Dewan Rakyat · 22 March 2022

15th Parliament, session 5, meeting 1 · 655 turns · 47,739 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Pemakluman Tuan Yang Di-Pertua — Sambutan Commonwealth Day 2022

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan selamat pagi. Sebelum kita bermula, saya ada sedikit pemakluman untuk dibuat. Ahli-ahli Yang Berhormat semua, sukacita dimaklumkan bahawa pada Isnin, 14 Mac yang lalu merupakan Commonwealth Day 2022. Sebagai sebahagian daripada negara-negara anggota Komanwel, ia disambut bagi meraikan kepelbagaian jalinan persefahaman dan sumbangan Commonwealth dalam usaha untuk mewujudkan persekitaran global yang harmoni. Bertemakan ‘Delivering a Common Future’, Malaysia yakin dan komited untuk bekerjasama dengan negara-negara anggota Komanwel ke arah mencapai keamanan sejagat dan kemakmuran bersama terutamanya bagi menangani perubahan iklim, mengukuhkan tadbir urus serta meningkatkan perdagangan pelbagai hala. Dalam pada itu Malaysia yakin Komanwel akan dapat menangani wabak ini melalui perkongsian inovatif dan pendekatan baharu untuk melindungi kesejahteraan bersama. Ahli-ahli Yang Berhormat, sambutan Commonwealth Day 2022 peringkat Parlimen Malaysia akan diadakan pada esok, Rabu, 23 Mac 2022 anjuran Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Malaysia (CPA Malaysia). Saya menyeru agar Ahli-ahli Yang Berhormat untuk sama-sama menjayakan program ini nanti. Saya juga dimaklumkan RTK-Antigen self-test kit saliva untuk Ahli-ahli Yang Berhormat pada esok akan diadakan di Dewan Serbaguna, Parlimen Malaysia. Ini adalah bagi memberi laluan kepada program sambutan Commonwealth Day 2022 yang akan diadakan pada hari tersebut di Dewan Bankuet, Parlimen Malaysia. Sekian, terima kasih. Untuk memulakan Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri, saya menjemput Yang Berhormat Sabak Bernam. Silakan.

Jawapan-Jawapan Menteri Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Mohd Fasiah bin Mohd FakehUMNO · BNSabak Bernam · question

1. Dato' Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh [Sabak Bernam] minta Menteri Pertanian dan Industri Makanan menyatakan bilangan dan lokaliti projek SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) yang telah dan akan dilaksanakan dan nyatakan langkah kementerian bagi menangani masalah kemerosotan hasil tanaman padi khususnya di kawasan Parlimen Sungai Besar dan Sabak Bernam.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNMenteri Pertanian dan Industri Makanan · Beluran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) merupakan satu inisiatif baharu yang diperkenalkan oleh kementerian dengan matlamat utama bagi meningkatkan produktiviti dan pengeluaran padi dan beras negara menerusi penglibatan syarikat peneraju sekali gus akan membantu meningkatkan pendapatan pesawah sendiri selain mengurangkan kebergantungan kepada orang tengah. Pelaksanaan program ini melibatkan persetujuan bersama antara pesawah, pengusaha dengan syarikat peneraju berteraskan kepada pendekatan sewaan dan pertanian kontrak yang mana hak pesawah masih kekal dan tidak terjejas. Setakat ini terdapat penyertaan 19 buah syarikat peneraju yang telah menandatangani memorandum persefahaman dengan kerajaan yang menyasarkan pembangunan kawasan penanaman padi seluas 300,000 hektar secara berperingkat. Terbaru adalah MoU yang telah ditandatangani oleh pihak MAFI bersama Lembaga Zakat Negeri Kedah. Sehingga Disember 2021, pelaksanaan SMART SBB di kawasan pertanian IADA Barat Laut Selangor melibatkan keluasan seluas 1,274 hektar dengan bilangan pesawah seramai 881 orang. Jumlah pengeluaran padi bagi IADA Barat Laut Selangor pada tahun 2021 adalah sebanyak 6,325 tan metrik dengan purata 4.99 tan metrik per hektar. Program SMART SBB yang dilaksanakan di Sekinchan, Selangor pula melibatkan keluasan 100 hektar yang telah meningkatkan hasil padi daripada 2.5 tan metrik sehektar kepada lapan hingga 10 tan metrik sehektar. Bagi kawasan Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Sabak Bernam, untuk musim satu tahun 2021, kawasan seluas 159.8 hektar telah dilaksanakan melibatkan seramai 117 orang pesawah. Jumlah pengeluaran padi adalah sebanyak 610.8 tan metrik dan purata hasil adalah sebanyak 3.5 hingga 4.4 tan metrik per hektar. Manakala bagi musim dua tahun 2021, kawasan seluas 316.2 hektar telah diusahakan melibatkan seramai 170 orang pesawah. Jumlah pengeluaran padi meningkat sebanyak 285 peratus kepada 2,350 juta tan metrik dan purata hasil pada musim dua tahun 2021 telah meningkat sebanyak 32 peratus kepada 3.5 hingga 6.4 tan metrik per hektar. Justeru, dengan purata hasil yang diperoleh sepanjang tahun satu, musim satu tahun 2021 dan musim dua tahun 2021 membuktikan bahawa pelaksanaan program rintis SMART SBB di Selangor telah dapat membantu meningkatkan produktiviti padi tempatan dan pada masa yang sama menangani masalah kemerosotan hasil tanaman padi kawasan negara kita. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Sabak Bernam.

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah beberapa kali melawat Sabak Bernam dan prihatin tentang pertanian terutama dari sawah padi. Mengikut maklumat yang saya dapat daripada petani, Yang Berhormat Menteri, hasil padi pada musim lalu terus merosot daripada tiga hingga empat tan sahaja bagi setiap satu keping ataupun tiga ekar berbanding sebelum ini yang mencapai lima hingga enam tan bagi setiap satu keping di kawasan Parlimen Sabak Bernam dan Sungai Besar. Soalan tambahan saya, adakah kerajaan khususnya MAFI telah mengenal pasti punca hasil tanaman padi musim ini merosot dengan teruk berpunca mungkin daripada sistem air, tanah, baja, benih dan lain-lain? Adakah kerajaan bercadang memperkenalkan penggunaan baja organik di sawah padi seperti di Besut yang saya mendapat maklumat di Terengganu yang berjaya meningkatkan hasil tanaman padi termasuk memberikan

subsidi bagi menggantikan baja kimia NPK sekarang yang didapati menyebabkan tanah menjadi tidak subur setelah penggunaan yang begitu lama? Sekian, terima kasih.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Terima kasih Ahli Yang Berhormat Sabak Bernam. Secara pernyataan umumnya, MAFI menggalakkan penggunaan baja organik dalam semua sektor agromakanan. Sama ada dalam industri pertanian padi, penanaman padi, buah-buahan, sayuran dan sebagainya, digalakkan untuk menggunakan baja organik sebagai baja di samping baja kimia. Apatah lagi dalam keadaan di mana baja kimia pada ketika ini melambung tinggi harganya dan baja organik boleh dikeluarkan secara tempatan. Itu pernyataan. Namun, saya bersetuju bahawa kita perlu revisit dasar-dasar terutama pembahagian baja subsidi perlu juga diterap baja organik sebagai antara baja subsidi oleh kerajaan. Baja organik ini. Jadi, itu akan melaksanakan dasar kehendak kementerian untuk melihat penggunaan baja organik secara lebih meluas dalam sektor agromakanan. Antara punca kemerosotan hasil padi di Selangor musim lalu secara umumnya kita katakan bahawa industri padi beras ini terdedah kepada pelbagai faktor dan ancaman cuaca, perubahan cuaca, ancaman penyakit, ancaman banjir, kemarau, dan pengurusan yang efisien. Itu antara merupakan faktor-faktor yang akan menentukan hasil pengeluaran padi di ladang-ladang di negara kita termasuk di Selangor. Pada musim yang lalu, memang dicatatkan beberapa buah kawasan di Selangor dijangkiti oleh penyakit. Antara penyakit iaitu ulat lipat daun, penyakit hawar bulir bakteria, penyakit reput tangkai, bena perang, ulat pengorek batang dan kesing. Ini merupakan penyakit yang didapati menyerang kawasan padi di Selangor, Perak dan di beberapa buah kawasan yang lain. Jadi, antara langkah yang telah diambil oleh kementerian adalah untuk mengawal perebakan ataupun penularan penyakit ini ke kawasan yang lebih luas. Langkah telah diambil dan tentu kesan daripada serangan penyakit yang berlaku di Selangor dapat diminimumkan. Ini termasuk kerjasama antara kementerian dan juga kerajaan negeri bagi membendung serangan penyakit yang berlaku. Itu antara punca kemerosotan tetapi seperti saya katakan tadi, ada faktor-faktor lain yang menyebabkan kemerosotan. Akan tetapi, hasil daripada Program SMART SBB sepanjang tahun 2021, kita nampak bahawa dengan pengurusan yang lebih baik, hasil padi boleh ditingkatkan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Bayan Baru.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri bahawa SMART SBB ini sebenarnya pernah dilakukan dahulu dalam Kementerian Pertanian selama 10 musim. Apakah mekanisme yang berbeza berbanding usaha yang terdahulu? Saya juga terima satu memorandum daripada Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia dari kawasan MADA dan mereka menuntut supaya kementerian lebih menumpukan kepada kawasan sawah yang low-yield terutama di kawasan Sabah dan Sarawak. Mereka minta supaya jangan masuk kepada MADA kerana mereka memang sudah agak berjaya daripada segi yield dan sebagainya. Mereka meminta supaya MAFI lebih tertumpu kepada kawasan yang low-yield. Apakah pandangan daripada Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Yang Berhormat pernah duduk di kementerian ini. Tentu apa juga program dan pendekatan baharu yang dibuat di peringkat kementerian, ia akan mendapat tentangan dan juga cabaran daripada pelbagai pihak. Namun, pengenalan SMART SBB adalah merupakan satu konsep baharu, berbeza dengan konsep-konsep sebelum ini. Yang ini, penyertaan pesawah adalah secara suka rela. Perbezaan antara konsep pendekatan program sebelum ini, kali ini ia

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

tidak melibatkan sebarang kos dan modal bagi pesawah. Semua itu akan ditanggung oleh syarikat peneraju. Itu konsep baharu. Jadi, bererti, pengurusan ladang pesawah di bawah syarikat peneraju adalah mengikut konsep syarikat peneraju untuk meningkatkan hasil pengeluaran. Kita tahu pelbagai tentangan dan cabaran yang telah dihadapi oleh MAFI dalam memperkenalkan konsep SMART SBB ini. Sebab itu kita mula dengan projek keluasan yang kecil sebagai pilot project. Kita buat di IADA Seberang Laut di Selangor dan di Perak untuk memperlihatkan hasil tuaian padi yang diuruskan secara baik melalui konsep SMART SBB ini telah mampu meningkatkan pengeluaran. Jadi, beberapa kawasan sawah besar seperti di KADA, di MADA ketika ini telah mula menarik minat dalam kalangan pesawah untuk turut serta dalam program SMART SBB. Kalau dahulu mereka mengeluarkan modal, wang dan berhutang dengan orang tengah untuk menguruskan tanah tetapi dengan konsep SMART SBB ini, mereka tidak perlu mengeluarkan modal kerana modal pengurusan dan penanaman akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat peneraju. Jadi, saya tidak nampak kenapa pesawah menolak satu konsep baharu yang menguntungkan kepada mereka. Walau bagaimanapun, MAFI tidak mendesak, tidak meletakkan sebagai satu syarat tetapi penyertaan SMART SBB ini adalah penyertaan suka rela tanpa paksaan. Oleh sebab itu kita kena buat projek pilot untuk memperlihatkan manfaat konsep ini. Kita dapat tentangan tetapi kena lihat siapa mereka. Sama ada mereka itu mewakili pesawah atau mewakili kepentingan pihak-pihak tertentu yang telah mengambil keuntungan dan manfaat daripada pesawah untuk sekian lamannya di negara kita. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Papar.

Tuan Yang di-Pertua

Maaf. Sudah 18 minit satu soalan. Yang Berhormat Tampin, boleh ringkas?

Tuan Sabri bin AzitPAS · PNJerai

Jerai.

Tuan Yang di-Pertua

Ringkas, Yang Berhormat.

Datuk Dr. Hasan bin BahromAMANAH · PHTampin

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana memberikan jawapan yang agak baik. Cuma, saya hendak bertanya, apakah projek SMART SBB ini adalah mengalami kegagalan? Itu yang pertamanya. Keduanya, saya hendak beritahu bahawa terdapat konsep SMART SBB ini di tempat saya tetapi yang jadi masalahnya ialah perparitan untuk masuk ke sawah itu tidak dapat diselenggarakan dengan baik. Saya telah berjumpa dengan Jabatan Pertanian dan Jabatan Pengairan dan Saliran, masing-masing bertolak-tolak antara satu sama lain dan juga syarikat yang mengendalikan sawah berskala besar ini. Terima kasih.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Seperti yang saya katakan tadi bahawa SMART SBB ini sedang dalam pelaksanaan permulaannya. Seperti dalam jawapan asal saya juga, kenyataannya, sepanjang tahun dua musim tahun 2021, ia telah mencatatkan manfaat yang lebih baik menerusi pengurusan sawah di bawah SMART SBB dengan cara konvensional yang dilakukan oleh pesawah sendiri. Jadi, kalau dikatakan ia gagal, saya katakan bahawa ia menunjukkan manfaat yang lebih baik menerusi SMART SBB dengan pengurusan yang lebih efisien seperti pengurusan yang dibuat oleh syarikat-syarikat swasta yang menceburkan dan melibatkan diri dalam penanaman padi di negara kita.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Okey, SMART SBB dibuat dalam keadaan jelapang padi yang sedia ada. Jadi saya tahu ada beberapa buah kawasan di luar sana, di luar jelapang padi yang ada yang

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

berminat dengan SMART SBB. Di luar kawasan jelapang padi ini tentu ada kekurangan kemudahan saliran, perparitan dan sebagainya. Perkara itu akan ditangani secara berasingan oleh MAFI. Kita akan mulakan SMART SBB, kita tumpukan di kawasan-kawasan jelapang padi di mana ada infrastruktur asas yang sedia ada bagi merealisasikan konsep dan kebaikan dan manfaat SBB di kalangan pesawah negara kita. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Bukit Bendera.

Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera · question

2. Tuan Wong Hon Wai [Bukit Bendera] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan strategi kementerian dalam memperkenalkan program dan perundangan berhubung pembangunan semula bandar (urban renewal) untuk menangani isu keusangan flat-flat lama di bandar yang perlu dibangunkan semula.

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina MericanUMNO · BNMenteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Kepala Batas

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPKT melalui Pelan Malaysia, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa telah menyediakan garis panduan pelaksanaan pembaharuan semula bandar ataupun urban renewal. Berdasarkan GP tersebut, pembangunan semula bandar ditafsirkan sebagai satu program yang komprehensif dan bersepadu untuk tempoh jangka panjang bagi menangani isu kemelesetan ekonomi, keusahawanan daripada segi fizikal, persekitaran dan sosial suatu kawasan bandar. Ciri-ciri kawasan yang memerlukan pembaharuan semula bandar adalah seperti berikut: (i) kawasan atau bangunan usang yang terbiar dan suram menimbulkan imej ataupun identiti bandar yang kurang menarik; (ii) kawasan yang mengalami kemerosotan kualiti persekitaran, peningkatan pencemaran, kadar jenayah dan sosial; (iii) kawasan yang tiada ataupun kurang penyediaan kemudahan dan infrastruktur serta kawasan hijau lapang; (iv) kawasan kediaman yang sesak dan substandard serta tidak sesuai dengan keadaan semasa; dan (v) kawasan yang kegunaan tanah semasa tidak lagi economic dan tidak bersesuaian dengan pembangunan sekitar serta mempunyai tekanan pembangunan yang tinggi. Untuk makluman Yang Berhormat, walaupun tiada perundangan yang khusus bagi pelaksanaan pembangunan semula bandar di negara ini, namun bagi menangani isu bangunan usang khususnya yang melibatkan skim strata, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) sedang menggubal pindaan terhadap Akta Hak Milik Strata 1985 ataupun Akta 318 berkaitan persetujuan pemilik petak serta tatacara penamatan skim strata bagi membolehkan pembinaan semula bangunan. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 ataupun Akta 172 juga membolehkan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) mengenal pasti dan mengisytiharkan kawasan untuk dibangunkan sebagai kawasan pemajuan melalui subseksyen 38(1). Seterusnya apabila suatu kawasan diisytiharkan sebagai suatu kawasan pemajuan, menurut subseksyen 38(2) menjadi kewajipan PBPT itu mengambil melalui pembelian ataupun pengambilan paksa di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960. Semua tanah beri hak milik yang terletak dalam kawasan tersebut dan kawasan itu hendaklah dimajukan mengikut rancangan kawasan khas yang diwartakan.

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina MericanUMNO · BNMenteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Kepala Batas

Selanjutnya bagi menunaikan kewajipannya di bawah subseksyen 38(2), Akta 172 PBPT boleh menubuhkan perbadanan dengan kelulusan Menteri Besar atau Ketua Menteri untuk menjalankan projek skim atau perusahaan yang telah dirancang atau yang diusahakan oleh PBPT mengenai memajukan suatu kawasan pemajuan. Pengenalpastian kawasan pemajuan bermula semasa penerimaan suatu rancangan kawasan khas. Berdasarkan penanda aras yang telah dibuat, aspek-aspek yang perlu diambil kira dalam membangunkan suatu perundangan yang khusus bagi pelaksanaan pembangunan semula bandar adalah: (i) urus tadbir penubuhan badan pelaksana yang mempunyai bidang kuasa dan fungsi yang jelas dan tidak bertindih dengan kuasa dan agensi lain; (ii) soal kewangan melibatkan kos pembangunan yang besar; (iii) perolehan tanah, petak bangunan melibatkan tanah, petak bangunan milik orang ramai yang memerlukan persetujuan majoriti pemilik dan kadar pampasan; dan (iv) pelaksanaan bersepadu yang memerlukan kerjasama bersepadu antara pelbagai agensi dan komuniti. Walaupun satu bentuk perundangan masih belum lagi wujud tetapi banyak program pembaharuan semula bandar telah dilaksanakan sejak tahun 2000 lagi. Ini melibatkan pelaksanaan oleh pihak swasta terutamanya bagi kawasan pembaharuan semula bandar yang menghasilkan pulangan economic yang sewajarnya. Namun bagi kawasan dan bangunan usang yang tidak mempunyai pulangan economic kepada pihak swasta, pihak kerajaan termasuk pihak kerajaan negeri disarankan untuk mempertimbangkan satu bentuk kaedah pembaharuan semula bagi mengelakkan kawasan bangunan terus merosot ataupun menimbulkan isu urban decay. Oleh demikian, ingin saya tegaskan bahawa di pihak KPKT, kita berpendapat bahawa memang terdapat keperluan untuk menjalankan kajian secara terperinci dan menyeluruh bagi menentukan kesesuaian penggubalan suatu undang-undang khusus berkaitan dengan pembaharuan semula bandar. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Soalan tambahan pertama.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Ya terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya berpandangan garis panduan yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri tidak mencukupi kerana garis panduan tiada kuat kuasa undang-undang. Daripada segi pembangunan semula bandar, apabila merobohkan bangunan lama dan mendirikan perlu kelulusan. Kalau sekiranya ada kelulusan sebulat suara penduduk-penduduk itu okey. Akan tetapi sekiranya tiada maka perlu ada statutory guideline, undang-undang khusus seperti undang-undang urban renewal di Singapura dan Hong Kong yang ada undang-undang khusus kerana di bawah Perlembagaan Persekutuan, Artikel 13 hak kepada property, property rights perlu dijaga juga. Tadi saya dengar Yang Berhormat Menteri kata ada pindaan usahakan Akta Hak Milik Strata. Bilakah ia akan dibentangkan di Parlimen? Sama ada kementerian akan mewujudkan satu perundangan khusus dan sebuah agensi khusus seperti urban renewal authority di Singapura dan Hong Kong dan urban renewal authority legislation di negara- negara berkenaan. Itulah soalan saya.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih banyak kepada soalan Yang Berhormat. Sememangnya itulah the moving forward approach oleh pihak kementerian. Kita ingin melihat satu penggubalan akta yang spesifik bagi tujuan pembaharuan semula bandar.

Namun, sebagaimana yang mungkin kita sedia maklum bahawa apa yang kita lihat berlaku di Singapura dan juga di Hong Kong, Taiwan yang ada akta yang sedemikian, keadaan dan latar belakangnya tidak sama. Ini kerana kebanyakan di Singapura semua tanah pembangunan adalah bersifat pajakan, leasehold. Jadi, dalam soal pembangunan ataupun pembaharuan semula bandar, antara aspek yang menjadi paling mustahak adalah soal pengambilan tanah. Ini terbukti bila mana berlaku dua urban renewal di dalam yang boleh dijadikan some referral point untuk kes-kes pembaharuan ataupun pembangunan semula. Satu di Kerinchi dahulu dan kemudiannya satu lagi di Razak Mansion. Razak Mansion was a lot easier sebab Razak Mansion tanahnya adalah tanah di bawah DBKL dan kemudian ia di-leased. Namun yang berada di Kerinchi, ia mengambil masa yang agak panjang kerana pemilikan strata ini telah pun dipecah milik kepada individu. Saya hendak maklumkan, apabila kita hendak lakukan penggubalan akta yang membabitkan soal pembangunan ataupun pembaharuan bandar semula ini, ia akan berkait dengan hampir tujuh ataupun lapan undang-undang ataupun akta seperti Akta Kanun Tanah Negara, Akta Hakmilik Strata 318, Akta Pengurusan Strata 757, Akta Pengambilan Tanah 486, Akta Perancangan Bandar dan Desa 172. Ia merangkumi fungsi-fungsi kementerian yang agak rentas.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

[Bangun]

[Bangun]

[Bangun]

Maka sebab itulah saya sudah arah pihak kementerian untuk kita adakan regulatory impact assessment sebagai permulaan moving forward ke arah penggubalan satu undang-undang yang baharu, yang lebih bersifat rentas dan juga yang lebih bersifat konklusif, komprehensif bagi memastikan bahawa bukan kita hanya hendak lakukan pembangunan, pembaharuan bandar semula tetapi the right of the property yang sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi juga dapat dipelihara. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jempol.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang membenarkan saya bertanya soalan. Saya difahamkan setakat ini terdapat sekitar 3,519 skim perumahan lama yang tiada badan pengurusan bersama dan badan pengurusan seluruh negara. Perkara ini membabitkan sebanyak 554,000 unit rumah yang tidak terbela kerana telah dibina sebelum wujudnya Akta Pengurusan Strata 2013. Soalan saya, apakah perancangan dan tindakan yang telah diambil oleh kementerian bagi memastikan unit perumahan yang terlibat mempunyai daya huni yang tinggi dan berapakah anggaran kos perbelanjaan keseluruhan yang diperlukan untuk menyelenggarakan kesemua kerja menambah baik dan juga penyelenggaraan ini? Mohon Yang Berhormat Menteri untuk menjawab, terima kasih.

Baik, terima kasih kepada Yang Berhormat dari Jempol. Memang benar, ada lebih kurang sebagaimana yang disebut tadi. Ada 3,519 skim perumahan yang dianggap tidak mempunyai JMB dan juga MC dan keadaan flat-flat berkenaan memang berada dalam ataupun rumah-rumah pangsa ataupun kediaman strata tersebut berada dalam keadaan yang amat-amat usang. Ini sebenarnya Yang Berhormat, kita di peringkat kementerian, kita ada Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM) dengan juga Projek Penyenggaraan Perumahan Malaysia yang digunakan khusus untuk tujuan tersebut. Saya sudah bangkitkan juga di pihak kementerian dengan Kementerian Kewangan bahawa ada keperluan untuk ditambahkan peruntukan tersebut bagi memungkinkan flat-flat yang seperti ini dapat dibantu oleh pihak kerajaan secara intervention kerana mereka tidak mempunyai JMB, JMC dan juga management

community dan tahap daya huni tempat tersebut ataupun penyelenggaraan tersebut memang berada dalam keadaan yang agak usang. Insya-Allah, melalui peruntukan di bawah TPPM ini kita akan lakukan sebaik mungkin bagi pastikan tempat-tempat yang sudah berada usia yang agak panjang sebelum daripada 1985, sebelum ada akta tersebut lagi dapat juga diberi perhatian dan agar tahap daya huni mereka yang berada di situ sentiasa berada pada tahap yang tinggi. Tadi saya hendak jawab tadi tertinggal, pasal pindaan akta daripada Yang Berhormat Bukit Bendera tadi. Pindaan Akta 318 itu dia berada di bawah kementerian KETSA. Saya jangkakan mungkin dalam sitting yang akan datang, tetapi saya tidak ada maklumat khusus kerana Akta 318 itu bukan di bawah KPKT. Akan tetapi insya-Allah, saya akan beri jawapan secara bertulis bila saya dapat makluman daripada KETSA berkaitan dengan bila hendak dipinda akta tersebut. Terima kasih.

Robert Lawson ChuatPBB · BNBetong · question

3. Datuk Robert Lawson Chuat [Betong] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan inisiatif kementerian bagi meningkatkan kesedaran serta merancakkan industri harta intelek.

Dato Sri Alexander Nanta LinggiPBB · GPSMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna · Kapit

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Betong. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna melalui agensinya, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) komited menjalankan tanggungjawab mentadbir, memberi khidmat nasihat dan mengurus sistem harta intelek di Malaysia dengan baik dan sistematik. MyIPO telah menganjurkan sebanyak 308 buah program kesedaran dari tahun 2019 sehingga Januari 2022 serta menyediakan perkhidmatan dalam talian serta sistem help desk khusus berkenaan harta intelek. MyIPO turut mengadakan inisiatif-inisiatif meningkatkan kesedaran mengenai harta intelek seperti mengadakan kempen-kempen dan taklimat berkenaan dalam talian atau webinar mengenai topik-topik yang bersesuaian dengan golongan belia dan pelajar, dan juga menggunakan media sosial dan pengiklanan dalam talian bagi menyasarkannya kepada pemilik harta intelek golongan belia, pelajar, komuniti setempat serta usahawan SME. MyIPO Outreach merupakan inisiatif MyIPO dalam menjalankan aktiviti pemasaran, mempromosi kesedaran, prosedur pemfailan permohonan dan teknik membuat carian harta intelek dengan kos yang lebih rendah menggunakan Facebook. Pelan tindakan media MyIPO bertujuan menyebar maklumat terkini berkaitan harta intelek melalui portal media tradisional dan media sosial. Kerjasama turut diadakan dengan pihak kementerian, agensi universiti, stakeholders dan pejabat harta intelek luar negara dalam memberi kesedaran mendaftar dan melindungi harta intelek. Golongan belia, pelajar dan komuniti setempat dibantu dengan pemberian Dana Pemfailan Harta Intelek (Dana IP 2.0) di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12 dengan peruntukan kewangan sebanyak RM4 juta dalam tempoh empat tahun bermula pada tahun 2022 hingga 2025 kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas yang memenuhi kriteria yang ditetapkan. Setakat 20 Mac 2022 ini, sebanyak 538 permohonan dana telah diterima bermula 1 Januari 2022 dan permohonan dana dijangka terus meningkat sehingga tarikh tutup pada 30 Jun tahun 2022. Mengisytiharkan 26 April setiap tahun sebagai Harta Intelek Negara berobjektif meningkatkan kesedaran kepentingan melindungi dan menghormati hak harta intelek serta menyediakan platform mengiktiraf sumbangan pencipta dan pemilik harta intelek tempatan melalui penganjuran Anugerah Harta Intelek Negara dengan penyertaan

Dato Sri Alexander Nanta LinggiPBB · GPSMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna · Kapit

organisasi, pelajar institusi kemahiran serta pelajar sekolah menengah. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Betong juga mohon Yang Berhormat Menteri menjelaskan berapakah bilangan harta intelek yang telah didaftarkan dan apakah manfaat yang boleh diperoleh daripada harta intelek ini? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua.. [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua

Mike.

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, pendaftaran harta intelek yang telah meliputi paten, cap dagangan, reka bentuk perindustrian, harta cipta dan pertunjuk geografi membolehkan pemilik harta intelek mendapatkan hak eksklusif terhadap harta intelek mereka di bawah perundangan harta intelek. Proses pendaftaran yang cekap dan efisien membantu pemilik harta intelek mendapatkan sijil pendaftaran mereka dalam masa yang ditetapkan. Jadi, untuk data statistik yang direkodkan oleh MyIPO adalah berdasarkan kategori permohonan dan pendaftaran harta intelek tempatan dan luar negara. Dari tahun 2016 sehingga terkini, pada tahun 2021, jumlah keseluruhan permohonan dan pemfailan harta intelek yang diterima sebanyak 318,355 permohonan yang terdiri daripada 129,348 permohonan tempatan dan 189,007 permohonan luar negara. Jadi, permohonan luar negara ini adalah daripada syarikat luar negara yang ingin memohon pendaftaran di Malaysia. Daripada jumlah keseluruhan tersebut Tuan Yang di-Pertua, pendaftaran sebanyak 225,171 harta intelek telah didaftarkan dengan 79,034 pendaftaran merupakan harta intelek tempatan dan 146,137 permohonan harta intelek dari luar negara. Secara keseluruhan Tuan Yang di-Pertua, jumlah pendaftaran harta intelek oleh rakyat Malaysia meningkat setiap tahun dan jumlah peratusan pendaftaran keseluruhan harta intelek tempatan meningkat sebanyak 23.5 peratus. Jadi Tuan Yang di-Pertua, sedikit lagi. Ini penting.

Manfaat yang diperoleh daripada pendaftaran harta intelek kepada pemilik berdaftar adalah sangat luas. Pemilik mendapat hak eksklusif untuk membuat, menjual, menyewa ataupun menggunakan harta intelek bagi tujuan perdagangan atau perniagaan, selain perlindungan dan penguatkuasaan di bawah perundangan harta intelek yang membolehkan pemilik berdaftar mengambil tindakan undang-undang ke atas penyalahgunaan harta intelek tanpa kebenaran. Jadi, pendaftaran juga memberi nilai tambah dalam produk perniagaan pemilik untuk memasarkan produk ke luar negara serta merupakan antara syarat-syarat mendapatkan geran-geran pembiayaan perniagaan daripada kerajaan. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Hulu Langat, silakan.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Pengerusi MyIPO ada mengatakan segelintir usahawan PKS menganggap perlindungan IP yang memang tidak diwajibkan ini, satu perkara kecil. Mereka tidak sedar ada risiko kalau mereka tidak daftar. Soalan saya, tadi saya ada mendengar Yang Berhormat Menteri ada juga sebut menunjukkan peruntukan RM4 juta untuk kemudahan termasuk SME. Akan tetapi soalan saya, apakah yang kementerian telah lakukan untuk merancakkan advokasi berkaitan hak dan perlindungan ini kepada golongan-golongan dalam kalangan PKS di bawah sana? Ini kerana mereka banyak mencipta inovasi, kreativiti, alat-alat yang tertentu tetapi tidak

didaftarkan. Saya percaya kalau ia didaftarkan, kita juga dapat membantu untuk promosikan ciptaan-ciptaan mereka itu. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Hulu Langat. Sebenarnya, MyIPO ini banyak sudah buat inisiatif- inisiatif dan juga insentif untuk kita memperluaskan dan kita mempromosikan peranan MyIPO ini dalam membantu semua golongan yang berminat dalam perniagaan untuk kita melindungi seperti yang telah saya terangkan tadi. Jadi, ia ada senarai. Di sini kita ada apa yang telah kita buat. Kita buat taklimat kepentingan perlindungan harta intelek kepada golongan yang berdaftar dan kita jemput. Kita ada taklimat dan bengkel harta intelek cap dagangan dan petunjuk geografi sempena Program Seminar Pembangunan 2022. Ada juga taklimat dan bengkel kepentingan perlindungan harta intelek. Ada juga kita anjurkan ataupun MyIPO, Innovation Product Launching and Entrepreneurship Sesi 1/2021. Untuk tahun 2022, INNOPLEN peringkat institusi dan juga ada taklimat kepentingan perlindungan harta intelek, hak cipta dan cap dagangan. Bengkel juga telah diadakan – menyediakan dokumen pemfailan, paten untuk Zon Utara. Ini untuk Zon Utaralah, tempat di Zon Utara kita ini. Juga IPK – Pelihara Harta Intelek atas talian dan program pemerkasaan usahawan melalui teknologi reka bentuk, pembungkusan, penjenamaan dan peningkatan kualiti produk telah diadakan juga dan program pemerkasaan usahawan melalui teknologi reka bentuk pembungkusan di hampir seluruh negara kita buat di Sarawak buat di Sabah dan di Malaya ini. Jadi, banyak lagi. Senarai ini panjang, Yang Berhormat. Ini menunjukkan MyIPO sentiasa ada program untuk kita buat outreach. Tadi telah saya sebut MyIPO Outreach Programme yang secara merangkumi semualah Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat minat, bolehlah hubungi MyIPO. Jadi kami boleh bantu untuk memberi makluman lanjutan kepada semua ini. Terima kasih kerana ada minat dalam MyIPO, Yang Berhormat. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Sekarang Ahli-ahli Yang Berhormat semua, tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih kepada semua Yang Berhormat. [Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-Pertanyaan — 1. Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd DunQuestions

[Beaufort] minta Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi menyatakan apakah usaha kementerian dalam memantapkan lagi pemasaran kelapa sawit dan menstabilkan harga kelapa sawit di peringkat pasaran global.

Datuk Willie anak MonginPBB · GPSTimbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi II · Puncak Borneo

Selamat pagi, salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Beaufort atas pertanyaan mengenai pemasaran kelapa sawit dan juga cara-cara untuk menstabilkan harga sawit. Tuan Yang di-Pertua, harga minyak sawit mentah telah meningkat sebanyak 64.1 peratus kepada RM4,407 satu tan pada 2021 berbanding dengan RM2,685.50 satu tan pada 2020. Harga purata bulanan minyak sawit mentah tertinggi dalam sejarah industri sawit telah direkodkan pada RM5,930.50 satu tan yang telah dicapai pada bulan Februari 2022. Harga terkini sehingga 8.30 pagi pada 21 Mac 2022 adalah RM6,351.50 satu tan.

Datuk Willie anak MonginPBB · GPSTimbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi II · Puncak Borneo

Namun begitu, penganalisis pasaran mengunjurkan harga minyak sawit mentah akan kembali stabil pada paras RM3,500 ke RM4,500 satu tan pada tahun 2022. Harga minyak sawit mentah kini yang tinggi adalah disebabkan oleh gangguan yang berlaku terhadap bekalan minyak sayuran dunia seperti minyak kacang soya dan juga minyak sawit. Pengeluaran minyak sayuran dunia pada tahun 2022 diunjurkan kembali mencapai dan mencatat pertumbuhan yang positif dan harganya akan kembali stabil di pasaran. Bagi memastikan harga minyak sawit mentah kekal stabil pada masa hadapan, kementerian telah mengambil langkah-langkah strategik seperti berikut: (i) untuk meningkatkan produktiviti pengeluaran sawit, pihak kementerian juga melihat kepada mekanisasi dan penambahan pekerja asing kepada sektor perladangan sawit di mana ia secara tidak langsung dapat meningkatkan pengeluaran sawit dan seterusnya akan menstabilkan harga di pasaran; (ii) seterusnya melalui program penanaman semula sawit yang dicadangkan supaya langkah ini dapat memastikan industri sawit kekal kompetitif pada masa hadapan, di samping dapat memastikan paras stok minyak sawit agar terus rendah bagi memastikan harga minyak sawit kekal stabil pada masa hadapan; (iii) melancarkan Kontrak Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah khusus kepada Wilayah Sabah dan Sarawak. Ini secara tidak langsung dijangka dapat mewujudkan mekanisme harga minyak sawit mentah yang lebih stabil; (iv) meningkatkan permintaan terhadap minyak sawit, produk berasaskan sawit melalui pengukuhan pasaran sedia ada seperti di Pakistan, Turki, negara ASEAN dan sebagainya; (v) juga memperkukuhkan kerjasama strategik bersama negara Indonesia melalui Majlis Negara-negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC); dan, (vi) juga pelaksanaan Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia. Segala strategi yang dilaksanakan ini, sedikit sebanyak ia dapat mengimbangkan dan menstabilkan harga pasaran minyak sawit di seluruh dunia. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, soalan tambahan.

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Withhold Release Order (WRO) telah dikenakan ke atas syarikat Malaysia yang mengeksport minyak kelapa sawit ke US oleh Kastam US disebabkan berkaitan dengan forced labour dan lain-lain lagi. Walaupun eksport ke US ini tidak besar tetapi ini memungkinkan impak ke atas trade dan investment negara kita. Jadi, apakah tindakan dan langkah-langkah yang diambil kementerian untuk menangani masalah ini? Adakah engagement dibuat dengan pihak luar negara dan syarikat Malaysia bagi memastikan pertamanya, terdapat permintaan ke atas minyak kelapa sawit, minyak sawit negara yang tinggi dan juga kedua, memastikan produk sawit Malaysia sentiasa bernilai tinggi dan diminati oleh negara-negara yang lain? Terima kasih.

Datuk Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

Terima kasih, Yang Berhormat Beaufort. Memang tidak dinafikan, negara Amerika memang adalah salah satu daripada pembeli minyak sawit kita dan lebih kurang quantum percentage yang mereka beli adalah dalam lingkungan 10 peratus. Jumlah ini tidak begitu besar. Namun, kita tidak boleh memandang remeh mengenai perkara ini kerana walaupun 10 peratus itu, ia juga menyumbang kepada

Datuk Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

pendapatan negara. Jadi ini pihak kementerian dan Yang Berhormat Menteri kita sendiri pun telah mengadakan sesi libat urus bersama dengan Duta-duta Amerika dan juga agensi-agensi terbabit untuk membincang dan menghalusi perkara ini agar dicapai amicable solution, dengan izin.

Datuk Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

Namun begitu, kita juga melihat negara-negara Kesatuan Eropah dan negara Amerika Syarikat juga menyentuh mengenai menuduh kita menggunakan tenaga buruh paksa dan tenaga kanak-kanak. Namun, kita juga melihat perkara itu supaya boleh diperhalusi dan memberi penerangan kepada mereka. Selain daripada itu, kita juga memastikan produk sawit Malaysia sentiasa bernilai tinggi dengan melalui skim persijilan minyak sawit kita iaitu MSPO dan juga kita juga mempraktikkan pertanian secara mampan ataupun pertanian secara baik iaitu GAP. Kita juga memberi jaminan bahawa produk-produk yang dikeluarkan kita adalah bermutu tinggi dengan R&D yang berterusan yang dilaksanakan oleh pihak MPOB dan juga kita memastikan setiap produk yang dikeluarkan oleh ladang-ladang kita dan sektor value chain sawit itu sendiri adalah dipersijilkan dengan MSPO demi untuk menentukan bahawa kualiti produk kita sentiasa bermutu tinggi dan mencapai standard yang kita inginkan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Merbok, silakan.

Hang Tuah Jaya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Hang Tuah Jaya maaf. Yang Berhormat Merbok.

Tuan Yang di-Pertua

Maaf, maaf.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mendengar jawapan Yang Berhormat Menteri tadi. Persoalan saya adalah kita selalu mendengar pasal isu kempen anti minyak sawit ya. Jadi, apakah strategi – selalunya kita ambil strategi reaktif. Maksudnya kita cuba untuk menafikan berkenaan kemerosotan alam sekitar. Jadi, apakah strategi kementerian yang lebih proaktif supaya dilihat kita ini lebih mesra alam dan sebenarnya ia memberikan kita peluang dan ruang supaya kita lebih menguasai pasaran dunia? Mohon minta penjelasan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Datuk Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

Terima kasih Yang Berhormat Merbok. Kita di peringkat kementerian sebenarnya kita telah membuat banyak usaha. Bukan sahaja untuk menafikan tohmahan daripada pihak-pihak luar tetapi kita juga melaksanakan sesi libat urus dan penerangan kepada semua masyarakat tempatan dalam negara dan juga luar negara. Namun begitu, kita kena ingat bahawa masalah sawit ini adalah bukan kerana kita tidak mengeluarkan sawit yang tidak berkualiti. Ini kerana saya boleh menceritakan kronologinya. Apabila suatu ketika dulu, kita dituduh bahawa kita tidak mengeluarkan minyak sawit mentah ataupun minyak masak sawit yang tidak sihat. We actually engage all the experts to do the research and that is proven dengan izin that our palm oil is healthy. Apabila kita dapat membuktikan bahawa minyak sawit kita sihat, mereka menukar tuduhan itu kepada penggunaan hutan yang tidak mampan. Apabila kita mengetengahkan persijilan MSPO kita, mereka menuduh kita menggunakan buruh paksa dan buruh kanak- kanak. So, the goalpost is keep changing and there is no way that we can actually comply because when we comply with this, they change to this. So, ini adalah tekanan komersial. To me it is very much too commercial-driven kind of attention to deprive us. Jadi, kita setakat ini juga telah menafikan dengan segala bukti, dengan segala tatacara persijilan

Datuk Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

MSPO dengan tatacara pengurusan hutan dan sebagainya. Sekarang ini mereka menuduh kita menggunakan buruh paksa. Jadi, kita akan terus mengadakan perkara ini dan our best defence is we have to attack them. We don't want to deny anymore. We have to tell the truth and everybody have to play the role dengan izin untuk membantu kita untuk mempertahankan industri sawit negara kita. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Pontian. Ringkaskan.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Harga buah tandan segar sekarang ini ialah lebih kurang RM1,200 setan. Ia adalah satu harga yang paling tinggi dalam sejarah. Namun, apa yang berlaku di kampung di luar sana ialah kenaikan baja dan juga racun lebih daripada 100 peratus kenaikan. Oleh sebab itu ketika sawit melawas, harga yang tinggi RM1,200 setan ini tidak dapat dinikmati sepenuhnya oleh pekebun kecil. Jadi, apa pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri, langkah-langkah yang patut dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan terutama harga baja. Harga racun itu tidak apa, kebun semak sikit tak apa asal pokoknya berbaja. Terima kasih.

Datuk Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

Terima kasih Yang Berhormat Pontian yang begitu prihatin dengan industri sawit kita. Saya setuju. Walaupun harga buah tandan segar ataupun fresh fruit bunch ini telah meningkat, namun harga input pertanian seperti baja dan racun juga meningkat. Namun begitu, harga baja dan racun ini kita tidak boleh hendak kawal sebab itu adalah masalah global. Bukan sahaja berlaku di dalam negara kita tetapi seluruh negara terlibat. Mereka juga mengalami masalah yang sama kerana negara kita cuma mengeluarkan urea, kita tidak mengeluarkan NPK. Sudah semestinya kalau kita mengimport, ia banyak faktor yang menyebabkan harga ini meningkat. Harga logistik meningkat, harga bahan mentah meningkat dan juga pertukaran wang asing juga meningkat. Ini kita tidak ada mekanisme untuk mengawal perkara ini. Selain itu, saya juga melihat bahawa sudah sampai masanya bahawa kita perlu ada satu lembaga yang menjaga baja dan racun ini sebab di negara kita neither any ministry actually focusing and looking into it. Kalau kita hendak kata MAFI tidak juga. Kita hendak kata MPIC pun tidak juga. Jadi sudah sampai masanya kerajaan, pandangan saya untuk melihat perkara ini. Kalau sudah ada lembaga atau jawatankuasa itu, mereka boleh berbincang dengan negara-negara pengeluar sumber bahan mentah untuk membuat baja. Then, it can be a G2G government negotiation and they can get a better price, better deal for all the fertiliser manufacturer. Jadi perkara ini memang berlaku. Saya memang akui. Kita perlu melakukan sesuatu. Akan tetapi di peringkat kementerian, kita tidak boleh melaksanakannya seorang diri. Ia perlukan sokongan komprehensif dan juga perlu campur tangan kerajaan dan pemimpin atasan kita untuk melihat perkara ini secara lebih komprehensif. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Yang Berhormat Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub, silakan.

Salahuddin bin AyubAMANAH · PHPulai · question

2. Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub [Pulai] minta Perdana Menteri menyatakan langkah-langkah proaktif kerajaan untuk meningkatkan kewibawaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menghadapi kes-kes rasuah yang semakin kritikal.

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti SamsudinBERSATU · PNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) · Masjid Tanah

Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat, melalui Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) 2019- 2023, pelbagai usaha pemantapan governance, integriti dan juga anti rasuah dalam perusahaan pentadbiran kerajaan dilaksanakan dalam pelbagai platform dan juga kaedah

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti SamsudinBERSATU · PNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) · Masjid Tanah

bagi meningkatkan kecekapan dan juga ketelusan pentadbiran kerajaan termasuklah dalam meningkatkan kewibawaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kerajaan memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi menambah baik fungsi perundangan melibatkan bidang kuasa SPRM termasuk beberapa peruntukan baharu di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, Akta 694. SPRM melalui pelan NACP 2019-2023 juga menerajui 11 inisiatif serta menjadi agensi sokongan bagi 22 inisiatif yang lain. Dalam pelan tersebut termasuklah inisiatif untuk sama-sama memperkasakan SPRM. Di dalam memperkukuhkan agensi penguat kuasa undang-undang, NACP 2019- 2023 ini telah pun menggariskan inisiatif untuk memperkasakan SPRM termasuklah khususnya dalam pelantikan ketua pesuruhjaya, peruntukan kewangan, jawatankuasa pemantau, penubuhan suruhanjaya perkhidmatan dan juga tenaga kerja. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Yang Berhormat Pulai.

Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak ada masalah tentang NACP dan apa pun langkah-langkah kerajaan untuk memerangi isu rasuah ini. Cuma baru-baru ini kita dikejutkan dengan isu Ketua Pesuruhjaya SPRM. Ini bukan isu peribadi tetapi isu jawatan itu. Saya ingin mendengar apakah langkah-langkah yang diambil secara proaktif oleh pihak kerajaan terhadap laporan itu? Tuan Yang di-Pertua, dalam select committee yang ditubuhkan oleh Parlimen, Tuan Yang di-Pertua ada menyebut dan memberikan pandangan supaya select committee itu di antaranya boleh memanggil Menteri ataupun penjawat awam yang kita rasakan perlu tetapi memerlukan kepada pindaan kepada peraturan mesyuarat. Di Amerika Syarikat dan negara maju yang lain ada satu kaedah yang dinamakan impeachment. Presiden Amerika pernah dipanggil before this committee atas kesalahan yang dianggap memalukan negara.

So, soalan saya adakah pihak JPM bersedia untuk mewujudkan badan seperti ini yang lebih bersifat proaktif kerana apabila kesalahan itu walaupun belum disabitkan, melibatkan penjawat awam seperti ketua pesuruhjaya seperti IGP, ia perlu kepada suatu badan yang berautoriti dan mempunyai kuasa di bawah Parlimen untuk kita panggil mereka ini sebab itu penting untuk kerajaan membuat inisiatif melalui Speaker yang boleh kita pinda beberapa peraturan mesyuarat untuk memperkasa select committee yang ditubuhkan. Saya difahamkan Dewan Negara telah ada select committee tetapi Dewan Rakyat masih belum ada lagi select committee on integrity. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Berkenaan dengan laporan berkenaan dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, kita telah pun mendapat laporan daripada siasatan pun telah dijalankan berkenaan dengan peraturan dan juga undang-undang pemilikan saham oleh Suruhanjaya Sekuriti berkenaan dengan kes KP SPRM dan juga siasatan telah selesai. Suruhanjaya Sekuriti mendapati tiada kesalahan yang dibuat berkenaan dengan KP SPRM berkenaan dengan saham yang didaftarkan atas beliau pada tahun 2015 dan juga 2016 berdasarkan kepada semua dokumen semasa siasatan. Begitu juga dengan pihak PDRM. Pihak PDRM pula difahamkan sedang menjalankan siasatan sebagaimana jawapan yang telah pun diberikan oleh Menteri Dalam Negeri pada 7 Mac 2022. Jadi, untuk makluman Yang Berhormat juga, kita telah pun di bawah SPRM telah ada lima buah jawatankuasa termasuk untuk makluman Yang Berhormat daripada tahun 2009 lagi, Suruhanjaya SPRM telah pun dipantau oleh lima panel bebas iaitu Lembaga Penasihat Pencegah Rasuah, Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, Jawatankuasa Aduan (JKA) dan juga Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) dan juga Panel Penilaian Operasi. Kita melihat bahawa setiap jawatankuasa ini mempunyai terma rujukan masing- masing yang berfungsi sebagai mekanisme semak dan juga imbang terhadap penunaian

fungsi suruhanjaya itu selain daripada siasatan oleh pihak SC dan juga PDRM, kes Tan Sri Azam juga dibincangkan dalam Mesyuarat Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah dan Jawatankuasa Aduan yang mempunyai kuasa untuk memantau dan juga memberi pandangan serta cadangan tentang siasatan yang dijalankan. Walau bagaimanapun, tentang cadangan daripada Yang Berhormat berkenaan dengan badan yang ditubuhkan itu, akan kita beri maklum balas tentang perkara itu. Terima kasih.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Soalan tambahan.

Papar.

Tuan Yang di-Pertua

Sebelah sini, maaf. Yang Berhormat Tebrau, silakan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya difahamkan banyak kes berprofil tinggi dikategorikan sebagai kes no further action (NFA) oleh sebab tiada money trail dengan izin. Bagi mencegah rasuah kalau kerajaan ini serius adakah kerajaan sudi meminda akta-akta yang sedia ada bahawa pendakwaan boleh dilakukan atas circumstantial evidence sahaja. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Untuk yang awal tadi Yang Berhormat soalan Yang Berhormat saya tidak berapa jelas Yang Berhormat, boleh Yang Berhormat sebutkan semula? Terima kasih. Yang awal, awal, NFA itu.

Sorry, kerana saya difahamkan banyak kes berprofil tinggi ini tidak dibawa ke mahkamah oleh sebab tiada money trail, diklasifikasikan sebagai NFA. Jadi soalan saya adakah kerajaan sudi meminda akta-akta yang sedia ada bahawa pendakwaan boleh dibuat dengan circumstantial evidence sahaja. Terima kasih.

Okey, terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak SPRM tidak pernah membezakan antara satu dengan pihak dengan satu pihak yang lain dan juga tidak ada isu double standard ataupun perkara-perkara yang boleh melibatkan pendakwaan ataupun tiada pendakwaan dan sebagainya. Setiap pendakwaan yang dibuat adalah berdasarkan keterangan yang kukuh dan juga bukti yang mencukupi. Saya juga melihat bahawa dengan apa cadangan Yang Berhormat cadangkan itu sebenarnya ada di bawah kita punya NACP daripada semasa ke semasa iaitu Pelan Antirasuah Nasional daripada semasa ke semasa melihat tentang perundangan ataupun peraturan yang ada untuk daripada segi pendakwaan dan juga pembuktian. Terima kasih.

Papar.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Papar silakan. Ringkas ya.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Baru- baru ini di Sabah bekas Timbalan Pengarah Jabatan Negeri Air Sabah dibebaskan daripada 146 tuduhan rasuah. Soalan saya, ke manakah dan siapakah tuan punya wang yang banyak didapati di dalam pejabat Jabatan Air Negeri Sabah oleh SPRM ini dan siapakah yang menyimpan duit ini sekarang? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat punya soalan agak spesifik tentang isu kes rasuah Jabatan Air Negeri Sabah. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, bagi kes Jabatan Air Negeri Sabah, SPRM telah pun menuduh empat orang individu iaitu Awang Mohd Tahir Awang Mohd Talib bekas Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah, isterinya Fauziah Piut, Lim Lam Beng bekas Timbalan Pengarah JANS dan Teo Chee Kong, bekas Timbalan Pengarah JANS dan sambungan perbicaraan bagi kes rasuah ini dijangkakan pada 11 hingga 14 April 2022 dan 25 hingga 27 April 2022, 17 hingga 19 Mei 2022, 13 hingga 15 Jun 2022

di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Sabah. Sekiranya jawapan itu tidak mencukupi, saya mohon untuk menjawab secara bertulis. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua.

Soalan tambahan.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Penjelasan...

Tuan Yang di-Pertua

Saya cuma boleh bagi tiga sahaja. Peraturan kata tiga sahaja. Maaf.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Adakah tempoh ketua...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, maaf. Yang Berhormat Tuan Lukanisman bin Awang Sauni, Sibuti silakan.

Lukanisman bin Awang SauniPBB · GPSSibuti · question

3. Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [Sibuti] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan sejauh manakah pihak kementerian berusaha membawa program inovasi sains ke pedalaman dan luar bandar dan apakah bentuk program yang telah dilaksanakan

Dato’ Seri Dr. Adham bin BabaUMNO · BNMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Tenggara

Terima kasih Yang Berhormat Sibuti atas soalan yang dikemukakan. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi bersama agensi-agensi di bawahnya giat merangka dan melaksanakan pelbagai program inovasi sains ke segenap lapisan Keluarga Malaysia termasuklah ke kawasan luar bandar dan pedalaman. Pihak MOSTI memberi fokus terhadap pendekatan secara informal. Manakala pendekatan secara formal dilaksanakan oleh kementerian lain seperti Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan dan agensi kerajaan seperti MARA dan lain-lain institusi. Untuk makluman Yang Berhormat, bentuk-bentuk program yang telah dilaksanakan ialah antaranya ialah Minggu Sains Negara yang dilaksanakan oleh MOSTI sendiri yang dijalankan setiap tahun untuk memupuk minat masyarakat terhadap sains, teknologi dan inovasi. Program ini menyasarkan penglibatan pelajar sekolah, mahasiswa, masyarakat umum termasuk yang berada di pedalaman dan luar bandar. Bagi tahun 2021 Yang Berhormat, bilangan peserta keseluruhan Minggu Sains Negara ialah seramai 1,034,771 orang peserta merangkumi bandar dan luar bandar. Sebanyak 79 peratus adalah bandar dan 21 peratus adalah di luar bandar. Seterusnya MOSTI juga menganjurkan program yang dirangka khusus untuk melonjakkan bakat inovasi termasuk bandar dan luar bandar iaitu pertandingan National Tinkering Challenge 2021 dan Pertandingan Inovasi Low Touch High Impact 2021. Seterusnya dalam tahun 2021, kita mendapati dalam pertandingan National Tinkering Challenge bagi kategori sekolah rendah dan menengah, ia telah dijuarai oleh sekolah di kawasan pinggir bandar iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Indah dan sebuah sekolah di luar bandar iaitu Sekolah Kebangsaan Kuala Berang. Tahniah diucapkan. Untuk bentuk program seterusnya selain daripada MOSTI melalui agensi di bawahnya, Pusat Sains Negara juga telah diberi mandat sebagai pusat kecemerlangan pembudayaan sains teknologi dan inovasi dan kita telah melaksanakan program-program pembudayaan STI dan ia telah melibatkan lebih daripada 100,000 penyertaan masyarakat tanpa mengira latar belakang, sosial dan kekangan geografi dan lima buah lokasi telah dikenal pasti untuk pelaksananya termasuk di Sarawak iaitu di Miri melibatkan dua buah lokasi.

Dato’ Seri Dr. Adham bin BabaUMNO · BNMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Tenggara

Pusat Sains Negara juga melaksanakan Program Singgah Sains dan ini telah melibatkan 12 buah lokasi luar bandar dan pedalaman. Penyertaan melebihi 20,000 orang. Pada tahun 2022, tahun ini kita merangka tiga siri program jelajah iaitu di Terengganu, Johor dan Sarawak yang akan kita sasarkan 6,000 penyertaan anggota masyarakat di pedalaman.

Dato’ Seri Dr. Adham bin BabaUMNO · BNMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Tenggara

Untuk makluman Yang Berhormat, MOSTI juga telah mengadakan sesi libat urus bersama Kerajaan Negeri Sarawak dalam penerapan dan pembudayaan STI di mana yang terbaru pada 8 Februari, delegasi dari Sarawak yang diketuai oleh Yang Berhormat Datuk Roland Sagah Wee Inn, Menteri Pendidikan telah hadir untuk bersama-sama menjayakan projek sesama antara MOSTI dan Sarawak. Yang Berhormat, satu lagi program ialah melalui Yayasan Inovasi Malaysia. Kita telah mewujudkan inisiatif Ruang Reka STIE Keluarga Malaysia yang mana ia merupakan satu hab reka cipta, teknologi dan inovasi yang menawarkan pembelajaran, latihan dan bantuan teknikal. Matlamatnya ialah supaya perkongsian pengetahuan dan kemahiran memberikan pengalaman praktikal kepada peserta akses kepada sains melalui gabungan kerajaan, industri, akademia dan masyarakat alam sekitar. Sehingga kini, empat pilot project ruang reka telah pun dibuka iaitu di Paroi, Negeri Sembilan; PPR Padang Hiliran, Kuala Terengganu; dan di Batu 4, Kota Tinggi serta di Layang-layang, Kluang. Akhir sekali, melalui projek Ruang Reka ini, kita telah pun mendapat bajet sebanyak RM10 juta kepada YIM untuk melaksanakannya di bawah Inisiatif Inovasi Sosial. Akhir sekali, sebanyak 234 buah projek yang berinovatif melibatkan 100,000 orang telah menerima manfaat melalui replikasi projek berasaskan teknologi R&D tempatan hasil inovasi komuniti dan individu. Yang Berhormat, Inovasi Sosial pada ketika ini telah memberi manfaat terutamanya kepada golongan B40 di kawasan pedalaman dan luar bandar. Pada tahun 2015 sejak dimulakan, ia telah mencatatkan pulangan pelaburan (ROI) purata sebanyak RM1.50 hingga RM3.82 bagi setiap RM1 dana yang diberikan. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Satu jawapan yang padat dan lengkap. Saya juga ingin membangkitkan beberapa isu tentang apakah peranan kerajaan terutama sekali kementerian untuk mengangkat golongan wanita untuk mengambil bahagian lebih banyak dalam bidang sains terutama sekali wanita-wanita di luar bandar? Saya juga ingin mengetahui, adakah program yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi berkenaan Ruang Reka akan diperkenalkan untuk di negeri Sarawak? Saya juga ingin memohon sekiranya dapat ditempatkan program tersebut di kawasan Parlimen Sibuti. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya sudah jawab soalan berkenaan peranan wanita dalam sains teknologi. Antaranya ialah program- program melibatkan Planetarium Negara di mana kebanyakan saintis yang melibatkan diri dalam angkasa seperti Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Mazlan sendiri yang telah pun terkenal di peringkat dunia. Kita dapati ketika ini wanita yang melibatkan dalam bidang sains teknologi melebihi gender, kalau kita tengok gender, berbanding dengan lelaki di peringkat pengajian tinggi. Ruang Reka yang telah pun— Yang Berhormat tanya ialah satu projek baharu yang dilaksanakan sejak tahun 2019 sebelum PKP. Setakat ini, ada empat buah Ruang Reka STIE telah dibangunkan. Kita mencadangkan supaya pada tahun 2022 hinggalah seterusnya, tahun 2022 ini kita cadang sebanyak lapan buah lagi ruang reka dibangunkan. Untuk Sarawak, kita telah memilih Sibu dan Limbang tetapi, Yang Berhormat, kita boleh bincang bagaimana Sibuti juga boleh mendapat satu Ruang Reka STIE. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Sekejap. Ada soalan tambahan sebelah sini? [Merujuk pada blok pembangkang] Tidak ada? Silakan Yang Berhormat Libaran.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat umum bahawa sekolah pedalaman juga merupakan lubuk bakat hebat yang perlu kita cungkil supaya orang ramai tahu keberadaan dan berkeunikan mereka agar dapat dihargai dan diberikan rangsangan. Oleh yang demikian, minta Yang Berhormat Menteri jelaskan, sejauh manakah kemahiran serta ilmu berasaskan tradisional yang dimiliki oleh masyarakat pedalaman dan di luar bandar dapat menyumbang kepada inovasi serta pembangunan? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat. Soalan yang sangat bagus. Kita sentiasa ingin mengangkat ilmu-ilmu yang berasaskan tradisional di luar bandar. Oleh sebab itu kita wujudkan, ketika ini dengan bersungguh-sungguh, Ruang Reka STIE iaitu Ruang Reka Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi. Ketika ini, asas- asas ilmu yang mereka tidak dapat connected to the science, kita telah pun fikirkan supaya inovasi yang dilaksanakan oleh mereka ini dirapatkan dengan kerajaan. Untuk itu, Yang Berhormat, saya sangat gembira apabila Yang Berhormat bertanya soalan tersebut kerana dalam perancangan kita, kita ada beberapa orang usahawan di luar bandar yang ketika ini menggunakan asas-asas tradisional ubat seperti cendawan yang boleh membawa beberapa manfaat terhadap penyakit-penyakit tertentu. Kita ada data tersebut dan saya akan beri kepada Yang Berhormat data di mana usahawan yang melibatkan diri dengan traditional medicine kepada sains. Terima kasih.

Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa · question

4. Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa] minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan tentang kesiapsiagaan Kuala Lumpur berhadapan dengan kesan iklim yang semakin ekstrem termasuk banjir dan tanah runtuh dalam tempoh 20 tahun akan datang.

Datuk Seri Jalaluddin bin AliasUMNO · BNTimbalan Menteri Wilayah Persekutuan · Jelebu

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Setiawangsa atas soalan yang dikemukakan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sentiasa memastikan kesiapsagaan menjadi hal utama dalam menghadapi perubahan iklim yang semakin ekstrem. DBKL telah mengambil tiga pendekatan, untuk makluman Yang Berhormat serta Ahli Dewan, dalam memastikan isu banjir dan tanah runtuh di Kuala Lumpur dapat diatasi dengan berkesan yakni tindakan serta-merta, tindakan jangka pendek dan juga tindakan jangka panjang. Secara ringkasnya, tindakan serta-merta bagi mengatasi masalah banjir yang akan dan bakal berlaku di sekitar Wilayah Kuala Lumpur, pihak DBKL akan mengambil tindakan segera bagi membersihkan segala halangan dan saluran ke dalam longkang tepi jalan jika berlakunya banjir. Pengurusan trafik semasa berlakunya banjir akan terus dilakukan dan juga diselia selenggara dengan kolaborasi DBKL sendiri dengan bantuan PDRM, JPS, bomba, JKM, APM dan lain-lain agensi. DBKL juga telah membuat pemantauan melalui CCTV yang dipasang di sekitar Kuala Lumpur melalui Kuala Lumpur Command and Control Centre untuk memantau dan mengenal pasti lokasi-lokasi yang terlibat dengan banjir untuk menghantar bantuan awal. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sebanyak 4,000 unit CCTV telah dipasang di sekitar Kuala Lumpur. Sehingga Jun akan datang, akan siap dipasang CCTV tambahan sebanyak 1,000 unit lagi. Sebahagian daripada CCTV ini adalah diletakkan di beberapa lokaliti dan hotspot kawasan-kawasan mudah banjir.

Datuk Seri Jalaluddin bin AliasUMNO · BNTimbalan Menteri Wilayah Persekutuan · Jelebu

Selain daripada itu, Yang Berhormat, pusat pemindahan sementara juga, seperti biasa, akan dibuka mengikut keperluan dan juga keadaan lokaliti banjir. Untuk tanah runtuh, Yang Berhormat, DBKL akan melaksanakan tindakan awalan melalui pembersihan sisa runtuhan bagi semua runtuhan termasuk kawasan persendirian untuk kawasan keselamatan. Bagi kawasan persendirian, kerja pembaikan pasca pembersihan akan dilakukan oleh pemilik tanah sendiri. Memasang plastik kanvas dan menutup lencongan trafik, mengepung kawasan runtuhan dan membina aliran sungai itu adalah merupakan tindakan yang akan dijalankan oleh pihak DBKL. Sebagai pendekatan jangka masa pendek, DBKL melaksanakan aktiviti-aktiviti untuk menaik taraf longkang monsun, longkang tepi jalan dan pembetung, dan menambah serta membesarkan saluran longkang di tepi jalan serta membina tembok banjir (flood wall) di kawasan rendah di sepanjang kawasan sungai. Untuk makluman Yang Berhormat, penambahbaikan kepada aktiviti penyelenggaraan berkala aset tebatan banjir seperti gross pollutant trap yang sekarang kita buat tiga kali seminggu, terkini kita telah naikkan lima hingga tujuh kali seminggu bergantung pada lokasi. Trash screen kita sekarang kita buat tiga kali seminggu, juga kita tingkatkan kepada lima hingga tujuh kali seminggu. Saya minta, Tuan Yang di-Pertua, untuk sambung sedikit kerana ini adalah merupakan public interest, dengan izin. Untuk makluman Yang Berhormat, sekali lagi saya ulang di Dewan yang mulia ini, bagi memastikan pembangunan yang terancang supaya bencana banjir dapat dielakkan, wakil JPS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah pun dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat Setempat yang telah pun bermula sejak awal tahun.

Datuk Seri Jalaluddin bin AliasUMNO · BNTimbalan Menteri Wilayah Persekutuan · Jelebu

DBKL telah menjadikan syarat kelulusan JPS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai syarat wajib dalam setiap kelulusan Perintah Pembangunan (Development Order). DBKL juga menetapkan syarat Perintah Pembangunan (Development Order) kepada pemaju untuk mematuhi keperluan penyediaan infrastruktur yang lengkap yang antaranya ialah Traffic Impact Assessment (TIA) di bawah Jabatan Perancangan Infrastruktur DBKL dan Environment Impact Assessment (EIA) di bawah Jabatan Alam Sekitar sebagai syarat wajib. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Soalan tambahan.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kalau di Setiawangsa itu, pada 19 Disember yang mana banyak kawasan di Lembah Klang dilanda banjir tetapi di kawasan Setiawangsa ia banyak tanah runtuh kerana ada banyak kawasan bukit di sana. Jadi, kita tidak mahu tunggu ada insiden yang meragut nyawa. Soalan saya, adakah kerajaan bersedia mengambil alih sebahagian besar tanah-tanah yang telah dijual kepada pihak pemaju tetapi masih belum dibangunkan sekiranya didapati kawasan-kawasan itu perlu untuk mengelakkan insiden banjir ataupun tanah runtuh?

Terima kasih Yang Berhormat. Saya juga sefahaman dengan Yang Berhormat kerana kita hendak mengelakkan sebarang kemalangan nyawa dan sebagainya. Untuk makluman Dewan yang mulia, kita ada sekitar 3,500 buah cerun dan juga kawasan berbukit yang kita kenal pasti di sepanjang ataupun dalam kawasan jajaran Wilayah Kuala Lumpur. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi kawasan di bawah DBKL, itu tanggungjawab DBKL. Kita akan lihat semula dan kita akan mengadakan beberapa pendekatan bagi mengurangkan risiko tanah runtuh di sekitar Kuala Lumpur. Masalah yang dihadapi oleh DBKL ialah tanah milik persendirian yang mempunyai cerun dan sebagainya. Oleh sebab itu saya sebut tadi, bagi penyelenggaraan awal, itu DBKL ambil. Untuk penyelenggaraan pasca keruntuhan itu dilakukan oleh pemilik tanah dan pemaju perumahan yang berkenaan. Soalan Yang Berhormat kalau DBKL berhasrat

untuk mengambil alih semula tanah-tanah yang telah diperuntukkan kepada kementerian dan juga pemilik individu setakat ini tidak ada Yang Berhormat. Cumanya, tanah di bawah pemantauan kementerian dan agensi yang berkaitan. Agensi yang berkaitan itu akan diminta untuk meneruskan pemantauan bagi tanah dan juga cerun yang berkaitan. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan P. PrabakaranPKR · PHBatu

Soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua soalan.

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Tumpat.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Berkenaan dengan banjir ini. Saya difahamkan bahawa SMART Tunnel yang dibina sejak tahun 2007 boleh menangani masalah banjir kilat di ibu kota. Namun sekarang kita dapati bahawa banjir kilat ini sentiasa berlaku di ibu kota. Apakah keberkesanan fungsi SMART Tunnel ini tidak lagi berkesan bagi menahan gelombang banjir kilat yang sentiasa berlaku? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat.

Tuan Yang di-Pertua, SMART Tunnel bagi warga Wilayah Kuala Lumpur ini memang semua kita maklum ya dapat membantu untuk mengurangkan ataupun mencegah kalau berlakunya banjir kilat dan sebagainya. Akan tetapi, itu tidak boleh menampung bagi kawasan keseluruhan yang berada di kawasan Kuala Lumpur. Oleh sebab itu dalam pelan jangka panjang kita Tuan Yang di-Pertua, pihak DBKL telah melakukan beberapa pendekatan untuk kita memberikan sistem amaran awal (early warning system) kita kepada masyarakat dan warga kota tentang kemungkinan- kemungkinan untuk berlakunya banjir kilat yang boleh mendatangkan kerugian kepada kerajaan apatah lagi kepada rakyat. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, beberapa –Sebagai contoh ya, beberapa aset tambahan akan dilakukan dan juga dilaksanakan oleh pihak DBKL. Pemasangan CCTV yang khusus untuk hotspot banjir. Sebanyak 51 CCTV pemantauan akan dipasang di kawasan hotspot banjir yang mana ketika ini 13 buah telah siap dan yang bakinya dalam proses pemasangan. Kemudian, satu lagi Tuan Yang di-Pertua, yakni pemasangan sistem amaran. DBKL akan memasang lima buah siren amaran iaitu: (i) lorong kiri Keramat; (ii) Terowong Chan Sow Lin; (iii) Taman U-Thant; (iv) Jalan 9 Kampung Cheras Baru; dan (v) Sungai Kayu Ara Kerja-kerja awal sudah pun dilaksanakan dan akan siap dalam tempoh terdekat. Selain itu Tuan Yang di-Pertua, pemantauan kita kepada 25 buah kolam takungan termasuk Underground on-site detention (OSD) juga sedang dijalankan seperti yang saya telah jelaskan di dalam Dewan Rakyat pada minggu lepas. OSD ada sembilan buah dan lapan buah telah lengkap. Satu buah akan siap penghujung tahun ini. Kesemua ini adalah langkah-langkah yang diambil oleh pihak kementerian khususnya DBKL bagi mengatasi masalah banjir kilat. Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, kita juga mendengar pandangan, Public Monitoring System ataupun Public Opinion Monitoring System dengan izin, pandangan daripada Ahli Yang Berhormat

dan pandangan daripada publik, kita kumpul dan juga kita terima untuk bantu bagi kesejahteraan warga kota Wilayah Kuala Lumpur. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Puan Hannah YeohDAP · PHSegambut

Soalan tambahan.

Tuan P. PrabakaranPKR · PHBatu

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Segambut, silakan.

Puan Hannah YeohDAP · PHSegambut

Terima kasih. Soalan spesifik mengenai kesiapsiagaan Kuala Lumpur menghadapi tanah runtuh. Adakah Kementerian Wilayah Persekutuan bersedia membantu DBKL untuk membesarkan team Jabatan Kejuruteraan Awam dan Saliran di DBKL kerana sekarang ini team pasukan mereka sangat kecil dan tidak mampu untuk menyelesaikan banyak kes kejadian tanah runtuh di seluruh Kuala Lumpur. Terima kasih.

Pandangan yang saya kira sangat baik, perlu dipertingkatkan dalam soal team dan pasukan bagi mengawal dan juga menyelenggarakan tanah runtuh. Tuan Yang di-Pertua, seperti saya sebut, kita ada 3,441 buah kawasan berbukit dan cerun dan kita cuma selenggara ataupun pantau dengan pasukan yang tidak sampai 300 orang. Ini adalah dalam percaturan dan perkiraan kementerian khususnya DBKL bagi menambah lagi kekuatan pasukan kita. Insya-Allah, kita akan jalankan dan kita akan lakukan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan P. PrabakaranPKR · PHBatu

Tuan Yang di-Pertua, soalan yang pendek.

Tuan Yang di-Pertua

Maaf, maaf. Peraturan kata cuma dua soalan tambahan. Maaf ya.

Tuan P. PrabakaranPKR · PHBatu

Boleh?

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bagan, silakan. [Soalan No. 5 – YB Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) tidak hadir]

Lim Guan EngDAP · PHBagan · question

6. Tuan Lim Guan Eng [Bagan] minta Perdana Menteri menyatakan sama ada menerima cadangan Pelan Pemulihan Negara untuk membuka semula sempadan antarabangsa, bilakah perkara ini akan dilaksanakan dan adakah beliau mengakui bahawa konsep berfasa yang dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri serta kaedah baru telah pun gagal untuk menyekat penularan COVID-19.

Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd YazidUMNO · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) · Kuala Kangsar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara secara berfasa adalah berdasarkan kepada Penilaian Risiko Kesihatan Awam dan kapasiti hospital. Ini termasuklah fasa peralihan ke endemik yang akan dikuatkuasakan mulai 1 April 2022. Konsep Pelan Pemulihan Negara ini jelas memberikan impak positif dalam usaha mengawal penularan dan jangkitan COVID-19 terutamanya dalam memastikan sistem kesihatan awam berada pada tahap yang stabil dan terkawal Yang Berhormat. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 8 Mac 2022 telah mengumumkan bahawa negara akan memasuki fasa peralihan ke endemik berkuat kuasa 1 April ini selari dengan langkah fasa peralihan ke endemik ini. Kerajaan juga telah memutuskan supaya sempadan negara turut dibuka semula pada 1 April 2022. Keputusan pembukaan sempadan ini Yang Berhormat diputuskan dan dibuka pada 1 April berlandaskan pada tiga perkara asas:

Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd YazidUMNO · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) · Kuala Kangsar

(i) ia berpandukan sains dan fakta terkini berkaitan COVID-19; (ii) membandingkan keperluan pembukaan sempadan di negara- negara lain; dan (iii) memberi keselesaan kepada pengembara dan tidak merumitkan perjalanan mereka. Paling penting, Malaysia sekarang adalah destinasi terbuka dan boleh dikunjungi semua. Kerajaan juga akan mengeluarkan senarai SOP pembukaan sempadan negara ini secara lebih terperinci dalam waktu terdekat terutama berhubung prosedur di pintu masuk antarabangsa di darat dan laut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Soalan tambahan pertama Yang Berhormat.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanyakan Yang Berhormat Timbalan Menteri tentang cadangan sempadan, membuka semula sempadan antarabangsa. Adakah ini akan memastikan bahawa ia tidak akan menambah masa untuk pemprosesan mereka yang masuk ke negara supaya tidak melibatkan kesulitan kepada mereka yang masuk dan keluar? Dalam perkara ini, memandangkan bahawa cadangan daripada Majlis Pemulihan Negara (National Recovery Council) adalah untuk membukanya pada 1 Mac tetapi hanya pada 1 April. Ini menimbulkan sama ada adakah cadangan dan syor-syor yang dibuat oleh Majlis Pemulihan Negara diterima oleh pihak kerajaan? Bukankah sekiranya tidak, lebih baik Majlis Pemulihan Negara dibubarkan sama sekali.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Ini kerana kita lihat dalam Perhimpunan Agung UMNO, perubahan dasar berkaitan dengan ekonomi diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam satu persidangan parti politik dan bukanlah berdasarkan apa-apa syor yang dibuat oleh Majlis Pemulihan Negara. Ini saya rasa menunjukkan adakah ini berfungsi dan juga berkesan lagi? Sekian, terima kasih.

Banyak soalan Yang Berhormat dan cadangan Yang Berhormat juga. Pertamanya, daripada segi pembukaan peralihan ke endemik ini amat penting sebagai exit strategy Yang Berhormat. Semestinya segala kerumitan dan permasalahan yang mungkin timbul telah dilihat dan dikaji supaya SOP-SOP yang telah dikeluarkan iaitu sebanyak 10 keperluan SOP dan juga sembilan garis panduan dan akan diperincikan lagi supaya ia tidak menyusahkan pengembara-pengembara yang masuk ke negara kita dan akan keluar juga rakyat kita untuk pergi mengembara ke negara-negara lain. Mengenai memulakan fasa ini pada 1 Mac 2022 Yang Berhormat, itu adalah pandangan Yang Berhormat dan juga ahli-ahli yang lain. Akan tetapi setelah dikaji oleh kerajaan dengan mengambil kira hal-hal untuk merancakkan ekonomi negara dan juga khususnya industri pelancongan dan juga kadar vaksinasi yang tinggi diambil kira juga dan juga varian Omicron didapati lebih ringan terhadap mereka yang lebih lengkap vaksinasi, maka itulah faktor-faktor utama yang membantu kerajaan membuat keputusan untuk memulakan fasa peralihan ini pada 1 April dengan melonggarkan sekatan-sekatan yang tertentu walaupun peningkatan kes harian itu ada peningkatannya dan ia terkawal dan tidak mengganggu kapasiti penggunaan katil untuk kes-kes bukan COVID-19. Mengenai hal-hal yang berkaitan pada pengumuman di Perhimpunan Agung UMNO, Yang Berhormat Perdana Menteri mempunyai prerogatif untuk mengumumkan apa sahaja pengumuman di mana-mana forum yang beliau rasa sesuai dan semestinya juga beliau telah mengumumkan banyak perkara mengani peralihan ini ketika beliau membuat sidang media ketika mengumumkan fasa tersebut. Jadi Yang Berhormat, kita bersama-samalah mengusahakan supaya negara ini keluar daripada keadaan yang sedang berlaku di negara kita sekarang. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Rakyat memang mengalu-alukan pengalihan ke fasa endemik pada 1 April yang akan datang. Akan tetapi, saya berharap kerajaan tidak mengambil perkara ini dengan ringan. Jadi soalan saya, apakah kesiapsiagaan kerajaan untuk mengawal peningkatan kes COVID-19 sekiranya ada varian yang baharu akan merebak dengan cepat dan dengan kadar kematian yang tinggi, with high fatality rate. Sekiranya ada, apakah kesiapsiagaan negara kita untuk menghadapi walaupun kita buka sempadan kita? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Negara kita telah melalui dua tahun yang begitu mencabar sekali dan telah melalui bermacam-macam usaha yang kita buat untuk memastikan level jangkitan ini terkawal. Banyak faktor yang akan dan telah diusahakan mengenai kapasiti untuk merawat dan juga varian-varian baharu yang semestinya kita mendapat nasihat yang terbaik daripada WHO dan juga pakar-pakar yang ada di negara ini untuk membuat keputusan-keputusan yang betul, Yang Berhormat. Kita yakinlah dengan usaha-usaha yang diusahakan oleh kerajaan. Terima kasih.

Terima kasih. Soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, boleh minta penjelasan dengan pengumuman pembukaan border kita pada 1 April ini, adakah rancangan kerajaan untuk melonggarkan bagi orang Malaysia yang fully vaccinated yang kembali ke Malaysia dua ataupun tiga hari sebelum 1 April 2022? This is because they will be quarantined dengan izin, dan pembukaan border tanpa kuarantin akan dilaksanakan selepas 1 April 2022. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya faham keprihatinan Yang Berhormat. Saya pun mendapat soalan-soalan sebegitu juga daripada sahabat-sahabat yang lain. Itu adalah peraturannya Yang Berhormat. Ia hanya akan berkuat kuasa pada 1 April 2022. Terima kasih.

[Soalan No. 7 – YB Dato Seri Tiong King Sing (Bintulu) tidak hadir]

Ignatius Dorell Leiking (Darell Leiking)WARISANPenampang · question

8. Datuk Ignatius Darell Leiking [Penampang] minta Perdana Menteri menyatakan apakah indikator semasa yang diguna pakai oleh Jabatan Perangkaan Malaysia bagi mengkaji, menilai dan melaporkan turun naik harga barangan dan adakah kaedah semasa yang diguna pakai ini masih relevan dan menggambarkan situasi sebenar di lapangan.

Datuk Seri Jalaluddin bin AliasUMNO · BNTimbalan Menteri Wilayah Persekutuan · Jelebu

Minta maaf Tuan Yang di-Pertua, soalan nombor berapa ini?

Tuan Yang di-Pertua

Soalan lapan.

Oh, lapan. Sorry, minta maaf.

Dato’ Eddin Syazlee bin ShithBERSATU · PHTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) · Kuala Pilah

Minta izin Tuan Yang di-Pertua. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengeluarkan Indeks Harga Pengguna (IHP) yang mengukur inflasi secara bulanan sebagai satu indikator usaha utama mikroekonomi. IHP adalah ukuran perubahan harga dari semasa ke semasa bagi sekumpulan barangan dan perkhidmatan tetap yang biasa dibeli oleh isi rumah. Bakul IHP mengandungi kira-kira 833 jenis barang dan perkhidmatan penggunaan terpilih dan dikelaskan berpandu kepada United Nations Classification of Individual Consumption According to Purpose (COICOP) dalam 12 kumpulan berikut:

Dato’ Eddin Syazlee bin ShithBERSATU · PHTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) · Kuala Pilah

(i) makanan dan minuman alkohol; (ii) minuman alkohol dan tembakau; (iii) pakaian dan kasut; (iv) perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api; (v) hiasan, perkakasan; (vi) kesihatan; (vii) pengangkutan; (viii) komunikasi; (ix) perkhidmatan, lokasi, dan kebudayaan; (x) pendidikan; (xi) restoran dan hotel; serta (xii) pelbagai barangan dan perkhidmatan. Dalam konteks kewajaran kumpulan-kumpulan tersebut, makanan dan minuman bukan alkohol merupakan kumpulan terbesar dalam perbelanjaan isi rumah iaitu sebanyak 29.5 peratus. Selain daripada itu, perbelanjaan untuk perumahan dan utiliti bahan api, air dan gas adalah sebanyak 23.8 peratus dan perbelanjaan pengangkutan iaitu minyak dan diesel yang merupakan komponen terbesar serta pemilikan kenderaan sebanyak 14.6 peratus. Ia meliputi perbelanjaan yang dilakukan oleh isi rumah dan perbelanjaan yang dimaksudkan tidak masuk pembayaran balik pinjaman, cukai pendapatan dan pembelian aset. Penyediaan IHP ini adalah berdasarkan kepada konsep dan garis panduan daripada Consumer Price Index Manual: Concepts and Methods 2020 dengan izin, yang diterbitkan oleh International Labour Organization (ILO) dengan izin. Bagi tujuan penyusunan IHP, kutipan harga dibuat secara mingguan, bulanan dan suku tahunan meliputi 21,800 buah premis di seluruh Malaysia merangkumi kawasan bandar dan luar bandar serta premis yang terpilih adalah premis yang menjadi tumpuan pengguna dan berstruktur tetap. Kerja kutipan harga ini melibatkan anggaran 1,100 orang pegawai tetap di Jabatan Perangkaan Malaysia. Kutipan harga secara mingguan dibuat juga. Manakala kutipan bagi harga barangan lain seperti barangan lama dan semi tahan lama pula dikutip sebulan sekali iaitu kebiasaan pada 15 setiap hari bulan. Harga dikutip setiap premis adalah harga yang dipaparkan dan bakul atau item IHP dikaji semula dua kali setiap lima tahun berdasarkan daripada survey pendapatan isu rumah.

Dato’ Eddin Syazlee bin ShithBERSATU · PHTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) · Kuala Pilah

IHP yang dikeluarkan ini adalah kekal relevan yang digunakan oleh kerajaan bagi tujuan penggubalan dasar dan polisi.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Soalan tambahan pertama.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan. Walaupun Indeks Harga Pengguna ataupun Consumer Price Index (CPI) ini digunakan secara meluas di seluruh dunia, kita tahu bahawa adanya kekurangan dan limitation. Sebagai contoh adalah pada November 2021, Indeks Harga Pengguna bagi kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol meningkat pada kadar 1.9 persen, Disember 2021 meningkat 3.2 persen dan sekian. So, realiti bagi tempoh ini sehingga awal tahun ini, rakyat Malaysia rata-ratanya mengadu bahawa kenaikan harga barangan runcit, barangan keperluan dan barangan basah telah meningkat sekitar 30 peratus hingga 60 peratus.

So Tuan Yang di-Pertua, limitation dalam Consumer Price Index (CPI) dan Indeks Harga Pengguna ini, sampling nya tidak perfect. Justeru, soalan tambahan saya adalah, adakah kerajaan perlu mengubah kaedah pengumpulan data agar ia lebih menyeluruh? Juga Tuan Yang di-Pertua, permit me for second question. Selain daripada Indeks Harga Pengguna ataupun Consumer Price Index, adakah kerajaan bercadang untuk mengguna pakai Indeks Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (Personal Consumption Expenditures Index) bagi memastikan pengumpulan data dan laporan bagi mengukur turun naik harga barangan dan perkhidmatan lebih tepat? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Dato’ Eddin Syazlee bin ShithBERSATU · PHKuala Pilah

Terima kasih kepada Yang Berhormat Penampang atas soalan tambahan. Pertama tadi, lebih kepada cadangan. Saya bersetuju pada dasarnya apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Penampang tadi, sebagai contoh kenaikan harga barangan pada sekitar November. Tahun ini sebanyak 30 peratus barangan-barangan yang disebutkan tadi seakan-akan berada di luar daripada kadar inflasi yang telah ditunjukkan berdasarkan Consumer Price Index, dengan izin. Walau bagaimanapun, Yang Berhormat Penampang sendiri faham, saya percaya faham bahawa unjuran ataupun kadar inflasi yang dikira itu bukan sahaja mengikut barangan terpilih yang mungkin terlibat secara langsung akibat daripada kesan kenaikan ekonomi global yang meningkat sebanyak 30 peratus. Akan tetapi secara average mengikut barangan terpilih yang telah dikumpul, sampling yang telah dikumpul itu, maka average nya saya melihat bahawa kadar inflasi yang ada adalah sebanyak 2.3 peratus iaitu satu kadar yang masih terkawal. Itu bagi soalan yang pertama. Soalan yang kedua, cadangan Yang Berhormat Penampang untuk menggunakan Personal Consumer Price Index ya. Betulkan saya kalau saya salah. Itu adalah satu cadangan yang saya fikir perlu diteliti dan dikaji kesesuaiannya memandangkan Consumer Price Index ataupun IHP ini adalah cara yang standard yang lazim digunakan oleh kebanyakan negara-negara di dunia. Itu adalah paling hampir tepat. Ini disebabkan, kalau kita lihat cara kita membuat penilaian ataupun kajian ataupun ukuran kepada kadar inflasi itu, berdasarkan kepada 28,000 premis yang melibatkan 1,100 orang kakitangan yang terlibat untuk membuat survey berdasarkan jenis-jenis barangan dan juga mengikut method sama ada barang itu tahan lama ataupun tidak tahan lama. Jadi, kalau kita hendak menetapkan sama ada satu approach itu sangat sesuai ataupun yang paling tepat, maka kita akan juga dapat kelemahan-kelemahan lain dalam pendekatan-pendekatan yang berbeza selain daripada penggunaan IHP ini.

Tuan Yang di-Pertua, Libaran.

Tuan Yang di-Pertua

Sebelah sini. Ya, Yang Berhormat Libaran.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Difahamkan sejak Disember 2021, ketika menyelusuri semua akaun media sosial, apa sahaja posting yang dibuat, pasti akan berkait dengan harga barang seperti ayam, telur, minyak dan sebagainya. Hakikatnya, isu harga barang saling berkait rapat soal bekalan, soal pengangkutan, soal sewa, soal mata wang dan gaji dan selainnya. Justeru, apakah pendekatan secara holistik yang diambil oleh kerajaan untuk menyelesaikan isu harga barang dan kos sara hidup rakyat secara tuntas daripada segi sekuriti makanan, kuasa beli pendapatan serta nilai mata wang negara? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Dato’ Eddin Syazlee bin ShithBERSATU · PHKuala Pilah

Terima kasih kepada Yang Berhormat. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Betul, secara faktanya kenaikan harga barang itu sangat membimbangkan dan peratusan kenaikan juga adalah tinggi. Walau bagaimanapun, kita perlu mempertimbangkan bahawa barangan yang diukur, IHP yang diukur pada jenis

Dato’ Eddin Syazlee bin ShithBERSATU · PHKuala Pilah

barangan yang ada dalam pasaran ini bukan setakat beberapa barang yang mempunyai kesan akibat daripada masalah ekonomi global. Kita ada 552 jenis barang yang diukur secara average untuk mendapatkan IHP ini. Jadi kadang-kadang ada barang-barangan yang tertentu, kelas-kelas barang-barang tertentu, yang naik secara mendadak. Akan tetapi ini diimbangi oleh banyak faktor, banyak perkara termasuklah subsidi yang diberikan oleh kerajaan. Contohnya subsidi kepada RON95 yang telah berjaya mengekalkan harga minyak pada nilai RM2.05. Jadi itu juga adalah satu imbangan yang telah menyebabkan secara keseluruhan, keadaan inflasi di negara kita masih lagi terkawal iaitu pada sekitar untuk Januari ini lebih kurang 2.3 peratus. Jadi, soal untuk mengawal itu, adalah satu isu yang perlu ditangani secara berasingan. Contohnya untuk mengawal kadar kenaikan harga barang, kerajaan di samping juga membantu melalui Skim Kawalan Harga Keluarga Malaysia dan KPDNHEP juga memainkan peranan untuk mengawal harga syiling sesuatu barang utama itu. Bagi DOSM dan KPDNHEP telah menyediakan MyPrice Dashboard yang dilancarkan pada Disember 2021 sebagai usaha untuk memantau berkaitan harga harian barang-barang tersebut.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Wangsa Maju. Silakan.

[Soalan No. 9 – YB Datuk Ignatus Darell Leiking (Penampang) tidak hadir]

Tan Yee KewPKR · PHWangsa Maju · question

10. Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew [Wangsa Maju] minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan berapa bilangan keseluruhan gelandangan yang berada di Kuala Lumpur dan apakah tindakan yang telah diambil untuk membantu mereka.

Datuk Seri Jalaluddin bin AliasUMNO · BNTimbalan Menteri Wilayah Persekutuan · Jelebu

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Wangsa Maju atas soalan yang dikemukakan. Kementerian Wilayah Persekutuan bersama-sama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pelbagai jabatan agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan sentiasa komited dalam usaha penyelamat dan mentransformasikan golongan gelandangan di ibu kota dengan hasrat supaya mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih baik dan kembali ke pangkuan masyarakat. Merujuk kepada bilangan keseluruhan gelandangan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun 2021, anggaran seramai 700 ke 900 orang gelandangan telah dikenal pasti melalui rekod keluar masuk gelandangan yang menginap di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur, pendaftaran gelandangan semasa agihan makanan dan bantuan di Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tuanku serta operasi menyelamat yang dijalankan oleh pihak DBKL dengan kerjasama beberapa agensi dan jabatan yang lain seperti PDRM, Jabatan Imigresen, pusat kesihatan dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat. Inisiatif menyelamat gelandangan yang dijalankan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan adalah sejajar dengan matlamat yang ditetapkan dalam Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) bagi memastikan kumpulan gelandangan juga mempunyai akses kepada tempat perlindungan sementara dan makanan.

