Dewan Rakyat · 19 July 2022
15th Parliament, session 5, meeting 2 · 773 turns · 54,290 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Menteri Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Tuan Loke Siew Fook [Seremban] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan mengapa Kerajaan Malaysia gagal mematuhi syarat-syarat yang termaktub dalam MoU yang ditandatangani di hadapan YAB Perdana Menteri dan Presiden Indonesia pada 1 April yang lalu sehingga menyebabkan pihak Indonesia membekukan penghantaran pekerja mereka ke Malaysia.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memorandum persefahaman Malaysia dan Indonesia mengenai pengambilan dan penempatan perkhidmatan domestik Indonesia telah ditandatangani pada 1 April 2022. Memorandum persefahaman ini telah membuka laluan kepada kemasukan pekerja warganegara Indonesia untuk sektor-sektor lain yang dibenarkan bagi penggajian pekerja asing, termasuk perkhidmatan domestik Indonesia. Namun begitu, pada 12 Julai, Kerajaan Indonesia telah mengumumkan penangguhan sementara, bukan membekukan. Penangguhan sementara kemasukan pekerja warganegara Indonesia ke Malaysia. Penangguhan ini adalah ekoran daripada kekeliruan yang timbul dalam mekanisme dalam pengambilan perkhidmatan domestik Indonesia ke negara kita. Isu ini telah dibincangkan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia pada 18 Julai 2022, semalam. Mesyuarat tersebut telah bersetuju supaya perbincangan segera diadakan oleh Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen Malaysia serta Tuan Yang Terutama Duta Republik Indonesia ke Malaysia untuk menyelesaikan permasalahan ini dengan kadar segera.
Soalan tambahan pertama. Sila Yang Berhormat Seremban.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa jawapan itu tidak menjawab persoalan saya. Pertamanya, adakah benar bahawa salah satu syarat dalam MoU tersebut yang ditandatangani di antara Malaysia dan Indonesia ialah berkenaan dengan pemansuhan sistem MAID Online yang dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia. Adakah itu satu syarat yang telah pun dipersetujui oleh kedua-dua pihak? Kalau itu merupakan salah satu syarat, adakah Kerajaan Malaysia mengambil langkah untuk memansuhkan sistem tersebut sebab apa yang didakwa oleh pihak Indonesia ialah kita masih menggunakan sistem tersebut walaupun syarat yang telah dipersetujui dalam MoU ialah pemansuhan sistem tersebut. Terima kasih.
Sila Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, kebetulannya tiada sebarang syarat untuk memansuhkan sistem yang sedia ada. Apa yang telah dinyatakan dalam MoU adalah menggunakan sistem yang sedia ada di Indonesia untuk pengambilan pekerja asing. Akan tetapi ia tidak mensyaratkan kita akan memansuhkan sistem yang kita ada. Semalam kita telah adakan perbincangan dengan pihak Indonesia dan bersetuju supaya kita akan integrasikan sistem yang sedia ada dengan KDN dan sistem iaitu yang dicadangkan oleh Indonesia.
Baik. Saya jemput soalan tambahan yang kedua. Sebelah sini saya jemput Yang Berhormat Tebrau.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, masalah ini apa kesan kepada sektor-sektor yang berkenaan yang memerlukan pekerja asing datang dari Indonesia. Apakah kesannya serta jangka masa yang akan selesaikan masalah ini? Ini supaya rakyat tahu masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Terima kasih.
Sila Yang Berhormat Menteri menjawab.
Tuan Yang di-Pertua, memang kita perlukan pekerja asing dengan kadar yang segera. Apabila kita mengadakan perbincangan dengan pihak Indonesia, mereka cadangkan gunakan One Channel System yang sedia ada di Indonesia supaya − Buat masa ini kita gunakan melalui KDN, kita gunakan sistem MAID Online yang Indonesia berpendapat mereka tiada pengetahuan. Pekerja asing dari Indonesia masuk sebagai pelancong dan akhirnya dikeluarkan permit oleh Malaysia. Maka mereka tiada maklumat pekerja mereka masuk ke dalam negara kita. Maka, dengan adanya One Channel System dari Indonesia, mereka sempat memantau. Semalam dalam perbincangan dengan KDN kita telah bersetuju daripada segi dasar untuk mengintegrasikan sistem sedia ada dengan KDN iaitu MAID Online dengan yang dicadangkan oleh pihak Indonesia supaya kedua-dua negara akan ada maklumat. Daripada segi kesan, memang kita perlukan pekerja asing dengan kadar yang segera dan kita pun telah mencadangkan apa yang dibincangkan antara Kementerian Sumber Manusia dan KDN kepada Duta Indonesia. Saya percaya dan yakin perkara ini akan diselesaikan dalam masa yang terdekat.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Peraturan mesyuarat membenarkan dua tetapi dalam tempoh masa 10 minit. Ada masa saya beri soalan tambahan yang ketiga kepada Yang Berhormat Ipoh Barat. Sila.
Terima kasih. Yang Berhormat, soalan yang tertentu. Ini adalah di mana semasa Pakatan Harapan menerajui kerajaan, kita setuju bahawa Maid Online system ini dihapuskan. Akan tetapi kita hairan sekarang apabila kerajaan bersetuju dengan One Channel System dengan Indonesia. Itu bermakna, it’s self-explanatory bahawa MAID Online itu tidak boleh dipakai. Kenapakah lagi diguna pakai? This is the shortest lift memorandum of understanding in the whole world of Malaysia. Nampaknya tiada usaha oleh kedua-dua kementerian untuk memberi satu hala tuju yang baik. Apa yang mustahak, Tuan Yang di-Pertua masalah yang dihadapi oleh plantation industries Yang Berhormat. Lebih daripada 150,000 orang diperlukan. Banyak buah-buahan yang sudah melepasi tempoh untuk to harvest, belum diharvest. Berjuta-juta bilion.
Saya difahamkan RM28 bilion loss. Adakah kerajaan fikir, kenapa ini satu perkara yang senang, kita menolong la kita punya perniagaan. After COVID-19, kita perlu memberi lebih insentif kepada mereka. No need government to spend money. Government must be business-friendly. Act for the benefit of the people.
Terima kasih...
Ini mustahak. Saya harap Yang Berhormat boleh menolong dalam hal ini mengambil perhatian yang bagus. Semalam saya difahamkan lebih 15 buah negara yang lain juga diberi keutamaan untuk membawa- mungkin di Sri Lanka dan di Burma sekarang. Keadaan-keadaan yang rumit mereka hendak datang beri sedikit special approval kepada mereka untuk datang kepada negara supaya- kita perlukan ribu-ribu orang. Kenapakah halangan tersebut?
Terima kasih Ipoh Barat. Sila Menteri.
Terima kasih cadangan Yang Berhormat Ipoh Barat. Saya ambil maklum. Terima kasih.
Baik.
[Dewan ketawa]
Ambil perhatian itu satu, this is the standard reply of civil servants la. Jangan kita lari daripada tanggungjawab, Yang Berhormat. Yang Berhormat tahu bahawa kekurangan ini merugikan...
Ipoh Barat, minta maaf. Saya ingin teruskan...
Jumlah RM28 bilion...
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memaklumkan ke Dewan yang mulia ini, Kementerian Sumber Manusia telah pun meluluskan 200 ribu lebih kuota untuk pekerja asing dan permohonan masih terbuka untuk 15 buah negara lain. Tiada halangan, sekiranya majikan perlukan pekerja asing. Dia boleh ambil terus, tiada halangan. Dah luluskan.
Terima kasih. Menteri yang menjawab boleh diberi masa 2 minit 30 saat untuk menjawab. Panjang masa tu. Jadi, sekarang saya...
Datuk Speaker, kalau dia kata tak ada masalah, kenapakah kita hadapi masalah itu? Apakah punca masalah itu?
Tidak apa, baik, baik...
Menteri cakap satu...
Diberikan gambaran tiada masalah tapi masalah itu ada.
Tuan Yang di-Pertua, memang tiada masalah. Kita tidak tahu masalah apa. Ada sedikit kekeliruan dengan Indonesia daripada segi pelaksanaan, bukan membatalkan MoU sepertimana yang disebut oleh Ipoh Barat, bukan membatalkan. MoU masih relevan. Ada sedikit kekeliruan daripada segi pelaksanaan. Kita telah pun berbincang dengan pihak duta Indonesia dan telah mencadangkan cadangan daripada Kerajaan Malaysia. Perkara itu akan diselesaikan dalam kadar segera. Tambahan pula, daripada segi pengambilan pekerja asing, kita dah luluskan lebih daripada 200 ribu dan majikan telah pun bayar levi kepada KDN. Sekarang ini isunya, majikan perlu mengambil pekerja asing mengikut keperluan mereka daripada negara mana mereka perlu.
Terima kasih Menteri. Pertanyaan-pertanyaan Menteri seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman, Kuala Krai.
2. Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan, apa usaha-usaha kementerian dalam memartabatkan warisan tidak ketara negara bagi memastikan ia kekal terpelihara pada masa yang sama boleh menjadi produk untuk penjanaan ekonomi untuk rakyat setempat dan negara.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, saya menghargai keprihatinan Yang Berhormat Kuala Krai yang peka terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan warisan budaya kita. Apresiasi sebegini yang perlu dititip dan diwariskan kepada generasi akan datang bagi memastikan keaslian dan kelangsungan budaya kita terpelihara. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, usaha pemeliharaan dan pemuliharaan khazanah seni budaya dan warisan negara sama ada ketara atau tidak ketara merangkumi aspek penyelidikan, pendokumentasian, pewartaan dan promosi. Sebagai tambahan, aspek promosi ini turut merangkumi inisiatif seperti: (i) penganjuran bengkel bagi mengetengahkan, dan memperkenalkan warisan negara kepada segenap lapisan masyarakat; (ii) kerjasama strategik dengan penggiat industri seperti permainan tradisional dan gastronomi; dan (iii) penganjuran program berbentuk persembahan, pameran, karnival dan demonstrasi. Usaha-usaha ini membantu dalam mengangkat aset-aset warisan seni budaya yang bersesuaian untuk diiktiraf, bukan sahaja di peringkat kebangsaan, malah juga antarabangsa selaras dengan Dasar Kebudayaan Negara iaitu DAKEN 2021 yang diterajui oleh Kementerian Seni dan Budaya. Berhubung warisan tidak ketara seperti yang diajukan oleh Yang Berhormat Kuala Krai, dimaklumkan bahawa sehingga kini sejumlah 529 warisan tidak ketara telah diwartakan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645]. Ini berjaya dilakukan, antaranya hasil daripada kesedaran masyarakat yang membantu dalam penyelidikan dan inventori bagi tujuan perlindungan. Di peringkat antarabangsa pula, sebanyak enam elemen warisan tidak ketara dari Malaysia yang telah mendapat pengiktirafan UNESCO berdasarkan prinsip-prinsip 2003, dengan izin, Convention for The Safeguarding of The Intangible Cultural Heritage of Humanity. Warisan tidak ketara tersebut adalah seperti makyung, dondang sayang, silat, upacara wangkang yang diangkat bersama dengan negara China, pantun yang diangkat bersama dengan Indonesia dan songket dan kita akan terus mengenal pasti elemen- elemen warisan tidak ketara negara yang boleh diketengahkan dan disenaraikan pada masa hadapan. Menyentuh tentang UNESCO, sukacita saya nyatakan, hendak kongsi. Baru-baru ini Malaysia menerusi MOTAC telah melakar satu lagi catatan sejarah yang amat membanggakan di peringkat antarabangsa apabila julung kalinya terpilih menduduki kerusi UNESCO Intergovernmental Committee for the Safeguarding of the Intangible Cultural Heritage (IGCICH) untuk sesi 2022 hingga 2026. Malaysia menang bertanding dalam kumpulan negara Asia Pasifik dengan meraih 110 undi daripada 132 undi keseluruhannya. Panjang juga jawapan saya, Yang Berhormat. Nanti saya bagi secara keseluruhan. Hendak teruskan ataupun boleh...
Minta soalan tambahan.
Okey, terima kasih.
Sila Yang Berhormat Kuala Krai, soalan tambahan, 30 saat.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang telah pun diberikan. Soalan tambahan saya ialah, apakah cabaran yang dihadapi dalam terus memastikan warisan negara sama ada warisan ketara atau warisan tidak ketara agar terus segar diketahui kekal terpelihara, dilestarikan dan dijiwai oleh rakyat Malaysia? Sebagai contoh, di Kuala Krai terdapat
sebuah jambatan iaitu Jambatan Sultan Ismail yang telah pun berusia hampir 100 tahun yang telah diangkat sebagai tapak warisan kebangsaan tetapi kini tidak diurus dan dipelihara dengan baik. Mohon pandangan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sememangnya tidak dapat dinafikan kita menghadapi pelbagai cabaran dalam melaksanakan usaha pemuliharaan dan pemeliharaan warisan-warisan ketara dan tidak ketara. Antara cabaran utamanya ialah dana, seperti biasa. Umum mengetahui bahawa usaha memulihara dan memelihara sesuatu bangunan atau tapak warisan memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Hakikatnya, kekangan ini bukan sahaja dihadapi oleh agensi Kerajaan Persekutuan, malah turut dihadapi di pihak negeri serta pihak berkuasa tempatan. Cabaran seterusnya juga ialah kebergantungan yang tinggi kepada peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan, terutama untuk menjalankan kerja-kerja pemeliharaan. Walaupun pewartaan dan pengiktirafan warisan di bawah Akta 645 adalah di bawah kuasa Persekutuan, namun pemilik warisan tersebut tidak semestinya Kerajaan Persekutuan. Bagi kebanyakan bangunan atau tapak warisan, kerja-kerja pemuliharaan ataupun restoration, dengan izin, kebiasaannya dilaksanakan oleh MOTAC atau Jabatan Warisan Negara dan kemudiannya diserahkan kepada satu pihak yang lain. Contohnya, kerajaan negeri ataupun pihak berkuasa tempatan. Seterusnya, menjadi tanggungjawab pemilik bangunan atau tapak warisan tersebut untuk menyelenggarakan dengan baik. Mengambil contoh Jambatan Sultan Ismail tadi di Kuala Krai yang disebutkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi. Pemilik tapak tersebut ialah Majlis Daerah Kuala Krai, maka bagi apa-apa cadangan pembangunan, MOTAC mengalu-alukan keterlibatan dan kebersamaan semua pihak untuk sama-sama menyumbang, terutamanya daripada segi perbelanjaan penyelenggaraan bangunan atau tapak warisan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan kedua, saya jemput Yang Berhormat Balik Pulau.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah apa yang disebut tadi oleh Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan budaya tidak ketara, warisan tidak ketara yang telah mendapat pengiktirafan UNESCO seperti dondang sayang, makyung, silat, wangkang dan juga pantun. Soalan saya ialah bagaimana budaya tidak ketara ini yang telah mendapat pengiktirafan UNESCO, dikembangkan supaya ia menjadi produk ekonomi sebagai salah satu cultural tourism or pelancongan budaya? Bagaimana ia boleh dilihat untuk generasi akan datang mengambil alih ataupun menjadi penyambung kepada aktivis-aktivis seni dalam budaya ini? Adakah kementerian mempunyai bajet khas, peruntukan khas kepada semua yang disebut tadi supaya ia boleh diangkat dan di martabatkan kepada dalam negara dan juga luar negara? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Sila Yang Berhormat Menteri, dua minit 15 saat.
Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau di atas soalan tersebut kerana ini memberi peluang kepada saya juga untuk berkongsi. Sebenarnya kita ada geran sektor kebudayaan yang boleh dipohon oleh pihak-pihak NGO dan juga syarikat tidak melebihi RM500,000. Di mana kalau kita sudah ada silat ke macam apa juga aktiviti pantun ke apa, kita menggalakkan mereka untuk menganjurkan festival dan kita memberikan geran. Melalui ini kita dapat membantu mereka yang berusaha di bawah program- program ini untuk menjana pendapatan dan pada masa yang sama mereka juga akan mempunyai satu minat dan mereka juga boleh memanjangkan lagi aktiviti-aktiviti yang
mempunyai legasi dan juga unsur-unsur sejarah dan banyak lagi manfaat yang boleh diperolehi dan juga dimanfaatkan oleh masyarakat, seterusnya terutama sekali orang Malaysia, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Hulu Langat...
Tuan Yang di-Pertua...
Saya hendak pandang sebelah sini. Kalau sebelah sini tidak ada, saya bagi satu lagi tambahan kepada Yang Berhormat Kota Melaka.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memandangkan Melaka diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Negeri Warisan. Yang Berhormat Menteri di Melaka seperti yang kita sedia maklum, terdapat komuniti ataupun masyarakat yang kaya, yang unik dengan sejarah dan budaya mereka di mana kita semua tahu, antaranya ialah Baba dan Nyonya. Akan tetapi sebenarnya di Melaka terdapat juga komuniti Portugis dan juga komuniti Chetti. Ada kampung Portugis, ada kampung Chetti. Kampung Portugis merupakan satu-satunya kampung Portugis di luar dari Portugal, hanya satu sahaja di seluruh dunia ini. Portuguese Settlement terletak di Melaka. Kampung Chetti pula kaum India tetapi cara hidup mereka adalah cara orang Melayu. Sungguh unik sekali. Jadi saya hendak tanya kepada pandangan Yang Berhormat Menteri, sama ada bolehkah kita mohon status ‘warisan’ untuk kedua-dua komuniti yang terdapat di Melaka, ini? Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sila Yang Berhormat Menteri, jawab.
Terima kasih Yang Berhormat. Ada beberapa kriteria warisan kebangsaan yang perlu dipatuhi. Di antaranya ialah kepentingan sejarah, mungkin itu boleh masuk. Perhubungan dengan sejarah Malaysia, ciri-ciri reka bentuknya atau estetik, pembaharuan atau pencapaian saintifik atau teknikal. Kita ada juga hubungan sosial atau kebudayaan, potensi mendidik, penyiasatan saintifik berkaitan warisan, mempamerkan kekayaan, kepelbagaian atau bentuk luar biasa dan juga kita ada benda yang jarang tidaknya atau keunikan warisannya. Gambaran bentuk suatu tapak atau objek sebagai sebahagian daripada kelas atau jenis suatu tapak atau objek dan akhir sekali, apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan penentuan warisan kebudayaan yang penting. Maka kalau Melaka hendak mengetengahkannya tengok pada kriteria dahulu. Saya rasa bolehlah dipohon Yang Berhormat. Sebenarnya memohon untuk mendaftar di bawah Warisan ini ianya tidak kira sama ada individu ataupun komuniti ataupun negeri, majlis daerah ataupun Kerajaan Persekutuan. Itu sahaja yang boleh saya kongsikan pada masa ini. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertanyaan-pertanyaan Menteri seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Bukit Bendera.
3. Tuan Wong Hon Wai [Bukit Bendera] minta Menteri Kewangan menyatakan bagaimana kerajaan membiayai jumlah keseluruhan subsidi yang dijangka akan mencecah RM80 bilion bagi tahun 2022 dan apakah bentuk pembaharuan dasar subsidi yang sedang dirancang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Bukit Bendera, perbelanjaan Kerajaan Persekutuan dijangka meningkat seperti yang disebut tadi dengan ketara berbanding anggaran Bajet 2022 sebanyak RM332.1 bilion. Ini disebabkan oleh peningkatan subsidi dan bantuan sosial yang mendadak di mana jumlah keseluruhannya
dijangka akan mencecah RM80 bilion jauh lebih tinggi berbanding dengan jumlah RM31 bilion semasa Bajet 2022 dibentangkan. Umum diketahui langkah ini diambil untuk mengurangkan beban kenaikan kos sara hidup bagi seluruh rakyat kita ekoran kenaikan harga komoditi dunia. Izinkan saya untuk berkongsi beberapa fakta. Pertama, saya ingin menegaskan bahawa dakwaan kerajaan mengurangkan bantuan dan subsidi adalah tidak benar sama sekali. Hakikatnya kerajaan terus memberi pelbagai bantuan dan subsidi kepada rakyat terutamanya berkaitan minyak dan petroleum. Di samping itu kerajaan juga telah memperkenalkan subsidi baharu yang tidak termasuk dalam Bajet 2022 iaitu bagi ayam, telur serta elektrik. Bagi petrol, diesel dan LPG contohnya, anggaran keperluan subsidi tahun ini adalah RM37.3 bilion berbanding RM13.2 bilion pada tahun lepas. Minyak masak pula telah mencecah RM4 bilion berbanding RM2.2 bilion dan bagi subsidi kepenggunaan lain anggaran perbelanjaan adalah RM9.7 bilion berbanding hanya RM1.1 bilion tahun lepas. Kedua, semasa Bajet 2022 dibentangkan, andaian harga minyak mentah dunia bagi anggaran hasil dan subsidi ditetapkan pada kadar USD66 setong. Kini harga minyak mentah dunia telah meningkat melebihi USD100 setong semenjak bulan Mac tahun ini. Bagi minyak sawit mentah ataupun CPO pula andaian bajet 2022 adalah sekitar RM3,400 setan metrik tetapi purata harga sawit sebenar telah melebihi RM6,000 setan metrik semenjak harganya meningkat dengan mendadak pada bulan Mac yang lalu. Sehubungan dengan itu harga minyak mentah dan sawit yang lebih tinggi tahun ini dijangka akan menjana hasil cukai tambahan melebihi RM10 bilion. Tambahan kepada itu momentum pemulihan melebihi jangkaan dengan pertubuhan KDNK negara pada suku pertama tahun ini amat memberangsangkan pada kadar lima peratus dan dijangka lebih kukuh pada suku kedua. Berdasarkan trend tersebut, kita bakal menerima hasil tambahan berkaitan cukai pendapatan serta cukai tidak langsung melebihi RM10 bilion. Namun kesemua peningkatan hasil ini tidak mencukupi untuk menampung peningkatan subsidi yang telah melebihi RM40 bilion. Ketiga, memandangkan harga komoditi global dijangka akan kekal pada paras tinggi untuk separuh tahun kedua, strategi kerajaan adalah untuk menyemak dan menilai semula keberkesanan setiap program subsidi dan insentif yang telah dilaksanakan dan terus meneliti sumber hasil dan penjimatan tambahan bagi menampung keperluan tambahan subsidi bagi separuh tahun kedua. Daripada segi penjimatan pula Yang Berhormat, Kementerian Kewangan telah mengeluarkan Pekeliling Perbendaharaan 3.1 pada 14 Julai lepas mengenai langkah penjimatan untuk dilaksanakan oleh semua kementerian dan agensi kerajaan bagi menampung sebahagian daripada keperluan subsidi tambahan. Antara langkah pekeliling tersebut adalah kawalan terhadap lawatan ke luar negara, barangan import, serta penangguhan perbelanjaan yang belum komited. Namun saya juga ingin menegaskan bahawa langkah-langkah yang berpaksikan kesejahteraan rakyat akan tetap diteruskan Yang Berhormat.
