Dewan Rakyat · 18 July 2022

15th Parliament, session 5, meeting 2 · 1,131 turns · 61,602 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Pemasyhuran Daripada Tuan Yang Di-Pertua — Usaha Menangani Risiko Penularan COVID-19

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan selamat pagi Ahli-ahli Yang Berhormat. Malaysia sekarang sedang berada dalam fasa, peralihan ke fasa endemik dan penekanan terus diberikan kepada usaha- usaha untuk menangani risiko penularan COVID-19 dengan mengambil langkah-langkah kesihatan awam yang sewajarnya. Bagi memastikan Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima, Parlimen Keempat Belas ini dapat dilaksanakan dalam keadaan lancar dan selamat, surat edaran Prosedur Operasi Standard (SOP), MySOP dan Garis Panduan Kemasukan Ahli Parlimen dan pegawai pengiring telah diedarkan di atas meja Ahli-ahli Yang Berhormat semua. Pengadang lut sinar dalam Dewan Rakyat juga telah dibuka. Walau bagaimanapun, Ahli-ahli Yang Berhormat diminta untuk sentiasa memakai pelitup muka sepanjang berada di dalam Dewan Rakyat kecuali ketika berucap. Ahli-ahli Yang Berhormat dibenarkan untuk membukanya ketika berucap di dalam Dewan Rakyat dan perlu memakai semula pelitup muka dengan kadar segera selepas selesai berucap. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sepertimana saya maklumkan Dewan yang mulia pada 14 September 2021 yang lalu, langkah-langkah telah diambil di dalam Dewan ini dan beberapa tempat lain di Kompleks Parlimen untuk meningkatkan kualiti udara dalaman dengan memasang sistem yang dapat membasmi virus COVID-19. Antaranya ialah: (i) menukar penapis udara kepada jenis high-efficiency particulate air (HEPA) dan memasang sistem ultraviolet germicidal irradiation (UVGI) di kesemua air handling unit (AHU) sistem penyaman udara berpusat (centralized air con); (ii) membekalkan peralatan mudah alih (portable) UVGI; dan (iii) memasang nano air generator di ruangan yang menggunakan sistem penyaman udara jenis variable refrigerant flow (VRF). Saya mohon semua pihak agar sentiasa peka dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan. Semoga Ahli-ahli Yang Berhormat dan seluruh warga Parlimen dilindungi daripada wabak penyakit ini. Akhir sekali, di atas meja Ahli-ahli Yang Berhormat juga telah diletakkan jadual kementerian menjawab semasa Sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan. Jadual ini akan diguna pakai bagi penentuan hari kementerian menjawab sepanjang Mesyuarat Kedua ini. Sekian, terima kasih.

Pemasyhuran Daripada Tuan Yang Di-Pertua — Nahas Pesawat MH17

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, semalam telah genap 8 tahun tragedi malang yang menimpa pesawat MH17, Syarikat Penerbangan Malaysia Airlines yang berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai 2014. Saya dan semua Ahli-ahli Dewan Rakyat amat bersedih dengan insiden tersebut dan dengan demikian menzahirkan rasa simpati yang tidak terhingga kepada keluarga penumpang dan sahabat handai serta anak-anak kapal MH17. Saya berdoa agar keluarga penumpang dan anak-anak kapal pesawat tersebut kekal tabah dan cekal dalam mengharungi dugaan ini. Saya bagi pihak Ahli-ahli Dewan Rakyat dan pihak Parlimen seluruhnya merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga penumpang dan anak-anak kapal pesawat MH17. Saya menjemput Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian untuk bangun. Kepada yang beragama Islam, diminta sedekahkan Al-Fatihah dan kepada yang bukan beragama Islam diminta bertafakur selama satu minit. Al-Fatihah. [Ahli-ahli bangun bertafakur] Terima kasih semua.

Pemasyhuran Daripada Tuan Yang Di-Pertua — Memperkenankan Akta-Akta

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya suka hendak memberitahu Majlis ini iaitu Kebawah Duli Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia Baginda telah memperkenankan Akta-akta yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, Parlimen Keempat Belas yang lalu seperti berikut: 1. Akta Perbekalan Tambahan (2021) 2022; 2. Akta Kerja (Pindaan) 2022; 3. Akta Kawalan Bekalan (Pindaan) 2022; 4. Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.2) 2022; 5. Akta Syarikat Labuan (Pindaan) 2022; 6. Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan (Pindaan) 2022; dan 7. Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan (Pindaan) 2022.

Pemasyhuran Daripada Tuan Yang Di-Pertua — Perutusan Daripada Dewan Negara

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu perutusan daripada Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara yang menyatakan persetujuan Dewan itu kepada rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dalam Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, Parlimen Keempat Belas 2022 yang lalu. Saya menjemput Setiausaha membacakan perutusan itu sekarang. [Setiausaha membacakan Perutusan]

Tuan Yang di-Pertua

“31 Mac 2022 Perutusan Daripada Dewan Negara kepada Dewan Rakyat Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dewan Negara telah meluluskan rang undang-undang yang berikut tanpa pindaan: 1. Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2021) 2022; 2. Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2021; 3. Rang Undang-undang Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021; 4. Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No.2) 2022; 5. Rang Undang-undang Syarikat Labuan (Pindaan) 2022; 6. Rang Undang-undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan (Pindaan) 2022; dan 7. Rang Undang-undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan (Pindaan) 2022. Yang Ikhlas, t.t “ YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA ”

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Tuan Yang di-Pertua

Untuk memulakan, saya menjemput Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh, silakan.

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya minta izin untuk berpantun sedikit. Mat Kilau pahlawan terbilang; Bijak bersilat menentang lawan. Sabak Bernam membuka gelanggang; Isu kemiskinan menjadi taruhan.

Mohd Fasiah bin Mohd FakehUMNO · BNSabak Bernam · question

1. Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [Sabak Bernam] minta Perdana Menteri menyatakan, bilangan rakyat negara ini yang dikategorikan sebagai miskin tegar bagi tempoh 2020 hingga terkini 2022, dan nyatakan langkah kerajaan bagi menghapuskan kemiskinan tegar di kalangan rakyat negara ini serta nyatakan setakat manakah pelaksanaan Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia sehingga kini.

Dato’ Sri Mustapa bin MohamedUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) · Jeli

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Keluarga Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan miskin tegar pembuka bicara; Agenda utama Kerajaan Malaysia. Selamat bersidang Yang Berhormat semua; Demi Keluarga Malaysia yang tercinta.

Dato’ Sri Mustapa bin MohamedUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) · Jeli

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) yang diuruskan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan dan ICU, JPM, sebanyak 44,829 orang ketua isi rumah dikategorikan sebagai miskin tegar pada tahun 2020. Walau bagaimanapun, susulan daripada penggunaan metodologi baru kemiskinan pada 2019 serta impak COVID-19, bilangan miskin tegar ini telah meningkat kepada 144,932 orang ketua isi rumah setakat 30 Jun 2022. Salah satu sasaran dalam RMKe-12 adalah membasmi miskin tegar pada akhir tahun 2025. Program Basmi Miskin Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) merupakan pelengkap kepada program sedia ada untuk menangani isu kemiskinan merentasi semua etnik dalam Keluarga Malaysia. Unit Perancang Ekonomi dan ICU, kedua-duanya di bawah JPM, dipertanggungjawab untuk menyelaras dan memudah cara pelaksanaan program ini. Tuan Yang di-Pertua, Program Basmi Miskin Tegar bukan suatu yang baru, ia telah mula sejak kemerdekaan lagi dan dipergiatkan dalam tahun 70-an melalui Dasar Ekonomi Baru. Walau bagaimanapun, di bawah BMTKM kaedah dan pendekatan dalam membasmi miskin tegar adalah berbeza dan lebih holistik iaitu: (i) Unit Kemiskinan khusus ditubuhkan di peringkat Persekutuan, negeri dan daerah; (ii) mengguna pakai pendekatan keseluruhan negara atau whole-of- nation approach, dengan izin, dan berdasarkan masalah setempat dan bukannya “one size fits all”; (iii) penglibatan pelbagai pihak merangkumi universiti awam, swasta, industri lain-lain; dan (iv) memperkenalkan dasar pemisah selepas tempoh dua hingga tiga tahun pelaksanaannya. BMTKM akan dilaksanakan di 1,000 lokaliti dalam tempoh tiga tahun enam bulan. Fasa pertama melibatkan 80 lokaliti sudah pun bermula. Program yang akan dilaksanakan adalah untuk meningkatkan pendapatan yang merangkumi projek-projek pertanian, penternakan, usahawan, pemasaran serta pembangunan minda dan motivasi. Anggaran pendapatan tambahan adalah kira-kira RM300 hingga RM1,000 sebulan. Bagi memastikan kejayaan BMTKM, Jawatankuasa Pemantauan peringkat daerah bertanggungjawab untuk memantau dan membuat laporan bulanan serta mengambil tindakan intervensi sekiranya perlu. Tuan Yang di-Pertua, bagi kawasan Sabak Bernam, Kampung Sungai Lias telah dipilih yang melibatkan 35 KIR yang terlibat dalam penanaman cili fertigasi, memulakan perniagaan, memperkembangkan dan bantuan peralatan untuk nelayan. Majlis Gerak Mula di Sungai Lias telah disempurnakan pada 17 Jun yang lalu dengan peruntukan sebanyak RM340 ribu bagi 35 orang ketua isi rumah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, silakan soalan tambahan pertama.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri yang dapat hadir ke Parlimen Sabak Bernam dan melihat sendiri isu-isu kemiskinan terutama di Daerah Sabak Bernam. Soalan tambahan saya, apakah langkah kerajaan bagi membantu kelompok miskin tegar ini supaya mampu berdikari dan menjana pendapatan sendiri? Nyatakan bentuk dan bidang bantuan yang diberikan khususnya bagi meningkatkan pendapatan ekonomi, sosial, daripada meningkatkan kesejahteraan dan kualiti kehidupan Keluarga Malaysia. Setakat manakah isu pemilikan rumah sendiri dan golongan miskin tegar ini dapat diatasi? Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Program ini ialah program untuk meningkatkan pendapatan. Program ini bertujuan untuk mencapai kemandirian, memastikan bahawa keluarga isi rumah yang terlibat akan keluar daripada senarai miskin tegar. Sekarang ini ada kira-kira 140 ribu semuanya, maka dalam tempoh tiga tahun setengah kita hendak keluarkan mereka- semuanya dengan melalui program-program untuk tambah pendapatan. Kalau di Sungai Lias umpamanya disebut tadi untuk nelayan, untuk KIR dan lain- lain, melibatkan peruntukan lebih RM300 ribu. Jadi, kita akan pantau secara berkala, tersusun setiap bulan di bawah pengawasan seorang ADO dan jika ada langkah-langkah intervensi yang diperlukan, akan diambil tindakan sewajarnya. Berkaitan dengan rumah, ini ada satu program yang berasingan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk membaiki ataupun membina rumah. Program ini khusus untuk meningkatkan pendapatan. Ada program-program lain yang diteruskan termasuklah program KPLB, Kementerian Wilayah Persekutuan pun ada program, ICU ada program khusus untuk membantu miskin tegar. Bezanya program ini dengan program yang lain ialah program ini lebih holistik, melibatkan kerjasama semua pihak awam dan swasta termasuklah syarikat-syarikat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Simpang Renggam.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bila kita bicarakan tentang isu kemiskinan, ia tidak dapat lari daripada dampaknya kepada pendidikan. Kita tahu laporan OECD pada Julai 2022 dan juga banyak lagi laporan lain yang menunjukkan bahawa keciciran pelajaran pasca COVID-19 adalah disebabkan oleh kemiskinan apatah lagi kemiskinan tegar. Jadi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, tidakkah adanya usaha perancangan ekonomi untuk membantu KPM mengembalikan Program Sarapan Pagi Percuma demi menggalakkan anak-anak miskin, anak-anak miskin tegar, mereka yang jatuh daripada M40 kepada B40, kita tarik ke sekolah, berikan makanan percuma. Ia pernah dilakukan secara rintis pada tahun 2019 dan kita mohon Menteri Ekonomi, bekerjasama dengan KPM dan juga Menteri Kewangan kembalikan Program Sarapan Pagi Percuma. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memanglah pendidikan ialah asas kepada pencapaian sosioekonomi sesebuah keluarga dan program yang akan kita adakan ini merupakan program holistik, melibatkan juga program-program untuk meningkatkan pencapaian anak-anak dari keluarga miskin. Umpamanya bagi kelompok Orang Asli, di mana mungkin sesetengah- walaupun sudah ke sekolah tetapi belum pandai membaca dan menulis lagi. Maka program ini merupakan program holistik meliputi juga kesihatan dan pendidikan. Itu berkaitan program ini. Berkaitan dengan program untuk pelajar miskin. Yang Berhormat sedia maklum, kita ada Program Rancangan Makanan Tambahan yang jika tidak silap saya, peruntukannya lebih RM400 juta setahun yang dinikmati oleh beratus-ratus ribu orang pelajar di seluruh negara. Berkaitan dengan rancangan untuk memberikan makanan percuma bagi semua pelajar. Ini bolehlah dipertimbangkan oleh kerajaan bergantung kepada peruntukan yang diperlukan. Terima kasih.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Maaf Tuan Yang di-Pertua, tetapi kadar RMT masih RM2.50, kadar sudah berdekad lamanya, kena ditingkatkan kadar RMT tersebut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Maaf Yang Berhormat, tiada perbahasan Yang Berhormat. Ada soalan tambahan ketiga? Yang Berhormat Pontian tadi. Yang Berhormat Pontian ada soalan ketiga kah? Tidak ada? Kalau tidak ada...

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Ada, ada Kota Melaka. Kota Melaka.

Alor Gajah bangun dahulu.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pontian.

Terima kasih. Mengenai kemiskinan tegar dan satu lagi ialah kemiskinan relatif, Tuan Yang di-Pertua. Jadi kemiskinan tegar ini agak– ada angkanya yang mudah untuk dicari tetapi kemiskinan relatif adalah sesuatu yang sukar untuk dicari angka-angkanya dengan tepat. Jadi, apakah peranan kementerian untuk memastikan kemiskinan relatif juga perlu kita tangani dengan tuntas. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, memang satu konsep lagi digunakan kemiskinan relatif. Ini merujuk kepada pendapatan berbanding dengan pendapatan median income ataupun pendapatan median. Kemiskinan relatif negara kita pada masa ini kira-kira 16 peratus. Ada satu lagi kaedah iaitu dipanggil Multidimensional Poverty Index (MPI) yang mengukur kepada akses kepada pendidikan, kepada kesihatan, akses kepada kemudahan ini lebih menyeluruh. Kaedah ini agak sukar sedikit tetapi usaha-usaha sudah pun dilakukan untuk mengukur kaedah tersebut. Jadi ada banyak ukuran yang digunakan yang lebih mudah dan sudah pasti pendapatan memberi satu gambaran kasar tentang tahap kemiskinan seseorang itu. Maka pada masa ini kerajaan menggunakan melalui data eKasih. Pendapatan kalau miskin tegar itu pendapatan keluarga kurang daripada RM1,169 satu bulan kumpulan di rumah empat orang, itu angka yang digunakan oleh kerajaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Port Dickson, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim.

Anwar bin IbrahimPKR · PHTambun · question

2. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [Port Dickson] minta Perdana Menteri menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan memastikan kestabilan harga barangan supaya kekal pada harga mampu milik kepada rakyat.

Dato' Sri Ismail Sabri bin YaakobUMNO · BNPerdana Menteri · Bera

Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson, Ketua Pembangkang. Seperti yang kita semua sedia maklum, kenaikan harga barang merupakan satu fenomena global yang berlaku di seluruh dunia dan Malaysia pastinya tidak terkecuali. Kenaikan berlaku akibat pandemik COVID-19 dahulu, diikuti dengan perubahan iklim yang melampau dan akhir sekali adalah kerana isu konflik antara Rusia dan Ukraine yang menyebabkan berlaku krisis bekalan makanan dunia. Malaysia, seperti kita tahu merupakan negara pengimport makanan dan kita terpaksa mengimport sebanyak RM63.6 bilion makanan setahun sama ada makanan secara direct, dengan izin seperti sebagai contoh bawang, seperti kubis, gandum dan lain- lain dan juga secara indirect iaitu seperti makanan haiwan dan sebagainya yang juga merupakan penyumbang kepada kenaikan harga haiwan tersebut sebagai contoh ayam. Kita mengimport gandum, bijirin gandum dan soya bean sebagai contoh dan kos pengeluaran ayam 70 peratus disumbang oleh makanan. Untuk makluman Yang Berhormat, komitmen kerajaan dalam membantu rakyat Keluarga Malaysia untuk menangani kenaikan kos sara hidup dibuktikan dengan meningkatkan pemberian subsidi iaitu sebanyak RM77 bilion pada tahun ini dan mungkin akan bertambah lagi berbanding dengan peruntukan asal sebanyak RM31 bilion pada tahun 2022. Subsidi tersebut saya boleh baca details sedikit: (i) Minyak masak sebanyak RM4 bilion; (ii) Gandum sebanyak RM40 juta; (iii) Gas LPG sebanyak RM2.6 bilion;

Dato' Sri Ismail Sabri bin YaakobUMNO · BNPerdana Menteri · Bera

(iv) Diesel sebanyak RM7.5 bilion; (v) RON95 sebanyak RM27 bilion; dan (vi) Tarif elektrik dijangka RM6.5 bilion. Jadi, untuk mengurangkan tekanan harga, maka kerajaan meneruskan subsidi. Saya sebutkan meneruskan subsidi. Tidak ada subsidi yang ditarik. Kalau ada kempen- kempen mengatakan sila kembalikan subsidi, itu tidak betul kerana subsidi tidak pernah ditarik balik sejak dari mula kita laksanakan. [Tepuk] Saya bagi contoh kesan daripada subsidi kita menyebabkan inflasi kita kekal rendah. Saya kira paling rendah di Asia Tenggara dan juga mungkin seluruh dunia. Inflasi kita kekal pada 2.8 peratus dan jika subsidi tidak diberikan, inflasi mungkin meningkat kepada lapan hingga 11 peratus. Saya bandingkan dengan negara lain, negara jiran kita, Thailand 7.7 peratus inflasi, Singapura 5.6 peratus, Indonesia 4.4 peratus. Negara lain yang besar, United Kingdom 9.1 peratus, United States of America 9.1 peratus, EU 8.6 peratus. Maknanya kerajaan berbelanja lebih daripada RM7.7 bilion bagi memastikan rakyat tidak terkesan teruk akibat kenaikan harga barang yang berlaku di seluruh dunia. Kerajaan juga, selain daripada memberi subsidi, kita tahu di pihak Kerajaan Barisan Nasional dulu, termasuk di pihak kerajaan sebelah sana dulu Pakatan Harapan juga bercakap soal subsidi bersasar supaya rakyat yang berhak saja mendapat subsidi seperti golongan B40 dan sebahagian daripada M40 supaya T20 yang menikmati subsidi mungkin tidak perlu mendapat subsidi. Warga asing yang berada di Malaysia sekarang ini menikmati subsidi seperti rakyat kita yang lain. Jadi untuk itu, selain daripada kita memberikan subsidi kerajaan juga menambahkan bantuan secara tunai melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) supaya– sebab kita tidak boleh memberikan subsidi kepada setiap barang yang naik harga. Takkan bawang naik harga, esok kita bagi subsidi bawang. Jadi, kita beri tunai. Setakat ini maksimum yang diperolehi oleh B40 ialah sebanyak RM 2,600 setahun. Saya umumkan baru ini fasa 2 daripada RM400, kita tambah menjadi RM500. Kita tambah RM100. Bukan kita bagi RM100. Daripada RM400 bantuan kerajaan, kita tambah RM100 lagi menjadi RM500 dan keseluruhan setahun sebanyak RM2,600. Kita ada dua fasa lagi akan datang ini, fasa ketiga dan keempat. Insya-Allah kita akan tengok daripada segi keadaan kalau perlu naik, kita naikkan. Kalau harga barang sudah stabil, kita tidak naikkan lagi. Dua perkara yang selalu disebutkan tentang ayam. Kita sebenarnya memberi subsidi kepada ayam untuk memastikan harga ayam tidak naik iaitu sebanyak RM1.1 bilion untuk ayam dan telur. Telur kita masih beri subsidi sebanyak 3 sen baru- baru ini. Mulai 1 Julai, harga ayam kita kurangkan 20 sen daripada segi subsidi dan kesan daripada tindakan kerajaan hari ini harga ayam dan juga bekalan ayam sudah pun stabil. Walaupun kita tetapkan harga kawalan RM9.40 tetapi purata nasional harga ayam pada 9 Julai telah menurun kepada RM9.22 dan negeri Pahang merekodkan harga terendah iaitu RM 8.95. Jadi, intervensi kerajaan menunjukkan kejayaan kerana bekalan ayam sudah pun stabil dan harga dapat dikurangkan.

Dato' Sri Ismail Sabri bin YaakobUMNO · BNPerdana Menteri · Bera

Mengenai minyak masak. Ini yang dipersoalkan. Kita tidak tarik minyak masak secara keseluruhan. Minyak masak untuk kegunaan rumah, di dalam paket ada tulis di paket tersebut untuk kegunaan domestik, itu kegunaan rumah. Jadi kita kekalkan minyak masak tersebut. Yang kita tidak teruskan ialah minyak masak di dalam botol kerana bermula pada bulan Ogos 2021 sewaktu PKP, diperkenalkan subsidi minyak masak berbotol ini selama tiga bulan. Akan tetapi kerana ekonomi masih tidak dibuka ketika itu, jadi kita terus sambungkan. Seperti yang kita tahu pada 1 April kita telah membuka ekonomi kita, jadi tiada keperluan nanti untuk minyak masak berbotol. Maka kita hentikan subsidi untuk minyak masak berbotol, tetapi untuk kegunaan rakyat biasa B40 dan sebagainya minyak masak berpaket kita masih teruskan subsidi sebanyak RM4 bilion.

Dato' Sri Ismail Sabri bin YaakobUMNO · BNPerdana Menteri · Bera

Yang selalu kita banding-bandingkan adalah minyak masak lima kilogram. Sepatutnya kita bandingkan antara minyak masak dalam paket satu kilogram berharga RM2.50 dengan minyak botol dalam botol satu kilogram dan harga minyak botol satu kilogram minyak masak satu botol satu kilogram adalah RM9 iaitu kalau tidak di subsidi minyak masak akan berharga RM9. Akan tetapi minyak masak oleh sebab harganya terlampau jauh bezanya, maka banyak diselewengkan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri sedang mengambil tindakan untuk memastikan penyelewengan dapat dikurangkan. Perkara-perkara yang saya sebutkan itu sebahagian daripada intervensi kerajaan, selain daripada pelan jangka pendek, pelan jangka panjang yang telah saya umumkan beberapa kali mengenai pelan jangka pendek untuk kita memastikan dapat kita kurangkan daripada segi kesan kenaikan harga dan tindakan-tindakan kerajaan banyak yang kita laksanakan telah berjaya menstabilkan barangan, bekalan dan juga menurunkan harga. Terima kasih.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas penjelasan dan juga beberapa langkah yang diambil termasuklah melalui Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi dan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara. Soal dia, penjelasan panjang lebar ialah pendekatan yang konvensional yang lama tidak ada suatu kesediaan membawa suatu perubahan struktur. Umpamanya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyebut kos import tinggi. Itu kerana ringgit merudum. Ada pendekatan untuk memperkukuh nilai ringgit supaya jumlah import itu tidak meningkat. Kemudian, soal subsidi minyak. Kita mampu menurunkan harga minyak kalau pendekatan itu secara tersasar. Sekarang ini manfaat minyak itu diperoleh oleh semua, walhal warga asing disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga T20. Jadi kalau kita cap katalah B60, maka kita masih boleh mengurangkan subsidi dan menurun bagi kadar yang lebih rendah bagi B40 umpamanya. Itu yang saya usulkan. Kemudian disebut tentang inflasi. Inflasi ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, ikut kita hendak guna basket apalah. Kalau barang makanan tiada siapa di Malaysia yang percaya harga barang makanan itu 28 peratus atau empat peratus atau enam peratus. Pergi sahaja pasar, saya pergi pasar Kerinchi baru ini, memang lebih daripada lapan peratus. [Tepuk] Kalau ikut kajian umum, lain. Jadi mesti realistik pada kita. Beban yang ditanggung oleh rakyat ini sangat berat dan saya percaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pernah menyentuh hal ini beberapa kali. Soalnya apa tindakan? Umpamanya peruntukan. Laporan Ketua Audit Negara mengatakan terus ada ketirisan dan kebocoran. Sebutlah RM70 bilion, sampai betul kepada kumpulan sasar itu, boleh jadi RM50 bilion, boleh jadi RM60 bilion. Apa tindakan ke arah itu? Kemudian saya usulkan tentang umpamanya minyak masak kelapa sawit ini. Mengapa tidak ada kesediaan menekan syarikat-syarikat besar yang untungnya berbilion ringgit dan memastikan ada kuota penjualan dalam negeri dengan harga yang lebih rendah, bukan harga pasaran antarabangsa? Kalau kita buat begitu, dia masalah subsidi ini boleh dikurangkan tetapi harga itu akan rendah. Akan tetapi nampaknya kerajaan tidak bersedia untuk mengambil tindakan menggesa dan mendesak syarikat-syarikat besar yang untungnya besar. Kalau dia pengeluar kecil untung ratusan ribu setahun, saya tidak mahu ganggu. Akan tetapi syarikat-syarikat besar yang untungnya berbilion ringgit dari kesengsaraan rakyat. Apa masalahnya hendak letakkan kuota 10 peratus hingga 15 peratus supaya memaksa mereka menjual dengan harga yang lebih rendah kepada rakyat. Jadi, ini saya harap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri boleh memberi penjelasan tindakan yang diambil secara menyeluruh dan tidak hanya bicara soal subsidi termasuk subsidi kepada orang kaya.

Terima kasih Yang Berhormat. Daripada segi subsidi bersasar, saya pun sudah sebut tadi bermula daripada beberapa kerajaan sudah tetapi sampai sekarang masih belum boleh dilaksanakan dan kerajaan hari ini juga telah

pun dan sedang merangka subsidi bersasar tersebut. Akan tetapi mekanisme supaya tidak ada yang tercicir, tidak ada yang tertinggal, jadi sedang mencari mekanisme yang sesuai supaya semua yang berhak mendapat subsidi akan mendapat subsidi. Saya pernah menjadi Menteri di KPDNHEP, waktu itu kita hendak memberi subsidi bersasar untuk RON95. Banyak persoalan timbul. Siapa yang berhak dapat? Kita kata kereta 2000cc ke bawah. Jadi pelbagai isu timbul mengenai kereta 2000cc ke bawah. Sebagai contoh dekat kampung pak imam kampung kita pakai Volvo, 2000cc lebih tetapi harga Volvo itu RM10,000. Dia tidak boleh mendapat subsidi kerana dia memakai Volvo cc-nya 2000 ke atas. Sedangkan ada kereta mini yang kecil, harga dia beratus-ratus ribu tetapi kerana dia kurang daripada 2000cc, maka dia berhak dapat. Jadi ini antara perkara- perkara yang perlu kita detailkan bagaimana cara mekanisme ini. Adakah kita hendak beri untuk membeli gula ataupun membeli gandum, minyak masak menggunakan kupon. Adakah kupon boleh digunakan ataupun hendak menggunakan MyKad untuk membeli dan sebagainya. Jadi ini yang sedang kita perincikan. Saya setuju dengan Yang Berhormat, insya-Allah kita akan bentangkan di sini apakah cara yang kita akan gunakan daripada segi subsidi bersasar. Memang, kerajaan kerugian besar akibat subsidi yang tersasar dan tidak bersasar ini kerana semua pihak menikmati subsidi yang sepatutnya kita khususkan untuk golongan yang berhak untuk mendapat iaitu golongan miskin. Saya tadi sebut mengenai minyak masak Yang Berhormat. Saya sependapat dengan Yang Berhormat. Minyak masak ini banyak diselewengkan. Pertamanya kerana harga terlampau rendah, RM2.50. Bayangkan harga sebenar RM9. Kalau penyeludup bawa keluar dan jual harga RM5 sahaja, dia sudah untung RM2.50 satu paket. Jadi perniagaan yang sangat menguntungkan bagi penyeludup. Oleh sebab itu kita sekarang sedang mengambil tindakan. Pertama daripada punca minyak masak itu dikeluarkan. Seperti kata Yang Berhormat, pengilang-pengilang. Kita akan audit pengilang-pengilang ini. Kita akan dapatkan details, siapa pembeli minyak masak ini daripada mereka. Yang paling senang menyeleweng sebagai contoh repackers, pembungkus minyak. Mereka diberi kebenaran untuk membungkus satu tan minyak masak contohnya, ke mana minyak masak itu dihantar. Jadi kita akan dapatkan nama detail di kilang-kilang tersebut siapa penerima minyak masak tersebut dan kita akan check semula.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Bila ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri? Orang sekarang susah, hendak kaji sampai mana?

Bukan kaji Yang Berhormat, telah pun dilaksanakan, sedang dilaksanakan. [Tepuk]

Jadi kita akan dapatkan nama yang dibekalkan dan kita akan check dengan pembekal itu berapa banyak dia dapat. Oleh sebab kadang-kadang tidak sampai ke pembekal seperti Yang Berhormat sebut tadi, tidak sampai ke pembekal daripada kilang bawa ke lain. Jadi kita akan dapatkan detail untuk memastikan tiada penyelewengan. Kedua, sempadan. Isu di sempadan ini Yang Berhormat, waktu saya jadi Menteri KPDNHEP dulu saya berjumpa dengan pihak penguat kuasa di sempadan. Penyeludupan barangan ini dari segi prioritynya jatuh nombor lima, nombor enam. Nombor satu penyeludupan dadah, penyeludupan senjata, perdagangan manusia, penyeludupan orang dan sebagainya. Ini yang priority kepada penguat kuasa di sempadan. Akan tetapi setelah perkara ini berlaku penyelewengan dengan begitu teruk, banyak minyak dijual di Thailand dan sebagainya, kita telah pun keluarkan arahan supaya bukan saja pihak penguat kuasa KPDNHEP yang ditugaskan untuk mengawal minyak masak ini, tetapi juga pihak polis dan pihak tentera juga akan terlibat dari segi pengawalan supaya minyak ini tidak sampai keluar daripada sampai ke negara lain. Apa yang susah hendak dikawal ini Yang Berhormat— ini praktikal ya. Kita bercakap soal praktikal. Minyak masak peket untuk kegunaan rumah tetapi pengusaha- pengusaha restoran besar menggunakannya. Satu lagi yang agak sukar kita hendak

kawal Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat mengawal minyak ini pun takkan sampai hati hendak ambil tindakan. Makcik-makcik yang jual goreng pisang, mereka tidak boleh menggunakan minyak masak untuk kegunaan jual goreng pisang. Itu salah sebab minyak masak peket ini tidak boleh untuk komersial. Jadi salah. Jadi— tapi adakah penguat kuasa hendak saman makcik tukang masak ini atau rampas minyak masak mereka. Nanti dituduh kita zalim pula kepada rakyat yang miskin ini, yang hendak menjual kais pagi makan pagi ini. [Tepuk] Jadi bukan sesuatu yang mudah seperti ABC tetapi ada perkara-perkara yang kita perlu pertimbangkan. Akan tetapi percayalah Yang Berhormat, kerajaan tidak berdiam diri. Perdana Menteri tidak boleh dikatakan tidak melakukan apa-apa tindakan. Insya-Allah kita akan lakukan yang terbaik untuk negara. Terima kasih. [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jempol.

Tuan Sabri bin AzitPAS · PNJerai

Jerai.

Dato' Haji Salim SharifUMNO · BNJempol

Saya. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, pada bulan lalu Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi telah ditubuhkan bagi membantu Keluarga Malaysia untuk berdepan dengan cabaran peningkatan kos sara hidup. Meskipun ada pemimpin politik yang mengecam dan menyifatkan penubuhan jawatankuasa tersebut sebagai bangang. Hakikatnya setiap tindakan dilakukan oleh kerajaan untuk mengekang inflasi telah meletakkan kadar inflasi negara pada paras yang paling rendah di Asia Tenggara. Soalan saya, apakah keistimewaan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi dan bezanya dengan jawatankuasa berkaitan harga barang serta kos sara hidup yang ditubuhkan sebelum ini seperti Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara...

Soalan bocor ini.

Dato' Haji Salim SharifUMNO · BNJempol

...Dan Majlis Tindakan Ekonomi dan sebagainya.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Terima kasih. Ya, ada orang gelak, ada orang ketawakan kita bila kita ada macam-macam jawatankuasa. Jadi, saya hendak maklumkan. NACCOL ataupun Majlis Tindakan Sara Hidup Negara ini sebenarnya sudah lama diwujudkan sejak tahun 2014. Ketika itu nama dia Jawatankuasa Khas Kabinet Menangani Kos Sara Hidup, tahun 2014. Waktu saya Menteri KPDNHEP. Lepas itu waktu PH pada tahun 2018 ditukarkan nama tersebut kepada Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL). Itu waktu PH, sudah ada sudah waktu itu, bukan baharu. Akan tetapi mesyuarat diadakan dua kali setahun. NACCOL ini ataupun majlis kos sara hidup ini adalah melihat kepada seluruh, secara keseluruhan. Bukan saja kenaikan harga barang, tetapi NACCOL ini adalah pembuat dasar. Melihat kepada semua isu, sama ada harga barang, kos pengangkutan, isu perumahan, semua sekali yang berkaitan. Jadi bukan setakat harga barang sahaja tetapi keseluruhan dan mesyuarat dua kali setahun. Cuma, apabila saya mengambil alih, saya lihat waktu itu selepas pandemik, isu kenaikan harga barang tentu sahaja akan berlaku. Jadi, kita mesyuarat setiap dua bulan sekali kita mengadakan mesyuarat untuk fokus, bukan sahaja— seperti yang saya cakap tadi, bukan sahaja harga barang tetapi juga perkara-perkara lain yang melibatkan dasar. Manakala, jawatankuasa ataupun task force, Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi ini melihat kepada isu semasa yang terkini iaitu kos sara hidup ataupun kenaikan harga barang dan dia adalah harian punya isu. Oleh sebab itulah, NACCOL mesyuarat dulu dua kali setahun, sekarang saya dua bulan sekali tetapi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi

ini mesyuarat dua kali seminggu. Hari Isnin dan juga hari Khamis dan dia mesti melaporkan kepada rakyat tentang apa tindakan yang akan dilakukan. Seperti sewaktu saya mengetuai COVID dulu, mengetuai COVID dulu, saya membuat sidang akhbar setiap hari, NACCOL pasukan khas ini yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Ketereh, perlu membuat pengumuman ataupun membuat sidang akhbar dua kali seminggu. Jadi, rakyat tahu perkembangan dan apa tindakan yang dilakukan oleh kerajaan. Dia juga sebagai coordinator kerana kementerian-kementerian yang berkaitan seperti Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Kementerian KPDNHEP, bermesyuarat setiap minggu dalam committee di kementerian mereka dan mereka melaporkan kepada jawatankuasa ataupun petugas khas, special committee ini, special task force ini dan melaporkan untuk diambil tindakan secara bersama. Jadi, ini adalah sebab coordinator kepada kementerian-kementerian yang berkaitan kenaikan harganya. Jadi, sebab itulah kita lantik Ketereh sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia untuk communicate dengan rakyat apa tindakan yang dilakukan oleh kerajaan. Jadi, itulah perbezaannya. Istimewa atau tak istimewa, saya tidak tahu. Akan tetapi yang pentingnya tindakan mesyuarat dah tiga kali dan siap tiga kali mesyuarat itu, informasi telah pun dikeluarkan kepada rakyat semua. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Seterusnya, Yang Berhormat Baling.

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Salam Keluarga Malaysia. Bertemu semula kita di dewan yang mulia, Berbahas usul demi rakyat jelata, Senyuman manis Tan Sri Yang di-Pertua, Soalan saya nombor tiga.

Abdul Azeez bin Abdul RahimUMNO · BNBaling · question

3. Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling] minta Perdana Menteri menyatakan program dan formula yang akan dirangka kerajaan untuk meningkatkan kesedaran pengundi muda akan tanggungjawab mereka untuk keluar mengundi.

Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku JaafarPBB · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) · Santubong

Terima kasih. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, Suruhanjaya Pilihan Raya melalui Akademi Pilihan Raya telah melaksanakan program pendidikan pengundi sejak tahun 2017 bertujuan supaya segenap lapisan masyarakat diberi kefahaman terhadap peri pentingnya demokrasi, aplikasi demokrasi melalui platform pilihan raya, proses pilihan raya yang dijalankan di Malaysia, tanggungjawab sebagai seorang pengundi dan implikasi terhadap negara serta menjelaskan isu-isu cabaran yang dibangkitkan semasa pilihan raya diadakan. Malah dengan berkuat kuasanya penurunan had umur pemilihan daripada 21 tahun kepada 18 tahun, pada 15 Disember 2021, Akademi Pilihan Raya giat aktif melaksanakan program pendidikan tersebut melalui kerjasama pelbagai pihak seperti agensi-agensi kerajaan, pertubuhan-pertubuhan, persatuan-persatuan, badan-badan bukan kerajaan dan sebagainya agar capaian ilmu pengetahuan mencapai segenap lapisan masyarakat. Agensi kerajaan yang kini aktif kerjasama dengan SPR adalah organisasi terlibat sepenuhnya dengan belia iaitu Kementerian Belia dan Sukan dan agensi-agensinya, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi, universiti-universiti awam, Kementerian Kesihatan Malaysia dan institut latihannya, Kementerian Sumber Manusia dan institut latihannya serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia, agensi- agensi seperti Jabatan Penerangan Malaysia.

Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku JaafarPBB · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) · Santubong

Agensi ini telah merangka program masing-masing dalam memastikan capaian ilmu pengetahuan mengenai pilihan raya iaitu sampai kepada golongan sasar terutamanya kumpulan anak-anak muda yang merupakan pengundi kali pertama, malah pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan juga dilibatkan sebagai satu tindakan inklusif memberikan kesan positif dalam mendekati golongan anak-anak muda dan seterusnya mendidik mereka menjadi pengundi berpengetahuan dan keluar mengundi ketika pilihan raya. Tuan Yang di-Pertua, sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Syabas dan tahniah saya ucapkan kerana telah ada buat engagement dengan all the stakeholders. Berdasarkan PRN Johor baru-baru ini, daripada 54.92 peratus keseluruhan yang keluar mengundi yang direkodkan oleh SPR, peratusan pengundi muda dianggarkan hanya di bawah lima peratus. Jumlah ini sangat rendah jika hendak dibandingkan dengan keseluruhan pengundi muda iaitu kira-kira 173,000 orang. It was the first ever time di Johor kita guna pakai anak-anak muda 18 tahun yang boleh mengundi. Soalan saya, apakah kerajaan mempunyai rancangan atau pun sebarang cadangan untuk menjadikan pendidikan politik sebagai salah satu subjek politik di dalam silibus pembelajaran di sekolah menengah, khususnya pendidikan sejarah, semangat cintakan negara dalam usaha untuk memberikan pemahaman berkenaan amalan demokrasi dan meningkatkan pengetahuan serta literasi politik dalam kalangan pengundi muda. Ini supaya akhirnya mereka sedar akan kepentingan keluar mengundi. Kalau tidak Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua, akan jadi macam tahun 2013. Janji PTPTN dihapuskan, dipercayai. Janji tol hendak dihapuskan, dipercayai. Janji minyak, semua akan berlaku dan akhirnya lebih ramai anak-anak muda tertipu. Terima kasih.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Hilang 1MDB pun dipercayai.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat. Soalan asas Yang Berhormat itu ialah berhubung dengan adakah kita hendak masukkan ilmu berhubung dengan pengundian ini ke dalam silibus sekolah. Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, saya berpengalaman untuk memasuki alam sekitar di dalam silibus. Jadi, mesyuarat saya sampai menjangkau satu tahun tetapi dalam ketika itu kita tidak dapat mencapai persetujuan dengan Kementerian Pendidikan untuk memasukkan ilmu keselamatan alam sekitar itu ke dalam silibus pendidikan Malaysia. Jadi, saya memang percaya bahawa berhubung dengan demokrasi, berhubung dengan pilihan raya, tanggungjawab belia-belia ini penting. Akan tetapi, cadangan untuk melaksanakan menerusi silibus belum lagi difikirkan oleh kementerian. Akan tetapi SPR sudah berbincang dengan saya berhubung dengan perkara tersebut, tetapi belum dilaksanakan. Namun Tuan Yang di-Pertua, bahawa pendekatan kita ialah untuk sampai ke sekolah-sekolah, bahkan kementerian saya sendiri pun telah mengaturkan roadshow untuk pergi ke sekolah-sekolah khusus yang di peringkat SPM, STPM dan juga university students untuk memberi maklumat kepada mereka berhubung dengan tugas dan tanggungjawab sebagaimana yang disebutkan oleh akademi APR itu tadi bakal kita laksanakan juga pada sekarang hingga ke tahun akan datang. Terima kasih.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Okey, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Menteri dan saya setuju dengan Yang Berhormat Baling bahawa kita kena menggalakkan semua anak muda untuk keluar mengundi. Saya hendak cadangkan terutamanya untuk anak muda di Sabah dan Sarawak. Kalau Undi18, banyak mereka kena keluar dari negeri mereka sendiri untuk belajar di

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

kolej-kolej, universiti, mungkin di Semenanjung Malaysia seperti di Kuala Lumpur, Penang dan sebagainya. Apakah pendirian kerajaan? Adakah kerajaan ingin meminda akta atau Perlembagaan untuk membolehkan mereka mengundi di luar kawasan? Ini kerana ia sangat penting untuk menggalakkan pengundi-pengundi Sabah dan Sarawak terutamanya untuk mengundi di tempat mereka berada sama ada di kolej, di universiti di Semenanjung Malaysia. Ini dapat meningkatkan peratusan untuk mengundi, terutama untuk anak muda dan mereka dari Sabah dan Sarawak. Apa pendirian kerajaan?

Terima kasih Yang Berhormat. Soalan yang baik. Sebenarnya saya sendiri yang membangkitkan soalan ini kepada Tuan Yang di-Pertua semasa Tuan Yang di-Pertua menjadi Pengerusi SPR dahulu, semasa satu libat urus. Adalah penting pihak SPR untuk memikirkan bahawa postal voting, voting electronic dan semua sekali demikian itu ataupun mengundi contohnya ramai orang daripada Sarawak dan Sabah yang berada di Semenanjung dan orang Semenanjung berada di Sabah yang sepatutnya diberi peluang mengamalkan pengundian ini dan mengamalkan demokrasi ini menerusi supaya tidak mengganggu gugat sangat tugas dan tanggungjawab mereka dan boleh mengundi di tempat mana mereka berada. Jadi, ini masih dalam kajian Yang Berhormat. Mekanismenya masih dalam kajian oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya. Percayalah, terima kasih.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua, ini berkaitan KPM, silibus tadi.

Puan Fuziah binti SallehPKR · PHKuantan

Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh soalan tambahan lagi.

Tuan Yang di-Pertua

Sebelah sini pula. Maaf, maaf sebelah sini pula. Yang Berhormat Kuala Krai silakan.

Puan Fuziah binti SallehPKR · PHKuantan

Kalau boleh tambahan lagi Tuan Yang di- Pertua.

Pasir Mas, Pasir Mas.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Pasir Mas.

Puan Fuziah binti SallehPKR · PHKuantan

Selepas itu Kuantan ya.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menyanjung sikap Yang Berhormat Menteri yang terkenal sebagai Menteri yang suka untuk melakukan reformasi dan pembaharuan. Satu lagi saya hendak lontarkan kepada Menteri, adakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan wajib untuk mengundi kepada rakyat? Sekiranya rakyat tidak mengundi, akan ada apa-apa tindakan atau kemudahan yang tidak diberikan kepada rakyat sebagaimana yang telah diperkenalkan di negara lain. Terima kasih.

Yang Berhormat, perkara ini juga telah dibincangkan banyak kali dengan pihak SPR, tetapi apa yang kita bincang ada implikasi-implikasi lain. Mungkin di bandar Yang Berhormat, soalan mengundi wajib ini boleh dilaksanakan. Akan tetapi di luar bandar yang mana komunikasinya kurang dan sebagainya, kita akan berhadapan dengan satu lambakan halangan ataupun kesalahan yang bakal kita lihat nanti berlaku kerana kurang pengundian keluar. Walaupun tujuannya baik, tetapi akhirnya mendatangkan satu perkara yang tidak sihat di kalangan masyarakat Malaysia itu sendiri dalam mengamalkan demokrasi. Dalam keadaan sedemikian Yang Berhormat, walaupun baik tetapi kita kena kaji secara mendalam. Terima kasih.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua...

Puan Fuziah binti SallehPKR · PHKuantan

Tuan Yang di-Pertua, boleh bagi soalan tambahan. Soalan penting ini.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan KPM dan silibus tadi.

Tuan Yang di-Pertua

Maaf, dalam peraturan saya boleh bagi tiga soalan tambahan.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya mengimbau kenangan manis sewaktu Tuan Yang di-Pertua di SPR dan saya di KPM dahulu. Boleh bantu Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, tolong. Yang Berhormat Tuan Fong Kui Lun, silakan.

Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang · question

4. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan pelan jangka panjang dan jangka pendek untuk membolehkan WPKL bebas daripada banjir termasuk banjir kilat yang sering melanda bila hujan turun.

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri Wilayah Persekutuan · Arau

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bintang. Soalan Yang Berhormat Bukit Bintang ini dijawab bersama soalan-soalan dari Yang Berhormat Kota Raja dan Yang Berhormat Sungai Petani mengenai perancangan pengurusan banjir di Kuala Lumpur. Sebelum itu, izinkan saya mengulas kenyataan Yang Berhormat Kota Raja yang telah menarik perhatian kepada kematian yang berlaku dalam banjir besar yang melanda Lembah Klang di penghujung tahun lalu. Kita sememangnya amat berdukacita dengan korban nyawa yang berlaku. Bagi kejadian banjir di Kuala Lumpur, kita bersyukur tidak ada yang terkorban. Mengenai pandangan daripada Yang Berhormat Sungai Petani bahawa banjir yang berlaku terlalu kerap menjejaskan imej negara, saya berharap Yang Berhormat Sungai Petani dapat memberikan pandangan yang saksama dengan mengambil kira fenomena perubahan iklim global yang ekstrem dan kita akan melakukan yang terbaik untuk mencari jalan penyelesaian. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah merangka sebuah Pelan Tindakan Tebatan Banjir Kilat Kuala Lumpur 2022 yang merangkumi tindakan serta-merta, jangka pendek, sederhana dan juga jangka panjang. Tindakan serta-merta yang telah diambil di kawasan banjir kilat dengan memastikan kelancaran air adalah seperti menaik taraf scooper drain, melaksanakan kerja pengorekan keladak dan menyelenggara kolam takungan banjir, sungai dan parit induk. Selain itu, guni-guni pasir telah diletakkan di kawasan rendah untuk menahan limpahan air.

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri Wilayah Persekutuan · Arau

DBKL juga telah mempertingkatkan kawalan dan penyuraian trafik di kawasan hotspot banjir kilat dengan menempatkan jentera, petugas dan lebih 100 orang Warden Trafik DBKL. Warden Trafik DBKL telah bekerjasama dengan pihak Polis Trafik Kuala Lumpur bagi tujuan ini. Tindakan serta-merta juga meliputi pengisytiharan empat buah kawasan Zon Bebas Sampah di Kuala Lumpur iaitu Jalan Bukit Bintang, Jalan Raja, kawasan Little India Brickfields dan Jalan Tuanku Abdul Rahman. Lebih banyak lagi kawasan Zon Bebas Sampah di Kuala Lumpur akan diisytiharkan. Selaras dengan inisiatif ini, Kempen Cuci KL yang merangkumi aktiviti plogging telah menjadi satu aktiviti rutin. Aktiviti ini melibatkan penyertaan komuniti setempat, badan bukan kerajaan, sekolah-sekolah dan juga agensi swasta. DBKL juga telah menambahkan perkhidmatan Mobile Integrated Service (MOBIS) yang telah dibangunkan oleh DBKL dengan memasukkan perkhidmatan notifikasi maklumat cuaca semasa di Kuala Lumpur kepada semua pemilik telefon pintar yang memuat turun aplikasi ini. Tindakan jangka pendek termasuklah menaikkan sistem saliran utama di kawasan hotspot banjir, memasang flood gate, dengan izin, di parit induk yang disalurkan ke sungai, dan membina tembok penahan banjir. DBKL juga melaksanakan pemeriksaan komprehensif sistem saliran utama bawah tanah yang melibatkan pembinaan inspection

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri Wilayah Persekutuan · Arau

chamber bagi membolehkan visual inspection, dengan izin, dapat dilaksanakan. Selain itu, DBKL telah menambah aset seperti kenderaan dan peralatan iaitu pam, jentera, vakum dan lori tangki bagi membantu kawalan operasi banjir. Daripada segi pengurusan air hujan pula di tapak-tapak pembinaan, DBKL telah meningkatkan tindakan penguatkuasaan ke atas pemaju berdasarkan arahan yang telah dikeluarkan kepada pihak perunding supaya memastikan perangkap kelodak di tapak diselenggarakan dengan baik bagi mengoptimumkan fungsinya. Tindakan jangka sederhana yang dilaksanakan oleh DBKL ini melibatkan lapan cadangan Projek Mitigasi Banjir antaranya ialah Jalan Sultan Salahuddin, Bulatan Dato’ Onn, sekitar Jalan Raja Mahadi, Sungai Toba, Segambut dan sistem saliran Jalan Kuching. Cadangan ini melibatkan kerja-kerja pembinaan kolam takungan bawah tanah, kolam takungan terbuka dan menaik taraf infrastruktur sistem perparitan sedia ada. Dalam masa yang sama, kita wajar melihat semula standard Average Recurrence Interval (ARI 100) yang digunakan sekarang kepada ARI 200. Sebagai tindakan jangka panjang, pembinaan terowong- spinal air bawah tanah berskala besar di Kuala Lumpur sedang dirancang untuk dibina di bawah jajaran sungai atau jalan raya yang sedia ada. Buat masa ini DBKL sedang melantik juru perunding untuk melaksanakan kajian bersesuaian terhadap cadangan tersebut. Terowong simpanan air bawah tanah berskala besar ini telah pun dibina di beberapa buah bandar besar seperti Tokyo, Bangkok, Singapore dan juga Amsterdam. Kita mengambil contoh terbaik sebagaimana bandar-bandar tersebut mengatasi masalah banjir di tempat mereka. Saya yakin bahawa tindakan-tindakan yang sedang, dan bakal dilaksanakan ini akan menjadikan Kuala Lumpur sebagai ibu negara bebas daripada banjir kilat ataupun, dengan izin, Kuala Lumpur are flash floods-free city. Terima kasih. Assalamualaikum.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, silakan Yang Berhormat.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, memandangkan Kuala Lumpur terutama pusat bandar sering dilanda banjir kilat dan banjir besar apabila turun hujan melebihi dua jam yang berpunca daripada sistem saliran sedia ada tidak mampu menampung muatan air hujan. Ini kerana, air sungai, parit dan longkang semakin sempit, cetek dan tersumbat dengan sampah sarap. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, bagaimanakah mekanisme yang baharu, selain apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat untuk mencegah banjir diumumkan oleh kerajaan dan akan dilaksanakan dengan berkesan? Minta penjelasan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bintang yang sentiasa memberi pandangan yang positif. Seperti yang saya telah maklumkan kepada Yang Berhormat, dan Yang Berhormat dari Kuala Lumpur telah pun bersama-sama dengan saya melihat hotspot ataupun tempat-tempat yang mudah banjir kilat. Sebanyak 25 buah tempat kita telah kenal pasti. Akan tetapi apabila berlaku hujan baru-baru ini, kita telah menambahkan kepada 31 buah hotspots. Kesemua hotspots ini kita ambil tindakan serta-merta. Then, kita ada tindakan jangka pendek, sederhana dan tindakan jangka panjang. Tindakan serta-merta ini iaitu hendak pastikan supaya air boleh mengalir dengan cepat ke longkang besar bawah tanah kerana apa yang berlaku sekarang ini ialah air tidak dapat mengalir dengan cepat. Akan tetapi, selepas peristiwa yang berlaku pada 25 April yang lepas, sehingga sekarang setelah kita memperkenalkan sistem serta-merta dan pelan jangka pendek ini. Insya-Allah sebanyak tiga kali hujan luar biasa telah berlaku dan insya-Allah dengan pertolongan Allah, tiga kali tidak ada banjir kilat. Jadi, ini kita akan teruskan pendekatan menggunakan guni pasir dan juga pam- itu menyebabkan kawasan ini nampak tidak berapa elok, macam perang dunia kita nampak.

Jadi, walau bagaimanapun ini untuk tempoh tiga bulan, tetapi dalam masa yang sama kita telah merancang untuk membina tembok banjir- flood wall, dengan izin, di sepanjang sungai di Kuala Lumpur. Cuma, ia akan mendatangkan kesan sedikit pada Selangor dan JPS sedang berbincang bagaimana ia dapat diteruskan sehingga ke Klang. Oleh sebab ini ialah untuk mengelakkan air daripada melimpah masuk ke kawasan Kuala Lumpur dan untuk mengalirkan air dengan cepat, pendekatan yang saya telah sebutkan tadi akan diteruskan dan kita memberi perhatian pada perkara ini 24 jam satu hari Yang Berhormat. Ini untuk memastikan supaya kalau hujan luar biasa berlaku, insya-Allah banjir kilat dapat kita atasi. Kita hendak cuba kurangkan dan kalau boleh kita hendak atasi sepenuhnya. Terima kasih.

Puan Hannah YeohDAP · PHSegambut

Soalan tambahan.

Tuan Yang di-Pertua

Maaf. Sebelah sini dahulu. Yang Berhormat Kinabatangan, silakan.

Ya. Tuan Yang di-Pertua. Jawapan sebegitu saya dengar 15 tahun yang lalu sudah...

[Dewan riuh]

[Tepuk] Akan tetapi, Kuala Lumpur banjir juga. Walaupun saya di Kinabatangan tetapi saya pun ada rumah di Kuala Lumpur...

[Dewan riuh]

Sidang Dewan saya di Kuala Lumpur. Apa jaminan Yang Berhormat Menteri dan kerajaan bahawa Kuala Lumpur tidak lagi banjir-banjir. Berapa peruntukan yang dicadangkan untuk dijadikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya yang terhebat di dunia ini? Saya mahu jaminannya. Terima kasih. Jangan jawapan balik-balik itu sahaja. Tidak juga selesai.

Pindah ibu kota pergi Sabah.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

Pada 15 tahun yang lalu, saya tidak menjawab soalan itu... [Ketawa] Hari ini saya menjawab. Saya percaya Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri Sabah juga banyak menghadapi masalah tetapi tidak pernah menjawab apa-apa soalan pada 15 tahun yang lalu. Saya percaya Yang Berhormat akan menghadapinya sekarang. Saya bagi jawapan sekarang dan kita selesai sekarang. Saya telah mengenal pasti tunnel, dengan izin, bawah tanah yang dibina pada zaman dahulu tetapi air yang hendak dialirkan ke longkang bawah tanah ini agak sempit. Jadi, kita memperbesarkan. Apa yang kecil dibesarkan. Kita ambil pendekatan sedemikian rupa supaya air boleh dialirkan dengan cepat ke sungai dan juga ke longkang bawah tanah yang besar. Yang Berhormat tahu bahawa SMART Tunnel di antaranya ialah kita telah menyelesaikan hampir 25 peratus...

Bila mahu alih, bilakah?

Bilakah?

Kita ada bagi jawapan Yang Berhormat.

Ini bukan Perlis. Ini Wilayah Persekutuan Yang Berhormat. Ini bukan Perlis.

Ya. Yang Berhormat dengar jawapan tadi. Kita ada tindakan serta-merta yang telah diambil. Yang Berhormat, saya jemput semua Wakil Rakyat di Kuala Lumpur. Oleh sebab, mereka kesemua terlibat di Kuala Lumpur. Kalau Yang Berhormat ada rumah di Kuala

Lumpur, boleh ikut saya sekali. Saya tunjuk tempat-tempat 25 hotspots. Sebanyak 25. Di antara hotspot yang terkena banjir tidak berhenti ialah di kawasan Parlimen- di mana di bawah Parlimen ini ada lah di sebelah Parlimen ini ada sungai yang dipanggil Sungai Beras-Beras yang telah dibina oleh British 100 tahun yang lepas tetapi sungai ini telah ditutup dan kita ada sungai yang besar di sana yang sering kali menyebabkan banjir kerana air Sungai Klang melimpah melalui satu daripada lubang dekat Parlimen. Akan tetapi, sekarang ini insya-Allah Yang Berhormat, sudah tiga kali hujan air Parlimen tidak- kawasan sebelah Parlimen tidak banjir lagi. Ini tindakan serta-merta dan ada kesan. Kalau boleh Yang Berhormat, tolong tengok maklumat yang telah kita hantar setiap hari berhubung dengan keadaan banjir di Kuala Lumpur. Mungkin masa itu Yang Berhormat mungkin tidak ada di sini dan berada di Kinabatangan. Akan tetapi, orang Kuala Lumpur boleh tengok bahawa tindakan yang diambil sudah ada kesan yang baik. Jadi, Yang Berhormat yang menyebut 15 tahun lalu. Saya hendak bagi tahu daripada sekarang sampai berikutnya, kita cuba menyelesaikan tetapi kalau boleh kita atasi sepenuhnya. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Puan Hannah YeohDAP · PHSegambut

Soalan tambahan...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Lembah Pantai, saya tahu saya hendak bagi Yang Berhormat Lembah Pantai tadi, tetapi boleh atau tidak saya bagi laluan kepada Yang Berhormat Segambut?

Saya bagi pada Yang Berhormat Segambut.

Tuan Yang di-Pertua

Oleh sebab, Yang Berhormat wanita hari ini belum tanya soalan lagi, sila.

Puan Hannah YeohDAP · PHSegambut

Soalan tambahan.

Tuan Yang di-Pertua

Saya tahu saya hendak bagi Yang Berhormat Lembah Pantai tadi, tetapi boleh tidak saya bagi laluan kepada Yang Berhormat Segambut?

Saya bagi kepada Yang Berhormat Segambut.

Tuan Yang di-Pertua

Hal ini sebab Yang Berhormat wanita hari ini belum tanya soalan lagi.

Sila, sila.

Puan Hannah YeohDAP · PHSegambut

Terima kasih. Soalan tambahan saya ialah bilakah pegawai-pegawai DBKL sedia ada yang ditugaskan di bit-bit hotspot seluruh ibu kota ini boleh kembali bertugas kepada tugasan asas mereka di DBKL? Hal ini kerana sekarang ini tidak ada hujan pun mereka kena duduk ditugaskan duduk di bit dan ramai penduduk complain kata tidak tahu kenapa mereka ditugaskan untuk duduk di sana. [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya telah mendapat pandangan yang positif daripada rakyat bahawa kami turun ke padang, Yang Berhormat Kinabatangan, di mana Yang Berhormat Segambut minta supaya pegawai ini kembali balik bertugas di tempat masing-masing. Ini menunjukkan bahawa...

Turun padang hendak selesaikan masalah Yang Berhormat.

Kita turun ke padang...

Bukan turun padang tengok.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat. Yang Berhormat, tolong.

Apakah masalah Yang Berhormat? Cakap, cakap. Kalau anak jantan, bangun seorang, seorang. [Ketawa] Ini bercakap...

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Menteri cap ayam lah.

Ini bukan zoo, ini Parlimen. Kalau hendak bercakap, bangun. Saya akan hadapi. Saya hendak beritahu bahawa kita letakkan pegawai ini untuk bertugas mengikut giliran di tempat masing-masing. Kita akan tengok sejauh mana keadaan cuaca untuk membolehkan mereka kembali di tempat masing-masing. Mereka memang bertugas di tempat masing-masing tetapi masa-masa tertentu, mereka mengambil tanggungjawab untuk menjaga kawasan 31 hotspots. Saya terpaksa buat benda ini iaitu langkah serta-merta di mana kita menggunakan orang, jentera, pam dan juga lain-lain lagi untuk hendak memastikan kalau berlaku hujan luar biasa, kita dapat alirkan air serta-merta ke sungai.

Puan Hannah YeohDAP · PHSegambut

Akan tetapi Yang Berhormat, apa tugas pegawai DBKL duduk di sana..

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

Puan Hannah YeohDAP · PHSegambut

Kalau banjir pun, kalau air deras datang, apa yang mereka boleh lakukan di hotspot tersebut, seorang?