Datuk Seri Jalaluddin bin AliasUMNO · BNTimbalan Menteri Wilayah Persekutuan · Jelebu

Selain daripada penyediaan akses kepada tempat perlindungan sementara dan makanan, usaha menyelamat gelandangan diteruskan melalui Program Pembangunan Bina Upaya di Pusat Transformasi Gelandangan atau dikenali sebagai Anjung Kelana di

Datuk Seri Jalaluddin bin AliasUMNO · BNTimbalan Menteri Wilayah Persekutuan · Jelebu

Taman Desa, Kuala Lumpur yang diselaraskan dan dilaksanakan membina pembangunan sahsiah diri dengan menjalani latihan kemahiran tambahan bagi memastikan mereka dapat kembali kepada masyarakat dan menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi. Pelbagai latihan dan juga aktiviti kemahiran diri yang telah dijalankan di pusat yang berkenaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, selain daripada itu kementerian dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja dan PERKESO telah mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan syarikat-syarikat swasta dan menawarkan peluang pekerjaan kepada gelandangan untuk bekerja dalam sektor perkilangan, pembuatan makanan, peruncitan dan perkhidmatan melalui Program Penempatan Pekerjaan. Kesemuanya ini kita lakukan untuk memastikan golongan gelandangan yang masih berada di bandar raya Kuala Lumpur ini dapat kita berikan peluang dan juga masa depan yang lebih baik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan Yang Berhormat.

Datin Paduka Dr. Tan Yee KewPKR · PHWangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas bantuan yang diberikan kepada kumpulan gelandangan. Namun, bantuan ini merupakan langkah sementara sahaja. Saya ingin tahu sama ada satu kajian dibuat tentang sejauh mana program-program yang dilaksanakan berjaya menyelesaikan masalah gelandangan di ibu kota? Berapakah data dan jumlah gelandangan yang keluar dari pusat-pusat transit atau yang lain-lain itu kembali hidup di jalanan?

Tuan Yang di-Pertua, 20 peratus. Daripada jumlah gelandangan yang kita selamatkan, 20 peratus kembali kepada kehidupan gelandangan mereka kerana ini adalah masalah yang kita hadapi Ahli Yang Berhormat. Pusat latihan di Taman Desa ini kita memberikan latihan seperti saya sebut dalam ucapan pertama saya tadi memberikan pelbagai latihan kemahiran kepada mereka yang kita selamatkan. Kemahiran menjahit, kemahiran berkebun, pelbagai kemahiran yang boleh membolehkan mereka ada akses kepada peluang pekerjaan yang boleh kita tawarkan kepada mereka kepada mana-mana agensi dan juga syarikat-syarikat yang terlibat. Akan tetapi, 20 peratus based on our record dengan izin, 20 peratus daripada kumpulan yang kita selamatkan ini kembali balik kepada kehidupan gelandangan asal mereka. Ini yang kita hadapi Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi gelandangan Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur kita hanya akses ataupun kita cuma assist atau bantu untuk selamatkan gelandangan yang berada di sekitar Kuala Lumpur sahaja. Dahulu pernah ada satu cadangan untuk kita hantar bagi mereka menjalani di pusat-pusat latihan di luar Kuala Lumpur tetapi itu adalah di bawah pemantauan ataupun tanggungjawab kementerian yang lain Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ada sebelah sini?

Datin Paduka Dr. Tan Yee KewPKR · PHWangsa Maju

Boleh saya mengemukakan satu soalan?

Tuan Yang di-Pertua

Maaf sudah ditanya Yang Berhormat, maaf.

Datin Paduka Dr. Tan Yee KewPKR · PHWangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat sudah tanya soalan tambahan.

Datin Paduka Dr. Tan Yee KewPKR · PHWangsa Maju

Boleh saya lanjutkan soalan saya belum habis lagi ada soalan.

Tuan Yang di-Pertua

Sedikit sahaja Yang Berhormat.

Datin Paduka Dr. Tan Yee KewPKR · PHWangsa Maju

Ya, okey. Langkah-langkah yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri walaupun niat baik ya, kerajaan yang baik tetapi ini merupakan langkah yang telah ...

Tuan Yang di-Pertua tidak dengar, mikrofon tidak dengar.

Tuan Yang di-Pertua

Kuat sikit, buka mask. Ya.

Datin Paduka Dr. Tan Yee KewPKR · PHWangsa Maju

Ya, okey. Walaupun saya setuju bahawa langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan ini berniat baik tetapi mereka telah mengabaikan punca ataupun sebab utama yang mengakibatkan masalah gelandangan. Jadi, iaitu kos sewa rumah di Kuala Lumpur adalah terlalu tinggi. Jadi adakah DBKL bercadang supaya membina hostel untuk disewakan kepada golongan ini dengan kadar sewa yang minima misalnya RM50 sebulan supaya mereka tidak dipaksa lagi tinggal di jalanan. Sekian.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sebelum Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab saya hendak jemput Yang Berhormat Tebrau untuk soalan tambahan kedua boleh dijawab sekali.

Dijawab sekali?

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan walaupun banyak bantuan sudah diberikan kepada gelandangan untuk mereka kembali ke kehidupan biasa tetapi 20 peratus yang dibantu tetapi pun pulang kepada untuk menjadikan gelandangan. Jadi, apakah masalah ini? Adakah ini adalah oleh sebab banyak bantuan dari NGO-NGO yang memberi makanan dan bantuan kepada mereka yang buat mereka lebih suka untuk menjadi gelandangan dan tidak mahu kembali kepada kehidupan biasa? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, soalan daripada Yang Berhormat Wangsa Maju tadi tentang pusat-pusat menyediakan kediaman dengan kos rendah. Sebenarnya kediaman yang kita sediakan ini Yang Berhormat percuma. Kita ada tiga buat masa ini. Kita ada: (i) Pusat Transformasi Gelandangan Anjung Kelana, Taman Desa; (ii) Pusat Penempatan Gelandangan di bawah Yayasan Kebajikan Negara; dan (iii) Pusat di Bulatan Pahang. Kesemuanya tempat ini disediakan khas untuk gelandangan tinggal secara percuma. Akan tetapi apa yang kita dapati adalah mereka yang pergi ke pusat itu tetapi tidak menetap kekal. Mereka kembali kepada lokasi-lokasi yang mereka minati. Contoh di kawasan Bangkok Bank. Saya sendiri mengetuai operasi menyelamat gelandangan ini. Hari ini kita selamatkan kita letak di pusat gelandangan di Bulatan Pahang, besok saya pergi balik dia sudah tidak ada. Malam itu saya pergi tengok balik ada balik di jalan Bengkok. Kemungkinan cause of habitat dengan izin. Mereka lebih suka berada di tempat yang berkenaan. Akan tetapi kita juga meneruskan usaha untuk memberikan segala khidmat dan juga perkhidmatan kita bagi memastikan gelandangan ini juga mendapat pembelaan daripada pihak Kerajaan Keluarga Malaysia yang sentiasa mahu lihat bahawa semua kelompok masyarakat yang berada di dalam negara kita terus mendapat pembelaan kerajaan. Kedua Tuan Yang di-Pertua, soalan daripada Yang Berhormat Tebrau. Kenapakah 20 peratus ini kembali semula kepada kehidupan mereka sebagai gelandangan? Tidak terkecuali kerana ini adalah sokongan daripada NGOs. NGOs Tuan Yang di-Pertua, dahulu kita ada 24 NGOs yang terlibat secara serius dalam membantu gelandangan ini dan sekarang ini dia drop sedikit dengan izin kepada 17 dan pelbagai bantuan dan sumbangan diberikan oleh pihak NGOs untuk memastikan golongan gelandangan ini mendapat makanan, pakaian dan sebagainya. Kemungkinan ini juga adalah merupakan salah satu faktor tetapi kalau tidak ada penempatan daripada NGO ini Tuan Yang di-Pertua, maka mereka juga akan berada

dalam kehidupan yang sedemikian rupa. Jadi bagi pihak kementerian dan kerajaan, saya terjemahkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada NGOs yang telah meneruskan khidmat untuk membantu golongan gelandangan ini terutamanya bagi menghadapi Ramadhan ini. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil sedikit masa oleh sebab tidak ada lagi soalan tambahan untuk saya menghantar sedikit mesej kepada NGOs kita, kepada badan-badan yang telah menjalankan tugas dan tanggungjawab kepada golongan gelandangan sepanjang Bulan Ramadhan yang akan datang. Saya ingin ini mengambil kesempatan ini Tuan Yang di-Pertua, untuk menyampaikan sedikit pesanan kepada NGO yang banyak membantu gelandangan di luar ataupun di sekitar kawasan Kuala Lumpur mewakili Kementerian Wilayah Persekutuan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua NGO yang terlibat. Menjelang Ramadhan ini pihak Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL tidak menghalang mana-mana pihak untuk bersedekah atau membantu golongan gelandangan ini. Cumanya, saya amat berharap bagi pihak kerajaan agar semua NGO terutamanya NGO yang datang dari luar Kuala Lumpur agar dapat berhubung dengan pihak DBKL sebelum melakukan sebarang pengagihan makanan supaya kita boleh selaraskan segala bantuan berhubung dengan makanan dan sebagainya.

Perkara ini sangat penting untuk kita lakukan kerana kita tidak mahu sebarang pembaziran yang melampau berlaku dalam bulan Ramadan yang mulia ini. Kita mahu yang terbaik untuk semua tetapi dalam masa yang sama kita juga perlu menjaga kebersihan bandar, kesihatan dan yang penting sekali sempena Ramadan Kareem ini untuk mengelakkan pembaziran yang berleluasa. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pada hari ini. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua.

Pertamanya, tahniah saya ucapkan atas penganugerahan sudah diberi Datuk Seri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Belum, belum, belum.

Tuan Yang di-Pertua, saya cuma ingin tanya panduan pilihan raya PRU Johor pun sudah habis, Tuan Yang di-Pertua dari Johor. Perhimpunan Agong UMNO pun telah selesai tetapi kita lihat pagi ini kita berterima kasih kepada semua Timbalan-timbalan Menteri, bagus hadir untuk menjawab soalan sepatutnya ditambah gaji. Mana pergi Menteri-menteri? Mana pergi Menteri- menteri kerajaan? Kelmarin, Tuan Yang di-Pertua di Dewan Negara telah memberi teguran kepada Menteri-menteri supaya hadir untuk menjawab soalan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik, terima kasih.

Saya hendak cadangkan, kalau boleh gaji-gaji Timbalan Menteri ditambah. [Ketawa]

[Dewan riuh]

Menteri-menteri yang tidak hadir untuk jawab soalan ini dipotong.

[Dewan riuh]

Sungguh memalukan! Kerajaan cacamerba. Mana pergi Menteri-menteri? Ini sudah bergaduh Perikatan Nasional, gaduh BN. BN gaduh BN semua tidak hadir.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik cukup Yang Berhormat Jelutong, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, tolong beri penjelasan mereka tidak menghormati Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Jelutong, pagi tadi Minister Question Time (MQT) ada Menteri yang datang.

No, sekarang tidak hadir.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik.

Kita masih ada Rang Undang-undang Perbekalan yang akan dibahas pagi ini. Mana pergi Menteri-menteri? Seorang pun tidak hadir dan hanya seorang sahaja saya nampak.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik, terima kasih, Yang Berhormat Jelutong. Kita ambil perhatian. Baik, terima kasih.

Ya, ambil perhatian cadangan saya supaya gaji Yang Berhormat Timbalan Menteri ditambah juga. [Ketawa]

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNTimbalan Menteri Pendidikan II · Kimanis

Ini saya sokong, sokong, sokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Dipersilakan usul.

Peraturan Mesyuarat 36(12).

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Ya.

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti SamsudinBERSATU · PNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) · Masjid Tanah

Tuan Yang di-Pertua: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga dibahas dan diputuskan DR4/2021, Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2021(2022) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2021 di No. 1 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan usul-usul hari ini dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Rabu, 23 Mac 2022.”

Datuk Seri Jalaluddin bin AliasUMNO · BNTimbalan Menteri Wilayah Persekutuan · Jelebu

Tuan Yang di-Pertua, saya sokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG MAJLIS PEMBANGUNAN WILAYAH EKONOMI PANTAI TIMUR (PINDAAN) 2022 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 2008; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) [Dato’ Eddin Syazlee bin Shith]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila.

Peraturan Mesyuarat 36(12). Tuan Yang di-Pertua, saya ada mengutus surat kepada Tan Sri Speaker berkenaan dengan kenyataan yang mengelirukan Dewan oleh Menteri Kewangan dalam sesi penggulungan sebelum ini yang mana beliau telah menyatakan di dalam jawapan lisan dan juga sewaktu penggulungan Menteri Kewangan baru-baru ini yang mengatakan bahawa 40 peratus pungutan cukai yang diberikan kepada Sabah sudah tidak lagi terpakai. Di tangan saya ini merupakan Hansard [Sambil menunjukkan Hansard] yang saya sudah check dan juga kenyataan yang telah dibuat oleh Menteri Hal Ehwal Sabah yang mengatakan bahawa kenyataan itu sebenarnya, pengguguran itu masih belum dibincangkan. Jadi di sini Tuan Yang di-Pertua, bila melihat kepada Hansard dan juga tidak ada pembetulan yang dibuat oleh Menteri Kewangan, maka saya membawa dan ingin mencadangkan agar Menteri Kewangan ini dirujuk ke Jawatankuasa Khas kerana telah mengelirukan Dewan. Oleh sebab ini penting Tuan Yang di-Pertua, bila menyentuh tentang isu Perlembagaan ini khususnya dalam melibatkan Perjanjian Malaysia 1963 ia merupakan satu perjanjian yang tidak boleh diubah sewenang-wenangnya dan kenyataan yang dibuat oleh Menteri Kewangan secara jelas telah melukakan hati rakyat negeri Sabah apabila menyatakan dengan jelas baik dalam jawapan lisan dan juga dalam sesi penggulungan menyatakan ia tidak lagi terpakai dan telah disahkan juga oleh Menteri Hal Ehwal Sabah yang mengatakan ia tidak adapun dibincangkan dan Hansard [Sambil menunjukkan kertas Hansard] di tangan saya ini adalah bukti, Menteri Hal Ehwal Sabah menafikan, Menteri Kewangan menyatakan telah pun tidak terpakai. Jadi ada percanggahan dalam jawapan kedua-dua Menteri dan saya ingin merujuk Menteri Kewangan ke Jawatankuasa Khas kerana ia jelas telah mengelirukan Dewan, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, Yang Berhormat Sepanggar.

Tuan Yang di-Pertua, sokong Yang Berhormat Sepanggar.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Saya telah dimaklumkan Pejabat Tan Sri Speaker telah menerima dan sedang mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri Kewangan itu sendiri. Jadi Pejabat Speaker akan memberikan jawapan. Terima kasih, teruskan.

Tuan Yang di-Pertua, sokong, Yang Berhormat Sepanggar. Kota Belud sokong Yang Berhormat Sepanggar usul yang dibawa.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Ia tidak perlu ada sokongan.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tidak apalah, terima sokongan kalau salah. [Sistem pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila, saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Dato' Indera Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan I · Paya Besar

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

On kan mic. \

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2021) 2022 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN (TAMB.) (BIL.1) 2021Bill

Dato' Indera Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan I · Paya Besar

Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang bernama suatu akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2021 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud yang tertentu bagi tahun itu dibacakan kali yang kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, Peruntukan Tambahan Perbelanjaan Mengurus Pertama 2021 ini, dibentangkan menurut Perkara 101 Perlembagaan Persekutuan iaitu bagi memperoleh kelulusan terhadap perbelanjaan yang tidak diperuntukkan atau yang tidak diperuntukkan dengan sepenuhnya dalam Bajet 2021 yang telah diluluskan terdahulu dalam Dewan yang mulia ini. Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2021 yang dibentangkan adalah berjumlah RM8,413.5 juta untuk membiayai perbelanjaan bekalan. Anggaran Tambahan Perbelanjaan Bekalan yang dipohon untuk diluluskan di bawah Fasal 2 Rang Undang-undang yang dibentangkan adalah berjumlah RM8,413.5 juta yang boleh diringkaskan seperti berikut iaitu sebanyak RM2,235.7 juta adalah untuk pindahan lebihan daripada Akaun Hasil Disatukan 2021 ke Kumpulan Wang Pembangunan. Pindaan ini dicaj sebahagian daripada perbelanjaan di bawah Maksud B.12 peruntukan kepada Kumpulan Wang Terkanun

Dato' Indera Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan I · Paya Besar

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pindaan ini adalah selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 10(1) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] dan bukan satu perbelanjaan yang baharu tetapi merupakan sebahagian daripada keperluan kewangan untuk menampung perbelanjaan pembangunan bagi tahun 2021 yang berjumlah RM64,256.7 juta, bakinya adalah dibiayai melalui pinjaman dan sebanyak RM6,177.8 juta adalah merupakan peruntukan tambahan langsung bagi kementerian atau jabatan yang telah diberikan kebenaran untuk berbelanja melebihi daripada peruntukan bagi membiayai perkara-perkara yang komited pada tahun 2021. Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat. Kementerian-kementerian yang terlibat di dalam Anggaran Perbelanjaan Tambahan ini adalah seperti berikut:- (i) Kementerian Kewangan sebanyak RM7,806.1 juta; (ii) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sebanyak RM539.6 juta; dan (iii) Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia sebanyak RM67.7 juta.

Dato' Indera Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan I · Paya Besar

Tuan Yang di-Pertua, butiran dan penjelasan lanjut mengenai peruntukan tambahan bagi Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2021 adalah seperti dalam Penyata Anggaran Tambahan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2, Tahun 2022 dan Memorandum Perbendaharaan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2A Tahun 2022. Tuan Yang di-Pertua, sekarang izinkan saya mengemukakan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2021. Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2021 yang dipohon adalah berjumlah RM5,534,902,000 juta. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM350 adalah merupakan pendahuluan yang telah dikeluarkan daripada Simpanan Luar Jangka anggaran tambahan diperlukan bagi membiayai komitmen projek atau program bagi maksud- maksud berikut iaitu sebanyak RM3,879.7 juta untuk Kementerian Kesihatan, sebanyak RM842.7 juta untuk Jabatan Perkhidmatan Awam dan sebanyak RM812.4 juta untuk Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, selain daripada itu anggaran perbelanjaan tambahan ini juga mengandungi permohonan peruntukan tanda, token sebanyak RM350 bagi beberapa kementerian. Peruntukan tanda ini adalah bagi mewujudkan butiran baharu untuk membolehkan pindah peruntukan dilakukan antara butiran. Penerangan dan penjelasan lanjut mengenai Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2021 adalah seperti yang dinyatakan dalam Penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2021 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 3 Tahun 2022 dan dalam Memorandum Perbendaharaan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 3A, Tahun 2021. Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, perlu saya maklumkan di sini bahawa anggaran perbelanjaan tambahan yang dipohon ini adalah berjumlah RM8,413.5 juta untuk perbelanjaan bekalan dan RM5,534.9 juta untuk perbelanjaan pembangunan adalah sebahagian daripada jumlah perbelanjaan sebenar untuk tahun 2021. Ianya, Tuan Yang di-Pertua, tidak menjejaskan defisit fiskal yang telah disasarkan pada paras 6.5 peratus hingga 7.0 peratus. Tuan Yang di-Pertua, saya akan mengemukakan usul mengenai Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2021 selepas ucapan ini. Saya mohon mencadangkan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ada sesiapa yang menyokong?

Datuk Muslimin bin YahayaBERSATU · PNTimbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi · Sungai Besar

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Dato’ Indera Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan I · Paya Besar

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa Usul di atas nama Yang Berhormat

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406] , membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak lima bilion lima ratus tiga puluh empat juta sembilan ratus dua ribu ringgit (RM5,534,902,000) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2021 bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2021 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 3 Tahun 2022 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran (Projek) dalam ruang sembilan dan sepuluh penyata tersebut.” Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ada sesiapa menyokong?

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti SamsudinBERSATU · PNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) · Masjid Tanah

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih. Ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah bahawa rang undang-undang bernama suatu akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2021 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud yang tertentu bagi tahun itu dan masalah bahawa usul di atas nama Yang Berhormat Menteri Kewangan di dalam Aturan Urusan Mesyuarat ini diedarkan kepada jawatankuasa sebuah-buah Majlis sekarang. Kedua-dua masalah tersebut terbuka untuk dibahas. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ada senarai seramai 22 orang pembahas. Saya sebutkan satu-satu. Pertama Yang Berhormat Kota Raja, Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Padang Rengas, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Kubang Pasu, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Simpang Renggam, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, Yang Berhormat Kota Kinabalu, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Setiawangsa dan Yang Berhormat Bayan Baru. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kota Raja, lima minit. Sila. Cakap dahulu, nanti kita adjust.

Tuan Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

Ketua parti lebih sedikitlah. Tuan Yang di- Pertua, saya hendak tumpu hanya hal pengurusan pilihan raya. Kita tahu bahawa sistem parliamentary democracy telah diamalkan di Malaya dan di Malaysia sejak tahun 1955. Setiap lima tahun ataupun bila yang sesuai, pihak yang berkuasa akan mengisytiharkan pilihan raya. Hatta pada tahun 1969, apabila berlaku darurat – selepas darurat, kita lihat bahawa kerajaan diserahkan kepada parti yang menang iaitu Perikatan dan Barisan Nasional pada waktu itu. Diikuti selepas itu berlaku darurat di Kelantan pada tahun 1977 selepas tiga bulan diadakan pilihan raya dan parti yang menang Barisan Nasional menguasai Kelantan.

Tuan Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

Begitulah seterusnya sehinggalah pilihan raya 2018 di mana parti yang menang iaitu Pakatan Harapan berkuasa dan parti yang tidak cukup majoriti menjadi pembangkang. Sejak bulan Mac tahun 2020, telah bertukar. Parti yang majoriti menjadi pembangkang dan pihak yang kalah pula menjadi pemerintah. Ini suatu perkara yang begitu berat berlaku di Malaysia dan meletakkan politik di Malaysia tidak berada dalam keadaan stabil lagi sampai kepada hari ini. Rakyat menerima sistem parliamentary democracy ini dan inilah menyebabkan Malaysia terjulang sebagai sebuah negara demokrasi walaupun mungkin ia tidak sempurna tetapi ia diterima dan ekonomi berkembang bahkan biasa menjadi tiger of Asia. Selepas Sheraton Move, rakyat mula hilang kepercayaan kepada sistem parliamentary democracy ini. Setiap kali pilihan raya, peratus keluar mengundinya begitu rendah dan di antaranya mereka tidak percaya lagi kepada sistem yang ada dan kepada wakil-wakil rakyat yang menang. Oleh itu, untuk memulihkan keadaan ini, untuk memulihkan sistem parliamentary democracy ini, Akta Anti Lompat Parti mesti disegerakan. [Tepuk] Kalau tidak ada Akta Anti Lompat Parti ini, bagaimana kita hendak praktikkan parliamentary democracy yang subur. Inilah yang menjadi halangan terbesar sekarang ini. Kalaulah Akta Anti Lompat Parti ini tidak diperkenalkan kali ini atau dalam sidang khas Parlimen, saya dan rakan-rakan barangkali akan kembali semula ke jalan raya untuk mendesak. [Tepuk] Oleh sebab kita lihat, kita bercakap melalui Parlimen kadangkalanya ia tidak dipedulikan. Barangkali mereka mahu seperti dahulu, ratusan ribu rakyat berarak di jalan raya barulah mahu dengar suara rakyat. Kita lihat akibat daripada Sheraton Move, berlaku pembaziran yang amat sangat. Pilihan Raya Sabah, pilihan raya yang dipaksakan, memakan belanja lebih RM130 juta. Pilihan Raya Melaka memakan belanja lebih kurang RM45 juta, Pilihan Raya Johor yang terbaru memakan belanja lebih kurang RM96 juta sedangkan Pilihan Raya Umum, Johor hanya belanja RM35 juta dan Melaka hanya lebih kurang RM13 juta. Ertinya pilihan raya yang dipaksakan ini tambahan pula musim COVID-19, maka kita lihat ia memakan belanja yang begitu besar.

Tuan Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

Ini perkara-perkara hasil daripada Sheraton Move iaitu mereka yang telah melakukan pengkhianatan terhadap sistem parliamentary democracy ini. Oleh sebab itulah ia amat penting untuk disegerakan soal akta lompat parti ini. Jangan main-main sebab perkara ini adalah perkara yang begitu mendesak. Hari ini pun Bersih sudah datang di depan Parlimen dan mendesak Akta Anti-Lompat Parti ini disegerakan. Kalau tidak mahu dengar juga, maka kita lihatlah negara kita akan berada dalam kegelapan dan penghormatan kepada parliamentary democracy ini tidak lagi menjadi satu penghormatan yang ada sebelum ini. Oleh itu, soal ini bukanlah satu soal yang main-main yang perlu dibuat oleh pihak yang berkuasa sekarang ini walaupun kuasa mereka itu barangkali macam telur di hujung tanduk, berbagai-bagai pihak yang mengugut mereka termasuk sama-sama memerintah ugut sesama sendiri. Ini yang berlaku dalam pemerintahan sekarang yang kita lihat. Mereka bukan setakat berada dalam sebuah rumah tetapi tidak sekata, dalam sebuah rumah berperang antara satu sama lain seperti perang antara Rusia dan Ukraine sekarang ini yang berlaku dalam kerajaan. Kita tidak tahu kita hendak panggil kerajaan apa, PN, BN, kerajaan...

Rojak, rojak.

Tuan Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

...Punah, rojak.

Kerajaan perang.

Tuan Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

...Yang sedang berlaku sekarang ini. Perkara ini penting Tuan Yang di-Pertua. Ini masalah lanjutan kepada investors, kepada

Tuan Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

luar negara, kepada penghormatan Malaysia pernah peroleh sama ada di OIC atau di persidangan Bangsa-bangsa Bersatu atau di persidangan ASEAN, Malaysia dihormati. Sekarang Presiden Indonesia boleh perli main-main Malaysia dan juga bila hendak dihantar duta kita, tidak diterima oleh sebuah negara. Ertinya kerajaan ini berada dalam keadaan yang paling kelam kabut yang tidak dihormati. Ini yang perlu dipulihkan segera untuk kita hadapi, membela generasi kita pada masa yang akan datang. Kita tidak mahu kita disenaraikan setaraf dengan negara-negara lain di ASEAN yang dahulu jauh terkebelakang seperti Laos dan Kampuchea kerana negara seperti Indonesia, Singapura, Vietnam sekarang memacu jauh ke hadapan. Di antaranya yang berlaku begini, kestabilan politik dan rasuah yang meningkat. Ini perkara yang cukup berat. Corruption Perceptions Index tahun 2018, kita berada di tempat 61. Tahun 2019 di bawah Pakatan Harapan nombor 51, sekarang kembali kepada tempat nombor 62. Kenapa korup tinggi? Hendak jaga ini, hendak jaga kumpulan ini, hendak jaga parti ini, hendak bagi jawatan ini, akhirnya rasuah meningkat. Lihat pilihan raya sahaja yang dilakukan di tiga buah negeri sudah ratusan juta wang negara kita hilang, sedangkan pilihan raya itu tidak perlu kalau politik stabil. Tunggulah lima tahun ataupun ada satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Tiga pilihan raya ini sudah memakan belanja yang begitu banyak. Oleh sebab itu kita lihat corruption index semakin meningkat...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Minta rumuskan.

Tuan Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

..parliamentary democracy tidak stabil, maka kita harap pinda segera Akta Anti-Lompat Parti. Ini amaran terakhir daripada kami.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Pontian, lima minit.

Assalamualaikum, salam sejahtera. Sangat baik, harga minyak Malaysia RM2.05 untuk RON95 seliter. Jika kita bandingkan dengan Arab Saudi RM2.59, UA, RM3.55, Indonesia RM3.74, Vietnam RM4.99, Filipina RM5.27, Thailand RM5.63, Singapura RM9.16, Malaysia RM2.05. Ini sangat baik. Akan tetapi apa yang saya ingin timbulkan di sini ialah adakah benar bahawa RM15 bilion diperlukan untuk subsidi pukal ini? Subsidi pukal ini menguntungkan orang yang lebih kaya, lebih banyak kereta dan kita akan buka sempadan, sembilan hari lagi kita akan membuka sempadan Tuan Yang di-Pertua, pada 1 April 2022. Jadi, saya ingin memastikan kerajaan membuat komitmen hanya rakyat Malaysia yang mendapat subsidi pukal ini dan dia tidak terkeluar subsidi pukal ini ke negara-negara jiran. Itu perkara pertama. Kedua, sangat baik kerajaan ingin menyediakan 600,000 pekerjaan pada tahun ini. Penggajian oleh PERKESO 300,000 pekerjaan, MySTEP laksana MOF 80,000, upskilling HRD Corp 220,000 pekerjaan. Cuma saya ingin tanya, pekerjaan 600,000 ini, berapa peratus yang bergaji tinggi, berapa peratus yang bergaji sederhana dan berapa peratus yang bergaji minimum? Saya inginkan peratusan-peratusan itu kerana kita inginkan rakyat yang bergaji tinggi, bukan hanya rakyat setakat gaji minimum. Seterusnya, mengenai JPA RM842 juta. Saya mohon mencadangkan agar penajaan biasiswa ke pelbagai negara diteruskan dan pinjaman boleh ubah PIDN program ijazah dalam negara itu harus diperluaskan ke luar negara berdasarkan meritokrasi dan latar belakang ekonomi keluarga. Kemudian, tentang SPR RM67.7 juta ini kita lihat keluar mengundi semakin menurun. Sabah 66.61 peratus, Melaka 65.85 peratus, Sarawak 60.67 peratus dan Johor 54.9 peratus. Ini bererti keluar mengundi itu sentiasa menurun dalam empat pilihan raya negeri. Jadi, perkara ini perlu dibincangkan dan didapatkan formula untuk memastikan peratus keluar mengundi sentiasa tinggi.

Seterusnya tentang SPR ini agar ahli SPR itu ada tempoh jawatannya. Dicadangkan untuk satu penggal, maksimum dua penggal, bukan dia seumur hidup menjadi ahli SPR kerana tidak semestinya mereka tidak berpihak dan mereka tidak bebas. Ini bererti kita inginkan ahli SPR itu dicadangkan hanya untuk satu penggal atau dua penggal sahaja. Pendidikan politik perlu diteruskan supaya rakyat faham apa itu first-past-the-post bukan kaedah presidential election, undi popular. Kemudian KPDNHEP RM539.6 juta ini, kita harap supaya baja dan racun serta makanan ternakan dalam rantaian harga barang itu hendaklah masuk dalam barang kawalan. Kita perlu mengadakan import substitution supaya masalah global tidak dijadikan sebagai alasan kenapa perkara-perkara itu meningkat. Urea keluaran PETRONAS, tetapi saya difahamkan oleh Timbalan Menteri KPDNHEP bahawa komponen lain adalah daripada import. Apabila harganya meningkat, maka harga baja akan meningkat. Oleh itu, perlu dijadikan baja, racun makanan ternakan sebagai masuk dalam barang kawalan. Kemudian KPKT, RM 812.4 juta. Saya difahamkan bahawa terdapat 30,290 buah rumah dengan nilai RM19.75 bilion tidak dapat dijual pada suku ketiga tahun lepas. Cara untuk mengatasinya mudah sahaja Tuan Yang di-Pertua, turunkan harga rumah untuk kita mengatasi apa yang dipanggil sebagai masalah property overhang ini kerana ketidaksepadanan penawaran dan permintaan. Apa yang ditawarkan rumah mampu tengok, yang diminta oleh rakyat rumah mampu milik. Oleh itu, kita kena banyakkan rent- to-own ataupun sewa beli rumah supaya rakyat yang memerlukan rumah dapat membeli rumah dan segala 30,290 buah rumah yang tidak dapat dijual itu dapat dijual. Kementerian Kesihatan, RM3.87 bilion ini yang ingin saya tanyakan ketika endemik ini, apakah dia 10 SOP dan sembilan garis panduan yang akan diumumkan? Tinggal sembilan hari lagi, kita harap akan diumumkan segera. Keperluan vaksin bagaimana? Adakah rakyat masih diteruskan untuk divaksinasi terutama kepada anak- anak yang berumur 12 tahun? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Tuaran, lima minit.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Negeri Sabah memerlukan sekurang-kurangnya RM27 bilion untuk mengatasi masalah-masalah pembangunan asas seperti bekalan air, bekalan elektrik, sekolah-sekolah daif, malah untuk menyiapkan Pan Borneo dan sebagainya. Begitu tinggi harapan orang-orang Sabah untuk mendapatkan peruntukan yang lebih daripada Kerajaan Persekutuan walaupun ada alasan seperti peruntukan diberi tidak habis dibelanjakan dan sebagainya. Akan tetapi, baru-baru ini apabila Yang Berhormat Menteri Kewangan menyatakan bahawa hal berkenaan 40 peratus hak Sabah untuk mendapatkan daripada pungutan Persekutuan di Sabah, dikatakan ini tidak lagi terpakai.

Maka ini menimbulkan satu persoalan yang baharu dalam hal perhubungan Persekutuan dan negeri. Kemudian Yang Berhormat Menteri Jabatan Perdana Menteri pula menyatakan bahawa satu formula baharu telah dipersetujui dan sebagainya. Dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, apabila kita baca Fourth Schedule to Tenth Schedule of the Federal Constitution, satu, yang berkenaan dengan Grants and Sources of Revenue Assigned to States. Saya sebut di sini seperti mana yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, “a grant of amount in each year to two-fifths of the amount by which the net revenue derived by the Federation from Sabah exceeds the net revenue which would have been so derived in the year 1963 if—

(a) the Malaysian Act had been in operation in that year as in the year 1964; and (b) the net revenue for the year 1963 were calculated without regard to any alteration of any tax or fee made on or after Malaysia Day.” Perkara ini selama ini telah memberi harapan kepada rakyat negeri Sabah bahawa 40 peratus daripada pungutan Persekutuan dari Sabah itu hendaklah diserahkan pada Sabah. Akan tetapi nampaknya, pelbagai interpretation yang dibuat. Kementerian Kewangan lain pula interpretation, kerajaan negeri lain interpretation dan sebagainya. Hari ini kita mahu lihat dan mahu dengar apa sebenarnya interpretation terhadap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan ini. Sekiranya tidak ada interpretation yang muktamad tentang perkara ini, barangkali ini salah satu lagi perkara yang perlu kita rujuk kepada mahkamah. Biar mahkamah yang menentukan sebenarnya. Oleh sebab apabila dikatakan bahawa geran yang diberikan pada Sabah yang RM26 juta itu, yang telah di-review menjadi RM53 juta itu, kalau itulah yang dikatakan bahawa 40 peratus itu yang itu, maka tentunya kita tidak dapat menerima itu. Hak Sabah tidak dapat menerima itu sebab kita tahu apabila tertubuhnya Malaysia ini, maka formula yang telah digunakan adalah formula yang telah digunakan oleh Australia dan juga Kanada apabila berbincang tentang hal revenue sharing di antara negeri dan Persekutuan. Maka ini adalah satu perkara yang sangat penting kerana pada hari ini negeri Sabah ini sudah dikatakan negeri yang termiskin walaupun kita ini paling kaya daripada segi sumber asli. Kita juga mempunyai bilangan sekolah yang paling daif dan pelbagai lagi kemudahan asas yang belum terlaksana. Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, perkara ini polemik yang telah berbangkit padahal baru-baru ini apabila Kementerian Kewangan mengatakan— menjawab soalan daripada Yang Berhormat Penampang mengatakan bahawa itu tidak lagi terpakai sedangkan Perlembagaan Persekutuan ini bukan dipinda. Belum lagi. Tidak ada apa-apa pindaan terhadap Artikel 112C Perlembagaan Persekutuan. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membahaskan perkara berkenaan dengan perumahan PR1MA di negeri Sabah. Ada sebuah projek sakit PR1MA di Menggatal, Sabah iaitu telah dilaksanakan oleh sebuah pemaju yang bernama Puncak Borneo. Ramai pembeli daripada projek ini telah diberitahu dalam sales and purchase agreement bahawa projek ini akan siap pada tahun 2021 dan tidak akan ada potongan apa-apa bayaran kepada bank selagi projek ini tidak mencapai 90 peratus siap. Akan tetapi ini baru 10 peratus mula, sudah ada potongan. Bukan itu sahaja, tetapi didapati bahawa pemaju Puncak Borneo ini tidak mempunyai lesen pemaju, sedangkan ini adalah projek PR1MA. Bagaimanakah dia boleh menandatangani sales and purchase agreement sekiranya pemaju ini tidak mempunyai lesen pemaju? Di manakah tanggungjawab pihak PR1MA membiarkan Puncak Borneo ini menjual perumahan ini tanpa lesen pemaju? Pada hari ini, ramai pembeli ini merana kerana mereka terpaksa— bank memotong bayaran, meminta bayaran daripada mereka sedangkan projek ini sudah menjadi projek sakit. Saya mohon penjelasan daripada KPKT, Menterinya. Saya mohon penjelasan daripada kerajaan, apakah nasib mereka yang menjadi mangsa ini? Terpaksa membayar, sedangkan projek ini projek sakit. Tidak boleh berjalan apa-apa sekarang. Tidak ada apa-apa yang berlaku sedangkan dipotong setiap bulan. Akhir sekali berkenaan dengan tadi, yang tidak terlaksana peruntukan kepada Sabah yang gagal dilaksanakan itu ataupun dibelanjakan. Saya mohon penjelasan daripada pihak Persekutuan, apakah langkah-langkah supaya perkara ini tidak berulang lagi pada masa akan datang? Oleh sebab ini menjadi alasan memberi peruntukan tambahan atau lagi kepada Sabah hanya kerana gagal. Akan tetapi, apakah langkah- langkah untuk memastikan supaya perkara seperti ini tidak lagi berulang pada masa akan datang? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Padang Rengas, lima minit.

Tuan Yang di- Pertua, pada sesi yang ketiga tahun lepas, saya telah mengambil bahagian dan telah bercakap tentang anti-hopping law ini. Jadi pada hari ini – dahulu Yang Berhormat Kota Raja dia sokong saya tetapi pada hari ini, saya sokong dia baliklah. Akan tetapi cuma 80 peratus sahajalah, tidak 100 peratus kerana dalam ucapan dia itu dia sebut penyebab kepada ketidakstabilan politik ini ialah kerana PN kah atau BN kah. Walhal yang sebenarnya yang kita tahu iaitu bahawa yang tidak stabil pada hari ini ialah kerana pergaduhan di antara mereka Pakatan Harapan. Tidak ada perjanjian, tidak tunai janji. Kata hendak tukar Perdana Menteri. Jadi, pergaduhan dalam PN kah atau BN ini, memang tidak boleh dinafikan wujud tetapi tidak sampai jatuh kerajaan ya, yang jatuh kerajaan ialah kerana mereka. Jadi janganlah 100 peratus menyalahkan kepada kami. Kami telah mengatakan itu bahawa kami akan jadi pembangkang, UMNO khususnya BN selama lima tahun. Akan tetapi disabitkan oleh kerana perselisihan faham mereka, maka itulah penyebabnya kestabilan politik. Oleh sebab ucapan dia itu, 80 peratus sahaja saya sokong. Akan tetapi saya sokong anti-hopping law ini mesti dilaksanakan. Ia mesti dilaksanakan. Tidak boleh kita memberi apa-apa alasan untuk menyatakan bahawa kita tidak boleh melaksanakan. Oleh sebab kepada saya yang penting pada hari ini, tidak perlu— saya difahamkan iaitu Jemaah Menteri di kalangan mereka tidak ada persefahaman daripada segi macam mana bentuknya iaitu Rang Undang-undang Anti-Lompat ini. Saya kira yang penting ini, pandangan mereka tidak dapat kata sepakat, itu tidak penting. Apa yang penting mesti diluluskan dalam Dewan ini, dibentang. Dalam apa bentuk sekalipun, mesti install first. Mesti masukkan akta itu atau rang undang-undang itu, masuk dalam Dewan. Kalau ada apa-apa kelemahan kah atau apa kah, kita bolehlah tweak dalam apabila bentang. Nanti dalam peringkat Jawatankuasa, kita boleh tambah yang mana kita merasakan itu bahawa tidak adilkah atau apa kah. Dengan izin, let us first of all, have the rang undang-undang atau bill itu dalam Dewan. Ya, bahas. Luluskah atau you want to do amendment that committee stage, buatlah. Saya percaya dalam hal ini, sudah tentu kita 100 peratus akan sokong Akta Anti- Lompat ini. Melainkan kalau mereka sememangnya menjadi kataklah tetapi itu minoriti. Itu minoriti, sebab majoriti kepada kita...

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tanya kepada orang sebelah itu.

Ya? Siapa dia? Hang jangan jadi pengecut. Bangunlah kalau hendak cakap. Sokong ucapan saya ini. Yang Berhormat Pokok Sena, bangunlah sokong. Okey, okey. Dia mesti buat. Jadi kepada saya, saya tetap merasakan kalau kita letak pindaan Perlembagaan pun jika perlu, akan mendapat sokongan dua pertiga. Jadi kepada saya, saya minta kepada Jemaah Menteri, tidak perlu fikir panjang-panjang. Kita ada MOU dengan pihak pembangkang. Satu daripada perkara untuk menunjukkan keikhlasan kita ialah dengan membentangkan pada waktu ini.

Kalau tidak sempat hendak habis pun, kita buatlah satu sesi yang khas yang saya percaya ramai di kalangan kita ingin berucap dan memberi pandangan dan sokongan terhadap rang undang-undang ini supaya jangan lagilah ia berlaku di masa yang akan datang.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saudara.

Betullah macam mana Yang Berhormat Pokok Sena, bukan Yang Berhormat Pokok Sena tetapi Yang Berhormat Kota Raja.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Sini, sini Pokok Sena, hendak celah.

Saya sokong dia, saya sokong dia betul. Kita tidak boleh dah ini, melompat-lompat ini, memalukan dan memanjangkan lagi kestabilan yang disebabkan oleh PH yang terlebih awal itu. Jadi, saya tidak akan mencadangkan apa-apa pada hari ini. Saya cuma hendak mengatakan minta kepada kerajaan bentanglah. Kalau bentang dan kalau perlu hendak dipinda, kita pinda satu sesi yang lain. Jadi tinggal dua second, saya hendak tambah lagi.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Sedikit saja.

Hendak tambah lagi, minta Yang Berhormat Pokok Sena tanya soalan pada saya ataupun menyokong saya.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Padang Rengas boleh bersetuju dengan saya supaya Yang Amat Berhormat dalam sehari dua ini boleh bentang dan tambah hari untuk kita bersidang bagi membolehkan dalam persidangan ini juga kita meluluskan Akta Anti Lompat Parti ini. [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik. Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Sila, switch on the mic.

Saya menyokong apa saja asalkan rang undang-undang Akta Anti Lompat Parti ini dibentangkan pada waktu ini juga. Terima kasih. [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik, terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, saya rasa tidak ada dalam Dewan. Seterusnya, Yang Berhormat Kuala Langat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kuala Langat hendak ambil bahagian di dalam pembentangan Anggaran Perbelanjaan yang ada di atas meja ini. Apa yang pentingnya ialah perbelanjaan ini khususnya dari Kementerian Kewangan, saya harap akan digunakan dengan sebaiknya untuk atasi masalah-masalah yang dihadapi oleh kita dalam beberapa bulan ini. Apa yang penting ialah waktu banjir, apa yang kita kata dan telah dibentangkan di dalam Dewan ini di mana kita tahu kalau kita tidak peruntukkan bajet yang cukup, kita tidak akan atasi masalah banjir pada masa hadapan yang akan datang. Oleh sebab itu, saya harap bahawa peruntukan yang cukup akan diberi kepada Kementerian Alam Sekitar dan Air untuk mengatasi masalah ini. Ada orang yang bincang hendak bina terowong dari Kuala Lumpur ke laut dan dari Shah Alam ke laut. Ini semua baik. Kalau minta pegawai-pegawai kita di JPS, mereka sudah sedia dengan cara ataupun pelan yang akan digunakan untuk masa depan yang akan datang tetapi mereka menunggu untuk bajet saja. So, saya minta Kementerian Kewangan untuk siapkan bajet untuk program-program yang kita hendak buat. Sebab ini penting khususnya di Kuala Lumpur dan juga sekitar Shah Alam di Selangor di mana saya nampak ini bukan akhirnya kita akan nampak banjir, kita akan nampak banjir lebih kuat juga di dalam kawasan-kawasan ini pada masa depan yang akan datang. Saya hendak juga bagi perhatian kepada alam sekitar khususnya di dalam kawasan saya di Kuala Langat. Sekarang permintaan untuk bina pembangunan industri ini sangat tinggi. Ada juga yang mula dibina, tiga industri besar yang menggunakan air, yang itu tiga paper mills dari China yang sudah pun mula dibina. Saya harap Kementerian

Alam Sekitar dan Air akan beri tumpuan kepada ketiga-tiga syarikat ini. Bukan katakan kita tak nak mereka bina tetapi kita kena bagi perhatian kepada alam sekitar iaitu air sebab mereka gunakan banyak air dan lepas itu air ini dikeluarkan ke sungai. Saya diberitahu bahawa air ini walaupun 30 peratus digunakan balik oleh syarikat, 70 peratus itu guna balik kepada sungai tetapi bukan bersih sepenuhnya. So, saya mintalah Kementerian Alam Sekitar dan Air untuk kaji dan periksa kilang-kilang besar ini sebab mereka tidak akan melakukan pencemaran di sungai-sungai kita di dalam kawasan- kawasan tertentu sebab kita dengar dengan micropollutants yang ada, dengan microplastics dan sebagainya yang masuk ke dalam sungai dan kita kena jaga. Ini kerja Kementerian Alam Sekitar dan Air untuk jaga dan pastikan syarikat-syarikat ini akan gunakan atau ikut SOP tertentu untuk mereka tidak mengadakan pencemaran di dalam sungai masing-masing. Pada masa yang sama juga, saya minta KPKT di mana pembinaan rumah PR1MA dan juga affordable homes ini di dalam kawasan-kawasan tertentu. Macam kawasan saya, memang tidak ada satu-satu projek pun untuk pembinaan rumah PR1MA ataupun affordable homes di sana. Saya minta mereka buat kajian sebab kawasan itu satu kawasan yang luar bandar dan keperluannya ada dan bagi perhatian untuk kawasan itu di mana pembinaan perumahan untuk penduduk di dalam kawasan itu boleh dicapai dan ini satu yang kita nanti-nantikan dari KPKT di dalam kawasan ini. So, dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya sokong perbelanjaan pengurusan ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Kubang Pasu, lima minit.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera kerana dapat saya turut berbahas di dalam Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2021 ini yang dibentangkan pada hari ini. Jadi sefaham saya, Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2021 ini adalah bukan bagi perkara yang akan dilaksanakan tetapi yang telah dilaksanakan pada tahun 2021 yang mana sama ada peruntukan itu tidak diperuntukkan ataupun diperuntukkan tetapi tidak cukup. Jadi, yang saya hendak mohon Tuan Yang di-Pertua ialah supaya walaupun ini dibenarkan dalam Perlembagaan untuk benda yang dilaksanakan pada tahun sebelumnya dan kemudian dibawa ke dalam Dewan untuk mendapat kelulusan ini tetapi saya mohon untuk pada masa depan supaya diberikan peluang bagi perkara-perkara baharu. Kita faham bahawa sebahagiannya adalah perkara yang luar jangka. Contohnya berlaku banjir besar yang menyebabkan perlu diberikan bantuan, yang mana diperuntukkan itu tidak cukup. Okey, kita boleh tambah, laksanakan kemudian kita datang ke Dewan ini untuk minta tambahan. Akan tetapi ada perkara-perkara yang saya rasa perlu untuk dimaklumkan ke dalam Dewan terlebih dahulu supaya mendapat pandangan daripada Ahli-ahli Dewan semua sebelum kemudiannya ia dibentangkan di dalam Dewan pada tahun berikutnya untuk mendapatkan kelulusan. Saya hendak tekankan juga lagi di sini Tuan Yang di-Pertua ialah kerana sebenarnya kita perlu kepada satu disiplin fiskal kerana ia adalah perkara yang penting dan ia akan menyebabkan kita meletakkan prioriti perbelanjaan itu sama ada bekalan ataupun ia dalam bentuk pembangunan. Seperti yang kita tahu walaupun dilaporkan dan saya ada jawapan bertulis daripada Kementerian Kewangan di sini. Walaupun hutang Kerajaan Persekutuan secara rasminya ialah 63.4 peratus daripada KDNK ataupun RM979.8 bilion, hampir RM1 trilion.