Terima kasih, soalan tambahan pertama, sila Yang Berhormat Bukit Bendera.
Terima kasih. Saya membaca berita Yang Berhormat Menteri, berkenaan kerajaan sedang menjalani ujian bagi petroleum secara bersasar. Sila terangkan bagaimana ujian ini dijalankan dan di mana ianya dijalankan. Sama ada masa ini sesuai memandangkan harga barangan dan makanan melambung tinggi sebelum cadangan subsidi bersasar. Cadangan pembaharuan subsidi ini sama ada akan meruncingkan lagi masalah kenaikan harga barangan dan makanan memandangkan petroleum merupakan satu komponen yang penting dalam consumer pricing index (CPI) ataupun kadar inflasi. Sila jelaskan.
Terima kasih, sila Yang Berhormat Menteri, dua minit dua puluh saat.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Saya setuju soalan ini sebenarnya pernah dituju kepada saya oleh Yang Berhormat mengenai isu ini dan dalam jawapan saya sebelum ini pun bersetuju dengan implikasi kalau kita naikkan ataupun apung harga minyak ini kepada harga yang lebih tinggi. Kadar inflasi di Malaysia pada masa ini masih lagi terkawal pada 2.2 peratus untuk suku tahun 2022, tetapi baru-baru ini mencatat 2.8 peratus untuk bulan Mei, ada kenaikan sedikit. Manakala pada bulan yang sama, kadar inflasi di negeri-negeri maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom mencecah sembilan peratus, manakala Thailand tujuh peratus dan Filipina pun lebih lima peratus.
Jadi, kadar inflasi Malaysia ini boleh dianggap sederhana berikutan kawalan harga ke atas barangan dan juga perkhidmatan asas. Di samping penyediaan subsidi, kerajaan juga menyediakan bantuan tunai kepada golongan berpendapatan rendah. Bantuan Keluarga Malaysia ini bantuan tunai langsung dan peruntukannya RM8 bilion.
[Bangun]
Jadi, kalau kita lihat berhubung dengan subsidi bersasar, soalan Yang Berhormat tadi kerajaan masih di peringkat awal pengujian mekanisme pemberian subsidi petrol secara bersasar.
[Bangun]
Pengujian tersebut akan disusuli dengan pengujian yang lebih meluas daripada segi beberapa kaedah lain dan juga bagi menguji kebolehlaksanaan mekanisme tersebut bukan sahaja di kawasan bandar tetapi juga di kawasan luar bandar.
[Bangun]
Pembangunan dan pengujian sistem bersubsidi bersasar juga dijangka memerlukan tempoh lebih kurang tiga bulan hingga enam bulan sebelum kita betul-betul bersedia untuk dilaksanakan di seluruh negara. Dalam pelaksanaan subsidi bersasar ini, kerajaan juga akan merancang pelaksanaan ini secara berfasa bagi memastikan ia tidak mengakibatkan inflasi secara mendadak seperti yang disebut tadi atau menjejaskan momentum pertumbuhan ekonomi kita. Ini selaras dengan pendekatan yang telah diambil oleh kerajaan untuk ayam contohnya di mana bagi mengurangkan market distortion dengan izin, kerajaan telah meningkatkan harga siling ayam sebanyak 50 sen per kilogram tetapi pada masa yang sama memberi bantuan tunai tambahan kepada golongan B40. Sejajar dengan pendekatan ini, kerajaan tidak akan menaikkan harga petroleum terus kepada harga pasaran tanpa subsidi memandangkan impaknya kepada inflasi walaupun harga RON95 yang RM2.05 ini adalah lebih kurang 50 peratus daripada kos harga sebenar tanpa subsidi. Dengan itu, strategi kerajaan adalah untuk memastikan pelaksanaan menggantikan subsidi secara pukal dengan kombinasi subsidi bersasar dan bantuan tunai itu mestilah dilakukan secara berperingkat. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan yang kedua saya jemput Yang Berhormat Pontian.
Terima kasih. Subsidi tentunya antara lain adalah daripada hutang kerajaan. Tular di media sosial kononnya Malaysia akan bankrap macam Sri Lanka akibat daripada hutang kerajaan. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Adakah tahap hutang Kerajaan Malaysia ini masih di paras terurus? Apakah perlu berhutang lagi untuk membantu rakyat? Nyatakan sumber-sumber baharu yang lain sebagai tambahan hasil negara bagi meneruskan subsidi yang bersasar. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Yang Berhormat Menteri, sila dua minit 30 saat.
Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Untuk makluman Yang Berhormat, IMF pun tidak pernah menyatakan Malaysia mengalami masalah ekonomi yang mengakibatkan negara muflis, sebaliknya mereka yakin dengan prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia. Pada akhir April tahun ini IMF telah menyuarakan keyakinan bahawa KDNK negara bagi tahun ini akan berkembang pada kadar 5.75 peratus. Kalau kita bandingkan indikator ekonomi Malaysia dan Sri Lanka adalah jelas bahawa ekonomi kita jauh lebih kukuh berbanding Sri Lanka. Jadi, kemungkinan untuk negara bankrap seperti Sri Lanka amat nipis. Akan tetapi soalan Yang Berhormat tadi adalah mengenai pengurusan kewangan negara kita. Kerajaan memang perlu terus menguruskan kewangan negara secara berhemah dan mengawal tahap hutang daripada segi kemampuan. Soalannya, kenapa kita tidak terus meminjam juga kalau boleh untuk membantu rakyat mungkin dibangkitkan. Ini kerana terdapat pihak yang membandingkan kadar hutang kepada KDNK Malaysia di tahap 63 peratus sementara negara maju seperti Jepun mempunyai kadar hutang sebanyak 263 peratus daripada KDNK, manakala jiran kita Singapura pula mempunyai kadar hutang 133 peratus daripada KDNK. Sebenarnya kebolehan sesebuah negara meningkatkan jumlah pinjaman bukanlah bergantung semata-mata kepada nisbah hutang kepada KDNK tetapi faktor yang paling penting adalah kemampuan keberhutangan ataupun dengan izin debt affordability dan juga kemapanan hutang ataupun debt sustainability. Jadi, nisbah bayaran khidmat hutang atau dengan izin debt service ratio kepada hasil bagi Malaysia telah mencapai 16.3 peratus pada tahun 2021. Berdasarkan bajet tahun ini, dijangka melebihi 18 peratus. Ini bermakna setiap RM1 hasil kerajaan, hampir 20 sen digunakan hanya untuk pembayaran faedah ataupun bunga hutang dan tidak mengambil kira pun keupayaan untuk membayar balik jumlah pokok pinjaman kerajaan. Jadi, dengan keupayaan negara untuk menambah tahap keberhutangan adalah terhad sebenarnya berbanding dengan negara lain. Nisbah debt service ratio kalau kita banding dengan negara maju, UK sebanyak 6.6 peratus, Amerika Syarikat sebanyak 5.2 peratus dan Jepun sebanyak empat peratus. Di samping itu, nisbah peratusan cukai kepada KDNK untuk Malaysia adalah pada paras sekitar 11 peratus. Ini peratusan cukai kepada KDNK iaitu lebih rendah berbanding dengan Filipina, Thailand dan juga Singapura. Filipina lebih kurang 18 peratus, Thailand sebanyak 17 peratus, Singapura lebih kurang 13 peratus. Secara purata, nisbah peratusan cukai pada KDNK bagi negara OACD negara maju adalah 33 peratus. Jadi, ini bermakna walaupun ekonomi negara semakin pulih pada tahun 2022, pertumbuhan ekonomi tersebut tidak menjana hasil tambahan yang sewajarnya untuk kita menambah penambahan hutang kita, Yang Berhormat. Saya pun sudah habis. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu-waktu Pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. [Sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian] minta Menteri Pengangkutan menyatakan status projek ECRL, HSR, Pan-Borneo, MRT dan lebuh raya baharu bagi mengurangkan kesesakan terutama ketika cuti panjang dan perayaan. Nyatakan juga perancangan bagi mengurang atau menghapuskan tol serta contoh-contoh kejayaan yang dibuat.
Tuan Yang di- Pertua, projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 665 kilometer adalah merupakan projek rel yang akan menghubungkan negeri-negeri Pantai Timur dengan Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Pembinaan projek ECRL ini dibahagikan kepada tiga seksyen iaitu Seksyen A dari Kota Bharu ke Dungun, Seksyen B dari Dungun ke Temerloh dan Seksyen C dari Temerloh ke Pelabuhan Klang. Sehingga bulan Jun 2022, pembinaan keseluruhan projek ini telah mencapai kemajuan sebanyak 31.48 peratus. Penyiapan projek ini kekal maka menyebabkan masa perjalanan dari Kelantan ke Kuala Lumpur selama empat jam sahaja berbanding dengan tujuh jam hingga lapan jam ketika ini. Bagi projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) pula, cadangan asal pembinaan HSR Kuala Lumpur ke Singapura telah dibatalkan pada 1 Januari 2021. Pada 29 November 2021, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia telah mengadakan lawatan dan berbincang dengan Perdana Menteri Singapura dan kedua-dua Perdana Menteri mencadangkan agar model baharu projek HSR Kuala Lumpur-Singapura dibincangkan semula dan diserahkan kepada kedua-dua Kementerian Pengangkutan Malaysia dan Singapura. Susulan daripada itu, saya telah mengadakan perbincangan bersama dengan rakan sejawatan saya dari Singapura pada 16 Mei 2022 bagi memperhalusi cadangan tersebut. Seterusnya pada 24 Februari 2022, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia telah mengadakan pertemuan rasmi dengan Perdana Menteri Thailand dan mencadangkan HSR Malaysia disambung dari Kuala Lumpur ke Bangkok. Lanjutan daripada itu, saya dan Menteri Pengangkutan Thailand pada 17 Mei 2022 telah bersetuju agar satu jawatankuasa khas bersama di antara Kementerian Pengangkutan Malaysia dan Thailand yang dipengerusikan bersama oleh KSU MOT dan Thailand bagi membincangkan mengenai perancangan jajaran dan aspek teknikal lain berkaitan cadangan projek HSR Kuala Lumpur-Bangkok. Sebagai sebuah projek mega yang strategik, Kementerian Pengangkutan perlu meneliti cadangan pembangunan projek ini pada skala yang lebih besar iaitu ketersambungan kepada Tanah Besar ASEAN. Projek MRT 2 atau MRT laluan Putrajaya yang menghubungkan Sungai Buloh, Serdang, Putrajaya pula adalah sejauh 56.4 kilometer dan terdiri daripada 36 stesen dan empat stesen provincial. Projek ini telah dimulakan pada Oktober 2015 dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Januari 2023. Fasa 1 MRT laluan Putrajaya sepanjang 17.5 kilometer iaitu dari Stesen Kwasa Damansara ke Kampung Batu telah memulakan operasi pada 16 Jun tahun ini. Jajaran Fasa 1 ini yang melibatkan 12 stesen sedang memberi perkhidmatan kepada kawasan- kawasan yang berkepadatan tinggi seperti Sungai Buloh, Damansara Damai dan Sri Damansara di Petaling Jaya serta Kepong, Jinjang dan Kampung Batu di Kuala Lumpur. Sehingga Jun 2022, Projek MRT 2 telah mencatat kemajuan keseluruhan sebanyak 98.4 peratus dan dijangka akan mula beroperasi dalam bulan Januari 2023. Pembukaannya kelak akan menggalakkan peralihan mod kepada pengangkutan awam sekali gus mengurangkan kesesakan lalu lintas. Bagi Projek MRT 3 atau MRT Laluan Lingkaran pula, jajaran yang dicadangkan adalah sepanjang 51 kilometer dan termasuk dua depoh dan 33 stesen termasuk dua stesen sementara di mana 10 daripadanya adalah stesen pertukaran yang menyambungkan MRT 3 dengan stesen-stesen yang sedia ada termasuklah KTM, LRT,
monorel, MRT laluan Kajang dan MRT laluan Putrajaya. Sepanjang 12 kilometer daripada jajaran MRT3 adalah jajaran bawah tanah, manakala 39 kilometer merupakan jajaran bertingkat.
Pembinaan projek MRT3 akan melibatkan lima pakej kerja yang terdiri daripada, pertama, perundingan pengurusan projek (PMC), tiga civil works (CMC) dan satu lagi pakej system works. Pada waktu ini, MRT Corp. dalam proses melantik perunding pengurusan projek (PMC) serta tiga kontraktor bagi pakej civil works (CMC). Tender bagi pakej system works akan dibuka kelak. Semua usaha meningkatkan ketersambungan MRT akan memberi pilihan pengangkutan awam yang berkualiti kepada rakyat. Untuk makluman Yang Berhormat, berhubung dengan projek Lebuhraya Pan- Borneo serta pengurangan kadar tol, ia adalah tertakluk kepada bidang kuasa Kementerian Kerja Raya. Dengan pelaksanaan projek LPB di Sabah dan Sarawak, ia bukan sahaja akan menambah baik jaringan jalan raya di Sarawak, malah melengkapkan jaringan jalan raya ke negeri Sabah dan negara Brunei Darussalam. Kementerian Kerja Raya juga pada masa ini sedang melaksanakan rundingan penstrukturan semula lebuh raya bersama dengan pihak syarikat konsesi bagi mencari penyelesaian berkaitan dengan kadar tol ini. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan pertama, Yang Berhormat Pontian.
Ya. Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang menjawab panjang lebar ECRL, HSR, Pan-Borneo, MRT. Apabila cuti panjang, tiga hari, Jumaat, Sabtu, Ahad ataupun Sabtu, Ahad, Isnin ataupun hari perayaan, jam ini merata alam, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua pun merasa apabila balik ke Batu Pahat, saya balik ke Pontian. Kalau selalu perjalanan tiga jam, kadang-kadang jadi tujuh jam, lapan jam, sembilan jam dan 10 jam. Pergi ke Kelantan, lagi teruk. Yang Berhormat Ketereh tahu. Ada yang sampai berbelas jam baru sampai. Akan tetapi, apabila kita kalah, selama 22 bulan, banyak implikasi terhadap projek-projek prasarana rakyat ini. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri untuk membaiki segala kesilapan-kesilapan yang ditukar oleh kerajaan yang terdahulu bagi memastikan projek-projek besar untuk tujuan manfaat rakyat ini dapat diteruskan tanpa gangguan-gangguan lagi? Tidak kira siapa memerintah— mudah-mudahan kitalah yang memerintah ya. Supaya segala projek prasarana rakyat ini boleh dilaksanakan dan akhirnya rakyat tidak lagi menghadapi segala masalah pengangkutan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Sila Yang Berhormat Menteri, satu minit.
Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Sebenarnya soalan Yang Berhormat terlalu panjang, terpaksa saya menjawab setiap projek. Akan tetapi, dalam bidang kuasa Kementerian Kerja Raya, saya serahkan kepada Kementerian Kerja Raya. Saya ambil input daripada mereka secara khas untuk Pan- Borneo Highway. Akan tetapi, untuk kes pembangunan rel, saya ingin menyatakan bahawa kerajaan sekarang meneruskan apa juga perancangan yang sedia ada. Walaupun kita terlewat— contohnya, kita sepatutnya siap ECRL pada tahun 2024. Tetapi disebabkan ada kekangan tertentu, maka sekarang kita kena tolak, kena memulakan projek itu dengan lebih cepat. Kita ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor, di mana sebelum itu masih ada 18 bulan tidak diberi kebenaran, tetapi selepas kita berbincang sebanyak 37 kali, dapat persetujuan daripada kerajaan negeri dan kini kesemua negeri kita dalam senada, sehati, sejiwa untuk kita menyiapkan projek ini mengikut waktu yang telah dirancang.
Walaupun anjak ke belakang sedikit, tetapi kesannya ialah mereka yang hendak balik ke Kota Bharu yang kini mungkin tujuh jam hingga lapan jam pada waktu biasa, atau kalau perayaan Aidilfitri mungkin selama 12 jam, tetapi apabila kita ada kelajuan 140 kilometer sejam...
Sekali setahun sahaja.
...Maka ia dapat disingkatkan kepada empat jam sahaja, contoh. Jadi, begitu juga projek lain yang saya tak nak huraikan satu persatu. ETS, Gemas–JB masih berjalan. Jadi, kita kena kejar, memastikan projek berjalan. MRT3 dibawa semula kerana kita melihat dari segi kos, kita gunakan cara yang kerajaan boleh tanggung. Apa caranya? Kita telah mengambil keputusan untuk membuat tender secara terbuka. Ini antara perkara yang— Mungkin kalau ikut perancangan awal ia perlu diawalkan dahulu, tetapi oleh sebab ada kekangan sepertimana yang saya katakan, kita tidak toleh ke belakang, kita terus untuk memastikan projek ini berjalan, membantu kita untuk mengalihkan penggunaan mod pengangkutan daripada menggunakan kereta yang ada sekarang kepada pengangkutan awam.
Eskalator MRT repair dahululah.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan yang kedua, saya menjemput Yang Berhormat Seremban.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita membicarakan soal kesesakan jalan raya, kita perlu lihat kesesakan di Kuala Lumpur. Setiap hari, bukan sahaja hujung minggu. Salah satu projek yang menyebabkan kesesakan ini ialah kerana sekarang ini sistem KTM komuter tidak berfungsi dengan baik. Ini kerana kita tahu bahawa salah satunya ialah Projek Menaik Taraf Landasan Kereta Api KVDT Fasa 2. Projek KVDT Fasa 2 ini diberhentikan oleh Yang Berhormat Menteri pada bulan Ogos 2018. Saya hendak tahu, apakah status projek sekarang ini? Adakah ia dihidupkan semula? Adakah ia dilanjutkan ataupun apakah tindakan daripada pihak kementerian? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Seremban. Sila Yang Berhormat Menteri, satu minit.
Terima kasih Yang Berhormat. Mengenai apa yang dibangkitkan Yang Berhormat, sebenarnya Yang Berhormat ada soalan secara khusus tentang ini. Jadi, saya akan memilih waktunya untuk menjawab secara terperinci kepada Yang Berhormat. Akan tetapi, secara sepintas lalu, saya menyatakan bahawa kalau kita melihat double track project, dia ada fasa 1 dan fasa 2. Fasa 1 pun kelewatan hampir 356 hari. Ini bermaksud masih belum dapat disiapkan. Sepatutnya ia disiapkan pada tahun 2019 tetapi disebabkan ia setakat ini masih lagi belum dapat dilaksanakan pada tahap 90 peratus kerja siap. Jadi, bermaksud kesinambungan KVDT 1, KVDT 2. Jadi, tidak mengapa, Yang Berhormat, saya rasa ada soalan secara khusus, tetapi apa juga saya rasa pihak Jemaah Menteri, kita melihat keseluruhan, kita kena lihat bahawa projek ini kesinambungan KVDT 1 dan KVDT 2 dan apa juga keputusan yang dibuat oleh kerajaan, kita mengambil kira kepentingan bersama. Terima kasih.
Terima kasih.
Soalan tambahan.
Soalan tambahan. Lembah Pantai.
Masa sudah panjang untuk soalan yang pertama ini.
2. Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kapar] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan apakah rasional kementerian memproses 200 ribu permohonan pekerja dari Bangladesh untuk dibawa masuk ke negara ini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, permohonan pekerja asing yang dibuat oleh majikan tidak berdasarkan kepada kewarganegaraan pekerja tetapi permohonan adalah berdasarkan kepada pekerja asing daripada 15 negara sumber. Kelulusan yang diberikan oleh Kementerian Sumber Manusia untuk kuota pekerja asing adalah berdasarkan kepada sektor pekerjaan yang dibenarkan bagi penggajian pekerja asing. Kelulusan kuota tidak berdasarkan kepada kewarganegaraan pekerja asing. Selepas majikan mendapat kelulusan kuota pekerja asing daripada Kementerian Sumber Manusia dan setelah membuat pembayaran levi kepada pekerja asing di Jabatan Imigresen Malaysia, maka majikan boleh menentukan pekerja asing dari negara sumber yang ingin mereka gajikan. Justeru, maklumat mengenai saya meluluskan 200,000 orang pekerja asing dari Bangladesh adalah merupakan fakta yang tidak benar.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Meneliti daripada jawapan Menteri dan memahami hasrat yang dikehendaki waktu ini, tetapi kita tidak boleh menyanggah seksyen 60M yang mengatakan dengan jelas, tidak boleh meminggirkan pekerja tempatan dan mengambil pekerja asing. Namun, saya akui bahawa ada keperluan-keperluan tertentu. Akan tetapi, saya hendak menyinggung sedikit tentang persiapan kementerian dalam melebar luaskan TVET untuk memastikan bahawa kemahiran pekerja tempatan itu dapat dilebarluaskan supaya mereka dapat menyertai sektor-sektor yang tidak berisiko. Juga, apakah persiapan kementerian setelah berlakunya pandemik COVID-19 ini kepada mereka yang telah kehilangan pekerjaan? Supaya mereka juga dapat menyertai sektor-sektor yang tidak membimbangkan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat. Sebab itu Kementerian Sumber Manusia melalui agensi-agensinya telah menambahkan latihan-latihan kemahiran, khususnya reskilling dan upskilling untuk memastikan peluang-peluang ini diberikan kepada warga tempatan.
Baik, soalan tambahan yang kedua. Saya jemput Yang Berhormat Bintulu.
Terima kasih. Soalan diberi kepada Yang Berhormat Menteri. Saya mahu tahu ini soal memproses pekerja dari Bangladesh, saya mahu tahu kenapa sektor-sektor perladangan, construction sector, sektor pembinaan begitu susah mendapatkan pekerja? Saya difahamkan memang ia mahu melalui ejen. Kalau mana-mana pihak tidak mahu melalui ejen, memang tidak dapat. Kenapa kita tidak boleh memproses permohonan daripada siapa-siapa yang berminat memasukkan pekerja untuk dia punya company sendiri untuk perladangan ataupun pembinaan?