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

Yang Berhormat, masa saya Yang Berhormat bawa Yang Berhormat melawat hari itu, saya sudah tunjukkan bagaimana tugas anggota di sana, di mana kita menggunakan semua. Besar air banjir kilat di Kuala Lumpur ini. Bukan Kinabatangan. Ia sedikit sahaja, 15 minit habis hilang. Akan tetapi kesannya besar sebab ia melibatkan traffic jam dan sebagainya. Jadi, ini menunjukkan bahawa jawapan saya begitu hebat, semua orang patut...

Tuan Yang di- Pertua, saya cadangkan Yang Berhormat Menteri Wilayah adakan libat urus bersama kita untuk menentukan..

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

...hala tuju banjir kilat di Kuala Lumpur ini.

Tuan Yang di-Pertua

All right. Baik.

Beginilah, sebagai Menteri Wilayah Persekutuan, saya beritahu kepada wakil rakyat Wilayah Persekutuan dahulu. Akan tetapi kalau Yang Berhormat bersama-sama berminat untuk diambil contoh dan teladan untuk dilaksanakan di tempat lain, saya ingat tidak ada masalah untuk saya berbuat demikian. Jadi, saya mengucapkan terima kasih di atas laporan-laporan yang dibuat...

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Banjir Labuan, pusat Labuan pun tidak selesai- selesai Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

Kamu ini...

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Wilayah Persekutuan Labuan banjir dari dahulu tidak selesai-selesai juga.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, tolonglah. Cukuplah.

Saya hendak jawab dekat Yang Berhormat Labuan ini, tanya Kuala Lumpur.

Tuan Yang di-Pertua

Tidak payah jawab.

Tidak payah? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Tuan Ahmad Johnie bin Zawawi, silakan.

Ahmad Johnie bin ZawawiPBB · GPSIgan · question

5. Tuan Ahmad Johnie bin Zawawi [Igan] minta Menteri Kanan Kerja Raya menyatakan apakah tindakan proaktif kementerian dalam menangani masalah projek lambat siap yang disebabkan oleh kenaikan kos harga barang pembinaan yang melanda Malaysia dan seluruh dunia.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Pensiangan

Selamat pagi dan salam sejahtera. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 30 Jun 2022, terdapat 84 bilangan projek yang dikategorikan sebagai projek lewat jadual, berbanding daripada jumlah 696 bilangan projek kerajaan dalam pembinaan secara keseluruhan yang sedang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia iaitu bersamaan dengan 12 peratus. Kenaikan kos harga bahan binaan merupakan salah satu punca utama menyebabkan kelewatan. Namun, faktor-faktor luar jangka yang lain turut menyumbang kepada kelewatan siap projek kerajaan. Di samping faktor kenaikan kos harga binaan, masalah gangguan rantaian bekalan bahan binaan, masalah kekurangan tenaga kerja binaan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sejak Mac 2020 dan bencana banjir pada tahun 2021 bukan sahaja melambatkan kemajuan projek kerajaan, malah kemajuan projek swasta juga turut terjejas. Sebagai langkah proaktif bagi menangani masalah projek lambat siap yang disebabkan oleh kenaikan kos harga barang binaan, kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan syarat bagi perubahan harga atau dengan izin Variation of Price (VOP) dalam kontrak kerja. Pelaksanaan syarat VOP dalam kontrak kerja ialah untuk memastikan projek kerajaan tidak terjejas dan dapat disiapkan mengikut jadual. Merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan Malaysia, PK2.4, pelaksanaan syarat perubahan harga atau VOP dalam kontrak kerja pindaan pada 1 Mei 2022, syarat dan kaedah kiraan pengiraan VOP dalam kontrak kerja ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2021 sehingga 30 Jun 2022. Senarai bahan yang termasuk dalam pekeliling ini ialah: (i) besi bertetulang; (ii) crushed aggregate atau crusher run; (iii) paip air dan paip pembentung (mild steel pipe); dan (iv) copper. Bagi meringankan lagi bebanan pemain industri pembinaan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 14 Julai 2022 telah mengumumkan kelulusan penambahan sebanyak 11 lagi bahan binaan dalam pelaksanaan syarat VOP yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 15 bahan binaan yang telah diluluskan. Selain itu, Kementerian Kerja Raya turut mengadakan kerjasama dengan agensi kerajaan yang berkaitan dan pihak industri seperti pengeluar dan pengedar bahan binaan utama serta wakil kontraktor dalam memantau pergerakan bahan binaan. Beberapa sesi perbincangan dilaksanakan bagi mengenal pasti isu punca dan cabaran yang dihadapi serta membincangkan penyelesaian ke atas cabaran berkenaan. KKR melalui CIDB, juga sentiasa melaksanakan aktiviti pemantauan harga purata bulanan berterusan semenjak tahun 2022. Data harga diterbitkan melalui portal National Construction Cost Centre (N3C) dan boleh diakses oleh orang ramai. Penerbitan ini membolehkan pemantauan dibuat terhadap trend harga.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Pensiangan

Harga bahan binaan ini dikumpulkan melalui kerjasama dengan beberapa persatuan berkaitan pembinaan yang diperoleh daripada kontraktor, pembekal dan peruncit. Untuk memastikan tidak berlaku manipulasi harga bahan binaan di pasaran, kementerian sentiasa memberikan kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk pelaksanaan pemantauan harga bahan binaan dalam negara. Dalam pada itu, kerajaan melalui KPDNHEP akan mengambil tindakan undang- undang berdasarkan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan Peraturan- peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan, mekanisme untuk menentukan keuntungan tinggi yang tidak munasabah tahun 2018 terhadap peniaga yang memanipulasi harga bahan binaan untuk keuntungan yang tidak munasabah. Sekian dan terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan, Yang Berhormat Igan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Masalah kenaikan harga barang binaan hingga kini semakin meruncing. Harga barang binaan telah naik sehingga lebih kurang 20 peratus dan dianggarkan lebih kurang 75 peratus kontraktor berdepan dengan masalah dan dibimbangkan ramai yang gulung tikar dan keadaan ini semakin parah dengan keadaan inflasi yang melanda dunia serta kenaikan harga minyak dan masalah kekurangan pekerja. Yang Berhormat Timbalan Menteri, keadaan ini sangat memberikan impak negatif ke atas sektor industri negara dan pasti banyak projek-projek kerajaan yang sakit. Soalan saya, mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri jelaskan apakah langkah- langkah yang diambil bagi membantu kontraktor-kontraktor kecil khususnya D1 dan D3 yang terkesan dengan kenaikan harga barang untuk meneruskan projek-projek mereka? Apakah tindakan yang diambil oleh pihak kementerian bagi memastikan projek- projek yang tenat, yang disebut tadi ada 84 daripada 696 bilangan projek di seluruh negara, supaya dapat menyiapkan projek-projek yang telah dilaksanakan dan sedang dilaksanakan untuk memberi manfaat kepada kesejahteraan rakyat? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Terima kasih Yang Berhormat Igan. Sepertimana yang dikatakan tadi, isu kenaikan harga bahan binaan ini merupakan isu global yang dialami oleh seluruh dunia. Akan tetapi walau bagaimanapun, agensi-agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan projek-projek kerajaan sebelum sebuah projek itu diaward, kita akan menggunakan anggaran jabatan yang mengambil kira faktor seperti lokasi, keadaan tapak dan harga pasaran semasa untuk memastikan bahawa apabila pelawaan tender ataupun sebut harga itu dibuat, ia ialah pada harga yang munasabah untuk memastikan projek itu dapat disiapkan.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Pada masa yang sama, beberapa usaha sebagai contoh, di bawah agensi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Kita juga telah mewujudkan satu program yang dinamakan Accelerated Program yang khusus kepada kontraktor belia yang baharu dalam gred G1 sehingga ke G4. Melalui kursus meningkatkan kapasiti ini, kita juga memberikan on-the-job training, di mana peruntukan sebanyak RM10 juta telah disediakan. Kontraktor golongan belia ini, apabila dia tamat kursus ini, dia akan ditawarkan untuk menyertai projek-projek kerajaan bernilai RM200 juta dan dilaksanakan dengan tujuh rakan strategik seperti JPM, KPLB, KPKT, KWP, MAFI, KSM dan juga KBS.

Kalabakan.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pokok Sena, silakan. Pokok Sena.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Baik, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak dapatkan penjelasan, bukan soal projek lambat siap tetapi projek tidak mula-mula lagi. Walaupun sudah hampir 15 tahun diisytiharkan untuk projek naik taraf dan pembesaran jalan di persimpangan Jalan Hutan Kampung dengan Jalan Langgar menuju ke jalan di jambatan Kepala Batas iaitu sempadan dengan kawasan Kubang Pasu. Jalan ini telah memberikan satu kesan. Pertama sekali, pengambilan tanah sudah dibuat, Tan Sri. Pengambilan tanah sudah dibuat, sudah dibayar. Duit pun saya ingat sudah habis dah, tuan-tuan tanah dulu pun ada sebahagiannya telah pun meninggal dunia. Jadi, isunya sekarang bila tidak dapat dibuat jalan, soal penyelenggaraan parit pun tidak boleh berlaku dengan baik dan menyebabkan banjir. Tahun ini sudah empat kali di sebuah kampung dinamakan Kampung Darat. Ini memberikan kesan yang sangat tidak baik kepada penduduk di situ. Jadi, saya hendak tahu apa status projek ini? Apa status projek ini? Saya percaya ketua setiausaha kementerian tahu tentang jalan ini, Jalan Hutan Kampung ini. Oleh sebab ia adalah berasal dari kawasan Parlimen Pokok Sena. Jadi, kalau tidak dapat jawapan hari ini, saya minta jawapan bertulis status projek, adakah dibatal ataupun bagaimana? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Terima kasih Yang Berhormat. Untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat, kenaikan harga bahan binaan ini merupakan hanya antara satu faktor kelewatan projek. Faktor-faktor yang lain sebagai contoh, kelewatan dalam mendapatkan kelulusan kebenaran merancang daripada PBT ataupun isu kelewatan pengambilan balik tanah, juga ada isu kelewatan kerja pengalihan utiliti ataupun masalah aliran tunai kontraktor ataupun mungkin terdapat perubahan skop dan reka bentuk kepada projek tersebut. Jadi, untuk menjawab tentang projek yang spesifik daripada Yang Berhormat Pokok Sena tadi, saya akan rujuk balik dengan rekod kementerian dan saya akan membekalkan jawapan secara bertulis. Sekian dan terima kasih.

Soalan tambahan. Ringkas sahaja.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Hulu Langat.

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Terima kasih.

Aik, kenapa... [Tidak jelas] semua?

Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jawapan berkenaan dengan kontraktor-kontraktor yang tertekan sebab harga yang naik ini. Kebanyakan mereka telah diterminatekan dan akan diterminatekan. Saya sangat simpati kepada kontraktor-kontraktor tersebut. Walaupun telah disebutkan tadi ada kajian terhadap syarat perjanjian BOP, PK2.4 Kementerian Kewangan. Akan tetapi kebanyakan penjawat-penjawat awam yang menjadi stakeholders kepada projek kerajaan, mereka mengatakan, mereka hanya berpegang kepada perjanjian ini dengan harga ini. Akhirnya, berlaku teminate itu. Sebanyak 30 peratus daripada 132,000 orang kontraktor dijangkakan akan gulung tikar. Ini telah disebutkan oleh Presiden PKMM, Datuk Seri Mohamed Fadzill.

Saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri dan juga kementerian- kementerian berkaitan dapat melihat perkara ini, membantu kontraktor-kontraktor di luar sana. Terima kasih.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sebenarnya ada beberapa usaha yang kita sentiasa bantu untuk memastikan bahawa projek itu dapat diteruskan dan dapat disiapkan. Contoh, VOP dan juga EOT ataupun pelanjutan masa. Kita akan bekerjasama sebaik-baiknya dengan kontraktor untuk memastikan bahawa penamatan projek ataupun penamatan kontrak itu adalah last resort dan hanya sekiranya projek itu dikira sebagai- dikategorikan sebagai sakit, kontraktor tidak menunjukkan kemampuan untuk meneruskan projek itu, barulah kita terpaksa menamatkan dan mungkin buat retender ataupun diaward semula kepada kontraktor yang lain. Berkaitan pula dengan statistik yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi. Saya kena rujuk dengan statistik rasmi dalam rekod kita iaitu pembaharuan lesen melalui CIDB. Apabila saya dapat statistik yang rasmi melalui CIDB, saya boleh bekalkan data itu secara bertulis kepada Yang Berhormat. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Kota Raja.

Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja · question

6. Tuan Mohamad bin Sabu [Kota Raja] minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah langkah susulan Perang Rusia-Ukraine yang telah berlaku sejak Februari lalu, apakah langkah yang diambil oleh pihak kerajaan untuk membendung kesan secara tidak langsung khususnya kepada ekonomi akibat daripada perang tersebut dan apakah usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan rantau ini tidak akan terlibat secara langsung dalam mana-mana proksi yang akan memberi kesan buruk kepada negara.

Datuk Seri Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNMenteri Luar Negeri · Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Raja atas soalan ini. Saya minta izin untuk menjawab bersekali dengan soalan yang hampir sama dari Yang Berhormat Jerlun pada tarikhnya hari ini juga dan Yang Berhormat Sik pada tarikhnya 21 Julai 2022. Berkaitan konflik yang berlaku di Ukraine, kita memahami apa latar belakang geopolitik yang menyebabkan konflik ini tercetus. Sebagai sebuah negara yang berdaulat, Malaysia kekal dengan dasar berkecuali. Kita pada waktu yang sama, tidak bersetuju dengan pencerobohan oleh mana-mana negara ke atas mana-mana negara yang merdeka. Pada waktu yang sama juga, kita tidak mahu ditarik atau didesak untuk mempolitikkan isu ini atau menyebabkan kita terpaksa menyokong mana-mana pihak. Pada waktu yang sama, kita menjaga hubungan bilateral yang baik dengan kedua-dua Rusia dan Ukraine. Kita berharap dan kita menyokong kerja-kerja dan usaha-usaha diplomatik untuk segera mendapatkan peaceful solution, dengan izin, kepada konflik yang sedang berlaku. Daripada segi ekonomi, jumlah perdagangan antara Malaysia dengan Rusia ialah lebih kurang bernilai RM8.781 bilion dengan Ukraine berjumlah lebih kurang RM1.461 bilion. Kedua-dua ini iaitu sebanyak RM10.242 bilion ialah 0.5 peratus daripada keseluruhan jumlah perdagangan global Malaysia. Umum mengetahui bahawa gangguan kepada rantaian bekalan akan mempengaruhi sektor perdagangan dunia dan Malaysia tidak terkecuali. Sejak tercetusnya konflik pada 24 Februari 2022, ternyata bilangan eksport antara Malaysia dengan Rusia dan Ukraine merekodkan penurunan. Walau bagaimanapun, penurunan hanya memberikan kesan minima kepada prestasi keseluruhan sektor eksport Malaysia. Sumber import terbesar Malaysia daripada Rusia ialah petroleum dan arang batu. Manakala Malaysia mengimport gandum dan bijiran serta minyak bunga matahari dari Ukraine.

Datuk Seri Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNMenteri Luar Negeri · Indera Mahkota

Industri pembuatan cip tempatan telah terkesan akibat konflik ini. Malaysia menyumbang sebanyak 13 peratus kepada sektor pengujian dan pembungkusan cip dunia. Sektor ini terkesan kerana Rusia dan Ukraine merupakan pengeluar bagi neon dan paladium iaitu bahan utama dalam pembuatan semikonduktor. Hal ini akan menyebabkan pengurangan eksport komponen tersebut ke pasaran dunia, terutamanya di Eropah. Kerajaan melalui MITI khususnya, secara berterusan melaksanakan langkah- langkah proaktif untuk mengurangkan kesan sporadik ke atas ekonomi negara akibat daripada konflik Rusia dan Ukraine. Antara lain, kerajaan komited untuk melonjakkan prestasi perdagangan antarabangsa dan pelaburan negara dengan menggalakkan penerokaan pasaran baharu bersama negara-negara dagang yang tidak terlibat dalam konflik tersebut. Ini dilaksanakan melalui komitmen konsesi-konsesi tarif di bawah 16 perjanjian perdagangan bebas yang berkuat kuasa dan telah diratifikasi oleh Malaysia, khususnya dengan negara sumber bagi bahan mentah atau separa mentah atau telah diproses, industri pembuatan produk eksport Malaysia.

Datuk Seri Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNMenteri Luar Negeri · Indera Mahkota

Selain itu, melalui MITI juga kerajaan sentiasa menggalakkan industri tempatan untuk mempelbagaikan produk pengganti eksport bagi merebut peluang-peluang permintaan pasaran baharu yang wujud akibat konflik tersebut. Akhirnya, Tuan Yang di-Pertua saya hendak bagi satu contoh. Misalnya semasa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melawat Turki baru-baru ini, antara yang dibincangkan ialah soal keselamatan atau sekuriti makanan dan bagaimana sekiranya boleh diadakan dan diadakan reverse investment berkaitan dengan produk-produk makanan di Turki untuk memenuhi sebahagian daripada keperluan bekalan makanan di Malaysia. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan Yang Berhormat.

Tuan Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

Tuan Yang di-Pertua, ada atau tidak lagi barang yang kita telah order dari Ukraine yang tergendala kerana peperangan ini untuk sampai ikut jadual? Perkara kedua, saya hendak sebut di sini iaitu kerajaan untuk memastikan rantau ini tidak akan terlibat secara langsung dalam pergolakan. Apakah tindakan Keluarga Sultan Sulu menyaman hal Sabah ini di Perancis dan juga di Spain boleh menimbulkan satu pergolakan baharu di rantau ini? Minta Yang Berhormat Menteri Luar Negeri memberi pandangan dalam hal ini.

Datuk Seri Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNIndera Mahkota

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya akan menjawab secara bertulis kerana detail berkaitan dengan sama ada masih ada bekalan yang sudah dipesan terlebih dahulu tetapi masih belum sampai. Berkaitan keselamatan rantau ini dan kemungkinan ia terpalit atau terjejas atau apa yang berlaku di Ukraine mungkin berlaku di sini, yang ini, saya tidak beranilah hendak mengatakan ya atau tidak. Namun, kita sebagai kerajaan sentiasa mengamalkan dasar aman, bebas dan berkecuali di kawasan Asia Tenggara dan ASEAN. Kita menggunakan pendekatan apa yang disebut sebagai ASEAN Outlook on the Indo-Pacific sebagai cara kita “memintas”, kalau boleh saya gunakan istilah itu. Pandangan kuasa-kuasa dari luar kawasan ini yang semuanya berminat dengan kawasan di Asia Tenggara, yang jauh dari sini pun minat, yang dekat sudah tentu berminat. Berkaitan dengan tuntutan waris Sultan Sulu, saya fikir itu mungkin tidak ada kaitan dengan hal yang demikian. Namun, saya fikir bab itu kita akan jawab pada waktu yang lain. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, ada soalan tambahan lain? Ya, sebelah sini? Silakan Yang Berhormat Batu Kawan.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya ingin bertanya. Apakah keputusan daripada Sistem Kajian Malaysia mengenai Sistem Pesanan Kewangan Rusia?

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Saya mendapat berita ini melalui satu laporan dalam berita negara kita dan juga apa pendirian negara Malaysia mengenai Oligarch ataupun ahli-ahli perniagaan Rusia yang masih lagi beroperasi di Malaysia yang mana sumbangan wang daripada perniagaan di sini dihantar ke Rusia digunakan untuk assault ke atas Ukraine? Terima kasih.

Datuk Seri Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNIndera Mahkota

Ada tiga perkara di sini. Pertama ialah apabila melibatkan individu ataupun syarikat-syarikat perniagaan yang sah, sukar hendak mengambil keputusan sama ada dia ini ‘A’ atau dia ini ‘B’. Kalau seorang peniaga atau syarikat berdaftar yang sah, maka sebagai sebuah negara perdagangan, kita tidak mengambil tahu tentang latar belakangnya, kecuali kita ada alasan yang jelas. Lagipun, ada waktunya kita juga harus berhati-hati kerana naratif tentang orang lain ini ada masanya orang lain yang mainkan. Jadi, kita tidak hendak terperangkap dengan cerita daripada orang lain tentang orang lain. Dalam musim apa yang berlaku sekarang ini banyak sangat cerita dari suatu kuasa kepada pihak yang lain, jadi kita tidak mahu terperangkap. Kedua, pendirian Malaysia lazimnya dari dahulu lagi ialah kalau ada sesebuah negara sedang berhadapan dengan sesuatu masalah dengan mana-mana architecture kewangan atau perdagangan antarabangsa, sikap kita ialah kita tidak mahu dia dinyah keluar begitu sahaja. Kita mahu supaya apa-apa tindakan yang dikenakan kepada mereka itu biarlah dengan adil. Saya bagi contoh Tuan Yang di-Pertua. Ada sebuah negara sahabat, pada zaman di hujung pentadbiran BN dan di awal pentadbiran PH yang ingin disenaraihitamkan daripada suatu architecture kewangan antarabangsa. Malaysia pada masa itu mengambil tindakan membantu negara sahabat itu. Bukan mengatakan sistem dia betul dan sistem dia tidak salah, akan tetapi jangan disenaraihitamkan. Ini kerana kalau disenaraihitamkan, yang susahnya rakyat. Rakyat di negara sahabat itu. Maaflah saya terpaksa tidak sebut nama negara itu untuk menjaga kepentingan diplomatik. Ketiga ialah— yang ini serta-merta. Kita sedang memantau lebih kurang 800 orang anak-anak Malaysia dan juga pekerja Malaysia yang berada di Rusia sekarang menghadapi masalah apabila hendak menerima wang dari Malaysia, yakni daripada ibu bapa termasuk 27 orang pelajar yang ditaja oleh MARA. Pihak kami sedang melihat kalau sekiranya sudah sampai tidak boleh dihantar secara dalam talian, kita mungkin terpaksa mencari jalan-jalan alternatif untuk memastikan anak-anak kita yang belajar di sana khususnya, masih dapat menerima penghantaran wang daripada ibu bapa mereka. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kuala Krai ringkas ya.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Iklim global sedang menekan, Apakah kita sudah bersedia, Persoalan banjir diutarakan, Nombor tujuh soalan saya.

Abdul Latiff bin Abdul RahmanPAS · PNKuala Krai · question

7. Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai] minta Menteri Alam Sekitar dan Air menyatakan apakah hala tuju pengurusan banjir bagi meningkatkan daya tahan dan kesediaan negara untuk menghadapi impak perubahan iklim global ketika ini.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNMenteri Alam Sekitar dan Air · Kubang Kerian

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Tuan Yang di-Pertua, bagi meningkatkan daya tahan dan kesediaan negara untuk menghadapi impak perubahan iklim, Kementerian Alam Sekitar dan Air mengarusperdanakan adaptasi perubahan iklim dalam pengurusan banjir. Ini turut mengambil kira integrasi pengurusan risiko bencana melalui mitigasi jangka pendek dan jangka panjang pengurusan banjir melibatkan pendekatan secara struktur dan bukan struktur.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNMenteri Alam Sekitar dan Air · Kubang Kerian

Antara perkara yang diberi perhatian ialah tentang peningkatan reka bentuk struktur utama pengurusan banjir daripada 100 tahun ARI kepada 200 tahun ARI setelah kita mengambil kira tentang faktor perubahan iklim yang berlaku di seluruh dunia. Di samping itu, Kementerian Alam Sekitar dan Air juga melalui Jabatan Pengairan dan Saliran telah merancang pelan jangka pendek dan jangka panjang memfokuskan kepada kerja-kerja bagi mendalam, menaik taraf dan membaik pulih sistem pengurusan banjir di seluruh negara melalui pendekatan pengurusan banjir secara bersepadu. Tuan Yang di-Pertua, pengurusan banjir secara bersepadu ini akan mengimbangi kaedah struktur dan bukan struktur secara optimum dalam melindungi dan mengurangkan risiko banjir di satu-satu kawasan. Kaedah struktur yang digunakan termasuklah: (i) peningkatan kapasiti longkang utama dan sungai; (ii) pembinaan empangan; (iii) Takung Air Pinggiran Sungai (TAPS); (iv) pembinaan struktur sabo, kolam takungan, lencongan sungai dan pembinaan benteng banjir atau dengan izin flood wall; dan (v) sistem pam yang kita gunakan. Namun begitu, kementerian melihat bahawa pembinaan kaedah bukan struktur perlu diberi fokus yang agak serius. Itu yang melibatkan soal: (i) pematuhan pembangunan; (ii) pengurusan dataran banjir; (iii) perancangan guna tanah; (iv) kawalan dan pematuhan pembangunan; (v) sistem ramalan dan amaran banjir; (vi) peta banjir; dan (vii) pelaksanaan program kesedaran di kalangan masyarakat. Ingin dimaklumkan bahawa usaha menangani isu banjir dan perubahan iklim merentasi pelbagai kementerian dan agensi kerajaan termasuklah: (i) pihak berkuasa tempatan (PBT); (ii) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA); (iii) Jabatan Kerja Raya; dan (iv) kerajaan-kerajaan negeri. Kesemua ini perlu berganding bahu bagi mengatasi masalah yang berlaku. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Ringkas Yang Berhormat.

Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya ialah mohon Yang Berhormat Menteri memaklumkan komponen Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan Fasa 2 khususnya yang berkaitan dengan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Kuala Krai. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih. Untuk makluman, banjir di Sungai Kelantan disumbangkan oleh dua lembangan sungai utama iaitu Sungai Lebir yang mendatang lebih kurang dalam– ataupun menghasilkan 60 peratus punca banjir di Kelantan dan Sungai Nenggiri sebanyak 20 peratus.

Bagi pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kelantan fasa dua sebagaimana dibangkitkan, di antara komponen bagi seluruh Sungai Kelantan ini fasa dua yang melibatkan kos lebih kurang RM1.9 bilion. Untuk RTB yang melibatkan tiga pakej utama seluruh Sungai Kelantan iaitu RTB Kuala Krai, dianggarkan kos lebih kurang RM700 juta, RTB Tanah Merah lebih kurang RM440 juta dan RTB Kota Bharu dengan kos RM750 juta. Bagi menjawab tentang struktur RTB Kuala Krai, kita ada empat komponen utama yang melibatkan pembinaan ban ataupun tembok banjir, pengorekan sungai dan pembinaan pintu kawalan banjir serta pengalihan utiliti. Itu empat komponen utama yang berlaku di situ. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Dipersilakan Yang Berhormat Jelutong. Ringkas sahaja.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bercakap tentang banjir, soalan saya kepada Menteri Kerajaan Persekutuan. Adakah Menteri tahu tentang kejadian yang berlaku di Gunung Inas, Kupang, Baling, punca utama yang menyebabkan banjir kilat akibat kerja-kerja menanam pokok durian? Adakah Menteri tahu ini telah menyebabkan masalah bekalan air di Pulau Pinang? Adakah Menteri Kerajaan Persekutuan melawat Pulau Pinang untuk menunjukkan keprihatinan? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Untuk makluman Yang Berhormat Jelutong bukan sahaja tahu, saya turun ke kawasan tersebut. Saya bersama dengan beberapa orang Menteri bagi melihat secara dekat dan melihat kepada isu yang berlaku. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bahawa isu yang berlaku banjir di Yan Kedah, sorry, di Baling baru-baru ini.

Baling, Baling.

Ia melibatkan suatu kampung yang kita kenal pasti seperti Kampung Iboi, Kampung Padang Lengkuas, Bukit Hangus, Kampung Pisang dan sebagainya. Peningkatan air lebih kurang 0.2 meter hingga 3.0 meter. Untuk makluman Dewan yang mulia, kajian yang dibuat oleh pihak Kementerian Alam Sekitar dan Air berhubung dengan punca-punca berlakunya banjir ataupun banjir kepala air yang berlaku di Baling baru-baru ini mendapati bahawa beberapa kemungkinan yang berlaku sebab kadar hujan yang turun tidaklah terlalu lebat. Kalau kita lihat kadar air hanya sekadar 40 milimeter manakala stesen Kampung Iboi merekodkan 36 milimeter sahaja tetapi dia mungkin punca daripada kolam takungan yang dibina di atas kawasan-kawasan pertanian tersebut yang mungkin pecah. Kita dapati kajian yang dibuat di peringkat awal mendapati ada satu kolam takungan yang pecah, yang memungkinkan berlakunya banjir kepala air. Sehubungan dengan itu, pihak kementerian telah pun meluluskan segera, ada enam projek saya hendak sebut secara ringkas tentang perkara ini. Pertama, Rancangan Tebatan Banjir Baling fasa satu yang melibatkan kos RM15 juta. Peruntukan RM1.5 juta juga telah diluluskan pada tahun 2022. RTB Baling fasa dua yang melibatkan kos sebanyak RM160 juta, yang ini keperluan tambahan untuk projek tambatan banjir iaitu kita membina dua struktur sabo. Akibat daripada insiden tersebut sebanyak RM20 juta diperuntukkan manakala projek- projek kecil bagi mendalamkan sungai, membina benteng sungai, pembaikan jambatan denai sungai dan sebagainya lebih kurang RM6 juta diluluskan. Kita jangka bahawa dengan kelulusan projek-projek ini kita akan dapat protect punca-punca utama sungai, banjir yang berlaku di Baling. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi soalan.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Satu lagi soalan.

Tuan Yang di-Pertua

Maaf masa sudah tamat. Sudah lebih masa, 15 minit.

Satu sahaja.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Musang King, Musang King punya pasal.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, sekarang tamat lah sesi untuk pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini.

Standing order, Kota Belud.

Tuan Yang di-Pertua

Maaf, sekejap dahulu. [Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

Usul-Usul — Menangguhkan Pemilihan Timbalan Yang Di-Pertua Dewan RakyatMotion

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku JaafarPBB · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) · Santubong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 90(2) dengan persetujuan Tuan Yang di-Pertua, saya mengemukakan usul untuk merentikan kuat kuasa Peraturan Mesyuarat 6 iaitu bagi menangguhkan pemilihan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat seperti perkara Nombor Satu yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan usul-usul hari ini di Mesyuarat Ketiga akan datang.”

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih ada yang menyokong?

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti SamsudinBERSATU · PNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) · Masjid Tanah

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Usul-Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku JaafarPBB · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) · Santubong

Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 8 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 19 Julai 2022”.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada yang menyokong?

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti SamsudinBERSATU · PNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) · Masjid Tanah

Tuan Yang di-pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kota Belud.

Tuan Yang di-Pertua, buat kali ketiga Tuan Yang di-Pertua menolak usul yang saya bawa di Dewan Rakyat ini tentang tuntutan Sulu. Saya cukup hairan, saya mahu tanya dengan Kerajaan Persekutuan, sampai tahap apa yang kamu mahu supaya bahas ini dibolehkan? Tuntutan ini dibolehkan dibahas dalam dewan ini? Ini soal kedaulatan negara, bukan soal remeh temeh, to what extent? Pasal Sabah kah kamu hendak peduli? Sebab Sulu ini tuntut Sabah sahaja dan bukan negeri-negeri lain. Tuan Yang di-Pertua, ini kali ketiga Tuan Yang di-Pertua. Saya mahu tanya dengan kerajaan, kenapa kita hanya hantar stay of execution on the 3rd of July sedangkan final award arbitrasi itu keluar pada 28 Februari? Saya mohon semua, MP-MP dari Sabah dan juga MP-MP lain untuk berdiri, mohon supaya usul ini dibincangkan, dibahaskan di dalam dewan ini.

Sabah, Sabah. [Bangun]

[Bangun]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Ini pasal Sabah.

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Pulai. Silakan.

Tuan Yang di-Pertua, kadang-kadang saya rasa...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat cukup. Yang Berhormat Pulai, silakan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga menerima...

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, tolong.

Saya juga menerima usul ditolak dengan alasan bahawa sub judice tetapi hari ini Tuan Yang di-Pertua, well-reported locally and internationally. Isu ini telah menjadi suatu perbahasan umum di peringkat lokal dan juga antarabangsa. Kalau sub judice, kalau Tuan Yang di-Pertua membaca surat khabar pada hari ini. Dia dinyatakan oleh Tan Sri Speaker Dewan Negara yang telah membuat satu komen, jangan bayar. Okey, sub judice atau tidak, itu terpulang kepada mahkamah nanti tetapi saya harap satu hujah yang konsisten.

Saya bersetuju dengan kawan-kawan, rakan-rakan Yang Berhormat yang lain supaya isu ini perlu dibahas dan kita bawa usul pun bukan untuk kita pertikai hakim di Spain atau di mana-mana. Kita mahu satu penjelasan. Suatu clarification kenapa ini berlaku dan rakyat perlu mendapat pandangan Menteri yang menjawab dalam Parlimen. Oleh kerana ini isu penting yang melibatkan maruah negara yang kita perlu pertahankan. Jadi, saya harap Tuan Yang di-Pertua, itu kuasa Tuan Yang di-Pertua untuk menerima ataupun menolak. Itu kita hormat tetapi we can consider. Ini bukan nak bincang tentang keputusan tetapi what actually happened dan rakyat perlu tahu kenapa ini berlaku dalam ke atas dua syarikat PETRONAS. Ini masalah kedaulatan dan isu integriti negara kita. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, Kota Belud.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bukit Gelugor. Sekali lagi Yang Berhormat.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Microphone tidak on. [Disampuk] Oh! Sorry.

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang lain tolong off kan microphone dahulu. Silakan Yang Berhormat, Yang Berhormat Bukit Gelugor, silakan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga telah mengemukakan satu usul berkenaan dengan isu PETRONAS ini dan ia telah pun ditolak seperti usul-usul lain. Persoalan yang ingin saya timbulkan bukan sahaja seperti mana – saya sokong apa Yang Berhormat Kota Belud telah pun menyatakan tadi. Akan tetapi apa yang lebih penting, pengkritikan di sini terhadap The AG’s Chambers yang diketuai oleh abang Tuan Yang di-Pertua. Sekiranya abang Tuan Yang di-Pertua akan dicriticized atas isu ini yang sudah tentunya akan berlaku, you are in a conflict of interest. You cannot decide this motion. With the greatest of respect, you are a lawyer. Ada dua jenis Azhar- “Azhar the activist” and “Azhar the Speaker”. Kalau “Azhar the activist” yang memutuskan ini, dia tidak akan memutuskan ini- sebab ada conflict of interest. There is a clear conflict of interest in you deciding this motion and I support. Saya dengan segala hormatnya menyokong apa yang telah pun dikatakan oleh Yang Berhormat Kota Belud. Tiga kali.

Tiga kali. Ini kali ketiga kena reject. Look what has happened now.

Tiga kali persoalan ini ditolak. Ini satu perkara yang amat penting. Berbilion-bilion ringgit Tuan Yang di-Pertua- berbilion. Why was a stay of execution given in so late?

Adakah satu stay of execution itu sekarang berkuat kuasa? Semua persoalan ini perlu dijawab. That is why we are asking for this motion to be heard urgently. Tuan Yang di-Pertua, I hope you reconsider your decision. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Boleh- cukup!

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Maaf, maaf, maaf. Bagi saya buat ruling sekarang.

Minta Putatan, Tuan Yang di-Pertua. Sedikit sahaja.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Can I just say something first? Very briefly. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Last one. Ringkas Yang Berhormat.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Okey. Satu, saya hendak betulkan Yang Berhormat Kinabatangan. Ini bukan isu Sabah sahaja. Oleh sebab perintah yang telah diperoleh akan menjejaskan semua aset Malaysia di luar negara. It’s a Malaysian issue as well. Kedua, alasan yang digunakan adalah sub judice. Bagi saya, Yang Berhormat, itu tidak dipakai dalam keadaan ini. Sub judice kes apa? Kes ini ialah di luar negara. Di Sepanyol, bukan di sini. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, with all due respect, you cannot use sub judice. What we want to know, dengan izin, ialah apa yang berlaku daripada 2019 bila kes ini diketahui pada masa itu. Ada satu chapter dalam buku mantan Peguam Negara yang menerangkan semua ini secara detail. Sepatutnya permohonan untuk mencelah dalam prosiding di Sepanyol dan mengetepikan apa-apa yang berlaku di sana patut dibuat di awal 2020, sebab mantan Peguam Negara sebut dalam buku, dia sudah mula persiapan pada masa itu. Akan tetapi apa yang kita hendak tahu sebagai Dewan yang mulia ini ialah kenapa itu tidak berlaku. Jadi, Peguam Negara sekarang yang mengambil alih iaitu abang Tuan Yang di- Pertua, perlu menjelaskan atau melalui Menteri, kenapa permohonan untuk mencelah dalam Sepanyol- Prosiding Timbang Tara, atau arbitrasi di Sepanyol tidak dibuat pada masa itu. Dua tahun sudah berlalu. Sekarang kita baru awal-awal tahun ini perintah keluar untuk membolehkan pemohon-pemohon iaitu kumpulan Sulu ini pergi merampas atau cari aset Malaysia di luar negara. Somebody has to answer that and why we’re putting billions of ringgit, dengan izin, of Malaysian assets at risk. That is nothing to do with sub judice. It is an explanation the kerajaan owes the people of Malaysia. So, the reason you are giving sub judice is not applicable.

Tuan Yang di-Pertua, sedikit tambahan.

Kota Belud, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Cukup, cukup, cukup. Maaf ya. Pertama sekali tentang PETRONAS dan asetnya di Azerbaijan. Sebenarnya pada sesi yang lepas saya tidak ingat bila, saya telah pun mengizinkan satu usul tergempar juga di mana pelupusan aset di Azerbaijan itu dibincangkan. Jadi, ia telah pun dibincangkan secara panjang lebar dan telah pun diberi penerangan oleh Menteri Ekonomi.

Tidak cukup, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Tolong jangan kacau saya bercakap. So, itu telah pun diterangkan oleh Yang Berhormat Menteri Ekonomi pada masa itu secara panjang lebar. Jadi, semua orang tahu apa sebenar yang berlaku tentang aset PETRONAS di Azerbaijan.

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Sekejaplah Yang Berhormat. Nombor dua, tentang sub judice itu. Saya menerima pandangan undang-undang yang mengatakan bahawa ia

Tuan Yang di-Pertua

sememangnya sub judice kerana terdapat satu atau dua prosiding yang masih lagi proceed, berjalan sekarang. Peraturan mesyuarat amat terang dalam perkara ini dan saya terpaksa memakainya.

Tuan Yang di-Pertua, sub judice lain, yang itu Tuan Yang di-Pertua mislead ini.

Tuan Yang di-Pertua

Mengenai Yang Berhormat Gelugor tentang conflict of interest. Saya menafikan bahawa terdapat apa-apa conflict of interest. Saya tidak pernah masuk campur dengan hal yang abang saya buat ini. Saya tidak bercakap dengan dia pun. Saya tidak pernah bercakap tentang soal kerja dengan beliau. Sekiranya apa-apa yang akan berlaku dalam Dewan ini yang akan menyentuh beliau, maka saya selalunya memang akan mengecualikan diri saya daripada membuat keputusan. Jadi, itulah keputusan saya pada hari ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, Kota Belud. Nampaknya Tuan Yang di-Pertua, walaupun Menteri sudah panjang lebar bagi tahu hari itu masa sidang lalu tetap juga kan PETRONAS punya aset kena rampas.

Tuan Yang di-Pertua

Ya lah. Orang nak rampas kita. Orang akan membawa tindakan mahkamah sesuka hati mereka. Tolonglah. Please, Tuan Setiausaha. Silakan.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERHUTANAN NEGARA (PINDAAN) 2022 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy [Kota Belud]: Apa bahBill

punya kerajaan ini.

Tuan Yang di-Pertua, sub judice kalau sini kita bincang merit. Tuan Yang di-Pertua, you are misleading the Dewan.

Tuan Yang di-Pertua

Saya persilakan Yang Berhormat Menteri untuk agenda yang seterusnya. Silakan Yang Berhormat.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.

Tolong Sabah atau tidak?

Datuk Seri Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri Tenaga dan Sumber Asli · Kota Bharu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Perhutanan Negara 1984 dibaca kali yang kedua sekarang.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Tuan Yang di-Pertua, sebelum kita teruskan.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Dewan yang dihormati sekalian.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Peraturan Mesyuarat 23(1)...

Satu, seiring dengan komitmen negara untuk terus memelihara khazanah hutan negara, Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313] merupakan suatu akta yang memperuntukkan bagi pentadbiran pengurusan dan

pemuliharaan hutan dan pembangunan perhutanan dalam negeri di Malaysia dan bagi maksud yang berkaitan...

Tuan Yang di-Pertua, ini soal kedaulatan negara. Lagi penting.

Tuan Yang di-Pertua

Tolonglah. Duduk!

Ini lagi penting.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Menteri.

Apa cerita hutan. Ini kedaulatan negara yang tercemar bah ini. Manakah lagi penting ini?

Kedaulatan Sabah dahulu.

Jangan sampai Sabah tergadai baharu kamu bertindak.

Akta ini dibuat bagi maksud menggalakkan keseragaman undang-undang bagi negeri-negeri di Malaysia berdasarkan fasal (1)(b), Perkara 76, Perlembagaan Persekutuan.

Apakah yang lebih penting daripada hutan sekarang ini?

Akta 313 telah diwartakan pada 31 Disember 1984, dan diterima pakai oleh semua negeri di Semenanjung Malaysia melalui Enakmen Perhutanan (Pemakaian) mengikut negeri masing-masing. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Jabatan Perhutanan Negeri merupakan agensi yang bertanggungjawab untuk memulihara dan menguruskan hutan serta aktiviti-aktiviti berkaitan dengannya melalui penguatkuasaan Akta 313 yang terpakai di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan.

Ini tentang kedaulatan Sabah.

Ini tentang kedaulatan negara. Sampai bilakah orang Sabah mahu tunggu? Tidak pernah selesai isu ini. Beratus-ratus tahun sudah.

Kedaulatan Sabah lebih penting. Tolonglah Tuan Yang di-Pertua. Stop ini.

Sejajar dengan perkembangan sektor perhutanan, Akta 313 telah dipinda buat pertama kali pada tahun 1993 bagi membendung kegiatan pencerobohan hutan serta pengambilan hasil hutan tanpa kebenaran yang serius pada akhir tahun 1980-an dan awal tahun 1990-an.

Tuan Yang di-Pertua. Stop. Standing order...

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua, 18(1), standing order, Kota Belud.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Tuan Yang di-Pertua.

Secara amnya, pindaan yang dilaksanakan...

Stop, standing order Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Ma'mun bin SulaimanWARISANKalabakan

Stop lah.

Standing order!

...Pada tahun 1993, melibatkan penalti dan hukuman... [Pembesar suara dimatikan] . [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Minta sekejap. Ahli- ahli Yang Berhormat, saya dengar, daripada belakang pun saya dengar tadi perbahasan ini. Oleh kerana, arahannya untuk Menteri memulakan perbahasan. Oleh kerana, Yang Berhormat Kota Belud saya bagi amaran. Yang Berhormat Kota Belud, you sit down dan kalau tidak, saya akan teruskan dengan warning dan meminta Yang Berhormat Kota Belud untuk keluar Dewan.

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Saya minta...

Saya tidak mahu duduk sebab ini lagi penting. Ini soal kedaulatan... [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Kota Belud, saya bagi warning dua.

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Kota Belud...

Hutan pun soal rakyat, soal negara ya.

Jika ada standing order, kena dengar dululah. Come on lah, takkan tidak faham undang-undang.

Tuan Yang di-Pertua, ini soal kedaulatan negara. [Pembesar suara dimatikan]

Ini undang-undang lah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Keputusan telah dibuat, saya minta Bentara jalankan tugas. Saya meminta mengarahkan supaya Yang Berhormat Kota Belud dibawa keluar. Dua hari. Baik, terima kasih.

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sekejap. Arahan saya, Yang Berhormat Kota Belud sila keluar.

Tidak bolehlah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Kota Belud. Sila bentara, jalankan tugas.

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

[Bentara menuju ke tempat duduk Yang Berhormat Kota Belud]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Kota Belud, ikut arahan Speaker.

[Dewan riuh]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Saya tidak benarkan. Bentara...

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Dengarlah dulu, biar peraturan mesyuarat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Kota Belud, sila keluar Dewan.

Tidak boleh, salah. It is wrong.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Bentara, jalankan tugas ya.

Itu peraturan mesyuarat...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Keputusan telah dibuat oleh Speaker, saya minta—

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Dengarlah dulu peraturan...

[Dewan riuh]

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Peraturan mesyuarat.

Peraturan mesyuarat sahaja kah?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Saya tidak benarkan. Saya minta teruskan.

[Dewan riuh]

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya ingin meneruskan kerana ini adalah tugas negara dan rakyat jelata ya.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara], Yang Berhormat Kota Belud out…

Tuan Yang di-Pertua, Mesyuarat Majlis Perhutanan Negara Ke-21 yang bersidang pada 18 September 2007 iaitu 15 tahun yang lalu...

Tuan Yang di-Pertua, mana lagi penting? Kedaulatan negara atau hutan sekarang ini? Sampai bila kita...

Tuan Yang di-Pertua.

...bersetuju supaya Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar...

Mana lebih penting Sabah atau hutan?

Saya minta usul ini dibicarakan. Tuan Yang di-Pertua.

...yang kini dikenali sebagai Kementerian Tenaga dan Sumber Asli serta Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia...

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Not going out.

Tuan Yang di-Pertua, mana lebih penting Sabah ataupun hutan lebih penting?

...untuk menyemak semula serta memperkemaskan peruntukan-peruntukan dalam Akta 313 bagi menangani isu-isu penguatkuasaan dan perkembangan baharu dalam sektor perhutanan negara.

Tarik balik, tarik balik.

Selaras dengan itu, sesi libat urus pindaan Akta 313 telah diadakan bersama...

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

You have failed the House.

Tarik balik, tarik balik.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Failed the House.

...bersama dengan pihak PBN iaitu pihak Berkuasa Negeri, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan...

Peraturan mesyuarat tarik balik.

...dan telah melalui banyak proses Regulatory Impact Assessment (RIA) yang diselia oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)...

Saya harap orang Sabah tengok perangai mereka ini.

...pada akhir tahun 2019.

Hasil Sabah kamu kaut.

Tuan Yang di-Pertua, bagi saya... [Tidak jelas]

Kedaulatan kami kamu tidak pertahankan.

Rang Undang-undang Pindaan Akta Perhutanan Negara 1984 telah memenuhi kriteria RIA serta memperoleh Regulatory Impact Statement (RIS).

Tarik balik. Menteri!

This is my floor. This is my floor.

[Dewan riuh]

Ini soal Sabah Yang Berhormat Menteri.

With permission, I know the law.

Ini soal kedaulatan negara.

Standing order Tuan Yang di-Pertua.

[Dewan riuh]

Ini soal kedaulatan negara!

Rang Undang-undang Pindaan Akta Perhutanan Negara 1984 telah memenuhi kriteria RIA serta memperoleh...

Hei! Kalau minyak Sabah kamu mahu.

Regulatory Impact Statement (RIS) dan Penyata Impak Peraturan daripada MPC pada 26 Februari 2020.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Tarik balik. Tarik balik.

Tarik balik.

Tuan Yang di-Pertua, standing order Tuan Yang di-Pertua. Standing order.

This is my floor.

Ini soal Sabah Yang Berhormat Menteri. Hasil kami, kamu mahu.

Standing order Tuan Yang di-Pertua.

Selanjutnya, proses pindaan Akta 313 giat dijalankan dan RUU Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 telah digubal dan diluluskan oleh

Jabatan Peguam Negara pada 3 Disember 2020 dan seterusnya diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Januari 2021 dan mendapat kelulusan secara keseluruhan oleh Mesyuarat Majlis Tanah Negara Ke-79 pada 2 Disember 2021.

Tuan Yang di-Pertua, standing order Tuan Yang di-Pertua.

Hasil Sabah kamu mahu.

Saya tidak akan berhenti kecuali diarahkan oleh Tuan Yang di-Pertua.

Apa punya Tuan Yang di-Pertua, hendak dengar tidak?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Saya minta teruskan.

Tuan Yang di-Pertua, standing order.

Pindaan ke atas peruntukan Akta 313 pada kali ini bertujuan memantapkan lagi penguatkuasaan hutan dalam membanteras kegiatan pengambilan hasil hutan tanpa kebenaran...

Tuan Yang di-Pertua!

Hasil Sabah kamu mahu, kedaulatannya kamu abaikan!

Tuan Yang di-Pertua!

...dan meningkatkan pelaksanaan aktiviti- aktiviti pemeliharaan serta pemuliharaan hutan.

Tuan Yang di-Pertua, standing order.

Pindaan ke atas Akta 313 perlu dilaksanakan bagi memastikan kerangka perundangan perhutanan negara bergerak seiring...

Saya mohon usul ini dibicarakan dan dibahaskan dalam Dewan ini.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Tarik balik.

Mana lebih penting?

...dengan perkembangan semasa yang mencakupi aspek pencegahan pengambilan hasil hutan tanpa kebenaran, menambah baik dan memperkasakan pengurusan kawasan hutan kekal serta pembangunan sektor perhutanan negara.

Standing order, Tuan Yang di-Pertua.

Shut up, you sit down. Tuan Yang di-Pertua, saya akan menerangkan RUU ini lebih terperinci.

Standing order Tuan Yang di-Pertua. Standing order!

Standing order! Standing order!

Standing order Tuan Yang di-Pertua.

Secara amnya, RUU Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 digubal bagi mencapai lima objektif utama yang berikut: Pertama, mengawal proses pewartaan keluar dan penggantian Hutan Simpan Kekal.

Ini soal hak kedaulatan Sabah!

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Teruskan, teruskan, teruskan.

Kedua, memantapkan penguatkuasaan hutan bagi membanteras kegiatan pengambilan hasil hutan tanpa kebenaran.

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua. Standing order.

Ketiga, meningkatkan kadar denda dan hukuman...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Teruskan, teruskan.

...serta penalti tambahan bagi membendung kesalahan hutan yang merosakkan alam sekitar.

Mana yang lebih penting ini, kedaulatan negara atau hutan ini?

Tarik balik.

Keempat, mengatasi isu kekaburan dan kuasa yang tidak jelas.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Menteri, sekejap. Saya dengar gangguan-gangguan yang daripada Yang Berhormat Sepanggar dan Yang Berhormat Shah Alam. Saya minta supaya tidak mengganggu aturan yang telah ditetapkan. Kalau tidak boleh — saya boleh bagi arahan sekali lagi. Saya minta Yang Berhormat Sepanggar, saya minta you duduk.

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Speaker telah buat keputusan tadi. Saya bagi warning. Saya minta Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain duduk. Kalau tidak saya akan bagi minta Ahli-ahli Yang Berhormat keluar juga.

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] , standing order dengar dulu.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Sepanggar, saya bagi arahan keluar. Speaker sudah buat keputusan tadi menolak sudah usul ini.

[Dewan riuh]

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Speaker racist! Alasan yang tidak munasabah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Walau macam mana tidak munasabah tetapi keputusan telah dibuat. Saya minta maaf.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Alasan tidak munasabah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Shah Alam, saya bagi juga warning dan Yang Berhormat Sepanggar. Minta teruskan. [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua. Point of order Tuan Yang di-Pertua.

Kelima, menambah baik jadual yang terdapat dalam akta bagi memantapkan lagi pengurusan dan penguatkuasaan perhutanan.

Point of order, dengarlah dulu Tuan Yang di-Pertua.

Saya diam sekarang, bagi saya tarikh untuk kita bincang dan bahas tentang usul ini di Dewan ini. Bagi saya tarikh dan saya diam Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua. Standing order. Bagi saya tarikh, Tuan Yang di-Pertua.

Secara keseluruhannya, pindaan yang terlibat terdiri daripada 62 fasal yang merangkumi lapan bahagian daripada 10 iaitu Bahagian I,II,III,IV,V,VII,VIII dan IX. Pindaan tersebut adalah seperti berikut; Pindaan Bahagian I : Permulaan. Pindaan bahagian ini melibatkan fasal 1 yang mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan tentang permulaan kuat kuasa akta.

Tuan Yang di-Pertua, point of order Tuan Yang di-Pertua. Bagi saya tarikh dan saya diam hari ini supaya kita boleh bahaskan. Bagi penetapan, terima usul ini.

Fasal 2 pula bertujuan untuk meminda seksyen 2 Akta 313 bagi memasukkan tafsiran baharu dan meminda tafsiran sedia ada bagi perkataan dan ungkapan tertentu yang digunakan dalam Akta 313.

Pindaan Bahagian II - Pentadbiran. Pindaan ini melibatkan fasal 3 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 3A ke dalam Akta 313 bagi memperuntukkan bahawa pihak berkuasa negeri boleh memberi kuasa kepada mana-mana pegawai Jabatan Perhutanan Persekutuan untuk menjalankan kuasa di bawah Bahagian VIII Akta 313 berhubung penguatkuasaan.

Tuan Yang di-Pertua. Point of order. Tuan Yang di-Pertua.

Standing order, standing order.

Tuan Yang di-Pertua, you memalukan Dewan Rakyat.

Tuan Yang di-Pertua. Point of order.

Tuan Yang di-Pertua, memalukan Dewan Rakyat. Bila ada standing order kena dengar.

Point of order Tuan Yang di-Pertua.

Fasal 4 pula bertujuan untuk meminda seksyen 4 Akta 313 bagi memberi kuasa kepada Pengarah untuk menyediakan dan melaksanakan program yang berhubungan dengan HSK yang dikelaskan di bawah subseksyen 10(1) Akta 313.

Bagi saya tarikh untuk kita bahas. Tuan Yang di-Pertua, bagi kita tarikh untuk kita bahas. Tuan Yang di-Pertua, bagi kita tarikh supaya kita dapat usul ini bahas usul ini. Bagi saya tarikh sekarang, saya diam.

Bila ada standing order kena dengar. Takkan tidak faham. Kalau tidak faham, jangan jadi Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, you are disgraceful [Tidak jelas] Dewan.

Tuan Ma'mun bin SulaimanWARISANKalabakan

Menteri PAS, duduklah Menteri PAS. Diam!

Fasal 5 adalah bertujuan untuk meminda subseksyen 5(1) Akta 313 bagi membenarkan Pengarah menurunkan kuasa dan perjalanan tugas di bawah Akta 313 kepada mana-mana pegawai hutan.

Sudahlah Yang Berhormat Menteri diamlah duduklah. Yang Berhormat Menteri duduklah.

Tuan Yang di-Pertua, bagi saya tarikh.

Yang Berhormat Menteri duduklah.

Bagi saya tarikh kemudian saya diam hari ini, Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Menteri duduklah. Ini bukan cakap kawasan PAS.

Pindaan Bahagian III – Hutan Simpanan Kekal.

Terima usul saya Tuan Yang di-Pertua.

Ini cakap dalam Parlimen.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Okey, Ahli-ahli Yang Berhormat. Kalau rayuan ditolak, Peraturan 43 boleh dirayu. Peraturan di bawah Peraturan 43 buat rayuan, okey? Hantarkan kepada Tuan Yang di-Pertua. Baik. Buat masa sekarang saya hendak minta diteruskan semua agenda ini. Baik.

Mahu rayu apa? Kali ketiga.

Okey, Tuan Yang di-Pertua

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Okey, teruskan.

Hanya Tuan Yang di-Pertua yang boleh berhentikan saya.

Kali ketiga... [Tidak jelas] Mahu rayu apa?

Pindaan di Bahagian ini melibatkan fasal 6 bertujuan untuk meminda seksyen 10 Akta 313 dengan memasukkan “hutan taman negeri” sebagai pengelasan baharu bagi hutan simpanan kekal.

Tuan Yang di-Pertua, ini kali ketiga bah. Kali ketiga bah saya bawa usul ini.

Fasal 7 ini adalah penting. Dengar Yang Berhormat Shah Alam. Untuk meminda seksyen 11, Akta 313 bagi menghendaki pihak berkuasa negeri menjalankan siasatan awam atau public inquiry sebelum mengeluarkan mana-mana kawasan tanah daripada hutan simpanan kekal yang sering kali dibangkitkan oleh Yang Berhormat Shah Alam.

Puan Maria Chin binti AbdullahPKR · PHPetaling Jaya

Tuan Yang di-Pertua, bagi tarikh untuk bincang.

Fasal 8 pula bertujuan untuk meminda seksyen 12 Akta 313 yang menghendaki pihak berkuasa negeri mengenal pasti mana- mana kawasan tanah yang sama atau lebih besar daripada kawasan tanah yang akan dikeluarkan bagi menggantikan kawasan tanah itu sebagai hutan simpanan kekal sebelum pihak berkuasa negeri mengeluarkan mana-mana kawasan tanah daripada hutan

simpanan kekal dan warta pemberitahuan pengeluaran kawasan hutan simpanan kekal tersebut hendaklah disiarkan secara serentak dengan warta pemberitahuan penggantian kawasan ganti hutan simpanan kekal.

Orang Sabah kena tengok ini. Orang Sabah kena tengok ini. Rakyat Sabah kena tengok ini.

Tuan Yang di-Pertua, bagi saya tarikh Tuan Yang di-Pertua. Bagi saya tarikh, Tuan Yang di-Pertua. Bagi saya tarikh untuk bawa usul ini, Tuan Yang di-Pertua. Kita bincang usul ini Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, point of order Tuan Yang di-Pertua. Sudah tiga kali, Tuan Yang di-Pertua. Sudah tiga kali. Sudah tiga kali. Sudah tiga kali, Tuan Yang di-Pertua. In the end kamu reject. Tiga kali sudah ini.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Tarik balik keputusan. Withdraw your decision.

Isu kedaulatan.

Pindaan Bahagian IV, Pengurusan dan Pembangunan Hutan. Pindaan di Bahagian ini melibatkan fasal 9 bertujuan untuk meminda seksyen 15 Akta 313 bagi membezakan kesalahan mengambil hasil hutan tanpa kebenaran kepada dua kategori iaitu hasil utama hutan dan hasil kecil hutan serta menaikkan kadar hukuman ke atas kesalahan di bawah seksyen itu. Melalui pindaan ini, mana-mana orang yang disabitkan melakukan kesalahan melibatkan hasil utama hutan bernilai kurang daripada lima meter padu boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Shame on you. Shame on you.

Ya, hasil hutan. Hasil. Hasil Sabah kamu mahu. Hasil Sabah kamu mahu. Kedaulatan kami kamu korbankan.

Tarik balik arahan. Rayuan akan dibuat.

Ya. Hasil, hasil. Ya, cerita hasil. Minyak lagi. Cerita fasal minyak lagi. Cerita fasal hutan. [Tidak jelas] ...fasal minyak.

Tuan Yang di-Pertua, bahas esok. Usul ini bawa esok, Tuan Yang di-Pertua.

Manakala, kesalahan melibatkan hasil utama hutan bernilai lebih lima meter padu boleh dipenjarakan di antara lima tahun sehingga 20 tahun dan didenda di antara RM100,000 sehingga RM5 juta. Selain itu, fasal ini juga turut memasukkan kesalahan berkenaan dengan pengambilan suatu tumbuhan daratan yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga kepada Akta Perdagangan Antarabangsa mengenai Spesies Terancam 2008 [Akta 686] yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

Minyak kami kamu mahu!

Tuan Yang di-Pertua, kali ketiga. Mana bah yang lebih penting ini? Hutan atau kedaulatan negara.

Hasil kami kamu mahu!

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Decision.

Puan Maria Chin binti AbdullahPKR · PHPetaling Jaya

Tarik balik dan bincang esok.

Tuan Ma'mun bin SulaimanWARISANKalabakan

Tarik balik.

Puan Maria Chin binti AbdullahPKR · PHPetaling Jaya

Tarik balik perintah dan bincang esok. Tuan Yang di-Pertua.

Harta MARA juga mahu dirampas, Tuan Yang di-Pertua.

Fasal 10 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 19A dengan memberi pengarah kuasa bagi mengeluarkan atau membaharui mana-mana lesen atas arahan pihak berkuasa negeri.

Puan Maria Chin binti AbdullahPKR · PHPetaling Jaya

Yang Berhormat Menteri boleh berhenti dan dengar suara Dewan ini.

Fasal 11 bertujuan untuk meminda subseksyen 21(1) Akta 313 untuk mengenakan suatu tempoh maksimum bagi lesen yang dikeluarkan di bawah Akta 313 iaitu tidak melebihi 12 bulan.

Tuan Yang di-Pertua, ini kali ketiga sudah saya bawa usul ini tetapi rejected. Sekarang ini aset PETRONAS kena rampas. Kamu mahu tunggu apa? Sampai Sabah hilang dari Malaysia, baru kamu hendak bertindak?

[Tidak jelas] juga dalam bahaya Tuan Yang di-Pertua.