Akan tetapi kalau kita mengambil kira dengan hutang-hutang kerajaan yang lain, liabiliti yang lain seperti komitmen jaminan, hutang-hutang syarikat berkaitan kerajaan yang mendapat jaminan kerajaan, kemudian mereka tidak boleh hendak bayar balik, kerajaan yang kena bayar RM197.3 bilion, 1MDB semua orang tahu, ada lagi RM32 bilion, liabiliti kewangan PPP ataupun Projek Pembiayaan Swasta (PFI) sebanyak RM151 bilion. Campur ini semua dah jadi RM1.36 trilion.

Semua ini perlu dibayar oleh kerajaan dan sudah menjadi 88.1 peratus daripada KDNK. Makna katanya, keperluan kerajaan untuk membayar balik hutang itu adalah cukup besar. Jadi, untuk itu, kita kena pastikan bahawa perbelanjaan yang hendak dibuat selepas ini biarlah ia mempunyai priority yang tertentu, yang akan memberikan kesan untuk kesejahteraan rakyat. Baru-baru ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan akan meneruskan projek-projek mega yang lain. Antaranya MRT 3, Lebuhraya Pan Borneo, Sarawak-Sabah Link Road dan projek tebatan banjir. Sebahagian daripada projek ini yang akan menggunakan dana pembangunan dan sebahagiannya mungkin akan dilepaskan kepada syarikat-syarikat berkaitan kerajaan untuk mereka laksanakan, kemudian tidak mampu bayar, kerajaan pula akan bayar. Bukan kita tak nak pembangunan ini tetapi biarlah kita seimbangkan agar pembangunan yang dijalankan, perbelanjaan yang dikeluarkan itu sebenarnya dapat kita kurangkan kesenjangan antara pembangunan di luar bandar dan juga dalam bandar. Ini saya ingat harus diberikan perhatian. Oleh sebab masa juga tidak mengizinkan, akhirnya saya juga hendak sentuh sedikit tentang kesan terhadap subsidi petrol ini. Apakah setelah melihat keadaan yang berlaku tahun 2021, hari itu kita meletakkan bahawa harga petrolnya sekitar dalam USD42, assumption dan sekarang sudah naik sehingga USD120 dan subsidi yang perlu diberikan oleh kerajaan adalah sangat tinggi. Apakah kerajaan tidak berfikir? Saya setuju dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pontian, sangat konsisten beliau dalam melihat tentang subsidi ini. Apakah kerajaan berhasrat untuk melihat semula cadangan yang pernah dicadangkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan untuk supaya subsidi ini diberikan secara bersasar. Biar mereka daripada golongan yang berpendapatan rendah sahaja diberikan subsidi petrol ini dan bukannya dibuka seluas- luasnya yang menyebabkan sebahagiannya apabila dibuka semula sempadan kita ini yang akan dapat manfaat ini juga adalah daripada warganegara luar dan juga mereka yang berpendapatan tinggi dalam negara kita. Jadi, saya harap itu juga dapat diberikan perhatian oleh pihak kerajaan untuk memastikan bahawa wang yang dibelanjakan dalam kita hendak menjaga disiplin fiskal kita ini, pastikan bahawa wang yang dibelanjakan itu sampai ke tempat yang sepatut ia sampai, memberi kesan yang sangat maksimum khususnya kepada pembangunan di luar bandar. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Kuala Krai. Lima minit.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Saya juga ingin mengambil peluang dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2021 ini yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sekejap tadi. Sudah pasti Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan yang dibentangkan hari ini tentunya mempunyai signifikan yang sangat penting kepada Kerajaan Keluarga Malaysia ini.

Ia sangat bersesuaian untuk menghadapi situasi COVID-19 yang masih belum reda dan bencana yang melanda negara ini. Saya yakin, rang undang-undang ini dapat membantu kerajaan untuk meneruskan bantuan-bantuan kepada rakyat di bawah. Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan peruntukan kepada SPR sebanyak RM60,721,300. Saya ingin tahu, apakah usaha pihak kerajaan bagi memastikan kesedaran politik di kalangan anak-anak muda khususnya ataupun first time voters dapat ditingkatkan kerana melalui dua PRN Melaka dan juga Johor, peratus yang keluar mengundi adalah terlalu rendah. Persoalan saya ialah adalah kerana protes? Kedua, ataupun kerana bimbang dengan jangkitan penyakit COVID-19? Ketiga ialah kerana kurangnya kesedaran dan merasakan pilihan raya tidak penting. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua ialah di bawah JPM walaupun hanya token RM50 tetapi saya ingin menarik perhatian berkaitan dengan Bantuan Khas COVID-19 dan Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 di bawah NADMA. COVID-19 yang melanda dunia menyebabkan kehidupan kita turut berubah dalam masa yang sama pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai bantuan untuk mengurangkan kesusahan kepada rakyat. Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih dan syabas kepada kerajaan. Antara bantuan yang diperkenalkan ialah Bantuan Khas COVID-19 dan Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 oleh pihak NADMA. Persoalannya sekarang berkaitan dengan pembayarannya yang agak lewat, malah saya mendapat beberapa aduan berkaitan dengan bayaran yang masih belum diterima sehingga ke hari ini. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk bertanyakan, berapa ramaikah yang sudah menerima bayaran untuk kedua-dua bantuan ini dan berapakah yang masih belum menerima bayaran setakat ini? Adakah sehingga ke hari ini masih lagi diteruskan oleh pihak NADMA? Saya juga ingin bertanyakan adakah permohonan yang tidak layak diberi makluman kepada pemohon tersebut? Ramai yang tidak tahu status permohonan mereka, sama ada mereka layak, diluluskan ataupun tidak. Sampai bilakah bantuan ini akan diteruskan? Tuan Yang di-Pertua, di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang diperuntukkan sebanyak RM539,000,699. Persoalan saya ialah, adakah peruntukan tambahan ini untuk memfokuskan kepada usaha menstabilkan harga barangan? Bagaimanakah persiapan pihak kementerian untuk berhadapan dengan keperluan pengguna khususnya dalam bulan Ramadhan yang akan menjelang beberapa hari lagi? Dari sudut kawalan harga yang cukup membimbangkan rakyat di luar sana dan juga kewujudan ataupun barangan yang mencukupi yang akan dipastikan oleh pihak kementerian, di pasaran sana juga turut membimbangkan sama ada yang telah berlaku sebelum ini berkaitan ayam, telur dan sebagainya. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua ialah di bawah Kementerian Kesihatan. Saya ingin bertanyakan, apakah polisi yang diambil oleh pihak kerajaan untuk syarikat-syarikat swasta yang tidak membenarkan pekerja yang masih belum mendapat suntikan? Adakah syarikat ini boleh menggantung pekerja mereka ataupun boleh membuang pekerja mereka yang masih belum mendapatkan vaksin? Ini adalah persoalan yang juga timbul di bawah sana. Tuan Yang di-Pertua, di bawah KPKT peruntukan yang juga begitu besar iaitu RM812,405,630. Saya ingin bertanyakan berkaitan Projek Perumahan Rakyat dan juga Projek Rumah Mesra Rakyat. Berapakah rumah mesra rakyat yang diperuntukkan untuk Parlimen Kuala Krai bagi tahun 2022 ini? Adakah terdapat dalam perancangan pihak KPKT untuk membina rumah PPR di Kuala Krai?

Saya difahamkan sudah terdapat sebidang tanah yang sesuai, yang telah dicadangkan kepada pihak KPKT. Jadi, persoalannya ialah bagaimanakah dengan perancangan tersebut? Terakhir Tuan Yang di-Pertua ialah di bawah K-KOMM walaupun juga token RM10 tetapi saya ingin menarik perhatian berkaitan dengan pengumuman Yang Berhormat Menteri Men. KOMM dalam penggulungan ataupun dalam ucapan di persidangan belanjawan tahun lepas telah mengumumkan sebanyak 28 buah menara telekomunikasi di Kuala Krai akan dibina. Saya ingin mendapatkan detail berkaitan perkara tersebut. Berapa kah menara yang sudah disiapkan, dalam pembinaan dan masih belum dimulakan? Dalam masa yang sama, bilakah 5G akan bermula? Persoalannya sekarang, apabila kerajaan telah mematikan 3G, talian telefon menjadi sangat teruk terutama di kawasan kampung- kampung yang mana penggunaan PdPR yang telah bermula pada hari ini, di sekolah- sekolah telah bermula memerlukan talian internet ini. Walaupun sekolah dibuka secara bersemuka tetapi masih lagi anak-anak kita yang dibuat secara penggiliran, yang belajar di rumah secara PdPR dan pelajar sekolah menengah juga belajar secara PdPR dalam tempoh dua minggu ini sebelum SPM berakhir. Apakah perancangan dan penyelesaian untuk permasalahan yang saya bangkitkan ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan saya menyokong Rang Undang- undang Perbekalan Tambahan 2021 ini. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Ahli Yang Berhormat, jam telah menunjukkan seminit lagi pukul satu. Kita berhenti rehat. Sambung semula pukul 2.30 petang. Terima kasih Ahli Yang Berhormat.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera semua, selamat tengah hari semua. Kita sambung perbahasan dengan saya menjemput Yang Berhormat Bukit Bendera. Silakan Yang Berhormat.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut ingin menyertai perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2021) 2022 dan saya meneliti tentang kertas perintah yang dibentangkan atas meja Ahli Parlimen. Dituliskan tajuk Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2021 dengan ada perkataan ‘pertama’. Saya ingin mendapatkan penjelasan sama ada dirancang untuk tambahan kedua pula kerana dengan perkataan tambahan pertama tersebut sama ada dengan pembentangan akta ini adalah konklusif dan mencukupi untuk pembayaran sepenuhnya tanggungan kerajaan pada tahun 2021. Tuan Yang di-Pertua, di bawah akta ini telah dinyatakan beberapa perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan tambahan sebanyak RM14 bilion. Kalau kita meneliti bahawa Bajet 2021, RM322.5 bilion. Waktu itu diumumkan biggest budget ever in the history of Malaysia. Bajet yang tertinggi pada waktu itu RM322.5 bilion. So, itu tambahan ini overshoot 4.34 peratus dan saya minta supaya kerajaan melakukan budget projection yang lebih spesifik dan lebih tepat supaya perkara-perkara

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

tambahan bajet ini kalau kita teliti sejarah-sejarah kita, setiap tahun datang ke Parlimen. Saya harap satu hari nanti semua boleh dilakukan within the budget dan tidak perlu tambahan bajet seperti yang kita lakukan pada hari ini. Saya meneliti dengan item-item perbelanjaan mengurus tentang Pilihan Raya Negeri Sarawak, tambahan RM67 juta. Saya memahami bahawa Pilihan Raya Negeri Sarawak merupakan bajet item yang disenaraikan pada tahun 2021. Akan tetapi, pada tahun 2022, tahun ini ada dua pilihan raya negeri yang barangkali tidak dibajetkan dalam Bajet 2022 iaitu Pilihan Raya Negeri Melaka dan juga Johor. PRN negeri Johor dan Melaka tidak dibajetkan untuk tahun 2022. Itulah menunjukkan bahawa tahun depan pula kita kena perlu berhadapan dengan satu tambahan bajet untuk pilihan raya negeri. Oleh itu, saya cadangkan supaya perbelanjaan untuk pilihan raya negeri difahamkan RM141 juta untuk Melaka dan Johor combine. Saya mencadangkan supaya Parlimen dan juga DUN meluluskan undang-undang Fixed-Term Parliaments Act dan Fixed-Term State Assembly Act dengan sekurang- kurangnya DUN dan juga Parlimen perlu untuk ditubuhkan berfungsi empat tahun, sekurang-kurangnya empat tahun. Of course, dihadkan kepada maksimum lima tahun supaya tidak ada pilihan raya negeri boleh diadakan sesuka hati, kerajaan negeri dengan Chief Minister ataupun Yang Berhormat Menteri Besar boleh lakukan sewenang-wenangnya kerana ini melibatkan perbelanjaan tambahan kepada belanjawan-belanjawan negara. Perlu menetapkan tarikh pilihan raya dengan menggunakan Fixed-Term Parliament Act dan Fixed-Term State Assembly Act. Perkara kedua, subsidi dan bantuan tunai yang dia datang ke sini untuk meminta tambahan sebanyak RM4.6 bilion. Saya ingin mendapat penjelasan kerana kita tahu bahawa subsidi minyak bertambah akhir tahun lalu tetapi kita ada revenue hasil daripada PETRONAS, memandangkan harga petrol naik, hasil daripada PETRONAS juga akan naik. Boleh dapat satu penjelasan dari Yang Berhormat Menteri sama ada hasil isu tersebut bagaimana ia direkodkan dalam bajet kita? Begitu juga dengan Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) datang ke Parlimen untuk meminta tambahan RM539 juta. Kita ada windfall profit levy, kita ada export tax untuk tambahan kerana harga CPO yang menaik dan windfall profit levy yang dikutip tinggi, export tax yang kutip tinggi, maka ia juga boleh sekurang- kurangnya menanggung lebih banyak Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak kita. Saya minta penjelasan Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan satu perkara yang terakhir sekali berkenaan dengan hospital dan satu perbelanjaan telah direkodkan. Satu perbelanjaan tambahan telah direkodkan untuk perkhidmatan hospital dan kenderaan. Saya ingin minta penjelasan kerana kita ada COVID-19 fund yang telah diluluskan oleh Parlimen ini dan kenapa tidak digunakan COVID-19 fund ini tetapi sebaliknya datang ke Parlimen untuk meminta satu bajet tambahan untuk Kementerian Kesihatan untuk perkhidmatan kesihatan dan kenderaan. Saya juga meminta sekali final sekali kerana perbelanjaan tambahan RM14 bilion ini pecahannya RM8.414 bilion, untuk perbelanjaan mengurus RM5.535 bilion untuk perbelanjaan pembangunan. Saya ingin dapatkan penjelasan Yang Berhormat Menteri setiap perkara berkenaan dengan perbelanjaan pembangunan yang diminta dan yang telah dibelanjakan untuk tahun 2021. Sila jelaskan setiap perkara tentang perbelanjaan pembangunan tersebut. Itu sahaja.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Last sekali, Fiscal Responsibility Act yang telah dicadangkan. Bagaimana Fiscal Responsibility Act ini? Bila ia akan dibentangkan di Parlimen supaya kerajaan boleh

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

melakukan satu fiscal discipline supaya kawalan bajet kita lebih tepat dan projection yang lebih baik supaya rang undang-undang sedemikian boleh dielakkan dan semua perbelanjaan mengikut bajet yang ditetapkan. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera, tiga kali akhir. Yang Berhormat Tebrau, silakan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya akan sentuh dua perkara sahaja. Pertama mengenai Maksud P.7 – Jabatan Perkhidmatan Awam, Butiran 00500 – Program Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran JPA. Kerajaan sudah bertahun-tahun memberi biasiswa serta pinjaman pelajaran kepada pelajar-pelajar untuk mengikuti program atau kursus yang dipilih untuk mereka. Soalan saya adalah adakah usaha-usaha kerajaan selama ini berhasil? Berapa penerima biasiswa selepas menghabiskan pelajaran mereka telah kembali untuk berkhidmat di sektor awam? Berapa juga yang sudah sertai sektor swasta? Negara kita masih bergantung kepada pakar-pakar dari luar negara di banyak bidang khususnya berteknologi tinggi seperti blockchain industry. Apa sebabnya kita ketinggalan dalam bidang ini? Adakah kemudahan seperti data centre tidak mencukupi atau servis jalur lebar kita tidak boleh menyokong industri blockchain? Saya berharap kerajaan akan ada garisan seperti satu roadmap yang menyeluruh bagi memastikan negara kita tidak ketinggalan dalam apa-apa pun supaya negara kita akan terus maju dan makmur. Tuan Yang di-Pertua, selepas negara kita dilanda dengan COVID-19 dan PKP dilaksanakan, ramai anak muda telah sertai industri gig. Ramai di antara mereka mempunyai sijil diploma atau sarjana muda. Ramai yang buat kerja di industri gig, mudah- mudahan boleh dapat gaji ataupun pendapatan di antara RM5,000 hingga RM6,000 sebulan. Memandangkan negara kita akan beralih kepada fasa endemik tidak lama lagi, tetapi ekonomi negara kita masih belum sampai satu tahap di mana majikan-majikan mampu membayar gaji yang berada pada tahap yang sama seperti yang mereka peroleh sekarang. Maka, apakah langkah-langkah kerajaan akan ambil untuk menyelesaikan masalah ini supaya anak-anak muda yang ada sijil diploma dan sarjana muda boleh beralih balik kepada sektor-sektor yang akan menyumbangkan kepada negara kita supaya negara adalah satu pasaran utama bagi pelabur-pelabur untuk buat pelaburan di sini untuk membantu negara kita akan terus maju dan ekonomi kita semakin meningkat. Kedua, adalah mengenai kesihatan. Saya hendak sentuh walaupun banyak peruntukan sudah diperuntukkan untuk menaikkan peralatan atau memperoleh peralatan dengan kenderaan. Jadi saya hendak sentuh, adakan ini mencukupi? Bagi satu contoh di Hospital Sultan Iskandar di kawasan saya, sudah tidak menampung peningkatan kes-kes pesakit. Keadaan ini semakin mendesak. Saya memohon pembangunan Hospital Pasir Gudang dipercepatkan. Buat masa sekarang yang amat mendesak adalah kekurangan parkir untuk pelawat-pelawat hospital HSI. Saya memohon ada bajet tambahan tahun ini untuk membina bangunan parkir bertingkat. Begitu juga dengan Klinik Desa Kangkar Tebrau, populasi di sekitar Klinik Desa Kangkar Tebrau telah meningkat berkali ganda dan tidak mampu menampung peningkatan pesakit-pesakit yang memerlukan perkhidmatan dan rawatan. Tempat klinik desa ini pun tidak memuaskan oleh sebab tidak mencukupi tempat parkir. Jadi, saya memohon peruntukan diperoleh untuk membina satu klinik kesihatan baharu di Bandar Dato’ Onn untuk memenuhi peningkatan pesakit-pesakit yang memerlukan perkhidmatan. Akhir, perkhidmatan ambulans di sekitar daerah Johor Bahru pun tidak memuaskan. Saya minta peruntukan tambahan diberi untuk menambah kenderaan

ambulans supaya perkhidmatan ambulans dapat ditingkatkan supaya berlaku kecemasan, anggota paramedik boleh sampai ke tempat kecemasan dalam lima minit yang dijanjikan. Akhir sekali, saya difahamkan St. John Ambulance ada banyak kenderaan ambulans yang dilengkapkan dengan banyak peralatan-peralatan yang lebih canggih, tetapi mereka tidak boleh memberi perkhidmatan mereka bagi membantu hospital kerajaan yang kurang kenderaan ambulans oleh sebab mereka tiada anggota paramedik. Saya memohon kepada kerajaan untuk melatih sukarelawan-sukarelawan St. John Ambulance supaya mereka dapat diiktiraf sebagai anggota paramedik. Jadi, ini akan membantu meringankan ambulan-ambulan di hospital. Jadi, ini adalah permohonan saya dan saya berharap kerajaan boleh bagi peruntukan tambahan selain daripada tambahan yang dipohon yang saya akan sokong. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Simpang Renggam. Silakan Yang Berhormat.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita lihat dalam perbelanjaan tambahan ini ada menyebut beberapa kementerian, saya hanya akan menumpukan kepada beberapa kementerian yang khusus. Pertamanya, berkaitan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Kita tahu bahawa pada sesi yang lepas, Menteri Kesihatan telah bentangkan pindaan Akta 342 dan kemudian dijangkakan akan dibentangkan pada sesi kali ini. Akan tetapi, Naib Presiden UMNO yang juga merupakan Perdana Menteri Malaysia telah berucap pada Perhimpunan Agung UMNO bahawa ia tidak akan diteruskan. Saya secara peribadi dan juga rakan-rakan pembangkang memang sedari awal menentang dan tidak menyokong pindaan Akta 342 ini. Namun, ucapan Naib Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri di Perhimpunan Agung UMNO tidak cukup. Jikalau benar pindaan akta ini tidak akan diteruskan, ia perlu dibentangkan di Dewan ini. Sekali lagi saya ingin menekankan saya, Simpang Renggam dan juga rakan-rakan pembangkang memang tidak bersetuju dan menentang pindaan Akta 342 ini. Kedua, berkaitan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Saya ingin menarik perhatian kementerian terhadap klinik kesihatan yang berada di Pekan Layang-layang dan juga Pekan Renggam yang agak kurang mesra OKU. Jadi kita tahu di kalangan pesakit, di kalangan pengunjung ada ramainya di kalangan mereka yang mempunyai masalah di kalangan OKU dan sebagainya. Akan tetapi apabila fasiliti di klinik kesihatan tidak mesra dengan orang sakit, tidak mesra OKU, akan menjejaskan perkhidmatan semua.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Jadi kita minta daripada Kementerian Kesihatan untuk lihat kepada fasiliti di klinik kesihatan di Renggam dan juga di Layang-Layang untuk dinaiktarafkan agar lebih mesra dengan OKU, warga emas, ibu mengandung dan juga anak-anak. Berkaitan dengan Kementerian Komunikasi pula, P.47. Semalam saya ada membawa kepada perhatian Dewan. Apabila saya mengajukan soalan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri K-KOMM berkaitan dengan satu ekosistem yang lebih mampan buat para artis, penggiat seni agar hari tua mereka lebih terjamin dengan adanya polisi berkaitan dengan caruman KWSP mereka yang boleh diusahakan oleh FINAS dan pernah dibentangkan oleh FINAS bersama KWSP pada tahun 2019. Akan tetapi tidak diteruskan dan semalam dijawab bahawa sedang ditubuhkan taskforce dan sebagainya. Saya melihat isu ini bukan hanya terkait dengan artis dan penggiat seni semata- mata tetapi juga perlu dimasukkan golongan pekerja industri kreatif yang lainnya sama ada mereka terlibat sewaktu produksi dan juga pasca produksi yang lebih ramai daripada

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

artis dan penggiat seni. Kebajikan mereka, sistem saraan hari tua mereka perlu diberikan perhatian dan perlu ada polisi yang mampan. Perlu ada ekosistem dan apabila sebut ekosistem di sini, mungkin bagi para syarikat produksi akan merasakan terbeban pula, terpaksa dicarumkan kalau ia dibentuk sebagai satu polisi seperti mana yang dibentangkan oleh FINAS pada tahun 2019. Namun, apabila kita lihat dalam bentuk yang lebih holistik, ia tidak boleh dilihat pada sudut KWSP dan artis, penggiat seni dan pekerja seni kreatif semata-mata tetapi juga perlu dilihat dalam kerangka yang lebih holistik iaitu setiap mereka yang terlibat itu perlu dijaminkan kebajikan dan juga saraan di hari tua melalui KWSP seperti mana yang dicadangkan oleh FINAS pada tahun 2019 dan juga sistem intellectual property untuk menjamin kepada pengkarya-pengkarya, produser-produser dan juga syarikat produksi supaya mereka menerima bayaran yang setimpal. Royalti yang setimpal dan juga sistem intellectual property yang menjamin mereka punya hak cipta. Ini kita lihat, kita dengar banyak keluhan daripada banyak syarikat produksi, banyak pengkarya apabila mereka menerima bayaran yang tidak seberapa mana. Sistem pembayaran royalti yang agak tidak mampan yang menjejaskan kualiti kepada penghasilan karya kreatif. Di Malaysia kita sebut industri kreatif, hakikatnya ia tidak menjadi satu industri. Kalau kita tanya MITI pun MITI tidak masukkan di bawah industri kerana tidak besar sekalanya. Kenapa? Oleh kerana apa yang mereka hasilkan itu, tidak sepadan bayarannya. Tidak dibawa bersungguh-sungguh oleh kerajaan untuk menjadikannya sebagai satu industri seperti mana di negara-negara maju. Maka, saya mencadangkan kepada K-KOMM supaya revisit. Ulang, lawat dan melakukan satu reformasi, satu rombakan sistem pembayaran royalti, sistem hak cipta, IP property yang lebih mampan dan menjamin ekosistem supaya industri kreatif kita, supaya seni kita boleh diangkat ke satu tahap yang lain seperti mana di negara maju. Tidak masalah untuk mereka belajar daripada negara-negara maju. P.31 berkaitan dengan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya. Baru-baru ini saya ditimbulkan isu bagaimana stesen lama kereta api Layang-Layang yang sepatutnya dipelihara, dipulihara untuk menjadi spot ataupun daya penarik pelancong ke Pekan Layang-Layang. Malangnya, selepas saya bawakan kepada Kementerian Pelancongan dan saya telah bertemu sendiri dengan Menteri Pengangkutan beberapa hari selepas itu ia telah pun dirobohkan. Malah papan tanda Stesen Kereta Api Layang- Layang yang berdekad-dekad lamanya dan begitu signifikan di hati para penduduk Layang-Layang telah tiada lagi. Amat menyedihkan dan kita minta walaupun dalam pembekalan ini tidak ada Kementerian Pengangkutan tetapi bagi Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya untuk perjuangkan ini. Kita pertahankan nilai sejarah, nilai khazanah yang boleh dijadikan produk pelancongan bagi pekan Layang-Layang itu sendiri. P.63 berkaitan Kementerian Pendidikan Malaysia. Saya lihat di sini ada penambahan berkaitan dengan perlanjutan belajar. Soalan yang saya ingin bawakan kepada Kementerian Pendidikan. Apakah insentif yang pernah direncanakan suatu waktu dahulu untuk guru-guru yang telah berjaya menamatkan pembelajaran pasca sarjana mereka sama ada di bidang masters ataupun PhD? Apakah insentif yang pernah kita rangkakan itu diteruskan? Ataupun apakah kini insentif yang diberikan kepada guru-guru yang telah selesaikan masters, selesaikan PhD mereka, kenaikan pangkat kah? Kenaikan gaji kah? Apakah status projek gagasan scholarly teachers, guru berkesarjanaan yang pernah kita laungkan dulu? Oleh kerana ia membawa kepada sekurang-kurangnya guru kita di kalangan MA holders. Keduanya, kepada KPM. Perlu dilihat pertambahan penduduk di kawasan Cyberjaya dan sekitarnya telah menyebabkan kepadatan sekolah di Cyberjaya yang agak kekurangan. Kita ada satu sekolah sahaja. Sekolah rendah, sekolah menengah. Sudah tidak cukup. Kepadatan penduduk di Cyberjaya dan penduduk yang berdekatan Kota Warisan dan lain-lain lagi menyebabkan padat. Kita pernah dulu merencanakan untuk penubuhan sekolah-sekolah lain di Cyberjaya untuk menampung permintaan yang begitu

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

banyak. Jadi, permintaan kita kepada Kementerian Pendidikan Malaysia agar dibina sekolah kebangsaan dan juga sekolah menengah satu lagi di Cyberjaya berdasarkan tuntutan yang ada. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam. Yang Berhormat Dungun, silakan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang berbahas pada Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan ini bagi meluluskan penggunaan sejumlah wang pada tahun 2021. Yang bagi meraikan semangat demokrasi, saya berharap proses ini memberi ruang kepada penggubal undang-undang untuk berbahas bagi memastikan segala penggunaan wang pembayaran bercukai ini berterusan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin untuk bangkitkan tentang Suruhanjaya Pilihan Raya. Kos perbelanjaan bagi Pilihan Raya Umum yang kelihatan sangat besar dan menelan jumlah yang bukan sedikit. Saya ingin untuk melihat kepada perbelanjaan yang dimohon dalam Rang Undang-undang Pembekalan Tambahan 2021 ini. Bagi negeri Sarawak yang pada jangkaan asal ialahlah anggaran RM200 juta dimohon sebanyak RM67,721,300. Menunjukkan bahawa dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 yang akan datang, maka kosnya akan meningkat. Jadi saya mohon untuk mendapat maklumat jangkaan kos yang mungkin ditanggung oleh kerajaan dan perlu berikutan keperluan untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) baru bagi mengekang penularan wabak COVID-19. Angka perbelanjaan PRU 15 dijangka besar dalam negara kita memasuki pemulihan ekonomi yang rancak. Oleh itu saya ingin untuk mencadangkan kepada kerajaan melalui SPR, mempertimbangkan untuk melihat kepada kajian-kajian cara undian yang baharu berdasarkan kepada IR 4.0 untuk melihat secara elektronik atau e- voting. E-voting ini mungkin lebih murah, cekap dan cepat dalam mengeluarkan keputusan pilihan raya, bahkan menurut setengah kajian di negara-negara barat kos bagi sesuatu pilihan raya ini hanyalah separuh daripada perbelanjaan dan cara pengundian manual yang diamalkan pada waktu ini apabila melibatkan perkara-perkara yang berkaitan dengan elektronik dan juga e-voting.

Beberapa negara maju telah melaksanakan e-voting dalam sistem pilihan raya mereka iaitu Australia, Belgium, Perancis, Jerman, Belanda, Switzerland dan Britain serta telah terbukti kelancaran pilihan raya mereka selama ini. Bahkan penggunaan peralatan- peralatan perlu berikutan sistem elektronik yang akan mengambil alih urusan pendaftaran dan penyimpanan maklumat pengundian secara sistematik. Kajian yang diperlukan untuk memastikan bahawa pelaksanaan pilihan raya mestilah diselaraskan dengan kemajuan IR 4.0. Walau bagaimanapun, terpulang kepada cara dan mekanisme yang difikirkan sesuai dengan keadaan negara kita dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Kelima Belas yang akan datang. Kedua Tuan Yang di-Pertua ialah Tabung Bencana Negara. Tabung yang ditubuhkan di bawah NADMA ini bertujuan untuk menggalakkan sumbangan pihak swasta, badan sukarela serta orang perseorangan atas prinsip pengurusan bencana negara adalah tanggungjawab semua anggota masyarakat. Soalan saya adalah: (i) di manakah segala maklumat terkini sumbangan orang ramai kepada tabung ini dipamerkan setiap masa atas dasar ketelusan? dan (ii) bagaimanakah dan bilakah agihan bantuan dari tabung ini disalurkan? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Seterusnya Yang Berhormat Rasah, silakan.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan pada petang ini. Perkara pertama yang saya hendak sebutkan pada petang ini adalah berkenaan dengan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan iaitu di bawah tajuk Maksud P.42 untuk Kementerian Kesihatan. Satu peruntukan yang besar iaitu sebanyak RM3,879,000,000 dibelanjakan untuk membiayai bekalan perubatan fasiliti. Saya hendak tanya pada kerajaan, apakah jenis fasiliti yang terlibat untuk tambah baik, untuk menaik taraf dan sebagainya? Tiada masalah sebab kita tahu pada tahun lepas kita masih dibayangi oleh pandemik COVID-19. Jadi sudah pastinya belanja sebegini adalah wajar dibelanjakan cuma detilnya macam mana? Adakah RM3.8 bilion ini termasuk dengan kos vaksin tersebut? Itu yang saya hendak tanya. Berkenaan dengan KKM, satu perkara yang saya hendak kemukakan ialah berkenaan dengan kekecewaan saya. Saya hendak sebut secara terus-terang on record dalam Dewan ini. Saya baru mendapat jawapan bukan lisan daripada Kementerian Kesihatan yang mengatakan bahawa Pakej Penjagaan COVID-19 yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada tahun lepas sudah hampir enam bulan. Untuk Parlimen Rasah sejumlah 27,546 buah keluarga B40 yang layak untuk mendapat kit tersebut tetapi setakat 10 Mac, hanya 80 peratus yang dapat. Kenapa selepas enam bulan, hanya 80 peratus? Mana pergi 20 peratus lagi? Bila hendak dapat? Jangan kita bagi kit yang sebegini, yang harganya RM100 lebih pun hendak tunggu sampai enam bulan tidak bagi-bagi. Ini bukan caranya. Jadi saya mohon satu penjelasan berkenaan dengan perkara ini. Bukan saya hendak bantah bajet tambahan ini sebab tidak boleh hendak bantah, bantah pun tidak guna. Ini adalah berkenaan dengan belanja yang telah dibelanjakan pada tahun lepas, bukan untuk tahun ini. Jadi saya hendak satu penjelasan, kenapa kit yang sebegini untuk keluarga B40? Jadi, apa gunanya kita mempunyai belanjawan yang besar dikatakan untuk membantu B40 tetapi akhirnya benda itu tidak kesampaian kepada penerima yang wajib. Perkara kedua Tuan Yang di-Pertua, di bawah Maksud B.4 – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Ini Tuan Yang di-Pertua lebih arif sebagai mantan Pengerusi SPR. Saya nampak RM67.7 juta untuk PRN Sarawak. Tahun lepas kita tahu, itu belanja tambahan daripada belanja yang telah dianggarkan sebelum ini. Tiada masalah, kosnya meningkat, logistiknya meningkat dan sebagainya, itu kita fahamlah. Cuma satu, kenapa PRN Melaka yang telah diadakan pada 20 November lepas tidak dimasukkan? Itu tahun lepas, kalau Johor itu saya fahamlah. Johor itu baru sahaja lepas tahun ini, tahun 2022. Kenapa yang Melaka itu, apakah Kerajaan Negeri Melaka hendak tanggung sendiri? Rasanya tidak sebab ia adalah di bawah Pusat, di bawah SPR. Jadi kenapa jadi macam ini? Apakah ini menunjukkan kepada kita, membawa maksud yang tersirat bahawa satu lagi bajet tambahan akan dibawa ke dalam Dewan yang mulia ini pada persidangan bulan Julai yang dijadualkan. Kalau sidang go on lah. Jadi saya rasa, kalau kita serius dalam perkara ini, bawa hari ini, kita bentang, kita bahaskan bersama. Kita hendak tahu berapakah kos sebenar untuk PRN Melaka yang tidak sepatutnya diadakan ketika itu tetapi disebabkan oleh kepentingan politik pihak tertentu yang menyebabkan saya rasa berpuluh juta sekurang-kurangnya telah dibelanjakan. Jadi saya mohon penjelasan kenapa tidak dibawa bersama. Seterusnya untuk perkara B.11 iaitu Subsidi Petroleum lebih RM4 bilion. Disebutkan di sini, ia termasuk untuk memberikan subsidi kepada harga minyak untuk pasaran runcit. Saya hendak tanya, kita ini selain daripada import minyak, kita ini pengeluar minyak, kita ini eksport minyak. Jadi, bila harga minyak sedunia melonjak tinggi, kita dapat untung banyak. Saya hendak tanya MOF, apakah lonjakan harga minyak mentah sedunia pada ketika ini menguntungkan kita? Berapa banyak keuntungan

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

tambahan yang kita dapat daripada unjuran asal ketika kita buat bajet berbanding dengan subsidi yang kita berikan khas untuk produk petroleum runcit? Itu soalan ringkas saya, mohon jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya percaya Yang Berhormat Timbalan Menteri ada jawapan. Perkara seterusnya, tajuk terakhir Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon dua minit tambahan sebab kalau bercakap dengan pelitup muka itu sebagai satu teladan yang baik, saya mohon bagi bonus sedikit Tuan Yang di-Pertua. [Ketawa] Ia sebab yang lain semua buka pelitup muka saya perhatikan, sayalah satu-satunya. Kalau ada pengundian, saya kalahlah.

Tuan Yang di-Pertua

Itu pun dah rugi 20 saat.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Jadi saya mohon tambahan, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Di bawah tajuk Maksud B.25 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sebanyak RM539.6 juta diberikan untuk subsidi dibawa untuk menstabilkan bekalan dan harga minyak masak. Kita tahu ia kebanyakannya untuk minyak masak dalam peket RM2.50. Cuma masalahnya kekurangan bekalan berterusan termasuk tahun lepas. Ini sahabat saya, Yang Berhormat Menteri KPDNHEP sampai ketika ini, jadi saya ulangi pada petang ini. Tahun lepas ada berlaku kekurangan bekalan. Saya difahamkan puncanya ialah kelewatan MOF sendiri memberikan subsidi kepada pihak pengilang ataupun pembekal yang membuat packaging yang menyebabkan bekalan tidak cukup di pasaran tetapi sasarannya biasalah KPDNHEP yang kena. Jadi saya mohon, saya hendak tanya penjelasan daripada MOF sendiri, kenapa ada lebih setengah bilion dikeluarkan masih tidak cukup? Jadi, kalau kita hendak cukup, pastikan bekalan itu berterusan, tiada gangguan bekalan, berapa banyak yang sepatutnya? Itu belum lagi telur dan ayam yang saya hendak sebut juga, ambil kesempatan pada petang ini. Ini kerana saya rasa pada ketika ini soal subsidi bukan setakat kita hendak jaga minyak masak sahaja. Kalau dulu memanglah minyak masak, tepung, gula, itu kita faham. Akan tetapi hari ini mungkin sayur-sayuran sebab harga sayur-sayuran melonjak pada satu ketika. Jadi, apakah kerajaan mempunyai satu perancangan apabila harganya naik, kosnya naik, bukan sahaja untuk membantu pengguna kita tetapi untuk membantu petani kita sendiri. Jadi, bagi subsidi kepada mereka yang terbabit supaya rantaian pembekalan daripada punca, daripada sumber sehingga kepada pengguna akhir berterusan, ada kesinambungan dan tidak terputus bekalan sebab saya rasa benda itu penting. Jadi, pada petang ini saya hendak cadangkan juga supaya kerajaan khasnya MOF, saya mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh bagi jawapan yang progresif apabila menjawab nanti. Orang muda biasa progresif dengan idea yang baharu. Kalau boleh biar pelitup muka dan juga kit ujian kendiri pun kita bagi subsidi supaya harganya tidak meningkat sebab saliva kit harganya meningkat lepas Tahun Baru Cina hari itu bila kes melonjak. Bulan Januari ia cantik, ada orang jual RM4 lebih tetapi masuk Februari bila kes melonjak, harga naik.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Itu yang kita tidak hendak dan kes masih tinggi. Yang Berhormat Menteri KKM sendiri menyarankan supaya RTK digunakan sebagai cara yang sewajarnya mudah, murah dan senang dilakukan berbanding dengan PCR. Jadi, saya mohon ada subsidi untuk kit ujian kendiri supaya ia akhirnya akan membantu usaha kita untuk sama-sama keluar daripada pandemik, masuk ke fasa peralihan endemik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas— saya rasa tiga atau empat minit tambahan yang diberikan oleh Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya Yang Berhormat Tumpat, silakan.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2021 pada hari ini. Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin menyentuh mengenai peruntukan bagi Suruhanjaya Pilihan Raya RM67.721 juta. Kini kita berada dalam lipatan sejarah politik yang unik dan penuh dengan kejutan dalam negara selepas tahun 2018, di mana kita menyaksikan empat pilihan raya negeri dan beberapa pilihan raya kecil telah diadakan. Bahkan berlaku perubahan kerajaan bukan sahaja di peringkat Persekutuan, mahupun juga di beberapa buah negeri. Jadi kos pilihan raya yang terpaksa ditanggung dan dikeluarkan oleh kerajaan bagi menampung perjalanan pilihan raya yang tentu nilainya bukan sedikit. Saya ingin memberi contoh ketika Pilihan Raya Negeri Johor diadakan, SPR memaklumkan bahawa kos bagi melaksanakan PRN ini telah mencecah RM96 juta. Jadi, kos RM96 juta ini kalau dikira boleh menyamai dengan kos pembinaan hampir lima buah sekolah rendah. Manakala kos bagi melaksanakan pilihan raya kecil bagi DUN-DUN pula, boleh mencecah RM3.6 juta. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak berhasrat untuk berbincang berkenaan kewajaran melaksanakan PRN atau PRK kerana ia adalah perbincangan yang melibatkan kerangka kematangan demokrasi dalam negara kita. Apa yang ingin saya sampaikan ialah perlunya penelitian terhadap kewajaran mengeluarkan jumlah duit pembayar cukai yang tinggi bagi pelaksanaan pilihan raya ini. Parti-parti politik atau pemimpin-pemimpin politik seharusnya sensitif kepada apa yang dirasai oleh rakyat ketika ini. Kerajaan seharusnya meletakkan priority yang tepat dalam peruntukan perbelanjaan ini demi kebaikan rakyat secara keseluruhannya. Tuan Yang di-Pertua, balik kepada isu pilihan raya tadi, saya bersetuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Raja dan dipersetujui oleh Yang Berhormat Padang Rengas iaitu masalah lompat parti di kalangan ahli-ahli politik yang perlu diselesaikan melalui undang-undang. Jadi Akta Anti-Lompat Parti adalah satu akta yang diharapkan dapat menyelesaikan masalah ini. Namun untuk Yang Berhormat Kota Raja menyalahkan pihak di sini iaitu pihak kerajaan hari ini yang menyebabkan kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan adalah tidak tepat kerana ia berpunca daripada perpecahan atau setidak-tidaknya ketidakfahaman di kalangan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan sendiri sementelah penolakan rakyat terhadap Pakatan Harapan yang gagal melaksanakan manifesto pilihan raya. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya berbalik kepada priority yang seharusnya diletakkan oleh kerajaan di mana peruntukan perbelanjaan ini perlu diletakkan priority yang tepat demi kebaikan rakyat keseluruhannya. Dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Langat dan juga Yang Berhormat Kubang Pasu agar memberikan penekanan kepada perkara-perkara yang sensitif dan sangat diperlukan rakyat seperti penyelesaian infrastruktur luar bandar, penyediaan tempat tinggal yang selesa dan sempurna untuk rakyat dan bantuan-bantuan keperluan asas kepada mereka. Tumpuan kepada keseimbangan wilayah yang menjadi dasar kerajaan adalah perlu diterjemahkan dalam setiap penyediaan bajet mahupun bajet tambahan. Hari ini saya tidak mahu lagi mengulangi tentang beberapa buah projek yang sangat perlu disegerakan di Tumpat secara khusus. Saya sudah menyebutnya beberapa kali dan seharusnya mendapat perhatian daripada pihak kerajaan. Baru-baru ini banjir besar dan banjir termenung sekali lagi telah melanda Tumpat dan saya berharap sebarang perancangan bagi mengatasi masalah banjir mesti diberi keutamaan oleh kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa poin lagi yang hendak saya sebut iaitu berkenaan dengan bantuan wang tunai. Di mana kita sudah memasuki beberapa siri bantuan wang tunai yang telah dijenamakan beberapa kali bermula dengan Bantuan

Rakyat 1Malaysia, Bantuan Sara Hidup, Bantuan Prihatin Negara dan akhir sekali, Bantuan Keluarga Malaysia hari ini. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan yang sentiasa prihatin dan memberi wang tunai kepada rakyat kebanyakan lagi- lagi ketika ekonomi negara kita masih lagi dalam pemulihan. Namun saya ingin bertanya persoalan yang berlegar di pemikiran rakyat pada waktu ini iaitu mengapakah BKM ini dilihat agak berkira dalam memberi bantuan tunai yang sewajarnya kepada golongan M40? Saya ingin memberi contoh. Golongan isi rumah berjumlah RM2,500 sehingga RM5,000 hanya mendapat RM400 bagi yang tidak mempunyai anak dan RM600 sahaja bagi mempunyai satu ataupun dua orang anak. Individu atau warga emas dan OKU yang tiada pasangan berpendapatan RM5,000 ke bawah, mereka hanya mendapat RM600 sahaja. Memandangkan BKM ini akan diberi sebanyak empat kali pada tahun ini, pemberian bantuan tunai ini akan diberikan sebanyak RM100 hingga RM200 sahaja bagi setiap kali pemberian. Golongan M40 adalah golongan pertengahan yang tidak mempunyai simpanan yang tinggi seperti golongan T20. Namun tidak pula layak mendapat bantuan-bantuan yang banyak seperti golongan B40. Oleh itu, pemberian sebanyak RM100 sehingga RM200 pada setiap kali pembayaran tentunya tidak mencukupi bagi golongan M40 ini lagi-lagi bagi yang menetap di ibu kota di mana kos sara hidup adalah tinggi. Saya mohon kerajaan mempertimbangkan untuk menaikkan jumlah demi memastikan rakyat khususnya golongan M40 ini dibantu dengan sewajarnya selepas ini. Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutupnya— walaupun saya masih ada beberapa perkara yang ingin disebut, mengakhiri perbahasan ini seperti mana yang selalu saya sebut bahawa belanjawan negara bukanlah sahaja melibatkan peruntukan kewangan bagi pembangunan negara semata-mata, bahkan apa yang lebih penting ialah penyampaian serta pemantauan yang berkesan. Agar ia benar-benar sampai kepada kumpulan sasar. Jadi, ini melibatkan juga kewibawaan SPRM dan seumpamanya. Pagi tadi saya cuba bangkit apabila dalam sesi Soal Jawab apabila Yang Berhormat dari Pulai membangkitkan ataupun bertanyakan mengenai langkah-langkah kerajaan bagi memperkasakan ataupun meningkatkan kewibawaan SPRM. Saya cuba bangkit untuk mendapat jawapan soalan tambahan, namun tidak dibenarkan oleh Tuan Yang di-Pertua. jadi, saya cuba bangkitkan di sini pada masa sekarang ini. Dalam janji ke-14, kalau tidak silap saya Pakatan Harapan dalam usaha untuk memberikan kewibawaan kepada SPRM disebut dalam Manifesto Pakatan Harapan ialah antaranya meletakkan ataupun SPRM melaporkan terus kepada Parlimen. Namun perkara itu tidak dilaksanakan oleh Pakatan Harapan walaupun itulah janji yang menarik sebahagian besar daripada rakyat yang bersetuju agar SPRM ini diperkasakan, namun tidak dilaksanakan oleh Pakatan Harapan. Jadi soalan saya, ia memang berkait dengan bajet ini, bagaimana ia boleh sampai kepada rakyat dan sebagainya. Apakah kerajaan hari ini bersetuju sekiranya SPRM ini ditingkatkan kewibawaannya dengan diletakkan terus di bawah ataupun memberi laporan kepada Parlimen. Terima kasih, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Seterusnya Yang Berhormat Pokok Sena. Silakan.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana saya turut dapat berbahas dalam perbelanjaan tambahan ini. Saya hendak menyentuh berkaitan dengan soal peruntukan yang disebut ini, berkaitan dengan soal pilihan raya.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Walaupun ia merupakan Pilihan Raya Negeri Sarawak tetapi ini adalah peringkat dasar. Saya ingin mendapat jaminan daripada pihak kerajaan untuk kita tidak membazirkan wang kerana kita telah melalui tiga pilihan raya yang dipaksa iaitu Sabah, Melaka dan juga Johor. Sarawak adalah pilihan raya yang memenuhi kehendak Perlembagaan kerana ia sudah pun tamat tempoh. Akan tetapi untuk menjamin masa depan untuk sampai kepada tamat tempoh penggal ini, tahun 2023, apakah jaminan kerajaan yang pilihan raya kita ini tidak akan berasingan antara satu sama lain? Ini disebabkan sekarang ini sudah pun diumumkan oleh beberapa buah kerajaan negeri khususnya di Kedah, Kelantan, Terengganu, mereka tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri sehingga tamat tempoh penggal ini. Begitu juga Selangor, Pulau Pinang dan juga Negeri Sembilan mengumumkan bahawa mereka juga tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri sehingga tamat tempoh penggal ini pada tahun 2023. Sedangkan, UMNO dalam perhimpunan mereka riuh rendah untuk mendesak menuntut Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen segera. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memberikan komitmen untuk berbincang dengan top five di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO. Ini bagi saya bahawa sesuatu yang sangat membimbangkan kita semua kerana akan berlaku pilihan raya yang berasingan iaitu pilihan raya peringkat Parlimen akan disegerakan dan kemudian pilihan raya peringkat negeri akan berlaku pada tahun yang akan datang apabila tamat tempohnya. Jadi, ini akan menyebabkan perbelanjaan kita akan bertambah. Sedangkan yang menjadi keperluan sekarang ialah kehidupan rakyat, bukan kehendak kerakusan politik, kuasa politik yang ada di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO. Saya hendak minta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk clarify perkara ini sebab ini sangat penting untuk menarik pelabur-pelabur, memberikan keyakinan kepada mereka bahawa kestabilan politik ini akan sampai kepada penghujung penggal ini. Saya sangat bimbang apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberikan komitmen dia akan berbincang dengan top five di kalangan pemimpin- pemimpin UMNO. Ini seolah-olahnya mereka sudah mendahului kuasa Yang di-Pertuan Agong. Kita telah berhadapan dengan krisis antara kerajaan gagal tempoh hari dengan Istana Negara apabila krisis yang berkaitan dengan soal pemansuhan atau pembubaran Ordinan Darurat apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengumumkan di sini bahawa Ordinan Darurat itu telah pun dimansuhkan, telah pun dibubarkan, sedangkan dia tidak mendapatkan persetujuan daripada Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertuan Agong memberikan arahan supaya dibubarkan, dimansuhkan, dipertimbangkan di dalam Dewan ini. Jadi, timbul satu krisis yang membawa kepada akhirnya sesuatu yang sangat memalukan negara kita. Jadi, saya minta supaya pihak kerajaan...

