranya mereka tidak layak, maka mereka dimaklumkan hantarlah SMS. Ada maklumat itu ya. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Saya setuju dengan Yang Berhormat. Semestinya kalau sudah direject ataupun tidak diterima permohonan mereka itu harus diberitahu supaya tidak berlaku curiga di kalangan masyarakat. Saya juga melihat Pak Jamal, ketua kampung yang berada di PPS hari itu. Beliau mengatakan betapa prihatinnya Yang Berhormat mengenai permohonan-permohonan yang tidak lepas ataupun tidak diberi lagi bantuan sebab mereka, saya kata kemungkinan mereka tidak melepasi syarat itu Pak Jamal, saya kata. Saya ada bagi tahulah untuk meleraikan tekanan pada Yang Berhormat.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat Timbalan Menteri, gulung.

Ya. Akhir sekali saya perlu membawa perkara ini sebab semestinya siapa yang melalui musibah akan memerlukan bantuan. Yang Berhormat, apa yang berlaku pada kedua-dua hari itu adalah fenomena banjir kilat. Kita tahu takrifan banjir kilat di bawah, berdasarkan takrifan Jabatan Pengairan Saliran adalah satu perkara yang tidak ditakrifkan sebagai bencana di bawah arahan MKN 2020. Akan tetapi di atas keprihatinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kita memang sedang melihat supaya cadangan hal-hal yang berkaitan banjir kilat ini dinilai semula supaya menjadi sebahagian takrifan bencana Yang Berhormat. Perkara ini sedang diteliti oleh pihak-pihak berkaitan penstrukturan semula supaya apa musibah yang dihadapi rakyat harus diambil kira walau apa bentuk pun, sama ada banjir kilat atau bencana keseluruhannya. Akhir sekali banjir kilat walaupun tidak ditakrifkan sebagai bencana Yang Berhormat, sekiranya disyorkan oleh Jawatankuasa Bencana Wilayah atau Jawatankuasa Bencana mana-mana daerah berdasarkan impak kejadian tersebut. Kalau impaknya itu sampai ke satu tahap walaupun ianya itu adalah banjir kilat terhadap harta benda dan nyawa serta keperluan mangsa untuk berpindah ke PPS, penyaluran bantuan boleh dipertimbangkan Yang Berhormat. Terima kasih.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dipersilakan Yang Berhormat Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air.

Dato’ Mansor bin OthmanPKR · PHTimbalan Menteri Alam Sekitar dan Air · Nibong Tebal

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terlebih dahulu izinkan saya Tuan Yang di-Pertua mewakili warga Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) untuk merakamkan rasa simpati kepada mangsa banjir yang terkesan dengan fenomena banjir 7 Mac yang lepas. Terima kasih juga diucapkan kepada kesemua anggota penyelamat, agensi kerajaan, NGO dan sukarelawan yang membantu dalam pemulihan pasca banjir di kawasan-kawasan yang terjejas. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih pada Ahli- ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian pada sesi petang ini membahaskan isu yang dibangkitkan ini. Saya pertama kali ingin menyambut baik saranan cadangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Bukit Bintang. Ada beberapa perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Bintang berkenaan dengan saranan bagi membaiki keadaan ini. Pertamanya Yang Berhormat Bukit Bintang sebut tentang sistem yang mereka perlu membaiki penambahbaikan sistem penyelenggaraan perparitan dan saliran – yang ini pun dibangkitkan oleh beberapa orang Yang Berhormat yang lain juga. Juga mohon untuk ditambah kolam takungan sekitar Wilayah Persekutuan dan tentang pendidikan masyarakat dan sistem amaran awal yang perlu diberi penambahbaikan dan juga tentang hukuman dan juga insentif kepada pesalah dan juga yang ingin menjaga kelestarian alam sekitar. Begitu juga dengan pematuhan syarat-syarat pembangunan bagi sesuatu kawasan yang telah menyebabkan kejadian banjir.

Dato’ Mansor bin OthmanPKR · PHTimbalan Menteri Alam Sekitar dan Air · Nibong Tebal

Jadi saya ingin satu persatu perkara itu Tuan Yang di-Pertua. Kita terlebih dahulu sebelum itu, untuk penyelenggaraan parit dan saliran, ingin saya menarik perhatian Yang Berhormat sekalian bahawa terdapat lima pihak yang bertanggungjawab bagi menjaga dan menyelenggarakan isu parit dan saliran: (i) Pihak berkuasa tempatan (PBT) yang bertanggungjawab ke atas pembinaan dan penyelenggaraan saliran dan parit menurut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 iaitu Akta 133; (ii) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di bawah KASA sendiri yang bertanggungjawab ke atas penyelenggaraan saliran semula dan kolam takungan banjir berdasarkan keputusan Jemaah Menteri tahun 1996; (iii) Bahagian Pembangunan Luar Bandar, Pejabat Tanah dan Daerah yang bertanggungjawab menyelenggarakan saliran di kampung; (iv) Jabatan Kerja Raya (JKR) menyelenggarakan saliran parit tepi jalan; dan (v) Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menyelenggarakan saliran pertanian. Di samping itu, terdapat juga diberikan tanggungjawab kepada pihak pemaju di bawah tempoh kontrak. Itu merupakan agensi-agensi dan jabatan yang terlibat dan menyelenggarakan. Mungkin Ahli Yang Berhormat membangkitkan isu tentang perlukan satu penyelarasan yang baik. Saya sambut baik cadangan yang demikian. Tuan Yang di-Pertua, tersentuh dengan perkara yang dibangkitkan ini juga ialah tentang perkara kesedaran sivik masyarakat seperti yang dibangkitkan oleh Yang

Dato’ Mansor bin OthmanPKR · PHTimbalan Menteri Alam Sekitar dan Air · Nibong Tebal

Berhormat Lembah Pantai dan juga Yang Berhormat Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain. Saya setuju ini sangat perlu kita berikan perhatian. Ini terkait juga dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai supaya libatkan sama Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Parlimen dalam usaha untuk membangkitkan ataupun menerapkan nilai dan kesedaran yang lebih mantap di kalangan masyarakat kita di bawah program kesedaran untuk menjaga kelestarian alam sekitar. Sehubungan itu di pihak kementerian ada dua tiga program yang dilaksanakan untuk membangkitkan kesedaran dalam perkara ini. Saya mengajak Ahli Yang Berhormat sekalian untuk terlibat dalam program ini. Salah satunya ialah Program Denai Sungai Kebangsaan dan kita target daripada 10,000 kilometer untuk dilaksanakan. Keduanya ialah tentang kita wujudkan beberapa program seperti Rakan Alam Sekitar yang mana Ahli-ahli Yang Berhormat boleh juga turut terlibat dalam program- program ini bagi membantu pihak kerajaan dan pihak kementerian untuk meningkatkan lagi kesedaran di kalangan rakyat kita tentang betapa pentingnya untuk menjaga alam sekitar. Perkara kedua yang dibangkitkan isu tentang sistem amaran awal kejadian banjir ini. Untuk makluman Yang Berhormat, ada tiga buah agensi di bawah kementerian yang terkait dengan perkara ini. Walaupun isunya sama tetapi fungsinya berlainan sedikit; (i) MetMalaysia; (ii) JPS sendiri dan (iii) NAHRIM iaitu badan yang membuat kajian dan penyelidikan tentang perkara ini. Jadi, untuk Met- tentang soalan yang dibangkitkan tadi adakah Met mengeluarkan amaran tentang kejadian banjir di Kuala Lumpur baru-baru ini. Sebenarnya MetMalaysia telah mengeluarkan amaran ribut petir yang menjangkakan ribut petir dan hujan lebat di Selangor dan Wilayah Kuala Lumpur seawal jam 1.35 tengah hari pada 7 Mac. Amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia sentiasa dikemas kini dan disebarkan menerusi pelbagai medium seperti laman web, laman sosial Facebook dan juga Twitter dan SMS. Met juga pada pagi tersebut tampil ataupun muncul di RTM dalam Program Selamat Pagi Malaysia memberi amaran itu. Sehubungan dengan itu, suka juga saya sebutkan satu perkara tentang sistem amaran awal ini. Betul, kita dapat persoalkan tentang ketepatan. Apa yang berlaku ialah Met boleh memberi amaran awal ini tetapi ada sedikit shortfall ataupun kelemahan sedikit Tuan Yang di-Pertua, tentang ketepatan lokasi yang sebenarnya berlaku kejadian banjir ini.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

[Bangun]

Dato’ Mansor bin OthmanPKR · PHNibong Tebal

Ini sedang dalam proses untuk dicari jalan dalam kajian untuk kita perbaiki tentang keadaan ini. Itu yang pertama. Keduanya, pihak JPS sendiri pun dalam sistem amaran awal ini, perkara yang dilakukan oleh pihak JPS ini sepanjang lembaran sungai yang terdapat di seluruh negara.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Puchong mohon laluan.

Dato’ Mansor bin OthmanPKR · PHNibong Tebal

Dalam hal itu, suka juga saya sebutkan berkenaan sistem amaran awal ini apa yang dilakukan oleh pihak JPS. Sekejap ya Yang Berhormat Puchong. Bagi Pelan Pemulihan peringkat JPS telah mengenal pasti dan telah memasuki perancangan menaik taraf dan pemasangan baru sistem saliran dan kamera web yang merangkumi seluruh negara seperti menaik taraf siren sebanyak 516 unit. Ini dalam perancangan dan menaik taraf 155 buah kamera web. Ini yang tadi berjumlah RM121.3 juta dan menaik taraf kamera web ini peruntukan yang diberikan ialah RM6.2 juta dan memasang 361 kamera web baru dengan jumlah RM32.5 juta. Keseluruhannya ialah RM160 juta bagi usaha untuk menaik taraf sistem siren dengan amaran awal untuk tangani isu banjir ini. Perkara ini sekiranya diluluskan berperingkat dan dapat dipasang di beberapa buah kawasan, lokasi penting lah.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah anda memberi laluan kepada Yang Berhormat Puchong?

Dato’ Mansor bin OthmanPKR · PHNibong Tebal

Ya, Yang Berhormat Puchong.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat, saya dengar apa yang disebut oleh Yang Berhormat, perkara yang dibawa adalah perkara perparitan perlu diselenggarakan oleh pihak-pihak yang berkaitan. Kemudian program kesedaran dan sekarang apa yang disebut adalah berkaitan dengan amaran. Saya tidak tahu sama ada Yang Berhormat Timbalan Menteri ini sedar bahawa masalah yang kita hadapi itu adalah masalah yang kerap kali berlaku. Jadi, soalan kita di dalam Dewan yang mulia ini, apakah tindakan kerajaan untuk kita dapat menangani masalah ini supaya ia tidak berlaku lagi. Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita tahu hujan yang kita lihat sekarang adalah hujan yang jauh berbeza daripada dahulu. Hujan yang cukup lebat. Setiap hari kalau kita lihat awam mendung, semua orang rasa gelisah. Ada ataupun tidak akan berlaku banjir. Di sini kita pada 7 Mac kita lihat bagaimana berlakunya banjir cukup cepat. Hujan dan air yang sangat besar tetapi apa yang saya dengar di sini...

Dato’ Mansor bin OthmanPKR · PHNibong Tebal

Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Belum sampai ke situ lagi Yang Berhormat Puchong.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Apa yang saya dengar di sini mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak faham masalahnya tetapi saya rasa untuk pihak rakyat ..

Dato’ Mansor bin OthmanPKR · PHNibong Tebal

Saya belum sampai lagi ke hujah tentang langkah- langkah yang diambil oleh kementerian untuk tangani isu itu. Saya akan sampai sekejap lagi.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Pastikan sampai. Tiga orang Menteri yang lain tadi tidak sampai pun.

Dato’ Mansor bin OthmanPKR · PHNibong Tebal

Akan sampai, akan sampai itu.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Ini bukan masa hal ini. Masa sudah habis, tidak sampai lagi, apa ini? Apa kerajaan ini? Jawab soalan terus! Kita hendak dengar.

Dato’ Mansor bin OthmanPKR · PHNibong Tebal

Setuju, setuju. Ini hendak jawab, ini hendak jawab Yang Berhormat Puchong. Hendak jawab Yang Berhormat Puchong. Duduk dahulu Yang Berhormat Puchong.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Orang di luar sana ada usul, jawab soalan kita. Apa ini? Tidak sampai-sampai. Get to the point.

Dato’ Mansor bin OthmanPKR · PHNibong Tebal

Hendak jawab Yang Berhormat Puchong. Ini bukan main-main Yang Berhormat Puchong. Pertama tadi sebab kita bangkitkan punca yang utama itu sebab saya sudah sebut tadi masalah kesedaran tentang buang sampah banyak. Itu perlu kita buat. Memang itu mesti kena buat.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sila gulung. Beri jawapan bertulis.

Dato’ Mansor bin OthmanPKR · PHNibong Tebal

Kalau kita tidak buat itu memang timbul masalah. Banjir di Kuala Lumpur berapa puluh tan sampah-sampah yang terkumpul di tempat itu. Itu yang menyebabkan banjir yang berlaku itu. Itu perlu sangat kita...

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

[Bangun]

Dato’ Mansor bin OthmanPKR · PHNibong Tebal

Nanti sekejap Yang Berhormat Puchong. Kemudian yang keduanya yang perlu ialah tentang sistem amaran tadi sebab timbul masalah kawan-kawan kita tadi bangkitkan yang kalau kita tidak hebohkan, banyak kerugian, banyak kesusahan yang berlaku kepada rakyat. Jadi, saya mulakanlah dengan yang itu dahulu. Saya mulakan dengan itu dahulu.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat...

Dato' Mansor bin OthmanPKR · PHNibong Tebal

Jadi, itu sebab kita bagi penerangan yang...

Dato’ Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat, sila gulung.

Dato' Mansor bin OthmanPKR · PHNibong Tebal

...Langkah-langkah diambil untuk memperbaiki sistem amaran awal ini.

Dato’ Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Bagi jawapan bertulis, masa sudah habis.

Dato' Mansor bin OthmanPKR · PHNibong Tebal

Dan satu lagi usaha yang dilakukan ialah sekarang ini kita di Malaysia...

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tidak faham langsung apa masalah dia.

Dato' Mansor bin OthmanPKR · PHNibong Tebal

...Sedang berusaha untuk berbincang dengan beberapa kementerian yang berkenaan untuk...

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Apakah sebab-sebab yang membawa kepada banjir?

Dato' Mansor bin OthmanPKR · PHNibong Tebal

Saya hendak sampai ke situ.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Apakah tindakan akan diambil untuk kita pastikan...

Dato' Mansor bin OthmanPKR · PHNibong Tebal

Okey, okey. Sudah hendak sampai situ. Sabar Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

...Bahawa punca dia itu kita dapat atasi. Ini apa yang saya soalkan.

Dato' Mansor bin OthmanPKR · PHNibong Tebal

No, no, no.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Apa tidak boleh faham. Seolah-olah kerajaan ini tidak hendak jawab soalan. Datang ke Dewan ini tidak tahu apakah isu dia.

Dato' Mansor bin OthmanPKR · PHNibong Tebal

Hendak sampai. Hendak sampai situ.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Ini adalah satu kerajaan yang cukup gagal. Kita...

Dato’ Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Masa untuk berdebat telah habis.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

...Bila ada banjir, di luar sana betapa susahnya rakyat.

Dato' Mansor bin OthmanPKR · PHNibong Tebal

Tuan Yang di-Pertua, kalau Yang Berhormat Puchong kacau macam ini...

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Usul dibawa dalam soalan.

Dato' Haji Salim SharifUMNO · BNJempol

Bagi peluang Yang Berhormat Menteri jawab.

Dato’ Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Sila duduk.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Rakyat mahu kenapa datang ke Dewan macam ini.

Dato’ Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat Puchong, sila beri laluan.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tidak ada jawapan.

Dato' Mansor bin OthmanPKR · PHNibong Tebal

You sit down and I answer.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

You are not answering the question. Sila jawab soalan.

Dato' Mansor bin OthmanPKR · PHNibong Tebal

Yes, I am.

Dato’ Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Masa telah habis.

Dato' Mansor bin OthmanPKR · PHNibong Tebal

You sit down, then I will answer for you. Alright.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya sudah duduk, dengar dekat satu jam.

Dato' Mansor bin OthmanPKR · PHNibong Tebal

Saya tahu. Dengarkan...

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tidak sampai-sampai lagi. Seolah-olah Timbalan Menteri tidak faham...

Dato' Mansor bin OthmanPKR · PHNibong Tebal

One by one lah. [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dato’ Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat Puchong sila duduk. Timbalan Menteri sila duduk. Beri jawapan bertulis. Masa telah habis.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua, minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Menteri ini diselamatkan oleh Tuan Yang di-Pertua. Kalau tidak, saya rasa tidak boleh jawab, menunjukkan kegagalan kerajaan untuk selesai masalah.

Dato’ Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Duduk Yang Berhormat Puchong.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Sila duduk Yang Berhormat Puchong, masa telah habis. Timbalan Menteri sila jawab bertulis. Ahli-ahli Yang Berhormat, masa telah mencukupi untuk rundingan usul ini dan yang sedemikian saya menutup rundingan ini. [Perbahasan ke atas Usul Titah Diraja disambung]

Dato’ Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Kita menyambung semula perbahasan ke atas titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Yang Berhormat Tanjong Manis, 13 minit.

Tuan Haji Yusuf bin Abd WahabPBB · GPSTanjong Manis

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan Salam Keluarga Malaysia. [Membaca sepotong doa] Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta berucap bagi membahas titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa perasmian persidangan Parlimen pada kali ini. Saya turut menjunjung kasih di atas keprihatinan Seri Paduka Baginda Tuanku yang menyentuh pelbagai isu dan permasalahan rakyat di negara kita termasuk di Sabah dan Sarawak. Baginda tuanku dalam titah turut membangkitkan beberapa perkara yang perlu mendapat perhatian kita semua sebagai wakil rakyat yang mewakili suara rakyat di kawasan masing-masing. Keprihatinan baginda tuanku antara lain menyentuh berkenaan langkah-langkah demi membela dan menjamin kesejahteraan dan keselamatan rakyat Malaysia.

Tuan Haji Yusuf bin Abd WahabPBB · GPSTanjong Manis

Tuan Yang di-Pertua, dengan rasa penuh kesyukuran dan rendah diri, saya ingin menghulurkan penghargaan dan terima kasih kepada petugas-petugas barisan hadapan negara terutamanya perkhidmatan kesihatan, angkatan tentera, polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Imigresen, Agensi Pengurusan Bencana, Angkatan Pertahanan Awam, sukarelawan, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan lain-lain agensi dan pemimpin masyarakat dalam menghadapi serangan pandemik COVID-19 dan juga bencana banjir besar yang berlaku di dalam negara kita. Jasa dan pengorbanan mereka semua dalam usaha membendung serangan COVID-19 dan menangani kesengsaraan banjir adalah sesuatu yang amat dihargai oleh semua lapisan rakyat Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, sebagai wakil rakyat kawasan Parlimen Tanjong Manis, saya mengambil peluang ini untuk menyampaikan rasa syukur dan terima kasih rakyat kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob kerana prihatin dengan keperluan dan inspirasi rakyat di kawasan Tanjong Manis dan Sarawak amnya. Rasa syukur dan terima kasih ini juga dizahirkan kepada Yang Amat Berhormat Premier Sarawak, Tan Sri Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg kerana usaha berterusan beliau membangun dan memimpin Sarawak dengan jayanya. Tuan Yang di-Pertua, isu pindaan MA63. Pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan Perjanjian Malaysia 63 telah berjaya diluluskan melalui sokongan melebihi dua per tiga Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada Disember 2021. Ia bakal melakar sejarah baharu untuk Sarawak dan Sabah sebagaimana dalam Titah Seri Paduka Baginda Tuanku. Langkah bersejarah ini diharap akan dapat memberi peluang kepada Sarawak untuk menjadi sebuah wilayah yang mencapai kemajuan pembangunan dengan lebih pesat lagi kerana nawaitu Perjanjian MA63 adalah untuk meletakkan Sabah dan Sarawak setaraf dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia semasa pembentukan Malaysia. Semoga dengan pindaan perlembagaan ini akan melakarkan beberapa persetujuan berkenaan perkara-perkara tuntutan dan hak Kerajaan Negeri Sarawak di dalam Perjanjian MA63. Ia akan dapat dimeterai dan dilaksanakan tidak lama lagi. Saya berharap persetujuan ini akan dapat dicapai melalui mesyuarat dan perbincangan yang telah, yang sedang dan yang akan dilakukan oleh kedua-dua pihak dengan menghayati roh dan semangat Perjanjian MA63. Isu Pan Borneo. Tuan Yang di-Pertua, Seri Paduka Baginda Tuanku dalam Titah Baginda juga menyentuh tentang betapa pentingnya infrastruktur pengangkutan dalam sesebuah pembangunan. Baginda bertitah bahawa Sabah-Sarawak Link Road serta Lebuhraya Pan Borneo, Sabah dan Sarawak mampu memacu pembangunan wilayah serta pertumbuhan ekonomi setempat. Dalam masa yang sama pembangunan infrastruktur di Sarawak hendaklah dipercepatkan supaya dapat menjadi pusat pertubuhan ekonomi baharu sebagai persediaan atau seiring dengan perpindahan ibu kota negara Indonesia ke wilayah Kalimantan pada tahun 2025 nanti. Infrastruktur Sarawak juga harus bersedia untuk menerima kesan limpahan daripada pertumbuhan ekonomi yang dijangka pesat di negara jiran itu nanti. Oleh itu, Kementerian Kerja Raya haruslah memastikan bahawa kerja-kerja pembinaan Pan Borneo dan SSLR terus berjalan lancar dan dipercepatkan supaya pembangunan di Sarawak dan Sabah tidak ketinggalan. Isu infrastruktur di Tanjong Manis. Tuan Yang di-Pertua, begitulah juga yang diharapkan dengan pembangunan infrastruktur di kawasan Parlimen Tanjong Manis seperti yang saya selalu sebutkan dalam perbahasan saya yang lepas, kami di Parlimen Tanjong Manis tidak pernah meminta bulan dan bintang. Apa yang kami mahukan hanyalah kemudahan asas yang sangat-sangat diperlukan demi keselesaan dan kesejahteraan kehidupan rakyat di kawasan ini supaya kehidupan kami setaraf dan sama maju dengan kawasan-kawasan yang lain di negara ini. Bak kata pepatah, “berdiri sama tinggi, duduk sama rendah”.