Kita tahu sekarang ada kekurangan seluruh negara. Kenapa sampai hari ini tidak selesai? Baru-baru, minggu yang lepas, Perdana Menteri baru arah lagi, sekali lagi. Sampai hari ini, masih lagi kongkalikung, 10 kali sama juga tidak selesai. Saya minta jawapan daripada Yang Berhormat Menteri.
Silakan Yang Berhormat Menteri, satu minit.
Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita lihat daripada segi pelaksanaan, kita telah menghapuskan ejen-ejen. Sebelum ini memang ada kebenaran untuk agensi pekerja asing untuk membawa masuk pekerja asing. Akan tetapi kita telah menghapuskan sehingga saya telah mengumumkan bahawa agensi tidak boleh lagi jadi majikan.
Maka segala permohonan untuk pekerja asing adalah melalui online application. Tidak ada lagi bawa dokumen ke pejabat Menteri. Mana-mana pihak majikan yang perlukan pekerja asing akan mohon melalui online system yang sedia ada. Bukan lagi... [Tidak jelas] application. Maka mana-mana majikan yang perlu pekerja asing tidak perlu lagi go through agent. Kebetulannya, apabila mereka mohon mereka boleh dapat. Masalah hari ini sekarang ini adalah ini satu jabatan baharu di bawah Kementerian Sumber Manusia, maka kita perlukan sedikit masa. Setakat hari ini kita telah lulus lebih daripada 200,000 pekerja asing. Sudah tidak perlu melalui majikan ejen lagi.
Baru-baru ini ada MACC siasat satu Bestinet ini bukan? Kenapa dia melibatkan 20 ejen daripada Bangla? Bangladesh. Itu negara pun tidak mengakui. Tidak mahu mengaku. Setuju itu.
Tuan Yang di-Pertua. Kami tidak berkaitan dengan siasatan tersebut.
Baik. Terima kasih.
Soalan tambahan. Soalan tambahan. Tanjong Manis. Tanjong Manis.
Saya beri satu lagi soalan tambahan...
Tanjong Manis.
...kepada Yang Berhormat Beruas.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa jawapan Yang Berhormat Menteri ini, satu pembohongan besar.
[Dewan riuh]
Oleh kerana selama ini, saya sudah berkali-kali menyatakan setiap kali kerajaan mengumumkan boleh membuat permohonan melalui online, online itu tidak not function at all. Baru saya dapat lagi aduan. Sudah buat pindaan kepada butir-butir syarikat, mesti pergi ke Putrajaya. Kemudian KDN, imigresen kata sistem is not functioning. Asked us to come and apply for amendment after end of August. Apa ini? [Tepuk] Negara sudah berpuluh-puluh bilion ringgit. Setiap tahun kita, orang kata we suffered so much loss. Ini satu jenayah yang amat teruk sekali. Menteri-menteri KDN dan Human Resources mesti bertanggungjawab.
Terima kasih Yang Berhormat Beruas.
Tolong jawab.
Tuan Yang di-Pertua.
Baik. Silakan.
Tuan Yang di-Pertua. Sistem memang berfungsi secara baik dan tidak ada masalah. Saya cabar Yang Berhormat Beruas. Selepas Dewan ini, terus pergi ke Putrajaya. Kita sama-sama semak.
Malaysia bolehlah. Malaysia boleh.
Boleh. Sekarang pun saya sudi pergi.
Saya jemput Yang Berhormat Beruas pergi ke Putrajaya selepas mesyuarat ini, kita tengok betul ke tidak.
Betul.
Jangan...
Ini pengalaman saya sendiri. Tidak berfungsi langsung.
Terima kasih.
Baik Yang Berhormat Beruas. Terima kasih.
Satu lagi soalan.
Soalan pertanyaan lisan seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Datuk Zakaria bin Mohd. Edris, Libaran.
3. Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau [Libaran] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan pendekatan yang diambil oleh kerajaan dalam membanteras jenayah komersial yang membabitkan penipuan dalam talian.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya untuk menjawab soalan ini secara bersekali dengan empat soalan lain yang turut membincangkan isu yang sama iaitu berkenaan dengan penipuan dalam talian oleh Yang Berhormat Kangar pada 19 Julai, Yang Berhormat Kampar pada 19 Julai, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu bertarikh 19 Julai dan juga Yang Berhormat Lembah Pantai bertarikh 2 Ogos. Izinkan saya, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Dalam Negeri melalui PDRM sangat memandang serius isu-isu berkaitan penipuan atas talian ini. Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), PDRM sentiasa memberikan perhatian terhadap kes-kes jenayah yang berlaku kerana kes seumpama ini melibatkan jumlah kerugian yang besar dan sedikit sebanyak mempengaruhi ekonomi negara. Penipuan jenayah atas talian ini dikategorikan seperti Macau Scam, Love Scam, African Scam, belian online, tipu pinjaman tidak wujud dan juga tipu SMS. Jumlah kes yang dilaporkan di seluruh negara bagi tahun 2017 hingga 2022 iaitu Januari hingga Jun adalah sebanyak 89,798 kes melibatkan kerugian bernilai RM2,971,534,364.74. Berdasarkan statistik kes belian online mencatatkan kes tertinggi berbanding kes-kes yang lain iaitu sebanyak 32,791 kes. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh PDRM dalam mengekang sindiket penipuan seperti ini termasuklah dengan meningkatkan penguatkuasaan undang-undang, pengoperasian, tangkapan dan seterusnya menjalankan pendakwaan ke atas mereka yang terlibat dalam penipuan. Sepanjang tahun 2017 sehingga tahun 2022 iaitu Januari hingga Jun seramai 42,884 tangkapan telah dibuat dan sebanyak 25,891 penuduhan telah pun dilaksanakan. Selain daripada tindakan penguatkuasaan undang-undang, pihak PDRM mengambil inisiatif dengan memberikan pengetahuan dan kesedaran pada masyarakat berkaitan penipuan jenayah atas talian melalui kempen-kempen kesedaran. PDRM juga sedia menjalankan kerjasama dengan lain-lain agensi dan NGO agar trend jenayah ini dapat dihebahkan dan masyarakat sentiasa dapat maklum dan alert atau peka terhadap modus operandi penjenayah terkini. PDRM juga menjalankan pameran-pameran di kompleks beli-belah serta tempat- tempat yang dikunjungi orang ramai agar tren jenayah ini dapat dihebahkan dan masyarakat sentiasa mendapat maklumat mengenai modus operandi penjenayah ini. PDRM juga mewujudkan platform akaun Facebook iaitu Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police bagi berkongsi maklumat dan memberi amaran kepada orang ramai mengenai ancaman penipuan jenayah atas talian ini. Orang ramai juga boleh mengakses maklumat secara hujung jari untuk mengelak daripada menjadi mangsa penipuan. Saya juga memohon supaya orang ramai boleh juga melihat portal tersebut melalui pautan ccid.rmp.gov.my/semakmule. Kini ia boleh dimuat turunkan dengan menggunakan telefon mudah alih. Jabatan Siasatan Jenayah Komersial juga telah mewujudkan CCID Scam Reponse Centre di talian 03-26101559 atau 03-2610559 di mana orang ramai boleh
membuat panggilan untuk mendapatkan maklumat dan menyemak kesahihan panggilan bagi sebarang transaksi yang meragukan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sila soalan tambahan pertama Yang Berhormat Libaran.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan syabas kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah memberi jawapan yang baik. Sememangnya, kempen kesedaran dapat memastikan bahawa lebih ramai lagi rakyat di negara ini peka terhadap sindiket penipuan jenayah komersial supaya orang ramai atau orang awam tidak lagi terjebak atau terpedaya dengan jenayah atas talian ini. Tuan Yang di-Pertua, adakah kementerian bercadang untuk menubuhkan jawatankuasa khas dengan kerjasama kementerian agensi dan juga membanteras penipuan atas talian? Minta juga Yang Berhormat Menteri jelaskan, apakah usaha sama antara kementerian dengan agensi-agensi yang lain supaya mengukuhkan lagi sistem keselamatan negara kita di alam siber pada ketika ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Libaran. Sila Yang Berhormat Menteri, satu minit.
Terima kasih Yang Berhormat. Memang ada satu jawatankuasa induk antara PDRM dan MCMC yang ditubuhkan pada 2 Disember 2021 yang di mana dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Ketua Polis Negara dan juga Pengerusi MCMC. Tujuannya adalah untuk menyelaras dan memastikan tindakan penguatkuasaan membabitkan kedua-dua agensi ini dapat dilaksanakan dengan lebih cepat dan berkesan termasuk daripada segi penyiasatan operasi pencegahan dan juga pentadbiran. Pengukuhan kerjasama ini merupakan komitmen kedua-dua pihak bagi melindungi pengguna internet dalam negara termasuk dalam isu berkaitan ketenteraman awam di media sosial.
Mengenai soalan yang kedua, memang ada kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta bagi membanteras jenayah siber, melibatkan penipuan atas talian. PDRM telah menjalankan kerjasama dan task force bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), CyberSecurity Malaysia, institusi kewangan, syarikat telco, Bank Negara Malaysia dan lain-lain agensi. Oleh sebab itulah kita telah bangunkan empat platform yang boleh diakses oleh masyarakat iaitu aplikasi Semakmule, CCID Scam Response Center, CID Infoline dan CCID Facebook. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pegawai dan penguat kuasa Polis Diraja Malaysia terutama Yang Berhormat Tan Sri IGP sendiri yang telah turun padang untuk menyedarkan orang ramai dalam kempen-kempen di pusat-pusat membeli belah. Saya juga tertarik dengan tindakan ASP Rahmat Fitri, Ketua bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Sentul, Kuala Lumpur kerana telah membangunkan akaun TikTok bagi menyedarkan orang ramai terhadap tindakan jenayah siber scammer ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan kedua saya jemput Yang Berhormat Lembah Pantai.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin memaklumkan, pada Mac lalu emak saya menjadi mangsa scam. Kehilangan RM75 ribu wang simpanan Tabung Haji dan beliau telah menghantar memorandum kepada Yang Berhormat Menteri Undang-undang dan macam-macam lagi telah diusahakan. Isunya, ialah kita tidak tahu daripada angka yang disebutkan oleh Yang
Berhormat Menteri tadi, RM25,891 dihadapkan pertuduhan. Berapa ramai di kalangan yang telah dituduh dan dihadapkan ke mahkamah ini adalah kepala scammer? Kedua, macam mana dalam kes Tabung Haji itu, orang boleh tuju orang seperti emak saya yang tahu dia ada simpanan sedemikian banyak? RM75 ribu dalam masa lima belas minit hilang. Kenapakah bank-bank juga tidak menghentikan transaksi seperti itu? Sebagai Ahli Parlimen, sekiranya saya mengeluarkan cek untuk katalah RM5,000, RM10 ribu, bank akan call saya tanya. Kenapa dalam kes-kes seperti emak saya dan juga ramai lain, RM660 juta hilang akibat scam setiap tahun untuk lima tahun kebelakangan ini. Kenapakah bank-bank juga tidak memberikan bantuan menghentikan transaksi- transaksi ini daripada diteruskan? Mohon...
Sila.
Adakah tindakan untuk menangkap, mendakwa kepala-kepala scammer? Jangan tangkap mule. Mereka adalah orang bawahan. Tangkap kepala-kepala scammer, atau adakah mereka kebal sebab ada kabel? Sila jawab.
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri. Satu minit.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat, kita tidak memilih bulu untuk menangkap, menyiasat dan sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan sama ada scammer atau bapa kepada scammer. Saya merasa simpati terhadap kejadian yang berlaku pada ibu Yang Berhormat dan sebenarnya memang – kalau kita merasakan ragu terhadap panggilan telefon yang dibuat oleh orang lain, sebab itu saya menyatakan boleh kita buat semakan dengan response centre kita di talian 03-26101559 atau 03-2610559 dan saya hendak sebut...
Yang Berhormat Timbalan Menteri, emak saya bekas PTD, bekas PTD pun tertipu.
Ya, betul.
Jadi, ramai yang tidak tahu.
Ya betul. Oleh sebab itu saya katakan tadi kerugian kita hampir RM3 bilion akibat daripada perbuatan scammer ini dan menyebabkan- itu merupakan satu kesalahan yang sangat besar di dalam negara kita dan kita ambil sedia terhadap kesalahan yang dilakukan oleh scammer ini. Saya hendak sebut, kita ada kerja sama dengan Bank Negara, sebab itulah beberapa perkara yang perlu kita cadangkan untuk membuat pindaan kepada undang- undang iaitu bagi seksyen 116 Kanun Tata Jenayah yang memberi kuasa kepada pegawai penyiasat untuk membeku akaun bank yang digunakan oleh aktiviti jenayah. Ini kita hendak buat pindaan. Kedua, pindaannya dalam seksyen 424, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman bagi kesalahan pemegang akaun bank itu sendiri membenarkan pihak ketiga menggunakan akaunnya dan menyebabkan pihak Bank Negara boleh mengambil tindakan. Itu kita akan lakukan pindaan kepada peruntukan undang-undang bagi membolehkan kita membuat siasatan dan membuat tuduhan kepada pihak yang bertanggungjawab. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih.
Soalan tambahan.
Tuan Yang di-Pertua, soalan.
Ringkas sahaja tambahan.
Isu penting.
Saya ingin teruskan.
Kampar. Penting tentang akaun bank itu.
Yang Berhormat Kampar ada, baik.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sama ada soalan tambahan daripada Yang Berhormat Kampar. Sila, Yang Berhormat Kampar.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi, Yang Berhormat Timbalan Menteri telah mengatakan antara langkah yang akan diambil adalah terhadap pemegang akaun bank tersebut. Adakah juga mengkaji secara lanjut lagi, bukan sahaja membeku dan menyenaraihitamkan nama mereka? Adakah undang-undang akan digubal untuk menuduh mereka sebagai bersubahat dalam scammer ini?
Terima kasih Yang Berhormat Kampar. Sila.
Sepertimana yang saya sebutkan tadi, dua pindaan yang akan kita lakukan terhadap pemegang akaun dan apabila ada asas-asas yang kukuh, mereka ini terlibat dengan scammer, kita akan menjalankan siasatan dan membuat tuduhan dan menghadapkan mereka ini ke mahkamah. Yang Berhormat jangan bimbang, memang kegiatan scammer ialah satu perbuatan jenayah yang besar yang boleh merugikan ekonomi negara termasuk rakyat kita rakyat Malaysia. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Minta maaf Yang Berhormat Miri, maksimum tiga tambahan sahaja. Saya ingin meneruskan.
Saya mahu cakap ya, saya... [Pembesar suara dimatikan]
Saya ingin meneruskan dengan menjemput Yang Berhormat Tuan William Leong Jee Keen, Yang Berhormat Selayang.
4. Tuan William Leong Jee Keen [Selayang] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan: (a) rancangan-rancangan untuk membina incinerator sisa kepada tenaga di negara ini; dan (b) langkah-langkah untuk memastikan pembinaan dan teknologi sisa loji rawatan tenaga tidak membahayakan kesihatan dan alam sekitar.
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ahli Yang Berhormat, sebelum saya menjawab terus kepada soalan yang telah pun diajukan, izinkan saya untuk memberi sedikit gambaran umum berkenaan senario pengurusan sisa pepejal di Malaysia ketika ini. Untuk makluman Yang Berhormat, pada tahun 2021, Malaysia menjanakan sebanyak 38,206 tan sisa pepejal sehari dan jumlah ini diunjurkan meningkat kepada 39 ribu tan sehari pada tahun 2025. Daripada jumlah janaan tersebut, sebanyak 31.52 peratus telah dikitar semula dan selebihnya dilupuskan di tapak pelupusan incinerator dan juga lain-lain kaedah pelupusan.
Bagi mengatasi peningkatan janaan sisa pepejal ini secara holistik, kerajaan kini menumpukan usaha untuk mempercepatkan peralihan daripada konsep pengurusan sisa pepejal secara ekonomi linear kepada secara ekonomi kitaran sebagaimana yang telah digariskan dalam Bab 8, RMKe-12. Usaha ini meliputi dua prinsip utama. Pertama, untuk mengurangkan kebergantungan kepada tapak pelupusan ataupun, dengan izin, zero waste to landfill. Melalui penerokaan teknologi-teknologi yang terkini dan pembangunan industri hiliran bagi memproses sisa pepejal. Kedua, adalah bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan atau reducing government expenditure melalui pembangunan model perniagaan berasaskan ekonomi kitaran. Untuk makluman Yang Berhormat, pelaksanaan pembinaan Loji Rawatan Termal atau pun waste-to-energy merupakan perancangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di negeri yang menguatkuasakan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam tahun 2007 ataupun Akta 672. Seiring dengan perkembangan teknologi rawatan sisa pepejal berasaskan ekonomi kitaran, pembinaan fasiliti rawatan sisa pepejal oleh KPKT tidak terhad kepada teknologi incinerator sahaja tetapi boleh juga menggunakan teknologi-teknologi lain yang bersesuaian seperti: (i) Materials Recovery Facility (MRF); (ii) Anaerobic Digester (AD); dan (iii) Mechanical and Biological Treatment (MBT). Pada masa ini, terdapat sebuah Projek Integrated Waste Treatment Facility iaitu di Ladang Tanah Merah, Negeri Sembilan yang sudah pun selesai pembinaan dan sedang menjalani proses pengujian dan pentauliahan ataupun testing and commissioning dan terdapat tiga lagi Projek WTE iaitu di Rawang Selangor, Bukit Payung Johor dan Sungai Udang yang sedang dalam proses untuk dimuktamadkan rundingan terma utama perjanjian konsesi. Manakala, tiga buah lokasi lagi dalam perancangan masa hadapan KPKT iaitulah Seelong di Johor, Semeling di Kedah dan Gebeng di Pahang.
Fasiliti bersepadu di ketiga-tiga lokasi ini dijangka akan ditawarkan melalui tender terbuka ataupun melalui RFP yang akan bermula tahun 2023 hingga tahun 2027. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, bagi memastikan pembinaan fasiliti bersepadu mengguna pengurusan sisa pepejal tidak berisiko dan berbahaya kepada kesihatan penduduk, kementerian ini telah menetapkan beberapa berikut. Pertama, teknologi yang dicadangkan oleh petender hendaklah terbukti berkesan pelaksanaannya di lapangan. Kedua, ia perlu mematuhi kesemua syarat dan keperluan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling [Akta 127] yang merangkumi keperluan syarat pelepasan gas dan sisa larut resap terawat efluen. Selain daripada itu Kajian Impak Alam Sekitar (EIA) perlu dijalankan bagi mengenal pasti dan mengatasi isu-isu berkaitan pencemaran dan juga kacau ganggu kepada penduduk dan juga alam sekitar. Sebagai contoh, gas-gas yang dihasilkan oleh loji insinerator (WTE) akan dirawat oleh sistem air pollution control (APC) dan kualiti pelepasannya dipantau secara online oleh Jabatan Alam Sekitar menggunakan Continuous Emission Monitoring Systems (CEMS) secara real-time. Penggunaan alat APC yang terkini membolehkan pelepasan gas dioxin dan furan tidak melepasi piawaian yang ditetapkan oleh JAS iaitu 0.1 nanogram toxicity equivalent per meter cube. Di samping itu, pemasangan panel paparan awam maknanya awam boleh melihat dan menyaksikan secara real-time diwajibkan dipasang di loji WTE yang akan dibina bagi memaparkan kualiti pelepasan awam semua secara telus kepada orang awam. Terima kasih.
Kerajaan telah membuat keputusan untuk memindah projek loji Waste-To-Energy daripada Taman Beringin, Kepong ke Rawang antara beberapa kawasan yang telah dikatakan tadi oleh Yang Berhormat. Lokasi baharu ini di Rawang berhampiran Kawasan Perindustrian KRI Rawang, Taman Tun Teja dan Taman Pinggiran Pelangi dengan jarak masing-masing sejauh 1.4 kilometer, 1.5 kilometer dan dua kilometer dari tapak cadangan loji waste-to-energy. Yang Berhormat Menteri telah katakan bahawa adanya gas-gas seperti dioxin dan furan yang menyebabkan penyakit barah, juga ada abu di bawah (bottom ash) dan abu terbang (fly ash). Soalan saya ialah bukan langkah-langkah mitigasi untuk mengurangkan risiko tetapi apa alasan dan apa kriteria digunakan oleh kerajaan untuk memilih tapak loji berhampiran penduduk? Bukankah lebih baik untuk mencegah daripada merawat supaya tidak mendedahkan penduduk-penduduk kepada pencemaran dan risiko kepada mereka dan juga untuk menjaga keselamatan dan kesihatan mereka. Apakah kriteria untuk memilih tempat-tempat loji ini?
Terima kasih Yang Berhormat. Saya hendak memberi sedikit latar belakang kepada projek yang ditanyakan oleh Yang Berhormat. Projek ini sebenarnya bermula pada tahun 2017. Pada asalnya ia perlu dibina di Lembah Beringin dan kemudiannya disebabkan oleh bantahan orang awam maka ia akhirnya telah pun diusulkan di dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada tahun 2020 untuk dipindahkan ke negeri Selangor. Pemindahan lokasi ini juga telah dipersetujui oleh Majlis Tindakan Ekonomi Selangor pada 13 Ogos 2020 berkenaan dengan cadangan lokasi tersebut. Sebagaimana yang saya sebut bahawa pemilihan syarikat ataupun mereka yang telah diberi untuk melaksanakan ini masih tertakluk kepada some compliance that they have to fullfill ataupun condition precedent. Antara yang paling utama ialah untuk mendapatkan penilaian alam sekitar secara keseluruhan dan juga perlu mendapatkan kelulusan pihak berkuasa termasuk dalam pelan pembangunan kebenaran merancang yang juga akan melihat aspek-aspek berkenaan. Pada waktu ini, WTE Rawang masih lagi dalam proses untuk meneliti semua sebelum dimuktamadkan perjanjian sehingga ia dapat comply keseluruhan syarat-syarat tersebut then only perjanjian akan ditandatangani. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan kedua. Saya jemput Yang Berhormat Beaufort.
Soalan tambahan.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.
Selepas ini Baling Tuan Yang di-Pertua. Tolong.