Yang Berhormat...

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Minta maaf, saya tidak ada masa. Saya minta kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk memberikan satu jaminan bahawa Parlimen tidak akan dibubarkan sampai kepada penghujung penggal ini. Ini sangat-sangat penting untuk mengelakkan daripada pembaziran. Jadi, yang keduanya ialah saya hendak mendapatkan satu penjelasan iaitu berkaitan dengan soal persaraan pesara-pesara, sebab ia disebut dalam ini. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah menyebut bahawa jika diluluskan peruntukan one- off RM10,000 kepada pencarum, pekerja-pekerja yang mencarum dalam KWSP ini, ia akan menyebabkan ramai rakyat akan berisiko menjadi miskin tegar apabila mereka bersara.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jadi, apakah langkah kerajaan setelah Perdana Menteri mengubah pendirian dan Yang Berhormat Menteri Kewangan― saya tidak tahu sama ada dia sudah meletakkan jawatan, dia sudah berpencen sudah kah sekarang ini, wallahualam, tetapi dia telah memperakui bahawa dia rela untuk melepaskan jawatan kalau diberikan peruntukan one- off RM10,000 ini kepada pencarum KWSP. Akan tetapi, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun menyatakan bahawa kalau diberikan, bermakna bahawa ramai pesara ini akan berisiko menjadi miskin tegar apabila mereka bersara. Jadi, sekarang kita berhadapan dengan peruntukan untuk pesara-pesara ini. Jadi, apakah jaminan, apakah langkah yang dibuat oleh pihak kerajaan untuk memastikan supaya peruntukan RM60 bilion, kalau tidak silap saya, daripada KWSP yang akan diberikan kepada mereka yang akan mengeluarkan wang itu nanti akan menjamin bahawa mereka ini tidak akan berhadapan dengan miskin tegar? Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan kena― saya mengucapkan selamat pengantin baru kepada Timbalan Menteri. Dia jangan syok, dia baru berkahwin seronok, jadi dia lupa masalah masa depan masyarakat dan rakyat dekat-dekat hendak berpuasa ini. Ini sejarah berkahwin dekat bulan puasa.

Tuan Yang di-Pertua

Dia ada di sini, dia tidak lupalah itu.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jadi, saya hendak minta ketegasan daripada pihak kerajaan, apakah jaminan yang boleh diberikan oleh pihak kerajaan untuk memastikan supaya pekerja-pekerja kita ini tidak akan menjadi miskin tegar apabila mereka bersara? Sepatutnya, bagi saya, kerajaan membantu mereka, bukan mereka membantu diri mereka sendiri. Malang, saya cukup kecewa, apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengambil pendekatan jadi hero dalam Perhimpunan Agung UMNO. Dia kata, dia membuat keputusan untuk membuat pengumuman dalam Perhimpunan Agung UMNO― kerana apa? Kerana untuk kita beritahu kepada rakyat bahawa hanya UMNO yang mampu bagi RM10,000 kepada pencarum. Sedangkan itu bukan duit kerajaan, itu bukan duit daripada UMNO, bukan duit daripada peruntukan dana kerajaan. Itu adalah duit pencarum-pencarum yang kerajaan rompak untuk beri kepada pekerja-pekerja ataupun beri kepada pencarum. Jadi, dia hendak menjadi hero dalam Perhimpunan Agung UMNO kerana tekanan daripada Yang Berhormat Pekan, tekanan daripada Yang Berhormat Bagan Datuk. Jadi, ini dilema yang dihadapi oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang begitu lemah dalam memimpin pemimpin-pemimpin negara kita. Jadi, saya hendak minta supaya dia harus memberikan penjelasan ini dan penjelasan ini sangat penting untuk diberitahu kepada rakyat bahawa ini bukan duit daripada kerajaan, ini adalah rakyat bantu rakyat. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Seterusnya, Yang Berhormat Kota Kinabalu. Silakan.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk turut serta dalam perbahasan bagi Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2021. Rang undang-undang ini memang bertujuan untuk membenarkan kerajaan untuk membuat pengeluaran wang daripada Kumpulan Wang Disatukan bagi tujuan membiayai our overspending, dengan izin, oleh kerajaan. Ia bagi menampung perbelanjaan tambahan yang tidak disangka-sangka dan tidak diberikan peruntukan semasa Belanjawan 2021 pada akhir tahun 2020. Saya di sini hanya ingin fokus kepada satu isu sahaja iaitu peruntukan tambahan bagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diperuntukkan peruntukan tambahan

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

sebanyak hampir RM68 juta. Memang kebanyakannya untuk menampung perbelanjaan bagi pilihan raya negeri yang diadakan yang tidak disangka seperti Pilihan Raya Negeri Melaka sahaja sudah menelan RM45 juta. Ramai MP sudah membincangkan isu ini. Di sini saya kurang bersetuju dengan Ahli Parlimen Padang Rengas tadi yang menuduh kepada ketidakstabilan politik berpunca daripada Pakatan Harapan sendiri. Dia kata ‘Sheraton Move’ disebabkan oleh perpecahan di antara Pakatan Harapan. Saya hendak mengingatkan beliau bahawa Pilihan Raya Negeri Melaka yang berlangsung pada 20 November 2021 diadakan apabila Dewan undangan Negeri dibubarkan pada 4 Oktober susulan tindakan empat orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan sendiri mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka pada masa itu. So, maksudnya ketidakstabilan politik ini juga berlaku di antara Barisan Nasional dan juga Perikatan Nasional di negeri Melaka. So, jangan menuduh kepada Pakatan Harapan sahaja yang tidak stabil. Untuk isu ini, memang akta anti lompat parti ini sudah disebut-sebut. So, ini memang salah satu agenda di bawah MoU di antara Pakatan Harapan dengan Perdana Menteri Malaysia. Saya mendesak kerajaan pada sidang kali ini hendaklah menunaikan janji di bawah MoU untuk membentangkan sekurang-kurangnya bacaan kali yang pertama untuk rang undang-undang ini. Bukan sahaja untuk rang undang-undang akta anti lompat parti, saya rasa kalaulah kita ada MoU 2.0 yang sekarang saya hendak membincangkan tentang satu lagi akta iaitu akta penggal tetap. So, ahli akademik seperti Profesor Datuk Dr. Wan Hashim Wan Teh daripada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), dia juga berpandangan bahawa untuk menjadikan politik negara lebih stabil, selain pengenalan akta anti lompat parti, satu langkah besar yang boleh diambil ialah menjadikan tarikh PRU sebagai satu perkara yang tetap. Saya amat bersetuju dengan pandangan ini. So, apabila kita mewujudkan mekanisme akta anti lompat parti untuk melarang wakil rakyat berubah pendirian politik dengan sewenang-wenangnya, maka perubahan kerajaan atas kehilangan wakil rakyat bukan satu lumrah yang biasa seperti apa yang berlaku sekarang.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Dengan demikian, ia adalah baik jika PRU atau PRN cuma boleh diadakan selepas kehabisan penggal dan ini memang sesuatu yang wajar. Kita ambil contoh daripada negara-negara yang mengamalkan sistem presidential democracy seperti US dan juga negara jiran kita Indonesia yang memperuntukkan pemilihan Presiden di negara mereka wajib secara automatik dilangsungkan pada tarikh tertentu. Untuk negara-negara Westminster dengan sistem demokrasi yang lebih kurang dengan Malaysia – kita lihat pada United Kingdom. Memang sudah ada Fixed-Term Parliament Act (FTPA) sejak tahun 2011 yang untuk menetapkan tarikh pembubaran Parlimen dan Pilihan Raya Umum untuk membendung krisis politik yang amat merugikan negara dan rakyat. Di UK, Fixed-Term Parliament Act ini menetapkan dalam perundangan tarikh pilihan raya yang tetap untuk Parlimen. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] Sebelum akta ini diluluskan, pilihan raya diwajibkan oleh undang-undang diadakan sekurang-kurangnya sekali setiap lima tahun tetapi boleh dipanggil lebih awal jika Perdana Menteri menasihatkan Raja untuk melaksanakan hak prerogatif diraja untuk berbuat demikian. Perdana Menteri sering menggunakan mekanisme ini untuk mengadakan pilihan raya sebelum tamat penggal lima tahun – kadangkala agak awal dan

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

sesetengah pengkritik melihat ini sebagai memberi kelebihan yang tidak adil kepada Perdana Menteri yang sedang berkhidmat. Fixed-Term Parliament Act ini telah menghapuskan kuasa Perdana Menteri yang ini dan dengan adanya akta penggal tetap ini, maka negara kita Malaysia bukan sahaja boleh menjimatkan kos dalam mengadakan pilihan raya yang tidak disangka-sangka dan tidak terancang. Maka kos yang diperlukan boleh disediakan lebih awal dan diperuntukkan dalam belanjawan. Baru-baru ini di Johor, kita lihat kita sudah membiayai RM96 juta dan berbanding dengan tahun 2018 kalau PRU dan PRN Johor dilangsungkan sekali cuma membelanjakan RM35 juta. Dengan itu, saya ingin sekali lagi mendesak kerajaan untuk membentangkan Rang Undang-undang Akta Anti Lompat Parti pada sidang kali ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Kota Kinabalu. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Padang Serai, lima minit.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam rang undang-undang ini, kerajaan akan menambah jumlah RM8 bilion bagi perbelanjaan kerajaan yang tidak diperuntukkan sepenuhnya oleh Akta Perbekalan 2021. Ini merupakan satu jumlah yang besar pada saat ekonomi sedang baik pulih. Saya mempunyai beberapa pertanyaan mengenai rang undang-undang ini. Dalam rang undang-undang ini, jelas menyatakan bahawa akan memperuntukkan sebanyak RM68 juta bagi Suruhanjaya Pilihan Raya dan sebanyak RM540 juta bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Tuan Yang di-Pertua, persoalan yang saya ingin bangkitkan di sini adalah apa motif kerajaan ingin memberi peruntukan tambahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya pada saat rakyat masih berusaha untuk pulih daripada kesan pandemik. Sepatutnya duit ini digunakan untuk kerajaan dalam membina polisi dalam membantu rakyat mendepani kesukaran ekonomi. Kerajaan jangan terlampau fokus kepada benda yang tidak penting sehingga mengetepikan kebajikan rakyat secara keseluruhan. Seterusnya saya ingin memberi persoalan kepada kerajaan apakah keperluan untuk memberi peruntukan tambahan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sebanyak RM540 juta? Tuan Yang di-Pertua, bolehkah Yang Berhormat Menteri terangkan peruntukan tambahan ini diberikan atas faktor apa dan kenapa tidak diberikan semasa perbahasan Akta Perbekalan 2021. Saya mohon Yang Berhormat Menteri jawab persoalan yang saya tinggalkan ini. Walau bagaimanapun, kenaikan harga barang perlu dikawal, kalau tidak rakyat akan susah di luar sana. Seterusnya berkait dengan veteran. Saya juga mohon pencen veteran yang lama dikaji untuk diselaraskan dengan pencen baharu perlu disegerakan. Bekas tentera yang tidak berpencen perlu dikaji semula. Bagi penerima pingat PGM perlu membayar elaun sekurang-kurangnya setahun sekali. Saya dapati hal ini sudah lama diketengahkan tetapi pihak kerajaan tidak pedulikan. Kerajaan akan tanggung dosa terhadap veteran kalau tidak dipenuhi. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Padan Serai. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Kuala Selangor.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun untuk sama-sama membahaskan di peringkat dasar ini akan permohonan kerajaan untuk mendapatkan tambahan perbelanjaan dalam Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2021 sebanyak RM9.5 bilion dan juga pembangunan sebanyak RM5.5 bilion.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, ringkasnya saya hanya menumpukan kepada beberapa isu sahaja. Pertama, dengan menyuarakan betapa dengan Perang Rusia-Ukraine sekali gus ekonomi dunia digugat dengan kenaikan melonjak harga minyak mentah Brent yang pada ketika kita membuat penggubalan bajet ini adalah pada harga USD66 dan sekarang ini sudah hampir tidak silap saya USD114 setong. Dengan kata lain juga, ia meninggalkan pelbagai kesan dan dampak yang agak parah. Namun sebagai sebuah negara yang merupakan net exporter, kita mempunyai kelebihan sedikit pada setiap RM1 kenaikan seberel minyak mentah ini – kita mempunyai penambahan sebanyak RM646 juta sumbangan kepada KDNK dan juga hasil kerajaan sebanyak RM339 juta sekali gus juga menaikkan inflasi Indeks Harga Barang (IHB) sebanyak 0.03 peratus. Apa pun, kita perhatikan dengan itu pastinya persoalan subsidi minyak bahan api dan juga minyak masak tentunya akan terkesan dengan kenaikan ini. Kita punya – the downside, the upside – kelebihan kita adalah kita exporter juga. Makna dengan kata lain kita mendapat penambahan di samping sekadar cukai pendapatan petroleum, duti eksport, royalti dan juga dividen daripada PETRONAS. Jadi dengan kata lain juga sementara kita kena menambah subsidi yang perlu kita terpaksa tambah, kita juga mempunyai pendapatan yang lebih. Persoalan besarnya adalah saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Menteri sejauh mana dan bilakah akan benar-benar digubal, direncana dan dicerakinkan – direncanakan mengikut pakar-pakar ekonomi supaya pembaharuan dalam fiskal khususnya dengan subsidi ini – sebab ketika kita mentadbir dahulu, kita telah menyebutkan bagaimana ia mesti bersifat progresif. Atau dengan kata lain subsidi fokus kepada sasaran kumpulan rentan. Akan tetapi hari ini, kita lihat isu ini adalah isu di mana subsidi bahan api tidak bersasar. Begitu juga yang lain – jadi dengan kata lain berlaku ketidakadilan di situ. Golongan tertinggi T20 mendapat 40 peratus daripada manfaatnya sementara B20 kalau saya sebutkan dengan istilah itu hanya mendapat empat peratus. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri apakah lebih baik kita menyasarkan satu manfaat yang lebih adil dengan B40 sebanyak 70 peratus contohnya, M40 sebanyak 20 peratus dan T20 sebanyak 10 peratus. Dengan kata lain juga, sekali gus kita dapat lihat apa yang sebenarnya ditanggung oleh rakyat. Jelas kehidupan mereka – jelas dengan apa yang semua mereka tanggung dari sudut kesukaran, kehimpitan hidup mereka, nyata bahawa apa pun dengan tiga – withdrawal ataupun pengambilan wang mereka daripada simpanan tua mereka, kita dapati bahawa hari ini sepertimana Yang Berhormat Pokok Sena sebutkan sebentar tadi, kerajaan telah menggunakan wang simpanan tua mereka yang mereka terpaksa korbankan . Justeru kerana tidak ada perancangan yang khusus untuk mengendali dan menangani persoalan kehidupan mereka.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Jadi, di sini walaupun UMNO berkokok di PAU mereka, di perhimpunan agung mereka konon-konon merekalah yang menjadikan rakyat dapat kepada mengambil wang simpanan mereka untuk hari tua mereka, tetapi sebenarnya telah mengorbankan mereka. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah sebenar-benarnya perancangan yang lebih berstruktur sama ada apa juga dalam bentuknya, pendekatannya dan kaedahnya? Ini kerana kita tidak boleh terus-terusan yang mengorbankan rakyat kerana mereka mengorbankan simpanan tua mereka. Ini sangat tidak bertanggungjawab dan sangat malang. Kalau dibanggakan oleh sebuah kerajaan yang kononnya peka kepada - keprihatinan mereka kepada rakyat. Saya hanya satu lagi topik Tuan Yang di-Pertua, kalau diizinkan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Ringkaskan.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Kalau saya ingin sebutkan ke arah fasa endemik ini, satu sebutan yang pastinya meninggalkan kesan yang baik. Semua sudah bosan dan semua sudah tidak tahan dengan apa pun, PKP dan

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

sebagainya. Jadi, sebutan endemik ini adalah satu yang baik meskipun fasa endemik bukan bermakna rakyat lebih selamat. Justeru, saya ingin menyebutkan Tuan Yang di-Pertua, sebabnya hari ini kita perhatikan dari sudut angka kematian, angka yang dikatakan BID dibawa masuk— mati sebelum dibawa masuk ke fasiliti kesihatan, hospital dan sebagainya. Lalu, sebenarnya kementerian harus dan wajib memerhatikan sedikit. Pada 17 Mac sahaja, 105 kematian COVID-19 dengan purata kematian 87 setiap hari dengan kematian BID yang tidak nampak turunnya. Saya mencadangkan Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh dengan izin, sekejap sahaja dengan dua minit kalau diizinkan. Pertama, daripada kita hanya menekankan dos penggalak atau booster kepada semua orang, KKM sewajarnya menumpu kepada golongan warga emas, golongan rentan supaya yang punya penyakit-penyakit kronik dengan strategi yang saya istilahkan sebagai strategi yang diistilahkan oleh pakar-pakar public health decision dan sebagainya, strategi vaksinasi menumpu ataupun vaccination mapping strategy dengan kata lain untuk kita garap dan kita tangani golongan rentan berisiko tinggi ini akan mengurangkan kematian dan juga BID. Itu satu. Kedua, ringkasnya Tuan Yang di-Pertua, mengambil daripada pengalaman pengurusan gelombang Delta dahulu, mengurangkan kematian dan BID, diberikan penumpuan kepada mereka yang bergejala atau simptomatik dengan lebih agresif dan serius supaya dapat dielakkan daripada terus kepada kategori tiga, empat dan lima dengan cepat dan pantas. Ketiga, meningkatkan pengurusan pesakit-pesakit di fasiliti kesihatan prima atau primary care di peringkat PKD supaya termasuk pemantau pesakit yang diarah untuk dikuarantin— termasuk yang kuarantin di rumah dengan kaedah Home Surveillance Order ini bagi meningkatkan lagi pengurusan tahap prima termasuk klinik-klinik swasta di seluruh negara mesti dilibatkan secara berkesan dan berterusan. Jangan hanya kepada ketika kita dalam keadaan panik dan kritikal sahaja kita merujuk kepada mereka. Dengan kata lain, kesihatan ini sebab adalah kesihatan keseluruhannya kesihatan prima yang penting termasuk klinik swasta itu. Keempat, memperkasa kapasiti kesihatan awam termasuk sumber tenaga manusia serta mempertingkatkan infrastruktur dan teknologi digital bagi mempercepatkan proses pengenalpastian penularan serta membendung outbreak ataupun epidemik dalam endemik nanti. Akhirnya, melancarkan pemantauan genomic bagi mengenal pasti penampilan varian baharu seberapa segera. Ya, WHO menganjurkan supaya kita melakukan dua peratus daripada semua sampel positif kita supaya dapat kita kenal pasti on a preemptive dengan segera dan cepat. Jadi, ini adalah antaranya di samping of course, di samping langkah-langkah seperti SOP yang biasa, penjarakan fizikal, TRIIS dan pelitup muka itu. Inilah langkah- langkah yang khusus saya cadangkan supaya kementerian mengambil sikap atau tindakan, actionable plan yang boleh kita usahakan dan lakukan untuk mengurangkan kematian dan juga BID.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas sikit pemberian masa injury tadi. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Pasir Gudang, lima minit.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, empat hari yang lalu saya telah menghadiri serta merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Veteran India Angkatan Tentera Malaysia Negeri Johor. Mereka membangkitkan soal pencen yang perlu dikemas kini dan saya berjanji jika ada kesempatan, akan suarakan masalah mereka di Parlimen. Alhamdulillah, hari ini dapat kesempatan itu. Begitu juga, di Pasir Gudang ada satu lagi Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia terdiri daripada kaum Melayu di mana saya sebagai penaungnya. Mereka pun sering menyebut masalah pencen mereka. Jadi Tuan Yang di-Pertua, di dalam Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan 2021 ini, Maksud T.14 – Pencen, Elaun Bersara dan Ganjaran disebut di sini sebanyak— kalau angka di sini ditulis RM1,107,510,000 tanggungan ke atas Kumpulan Wang Disatukan, waran khas dan sebagainya. Jadi, saya akan menyokong tambahan ini. Ini sebab masalah pencen ini amat-amat penting bagi veteran-veteran kita yang telah berkhidmat untuk keselamatan negara kita. Seterusnya yang kedua Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menyentuh tentang butiran B.4 – Suruhanjaya Pilihan Raya iaitu anggaran yang diperlukan tambahan RM67 juta lebih. Ini berkaitan Pilihan Raya Negeri Sarawak. Pada peringkat dasar ini, saya melihat bahawa kerajaan mengeluarkan wang yang banyak untuk mengadakan pilihan raya termasuklah Pilihan Raya Umum Ke-15 akan datang ini untuk memilih 222 Ahli Parlimen Dewan Rakyat ini. Ertinya, melibatkan kos yang besar. Soalnya, adakah berbaloi kerajaan mengeluarkan wang yang besar ini untuk mengendalikan pilihan raya, tetapi Parlimen tidak dihormati kemudiannya sebagai institusi melakukan semak dan imbang terhadap eksekutif? Contohnya banyak Tuan Yang di-Pertua. Misalnya, di Dewan Rakyat ini ada Ahli Parlimen dari Sabah, Kota Belud membentangkan usul berkenaan tuntutan waris-waris Kesultanan Sulu, tuntutan ke atas Sabah, keputusan mahkamah timbang tara di Paris, tetapi usul itu ditolak. Akan tetapi, wang sekarang minyak harga naik. Petrol, PETRONAS dapat untung daripada minyak di Sabah dan duit itu kita guna untuk bantuan tambahan belanjawan ini. Akan tetapi, masalah rakyat Sabah ini kita ambil enteng sahaja. Makna, patut di sinilah, di Dewan Rakyat ini hendak bincangkan dekat mana. [Tepuk] Kedua, contoh lagi. Ketua Pembangkang bawa isu Pandora Papers, soal duit. Lari tax heaven. Ini black money. Tidak dibenarkan bentang di Dewan Rakyat. Banyak lagi. Kalau adapun dibenarkan bentang, dibincangkan di Kamar Khas.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Kamar Khas.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Tuan Yang di-Pertua, Kamar Khas itu tujuannya bagus. Akan tetapi kalau hendak bincang kawasan tempatan, kawasan misalnya isu sekolah Tamil di Pasir Gudang, sudah dua tahun tidak siap-siap. Itu kita bincanglah di Kamar Khas. [Tepuk]

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Akan tetapi kalau isu perbicaraan di mahkamah New York, 1MDB beratus-ratus bilion, beratus-ratus juta, berbilion-bilion, dibawa oleh Ahli Parlimen hendak bentang dekat Dewan ini, tidak dibenarkan. Ini mana boleh. [Tepuk] Jadi, tidak guna kita keluar berjuta-juta untuk pilihan raya dan akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, satu, ringkas sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Apabila ada usul supaya Dewan Rakyat ini bincang tentang salah laku Ketua Pesuruhjaya SPRM, ditolak usul itu! [Tepuk] Jadi apa hendak guna Parlimen ini? Pilihan raya ini buat apa? Sandiwara kah, wayang sahaja? Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya menghormati institusi Parlimen, institusi Speaker. Jadi kalau kita keluarkan wang untuk SPR, biarlah berbaloi duit rakyat itu. Sekian, terima kasih. [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Yang Berhormat Pasir Gudang, kita ikut peraturan. Kalau Peraturan Mesyuarat 18 terbuka, kalau Peraturan Mesyuarat 17, barulah tidak ada soal jawab. Jadi walaupun di Kamar Khas tetapi Peraturan Mesyuarat 18 boleh bahas, untuk maklumat. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Setiawangsa.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Setiawangsa ingin menyentuh dalam soal belanjawan tambahan ini tentang soal SPR. Kita lihat dalam siri pilihan raya-pilihan raya negeri yang diadakan, peratusan keluar mengundi ialah agak rendah. Kita boleh bincang panjang tentang soal kenapa peratusan ini rendah tetapi mahu tidak mahu, SPR juga perlu memainkan peranan. Lebih-lebih lagi bila sekarang kita lihat di Johor, kita telah pun ada hari ini undi 18. Maknanya ada kategori baharu 18 hingga 21 tahun yang masuk ke dalam daftar pemilih. Pada masa yang sama juga, pengundi-pengundi yang tidak pernah daftar. Mungkin umur mereka sudah 60 tahun, 70 tahun tetapi pada hari ini menerusi daftar automatik, mereka masuk dalam sistem dan ini memang yang kita mahukan. Namun, kita perlu yakinkan kategori-kategori ini dan ini saya boleh katakan antara kategori yang paling susah untuk diyakinkan untuk mengundi. Sebab 18 tahun dalam umur ini, mungkin ramai yang tidak diberikan kesedaran tentang kepentingan mengundi ataupun tidak tahu yang mereka boleh dan hari ini sudah pun ada hak tersebut. Kedua, mereka yang kalau sebelum ini, tidak pernah mahu ke pejabat pos atau ke kaunter SPR untuk mendaftar, tiba-tiba diberikan hak untuk mengundi, mereka juga sudah tentu kurang berminat sekiranya tidak diyakinkan. Untuk golongan muda misalnya, SPR perlu kreatif. Janganlah nanti lagu-lagu hendak promote turun mengundi itu lagu- lagu yang orang sudah tidak dengar ataupun lagu-lagu yang jauh dengan anak-anak muda hari ini. Di Amerika suatu ketika dahulu, mereka adakan kempen rock the vote, dibuat konsert yang kontemporari, dapat artis-artis untuk tarik anak-anak muda ini untuk daftar mengundi. Satu lagi ialah soal menggunakan teknologi dalam pilihan raya. Kita ada kes...

Yang Berhormat Setiawangsa, boleh sikit? Sepang, Sepang.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Sepang, ya.

Terima kasih. Sikit Yang Berhormat. Yang Berhormat Setiawangsa hendak tanya, tadi Yang Berhormat Setiawangsa bercakap tentang pendaftaran yang rendah ya. Bersetujukah dengan saya bahawa antara punca pendaftaran yang rendah ialah faktor kerana kerajaan yang ada sekarang ini, telah gagal untuk membentangkan Rang Undang-undang Anti Lompat? Setuju atau tidak?

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Saya hendak sentuh perkara tersebut. Cuma sebelum saya ke sana, saya juga minta SPR untuk kaji penggunaan teknologi dalam pilihan raya. Kita ada kes di Johor, ada orang yang positif COVID-19, dia turun keluar mengundi. Kalau ikut Perlembagaan yang ada pada hari ini, mereka ada hak untuk turun mengundi selagi mana mental mereka sihat, mereka masih lagi boleh keluar mengundi sebagaimana rakyat yang lain. Kita tidak payah sebutlah tentang pertikaian undang-undang yang lain. Cuma soal saya, mengapa perlu kita sekat hak mereka untuk mengundi dalam tempoh COVID-19 sedangkan kita boleh ada opsyen lain. Yang Berhormat Dungun ada sebut tentang e-voting dan Parti Islam Se-Malaysia memang gunakan e-voting untuk pemilihan di muktamar oleh perwakilan. Keadilan juga kita gunakan e-voting sejak tahun 2018 dan dalam pemilihan kali ini akan menggunakan talian telefon peribadi. Jadi ini ialah opsyen-opsyen yang boleh kita gunakan dan sudah sampai masanya pada hari ini untuk meningkatkan peratusan keluar mengundi dengan anak-anak muda dan sebagainya kita melihat kepada opsyen-opsyen tersebut. Menyentuh tentang apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sepang dan juga oleh Yang Berhormat Kota Raja, Yang Berhormat Padang Rengas, Yang Berhormat Tumpat dan lain-lain lagi tentang soal Akta Anti Lompat Parti. Bagi saya, kita tidak ada pilihan melainkan melaksanakan, membentangkan dan meluluskan Akta Anti Lompat Parti ini dalam sidang kali ini. Sebab ini merupakan MOU yang kita telah tandatangan di peringkat Pakatan Harapan dengan Perdana Menteri. Pada masa yang sama, bila kita bercakap soal pengundi-pengundi baharu, undi 18, dan orang yang daftar automatik, mereka ini sangat cynical. Jadi kalau kita tidak lepaskan undang-undang ini, banyak di kalangan kami yang tidak pernah melompat pun, tetapi bila kita turun berkempen ke bawah, kita susah hendak yakinkan rakyat sebab mereka mengatakan, “Ah, sama sahaja. Nanti kamu menang, kamu akan lompat”. Saya tidak dapat bayang bagaimana mereka yang lompat parti, bagaimana mereka berhadapan dengan pengundi-pengundi mereka. Jadi sebab itu, saya berharap kita pastikan, kerajaan pastikan akta ini dibentangkan dan diluluskan dalam sidang kali ini. Perkara terakhir, Setiawangsa hendak membangkitkan tentang jawapan Menteri JPM kepada saya, soalan laporan Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang- undang Pilihan Raya yang tidak akan diangkat status embargo sehingga selesai penelitian dan penilaian ke atas syor-syor tersebut. Jadi soal Setiawangsa ialah bila ia akan selesai? Ini disebabkan pilihan raya nampak gaya akan berlaku tidak lama lagi. Maka kita mahukan satu garis masa yang jelas bila ia akan selesai kerana rakyat mahu perkara ini dimaklumkan kepada mereka. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Setiawangsa. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Bayan Baru, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Kota Belud.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bayan Baru ingin bangkit untuk membahaskan Rang Undang-undang Perbelanjaan Tambahan untuk tahun 2021. Pertama sekali, saya ingin menyatakan kepada Dewan yang mulia ini bahawa Bajet 2021 yang dibentangkan dulu adalah sejumlah RM322.5 bilion. Bajet tambahan ditambahkan sebanyak RM15 bilion. Saya hendak beritahu bahawa dalam Dewan yang mulia ini, juga pada tahun 2021, kita telah memperuntukkan Kumpulan Wang COVID-19 sebanyak RM110 bilion. Ini bermaksud bahawa tahun lepas, tahun 2021 sebanyak lebih daripada RM450 bilion telah dibelanjakan. Ini bermaksud bahawa kerajaan, kita lantik Menteri Kewangan seorang banker. Kita harap bahawa banker ini boleh mengawal bajet dan perbelanjaan ini dengan menguruskan perbelanjaan kewangan ini dengan lebih baik supaya negara ini boleh

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

keluar daripada COVID-19 dan juga pandemik ini dengan keadaan yang lebih baik daripada segi kewangan dan segala aspek. Akan tetapi malangnya, kita nampak bahawa perbelanjaan ini semakin di luar kawalan. Dia tidak dapat mengawal belanja dalam bajet. Kita selalu menegur kepada anak-anak kita supaya we spend within the budget. We plan something, we spend within the budget. Don’t overspend. Akan tetapi sekarang kita nampak bahawa Menteri Kewangan macam spend first, pay later, spend first, pay later. Ini saya nampak bahawa sesuatu yang tidak bertanggungjawab. Betul, kita spend ini untuk rakyat tetapi kena berhati-hati kerana segala perbelanjaan tambahan ini akan dibayar oleh anak cucu kita. Jadi saya minta supaya Menteri Kewangan memberi undertaking bahawa ini the last one. Jangan selalu datang ke Dewan ini meminta perbelanjaan tambahan, ini isu pertama. Isu kedua adalah banyak Ahli Parlimen membangkitkan tentang perbelanjaan Suruhanjaya Pilihan Raya. Di mana kita terpaksa belanja lebih RM420 juta kerana negeri Sarawak RM150 juta, Sabah RM130 juta, Melaka PRN Melaka RM45 juta dan PRN negeri Johor RM96 juta. Semua ini duit rakyat. Saya setuju dengan Yang Berhormat Pasir Gudang. Belanja besar-besar tetapi martabat tidak ditingkatkan, martabat Parlimen.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Jadi, di sini saya ingin mengesyorkan kepada kerajaan di bawah Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Bera. Kita harus pertimbangkan Fixed Term Parliament Act. Kalau boleh dalam MOU 2.0 kalau Yang Amat Berhormat Bera ingin dapatkan kestabilan politik, buatkan MOU 2.0. Dalam MOU 2.0 ini, kita buat Fixed Term Parliament Act di mana tarikh pilihan raya ditetapkan sehingga akhir penggal. Saya agak yakin bahawa ia akan mendapat persetujuan daripada Barisan Nasional, Perikatan Nasional, Pakatan Harapan dan juga Pakatan Harapan Plus. Pihak yang tidak setuju hanya beberapa kerat kluster mahkamah sahaja. Jadi saya sokong, saya ingin mengusulkan di sini supaya buatlah MOU 2.0 dan kita kembalikan kestabilan politik melalui Fixed Term Parliament Act. Isu yang terakhir saya ingin bangkitkan adalah tentang harga ayam dan juga masalah kenaikan harga. Kita tahu bahawa kerajaan di bawah KPDNHEP telah menetapkan tarikh 121 hari kawalan harga. Ini adalah Menteri – ya, Yang Berhormat Menteri ada di sini. Kita tahu bahawa ini paling panjang dalam sejarah Malaysia. One- third, satu per tiga dalam satu tahun, tahun ini difixed price. Ini memang anti-market. Yang Berhormat Menteri sendiri adalah graduan business. Dia tahu bahawa ini adalah tidak sustainable. Saya mohon Yang Berhormat Menteri consider balik. Don’t do something anti market sebab penternak sekarang mereka telah – ada yang telah exit, mereka give up kerana dia tak boleh sustain losses terlalu panjang. Maka mereka give up, mereka kata tidak boleh untung maka mereka give up the business dan akhirnya pengeluar dan penternak ayam kita akan tidak mencukupi dan one day kita akan menghadapi kekurangan yang lagi dahsyat. Jadi dengan pakej – walau bagaimanapun, kita tahu bahawa kerajaan memberi subsidi lebih kurang RM500 juta untuk penternak ayam, 60 sen sekilo dan lima sen sebiji telur. Itu baik untuk kawalan harga untuk mengurangkan kerugian para penternak. Saya rasa ini betul. Walau bagaimanapun, saya terima maklumat daripada penternak bahawa subsidi ini belum keluar. Subsidi mula pada 4 Februari. Sudah 50 hari. Kenapa subsidi itu masih belum disalurkan kepada para penternak? Para penternak mereka kena ambil pinjaman loan daripada bank untuk beli dedak dan juga cost of production. Kalau hendak bagi subsidi, bagi cepat. Barulah mereka boleh kembalikan bank loan, mereka boleh bayar bank loan. Sekarang mereka telah mengalami kerugian dan akhirnya sekarang mengharapkan subsidi, subsidi lewat sampai dan akhirnya kerugian itu semua bank loan hendak bayar interest itu lagi pening, lagi besar kerugian mereka. Jadi kalau kita nak efisien, kerajaan sudah promise RM500 juta, bagi cepat. Jadi, saya di sini hendak tanya Kementerian Kewangan...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Minta rumuskan Yang Berhormat.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Bila mekanisme bagaimana membayar subsidi dan bila boleh bayar dan berapa sudah bayar? Ini daripada Bayan Baru. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Kota Belud kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Kangar, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu dan Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Sila, Yang Berhormat Kota Belud.

Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, saya hanya ingin menyentuh tiga isu iaitu berkenaan subsidi minyak dan subsidi kepada Sabah Electricity Sdn Bhd dan juga Suruhanjaya Pilihan Raya. Menyentuh mengenai subsidi program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS), di sini kerajaan mohon peruntukan tambahan sebanyak RM539 juta manakala bagi tahun ini pula Yang Berhormat Menteri memaklumkan ya sebelum ini di dalam Dewan, kerajaan akan menambah peruntukan sebanyak RM1.9 bilion berbanding jumlah subsidi sedia ada yang telah diperuntukkan. Jumlah subsidi ini besar yang sememangnya bertujuan untuk membantu rakyat. Namun, adakah objektif ini tercapai? Adakah semua subsidi ini dirasai oleh rakyat ataupun pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan? Tuan Yang di-Pertua, semalam saya telah menerima sepucuk surat daripada sebuah syarikat tempatan Sabah yang mengeksport minyak masak secara komersial ke negara Filipina. Harga subsidi minyak pada ketika ini RM1,700 per metrik tan manakala harga minyak komersial mencecah sehingga RM7,200 per metrik tan. Ketika ini, minyak masak peket subsidi negara kita telah, sedang dan masih dijual secara berleluasa di Filipina. Terdapat sindiket terancang yang menyeleweng minyak masak bersubsidi di Sabah. Lebih mengejutkan lagi saya telah mendapat maklumat ia didakwa didalangi oleh pegawai-pegawai dalaman, pegawai-pegawai KPDNHEP sendiri. Berkali-kali syarikat ini telah membuat aduan dan laporan namun sehingga ke hari ini, tiada tindakan yang sewajarnya diambil. Justeru itu, saya mohon penjelasan kerajaan adakah ini benar dan apakah kementerian bersedia untuk menyiasat dakwaan yang berat ini? Sudahlah bekalan minyak masak kita dihadkan, ia diselewengkan lagi. Saya mohon isu ini disiasat dan diambil tindakan. Ini bukan sahaja memudaratkan syarikat pembungkusan tetapi juga akan menyebabkan rakyat marhaen terpaksa membeli minyak masak dengan kadar yang mahal, apa lagi sekarang ini menjelang Ramadan dan juga Aidilfitri. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan subsidi projek sokongan tarif kepada Sabah Electricity Sdn Bhd, berapakah jumlah daripada RM4.4 bilion yang akan diperuntukkan kepada SESB? Saya ingin tahu apakah usaha-usaha terkini yang diambil oleh SESB bagi menyelesaikan isu gangguan bekalan elektrik dan isu kecurian elektrik di Sabah. Tuan Yang di-Pertua, sudah lebih setahun rakyat di DUN Bugaya dibiarkan tanpa wakil rakyat. Tidak didengar dan tidak diperjuangkan. Untung nasib mereka tiada siapa yang tahu. Di mana letak keprihatinan kerajaan? Adakah ini yang kita panggil Keluarga Malaysia? Sudah beberapa pilihan raya negeri diadakan, Sarawak memang sudah sampai masanya. Akan tetapi yang satu itu, gaduh sesama mereka pilihan raya dibubarkan. Pihak yang satu lagi kononnya dijajakan bagi memastikan kestabilan politik dan kestabilan masa depan.

Beberapa pilihan raya negeri ini dapat dibuat sewaktu tempoh pandemik COVID- 19 dan skalanya jauh lebih besar daripada jika kita melakukan PRK DUN Bugaya itu sendiri. Saya tidak nampak di mana rasionalnya PRK DUN Bugaya tidak diadakan kerana ADUN kami bukannya letak jawatan, bukannya lompat parti apatah lagi pergolakan kuasa ataupun gila kuasa. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, wakil rakyat kami meninggal dunia. Mengapa begitu liat dan degil untuk diadakan pilihan raya? Saya mohon kerajaan jelaskan dengan tuntas, berikan alasan yang boleh masuk akal. Kadang-kadang saya rasa Tuan Yang di-Pertua, kenapa pilihan raya DUN Bugaya ini dilengah-lengahkan? Adakah DUN Bugaya ini terletak di Sabah? Agaknya kalau DUN Bugaya ini terletak di Pahang, adakah ini akan dilengah-lengahkan juga? Kalau Sabah kemudian, kalau Sabah sahaja nanti. Di mana keadilan? Tuan Yang di-Pertua, saya mohon jawapan kepada semua persoalan saya hari ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Kangar. Lima minit.

