Dewan Rakyat · 21 March 2022
15th Parliament, session 5, meeting 1 · 677 turns · 51,031 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat pagi dan salam sejahtera. Sebelum kita mulakan, saya mempunyai ucapan takziah yang hendak saya ucapkan. Ahli-ahli Yang Berhormat semua, dengan perasaan yang amat dukacita dan sedih saya ingin memaklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian bahawa Allahyarham Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri, mantan Ahli Parlimen Bagan Serai telah kembali ke rahmatullah pada hari Khamis, 10 Mac bersamaan 7 Shaaban 1443 Hijrah. Saya bagi pihak Ahli-ahli Dewan ini dan pihak Parlimen seluruhnya ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri. Saya mengharapkan seluruh ahli keluarga Allahyarham terus tabah dalam menghadapi situasi ini. Kita berdoa semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh beliau serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh serta lagi beriman. Untuk makluman, beliau telah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bagan Serai semenjak tahun 2008 sehingga tahun 2013. Pada yang beragama Islam diminta menghadiahkan Al-Fatihah kepada roh Allahyarham Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri. Manakala kepada yang bukan beragama Islam, diminta bertafakur selama satu minit. Al-Fatihah. [Ahli-ahli beragama Islam membaca Al-Fatihah, Ahli-ahli bukan Islam bertafakur] Terima kasih semua. Untuk memulakan sesi pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan hari ini, saya ingin menjemput Yang Berhormat Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan.
Tuan Yang di-Pertua; Indah suria setiap waktu, Cahaya mentari bergermelapan, Soalan saya nombor satu, Minta Menteri beri jawapan.
1. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian] minta Menteri Kewangan menyatakan data-data terkini pertumbuhan ekonomi negara, keadaan fiskal, hutang kerajaan serta kaedah mengurangkan defisit dan hutang serta untuk menambah peluang pekerjaan juga pendapatan rakyat.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon agak lebih masa bagi menjawab soalan yang pertama ini. Ini kerana, ia terkait dalam beberapa komponen.
Silakan, ya.
Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat dari Pontian atas persoalan yang dikemukakan. Ekonomi negara berkembang sebanyak 3.6 peratus pada tempoh suku keempat tahun 2021 berbanding kemerosotan 3.4 peratus dalam tempoh suku keempat tahun 2020. Daripada segi prestasi ekonomi secara bulanan, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) terus mencatat pertumbuhan positif sebanyak 2.6 peratus pada Disember susulan pertumbuhan yang memberangsangkan pada November iaitu sebanyak 5.4 peratus dan 2.7 peratus pada Oktober 2021. Momentum pertumbuhan ini disokong oleh kemajuan dan keberkesanan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang membolehkan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi dan penyambungan semula aktiviti sosial terutamanya pada suku keempat tahun 2021. Secara keseluruhan Yang Berhormat, KDNK pada tahun 2021 kembali mencatat pertumbuhan sebanyak 3.1 peratus berbanding penguncupan 5.6 peratus pada tahun 2020. Prestasi ini ialah sejajar dengan unjuran rasmi Kementerian Kewangan antara tiga dan empat peratus semasa pembentangan Bajet 2022. Permulaan ekonomi pada tahun 2021 dijangka terus menyokong KDNK negara ke arah kembali mencapai paras prapandemik. Di samping itu, pertumbuhan akan dipacu terutamanya oleh langkah di bawah Bajet 2022 yang masih bersifat mengembang, normalisasi dalam aktiviti ekonomi dan sosial berikutan kadar vaksinasi yang tinggi. Penyambungan semula projek infrastruktur dengan kesan berganda yang tinggi serta permintaan luar yang kukuh terutamanya dagang utama. Sehubungan itu, pada masa ini kerajaan mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi negara bagi tahun 2022 antara 5.5 dan 6.5 peratus. Unjuran ini juga adalah selari dengan unjuran terkini IMF dan Bank Dunia iaitu masing-masing pada 5.7 dan 5.8 peratus. Tuan Yang di-Pertua, daripada sudut fizikal pula bagi tahun 2021 kerajaan telah menyemak semula anggaran defisit fizikal daripada 5.4 peratus kepada 6.5 peratus berbanding KDNK berikutan penularan varian baharu COVID-19.
Pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan dan penyediaan pakej bantuan dan rangsangan ekonomi tambahan untuk meringankan beban rakyat dan perniagaan. Walau bagaimanapun, Tuan Yang di-Pertua, berikutan prestasi kutipan hasil pada suku keempat yang lebih baik susulan pembukaan semula ekonomi, defisit fiskal bagi tahun 2021 telah mencatatkan 6.4 peratus kepada KDNK. Bagi tahun 2022, kerajaan menyasarkan defisit fiskal lebih rendah pada paras enam peratus kepada KDNK. Untuk makluman Dewan yang mulia, hutang keseluruhan Kerajaan Persekutuan sehingga akhir Disember 2021 mencatatkan RM979.8 bilion atau 63.4 peratus daripada KDNK. Manakala nisbah hutang statutori Kerajaan Persekutuan yang merangkumi instrumen MDS, MGII dan MITB mencatatkan 5.97 peratus daripada KDNK. Namun, ia masih di bawah had 65 peratus KDNK yang telah ditetapkan dalam Akta Langkah-langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) (Pindaan) 2021. Pada masa ini, kerajaan mengguna pakai Rangka Kerja Fiskal Jangka Sederhana (MTFF) sebagai panduan dalam menggubal strategi ke arah konsolidasi fiskal jangka sederhana tiga hingga lima tahun yang selari dengan pelan pembangunan Rancangan Malaysia Ke-12. Di samping itu, penggubalan Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA) dijangka dapat mengukuhkan tadbir urus, ketelusan pengurusan kewangan awam dan disiplin fiskal. Kerajaan juga, Tuan Yang di-Pertua, sedang membangunkan Strategi Hasil Jangka Sederhana (MTRS) dengan melaksanakan semakan semula perbelanjaan awam atau public expenditure review, dengan izin, bagi menambah baik asas hasil bagi memastikan kecekapan perbelanjaan kerajaan.
Pelaksanaan langkah-langkah tersebut, Tuan Yang di-Pertua, dijangka mampu mengukuhkan kembali kedudukan kewangan negara demi memastikan kemapanan fiskal dan kemampuan keberhutangan kerajaan dalam jangka masa sederhana dan panjang. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa prihatin keluh resah rakyat yang telah hilang pekerjaan atau terjejas sumber pendapatan yang seterusnya menyukarkan rakyat untuk menampung keperluan perbelanjaan isi rumah. Justeru, bagi menangani masalah tersebut, kerajaan terus melaksanakan pelbagai program penjanaan sumber pendapatan dan peluang pekerjaan termasuk melalui inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia yang dijangka menyediakan 600,000 peluang pekerjaan kepada rakyat di mana inisiatif ini merangkumi tiga komponen utama,
- (i) insentif penggajian Jamin Kerja di bawah PERKSO yang menyasarkan sekurang-kurangnya 300,000 peluang pekerjaan kepada penganggur termasuk golongan rentan, bekas banduan dan warga emas; (ii) insentif MySTEP yang akan diterajui oleh LAKSANA yang menyasarkan sekurang-kurangnya 80,000 peluang pekerjaan kontrak dalam sektor awam dan swasta; dan (iii) program Upskill Malaysia oleh HRD Corp yang menyediakan latihan kemahiran untuk pencari kerja dan bertujuan untuk meningkatkan kebolehpasaran mereka serta menjamin pendapatan pekerjaan kepada kira-kira 220,000 orang pelatih. Selain itu, Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa meneruskan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan lagi produktiviti melalui pendigitalan dan penggunaan luas automasi oleh industri yang akan menyumbang kepada penjanaan pendapatan yang lebih tinggi terhadap ekonomi negara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Pontian.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Pontian, silakan soalan tambahan pertama.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menyebut mengenai hutang kerajaan RM979.8 bilion atau 63.4 peratus daripada KDNK. Apa yang saya ingin tanyakan ialah mengenai hutang isi rumah. Disebut tadi hutang kerajaan. Bagaimana tentang hutang isi rumah iaitu hutang rakyat biasa dari segi hutang kenderaan, hutang beli rumah, hutang kad kredit, hutang personal loan, hutang pendidikan? Apakah langkah-langkah kerajaan untuk memastikan hutang isi rumah ini terkawal dan langkah-langkah membantu rakyat secara keseluruhannya? Jika terlalu panjang, boleh bertulis tetapi saya mohon jawapan. Terima kasih.
Terima kasih. Silakan, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat yang menanyakan soalan yang agak relevan berkaitan hutang isi rumah. Untuk makluman Yang Berhormat, kalau kita lihat pada tahun 2017, peratusan hutang isi rumah adalah 82.6 peratus, tahun 2018 adalah 82 peratus dan tahun 2019 adalah 82.7 peratus. Selepas pandemik, pada akhir tahun 2020, hutang isi rumah meningkat kepada 93.2 peratus. Akan tetapi, pada akhir Disember 2021, nisbah hutang isi rumah turun ke 89 peratus. Nisbah ini sebenarnya masih lebih tinggi berbanding nisbah dalam tempoh sebelum pandemik disebabkan purata pertumbuhan tahunan KDNK nominal pada tahun 2020-2021 iaitu 1.3 peratus yang menurun mendadak sebanyak 5.3 peratus berbanding bagi tempoh tahun 2017-2019.
Berkaitan persoalan yang ditanyakan Yang Berhormat, bagaimana kaedah kerajaan mengawal hutang isi rumah. Pertamanya, kita sediakan satu garis panduan pembiayaan bertanggungjawab sejak tahun 2012 untuk memastikan individu meminjam mengikut kemampuan dan membayar balik pinjaman masing-masing dalam tempoh yang ditetapkan untuk mengelakkan, Tuan Yang di-Pertua, beban hutang yang berlebihan. Kedua, kita juga mengharapkan sangat dan menggalakkan isi rumah yang mempunyai masalah dengan pengurusan kewangan atau hutang untuk mendapatkan khidmat dan bantuan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit. Ketiga, Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat, Kementerian Kewangan melalui Bank Negara sentiasa melakukan program meningkatkan tahap celik kewangan melalui Jaringan Pendidikan Kewangan atau Financial Education Network bagi memastikan rakyat Malaysia kita yang ada pada hari ini dapat menguruskan kewangan dengan baik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Soalan tambahan kedua. Yang Berhormat Padang Serai, silakan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya mengambil maklum berkenaan keputusan kerajaan mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi negara bagi tahun 2022 di antara 5.5 dan 6.5 peratus selari unjuran terkini oleh IMF dan Bank Dunia masing- masing pada 5.7 dan 5.8 peratus. Walau bagaimanapun, Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah indikator- indikator ekonomi yang menggambarkan Malaysia berada di landasan pemulihan yang betul? Mohon beri penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai yang bertanyakan berkaitan indikator- indikator yang menunjukkan prestasi ekonomi. Tuan Yang di-Pertua, beberapa indikator ekonomi utama yang terkini dapat kita tunjukkan sebagai tanda pemulihan bagi menggalakkan dan menyokong unjuran pertumbuhan ekonomi pada tahun 2022. Pertamanya, kita lihat dari segi pasaran buruh. Kadar pengangguran meningkat kepada 4.2 peratus pada Januari 2022 berbanding 5.3 peratus pada Mei 2020. Dari segi foreign direct investment (FDI), FDI meningkat RM11.9 bilion dan rekod aliran masuk bersih lebih tinggi sebanyak RM24.7 bilion pada suku keempat tahun 2021 menjadikan jumlah FDI pada tahun 2021 menghampiri RM55 bilion. Lebih tinggi daripada paras pada tahun pra pandemik iaitu tahun 2017, 2018 dan 2019. Ketiganya, kita lihat dari segi aktiviti perniagaan, perdagangan, borong dan runcit Malaysia merekodkan jumlah pulangan tertinggi sebanyak RM120.6 bilion pada Disember 2021 dengan jualan tahunan mencatatkan pertumbuhan empat peratus kepada RM1.3 trilion pada tahun 2021. Bagi sektor pembuatan pula, Tuan Yang di-Pertua, jualan meningkat sebanyak 15.5 peratus pada tahun 2021 dengan jualan keseluruhan sebanyak RM1.6 trilion. Perdagangan luar Malaysia, Tuan Yang di-Pertua, eksport dan import pada tahun 2021 melebihi RM2 trilion, pertumbuhan terpantas sejak tahun 1994. Jadi, indikator-indikator ini, Yang Berhormat, sudah pasti dapat meyakinkan Dewan yang mulia ini bahawasanya kita berada pada landasan yang tepat dalam tahun 2022. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi
Kuala Selangor.
Sudah 20 minit soalan, Yang Berhormat.
Sedikit sahaja.
Ringkas.
Ringkas. Baik, Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak merujuk kepada kenyataan Yang Berhormat Menteri Kewangan sekarang. Harap-harap belum bekaslah. Atau sudah bekas sudah? Baik. Yang Berhormat Menteri Kewangan telah menyatakan bahawa― ini soal hutang, soal pinjaman. Kos pinjaman kerajaan akan bertambah RM830 juta setahun kerana pengeluaran KWSP. Disebut, jika dibenarkan untuk pengeluaran ini, akan menyebabkan RM63 bilion akan dikeluarkan wang KWSP.
Ini akan membawa kepada kemungkinan kerajaan melalui KWSP terpaksa jual aset-aset KWSP di luar negara. Ini kenyataan yang dibuat oleh Menteri Kewangan. Jadi saya hendak tanya, apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi masalah ini? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Menteri Kewangan masih menjalankan tugas sebagai Menteri Kewangan, tidak ada peletakan jawatan. Saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat Pokok Sena, tempoh hari saya telah maklumkan kepada Yang Berhormat di luar Dewan. Hari ini saya maklumkan di dalam Dewan. Saya harap Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pokok Sena tidak akan membangkitkan isu ini lagi. Akan tetapi berbalik kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat berkaitan KWSP.
Fasal boss tak mai, itu saya tanya.
Berkaitan isu KWSP yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena tadi. Keputusan kerajaan untuk membenarkan pengeluaran RM10,000 secara one-off akan memanfaatkan 6.3 juta orang ahli. Ini bermakna seperti mana Yang Berhormat sebutkan tadi, RM63 bilion akan disalurkan. Sudah pasti ini akan memberi kesan lebih besar, RM63 bilion berada dalam pasaran dan kuasa beli rakyat itu tinggi. Akan tetapi persoalan Yang Berhormat adalah berkaitan tentang kemampuan pelaburan KWSP. Sudah pasti bila kita perlu menyediakan nilai pengeluaran sebanyak RM63 bilion, ia akan memberi kesan terhadap kemampuan pelaburan KWSP dalam masa jangka pendek, bukan sederhana dan panjang. Itu sebabnya KWSP akan mengimbangi semula portfolio bagi mengurangkan kesan kepada prestasi pelaburan KWSP. Untuk makluman Yang Berhormat, KWSP sentiasa komited untuk memastikan dana persaraan ahlinya terjamin. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Yang Berhormat Dr. Maszlee bin Malik, silakan.
2. Dr. Maszlee bin Malik [Simpang Renggam] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan usaha dan insentif kementerian untuk membantu para pelakon dan artis menyimpan/menabung di KWSP demi masa depan dan saraan hari tua mereka.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam kerana prihatin dengan nasib artis-artis di Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia amat prihatin dan komited untuk membantu meningkatkan profesionalisme dan kesejahteraan penggiat seni kreatif. Antara inisiatif yang sedang dilaksanakan oleh kementerian adalah melalui penubuhan task force industri kreatif. Penubuhan task force ini bertujuan untuk meneliti dan memudah cara langkah-langkah penambahbaikan industri kreatif termasuk dari segi kebajikan penggiat-penggiat seni termasuklah artis, pelakon serta pekerja belakang tabir seperti caruman wang simpanan pekerja, pertubuhan keselamatan sosial serta perlindungan insurans. Task force ini turut melibatkan keahlian wakil-wakil dari industri dan persatuan seperti Persatuan Pengeluar Filem, Persatuan Seniman Malaysia, Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia, Persatuan Pengarah Filem Malaysia dan lain-lain bagi mendapatkan pandangan dan maklum balas sebagai input penting untuk melaksanakan industri kreatif ini. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Simpang Renggam juga, sekarang ini kita melibatkan artis tetapi bukan penyanyi kerana artis-artis penyanyi ini diuruskan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna melalui royalti dan sebagainya. Akan tetapi untuk pengetahuan Yang Berhormat, dari segi kebajikan mereka agak menjadi masalah kerana persatuan-persatuan ini bertelagah dan wang hasil daripada kutipan ini untuk kebajikan artis-artis penyanyi menjadi masalah dan kita sedang berbincang bagi task force ini untuk bawa kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau kita lihat soalan saya lebih menjurus kepada KWSP. Kita tahu KWSP memang ada inisiatif mereka sendiri tetapi ia tidak mapan untuk para artis dan penggiat seni itu sendiri. Kita perlukan polisi yang lebih mapan untuk menjaga hari senja golongan artis dan juga penggiat seni yang freelance. Maka perlunya usaha daripada FINAS dan juga kementerian K-KOMM untuk memastikan ada polisi yang memastikan KWSP dicarumkan. Contohnya, kalau kita katakan dimasukkan, diwajibkan syarat di antara syarikat produksi dengan artis yang freelance ini untuk caruman KWSP sebahagian daripada bayaran yang mana ini syarat untuk mereka mendapatkan permit dan lesen untuk mereka melakukan produksi dan ini boleh dilakukan, hanya perlu kepada political will. Ini bukan perkara baru, saya masih ingat pada tahun 2019 sudah terdapat libat urus di antara FINAS pada waktu itu dengan KWSP dengan pelan yang begitu mapan, begitu intensif untuk memastikan kebajikan hari tua artis dijamin melalui caruman KWSP. Persoalannya Yang Berhormat Timbalan Menteri, apa jadi dengan pelan tersebut? Saya ingat di penghujung 2019, ia telah dikemukakan oleh pengerusi FINAS yang lama sebelum bertukarnya kerajaan. Saya harap pelan yang telah ada itu dilaksanakan tanpa perlu hendak task force dan sebagainya. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Terima kasih.
Okey terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam. Cadangan Yang Berhormat Simpang Renggam itu bagus dan memanglah kita sedang berbincang melalui task force tersebut sebab kita perlu mendengar pandangan- pandangan daripada yang saya sebutkan tadilah, macam-macam persatuan yang ada. Kalau boleh persatuan ini, apa yang kita laksanakan dipersetujui dan ini sedang kita bincangkan. Akan tetapi melalui FINAS sekarang ini, kita telah memperkenalkan inisiatif caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan (PERKESO) yang telah mensyaratkan semua syarikat produksi filem tempatan yang telah berjaya menerima dana kandungan digital melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi untuk mencarum sebagai pekerja filem, artis dan sebagainya melalui produksi filem tempatan syarikat mereka. Peruntukan caruman PERKESO akan ditolak daripada jumlah dana DKD yang berjaya diterima oleh syarikat produksi. Ini kita tumpukan kepada PERKESO dan yang
KWSP juga kita akan syaratkan yang sama seperti mana cadangan Yang Berhormat. Terima kasih.
Terima kasih. Soalan tambahan kedua, silakan sebelah sini dulu.
Pasir Mas.
Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya ialah apakah bila kita melihat berkenaan dengan kebajikan para artis dan bayaran yang diterima oleh penggiat filem dan sebagainya, kalau ia masih terlalu rendah saya bimbang ia akan menjurus kepada penerbitan filem-filem dan karya-karya yang mengandungi soft porn yang pada hari ini nampaknya semakin muncul di dalam negara kita. Tahniah kepada pihak kementerian di atas tindakan tegas dan saya mahu ketegasan ini perlu untuk diteruskan bagi menapis karya-karya yang tidak bermoral seperti ini. Cumanya, bagaimanakah kerajaan melihat siapakah roadmap yang ditentukan oleh kerajaan untuk memperbaharui Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Akta FINAS) dalam memastikan kebajikan penggiat filem dan juga pengkarya, mereka terus mendapat royalti daripada hasil mereka walaupun sudah pun berlalu berpuluh-puluh tahun. Ini bagi menjamin kemampanan ataupun kestabilan mereka untuk masa hadapan. Terima kasih.
Terima kasih. Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat. Yang pentingnya Yang Berhormat, kita di Malaysia ini kita tidak menggalakkanlah filem-filem yang berunsur negatiflah seperti mana-mana filem luar negara. Ini kita kawal, kita ada penapis filem dan sebagainya. Akan tetapi untuk pengetahuan Yang Berhormat, dari segi kebajikan filem, artis dan sebagainya, kita sedang berbincang bagaimana kita hendak mempergiatkan lagi usaha-usaha kita menjaga kebajikan artis termasuklah royalti dan sebagainya melalui FINAS. Sekarang ini, FINAS bukan sahaja kita berbincang untuk dari segi kebajikan yang seperti mana kita tekankan tadi iaitu PERKESO, KWSP dan sebagainya tetapi kita juga sekarang ini melihat bahawa beberapa perubahan kita buat terutamanya produksi- produksi atau filem-filem yang dibuat oleh penerbit itu mereka boleh menjual sendiri filem tersebut dan berbincang dengan FINAS dan pihak RTM bagaimana mereka boleh memasarkan filem mereka setelah mereka memberi filem tersebut kepada FINAS dan juga kepada RTM. Terima kasih.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Ringkas ya sebab baru dua soalan sahaja.
Ringkas sahaja, ringkas. Terima kasih. Umum memang mengetahui bahawa kebajikan artis-artis veteran ini tidak dijaga. Contoh yang paling utama ialah seperti keluarga Allahyarham P. Ramlee di mana semua boleh dikatakan karya-karya Allahyarham P. Ramlee, royaltinya ke luar negara ke Singapura. Jadi apakah rancangan dan pelan yang khusus daripada KKMM (K- KOMM) untuk menjaga kebajikan atau kehidupan artis-artis veteran yang kita ada sekarang? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Seperti mana saya katakan tadi, bila Yang Berhormat sebut P. Ramlee, ia termasuk dalam nyanyian dan sebagainya. Royalti persatuan-persatuan yang melibatkan diri terutamanya untuk mengutip dana dan sebagainya adalah di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Pada suatu masa, wang tersebut hampir RM40 juta untuk macam mana menjaga kebajikan artis. Akan tetapi kita lihat bahawa persatuan-persatuan yang terlibat ini, mereka bertelingkah satu sama lain dan hari ini peruntukan tersebut tidak ada dan terpaksa kita buat semula. Oleh sebab itulah kita katakan tadi termasuklah kita sedang berbincang dengan persatuan-persatuan yang ada untuk kita bawa kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk menjaga kebajikan artis ini termasuk daripada segi masa tua mereka dan sebagainya. Oleh sebab kita dengar ada artis-artis yang sakit tidak terbela, ada artis- artis veteran yang dihalau keluar daripada rumah dan dibantu oleh banyak pertubuhan NGO dan sebagainya. Ini yang sedang kita berbincang untuk kita laksanakan dan untuk kita menjaga kebajikan artis-artis terutamanya masa tua mereka. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Pasir Mas, Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari, silakan.
3. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas] minta Menteri Kanan Pendidikan menyatakan usaha kementerian bagi menangani isu bebanan beg sekolah yang berat yang ditanggung oleh pelajar-pelajar khususnya di sekolah rendah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik dalam menangani isu beg berat murid yang telah berlarutan sekian lama. KPM telah menjalankan tiga kajian utama berkaitan beg berat. Hasil daripada kajian yang dilaksanakan, KPM telah mengambil pelbagai tindakan bagi menangani isu berkenaan. Antaranya mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 1 Tahun 2000 – Penggunaan Buku Kerja di Sekolah Rendah dan Surat Siaran Panduan Menangani Isu Beg Berat Murid di Sekolah pada Tahun 2018. Namun demikian, perkara tersebut masih belum dapat ditangani sepenuhnya dan sering menjadi keluhan masyarakat. Berdasarkan penelitian ke atas maklum balas yang diperoleh, isu beg berat adalah kritikal dalam kalangan murid sekolah rendah khususnya murid Tahap 1 iaitu Tahun 1, 2 dan 3. Oleh yang demikian, ketetapan KPM yang akan dilaksanakan segera adalah seperti berikut: (i) penyediaan locker. KPM akan menyediakan locker di sekolah rendah secara berfasa; (ii) penyusunan semula jadual waktu. Melaksanakan jadual waktu yang mengandungi tiga hingga empat mata pelajaran sehari mengikut kaedah dan pelaksanaan yang sesuai terutama aspek pemberatan subjek, ketersediaan guru dan sesi persekolahan; (iii) buku latihan. Bilangan buku latihan hendaklah tidak melebihi dua buah buku bagi setiap mata pelajaran pada satu-satu masa. Setiap buku latihan hendaklah tidak melebihi 80 muka surat; (iv) buku aktiviti dan buku kerja. Murid hanya dibenarkan untuk menggunakan buku aktiviti yang disediakan oleh KPM, manakala buku kerja hanya boleh digunakan sebagai bahan rujukan atau bahan ulang kaji di luar waktu pengajaran dan pembelajaran; (v) buku teks digital. Penerbitan baharu buku teks dalam format digital dilaksanakan secara berterusan. Sehingga kini sebanyak 692 judul buku teks digital telah dimuat naik dalam pelantar Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMA); (vi) pendekatan PDP. Guru digalakkan menggunakan pendekatan PDP berpusatkan murid iaitu pembelajaran bertema modular,
pembelajaran berasaskan projek, simulasi amali atau virtual lab atau pembelajaran terbeza; dan (vii) kerjasama dengan JAKIM. Kerjasama dengan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga diadakan dari aspek penyelarasan uniform agar murid diberi kelonggaran untuk memakai uniform sekolah masing-masing semasa sesi persekolahan KAFA. KPM yakin pendekatan ini dapat dilaksanakan secara menyeluruh demi kesejahteraan murid untuk ke sekolah. KPM komited untuk terus menangani isu beg berat ini dengan lebih berkesan. Sekian, terima kasih.
Silakan, Yang Berhormat Pasir Mas, soalan tambahan pertama.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya tertarik mendengar jawapan yang dikemukakan tadi menunjukkan bahawa agenda berkenaan dengan isu beg berat ini sudah menjadi perhatian pihak kerajaan dan saya tertarik kepada salah satu daripada penyelesaian tadi ialah untuk menyediakan locker ataupun almari peribadi ruang kepada setiap pelajar dan itu sangat-sangat saya sokong. Cuma persoalannya, sudah tentu ia melibatkan perbelanjaan. Bajet Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi sebut akan dibuat secara berfasa. Di dalam fasa pertama ini berapakah bajet yang akan diperuntukkan? Berapakah jumlah bilangan murid yang akan terlibat dan bilakah tahun ataupun masanya kerajaan menyasarkan akan melibatkan seluruh pelajar khususnya murid sekolah rendah seluruh negara? Terima kasih.
Terima kasih, silakan.
Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Mas. Seperti yang telah saya jelaskan tadi, KPM akan menyediakan locker di sekolah rendah secara berfasa. Jadi untuk Fasa 1 ia akan melibatkan penyediaan locker untuk murid Tahap 1 iaitu Tahun 1, 2 dan 3 di sekolah rendah yang beroperasi secara dua sesi. Pelaksanaannya akan melibatkan seramai 323,186 murid melibatkan 10,662 kelas. Jumlah anggaran peruntukan tahun 2022 untuk Fasa 1 ini adalah sejumlah RM37.3 juta. Jadi untuk Fasa 2 pula, penyediaan locker akan diperluaskan kepada murid Tahap 2 iaitu murid Tahun 4, 5 dan 6 di sekolah rendah yang beroperasi secara dua sesi juga. Pelaksanaan dijangka pada tahun 2023. Jadi bagi sekolah satu sesi pula murid akan menyimpan buku di dalam laci meja di bilik darjah masing-masing. Terima kasih.
Terima kasih.
Hulu Langat.
Papar, Papar.
Kita dengar soalan dari wanita pula. Silakan, Yang Berhormat Kulai.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, pertama, saya minta satu timeline yang lebih spesifik daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut bahawa Fasa 1 adalah melibatkan perbelanjaan sebanyak RM37.3 juta. Jadi bila locker ini akan dihantar kepada sekolah-sekolah yang terlibat sama ada pada bulan sekarang bulan Mac, sama ada sebelum bulan Jun kah atau Julai, atau Ogos. Bilakah locker itu boleh sampai? Kedua, sama ada KPM akan mengkaji sama ada kita boleh kurangkan mata pelajaran di sekolah untuk mengatasi isu beg sekolah. Terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kulai. Jadi ada dua soalan di sini. Pertama adalah bilakah ia akan dilaksanakan, pada bulan apa?
Untuk makluman Yang Berhormat Kulai yang pentingnya adalah kita kena mengkaji kesesuaian sebab ia melibatkan bilangan sekolah yang begitu banyak yang saya sebutkan tadi lebih daripada 10,000 kelas dan melibatkan lebih daripada 300,000 murid. Kita akan buat secara berfasa dan mengikut kesesuaian, itu yang pertama . Keduanya, mengenai jadual. Kita juga akan seperti mana yang telah saya sebut tadi akan menyusun semula jadual waktu. Saya rasa mungkin Yang Berhormat Kulai pun mengetahui mengenai perkara ini iaitu kita akan melakukan jadual waktu yang mengandungi tiga hingga empat mata pelajaran sehari ikut kesesuaian untuk memastikan apa yang kita susun, jadual yang disusun itu tidak membebani murid daripada segi berat beg mereka. Terima kasih. Ingin juga saya maklumkan di kesempatan ini bahawa sebenarnya cuma 28 peratus daripada jumlah berat beg murid itu adalah daripada buku teks ataupun buku latihan mereka. Jadi yang selebihnya 32 peratus daripada kandungan yang lain sama ada makanan yang dibawa, minuman you know, air, berat beg yang dibawa dan digunakan dan juga daripada alat tulis. Ada juga murid yang menghadiri kelas KAFA pada petang mereka bawa uniform untuk ditukar dan sebagainya. Terima kasih.
Terima kasih.
Soalan tambahan boleh, ringkas sahaja.
[Bangun]
Maaf, Yang Berhormat Papar sudah bangun lama.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memang di tempat saya di P175 kita lihat ramai budak-budak daripada pedalaman yang terpaksa berjalan kaki sehingga lima kilometer. Pada waktu kemarau, mereka akan berlawan dengan habuk dan pada waktu hujan pula mereka akan berlawan dengan jalan- jalan yang becak.
Di sini kalau kita ingat apabila kita lihat mereka terpaksa membawa beg sekolah sehingga tiga atau empat kilogram, jadi ini adalah satu bebanan kepada mereka dan boleh memberikan tekanan jiwa kepada diri mereka. Jadi, soalan saya, adakah kerajaan tidak bercadang untuk memberikan setiap anak-anak murid ini peranti multimedia seperti laptop atau apa-apa sahaja yang boleh supaya kita dapat meringankan beban mereka setiap pagi untuk pergi ke sekolah dan balik daripada sekolah? Terima kasih.
Terima kasih. Kepada Yang Berhormat Papar, seperti mana yang kita tahu iaitu kerajaan memang sedang berusaha dan telah memberikan, ada menyediakan peranti kepada sejumlah murid. Namun, yang paling penting saya rasa adalah daripada segi langkah-langkah yang telah kita laksanakan selama ini iaitu yang saya sebutkan tadi iaitu ada tujuh langkah yang telah kita ambil termasuklah penyediaan lokar, penyusunan semula jadual waktu daripada segi buku latihan, buku aktiviti, buku kerja yang boleh dibawa oleh murid ataupun yang tidak boleh, ada yang cuma boleh digunakan sebagai bahan rujukan atau bahan ulang kaji di luar waktu PdP. Kita juga menyediakan buku teks digital dan juga dengan pendekatan PdP yang baharu dan juga dengan kerjasama dengan JAKIM dan lain-lain. Paling penting adalah juga ingin saya menarik perharian di sini bahawa semua daripada kita ini termasuk para ibu bapa, kalau saya boleh menyeru kepada mereka supaya membantu untuk anak murid atau anak mereka daripada segi ini untuk menyusun dan membawa buku yang berkaitan ke sekolah. Terima kasih.
4. Puan Yeo Bee Yin [Bakri] minta Menteri Tenaga dan Sumber Asli menyatakan status terkini projek-projek solar di bawah LSS3 dan LSS@MEnTARI.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bakri yang bertanya soalan mengenai LSS3 ini. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sehingga Disember 2021, kemajuan pelaksanaan keseluruhan Projek Tenaga Boleh Baharu (TBB) di bawah program Large Scale Solar 3 (LSS3) adalah dalam sekitar 78 peratus. Kesemua projek di bawah LSS3 akan mula menjana tenaga elektrik ke sistem grid pada akhir tahun 2020 iaitu tahun ini. Manakala bagi projek-projek TBB di bawah LSS@MEnTARI, kesemua pemaju yang telah ditawarkan kuota TBB sedang dalam proses memuktamadkan pembiayaan (financial cost). Projek-projek yang dibangunkan di bawah LSS@MEnTARI dijangka akan bermula operasinya seawal-awal pada akhir tahun 2023. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya adalah berkenaan dengan LSS3, projek yang paling rendah harganya kalau saya tidak salah ingat adalah 17 sen per kilo hour untuk levelized cost of energy (LCOE) mereka. Saya hendak tahu sama ada projek ini dapat financial clause atau tidak? Ini adalah berkenaan dengan LSS3.
Ini berkenaan dengan LSS3 ke LSS4?
LSS3.
Oleh sebab LSS3 ia akan mula beroperasi pada tahun ini juga.
Tidak. Ada beberapa pemenang untuk award itu. Saya hendak tahu sama ada yang paling rendah – pengusaha yang bid yang paling rendah itu dapat ke tidak ada financial clause bermaksud bahawa adakah ini adalah competitive price untuk mereka, feasible price untuk mereka untuk menjana keuntungan juga?
Sehingga kini, maklumat yang kita dapat adalah tidak ada kompeni yang tidak dapat financial clause itu. Semuanya dapat dan bermula operasi tahun ini juga. Walau bagaimanapun, kalau ada maklumat perincian yang ada, saya akan maklumkan secara bertulis sebab ini merupakan specific company Yang Berhormat maksudkan tadi. Terima kasih Yang Berhormat.
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi, seperti mana jawapan Yang Berhormat Menteri tadi, saya hendak tahu lebih detail, LSS3 ini adalah ditawarkan kepada syarikat asing yang mana lima buah syarikat yang ditawarkan, hanya dua dari Malaysia, tiga dari luar negara. Jadi saya hendak tahu, adakah penawaran ini berlaku dan di manakah ekuiti yang ditawarkan untuk rakyat Malaysia dan berapa ramaikan tenaga kerja tempatan yang ditawarkan? Mohon Yang Berhormat Menteri menjawab secara detail. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat. Keperincian mengenai jumlah pekerja ataupun ekuiti-ekuiti yang ada di dalam syarikat yang mendapat LSS3 ini, saya minta maaf, saya tidak ada keperincian yang ada sekarang ini. Walau bagaimanapun, saya boleh memberikan jawapan secara bertulis dan ini adalah soalan yang saya rasa Yang Berhormat, sangat inginkan untuk jawapannya. Maka, untuk jawapan yang lebih baik, yang lebih terperinci, akan jawapan bertulis.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Satu lagi.
Lima buah syarikat itu tidak boleh beritahu ke siapa? Itu senang sahaja. Di mana luar negara berapa, berapa.
LSS3 sebenarnya ia dibenarkan untuk membuat kerjasama di antara syarikat asing dan syarikat tempatan. Jadi, lima-lima syarikat ini, saya tidak ada jawapannya sekarang ini.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Adakah kementerian mempunyai perancangan meningkatkan kapasiti tenaga baharu bagi
menangani kos penghasilan tenaga daripada arang batu yang tidak menentu harganya, turun naik di pasaran antarabangsa?
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya pencapaian Tenaga Boleh Baharu sehingga tahun 2021 dengan campuran kapasiti terpasang adalah lebih kurang 24 peratus iaitu 8,700 megawatt. Bagi menggalakkan penggunaan TBB khususnya tenaga solar bagi penjanaan elektrik, kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif seperti memperkenalkan Net Energy Metering LSS@MEnTARI. Sehingga tahun 2021, sebanyak 630 kapasiti terpasang TBB di bawah mekanisme FiT, 300 megawatt menerusi program NEM dan 950 megawatt melalui program LSS. Jumlah ini dijangka akan terus bertambah apabila projek-projek yang telah diluluskan di bawah LSS pusingan tiga dan empat mula beroperasi. Memang tidak dapat dinafikan harga arang batu di pasaran dunia sekarang ini tidak menentu, manakala harga bagi projek solar tidak terdedah kepada ketidaktentuan harga pasaran. Walau bagaimanapun, penggunaan arang batu merupakan sumber penjanaan air yang lebih stabil dan mampu membekalkan elektrik secara berterusan berbanding dengan sumber penjanaan seperti solar yang bergantung kepada keadaan cuaca. Dalam erti kata lain, setiap sumber tenaga elektrik mempunyai kelebihan masing- masing dan memastikan bekalan elektrik yang berdaya harap dan mampu dibayar oleh pengguna. Sekian, terima kasih.
[Soalan No. 5 - Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof (Alor Gajah) tidak hadir]
[Soalan No. 6 - Tuan Chan Ming Kai (Alor Setar) tidak hadir]
7. Datuk Wilson Ugak anak Kumbong [Hulu Rajang] minta Menteri Pertanian dan Industri Makanan menyatakan: - (a) status Skim Menanam Padi di Nanga Merit, Bahagian Kapit; dan (b) status Skim Menanam Padi di Sg. Tunoh, Daerah Kecil Bukit Mabong, Bahagian Kapit.
Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, program berkaitan penanaman padi di negeri Sarawak adalah di bawah seliaan Kerajaan Negeri Sarawak. Skim Pengairan Nanga Merit terletak di daerah Kapit berkeluasan 159 hektar yang melibatkan 15 buah rumah panjang yang berada di sekitar skim berkenaan. Skim ini telah dibangunkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak dan dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur pengairan primer dan juga sekunder. Pada masa ini, penanaman padi di Skim Pengairan Nanga Merit masih dilaksanakan sekali setahun oleh 52 orang pesawah. Antara variety tradisional yang ditanam bagi kegunaan sara diri sahaja ialah gemala, wangi, bario, pulut, saga dan lemak. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kesemua benih padi yang ditanam di negeri Sarawak adalah varieti tempatan. Adalah menjadi dasar kerajaan negeri Sarawak untuk mengawal kemasukan varieti benih padi dari luar termasuk Semenanjung Malaysia bagi tujuan kawalan penyakit. Benih padi MR269 dan MR297 telah mula dibawa masuk ke Sarawak oleh DOA negeri bagi tujuan penanaman dan pengedaran berdasarkan permintaan.
Seterusnya, benih padi dari luar boleh dibawa masuk hanya dengan kebenaran khas. Sehingga kini, seramai 342 orang pesawah telah menanam di Skim Sungai Tunoh dan DOA Sarawak telah mengenal pasti kawasan seluas 178 hektar untuk dibangunkan dengan kemudahan infrastruktur, pengairan dan saliran bagi tujuan penanaman padi. Jabatan Pertanian Sarawak juga dalam proses untuk mengkaji semula perancangan asal
pelan pembangunan padi di kawasan Sungai Tunoh dan Nanga Merit sebagai kawasan pengeluaran padi utama di bahagian Kapit. Langkah ini diambil bagi tujuan untuk mewujudkan modal pembangunan yang holistik dan mampan selaras dengan Dasar Sekuriti Makanan Negara dan aspirasi pembangunan kerajaan negeri Sarawak untuk meningkatkan tahap sara diri (SSL) bagi beras di Sarawak. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Hulu Rajang.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih atas jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi berkenaan dengan status terkini skim penanaman padi iaitu Skim Nanga Merit dan Skim Sungai Tunoh. Semuanya di bahagian Kapit di kawasan Parlimen Hulu Rajang, Tuan Yang di-Pertua. Kita semua sudah tahu negeri Sarawak mempunyai tanah yang luas dan sumber air yang mencukupi bagi penanaman padi juga dibandingkan di mana-mana negeri di Semenanjung ini. Jadi, bagi saya apakah perancangan kementerian dalam menjadikan Sarawak sebagai salah satu jelapang padi yang baharu negara dan seterusnya meningkatkan SSL serta pendapatan petani. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya difahamkan bahawa peruntukan yang telah diluluskan pada kedua-dua skim itu di manakah ia disalurkan? Sudah salur atau belum? Terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, telah menjadi satu daripada pendekatan MAFI untuk terus komited bagi memastikan supaya negeri Sarawak akan menjadi satu daripada sumber pengeluaran industri padi dan juga beras. Bukan sahaja untuk negeri Sarawak bahkan untuk kegunaan luar dari Sarawak. Pada ketika ini, SSL negeri Sarawak kalau tahun 2019 sahaja kita ada sebanyak 51 peratus. Pada tahun 2020 pula menurun kepada 44 peratus. Ini rangka rasmi. Pada tahun 2021, hanya 38 peratus yang belum rasmi lagi. Jadi, kita mahu memastikan supaya selain daripada IADA yang pada ketika ini wujud, IADA Batang Lupar. Kita ada tiga lagi IADA iaitu IADA Kalaka-Saribas dan juga IADA Samarahan yang menjadi – dan juga jelapang-jelapang padi baharu yang telah – ini semua jelapang padi baharu yang telah ditubuhkan pada tahun 2014. Jadi, keluasan yang telah dipersetujui oleh kerajaan negeri Sarawak bagi menubuhkan IADA Batang Lupar adalah sebanyak 5,100 hektar yang melibatkan kawasan Batang Lupar, Seduku, Lingga dan juga Banting. Sehingga kini, kawasan yang telah ditanam hanya seluas 1,121 hektar dan selebihnya dalam proses penanam. Bagi kawasan luar jelapang seluas 89,744 hektar, kerajaan negeri Sarawak sedang melaksanakan pembangunan industri padi dan beras tempatan menerusi pelbagai program yang disediakan oleh Kementerian Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak (MANRED) dan Jabatan Pertanian Sarawak. Jadi, kerajaan Sarawak juga menyasarkan supaya peningkatan penghasilan padi dan juga beras tempatan daripada 167,582 metrik tan pada tahun 2021 kepada sebanyak 235,000 metrik tan menjelang tahun 2030. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih.
Soalan tambahan.
Yang Berhormat Pokok Sena.
Baik, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Masalah penanam padi ini Tuan Yang di-Pertua ialah masalah yang dihadapi oleh petani-petani padi ialah kenaikan masalah kos input iaitu kenaikan harga baja dan racun yang tidak selesai sampai sekarang. Walaupun, kerajaan telah menambahkan sebanyak RM100 untuk satu hektar daripada RM200 naik RM300 untuk subsidi racun. Akan tetapi, kenaikan itu boleh beli empat botol sahaja. Empat botol sahaja racun. Tidak mencukupi. Tambah lagi dengan masalah kenaikan harga baja.
Jadi, langkah-langkah yang diambil untuk bagi membolehkan petani-petani menghadapi musim penanam padi yang akan berlaku pada April ini, khususnya di kawasan MADA. Jadi, mereka berhadapan dengan kenaikan kos mesin lagi selepas ini iaitu mesin untuk baja dan sebagainya. Jadi, sudah tentu masalah petani ini perlu diberikan perhatian yang serius untuk pastikan mereka yang menyumbang kepada makanan utama negara kita ini mereka juga mendapat habuan daripada sumbangan mereka. Sekarang, mereka jual macam saya sebut sebelum ini, harga padi RM1.20 satu kilo sedangkan mereka hendak beli makanan – mereka hendak belanja ialah tauge sampai RM3.00, sawi sekian ringgit dan sebagainya. Jadi, mereka berhadapan dengan kos kehidupan mereka sedangkan mereka menampung kos untuk penanam padi. Minta penjelasan.
Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Walaupun soalan ini adalah terikat kepada negeri Sarawak sahaja. Kawasan yang telah disebutkan. Bagaimanapun, Yang Berhormat Pokok Sena ini adalah sahabat saya. Saya boleh sebut di sini bahawa pada ketika ini memang harga racun dan juga baja meningkat dengan begitu ketara sekali. Kita faham tentang masalah yang dihadapi bukan sahaja oleh pesawah bahkan seluruh petani di seluruh negara kita. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada ketika ini untuk racun sahaja kita telah meningkatkan subsidi kita daripada RM200 kepada RM300 per hektar per musim, semusim. Makna, kalau ini datang dua musim, dia dapat dua kali bayaran. Begitu juga baja, kita menggunakan baja selain daripada urea kita menggunakan baja sebatian yang terkandung dalam program subsidi baja untuk keseluruhannya dan juga dalam masa yang sama, kita juga menggunakan NPK tambahan. Ini program insentif untuk pengeluaran padi. Yang Berhormat ada sebut tadi, macam mana bentuk bantuan yang kita akan beri. Untuk makluman, bantuan yang akan kita beri kepada penanaman-penanaman padi keseluruhannya selain daripada baja, padi, racun, SIPP dan HIPP untuk harga padi insentif padi adalah sebanyak RM1.5 bilion secara keseluruhannya. Jadi, apabila kita membuat pendekatan SMART Sawah Berskala Besar ini adalah jalan terbaik sekali bukan sahaja untuk meringankan bebanan daripada pesawah-pesawah bahkan dapat meningkatkan keluaran pengeluaran dia sekali gus dapat meningkatkan pendapatan pesawah-pesawah dan dalam masa yang sama kita dapat mempertingkatkan SSL negara kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Ya, Yang Berhormat. Ringkas ya. Silakan.
Kota Samarahan ya.
Ya.
Okey. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada menyebut berkaitan dengan IADA di Kota Samarahan. Kita mengucapkan terima kasihlah atas usaha kementerian untuk meningkatkan food production apa pun penyediaan makanan yang mencukupi untuk negara melalui program-program di bawah IADA. Di sini saya ingin hendak memohon pencerahan daripada kementerian ataupun Yang Berhormat Timbalan Menteri berkaitan dengan apakah usaha kementerian untuk meningkatkan peruntukan untuk penyelenggaraan ban-ban dan infrastruktur pertanian di bawah kawasan IADA. Memandangkan kebanyakan program-program penanaman makanan termasuk padi dan juga tanaman makanan yang lain terjejas disebabkan sistem penyelenggaraan ban-ban ataupun infrastruktur pertanian yang agak terhad di Kota Samarahan. Mohon jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, kita mempunyai tiga IADA di negeri Sarawak selain daripada IADA Batang Lupar, IADA Kalaka-Saribas dan juga IADA Samarahan. Kesemua kawasan ini adalah menjadi seliaan daripada bukan sahaja
daripada Kerajaan Negeri Sarawak daripada Jabatan Pertanian bahkan MAFI pun akan sentiasa membantu. Untuk bantuan para pesawah, adalah seperti saya sebut tadi sebanyak RM1.5 bilion satu keseluruhannya bukan sahaja untuk pesawah di Malaysia Barat bahkan meliputi seluruh negara. Mana sahaja.