Kita bercakap tentang insinerator dan semua itu tetapi untuk kawasan di Daerah Beaufort yang sudah diluluskan sekian lama melebihi lima tahun, rakyat di Kampung Muhibah itu yang cuma hanya beberapa meter sahaja dari tapak pelupusan sampah yang sedia ada menderita setiap hari. Sehingga sekarang belum lagi dilaksanakan walaupun kita sudah sediakan tapak yang baharu. Sekiranya Yang Berhormat Menteri, sekiranya ini tidak sesuai disebabkan oleh masalah yang lain-lain, yang mungkin ada bangkangan dan sebagainya daripada pihak-pihak tertentu seperti EIA dan sebagainya. Apakah cadangan kementerian untuk memastikan masalah yang sudah sekian lama ini dapat diselesaikan dan rakyat saya di Kampung Muhibbah dan berdekatan itu tidak lagi menikmati bau yang sangat dahsyat itu? Tadi bercakap tentang habuk ini bau yang setiap hari mereka cium, bukannya wangi tetapi bau yang busuk sangat ini. Apakah
tindakan kementerian untuk memastikan perkara ini dapat diselesaikan dengan segera dan kita tidak menunggu lagi another five years? Thank you very much.
Terima kasih kakak saya ini, garangnya ini. [Ketawa] Cuma saya hendak maklumkan pelaksanaan WTE ini Yang Berhormat ialah di negeri-negeri yang menerima pakai Akta 672. Negeri yang menerima pakai Akta 672 setakat ini hanyalah tujuh buah negeri iaitu Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis dan juga Kedah. Manakala, Sabah bukan negeri yang menerima pakai Akta 672. Jadi untuk soalan yang dibangkitkan tadi secara spesifik mungkin saya boleh dapat secara detail dan untuk saya...
Yang Berhormat, ini sudah diluluskan oleh kementerian Yang Berhormat. Masa saya jadi Timbalan Menteri lagi dahulu pun, sudah.
Ya, ya.
Jadi tidak ada masalah kata tidak diterima kah apa. I think no problem, Sabah sudah memberikan tanah pun untuk tujuan ini. Negeri Sabah sudah memberikan tanah meluluskan cumanya sekarang bila hendak dilaksanakan ini? Itu yang saya ingin dapatkan.
Biar saya dapat maklumat secara lebih tepat supaya saya boleh beri jawapan yang lebih tepat kepada Yang Berhormat.
Tuan Yang di- Pertua.
Terima kasih.
Isu Baling Tuan Yang di-Pertua, penting. Fasal kes Baling banjir ini, saya hendak minta tolong KPKT sekejap. Minta bagi laluan dahulu.
Sila.
Bercakap fasal..
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri KPKT. Saya hendak ucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih. Bomba datang daripada peringkat awal lagi telah membantu menyelamatkan rakyat kami di Baling baru-baru ini. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kepala Batas pun sudah hantar bantuan kepada kami, thank you very much. Cuma saya hendak minta kepada Yang Berhormat Menteri, adakah boleh bantu kami memandangkan sisa-sisa sampah yang begitu dahsyat sedang bertaburan. Saya takut penyakit susulan akan dapat di kawasan Parlimen Baling ini memandangkan majlis kita tidak ada kekuatan (strength) untuk menyelesaikannya. Bolehkah Yang Berhormat Menteri memberikan arahan kepada majlis di kawasan Kedah Utara contohnya, Kulim, Sungai Petani, Merbok dan sebagainya untuk datang membantu clearkan sisa-sisa sampah yang begitu banyak sekali masih lagi bertaburan di kawasan kami, yang kami tidak mampu menyelenggarakannya. Thank you. Saya harap sangat Yang Berhormat Menteri boleh bantu.
Insya-Allah Yang Berhormat Baling, saya ambil perhatian. Sememangnya kalau di negeri Kedah yang membabitkan soal pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam ini ia dikendalikan oleh sebuah syarikat konsesi E-Idaman. Sebagaimana model yang kita lakukan di Selangor, walaupun bukan di bawah Akta 672, kita akan lakukan juga di negeri Kedah dan di Baling. In fact, SWCorp telah pun diarahkan untuk melihat dan membantu bagi membersihkan sisa-sisa yang berada di bawah kawal seliaan majlis-majlis daerah dan PBT. Terima kasih.
Jasa mu akan dikenang.
Tuan Yang di-Pertua, minta izin sebab Yang Berhormat Menteri ada sebut Sungai Udang, kawasan saya tadi.
Minta maaf, maksimum tiga soalan tambahan sahaja. Seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang, Kota Samarahan.
5. Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang [Kota Samarahan] minta Menteri Kesihatan menyatakan keadaan terkini ancaman varian baharu COVID-19 dan tindakan kementerian menghadapinya.
Tuan Yang di- Pertua, peningkatan kadar jangkitan COVID-19 telah mula dikesan sejak pertengahan bulan Jun yang lepas berdasarkan jangkitan baharu melebihi 2,000 kes dan trend jangkitan yang terus meningkat sehingga kini. Berdasarkan hasil surveillance genome SARS-CoV-2 yang dilaksanakan oleh Ahli-ahli konsortium IMR, KPT, MGVI serta hasil penyumber luaran perkhidmatan penjujukan genome SARS-CoV-2 didapati bahawa trend kenaikan kes adalah melibatkan varian BA.5 iaitu seperti yang sedang berlaku di negara-negara lain seperti Singapura, Eropah dan juga Afrika Selatan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, varian BA.5 merupakan sub-lineage di bawah varian Omicron dan mempunyai dua ciri utama iaitu pertama kadar jangkitan yang lebih tinggi berbanding dengan sub varian Omicron yang lain. Kedua mempunyai kerintangan lebih tinggi terhadap antibodi yang dihasilkan oleh vaksin dan dengan ini boleh menyebabkan jangkitan semula. Bagi menghadapi ancaman varian baharu ini, Kementerian Kesihatan akan terus melaksanakan strategi sepertimana yang telah dilaksanakan semasa menghadapi gelombang varian Delta dan Omicron sebelum ini iaitu: (i) menggunakan pendekatan bagi pertama menyelamatkan nyawa; (ii) mengurangkan tahap keterukan jangkitan COVID-19 terutama sekali dalam kalangan golongan berisiko tinggi; (iii) melindungi sistem kesihatan awam negara bagi memastikan ia mampu berfungsi secara optimum pada setiap masa; dan (iv) memudahkan proses pemulihan penghidupan ataupun livelihood dengan izin yang terjejas akibat kejadian pandemik yang berlaku. Justeru, KKM telah mempersiapkan beberapa langkah proaktif sebagaimana berikut. Pertama, mengaktifkan semula National COVID-19 Rapid Response Task Force. Sekiranya peningkatan kes COVID-19 mencapai nilai ambang yang telah dikenal pasti, pasukan task force ini ditubuhkan bagi mengelakkan krisis apabila sistem kesihatan di Malaysia semakin dibebani dengan lambakan kes COVID-19. Kedua, memperkenalkan penggunaan ubat antiviral Paxlovid ke dalam COVID- 19 clinical care pathway sejak 15 April dalam kalangan pesakit yang menerima rawatan di klinik kesihatan, CAC, PKRC dan hospital KKM. Ubat ini merupakan ubat antiviral oral pertama di Malaysia untuk merawat pesakit COVID-19 yang mengalami gejala ringan hingga sederhana ataupun kategori 2 dan 3. Keutamaan pemberian rawatan Paxlovid adalah kepada kumpulan pesakit COVID-19 yang berisiko tinggi. Seterusnya, bagi memastikan akses yang lebih baik pada pesakit, rawatan ini telah diperluaskan ke fasiliti kesihatan swasta yang dikenal pasti bermula 20 Jun. Pemberian ubat ini kepada pesakit fasiliti kesihatan swasta adalah secara percuma.
Namun, pesakit masih tertakluk kepada caj, khidmat rundingan dan lain-lain caj berkaitan yang ditentukan oleh fasiliti kesihatan swasta. Ketiga, meningkatkan peratusan individu yang layak menerima vaksin dos penggalak bagi mengurangkan penularan jangkitan. Akan tetapi yang lebih penting bagi mengurangkan jangkitan serius serta kematian. KKM menggesa agar semua individu yang layak tampil untuk mendapatkan perkhidmatan ini supaya populasi Malaysia mendapat perlindungan yang optimum terhadap penyakit COVID-19. Setakat ini, masih ada 6,842,911 dewasa yang layak untuk menerima dos penggalak pertama. Akan tetapi masih belum menerima dos penggalak. Ini adalah 30 peratus daripada kumpulan dewasa di Malaysia. Saya juga pada hari ini ingin umumkan bahawa bagi pemberian dos penggalak kedua yang telah kita syorkan kepada individu yang berusia 60 tahun ke atas dan juga mereka yang berisiko tinggi berumur 18 hingga 59 tahun. Hari ini saya ingin umumkan bahawa individu yang sihat berumur 50 hingga 59 tahun juga boleh diberikan vaksin dos penggalak yang kedua jika mereka memilih demikian untuk perlindungan daripada risiko penyakit yang teruk. Keempat, mengukuhkan pengurusan COVID-19 melalui pendigitalan pengurusan kesihatan. Perkara ini dilaksanakan dengan menambah baik pengurusan COVID-19 melalui pendekatan FTTIS yang telah pun diautomasikan sepenuhnya. Kelima, memastikan semua CAC yang beroperasi secara fizikal di klinik kesihatan dan di komuniti mahupun secara maya bersedia untuk menerima kedatangan pesakit yang meningkat. Keenam, memantau rapi penularan jangkitan COVID-19 dalam masyarakat melalui pelaksanaan aktiviti surveillance melibatkan lokasi sentinel, influenza-like illness dan severe acute respiratory infection di seluruh negara dan disokong dengan aktiviti penjujukan genom yang menyeluruh bagi virus SARS-CoV-2 serta aktiviti surveillance persekitaran melalui pensampelan air kumbahan dari lokasi pensampelan yang dikenal pasti di seluruh negara. Ketujuh, menggerakkan inisiatif agenda Nasional Malaysia Sihat di semua peringkat dan inisiatif ini antara lain bertujuan memperkasa kawalan kendiri kesihatan merangkumi pemerkasaan individu mengambil tindakan pencegahan penyakit, menilai status kesihatan diri, memastikan kepatuhan rawatan, mengamalkan norma baharu seperti kerap mencuci tangan dan pemakaian pelitup muka yang masih wajib di kawasan tertutup kecuali semasa makan atau memberi ucapan. Yang Berhormat Bagan, okey. Yang Berhormat Ketereh, okey. Bagi yang lain, tanya sendirilah.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan pertama. Sila Yang Berhormat Kota Samarahan.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang begitu baik dan memuaskan. Tahniah kepada kementerian dan juga kerajaan yang telah pun mengambil langkah yang begitu proaktif dalam menangani isu COVID-19. Soalan tambahan saya, sejauh manakah program imunisasi COVID-19 kebangsaan yang dijalankan sebelum ini mampu untuk kita berhadapan dengan varian- varian yang datang memandangkan COVID-19 yang sentiasa bermutasi dan adakah perancangan ataupun pelan tindakan kerajaan untuk memastikan pelaksanaan pemberian dos penggalak kedua kepada rakyat serta bagaimanakah rakyat khasnya masyarakat di luar bandar untuk mendapatkan ubat antiviral bagi mereka yang berisiko dan terkena jangkitan COVID-19? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Samarahan. Sila Yang Berhormat Menteri. Satu minit.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Kota Samarahan. Sepertimana yang saya sebutkan tadi. Kumpulan kerja teknikal di
bawah Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesyorkan pemberian dos penggalak kepada kumpulan-kumpulan tersebut. Pertama, individu berumur 60 tahun ke atas dengan komorbiditi berisiko tinggi. Individu berumur 60 tahun ke atas tanpa komorbiditi serta mendapat saranan daripada pengamal perubatan. Maksudnya semua di usia 60 tahun ke atas boleh menerima dos penggalak yang kedua. Setakat hari ini, kita telah pun memberi dos penggalak yang kedua kepada 225,848 orang. Kumpulan yang ketiga adalah mereka yang tinggal di fasiliti penjagaan jangka panjang. Keempat, individu berusia 18 hingga 59 tahun yang berisiko tinggi. Maksudnya mereka ada komorbiditi ataupun penyakit kronik. Kelima, petugas barisan hadapan dan yang keenam yang saya sebutkan tadi yang menjadi kumpulan yang terbaharu adalah individu usia 50 hingga 59 tahun yang tidak ada apa-apa masalah penyakit kronik. Kita juga memberi pengecualian kepada sesiapa yang hendak mengembara ke luar negara walaupun mereka berusia di bawah 50 tahun untuk menerima dos penggalak kedua sekiranya mereka ada urusan ke luar negara.
Jadi, bagi soalan Yang Berhormat tadi berkenaan dengan varian-varian baharu. Kementerian Kesihatan juga sedang melihat kepada penghasilan vaksin-vaksin generasi baharu yang mungkin akan ke pasaran dan mendapat kelulusan badan-badan regulatori kesihatan. Sekiranya didapati vaksin ini berkesan dan selamat, vaksin yang dibangunkan untuk varian seperti Omicron dan sebagainya, mungkin perolehan boleh dipertimbangkan untuk masa yang akan datang. Untuk makluman Yang Berhormat, kita sudah pun perkembangkan pemberian Paxlovid sampailah ke peringkat daerah-daerah dan juga termasuklah di negeri Yang Berhormat. Untuk makluman, di fasiliti kesihatan kerajaan sahaja di Sarawak, kita telah memberi 300 orang pesakit COVID-19 ubat antiviral Paxlovid yang mana 75 ubat diberikan melalui hospital, 224 ubat di klinik kesihatan. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Maksudnya, di klinik kesihatan di seluruh negeri Sarawak dan kita akan terus expand kemudahan antiviral Paxlovid ini, bukan hanya di kawasan-kawasan bandar tetapi juga di klinik-klinik kesihatan di kawasan luar bandar yang sudah pun dibekalkan dengan ubat antiviral tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, Bandar Kuching.
Yang Berhormat Bagan, silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang untuk membuat soalan tambahan. Saya nak tanya Yang Berhormat Menteri Kesihatan. Memandangkan varian baharu ini gejalanya ialah long Covid, di mana sungguhpun mereka mungkin bebas daripada COVID-19 tetapi kesannya berlarutan. Oleh itu, adalah penting bahawa ubat-ubatan wujud untuk memberikan rawatan seterusnya. Dalam aspek ini, bolehkah Yang Berhormat menyatakan kedudukan bekalan ubat-ubatan sekarang? Oleh kerana terdapat banyak aduan bahawa dalam negara kita telah pun wujud kekurangan ubat-ubatan sehingga saya rasa kalau tak silap, Yang Berhormat sendiri pun mengeluarkan kenyataan bahawa stockpile yang wujud telah pun dilepaskan untuk mengurangkan kekurangan ini. So, bolehkah Yang Berhormat menyatakan sejauh manakah perkara ini boleh diatasi? Bukan hanya untuk COVID-19 tetapi untuk penyakit-penyakit lain, khususnya kanak-kanak sepertimana ada klip video yang diviralkan oleh doktor-doktor daripada hospital kerajaan dan di manakah perkara ini paling serius sekali? Negeri manakah? Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan itu yang penting. Untuk makluman Yang Berhormat, disebabkan masalah rantaian bekalan dunia, masalah lockdown di negara China, masalah geopolitik dunia dan sebagainya, dunia memang mengalami masalah kekurangan ubat-ubatan dan Malaysia tidak terkecuali. Saya telah mengadakan sesi libat urus bersama dengan persatuan-persatuan perubatan, bersama dengan persatuan-persatuan farmasi dan juga bersama dengan pengeluar-pengeluar ubat-ubatan dan farmaseutikal pada hari Khamis yang lepas. Antara lain, kita dapati bahawa di fasiliti kesihatan swasta terutamanya, di klinik-klinik GP dan juga di komuniti farmasi ataupun pharmacy communities, terdapat kekurangan terutamanya ubat-ubatan untuk selesema, demam dan batuk (common flu, fever and cough medicine), dengan izin. Oleh yang demikian, saya telah membuat keputusan bahawa stok penimbal ataupun stockpile kerajaan akan diberi, release kepada fasiliti kesihatan swasta untuk menampung kekurangan yang dihadapi sekarang ini. So, sebagai contoh, Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) akan bermesyuarat dengan bahagian farmasi atau pun Program Perkhidmatan Farmasi KKM dan juga dengan Pharmaniaga iaitu syarikat yang mengendalikan stok penimbal kerajaan, untuk memberitahu apakah ubat-ubatan yang diperlukan. Contohnya, cough, cold medicine, certain antibiotics ada shortage petang ini. Selepas kita menerima senarai daripada APHM, kemudiannya daripada Persatuan Perubatan Malaysia iaitu klinik-klinik swasta GP dan sebagainya. Kita akan dapat release sebahagian daripada stockpile kita untuk pembelian daripada sektor swasta. Saya percaya permintaan yang tinggi ini juga disebabkan peningkatan segi kes- kes influenza yang bermusim, yang sedang berlangsung pada waktu ini. Saya telah terima jaminan daripada pengeluar-pengeluar ubat-ubatan bahawa stok ini akan mula meningkat apabila kita dapat import lebih banyak lagi active pharmaceutical ingredients bermula pada bulan depan. Jadi, dalam masa yang kita menunggu sehingga bekalan ini dapat ditingkatkan lagi, kita akan dahulukan stok penimbal Kerajaan Persekutuan supaya ubat-ubatan yang agak kekurangan ini dapat ditampung melalui Federal stockpile kita. Terima kasih.
Boleh tambah soalan?
Maaf, sebelah sini. Yang Berhormat Jerai, silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya ialah adakah Kementerian Kesihatan bercadang untuk mengetatkan semula SOP bagi mengurangkan bilangan kes COVID-19 yang semakin meningkat pada masa kini, terutama di tempat tumpuan orang ramai? Sekian.
Yang Berhormat, sejak bulan April kita tidak lagi keluarkan apa-apa notis kompaun atas kesalahan SOP, selaras dengan negara kita memasuki fasa peralihan ke endemik. Kita lebih kepada penerangan, pendidikan dan penguatkuasaan yang bersifat pendidikan atau pun educational enforcement dan reminder. Ada beberapa sebab. Pertamanya, kita berpendapat bahawa dalam tahun ketiga pandemik ini, tak perlu lagilah kita menghukum melalui kompaun dan sebagainya mereka yang tidak mematuhi. Kedua, pegawai-pegawai yang diturunkan kuasa oleh Menteri Kesihatan bagi tujuan Akta 342 pun sudah pun tidak ada lagi. Ia hanya kepada pegawai-pegawai KKM sahaja. Maknanya, polis, pegawai-pegawai kerajaan tempatan dan sebagainya tidak lagi ada apa-apa kuasa mengikut undang-undang untuk kompaun mereka yang tidak pakai pelitup muka dan lain-lain. Jadi buat masa ini, kita berpandangan bahawa cukup setakat kita memberi reminder atau pun peringatan kepada orang ramai untuk terus patuh kepada SOP yang masih ada. Contohnya, pemakaian pelitup muka di dalam kawasan yang tertutup. Namun demikian, sekiranya kes semakin meningkat, maka perlu kerajaan buat keputusan untuk
pertimbangkan sama ada nak diperketatkan lagi SOP atau pun tidak. Akan tetapi saya harap bahawa pematuhan rakyat secara sukarela, secara kawalan kendiri dapat dimantapkan tanpa perlu ada apa-apa paksaan atau penguatkuasaan melalui undang- undang yang dipakai selama dua tahun yang lepas.
Boleh tanya satu soalan, Tuan Yang di-Pertua?
Saya boleh membenarkan tiga saja, Yang Berhormat Bandar Kuching.
6. Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh [Bukit Gelugor] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan sama ada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) telah pun membuat keputusan untuk tidak memberi kelulusan terhadap venue Stadium Nasional Bukit Jalil bagi penganjuran kejohanan peringkat Asia sehingga padang terbabit dibaik pulih.
Tan Sri Yang di- Pertua, saya memohon untuk menjawab pertanyaan ini bersekali dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Bukit Gelugor pada 3 Ogos 2022 dan Yang Berhormat Teluk Intan pada 25 Julai 2022 kerana pertanyaan yang sama telah dibangkitkan juga menyentuh isu yang lebih kurang sama. Untuk makluman Dewan yang mulia, bahawa pihak Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) tetap berhasrat untuk meneruskan penggunaan Stadium Nasional Bukit Jalil bagi penganjuran Kejohanan Bola Sepak di peringkat Asia. Walau bagaimanapun, kementerian ini menyedari akan kekurangan keseluruhan kualiti Stadium Nasional Bukit Jalil.
Sehubungan itu, kementerian ini dalam proses menaik taraf Stadium Nasional Bukit Jalil yang akan dijadualkan bermula pada Mac 2023 dan dijangka akan selesai pada penghujung tahun 2023. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak Perbadanan Stadium Malaysia sedang dalam proses memuktamadkan aspek-aspek teknikal dan proses perolehan yang dibenarkan. Siling peruntukan keseluruhan yang telah diluluskan di bawah RMK12 Rolling Plan Ke-12 bagi kerja-kerja naik taraf kesemua kemudahan di bawah seliaan PSM adalah sebanyak RM32 juta. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM11.5 juta diperuntukkan untuk kerja-kerja menaik taraf Stadium Nasional Bukit Jalil yang meliputi kerja-kerja penukaran rumput, kerja-kerja elektrikal dan mekanikal. Kementerian bercadang untuk melaksanakan kerja-kerja menaik taraf secara tender terbuka. Manakala, pembaikan padang akan dilaksanakan ataupun dicadangkan dilaksanakan secara rundingan terus tertakluk kepada kelulusan Kementerian Kewangan. Pada masa ini, pihak PSM telah pun mengambil tindakan untuk menutup Stadium Nasional Bukit Jalil mulai 15 Jun 2022 bagi pelaksanaan kerja-kerja baik pulih fasiliti secara berperingkat. Penutupan ini tidak melibatkan keseluruhan Stadium Nasional Bukit Jalil tetapi hanya kawasan-kawasan yang terlibat dengan kerja-kerja membaik pulih sahaja. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ini adalah satu persoalan yang agak serius oleh kerana kita semua tahu bahawa AFC tersebut telah pun menyatakan bahawa kemungkinan mereka tidak akan memberi peluang kepada permainan bola di Bukit Jalil disebabkan kualiti padangnya. Legenda bola sepak yang kita kenali, Santokh Singh pernah berkata− saya quote Tuan Yang di-Pertua dalam bahasa Inggeris. “Why waste money on equipments? I think some of them − the stadium staff don’t even know how to handle the equipment. It’s better to buy some cows and get them to graze there. They can do a better job”. Ini merupakan satu perkara yang serius kerana stadium kami merupakan ataupun melibatkan imej negara kami kepada dunia. Sekiranya kita tidak mengambil tindakan
segera, ini akan memburukkan imej bola sepak di negara ini. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri telah pun menyatakan bahawa kerja penaiktarafan akan dibuat dalam tahun depan, bulan Mac bermula kalau tidak silap saya. From now until then, what are the steps that are going to be taken dengan izin Tuan Yang di-Pertua untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku sekali lagi? Terima kasih.