Bismillahi Rahmani Rahim. [Membaca selawat] Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih di atas keizinan berbahas. Dari tahun ke tahun, kita sering mendengar Perbekalan Tambahan dibuat oleh kerajaan. Ini sudah tentulah dibolehkan kerana dari semasa ke semasa, ada masanya kerajaan memerlukan perbelanjaan atas keperluan yang mendesak. Cuma, perlu kita sedar bahawa Perbekalan Tambahan ini dibuat dalam realiti kita sudah meluluskan sebuah belanjawan defisit. Ertinya, kutipan hasil kita sentiasa lebih kecil berbanding perbelanjaan kerajaan. Dari tahun ke tahun, kita hanya mengurangi kadar hutang berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tetapi bukanlah jumlah hutang itu sendiri. Dalam maksud lain, jumlah hutang akan tetap bertambah selagi kita terus berbelanja secara defisit. Soalan saya, berapakah nilai defisit kepada belanjawan kerajaan dengan tambahan perbekalan ini dan bilakah dijangka kita tidak lagi berbelanja defisit pada masa akan datang?

Baru-baru ini Yang Berhormat Menteri Kewangan menjelaskan bahawa dana akaun amanah semasa tidak cukup untuk membayar hutang 1MDB yang sudah matang bagi tahun 2022 di mana suntikan sebanyak kira-kira RM1.5 bilion perlu dibuat oleh kerajaan. Dalam jawapan bertulis yang diterima daripada soalan saya sebelum ini, dimaklumkan kira-kira 70 peratus hutang kerajaan akan matang dalam tempoh 10 tahun iaitu 43.4 peratus dalam tempoh lima tahun dan jua 25.4 peratus dalam tempoh enam sehingga 10 tahun. Saya faham yang lazimnya kita akan mengamalkan apa yang dipanggil sebagai debt rollover ataupun dalam bahasa mudahnya kita gali lubang untuk tutup lubang. Satu daripada langkah biasa yang juga diambil oleh kerajaan untuk menampung kos ini tentunya melalui peningkatan cukai. Dengan kenaikan harga barang, peningkatan cukai tentulah akan memberi tekanan tambahan kepada orang ramai. Soalan saya apakah perancangan kerajaan untuk memastikan kerajaan mempunyai cukup hasil yang lebih tinggi dalam tempoh lima sehingga sepuluh tahun ini kerana tanpa pendapatan baharu sudah tentulah kita hanya akan menambahkan hutang, akan terus berbelanja defisit dan sudah tentulah ini akan dipindahkan kepada beban orang ramai. Tuan Yang di-Pertua, tambahan perbelanjaan kerajaan, defisit berterusan, tekanan hutang kerajaan yang akan matang dan juga kemungkinan ditampung melalui hutang baharu dan kenaikan cukai tentulah akan menyempitkan ruang keanjalan kerajaan

berbelanja terutama dalam memperkenalkan undang-undang atau dasar dalam program baharu dan juga permintaan pembangunan baharu selaras dengan pertumbuhan penduduk dan juga keperluan setempat dan semasa kerana semua perkara ini memerlukan kos tertentu. Tadi rakan-rakan saya sembang tentang reformasi Parlimen, tentang reformasi pilihan raya. Semua ini ada kosnya yang tersendiri. Selain itu semua masalah perbelanjaan, defisit hutang dan kenaikan cukai ini seperti mana yang saya sebut tadi akan menambahkan tekanan kepada orang ramai. Cara terbaik untuk kita mengurangkan defisit dan hutang antaranya tentulah dengan menjadikan perbelanjaan kerajaan ini cekap iaitu ia dapat menyelesaikan masalah, menambah nilai dan juga meningkatkan pulangan daripada segi kewangan. Saya maklum banyak lagi perbelanjaan pakej rangsangan yang dibuat sebelum ini masih lagi belum selesai. Setakat yang saya tahu, melalui jawapan bertulis yang saya terima, sehingga lewat bulan lalu, untuk Program Prihatin, baru 65 peratus dibelanjakan. Untuk Program Penjana baru 57.3 peratus dibelanjakan. Untuk Program Pemerkasa, baru 38.2 peratus dibelanjakan. Soalan saya ialah apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan kecekapan perbelanjaan bagi memastikan impak maksimum selaras dengan tujuan pakej rangsangan yang kita luluskan bersama di Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, tidak guna kita cakap angka ratusan bilion, kita bercakap puluhan juta tetapi apabila kecekapan perbelanjaan tidak berlaku jadi objektif yang kita sasarkan tidak dapat dicapai. Tadi rakan-rakan saya banyak membahaskan secara khususnya tentang empat buah agensi yang akan menerima perbekalan tambahan ini ataupun sebenarnya telah berbelanja – telah membelanjakan perbekalan tambahan ini. Antaranya termasuklah daripada Suruhanjaya Pilihan Raya, Perkhidmatan dan Perbendaharaan, peruntukan kepada Kumpulan Wang Terkanun dan juga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Saya bimbang dengan amalan dalam belanjawan kita dan juga perbekalan tambahan ini hanyalah lebih kepada bersifat jangka masa pendek tetapi tidak menyelesaikan isu-isu dasar yang memerlukan perhatian sehingga jangka masa sederhana dan jangka masa panjang. Isu makanan ini bukan isu baharu Tuan Yang di- Pertua dan saya tengok kita masih lagi mengamalkan pendekatan yang lama, pendekatan yang mungkin sudah obsolete ataupun sudah tidak lagi dapat untuk menangani keperluan kita dalam meneruskan keunggulan negara kita dalam masa sederhana dan juga panjang. Jadi saya berharap akan ada satu anjakan paradigma untuk kita melihat perbelanjaan kita bukan sahaja dalam perbekalan tambahan tetapi pada belanjawan nanti supaya kita lebih bertumpu kepada untuk menyelesaikan isu-isu sebenar dalam dasar bagi setiap kementerian. Itu sahaja perbahasan saya Tuan Yang di-Pertua, sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHKulim-Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih banyak. Mengambil bahagian dalam perbekalan tambahan, saya terus juruskan perbahasan saya kepada tajuk Skim Subsidi Minyak Masak. Tuan Yang di-Pertua, pasaran minyak masak di negara kita sebelum 2017 semuanya dijual dengan harga yang kerajaan subsidi. Semua sekali. Akan tetapi waktu itu kerajaan mampu tampung sebab harga minyak sawit mentah masih rendah. Apabila minyak sawit mentah yang kemudiannya menghasilkan RBD Olin, bahan utama untuk buat minyak masak, bila harga minyak sawit mentah meningkat, maka tanggungan subsidi kerajaan pun semakin tinggi.

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHKulim-Bandar Baharu

Waktu itu strategi kerajaan adalah kerajaan asingkan. Untuk minyak sawit subsidi, RM2.50. Bungkusan plastik berat satu kilo. Ini adalah harga subsidi. Minyak masak botol semua tidak ada subsidi. Anggaran perbelanjaan kerajaan untuk minyak masak satu kilo bungkusan plastik kekal pada harga RM2.50. Kerajaan kena subsidi lebih kurang RM400 juta sehingga RM600 juta setahun Baru-baru ini apabila harga minyak sawit mentah meningkat, tanggungan kerajaan untuk memberi subsidi pun membengkak dan itu membebankan kewangan kerajaan terutama apabila rakyat menjadi sangat gelisah apabila minyak masak botol yang di pek dengan satu kilo, dua kilo, tiga kilo dan lima kilo itu mencanak naik. Apakah ikhtiar kerajaan supaya di satu sisi, rakyat tidak boleh terbeban dengan kenaikan harga. Pada masa yang sama, nak kena seimbangkan dengan keupayaan dana kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, pada kesempatan ini saya ingin mencadangkan dua perkara. Pertama, negara kita mengeluarkan minyak sawit mentah. Penggunaan dalam negeri sebenarnya cuma 10 peratus sahaja daripada jumlah pengeluaran minyak sawit mentah. Sebanyak 90 peratus lagi kita eksport jadi pengusaha minyak sawit mentah ini untung sebab minyak sawit mentah ini sekarang tinggi, sangat tinggi. Jadi cadangan saya ialah kerajaan segera mengenakan sistem dua peringkat harga. Maksudnya untuk tujuan eksport, itu ikut harga pasaran dunia. Akan tetapi untuk 10 peratus kegunaan dalam negara termasuk untuk tujuan buat minyak masak, kerajaan cap harga. Kerajaan tetapkan harga. Ini boleh dibuat di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan. Benar, pengusaha sawit yang menghasilkan minyak sawit mentah dia tanggung rugi sedikitlah. Akan tetapi 90 peratus mereka menikmati harga yang tinggi. Itu cukup untung. Jadi kalau 10 peratus untuk tujuan kegunaan tempatan, termasuk untuk menghasilkan minyak masak, kerajaan cap bermaksud kos pengeluaran minyak masak untuk kegunaan negara akan jadi rendah sebab minyak sawit mentah menghasilkan RBD Olin, bahan utama minyak masak, kalau kita cap pada harga yang lebih rendah daripada harga pasaran maka menghasilkan minyak masak tempatan itu akan menjadi lebih rendah. Jadi saya anjurkan kerajaan segera membuat satu keputusan dasar iaitu melaksanakan sistem dua harga. Dua peringkat harga antara minyak sawit yang digunakan untuk kegunaan tempatan dengan untuk tujuan eksport. Jadi kos menghasilkan minyak masak akan lebih rendah kalau sistem dua harga ini dilaksanakan. Pilihan lain adalah daripada keuntungan jualan minyak sawit mentah yang tinggi, kerajaan kenakan windfall tax, cukai durian runtuh yang hasilnya boleh diguna untuk menampung subsidi. Saya mengikuti ucapan Yang Berhormat Menteri, sahabat saya dari Kapit yang menganggarkan bahawa kalau sekarang sistem tanggungan subsidi kerajaan itu cuma sekitar RM400 juta sehingga RM600 juta yang kita luluskan pada bajet yang lepas, kali ini dia pohon pula RM539 juta untuk menampung ini. Untuk menampung supaya harga minyak masak ini rendah dan kalau ikut pengiraan saya, kerajaan kena tanggung subsidi untuk minyak masak sahaja untuk tahun ini. Kiraan kasar saya mencecah RM3.3 bilion setahun berbanding RM400 juta sehingga RM600 juta sebelum ini. Baik. Itu belum masuk tanggungan subsidi petrol diesel yang sekarang ini sudah mencecah RM28 bilion. Minyak petrol diesel RM28 bilion, minyak masak sudah jadi RM3 bilion, RM31 bilion di situ baharu komitmen subsidi. Belum masuk yang lain. Jadi, subsidi, emolumen, pencen, servis hutang ini sudah memberikan tanggungjawab kewangan kerajaan yang tinggi.

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHKulim-Bandar Baharu

Jadi, bila kerajaan mengenakan sistem harga maksimum kepada minyak masak botol, baru-baru ini kerajaan mulakan, tetapi dalam pengumuman kerajaan itu sepanjang saya ikuti, Ogos 2021 kerana rakyat resah dengan kenaikan minyak botol tadi, maka kerajaan cap harga maksimum iaitu RM29.70 bagi botol lima kilogram. Pengumuman kementerian berkenaan adalah harga maksimum untuk minyak masak botol ini berakhir pada bulan Mac 2022, bulan inilah. Berakhir bulan ini. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, sehingga kini belum ada pengumuman lagi yang dibuat oleh kerajaan sama ada hendak meneruskan dasar harga maksimum ini. Sebab, pengumuman awal adalah mula Ogos 2021, minyak masak botol harga maksimum sudah pun ditetapkan RM29.70 untuk botol lima kilogram. Akan tetapi, berakhir Mac 2022. Sekarang bulan Mac sudah hendak habis. Apakah bulan depan dan bulan-bulan berikutnya harga maksimum ini akan kerajaan teruskan? Jika teruskan juga, berapakah implikasi subsidi kerajaan? Itu point saya. Isu kedua. Saya tadi mencadangkan sistem two-tier price.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Masa sudah tamat. Kalau boleh, rumuskan.

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHKulim-Bandar Baharu

Ya, rumus. Isu kedua adalah windfall tax. Aspek yang paling penting satu lagi adalah penguatkuasaan. Sebanyak 70 peratus daripada kakitangan kementerian adalah pegawai penguat kuasa. Tadi sahabat saya Yang Berhormat Kota Belud memberikan satu anekdot tentang kemungkinan berlaku salah laku dan penyelewengan. Itu cakap- cakap di kalangan rakyat biasa. Akan tetapi, isu pokok tentang minyak masak subsidi ini, Tuan Yang di-Pertua, ialah minyak masak satu kilogram harga RM2.50 bungkusan plastik itu payah hendak dapat di pasaran. Paling payah. Sebab ia tersasar. Dalam kiraan kerajaan ialah 60,000 metrik tan minyak masak subsidi satu kilogram bungkusan plastik harga RM2.50 ini, 60,000 metrik tan itu cukup sebulan untuk B40. Cukup. Apa yang berlaku sekarang adalah dalam pada kita kata cukup, minyak masak tidak dapat diperolehi di pasaran. Sebab apa? Dia tidak pergi kepada pengguna isi rumah. Dia pergi kepada pengusaha restoran yang ada 10 meja, 15 meja. Dia pergi kepada yang jual pisang goreng, ayam goreng, keropok lekor, kedai makan semua inilah. Jadi, mereka beli ini banyak. Jadi, tidak sampai kepada sasaran. Jadi, ini ketirisan. Memang susah untuk kuatkuasakan, untuk pastikan seorang peniaga apabila orang datang hendak beli minyak masak, dia tidak boleh kata boleh beli satu peket sahaja, dua peket. Peniaga kena habiskan cepat. Isunya adalah realiti di bawah, minyak masak subsidi satu kilogram payah hendak dapat di pasaran, selalu kehabisan. Sedangkan dalam kiraan kementerian, 60,000 metrik tan sebulan itu cukup sebenarnya untuk golongan miskin. Apa yang berlaku adalah sebaliknya. Ertinya berlaku ketirisan. Perlu tingkatkan penguatkuasaan. Melihat kepada trend harga minyak sawit mentah ini terus tinggi ini, sudah pasti, pertama, beban tanggungan subsidi kerajaan. Bayangkan kalau sebelum ini RM400 juta hingga RM600 juta, sekarang sudah dianggarkan RM3.3 bilion. Jadi, ia tidak sustainable dari sudut tanggungan beban kerajaan. Jadi, dengan syor yang saya cadangkan tadi, saya percaya sebenarnya ketika penguatkuasaan dapat dilaksanakan, kita perlu etika peniaga yang lebih baik dan peniaga-peniaga yang tidak sepatutnya dapat di sesetengah tempat. Baru-baru ini saya pergi beli rempeyek, perusahaan kampung. Saya tanya dia, “Pak cik, minyak masak?” “Saya beli minyak masak peketlah.” Sedangkan perusahaan rempeyek dia itu, dia jual seluruh negara bahkan eksport ke Singapura. Makna saiz perniagaannya besar tetapi dia masih beli minyak masak subsidi. Itu tersasar terus. Itu satu contoh dan banyak lagi contoh di bawah.

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHKulim-Bandar Baharu

Ringkasannya adalah, pertimbangkan, laksanakan segera sistem dua harga. Kedua, pertimbangkan kenakan cukai durian runtuh kerana keuntungan besar. Daripada keuntungan itu, guna untuk menampung biaya subsidi. Ketiga, tingkatkan penguatkuasaan. Keempat, terus educate atau mendidik peniaga ikut membantu supaya― sasaran sebenar adalah golongan pendapatan bawahan, bukan untuk kategori peniaga yang saiz perniagaannya itu tidak layak untuk mereka beli minyak masak subsidi. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Pembahas terakhir, saya jemput Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Hang Tuah Jaya ingin menyambung semula hujah yang telah diberikan sebentar tadi oleh Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu kerana ia berkait tentang isu rakyat. Hang Tuah Jaya ingin bertanya kepada kerajaan berkait tentang perbelanjaan tambahan ini iaitu mengenai minyak masak ataupun subsidi yang telah pun dihuraikan sedikit dengan panjang lebar tadi sebenarnya oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu. Saya ingin meminta pandangan kementerian daripada segi fakta dan angka. Kalau pada zaman Pakatan Harapan dahulu, kita berkempen untuk mengajak seluruh rakyat ataupun warga Malaysia untuk sama-sama membeli minyak sawit dengan Kempen Sayangi Sawitku. Sekarang ini seperti mana Yang Berhormat Menteri pun sedia maklum, atau Yang Berhormat Timbalan Menteri sedia maklum, minyak masak ini tidak mencukupi. Hairannya, saya difahamkan daripada berita dan juga laporan media, windfall tax untuk sektor sawit ini difahamkan oleh Yang Berhormat Menteri yang menjaga iaitu Menteri Komoditi, bahawa ia mencecah RM1 bilion unjuran untuk tahun 2022. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah unjuran windfall tax untuk industri sawit ini benar-benar mencecah RM1 bilion? Kalau ini berlaku, dalam satu segi, kita mempunyai windfall tax yang tinggi tetapi daripada segi pasaran minyak walaupun negara kita pengeluar minyak sawit ini, kita berdepan dengan kekangan masalah untuk mendapatkan barangan ini. Jadi, saya ingin tanya kepada Kementerian Kewangan, apakah di sana wujud semacam satu kerjasama di antara kedua-dua kementerian ini iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dengan kementerian yang menjaga komoditi ini? Ini kerana kalau tidak ada penyelarasan ini, secara berterusan kita akan berhadapan dengan permasalahan kekurangan minyak sawit di pasaran ini. Saya dahulu dimaklumkan bahawa berkait tentang pasaran minyak masak untuk kegunaan tempatan ini, dahulu sebenarnya di bawah Menteri Komoditi tetapi kemudiannya dipisahkan dan diletakkan di bawah KPDNHEP. Jadi saya ingin tanya kepada kementerian, apakah di sana wujud satu jawatankuasa ataupun satu team task force untuk menyelaraskan perkara ini agar rakyat tidak akan terbeban dengan ketiadaan minyak masak? Itu yang pertama. Kedua, saya ingin tanya juga kepada Kementerian Kewangan berkait tentang perbelanjaan untuk SPR. Saya percaya ramai Ahli Parlimen membangkitkan perkara ini. Saya ingin tanya, berapakah belanja ataupun unjuran perbelanjaan pilihan raya negeri di peringkat negeri Johor baru-baru ini dan juga di negeri Melaka? Ini kerana yang dibentangkan di dalam Dewan ini ialah di Sarawak. Itu yang pertama.

Kedua, sebagai Timbalan Menteri yang mewakili parti UMNO, apakah akan ada pilihan-pilihan raya negeri yang lain selepas ini? Kalau ikut keputusan parti Yang Berhormat yang menjadi sebahagian daripada komponen kepada kerajaan hari ini. Seterusnya saya ingin bertanya, berapakah unjuran perbelanjaan kalau hanya PRU semata-mata berbanding dengan perbelanjaan kalau ada pilihan raya negeri-negeri ini? Apakah guna simple matematik misalnya ada peruntukan X untuk PRU, apabila turun di peringkat negeri-negeri, dia bagi 12 atau bagi 14? Ataupun sebenarnya membuat pilihan raya negeri-negeri ini jauh lebih besar belanjanya daripada hanya satu sahaja pilihan raya umum ini? Ini kerana saya percaya bahawa perkara yang dibangkitkan oleh ramai wakil rakyat atau Ahli-ahli Parlimen pada hari ini adalah berkait tentang pindaan Perlembagaan esok.

Kita difahamkan esok akan ada pindaan Perlembagaan Akta 119 iaitu kelayakan memilih yang khusus untuk memasukkan pindaan berkait tentang kelayakan pemilih itu tidak terpakai kepada Raja-raja dan juga Yang di-Pertua Negeri dan kaum dan juga kerabat mereka. Saya ingin menyatakan kepada Dewan ini saya ingin mengajak Ahli-ahli Dewan yang juga mereka yang sedang mendengar perbahasan di luar saya tidak nampak apa rasional pindaan perlembagaan esok? Ini kerana yang diminta oleh kita itu adalah satu Akta Anti Lompat Parti yang tentunya berkait dengan pindaan perlembagaan. Jadi, kalau hendak buat pindaan perlembagaan ini biarlah sekali harung. Biarlah maknanya ada dimasukkan perkara-perkara yang kita bangkitkan yang menjadi asas kepada persefahaman antara barisan pembangkang dan juga kerajaan. Justeru, saya ingin mencadangkan kepada Ahli-ahli Parlimen terutamanya di sebelah sini supaya esok jangan kita berikan sokongan kepada pindaan ini kerana kita merasakan pindaan ini sebenarnya bukan satu pindaan yang menuntut untuk disegerakan. Apa yang hendak dipinda perlembagaan ini yang penting, yang rakyat mahukan yang kita mewakili rakyat mahukan supaya ada satu undang-undang yang jelas berkaitan dengan Anti Lompat Parti dan ia berkait dengan pindaan perlembagaan. Esok kalau itu dibentangkan maknanya dalam sidang yang akan datang kalau hendak dibentangkan dengan pelbagai alasan kerajaan, bentanglah sekali dengan pindaan-pindaan perlembagaan yang berkait tentang segala hal termasuk juga mengehadkan masa ataupun term Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Jadi, saya ingin tanya kepada kerajaan kepada kementerian daripada segi aspek perbelanjaan ini kerana ianya berkait dengan pindaan untuk esok. Terakhir Tuan Yang di-Pertua untuk penggulungan. Kita juga jelas bahawa di sana terdapat peruntukan tambahan untuk Kementerian Kesihatan. Saya percaya ini mungkin ada kaitan dengan kita mengurus COVID-19 ataupun pandemik ini. Dua soalan saya ingin tanyakan daripada segi perbelanjaan untuk mereka ataupun fasiliti yang terkait dengan long COVID-19 ini? Kita tahu long COVID-19 ini satu simptom yang memberikan kesan kepada kebanyakan rakyat. Jadi apakah di sana terdapat satu peruntukan-peruntukan tambahan untuk memastikan fasilitet, kelengkapan yang mencukupi untuk disediakan kepada rakyat yang terpaksa berdepan dengan masalah long COVID-19 ini? Terakhir Tuan Yang di-Pertua, perbelanjaan berkait tentang menguruskan jenazah mereka yang terkena dengan COVID-19 ini. Saya simpati dengan Kementerian Kesihatan, kakitangan-kakitangan mereka yang terpaksa bekerja keras terutamanya

menguruskan jenazah yang terkena dengan COVID-19 ini. Saya percaya Ahli-ahli Parlimen kita pun ramai yang turut membantu. Namun, saya ingin tanya apakah di sana terdapat suatu peruntukan khas dana khas yang diberikan kepada mereka yang menguruskan jenazah COVID-19 ini terutamanya kakitangan kesihatan bersama-sama dengan APM dan sebagainya? Ini kerana kalau Tuan Yang di-Pertua tengoklah mengiringi sampai ke kubur kesian dengan pakaiannya dengan segala macamnya kadang-kadang sampai 20, 30 jenazah satu hari yang pada peringkat perbahasan dahulu saya pernah bangkitkan supaya Angkatan Tentera dimohon bantuan tetapi nampaknya kerajaan tetap dengan APM dan Kementerian Kesihatan. Saya cadangkan supaya dalam perbelanjaan ini dimasukkan juga peruntukan khas untuk membantu mendanai dan memberikan mereka semangat untuk terus bertugas. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Ahli-ahli Yang Berhormat, seramai 24 Ahli-ahli Yang Berhormat telah berbahas dan sekarang saya menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan untuk menjawab. Saya bagi tempoh masa 20 minit.

Dato’ Indera Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan I · Paya Besar

Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Keluarga Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Tambahan mengenai Akta Bekalan Tambahan (2021) 2022, Anggaran Perbelanjaan Mengurus Pertama 2021 di peringkat pembangunan dan di peringkat dasar. Tidak kurang lebih 24 Ahli Yang Berhormat telah berbahas bagi isu-isu yang melibatkan rakyat. Saya bagi pihak Kementerian Kewangan dan kerajaan menghargai semua cadangan, teguran dan pandangan yang disampaikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Pada hari ini izinkan saya memberi penjelasan dan menjawab persoalan- persoalan utama yang dibangkitkan sepanjang tempoh perbahasan tadi. Pertamanya ingin saya tegaskan di dalam Dewan yang mulia ini Perbekalan Tambahan Tahun 2021 ini adalah lebih untuk menguntukkan perbelanjaan lebihan ke maksud yang berlainan dan tidak melebihi Anggaran Perbelanjaan tahun 2021 yang telah diluluskan oleh Parlimen semasa Belanjawan 2021. Belanjawan yang telah diluluskan pada tahun 2021 adalah sebanyak RM307.5 bilion iaitu melibatkan RM236.5 bilion di bawah Anggaran Perbelanjaan Mengurus dan RM71 bilion di bawah Anggaran Perbelanjaan Pembangunan. Pada ketika itu, unjuran hasil adalah sebanyak RM236.9 bilion. Walaupun Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan Pertama 2021 ini membawa jumlah sebanyak RM13.9 bilion, yang melibatkan RM8.4 bilion di bawah Perbelanjaan Mengurus dan RM5.5 bilion di bawah Perbelanjaan Pembangunan. Sebenarnya untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat jumlah ini tidaklah melebihi jumlah yang telah diluluskan dalam Belanjawan 2021 iaitu perbelanjaan sebenar tahun 2021 hanya RM233.7 bilion berbanding RM236.5 bilion yang telah diluluskan bawah Perbelanjaan Mengurus.

Dato’ Indera Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan I · Paya Besar

Manakala di bawah Perbelanjaan Pembangunan hanya melibatkan perbelanjaan sebanyak RM64.2 bilion berbanding kelulusan Belanjawan 2021 sebanyak RM71 bilion. Oleh itu, ingin saya jelaskan di sini bahawa Rang Undang-undang Perbekalan ini bukanlah melambangkan perbelanjaan yang melebihi. Apa-apa yang diluluskan mahupun keperluan tambahan akibat peruntukan tidak mencukupi. Yang Berhormat Kangar saya bagi selepas habis ya.

Ya.

Mahupun keperluan tambahan akibat peruntukan tidak mencukupi tetapi rang undang-undang ini lebih kepada menguntukkan sesuatu lebihan perbelanjaan daripada maksud yang mengalami ketidakcukupan lebihan perbelanjaan yang bermaksud yang mengalami ketidakcukupan peruntukan disebabkan perkara-perkara tertentu yang memerlukan peruntukan tambahan yang lebih tinggi daripada peruntukan asal yang telah diluluskan. Sebagaimana yang dibangkitkan Yang Berhormat, peruntukan tambahan ini adalah untuk menampung keutamaan serta keperluan mendesak dan perundangan semasa membenarkan tambahan dibentangkan setelah perbelanjaan tambahan berkenaan dibelanjakan. Kementerian Kewangan menyambut baik saranan untuk tambahan dibentangkan terlebih dahulu di Parlimen sebelum dibelanjakan. Namun dalam keadaan tertentu, terdapat keperluan mendesak dan kritikal yang memerlukan segera peruntukan tambahan. Contohnya kenaikan harga minyak mentah dunia dan kenaikan harga komoditi sawit dunia pada tahun 2021 yang menyebabkan kerajaan perlu menanggung kenaikan subsidi. Peruntukan yang diluluskan pada tahun 2021 tidak mencukupi untuk menampung kenaikan bayaran subsidi berkenaan. Maka, perbelanjaan tambahan perlu dilaksanakan terlebih dahulu. Selain itu dalam keadaan mendesak pada tahun 2021 berikutan bencana banjir yang berlaku, kerajaan perlu melaksanakan perbelanjaan tambahan terlebih dahulu bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang terlibat serta membaiki infrastruktur yang terjejas akibat banjir. Oleh demikian, mengambil kira keperluan segera dan mendesak yang perlu dibuat oleh kerajaan dan mengambil kira kekangan masa untuk tambahan ini dibentangkan di Parlimen terlebih dahulu. Sebelum kelulusan perbelanjaan tambahan ini diluluskan, maka tindakan dan keputusan segera kerajaan adalah amat penting dan sebarang kelewatan oleh kerajaan dalam menyediakan peruntukan bagi perkara-perkara yang mendesak sememangnya akan memberi kesan langsung kepada rakyat. Pun begitu, ingin saya mengesahkan kepada semua Ahli Yang Berhormat bahawa perbekalan tambahan ini adalah yang pertama dan yang terakhir untuk tahun 2021. Berdasarkan isu-isu yang dibahaskan terdapat juga beberapa perkara yang melibatkan Yang Berhormat Menteri lain ataupun kementerian lain yang tidak berkaitan dengan rang undang-undang ini seperti isu Rumah PR1MA, masalah capaian internet, keperluan pemindahan pencawang komunikasi, keperluan pembaikan klinik dan hospital awam, Rang Undang-undang Anti Lompat Parti dan lain-lain. Saya setuju bahawa perkara-perkara yang dibangkitkan adalah amat penting dan wajar mendapat penjelasan sebaiknya daripada kementerian berkenaan. Saya dan Kementerian Kewangan memberi komitmen bahawa Kementerian Kewangan akan menyalurkan persoalan tersebut kepada pihak kementerian berkaitan untuk menyediakan jawapan bertulis dalam kadar yang segera. Sila, Yang Berhormat Kangar.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila, Yang Berhormat Kangar.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sebenarnya gembira kalau kerajaan dapat berjimat ataupun dapat menjadikan perbelanjaan ini cekap. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab bahawa apa yang kita luluskan dalam belanjawan sebenarnya lebih besar daripada apa yang kerajaan belanjakan dan cuma perbekalan ini mungkin dalam kepala yang tidak kita luluskan.

Akan tetapi, tadi dalam perbahasan saya menyebut juga beberapa program di bawah pakej rangsangan yang perbelanjaannya masih lagi belum di tahap memuaskanlah. Ada yang macam program PEMERKASA baru 38.2 peratus dibelanjakan. Adakah ini juga termasuk di dalam apa yang Yang Berhormat Timbalan Menteri sebutkan tadi sebab pakej rangsangan ini kita luluskan secara berasingan daripada Belanjawan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik, terima kasih Yang Berhormat Kangar.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit. Boleh?

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi kata bahawa ada banyak isu substantif yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen, tetapi tidak dapat dijawab kerana di luar daripada kementerian. Akan tetapi saya hendak tengok di sini, banyak sepanjang empat hari kita bahaskan, tetapi dalam Dewan ini tidak ada Menteri yang duduk di sini dengar. Jadi ini selalunya Ahli Parlimen ini kita bahaskan pelbagai isu, tetapi Menteri tidak ada. Tengok, di mana mereka? Kita belanja beratus juta ringgit untuk pilihan raya, hendak memartabatkan Parlimen, tetapi akhirnya Menteri tidak duduk di sini untuk menjawab isu rakyat. Saya mohon Menteri kalau boleh, tegurlah kepada Menteri-menteri, you punya colleague, harus datang ke Dewan untuk dengar perbahasan Parlimen. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Boleh, saya bagi Yang Berhormat Tuaran. Yang Berhormat Tuaran dahulu.

Terima kasih Yang Berhormat kerana menyebut hal PR1MA tadi. Jadi dalam perbahasan tadi ini, kita ini berbahas di peringkat dasar. Jadi daripada segi dasarnya, ini Kementerian Kewangan menjaga kewangan. Kalau kementerian katakanlah KPKT yang menjaga PR1MA ini boleh menjalankan...

Yang Berhormat, berkaitan PR1MA Manggatal, saya jawab. Rasanya Yang Berhormat nak perlu di hujung nanti. Okey, status PR1MA Manggatal.

Ada Yang Berhormat.

Oh, ada ya? Akan tetapi itu...

Okey Yang Berhormat. Okey.

Okey, terima kasih.

Sedikit sahaja Yang Berhormat Timbalan Menteri, tentang bencana tadi. Disebut tentang bencana dan one-off. Untuk 2022, apakah di sana sudah dimasukkan di dalam kita punya perbelanjaan kalau berlaku sekali lagi bencana? Adakah jumlah yang sedia ada diperuntukkan ataupun di sana terdapat strategi di peringkat saling kementerian atau inter-kementerian untuk pastikan bahawa bencana-bencana yang mendatang ini sudah diwujudkan satu sistem ingatan ataupun amaran kepada rakyat supaya kita tidak sekali lagi berbelanja yang sebegini banyak untuk membantu rakyat di kala mereka ditimpa musibah dan bencana ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Sila.

Terima kasih Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Tuaran dan Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Saya pergi kepada Yang Berhormat Kangar dahulu. Perkara ini saya akan jawab di hujung nanti Yang Berhormat Kangar, berkaitan Yang Berhormat bangkitkan berkaitan prestasi pakej-pakej rangsangan. Cumanya saya hendak beritahu, pakej rangsangan yang kita inject semasa tempoh COVID-19 dua tahun, RM530 bilion, itu Yang Berhormat bangkitkan tadi. Teguran Yang Berhormat Bayan Baru, sudah pasti teguran Yang Berhormat ini akan pihak Kementerian Kewangan maklumkan melalui Menteri Kewangan semasa Mesyuarat Kabinet nanti. Yang Berhormat Tuaran saya akan jawab di hujung nanti, Yang Berhormat Tuaran. Selepas habis keseluruhan perkara ini. Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hang Tuah Jaya juga saya akan sebut di hujung nanti. Bagaimana kita membuat sedikit adjustment dalam tahun 2022 bagi memastikan sistem penyampaian bajet ini tercapai seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Tuaran tadi, bajet diserahkan kepada Sabah, tetapi tidak habis belanja dan akhirnya pelbagai alasan timbul. Ini perkara-perkara yang kita tambah baik di bawah Kementerian Kewangan. Itu saya akan sebut di part yang terakhir. Izinkan saya Tuan Yang di-Pertua untuk beralih kepada subsidi produk petroleum. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat ada bangkitkan soal subsidi produk petroleum yang meningkat sekarang ini. Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, sejak awal tahun 2021, harga minyak mentah, Brent crude oil telah menunjukkan trend peningkatan yang signifikan. Harga minyak mentah bagi bulan Januari 2022 adalah pada kasar USD85 setong iaitu meningkat berbanding Januari 2021, sebanyak USD55 setong. Berikutan kenaikan ini, kerajaan terpaksa menanggung peningkatan subsidi petroleum diesel dan gas cecair memasak LPG yang ketara sehingga sepuluh kali ganda iaitu meningkat dari RM200 juta untuk Januari 2021 kepada lebih RM2 bilion untuk Januari 2022. Ditambah pula dengan pergolakan antara Rusia dan Ukraine, harga minyak mentah telah menaik mendadak ke paras melebihi USD100 setong iaitu paras tertinggi sejak 2014. Dengan kenaikan ini dijangka jumlah subsidi petrol, diesel dan LPG akan melebihi RM2.5 bilion sebulan. Sekiranya harga minyak mentah dunia kekal melebihi USD100 setong, jumlah subsidi tersebut bagi keseluruhan tahun 2022 dijangka mencecah RM28 bilion berbanding RM11 bilion pada tahun 2021. Seperti mana Yang Berhormat sebutkan tadi, pengguna buat masa ini masih membayar hanya RM2.05 seliter untuk petrol RON95 berbanding harga sebenar bulan Mac yang telah mencecah RM3.70 seliter. Bagi diesel pula, pengguna hanya bayar RM2.15 seliter di stesen minyak sementara harga sebenar telah melebihi RM4.00 seliter. Begitu juga jika kita bandingkan dengan negara-negara pengeluar minyak, harga runcit produk petroleum di Malaysia adalah sangat rendah. Harga runcit petroleum di Arab Saudi ialah pada paras RM2.61 seliter, manakala Indonesia pula RM3.78 seliter untuk petroleum. Sementara dengan negara-negara jiran

pula, harga runcit petroleum di Thailand adalah RM6.00 seliter, manakala di Singapura RM9.20 seliter. Jurang besar antara harga runcit di stesen minyak berbanding dengan harga pasaran sebenarnya Ahli-ahli Yang Berhormat, akan melibatkan risiko ketirisan subsidi yang lebih tinggi disebabkan aktiviti penyeludupan keluar produk petroleum seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Belud. Cumanya Yang Berhormat Kota Belud, sekiranya Yang Berhormat ada maklumat yang lebih terperinci, saya mohon kepada Yang Berhormat untuk melaporkan kepada kementerian berkaitan atau Yang Berhormat boleh melaporkan melalui Kementerian Kewangan.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

[Bangun] .

Pada masa yang sama, memang benar program subsidi sekarang ini melibatkan harga subsidi yang boleh dinikmati oleh semua pengguna tanpa mengira kaya atau miskin. Dengan kenaikan kos subsidi produk petroleum, ia akan memberikan tekanan kepada kedudukan fiskal kerajaan kerana komitmen pertambahan kos subsidi sepatutnya boleh digunakan untuk manfaat pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Kerajaan juga tidak boleh meminjam untuk membiayai belanja mengurus seperti kos subsidi. Maka, kenaikan kos subsidi hendaklah diimbangi dengan pertambahan hasil dan penjimatan perbelanjaan. Ya benar Ahli-ahli Yang Berhormat, kita merupakan negara pengeluar minyak mentah dan berkemungkinan akan mendapat peningkatan pendapatan dengan kenaikan mendadak harga minyak mentah dunia.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bangun] .

Walau bagaimanapun, memandangkan konflik Rusia dan Ukraine sekarang masih pada peringkat awal, kerajaan masih belum dapat membuat unjuran sebenar peningkatan pendapatan tersebut berbanding implikasi kewangan yang perlu ditanggung melalui pemberian subsidi ini. Yang Berhormat Kuala Selangor, izinkan saya habiskan dahulu. Mengikut unjuran awal, didapati kerajaan masih perlu menampung kos subsidi produk petroleum memandangkan hasil cukai minyak adalah tidak mencukupi. Kerajaan sememangnya sedang mengkaji mekanisme subsidi produk minyak supaya dapat dilaksanakan secara lebih bersasar dan menumpukan bantuan dan subsidi kepada Keluarga Malaysia yang benar-benar memerlukan. Insya-Allah Ahli-ahli Yang Berhormat, pelaksanaan subsidi dijangka dapat mengoptimumkan sumber kewangan kerajaan dan penjimatan yang dicapai dapat diagihkan semula untuk program yang lebih berkesan menyumbang kepada kesejahteraan Keluarga Malaysia. Untuk makluman Yang Berhormat, Jemaah Menteri telah memberi mandat kepada Kementerian Kewangan untuk melakukan libat urus bagi kita melihat secara keseluruhan bagaimana kebolehlaksanaan dan pelbagai isu untuk kita laksanakan subsidi secara bersasar. Sila Yang Berhormat Kuala Selangor.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Saya ingat bagi Yang Berhormat Rasah dahulu.

Saya bagi Yang Berhormat Kuala Selangor dan Yang Berhormat Rasah.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Okey, tidak apa. Yang Berhormat Kuala Selangor dahulu.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya dengar dengan tekun tadi apa yang Yang Berhormat Timbalan Menteri telah bangkitkan dan inilah yang sebenarnya dikehendaki khasnya oleh pakar-pakar ekonomi yang telah meneliti perkara ini. Saya kira waktunya sudah sampai untuk kita melakukan penggubalan dan

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

pencerakinan satu kaedah yang telah pun disebutkan oleh sahabat saya daripada sebelah sini tadi, Datuk Seri Saifudin Nasution yang telah membangkitkan bagaimana...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Ahli Parlimen...

Datuk Dr. Hasan bin BahromAMANAH · PHTampin

Kulim Bandar Baharu.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, maaf, maaf. Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu yang telah menyebutkan tentang mekanisme yang telah dianjurkan oleh Pakatan Harapan yang tidak sempat untuk kita laksanakan. Saya rasa sudah sampai masanya satu lebih progresif yang dapat memberikan keadilan untuk semua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Saya ucapkan terima kasih atas penjelasan yang diberikan. Cuma saya rasa daripada segi, kita kena beri penjelasan secara kuantitatif. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada menyebut bahawa jumlah subsidi untuk produk petroleum, habis 10 kali berbanding dengan sebelum itu, sebelum harga minyak dunia melonjak. Okey fair. Saya rasa itu fakta. Kita kena mengakui itu hakikat. Cuma daripada segi income kita sebab kita pun pengeluar dan pengeksport minyak. Berapa ia punya ini, imbangannya macam mana? Sama ada income kita boleh cover atau tidak dengan lonjakan harga minyak ini, untuk cover semua subsidi yang kita berikan. Mohon penjelasan lanjutan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Sila Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor dan Yang Berhormat Rasah. Saya jawab Yang Berhormat Kuala Selangor dahulu kemudian saya pergi kepada Yang Berhormat Rasah. Itulah Yang Berhormat, Jemaah Menteri telah bagi mandat kepada Kementerian Kewangan untuk melihat kajian dan libat urus supaya kita menjurus kepada perkara- perkara yang melibatkan mereka yang memerlukan sahaja subsidi supaya kita dapat mengimbangi keperluan antara rakyat dan keperluan daripada semasa, seperti mana Yang Berhormat Kuala Selangor sebutkan tadi. Insya-Allah Yang Berhormat. Yang Berhormat juga akan dilibat uruskan dalam kita melakukan satu cadangan dan pelaksanaan bagi subsidi yang lebih bersasar. Saya hendak pergi kepada Yang Berhormat Rasah. Yang Berhormat Rasah, semasa kita membentangkan Belanjawan 2022, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketika itu kita menganggarkan minyak berada pada kadar USD67 per barrel. Bermakna, apabila USD dolar setong, kita menganggarkan sepatutnya cukai atau duit yang digunakan untuk subsidi bagi petroleum hanya RM3.7 bilion sahaja untuk tahun 2022. Akan tetapi dengan keadaan apa yang berlaku pada hari ini, kita hendak buat unjuran tetapi kita lihat ini baru awal permulaan antara konflik di antara Rusia dan Ukraine. Sepertimana yang saya sebutkan pada awal tadi, kita menganggarkan sekiranya minyak berada melebihi USD100 setong, kita akan meningkatkan sehingga hampir RM28 bilion bagi tahun 2022 berbanding tahun lepas tahun 2021 hanya RM 11 bilion.

Akan tetapi Yang Berhormat sebutkan dua, supaya kita berterus terang tentang bagaimana jangkaan hasil. Sekiranya kita menganggarkan minyak masih berada USD100 setong dalam keadaan semasa, kita jangka kita akan dapat hasil RM8.7 bilion, tidak termasuk lima peratus cukai kepada petroleum. Ini perkara-perkara yang sedang kita lihat dan kita sedang membuat kajian dan pemantauan dari semasa ke semasa untuk melihat supaya hasil yang kita dapat ini dapat untuk membantu supaya kita dapat membiayai segala program subsidi yang telah kita aturkan bagi tahun 2022 untuk melegakan dan mengimbangi keperluan mendesak kepada rakyat. Yang Berhormat, izinkan saya pergi Tuan Yang di-Pertua kepada pengurusan bencana banjir. Ini dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat berkaitan kelewatan bayaran bantuan banjir kepada mangsa-mangsa yang terlibat. Bantuan Wang Ihsan merupakan sumbangan tunai yang kerajaan salurkan kepada mangsa-mangsa banjir setiap kali berlakunya bencana banjir. Kadar bantuan ihsan telah ditingkatkan daripada RM500 kepada RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah yang terjejas akibat banjir termasuk kepada mereka yang tidak berpindah kepada pusat pemindahan sementara (PPS). Kadar Bantuan Wang Ihsan (BWI) untuk kematian buat waris mangsa juga dinaikkan dari RM5,000 kepada RM10,000. Mangsa-mangsa yang terjejas akibat banjir boleh menuntut BWI setiap kali bencana menimpa berbanding sebelum ini hanya sekali sahaja semasa berlakunya Monsun Timur Laut. Sehingga kini, lebih 153,000 ketua isi rumah telah menerima bantuan BWI dengan jumlah peruntukan sebanyak lebih RM153 juta. Berhubung dengan penyaluran Bantuan Barang Keperluan Asas (BBKA), pihak ICU sedang giat melaksanakan penyaluran bantuan bernilai RM2,500 ini kepada KIR yang layak, melalui serahan fizikal atau penyaluran secara elektronik (fund transfer), dengan izin. Setakat 21 Mac 2022, seramai 33,000 KIR telah menerima bantuan dengan jumlah keseluruhan lebih RM80 juta. Usaha untuk mendapatkan maklumat KIR yang layak namun tiada nombor akaun, juga sedang digiatkan oleh pihak ICU. Pada masa yang sama, ICU JPM sedang giat untuk mempercepatkan penyaluran bantuan secara EFT kepada semua KIR yang layak melalui semakan silang dengan pangkalan data MOF. Selanjutnya Yang Berhormat juga membangkitkan, adakah kerajaan membuat perancangan yang lebih holistik bagi mengelakkan banjir pada masa hadapan termasuklah di kawasan Lembah Klang. Kerajaan sememangnya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat berhubung keperluan meningkatkan pelaksanaan projek tebatan banjir. Perancangan yang holistik dan berjangka panjang diperlukan bagi mengelakkan berulang kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda yang dialami semasa fenomena banjir Monsun Timur Laut 2021/2022. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, kerajaan pada masa ini telah menyediakan peruntukan pembangunan sebanyak RM1 bilion setahun, seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada awal Mac 2022. Kerajaan bersetuju untuk menambah perbelanjaan sebanyak RM15 bilion untuk tempoh 2023 sehingga 2030 sebagai langkah mitigasi terhadap bencana banjir masa depan. Keutamaan akan diberikan kepada kawasan yang berisiko banjir di seluruh negara termasuk di kawasan Lembah Klang yang antaranya kawasan yang dilanda banjir baru-baru ini. Tuan Yang di-Pertua, berhubung Bantuan Khas COVID-19 setakat 8 Mac 2022, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah meluluskan bantuan sebanyak lebih RM94.3 juta bagi Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 NADMA kepada 18,867 permohonan yang layak dan lengkap dan RM47.9 juta bagi Bantuan Khas COVID-19 Kehilangan Pendapatan kepada 38,836 pemohon yang layak dan lengkap. Sebanyak 35,000 permohonan yang masih diproses kerana tidak lengkap dan ada query bagi kedua- dua bantuan tersebut.

Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 masih diteruskan sehingga kerajaan menamatkan bantuan ini. Bagi Bantuan Khas COVID-19 Kehilangan Pendapatan, bantuan akan tamat pada 31 Mac 2022. Hanya mereka yang dikuarantin, akan mendapat rawatan sebelum atau pada 31 Mac 2022 layak untuk memohon. Permohonan hendaklah dihantar ke NADMA sebelum atau pada 30 April 2022. Kepada semua pemohon, boleh menyemak status permohonan di portal semakan di lawan web NADMA, di laman sesawang www.bkcovid19.nadma.gov.my. Tuan Yang di-Pertua, saya ada masa banyak lagi?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Boleh saya bagi lima minit lagi?

Boleh saya jawab isu pilihan raya dan saya pergi kepada isu Yang Berhormat Tuaran berkaitan PR1MA.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ya. Silakan. Ya.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bangkitkan beberapa isu yang ada terkait dengan Suruhanjaya Pilihan Raya. Pertamanya, isu peratusan keluar mengundi yang agak kurang. Keduanya tempoh maksimum perkhidmatan kepada ahli Suruhanjaya Pilihan Raya. Untuk maklumat, SPR melalui Akademi Pilihan Raya telah menjalinkan kerjasama strategik dengan beberapa kementerian bagi melaksanakan program pendidikan pengundi yang bertujuan memberi kefahaman kepada proses pilihan raya di Malaysia dan mensiapsiagakan golongan belia agar menjadi warga yang bertanggungjawab dengan melibatkan diri dalam pilihan raya. Bagi menyebar luas penyampaian maklumat pilihan raya kepada golongan belia, Program APR Associate Trainer telah dilaksanakan bertujuan melatih lebih ramai penceramah dan jurulatih yang mampu menyampaikan maklumat tentang proses pilihan raya kepada pelajar sekolah dan golongan belia dalam institusi pendidikan di seluruh Malaysia. Untuk makluman Yang Berhormat, kita sedar program ini masih pada peringkat awal pelaksanaan dan insya-Allah, ia akan dipertingkatkan dan akan menampakkan hasilnya seperti mana kehendak Yang Berhormat-Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini. Program ini juga mengambil inisiatif perkongsian secara maya dalam bidang sosial bagi memberi penerangan yang lebih mudah dan ringkas mengenai proses pilihan raya melalui platform Facebook, YouTube, Instagram, Twitter dan TikTok yang pada masa ini merupakan trend belia dan anak muda seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Setiawangsa sebentar tadi. SPR juga telah menambahkan beberapa penambahbaikan bagi memastikan perjalanan pilihan raya di negara ini lebih efisien, adil dan telus. Antaranya: (i) mewujudkan saliran khusus kepada pengundi 60 tahun ke atas dan orang kurang upaya; (ii) menambah pusat mengundi baharu bagi mengelakkan kesesakan di pusat mengundi dan saluran. (iii) Ketiga memanjangkan tempoh masa mengundi dari lapan pagi hingga enam petang.

Pemanjangan tempoh ini dapat memberi masa yang mencukupi kepada pemilih untuk mengambil kira pertambahan pemilih ekoran pelaksanaan undi 18 tahun secara automatik. Memansuhkan syarat undi pos luar negara, syarat-syarat kelayakan pengundi pos kategori 1B luar negara yang dilaksanakan sebelum ini telah dimansuhkan bagi memberi kemudahan kepada semua pemilih berdaftar di luar negara untuk mengundi.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat, perkara berkaitan keahlian anggota SPR. Ahli Yang Berhormat membangkitkan supaya tempoh ahli SPR ini sama ada satu penggal atau tempoh dua penggal. Untuk makluman Yang Berhormat, pelantikan anggota SPR adalah melalui Perkara 114(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan yang memenuhi keperluan seperti mana yang dinyatakan dalam Perkara 114(3) dan (4) Perlembagaan Persekutuan iaitu anggota SPR yang dilantik belum mencapai umur 66 tahun dan anggota SPR yang dilantik tidak boleh bankrap, melibatkan diri dalam apa-apa jawatan atau pekerjaan berbayar di luar tugas jawatannya atau menjadi ahli mana-mana sesuatu majlis Parlimen atau Dewan Undangan Negeri sesuatu negeri. Bagi tujuan pelantikan secara anggota SPR akan menerima saraan di bawah jadual kepada seksyen 2, Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1957 (Akta 31). Namun, pandangan Yang Berhormat juga, pihak MOF akan salurkan kepada Jabatan Perdana Menteri untuk dilihat tindakan selanjutnya. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Rasah ada membangkitkan berkaitan penjelasan berhubung PRN Melaka tidak dimasukkan dalam perbelanjaan tambahan. Untuk makluman Yang Berhormat Rasah, DUN Melaka telah dibubarkan pada 4 Oktober 2021 iaitu pelaksanaan PRN DUN Melaka yang ke-15 melibatkan 28 kerusi DUN perlu dilaksanakan pada 20 November 2021 dengan anggaran kos RM45.9 juta. Kos RM45.9 juta ini ditampung menggunakan peruntukan yang telah diluluskan untuk PRN Sarawak pada tahun 2021 sebanyak RM138 juta. Kerajaan juga mengandaikan PRN Sarawak tidak sempat dilaksanakan pada tahun 2021, itu andaian pertama dan disediakan juga peruntukan dalam bajet 2022 sebanyak RM121 juta. Namun selepas Bajet 2022 dibentangkan pada Oktober 2021, PRN Sarawak diputuskan untuk diadakan pada Disember 2021 dan disebabkan itu, peruntukan tambahan diperlukan sebanyak RM67.7 juta. Lebihan kos yang perlu ditanggung oleh SPR pada tahun 2021 adalah berjumlah RM67.7 juta adalah merangkumi pembayaran kos pelaksanaan sebahagian PRU DUN Sarawak yang ke-12 yang perlu dilaksanakan pada Disember 2021 kerana peruntukan yang disediakan sebelum ini telah didahulukan untuk PRN Negeri Melaka. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memberi sedikit penjelasan berkaitan Yang Berhormat Tuaran sebagai akhir. Yang Berhormat Tuaran ialah berkaitan pelaksanaan projek PR1MA di Menggatal, Sabah. Secara keseluruhan setakat 22 Mac 2022, Perbadanan PR1MA Malaysia mempunyai tiga projek sakit di negeri Sabah dengan sejumlah unit 2,736 buah. Residen Ranggu 1,300 buah unit. Residen Menggatal 816 buah unit. Residen Woodford Estate ...

Tuan Yang di-Pertua...

620 buah unit.

Sekejap, saya habiskan dahulu.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ya, habiskan dahulu, ya.

PR1MA sebagai satu agensi Persekutuan telah diberikan kelonggaran untuk tidak memohon lesen pemaju APDL di Sabah. Walau bagaimanapun, kelonggaran tersebut telah ditarik balik pada tahun 2019 dan PR1MA perlu memohon semula lesen pemaju tersebut. PR1MA kini telah memohon APDL dan mendapat lesen pemajuan bagi projek di Residensi Ranggu dan sedang dalam proses kelulusan dan permohonan bagi Residensi Woodford Estate dan Residensi Menggatal. PR1MA telah mengambil langkah proaktif untuk melaksanakan strategi intervensi dan mediasi untuk menangani isu-isu yang dihadapi oleh kontraktor PR1MA. PR1MA juga

komited untuk meredakan keresahan pembeli kediaman PR1MA yang terkesan akibat kelewatan projek-projek sakit ini. Sila. Yang Berhormat Tuaran dan kemudian Yang Berhormat Kota Belud.

Okey. Terima kasih atas penjelasan tadi Yang Berhormat. Adakah Yang Berhormat sedar, adakah kerajaan sedar bahawa begitu ramai mangsa daripada projek sakit ini? Apa yang mereka tuntut sekarang ialah tangguhkan pembayaran pinjaman mereka di bank sebab dalam perjanjian dahulu 90 peratus, apabila siap 90 peratus baru mula potongan pembayaran ke bank. Sekarang tidak sampai pun 10 peratus tetapi dipaksa juga membayar. Tuntutan mereka ialah tangguhkan dahulu pembayaran sebab dalam keadaan sekarang pemaju tidak ada lesen. Mereka rasa tertipu, dua kali tipu. Sekarang ini mahu bayar selepas itu sekarang menunggu lagi kelulusan lesen pemaju dan lesen pemaju bukan senang dapat sebab kelayakan pemaju ini yang dahulunya dijanjikan tidak perlu lesen pemaju. Bagaimanakah kerajaan boleh mengecualikan lesen pemaju? Ini tidak masuk akal. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, terima kasih Yang Berhormat Tuaran.

Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya tunggu jawapan untuk PRK DUN Bugaya, tiada pun.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ya. Sila jawab dan boleh rumuskan. Mana yang tidak sempat boleh buat jawapan bertulis Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sila jawab.

Tambah lima minitlah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sudah tambah sudah tadi.

Yang Berhormat Tuaran, saya kira perkara ini saya akan ambil sebagai satu perkara yang amat penting bagi memastikan masalah rakyat dapat dilihat. Saya bagi komitmen kepada Yang Berhormat supaya satu perbincangan di antara Yang Berhormat, PR1MA dan Kementerian Kewangan akan dilaksanakan seberapa segera yang mungkin. Saya juga akan terlibat dalam perbincangan tersebut. Ini komitmen daripada saya dan Kementerian Kewangan. Berkaitan dengan PRN Bugaya...

Terima kasih Yang Berhormat.

PRK Bugaya. Perkara ini Yang Berhormat saya minta maaf kerana saya tidak dapat memberi jawapan pada ketika ini dan saya minta kementerian yang terbabit agar memberikan jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Bertulis.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri penggulungan ini, sukacita sekali lagi saya memaklumkan di Dewan yang mulia ini, kerajaan pertama kalinya di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pemantau Bajet 2022 bertujuan memantau pelaksanaan setiap inisiatif yang telah diumumkan. Ini menunjukkan bahawa betapa seriusnya kerajaan dalam memastikan setiap inisiatif yang diumumkan benar- benar memberi impak kepada rakyat. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Kewangan untuk mengadakan mesyuarat secara berkala dan perkara ini telah kita laksanakan mesyuarat kali pertama tempoh hari dan kita akan lakukan secara berkala

bagi memastikan sistem penyampaian Bajet 2022 lebih baik daripada bajet-bajet sebelum ini. Saya sekali lagi merakamkan banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberikan kerjasama semasa perbahasan di peringkat dasar. Terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah bahawa Usul di atas nama Yang Berhormat Menteri Kewangan di dalam Aturan Urusan Mesyuarat ini diedarkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

[Diputuskan, Bahawa Usul yang berikut ini dirujukkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis: “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406] , membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak lima bilion lima ratus tiga puluh empat juta sembilan ratus dua ribu ringgit (RM5,534,902,000) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2021 bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2021 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 3 Tahun 2022 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran (Projek) dalam ruang sembilan dan sepuluh penyata tersebut.”] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Minta Yang Berhormat Menteri Kewangan atau timbalannya mengemukakan Anggaran Perbelanjaan bagi semua kementerian.

Dato’ Indera Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan I · Paya Besar

Tuan Pengerusi, saya ingin mengemukakan supaya wang sejumlah tidak lebih RM8,413,567,300 yang diperuntukkan dalam Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2021 bagi Maksud-maksud Bekalan B.4, B.11, B.12 dan B.25 untuk kementerian-kementerian dan jabatan yang berkenaan dijadikan Jadual dan wang sejumlah tidak lebih daripada RM5,534,902,000 yang diperuntukkan dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2021 bagi Maksud-maksud Pembangunan P.6, P.7, P.20, P.21, P.22, P.27, P.30, P.31, P.33, P.42, P.43, P.45, P.46, P.47, P.48, P.60, P.62 dan P.63 untuk kementerian-kementerian dan jabatan yang berkenaan seperti yang ditunjukkan dalam penyata yang dibentangkan sebagai Kertas

Dato’ Indera Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan I · Paya Besar

Perintah 2 Tahun 2022 dan Kertas Perintah 3 Tahun 2022 masing-masing dijadikan Anggaran Perbelanjaan.

Dato’ Indera Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan I · Paya Besar

Tuan Pengerusi, keperluan bagi mengadakan peruntukan-peruntukan dalam Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2021 dan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Pertama 2021 telah pun dibentangkan terdahulu. Di samping itu, penjelasan lanjut mengenai cadangan-cadangan Anggaran Peruntukan Tambahan ini juga diberikan dalam Memorandum Perbendaharaan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2A Tahun 2022 bagi Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2021 dan Kertas Perintah 3A Tahun 2022 bagi Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2021. Oleh itu Tuan Pengerusi, saya tidak berhajat hendak memberi apa-apa penerangan tambahan lagi. Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2021) 2022 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN (TAMB.) (BIL.1) 2021 — Kepala B.4 [Jadual] – Kepala P.6 dan P.7 [Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil.1) 2021] –Bill

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Jabatan Perdana Menteri. Kepala Bekalan B.4 dan Kepala Pembangunan P.6 dan P.7 di bawah Jabatan Perdana Menteri terbuka untuk dibahas. Saya buka dua sebelah sini dan dua sebelah sini sekiranya ada. Sila saya jemput yang pertama Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab dengan penuh lemah lembut-lembai, pengantin baru. [Ketawa] [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands) mempengerusikan Jawatankuasa] Baik, saya hendak menyentuh juga sekali lagi kerana tadi tidak diberikan penjelasan dan saya kira mungkin selepas ini JPM akan boleh bagi penjelasan kepada saya berkaitan dengan B.4 – Jabatan Perdana Menteri (Suruhanjaya Pilihan Raya) berkaitan dengan peratus keluar mengundi. Tadi telah disebut bahawa kerajaan melalui SPR akan membuat satu langkah dan tindakan ke arah untuk memastikan supaya kesedaran pengundian itu akan meningkat dari semasa ke semasa. Ini dapat kita lihat, kalau dilihat daripada pilihan raya Sarawak itu sendiri yang dalam peruntukan ini. Peratus keluar mengundi ialah 60.67 per cent berbanding dengan 70.01 peratus tahun 2016, bermakna lari 10 peratus. Begitu juga dengan di Melaka dan negeri Johor dan juga di Sabah. Jadi saya hendak minta ialah supaya inilah yang saya sebutkan tadi supaya kerajaan akan dapat bertegas untuk memastikan memberi ruang kepada SPR untuk sampai tempoh pilihan raya akan datang ini iaitu pada penghujung penggal ini, untuk memberikan tempoh supaya SPR dapat mempergiatkan aktiviti ke arah memberikan kesedaran kepada pengundi-pengundi baharu. Satu, pengundi muda yang 18 tahun ini. Kedua ialah pengundi yang dia pun tidak tahu kata dia itu dimasukkan menjadi seorang pengundi. Ini bermakna dia tidak pernah mengundi dan dia sepatutnya sudah boleh mengundi dalam beberapa kali pilihan raya tetapi dia sendiri pun tidak pernah memberikan komitmen untuk dia mendaftar sebagai pengundi. Oleh sebab pendaftaran automatik itu dibuat, maka kesedaran itu perlu diberikan, didikan perlu dilakukan untuk memastikan supaya pengundi-pengundi muda dan

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

pengundi-pengundi yang telah pun didaftar secara automatik ini mempunyai kesedaran. Jadi jangan dok fikir hendak buat pilihan raya. Ini masalah yang saya sebutkan tadi. Kita hanya dok terfikir hendak buat pilihan raya, hendak buat pilihan raya tetapi kesedaran untuk anak-anak muda, pengundi-pengundi baharu mengambil bahagian ini kita tidak fikir. Jadi saya minta supaya SPR ini diberikan masa, maknanya jangan ganggu tugas mereka dengan kerja pilihan raya. Kalau ganggu mereka dengan kerja hendak buat pilihan raya segera, hendak bubar segera, ini akan menggagalkan segala usaha yang sepatutnya dilakukan oleh pihak kerajaan bagi memastikan supaya kesedaran yang tinggi. Semalam pun Timbalan Yang di-Pertuan Agong dalam satu pelancaran bukunya pun menyentuh tentang peri- pentingnya soal memberikan didikan yang lebih bukan sekadar bersifat untuk keluar mengundi sahaja tetapi memahami soal politik, demokrasi pilihan raya itu secara yang lebih menyeluruh yang perlu dilakukan oleh SPR itu sendiri dan juga oleh semua pihak di dalam negara kita. Keduanya, saya hendak dapatkan penjelasan daripada peruntukan berkaitan dengan elaun bersara dan ganjaran ini. Untuk pesara ini, ada pesara baharu dan ada pesara yang tidak dijangka, yang tidak dijangka maknanya pesara baharu ini pesara yang tidak dijangka. Berapa peratus daripada mereka itu yang mengalami kemungkinan unjurannya ialah berhadapan dengan miskin tegar? Berapa peratus mereka itu yang wang simpanan KWSP mereka itu tinggal pada kadar jumlah yang paling sedikit? Ini sangat penting untuk diperjelaskan untuk memastikan supaya kita dapat memastikan supaya semakan tangga gaji itu perlu dilakukan,. Bukan hanya bergantung pada wang KWSP tetapi bila mereka pencen, mereka akan mendapat satu jumlah persaraan, bayaran pencen yang lebih munasabah dan sesuai dalam suasana semasa. Terima kasih.

Baru hendak mencelah sedikit Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya ada?

Kota Belud sedikit.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ada apa? Ya, ya Yang Berhormat Kota Belud, sila.

...Hendak mencelah sedikit.

Saya ingin tanya soalan ringkas sebab tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak menjawab soalan saya. Kenapa RM67 juta untuk SPR tidak dimasukkan sekali untuk PRK DUN Bugaya? Sabah ini tidak pentingkah? Setahun lebih sudah, setahun lebih sudah tidak ada wakil rakyat.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Baik, terima kasih. Jadikan sebahagian daripada ucapan saya. Sila Yang Berhormat Kangar.

Yang Berhormat Pokok Sena, saya tertarik bila Yang Berhormat Pokok Sena.

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Masa telah cukup.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Sekejap-sekejap.

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Selepas Yang Berhormat Kangar saja.

Saya tertarik bila Yang Berhormat Pokok Sena sebut fasal isu pencen tadi. Saya rasa, saya pernah bahas di Dewan ini, untuk

mereka yang berpendapatan rendah mungkin kita boleh pertimbangkan supaya mereka ini dibuat pencen minimum. Ataupun yang mana berpendapatan di bawah RM2,000 ini dia dapat pencen penuh.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya. Satu cadangan yang baik yang perlu dipertimbangkan oleh pihak kerajaan. Akhir sekali Tuan Pengerusi ialah berkaitan dengan kesedaran pemahaman di kalangan perkhidmatan awam ini tentang peruntukan ex-gratia. Saya fikir ramai kakitangan kerajaan ini tidak tahu kata ada peruntukan ex-gratia ini, ganjaran bila berlaku sesuatu keadaan kemalangan kepada mereka yang perlu mereka dapat. Oleh sebab itu saya hendak dapatkan penjelasan. Apakah penjelasan ini telah pun diberikan, maklumat ini telah diberikan kepada pegawai-pegawai dan kakitangan awam? Baru-baru ini, alhamdulillah saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan yang telah pun memberikan ex-gratia kepada arwah anggota bomba kita Adib yang telah pun mati dalam satu insiden dengan mendapat jumlah RM1.5 juta. Jadi saya hendak dapatkan penjelasan, berapa pula yang diberikan kepada anggota-anggota bomba yang lain? Ada enam orang yang juga mati lemas dalam kejadian yang lain. Jadi mereka ini sepatutnya juga diberikan ex-gratia dan saya perlu tahu bahawa berapa banyak peruntukan ex-gratia yang telah pun diberikan kepada anggota-anggota bomba yang lain. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Jika tiada, Yang Berhormat Menteri sila menjawab.

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti SamsudinBERSATU · PNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) · Masjid Tanah

Okey terima kasih Tuan Pengerusi bagi untuk menjawab di bawah perkara yang berhubung dengan Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang). Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2021) 2022 yang melibatkan Suruhanjaya Pilihan Raya. Segala cadangan dan juga pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat wajar dihargai dan akan diberikan perhatian sewajarnya. Terdapat beberapa persoalan yang berkaitan dengan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2021) 2022 dibangkitkan pada petang ini. Tuan Pengerusi, Ahli Yang Berhormat daripada Hang Tuah Jaya dan juga Yang Berhormat Rasah telah pun meminta perbelanjaan PRU DUN Melaka dan juga PRU Dewan Undangan Negeri Johor. Untuk makluman Yang Berhormat, kos bagi pelaksanaan PRU DUN adalah seperti berikut yang mana PRU Dewan Undangan Negeri Melaka yang Ke-15 adalah sebanyak RM45 juta dan bagi PRU Dewan Undangan Negeri Johor adalah sebanyak RM96 juta. Keseluruhan kos tersebut adalah merangkumi perolehan, pembelian dan juga sewaan peralatan pilihan raya, kenderaan, pembangunan ICT, logistik, elaun petugas dan keperluan-keperluan lain yang berkaitan. Perbelanjaan ini juga turut mengambil kira peralatan mengikut Garis Panduan Penjagaan COVID-19.

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti SamsudinBERSATU · PNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) · Masjid Tanah

Saya juga hendak menyentuh tentang Yang Berhormat Pokok Sena tadi berkenaan dengan memberikan pendidikan kepada pengundi terutama kepada golongan belia. Untuk makluman Yang Berhormat, Suruhanjaya Pilihan Raya melalui akademi SPR iaitu APR telah pun menjalinkan kerjasama strategik dengan beberapa kementerian untuk melaksanakan program pendidikan pengundi yang bertujuan untuk memberikan kefahaman terhadap proses pilihan raya yang dijalankan di Malaysia dan juga mempersiapsiagakan golongan belia agar menjadi warganegara yang bertanggungjawab dengan melibatkan diri dalam pilihan raya.

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti SamsudinBERSATU · PNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) · Masjid Tanah

Antara kementerian yang terlibat adalah Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta agensi lain dan juga badan-badan bukan kerajaan yang mempunyai kaitannya dengan belia. Selain daripada itu juga, untuk kita sebar luas penyampaian maklumat pilihan raya kepada golongan belia, Akademi Pilihan Raya juga telah pun melaksanakan program APR Associate Trainer ataupun lebih dikenali dengan nama AAT. Melalui program AAT ini, Akademi Pilihan Raya dapat melatih lebih ramai lagi penceramah dan juga jurulatih yang mampu untuk bekerjasama rapat dan juga bersama-sama dengan Akademi Pilihan Raya untuk sama-sama sampaikan maklumat tentang proses pilihan raya di Malaysia khusus kepada pelajar sekolah dan juga golongan belia dalam institusi pendidikan di seluruh negara. Setakat hari ini, seramai 273 orang peserta telah mengikuti latihan intensif oleh Akademi Pilihan Raya dan seterusnya dilantik sebagai APR Associate Trainer. Akademi Pilihan Raya juga telah pun mengambil inisiatif perkongsian secara maya dan juga dalam media sosial bagi memberikan penerangan lebih mudah dan ringkas mengenai proses pilihan raya melalui platform Facebook, YouTube, Instagram, Twitter dan TikTok yang pada ketika ini menjadi trend anak muda dan juga belia. Saya juga hendak menjawab berkenaan soalan daripada Ahli Parlimen Kota Belud yang bertanyakan kenapa PRK Bugaya tidak dilaksanakan. Untuk makluman Yang Berhormat, Proklamasi Darurat 2020 [P.U.(A)358/2020] Bugaya telah diwartakan pada 15 Disember 2020. Justeru, bagi SPR untuk melaksanakan PRK bagi kerusi DUN 66

Bugaya hendaklah dibatalkan terlebih dahulu.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Penjelasan, penjelasan.

Oh. Okey, Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih apa yang dijelaskan tadi berkaitan dengan peranan. Akan tetapi, saya fikir bolehkah Yang Berhormat bersetuju dengan saya, untuk tempoh ini, selain daripada program yang telah pun disebut tadi, untuk tempoh ini oleh kerana kegilaan orang hendak pilihan raya sangat-sangat ini sampai riuh seantero dunia ini, sepatutnya SPR memberikan tumpuan kepada pengundi-pengundi yang berdaftar ini? Memberikan tumpuan kepada pengundi-pengundi berdaftar yang baharu ini, yang first time untuk hendak menjadi pengundi ini supaya mereka ini mempunyai kesedaran yang tinggi untuk mereka hendak keluar mengundi. Ini sangat penting. Adakah Yang Berhormat boleh bersetuju dengan saya bahawa sewajarnya pilihan raya tidak berlaku dalam tempoh yang terdekat ini sehingga bersekali dengan pilihan-pilihan raya negeri pada penghujung tempoh penggal ini pada tahun 2023?

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Kota Belud.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya hendak tanya Yang Berhormat, siapa yang gila itu? [Ketawa] Okey, Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya memang betul dengan pertambahan...

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Soalan sahaja itu.

Dengan pertambahan jumlah pengundi yang berlaku pada Pilihan Raya Undangan Negeri Johor sampai melonjak naik 2.5 juta, itu sebenarnya menjadikan cerminan betapa ramainya pengundi secara automatik yang telah pun didaftarkan secara— maksudnya automatik sebagai pengundi.

Apabila ada perkara demikian, dengan adanya kekangan di pihak Akademi Pilihan Raya dengan, maksudnya kakitangan yang tidak mencukupi, jadi untuk pendidikan pilihan raya ini— sebab itu kita adakan kolaborasi bukan sahaja dengan pihak kementerian- kementerian, agensi, NGO tetapi juga dengan semua pemimpin masyarakat termasuklah Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian yang mana melalui parti masing-masing boleh juga mendidik warga ahli parti masing-masing untuk sama-sama ke arah memahami proses pilihan raya tersebut. Terima kasih.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Kota Belud. Apa punya logik jawapan ini perlu pakai darurat untuk meneruskan PRK DUN Bugaya?

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Sila duduk. Masa sudah lepas.

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Duduk.

Tuan Pengerusi, apa punya logik...

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Duduk.

Apa punya logik jawapan ini dipakai...

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Arahan saya sudah...

Arahan darurat ini?

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Arahan saya, Yang Berhormat duduk.

Tuan Pengerusi, tolonglah. Negeri Sabah nanti kena beri kemudian, Sabah nanti kena beri kemudian.

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat.

Ini sahaja kamu punya...

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Arahan saya, Yang Berhormat, duduk. Dipersilakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab pada Jabatan Perkhidmatan Awam.

Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd YazidUMNO · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) · Kuala Kangsar

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Pertamanya, mengenai pesara dan juga kategori miskin tegar. Ini bertepatan untuk dijawab di bawah Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ekonomi dan EPU. Ia bukan di bawah tugas-tugas khas. Keduanya, mengenai hal penjawat awam dan juga ex-gratia iaitu hal bencana kerja. Ini juga di bawah bidang Kementerian Kewangan, Yang Berhormat. Akan tetapi, saya percaya, apa yang telah ditimbulkan, kita minta bahagian-bahagian tertentu untuk menjawab.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tuan Pengerusi, saya fikir Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak boleh jawab macam itu, kata ini di bawah Menteri yang lain di Jabatan Perdana Menteri. Sepatutnya ada penyelarasan untuk jawapan itu diberikan kepada seorang Menteri ataupun Timbalan Menteri di bawah Jabatan Perdana Menteri. Walaupun dia sebagai Timbalan Menteri di bawah Tugas-tugas Khas, sepatutnya mewakili Jabatan Perdana Menteri. Saya fikir ex-gratia itu juga di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam juga mempunyai tanggungjawab sebab ia ada berkaitan dengan perkhidmatan awam. Jadi, mesti ada jawapan yang perlu diberikan.

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Timbalan Menteri, jika tidak boleh, sila beri jawapan bertulis.

Ya, Yang Berhormat, kalau itu pendapat Yang Berhormat tetapi inilah yang saya fahami dan saya akan minta satu jawapan bertulis untuk diberi.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tuan Pengerusi, saya lihat petang ini nampaknya penyelarasan Dewan ini tidak selaras. Ini memalukan Jabatan Perdana Menteri, bagi saya. Ini memalukan Jabatan Perdana Menteri. Satu jabatan induk...

Yang Berhormat.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

...Yang sepatutnya mengendali...

Yang Berhormat.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

...Urusan Parlimen yang bersidang pada hari ini.

Yang Berhormat, saya akan jawab.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya tidak marah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri ini sebab dia tidak dapat jawapan.

Tidak, tidak. Bukan soal itu.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ia tidak ada penyelarasan.

Bukan soal itu, Yang Berhormat. Saya boleh menjawab apa yang dalam bidang kuasa saya. Jadi, perkara-perkara ini sebenarnya di bawah Perdana Menteri. Saya menjawab dalam Parlimen bagi pihak Perdana Menteri. Jadi, Yang Berhormat, mohon duduk sekejap, saya hendak jawab satu perkara. Yang Berhormat Pokok Sena telah membangkitkan soalan berkaitan berapa peratus pesara yang menerima pencen minimum dikategorikan sebagai miskin tegar. Saya menjawab di sinilah. Bagi menentukan...

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Sama-sama. Bagi menentukan pesara dikategorikan sebagai miskin tegar, adalah perlu mengambil kira tempoh perkhidmatan pegawai selama 25 tahun untuk melayakkan pesara menerima kadar pencen terendah sebanyak RM1,000. Sebanyak 9.85 peratus daripada 886,458 pesara adalah dikategorikan sebagai miskin tegar iaitu sebanyak 87,370 orang pesara. Itu jawapan...

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

87,000 orang pesara miskin tegar?

Di sini dikategorikan sebagai miskin tegar iaitu 87,000.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ini bermakna bahawa ini yang telah pun bersara, belum lagi yang akan masuk ke dalam persaraan yang juga akan dimasukkan dalam kategori ini. Jadi, ini yang saya tekankan tadi, Tuan Pengerusi, bahawa kita perlu kepada membuat satu semakan semula untuk memastikan supaya mereka ini apabila pencen tidak jatuh dalam miskin tegar. Itu semakan tangga gaji. Ini sangat penting. Oleh sebab itu Perdana Menteri mengatakan bahawa kalau bagi KWSP ini, sudah tidak ada duit simpanan RM10,000.

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Timbalan Menteri telah menjawab.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya, ya.

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Jadi, kalau ada apa-apa poin yang...

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Yang Berhormat Menteri, tambah sikit.

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri akan jawab bertulis. Terima kasih Yang Berhormat.

Ya. Yang Berhormat, memang perjuangan untuk menghapuskan hal kemiskinan di negara ini sangat dekat dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Insya-Allah, kita akan lihat perkara ini semula. Terima kasih.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Yang Berhormat Menteri, sikit.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Okey, terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri...

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Padang Serai, duduk. Saya tidak membenarkan.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Dia beri jalan.

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Sudah habis. Waktu dia pun sudah habis.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Ha?

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Waktunya telah habis.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tadi ex-gratia itu, Tuan Pengerusi.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Dia kata dia boleh...

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri hendak jawab?

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ex-gratia.

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Okey, baik.

Seperti saya sebut tadi...

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Satu minit ya.

Kalau ada soalan itu, mungkin kita boleh beri secara bertulis sebab ia bukan di bawah bidang saya tetapi di bawah Kementerian Kewangan.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Sedikit sahaja berkenaan pencen itu Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak tanya adakah dalam pencen

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

itu digolongkan oleh anggota veteran tentera ataupun tidak kira veteran atau polis? Itu saya mahu tanya itu sahaja. Oleh sebab polis dengan veteran pun adalah orang pencen. So dia orang pun terlibat dengan golongan B40, sekarang miskinlah. So, Yang Berhormat Timbalan Menteri...

Saya tidak ada – tidak dapat menjawab...

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Boleh beri secara bertulis pun tak apa Yang Berhormat Timbalan Menteri. Janji kita mahu jawapan sahaja.

Ya. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat juga, elok saya perkatakan perkara ini di dalam Dewan supaya menjadi satu maklumat kepada kita. Cadangan tambahan peruntukan bagi maksud tanggungan T14 iaitu berkaitan bayaran-bayaran pencen, ia tidak boleh sebenarnya dibahaskan selaras dengan Artikel 98 Perlembagaan Persekutuan. Terima kasih.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Yang Berhormat Padang Serai. Masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM67,721,300 untuk Kepala B.4 Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2021 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.4 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.6 dan P.7 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2021 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.6 dan P.7 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2021]

Kepala B.11 dan B.12Jadual] – Tuan Pengerusi [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Kepala Bekalan B.11 dan B.12 di bawah Kementerian Kewangan terbuka untuk dibahas. [Tiada perbahasan] Ada Yang Berhormat berbahas? Jika tiada, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM7,806,146,200 untuk Kepala B.11 dan B.12 Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2021 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.11 dan B.12 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

Kepala P.20Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil.1) 2021] – Tuan Pengerusi [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Kepala Pembangunan P.20 di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Oleh sebab P.20 hanya token sahaja, P.20 tidak perlu dibahas. Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.20 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2021 hendaklah diluluskan.

Kepala P.20Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil.1) 2021] – Tuan Pengerusi [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.20 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2021]

Kepala Pembangunan P.21 di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. Oleh sebab P.21 hanya token sahaja, P.21 tidak perlu dibahas. Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.21 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2021 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.21 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2021]

Kepala Pembangunan P.22 di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. Oleh sebab P.22 hanya token sahaja, P.22 tidak perlu dibahas. Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.22 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2021 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.22 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2021]

Kepala B.25Jadual] – Tuan Pengerusi [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Kepala Bekalan B.25 di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna terbuka untuk dibahas. Silakan.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Baik, terima kasih Tuan Pengerusi. Tahniah Yang Berhormat Menteri yang ada di sini, sahabat lama saya. Saya hendak dapatkan penjelasan. Pertama sekali Yang Berhormat Menteri seharusnya juga memberikan jawapan terhadap apa yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu tadi. Itu sangat penting untuk diperjelaskan tentang adakah subsidi harga minyak masak untuk botol lima kilogram ini akan diteruskan selepas daripada tamat tempoh pada Mac ini sepertimana yang telah pun disebut oleh Yang Berhormat Kulim- Bandar Baharu tadi. Keduanya, apakah dengan peruntukan ini kerajaan akan dapat menambahkan lagi jumlah subsidi minyak masak untuk paket ini khususnya bagi memastikan jaminan bekalan itu akan mencukupi pada Ramadhan yang akan datang. Ini sangat penting sebab penggunaannya begitu banyak. Begitu juga saya hendak minta penjelasan bahawa jika subsidi kepada minyak botol ini tidak disambung, berapa harga selepas daripada ini? Oleh sebab telah berlaku krisis sebelum itu harga sampai lebih daripada RM30 dan ini akan menjadi beban kepada masyarakat dan rakyat.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Akhir saya hendak sentuh walaupun tak disebut berkaitan dengan butiran ini, saya hendak minta sejauh mana rundingan telah dibuat dengan pembekal-pembekal ayam, telur ayam, daging lembu dan sebagainya supaya tidak berlaku kenaikan harga. Walaupun telah diikat, rundingan perlu dibuat. Pertemuan, perjumpaan perlu dibuat segera untuk memastikan supaya perkara tidak berulang sepertimana pada tahun yang lalu. Contoh, Ramadhan yang dahulu, itu pun sudah di pertengahan Ramadhan ditetapkan harga ayam dalam kadar-kadar tertentu dan saya ingat harga daging lembu RM34. Akan tetapi tidak ada peniaga yang boleh menjual pada RM34. Sampai sekarang ada RM38, ada RM39. Itu harga setahun yang lalu. Saya telah bertanya khabar kepada mereka yang menjual daging lembu ini. Dijangka 1 April ini akan naik jadi hat yang juai RM38, RM39 akan jadi RM40. Jadi, ini sepatutnya kerajaan mencari jalan sebagaimana untuk memastikan bekalan lembu yang lebih murah. Sebab mereka merungut kepada saya, mereka berhadapan dengan masalah dedak. Bila mereka bawa lembu itu masuk ke Malaysia ini, mereka terpaksa berikan makanan yang mencukupi untuk menaikkan berat kepada lembu tersebut. Jadi ini yang menjadi beban yang akhirnya semua itu dipindah kepada pengguna. Jadi saya minta supaya Ramadhan ini tidak membebankan masyarakat di Malaysia ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Dipersilakan Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih rakan saya Yang Berhormat Menteri yang masih setia di sini. Tuan Pengerusi, tadi diperjelaskan tentang pendekatan subsidi minyak sawit untuk kegunaan rakyat yang lima kilogram itu dan juga yang paket.

Isunya di sini adalah saya faham Yang Berhormat Menteri dan Tuan Pengerusi, sebab pernah duduk dalam kerajaan. Isunya ialah isu penguatkuasaan. Ada yang mengambil kesempatan minyak paket yang disubsidi itu juga dibeli oleh pihak penguasa kilang sebagai contoh dan restoran yang menyalahgunakan minyak subsidi paket yang sepatutnya untuk B40, untuk rakyat yang berpendapatan rendah. Jadi, apakah persiapan pihak kementerian untuk memastikan subsidi minyak paket itu tidak disalah guna dan benar-benar sampai kepada golongan sasar? Kedua Tuan Pengerusi, adalah bagaimana pentingnya dua kementerian iaitu MAFI, dulu MOA dengan KPDNHEP ini untuk sentiasa mengadakan perundingan dan bertukar-tukar nota di peringkat pegawai, barulah isu bekalan dan isu harga itu dapat distabilkan. Jadi saya juga concern, adakah di sepanjang musim perayaan itu kementerian akan kekal untuk period ataupun masa penguatkuasaan itu dua minggu sebelum dan dua minggu selepas perayaan besar itu supaya rakyat akan dapat menikmati harga yang terkawal. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Padang Serai.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya repeat tambahan sikit. Saya ucapkan tahniah kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Menteri ini memang bersungguh-sungguh untuk mengekalkan harga barang. Walau bagaimanapun, pada masa ini kita lihat KWSP keluar

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

RM10,000 dan juga bantuan keluarga dapat lagi. Bila ada dengar sahaja dapat itu, para peniaga ini naikkan harga sebab kita tak lama lagi bulan Ramadhan. Saya harap Menteri kawalkan harga-harga ini, tidak beri beban kepada rakyat. Kalau tidak, rakyat akan susah di sana. Tengok tiap-tiap kali naik harga, naik harga, mereka risau dan juga di kawasan terutama di kawasan Parlimen Padang Serai, saya rasa ramai yang miskin di situ. Hanya gajinya rendah dan sebagainya. So selain daripada itu juga, kementerian perlu bekerjasama atau berganding bahu dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dan juga kementerian-kementerian lain untuk membantu kementerian ini supaya bekerjasama dan juga supaya senang untuk kawal apa-apa sahaja untuk kebaikan rakyat. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Dipersilakan Yang Berhormat Rasah.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Terima kasih Tuan Pengerusi, sikit sahaja. Tadi saya dah bahas di peringkat dasar berkenaan dengan subsidi daripada kerajaan dan sebagainya. Waktu itu Yang Berhormat Menteri pun ada. Kebetulan ada waktu itu, mungkin Yang Berhormat Menteri boleh bagi ulasan, saya tak mahu ulangi. Cuma saya hendak kemukakan satu perkara sebab ini peringkat jawatankuasa. Ayat di sini, “Tambahan sebanyak RM500 lebih juta adalah untuk menampung subsidi Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS)”. Saya hendak tanya, sebab saya rasa subsidi ini berasal daripada MOF, jadi kenapa diletakkan di bawah Maksud B.25? Jadi apakah - kalau letak di sini, maknanya KPDNHEP akan jadi sekretariat kepada pengagihan subsidi ini. Ini sebab kalau kita tengok apa yang terjadi dalam masa beberapa bulan terutamanya tahun lepas, separuh kedua tahun lepas, kekurangan bekalan banyak disebabkan MOF tak keluarkan subsidi tersebut. Jadi, KPDNHEP sebenarnya dia tersangkut dekat tengah-tengah. Bukan disebabkan oleh KPDNHEP tak bagi subsidi, tetapi subsidi itu dari MOF. Jadi soalan saya, kenapa tajuk ini, subsidi untuk minyak masak ini, diletakkan di bawah KPDNHEP dan bukan di bawah MOF? Itu sahaja soalan saya, terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri sila menjawab.

Dato Sri Alexander Nanta LinggiPBB · GPSMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna · Kapit

Terima kasih Tuan Pengerusi dan saya ucapkan terima kasih juga kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang membangkitkan isu-isu. Mungkin oleh kerana ini saya anggap sebagai mungkin yang terakhir ya. Maaf, tiada kementerian yang lain. Tuan Pengerusi, biarkan saya buka mukadimah sedikit untuk beri latar belakang pada isu ini, boleh?

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Sila.

Terima kasih. Tuan Pengerusi, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormatlah yang telah mengambil bahagian dalam membangkitkan isu-isu berhubung Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dalam Maksud B.25 ini. Jadi sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum ya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah pun diberikan peruntukan sebanyak RM400 juta bagi melaksanakan program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak, Cooking Oil Stabilization Scheme (COSS) pada tahun 2021.

Peruntukan ini dirancang pada tahun sebelumnya berdasarkan kepada pergerakan harga komoditi minyak sawit, Refined, Bleached and Deodorized Palm Olein (RBDPOL) yang harganya lebih rendah pada masa itu. Di sekitar RM2,200 sehingga RM2,400 bagi setiap tan metrik pada masa itu. Bagi memastikan keberadaan bekalan di pasaran serta tiada gangguan terhadap bekalan, peruntukan tambahan telah dipohon dan diluluskan sebanyak RM539,699,800 yang dalam maksud anggaran belanjawan tambahan ini. Jadi, harga komoditi minyak sawit adalah harga yang ditentukan di pasaran terbuka dan tidak dikawal oleh kerajaan. Ini bermaksud harganya boleh berubah-ubah berdasarkan kepada penawaran dan permintaan pasaran. Jadi, peruntukan tambahan ini bertujuan untuk menampung peningkatan perbelanjaan program COSS ini di mana harga minyak masak bersubsidi terus dikekalkan meskipun harga komoditi sawit telah meningkat pada akhir tahun 2020 dan berlarutan hingga ke tahun 2021. Berdasarkan laporan yang diterbitkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Malaysian Palm Oil Board, pada tahun 2020 hingga harga purata bulanan yang diterbitkan, purata harga RBDPOL ini telah meningkat ke paras RM2,900 bagi setiap metrik tan iaitu lebih tinggi daripada harga yang telah dijangka. Pada penghujung tahun 2020, harga komoditi ini terus meningkat melebihi RM3,000 setiap metrik tan sehingga paras tertinggi dicatatkan pada tahun 2021 iaitu RM5,631.50 pada bulan November 2021. Baru-baru ini lebih tinggi lagi. Menyedari peningkatan harga komoditi sawit ini pada awal tahun 2021, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah memohon kepada Kementerian Kewangan agar peruntukan tersebut ditambah berdasarkan perubahan harga komoditi ini. Dengan penambahan peruntukan ini, program COSS dapat diteruskan sehingga April 2021 dengan mengekalkan kuota bulanan minyak masak yang sama iaitu sebanyak 60,000 tan metrik satu bulan; memastikan juga bekalan minyak masak bersubsidi dalam pek polybag satu kilogram tidak terputus bekalan dan dapat diedarkan kepada peruncit- peruncit seluruh negara untuk kegunaan ke semua penduduk di negara ini, lebih-lebih yang berpendapatan rendah, golongan sasar kita dan menampung peningkatan permintaan minyak masak bersubsidi dalam botol khususnya kepada kumpulan pengguna yang terkesan dengan kenaikan harga minyak masak khususnya minyak masak dalam botol sementara mekanisme kawalan harga minyak masak dalam botol dimuktamadkan untuk pelaksanaan mulai 1 Ogos 2021 tahun lepas. Saya turut mengambil maklumlah berhubung segala input perbahasan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sebentar tadi. Segala cadangan dan pandangan akan turut diperhalusi dan dikaji untuk penambahbaikan di masa akan datang. Sekarang Tuan Pengerusi, saya menjurus kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang bertanya. Tadi Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Pokok Sena bertanya tentang tambahan subsidi COSS ini. Pada masa ini, kuota minyak masak bersubsidi di bawah COSS ini, skim ini adalah sebanyak 60,000 metrik tan sebulan kegunaannya. Sekiranya kuota ini ingin ditambah, perkara ini perlu diangkat untuk kelulusan Mesyuarat Jemaah Menteri, untuk kelulusan.

Jadi, sebenarnya jangan risau Yang Berhormat sebab kerajaan akan memastikan harga mampu dibeli dengan harga murah ini akan diteruskan. Saya difahamkan ya. Cuma, tanggungan nanti beban pada kewangan kerajaan, itu cerita lain dan saya difahamkan kerajaan memang prihatin kepada pengguna yang menggunakan harga bersubsidi ini. Jangan risau tidak akan— setakat ini, saya tidak dengar pun ini akan dimansuhkan atau pun diubah. Setakat ini. Juga, Yang Berhormat Pokok Sena... [Disampuk]

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat Menteri.

Saya hendak jawab yang itu tadi. Boleh?

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Minyak tadi itu.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Minyak tadi itu.