Akan tetapi, apa yang terjadi di Sarawak pada ketika ini, banyak kawasan di luar jelapang, di luar daripada IADA yang berkeluasan sebanyak 86,000 hektar itu, kebanyakannya ditanam untuk sara diri. Jadi, apabila sara diri, ia tidak dikira sebagai padi yang dijual. Maka, mereka tidak mendapat insentif ataupun subsidi penjualan padi sebanyak RM360 satu tan itu. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
8. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [Ledang] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan secara terperinci berkenaan: (a) peranan pihak kementerian dalam mengawal selia ‘dunia kewangan’ digital yang berkembang pesat secara global; dan (b) kadar kejayaan perkembangan sektor digital selari dengan inisiatif Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Secara amnya, pengawalseliaan aktiviti dalam sektor kewangan tertakluk di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan dan agensi di bawahnya seperti Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Namun begitu, terdapat subsektor atau aktiviti kewangan yang berada di luar bidang kuasa Kementerian Kewangan seperti aktiviti pemberi pinjam wang dan dikawal selia oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Bidang kuasa kementerian dan agensi ini turut meliputi aktiviti kewangan secara digital. Untuk pengetahuan Yang Berhormat juga, kalau kita lihat bahawa, seperti contohnya crypto, yang melibatkan bitcoin dan sebagainya adalah juga terlibat dalam bidang digital di mana ia di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Ada cadangan pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk mendaftar semua mereka yang terlibat dalam crypto ini supaya kita dapat membantu mereka dalam menyelesaikan beberapa perkara yang mereka hadapi. Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) merupakan panduan kerajaan dalam rangka dasar bagi memastikan masa depan mampan melangkaui semua bidang cabaran pembangunan dunia moden termasuk ekonomi, sosial dan alam sekitar. Pandemik COVID-19 telah membawa perubahan gaya hidup kepada penggunaan teknologi digital dan internet berikutan norma penjarakan sosial, pengajaran dan pembelajaran di rumah, bekerja dari rumah dan juga pelaksanaan PKP di seluruh negara. Unit Perancangan Ekonomi selaku focal point SDG bertindak sebagai agensi yang menyelaras semua inisiatif digital berkaitan SDG antara kementerian dan agensi kerajaan. Di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia, antara agensi yang terlibat dalam perkembangan sektor digital ialah Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC). Program MDEC dilihat selari dengan inisiatif Matlamat Pembangunan Mampan khususnya di bawah matlamat seperti: (i) SDG4 – Kualiti Pendidikan; (ii) SDG8 – Pekerjaan Yang Sesuai Dengan Pembangunan Ekonomi; (iii) SDG9 – Industri Inovatif dan Infrastruktur; (iv) SDG10 – Mengurangkan Ketidakbersamaan; dan
(v) SDG11 – Bandar dan Masyarakat Mampan. Antara program yang boleh dikongsikan adalah gerakan MyDigital Maker yang terletak di bawah aspirasi SDG4 – Kualiti Pendidikan. Melalui gerakan ini, MDEC memberikan penekanan dalam aspek pembangunan pakar digital untuk memastikan kelestarian pertumbuhan ekonomi digital sehingga 2.29 juta orang murid sekolah telah mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti penciptaan digital. Antaranya, pengekodan penciptaan kandungan dan robotik menerusi kurikulum dan aktiviti yang dijalankan secara ekosistem MyDigital Maker seperti universiti dan rakan industri. Manakala sebanyak 96,000 orang guru telah dilatih dalam bidang sains komputer dan pemikiran komputer rasional. Di bawah aktiviti SDG8 – Pekerjaan Yang Sesuai Dengan Pembangunan Ekonomi, SDG10 – Mengurangkan Ketidakbersamaan antara usaha yang telah diambil menerusi gerakan MyDigital Workforce yang bertujuan untuk mewujudkan tenaga kerja modal insan dan budaya saing yang memenuhi keperluan ekonomi industri digital. Setiap program ini, setakat ini, lebih 8,000 orang individu telah berdaftar untuk menyertai kempen ‘Let's Learn Digital’. Sebanyak lebih kurang 310 kursus dan pensijilan dalam pasaran telah disenaraikan dalam Direktori Latihan Kemahiran Digital MDEC. Terima kasih.
Terima kasih. Dipersilakan.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan tadi. Saya sebenarnya lebih mahu tahu berkenaan dengan sektor perdagangan blockchain non-fungible token (NFT). Untuk makluman semua Ahli Dewan, apa maksud non-fungible token ini ialah sebenarnya jual beli barangan-barangan yang digital secara unik. Termasuk dalam konteks ini adalah lagu-lagu, foto tetapi dalam bentuk digital. Ini yang disebutkan sebagai non-fungible token. Ada baiknya dan ada buruknya. Maksudnya, ini cara untuk dapatkan pendapatan baharu. Ada yang saya sudah dengar, ada pendapatan sehingga RM3.5 juta kerana telah berjaya untuk jual foto dan lagu-lagu. Begitu juga yang berjaya untuk jual gambar, mendapatkan RM325,000 hasil daripada NFT ini. Akan tetapi, ia ada juga buruknya iaitu berkenaan dengan scam yang mungkin timbul kerana sifatnya sebagai non-tangible item dan mungkin kerana kaitannya dengan crypto mining atau cryptocurrency. Jadi, soalan saya ialah apakah pendirian kementerian dan kerajaan dalam sektor perdagangan NFT ini yang semakin menjadi perhatian di Malaysia terutamanya dalam kalangan anak muda? Saya maklum perdagangan token atas talian ini, mengikut sesetengah kajian, ada baik dan ada buruknya. Jadi, berpandukan kepada peranan kementerian dan matlamat SDG tadi, apakah sebenarnya pendirian kerajaan dalam sektor NFT ini? Terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Cuma saya terang sikitlah tentang perdagangan ini. MDEC juga melaksanakan program untuk menggalakkan penggunaan platform e-dagang yang disasarkan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana. Di bawah inisiatif e-dagang Belanjawan 2022, dua kempen sedang dilaksanakan iaitu kempen Go- eCommerce Onboarding dan kempen Shop Malaysia Online yang disertai oleh penyelia teknologi digital. Platform e-dagang, inisiatif ini, akan bermula pada 1 Julai 2022 dan akan berakhir pada 31 Disember. Di bawah SDG9 – Industri Inovatif dan Infrastruktur pula, MDEC memainkan peranan utama menarik pelabur luar dalam foreign direct investment dan domestic direct investment yang strategik dalam sektor teknologi digital. Dalam membantu menarik pelaburan baharu dalam sektor digital dalam dan luar negara, MDEC juga melaksanakan usaha berterusan dan mempromosikan dalam pembangunan ekosistem pelaburan yang mampan. Pada tahun 2021, Digital Investment
Office yang diterajui oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan MDEC telah memperkenalkan untuk menyelaras pelaburan digital di peringkat nasional dan merekodkan pencapaian. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Ledang, saya juga begitu― sebab saya tekankan di peringkat awal tadi tentang crypto. Kerana ini adalah perniagaan anak muda dan seluruh dunia sekarang ini telah berkembang antaranya cryptocurrency dan sebagainya, bitcoin dan sebagainya. Jadi, seperti yang saya katakan tadi, semua ini di bawah Bank Negara dan juga Security Commission. Walau bagaimanapun, kita di pihak kementerian, kita ingin daftarkan sebab ini perniagaan masa depan, juga program kewangan masa depan terutamanya anak-anak muda sekarang ini. Jadi, kita harap kerajaan dapat membenarkan dan dapat kita kata― sekarang ini tidak legalize. Sekarang ini kita cuba macam mana kita hendak cuba legalize sekarang benda ini supaya penyertaan golongan anak muda dalam crypto ini dapat kita kembangkan dan kita bantu mereka. Sebagai contohnya, sekarang ini kecurian elektrik dan sebagainya. Mining crypto, kecurian, perniagaan yang haram dan sebagainya. Bagaimana kita hendak membantu mereka supaya kita dapat membenarkan mereka legalize benda ini dan kita bantu mereka daripada segi penggunaan tenaga dan sebagainya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Yang Berhormat Beaufort.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita melihat bahawa sekarang ini ekonomi perniagaan adalah semuanya cara yang baharu. Norma yang baharu adalah secara digital online. Akan tetapi, masalahnya, khususnya kalau untuk mereka yang berada di luar bandar, anak-anak muda yang berada di luar bandar ingin terlibat dalam perniagaan secara digital dan secara online ini, masalahnya internet coverage itu tidak sampai kepada mereka. Kalau kita tengok dan kalau kita buka di pejabat saya pun di Parlimen Beaufort, ia akan bergoyang-goyang macam ini sahaja. [Sambil menunjukkan isyarat tangan] Tidak dapat. Jadi, macam mana caranya kementerian membantu mereka bagi memastikan tiada seorang pun yang left behind dalam usaha kita untuk memajukan perniagaan terutama dalam kalangan anak-anak muda secara digital ini? Terima kasih.
Terima kasih.
Yang Berhormat, seperti mana yang dikatakan tadi dalam jawapan Parlimen, saya ada sebutkan tadi. Antara usaha kita untuk sampai ke luar bandar adalah antaranya kita tambah menara. Kedua, kita baik pulih pemancar. Kita kuatkan pemancar. Ketiga, antaranya, PoP. Program PoP yang kita sedang laksanakan sekarang ini melibatkan RM3 bilion lebih di mana point-of-presence, maknanya daripada sekolah, daripada tempat-tempat tertentu untuk sampai ke luar bandar . Di samping itu juga, kita sedang bekerjasama dengan TNB iaitu anak syarikat TNB, Allo di mana kita akan menggunakan tiang-tiang elektrik dan sebagainya untuk kita gunakan fiber untuk sampai ke luar bandar, kawasan-kawasan yang tidak dapat liputan dan tidak dapat kita buat menara. Akan tetapi, untuk pengetahuan Yang Berhormat juga, sekarang ini kementerian berusaha antara lainnya supaya kita dapat menyediakan satelit. Satelit di mana seluruh negara di mana semua tempat yang ada blind spot, tidak ada kawasan semuanya, kita gunakan satelit.
Walaupun satelit ini kadang-kadang ada gangguan waktu hujan tetapi yang pentingnya semua kawasan luar bandar ini, kawasan berbukit bukau kita dapat connectivity. Ini yang penting supaya kita lihat kalau kita hendak sediakan tiang ataupun menara, dua tahun pun kita tidak akan selesaikan masalah connectivity ini kerana kita
perlu mendapat kebenaran kerajaan tempatan, tuan tanah, kawasan Orang Asli – lambat. Kalau kira dua tahun pun tak selesai. Jadi ini lah langkah-langkah yang kita buat, gunakan tiang elektrik, menyediakan satelit dan sebagainya supaya ia sampai ke luar bandar dan juga orang luar bandar boleh melibatkan diri dalam perniagaan bukan sahaja beli online tetapi jual online maka menambahkan pendapatan penduduk luar bandar dalam bidang perniagaan. Terima kasih Yang Berhormat.
Soalan tambahan.
Okey Yang Berhormat Tebrau. Ringkas ya.
Okey. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya amat tertarik kepada blockchain, teknologi yang disebutkan. Jadi saya hendak tanya apa tahap kompetensi warga kita atau syarikat- syarikat kita dalam blockchain technology dan macam mana atau dalam peringkat apa mereka sudah menggunakan blockchain technology untuk menjana pendapatan yang tinggi. Terima kasih.
Yang Berhormat, untuk blockchain ini kita lihat bahawa sekarang ini MDEC telah menjalankan kursus sehingga ke luar bandar dalam memperkenalkan blockchain ini kepada masyarakat dalam bidang perniagaan ini. Jadi usaha-usaha ini termasuklah PEDi dan sebagainya yang telah kita wujudkan dan juga kita memberi kursus-kursus bukan sahaja itu, kita sudah ada internet desa dan sebagainya – kita melatih terutamanya daripada bandar ke luar bandar. Begitu juga kita adakan kursus- kursus macam mana mereka hendak menyediakan apps baharu supaya mereka dapat melibatkan diri dalam bidang blockchain perniagaan ini. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih. Seterusnya Yang Berhormat Dato' Sri Richard Riot anak Jaem. Silakan Yang Berhormat.
9. Dato' Sri Richard Riot anak Jaem [Serian] minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah status cadangan projek pembinaan SK Sri Sadong Serian dan SMK Serian No.2.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek pembinaan Sekolah Kebangsaan Sri Sadong Serian telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11), Rolling Plan 1 (RP1) tahun 2016 dengan kos projek berjumlah RM22.98 juta. Skop projek ini meliputi pembinaan baharu 12 bilik darjah dan kemudahan lain. Projek ini di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan dalam peringkat akhir memuktamadkan dokumen tender. KPM serta perunding yang dilantik telah mengambil tindakan sewajarnya dalam memastikan proses tender bagi projek ini menggunakan peruntukan yang sedia ada dan melihat semula kos dan skop projek. Projek ini lewat dilaksanakan kerana terdapat beberapa isu yang melibatkan pindaan pada pelan bangunan berdasarkan keperluan pihak bomba dan pihak berkuasa tempatan yang perlu dipenuhi seperti laluan masuk tapak, sistem perparitan dan pembinaan tembok penahan atau retaining wall. Projek ini dijangka akan di tender pada bulan Julai 2022 dan siap pada bulan Oktober 2025. Bagi projek pembinaan baharu Sekolah Menengah Kebangsaan Serian 2, pada asalnya projek ini telah diluluskan di bawah RP1, RMKe-11 tahun 2016. Namun begitu, projek tersebut telah ditangguhkan kerana tapak pembinaan sekolah berada dalam jajaran projek Lebuhraya Pan Borneo dan tidak sesuai untuk pembinaan sekolah baharu. Sehubungan itu di bawah RP2, RMKe-12 tahun 2022 peruntukan bagi pengambilan tapak baharu Sekolah Menengah Kebangsaan Serian 2 telah diluluskan. Proses pengambilan tapak sedang dalam pelaksanaan dan pembinaan sekolah baharu akan dimohon dengan segera setelah urusan pengambilan tapak selesai. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Silakan Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tender seperti mana yang telah disebutkan sebentar tadi bakal dikeluarkan pada bulan Julai tahun ini juga. Jadi saya ingin kepastian, saya ingin kepastian di Dewan yang mulia ini supaya tender atau projek pembinaan SK Sri Sadong Serian ini dapat mengikut jadual. Saya sebut – mengambil masa sedikit. Tahun lepas, Sekolah St. Teresa Serian telah ditutup. SK St. Teresa merupakan antara sekolah rendah yang tertua di negeri Sarawak. Dengan tertutupnya Sekolah Rendah St. Teresa, murid-muridnya terpaksa dipindahkan ke beberapa buah sekolah rendah di sekitar bandar Serian. Ini sudah menyebabkan kesesakan yang amat besar. Sebagai contoh, di SK St. Patrick Tangga, Tahun 6 ada 41 orang dalam satu kelas. Tahun 5 ada 47 orang. Begitu juga di SK Serian. Tahun 6 Kelas Bestari 52 orang murid satu kelas. Tahun 6 Bijak, Tahun 6 Bistari, 51 orang murid dalam satu kelas padahal ideal untuk pembelajaran kondusif satu kelas adalah hanya 25 orang murid. Maka Tuan Yang di-Pertua, itulah sebabnya mengapa saya ingin amat agar pembinaan SK Sri Sadong ini mengikut jadual seperti mana yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Sekian, terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Serian yang saya rasa cukup prihatin dan ambil tahu tentang masalah yang dihadapi oleh murid-murid di sekolah tersebut tadi. Untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Serian, pihak KPM sentiasa komited dan memang kita akan mengambil langkah yang berpatutan untuk menyegerakan proses tender dan sebagainya. Mengikut keperluan dan juga mematuhi peraturan yang sedia ada. Itu yang saya sebutkan tadi ada beberapa masalah termasuklah keperluan pihak bomba dan pihak berkuasa tempatan dan sebagainya. Selagi dapat kita selesaikan kesemua masalah ini, sudah tentunya kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menepati timeline yang telah kita tentukan. Terima kasih.
Terima kasih. Soalan tambahan kedua? Tidak ada. Seterusnya Yang Berhormat Tuan Hassan bin Abdul Karim, silakan.
10. Tuan Hassan bin Abdul Karim [Pasir Gudang] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan adakah kementerian memberi kerjasama kepada Kerajaan Negeri Johor dan Majlis Bandaraya Pasir Gudang untuk meningkatkan Festival Layang- layang di Pasir Gudang ke taraf global terkenal di seluruh dunia.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Gudang yang bertanya. Tuan Yang di-Pertua, acara Festival Layang-layang di Pasir Gudang ini julung kalinya telah diadakan pada tahun 1995. Kali terakhir acara tahunan ini dilangsungkan adalah pada tahun 2019 iaitu sebelum berlakunya penularan wabak COVID-19 pada tahun 2020. Acara yang disenaraikan dalam Kalendar Pelancongan Negeri Johor ini merupakan anjuran bersama Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Tourism Johor dan Persatuan Pelayang Negeri Johor dan disokong oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC). Festival ini sentiasa menerima sambutan yang menggalakkan, baik daripada pengunjung dari dalam mahupun dari luar negara. Pada tahun 2019 iaitu edisi terakhir festival ini dianjurkan, setakat ini ia telah berjaya menarik penyertaan 43 buah negara yang melibatkan seramai 215 orang peserta dari luar negara. MOTAC telah terlibat secara langsung di sepanjang penganjuran festival layang-layang ini dilaksanakan dengan menjadi salah satu agensi di dalam jawatankuasa tetap penganjuran. MOTAC juga aktif terlibat dalam program pameran pelancongan sepanjang festival ini berlangsung. Penyertaan pameran pelancongan ini telah melibatkan semua jabatan dan agensi MOTAC di negeri Johor iaitu Pejabat MOTAC Negeri Johor, Tourism Malaysia Wilayah
Selatan, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Johor, Kompleks Kraf Johor iaitu di bawah seliaan Kraftangan Malaysia dan Arkib Negara Malaysia Cawangan Negeri Johor. Antara pengisian program pameran pelancongan ini adalah seperti pameran pakej pelancongan, persembahan pocket show, pameran maklumat berkaitan jabatan dan agensi dan pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang festival berlangsung.
Di samping penglibatan secara langsung semasa Festival Layang-layang ini dijalankan, MOTAC turut terlibat dalam pembangunan infrastruktur pelancongan bagi lokasi penganjuran Festival Layang-layang ini iaitu Bukit Layang-layang, Taman Bandar Pasir Gudang. Projek pembangunan ini membabitkan penaiktarafan fasiliti pelancongan di kawasan tersebut dengan kos keseluruhan berjumlah RM4.8 juta. Projek ini telah siap sepenuhnya pada tahun 2015, jadi fasiliti yang telah dinaik taraf ini telah menyumbang kepada ketersediaan fasiliti moden dan memberi keselesaan kepada peserta, pengunjung serta para pelancong yang hadir di sepanjang festival tersebut berlangsung. Selain itu, MOTAC melalui agensinya Tourism Malaysia juga akan memastikan festival ini terus dikenali di dalam dan di luar negara dengan promosi yang berterusan dan pembangunan pakej yang bersesuaian bagi meningkatkan jumlah pengunjung hadir secara tidak langsung ke Negeri Johor khususnya dan Malaysia secara amnya. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat, silakan.
Terima kasih. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah memberi jawapan yang cukup baik, terperinci. Soalan tambahan saya ialah berkaitan pelancongan ini, adakah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bercadang untuk menggunakan inisiatif baharu bersama- sama Kerajaan Johor atau agensi pelancongan di Johor untuk mengadakan produk baharu pelancongan iaitu bot-bot atau feri persiaran sepanjang Selat Tebrau atau Selat Johor dan sungai-sungai yang besar berdekatan Selat Johor seperti Sungai Tebrau menjadi pelancongan persiaran naik feri atau bot seperti Bandaraya Melaka yang berjaya. Ini kerana kedudukan Pasir Gudang, Johor Bahru ini dekat dengan Singapura, dapat tarik pelancongan. Terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat yang bertanya. Sebenarnya kita sentiasa memberi kerjasama dan kalau ada permintaan daripada Kerajaan Johor ataupun agensi-agensi di Johor, insya-Allah kita akan membantu. Itulah yang selalu kita lakukan di mana kita menganjurkan kolaborasi bersama kita. Sebelum ini juga ada yang menyebut mengenai cruise. Saya difahamkan di Johor, sudah dilaksanakan pelancongan menggunakan cruise ini. Jadi apa juga produk baharu, insya-Allah kita memang sentiasa menggalakkannya Yang Berhormat, terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Tebrau.
Okey. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, memandangkan Johor Bahru ada populasi dari Borneo yang berasal dari Sabah dan Sarawak, lebih kurang 30,000 orang, adakah kementerian ada pelan tindakan untuk mengadakan satu pusat kebudayaan Borneo supaya pelancong-pelancong dari luar negara tidak perlu pergi Borneo untuk menikmati kebudayaan orang-orang Borneo tetapi boleh dapatkan di Johor Baru sebagai satu kita kata destinasi untuk pelancong memandangkan kita akan buka semula sempadan kita pada 1 April. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Mereka dari Borneo yang berada di kawasan Pasir Gudang itu melebihi 30,000 orang. Sebelum ini memang kita dari Sarawak sendiri pun ada datang menganjurkan program bersama dengan mereka. Jadi kalau ada permintaan daripada
masyarakat itu sendiri, mereka sudah menjadi satu komuniti yang besar di Pasir Gudang, insya-Allah kita bersedia untuk mempertimbangkan apa yang dipohonkan oleh mereka. Malah saya sendiri pernah pergi ke sana beberapa tahun yang lalu dan mendengar daripada mereka sendiri. Jadi kalau adalah mereka hendak memohon kita untuk membantu, kita sedia membantu insya-Allah. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Seterusnya Yang Berhormat Machang, Datuk Haji Ahmad Jazlan bin Yaakub. Silakan.
11. Datuk Haji Ahmad Jazlan bin Yaakub [Machang] minta Menteri Pertanian dan Industri Makanan menyatakan apakah punca kekurangan bekalan ayam dalam pasaran yang telah berlanjutan sejak lebih tiga bulan yang lalu. Adakah disebabkan penyakit ayam, golongan penternak yang terjejas akibat pandemik, atau terdapat faktor luaran (external) lain dan apakah tindakan kementerian untuk mengembali dan melonjakkan semula bekalan ayam dalam pasaran sesuai dengan permintaannya yang terus meningkat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menjawab soalan ini bersekali dengan lima lagi soalan yang tertera di dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini iaitu soalan daripada Yang Berhormat Merbok nombor 44, Yang Berhormat Pokok Sena nombor 73, Yang Berhormat Papar nombor 74, Yang Berhormat Kota Kinabalu nombor 84, dan Yang Berhormat Kepong nombor 85 kerana menyentuh isu yang hampir sama.
Silakan.
Dia panjang sedikit Tuan Yang di-Pertua.
Ya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, purata keperluan ayam di dalam negara adalah sebanyak 2.09 juta ekor yang bersamaan dengan 3,762 metrik tan sehari ataupun 62.9 juta ekor yang bersamaan dengan 113 metrik tan sebulan. Data pengeluaran ayam yang dikeluarkan oleh Jabatan Veterinar pada bulan Oktober 2021 adalah sebanyak 52 juta ekor menurun kepada 51.4 juta ekor pada bulan November 2021. Manakala pengeluaran ayam bagi bulan Disember 2021 adalah sebanyak 61.1 juta ekor berbanding 62.9 juta ekor mengikut keperluan sebenar. Di sini ada shortfall dia. Ini menunjukkan terdapat kekurangan bekalan di pasaran. Antara faktor yang menyebabkan berlaku penurunan bekalan ayam adalah seperti berikut. Pertamanya, pengurangan pengeluaran ayam oleh pihak industri bagi mengelak kerugian berikutan peningkatan kos operasi pengeluaran ayam. Kos makanan ternakan ayam menyumbang kepada 70 peratus daripada kos pengeluaran. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] Komposisi makanan ayam terdiri daripada bahan mentah utama iaitu jagung sebagai sumber karbohidrat dan soybean meal (SBM) bagi sumber protein. Bagi bulan Mac 2022, harga jagung telah meningkat sebanyak 110.99 peratus kepada RM1,920 satu tan berbanding RM910 satu tan pada Januari 2020. Manakala harga SBM telah meningkat sebanyak 83.45 peratus kepada RM3,070 satu tan bagi bulan Mac 2022 berbanding RM1,673 satu tan pada bulan Januari 2020. Kenaikan harga import bahan mentah ini disebabkan oleh kenaikan harga pasaran dunia dan kadar tukaran mata wang di luar kawalan pengimport. Faktor lain yang mempengaruhi kenaikan harga ayam adalah peningkatan kos operasi di sepanjang rantaian seperti kos logistik, kos pekerja dan kadar tukaran mata wang asing.
Keduanya, peningkatan permintaan yang mendadak berikutan dengan pembukaan semula sektor ekonomi terutamanya perhotelan, restoran dan katering pasca PKP mulai Oktober 2021. Ketiganya kerana bencana banjir pada penghujung tahun 2021 yang menjejaskan industri ternakan. Keempatnya pengurangan kemasukan anak ayam oleh pihak industri semasa musim hujan bagi mengurangkan risiko penyakit berjangkit seperti sampar ayam. Bagi memenuhi permintaan tempatan atau meringankan beban penternak, kerajaan melaksanakan langkah jangka pendek dan langkah jangka panjang. Untuk jangka pendek pertamanya memberi kebenaran mengimport Permit Kelulusan (AP) kepada 36 buah syarikat untuk mengimport ayam sebanyak 36,000 metrik tan bagi tempoh Disember 2021 sehingga Mei 2022 tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Keduanya memberi subsidi sebanyak 60 sen sekilo pada harga borong ayam hidup di ladang dan 5 sen bagi telur gred A,B dan C yang bermula pada 6 Februari 2022 sehingga 5 Jun 2022. Usaha ini dijangka memberi manfaat kepada 2061 orang penternak ayam pedaging dan 194 orang penternak ayam penelur. Rakyat pula dapat menikmati harga ayam bulat lebih rendah iaitu RM8.90 sekilo dan harga telur antara RM0.39 sehingga RM0.43 sebiji mengikut gred. Jumlah keseluruhan subsidi yang ditanggung oleh kerajaan adalah sebanyak RM528 juta.
Permohonan subsidi telah dibuka mulai 28 Februari hingga 6 Jun 2022 melalui DVS negeri. Untuk mendapatkan bantuan subsidi tersebut, penternak perlu mengemukakan permohonan melalui borang yang boleh didapati di laman sesawang DVS. Untuk jangka panjang, pertamanya mengurangkan kebergantungan kepada sumber jagung import sebanyak 30 peratus menerusi inisiatif penanaman jagung bijian dalam negara yang berkeluasan sehingga 80,000 hektar dengan sasaran pengeluaran jagung bijian tempatan sebanyak 1.44 juta metrik tan menjelang tahun 2033.
Panjang jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ada soalan tambahan.
Boleh, pass up. Sebab sekarang ini lima soalan yang dijawab sekali. Boleh?
Sila Yang Berhormat Machang, soalan tambahan yang pertama.
Soalan tambahan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas jawapan yang Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri menjelaskan tadi terdapat trend menurun di dalam pengeluaran bekalan ayam yang diusahakan oleh pengusaha tempatan. Apakah jaminan kerajaan kerana Ramadan dan sudah tentulah Aidilfitri tidak lama lagi, untuk kita memastikan bekalan ayam ini mencukupi dengan harga yang terkawal? Ini kerana kita bimbang apabila permintaan melebihi daripada pengeluaran, sudah tentu harga ayam akan meningkat. Akibat daripada kenaikan harga ayam ini adalah sudah tentu kerana bekalan makanannya tinggi daripada RM80 untuk 50 kilogram, sekarang ini sudah sampai RM130 hingga RM140 untuk 50 kilogram satu beg. Jadi, adakah pihak kerajaan menjalankan usaha untuk memastikan sumber bekalan makanan ini diusahakan atau dikeluarkan oleh pengusaha-pengusaha tempatan yang sudah tentu kosnya lebih murah untuk dibekalkan kepada penternak-penternak ayam ini? Mohon jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya Yang Berhormat, trend menurun ini seperti yang saya sebut tadi, ia berlaku sejak dari bulan Oktober tahun lalu, semasa PKP. Apabila ekonomi dibuka selepas kita melepaskan PKP, di kala itulah keperluan terus mendadak. Bahkan pada ketika itu, pengeluaran terus takat-takat yang ada kerana tiada permintaan semasa PKP. Apabila
ekonomi dibuka, permintaan mendadak. Jadi, untuk mereka menyediakan seperti apa yang diperlukan akan mengambil masa, mengambil masa yang panjang. Bahkan untuk bulan Ramadan ini, kita menjangka insya-Allah bekalan ini adalah mencukupi dan dalam keadaan stabil. Pada ketika ini yang sama juga Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah mengambil satu pendekatan iaitu membenarkan untuk kita import ayam bulat dari luar negara sebanyak 10,000 metrik tan. Akan tetapi malangnya, setakat ini kita hanya berkeupayaan mendapatkan 4,500 metrik tan sahaja. Dalam masa yang sama, kerajaan memberikan subsidi yang berjumlah sebanyak RM528 juta yang meliputi 60 sen sekilogram untuk ayam dan juga lima sen untuk sebiji telur. Jadi, keseluruhannya adalah RM528 juta kepada penternak-penternak yang terbeban kerana peningkatan kos pengeluaran kerana daripada kos makanan ternakan ayam. Selepas itu, kita membenarkan juga dalam masa yang sama, selain daripadanya kita buat pinjaman mudah iaitu soft loan daripada Agrobank. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Apakah usaha kementerian untuk menggalakkan petani dan peladang kita mengeluarkan makanan ternak sendiri dan tidak bergantung kepada ternak import? Minta jawapan. Terima kasih.
Kita menyedari tentang masalah yang sedang kita hadapi pada ketika ini kerana kita terpaksa mengimport jagung dan juga soybean. Jagung adalah untuk karbohidrat, sementara soybean (SBM) ini adalah untuk protein. Jadi, kedua-dua ini yang kita import bukan sahaja harga import yang cukup meningkat pada ketika ini, bahkan harga logistik juga meningkat. Pada ketika ini, kerajaan mengambil pendekatan selain daripada kita mengeluarkan makanan sendiri melalui penggunaan PKC. Kita yakin dengan pendekatan tersebut dan mengambil pendekatan untuk menanam jagung sendiri. Jadi, mungkin ini satu dari jalan keluar untuk kita mengatasi masalah yang sekarang kita hadapi.
Terima kasih. Okey. Yang Berhormat Menteri, tadi Yang Berhormat Menteri ada sebutkan bahawa isu dedak ini memang adalah masalah utama. Jadi, saya sebenarnya sebelum ini pernah bertanyakan, adakah kita boleh menggunakan sisa makanan yang telah dibuat kajian oleh USM sendiri bahawa benda itu jauh lebih baik untuk ayam yang sedia ada ini. Jadi, adakah - kalau kita ada sebut kita ada dasar baharu untuk penanaman jagung, tetapi boleh tidak kita segera bertukar Yang Berhormat Menteri, sebab Yang Berhormat Menteri tadi sebut kata kita hendak gunakan kaedah lain. Jadi, saya cadangkan kalau kita ada pendekatan lain untuk kita menyelesaikan masalah makanan ayam sebab itu adalah isu utama sebab ia 70 peratus daripada kos operasi untuk kita menternak ayam ini. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat, seperti yang saya sebut tadi, keperluan kita sehari ialah tiga juta ekor. Kalau untuk sisa makanan, memang tidak mencukupi. Kita cakap sisa makanan ini untuk belaan macam di kampung-kampung, mungkin. Akan tetapi apa yang saya sebutkan tadi, kita telah mendapat satu penemuan baharu tentang PKC yang kita keluarkan hasil daripada apabila kita proses daripada kelapa sawit tadi. PKC ini memang available in our country, memang ada. Kita dapati ia mengandungi perkara-perkara yang kita telah sebutkan untuk keperluan makanan ternakan. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Terima kasih. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Usul. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Tuan Yang di-Pertua: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga dibahas dan diputuskan DR1/2021, Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2021 dan DR13/2021, Rang Undang-undang Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021 di No. 1 dan No. 2 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan usul-usul hari ini dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Selasa, 22 Mac 2022.”
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 2022 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Perlembagaan Persekutuan; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) [Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin]; dibawa kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG KAWALAN PADI DAN BERAS (PINDAAN) 2022 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Kawalan Padi dan Beras 1994; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I [Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah]; dibawa kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG KERJA (PINDAAN) 2021 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Kerja 1955 dibacakan kali yang kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, dapat tahu mana Menteri? Dia patut membawa rang undang-undang yang mustahak ini.
Tidak apa, Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh.
Yang Berhormat Timbalan Menteri ada. Saya – I’m very happy that Yang Berhormat Timbalan Menteri is here. Kalau beliau tidak ada, lagi ada masalah. Jadi, saya hendak tanya kenapa...
Tidak apa, tidak apa. Teruskan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, Akta Kerja 1955 selepas ini disebut sebagai Akta 265 merupakan undang-undang buruh utama yang mengawal selia hubungan antara majikan dan pekerja di sektor swasta melalui penetapan hak-hak pekerja dan standard minimum penggajian. Pada masa ini, Akta 265 memberi perlindungan kepada pekerja-pekerja sektor swasta bergaji tidak melebihi RM2,000 sebulan. Pekerja-pekerja manual tanpa mengira had gaji dan lanjutan pemakaian kepada pekerja bergaji sehingga RM5,000 tertakluk kepada terma dan syarat kontrak perkhidmatan. Objektif utama Akta 265 ini adalah untuk memberi perlindungan dan kebajikan kepada golongan pekerja melalui penetapan terma-terma dan syarat-syarat pekerjaan minimum. Akta ini berkuat kuasa di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2021 ini merupakan sebahagian langkah bagi merealisasikan komitmen kerajaan seperti dalam ucapan-ucapan belanjawan sebelum ini yang menyatakan bahawa kerajaan akan mengkaji semula undang-undang buruh bagi memperkasa pasaran buruh, kebajikan pekerja dan melarang amalan diskriminasi oleh pihak majikan. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang dihormati sekalian, dalam menggubal pindaan kepada Akta 265, Kementerian Sumber Manusia telah mengadakan sesi libat urus yang menyeluruh dengan pihak berkepentingan khususnya majikan, pekerja, kesatuan sekerja, pertubuhan majikan, pertubuhan pekerja dan agensi kerajaan sejak tahun 2015. Pada 25 Oktober 2021, Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2021 telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini untuk bacaan kali pertama. Cadangan pindaan ini melibatkan 46 fasal yang merangkumi antara lain 28 fasal pindaan, 10 fasal baharu dan enam fasal yang dimansuhkan. Objektif utama Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2021 kali ini adalah untuk meningkatkan dan menambah baik perlindungan dan kebajikan golongan bekerja di negara ini. Rang undang-undang ini juga bertujuan untuk memastikan peruntukan Undang-undang Perburuhan Negara selari dengan standard perburuhan antarabangsa yang digariskan oleh dengan izin International Labour Organization (ILO). Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebagaimana yang telah dimaklumkan, rang undang-undang ini merangkumi pindaan kepada peruntukan sedia ada Akta 265, kemasukan peruntukan baharu dan pemotongan peruntukan sedia
ada Akta 265. Pindaan kepada peruntukan sedia ada. Antara peruntukan-peruntukan sedia ada Akta 265 yang dipinda melibatkan fasal-fasal yang berikut. Fasal 2 – takrif baharu dan pindaan takrif. Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 2 mengenai tafsiran dengan memasukkan takrif ‘apprentice’, meminda takrif ‘apprenticeship contract’, ‘domestic servant’ dan ‘foreign domestic servant’ ke dalam Akta 265. Fasal 3 – pelanjutan tempoh rayuan. Fasal 3 antara lain memperuntukkan pelanjutan tempoh rayuan bertulis kepada Ketua Pengarah Tenaga Kerja daripada 14 hari kepada 21 hari. Fasal 6 dan fasal 7 – pembayaran gaji. Fasal 6 dan fasal 7 bertujuan untuk meminda seksyen 25 dan 25A [Akta 265] berhubung dengan kewajipan majikan membayar gaji melalui akaun pekerja bagi menyelaraskan peruntukan di bawah Akta 265 dengan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758], Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759] dan Akta Institusi Pembangunan Kewangan 2002 [Akta 618]. Melalui fasal ini juga, subseksyen 25(4) baharu dimasukkan ke dalam Akta 265 bagi memberikan kuasa kepada Menteri Sumber Manusia untuk mengiktiraf pengeluar instrumen pembayaran yang ditetapkan yang diluluskan dengan izin approved and assured of designated payment instrument bagi maksud pembayaran gaji. Pindaan ini bertujuan untuk memudahkan Kementerian Sumber Manusia membuat pemantauan dan penguatkuasaan berhubung pembayaran gaji pekerja. Di samping itu, pindaan ini selari dengan pemodenan sistem perbankan pada ketika ini yang menggalakkan kepada dengan izin cashless society di mana transaksi kewangan boleh dilakukan melalui medium elektronik. Fasal 9 – keperluan kontrak bertulis bagi kontraktor untuk buruh. Fasal 9 bertujuan untuk meminda seksyen 33A untuk memasukkan kehendak tambahan bagi kontraktor untuk buruh iaitu untuk menyediakan kontrak bertulis antara kontraktor dengan prinsipal, kontraktor atau subkontraktor. Had denda bagi kesalahan di bawah seksyen ini ditingkatkan daripada RM10,000 kepada RM50,000. Fasal 12 – pemanjangan tempoh cuti bersalin. Fasal 12 bertujuan untuk meminda seksyen 37 Akta 265 bagi memanjangkan tempoh cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari. Fasal 20 dan fasal 21 – pengurangan waktu kerja. Fasal 20 dan fasal 21 bertujuan untuk meminda seksyen 60A dan 60C Akta 265 bagi mengurangkan waktu kerja dan waktu kerja syif daripada 48 jam seminggu kepada 45 jam seminggu selaras dengan dua konvensyen utama ILO berhubung waktu bekerja iaitu dengan izin: (i) Hours of Work (Industry) Convention 1919 (No. 1); dan (ii) Hours of Work (Commerce and Offices) Convention 1930 (No. 30). Pindaan ini juga memperuntukkan kuasa Menteri Sumber Manusia untuk membuat peraturan yang berkaitan dengan bekerja malam dan elaun syif. Fasal 22 – penambahbaikan mengenai cuti sakit. Fasal 22 bertujuan untuk meminda seksyen 60F Akta 265 bagi mengasingkan cuti hospitalisasi daripada kelayakan cuti sakit minimum yang diperuntukkan kepada pekerja bagi memastikan kebajikan pekerja lebih terpelihara. Selama ini, cuti sakit maksimum yang diberikan ialah 60 hari setahun iaitu 14 hari, 18 hari atau 22 hari bergantung pada tempoh perkhidmatannya. Dengan pengasingan ini, diharap pekerja dapat menumpukan kepada pemulihan dan rawatan diri yang mencukupi sebelum mula bekerja semula setelah mengambil cuti sakit. Fasal 24 – penambahbaikan mengenai penggajian pekerja asing. Fasal 24 pula bertujuan untuk menggantikan seksyen 60K sedia ada dengan seksyen baharu bagi tujuan penambahbaikan Akta 265 agar pemantauan penggajian pekerja asing dapat dibuat dengan lebih berkesan. Melalui peruntukan baharu ini, majikan yang ingin menggaji pekerja asing hendaklah mendapat kelulusan Ketua Pengarah Tenaga Kerja terlebih dahulu sebelum dibenarkan membuat permohonan pekerja asing.
Peruntukan yang sama telah pun diperuntukkan dalam Ordinan Buruh Sabah Bab 67 dan Ordinan Buruh Sarawak Bab 76. Mana-mana majikan yang menggaji pekerja asing tanpa kelulusan Ketua Pengarah Tenaga Kerja boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun. Di bawah peruntukan baharu ini juga, majikan yang memohon pekerja asing hendaklah mematuhi undang-undang perburuhan yang berkaitan. Fasal 43 – penalti am. Fasal 43 bertujuan untuk meminda seksyen 99A [Akta 265] bagi menaikkan kadar penalti am di bawah Akta 265 daripada denda tidak melebihi RM10,000 kepada denda tidak melebihi RM50,000. Cadangan ini dimasukkan bagi meningkatkan lagi pematuhan di bawah akta ini. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, peruntukan baharu. Peruntukan-peruntukan baharu yang dicadangkan untuk dimasukkan ke dalam Akta 265 boleh dilihat dalam fasal-fasal yang berikut – Fasal 4 – pengiraan gaji untuk bulan kerja yang tidak lengkap. Fasal 4 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 18A ke dalam Akta 265 untuk mengadakan peruntukan bagi pengiraan gaji seseorang pekerja jika seseorang pekerja tidak dapat melengkapkan sebulan penuh perkhidmatan.
Fasal 13 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 41A ke dalam Akta 265 bagi menambah baik aspek kebajikan kepada pekerja dengan melarang majikan daripada memberhentikan pekerja wanita yang sedang dalam tempoh kehamilan atau sakit akibat kehamilan selaras dengan The Convention on the Elimination of All Form of Discrimination against Women (CEDAW). Fasal 23 – cuti paterniti. Fasal 23 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 60FA ke dalam Akta 265 bagi memperuntukkan mengenai cuti paterniti bagi pekerja lelaki yang berkahwin. Kementerian Sumber Manusia berpandangan adalah wajar pekerja lelaki yang berkahwin diberikan cuti paterniti supaya mereka dapat bersama-sama isteri menyambut kelahiran anak, menjaga isteri yang baru bersalin dan bayi yang baru dilahirkan serta menyelesaikan urusan tertentu seperti urusan pendaftaran anak. Perkara ini amat penting untuk menenangkan emosi isteri yang masih belum stabil selain peranan penting yang dimainkan sebagai suami atau bapa yang bertanggungjawab untuk menjaga keluarga. Sehubungan dengan itu, pindaan ini mencadangkan pekerja lelaki yang berkahwin diperuntukkan cuti paterniti selama tiga hari bagi setiap kelahiran tertakluk maksimum lima kelahiran. Fasal 25 – penamatan penggajian pekerja asing. Fasal 25 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 60KA ke dalam Akta 265 mengenai kewajipan majikan apabila berlaku penamatan penggajian pekerja asing. Di bawah seksyen baharu ini, majikan hendaklah dalam tempoh 30 hari memaklumkan kepada Ketua Pengarah Tenaga Kerja mengenai penamatan pekerja asing mengikut cara yang ditetapkan. Dalam hal pekerja asing, menamatkan pekerjaannya atau melarikan diri, pemakluman tersebut hendaklah dibuat dalam tempoh 14 hari daripada tarikh pekerja asing itu menamatkan pekerjaannya atau selepas pekerja itu tiada. Fasal 27 – aturan kerja fleksibel, dengan izin, flexible working arrangement. Fasal 27 ini bertujuan untuk memasukkan Bahagian baharu XIIC ke dalam Akta 265 bagi membolehkan pekerja memohon kepada majikan bagi suatu aturan kerja fleksibel, dengan izin, flexible working arrangement bagi jenis pekerjaan yang sesuai bagi membenarkan pekerja melaksanakan pekerjaannya mengikut kesesuaian waktu kerja, hari bekerja atau tempat kerja. Cadangan pindaan ini adalah bertepatan dan sesuai dengan budaya kerja hibrid atau, dengan izin, hybrid working culture yang diamalkan pada masa ini terutamanya dalam situasi pekerja digalakkan untuk membuat kerja dari rumah bagi mengawal penularan wabak termasuk COVID-19. Walau bagaimanapun, pekerja dan majikan masih
lagi tertakluk kepada peruntukan di bawah Akta 265 seperti jumlah jam bekerja, waktu rehat mencukupi dan sebagainya. Fasal 30 – larangan diskriminasi. Fasal 30 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 69F bagi memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Tenaga Kerja untuk menyiasat sebarang aduan berhubung diskriminasi dalam pekerjaan berhubung isu-isu pekerjaan dan membuat apa-apa perintah atau keputusan berhubung dengan aduan itu selaras dengan Konvensyen ILO berkaitan, dengan izin, Discrimination (Employment and Occupation) Convention 1958 (No. 111). Fasal 36 – notis berhubung gangguan seksual. Fasal 36 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 81H bagi mengenakan kewajipan tambahan kepada majikan supaya mempamerkan notis pencegahan gangguan seksual di tempat kerja bagi meningkatkan kesedaran dan mencegah perlakuan gangguan seksual di tempat kerja. Fasal 40 – perintah mahkamah untuk bayaran tertunggak kepada pekerja. Fasal 40 ini bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 87A bagi memberikan kuasa kepada mahkamah untuk memerintahkan mana-mana majikan yang disabitkan kesalahan berkaitan dengan pembayaran gaji atau apa-apa bayaran lain supaya melunaskan semua bayaran tertunggak kepada pekerja. Mahkamah boleh, atas permohonan pekerja, mengeluarkan waran untuk melevi harta benda majikan bagi pembayaran gaji tertunggak tersebut. Fasal 41 – kesalahan buruh paksa. Fasal 41 ini bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 90B ke dalam Akta 265 mengenai buruh paksa. Di bawah peruntukan ini, mana-mana majikan yang mengugut, memperdaya atau memaksa pekerjanya untuk menjalankan sebarang aktiviti, perkhidmatan atau kerja dan menghalang pekerja daripada meninggalkan tempat di mana aktiviti kerja tersebut, perkhidmatan atau pekerja tersebut dilakukan adalah melakukan kesalahan buruh paksa di bawah Akta 265. Majikan boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjarakan sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali. Fasal 44 – anggapan mengenai siapakah pekerja dan majikan. Presumption as to who is an employee and employer, dengan izin. Fasal 44 yang bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 101C ke dalam Akta 265 bertujuan untuk memperuntukkan mengenai keadaan-keadaan yang membolehkan anggapan dibuat mengenai siapakah pekerja dan majikan atau, dengan izin, presumption as to who is an employee and employer. Dalam apa-apa prosiding jenayah di bawah akta ini, sekiranya tiada kontrak perkhidmatan bertulis, anggapan ini boleh digunakan dalam prosiding jenayah tersebut bagi menentukan sama ada seseorang itu digaji di bawah kontrak perkhidmatan, dengan izin, contract of service atau kontrak untuk perkhidmatan ataupun contract for service dengan Employment Relationship Recommendation 2006 (No. 198). Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, peruntukan yang dimansuhkan berhubung dengan peruntukan-peruntukan yang dicadang dimansuhkan melalui pindaan ini, fasal-fasal yang berkaitan adalah seperti yang berikut― Fasal 10 – penggajian wanita. Fasal 10 bertujuan untuk memotong Bahagian VIII Akta 265 yang mengandungi peruntukan khusus mengenai wanita yang bekerja pada waktu malam dan bekerja di bawah tanah. Bahagian ini dicadangkan dimansuhkan bagi memberi layanan dan perlindungan saksama kepada pekerja wanita dan lelaki selaras dengan Konvensyen ILO berkaitan, dengan izin, Discrimination (Employment and Occupation) Convention 1958 (No. 111). Fasal 26 – siasatan terhadap aduan mengenai diskriminasi. Fasal 26 ini bertujuan untuk memotong seksyen 60L iaitu mengenai kuasa Ketua Pengarah Tenaga Kerja untuk menyiasat aduan diskriminasi dalam penamatan kerja antara pekerja tempatan dan pekerja asing. Fasal 15, 29 dan 35 – membatalkan klausa had gaji. Fasal 15, 29 dan 35 bertujuan untuk memotong seksyen 44A, 69B, 69C, 69D, 69E dan 81G dalam Akta 265
masing-masing berhubung dengan pengendalian siasatan aduan daripada pekerja yang bergaji RM2,000 sebulan sehingga RM5,000 sebulan. Peruntukan ini di cadang dimansuhkan kerana Akta 265 ini akan diperluaskan liputan perlindungan kepada semua pekerja tanpa mengira had gaji. Dengan perluasan liputan ini, semua pekerja tanpa mengira had gaji di sektor swasta akan menikmati faedah- faedah yang ditetapkan di bawah Akta 265 tertakluk kepada syarat tertentu. Dalam perkara ini, pindaan akan dibuat kepada Jadual Pertama Akta 265 bagi membolehkan Akta 265 ini secara umumnya terpakai kepada semua pekerja dalam sektor swasta tanpa mengira had gaji. Pindaan kepada Jadual Pertama tersebut akan dibuat melalui suatu perintah selaras dengan kuasa Menteri Sumber Manusia di bawah seksyen 2(2) Akta 265. Draf perintah tersebut sedang disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia dan akan dikuatkuasakan bersekali dengan kuat kuasa pindaan kepada Akta 265 ini setelah ia diluluskan oleh Parlimen dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong pada satu tarikh yang akan ditentukan kelak. Fasal 42 – menggugurkan kesalahan berkaitan penggajian pekerja wanita. Fasal 42 bertujuan untuk memotong seksyen 93 iaitu menggugurkan kesalahan yang dilakukan oleh majikan berkaitan penggajian pekerja wanita yang bekerja di waktu malam di bawah tanah dan larangan-larangan lain yang ditetapkan oleh Menteri Sumber Manusia.