Tuan Haji Yusuf bin Abd WahabPBB · GPSTanjong Manis

Kita akui infrastruktur pengangkutan adalah salah satu daripada keperluan asas yang mesti ada untuk kelangsungan hidup yang selesa dan kemajuan ekonomi masyarakat. Dalam kawasan yang meliputi lembangan hilir Sungai Rajang, masih banyak pembinaan jalan dan jambatan di perlukan untuk menghubungkan penempatan yang dipisahkan oleh muara sungai. Rangkaian jalan dan jambatan sememangnya sudah ada atau sedang dalam pembinaan tetapi masih banyak lagi yang diperlukan kerana keperluan kawasannya yang luas dan taburan kampung serta rumah panjang yang berselerak di kawasan ini. Kawasan yang mengagihkan pembinaan jalan adalah seperti di Paloh, Berangan, Kedang, Stalun, Mupong, Bukit Kinyau dan Muara Payang kerana kawasan-kawasan ini perlu dihubungkan dengan jaringan Lebuhraya Pan Borneo dan Lebuhraya Pesisir Sarawak untuk membangun dengan lebih pesat lagi. Jadi saya memohon kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk terus memberi peruntukan secukupnya setiap tahun untuk membina jalan raya dan jambatan di kawasan saya. Tuan Yang di-Pertua, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga bertitah bahawa inisiatif melalui Program Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) berpotensi untuk meningkatkan hasil dan mutu padi tempatan yang boleh membawa golongan pesawah keluar daripada garis kemiskinan. Baginda tuanku menyokong usaha kerajaan untuk mengukuhkan sekuriti makanan negara melalui kerjasama di peringkat Persekutuan dan negeri berlandaskan Dasar Agromakanan Negara 2.0 dan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara. Untuk memastikan kejayaan dan kebolehcapaian matlamat pertanian ini, saya percaya infrastruktur pertanian yang ada harus dalam keadaan yang terbaik. Di Parlimen Tanjong Manis, infrastruktur pertanian yang telah lama dibina dahulu dan peredaran masa telah banyak membawa kepada kerosakan kepada ban-ban pertanian kerana proses pemendapan, hakisan dan luluhawa. Banyak ban-ban pertanian termendap serta struktur pintu air yang rosak yang mengancam tanaman penduduk terutama sekali di Kampung Bruit, Tekajong, Penyipah, Petanak dan beberapa kampung lain. Oleh itu, saya minta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) untuk mengambil langkah segera untuk membaiki kerosakan kepada ban-ban dan pintu air ini.

Tuan Haji Yusuf bin Abd WahabPBB · GPSTanjong Manis

Lesen nelayan. Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan bahawa sejak tahun 1982, MAFI telah membekukan semua pengeluaran lesen vessel dan peralatan menangkap ikan bagi Zon A, Zon B dan Zon C. Pembekuan ini dilaksanakan setelah mengambil kira status sumber perikanan dan tahap limbungan bilangan vessel penangkapan ikan sedia ada sudah mencapai tahap optimum. Ini adalah isu yang sangat rumit kepada para nelayan di kawasan saya kerana ramai di antara mereka tidak memiliki lesen bot untuk menangkap ikan di perairan kampung mereka sendiri. Hidup mereka ibarat, “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”. Selain tidak mempunyai lesen bot, mereka juga tidak mempunyai kad nelayan untuk tujuan menangkap ikan secara sah. Mereka sentiasa dalam ketakutan kalau-kalau ditangkap oleh pihak berkuasa yang datang membuat rondaan. Sedangkan, mereka terpaksa menangkap ikan demi menyara keluarga di rumah yang begitu mendesak. Lebih-lebih lagi pada ketika pasca COVID-19. Saya minta MAFI untuk melonggarkan pembekuan pengeluaran lesen vessel dan kad nelayan untuk para nelayan di kawasan Tanjong Manis. Untuk memberi peluang kepada para nelayan menangkap ikan dan mendapat elaun sara hidup nelayan, subsidi minyak dan bantuan-bantuan lain daripada kerajaan terutamanya pada musim tengkujuh. Hakisan pantai. Tuan Yang di-Pertua, tanah adalah pusaka yang tidak ternilai dan harus dipertahankan dan dilindungi oleh generasi-generasi yang akan datang. Tanah- tanah penduduk kampung yang berhampiran pantai terdedah kepada pukulan ombak dan terkesan kepada ancaman hakisan pantai yang terjadi setiap masa dan ketika, terutama sekali pada musim tengkujuh. Sudah berpuluh atau beratus ekar tanah penduduk lenyap dimakan laut dan hilang selama-lamanya.

Tuan Haji Yusuf bin Abd WahabPBB · GPSTanjong Manis

Proses hakisan pantai akan terjadi disebabkan pukulan ombak dan ditambah lagi perubahan cuaca dan kenaikan paras air laut. Akan tetapi, fenomena hakisan pantai ini boleh dielakkan atau dikurangkan dengan pelbagai cara atau pendekatan yang boleh diambil oleh kerajaan. Sebagai contoh, dengan membina benteng pemecah ombak, tembok batu, groin dan beberapa struktur pantai yang lain. Teknologi pembinaan yang terkini dan moden boleh digunakan untuk pembinaan struktur kawalan pantai ini. Apa yang penting adalah iltizam yang kuat oleh kerajaan untuk menjaga garisan pantai supaya tidak hilang selama-lamanya. Saya percaya Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia mempunyai kepakaran untuk melindungi aset negara yang sangat berharga ini. Di Parlimen Tanjong Manis juga tidak sunyi daripada masalah hakisan pantai, di pantai peranginan Belawai yang terkenal sebagai destinasi pelancongan yang baharu juga terancam oleh hakisan pantai dan harus dilindungi supaya dapat bertahan lama. Pantai ini merupakan destinasi yang sangat popular bagi penduduk di kawasan zon tengah Sarawak. Ia perlu dijaga dan dipelihara agar boleh menjadi tarikan pelancong dan menguntungkan sosioekonomi rakyat tempatan. Tuan Yang di-Pertua, isu banjir. Kebelakangan ini keadaan banjir semakin kerap berlaku. Baik di kawasan tengah-tengah bandar, di hulu sungai dan juga di tepi pantai. Keadaan banjir ini menunjukkan bahawa dunia kita semakin tua dan ia berlaku disebabkan perubahan iklim dan juga kenaikan paras laut. Saya percaya banyak kajian dan reka bentuk mengenai tebatan banjir sudah dilakukan oleh kepakaran Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia di bawah KASA untuk semua lembangan sungai utama di seluruh negara. Saya juga difahamkan bahawa KASA telah menganggarkan peruntukan lebih kurang RM390 bilion untuk tempoh selama 50 tahun untuk mengatasi masalah banjir dan hakisan pantai. Saya menyokong usaha-usaha untuk mengatasi masalah banjir dan hakisan pantai dan menyeru agar kerajaan memandang serius permasalahan ini dan memberi lebih peruntukan kepada KASA supaya kerja-kerja mengatasi masalah banjir dan hakisan pantai ini dapat di atasi bukan dalam masa 50 tahun, tetapi lebih cepat daripada itu. Ini kerana 50 tahun adalah masa yang begitu lama dan rakyat sudah cukup menderita. Tuan Yang di-Pertua, masa tidak mengizinkan saya untuk bercakap lama. Isu terakhir gaya hidup sihat merangkumi amalan makanan dan pemakanan yang betul. Menghindari diri daripada mempunyai tabiat penjagaan kesihatan yang buruk dan sentiasa menjaga kesihatan melalui senaman berterusan, badan yang sihat menghasilkan otak yang cerdas dan kemampuan untuk menjanakan usaha agar memperoleh pencapaian sukan yang terbaik. Di kawasan Tanjong Manis tempat atau kemudahan untuk bersukan secara aktif dan terancang seperti di kompleks sukan berserta dengan trek olahraga sememangnya tidak ada. Golongan belia dan remaja yang aktif bersukan tidak mempunyai peluang untuk terlibat dan maju dalam bidang sukan yang mereka ceburi. Berlandaskan permintaan yang berterusan daripada rakyat di kawasan Tanjong Manis, sekali lagi saya minta Kementerian Belia dan Sukan untuk mengkaji keperluan untuk membina sebuah kompleks sukan di Tanjong Manis. Ini kerana kemudahan ini sangat diperlukan untuk menggalakkan aktiviti bersukan di kalangan masyarakat di sini. Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutup, saya ada sedikit pantun. Titah Yang Di-Pertuan Agong tetap dijunjung, Kebajikan dan keselesaan rakyat amat diingini, Perjuangan untuk rakyat matlamat ulung, Parlimen Tanjong Manis mengundur diri. Akhir sekali saya mohon menyokong titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Manis. Dipersilakan Yang Berhormat Selangau.

Tuan Baru BianPKR · PHSelangau

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi saya peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Diraja Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dewan yang mulia ini. Saya gembira mendengar titah baginda yang menzahirkan keprihatinannya terhadap kemerosotan alam sekitar dan perubahan iklim. Perubahan iklim adalah nyata dan bencana alam yang berlaku di seluruh dunia adalah hasil daripada perbuatan manusia selama beberapa dekad terhadap alam semula jadi kita. Semuanya atas nama keuntungan dan wang. Aktiviti pembalakan dan pembersihan tanah yang berleluasa, pembangunan yang tidak terkawal, kekurangan perancangan bandar yang holistik dan ketamakan manusia yang tidak pernah berpuas hati telah menjejaskan alam semula jadi. Semua kerajaan negeri harus mengambil kira keperluan untuk memelihara hutan kita dan menanam semula kawasan yang terjejas dan spesies asli yang akan meningkatkan simpanan karbon kita dan potensi untuk pengasingan karbon. Membantu negara kita untuk melakukan peranannya dalam mengurangkan perubahan iklim. Tuan Yang di-Pertua, selain langkah-langkah untuk melindungi hutan kita yang terjejas, kerajaan harus menggalakkan ladang kelapa sawit dan pekebun kecil untuk mengamalkan intercropping dan agroforestry, dengan izin untuk menggalakkan kelestarian dan menjaga kemerosotan kualiti tanah. Ini melibatkan tanaman bernilai tinggi lain di antara pokok kelapa sawit dan memperkenalkan ternakan di dalam ladang. Ini akan memaksimumkan penggunaan tanah dan meningkatkan pendapatan dan kualiti kehidupan para petani selain meningkatkan bekalan makanan dan pembangunan luar bandar. Manfaat lain termasuklah mengurangkan penggunaan baja dan racun. Peningkatan stok karbon kita dan kawalan hakisan yang lebih baik. Sebagai salah satu negara pengeluar terbesar minyak sawit dunia, Malaysia mempunyai potensi yang besar untuk meningkatkan kemapanan pengeluaran minyak sawitnya. Ini penting memandangkan kesedaran di seluruh dunia tentang kerosakan alam sekitar flora dan fauna kita yang disebabkan oleh ladang kelapa sawit berskala besar. Mengambil tindakan awal dan pemulihan seperti yang dinyatakan di atas akan membantu mengubah pandangan anti minyak sawit yang telah menyaksikan banyak kempen di negara barat untuk memboikot barangan yang mengandungi minyak sawit. Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) dan Lebuhraya Trans Borneo. Tuan Yang di- Pertua, kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Kuching minggu lalu bahawa Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk mengutamakan SSLR dan Lebuhraya Trans Borneo adalah dialu-alukan dan tepat pada masanya. Memandangkan Indonesia telah meluluskan pemindahan negaranya dari Jakarta ke nusantara di Kalimantan. Dalam hal ini, saya ingin mengulangi bahawa SSLR fasa pertama harus mengikuti jajaran asal ke Kampung Pa Brunut bukan tamat di simpang Long Lopeng. Semasa pertemuan saya dengan Premier Sarawak pada 18 Februari lalu, saya mengambil kesempatan untuk mengemukakan permintaan agar SSLR dilanjutkan ke Kampung Pa Brunut atas beberapa alasan. Pertama, ini mengikut ajaran asal SSLR seperti yang dirancang dan diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan PH. Kedua bahawa belanjawan untuk pembinaan telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan.

Tuan Baru BianPKR · PHSelangau

Ketiga, bahawa tambahan hanya 10 kilometer dari Simpang Luping dan akan terus menghubungkan jajaran ke Limbang. Ini akan meningkatkan kesalinghubungan untuk penduduk di kawasan itu. Premier Sarawak menerima baik permintaan saya dan

Tuan Baru BianPKR · PHSelangau

saya berharap Kementerian Kerja Raya yang bertanggungjawab untuk melaksanakan projek ini juga akan menerimanya. Di samping itu, kerajaan perlu merancang untuk pelaksanaan segera Fasa 2 SSLR sekarang supaya infrastruktur jalan raya dapat disiapkan untuk memaksimumkan kesan limpahan pergerakan Indonesia ke Sarawak, Sabah dan negara kita. Selain itu, jajaran Limbang perlu dipercepatkan kerana Limbang terpisah daripada sambungan jalan raya. Penutupan sempadan Brunei telah mengasingkan Limbang dan Lawas dan seluruh Sarawak bagi mereka yang tidak dapat melakukan perjalanan melalui udara. Isu dokumen pengenalan untuk orang tanpa kerakyatan. Tuan Yang di-Pertua, Menteri Dalam Negeri mengumumkan bulan lepas bahawa pendatang asing yang telah tinggal di Sabah selama bertahun-tahun dan anak-anak mereka akan diberikan kad pengenalan khas. Menteri menambah bahawa mereka mungkin boleh mendapatkan pekerjaan dengan kad ini. Terdapat beribu-ribu rakyat Sarawak yang lahir dan dibesarkan di Sarawak tetapi tidak mempunyai sijil kelahiran atau kad pengenalan. Menteri Dalam Negeri harus mengutamakan penyelesaian masalah mereka ini daripada pendatang asing tanpa izin. Beliau dilaporkan berkata, “Kita melakukan ini untuk tujuan kemanusiaan kerana mereka juga kewarganegaraan dunia dan oleh itu kita harus memberi mereka dokumen pengenalan diri”. Saudara dari Sarawak kita adalah warganegara Malaysia namun Kementerian Dalam Negeri sangat lambat dalam usaha untuk membantu mereka. Bolehkah mereka diberikan misi kemanusiaan yang sama? Mereka tidak boleh mendapatkan pekerjaan yang betul tanpa dokumen pengenalan yang diperlukan dan terdedah kepada eksploitasi kebajikan yang tidak bertanggungjawab. Tuan Yang di-Pertua, sebagai contoh masalah yang dihadapi oleh rakyat Sarawak yang tidak mempunyai dokumen pengenalan– saya telah menulis surat kepada Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Lawas pada 8 Januari lalu untuk membenarkan seorang pelajar Darjah 5 di Benut iaitu kampung asal saya untuk diterima ke SK Long Lupin tetapi permintaan saya ditolak oleh PPD Lawas. Alasan yang diberikan adalah permohonan bapa budak tersebut sebagai warganegara masih belum selesai. Bapanya memegang kad pengenalan sementara Malaysia yang masih menunggu kelulusan terakhir kewarganegaraannya. Anaknya dibenarkan mendaftar sebagai pelajar di SK Long Tuma selama empat tahun tetapi kini dia tidak dibenarkan belajar di sekolah baharu, SK Long Luping. Ini hanya salah satu contoh daripada banyak masalah yang dihadapi oleh rakyat Sarawak bukan warganegara dan keluarga mereka. Oleh sebab maklum balas yang perlahan dan sering kekurangan atau tiada maklum balas daripada Kementerian Dalam Negeri, keluarga ini terperangkap dalam mimpi ngeri mereka dan tidak dapat bergerak ke hadapan untuk memperbaiki kehidupan mereka. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan juga harus lebih bersikap belas kasihan dalam perkara ini dan membenarkan kanak-kanak tanpa kerakyatan ini bersekolah sementara status mereka diselesaikan. Salah daripada segi moral bagi kerajaan untuk menafikan hak asasi kanak-kanak untuk mendapat pendidikan. Kerajaan harus berasa malu bahawa mereka membuat keputusan yang tidak berperikemanusiaan tanpa memikirkan masa depan anak-anak ini. Tuan Yang di-Pertua, dalam perkembangan yang berkaitan, permohonan kewarganegaraan dari beberapa bekas Border Scouts, dengan izin dari Lawas perlu diselesaikan. Saya berani mengatakan bahawa bekas Border Scouts ini lebih layak dan perlu tindak balas kemanusiaan daripada kerajaan berbanding warga asing di Sabah. Saya telah berhubung dengan Menteri Dalam Negeri untuk mendapatkan bantuan beberapa waktu yang lalu mengenai kes ini tetapi sehingga sekarang tidak ada perkembangan dan kemajuan. Ini adalah situasi yang amat mengecewakan dan sama sekali tiada sebab untuk melambatkannya.

Tuan Baru BianPKR · PHSelangau

Isu memulihkan satu pertiga perwakilan Parlimen. Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) baru-baru ini bahawa Sarawak akan terus memperjuangkan satu per tiga daripada jumlah 222 kerusi di Parlimen untuk diperuntukkan kepada negeri-negeri Borneo. Dalam persidangan kali ini saya tahu beberapa wakil dari Sabah dan Sarawak pun sudah membangkitkan isu ini dalam Dewan yang mulia ini. Saya gembira kerana baru sekarang banyak wakil daripada pihak kerajaan ingin bercakap tentang perkara ini. Selama bertahun-tahun saya telah banyak membuat kenyataan awam dan berucap di Dewan Undangan Negeri Sarawak mengenai perkara ini dan begitu juga dengan banyak pemimpin pembangkang yang lain. Penarikan Singapura daripada Persekutuan Malaysia pada tahun 1965 telah menyebabkan ketidakseimbangan kuasa atas Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak. Selama bertahun-tahun jumlah kerusi bagi Semenanjung Malaysia terus meningkat berbanding dengan jumlah kerusi yang diberi kepada Sabah dan Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, terdapat gesaan yang semakin meningkat dari Sabah dan Sarawak untuk mengembalikan perwakilan Parlimen satu pertiga bagi Sabah dan Sarawak selaras dengan tujuan asal Perjanjian Malaysia bahawa Kerajaan Tanah Malaya tidak boleh meminda Perlembagaan tanpa persetujuan Sabah dan Sarawak. Dengan beberapa wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak yang kini di dalam Kerajaan Persekutuan dan tambah lagi di mana Menteri Undang-undang adalah dari Sarawak, sekaranglah masa yang terbaik untuk perkara ini dilaksanakan. Tuan Yang di-Pertua, Sarawak adalah sebuah negeri yang besar dan kawasannya luas di mana banyak kawasan Parlimennya lebih besar daripada kebanyakan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Sebagai contoh, kerusi Parlimen saya sendiri, Selangau hampir sama besar dengan negeri Pahang, sesetengah kawasan hanya boleh dihubungi melalui sungai, perahu panjang, denai hutan dan jalan balak. Pertambahan wakil-wakil dari kawasan tersebut di Parlimen pasti akan memberi kepuasan kepada pengundi dan integrasi nasional. Isu pendidikan TVET di Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, pada 7 Mac 2022 Perdana Menteri dilaporkan agensi berita BERNAMA sebagai berkata bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah dicadangkan untuk menggubal dasar baharu mengenai latihan pendidikan teknikal dan vokasional (TVET). Usaha Kerajaan Persekutuan untuk mempromosikan pendidikan TVET bermula seawal tahun 2011 melalui Rancangan Malaysia Kesepuluh. Semasa RMKe–10, arus perdana dan akses yang luas kepada latihan pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) yang berkualiti telah dilaksanakan untuk menangani keperluan industri untuk pekerja mahir. Langkah-langkah juga diambil untuk meningkatkan persepsi orang ramai terhadap TVET. Walaupun kerajaan telah berusaha dan menyediakan sumber yang banyak, pendidikan TVET belum mencapai kadar pengambilan yang diharapkan oleh kerajaan dan terdapat keraguan bahawa objektif untuk mewujudkan kumpulan tenaga kerja mahir yang besar menjelang tahun 2030 mungkin tidak akan tercapai. Oleh itu, saya mencadangkan perkara-perkara berikut; Pertama, bahawa sukatan sukatan pelajaran sains di sekolah kita bermula dari Tingkatan 1 menggabungkan elemen pendidikan TVET. Di samping itu, semua makmal sains di sekolah menengah mesti dilengkapi sepenuhnya dengan instrumen yang diperlukan oleh pelajar untuk merapatkan jurang antara teori dan amalan perindustrian. Kebanyakan pelajar abad ke-21 dengan pendedahan mereka kepada internet dan gadget seperti telefon pintar dan komputer secara semula jadi cenderung kepada perkara TVET. Sekiranya terdapat pendedahan yang mencukupi pada peringkat awal pada masa pelajar menamatkan pendidikan Tingkatan 5, mereka akan lebih menghargai dan persepsi yang lebih baik terhadap pendidikan TVET. Pada peringkat itu mereka sepatutnya sudah bersedia untuk memilih pendidikan TVET sebagai kursus arus perdana di peringkat pendidikan tertinggi.