[Dewan riuh]

Apakah yang sampai tahap mana yang baru kamu terima? Bahas ini perlu disegerakan. Ini soal kedaulatan negara bukan fasal hutan bah.

Fasal 12 bertujuan untuk meminda subseksyen 25(2) Akta 313 dengan menaikkan penalti bagi kesalahan gagal untuk memberhentikan kerja di kawasan lesen sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 25(1) Akta 313 kepada denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

Come on Tuan Yang di-Pertua bagi saya tarikh. Bagi saya tarikh, saya diam hari ini. Bagi saya tarikh untuk terima usul saya.

[Dewan riuh]

[Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Kejap. Minta baca. Yang Berhormat Kota Belud, saya satu saya telah buat keputusan tadi. Yang Berhormat Kota Belud telah pun tidak boleh berada di dalam Dewan ini, satu. Akan tetapi, saya...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Dengar, dengar.

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Kedua,

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Saya...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Dengar, dengar, dengar. Itu yang pertama. Dengar. Kedua, saya boleh masih mendengar minta tarikh baharu. Itu saya sebutkan tadi Peraturan 43 boleh menulis semula rayuan minta tarikh baharu untuk dipohon. Itu sahaja. Baik, saya sudah bagi penjelasan, minta Ahli-ahli Yang Berhormat sila duduk. Okey, teruskan... [Tidak jelas] Baik. Tulis, tulis. Silakan tulis.

Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Hari ini...

Saya mohon tarik balik dahulu. Keputusan Kuala – saya mohon tarik balik dahulu keputusan Timbalan Yang di- Pertua berkenaan pagi tadi.

Tuan Yang di-Pertua, Kota Belud Tuan Yang di-Pertua. Beginilah, sebab sudah tiga kali bah kan, tiga kali sudah saya bawa usul ini di Parlimen tetapi kena reject. Jadi, sekarang ini saya mahu Tuan Yang di-Pertua bagi saya tarikh, supaya usul ini diterima dan dibahaskan. Bagi saya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik. Ini, Yang Berhormat Kota Belud. Yang Berhormat Kota Belud, saya yang chair masa perbincangan Menteri Ekonomi yang menjawab mengenai dengan isu-isu Azerbaijan. Saya yang chair pada ketika itu dan sudah dijawab sudah. Baik, yang pertama. Jadi, saya masih terus kekal, sila buat rayuan kepada Peraturan 43. Saya tidak boleh buat keputusan sekarang. Ia berbalik kepada Tuan Yang di-Pertua untuk memberikan tarikh baharu.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, macam mana Tuan Yang di-Pertua...

[Tidak jelas] ...Standing order datang dari mana ia dikeluarkan?

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Tuan Yang di-Pertua, untuk isu yang Azerbaijan yang hari itu lain. Isu sekarang kedaulatan negara. Hari itu yang... [Tidak jelas]

Ini soal kedaulatan. Tuan Yang di- Pertua, kedaulatan.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Lain isu.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Diam. Saya hendak tunjuk tadi hendak ada permohonan untuk tarik balik yang dua hari tadi.

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Okey, saya bagi dengan syarat Yang Berhormat Kota Belud kalau hendak bercakap, kena patuh peraturan mesyuarat, kena dapatkan daripada... [Tidak jelas] Baik.

Jangan tunggu orang lain sahaja patuh. Tuan Yang di-Pertua kena patuh juga.

Tuan Yang di-Pertua, bagilah saya tarikh supaya kita sama-sama bincang usul saya.

Tuan Ma'mun bin SulaimanWARISANKalabakan

Ya.

Macam mana saya mahu diam kalau ini sudah kali ketiga. Tuan Yang di-Pertua bilang merayu. Mahu merayu apa kalau sudah tiga kali kena reject bah?

Tuan Yang di-Pertua. [Pembesar suara dimatikan] .

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Kota Belud faham saya cakap tadi Peraturan 43 secara bertulis, mohon rayuan untuk mengusulkan balik. Faham soalan saya? Baik.

Puan Maria Chin binti AbdullahPKR · PHPetaling Jaya

Sudah tiga kali.

Kalaupun saya tulis balik, apa jaminan Tuan Yang di-Pertua bagi saya usul saya diterima, dibahaskan?

Tuan Ma'mun bin SulaimanWARISANKalabakan

Betul, betul. Tiga kali sudah kena tolak.

Apakah jaminan sekarang ini? Tiga kali pun kamu reject.

Tuan Yang di-Pertua, rakyat Sabah marah Tuan Yang di-Pertua.

Waktu Tuan Yang di-Pertua allowed Yang Berhormat Menteri Ekonomi untuk bagi panjang lebar jawapan ya, selepas itu aset PETRONAS kena rampas, kan? Betul, kan? Jadi, sekarang ini di mana? Apa lagi tindakan kita?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Kena rujuk balik. Itu tidak betul itu. Itu adalah commercial decision by PETRONAS.

Oleh sebab itu kita mahu dengar. Kita mahu bahaskan di sini.

Ini Dewanlah, Dewan Rakyat. Kita mahu bahas di sini di Dewan Rakyat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih. Minta, saya minta Yang Berhormat Kota Belud sila tulis hari ini juga kepada Tuan Yang di-Pertua.

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

.

Supaya Tuan Yang di-Pertua bagi jaminan. Tuan Yang di-Pertua, bagi jaminan bahawa Kota Belud akan diberikan usul oleh...

Tuan Yang di-Pertua, sejak bila Tuan Yang di-Pertua jadi ejen PERTONAS pula ini?

Berikan jaminan bahawa Kota Belud akan diberikan usul oleh...

Tuan Yang di-Pertua, you are disgraceful to the Dewan.

Terima kasih. Saya mengikut arahan.

Tuan Yang di- Pertua, usul ini dibawa sebab...

Saya akan menjalankan tugas dengan mengikut undang-undang. Bagi kesalahan gagal untuk memberhentikan kerja di kawasan lesen sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 25(1) Akta 313 kepada denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

Tuan Yang di- Pertua, saya setuju usul ini dibawa. Oleh sebab perkara ini dicetuskan oleh Pakatan Harapan. Dengan Pakatan Harapanlah perkara ini bermula.

Fasal 13 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 29A ke dalam Akta 313 yang menghendaki pemohon bagi sesuatu lesen kecil untuk menyediakan pelan kawasan lesen kecil kepada pengarah.

Tuan Yang di- Pertua, masalahnya...

Memalukanlah Tuan Yang di- Pertua

... memasukkan seksyen baharu 29A ke dalam Akta 313 yang menghendaki pemohon bagi sesuatu lesen kecil...

...Untuk menyediakan pelan...

Tuan Yang di-Pertua...

...Kawasan lesen kecil kepada Pengarah.

Memalukanlah. Ini isu fasal negara. Bincanglah...

Fasal 14 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 31A...

Tuan Yang di-Pertua, bincanglah.

Isu yang penting Menteri.

...Berhubungan dengan tatacara pemberhentian kerja, penggantungan dan pembatalan lesen kecil...

Apa takut sangat hendak bincang ini? Bincang pun takutkah?

... Yang menggunakan kuasa sedia ada Pengarah di bawah seksyen 25, 26 dan 27.

Tuan Yang di-Pertua...

Fasal 15 bertujuan untuk meminda seksyen 32...

...Apa susah sangat?

Tuan Yang di-Pertua, memalukanlah.

Tuan Yang di-Pertua, bagi saya jaminan bila... [Tidak jelas] saya tulis. Saya tulis kepada Dewan, kepada Tuan Yang di-Pertua, tetapi Tuan Yang di-Pertua bagi saya jaminan supaya usul saya dibahaskan dalam Dewan ini. Bagi saya jaminan.

...Bagi menaikkan hukuman ke atas kesalahan menduduki atau menjalankan aktiviti dalam Hutan Simpanan Kekal tanpa permit penggunaan. Fasal 16 bertujuan untuk meminda seksyen 40...

[Tidak jelas]

...Bagi membezakan hukuman bagi kesalahan...

Tuan Yang di-Pertua...

...Memindahkan hasil utama hutan dan hasil kecil hutan tanpa lesen pemindah...

Tuan Yang di-Pertua ini buat tak dengarlah. Tuan Yang di-Pertua, you ada masalah pendengarankah?

...Di mana bagi kesalahan berhubungan dengan hasil utama hutan, hukuman yang ditetapkan adalah berbeza mengikut isi padu.

Puan Maria Chin binti AbdullahPKR · PHPetaling Jaya

Tuan Yang di-Pertua, bagi tarikh, hari...

Tuan Yang di-Pertua, ada masalah pendengarankah? Tidak dengar orang cakap ini.

...Fasal 17 bertujuan untuk meminda seksyen 43 dengan memasukkan perenggan mengenai prosedur membaharui lesen pemindah.

Tuan Yang di-Pertua ada masalah pendengarankah, tidak dengar orang cakap ini. Ada masalah pendengarankah?

...Fasal 18 bertujuan untuk meminda seksyen 47 bagi meluaskan...

Tuan Yang di-Pertua, ada masalah pendengarankah? Tak dengar orang ini.

...pengecualian yang diberikan di bawah seksyen kepada pemegang lesen kecil...

Tuan Yang di-Pertua, memalukanlah!

...pemegang permit jalan, pekhidmat atau ejennya untuk memasuki mana-mana hutan tertutup...

Tuan Yang di-Pertua, you are memalukan. Andalah punca segalanya ini.

...serta menaikkan hukuman ke atas kesalahan di bawah seksyen itu.

Puan Maria Chin binti AbdullahPKR · PHPetaling Jaya

Tuan Yang di-Pertua, kita hanya...

Fasal 19 bertujuan meminda seksyen 48...

Puan Maria Chin binti AbdullahPKR · PHPetaling Jaya

Tuan Yang di-Pertua, kita mahu janji sahaja. Bagi tarikh.

...yang bersifat editorial dan berbangkit daripada pindaan-pindaan baharu...

Menteri PAS ini pun satu hal ini. Bercakap ingat ini markas PAS kah? Ini Parlimen lah!

...di bawah seksyen 47 Akta 313.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Mana Menteri Sabah? Mana Menteri...

Tuan Yang di-Pertua...

Hei! Ini bukan markas! [Tidak jelas] Ini Parlimen!

...Fasal 20 bertujuan untuk meminda seksyen 50 bagi memberi kuasa kepada Pengarah...

Kita Ahli Parlimen, bukan markas PAS. Duduklah. Memalukan sahaja.

[Dewan riuh]

...untuk membenarkan pegawai hutan mengeluarkan permit jalan dan menaikkan hukuman ke atas kesalahan di bawah seksyen ini. Fasal 21...

Tuan Yang di-Pertua, bagi saya tarikh Tuan Yang di-Pertua.

...bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 50A...

... Bagi saya tarikh. That’s all I am asking.

...Mengenai tempoh...

Bagi saya tarikh.

...Syarat dan pembaharuan permit jalan...

Tuan Yang di-Pertua langgar peraturan. [Tidak jelas]

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Masa Tuan Yang di-Pertua tadi kata...

...Fasal 22 bertujuan meminda seksyen 58 untuk meluaskan penggunaan Kumpulan Wang Pembangunan Hutan...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

...PETRONAS lepaskan setelah commercial decision. You must be joking!

...bagi perbelanjaan yang ditanggung oleh Pihak Berkuasa Negeri dalam menguruskan dan menjalankan pembangunan mampan semua jenis HSK...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

What commercial decision are you talking about? Aset PETRONAS dirampas, is not a commercial decision!

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Teruskan, teruskan.

Saya diarah diteruskan...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Aset PETRONAS dirampas!

...Fasal 23 untuk memasukkan seksyen baharu 60A...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

...It is not a commercial decision.

...dengan memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Negeri...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Apa yang Tuan Yang di-Pertua cakap? What commercial decision you are talking about?

... untuk mengurangkan, meringankan atau melepaskan ses pembangunan hutan,....

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Mana ada commercial decision.

... atau mengecualikan pembayaran ses pembangunan hutan.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

...Ini merupakan satu ancaman kepada kedaulatan negara.

Fasal 24...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

We should be discussing.

...bertujuan untuk meminda seksyen 66 bagi meluaskan keperluan dengan mengukur semua hasil hutan sebelum pemindahannya...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Menteri Barisan Nasional, Perikatan Nasional langsung tidak ambil kisah.

...dari kawasan lesen kepada suatu lesen kecil...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Mereka anggap ini persoalan kecil yang boleh disweep under the carpet.

…dan menaikkan hukuman ke atas kesalahan di bawah seksyen itu.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Inilah sikap PAS!...

Fasal 25, 26 dan 27...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Inilah sikap UMNO! Inilah sikap BERSATU!...

... bertujuan untuk meminda seksyen 67, 68 dan 69...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Tidak kisah aset negara... [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sekejap, sekejap Yang Berhormat Menteri.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Shah Alam. Yang Berhormat Shah Alam bercakap atas microphone mana itu?

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Shah Alam bercakap atas microphone mana itu? Saya tidak benarkan. Baik.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Microphone kami, kamu tutup. Tuan Yang di-Pertua, you are disgraceful.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya ikut peraturan. Baik.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya pun dipilih oleh rakyat.

Hah! Come on lah! Kamu pintu belakang punya orang. Ini Menteri, Speaker tebuk atap. Speaker tebuk atap, tidak payah jadi Speaker. Tuan Yang di-Pertua, you are Speaker tebuk atap.

[Dewan riuh]

Ini Parlimen lah.

Tuan Yang di-Pertua, kita ada Menteri luar kan?

[Pembesar suara dimatikan]

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Tak tahulah. Saya baru halau satu tadi. Saya minta supaya diteruskan.

Kalau tidak boleh control Tuan Yang di-Pertua, kita wrap, break.

Hei! Orang Sabah tidak malu ini.

Sambung pukul 2 petang.

Tuan Yang di-Pertua, you memalukan Tuan Yang di-Pertua.

Tak boleh control, rehat dulu.

Anda punca kepada kekecohan ini.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Puan Wong Shu QiDAP · PHKluang

Tuan Yang di-Pertua, selesaikan isu kedaulatan...

Tuan Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

Ahli Parlimen diminta keluar, tak guna semua.

Tuan Yang di-Pertua ini... [Pembesar suara dimatikan]

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Fasal 25, 26 dan 27 bertujuan meminda seksyen 67, 68 dan 69 masing-masing dan menaikkan hukuman ke atas kesalahan di bawah seksyen-seksyen itu. Fasal 28 bertujuan memasukkan seksyen baharu 70A bagi membolehkan pihak berkuasa negeri untuk mengeluarkan pas lain selain pas pemindah bagi mana-mana orang yang memiliki, menjaga atau mengawal apa-apa hasil hutan. Fasal 29 bertujuan untuk meminda seksyen 73 Akta 313 dengan meluaskan penggunaan seksyen tersebut kepada lesen kecil dan permit penggunaan. Fasal 30 bertujuan meminda seksyen 75 untuk memasukkan kaedah baharu pembayaran deposit yang mana deposit tersebut boleh dilucut hak. Fasal 31 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 75A dengan memberi kuasa kepada pihak berkuasa negeri untuk mengenakan caj dan menerima fi atas apa- apa bayaran perkhidmatan. Fasal 32 bertujuan untuk meminda seksyen 81 untuk menaikkan hukuman ke atas kesalahan melakukan perbuatan yang dilarang di dalam Hutan Simpan Kekal. Fasal 33 bertujuan meminda seksyen 82 dengan memberi kuasa kepada Pengarah untuk mengawal penggunaan api dalam kawasan Hutan Simpan Kekal dan menaikkan hukuman ke atas kesalahan di bawah seksyen itu. Fasal 34, 35, 36, dan 37 bertujuan meminda seksyen 83, 84, 85 dan 86 masing- masing dengan menaikkan hukuman ke atas kesalahan di bawah seksyen-seksyen itu. Fasal 38 bertujuan memperkenalkan seksyen baharu 86A, 86B, 86C dan 86D ke dalam Akta 313 dengan memasukkan kesalahan baharu dan penalti bagi menghalang tugas dan kuasa, perisytiharan palsu, percubaan melakukan kesalahan dan persubahatan...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Subahat.

Persubahatan dalam Akta 313. Fasal 39 bertujuan untuk meminda seksyen 87 dengan menaikkan tempoh pemenjaraan dalam penalti am bagi pelanggaran mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta 313. Fasal 40 hingga 46 bertujuan meminda seksyen 88, 89, 90, 91, 91A, 92 dan 93 berhubung kuasa penguatkuasaan. Pindaan ini akan membolehkan pegawai hutan, pegawai diberi kuasa dan pegawai polis mempunyai kuasa yang lebih jelas dan menyeluruh dalam menguatkuasakan Akta 313 serta pengenalan kepada peraturan baharu untuk mengendalikan pemeriksaan orang. Fasal 47 bertujuan untuk memperkenalkan seksyen 95A dalam Akta 313 dengan memasukkan peruntukan berkenaan kos memegang hasil hutan atau barang-barang lain yang disita oleh pihak berkuasa negeri dan bagi mendapatkan semula kos itu. Fasal 48 bertujuan meminda seksyen 96 dengan memasukkan peruntukan untuk menjadikan lebih jelas pihak yang diberi kuasa di bawah Akta 313 yang boleh memasuki dan memeriksa loji penukaran serta menaikkan hukuman di bawah seksyen tersebut. Fasal 49 bertujuan untuk memperkenalkan seksyen baharu 96A ke dalam Akta 313 yang memperkenalkan kuasa baharu iaitu kuasa untuk mengadakan sekatan jalan. Fasal 50 dan 51 bertujuan meminda seksyen 97 dan 98 masing-masing dengan menaikkan hukuman bagi kesalahan di bawah seksyen-seksyen tersebut. Fasal 52 bertujuan meminda seksyen 99 dengan memasukkan perkataan “pegawai diberi kuasa” selepas perkataan “pegawai hutan” dalam seksyen tersebut sebagai orang yang dikehendaki untuk menunjukkan kad kuasa di bawah seksyen itu. Fasal 53 bertujuan untuk meminda seksyen 100 dengan menaikkan hukuman bagi kesalahan di bawah seksyen tersebut atas kesalahan keengganan menyerahkan maklumat dan dokumen serta kesalahan memberikan maklumat atau dokumen palsu. Fasal 54 bertujuan untuk meminda seksyen 101 dan mengadakan peruntukan kompaun dengan keizinan Pendakwa Raya. Pindaan di Bahagian IX melibatkan fasal 55 bertujuan untuk meminda seksyen 103 yang menyatakan bahawa tiada pendakwaan boleh dimulakan tanpa persetujuan bertulis daripada Pendakwa Raya. Fasal 56 bertujuan meminda seksyen 104 bagi menambah peruntukan baharu mengenai anggapan.

Fasal 57 bertujuan meminda seksyen 106 berkaitan dengan pindaan yang memasukkan perkataan “pegawai diberi kuasa” dan mengeluarkan perkataan “anggota angkatan tentera” dalam, seksyen ini. Fasal 58 bertujuan untuk memotong seksyen 107 Akta 313. Fasal 59 bertujuan meminda seksyen 109 untuk mengadakan peruntukan yang komprehensif yang berhubung dengan kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan perbadanan; dan Fasal 60 bertujuan meminda subseksyen 111(2) dengan meluaskan kuasa pihak berkuasa negeri bagi membuat kaedah-kaedah serta menetapkan hukuman baharu atau perlanggaran mana-mana kaedah. Fasal 61 dan 62 bertujuan untuk memasukkan peruntukan baharu berkaitan pindaan kepada Jadual Kedua tentang Hasil Utama Hutan dan Jadual Keenam tentang Jentera dan Pengangkut dalam Akta 313. Pindaan-pindaan lain yang tidak saya nyatakan secara khusus di sini adalah merupakan pindaan kecil bersifat editorial atau berbangkit atau consequential in nature, dengan izin.

Tuan Yang di-Pertua, kesimpulannya saya yakin rang undang-undang yang dikemukakan ini akan dapat memastikan kelangsungan fungsi hutan dalam menjamin kestabilan alam sekitar, membekalkan sumber makanan, jaminan bekalan air bersih, bekalan oksigen serta menyimpan stok karbon yang penting dalam mengimbangi perubahan iklim dunia. Ia juga memainkan peranan yang penting dalam membangunkan sosioekonomi negara melalui pengusahasilan sumber hutan secara berkekalan. Rang undang-undang ini juga dijangka akan dapat membantu usaha negara dalam memelihara kawasan berhutan dan kepelbagaian biologinya melalui pengurusan hutan secara berkekalan dan pemantapan penguatkuasaan bagi mencegah serta membanteras kegiatan pengambilan hasil hutan tanpa kebenaran. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. [Disampuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Ada sesiapa yang menyokong?

Timbalan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua, sebelum itu boleh atau tidak saya minta Yang Berhormat Menteri untuk mengulangi penjelasan sebab tadi apabila kita membantah...

Datuk Ali anak BijuBERSATU · PNTimbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli · Saratok

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong usul ini.

...Yang Berhormat Menteri tidak ambil pun perhatian. Apa guna beri penjelasan macam itu? [Disampuk]

Datuk Ali anak BijuBERSATU · PNSaratok

Saya menyokong usul ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri kena ada decorum lah, berhentilah dengar kepada... [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Perhutanan Negara 1984 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Saya ada senarai agak ramai. Jumlah 32 orang. Saya akan sebutkan...

Timbalan Yang di-Pertua, boleh saya minta...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Apabila Speaker bercakap, minta Yang Berhormat Jelutong hormat. Baik.

Timbalan Yang di-Pertua, sebelum... [Pembesar suara dimatikan] [Disampuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Oleh sebab saya bercakap. Apabila Speaker bercakap, yang lain kena duduk dan kena dengar. Saya bacakan senarai pembahas, yang pertama adalah Yang Berhormat Baling 20 minit selaku pembahas utama. [Disampuk] Kedua, Yang Berhormat Subang 20 minit pembahas utama. Kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Kluang, Yang Berhormat Jerai. Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Tuaran tujuh minit sebagai ketua parti. Kemudian Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, Yang Berhormat Kemaman, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Jempol. Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, Yang Berhormat Jelutong dan yang ke-20 Yang Berhormat Merbok. Saya

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

mulakan dengan menjemput Yang Berhormat Baling untuk memberikan pembahasannya. Silakan Yang Berhormat Baling.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Keluarga Malaysia. Alhamdulillah, Baling diberikan peluang untuk memulakan perbahasan pindaan Rang Undang-undang Perhutanan Negara 1984. Kita semua sedia maklum baru-baru ini Baling telah menerima musibah tragedi aliran puing, debris flow dan banjir lumpur atau istilah orang tempatan kepala air yang paling dahsyat dalam sejarah lebih 100 tahun yang telah berlaku pada 4 Julai baru-baru ini. Saya hendak ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua yang sempat menziarahi keluarga mangsa yang telah terkorban. Musibah ini telah mengorbankan tiga nyawa dan ramai mangsa yang telah hilang tempat tinggal sekelip mata. Justeru, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengajak semua Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini serta petugas- petugas yang beragama Islam untuk menghadiahkan Ummul Kitab kepada ketiga-tiga mangsa terkorban ini iaitu Puan Nurul Anis Abu Hassan, Puan Salmah Mat Akib dan saudara Khairul Ikhwan Nor Azman yang telah terkorban malah berpeluk-pelukan dalam— ke dalam air tersebut pada pagi yang seharinya. Al-Fatihah. [Bertafakur] Dengan hadiah Al-Fatihah ini, moga-moga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh, insya-Allah. Oleh sebab Gunung Inas adalah satu hutan simpan yang kemudiannya telah dibangunkan dan dikeluarkan tanaman hutan dari situ, untuk menanam Musang King. Kalau kita tahu sejarahnya, ladang rakyat telah dilahirkan pada seawal tahun 2008 yang mana pada waktu itu hanya dibenarkan tanam spesies hutan ataupun timber latex clone yang sepatutnya ditanam pada waktu itu. Akhirnya, akibat setelah beberapa kali pilihan raya dan telah ditukar kepada Musang King yang mana kita melihat dalam media sosial ada syarikat-syarikat yang telah memaklumkan bahawa mereka telah mendapat satu tanaman kawasan Musang King terbesar dalam dunia iaitu di Gunung Inas di kawasan kami. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita tengok balik apa yang telah berlaku pada hari ini dan apa yang dibawa usul pindaan Perlembagaan undang-undang oleh Yang Berhormat Menteri iaitu Akta Perhutanan Negara 1984 atau Akta 313, saya ingin menyentuh berkaitan dengan seksyen 11 dan seksyen 12, ia amat bertepatan dengan apa Yang Berhormat sentuh tadi. Saya meneliti dan saya dengar. Nasib baik saya duduk di sebelah sini. Saya dapat mendengar setiap apa yang telah diperkatakan oleh Yang Berhormat Menteri. Tertakluk kepada seksyen 12, pihak berkuasa negeri boleh mengeluarkan mana- mana kawasan tanah daripada sesuatu Hutan Simpan Kekal. Pihak berkuasa negeri hendaklah sebelum mengeluarkan mana-mana kawasan tanah daripada sesuatu Hutan Simpan Kekal menjalankan satu siasatan awam mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan isu pembangunan tanah diletakkan di bawah Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan Jadual Kesembilan Senarai II menyatakan bahawa segala hal ehwal dalam pentadbiran tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Tuan Yang di-Pertua, pada hemat saya kita perlu ada campur tangan punca kuasa oleh agensi Persekutuan sebelum mana-mana pembangunan...

Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Baling minta penjelasan.

...dilakukan di kawasan Hutan Simpan Kekal ini. Ya?

Ya Yang Berhormat Baling, apakah Yang Berhormat Baling ingin mencadangkan bahawa undang-

undang yang kita ada ini telah berpuluh-puluh tahun ini dianggap telah lapuk? Walaupun kuasa-kuasa perhutanan ini di bawah kerajaan-kerajaan negeri, apakah Yang Berhormat Baling ingin mencadangkan kepada kerajaan bahawa perlu ada satu mungkin polisi atau dasar? Iaitu dasar ini secara menyeluruh di seluruh negara. Oleh sebab di negara-negara lain, contohnya di New Zealand, apabila dia tebang satu pokok, dia kena tanam dua pokok. Jadi, apakah Yang Berhormat Baling mencadangkan kepada kerajaan untuk mengikut juga peraturan-peraturan begitu? Supaya negara kita ini walaupun penebangan hutan ini tidak terkawal. Jadi, kita tidak mahu begini sebab...

Ya Yang Berhormat Kinabatangan.

...dengan tidak terkawalnya penebangan hutan ini, akan berlaku macam-macam musibah sehingga berlaku di Baling pun ada yang meninggal dunia.

Saya sudah faham. Saya sudah faham.

Ini yang saya cadangkan.

Ya, terima kasih, terima kasih. Ya, ya. Saya mahu ke sana sekejap lagi. Apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan, benar betul bah itu. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita meneliti pada hari ini dalam konteks Gunung Inas tadi, saya sudah sebutkan tadi.

Bila balak itu ditebang, sepatutnya klon-klon yang berkaitan dengan spesies hutan wajib ditanamkan. Saya masih ingat apa yang Yang Berhormat Kinabatangan sebutkan tadi waktu Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman. Saya ingat lagi, saya pernah pergi di sana bila balak dipotong dan ditambah, ditanam semula serta-merta. Itulah sepatutnya ladang rakyat dilakukan pada waktu itu. Akan tetapi setelah beberapa tahun berlalu, apa yang telah berlaku ada pihak- pihak yang meluluskan untuk ditanam Musang King di kawasan yang sepatutnya ditanam klon-klon lateks tadi. Jadi itu sebabnya hari ini saya memohon agar Kerajaan Pusat melalui KSN untuk bersama-sama dengan kementerian-kementerian KeTSA- KSU berada dalam setiap negeri untuk membangunkan mana-mana hutan. Seksyen 11 dan 12 harus dipinda. Betul- saya ada lihat dan dengar tadi, banyak disebutkan berkaitan dengan...

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Yang Berhormat Baling, sedikit sahaja.

Sekejap, sekejap. Denda-dendanya dan saya minta Kerajaan Pusat harus mengambil kira. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam mesyuarat bulanannya dengan Yang Amat Berhormat Menteri-menteri Besar, dan Ketua-ketua Menteri, harus mengambil kira untuk sebarang keputusan, khususnya berkaitan dengan pindaan-pindaan tanah- tanah hutan. Bukan sekadar tanah-tanah hutan, malah tanah-tanah gunung yang ada kuari, gunung-gunung yang ada pasir dan sebagainya. Ini juga wajib kita lakukan...

[Bangun]

Sekejap. Satu minit saya beri kepada Yang Berhormat Pontian. Ini kerana kalau kita tengok dalam tahun ini sahaja Tuan Yang di-Pertua, kita telah dapat bencana di Janda Baik, Bentong. Kita telah dapat bencana yang sama di Jelebu, di Hulu Langat dan di kawasan Yan, Kedah. Hari ini di Baling. Mangsa Baling- nasib baik perkara itu berlaku Tuan Yang di-Pertua, pada pukul 4.30 petang hingga 7 malam. Bayangkan kalau perkara ini berlaku pukul 3 pagi? Saya

yakin dan percaya lebih 300 orang mangsa akan terkorban dalam bencana yang berlaku di tali air Gunung Inas baru-baru ini. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, lapan bulan lalu saya sudah menyatakan perkara yang sama di Dewan yang mulia ini. Saya telah menyatakan bahawa time bomb is waiting sebab saya sudah naik ke atas, ada kolam tadahan buatan manusia di atas untuk memberi air kepada durian Musang King ini. Jadi akhirnya hari ini, benar-benar berlaku. Silakan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Silakan Yang Berhormat Pontian.

Yang Berhormat Baling, isu ini menjadi tatapan khalayak umum beberapa hari dan jadi cerita muka depan beberapa buah akhbar. Berlaku tuduh-menuduh- satu pihak menuduh Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang itu, satu pihak lagi menuduh Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang ini. Apakah sebenarnya yang berlaku daripada segi pertukaran pohon pokok getah ditukar kepada Musang King ini? Siapa sebenarnya yang bertanggungjawab, dan diberitahu akan diadakan siasatan, berapa lama siasat ini? Bilakah agaknya keputusan akan dibuat? Kadangkala keputusan tidak pun diumumkan kepada khalayak. Jadi apabila isu telah menjadi isu nasional, keputusan-keputusan siasatan hendaklah diumumkan kepada orang ramai. Terima kasih.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Sedikit Yang Berhormat Baling. Beberapa saat sahaja, Yang Berhormat Baling?

Sedikit Yang Berhormat Baling.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Kuala Kedah.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Ya terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Baling. Tadi bila kronologinya disebut oleh Yang Berhormat Baling- hutan asal ditebang kemudian 2008 ditanam pokok getah, spesies yang sesuai untuk hutan. Kemudian akhirnya ditukar kepada Musang King. Soalan saya begini- apabila kita tebang hutan, penebangan itu sendiri merupakan satu kerosakan dan bila kita tanam pokok tak kira spesies apa pun ia memang mengambil masa untuk tumbuh. Saya rasa itu sangat kritikal kerana sesetengah hutan tidak boleh ditebang walaupun digantikan dengan spesies yang sesuai di hutan.

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Terima kasih.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Itu- soal itu, ya.

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ya Yang Berhormat Kuala Kedah.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Terima kasih.

Ya terima kasih Yang Berhormat Baling. Saya melihat apa yang berlaku di Baling, saya dapat ziarah dan saya juga ucapkan tahniah atas tindakan Ahli Parlimen yang cukup prihatin, yang tidak tidur malam saya difahamkan. Akan tetapi apa yang kita lihat bersama, keadaan air yang ketika itu pun keruh. Maknanya tidak ada hujan tetapi keruh. Jadi saya tidak tahu bagaimana ia boleh berlaku dan kenapa perkara ini sudah sekian lama baru kita tahu ada kolam dan sebagainya. Apakah Ahli Parlimen Baling mengetahui keadaan ini?

Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Terima kasih rakan-rakan...

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Sedikit Yang Berhormat Baling.

Sekejap, sekejap. Saya jawab dahulu. Saya hendak beritahu berkaitan dengan soalan Yang Berhormat Pontian. Memang betul dan kita hari ini bukan hendak mencari salah sesiapa. Kita bukan hendak cari salah mana-mana kerajaan, kepimpinan mana-mana. Kita hendak mencari titik permulaan untuk penyelesaian, sebab itulah Yang Berhormat Menteri bawa perkara ini secara kebetulan perkara ini telah berlaku. Kita minta Kerajaan Pusat, Kerajaan Persekutuan- bukan lepas ini, beri kuasa sepenuhnya kepada kerajaan negeri. No more. Ini sebab sudah banyak isu ini berlaku. Sampai bila kita hendak berlandaskan harapan- kita NGO, bawa tilam, bawa dapur. Enam bulan, tiga bulan sekali, kena tukar dapur, kena tukar tilam. Apatah lagi pada hari ini kalau kita tengok apa yang berlaku pada Baling dan kawasan-kawasan lain, hari ini bila berlaku bencana alam, kerajaan negeri lumpuh. Mereka tidak mampu menyelenggarakannya. Ia mesti memerlukan sokongan dan bantuan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, sehingga kepada Menteri-menterinya, agensi kerajaan, NGO, orang perseorangan, polis, tentera dan sebagainya. Terima kasih kepada Kementerian Pertahanan bersama-sama dengan KKR. Tiga puluh enam jam kami dapat pasang Bailey bridge tersebut. Kalau tidak, bayangkan bila kampung terputus, masjid dan juga orang kampung dan sekolah- ini musibah. Orang sudah meninggal dunia. Hendak bawa keluar jenazah pun tidak boleh. Itu sebabnya saya menyatakan pada hari ini, kita sepatutnya memang kena- wajib, kementerian sudah tidak boleh lagi kita serahkan kepada kerajaan negeri semata- mata. Saya juga ingin menyatakan kepada sahabat saya yang dari Kuala Kedah tadi. Sebetulnya memang. Kalau kita hendak cabut, kita hendak tanam semula memang tidak boleh. Akan tetapi kalaulah semua kuasa diberikan kepada pihak negeri dan diwujudkan pula Menteri Besar Incorporated (MBI) dan sebagainya, jadi Kerajaan Pusat tidak tahu apa yang sedang berlaku dalam kawasan masing-masing, negeri masing-masing. Jadi saya lagi sekali Tuan Yang di-Pertua, apa yang berlaku kepada kawasan- kawasan kami, khususnya saya di Baling- saya merasakan sangat-sangat sedih sekali bila kehilangan nyawa. Saya sudah cakap beberapa kali, saya pohon satu siasatan yang terperinci- tidak kisahlah KeTSA kah, Jabatan Geosains dan Mineral yang selalu membuat struktur tanah dan sebagainya. Mereka yang siasat. Akan tetapi saya minta pihak-pihak lain, agensi lain tampil ke hadapan untuk menyiasat dan beritahu salah siapa, siapa yang lakukan. Saya hendak kali ini untuk dalam perbahasan saya, saya hendak fokuskan kepada pindaan Akta Perhutanan yang diberi kuasa sepenuhnya kepada kerajaan negeri ini harus diberikan kepada Kerajaan Pusat supaya Kerajaan Pusat tahu setiap pergerakan dan setiap- di bawah seksyen 11(2) iaitu Bidang Kuasa Persekutuan. Jadi di Baling sekarang ini, rakyat kami sedang trauma lagi. Kami minta kepada Yang Berhormat Menteri tolonglah laporkan dalam kadar yang segera, adakah- sama ada rakyat kami di sana masih selamat untuk duduki rumah itu? Ini sebab kelmarin dahulu Tuan Yang di-Pertua, saya daki gunung itu. Dua jam naik ke atas, tengok masih lagi ada takungan air di atas. Kalau takungan yang sudah pecah ada tiga, yang ada ini macam sebesar padang bola sepak. Kalaulah takungan ini pecah, ini dia kalau nampak Tuan Yang di-Pertua... [Menunjukkan senaskhah dokumen] Daripada hutan iaitu pokok kayu balak sudah jadi highway sebesar dua kali- ganda Sungai Pahang. Ini yang berlaku dan masih lagi ada takungan air di atas yang mana manmade. Takungan ini tidak ada- ini saya pergi sendiri ambil gambar. Takungan itu tidak ada piling, tidak ada apa. Mereka tadah tanah, taruk plastik hijau, selepas itu tanah lagi, plastik hijau, tanah lagi, plastik hijau dan tadah air. Air ada 40-50 kaki.

Sekarang ini sudah mula retak. Kalau pecah dalam masa terdekat ini, saya tidak tahu apa yang akan berlaku. Sebab itulah rakyat Baling, kami hendak tahu, apakah tindakan kerajaan, apakah tindakan kerajaan? Terima kasih kepada pihak KPLB yang telah datang dengan pantasnya, Yang Berhormat Padang Terap untuk membina 21 buah rumah dengan serta-merta. Saya hendak ucapkan terima kasih. Akan tetapi saya takut rumah ini nanti dibina, kalau kolam di atas ini tidak dapat diselesaikan, runtuh lagi sekali, kena buat rumah sekali lagi. Jadi itulah saya hendak menyatakan pada hari ini, sangat-sangat dahsyat. Perkara ini tidak boleh kita biarkan. Saya minta kepada Yang Berhormat Menteri Ekonomi bahawa, saya terbaca semalam beliau menyatakan selepas ini projek-projek yang belum dimulakan, tidak dapat dilaksanakan kerana kekangan kewangan dan sebagainya.

Saya merayu rumah-rumah yang terlibat dalam bencana alam ini kita harus memberi tumpuan. Rancangan tebatan banjir patut diberikan tumpuan utama supaya setiap tahun kita tidak akan kehilangan berbilion-bilion ringgit, padahal kita boleh selesaikan. Tuan Yang di-Pertua, bayangkanlah bila mana empat hari bulan, mangsa banjir, mulanya tali air pada empat hari bulan dan berlaku sampai semalam, lebih 16,000 orang sukarelawan yang datang membantu banjir. Bayangkan kosnya, walaupun mereka keluarkan daripada poket sendiri, Menteri- menteri datang, 11 orang Menteri datang pakai duit kerajaan, KSU datang, pegawai datang, ini satu kerugian. Duit ini dapat diselamatkan kalau kita dapat melaksanakan tebatan banjir dengan baik. Apatah lagi secara kebetulan pindaan ini dapat kita lakukan, boleh ada semak dan imbang daripada Kerajaan Pusat. Selepas ini, tidaklah sewenang-wenangnya mana-mana Menteri Besar atau Exco ataupun pegawai-pegawai hutan, pegawai-pegawai daerah tanah meluluskan tanah hutan simpan ini. Jadi, sekali lagi saya harap dengan perbahasan saya pada tengah hari yang berbahagia ini, saya dapat ini- sebab saya dapat berita daripada mereka yang pakar- pakar, di antaranya Ketua Pengarah JPS, Ketua KSU KASA, Menterinya datang. Mereka beritahu saya bahawa taburan hujan yang berlaku pada hari tersebut dengan perkiraannya, tidak sepatutnya banjir berlaku dalam Daerah Parlimen Baling. Air jalan 8.5 kilometer, 40 kilometer sejam. Air naik dalam rumah dalam masa 10 minit, 9 kaki. Orang peniaga kedai, duit syiling pun tak dapat diselamatkan. Jadi, saya nak beritahu perkara ini, saya harap biarlah Baling menjadi kawasan yang terakhir. Oleh kerana kalau tidak, kalau perkara ini kerap berlaku, saya percaya kita tidak akan dapat melaksanakan segala rancangan kewangan kita dalam bajet dan kita akan menghadapi masalah kewangan yang besar.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Yang Berhormat Baling, sedikit.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Terima kasih Yang Berhormat Baling, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga rasa sedih terhadap Baling dan juga Padang Serai telah terlibat dengan banjir ini dan tidak dapat air selama dua hari. Selut- selut masuk di Sungai Kuala Muda dan rosakkannya. Pada masa yang sama juga, saya mengharapkan negeri Kedah membayar pampasan bukan RM500 tapi RM5,000 tiap-tiap rumah di Baling. Susah betul tengok mereka. Basuh rumah mereka, selut begitu tinggi dan sebagainya. Saya sokong Yang Berhormat Baling. Yang Berhormat Baling, tolong tuntut supaya mereka dapat pampasan seimbang dengan apa yang mereka lalui. Sekian, terima kasih Yang Berhormat Baling.

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai.

Tuan Sabri bin AzitPAS · PNJerai

Tuan Yang di-Pertua, Jerai sikit.

Ya, sila Yang Berhormat Jerai.

Tuan Sabri bin AzitPAS · PNJerai

Tadi Yang Berhormat Baling ada sebut tentang pembinaan Old Bailey Bridge ataupun jambatan sementara ini yang kos krennya melibatkan RM20,000 sehari. Apakah cadangan Yang Berhormat Baling untuk mengatasi kos-kos yang di luar jangkaan ini?

Ya, terima kasih Yang Berhormat Jerai. Sememangnya saya ada sedikit pengalaman Tuan Yang di-Pertua, kos sewa kren itu, tentera dengan KKR kena bayar RM20,000 untuk sehari. RM20,000 sehari nak sewa kren. Jadi, saya harap ia juga dapat diberikan kepada tentera ataupun pihak KKR, belikan aset dan beri kepada mereka sebab itu amat penting pada hari ini untuk membina sebuah Bailey Bridge. Secara kebetulan sahabat saya, Yang Berhormat Jerai berada bersama-sama saya dengan tentera dan juga pihak KKR di sana. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memberitahu, bukan sekadar manusia sahaja bermasalah bila mana berlakunya hancurnya hutan, gunung dan sebagainya. Hari ini, binatang-binatang buas pun bermasalah. Semalam, enam ekor gajah sudah keluar dari hutan tersebut, dari bukit, gunung tersebut dan datang pula ke Baling. Kami di Baling seperti jatuh ditimpa tangga. Gajah pula datang kerana tak ada tempat, nak pergi mana? Sudahlah rakyat tak ada tempat nak tinggal, gajah pun tak ada tempat nak tinggal. Jadi, kita terpaksa tembak gajah itu menggunakan pelali untuk tangkap dan hantar pula ke kawasan-kawasan yang lain. Jadi, kalau kita tengok apa yang berlaku kepada Baling pada kali ini amat dahsyat. Saya jumpa seorang pak long, umur dia 101 tahun. Dia kata 100 tahun tak pernah berlaku, air Gunung Inas itulah yang diminum oleh lebih 6,000 orang rakyat di situ. Hari ini, air tak boleh minum. Mandi jenazah pun dengan selut. Perkara ini semua berlaku pada tahun 2019, puncanya berlaku pada tahun 2019 sehingga kini, akhirnya hancur sudah, meninggal sudah rakyat kami. Kawasan-kawasan yang ada, yang Tuan Yang di-Pertua pergi pada hari tersebut, itu bukan kawasan sebenarnya. Kawasan yang Tuan Yang di- Pertua tengok macam Sungai Pahang, tidak betul. Itu adalah apa yang berlaku. Yang Berhormat Pontian datang, betul. Apa yang berlaku di situ hanya 30 kaki sahaja charok itu dan Lata Celak di antara lata yang paling cantik dan indah di dalam Daerah Parlimen Baling tetapi hari ini hancur. Landskapnya berubah, 1,059 buah rumah hancur, barang-barang 100 peratus, 18 buah rumah dihanyutkan air dalam 20 saat. Kayu balak turun dari gunung hentam rumah, hentam jambatan. Lebih daripada tujuh buah jambatan putus. Jadi, ini semua telah berlaku. Motosikal sahaja Tuan Yang di-Pertua, dalam sungai lebih 2,000 buah motosikal. Jadi, ini kerana siapa? Jadi hari ini, titik permulaan yang kita nak buat, saya merayu kepada Tuan Yang di-Pertua, saya merayu agar Yang Berhormat Menteri ambil nota, berilah kuasa ini. Kuasa bukan sekadar 100 peratus, seksyen 11 dan seksyen 12 menyatakan perkara tersebut hanyalah di bawah kerajaan negeri. Kuasa kerajaan negeri harus diberikan peluang kepada Kerajaan Pusat untuk bersama-sama memutuskan sebarang perubahan ataupun sebarang pertukaran hutan selepas ini. Oleh kerana apa? Bila jadi sahaja masalah bencana, kerajaan negeri waima hatta negeri Selangor ke, negeri Pahang ke, Negeri Sembilan ke atau mana-mana negeri, mereka tak mampu sebab terlalu besar dan perlu diselesaikan dalam masa yang cepat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat, masa dah tamat dah.

Jadi, saya merayu, selepas ini berikanlah kuasa ini, kongsilah kepada negeri.

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Tuan Yang di-Pertua. Brother, Yang Berhormat Baling. Saya faham Yang Berhormat Baling ini memang banyak emosi dalam perkara ini, dah cukup masa tetapi I give you four minutes to finish. No point for me to start my new speech halfway.

Thank you, thank you brother.

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Boleh Tuan Yang di-Pertua? Terima kasih. Minta izin daripada Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Sila, habiskan sampai pukul 1.

Thank you, very kind of you sebab saya pun ada beberapa perkara lagi yang saya hendak sebut. Jadi, saya harap Tuan Yang di-Pertua, dengan memasukkan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dalam hal ehwal Hutan Simpan Kekal dan tanah kuari Hulu Selangor dan tanah tinggi ini, contoh pembangunan kuari di kawasan saya di Padang Che Mas di Gunung Baling. Ini semuanya patut dimasukkan dalam akta-akta supaya boleh dipinda. Membangunkan agensi Kerajaan Persekutuan bercampur dengan tanah urusan pembangunan hutan simpan di kawasan-kawasan sensitif untuk kepentingan awam. Jadi, sekali lagi saya harap siasatan awam disebut dalam pindaan seksyen 11(2) Akta Perhutanan Negara 1984 dapat dilaksanakan dan perlu melibatkan agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Alam Sekitar, PERHILITAN, Jabatan Pengairan dan Saliran serta agensi-agensi lain. Town hall mesti dapat dilakukan. Hari ini, kita ada bomba, NADMA, JPAM, KKR, ATM, paramedik, JKM, kementerian-kementerian sampai Kementerian Perpaduan pun datang untuk membantu kita di sana. Jadi, saya ucapkan jutaan terima kasih sebab kalaulah perkara ini tidak dapat dibendung, saya percaya hari ini pokok musang king iaitu di Gunung Inas telah menjadi satu cerita, berita yang amat sedih dan tergempar. Saya harap biarlah Baling menjadi titik noktahnya. Janganlah berlaku di tempat-tempat lain. Sekali lagi persoalan orang Baling nak tahu, apakah rakyat Baling masih selamat? Boleh hidup dengan selamat di tempat tinggal masing-masing? Siapa yang akan menjamin keselamatan mereka? Adakah pihak kerajaan negeri atau Kerajaan Persekutuan? Ini pun kami dalam dilema sebab kita melihat di sana orang itu menuduh orang ini, orang ini menuduh orang itu. Jadi cadangan saya, perlulah ada sinergi di antara kuasa kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan berkaitan dengan pembangunan tanah ini kerana akhirnya, Kerajaan Pusat yang akan diberi tanggungjawab menanggung semuanya. Sehingga hari ini, kami banjir bulan lapan dulu last year, bulan 10, bulan 12. NADMA tak habis bayar duit lagi. Ini dah tambah lagi pula 1,059 orang lagi yang dah kena. Jadi, bagaimana? Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, beliau cuba sedaya mampu. Pengumuman demi pengumuman telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, terima kasih. Beliau telah memberikan wang ihsan RM1,000 pada hari pertama. Saya sendiri pergi menyerahkan RM10,000 kepada keluarga mangsa yang telah meninggal dunia, tiga buah keluarga. Saya menyerahkan RM30,000 di kawasan hospital, di forensik. Di bilik mayat, saya serahkan kepada waris mereka dan juga bantuan-bantuan lain tetapi sampai bila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri harus melakukan perkara ini? Sehinggakan kekangan kewangan sudah menjadi nyata dalam negara kita. Soal bajet, sampai Yang Berhormat Menteri Ekonomi terpaksa keluarkan kenyataan bahawa ada projek-projek yang mana belum bergerak, tak dapat dilaksanakan kerana kekangan kewangan. Jadi, saya harap perkara ini dapat kita bendung dan sekali gus- secara kebetulan hari ini kita tak sangka, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] maksudnya ‘Kita rancang, Allah rancang’. Hari ini secara kebetulan, bill ini dibawa oleh Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan pindaan hutan dan perkara ini juga sama berlaku di Baling pada 14 hari yang lalu. Jadi, ini saya fikir ialah perkara yang baik. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin merakamkan terima kasih kepada semua pihak. Saya nak cakap satu persatu, banyak sangat tetapi yang mana saya perasan, saya nak ingatkan, terima kasih kepada semua pihaklah yang mana KKR datang, KKLB datang, ATM datang, bomba, polis, JPAM, semua NGO, syarikat-syarikat

korporatnya, daripada universiti-universiti, kolej, pilot darat tak darat, individu semua datang untuk membantu tetapi saya kasihan. Kalaulah kita tak dapat bendung isu ini, setiap kali selepas ini, what is next? Selepas Baling, siapa? Okey, hari ini semua orang beri tumpuan pada Baling. Nau’uzubillahiminzalik, dua hari ke-empat hari lagi jadi di tempat lain. Baling ditinggalkan, orang lain itu pula akan diberi tumpuan. Sampai bila? Jadi, saya harap titik noktah. Dengan adanya kita nak buat pindaan hari ini, pindaan ini saya harap akan mendapat satu titik noktah untuk memastikan kita dapat bendung isu-isu pembalakan, isu-isu memberikan tukar iaitu daripada reserve hutan ditukar dan diberi kepada lain hak milik, syarikat kepada syarikat kepada individu. Saya harap ini dapat kita bendung dan insya-Allah saya fikir kalau ada tanam semula dalam kawasan Musang King, rakyat saya tak nak dah Musang King. Amat-amat bahaya. So, mereka kata tanamlah balik apa-apa berkaitan dengan timber, latex ataupun pokok getah dan sebagainya. Inilah harapan kami dan saya harap kerajaan dapat mengambil berat. Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, saya nak beritahu juga. Kalau nak fikir fasal gunung, hutan, di kawasan kami di Baling dan Sik semua ini, termasuk Pendang, Kampung Yu pun banyak lagi tanah-tanah yang terbiar. Pendang terbiar. Hari ini semua dah tak ada padi. Bila jadinya tsunami, saya boleh panggil ini inland tsunami sebab perkara yang sama berlaku bila saya berada di Brisbane membawa panji-panji iaitu bendera Malaysia dalam humanitarian mission ke Brisbane, benda yang sama berlaku di kawasan yang digelar Gatton. Di Gatton itu, di bukit itu pecah air, tali air. Ramai orang mati, hancur universiti. Enam buah universiti dilalui air lebih 10 kaki pada waktu itu. Saya pergi bantu. Sama yang berlaku. Hari ini bendang dah tak ada, bertanam, cucuk tanam dah tak ada. Mereka ini dah jatuh dan hampir-hampir ditimpa tangga, habis. Apa yang ada dalam Daerah Baling ini semua habis. Nak start balik, percayalah tiga tahun lagi belum tentu lagi dapat hasil. Pokok durian pun hancur, Tuan Yang di-Pertua. Pokok-pokok durian yang ada, yang di atas itu ada pokok durian yang 30 biji, 50 biji yang hari-hari tunggu nak jatuh untuk jual, sekarang ini pokok pun dah tak ada. Dah jadi padang jarak padang tekukur.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Baling, baik.

Jadi, itulah kesan. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang datang ke Baling, thank you for your attendance. Saya tahu Yang Berhormat Menteri jumpa saya di sana. You saw it by yourself, you can believe apa yang saya sebut ini. Saya percaya Yang Berhormat Menteri faham keresahan saya, kegelisahan saya, luahan saya. Sepanjang 27 tahun saya berkhidmat di Baling, inilah kali pertama saya nampak musibah yang paling dahsyat, yang perlukan sokongan dan dukungan, khususnya daripada kementerian Yang Berhormat untuk menyelesaikan, bukan sekadar isu hutan, isu tanah, isu pasir, isu lumpur, malah gajah atau binatang buas pun dah mula keluar. Itu yang membimbangkan rakyat kami dalam Daerah Parlimen Baling. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tolonglah kami Yang Berhormat Menteri, tentang apa yang saya sebutkan tadi. Yang Berhormat boleh gulung dan boleh melaksanakannya. We walk the talk. Janji kita mesti ditepati! [Membaca doa penutup ucapan] Wabillahi taufik wal hidayah, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis Mesyuarat berhenti rehat dan disambung semula pada jam 2.30 petang nanti. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.04 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

[Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) mempengerusikan Mesyuarat]

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Bentara semak kuorum. [Bentara mengira kuorum Ahli-ahli Dewan Rakyat] Memandangkan dengan izin, the quorum is not 26, shall we proceed Members of Parliament? Okey setuju dan...

Tuan P. PrabakaranPKR · PHBatu

Setuju.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Baik. Bismillahi Rahmani Rahim. Dipersilakanlah Yang Berhormat Subang, 16 minit.

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahas rang undang-undang pindaan Akta Perhutanan Negara ini. Ini merupakan satu pindaan yang cukup tebal dan komprehensif. Pada dasarnya saya menyokong pindaan ini walaupun ada beberapa pindaan-pindaan spesifik yang perlu dihuraikan oleh Menteri. Akan tetapi semangat pindaan ini, saya memang setuju. Pada amnya pindaan ini akan memberi kuasa tambahan kepada Kerajaan Pusat. Ada klausa-klausa hukuman dan penalti di dalam pindaan ini yang boleh menyekat pembalakan haram dan juga memberi peluang untuk menguruskan pembangunan lebih mampan bagi hutan kita. Tuan Yang di-Pertua, dalam ucapan dasar ini saya akan menekankan tiga perkara dasar. Pertama, pindaan ini akan membenarkan Kerajaan Pusat membuat rancangan yang lebih rapat mengenai hutan taman negeri yang kepunyaan kerajaan-kerajaan negeri dan ini akan memberi status baharu sebagai hutan simpanan kekal. Walaupun secara prinsipnya hutan adalah di bawah bidang kuasa dan kawalan kerajaan-kerajaan negeri tetapi kerana isu-isu global berkaitan perubahan iklim, isu hutan kini adalah tersangat penting. Oleh itu Kerajaan Pusat perlu memberi lebih perhatian dan juga kalau perlu kuasa ke atas hutan-hutan yang dipunyai oleh negeri-negeri. Kerajaan Pusat juga mempunyai tanggungjawab untuk memastikan ekonomi negara kita menuju ke status sustainable dan kesemua kegiatan perdagangan antarabangsa ataupun international trade dengan izin, kini perlu memenuhi kriteria yang tinggi. Banyak certifications dia. Jadi isu hutan adalah sebenarnya satu frontline issue mengenai national sustainability. Maka pindaan ini memanglah tepat pada masa untuk memastikan kawalan hutan kita dijadikan satu keutamaan negara dan bukan sahaja pada tahap negeri sahaja, dengan izin, forestry needs to be a national issue and not just a state matter. Tuan Yang di-Pertua, memang di kawasan Subang memang tidak ada hutan. Tadi ada Ahli Parlimen tanya saya kenapa hendak cakap sangat tentang perkara ini. Sebenarnya kampung saya ini Kota Bharu, Kelantan. Hasil hutan Kelantan adalah tersangat penting daripada segi hasil pendapatan untuk kos operasi Kerajaan Negeri Kelantan. Oleh itu Kerajaan Pusat tidak boleh teruskan amalan membuli Kerajaan Kelantan berdekad-dekad. Kerajaan Kelantan tidak diberi dana secukupnya semenjak masa pimpinan Tok Guru Nik Aziz lagi. Kalau tidak cukup dana, Kerajaan Kelantan akan terus terdesak dan membuka hutan-hutannya. Sebenarnya Kerajaan Kelantan sekiranya cukup dana fiskalnya boleh menyumbang kepada perlindungan hutan-hutan kita dan menjadikan hutan-hutan kita lebih mampan, lebih sustainable. Oleh itu walaupun saya menyokong pindaan ini untuk memberi kuasa tambahan kepada Kerajaan Pusat, saya ingin mengingatkan Kerajaan Pusat juga perlu memberi satu financial commitment untuk memberikan dana secukupnya

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

kepada negeri-negeri yang memerlukan hasil hutan. Negeri-negeri seperti Sabah, Sarawak, Pahang dan Kelantan memang semua negeri ini memang memerlukan hasil daripada hutan ini. Isu ini perlu dibawa oleh Yang Amat Berhormat Bera sebab dia anak Pahang. Pendek kata dengan izin, if the Federal Government is asking for more power over forestry matters, please provide adequate funds to the state government. Kalau tidak, kerajaan negeri tidak boleh menjadi lebih mampan, tetapi menjadi lebih terdesak sampai membuka konsesi-konsesi balak berlebihan. Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua sudah tiba masanya kita buat rancangan lebih terperinci dan lebih teratur di antara kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat dalam hal ehwal perhutanan. Kita semua tahu setiap tahun negeri-negeri akan membuka hutan- hutan mereka untuk dieksploitasi, sama ada untuk menjadikan ladang sawit yang lebih ataupun menjadi ladang hutan. Saya faham banyak negeri memerlukan pelaburan ladang sawit dan juga ladang hutan. Kedua-dua industri ini bakal menjana pekerjaan kepada rakyat dan juga merancakkan ekonomi di kawasan pendalaman. Kalau tidak buat projek-projek ini, pendalaman itu habislah. Akan tetapi, pada pandangan saya Tuan Yang di-Pertua, secara prinsip utama, hutan kita tidak boleh lagi ditebang dan ditukar kepada ladang-ladang sawit. Amalan ini perlu dihentikan. Kita dah cukup ladang-ladang sawit di Malaysia. Akan tetapi kalau hutan kita diubah kepada ladang hutan, bagi saya demi kepentingan ekonomi, kita masih ada sedikit ruang untuk melakukannya tetapi ia perlu dilakukan dengan cara mampan, terkawal dan teratur. Saya merujuk kepada negara-negara maju yang mempunyai industri perhutanan yang pesat dan pada masa yang sama mempunyai track record environment yang cukup baik, khasnya empat negara iaitu Kanada, Finland, Norway dan Sweden.

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Hakikatnya semua negara tersebut sebenarnya tak banyak pun hutan kekal atau hutan asli. Kebanyakan hutan mereka itu ladang-ladang hutan. Dengan izin, there is actually very little natural forest in all these advanced countries that have excellent environmental records. Oleh yang demikian, kita tidak perlulah bergaduh dengan negara- negara maju ini. Ada yang kritik negara barat sebagai hipokrit kerana mereka telah menebang hutan-hutan asal mereka 100 tahun dahulu. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, this argument is nonproductive. Saya juga tidak percaya langsung pada persepsi kita ditindas oleh negara Barat, a form of new colonialism daripada segi kemapanan dan environmental protection. Bagi saya negara kita is part of the global community. Kita perlu jaga hutan kita sebagai satu duty bukannya kita ikut buat benda ini untuk kehendak negara-negara Barat ya. Kalau kita hendak gaduh retorik, tentang hipokritlah, tentang new colonialism ini nonproductive at all, jadi tak guna. Sebenarnya saya hendak cadangkan kepada Dewan yang mulia ini kita belajar daripada mereka pula, bukannya gaduh dengan mereka. Kita kena belajar sebab kalau 90 peratus dari hutan mereka yang di Norway, Finland ini adalah ladang hutan tetapi mereka masih dianggap di seluruh dunia sebagai negara yang baik dari segi perlindungan alam sekitar with excellent environmental records, why don’t we just learn and do what they do? Cadangan saya senang. Berdasarkan data Kementerian Tenaga dan Sumber Asli tahun 2018, negara kita masih mempunyai 18.3 juta hektar hutan iaitu 54 peratus bumi kita adalah masih hutan. Data ini disokong oleh WWF. Kita perlu membuat perkiraan, pertama, berapa besarkah pasaran dunia untuk produk-produk dan hasil-hasil hutan seperti kayu balak, kayu papan, perabot, MDF, rotan, buluh dan daripada perkiraan tersebut kita boleh mendapat jumlah hektar hutan yang kita perlukan untuk memenuhi pasaran-pasaran tersebut. Kita juga perlu kira berapakah syarikat-syarikat perabot yang boleh menjadi mampan sekiranya kita ada bekalan hasil dan produk-produk hutan yang stabil. Kita perlu juga buat pengiraan, berapa jumlah pekerjaan yang kita boleh janakan daripada industri agroforestry ini dan kita perlu kira juga

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

apakah untung kepada syarikat-syarikat agroforestry dan berapakah hasil cukai yang Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri boleh dapat daripada industri-industri ini? Apa yang saya hendak kata Tuan Yang di-Pertua ialah let’s do the math lah, please. Perkara ini memang emotional, memang tentang climate change tetapi kalau kita sebagai satu negara tak faham, kita kena buat perkiraan di antara ekonomi dan juga climate change, kita akan rugi.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Yang Berhormat Subang, boleh saya minta penjelasan?