Kementerian Sumber Manusia turut mencadangkan pindaan-pindaan lain dalam RUU ini yang tidak diperkatakan secara khusus kerana ia merupakan pindaan kecil atau berbangkit. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Rang Undang- undang Kerja (Pindaan) 2021 ini adalah suatu langkah pembaharuan undang-undang yang sangat signifikan bagi menambah baik perlindungan dan kebajikan golongan pekerja di negara ini. Ia secara keseluruhannya menunjukkan usaha dan komitmen kerajaan dalam memastikan undang-undang buruh negara selaras dengan standard perburuhan dan instrumen sejagat bagi meningkatkan imej dan memudah cara penyertaan Malaysia dalam apa jua perdagangan antarabangsa. Kerajaan berharap dengan pindaan dan cadangan baharu yang telah dibuat melalui rang undang-undang ini aspek kebajikan, perlindungan dan pengurusan perburuhan negara akan menjadi bertambah baik ke arah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Kementerian Sumber Manusia turut berharap agar bilangan pegawai Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia yang kini hanya berjumlah 580 orang iaitu nisbah seorang pegawai kepada 24,207 pekerja ditambah bilangannya selaras dengan nisbah yang dicadangkan oleh International Labor Organization iaitu nisbah 1:20,000 orang pekerja. Ini sekali gus dapat memperkasa aktiviti penguatkuasaan yang dahulunya hanya meliputi 7.2 juta pekerja dan sekarang kepada 14.04 juta pekerja dengan 787,322 majikan di sektor swasta. Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2021 ini. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Ada sesiapa yang menyokong?
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah Rang Undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Kerja 1955 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk di bahas. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ada senarai 21 orang pembahas.
Saya akan baca setiap seorang bermula dengan Yang Berhormat Pasir Mas, kemudian Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Sungai Buloh, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Papar, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Kulai, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Setiawangsa, Yang Berhormat Batu Kawan dan Yang Berhormat Klang. Dengan itu saya ingin menjemput Yang Berhormat Pasir Mas untuk memulakan perbahasan ini. Tempoh masa lima minit.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, Point of Order. Saya hairan lima minit, sekurang-kurangnya 15 atau 20 minit. Tolong timbangkan, Tuan Yang di-Pertua. Lima minit doesn’t make sense at all.
Kita ada satu lagi rang undang-undang untuk dibahaskan hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya faham kita ada satu lagi rang undang-undang tetapi itu bukan sepatutnya urusan Parlimen ini diatur dengan lebih baik. Kalau kita macam tergesa-gesa hendak lulus pindaan penting kepada akta yang penting itu pun tidak patut. Rakyat Malaysia memerhatikan kita.
Tidak apa, Yang Berhormat Sungai Buloh. Kita teruskan dahulu nanti yang mana ada keperluan kita tengok.
Saya rasa lima minit apa yang kita boleh sebut dalam lima minit ini sangat ada isu yang besar dalam akta ini. Mungkin akta yang kedua itu tidak berapa dan bukan sepenting akta ini.
Baik. Terima kasih, Yang Berhormat Sungai Buloh. Boleh take note nanti.
Jadi saya rasa ini perlu dilihat semulalah. Kita tidak boleh dalam kita rush sangat ini perkara-perkara yang penting begini dan peranan Parlimen pun macam jadi tidak begitu bermaknalah dalam hal ini. Jadi saya minta dikaji semula.
Terima kasih, Yang Berhormat Sungai Buloh. Saya minta Yang Berhormat Pasir Mas teruskan. Minta yang lain-lain duduk.
Tuan Yang di-Pertua, minta kembalikan masa saya - lima minit. [Ketawa]
Kita minta mulakan balik lima minit, silakan.
Okey. Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih memberikan peluang kepada saya untuk menyertai perbahasan Rang Undang- undang Kerja (Pindaan) 2021 ini. Saya menyambut baik apa yang telah dikemukakan oleh pihak kerajaan khususnya dalam menjaga hak pekerja untuk mereka yang menandatangani kontrak tidak lebih RM2,000 sebulan atau pekerja yang tidak kira upahnya terlibat dengan pekerjaan kasar.
Saya hanya ingin menyentuh beberapa poin atau beberapa noktah sahaja di dalam pindaan ini iaitu pertama berhubung dengan Fasal 23 berhubung dengan paternity leave, cuti bersalin untuk pekerja lelaki yang memasukkan seksyen 60FA berkaitan cuti bersalin bagi pekerja lelaki atau paternity leave. Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan dapat membawa isu ini yang telah pun demikian lama dibahaskan di dalam Dewan dan juga di luar Dewan. Namun begitu, saya percaya Malaysia perlu lebih ke hadapan dalam isu maternity mahupun paternity leave ini. Pada saya Malaysia tidak cukup memberikan hak cuti bersalin kepada kaum lelaki. Setakat ini merujuk kepada suatu artikel di Free Malaysia Today yang bertajuk, “Back 7-day paternity leave proposal, NGOs urge all MPs” merujuk kepada sebanyak 50 NGO telah mendesak supaya kerajaan menaikkan paternity leave ini kepada tujuh hari. Tahniah saya ucapkan kepada kerajaan. Cuma saya cadangkan kerajaan mengaplikasikan konsep non-consecutive leave iaitu cuti tidak berturut untuk parental leave. Sebagai contoh, tiga hari pertama diberikan cuti berturut sebagai contoh dan mungkin empat hari seterusnya diberikan cuti secara tidak berturut selama dalam tempoh 90 hari. Itu sebagai contoh kerana apa yang saya faham ialah tujuh hari itu kalau melibatkan cuti hujung minggu pun termasuk ke dalam tujuh hari paternity leave itu. Usaha ini memberikan peluang kepada pekerja sebagai bapa menguruskan rumah tangga sekiranya isteri sedang sakit. Kedua, kerajaan juga boleh menilai untuk memperkenalkan idea Flexible Parental Leave Pay (FPLP) yang dibuat di Australia. Flexible Parental Leave Pay ini memberikan 30 hari cuti bekerja di rumah sebagai flexible selepas cuti 90 hari yang diberikan kerana sebenarnya tujuh hari-tujuh hari ini sebenarnya tidak cukup. Ketiga, merujuk kepada Fasal 23 ini parental leave ini diberikan mereka yang bekerja sekurang-kurangnya 12 bulan. Saya lihat ia tidak cukup relevan pada saya hak perlu diberikan kepada semua mereka yang bekerja untuk menikmati parental leave ini. Juga adakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan cuti ‘iddah iaitu kepada isteri yang kematian suami. Sebelum ini kalau isteri atau kakitangan wanita yang bersalin mereka diberikan cuti tetapi kalau mereka kematian suami mereka hanya diberikan cuti selama tiga hari sahaja untuk pengurusan emosi dan juga menyesuaikan dengan ‘iddah yang diperkenalkan di dalam Islam. Adakah kerajaan juga mempunyai cadangan untuk memperkenalkan cuti ‘iddah ini mungkin kita boleh letakkan 30 hari untuk pengurusan emosi seorang isteri yang kematian suami. Berkaitan dengan gangguan seksual. Gangguan seksual ini satu perkara yang baik yang dilaksanakan oleh kerajaan di mana majikan wajib untuk mempamerkan notis untuk meningkatkan kesedaran terhadap gangguan seksual. Ia sebenarnya berlaku di antara dua pihak sama ada lelaki ataupun wanita. Di dalam Al-Quran menyebut bagaimana perintah menundukkan pandangan sebagai contoh bukan setakat lelaki tetapi wanita juga diminta untuk menundukkan pandangan. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Katakanlah kepada orang mukmin, tundukkan pandangan mereka dan diminta juga kepada orang mukminat”. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] . “Katakanlah kepada orang mukminat iaitu perempuan-perempuan muslimat ini mereka juga kena tundukkan pandangan mereka”. Ertinya tekanan atau tarikan yang boleh membawa kepada gangguan seksual ini boleh berlaku di antara kedua belah pihak. Saya sambut baik cadangan yang dikemukakan oleh pihak kerajaan tetapi kita juga perlu untuk menggalakkan majikan untuk sentiasa memberikan taklimat kepada pekerja sebagaimana taklimat HSE sebagai contoh diberikan secara berkala. Taklimat gangguan seksual ini juga patut diberikan secara berkala supaya pekerja tahu apa yang termasuk dalam gangguan seksual ini. Oleh sebab ini merupakan satu masalah dalam masyarakat kita. Sebagai contoh isu filem soft porn yang heboh diperkatakan pada hari ini, walaupun tidak berkaitan tetapi saya mengambil kesempatan supaya kita dapat mengambil pengajaran ataupun iktibar dan teguran daripada Menteri Agama berkenaan dengan isu gangguan seksual yang boleh timbul daripada filem-filem soft porn yang ditayangkan dalam negara ini.
Dalam hak pekerja sebagai contoh, saya menyambut baik bagaimana kerajaan telah pun menafikan ataupun mengurangkan diskriminasi kepada wanita yang mengandung. Ini suatu perkara yang baik tetapi bagaimana pula hak untuk wanita yang bertudung di mana saya menyebut secara jelas iaitu dalam syarikat penerbangan Malaysia Airlines System (MAS) sebagai contoh pramugari-pramugari adakah mereka dibenarkan untuk bertudung.
Kita tidak hendak mewajibkan bertudung. Akan tetapi, kita hendak berikan hak kepada wanita yang Muslimah yang Muslim untuk mereka dibenarkan untuk bertudung. Kalau ada lagi syarikat mahupun majikan yang tidak membenarkan pekerja mereka bertudung, ia jelas melanggar akta dan kerajaan perlu untuk bertindak. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Ipoh Barat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya bagi ruang masa tambahan...
Ya sedikit.
Sedikit untuk kerana bekas Menteri. Sila.
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya rang undang-undang ini adalah 100 peratus yang telah digubal oleh kami semasa dalam kerajaan. Akan tetapi ia tidak dapat dibawa – sepatutnya dibawa pada bulan Mac 2020. Saya hairan kelambatan membawa ini ke Parlimen untuk mendapat kelulusan tetapi hakikatnya adalah oleh sebab kelambatan ini, ia telah mengakibatkan kerugian kepada pekerja di negara ini dan juga telah melibatkan banyak pekerja asing di mana tidak mengikut taraf yang ada di sini. Tuan Yang di-Pertua, satu di antara seksyen yang kita bawa adalah seksyen 60K iaitu mendaftar semua pekerja asing di negara ini dengan kementerian. Sebenarnya Kementerian Dalam Negeri, ia objek dari hari pertama. Mereka enggan untuk bersetuju kepada seksyen ini kerana mereka mahu ada eksklusif kontrol dalam pengambilan pekerja asing. Apa yang menjadi masalah yang besar kepada kita adalah kerana pekerja asing datang ke negara ini tetapi Kementerian Sumber Manusia tidak tahu di manakah mereka bekerja? Berapa orang yang bekerja? Maka kita membawa seksyen ini dan pada masa itu Menteri Dalam Negeri, Yang Berhormat Pagoh tidak setuju langsung. Since you are interfering in the affairs of Kementerian Dalam Negeri. Actually, pandangan yang sempit oleh Menteri dulu, ini telah mengakibatkan banyak masalah kerana kita tidak tahu mana pekerja bekerja. Nombor dua ada special approval, itu menjadi masalah. Ratusan ribu atau ribuan special approvals yang tidak diketahui oleh Kementerian Sumber Manusia tetapi bekerja di negara ini. Jadi adakah mereka mendapat protection? Adakah majikan membayar gaji mengikut undang-undang? Kita tidak tahu, apabila serbuan dibuat baru dapat tahu. Akan tetapi saya push the thing dapat Kabinet approval dan AGC pun approve kepada perkara ini. Ini kita perlu faham bahawa KDN perlu lepas semua hal mengenai pekerja kepada Kementerian Sumber Manusia kerana mereka fasih dan ada expertise dalam hal ini. Akan tetapi kekurangan pekerja menjadi masalah yang besar, seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Hanya ada kurang 500 lebih orang. Tidak masuk akal langsung. JPA patut meningkatkan, mungkin kepada 1,000 orang. Apabila saya mengadakan perbincangan dengan ILO mengatakan bahawa kita, kalau Malaysia menyiasat semua majikan di negara ini perlukan lebih kurang 10 tahun lagi kalau tidak
ada kes baharu langsung. Ini menunjukkan bahawa perlu pekerja-pekerja diserap di Kementerian Sumber Manusia. Kedua adalah mengenai kerja paksa. Tuan Yang di-Pertua, kerja paksa ini menjadi satu perkara yang sangat besar. Kita telah masuk ke Tier 3 dalam watchlist Trafficking in Persons. Maka kita membawa rang undang-undang ini kerana semasa kita menerajui kerajaan, kita dapat tahu banyak penyiasatan dibuat tetapi lagi banyak penyiasatan dibuat, lagi banyak yang lepas. There is no follow-up. Ini kerana mengenai hal-hal pekerja, Kementerian Sumber Manusia lebih arif dalam perkara ini, bukan Kementerian Dalam Negeri. Maka kita membawa rang undang-undang ini, seksyen ini supaya kita sudah serap dan kita ada inisiatif yang tertentu. Sekurang-kurangnya akan menolong negara untuk mengatasi masalah yang sedia ada iaitu kita telah drop ke Tier 3 dan mengatasi masalah ini. Saya telah pada masa itu membuat perbincangan dengan Duta Amerika, Duta UK dan sebagainya dan mereka tahu bahawa ini adalah sedikit daripada perkara yang kita dapat menolong untuk mengatasi masalah yang serius di negara ini. Akan tetapi, forced labour ini ada banyak ambiguity dalam rang undang-undang ini. Kita ada forced labour ini banyak undang-undang yang lain. Kita ada di Kementerian Dalam Negeri pun ada, dalam kita punya akta-akta lain pun ada sedikit. Akan tetapi yang mustahak sekali, Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini berkaitan dengan kerja paksa adalah ia memberi kuasa kepada kementerian untuk membuat penyiasatan dan ambil tindakan. Ini saya perlu tegaskan, kita tidak perlu tunggu untuk arahan dari Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Sumber Manusia sendiri boleh membuat usaha sedemikian. Sebenarnya saya telah menggesa pegawai-pegawai membawa kes-kes sedemikian terus ke mahkamah dengan kebenaran Peguam Negara dan kita ada peguam-peguam yang lebih arif dalam rang undang-undang ini supaya kita dapat inisiatif dan satu sistem yang baik. Jangan kita lepas kepada kementerian yang lain.
Saya tambah masa tiga minit lagi.
Ya. Tuan Yang di-Pertua, mengenai paternity leave. Sebenarnya saya hairan Yang Berhormat Menteri telah mengatakan tiga hari. Saya telah mendapat principle approval dari Kabinet untuk tujuh hari. Saya harap perkara ini dapat diambil kira, membuat penyiasatan dalam hal ini dan meningkatkan paternity leave tambahan ini dari tiga hari kepada tujuh hari. Itu mustahak. Saya dengan Yang Berhormat Pokok Sena dan Yang Berhormat Kepong telah berjumpa dengan NGO- NGO di luar Parlimen semasa kita menerajui kerajaan. Kita telah bersetuju dan saya telah membawa kepada Kabinet dan pada prinsipalnya mereka telah bersetuju. Lagi satu pun Tuan Yang di-Pertua. Kalau pekerja-pekerja kerajaan dapat tujuh hari, apakah sebab pekerja-pekerja dalam swasta dapat tiga hari? I don’t understand the rationale. Kenapakah ada diskriminasi oleh kerajaan ini? Ini tidak masuk akal. Kedua adalah maternity leave. Sama juga, dari start kita hanya dapat itu 90 hari. Akan tetapi selepas saya membawa ke Kabinet dan juga perbincangan dengan pihak-pihak stakeholders telah meningkat kepada 98 hari tetapi saya nampak dalam bil ini hanya 90 hari. Saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh berbincang dan membawa amendments itu hari ini juga supaya rakyat Malaysia dapat menikmati apa yang dinikmati oleh kakitangan kerajaan. Saya hairan, tidak ada apa-apa disebut mengenai gig ekonomi, pekerja-pekerja gig. Semasa kita menerajui kerajaan, kita telah bersetuju bahawa apabila rang undang- undang ini diluluskan, kita akan membawa regulation supaya gig ekonomi ini akan disebut di sana dan part-time workers ataupun full-time workers, mereka akan dapat menikmati protection dalam hal ini. Dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, kita perlu ingat bahawa kes-kes di seluruh – banyak negara di mana menunjukkan bahawa pekerja-pekerja gig ekonomi ini, ia sebenarnya boleh dikatakan bukan part-time or contract for employers, contract for service, contract of service tetapi ada kes-kes yang menunjukkan ia adalah contract of
service di Australia baru-baru ini. Ini perlu dikaji dan diberi supaya adakah ia akan diserap di rang undang-undang ini selepas ia diluluskan. Mengenai pekerja asing juga. Gaji minimum. Adakah gaji minimum ini akan diimplementasikan dengan seberapa segera yang boleh yang dicadangkan RM1,500? Walaupun ada tentangan yang tertentu daripada majikan-majikan, kita tidak boleh terima tentangan tersebut. Semasa kita menerajui kerajaan, kita sudah bagi tahu kita akan meningkatkan gaji daripada RM1,000 ke RM1,100 ke RM1,200 dan tiap-tiap tahun RM100. Kalau itu telah dibuat, kita tidak ada masalah sekarang. Akan tetapi, kerajaan ini tidak mengikut – meningkatkan progresif wages. Kalau susah, adakah kerajaan boleh memberi subsidi dalam hal ini kepada majikan-majikan untuk mengatasi masalah ini kerana 25 persen peningkatan. Akhir sekali, e-wages Tuan Yang di-Pertua. E-wages kita pun ada memberitahu iaitu pembayaran gaji terus kepada pekerja. Soalan saya yang khusus adalah masalah masa dahulu.
Pekerja domestik yang kerja di rumah. Apakah kawal selia yang akan dibuat oleh kerajaan? Ini kerana itu trigger the moment gaji tidak dibayar, itu akan trigger mengatakan majikan ini tidak membayar. Apakah susulan tindakan yang akan diambil kerana ini sangat mustahak Tuan Yang di-Pertua. Ada ramai, kesian. Ada ramai orang pekerja asing dan pekerja dalam negeri yang bekerja, tetapi tidak dibayar gaji. Kita tiap-tiap bulan tanya atau tak tanya, dapat gaji. Betul atau tidak Tuan Yang di-Pertua? Lain orang yang pekerja swasta, tidak ada apa-apa protection untuk mereka. Walaupun kita ada undang-undang, yang mustahak adalah implementasikan, the enforcement must be increased. Ini adalah sedikit pandangan saya, rang undang-undang ini saya – I can go through the whole thing kerana ini went through the whole thing. Maybe at the committee stage saya akan debate. Terima kasih.
Yang Berhormat Ipoh Barat ini, minta laluan sedikit.
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Tak apa Yang Berhormat Tumpat, nanti you ada turn. Turn you ada di bawah ini nanti. Sekarang saya jemput...
Sekarang kalau boleh saya hendak...
Saya jemput Yang Berhormat Sungai Buloh. Sepatutnya Yang Berhormat Jempol, tetapi Yang Berhormat Jempol dikemudiankan sedikit, saya jemput Yang Berhormat Sungai Buloh. Silakan Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, memberi saya ruang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan untuk rang undang- undang ini yang bercadang untuk meminda Akta Kerja. Memang pindaan ini ada yang bagus, ada yang akan menambahbaikkan akta yang sedia ada. Akan tetapi pada masa yang sama, pindaan ini merupakan satu macam kita sudah terlepas — peluang yang penting telah dilepaskan, dengan izin missed opportunities dalam usaha ini untuk meminda akta yang penting ini. Saya hendak sebut beberapa perkara, tetapi sekali lagi saya tegaskan jaminan yang diberi tadi oleh kerajaan bahawa Jadual Pertama itu akan dipinda melalui kuasa Menteri, itu sangat penting ya. Jadi dengan itu, kita boleh sokong beberapa pindaan dengan jaminan itu di mana melalui pindaan kepada Jadual Pertama, skop akta ini akan diperluaskan kepada semua pekerja tanpa had berdasarkan jumlah gaji mereka seperti yang ada sekarang. Sekarang dihadkan kepada — ada yang gaji kurang daripada RM2,000 sebulan dan untuk tuntutan gaji sahaja, RM5,000 sebulan.
Baik, isu yang patut ditangani dalam pindaan ini yang tidak nampak langsung ialah isu kontraktor yang membekalkan buruh, kontraktor supplying labour, dengan izin. Ini merupakan masalah besar sebab di mana tempat kontraktor membawa buruh ini – itu tidak ada masalah. Dia membekal buruh kepada satu kilang atau satu ladang. Pembekalan itu mesti bertambah sana dan selepas dibekalkan buruh, pekerja itu mesti dijadikan pekerja bagi principal employer dengan izin, ataupun pemilik kilang ataupun pemilik ladang. Akan tetapi apa yang berlaku sekarang adalah salah guna amalan ini di mana buruh atau pekerja yang dibekalkan kekal sebagai macam pekerja kontraktor itu. Jadi mereka kerja di kilang, setiap hari pergi ke sana kerja berapa jam dan balik ke rumah, duduk di tempat masing-masing tetapi bukan pekerja di kilang itu, the main employer, the principal employer. Ini satu perlanggaran besar, amalan yang tidak baik dan menyumbang kepada eksploitasi pekerja-pekerja. Jadi, ini saya minta daripada kerajaan sebab tidak dibuat dalam pindaan ini dan sudah terlewat. Akan tetapi isu ini sangat penting dan wajib dilihat serta-merta dan cadangan untuk memansuhkan amalan ini dibuat. Ini sebab amalan membekal buruh ini telah ada disebut dalam akta ini dan sebab itu dibenarkan wujud. Isu yang kedua Tuan Yang di-Pertua, saya pun minta masa tambahan sedikit. Isu yang kedua yang kita tidak buat satu pindaan yang lengkap dan bagus ialah berkenaan dengan buruh paksa. Yang Berhormat Menteri pun di Dewan ini sudah berkata, kerajaan memang ada peruntukan tentang buruh paksa di mana kita sebut dua elemen di seksyen yang baharu. Juga, kerajaan berkata pindaan ini dibuat untuk selaraskan dengan piawaian antarabangsa khususnya ILO. Akan tetapi apabila kita lihat provision, peruntukan yang baharu, ada dua aspek buruh paksa iaitu ugutan dan kita hadkan pergerakan mereka. Itu sahaja, dua aspek ini yang disebut dalam pindaan ini. Padahal, Yang Berhormat Menteri ini mengakui dan beliau baca di dalam Dewan yang mulia ini, 11 ciri-ciri penting yang diiktiraf di peringkat antarabangsa yang merupakan aspek buruh paksa. Bila kita tahan pasport dan bila keganasan fizikal digunakan dan macam-macam, bila kita tahan gaji dan sebagainya. Akan tetapi semua itu walaupun diiktiraf oleh kerajaan, disebut secara nyata di sini oleh Yang Berhormat Menteri pada 4 Mac, maksudnya mereka tahu, Yang Berhormat Menteri tahu, kementerian tahu inilah inti pati buruh paksa. Jadi, kenapakah tidak huraikan semua 11 aspek ini ke dalam pindaan? Kita sebut dua sahaja dan kita kata kita buat atas nama selaraskan dengan piawaian antarabangsa. Ini bagi saya tidak nampak satu usaha yang cukup sempurna. Saya minta ini dikaji semua dan pindaan boleh dibuat kalau bukan hari ini, perlu dibuat secepat mungkin. Saya minta masa lagi.
Saya beri dua minit.
So, ini adalah isu-isu besar yang tidak dibuat secara sempurna. Ketiga adalah ini, saya alu-alukan penambahan cuti bersalin kepada 98 hari. Itu memang selaras dengan piawaian antarabangsa. Akan tetapi dalam aspek yang lain iaitu jam kerja untuk satu minggu di mana sekarang diperuntukkan 48 jam yang tidak selaras dengan piawaian-piawaian antarabangsa. Cadangan dibina ini adalah kurang daripada 45. Itu pun saya kurang faham Tuan Yang di-Pertua, sebab 45 ini tidak disebut dalam piawaian antarabangsa. Piawaian antarabangsa sudah berpuluh tahun sudah sebut, 40 jam. Memang benar kalau kita lihat hakikat amalan di negara kita, ramai memang menggunakan 40 jam. Akan tetapi kenapa pindaan ini tidak mencerminkan itu, apakah hakikat yang berlaku tidak mencerminkan piawaian antarabangsa seperti kononnya yang disebut dalam penjelasan rang undang-undang ini. Waktu kerja untuk satu minggu masih dikekalkan, masih disebutkan sebagai 45 jam. Ini adalah satu perlindungan yang lemah untuk pekerja dan saya minta itu dilihat semula dan boleh dibuat pindaan serta-merta. Tukar 45 kepada 40 sahaja. Senang sahaja dibuat dalam peringkat jawatankuasa. Tuan Yang di-Pertua, waktu pun sudah hampir habis, tetapi saya ada dua poin yang ringkas saya sebut...
Ya.
Untuk pekerja di Malaysia, bahagian GDP yang mereka dapat daripada gaji mereka ialah hanya 35.7 peratus. Jauh kurang daripada negara-negara yang lain, yang maju dan sebagainya. Kita patut tambahkan itu kepada 48 sekurang-kurangnya. Kerajaan mesti memikirkan jalan-jalan, cara untuk menambahkan itu. Tidak adil kalau pekerja Malaysia hanya masih menikmati 35 peratus daripada kekayaan di mana mereka juga menjanakan bersama majikan dan sebagainya. Jadi saya menyeru kepada kerajaan, buatlah pindaan kepada Akta Kerja secepat mungkin untuk menguatkan kesatuan sekerja seperti yang dicadangkan oleh Bank Negara Malaysia, Khazanah, banyak pertubuhan antarabangsa supaya pekerja juga boleh melalui kesatuan sekerja menuntut dan secara tegas untuk gaji yang lebih tinggi.
Baik, terima kasih.
Itulah cara untuk beri manfaat kepada mereka. Sekian, terima kasih.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Sungai Buloh. Seterusnya saya jemput yang delayed tadi, Yang Berhormat Jempol. Lima minit.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Keluarga Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang baik hati yang bijaksana lagi dikasihi. Rang undang-undang ini telah pun dibentangkan kerana terdapat keperluan untuk membela nasib para pekerja swasta di seluruh negara yang terdiri daripada pekerja tempatan dan juga asing.
Pada hemat saya, rang undang-undang ini memang perlu disegerakan dan diluluskan dengan sebulat suara supaya dapat meningkatkan perlindungan dan kebajikan pekerja. Oleh itu, syabas dan tahniah saya ucapkan kepada kerajaan yang bersungguh- sungguh untuk memastikan pekerja mendapat perlindungan dan faedah yang setara dengan piawaian perburuhan antarabangsa. Secara umumnya, saya menyokong segala pindaan di bawa oleh kerajaan pada kali ini namun terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan iaitu ‘cuti penalti’. Menerusi pindaan ini, kerajaan telah bercadang untuk memperkenalkan ‘cuti penalti’ selama tiga hari kepada suami untuk setiap kelahiran anak. Hal ini membolehkan para suami menjaga isteri dan anak yang baru bersalin serta menguruskan dokumen kelahiran. Saya menyambut baik perkara ini kerana ia adalah suatu yang perlu. ‘Cuti penalti’ ini telah lama dinantikan oleh kakitangan swasta di seluruh negara. Seingat saya satu petisyen yang pernah dilancarkan dan digalakkan oleh NGO iaitu Pertubuhan Pertolongan Wanita untuk mendesak kerajaan supaya melaksanakannya. Terima kasih saya ucapkan kepada kerajaan kerana mendengar keluh resah dan pertimbangan permintaan rakyat. Walau bagaimanapun, kakitangan awam dapat menikmati ‘cuti penalti’ selama tujuh hari berbezanya adalah selama empat hari. Soalan saya, mengapakah kelayakan ‘cuti penalti’ ini kakitangan swasta hanya dapat tiga hari dan bukan tujuh hari sebagaimana yang dinikmati oleh kakitangan awam. Pada pandangan saya, ‘cuti penalti’ ini hendaklah diselarikan supaya golongan pekerja di Malaysia mendapat keadilan yang saksama. Selain daripada itu, mewujud pada Fasal 23, seksyen 60FA... [Disampuk]
Pembetulan Yang Berhormat Jempol.
...kelayakan ‘cuti penalti’ ini dihadkan kepada lima... [Disampuk]
Ialah ‘cuti paterniti’. Bukan ‘penalti’.
Ya. Baik.
Paterniti.
Paterniti, ya. Sorry. Paterniti. Lima kelahiran tanpa mengambil kira bilangan isteri. Perkara ini menarik perhatian. Saya berharap agar perkara ini dipertimbangkan semula kerana ia menggambarkan bahawa kerajaan tidak menggalakkan kelahiran lebih ramai sesebuah keluarga. Bayaran upah – Seterusnya, berkaitan dengan pembayar upah yang mewajibkan majikan membayar gaji melalui akaun bank pekerja di institusi kewangan yang berdaftar. Pindaan kali ini sememangnya selari dengan perkembangan semasa menggalakkan kepada cashless society dan juga permodalan sistem perbankan. Saya menyambut baik cadangan ini kerana dapat memudahkan urusan kerajaan melalui Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia untuk membuat pemantauan dan penguatkuasaan. Walau bagaimanapun, sebelum mewajibkan perkara ini, kerajaan telah mengambil kira kekangan yang terdapat di kawasan luar bandar dan juga pedalaman. Umumnya, mengetahui keadaan penggajian menerusi bank akan merumitkan keadaan kakitangan swasta di luar bandar apatah lagi keadaan pembayaran gaji secara model e- wallet dan GrabPay dan sebagainya. Pada pandangan saya, cadangan ini tidak akan mencapai matlamat jika ia bakal menambah beban kakitangan swasta di luar bandar. Soalan saya, apakah kerajaan bercadang untuk memberi sedikit kelonggaran agar pembayaran gaji dilakukan tanpa melalui bank ataupun institusi kewangan? Sekiranya boleh, apakah syarat-syarat yang akan dikenakan oleh kerajaan terhadap majikan dan kakitangan swasta? Namun demikian, berhubung isu kegagalan majikan membayar gaji pekerja sama ada melalui bank ataupun sebaliknya, kerajaan tidak boleh berkompromi. Di kesempatan ini, saya ingin mencadangkan agar ia dijadikan sebagai kesalahan jenayah dan membolehkan majikan ditangkap dan dikenakan hukuman berat. Berhubungan cadangan untuk mengurangkan tempoh waktu bekerja setiap minggu daripada 48 jam kepada 45 jam. Saya menyambut baik dengan cadangan pindaan ini. Bagi menggalakkan work life balance perkara ini adalah amat wajar bagi mengurangkan tekanan berpunca daripada tempat kerja. Pengurangan ini juga selaras dengan amalan di negara-negara lain seperti di Singapore 44 jam, Australia 38 jam dan sebagainya. Walau bagaimanapun, tempoh yang dicadangkan masih jauh dengan saranan waktu kerja 1962 iaitu 40 jam seminggu. Namun, ia merupakan permulaan yang baik. Saya berharap agar kerajaan mengkaji perkara ini dari semasa ke semasa supaya kakitangan swasta mempunyai lebih banyak lebih masa luar waktu bekerja. Seterusnya, pengurangan tempoh bekerja sudah tentulah akan memberi kesan terhadap produktiviti dan juga prestasi sesebuah – ataupun majikan tersebut. Bagaimanakah kerajaan melihat perkara ini? Saya khuatir ia akan memberi kesan negatif kepada keadaan ekonomi negara. Selain daripada itu, adakah pengurangan tempoh kerja ini sudah dibincangkan terlebih dahulu bersama pihak majikan? Hal ini bagi mengelakkan wujudnya isu berbangkit terhadap kakitangan swasta yang dikurangkan gaji oleh majikan mereka dan sekiranya pihak majikan bertindak untuk mengurangkan gaji kakitangan swasta apakah tindakan kerajaan untuk mengatasi masalah tersebut?
Minta rumuskan Yang Berhormat. Rumuskan.
Selain daripada itu – sikit lagi. Selain daripada itu, perkembangan teknologi semakin maju dakan Revolusi Industri 4.0. Sebilangan besar rakyat berkecimpung dalam bidang gig ekonomi. Antara sektor popular pada hari ini ialah e-hailing dan p-hailing. Saya amat berharap agar individu yang menceburi bidang industri tersebut diiktiraf oleh kerajaan sebagai pekerja dan dilindungi dalam akta ini. Walau bagaimanapun, saya dapati pindaan ini tidak mempunyai sebarang peruntukan bagi melindungi kumpulan berkenaan. Secara logiknya, mereka juga merupakan pekerja dan mempunyai majikan yang perlu bertanggungjawab terhadap keselamatan dan juga kepentingan mereka. Jadi, dengan itu saya mencadangkan perkara ini dan menyokong Rang Undang- undang Kerja (Pindaan) 2021. Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikumsalam. Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Kuala Krai. Lima minit.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Akta Kerja (Pindaan) 2021. Pertama, Islam mengajarkan matlamat penciptaan manusia untuk menghambakan diri kepada Allah SWT. Semua perlakuan dan pekerjaan merupakan ibadah kepada Allah SWT seperti dalam al-Quran menyebut [Membaca sepotong ayat al- Quran], “dan ingatlah Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku.” Tuan Yang di-Pertua, perbahasan RUU Kerja (Pindaan) 2021 ini amatlah bertepatan. Bukan sahaja demi menjaga kebajikan rakyat malah ia juga sebagai langkah memulihkan semula ekonomi ekoran penularan wabak COVID-19. Oleh itu, saya pasti pindaan ini memberikan kesan yang baik bagi menjaga hak kesaksamaan untuk majikan dan juga pekerja di sektor swasta seperti mana hadis Nabi SAW diriwayatkan oleh al- Bukhari [Membaca sepotong hadis] ; “Berikan kepada seorang pekerja upahnya sebelum keringatnya kering”. Maksud hadis ini adalah bersegera menunaikan hak si pekerja setelah selesai pekerjaannya. Begitu juga, jika telah ada kesepakatan pemberian gaji setiap bulan. Tuan Yang di-Pertua, perkara pertama yang ingin saya sentuh berkaitan dengan Cuti Bersalin wanita bagi sektor swasta. Cuti bersalin selama 90 hari merupakan perkara biasa bagi wanita yang bekerja di sektor awam dan tempoh cuti 90 hari ini sangat wajar diberikan juga kepada para ibu yang bekerja di sektor swasta. Mungkin ada di kalangan majikan tidak bersetuju dengan pindaan terbaharu ini. Sesetengah majikan berfikir kerugian besar bagi mereka mengambil pekerja wanita atas faktor cuti bersalin dan gaji tetap berjalan seperti biasa. Akan tetapi, kita perlu ingat melahirkan seseorang merupakan salah satu pengorbanan nyawa bagi seorang wanita. Para majikan perlu melihat ini sebagai peluang bukan beban. Tambahan pula ia merupakan standard antarabangsa. Pemberian cuti ini selama 90 hari merupakan waktu yang baik bagi pekerja wanita rehat secukupnya dan waktu sepatutnya bagi ibu dan anak. Penjagaan psikologi para ibu dan anak sangat penting dan harus dititikberatkan. Faktor gaji juga tidak seharusnya dibahaskan berkaitan dengan cuti bergaji ini. Ini kerana, Cuti bersalin merupakan salah satu hak bagi pekerja. Sebagai rekod, negeri Kelantan telah melaksanakan Cuti Bersalin 90 hari ini sejak tahun 2010 lagi. Tuan Yang di-Pertua, perkara yang kedua mahu saya sentuh ialah mengenai cuti paterniti. Tujuh hari cuti bersalin bagi suami disokong 100 peratus bagi sektor kerajaan dan juga bagi sektor swasta. Tujuh hari bercuti bukan lah lama bagi para suami menyelesaikan beberapa perkara seperti surat beranak, MyKid dan pembelian beberapa perkara sebelum sambung bekerja seperti biasa. Cuti ini juga dapat membantu sedikit sebanyak psikologi ibu dan anak. Menurut laporan antarabangsa seperti Norway, Sweden dan lain-lain lagi, cuti bersalin bagi kaum bapa ini bukan isu baharu. Sehinggakan negara- negara ini memperuntukkan sekitar 14 hari cuti serta cuti yang boleh dikongsi sehingga 30 hari bagi kaum lelaki yang pilihan polisi gaji secara fleksibel.
Di Korea Selatan pula, pekerja lelaki dibenarkan mengambil cuti 10 hari selepas isteri mereka bersalin. Di Malaysia, sudah ada syarikat yang memulakan seperti CIMB dan IKEA Malaysia. Kedua-dua syarikat ini dikenali di Malaysia dan tidak menjadi masalah kepada mereka.
Maka, para majikan swasta tidak perlu bimbang kerana cuti bersalin bukan sahaja penting bagi kesihatan mental kaum lelaki, malah ia mustahak bagi perkembangan sesebuah syarikat kerana pekerja akan menjadi lebih fokus. Maka, cuti selama tujuh hari bukan sahaja layak dan wajib diberikan kepada kakitangan kerajaan sahaja, ia juga harus diberikan kepada mereka yang bekerja di sektor swasta. Saya ingin tanyakan, apakah syarat-syarat yang ditetapkan di bawah Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2021 bagi membolehkan seseorang pekerja lelaki layak untuk mendapat cuti paterniti? Terakhir, Tuan Yang di-Pertua, yang ingin saya sentuh ialah mengenai pekerja bukan warganegara. Peningkatan pekerja warganegara asing ini dapat dilihat tidak hanya di negara maju tetapi juga di negara-negara membangun. Akan tetapi, suasana ini perlu dikawal dengan sebaiknya oleh pihak kerajaan. Persoalan saya, apakah usaha kerajaan bagi menurunkan peratusan warga asing bekerja dan meningkatkan kadar peningkatan pekerjaan buruh kasar dalam kalangan warganegara Malaysia? Kebimbangan yang perlu diambil kira juga ialah pekerja bukan warganegara ini kini bukan lagi semata-mata menjadi pekerja tetapi mereka kini adalah tauke-tauke besar yang memiliki rangkaian perniagaan di seluruh negara. Kerajaan perlu melihat isu ini dengan lebih serius. Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja perbahasan saya dan saya mohon menyokong Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2021 pada tengah hari ini. Terima kasih. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Pokok Sena.
Baik. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua untuk beri peluang kepada saya untuk terlibat dalam perbahasan pindaan Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2021 ini. Secara umumnya, tidak ada bantahan daripada pihak kami kerana kami sendiri yang terlibat dalam merangka apa yang telah pun dibentangkan pada hari ini. Cuma, tidak sempat kerana berlaku ‘Langkah Sheraton’. Akhirnya, tidak ada kesempatan untuk pembentangan tersebut dibuat pada Mac 2020. Jadi, hari ini kita dapat melihat satu pembentangan yang akan memberikan satu kelegaan ataupun nafas baharu kepada sektor pekerjaan dalam negara kita. Cuma, walaupun kita belum sempat untuk mengkaji ataupun membuat satu pentakrifan baharu tetapi saya fikir sudah sampai masanya sekarang ini untuk meminda akta ini lagi ialah untuk memberikan tafsiran baharu kepada maksud ‘pekerja’ kerana kita telah pun mengalami gelombang baharu gig economy ini iaitu pekerja-pekerja dalam industri gig ini yang masih lagi tidak diiktiraf sebagai pekerja. Jadi, mereka tidak diberikan perlindungan di bawah Akta Kerja ini. Jadi, sudah sampai masanya untuk Akta Kerja ini untuk membuat pindaan kepada membuat tafsiran baharu kepada erti ‘pekerja’. Iaitu kepada semua jenis pekerjaan yang memberikan faedah kepada syarikat mestilah ditafsirkan sebagai pekerja. Ini akan membolehkan mereka yang terlibat dalam sektor pekerjaan gig ini akan diberikan pelindungan di bawah Akta Kerja ini. Ini saya fikir sudah sampai untuk pihak kerajaan dan pihak Kementerian Sumber Manusia untuk bawa kepada Kabinet bagi mendapatkan satu persetujuan untuk membuat pindaan ini. Keduanya yang saya hendak dapatkan penjelasan daripada pihak kerajaan ialah berkaitan dengan soal penempatan pekerjaan ini. Kita ada 700,000 lebih pencari kerja yang berdaftar dengan kerajaan sekarang ini. Lebih daripada 700,000 orang. Jadi, bagi saya bahawa apa program-program yang dibuat ke arah untuk memastikan supaya― 700,000 orang ini adalah warganegara. Ini adalah warganegara. Untuk memastikan supaya mereka benar-benar untuk mendapat peluang penempatan pekerjaan.
Walaupun diumumkan baru-baru ini lebih daripada 500,000 orang yang telah pun diberikan penempatan, cuma saya hendak minta detail-nya ialah 500,000 itu daripada segi sektor mana? Dalam 500,000 orang itu daripada warga-warga tempatan ini. Juga, daripada syarikat-syarikat mana? Sebab, ini apabila kata 500,000 orang, bermakna bahawa kita sudah tinggal 200,000 orang lagi pencari kerja. Akan tetapi, di dalam Kementerian Sumber Manusia itu masih mencatat pencari kerja kita ini ada 700,000 orang. Jadi, ini yang saya persoalkan. Di mana 500,000 orang yang telah pun diberikan penempatan pekerjaan yang akhirnya akan mendapat perlindungan di bawah Akta Kerja? Ketiganya ialah berkaitan dengan masalah pengambilan pekerja asing. Dulu semasa kita menghadapi pandemik COVID-19, banyak cadangan dan pandangan mengatakan bahawa inilah masanya untuk kita mengurangkan pekerja asing bagi membolehkan pekerja tempatan ini masuk dalam sektor pekerjaan. Jadi, saya hendak minta bahawa apakah langkah-langkah yang dibuat untuk ke arah memastikan supaya pekerja dalam negara kita, warganegara kita ini mempunyai minat untuk bekerja? Saya tidak boleh menerima bahawa orang mengatakan bahawa kerja dalam sektor 3D ini rakyat Malaysia ini tidak berminat. Saya ambil contoh ya. Dulu semasa kita membuka FELDA― ini kerja berat ini, kerja berat. Sebelum daripada Bilut ialah Felda Guar Napai. Guar Napai itu ialah mereka membuka, orang pergi punggah terus. Pergi tebang pokok dan sebagainya. Maknanya masyarakat Malaysia ini mempunyai keturunan yang bersedia untuk kerja-kerja berat. Kerja berat. Jadi, macam mana kita harus kempen ke arah untuk mereka mendapat kerja berat? Pertama ialah soal gaji, gaji minimum, soal kebajikan yang lainnya yang mesti dilihat penempatan perumahan dan sebagainya yang perlu disediakan secukupnya kepada pekerja-pekerja khususnya pekerja-pekerja tempatan ini untuk membolehkan mereka memasuki pasaran pekerjaan. Sekarang ini, apabila orang― saya minta tambah sikit ya. Apabila syarikat- syarikat hendak minta membawa masuk pekerja asing dalam negara kita, mereka mesti iklankan dulu. Iklan kekosongan pekerja untuk membolehkan pekerja tempatan ini membuat permohonan dalam satu tempoh tertentu. Akan tetapi, saya lihat bahawa tidak nampak setakat hari ini kempen yang bersungguh-sungguh ke arah untuk menggalakkan pekerja tempatan ini memasuki pasaran-pasaran pekerjaan. Jadi, kita kena kempen. Mesti kita lahirkan ikon pekerja tempatan. Ikon pekerja tempatan, impian saya daripada dulu ialah pekerja OKU yang mesti diangkat sebagai ikon kepada pekerja tempatan. Maknanya supaya kita tanam dalam pemikiran masyarakat kita ini bahawa OKU boleh bekerja dalam berbagai-bagai sektor, kenapa orang yang sempurna sifatnya tidak boleh masuk dalam sektor yang dianggap terasing kepada OKU- OKU ini. Jadi, ini yang seharusnya kita angkat. Akhir sekali yang saya hendak sebut ialah berkaitan dengan soal pertindihan antara kementerian KSM dengan kementerian KDN ini. Saya bersetuju bahawa supaya masalah kemasukan pekerja asing ini supaya dikendalikan sepenuhnya oleh KSM. Akan tetapi, ada juga isu-isu yang berbangkit dan tersebar sekarang ini bagaimana Yang Berhormat Menteri KSM bersama dengan pengendali, orang yang menyediakan sistem FWCMS di Dubai baru-baru ini. Saya pun hairan juga, macam mana Yang Berhormat Menteri boleh ada. Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak ada lah. Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak ada. Kawan saya. Jadi, dilihat orang-orang sebar gambar ini. Jadi, menunjukkan bahawa seolah-olahnya orang yang membangunkan sistem FWCMS ini seolah-olahnya begitu rapat dengan Yang Berhormat Menteri. Sedangkan kita sudah ada sistem ePPAx sebelum itu. ePPAx yang lebih baik daripada sistem baharu ini dan lebih mesra dengan kliennya. Banyak syarikat yang merungut sistem yang baharu ini menyulitkan mereka, apatah lagi sistem yang baharu ini mengenakan, setiap pekerja apabila diluluskan, RM100. Sedangkan ePPAx dulunya ialah percuma. Yang Berhormat Timbalan Menteri, percuma. Tidak dikenakan bayaran. Dan ePPAx telah pun dibangunkan, kemudian diseliakan dengan peruntukan RM10 juta. Tiba-tiba sekarang yang kita bangun
dibekukan, disejukkan dan kita gunakan sistem yang dibangunkan oleh syarikat pengendali ini yang dia sendiri yang hendak bawa masuk pekerja-pekerja asing. Jadi, sebab itu dilihat Yang Berhormat Menteri bersama dengannya bercuti di Dubai dan sebagainya. Kemudian, hadiah kek hari jadi dan sebagainya. Ini, saya agak ragu dan ini menjadi bualan kepada publik.
Jadi sebab itu, saya minta supaya pihak Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak boleh hendak atasi bos dia, dia tidak boleh hendak jelaskan perkara tersebut. Yang Berhormat Menteri kena memberikan penjelasan supaya menghilangkan segala persepsi yang buruk. Sekarang ini, persepsi ini sangat-sangat buruk sebab orang kata pergi kepada KDN pun sapu juga pekerja asing, masuk KSM pun sapu juga pekerja asing. Jadi, masing-masing jual manusia. Wow! Maknanya, berniaga orang lebih untung daripada berniaga yang lain. Jadi, saya mohon penjelasan ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Kuala Langat. Lima minit.