Sememangnya kementerian telah pun mengambil tindakan dan langkah-langkah untuk menaik taraf dan membaiki kemudahan-kemudahan yang sedia ada dalam stadium. Kalau kita tengok lima tahun yang lepas, tahun 2017, pada masa itu padang ditukar untuk SEA Games. Jadi, daripada segi jadual dan tempoh masa, memang kementerian telah bersedia untuk menaik taraf. Lagipun dalam dua tahun yang lepas semasa pandemik COVID-19, tiada perlawanan, penggunaan dan sebagainya. Jadi proses telah diambil dan to quote, “We can only be wiser after the event”. Apa yang berlaku ialah insiden air bertakung di padang stadium nasional di mana ia tidak melibatkan− pihak perbadanan pun telah menasihatkan bahawa perlawanan yang dijadualkan dilambatkan ataupun dilewatkan. Memang lumrah berlaku tetapi oleh kerana penganjur ingin teruskan dan kerana masalah air bertakung− ia tidak melibatkan kakitangan PSM, ia melibatkan pekerja-pekerja FAM sendiri. Jadi, ini telah pun dijelaskan dan saya rasa Yang Berhormat pun telah mengikut perkembangan dan penjelasan yang diberi. Tidak perlulah kita repeat benda-benda yang tidak jitu ataupun yang dilaporkan. Daripada segi AFC pun keputusan tidak dibuat. Cuma akan consider blacklist ataupun ban. Itu pun dalam media dan itu pun percakapan seorang sahaja, bukan dalam mesyuarat. Jadi di dalam Parlimen kita ini, kita ikutlah what is official. Sekian, terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Setiu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, sejauh manakah tahap pengurusan Perbadanan Stadium Nasional Bukit Jalil diaudit pada waktu ini memandangkan insiden membuang air hujan di padang stadium tersebut dikritik hebat dan menjatuhkan imej negara baru-baru ini?
Soalan?
Soalan saya, sejauh manakah tahap pengurusan Perbadanan Stadium Nasional Bukit Jalil diaudit pada waktu ini memandangkan insiden membuang air hujan di padang stadium tersebut dikritik hebat dan mencemarkan nama negara?
Sepertimana yang saya katakan tadi, insiden ini tidak melibatkan PSM tetapi melibatkan keputusan yang dibuat oleh FAM. Sepertimana saya katakan bahawa stadium ini memang dijadualkan untuk dinaiktarafkan. Memang langkah- langkah telah diambil, proses-proses lawatan, proses-proses teknikal dan proses-proses kajian. Keputusan dan cadangan pun telah dibuat daripada segi jumlah belanja dan sebagainya. Ia melibatkan juga tawaran pengurniaan JDT di mana untuk membantu ataupun untuk memberikan padang yang baharu yang juga telah pun dilawat. Yang Maha Mulia Tengku Mahkota Johor telah pun melawat dalam bulan Mac dan JDT telah balik kepada kementerian pada awal bulan Jun. Memang ini semua proses dan langkah-langkah telah pun diambil. Keputusan-keputusan yang patut telah pun dibuat.
Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Ipoh Timur.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi kita dengar daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa sejumlah siling peruntukan RM32 juta akan diperuntukkan untuk menaik taraf dan juga membuat kerja-kerja pembaikan Stadium Nasional Bukit Jalil. Namun demikian, apabila kita cuba untuk move forward dengan izin, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah pendirian KBS terhadap punca- punca berlakunya air tertakung yang berlaku pada hari tersebut yang telah pun dengan jelas mencemarkan imej negara?
Sekiranya masalah ini tidak diselesaikan, masalah maintenance tidak diselesaikan, bagaimanakah kita boleh menjamin projek RM32 juta yang akan dilaksanakan tersebut akan membawa hasilnya? Bagi saya, adalah tidak patut KBS menuding jari kepada FAM semata-mata tetapi bagi saya dalam insiden bulan lepas itu, heads must roll dengan izin.
Terima kasih. Silakan.
Inilah masalahnya kalau kita tidak memahami isu sebenar dan trigger-happy. Sebenarnya, sepertimana yang saya katakan stadium ini telah dinaik taraf untuk SEA Games lima tahun yang lepas dan memang telah dijadualkan. Kalau kita tengok perlawanan sebelum ini, PSM telah pun meminta perlawanan ditangguhkan selama 30 minit hingga satu jam dan ia pernah berlaku. Memang sistem kita masa itu − untuk air mengalir. Jadi kita sampai tahap di mana kita sememangnya bukan sahaja RM30 juta itu untuk padang sahaja tetapi melibatkan kerja-kerja pembaikan electrical, mechanical dan sebagainya. Jadi, saya rasa kita sama-samalah tunggu pengumuman yang akan dibuat setelah proses penelitian dan keputusan dibuat. Sekian, terima kasih.
7. Tuan Steven Choong Shiau Yoon [Tebrau] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk meringankan kos sara hidup golongan M40 oleh sebab mereka adalah golongan yang paling terkesan dengan kenaikan harga barang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih sahabat saya daripada Tebrau. Kalau diizinkan saya akan menjawab tiga soalan daripada Yang Berhormat Rasah. Rasah ada? Satu lagi daripada Yang Berhormat Tuaran yang bertanya soalan yang sama kalau diizinkan.
Tuan Yang di-Pertua, soalan yang ingin ditanya oleh Yang Berhormat Tebrau berkaitan dengan langkah yang diambil oleh kerajaan untuk meringankan mereka yang golongan M40. Kemudian Yang Berhormat Rasah, kos sara hidup yang tinggi. Begitu juga dengan Yang Berhormat Tuaran. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman, kerajaan tidak ada satu fokus khusus untuk menyelesaikan masalah kos sara hidup ini untuk golongan M40 sahaja. Ini adalah kerana untuk makluman Dewan yang mulia ini, kita difahamkan bahawa Jabatan Perangkaan Malaysia sedang melaksanakan household income and expenditure survey yang akan tamat pada Disember 2022 ini. Ia mungkin kalau dahulu T20, M40 dan B40. Kemungkinan ia akan berkurang. Mungkin ‘T’ sekarang ini sudah menjadi daripada T20 menjadi T10, ‘M’ mungkin sudah jadi M10 kemudian yang banyak dijangka ialah B60. Itu mungkin akan selesai dalam masa akhir tahun ini. Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan yang sebagai mana yang telah dijawab oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kelmarin. Langkah-langkah diambil iaitu Program Jualan Keluarga Malaysia. Di samping itu pengenalan Pasukan Jihad Inflasi diketuai oleh Yang Berhormat Menteri KKMM. Jadi semua itu adalah rancangan-rancangan yang dibuat untuk memastikan semua golongan. Tidak kira sama ada M40, T20 ataupun B40 terkesan. Ini adalah kerana ia memberi kesan. Semuanya terkesan kerana masalah inflasi ini. Sebagai tambahan Tuan Yang di-Pertua, kerajaan juga bercadang untuk memperbanyakkan lagi Program Jualan Keluarga Malaysia. Dahulu kita buat berdasarkan Parlimen. Akan datang ini berdasarkan DUN. Terima kasih kepada Ahli-ahli Parlimen yang menyumbang untuk memberi subsidi ataupun jualan murah kepada program ini.
Terima kasih kepada sahabat-sahabat saya Yang Berhormat Rasah yang dikatakan menyumbang dan ramai lagi sahabat kita daripada pasukan pembangkang yang membantu untuk meringankan beban golongan yang terkesan kerana inflasi ini. Inilah yang kita harapkan dalam negara menghadapi satu masalah yang sama-sama kita tanggung. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan pertama Yang Berhormat Tebrau dahulu.
Okey terima kasih atas jawapan yang diberikan. Soalan tambahan saya adalah dengan langkah-langkah yang diambil, bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri memberi tahu apa kesannya selepas langkah-langkah ini sedang dilakukan. Selepas apa Jawatankuasa Jihad yang dilakukan, apa kesannya untuk membetulkan kenaikan harga barang? Terima kasih.
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Tebrau. Antara kesannya ialah kalau kita bandingkan antara kadar inflasi dengan Indeks Harga Pengeluar (IHPR). Kajian daripada DOSM mengatakan bahawa Indeks Harga Pengeluar adalah sebanyak 11.2 peratus berbanding dengan Indeks Harga Pengguna 2.8 peratus. Ini bermakna kalau sepatutnya kalau Indeks Harga Pengeluar itu tinggi indeks inflasi sepatutnya tinggi. Akan tetapi oleh kerana ada intervensi kerajaan berkaitan dengan isu inflasi ini, di mana dengan subsidi petrol, gas, subsidi minyak masak dan sebagainya maka ia masih kekal dengan satu angka. 2.8 peratus. Itu apa yang saya difahamkan Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih.
Tuaran dahulu.
Hang Tuah Jaya.
Yang Berhormat Rasah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan. Saya telah meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri ketika menjawab soalan asal dan juga soalan tambahan tadi. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa B40 hari ini bukan B40 lagi. Dua minggu dahulu saya bersama Yang Berhormat Menteri. Beliau sendiri mengakui bahawa B40 mungkin sudah jadi B60. Cuma saya nampak langkah yang perlu dilaksanakan. Ini saya sudah ulang depan Yang Berhormat Menteri dua kali sebelum ni dalam dua minggu yang lepas. Hari ini untuk rekod Dewan ini supaya subsidi itu kita tambahkan untuk jangka masa yang pendek. Walaupun Yang Berhormat Menteri KKMM yang menjadi Pengerusi Jawatankuasa Jihad tersebut mengatakan harga minyak masak di pasaran runcit akan turun dalam masa terdekat. Akan tetapi sebelum ia turun, kita kena tambahkan subsidi untuk membolehkan golongan yang terkesan teruk ini dapat mengharungi saat-saat yang paling genting. Saya pernah cadangkan kepada Yang Berhormat Menteri supaya minyak subsidi paket yang RM2.50 itu, sekarang ini 60,000 tan metrik. Kalau boleh – sebab yang botol itu sudah ditarik balik subsidi, yang tinggal cuma paket sahaja. Boleh tidak kita naikkan kepada 70,000 tan metrik untuk sementara waktu, untuk membolehkan semua rakyat yang terkesan. Tidak kiralah B40 kah, M40 kah. Mereka dapat mengharungi saat-saat yang genting ini dengan kos yang kurang menjejaskan kehidupan mereka. Mohon pandangan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Rasah. Satu cadangan yang bagus. Cuma mungkin kekangan kewangan untuk menambah lagi bantuan subsidi minyak paket RM2.50 tersebut. Akan tetapi dalam masa yang sama kita mengaktifkan proses ataupun kawalan supaya ia tidak terbocor ke luar negara kerana kita merasa cukup terkilan dan sedih apabila rakyat kita di Malaysia dibenarkan cuma membeli tiga paket sahaja.
Sedangkan di luar negara yang diseludupi mereka boleh beli sesuka hati. Ini suatu benda yang amat malang untuk rakyat kita. Duit kita mengalir ke sana. Akan tetapi bagaimana pun saya amat bersetuju dengan apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Rasah supaya semua tidak kira sama ada T20, M40 dan B40 yang menjadi rakyat Malaysia, mereka ini layak untuk menerima apa yang diberi oleh kerajaan ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuaran.
Hang Tuah Jaya.
Pasir Mas. Sebelah kerajaan.
Yang Berhormat Hang Tuah Jaya belum bercakap lagi.
Tuaran ada belum jawab tadi tu, salah satu soalannya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab tentang Jualan Keluarga Malaysia. Saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita melihat Jualan Keluarga Malaysia nampak tidak ada koordinasi dengan kementerian-kementerian lain yang berkaitan. Misalnya ada dibuat di Hang Tuah Jaya baru-baru ini, hanya sedikit sahaja kawasan yang dijual barang-barang ini. Kenapa ini berlaku? Misalnya mungkin dengan MAFI, dengan kementerian-kementerian yang lain, yang boleh kita selaraskan. Harga sayur pun naik juga sekarang ini. Perkara ini tentunya perlu diambil kira dengan berat oleh kementerian. Satu lagi terakhir Tuan Yang di-Pertua, pegawai-pegawai kementerian macam kenyataan Pengarah KPDNHEP Melaka, harga telur naik kurangkan makan telur. Saya ingat Yang Berhormat Menteri tolong nasihatkan pegawai-pegawai ini supaya kena sensitif sedikit kepada hal-hal yang berkait dengan perut rakyat ini. Terima kasih.
Terima kasih sahabat saya daripada Hang Tuah Jaya. Berkaitan dengan tiada koordinasi itu saya rasa ini mungkin berlaku di Hang Tuah Jaya sahaja. Ini adalah disebabkan di tempat lain, setakat ini alhamdulillah. Kita berterima kasih kepada Yang Berhormat Rasah contohnya yang bukan sahaja bersama kita dan memberi pula bantuan untuk meringankan beban yang dialami oleh masyarakat setempat yang mana dia juga pengundi ataupun rakyat kita. Kita mengalu-alukan mana-mana lagi Yang Berhormat untuk bersama kita. Keluarkan sedikit peruntukan untuk kurangkan sedikit harga. Contohnya kalau harga daging lembu, satu kilogram RM35 mungkin Yang Berhormat boleh subsidi RM5. Kurangkan jadi RM30. Itu jawapan saya. Berkaitan dengan pegawai, insya-Allah kita akan ambil tindakan.
Saya ingat kalau kurangkan Jemaah Menteri, boleh gunakan peruntukan itu untuk...
Yang Berhormat Pokok Sena, tolong.
Tuan Yang di-Pertua, dia jawab dengan soalan Tuaran juga tadi. Patut Tuaran diberi soalan tambahan.
Yang Berhormat Tuaran...
Dia ada sebut salah satu soalan...
Yang Berhormat Tuaran, saya baru hendak cakap benda itu. Bagi peluang kepada saya. Oleh kerana soalan ini dijawab bersama Yang Berhormat Tuaran, saya hendak bagi Yang Berhormat Tuaran soalan tambahan yang terakhir.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Don’t pre-empt me.
Terima kasih. Soalan saya begini sahaja. Dahulu biasanya di Kabinet sudah ada Jawatankuasa Kos Sara Hidup yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Sekarang tidak ada Timbalan Perdana Menteri. Saya bertanya kepada Yang Berhormat adakah ini memberi masalah kepada kementerian untuk menjalankan tugas. Itu pertama. Kedua, sekarang ini pengerusi Jihad itu adalah Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Adakah Yang Berhormat berpendapat sepatutnya pengerusi itu adalah kementerian Yang Berhormat supaya lebih berkesan? Itu soalan saya. Terima kasih.
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Tuaran. Berkaitan dengan kos sara hidup (NACCOL) bagaimana yang dijelaskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kelmarin, bahawa NACCOL sekarang ini – dahulu dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, hari ini dipengerusikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Ini menunjukkan betapa prihatinnya kerajaan sekarang terhadap kos sara hidup ini. Mesyuarat dahulu diadakan dua kali setahun, hari ini diadakan dua bulan sekali.
Jadi, berkaitan dengan pelantikan Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi ini atau pun jihad melawan inflasi ini, itu atas tanggungjawab Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Jadi, kita memaklumkanlah. Kita memberi kerjasama yang sepenuhnya dan mengadakan mesyuarat, sekarang ini ia tidak pernah gagal, seminggu dua kali menunjukkan kita prihatin, kita sensitif dan cakna berkaitan dengan kos sara hidup rakyat yang terkesan pada semua orang. T20, B40 dan juga M40. Terima kasih Yang di-Pertua.
Itu jawapan selamat itu.
Terima kasih. Yang Berhormat semua, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat. Usul Menteri, silakan. [Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 7.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, Rabu, 20 Julai 2022.”
Terima kasih. Ada yang menyokong?
Tuan Yang di-Pertua, saya sokong.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah pada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Pemakluman Oleh Tuan Yang Di-Pertua
Saya ada sikit pemakluman. Ahli-ahli Yang Berhormat semua, saya ingin membuat pemakluman mengenai pemeriksaan kesihatan bagi semua kita Ahli Parlimen. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI) 2022 kini sedang berlangsung sehingga Disember tahun ini. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS). Selaras dengan Majlis Pelancaran NHSI, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengambil kesempatan untuk melaksanakan aktiviti saringan kesihatan untuk Ahil-ahli Parlimen di Parlimen Malaysia semasa sesi Dewan Rakyat sedang bersidang. Sehubungan dengan itu, Yang Berhormat boleh membuat temu janji secara terus dengan Ketua Klinik Parlimen Malaysia, Datuk Dr. Murugesu Raju. Empat jenis pemeriksaan dan ujian saringan yang akan dijalankan ialah seperti berikut: (i) Indeks Jisim Tubuh (BMI) – Tidak tahulah ramai yang fail kah, ramai lulus; (ii) tekanan darah; (iii) paras gula dalam darah; dan (iv) ujian darah rutin. Saya berharap semua Ahli Yang Berhormat dapat memanfaatkan inisiatif ini. Sekian, terima kasih.
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG MAHKAMAH KEHAKIMAN (PINDAAN) 2022 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Mahkamah Kehakiman 1964; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) [Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG KANUN TATACARA JENAYAH (PINDAAN) 2022 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Parlimen dan Undang-undang) [Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Tuan Yang di-Pertua?
Saya.
Tuan Yang di-Pertua, Labuan.
Yang Berhormat Labuan, ya.
Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri di bawah Peraturan Mesyuarat 44 yang mana berkaitan dengan penggantungan dua hari yang dikenakan terhadap Yang Berhormat Kota Belud...
Boleh kita buat selepas bacaan kali pertama? Sekejap ya. Sekejap. Silakan.
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG PENCETAKAN TEKS AL-QUR’AN (PINDAAN) 2022 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pencetakan Teks Al-Qur’an 1986; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri I [Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH 2022 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi suri rumah berinsurans dalam bentuk faedah tertentu bagi peningkatan kesihatan, keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan suri rumah dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Sumber Manusia [Datuk Seri Saravanan a/l Murugan]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Ini akta lambat dibawa ke Parlimen. Patut bawa dua tahun setengah dahulu.
Ya, Yang Berhormat Labuan.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Berkaitan dengan penggantungan dua hari yang dikenakan terhadap Yang Berhormat Kota Belud, saya ingin penjelasan. Adakah ia masih berkuat kuasa atau pun sudah ditarik balik?
Sefaham saya, masih berkuat kuasa.
Tuan Yang di-Pertua, semalam kita dengar setelah kita meminta ia ditarik balik daripada Timbalan Yang di-Pertua, Timbalan Yang di- Pertua berkata ia boleh ditarik balik.
Begini. Saya tidak ada di dalam Dewan waktu itu tetapi saya melihat daripada monitor TV, dari pejabat saya. Sefaham saya, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua mengatakan bahawa beliau bersetuju untuk menarik balik sekiranya Yang Berhormat Kota Belud duduk dan membiarkan prosiding diteruskan. Sekiranya, tetapi syarat itu tidak dipenuhi. Jadi, tidak ditarik baliklah. Sefaham sayalah.
Apa yang kami dengar, dengan syarat-syarat dia kata dan dia tidak memberitahu syarat-syarat. Akan tetapi rasanya...
Dia ada, dia ada. Saya tengok monitor TV sendiri secara peribadi.
Bolehkah ia dikurangkan kepada satu hari, Tuan Yang di-Pertua?
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua menyatakan bahawa dia bersetuju untuk menarik balik sekiranya Yang Berhormat Kota Belud menghormati Dewan, duduk dan membiarkan prosiding ini berjalan secara lancar.
Kami rasakan tiada keputusan.
Begitulah kesannyalah, bukan word-for-word lah ya.
Tuan Yang di-Pertua.
Semalam dia sudah duduk, lepas itu dia tarik balik.
Ya, betul.
Tuan Yang di-Pertua. [Pembesar suara dimatikan]
Duduk. Duduk please. Bertenang ya. Saya pun hendak tarik nafas sekejap. Mengikut Erskine May, apa-apa ruling Yang di-Pertua mengenai isu Peraturan Mesyuarat 18(2) tidak boleh dibahaskan, nombor satu. Perkara yang lain-lain pula tidak dibenarkan untuk intervene, nombor dua. Tidak percaya, saya boleh fotostat beri sekarang juga. Akan tetapi pihak pembangkang dan pihak kerajaan juga, selalu menyuarakan “Erskine May, Erskine May”, mengapa kita tidak ikut bila saya nyatakan “Erskine May” begitu? So, janganlah kita mengikut bila ia menyokong kita sahaja. Bila saya buat ruling, kita ikutlah ruling itu. Ada alternatif, ada prosedurnya. Kalau hendak direview, failkan usul untuk direview. Jangan kita buat kecoh sebegitu. Saya amat sedih semalam. Saya tengok Bentara dua orang, muda-mudi kita yang bekerja di Parlimen. Muda-mudi, Bentara, berdiri di situ 40 minit, tidak dihormati langsung. Muda-mudi kita yang bekerja di Parlimen. Tidak hormat saya, tidak mengapa. Saya Speaker. I can take it. Itu hidup saya, tugas saya tetapi hormatlah muda-mudi kita yang bekerja sebagai Bentara. Mereka bekerja sahaja, berdiri di situ tanpa dihormati.
Kita hormat dan sayang.
Yang Berhormat Padang Serai selalu bangun mengatakan bahawa bekas tentera kita tidak dihormati dan tidak dihargai. Kenapa tidak dihargai Bentara kita yang muda-muda itu? Apa signal yang kita tunjuk kepada rakyat semua?
Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Padang Serai, duduk. Duduk.
You sentuh fasal tentera, saya bangun.
Duduk. [Pembesar suara dimatikan]
Saya amat sedih.
Fikir rakyat pun sedih dengan Tuan Yang di-Pertua juga...