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Ya, silakan.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Yang Berhormat Subang, saya hendak kembali kepada idea yang dilontarkan tadi tentang tanggungjawab Kerajaan Pusat untuk membantu kerajaan- kerajaan negeri berkaitan dengan perlindungan hutan sebab sekarang masa sudah sampai, sekarang adalah sangat penting untuk melindungi hutan yang kita ada. Hakikat juga menunjukkan bahawa kerajaan-kerajaan negeri memerlukan pendapatan dari hutan, itu satu realiti. Contohnya, negeri Kelantan, Kedah juga, mereka dapat pendapatan setiap tahun daripada aktiviti pembalakan. Akan tetapi memang ada masalah dengan pembalakan yang tidak terkawal dan saya ingin kongsikan satu perbualan yang saya ada pada masa 2019 semasa saya Timbalan Menteri di KPLB dan bertanggungjawab untuk isu Orang Asli. Saya sempat bincang dan membangkitkan hal ini dengan Timbalan Menteri Besar Datuk Amar di Kelantan masa itu. Saya tanya kepada beliau, Kerajaan Negeri Kelantan dapat setiap tahun beberapa ratus juta ringgit sebagai pendapatan daripada cukai, royalti dan sebagainya, daripada pembalakan. Katakan separuh atau hampir semua duit itu, dana itu diberi, dibayar kepada kerajaan negeri oleh Kerajaan Pusat, sanggup kah kerajaan negeri kurangkan atau berhentikan aktiviti pembalakan dan melindungi hutan dan tukar pendekatan kepada bukan aktiviti pembalakan tetapi aktiviti pelancongan atau ekopelancongan. Yang mana Menteri Besar Kelantan semasa itu, dia kata dia terbuka untuk bincang. Oleh sebab isu mereka untuk kerajaan negeri ialah pendapatan. Jadi, dalam keadaan sekarang, di sinilah saya hendak halusi idea yang dilontarkan tadi, dalam environment sekarang dana hijau atau green funding memang cukup senang untuk dapat dan Malaysia boleh pinjam atau dapat dana itu dan gunakan untuk melindungi hutan-hutan kita. Formula itu mestilah dibincangkan secara detail dan supaya dana ini sustainable, kena bayar bertahun-tahun. Jadi, apa pandangan Yang Berhormat Subang tentang idea ini? Patut kah Malaysia serta-merta untuk menangani isu perubahan iklim atau climate change ini, mula berfikir tentang pendekatan ini secara serius? Terima kasih.

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Buloh. Ya, saya setuju dan memang itu adalah satu ilustrasi di mana Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri kena bincang. Kalau Kerajaan Negeri Kelantan itu perlukan RM50 juta setahun daripada hasil hutan, bagi teruslah dari Putrajaya ya, kita boleh selesaikan isu. Baik saya sambung, maka Kerajaan Pusat dan negeri boleh bekerjasama untuk membuat rancangan besar-besaran dengan baik, yang mana kita bermula dengan komitmen supaya sembilan juta hektar itu— kita ada 18 juta lagi ya, akan dikekalkan sebagai hutan simpan buat selama-lamanya. Kalau kita simpan sembilan juta dulu, hutan kekal ini boleh digunakan untuk pelaksanaan sistem carbon credit seperti apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Sungai Buloh. Balance sembilan juta itu, saya rasa kita boleh pertimbangkan sebagai satu syarat tetapi mesti ada syarat, pengurusan yang terbaiklah, untuk ladang hutan. Kalau kita tak buat rancangan sekarang, dalam jangka masa 10 tahun ini hutan kita akan terus hakis entah ke mana. If we don’t plan now, we will finish everything.

Yang Berhormat Subang.

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Ya. Silakan.

Yang Berhormat Subang, bercerita tentang carbon credit sebagai salah satu sumber yang boleh didapati daripada hutan ini. Adakah Yang Berhormat nampak di dalam pindaan rang undang- undang ini satu peruntukan di mana dia boleh facilitate untuk tujuan ini?

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Terima kasih. Nampaknya tidak direct tetapi dalam ucapan Menteri tadi dia kata satu matlamat ialah untuk climate change dan carbon credit itu ataupun carbon tax juga boleh menjadi instrumen untuk climate change yang terbaik. Saya harap Menteri akan memberi— ya lah, saya faham dia kena kerja dengan Minister of Environment tetapi isu tentang carbon credit, carbon tax ini kena diutamakan. Baik, bagi saya kalau kita hendak buat ladang hutan kita start lah dengan 1 juta sahajalah ataupun five percent ataupun lebih kurang daripada sembilan juta hektar yang ada. Akan tetapi semua industri itu kena menunjukkan, membuktikan bahawa mereka mengamalkan amalan yang terbaik di dalam agroforestry seperti Kanada, Finland, Norway dan juga Sweden. Dengan izin, the industry has to fully adopt and adapt the best forest management policy from Canada, Finland, Norway and Sweden and only if the industry meets these high environmental standards barulah kerajaan kita boleh mempertimbangkan peluasan pengusahaan ladang hutan. Daripada perkiraan-perkiraan tersebut, kita kena lihat tentang isu carbon credit dengan lebih baik ya, kita kena memastikan carbon credit itu setimpal dengan penjanaan ekonomi melalui agroforestry. Sekiranya dunia Barat tidak hipokrit dan mula memberi carbon credit dengan harga berpatutan, sembilan juta hektar yang kita simpan untuk hutan kekal ini boleh dipertingkatkan ke 10 juta hektar, ke-12 juta, ke-15 juta, semua, ke-18 juta pun boleh tetapi dia kena bayarlah. Carbon credit itu, tak guna kalau kita cakap dia tak nak bayar, kita protect our environment for whose purpose? Oleh itu, saya cadangkan kita run dengan izin, both revenue streams from carbon credit and agroforestry and then, selepas itu mengambil satu pendekatan yang fleksibel, yang mana menguntungkan negara kita, kita buat lebih.

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Akan tetapi pada amnya kita kena jaga hutan-hutan kita. Tuan Speaker, masa sudah habis tetapi saya cuma nak katakan saya harap ucapan saya ini menjadi starting point kepada both sides, enviromentalists dan juga industri perhutanan untuk memulakan satu perbincangan yang serius dan saya minta Yang Berhormat Menteri menjadi middleman untuk memastikan perbincangan ini berlaku sebab kita kena uruskan dengan baik sekali. Oleh itu saya ada poin satu lagi, tak sempat, saya akan masuk ke dalam Facebook saya. Nanti siapa hendak baca, bolehlah tetapi tentang isu Pahang, banjir di Pahang dan kawan-kawan kita di Pahang saya rasa akan pick up the subject matter. Terima kasih banyak.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Subang. Dipersilakan Yang Berhormat Sik.

Assalamualaikum warahmatullah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bersama-sama pada petang ini membahaskan pindaan Akta Perhutanan Negara 1984. Pertama, saya menyokong penuh pindaan ini bagi kita memastikan kelestarian dan kesejahteraan negara bagi menjayakan strategi pertumbuhan hijau, menggalakkan penanaman semula hutan simpan dan turut melaksanakan kajian terhadap kadar pelepasan karbon. Ini sangat penting yang juga sebagai langkah yang telah kerajaan

umumkan, penekanan tentang sasaran pelepasan karbon bersih sifar menjelang tahun 2050 nanti. Tuan Yang di-Pertua, konsep ladang hutan yang disalahgunakan oleh syarikat- syarikat pembalakan yang ketika mana pada awalnya diberikan untuk penanaman semula. Namun konsep ladang hutan ini tidak harus – saya memberi pandangan bahawa tidak harus diteruskan bahkan perlu dibuat satu rombakan bagi mengelakkan berlakunya salah guna permit pembalakan yang telah diberikan kepada syarikat-syarikat pembalakan. Itu pertama yang saya sentuh. Kedua, bagi penggantian seksyen 11, saya ingin mengetahui bagaimanakah standard operating procedure dengan izin dan kaedah siasatan awam ini akan dijalankan apabila berlaku kelulusan pembalakan. Kita harus menyediakan satu mekanisme khusus dan telus bagi mengelakkan campur tangan pihak berkepentingan seperti mana pihak- pihak contoh broker-broker balak dan sebagainya, mereka ini mempunyai modal yang sangat besar. Juga saya ingin mencadangkan bagaimana kita harus memperluaskan konsep penebangan terpilih menerusi pembalakan helikopter atau turut dipanggil helicopter logging dengan izin. Pembalakan helikopter mungkin menawarkan kelebihan tertentu di mana akses jalan pembalakan dihadkan atau penggunaan sistem pembalakan konvensional yang dilarang, yang sedang dilakukan pada ketika ini. Kita perlu mengambil pokok-pokok yang matang sahaja yang sudah ditandakan dan tidak memerlukan penerbangan pokok-pokok kanopi bagi tujuan penerokaan jalan hutan. Laporan akhbar tempatan pada tahun 2006 yang lalu pernah mengatakan bahawa konsep helicopter logging ini pernah digunakan di Hutan Ulu Segama, Sabah. Jadi pihak kementerian harus melihat potensi sistem ini dikomersialkan secara meluas bagi diimplementasikan di kawasan penebangan balak termasuk di seluruh Semenanjung Malaysia. Ketiga, saya ingin bertanya apakah dapatan kajian daripada FRIM, penyelidikan hutan kita pada tahun lepas yang telah dijalankan termasuk yang dijalankan di kawasan di daerah saya Ulu Muda, Sik bagi kajian pengumpulan data sosioekonomi setempat terhadap kutipan hasil-hasil hutan. Bagaimanakah penguasaan pindaan ini mempengaruhi kesan daripada segi kelaziman aktiviti mencari rezeki penduduk setempat termasuk di daerah Sik dan di daerah-daerah lain yang dikelilingi oleh hutan seperti mana di Gua Musang, Kelantan, di Sungai Siput, Perak termasuk di Cameron Highlands di kawasan Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya adakah akta ini akan menghalang mereka daripada mengutip hasil hutan yang sememangnya menjadi pendapatan mereka secara tradisi yang mereka peroleh daripada buah-buah nadir di dalam hutan seperti buah keranji, buah tampoi, buah durian burung, akar-akar kayu bagi tujuan perubatan tradisional seperti pokok Tunjuk Langit, Akar Seruntun, Tongkat Ali dan sebagainya, yang mana khazanah-khazanah ini sangat banyak di dalam hutan-hutan kita. Dalam konteks lain, saya ingin bertanyakan bagaimanakah pindaan RUU ini dapat memberi keyakinan kepada kerajaan negeri untuk mereka juga konsisten bagi mengekalkan kelestarian menjaga hutan dan pada masa yang sama kerajaan negeri juga berhak mendapat hasil hutan kerana ia juga salah satu sumber hasil pendapatan negeri. Juga saya berpendapat bahawa pindaan RUU ini perlu mengimbangi keperluan bagi kedua-dua pihak. Maka adalah sangat wajar saya berpandangan bahawa apa yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri beberapa bulan yang lalu untuk memberi pampasan kepada kerajaan negeri termasuklah Kerajaan Negeri Kedah yang senantiasa mengekalkan Hutan Simpan Kekal bagi memperoleh win-win situation dengan izin bagi kedua-dua pihak. Terakhir Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan berkaitan dengan isu banjir yang melibatkan ataupun disebut kepala air yang juga telah berlaku di daerah Sik pada 27 Jun yang lalu. Beberapa minggu sebelum berlaku di Gunung Inas di Baling dan didapati berpunca daripada berlaku penebangan hutan di beberapa kawasan di Hutan Rimba Telui yang menyebabkan lebih 200 keluarga yang terkesan dan saya memohon

untuk pihak kementerian meneliti kesan-kesan yang telah berlaku, berlaku runtuhan tanah dan tebing dan juga berlaku sungai-sungai menjadi sempit dan juga terhakis. Akhir sekali saya ingin menegaskan pindaan RUU ini tidak dapat diimplementasikan secara menyeluruh selagi mana tiada pindaan yang menyelaras penguasaan ini di peringkat negeri. Jadi saya berpandangan ia tidak memberi kesan...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat sila gulung.

...selagi pindaan RUU ini tidak disambut dengan baik oleh kerajaan negeri bagi tujuan penyelarasan pindaan ini. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Sik. Dipersilakan Yang Berhormat Kluang.

Puan Wong Shu QiDAP · PHKluang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memandangkan saya hanya ada lima minit, saya akan sentuh dua isu sahaja berkenaan dengan rang undang-undang ini. Demi masa, kita berada dalam keadaan yang membimbangkan jika kita hendak memulihkan semula masalah kehilangan hutan di negara ini. Dahulunya, kita anggap hutan dan semua sumber alam sekitar sebagai hak kita untuk diambil, ditebang, dikorek. Lori demi lori balak keluar dari hutan-hutan kita. Akan tetapi adakah ini satu pendekatan yang betul? Ya, kita perlukan kemajuan namun kemajuan yang dikecapi tidak patut meninggalkan musibah dan kesan buruk kepada generasi yang akan datang. Saya telah banyak kali bangkitkan isu berkaitan hutan dan haiwan liar yang hilang habitat mereka dalam Dewan yang mulia ini semenjak tahun 2018. Pada tahun 2018, daerah Mersing di Johor telah kehilangan 10,000 ekar hutan. Kawasan tersebut telah digugurkan status Hutan Simpanan Kekal oleh kerajaan negeri pada tahun 2014. Gunung yang hijau luntur warnanya dalam beberapa bulan. Tompok besar coklat menggantikan bumi hijau yang wujud satu ketika dahulu. Ya, mungkin 10,000 ekar itu tidak cukup besar berbanding dengan pembangunan yang lain. Walau bagaimanapun impak buruk daripada aktiviti pembalakan, perladangan serta perlombongan di kawasan sana masih lagi terasa selepas empat tahun sehingga kini. Kita hilang gunung yang hijau, haiwan liar pula hilang habitat mereka. Ke manakah mereka boleh pergi? Semenjak aktiviti pembalakan dijalankan ke atas 10,000 ekar hutan tersebut, tidak ada satu hari pun petani-petani di kawasan berhampiran sana boleh tidur nyenyak. Gajah masuk ke ladang mereka setiap bulan, kalau bukan setiap minggu. Seekor gajah mampu memusnahkan agak-agaknya 100 pohon pokok sawit. Bayangkan satu family gajah yang hilang habitat dan menceroboh masuk ke sebuah ladang. Betapa besarnya kerugian kepada petani kita. Mereka sudah cuba membuat laporan polis, minta bantuan PERHILITAN, merayu di sini sana untuk pertolongan namun situasi tidak nampak baik langsung. Air mata mereka telah pun kering dan ada yang mahu give up sudah.

Puan Wong Shu QiDAP · PHKluang

Baru-baru ini, sekumpulan gajah telah masuk ke dalam kawasan Gunung Lambak. Itu kawasan saya. Bandar Kluang terletak di kaki Gunung Lambak sahaja. Ada gajah yang merayau masuk ke kawasan perumahan berdekatan...

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Tuan Yang di-Pertua, jam tidak jalan.

Puan Wong Shu QiDAP · PHKluang

Saya teruskan ya. Saya tidak pasti bila gajah mungkin akan masuk ke pusat bandar pula kerana jarak antara kawasan aktiviti mereka dengan pusat bandar adalah kurang daripada 10 minit sahaja.

Puan Wong Shu QiDAP · PHKluang

Kalau Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini datang ke Daerah Kluang, tanya sahaja pekebun-pekebun yang mempunyai ladang di kawasan Sembrong, Kahang dan Jemaluang di mana boleh tengok gajah. Mereka pasti akan memaklumkan- tepi jalan, sekian; waktu petang, jam sekian. Setiap hari. Kalau anak-anak bandar berminat hendak tengok hidupan liar, jemputlah datang ke kawasan- Daerah Kluang. Tidak perlu pergi ke Zoo Negara. Ada ‘night safari’ di Daerah Kluang, setiap malam. Tidak perlu tiket ya. Free. Apakah punca masalah haiwan liar berkeliaran masuk ke kawasan aktiviti manusia ini? Salah siapa gajah mencerobohi ladang-ladang malah kawasan perumahan? Siapa yang mengakibatkan mereka hilang habitat mereka? Dengan satu keputusan yang diambil oleh kerajaan, negeri pada tahun 2014 sahaja, kita hilang gunung yang hijau, jadi haiwan hilang kampung mereka. Masalahnya apabila kerajaan negeri memusnahkan sebuah Hutan Simpan Kekal mereka langsung tidak menggantikannya dengan mana-mana kawasan yang sesuai...

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

[Bangun]

Puan Wong Shu QiDAP · PHKluang

Okey, Yang Berhormat Bukit Mertajam.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kluang. Saya dengar dengan penuh minat tentang tindakan Kerajaan Negeri Johor yang mengeluarkan 10 ribu ekar hutan simpan di Mersing pada tahun 2014. Di sini saya hendak bagi tahu bahawa, sebenarnya kerajaan negeri termasuklah kerajaan negeri lain mempunyai kekangan daripada segi kewangan dalam memelihara dan memulihara hutan simpanan di negeri masing-masing. Contohnya Bukit Bendera. Tahun lepas telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai rizab biosfera negara. Hanya ada tiga buah di negara ini termasuk Bukit Bendera sekarang. Kawasan itu luas, lebih luas lagi daripada apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kluang iaitu 12,481 hektar. Ini memerlukan kos untuk- bukan sahaja memelihara malah untuk memulihara. Saya cadangkan, sama ada Yang Berhormat Kluang setuju, kita minta supaya Kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan berdasarkan keluasan hutan kepada kerajaan-kerajaan negeri supaya kerajaan negeri mampu- tidak perlu hendak keluarkan hutan seperti yang berlaku di Johor.

Puan Wong Shu QiDAP · PHKluang

Setuju sepenuhnya dengan cadangan Yang Berhormat Bukit Mertajam. Paling penting, kalau kerajaan negeri betul-betul perlu keluarkan satu buah kawasan hutan simpanan kekal, maka mesti gantikannya. Ganti balik. Cari satu buah kawasan tanah yang sesuai untuk ganti balik supaya kawasan hutan simpanan kekal kita tidak akan disusutkan lagi. Maaf Tuan Yang di-Pertua, saya akan sentuh satu poin lagi. Saya harap bahawa dengan pindaan seksyen 12, dalam Akta Perhutanan Negara ini, Jabatan Perhutanan setiap negeri boleh pastikan bahawa penggantian kawasan tanah itu perlu dilaksanakan mengikut syarat-syarat. Janganlah nanti ada orang yang cadang tempat atau kawasan tanah yang diganti tetapi yang sebenarnya tidak sesuai untuk dijadikan sebagai kawasan Hutan Simpan Kekal. Itu adalah sangat penting. Saya minta Yang Berhormat Menteri jelaskan di sini. Kalau ada gantian, apa syarat-syaratnya? Kalau tidak memenuhi syarat-syarat, bagaimana akan dilaksanakan dalam mana-mana negeri...

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat Kluang, sila gulung.

Puan Wong Shu QiDAP · PHKluang

Terima kasih. Saya akan gulung dengan poin kedua. Satu isu yang ringkas sahaja iaitu mengenai pendaki gunung. Kita faham ramai anak Malaysia sekarang berminat dalam aktiviti mendaki gunung. Jadi kita perlu memudahkan proses permohonan permit memasuki hutan simpanan kekal bagi pendaki gunung. Khususnya di kawasan yang ramai orang awam mendaki setiap hari. Lebih

Puan Wong Shu QiDAP · PHKluang

sesuai kita menguruskan aktiviti mendaki gunung mengikut jumlah bilangan pelawat harian dan mingguan. Misalnya kawasan yang popular antara pendaki gunung dan mungkin ada 200 orang ke atas mendaki setiap hari. Kita memberi pengecualian untuk memohon permit. Bagi kawasan yang kurang pendaki melawat setiap hari, Jabatan Perhutanan setiap negeri seharusnya memudahkan proses permohonan sekarang. Kita sekarang berada dalam zaman digital. Tidak akan pendaki masih perlu isi borang dalam hard copy...

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat Kluang, sembilan minit lagi.

Puan Wong Shu QiDAP · PHKluang

Ya. Saya akan gulung. Maaf dalam dua baris ayat lagi. Saya minta kalau boleh Yang Berhormat Menteri mudahkan proses ini. Jangan minta pendaki gunung melalui proses tradisi iaitu kena cetakan borang, isi borang, membawa salinan IC dan sebagainya, bawa ke pejabat hanya untuk mendekati bumi hijau. Sebenarnya kita seharusnya menggalakkan lebih ramai orang mendaki gunung kita supaya lebih ramai mempunyai kesedaran terhadap perlindungan alam sekitar kita iaitu dengan pemindaan rang undang-undang ini. Saya harap, bukan sahaja kita menyekat, mengawal aktiviti komersial dalam Hutan Simpan Kekal tetapi juga menggalakkan pendaki gunung mendekati bumi hijau, dan meningkatkan kesedaran semua rakyat kita berkenaan perlindungan alam sekitar kita. Sekian, terima kasih.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Kluang. Dipersilakan Yang Berhormat Jerai.

Tuan Sabri bin AzitPAS · PNJerai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk ikut serta dalam perbahasan pindaan RUU Perhutanan 2022 pada kali ini. Saya terpanggil untuk membahaskan berkaitan pindaan ini ekoran negeri Kedah sudah pun dua kali dilanda banjir kepala air yang memberi impak yang sangat besar kepada rakyat. Kejadian pertama pada 18 Ogos 2021- berlaku banjir kepala air di Gunung Jerai iaitu melibatkan kawasan Parlimen saya sendiri dengan kehilangan jiwa seramai enam orang dan lebih 1,000 orang penduduk terkesan. Ramai yang kehilangan tempat tinggal sehingga kejadian ini diisytiharkan sebagai Bencana Alam Tahap 1. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Tenaga dan Sumber Asli yang sudah pun memasang sistem amaran awal, aliran puing ataupun early warning system yang dijangka mampu berfungsi dengan baik dan dapat memberi amaran awal kepada penduduk sekiranya bencana berlaku sekali lagi di masa akan datang. Sesungguhnya ada dua buah kementerian yang terlibat, iaitu kementerian KASA- juga saya ambil kesempatan dalam ucapan ini untuk mengucapkan terima kasih kerana membina Empangan Sabo yang pertama di Malaysia. Kedua-duanya telah melibatkan belanja yang cukup besar. Kejadian kedua berlaku di Daerah Baling pada 4 Julai mengakibatkan 42 buah kampung dan taman perumahan sekitar Kupang, dan melibatkan lebih 600 orang penduduk, dan tiga orang daripadanya meninggal dunia. Saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Kedah telah mengambil langkah awal dengan membayar sewa rumah, sementara mencari tapak sesuai untuk membina sembilan buah kediaman penduduk yang musnah di mana mereka ini sebelumnya tinggal di atas tanah rizab kerajaan.

Tuan Sabri bin AzitPAS · PNJerai

Tahniah dan terima kasih juga buat Kerajaan Persekutuan di bawah pentadbiran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Ismail bin Sabri kerana menghulurkan wang tunai kepada waris yang meninggal dunia. Bagi memastikan kejadian tidak berulang, saya tampil untuk menyokong penuh RUU Perhutanan kali ini diluluskan. Namun begitu, apakah langkah lain kerajaan dalam usaha mengekalkan keluasan hutan sekurang-kurangnya 50 peratus selaras dengan komitmen Malaysia di peringkat antarabangsa? Kedua, saya hendak bertanya kepada kementerian, adakah sistem amaran awal akan dibuat juga di tempat-tempat bencana banjir di seluruh negara? Kita perlu bersatu hati, menggenggam tangan, berganding bahu bangun sederap, mengukuhkan tekad demi mencapai apa yang diinginkan iaitu tidak lain tidak bukan untuk menjaga kelestarian hutan agar tidak musnah ditelan kerakusan manusia yang tidak bertanggungjawab. Kita perlu berbangga dengan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) yang terus optimis memberikan input terbaik dalam meneruskan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam pengurusan dan penggunaan sumber hutan secara mampan di negara ini. Sebagai masyarakat dan pemimpin, kita harus menyokong urusan murni ini dengan menjaga kelestarian perhutanan kita, agar dapat melindungi tiga aspek utama sumber hutan, pembangunan ekonomi negara seperti industri perkayuan, kestabilan alam sekitar, pengawalan perubahan iklim, bekalan air serta perhubungan sosioekonomi. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, hutan juga sangat penting dalam fungsi menjaga kawasan tadahan air yang menjadi bekalan air masyarakat.

Tuan Sabri bin AzitPAS · PNJerai

Sebagai contoh, kejadian banjir di Baling baru-baru ini turut menjejaskan bekalan air ke Pulau Pinang dan beberapa kawasan di sekitar Kedah. Banjir kilat di Baling menyebabkan loji rawatan air di Sungai Dua di Butterworth, Pulau Pinang ditutup selepas menerima air berlumpur dari Sungai Muda. Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang terpaksa menutup LRA itu antara jam 8.00 pagi dan 12.00 malam mengakibatkan tekanan air rendah di beberapa kawasan di Pulau Pinang. Tuan Yang di-Pertua, saya kira elok juga sekiranya kepentingan menjaga kelestarian hutan ini ditambah lagi dalam syllabus pendidikan. Hal ini bagi membolehkan rasa sayang dan cinta kepada hutan dapat dipupuk sejak kecil dan mendorong semua pihak rasa lebih bertanggungjawab untuk sama-sama menjaga hutan kita. Saya juga menyokong penuh pegawai hutan diberi kuasa untuk mengadakan sekatan jalan raya di tempat-tempat panas laluan keluar masuk lori balak bagi membantu pihak JPJ dan PDRM dalam mengekang kegiatan pembalakan haram di seluruh negara memandangkan kegiatan tonto darat yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Dengan kuasa yang diberikan ini secara tidak langsung diharap dapat mengurangkan kegiatan pembalakan haram yang kian bertambah. Tuan Yang di-Pertua, saya dengan ini menyokong penuh pindaan Rang Undang-undang Perhutanan Negara (Pindaan) 2022. Sekian, terima kasih.

Dato' Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Dipersilakan Yang Berhormat Hulu Langat.

Terima kasih. Bismillahir Rahmanir Rahim. Pemeliharaan hutan secara konsisten dikenal pasti antara pendekatan bagi menangani isu-isu alam sekitar dan kepelbagaian biologi mutakhir ini. Ia selaras dengan, dengan izin apa yang ada dalam United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC) dan juga Convention on Biological Diversity (CBD). Malaysia adalah ahli kepada kedua-dua konvensyen ini. Akta 313 tahun 1984 sangat sesuai pada masanya untuk dipinda memandangkan isu-isu bencana alam dikaitkan dengan pengurusan hutan yang selama ini dilihat gagal

difahami oleh Menteri Besar dan Exco negeri-negeri tertentu sejak berpuluh-puluh tahun Malaysia merdeka. Kementerian perlu mengkaji sistem pengurusan hutan secara terperinci yang sudah lapuk dengan peredaran zaman. Kerjasama strategik dengan agensi-agensi lain di peringkat persekutuan dan negeri seperti PERHILITAN juga harus diperjelaskan dalam akta ini. Janganlah nanti apabila ada Menteri Besar dan Exco tekan saja sikit, pengarah terus akur walaupun perkara itu tidak betul. Usaha KeTSA mengiktiraf Malim Gunung Perhutanan sangat dialu- alukan dan wajar diikuti tindakan dengan meningkatkan usaha serta kawal selia yang ampuh dalam pindaan akta ini. Malangnya, tiada satu pun seksyen dalam akta ini yang menerangkan mengenai pengurusan ekopelancongan selain nama hutan lipur dan hutan taman negara sahaja. Di Dewan yang mulia ini, ingin saya mengesyorkan supaya pindaan akta baharu ini melalui seksyen 75A dapat menetapkan urusan kawal selia aktiviti ekopelancongan termasuk semua urusan pendaftaran, penguatkuasaan, pemandu pelancong dalam hutan perlu diletakkan di bawah KeTSA, bukannya di bawah kementerian lain yang tiada jentera akar umbi di peringkat pelaksanaan. Merujuk seksyen 2 Akta 313, tiada perkataan rekreasi atau perkhidmatan rekreasi. Pengurusan perhutanan hendaklah lebih maju agar urusan aktiviti dan pengurusan pelawat diperjelaskan dalam pindaan akta. Perkhidmatan rekreasi adalah sumber ekonomi yang telah terjejas akibat wabak COVID-19 terutamanya di Hulu Langat dan kawasan-kawasan persekitaran. Pemeliharaan Hutan Simpan Kekal, verse ladang hutan di dalam HSK secara amnya kelihatan Rang Undang-undang Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 ini digubal bagi mencapai objektif mengekalkan keluasan hutan simpan melalui memperketat proses pewartaan keluar dan penggantian Hutan Simpan Kekal serta meletakkan peruntukan mengadakan penyiasatan awam, Environmental Impact Assessment (EIA) sebelum sesuatu kawasan HSK diwartakan keluar dan keperluan penggantian serentak. Di atas kertas, tujuan ini kelihatan amat murni. Namun, setahu saya di dalam amalan yang berlaku sekarang ini di seluruh negara ialah kehilangan kawasan berhutan dalam Hutan Simpan Kekal itu sendiri yang sangat berleluasa. Lubang kerosakan HSK tersebut ialah Program Ladang Hutan di bawah KeTSA itu sendiri. Di bawah program ini pelbagai manipulasi untuk meneroka HSK ditukar menjadi ladang monokultur telah dan boleh berlaku. Kita juga ingin melihat apa yang telah dijanjikan usaha untuk Program 100 juta Pokok Tanam Semula. Target 20 juta dalam tempoh ini, apakah – sampai di peringkat mana usaha penanaman kembali pokok-pokok hutan yang sebenar bukannya ladang. Pemilikan individu atau swasta dalam HSK sama ada pajakan selama 33 tahun, ada 90 tahun, 66 tahun, menjadikan HSK tidak lagi dan bukan lagi milik mutlak kerajaan seperti sebelum ini. Bagi tujuan perladangan itu seluruh isi hutan dibersihkan, bukit diteres, habitat kehidupan musnah sehingga semakin kerap kita mendengar haiwan liar memasuki kampung atau memusnahkan ladang. Kekayaan biodiversiti musnah untuk selama- lamanya tanpa sempat pengiraan stok dan penyenaraian kekayaan hutan semula. Jadi, ini yang telah berlaku, yang kaya semakin kaya, lebih kaya dari apa yang boleh digunakan oleh pembangunan ladang itu sendiri. Sungai-sungai dan alam sekitar terjejas dengan teruk. Kelulusan alam sekitar pula amat meragukan. Penukaran HSK menjadi ladang hutan ini dilakukan tanpa pemeriksaan awam, pameran kelulusan dan impak alam sekitar dan tanpa memerlukan warta pengeluaran dan status. Di atas kertas, semuanya kekal sebagai HSK, di atas bumi, di atas tanah ia sama dengan ladang-ladang yang lain, di atas tanah bukan HSK. Pada pendapat saya, ini adalah satu penyamaran yang sangat merbahaya dan merugikan negara. Semua tujuan kita memperketat peraturan luar dengan pindaan ini menjadi sia-sia. Kesan menggondolkan hutan dan pengubahan status sebenarnya HSK di atas bumi secara tersembunyi ini lebih merosakkan.

Saya dengan ini mencadangkan Program Pembangunan Ladang Hutan ini diberhentikan buat sementara waktu untuk dikaji sepenuhnya. Ia ibarat kapak atau gergaji yang halalkan untuk membalak dan kemudiannya membangunkan ladang dengan membersihkan sepenuhnya HSK atas tanah atas nama undang-undang dan dilindungi oleh kerajaan itu sendiri.

Dato' Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat, sila menggulung.

Saya rasa ia perlu diperketat. Terima kasih.

Dato' Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat. Dipersilakan Yang Berhormat Pasir Mas.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut membahaskan Rang Undang-undang Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 pada petang ini. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia telah diiktiraf sebagai salah sebuah daripada 12 buah negara mega kepelbagaian di dunia. Sejajar dengan pengiktirafan ini, Kerajaan Malaysia telah memberi persetujuan dan komitmen untuk mempertingkatkan keberkesanan, pengurusan, pemeliharaan dan pembangunan sumber kepelbagaian biologi hutan negara secara berkekalan. Hutan adalah merupakan paru-paru negara. Atau dalam erti kata lain ia merupakan tangki oksigen kepada negara kita. Dalam konteks ini, penekanan berterusan telah diberikan oleh negara ke atas aspek-aspek pemeliharaan, pemuliharaan, penggunaan secara lestari dan perkongsian secara saksama dan adil terhadap sumber tersebut. Penganjuran pelbagai ekspedisi melibatkan pelbagai disiplin yang merentas sempadan seperti aspek fizikal, ekosistem hutan, kepelbagaian biologi flora dan fauna, ekopelancongan, ekologi, rekreasi, geologi, ekologi dan sosioekonomi telah banyak diadakan. Cuma, beberapa perkara yang saya ingin timbulkan. Soalan saya pertama ialah adakah kementerian rancang untuk menubuhkan sebuah pusat kajian biodiversiti yang mampu untuk mengurus, mengkaji mahupun menyimpan pelbagai spesimen biodiversiti seperti spesimen tumbuh-tumbuhan sehinggalah mikroorganisma dari Hutan Simpan Kekal di seluruh negara kerana kita tahu bahawa bagaimana tanah hutan di negara kita ini mempunyai hasil ataupun tumbuh-tumbuhan yang sangat unik ataupun rare dengan izin, yang hanya didapati dalam negara kita. Saya dimaklumkan bahawa negeri Sabah dan Sarawak sudah milik pusat kajian biodiversiti seperti ini. Bahkan di negara lain seperti United Kingdom ditubuhkan National History Museum dengan izin bagi tujuan yang sama. Namun, di negara kita malangnya masih belum tertubuh lagi pusat seperti ini. Saya mahu mencadangkan supaya pihak kerajaan mempertimbangkan penubuhan sebuah pusat kajian biodiversiti ini bagi menjaga spesimen biodiversiti yang boleh dianggap sebagai khazanah negara untuk tatapan generasi pada masa depan.

Tuan Yang di-Pertua, saya dimaklumkan bahawa pada akhir tahun lepas, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Tenaga dan Sumber Asli telah mewartakan beberapa kawasan sebagai Hutan Simpan Kekal baharu di bawah Akta Perhutanan Negara 1984. Antara kawasan yang diwartakan ialah kawasan seluas 23.83 hektar di Mukim Petaling dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai Hutan Simpan Kekal yang baharu di bawah akta ini. Hutan Simpan Kekal di Wilayah Persekutuan

sememangnya terletak di bawah bidang kuasa Menteri yang bertanggungjawab bagi perhutanan. Soalan saya, memandangkan kuasa mewartakan Hutan Simpan Kekal ini di negeri-negeri adalah bidang kuasa kerajaan negeri seperti mana yang dimaklumkan dalam seksyen 7(1) Akta Perhutanan 1984, adakah kementerian menjalinkan kerjasama untuk menggalakkan kerajaan-kerajaan negeri meluaskan program pewartaan Hutan Simpan Kekal di negeri masing-masing? Saya dimaklumkan bahawa pindaan kali ini ada menyebut tentang memberikan kuasa kepada pegawai hutan untuk melaksanakan pemeriksaan kepada orang yang disyaki melaksanakan jenayah di Hutan Simpan Kekal ini dan melaksanakan sekatan jalan raya. Soalan saya, adakah kementerian mempertimbangkan untuk membekalkan pegawai hutan yang terlibat dalam penguatkuasaan ini dengan peralatan yang canggih seperti dron mahupun kamera berkapasiti tinggi dalam urusan pemantauan dan pemeriksaan mereka di Hutan Simpan Kekal ini? Adakah di sana adanya aspek perjawatan yang tersusun? Ini kerana maklumlah, sekiranya terjadi apa-apa perkara yang tidak diingini, sudah pasti pegawai-pegawai ini yang akan dipertanggungjawabkan terlebih dahulu. Saya juga ingin menyentuh berkenaan dengan banjir lumpur di Baling sebagai mana yang telah disentuh oleh rakan-rakan saya sebelum daripada ini. Kalau boleh, kalau Menteri dapat memberikan satu hipotesis awal apakah punca sebenar yang berlaku tentang banjir lumpur ini termasuk membantu mengenal pasti langkah serta jurang yang perlu ditangani oleh negara. Kementerian kemudiannya mendakwa tiada aktiviti pembalakan aktif yang dilaporkan di Hutan Simpan Gunung Inas. Namun, andaian yang paling kuat yang disebut- sebut adalah kelulusan penanaman durian Musang King yang berdekatan kawasan banjir ini yang telah diluluskan sebelum daripada ini. Soalan saya, setakat manakah kebenaran dakwaan ini? Mengambil iktibar daripada banjir Gunung Inas, saya mencadangkan agar Kerajaan Pusat dapat memperketat elemen laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dan pemantauan secara berkala dengan lebih kerap. Saya juga ingin menyentuh berkenaan dengan dagangan karbon kredit yang juga disebut sepintas lalu oleh Menteri sebentar tadi. Saya ingin mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan dengan serius untuk memberikan ganjaran kepada negeri- negeri yang menyimpan hutan dengan kadar keluasan yang tertentu. Jika dapat didedahkan di dalam Dewan ini, berapakah angka terkini Hutan Simpan Kekal mengikut negeri-negeri? Ini kerana kadang-kadang bila orang sebut tentang pembalakan, orang serang negeri-negeri tertentu, sedangkan negeri-negeri yang disebutkan ini mempunyai hutan simpan yang sangat banyak, yang membekalkan oksigen dan menjadi paru-paru kepada negara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Dipersilakan Yang Berhormat Kalabakan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk berbahas pada hari ini atas Rang Undang-undang Perhutanan Negara (Pindaan) 2022. Saya terus kepada perkara-perkara dan pindaan dalam akta ini. Pertama, mengikut perkara 1(2), “Akta ini tidaklah boleh berkuat kuasa dalam sesuatu negeri melainkan ia telah diterima pakai oleh suatu undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan Negeri menurut fasal (3) Perkara 76 Perlembagaan Persekutuan”. Soalan saya, bilakah kali terakhir Kerajaan Persekutuan mengadakan pertemuan dengan Kerajaan Negeri Sabah bagi tujuan pindaan akta ini dan apakah dapatan hasil perbincangan tersebut?

Kedua, apakah perkara-perkara yang terdapat di dalam Enakmen Hutan Sabah yang dirasakan sesuai untuk dipinda bagi memastikan objektif Kerajaan Persekutuan dalam melindungi Hutan Simpan Kekal dapat dicapai? Ketiga, apakah perkara-perkara dalam akta ini yang bakal dipinda bagi memastikan Rang Undang-undang Pengurusan Bencana dan Rang Undang-undang Perubahan dan Adaptasi Iklim yang bakal dibentangkan di Parlimen dapat berfungsi dengan berkesan? Keempat, seksyen 84(1) menyebut kesalahan memiliki hasil hutan secara haram, hukuman denda dinaikkan sehingga maksimum RM200,000, manakala hukuman penjara dinaikkan daripada maksimum lima tahun kepada 10 tahun. Satu langkah yang baik saya rasa dengan meningkatkan hukuman. Namun, adakah ia berkesan? Adakah kerajaan ada membuat tinjauan atas komen-komen dan urusan-urusan oleh rakyat berkenaan aktiviti pembalakan haram dan pencerobohan hutan ini? Mereka semua tidak yakin dan tidak percaya dengan tindakan kerajaan kerana pada akhirnya mereka yang disyaki bersalah akan terlepas. Malah, mereka mendakwa terdakwa campur tangan golongan kayangan, golongan politik dan baju kuning. Ini tidak boleh diambil ringan Tuan Yang di-Pertua dan yang perlu diberi perhatian yang serius oleh kerajaan. Saya juga ingin mengangkat beberapa persoalan dan lain-lain cadangan. Pertama, adakah kerajaan bercadang untuk menarik balik kelulusan pembalakan secara tebang habis di dalam kawasan Hutan Simpan Kekal yang masih dibenarkan dalam Dasar Perhutanan Negara di bawah seksyen 19 Akta Perhutanan Negara 1984? Dasar ini masih membenarkan aktiviti pembalakan secara tebang habis bagi pengeluaran hasil daripada hutan simpan termasuk kayu balak, mineral, tanah dan galian. Kedua, minta Menteri menyatakan berapakah jumlah aktiviti pembalakan haram yang dikesan di seluruh negara bagi tempoh 2016 hingga 2018, 2018 hingga 2020 dan 2020 hingga 2021? Ketiga, berapakah peruntukan proses restorasi semula Hutan Simpan Kekal yang diberikan kepada Sabah bagi tempoh 10 tahun terakhir? Saya inginkan satu jumlah peruntukan yang diberikan. Keempat dan terakhir, saya memohon kerajaan menyatakan jumlah aktiviti pembalakan berlesen di Sabah bagi tahun 2016 hingga 2018, 2018 hingga 2020 dan yang terakhir, 2020 hingga 2021? Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Dipersilakan Yang Berhormat Dungun.

Bismillahi Rahmani Rahim. [Membaca sepotong doa] . Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perhutanan Negara (Pindaan) 2022. Tuan Yang di-Pertua yang saya hormati, saya dimaklumkan bahawa tujuan utama pindaan ini adalah bertujuan untuk menambahbaikkan dan memantapkan pengurusan kawasan-kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) dan meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan hutan dengan maksud supaya punca kuasa yang lebih menyeluruh diberikan kepada agensi-agensi penguatkuasaan hutan dalam negara kita. Pertamanya saya ingin menyatakan sokongan terhadap usaha ini kerana pada waktu ini saya percaya sudah tiba masa untuk kerajaan memperbaiki kelompangan atau kelemahan yang wujud dalam agensi penguatkuasaan hutan dalam negara kita. Difahamkan bahawa Kementerian Tenaga dan Sumber Asli sudah menjalankan pemantauan aktiviti pembalakan khusus di Hutan Simpan Kekal menerusi pelbagai agensi seperti Jabatan Perhutanan di peringkat Persekutuan dan negeri.

Soalan saya, merujuk kepada fakta bahawa kawasan Hutan Simpan Kekal di Malaysia sangat besar dan luas, saya ingin mendapatkan maklumat daripada kementerian. Pertama, berapakah statistik bilangan pegawai dan kakitangan penguatkuasaan hutan di seluruh negara pada waktu ini? Kedua, adakah bilangan pegawai dan kakitangan penguatkuasaan hutan pada waktu ini sudah mencukupi? Jika belum mencukupi, apakah tindakan alternatif oleh KETSA bagi menjalankan aktiviti penguatkuasaan ini? Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyebut pindaan baharu dalam seksyen 96A dalam akta ini yang menyebut pegawai hutan akan diberi kuasa untuk mengadakan sekatan jalan raya bagi tujuan penguatkuasaan.

Saya percaya pindaan baharu ini dimaksudkan bagi memeriksa kenderaan seperti lori yang disyaki membawa hasil hutan secara haram. Namun, saya percaya akan wujud ancaman keselamatan bagi pihak penguat kuasa hutan yang akan mengadakan sekatan jalan raya memandangkan sindiket-sindiket yang berani mencuri hasil hutan, berkemungkinan bersedia melakukan tentangan fizikal. Soalannya, apakah pegawai hutan yang melaksanakan sekatan jalan raya akan dibekalkan dengan senjata api bagi tujuan pertahanan diri ataupun setiap sekatan jalan raya akan disertai oleh pihak berkuasa lain seperti PDRM sebagai suatu operasi bersepadu antara agensi-agensi penguatkuasaan? Terakhir yang ingin saya sentuh ialah berkait dengan rasuah. Apa juga pelan- pelan dan perancangan program ataupun perubahan undang-undang yang dibuat sekiranya tidak dikawal dan dibelenggu amalan rasuah, maka apa yang dicadangkan itu tidak mencapai matlamat dan maksud. Ini kerana beberapa laporan yang diterima berkait dengan rasuah daripada agensi-agensi penguat kuasa yang melibatkan perhutanan ini juga ada dalam makluman. Jadi, saya ingin bertanya adakah kementerian melakukan pemeriksaan audit daripada masa ke semasa secara menyeluruh kepada semua pegawai dan kakitangan penguatkuasaan hutan agar hasil khazanah negara dapat terjaga. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Dipersilakan Yang Berhormat Tuaran. Tujuh minit.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang untuk membahaskan Rang Undang-undang Perhutanan Negara (Pindaan) 2022. Akta ini terpakai di seluruh Malaysia dan umum mengetahui bahawa dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan jelas meletakkan hal perhutanan dalam Senarai Negeri dan lain perkataan, hal hutan adalah hal negeri. Ini bererti bahawa sama ada apa yang kita pinda ini, undang-undang yang kita buat ini dilaksanakan atau tidak, dipakai atau tidak terpulang kepada negeri-negeri untuk mengguna pakainya. Oleh sebab itu, persoalannya di sini ialah bagaimana proses-proses untuk mengambil ataupun melaksanakan pindaan-pindaan ini, undang-undang ini ke enakmen- enakmen ataupun ordinan-ordinan di negeri-negeri? Ada tiga perkara di sini yang penting dalam proses itu. Pertama, bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Di negeri Semenanjung Malaysia, kita ada dua jenis negeri iaitu satu yang bersekutu dan satu yang tidak bersekutu. Pegawai-pegawai yang dihantar adalah pegawai daripada Persekutuan dan pengarah di negeri-negeri ini, Pengarah Jabatan Perhutanan negeri itu adalah tertakluk ataupun melaporkan kepada Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung.

Pun demikian, masih ada proses. Proses untuk membincangkan. Selepas kita luluskan di sini, ada proses nanti, ia berbincang, membahaskan dan sama ada ia akan diambil kira, dipakai dalam enakmen ataupun di ordinan dan sebagainya. Apa yang menarik perhatian di sini ialah apabila ia bermesyuarat, kadang-kadang perkataan yang digunakan itu penting. Kadang-kadang, dia gunakan perkataan ‘negara’, dia gunakan perkataan ‘Malaysia’ dan sebagainya. Sedangkan apa yang berlaku ialah ini hanya berlaku di Semenanjung. Ia tidak melibatkan Sabah, tidak melibatkan Sarawak sebab Sabah mempunyai ia punya enakmen tersendiri dan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Sabah tidak tertakluk. Dia tidak melaporkan kepada Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung. Begitu juga dengan Pengarah Jabatan Perhutanan Sarawak. Dia tidak melaporkan ataupun tertakluk pada Jabatan Perhutanan Semenanjung. Oleh sebab itu, perkataan yang digunakan itu janganlah gunakan ‘Negara’ kalau hanya merujuk kepada Semenanjung. Kalau boleh gunakan perkataan ‘Persekutuan Tanah Melayu’ atau menggunakan ‘Semenanjung’ sahaja sebab itu sangat mengelirukan. Oleh sebab itu, ada yang mengatakan bahawa di Semenanjung ini, inilah Malaysia. Ini bukan Malaysia. Jadi, ya, apa yang kita pinda di sini kalau ia mahu masuk ya dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 76. Dalam Perkara 76 ini ya, tidak boleh pakai apa pun tidak ya. Jadi, oleh sebab itu, apa yang kita bincang pada hari ini sangat relevan apabila kita tengok pada Perlembagaan Persekutuan Artikel 1(2) bahawa kita ini adalah tiga iaitu Semenanjung, Sabah dan Sarawak iaitu wilayah-wilayah yang mempunyai autonomi ia yang tersendiri. Hal-hal perhutanan ini adalah suatu perkara yang sangat relevan yang kita boleh lihat ya. Oleh sebab itu, saya walaupun dalam pindaan ini baik, sebenarnya ia mahu menceritakan bagaimana penguatkuasaan itu dibuat dan juga pindaan terhadap penalti- penaltinya ditingkatkan dan sebagainya. Semuanya ini baik-baik belaka. Bagaimana kita mempertahankan hutan simpan, Hutan Simpan Kekal dan sebagainya. Semua ini baik- baik belaka. Akan tetapi, akhirnya bagaimana kita dapat memastikan ia agar negara Malaysia ini benar-benar dapat melaksanakan satu dasar? Dasar yang boleh memanfaatkan seluruh negara Malaysia. Jadi, saya ambil satu contoh. Disebutkan tadi tentang carbon trading ataupun carbon credit iaitu satu sumber pendapatan baharu daripada hutan kita, daripada perhutanan kita. Akan tetapi, apabila kita bercerita tentang carbon trading, yang kita kena merujuk kepada konvensyen antarabangsa dan apabila konvensyen antarabangsa ini diguna pakai, ia hanya boleh dikuatkuasakan oleh negara kita iaitu Malaysia. Wilayah tidak boleh, Sabah tidak boleh, Sarawak tidak boleh dan negeri-negeri lain tidak boleh tanpa Malaysia. Saya tidak nampak dalam pindaan ini, tidak nampak dalam pindaan ini bagaimana hal-hal yang melibatkan seluruh negara itu dapat dibincangkan. Oleh sebab itu Yang Berhormat Kalabakan sebentar tadi bertanya adakah dibincangkan? Oleh sebab apa? Dalam pindaan ini tidak ada dinyatakan daripada segi prosedurnya. Kalau dahulu ada Majlis Tanah Negara. Itu pun disebut Majlis Tanah Negara sedangkan yang bermesyuarat itu sebenarnya hanya di Semenanjung sahaja. Ini disebabkan ia punya Kanun Tanah itu berlainan. Di Sabah lain ia punya undang-undang tanah, di Sarawak lain-lain undang tanahnya, ya. Jadi, kalau— saya ingin mencadangkan wujudkan Majlis Perhutanan Negara. Akan tetapi, apabila diwujudkan Majlis Perhutanan Negara hanya melibatkan tiga wilayah iaitu Wilayah Sabah; Wilayah Sarawak; dan Persekutuan Tanah Melayu. Tiga sahaja dan hendaklah dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atau yang paling rendah pun Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri supaya isu-isu yang berkaitan dengan hal-hal hutan, bukan sahaja hutan ya. Dalam hal-hal hutan dan berkaitan, dapat dibincangkan di sana.

Sebenarnya ada juga hal-hal lain seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Veterinar, hal-hal berkaitan dengan perikanan juga. Ini sebab ia masing-masing. Sabah autonomous, Sarawak autonomous dalam hal ini, selebihnya Semenanjung dan sebagainya. Jadi, majlis seperti ini perlu supaya perkara-perkara yang berkaitan yang boleh diselesaikan seperti contohnya kerajaan Sabah ia mahu laksanakan ini Nature Conservation Agreement, Nature Capital. Ia mahu ini carbon trading sebagai satu sumber revenue pendapatan yang baharu. Akan tetapi, apabila ia pergi kepada Persekutuan, sebab kita merujuk kepada Malaysia, di manakah tempatnya? Di manakah majlisnya? Adakah kita tunggu hanya setakat berjumpa dengan Yang Berhormat Menteri? Tidak boleh. Ia melibatkan satu keputusan yang besar dan perlu dipengerusikan di peringkat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan sebagainya. Jadi, dalam akta ini, dalam pindaan ini saya tengok, rasanya tidak ada. Tidak ada dinyatakan di sini. Jadi, sebab itu saya mencadangkan supaya kerajaan mengkaji dan melihat itu supaya diperjelaskan dan jangan lagi sekejap dibuat majlis dan selepas itu tidak ada. Tidak ada dan akhirnya daripada segi pentadbiran, daripada segi governance akan menghadapi pelbagai masalah. Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja yang saya ingin nyatakan. Saya mohon mencadangkan. Terima kasih. Menyokong, terima kasih.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Langat. Yang Berhormat Kuala Langat?

Yang Berhormat Kuala Langat tidak ada.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Jika tiada, kita teruskan kepada Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Yang Berhormat Hang Tuah Jaya? Jika tiada, kita teruskan kepada Yang Berhormat Kemaman.

Tuan Che Alias bin HamidPAS · PNKemaman

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya menyertai perbahasan Rang Undang-undang Perhutanan Negara (Pindaan) 2022. Pertama, saya menyambut baik usaha kerajaan yang telah membuat pindaan ke atas Akta Perhutanan Negara 1984 demi memastikan Hutan Simpan Kekal (HSK) seluruh negara terus dipelihara dan diurus secara mampan. Saya melihat pindaan akta ini adalah relevan memandangkan akta ini tidak dipinda sejak 29 tahun yang lalu. Besar harapan saya agar tujuan sebenar akta ini dipinda dapat dicapai bagi melindungi dan memelihara hutan simpan negara kita daripada terus ditarah dan digondol oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Kita sedia maklum, hutan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan rang undang-undang ini tidak boleh dikuatkuasakan sehingga diterima pakai oleh negeri di Semenanjung melalui enakmen perhutanan yakni pemakaian mengikut negeri masing- masing. Persoalan yang timbul, sejauh manakah rang undang-undang ini mendapat sambutan oleh kerajaan negeri dan apakah implikasi ataupun kesan terhadap kerajaan negeri sekiranya tidak menerima pakai pindaan akta tersebut? Apakah pindaan Akta Perhutanan ini turut melibatkan Sabah dan Sarawak? Di samping itu, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, adakah rang undang-undang ini memperketat pewartaan keluar hutan simpan akan menjejaskan aktiviti pembangunan tanah oleh pihak berkuasa negeri? Seterusnya, bagaimanakah kesannya ataupun implikasinya terhadap hasil kerajaan negeri? Apakah usaha Kerajaan Persekutuan bagi menangani isu yang telah dibangkitkan oleh rakan-rakan tadi? Seterusnya, serta adakah kawasan yang telah diwartakan ini sebagai Hutan Simpan Kekal boleh diwartakan keluar?

Tuan Che Alias bin HamidPAS · PNKemaman

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong penuh pindaan mengenai hukuman yang lebih berat kepada pesalah yang melakukan kesalahan hutan dilaksanakan. Ini adalah penting untuk memastikan bahawa terdapat pencegahan yang benar-benar relevan untuk melarang mana-mana pihak daripada melakukan kesalahan yang melibatkan kawasan hutan simpan ini. Selain menaikkan penalti, penguatkuasaan dan pemantauan perlu ditingkatkan dan dilaksanakan dengan lebih kerap. Kaedah pemantauan secara operasi bersepadu terutama di lokasi yang panas bagi kawasan hutan simpan seluruh negeri, saya rasa perlu diteruskan dengan lebih kerap bagi memastikan sumber hutan negeri terus terpelihara daripada segala anasir penerokaan dan pencerobohan hutan. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak menolak pembukaan ladang hutan yang sebenarnya memberikan hasil kepada kerajaan selain mengurangkan kebergantungan kepada sumber kayu dari hutan asli. Namun begitu, apa yang ingin saya bangkitkan berkenaan isu pembukaan ladang yang melibatkan Hutan Simpan Kekal yang berskala besar tanpa kawalan mahupun secara tidak sah yang perlu dipandang serius oleh pihak kerajaan. Apakah kerajaan masih membenarkan kelulusan baru ladang hutan dalam Hutan Simpan Kekal? Melihat konsep ladang itu sebenarnya berbeza dengan konsep hutan itu sendiri yang sudah tentu mempunyai pokok-pokok liar, sudah pasti pembukaan ladang hutan bukan sahaja fungsi kepelbagaian hayat hutan terjejas, malah secara tidak langsung Orang Asli dan penduduk kampung berhampiran juga turut terkesan. Sudah tiba masanya kerajaan meneliti semula dasar mahupun piawaian yang melibatkan pelaksanaan pembangunan ladang hutan yang melibatkan kawasan Hutan Simpan Kekal. Kebiasaannya justifikasi dan alasan utama projek pembangunan ladang- ladang hutan diluluskan kerana kawasan yang dikenal pasti ditakrifkan sebagai hutan miskin atau hutan terosot. Adakah takrif sedemikian masih boleh dipakai sekarang ini? Kawasan HSK di Malaysia menjadi hutan miskin atau hutan terosot bukan disebabkan oleh faktor semula jadi tetapi disebabkan oleh faktor manusia, terutama kegiatan pencerobohan dan penerokaan haram yang semakin berleluasa. Apakah lagi kelemahan pihak berkuasa terutama agensi yang terlibat yang dilihat gagal melakukan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap kegiatan pencerobohan dan penerokaan haram di kawasan Hutan Simpan Kekal antara punca isu ini tiada penyelesaian yang holistik. Pada masa yang sama, saya ingin menyentuh isu moratorium ladang hutan dalam Hutan Simpan Kekal hanya selama 15 tahun. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, mengapakah penukaran guna tanah hutan hanya tempoh 15 tahun? Apakah asas terhadap tempoh moratorium 15 tahun tersebut? Apakah halangan yang menyebabkan pelaksanaan larangan penukaran guna tanah hutan berkekalan tanpa ada had masa demi memelihara hutan simpan negara ini? Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir seterusnya saya ingin menyentuh isu integriti yang melibatkan penyalahgunaan kuasa, pecah amanah, rasuah dan penyelewengan dalam sektor perhutanan yang merupakan suatu isu yang amat mendukacitakan. Walaupun ia merupakan suatu perbuatan segelintir, sebahagian hanya dilakukan oleh segelintir individu sahaja, namun ia memberi kesan dan tetap dirasai oleh banyak pihak khususnya dan ia memberi imej yang buruk kepada penjawat awam yang bekerja dalam sektor tersebut.

Dato' Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat, sila gulung.

Tuan Che Alias bin HamidPAS · PNKemaman

Oleh itu, saya mohon penjelasan kementerian dalam usaha menguatkuasakan pindaan rang undang-undang ini. Apakah langkah-langkah yang lebih proaktif dan juga yang tegas diambil oleh pihak kerajaan bagi memastikan isu integriti ini dapat ditangani dengan sebaiknya? Selain itu, selaras dengan penguatkuasaan akta ini, sejauh manakah komitmen kerajaan untuk menambah lebih ramai bilangan pegawai penguatkuasaan bertugas bagi mengelakkan berlakunya lebih banyak kes-kes jenayah yang melibatkan hutan seperti pencerobohan hutan dan sebagainya? Saya mohon penjelasan. Sekian, terima kasih. Saya menyokong.