Kuala Langat hendak ambil bahagian dalam pindaan Akta Kerja 2021 yang sepatutnya adalah meminda Akta Kerja 1955. Mula-mula saya hendak ucapkan tahniah dan syabas kepada kementerian untuk bawa satu akta yang penting bukan sahaja untuk pekerja-pekerja di dalam negara kita tetapi untuk Malaysia keseluruhannya. Akta ini lamalah kita telah tunggu untuk di-table- kan di Parlimen dan sekarang kita nampak butir-butiran yang tetap atas akta ini. Ada beberapa isu yang saya hendak bangkitkan dengan akta ini. Satu, saya hendak bertanya adakah kementerian telah buat kajian di atas bila kita luluskan akta itu, the cost of doing business dalam negara kita akan ada peningkatan? Oleh sebab dalam akta ini kita telah buat beberapa pertukaran yang penting untuk pekerja-pekerja di bawah tetapi pada masa yang sama, ini ada sedikit kos kepada syarikat-syarikat dan juga kepada kilang-kilang dan juga kepada industri di dalam negara kita dan disebabkan ini saya minta kementerian. Ini penting, bukan sahaja Kementerian Sumber Manusia tetapi Kementerian Kewangan dan Kementerian Dalam Negeri pun kena mainkan peranan yang besar atas isu ini untuk masa depan negara kita. Lagi satu isu penting yang kita kena bincangkan dan ada ramai yang telah sebutkan di Parlimen sekarang ialah tentang isu forced labour ini. Saya hendak bangkitkan isu ini Tuan Yang di-Pertua, sebab saya nampak perkara forced labour ini dipaksakan di atas Malaysia ini oleh negara-negara yang maju. Sebelum ini tidak ada perkataan forced labuor yang dibangkitkan tetapi beberapa tahun ini saya nampak bahawa Malaysia ini ialah satu-satunya negara yang boleh dikatakan yang diambil sebab isu forced labour. Apakah forced labour, Tuan Yang di-Pertua? Forced labour ini dimulakan dengan Amerika Syarikat sebab ada seorang individu NGO yang pergi ke kilang-kilang interview seorang, dua orang ada masalah dan selepas ini jadi isu dibawa balik kepada negara- negara masing-masing dan kita telah dijatuhkan di dalam Tier 3. So, saya minta kerajaan melalui kementerian untuk kaji balik dan kita kena ada perbincangan yang serius di antara negara-negara ini yang bawakan isu forced labour kepada kita. Saya hendak kata isu forced labour ini bukanlah di Malaysia tetapi di negara- negara maju pun ada juga isu forced labour tetapi tidak ada orang yang membangkitkan isu ini dengan mereka. Saya minta sangat untuk Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri bila berjumpa dengan Duta Amerika, Duta UK dan sebagainya untuk bawa perkara ini, untuk kita tahan negara kita atas isu forced labour ini. Oleh sebab kita
sekarang di dalam satu situasi di mana negara kita ialah largest supplier katakan contohnya gloves dan juga kelapa sawit. Ini ada kepentingan sekarang dengan apa yang kita nampak peperangan antara Ukraine dengan Rusia ini. Kita kena mainkan peranan yang besar untuk negara kita untuk masa akan datang. Lagi satu yang saya hendak katakan dalam akta ini tidak sebut tentang gig economy juga. Ini satu-satunya ekonomi baharu di mana saya nampak ramai pemuda- pemuda kita terlibat dalam gig economy ini. Saya minta kerajaan untuk bagi tumpuan kepada anak-anak muda kita ini yang suka untuk masuk di dalam business ini di dalam gig economy . Kita mesti kena bagi sedikit kelonggaran ataupun kita kena adakan protective measures untuk orang-orang yang kerja di bawah gig economy ini pada masa yang akan datang. Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua bagi saya sedikit masa.
Ya.
Isu e-wages ini saya faham bahawa kita hendak kembali kepada satu taraf di mana ada satu cashless society dan sebagainya. Akan tetapi kita kena faham juga ramai pekerja dalam industri ini yang pertamanya ialah informal workers ini yang kerja di bawah ini ramai yang tidak ada akaun, tidak boleh baca, tidak tahu menggunakan handphone ataupun tidak ada akaun bank pun. Kita kena ambil perhatian dengan orang-orang ini. Kita hendak buat sesuatu. Society kita sekarang ialah satu aging society. Kita ada ramai, lebih dari 15 peratus daripada penduduk dalam Malaysia, lebih dari 60 tahun dan akan ada lebih lagi pada masa yang akan datang di mana kita akan nampak lebih ramai orang yang aged society dalam negara kita ini. Oleh sebab itu saya hendak minta kementerian untuk bagi tumpuan kepada isu e-wages ini. Macam mana kita hendak atasi masalah orang-orang yang tidak ada kemahirannya, ataupun tidak ada pendidikan ataupun dia di luar bandar? Macam mana kita hendak atasi masalah ini bersama dengan mereka tetapi pada masa yang sama kita hendak majukan kehidupan mereka dan kita kena meningkatkan taraf hidup mereka dengan mengadakan gaji minimum dan sebagainya. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri yang telah umumkan bahawa gaji minimum RM1,500 akan dilaksanakan pada bulan Mei ini. Ini satu yang saya tunggu lama dan syabas kepada Perdana Menteri untuk lakukan ini. Kita kena bersama- sama pastikan bahawa ini akan menjadi satu isu baharu atau satu perkara baharu dalam negara kita. So, dengan ini Tuan Yang di-Pertua saya sokong rang undang-undang ini sebab ini adalah permulaan. Kalau ada pindaan yang kita kena buat kita boleh buat demikian tetapi untuk masa sekarang kita terima undang-undang ini sebagai satu permulaan. Selepas itu kita boleh ketatkan lagi undang-undang ini pada masa yang akan datang. Saya sokong undang-undang ini.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Papar. Lima minit sebelum kita berhenti rehat. Sila Yang Berhormat Papar.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Bismillahi Rahmani Rahim. Kopivosian. Sebelum saya meneruskan membahaskan tentang rang undang-undang ini saya ingin menyampaikan keluhan guru-guru yang berjauhan dengan pasangan iaitu pasangan jarak jauh (PJJ). Ini berlaku kepada guru-guru di Sabah dan juga di P.175 yang baru dilantik selepas menamatkan latihan guru interim masih tidak dapat dipindahkan mengikut tempat suami bertugas. Kekecewaan guru-guru berkenaan boleh menjadikan tekanan kepada guru-guru ini yang terpaksa berjauhan dengan suami dan keluarga. Jika ini tidak dapat diselesaikan maka akan terjadi pula masalah lain seperti masalah kemurungan guru-guru berkenaan. Kita faham-fahamlah kalau keluarga, suami dan isteri berjauhan.
Jadi, ini adalah merupakan salah satu daripada diskriminasi yang ada pada pekerja- pekerja. Jadi Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan diskriminasi tempat kerja dan diskriminasi pencari kerja. Perkara 8 dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 telah melarang segala bentuk diskriminasi terhadap sesiapa atas dasar agama, bangsa, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam pelantikan apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang- undang yang berkaitan. Kenapa tiada perundangan berasingan berkenaan pembayaran gaji sama rata dalam undang-undang buruh di Malaysia? Misalnya, kita sudah diumumkan oleh Perdana Menteri berkenaan dengan gaji minimum RM1,500. Saya berharap ia mesti dilaksanakan secepat mungkin kerana ramai di antara pekerja-pekerja ini yang susah menangani kelangsungan hidup mereka seperti guru-guru, pembantu guru-guru KAFA dan pembantu guru-guru KEMAS. Mereka ini harus diberikan perhatian yang sewajarnya seperti pepatah dengan izin, “You give me peanuts, I give you monkey”. Hari ini kita dibentangkan dengan seksyen baharu, seksyen 69F yang memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Jabatan Buruh untuk menyiasat pertikaian yang berlaku di antara majikan dan pekerja mengenai diskriminasi. Walau bagaimanapun, terma diskriminasi tidak ditakrifkan. Saya mencadangkan agar kerajaan memasukkan definisi diskriminasi. Tuan Yang di-Pertua, saya kecewa apabila mengetahui bahawa RUU ini tidak melindungi pencari kerja yang sering kali di diskriminasi. Bukan lagi satu rahsia bahawa masih terdapat banyak majikan yang mendiskriminasikan pencari kerja berdasarkan bangsa malah juga berasaskan kepada jantina, agama, ketidakupayaan, status perkahwinan, kehamilan dan bahasa. Banyak contoh yang berlaku. Banyak aduan yang diterima. Namun hasilnya tidak ke mana-mana kerana kita tiada peruntukan khas untuk mengendalikan perkara ini. Justeru, saya memohon kepada kerajaan untuk menjelaskan mengapa frasa pencari kerja tidak dimasukkan dalam kategori diskriminasi dalam seksyen 67F? Adakah kerana sukar untuk membuktikan terdapat diskriminasi ke atas pencari kerja? Jadi apakah usaha kerajaan bagi menyelesaikan isu ini? Tuan Yang di-Pertua, walaupun Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menetapkan 98 hari untuk cuti bersalin, saya menyambut baik langkah kerajaan dengan melanjutkan cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari. Namun, saya khuatir sekiranya seksyen 37A yang membenarkan wanita yang tidak layak mendapat gaji cuti bersalin untuk kembali bekerja disalahgunakan oleh majikan untuk memaksa mereka bekerja awal dari yang sepatutnya. Saya mohon agar kerajaan memberi penjelasan dan mengambil perhatian mengenai perkara ini. Berkenaan dengan pemansuhan seksyen 44A saya mohon penjelasan mengapa seksyen ini yang bertujuan untuk memanjangkan faedah bersalin kepada semua pekerja wanita tanpa mengira pendapatan dimansuhkan. Adakah selepas ini faedah bersalin hanya terpakai kepada pekerja wanita yang berpendapatan rendah? Apakah justifikasinya dan mekanismenya yang diguna pakai untuk menentukan mereka yang layak atau tidak berdasarkan jumlah pendapatan? Tuan Yang di-Pertua, tanggungjawab menjaga dan membesarkan anak perlu dipikul sama rata antara suami dan isteri. Adalah amat penting golongan bapa diberi ruang dan peluang yang diperlukan bagi menjalankan tanggungjawab ini demi keharmonian sebuah institusi keluarga. Justeru, pengenalan tiga hari cuti paterniti ini satu tindakan yang baik. Walaupun begitu, sebagai perbandingan, Filipina dan Singapura membenarkan cuti paterniti bergaji selama dua minggu. Indonesia walaupun hanya sekadar dua hari cuti bergaji kepada pekerja swasta. Namun pekerja sektor kerajaan menerima cuti satu bulan penuh. Malah, negara Myanmar yang serba kekurangan pun memberikan 15 hari cuti paterniti dibayar. Sehubungan dengan itu, saya ingin mencadangkan agar cuti paterniti ini ditingkatkan daripada tiga hari kepada tujuh hari sepertimana yang diberikan kepada
penjawat awam. Langkah ini memberi mesej bahawa penjagaan anak adalah tanggungjawab bersama dan perubahan kepada norma sosial akan membantu wanita kekal dalam tenaga kerja. Akta 1955 sekarang tiada peruntukan kenaikan tahunan mengikut kadar inflasi. Indeks Harga Pengguna dan tahap ekonomi negara untuk memastikan majikan menaikkan gaji pekerja setiap tahun. Justeru, saya bersetuju dengan cadangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia, sudah tiba masanya Akta 1955 dipinda dan dimasukkan ke dalam perjanjian polisi kenaikan gaji pekerja.
Minta rumuskan.
Ya. Sedikit lagi. Saya juga ingin menyoal berkenaan dengan apakah justifikasi waktu bekerja normal dikurangkan daripada 48 jam seminggu kepada 45 jam seminggu? Tidakkah cadangan ini akan menjejaskan produktiviti pekerja? Adakah pihak kementerian telah mengadakan libat urus dengan semua pihak yang berkepentingan? Saya mohon penjelasan mengenai aspek ini. Seterusnya, dalam pindaan RUU ini, seksyen 60K yang menyebut majikan tidak boleh menggaji pekerja asing melainkan setelah mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Buruh dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak lebih lima tahun. Apakah rasionalnya penetapan ini dibuat dan apakah mekanisme pemantauan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan demi apa kata orang ‘walk the talk’, dengan izin. Saya dengan ini menyokong RUU ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Papar. Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis berhenti rehat dan disambung semula jam 2.30 petang. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.06 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan selamat tengah hari. Kita sambung perbahasan rang undang-undang ini dengan saya menjemput Yang Berhormat Tebrau. Silakan 5 minit Yang Berhormat Tebrau.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kementerian Sumber Manusia yang berjaya menggubal pindaan kepada Akta Kerja 1955 supaya manfaat-manfaat pekerja dapat ditingkatkan selaras dengan apa yang telah dilaksanakan di negara maju. Dengan kelulusan RUU ini yang saya jangka mesti disokong oleh semua Ahli-ahli Parlimen, banyak kelemahan di bawah akta tersebut dapat ditambah baik. Walau bagaimanapun pelaksanaan pindaan-pindaan di dalam RUU ini sudah pasti akan meningkatkan kos operasi majikan atau entiti-entiti perniagaan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, sudahkan sesi penglibatan awal antara kementerian dengan semua pemegang taruh atau stakeholders diizinkan, diadakan sebelum penggubalan RUU ini? Saya juga ingin tahu berapa sesi diadakan dan adakah ia melibatkan pemegang taruh di semua negeri. Saya juga minta Yang Berhormat Menteri memberi jawapan apakah respons mereka terhadap cadangan-cadangan dan adakah pindaan muktamad telah mengambil pandangan-pandangan pemegang taruh. Juga di pihak kerajaan, adakah peningkatan kos operasi dan kesannya terhadap ekonomi telah dinilai secara terperinci?
Tuan Yang di-Pertua, walaupun pada hakikatnya kerajaan telah mewujudkan kaedah-kaedah untuk mengambil pekerja asing, ada ramai majikan khususnya di industri servis dan pertanian yang selama ini mengalami kesukaran untuk mendapatkan permit kerja, jadi mereka masih mengambil pekerja tanpa izin atau PATI sebagai pekerja. Ini disebabkan PATI sudi bekerja masa panjang dan sudi menerima gaji yang rendah. Jadi soalan saya adalah macam mana kementerian akan memastikan pindaan- pindaan yang dilakukan khususnya pindaan yang memerlukan majikan mendapatkan kelulusan awal Ketua Pengarah tidak menjejaskan keadaan yang sudah teruk buat masa ini oleh sebab rakyat Malaysia masih tidak mahu kerja yang dikategorikan sebagai 3D iaitu dirty, difficult dan dangerous. Tuan Yang di-Pertua, saya khuatir keperluan kelulusan awal Ketua Pengarah sebelum mengambil seseorang pekerja asing akan mengakibatkan peningkatan kes rasuah oleh sebab majikan yang gagal mencari pekerja asing yang layak diberi permit kerja akan menyuapkan pegawai penguat kuasa. Ini akan buat kos operasi meningkat tetapi hasil kerajaan tidak meningkat sesen pun. Masalah ini tidak mudah diselesaikan dalam jangka masa pendek. Ekonomi negara perlu berkembang sehingga gaji minimum bagi pekerja berkategori 3D sudah meningkat sehingga rakyat Malaysia sudi mengisi kekosongan pekerjaan jenis ini. Tuan Yang di-Pertua, pindaan yang memasukkan seksyen 101C selepas seksyen 101B akan menghapuskan insiden majikan mengelak tanggungjawab mereka daripada keperluan untuk mencarum kepada KWSP dan PERKESO oleh sebab majikan sengaja mengambil perlu tanpa kontrak atau sebagai pekerja kontrak. Saya memohon bahawa pelaksanaan pindaan ini dipantau dengan baik dan satu pelan tindakan dirangka supaya semua majikan dapat diperiksa dalam setiap dua tahun untuk memastikan majikan- majikan mematuhi semua peruntukan KWSP dan PERKESO serta semua peruntukan yang baharu yang menggubal di dalam RUU ini. Itu sahaja daripada saya dan saya sudi menyokong RUU ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Yang Berhormat Kulai, silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua untuk mengizinkan saya untuk turut mengambil bahagian untuk membahas rang undang- undang satu akta untuk meminda Akta Kerja 1955. Saya rasa dalam rang undang-undang pindaan ini ada banyak tambah baik terhadap Akta Kerja tetapi saya rasa amat kecewa kerana dalam pindaan di hadapan kami sekarang, tidak mengambil penting atau tidak mengambil berat tentang keperluan ibu-ibu bekerja khasnya untuk mereka yang perlu menyusukan anak mereka melalui susu badan. Kalau kita lihat Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2006 menunjukkan bahawa peratusan ibu yang menyusukan sendiri anaknya sehingga empat bulan adalah 19.3 peratus sementara sehingga enam bulan adalah 14.5 peratus, jauh lebih rendah daripada kadar global iaitu pada 38 peratus. Menurut laporan itu lagi, kajian mencadangkan bahawa penurunan mendadak selepas dua bulan itu disebabkan kesan daripada sekembalinya wanita ke tempat kerja. Menurut tinjauan tersebut juga, ibu-ibu yang bekerja buat keputusan untuk hentikan untuk menyusui anak-anak mereka melalui susu badan adalah kerana 89.1 peratus golongan ibu rasa sangat susah untuk mencari masa untuk mengepam atau memerah susu di tempat kerja.
Pada masa yang sama, 46.6 peratus ibu rasa susah untuk mereka cari tempat untuk simpan susu badan mereka. Pada masa yang sama juga, ada 44.7 peratus punya golongan ibu rasa di tempat kerja mereka susah untuk mereka cari bilik laktasi. Justeru itu, saya rasa sudah tiba masa untuk negara kita mencontohi negara-negara yang lain seperti Amerika Syarikat, Belanda dan juga Filipina untuk menambah baik rang undang-
undang kita untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh ibu-ibu yang menyusu anak mereka. Di Amerika Syarikat, awal-awal pada tahun 2010, telah buat pindaan kepada rang undang-undang mereka, mewajibkan majikan untuk menyediakan atau peruntukkan masa rehat yang sesuai untuk pekerja supaya mereka boleh mengepam susu badan untuk anak mereka selepas setahun kelahiran anak tersebut. Majikan juga perlu menyediakan tempat selain tandas untuk golongan ibu tersebut. Di Filipina, bukan sahaja mereka mewajibkan majikan menyediakan bilik laktasi, namun juga tempoh laktasi untuk pekerja mereka selain daripada waktu rehat. Untuk dalam tempoh masa lapan jama bekerja, majikan perlu membekalkan atau memperuntukkan 40 minit untuk golongan ibu untuk memerah susu. Ini adalah rang undang-undang di Filipina sejak tahun 2009. Bukan itu sahaja, undang-undang Belanda juga mempunyai peruntukan yang serupa. Majikan di Belanda juga diwajibkan menyediakan bilik laktasi yang sesuai untuk sembilan bulan pertama dan membenarkan 25 peratus waktu kerja digunakan untuk tujuan tersebut. Selepas itu, majikan masih perlu memastikan keadaan yang sesuai, namun tidak lagi perlu membayar gaji untuk tempoh penyusuan. Justeru itu, saya rasa kalau kita memang hendak meningkatkan lagi peratusan tenaga kerja wanita di negara kita, ini fasiliti ataupun peruntukkan tentang untuk melindungi hak ibu-ibu bekerja untuk terus menyusu anak mereka dengan susu badan, itu adalah sangat penting. Jadi, saya rasa amat kecewa kerana akhirnya kita nampak satu pindaan terhadap Akta Kerja ini, tetapi Akta Kerja ini tidak mengambil kira keperluan golongan ibu menyusu ini. Jadi, saya harap Menteri dan juga Timbalan Menteri yang berkenaan boleh ambil perhatian dan pastikan bahawa hak dan juga kepentingan ibu, breastfeeding mothers ini semua juga dilindungi. Sekian sahaja, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kulai. Yang Berhormat Setiu, silakan.
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua. Selamat tengah hari. Sebelum itu, isu Peraturan Mesyuarat. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak berkesempatan untuk - peraturan yang saya merujuk adalah 36(12), kenyataan yang mengelirukan Dewan atau menghina Majlis. Lanjutan daripada usul yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Damansara di mana Tuan Yang di-Pertua telah menyatakan bahawa perkara ini sebelum dirujuk kepada jawatankuasa, telah dibawa kepada perhatian Yang Berhormat Pekan dan Yang Berhormat Pekan telah diberi peluang untuk menjelaskan perkara tersebut. Maklumlah - saya percaya Tuan Yang di-Pertua sedia maklum bahawa ketika itu kita masih lagi hangat semasa Pilihan Raya Negeri Johor dan Tuan Yang di-Pertua telah memberi peluang saya percaya sehingga minggu lalu untuk Yang Berhormat Pekan memberi penjelasan.
Ya.
Saya membangkitkan perkara ini kerana bila saya tidak hadir di Dewan pada minggu yang lalu, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua saya telah dikuarantin, saya telah meneliti dan menuruti perkembangan persidangan Dewan. Saya percaya kalau tidak silap saya Yang Berhormat Pekan tidak hadir. Kedua juga, tidak ada memberi sebarang penjelasan atas perkara ini. Saya juga melihat ketegasan Tuan Yang di-Pertua dalam mengawal persidangan Dewan terutamanya ketika Yang Berhormat Batu Gajah dan Yang Berhormat Ipoh Barat ingin mempersoalkan perkara-perkara mengenai MITRA dengan Menteri Perpaduan Negara. Saya menghormati ketegasan Tuan Yang di-Pertua. Dalam perkara yang sama, konteks yang sama, di manakah ketegasan Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan penjelasan yang sepatutnya diberikan oleh Yang Berhormat Pekan?
Ya, biar saya jawab. Saya jawab ya. Terima kasih. Saya sebenarnya mendapat penjelasan tersebut pada hari dan tarikh dan masa yang ditetapkan
iaitu sebelum pukul 10 pagi, hari Selasa. Saya telah teliti penjelasan tersebut, ia agak tebal. Saya telah pun duduk dengan Yang Berhormat Damansara mengenai penjelasan yang diberikan. Saya pun telah memberikan masa sedikit kepada Yang Berhormat Damansara untuk menjawab penjelasan-penjelasan tersebut. Penjelasan juga telah diberikan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan seperti yang saya pinta. Semua ini telah saya beri – saya akan beri salinan kepada Yang Berhormat Pekan dan juga Yang Berhormat Damansara supaya mereka tahu apa yang diperkatakan dan setelah mendapat jawapan dari Yang Berhormat Damansara itu, saya akan membuat keputusan. Perkara ini agak rumit kerana ia melibatkan fakta-fakta dan butiran-butiran yang agak detil dan spesifik dan terpaksa betul-betul saya perhatikan sama ada apa yang diperkatakan itu mengelirukan atau tidak. Ya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas makluman itu.
Ya.
Akan tetapi, satu lagi persoalan saya...
Ya.
Saya menunggu Tuan Yang di-Pertua memberi maklum balas tentang perkara ini. Sebagai seorang peguam juga yang tersohor, Tuan Yang di-Pertua juga boleh mengesahkan bahawa satu hari selepas Yang Berhormat Pekan berbahas mengenai perkara ini, Yang Berhormat Bagan telah bertanyakan soalan-soalan kepada Menteri Kewangan.
Ya.
Di mana Menteri Kewangan telah memberi jawapan yang sekali gus menunjukkan dengan jelas kepada Dewan yang mulia ini bahawa apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Pekan itu adalah tidak benar.
Ya.
Jadi, bukankah sepatutnya perkara ini dirujukkan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan?
Ya, boleh...
Itu adalah persoalan saya.
Baik, okey. Sebenarnya kalau kita perhatikan apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Pekan semasa perbahasan beliau, perkataan- perkataan yang digunakan itu adalah tertentu, spesifik. Beliau tidak menyatakan bahawa hutang 1MDB tidak dibayar. Beliau menyatakan bahawa hutang prinsipal 1MDB tidak dibayar. Jadi, jawapan – ini saya tidak mahu buat keputusan secara melululah ya. Akan tetapi jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan keesokan hari ke atas pertanyaan yang dibuat oleh Yang Berhormat Bagan, mengatakan bahawa negara kita telah membayar faedah dan prinsipal akan hanya terbayar pada bulan Mei apabila matangnya bon yang pertama. So, itu ada dia punya percanggahan di mana Yang Berhormat Pekan kata hutang prinsipal tidak dibayar dan Yang Berhormat Menteri Kewangan juga mengatakan bahawa kita sudah bayar faedah prinsipal, cuma bulan Mei ini. Itu masalah saya. Itulah sebabnya saya sudah duduk dengan Yang Berhormat Damansara untuk memberitahu beliau apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Pekan dan beliau perlu menjawab sebelum saya membuat keputusan. Ya.
Tuan Yang di-Pertua, saya akan mengambil maklum balas ini dan merujuk perkara ini kepada Yang Berhormat Damansara. Terima kasih.
Ya, terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Yang Berhormat Setiu, silakan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Membaca selawat] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada Setiu untuk sama-sama membahaskan Rang Undang- undang Kerja 1955 (Pindaan) 2021.
Tuan Yang di-Pertua, secara asasnya, Islam menyeru penganutnya agar bekerja dalam meneruskan kehidupan seharian. Malah bekerja juga menjadi satu tuntutan dalam Islam seperti mana sabda Nabi SAW... [Membaca sepotong Hadis] Maksudnya, “Sesiapa yang mencari dunia yang halal untuk menjauhkan diri dari meminta-minta dan berusaha untuk keluarganya untuk berlaku kebaikan dengan tetangganya, akan dibangkitkan oleh Allah SWT pada hari kiamat dengan mukanya bagaikan bulan purnama. Dan siapa yang mencari dunia hanya untuk memperbanyakkan, berbangga dan bersombong akan bertemu dengan Allah pada hari kiamat sedangkan Allah murka kepadanya.” Riwayat Al- Baihaqi. Tuan Yang di-Pertua, perkara pertama yang ingin saya bangkitkan berkenaan langkah kerajaan meningkatkan tempoh cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari wajar disokong. Hal ini kerana pemberian cuti bersalin jelas sekali memberi impak yang besar kepada pembentukan sesebuah keluarga sekali gus mengurangkan kegusaran golongan wanita untuk bersama-sama berkecimpung dalam apa jua bidang pekerjaan. Namun begitu, yang menjadi kebimbangan saya adalah berkenaan sesetengah majikan yang mendiskriminasikan pekerja wanita disebabkan pemberian cuti bersalin yang agak panjang ini. Hal ini kerana sesetengah majikan lebih cenderung untuk memilih pekerja lelaki daripada wanita dan beralasan pekerja wanita terpaksa diberikan cuti bersalin untuk tempoh yang lama. Oleh itu, apakah langkah kerajaan dalam memastikan isu diskriminasi pekerja wanita ini tidak berlaku walaupun setelah pindaan akta ini dilakukan? Selain itu, adakah akta ini turut memasukkan denda terhadap majikan yang memotong gaji mahupun tidak membayar gaji terhadap pekerja yang bercuti melebihi 60 hari? Hal ini kerana terdapat kes di mana majikan memberikan pekerja wanita cuti bersalin, namun begitu gaji pekerja tersebut dipotong ataupun gaji tidak dibayar apabila cuti melebihi tempoh 60 hari terutama sekali pekerja dalam sektor swasta. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh fasal 36 berhubung kewajipan majikan untuk mempamerkan notis bagi meningkatkan kesedaran terhadap gangguan seksual. Isu ini amat kerap berlaku dalam kalangan pekerja, kerana apabila ia menyebabkan ketidakselesaan kepada mangsa, itu adalah merupakan gangguan seksual. Namun, ramai dalam kalangan masyarakat hari ini, wanita khususnya, tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap masalah tersebut. Malah kebanyakan mangsa lebih memilih untuk sekadar memendam rasa dan hanya berkongsi luahan kepada orang terdekat. Saya kira kewajipan mempamerkan notis ini adalah satu langkah yang tepat bagi memastikan hak pekerja sentiasa dilindungi sekali gus isu gangguan seksual di tempat kerja dapat dibendung. Oleh itu, apakah mekanisme yang disediakan oleh kerajaan bagi memastikan para majikan khususnya benar-benar menjalankan tanggungjawab ini? Adakah penguatkuasaan benar-benar diberi perhatian dalam perkara ini? Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya juga ingin menyentuh fasal 34 bertujuan untuk menaikkan amaun penalti yang dikenakan ke atas majikan bagi kesalahan atas kegagalan untuk menyiasat aduan gangguan seksual. Saya amat bersetuju dengan
pindaan pada fasal 34 kerana kebanyakan mangsa tidak mahu membuat aduan kerana majikan tidak mengendahkan aduan tersebut. Malah mereka merasakan laporan hanya akan merumitkan keadaan bahkan boleh menimbulkan ketegangan hubungan antara mangsa, pemangsa dan majikan. Mangsa akan memilih jalan untuk berdiam diri sahaja. Masalah ini patut segera diselesaikan. Jika tidak, pindaan fasal ini tidak berfungsi dengan sebaiknya. Oleh itu, kerajaan seharusnya mengambil langkah proaktif dengan meletakkan mekanisme dasar dalam setiap pengurusan untuk mencegah gangguan seksual ini. Hal ini bagi memastikan pihak majikan jelas akan langkah-langkah pelaksanaan yang patut dijalankan sekiranya mereka menerima aduan. Saya mohon menyokong rang undang-undang ini. Sekian, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Yang Berhormat Permatang Pauh, silakan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam hormat. Saya ada dua aspek yang saya bakal sentuh dalam perbahasan pindaan rang undang-undang Akta Kerja 1955 ini. Pertama adalah akta baharu sebenarnya diperlukan, tidak memadai pindaan ini yang tidak mengawal selia syarikat-syarikat gig yang merupakan majikan. Kedua, saya akan sentuh bersabit beberapa kelemahan dalam pindaan yang pada hemat saya juga telah dibawa oleh beberapa orang Ahli Parlimen lain ya, Tuan Yang di-Pertua – membawa kepada keperluan akta baharu. Ini untuk memastikan dasar caruman PERKESO yang melindungi keselamatan dan kebajikan pekerja di sektor ekonomi gig terletak di bawah tanggungjawab majikan dan syarikat, bukan hanya pekerja semata-mata. Saya fikir banyak bebanan yang ditanggung oleh PERKESO, SOCSO bagi meliputi pekerja informal yang merangkumi 33 peratus tenaga kerja Malaysia. Maka bila kita lihat the sophisticated job market, jawapan daripada Yang Berhormat Menteri yang mengatakan pekerja gig ini didefinisikan sebagai orang yang bekerja sendiri, dia tidak punyai hubungan master and servant sebagaimana pekerja formal yang lain, ini meletakkan pekerja gig hanya bawah Akta 789. Sementara kita tahu ada di banyak negara, keputusan-keputusan di mahkamah jelas bahawa tidak ada hak sebenar yang melindungi pekerja ekonomi barisan hadapan. Akan tetapi dalam perkembangan ekonomi gig, ia bukan sahaja dah sampai satu perempat daripada tenaga buruh yang bekerja sama ada secara gig, separa masa atau sepenuh masa tetapi merangkumi juga dependent atau independent contractors, semua mereka wajib dilindungi oleh undang-undang, punyai hak membela diri. Maka ada beberapa cadangan yang dibawa kerana Yang Berhormat Menteri sebut tempoh hari semasa saya bertanya, memang kementerian terbuka untuk mengambil kira perwujudan akta― memetik The Center, mereka sebut kalau hendak diambil kira aspek bayaran, keadaan, kontrak pengurusan dan perwakilan yang adil bagi semua yang bekerja, isu jaringan keselamatan sosial yang membolehkan pendaftaran KWSP dan PERKESO secara automatik bagi yang berumur 18 tahun dan ke atas. Ini merangkumi kalau ada pilih hendak buat caruman harian, bukan bulanan, dan manfaat mudah alih yang terikat kepada individu tetapi tidak semestinya terikat kepada pekerjaan. Dan juga persoalannya, their future. Bagaimana hendak mengukur mobiliti sosial? Adakah pekerja dapat menabung, mempelajari kemahiran baharu, mencipta kehidupan yang lebih baik untuk diri mereka dan keluarga. Ataupun mereka terpaksa bekerja sepenuh masa tanpa pembelaan. Berkait dengan peringkat kedua iaitu pindaan. Jadi, saya harap kementerian dapat ambil kira untuk merancang masa depan dan sektor pekerjaan yang kalis cabaran kerana isu gaji minimum pun walaupun kita alu-alukan, terkejut juga diumumkan pada
Perhimpunan Agung UMNO. Saya rasa that is unprecedented. Selalunya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dia ambil keputusan dalam― you are a prime minister for all of Malaysia, bukan hanya parti masing-masing. Jadi, sementara kita sambut baik tetapi kita kena ingat, isu RM1,500 diuar-uarkan sebelum pandemik menyerang ataupun menghimpit semua kita. Purata gaji bulanan yang diterima oleh Malaysia berkurang sebanyak sembilan peratus daripada tahun 2020 hinggalah 2021. Jadi bila dalam Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 [Akta 732], ia peruntukkan kajian terhadap perintah gaji minimum perlu dilaksanakan sekurang- kurangnya sekali dalam setiap dua tahun. So, it’s a good start tetapi ia relevan mungkin empat tahun lalu. Saya bukanlah mengatakan kita tidak ambil kira keperluan majikan. Hanya, contextually, you have to be fair. Ya, kalau ikut keperluan sekarang sepatutnya lebih tinggi dan ini berkait kepada pindaan. Pindaan baik bila adanya cuti isteri bersalin yang dapat juga memastikan para bapa memainkan peranan.
Yang Berhormat Kulai ada menyatakan kena juga mengambil kira cuti paterniti yang berbayar tetapi kita ketinggalan jauh berbanding negara seperti Sweden, Jepun dan Iceland. Pindaan semasa dalam poin terakhir minit terakhir saya peruntukan anti diskriminasi dalam RUU ini tidak memadai kerana tidak jelas mentakrifkan diskriminasi ini sama ada langsung atau tidak langsung dan alasannya termasuk jantina, agama, bangsa atau ketidakupayaan ia tidak dinyatakan sejelas mungkin. Ini kami dapati daripada sesi yang dijemput oleh pihak MTUC. MTUC jemput semua Yang Berhormat Timbalan Menteri jadi saya fikir bila mereka mengangkat kita sewajibnyalah ambil kira. Saya berharap kementerian setakat ini memang daripada apa yang kita bawa permulaan yang baik tetapi memulakan juga langkah pengenalan bukan sahaja gaji minima sementara mungkin ada bahang pilihan raya tetapi kita hendak penuhi keperluan sektor pekerjaan kerana selepas ini sektor buruh sudah banyak berubah. Kita pun tidak tahu pelajar graduan ataupun TVET masih lagi relevan dengan apa yang mereka belajar dan apa yang ditawarkan oleh sektor buruh. Jadi kita perlu mengambil kira kewajipan memperkenalkan akta baharu bagi mengawal selia the entire job market bukan catch-up tetapi future-proof. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya jemput sekarang Yang Berhormat Sik. Silakan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin bersama dalam perbahasan pindaan Rang Undang-undang Akta Kerja 1955 yang saya yakin pindaan ini amat penting bagi kita mengetengahkan dan semakan ketika mana pindaan akta ini yang kita lakukan pada 10 tahun yang lalu. Kita sedia maklum bahawa pekerja dan majikan adalah komponen penting dalam pertumbuhan ekonomi negara yang akhirnya memberikan limpahan atau dengan izin spill over yang menjanjikan kestabilan dan pentadbiran demi untuk kemakmuran rakyat. Dalam perbahasan ini Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan beberapa persoalan. Pertama, adakah pindaan rang undang-undang ini ada mengambil kira kelonggaran kepada pekerja daripada segi waktu bekerja di rumah atau BDR dan adakah metode BDR ini akan terus diguna pakai meskipun kita memasuki fasa endemik? Seterusnya persoalan saya, saya kira cukup signifikan berkaitan pindaan RUU Akta Kerja 1955 ini iaitu keterlibatan pihak pemegang taruh dengan izin, stakeholder sebelum RUU ini dipinda. Saya ingin tahu sama ada pihak kementerian ada menganjurkan sesi libat urus dengan pihak majikan serta kesatuan sekerja dan juga NGO yang berkaitan hak-hak pekerja.
Ini adalah penting kerana penglibatan dengan pihak-pihak berkepentingan dapat mengumpul perspektif serta sudut pandang yang lebih luas apabila ia mengambil kira semua pendapat daripada pelbagai pihak. Mohon penjelasan daripada pihak kementerian. Dalam menerusi libat urus ini dahulu, adakah semua Ahli Yang Berhormat juga saya bertanya adakah pindaan ini turut melibatkan pematuhan standard International Labor Organization (ILO) atau Pertubuhan Buruh Antarabangsa yang meletakkan takrifan terhadap terma buruh paksa. Mengapakah takrifan buruh paksa dalam pindaan RUU Kerja ini tidak merangkumi 11 petunjuk buruh paksa yang dikeluarkan oleh ILO? Apakah pendirian kita terhadap buruh paksa tidak sama dengan negara-negara yang lain yang mengguna pakai standard ILO? Saya mohon pencerahan daripada pihak kementerian. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, mengikut pekeliling yang dikeluarkan oleh KSM, pekerja yang dilindungi di bawah Akta Kerja 1955 ialah semua pekerja yang menerima gaji tidak melebihi RM2,000 sebulan dan juga semua pekerja manual tanpa had gaji. Perkara ini menjadi lebih kritikal kerana Akta Kerja 1955 ini majikan atau pekerja boleh menamatkan kontrak perkhidmatan tanpa memberi sebarang notis dalam keadaan berikut iaitu dengan membayar indemniti ganti notis dan sekiranya berlaku apa-apa pelanggaran yang disengajakan terhadap syarat-syarat kontrak perkhidmatan maka adalah lebih baik jika akta ini mengambil kira golongan sasaran berpandukan kumpulan B40 dan sebahagian M40 bagi menjadikan akta ini lebih relevan di masa kini. Sehingga kini, masih ada pekerja domestik yang dibayar gaji RM600 ketika gaji minimum di Malaysia akan dinaikkan kepada RM1,500 sepertimana yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Persekutuan Pekerja Domestik Antarabangsa (IDWS), pindaan Akta Kerja 1955 ini tidak memadai untuk melindungi kakitangan domestik memandangkan penukaran istilah itu kepada pekerja domestik tidak memadamkan status mereka sebagai pekerja tidak formal. Hal ini kerana pekerja yang dilindungi di bawah Akta Kerja 1955 kekal dinafikan hak asas seperti hari cuti dan waktu kerja tetap. Isu asas antara mereka yang dinafikan rehat sehari dalam seminggu, tidak dibenarkan memiliki telefon bimbit dan tiada gaji minimum kekal. Maka cadangan pindaan ini perlu turut diperhalusi dalam kerangka kemudahan dan kebajikan terutamanya apabila berdepan kesukaran untuk mendapatkan bantuan jika dieksploitasi. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, begitu juga perkara yang berkaitan kemerosotan penarafan Malaysia ke tahap Tier 3 dalam laporan Trafficking In Person (TIP) 2021 oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat. Saya mengambil maklum bahawa isu pemerdagangan manusia yang turut merangkumi aspek buruh paksa adalah cabaran besar yang dihadapi oleh negara pada masa kini dan sedang dikaji oleh Kementerian Sumber Manusia dalam kerangka Pelan Tindakan Nasional mengenai buruh paksa. Laporan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat pada 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021 telah menyenaraihitamkan produk daripada sektor pembuatan barangan getah dan perladangan kelapa sawit yang disenaraihitamkan oleh pihak berkuasa Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat kerana disyaki memiliki unsur buruh. Hal ini perlu diselesaikan dengan segera memandangkan cadangan Akta Kerja 1955 ini perlu mematuhi piawaian dan amalan seperti yang digariskan dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik dan Pelan Konsistensi Buruh Malaysia-Amerika Syarikat dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa. Akhir sekali, saya menyambut baik cadangan bagi pembentukan seksyen baharu bagi akta ini iaitu 60FA berkaitan cuti paterniti di mana seorang pekerja lelaki yang sudah berkahwin layak mendapat cuti paterniti bergaji dibayar pada kadar gaji biasa untuk tempoh tiga hari berturut-turut bagi setiap anak. Tuan Yang di-Pertua, sekian terima kasih.
Terima kasih. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Bukit Bendera. Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut ingin menyertai perbahasan Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2021. Mengikut huraian dalam RUU ini, telah dituliskan bahawa untuk memenuhi pindaan ini antara lain memenuhi seperti yang dikehendaki Perjanjian Trans-Pasifik (TPPA). Sebenarnya, TPPA telah sudah tidak berkuat kuasa digantikan dengan Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (CPTPP). Saya pun hairan kenapa masih ada TPPA yang ditulis dalam rang undang-undang ini. Mengikut sejarah legislatif, Akta Kerja 1955 dikuatkuasakan mulai pada 1957 apabila kita mencapai kemerdekaan dan sudah dipinda 11 kali dan pindaan terakhir pada tahun 2012. Sudah 10 tahun kita tidak meminda Akta Kerja dan tidak hairanlah kenapa ada begitu banyak 46 fasal yang dipinda. Saya cadangkan pindaan perlu dilakukan kerap untuk meningkatkan dan juga menambah baik perlindungan dan kebajikan pekerja di samping untuk memenuhi piawaian perburuhan antarabangsa yang sering kali berubah. Di bawah Akta Kerja 1955 seksyen 1(2), ‘shall apply to Peninsular Malaysia only’ iaitu Semenanjung Malaysia sahaja. Oleh itu, saya ingin menanyakan Yang Berhormat Menteri sama ada satu perbincangan dengan kerajaan-kerajaan negeri Sabah dan Sarawak ada diadakan untuk meminda juga di Sabah dan Sarawak dan juga extension kepada Federal Territory of Labuan dan minta penjelasan Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, di bawah seksyen baharu 101C, ‘presumption to who is an employee and employer’. Saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri kerana terdapat satu ketidakpastian. Saya ingin merujuk terhadap kes Uber BV and Others versus Aslam and Others yang telah diputuskan oleh Supreme Court England. A bench of seven judges pada tahun 2021.
Antara lain memutuskan Uber driver ialah worker dan bukan independent contractor. Kes itu Supreme Court judgement dalam kes Uber BV dan Aslam itu memastikan bahawa Uber driver adalah dilindungi di bawah Employment Law in England. Saya ingin meng-highlight di sini bahawa kerajaan harus memastikan gig worker kita sama ada dari segi e-hailing driver ataupun Foodpanda patut juga menerima perlindungan di bawah Akta Kerja kita. Malaysia mempunyai melebihi 200,000 registered Grab driver dan Foodpanda sekurang-kurangnya 13,000. Oleh itu, mereka tidak dilindungi. Di bawah akta ini tiada perlindungan terhadap mereka dan perlu kita rujuk, I mean kementerian hendaklah memastikan bahawa begitu ramai gig worker yang – tidak boleh membiarkan kontraktor Grab driver dan sebagainya perlu ada statutory regulation supaya mereka empower the gig worker. Yang Berhormat Menteri boleh membaca ada 42 muka surat judgement kes untuk BV Uber tersebut di Supreme Court England. Walaupun hari ini kita meminda maternity leave 60 hari kepada 98 hari untuk memenuhi convention bersalin tahun 2000 dan cuti paternity leave dari lima hari kepada tujuh hari paternity leave. Akan tetapi tidak extend kepada gig worker. Tidak extend kepada Foodpanda rider. Ini hanya untuk dilindungi di bawah Akta Kerja ini sahaja tetapi tidak mempertimbangkan gig worker. Bukan sahaja kita dalam perubahan landskap kerja, bukan sahaja ada employer dan ada employee. Sekarang ada dependent contractor konsep baharu. Employee ada konsep dependent contractor, ada konsep independent contractor. Antara dependent contractor e-Hailing, delivery rider, freelance writer, graphic artist, programmers yang tidak dilindungi di bawah Employment Act. Walaupun mereka boleh juga ada bayar SOCSO dan sebagainya di bawah self- employed, Employment Act 2017 tetapi a class of worker, dependent contractor yang belum diiktiraf di bawah Undang-undang Perburuhan di Malaysia. Ia tidak diiktiraf di bawah pindaan yang kita buat hari ini.
Satu perkara terakhir Tuan Yang di-Pertua, seksyen 69F menyatakan, “Director General may inquire into and decide any dispute between an employee and his employer in respect of any matter relating to discrimination in employment”. Tidak ada guideline kepada – tidak ada legislative guideline kepada Director General apa maksud discrimination in employment. Sebelum ini, kita apabila libat urus pada versi terawal ada perkataan jelas “discrimination on the basis of gender, religion, race and disability” yang dinyatakan jelas dalam original version pindaan tetapi selepas dibawa ke RUU ini tidak dinyatakan secara spesifik apa maksud discrimination employment. Itu satu watered-down punya amendment. Parlimen hendaklah memberikan guideline kepada Director General dan bukan di bawah budi bicara Director General bahawa mereka menggunakan sebarang maksud untuk discrimination in employment. Tadi saya menyatakan beberapa perkara dengan jelas dan saya meminta Yang Berhormat Menteri untuk memberikan penjelasan kepada setiap perkara yang saya nyatakan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Sekarang Yang Berhormat Tumpat, silakan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan RUU Akta Kerja (Pindaan) 2021 yang merupakan satu pindaan bagi mematuhi standard dan amalan antarabangsa sebagaimana dikehendaki oleh Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik, Pelan Konsistensi Buruh Malaysia – Amerika Syarikat dan Pertubuhan Antarabangsa. Pindaan ini antara lain adalah untuk mengadakan peruntukan bagi perlindungan terhadap diskriminasi dan buruh paksa serta untuk mengadakan peruntukan bagi faedah bersalin. Saya berharap agar kita boleh melihat isu-isu kerja dalam beberapa aspek yang perlu diteliti dengan sewajarnya oleh kerajaan. Pertamanya, saya ingin menyinggung atau menyentuh apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Pasir Mas pagi tadi berkenaan hak pekerja wanita Muslimah untuk melaksanakan tuntutan agama iaitu melaksanakan pemakaian yang menutupi aurat. Di sini sebagaimana yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Pasir Mas, kita bukan menuntut atau memaksa pekerja-pekerja wanita supaya menutup aurat tetapi memberikan hak kepada wanita Muslimah yang ingin menutup aurat supaya dibenarkan oleh majikan. Saya cuba mencelah semasa perbahasan yang dibuat oleh Yang Berhormat Ipoh Barat tadi di mana Yang Berhormat Ipoh Barat menyatakan bahawa keseluruhan hampir 100 peratus pindaan yang dibuat pada kali ini adalah didrafkan semasa pentadbiran Pakatan Harapan sebelum tahun 2020 yang lalu. Apa yang dapat saya lihat di sini bahawa baik semasa Pakatan Harapan mentadbir negara mahupun juga selepas berlaku perubahan kerajaan ini namun isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas ini iaitu memberikan hak kepada pekerja wanita untuk melaksanakan tuntutan agama ini nampaknya tidak diberikan perhatian oleh kerajaan sedangkan dalam Dewan ini kita dengar rata-rata di kalangan Ahli Parlimen yang begitu bersemangat memperjuangkan hak pelbagai pihak.