Ya.
...Sebab Tuan Yang di-Pertua tidak beri kita ruang.
Betul.
Jangan hanya nampak orang lain sedih, orang lain pun sedih juga.
Yang Berhormat Sepang. Rakyat bukan tengok saya sahaja, mereka tengok Yang Berhormat Sepang juga.
Apalah Yang Berhormat Sepang ini.
So, saya hendak cakaplah. Kalau kita hendak cite Erskine May, kita citelah Erskine May. Saya cite ini. Hendak tengok photostat copy, saya boleh bagi sekarang juga. Akan tetapi, saya selalu bagi kelonggaran. Saya accommodating. Hendak cakap, saya bagi cakap. Akan tetapi lunas-lunas adab kita, janganlah kita tinggalkan. Tidak elok. Tidak elok. Tidak hormati saya tidak apa. Saya dewasa, sudah tua sudah, hendak mati sudah. Ini budak-budak yang kerja dengan kita sebagai Bentara, apakah sahaja kuasa dia? Dia berdirilah di situ sudah 40 minit, tidak diendahkan...
Tuan Yang di-Pertua.
Duduk. Saya tak nak dengar lagi benda ini. Maaf.
...Sebab, semalam Tuan Yang di-Pertua...
Bolehlah.
Maaf, Yang Berhormat Labuan. Minta maaf.
Yang Berhormat Kota Belud, memegang buku peraturan.
Ya.
Dia meminta...
Yang Berhormat Labuan.
Dia tidak diberikan laluan.
Yang Berhormat Labuan, Erskine May mengatakan apabila ruling dibuat mengenai 18(2) ataupun standing order yang serupa di House of Commons, point of order is not allowed. Malah keputusan Yang di-Pertua mengenai emergency motion hanya dibicarakan secara private, bukan di sini pun.
Tuan Yang di- Pertua, kalau saya boleh sikit mencelah.
Itu Erskine May. Itu Erskine May, Yang Berhormat. So, kalau kita hendak cakap fasal Erskine May, kita cakap fasal Erskine May secara keseluruhannya. Jangan kita pick paragraph yang menyokong kita sahaja.
Tuan Yang di- Pertua.
Saya baca.
Not for one moment, Tuan Yang di-Pertua, tidak sesaat pun tindakan kami itu adalah mengarah kepada Bentara. Ia adalah segala-galanya memohon supaya...
Yang Berhormat.
...Timbalan Yang di-Pertua mengambil kira pertimbangan yang lebih wajar. [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat, itu keputusan Timbalan Yang di-Pertua. Keputusannya, keputusannya. Bentara yang hendak bekerja itu diminta membawa keluar, mereka berdirilah di situ terkapa-kapa, tidak diendahkan. Kuasa mereka tidak dihormati. Cokmar Diraja berada di depan ini. Cokmar Diraja berada di depan ini. Kepada siapakah yang kita tidak hormati semalam? Saya hendak tanya. Apakah signifikasinya Cokmar Diraja berada di depan ini? Selesai ya.
Tuan Yang di- Pertua, allow...
Tuan Yang di-Pertua, boleh ini?
Tuan Yang di- Pertua jangan ambil...
Tuan Setiausaha.
Tuan Yang di-Pertua.
That is not fair.
Tuan Yang di-Pertua patut dengar juga pandangan dari sebelah sini pula.
Tuan Yang di- Pertua, that is not fair for us.
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua dengar.
Tuan Yang di- Pertua tidak adil untuk...
Tuan Yang di-Pertua, dengarlah cakap kami pula.
Beri kami peluang juga untuk berucap.
Tuan Yang di-Pertua, this is Dewan Rakyat untuk membincangkan hal-hal rakyat.
Diminta Yang Berhormat...
Kenapa Tuan Yang di-Pertua sebagai Speaker Dewan Rakyat... [Pembesar suara dimatikan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG KEHADIRAN WAJIB PESALAH-PESALAH (PINDAAN) 2021 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. [18 Julai 2022]
Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Sepang. Sudah. Minta Yang Berhormat Menteri menjawab 15 minit. Silakan.
Tidak fairlah, Tuan Yang di- Pertua. Bagilah kami cakap juga.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekalinya, saya ingin ucapkan ribuan terima kasih...
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak quote peraturan mesyuarat boleh, Tuan Yang di-Pertua?
...Kepada empat orang Ahli Yang Berhormat yang berbahas pada lewat petang semalam. Ingin saya memaklumkan kepada semua Ahli Dewan bahawa Rang Undang-undang Kehadiran Wajib Pesalah- pesalah (Pindaan) 2021 (RUU PKW) digubal bertujuan untuk meminda Akta Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah 1954 [Akta 461] dan menggantikan Ordinan Darurat (Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah) (Pindaan) 2021 bagi memperkasakan inisiatif pemenjaraan di luar tembok penjara melalui Program Pemulihan Dalam Komuniti. Peruntukan di dalam Akta 461 wajar diperkukuhkan selari dengan perubahan semasa sistem perundangan daripada keadilan pembalasan kepada keadilan pemulihan bagi memberi ruang kedua kepada lebih ramai pesalah dengan menjalani hukuman dan pemulihan di luar penjara. Perintah Kehadiran Wajib merupakan hukuman alternatif di luar tembok penjara yang dijatuhkan oleh mahkamah kepada pesalah melakukan kesalahan tertentu, di mana pesalah ini dikehendaki menjalankan kerja wajib untuk kepentingan masyarakat. Program pemulihan akan diberikan secara berterusan oleh Jabatan Penjara Malaysia bagi menerapkan nilai-nilai positif untuk melahirkan insan yang berguna kepada masyarakat dan negara serta mencegah perlakuan semula jenayah. Dengan wujudnya PKW ini, pesalah juga boleh meneruskan kehidupan harian tanpa menjejaskan kebajikan mereka dan keluarga semasa menjalani PKW ini. Selain daripada itu, ia juga dapat mengurangkan kesesakan di dalam penjara serta mengelakkan daripada penularan penyakit berjangkit di dalam penjara. Bukan sahaja COVID-19 tetapi semua penyakit berjangkit yang lain. Tuan Yang di-Pertua, ada empat orang pembahas. Daripada Yang Berhormat Tebrau pertamanya. Perkara yang dibangkitkan adalah, adakah keyakinan rakyat terhadap kerajaan bagi pihak penjara mengendalikan PKW dengan baik serta garis panduan khusus terhadap pelaksanaan PKW. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, Jabatan Penjara Malaysia telah melaksanakan Perintah Kehadiran Wajib sejak tahun 2010 yang melibatkan seramai 6,880 orang pesalah. Seramai 6,800 orang pesalah telah selesai menjalani hukuman PKW. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 98 peratus pesalah telah berjaya menamatkan hukuman. Hanya dua peratus sahaja pesalah yang tidak menamatkan hukuman telah
dilaporkan semula kepada pihak mahkamah dan mahkamah telah memerintahkan pesalah tersebut meneruskan baki hukuman dalam penjara. Dalam pelaksanaan hukuman pesalah, kehadiran wajib di seluruh negara, terdapat 52 Pusat Kehadiran Wajib di bawah Jabatan Penjara Malaysia dengan sembilan orang pegawai dan kakitangan di setiap Pusat Kehadiran Wajib yang bertugas untuk menyelia pelaksanaan kerja wajib oleh pesalah-pesalah PKW. Di samping Akta PKW, terdapat Peraturan-peraturan PKW di bawah kuasa Menteri Dalam Negeri, juga terdapat Perintah Tetap Komisioner Jeneral Penjara berkaitan pengurusan PKW serta Pekeliling dan Aturan Kerja PKW sebagai panduan kepada pegawai dan kakitangan yang melaksanakan PKW di Jabatan Penjara Malaysia. Jabatan Penjara Malaysia mempunyai mekanisme kawalan pengurusan tatacara pengendalian piawai (SOP) kerja kakitangan melalui Unit Teknikal Risikan, Bahagian Keselamatan dan Inteligen, Unit Integriti pengurusan tatatertib kakitangan dan Unit Naziran memantau SOP kerja staf. Sejak PKW dilaksanakan oleh Jabatan Penjara Malaysia pada tahun 2010, sehingga kini tiada timbul isu pegawai penyelia terpalit dengan isu salah guna kuasa. Pegawai Kehadiran Wajib merupakan pegawai jabatan terpilih yang dilantik berasaskan kepada pengalaman dan akauntabiliti yang baik. Saringan yang dilaksanakan jabatan adalah bagi memastikan unsur-unsur negatif ini terkawal. Berdasarkan rekod jabatan, tiada pegawai yang telah terlibat dengan unsur rasuah dalam pelaksanaan PKW. Dalam masa yang sama, Jabatan Penjara konsisten melaksanakan Pelan Anti Rasuah Jabatan (PACP) sebagai kawalan terhadap penyalahgunaan kuasa. Pada masa yang sama, pihak Jabatan Penjara sedang mengadakan sesi libat urus dengan pihak mahkamah, Jabatan Peguam Negara dan pihak lain yang berkaitan bagi tujuan menyediakan garis panduan, mekanisme dan prosedur pelaksanaan PKW. Ia bertujuan agar kesefahaman dapat disepakati dan pelaksanaan di lapangan berjalan dengan teratur. Manakala Yang Berhormat Jelutong– Tidak ada dalam Dewan ya? Untuk pengetahuan Yang Berhormat Jelutong, hukuman penjara bagi kesalahan yang mana mahkamah ingin menjatuhkan hukuman sehingga tiga tahun sahaja bagi membolehkan Perintah PKW dapat dilaksanakan oleh mahkamah. Lebih daripada tiga tahun, tidak ada bidang kuasa untuk melaksanakan PKW.
Yang Berhormat, boleh berhenti sekejap? Berhenti sekejap. Saya ada pengumuman sedikit. Ahli-ahli Yang Berhormat semua, sukacita dimaklumkan bahawa bersama-sama kita di Dewan yang mulia ini ialah delegasi daripada Jawatankuasa Hal Ehwal Antarabangsa, Pertahanan dan Keselamatan dari Parlimen Timor-Leste yang diketuai oleh Honorable Jose Agostinho Sequeira... [Tepuk] Kepada Honorable Jose Agostinho Sequeira dan ahli-ahli delegasi, Dewan ini mengalu-alukan kehadiran mereka ke Dewan yang mulia ini. Semoga dengan kehadiran Honorable Jose Agostinho Sequeira dan delegasi ini, akan mengukuhkan lagi tali persahabatan dan hubungan antara Parlimen Malaysia dan Parlimen Timor-Leste. Terima kasih. Silakan.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat Jelutong juga, jika kita teliti di bawah Akta PKW seksyen 5, ia jelas memberikan budi bicara kepada hakim atau majistret untuk menentukan hukuman PKW dengan mengambil kira latar belakang orang yang kena tuduh atau nature of the offense dan keadaan kesalahan tersebut dilakukan. Semua faktor ini perlu diambil kira oleh hakim atau majistret sebelum hukuman PKW dijatuhkan. Dengan pindaan satu tahun kepada tiga tahun pemenjaraan ia lebih
memberikan pilihan kepada mahkamah untuk menggunakan judicial discretion untuk memberikan hukuman alternatif kepada hukuman pemenjaraan dalam kes-kes yang mahkamah sendiri berpendapat hukuman PKW adalah suatu hukuman yang tepat dan wajar kepada seorang OKT. Seterusnya, yang terakhir Yang Berhormat Bukit Bendera. Berapakah kos pengurusan bagi seorang banduan? Untuk makluman Yang Berhormat, kos utiliti bagi seorang banduan untuk sehari adalah berjumlah RM50. Kos tersebut melibatkan kos untuk penyediaan makanan, kemudahan asas dan latihan, perubatan, bahan api, perhubungan dan komunikasi. Dengan pelaksanaan PKW, sejumlah RM3.6 juta dapat dijimatkan dengan mengambil kira jumlah pesalah yang telah menjalani hukuman PKW iaitu 6,800 bagi tempoh hukuman pemenjaraan di dalam penjara selama tiga bulan. Daripada penjara, kita gantikan kepada PKW, kita dapat jimatkan bebanan kerajaan sejumlah RM30.6 juta. Sekiranya PKW ada melakukan...
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Bukit Bendera di sini. Terima kasih atas jawapan tentang kos utiliti tersebut. Saya hendak buat satu remark kerana sebelum ini data tahun 2013 ialah RM35 bagi seorang banduan tetapi sekarang sudah meningkat kepada RM50 seorang banduan. Terima kasih atas statistik tersebut.
Terima kasih, Yang Berhormat. Sekiranya pesalah PKW ada melakukan perlanggaran terhadap Perintah Kehadiran Wajib pihak pengurusan dan penyedia Pusat Kehadiran Wajib akan mengambil kira tindakan seperti berikut: (i) pesalah diberikan teguran dan peringatan supaya jangan mengulangi kesalahan; (ii) seterusnya jika berlaku buat kali kedua, pesalah akan diberikan amaran secara bertulis; dan (iii) manakala jika berlaku perlanggaran buat kali ketiga, pesalah akan dilaporkan kepada pihak mahkamah, mahkamah akan mengubah hukuman PKW kepada hukuman pemenjaraan. Oleh yang demikian, pesalah akan diperintah menjalani hukuman penjara bagi meneruskan baki hukuman. Bagi pesalah yang melakukan perlanggaran yang serius pula, penyelia PKW akan melaporkan perlanggaran tersebut kepada pihak mahkamah dan juga pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM). Untuk Yang Berhormat Padang Serai, adakah kerajaan melihat pindaan Rang Undang-undang PKW daripada hukuman tiga bulan ke bawah kepada tiga tahun ke bawah adalah terlalu drastik. Sebenarnya Yang Berhormat, tiga bulan kepada 12 bulan, bukan tiga bulan kepada tiga tahun. Itu sahajalah jawapan saya Tuan Yang di-Pertua dan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada empat orang Ahli Dewan yang telah menyokong untuk pindaan Akta PKW ini. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat semua, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]
[Fasal-fasal 1 hingga 10 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) (Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid) dan diluluskan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG MAJLIS PEMBANGUNAN WILAYAH EKONOMI PANTAI TIMUR (PINDAAN) 2022 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk mencadangkan Rang Undang-undang Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Pindaan) 2022 dibacakan kali yang kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang yang akan saya bentangkan adalah Rang Undang-undang Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Pindaan) 2022. Rang Undang-undang Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Pindaan) 2022 ini bertujuan untuk memohon pindaan kepada seksyen 4 Akta Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 2008 [Akta 688] untuk menjadikan Daerah Segamat di Johor sebagai sebahagian dari Wilayah Ekonomi Pantai Timur. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Silakan, ada sesiapa yang menyokong?
Saya menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 2008 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Saya mempunyai senarai pembahas, sembilan orang semuanya. Akan dimulakan oleh Yang Berhormat Kuala Krai dan diikuti oleh Yang Berhormat Sepang dan Ahli-ahli Yang Berhormat berikut, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Bachok dan akhir sekali Yang Berhormat Dungun. Silakan, Yang Berhormat Kuala Krai, 10 minit kalau boleh Yang Berhormat.
Bismillahi Rahmani Rahim. Alhamdulillah wassalatu wassalamu ala Rasulillah wa aalihi wasahibi wa man walaah. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang telah diberikan kepada saya dan kesempatan ini untuk turut sama mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang- undang Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Pindaan) 2022, Kawalan Bekalan (Pindaan) 2022 “Kementerian Hal Ehwal Ekonomi”.
Tujuan pindaan adalah memasukkan Daerah Segamat, Johor ke dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur.
Tuan Yang di-Pertua, negeri Kelantan merupakan sebahagian daripada Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) selain daripada Terengganu, Pahang dan Daerah Mersing. Dengan kemasukan Daerah Segamat sebagai sebahagian daripada Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), saya yakin kerajaan mempunyai perancangan yang tepat untuk memberi manfaat yang besar kepada rakyat terbanyak. Ucapan terima kasih kepada kerajaan yang telah melaksanakan projek-projek di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur di negeri Kelantan yang tentunya memberi manfaat pembangunan yang sangat besar kepada seluruh rakyat Kelantan. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan negeri telah memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada Kerajaan Pusat dalam melaksanakan projek-projek di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur ini dalam membangunkan negeri Kelantan. Saya ingin menanyakan berapakah projek Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang telah dilaksanakan di negeri Kelantan dan berapakah projek yang sudah siap, yang sedang dilaksanakan dan yang belum dilaksanakan lagi mengikut perancangan pihak ECER? Saya juga ingin menanyakan pihak kerajaan berkaitan Projek Agropolitan Kelantan Selatan di Gua Musang, ekopelancongan Lanchang, Kuala Lipis, Gua Musang, Kuala Krai, pelancongan Tanah Tinggi Pos Sigar, pembangunan industri kelah di Bachok. Apakah status terkini projek-projek ini? Adakah projek-projek yang dilaksanakan ini menepati hasrat dan perancangan asalnya? Saya risau seandainya projek-projek yang baik ini akan menjadi gajah putih selepas siap nanti. Misalnya projek hab halal di Pasir Mas, apakah status terkini projek tersebut? Kajian kebolehlaksanaan perlu dibuat dengan lebih efektif agar projek-projek yang dilaksanakan dapat memberi impak yang berterusan kepada rakyat. Saya juga berharap projek-projek yang dilaksanakan juga perlu mengambil kira aspek pengurusan dan penyelenggaraan selepas projek siap bagi memastikan kelangsungan dan sustainability agar impaknya menjadi lebih berkesan. Misalnya Laman Warisan Kampung Laut. Saya mendapat maklumat walaupun sudah dibuka ia kurang mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung. Lebih memeritkan ramai yang tidak mengetahui tentang Laman Warisan Kampung Laut ini. Saya berharap promosi lebih baik dapat dibuat oleh pihak Kerajaan Pusat dan juga kerajaan negeri. Tentunya peluang pekerjaan kepada penduduk setempat perlu diambil kira. Berapakah peluang pekerjaan kepada rakyat setempat setelah terlaksananya projek- projek ini? Saya melihat elemen peluang pekerjaan kepada rakyat diambil kira dengan sewajarnya. Saya juga berharap Kelantan terus diberikan peluang malah perlu dibantu berdasarkan kepada kesaksamaan wilayah yang telah diumumkan dalam beberapa ucapan sebelum daripada ini sama ada melalui Rancangan Malaysia Ke-12 dan sebagainya dengan secara lebih serius terutama apabila kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat kini adalah daripada pentadbiran kerajaan yang sama. Kesaksamaan antara wilayah yang lebih adil serta tiada lagi anak tiri yang akhirnya merugikan rakyat. Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong pindaan ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Yang Berhormat Sepang, silakan 10 minit Yang Berhormat.
Okey. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya mengambil bahagian untuk mengutarakan beberapa poin sahaja. Pertamanya Tuan Yang di-Pertua, saya tidak ada masalah untuk bersetuju dengan pindaan ini bagi melebarluaskan merangkumi wilayah Johor, Mersing dan Segamat. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat berdasarkan pembacaan saya bahawa rang undang-undang ini ataupun apa yang dipanggil pembangunan wilayah ini bertujuan untuk mengimbangi ataupun seimbangkan antara pembangunan di Pantai Barat dengan di Pantai Timur. Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan setakat ini sejauh manakah
keseimbangan telah dapat dicapai, berapa peratus sudah? Berapa peratus telah dapat dicapai keseimbangan itu? Itu yang pertama. Kedua, kalau kita lihat daripada laporan tahun 2018 yang semasa itu dipengerusikan oleh Yang Berhormat Langkawi, beliau mendedahkan dalam laporan itu dan juga laporan daripada Ketua Eksekutif mengatakan banyak kejayaan. Saya mengucapkan tahniah kerana ada kejayaan itu. Akan tetapi saya ingin bertanya dalam keadaan selepas berlakunya COVID-19 ini dan juga dalam keadaan kita tahu bahawa adanya satu laporan daripada satu badan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang menyatakan bahawa ramai daripada para pelabur asing di luar negara ini telah mula berpindah destinasi pelaburan mereka ke Indonesia, sebagai contoh Tesla, Google, Amazon yang kata telah mula memindahkan pelaburan mereka ke Indonesia kerana banyak faktor. Antaranya juga dikatakan bahawa negara-negara seperti Vietnam, negara seperti Filipina sendiri telah mendahului Malaysia dalam pelaburan ini. Kita tahu bahawa FDI Malaysia juga telah merosot begitu teruk dan laporan-laporan yang dikemukakan oleh ekonomi yang saya tidak mahu sebut saya rasa dalam pengetahuan Yang Berhormat Menteri. Cuma saya hendak tanya bagaimanakah kerajaan mengambil semua ini sebagai satu cabaran untuk menyelesaikan masalah pembangunan itu? Saya tahu selepas berlaku COVID-19 ini sudah tentulah pembangunan di wilayah ini mungkin semakin sukar untuk dilaksanakan kerana faktor kewangan dan sebagainya dan apatah lagi dengan imej Malaysia yang begitu buruk. Ini diakui sendiri dalam—saya membaca dalam website MIDA sendiri mendedahkan betapa Malaysia mula ketinggalan dibandingkan dengan negara seperti Vietnam dan sebagainya. Jadi bagaimana kah kita hendak mengatasi masalah itu? Oleh sebab kita tahu bahawa masalah pelaburan ini ada kaitan dengan masalah perception, masalah persepsi. Apa sahaja yang berlaku di Malaysia ini termasuk apa yang berlaku di dalam Dewan Rakyat akan dilihat oleh para pelabur dan mereka mula membuat suatu keputusan untuk sama ada mereka hendak meneruskan atau tidak apabila mereka melihat tidak berlakunya kestabilan politik sebagai contoh. Apabila berlaku political instability mereka akan merasakan bahawa tidak sewajarnya mereka membazirkan wang mereka untuk melabur di Malaysia. Jadi, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, adakah kerajaan membuat satu kajian yang terperinci apakah kesan kepada isu 1MDB, sebagai contoh terhadap iklim pelaburan di Malaysia? Kedua, dalam pembangunan ini kita tahu ada satu pembangunan ini ialah untuk membina ECRL ataupun landasan kereta api yang kita tahu telah menelan belanja yang begitu mahal hingga berbilion yang telah pun dikritik oleh pakar ekonomi seperti Profesor Jomo yang mendedahkan bahawa ini adalah satu perkara yang dalam bahasa Inggeris disaster, satu yang malapetaka. Saya ingin bertanya kepada pihak Menteri berapakah jumlah kalau sekiranya kita teruskan projek ini, adakah kita hendak teruskan atau tidak, saya tidak pasti. Adakah kerajaan ada kena membayar ganti rugi kepada pihak Kerajaan China atas kelewatan dan sebagainya. Kalau ada, berapakah jumlahnya? Kalau tidak ada, apa yang telah dilakukan untuk membolehkan untuk kita tidak perlu bayar ganti rugi. Sebagai terakhirnya, dalam tahun 2018 hingga tahun 2025 dikatakan mereka hendak masuk ke dalam satu fasa iaitu fasa lonjakan untuk membangunkan lebih rancak lagi pembangunan wilayah timur ini. Saya hendak tanya kepada pihak kerajaan, dalam keadaan berlakunya pandemik COVID-19 ini, bagaimanakah kerajaan boleh melonjakkan lagi pelaburan ataupun pembangunan itu dengan lebih pesat lagi? Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Seterusnya Yang Berhormat Pasir Mas, lima minit Yang Berhormat.