Minyak lah. Jadi, yang subsidi 5kg ini. Yakni yang 5 kilogram subsidi ditanya adakah akan diturunkan hingga tamat tempoh yang telah ditetapkan? Ini kami di peringkat kementerian sekarang sedang mengkaji. Oleh sebab, tanggungan ini sudah semakin besar Yang Berhormat ya. Semasa itu apabila kita bagi dan kita mendapat daripada kewangan supaya 5kg ini— ada juga 3kg dan 2kg tetapi kita bincang tentang 5 kilogram ini tidak mencecah harga satu botol lebih daripada RM30. Oleh sebab itu, kita letak RM29.70, kan? Untuk kegunaan biasa tidak termasuk yang ditambah enhance itu yang lain sikit. Kualiti dia lain sikit. Jadi, skim ini Yang Berhormat akan tiba tempoh tamatnya. Jadi, kami di KPDNHEP sedang memperhalusi sama ada kita akan meneruskan atau tidak. Jadi, jawapan saya sekarang kita berharap keadaan kewangan dan sebagainya kelulusan kita boleh teruskan. Akan tetapi, tidak mustahil juga kalau kita hendak pastikan yang penting RM2.50 satu polybag itu yang itu yang penting. Jadi, mungkin kalau harga terlalu tinggi di CPO ini, yang pasaran terlalu tinggi mungkin dari segi dasar mungkin kita perlu lihat sebab, tidak bolehlah kita hendak semua subsidies- kan ataupun subsidi kan. Itu kita tengok prinsipnya nanti. Okey Yang Berhormat, jadi kalau ditanya tadi jika tidak sambung, berapa harga? Itu saya tidak boleh ramal itu. Itu terpulang kepada tekanan pasaran. Supply and demand nanti dia. Jadi, satu lagi rundingan bersama pembekal ayam dan daging. Ya, menjelang hari raya nanti memang kita akan seperti biasa yang selalu kita buat akan diadakan rundingan bersama stakeholders iaitu pembekal, pengguna dan penjual bagaimana sepatutnya – apakah sepatutnya kita letakkan di beberapa lapisan aktiviti perniagaan ini kita letak untuk kita buat skim harga maksimum musim perayaan yang menjelang ini perayaan Hari Raya Aidilfitri lah. Ini kita akan buat. Memang saya akui tahun dahulu kita letak terlalu rendah, ada yang mengeluh penjual tetapi Yang Berhormat pengguna pula ia berlainan. Kepentingan mereka berlainan. Mereka minta lebih murah, lebih turun. Jadi, sukarlah bagi kita. Cuma, yang pasti kita akan buat rundingan sebaik-baiknya.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya, baik. Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas penjelasan tadi. Pertama, minyak paket saya hendak dapatkan penjelasan. Isunya, selain daripada apa yang saya bangkitkan tadi ialah bagaimana untuk memastikan bahawa minyak itu hanya diberikan kepada golongan yang betul-betul B40 tadi ini bukan kepada peniaga-peniaga yang lain. Maknanya, kadang-kadang peniaga pun ambil kesempatan. Jadi, apa mekanisme. Ini yang menyebabkan minyak itu kadang-kadang habis, tidak ada stok sebab ada peniaga- peniaga yang ambil kesempatan untuk itu. Satu. Kedua, bila Yang Berhormat sebut tadi menjelang hari raya nanti rundingan akan dibuat. Itu terlalu lambat Yang Berhormat. Sepatutnya sebelum Ramadhan, rundingan itu telah pun dibuat untuk pastikan bahawa sepanjang Ramadhan sampai lepas raya itu harganya stabil. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Betul. Yang Berhormat betul. Saya bukan kata hendak mula berunding menjelang. Menjelang nanti kita dah letak beberapa minggu sebelum, beberapa minggu selepas kita memang dah ada skim harga maksimum peraih-peraih. Jadi, kalau saya boleh Tuan Pengerusi, saya betulkan sikit statement tadi. Memang sekarang pun kami pihak penguat kuasa sebagainya, pegawai-pegawai tertentu sudah juga libat urus dengan stakeholders untuk kita menentukan apa harganya yang patut kita letakkan nanti. Memang Yang Berhormat betullah. Kalau menjelang nanti sudah terlalu dekat dengan perayaan. Jadi, saya hendak sebut jugalah tentang apakah mekanisme kementerian untuk mengawal harga bekalan makanan tertentu yang dijangka mengalami kenaikan

menjelang Ramadhan tadi. Itu sambungan sikit Yang Berhormat. Kementerian mengadakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) hari puasa sebagai mekanisme yang diambil bagi menetapkan harga maksimum untuk barangan tertentu pada tempoh tertentu. Memang. SHMMP adalah suatu skim yang dilaksanakan dengan objektif untuk menyekat kenaikan harga yang tidak berpatutan. Ini dia. Tidak berpatutan dan mencegah amalan mencatut atau mengambil untung secara berlebihan, profiteering dalam kalangan peniaga semasa musim perayaan. Jadi, para peniaga diwajibkan menjual barangan harga terkawal tidak melebihi harga maksimum yang akan kita tentukan nanti. Jadi, dalam tempoh skim penguat kuasa. Jadi, harga ayam Yang Berhormat kita sudah letakkan jangka yang panjang tadi. Telah disebut dari 5 Februari hingga 4 Jun. Jadi, cuma untuk Hari Raya Aidilfitri kita tambah barangan-barangan yang lain. Oleh sebab, ayam kita sudah tetapkan dan telur juga kita telah tetapkan. Cuma, kita hendak tambah barangan-barangan makanan yang lain. Ya? Okey. Jadi, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Pulai. Isu penguatkuasaan beli di kilang dan restoran. Jadi, sebenarnya Yang Berhormat Pulai pada dasarnya memang yang bersubsidi ini satu kilogram polybag, satu polybag RM2.50 itu adalah sasarannya bukan untuk kegunaan komersial. Tidak boleh digunakan oleh restoran. Tidak boleh digunakan mana-mana aktiviti perniagaan sebenarnya. Jadi, kadangkala kita melihat yang menjual di tepi-tepi jalan, digerai kecil dia membeli tetapi pelanggan dia yang datang untuk makan adalah berpendapatan rendah. Di situ, kita agak sukarlah hendak terlalu ketat, tegur, yang datang makan adalah yang berpendapatan rendah tetapi restoran memang kalau restoran besar-besar itu memang kita akan tangkap. Oleh sebab itu, kita merayu kepada semua, Ahli Yang Berhormat pun termasuk dan pengguna sendiri jadilah pengguna pintar. Tuan Pengerusi, minggu ini kita merayakan Hari Pengguna. Masanya. Oleh sebab itu, kami di KPDNHEP beberapa hari ini dan kemuncaknya 26 hari bulan nanti kita uar-uarkan jadilah pengguna pintar di negara ini sebab kita seharusnya bekerjasama. Kalau ada kejadian di mana-mana yang salah gunakan skim ini, biarlah buat laporan. Akan tetapi, jangan buat sengaja tidak berasas. Suka-suka mengata, “Oi, harga di sana naik.” Akan tetapi, bila kita pergi ke sana maklumat tidak tepat tidak ada.

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat, sila gulung. Satu minit.

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Sila gulung.

Sila gulung?

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Sila gulung.

Akan tetapi, penting Tuan Pengerusi sebab— okey.

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Masa sudah habis.

Saya hendak adil sedikit. Saya respons kepada semualah. Yang Berhormat Rasah. Memang betul Yang Berhormat Rasah, kuota ini kita keluarkan. KPDNHEP mengagihkan kuota ini mengikut keperluan dan kuota ini perlunya ada kewangan, kalau tidak ada kewangan kita tidak boleh bagi kuota. Kalau tidak ada kuota sudah tentunya tidak dapatlah, keberadaan tidak ada di pasaran RM2.50 satu polybag untuk kegunaan yang bersubsidi. Mengapa kewangan ini di sini diletak kepada KPDNHEP, itu memang kita dapat kewangan. Semua kewangan untuk semua kementerian memang puncanya daripada Kementerian Kewangan. Cuma, ini kami diminta untuk menjelaskan kerana KPDNHEP adalah diberi tanggungjawab sebagai mengurus, mengagihkan, memberi kepada

peniaga-peniaga yang berniaga sebagai pembungkusan ini. Itu tugas dan tanggungjawab diletakkan di KPDNHEP, oleh sebab itu, kewangan ini disalurkan melalui KPDNHEP untuk kita membayar kepada akhirnya kilang sawit juga kepada syarikat pembungkusan. Itu jelas penjelasannya.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas penjelasan itu. memang jelas lah senang faham. Cuma satu, sekarang ini ada lagi tidak hutang apa-apa subsidi kepada mana-mana pembekal atau pengilang? Itu sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat, yang terkini saya rasa tidak ada terlalu lambat. Ia lambat sedikit, itu biasa lah. Okey, kita pastikan dan kami ucap terima kasih lah kepada Kementerian Kewangan, okey. Tidak ada yang terlalu lama tertunggak. Jadi Yang Berhormat Padang Serai meminta kawalan kenaikan harga barang musim perayaan. Yang Berhormat Padang Serai, ini memang kita buat setiap perayaan dan bukan perayaan pun kalau ada kita melihat macam sekarang, mengapa kita letakkan masa terlalu panjang? Bukan terlalu panjang, ia pasti mesti memadai dan ada rasionalnya yang panjang ini kerana kita hendak menstabilkan harga pasaran untuk kita menjaga pengguna. Memang ada bebanan dan tekanan kepada pengilang, pengeluar dan penjual. Akan tetapi kita ada sistem yang lain juga untuk membantu mereka. Oleh sebab itu ada dikatakan subsidi tadi. Saya tak nak panjang cerita tentang subsidi ayam dan telur tetapi ada. Jadi kita KPDNHEP penguat kuasa memang kita bekerja sepenuh masa dan kita ada selain daripada lebih 2,000 orang anggota penguat kuasa, kita ada hampir 1,000 yang kita panggil pegawai pemantau harga yang membantu untuk memantau harga di seluruh negara kita juga. Jadi, kementerian dikatakan perlulah bekerjasama, memang Yang Berhormat. Kita memang sentiasa bekerjasama dengan kementerian-kementerian lain, agensi-agensi dalam memantau dan juga dalam kita membuat libat urus dan rundingan untuk kita menetapkan sesuatu, memuktamadkan sesuatu ketetapan di mana harga patut kita letak dan juga apa yang sepatutnya kita kawal. KPDNHEP tidak bekerja sendiri. We do not work in a silo, sebenarnya. Kita banyak buat libat urus. Tadi Yang Berhormat pun kata, tahu kami selalu buat libat urus bersama industry players, stakeholders dan juga kementerian-kementerian lain dan juga agensi-agensi kerajaan lain seperti department Jabatan Veterinar dan sebagainya. Jadi Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Pulai, tidak ada lagi ya? Yang Berhormat Kubang Kerian. Minta maaf, ini sudah melampau ini. Yang Berhormat Pulai lah. Yang Berhormat Pulai tadi – saya untuk menjawab Yang Berhormat Pulai ini memang kita ambil maklumlah apa yang disarankan oleh Yang Berhormat Pulai dan isu penguatkuasaan dibeli dan kilang, restoran – telah saya sebut tadi. Tempoh skim perayaan Hari Raya Puasa atau Aidilfitri akan datang, kita akan seperti mana telah saya jelaskan kepada Yang Berhormat Pokok Sena tadi, kita akan laksanakan dalam masa yang terbaiklah kali ini ya. Kalau ada cadangan-cadangan lain, kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, bolehlah kemukakan dan majukan kepada KPDNHEP. Kami sentiasa menerima cadangan, teguran dan syor-syor. Lebih baiklah kalau ada syor-syor yang boleh kita guna pakai sebab kita akan membela, menjaga dan memelihara pengguna juga tidak mengabaikan kepentingan peniaga, penjual dan penjaja. Mereka ini juga perlu menyara hidup mereka, keluarga mereka. Kita tidak boleh kata kita jaga kepentingan pengguna dan kita tidak membantu peniaga, itu tidak betul lah. Siapa hendak berniaga di negara kita kalau kita buat begitu. Oleh sebab itu kita tidak boleh kawal semua harga semua barang, tidak boleh ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Setakat itu dahulu, terima kasih. Baik.

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM539,699,800 untuk Kepala B.25 Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2021 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.25 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

Kepala P.27Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil.1) 2021] – Tuan Pengerusi [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Kepala P.27 di bawah Kementerian Kerja Raya. Oleh sebab P.27 hanyalah token sahaja, P.27 tidak perlu dibahas. Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.27 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2021 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.27 diperintah jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Tambahan Pertama 2021]

Kepala P.30Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil.1) 2021] – Tuan Pengerusi [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Kepala P.30 di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Oleh sebab P.30 hanyalah token sahaja, P.30 tidak perlu dibahas. Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.30 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2021 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.30 diperintah jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Tambahan Pertama 2021]

Kepala P.31Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil.1) 2021] – Tuan Pengerusi [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Kepala P.31 di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Oleh sebab P.31 hanyalah token sahaja, P.31 tidak perlu dibahas. Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.31 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2021 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.31 diperintah jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Tambahan Pertama 2021]

Kepala P.33Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil.1) 2021] – Tuan Pengerusi [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Kepala P.33 di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air. Oleh sebab P.33 hanyalah token sahaja, P.33 tidak perlu dibahas. Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.33 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2021 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.33 diperintah jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Tambahan Pertama 2021]

Kepala P.42Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil.1) 2021] – Tuan Pengerusi [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Kepala P.42 di bawah Kementerian Kesihatan terbuka untuk dibahas. Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Selangor.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Tuan Pengerusi. Semasa membahaskan tambahan perbekalan ini saya telah membangkitkan dalam maksud P.42 Kementerian Kesihatan, Tuan Pengerusi. Dalam hal yang terkait apabila peralihan ke fasa endemik, pentingnya untuk kita memastikan bahawa kita akan dapat tangani dan garap andainya berlaku apa yang diistilahkan sebagai surge atau outbreak, ledakan epidemik dalam fasa endemik. Telah pun saya juga bangkitkan betapa pentingnya dalam lima perkara langkah- langkah yang penting untuk kita pastikan angka kematian dan BID dengan izin, dapat kita tangani dengan berkesan. Saya membangkitkan perkara ini sementara saya sangat memahami Butiran 01100 – Peralatan dan Kenderaan itu, peruntukan yang bagi membiayai bekalan perubatan fasiliti kesihatan dan konsesi penswastaan makmal ubat dan stor, Tuan Pengerusi. Saya memandang pentingnya untuk kementerian mendapat benar-benar peruntukan juga dalam membuat persiapan, kesiapsiagaan pada fasa peralihan ataupun transisi kepada endemik ini. Justeru, saya menekankan tentang peri pentingnya untuk kita memperkukuhkan dan memperkasa kesiapsiagaan kesihatan awam, perkhidmatan internet atau jalur lebar di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak dan juga melaksanakan field simulation bagi memastikan fasiliti dan respons kesihatan awam memadai dari segi keupayaan menangani epidemik, outbreak atau surge itu.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Saya tidak nampak perkara itu ada peruntukan di situ. Keduanya juga saya mahu penekanan kepada apa yang diistilahkan sebagai mempertingkatkan ataupun diistilahkan sebagai centralised database human resource management itu di mana penting untuk kita memperkukuhkan kerana kita telah belajar daripada kesilapan dan kekurangan kita khasnya dalam menangani gelombang Delta pada ketika itu. Juga saya tidak nampak kesungguhan untuk peruntukan itu diberikan sementara semua yang diberi peruntukan itu telah dibelanjakan itu adalah penting tetapi nampaknya seperti mana yang saya telah sebutkan tadi, fasa endemik ini bukan bermakna kita sudah selamat ataupun inilah kesilapan kita daripada segi persepsi misplaced complacency on safety, dengan izin. Kita berasa endemik itu selamat tetapi sebenarnya ialah virus yang kita telah – virus itu masih bersama dengan kita dan mungkin sahaja apa yang diunjurkan ke hadapan adalah varian seumpama BA.2 subvariant Omicron yang lain bakal menjenguk kita. Jadi perkara itu saya ingin Yang Berhormat Menteri Kesihatan atau Yang Berhormat Timbalan Menteri memberikan komitmen dan kesungguhan untuk fasa

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

endemik ini dimasuki terutama ketika membuka borders kesemua ini dengan izin, perlu ditangani dengan lebih cermat dan baik, berkesan dan terancang sebelum kita terhantuk baru hendak tengadah. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Dipersilakan Yang Berhormat Padang Serai.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin tambah sedikit berkaitan dengan Hospital Kulim yang terletak di kawasan saya masih lagi tidak didirikan bangunan tambahan yang diluluskan pada 2017, tambahan pula dengan elektrik stesen di hospital di mana power supply tidak cukup. Saya rasa semasa Pakatan Harapan sudah luluskan untuk power station dan juga tempat pembedahan tetapi apabila hendak panggil tender, harga tidak padan dengan apa harga yang dia orang sebut. So ia tergendala. Saya rasa Kementerian Kesihatan akan ambil berat dalam hal ini sebab apa, penduduk di kawasan saya hari-hari bertambah. Ramai penduduk. Saya rasa kalau boleh kementerian ini ambil serius dalam hal ini dan selesaikanlah masalah ini di kawasan Hospital Kulim. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Memandangkan tidak ada pembahas, dipersilakan Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.

Datuk Aaron Ago DagangPRS · GPSTimbalan Menteri Kesihatan II · Kanowit

Terima kasih Tuan Pengerusi. Sebelum saya menjawab soalan yang dibangkitkan oleh dua orang Yang Berhormat tadi, saya ingin pergi kepada mukadimah dahulu dengan pindaan ataupun peruntukan yang dipohon ataupun dalam perbekalan tambahan. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2021 yang telah menyentuh perkara yang berkaitan dengan Kementerian Kesihatan. Kerajaan komited untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang baik pada rakyat Malaysia. Dalam hal ini Kementerian Kesihatan selaku kementerian yang diberi tanggungjawab untuk melaksanakan sistem penyampaian perkhidmatan penjagaan kesihatan akan memastikan bahawa aspek perkhidmatan yang responsif dan efisien dilaksanakan di semua fasiliti kesihatan kementerian. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Kewangan (MOF) menerusi surat bertarikh 9 Ogos 2021 telah memberi kelulusan kepada Kementerian Kesihatan untuk berbelanja melebihi peruntukan sebanyak RM4.38 bilion bagi membiayai bayaran komitmen pengelasan semula perbelanjaan mengurus kepada perbelanjaan pembangunan ataupun operating expenses kepada development expeses untuk tahun 2021. Pengelasan semula berkenaan ini melibatkan tiga projek. Satu adalah perkhidmatan sokongan hospital sebanyak RM98.3 juta, untuk bekalan perubatan fasiliti kesihatan RM2.86 bilion – ini di luar kontrak dan untuk konsesi adalah RM1.42 bilion. Pengelasan peruntukan mengurus ini kepada peruntukan pembangunan ini perlu dilaksanakan bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan kesihatan khususnya bagi memastikan bekalan perubatan pada semua fasiliti kesihatan tidak tergendala walaupun dalam pandemik COVID-19.

Datuk Aaron Ago DagangPRS · GPSTimbalan Menteri Kesihatan II · Kanowit

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kewangan menerusi surat pada 25 Januari 2022 kepada Kementerian Kesihatan telah melaksanakan pelarasan semula akaun awam. Hasil pelarasan tersebut Kementerian Kesihatan telah dikenal pasti membelanjakan lebih peruntukan pembangunan sebanyak RM3.87 bilion berbanding kelulusan asal. Perbelanjaan ini adalah bagi seperti yang saya sebut tadi dan kebanyakannya adalah bagi peralatan dan kenderaan iaitu bekalan kesihatan fasiliti kesihatan seperti ubat-ubat, reagent, vaksin, consumable dan sebagainya untuk yang bukan under konsesi. Di bawah konsesi terutamanya Pharmaniaga adalah sama juga untuk membeli ubat dan sebagainya. Kalau kita melihat yang sebenarnya, peruntukan ini adalah dipindahkan daripada operating expenses kepada development expenses. Actually, in reality, dari segi kewangan tidak ada yang lebih daripada siling peruntukan Kementerian Kesihatan. Ia cuma dipindahkan daripada operating expenses kepada development expenditure. Jadi kalau mengikut kelulusan, kita tidak membelanjakan dengan penuh sebab kalau kita melihat tadi, yang diluluskan adalah RM4.3 bilion. Kita cuma membelanja RM3.87 bilion tetapi dalam accounting, the vote change so kita tukarlah subhead. Saya ingin pergi kepada persoalan yang telah ditanya oleh Yang Berhormat Kuala Selangor. Tadi semasa perbahasan peringkat dasar, beliau telah pun menyebut lebih kurang persoalan yang sama dan saya ingin mengatakan kita amat berterima kasihlah kepada cadangan-cadangan Yang Berhormat Kuala Selangor seperti yang telah disebutkan tadi daripada untuk mengenal pasti brought in dead (BID), kesiapsiagaan Kementerian Kesihatan dan sebagainya. Daripada segi human resource yang diperlukan juga disebut dan sama juga dengan genomic surveillance. Untuk makluman Yang Berhormat, memang Kementerian Kesihatan sentiasa meningkatkan kapasiti untuk membuat genomic surveillance dan setakat ini kapasiti kita di dalam 2,000 dan kita telah pun mendapat peruntukan untuk mendapat 2,000 lagi dari makmal swasta dengan kelulusan peruntukan dalam RM7 juta baru-baru ini. Diharapkan menjelang April, kita akan ada kapasiti 4,000. Kita berharap kita akan banyak lagi membuat genomic sequencing untuk varian-varian yang baharu. Bagi Yang Berhormat Rasah... [Disampuk]

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri kalau diizinkan, Tuan Pengerusi. Sebab kita tidak ada ruang lain untuk bertanya langsung kepada kementerian, persoalan yang menjadi praktis atau very practical realistic issues and problem, masalah adalah keupayaan pada akhirnya our most basic unit of operation yakni Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) tadi itu lebih daripada Jabatan Kesihatan Negeri adalah PKD.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Saya sedia maklum akan keupayaan PKD. Kalaulah mereka masih lagi terkekang dengan pelbagai infra yang basic seperti internet dan mereka tidak boleh guna e-COVID- 19, contohnya, sebagai notification of patient yang sakit, pesakit-pesakit kerana mereka masih lagi tidak ada capaian begitu. Jadi, itu adalah basic dalam memastikan kita punya persiapan dan persediaan yang baik. Termasuk yang saya sebutkan tadi, centralised data management. Contohnya kita hendak mobilise resources, menghantar ke Kelantan, contohnya, dari Kuala Lumpur atau di mana pun. Sementara Kelantan itu sendiri sudah punya keupayaan dan human resources yang baik, di HUSM contohnya, tetapi kita tidak punya centralised database on human resources management, perkara ini tergendala. Jadi itu adalah antara perkara yang saya rasa perlu ada peruntukan lebih awal sebelum kita masuk ke transisi endemik ini. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Aaron Ago DagangPRS · GPSKanowit

Terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat. Memanglah Kementerian Kesihatan bersungguh-sungguh untuk menaik taraf perkhidmatan semua fasiliti kesihatan dari klinik kepada hospital dan sebagainya. Apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi daripada segi basic infrastructure, internet dan sebagainya, memang kita pun faham. Mungkin Yang Berhormat pun telah faham dan telah pun sedar bahawa kita sedang membuat satu projek di Negeri Sembilan untuk semua fasiliti kesihatan kita dibuat electronic medical record and information system. Ini adalah peringkat pertama (pilot projek). Kalau ia berjaya, kita akan pergi ke semua negeri. Daripada segi human resource, kita pun difahamkan kerajaan amat prihatin dan baru-baru ini kita telah mendengar dalam Dewan ini, berpuluh-puluh ribu perjawatan baharu telah pun diluluskan untuk pegawai-pegawai perubatan, farmasi dan pergigian. Juga, lebihan dari itu, dalam jangka masa yang panjang, kita pun mendengar Yang Berhormat Menteri telah pun menjawab dalam Dewan ini di mana Kementerian Kesihatan akan mengadakan satu white paper, kertas putih untuk Kementerian Kesihatan dalam jangka masa yang panjang untuk memenuhi kehendak rakyat dan juga negara. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.42 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2021 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.42 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2021]

Kepala P.43Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil.1) 2021] Tuan Pengerusi [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Kepala Pembangunan P.43 di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan terbuka untuk dibahas. Dipersilakan jika ada, Yang Berhormat. Silakan.

Datin Paduka Dr. Tan Yee KewPKR · PHWangsa Maju

Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada P.43 Butiran 00500 – Pengurusan Sisa Pepejal yang melibatkan perbelanjaan tambahan sebanyak RM812,405,000. Kami mengakui peranan penting pengurusan sistem pepejal yang semakin meningkat dalam menjaga kebersihan persekitaran kita dan mungkin ada keperluan untuk perbelanjaan tambahan. Walau bagaimanapun, saya minta Yang Berhormat Menteri memberitahu Dewan tentang tujuan dan bukti-bukti perbelanjaan tambahan tersebut, sebab ini melibatkan satu anggaran yang agak besar. Saya juga ingin menegaskan bahawa SWCorp yang bertanggungjawab dalam pengurusan sisa pepejal negara ini mestilah memenuhi harapan atau expectation rakyat. Terdapat beberapa aspek dalam pengurusan sisa yang saya fikir masih banyak ruang untuk penambahbaikan. Iaitu pertama, kelemahan penguat kuasa dalam pengawasan pembuangan haram sisa pembinaan dan industri. Ini bukan sahaja masalah khusus bagi Wangsa Maju tetapi ia berlaku di seluruh negara. Saya berpendapat perlu ada tindakan menghukum terhadap mereka yang bertanggungjawab. Namun, saya jarang melihat penguatkuasaan terhadap pembuangan haram. Saya ingin tahu, berapa ramai individu atau syarikat yang telah

Datin Paduka Dr. Tan Yee KewPKR · PHWangsa Maju

ditangkap kerana lambakan sisa haram di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dari dua tahun lepas? Isu kedua adalah mengenai ketidakberkesanan SWCorp dalam menjaga kebersihan rumah sampah. Ya, saya memang faham bahawa kebanyakan rumah sampah adalah di bawah pengurusan JMB ataupun MC atau pengurusan pasar. Walau bagaimanapun, perlu ditegaskan di sini bahawa rumah sampah merupakan sebahagian daripada sistem pelupusan sampah. Jadi, SWCorp bertanggungjawab mencari jalan bagi menyelesaikan masalah ini. SWCorp mesti mempunyai penyelesaian secara keseluruhan dalam menguruskan sisa pepejal di negara ini. Tuan Pengerusi, akhir sekali, saya ingin menyentuh mengenai pengimportan sisa plastik. Pada tahun 2018 di bawah Kerajaan Barisan Nasional, jumlah import sisa plastik mencecah 102,000 tan. Apabila Kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih, banyak pengimportan sisa dan kilang haram ditutup. Hasilnya, pada tahun 2019, import sisa plastik menurun kepada 40,000 tan. Akan tetapi kini di bawah Perikatan Nasional, import sisa plastik kembali meningkat. Pada tahun 2020 sahaja mencecah 65,000 tan. Kita mahu Yang Berhormat Menteri memberitahu, berapakah jumlah import sisa plastik hari ini? Kilang kitar semula atau recycling sisa plastik kini kembali beroperasi menggunakan lesen diberikan kepada beberapa pihak tertentu yang memegang lesen untuk mengimport sisa plastik. Rakyat bimbang Malaysia sekali lagi menjadi dumping ground sisa plastik dari US dan negara China. Kerajaan mesti menghentikan trend seperti ini. Ini sahaja. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju. Memandangkan tidak ada pembahas, Yang Berhormat Menteri atau Yang Berhormat Timbalan Menteri dipersilakan menjawab.

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd MuttalibPAS · PNTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Maran

Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, salam Keluarga Malaysia. Tuan Pengerusi, saya bagi pihak Yang Berhormat Menteri dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menggulung perbahasan Rang Undang- undang Perbekalan Tambahan (2021) 2022 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2021 di peringkat Jawatankuasa yang mana melibatkan beberapa orang Ahli Parlimen yang telah membahaskan berhubung dengan perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Semasa membahaskan peringkat dasar, empat orang Ahli Parlimen iaitu Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Kuala Langat dan Yang Berhormat Kuala Krai turut membahaskan tajuk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan walaupun tidak berkaitan secara terus tentang perbelanjaan tambahan yang dibahaskan pada kali ini.

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd MuttalibPAS · PNTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Maran

Tuan Pengerusi, dua Yang Berhormat khusus membahaskan perkara dalam KPKT ialah yang pertama ialah Yang Berhormat Pokok Sena iaitu berkaitan dengan pembayaran ex-gratia kepada enam anggota bomba yang mati lemas.

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Timbalan Menteri, jika Yang Berhormat berkenaan tidak ada dalam Parlimen, boleh bertulis?

Tidak payah, pendek sahaja Tuan Pengerusi.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Pokok Sena, kementerian akan membawa perkara ini untuk disemak dan diteliti untuk tindakan susulan yang perlu dan kerana pihak kerajaan terpaksa meneliti berbagai aspek yang perlu diambil kira sebelum apa-apa bayaran dibuat kepada pihak-pihak yang berkenaan. Kedua, ialah Yang Berhormat daripada Wangsa Maju. Berdasarkan rekod bermula pada tahun 2014 hingga 2021, sebanyak 137 kes berkaitan pelupusan sisa pepejal di tempat tidak dibenarkan telah didakwa di mahkamah dan sebanyak 112 kes telah disabitkan kesalahan dengan jumlah denda sebanyak RM1.625 juta. Sepertimana Yang Berhormat sebutkan tadi bahawa tujuan perbelanjaan dikeluarkan ini apa tujuan sebenarnya ialah ada tiga perkara: (i) fasiliti sisa pepejal; (ii) konsesi sisa pepejal dan pembersihan awam; dan (iii) tapak pelupusan sanitari sisa pepejal ladang, Tanah Merah, Port Dickson. Inilah peruntukan tambahan yang diperlukan seperti yang kita bahaskan pada kali ini. Untuk makluman Yang Berhormat juga sebenarnya tiga konsesi terlibat dalam tanggungjawab membersihkan persekitaran kita iaitu: (i) Alam Flora Sdn.Bhd; (ii) SWM di Selatan, SWM Environment Sdn.Bhd; dan (iii) Environment Idaman Sdn. Bhd di utara. Tuan Pengerusi, sebenarnya kita ambil perhatian dan seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi kita tidak akan bertolak ansur di atas pelanggaran dilakukan oleh mereka yang bertanggungjawab mengeluarkan sisa pepejal ini dan membuat pelanggaran pada peraturan-peraturan yang telah pun ditetapkan oleh kementerian. Terima kasih.

Datin Paduka Dr. Tan Yee KewPKR · PHWangsa Maju

Saya minta Yang Berhormat Menteri memberi penerangan atau justifikasi tentang peningkatan import sisa plastik baru- baru ini.

Saya ingat apa ini Tuan Pengerusi oleh kerana ini perlukan maklumat yang terperinci jadi saya terpaksa mendapatkan maklumat tersebut kerana perlukan maklumat tertentu. Insya-Allah Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat. Pada tahun 2020, Malaysia mengimport 157,299 tan sampah plastik. Kementerian Perumahan dan Kajian Tempatan mengawal selia pengeluaran permit import hanya untuk plastik bersih dan seragam sahaja. Mana-mana sisa plastik yang kotor dan tidak memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan maka kontena sisa plastik akan ditahan dan dipulangkan semula kepada pengimport, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, Kementerian Perumahan dan Kajian Tempatan. Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.43 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2021 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.43 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2021]

Kepala Pembangunan P.45 di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Oleh sebab P.45 hanya token sahaja, P.45 tidak perlu dibahas. Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.45 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2021 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.45 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2021]

Kepala Pembangunan P.46 di bawah Kementerian Sumber Manusia. Oleh sebab P.46 hanyalah token sahaja, P.46 tidak perlu dibahas. Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.46 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2021 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.46 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2021]

Kepala Pembangunan P.47 di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Oleh sebab P.47 hanya token sahaja, P.47 tidak perlu dibahas. Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.47 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2021 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.47 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2021]

Kepala Pembangunan P.48 di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Disebabkan P.48 hanya token sahaja, P.48 tidak perlu dibahas. Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.48 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2021 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.48 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2021]

Kepala Pembangunan P.60 di bawah Kementerian Pertahanan. Disebabkan P.60 hanya token sahaja, P.60 tidak perlu dibahas. Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.60 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2021 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.60 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2021]

Kepala Pembangunan P.62 di bawah Kementerian Dalam Negeri. Disebabkan P.62 hanya token sahaja, P.62 tidak perlu dibahas. Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.62 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2021 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.60 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2021]

Kepala Pembangunan P.63 di bawah Kementerian Pendidikan. Disebabkan P.63 hanya token sahaja, P.63 tidak perlu dibahas. Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.63 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2021 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.63 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2021] [Fasal 1 hingga 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang]

Dato’ Indera Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan I · Paya Besar

Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan bahawa rang undang-undang ini dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dimaklumkan kepada Majlis sekarang. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2021) 2022 dimaklumkan kepada Majlis sekarang]

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa usul di atas nama Yang Berhormat Menteri Kewangan di dalam Aturan Urusan Mesyuarat hendaklah disetujukan.

Tuan Pengerusi

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Usul Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2021 dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor [Cameron Highlands] mempengerusikan Mesyuarat]

Dato' Indera Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNBacaan Kali Yang Ketiga Timbalan Menteri Kewangan I · Paya Besar

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa rang undang-undang bernama Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2021 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud yang tertentu bagi tahun itu telah dipertimbangkan dalam peringkat Jawatankuasa dan telah dipersetujukan tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Dato' Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Seorang Ahli yang lain?

Dato Sri Alexander Nanta LinggiPBB · GPSMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna · Kapit

Saya menyokong.

Dato' Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]

UsulMotion

Dato' Indera Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan I · Paya Besar

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan iaitu Jawatankuasa telah menimbangkan Usul yang diedarkan kepadanya dan bersetuju dengan Usul itu. Saya mencadangkan: “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak lima bilion lima ratus tiga puluh empat juta sembilan ratus dua ribu ringgit (RM5,534,902,000) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2021 bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2021 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 3 Tahun 2022 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran (Projek) dalam ruang sembilan dan sepuluh penyata tersebut.”

Dato’ Sri Dr. Hj Ismail bin Abd MuttalibPAS · PNTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Maran

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Dato' Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Usul Menteri Kewangan, yang berbunyi;

Dato' Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak lima bilion lima ratus tiga puluh empat juta sembilan ratus dua ribu ringgit (RM5,534,902,000) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2021 bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2021 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 3 Tahun 2022 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran (Projek) dalam ruang sembilan dan sepuluh penyata tersebut.” Hendaklah disahkan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]

Dato' Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Rabu, 23 Mac 2022.

[Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 6.45 petang]

Kamar KhasSpecial Chamber

[Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) mempengerusikan Mesyuarat]

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Isu mengenai Masalah Banjir yang Berulang di Kampung Baru Ampang dan Kampung Sungai Rokam, Ipoh dan di Sekitar Sungai PinjiSpecial Chamber

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Menteri yang sudi membalas Usul saya, Yang Berhormat Gopeng, di bawah Peraturan Mesyuarat 17 berkenaan dengan Isu mengenai Masalah Banjir yang Berulang di Kampung Baru Ampang dan Kampung Sungai Rokam, Ipoh dan di sekitar Sungai Pinji untuk Kementerian Alam Sekitar dan Air.

Tuan Yang di-Pertua, pada 19 Jan 2022, selepas hujan selama tiga jam, beberapa kawasan perumahan di sepanjang tebing Sungai Pinji telah mengalami masalah banjir kilat. Kawasan terlibat termasuk Jalan Ampang Baru 2, Jalan Ampang Baru 4 dan Jalan Ampang Baru 6 di mana paras air naik sehingga satu meter. Tempat lain yang turut terkesan adalah Kampung Sungai Rokam, Taman Cempaka dan Bercham.

Masalah banjir kilat khusus di Kampung Baru Ampang dan Kampung Sungai Rokam telah berulang kali lebih dari 20 tahun. Malangnya, Jabatan Pengairan dan Saliran yang bertanggungjawab atas pengurusan lembangan sungai dan pencegahan banjir masih tidak dapat selesaikan masalah sehingga sekarang.

Adakan kementerian mempunyai perancangan khusus untuk lembangan Sungai Pinji? Berapakah peruntukan kementerian untuk tebatan banjir di sepanjang Sungai Pinji dan Sungai Kinta? Adakah kolam takungan air akan dibina di sepanjang Sungai Pinji? Sekian, terima kasih.

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNMenteri Alam Sekitar dan Air · Kubang Kerian

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang semua.

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNMenteri Alam Sekitar dan Air · Kubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat membangkitkan isu yang berlaku di kawasan Gopeng. Untuk makluman Dewan yang mulia, kejadian banjir pada 19 Januari 2022 di kawasan yang berada di dalam lembangan Sungai Pinji seperti dinyatakan oleh Yang Berhormat Gopeng adalah disebabkan limpahan saliran dalaman dan longkang-longkang berikutan kadar hujan yang sangat lebat iaitu 82.5 milimeter dalam tempoh satu jam berdasarkan stesen telemetri JPS di Politeknik Ungku Omar.

Selain daripada itu, kadar hujan lebat turut mengakibatkan paras Sungai Pinji meningkat serta menyebabkan aliran permukaan tidak dapat mengalir ke sungai. Ini mengakibatkan kejadian banjir di kawasan tersebut.

Oleh yang demikian, pihak JPS telah merancang beberapa tindakan jangka masa pendek untuk mengurangkan impak banjir dengan melaksanakan kerja-kerja pemuliharaan Sungai Pinji bagi meningkatkan kapasiti sungai sedia ada untuk menampung aliran yang tinggi pada waktu hujan lebat.

Selain daripada itu, bagi mengurangkan risiko banjir di kawasan Kampung Sungai Rokam, pihak JPS Negeri sedang dalam proses merekabentuk bagi pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf sistem saliran di Kampung Sungai Rokam.

Untuk makluman Yang Berhormat, di bahagian hulu Sungai Pinji terdapat sebuah kolam takungan iaitu Kolam Takungan Sungai Pinji yang berada di Hulu Kinta dengan keluasan 12.7 hektar. Fungsi utama kolam tersebut adalah bagi mengawal aliran air Sungai Pinji ketika waktu hujan lebat dan mengurangkan risiko banjir di bahagian hilir.

Bagi perancangan Tebatan Banjir di kawasan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kinta telah dijalankan secara berfasa. Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kinta Fasa 1, telah siap dibina sepenuhnya.

Manakala, Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kinta Fasa 2 pula telah diluluskan dengan kos projek sebanyak RM108 juta. Projek ini sedang dalam proses menyiapkan reka bentuk yang dijangka akan siap pada hujung tahun ini dan pengambilan tanah dan tender akan bermula pada awal tahun 2023.

Kementerian melalui JPS akan memastikan projek ini di tender dengan segera sekiranya dokumentasi dan segala perancangan projek ini dapat disiapkan dalam tempoh yang lebih awal daripada yang dijadualkan.

Untuk maklumat Yang Berhormat juga, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 19 Jun 1996 telah memutuskan supaya JPS diberi tanggungjawab sepenuhnya mengurus dan menyenggara semua sungai termasuk sungai di kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT), manakala PBT bertanggungjawab mengurus dan menyenggara sistem perparitan. Biasa, kalau banjir kilat ialah masalah perparitan di kawasan PBT yang perlu diselenggara oleh pihak PBT di kawasan masing- masing. Sekian. Terima kasih.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Banjir di Kawasan LanangSpecial Chamber

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menekankan isu banjir dan banjir kilat yang sering berlaku di kawasan Lanang dan Sibu.

Masalah banjir telah memberikan kesan negatif yang amat ketara kepada penduduk tempatan di kawasan Lanang. Saya telah menerima banyak aduan

berkenaan masalah banjir yang selalu berlaku di kawasan Lanang antaranya adalah Bukit Assek, Jalan Hua Kiew, Jalan Tiong Hua, Jalan Merlin, Kampung Usahajaya, Baru, Sentosa, Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, Naman, Sengan, Salim Belalang, Pulau Dudong, Sungai Assan dan sebagainya.

Seperti yang diketahui, projek tebatan banjir di Sibu telah dilaksanakan sejak Rancangan Malaysia Ke-9. Akan tetapi, tetap kerap berlakunya masalah banjir di kawasan Lanang dan Sibu. Saya ingin tahu berapa jumlah peruntukan yang telah diperuntukkan untuk projek tebatan banjir tersebut mengikut fasa-fasa tertentu.

Selain itu, saya telah pun banyak kali menyeru agar kerajaan membawa masuk pakar untuk mengkaji semula projek tersebut dan juga mencari punca utama atau sebenar masalah banjir demi menyelesaikan masalah banjir. Adakah kerajaan bercadang untuk mencari pakar untuk mencari penyelesaian masalah banjir ini yang banyak menyusahkan rakyat. Selain itu, sistem perparitan yang kurang efektif juga merupakan salah satu punca kejadian banjir kilat di kawasan Lanang.

Oleh itu, saya ingin tahu sama ada pihak kementerian sudah atau akan melaksanakan perancangan untuk menyelenggarakan semula sistem perparitan di kawasan Lanang dan mengorek dasar sungai di Sungai Rajang dan Igan sebagai salah satu penyelesaian masalah banjir di kawasan Lanang.

Saya juga berharap kerajaan dapat memberikan lebih tumpuan terhadap masalah banjir ini dan memberikan peruntukan yang secukupnya untuk menangani masalah banjir di kawasan Lanang. Sekian, terima kasih.

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNMenteri Alam Sekitar dan Air · Kubang Kerian

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Lanang yang membangkitkan isu banjir di kawasan Lanang. Untuk makluman Yang Berhormat, bahawa kementerian memandang serius isu keadaan banjir di Sibu yang sememangnya memerlukan penyelesaian menyeluruh dan dilaksanakan secara berfasa memandangkan penyelesaian ini melibatkan kos yang sangat tinggi.

Projek RTB Sibu Fasa 1 yang bermula pada tahun 2009 telah siap sepenuhnya yang dilaksanakan di bawah RMKe-9 dengan peruntukan sebanyak RM138 juta. Manakala, RTB Sibu Fasa 2 yang bermula pada tahun 2013 juga telah siap dilaksanakan di bawah RMKe-10 dengan peruntukan sebanyak RM70 juta.

Projek RTB Sibu Fasa 3, Lembangan Batang Rajang, Sarawak telah diluluskan di bawah RMKe-11 dengan kos projek berjumlah RM100 juta. Projek ini bermula pada tahun 2018 dengan status kemajuan kerja fizikal semasa ialah 60.56 peratus dan dijangka siap menjelang Februari 2023 mengikut jadual yang ada.

Bagi memastikan kesinambungan projek RTB Sibu, tidak terhenti sehingga Fasa 3, Kerajaan Negeri Sarawak di bawah Rancangan Malaysia Ke- 12 (RMKe-12) telah meluluskan siling peruntukan sebanyak RM4.8 juta pada September 2021 bagi pelaksanaan RTB Sibu Fasa 4.

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNMenteri Alam Sekitar dan Air · Kubang Kerian

Projek ini kini dalam proses penilaian tender perunding secara terbuka dan meliputi kawasan Bukit Assek, Hua Kiew, Tiong Hua, Jalan Merlin serta beberapa kawasan banjir di sekitarnya termasuk Jalan Khoo Peng Loong, Jalan Pulau dan Jalan Lau King Howe.

Bagi RTB Sibu Fasa 5, KASA melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia akan membuat permohonan projek baharu dengan kos RM275 juta dalam RP3 RMKe-12.

Untuk makluman Yang Berhormat, projek-projek RTB Sibu Fasa 1 sehingga Fasa 3 telah pun direka bentuk oleh juru perunding yang mempunyai pengalaman dalam bidang reka bentuk kejuruteraan bagi struktur-struktur serta kajian Rancangan Tebatan Banjir. Terma rujukan bagi pelantikan perunding untuk RTB Sibu Fasa 4 juga telah menitikberatkan tentang kajian kawasan banjir serta penyelesaiannya. Bagi mengatasi masalah banjir kilat di Sentosa dan Kampung Usahajaya, Kerajaan Negeri Sarawak telah meluluskan peruntukan sebanyak RM25 juta di bawah peruntukan Projek Rakyat dan kini dalam peringkat reka bentuk.

Selain itu juga, kawasan Stabau, Naman, Sengan, Pulau Dudong, Sungai Assan dan kawasan-kawasan lain yang dilanda banjir, kawasan ini adalah di luar Rancangan Tebatan Banjir Sibu dan juga merupakan kawasan tanah rendah sebagai mana yang telah di maklum oleh Yang Berhormat dan akibat utama banjir berlaku adalah disebabkan oleh limpahan air dari Batang Rajang.

Pihak kementerian dengan dibantu oleh JPS Sarawak akan mengenal pasti cadangan penyelesaian bagi mengatasi masalah banjir di kawasan tersebut.

Ini termasuklah perancangan apa yang disebut oleh Yang Berhormat untuk mendalamkan sungai dan sebagainya, kita akan teliti semua aspek tersebut.

Manakala, Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce pula adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Kerja Raya dan merupakan jalan raya yang kian termendap sebenarnya akibat tanah gambut yang dalam. Ini pihak JKR akan berikan perhatian kepada apa yang dibangkitkan.

Di samping itu, di bawah RP2, tahun 2022 RMKe-12, peruntukan berjumlah RM490,000 telah diluluskan bagi kawasan Sibu di bawah Projek Pemuliharaan Sungai Untuk Mengurangkan Risiko Banjir yang merangkumi lima projek dan detil semua projek ini saya akan lampirkan bersama kepada Yang Berhormat. Terima kasih.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang, keesokan hari, Rabu, 23 Mac 2022.

[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.44 petang]