Yang Berhormat.
Akan tetapi hak untuk melaksanakan tuntutan agama nampaknya diabaikan dan tidak diberi perhatian sedangkan Islam adalah agama Persekutuan.
Yang Berhormat, boleh saya tanya penjelasan sedikit.
Boleh, insya-Allah.
Adakah Yang Berhormat sebagai ahli kerajaan berhasrat untuk meminta Yang Berhormat Menteri memberi issue of notice kepada Duta India memberi penjelasan kenapa di negeri Karnataka di India, murid-murid sekolah yang memakai hijab itu dilarang pergi ke sekolah. Ini adalah sesuatu yang begitu salah. Jadi saya ingin tanya sama ada Yang Berhormat ingin menuntut Yang Berhormat Menteri ataupun kerajaan to issue a notice, dengan izin Tuan Yang di-Pertua summon the Ambassador ataupun Duta India untuk datang beri penjelasan kenapa di India mereka melarang murid-murid sekolah yang pergi ke sekolah di Karnataka dilarang untuk memakai hijab. Saya minta Yang Berhormat memberi pandangan atas perkara ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya meyakini bahawa hak untuk melaksanakan tuntutan agama adalah merupakan hak yang paling asas dan sepatutnya diperjuangkan oleh setiap individu yang memperjuangkan hak kemanusiaan ini. Tuan Yang di-Pertua...
Akan tetapi Yang Berhormat setuju dengan saya bahawa kerajaan kita sepatutnya ...
Saya bersetuju atas apa sahaja untuk memperjuangkan hak untuk melaksanakan tuntutan agama. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, mengenai dasar pengambilan pekerja ...
Adakah Yang Berhormat akan pastikan bahawa Pas akan memberikan tekanan...
Banyak soalan Yang Berhormat Jelutong ini. Saya sudah jawab secara jelas.
Yang Berhormat..
Adakah Pas akan memberikan tekanan kepada kerajaan? [Pembesar suara ditutup] .
Yang Berhormat, tolong. Sebenarnya kita tidak patut bercakap tentang negara-negara yang bersahabat dengan kita mengikut...
This is a fundamental issue, Tuan Yang di-Pertua.
Ya, tetapi perkara ini....
The right to wear... [Pembesar suara dimatikan] .
Yang Berhormat, perkara ini mengenai perkara sebuah negara yang bersahabat dengan kita. Silakan, Yang Berhormat Tumpat.
Okey, okey, terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya..
Tuan Yang di-Pertua, sahabat atau tidak atas isu ini tidak boleh berkompromi.
Yang Berhormat, tolonglah Yang Berhormat. Silakan, Yang Berhormat Tumpat.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua di atas nasihat itu dan saya menghormati nasihat Tuan Yang di-Pertua itu. Kalau itulah soalan daripada Yang Berhormat Jelutong, saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat Jelutong atau mengesahkan, apakah Yang Berhormat Jelutong bersama dengan saya dalam perjuangan untuk memberikan hak kepada wanita Muslimah yang bekerja di Malaysia, bukan yang di luar negara, di Malaysia untuk melaksanakan tuntutan agamanya iaitu kebenaran untuk menutup aurat bagi setiap pekerja di mana-mana
majikan dalam negara. Apakah Yang Berhormat Jelutong setuju, nanti jawablah masa- masa mana.
Mengenai dasar pengambilan pekerja asing Tuan Yang di-Pertua, ia adalah amat penting dan perlu tuntas bagi Malaysia mempunyai - Kenapa Yang Berhormat Jelutong keluar itu?
[Ketawa]
Saya ada banyak lagi. Nanti Yang Berhormat Jelutong boleh tanya. Mempunyai dasar pengambilan pekerja asing berdasarkan sistem yang menyokong keperluan berasaskan hanya permintaan sektor dan syarikat sahaja bagi mempercepatkan pemulihan perniagaan dan ekonomi. Pengambilan pekerja asing berdasarkan permintaan sektor adalah bagi memastikan kita mempunyai tenaga kerja yang mencukupi...
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya jawab?
Supaya sektor-sektor berkaitan ekonomi ini dapat beroperasi tanpa sebarang masalah...
Tuan Yang di-Pertua tidak bagi peluang.
Terutama yang melibatkan 3D iaitu dirty, dangerous and difficult atau kotor, bahaya dan sukar. Sebagai contoh, sektor pembinaan di negara ini menghadapi kekurangan pekerja 3D yang serius hingga mengakibatkan beberapa projek besar tergendala pada tahun lepas. Kontraktor yang bergantung pada pekerja asing bagi kerja-kerja dalam kategori ini menghadapi kesukaran untuk menepati jadual pembinaan meskipun sektor pembinaan telah dibenarkan beroperasi sepenuhnya dalam fasa pemulihan pandemik COVID-19 ini. Projek Lebuhraya Pan Borneo sebagai contoh, antara projek mega yang terkesan apabila beberapa kontraktor - pakej kerja mungkin tidak dapat disiapkan mengikut jadual tahun ini. Ini membuktikan betapa perlunya pengambilan pekerja asing pada sektor kritikal seperti ini kerana sesungguhnya kekurangan tenaga kerja dalam bidang ini mampu membantutkan perkembangan ekonomi secara langsung. Pengambilan pekerja asing berdasarkan permintaan sektor ini diharap dapat mengatasi masalah ini dengan cermat dan terkawal berbanding dengan pengambilan pekerja asing...
Yang Berhormat Tumpat.
Besar-besaran tanpa melihat keperluan sebenar yang seterusnya menggugat peluang pekerjaan warga tempatan sedangkan negara juga menghadapi masalah pengangguran khususnya di kalangan graduan. Tuan Yang di-Pertua, masa saya telah habis.
Boleh saya jawab sedikit sahaja?
Terima kasih.
Nantilah, peluang Yang Berhormat Jelutong kalau ada peluang nanti.
Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman, sedikit sahaja. Mantan Ahli Parlimen Jelutong, mendiang Karpal Singh telah menawarkan diri untuk berkhidmat sebagai seorang peguam ketika kanak-kanak di Singapura, murid-murid di Singapura dilarang untuk memakai hijab. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua. Itu adalah pendirian parti kita. Terima kasih.
Excellent Yang Berhormat. Seterusnya Yang Berhormat Sepang. Silakan. Yang Berhormat Hang Tuah Jaya tiada kan?
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya untuk berbahas mengenai pindaan ke atas Akta Kerja 1995. Pertamanya, saya ingin mengucapkan tahniah bukan kepada kerajaan itu, kerajaan tebuk atap, tetapi kepada Kerajaan PH kerana saya telah dengar perdebatan ataupun perbahasan daripada Yang Berhormat Ipoh Barat yang menyatakan bahawa pindaan kepada Akta Kerja ini telah pun dipelopori oleh beliau dan juga Yang Berhormat Pokok Sena semasa mereka menerajui kementerian yang berkenaan. Jadi, saya rasa sepatutnya kerajaan tebuk atap sepatutnya memberikan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Harapan dan jangan lokek sangatlah. Itu yang pertama. Keduanya, saya ingin menyatakan bahawa walaupun saya secara umumnya mengatakan bahawa pindaan ini banyak yang mendatangkan kebaikan dan saya harus mengucapkan tahniah. Akan tetapi saya rasa untuk tujuan perbahasan ini, saya ingin menimbulkan beberapa perkara yang mungkin boleh difikirkan untuk diperbaiki. Antaranya Tuan Yang di-Pertua, saya melihat pada pindaan ini antaranya, kita agak memberi kuasa yang agak terlalu besar kepada DG ataupun Director General. Sebagai contoh, dalam perkara seksyen 60K yang dimasukkan berkaitan dengan employment of foreign employee dengan izin, “No employer shall employ a foreign employee unless prior approval has been obtained from the Director General”. Kemudiannya, berkaitan dengan larangan diskriminasi, juga kuasa DG juga diberikan. Jadi, saya nampak - walaupun saya tidak ada masalah daripada segi memberikan kuasa ini, tetapi yang saya agak khuatir, jika tidak ada satu mekanisme untuk kita membuat satu semak imbang ke atas kuasa ini, kita khuatir kuasa ini akan boleh menimbulkan salah guna dan juga menimbulkan mungkin elemen strenuous ke atas pemegang kuasa itu. Seterusnya saya juga ingin merujukkan kepada berkaitan dengan discrimination in employment iaitu berkaitan dengan seksyen 69F. Tuan Yang di-Pertua, tadi kita telah dengar daripada Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat dari Pasir Mas yang mengatakan bahawa tentang pemakaian tudung oleh kakitangan orang Islam. Beliau mengatakan tidak ada protection di bawah undang-undang ini. Untuk makluman Yang Berhormat Tumpat dan juga Yang Berhormat Pasir Mas, saya menyatakan bahawa kalau kita baca seksyen 69F ini iaitu discrimination in employment ini secara lebih harmonis, lebih longgar sikit ataupun liberal sikit, kita akan boleh mengatakan bahawa seksyen ini melindungi pekerja-pekerja memakai yang tudung. Ini kerana telah ada kes-kes di mahkamah yang memutuskan bahawa seksyen 8 ataupun artikel 8 Perlembagaan yang ada kaitan dengan diskriminasi ini ataupun equal protection clause ini, hendaklah dibaca dengan Artikel 5(1) Perlembagaan di mana tidak boleh wujudnya unsur-unsur arbitrariness dengan izin, dalam segi kita membuat keputusan. Jadi, saya rasa kalau seksyen 69F ini dibaca dengan lebih harmoni, saya percaya perlindungan ke atas pekerja-pekerja yang memakai tudung boleh dilindungi di bawah seksyen ini. Jadi, saya rasa pihak PAS tidak perlulah hendak jadi hero untuk mengatakan seolah-olah kita Kerajaan Pakatan Harapan tidak melakukan ini. Cuma kita beza dengan PAS ialah kita melihat dari sudut yang lebih luas, sedangkan PAS melihat, mesti ada perkataan tudung itu. Kita berbeza dengan PAS. Kita nampak perkataan tudung itu, bagi kita bukan sebagai...
Minta laluan Tuan Yang di- Pertua.
Silakan. Silakan.
Sebenarnya Kerajaan Pakatan Harapan melihat benda itu sempit, isu pakai tudung. Kita melihat isu hak. Hak untuk melaksanakan tuntutan agama. Ini adalah merupakan perkara yang besar. Akan tetapi Kerajaan Pakatan Harapan melihat kecil, pakai tudung sahaja dan mungkin sebahagiannya tidak merasakan menutup aurat itu penting. Terima kasih.
Okeylah. Terima kasihlah. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tumpat. Daripada soalan Yang Berhormat Tumpat, saya percaya nampak memang Yang Berhormat tidak begitu faham dengan apa yang saya terangkan. Saya maafkanlah supaya Yang Berhormat mungkin menghadapi masalah untuk memahami apa yang saya sebutkan. Ini sebab Yang Berhormat, ini perkara yang agak tinggi Yang Berhormat, mungkin susah hendak fahamlah. Seterusnya saya ingin merujuk kepada isu berkaitan dengan perlindungan ke atas pekerja-pekerja wanita yang pregnant. Ini satu lagi perkara yang saya rasa saya harus puji kerana inilah perkara yang telah menjadi satu igauan kepada pekerja-pekerja swasta. Dalam kes yang melibatkan pramugari MAS yang telah dipecat kerana kesalahannya kerana mengandung. Mahkamah telah memutuskan bahawa collective agreement tidak termasuk dalam perkataan definisi law dalam Perlembagaan. Mahkamah juga telah memutuskan bahawa perlindungan terhadap pekerja-pekerja wanita yang mengandung ini, di bawah Artikel 8 ini adalah lebih tertakluk kepada pekerja-pekerja di sektor awam, bukan di sektor swasta. Jadi, saya rasa dengan adanya seksyen yang terbaharu ini yang dimasukkan untuk kita melindungi pekerja-pekerja wanita yang mengandung ini, saya rasa ini satu perkara yang amat baik dan saya harap perkara ini dapat kita laksanakan dengan baik. Silakan Yang Berhormat.
Yang Berhormat, dengan izin. Kalaulah pihak di sebelah sana yang telah bangun tadi bercakap tentang hak untuk memakai tudung, kita menghormati hak wanita untuk memakai tudung. Sekarang perkara yang telah saya bangkitkan tadi, kalau PAS adalah sebahagian daripada kerajaan, soalan saya, kenapa sehingga hari ini tidak ada seorang pun pegawai daripada Kedutaan India dipanggil untuk memberi penjelasan oleh Wisma Putra mengenai hak kanak-kanak, murid-murid yang pergi ke sekolah yang dikatakan dilarang memakai hijab. Kenapa tidak? Apa pendirian PAS atas perkara ini?
Itu kena tanya PAS ya. Akan tetapi saya rasa memang PAS mungkin mengalami penyakit memilih, diskriminasi terpilih. Mereka hanya pilih dalam isu tertentu sahaja. Oleh sebab itu...
Yang Berhormat, masa sudah habis Yang Berhormat.
Bagi mereka, mungkin orang- orang di India tidak melibatkan pengundi yang berada di Kelantan, mereka tidak cukup penting.
Jangan merapulah Yang Berhormat Sepang. Duduklah, cukuplah, cukup. Merapu sangat.
Yang Berhormat, masa sudah habis.
Tuan Yang di-Pertua, saya diganggu oleh dua orang.
Yang Berhormat bagi laluan.
Tuan Yang di-Pertua, sekejap sahaja. Saya hendak gulung. Seminit ya. Boleh Tuan Yang di-Pertua?
Tolong ringkaskan.
[Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) mempengerusikan
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengatakan berkaitan dengan notice on sexual harassment. Tuan Yang di-Pertua, saya merasakan bahawa peruntukan yang dibuat di bawah seksyen 81H ini satu peruntukan yang baik. Cumanya, saya mengharapkan kalau boleh ada lebih more bites on this
seksyen supaya mana-mana pekerja yang mungkin tertakluk kepada sexual harassment boleh diberikan pembelaan yang sewajarnya. Terakhir, Tuan Yang di-Pertua, saya harap― telah dinyatakan tentang gig economy. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa ini adalah suatu perkara yang mungkin pihak kerajaan kena fikirkan sebab memang jelas bahawa dalam pindaan akta ini, sektor gig economy ini tidak dapat perlindungan yang sewajarnya sedangkan mereka ini memang pekerja-pekerja yang kita rasa banyak membantu kita dan mereka perlu diberikan perlindungan seperti, sebagai contoh, perlindungan insurans dan sebagainya. Terbaru, Tuan Yang di-Pertua, saya telah baca satu artikel dalam majalah Financial Times yang mengatakan bahawa sekarang berapa ramai pekerja-pekerja gig economy ini mengalami depression akibat daripada pandemik dan juga akibat daripada perang Ukraine ini. Mereka mengalami satu depression kerana sektor ini adalah sektor yang terjejas secara teruk akibat daripada peristiwa-peristiwa itu. Jadi, saya harap pihak kerajaan dapat memikirkan supaya ada perlindungan ke atas pekerja-pekerja gig economy. Sekian, terima kasih.
Selanjutnya, dipersilakan Yang Berhormat Segambut.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak membahas isu pindaan Akta Kerja ini yang saya lihat cukup prihatin kepada golongan wanita dan juga golongan lelaki terutamanya untuk keluarga yang muda. Pertama adalah isu fasal 12 meminda seksyen 37 untuk menaikkan tempoh cuti bersalin daripada 60 kepada 98 hari dan perkara yang berhubungan dengannya. Pindaan ini membolehkan ibu untuk menyusukan bayi mereka bukan sahaja dua bulan tetapi dengan pindaan ini, kita boleh membantu golongan ibu menyusukan anak melebihi tiga bulan. Jadi, pindaan baharu yang terkini adalah untuk 98 hari. Dengan izin, 98 days is of course better than 90 and of course 90 is better than 60. Jadi kalau kita lihat dari segi bukan sahaja hak ibu tetapi hak anak, bayi itu untuk mendapatkan akses kepada ibu pada umur yang begitu muda dan juga kita tahu susu ibu memberikan imuniti paling baik kepada bayi. Dengan pindaan ini, saya percaya kos rawatan pada masa hadapan untuk generasi yang akan datang akan menurun bagi pihak kerajaan. Jadi, saya juga hendak bahas bahawa kalau kita lihat kenapa 98 hari, milestone untuk pertumbuhan bayi, tumbesaran bayi sangat berbeza. Dua bulan dan tiga bulan. Yang paling utama adalah dalam bulan ketiga, selalunya tabiat tidur bayi akan melebihi dua jam. Ada yang tidur sepanjang malam. Jadi bila kita berikan cuti maternity ini kepada ibu melebihi 98 hari, bermaksud bila bayi mempunyai tumbesaran yang lebih baik dalam bulan ketiga, ibu mempunyai rehat yang lebih mencukupi. Bila mereka balik bekerja, produktiviti golongan ibu akan bertambah kerana mereka sudah mempunyai rehat yang mencukupi di rumah. Jadi, saya begitu menyokong pindaan ini. Keduanya adalah fasal 13 memasukkan seksyen baharu 41A ke dalam akta ini untuk menyekat penamatan pekerja wanita yang mengandung. Di Malaysia, penglibatan wanita dalam sektor kerja selalunya tidak melebihi 60 peratus dan ramai wanita berhenti bekerja kerana mereka kena jaga anak ataupun jaga ibu bapa yang sudah tua. Jadi kalau kita ada pindaan ini untuk melindungi golongan wanita, saya rasa kita boleh sekali gus juga menaikkan kadar kesuburan yang semakin menurun di Malaysia. Ketiganya, Tuan Yang di-Pertua, fasal 23 memasukkan seksyen baharu 60FA ke dalam akta untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengan cuti paterniti. Pindaan paling terkini adalah daripada tiga hari hingga tujuh hari. Ini akan membolehkan golongan bapa menguruskan hal kelahiran dan sekali gus kita boleh mengelakkan isu-isu permohonan pendaftaran kelahiran yang lambat di Putrajaya atau di pejabat-pejabat JPN. Keduanya adalah untuk golongan ibu yang melalui pembedahan
cesarean. Seperti saya, dua kali saya cesarean dan saya boleh beritahu dalam hari ketiga baru saya hendak turun berjalan semula. Jadi kalau ada akses kepada suami bersama saya dan cuti tujuh hari, ia akan banyak membantu golongan ibu yang bersalin melalui caesarean. Ketiganya ialah golongan ibu boleh mendapatkan pertolongan suami. Kita hendak galakkan golongan bapa lebih proaktif dalam menjaga hal ehwal bayi yang baru dilahirkan. Kesaksamaan kepada kaum lelaki atau bapa juga di Malaysia saya lihat dengan adanya pindaan ini, kita boleh memperjuangkan hak suami dan hak bapa dalam sektor kerja. Akhir sekali, fasal 36 untuk memasukkan seksyen baharu 81H berhubungan dengan kewajipan majikan untuk mempamerkan suatu notis untuk meningkatkan kesedaran terhadap gangguan seksual. Jadi, ini adalah satu langkah proaktif untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selamat untuk golongan yang bekerja. Saya hendak mencadangkan terutamanya universiti-universiti bahawa kita letak ini untuk pastikan cikgu-cikgu yang mengajar mematuhi seksyen-seksyen seperti ini untuk pastikan kita wujudkan persekitaran― walaupun pelajar itu mungkin dalam Akta Kerja tidak dilindungi, tetapi saya rasa untuk cikgu-cikgu yang mengajar, mereka boleh akses kepada fasal ini. Akhir sekali, saya rasa polisi seperti ini mesra keluarga adalah hala tuju dasar bekerja masa hadapan, the way forward for Malaysia. Saya gembira kerana kita lihat sudah ada wujudnya pindaan untuk melindungi hak kanak-kanak iaitu 30 peratus daripada populasi Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Segambut. Dipersilakan Yang Berhormat Kapar.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi ruang kepada saya menyertai perbahasan Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2021. Saya hendak mulai dengan huraian petikan rang undang-undang ini bertujuan untuk meminda Akta Kerja 1955 [Akta 265] bagi mematuhi perjanjian yang standard dan amalan antarabangsa seperti mana yang dikehendaki oleh Perjanjian Perkongsian Trans- Pasifik (TPPA). Saya melihat daripada keseluruhan ini memberikan banyak perkara yang berbangkit terutama sekali mengemas kini laporan analisis kos faedah atau dipanggil cost- benefit analysis (CBA), dan kedua, menangani dakwaan buruh paksa daripada Pertubuhan Buruh Antarabangsa yang hendak diraikan di mana yang diketahui bahawa dalam Konvensyen ILO, kita hanya melengkapkan 61 perkara yang belum lagi diratifikasikan oleh kerajaan. Mengulas tentang pindaan-pindaan yang dibuat, saya melihat pembaharuan atau peningkatan daripada RM2,000 untuk B40 dan M40 itu sudah menjangkau RM5,000 dari kelayakan yang mendapat meraikan faedah-faedah dalam Akta Kerja itu sendiri. Ini satu langkah yang proaktif yang boleh memberikan keselesaan dan kelapangan sedikit kepada golongan B40 ditingkatkan kepada M40 iaitu RM5,000 yang telah pun dinaikkan. Begitu juga dengan waktu bekerja. Di bawah seksyen 60 itu telah dikurangkan daripada 48 jam pergi kepada 45 jam. Itu pun saya rasa dalam proses untuk kita hendak menyamai tentang saranan ILO 44, 42 itu adalah di antara yang paling efisien. Namun, saya mengucapkan terima kasih kerana ada anjakan di situ. Begitu juga pada suami. Mereka-mereka yang paterniti itu sendiri mendapat faedah untuk memberikan ruang kepada isteri dan juga tugas tanggungjawab untuk meraikan bayi untuk menggalas segala bentuk tanggungjawab ini pun salah satu daripada rujukan yang perlu dihargai. Saya percaya tiga hari ini pun tak cukup tetapi kalau diberikan cadangan balas, saya fikir tujuh harilah paling sesuai.
Begitu juga dengan maternity leave iaitu maternity leave ia waktu untuk melahirkan anak dinaikkan daripada 60 hari kepada 90 hari. Itu pun salah satu daripada perkara yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan mereka yang secara langsung terlibat untuk memastikan apabila berlakunya pindaan Akta Kerja 1955 ini automatik perjanjian bersama itu akan terkait dan semua perjanjian bersama wajib melepasi 90 hari yang tidak membolehkan sesiapa pun melanggar. Ini adalah salah satu daripada perkara yang ditunggu oleh semua kesatuan dan juga memberikan mereka penambahbaikan untuk dipinda tentang perjanjian-perjanjian yang termaktub dalam perjanjian bersama antara pihak kesatuan dan juga pihak majikan. Saya hendak maklumkan dalam Dewan ini, dalam masa yang sama pihak kerajaan, kementerian harus juga merenung bahawa tatkala kita hendak berbicara soal hak, the minimum benefit kepada semua kakitangan ataupun semua pekerja di dalam negara ini kita juga jangan lupa bahawa hak itu dapat dilebihkan kalau sekiranya mereka itu berkesatuan. Kesatuan ini dalam negara hanya ada lapan peratus sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Lapan peratus dan 92 peratus tidak berkesatuan. Untuk menambahkan faedah- faedah yang ada dalam Akta Kerja 1955 ini dipanggil dalam perjanjian bersama dalam bahasa lain dipanggil collective agreement dengan izin. Maka, saya hendak minta dalam proses kita hendak memberikan imbuhan dan juga faedah-faedah kepada keseluruhan mereka pekerja di dalam negara ini kita juga harus memikirkan tambahan hak yang perlu adakan, diwujudkan dalam perjanjian bersama. Oleh sebab sekarang ini union busting terlalu banyak. Kedua, saya hendak menyinggung sedikit tentang iaitu subcontractor labor yang contractor labor. Ia terlampau general sehinggakan kita...
Yang Berhormat Kapar.
...bergantungan terus kepada definisi kepada syarikat.
Yang Berhormat Kapar.
Jadi, bila kita subcontractor labor ini memberikan kesan kepada contractor labor yang membolehkan kerja itu tidak boleh ditangguhkan ataupun ia ada timeframe ia. Akan tetapi, kalau kita kata contractor labor ini ia menyeluruh dan ia boleh pergi sampai berlegar jauh daripada tempoh yang patut diberikan. Jadi, saya minta kementerian berikan satu huraian yang lebih tepat supaya semua terlibat dalam proses untuk memastikan bahawa tempoh itu tidak didiskriminasikan oleh pihak majikan.
Yang Berhormat Kapar, boleh sedikit.
Ya, ya. Silakan.
Tuan Yang di-Pertua, dengan izin. Yang Berhormat Kapar tadi tentang kesatuan sekerja diberitahu bahawa lapan peratus sahaja yang mempunyai kesatuan sekerja. Apakah di sana ada keperluan untuk undang-undang yang lebih ketat agar kesatuan ini diwajibkan supaya ia dapat melindungi semua pekerja itu dengan lebih teratur dan lebih baik? Mohon pandangan Yang Berhormat Kapar.
Yang Berhormat Kapar.
Terima kasih. Saya, Tuan Yang di-Pertua. Ambil masa sedikit sahaja.
Satu minit, menggulung.
Saya akui bahawa keperluan untuk memberikan ruang lingkup yang lebih luas supaya jangan ada union busting yang menindas pekerja itu dilakukan. Kalau itu dilakukan sebab itu kita hanya ada dalam lapan peratus kerana majikan-majikan ini mendiskriminasikan, menekan pihak pekerja sehinggakan mereka tidak dapat menubuhkan kesatuan. Itu sebab kita ada lapan peratus. Maka, Yang Berhormat Menteri harus memberikan penjelasan bahawa memberikan sedikit hak kepada pekerja-pekerja untuk mereka menubuhkan kesatuan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Dipersilakan Yang Berhormat Klang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 menyasarkan negara kita mencapai 48 peratus labor income share pada tahun 2030 daripada 35 peratus yang kita terima pada tahun 2017. Satu daripada punca labor income share sangat rendah berbanding dengan negara-negara ASEAN yang lain ialah kerana undang-undang buruh kita dikatakan pro majikan dan anti pekerja. Sekatan-sekatan hak pekerja sejak zaman penjajahan masih wujud dan ini telah melemahkan hak pekerja, kekuatan kesatuan sekerja dan proses perjanjian bersama (collective bargaining) yang diamalkan pada masa sekarang. Saya cadang supaya kerajaan menjalankan ulang kaji undang-undang dan regulations yang sedia ada untuk meningkatkan hak dan kekuatan pekerja, menguatkan kesatuan pekerja supaya mereka boleh berunding dengan sama kekuatan dengan pihak majikan. Dengan cara ini, kita boleh meningkatkan pendapatan pekerja Malaysia selaras dengan living wage dan tidak tergantung kepada gaji minima. Tuan Yang di-Pertua, yang penting ialah kerajaan patut lihat ialah gaji sara hidup, living wage dan bukan gaji minima. Ini adalah penting dan pokok dan saya minta Yang Berhormat Menteri sesama menggulung untuk memberi pandangan berkait dengan ini. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kementerian Sumber Manusia kerana telah membentangkan Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2021 yang sangat bermakna untuk kaum pekerja di Malaysia. Saya menyokong sepenuhnya untuk pertambahan cuti materniti kepada 98 hari selaras dengan ILO Convention 183 tentang perlindungan materniti dan juga paterniti tujuh hari untuk suami yang sangat baik sebab adalah penting untuk suami menemani isteri semasa bayi dilahirkan. Saya juga menyokong seksyen baharu 101C iaitu ‘presumption as to who is an employer and an employee’. Seksyen ini sangat penting untuk menganggap syarikat- syarikat e-hailing sebagai majikan sehingga mereka membuktikan mereka tidak mengawal pekerja-pekerja e-hailing seperti pemandu Grab dan Foodpanda. Saya berharap pada satu hari dengan masa yang dekat pekerja-pekerja e-hailing dapat menubuhkan kesatuan sekerja untuk melindungi hak mereka. Bagaimanapun beberapa cadangan baik dalam draf RUU Kerja (Employment Act) pada tahun 2009 telah ditarik balik. Contohnya, berkenaan jam kerja maksimum setiap minggu. Sebelum ini kita ada 44 jam sekarang tukar kepada 45 jam. Sebenarnya, 40 jam ini kalau kita ikut RUU Kerja ini harus mengamalkan standard Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) iaitu maksimum 40 jam setiap minggu. Negara jiran kita Indonesia telah melaksanakan empat jam kerja dan ini tidak menjadi penghalang kepada kedudukan ekonomi mereka untuk mencapai status negara maju dalam beberapa tahun yang akan datang. Tambahan pula Tuan Yang di-Pertua, dengan pemindaan seksyen 60A tentang jam kerja, RUU Kerja tidak meminda seksyen 60I iaitu formula pengiraan gaji tidak cukup satu bulan. Saya harap, kerajaan dapat melaraskan kedua-dua isu yang berkaitan ini.
Tuan Yang di-Pertua, isu pokok yang saya hendak bangkit adalah berkait dengan prinsip dan juga rollout of the amendments. Kerajaan berkata ia akan melaraskan pindaan berkait – mematuhi CPTPPA berkait dengan Konsistensi Buruh Malaysia-Amerika Syarikat dan juga Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO). Akan tetapi, Rang Undang- undang Kerja (Pindaan) tidak mencapai objektif ini. Saya telah tulis satu artikel pada pagi ini telah keluar dalam surat khabar pada pagi ini online dan sebagainya dan pada pandangan saya rang undang-undang ini gagal meluaskan skop Akta Kerja untuk meliputi semua pekerja mengira gaji dan pekerjaan dengan gagal menghapuskan 2,000 court of point. Ini bermakna, pekerja yang berpendapatan melebihi gaji sebanyak RM2,000 tidak akan dilindungi oleh Akta Kerja yang dipinda pada masa ini. So, berdasarkan statistik yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dalam Laporan Tinjauan Gaji dan Upah 2020, median pendapatan seseorang gaji pada tahun 2020 ialah RM2,062. Ini menunjukkan bahawa pada tahun 2022 daripada jumlah 9.4 juta orang bergaji di Malaysia hanya kira-kira separuh daripada mereka iaitu 4.7 juta dilindungi oleh akta tersebut. Apa yang memburukkan lagi keadaan ialah hakikat bahawa kita boleh menjangkakan semakin ramai penerima gaji akan dikecualikan daripada perlindungan Akta Kerja apabila pendapatan mereka meningkat dan melebihi ambang RM2,000 dari semasa ke semasa. Saya minta kerajaan menjelaskan keadaan ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin memberikan satu recommendation kepada pihak kerajaan. Ini berkait dengan pekerja wanita di sektor tidak formal. Saya mohon supaya kerajaan mencari jalan untuk memasuki kumpulan ini dalam sistem keselamatan sosial yang sedia ada atau menggubal rancangan baharu untuk melindungi golongan ini. Ini adalah sebab kumpulan ini pada masa sekarang have been abandoned by the government dan seterusnya semasa COVID-19 dan tiada sesiapa untuk membela nasib mereka. Kumpulan ini adalah kumpulan miskin dan kebanyakan daripada kumpulan ini adalah wanita. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua ialah berkait dengan MoU dengan Bangladesh. Pada pandangan saya adalah penting supaya Kerajaan Malaysia tulus dan kita diberikan kepada umum MoU yang telah ditandatangani oleh kedua-dua negara ini. Saya membangkitkan isu ini sebab Tuan Yang di-Pertua, saya percaya bahawa dalam MoU ini ada embryonic version of the buruh paksa. Oleh sebab kalau MoU itu diberikan kepada orang ramai, pekerja-pekerja migran di Bangladesh, Nepal ataupun di Indonesia akan datang ke Malaysia, tahu apakah semua payment yang mereka mesti buat. Kalau mereka mengetahui semua payment ini, maka mereka tidak boleh ditipu oleh broker-broker buruh di negara mereka dan juga di Malaysia. So, untuk mengelakkan buruh paksa berlaku di Malaysia setiap kali, maka saya cadang MoU ini dibuat dan dikemukakan kepada orang ramai khususnya kepada pekerja-pekerja yang akan datang ke Malaysia. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat seramai 20 orang Yang Berhormat telah membahaskan pindaan akta ini. Oleh yang sedemikian, Yang Berhormat Timbalan Menteri sila menjawab selama 30 minit. Sila jawab pada ahli-ahli yang membangkitkan isu-isu yang berada di dalam Dewan dan bagi mereka yang tidak ada di dalam Dewan, sila berikan jawapan bertulis.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian bagi sesi perbahasan Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2021 pada hari ini. Tuan Yang di-Pertua, saya bagi pihak Kementerian Sumber Manusia terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat seramai – dan juga
kita rasa satu prihatin yang sangat besar dalam mana mereka mengambil bahagian dalam perbahasan pada kali ini yang mana menghargai semua pandangan. Pihak kementerian menghargai semua pandangan, saranan, cadangan mahupun teguran Ahli-ahli Yang Berhormat tersebut. Seramai 20 orang Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Sungai Buloh, Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Papar, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Kulai, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Setiawangsa, Yang Berhormat Batu Kawan dan Yang Berhormat Klang. Mereka telah membangkitkan isu berkaitan dengan rang undang-undang...
Kurang betul. Yang Berhormat Timbalan Menteri tolong perbetulkan. Yang Berhormat Batu Kawan tidak terlibat.
Saya tidak jelas.
Yang Berhormat Batu Kawan tidak terlibat dalam perbahasan. Perbetulkan.
Ya, baik. Yang Berhormat Batu Kawan tidak terlibat. Okey, saya tahu. Saya tarik keluar Yang Berhormat Batu Kawan. Yang Berhormat Klang telah membangkitkan isu berkaitan Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2021. Terdapat beberapa soalan berkaitan dengan cuti paterniti yang dibangkitkan terutamanya oleh Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Papar, Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Kuala Krai dan Yang Berhormat Kapar. Berhubung dengan cadangan cuti paterniti dinaikkan daripada tiga hari kepada tujuh hari, perkara ini telah pun dibangkitkan semasa sesi libat urus Kementerian Sumber Manusia dengan Kelab Penyokong Kerajaan dan Blok Pembangkang pada tahun 2021 yang lalu. Mengambil kira kebajikan dan keprihatinan kerajaan, Kementerian Sumber Manusia telah bersetuju dengan cadangan tersebut. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kertas pindaan berhubung pindaan fasal cuti paterniti telah diedarkan kepada Ahli-ahli Dewan pada hari ini dan akan dicadangkan di peringkat Jawatankuasa. Berhubung dengan cadangan konsep cuti tidak berturut dengan izin, non- consecutive leave dilaksanakan ke atas cuti paterniti bagi pekerja lelaki bekerja yang isterinya bersalin. Banyak Yang Berhormat tadi menyentuh berkenaan dengan materniti dan juga paterniti yang disentuh secara terus dalam perbahasan tadi. Kementerian ingin menjelaskan bahawa buat masa ini cadangan tersebut tidak sesuai dilaksanakan kerana konsep ini berbeza dengan amalan dalam sektor kerajaan yang mengambil kira cuti rehat dan cuti pelepasan am sebagai cuti berturut dengan izin, consecutive leave. Yang Berhormat Kuala Krai pula telah membangkitkan sama ada semua pekerja lelaki boleh menikmati cuti paterniti selama tiga hari berturut-turut sebagaimana disebut dalam RUU Kerja (Pindaan) 2021 pada tahun yang lepas. Untuk makluman Ahli-ahli Dewan, hanya pekerja lelaki yang telah memenuhi syarat-syarat berikut sahaja layak mendapat cuti paterniti iaitu: (i) pekerja lelaki hendaklah telah berkahwin dengan pasangannya; (ii) pekerja lelaki tersebut hendaklah telah bekerja sekurang- kurangnya 12 bulan dengan majikan yang sama; (iii) pekerja perlu memaklumkan majikan sekurang-kurangnya 30 hari sebelum isterinya bersalin; (iv) kelayakan cuti paterniti terhad pada lima kali kelahiran tanpa mengira bilangan isteri; dan
(v) cuti tersebut hendaklah bermula pada hari isteri bersalin. Tuan Yang di-Pertua, kementerian mengambil maklum dengan isu buruh paksa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat.
Yang Berhormat Timbalan Menteri sedikit. Kenapa cuti untuk lima orang anak? Adakah kita menggalakkan bahawa keluarga itu boleh menambah bilangan anak yang besar? Ini diskriminasi namanya. Kenapa kalau ada orang yang enam orang anak tidak dapat menikmati kemudahan yang ada? Ini rezeki, tidak adil saya rasa kementerian. Kalau dia hendak ada anak 10 orang, 10 kalilah kita beri. Kenapakah perlu enam kali? Kita seolah-olah mengecilkan Keluarga Malaysia dengan mengurangkan bilangan anak. Jadi, adakah pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri mengkaji hal ini? Ini kerana bagi saya kita menganiaya juga ibu-ibu yang melahirkan anak. Tidak ada terima kasih. Mana cukup sampai enam selepas itu potong. Begitukah? Jadi, mohon bagi Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab. Terima kasih.
Terima kasih sahabat saya dari Jempol. Kita memanglah pindaan ini adalah kalau dibandingkan dengan akta yang ada sebelum ini adalah yang terbaik. Lebih baik pada terutamanya golongan B40. Dengan keadaan semasa, kita sekarang ini menetapkan dahulu yang ini pada yang lima orang dahulu. Akan tetapi, kena tengok. Ayat saya tadi, tidak sebut kepada bilangan isteri. Tidak terhad.
Ini tidak adil. Mana boleh. Tadi kata tidak ikut bilangan [Tidak jelas] . Jadi kalau boleh perkara ini...
Tidak, kita masih membuka.
Yang Berhormat Timbalan Menteri sedikit, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Padang Serai sedikit...
...Jangan diletakkan had. Tidak payah tulis lima orang. Ikut suka dialah hendak ada berapa orang anak.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Padang Serai sikit.
Okey, saya beri sekejap. Saya hendak respons sahabat Yang Berhormat Jempol. Ini sebagai had yang diputuskan sebagai permulaan. Insya-Allah, kita seperti yang kita sebut tadi, setiap dua tahun sekali, kita akan buat revision untuk review balik dengan izin akta-akta yang telah kita ini bentangkan pada hari ini. Masih ada lagi kelemahan-kelemahan walaupun sebab itulah tadi Yang Berhormat Kulai kata, ini asas daripadanya. Sebanyak 50 peratus diasaskan oleh masa dahulu tetapi di-complete-kan oleh kita dan disambungkan untuk kita table dengan hari ini untuk kita melibatkan semua pihak sebab itu mengambil masa yang lama sikit. Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri pada zaman PH dulu yang merangka permulaan tetapi tidak complete, incomplete proposal but now we are –Untuk makluman, kami complete-kan untuk kita table ke Dewan pada hari ini untuk manfaat semua golongan terutamanya B40. Sila.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak penjelasan sedikit. Berkaitan tuntutan suami kalau suaminya mempunyai dua orang isteri atau empat orang isteri, bolehkah semua isteri dia boleh tuntut? Sila beri penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada rakan saya dari Padang Serai. Itu yang saya katakan tadi. Pindaan ini yang kita bentangkan pada hari ini, kita sebagai permulaan. Untuk masa depan begitu juga dengan Akta Penggajian Negara setiap dua tahun sekali akan berlaku, ia dipanggil revision ataupun review balik gaji-gaji, akta-akta yang ada sama ada sesuai tidak pada ketika ini hendak meneruskan keadaan gaji dan suasana pekerja pada ketika itu ataupun pada ketika itu memang sudah tidak sesuai dan perlu kepada pindaan. Ya, terima kasih saya ucapkan.
Jadi, saya nak teruskan kepada...
Yang Berhormat Menteri, soalan saya, berapa isteri kita boleh tuntut?
Ya, tidak apa. Itu yang saya kata, saya buka pindaan ini permulaan. Disebut di sini tidak terhad terutamanya macam orang-orang India, saya rasa dia tidak boleh daripada satu isteri. Kalau tidak silap, minta maaflah. Macam orang-orang Islam, dibenarkan sehingga empat isteri. Okey, kalau 10 tidak boleh. Setakat empat sahaja. Okey?
Kita boleh kahwin, tetapi kita tidak mahu. Itu sahaja. [Ketawa]
Okey. Terima kasih. [Ketawa] Mahu tidak mahu, itu cerita lain. Akan tetapi yang sebenarnya boleh tidak boleh daripada segi hukum dan sebagainya, akta-akta agama. Itu cerita lain mahu tidak mahu itu. Okey, baik. Dalam hal ini, saya hendak meneruskan. Dalam hal kementerian menyambut baik sokongan bagi menambah bilangan Pegawai Perhubungan Perusahaan yang dipertimbangkan. Tadi kita sebut tadi berkenan dengan buruh paksa yang disebut oleh - yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Sungai Buloh dan Yang Berhormat Kuala Langat. Bagi isu penggajian pekerja asing, kewajipan mendaftar atau mendapat kelulusan awal Ketua Pengarah Tenaga Kerja telah dimasukkan dalam Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2021. Penguatkuasaan menyeluruh semua perkara yang dimasukkan dalam rang undang-undang ini akan dijalankan oleh semua pegawai Jabatan Tenaga Kerja di seluruh negara dan dicadangkan kapasiti sedia ada dan pegawai Jabatan Tenaga Kerja ditambah dalam kadar segera sesuai dengan pertambahan faedah kepada pekerja. Dalam hal ini, kementerian menyambut baik sokongan bagi menambah bilangan Pegawai Perhubungan Perusahaan dipertimbangkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam bagi memperkasa sistem penguatkuasaan berikutan dengan perluasan skop Akta 265. Berhubung dengan kriteria buruh paksa yang hanya menyentuh ugutan dan paksaan sedangkan kriteria penting tidak dimasukkan dalam rang undang-undang ini. Fasal 41 Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2021 merupakan klausa larangan buruh paksa secara am bertujuan untuk mencegah sebarang bentuk buruh paksa dalam pekerjaan dan mematuhi konvensyen International Labor Organization No. 29 mengenai buruh paksa. Takrifan dan elemen buruh paksa yang dicadangkan dalam fasal 41 rang undang- undang ini adalah sejajar dengan empat petunjuk atau indikator utama dalam buruh paksa yang terkandung dalam konvensyen ILO No. 29 iaitu yang pertama, penganiayaan golongan rentan. Kedua, penipuan. Ketiga, ancaman dan ugutan...
[Bangun]
Keempat, sekatan pergerakan. Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya adalah bila kita mencadangkan klausa-klausa buruh paksa ini, yang menjadi masalah bukan mengenai rang undang-undang ini. Kita ada banyak undang-undang sedemikian. Akan tetapi, soalan yang saya tujukan dahulu dalam debate saya adalah macam mana mekanisme yang akan ditubuhkan untuk mengimplementasikan semua yang ternyata di sana. Apa yang saya khuatir Yang Berhormat, adalah perkara ini akan diambil alih oleh Kementerian Dalam Negeri and they will takeover, semua dicuci. Lepas itu, tidak ada prosecution. Maka, soalan yang saya khusus ya, nombor satu, mekanisme investigasi. Kedua, adakah kita ada, kementerian ada pegawai-pegawai yang boleh membawa kes hingga ke mahkamah dan ke susulannya? Jadi, apa yang dibuat? Adakah ini semua akan diimplementasikan selepas rang undang-undang ini diluluskan? Ini kerana sebelum ini bila kita menerajui kerajaan, kita ada cadangan sedemikian.
Terima kasih kepada Yang Berhormat mantan Menteri Kementerian Sumber Manusia. Tuan Yang di-Pertua, kita telah menggariskan petunjuk-petunjuk buruh paksa lain sebenarnya telah diliputi di bawah peruntukan akta- akta sedia ada. Akta-akta sedia ada iaitu merujuk kepada perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat ataupun Yang Berhormat Kulasegaran, mekanisme untuk kita mengutarakan sistem dan undang-undang yang telah mengenai buruh paksa yang sedia ada ini. Jawapannya, memang. Terima kasih. Kita akan ambil maklum dan kita akan membuat proses sehingga peringkat pendakwaan ketika akta ini telah diluluskan selepas ini.
Tuan Yang di-Pertua.
Saya terima kasih kepada pandangan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tegaskan di sini, satu di antara perkara yang kita hadapi di negara ini di mana kita telah pergi ke tier 3 Trafficking of A Person’s Report oleh di Amerika. Kita tahu susulannya adalah kita ada sanction dan sebagainya. Maka, kita perlu serius dalam hal ini. Jangan— itu sebab kita ada cadangkan ini rang undang-undang ini khusus buruh paksa. Fasal kita ada undang-undang lain pun ada buruh paksa, tetapi not serious dan kerap kali penyiasatan ini kita dikatakan tidak ada pengalaman. I always say untuk mendapat experience, you have to try. Tidak ada kesah. Akan tetapi, jangan beri ini kepada pihak polis dan sebagainya. Mereka dengan - saya minta lebih baik kementerian sendiri fasal dia fasih. Kalau sudah experience, dia boleh buat perkara ini.
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat yang prihatin. Yang Berhormat, kita ada kaitan...
Tuan Yang di-Pertua.
Sekejap, sekejap. Saya hendak respons.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta penjelasan. Sungai Buloh.
Sekejap, saya hendak respons yang Yang Berhormat mantan Menteri dahulu. Nanti saya bagi.
Okey.
Saya bagi. No problem.
Okey.
Ini perkara besar yang saya akan buka untuk kita dapat penambahbaikan. Bukan kata yang ini dah bagus, tak. Sudah ada penambahbaikan daripada yang sebelum ini kepada yang lebih baik, tetapi kita masih lagi ada lagi loophole. Masih ada lagi kelemahan, kelonggaran-kelonggaran yang perlu kita perbaiki dari semasa ke semasa. Jadi, balik kepada Yang Berhormat dari Ipoh Barat tadi. Memang, kita dalam jawapan sini ada kaitan dengan tier 3 yang dibangkitkan tadi. Nanti saya sentuh dalam berkenaan dengan undang-undang buruh paksa ini. Jadi, petunjuk-petunjuk ini, kita tengok, kita balik kepada akta-akta yang sedia ada yang lebih spesifik. Antaranya dalam Bahagian IIIA, Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 iaitu Akta 446. Akta 446 ini juga menetapkan keperluan bagi mendapat perakuan dari Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia dan mematuhi spesifikasi minimum yang ditetapkan bagi menangani indikator buruh paksa berhubung keadaan kerja dan kehidupan yang tidak kondusif. Jadi, kita relate-kan dengan Akta 446 yang mana kita telah emphasize ataupun kita telah buat pindaan yang kita baru-baru ini yang mana penekanan di sini untuk kita hendak kurangkan buruh paksa sehingga kita, Akta 446 ini boleh mendakwa majikan yang melihat perkara ini tidak serius dan boleh menimbulkan forced labor yang dibangkitkan di luar negara terutamanya US ini. Ini, jadi kita ada dua akta lagi yang kita akan— silakan Yang Berhormat daripada Sungai Buloh. Silakan.
Terima kasih. Ya, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua...
Sekejap-sekejap. Saya hendak dapat pengesahan daripada Tuan Yang di-Pertua. Saya boleh bagi setiap kali dibangkit. Cuma, masa dekat saya ini untuk jawab masa peringkat dasar tadi berapa lama? Kalau boleh, saya akan bagi semua. Kalau tidak, saya terpaksa kena cut ataupun saya dapat jawapan secara bertulislah selepas ini.
Yang Berhormat Menteri, saya akan pertimbangkan bila come to the time.
Okey. Terima kasih.
Baik, Tuan Yang di-Pertua.