Tuan Baru BianPKR · PHSelangau

Kedua, dasar yang mewajibkan industri bekerjasama dan terlibat dengan kerajaan dalam pendidikan TVET perlu digubal. Industri harus menjadi pemboleh ubah yang membantu pelajar untuk merapatkan teori dan amalan dan dengan itu mewujudkan minat yang mendalam terhadap mata pelajaran TVET. Dengan terdedah kepada tempat kerja sebenar pelajar akan dapat mengembangkan minat yang mendalam di mana pendidikan TVET bahawa – daripada segi pilihan kerjaya. Tuan Yang di-Pertua, tiga lain point-nya. Ketiga adalah pengiktirafan kelayakan yang diberikan oleh institusi TVET mesti diseragamkan dan dikeluarkan oleh satu agensi kerajaan sahaja dan mungkin dari dua atau tiga agensi yang diiktiraf kelayakannya. Daripada jumlah ini terdapat keperluan untuk mempunyai sukatan pelajar standard yang diajar oleh orang yang berkelayakan di semua sekolah dan institusi TVET. Keempat, untuk menangani jurang kecekapan dalam kalangan tenaga pengajar atau guru mata pelajaran TVET, institut pendidikan guru (IPG) di negara ini mesti membuat penambahan yang diperlukan kepada tawaran kursus latihan.

Tuan Baru BianPKR · PHSelangau

Kelima, mewujudkan laluan yang jelas yang membolehkan pelajar dengan kelayakan TVET melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD. Kelayakan yang membawa kepada tahap yang lebih tinggi dari peringkat diploma dan seterusnya boleh menjadi hibrid, menggabungkan teori yang dipelajari dalam kelas dan amalan industri sebenar. Universiti awam untuk menjadi sebahagian daripada program ini mesti dikenal pasti dan kemudian dilengkapi dengan sewajarnya dan cukup untuk memudahkan proses tersebut. Terakhir, tiada dalam dasar itu dikatakan bahawa pendidikan TVET memberi peluang kepada pelajar dari keluarga B40 atau pelajar yang tidak layak untuk kursus akademik di universiti. Semua bahasa dan kata-kata yang digunakan dalam apa jua bentuk untuk mempromosikan pendidikan TVET mesti menjurus ke arah...

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat, sila gulung.

Tuan Baru BianPKR · PHSelangau

...Meletakkan pendidikan TVET sebagai pemboleh ubah dan pembina kapasiti yang hebat ketika Malaysia bergerak lebih jauh ke era IR4.0 dan status negara maju. Ini akan membantu menghilangkan stigma yang kini melekat pada pendidikan TVET. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Selangau. Dipersilakan Yang Berhormat Bachok.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Walaikumsalam.

Bismillahi Rahmani Rahim. Alhamdulillahi rabbil alamin, wassalatu wassalamu ala Sayidina Muhammadin wa'ala alihi wasahbihi ajma'in. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana mengizinkan saya untuk turut serta di dalam perbahasan usul menjunjung kasih ke atas Titah Diraja dalam Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, Parlimen Keempat Belas kali ini. Saya mulakan dengan membaca sepotong ayat Al-Quran yang pendek daripada surah Al-Hajj ayat 45. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] yang bermaksud, “Maka berapa banyak negeri yang telah kami hancurkan tatkala mereka berlaku zalim.” Sadaqallahul azim. Tuan Yang di-Pertua, di dalam petikan pendek ayat yang saya bacakan tadi Allah telah memberikan peringatan yang jelas mengenai kesudahan negeri-negeri di sepanjang sejarah tamadun manusia yang berlaku zalim terhadap agama Allah dan juga sesama manusia. Allah menamatkan negara tersebut dengan pengakhiran yang buruk iaitu kehancuran dengan azab yang diawalkan di dunia ini sebelum azab di akhirat nanti.

Justeru, hendaklah kita di Dewan yang mulia ini yang telah mewarisi kekuasaan dan pemerintahan negara sentiasa mengambil peringatan yang suci ini dengan sebaiknya agar kita kekal memelihara keadilan dan mempertahankannya daripada dinodai oleh kezaliman akibat kerakusan dan salah guna kuasa yang diamanahkan oleh rakyat kepada kita semua. Semakin kita berlaku adil, semakin kita mendekati sifat takwa kepada Allah sebagaimana firman Allah. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Surah Al-Maidah ayat 8 yang bermaksud, “Berlaku adillah, ia adalah lebih dekat kepada takwa”. Tuan Yang di- Pertua, dalam konteks ini saya ingin menekankan dua perkara utama di dalam menjamin tertegaknya keadilan di dalam pentadbiran negara kita. Pertama, adalah tanggungjawab negara di dalam menjaga kedudukan dan peranan agama Islam di dalam memandu kemajuan negara dan kehidupan rakyatnya. Agama adalah amanah tertinggi yang perlu dijaga oleh negara. Ia sebagaimana digambarkan oleh Imam Al-Ghazali di dalam kitab agung beliau iaitu Ihya-Ulumuddin, saya baca teksnya. [Berucap dalam bahasa Arab] Yang bermaksud “Pemerintahan dan agama itu adalah kembar. Agama itu adalah asas binaan manakala pemerintahan itu adalah pengawalnya. Semua sesuatu yang tiada asasnya ia akan runtuh manakala sesuatu yang tiada pengawalnya ia akan hilang.” Justeru, saya ingin memohon penjelasan dalam tiga isu berkaitan. Pertama, sejauh manakah perkembangan penggubalan akta atau pindaan yang berkaitan memperkasakan lagi udang-undang syariah dan Mahkamah Syariah yang masih lagi dilihat secara jelas terperangkap dalam kekuasaan Mahkamah Sivil yang lebih tinggi kedudukannya dalam peruntukan perundangan negara. Apakah pihak JAKIM berhadapan dengan kekangan tertentu di dalam memastikan pentadbiran Mahkamah Syariah di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri dapat berjalan dengan penuh profesional dan sentiasa dalam mode tambah baik yang penuh kesediaan. Ini amatlah penting agar segala usaha ke arah pemerkasaan Mahkamah Syariah dan undang-undang Islam oleh pihak kerajaan sentiasa disokong oleh kekuatan sedia ada Mahkamah Syariah itu sendiri. Kedua, saya ingin memohon penjelasan kerajaan berkaitan sejauh manakah kerajaan mengesan penularan ajaran-ajaran sesat baharu selain perkembangan dan tindakan terhadap ajaran-ajaran sesat yang telah pun dikesan sebelum ini. Negara kita alhamdulillah mempunyai tahap kejayaan yang agak baik di dalam mengekang ajaran- ajaran sesat melalui kuasa undang-undang yang ada. Selain kesedaran tinggi rakyat yang sentiasa peka, menyahut peringatan-peringatan agama melalui dakwah yang berkesan. Walaupun begitu kita sentiasa harus sedar bahawa sifat ajaran-ajaran sesat yang banyak secara senyap dan sulit dalam kelompok-kelompok kecil jika tidak dikesan awal dan tidak diambil tindakan segera maka ia akan mengundang masalah besar kepada aqidah umat Islam. Malah akan mengganggu keharmonian hidup dalam negara kita. Tuan Yang di-Pertua, saya pohon diperjelaskan nama-nama ajaran sesat baharu tersebut dan apakah tindakan kerajaan ke atasnya? Apakah wujud ajaran-ajaran sesat yang cuba dilindungi oleh pihak-pihak tertentu yang mampu mengganggu tindakan undang-undang ke atas mereka? Ketiga, saya ingin memohon penjelasan kerajaan berkaitan usaha-usaha yang dijalankan oleh pihak JAKIM dalam mengharmonikan kekeruhan yang terjadi akibat pertembungan yang tidak sihat yang berlaku di antara aliran-aliran di dalam mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah. Terutama tindakan kumpulan-kumpulan tertentu yang berusaha menghidupkan semula atau mengapi-apikan perselisihan aliran khalaf dan salaf yang sepatutnya mampu diredakan secara ilmiah, sihat dan bermatlamat kesatuan, cintakan kesatuan umat yang amat diperlukan demi mengembalikan kegemilangan tamadun umat Islam hari ini yang masih malap. Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagaimana definisi yang diputuskan oleh pihak JAKIM adalah golongan yang memahami dan berpegang kepada Al-Quran dan sunnah Nabi SAW menerusi para sahabat, tabiin... [Berucap dalam bahasa Arab] yang sentiasa bersama mereka dalam prinsip-prinsip aqidah syariah dan akhlak. JAKIM sendiri

memberikan sedikit penjelasan berkaitan definisi tersebut. Antaranya mereka adalah golongan yang memahami dan berpegang kepada Al-Quran dan sunah Nabi SAW mengikut manhaj dan kaedah salaf dan khalaf iaitu asya'irah dan maturidiah. Pada pandangan saya Tuan Yang di-Pertua, JAKIM haruslah mengambil peranan terbaik di dalam mengharmonikan keadaan melalui kuasa dan penghormatan yang diberikan kepada pihak JAKIM sebagai sebuah institusi kerajaan yang menjaga ketulenan agama Islam yang diamalkan oleh negara kita Malaysia. JAKIM seharusnya turut memacu kesedaran umat Islam agar menjadikan Islam sebagai tunjang kesatuan dan kekuatan ummah, seterusnya memajukan diri mereka dengan iman yang benar dan amal yang ikhlas agar menjadi faktor kepada kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua yang saya ingin tekankan di dalam menjamin tertegaknya keadilan di negara kita adalah tanggungjawab bersama kita untuk terus memperbaharui tekad melaksanakan pemerintahan dan tadbir urus yang berintegriti dan menjauhi salah laku, salah guna kuasa, korupsi dan rasuah yang akan meragut harapan tinggi rakyat terhadap kita semua dan akan seterusnya menjebakkan negara kepada penyakit kronik yang sukar untuk diubati. Kita seyogia menghargai perubahan-perubahan politik yang berlaku dalam negara semenjak PRU-14 yang lalu. Walaupun kita masih melalui proses perubahan yang tidak menentu akibat usaha-usaha penambahbaikan yang cuba diusahakan secara bersama tetapi kerajaan semasa yang memerintah mestilah kekal istiqamah melakukan tambah baik dan tidak sesekali menggunakan kuasa yang ada untuk mengekalkan kuasa sendiri walaupun terpaksa melanggar janji-janji kita bersama terhadap rakyat.

Hari ini kita sudah pasti tidak selesa dengan kemarahan umum rakyat terhadap tindak-tanduk orang politik yang dilihat oleh mereka sebagai tidak mesra rakyat dan hanya mementingkan kekuasaan individu dan kelompok masing-masing. Pandangan serong ini hendaklah diubati dengan penawar yang benar dan meyakinkan. Justeru, saya mencadangkan agar usaha-usaha ke arah pengasingan kuasa antara pihak eksekutif, legislatif dan kehakiman sentiasa diberi keutamaan dan mestilah diusahakan secara bersama oleh pihak kerajaan dan pembangkang agar tidak menimbulkan rasa syak dan tidak puas hati sesama kita sendiri di Dewan yang mulia ini. Badan-badan dan agensi kerajaan yang bersifat menyiasat, hisbah atau ombudsman, menerima aduan dan mendedahkan salah laku mestilah dibebaskan daripada tangan-tangan orang politik agar mereka lebih berani untuk menjalankan tugas- tugas mereka. Ini termasuklah pihak SPRM, pihak polis, Jabatan Audit Negara, apatah lagi Parlimen kita sendiri yang menjadi tunjang kepada pemerintahan demokrasi negara kita. Saya ulangi, segala usaha pembaharuan yang ingin kita capai mestilah melibatkan kedua-dua pihak iaitu kerajaan dan pembangkang. Walaupun rumit untuk kita mencapai kesepakatan dalam isu-isu tertentu, tetapi hasil yang dicapai bersama sudah pasti lumayan dan lebih menjamin kesannya yang baik, insya-Allah. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh isu berkaitan pencemaran alam sekitar yang saya kira sentiasa mendapat perhatian yang serius oleh kita di Dewan yang mulia ini. Pencemaran alam sekitar adalah kerosakan kepada muka bumi, tempat yang Allah SWT sediakan dia untuk kita manusia menjalani kehidupan sementara dengan matlamat besar menguji manusia, siapakah antara mereka yang terbaik amalan hidupnya di sisi Allah Taala? Bumi yang ibarat syurga kepada alam semesta ini adalah anugerah besar kehidupan. Kita hidup di bumi dengan segala macam kemudahan yang telah tersedia dan kita terokai segala kelebihannya demi memajukan kehidupan kita daripada satu tahap kepada tahap tamadun kehidupan kita yang lebih baik. Malangnya, sifat manusia yang bercampur-baur antara baik dan buruk gagal dikenali dan diuruskan oleh mereka sendiri. Sifat-sifat saatnya, sifat-sifat buruk itu merajai kehidupan lalu mereka melakukan kerosakan ke atas diri bahkan alam sekitar, alam kehidupan ini sendiri. Kita amat sedar dengan peringatan Allah SWT bahawa manusia akan menyaksikan kerosakan ke atas daratan bumi dan lautannya adalah disebabkan

oleh tangan-tangan manusia sendiri yang rakus melakukan kerosakan demi memenuhi sifat tamak dan haloba mereka. Hikmat daripada kerosakan alam yang nyata adalah agar kita kembali kepada Allah SWT, dengan mensyukuri nikmat-Nya yang besar. Sebagaimana firman Allah Taala dalam Surah Ar-Rum, ayat 41. [Membaca potongan ayat Al-Quran] Antara tanda kesyukuran adalah kembali melakukan penambahbaikan dan pemulihan ke atas kerosakan yang berlaku. Itulah yang kita mesti usahakan agar kehidupan kita kembali ceria dengan alam sekitar yang sejahtera tanpa pencemaran teruk yang berlaku sebagaimana hari ini. Tuan Yang di-Pertua, negara kita berhadapan kemusnahan alam sekitar yang berlaku secara perlahan tanpa disedari jika kealpaan dan kelalaian terus merajai kehidupan kita. Kita perlukan kekuatan yang besar untuk menggerakkan kesedaran bersama antara kerajaan dan masyarakat tanpa mengira siapa pun kita. Kita sedang merasai kesan kemerosotan kualiti air sungai, penurunan kualiti udara, masalah pengurusan sisa pepejal, pelupusan sisa terjadual secara haram, penggunaan plastik yang tidak dikawal, kepupusan spesies flora dan fauna dan kemusnahan sumber asli, serta ekosistem secara amnya. Justeru, saya menyeru dan memohon penjelasan kepada tiga perkara utama. Pertama disegerakan pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling (1974) di Dewan yang mulia ini sebagaimana dimaklumkan oleh kerajaan sebelum ini. Akta yang berkaitan kesalahan terhadap pencemaran alam sekitar ini amatlah diharap mampu menyedarkan semua pihak agar mengutamakan kesejahteraan alam sekitar bahkan turut mengambil bahagian memulihkan semula alam sekitar kita. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] Kedua, berdasarkan kajian yang dibuat, hanya 20 hingga 25 peratus punca pencemaran di satu-satu lembaran sungai tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (1974). Manakala 75 peratus lagi adalah disebabkan berada di bawah bidang kuasa agensi lain termasuk pihak kerajaan negeri. Soalan saya, setakat manakah tindakan bersepadu yang mampu dilaksanakan antara semua agensi dan jabatan Kerajaan Persekutuan, malah kerajaan-kerajaan negeri juga, agar penguatkuasaan yang menyeluruh akan lebih menyelesaikan banyak isu yang berkaitan? Apakah terdapat kekangan dan kelemahan dalam kerjasama dan tindakan secara bersepadu tersebut? Mohon penjelasan. Tuan Yang di-Pertua, sedikit lagi ya. Masyarakat sini sudah pasti memainkan peranan yang penting dalam proses penjagaan, pengislahan dan pemulihan alam sekitar ini. Kesedaran mereka pasti akan menyelesaikan banyak isu. Tiba masanya kesedaran awam terhadap pemulihan alam sekitar perlu diberi nafas semula. Kerajaan harus membelanjakan wang yang tertentu bagi program kesedaran dan pendidikan, khususnya kepada golongan yang muda yang pasti memberi kesan baik berjangka panjang. Saya ingin memohon penjelasan kerajaan mengenai Program Pendidikan Komunikasi dan Kesedaran Awam (CEPA) yang telah diusahakan. Setakat manakah ia digiatkan dan apakah tahap kejayaannya? Apakah kerajaan mempunyai pelan pendidikan alam sekitar baharu yang lebih baik? Mohon penjelasan. Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Bachok. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tanjong Malim, 13 minit.

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya mengambil bahagian dalam Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Tuan Yang di-Pertua, isu pertama yang saya ingin bangkitkan adalah isu banjir yang kerap berlaku kebelakangan ini. Dalam tempoh tiga bulan, bencana banjir telah pun melanda ibu kota negara kita sebanyak dua kali. Bukan sahaja ibu kota dilanda banjir tetapi Tanjong Malim juga dua kali sudah kena banjir. Kerajaan harus mencari jalan penyelesaian yang tuntas dan mengambil pendekatan yang baharu dalam mengendalikan isu banjir. Setakat alasan penurunan hujan yang luar biasa itu tidak memberi sebarang makna kepada rakyat yang sering kali menjadi mangsa banjir. Kerajaan harus memandang serius tentang isu perubahan iklim yang merupakan punca utama kepada berlakunya banjir di negara kita. Kerajaan harus mengambil inisiatif segera untuk laksanakan Dasar Penyesuaian Perubahan Iklim (Climate Change Adaptation Policy) dengan izin yang komprehensif. Gunakan pendekatan pathways approach untuk menilai dan mengukur keupayaan kita dalam menangani kesan perubahan iklim. Selain itu, kerajaan wajib menilai semula semua kapasiti infrastruktur yang sedia ada untuk mencari penilaian kapasiti sistem mitigasi banjir yang tepat. Dengan itu, protokol pengurusan banjir dan ketetapan ramalan banjir boleh ditambah baik. Akta Perubahan Iklim harus dibentangkan dengan kadar segera tetapi bukan seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri pada tahun 2025. Kerajaan tidak harus bersikap leka dan perlu memberi keutamaan kepada isu ini sebab perubahan iklim sedang berlaku dengan kadar yang jauh lebih laju daripada jangkaan kita. Menurut maklumat JPS, 21 peratus penduduk Malaysia terdedah kepada risiko banjir iaitu lebih kurang seramai 5.7 juta orang. Kerosakan purata tahunan (annual average damage) yang diakibatkan oleh banjir adalah RM36 bilion. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, terowong lencongan air yang terpanjang di Asia Tenggara dan kedua panjang di Asia adalah SMART Tunnel. Pembinaan keseluruhan projek SMART Tunnel hanya memakan kos kira-kira RM2 bilion. Dengan kerosakan purata tahunan yang mencecah RM36 bilion, maksudnya kerajaan boleh membina 18 terowong SMART Tunnel setahun. Justeru itu, pelan induk mitigasi banjir yang komprehensif dan bersepadu perlu diwujudkan segera. Lebih banyak peruntukan harus disalurkan untuk mengatasi masalah ini kerana kerosakan harta benda yang diakibatkan oleh banjir amat dahsyat. Daripada berbelanja ratusan juta ringgit untuk mengadakan satu pilihan raya negeri di Johor, baik kita melabur untuk mengelakkan banjir pada masa hadapan. Kerajaan seharusnya melibatkan ahli-ahli profesional dan pakar-pakar dari universiti untuk membantu dalam pelan induk mitigasi banjir. Pandangan badan-badan teknikal seperti Institusi Jurutera Malaysia (IEM) harus dipandang serius oleh kerajaan. Kerajaan harus menunjukkan iltizam politik dalam memastikan pemaju-pemaju dalam negara ini menepati Manual Saliran Mesra Alam Malaysia (MSMA) yang mementingkan pengawalan punca, (source control), dengan izin.