Dato' Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Kemaman. Dipersilakan Yang Berhormat Bukit Bendera.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut ingin menyertai perbahasan berkenaan dengan rang undang-undang meminda Akta Perhutanan Negara 1984. Fasal 6 berkenaan dengan Hutan Taman Negeri (State Park Forest) ditambahkan sebagai satu pengelasan baharu bagi Hutan Simpan Kekal dijadikan 12 pengelasan. Saya mengalu-alukan fasal 6 kerana ia merupakan satu pengiktirafan terhadap hak negeri di mana Hutan Taman Negara (National Park) diuruskan oleh Persekutuan dan Hutan Taman Negeri (State Park) diuruskan oleh negeri supaya mengekalkan state sovereignty untuk negeri-negeri. Seksyen 11, 12 dan 13 menetapkan prosedur pengeluaran kawasan tanah dari Hutan Simpan Kekal. Prosedur yang dicadangkan di mana satu siasatan awal dilakukan oleh pihak berkuasa negeri sebelum pengeluaran mana-mana kawasan tanah dari Hutan Simpan Kekal. Pada hemat saya Tuan Yang di-Pertua, walaupun terdapat cadangan prosedur siasatan awam tetapi itu belum mencukupi, perlu ada publisiti awam, bantahan awam kerana tambahan prosedur awam ini subject to abuse, salah guna sekiranya pihak berkuasa negeri tidak menjalankan dengan prosedur yang sepatutnya. Saya menegaskan bahawa kepentingan awam menuntut supaya Hutan Simpan Kekal sebagai tempat tadahan air begitu penting dan perlu ditambah lagi klausa di dalam pindaan ini supaya kelulusan usul di bawah Dewan Undangan Negeri perlu ditambah supaya additional procedure safeguard untuk melindungi Hutan Simpan Kekal. Pihak berkuasa negeri hanya bermaksud EXCO atau State Cabinet yang terdiri daripada lebih kurang 10 orang dari kerajaan negeri tetapi usul di Dewan Undangan Negeri mewakili keseluruhan daripada kerajaan negeri dan pembangkang dan mewakili kesemua kerusi dalam negeri dan suara rakyat. Oleh itu, saya mencadangkan tambahan seksyen 11 di para ketiga bahawa hasil siasatan awam dibentangkan sebagai laporan di Dewan Undangan Negeri dan usul kelulusan DUN perlu diadakan sebelum prosedur pengeluaran Hutan Simpan Kekal boleh diadakan. Begitu juga dengan gantian taman Hutan Simpan Kekal, hendaklah juga memenuhi kriteria keunikan biodiversiti hutan yang asal. Seksyen 15, tambahan increase penalty dengan penjelasan yang baru dan saya ingin alu-alukan klausa tetapi perlu memberikan tambahan sumber peruntukan untuk teknologi baharu drone satellite mapping kepada pegawai-pegawai perhutanan untuk kawal selia terhadap hutan kita.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Seksyen 104 ada dua anggapan, dua presumption yang baru dan ini boleh menguatkan usaha penguatkuasaan terhadap aktiviti pembalakan haram. Tuan Yang di- Pertua, baru-baru ini telah berlaku banjir besar di Baling, negeri Kedah dan telah dibongkarkan bahawa Environment Impact Assessment (EIA) diluluskan untuk Hutan Simpan Gunung Inas diluluskan untuk ladang hutan tetapi on the ground ia menjadi Musang King Durian Plantation. EIA diluluskan untuk pembalakan dan ladang hutan for timber trees dan rubber trees tetapi ditukar oleh tuan punya tanah menjadi Musang King durian trees. Tidak pernah disenaraikan sebagai program ladang hutan development dan bukan jenis spesies pokok. Musang King bukan jenis spesies pokok yang diluluskan penanaman semula untuk ladang hutan oleh Jabatan Perhutanan. Ini satu bukti bahawa prosedur pembukaan hutan yang melanggari undang-undang. Saya meminta supaya satu siasatan terhadap pencabulan ini dan membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan. Satu Kertas Putih perlu dibentangkan di Parlimen. Banjir lumpur yang membawa kematian pada 4 Julai dan melebihi 1,000 orang penduduk terpaksa dipindahkan, melebihi 20,000 orang penduduk kampung yang

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

berdekatan yang terancam. Mala petaka banjir lumpur di Baling bukan berlaku secara semula jadi. Kesannya juga di Pulau Pinang, di mana banjir bersama lumpur telah sampai di Kuala Muda di sempadan Kedah dan Pulau Pinang. Ini menyebabkan Loji Rawatan Sungai Dua di Pulau Pinang terpaksa ditutup dan bekalan air bersih ke puluhan ribu isi rumah di Pulau Pinang terjejas selama beberapa hari dan negeri Kedah juga terjejas selama beberapa hari. Apakah terjadi perkara pembukaan hutan tersebut sehinggakan ia menjejaskan begitu luas kesannya, bukan sahaja di Baling, terkesan juga di negeri Pulau Pinang, di mana bekalan airnya telah tergendala, terputus untuk beberapa hari di kawasan-kawasan tertentu. Dengan ini, saya meminta supaya polisi-polisi moratorium perlu diadakan untuk ladang hutan yang baru di hutan simpan dan Hutan Simpan Kekal di Semenanjung Malaysia. Perlu ada lihat semula dan juga penilaian semula. Tambahan juga, polisi moratorium ada untuk karbon kredit di negeri-negeri perlu diadakan. Masing-masing negeri ada idea yang baru tetapi Kerajaan Persekutuan (Federal Government) begitu lambat dari segi legal framework. Sampai hari ini tidak ada legal framework untuk kawal selia karbon kredit. Itulah masalah yang kita hadapi. Saya dapati bahawa kita tidak ada dasar perhutanan...

Dato' Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat, sila gulung.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Ya, saya akan buat penggulungan, terima kasih. Dasar Perhutanan Negara 2021 menetapkan pengekalan sekurang- kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara sebagai hutan dan litupan pokok. Akan tetapi nampaknya cantik atas kertas tetapi realitinya, pembalakan dan perlombongan yang tidak terkawal serta pembersihan hutan dengan penanaman semula ladang hutan adalah cabaran ke atas pelaksanaan Dasar Perhutanan Malaysia. Oleh itu, saya minta Yang Berhormat Menteri untuk lihat ataupun memberitahu rakyat Malaysia terhadap insiden di Baling tersebut yang bukan sahaja mengancam sumber bekalan air di negeri Kedah tetapi juga di negeri Pulau Pinang. Itu sahaja, Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Dipersilakan Yang Berhormat Jempol.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Keluarga Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 pada hari ini. Saya bangkitkan untuk menyokong pindaan ini bagi menyatakan persetujuan bahawa Malaysia sememangnya perlu memastikan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara hendaklah ditutupi dengan kawasan berhutan dan pokok- pokok. Komitmen ini juga adalah selari dan bertepatan dengan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa Istiadat Pembukaan Penggal Kelima, Majlis Parlimen Keempat Belas yang lalu. Hal ini kerana hutan merupakan salah satu sumber asli yang penting kepada sosioekonomi dan juga alam sekitar. Oleh itu, hutan perlu dirancang penggunaannya, dipelihara dan diuruskan dengan bijaksana. Selain itu, rang undang-undang sememangnya perlu disegerakan dan diluluskan dengan sebulat suara supaya segala prosedur dan undang-undang yang sedang berkuat kuasa dapat ditambah baik mengikut kesesuaian dan keperluan semasa. Oleh itu, syabas saya ucapkan kepada kerajaan, khususnya Kementerian Perhutanan dan Sumber Asli komited untuk menjadikan rang undang-undang ini sebagai model dan Hutan Simpan Kekal diberi perlindungan yang sewajarnya. Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada siaran media Yang Berhormat Menteri Tenaga dan Sumber pada tarikh 4 Mac 2021 lalu, selari selepas bacaan kali yang pertama dibuat di Dewan Rakyat pada 3 Mac 2022. Pemakaian rang undang-undang ini setelah ianya diluluskan kelak, hanya akan terpakai di negeri-negeri setelah Dewan Undangan

Negeri meminda Enakmen Perhutanan masing-masing. Hal ini bermaksud, kerajaan perlu mendapat sokongan daripada kerajaan-kerajaan negeri bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bertanggungjawab dalam memelihara hutan. Soalan saya berhubung dengan perkara ini, adakah kementerian sudah mengadakan perbincangan sesi libat urus dengan semua kerajaan negeri sebelum membuat keputusan? Merujuk kepada pernyataan Menteri Besar Perak yang bertarikh 21 Mac 2022, ianya seolah-olah kementerian tidak berbuat demikian terlebih dahulu bagi melancarkan perjalanan dan sekali gus menjayakan proses pindaan rang undang-undang ini. Kerisauan saya adalah bagaimana sekiranya kerajaan menghadapi kekangan untuk mendapatkan sokongan daripada kerajaan negeri setelah pindaan rang undang-undang ini diluluskan? Apakah perancangan dan tindakan yang akan dilakukan oleh kementerian untuk memastikan perkara di luar jangka tersebut tidak akan berlaku? Pada hemat saya, perkara sebegini sudah tentulah boleh merencatkan usaha kerajaan untuk meningkatkan keyakinan rakyat dan masyarakat antarabangsa terhadap pengurusan hutan secara berkekalan di negara ini. Saya berharap agar kementerian menerima teguran tersebut secara terbuka, mengambil iktibar daripada kekhilafan yang berlaku, sesungguhnya ia tidak boleh terlepas daripada berlaku kesilapan. Selain daripada itu, objektif digariskan menerusi pindaan kali ini memantapkan penguatkuasaan hutan bagi membanteras kegiatan pengambilan hasil hutan tanpa kebenaran. Kita perlu ingat bahawa jabatan ataupun kerajaan negeri tidak terus bergantung kepada hasil hutan semata-mata, ia perlu mencipta hasil baru untuk kerajaan negeri. Jadi, kalau dilihat di mana-mana kerajaan negeri, hutan menjadi keutamaan untuk dikeluarkan kayu balak dan sebagainya, berharga untuk menampung keadaan di negeri masing-masing daripada segi kos dan sebagainya. Jadi, kalau keadaan ini berterusan berlaku, sudah pastilah kita tidak dapat selamatkan hutan dalam masa yang panjang. Oleh kerana untuk menyiapkan hutan, itu memerlukan masa yang cukup panjang, 50 hingga 100 tahun. Untuk pengetahuan, pengambilan hasil hutan ini bermula daripada pencerobohan hutan. Setiap daripada pencerobohan hutan seluas satu hektar pula negara kita akan dianggarkan kerugian RM1.4 juta, selain kehilangan biodiversiti. Perkara yang ingin saya bangkitkan ialah adalah sejauh manakah ukuran kekuatan agensi kerajaan, terutama bilangan anggota yang bertanggungjawab memantau segala aktiviti pencerobohan hutan di seluruh negara? Adakah bilangan para anggota, teknologi yang diguna pakai pada hari ini sudah mencukupi untuk mengawasi serta memastikan kawasan hutan tidak diceroboh? Daripada segi peningkatan kadar denda yang dikenakan, hanya RM5 juta bagi kesalahan yang mengambil hasil hutan menerusi pindaan kali ini hanyalah boleh menimbulkan ketakutan tetapi masih belum memadai untuk menghalang kegiatan pencerobohan hutan. Contohnya, pada tahun lalu kita telah dikejutkan berita pekebun haram durian Musang King di tanah seluas 101.17 hektar di kawasan HSK Batu Talam, Raub yang dianggarkan boleh memperoleh keuntungan sebanyak RM420 juta untuk satu musim pengeluaran tersebut. Dalam tempoh 10 tahun, mereka beroperasi secara haram dan sudah pastilah dalam tempoh yang panjang, mana mungkin ianya berlaku ketirisan, berlaku perkara-perkara yang mungkin ianya kealpaan kita. Jadi, diharap perkara ini tidak boleh berlaku, kalau ia berlaku dalam keadaan jangka masa 10 tahun, ia juga merugikan kerajaan.

Jadi saya pohon supaya akta ini dapat diguna pakai oleh semua kerajaan negeri kerana sekalipun kita meluluskan ini, kerajaan negeri tidak mengguna pakai, ianya adalah sia-sia belaka. Saya mohon supaya perkara ini dapat kita perhalusi dan kita luluskan dalam RUU ini dan saya menyokong Rang Undang-undang Perhutanan Negara (Pindaan) 2022. Terima kasih.

Pencelahan sedikit.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Jempol.

Pencelahan boleh, sedikit?

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Sudah cukup masa. Sebelum saya teruskan, kalau mengikut rekod saya di sini, Yang Berhormat Jelutong, you will be talking?

No, Tuan Yang di-Pertua telah serahkan kepada Yang Berhormat Bakri.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Because dalam rekod ini saya tengok Yang Berhormat Bakri.

Yang Berhormat Bakri akan berucap. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Parit Buntar.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tumpukan lima minit ini kepada isu dasar sahaja. Adapun apa yang berlaku di keliling kita itu, kita tidak payah bincang sebab nampak jelas [Membaca sepotong ayat al- Quran] Jelas nampak apa yang berlaku di Baling, Yan dan sebelumnya di Pahang dan sebagainya. Cuma saya hendak minta kepada Yang Berhormat Menteri, daripada segi kerangka berfikir untuk kita mengatasi isu alam sekitar ini. Pertama saya rasa tidak lengkap kalau kita tidak melihat isu alam sekitar ini dalam satu kerangka yang lebih besar. Contohnya saya menyatakan banyak kes yang melibatkan ladang hutan di dalam Hutan Simpanan Kekal. Semuanya adalah terdorong atas faktor ekonomi, semuanya terdorong atas pendapatan, semuanya terdorong atas perlukan sumber. I think itu crux of the problem. Akan tetapi kalau kita tidak ada satu pemikiran yang lebih luas dalam konteks alam sekitar ini, maka kita akan bersifat secara reaktif, bukan proaktif. Contoh, klausa 11, seksyen 11 menyatakan, kalau dahulu sebelum dipinda, alhamdulillah. Akan tetapi daripada segi - contohnya, kita ini hanya reaktif. Dahulu Hutan Simpan Kekal ini kalau hendak buat ladang hutan, jika ada kepentingan ekonomi, ianya didahulukan. Maka boleh kita buat. Sekarang sudah diganti, very good, alhamdulillah. Akan tetapi apakah kita berterusan begini dalam konteks kita bersifat reaksi kepada balak sudah jatuh, orang sudah mati. Selepas itu dah banjir besar. Baharu, ‘oh kita kena tukar ini, kita kena buat lebih baik’. So saya rasa pemikiran ini sangat penting, khususnya kepada pembuat dasar. Saya mencadangkan dalam konteks keperluan ekonomi, untuk memastikan alam sekitar ini terpelihara, kita kena melaksanakan dasar Environmental, Social and Governance (ESG ). Apa sahaja dasar kerajaan negeri mahupun Kerajaan Persekutuan, kalau hendakkan hasil atau segala-galanya, mesti letak dalam kerangka Environmental Social and Governance. Apa yang berlaku di negeri-negeri yang gondol hutan, bahasa sedapnya nyah hutan, tetapi sebenarnya gondol dan pajak. Ini kerana hendak balak dan sebagainya. Akhirnya tidak ada kriteria ESG. Environmental ‘ilek’, sosial soal Orang Asli, orang asal di situ tidak diambil kira. Governance, macam mana keputusan dibuat? Baguslah seksyen 11 kata sekarang kena buat pendengaran awam, kena buat. Itu, very good, alhamdulillah. Akan tetapi saya menjangkakan ke hadapan ini, kita akan berhadapan dengan satu lagi musibah yang lebih besar iaitu musibah environmental. Kalau tidak ada satu dasar yang lebih...

Pencelahan..

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

...proaktif dalam... Saya tidak ada masa, saya takut...

Sedikit sahaja Yang Berhormat. Menyokong Yang Berhormat.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya tahu, saya cakap memang siapa pun tidak membantah. Jadi maksudnya...

Menyokong dasar....

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya hendak menyatakan kalau ESG ini tidak dilaksanakan dengan serius, bawalah Dasar Perhutanan Malaysia yang baharu dilancarkan pada tahun 2021, Dasar Perhutanan Malaysia yang bercakap tentang Spine apa nama itu, sudah lupa nama itu. Central Forest Spine itu tidak akan dapat dilaksanakan kalau tidak ada dasar Environmental, Social and Governance yang lebih tertumpu kepada soal ekonomi. Jadi masalah kita sekarang, dicampur dengan tidak ada dasar yang lebih dinamik dalam konteks ESG yang saya tidak nampak seriusnya Kerajaan Persekutuan mahupun negeri untuk melaksanakannya dan satu lagi kerakusan manusia. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] Yang ini Yang Berhormat Menteri sedia maklum, manusia rakus. Bagi kat dia tanah untuk hendak buat perladangan hutan, habis dia tebang semua pokok, cuci bersih. Dia ceroboh pula lagi apa had yang telah diberikan. Semua ini kena letak dalam kerangka yang lebih besar, satu isu dasar yang lebih proaktif dalam konteks ekonomi iaitu ESG. Saya minta diberi penjelasan ada ke tidak panduan ESG di dalam kita hendak merangka keperluan ekonomi dan sebagainya. Kedua ialah kerakusan manusia. Apa yang kita tengok di Baling, Gunung Inas dan di Sungai Semantan yang merupakan tempat turunnya semua bala bencana ini ialah kerana penggondolan, kerana rakusnya manusia. Kita tidak menafikan kita memerlukan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Minta rumuskan Yang Berhormat, rumuskan.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Kita tidak menafikan kita memerlukan ini, tetapi di mana pula soal selective pembalakan, secara terpilih. Pokok mana yang boleh, pokok mana yang tidak boleh. Bagi saya jawapan mana ada orang yang hutan balak dia potong ikut semua kriteria ini? Tidak ada. Itu tidak campur lagi kerajaan negeri yang tidak serius sehingga menyebabkan perkara ini menjadi masalah. Hari ini kita bercakap tentang Baling, Pahang dan Kedah. Maka di Kelantan, negeri Yang Berhormat sendiri, ini semua adalah gara-gara tidak ada satu dasar yang lebih proaktif dan kerana kerakusan manusia. Saya mohon penjelasan ESG ini supaya kita tenang bahawa adanya satu rangka yang lebih besar daripada sekadar apa yang kita bincangkan. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Tebrau.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya turut serta dalam perbahasan RUU Perhutanan Negara (Pindaan) 2022. Tuan Yang di-Pertua, RUU ini cuba menyediakan untuk mengadakan penyiasatan awam sesuatu kawasan HSK diwarta keluar dan keperluan penggantian serentak HSK yang diwarta keluar. Saya ingin minta Yang Berhormat Menteri menjelaskan mekanisme penyiasatan awam dan kriteria memilih orang yang akan menyiasat untuk mengelakkan banjir yang berlaku di Baling disebabkan penebangan hutan untuk tanaman Musang King seperti

yang didakwa oleh ramai. Kawasan HSK daripada Kota tinggi sehingga Endau makin kurang disebabkan keperluan tanah untuk pertanian, penternakan udang dan sebagainya. Kita seharusnya menggunakan kaedah Smart Farming untuk meningkatkan hasil pertanian atau penternakan tanpa mengganggu HSK lagi. Tuan Yang di-Pertua, RUU ini juga turut meningkatkan kadar denda yang boleh dikenakan atas kesalahan penerbangan hutan iaitu pesalah boleh didenda sehingga lima juta ringgit bagi kesalahan mengambil hasil utama hutan. Saya juga minta Yang Berhormat Menteri menyatakan betapa yakin denda yang begitu tinggi tidak menyebabkan pesalah mencari penyelesaian pantas, menyogok pasukan penguatkuasaan oleh sebab nilai hasil utama hutan seperti kayu balak jauh lebih tinggi daripada wang sogokkan. Tuan Yang di-Pertua, RUU ini akan turut menyediakan keperluan untuk proses pewartaan keluar dan penggantian HSK secara serentak yang merupakan manifestasi komitmen untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada kawasan tanah negara sebagai kawasan hutan dan diliputi pokok-pokok. Secara dasarnya walaupun RUU ini merupakan modal undang-undang dan berperanan penting dalam memastikan HSK yang merupakan khazanah dan ekosistem penting kepelbagaian biologi negara diberikan perlindungan sewajarnya, tetapi sudahkah kerajaan mengambil pertimbangan kesejahteraan hidupan liar yang akan hilang habitat sekiranya penggantian HSK berlaku.

Adakah hidupan liar akan dialih ke tempat lain sebelum habitat mereka dihapuskan? Sila nyatakan mekanisme yang akan diguna pakai untuk mencari dana untuk menggantikan dana yang akan dimajukan sebagai kawasan perumahan, perindustrian atau komersial. Harimau, tapir, gajah, monyet, babi hutan dan lain-lain telah lama jadi mangsa pembangunan luar bandar. Selain daripada monyet dan babi hutan, harimau, tapir dan gajah juga sedang menghadapi kepupusan. Pemakaian RUU ini hanya akan terpakai di negeri-negeri setelah Dewan Undangan Negeri meminta Enakmen Perhutanan (Pemakaian) masing-masing. Saya minta Menteri menjelaskan usaha-usaha yang telah dilaksanakan bagi memastikan kerajaan negeri menyokong RUU ini dan akan buat pindaan sama ke atas Enakmen Perhutanan (Pemakaian) serta-merta setelah RUU ini diluluskan. Jikalau tidak, rakyat dan masyarakat antarabangsa tetap akan menyalahkan kita tidak memelihara hutan kita bagi membendung pemanasan global atau global warming dengan izin, serta tidak melindungi pelbagai fauna dan flora di dalam HSK di negara kita. Dengan ini saya ingin meminta Menteri menjawab soalan-soalan saya supaya saya akan sokong.

Boleh celah sedikit tadi?

Boleh, boleh.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Masa soalan kepada dia sudah tamat. Minta maaf.

Ya?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sudah tamat Yang Berhormat Tebrau. Saya ingin menjemput seterusnya Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, lima minit. Untuk makluman, kita akan minta Menteri menjawab pukul 4.30. Baik, terima kasih.

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHKulim-Bandar Baharu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya bangun untuk menyokong Rang Undang-undang Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 berasaskan kepada hujah berikut. Yang pertama, kerana tujuannya hendak memperketatkan proses pewartaan keluar dan penggantian Hutan Simpan Kekal. Saya percaya kalau ada tangan yang

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHKulim-Bandar Baharu

mengganggu dengan cara menyahwartakan satu warta Hutan Simpan Kekal, sudah tentulah ini yang berlaku. Gunung Inas, Gunung Bongsu di kawasan saya, tragedi kematian dua beranak kerana banjir akibat dari kawasan Gunung Pongsu pun Hutan Simpanan Kekal tetapi telah dinyah warta. Jadi Tuan Yang di-Pertua, isunya adalah kalau kerajaan tidak tebang balak, mereka tidak dapat hasil. Kalau mereka tebang balak, banjir. Saya cadangkan supaya kerajaan semak balik cadangan-cadangan terdahulu. Apa dia? Negeri yang memelihara kawasan hutan hendaklah dipertimbangkan kembali pampasan Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri. Sekurang-kurangnya kerajaan negeri dapat hasil. Sebagai balasan, mereka tidak tebang balak. Oleh kerana mereka tidak tebang balak, sumber air mentah untuk mengairi bendang, untuk menjadi sumber air kalau di utara, Hutan Hulu Muda itu, untuk Perlis, Pulau Pinang, Kedah besar sumbangan baktinya. Mereka tidak boleh tebang balak yang mempunyai hasil yang tinggi nilainya. Lalu mereka tidak dapat pula pampasan kerajaan negeri. Barangkali sesuai dengan semangat pindaan akta ini, Yang Berhormat Menteri mungkin boleh mengusulkan kembali. Kedua, saya menyokong kerana ada elemen penguatkuasaan hendak dimantapkan. Hal yang berlaku Tuan Yang di-Pertua, saya baca Pekeliling Ketua Pengarah Perhutanan, ini tentang ladang hutan. Dia bagi tahu bahawa kalau mengikut Pekeliling Ketua Pengarah Perhutanan, kriteria ladang hutan itu pun dilanggar macam itu saja. Saya merujuk kepada Pekeliling Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia Bilangan 1 Tahun 2010, Garis Panduan Penubuhan Ladang Hutan, Jabatan Perhutanan. Garis panduan itu ada tetapi apa dia teguran dia? Tidak mengikut kriteria. Maknanya sudah ada tetapi langgar. Bila langgar tindakan terhenti di situ, dalil. Pada 9 Julai, Ketua Pengarah Alam Sekitar keluarkan kenyataan yang sama juga ya, tentang Gunung Inas ini. Dalam kenyataan itu disebut di Butiran 6, berdasarkan siasatan Jabatan Alam Sekitar, satu notis arahan telah dikeluarkan merujuk kepada terdapatnya perubahan konsep asal iaitu patutnya ladang hutan itu bukan tanam durian. Sudah ada teguran. Badan penguat kuasa yang berkenaan sudah pun ambil tindakan tetapi aspek penguatkuasaan macam kita sedia maklum, tegur, tahu benda itu berlaku tetapi ia tamat di situ. Saya bersetuju juga pindaan ini dengan alasan yang ketiga, kerana dia kata, “Kali ini mesti buat penyiasatan awam sebelum Hutan Simpanan Kekal nak di warta keluar”. Saya sokong, cuma saya cadang, ayat “Pihak berkuasa negeri boleh mengeluarkan kawasan hutan daripada Hutan Simpanan Kekal” mesti ada beberapa pengecualian. Kuasa kerajaan negeri untuk nyah warta kawasan Hutan Simpanan Kekal ini mestilah caveatnya ada. Kalau itu satu kawasan sensitif, kerajaan pihak berkuasa negeri sekalipun tidak boleh keluarkan daripada status Hutan Simpanan Kekal. Kedua, kalau ia merupakan kawasan tadahan air yang kritikal, tidak boleh klausa ini, seksyen 11 diguna pakai. Mesti ada sekatannya. Ketiga, kalau ia merupakan koridor haiwan liar, yang merupakan habitat haiwan terancam. Kita pun ada kempen untuk pemuliharaan harimau. Ada, tetapi pada masa yang sama, tebang hutan. Jadi, kalau kuasa ini diberi, sepertimana seksyen 11 ini, saya cadangkan supaya kawasan sensitif, kawasan tadahan, koridor haiwan liar ini dikecualikan daripada seksyen ini. Saya cadangkan begitu terutama yang masuk dalam Central Forest Spine dan Heart of Borneo.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Minta rumuskan Yang Berhormat.

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHKulim-Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir ialah saya tengok, saya baca jawapan Menteri pada 3 Mac 2022. Ini tentang jumlah kelulusan kawasan Hutan Simpanan Kekal yang nak dijadikan sebagai ladang hutan, saya tengok. Kemudian, saya juga perhatikan, daripada satu juta ekar yang diberi izin, 533,000 ekar telah dibangunkan. Okey, itu tiada isu. Apa yang saya nak bangkitkan ini ialah Majlis

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHKulim-Bandar Baharu

Tanah Negara yang berlangsung pada 2 Disember 2021, dia sebut perlaksanaan moratorium kelulusan baharu penubuhan ladang hutan dalam Hutan Simpanan Kekal selama 15 tahun. Ada moratorium. Saya nak tanya, daripada 2 Disember 2021 itu ada tak kelulusan baharu sampai sekarang? Kalau Yang Berhormat Menteri sebut, ketika melawat Gunung Inas, saya ikuti dalam media, disebut tragedi di Baling itu, berkaitan dengan Gunung Inas, tiada kaitan dengan balak. Balak kebelakangan ini ya, tidak ada. Akan tetapi pembalakan itu biodiversitinya sudah terganggu lama. Jadi, pembersihan hutan yang berjalan bertahun-tahun itu telah menjejaskan keupayaan semula jadi hutan untuk menyerap jumlah hujan yang banyak, menjadikan sungai cetek dan akibatnya peristiwa itu berlaku. Memang tiada pembalakan sekarang tetapi orang kampung jawab dengan tepat sekali. Kes yang berlaku di Baling, mereka kata, “Terima kasih kerana hantar kayu depan rumah kami. Kami tak payah beli kayu api lagi dah. Dia hantar betul-betul depan rumah.” Jadi kayu itu datang daripada mana? Tentulah pembalakan, bukan sekarang tetapi sebelumnya. Jadi, saya fikir, berasaskan kepada alasan-alasan itu, saya setuju tetapi hal yang saya syorkan dengan beberapa pandangan atau cadangan molek dipertimbangkan. Pertama, pampasan Kerajaan Pusat kepada persekutuan. Kedua, aspek penguatkuasaan yang dah ada, agensi berkenaan sudah jalan tugas tetapi nampaknya kukunya itu tak begitu mencengkam. Barangkali ada orang besar di sebalik semua ini. Ketiga, saya ingin tahu ketika moratorium kelulusan ladang hutan ini telah pun ditetapkan oleh Majlis Tanah Negara selama 15 tahun, ada tak kelulusan baharu? Sebab ini berkaitan dengan aspek sama ada kepatuhan terhadap hal yang kita bincangkan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Bakri, kemudian yang terakhir diikuti oleh Yang Berhormat Merbok. Sila Yang Berhormat Bakri.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Bakri untuk membahaskan pindaan Akta Perhutangan Negara 1984 dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Jelutong kerana bagi giliran beliau kepada saya untuk bahaskan. Hari ini, saya ingin membincangkan hanya dua perkara yang berkenaan dengan pindaan akta ini. Pertama adalah pindaan seksyen 11 dan seksyen 12 di mana seksyen 11 adalah berkenaan dengan kuasa pihak berkuasa negeri untuk mengeluarkan kawasan tanah dari Hutan Simpanan Kekal dan juga seksyen 12 adalah berkenaan dengan penggantian tanah tersebut. Bakri berpendapat bahawa pindaan ini walaupun ke arah yang lebih baik di mana Hutan Simpanan Kekal yang dikeluarkan di suatu tempat mesti diganti di tempat yang lain. Ia tidak akan mengatasi masalah forest fragmentation dengan izin iaitu pemecahan hutan di mana pemecahan kawasan hutan yang besar menjadi cebisan hutan yang lebih kecil. Ini kita perlu tahu bahawa saiz hutan adalah sama tetapi kualiti hutan akan turun apabila kita ada forest fragmentation. Forest fragmentation boleh menyebabkan kehilangan biodiversiti, peningkatan tumbuhan invasif, perosak dan patogen serta pengurangan kualiti air. Apabila hutan dipecahkan, pergerakan tumbuhan dan haiwan akan terhalang. Ini menyekat pembiakan dan gene flow dengan izin dan mengakibatkan penurunan populasi flora dan fauna dalam jangka masa panjang. Persekitaran bukan hutan bersebelahan cebisan hutan terpecah juga akan mengubah keadaan di dalam hutan daripada segi suhu, kelembapan, cahaya dan sebagainya di mana kita panggil edge effect. Edge effect ini akan membawa kesan buruk

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

terhadap kesihatan pertumbuhan dan kemandirian pokok, bunga, paku pakis dan lumut serta pelbagai kesan sekunder terhadap haiwan yang bergantung dengannya. Bakri sangat bimbang bahawa penggantian tanah di seksyen 12 akan memberi alasan yang sangat baik untuk kerajaan negeri di mana mereka kata kita ada melindungi Hutan Simpanan Kekal kerana kita menggantikan dengan tempat yang lain. Ini adalah sangat bahaya terutamanya untuk Central Forest Spine seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Ini adalah kerana Central Forest Spine adalah satu koridor yang panjang, yang merupakan habitat yang terpenting di Semenanjung Malaysia untuk spesies terancam seperti harimau Malaya, beruang matahari Malaya, tapir Malaya dan juga gajah Asia serta pelbagai spesies hidupan liar, tumbuhan dan juga mikro organisma yang menjadikan biodiversiti negara kita dipanggil mega diversiti. Selain itu, Central Forest Spine juga menyediakan perkhidmatan ekosistem yang tidak boleh ditukar ganti seperti bekalan air, penyesuaian iklim, perlindungan tanah dan juga mengurangkan risiko bandar dan sebagainya. Bakri ingin tanya, bagaimana kementerian boleh mengatasi masalah forest fragmentation, Central Forest Spine dengan pindaan seksyen 11 dan seksyen 12? Apabila insentif untuk kerajaan negeri mengeluarkan tanah dari Hutan Simpanan Kekal adalah tinggi, kewajipan seperti public inquiry adalah secara kosmetik sahaja. Ini kerana akhirnya ia akan diluluskan. Kerana apa? Ini kerana tanah adalah sumber pendapatan negeri yang paling besar. Kita perlu tahu bahawa Kerajaan Persekutuan ada lebih kurang pendapatan RM250 bilion. Ini berbanding dengan kerajaan-kerajaan negeri di mana adalah kurang daripada RM2 bilion dan yang lebih tinggi Sabah dan Sarawak tetapi ini adalah hanya dua peratus, satu peratus daripada pendapatan Kerajaan Persekutuan. Untuk meningkatkan pendapatan kerajaan negeri, Hutan Simpanan Kekal menjadi sasaran kerajaan negeri. It’s all about the money. Oleh itu, kita perlu mewujudkan insentif untuk kerajaan negeri mengekalkan hutan simpanan mereka. Kerajaan Pakatan Harapan telah memperkenalkan ecological fiscal transfer for biodiversity conservation (EFT) buat kali pertama pada tahun 2019 dengan peruntukan RM60 juta bagi menggalakkan kerajaan-kerajaan negeri untuk mewartakan kawasan perlindungan. EFT ini diteruskan pada tahun 2021 oleh Kerajaan Perikatan Nasional. Baru-baru ini Kerajaan Keluarga Malaysia, Perdana Menteri mengumumkan untuk meningkatkan peruntukan EFT kepada RM100 juta. Ini bermaksud bahawa tidak kira kita Pakatan Harapan, Perikatan Nasional atau Barisan Nasional, semua telah bersetuju dengan EFT tetapi EFT tidak boleh setakat di polisi sahaja. Ia perlu diinstitusikan dan seharusnya menjadi geran statutori melalui pindaan akta ini. Oleh itu, saya berharap bahawa kementerian boleh menambah pindaan kali ini dengan menambah klausa untuk EFT. Kedua adalah berkenaan dengan perdagangan karbon di mana ada ramai Ahli- ahli Yang Berhormat telah bangkitkan. Saya juga memerhatikan bahawa kita, both sides of the political divide dengan izin telah bersetuju dengan perdagangan karbon. Ini kerana perdagangan karbon boleh meningkatkan pendapatan kerajaan negeri dengan memberi insentif tambahan untuk mereka bagi memelihara hutan. Ini adalah sangat baik. Menteri Alam Sekitar dan Air telah mengumumkan kerajaan akan mewujudkan voluntary carbon market tetapi kali ini kita tengok pindaan Akta Perhutanan kita tidak tengok apa-apa klausa yang berkaitan dengan perdagangan karbon. Memandangkan hutan adalah carbon sink yang besar. Oleh itu saya ingin tahu bahawa bagaimana kementerian terlibat dalam penubuhan voluntary carbon market? Adakah carbon stock hutan, adakah ada rancangan untuk membuat satu legal framework untuk perdagangan karbon ataupun akta baharu akan diwujudkan? Saya tidak tahu bahawa Menteri sedar atau tidak ...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Minta tolong rumuskan Yang Berhormat.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Ya. Yang Berhormat Menteri sama ada sedar bahawa baru-baru ini Kerajaan Negeri Sarawak juga telah membuat pindaan untuk menyediakan kerangka undang-undang yang membolehkan perdagangan karbon. Kenapakah Kerajaan Persekutuan lebih perlahan daripada kerajaan negeri? Oleh itu, saya berharap bahawa kita jangan tunggu lagi dengan pembentangan dan pindaan lain kali. Kita tambah klausa EFT, tambah klausa perdagangan karbon dalam pindaan kali ini kalau boleh. Ini kerana kita kena tunggu lama. Kita semua tahu bahawa satu rang undang-undang mengambil dua tiga tahun sebelum dia bentangkan lagi di Parlimen. Oleh itu, saya sangat berharap bahawa kementerian boleh berbuat sesuatu. Kita buat pindaan, buat sedikit pertambahan klausa kepada pindaan kali ini supaya kita boleh luluskan bersama-sama. Sekian sahaja, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Terakhir saya jemput Yang Berhormat Merbok. Lima minit.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pada dasarnya saya menyokong pindaan ini namun ada beberapa perkara yang perlu diteliti dengan lebih halus. Sekiranya diluluskan namun seperti apa yang Yang Berhormat Tuaran ada sebutkan tadi kerana tanah ini adalah hak negeri, jadi jika tidak diguna pakai oleh kerajaan negeri, maknanya pindaan ini tiada makna. Sebagai contoh, apabila ingin membuat permanent disposal facility (PDF) untuk sisa Lynas di Bukit Ketam, perasan tak kita maka Pahang telah menyahwartakan sahaja kawasan tersebut. Tidak perlukan pun pendengaran awam. Namun apabila ramai bising, maka DOE tidak luluskan kerana ternyata lokasi tersebut sangat dekat dengan kawasan tadahan air. Jadi, saya terus kepada isi kandungan perbahasan Akta Perhutanan yang melibatkan pindaan seksyen 4. Ini seolah-olah ada implikasi terhadap hutan simpanan akan dieksploitasikan kerana ia tidak merujuk kepada seksyen 12. Saya pohon penjelasan terkait pindaan seksyen ini. Kemudian antara pindaan paling ketara yang dicadangkan yang saya alu-alukan adalah pengenalan seksyen 11. Pindaan ini membenarkan pengeluaran sedemikian tertakluk kepada dua syarat yang signifikan terkait pengeluaran tanah dari Hutan Simpanan Kekal. Syarat pertama adalah sebelum mengeluarkan mana-mana kawasan tanah daripada sesuatu Hutan Simpanan Kekal (HSK), pihak berkuasa negeri hendaklah menjalankan suatu siasatan awam mengikut sebagaimana yang ditetapkan oleh negeri. Ini adalah peruntukan yang penting dan wujud dalam Enakmen Perhutanan Negeri Selangor. Peruntukan sedemikian untuk siasatan awam sebelum sebarang pengeluaran HSK akan memastikan ketelusan, accountability di pihak negeri dan penting untuk memastikan tadbir urus yang baik. Tanpa ketelusan ini, pembuatan keputusan mengenai pengeluaran kawasan tanah daripada HSK diselubungi kerahsiaan, menimbulkan kebimbangan termasuk kemungkinan konflik kepentingan. Syarat kedua pula, sekiranya pihak berkuasa negeri berniat untuk mengeluarkan mana-mana kawasan tanah daripada sesuatu HSK, pihak berkuasa negeri hendaklah mengenal pasti suatu kawasan tanah yang sama luas atau lebih besar untuk menggantikan kawasan tanah yang akan dikeluarkan sebagai suatu Hutan Simpanan Kekal. Ini juga adalah penambahbaikan besar dan ketara ke atas undang-undang sedia ada.

Justeru, saya benar-benar menyeru pihak berkuasa negeri untuk mewartakan lebih banyak kawasan hutan di negeri masing-masing sebagai hutan yang dilindungi sepenuhnya yang tidak boleh ditukar untuk guna tanah lain atau diganggu oleh aktiviti- aktiviti yang memusnahkan seperti penebangan hutan.

Seterusnya lihat kepada seksyen 50 dan juga seksyen 58, di situ juga ada ruang untuk berlakunya ruang penyalahgunaan kuasa ataupun rasuah. Kemudian, terkait juga dengan pindaan seksyen 60A adalah mustahak pemeliharaan sumber alam semula jadi disokong dengan dana mencukupi dan kewangan. Saya mengalu-alukan pembentukan Bayaran Perkhidmatan Ekosistem (PES) dan pengembangan ketara membabitkan Tabung Amanah Konservasi Sumber Asli Nasional, ini akan menyediakan dana pampasan mencukupi termasuk insentif aktiviti konservasi di semua negeri. Kemudian seksyen 70A, saya benar-benar sangat bimbang kerana pindaan ni seolah-olah memberikan lesen besar untuk hutan di negara ini terus ternoda. Saya bukan untuk bersangka buruk, namun dibimbangi sekiranya pihak-pihak yang berkepentingan akan bersekongkol dengan pihak berkuasa negeri. Kemudian seksyen 86A dan 86B, ini juga saya bimbang sekiranya pindaan ini ditujukan khusus buat mereka yang bangkit kerana hak mereka tidak didengari atau tidak dilibatkan dari awal, ataupun kepada para pejuang alam sekitar, khususnya memperjuangkan isu ini. Kemudian juga seksyen baharu 91A. Pindaan ini juga saya melihat seolah-olah ada pelanggaran hak kepada hak asasi manusia. Sebagai contoh sekiranya ada yang mereka memperjuangkan sesuatu, isu terkait dengan kepentingan umum, namun menggunakan pindaan ini dibimbangi sesuatu kebenaran tidak boleh dibongkar ataupun terlindung. Akhir sekali, saya cuma ingin menyentuh kelestarian hutan adalah faktor penting dalam ekopelancongan ekologi di mana negara kita ini kaya dengan khazanah hutan. Kalau di negeri Kedah kita ada Gunung Pulai yang indah, walaupun berada dalam Daerah Baling bukan Merbok, namun kaya dengan nilai sejarah dan cukup popular di kalangan pelancong eko. Ada beberapa buah gua seperti Gua Kelambu, Gua Tembus 1 dan 2, Gua Akar, Gua Kecil dan lain-lain, jumpaan arkeologi, artifak, alat tulis, unifas, pecahan tembikar tanah, pecahan tembikar batu bugis, alat batu pebel, sisa makanan kulit siput sedut, serpihan tulang haiwan fosil, kulit siput sungai yang melekat di dinding Gua Akar. Namun, jika Kerajaan Pusat tidak mengambil inisiatif untuk melindungi khazanah negara ini, maka tiada lagi aset warisan negara. Patah tidak tumbuh, Hilang tidak berganti. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Merbok. Yang Berhormat...

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya seorang lagi, sebab ada dua orang tidak hadir tadi. Sebab saya bekas Timbalan Menteri, hendak bertanya berkenaan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya benarkan.

Bolehlah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Masa –

Lima minit sahaja lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Berapa minit? Tiga minit?

Tiga minit tidak habislah, lima minitlah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Silakan.

Boleh Yang Berhormat Menteri ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Boleh.

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pada 5 Julai 2022, seorang Pekerja Am di Semantan Estet Mentakab, Temerloh, Pahang patah pergelangan kaki dan cedera di badan dipercayai dipijak oleh gajah liar yang berkeliaran daripada habitatnya. Pada 4 Julai 2022, banjir serta kepala air di Gunung Inas, Kupang, Baling yang telah mengorbankan sebanyak tiga nyawa termasuk ibu hamil empat bulan serta 17 orang mangsa banjir kehilangan rumah. Pada 18 Disember 2021, banjir balak telah berlaku di Kampung Sri Telemong, Karak, Pahang telah mengorbankan tiga nyawa dan beribu-ribu balak kayu hanyut dan terkumpul di situ. Pada 15 Februari 2022, seekor gajah betina ditemui mati di tepi jalan Empangan Pedu berdekatan dengan Kampung Pinang, Padang Terap. Pada 7 Januari 2022, mendiang Anek Along, 40-an telah dibaham harimau belang di belakang rumah beliau Kampung Sau, Pos Bihai, Gua Musang. Apakah semua ini? Sudah tentu ia berkaitan dengan alam sekitar, habitat dan ekosistem. Hutan adalah sebahagian komponen daripada alam sekitar untuk habitat haiwan dan juga manusia. Oleh sebab itu, pemuliharaan hutan amat penting bagi kesinambungan dan keseimbangan makhluk di planet ini.,Sudah tentu apabila hutan musnah dan tidak dikawal, ia akan mempengaruhi alam sekitar, habitat haiwan dan juga ekosistem. Harimau dan gajah terpaksa berkeliaran daripada habitat asalnya semata- mata untuk mencari mangsa dan makanan mereka. Di dalam pindaan Rang Undang-undang Perhutanan yang dibawa ini, saya melihat ia lebih kepada mengawal pembalakan haram dan juga mencuri hasil hutan. Akan tetapi, kalau apa yang saya katakan lima perkara tadi, mungkin tidak dapat mengurangkan masalah itu. Jadi, kuasa JPSM terikat dengan Perkara 74 Jadual Sembilan, Perlembagaan Persekutuan. Di dalam Dewan yang mulia ini, pihak Kerajaan Pusat kena lah serius dan menggunakan undang-undang lain bagi mengawal hutan dan alam sekitar. Mewujudkan dasar baharu serta punca kuasa lain yang boleh dibuat bagi memelihara hutan kita. Dalam masa yang singkat ini, saya tidak akan menyentuh berkenaan karbon kredit atau cadangan lain untuk ekonomi bagi menggantikan pembekalan atau pembalakan. Apa yang saya ingin sebut di sini adalah cadangan bagi untuk mengawal lima perkara ataupun enam perkara yang saya sebutkan tadi, peristiwa ya. Pertama, wujudkan lesen operasi penebangan balak di bawah bidang kuasa Kerajaan Pusat di bawah JPSM seperti perlombongan. Kerajaan negeri mempunyai kuasa kelulusan lesen tapak, sementara lesen operasi atau perlombongan, di bawah bidang kuasa JMG. Kedua, kebenaran khas daripada JPJ seperti semua lori balak yang membawa kayu balak mestilah mendapat kelulusan laluan khas sebelum sesuatu kawasan balak diluluskan oleh kerajaan negeri. Kuasa pengangkutan di bawah bidang kuasa Kerajaan Pusat. Ketiga, kawalan lesen eksport kayu balak di bawah MITI ataupun kementerian yang berkaitan mestilah disyaratkan dengan diketatkan. Lesen eksport mestilah dipohon sebelum kawasan baharu kayu balak diluluskan oleh kerajaan negeri. Kerajaan Pusat mestilah menguar-uarkan bahawa kayu balak bukanlah lagi hasil utama negara kita. Tiada alasan lagi Akta Perlembagaan Perkara 74, Undang-undang Persekutuan dan Negeri, Jadual Kesembilan kerana akta ini yang memainkan peranan yang mana Kerajaan Pusat tidak ada kuasa ya.

Sebabnya kalau apa yang dibincangkan hari ini dalam Rang Undang-undang Perhutanan ini, [Menunjukkan senaskhah buku] saya rasa JPSM tidak ada kuasa yang kuat. Jadi, saya syorkan tiga perkara tadi dapat dipertimbangkan oleh kementerian- kementerian lain. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Raub. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawabnya. Tempoh masa selama 30 minit.

Datuk Seri Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri Tenaga dan Sumber Asli · Kota Bharu

Assalamualaikum, salam bahagia, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat. Kalau ikut kiraan saya seramai 13 orang Ahli-ahli Yang Berhormat daripada kedua-dua belah pihak yang telah memberikan pandangan perbahasan yang cukup baik. Secara umumnya saya melihat ia menyokong cadangan pindaan kepada Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313]. Ini melambangkan bahawa hasrat atau niat murni kerajaan membuat pindaan ini mendapat sokongan selaras dengan hasrat semua pihak. Saya ingin untuk memulakan perbahasan ataupun penggulungan saya ini dengan memetik ayat yang juga telah disebut oleh Yang Berhormat Parit Buntar tadi, satu ayat Al- Quran dalam Surah Ar-Rum, ayat 41 yang maksudnya Allah berfirman; “Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia. Dan timbulnya demikian kerana Allah merasakan mereka sebahagian daripada balasan atas perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali insaf dan bertaubat”. Itu adalah mungkin peringatan kepada kita, terutamanya orang Islam dan juga nilai-nilai murni kepada seluruh manusia. Tuan Yang di-Pertua, saya memulakan penggulungan dan juga penjelasan saya melalui apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Baling yang mencadangkan supaya Kerajaan Persekutuan mengambil langkah campur tangan dalam pengurusan hutan, khususnya pewartaan keluar Hutan Simpanan Kekal, gunung, kuari dan perlombongan.

Datuk Seri Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri Tenaga dan Sumber Asli · Kota Bharu

Saya suka menarik perhatian Dewan yang mulia ini bahawa sesuatu tindakan yang dibuat oleh sesebuah kerajaan, tidak kira kerajaan mana, ia mesti berdasarkan kepada Perlembagaan dan undang-undang. Jadi dalam hal perhutanan, jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 74, fasal 2, Perlembagaan ini jelas menyatakan bahawa, bidang kuasa yang berhubung dengan pengurusan hutan- malahan ia dianggap hak mutlak terletak kepada kerajaan negeri. Ini jelas dalam fasal 2, tanpa menjejaskan apa-apa kuasa untuk membuat undang- undang yang diberikan kepadanya oleh mana-mana perkara lain, badan perundangan sesebuah negeri boleh membuat undang-undang mengenai apa perkara yang disebut satu persatu di dalam Senarai Negeri, dalam Jadual Kesembilan. Jadual Kesembilan dengan jelas menyatakan hutan ialah di bawah Senarai II- Senarai Negeri di bawah Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan. Oleh sebab itu, tidak dapat dinafikan inilah struktur yang ada dalam negara kita iaitu kuasa negeri tetap kuasa negeri. Kuasa Persekutuan tetap kuasa Persekutuan. Namun demikian, dalam melaksanakan tanggungjawab kita menjaga khazanah alam termasuklah perhutanan ini, masih lagi terdapat platform perundingan yang sedia ada antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Antaranya, Majlis Tanah Negara yang sebagaimana kita maklum dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Ahli-ahlinya ialah semua Yang Berhormat Menteri-Menteri Besar dan Ketua- Ketua Menteri, selain daripada Menteri-menteri yang berkaitan. Ada juga dalam negara kita Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN), juga pengerusinya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, ahli-ahlinya Menteri Besar dan

Datuk Seri Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri Tenaga dan Sumber Asli · Kota Bharu

Ketua-Ketua Menteri, Majlis Negara Kerajaan Tempatan dan juga yang terakhirnya, Majlis Tindakan Perubahan Iklim Malaysia (MyCAC). Itu adalah jelas. Jadi ini ialah medium kepada perundingan antara Persekutuan dan negeri...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila, Yang Berhormat Tuaran.

Terima kasih. Terima kasih atas penjelasan tadi tentang majlis-majlis ini. Akan tetapi persoalan yang kita bangkitkan ialah, adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan Majlis Perhutanan? Oleh sebab hal perhutanan itu lain daripada Majlis Tanah. Malah ramai Pegawai Perhutanan yang membuat aduan bahawa hal-hal yang khusus mengenai perhutanan itu tidak dapat diangkat, tidak dapat dibincangkan dalam Majlis Tanah Negara itu, itu satu. Kedua, ialah sepertimana yang saya katakan tadi, kalau majlis yang merujuk kepada negeri-negeri di Semenanjung, kita boleh tangani dengan senang sebab ia merujuk kepada satu Ketua Pengarah...

Terima kasih Yang Berhormat.

...Akan tetapi apabila ia negeri, ia macam mana? Sabah dan Sarawak macam mana?

Itu pandangan yang baik diwujudkan Majlis Perhutanan Negara tetapi bagi saya, takrif ataupun definisi “tanah” itu adalah jelas dalam Kanun Tanah Negara. Tanah ialah- “tanah dan apa-apa perkara yang terlekat pada tanah”, “anything attached to the land is considered land.” Jadi Majlis Tanah Negara termasuklah hutan yang ada di atas tanah itu. Jadi mungkin atas dasar itulah sekarang ini belum lagi diwujudkan Majlis Perhutanan Negara. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan bahawa, di dalam Majlis Tanah Negara yang diwujudkan dan membincangkan perkara dasar dan perundangan digunakan sebagai saluran untuk mengawal penggunaan tanah bagi maksud perhutanan, perlombongan dan pertanian dan antara perkara yang sering kali- ini penting, yang sering kali diputuskan malahan yang memang diputuskan oleh Majlis Tanah Negara berkaitan dengan hutan ini ialah penetapan Catuan Tebangan Tahunan (CTT). Ini ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri supaya kerajaan negeri apabila membalak tidak boleh melebihi daripada CTT ini. Begitu juga yang disebut oleh ramai Ahli Yang Berhormat, moratorium pembangunan ladang hutan dalam Hutan Simpanan Kekal yang telah diputuskan juga oleh MTN selain daripada mengawal, mengelakkan pembangunan utiliti dan bukan utiliti dalam HSK ini. Ini peranan Majlis Tanah Negara yang cukup besar- bagi saya yang walaupun tidak 100 peratus mengikat kerajaan negeri, namun ia secara moral obligation, kerajaan negeri terikat kerana mereka part of the decision making di dalam MTN ini. Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada apa yang berlaku di Baling. Saya ingin menyatakan dalam Dewan yang mulia ini bahawa saya baru menerima satu arahan dari Pejabat Perdana Menteri, khususnya melalui Pejabat Ketua Setiausaha Negara, bahawa kementerian saya, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli diarahkan untuk menjadi lead agency untuk menjalankan siasatan terhadap kejadian di Baling ini. Hal ini kerana- munasabahnya di bawah KeTSA ini ada banyak jabatan yang berkaitan seperti Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Jabatan PERHILITAN dan pelbagai jabatan lain yang berada di sini, dan ia akan dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Ketua Setiausaha Negara sendiri. Akan tetapi lead agency nya ialah KeTSA dan juga kementerian-kementerian lain yang berkaitan. Jadi saya mengharapkan...

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Penjelasan.

...Hasil siasatan daripada kejadian ini, insya- Allah akan saya pastikan dapat diisytiharkan ataupun disiarkan secepat mungkin kepada pengetahuan umum.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Yang Berhormat Menteri, Bukit Bendera sini. Tadi semasa ucapan perbahasan saya, saya menyatakan cadangan satu Kertas Putih dibentangkan di Parlimen untuk perbahasan Ahli-ahli Parlimen hasil siasatan kerajaan terhadap insiden Baling. Saya ingin mendapat...

Terima kasih.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

...Kepastian bahawa sama ada...

Saya rasa begini. Sekarang ini prosesnya penyiasatan awal- preliminary investigation. Kalau sekiranya investigation ini menunjukkan bahawa perlunya Kertas Putih, saya rasa tidak ada halangan untuk kerajaan, untuk membuat satu Kertas Putih dibentangkan di dalam Parlimen ini. Itu hasil daripada...

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, atas mengambil kira cadangan saya tadi.

Saya akan pastikan perkara ini. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, pembahas yang kedua sahabat saya daripada Subang, yang membangkitkan mengenai karbon dimasukkan sebagai salah satu daripada hasil negeri melalui rang undang-undang ini. Jawapannya ialah, ya. Kalau kita melihat fasal 31. Fasal 31 dalam rang undang-undang ini yang telah dengan jelas memasukkan seksyen baharu iaitu seksyen 75A, yang dengan jelas memberi kuasa kepada kerajaan negeri atau pihak berkuasa negeri mengenakan caj dan menerima fi atas apa-apa bayaran perkhidmatan. Ini saya dijelaskan bahawa termasuklah karbon itu sendiri. Fi dan juga caj untuk karbon walaupun perkataan “karbon” tidak dinyatakan dengan jelas di dalam Akta 313. Pada masa ini, saya ingin maklumkan bahawa KeTSA akan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk meneroka instrumen baharu kewangan bagi mewujudkan dana konservasi termasuk ini yang telah diwujudkan, Kerangka Kewangan REDD Plus, dengan izin, REDD Plus Finance Framework (RFF) telah pun diwujudkan. Begitu juga ada satu lagi entiti yang ditubuhkan di bawah kementerian ini yang dinamakan Tabung Perhutanan Malaysia- Malaysia Forest Fund (MFF) merupakan entiti yang bertanggungjawab ke arah penjanaan dan juga mengeluarkan Pensijilan Aktiviti Konservasi Perhutanan, ataupun Forest Conservation Certificate. Hal ini yang mana MFF menyelaras aktiviti pasaran karbon di sektor perhutanan ataupun forest carbon offset. Dana yang dikumpulkan oleh MFF daripada sumbangan sektor swasta akan disalurkan kepada kerajaan negeri bagi membiayai usaha pengekalan, pengurusan, perlindungan dan pemuliharaan hutan. Pada masa ini, projek perintis- saya hendak maklumkan, projek perintis yang dijalankan untuk tujuan carbon credit ini akan dijalankan di Hutan Simpanan Sungai Besi (Tambahan) dengan kerjasama ataupun pengendalian dari Jabatan Hutan Wilayah Persekutuan. Manakala projek perintis yang kedua yang sedang dilaksanakan dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Yang Berhormat Bukit Bendera mungkin tahu perkara ini, sedang dijalankan dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Yang Berhormat Subang juga membangkitkan mengenai cadangan supaya Kerajaan Persekutuan memberikan dana yang mencukupi kepada kerajaan negeri. Ramai- Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu dan lain-lain Ahli-ahli Yang Berhormat, rakan-rakan saya membangkitkan perkara ini. Saya hendak maklumkan bahawa, sejak beberapa ketika termasuk semasa Yang Berhormat Bakri menjadi Menteri ini, Kerajaan Persekutuan telah memperkenalkan Ecological Fiscal Transfers (EFT) for biodiversity conservation iaitu pada tahun 2019,

during PH time, sebagai satu bentuk insentif kepada kerajaan negeri bagi melindungi dan memelihara kawasan perlindungan serta menggalakkan kerajaan negeri mewartakan kawasan Hutan Simpanan Kekal termasuk kawasan tadahan air dan perlindungan hidupan liar.

Dari tahun 2019, berasal daripada RM60 juta dinaikkan pada tahun 2021 sebanyak RM70 juta. Kerajaan Persekutuan telah memutuskan baru-baru ini, telah dinaikkan kepada RM100 juta yang mana kalau saya boleh sebut pada tahun 2022, yang terbaharu ya, daripada RM70 juta EFT yang telah diperuntukkan, negeri yang paling banyak mendapat sumbangan ini adalah negeri Sarawak. Sesuai dengan kawasan mereka yang luas, mendapat RM13.2 juta diikuti oleh Sabah RM12.9 juta, diikuti oleh Pahang RM8.49 juta, kemudian Terengganu RM6.8 juta dan nombor lima, negeri Perak RM6.25 juta. Itu EFT daripada jumlah RM70 juta. Jadi, kalau diputuskan tambahan sebanyak RM30 juta lagi menjadikan RM100 juta, saya percaya peruntukan ini akan diagihkan mengikut negeri-negeri yang layak untuk menerimanya.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya celah sedikit?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Ya.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Soalan saya ialah memandangkan semua kerajaan bersetuju dengan EFT ini, bolehkah kita menjadikan bukan sahaja satu polisi, tetapi masukkan ke dalam pindaan ini supaya kita menginstitusikan...

I will answer that. Saya, I will go to that.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

...Tidak kira sesiapa jadi kerajaan tahun akan datang, okey.

I will go to that. Terima kasih Yang Berhormat Bakri, rakan saya. Saya ingin menyatakan bahawa kalau kita melihat dalam rang undang-undang ini, ada terdapat satu fasal yang menyentuh mengenai seksyen 58 di dalam Akta 313 iaitu berkaitan dengan Kumpulan Wang Pembangunan Hutan ya. Dalam fasal 22 dalam rang undang-undang ini menyebutkan bahawa seksyen 58 dipinda menggantikan perkataan ‘hutan lipur’ kepada perkataan ‘Hutan Simpanan Kekal’. Ini pada menzahirkan bahawa hasrat kerajaan, Wang Kumpulan Simpanan Pembangunan Hutan yang sebelum ini tidak boleh dibayar kepada tujuan-tujuan lain melainkan tujuan di bawah seksyen 58 ini sahaja tidak termasuk pengekalan hutan simpan, menguruskan hutan simpan. Sekarang ini sudah dimasukkan menggantikan ‘hutan lipur’ kepada ‘hutan simpan’. Ini juga menunjukkan bahawa kerajaan negeri memberikan peruntukan yang tertentu berdasarkan seksyen 58 ini sebagai insentif dan imbuhan kepada negeri-negeri yang mengekalkan Hutan Simpanan Kekal ini selain daripada EFT. Itu yang penjelasan saya kepada...

Sedikit, sedikit.

...yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bakri. Ya.

Pencelahan.

Ya, Yang Berhormat Rompin.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Rompin, sila.

Seperti Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu beritahu bahawa masalah negeri ini adalah masalah ekonomi. Kalau kita lihat

angka-angka yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi, angkanya terlalu kecil berbanding dengan nilai hutan. Jadi, pampasan itu harus lebih besar jumlahnya. Katalah seribu ekar dikekalkan dalam masa 25 tahun, kita tidak minta Kerajaan Persekutuan membayar sejumlah yang besar. Maknanya dalam masa 25 tahun itu katalah RM100 juta katalah ya. Ini Kerajaan Persekutuan boleh membayar dalam 25 tahun itu RM100 juta kepada kerajaan negeri. Ini jumlahnya terlalu kecil berbanding dengan keperluan ekonomi bagi negeri- negeri. Jadi, jumlahnya harus besar dan harus dalam masa yang tempoh 25 tahun umpamanya atau 30 tahun dan tidak membebankan Kerajaan Persekutuan. Akan tetapi, kerajaan negeri tahu jaminan pendapatan daripada hasil hutan yang dikekalkan oleh mereka. Jumlahnya harus besar Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat Rompin. Saya hendak menyentuh juga dalam Akta Perhutanan Negara yang sedia ada ini, ada peruntukan berkaitan dengan Kumpulan Wang Pembangunan Hutan yang saya sebutkan tadi yang mana kita tahu bahawa Kumpulan Wang Pembangunan Hutan ini salah satu dia punya punca pendapatannya adalah daripada ses pembangunan hutan. Ses pembangunan hutan ini adalah seumpama satu yuran yang ditetapkan oleh pihak berkuasa negeri menetapkan ses ataupun dipanggil ses pembangunan hutan mengenai apa-apa hasil hutan yang dikeluarkan dari hutan itu. Saya percaya peruntukan seksyen 58 ini dibuat berdasarkan bahawa Kumpulan Wang Pembangunan Hutan akan menjadi bertambah besar apabila ia merangkumi insentif kepada Hutan Simpanan Kekal. Saya percaya begitu. Jadi, atas dasar itu sama ada satu negeri RM100 juta atau RM50 juta, mungkin Kumpulan Wang Pembangunan Hutan ini ataupun mungkin EFT ini akan dinaikkan daripada RM100 juta kepada beberapa ratus juta pada masa akan datang bagi menampung keperluan kerajaan negeri dalam usaha mengekalkan Hutan Simpanan Kekal. Tuan Yang di-Pertua...

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHKulim-Bandar Baharu

Pencelahan, pencelahan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHKulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat Menteri, disebut tadi ecological fiscal transfers ini sudah mencapai amount RM100 juta. Seingat saya masa kita bahas bajet dahulu, Bajet 2021 itu sekitar RM70 juta.

Ya.