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberikan peluang kepada saya mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang- undang ini. Saya dimaklumkan bahawa Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) akan memberikan tumpuan kepada beberapa sektor khususnya pelancongan di Kelantan bagi meningkatkan taraf hidup rakyat dan membasmi kemiskinan. Sebagai Ahli Parlimen dari negeri saya, Kelantan saya ingin bertanya sejauh manakah pelan jangka masa panjang telah diusahakan oleh ECER bagi menambah peluang pekerjaan rakyat Kelantan sehingga kini. Ini kerana kalau mengikut semakan semula pendapatan garis kemiskinan (PGK) Kelantan, pada tahun 2020 daripada RM894 kepada RM2,139. Kenaikan hampir tiga kali ganda yang akan meningkatkan jumlah isi rumah yang hidup dalam kemiskinan daripada 18,345 kepada 50,255 isi rumah yang miskin di Kelantan kalau mengikut semakan semula PGK ini. Jadi setakat manakah ECER sehingga kini telah pun memberi peluang kepada ataupun menjana peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan?
Menyebut tentang ECER ini, saya rasa kredit perlu diberikan kepada kerajaan terdahulu, terutama bekas-bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang telah melancarkan ECER pada tahun 2007. Itu hasrat yang cukup baik tetapi setakat manakah ia berjalan mengikut perancangan yang dilaksanakan? Kita boleh lihat pada hari ini ada yang berjaya dan ada yang saya kira masih boleh diperbaiki. Antaranya kalau kita menyebut tentang rawatan air di Kelantan. Saya menyebut secara spesifik ialah Loji Rawatan Air Kelar Fasa 1 di Pasir Mas yang diselia oleh ECER telah siap, terima kasih. Akan tetapi Fasa 2 telah diteruskan pada waktu ini mengikut laman sesawang ECER. Soalannya, apakah status perkembangan Fasa 2 bagi loji ini? Saya dimaklumkan ECER Kelantan terlibat secara langsung berkenaan dengan penyiapan loji ini. Tuan Yang di-Pertua, rakyat saya di Pasir Mas masih lagi ramai yang menderita akibat daripada bekalan air yang tidak sampai kepada mereka. Tidak perlu untuk kita salahkan sesiapa. Ini bukan blame game tetapi yang pasti Kelantan yang telah ketinggalan berpuluh-puluh tahun dari sudut bekalan air memerlukan ia dipulihkan dengan kadar yang segera. Dalam konteks Loji Rawatan Air Kelar Fasa 2 di Pasir Mas, apakah sasaran ataupun setakat manakah ia dapat disiapkan oleh ECER pada hari ini? Saya juga dimaklumkan, ECER Kelantan terlibat secara langsung dengan pembangunan projek pasar terapung di Pulau Suri. Menurut maklumat saya peroleh, bilangan peserta projek ini boleh dipertingkatkan lagi, bagi menarik minat rakyat ke pasar terapung ini. Soalan saya, adakah usaha yang telah dirancang oleh ECER bagi menambahkan peserta di pasar terapung ini, bagi memeriahkan projek ini seperti yang dilakukan di negara jiran kita di Thailand? Di Thailand Tuan Yang di-Pertua, kalau kita pergi ke sana, dengan hanya mereka meletakkan, mengatur perahu-perahu di atas sungai sahaja sudah boleh menarik ribuan pelancong datang ke pasar terapung itu setiap kali ia diadakan. Potensi yang sama boleh berlaku di Pulau Suri di Kelantan. Akan tetapi setakat manakah ECER telah berjaya untuk melaksanakan misi ataupun impian ini? Apakah perancangan daripada ECER bagi memudahkan urusan pengangkutan dari tanah besar ke Pulau Suri? Berikutnya, saya juga ingin bertanya- statistik jumlah pelaburan swasta yang telah direalisasikan sehingga Jun 2022 di negeri Kelantan selepas daripada Pakej Insentif Percukaian Khas untuk pelaburan di negeri Kelantan dilaksanakan oleh ECERDC setelah diluluskan oleh Kementerian Kewangan. Ia pakej yang cukup baik dengan mengecualikan cukai kepada projek-projek ataupun pihak-pihak tertentu. Akan tetapi, setakat manakah ia berjaya untuk menarik pelabur luar datang ke Kelantan ini?
Begitu juga dengan LPT3. Kami telah pun begitu kagum ataupun rasa begitu bersyukur apabila projek LPT3 ini dikatakan akan dibuat daripada Gemuruh, Terengganu sehingga ke Pengkalan Kubor, Tumpat. Akan tetapi ia dimaklumkan bahawa mengikut Pekeliling Perbendaharaan Malaysia yang telah pun dikeluarkan baru-baru ini, saya mendapat khabar bahawa ia akan ditangguhkan kerana ia termasuk dalam projek-projek penjimatan. Jadi, saya khuatir, penangguhan projek ini yang baharu selesai daripada fasa kajian, akan membantutkan pula pembangunan ekonomi negeri Kelantan. Soalan saya, setakat mana ia ditangguhkan, dan setakat manakah ia dilaksanakan oleh pihak kerajaan pada hari ini? Bagaimanakah misi kerajaan untuk menyelesaikan projek pembinaan LPT3 ini? Saya mohon menyokong pindaan yang dicadangkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Yang Berhormat Kepong tidak ada. Yang Berhormat Pontian. Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Ringkas sangat tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri, lebih kurang seminit dua sahaja beliau membentangkan. Kita pun tidak tahu, apa rasionalnya, tetapi saya ingin membantu sedikit sebanyak memberikan pandangan. ECER ini apabila terlibat Sekijang, Segamat dan Labis. Itu merupakan tiga Parlimen dalam kawasan ECER. Daerah Segamat ada tiga Parlimen ini, maka akan bertambah 197,762 lagi penduduk yang kawasannya terdiri daripada sawit dan getah kebanyakannya. Ada antara senarai wish list yang saya sempat hubungi teman-teman saya di tiga Parlimen itu. Perkara pertama Tuan Yang di-Pertua, apabila Segamat dimasukkan dalam ECER ini, mereka meminta supaya diselesaikan antara masalah utama Daerah Segamat iaitu banjir. Apabila musim hujan sahaja, kawasan pertama di negeri Johor yang dilanda banjir ialah Daerah Segamat. Oleh itu, Yang Berhormat Timbalan Menteri perkara pokok utama ialah selesaikan masalah banjir dengan peruntukan yang cukup. Saya juga melawat kawasan-kawasan itu pada awal tahun ini, bagaimana sukarnya kehidupan mereka. Ada satu buah kampung itu, seluruh kampung nampak bumbung sahaja kerana diliputi oleh air banjir. Itu wish list mereka yang pertama. Kedua, ialah mereka ingin mohon bangunkan kawasan-kawasan pertanian bagi melengkapkan agenda jaminan bekalan makanan untuk Daerah Segamat selaku daerah baharu selain Daerah Mersing di Johor yang dimasukkan dalam ECER ini. Food security- keselamatan jaminan makanan ini merupakan satu perkara yang sangat penting. Kita perlu banyak lagi ayam, kambing, lembu, makanan ayam, makanan haiwan. Kita perlu ada agrofood industry, kelapa, fertigasi sayuran misalnya, jadikan kawasan sebagai agropelancongan. Ini semua antara cadangan-cadangan yang mereka nyatakan. ECER ini Tuan Yang di-Pertua, keluasannya amat luas, lebih daripada separuh. Sebanyak 54 peratus dari kawasan Semenanjung Malaysia ini berada dalam ECER, empat buah negeri, empat orang Menteri Besar. Itu sebab Majlis ECER ini pengerusinya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri, ada empat orang Menteri Besar terlibat dan Menteri Kewangan terlibat, Menteri EPU, Yang Berhormat Jeli, KSN terlibat. Jadi, ia bukan satu perkara yang kecil. Ia satu usaha pembangunan yang cukup besar. Sebagai contoh, di Daerah Mersing ada Lembah Tenusu Jemaluang dalam projek ECER- bagaimana 5.1 juta liter susu akan dikeluarkan. Ini meningkatkan pengeluaran susu negara sebanyak 11 peratus. Ini apabila saya sebut bahawa apabila dimasukkan Daerah Segamat ini, yang penting kita bangunkan kawasan-kawasan pertanian untuk menjadi kawasan ternakan moden misalnya, supaya kita tidak lagi menghadapi masalah food security ini. Selain daripada itu, berikan peluang-peluang pekerjaan baharu kepada penduduk tempatan. Bukan apabila kita terlibat dalam pelaburan-pelaburan contoh sektor gas,
petroleum, pembangunan tanah, tenaga diperbaharui ini kita memberi pekerjaan kepada pendatang asing pula ataupun pekerja asing. Paling penting ialah pekerjaan-pekerjaan itu dengan gaji yang tinggi patut kita berikan kepada anak-anak tempatan di kawasan empat buah negeri itu. Jadi, itu satu lagi wish list mereka. Baru-baru ini angka pada tahun 2021 misalnya, RM13 bilion pelaburan ECER ini. Kita pun hendak tahu RM13 bilion ini di negeri mana yang diperoleh? Sama ada Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor- berapa bilion pecahan RM13 bilion itu untuk negeri-negeri yang berkaitan? Ada 10,600 peluang pekerjaan. Kita hendak tahu berapa banyak pada anak tempatan, dan ada 570 peluang keusahawanan. Itu yang dilaporkan oleh ECER- bahawa 570 peluang keusahawanan daripada lebih kurang 4 juta orang penduduk itu kecil. Jangan kita anggap 570 peluang keusahawanan itu besar. Bagaimana kita hendak mewujudkan hasrat ECER iaitu entrepreneur ECER untuk bangsa usahawan, peniaga B40 dan belia, adakah tercapai hanya dengan memberikan 570 peluang keusahawanan. Patut diberi 5,700 peluang keusahawanan barulah angkanya itu besar. Jadi, harapan kita ialah supaya selesaikan masalah banjir. Jadikan kawasan Segamat itu sebagai agenda jaminan bekalan makanan, food security dan berikan peluang-peluang pekerjaan baharu kepada penduduk tempatan, bukan kepada pekerja asing. Saya dengan ini menyokong pindaan agar Segamat iaitu Parlimen Sekijang, Segamat dan Labis dimasukkan dalam ECER. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Yang Berhormat Jerantut. Silakan.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut bersama berbahas dalam isu ECER ini. Saya hendak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada pihak ECER kerana telah berjaya menarik pelaburan sebanyak RM13.4 bilion di mana pelaburan ini bagi saya merupakan satu pencapaian terbaik dalam usaha kita untuk memperkasakan lagi perkembangan ekonomi, khususnya di negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung.
Alhamdulillah dengan pencapaian begini, Pahang turut terlibat dengan limpahan pelaburan yang datang. Semoga tahun akan datang Pahang akan terus diberikan peluang untuk turut sama dalam mengembangkan ekonomi melalui ECER ini. Cuma Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya apa persiapan-persiapan yang telah dibuat oleh pihak ECER apabila wabak COVID-19 melanda negara kita? Sudah pasti mereka yang terlibat ini, terutamanya usahawan-usahawan yang telah dibina oleh pihak ECER ini turut terkesan. Jadi, kita bimbang dengan adanya wabak ini menyebabkan mereka ini hilang daripada radar dalam kawalan ECER. Jadi, saya sangat berharaplah agar mereka ini dicari balik, dikenal pasti apa masalah-masalah yang telah mereka hadapi. Saya juga berharap agar pihak ECER ini, untuk jangka masa panjang, agar mereka dapat menubuhkan sebuah akademi atau pun pusat latihan ECER sendiri supaya para peserta yang terlibat dalam cadangan lingkungan mereka ini dapat diberi latihan lebih khusus, lebih teratur, lebih terarah kepada setiap projek ataupun setiap cadangan yang dibuat oleh ECER sendiri. Ini kerana buat masa ini, saya lihat ada tempat-tempat yang pihak ECER terpaksa menumpang di premis-premis orang lain yang kadangkala ia tidak berapa sesuai dengan
keadaan-keadaan dan keperluan yang hendak dilaksanakan oleh pihak ECER. Dengan adanya sebuah pusat latihan nanti, ia sudah pasti akan memberikan gambaran yang lebih menyeluruh kepada persiapan pihak ECER sendiri, terutama dalam menarik para pelabur yang akan datang, yang dibawa oleh pihak ECER. Saya juga ingin mencadangkan agar bersempena dengan perluasan kawasan kepada negeri Johor yang melibatkan kawasan Daerah Segamat dan juga Mersing, saya berharap agar pihak ECER dapat juga memperluaskan kawasan-kawasan yang sudah diliputi. Misalnya negeri Pahang, dalam Daerah Jerantut ini ada kawasan-kawasan tertentu sahaja yang dilibatkan. Sedangkan, ia boleh diperluaskan lagi kepada kampung- kampung di pedalaman, khususnya kampung-kampung di Hulu Tembeling yang mana mereka ini agak ketinggalan daripada segi pembangunan. Jadi, dengan adanya pihak ECER ini, sekali gus dapat membantu kerajaan negeri mempercepatkan lagi proses pembangunan ekonomi di kawasan-kawasan pedalaman yang telah saya katakan tadi. Saya juga berharap agar pihak ECER ini dapat melihat kepada Kampung Pulau Tawar, di mana kampung ini ada kawasan tanaman padi yang luas, bertepatan dengan keadaan negara kita dan seluruh dunia yang berhadapan dengan keadaan bekalan makanan yang tidak mencukupi. Jadi, sebagai persiapan, pada saya adalah wajar pihak ECER Pahang melihat kembali usaha-usaha untuk membangunkan tanaman padi secara bersaiz besar di kawasan Pulau Tawar ini. Dengan harapan itu, ia sekali gus dapat memberikan peluang pekerjaan kepada anak-anak muda di kawasan Pulau Tawar itu sendiri. Tuan Yang di-Pertua, saya sangat berharap agar ECER ini akan mendapat manfaat sepenuhnya daripada momentum yang telah terhasil bagi mempercepatkan pembangunan di wilayah-wilayah ini dan dalam masa yang sama mempercepatkan ruang pembangunan ekonomi antara wilayah-wilayah di Malaysia. Kita berharap dengan adanya ECER ini, ketidakseimbangan pembangunan antara wilayah, terutamanya di Pantai Barat dan Pantai Timur ini, khususnya di negeri saya, negeri Pahang akan dapat dipercepatkan lagi. Dengan itu, saya amat menyokong pindaan ini, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Yang Berhormat Bachok, silakan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana izinkan saya untuk turut sama membahaskan Rang Undang-undang Majlis Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (Pindaan) 2022. Saya pertamanya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak kerajaan atas kesungguhan menjayakan Pelan Induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang merangkumi 66,000 kilometer persegi atau 51 peratus daripada keluasan Semenanjung Malaysia yang didiami oleh seramai 4.3 juta orang penduduk atau 15 peratus jumlah penduduk Malaysia. Soalan saya, dengan kemasukan Segamat ke dalam wilayah ECER ini, berapakah luas rangkuman keluasan dan pertambahan penduduk yang akan turut menikmati hasil pembangunan yang akan dilaksanakan nanti? Kedua, kerajaan menyasarkan pelaburan sebanyak RM1.8 bilion pada tahun 2022 ini untuk negeri Kelantan, merangkumi sektor pembuatan dan sumber tenaga. Saya masih sangsi dengan promosi yang kurang memberangsangkan di dalam menarik pelaburan langsung domestik dan pelaburan langsung asing. Justeru, saya ingin mohon penjelasan daripada pihak kerajaan, apa langkah- langkah yang telah dilakukan untuk tujuan ini dan apakah wujud halangan yang agar sukar untuk diatasi? Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan agar pihak kerajaan dapat mewujudkan satu hab pembangunan loji jana kuasa atau independent power plant (IPP) di Kuala Kemasin, Bachok, Kelantan.
Kawasan Kemasin sebenarnya telah lama disediakan oleh pihak kerajaan negeri untuk projek yang berkaitan industri gas dan petroleum. Akan tetapi saya kira ia tidak mendapat perhatian yang sewajarnya akibat faktor-faktor yang berkaitan politik masa lalu. Kini, saya kira adalah wajar bagi kerajaan untuk melihat kembali kepada pembangunan di Kuala Kemasin dengan cadangan saya bahawa perwujudan hab loji jana kuasa akan dapat mencetuskan pelaburan baharu dan juga dapat menarik pembangunan ekonomi di Kuala Kemasin. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Dungun, silakan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas izin untuk saya berbahas tentang Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Pindaan) 2022. Kita maklum bahawa ini adalah salah satu langkah kerjasama erat Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dalam meningkatkan pelaburan di Wilayah Pantai Timur. Saya difahamkan bahawa ECER merangkumi negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Daerah Mersing di Johor. Atas itu, dengan pindaan kali ini, Daerah Segamat akan dimasukkan di dalam ECER juga. Sehingga 31 Disember 2021, ECERDC telah berjaya mencapai sebanyak RM13.4 bilion dalam bentuk pelaburan komited swasta melebihi sasaran sebanyak RM12 bilion yang ditetapkan. Bolehkah dinyatakan apakah high-impact project yang telah dilaksanakan di Wilayah Ekonomi Pantai Timur ini? Sebagai Ahli Parlimen Dungun, saya mempunyai beberapa persoalan terhadap ECERDC, khususnya di negeri saya, Terengganu. Pertumbuhan sosioekonomi Terengganu. Saya difahamkan bahawa sudah banyak inisiatif telah dibuat bagi merancakkan pertumbuhan sosioekonomi di negeri Terengganu. Dilaporkan sebanyak RM70 bilion pelaburan disasarkan pada tahun 2018 sehingga tahun 2025 bagi negeri Terengganu. Soalan saya, memandangkan kita telah mengalami sedikit kerencatan ekonomi, berikutan selama dua tahun Perintah Kawalan Pergerakan dikenakan. Apakah inisiatif dijalankan oleh ECER untuk menetapkan projek kembali berjalan seperti biasa? Sejauh manakah industri silika di Dungun dapat dibangunkan pada jangka masa panjang sebagai salah satu sumber mineral yang mampu memberi pendapatan kepada kerajaan negeri dan peluang-peluang pekerjaan dan hasil perolehan kepada komuniti setempat? Saya dimaklumkan bahawa telah dikelaskan segi tiga pertumbuhan Kuala Terengganu terdiri daripada gerbang pelancongan hingga Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Pusat Bandar Kuala Terengganu (KTCC), Terminal Kapal Peranginan Akuapolitan Kuala Nerus. Bagi keempat-empat gerbang segi tiga pertumbuhan Kuala Terengganu ini, apakah perancangan jangka masa panjang oleh pihak ECERDC bagi memajukan segi tiga setaraf dengan segi tiga emas Kuala Lumpur yang terdiri daripada Bukit Bintang dan KLCC? Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, pembangunan pelancongan headland, Teluk Lipat, Dungun. ECERDC telah membina empat buah headlands bagi melindungi kawasan kritikal akibat masalah hakisan pantai di bahagian utara pantai yang merupakan kawasan yang dikenal pasti berpotensi sebagai kawasan pembangunan pelancongan pesisir pantai bandar Dungun. Kerja-kerja pembinaan empat buah headlands ini telah bermula pada 2 Julai 2012 dan telah siap sepenuhnya pada 17 April 2017. Soalan saya, sejauh manakah usaha mempromosikan dan usaha oleh ECERDC dan agensi kerajaan lain bagi menarik lebih ramai pelancong ke Dungun? Seterusnya, pelaksanaan Program ACES. Saya dimaklumkan Asia Center of Excellence for Smart Technologies (ACES) terlibat dalam membina semula ekonomi dengan pelaksanaan Program ACES ECER Jobs (Train & Place).