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

Semua projek pembangunan harus dilengkapkan dengan kolam tadahan banjir (retention pond) atau sistem yang mempunyai fungsi yang sama. Dengan usaha-usaha yang disarankan di atas, mudah-mudahan negara kita dapat bebas daripada musibah banjir besar dalam masa yang terdekat. Isu kedua yang saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini adalah impak ekonomi jangka panjang pasca COVID-19. Sudah dua tahun sejak negara kita dilanda pandemik COVID-19 dan impak ekonomi ke atas semua lapisan masyarakat amat negatif. Berdasarkan data yang di umum oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada Ogos 2021, Malaysia secara keseluruhan telah mengalami penyusutan peratus dua digit dalam pendapatan isi rumah kasar. Kadar penurunan sebanyak 11.3 peratus untuk nilai penengah dan 10.3 peratus untuk nilai purata. Apa yang lebih membimbangkan adalah negeri-negeri di mana pendapatan isi rumah kasar yang berada di bawah paras purata nasional telah mengalami kadar

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

penyusutan yang jauh lebih tinggi daripada statistik peringkat nasional. Contohnya, negeri yang merekodkan pendapatan isi rumah paling rendah sejak 2019 iaitu Kelantan telah mengalami kadar penurunan sebanyak 15.5 peratus untuk pendapatan penengah dan diikuti dengan negeri Perlis 12 peratus, Kedah 11.5 peratus, Perak 12 peratus dan Sarawak 15.7 peratus. Kesemua negeri yang disebut tadi adalah antara yang mempunyai pendapatan isi rumah yang terendah di Malaysia. Ini menunjukkan bahawa golongan miskin merupakan golongan paling rentan ataupun vulnerable kepada kesan-kesan ekonomi dan juga mengalami impak yang paling ketara berbanding dengan golongan yang lain. Selain itu, Jabatan Perangkaan Malaysia juga menganggarkan sebanyak 639,800 isi rumah miskin mutlak pada tahun 2020 berbanding dengan 400,000 pada tahun 2019. Terdapat tambahan kira-kira 234,000 isi rumah telah jatuh ke kategori miskin mutlak. Ini juga bermakna 640,000 isi rumah ini bukan sahaja pendapatan lebih rendah daripada nilai Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), malah tidak dapat menampung keperluan asas seperti makanan, pakaian dan perumahan. Situasi ini bertambah teruk dengan varian COVID-19 baharu dan juga kenaikan harga barangan keperluan. Ini belum mengambil kira kesan lonjakan inflasi yang bakal berlaku akibat harga minyak sedunia yang melambung tinggi. Maka selain daripada bantuan jangka pendek, kerajaan harus meneliti dan merancang dasar-dasar pemulihan ekonomi jangka panjang. Kerajaan harus memudah cara serta memberi kelonggaran dan kemudahan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Salah satu jalan untuk memudah cara adalah melaksanakan pendigitalan perkhidmatan awam. Kerajaan sepatutnya mengambil kesempatan pandemik ini untuk mengubah pendekatan perkhidmatan awam dari manual kepada digital. Pendigitalan perkhidmatan awam bukan sahaja boleh memudahkan pelanggan dan meningkatkan keberkesanan, tetapi boleh juga menjaga konsistensi dalam perkhidmatan. Memang kita dapat memerhati beberapa usaha kerajaan dalam pendigitalan perkhidmatan awam. Menurut website MyGovernment pencapaian pendigitalan perkhidmatan awam amat memberangsangkan. Terdapat 18 kementerian mencapai peratusan yang tinggi dan dimasukkan dalam kategori high achievement. Namun, saya menyeru kerajaan untuk mencari kebenaran dengan kerap turun padang dan berjumpa dengan pemain-pemain industri. Jangan syok sendiri dengan angka-angka yang dipamer dalam website sendiri. Saya bagi contoh pengalaman keluarga saya sendiri. Apabila bapa saya dalam sektor pembinaan dia berurusan dengan kementerian yang tergolong dalam category high achievement dalam pendigitalan perkhidmatan ini – permohonan permit pekerja asing. Akan tetapi, permohonan itu hanya boleh dilakukan di Putrajaya. Saya tidak tahu kenapa tidak boleh buat dekat Ipoh. Mungkin sebab Putrajaya komputer lagi canggih ataupun internet lagi laju tetapi kena buat di sana Putrajaya. Satu hari sebelum bapa pergi ke Putrajaya dia call Putrajaya tanya pegawai apa yang perlu bawa. Dia kata pegawai kata dia kena datang dengan dokumen A,B,C,D. Ada dokumen A,B,C,D cukuplah. Hari keesokan, bapa bangun pagi drive sendiri umur 73 tahun drive sendiri ke Putrajaya. Sampai sana, pegawai dekat kaunter tanya mana dokumen E? Bapa bagi tahu semalam sudah call. Pegawai bagi tahu A,B,C,D cukup tetapi dia tanya siapa cakap? Macam mana seorang peniaga boleh menyelesaikan masalah macam itu. Selepas itu pegawai bagi tahu baliklah esok datang balik. Esok datang balik, ini dari Ipoh ke Putrajaya. Ini bukan dia duduk di Serdang ke, Kajang ke mana. Esok datang balik. Datang balik tidak apa cerita belum habis. Datang balik dengan dokumen E. Bila datang, A,B,C,D, dan E ada kali ini okey proses lancar. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, kali ini pegawai kata okey semua boleh tetapi ini E sebenarnya tidak perlu. Dokumen ini sebenarnya tidak perlu. Apakah terjadi dengan negara kita? Tuan Yang di-Pertua, keadaan ini bukan sahaja dihadapi oleh sektor pembinaan, sektor pertanian, dan sektor perladangan dan sebagainya juga menghadapi kekangan

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

sama. mereka sudah pun sengsara selama dua tahun dalam keadaan kejap PKP, kejap PKPD, kejap PKPB. Sepatutnya kerajaan cuba sebaik mungkin untuk membantu mereka memberi kelonggaran dan memudah cara permohonan mereka agar perniagaan mereka dapat pulih dalam masa yang singkat. Namun kerajaan kita tengah lakukan yang sebaliknya. Bukan sahaja tidak membantu, malah menyusahkan lagi. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada birokrasi agensi kerajaan yang tidak membantu pekerjaan gaji rendah juga merupakan satu masalah yang akan membantut ekonomi negara kita. Berdasarkan laporan Bank Negara Malaysia antara tahun 2002 hingga 2010, 45 peratus daripada peluang pekerjaan yang dicipta adalah pekerjaan berkemahiran tinggi. Akan tetapi, seperti yang dianggarkan oleh Asia Analytical, di antara tahun 2018 hingga 2019 hanya 28 peratus peluang pekerjaan baharu yang dicipta adalah berkemahiran tinggi. Kejatuhan ini juga selari dengan rekod Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) kita di mana pertumbuhan KDNK Malaysia merupakan antara yang paling rendah dalam kalangan negara ASEAN. Di antara tahun 1997 hingga 2019, pertumbuhan KDNK Malaysia adalah 77 peratus manakala, Thailand 83 peratus. Indonesia, 83 peratus, Filipina 101 peratus dan Singapura 86 peratus. Tanpa peluang pekerjaan yang berkemahiran tinggi, produktiviti kita akan kekal randah dan rakyat Malaysia akan kekal terperangkap dalam perangkap gaji rendah ini. Bukan sahaja itu, kegagalan dalam mencipta peluang pekerjaan berkemahiran tinggi itu akan mengakibatkan brain drain yang serius. Dalam laporan PWC menyatakan 64 peratus daripada graduan TVET dilatih untuk bidang kemahiran tinggi tetapi 78 peratus peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh industri hanya berskala kemahiran sederhana. Ketidakpadanan skala kemahiran merupakan punca utama pengangguran dan underemployment.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Rumuskan Yang Berhormat.

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

Ya, saya akan rumuskan. Maka kerajaan harus fokus dalam memperkenalkan dasar yang dapat merangsang produktiviti negara. Ini juga selaras dengan Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di mana Seri Paduka Baginda menyeru supaya mewujudkan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi kepada rakyat Malaysia. Sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua. Demi meningkatkan produktiviti, kita tidak boleh bergantung kepada pelaburan asing sahaja tetapi juga memerlukan dasar-dasar kewangan yang mesra kepada pemilik-pemilik tunggal dan mikro SME domestik. Do not let a good crisis go to waste. Saya menyeru kepada kerajaan supaya memastikan saluran dana pinjaman bank yang mencukupi untuk peniaga-peniaga kecil dan menjadikan krisis pandemik ini sebagai satu peluang keemasan untuk merancakkan balik ekonomi kita.

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

Akhir kalam, kisah syarikat home-grown kita seperti Grab yang telah berpindah ke negara lain harus diambil sebagai iktibar. Rakyat Malaysia mampu berjaya. Rakyat kita berdaya saing tinggi. Hanya sekiranya kerajaan dapat menyediakan pentas yang mesra dan kondusif kepada peniagaan domestik. Sekian saya pohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Malim. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Setiu.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada Setiu untuk turut sama membahaskan Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri

Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat Penggal Kelima, Parlimen Keempat Belas. Saya mulakan dengan isu yang berkait dengan banjir khususnya berkait dengan kawasan saya Parlimen Setiu. Negara kita baharu sahaja mengalami fenomena banjir besar baru-baru ini yang melibatkan banyak kawasan, sama ada di Pantai Timur mahupun di Pantai Barat. Bencana ini disebabkan taburan hujan luar jangka di mana jumlah taburan hujan pada hari kejadian menyamai sebulan hujan. Bagi mengatasi masalah banjir ini, saya menyarankan dan mencadangkan kerajaan mengenal pasti kawasan-kawasan yang sering berlaku parit tersumbat, longkang rosak dan perlu membuat baik pulih segera dengan menyediakan satu peruntukan khusus dan baik pulih ini perlu dilakukan sebelum datangnya musim tengkujuh. Dalam kesempatan ini juga, saya ingin mengambil peluang untuk mengiktiraf serta mengucapkan terima kasih kepada penyelamat yang tidak di dendang iaitu Skuad Menyelamat Nelayan. Sudah acap kali mangsa-mangsa lemas diselamatkan oleh para nelayan yang memberi bantuan sokongan kepada agensi penyelamat. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak NADMA yang telah menyalurkan bantuan one-off RM1000 kepada mangsa banjir yang berpindah ke PPS yang sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan mereka. Akan tetapi saya juga ingin mencadangkan agar bantuan yang sama diberi kepada mangsa banjir yang berpindah ke rumah waris-waris mereka kerana semasa banjir baru-baru ini, berlakunya penularan COVID-19. Sekiranya mereka semua berpindah ke PPS menyebabkan berlaku crowded yang boleh membawa kepada penularan COVID-19 yang lebih besar. Tuan Yang di-Pertua, ekoran banjir yang amat dahsyat berlaku baru-baru ini, tidak terkecuali kawasan Setiu, sektor pertanian Terengganu mengalami kerugian mencecah RM10 juta dan Setiu merupakan antara salah satu daerah yang terjejas. Sebagai contoh hampir 40 petani di Kampung Telaga Papan dan kampung sekitar terpaksa menanggung kerugian keseluruhan bernilai RM910,000 disebabkan tanaman tembikai yang mereka usahakan musnah akibat banjir. Begitu juga kematian ikan kerapu hibrid di Gong Batu, isu padi rosak di Kampung Darat Batu Rakit di mana petani dan para penternak mengalami kerugian yang amat besar. Oleh itu, saya memohon agar kerajaan melalui MAFI segera menyuntik bantuan kepada para petani dan para penternak bagi menampung sedikit sebanyak kerugian yang mereka telah alami. Isu seterusnya iaitu isu pembinaan projek pemuliharaan Sungai Setiu. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas kelulusan Projek Pemuliharaan Sungai Setiu dan majlis pelancaran oleh Menteri Alam Sekitar dan Air pada bulan Februari yang lalu. Projek ini melibatkan empat komponen iaitu pembinaan brick water, training wall, dredging works dan beach nourishment. Walau bagaimanapun projek yang memakan kos sebanyak RM119 juta ini saya dapati kerja-kerja dredging works ataupun pengorekan sejauh 14 kilometer tidak melibatkan kawasan cetek penternakan ikan-ikan punggal batu yang menyebabkan kawasan tersebut cetek dan beting pasir yang ada kalau tidak dikorek, menghalang kemasukan air, sekali gus menyebabkan kawasan tersebut mengalami kekurangan oksigen dan membawa kepada kematian ikan saban tahun. Oleh itu, saya mencadangkan agar pihak Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) ataupun Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia (MAFI) mengkaji balik hal ini agar kerja-kerja pengorekan ini disambung sehingga ke kawasan penternakan ikan. Mengikut maklumat yang saya perolehi, pembinaan beach nourishment yang bakal dibina ini hanya mampu bertahan selama lima tahun dan kos pembinaan sebanyak RM33 juta bagi setiap kali pembinaan. Ia sudah pasti melibatkan kos yang besar terpaksa ditanggung oleh kerajaan. Oleh itu saya mencadangkan agar satu long-term solution atau solusi jangka panjang dapat dibuat sebagaimana Pantai Batu Buruk sehingga ke Kuala Ibai yang dahulunya dilanda hakisan tetapi selepas dipasang geotekstil sehingga terbukti hari ini hakisan tidak melanda kawasan tersebut.

Isu seterusnya isu pembinaan jambatan sempit Desa Jaya Sungai Tong. Kelulusan pembesaran jambatan ini telah diperolehi pada 31 Januari 2020 oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi pada masa tersebut yang juga Yang Berhormat Gombak, dengan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) telah dilantik sebagai agensi pelaksana. Pihak PMINT telah menghantar kos anggaran sebanyak RM5.3 juta dan telah diluluskan. Selepas kajian sebenar dilakukan oleh konsultan, didapati berlaku pertambahan kos sebanyak RM4.1 juta menjadikan kos keseluruhan projek RM9.4 juta. Permohonan untuk tambahan kos RM4.1 juta telah dikemukakan oleh PMINT sebagai agensi pelaksana kepada pihak EPU tetapi ditolak dan EPU memaklumkan projek ini dikeluarkan daripada senarai projek khas EPU JPM dan pihak PMINT diminta untuk memohon semula melalui Kementerian Kerja Raya dan RP3 RMKe-12. Saya mengharapkan agar pihak kementerian dapat meneruskan pembinaan projek ini tanpa perlu diangkat permohonan baharu sebagaimana yang dicadangkan kerana keperluan yang tinggi di kalangan pengguna jalan raya terhadap pembesaran jambatan sempit ini disebabkan kerapnya berlaku kemalangan maut di kawasan tersebut. Saya juga ingin bertanya status projek-projek berikut daripada kementerian berkaitan yang telah saya utarakan sebelum ini; (xi) naik taraf Mini Stadium, Sungai Tarom. (xii) bina baharu Pejabat Kesihatan Bandar Permaisuri dan Pejabat Kesihatan Daerah Setiu. (xiii) bina baharu Kompleks Mahkamah Setiu. (xiv) bina baharu Klinik Kesihatan Jabi. (xv) pembesaran Jeti Pelancongan Pulau Redang. (xvi) bekalan elektrik ke Pulau Redang dan Pulau Perhentian. (xvii) jambatan Tuk Nado Langkap. (xviii) naik taraf pondok polis kepada Balai Polis Jabi dan Merang; dan (xix) bina baharu Pondok Polis Kampung Alur Lit. Saya juga ingin mencadangkan agar sebuah IPG dibina khusus di Daerah Setiu. Hal ini kerana pembinaan institusi tersebut akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi rakyat Setiu. Selain itu secara tidak langsung ia dapat meningkatkan permintaan kepada pembelian rumah, sewa rumah dan lain-lain yang sekali gus meningkatkan pendapatan penduduk warga Setiu. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan analisis oleh pakar-pakar ekonomi, peningkatan harga barang akan terus meningkat untuk dua bulan yang akan datang. Berdasarkan banyak faktor antara disebabkan peningkatan permintaan hasil daripada pemulihan ekonomi negara. Begitu juga dengan cuaca dan bencana alam baru-baru ini yang menyebabkan hasil tanaman musnah sedangkan permintaan tinggi. Contohnya, sektor pemakanan rugi sehingga RM67.72 juta termasuk penternak, pesawah dan peladang.

Setelah sekian lama PKP, rakyat mula bebas untuk mendapatkan keperluan harian. Malahan, kebanyakan sektor mengalami peningkatan permintaan secara mendadak, seterusnya membawa kepada peningkatan kadar inflasi. Peningkatan inflasi bukan hanya berlaku di Malaysia, namun ia fenomena global yang turut dialami oleh kebanyakan negara lain di seluruh dunia. Bahkan di Amerika Syarikat turut mengalami kadar inflasi yang tertinggi dalam tempoh 40 tahun. Ketika negara beralih kepada fasa endemik, kebanyakan rakyat masih dalam fasa memperbaiki ekonomi keluarga. Rakyat sedang bangkit untuk memulakan kehidupan baharu. Peningkatan harga barang amat membebankan, malah ia automatik akan menghakis kuasa beli pengguna lebih-lebih lagi pengguna luar bandar seperti rakyat

Setiu. Oleh itu, bagi menghadapi cabaran semasa, kerajaan dicadangkan untuk mengekang inflasi dengan menyuntik dana tambahan melalui subsidi terutama subsidi bagi bahan api. Kementerian juga perlu memfokuskan kepada pengeluaran produk hasil ladang. Contohnya bawang tidak perlu lagi bergantung kepada negara India. Begitu juga cili, tidak perlu lagi bergantung kepada cili import. Kerajaan juga perlu kepada memfokuskan kepada pengeluaran produk pasaran domestik. Tidak dinafikan kerajaan juga telah menyalurkan banyak bantuan untuk petani contohnya penguasa agromakanan yang terlibat dengan bencana. Bantuan tersebut mencecah RM100 juta. Oleh itu, kerajaan seharusnya memastikan bantuan tersebut benar-benar sampai terutama kepada penduduk luar bandar. Oleh itu, kerajaan seharusnya memastikan bantuan tersebut benar-benar sampai terutama penduduk luar bandar yang kebanyakannya tidak tahu inisiatif yang kerajaan sedia, malah masih ada isi borang pun tidak tahu. Kerajaan seharusnya menggerakkan agensi kerajaan untuk lebih banyak turun padang dan turun ke lapangan bagi memastikan lebih banyak golongan sasar menerima manfaat tersebut. Isu KWSP. Selain itu, ramai rakyat di luar sana yang merintih dan mengeluh supaya pengeluaran KWSP sebanyak RM10,000 dibenarkan buat kali terakhirnya. Hal ini kerana bebanan rakyat yang bertimpa-timpa disebabkan COVID-19 seterusnya bencana alam seperti banjir yang berlaku di luar jangkaan. Oleh itu, rakyat luar bandar khususnya amat memerlukan wang untuk meringankan beban mereka yang sedang dihimpit dengan pelbagai cabaran. Ada yang kehilangan tempat untuk berteduh, kereta, pakaian, harta benda bahkan mereka kehilangan sumber pendapatan keluarga disebabkan kematian ahli keluarga. Walaupun tidak dinafikan KWSP merupakan simpanan hari tua, namun rakyat yang sedang dalam kesempitan harus dibantu demi kelangsungan hidup. Isu yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, isu tanda harga. Pihak KPDNHEP sewajarnya meningkatkan penguatkuasaan terhadap mana-mana premis yang gagal mempamerkan tanda harga yang terbaharu. Kebanyakan peniaga tidak mempamerkan harga yang terkini di kedai-kedai mereka menyebabkan ramai pembeli rasa tertipu dengan bayaran yang dikenakan. Seperti mana yang berlaku di Langkawi baru-baru ini. Pembeli dikenakan bayaran mencecah ribuan ringgit bagi seekor ikan siakap RM1,196 dan mendakwa peniaga tidak mempamerkan harga dengan jelas. Akhir sekali, pencerobohan nelayan Vietnam. Ancaman pencerobohan nelayan Vietnam di perairan Pantai Timur termasuk Terengganu amat serius dan semakin mencabar untuk dibendung. Kita kehilangan sumber hasil laut sehingga mencecah RM4 bilion setahun. Malah, jika dahulu mereka mencuri dengan jarak yang jauh, kini mereka semakin berani sehingga 92 kilometer dari daratan negeri. Bahkan penceroboh juga, penceroboh asing tetap menceroboh walaupun pada musim tengkujuh. Oleh itu, kerajaan sewajarnya segera memenuhi keperluan pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) iaitu dengan membekalkan kapal induk untuk kegunaan pasukan keselamatan laut. Dengan adanya kapal induk tersebut, kapal peronda dan helikopter tidak lagi perlu pulang ke pangkalan untuk mengisi keperluan, secara tidak langsung pengawalan dapat dijalankan dengan lebih aktif. Sebagai penutup, saya ingin mengingatkan kita semua bahawa semua musibah sama ada penularan COVID-19 mahupun bencana banjir yang paling dahsyat berlaku pada tahun ini merupakan satu amaran kecil daripada Allah SWT. Kita selalu ingat kepada Allah SWT ketika kita dilanda musibah tetapi kita selalu lupa dan alpa apabila musibah itu hilang. Sebagai contoh, apabila wabak COVID-19 merebak, banyak tempat maksiat ditutup. Bahkan pengunjung program-program berunsurkan maksiat tidak kelihatan. Namun, apa yang menyedihkan apabila keadaan semakin stabil, manusia kembali berterusan melakukan kerosakan dan melawan Allah SWT. Sekian, Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik. Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Stampin.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHStampin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan atas usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Tuan Yang di-Pertua, kita sering dengar wakil Ahli-ahli Parlimen dari Sarawak dan Sabah yang berucap dalam Dewan ini berkata bahawa tahap pembangunan infrastruktur di Sabah dan Sarawak itu mundur kalau berbanding dengan Peninsular Malaysia. Akan tetapi hari ini saya ingin membangkitkan satu isu lagi, satu ketidakadilan yang tidak disebut iaitu satu ketidakadilan terhadap Sabah dan Sarawak yang tidak disebut oleh kawan- kawan saya daripada Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, dua hari lalu, saya terima satu jawapan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menjawab soalan yang saya kemukakan. Soalan saya adalah tanya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, jumlah pegawai yang dalam perkhidmatan awam yang memegang jawatan Gred 54 dan ke atas dan apa angka terperinci daripada segi negeri asal pegawai-pegawai tersebut. Jawapan yang saya terima itu amat mengejutkan kerana apa yang disebutkan di sini adalah kalau tidak masuk polis dan tentera adalah seramai 25,947 orang dalam perkhidmatan awam yang memegang jawatan Gred 54 dan ke atas. Daripada itu 25,000 lebih orang yang memegang jawatan Gred 54 dan ke atas, hanya 1,040 orang yang negeri asalnya dari Sarawak. Ini merupakan empat peratus, empat peratus daripada mereka yang memegang jawatan Gred 54 ke atas. Itu datang dari Sarawak. Untuk Sabah, hanya 747 orang sahaja merupakan 2.88 peratus yang datang dari Sabah. Kalau kita mengikut MyCensus 2020 yang dijalankan oleh DOSM, penduduk negara kita ada lebih kurang 32.3 juta orang dan populasi Sarawak merupakan adalah 2.9 juta iaitu lebih kurang sembilan peratus daripada jumlah penduduk negara kita, Sarawak. Sabah sebanyak 3.88 juta iaitu merupakan 11 peratus, 11 percent daripada jumlah populasi negara kita.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHStampin

Apa yang terjadi adalah daripada 9 peratus orang itu daripada Sarawak itu hanya empat percent memegang jawatan Gred 54 ke atas, hanya merupakan empat peratus sahaja. Itu ratio dan keadaan ini lebih teruk lagi untuk orang Sabah kerana di Sabah ratio peratusan populasinya — untuk ratio populasi dia ada lebih kurang 11 peratus. Akan tetapi di antara mereka yang memegang jawatan Gred 54 ke atas hanya constitute 2.88 percent sahaja. So itu merupakan satu ratio yang amat tidak seimbang. Apakah sebab keadaan ini berlaku? Adakah orang Sarawak dan orang Sabah itu tak layak atau inferior berbanding dengan orang Semenanjung ataupun ada satu systemic discrimination yang diamalkan oleh Putrajaya atau diamalkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam supaya orang Sarawak dan orang Sabah dianaktirikan — supaya dalam pelantikan perjawatan promosi untuk kakitangan yang datang dari Sabah dan Sarawak itu diketepikan. Sama ada itu merupakan satu systemic discrimination yang wujud dalam kerajaan. So, saya minta Perdana Menteri semasa winding up memberikan satu jawapan kepada kita apa sebabnya ada keadaan ketidakseimbangan dan ketidakadilan yang begitu teruk yang berlaku dan terjadi di perkhidmatan awam. Untuk kawan-kawan saya daripada GPS sudah 59 tahun mereka mentadbir di Sarawak. Kalau kita lihat di Persekutuan hendak tolak 22 bulan yang Pakatan Harapan menjadi kerajaan. Kenapa ketidakseimbangan ini dan ketidakadilan ini tidak disebut langsung oleh kawan-kawan saya dari GPS. Kebelakangan ini kita tengok dari GPS itu apa yang dibuat, tukar nama itu Ketua Menteri kepada Premier itu bukan masalah rakyat. Itu gelaran Ketua Menteri ada gelaran Premier itu, itu hanya untuk satisfied personel ego sahaja. Yang betul- betul itu masalah rakyat itu adalah ketidakseimbangan dan representation daripada Sarawak dalam perjawatan. Dalam jawatan yang Gred 54 ke atas under represented dan ini bukan sahaja merupakan satu lack of career opportunity untuk Sarawakians kerana mereka yang memegang jawatan Gred 54 ke atas itu merupakan mereka — that those are high ranking

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHStampin

officers, there are policy makers, there are policy implementers in the government service, and in all government departments. Mereka yang mempengaruhi polisi dan mengimplementasikan polisi itu. Kalau Sarawak dan Sabah itu under represented dalam golongan penjawat itu memang lambat laun, tahun demi tahun adalah hakisan terhadap hak-hak istimewa Sabah dan Sarawak. Itulah apa yang telah berlaku di negara kita. Oleh itu saya ingin minta satu pendirian disebutkan oleh Perdana Menteri mengenai sama ada kerajaan ada apa-apa cadangan atau pelan untuk membetulkan ketidakseimbangan dan ketidakadilan itu, iaitu representasi Sabah dan Sarawak dalam penjawat Gred 54 ke atas itu adalah terlalu kurang. Sama ada kerajaan ada pelan atau cadangan untuk membetulkan kesalahan- kesalahan ini. Keduanya kalau ada apakah pelan itu, apakah timeline itu, bila masa ia akan dilaksanakan dan apakah target for Sabah and Sarawakians to hold percentage of Sabah dan Sarawakian holding Grade 54 and above. Itulah isu yang pertama. Isu kedua yang saya ingin bangkitkan hari ini adalah berkenaan SOP yang diamalkan oleh PDRM untuk kes-kes yang disyaki — siasatan berkenaan jenayah komersial. Nampaknya PDRM sekarang itu mengamalkan satu sikap punish on suspicion yang bukan sahaja selesai siasatan bawa dakwaan kepada mahkamah tetapi mereka punish on suspicion. Mengapakah saya sebut begitu? Adalah kerana dalam kita sekarang menemui ada banyak kes internet scam di mana akaun bank sesetengah orang diguna pakai oleh sesetengah pihak untuk menjalankan scam internet itu. Semasa itu PDRM terima aduan apa yang mereka buat? Okey mereka buat siasatan. Akan tetapi siasatan buat IO — investigation paper dibuka dan mereka senarai hitam suspek itu. Senarai hitam itu pun dipanjangkan kepada Bank Negara Malaysia. Apa yang Bank Negara Malaysia buat itu adalah menyenaraihitamkan lagi itu pemegang-pemegang akaun bank itu. Ini berlaku menjadi satu SOP PDRM dan itu siasatan boleh mengambil masa bertahun-tahun. Akan tetapi apa yang berlaku itu sekiranya seseorang itu di senarai hitam oleh Bank Negara Malaysia semua bank akan tutup akaun bank dia. Akaun bank yang dia ada akan ditutup. Dia tak akan dibenarkan oleh mana-mana bank untuk buka akaun. Bayangkan Tuan Yang di-Pertua, kita tinggal di bandar bagaimanakah kita hendak hidup tanpa akaun bank? Hendak cari kerja pun employer mahu akaun bank untuk bayar. Hendak pinjam beli barang pun hendak akaun bank, hendak jadi Grab driver pun hendak akaun bank. Apa-apa semua sekarang internet banking tetapi orang itu hanya disiasat disyaki belum dibicarakan dalam mahkamah lagi tetapi semua akaun sudah ditutup. Dia dilarang untuk membuka akaun bank dan itulah apa yang saya sebut it was punish before punish on suspicion. Apa yang berlaku adalah lebih teruk lagi. Siasatan itu dibuat oleh PDRM bertahun-tahun — dalam satu kes, dua kes, tiada kes bertahun-tahun tidak buat apa-apa conclusion, tidak buat apa-apa keputusan hendak dakwa orang itu di mahkamah tetapi sit on the investigation paper. Sit on the investigation paper semasa itu padahal orang yang disyaki itu menghadapi kesusahan yang tak ada akaun.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Okey masa sudah habis Yang Berhormat.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHStampin

Okey saya akan sebut dua kes yang saya ingin bagi pihak Yang Berhormat Menteri untuk mengambil perhatian.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHStampin

Kes pertamanya ialah Felix Chan Yie Heng. IC nombor 010217-13-0279. Seorang budak dia tidak tahu akaunnya diguna pakai orang kononnya untuk berniaga. Akan tetapi, orang itu pakai akaunnya untuk tipu orang lain. Oleh itu, akaun dia dibeku. Akaun semua ditutup. Dia hendak pinjam PTPTN pun tidak dapat. Hendak cari kerja pun tidak dapat. Ini kerana employer dia tanya you ada bank akaun? Tidak ada bank akaun saya tidak mahu bayar. Saya tidak mahu employ you. So, adakah beliau itu seseorang budak, oleh sebab dia ignorant. Dia ignorant, dia tidak tahu, kena tipu dan di mangsa lagi oleh sistem itu. Di mana sekarang dia langsung

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHStampin

tidak ada bank akaun. Ini kes berlaku 2019. Sampai sekarang dua tahun sudah. Akan tetapi, tidak ada apa-apa tindakan lanjutan yang diambil oleh PDRM semasa dia disengsarakan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Okey, Yang Berhormat masa sudah tamat Yang Berhormat.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHStampin

Another case, satu kes Yii Ming Chuo. IC nombor 800519-13-5063. Itu juga seorang remaja pun tipu melalui Facebook dan sekarang dia pun akaunnya semuanya ditutup. Dia hendak pandu e-hailing, hendak pandu untuk Grab cari makan pun tidak dapat. So, saya haraplah pihak Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri ambillah perhatian terhadap itu dan janganlah sia-sia menyenarai hitam sesiapa yang disyaki dan juga Bank Negara Malaysia jangan sia-sia senarai hitam sesiapa itu. Ini kerana kesusahan, kesengsaraan yang akan dihadapi akibat daripada senarai hitam itu amatlah besar dan kita tidak mahu menghukum orang sepanjang umur. Itulah hukuman sepanjang umur tanpa bicara. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Cameron Highlands.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya terlibat dalam perbahasan ini. Pertama sekali, saya ingin menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sewaktu pembukaan sidang Parlimen Penggal Kelima, Mesyuarat Pertama sesi Parlimen Keempat Belas. Dalam Titah Tuanku ada menyebut Orang Asli. Untuk makluman Dewan, Orang Asli adalah satu rakyat yang khusus disebut dalam Perlembagaan. Kalau kita lihat di dalam Perkara 8 iaitu kalau kita lihat Perkara 8 adalah kesamarataan kepada masyarakat di setiap masyarakat di Malaysia. Walau bagaimanapun, Orang Asli diletak dalam kedudukan istimewa menyebut dalam Perkara 8(5)(c) walaupun yang lain boleh disamaratakan tetapi Orang Asli diberi keutamaan dalam berbagai-bagai aspek kesejahteraan hidup mereka, dalam perkhidmatan awam mesti ada sebahagian daripada mereka. Jadi, apa yang saya hendak ada sebut di sini ialah keistimewaan Orang Asli. Terlebih dahulu dalam ucapan saya, saya ingin membawa kepada kawasan saya dahulu. Kawasan Parlimen Cameron Highlands. Untuk makluman, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Kerja Raya (JKR) berkaitan jalan Pos Betau ke Semoi Lama yang telah bermula dan dianggarkan akan siap ditetapkan pada bulan lepas. Walau bagaimanapun, permohonan Extension of Time (EOT) telah dipohon dan saya mempercayai perkara itu telah dilulus untuk disambung ke bulan tujuh. Saya kurang faham kenapa, bukanlah satu projek bertaraf teknologi tinggi, hanya pembuatan jalan perlu lagi extension. Ingin saya mengetahui daripada Yang Berhormat Menteri apakah sebab extension ini diberi? Penambahan lagi tiga bulan. Sebab-sebab ia diberi dan adakah wajar? Jika COVID-19 disalahkan, adakah mereka mohon daripada pihak MITI untuk dilaksanakan kerja dalam tempoh yang berkaitan? Kedua, saya ingin berterima kasih kepada pihak Yang Berhormat Menteri kerana meluluskan projek JKR daripada Kampung Semoi Lama, kampung Orang Asli ke Pos Lenjang yang berharga lebih kurang RM30 juta lebih, kalau tidak silap saya. Yang dianggarkan akan siap pada tahun 2023 dan 2024. Apa yang saya pohon di sini ialah Yang Berhormat Menteri sebagai owner JKR Kerajaan Pusat. Project owner adalah JAKOA dan pelaksana di bawah penyeliaan JKR, dilaksanakan sebaik mungkin dalam tempoh yang jangka yang ditetapkan dan untuk projek-projek ini saya memohon dipantau standard mengikut spec sebagaimana diluluskan. Satu lagi yang berkaitan dengan kawasan saya, infrastruktur jalan-jalan di perkampungan Orang Asli. Untuk makluman, jalan dari persimpangan Jalan Koyan menghala ke Raub ada satu jalan raya yang telah diletak di bawah MARRIS iaitu jalan di

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Pos Sinderut. Penyeliaan MARRIS. Apa yang saya lihat di situ adalah penyelenggaraan dan baik pulih amat teruk sekali. Pohon diperlihatkan, diperbetulkan dan jika kita lihat, maintenance di tepi jalan pun masih semak samun lagi. Tidak bertaraf penyeliaan di bawah MARRIS. Dilihat longkang-longkang tidak begitu up to standard menyebabkan laluan air dan menyebabkan kerosakan jalan raya besar begitu cepat. Mengambil kesempatan ini, saya mohon untuk menarik perhatian kepada kawasan Parlimen Gua Musang yang terdiri di sana ramai masyarakat Orang Asli. Saya amat sedih dan kadang-kadang menitiskan air mata melihat keadaan mereka. Mereka adalah penyokong tegar kepada kerajaan ketika ini dan ketika sebelum ini. Jika dilihat jalan raya perhubungan kampung mereka, ya Allah begini kah mereka selepas 64 tahun? Saya ingin mengetahui daripada pihak kerajaan apakah tindakan yang telah dilaksanakan, menyiapkan jalan-jalan perhubungan perkampungan ini di dalam kawasan Orang Asli di kawasan Parlimen Gua Musang ini akan dilaksanakan dan dijangka bila akan siap? Kita lihat pada masyarakat Orang Asli, mereka menghadapi bermacam-macam- macam masalah. Pertama, saya ingin menarik kepada isu permasalahan tanah. Ingin saya memohon kepada Yang Berhormat Menteri untuk menjelaskan berapa perkampungan Orang Asli yang telah diwartakan dan berapa lagi belum diwartakan dan dijangka bila benda ini boleh dilaksanakan? Saya berharap ia dapat dilaksanakan dalam tempoh RMKe-12 ini. Jalan penyelesaian untuk masalah tanah Orang Asli ini ada. Ia melibatkan pindaan kepada beberapa undang-undang utama. Ingin saya bangkitkan di sini, untuk menyelesaikan masalah tanah masyarakat Orang Asli pertama perlu dipinda Perlembagaan. Tanggungjawab Persekutuan – Orang Asli diletak di bawah tanggungjawab Persekutuan. Tanah diletakkan di bawah tanggungjawab negeri. Apa ketikanya boleh atau tidak dan saya percaya boleh dengan kerjasama Ahli-ahli Parlimen yang berada di dalam Dewan ini kita pinda dan letakkan masyarakat Orang Asli ini di dalam Concurrent List iaitu list bersama. Itu satu jalan. Ini kerana ia boleh mengaitkan juga isu-isu tanah yang dapat diselesaikan. Kedua, pindaan kepada Kanun Tanah Negara dengan mengiktiraf wujudnya tanah adat Orang Asli yang berpatutan. Dengan yang sedemikian, negeri-negeri pun dapat juga melaksanakan satu enakmen berkaitan tanah-tanah Orang Asli. Selain itu, Akta Orang Asli juga perlu dipinda dengan memperkukuhkan dari perspektif pemilikan tanah dan sebagainya.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Kedua, selanjutnya isu kesihatan masyarakat Orang Asli. Satu ketika dahulu berkaitan perubatan dan sebagainya diletak di bawah JAKOA dan ada hospital khusus untuk Orang Asli. Dasar kerajaan telah memindahkan hospital ini diletak dalam pertanggungjawaban Kementerian Kesihatan Malaysia. Apakah tindak tanduk Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memastikan kebajikan masyarakat Orang Asli ini terjaga? Mereka ini duduk di pedalaman. Kalau datang ke hospital juga, kena bayar dan sebagainya. Mana berkemampuan masyarakat ini? Masih jauh ketinggalan dan dikategorikan sebagai miskin tegar. Dengan sedemikian, seumpamanya bila seorang Orang Asli sakit di pedalaman, Kementerian Kesihatan tolak tanggungjawab kepada JAKOA, JAKOA tolak kepada Kementerian Kesihatan. Lama-lama, apa nak jadi kepada orang yang sakit itu? Terpaksalah kalau dengan istilah bantuan daripada wakil rakyat dan sebagainya yang prihatin, mereka dapatlah ke hospital. Selagi perkara ini tidak diselesaikan, salah satu aspek kerjasama dalam menjaga Orang Asli, bab kesihatan ini terletak di bahu Kementerian Kesihatan dan KPLB JAKOA. Perlu ada satu jawatankuasa menyelaraskan, melaksanakan dasar-dasar yang sesuai. Ketiga, berkaitan sosial, kehidupan sosial. Pada pemerintahan masa zaman PH dahulu telah ditetapkan dasar Orang Asli kena didaftarkan mengikut akta – perkahwinan mereka kena didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran. Ini begitu ketara, masyarakat Orang Asli tidak fasih dan tidak faham perundangan. Dengan sedemikian, saya memohon pihak yang berwajib, JAKOA dan Jabatan Pendaftaran Negara berusahalah secepat mungkin

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

mendaftar perkahwinan-perkahwinan Orang Asli ini dengan bantuan tok batin-tok batin yang berkaitan. Jika tidak, akan menghadapi masalah di masa hadapan daripada segi pengiktirafan kerakyatan, pengiktirafan perkahwinan, perselisihan keluarga dan sebagainya. Lagi satu, isu ekonomi. Pada dasarnya, lonjakan ekonomi ini perlu satu vehicle. Saya memohon Kerajaan Pusat meniru pendirian dan cara kerja yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pahang. Kita perlu satu vehicle, satu perbadanan khusus untuk ekonomi masyarakat Orang Asli. Perkara ini telah dibangkitkan tetapi apa yang saya difahamkan, benda ini terperuk di atas meja salah seorang Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) di kementerian. Pohon dilaksanakan secepat mungkin, sekurang-kurangnya dapat dilihat draf yang berkaitan jika kerajaan bersetuju. Saya membawa kepada senario kawasan Parlimen. Pada penghujung tahun 2021, kita telah menyaksikan berbagai-bagai kejadian bencana alam yang melanda negara ini. Cameron Highlands tidak terkecuali daripada isu ini. Berlaku berbagai-bagai kejadian tanah runtuh. Dengan sedemikian, menyebabkan perhubungan ke Cameron Highlands yang mempunyai impak yang bersandarkan penghidupan masyarakat kepada tourism, yang mana di situ adalah satu pendapatan penting kepada masyarakat Cameron Highlands. Dengan sedemikian, saya memohon kementerian untuk memastikan bahawa isu- isu tanah runtuh ini dapat diselesaikan sebaik mungkin dan mencari jalan agar Cameron Highlands tetap menjadi pusat tourism yang utama di negara kita. Jalan-jalan dari Simpang Pulai dan jalan-jalan dari Tapah, jalan-jalan dari Gua Musang, jalan yang menghala dari Sungai Koyan perlu dilihat pada dasarnya agar kejadian-kejadian tanah runtuh ini tidak berterusan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh berkenaan dasar-dasar di setiap kementerian yang berkaitan dengan masyarakat Orang Asli. Kita sering mendengar setiap perkaitan ataupun permasalahan masyarakat Orang Asli sering ditujukan kepada JAKOA sahaja tetapi pada kenyataannya, tanggungjawab ini terletak di berbagai-bagai kementerian. Pohon setiap kementerian mengambil tahu dan mengambil maklum bahawa Orang Asli adalah penduduk istimewa. Mereka diiktiraf dalam Perlembagaan. Hak mereka ada. Jadi, Kementerian Kesihatan, Jabatan Pendaftaran Negara dan berbagai-bagai jabatan yang ada hubung kait dengan kehidupan Orang Asli menyelaraskan dasar-dasar mereka agar pendirian Perkara 8(5)(c) Perlembagaan itu diutamakan. Salah satu aspek ialah jumlah pekhidmat-pekhidmat awam yang berketurunan Orang Asli. Sejak kebelakangan ini, saya melihat makin berkurangan walhal itu adalah satu dasar di dalam Perlembagaan. Oleh yang sedemikian, saya memohon Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam melihat perkara ini dan melaksanakan, mengimplementasikan apa yang dirohkan di dalam Perlembagaan kita. Saya tidak mahu panjang berucap. Dengan ini, saya menyokong Titah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Cameron Highlands. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Sekijang, 13 minit.

Puan Hajah Natrah IsmailPKR · PHSekijang

Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di- Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih atas kesempatan yang telah diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada sesi kali ini. Saya ingin membangkitkan beberapa isu penting yang memerlukan perhatian dan tindakan daripada pihak kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini Menteri Kanan Pendidikan ada menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Simpang Renggam berkaitan dengan lantikan tetap kepada guru-guru interim yang telah melepasi temu duga di bawah inisiatif

Puan Hajah Natrah IsmailPKR · PHSekijang

pengambilan guru secara one-off, dengan izin. Melalui inisiatif ini, seramai 18,702 kekosongan jawatan guru telah ditawarkan dan layak dipohon oleh semua graduan sama ada lepasan Diploma Pendidikan, Sarjana Muda Pendidikan, mahupun mereka yang bukan aliran pendidikan. Saya menyambut baik usaha yang diambil oleh pihak kementerian, lebih-lebih lagi apabila guru interim ini diberikan keutamaan bagi lantikan tetap. Sesungguhnya guru-guru interim ini telah mempunyai pengalaman mengajar dan berkemahiran. Oleh yang demikian, bakat yang ada boleh digilap dengan mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) yang akan dikendalikan oleh Institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). [Yang Berhormat Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) mempengerusikan Mesyuarat] Kendatipun begitu, adakah dengan pengambilan khas ini ia secara langsung dapat mengatasi isu kekurangan guru dan juga mata pelajaran berkenaan di semua sekolah di seluruh negara secara keseluruhannya? Tambahan lagi, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian akan jumlah guru interim terkini yang telah didaftarkan di seluruh negara. Berapakah jumlah guru interim yang telah berjaya dalam temu duga dan ditempatkan di sekolah-sekolah kerajaan? Bagaimana pula dengan guru-guru interim yang tidak berjaya dalam temu duga? Adakah perkhidmatan mereka akan dihentikan setelah kontrak lantikan mereka tamat? Apakah tindakan yang boleh diambil oleh pihak kementerian dalam membantu guru-guru interim yang tercicir ini dalam usaha untuk membuka jalan dan peluang yang mereka inginkan dalam sektor pendidikan? Apakah pihak kementerian juga berhasrat untuk mengambil guru interim pada masa akan datang untuk menampung kekurangan guru di sekolah-sekolah kerajaan? Tuan Yang di-Pertua, dalam pembentangan belanjawan negara 2022, Kementerian Pendidikan telah meluluskan bayaran one-off dengan izin, kepada guru-guru yang terlibat dalam program Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sebanyak RM100 sebagai insentif. Guru-guru ini telah mengeluarkan wang dari poket atau saku mereka sendiri untuk membina peralatan-peralatan bantuan mengajar yang sesuai mengikut program PdPR ini. Guru-guru ini lebih mengetahui tentang kebolehan serta pencapaian anak-anak murid mereka. Oleh sebab guru-guru ini yang inovatif, kreatif serta sangat bertanggungjawab terhadap pencapaian pelajaran anak murid mereka serta sanggup mengeluarkan wang mereka sendiri demi kemajuan anak murid mereka, memang wajarlah mereka diberikan insentif ini.