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHKulim-Bandar Baharu

Bolehkah Yang Berhormat Menteri berkongsi disbursement kepada negeri untuk tujuan kelestarian biodiversiti ini? Setakat mana disbursement kepada negeri melalui Pemindahan Fiskal Ekologi ini?

Ya, saya mempunyai satu jadual yang jelas di sini dan saya difahamkan ia sudah diadakan, telah dibuat disbursement, telah disbursed kepada negeri. Untuk yang RM100 juta ini telah diluluskan dalam Majlis Kewangan Negara pada 26 April tahun 2022. Maknanya tambahan daripada RM70 juta kepada RM100 juta. Saya percaya senarai ini adalah senarai yang menunjukkan pembayaran telah disalurkan kepada kerajaan negeri. Saya akan membuat pengesahan balik, tetapi saya percayalah kerana daripada RM70 juta ini telah diperuntukkan, saya percaya tidak ada masalah lagi untuk didisburse kepada kerajaan negeri. Namun demikian, saya akan mengesah perkara ini.

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHKulim-Bandar Baharu

Saya mohon jawapan bertulis khusus untuk itu.

Boleh, okey.

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHKulim-Bandar Baharu

Oleh sebab Yang Berhormat Menteri tidak sempat membacakan penuh. Mohon izin untuk bekal.

Termasuk Pulau Pinang RM794,300 itu. Saya akan mengesahkan perkara ini. Saya ingin meneruskan dengan apa yang dibangkitkan oleh rakan saya daripada Kluang yang menyatakan apa usaha untuk mengatasi gangguan gajah yang memusnahkan hasil hutan di Daerah Kluang khususnya. Kita tahu bahawa kes gangguan gajah yang berlaku di negeri Johor termasuklah di Kluang ini sentiasa diberikan perhatian oleh jabatan yang berkaitan khususnya PERHILITAN dan ia telah dijalankan pelbagai langkah. Antaranya rondaan, pemantauan dan tembak halau bukan tembak mati, tembak halau di kawasan hotspot berlakunya konflik gajah di Kluang di mana terdapat 94 tindakan rondaan dan pemantauan dijalankan bermula Januari sehingga Disember tahun 2021 iaitu tahun lepas ya. Keduanya, menjalankan operasi tangkapan gajah di mana sebanyak 23 ekor gajah konflik. Yang Berhormat Jelutong, banyak ya gajah di Kluang. Tindakan apa ini, telah ditangkap dan dipindahkan dari tahun 2015 sehingga tahun 2021 direkodkan di Kluang sahaja, 23 ekor. Di samping itu, mengadakan program kesedaran awam menerusi sesi dialog dan perbincangan bertujuan memberi kesedaran kefahaman kepada penduduk. Ini pun penting juga dalam pengurusan konflik manusia dan gajah, ada kaedah- kaedah dia supaya tidak berlaku konflik ini. Begitu juga PERHILITAN telah memasang 11 unit kolar satelit bagi memantau pergerakan kumpulan gajah. Biasa di telinga gajah ya. Gajah yang menimbulkan konflik di negeri Johor bagi tempoh tahun 2019 hingga tahun 2021. Terakhirnya, kerajaan juga melalui PERHILITAN telah menubuhkan Johor Elephant Sanctuary (JES) yang akan siap sepenuhnya dijangka pada tidak lewat dari tahun 2025 dan ini dapat membantu mengurangkan konflik gajah di negeri Johor khususnya di Kluang. Yang Berhormat rakan saya Yang Berhormat Hulu Langat membangkitkan mengenai Program Pembangunan Ladang Hutan di bawah KeTSA yang juga dibangkitkan oleh ramai Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya ingin memaklumkan bahawa penubuhan ladang hutan dibenarkan dalam Hutan Simpanan Kekal oleh pihak berkuasa negeri adalah berdasarkan peruntukan seksyen 16 Akta Perhutanan Negara. Ini ada peruntukan yang membenarkan kerajaan negeri menubuhkan ladang hutan ini.

Buat masa ini, ini rekod ya. Seluas 439,189 hektar dalam Hutan Simpan Kekal telah diluluskan oleh Majlis Tanah Negara ke-68 pada tahun 2012 untuk dijadikan zon penubuhan ladang hutan di Semenanjung dan sehingga kini seluas 213,522.19 hektar atau 48.62 peratus telah dibangunkan. Kurang daripada 50 peratus yakni yang dibangunkan sebagai ladang hutan di Semenanjung. Itulah rekod yang kita ada. Pembangunan dan penubuhan ladang hutan di negeri-negeri perlu mematuhi keluasan zon yang telah diluluskan dan dikawal rapi oleh Jabatan Perhutanan dan sekiranya penanaman spesies komoditi dan lain-lain pokok pertanian spesies bukan berkayu dalam kawasan ladang hutan tidak dikawal, ia akan memberi kesan terhadap pensijilan hutan sekiranya terdapat ketidakpatuhan. Itu kesannya. Saya juga ingin maklumkan bahawa— ini penting. Sebagai rekod Dewan ini. Pada Mesyuarat Majlis Tanah Negara ke-79 pada 2 Disember 2021 dan juga disebut oleh beberapa orang Ahli Yang Berhormat tadi telah bersetuju melaksanakan moratorium selama 15 tahun kelulusan baharu ladang hutan dalam zon penubuhan ladang hutan HSK Semenanjung Malaysia. Maknanya untuk kelulusan baharu oleh kerajaan negeri tidak dibenarkan lagi. Selama 15 tahun. Saya ingin maklumkan kepada Dewan ini bahawa kerajaan negeri

terikat dengan keputusan ini kerana MTN juga dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri dan meluluskannya di dalam Majlis Tanah Negara Disember 2021. Yang Berhormat Kemaman menyatakan kenapa...

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Sungai Buloh sini. Sungai Buloh minta penjelasan sedikit.

Ya.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Tadi dibangkitkan apabila perbahasan, isu sama ada kerajaan boleh pertimbangkan dasar baharu di mana Kerajaan Pusat berunding dengan kerajaan-kerajaan negeri supaya tawarkan dana kepada mereka supaya mereka tidak akan atau kurangkan pembalakan hutan-hutan yang ada, contoh di Kelantan ataupun Kedah dan supaya mereka pendapatan yang negeri-negeri ini dapat daripada pembalakan boleh digantilah dengan dana daripada Kerajaan Pusat. Dana ini untuk Malaysia, untuk negara kita boleh diperoleh daripada green funding, dengan izin.

Ya. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Buloh.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Ya.

Terima kasih.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

So, adakah kerajaan sanggup bermula dasar ini?

Okey. Saya rasa sama dengan apa yang telah saya sebutkan tadi. Buat masa ini, kita ada EFT dan untuk pindaan ini, pindaan kepada seksyen 58 Kumpulan Wang Pembangunan Hutan yang mana ini ke arah memberi kalau tidak sepenuhnya pun sebahagian daripada kerugian yang dialami oleh kerajaan negeri kerana mempertahankan mengekalkan Hutan Simpanan Kekal. Ini dasar yang ada dalam kerajaan kita sekarang ini. Yang Berhormat Kemaman tadi bertanya kenapa moratorium 15 tahun...

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Kalau— Minta maaf Yang Berhormat Menteri. Kalau dasar itu ada, apakah hasil perundingan dengan adakah perundingan sudah mula dengan negeri-negeri atau belum mula? Kenapa tidak mula? Apakah hasil setakat ini tentang perundingan macam ini?

Ya. Setakat ini itulah Yang Berhormat Sungai Buloh. Itulah cadangan daripada kerajaan, semua kerajaan negeri. Ada satu kerajaan negeri Menteri Besar dia kata kalau Kerajaan Persekutuan memberi ganti kewangan kepada kerajaan negeri, satu batang balak pun dia tidak akan tebang. Itu maknanya hasrat. Kerajaan Persekutuan cuba memenuhi tuntutan ini. Kalau tidak sepenuhnya mungkin sebahagian daripada itu. Tempoh 15 tahun moratorium. Kenapa 15 tahun? Ini dibuat oleh Majlis Tanah Negara kerana 15 tahun ini adalah satu pusingan tebangan pokok tanaman timber latex clone. Maknanya one cycle adalah 15 tahun. Oleh sebab itulah diambil 15 tahun sebagai moratorium untuk kelulusan baharu ya. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pasir Mas membangkitkan berapakah angka terkini hutan simpan mengikut negeri. Saya ada senarai terkini yang mungkin saya akan edarkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Cuma secara keseluruhannya, keluasan kawasan berhutan dalam negara kita ini adalah 18,275,487 hektar bersamaan 55.3 peratus daripada keluasan negara. Malaysia masih mengekalkan litupan kawasan berhutan melebihi 50 peratus sebagaimana komitmen di Rio tahun 1992 termasuk Hutan Simpan Kekal. Hutan Simpanan Kekal bagi seluruh negara sekarang ini adalah berjumlah sebanyak 10,920,384.67 hektar, itunya. Saya ada perincian yang saya tidak perlu bacalah. Saya akan boleh edarkan atau masuk dalam website Parlimen. Panjang lagi.

Yang Berhormat Pasir Mas juga bertanya mengenai usaha kerajaan memastikan penyahhutanan ataupun deforestation adalah terkawal. Jawapannya kebanyakan aktiviti penyahhutanan berlaku disebabkan oleh aktiviti pembangunan tanah di kawasan yang berstatus tanah kerajaan atau tanah beri milik. Penyahhutanan dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) adalah terkawal dan terlibat dalam kawasan pembangunan untuk kepentingan awam sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Menteri tinggal seminit.

Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Dua minit lagi.

Ya. Okey.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Minta rumusan. Ada dua minit lagi.

Saya ingin terus kepada seksyen yang penting yang dibangkitkan oleh ramai Ahli Yang Berhormat yang membangkitkan iaitu mengenai seksyen 11 dan juga seksyen 12. Saya suka menyatakan bahawa rang undang- undang ini setelah diluluskan oleh Majlis Tanah Negara pada Disember tahun 2021, termasuklah cadangan pindaan seksyen 11 dan seksyen 12 ini yang mana saya percaya Kerajaan Persekutuan percaya apabila diluluskan oleh MTN, kita merasakan kerajaan negeri tidak mempunyai halangan untuk mengguna pakai akta pindaan ini khususnya seksyen 11 dan seksyen 12. Seksyen 11 ini siasatan awam dan saya hendak menarik perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa seksyen 11 dan seksyen 12 ini adalah satu pindaan keseluruhan. Bukan sahaja pindaan sesetengah ayat. Kalau kita tengok dalam seksyen, dalam fasal berkaitan dengan seksyen 11 ini dinyatakan bahawa seksyen 11 dengan ini digantikan dengan seksyen baharu iaitu memasukkan untuk sebelum mengeluarkan mana-mana kawasan tanah daripada sesuatu Hutan Simpanan Kekal kerajaan atau pihak berkuasa negeri mestilah, hendaklah. Itu ayatnya. Kalau bahasa Inggeris ‘shall’, bukan ‘may’. Menjalankan suatu siasatan awal mengikut cara sebagaimana ditetapkan. Inilah keseriusannya. Sedangkan dalam seksyen yang awal. Saya perlu baca ini. Seksyen asal ini. Pihak Berkuasa Negeri, jika berpuas hati bahawa mana-mana kawasan tanah dalam Hutan Simpanan Kekal, tidak lagi diperlukan bagi maksud yang mana ia dikekalkan dan diperlukan bagi kegunaan ekonomi yang lebih tinggi daripada kegunaan yang dilakukan boleh mengeluarkan kawasannya. Itu, very loose. Cukup ringan tetapi seksyen 11 ini. Oleh sebab itulah, saya percaya kenapa ia disokong sepenuhnya oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Begitu juga seksyen 12 yang menetapkan bahawa untuk mengeluarkan sesuatu kawasan tanah dari Hutan Simpanan Kekal, kerajaan negeri atau pihak berkuasa negeri hendaklah mengenal pasti suatu tanah yang sama luas atau lebih besar untuk menggantikan kawasan tanah yang akan dikeluarkan sebagai suatu Hutan Simpanan Kekal dan subseksyen (2) mestilah menyiarkan di dalam warta atau gazet, disiarkan bersama dengan pemberitahuan mengenai pengeluaran di bawah seksyen 7 itu. Maknanya kena di— itu. Terima kasih rakan-rakan yang menyokong dan sebagaimana Yang Berhormat Jempol sebut kita harap kerajaan negeri...

Yang Berhormat Menteri. Sik juga mohon jawapan. Mungkin kalau tidak sempat, jawapan bertulis apa yang dibangkitkan.

Ya. Saya mungkin bertulislah Yang Berhormat Sik ya. Saya mengharapkan begitulah Kerajaan Persekutuan mengharapkan kerajaan-kerajaan negeri dapat membuat suatu pindaan kepada enakmen perhutanan negeri-negeri pemakaian selaras dengan pindaan khususnya seksyen 11 dan seksyen 12 yang telah di— insya-Allah akan diluluskan pada hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana masa pun telah lanjut saya mohon apa yang tidak dapat saya— semuanya ada tetapi saya akan buat secara bertulis. Terima kasih sekali lagi kepada rakan-rakan semua, saya mohon ia diluluskan selepas ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Jawatankuasa]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERHUTANAN NEGARA (PINDAAN) 2022 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy [Kota Belud]: Apa bah — [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] Fasal-fasal 1 hingga 62 -Bill

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ada Yang Berhormat hendak membangkitkan— Sila Yang Berhormat Sepang.

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Saya hanya ingin berbahas tentang pindaan kepada seksyen 11 di mana pindaan ini memperuntukkan akan wujudnya satu keperluan untuk mengadakan public inquiry ataupun siasatan awam. Akan tetapi kalau kita lihat kepada seksyen ini, Yang Berhormat Menteri, dia setakat hanya mengatakan adanya satu public inquiry. Full stop di situ sahaja, tanpa dinyatakan mekanisme macam mana akan diadakan. Saya sudah beri contoh Yang Berhormat Menteri, kalau kita lihat di UK. Di UK mereka ada Inquiries Act 2005, di mana dalam peruntukan dalam Inquiry Act antaranya memperuntukkan tentang keperluan untuk mendengar siasatan awam ini mestilah di kalangan hakim dan hakim itu kalau kita lihat diperuntukkan hakim yang senior. Kemudiannya mesti ada satu peruntukan mengenai impartiality ataupun pihak itu tidak dilihat memihak. Jadi, ini sebenarnya bagi saya ini peruntukan-peruntukan yang sepatutnya dinyatakan dalam undang-undang ini sebab kita tidak pasti adakah selepas diadakan siasatan awam itu, apa jadi pada finding ataupun keputusan siasatan awam itu. Juga tidak ada peruntukan, adakah adanya keperluan untuk membentangkan laporan siasatan itu di dalam Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri. Tidak ada. Sedangkan dalam undang-undang seperti SUHAKAM, undang-undang FELDA sebagainya, ada peruntukan. Jadi, tanpa absence atau pun tidak wujudnya peruntukan begitu, kita khuatir segala siasatan awam itu adalah sebagai satu lip service sahaja. Hanya sebagai setakat untuk ada, untuk sedapkan hati orang tetapi sebenarnya tidak ada apa- apa kesan yang positif. Saya mengharapkan kalau boleh kerajaan terangkan kenapakah semasa kerajaan meminda undang-undang ini kerajaan tidak memikirkan perkara ini. Pertama. Kedua, adakah pihak kerajaan negeri betul-betul telah dirunding berkaitan dengan isu ini sebab kita tahu bahawa seksyen Akta Perhutanan ini digubal di bawah Artikel 76(3) Perlembagaan untuk selaraskan. Jadi kita hendak tanya, adakah kerajaan negeri betul- betul telah pun dirundingkan?

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik. Terima kasih.

Sekejap lagi Tuan Pengerusi. Sebagai penutup saya tanya lagi kepada pihak Yang Berhormat Menteri. Apabila kita mengadakan inquiry ini, saya hendak tanya ada atau tidak kita memikirkan adakah— berapa ramaikah atau pun berapa lama kita mencadangkan atau pun berapa orang kah yang sepatutnya kita hadkan untuk mendengarkan saksi dan sebagainya. Ini sebab kalau kita lihat dalam setengah-setengah akta, dia ada peruntukan begitu. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, terima kasih Yang Berhormat Sepang. Kedua, saya jemput Yang Berhormat Dungun.

Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Dungun dahulu.

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sebutkan seksyen mana.

Fasal 47 seksyen baharu 95A, kos memegang hasil hutan yang disita dan sebagainya. Jika mana-mana hasil hutan, bekas, bungkusan, pengangkut, jentera, peralatan kelengkapan, buku rekod dokumen atau benda lain yang disita, di bawah akta ini dipegang dalam jagaan pihak berkuasa negeri. Sementara menunggu penyelesaian apa-apa prosiding berkenaan dengan suatu kesalahan hutan, kos bagi memegangnya dalam jagaan hendaklah sekiranya mana-mana orang didapati bersalah atas kesalahan itu, menjadi hutang kena dibayar kepada berkuasa negeri oleh orang itu dan boleh didapatkan dengan sewajarnya. Di situ sekiranya mana-mana orang didapati bersalah atas kesalahan itu, barulah pihak berkuasa negeri boleh menuntut. Akan tetapi jika tidak bersalah, bagaimana? Sedangkan pihak berkuasa negeri telah mengeluarkan kos bayaran penjagaan dan lain- lain, itu yang pertama. Kedua, fasal 12 dan lain-lain fasal banyak yang disebut iaitu ketika untuk memberhentikan kerja di kawasan lesen, sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 25(1) Akta 313 kepada denda tidak melebihi RM100,000 dan penjara tidak melebihi tujuh tahun. Saya hendak fokuskan kepada denda kerana banyak juga fasal-fasal lain yang menyebut tentang denda, hukuman dan penalti. Jadi ketika kutipan dibuat perolehannya adalah kepada hasil Kerajaan Persekutuan. Adakah juga oleh sebab apabila kita berada di lapangan sebenar, kawasan kerja ialah di tanah di negeri? Jadi adakah akan diagihkan juga kepada negeri daripada denda, penalti ataupun hukuman kutipan kewangan itu. Itu yang saya pohon supaya dilihat kepada kepentingan kerajaan negeri dalam perkara ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Jelutong.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya cuma mengambil kesempatan ini untuk menarik perhatian Yang Berhormat Menteri kepada fasal 54 bertujuan untuk meminda seksyen 101 untuk mengadakan peruntukan bagi pengkompaunan kesalahan dengan keizinan pendakwa raya. Saya cuma ingin bertanya apakah kesalahan-kesalahan yang akan diberi kuasa kepada pendakwa raya untuk mengkompaun kesalahan tersebut. Saya dengar tadi kenyataan oleh Yang Berhormat Menteri menyatakan bahawa menyeru kerajaan-kerajaan

negeri juga meminda enakmen-enakmen supaya selari dan selaras dengan peruntukan undang-undang yang dipinda. Akan tetapi saya minta juga Kerajaan Persekutuan mengambil perhatian bahawa ada beberapa masalah seperti yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Bendera tadi melibatkan dua buah negeri. Saya di sini bangun sebagai wakil rakyat Pulau Pinang yang terkesan akibat gangguan bekalan air yang masih sedang berlaku di Pulau Pinang akibat kejadian banjir di Baling, Kedah. Jadi, apakah peranan yang akan dimainkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk memastikan bahawa masalah ini tidak akan berulang kerana kebanyakan penduduk hampir-hampir seluruh Pulau Pinang bergantung kepada air yang datang dari Kuala Muda dan akibat berlakunya banjir disebabkan oleh penebangan pokok dan sebagainya di lereng-lereng bukit di Baling, Kedah telah menyebabkan masalah kepada pengguna- pengguna air di Pulau Pinang. So, saya di sini meminta Yang Berhormat Menteri memberi penjelasan. Apakah jenis-jenis kesalahan di mana yang boleh dikompaunkan oleh pendakwa raya kerana perlakuan-perlakuan seperti ini akan menyebabkan kesusahan bukan sahaja kepada penduduk-penduduk di kawasan Baling tetapi juga kepada penduduk di Pulau Pinang yang sejak dua, tiga minggu ini terpaksa mengharungi gangguan kepada bekalan air. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Sila, Yang Berhormat Bakri.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Saya sedikit sahaja, seksyen 11 pindaan. Saya bersetuju sangat dengan Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu di mana kita perlu menambah— kerajaan berkuasa negeri boleh mengeluarkan mana-mana kawasan tanah daripada sesuatu Hutan Simpan Kekal, menjalankan suatu siasatan awam mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan. Akan tetapi saya rasa kita perlu tambah kecuali environmentally sensitive area dan juga Central Forest Spine sebab saya sangat-sangat bimbang di mana Central Forest Spine akan dipecahkan even more from now.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

So, adakah ini mungkin kita tambah lagi kecuali apa-apa, the heart of Borneo, for example.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

Datuk Seri Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri Tenaga dan Sumber Asli · Kota Bharu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Beberapa perkara dibangkitkan semasa peringkat Jawatankuasa ini. Pertamanya oleh sahabat saya dari Sepang. Beliau seorang peguam. Beliau tahu bahawa hal ehwal mengenai tanah ini di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Walaupun demikian, saya ingin menjelaskan bahawa– saya ada penjelasan di sini. Proses penyiasatan awal yang telah ditetapkan untuk dilaksanakan oleh pihak berkuasa negeri di bawah seksyen 11 yang akan dipinda ini. Ia merangkumi tiga fasa iaitu sebelum, semasa dan juga selepas daripada penyiasatan awal itu dinyatakan. Kaedah- kaedah serta SOP (standard operating procedure) penyiasatan awam ini telah ada disediakan dan akan dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Tanah Negara. Sekarang ini kita mendapat kelulusan persetujuan dari negeri-negeri untuk bentang berkaitan seksyen 11. Akan tetapi belum ada prosedur lagi. Prosedur akan dibentangkan- setelah disiapkan, akan dibawa sekali lagi dalam Majlis Tanah Negara terdekat ini. Saya memberi jaminan perkara ini telah disiapkan dan akan mendapat- Ini menunjukkan konsultasi antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri kerana itu bidang kuasa kerajaan negeri.

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya. Walaupun Yang Berhormat memberi jaminan akan ada satu guideline. Akan tetapi saya ingin mendapatkan satu kepastian. Adakah nanti dalam guideline itu kita memastikan soal-soal yang dikatakan soal-soal rule of law itu dijamin? Sebagai contoh, saya beri contoh di UK. Mereka ada Inquiries Act. Ada satu peruntukan yang jelas yang mengatakan tidak boleh ada unsur impartiality dan sebagainya. Sedangkan kalau kita lihat di Malaysia ini Yang Berhormat Menteri, kita ambil contoh, badan yang sepatutnya menegakkan hak asasi manusia iaitu SUHAKAM. Kita pergi lantik seorang presiden yang memang ada masalah. Ada satu pandangan tentang ICERD yang berbeza dengan human rights. Jadi, macam mana itu?

Okey, baik. Yang Berhormat Sepang ini wakil rakyat Selangor. Saya hendak beritahu bahawa negeri Selangor merupakan satu- satu negeri yang memperkenalkan ataupun melaksanakan siasatan awam ini sebelum pindaan seksyen 11 iaitu pada tahun 2011. Ini di negeri Yang Berhormat lah.

Selangor best. Tidak macam Kelantan.

Jadi, sudah ada proses untuk siasatan awal telah ada. Yang Berhormat boleh check di Selangor itu. Jadi, Selangor boleh buat. Selangor mementingkan perkara ini. Saya rasa ini akan dibentangkan dalam Majlis Tanah Negara. Insya-Allah persidangan akan datang boleh tanya lagi.

Saya tidak risau Selangor. Saya risau Kelantan, negeri Yang Berhormat ini.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Teruskan Yang Berhormat.

Keduanya, ditanya mengenai rundingan. Beberapa kali saya sebut, rundingan telah dibuat di peringkat Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, pelbagai platform, terutamanya Majlis Tanah Negara. Ini Yang Amat Berhormat Menteri Besar Ketua Menteri sendiri yang hadir dan diluluskan sepenuh dengan secara semuanya bersetuju dengan perkara ini. Keduanya, perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dungun. Saya rasa jelas peruntukan seksyen baharu ini iaitu seksyen 95A ini yang menyatakan bahawa jika sekiranya mana-mana hasil hutan, jentera yang dirampas oleh pihak berkuasa negeri, sementara prosiding itu tidak diselesaikan lagi, ia disita. Ia hanya perlu dibayar oleh orang yang membuat kesalahan itu apabila dia didapati bersalah. Baru dia kena bayar. Misalnya, kerajaan negeri telah spent dalam RM20 ribu kerana hendak simpan, storage kayu balak ataupun jentera. Akan tetapi kalau dia akhirnya didapati tidak bersalah, tidak boleh caj kepada dia. Kalau dia didapati bersalah, baru lah dia diarahkan membayar kos storage alat-alat yang disita ini. Saya rasa itu jelas.

Itu timbul isunya fungsi berkait dengan kos dikeluarkan oleh kerajaan negeri tetapi terpaksa kerajaan negeri keluarkan hasil. Isu saya, siapa hendak tanggung?

Ia begini. Saya tidak boleh menyelesaikan perkara ini. Saya percaya kos yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri mestilah dibayar kepada kerajaan negeri walaupun kompaunnya. Oleh sebab kerana kesalahan ini di bawah akta undang-undang Persekutuan apabila dihadapkan ke mahkamah. Apa-apa kompaun ataupun denda akan dibayar kepada Kerajaan Persekutuan. Itu jelas lah. Undang-undang itu jelas. Daripada rakan saya, Yang Berhormat Jelutong. Yang Berhormat Jelutong mengesahkan bahawa air Pulau Pinang dari Kedah, negeri saya.

Itu tidak dinafikan. Kita akui Yang Berhormat.

Jadi, baik-baiklah dengan Kedah.

Ini air untuk semua manusia sejagat.

Pokok Sena punya air pergi Jelutong. Okey, ini jelas. Saya rasa sesuatu tragedi yang berlaku di sesuatu tempat menyebabkan terjejasnya, umpamanya bekalan air di negeri lain, itu boleh diselesaikan dengan cara- cara yang mungkin– tidak akan lah kita hendak mengenakan denda pula kepada Kedah kerana menyebabkan terjejasnya air di Pulau Pinang. Mungkin melalui Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang boleh meminta bantuan daripada Kerajaan Persekutuan. Misalnya, untuk membiayai kos yang perlu ditanggung kerana terjejasnya bekalan air. Itu cara lain lah. Akan tetapi setakat ini tidak ada hukuman atau denda kepada tempat negeri-negeri yang menyebabkan berlaku. This is a natural disaster.

Yang Berhormat Menteri, izinkan saya. Yang Berhormat Menteri, kita tidak berbincang tentang orang yang tinggal di Kedah dan di Pulau Pinang. Pulau Pinang juga rakyat Malaysia. Orang-orang yang tinggal di Pulau Pinang juga rakyat Malaysia.

Betul-betul.

So, jangan beza-bezakan dengan Kedah, dengan Pulau Pinang semata-mata. Kedah ini ialah Kerajaan PAS.

Gurauan lah.

Persoalan saya, adakah apa-apa tindakan akan diambil terhadap Kerajaan Negeri Kedah kerana membenarkan perkara ini berlaku? Bukan sahaja di Pulau Pinang terjejas. Penduduk-penduduk Baling. Kita bersimpati dengan mereka.

Yang Berhormat seorang peguam. Kita tahu di mana kita boleh mendapatkan imbuhan, pampasan dan sebagainya apabila berlaku sesuatu keadaan.

Akan tetapi ini disebabkan oleh sikap semberono Kerajaan Negeri Kedah, kealpaan Kerajaan Negeri Kedah. Menteri Besar Kedah yang daripada dahulu telah ugut untuk berhentikan bekalan air di Pulau Pinang.

Itu sudah lain cerita. Itu forum lain lah. Ceramah boleh lah.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Ini fasal Kedah ini, saya hendak minta penjelasan sedikit daripada yang di bahas ini. Kerajaan Kedah minta RM100 juta kepada Federal dari tahun 2008 lagi sebab ia terpaksa simpan hutan kekal di Hulu Muda kerana takut water catchment area. Saya bertanya bagi pihak orang Kedah. Orang Kedah tidak tanya daripada PAS. Saya hendak tanya, sudah dapat ke RM100 juta itu ataupun belum?

Sebagaimana saya sebutkan tadi, mekanisme yang ada daripada segi pampasan atau ex gratia kepada negeri-negeri sekarang ini hanya lah melalui EFT dan kita sedang buat pindaan daripada Kumpulan Wang Pembangunan Hutan. Mungkin selepas ini- Setakat ini, saya tidak ada maklumat sama ada ia diluluskan atau tidak. Mungkin tidak ada lah kot. Mungkin tidak ada lagi lah.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Yang Berhormat Menteri, sedikit tentang isu di Kedah. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mencadangkan. Kita tahu bahawa Kerajaan Kedah ini sometimes ini bukan di bawah mereka. Akan tetapi menjaga water catchment area itu memang tanggungjawab negeri Kedah dan mereka tidak menjalankan kerja itu dengan baik. Itu sebab Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mencadangkan supaya di bawah kementerian Menteri diwujudkan satu Hulu Muda basin authority supaya sama- sama kita ada tanggungjawab.

Itu di bawah kementerian lain, Yang Berhormat. Itu Yang Berhormat boleh bangkitkan di bawah kementerian KASA.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Jadi, mohon Menteri juga bawa dalam Kabinet untuk luluskan supaya kita ada air yang jernih, air yang bagus untuk negeri Kedah, negeri Perlis dan juga negeri Pulau Pinang. Ini tiga buah negeri. Sekarang kerajaan negeri gagal.

Kita tahu bahawa Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan yang cukup banyak kepada Pulau Pinang, termasuklah Empangan Mengkuang. Kalau tidak silap saya, jumlah yang cukup besar. Jadi, tidak ada masalah. Saya cerita tadi secara umumnya. Kalau Kerajaan Negeri Pulau Pinang merasakan mereka terpaksa mengeluarkan kos tambahan menyelesaikan masalah terputusnya air kerana...

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Ini Kerajaan Pusat yang kena bantu, Menteri. Sekarang ada masalah, Kerajaan Negeri Kedah gagal untuk menjaga air dengan bersih. Jadi, kami Pulau Pinang yang menjadi mangsa. Negeri Kedah sendiri pun menjadi mangsa. Rakyat Kedah, bukan Kerajaan Negeri Kedah. Saya mahu intervention daripada Federal.

Saya melihat sepanjang ini tidak ada Kerajaan Persekutuan mengeluarkan apa-apa denda kepada kerajaan negeri ketika zaman PH dahulu.

Yang Berhormat Menteri, saya rasa ‘Timbalan Yang di-Pertua’ pun dahulunya...

Ingat tidak zaman PH dulu?

Yang Berhormat Menteri, saya rasa ‘Timbalan Yang di-Pertua’ pun simpati. Beliau dulunya dari Pulau Pinang. Persoalannya, apakah peranan yang akan dimainkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk memastikan perkara ini tidak lagi akan berlaku?

Pindaan kepada akta inilah. Inilah peranan Kerajaan Persekutuan.

Selain daripada itu, kita menuntut...

Tidak tahu lagi, kah? Kalau Pulau Pinang menyokong dan semua negeri menyokong, kita akan dapat membendung ini daripada berlaku.

Kita menyokong.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Kita menyokong. Tidak ada masalah.

Akan tetapi, kita menuntut tindakan diambil terhadap pihak-pihak berkuasa termasuklah Menteri Besar.

Sebanyak 62 fasal dibentang dalam pindaan akta ini. Ini semua untuk membendung keadaan itu daripada berlaku.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri tadi sebut ia satu natural disaster. Ia sebenarnya bukan satu natural disaster. Ia man-made disaster- buatan manusia.

Bukan natural disaster.

Ya, saya tidak menafikan ia berpunca daripada polisi yang tidak betul. Saya tidak menafikan, Kerajaan Persekutuan tidak menafikan. Akan tetapi, apa yang berlaku itu disebabkan mungkin kecuaian, menyebabkan disaster itu berlaku.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Akan tetapi, tidak ada orang ambil tanggungjawab. Menteri Besar buat sahaja...

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Oleh itu, tadi saya kata, satu Kertas Putih perlu dibentangkan di Parlimen.

Ini bukan forum untuk kita menentukan siapa bersalah, siapa tidak bersalah.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik, Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang ini sesi Jawatankuasa. Hanya hal-hal mengenai dengan fasal. Saya minta.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Yang Berhormat Menteri, Padang Serai.

Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Bayan Baru lain kali bangun, bahas.

Penjelasan. Kesalahan- kesalahan yang boleh di kompaun. Apakah kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaunkan dan tidak boleh dikompaunkan?

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik.

Ini ada dalam peruntukan ini kecuali seksyen 86 tadi. Saya rasa, saya tidak perlu menghuraikan dengan lebih jelas lagilah kerana ia sudah ada di dalam apa yang dipinda ini.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri, Padang Serai sedikit.

Yang Berhormat Padang Serai tadi pun tidak mahu cakap.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Tidak ada peluang.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Padang Serai, ini waktu sesi ada empat tadi. Peringkat Jawatankuasa ini, Yang Berhormat Padang Serai. Sila.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Saya tidak dapat peluang Tuan Pengerusi, hendak bahas. At least, hendak tanya sikit keadaan air di kawasan saya.

Itu Kementerian Air lah, Yang Berhormat.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Baru-baru ini, dua hari air tidak dapat kerana banjir. Satu lagi. Saya hari itu dulu pun sudah cadang kalau ada sebuah dam di kawasan saya di Sungai Kob, selamat. Terima kasih.

Itu beritahu KASA-lah ya. Tuan Pengerusi, izinkan saya meneruskan. [Fasal-fasal 1 hingga 62 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli (Datuk Ali anak Biju) dan diluluskan] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG AGENSI KAWALAN SEMPADAN MALAYSIA (PEMBUBARAN) 2021 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri I · Kuala Krau

Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu bahawa Rang Undang-undang Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Pembubaran) 2021 dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Pembubaran) 2021 digubal bertujuan untuk memansuhkan Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017 [Akta 799] untuk membubarkan AKSEM yang ditubuhkan di bawah Akta Kawalan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017. Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 24 Jun 2020 telah menimbangkan Memorandum daripada Menteri Dalam Negeri No. M234/2020 dan antara lain mengambil maklum bahawa kajian sedang dijalankan bagi menstrukturkan semula Agensi Kawalan Sempadan Malaysia untuk diletakkan di bawah tanggungjawab Polis Malaysia dengan penubuhan unit khusus bagi memperkasakan kawalan dan keselamatan sempadan. Seterusnya, Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 12 Mac 2021 telah menimbangkan Memorandum Menteri Dalam Negeri No. M120/2021, dan antara lain mengambil maklum bahawa Akta AKSEM 2017 [Akta 799] akan dimansuhkan setelah AKSEM diletakkan di bawah PDRM sepenuhnya. Ini bagi memastikan tidak berlaku percanggahan Akta 799 dengan Akta Polis 1967 [Akta 344]. Jemaah Menteri bersetuju dengan rasionalisasi Agensi Kawalan Sempadan Malaysia. Pembubaran Agensi Kawalan Sempadan Malaysia dan pemansuhan Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017 [Akta 799]. Pemansuhan akta dan pembubaran AKSEM tidak akan mendatangkan kesan yang negatif kepada operasi penguatkuasaan pengawalan sempadan negara pada masa ini. Ini kerana kesemua fungsi AKSEM telah diserapkan kepada PDRM melalui Pasukan Gerakan Am (PGA) di bawah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA). Manakala punca kuasa yang termaktub di dalam Akta 799 akan diteruskan dan dikuatkuasakan oleh akta-akta sedia ada seperti Akta Polis 1967, Akta Imigresen 1959/63, Akta Kastam 1967 dan lain- lain perundangan yang sedang berkuat kuasa. Bagi memastikan tujuan penubuhan Akta 799 berkaitan kepentingan penyelarasan tindakan kawalan sempadan terus dikekalkan, fungsi-fungsi jawatankuasa peringkat tertinggi dan jawatankuasa penyelaras yang termaktub di bawah akta ini akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pemantapan Kawalan Sempadan Negara dan Jawatankuasa Penyelarasan Kawalan Sempadan Negara. Selain itu, dengan pemansuhan Akta 799 dan penyerapan sepenuhnya fungsi AKSEM kepada PDRM, Ketua Polis Negara akan mempunyai, dengan izin, command and control ke atas penugasan kawalan sempadan dan ini akan memberikan impak positif dalam keberkesanan pengoperasian di dalam kawasan sempadan darat dan segala perancangan akan diatur gerak dengan lebih efisien dan tersusun. Sepanjang penubuhan AKSEM dan penguatkuasaan Akta 799, tiada kes didakwa di bawah Akta 799 tetapi diserahkan kepada agensi-agensi induk seperti PDRM, Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta diuruskan di bawah perundangan agensi berkaitan. Tuan Yang di-Pertua, peralihan fungsi dan kuasa di bawah Akta Agensi Kawalan Sempadan 2017 [Akta 799] selepas pemansuhan. Pemansuhan fungsi-fungsi AKSEM di bawah seksyen 4(a), (c), (d), (f) dan (h) Bahagian II, Akta 799 yang melibatkan fungsi

kawalan sempadan darat, menerima laporan, mencegah dan memantau kegiatan penyeludupan serta memastikan kesejahteraan dan keselamatan sempadan diambil alih oleh PGA, PDRM. Manakala aktiviti-aktiviti penguatkuasaan lain akan diteruskan dilaksanakan oleh agensi-agensi yang berkaitan berdasarkan bidang kuasa perundangan masing-masing.

Fungsi membuat syor keselamatan sempadan di bawah seksyen 4(b) pula akan diteruskan oleh Kementerian Dalam Negeri melalui Jawatankuasa Pemantapan Kawalan Sempadan Negara yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri. Selain itu, bagi menjalankan fungsi menyelaras penguatkuasaan di sempadan di bawah seksyen 4(e), satu buah jawatankuasa baharu di peringkat PDRM akan diwujudkan iaitu Jawatankuasa Penyelarasan Kawalan Sempadan Negara yang akan dipengerusikan oleh Ketua Polis Negara. Manakala fungsi merumus dasar mencegah kegiatan penyeludupan di bawah seksyen 4(d) akan diteruskan oleh KDN melalui Jawatankuasa Pemantapan Kawalan Sempadan Negara dan juga Jawatankuasa Penyelarasan Kawalan Sempadan Negara. Bagi perihal penubuhan mesyuarat dan fungsi Jawatankuasa Peringkat Tertinggi di bawah seksyen 5, 6 dan 7, Bahagian III, Akta 799 akan diteruskan oleh Kementerian Dalam Negeri melalui Jawatankuasa Pemantapan Kawalan Sempadan Negara. Bagi perihal penubuhan mesyuarat dan fungsi Jawatankuasa Penyelaras di bawah seksyen 8, 9 dan 10, Bahagian IV Akta 799 pula akan dilaksanakan oleh PDRM melalui Jawatankuasa Penyelarasan Kawalan Sempadan Negara. Peruntukan Rang Undang-undang Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Pembubaran) 2021. Rang undang-undang ini mengandungi empat fasal seperti berikut. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai kuasa Menteri untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan. Fasal 2 akta yang dicadangkan mengandungi takrif perkataan “agensi” yang bererti Agensi Kawalan Sempadan Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3, Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017. Fasal 3 akta yang dicadangkan bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pemansuhan Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017 dan pembubaran Agensi Kawalan Sempadan Malaysia di sebabkan oleh perubahan dasar kerajaan bahawa fungsi Agensi Kawalan Sempadan Malaysia akan dilaksanakan oleh pasukan Polis Diraja Malaysia. Fasal 4 akta yang dicadangkan memperuntukkan bahawa seseorang yang dilantik sebagai pegawai Agensi di bawah Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017 sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa akta ini hendaklah terhenti menjadi pegawai Agensi pada tarikh permulaan kuat kuasa akta ini. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ada siapa yang menyokong?

Datuk Jonathan bin YasinBEBAS · GRSTimbalan Menteri Dalam Negeri II · Ranau

Saya menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk memansuhkan Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017 [Akta 799] untuk membubarkan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia yang ditubuhkan di bawah akta itu dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Saya telah mendapat senarai pembahas. Ada 12 orang. Akan dimulakan oleh Yang Berhormat Pontian.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Minta tambah satu.

Tuan Yang di-Pertua

Maaf, sekejap. Akan dimulakan oleh Yang Berhormat Pontian selaku pembahas pertama, 10 minit. Yang Berhormat Jelutong juga 10 minit, diikuti yang Yang Berhormat Beaufort, Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Pulai, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat jempol, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Simpang Renggam, Yang Berhormat Padang Serai. Yang Berhormat Pokok Sena, ya.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Pokok Sena minta sedikit.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, saya jemput yang Pontian selaku pembahas pertama, 10 minit Yang Berhormat.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat petang. Terima kasih pada Tuan Yang di-Pertua yang memberikan peluang untuk saya memberikan pandangan- pandangan mengenai pembubaran Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM). Ada beberapa persoalan utama yang ingin saya tanyakan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertama, apabila satu-satu agensi dibubarkan maka kita ingin melihat sejarah agensi itu ditubuhkan. Ditubuhkan mengikut apa yang saya difahamkan pada 29 Disember 2017 antara lain adalah kerana pada ketika itu kita melaksanakan apa yang disebut sebagai National Blue Ocean Strategy (NBOS) ataupun Strategi Lautan Biru Kebangsaan iaitu antara pelbagai agensi membuat operasi bersama, antara pelbagai agensi membuat kerja bersama, antara pelbagai agensi membawa kejayaan bersama. Apakah agensi-agensi dalam kawalan sempadan ini? Agensi-agensinya antaranya ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), antaranya ialah imigresen, kastam, begitu juga tentera UPP, JPJ dan MAQIS. Itu antara agensi-agensi yang dikelolakan di bawah AKSEM dan adalah ratusan jenteranya. Ada satu angka menyatakan sepuluh ribu orang pada satu ketika. Saya ingin bertanya, apabila kita sudah tiada lagi kaedah NBOS ini, apa yang berlaku kepada teori-teori yang baik yang ada dalam buku itu? National Blue Ocean Strategy tulisan Profesor W. Chan Kim, Profesor Renee Mauborgne daripada Korea Selatan, daripada Perancis ini. Pada suatu ketika dahulu kami menghadamkan buku itu, dikursuskan bagaimana kejayaan-kejayaan dapat dilaksanakan apabila kita membuat kerja secara bersama. Kita memikirkan win-win kita bekerjasama dalam strategi lautan biru dan kita mengelak apa yang dipanggil sebagai working in silo, dengan izin. Kita agensi kerajaan ini tidak boleh ada silo mentality dengan izin. Minda yang ingin bekerja, “engkau-engkau, aku-aku”. Jika kita melakukan perkara itu maka kita tidak dapat memerangi segala masalah yang berlaku di sempadan. Sebagai contoh, antara 2017 dan 2019, data yang ada pada saya mengenai kes penyeludupan minyak masak sahaja ada 2,400 buah kes. Pada 5 Julai 2022, sebanyak 60,000 tan minyak masak bersubsidi dilaporkan hilang. Pada 5 Julai 2022 ini AKSEM sudah tidak ada, Tuan Yang di-Pertua. AKSEM sudah dibubarkan lebih awal. Hari ini hanya daripada segi formaliti kita bubarkan di Dewan Rakyat. Akan tetapi, apabila sudah dibubarkan maka kejadian penyeludupan ini nampak berleluasa. Kita bagi subsidi 500 juta tahun 2020, ini minyak masak sahajalah. Sebanyak 2.1 bilion, tahun 2021, empat bilion tadi diumumkan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri untuk tahun 2022 ini, jumlah subsidi minyak masak yang begitu besar dan minyak masak ini boleh dibeli dengan mudah di selatan Thailand. Jika kita satu buah keluarga hanya boleh dua atau tiga paket minyak masak satu kilo yang harga RM2.50, di selatan Thailand dilaporkan boleh beli seberapa banyak yang kita ingin beli. Adakah kerana AKSEM ini dibubarkan maka kejadian itu berleluasa? Jika itulah, maka kata orang, amat tidak wajar. Walau bagaimanapun, oleh kerana kita sudah bubarkan, saya harap bahawa aktiviti-aktiviti penyeludupan ini perlu dipantau dan diambil

tindakan dengan berat supaya apa yang kerajaan buat ini tidak sia-sia dengan membubarkan AKSEM. Pada 28 November 2020 misalnya, seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) ditembak mati dan seorang lagi cedera parah di sempadan Thailand, Padang Besar, Perlis. Ini kerja-kerja penyeludup. Sehari sebelum itu seorang anggota PGA ditembak di Bukit Kayu Hitam. Cerita-cerita benar yang dilaporkan. Penyeludupan ini kes lama, Tuan Yang di-Pertua. Penyeludup ini ada ramai geng, berpuluh-puluh geng. Mereka menggunakan lorong-lorong tikus yang begitu banyak tetapi kalau AKSEM sudah tidak ada, bagaimana kita hendak mendapatkan kerjasama daripada tentera, daripada imigresen dan juga kastam? Harapnya tidak lagi working in silos.

Antara beberapa perkara yang diseludup, rokok dari Malaysia ini ke Selatan Thailand misalnya, rokok, minuman keras, minyak masak, petrol, mercun, daun ketum dan ubat batuk. Dari Thailand pula yang diseludup masuk ke Malaysia melalui lorong- lorong tikus ini dadah seperti syabu, ganja, rokok dan macam-macam perkara lagi. Antara perkara yang memberikan motivasi kepada penyeludup-penyeludup ini ialah kerana harga yang amat jauh bezanya. Minyak sekilo RM9, yang dalam botol, dibandingkan dengan RM2.50 sekilogram yang dalam peket minyak masak ini, yang menyebabkan ia menjadi motivasi. Operasi mereka ini sepanjang tahun, sebulan ada berpuluh-puluh aktiviti penyeludupan, 35 hingga 45 aktiviti penyeludupan, disebut dalam satu laporan. Contoh subsidi RON95 yang menyebabkan harga minyak kita turun. Ini juga menjadi motivasi kepada penyeludup-penyeludup. Di Indonesia, minyaknya cuma RM3.74 RON95 seliter tinggi, Filipina tinggi iaitu RM5.27 maka berlakulah penyeludupan di sepanjang lautan di Sabah dan sempadan Filipina. Di Thailand yang melibatkan AKSEM ini, RM5.63 seliter RON95. Hari itu Tuan Yang di-Pertua bawa saya, Yang Berhormat Batang Lupar dan Yang Berhormat Batu Gajah ke Singapura, terima kasihlah Tuan Yang di-Pertua membawa kami tiga orang untuk melawat Parlimen Singapura. Parlimen Singapura agak tenang dibandingkan suasana macam pagi tadilah. Tidak adalah berlaku pada ketika kita hadir itu. Terima kasih. Kalau boleh bawa lagi Ahli-ahli Parlimen yang lain melawat Parlimen- parlimen kita di seluruh dunia supaya minda kita lebih terbuka melihat kaedah perbahasan di negara-negara itu. Tuan Yang di-Pertua, Singapura RM9.50 harga satu liter RON95 ini, kita RM2.05 harga RON95 seliter, banding RM9.50 dengan RM2.05, maka berlakulah pelbagai kaedah penyeludupan. Kenapa kita RM2.05 dibandingkan dengan RM9.50 Singapura? Oleh kerana subsidi disebutkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pagi tadi, untuk RON95 sahaja RM27 bilion. Jadi, apa yang saya ingin nyatakan di sini dengan menyebut contoh-contoh. Sebagai contoh, kejayaan yang dibuat oleh AKSEM. Dilaporkan misalnya pada 17 Januari 2019, seorang tekong darat warga tempatan ditangkap oleh AKSEM bersama 20 orang pendatang asing termasuk kanak-kanak berumur empat tahun. Bererti bukan hanya perdagangan produk barangan tetapi juga pemerdagangan manusia juga telah dilaksanakan dengan jayanya oleh AKSEM. Walaupun AKSEM sudah tidak ada lagi hari ini, selamat tinggal AKSEM. Tiada lagi Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM). Tadi disebut ada Jawatankuasa Penyelarasan Kawalan Sempadan sebagai penggantian AKSEM. Kita harap sekali lagi agensi-agensi penguat kuasa ini janganlah ada silo mentaliti. Janganlah mereka working in silos. Janganlah “engkau-engkau, aku- aku”. Ini adalah kerja yang amat penting bagi membantu memastikan apa yang dikeluarkan oleh negara, apa yang disubsidi produk-produknya oleh negara hanya dinikmati oleh rakyat negara ini dan tidak diambil kesempatan oleh rakyat negara lain dengan penyeludupan itu. Oleh itu, pada saya jawatankuasa penyelarasan kawalan sempadan yang diumumkan oleh Timbalan Menteri tadi perlu disebarluaskan dan dimantapkan, bukan

hanya untuk menggantikan AKSEM di sempadan Thailand tetapi juga hendaklah dibawa ke sempadan-sempadan selatan negara. Begitu juga yang paling penting ialah sempadan yang begitu panjang, sepanjang Sarawak dan juga sepanjang Sabah dan juga lautan yang mengelilingi Sabah dan sempadan Filipina. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang memberi peluang kepada saya selama 10 minit untuk menyokong Rang Undang-undang Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Pembubaran) 2021.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Yang Berhormat Jelutong, 10 minit Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga bangun untuk berbahas berkenaan dengan rang undang-undang ini yang akan dimansuhkan, Rang Undang-undang Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Pembubaran) 2021. Saya cuma ingin menumpukan perhatian kepada dua perkara. Saya ingin tanya kepada Timbalan Menteri, apakah dengan pemansuhan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM), kita dapat memastikan bahawa aktiviti penyeludupan, sama ada produk ataupun migran ataupun aktiviti-aktiviti penyeludupan senjata api dan macam-macam aktiviti yang menyalahi undang-undang di sempadan negara kita akan kita dapat kawal, akan kita dapat pastikan tidak akan berlaku. Saya menyokong penuh hasrat kerajaan untuk menyerahkan amanah ini kepada Polis Diraja Malaysia. Saya percaya Polis Diraja Malaysia akan dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih hebat lagi. Akan tetapi pada masa yang sama, saya risau di mana kejadian-kejadian melibatkan migran-migran, pendatang tanpa izin masuk ke negara kita telah pun mula meningkat. Kita lihat di kota raya bukan sahaja di Kuala Lumpur, di Pulau Pinang, ada tempat-tempat yang dikerumuni oleh warganegara asing bermaharajalela. Kita lihat bahawa lorong-lorong tikus digunakan untuk individu- individu tertentu masuk dan keluar. Penyeludupan-penyeludupan berlaku secara berleluasa. Saya di sini ingin bertanya pertamanya, dengan undang-undang ini dimansuhkan sama ada pasukan Polis Diraja Malaysia akan dapat memastikan bahawa tindakan- tindakan penyeludupan ini akan berkurangan? Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk memastikan kita mempertingkatkan lagi pengawasan di sempadan negara kita? Saya menggunakan perbandingan. Ada sebuah laporan yang telah pun dilaporkan berkenaan dengan kejadian seorang warganegara Bangladesh, saya difahamkan yang cuba menyeberangi selat dari Johor ke Singapura. Tidak sampai beliau lebih kurang 500 meter ataupun satu kilometer sebelum sempadan persisiran pantai Singapura, pihak berkuasa dari Singapura telah memantau aktiviti beliau, tindakan beliau yang cuba menyeberangi selat dari Johor Bahru ke Singapura dan telah terus datang untuk melakukan tangkapan ke atas beliau. Ini merupakan sesuatu yang sangat– saya rasa kagum dan perlu juga dilaksanakan di seluruh sempadan di Malaysia, Sabah dan Sarawak. Saya membangkitkan perkara ini kerana kita lihat – saya ingin menumpukan perhatian kepada isu bukan sahaja kemasukan migran tetapi kepada orang-orang tertentu di Malaysia yang saya difahamkan dapat keluar dan masuk tanpa dikesan oleh pihak imigresen menggunakan lorong-lorong tikus. Of course, saya di sini menggunakan forum ini untuk bertanya kepada Timbalan Menteri, saya kurang pasti sama ada Timbalan Menteri boleh memberi penjelasan. Baru- baru ini, kita juga telah dikejutkan dengan berita bahawa seorang penjenayah yang dikehendaki negara kita Jho Low telah mula berurusan dengan Peguam Negara kita untuk berbincang tentang penyelesaian pembayaran wang dengan Kerajaan Perikatan Nasional untuk beliau kembali ke tanah air dan menyelesaikan kes 1MDB.

Persoalannya, walaupun dahulu kita mengesyaki beliau telah mendapat mungkin restu ketika itu, mungkin Perdana Menteri, Yang Berhormat Pekan, untuk keluar daripada negara ini menggunakan lorong-lorong tikus. Adakah perkara ini sesuatu yang tidak akan berlaku? Maklumlah Yang Berhormat mengetahui bahawa ada ramai daripada Ahli-ahli Yang Berhormat di sebelah sana sedang menghadapi pertuduhan-pertuduhan yang begitu serius. So, kalaulah katakan ada yang hilang. Malam esok, kita dapat mengesan tiba-tiba Yang Berhormat Pekan hilang, tiba-tiba Yang Berhormat Bagan Datuk hilang, bagaimanakah kita ingin memastikan perkara ini tidak akan berlaku?

Ini adalah perkara yang serius. So, saya di sini memohon penjelasan, bagaimanakah kerajaan sekarang ingin memastikan bahawa sempadan-sempadan negara Malaysia, tahap keselamatannya dipastikan sentiasa diawasi dan sentiasa diberi perhatian supaya penyeludupan migran masuk, penyeludupan rokok, senjata api, dadah bukan sahaja itu tetapi orang-orang yang dikehendaki di Malaysia tidak senang-senang keluar dan masuk dari Malaysia. Saya juga ingin mencadangkan berkenaan dengan cadangan Jawatankuasa Penyelarasan Kawalan Sempadan Negara supaya pengerusinya adalah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Ini supaya beliau tuanku dapat memantau langkah-langkah yang diambil di sempadan. Ini kerana saya kurang yakin dengan Menteri-menteri yang ada sekarang, terutamanya Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri yang memperlekehkan keselamatan nyawa migran-migran yang telah ditahan di kem-kem PATI. Baru-baru ini, Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri apabila dibangkitkan isu tentang kematian yang berlaku di kem-kem PATI, beliau telah perlekehkan kejadian- kejadian tersebut. Di mana beliau mengatakan bahawa anyone can die anywhere. Bayangkan. Adakah kita ingin menyerahkan tugas penyelarasan kawalan sempadan negara kepada kerajaan yang ada sekarang? Saya sebagai Ahli Parlimen pembangkang tidak begitu yakin dan saya menyokong hasrat ini dan...

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Yang Berhormat Jelutong.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Sedikit. Setujukah Yang Berhormat Jelutong sekiranya Kementerian Dalam Negeri membenarkan Jawatankuasa Khas Parlimen sama ada Hal Ehwal Antarabangsa kerana ia melibatkan warga-warga dari luar negara dan juga Jawatankuasa Khas Kebebasan Asasi dan Hak-hak di Bawah Perlembagaan untuk melawat kem-kem perlindungan ini ataupun detention centres ini dengan izin, untuk melihat sendiri keadaan sebenar mengikut apa yang telah dilaporkan? Pada masa yang sama, satu siasatan dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri terutama sekali Jabatan Imigresen dan laporan tersebut diserahkan kepada Parlimen. Saya rasa ini adalah satu dengan izin, a very great allegation against the Ministry of Home Affairs dan harus diambil serius. Kalau kita hendak jadi world-class Parliament, kita perlu jadi world-class government also dan kita harus bertindak seperti itu. Apa pandangan Yang Berhormat Jelutong? Terima kasih.

Ya, saya minta ucapan itu dimasukkan dalam ucapan saya. Saya menyokong penuh pandangan tersebut. Pada masa yang sama, saya ingin menggunakan kesempatan ini Tuan Yang di- Pertua untuk bertanya, apakah yang berlaku kepada laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja berkenaan dengan kejadian di Wang Kelian? Kejadian di Wang Kelian adalah sesuatu yang masih lagi menghantui kita. Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri masih lagi ingat kubur-kubur yang telah kita jumpai di sempadan itu? Siapakah mereka yang telah meninggal? Kubur-kubur itu adalah kepunyaan siapa? Apakah laporan yang telah pun disediakan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja?

Kenapa tidak sehingga hari ini perkara itu disediakan sebagai laporan dan diletakkan di meja kita? Siapakah pihak-pihak yang terlibat? Siapakah Menteri-menteri yang terlibat? Siapakah anggota-anggota atasan yang terlibat dalam perkara tersebut? Apakah langkah-langkah yang telah diambil di sempadan-sempadan yang terlibat untuk memastikan bahawa perkara-perkara itu tidak berlaku lagi? Apakah langkah-langkah seperti— adakah tembok-tembok baharu telah didirikan? Pagar-pagar baharu telah didirikan? Checkpost baharu telah didirikan? Anggota-anggota baharu yang telah pun dikerahkan ke tempat-tempat tersebut untuk memastikan bahawa perkara ini tidak berlaku? So, ini adalah di antara persoalan- persoalan yang saya ingin bangkitkan. Saya tidak mahu Yang Berhormat Timbalan Menteri tersinggung dengan isu Jho Low. Tolong faham Yang Berhormat Timbalan Menteri, sekarang di luar sana rakyat sedang tanya. Saya percaya Yang Berhormat Timbalan Menteri tahu kejadian seorang wanita Suhaini Mohd, 43 tahun yang telah dipenjarakan sebab mencuri Milo di Terengganu. Penjara selama 14 bulan. Walhal pada masa yang sama, seorang yang dikehendaki seperti Jho Low dibenarkan untuk meloloskan diri dari negara dan membincangkan penyelesaian skandal 1MDB. What kind of justice is this? So, saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk memberi penjelasan atas perkara-perkara yang telah saya bangkitkan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Seterusnya Yang Berhormat Beaufort. Lima minit Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya ingin membangkitkan beberapa perkara yang saya rasa adalah penting. Saya ingin bertanya, adakah AKSEM ini dibubarkan akan menjamin sempadan negara kita lebih selamat di bawah jagaan PDRM? Bukanlah kita tidak percaya kepada PDRM, memang PDRM ini sentiasa menjaga kita selama ini tetapi saya cuma ingin— apakah guaranteenya yang sempadan kita akan lebih selamat lagi? Sempadan kita ini terlalu panjang. Apatah lagi kalau kami ini di negeri Sabah itu sempadan lautnya yang begitu jauh dan di antara 1,400 hingga 2,000 kilometer ya. Bukan sahaja di laut, malah di daratan pun kita mempunyai sempadan. Kita semua tahu bahawa pencerobohan sentiasa berlaku. Bolosnya orang yang datang dari negara jiran kita masuk ke negara kita. Begitu juga daripada segi dadah yang diseludup masuk ke negara kita dan juga penyeludupan keluar barang-barangan kita yang bersubsidi seperti minyak dan lain-lain dari negara kita, dari negeri Sabah itu dibawa kepada negara luar. Ini menyebabkan kerugian kepada negara kita, kerugian kepada rakyat kita. Inilah perkara-perkara yang perlu diberikan perhatian. Saya ingin tahu juga dengan dipindahkan kawalan sempadan ini kepada PDRM, adakah kita mempunyai keupayaan yang mencukupi untuk memastikan keselamatan sempadan kita itu terjaga dengan sebaik-baiknya? Ini kerana setahu sayalah, setakat ini memang masalah ini adalah suatu masalah yang besar. Sesuatu yang menjadi realiti. Perbincangan saya dengan beberapa pihak di negeri Sabah mengatakan memang kita semua bimbang dengan keadaan sempadan kita yang sentiasa dibolosi ini. Mereka memaklumkan kepada saya bahawa perkara-perkara seperti— adakah kita mempunyai anggota yang cukup untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab memandangkan sempadan kita yang begitu luas, begitu panjang sekali ini dan tempat- tempat banyak yang boleh dibolosi dengan begitu mudah sekali. Pertama. Keduanya, apakah perancangan kita bagi kementerian memastikan peralatan untuk mengawasi sempadan kita dapat disediakan? Adakah peruntukan yang telah difikirkan dan disediakan untuk memastikan kita mempunyai peralatan-peralatan yang sesuai ini? Ini kerana kita tidak boleh lagi melakukannya ataupun menjaga sempadan kita

dengan cara yang lama kerana kita tahu cara yang lama itu adalah tidak berupaya untuk menahan penyeludupan keluar, penyeludupan masuk ke dalam negara kita dan juga pembolosan daripada mereka yang mungkin menjadi pengganas dalam negara kita yang membimbangkan kita terutama sekali kami rakyat di negeri Sabah. Jangan cerita tentang orang yang masuk di Wang Kelian dan sebagainya, tetapi kita bercerita tentang mereka yang masuk untuk menceroboh negara kita ini, yang membimbangkan kita kalau kita bercakap tentang kedaulatan negara kita. Di sinilah kedaulatan negara kita perlu dijaga, sempadan kita supaya tidak dibolosi oleh pihak luar. Kita tidak tahu siapa yang masuk ke dalam negara kita kononnya sebagai pengganas, sebagai cerita Tanduo dahulu, adakah mereka ini datang sebagai kumpulan kecil sahaja ataupun mereka ini ditaja oleh pihak-pihak tertentu, kerajaan-kerajaan tertentu. Ini saya bukan hendak menuduh tetapi ini adalah satu kebimbangan kepada kita. This is not— dengan izin, bukan sesuatu yang kita reka-reka ataupun fantasy tetapi it is a reality. Jadi, saya ingin mendapat kepastian daripada pihak kementerian agar bukan sahaja setakat apa yang dikatakan tadi Pasukan Gerakan Am (PGA) sahaja, adakah PGA ini mempunyai kekuatan yang boleh mempertahankan sempadan kita. Saya kenal juga PGA ini, tetapi adakah mereka mempunyai kekuatan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Itulah yang menjadi kebimbangan di hati saya kerana setiap kali saya bertemu dengan pelbagai kumpulan, inilah yang selalu menjadi cerita kami di Sabah dan saya juga bertanya kepada pihak tentera, mereka juga mengatakan perkara yang sama.