Sila Yang Berhormat Sungai Buloh.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebenarnya yang klausa dengan berkenaan buruh paksa yang ada, ada dua unsur sahaja yang sebut secara nyata dalam seksyen 90B iaitu sekatan pergerakan dan juga ancaman dan ugutan. Itu sahaja. Ini dua elemen sahaja. Akan tetapi, seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri sendiri di Dewan yang mulia ini pada 14 hari bulan Mac, buruh paksa yang diiktiraf di peringkat antarabangsa ada 11. Sebagai contoh, penahanan dokumen pengenalan diri, isolasi, penyalahgunaan kerentanan dan juga kerja lebih masa berlebihan, keganasan fizikal dan seksual, penahanan gaji, penipuan, penghambaan hutang. Ini semua adalah aspek-aspek buruh paksa dan isu ini memang Malaysia sudah ada imej yang telah dicemari oleh kes-kes yang melibatkan Top Glove, yang melibatkan baru-baru ini muncul Sime Darby Berhad dan sebagainya. Jadi bagi saya, kementerian harus mengambil ini lebih berat. Soalan yang saya minta jawapan ialah kenapa apabila kita faham, kita tahu 11 ini adalah inti pati atau unsur- unsur penting untuk buruh paksa, kenapa kita tidak masuk itu dalam definisi dalam pindaan ini? Itulah soalan-soalan saya. Saya minta jawapan yang jelas. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Buloh, sahabat saya. Sekejap lagi saya bagi.
Soalan saya...
Sekejap lagi saya bagi. Satgi saya lupa. Saya hendak respons...
Okey, okey.
...yang Berhormat Sungai Buloh, sekejap lagi saya beri Yang Berhormat Klang. Terima kasih Yang Berhormat Klang. Memang di dalam pindaan akta ini telah merangkumi 11 perkara ini dan kita mengambil maklum secara serius di mana kita membuat semak siasat daripada 11 perkara ini, kita dapati memang tiada. Akan tetapi, masih ada lagi perkara-perkara yang mungkin perincian ketika 11 perkara yang dibangkitkan ini terdapat perkara-perkara yang apabila kita bincang daripada segi undang-undang, ia terikat dengan perkara yang tiada dalam 11 perkara ini yang juga merupakan kaedah buruh paksa. Jadi, dalam keadaan ini kita sedang – terus untuk kita nak menyelesaikan masalah ini hari ini – Yang Berhormat Menteri kita pun sedang berbincang berkenaan dengan ini untuk mengurangkan – bukan mengurangkan, terus kita tidak ada lagi tuduhan- tuduhan buruh paksa. Maknanya kita akan atasi dengan US dan juga dengan pihak ILO di Geneva. Jadi, alhamdulillah. Dengan itu, unsur-unsur buruh paksa yang lain adalah di bawah akta ini juga. Termasuk akta lain di bawah Akta Imigresen, Akta Pasport, Akta 446, Akta CYP dan lain- lain lagi yang mana ia terikat. Banyak lagi akta yang kita boleh buat semak siasat supaya
kita boleh menghilangkan terus tuduhan forced labour ataupun memang kita ada tetapi tanpa kesedaran kita yang kita terlibat di dalam forced labour. Jadi bila kita buat semak siasat secara terperinci, perkara ini kita akan atasi selepas ini. Memang kita pihak kementerian, pihak kerajaan amat serius apabila perkara ini sedang berlaku sehingga melibatkan eksport komoditi kita di luar negara terbantut kerana tuduhan-tuduhan ini yang kita ambil sebagai satu tindakan yang sangat serius untuk kita selesaikan. Okey, silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak balik kepada isu yang dibangkit oleh Yang Berhormat Sungai Buloh tadi berkait dengan definisi ‘buruh paksa’. Seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Sungai Buloh tadi bahawa ia tidak selaras dengan definisi ILO 11 guideline pointers yang telah diberikan ILO. Yang Berhormat Timbalan Menteri saya minta penjelasan, kalau seseorang majikan simpan pasport dan tidak diberikan kepada pekerja, mungkin kerajaan boleh dakwa dia di bawah Akta Pasport dan kalau tidak memberi tempat tinggal yang bagus, sihat dan sebagainya, mungkin boleh didakwa di bawah Akta 446. Soalan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri ialah mereka akan didakwa di bawah Akta Pasport, akan didakwa di bawak Akta 446 perumahan, tetapi mereka tidak akan didakwa di bawah Akta Buruh Paksa. Ini berlainan sebab denda itu adalah berlainan dan juga cara kita mengatasi masalah buruh paksa juga berlainan juga kalau kita mengambil sikap bahawa kita mendefinisikan 11 pointers ILO ini di bawah definisi yang kita buat pindaan sekarang. So, saya minta sebenarnya Yang Berhormat Timbalan Menteri supaya mencari jalan sebenarnya untuk selaraskan 11 pointers ILO ke dalam pindaan kita supaya seseorang itu boleh didakwa di bawah kesalahan buruh paksa dan bukan Akta Pasport, Akta 446 dan sebagainya. Minta pandangan.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Klang yang prihatin (concerned) berkenaan dengannya. Ya, betul saya setuju berkenaan dengan simpan pasport ini di bawah imigresen iaitu di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN). Akta 446 adalah accommodation ataupun penempatan, keselesaan kepada pekerja- pekerja. Di sini juga termasuk dalam 11 perkara tetapi diminta oleh Yang Berhormat Klang supaya kita perincikan 11 perkara yang perlu dimasukkan di dalam pindaan akta ini. Ya, akta akan datang kita bincang. Insya-Allah kita bincang dengan AG untuk kita scrutinise atau kita perincikan berkenaan dengan cadangan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Klang.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, itu bermaksud Yang Berhormat Timbalan Menteri memberi satu komitmen pada hari ini di Dewan yang mulia ini supaya isu ini diperincikan sebelum ditandatangani.
Ya.
Okey, terima kasih.
Okey, terima kasih Yang Berhormat Klang. Seperti yang saya katakan tadi walaupun pindaan akta ini adalah lebih baik daripada yang sebelum ini kepada pekerja-pekerja tetapi masih ada lagi – kita ada ruang lagi untuk kita buat penambahbaikan. Setiap dua tahun sekali, kita ada revision ataupun kita ada review atau ada semak semula bagi kita memberi perlindungan kepada pekerja di samping kita mendapat persetujuan daripada pihak employers. Seterusnya saya nak terus kepada – di samping itu berkenaan dengan di bawah Akta Kanak-kanak dan Orang Muda (Pekerjaan)...
Yang Berhormat Timbalan Menteri...
Boleh, boleh.
Saya berterima kasih. Saya juga telah mengikuti perbahasan dan juga penggulungan yang dibuat oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan dengan perlindungan yang diberi kepada kaum hawa, kaum wanita di bawah akta ini. Memang kita menyokong. Ketika Yang Berhormat Sepang berbahas tadi, saya telah membangkitkan satu perkara. Di sebelah sini [Merujuk kepada blok pembangkang] Yang Berhormat Sepang, di sebelah sana [Merujuk kepada blok kerajaan] ada juga yang berbahas mengenai hak untuk memakai hijab atau memakai tudung. Kita menyokong bahawa pekerja-pekerja di Malaysia yang beragam Islam sepatutnya diberi hak untuk memakai hijab dan tudung. Berkenaan dengan perkara itu, saya telah membangkitkan satu perkara. Saya tanya sebab Yang Berhormat Menteri tidak hadir dan saya mahu pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri mengenai perkara ini sama ada kerajaan akan memberi notis menuntut penjelasan daripada Duta India, mana-mana pegawai. Kita adalah negara yang ada...
Okey, okey.
...berbilang kaum. Jadi saya ingin tahu penjelasan dan pendirian Yang Berhormat Timbalan Menteri atas perkara ini.
Hari ini kita bincang berkenaan dengan pindaan akta-akta di Malaysia.
Saya tahu. Mengenai ini...
Tumpu yang ini dahulu. Tidak apa. Saya hendak jawablah.
Tetapi apakah pendirian Yang Berhormat Timbalan Menteri atas perkara ini?
Okey baik. Duduk. Okey, sekarang kita membincangkan pindaan akta-akta untuk kita memberi perlindungan kepada pekerja- pekerja kita yang mana pascapandemik COVID-19, semua dapat merasai kesannya akibat daripada pandemik COVID-19. Walau bagaimanapun, saya hendak jelaskan memakai tudung atau memakai hijab dengan menutup aurat adalah perkara berbeza. Pakai tudung kadang-kadang tidak tutup aurat. Itu sebab saya minta kita – selepas ini mungkin kita akan bincangkan berkenaan dengan menutup aurat dan bagi yang bukan Islam – dia berpakaian secara sopan macam yang hari ini kita tengok Yang Berhormat Batu Kawan. Bersopanlah itu. Cantik. Bersopan. Jadi, beza antara pakai tudung dengan menutup aurat adalah dua perkara yang berbeza. Jangan ingat pakai tudung itu sudah – dia telah melaksanakan tuntutan dia sebagai seorang muslimah. Jadi dia lain...
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih. Akan tetapi masalahnya...
Ini tidak apa, saya tidak mahu sentuh bab India.
Saya ingin tanya sebab tadi Tuan Yang di-Pertua telah mengatakan kita akrab dengan India. Akrab tidak akrab itu berbeza. Pendirian saya adalah, salah di India juga melarang kanak-kanak yang pergi ke sekolah, melarang mereka daripada memakai hijab. Apakah Yang Berhormat Timbalan Menteri berani untuk mengetengahkan perkara ini, minta kerajaan meminta Duta India memberi penjelasan. Saya tahu Yang Berhormat Menteri daripada Yang Berhormat Tapah begitu akrab dengan orang kerajaan India. Mungkin beliau risau, beliau tidak akan buat. Akan tetapi, adakah pendirian Yang Berhormat Timbalan Menteri?
Okey, baik. Oleh sebab itu, saya selalu sebut antara tujuh perkara ajaib dan tambah satu dalam dunia ini – jadi tujuh plus satu atau pun seven plus one adalah perkara ajaib yang baharu adalah PAS boleh bekerjasama dengan
MIC. Dalam dunia ini selain tujuh perkara ajaib, ada lagi satu. Duduk, duduk. Saya tidak benarkan. Saya hendak jawab yang ini. Bilakah hendak habis ini?
Yang Berhormat Timbalan Menteri, masalahnya di Johor Bahru, PN lawan BN. BN lawan PN. Jadi, apakah pendirian kerajaan sekarang atas isu ini?
Okey.
Adakah pendirian Yang Berhormat Timbalan Menteri berbeza dengan pendirian Yang Berhormat Menteri? Mungkin Yang Berhormat Menteri MIC takut? Mungkin Yang Berhormat Menteri MIC dia takut untuk mengetengahkan perkara ini.
Ya, betul. Betul.
Untuk memberikan pandangan, untuk lantang atas perkara ini. Apakah pendirian Yang Berhormat Timbalan Menteri? Saya sebagai Ahli Parlimen... [Pembesar suara dimatikan]
Nombor satu, perkara yang kena diputuskan, adakah...
Tuan Yang di-Pertua.
Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah menjawab perkara ini?
Tuan Yang di-Pertua, ini adalah isu penting.
Tuan Yang di-Pertua, ini tidak ada kaitan dengan pindaan akta...
Apa tidak ada kaitan? This has got all relevant... [Pembesar suara dimatikan]
Saya sudah menyatakan...
Akta Kanak-kanak dan Orang Muda 1966 ...
Kerajaan cacamerba.
Akta 350...
Yang Berhormat Jelutong cacamerba.
...Pula menetapkan larangan kanak-kanak dan orang muda daripada terlibat dengan pekerjaan yang berbahaya dan tidak bermoral.
No. Saya hendak tahu, apa pendirian PAS? Apa pendirian PAS atas isu kanak-kanak di Karnataka yang dilarang memakai hijab... [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Jelutong, beri laluan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Floor dia. Kalau dia beri, then okey ya.
Tuan Yang di-Pertua, di samping itu, kita lihat terdapat juga akta-akta lain yang menangani indikator-indikator buruh paksa lain iaitu Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 [Akta 246] yang banyak disentuh berkenaan dengan buruh paksa tadi supaya imej negara boleh kita bersihkan, iaitu Akta Pasport 1966 [Akta
150], Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 [Akta 670] dan Akta Kanun Keseksaan [Akta 574]. Sehubungan dengan itu, peruntukan mengenai buruh paksa di bawah rang undang-undang ini merupakan pelengkap kepada peruntukan undang-undang sedia ada di negara ini bagi menangani isu buruh paksa dengan lebih menyeluruh dan berkesan. Manakala berhubung dengan cadangan supaya kerajaan mengadakan perbincangan dengan Amerika Syarikat, kementerian mengambil maklum mengenai perkara tersebut dan perkara ini telah pun dilaksanakan dan akan dipergiatkan dari semasa ke semasa. Tuan Yang di-Pertua, cadangan untuk mewujudkan flexible parental leaves selama 30 hari sebagaimana yang diamalkan di Australia dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh tadi...
Sebentar Yang Berhormat Timbalan Menteri, sebentar. Saya memberi lagi lima minit. Saya ingin mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat supaya fokus kepada apa yang dibincangkan kepada akta ini ya. Jangan swing ke benda lain. Silakan.
Okey. Yakni diamalkan di Australia boleh dijadikan sebagai asas permohonan oleh pekerja untuk aturan kerja fleksibel, dengan izin, flexible working arrangement yang diperkenalkan di bawah rang undang-undang ini. Berhubung dengan peruntukan gangguan seksual dalam pindaan akta ini di tempat pekerjaan, kementerian sememangnya memberi perhatian terhadap perlindungan pekerja daripada gangguan seksual. Justeru itu, cadangan untuk menggalakkan majikan untuk memberikan taklimat kepada pekerja secara berkala boleh dilaksanakan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat umum. Berhubung dengan cuti idah kepada pekerja wanita yang kematian suami, perkara ini akan diperhalus oleh Kementerian Sumber Manusia dan akan kita membincangkan dengan pihak AG dengan lebih terperinci lagi. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan isu pekerja gig yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Jempol dan Yang Berhormat Pokok Sena, berhubung dengan ketiadaan peruntukan mengenai pekerja gig, Kementerian Sumber Manusia ingin menjelaskan bahawa Akta Kerja 1955 [Akta 265] adalah khusus untuk melindungi pekerja-pekerja yang digajikan di bawah suatu kontrak perkhidmatan. Saya ulang, khusus untuk melindungi pekerja-pekerja yang digajikan di bawah suatu kontrak perkhidmatan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan sangat prihatin terhadap kebajikan pekerja gig. Pada masa ini, Kementerian Sumber Manusia sedang meneliti dan mengkaji keperluan untuk menggubal satu undang-undang khusus dalam menjaga kebajikan pekerja gig ini. Berhubung dengan isu penempatan pekerjaan, Yang Berhormat Pokok Sena ingin mendapat penjelasan berkaitan 700,000 warganegara yang berjaya ditempatkan melalui program yang dijalankan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), apakah inisiatif dalam menarik minat pekerjaan tempatan bekerja dalam sektor 3D, inisiatif yang bangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena tadi iaitu dirty, dangerous and difficult. Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, bagi membantu pasaran pekerjaan negara dan menarik minat pekerja tempatan bekerja dalam sektor 3D, Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO telah membangunkan portal pekerjaan MYFutureJobs untuk...
Sedikit, Yang Berhormat. Ini mengenai gig workers. Sebenarnya kerajaan dahulu telah memberi aku janji bahawa selepas rang undang-undang ini diluluskan, dalam regulation itu ia akan mengubah suai untuk memasuki dan memberi perlindungan kepada gig workers, pekerja-pekerja gig. Adakah ia akan dibuat? Atau aku janji yang dibuat dulu itu akan dimungkiri sekarang, tidak akan diimplementasikan? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Memang dalam pindaan undang-undang ini, memang kita memberi fokus kepada B40 yang termasuk pekerja gig. Akan tetapi, masih lagi ada perkara-perkara yang perlu kita close deal ataupun kita perincikan bagi kita memberi perlindungan kepada pekerja-pekerja gig economy ini ataupun dipanggil seperti mana GrabFood, GrabCar dan sebagainya. Jadi, untuk ini, seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena, ia termasuk dalam 3D juga iaitu dirty and dangerous. Macam GrabFood, memang dangerous. Jadi, untuk makluman semua, apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat ini, kerajaan sangat prihatin terhadap kebajikan pekerja gig. Pada masa ini, Kementerian Sumber Manusia sedang meneliti dan mengkaji keperluan untuk menggubal lagi satu undang-undang khusus untuk menjaga, memberi perlindungan dan menjaga kebajikan pekerja-pekerja gig dalam masa akan datang. Kita sedang meneliti dan mengkaji. Memang ini perlu kita segerakan kerana bila menghadapi pandemik COVID-19, tanpa kita jangka, satu sektor baharu gig economy telah muncul membantu negara sedang menghadapi pandemik COVID-19 ini. Ini yang kita tidak jangka.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sila gulung.
Jadi, berkenaan dengan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena tadi, Yang Berhormat sekalian, bagi membantu pasaran pekerjaan negara dan menarik minat pekerja tempatan bekerja dalam sektor 3D ini, kita telah membangunkan satu portal yang dipanggil MYFutureJobs untuk membantu majikan dan pencari kerja mendapatkan pekerjaan. Portal ini adalah terbuka kepada awam dan boleh dilayari secara percuma. Tiada sebarang caj yang dikenakan kepada pencari kerja dan majikan yang berdaftar dalam menggunakan portal MYFutureJobs berbanding penyedia perkhidmatan pekerjaan swasta yang lain. Pada masa ini, MYFutureJobs sangat strategik dan memberi bantuan yang banyak yang sangat baik kepada pencari- pencari kerja. Untuk Sistem Insurans Pekerjaan (SIP), ia juga menyediakan program-program bagi meningkatkan modal insan dan kebolehpasaran pekerja seperti khidmat kaunseling kerjaya, skill profiling, penulisan resume, mock interview, latihan kemahiran bahasa dan penyampaian serta seminar pekerjaan bagi mereka yang mencari kerja.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, masa sudah cukup. Beri jawapan bertulis.
Juga, kita menjalankan kerja-kerja job carnival yang memberi kemudahan kepada pencari kerja. Jadi, saya minta untuk penggulungan, Tuan Yang di-Pertua. Satu minit?
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ada satu penjelasan yang penting.
Okey, last. Satu minit last.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, depan sini, Klang. Satu soalan yang penting.
Minta dekat Tuan Yang di-Pertua. Dia bagi tidak?
Tuan Yang di-Pertua, boleh?
Yang Berhormat, floor Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kalau dibenarkan, silakan. Saya hanya memberi satu minit saja. Gulungkan, wrap up the speech.
Okey, okey. Jadi, terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Klang. Saya, Yang Berhormat
Klang, saya suka mendengar pandangan daripada Yang Berhormat Klang untuk penambahbaikan. Akan tetapi, masa yang diberi kepada saya satu minit tidak ada tolak ansur lagi. Jadi, kita bincang masa lain kalau ada lagi apa-apa, insya-Allah. Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini― dan kalau mana yang saya tidak sebut, saya akan menjawab secara bertulis. Daripada 20 orang yang membangkitkan perkara-perkara ini, secara bertulis kepada mereka yang membangkitkan perkara yang tidak disentuh dalam ucapan saya pada penggulungan saya pada peringkat jawatankuasa tadi. Jadi, akhir sekali, bagi pihak kementerian, saya mengucapkan terima kasih kepada semua Yang Berhormat atas pandangan, saranan dan teguran Ahli-ahli Yang Berhormat. Kami akan beri perhatian dalam merangka dasar dan program-program kementerian dengan lebih cekap dan berkesan. Atas keprihatinan Yang Berhormat sekalian, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Sekian. Wabillahi taufiq wal hidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 11 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG KERJA (PINDAAN) 2021 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga — Fasal 12 [Pindaan]-Bill
Pindaan Fasal 12 dicadangkan untuk memanjangkan tempoh cuti bersalin daripada 90 hari kepada 98 hari selaras dengan Konvensyen ILO dengan izin Maternity Protection Convention, 2000 (No. 183).
Masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera di dalam kertas pindaan oleh Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia yang telah dibentangkan sekarang ini terbuka untuk dibahas.
Tuan Pengerusi, saya hendak tambah sedikit sahaja mengenai ILO. Kita ikut ILO punya rekomendasi, itu bagus tetapi saya rasa ada banyak lagi rekomendasi yang dibuat oleh ILO yang perlu dikaji dan diserap di beberapa undang-undang. Saya harap perhatian diberikan dalam hal ini. Dalam maternity leave yang ditambah daripada 90 hari kepada 98 hari, itu bagus kerana semasa PH menerajui kerajaan, saya sudah beritahu sebelum ini pada prinsipnya Kabinet telah bersetuju. Sebenarnya kalau akta ini telah dibawa ke Parlimen pada Mac 2020 sebelum kerajaan kita dicuri semestinya perkara itu dapat dibuat dengan – akan membawa keuntungan kepada semua pekerja di negara ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Timbalan Menteri sila jawab.
Saya setuju dengan pandangan daripada Yang Berhormat Ipoh Barat. Memang perkara itu telah dibawa – hari ini kita buat conclusion sebagai pelaksanaan setelah dipersetujui oleh Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia dalam kertas pindaan hendaklah disetujukan. [Pindaan dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Fasal 12 sebagaimana dipinda diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang]
Fasal-fasal 13 hingga 22.
Tuan Pengerusi, ini berkenaan dengan pindaan fasal 20 yang berkaitan dengan waktu kerja untuk seminggu dan cadangan sekarang adalah untuk pinda 48 jam seminggu iaitu status quo sekarang kepada 45 jam. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, sama ada Yang Berhormat Timbalan Menteri sedia membuat satu pindaan tanpa notis yang kita boleh setuju bersama, tidak ada masalah supaya mencadangkan pindaan sekarang seperti mana yang dibuat kepada cuti bersalin yang baru tadi kita luluskan untuk menukar ini daripada 45 kepada 40 yang selaras dengan keadaan hampir di banyak tempat di Malaysia sekarang di mana kita mengamalkan working week dengan izin, 40 jam seminggu dan juga selaras dengan piawaian antarabangsa daripada ILO. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Yang Berhormat Timbalan Menteri sila jawab.
Tuan Pengerusi, saya turut hendak bahas. Kulai di sini.
Biar Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab dahulu.
Bukan saya berbahas dahulu baru Menteri jawab sekali kah?
Menteri jawab dulu.
Tidak apa, tidak apa. Ini satu-satu. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Buloh. Memang pada hari ini, 45 jam yang kita putuskan sebagai satu muktamad untuk pindaan RUU pada hari ini, muktamad pada hari ini. Okey, silakan.
Yang Berhormat, silakan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Untuk Fasal 13 mengenai ‘restriction on termination pregnant female employees, dengan izin. Saya rasa restriction ini hanyalah untuk termination of pregnant female employee tetapi sebenarnya untuk golongan wanita. Salah satu isu yang mereka sering hadapi adalah mereka ditanya tentang pelbagai soalan tentang kehamilan mereka semasa temu duga. Saya rasa perlindungan yang di bawah pindaan rang undang-undang ini tidak membantu mereka. Semasa temu duga golongan wanita sentiasa akan ditanya sama ada sekarang mereka mengandung ataupun ada apa-apa rancangan untuk mengandung ataupun sama ada mereka sudah berkahwin, tidak berkahwin. Jadi pelbagai soalan yang dibangkitkan oleh sebab majikan hendak tahu sama ada wanita itu ada kemungkinan untuk mengambil cuti bersalin. Jadi saya rasa – apa pindaan yang kami nampak di sini adalah bagus kerana dia bagi sedikit perlindungan tetapi perlindungan ini tidak sempurna, tidak mencukupi. Bagaimana Kementerian Sumber Manusia akan memastikan juga golongan-golongan
wanita juga tidak akan ditanya tentang status kehamilan mereka semasa interview kecuali status kehamilan mereka memang akan menjejaskan status mereka untuk menjalankan tugas untuk mengambil pekerjaan tersebut. Kalau tidak, saya rasa sebenarnya banyak golongan wanita...
Yang Berhormat, sila gulung.
.... yang menghadapi isu ini tetapi pindaan ini tidak membantu golongan ini, terima kasih.
Okey disentuh tadi kalau tidak silap pendengaran saya ketika di interview ditanyakan soalan tentang kehamilan ini boleh atau tidak boleh. Pindaan akta ini khusus kepada mereka yang telah bekerja, yang belum bekerja lagi mungkin tidak terikat. Akan tetapi kalau ada, untuk makluman Yang Berhormat Kulai kalau ada majikan yang semasa interview membangkitkan perkara-perkara ini boleh membuat laporan kepada Jabatan Tenaga Kerja, kepada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia di bawah portal kita pun, kita ada sediakan iaitu Working For Workers; aduan-aduan yang dibuat oleh majikan tertentu yang mana kita boleh mengambil tindakan ataupun membuat semak siasat kalau perkara ini berlaku seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kulai tadi. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi, Padang Serai sedikit.
Last.
Padang Serai. Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingin tanya sebab cuti diberikan 98 hari selepas bersalin. Bolehkah cuti itu diberikan awal sedikit dua minggu sebelum wanita itu bersalin kerana memandangkan di Kuala Lumpur banyak jammed, sekiranya mereka hendak balik sangkut kah apa kah semasa bersalin, itu satu masalah besar. Kalau kita bagi awal sedikit, dua minggu sebelum mereka bersalin, bagi mereka relaks dekat rumah dan boleh membuat persiapan untuk pergi hospital dan sebagainya. Ini akan menyelamatkan wanita-wanita yang melahirkan di tengah jammed. Terima kasih.
Silakan Timbalan Menteri menjawab.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Tuan Pengerusi, pindaan ini pindaan daripada 60 hari kepada 90 hari dan kita lampirkan lagi mengikut ILO, annexure ataupun lampiran tambah lagi ia menjadi 98 hari. Jadi ini yang kita bincangkan. Jadi yang itu, nanti Yang Berhormat Padang Serai boleh berbincang dengan majikan-majikan. Terima kasih. [Fasal-fasal 13 hingga 22 diperintah jadi sebahagian daripada rang undang- undang]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG KERJA (PINDAAN) 2021 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga — Fasal 23 [Pindaan]-Bill
Pindaan pada fasal 23 dicadangkan untuk memanjangkan tempoh cuti paterniti daripada tiga hari kepada tujuh hari. Cadangan ini bertujuan untuk memberi ruang kepada pekerja lelaki yang isterinya bersalin supaya dapat menguruskan kelahiran anak dalam tempoh masa yang mencukupi. Cadangan ini juga selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian SR.5.4.2 yang menekankan konsep mengutamakan keluarga dengan izin, family first. Melalui pindaan ini pekerja-pekerja lelaki sektor swasta akan turut menikmati faedah-faedah yang sama seperti penjawat awam.
Masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera dalam kertas pindaan oleh Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia yang telah dibentangkan sekarang ini terbuka untuk dibahas. [Tiada perbahasan]
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia dalam kertas pindaan hendaklah disetujukan. [Pindaan dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Fasal 23 sebagaimana dipinda diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang]
Silakan.
Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada fasal 30 iaitu the principal Act is amended by inserting after section 69E the following section, discrimination in employment. Tuan Pengerusi, kita perlu tahu bahawa niat rang undang-undang ini khusus. Ini adalah idea yang kita dapat semasa kita menerajui Kerajaan Pakatan Harapan. Dalam Manifesto Pakatan Rakyat dan Manifesto Pakatan Harapan, ia ada satu cadangan untuk menubuhkan satu commission yang patut dinamakan Equal Employment Opportunity Commission. Equal Employment Opportunity Commission yang serupa ada di Amerika dan negara-negara lain tetapi oleh kerana ia akan memakan banyak masa untuk menubuhkan dan mendapat kebenaran beberapa agensi, kita telah— dengan persetujuan Kabinet membawa rang undang-undang ini. Saya harap dalam memberi interpretasi dan sebagainya oleh Director General, Director General akan mengambil kira pandangan dan background proses yang sedang dibuat di negara-negara lain supaya kita dapat mengikut apakah yang patut dijalankan. Ini kerana kalau tidak ada pada rang undang-undang ini, menubuhkan satu commission mengambil banyak masa di negara ini. Maka rang undang-undang ini dimulakan. Saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri akan memberi tahu kepada DG, Encik Mohd Asri bahawa ini perlu pandangan yang bagus, yang perlu diperhalusi dan tindakan susulan mengenai perkara itu diimplementasikan. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, sila jawab.
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Ipoh Barat, terima kasih bangkit perkara yang tepat sekali dan saya sangat macam ada chemistry-lah. Perkara ini sedang— memang zaman PH yang banyak menetapkan perkara-perkara seperti ini dan saya melaksanakan pada hari ini. Berkenaan dengan fasal diskriminasi pekerjaan ini, kita sedang berbincang secara terperinci dengan pihak undang-undang dan juga kita mungkin akan pinda lagi dalam masa depan untuk kita menambahbaikkan lagi pindaan akta untuk kita membela pekerja. Kita juga melihat daripada satu sudut lagi iaitu sudut majikan juga. Kita harus mendapat perbincangan dan menimbang masalah yang mereka hadapi dan dapatkan persetujuan bersama. Sekian, terima kasih daripada Yang Berhormat Ipoh Barat. [Fasal-fasal 24 hingga 46 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang]
[Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi II (Datuk Willie anak Mongin) dan diluluskan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG KAWALAN BEKALAN (PINDAAN) 2021 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu suatu rang undang- undang untuk meminda Akta Kawalan Bekalan 1961 dibacakan kali yang kedua sekarang.
Okey baca, silakan.
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122] merupakan satu akta di bawah seliaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bagi mengawal selia perdagangan barang-barang kawalan dalam negara. Akta 122 ini penting bagi memastikan wujudnya keseimbangan perbekalan dan harga yang mana mudah terkesan akibat faktor-faktor seperti kenaikan harga bahan mentah, bencana alam serta sikap peniaga yang sengaja menyorok barang-barang kawalan. Melalui akta ini, kerajaan dapat memastikan stok barang-barang kawalan mencukupi dan mudah didapati pada setiap masa dan keadaan. Hal ini kerana akta ini memperuntukkan kuasa kepada Menteri untuk menetapkan apa-apa makanan dan barang keperluan asas sebagai barang-barang kawalan. Pengisytiharan barang kawalan tersebut membolehkan kerajaan mengawal selia pengeluaran, pengedaran, penjualan dan penyimpanan barang-barang kawalan bagi mengelak aktiviti manipulasi bekalan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Rang undang-undang yang dibacakan ini adalah untuk memperkasakan peruntukan-peruntukan berhubung penguatkuasaan bagi membanteras kegiatan menyeleweng barang kawalan. Rang undang-undang ini juga bagi memperjelas dan memperincikan peruntukan-peruntukan yang berhubung dengan pengendalian barang- barang sitaan supaya tindakan penyitaan dan rampasan dapat dilakukan dengan lebih praktikal dan selamat. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang- undang Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021 ini telah melalui semakan dan diluluskan oleh Jabatan Peguam Negara pada 31 Disember 2020. Rang undang-undang ini juga telah diluluskan oleh Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 3 November 2021.
Peruntukan-peruntukan yang dicadangkan untuk dipinda dan dimasukkan adalah seperti berikut – Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan. Fasal 2 bertujuan untuk menggantikan perenggan 10(1)(a) Akta 122 dengan perenggan baharu untuk memberi kuasa kepada pengawal bekalan, pegawai bekalan,
pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor atau pegawai kastam untuk menahan tanpa waran mana-mana orang yang semunasabahnya dipercayai telah melakukan atau cuba melakukan kesalahan di bawah Akta 122. Pada masa kini, kesalahan atau cubaan untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta 122 hanya dilaksanakan sekiranya seseorang itu enggan untuk memberikan nama atau alamatnya atau memberikan suatu alamat di luar Malaysia atau suatu nama atau alamat palsu atau berkemungkinan akan melarikan diri. Subfasal 2(b) dan 2(c) bertujuan untuk menomborkan semula subseksyen 10(1A) sebagai subseksyen 10(1B) dan untuk memasukkan subseksyen baharu 10(1A) ke dalam Akta 122 sebagai pindaan berbangkit daripada penggantian perenggan 10(1)(a) Akta 122. Perenggan baharu (1A) memperuntukkan bahawa pengawal bekalan, pegawai bekalan, pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor atau pegawai kastam yang membuat penahanan di bawah perenggan 10(1A) hendaklah tanpa kelengahan yang tidak sepatutnya membawa orang yang ditahan tersebut ke stesen polis atau orang tersebut akan dikendalikan menurut Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593]. Fasal 3 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 12A dan 12B dalam Akta 122. Seksyen baharu 12A bertujuan untuk memperuntukkan bahawa apa-apa barang kawalan atau barang lain selain daripada barang kawalan yang disita di bawah Akta 122 yang disifatkan mudah rosak atau mudah terbakar atau sekiranya penjagaan barang kawalan atau barang lain itu melibatkan perbelanjaan dan kesulitan yang tidak munasabah boleh dijual. Seksyen baharu 12B bertujuan untuk memperuntukkan bahawa tiada seorang pun dalam mana-mana prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa barang kawalan, kenderaan, vesel atau benda lain selain daripada barang kawalan yang disita dalam menjalankan mana-mana kuasa yang diberi di bawah Akta 122 berhak ke atas kos prosiding tersebut atau apa-apa kerosakan atau pelepasan lain melainkan penyitaan itu telah dibuat tanpa sebab yang munasabah. Fasal 4 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 25A dalam Akta 122 untuk memperuntukkan bahawa jika barang yang disyaki sebagai barang kawalan dijumpai dalam dua atau lebih bungkusan atau bekas yang sama perihalannya, ia hendaklah dianggap bahawa semua bungkusan atau bekas itu mengandungi barang yang sama jenis, kuantiti dan kualiti dan adalah mencukupi untuk membuka atau memeriksa satu peratus atau tidak kurang daripada lima sampel bagi setiap perihalan bungkusan atau bekas yang mana barang tersebut terkandung. Selanjutnya, sekiranya terdapat keperluan untuk menguji mana-mana barang yang disyaki merupakan barang kawalan yang disita di bawah akta ini, adalah mencukupi untuk menguji sampel yang tidak melebihi lima peratus daripada isi padu atau berat barang yang telah diperiksa tersebut. Mahkamah hendaklah menganggap bahawa barang dalam bungkusan atau bekas yang tidak dibuka dan diperiksa adalah daripada jenis kuantiti dan kualiti yang sama sepertimana yang dijumpai dalam bungkusan atau bekas yang sama yang telah dibuka. Untuk makluman Dewan yang mulia, naskhah sahih Rang Undang-Undang Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021 ini telah ditetapkan dalam teks bahasa Inggeris memandangkan Akta Kawalan Bekalan 1961 telah digubal sebelum kuat kuasa Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967. Tuan Yang di-Pertua, saya pohon mencadangkan.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Kawalan Bekalan 1961 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Senarai pembahas adalah seperti berikut, masa diberi adalah lima minit. Pertama Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang
Berhormat Kepong, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Papar, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Kota Melaka dan Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Perbahasan dibuka. Dipersilakan Yang Berhormat Jempol.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Keluarga Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021. Selain daripada ingin memastikan undang-undang sedia ada kekal relevan dengan persekitaran perniagaan dinamik serta ingin merancakkan kembali sektor perdagangan dalam negeri, pembentangan rang undang-undang ini juga sudah pasti semestinya bertujuan untuk terus melindungi kepentingan Keluarga Malaysia di seluruh negara iaitu selaku pengguna. Rang undang-undang ini juga sememangnya perlu disegerakan dan diluluskan dengan sebulat suara supaya peraturan yang sedang dikuatkuasakan dapat ditambah baik. Oleh itu, tahniah dan syabas diucapkan kepada kerajaan yang komited melaksanakan pelbagai kajian dan meneliti kesesuaian melakukan pembaharuan khususnya dalam sudut perundangan. Secara umumnya, saya menyokong segala pindaan dibawa oleh kerajaan pada kali ini, namun terdapat beberapa perkara yang perlu penelitian. Tuan Yang di-Pertua, menerusi pindaan kali ini, kerajaan benar-benar ingin memastikan jenayah perdagangan dapat dikurangkan, seterusnya menjamin keberadaan barangan keperluan asas di pasaran. Saya menyambut baik usaha ini kerana ia adalah suatu keperluan yang mendesak khususnya terhadap barang kawalan yang diberikan subsidi oleh kerajaan. Kekurangan barangan kawalan di pasaran, kesannya kepada rakyat begitu mendalam. Contohnya, isu kekurangan bekalan minyak masak paket bersubsidi yang telah berlaku awal Januari yang lalu sehinggalah pada hari ini. Perkara tersebut sememangnya telah menambah derita rakyat terutamanya buat mereka yang mahu bangkit semula dengan menjalankan perniagaan selepas pandemik COVID-19. Berdasarkan statistik KPDNHEP, sebanyak 2,212 kes dengan nilai rampasan sebanyak RM54 juta telah direkodkan yang melibatkan pelbagai kesalahan di bawah akta ini bermula pada 2016 hinggalah Oktober 2020. Antaranya ialah kesalahan penyelewengan barang kawalan bersubsidi di sempadan antara Malaysia yang terdiri dari negara Thailand, Indonesia, Brunei dan Singapura. Harga jualan barangan kawalan di Malaysia yang jauh lebih rendah dan mudah diperoleh merupakan faktor utama mempengaruhi permintaan daripada penduduk di negara sempadan. Meskipun isu penyelewengan barang kawalan di sempadan ini bukanlah suatu perkara yang mudah untuk diuruskan dan ditangani, namun kita tidak boleh menjadikan ia sebagai satu alasan dan kerajaan hendaklah mencari solusi yang tepat untuk menangani secara holistik. Saya berharap agar perkara ini terus menjadi fokus utama kerajaan dan menjadikan teras utama kepada bahagian yang bertanggungjawab, KPDNHEP. Tuan Yang di-Pertua, berikutan cadangan pindaan seksyen 10 iaitu memperluaskan kuasa kepada pegawai bekalan untuk membuat tangkapan tanpa waran ke atas orang yang dipercayai dengan munasabah telah melakukan atau cuba untuk melakukan kesalahan di bawah akta ini. Soalan saya, apakah ia tidak bersifat terlalu ekstrem dan keterlaluan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah bidang kuasa kawalan bekalan ini?
Adakah perluasan kuasa sebegini benar-benar diperlukan oleh kerajaan untuk menjamin keberadaan barang-barang keperluan asas di pasaran? Secara umumnya,
saya menyambut baik cadangan ini namun demikian kerajaan hendaklah menjelaskan dengan lebih terperinci supaya tidak timbul kekeliruan dalam kalangan rakyat. Hal ini kerana, undang-undang yang sedia ada hanya ditangkap atau ditahan tanpa waran jika seseorang itu enggan untuk memberi kerjasama ataupun berkemungkinan akan melarikan diri sudah cukup memadai. Antara elemen yang dicadangkan bagi membolehkan penguatkuasaan membuat tangkapan tanpa waran itu cuba untuk melakukan kesalahan di bawah akta ini telah menimbul tanda tanya. Apakah kelewatan bayaran balik tuntutan subsidi kepada syarikat pembungkusan minyak masak sebelum ini yang sehingga menyebabkan kekurangan bekalan minyak masak peket di pasaran turut ditafsirkan sebagai cubaan melakukan kesalahan. Selain daripada itu, saya juga khuatir bahawa cadangan pindaan ini adalah disalahgunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab dan seterusnya meningkatkan amalan rasuah di negara ini. Saya berpendapat perkara ini harus diteliti semula dan kerajaan juga perlu menggariskan keadaan iaitu situasi sebenar yang hanya membolehkan suatu tangkapan tanpa waran itu boleh dibuat oleh pihak berkuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] Berhubung pengenalan seksyen 12A iaitu tujuan memberi Pegawai Bekalan Kuasa untuk menjual barang kawalannya disita. Sifatnya mudah rosak terbakar atau melibatkan penjagaan dengan kos yang tinggi. Saya menyambut baik cadangan mengenai seksyen baharu ini. Perkara ini adalah amat wajar bagi mengurangkan beban kerajaan dan pembaziran yang telah berlaku sejak sekian lama. Hal ini kerana, sebahagian besar barang kawalan di bawah seksyen 5 akta ini dan dinyatakan dalam Jadual 1 Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974 sebahagian besarnya adalah terdiri daripada barangan berbentuk makanan dan juga barangan yang mendapat permintaan tinggi dalam kalangan rakyat. Namun perkara pokok menjadi persoalan saya adalah, bagaimanakah keadaan penjualan barang yang disita itu dapat dilakukan oleh kerajaan? Ke manakah hasil daripada penjualan tersebut akan disalurkan atau dibelanjakan oleh kerajaan? Namun, kesempatan ini saya bercadang agar kesemua barang yang disita tersebut hendaklah diniagakan menerusi Program Jualan Keluarga Malaysia. Perkara ini secara tidak langsung dapat menampung kekurangan beberapa barang yang mendapat permintaan tinggi daripada rakyat seperti ayam, roti, tepung dan sebagainya...
Yang Berhormat, tolong rumuskan Yang Berhormat.
Hasil yang ditumpukan. Sedikit.
Baik.
Hasil yang dikumpulkan dalam penjualan tersebut kerajaan boleh menjadikan sebahagian dana ataupun modal untuk terus mengadakan program jualan rakyat tersebut pada masa yang akan datang. Selain daripada sudut perundangan untuk mengurangkan jenayah perdagangan, saya juga tertarik dengan insentif yang telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun lalu iaitu menggunakan logo khas kepada barang barangan kawalan dan bersubsidi di pasaran. Usaha tersebut wajar dipuji kerana menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk menangani isu bekalan barangan kawalan di pasaran. Soalan saya, sejauh manakah impak penggunaan logo khas tersebut menangani aktiviti penyeludupan di luar negara di sempadan negara? Apakah status terkini terhadap cadangan dan hasrat kerajaan untuk mewajibkan para pengilang untuk menampal logo khas tersebut pada semua 12 barang kawalan yang berjadual serta bersubsidi. Saya berpendapat perkara tersebut wajar dimasukkan menerusi pindaan kali ini supaya para pengilang yang gagal untuk berbuat demikian boleh dikenakan tindakan
undang-undang. Dengan adanya undang-undang sebegini barang kawalan dan bersubsidi berada di pasaran akan lebih mudah dikenali oleh rakyat. Perkara ini juga secara tidak langsung dapat mengekang isu kenaikan harga barang tanpa kebenaran yang seterusnya dilakukan oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab. Sekian sahaja daripada saya, mohon menyokong RUU Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Bayan Baru. Lima minit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun untuk membahaskan rang undang-undang untuk meminda Akta Kawalan Bekalan 1961. Soalan pertama saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri adalah bagaimanakah akta ini boleh membantu mengawal kenaikan harga barang terutamanya harga barangan makanan yang sekarang spiral out of control. Ini kerana, kita memberi kuasa yang besar kepada KPDNHEP termasuk dalam Akta Kawalan Bekalan 1961 ini adalah untuk memberikan kerajaan kuasa yang lebih besar untuk membantu rakyat. Akan tetapi, kita nampak bahawa keadaan ini tidak – walaupun kita bagi kuasa tetapi harga barangan naik, terus naik. Tidak ada kesan bahawa keberkesanan ini membantu rakyat. Kalau kita tengok tangkapan – tiap-tiap, kita baca berita banyak tangkapan berlaku. Ada sorokan dan sebagainya, ada tangkapan. Ada pelbagai penguatkuasaan tetapi masih – harga barangan masih kenaikan dan kes-kes sorokan masih berlaku. Penyeludupan terus berlaku. Jadi ini adalah isu kenapa kerajaan tidak dapat – walaupun diberi kuasa lebih. Saya tidak ada masalah untuk menyokong akta ini yang memberi kuasa yang lebih besar kepada kerajaan dan juga penguat kuasa untuk buat yang betul. Akan tetapi, masih belum berlaku benda-benda ini. Jadi, rakyat di sana kata – dia tanya walaupun diberi kuasa, kerajaan diberi pelbagai tools tetapi masih rakyat sengsara. Jadi, saya rasa ini adalah satu kekecewaanlah di luar sana kerana tidak berkesan penguatkuasaan ini. Jadi, saya hendak tanya – jadi, soalan yang fundamental dengan kuasa yang lebih besar dengan RUU pindaan ini iaitu bagaimanakah kerajaan boleh memastikan dan menjamin bahawa kenaikan harga barangan itu boleh dikawal? Isu yang kedua adalah tentang memberi kuasa yang lebih besar kepada dalam subfasal 2(a) yang memberi kuasa kepada Inspektor atau pegawai kastam kuasa untuk menahan tanpa waran mana-mana orang yang semunasabahnya dipercayai telah melakukan atau cuba melakukan kesalahan di bawah Akta 122. Kuasa lebih diberikan, bukan sahaja dipercayai tetapi cuba melakukan kesalahan – orang belum lakukan kesalahan yang dipercayai cuba sahaja. Macam kita boleh read the mind of the criminal. Hanya dipercayai cuba melakukan kesalahan boleh ditangkap tanpa waran. This is kuasa sangat besar kepada penguat kuasa. Dulu ada rang undang-undang lama, ia ada syarat-syarat. Contohnya kalau orang itu, enggan memberi nama dan alamatnya atau memberikan sesuatu alamat di luar negara atau suatu nama atau alamat palsu atau berkemungkinan akan melarikan diri dengan syarat barulah boleh tanggap tanpa waran. Sekarang cara ini sudah tidak ada. Free hand, seakan-akan free hand. Saya hendak minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab bagaimanakah kalau boleh mengelakkan salah guna kuasa sebab kuasa terlampau tinggi. Just by thinking, mungkin cuba melakukan kesalahan sudah boleh tangkap tanpa waran. So, I mean too much the power. Saya juga ingin tanya tentang 12 item di bawah senarai barangan kawalan. Kenapakah limit kepada itu? Adakah kerajaan bercadang untuk menambahkan item-item di bawah senarai? Saya juga ingin memberi nasihat kepada KPDNHEP kerana kita tahu bahawa selalunya kerajaan bertindak in silo. Contohnya menguatkuasakan – selalunya
kalau kita hendak menyekat penyeludupan ia melibatkan banyak – terutamanya makanan. Ia melibatkan kastam, melibatkan KPDNHEP, MAFI dan sebagainya.
Akan tetapi dalam pengalaman saya dahulu dalam MAFI, saya nampak bahawa ada isu, contohnya penyeludupan luncheon meat yang mempunyai masalah African Swine Fever (ASF). Apabila MAFI kita cuba reach out to KPDNHEP dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk adakan joint enforcement, masing-masing kata, “Oh, ini adalah kuasa saya”, dan hadir mesyuarat pun kalau hendak bertindak bersama, dia ada reluctant untuk bertindak bersama. Akhirnya sekarang kerana kita gagal untuk control penyeludupan luncheon meat yang telah tersenarai sebagai haram tidak boleh masuk ke Malaysia, sekarang kerana luncheon meat ataupun the pork, barangan produk babi masuk, sekarang ASF meluas di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak dan Semenanjung. Akibatnya, apabila MAFI check, DVS check, dia punya DNA sama. Maksudnya ia memang berasal dari luncheon meat atau barangan produk yang bermasalah. Jadi, daripada contoh ini, saya hendak memberikan cadangan kalau bolehlah KPDNHEP bekerjasamalah antara agensi― Jabatan Kastam Diraja Malaysia, MAFI dan sebagainya― supaya sama-sama membanteras penyeludupan ke atas barangan. Okey, last sekali. Saya nampak bahawa― ini out of topic ya. Barangan kawalan harga. Kita nampak bahawa sekarang KPDNHEP telah mengawal harga barang ayam dan telur selama 121 hari. Ini tidak pernah dalam sejarah Malaysia. Kawalan harga itu anti-market. Kalau you kawal harga terlalu lama, maka producer tidak berminat, mereka rasa rugi. That is why they don’t want to produce, they cut down on production. Dia setakat memenuhi kontrak yang mereka terpaksa salur kepada certain buyers sahaja. Jadi akibat daripada kawalan harga yang terlalu lama, maka we have a shortage of chicken. Ini kerana producer rasa dia rugi kerana ada kawalan harga siling itu is anti- market. “So, I don’t want, I cannot make money.” Maka, mereka kurangkan production. Sometimes, kerajaan ingin membantu rakyat tetapi akhirnya ia reverse effect yang berlaku. Ini sedikit kawal di luar isu.