Puan Hajah Natrah IsmailPKR · PHSekijang

Namun, guru-guru ini belum lagi mendapat wang insentif tersebut dan penggal persekolahan untuk tahun 2022 akan bermula tidak lama lagi. Saya ingin mohon kepada Menteri Kanan Pendidikan supaya tunaikanlah janji pemberian RM100 ini secara one-off iaitu kepada guru-guru yang sangat komited terhadap tanggungjawab mereka. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin membangkitkan isu Program Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF). Umum sedia maklum, projek Perumahan Generasi Baharu FELDA ini telah bermula pada tahun 2013 yang bertujuan bagi membantu generasi baharu FELDA untuk memiliki rumah mampu milik yang selesa di samping untuk mengoptimumkan penggunaan tanah kosong di tanah rancangan. Saya sedia maklum bahawa pihak FELDA telah merancang untuk membangunkan sebanyak 8,244 unit rumah di 40 lokasi tanah rancangan FELDA di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut hanya 2,358 unit rumah PGBF telah berjaya disiapkan yang meliputi hanya 11 lokasi. Persoalan saya, bagaimanakah pula dengan baki rumah yang belum disiapkan? Apakah status terkini projek tersebut? Bilakah jangkaan

Puan Hajah Natrah IsmailPKR · PHSekijang

kesemua 8,244 unit rumah akan dapat disiapkan. Tambahan lagi, kita mempunyai sebanyak 317 buah tanah rancangan FELDA di seluruh negara. Mengapakah hanya 40 buah lokasi FELDA sahaja diberikan tumpuan untuk projek Perumahan Generasi Baharu ini? Misalnya di Parlimen Sekijang di mana kawasan Parlimen Sekijang meliputi lima buah kawasan FELDA iaitu FELDA Pemanis 1, FELDA Pemanis 2, FELDA Medoi, FELDA Kemelah dan FELDA Redong. Tidak ada satu pun projek Perumahan Generasi Baharu yang dilaksanakan di kawasan ini. Saya sering mendapat aduan daripada penduduk FELDA khususnya mereka yang terdiri daripada generasi kedua. Kebanyakannya telah berumah tangga dan ada yang ingin terus menetap di lokasi FELDA mereka. Permohonan mereka untuk mendapatkan perumahan generasi kedua telah dibuat namun hingga kini tidak ada jawapan. Saya mohon agar pihak kerajaan dapat meneliti dan menyegerakan permohonan perumahan generasi baharu yang telah lama berlarutan ini. Tuan Yang di-Pertua, isu terakhir ingin saya sentuh adalah berkaitan dengan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). Pada tahun 2020, Malaysia telah menyemak semula had pendapatan garis kemiskinan kepada RM2,208 berbanding kadar RM980 yang telah diguna pakai sejak tahun 2005. Jabatan Perangkaan Malaysia pula menyatakan bahawa pengenalan had baharu itu menjadikan jumlah isi rumah yang tergolong dalam kategori miskin bertambah kepada 405,441 isi rumah berbanding hanya 16,653 isi rumah jika menggunakan had sebelum ini. Sebagai perbandingan berdasarkan PGK baharu ini kadar kemiskinan tahun 2019 adalah 5.6 peratus iaitu 405,441 isi rumah bagi tahun 2019. Manakala, kadar kemiskinan pada tahun 2016 yang diukur berdasarkan metodologi PGK 2005 adalah sebanyak 0.4 peratus iaitu 24,700 isi rumah. Namun begitu, jika metodologi PGK 2019 digunakan untuk mengukur kadar kemiskinan pada tahun 2016, peratusannya ialah 7.6 peratus iaitu 252,743 isi rumah. Kenaikan kadar had kemiskinan ini memperlihatkan pertambahan sebanyak 25 kali ganda mereka yang dikategorikan sebagai miskin tegar. Hasil semakan dengan Pejabat Daerah Segamat bagi kawasan Parlimen Sekijang telah menunjukkan bahawa seramai 123 isi rumah yang berumur lebih 40 tahun telah dikategorikan sebagai miskin tegar. Jumlah ini hanyalah jumlah yang telah berjaya didaftarkan. Namun, saya yakin masih ramai lagi mereka yang belum didaftarkan khususnya mereka yang berumur dalam lingkungan 25 hingga 39 tahun. Saya yakin jumlah ini akan terus bertambah dari semasa ke semasa jika usaha mengenal pasti mereka yang berpendapatan di bawah garis kemiskinan ini terus dipergiatkan. Oleh yang demikian, saya ingin tahu adakah mereka yang baharu dikategorikan sebagai miskin tegar ini layak untuk mendapat bantuan bulanan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Apakah langkah yang telah diambil oleh kementerian dalam memastikan mereka yang berpendapatan di bawah RM2,208 ini akan mendapat bantuan yang sewajarnya? Apakah inisiatif dan program yang telah ditawarkan bagi meningkatkan pendapatan isi rumah? Saya tahu ramai dalam kalangan mereka ini telah membuat pengeluaran simpanan KWSP dalam menghadapi situasi pandemik COVID-19 ini. Seramai 3.6 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) direkodkan mempunyai simpanan kurang daripada RM1,000. Manakala, 6.1 juta lagi mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000. Apakah usaha-usaha kerajaan dalam menangani isu ini? Saya mohon agar pihak kerajaan dapat membantu pencarum yang terkesan ini dalam usaha untuk membina dan menambahkan semula simpanan mereka demi masa depan persaraan mereka. Dengan ini saya menyokong dan menjunjung kasih terhadap Titah Diraja Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Sekijang. Ada pemakluman bagi Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan. Ada pindaan. Pembahas-pembahas seterusnya adalah Yang Berhormat Kemaman, Yang Berhormat Sandakan dan Yang Berhormat Balik Pulau. Memandangkan kesuntukan masa maka Yang Berhormat Kangar akan dibawa ke esok akan harinya sebagai pembahas pertama. Yang Berhormat Kemaman dipersilakan.

Tuan Che Alias bin HamidPAS · PNKemaman

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Keluarga Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan untuk saya mengambil bahagian dalam membahas Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kelima, Parlimen Keempat Belas. Sebelum saya memulakan perbahasan ini, izinkan saya membaca sepotong ayat Al-Quran daripada Surah At-Taghabun. [Membaca sepotong ayat al-Quran] Maksudnya; “Tidak ada sesuatu musibah yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. Barang siapa beriman kepada Allah nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu...”. Tuan Yang di-Pertua, dalam keadaan negara yang masih lagi bergelut dengan peningkatan mendadak kes COVID-19, varian Omicron, negara juga turut berdepan dengan musibah bencana banjir besar yang berlaku pada penghujung tahun 2021 di beberapa daerah bagi negeri Selangor dan Pahang. Penghujung Februari yang lepas negara dikejutkan pula dengan bencana besar yang berlaku di negeri Terengganu dan Kelantan malah beberapa hari – dua hari lepas berlaku banjir kilat di beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor ini. Saya mendapat maklumat bahawa ribuan penduduk telah terjejas dan terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara selain beribu kerugian harta benda dan kemudahan awam akibat bencana alam ini.

Tuan Che Alias bin HamidPAS · PNKemaman

Di Parlimen saya sendiri, Kemaman juga turut berlaku banjir yang sangat teruk dengan seramai 9,245 orang mangsa dari 2,358 buah keluarga sudah dipindahkan ke 27 PPS pada 2 Mac yang lalu. Pertama, saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak, jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan yang telah pun memberi bantuan dan para sukarelawan Jabatan Amal dan NGO-NGO yang terlibat yang bersama-sama menjayakan operasi mengurus banjir dan Operasi Bersih Kemaman pada minggu lepas dalam membantu membersihkan kawasan sekolah, masjid, rumah-rumah yang terjejas banjir. Saya berdoa semoga semua mangsa banjir terus tabah dan cekal dalam menghadapi musibah ini. Saya menyambut baik segala bentuk bantuan yang disalurkan oleh pihak kerajaan kepada mangsa banjir dan saya mengharapkan inisiatif- inisiatif seperti Tabung Bencana Banjir Keluarga Malaysia ini diperhebat ke seluruh negara dalam membantu Keluarga Malaysia yang terjejas akibat bencana banjir ini. Tuan Yang di-Pertua, tragedi banjir yang dahsyat berlaku di Shah Alam, Klang, Hulu Langat Selangor serta Karak dan Bentong di Pahang pada 18 dan 19 Disember 2021 yang telah mengorbankan ramai nyawa dan kemusnahan harta benda yang berskala besar. Kejadian bencana banjir tersebut di luar jangkaan semua pihak sehingga kawasan yang jarang turut dilanda banjir. Pakar geobencana menyatakan kejadian banjir luar biasa yang berlaku di Selangor dan Pahang bukan banjir biasa tetapi ia adalah fenomena aliran puing dan banjir puing. Fenomena ini bukan baru berlaku di Malaysia kerana pada tahun 1995, aliran puing pernah berlaku di jalan susur ke Genting Sempah, Pahang. 1996, aliran puing juga pernah berlaku di perkampungan Orang Asli, Pos Dipang di Perak dan aliran puing turut juga berlaku di Gunung Jerai pada 18 Ogos 2021 yang lalu. Kesemua tragedi ini telah mengorbankan nyawa penduduk. Apa yang ingin saya tekankan di sini sudah tiba masanya pihak kerajaan merangka paradigma baharu menghadapi bencana alam terutama banjir puing ini. Walaupun fenomena bencana ini semula jadi namun begitu, setidak-tidaknya mitigasi dan adaptasi dalam mengurangkan risiko kemusnahan aliran puing dapat diminimumkan. Sebagai contoh yang saya cadangkan kepada pihak kerajaan supaya mengenal pasti kawasan-kawasan dan negeri- negeri yang mempunyai risiko yang tinggi akan berlakunya aliran puing ini jika berlaku hujan yang lebat dalam tempoh melebihi tiga hari.

Tuan Che Alias bin HamidPAS · PNKemaman

Kerajaan perlu melaksanakan pengurusan pengurangan risiko bencana geologi bermula daripada fasa menentukan kawasan potensi dengan membuat pemetaan dan pemantauan berkala di lokasi-lokasi berpotensi bahaya dan berlaku aliran ini terutama di kawasan tanah yang tinggi termasuk hutan simpan, zon pertanian berdekatan dan penempatan-penempatan rumah di lereng-lereng bukit. Peristiwa bencana seperti ini agak lumrah di Jepun, Indonesia dan mereka telah melakukan banyak langkah mitigasi di sungai berisiko tinggi dan kita boleh mengambil pengajaran daripada kedua-dua negara ini. Tuan Yang di-Pertua, isu seterusnya saya ingin membangkitkan berhubung dengan subsidi racun dalam Skim Insentif Pengeluaran Padi dengan tambahan peruntukan sebanyak RM62 juta kepada petani pada Januari yang lalu. Saya melihat subsidi racun yang ditambah peruntukan ekoran peningkatan kos racun perosak tidaklah menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh para petani secara tuntas untuk jangka masa yang panjang. Ia dilihat seolah-olah kerajaan telah menggalakkan penggunaan racun kimia dalam pertanian dan tidak mustahil kos pesawah akan terus meningkat pada masa yang akan datang ini. Selain itu, subsidi melalui skim ini tidak diberikan terus kepada petani tetapi diberikan kepada vendor input racun dan baja serta pengusaha jentera. Ini akan menguntungkan syarikat pengeluaran kerana petani terikat kepada pilihan yang terhad tersebut. Oleh itu, saya berharap pihak kementerian menyemak semula kaedah pemberian subsidi input pertanian melalui vendor dan juga mewujudkan sistem dalam bentuk bayaran terus kepada pesawah agar mereka dapat memilih sistem kawalan perosak yang sesuai untuk sawah mereka. Saya mengesyorkan pihak kementerian merangka sebuah pelan tindakan jangka masa panjang bagi mengurangkan kebergantungan yang tinggi terhadap penggunaan baja kimia dalam sektor pertanian dan memperluaskan inisiatif seperti myOrganic, myGAP dan Program Kebun Komuniti bagi menggalakkan lebih ramai petani beralih kepada pertanian organik. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh sedikit berkenaan dengan isu kenaikan harga barang keperluan asas seperti ayam, ikan dan sayuran yang memberi kesan kepada golongan B40. Kebimbangan kenaikan harga barang ini menjadi lebih kritikal apabila wujudnya jangkaan kenaikan harga barangan antara 30 hingga 200 peratus menjelang tahun hadapan. Saya memahami bahawa situasi ini terjadi disebabkan berlakunya kenaikan kos pada pelbagai peringkat dan akhirnya kos tersebut terpaksa ditanggung oleh pengguna iaitu rakyat. Saya melihat kebanyakan inisiatif yang dilaksanakan kerajaan khususnya untuk barangan keperluan asas bakal berakhir bulan ini ataupun sudah berakhir pada Februari yang lepas sedangkan jangkaan kenaikan harga sehingga 200 peratus menjelang tahun hadapan. Justeru, saya berpendapat inisiatif-inisiatif seperti Skim Harga Minimum Keluarga Malaysia, Program Jualan Harga Keluarga Malaysia dan lain-lain mekanisme kawalan harga perlu diteruskan sehingga harga barangan kembali stabil di pasaran. Dalam apa juga situasi sekalipun pengguna atau rakyat tidak seharusnya menjadi mangsa keadaan dan kesusahan rakyat perlu diberi keutamaan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit berkaitan dengan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) yang mendapat sambutan positif dan memberangsangkan dalam kalangan rakyat Malaysia terutama golongan yang terkesan dengan kos sara hidup pada hari ini. Saya terbaca satu laporan dari Jabatan Penerangan Malaysia bahawa PJKM telah mencatatkan jumlah jualan lebih daripada RM29.38 juta di 952 buah lokasi dalam 220 Parlimen di seluruh negara sejak Disember tahun lalu. Saya berharap agar program ataupun kempen yang seumpama ini terus dilaksanakan sebagai satu agenda tetap dalam kerajaan kerana ia bukan sahaja mendapat manfaat kepada golongan sasar tetapi juga membantu dalam merancakkan ekonomi negara kita. Saya menyambut baik usaha kerajaan memperluaskan Program Jualan Keluarga Malaysia dan saya mengharapkan ia dapat diperluaskan ke kawasan dalam Dewan Undangan Negeri ataupun DUN-DUN di kawasan Parlimen yang terbabit.

Tuan Che Alias bin HamidPAS · PNKemaman

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan isu silibus sekolah rendah yang terlalu tinggi arasnya selain tidak selaras dengan tahap pemikiran murid-murid sekolah rendah terutamanya murid tahun satu. Sebagai contoh dalam silibus subjek Bahasa Melayu tahun satu, murid dikehendaki menyatakan isi tersurat dan isi tersirat yang berdasarkan suatu situasi yang diberikan. Walhal masih ramai murid-murid tahun satu yang lemah menguasai kemahiran membaca, justeru ramai pihak beranggapan bahawa penggubalan silibus seperti ini kurang realistik dan boleh menyebabkan hilang minat mereka untuk datang ke sekolah. Oleh itu, kegagalan murid menguasai dengan baik 3M, tiga kemahiran iaitu membaca, menulis dan mengira ini akan memberi kesan kepada pembelajaran mereka sehingga ke peringkat yang lebih tinggi dan seterusnya ketinggalan sekiranya tiada langkah intervensi diambil oleh pihak kerajaan. Silibus terlalu Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang diperkenalkan terutama murid Tahap Satu boleh menyebabkan wujudnya isu learning loss dan learning gap dalam kalangan murid khususnya melibatkan golongan B40. Saya percaya isu ini telah lama disuarakan oleh para pendidik kerana ia dilihat satu bebanan dan tekanan bukan sahaja kepada anak murid tetapi juga kepada tenaga pengajar. Oleh itu, saya menggesa pihak kementerian KPM khususnya untuk mengkaji semula silibus yang bersesuaian dengan tahap penguasaan murid ini.

Tuan Che Alias bin HamidPAS · PNKemaman

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengutarakan isu di kawasan Kemaman khususnya. Pertama, saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian khususnya KASA berhubung dengan penjelasan ataupun status terkini berhubung dengan Projek Tebatan Banjir di lembangan Sungai Kemaman yang pernah saya utarakan di dalam Dewan yang mulia ini beberapa kali dan saya difahamkan ada progress-nya. Setakat ini saya ingin tahu sejauh manakah status dan perkembangan projek ini. Seterusnya yang kedua, saya mohon untuk diwujudkan sekolah-sekolah berasrama penuh di Kemaman yang sekarang ini tiada satu pun sekolah berasrama penuh yang sepatutnya dapat diwujudkan di Kemaman. Ini kerana dari segi kawasan, ia merupakan daerah yang terbesar juga di negeri Terengganu dengan pendapatan hasil yang tinggi, bukan sahaja memberi hasil kepada kerajaan negeri dengan petroleum dan gas (oil and gas), yang wujud di perairan Kemaman, Terengganu tetapi ia juga memberi impak yang besar kepada ekonomi negara. Oleh itu saya mengharapkan sekolah-sekolah berasrama penuh ini sama ada MRSM dan sekolah menengah sains dapat diwujudkan. Begitu juga sekolah menengah kebangsaan agama perlu diadakan kerana ia mempunyai permintaan yang tinggi daripada ibu bapa di kawasan Kemaman yang kita lihat dengan pendaftaran yang baharu ini mencecah ribuan anak-anak ataupun pelajar baharu yang akan mengikuti pembelajaran dalam pendidikan aliran agama ini. Oleh itulah dengan kesedaran ibu bapa yang memerlukan anak-anaknya mendapat pendidikan agama yang tinggi ini seharusnya pihak kerajaan bertanggungjawab untuk menyelesaikan isu-isu khususnya sekolah menengah agama di Kemaman ini. Seterusnya, penyelenggaraan jalan Jerangau – Jabor yang saya mengharapkan pihak kerajaan khususnya Jabatan Kerja Raya dapat menyegerakan dan menyempurnakan jalan yang rosak. Ekoran daripada bencana banjir baru-baru ini jalan yang berlopak dan berlubang yang begitu banyak. Saya difahamkan telah pun berlaku beberapa kemalangan di jalan yakni di Jalan Jerangau – Jabor yang perlu diperbaiki dan diselenggarakan dengan segera. Terakhir, saya mengharapkan saya ingin dapat maklumat dan status terkini berhubung dengan pembinaan IPD Kemaman yang sebelum ini saya pernah bertanya di dalam Dewan yang mulia ini berhubung dengan status IPD Kemaman yang baharu kerana IPD yang ada pada hari ini tidak sesuai lagi dengan perkembangan semasa dengan penambahan penduduk dan pertambahan anggota polis di daerah Kemaman sendiri yang semakin ramai dan penempatan penduduknya semakin meningkat yang memerlukan suatu pejabat yang kondusif dan IPD baharu. Saya menyarankan supaya pihak KDN

Tuan Che Alias bin HamidPAS · PNKemaman

dapat menyegerakan pembinaan IPD ini. Insya-Allah saya yakin dengan wujudnya IPD baharu ini memberi semangat kepada para anggota polis khususnya di daerah Kemaman dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya. Saya rasa sekadar ini Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan ribuan terima kasih dan saya menyokong Titah Diraja Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.

Dato' Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Kemaman. Dipersilakan Yang Berhormat Sandakan.