Jadi kami di Sabah dan Sarawak ini mempunyai sempadan yang begitu besar sekali yang perlu diberikan perhatian. Selain daripada itu, of course lah tentang tadi apa yang disebutkan datangnya bahana seperti dadah ke negeri kita yang merosakkan anak- anak bangsa kita. Begitu ramai sudah anak-anak kampung, anak-anak bumiputera yang menjadi mangsa dadah ini. Mereka bila sudah jadi mangsa dadah ini Tuan Yang di-Pertua, seolah-olah tidak berguna lagi. Mereka tidak boleh berbuat apa-apa pun, hendak mencari pendapatan, belajar pun tak boleh lagi. Mula berniaga – baik, sampai itu pun jadi rosak binasa. Itu adalah future kita, masa hadapan mereka. Mereka ini menjadi penagih dadah dibawa dadah ini daripada luar negara yang masuk membolosi sempadan-sempadan kita. Sehingga kini, masih belum boleh dapat diselesaikan. Jadi saya minta lah ini diberikan perhatian dan pastikan apa yang kita laksanakan, lakukan dan dirancang ini betul-betul dapat memberikan manfaat kepada rakyat dalam negara kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Yang Berhormat Bayan Baru, silakan.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun untuk membahaskan suatu akta untuk memansuhkan Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017. Kita tahu bahawa Akta AKSEM ini baru diluluskan lebih kurang lima tahun yang lalu, Disember 2017. Dalam masa yang begitu singkat, AKSEM ini telah dibubarkan. Itu menjadi titik persoalan kepada kita semua. Saya rasa isu yang paling utama ialah isu effective border protection. Bagaimana kita boleh menjadikan dan menjaga sempadan negara kita dengan lebih efektif. Jadi saya dengar dengan lebih teliti apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Jelutong dan juga Yang Berhormat Beaufort. Semua mempunyai persoalan dan rasa ragu-ragu tentang pemansuhan Akta AKSEM ini. Jadi saya ingin minta Yang Berhormat Menteri jelaskan kenapa, apa rasional, apakah perkara- perkara yang dipertikaikan – effectiveness of AKSEM. Ini kerana kita tahu bahawa setiap

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

agensi ini apabila ditubuhkan sememangnya sudah menjalankan pelbagai kajian feasibility dan akhirnya membuat keputusan untuk menubuhkan AKSEM. Akan tetapi tiba-tiba dimansuhkan. Jadi saya mahu penjelasan yang sangat jelas, rasionalnya untuk mansuhkan. Jadi adakah AKSEM ini memang gagal? Gagal sebab apa? Inilah isu yang kita perlu tahu kerana kita tahu bahawa sekarang kita balik kepada sebelum tahun 2017 di mana border protection ini dijalankan oleh polis, masing-masing dengan Kastam Diraja dan juga dengan imigresen. Masing-masing sama ya, sekarang gostan balik kepada 2017. Jadi isunya kita ini tahu bahawa silo mentality, jabatan tidak berhubung dengan suatu jabatan dan sekarang Yang Berhormat Menteri cadangkan jawatankuasa penyelaras. Sebenarnya jawatankuasa penyelaras ini ia bukan bermesyuarat selalu. Akan tetapi kalau kita tahu bahawa masalah sempadan ini, ia everyday ongoing. Ada pelbagai masalah. Jadi penyelarasan kalau IGP tidak dapat mempengerusikan, maka tidak berjalan jawatankuasa tersebut. Jadi ada isu effectiveness daripada segi itu. Kalau kita tengok negara maju yang lain, mereka telah menubuhkan single agency. Contohnya U.S. Customs and Border Protection, sangat efektif. Saya ingin bangkitkan di sini bahawa pada 26 Disember 2019, semasa itu di bawah Menteri Dalam Negeri, Yang Berhormat Pagoh. Dia telah mengumumkan bahawa kerajaan akan menubuhkan suatu single agency, dengan izin, “the government has accepted the proposal to set up a sole body responsible for guarding the country’s gateways and wanted it to be set up as soon as possible.” Maksudnya ada single agency yang merangkumi semua – udara, darat, laut. Semua sekali, Sabah dan Sarawak, Semenanjung Utara di Thailand dan juga Singapore. Kenapa single agency ini gagal? Adakah feasibility sudah dibuat dan saya rasa saya baca sebenarnya kerajaan telah membelanjakan banyak untuk mengkaji single agency ini. Saya hendak tahu, adakah akan datang kerajaan akan tubuhkan single agency ini untuk border protection, selesaikan semua benda-benda isu border protection ini. Isu yang kedua yang saya ingin bangkitkan adalah sebab KDN ini ia – sedikit Tuan Yang di-Pertua, adalah isu bot-bot nelayan yang ditahan oleh agensi penguatkuasaan daripada Indonesia. Kita tahu bahawa ada dispute water terutamanya di negeri Perak dan juga Indonesia, di mana nelayan-nelayan kita buat tangkapan ikan di sana. Akan tetapi selalunya ditahan oleh penguat kuasa dari Indonesia. Nelayan-nelayan Malaysia kita berkata kita follow apa sempadan negara Malaysia. Kita rakyat Malaysia, kita pergi menangkap ikan di kawasan perairan Malaysia tetapi ditangkap oleh Indonesia. Akan tetapi apabila call, APMM lambat. Bot mereka ditahan dan mereka kata rakyat Malaysia ini hendak cari siapa lagi. Kita ini rakyat Malaysia ikut perundangan undang-undang negara Malaysia tetapi tidak mendapat pembelaan dan juga tindakan cepat daripada APMM. Jadi saya mohon Yang Berhormat Menteri look into this issue dan perlu mengarahkan APMM supaya lebih menjaga nelayan-nelayan kita di perairan Malaysia. Akhir sekali, kita ini cakap tentang isu AKSEM ini adalah isu kedaulatan negara, sovereignty of the nation. Saya tahu bahawa bukan sekadar udara, laut dan juga darat tetapi juga ada isu seperti yang dibangkitkan pagi tadi – isu rampasan aset PETRONAS oleh luar negara, sebuah negara oleh waris Kesultanan Sulu. Ini tidak masuk akal dan saya mohon supaya kerajaan lebih terbuka menjawab isu-isu yang rakyat ingin tahu. Ini kedaulatan negara ini. Saya kasihan dengan Tuan Yang di-Pertua. Saya tahu bahawa Tuan Yang di- Pertua sebenarnya ingin bahaskan isu ini tetapi kerajaan tidak mahu berbahas. Kerajaan berselindung di sebalik Tuan Yang di-Pertua dan tidak ingin menjawab persoalan- persoalan rakyat. Tidak ada isu sub judice. Sebenarnya ini adalah isu sovereignty dan isu sovereignty ini patut diberitahu kepada rakyat Malaysia kerana mereka berhak tahu dan saya rasa kerajaan harus tukar sikap ini, dalam sesi ini. Saya mohon supaya kerajaan jawab isu-isu di mana berpuluh bilion Ringgit Malaysia, aset negara Malaysia akan disita oleh satu keputusan di Paris. Ini tidak masuk akal. Patutnya kita bagi RM5,300 sebulan tetapi yang dituntut adalah RM66 bilion. Gila.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Malaysia tidak mempunyai RM66 bilion yang begitu besar untuk membayar kepada seorang waris yang tidak dikenali. Jadi saya rasa isu ini amat besar, the magnitude is big and it will actually menjejaskan imej Kerajaan Barisan Nasional - Perikatan Nasional. Saya rasa harus ada jawapan dalam sesi Dewan ini. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Tolong jangan kasihan kepada saya. Saya tidak pernah memberi perkenan tentang hasrat saya mahu atau tidak mahu. Yang Berhormat Sibuti, silakan. Lima minit.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya terus pergi kepada perbahasan berkenaan tentang pembubaran Agensi Kawalan Sempadan Malaysia dan juga saya bersetuju dengan pandangan rakan-rakan di dalam Dewan ini daripada Yang Berhormat Beaufort, Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Batu Kawan, Yang Berhormat Bayan Baru dan Yang Berhormat Jelutong berkenaan tentang pandangan mereka terhadap pembubaran Agensi Kawalan Sempadan Malaysia. Saya ingin terus pergi kepada ancaman di antara sempadan Kalimantan dan Sarawak dan juga saya ingin mengetahui pandangan daripada pihak kementerian dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan tentang adakah kesemua pegawai di bawah Agensi Kawalan Sempadan Malaysia ini akan diserapkan kepada PGA? Juga dalam sudut keperluan kawalan sempada di negeri Sarawak, saya merasakan negeri Sarawak perlu menambah pasukan atau menambah sekurang- kurangnya dua batalion. Dalam research dengan izin di dalam laman web dimaklumkan dalam kenyataan akhbar pihak PDRM dan juga KDN akan menempatkan lagi satu batalion terletak di Sri Aman dan juga saya ingin mencadangkan agar ditambahkan satu lagi batalion memandangkan kita bukan hanya melihat ancaman semasa. Akan tetapi, kita perlu melihat ancaman sempadan ini dalam tempoh jangka masa yang panjang.

Kita sering bercakap berkenaan tentang pembinaan ibu kota baharu Indonesia iaitu Nusantara. Begitu juga, saya melihat ada kalanya Nusantara ini akan memberi pulangan ekonomi yang baik pada Sabah dan Sarawak dari sudut menyediakan perkhidmatan ataupun kita menyediakan kepakaran untuk membantu Indonesia membina Nusantara. Walaupun demikian, saya melihat dalam keadaan keperluan bahan-bahan mentah yang kebanyakannya datang dari negeri seperti Sarawak dan juga Sabah, saya melihat ancaman sempadan penyeludupan ini adalah sangat besar terutama penyeludupan-penyeludupan seperti bahan-bahan mentah, barang-barang makanan seperti minyak, gula dan juga diesel. Di samping itu juga, kalau kita melihat daripada data-data penyeludupan yang diperoleh daripada PGA, penyeludupannya datang banyak daripada penyeludupan diesel, penyeludupan minyak, penyeludupan bahan-bahan makanan dan tong-tong gas sehinggakan kadang-kadang masyarakat di Indonesia sendiri mengatakan, walaupun hati mereka itu Pancasila, tetapi perut mereka dipenuhi Rukun Negara Malaysia. Ini memandangkan kebanyakan hasil daripada makanan-makanan dan juga bahan-bahan mentah ini datang daripada negara kita yang diberikan subsidi oleh kerajaan. Selain itu juga, pada masa yang sama, saya melihat sekiranya kita membubarkan agensi kawalan sempadan, saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Beaufort bahawa Pasukan Gerak Am kita perlu diperkukuhkan dengan menyediakan peralatan- peralatan yang ‘bermaruah’ ataupun peralatan-peralatan untuk mengawal sempadan dengan baik. Contohnya, keperluan dari sudut penggunaan dron, menyediakan connectivity yang baik sekiranya kalau kita berkawal di sempadan, sudah pasti pasukan- pasukan kita mesti disediakan alat telekomunikasi yang membolehkan mereka berhubung dengan ibu pejabat.

Begitu juga kerjasama dengan kerajaan negeri untuk membantu menyediakan barang-barang seperti four-wheel drive, motor scrambler ataupun ATVs memandangkan keadaan kawasan-kawasan sempadan tersebut adalah merupakan kawasan yang jauh di pedalaman terutama sekali di negeri Sabah dan Sarawak. Pada masa yang sama, saya merasakan keperluan PGA ataupun Angkatan Tentera Malaysia yang mengawal sempadan antara Kalimantan dan juga Sabah dan Sarawak, perlu meningkatkan pos-pos kawalan. Untuk mengelakkan penyeludupan ini berterusan, kerajaan di peringkat EPU haruslah memikirkan bagaimana untuk membentuk daerah-daerah bersifat ekonomi ataupun bukan hanya mengadakan pos-pos kawalan tetapi membiarkan PGA dan ATM untuk mengawal jalan-jalan tikus ini tetapi membentuk pos-pos kawalan yang boleh menyediakan dan juga menjanakan pendapatan untuk negara. Kita juga perlu memberikan pendidikan kepada masyarakat yang tinggal di sepanjang sempadan- haruslah mengatakan bahawa penyeludupan barang-barang makanan, barang-barang keperluan dari Malaysia ke sempadan luar merupakan satu tindakan yang salah. Jangan jadikan perkara ini sebagai satu tradisi amalan biasa menjual hasil-hasil makanan yang bersubsidi kepada negara-negara luar. Selain daripada itu, saya ingin mengetahui, sejauh manakah perancangan kerajaan untuk membentuk satu integrated system, Border Management System dan juga dengan pembubaran Agensi Kawalan Sempadan Malaysia ini, saya faham bahawa kerajaan berhasrat untuk memperkukuhkan lagi agensi kawalan sempadan yang lebih efisien, lebih konsisten dan juga lebih fokus. Selain itu juga saya berharap agar pembubaran ini tidak akan menjejaskan kakitangan-kakitangan di dalam AKSEM dan juga tidaklah dibuang begitu saja. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Pasir Mas dipersilakan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, ruang yang diberikan kepada saya untuk turut mengambil bahagian berbahas berkenaan Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017 [Akta 799]. Tuan Yang di-Pertua, saya dimaklumkan bahawa Jemaah Menteri pada 12 Mac 2022 menetapkan cadangan Pelan Rasionalisasi AKSEM menerusi penstrukturan semula serta diletakkan di bawah PDRM dan Akta AKSEM ini juga akan dimansuhkan sebagaimana yang telah kita bincang. Saya mendapati bahawa pelaksanaan penstrukturan semula AKSEM ke dalam PDRM ini merangkumi pelbagai aspek dan ia juga menimbulkan pelbagai persoalan. Antaranya yang telah disebut oleh beberapa orang rakan kita sebentar tadi bahawa isu yang berlaku di Wang Kelian pada tahun 2015. Ia tidak boleh disapu di bawah karpet semata-mata kerana ia menggemparkan dunia mendedahkan bukti baharu yang cukup mengejutkan. Apakah perkembangan kes ini kerana ia juga berkait dengan isu soal keselamatan di sempadan negara? Pendedahan terbesar daripada penemuan kem kematian pemerdagangan manusia ini yang berjumlah sehingga beratus-ratus orang sehingga ke hari ini, ia seolah- olah menjadi misteri. Soalan saya, adakah pihak berkuasa sempadan negara pada waktu sebelum ini tidak memiliki kemampuan dan kelengkapan yang utuh untuk mengelakkan kes pemerdagangan berskala besar boleh berlaku di sempadan kita pada masa lepas? Adakah pembubaran AKSEM ini dan tugas menjaga sempadan kembali semula kepada PDRM ini boleh menjamin kes seperti ini daripada berlaku semula? Ini kerana kita faham kerajaan mungkin melihat dalam pelbagai aspek. Akan tetapi kita tidak mahu pembaharuan ini dilakukan hanya semata-mata kerana ingin- kerana akan mengulangi kesilapan-kesilapan lama semata-mata. Kalaupun apa yang dibuat oleh kerajaan sebelum daripada ini itu baik, kita teruskan kalau ia baik untuk rakyat. Bukanlah

kerana ia tidak memberi mileage ataupun memberikan suatu nilai politik kepada kita tetapi kita bertindak atas kebaikan negara. Kita tidak boleh melakukan pembaharuan hanya semata-mata kita hendak lakukan pembaharuan tetapi pembaharuan itu perlulah bersifat pembaharuan ke arah positif dan bukannya hanya untuk meninggalkan legasi kita semata-mata. Tuan Yang di-Pertua, PDRM mengesahkan ada unsur-unsur rasuah berhubung penyeludupan di sempadan negara pada akhir tahun 2020. Saya memetik kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata beliau telah mengarahkan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) melakukan siasatan terperinci berhubung perkara itu. Antaranya, beliau berkata setelah disiasat dan diarahkan disiasat beberapa dakwaan dan menimbang beberapa bukti yang diterima, menyatakan berlakunya penyelewengan dalam kalangan Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di sempadan negara. Kemudiannya, saya memetik BERNAMA pula melaporkan seorang anggota PGA ditahan kerana dipercayai cuba menyeludup masuk tiga orang migran melalui sempadan Kalimantan-Sarawak di Tebakang kira-kira tujuh kilometer pada tahun 2020. Anggota yang ditahan itu bertugas di Pos Kawalan Ops Benteng di Tebedu, Sarawak. Hasil daripada kes rasuah ini, isu ini, saya ingin bertanya, apakah jaminan oleh PDRM yang mana pemeriksaan integriti setiap masa akan dilaksanakan kepada seluruh pegawai dan anggota bawahan PDRM yang bertugas di sempadan? Kedua, adakah PDRM mengamalkan penetapan jadual penggiliran anggota bertugas dalam tempoh singkat bagi setiap anggota di sempadan bagi mengelakkan budaya rasuah sempat untuk menular? Dengan pembubaran AKSEM ini juga, bagaimanakah PDRM mempertingkatkan rangkaian perhubungan maklumat dengan negara-negara jiran dalam memastikan urusan pengawalan sempadan berjalan dengan lancar? Dalam erti kata lain, setakat mana perbincangan kita dengan negara-negara jiran dalam isu pengawalan di sempadan ini? Saya bercakap dalam aspek saya sebagai seorang wakil dari Pasir Mas yang mempunyai sempadan yang agak panjang dengan Sungai Golok di Thailand. Kita boleh pergi ke negara Thailand dengan hanya beberapa langkah kaki sahaja, 15 kaki ke depan, kita sudah berada di luar negara untuk melepasi Sungai Golok. Kita melihat bagaimana pasukan yang ditugaskan ini seolah-olah exhausted, dengan izin. Seolah-olah mereka sudah keletihan untuk mengawal sempadan yang begitu panjang. Jadi, setakat mana kemampuan kerajaan untuk menyediakan anggota untuk mengawal sempadan yang begitu panjang ini. Ini kerana dengan jujur Tuan Yang di- Pertua, kita boleh melihat penyeludupan berlaku di hadapan mata kita. Penyeludupan berlaku, minyak dibawa keluar dan sebagainya. Sebagaimana disebutkan tadi, kita boleh mendapatkan minyak masak, minyak petrol di negara jiran dengan harga yang lebih murah daripada kita dapati dalam negara kita sendiri yang mana ia merupakan keciciran hasil mahsul negara kita. Setakat manakah kelengkapan diberikan untuk petugas-petugas di sana? Saya ingin memaklumkan Tuan Yang di-Pertua, dalam lawatan saya ke agensi- agensi kita di sempadan negara, ada setengah-setengah pejabat, CCTV pun tidak berfungsi. Tidak berfungsi CCTV di sempadan negara. Ini kita bercakap tentang soal kedaulatan. Oleh yang demikian, kita menyambut baik hasrat kerajaan tetapi kerajaan perlu melihat, adakah pembubaran ini memberikan nilai positif kepada semua pihak termasuklah kepada kakitangan AKSEM yang telah dibubarkan jabatan ini, ke manakah mereka akan disalurkan? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Yang Berhormat Tuaran, silakan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Tuaran untuk membahaskan suatu akta memansuhkan Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017 untuk membubarkan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia yang ditubuhkan di akta itu dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan. Pada tahun 2017, satu akta ini telah diluluskan oleh Dewan Rakyat ini untuk menubuhkan satu agensi. Pada ketika itu ia diluluskan kerana pada ketika itu dipercayai ini adalah langkah yang sebaik-baik mungkin untuk menangani masalah kebolosan sempadan kita dan peruntukan yang berkenaan telah diberikan dan sebagainya. Pada hari ini kita akan meluluskan akta ini untuk membubarkan balik dalam masa yang begitu singkat. Persoalan di hadapan kita ialah adakah dengan langkah ini kita akan dapat menangani masalah sempadan kita ini jauh lebih baik. Dalam pembentangan sebentar tadi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, tidak dijelaskan apakah ini jauh lebih baik. Dalam hal ini saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, untuk menyatakan perkara apakah nanti kriteria-kriteria yang akan dilihat, menyatakan bahawa langkah-langkah ini adalah langkah yang terbaik, yang jauh lebih baik daripada sebelum dimansuhkan. Kita menyatakan ini kerana hal sempadan ini, kebolosan di sempadan ini adalah sangat-sangat serius sepertimana yang dinyatakan oleh rakan-rakan sebentar tadi. Saya ambil contoh di Sabah sahaja daripada segi sempadan dia, daripada segi pantai dia 14,400 kilometer panjangnya dan kita ada mempunyai 392 pulau. Saya difahamkan daripada 392 pulau ini, apabila bercerita dengan PGA yang dicadangkan untuk nanti menangani hal-hal sempadan ini hanya lebih kurang 11 pulau sahaja yang ada PGA dan sebagainya. Ini saya mohon bertanya kepada pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah ini benar? Apakah semua pulau ini ada PGA di sana? Adakah pihak keselamatan ada di sana dan sebagainya? Itu yang satu. Kedua, di Sabah kita ada ESSCOM, kita ada ESSCOM tetapi pada masa yang sama saya ingin bertanya, adakah kesemua lorong tikus telah dikenal pasti? Kalau semua lorong tikus ini telah dikenal pasti, adakah pihak keselamatan telah diletakkan di kesemua lorong tikus ini? Kalau belum, apakah nanti selepas terbubarnya AKSEM ini, akan ditambah kakitangan? Bila saya lihat dengan rang undang-undang ini, disebut di sini bahawa, “Rang undang-undang ini tidak akan melibatkan kerajaan dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan...”. Ini bererti bahawa langkah yang baharu ini tidak akan melibatkan pertambahan apa-apa peruntukan. Tiada tambahan kakitangan, tiada tambahan aset dan sebagainya. Jadi, apakah nanti hal-hal menangani sempadan ini jauh lebih baik selepas ini? Saya ambil contoh ya, di Sabah kita ada 50 buah pulau yang paling popular, 50 pulau. Saya ingin bertanya, apakah 50 pulau ini semuanya ada pihak keselamatan berada di sana? Saya juga ingin tahu, kita ambil tempat-tempat yang biasanya PTI menggunakan untuk laluan tikus, khususnya di kawasan Sandakan, di kawasan Tawau, Kalabakan dan sebagainya. Apakah pihak kerajaan telah ataupun pihak kementerian telah mengenal pasti ini semua dan bagaimana menanganinya? Ini sebab sudah sekian lama kita menyatakan bahawa Sabah ini kebanjiran PTI. Kebanjiran PTI kerana kegagalan untuk menjaga sempadan kita. Jika sekiranya akta yang kita luluskan hari ini kita luluskan dan lepas itu ia semakin buruk dan sebagainya, ini bererti bahawa kita gagal, kita gagal menangani masalah sempadan kita. Saya boleh lihat di Sandakan sahaja sehingga pada hari ini sepertimana yang kita tahu bahawa masih lagi dikuatkuasakan apa dipanggil - bukan darurat, apa nama, sebab insiden-insiden lalu di mana insiden-insiden yang melibatkan penculikan dan sebagainya. Ini bukan semakin baik, semakin buruk sebenarnya, baik kita di negeri Sabah. Sebab itu perkara ini sangat-sangat serius. Kita mengambil ini sangat-sangat serius. Kita boleh lihat di semua pusat tahanan, detention centre di Sabah semua pun penuh dan sebagainya dan ini membuktikan bahawa pendatang asing tanpa izin masih lagi berleluasa datang ke Sabah dan masih kebolosan di sempadan itu masih berlaku.

Selain daripada itu, hal-hal berkaitan dengan apa yang dikatakan tadi oleh rakan- rakan juga tadi tentang rasuah dan sebagainya. Ini lagi satu perkara yang perlu ditangani untuk dipastikan agar integriti di kalangan pihak keselamatan dapat dipertingkatkan dan sebagainya. Ini bukan tuduhan ya, tetapi ini juga menjadi pengalaman kita yang lalu berkaitan dengan bagaimana sebaik-baik mungkin dapat dijalankan sempadan kita. Selain daripada itu, sekarang ekonomi dah semakin dibuka dan sebagainya. Kita tahu di Sabah ini mempunyai pulau-pulau yang begitu cantik dan memang pelancong- pelancong akan datang dan sebagainya. Sekali lagi di sini kebolosan. Kita tidak mahu apa yang telah berlaku di Pulau Sipadan dahulu di mana keselamatan yang begitu rapuh walaupun hari ini kita ada ESSCOM, tetapi hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan ini masih perlu dipertingkatkan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengakhiri perbahasan saya ini dan mengatakan bahawa langkah ini jika sekiranya tidak berakhir dengan keadaan yang jauh lebih baik daripada segi menangani sempadan kita, saya tidak tahu apakah kerajaan seolah-olah bermain-main ya. Tahun 2017 yang baru juga mengadakan satu agensi selepas itu ditutup, dibubarkan. Selepas ini dibubarkan, selepas itu diwujudkan lagi dan sebagainya seolah-olah kita di Dewan Rakyat ini tidak meneliti dengan begitu jelas, tidak melihat dengan begitu profesional tentang langkah-langkah yang diambil. Oleh sebab setiap langkah yang diambil itu seharusnya menjurus kepada suatu yang jauh lebih baik. It should be for the better langkah-langkah yang telah diambil ini. Akan tetapi saya berharap langkah itu yang dibuat ini adalah kepada yang lebih baik dan segala kelemahan terutama sekali apa yang disebut apa juga dengan rakan- rakan tadi penambahan aset, penambahan kakitangan dan sebagainya dan setakat ini tidak dilihat di sini, tiada peruntukan tambahan. Kita mencadangkan supaya peruntukan tambahan itu dibuat, diberi agar semua aset itu boleh berjalan. Ada minyak yang mencukupi dan sebagainya. Kakitangan yang mencukupi dan sebagainya. Dengan cabaran yang begitu besar, begitu panjang dia punya pantai sampai 14,000 kilometer dan begitu banyak pulau-pulau dan sebagainya, tidak termasuklah hal-hal jalan-jalan tikus yang sangat-sangat perlu untuk dikesan. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Yang Berhormat Jempol, silakan.

Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Keluarga Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Pembubaran) 2021 pada hari ini. Secara keseluruhan saya menyokong segala usaha kerajaan untuk mengawal dan membanteras segala kegiatan yang menyalahi peraturan serta undang-undang di kawasan sempadan darat negara.

Antaranya ialah memasukkan pendatang asing tanpa izin, pemerdagangan manusia, mewujudkan laluan tikus dan penyeludupan barang khususnya barang-barang yang telah diberi subsidi oleh kerajaan. Hal ini kerana keadaan dunia sedang berdepan dengan kegawatan krisis inflasi sudah tentulah barang kawalan yang diisytiharkan di bawah seksyen 5 Akta Kawalan Bekalan 1961 telah menjadi buruan oleh kebanyakan rakyat di negara jiran. Pada 9 Ogos 2017 yang lalu, Rang Undang-undang Agensi Kawalan Sempadan telah diluluskan secara sebulat suara di dalam Dewan yang mulia ini selepas lebih enam jam ia dibahaskan. Kelulusan tersebut telah membolehkan penubuhan Pasukan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) menerusi gabungan tiga agensi induk iaitu Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk menjalankan

tugas keselamatan di kawasan sempadan mempunyai fungsi yang lebih luas dan efektif. Bermula 1 Januari 2018, AKSEM telah berfungsi secara rasmi dengan kekuatan seramai 900 perjawatan dan beroperasi di empat buah negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak dan juga Kelantan. Kini melalui Pelan Rasionalisasi AKSEM menerusi penstrukturan semula, segala skop tugas kawalan sempadan akan diambil sepenuhnya oleh PDRM. Soalan saya, apakah kekuatan anggota Pasukan Gerak Am (PGA) benar-benar mencukupi untuk menampung ke semua jawatan yang pernah diisi oleh agensi Jabatan Imigresen dan JKDM sebelum ini. Hal ini kerana khuatir kekurangan bilangan anggota yang belum sebelum ini hanya seramai 900 dengan tugasan spesifik dan efektif boleh merencatkan tugas penguatkuasaan serta kawalan di kawasan sempadan darat negara. Selain itu, saya juga khuatir Pelan Rasionalisasi AKSEM ini bakal menambah beban kepada PDRM kerana tanggungjawab tersebut telah dipikul sepenuhnya secara bersendirian tanpa menerima sebarang bantuan daripada agensi berkaitan yang lain. Walau bagaimanapun, saya tetap mengharapkan yang terbaik daripada PDRM agar dapat memantapkan dan mengukuhkan lagi peranan kawalan keselamatan di kawasan sempadan tanah air negara. Sejak penubuhan AKSEM secara pentadbiran November 2015, AKSEM dikatakan telah berjaya melaksanakan fungsi dengan cukup berkesan. Yang Berhormat Menteri juga turut memperakui tetapi demi memastikan tugas berat berjalan dengan lebih lancar, penstrukturan semula perlu dilakukan selepas mengambil kira isu yang berkaitan command and control. Sebelum ini iaitu tahun pertama AKSEM beroperasi pada tahun 2016, nilai rampasan barangan seludup yang dicatatkan adalah sebanyak 38.6 juta berbanding hanya 18.2 juta pada tahun 2014 sebelum agensi tersebut diwujudkan dan meningkatkan lebih 50 peratus. Soalan saya, berapakah nilai terkini rampasan barang yang telah berjaya dibuat oleh PDRM di kawasan sempadan setelah AKSEM dibubarkan dan apakah ia wujud petanda yang positif ataupun sebaliknya. Pada hari ini, dunia sedang berdepan dengan krisis inflasi. Kita semua mengetahui bahawa harga barangan keperluan seperti minyak masak, petrol RON95, tepung gandum dan sebagainya adalah jauh lebih rendah serta menjadi buruan rakyat daripada negara jiran, khususnya yang tinggal di kawasan sempadan. Terlalu banyak laporan berita yang telah berlegar di media massa mengenai cubaan dan tangkapan penyeludupan barang keperluan yang telah disubsidi oleh kerajaan. Contohnya, cubaan penyeludupan keluar 969,000 paket minyak masak bersubsidi satu kilogram dengan 5,000 liter minyak diesel yang dianggarkan bernilai RM34,000 dirampas di Beluran, Sabah pada tahun 13 Julai 2022. Oleh yang demikian, maka besarlah harapan saya agar PDRM memberikan tumpuan yang serius terhadap kegiatan penyeludupan di kawasan sempadan dan menjalankan fungsi AKSEM sebelum ini dengan lebih baik. Ini hal kerana tidak mahu lagi barangan subsidi oleh kerajaan untuk Keluarga Malaysia terlepas keluar dengan begitu mudah. Menuju kepada fasal 4 akta yang dicadangkan, seseorang yang dilantik sebagai pegawai agensi di bawah Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017 sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa akta ini hendaklah terhenti menjadi pegawai agensi pada tarikh permulaan kuat kuasa akta ini. Saya difahamkan para anggota Jabatan Imigresen dan JKDM yang terlibat dalam AKSEM sebelum ini telah diserap kembali ke jawatan masing-masing setelah pergerakan keluar para anggota yang terlibat dilaksanakan secara berperingkat. Soalan saya, adakah perkara ini telah dibincangkan dan diadakan sesi libat urus terlebih dahulu bersama agensi yang terlibat sebelumnya kerana ia dilaksanakan, khususnya JKDM ataupun agensi kawalan di bawah Kementerian Kewangan. Berapakah bilangan anggota AKSEM yang terlibat dengan menyerapkan semula mengikut agensi serta adakah mereka telah ditempatkan di jawatan yang setaraf. Hal ini kerana penyerapan kembali para anggota terbabit sudah tentulah memberi kesan kepada hal pentadbiran bergantung kepada kekosongan perjawatan yang terdapat di dalam sesebuah agensi. Saya harap peralihan kuasa AKSEM kepada PDRM daripada aspek

peranan, penyerapan aset, penjajaran semula, perjawatan sumber manusia, pengurusan kewangan serta perolehan telah berjalan dengan baik bagi mengelakkan wujudnya isu berbangkit selepas ini. Dengan kesempatan ini juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para anggota Jabatan Imigresen dan juga JKDM yang pernah terlibat untuk menjayakan AKSEM bersama PDRM. Sekian sahaja daripada saya setakat ini, saya harap segala perkara yang telah disampaikan sebentar tadi diberi perhatian oleh kementerian. Saya pohon menyokong Rang Undang-undang Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Pembubaran) 2021. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Bukit Bendera.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Rang Undang-undang Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017 atau singkatannya AKSEM dibentangkan bacaan kedua dan ketiga pada 9 Ogos 2017. Saya berkesempatan membaca Hansard pada hari tersebut. Pada hari itu, ia tidak sampai lima tahun Parlimen membahaskan pula pembubaran AKSEM. Mantan Menteri Dalam Negeri pada waktu itu ialah Menteri Bagan Datuk memperkenalkan Rang Undang-undang AKSEM, menyatakan satu agensi khusus diwujudkan supaya kegiatan penyeludupan atau aktiviti-aktiviti lain yang menyalahi undang-undang di sempadan darat negara dilaksanakan lebih efektif. Tuan Yang di-Pertua, tiada satu negara pun di dunia apabila ditubuhkan satu agensi kawalan sempadan, kemudian dalam lima tahun bubarkan. Tidak ada satu negara buat. Malaysia negara yang pertama ditubuhkan Agensi Kawalan Sempadan spesifik tetapi lima tahun kemudian dibubarkan. Masyarakat menanya-nanyakan sama ada cost-benefit analysis telah dibuat sama ada satu analisis sebelum penubuhan AKSEM telah dibuat tentang analisa sebelum itu. Kenapa pula what’s been wrong, apakah rasional pembubarannya dan apakah rasional penubuhannya sehingga lima tahun kemudian dibubarkan. Sama ada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri hari ini daripada Parti Bersatu Perikatan Nasional dengan bekas Menteri Dalam Negeri sebelum ini daripada UMNO adakah terdapat masalah. Itu brainchild mantan Menteri Dalam Negeri dari parti UMNO Bagan Datuk sama ada, ada masalah sehinggakan pembubaran satu agensi yang khusus. Persoalan kedua saya, apakah implikasi pembubaran dan apakah implikasi kewangan terhadap pembubaran ini memandangkan signboard bangunan kena diturunkan, letterhead kena ditukar, perjawatan kena tukar, nama yang tercatat atas aset-aset kena tukar, uniform kena tukar tetapi di dalam bill, rang undang-undang ini dikatakan implikasi kewangan tidak akan melibatkan kerajaan dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan. Masa tidak ada implikasi kewangan yang sebenarnya penubuhan tersebut selama lima tahun ini, wang begitu banyak telah dibazirkan. Ditubuhkan satu agensi kemudian dibubarkan lima tahun kemudian.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Border control atau kawalan sempadan. Kemasukan pendatang asing tanpa izin, pemerdagangan manusia, penyeludupan dan saya ingin bertanyakan Ops Benteng telah ditamatkan pada Jun 2022. Kebelakangan ini pula tambah dua isu baharu, Tuan Yang di- Pertua. Pertama, penyeludupan barangan bersubsidi seperti minyak masak dari Malaysia ke Thailand, penyeludupan. Apakah langkah-langkah tambahan kita daripada segi kawalan sempadan untuk penyeludupan barangan bersubsidi minyak masak? Kedua, polisi ganja baharu di Thailand. Telah menjadi berita dunia bahawa negara Thailand telah memperkenalkan polisi liberalisasi terhadap ganja. Apakah implikasi polisi tersebut terhadap keselamatan sempadan di Malaysia? Ini kerana kita tahu bahawa ganja masih disenaraikan sebagai aktiviti menyalahi undang-undang di Malaysia.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Bagaimana daripada segi kawalan sempadan kita daripada segi memperketat cabaran-cabaran tersebut, cabaran penyeludupan barangan bersubsidi seperti minyak masak, petrol RON95, diesel, tong LPG, gula dan sebagainya? Apakah kesiapsiagaan kerajaan dalam kawalan sempadan darat Malaysia-Thailand berikutan polisi ganja baharu dan juga liberalisasi Thailand? AKSEM diwujudkan dengan menaik taraf Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) yang bertanggungjawab untuk sempadan Malaysia-Thailand yang dibentuk melalui gabungan PDRM, Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia. Soalan saya, apakah yang terjadi dengan 900 lebih perjawatan UPP dan sama ada kebajikan mereka terjamin dan tidak diganggu selepas pembubaran? AKSEM bercita-cita besar waktu penubuhan. Bukan sahaja bidang kuasa darat Malaysia-Thailand dan juga bidang kuasa Malaysia-Indonesia, Malaysia-Brunei di wilayah Sabah dan Sarawak di mana Pasukan Gerakan Am (PGA), PDRM serta Angkatan Tentera Malaysia. Soalan saya, apakah kemas kini Dasar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (DKKA) yang telah dirangka khasnya daripada segi kawalan sempadan? Soalan saya juga, apakah bentuk kawalan kerjasama sempadan darat antara Malaysia-Thailand, Malaysia-Singapura, Malaysia-Brunei dan Malaysia-Indonesia? Soalan-soalan penting ini perlu diberikan penjelasan kerana pada hari ini kita akan cadangkan pembubaran satu agensi kawalan sempadan dan kita ingin menanyakan sama ada pembubaran ini ditukar penugasannya kepada PDRM, akan menjamin kawalan sempadan yang lebih baik daripada sebelum ini. Itulah persoalan yang saya kemukakan. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Padang Serai, silakan.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Salam sejahtera, selamat petang. Saya dengan rendah hati ingin berbahas pembubaran Rang Undang-undang Agensi Kawalan Sempadan Malaysia. RUU ini bertujuan untuk membubarkan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM). Agensi Kawalan Sempadan Malaysia diwujudkan pada tahun 2017 atas tujuan yang jelas iaitu mengawal kegiatan penyeludupan atau aktiviti-aktiviti lain yang menyalahi undang- undang di sempadan darat negara. Saya tidak ada masalah dengan pembubaran ini tetapi Yang Berhormat Menteri perlu menjelaskan dengan terperinci, apakah punca AKSEM ini dibubarkan dan kenapakah tanggungjawab AKSEM diambil oleh PDRM. Ini juga tugas tambahan bagi PDRM namun pengambilan anggota PDRM perlu ditambah. Apakah punca perubahan ini dilakukan? Saya faham bahawa AKSEM mempunyai limitasi kerana mampu menjaga di beberapa buah negeri sahaja tetapi kenapa kuasa AKSEM terus diberi kepada PDRM. Perlu diberi jelas terperinci terhadap AKSEM dibubarkan. Saya percaya dalam penjagaan sempadan negara perlu ada penglibatan secara bersama antara Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan PDRM, serta memastikan aktiviti penyeludupan terutamanya dapat dibendung dan dikawal. Rasionalnya pembubaran ini perlu diperhalusi. Adakah sebab prestasi yang kurang memberangsangkan? Jika ya, apakah tambah baik yang boleh dibuat jika terus diberi kepada PDRM untuk menjaga sempadan darat negara? Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Parlimen sekalian, saya juga ucapkan terima kasih kepada bekas tentera-tentera yang pernah menjaga sempadan di mana mereka terlibat dengan Ops Ukur, Ops Naga Bell dan juga mereka beberapa kali kena booby trap. Veteran-veteran hari ini telah dilupakan jasa-jasa mereka menjaga sempadan. Inilah sebab hari ini rakyat— veteran-veteran di luar sana mengamuk dan bertanya mengapa tidak dijelaskan pencen-pencen mereka. Merekalah dahulu pada tahun 70-an, 80-an menjaga sempadan-sempadan ini dan mereka di dalam hutan beberapa kali, berapa ramai yang kena booby trap yang pernah meninggal dunia, yang putus kaki, putus tangan, mata buta dan sebagainya. Akan

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

tetapi hari ini kerajaan telah lupakan mereka. Saya berharap kerajaan fikir balik nasib- nasib veteran yang hari ini berada dalam keadaan teruk di luar sana. Terdapat keperluan untuk semua perkara yang disuarakan oleh saya diambil serius dalam memastikan setiap polisi atau langkah yang dibuat oleh kerajaan akan memberi manfaat secara maksimum kepada rakyat Malaysia. Saya juga nasihat kepada PDRM, harapkan pegar, jangan pegar makan padi. Sekian, terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Seterusnya Yang Berhormat Pokok Sena dan diikuti oleh Yang Berhormat Hulu Rajang, akhir sekali.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, baru umur lima tahun sudah bubar AKSEM ini. Ini satu benda yang sangat pelik. Alasannya apa yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, “Kami tak mahu ada percanggahan dengan Akta Polis”. Itu adalah dalam ucapan tadi. Takkanlah waktu hendak wujud dahulu, semasa hendak beranak dahulu ini, tidak fikir kata ada percanggahan dengan Akta Polis? Takkan KDN pada waktu itu tidak meneliti persoalan-persoalan antara perundangan dan akta-akta yang ada ini supaya tidak berlaku satu percanggahan kemudian harinya. Adakah Jabatan Peguam Negara juga yang menyediakan draf akta ini tidak melihat persoalan-persoalan ini? Jadi, ini satu benda yang menunjukkan bagaimana kelemahan pentadbiran dan pengurusan kita dalam hendak memastikan, hendak mewujudkan sesuatu agensi, sesuatu pasukan bagi memastikan supaya ia dapat berjalan dengan baik. Jadi, bagi saya alasan tadi yang mengatakan bahawa ia tidak mahu nanti bercanggah adalah satu persoalan yang sangat memalukan kita semua. Kemudiannya disebut tadi bahawa untuk memastikan supaya bila kita mansuh dan kita serah kepada polis sepenuhnya dalam Akta Kawalan Sempadan ini, ia akan lebih efisien dan tersusun, seolah-olah AKSEM selama ini tidak efisien dan tidak tersusun. Jadi, sekali lagi kelemahan menunjukkan bagaimana kegagalan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menguruskan soal AKSEM ini tidak dapat memastikan efficiency dan juga tersusunnya pengurusan perjalanan AKSEM itu sendiri. Jadi, saya mohon penjelasan daripada rakan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ketiganya juga ialah nanti command and control, disebut tadi adalah daripada KPN dan saya percaya bahawa selama ini AKSEM, lead agencynya ialah polis. Walaupun diletakkan di bawah KDN, di bawah satu jawatankuasa ini, tetapi lead agencynya sudah tentulah KDN. Jadi, apa beza sewaktu ia mengetuai sebagai lead agency di dalam AKSEM ini dan di waktu ia bersendirian untuk memberi— hendak command and control? Adakah selama ini ia tidak berjaya untuk command and control AKSEM itu sendiri? Jadi apa jaminan di bawah polis nanti, kawalan sempadan kita akan lebih efisien dan lebih tersusun? Apa jaminan bahawa tidak berlaku penyeludupan. Kita berhadapan— sepertimana rakan-rakan saya sebut tadi bahawa kita berhadapan dengan soal penyeludupan khususnya barang-barang kawalan. Barang- barang kawalan yang telah diseludupi ke negara Thailand, khususnya sepertimana minyak masak. Ini persoalan yang kita hadapi sekarang ialah persoalan bagaimana satu bekalan kepada barang-barang kawalan ini.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kedua ialah persoalan sepatutnya ia diperolehi dan digunakan oleh rakyat Malaysia. Sedangkan Perdana Menteri pada pagi tadi mengatakan bahawa minyak masak paket yang satu kilogram ini, penjual goreng pisang tidak boleh lah guna. Ini adalah sebab mereka berniaga. Ini hanya untuk guna di rumah. Kalau sampai kepada peringkat penjual goreng pisang tidak boleh guna, sedangkan penjual ayam goreng di Thailand boleh guna minyak masak, jadi apa jaminan selepas ini bahawa minyak masak paket satu kilogram ini akan lebih mempunyai lambakan di dalam negara?

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Bukannya berada di luar negara. Ini yang harus dilihat oleh kementerian. Oleh sebab saya agak meragui apa jaminan dikatakan bahawa bila kita letak di bawah pasukan polis ini, akan lebih efisien dan tersusun sedangkan polis juga sendiri terlibat di dalam AKSEM itu sendiri. Saya hendak dapatkan satu penjelasan. Apa rangka kerja yang hendak dipastikan supaya polis akan lebih efisien di dalam menangani persoalan-persoalan penyeludupan, persoalan-persoalan yang berkaitan dengan pemerdagangan manusia dan sebagainya supaya kita memastikan kedaulatan negara kita ini terjamin? Sampai hendak bahas soal kedaulatan negara kes Sulu pun tidak berani, satu benda yang sangat pelik. Sedangkan ini soal-soal kedaulatan negara kita. Takut nanti Sulu masuk lagi. Ia masuk ikut sempadan lain pula. [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) mempengerusikan Mesyuarat] Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat. Saya juga hendak minta penjelasan sepertimana Yang Berhormat Bukit Bendera tadi. Berapa implikasi kewangan ini? Bila ia tukar signboard, tukar baju, maknanya yang kastam itu dia balik pergi ke kastam, dia hendak kena pakai baju kastam? Baju kastam yang lama dahulu tidak boleh pakai sudah. Perut boroi. Berapa kos itu? Begitu juga dengan polis yang hendak masuk ke polis, dia tidak boleh pakai uniform AKSEM lagi. Dia tidak boleh pakai uniform polis waktu dia berada di dalam perkhidmatan polis sebab badan dia sudah gemuk. Jadi, berapa kos? Ini antara contoh-contoh menunjukkan kos implikasi kewangan yang terpaksa ditanggung sedangkan kita baharu berumur lima tahun. Terima kasih.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Dipersilakan Yang Berhormat Hulu Rajang.

Datuk Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua ke atas peluang yang diberikan bagi saya membahaskan Rang Undang- undang Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Pembubaran) 2021. Sebelum saya pergi lebih jauh, terdapat beberapa persoalan yang ingin saya ajukan kepada Yang Berhormat Menteri berkenaan rang undang-undang ini. Mengapa akta ini dibawa untuk dibahas pada tahun 2017 dan tidak sampai lima tahun Tuan Yang di-Pertua, kini dibawa kembali untuk dibubarkan? Tidakkah satu kajian terperinci dijalankan sebelum suatu rang undang- undang dibawa untuk dibahaskan pada hari ini? Sekiranya AKSEM ini ditubuhkan bersifat sementara bagi menangani krisis permasalahan sempadan negara yang wujud ketika itu, maka pembubaran rang undang- undang ini mempunyai signifikasinya. Sekira tidak, maka saya hairan kenapa ia diwujudkan bagi menggalas tugas bagi agensi-agensi lain? Wujudnya AKSEM ini, sebuah agensi sempadan diwujudkan bagi mengawal, mengukuh dan mempertingkatkan pengawalan pengoperasian dan keselamatan di sepanjang sempadan di negara kita. Saya juga ingin memetik kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Kajian Cadangan Penubuhan badan tunggal menjaga sempadan negara dan pintu-pintu masuk, termasuk pelabuhan pada 3 Julai 2019. KDN Tuan Yang di-Pertua, diperjawabkan sebagai urus setia, perlu melaksanakan kajian meliputi tiga dominan utama iaitu darat, udara dan laut dengan fokus awal kepada dominan darat. Saya melihat mekanisme ini cukup cantik dan baik. Mengapa ia tidak diselaras dengan sempurna dan dimurnikan lagi bagi memastikan AKSEM ini menjadi suatu agensi yang akan dapat menyelaraskan tugasan, khususnya di sempadan negara? Parlimen Hulu Rajang Tuan Yang di-Pertua, merupakan kawasan Parlimen terbesar di Malaysia. Sering kali saya menyebut perkara ini di dalam Dewan yang mulia ini yang terdapat tiga buah empangan utama mengelilingi kawasan Parlimen saya iaitu

Datuk Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Bakun, Baleh dan Murun. Ketiga-tiga kawasan ini mempunyai kawasan tadahan air yang sangat besar dan ia merupakan, dengan izin, the powerhouse of Sarawak, Tuan Yang di- Pertua. Di mana menjelang 2030, Kerajaan Negeri Sarawak akan mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi dan akan mempunyai tenaga yang mencukupi untuk memenuhi peningkatan permintaan elektrik industri kita. Projek-projek mega ini seperti dipastikan akan memberi manfaat yang besar kepada rakyat dan negeri Sarawak khususnya. Namun, masalah keselamatan persempadanan sering kali menghantui masyarakat di kawasan Parlimen saya. Banyak barangan subsidi mudah diseludup ke negara jiran melalui jalan darat. Ini adalah kerana penguatkuasaan yang sangat lemah di sempadan negara, khususnya sempadan Malaysia-Indonesia bersebelahan Kalimantan. Saya ingin mencadangkan isu sempadan ini merentasi banyak perkara. Sekiranya cadangan pembubaran AKSEM ini diterima oleh semua, maka saya ingin mengesyorkan agar pihak PDRM dan KPDNHEP bekerjasama dengan lebih erat bagi memastikan bahawa penyeludupan barangan subsidi ke negara jiran dapat dilumpuhkan dengan menjalankan operasi secara besar-besaran, Tuan Yang di-Pertua. Akhir kata, sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya turut ingin mohon agar penambahan perjawatan turut dipertingkatkan oleh PDRM, ATM, Kastam dan Imigresen bagi memastikan sempadan negara terus dijaga dengan rapi, Tuan Yang di-Pertua. Berikan segala kemudahan yang diperlukan kepada anggota kita yang bertugas di sempadan ini. Kadang-kadang mereka terpisah sekian lama daripada keluarga mereka. Imbuhan sagu hati juga perlu difikirkan kepada petugas-petugas kita di sempadan yang bertarung nyawa menjaga keselamatan dan kedaulatan negara tercinta. Saya berharap agar satu pasukan task force dapat diwujudkan dengan kadar segera di peringkat kementerian bagi membincangkan perkara ini. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Rajang. Dengan demikian, diminta Yang Berhormat Menteri menjawab. 15 minit.

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri I · Kuala Krau

Berapa?

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

15 minit.

15 minit? Apa yang boleh saya jawab Tuan Yang di-Pertua, 15 minit. Akan tetapi saya cuba. Pertama, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada tiga belas orang pembahas dan penyokong kepada pembubaran AKSEM. Daripada pembahas tadi jelas menunjukkan semua wakil rakyat bersetuju. Akan tetapi ada satu perkara kebimbangan apabila AKSEM ini dibubarkan. Sebagai mana yang saya sebutkan awal tadi, bahawa AKSEM dibubarkan tetapi dua Jawatankuasa kita bentuk. Saya hendak jelaskan yang pertama, Jawatankuasa Pemantapan Kawalan Sempadan yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri. Keahlian - KSU Kementerian Dalam Negeri, KSU Perbendaharaan, KSU MOT, KSU MINDEF, KSU KKM, KSU MAFI, KSU MPI, KSU KLN, KSU KKMM, Peguam Negara, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Polis Negara, KP JUPEN, KP Kesihatan, KP JKDM, KP MKN, KP RDJPM, KP APMM, kalau hendak sebut KP JIM, semua SUK kerajaan negeri yang terlibat iaitu empat buah kerajaan negeri. Terutama kalau AKSEM ini Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan kita tambah untuk SUK Johor, SUK Sabah, Sarawak, KP CGSO, Komandan AKSEM, KP AKSEM, KP APM, KP RELA dan agensi- agensi yang terlibat. Ini kita wujudkan satu Jawatankuasa Pemantapan. Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Bayan Baru. Dia faham kenapa kita hendak bubarkan AKSEM. Saya juga

berterima kasih kepada Yang Berhormat Hulu Rajang kerana dia faham kenapa kita hendak bubarkan AKSEM. Ini bermakna, kita hendak gerak kepada evolusi penguatkuasaan sempadan-sempadan dengan mewujudkan- apabila Kabinet telah buat keputusan untuk kita wujudkan single border agency (SBA) yang akan menjaga sempadan-sempadan seluruh negara kita.

Kedua, saya hendak sebut- Jawatankuasa Penyelarasan Kawalan Sempadan Negara yang dipengerusikan oleh Ketua Polis Negara. Ini Ketua Polis Negara menjaga dan melihat secara langsung mengenai keselamatan dan kawalan sempadan negara yang dianggotai oleh ATM, PDRM, KKM, JKDM, MKN, JIM, MAQIS, AADK, PKK, KDN dan banyak lagi iaitu 19 keahlian, yang mana walaupun AKSEM dibubarkan tetapi peranan-peranan agensi-agensi yang berkaitan tetap dimainkan tanggungjawab mereka untuk memastikan keselamatan sempadan-sempadan negara kita dapat kita jamin sama ada dari segi pemerdagangan manusia, penyeludupan dadah, senjata api dan apa sahaja yang melibatkan pencerobohan dari luar ke dalam negara kita. Ya Yang Berhormat Bayan Baru, sila.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya cuma hendak tanya tentang isu single border protection agency yang akan disarankan. Adakah ia akan ditubuhkan? Bilakah ia akan ditubuhkan? Ini kerana kalau kita tengok, sekarang ia masih dalam peringkat perancangan, belum ada akta atau rang undang-undang yang dibawa ke sini untuk tubuhkan. Kenapakah kita tidak biarkan AKSEM terus jalankan kerja mereka sehinggakan agensi baharu itu ditubuhkan? Ini kerana kalau tidak, sekarang kembali itu bercelaru kerana kalau kita tengok single agency ini, ia melibatkan 28 buah agensi. My God, so big- begitu banyak. Jadi, penyelarasan ini sangat susah untuk dijalankan. Yang Berhormat Menteri mesti faham. Akhir sekali, Yang Berhormat Menteri, sebenarnya kalau Yang Berhormat Menteri tengok perbahasan tadi, tidak ada orang setuju untuk kurang- kita ragu-ragu dan kita rasa waswas hendak membubarkan ini ya. Jadi, saya rasa kita kena pertimbangkanlah ya, Yang Berhormat Menteri, pertimbangkan balik ya. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Sebenarnya Kementerian Dalam Negeri telah diberikan amanah untuk membuat kajian penyelidikan. Akan tetapi, saya tidak boleh umumkan lagi kerana ia dalam keadaan kita masih lagi dalam Jawatankuasa Teknikal untuk mengkaji bagaimana kita hendak melaksanakan single border agency ini. Oleh sebab itulah, ke arah kita hendak mewujudkan single border agency ini, dua buah Jawatankuasa Pemantapan dan Penyelarasan kita wujudkan, di mana Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara bertindak untuk menyelaraskan kedua-dua Jawatankuasa ini. Saya hendak sebut bahawa, kita kena faham AKSEM ini adalah hanya terlibat kawalannya di negeri Kelantan iaitu di Rantau Panjang, Bukit Bunga, Pengkalan Kubur; Perak di Pengkalan Hulu; Kedah di Durian Burung, Bukit Kayu Hitam, Kuala Kedah dan Perlis di Wang Kelian, Padang Besar dan Chuping. Saya hendak sebut, kita bagi jaminan sebenarnya...

Yang Berhormat Jelutong, sekejap ya. Kementerian Dalam Negeri bagi jaminan, walaupun kita bubarkan AKSEM ini, tidak ada seorang pun yang kita berhentikan kerja. Mereka ini diserapkan. Sama ada daripada yang bertugas, kalau polis UPP, akan diserapkan kepada PGA. Oleh sebab itulah kalau PGA- hendak saya sebutkan jumlahnya sekarang, keseluruhannya 13,199 orang dan kita serapkan AKSEM seramai 617 orang. Bermaknanya ada 13,816 orang di seluruh negara. Bermaknanya, tidak ada seorang pun daripada AKSEM ini yang kita berhentikan kerja. Kita berikan pilihan kepada mereka.

Kastam, kita serapkan balik kepada kastam. Jabatan Imigresen, pegawai dan anggotanya kita serapkan pada Jabatan Imigresen Malaysia.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Soalan susulan sedikit ya, Yang Berhormat Menteri.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Kita tidak ada guarantee bahawa single border agency akan dilakukan juga ya, sebab kita tahu bahawa ada fightback within the agency. Ada beberapa jabatan/agensi yang bantah untuk menubuhkan satu single-agency sebab ia ada kita-kita, mereka-mereka. You know, all these silo mentality yang menyebabkan single border agency itu susah ditubuhkan. Jadi, tidak ada garenti. Betul tidak, Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.

Ya, sebab itu saya kata ini kajian yang sedang kita jalankan. Sebab itu kita tidak boleh umumkan bila masa hendak dikuatkuasakan. Dalam kajian ini mestilah kita libat uruskan beberapa pihak agensi-agensi keselamatan dalam negara kita sama ada PDRM, ATM dan sebagainya. Ya Yang Berhormat Jelutong.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Memang saya bangun dan saya ingin menyatakan pendirian bahawa, saya menyokong penuh rang undang-undang yang dibentangkan kerana kita mengutamakan keselamatan sempadan negara, keselamatan negara. Persoalan saya, Jawatankuasa Penyelarasan Kawalan Sempadan Negara dan Jawatankuasa Pemantapan Kawalan Sempadan Negara, apakah salahnya kalau Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dijadikan pengerusi kedua-dua Jawatankuasa ini? Ini kerana kita mendapati sejarah menunjukkan- kalau dahulu Yang Berhormat Bukit Bendera mengatakan undang-undang ini digubal dan dibentangkan oleh Yang Berhormat Bagan Datuk, berlaku juga kejadian-kejadian seperti di Wang Kelian. Sekarang ada juga kerajaan baharu, Menteri yang baharu, tetapi kita masih lagi menyerahkan amanah ini kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong sebagai pemimpin terulung negara untuk mempengerusikan kedua-dua Jawatankuasa ini. Apakah Yang Berhormat Timbalan Menteri membantah?

Yang Berhormat, kalau semua perkara hendak kita serahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, apa guna kita ada Menteri, ada kementerian dan juga ada pasukan Polis Diraja Malaysia? Saya nak jawab, sebab itu ada kes-kes tertentu yang menjadi isu kepada orang ramai. Sepertimana Yang Berhormat Jelutong sebutkan kes di Wang Kelian. Saya nak jawab yang Wang Kelian ini. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai Penemuan Kem Penempatan Sementara dan Kubur di Wang Kelian, Perlis telah ditubuhkan dan telah bersidang pada 5 Mac 2019 sehingga 4 September 2019. Suruhanjaya tersebut terdiri daripada tujuh orang berpengalaman luas dalam bidang masing-masing yang diketuai oleh Yang Amat Berbahagia Tun Arifin bin Zakaria. Saya nak sebut. Selepas mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Laporan Suruhanjaya ini telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri buat kali pertamanya pada 29 Januari 2020 dan kali kedua pada 24 Jun 2020. Seterusnya, laporan tersebut telah dihebahkan untuk rujukan umum. Bermaknanya, Yang Berhormat boleh tengok, apakah hasil daripada RCI tadi melalui laman sesawang rasmi Kementerian Dalam Negeri (KDN) iaitu di www.moha.gov.my. Jadi, kita boleh tengok. Saya ulang. Boleh tengok di laman sesawang www.moha.gov.my. Berdasarkan Laporan Suruhanjaya tersebut, jumlah mayat dan kubur yang telah ditemui ialah sebanyak 138- mayat dan 148- kubur yang digali, manakala seorang pemandu teksi dan enam orang PATI ditangkap di bawah seksyen 26A, Akta

Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 [Akta 670]. Pemandu teksi tersebut telah disabitkan dan dikenakan hukuman denda sebanyak RM20 ribu di bawah seksyen 26A Akta 670 kerana terlibat dengan penyeludupan migran ke Malaysia. Pihak penguat kuasa juga telah mengambil tindakan terhadap penjaga kem di Bukit Wang Burma dan Genting Perah serta individu yang terlibat sebagai transporter yang menghantar PATI yang diseludupkan masuk ke Malaysia dari kem-kem ini. Empat orang warganegara asing telah dituduh di bawah seksyen 26A, Akta 670 yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan migran di Bukit Wang Burma dan Genting Perah. Kesemua mereka telah mengaku salah di Mahkamah Tinggi Kangar, Perlis dan telah disabitkan dengan kesalahan tersebut pada tahun 2016.