Terima kasih, Yang Berhormat.
Saya mohon kalau boleh minta jasa baik Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Bayan Baru. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Kuala Krai. Lima minit.
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya juga mengambil kesempatan untuk turut membahaskan Rang Undang-undang Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ini. Tuan Yang di-Pertua, Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122] merupakan suatu akta untuk mengawal selia perdagangan barang-barang kawalan bagi memastikan keberadaan ataupun dalam erti kata lain, ia mudah didapati dan mencukupi untuk keperluan pasaran. Apabila sesuatu barang keperluan asas diisytiharkan sebagai barang kawalan, kementerian boleh mengawal selia rantaian pengedaran serta mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas jenayah membabitkan penyelewengan barang-barang kawalan. Pindaan ini tentunya mengambil kira pelbagai faktor yang dilihat sangat mendesak bagi menangani isu harga barang yang meningkat begitu tinggi dan tidak terkawal. Tuan Yang di-Pertua, pengenalan seksyen 12A iaitu bertujuan memberi pegawai bekalan kuasa untuk menjual barang kawalan disita yang sifatnya mudah rosak, terbakar
atau melibatkan penjagaan dengan kos tinggi. Sebahagian besarnya adalah terdiri daripada barangan berbentuk makanan dan juga barangan keperluan rakyat. Soalan saya ialah ke manakah hasil daripada penjualan tersebut akan disalurkan ataupun akan dibelanjakan oleh pihak kerajaan? Saya mengambil peluang ini untuk mencadangkan agar kesemua barangan yang disita tersebut hendaklah diniagakan menerusi Program Jualan Keluarga Malaysia dengan harga yang paling murah. Tuan Yang di-Pertua, antara kegemparan utama baru-baru ini ialah kenaikan harga ayam yang terlalu tinggi dalam sejarah negara. Apabila diteliti, punca utamanya ialah kenaikan mendadak harga dedak yang mana ia adalah kerana diimport. Hasil pemeriksaan dan analisis data awal mendapati kenaikan harga sebanyak 33 peratus untuk 50 kilogram bagi makanan ayam pedaging dan makanan anak ayam, manakala bagi 50 kilogram makanan ayam telur juga berlaku kenaikan harga sebanyak 31 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Saya rasa sudah sampai masanya jalinan kementerian yang lebih erat dan berfokus dalam menyelesaikan perkara ini. KPDNHEP perlu duduk membincangkan permasalahan ini dengan kementerian-kementerian lain yang terlibat dan mencari jalan penyelesaiannya. Soalan saya, apakah jalinan kementerian telah dilakukan dalam menyelesaikan kenaikan harga dedak ayam dan apakah perancangan KPDNHEP untuk mengekang dan menstabilkan harga dalam masa terdekat ini? Tuan Yang di-Pertua, isu kebergantungan kepada orang tengah yang mendominasi pasaran sering menjadi punca kenaikan harga barangan yang ada kalanya tidak masuk akal. Saya menyarankan agar penguatkuasaan yang ketat dibuat pada setiap rantaian bermula daripada pengeluar hingga ke peringkat peniaga akhir bagi mengatasi masalah ini. Golongan peniaga kecil terutamanya di pasar terpaksa menanggung kesukaran berhadapan dengan rungutan pelanggan berhubung kenaikan harga yang tidak menentu. Dalam masa yang sama, agensi penguatkuasaan hanya memantau harga barangan di pasar basah sedangkan untung yang mereka peroleh tidaklah setinggi mana pun. Seeloknya penguatkuasaan turut dibuat pada orang tengah yang mendominasi pasaran agar dapat diketahui punca sebenar kenaikan harga barangan yang terlalu mendadak dan melampau ini. Pindaan seksyen 10 bagi memperluaskan kuasa tangkapan kepada pegawai bekalan untuk menangkap tanpa waran ke atas orang yang dipercayai dengan munasabah telah melakukan atau cuba untuk melakukan kesalahan di bawah akta ini. Saya ingin bertanyakan, apakah terdapat garis panduan yang kompeten dan jelas dalam menjadikan pegawai yang diberi kuasa ini tidak akan terlibat dalam penyalahgunaan kuasa? Adakah perluasan kuasa sebegini benar-benar diperlukan oleh kerajaan untuk menjamin keberadaan barangan keperluan asas di pasaran? Tuan Yang di-Pertua, isu berkaitan dengan sempadan antarabangsa. Berdasarkan statistik KPDNHEP, sebanyak 2,212 kes dengan nilai rampasan sekitar RM54 juta telah direkodkan yang melibatkan pelbagai kesalahan di bawah akta ini bermula tahun 2016 sehingga Oktober 2020. Apakah usaha kementerian dalam membanteras penyelewengan dan ketirisan barang kawalan di sempadan? Bagaimanakah perluasan skop tangkapan dapat mengurangkan kegiatan penyelewengan barang kawalan di sempadan? Tuan Yang di-Pertua, saya mengharapkan Rang Undang-undang Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ini dapat membantu mengekang kenaikan harga yang semestinya dapat mengurangkan beban rakyat yang dihadapi di bawah sana. Sekian, saya menyokong usul ini. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Krai. Seterusnya, Yang Berhormat Kepong, lima minit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas dalam Rang Undang-undang Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021 ini. Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali, saya menganggap seiring dengan peredaran zaman yang serba maju ini, masalah sistem pasaran dan perdagangan di Malaysia sepatutnya diserahkan kepada kuasa pasaran, market forces, dengan izin, dan juga mekanisme pasaran haruslah ditentukan menerusi fakta penawaran dan permintaan, supply and demand, dengan izin. Konsep pasaran bebas serta berdaya saing perlu diamalkan bagi membentuk pasaran yang kompetitif dan sihat tanpa campur tangan kerajaan yang meletakkan pelbagai syarat bagi mengawal pasaran semasa, current market, dengan izin. Ini bagi melindungi rakyat kerana ia akan memastikan produk dan perkhidmatan dapat ditawarkan dengan harga yang berpatutan, berkualiti serta mempunyai banyak pilihan. Kerajaan tidak sepatutnya berperanan seperti pihak yang menjalankan perniagaan dengan menentukan harga pasaran semasa. Sebaliknya, peranan utama kerajaan adalah melindungi hak rakyat bagi mengekalkan kebajikan, kesejahteraan dan keselamatan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Akta ini telah wujud sejak tahun 1961 dan agak tidak relevan pada masa kini. Oleh itu, saya secara dasarnya tidak bersetuju dengan Akta Kawalan Bekalan 1961 ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada RUU ini di pindaan seksyen 10 iaitu bagi memperluaskan kuasa tangkapan kepada pegawai bekalan untuk menangkap tanpa waran ke atas orang yang dipercayai dengan munasabah telah melakukan atau cuba untuk melakukan kesalahan di bawah akta ini. Saya tidak setuju atas dua perkara tersebut iaitu pertama, memperluaskan kuasa kepada pegawai dan kedua memberi kuasa tangkapan tanpa waran. Seperti yang umum ketahui sudah kerap kali dan sering berlaku apabila kuasa tangkapan tanpa waran diberikan kepada pegawai, jenayah kes rasuah akan meningkat. Ini kerana terdapat segelintir pegawai akan menggunakan kuasa tangkapan tanpa waran untuk tujuan dan niat tidak baik. Ia sekali gus boleh mencalarkan imej dan integriti pegawai bekalan. Sebelum pindaan seksyen ini, wang rasuah untuk suspek dilepaskan daripada tangkapan pegawai mungkin dalam lingkungan RM2,000. Selepas pindaan akta seksyen ini, wang rasuah tersebut pasti akan naik. Kemungkinan sehingga RM10,000 atau lebih. Ini kerana ada pegawai yang jahat mengambil peluang untuk membuat ancaman menangkap orang tanpa waran. Seterusnya saya merujuk kepada tambahan seksyen baharu iaitu pengenalan seksyen 12A yang bertujuan memberikan pegawai bekalan kuasa untuk menjual barang kawalan disita yang sifatnya mudah rosak, terbakar atau melibatkan penjagaan dengan kos tinggi. Saya bersetuju dengan penambahan seksyen tersebut. Namun dengan syarat, segala urusan dan proses penjualan tersebut haruslah disaksikan oleh orang-orang tertentu yang boleh dipercayai seperti wakil rakyat, majistret, imam masjid, pemimpin agama, guru besar atau pegawai-pegawai kanan kerajaan di daerah tersebut. Ini bagi memastikan terdapat ketelusan dalam segala proses penjualan tersebut agar tidak menjadi pertikaian oleh orang awam serta menjadi contoh terbaik integriti dan akauntabiliti dalam perkhidmatan awam. Untuk tambahan pengenalan seksyen 12B pula, iaitu bagi mengecualikan tuntutan terhadap kerajaan oleh mana-mana pihak berkenaan dengan barang-barang yang disita melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab munasabah. Saya tidak bersetuju dan membantah tambahan seksyen tersebut. Ini kerana saya melihat dengan adanya seksyen tersebut ia sama seperti mengehadkan fungsi dan bidang kuasa
mahkamah kehakiman di Malaysia. Pemilik barang-barang yang disita sepatutnya harus diberi peluang bagi mengemukakan tuntutan di mahkamah. Sekiranya terdapat salah tuduh oleh pihak kerajaan, mangsa tidak dapat menuntut keadilan di mahkamah jika tambahan seksyen 12B ini diluluskan. Oleh yang demikian, saya meminta agar seksyen 12B ini dibatalkan dan memulangkan kembali kaedah tuntutan keadilan kepada mahkamah. Kerajaan seharusnya mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap sistem kehakiman Malaysia dan bukan sebaliknya dengan memperkenalkan seksyen 12B baharu ini. Kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap sistem dan badan kehakiman di Malaysia sepatutnya diperkukuhkan oleh kerajaan dan bukan dihadkan oleh kerajaan. Akhir sekali, saya ingin meminta agar pihak kerajaan dapat menimbang semula penggubalan Akta Kawalan Bekalan 1961 ini dan mengkaji semula sama ada akta tersebut masih relevan untuk diguna pakai bagi mencapai kestabilan pasaran dan ekonomi seperti mana yang dinikmati di negara-negara maju. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Tebrau, lima minit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mahu tanya Dewan yang mulia ini adakah kawalan bekalan satu kaedah yang terbaik pada jangka masa panjang bagi menjamin barangan keperluan mencukupi dan boleh dibeli dengan harga berpatutan? Kita mengawal supaya rakyat khususnya B40 boleh hidup dengan selesa tidak berkurangan barang-barang keperluan. Apakah punca asal barang-barang keperluan tidak mencukupi dan harga jualan meningkat? Bagi saya, barang tidak mencukupi biasanya disebabkan tidak ramai orang yang menghasilkannya. Kalau bekalan tidak mencukupi, maka harga jualan mesti meningkat. Apakah sebabnya kekurangan orang yang menghasilkan barang keperluan? Saya akan bagi satu contoh untuk menjawab soalan ini. Contoh yang saya akan gunakan adalah ayam. Dalam sektor ternakan ayam, pasaran hampir dikuasai oleh beberapa syarikat besar yang mampu memenuhi syarat-syarat baharu yang ditetapkan oleh Jabatan Veterinar ini dan juga pihak berkuasa tempatan. Ini sudah menyusahkan penternak-penternak kecil dan tradisional yang kekurangan modal kewangan untuk memenuhi syarat-syarat baharu yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan dan juga Jabatan Veterinar ini. Tambah lagi dengan kesukaran untuk mendapatkan pekerja serta anak muda tidak berminat untuk meneruskan business ternakan oleh sebab ini adalah satu kerja yg kotor dan berbau. Oleh sebab-sebab yang tersebut, bekalan makin berkurang tetapi kekurangan bekalan dan harga jualan ayam meningkat tidak akan jadi masalah sekiranya pendapatan seisi keluarga ada pada tahap seperti negara yang maju. Di negara yang berpendapatan tinggi, barang keperluan mencukupi oleh sebab ada banyak pembekal tempatan mahupun dari luar. Kalau pembekal tempatan tidak menghasilkan barang keperluan mencukupi, negara itu akan mengimport untuk memastikan ada cukup bekalan di pasaran. Nilai wang mereka pun tinggi. Kadang-kadang barang import lebih murah kalau berbanding dengan barang keperluan yang dihasilkan di tempatan. Ini akan menekan penghasil tempatan untuk menambah baik produktiviti mereka untuk menurunkan kos produksi. Negara yang berpendapatan tinggi tidak ada masalah kekurangan pekerja di semua sektor dan industri besar atau kecil. Jadi, mesti ada penghasil-penghasil yang mencukupi untuk menghasilkan barang-barang keperluan. Sekiranya berlaku kekurangan bekalan, itu mesti oleh sebab bencana alam atau kesan bermusim barangan apa yang kita kata seasonal. Maka, saya berpendapat selagi ekonomi kita belum mencapai satu tahap yang membolehkan nilai wang kita naik sehingga kita boleh beli barang dengan harga lebih
murah sekiranya kita mengimport serta gaji minimum pekerja kita belum sampai satu tahap yang rakyat sudi ambil pekerjaan di semua sektor dan industri kawalan bekalan. Akan tetapi saya berharap kerajaan akan berusaha gigih untuk menarik pelabur- pelabur asing masuk ke negara kita. Buat Malaysia satu destinasi pelancongan supaya ekonomi kita dapat anjakan segera supaya pendapatan seisi rumah dapat ditingkatkan supaya kita boleh ada pilihan untuk membeli barang tempatan mahupun barang import. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Seterusnya Yang Berhormat Pokok Sena, lima minit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sekejap sahaja. Saya hendak minta penjelasan daripada kerajaan berkaitan dengan pindaan seksyen 10 ini. Macam mana untuk pembuktian keadaan percubaan ini dinilai dan diambil kira? Maknanya ini apatah lagi dalam keadaan dia memberikan kuasa untuk penangkapan tanpa waran, jadi macam mana penilaian itu dibuat?
Kemudian ialah seksyen baharu 12A dan 12B ini yang kerajaan boleh – berkenaan dengan rampasan barang mudah terbakar dan mudah rosak ini, membenarkan kerajaan untuk menjual barang-barang tersebut dan hasilnya digunakan dalam tujuan tuntutan dan pendakwaan 12A dan sebagainya. Isunya adalah bagaimana kalau didapati rampasan itu salah? Rampasan itu dibuat salah, tidak betul. Tiba-tiba barang itu sudah dijual. Jadi macam mana syarikat ini hendak menuntut ganti rugi daripada kerajaan sedangkan barang itu sudah dijual sebab barang itu tidak boleh disimpan lama, betul tidak? Barang tak boleh simpan lama, barang mudah rosak, mudah terbakar. Jadi kerajaan pun tak mahu hendak tanggung, simpan dalam gudang dan sebagainya. Jadi kena jual. Jadi bila didapati siasatan, dibuat cabaran di mahkamah dan sebagainya mendapati bahawa tindakan kerajaan itu salah. Jadi bagaimana keadaan ini dapat diatasi? Akhir sekali yang saya hendak minta ialah berkaitan dengan minyak masak. Ini antara barang dalam kawalan bekalan. Jadi saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, berapakah syarikat dan senaraikan satu persatu syarikat yang mendapat kuota yang dikatakan 60,000 tan sebulan untuk penyediaan minyak paket kalau tak silap. Jadi saya hendak minta senarai nama-nama syarikat tersebut untuk kita nilai sejauh mana mereka ini dapat memberikan pembekalan yang sepatutnya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Setiu.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Berselawat] . Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan ruang kepada Setiu untuk turut sama membahaskan Rang Undang-undang Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021. Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya menyokong penuh usaha kerajaan untuk meminda seksyen 10 dan memberi punca kuasa kepada pegawai untuk menangkap pesalah tanpa waran bagi memastikan siasatan dan penyelewengan barang kawalan dapat dilakukan dengan lebih efektif. Namun apa yang membimbangkan wujudnya penyalahgunaan kuasa serta penyelewengan di antara pegawai yang bertugas dengan peniaga. Saya yakin isu penyalahgunaan kuasa ini tidak akan berlaku sekiranya pegawai yang bertugas benar-benar berintegriti dan amanah terhadap tugasnya. Firman Allah dalam surah al-Anfal ayat 27 [Membaca sepotong ayat al-Quran] . “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul dan
janganlah kamu khianati amanah-amanah yang dipercayakan kepada kamu sedangkan kamu mengetahui.” Oleh itu, apakah langkah kerajaan bagi memastikan isu tersebut tidak berlaku walaupun punca kuasa telah diberikan kepada pegawai yang bertugas? Selain itu, sejauh mana pemeriksaan integriti secara berkala telah dijalankan terhadap pegawai penguat kuasa yang bertugas. Saya yakin kuasa yang diberikan harus dipantau sebaik mungkin bagi mengekang isu ini. Tuan Yang di-Pertua, dalam sesi soal jawab Menteri baru-baru ini, Yang Berhormat Timbalan Menteri KPDNHEP ada menyatakan bahawa tiada laporan peniaga yang menyorok barang kesan daripada kerajaan menguatkuasakan harga barangan. Sebaliknya, kenaikan harga barang di pasaran adalah disebabkan pandemik COVID-19, banjir dan kenaikan kos barang mentah. Namun persoalannya, baru-baru ini timbulnya isu peniaga tempatan yang menyorok bekalan ayam mentah ekoran kemasukan ayam import. Situasi ini berlaku disebabkan peniaga tempatan gusar akan harga kawalan ayam yang dilaksanakan menyebabkan mereka kerugian dan mereka terpaksa menjual ayam- ayam tempatan dengan harga yang lebih rendah daripada harga kos. Justeru saya mohon penjelasan kerajaan mengenai mekanisme yang akan dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengatasi isu peniaga menyorok barang ini dan sejauh manakah penguatkuasaan dijalankan? Adakah semata-mata bergantung kepada laporan dan aduan orang awam? Tuan Yang di-Pertua, peruntukan baharu seksyen 12A memperuntukkan punca kuasa kepada pegawai untuk menjual barangan yang disita berdasarkan beberapa terma tertentu. Oleh itu saya memohon penjelasan lanjut daripada kementerian berkenaan apakah jenis barangan yang termasuk dalam subseksyen ini dan bagaimanakah mekanisme penjualan semula barangan yang disita ini bagi memastikan tiada isu suapan berlaku? Tuan Yang di-Pertua, negara kehilangan pendapatan berbentuk cukai hampir RM1 bilion pada tahun 2021 kesan daripada penyeludupan haram. Situasi ini seolah-olah memberi gambaran bahawa kerajaan sebenarnya tidak mempunyai kapasiti dan kemampuan untuk membendung dan menangani isu ini secara berkesan. Oleh itu saya mohon penjelasan kementerian adakah wujud isu bilangan pegawai penguat kuasa bertugas tidak mencukupi dan sejauh manakah komitmen kementerian bagi membanteras aktiviti penyeludupan haram ini. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin bertanyakan beberapa perkara kepada seksyen 25A. Apakah keperluan atau justifikasi kementerian untuk mengambil sampel dan apakah mekanisme yang telah ditetapkan bagi memastikan sampel yang diperiksa mewakili keseluruhan barang sitaan serta adakah tindakan membuka dan memeriksa sampel akan menimbulkan kos kepada industri? Sekian Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Papar, lima minit.
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kopivosian. Izinkan saya berpantun Tuan Yang di-Pertua, [Berucap dalam dialek Sabah] , Beli jumpung tidak bertayar, Kebajikan rakyat harus diutamakan, Harap kerajaan terus mendengar. Gigi susu gigi taring, Anak damit datang melagau, Waima berpeluk di bantal guling, Masalah rakyat tetap igauan.
Tuan Yang di-Pertua, menyentuh mengenai pindaan seksyen 10 iaitu tangkapan tanpa waran kepada orang yang dipercayai telah melakukan kesalahan di bawah akta ini. Secara dasarnya saya bersetuju dengan pindaan ini kerana tindakan penyelewengan dan penyeludupan barangan kawalan sangat memberi kesan kepada ekonomi, negara dan yang paling terkesan adalah rakyat yang ramai. Sebagai contoh, minyak masak bersubsidi, tong gas, minyak petrol dan gula. Ini semua merupakan barangan keperluan yang sangat diperlukan oleh rakyat. Begitu juga dengan ayam walaupun banyak AP yang telah dikeluarkan tetapi kita masih belum mendapat memberi kawalan yang terbaik. Sebagai contoh yang nyata ialah di tempat saya di Parlimen Papar di mana ramai orang-orang kampung yang datang berjumpa saya. Mereka menyuarakan kerisauan mereka di mana banyak keperluan makanan harian telah naik harga secara mendadak dan bekalan pun sangat terhad dan tidak cukup untuk keluarga-keluarga yang besar. Apa yang membimbangkan ialah minyak masak dalam plastik satu kilogram berkurangan sangat. Sewaktu PRN Johor baru-baru ini saya singgah di sebuah restoran. Apabila saya masuk ke dapur saya terkejut apabila melihat banyak minyak satu kilogram ini disimpan di dapur itu. Jadi ini memberi kerisauan kepada saya, dari manakah mereka mendapat bekalan ini dan di mana salahnya kerajaan ataupun kementerian? Kedua, yang kita tahu ialah negara kita ini ialah negara pengeluar minyak kelapa sawit yang mana mungkin kita boleh kekurangan barang-barang mentah seperti ini untuk diproses sebagai minyak makan. Kalau kita kekurangan kuota untuk subsidi, kerajaan boleh tambah kuota ini dan tambah peruntukan untuk barang harian ini. Perlu diingat kerajaan sekarang adalah kerajaan Keluarga Malaysia. Saya difahamkan kekurangan ini disebabkan oleh penyelewengan barangan kawalan bersubsidi sempadan antarabangsa iaitu seperti di Thailand, Indonesia, Brunei dan Singapura. Penguatkuasaan undang- undang untuk membanteras penyelewengan dan ketirisan barangan kawalan harus diteruskan dan menjadi keutamaan kerajaan.
Isu ini seperti tidak berkesudahan seolah-olah tidak ada penguatkuasaan yang dilakukan selama ini. Kalau pindaan ini merupakan satu-satunya cara untuk mengekang aktiviti yang tidak bertanggungjawab ini, saya menyokong. Namun, saya juga ingin tahu bagaimanakah kementerian dapat memastikan bahawa pindaan ini tidak menganiayai orang yang tidak bersalah. Tidak boleh tidak menjadi kewajipan saya untuk mempersoalkan isu ini kerana the end of the day, kami Ahli-ahli Parlimen yang akan bertanggungjawab kerana meluluskan satu akta yang dilihat keras tetapi diperlukan. Saya juga ingin mendapatkan penjelasan kerajaan, bilakah kali terakhir jumlah denda dan hukuman di bawah akta ini dikaji semula? Adakah jumlah denda RM60,000 ini masih sesuai pada masa ini dan adakah ia akan ditingkatkan? Semakin banyak setiap tahun perkara seperti ini berlaku. Sekiranya ketirisan dan penyelewengan tidak dapat dikekang dengan baik, duit yang sepatutnya boleh digunakan untuk pendidikan dan kesihatan rakyat dibazirkan begitu sahaja. Jelas, ia merupakan satu kerugian yang tidak boleh diterima. Berkenaan dengan seksyen baharu 12A dan 12B iaitu penjualan barangan rampasan yang mudah rosak atau mudah terbakar, pindaan ini saya setuju. Namun, saya ada beberapa persoalan. Pertama, ke manakah hasil jualan ataupun profit of sales akan disalurkan? Kedua, bagaimanakah kementerian ingin memastikan tidak ada salah laku semasa proses penjualan dibuat? Ketiga, sekiranya individu tersebut didapati tidak bersalah, bagaimanakah kerajaan akan memulangkan semula barangan rampasan tersebut? Apakah kaedah yang akan diguna pakai? Perlu diingat, barang rampasan yang mudah rosak boleh rosak sewaktu hendak memulangkan semula kepada tuan punya. Saya juga ingin tahu mengenai status terkini pelan tindakan menguatkuasakan dan mengawal selia bekalan gula, minyak masak dan tepung gandum dan lain-lain barangan? Adakah ia masih lagi diguna pakai? Berapakah anggaran kerugian yang dialami oleh kerajaan bagi tahun 2018 hingga 2012 akibat penyeludupan dan ketirisan barangan kawalan dan subsidi? Memandangkan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia ataupun AKSEM akan dibubarkan, bagaimanakah kementerian dapat memastikan fungsi
agensi ini berjalan sepenuhnya oleh kementerian bagi menangani aktiviti penyeludupan barangan kawalan? Papar menyokong rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Papar. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Dungun, lima minit.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ada satu kaedah yang penting dalam ajaran Islam. [Membaca qaidah usul fiqh] Yang bermaksud, “Urusan rakyat mestilah dilingkari dan didasari dengan maslahah dan kepentingan rakyat”. Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin membangkitkan isu bekalan minyak masak bersubsidi yang tular berkurangan dalam pasaran baru-baru ini. Saya dimaklumkan bahawa salah satu sebab kekurangan bekalan minyak bersubsidi ini adalah berpunca kerana kerajaan lewat melunaskan pembayaran pembungkusan kepada syarikat pembungkusan. Saya mohon agar pihak Menteri dapat memberikan penjelasan mengenai isu ini dan memastikan agar isu ini tidak berulang ketika negara kita menyambut bulan Ramadhan dan hari perayaan yang bakal tiba tidak lama lagi. Saya juga ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini mengenai penguatkuasaan harga kawalan dalam negara kita. Meskipun pihak kementerian sering menjamin bahawa harga-harga ini sentiasa dalam kawalan, namun kita sentiasa mendengar aduan daripada rakyat di bawah bahawa masih terdapat pengusaha- pengusaha ataupun peniaga khususnya di kawasan luar bandar yang tidak mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan ini. Soalan saya ialah apakah jumlah penguat kuasa yang kerajaan ada pada hari ini telah mencukupi keperluan semasa? Apakah jaminan oleh pihak kementerian bahawa penguatkuasaan ini dapat memastikan agar harga barang menjelang Syawal iaitu hari perayaan umat Islam yang akan menjadi perayaan terbesar bagi negara kita yang bakal tiba dalam masa terdekat ini? Sekiranya penguat kuasa tidak mencukupi bagi menangani kawalan harga barang, apakah alternatif yang diambil oleh pihak kementerian? Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan berkenaan isu penyelewengan barang kawalan bersubsidi di sempadan antarabangsa Malaysia yang terdiri dari negara Thailand, Indonesia, Brunei dan Singapura merupakan salah satu perkara utama yang menjadi perhatian kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Saya difahamkan bahawa antara langkah yang diambil oleh bahagian penguat kuasa adalah operasi secara berterusan, menjalankan jaringan kerjasama antara pasukan Polis Marin, Angkatan Tentera Malaysia, Pasukan Gerakan Am, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan lain-lain agensi penguatkuasaan yang berkaitan melalui operasi bersepadu serta tindakan secara due diligence dengan izin, iaitu usaha wajar dengan mengadakan pengauditan di setiap rantaian pengedaran barang kawalan. Soalan saya, sejauh manakah pemeriksaan integriti telah dilaksanakan kepada setiap rantaian pengedaran barangan kawalan dalam memastikan bahawa tidak terlibatnya gejala penyelewengan dan rasuah? Kedua, sejauh manakah aduan orang awam telah berjaya membantu memberi maklumat kepada pihak berkuasa dalam menangani isu penyeludupan barang kawalan ini? Ketiga, sejauh manakah jalinan rentas kerjasama telah dibuat dengan agensi penguat kuasa negara-negara jiran telah dilakukan pada waktu ini bagi memastikan wujudnya koordinasi usaha operasi bersepadu di antara negara? Akhirnya, oleh sebab dalam kita melihat Akta 122 yang dipinda di bawah perenggan 10(1) (a) melibatkan ada agensi utama yang telah dijadikan pegawai-pegawai dari agensi ini iaitu di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di bawah Kementerian Dalam Negeri iaitu polis berpangkat Inspektor dan ke atas serta pegawai kastam di bawah Kementerian Kewangan. Jadi, bolehkah diketahui
agensi manakah yang akan mengetuai dalam perkara yang melibatkan pindaan kepada akta yang penting iaitu barang kawalan ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Pasir Gudang. Lima minit.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, menyedari hari ini saya akan membahaskan tentang rang undang-undang meminda Akta Kawalan Bekalan 1961, maka pada hari Sabtu yang lepas bila balik kawasan, saya telah pergi meninjau keadaan sebenar di lapangan ke sebuah pasar raya di Masai, Pasir Gudang. Saya menumpukan kepada bekalan ayam dan juga telur ayam. Yang Berhormat Menteri, saya memahami tentang hasrat untuk meminda Akta Kawalan Bekalan 1961 ini, ini baik. Akan disokong, patut disokong. Kita hendak bagi kuasa yang lebih kuat, yang berkesan kepada kerajaan dan penguat kuasa. Akan tetapi, isu yang saya hendak bangkitkan ialah adakah dengan kita meminda Akta Kawalan Bekalan ini, kita dapat menyelesaikan isu pokok tentang bekalan barang- barang kawalan ini?
Misalnya, apabila saya meninjau di pasar raya tersebut, ayam merupakan barang kawalan sebab ada harga yang ditetapkan. Tidak boleh melebihi harga yang ditetapkan oleh kerajaan. Jadi, peniaga-peniaga patuh dan pembeli-pembeli membeli ikut keupayaan mereka. Kalau pendapatannya kecil, ertinya dia tidak boleh beli kuantiti yang besar. Anak-anak katanya, saya interview mereka, pembeli, “Sudah biasa makan ayam. Jadi, terpaksalah beli”. Akan tetapi, soalnya Yang Berhormat Menteri, nampaknya kita semua – saya tidak hendak salah kementerian. Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah berusaha sebaik mungkin. Saya faham dan berada di Dewan ini, kita lihat jawapan daripada Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri, di mana pihak kerajaan telah berusaha sebaik mungkin menyelesaikan masalah harga barang-barang makanan contohnya ayam dan telur ayam ini. Akan tetapi, ini nampaknya kesalahan kita semuanya. Semua kita dalam Dewan ini, pernah menjadi kerajaan. Jadi, tidak boleh hendak salahkan kerajaan yang ada sekarang. Semuanya bertanggungjawab – iaitu kita gagal. Kita terpaksa akui di mana kita gagal mewujudkan pengeluaran makanan yang terjamin – makanan ayam ini. Bukan hendak buat roket, bukan hendak buat kapal terbang. Kita hendak – pengeluaran ayam, pertanian ini. Kita gagal. Katanya isu makanan ayam itu dedak dan sebagainya, kita kena import dan itu kita faham sudah. Kita kekurangan tenaga pekerja, cuaca, bencana banjir dan sebagainya. Kita faham, perang Ukraine ini. Akan tetapi, persoalannya, kenapa negeri-negeri yang lain di Asia Tenggara ini boleh mengeluarkan ayam dan boleh eksport ke negara kita sehingga kita terpaksa keluarkan AP untuk beli daripada mereka. Jadi, ini tanggungjawab kita bersama. Maknanya kita hadapi ini, kita kena selesaikan. Industri ayam ini lumpuh sekarang, lumpuh sekarang. Jadi, kita kena betulkan ini. Kedua Yang Berhormat Menteri, saya bersimpati dan saya menyokong usaha pihak kementerian untuk menyelesaikan masalah ini dengan membuat intervensi supaya apabila hari raya datang, bekalannya terjamin. Akan tetapi, soalnya sekarang, saya pergi dua hari yang lepas, bekalan telur tidak ada. Telur gred A, B, C dan D tidak ada. Jadi, maknanya sampai begitu sekali. Pilihannya hanya ada telur putih yang dipanggil, yang tidak cantik, kotor dan tidak bersih. Itu yang ada untuk pembeli-pembeli dapat beli. Jadi, maknanya saya sokong undang-undang, pindaan ini tetapi saya percaya penyelesaiannya lebih setakat hanya kita membuat pindaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Rasah.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk saya mengambil bahagian dalam perbahasan untuk RUU Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021. Perkara pertama sebelum saya masuk kepada inti kepada akta ini, RUU ini, perkara pertama yang saya hendak sebutkan adalah saya dengar pembentangan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Ini bukan teguran kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, sahabat saya. Cuma, walaupun akta asal digubal lama sebelum penggunaan Bahasa Kebangsaan tetapi saya rasa selaras dengan iltizam ataupun inisiatif Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita. Sepatutnya versi Bahasa Melayu yang tulen, yang keseluruhannya dalam Bahasa Kebangsaan dibentangkan dalam Dewan yang mulia ini. Oleh sebab ini adalah bahasa Kebangsaan kita. Ini selaras dengan Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan dan juga undang-undang yang sepatutnya kita dukung dan kita junjung bersama. Jadi, saya mohon AGC supaya membetulkan kesilapan ini. Saya anggap ini kesilapan. Kita sudah merdeka lebih enam dekad tetapi inilah apa yang terjadi kepada AGC. So, AGC kena betulkan. Berkenaan dengan akta ini, sebelum saya menyebut tentang dua tiga perkara yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, saya rasa ada keperluan untuk saya menyatakan bahawa memang saya menyokong dan kami menyokong. Ada keperluan akta ini dibentangkan, digubal, ditambah baik dan dipinda untuk keperluan semasa. Cuma, saya hendak minta Yang Berhormat Timbalan Menteri sebutkan senarai barang keperluan tidak kira barang makanan ataupun sebaliknya yang mana khususnya selepas tiga tahun kita di bawah pandemik COVID-19. Barang-barang keperluan seperti pelitup muka yang kita pakai dan saya tengah pakai ini dan juga kit ujian kendiri yang hari ini menjadi barang keperluan. KKM, Yang Berhormat Menteri KKM sendiri menyarankan supaya RTK menjadi ujian utama. Jadi, harga saliva kit sepatutnya dianggap sebagai barangan bekalan yang dikawal sebab ia keperluan tidak kiralah walaupun ia bukan makanan. Jadi, penggubalan ataupun pindaan kepada akta perlu diselaraskan dengan keperluan semasa. Merujuk kepada pindaan yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi termasuk seksyen 10 yang baharu ada pindaan yang mana saya ada kebimbangan bahawa ayat tadi yang mengatakan “Dipercayai dengan munasabah telah melakukan atau cuba untuk melakukan kesalahan” di bawah akta ini. Reasonable, dipercayai dengan munasabah. Ia adalah satu skop yang memberikan bidang kuasa yang sangat luas kepada pegawai yang terbabit. Jadi, apakah safeguard ataupun had kuasa untuk mengelakkan ketirisan penyalahgunaan kuasa? Saya bukan kata semua penguat kuasa begitu tetapi kadang-kadang kita ada nila setitik yang merosakkan susu sebelanga. Itu yang kita kena perhatikan. Kita tidak mahu sesiapa yang tertindas dan sebagainya. Walaupun secara umumnya, ia baik untuk memastikan kawalan terhadap bekalan barangan keperluan kepada masyarakat kita. Akan tetapi, bagaimanakah kita mengatasi masalah ini? Jadi, saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri nanti. Perkara kedua adalah berkenaan dengan seksyen 12A(1) dan (2) yang dimasukkan dan juga seksyen 12B yang dimasukkan yang mengatakan kalau ada barang- barang yang mudah rosak, mudah terbakar ataupun melibatkan kos penyimpanan yang tinggi, kerajaan ataupun pegawai terbabit boleh melupuskan dengan menjual dan sebagainya. Saya bersetuju, ini satu approach yang bagi saya progresif. Tidak akan kita simpan dalam stor biar ia rosak, busuk dan sebagainya selepas itu buang. Ia merugikan kalau barangan itu sesuai. Cuma, saya hendak cadangkan di sini. Jual dengan harga pasaran, pegang hasil jualan tersebut sehingga apabila kes yang menjadi perkara subjek dalam sitaan tersebut, sekiranya diselesaikan dengan orang kena tangkap dan tidak bersalah – maknanya tiada kesalahan dilakukan, keuntungan ataupun hasil jualan tersebut dikembalikan kepada
mereka. Itu saya rasa satu approach yang kalau boleh dimasukkan ataupun nanti mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh beri penjelasan. Ini kerana, bagi saya penting. Kita tidak mahu sesiapa teraniaya. Yang salah tetap salah, yang tidak bersalah kita jangan jadikan mereka sebagai mangsa. Minta sedikit tambahan masa Tuan Yang di- Pertua. Jadi, saya harap perkara ini boleh diberikan penegasan sekiranya sebab ia tidak dinyatakan secara tersurat, secara nyata dalam perenggan yang dinyatakan. Jadi, saya harap supaya tiada penganiayaan terhadap sesiapa dan ia perlu dilakukan supaya tiada sesiapa yang rugi okey. Peniaga tidak rugi kalau dia tidak lakukan kesalahan. Cuma, akhir sekali. Saya ambil setengah minit yang terakhir.
Ya.
Berkenaan dengan bekalan ayam tadi. Betul bekalan ayam dan telur memang banyak masalah di pasaran. Kadang-kadang susah hendak beli dengan harga dan sebagainya. Saya baru saja mengunjungi Program Jualan Keluarga Malaysia Parlimen Rasah dua hari lepas. Harganya ayam sekilo ialah RM7.50. Jadi, kalau sesiapa yang hendak beli itu, saya mengalu-alukanlah tidak kira di kawasan mana-mana, kita kunjungi ke sana untuk dapatkan harga yang – ini sebab harga sekarang RM8.90. Di situ RM7.50. Cuma saya hendak sebutkan mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh kemukakan kepada Jawatankuasa Kos Sara Hidup yang rentas kementerian supaya subsidi, intervensi daripada kerajaan yang lebih daripada setengah bilion iaitu RM300 juta untuk ayam dan RM200 juta untuk telur ini ditambah lagi.
Saya tahu bukan KPDNHEP yang menjadi sekretariat. Yang menjadi sekretariat itu MAFI. Yang Berhormat Menteri pun pernah sebutkan. Cuma, saya berharap kementerian ini yang sering kali menjadi punching ground― orang semua marah KPDNHEP― supaya mengemukakan masalah ini dalam Jawatankuasa Kos Sara Hidup yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya percaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri cukup ambil berat, prihatin terhadap masalah ini. Kita hendak selesaikan masalah benda asas iaitu harga dan bekalan. Dua-dua ini penting. Jangan harga sahaja tetapi bekalan ayam daging dan juga telur itu penting untuk masyarakat khasnya bulan Ramadhan yang bakal menjelang dalam masa kurang daripada dua minggu dari sekarang. Jadi, terima kasih atas lanjutan masa sedikit yang diberikan oleh Tuan Yang di- Pertua. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Kapar. Tidak ada dalam Dewan. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Bukit Bendera.
Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua. Saya turut ingin menyertai perbahasan berkenaan dengan pindaan terhadap Akta Kawalan Bekalan 1961. Saya meneliti dalam website KPDNHEP bahawa barang-barang kawalan yang telah diisytiharkan di bawah seksyen 5 dan dalam Jadual 1 Peraturan Kawalan Bekalan 1974 termasuk antara lain tepung gandum, kerosin, gula, baja, minyak masak, petrol, diesel, bar bulat keluli lembut, simen, liquefied petroleum gas (LPG), roti dan ayam. Begitu panjang senarai barang kawalan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. Saya setuju dengan tadi beberapa perbahasan rakan-rakan saya, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Kepong yang antara lain menyatakan bahawa kekhuatiran mereka terhadap salah guna kuasa apabila ada enabling act untuk membolehkan tangkapan tanpa waran tersebut. Itu technicality yang perlu kita perhalusi. Apakah safeguard terhadap salah guna seksyen tersebut?
Akan tetapi, apa yang saya ingin tumpukan perhatian dalam perbahasan saya adalah berkenaan dengan apabila kita kata kawalan bekalan, biasanya ia dikaitkan dengan subsidi kerajaan. Saya rasa khuatir kerana bil subsidi negara kita kian meningkat apabila kawal bekalan. Maksudnya, kerajaan menanggung bil subsidi. Apabila petrol, LPG dan diesel― Yang Berhormat Menteri Kewangan telah menyatakan bahawa akan mengeluarkan RM28 bilion pada tahun 2022 untuk subsidi petrol, LPG dan diesel apabila international brent crude oil price mencecah minggu lalu― minggu ini USD110 per barrel. Begitu juga dengan minyak masak. CPO price meningkat tinggi. CPO futures melebihi RM8,000 per tan. Kita juga mengetahui bawah windfall profit levy tahun 2022 melebihi RM1 bilion. Export tax yang kita akan terima ialah RM2 bilion. Saya meminta supaya windfall profit levy dan juga export tax serta cukai-cukai yang kita akan kutip dalam industri kelapa sawit ini digunakan untuk membantu untuk menstabilkan harga minyak masak. Apa yang dinyatakan oleh Menteri bahawa mengeluarkan RM2 bilion tahun 2022 untuk subsidi satu kilogram minyak masak polybag banyak kelemahan daripada segi pentadbiran yang telah dinyatakan rakan-rakan kita. Banyak ketirisan yang berlaku, penyelewengan, penyeludupan yang berlaku dan terdapat market distortion yang berlaku. Saya rasa kita perlu fikir masak-masak dan kita perlu lihat juga bagaimana negara-negara melaksanakan dengan lebih efektif. Begitu juga tentang ayam dan telur. Kita telah subsidi 60 sen per kilogram untuk ayam dan lima sen satu biji telur dari Februari hingga Jun yang menelan belanja RM528.5 million untuk menetapkan harga siling ayam kepada RM8.90 per kilogram. Kita hairan juga, self-sufficiency level (SSL) untuk ayam telah melebihi 100 peratus. Sebenarnya kita ada mengeksport ayam dan telur tetapi mungkin kita eksport ke negara ASEAN lain seperti Singapura dan sebagainya. Bagaimanakah kita dapat menstabilkan harga tersebut? Saya minta juga lihat bukan sahaja menggunakan Akta Kawalan Bekalan 1961 yang nampaknya tidak begitu efektif. Tidak efektif terhadap kawalan harga-harga bahan asas, kadar inflasi melambung tinggi, consumer price index (CPI) akan naik dengan berbagai-bagai harga barangan yang naik. Nampaknya Akta Kawalan Harga ini tidak dapat mengawal harga. Saya rasa boleh lihat juga perundangan-perundangan lain, subsidy legislation lain seperti kawalan eksport dan sebagainya dan bagaimana pula dengan domestic mandatory order yang dijalankan di negara ASEAN seperti Indonesia untuk menstabilkan harga minyak masak. Tuan Yang di-Pertua, sebagai kesimpulan, bahawa Akta Kawalan Harga 1961 ini sememangnya bukanlah penyelesaian yang boleh menyelesaikan semua masalah. Kita perlu lihat kepada exit plan. Apabila kita beri subsidi kepada sesuatu barang, kawal harga, kita mesti ada satu pelan untuk exit untuk membolehkan market mechanism untuk take over dan bukan memberikan subsidi selama-lamanya, berpuluh-puluhan tahun dengan menggunakan harga kawalan dengan subsidi dan sebagainya, harga siling dan sebagainya. Perlu ada ikhtiar untuk menyelesaikan root cause tersebut. Harga kawalan dan juga ceiling price subsidy ini boleh dijadikan mekanisme sementara tetapi penyelesaian yang lebih jangka panjang perlu diikhtiarkan. Itu sahaja, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Seterusnya, saya menjemput yang Sepang. Lima minit.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya pada dasarnya tidak ada masalah dengan akta ini tetapi saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasan ini untuk mungkin menimbulkan beberapa perkara supaya pihak kementerian khususnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dapat mengambil kira apa-apa yang saya cuba sampaikan ini.
Saya terus pergi kepada isi ataupun the content of the law itself. Tuan Yang di- Pertua, saya ingin merujuk kepada seksyen 10 yang telah pun diperkatakan oleh ramai orang tadi mengenai penangkapan tanpa waran. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita tahu dalam undang-undang jenayah ini, Tuan Yang di-Pertua, kesalahan yang melibatkan attempt ini ataupun percubaan ini berdasarkan seksyen 511 Penal Code, kesalahan itu tidak boleh dikenakan hukuman yang sepenuhnya sepertimana kesalahan yang complete. Kesalahan attempt ini dipanggil kesalahan yang incomplete offence. Akan tetapi, dalam kes ini, kita lihat untuk kes yang melibatkan kesalahan, orang yang telah melakukan kesalahan dan orang yang cuba melakukan kesalahan, masing- masing boleh ditangkap tanpa waran. Jadi, ini menimbulkan mungkin satu keadaan di mana akan wujudnya satu diskriminasi. Dalam hukuman ini, Tuan Yang di-Pertua, untuk kesalahan yang melibatkan cubaan, tidak boleh dikenakan hukuman penuh. Hanya dikenakan hukuman separuh daripada hukuman itu. Akan tetapi, apabila kita dalam kesalahan ini, walaupun kesalahan ini melibatkan telah melakukan dan cuba hendak melakukan, dikenakan boleh tangkap tanpa waran. Jadi, ini mungkin boleh menimbulkan satu keadaan ia akan bercanggah dengan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, saya hendak isytihar kepentingan. Saya pernah hujah isu yang sama di Mahkamah Persekutuan di hadapan tujuh orang hakim tentang kesalahan attempt ini yang mana saya katakan bahawa kesalahan ini bercanggah dengan Perlembagaan. Oleh sebab, kesalahan-kesalahan tidak boleh kita samakan. Jadi, saya harap pihak kerajaan boleh mengambil kira soal ini. Sebab apabila kita tangkap tanpa waran ini, tangkapan itu sendiri adalah satu melibatkan invasion of privacy, melibatkan pelanggaran hak privasi seseorang. Jadi, kita harus ambil kira bahawa orang ditangkap itu sedangkan dia baru hendak attempt sahaja dia sudah boleh ditangkap tanpa waran. Ia akan menimbulkan satu keadaan yang mungkin menimbulkan kegusaran dalam kalangan ramai rakyat. Itu yang pertama.