Puan Vivian Wong Shir YeeDAP · PHSandakan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Perbahasan saya pada hari ini dikategorikan kepada empat tumpuan tajuk. Pertama, berkenaan dengan sistem penjagaan kesihatan. Kedua, keperluan untuk menaik taraf jalan raya, air, sistem pembetungan dan tapak lupus sampah. Ketiga adalah masalah kekurangan projek rumah kos rendah (PPR). Keempat, pelan membaik pulih ekonomi Sandakan menerajui endemik COVID-19. Tuan Yang di-Pertua, saya akan bermula dengan sistem penjagaan kesihatan memandangkan kita masih berada dalam krisis kesihatan dan kesihatan awam juga telah menjadi bahan perbincangan utama di seluruh Malaysia. Susulan kita akan memasuki fasa endemik pada 1 April, adakah kemudahan kesihatan awam kita di Sabah khasnya di Sandakan akan mampu mengatasi COVID-19, sekiranya berlaku lagi lonjakan kes sekali lagi. Bulan lepas apabila gelombang Omicron melanda, Hospital Duchess of Kent di Sandakan juga sekali lagi mengalami kekurangan katil untuk pesakit dengan begitu pantas. Klinik pakar hospital juga terpaksa ditutup, sebahagiannya kerana sumbernya telah dialihkan kepada kes COVID-19. Rawatan dan kes pembedahan bukan berkaitan COVID-19 ditangguhkan lagi. Populasi Sandakan telah berkembang lebih setengah juta dan kami juga akan mencapai taraf bandar raya tahun ini. Bagaimanapun, Hospital Sandakan juga kekal hanya satu-satunya kemudahan hospital awam dan jumlah katil kekal 400 unit sejak blok baharunya siap sepenuhnya pada tahun 2007. Tuan Yang di-Pertua, setuju kah atau tidak, nisbah katil hospital per jumlah populasi di Sandakan adalah tidak munasabah? Sebagai sebuah bandar kedua terbesar di Sabah, Sandakan memerlukan sebuah lagi hospital awam untuk meningkatkan standard perkhidmatan penjagaan kesihatan kami. Saya menyeru kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk membuat lawatan ke Sandakan, jangan sahaja ke Tawau Memasukkan bangunan Hospital Duchess of Kent 2 di bawah Rancangan Malaysia (RMKe-12) dan dengan melengkapkan Jabatan Kardiologi untuk memberikan perkhidmatan kepada seluruh Pantai Timur Sabah. Ketika ini hanya terdapat satu Jabatan Kardiologi untuk seluruh Sabah yang terletak di Hospital QE 2 di Kota Kinabalu untuk rawatan ribuan pesakit jantung. Perjalanan dari Sandakan ke Kota Kinabalu dengan kenderaannya, dengan jalan raya yang berbonggol-bonggol selama enam hingga lapan jam adalah sangat sukar dan mencabar. Tuan Yang di-Pertua, Sandakan akan menjadi bandar raya yang kedua di Sabah pada tahun ini. Banyak jangkaan juga seiringan dengan penaiktarafan Sandakan kepada status bandar raya. Ketika ini, bandar kami juga memerlukan kemudahan yang amat terdesak iaitu bagi menaiktarafkan infrastruktur dan kemudahan awamnya sama ada disebabkan oleh faktor sudah lama atau kekurangan penyelenggaraan selama ini. Keadaan dan kualiti jalan kami juga adalah kini dari teruk kepada semakin teruk. Jalan raya Persekutuan utama seperti Sandakan ke Ranau dan jalan berdekatan kawasan sepanjang menuju ke Telupid juga hampir tidak dapat digunakan. Projek Lebuh Raya Pan Borneo masih dalam pembinaan. Kami sangat amat memerlukan satu pelan induk jalan pengangkutan awam antara Sandakan, Lahad Datu, Tawau dan Kota Kinabalu.

Puan Vivian Wong Shir YeeDAP · PHSandakan

Gangguan bekalan air juga adalah satu isu utama yang dihadapi rakyat Sabah khasnya di Sandakan. Kami semua telah muak dan penat apabila mendapat notis gangguan bekalan air jangkaan daripada jabatan air seperti yang ini. [Menunjukkan dokumen] Hampir setiap hari kami akan menerima notis daripada jabatan air. Bagaimanakah boleh gangguan luar jangkaan ini berlaku hampir setiap hari, sama ada pam rosak atau bekalan air terganggu kerana kebocoran berlaku atau isu gangguan takungan air? Apakah perasaan anda jika anda tinggal di seperti kawasan Sentosa Apartmen Sandakan di mana hanya dapat bekalan air untuk dua hari dalam satu minggu dan ia berulang dalam sebulan berturut-turut. Justeru, kerajaan harus mengambil tindakan dengan segera dan jangan ada alasannya lagi. Berbilion-bilion dijana dari Sabah tetapi masalah bekalan air yang basic tidak dapat diselesaikan. Bandar Sandakan juga menghadapi masalah serius berkenaan dengan sistem pembetungan berikutan paip pembetungan bawah tanah yang sudah luar dari kemampuan jangka hayatnya dan masih tidak diganti. Akibatnya paip kumbahan yang pecah telah menyebabkan pelbagai kejadian lubang terbentuk di tepi jalan atau sisa kumbahan mencemari kaki lima seperti dalam gambar ini. [Menunjukkan dokumen] Gambar ini merupakan salah satu gambar yang saya terima dari pada rakyat mengenai aduan ke atas sisa kumbahan yang mencemari kawasan kaki lima di belakang kedai mereka. Jadi Tuan Yang di-Pertua, selain itu soalan saya kepada KPKT adalah, adakah kementerian mempunyai satu ketetapan bagi amalan standard pelupusan sisa pepejal mereka? Banyak pihak berkuasa tempatan di Sabah termasuk Sandakan tidak mempunyai sistem tapak pelupusan sanitari yang betul dengan sisa pepejal yang membentuk seperti satu gunung sampah yang tinggi dan menyebabkan pencemaran udara dan air yang serius kepada kawasan sekitar. Bagaimanakah KPKT berhasrat untuk menyelesaikan masalah ini? Tuan Yang di-Pertua, Sandakan merekodkan jumlah yang tertinggi rumah setinggan bagi seluruh negeri Sabah dan dianggarkan terdapat hampir 38,000 orang ketika ini tinggal di rumah setinggan di Sandakan.

Puan Vivian Wong Shir YeeDAP · PHSandakan

Bagaimanakah tiada projek PPR baharu yang dirancang untuk Sandakan di bawah RMKe-12 yang mana ini juga tidak masuk akal jika melihat berdasarkan jumlah setinggan yang tinggi di daerah Sandakan. Justeru, saya menyeru kepada Yang Berhormat Kepala Batas untuk mengkaji semula program PPR untuk Sandakan di bawah RMKe-12. Tuan Yang di-Pertua, poin saya yang seterusnya adalah mengenai kad warga asing dan isu tanpa negara. Skim kad warga asing yang diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri pada bulan lepas telah banyak menyebabkan kegusaran di kalangan penduduk tempatan Sabah kerana ia kurang telus dan tiada maklumat yang lanjut. Saya bersedia untuk menyokong skim ini tersebut jika Menteri mampu menjawab beberapa soalan yang sangat basic seperti the 5W 1H iaitu who (siapa), when (bila), what (apa), why (mengapa) dan where (bila) dan how (bagaimana) mengenai skim tersebut. Hanya soalan-soalan yang sangat basic. Jadi, saya menyeru kepada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri untuk membuat sesi taklimat bersama semua Ahli Parlimen sebelum membuat pengumuman yang sebesar tersebut dengan secara tergesa-gesa seperti yang telah dilakukan beberapa kali yang lalu. Selain itu, skim kad warga asing ini dilihat tidak akan menangani isu ribuan orang tanpa kerakyatan atau tanpa negara di Sabah. Ramai anak di Sabah kekal tidak berwarganegara dan kebanyakannya adalah ibu bapa mereka tidak mendaftar perkahwinan mereka dengan betul apabila mereka dilahirkan di Malaysia. Sekiranya kerajaan tidak bersedia untuk memperakui golongan anak-anak ini, maka kerajaan perlu tampil dengan alternatif untuk mengatasi isu yang lama menyusul ini. Tuan Yang di-Pertua, ekonomi Sabah telah terkesan dengan sangat teruk oleh pandemik dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) susut secara merosot dengan

Puan Vivian Wong Shir YeeDAP · PHSandakan

besar-besaran iaitu 9.5 peratus pada tahun 2020. Justeru, kami memerlukan rancangan khas daripada kerajaan untuk membangkitkan semula ekonomi negeri. Seperti yang telah saya bahaskan pada sesi Parlimen bulan Ogos tahun lepas, saya perlu sekali lagi menekankan bahawa Sandakan sangat bertuah dikurniakan pelbagai sumber semula jadi dan terletak di lokasi yang sangat strategik iaitu di tengah-tengah wilayah BIMP-EAGA. Dengan mewujudkan satu zon perindustrian bebas di Sandakan, ia boleh menjadi pusat pertumbuhan utama di Pantai Timur Sabah dengan memainkan peranan dalam perdagangan dan logistik melalui laut dan udara untuk membantu pemacu pembangunan aktiviti hiliran, minyak sawit dan industri lain. Seterusnya, dengan projek pemanjangan landasan Lapangan Terbang Sandakan baru-baru ini, ia dapat menampung pesawat yang lebih besar. Ini juga merupakan masa yang tepat dan emas untuk menjadikan Lapangan Terbang Sandakan Antarabangsa yang kedua bagi negeri Sabah bagi meningkatkan kedudukan Sabah sebagai hab wilayah BIMP-EAGA. Saya yakin dengan Zon Perindustrian Bebas dan Lapangan Terbang Antarabangsa untuk Sandakan ini akan menjadi satu rangsangan yang amat diperlukan untuk Sabah pulih daripada kesan buruk pandemik. Dengan rancangan pemulihan ekonomi Sabah, barulah kita dapat mencipta lebih banyak peluang pekerjaan untuk para belia saya di Sabah. Kebanyakan mereka tidak dapat mencari pekerjaan di Sabah dan telah sekarang menetap di Semenanjung Malaysia. Kerja-kerja sambilan seperti Grab rider ataupun Foodpanda merupakan pekerjaan yang bersesuaian sebagai kerja sambilan, to earn extra income dengan izin. Apa yang kami perlukan adalah industrial trained worker dengan izin. Salah satu pekerjaan yang amat diperlukan di Sabah terutamanya di Sandakan adalah seperti tukang membaiki enjin besar seperti backhoe dan seterusnya. Dengan lebih banyak skilled worker dengan izin, barulah Sabah dapat meningkatkan standard of living. Kita mesti menggunakan tenaga daripada para belia kita di Sabah supaya mereka dapat di-upskill, upgrade supaya mereka tidak hanya menjana pendapatan yang basic sahaja. Dengan itu, saya mengakhiri perbahasan saya dan saya berharap semua poin yang saya bangkitkan tadi dapat dijawab oleh Menteri-menteri yang berkenaan dengan sebaiknya. Sekian, terima kasih.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Sandakan. Selanjutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Balik Pulau.

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua atas laluan yang diberikan kepada Balik Pulau. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam hormat. Izinkan saya merafak sembah bagi turut sama menyokong Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong. Saya mulakan dengan dua rangkap pantun. Masam kedondong darilah daik, Warnanya pudar dicicah garam, Langit mendung air pun naik, Seluruh bandar menjadi karam. Terbang lebah di tengah malam, Tualang desa dicari segera, Cuaca berubah bencana alam, Akibat manusia punya angkara. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh fasal perubahan iklim. Tuanku ada bertitah agar kerajaan dapat mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara dilitupi dengan kawasan berhutan dan pokok-pokok melalui pelaksanaan amalan pengurusan hutan secara berkekalan. Selain itu, kawasan yang berpotensi untuk diiktiraf sebagai geopark hendaklah dikekalkan dan dipelihara selaras

dengan aspirasi untuk mencapai sasaran pelepasan karbon bersih sifar menjelang tahun 2050. Strategi pertumbuhan hijau yang bakal dilaksanakan ialah penerima gunaan ekonomi kitaran, pembangunan rendah karbon serta pengukuhan tindakan daya tahan perubahan iklim dan bencana termasuk faktor geologi. Tuan Yang di-Pertua, ramai di kalangan Ahli Parlimen yang telah menyentuh isu perubahan cuaca berikutan bacaan taburan hujan yang amat membimbangkan dan berlaku di luar daripada rekod data yang lepas. Misalnya banjir pada bulan Disember lalu di Kuala Lumpur dan di Selangor dalam masa sehari melebihi taburan hujan dalam tempoh sebulan. Kajian pakar menunjukkan perubahan iklim menimpa kita lebih pantas daripada apa yang dijangkakan. Laporan daripada Intergovermental Panel on Climate Change (IPCC) 2022 menunjukkan 3.3 bilion hingga 3.6 bilion manusia atau lebih daripada satu daripada empat di seluruh dunia kini tinggal di tempat yang sangat terdedah kepada perubahan iklim. Lebih membimbangkan lagi, berdasarkan laporan yang sama, Asia Tenggara adalah antara wilayah di dunia yang paling teruk dilanda perubahan iklim dan terutamanya berisiko kehilangan penempatan dan infrastruktur akibat kenaikan paras laut. Saya sedia maklum akan Pelan Strategik Agensi Pengurusan Banjir 2019-2023 yang telah disediakan sekian lama. Namun, pelan tersebut tidak memadai dengan bencana yang menimpa negara yang bakal membawa kita kepada masalah lain seperti masalah banjir, kemarau, haba bandar serta kehilangan biodiversiti dan habitat seperti mana yang berlaku di beberapa negara. Kini, misalnya Madagascar yang telah dilanda empat ribut tropika yang sebelumnya telah mengalami kemarau. Banjir buruk di China, India, Nigeria, Belgium, Itali dan baru-baru ini di Queensland, Australia. Kini kita menyaksikan perubahan cuaca yang luar biasa di negara kita. Kos kerugian banjir di Malaysia tahun lalu mencecah RM6.1 bilion jelas Jabatan Perangkaan dalam Laporan Khas Impak Banjir di Malaysia 2021. Kenderaan sahaja RM1 bilion. Kerajaan Selangor pula menganggarkan kerugian akibat banjir yang melanda negeri itu pada Disember tahun lepas adalah sekitar RM1.4 bilion termasuk kos baik pulih infrastruktur kira-kira RM400 juta dan melibatkan 100,000 rumah atau keluarga yang terjejas dengan anggaran kerosakan paling minimum ialah RM10,000. Hanya dalam tempoh tiga bulan setelah dilanda banjir pada Disember lalu, berlaku pula kemusnahan perkakas rumah, belum lagi kita ambil kerugian kenderaan. Seperti Cik Norma, seorang warga emas yang sempat saya kunjung ketika meninjau banjir di Batu Tiga Disember lalu, tinggal seorang diri, kehilangan secara total (total loss). Kemudian, dilanda pula puting beliung pada Februari lepas.

Bagaimana mungkin seorang warga emas yang saya pasti lebih ramai lagi dari kelas B40 perlu hidup dalam keadaan putus harapan. Oleh sebab habis wang simpanan membeli dan membaiki peralatan rumah disebabkan kegagalan pemimpin mentadbir. Antara masalah yang jelas adalah sistem kolam tadahan air (retention pond) yang tidak berfungsi dengan baik seperti mana yang berlaku pada projek pembinaan rancangan tebatan banjir Sungai Bunus. Malah ada yang bertukar menjadi projek perumahan mega seperti kita dapat lihat apa yang berlaku di Taman Sri Muda disebabkan kepesatan pembangunan di kawasan Kota Kemuning. Sistem perparitan kita terus diubahsuai memberi laluan pada pembinaan yang pesat. Isu banjir kilat bukan perkara baharu. Malah telah disaran oleh Profesor Dato Dr Mohd Ekhwan Toriman, pakar hidrologi dan permodelan banjir dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkenaan Kuala Lumpur yang memerlukan kolam tadahan air atau sistem takungan banjir tambahan yang hanya sebahagian daripada sistem kolam banjir bersepadu melibatkan sistem perparitan yang sempurna dan terowong bawah tanah untuk mengalirkan air keluar dari pusat bandar. Hal ini turut diutarakan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh tempoh hari sebelum Malaysia dilanda perubahan iklim yang mendadak. Pengurusan pembinaan infrastruktur yang lemah dan pelan tindakan yang tidak selari dengan jangkaan dan scenario sebenar terus menjerumuskan kita pada kos kerugian yang tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, perlu ada satu kerangka pelan penyesuaian perubahan iklim ataupun climate change adaptation yang lebih komprehensif dan suntikan dana dalam pengurusan risiko bencana. Bayangkan berapa nyawa, harta benda, pekerjaan, sumber air dan tanah serta infrastruktur yang mampu diselamatkan sekiranya ada suntikan dana buat membangunkan sistem amaran yang lebih canggih? Saya ingin menyentuh salah satu punca yang dapat kita lihat adalah sampah. Pengurusan sampah antara Kerajaan Pusat, kerajaan negeri hingga ke Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Perlu lebih sistematik dan bergerak ke arah sisa yang mampu ditukarkan kepada sumber tenaga, Waste to Energy (WtE). Recycle program, saya merujuk pada laporan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada tahun 2021. Kadar kitar semula kebangsaan adalah pada 31.52 peratus berbanding 30.67 peratus pada tahun 2020 dengan jumlah barangan kitar semula mencecah 4.3 juta tan. Ia menunjukkan kenaikan yang positif, namun usaha Program Kitar Semula Negara perlu diperingkatkan lagi dalam menangani isu iklim semasa. Menurut laporan World Bank 2018, pakar menganggarkan bahawa dalam 30 tahun akan datang, penjanaan sisa global akan meningkat sebanyak 70 peratus. Oleh yang demikian, perlu kita ikuti rapat inisiatif-inisiatif kitar semula negara-negara maju seperti Germany yang mempunyai kadar kitar semula paling tinggi. Antara negara lain pada kadar 56.1 peratus. Pada tahun 1990, Jerman menjalankan audit pembungkusan untuk membantu mengatasi potensi peningkatan masalah tapak pelupusan. Bagi membantu mencegah perkara ini, pembuat dasar menetapkan agar pengeluar perlu bertanggungjawab ke atas sisa pembungkusan yang mereka hasilkan. Inisiatif oleh Kerajaan Jerman ini dibiayai oleh industri dan kos sisa bergantung pada berat produk yang dibuat oleh syarikat. Kesimpulannya, lebih ringan penggunaan plastik oleh sebuah industri, semakin sedikit wang yang perlu dibayar oleh pengilang. Kerjasama kerajaan dan pemain industri ini telah membuahkan hasil kadar kitar semula di Jerman meningkat daripada tiga peratus pada tahun 1991 kepada 56.1 peratus pada tahun 2019. Di samping pengenalan German Packaging App. Tuan Yang di-Pertua, perubahan iklim sudah tentu memberi tekanan hebat buat industri pelancongan seperti mana yang kita lihat sekarang, terdapat konsensus yang semakin meningkat di kalangan pihak berkepentingan pelancongan tentang bagaimana daya tahan masa depan pelancongan akan bergantung kepada keupayaan sektor itu untuk menerima laluan karbon rendah dan mengurangkan perlepasan sebanyak 50 persen menjelang tahun 2030. Menurut penyelidikan terkini UNWTO, ITF Disember 2019 di UNFCC Corp 2005, perlepasan CO2 daripada pelancongan diramalkan meningkat sebanyak 25 peratus menjelang tahun 2030 daripada paras tahun 2016. Jauh menyimpang daripada apa yang kita gambarkan. Oleh itu, penyesuaian ataupun adaptation perlu diterapkan, meskinya melalui pembangunan bangunan mampan boleh membantu kita menguruskan risiko yang semakin meningkat. Namun, penyesuaian saya tidak akan mencukupi. Ia mesti dipadankan dengan pengurangan secara drastik dalam pelepasan rumah hijau global jika kita ingin mengelakkan krisis luar biasa yang akan dibawa oleh pemanasan planet tanpa henti. Persoalannya, dengan bencana yang telah menimpa, kerugian jutaan ringgit, adakah kerajaan telah menjalankan kajian secara teknikal? Punca banjir besar yang berlaku. Saya kira banyak kawasan yang tidak pernah mengalami banjir turut terkesan. Adakah kerajaan bercadang untuk mengadakan taklimat berkenaan punca banjir yang melanda negara pada Disember 2021 kepada Ahli Parlimen? Dengan perubahan iklim yang luar biasa ini, saya mohon agar kerajaan memperkemaskan rangka kerja pengurusan risiko yang komprehensif bagi menangani kerugian dan kerosakan, di samping meningkatkan tindakan dan sokongan termasuk daripada segi kewangan, teknologi, pembinaan yang lebih teliti. Saya juga merujuk pada kawasan Balik Pulau, kawasan saya di Taman Nelayan, Taman Perda, Taman Manggis dan juga di Kampung Masjid Telok Kumbar kerap mengalami isu banjir yang berpunca daripada sistem perparitan. Ingin saya tekankan bahawa kita perlu teliti dengan setiap pembinaan yang dijalankan. Biarpun skala banjir jauh lebih kecil berbanding dengan

Selangor dan Kuala Lumpur, namun kita tidak mahu keadaan semakin buruk, baru kita hendak mencari punca banjir. Segala kos kerugian ditanggung, sekiranya kita lebih peka dan berwaspada. Kita mampu menyalurkannya pada teknologi mitigasi bencana yang lebih baik. Tiada apa yang terkecuali daripada mengalami kesan perubahan iklim, namun mereka yang kurang berkemampuan jauh lebih terkesan daripada golongan atasan. Saya pasti dengan polisi suntikan dana dan keputusan pemegang taruh serta tampuk pimpinan mampu mencari jalan keluar bagi isu perubahan iklim. Poin saya seterusnya ialah pemulihan industri pelancongan. Saya menyambut baik ke atas pengumuman Perdana Menteri semalam mengenai pembukaan sempadan di mana kita kini berada di peringkat kritikal dan tiada pilihan lain melainkan menyelamatkan rakyat daripada terus ditekan dengan masalah ekonomi, sosial serta terus menyembuhkan kita ke arah rantaian masalah yang lain. Dalam keterujaan kita membuka pintu sempadan dan menerima pengunjung, saya mohon agar kerajaan dapat membuat ketetapan dalam peraturan secara jelas dan konsisten meliputi kesihatan dan perjalanan para pelancong, di samping fasiliti kesihatan yang bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Pun begitu, saya ragu-ragu dengan jumlah pengunjung yang akan ke Malaysia. Oleh sebab saya lihat tiada promosi yang agresif daripada MOTAC sepanjang tempoh pandemik. Pemasaran dan promosi Malaysia secara digital amat lemah dan tiada visibility Malaysia di peringkat dunia. Saya bercakap berdasarkan data yang diterima oleh Malaysia keluar daripada 10 negara ASEAN menjadi pilihan oleh para pelancong. MOTAC boleh menjadikan negara Asia selain seperti Indonesia dan Thailand yang lebih agresif mempromosi negara mereka, biar pun dalam tempoh pandemik. Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab masa tidak mengizinkan saya terus kepada isu- isu yang saya bangkitkan sebelum ini tentang isu belanjawan yang kecil untuk urusan pemulihan tapak-tapak warisan. Jika hendak dibandingkan dengan negara-negara lain seperti Perancis yang dinaikkan sehingga 77.5 peratus bagi sektor budaya mereka. Mereka memperuntukkan jumlah yang cukup besar agar khazanah-khazanah mereka terjaga dan menarik ramai pengunjung dan merancakkan semula industri pelancongan mereka. Kita juga mempunyai banyak tinggalan sejarah yang berharga. Namun tidak terjaga tapak warisan dunia Lenggong, Lembah Bujang merupakan tapak arkeologi yang termasyhur di Asia Tenggara dan banyak lagi. Tuan Yang di-Pertua, saya sentuh mengenai isu-isu kawasan. Pertama ialah kebajikan nelayan. Saya ingin menyentuh soal kebajikan nelayan-nelayan di Balik Pulau iaitu di kawasan-kawasan Telok Kumbar di mana sebanyak 25 bot, di mana 11 bot rosak sepenuhnya dan selebihnya merupakan kerosakan pukat, enjin tenggelam dan kerosakan lain. Berikutan angin ribut lintang yang kuat pada 17 Februari lepas. Sehingga kini, mereka masih belum menerima sebarang bantuan daripada pihak kerajaan. Saya berharap agar perkara ini harus disegerakan memandangkan nelayan-nelayan tidak dapat turun ke laut yang merupakan satu-satunya sumber rezeki bagi menapung keluarga mereka.