Selain daripada itu, pihak penguat kuasa Malaysia telah membuat permohonan kepada negara Thailand, bagi mengekstradisi 10 orang penjenayah yang didapati terlibat dengan kesalahan jenayah yang dilakukan terhadap PATI di Kem Bukit Wang Burma dan Genting Perah dan perkara ini masih lagi dalam proses pertimbangan ekstradisi di pihak Thailand. Bermaknanya laporan penuh boleh kita lihat di laman sesawang KDN, ya Yang Berhormat. Tentang Yang Berhormat Beaufort, saya hendak sebut, bahawa kita tidak pernah mengabaikan- walaupun AKSEM kita bubarkan tetapi tidak melibatkan kawalan kawasan sempadan yang lain. Oleh sebab itulah pasukan- bilangan anggota PGA bagi mengawal keselamatan sempadan untuk menyekat penyeludupan jenayah rentas sempadan dengan penubuhan tiga buah batalion PGA yang baharu di Sabah dan Sarawak. Ini Yang Berhormat Hulu Rajang ya. Iaitu di Batalion 21 PGA Kudat, Batalion 22 PGA Kunak, Sabah dan Batalion 23 PGA Bintulu, Sarawak. Kita percaya, penggunaan teknologi terkini, kita akan sediakan secara berintegrasi bagi melaksanakan pengawasan dan penguatkuasaan sempadan. Dalam masa itu juga, pembinaan tujuh Pos Kawalan Keselamatan yang baharu di Sarawak dan satu pos di Sabah pada tahun 2022. Penambahan pos-pos baharu di sempadan Sarawak, dan Sabah ini akan dikawal oleh Batalion PGA baharu, yang ditubuhkan melalui penstrukturan semula pasukan. Pos-pos tersebut adalah seperti berikut- saya sebut ya. (i) Pos Biawak, Lundu; (ii) Pos Sebubok, Bau; (iii) Pos Sapit, Padawan; (iv) Pos Ulu Sungai Paku-Undop, Sri Aman ; (v) Pos Tapak Megah, Belaga; (vi) Pos Raso, Lundu; (vii) Pos Temong Mura, Serian; dan, (viii) Pos Pagalungan, Keningau, Sabah. Kita juga mengadakan kerjasama dengan pasukan PDRM dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang memberikan bantuan rondaan bersama pasukan PGA di kawasan sempadan yang berpenghuni di bawah kawasan tanggungjawab PDRM. Program ini dijangka akan dapat memanfaatkan negara dengan penambahan jumlah anggota pasukan keselamatan di sempadan negara pada setiap masa...

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat Menteri, saya beri masa lagi 15 minit. Silakan.

Okey. Yang Berhormat Pasir Mas ya. Saya sudah jawab tadi, iaitu penyerapan AKSEM merupakan sejumlah 13,199 orang pegawai dan ditambah dengan kekuatan 613 orang pegawai dan anggota AKSEM. Kekuatan keseluruhan PGA ketika ini seramai 13,812 orang pegawai dan anggota.

Yang Berhormat Pasir Mas juga bertanya tentang, adakah PDRM mengamalkan jadual giliran bertugas dalam masa yang singkat? Setakat mana perbincangan antara Malaysia dan negara jiran mengenai sempadan, PDRM mengamalkan dasar rotation basis untuk penugasan di sempadan sejak tahun 90-an. Buat masa ini terdapat jawatankuasa yang dipanggil Jawatankuasa Am Sempadan Malaysia-Thailand telah wujud sejak tahun 1965, manakala Jawatankuasa Am Sempadan Malaysia-Indonesia telah diwujudkan pada tahun 1972. Jawatankuasa ini diwujudkan bagi membincangkan isu-isu yang berkaitan keselamatan sempadan secara bilateral antara negara-negara sempadan dengan Malaysia. Yang Berhormat Pontian. Apabila tiada lagi kaedah NBOS, kerjasama... [Batuk] Minta izin ya... [Meneguk sedikit air] Minum air sekejap. Apabila tiada lagi kaedah NBOS, maka kerjasama antara PDRM-JIM dan sebagainya, apa kaedah yang diambil oleh KDN untuk memerangi segala masalah yang berlaku di sempadan sebab kita tidak lagi boleh work in silo kerana jika secara NBOS, ia lebih baik? Aspirasi dan semangat NBOS telah dilaksanakan sebelum diperkenalkan oleh Dr. Chan Kim, gabungan dan kesepaduan kerjasama antara agensi penguatkuasaan sentiasa dibuat dari semasa ke semasa. AKSEM dulunya UPP dari tahun 1976, iaitu gabungan tiga buah agensi utama PDRM, JIM dan juga Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Manakala ESSCOM diwujudkan dari tahun 2014 dengan gabungan APMM, PDRM dan ATM merupakan refleksi NBOS yang menjadi tunjang utama operasi agensi keselamatan negara. Saya sebut, kerajaan kita sedang mengkaji untuk ke arah menubuhkan single border agency yang akan menggantikan AKSEM, dan mengguna pakai konsep ini dengan gabungan JIM, Jabatan Kastam Diraja, Polis Diraja Malaysia, JPJ, KKM, MAQIS dan juga lain-lain agensi. Isu silo yang disebut oleh Yang Berhormat Pontian, itu isu sejarah yang lama dan agensi-agensi penguatkuasaan sentiasa mewujudkan kerjasama dari semasa ke semasa. Pasca AKSEM ada Jawatankuasa Pemantapan Kawalan Sempadan Negara yang saya sebutkan tadi, dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri dan Jawatankuasa Penyelarasan Kawasan Sempadan Negara yang dipengerusikan oleh Ketua Polis Negara. Saya hendak sebut, kedua-dua jawatankuasa ini adalah di bawah Kementerian Dalam Negeri. Manakala di bawah Majlis Keselamatan Negara, kita ada Jawatankuasa Perancang Gerakan Kebangsaan dan Jawatankuasa Perancangan Gerakan Negeri, dipengerusikan oleh Panglima Angkatan Tentera dan juga Ketua Polis Negara. Dikatakan peningkatan kes penyeludupan kebelakangan ini bukanlah disebabkan oleh pembubaran AKSEM tetapi telah berlaku sekian lama dan kita sentiasa mengekang dan menguatkuasakan penguatkuasaan keselamatan di sempadan-sempadan bersama dengan agensi penguatkuasaan yang lain. Apabila isu kekurangan bekalan, peningkatan harga barang menyebabkan tumpuan kepada isu menjadi perhatian semua pihak hakikatnya, agensi penguat kuasa sentiasa memastikan penyeludupan dikekang sepenuhnya. Ini juga mengenai arahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita telah mengarahkan supaya Polis Diraja Malaysia terlibat secara langsung dalam penguatkuasaan antipenyeludupan barang- barang keperluan kita. Yang Berhormat Bayan Baru saya sudah jawab tadi- tentang single border. Yang Berhormat Jelutong saya sudah jawab...

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Bayan Baru juga bangkitkan tentang isu tangkapan bot nelayan yang tidak dibantu oleh APMM. Terima kasih.

Sebenarnya, ia tidak terlibat secara langsung dengan isu pembubaran AKSEM tetapi...

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Mohon jasa baik Menteri jawab ya.

Ya, ya. Akan tetapi kita dari semasa ke semasa, dan kita lihat juga kejayaan-kejayaan APMM dalam operasi-operasi sama ada Operasi Kuda Laut dan juga operasi yang lain, yang telah kita berjaya menangkap dan mengawal kegiatan nelayan-nelayan asing yang menceroboh dalam negara kita. Saya faham bahawa kita ada isu nelayan kita yang tersasar dari kawasan sempadan negara Malaysia-Indonesia dan kita alhamdulillah mendapat kerjasama daripada Kerajaan Indonesia yang telah mengembalikan nelayan dan juga bot-bot kita dari semasa ke semasa.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Minta maaf Menteri. Sebenarnya, Indonesia tidak banyak membantu. Sebenarnya mereka menangkap, lepas itu mereka menenggelamkan. Ada kala pula, saya difahamkan ya- ada yang minta supaya beri duit dan selepas itu dilepaskan. Jadi ada sindiket yang berlaku. Memang ada kegiatan- kegiatan informan dari pihak Malaysia juga. Saya rasa ada satu sindiket yang berlaku.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Jadi, mohon supaya Yang Berhormat Menteri siasat. Kalau tidak, bot itu berjuta- juta ringgit dan selalunya kalau ditangkap, mereka mengalami kerugian. Akhirnya kerugian itu akan passing kepada rakyat. Jadi, harga ikan naik sebab ada isu-isu seperti berikut. APMM kena bantu nelayan kita. Jangan biarkan mereka ditangkap dan sebenarnya mereka operate dalam sempadan Malaysia. Itu adalah perairan Malaysia tetapi apabila mereka dari Indonesia tangkap dan masuk ke kawasan kita, tarik bot kita dan mereka minta bantuan tetapi tak dapat. Itu isunya. Terima kasih.

Ya, kita menerima pandangan daripada Yang Berhormat Bayan Baru dan kita akan meneliti kes yang disebut oleh Yang Berhormat Bayan Baru untuk kita mempertingkatkan kawalan sempadan kita oleh APMM. Jangan bimbang Yang Berhormat, kita semua agensi di bawah KDN akan membantu rakyat kita dan juga kita hendak mengekang supaya nelayan-nelayan daripada negara asing tidak mencerobohi perairan negara kita. Yang Berhormat Sibuti bangkit tentang penstrukturan. Saya dah sebut. Tentang pos pun saya dah sebut. Yang Berhormat Bukit Bendera juga mengenai penstrukturan dan juga penguatkuasaan melalui lorong-lorong tikus kita di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand, sempadan Malaysia-Indonesia dan sempadan Indonesia-Singapura dan juga melibatkan penyeludupan atau dadah. Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik kita sentiasa bersedia dalam menangani masalah ganja melalui penguatkuasaan undang- undang dadah dan kawalan sempadan negara dengan lebih ketat lagi. Selain itu, agensi penguatkuasaan seperti Jabatan Kastam yang saya sebut awal tadi dan Angkatan Tentera Malaysia turut memperketatkan kawalan sempadan negara kita. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, berikut adalah kes tangkapan dan rampasan dadah jenis ganja di sempadan negara dari tahun 2020 sehingga Jun 2022 iaitu pada tahun 2020, tidak ada kes. Pada tahun 2021, ada dua kes. Jumlah kesemuanya dua dan tangkapan tiga, jumlah kesemuanya tiga. Tahun 2022, ada tujuh kes. Jumlah kesemuanya lapan dan juga tangkapan tiga. Rampasan ganja yang terlibat adalah 0.042 kilogram dan juga inilah antara data-data perbandingan yang telah mencapai kejayaan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik kita. Jadi, saya ingat itu sahajalah jawapan yang dapat saya berikan kepada Yang Berhormat dan sekiranya ada jawapan-jawapan yang...

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta laluan.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Tuan Yang di-Pertua, masih ada empat minit lagi. Tadi saya menyebut tentang implikasi kewangan sama ada penukaran

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

signboard dan aset-aset, pelbagai pertukaran tersebut. Apakah implikasi kewangan dan berapa pembaziran telah dilakukan kerana pembubaran tersebut?

Untuk pembubaran AKSEM ini tidak mempunyai implikasi kewangan secara langsung tetapi biasalah kalau ada pertukaran signboard dan sebagainya. Sehingga kini, tidak ada data pada saya dan jika Yang Berhormat masih berminat, boleh saya bekalkan secara bertulis ya. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Sekiranya ada jawapan-jawapan yang tak sempat saya jawab, insya-Allah saya akan berikan jawapan bertulis. Terima kasih kepada semua 13 orang Ahli Yang Berhormat yang telah terlibat dalam perbahasan bagi Rang Undang-undang Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Pembubaran) 2021. Terima kasih.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 4 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Menteri Perpaduan Negara (Datuk Halimah binti Mohamed Sadique) dan diluluskan]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG KEHADIRAN WAJIB PESALAH-PESALAH (PINDAAN) 2021 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri I · Kuala Krau

Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu bahawa Rang Undang-undang Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah (Pindaan) 2021 dibacakan kali kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah (Pindaan) 2021 (RUU PKW) digubal bertujuan untuk meminda Akta Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah 1954 [Akta 461] dan menggantikan Ordinan Darurat (Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah) (Pindaan) 2021 bagi memperkasakan inisiatif pemenjaraan di luar tembok penjara melalui Program Pemulihan Dalam Komuniti. Akta Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah 1954 [Akta 461] tidak pernah dipinda sejak dari tahun 1954. Peruntukan di dalam Akta 461 wajar diperkukuhkan selari dengan perubahan semasa sistem perundangan daripada keadilan pembalasan kepada keadilan pemulihan bagi memberi peluang kedua kepada lebih ramai pesalah dengan menjalani hukuman dan pemulihan di luar penjara.

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri I · Kuala Krau

Perintah Kehadiran Wajib merupakan hukuman alternatif di luar tembok penjara yang dijatuhkan oleh mahkamah kepada pesalah yang melakukan kesalahan tertentu di mana pesalah ini dikehendaki menjalankan kerja wajib untuk kepentingan masyarakat. Program pemulihan akan diberikan secara berterusan oleh Jabatan Penjara Malaysia bagi menerapkan nilai-nilai positif untuk melahirkan insan yang berguna kepada masyarakat dan negara serta mencegah perlakuan semula jenayah. Perintah Kehadiran Wajib di bawah Akta Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah 1954 [Akta 461] telah dilaksanakan oleh Jabatan Penjara Malaysia sejak 1 September 2010. Berdasarkan rekod Jabatan Penjara Malaysia, sejak tahun 2010 sehingga 15 Julai 2022 statistik pesalah Perintah Kehadiran Wajib adalah seramai 6,880 orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 6,800 orang pesalah telah selesai menjalani perintah tersebut. Cadangan pindaan Akta Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah 1954 [Akta 461] juga merupakan salah satu dari pelan pengukuhan di bawah Probation and Community Correction yang telah disediakan oleh Kementerian Dalam Negeri sejak tahun 2018. Ordinan Darurat Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah (Pindaan) 2021. Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 17 Mac 2021 semasa menimbangkan memorandum daripada Menteri Dalam Negeri, No. M137/2021, antara lain telah bersetuju supaya Ordinan Darurat (Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah) (Pindaan) 2021) yang telah disemak oleh Jabatan Peguam Negara dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri untuk perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong dan seterusnya diwartakan. Ordinan Darurat Kehadiran Wajib Pesalah- pesalah (Pindaan) 2021 telah berkuat kuasa pada 16 April 2021 bagi maksud mengekang penularan wabak COVID-19 di kalangan banduan di institusi penjara sepanjang tempoh Proklamasi Darurat. Tuan Yang di-Pertua, sepanjang tempoh ODPKW berkuat kuasa bermula dari 16 April 2021 sehingga 26 Oktober 2021, seramai 330 orang telah diberikan hukuman Perintah Kehadiran Wajib oleh mahkamah dan 138 orang daripadanya pada kadar 41.8 peratus telah dikenakan perintah melebihi tiga bulan dan tidak melebihi 12 bulan. Ini menunjukkan satu perkembangan positif di mana mahkamah mengenakan hukuman alternatif terhadap pemenjaraan dengan peluasan tempoh Perintah Kehadiran Wajib dalam ODPKW. Justeru, adalah dicadangkan supaya Rang Undang-undang Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah (Pindaan) 2021 digubal dengan mengekalkan pindaan yang dibuat dalam ODPKW yang merupakan satu hukuman alternatif di luar tembok penjara bagi memberi peluang lebih ramai pesalah mengikuti program pemulihan dalam komuniti. Dengan menjalani hukuman Perintah Kehadiran Wajib ini, pesalah tersebut boleh tinggal bersama keluarga, bergaul dengan masyarakat dan meneruskan kegiatan ekonomi mereka. Secara tidak langsung, ia mengurangkan impak pemenjaraan seperti keruntuhan rumah tangga, kehilangan pekerjaan atau punca pendapatan kepada keluarga pesalah dan stigma masyarakat terhadap banduan. Peruntukan Rang Undang-undang Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah (Pindaan) 2021. Rang Undang-undang Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah (Pindaan) 2021 bertujuan meminda Akta 461 seperti berikut. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan oleh Menteri. Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 2 Akta 461 untuk memasukkan takrif baharu Commissioner General sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Penjara 1995 [Akta 537] dan memotong takrif Director General untuk menjadikan selaras dengan gelaran yang digunakan dalam Akta Penjara 1995 [Akta 537]. Fasal 4 bertujuan untuk meminda seksyen 4 Akta 461 untuk memberi Commissioner General kuasa melantik seorang pegawai yang menjaga sebagai Pegawai Pusat Kehadiran Wajib yang bertanggungjawab bagi setiap Pusat Kehadiran Wajib.

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri I · Kuala Krau

Pegawai yang menjaga mempunyai maksud yang sama yang diberikan kepadanya dalam Akta Penjara 1995 [Akta 537]. Fasal 5 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 4A dalam Akta 461 untuk memberi Commissioner General kuasa, mengeluarkan perintah tetap atau memberi arahan yang berhubungan dengan Perintah Kehadiran Wajib yang hendaklah mengikat Pegawai Pusat Kehadiran Wajib. Fasal 6 bertujuan untuk meminda seksyen 5 Akta 461 subfasal 6(a) bertujuan untuk menggantikan subseksyen 5(1) Akta 461 yang dengan cadangan pindaan ini, mahkamah diberi kuasa untuk membuat suatu Perintah Kehadiran Wajib terhadap mana- mana pesalah yang telah disabitkan dengan apa-apa kesalahan yang dia boleh dikenakan hukuman pemenjaraan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun. Perintah Kehadiran Wajib yang boleh dikenakan adalah selama tempoh tidak melebihi 12 bulan seperti yang dinyatakan dalam perintah tersebut berbanding tempoh tidak melebihi tiga bulan pada masa kini di bawah subseksyen 5(1) Akta 461 sedia ada. Subfasal 6(b) bertujuan untuk memasukkan subseksyen baharu 5(1A) ke dalam Akta 461 bagi memperuntukkan bahawa mahkamah hendaklah mempertimbangkan watak pesalah, jenis dan keseriusan kesalahan yang dilakukan oleh pesalah itu sebelum membuat apa-apa Perintah Kehadiran Wajib. Fasal 7 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 5A ke dalam Akta 461 untuk memberi Commissioner General kuasa memindahkan mana-mana pesalah ke Pusat Kehadiran Wajib yang lain apabila sesuatu permohonan dibuat oleh pesalah itu atau jika difikirkan patut oleh Commissioner General untuk berbuat sedemikian. Fasal 8 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 6A ke dalam Akta 461. Dengan pindaan yang dicadangkan ini, mana-mana pesalah yang dipenjarakan berikutan sesuatu sabitan atau perintah tahanan pencegahan ketika pesalah itu sedang menjalani atau masih belum menjalani suatu kerja wajib menurut Perintah Kehadiran Wajib hendaklah menjalani hukuman pemenjaraan dan tempoh kerja wajib yang dikehendaki untuk diselesaikan menurut Perintah Kehadiran Wajib itu hendaklah disifatkan berjalan secara serentak dengan tempoh pemenjaraan atau tahanan itu. Walau bagaimanapun, pesalah itu masih dikehendaki untuk menjalani kerja wajib bagi mana-mana tempoh kerja wajib yang berbaki selepas menolak tempoh pemenjaraan atau tahanan yang telah dijalani oleh pesalah itu dari tempoh yang dinyatakan dalam Perintah Kehadiran Wajib itu jika tempoh kerja wajib yang dikehendaki dijalankan itu lebih panjang dari tempoh pemenjaraan atau penahanan itu. Fasal 11 memperuntukkan peruntukan kecualian dan meminda seksyen 3 dan subseksyen 8(1) Akta 461 dengan menggantikan perkataan “Director General” dengan perkataan “Commissioner General” untuk menjadikannya selaras dengan gelaran yang digunakan dalam Akta Penjara 1995 [Akta 537]. Antara pindaan dan penambahbaikan penting kepada Akta 461 ialah terhadap seksyen 5, akta berkaitan penetapan tempoh kelayakan bagi suatu Perintah Kehadiran Wajib kepada seseorang yang telah disabitkan dengan suatu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman pemenjaraan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun. Perintah Kehadiran Wajib yang boleh dikenakan adalah selama tempoh tidak melebihi 12 bulan berbanding tiga bulan sebelum ini.

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri I · Kuala Krau

Oleh itu, melalui peningkatan kelayakan dan tempoh hukuman Perintah Kehadiran Wajib ini jumlah pesalah yang boleh dikenakan perintah boleh dipertingkatkan dan sekali gus dipulihkan dalam komuniti. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Dato' Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Ada sesiapa Yang Berhormat menyokong?

Datuk Halimah binti Mohamed SadiqueUMNO · BNMenteri Perpaduan Negara · Kota Tinggi

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Dato' Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954 dibaca kali kedua sekarang dan terbuka untuk di bahas. Mengikut senarai, kita mempunyai tujuh orang pembahas. Jadi saya telah menetapkan untuk setiap pembahas untuk berbahas sebanyak masa lima minit sahaja. Senarai-senarai pembahas adalah Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Padang Serai dan Yang Berhormat Kepong. Dipersilakan Yang Berhormat Tebrau.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua mengizinkan saya untuk sertai perbahasan RUU Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2021. Seperti yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri, tujuan RUU ini adalah untuk menggantikan Ordinan Darurat (Kehadiran Wajib Pesalah- Pesalah) sebagai satu lagi usaha memperkasakan inisiatif pemenjaraan di luar tempoh penjara melalui program pemulihan pesalah di dalam komuniti. Bagi saya, inisiatif ini membolehkan pesalah yang dihukum dengan hukuman satu tahun ke bawah boleh dipertimbangkan dalam program berkenaan dan secara amnya adalah bagus kerana ia akan mengurangkan kesesakan dalam penjara dan pada masa yang sama ia diperlukan bagi membendung penularan wabak COVID-19 buat masa sekarang. Pelaksanaan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan di penjara sangat mencabar disebabkan ruang yang berkurang. Walaupun negara kita sudah beralih ke fasa endemik, risiko daripada varian baharu virus COVID-19 boleh wujud pada bila-bila masa sahaja dan persiapan atau langkah pencegahan awal harus diwujudkan. Tuan Yang di-Pertua, saya boleh nampak inisiatif ini ada beberapa manfaat yang saya nampak harus digalakkan. Saya boleh nampak saya sebut beberapa manfaat: (i) stigma pemenjaraan di kalangan pesalah dapat dihapuskan; (ii) hubungan pesalah dengan keluarga tidak terputus; (iii) pesalah tidak mengalami kehilangan pekerjaan, keluarga atau sara hidup; (iv) pesalah berpeluang menjalani hukuman di CAC iaitu antara pusat yang berhampiran dengan tempat tinggal; (v) pesalah berpeluang bergaul dengan komuniti setempat semasa menjalani hukuman; dan (vi) ia akan menjimatkan perbelanjaan mengurus pesalah. Jadi ini adalah suatu inisiatif yang baik tetapi inisiatif ini saya mintalah Yang Berhormat Menteri mengkaji walaupun ia sesuai berdasarkan kepada keadaan sekarang tetapi bagaimana kerajaan dapat meyakinkan rakyat bahawa pesalah-pesalah akan mematuhi perintah mahkamah untuk mengikuti program pemulihan di dalam komuniti dengan pindaan seksyen 5. Walaupun subseksyen 5(1A) menyebut mahkamah akan mengambil kira sikap pesalah, sifat dan keseriusan setiap kes sebelum suatu perintah di bawah seksyen 5 yang dicadang untuk dipinda diberikan, adakah suatu garis panduan disediakan agar perintah yang diberi oleh hakim-hakim akan konsisten dan isu ketidakadilan tidak akan berlaku? Soalan lain yang berkait ialah sama ada pegawai yang menjaga CAC yang bertanggungjawab di satu-satu CAC akan menjalankan tugasnya dengan baik dan tidak akan memberi kelonggaran kepada pesalah-pesalah untuk menjalani program pemulihan disebabkan faktor hubungan baik dengan pesalah atau unsur-unsur sogokan. Jadi, saya

ingin menyokong RUU ini selepas mendapat penjelasan terhadap soalan-soalan yang dibangkitkan oleh saya. Terima kasih.

Dato' Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih, Yang Berhormat Tebrau. Dipersilakan Yang Berhormat Pasir Gudang. Yang Berhormat Pasir Gudang, jika tidak ada kita teruskan kepada Yang Berhormat Bukit Bendera.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Tuan Yang di-Pertua, Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954 berkuat kuasa sejak 1 Januari 1957 terus efektif sehingga tahun 1972 tetapi kemudian seolah-olah tenggelam dalam sejarah perundangan dan dilupakan oleh sistem mahkamah dan hanya bernafas semula pada tahun 2010. Akta ini diangkat ke Parlimen untuk pindaan dan nampaknya diberi nafas baru memandangkan cabaran baru dalam sistem penjara kita. Cabaran pertama, kesesakan di penjara Malaysia. Kelantan dikhabarkan ingin membina penjara terbesar di negara. Cabaran kedua COVID-19 menuntut penjarakan antara banduan-banduan dan penjara menjadi tempat berisiko tinggi. Cabaran yang ketiga, inflasi melambung tinggi di Malaysia dan kos menyara seorang banduan meningkat. Data pada tahun 2015, RM35 sehari dan saya meminta Yang Berhormat Menteri untuk memberikan statistik terkini berapakah kos untuk menyara seorang banduan pada hari ini. Perintah Kehadiran Wajib (PKW) ini perlu memberi kebaikan kepada pesalah, kepada negara dan juga masyarakat secara umumnya. Cabaran Perintah Kehadiran Wajib ini adalah: (i) kekurangan keyakinan oleh Judicial and Legal Officers berkenaan dengan keberkesanan PKW; (ii) perlu memenuhi procedure requirement dalam akta di mana majistret perlu menerangkan keperluan prosedur kepada pesalah dan pesalah perlu bersetuju; (iii) takrif kerja yang kurang jelas. Seksyen 2 akta hanya menyatakan compulsory work as any labour task work or course of instruction ordered by the Compulsory Attendance Centre Officer to be undertaken by the offenders. Tidak ada takrif kerja yang jelas; dan (iv) apabila perlanggaran perintah ketidakhadiran, maka pelaksanaan perintah dan kegagalan susah dikawal selia. Tiada kuasa tangkapan oleh Attendance Centre Officer ke atas pesalah yang melanggar PKW, hanya boleh membuat laporan polis dan tangkapan oleh polis. Niat asal akta ini ialah untuk minor offences atau kesalahan kecil sebagai gantian kepada tiga bulan pemenjaraan. PKW masih kekalkan kehidupan keluarga dan pekerjaan pesalah tetapi masalah ialah niat asal ialah sebagai [Tidak jelas] sentence untuk kesalahan setara atau kurang dari tiga bulan pemenjaraan. Akan tetapi melalui pindaan ini ditingkatkan 12 kali ganda iaitu dari tiga bulan kepada tiga tahun. Soalan saya, sama ada peningkatan kepada tiga tahun ini sesuai memandangkan ia bukan lagi kesalahan kecil (minor offences) tetapi menjadi medium offences. Sebagai contoh ibu yang mencuri atau shoplifting untuk susu tepung bayi di supermarket ditangkap dan Perintah Kehadiran Wajib (PKW) ini merupakan satu opsyen yang wajar kerana pemenjaraan akan memisahkan ibu kepada anak.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Pesalah pula perlu dilaporkan kepada Attendance Centre untuk sekian hari dan sekian jam. Persoalan saya, sama ada terdapat CAC di semua daerah di seluruh negara, sama ada keupayaan daripada segi bangunan dan staffing untuk berhadapan dengan

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

lebih ramai pesalah PKW. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan 6,000 lebih statistik, dan saya akan jangkakan berlipat ganda arahan PKW dijalankan sama ada terdapat kekuatan staffing yang cukup. Sebelum ini ada aduan daripada bekas program PKW ialah bahawa mereka perlu perjalanan lama melebihi dua jam untuk pergi balik dari tempat kerja atau kediaman ke Compulsory Attendance Centre (CAC) dan perjalanan tersebut tidak dikira sebagai memenuhi PKW. Oleh itu, saya rasa perkara-perkara seperti itu perlu diambil kira. Kerja- kerja pembersihan pantai, pembersihan tempat pelupusan sampah, pembersihan jalan, tandas, masjid, tempat ibadah agama merupakan antara compulsory work di bawah Perintah Kehadiran Wajib ini. Oleh itu saya meminta supaya ada unsur pencegahan, ada unsur pemilihan dan opsyen tambahan kepada opsyen hukuman yang sedia ada. Compulsory Work ini sebelum ini ditetapkan maksimum empat jam sehari selama maksimum 90 hari bekerja dan sekarang ditambah kepada empat jam sehari selama maksimum 12 bulan. Daripada 90 hari ditambah kepada maksimum 12 bulan. Sama ada terdapat kuasa ataupun kapasiti pemantauan daripada CAC terhadap PKW ini. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya meminta juga kerajaan meneliti laporan tesis oleh Dr. Fauziah Hani binti Ahmad Fuzi bertajuk The Problems and Challenges in the Implementation of Compulsory Attendance Order in Malaysia, PhD. tesis dari UIA 2019 yang mengutarakan dengan jelas peluang dan cabaran Perintah Kehadiran Wajib ini. Saya meminta dikaji laporan tersebut dan meminta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk memberikan penjelasan tentang isu-isu yang saya bangkitkan. Sekian, terima kasih.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Dipersilakan Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Yang Berhormat Hang Tuah Jaya? Tidak ada, kita move on kepada Yang Berhormat Jelutong.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan. Saya di sini sekali lagi bangun untuk membahaskan rang undang-undang ini seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini terdapat kejadian-kejadian, insiden-insiden di mana seperti yang mana yang saya telah nyatakan tadi seorang ibu di Terengganu, ibu tunggal yang telah dipenjarakan kerana mencuri Milo dan kejadian-kejadian lain yang melibatkan ibu tunggal di mana undang- undang ini boleh digunakan. Ini di mana mereka boleh dikenakan perintah untuk melaporkan diri, Perintah Kehadiran Wajib di mana mereka boleh dikekalkan dalam bersama-sama dengan keluarga di mana mereka juga boleh meneruskan kehidupan mereka di samping menjaga orang-orang yang menjadi tanggungan kepada mereka dan juga mereka dapat menjalani proses pemulihan. Pada masa yang sama saya juga ingin tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri apakah langkah-langkah yang diambil memandangkan seperti yang telah saya nyatakan tadi. Kita lihat bahawa masyarakat di luar sana mula mempersoalkan undang- undang negara. Dalam kejadian yang telah saya rujuk tadi kita mendapati bahawa seorang wanita yang mencuri Milo bagi tujuan untuk bagi mengisi perut anak-anak beliau dikenakan hukuman penjara. Akan tetapi ada individu-individu yang telah mencuri berbilion-bilion ringgit yang masih berleluasa dari – masih sedang diberikan ruang dan peluang untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain, pergi ke Singapura ke luar negara dan sebagainya. So, ini merupakan perkara yang menjadi persoalan. Kita perlu mengikis persepsi rakyat bahawa orang-orang kenamaan terutamanya yang mempunyai kaitan dengan kerajaan yang mentadbir sekarang diberi kelonggaran. Ini adalah persepsi yang sangat marabahaya Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Saya juga sekali lagi ingin menggunakan kesempatan ini untuk bertanyakan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri sama ada Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Kementerian Dalam Negeri dan Menteri dan kerajaan sekarang tahu kedudukan di mana beradanya Jho Low. Saya telah membangkitkan perkara ini berulang kali. Kalaulah kita lihat sekarang terdapat berita yang menular di media laman sosial dan juga portal-portal berita di mana kita lihat bahawa Peguam Negara dan juga bekas Peguam Negara Tan Sri Dato’ Sri Haji Mohamed Apandi bin Haji Ali telah menjadi, dengan izin, saya gunakan istilah “broker” untuk berbincang penyelesaian kes Jho Low dengan kerajaan sekarang di mana Jho Low bersama dengan peguam-peguam beliau di Amerika Syarikat telah menawarkan sejumlah wang untuk menyelesaikan kes 1MDB. Ini adalah apa yang dipersoalkan oleh rakyat marhaen di luar sana. Seorang ibu tunggal yang mencuri Milo dipenjarakan, manakala orang-orang kenamaan yang telah pun disabitkan kes rasuah melibatkan jutaan ringgi seperti Yang Berhormat Pekan dibenarkan untuk pergi ke sana ke sini ke Singapura, bermain golf dan sebaginya dan kerajaan pula sekarang mula berbincang untuk menyelesaikan kes dengan penjenayah yang dikehendaki, Jho Low. Dengan izin, what kind of law is this? Timbalan Speaker merupakan seorang saya difahamkan bekas pegawai PDRM pangkat tinggi yang pernah sendiri terlibat dalam menangkap penjenayah-penjenayah. Tidak akan Polis Diraja Malaysia tidak berwibawa sehingga boleh berunding dengan seorang penjenayah seperti Jho Low yang dikehendaki. So, menggunakan kesempatan ini untuk sekali lagi bersuara bagi rakyat di luar sana supaya menyeru kerajaan ini jangan melayan orang dengan melihat pangkat dan darjah mereka. Rakyat biasa di kampung dipenjarakan kerana mencuri Milo. Orang kenamaan yang berjuta-juta ringgit beliau curi dan terlibat dalam kes rasuah dibenarkan untuk pergi ke sana dan ke sini. Mohon diberi jawapan ke atas perkara-perkara yang telah saya bangkitkan. Terima kasih.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Pembahas yang akan bercakap ini adalah yang terakhir iaitu Yang Berhormat Padang Serai kerana memandangkan Yang Berhormat Kepong tidak hadir. So, silakan Yang Berhormat Padang Serai.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Salam sejahtera dan selamat petang. Saya dengan rendah hati ingin membahaskan pindaan Rang Undang-undang Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah. Pindaan ini adalah untuk memberi kuasa kepada Commissioner General untuk memberi kerja wajib kepada pesalah. Tuan Yang di-Pertua, saya telah meneliti pindaan yang ingin dibuat melalui rang undang-undang ini. Seperti yang kita sedia maklum, dalam Akta Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah memberi kepada mahkamah untuk mengarah mana-mana pesalah yang mempunyai hukuman penjara tiga bulan dan ke bawah oleh mahkamah. Akan tetapi melalui pindaan ini mahkamah boleh memberi Perintah Kehadiran Wajib kepada pesalah- pesalah yang dikenakan hukuman penjara tiga tahun dan ke bawah. Ini menimbulkan persoalan kepada saya. Saya memahami tujuan Perintah Kehadiran Wajib ini memberi peluang kepada pesalah-pesalah untuk menjalankan kehidupan bukan di dalam penjara dan perkhidmatan kepada masyarakat melalui perintah ini. Akan tetapi perubahan golongan sasaran dari pesalah yang dipenjara tiga bulan kepada tiga tahun adalah mungkin terlampau drastik dan perlu diteliti dan mempunyai perbincangan yang lebih mendalam oleh Ahli-ahli Parlimen sebelum rang undang-undang ini diluluskan. Rakan-rakan Ahli Parlimen sekalian, saya setuju dengan pelaksanaan Perintah Kehadiran Wajib ini kerana bukan hanya memberi kebaikan kepada pesalah juga dapat menjimatkan duit kerajaan daripada segi pengurusan pesalah di penjara. Kita sedia maklum bahawa kos sehari seorang pesalah di penjara adalah RM35 dan sejak

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

pelaksanaan pada tahun 2010 hampir 7,000 orang pesalah telah menjalankan Perintah Kehadiran Wajib. Dari sudut kos, peluasan golongan sasaran dengan kenaikan tempoh kesalahan kepada tidak lebih tiga tahun mampu menjimatkan kos pengurusan oleh Jabatan Penjara Malaysia. Cuma saya berharap persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh saya mengenai pindaan ini dapat diambil perhatian oleh Yang Berhormat Menteri untuk menambah baik pindaan ini. Saya juga memberi nasihat kepada semua pesalah supaya mereka selepas menjalani hukuman-hukuman seperti ini tidak mengulangi kesalahan yang sama. Perlu satu pelajaran yang terakhir. Ini perlu dititikberatkan. Sama juga saya rasa kerajaan ambil perhatian serius terhadap menjalankan aktiviti-aktiviti yang sebab mereka dibebaskan dan mereka boleh buat apa sahaja semasa berada di luar bersama dengan orang awam. Oleh itu saya ucapkan terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Dengan sedemikian, saya memutuskan Yang Berhormat Menteri menjawab esok memandangkan masa sudah cukup. Dengan itu Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga 10 pagi hari esok, Selasa ,19 Julai 2022.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.11 malam]

Kamar KhasSpecial Chamber

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Kementerian Alam Sekitar dan Air untuk Menjelaskan Komitmen dalam Perubahan IklimSpecial Chamber

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, Datuk KSU. Laporan Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC) terbaharu yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai perubahan iklim memberi amaran bahawa negara-negara perlu mengambil tindakan drastik dalam beberapa tahun akan datang untuk beralih daripada bahan api fosil bagi mempunyai sebarang harapan untuk mengehadkan pemanasan global kepada 1.5 centigrade melebihi suhu pra- Industri.

Menurut Global Forest Watch, Malaysia telah kehilangan lebih kurang 8.39 juta hektar litupan pokok dari tahun 2001 hingga 2020. Ini bersamaan dengan 29 peratus penurunan litupan pokok sejak tahun 2000 dan 4.82Gt pelepasan karbon dioksida.

Impak perubahan iklim semakin ketara dikesan di Malaysia berikutan insiden banjir di Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Malahan laporan NAHRIM berkenaan impak perubahan iklim terhadap peningkatan paras air laut juga memberi kesan kepada bandar-bandar di persisiran pantai.

Saya memohon Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menyatakan:

(i) apakah pelan jangka masa pendek dan panjang KASA menangani perubahan iklim?;

(ii) bagaimana KASA dan kerajaan merancang untuk membantu penempatan dan industri yang berada di kawasan berisiko tinggi banjir akibat peningkatan paras air laut?;

(iii) apakah implikasi persefahaman Malaysia dalam menepati komitmen Paris Agreement dan COP26 dalam menangani isu perubahan iklim?;

(iv) bagaimanakah kerajaan bercadang untuk menepati komitmen Rio Earth Summit 1992 untuk mengekalkan lebih 50 peratus liputan hutan?; dan

(v) adakah Dasar Perhutanan Nasional 1992 akan dikaji semula untuk menepati komitmen Rio Earth Summit 1992, Paris Agreement dan COP26?

Sekian terima kasih atas kerjasama pihak Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNMenteri Alam Sekitar dan Air · Kubang Kerian

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Klang yang membangkitkan lima perkara dan saya akan mengambil masa sedikit untuk menjelaskan kelima-lima perkara yang dibangkitkan.

Soalan pertama ialah apakah pelan jangka masa pendek dan panjang KASA menangani perubahan iklim. Bagi menyokong usaha kerajaan dan memenuhi obligasi serta komitmen antarabangsa dalam menangani perubahan iklim, antara inisiatif utama yang telah dan akan dilaksanakan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air ialah seperti berikut:

(i) untuk menyemak semula semua Dasar Perubahan Iklim Negara 2009;

(ii) membangunkan Akta Perubahan Iklim Negara berdasarkan kerangka undang-undang perubahan iklim negara yang telah disediakan pada tahun 2021;

(iii) membangunkan pelan hala tuju pelaksanaan Nationally Determined Contribution (NDC) negara di bawah RMKe-12;

(iv) membangunkan strategi jangka masa panjang pembangunan rendah karbon atau Long Term - Low Emission Development Strategies (LT-LEDS) di bawah RMKe-12 bagi menentukan kebolehupayaan dan kesediaan negara bagi mencapai aspirasi pelepasan sifar bersih

(GHG) menjelang tahun 2050;

(v) membangunkan panduan pasaran karbon sukarela antarabangsa sebagai asas panduan kepada entiti dalam negara yang ingin terlibat dalam pasaran karbon sukarela;

(vi) membangunkan platform perdagangan karbon peringkat domestik dengan kerjasama Kementerian Kewangan dan Bursa Malaysia bagi menyokong usaha mengurangkan pelepasan GHG negara; dan

(vii) membangunkan Pelan Adaptasi Kebangsaan menggunakan dana antarabangsa bagi merangka strategi jangka masa panjang adaptasi perubahan iklim negara.

Kedua, KASA juga akan mengarusperdanakan tindakan mitigasi dan adaptasi perubahan iklim dalam pengurusan banjir. Antara perkara yang akan diberi perhatian ialah peningkatan reka bentuk struktur utama pengurusan banjir daripada 100 tahun ARI kepada 200 tahun ARI dan setelah kita mengambil kira semua aspek perubahan iklim yang berlaku.

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNMenteri Alam Sekitar dan Air · Kubang Kerian

Ketiga, di samping itu, KASA melalui JPS telah merancang pelan jangka panjang dan jangka pendek untuk mendalam, menaik taraf dan membaik pulih sistem pengurusan banjir di seluruh negara.

Kaedah-kaedah ini dapat mempertingkat dan memenuhi pelaksanaan pengurusan banjir secara lebih efektif dan efisien melalui Pengurusan Banjir Secara Bersepadu atau Integrated Flood Management (IFM). Pengurusan Banjir Secara Bersepadu ini akan mengimbangi kedua-dua kaedah struktur dan bukan struktur secara optimum dalam melindungi dan mengurangkan risiko banjir sesuatu kawasan.

Bagi soalan kedua, bagaimana KASA dan kerajaan merancang untuk membantu penempatan dan industri yang berada di kawasan berisiko tinggi banjir akibat peningkatan paras air laut.

Untuk makluman Dewan yang mulia, berdasarkan Laporan Third National Communication yang dikemukakan kepada UNFCCC pada tahun 2018, peningkatan purata aras laut bagi Semenanjung Malaysia akan meningkat sebanyak 0.03 meter sehingga 0.10 meter pada tahun 2030 dan terus meningkat kepada 0.11 meter sehingga 0.21 meter pada tahun 2050.

Bagi Sarawak, peningkatan purata aras laut akan meningkat sebanyak 0.04 meter sehingga 0.12 meter pada tahun 2030 dan terus meningkat kepada 0.15 meter sehingga 0.22 meter pada tahun 2050.

Unjuran peningkatan purata aras laut bagi Sabah pula menunjukkan kenaikan paling ketara dengan peningkatan sebanyak 0.11 meter sehingga 0.15 meter pada tahun 2030 dan 0.21 meter sehingga 0.62 meter pada tahun 2050.

Hasil penyelidikan dan maklumat saintifik yang dilaksanakan oleh KASA melalui agensi NAHRIM mendapati unjuran peningkatan aras laut seluruh Malaysia berasaskan senario ekstrem (worst case scenario) pada tahun 2100 adalah dalam julat 0.67 hingga 0.74 meter dengan nilai anggaran purata peningkatan aras laut sebanyak 0.69 meter bagi Semenanjung Malaysia, 0.72 meter untuk pesisiran pantai Sarawak dan 0.73 meter bagi pesisiran pantai Sabah.

Peningkatan aras laut ini sedikit sebanyak akan mengakibatkan hakisan di persisiran negara. Dilaporkan bahawa daripada keseluruhan 8,840 kilometer persisiran di Malaysia, sebanyak 1,349.3 kilometer kawasan pantai telah mengalami hakisan.

Peningkatan aras laut akibat perubahan iklim dan peningkatan risiko pusuan ribut (storm surge) dan banjir kawasan persisiran pantai. Selain daripada itu, risiko pencerobohan ataupun penerapan air masin akibat peningkatan aras laut akan menjejaskan ekosistem pesisiran dan bekalan air bawah tanah. Impak peningkatan aras laut menjejaskan sumber persisiran, kawasan pertanian, serta penempatan dan industri sebagai yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat.

Bagi menangani kejadian kesan akibat perubahan iklim ini, KASA akan mengarusperdanakan adaptasi perubahan iklim dalam sektor air. Melalui pengukuhan tindakan adaptasi sektor air, KASA bercadang untuk mengkaji pembangunan kerangka perundangan dan mekanisme kewangan untuk meningkatkan daya tahan iklim yang melibatkan pengurusan sumber air, pembetungan dan bekalan air.

Selain daripada itu, pelaksanaan bagi mengatasi impak langsung berkaitan dengan kenaikan aras laut akan diteruskan. Ini akan memberi manfaat

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNMenteri Alam Sekitar dan Air · Kubang Kerian

kepada penempatan dan industri yang terlibat di kawasan persisiran pantai yang berisiko banjir.

Untuk makluman Yang Berhormat, KASA melalui JPS telah memperuntukkan sebanyak RM200 juta di bawah RMKe-12 untuk butiran Projek Mengatasi Masalah Fenomena Air Pasang Besar dan Hakisan Pantai Pelbagai Negeri. Ini melibatkan 26 projek bagi negeri-negeri di sebelah pantai barat Semenanjung Malaysia.

Projek-projek tersebut sedang dalam proses reka bentuk dan dijangka akan dibuat proses perolehan sebelum berakhirnya tahun ini. Skop pembinaan bagi projek ini melibatkan kerja untuk meninggikan ban di sepanjang kawasan pantai yang berisiko serta membina struktur penahan hakisan pantai.

Bagi menjawab soalan ketiga, apakah implikasi persefahaman Malaysia dalam menepati komitmen Paris Agreement dan COP26 dalam menangani isu perubahan iklim. Bagi memenuhi komitmen dan obligasi negara di bawah Perjanjian Paris, Malaysia telah mengemukakan Nationally Determined Contributions (NDC) yang dikemas kini pada tahun 2021 dengan sasaran baharu iaitu untuk mengurangkan intensiti pelepasan karbon yang merentas ekonomi sebanyak 45 peratus berdasarkan KDNK pada tahun 2030 berbanding tahap intensiti pelepasan karbon pada tahun 2005.

Dalam masa yang sama, pada tahun 2021 Malaysia juga akan mengumumkan aspirasi untuk mencapai pelepasan GHG sifar bersih seawalnya pada tahun 2050. Malaysia juga telah mengemukakan Malaysia’s Third Biennial Update Report (BUR-3) kepada UNFCCC pada tahun 2021 selaras dengan obligasi pelaporan di bawah Perjanjian Paris.

Malaysia juga melalui KASA telah membentangkan laporan tersebut dalam sebuah bengkel anjuran UNFCCC pada 7 Jun 2022 di Bonn, Jerman.

Malaysia telah menerima pujian daripada negara-negara maju yang hadir dalam persidangan tersebut atas penyediaan laporan yang baik dan telus khususnya daripada aspek pelaporan inventori GHG dan tindakan mitigasi pelepasan GHG.

Bagi menjawab soalan keempat, bagaimanakah kerajaan bercadang untuk menepati komitmen Rio Earth Summit 1992 untuk mengekalkan lebih 50 peratus liputan hutan? Bagi menjawab soalan ini, ketika ini Malaysia masih lagi mengekalkan litupan kawasan berhutan melebihi 50 peratus selaras dengan komitmen negara semasa Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro pada 1992 di mana jumlah keluasan hutan pada tahun 2018 adalah seluas 18,273,487 hektar iaitu bersamaan dengan 55.3 peratus daripada keluasan tanah negara.

Bagi menjaga dan mengekalkan kawasan berhutan di Malaysia, antara langkah yang diambil oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perhutanan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak adalah seperti berikut:

(i) melaksanakan Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok bermula tahun 2021 hingga 2025 di bawah RMKe-12 dengan peruntukan sebanyak RM25 juta. Sehingga 6 Julai 2022, sebanyak 35.38 juta pokok telah berjaya ditanam di seluruh negara;

(ii) usaha pemeliharaan dan pemulihan kawasan hutan melalui Program Restorasi, Tebus Guna dan Pemulihan Kawasan Hutan Terosot di Semenanjung Malaysia. Untuk makluman, di bawah program ini seluas 1,639.6 hektar telah dikenal

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNMenteri Alam Sekitar dan Air · Kubang Kerian

pasti untuk pemeliharaan dan pemulihan kawasan hutan terosot. Sehingga 30 Jun 2022, seluas 827.5 hektar telah dipulihkan dan ditanam dengan 475,519 pokok di bawah program ini;

(iii) Program Penanaman Pokok Bakau dan Spesies-spesies yang Sesuai di Pesisiran Pantai Negara sejak tahun 2005.

Untuk makluman Dewan mulia, sehingga 30 Jun 2022, seluas 3,242.0 hektar kawasan pesisiran pantai di seluruh negara telah ditanam dengan 7,121,448 pokok bakau dan spesies-spesies pantai yang sesuai; dan

(iv) menyediakan peruntukan sebanyak RM60 juta pada tahun 2019, RM70 juta pada tahun 2021 dan RM70 juta pada tahun 2022 kepada negeri-negeri yang mengambil usaha melindungi kawasan hutan tadahan air dan kawasan perlindungan sedia ada serta menambah kawasan perlindungan yang baharu. Insentif ini diagihkan melalui instrumen Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT).

Bagi menjawab soalan terakhir, soalan kelima, adakah Dasar Perhutanan Nasional 1992 akan dikaji semula untuk menepati komitmen Rio Earth Summit 1992, Paris Agreement dan COP26?

Kerajaan mengambil maklum bahawa terdapat banyak perkembangan yang telah berlaku dalam sektor perhutanan negara, baik di peringkat nasional mahupun antarabangsa serta komitmen negara dalam perjanjian dan konvensyen di mana ia mewajarkan agar satu dasar perhutanan di peringkat nasional digubal yang mencakupi kehendak serta kepentingan ketiga-tiga wilayah iaitu Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Justeru, usaha menyemak semula dasar perhutanan sedia ada dan menggubal Dasar Perhutanan Malaysia, ia telah bermula sejak tahun 2016 melalui beberapa konsultasi bagi mendapatkan pandangan, maklum balas serta persetujuan ketiga-tiga wilayah iaitu Semenanjung, Sabah dan Sarawak sebelum dimuktamadkan isi kandungannya.

Untuk makluman Yang Berhormat, lanjutan daripada itu, ketiga-tiga wilayah telah menjalankan semakan semula dasar perhutanan masing-masing dan berdasarkan perundingan yang dicapai antara ketiga-tiga wilayah telah berjaya menghasilkan satu dasar perhutanan terkini di peringkat nasional iaitu Dasar Perhutanan Malaysia (DPM) yang dilancarkan pada 21 Mac 2021.

Dasar ini mengambil kira perkembangan semasa serta menggariskan hala tuju yang jelas kepada sektor perhutanan dalam mendepani cabaran-cabaran baharu di peringkat domestik dan antarabangsa. Itu jawapan saya, terima kasih Yang Berhormat.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Masalah Banjir di Tebing Sg. Linggi, Sg. Batang Labu dan Sg. JijanSpecial Chamber

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pada petang ini, saya akan mengemukakan soalan saya di bawah tajuk ‘Masalah Banjir Di Tebing Sg Linggi, Sg Batang Labu dan Sg Jijan’. Saya ingin membangkitkan

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

masalah banjir yang seringkali melanda kawasan perumahan di sepanjang laluan Sungai Linggi.

Masalah ini telah berlarutan sekian lama dan suatu penyelesaian yang komprehensif amat diperlukan untuk menyelesaikannya. Sungai Linggi melalui beberapa kawasan perumahan di Parlimen Rasah sebelum ke muaranya di Linggi. Antara kawasan yang dilalui oleh Sungai Linggi termasuk Kampung Semarak, Kampung Pasir, Kampung Dato’ Mansur, Kampung Singh, Taman Happy, Kampung Batu 3, Mambau dan Kampung Sri Mantau.

Sejak sesi Parlimen Julai 2019, saya telah membangkitkan isu berkenaan banjir di tebing Sg Linggi. Antara jawapan yang pernah diberikan kepada saya ketika itu adalah, Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Linggi Fasa 5 yang melibatkan kawasan di Parlimen Rasah akan dilaksanakan pada Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe12). Namun sehingga kini, projek yang dijanjikan ini masih belum dilaksanakan. Saya difahamkan anggaran kos pada tahun 2019 adalah sekitar RM100 juta. Anggaran kos ini terus meningkatkan kerana faktor bahan mentah dan upah pekerja.

Pada 4 Jun 2019, pernah berlaku banjir di kawasan yang dinyatakan di atas. Pada 4 November 2020, banjir yang amat serius telah terjadi dengan paras air mencecah lima kaki tinggi dan melibatkan sekitar 1,000 buah rumah kediaman, yang mengakibatkan kerugian yang amat besar dan sukar dihitung.

Pada tahun ini, juga pernah berlaku banjir beberapa kali. Pola kekerapan banjir amat membimbangkan penduduk dan penduduk berasa fobia setiap kali hujan lebat walaupun hanya satu jam. Kerajaan sepatutnya melakukan sesuatu dengan kadar segera dan menyeluruh untuk mengatasi masalah yang berlaku.

Selain itu, pada 18 dan 19 Disember 2021, berlaku juga banjir di Parlimen Rasah, khususnya kawasan perumahan di tebing Sungai Jijan dan Sungai Batang Labu. Ia antara lain mengakibatkan beratus buah rumah dimasuki air. Banyak rumah yang tidak pernah mengalami banjir selama ini, juga dimasuki air buat kali pertama. Dipercayai kerosakan tebing, hakisan yang berterusan dan ketiadaan penyelenggaraan yang berkala telah mengakibatkan kejadian ini.

Saya ingin mendapatkan maklumat berikut:

(i) bilakah Projek PLSB Sungai Linggi Fasa 5 akan diluluskan oleh pihak Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri selepas permohonan dikemukakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran dan Kementerian Alam Sekitar dan Air? Berapakah anggaran kos untuk projek ini dan bilakah kerja-kerja di lapangan akan mula dilaksanakan?;

(ii) untuk Sungai Batang Labu, apakah perancangan yang bakal dilaksanakan untuk mengatasi banjir yang berulang?

Bilakah ia akan dilaksanakan dan berapakah kos anggarannya?; dan

(iii) untuk Sungai Jijan, apakah perancangan yang bakal dilaksanakan untuk mengatasi banjir yang berulang?

Bilakah ia akan dilaksanakan dan berapakah kos anggarannya?

Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNMenteri Alam Sekitar dan Air · Kubang Kerian

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Parlimen Rasah membangkitkan apa yang berlaku dalam kawasan Parlimen beliau sebagai mana yang telah disebut dalam perbahasan Parlimen dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan, ada tiga soalan besar yang dibangkitkan daripada pertanyaan Ahli Parlimen Rasah. Pertama sekali tentang Kementerian Alam Sekitar dan Air melalui Jabatan Pengaliran dan Saliran telah merangka gerak kerja bagi menangani isu-isu banjir disebabkan oleh limpahan sungai terutamanya tebing Sungai Linggi, Sungai Batang Labu dan Sungai Jijan sebagai mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat.

Bagi tujuan itu, Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu

(PLSB) telah dirancang bagi mengatasi ketidakupayaan sistem saliran kawasan tadahan sedia ada untuk ditingkatkan bagi mencapai tahap perlindungan sehingga 100 tahun ARI. Sebelum ini 50 tahun, sekarang ini kita tingkatkan sekali ganda, 100 tahun ARI.

Untuk Sungai Linggi, sebagai kesinambungan kepada Projek PLSB Sungai Linggi Fasa 1, 2 dan 3 yang telah siap masing-masing pada tahun Disember 2012, September 2013 dan Fasa 3 siap pada September 2016.

Manakala, projek PLSB Sungai Linggi Fasa 4 sedang berjalan.

Untuk makluman, PLSB Sungai Linggi Fasa 4, melibatkan jajaran sungai sepanjang 10 kilometer menelan kos sebanyak RM 66 juta. Projek Fasa 4 bermula daripada Kampung Linsum sehingga ke Kampung Nyatoh. Skop kerja bagi Fasa 4 melibatkan kerja-kerja utama iaitu mendalam dan melebarkan sungai daripada Kampung Linsum sehingga Kampung Nyatoh. Projek ini telah bermula pada 2018 dan dijangka siap pada tahun 2024 serta melindungi seramai 6,300 orang penduduk apabila ia siap sepenuhnya pada fasa 4.

Manakala projek PLSB Sungai Linggi Fasa 5, sambungan daripada projek tersebut. Ia bermula di hilir Sungai Linggi di Kampung Nyatoh sehingga ke Kampung Jerlang, daerah Seremban sepanjang lebih kurang 21 kilometer panjang jajaran sungai tersebut. Beberapa cabang anak sungai lain seperti Sungai Temiang, Sungai Kepayang, Sungai Kayu Ara dan beberapa anak air sungai lain akan mengalir masuk ke Sungai Linggi.

Projek ini akan dimohon di bawah permohonan peruntukan khas melibatkan anggaran kos berjumlah RM 200 juta dan dijangka bermula pada tahun 2023. Kita jangka bulan Januari ini kita dapat surat setuju terima untuk mulakan projek dan dijangka siap pada tahun 2030, projek tersebut. Kita harapkan dengan siapnya fasa 5 itu akan menyelesaikan masalah apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat.

Bagi Sungai Batang Labu, untuk mengatasi masalah banjir di Sungai Batang Labu pula, pihak KASA telah memohon peruntukan untuk melaksanakan Projek Rancangan Tebatan Banjir di bawah RMKe-12 tahun 2023. Tahun depan kita masuk RP3.

Sekiranya diluluskan oleh Kementerian Kewangan, pelaksanaan akan dimulakan dengan fasa prapelaksanaan yang melibatkan kajian dan reka bentuk terperinci oleh perunding pada tahun 2023 dengan anggaran kos sebanyak RM67 juta. Kita jangka juga siap dalam tempoh lima tahun. Ikut unjuran kita, ia akan siap pada tahun 2028.

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNMenteri Alam Sekitar dan Air · Kubang Kerian

Walau bagaimanapun, ia melibatkan beberapa fasa dalam perkara ini.

Bagi Sungai Batang Jijan projek rancangan mengatasi banjir berulang di Sungai Jijan, kajian dan reka bentuk bagi Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Jijan sedang dalam pelaksanaan dan adalah di bawah peruntukan Kerajaan Negeri Sembilan. Ini peruntukan di bawah kerajaan negeri melalui JPS negeri.

Kemajuan terkini adalah dalam fasa conceptual design report.

Pelaksanaan peringkat reka bentuk dan perunding dijadualkan akan diselesaikan sekitar Ogos 2022.

Pelaksanaan pembinaannya kelak adalah termaktub kepada peruntukan yang akan diluluskan oleh pihak Kerajaan Negeri Sembilan dan sekiranya ada keperluan tambahan akan dibawa kepada pertimbangan peringkat Kerajaan Persekutuan. Ini akan masuk kepada rolling plan berikutnya.

Sebagai langkah quick win atau penyelesaian jangka pendek dan sederhana, sejumlah peruntukan melalui Pemuliharaan Sungai bagi Mengurangkan Risiko Banjir menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan dan Pengurusan Sungai menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri akan digunakan bagi melaksanakan kerja-kerja sebut harga di sungai-sungai tersebut.

Bagi pelaksanaan tindakan jangka pendek pula, ia melibatkan empat kerja-kerja sebut harga telah dikeluarkan dengan anggaran kos berjumlah RM1 juta dan dijangka siap pada September 2022. Ini melibatkan beberapa kerja kecil sepanjang sungai tersebut dan kita jangka ia akan mengurangkan sedikit kesan banjir sehinggalah projek besar yang akan dilaksanakan.

Bagi tindakan jangka masa sederhana, kementerian akan membina dan melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan serta pemuliharaan sungai tanpa melibatkan kos atau peruntukan Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus.

Kerja-kerja ini akan dilaksanakan dengan kaedah timbal balik hasil daripada pengeluaran, pengalihan dan pengangkutan bahan batuan di jajaran Sungai Linggi dalam masa terdekat. Maksudnya, kita akan gunakan aset yang sedia ada dan kita kontra dengan projek yang akan kita laksanakan sepanjang Sungai Linggi. Ini dengan harapan bahawa apa yang kita buat ini insya-Allah dapat mengurangkan masalah banjir di kawasan Parlimen Rasah sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang, esok, Selasa, 19 Julai 2022. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.

[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.57 petang]