Kedua, mengenai Seksyen 12A dan Seksyen 12B. Tuan Yang di-Pertua saya lebih hendak merujuk kepada Seksyen 12A(2). Izinkan saya membaca Tuan Yang di- Pertua. “The Government of Malaysia shall not be liable to any person for any deterioration howsoever caused in the quality of any control article or rather article ceased under this Act.” Tuan Yang di-Pertua, saya agak ada reservation terhadap perkataan ‘howsoever caused’ bermakna kalau kita lihat kepada seksyen ini, walau apa sekalipun keadaan kerajaan mungkin melakukan kerosakan terhadap barang-barang yang dirampas, mereka akan – ibarat mereka kebal, tidak boleh dikenakan tindakan. Ayat ‘howsoever caused’ ini Tuan Yang di-Pertua, adalah ayat yang begitu wide dan begitu luas dan boleh menimbulkan salah guna kuasa. Tuan Yang di-Pertua, saya menamakan – kalau saya boleh namakan seksyen ini, ibaratkan saya namakan ‘seksyen Najib’ atau ‘seksyen Jho Low’ pun boleh. Tuan Yang di-Pertua, bayangkan sekarang negara kita mengalami hutang negara RM979.8 bilion tetapi Jho Low boleh main judi Tuan Yang di-Pertua, gunakan wang 1MDB sebanyak dan hilang pula RM7.34 juta ataupun USD1.75 juta. Bermakna kita boleh gunakan wang rakyat, habiskan – ataupun di dalam kes Dato’ Sri Mohd Najib ini, walaupun telah curi wang banyak atau rompak wang yang banyak, orang masih lagi sayangkan dia. Jadi inilah. Apabila kerajaan melakukan kesalahan, kerajaan tidak bersalah. Tidak bolehlah Tuan Yang di-Pertua, ini bagi saya satu keadaan yang tidak boleh diterima, tidak boleh tolerate. Tuan Yang di-Pertua, saya lihat juga sebagai poin akhir. Apabila kita lihat seksyen 12A dengan seksyen 12B ini, saya nampak ada contradiction. Kenapa saya kata begitu Tuan Yang di-Pertua, kerana kalau kita lihat kepada seksyen 12A ini, ia melepaskan tanggungjawab kepada Government of Malaysia dalam ‘howsoever caused’. Akan tetapi
di dalam seksyen 12B, ia seolah-olah mengatakan dalam keadaan tertentu iaitu apabila sesuatu search itu dibuat dalam keadaan – seizure itu dibuat dalam keadaan adanya reasonable cause, maknanya mungkin boleh diambil tindakan. Jadi saya rasa Tuan Yang di-Pertua, kedua-dua seksyen ini kalau hendak reconcile pun agak susah. Ia menjadikan seksyen 12B ini orang putih kata atau orang law kata otiose section, satu seksyen yang mungkin tidak efektif. Sebab apa? Walaupun mungkin seksyen 12B ini boleh memberikan satu remedi kepada orang-orang yang mungkin mereka diambil tindakan tanpa sebab-sebab yang munasabah, tetapi seksyen 12A(2) ini seolah-olah menghalang ataupun menutup pintu itu. Jadi saya harap pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh mengambil kira keadaan ini dan saya harap pindaan ini dapat dibuat di peringkat jawatankuasa supaya kita boleh menyokong ini tetapi saya berharap sokongan ini biarlah sokongan yang boleh memberikan keadilan kepada kedua-dua pihak sama ada di pihak kerajaan atau pihak rakyat. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Kota Melaka, pembahas yang terakhir sekiranya Yang Berhormat Hang Tuah Jaya tidak ada di dalam Dewan. Silakan Yang Berhormat Kota Melaka, lima minit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam membahaskan Rang Undang-undang Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021. Tuan Yang di-Pertua, memandangkan kita membahaskan Rang Undang-Undang Kawalan Bekalan ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah dasar kerajaan untuk menentukan satu-satu barang dikategorikan sebagai barang kawalan? Apakah mekanisme yang digunakan? Saya masih ingat beberapa bulan yang lepas iaitu pada bulan November tahun lepas, kementerian ada buat pengumuman bahawa ada rancangan untuk dikategorikan cili merah sebagai barang kawalan. Jadi barangkali nanti Yang Berhormat Menteri boleh jelaskan rasionalnya untuk memilih sesetengah barangan itu sebagai barang kawalan. Itu yang pertama tentang dasar. Kedua, memandangkan kita membahaskan pindaan Rang Undang-undang Kawalan Bekalan ini adalah berkaitan dengan penguatkuasaan, jadi saya ingin mengambil kesempatan ini juga bertanya kepada kementerian tentang statistik. Berapakah operasi penguatkuasaan telah dijalankan untuk dua tahun yang lepas iaitu dari tahun 2019 sehingga tahun 2021? Ekoran daripada operasi tersebut, berapakah dakwaan telah dilaksanakan terhadap mereka yang salah? Saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, berapakah anggota penguat kuasa yang ada di setiap negeri? Kenapa saya tanya semua ini Tuan Yang di- Pertua, sebab penguatkuasaan ini penting terutama apabila kita hendak kawal barangan yang telah diberikan subsidi seperti minyak masak dan petrol di mana kita tahu ada orang sudah salah guna. Mereka menyeludup minyak masak ini atau petrol atau barang-barang lain yang ada subsidi ini ke luar negara. Jadi sudah pasti ini satu kerugian kepada negara kita. Jadi saya ingin tanya kepada pihak kementerian tentang penguatkuasaan ini. Isu yang terakhir yang saya hendak bangkit adalah berkaitan dengan pindaan ini yang rata-rata rakan-rakan dalam Dewan ini semua ada sebut tentang tangkapan tanpa waran ini. Kalau oleh sebab ada buat salah, disyaki salah maka terus tangkap tanpa waran. Ini hanya kerana barangan kawalan. Jadi kita akan tertanya-tanya Tuan Yang di-Pertua, apabila kita lihat ada orang yang rasuah telah dihukum oleh Mahkamah Rayuan dalam tempoh dia hendak buat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan, dia boleh diikat jamin, boleh di luar. Jadi orang ini akan tertanya-tanya kenapa ada sistem double standard sedemikian. Kenapa begitu
berat sekali, hanya kerana barang kawalan sahaja, mereka boleh diberi kuasa yang begitu besar. Penguat kuasa diberi kuasa yang begitu besar, boleh tangkap tanpa waran. Jadi saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri apakah sebab perlunya ada pemindaan ini supaya memberi kuasa yang begitu besar kepada pihak penguat kuasa dan bagaimana dengan pindaan rang undang-undang ini dapat memanfaatkan dalam kerja penguatkuasaan ini dan juga yang akhir sekali, apakah semak imbang yang akan digunakan oleh kerajaan untuk mengelak daripada salah guna kuasa? Dengan itu sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Ahli Yang Berhormat, seramai 14 Ahli-ahli Yang Berhormat telah berbahas. Sekarang tiba masanya saya menjemput Yang Berhormat Menteri atau Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab. Saya beri tempoh masa 20 minit. Dipersilakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian. Terima kasih banyak-banyak kerana prihatin terhadap apa yang kita bentangkan pada petang ini. Yang pertama Yang Berhormat Jempol, kemudian Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Papar, Yang Berhormat Dungun dan seterusnyalah sehingga yang terakhir Yang Berhormat Kota Melaka. Terima kasih atas keprihatinan yang diberi dan insya-Allah saya cuba untuk menjawab mana masa yang sempat, masa yang diberi kepada saya untuk memberi sedikit kupasan ataupun mengapa rang undang-undang ini perlu digubal atau dipinda untuk memantapkan lagi proses perundangan dan juga proses memantapkan lagi AKB 1961 ini. Tuan Yang di-Pertua, akta ini telah berlangsung lebih daripada 61 tahun. Di sepanjang 61 tahun tersebut kita akui ada loophole, ada kelemahan, ada kekurangan yang perlu diperbaiki untuk memantapkan lagi prosesnya agar apa yang kita buat ini tidak menjadi bebanan kepada kerajaan balik. Ertinya apa yang kita buat akhirnya menguntungkan kerajaan. Ditambah pula dengan peruntukan kerajaan yang dikatakan berbilion ringgit berkaitan dengan barang-barang subsidi. Jadi kerajaan sudah beri barang subsidi yang terlalu banyak dan dijangka tahun ini melebihi RM2 bilion, jadi mereka yang bertanggungjawab menggunakan peluang ini untuk kepentingan mereka. Oleh sebab itu saya percaya dan yakin pindaan ini amat wajar dilakukan untuk memastikan rakyat yang sepatutnya mendapat barang subsidi, mereka mendapat hak mereka dan mereka yang jahat ataupun mereka yang tidak bertanggungjawab ini dihukum mengikut apa yang sepatutnya.
Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jempol. Ada Yang Berhormat Jempol?
Yang Berhormat Jempol ada? Tidak ada.
Saya rasa rangkumlah sebab saya nampak apa yang dibincangkan itu pertama berkenaan tangkapan atau waran. Kedua, berkaitan dengan bahasa. Kemudian yang berkaitan dengan kuasa tangkapan. Kemudian penjualan barang sitaan dan sebagainya. Jadi, saya rangkum semua sekali, saya jawab secara menyeluruh iaitu yang pertama berkaitan dengan Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Kepong dan Yang Berhormat Sepang. Jadi, apa-apa yang tertinggal itu mana-mana Yang Berhormat masih ada boleh kemukakan soalan untuk saya perjelaskan sekarang mengikut kemampuan saya.
Tambahan jawapan daripada soalan Yang Berhormat Jempol, contoh yang sama adalah untuk seksyen 411 Kanun Keseksaan iaitu perkataan “have a reason to believe” iaitu maknanya kita merasakan bahawa dipercayai, dipercayai untuk melanggar peraturan ini. Jadi, saya difahamkan bahawa ada sebab untuk mempercayai telah melakukan kesalahan menjadi asas penangkapan tanpa waran oleh pegawai bekalan, penolong pegawai bekalan, polis berpangkat tidak rendah daripada inspektor, mana-mana pegawai kastam yang diberi kuasa oleh pengawal bekalan bukanlah suatu prinsip undang-undang yang asing di negara ini. Ini kerana prinsip yang sama dikatakan bahawa telah diguna pakai dalam undang- undang jenayah. Contohnya cubaan membunuh seksyen 307 dan cubaan mencuri seksyen 379. Tujuan pindaan ini supaya suspek tidak melarikan diri sebelum tangkapan dibuat kerana sebelum ini ada kes suspek yang kita syak itu melarikan diri. Oleh sebab itu dengan pengalaman yang kita lalui tersebut, maka penangkapan tanpa waran ini amat perlu untuk mereka bertanggungjawab dan mereka tidak lari daripada apa yang dilakukan. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya bagaimana proses jualan tersebut dilakukan? Ataupun bagaimana kementerian boleh memastikan tidak berlaku salah laku semasa proses penjualan barang sitaan? Bagi memastikan tidak berlaku salah laku semasa proses jualan barang sitaan, penjualan perlu dilakukan berlandaskan SOP penjualan barang kes yang dibangunkan iaitu penjualan barang sitaan hanya boleh dilaksanakan mendapat persetujuan daripada ketua seksyen atau ketua pegawai penguat kuasa negeri atau ketua pegawai penguat kuasa daerah. Kaedah penjualan barang sitaan juga akan dilakukan melalui sistem tender ataupun sebut harga kecuali melibatkan barang sitaan jenis mudah rosak ialah kurang, secara jualan terus. Contohnya macam roti, gas, ataupun minyak, biarkan ia, ia termeluap. Jadi, benda-benda sebegitu mungkin disegerakan. Ketiga jawatankuasa akan memilih pembeli sitaan yang menawarkan harga belian yang tertinggi dan memenuhi syarat yang ditetapkan. Itu apa yang dikatakan sekarang. Kemudian, saya teringat apa yang dikemukakan oleh sahabat saya Yang Berhormat Pokok Sena, bagaimanakah jika lepas jualan tersebut pesalah itu tidak bersalah? Macam mana hendak bayar? Betul ya Yang Berhormat Pokok Sena ya? Jadi, contohnya kalau sebelum ini, barang tersebut kita biarkan begitu. Lepas bicara dia tidak bersalah, barang dia rugi, dia tidak dapat satu sen pun sebab barang itu disita dan tidak boleh dijual. Akan tetapi dengan adanya pindaan ini, saya difahamkan bahawa bila kita menjual barang tersebut, hasil tersebut dimasukkan di dalam akaun deposit KPDNKK sementara sehingga keputusan mahkamah selesai, katakan keputusannya menyebelahi kepada yang tertuduh, OKT maka duit tersebut dikembalikan kepada dia. Ertinya daripada dia tidak dapat satu sen pun sebelum ini, dia akan dapat sebahagian daripada harta ataupun jualan barang tersebut. Saya rasa menjawab apa yang dipersoalkan oleh sahabat saya Yang Berhormat Pokok Sena.
Baik, apa Yang Berhormat sebut tadi, daripada tidak dapat satu sen dia akan dapat sebahagian? Maknanya sebahagian lagi dia tanggung rugilah akibat daripada kesalahan yang dilakukan oleh pihak penguat kuasa?
Betul. Ertinya sebelum ini dia tidak dapat satu sen pun. Contohnya barang tersebut lupus tidak terjual langsung, kosong saja dapat, rugi langsung. Sekarang ini ertinya kalau dia tidak dapat sepenuhnya pun dia dapat sebahagian. Faham ya.
Tidak, kesalahan itu Tuan Yang di- Pertua, kesalahan itu bukan kesalahan dia, kesalahan pihak penguat kuasa. Maknanya tidak mempunyai maklumat yang tepat sehingga menyebabkan berlaku rampasan yang salah, rampasan yang salah. Tindakan undang-undang yang salah. Kesalahan itu dilakukan oleh pihak kerajaan, oleh pihak penguat kuasa. Tiba-tiba depa sudah jual, jual pula mungkin dengan harga yang murah dan sebagainya. Tiba-tiba dia pergi mahkamah didapati benda itu bukan menyalahi undang- undang dan sebagainya. Maknanya tidak salah. Jadi, akhirnya dia menanggung rugi
sebab dia hanya akan dikembalikan separuh saja. Jadi, macam manakah keadilan kepada orang yang niaga macam – dia peniaga kan, dia peniaga ada pemborong dan sebagainya?
Ya, faham, faham. Terima kasih sahabat. Saya faham apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena. Apa yang dimaklumkan kepada saya setakat ini, apa yang berlaku kesalahan ataupun perlakuan yang dilakukan oleh mereka ini sebenarnya setakat ini tidak ada yang terlepas, yang terlepas cuma daripada segi teknikal. Daripada segi kesalahan setakat ini penguat kuasa kita boleh dikatakan buat tindakan yang hampir tiada salah. Oleh sebab setakat ini bila kita ambil tindakan contohnya penyeludupan barang minyak bersubsidi ke Thailand. Jadi, bila terdapat satu brand yang ditemui di sempadan maka kita akan terus menyusuri ke mana ataupun dari mana barang tersebut atau minyak tersebut dibawa. Dari situ, barang tersebut sudah ditangkap di Thailand, maknanya sudah ada kesalahan. Jadi, bila kita gantung sementara lesen mereka ini dan kita bawa ke mahkamah, setakat ini saya difahamkan oleh penguat kuasa kepada saya yang terlepasnya cuma bila kita pastikan satu percent tadi itu dalam sebenar ini satu percent di-check. Jadi, mahkamah mentafsirkan bahawa kita kena bawa semua sekali satu lori. Jadi, sebab itu kita hadkan satu percent ataupun lima peratus daripada barang tersebut. Jadi, atas teknik tersebut maka kita beri balik ataupun dia menang kes tersebut. Setakat inilah. Kalau di luar pengetahuan saya, wallahu a’lam. Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena.
Timbalan Menteri.
Timbalan Menteri.
Jempol, Jempol, belakang ini.
Rasah, Rasah.
Yang Berhormat Jempol dulu, Yang Berhormat Jempol dulu.
Okey.
Okey. Tadi disebut soal penyeludupan. Kita tahu bahawa minyak subsidi ini saya difahamkan banyak syarikat tidak dibayar subsidi mereka ini untuk pengilang. Jadi, ini adakah menyebabkan minyak ini di seludup keluar kerana tidak dapat payment daripada kementerian, subsidi tersebut tidak bayar kepada ini dan untuk menampung syarikat tersebut, terus menghadapi penangguhan dari segi hutang dan sebagainya, dia jual subsidi minyak ini kepada orang lain demi untuk survival- nya pengilang tersebut. Adakah perkara ini berlaku apa yang saya sebutkan tadi memang dalam market menyatakan bahawa mereka ini tidak dapat payment daripada kerajaan.
Terima kasih Yang Berhormat Jempol.
Terima kasih Yang Berhormat Jempol, sahabat saya Yang Berhormat Jempol. Sebenarnya setakat ini tidak ada laporan daripada pengilang, refinery yang menyeludup minyak keluar sebab setiap permohonan ataupun invois yang dikemukakan kepada kita, kita akan pastikan berapa yang dikeluarkan dan kita check ke mana ia dihantar, kepada pemborong mana dan ke kawasan mana yang dihantar. Jadi, bila berlaku kekurangan di kawasan tersebut kita dapat kenal pasti, pinpoint kawasan tersebut adalah punca. Puncanya mungkin kerana pengeluar mengeluarkan kurang. Katakan kita beri kuota seratus mungkin oleh sebab masalah kewangan mungkin keluar separuh. Ataupun mungkin minyak tersebut, kekurangan modal untuk hendak tambah pengeluarannya. Ataupun kemungkinan baru ini kerana masalah raya dan ramai yang beli secara bundle. Jadi, itu yang dapat kita kesan setakat ini.
Terima kasih.
Timbalan Menteri, Timbalan Menteri. Rasah, Rasah.
Sila Yang Berhormat Rasah.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, ketika Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab soalan daripada Yang Berhormat Pokok Sena tadi, ia sebenarnya bersamaan dengan cadangan saya tadi ketika perbahasan bahawa saya mencadangkan supaya hasil jualan itu kita masukkan dalam satu tabung, tetapi sekiranya didapati tidak bersalah yang orang kena tuduh itu, kita bagi semua, kita jangan bagi separuh. Itu tambah baik yang kita – sekarang ini memang kita tidak bagi. Betullah sekarang tidak bagi. Tidak guna juga kalau kita simpan akhirnya rosak dan sebagainya. Ia juga mengundang masalah kepada pegawai juga. Jadi, saya minta kalau tidak bersalah, yang bersalah itu minta maaflah tidak payah cerita. Mana yang tidak bersalah saya rasa be fair to everybody kita bagi dekat dia sebab dia diputuskan tidak bersalah. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Rasah.
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Saya rasa Yang Berhormat Rasah kurang memahami apa yang saya telah kata. Saya kata bukan separuh, bukan separuh. Ertinya kalau – sebab sebelum ini, bila barang tersebut lupus, tuan punya, OKT itu tidak dapat langsung. Langsung tidak dapat sebab barang itu lupus, rosak dan tidak boleh dijual. Akan tetapi dengan adanya pindaan ini, barang tersebut boleh kita jual kerana yang perishable dan barang tersebut ganti separuh. At least dia dapat something, dia dapat semua. Bukan separuh. Katakan dia jual barang tersebut dengan harga RM1 juta, maka akan dapat RM1 juta.
Oh, dia dapat semualah? [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) mempengerusikan
Dapat semua sekali.
Okey, dapat semua, bagus. Itu yang saya cadangkan.
Contoh saya bandingkan tadi, contohnya kalau berbanding dahulu, dia tidak dapat langsung, kosong.
Okey.
Sekarang ini at least dia dapat something.
Okey.
Okey. Terima kasih. Kemudian, saya tertarik dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Pokok Sena, ada dua tiga perkara yang saya cuba hendak kongsi di sini.
Senarai.
Senarai itu insya-Allah, saya akan beri secara bertulis kerana saya tidak ada. Terima kasih. Saya akan beri sebab saya sudah berjanji dalam jawapan lisan hari itu, kita senaraikan nama untuk Ahli Parlimen ataupun sesiapa yang berkenaan untuk mengetahui kawasan dia siapa pengeluar, sama ada dia hendak berhubung secara direct untuk jualan, mengkomersialkan dan sebagainya, memudahkan kerja mereka. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, apakah keperluan atau justifikasi kementerian untuk memperluaskan skop tangkapan di bawah AKB91. Ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jempol. Tindakan tangkapan boleh meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan dalam membanteras penyelewengan barang kawalan terutamanya di
kawasan sempadan dan kesalahan-kesalahan di bawah akta ini merupakan kesalahan yang dianggap serius dan berat dan ia boleh menyebabkan barang keperluan asas rakyat Malaysia ataupun rakyat kita sukar diperoleh dan barang yang bersubsidi tidak sampai kepada golongan sasar. Kemudian, peluasan kuasa tangkapan ini dilihat setimpal dengan hukuman denda yang tinggi, Akta 122 ini iaitu RM1 juta bagi individu dan RM2 juta bagi badan korporat.
Yang Berhormat Timbalan Menteri...
...Dan akta ini juga - sekejap, sekejap. Akta ini juga disenaraikan sebagai satu daripada kesalahan predikat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001). Sila.
Sedikit tadi. Soalan saya tadi dijawab. Soalan Jempol tadi. Cuma, bagaimana kawalan di sempadan ini contoh Yang Berhormat Timbalan Menteri, RON95 kita lebih murah daripada sempadan contohnya, tetapi keadaan stesen minyak di sempadan menjual luar biasa, takkanlah dia boleh jual satu juta liter dalam sebulan sedangkan kepadatan penduduk itu tidak membolehkan kuota tersebut diberi kawasan sempadan begitu. Jadi, apakah tindakan kementerian bagi mengawal keadaan ini kerana semua tangki telah diubahsuai? Apabila hendak masuk sempadan, tangki yang sedikit ini ditambah boleh diisi dalam 400 ke 500 liter sedangkan kenderaan tersebut tidak mampu untuk membawa jenis yang boleh menampung minyak dalam tangki begitu, malah apabila modified ini, dia lebih bawa. Apa kawalan yang dibuat untuk mencegah perkara tersebut?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Jempol. Kita menyedari apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jempol tersebut. Oleh sebab itu, kita ada buku kawalan berkala di setiap stesen minyak di sempadan. Peraturan terbaru kita ialah kita tidak membenarkan stesen minyak ini dibina 25 kilometer daripada sempadan. Itu apa yang kita buat di samping kita mengadakan proses pengintipan dan sebagainya. Ini sekurang-kurangnya kalau tidak boleh hendak menyelesaikan sepenuhnya, insya-Allah dapat mengurangkan ketirisan bekalan atau barang bersubsidi kita ke negara jiran. Okey, sila Yang Berhormat Jelutong.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya mengambil kesempatan ini juga untuk turut menyokong langkah-langkah yang diambil. Permintaan saya cuma adalah kita harus memastikan bahawa perlindungan juga diberikan kepada pegawai-pegawai yang melaksanakan tugas. Di kesempatan ini, mungkin saya boleh menggunakan peluang ini untuk merayu kepada Timbalan Menteri untuk menyusuli perkembangan kes berkenaan dengan Allahyarham Anisah Ali, seorang pegawai kastam yang dikatakan terbunuh ketika menjalankan tugas di Pasir Mas, Kelantan pada tahun 2016. So, ini kisahnya adalah melibatkan seorang pegawai kanan kastam yang kononnya telah diikuti oleh tonto di mana kenderaannya telah dirempuh dan beliau dikatakan sedang melakukan operasi-operasi untuk membanteras kejadian-kejadian menyeludup dan sebagainya. So, ini adalah permintaan saya. Mungkin Timbalan Menteri boleh memberi perhatian kepada perkara ini. Terima kasih.
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Jelutong, terima kasih. Satu peringatan yang cukup bagus kerana kita tahu apabila pegawai penguat kuasa ini, ancaman yang paling hebat ialah daripada ugutan dan juga perkara-perkara yang melibatkan nyawa dan sebagainya. Jadi, kita ambil benda itu sebagai satu prioriti untuk kita buat pembaharuan ataupun kita menambah lagi tahap keselamatan pegawai- pegawai kita, insya-Allah. Tuan Yang di-Pertua, sebelum itu, ada lagi beberapa perkara yang dibangkitkan iaitu berkaitan dengan bagaimana kementerian memastikan hak Orang Kena Tuduh dilindungi semasa proses tangkapan. Selain Kanun Tatacara Jenayah (CPC), KPDNHEP mempunyai SOP tangkapan yang menjadi panduan kepada anggota penguat kuasa kita
untuk melakukan tangkapan. SOP tersebut menyatakan bahawa OKT tersebut perlu dimaklumkan tentang hak-haknya seperti untuk berdiam diri dan keperluan mendapatkan khidmat guaman. CPC menetapkan tempoh tahanan adalah tidak melebihi 24 jam. Kebenaran lanjut tempoh tahanan hanya dikeluarkan oleh Majistret. SOP kementerian dan kuasa Majistret tersebut mampu melindungi hak-hak OKT semasa dalam tahanan. Tuan Yang di-Pertua, selain itu, apa yang dibangkitkan lagi berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan. Untuk makluman Yang Berhormat Rasah, Bahasa Kebangsaan sebenarnya akta ini digubal sebelum daripada Bahasa Kebangsaan dikuatkuasakan pada 1961. Saya difahamkan, Bahasa Kebangsaan 1967. Walau bagaimanapun, kita boleh untuk mendapatkan dalam bahasa Melayu Yang Berhormat Rasah. Saya rasa itu sahajalah apa yang ingin saya simpulkan berkaitan dengan pindaan akta ini. Sekali lagi terima kasih berbanyak-banyak kepada sahabat-sahabat Ahli Yang Berhormat yang masih setia bersama kita pada petang ini. Kita harap pindaan ini akan mendapat sokongan 100 peratus ataupun sebulat suara. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, tentang yang saya sebut...
Yang Berhormat.
...Yang statistik itu boleh bagi statistik yang tadi saya sebut. Nanti bagi jawapan bertulis.
Yang Berhormat Kota Melaka.
Ya, ya. Boleh bagi jawapan bertulis tentang statistik itu? Operasi yang dijalankan...
Okey, Yang Berhormat Kota Melaka bertanyakan tentang dasar kerajaan untuk menentukan barang kawalan.
Ya, itu dasar.
Pada asasnya, barang kawalan ini adalah barang yang menjadi rebutan dan barang tersebut amat perlu. Maka, itu asas untuk dijadikan barang kawalan. Contohnya macam topeng muka. Pada suatu ketika dahulu topeng muka tidak menjadi barang keperluan, tetapi oleh sebab pandemik baru-baru ini, ia menjadi rebutan semua orang dan harganya melambung sehingga yang dikatakan melebihi daripada sepatutnya. Maka, kita adakan kawalan. Alhamdulillah hari ini ia harga di bawah daripada apa yang sepatutnya. Kemudian, penguatkuasaan beberapa beroperasi. Okey, itu saya bagi bertulis. Dari tahun 2019 hingga 2021, berapakah jumlah dakwaan dilaksanakan dan jumlah anggota penguat kuasa setiap negeri? Saya bagi secara bertulis, saya tidak ada jawapan.
Terima kasih.
Kemudian, bercakap fasal waran, saya sudah jawab tadi. Kemudian, apakah semak imbang untuk mengelak daripada salah guna kuasa? Jadi semak dan imbang, sebenarnya di samping kita mengadakan penguatkuasaan, penguat kuasa ini datang bersama dengan pegawai-pegawai lain. Dengan polis, kastam dan sebagainya yang terlibat. Jadi ertinya, penguatkuasaan kita ini dilakukan dengan keadaan cross ministry ataupun cross jabatan untuk memastikan tidak ada – tetapi benda ini ya lah, orang boleh buat apa sahaja yang bergantung kepada amanah, jujurnya seseorang itu. Saya rasa menjawab apa yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Rasah.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada satu tidak dijawab tadi, yang mana Jempol.
Okey.
Maknanya penggunaan logo khas bagi barangan kawalan bersubsidi di pasaran bagi mengelakkan penyeludupan dan sebagainya dan juga mengelakkan daripada segi kenaikan dan sebagainya. Jadi, adakah perkara ini ada jawapan Timbalan Menteri ataupun sebaliknya?
Setakat ini tidak ada jawapan lagi. Cuma, logo khas itu telah diperkenalkan. Cuma apa yang boleh saya kongsikan di sini bahawa kita sedang memikirkan cara bagaimana untuk hendak meminimumkan beban kerajaan barang subsidi ini. Hari ini kita beri subsidi kepada barang, minyak masak, RON95, gas dan sebagainya. Jadi kita ada cadangan dan kita sedang teliti untuk beri subsidi kepada individu. Contohnya bagi mereka yang B40, kita beri contohnya macam RM1,000 setahun. Jadi dok sebut dia akan guna untuk barang-barang keperluan. Ertinya kerajaan tidak lagi memberikan subsidi kepada barang-barang ataupun keperluan-keperluan yang sebagaimana kita laksanakan sekarang. Itu dalam perancangan kita untuk nak mengurangkan ketirisan agar barang-barang ataupun duit tersebut dapat digunakan secara bersasar.
Jadi, saya rasa macam logo tadi itu tujuannya untuk kawalan supaya ia tidak berlaku penyeludupan, kita kenal pasti dan kenaikan. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab soal sasaran, golongan sasaran untuk mendapatkan subsidi sebenarnya.
Contohnya RON95. Kereta BMW pun isi RON95 sedangkan dia tidak layak. Pak Mat, penoreh getah isi pun sama tetapi empat liter. Jadi subsidi ini berbeza. Jadi, adakah kawalan yang dipergunakan nanti itu dapat mereka yang betul-betul berhak mendapatkan subsidi berkenaan? Apa yang dilakukan sehingga hari ini adalah ia terbuka luas. Malah mereka yang – restoran besar pun boleh dapatkan minyak subsidi paket ini, dia beli dengan kedai berkenaan sebab tidak ada kawalan. Jadi, kalau kita bagi pun peruntukan RM1,000, kalau kita tidak kawal perkara ini dengan mungkin ada kad khas yang dikenakan B40, kad khas yang boleh memiliki minyak masak, boleh memiliki RON95, boleh memiliki lain-lain yang barang subsidi dan mereka yang atas T20 dan sebagainya ia harga lain. Jadi, adakah kementerian berfikir secara jangka panjang dan pendek bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ini?
Itu yang saya maksudkan tadi. Makna subsidi bersasar kepada mereka yang layak sahaja. Hari ini kita beri subsidi kepada barang, barang tersebut boleh pergi ke mana-mana tetapi apabila bersasar, cuma kita beri kad kah atau kita beri melalui e-wallet-kah kepada mereka yang layak ini, maka mereka boleh belanja berdasarkan kehendak ataupun apa yang mereka perlukan. Kita juga ada cadangan untuk hendak pastikan kerana kita tahu banyak kebocoran gas memasak ini ke sempadan. Jadi ini suatu melibatkan billion ringgit kerajaan rugi. Jadi ada cadangan untuk hendak letakkan cip ataupun benda-benda yang boleh kita kesan ke mana tong tersebut pergi. Ini memudahkan penguat kuasa memantau dan melihat pergerakan tong-tong gas tersebut. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itu sahajalah apa yang ingin saya kongsikan bersama pada petang ini. Sekali lagi terima kasih. Terima kasih setinggi-tingginya kepada sahabat-sahabat yang prihatin terhadap pindaan akta ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya kemukakan kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa]
[Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands) mempengerusikan Jawatankuasa]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG KAWALAN BEKALAN (PINDAAN) 2021 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga — Fasal-fasal 1 hingga 4 –Bill
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mengambil kesempatan untuk merujuk kepada peruntukan fasal pertama yang memberi kuasa untuk menangkap yang berbunyi seperti berikut, “Bertujuan untuk menggantikan perenggan 10A untuk memberi Pengawal Pegawai Bekalan, pegawai polis yang berpangkat tidak rendah – kuasa untuk menahan tanpa waran”. Secara kebetulan, Tuan Pengerusi juga merupakan seorang pegawai kanan anggota PDRM. Di sini saya cuma mengambil kesempatan untuk merayu dan memastikan bahawa insiden-insiden seperti yang telah dilaporkan, yang pernah berlaku berkenaan dengan tangkapan ini tidak berulang semula. Saya merujuk dengan khususnya kepada kes-kes seperti Teoh Beng Hock yang melibatkan kematian dalam tahanan, nombor satu. Kes-kes yang melibatkan kematian dalam lokap. Cuma saya ingin Yang Berhormat Timbalan Menteri dan kementerian serta kerajaan untuk memberi kepastian kepada Dewan yang mulia ini bahawa – memang kita ingin menyokong undang-undang ini untuk membanteras kegiatan-kegiatan penyeludupan yang sedang berleluasa. Akan tetapi, pada masa yang sama permintaan saya adalah untuk memastikan bahawa pegawai-pegawai yang diberi amanah untuk melaksanakan tugas dengan izin, tidak menjadi overzealous. Saya tidak mahu menggunakan perkataan ‘menyalahgunakan kuasa’ tetapi memastikan bahawa tidak ada sebarang kematian yang akan berlaku lagi dalam tahanan, nombor satu. Kedua, saya menyambut baik pengumuman yang telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini bahawa pampasan lebih kurang RM1.5 juta telah diberikan kepada keluarga arwah Adib. Memang kami menyokong dan saya berterima kasih atas keprihatinan kerajaan dan Yang Amat Berhormat Bera. Persoalan saya adalah, adakah pampasan yang sama juga akan diberikan dalam kes-kes yang melibatkan seperti kes-kes dalam kes-kes Teoh Beng Hock dan kematian-kematian dalam lokap? Ataupun, adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan satu dana di mana bila berlaku kejadian-kejadian seperti ini, pampasan juga turut akan dipertimbangkan? Itu adalah permintaan dan soalan saya. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, silakan.
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Jelutong. Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong itu, saya ambil perhatian. Cuma apa yang dibangkitkan itu saya rasa tidak berkait dengan apa yang dibincangkan pada petang ini. Kita berkaitan dengan pindaan Akta Kawalan Bekalan (AKB). Apa yang dibangkitkan tersebut saya rasa banyak kepada KDN dan yang bersama dengan kementerian tersebut. Jadi saya rasa, itu jawapan saya. Terima kasih. Berkaitan Yang Berhormat Kota Melaka, soalan tadi ada jawapan pada saya. Saya beri selepas ini. Okey, terima kasih.
Silakan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh fasal 4 dalam pindaan ini. “Dalam fasal 4 ini bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 25A ke dalam [Akta 122] untuk memperuntukkan bahawa jika barang yang disyaki sebagai barang kawalan dijumpai dalam dua atau lebih
bungkusan atau bekas yang sama perihalnya, ia hendaklah dianggap bahawa semua bungkusan atau bekas itu mengandungi barang yang sama jenis dan seterusnya” Ertinya ini persoalan anggapan atau presumption. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya memandang penting perkara ini. Kalau dalam Undang-undang Jenayah, presumption ini wujud dalam misalnya Akta Dadah Berbahaya yang hukumannya ada yang hukuman mati. Manakala, Akta Kawalan Bekalan ini tidaklah seperti Akta Dadah Berbahaya. Ini kerana daripada segi perundangannya, apabila ada anggapan atau presumption ini, maka beban bukti ataupun burden of proof sudah beralih. Bukan lagi terletak kepada pihak pendakwaan tetapi sebaliknya beban itu terletak kepada orang yang kena tuduh untuk membuktikan dia tidak bersalah, untuk dia membuktikan barang-barang itu maknanya bukanlah yang seperti dianggap oleh pihak yang menahannya. Pihak polis, kastam dan sebagainya. Jadi, ringkasnya saya ingin jaminan daripada pihak kerajaan atau pihak Yang Berhormat Menteri di Dewan ini, supaya akta ini tidak mengikat hakim-hakim. Kalau kita lihat dalam fasal itu disebut, “Mahkamah hendaklah menganggap bahawa barang dalam bungkusan atau bekas tertutup adalah daripada jenis, kuantiti dan kualiti yang sama.” Ini bermakna pindaan ini akan mengikat tangan hakim-hakim daripada memberi atau mengadili kes itu yang bersifat jenayah walaupun dalam bentuk jenayah ekonomi ini, memastikan keadilan supaya tidak berlaku miscarriage of justice iaitu hakim-hakim tidak dapat memastikan bukti-bukti dan material itu disahkan benar tanpa ragu-ragu. Jadi, mohon jaminan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Silakan.
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Pasir Gudang. Satu pandangan daripada orang undang-undang yang saya rasa cukup berkaliber. Cuma sebagaimana saya katakan tadi, bahawa undang-undang ini sejak 1961 kita melaksanakannya dan terdapat loophole yang kita rasa perlu dipinda untuk hendak memantapkan lagi proses perundangan di kementerian kita. Apa yang dimaklumkan kepada saya oleh pegawai-pegawai bahawa jika ada satu kes telah dibawa berkenaan hal tersebut, jadi bila dibicarakan mengatakan bahawa memang bersalah tetapi atas teknikalnya lawyer mengatakan bahawa kenapa bawa sedikit sahaja, tidak bawa satu tong lori, tanker minyak ke mahkamah untuk diperiksa. Jadi ini merumitkan proses pengurusan kes. Oleh sebab itu, kita pinda ini untuk hendak memastikan bahawa dua bahagian ataupun lima percent daripada barang tersebut sebagai bukti untuk memudahkan pengurusan kes di mahkamah. Ia memudahkan sebab pengalaman kita yang lalu, merumitkan dan akhirnya si OKT tersebut terlepas atas isu teknikal. Terima kasih Tuan Pengerusi. [Fasal-fasal 1 hingga 4 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi II (Datuk Willie anak Mongin) dan diluluskan]
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Selasa, 22 Mac 2022.
[Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 6.53 petang]
Kamar KhasSpecial Chamber
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Cadangan Membina Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin yang BaharuSpecial Chamber
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ucapan saya ialah “Cadangan Membina Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin yang Baharu”. Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin terletak di tengah pekan Tampin di mana ia telah ditubuhkan serta diwartakan pada tahun 1932 meliputi kawasan seluas 2.012 ekar yang terletak di atas Lot 81, Tampin sebagaimana ditunjukkan dalam Pelan Akui PA 8728 yang disimpan di Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Sembilan.
Untuk pengetahuan, terdapat empat buah balai polis di bawah pentadbiran IPD Tampin iaitu Balai Polis Tampin, Balai Polis Gemas, Balai Polis Gemencheh dan Balai Polis Air Kuning Selatan.
Tuan Yang di-Pertua, kemudahan yang terdapat di IPD Tampin sangat uzur, sempit dan tidak dapat menampung kekuatan anggota seramai 388 orang bagi melaksanakan tugasan dan tanggungjawab dengan selesa. Tambahan pula, lokasi pintu utama berhadapan dengan jalan utama pekan Tampin yang boleh mempengaruhi kelancaran lalu lintas.
Tuan Yang di-Pertua, saya sering kali mengemukakan pertanyaan berhubung kait dengan perkara ini sepanjang persidangan Parlimen, namun masih belum menerima jawapan yang tuntas daripada kementerian. Saya difahamkan bahawa peruntukan pembinaan IPD Tampin telah diluluskan namun dialihkan bagi pembinaan IPD di kawasan lain.
Saya tidak menjadi masalah tentang perkara itu sebab mungkin di tempat yang lain agak penting. Saya juga difahamkan bahawa satu kertas cadangan pembinaan baharu IPD Tampin telah diangkat ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan pada 16 Disember 2020. Justeru itu, saya berharap agar kementerian dapat mempercepat pembinaan baharu Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin dalam peruntukan RMKe-12. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua.
Kerajaan sentiasa prihatin akan keperluan pembaikan premis atau bangunan di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menjaga kebajikan dan memberikan keselesaan kepada pegawai dan anggota yang bertugas selain daripada meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Pada masa ini, Ibu Pejabat Daerah Tampin beroperasi di atas Tanah Simpanan Persekutuan berkeluasan 2.012 ekar. Proses permohonan pemilikan tanah sedia ada di Lot 81 serta tapak cadangan tambahan di Lot 651A dan Lot 651 yang bersebelahan tapak IPD Tampin sedia ada sedang dilaksanakan oleh PDRM dan kementerian.
Keperluan tersebut akan dikemukakan di bawah Rolling Plan 3 (RP3), Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12). Tindakan yang diambil oleh kementerian dan PDRM ini selari dengan ketetapan Dasar Kerajaan yang menggariskan perancangan sesuatu projek Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) perlu mempunyai tapak tanah berkeluasan 10 hingga 15 ekar yang disediakan oleh pihak Kerajaan Negeri (Garis Panduan dan Peraturan bagi Perancangan Bangunan Edisi Tahun 2015, Jawatankuasa Standard dan Kos, Unit Perancang Ekonomi). Terima kasih. Maknanya, dalam proses permohonan dua lot tanah, sabar Yang Berhormat.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Penjelasan oleh PDRM Berkenaan SOP Siasatan Kes Rogol, Punca Kelewatan Pendakwaan Kes Rogol dan Cubaan BunuhSpecial Chamber
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, rogol adalah keganasan yang amat menyakiti badan dan mental mangsa wanita. Saya merujuk kepada satu kes rogol yang berlaku dalam bulan November 2021 di kawasan saya. Mangsa rogol telah membuat tiga laporan polis, iaitu;
(i) BRICKFIELDS/009944/21;
(ii) BRICKFIELDS/010048/21; dan
(iii) BRICKFIELDS/010154/2.
Akan tetapi, suspek masih bebas daripada pendakwaan sehingga hari ini.
Peguam mangsa telah menulis surat kepada Ketua Polis Negara, Pengarah Siasatan Jenayah, Ketua Polis Kuala Lumpur dan malah Peguam Negara beberapa kali, tetapi polis masih memberi alasan bahawa polis masih menunggu laporan perubatan daripada HKL.
Mengikut jawapan Menteri Kesihatan kepada saya di Parlimen pada 2 Mac 2022, KKM menetapkan tempoh bagi penyediaan laporan perubatan bagi hospital berpakar adalah empat minggu dan hospital tanpa pakar adalah dua minggu. Jadi, alasan polis yang menyatakan masih belum menerima laporan perubatan hospital selepas laporan polis dibuat selama tiga bulan memang tidak boleh diterima.
Selain itu, saya juga hairan mendengar pengalaman mangsa rogol yang membuat laporan polis di IPK Kuala Lumpur. Beliau membuat laporan polis pada jam 3.00 petang selepas kejadian berlaku tetapi hanya dihantar ke HKL untuk
menjalani pemeriksaan badan pada 11.00 malam. Bukankah ini merupakan penyeksaan bagi mangsa rogol yang mengalami trauma yang serius? Saya pernah tulis surat kepada Ketua Polis Kuala Lumpur untuk minta perjumpaan berkenaan kes ini tetapi saya belum terima jawapan sehingga hari ini.
Menteri Dalam Negeri diminta menerangkan apakah SOP dalam siasatan kes rogol. Yang Berhormat Menteri juga diminta menjawab tiga soalan di bawah.
Soalan pertama, kebanyakan kes jenayah yang melibatkan suspek warga asing akan direman 14 hari, kemudian polis boleh sambung reman suspek di bawah seksyen 117, Kanun Tatacara Jenayah sekiranya perlu.
Dalam kes rogol ini, suspek diberi jamin balai sahaja. Surat Timbalan Ketua Siasatan Jenayah PDRM, Kuala Lumpur bertarikh 17 Januari 2022 menyatakan jamin balai untuk suspek adalah diarahkan oleh pihak pendakwaan.
Seksyen 388 Kanun Tatacara Jenayah memang tidak beri kuasa bagi pihak pendakwaan untuk mengarahkan polis beri jamin balai kepada suspek jenayah.
Kenapakah suspek yang melakukan jenayah serius boleh diberi jamin balai sahaja?
Soalan kedua, kebanyakan kes narkotik akan dituduh di mahkamah walaupun masih tunggu laporan-laporan kimia berkenaan tetapi dalam kes rogol dan cubaan bunuh ini, polis enggan mendakwa suspek dengan alasan hospital belum keluarkan laporan pemeriksaan badan mangsa rogol ini. Bukankah ini double-standard? Soalan ketiga, memandangkan mangsa rogol ini juga mengalami cubaan bunuh oleh suspek, kenapakah polis tidak menjalankan siasatan terhadap kesalahan cubaan bunuh yang dialami oleh pengadu dalam laporan polis BRICKFIELDS/010048/21. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Merujuk kepada laporan polis iaitu;
(i) BRICKFIELDS/009944/21;
(ii) BRICKFIELDS/010048/21; dan
(iii) BRICKFIELDS/010154/2 Seperti yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen Seputeh, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjalankan siasatan di bawah seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan rogol dan 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
Siasatan telah dijalankan secara menyeluruh dengan mengambil kira semua keterangan yang ada termasuk keterangan suspek, keterangan saksi, rakaman CCTV serta lain-lain keterangan sokongan dan bukan hanya bergantung kepada dakwaan pengadu semata-mata.
Siasatan kes tersebut telah selesai dan telah dirujuk kepada pihak Pejabat Peguam Negara pada 22 Februari 2022 bagi mendapatkan arahan. Pejabat Peguam Negara telah membuat keputusan kes ini No Further Action (NFA). Surat pemberitahuan kepada pengadu telah dikeluarkan sebanyak tiga kali iaitu pada 24 November 2021, 30 Disember 2021 dan 20 Februari 2022 mengenai status perkembangan siasatan.
Manakala, laporan perkembangan siasatan juga telah dihantar kepada peguam mangsa sebanyak dua kali oleh PDRM pada 17 Januari 2022 dan 4 Mac 2022 bagi menjelaskan mengenai keputusan kes. Pihak Peguam Negara juga telah memberi maklum balas melalui surat kepada peguam mangsa berhubung keputusan kes.
Berhubung dengan isu laporan perubatan, pihak PDRM telah menerima laporan perubatan dari hospital pada 14 Januari 2022, Laporan Pakar Forensik pada 25 Januari 2022, Laporan Kimia pada 3 Februari 2022 dan Laporan DNA pada 3 Februari 2022.
Soalan pertama, berhubung ‘jamin’ yang diberi kepada suspek, suspek dalam kes ini merupakan warganegara asing iaitu dari negara China dan mempunyai Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang sah. Justeru suspek tidak boleh direman di bawah reman imigresen kerana suspek tidak melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959. Suspek dalam kes ini telah ditahan reman selama empat hari di bawah seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah untuk membantu siasatan.
Suspek perlu diberi jamin setelah tempoh reman tamat atau selesai bagi mengelakkan tahanan salah. Permohonan reman lanjut tidak dipohon semula oleh PDRM kerana tiada keperluan untuk menahan suspek memandangkan arahan oleh pihak pendakwaan berhubung siasatan lanjut tidak melibatkan dan memerlukan suspek untuk ditahan. Suspek diberi jamin sementara dengan dua orang penjamin warganegara Malaysia yang bertanggungjawab bagi memastikan suspek hadir apabila diperlukan dan bukannya dilepaskan dan dibebaskan.
Bagi soalan kedua, kebanyakan kes narkotik hanya akan dituduh di mahkamah secara tentatif setelah keterangan pemilikan atau pengedaran dadah adalah lengkap tetapi masih belum mendapat laporan kimia bagi mengesahkan jenis dan berat dadah. Berbeza dengan kes rogol ini, keterangan yang menyokong dakwaan pengadu atau mangsa selain dari laporan pemeriksaan doktor masih belum mencukupi untuk menuduh suspek di Mahkamah.
Bidang kuasa PDRM adalah untuk menjalankan siasatan secara adil tanpa mengira status dan tidak akan berkompromi dengan penjenayah. Manakala, bidang kuasa untuk mendakwa adalah bergantung kepada pertimbangan dan nasihat Pendakwa Raya. Bagi soalan ketiga – untuk makluman Yang Berhormat, pihak PDRM telah menjalankan siasatan secara menyeluruh dan mendapati tiada keterangan yang menjurus kepada elemen cubaan bunuh oleh suspek sebagaimana dakwaan oleh pengadu. PDRM sentiasa menjalankan siasatan yang menyeluruh dengan adil dan telus untuk menegakkan keadilan sepertimana yang termaktub dalam undang-undang.
Pejabat Peguam Negara juga telah memutuskan kes di-NFA memandangkan kurang keterangan bagi pembuktian berlakunya kejadian terhadap pengadu. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga esok, Selasa, 22 Mac 2022, jam 2.30 petang.
Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.
[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.48 petang]