Seterus juga saya menarik perhatian Menteri Pembangunan Luar Bandar mengenai pembinaan jalan baharu iaitu Coastal Road dari Bagan Sungai Pinang ke Kampung Pulau Betong, daerah Barat Daya. Projek ini dilaksanakan oleh JKR Unit Cawangan Khas Zon Utara Bahagian Jalan bagi tempoh 4 Mei 2018 hingga 3 Mei 2021. Namun, sehingga kini projek berkenaan masih belum siap. Saya telah menerima aduan daripada nelayan Kampung Pantai Malindo, Sungai Burung di mana tapak projek tersebut telah menutup laluan nelayan serta penduduk setempat dan laluan ia di encong ke laluan lain. Nelayan menggunakan jalan untuk pergi ke bot-bot mereka tetapi disebabkan Kementerian Luar Bandar ini membina jambatan menghalang laluan mereka. Jadi, saya telah dimaklumkan bahawa orang kampung telah lama tidak dapat menggunakan laluan

ini sebabkan projek yang tergendala. Persoalannya, bukankah motif KPLB ditubuhkan bagi memudahkan...

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat sila gulung.

Lagi seminit. Kehidupan hidup luar bandar tetapi senario yang terjadi ini malah sebaliknya. KPLB perlu lebih prihatin dan peka dalam mengendalikan projek di luar bandar sehingga menyusahkan kehidupan mereka. Tuan Yang di-Pertua bagi saya satu minit lagi insya- Allah.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Dipersilakan.

Berkenaan dengan pembinaan Hospital – Alhamdulillah pembinaan bangunan tambahan hampir siap. Cuma saya ingin mohon pihak MOF ataupun KKM turut memantau berkenaan fasiliti hospital. Hospital Balik Pulau hanya mempunyai 81 katil sahaja dan tidak mampu untuk memberi khidmat dengan penambahan populasi di daerah Barat Daya yang akan – kalau mereka yang perlukan khidmat doktor pakar mereka perlu kerajaan GH yang mengambil masa 45 minit hingga satu jam. Dengan situasi kesihatan rakyat terjejas, saya khuatir kita akan berdepan dengan masalah sekiranya pihak Hospital Balik Pulau masih bergantung kepada fasiliti yang dibina pada tahun 1883 dan teknologi yang jauh ketinggalan. Kita perlu persediaan dan kelengkapan fasiliti hospital yang lengkap dengan doktor pakar-pakar, bilik bedah, ICU dan pelbagai kemudahan lagi. Malah, saya mohon agar kerajaan dapat mengutamakan dalam menambahbaikkan fasiliti dan kelengkapan di institusi kesihatan seluruh negara di samping kebajikan yang terjaga buat para petugas kesihatan. Tuan Yang di-Pertua sebelum saya akhiri perbahasan saya. Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan takziah kepada keluarga Pak Yusof atau dikenali sebagai Yusof Gajah seorang pelukis yang profilik yang meninggal pagi tadi. Jadi, saya harap keluarga ini dapat bersabar dalam mengharungi ujian pada masa ini. Tuan Yang di–Pertua satu pantun sebelum saya akhiri ucapan; Benang basah di dalam Kendi, Sutera mahal dari China, Dalam susah diminta mengundi, Rakyat merana banyak bencana. Sekian terima kasih.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Ahli-ahli Yang Berhormat Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Khamis 10 Mac 2022.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.33 petang]

Kamar KhasSpecial Chamber

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — ‘Geo-Fencing’ terhadap Pengendali Perkhidmatan E-Hailing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) bagi Membantu Pemandu-pemandu Teksi LimousinSpecial Chamber

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih saya ucapkan atas peluang yang diberikan kepada saya untuk berucap di Kamar Khas ini. Saya ingin membangkitkan isu berkenaan permintaan kira-kira 180 orang pemandu perkhidmatan teksi Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu

(KKIA) yang merayu agar Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah atau pihak-pihak berkenaan yang lain menguatkuasakan 'geo-fencing' atau halangan terhadap pengendali perkhidmatan e-hailing.

Saya difahamkan oleh pihak Persatuan Limousin dan Teksi KKIA, bahawa terdapat suatu keputusan oleh pihak berkuasa untuk melaksanakan 'geo-fencing' bagi mengelakkan perkhidmatan e-hailing mengambil penumpang di KKIA. Saya difahamkan bahawa pihak persatuan tersebut mempunyai minit mesyuarat yang jelas memutuskan bahawa pemandu bagi perkhidmatan e-hailing sudah tidak dibenarkan menunggu pelanggan di KKIA. Saya juga difahamkan bahawa keputusan ini sudah dipersetujui oleh pelbagai pihak termasuk mendapat sokongan kerajaan negeri.

Saya dimaklumkan bahawa sehingga kini 'geo-fencing' ini tidak dilaksanakan ataupun dikuatkuasakan walaupun pemandu-pemandu teksi ini telah membuat banyak aduan dan peringatan kepada pihak berkuasa yang berkenaan. Di sini, saya ingin bertanya kepada Menteri, adakah pihak MOT mempunyai apa-apa bantahan terhadap 'geo-fencing'? Apakah kekangan pihak MOT bagi menguatkuasakan keputusan yang telah dibuat dengan adanya minit mesyuarat tersebut.

Menurut laporan Sinar Harian pada 18 Januari, seorang pemandu teksi KKIA telah memaklumkan pendapatannya terjejas sejak pemandu e-hailing beroperasi mengambil penumpang dalam kawasan KKIA. Beliau mendakwa penumpang lebih cenderung memilih perkhidmatan e-hailing memandangkan harga yang ditawarkan lebih murah.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Selain itu, pemandu-pemandu mendakwa bahawa harga tambang teksi limousin KKIA bukan mereka yang tentukan, tetapi kerajaan yang tentukan. Ia sudah tentu tidak masuk akal agar tambang bagi teksi limousin lapangan terbang lebih mahal setelah ditetapkan oleh kerajaan. Persoalannya, mengapakah kerajaan hendak menetapkan harga tambang teksi limousin KKIA yang lebih tinggi daripada e-hailing sehingga penumpang memilih perkhidmatan e-hailing?

Adakah kerajaan membuat apa-apa penyelidikan (market survey) bagi menentukan alasan-alasan mengapakah pemandu perkhidmatan e-hailing dapat menawarkan harga yang lebih murah tanpa perlunya apa-apa subsidi ataupun sokongan kewangan daripada kerajaan.

Bukankah kerajaan sudah memerlukan pemandu perkhidmatan e-hailing mendapatkan insurans dan membuat bayaran yang sama seperti teksi biasa.

Bagaimanakah perkhidmatan e-hailing dapat memastikan kos perkhidmatan mereka rendah berbanding pemandu teksi limousin di lapangan terbang? Adakah kerajaan bercadang untuk membenarkan pemandu teksi di lapangan terbang kurangkan tambang mereka supaya dapat berdaya saing dengan perkhidmatan e-hailing. Sila Menteri jawab. Itu sahaja, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Henry Sum AgongPBB · GPSTimbalan Menteri Pengangkutan · Lawas

Selamat petang dan selamat sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Kinabalu, Tuan Chan Foong Hin. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menjawab persoalan ini bagi pihak Yang Berhormat Menteri Pengangkutan.

Untuk makluman, Yang Berhormat Menteri Pengangkutan tidak dapat menghadiri sesi jawab lisan dan Kamar Khas pada hari ini disebabkan beliau terlibat dalam satu lawatan kerja di Kampung Melayu berdekatan Jalan Tiong, Johor Bahru untuk meninjau perkembangan terkini Projek Landasan Berkembar Gemas-Johor Bahru dan isu pengairan di sana yang menyebabkan banjir kilat di dua kawasan perumahan dan setinggan yang terletak di tebing Sungai Sebulung beberapa hari yang lalu.

Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana semua sedia maklum, perkhidmatan e- hailing telah mendapat sambutan yang amat baik di kalangan orang ramai semenjak ia mula diperkenalkan di Malaysia. Perkhidmatan ini menjadi pilihan utama kerana ia mudah diperoleh iaitu tempahan boleh dibuat bila-bila masa dengan hanya membuat tempahan menggunakan aplikasi. Kenderaan yang digunakan bersih dan selesa serta menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan selamat yang memenuhi kehendak perjalanan pelanggan.

Sehingga 31 Disember 2021, terdapat seramai 5,845 pemandu e-hailing yang telah berdaftar dengan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah. Antara yang menggunakan perkhidmatan e-hailing di Sabah adalah orang ramai yang mempunyai urusan di lapangan terbang iaitu penumpang yang tiba melalui pengangkutan udara, petugas di lapangan terbang dan orang awam yang berurusan di lapangan terbang.

Dalam menyelaras operasi perkhidmatan e-hailing di lapangan terbang, LPKP Sabah telah membenarkan perkhidmatan e-hailing untuk mengambil, menurunkan dan menunggu penumpang di lokasi khas yang disediakan oleh pihak pengurusan lapangan terbang serta mematuhi syarat-syarat operasi di lapangan terbang.

Dato’ Henry Sum AgongPBB · GPSTimbalan Menteri Pengangkutan · Lawas

LPKP Sabah juga mensyaratkan spesifikasi minima aplikasi perlu mempunyai fungsi untuk menyekat kawasan operasi melalui kemudahan geo-fencing dan perkara ini dipantau dari semasa ke semasa. Kebenaran ini adalah bagi memenuhi kehendak dan permintaan orang ramai yang mempunyai urusan di lapangan terbang serta menyediakan pilihan kepada orang ramai untuk memilih sendiri mod-mod pengangkutan awam yang ada mengikut kehendak mereka.

LPKP Sabah turut menggalakkan para pemandu teksi untuk berdaftar dalam platfom e-hailing agar mempunyai ruang pasaran untuk mendapatkan pelanggan lebih luas dan tidak hanya tertumpu kepada pengguna teksi di lapangan terbang sahaja. Pengguna juga perlu diberikan ruang untuk membuat pilihan secara adil sama ada menggunakan mod pengangkutan awam berkonsep gig economy seperti e-hailing atau berkonsep konvensional seperti teksi.

Bagi memastikan kadar tambang yang dicaj oleh pemandu teksi lapangan terbang tidak terlalu membebankan pengguna, pihak kerajaan telah menetapkan kadar tambang siling sebagai garis panduan. Kadar tambang siling ini adalah merupakan harga maksimum yang boleh dikenakan oleh pemandu teksi kepada pengguna. Bagaimanapun, pemandu teksi boleh menetapkan kadar caj yang lebih rendah daripada kadar tambang siling dan LPKP Sabah tiada halangan malah menggalakkan pemandu untuk memberikan caj tambang yang lebih rendah.

Sebagai contoh, kadar tambang siling yang ditetapkan bagi perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu ke pusat bandar Kota Kinabalu adalah RM30.00. Pemandu boleh menetapkan caj yang lebih rendah seperti RM20.00 atau RM15.00 kepada pengguna.

Manakala, kadar tambang bagi perkhidmatan e-hailing pula tidak dikawal selia oleh kerajaan dan penetapan kadar caj adalah berdasarkan pendekatan ‘dynamic pricing’ susulan kepada konsep e-hailing di bawah gig economic. Bagaimanapun, penyedia perkhidmatan hendaklah memastikan anggaran jumlah tambang dimaklumkan dan dipaparkan di aplikasi ketika tempahan dibuat sebelum pengguna memilih untuk mengesahkan tempahan tersebut.

Syarat supaya kadar tambang ini dipaparkan terlebih dahulu dalam aplikasi sebelum pengguna membuat pengesahan adalah merupakan salah satu tarikan utama kepada orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan e-hailing. Orang ramai, selain daripada mengetahui akan laluan yang akan digunakan, tempoh masa menunggu dan jarak perjalanan, akan mengetahui terlebih dahulu berapakah kos atau caj tambang yang akan perlu ditanggung mereka untuk sampai ke destinasi dan mempunyai kepercayaan tinggi bahawa mereka tidak akan dikenakan caj yang lebih tinggi berbanding yang telah dipaparkan. Sekian, terima kasih.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Pertindihan Projek Tambakan Laut di Pekan Klebang dengan Kawasan Perlindungan WarisanSpecial Chamber

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, tajuk ucapan Kamar Khas petang ini adalah berbunyi ‘Pertindihan Projek Tambakan Laut di Pekan Klebang dengan Kawasan Perlindungan Warisan’. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) bertarikh 4 Oktober 2021 untuk projek Tambak Laut seluas 300 ekar di Pekan Klebang, seksyen 1, Bandar 44, daerah Melaka Tengah, Melaka.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Perkara ini dibangkitkan kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya

(MOTAC) kerana projek tersebut berkait dengan Akta Warisan Kebangsaan 2005.

Menurut laporan EIA untuk projek tersebut yang bertarikh 4 Oktober 2021, Jabatan Warisan Negara (JWN) telah menyatakan bahawa sebahagian daripada kawasan tambakan yang dicadangkan iaitu seluas 75 ekar, adalah bertindih dengan kawasan yang telah diwartakan sebagai ‘Zon Yang Dilindungi’ di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.

Akan tetapi, laporan EIA tersebut juga menyatakan bahawa Pesuruhjaya Warisan JWN telah meluluskan laporan penilaian Impak Warisan. Ini bermakna projek tambakan laut itu boleh diteruskan walaupun bertindih dengan zon perlindungan. Saya memohon penjelasan daripada Menteri mengenai kelulusan ini.

Pada pendapat saya, kawasan yang telah diwartakan sebagai zon perlindungan di bawah Akta Warisan Kebangsaan sepatutnya dipelihara kerana mempunyai nilai warisan yang tinggi, apatah lagi membenarkan projek tambakan laut seluas 300 ekar yang akan merosakkan nilai warisan di kawasan tersebut.

Selain daripada itu, saya juga telah meneliti laporan EIA untuk projek tersebut dan mendapati beberapa perkara yang memerlukan penjelasan lanjut. Surat daripada Pesuruhjaya Warisan bertarikh 31 Mei 2021 kepada pihak pemaju jelas menyatakan bahawa pemaju perlu melaksanakan penelitian lanjut survey semula, rujuk kepada Perkara 3.1 berdasarkan perjumpaan awal laporan impak warisan.

Namun, pihak pemaju tidak mematuhi arahan ini berdasarkan surat maklum balas mereka bertarikh 25 Jun 2021 dan tiada survey baharu yang telah dilaksanakan.

Selain daripada itu, surat daripada Pesuruhjaya Warisan bertarikh 6 September 2021, dengan jelas mengenakan beberapa syarat, iaitu sistem pemantauan ke atas impak hakisan perlu dinyatakan dan dimasukkan ke dalam laporan EIA rujuk kepada Perkara 3.3 dan Perkara 3.4. Namun, laporan EIA menyatakan bahawa “since no significant effects are identified, no mitigation actions are required”. Rujuk kepada muka surat 8 hingga 26 dan tidak melampirkan pelan pemantauan terhadap hakisan sepertimana yang disyaratkan oleh Pesuruhjaya Warisan.

Oleh itu, arahan dan syarat yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Warisan telah gagal dipatuhi oleh pihak pemaju, tetapi laporan EIA menyatakan kelulusan daripada Jabatan Warisan Negara telah diperoleh. Saya memohon penjelasan Menteri dalam isu ini, khususnya sama ada MOTAC bersetuju memberi kelulusan untuk projek tambakan tersebut daripada segi impak kepada zon perlindungan warisan negara.

Sekian, terima kasih.

Dato’ Henry Sum AgongPBB · GPSTimbalan Menteri Pengangkutan · Lawas

Tuan Yang di-Pertua, saya diminta oleh Yang Berhormat Menteri, Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya untuk membaca jawapan yang disediakan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Melaka, Tuan Khoo Poay Tiong.

Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, perairan Pulau Upeh dan Pulau Besar telah diisytiharkan sebagai ‘Zon Yang Dilindungi’ berdasarkan Warta Kerajaan Persekutuan P.U.(B) 255/2011.

Dalam isu penambakan laut seluas 300 ekar dalam Pekan Klebang, seksyen 1, Bandar 44, daerah Melaka Tengah, Melaka, pihak Kementerian Pelancongan, Seni

Dato’ Henry Sum AgongPBB · GPSTimbalan Menteri Pengangkutan · Lawas

dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Warisan Negara (JWN) telah membuat penilaian awal daripada segi impak warisan di lokasi yang dinyatakan.

Berdasarkan semakan laporan Heritage Impact Assestment (HIA) yang disediakan oleh pihak pemaju terhadap lokasi pembangunan yang dicadangkan, didapati seluas 75 ekar daripada keseluruhan 300 ekar cadangan tambakan telah memasuki Zon Yang Dilindungi di kawasan seperti tersebut di atas.

Laporan HIA telah dibentangkan kepada JWN oleh penyelidik arkeologi yang dilantik oleh pemaju pada 29 Januari 2021. Melalui surat bertarikh 6 September 2021, Pesuruhjaya Warisan memaklumkan menyokong dengan bersyarat terhadap Laporan HIA bagi permohonan tersebut tertakluk kepada pematuhan beberapa perkara terlebih dahulu sebelum Pesuruhjaya Warisan memberikan keputusan muktamad terhadap permohonan ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penyediaan dan kelulusan bagi Laporan Environmental Impact Assessment (EIA) adalah tertakluk di bawah Jabatan Alam Sekitar.

Pada 29 November 2021, JWN telah dijemput menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal EIA atau EIA Technical Review Committee (EIATRC) yang diurusetiakan oleh Bahagian Penilaian, Jabatan Alam Sekitar berkaitan projek ini.

Semasa mesyuarat tersebut, pihak JWN tidak menyatakan sebarang kelulusan dan turut membangkitkan perkara-perkara sama yang telah dimaklumkan kepada pemaju projek seperti dalam surat daripada Pesuruhjaya Warisan bertarikh 6 September 2021 iaitu:

(i) pemaju projek perlu mengemukakan semula laporan HIA yang telah dikemas kini berdasarkan ulasan yang dibuat oleh JWN;

(ii) perunding (consultant) perlu menyemak semula laporan untuk menyatakan lokasi tapak projek yang tepat dengan Zon Penampan dan Zon Tertiary Tapak Warisan Dunia Melaka; dan

(iii) perunding perlu menyatakan sistem pemantauan ke atas impak hakisan tanah dengan jelas.

Untuk makluman, laporan HIA yang dikemas kini oleh pihak perunding, melaporkan jumpaan arkeologi bawah air di dalam Zon Yang Dilindungi. Susulan daripada itu, pada 30 Disember 2021, JWN telah mengemukakan laporan ini kepada dua orang pakar arkeologi bawah air dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk meneliti dan menilai semula laporan HIA yang telah dikemas kini itu. Pihak Pesuruhjaya Warisan sehingga kini masih menunggu semakan, pandangan dan syor daripada pakar-pakar tersebut.

Laporan HIA dan hasil pandangan serta syor daripada pakar-pakar tersebut dijangka akan dibentangkan kepada Mesyuarat Majlis Warisan Kebangsaan pada akhir bulan Mac 2022 untuk dipertimbangkan. Penelitian mendalam dan pertimbangan Majlis Warisan Kebangsaan penting dalam memberikan justifikasi untuk ia menasihati Pesuruhjaya Warisan dan Yang Berhormat Menteri dalam membuat keputusan terhadap permohonan ini.

Justeru, ingin ditegaskan sekali lagi bahawa pihak Pesuruhjaya Warisan, belum mengambil dan memberi sebarang keputusan kepada pemaju projek tambakan laut di Zon Yang Dilindungi berkenaan. Semoga penjelasan berkenaan perkara ini dapat menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat.

Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli- ahli Yang Berhormat semua, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga

Tuan Yang di-Pertua

jam 2.30 petang, hari Khamis, 10 Mac 2022. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera semua.

[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.56 petang]