Saya mendapat tahu seramai 148 orang peserta yang berasal dari Terengganu daripada jumlah keseluruhan seramai 800 orang peserta telah dilatih dan seramai 145 orang daripada 645 orang peserta sedang bekerja dalam bidang ICT. Soalan saya, adakah ECER berhasrat membina mini silicon valley atau mini Cyberjaya di Terengganu pada masa akan datang bagi menampung bakat anak Terengganu yang mempunyai kemahiran ICT? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Sebelum saya tangguhkan Mesyuarat ini sehingga pukul 2.30 petang, izinkan saya menyatakan senarai pembahas yang berikutnya. Pada pukul 2.30 petang kita akan bermula dengan Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, diikuti Yang Berhormat Kuantan dan akhir sekali, Yang Berhormat Setiawangsa. Selepas itu, Menteri menjawab. Saya tangguhkan persidangan kita sehingga pukul 2.30 petang. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.03 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) mempengerusikan
Bismillahi Rahmani Rahim. Kita mulakan dengan sesi sebelah petang ini. Dipersilakan untuk sambung perbahasan. Kalau ikut senarai ada empat Yang Berhormat. Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Setiawangsa dan Yang Berhormat Setiu. Dipersilakan untuk memulakan pada sesi ini. Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, dipersilakan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya bangun untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur. Saya ada dua perkara. Pertama, pembangunan ekonomi Wilayah Pantai Timur ini, koridor ini ia di bawah Jabatan Perdana Menteri, khususnya EPU sebagai nadi utamanya lah. Ia merancang ekonomi, ia bangunkan sektor-sektor ekonomi strategik, ia sediakan dana dan diagihkan. Aktiviti koridor ini Tuan Yang di-Pertua, sekurang-kurangnya ia kena pastikan empat perkara berjalan. Pertama, ia bawa pelaburan. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri membentangkan berapakah bilion sudah masuk. Kedua, ia mesti cipta peluang pekerjaan. Ketiga, ia mesti jana ekonomi setempat. Makna kalau ia buat lebuh raya, LPT 1, LPT 2 sampai LPT 4 kah- LPT 4 belum berlaku tetapi makna pesisir kiri kanan itu mesti mampu menjana ekonomi. Kemudian yang keempat, ia mesti bantu orang miskin. Saya Tuan Yang di-Pertua, saya semak balik dalam dokumen bajet, Program Hapus Miskin Tegar ini sebanyak RM1 bilion- kerajaan peruntukan. Saya hendak tanya, sudah berapa banyak dana RM1 bilion untuk hapus miskin tegar ini khususnya di Wilayah ECER ini telah dibelanjakan. Belanja ke mana? Belanja untuk bantu anak-anak kelompok miskin tegar. Bantu apa? Capacity building, skills training dan job placement programme. Sangat spesifik saya hendak tahu. Tuan Yang di-Pertua, ada tiga tumpuan sebenarnya ECER ini, yang pertama ialah pertanian. Kedua, pelancongan dan yang ketiga yang hendak saya tanya ialah infra jalan
darat. Akan tetapi fokus saya, kalau saya hendak bersyarah tiga ini masa tidak cukup yang hendak saya bangkitkan satu sahaja. Di bawah ECER ini, bajet untuk latihan tenaga mahir sangat banyak. Sampai melatih B40 pun bila saya tengok dokumen itu berjuta-juta. Saya hendak tanya, banyak mana dibelanjakan, berapa ramai tenaga mahir yang telah dihasilkan untuk menggerakkan semua program. Tuan Yang di-Pertua, kita tahu pendekatan pembangunan melalui perbadanan ekonomi negeri ini ia “hidup segan, mati tidak mahu”. Mana-mana perbadanan kemajuan negeri pun lah. Lalu pendekatan koridor ini nampaknya agak berjaya, lebih efektif. Jadi saya tidak mahu melihat berjayanya daripada segi berapa banyak pelabur bawa masuk, berapa banyak jalan raya dapat dibina. Apa yang saya nak tanya ialah apakah ECER ada memasukkan bahawa ukuran kejayaan itu dalam bentuk Laporan Kualiti Hidup, sebagai indicator pencapaian koridor. Daripada segi kesihatan, kita hendak tahu di Wilayah Koridor Pantai Timur ini nisbah doktor dengan penduduk, nisbah hospital, katil dan penduduk. Sebelum ada koridor, rendah. Selepas adanya koridor kualiti hidup rakyat meningkat dan di bawah petunjuk kesihatan ukurannya apa? Pendidikan, perumahan, pengangkutan awam dan kelestarian alam sekitar. Saya hendak tengok apakah Laporan Kualiti Hidup ini sebagai indicator pencapaian kepada wujudnya koridor ini turut diambil kira. Kenapakah saya kata begitu? Saya dapati di negara kita Laporan Kualiti Hidup pernah dibuat pada tahun 1999, tahun 2002, tahun 2004 dan tahun 2011. Ada 10 bidang dan ada 38 indicators dan tahun 2013 ia ubah Laporan Kualiti Hidup kepada Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia. Isu pokok di sini Tuan Yang di-Pertua, ialah ketika Yang Berhormat Menteri nanti menggulung. Saya hendak tahu, saya hendak Yang Berhormat Menteri, kongsikan apakah menyukat pencapaian ECER ini dalam merubah kualiti hidup rakyat dengan data yang credible, dan laporan bertanggungjawab ada dalam perkiraan kementerian ataupun kerajaan? Saya ingat saya hendak melihat ataupun mendengar maklum balas daripada Yang Berhormat begitu supaya ia tidak jadi begini. Koridor mendatangkan projek akhirnya Menteri ataupun Timbalan Menteri sibuk menguruskan berapa banyak projek secara runding terus, kemudian apa ikhtiar hendak bagi pada siapa. Ia tidak selesai begitu. Ia mesti ada ukuran pencapaian yang kemas, jelas dengan data yang credible.
Yang Berhormat, mencelah Yang Berhormat.
Itu...
Kepong, Kepong...
Ya, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.
Saya hendak tumpang soalan.
Silakan Yang Berhormat Kepong.
Ya terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tumpang soalan, apakah status Projek Agropolitan yang dilancarkan pada tahun 2009 oleh bekas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu Ahli Parlimen Pekan dalam ECER projek ini? Terima kasih.
Terima kasih sahabat saya dari Kepong. Hal itu nanti tentu saya disinggung tetapi kalau saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri waktu penggulungan kita dari prasarana pengangkutan, Tuan Yang di-Pertua orang Pahang. LPT1 siap, LPT2 ia sebenarnya dalam perancangan itu bila saya baca dokumen itu ia sampai LPT4. Ia mesti sampai ke Mersing tetapi tidak kesampaianlah, belum sampai
lagi ke situ kan. Hal ini sebab pembinaan lebuh raya ini penting Tuan Yang di-Pertua, sebab ia akan merangsang pertumbuhan ekonomi di persisiran jalan itu. Akan tetapi itu fizikal, outlook yang saya sebutkan tadi ialah ia mesti kayu ukur ia. Kayu ukur itulah yang saya harap dapat diberikan maklum balas ketika Yang Berhormat Menteri nantinya mengambil giliran menggulung. Tuan Yang di-Pertua, saya menghabiskan lima minit. Terima kasih. Assalamualaikum.
Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Dipersilakan pembahas berikutnya Yang Berhormat Kuantan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Tuan Yang di-Pertua, Akta Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur diluluskan pada tahun 2008. Ini bermaksud sudah 14 tahun akta ini diluluskan. Namun, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, setakat mana majlis ini mengingatkan dirinya berkenaan dengan fungsi dan objektif kerana antara objektif majlis ini ialah untuk memastikan pembangunan itu mampan dan memastikan bahawa Wilayah Ekonomi Pantai Timur ini bertarah dunia. Apa yang berlaku pada tahun 2014 memang bertaraf dunia betullah Kuantan jadi Marikh. Jadi planet Marikh. Merah. Jadi, mengajak tidak payah pergi planet Marikh datang Kuantan sahaja tengok macam mana bauksit memerahkan bumi Kuantan. Itu mampan dan itu pembangunan. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin bercakap berkenaan dengan fungsi Majlis iaitu untuk memastikan bahawa ia membangunkan ekonomi seperti pelancongan ekonomi industri di kawasan Pantai Timur. Kita di Kuantan dahulu lapangan kapal terbang di Kuantan itu ada penerbangan ke Pulau Pinang, penerbangan ke Singapura, penerbangan ke Kuala Lumpur. Akan tetapi pada hari ini penerbangan pun hendak dapat satu hari sekali pun susah. Kadang-kadang hendak pergi KL mesyuarat pun, penerbangan itu dicancel terpaksa ambil jalan laluan darat. Tiga jam hendak pergi mesyuarat. Satu jam, dua jam, balik lagi tiga jam. Bagaimanakah kita hendak membangunkan pelancongan di kawasan Kuantan itu? Oleh sebab, kalau orang pelancong hendak datang mereka pelancong antarabangsa kalau dari Pulau Pinang tidak akan pergi ke Kuantan sebab tidak ada connectivity, tidak ada penerbangan. Pelancong dari Singapura pun tidak boleh datang sebab tidak ada penerbangan. Kemudian, hendak ikut laluan darat memanglah mereka tidak akan pergi ke Pantai Timur. Jadi, tinggallah pelancong tempatan. Jadi, ini satu faktor yang seharusnya difikir dan dibincang oleh— inilah dia fungsi majlis ya untuk membuat perancangan bagaimana hendak membangunkan ekonomi itu. Saya sambung kepada apa yang Kulim-Bandar Baharu kata dia bukan setakat hendak bagi projek, dia bukan setakat hendak buat jalan, dia bukan setakat hendak buat ECRL, hendak bagi projek kepada siapa. Akan tetapi bagaimana ia boleh memanfaatkan kawasan setempat koridor Pantai Timur itu sendiri. Seterusnya, berkenaan dengan pembangunan industri. Di Kuantan kita ada deep sea port, kita ada Gebeng Industrial Park dan kita juga ada MCKIP. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memaklumkan bahawa kita ada masalah besar di Gebeng berkenaan dengan bekalan air. Industri-industri di Gebeng mengeluh berkenaan dengan tidak cukupnya bekalan air untuk industri di Gebeng. Malah ada juga pelabur-pelabur kita yang melabur—
ada kilang di Gebeng yang sudah mahu berpindah ke luar negara. Mengeluh kerana tidak cukupnya bekalan air sehinggakan mereka tidak boleh menjalankan operasi 24 jam. Saya ingat kalau Tuan Yang di-Pertua ingat kes dari tahun 2018, kes besar berkenaan dengan katanya curi air tetapi silap fahamlah tetapi isunya industri di Gebeng dan MCKIP terpaksa bercompete ataupun berlawan dengan pengguna domestik. Loji Semambu yang membekalkan air untuk seluruh penduduk sekitar Kuantan, tidak cukup untuk membekalkan air untuk industri. Pada ketika Pakatan Harapan menjadi kerajaan, kita mencadangkan bahawa ada proses, ada desalination water treatment plant sebab kita dekat dengan laut. Kita juga ada mencadangkan bahawa ada loji khas untuk air industri kerana air industri ini tidak sama dengan air minuman, air domestik. Kenapa kilang-kilang industri harus compete ataupun berebut hendak guna air dengan penggunaan domestik sehinggalah selalu sangat ada gangguan bekalan air di rumah-rumah di kawasan Kuantan. Jadi, apabila cuaca panas dan paras air di sungai dan di Muka Sauk di Sungai Kobat itu rendah, maka air tidak cukup, loji itu bermasalah, kemudian diambil pula ke industri, kita ada masalah pengguna-pengguna domestik. Tuan Yang di-Pertua, bila kita bercakap tentang pembangunan mampan kena bercakap tentang infrastruktur. Infrastruktur bukan setakat bagi projek tetapi bagaimana benar-benar hendak membangunkan industri pelancongan, industri perkilangan dan sebagainya. Bagaimanakah kita hendak guna deep sea port itu sebaiknya? Akan tetapi ini semua tidak dia impak ataupun bahagian-bahagian tidak berkait dan tidak melihat kepada keseluruhan pembangunan mampan. Jadi, ini saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Berikutan ini dipersilakan Yang Berhormat Setiawangsa.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Setiawangsa ingin turut serta membahaskan Rang Undang-undang Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Pindaan) 2022. Kita tahu bahawa projek koridor-koridor ekonomi termasuk koridor ini merupakan antara hasil Kerajaan Barisan Nasional dahulu. Antara masalahnya ia terdapat terlalu banyak prioriti sampai kita tidak tahu mana prioriti sebenar. Kalau semuanya prioriti, maka sudah tentu ia tidak akan menggambarkan keadaan sebenar. Terlalu banyak konsultan mungkin dilantik untuk menghasilkan projek ini. Bunyinya hebat dan gah tetapi kita ingin tahu juga apakah progress tracking dan KPI yang ada untuk Wilayah Ekonomi Pantai Timur. Tidak perlu lagi kita ambil pendekatan terlalu ambitious dengan izin sebaliknya, kita perlu back to basics. Kalau kita fokus kepada negeri Kelantan, Kelantan mencatat kadar kemiskinan tegar antara paling tinggi di negara. Tadi Yang Berhormat Sepang bercakap tentang pelabur luar tetapi kita macam mana? Kita hendak bercakap tentang soal pelabur luar dan sebagainya, kalau soal-soal infra asas masih tidak selesai. Isu air, isu perparitan dan sebagainya. Apa yang rakyat di Kelantan hendak tengok, mereka hendak tengok industri-industri yang strategik yang ada nilai tambah tumbuh pesat di negeri Kelantan, bukannya kedai-kedai penapis air. Memang dahulu betul sejak jatuhnya Kerajaan Negeri Kelantan ke tangan pembangkang pada tahun 1990, kita kena akui ada diskriminasi daripada Kerajaan Pusat tetapi kerajaan negeri juga tidak boleh lari daripada tanggungjawab lebih-lebih lagi apabila hari ini mereka berada dalam pentadbiran yang sama dengan Kerajaan Pusat. Kepentingan kerajaan yang wibawa ini sangat penting untuk membolehkan pembangunan berlaku di negeri Kelantan. Beberapa kali kerajaan negeri terpaksa pinjam daripada Kerajaan Persekutuan. Bukan untuk tujuan pembangunan tetapi untuk tujuan
pembayaran gaji. Akan tetapi bila waktu hendak beli Mercedes, tidak ada masalah pula hendak gunakan wang tersebut untuk membeli Mercedes. Sepatutnya, Kelantan memberi fokus dan tumpuan dalam bidang pertanian. Kita tahu bahawa negeri Kelantan menghasilkan banyak hasil mentah untuk produk pertanian tetapi ia berbalik kepada isu logistik dan infra asas. Kalau isu logistik, kita tengok juga sekarang ada Projek ECRL. Kita kena mengaku bahawa Projek ECRL ini bukan dibuat atas logik ekonomi ataupun pembangunan. Akan tetapi pada masa yang sama, Setiawangsa sedar bahawa projek ini sudah pun bermula. Maka kita kena cari jalan untuk memanfaatkan sebaik mungkin Projek ECRL. Kita lihat sahaja kalau industri automatif di negara Thailand. Setiap pembekal diletakkan di tempat yang sama dan mempunyai hubungan lebuh raya, rel, laut dan udara yang baik. Sekali gus, ini menurunkan kos logistik dan mencapai ekonomi skala. Bila kita bercakap kalau Kelantan hendak fokus kepada isu pertanian, memang sekarang ada keperluan yang sangat mendesak lebih-lebih lagi apabila negara kita sendiri ingin mencapai usaha untuk mempertahankan food security negara kita. Pada masa yang sama, ada juga potensi-potensi misalnya untuk memanfaatkan gas pesisir di luar negeri Kelantan di Joint Development Area (JDA), mungkin boleh diletakkan satu gas-fired combined-cycle plant.
Kita boleh letak kepentingan kerajaan negeri, Kerajaan Persekutuan untuk membina keyakinan dan ini akan membolehkan hasil gas yang ada di luar negeri Kelantan yang menjadi pertikaian begitu lama dapat dimanfaatkan dan mencari satu jalan keluar yang akan memberi manfaat menang-menang kepada semua pihak. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Setiawangsa. Dipersilakan Yang Berhormat Setiu.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada Setiu untuk turut sama membahaskan rang undang-undang pindaan Akta Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 2008 (ECER). Tuan Yang di-Pertua, sejak akta ini diperkenalkan pada tahun 2008, pelbagai pendekatan holistik yang telah dijalankan bagi memacu pembangunan sosioekonomi kawasan-kawasan ECER. Antaranya adalah bagi mewujudkan peluang pekerjaan melalui pelaburan swasta yang secara keseluruhannya mencecah RM70 bilion dan sasaran kepada negeri Terengganu mencecah RM26 bilion termasuk sektor pembuatan, pelancongan, minyak, gas dan lain-lain lagi. Melalui pelaburan tersebut, pelbagai peluang pekerjaan mampu dijana. Namun, yang menjadi kekangan di sini adalah pekerja tempatan masih lagi tidak berminat dengan peluang-peluang kerja yang telah ditawarkan. Oleh itu, apakah sebenarnya faktor yang menyebabkan peluang pekerjaan yang diwujudkan tidak mendapat sambutan yang sewajarnya? Apakah mekanisme yang telah digariskan oleh pihak kerajaan bagi memastikan pekerja terutama rakyat tempatan tertarik untuk memberi sokongan dan memajukan pertumbuhan ekonomi setempat? Saya juga ingin bertanya, sejauh manakah projek-projek ECER seperti Agropolitan Besut-Setiu dan lain-lain lagi dapat mengeluarkan peserta daripada garis kemiskinan yang menjadi tujuan projek tersebut? Saya mencadangkan agar peserta dilatih untuk menjadi usahawan tani yang berdikari melalui pelbagai insentif modal, facilities dan kemudahan seperti tanah untuk bertani dan peralatan yang lengkap, bukan sekadar menjadi peserta kepada projek sahaja. Tuan Yang di-Pertua, pandemik COVID-19 bukan sahaja meninggalkan kesan yang mendalam terhadap kesejahteraan sosial masyarakat, bahkan pertumbuhan serta pembangunan yang telah disusun juga turut mendapat impak daripada penularan virus
tersebut. Banyak projek strategik yang telah dirancang terpaksa ditangguhkan bahkan ada yang terpaksa dibatalkan dalam pelbagai sektor termasuk sektor peniagaan. Perkara ini telah memberi kesan yang besar terhadap sasaran yang telah digariskan sebelum ini dalam Pelan Induk ECER 2.0. Kebanyakan sasaran tidak dapat dicapai dengan begitu baik. Sebagai contoh, sasaran yang ditetapkan bagi mewujudkan peluang pekerjaan di negeri Terengganu adalah 15,500, namun yang berjaya dihasilkan hanyalah 600 peluang pekerjaan kesan daripada pandemik tersebut. Oleh itu, apakah langkah kerajaan bagi meningkatkan kembali pertumbuhan projek pembangunan sebagaimana sasaran yang telah ditetapkan? Adakah pihak kerajaan ada bercadang untuk mengubah suasana prestasi sebelum ini disebabkan oleh COVID-19? Berdasarkan dalam Pelan Induk ECER 2.0, pengecualian cukai hanya diberikan sehingga tahun 2020 sahaja. Oleh itu, kerajaan sewajarnya menarik lebih ramai pelabur untuk melabur ke negeri-negeri ECER khususnya dengan mengembalikan semula insentif pelaburan yang salah satunya melalui pengecualian cukai. Tuan Yang di-Pertua, perkara seterusnya yang ingin saya sentuh berkenaan kemajuan program modal insan. Saya kira pembangunan modal insan merupakan faktor kritikal bagi menjana dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara. Oleh itu, saya menyokong penuh usaha kerajaan mempergiatkan program Preventing Future Poor di negeri-negeri luar bandar terutamanya. Selaras dengan objektif program bagi membantu pelajar-pelajar B40 meningkatkan kecemerlangan akademik seterusnya melanjutkan pelajaran sebagai usaha untuk mengubah nasib mereka, program ini wajar diberi perhatian yang lebih mendalam. Oleh itu, saya mencadangkan agar peruntukan kepada pembangunan modal insan dipertingkatkan bagi membantu pelajar-pelajar yang kurang cemerlang untuk terus melangkah jauh. Kerjasama antara universiti-universiti tempatan juga wajar diperkukuhkan lagi. Namun, apa yang menjadi kebimbangan saya terhadap nasib pelajar luar bandar yang terletak jauh dari universiti tempatan, contohnya Setiu, sumber untuk mendapatkan tenaga pengajar bagi menjalankan program ini agak sukar. Oleh itu, saya mencadangkan agar kawasan-kawasan pedalaman diberikan perhatian lebih dengan menghantar lebih ramai sukarelawan ke kawasan tersebut agar pelajar-pelajar luar bandar turut tidak ketinggalan dalam pelajaran. Perkara terakhir yang ingin saya sentuh ialah berkenaan Setiu Wetland. Inisiatif pembangunan taman negeri Setiu Wetland akan dipelihara melalui penyelidikan dan pembangunan R&D di Tasik Berombak di samping tujuan pelancongan, pendidikan dan ekopelancongan. Oleh itu, saya memohon agar segala projek yang telah dirancang di Setiu Wetland disegerakan demi kemajuan rakyat Setiu. Saya juga ingin membahaskan berkenaan Projek Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 3.
Yang Berhormat, sila gulung.
Saya yakin projek tersebut memberi impak yang sangat besar kepada pembangunan kawasan sekitar khususnya. Namun begitu, terdapat beberapa persoalan yang ingin saya utarakan. Antaranya berkenaan status terkini pembinaan lebuh raya tersebut dan sejauh manakah kajian yang telah dilakukan terhadap penjajaran alignment pembinaan LPT tersebut.
Yang Berhormat. Sila gulung.
Untuk akhirnya, saya mendapat maklumat bahawa pembinaan LPT2 sebelum ini agak jauh daripada sumber penjanaan sosioekonomi rakyat setempat. Oleh itu, saya berharap agar pembinaan LPT3
menekankan aspek ini bagi memastikan projek tersebut dapat menyumbang secara optimum kepada hasil ekonomi rakyat. Sekian, saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Pembahas-pembahas telah selesai. Dipersilakan dan meminta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Masa 15 minit dan opsyen tambahan lima minit. Dipersilakan.
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua 11 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan menyertai perbahasan Rang Undang-undang Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Pindaan) 2022. Saya ingin merujuk kepada pembahas yang pertama iaitu daripada Yang Berhormat Sepang—- daripada Yang Berhormat Kuala Krai, pembetulan. Adakah dalam Dewan?
Ada.
Ada. Baik. Berkenaan kedudukan Kampung Laut ini sebagai kawasan tarikan pelancongan. Melalui program ECER, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM40 juta yang antara lain ada dua pakej yang sedang diusahakan di bawah program tarikan pelancongan di Kampung Laut ini. Pertama, berkenaan kawasan Warisan Serunding yang telah siap pada 5 Jun dan yang kedua, pakej Laman Seni di Masjid Kampung Laut. Ini telah siap pada Mac 2022. Cuma, berkenaan pakej yang pertama tadi, walaupun telah siap tetapi masih dalam peringkat perundingan dengan Majlis Daerah Tumpat sebelum premis ataupun kawasan- kawasan ini dapat diserahkan kepada para penyewa untuk menjalankan aktiviti perniagaan. Jadi, terdapat beberapa terma yang perlu dikemas kini di antara ECER dengan Majlis Daerah Tumpat.
Oleh yang demikian, keadaan ini dalam tempoh siap iaitu pada sekitar Jun 2022 hingga tarikh hari ini adalah satu jangka masa yang sangat singkat untuk kita menilai faedah ataupun pulangan pelaburan yang diperoleh daripada projek yang dijalankan ini. Manakala, bagi aktiviti yang berkaitan dengan aktiviti kawasan seni di Masjid Kampung Laut ini, masjid ini sudah boleh digunakan untuk solat dan juga aktiviti agama yang lain. Walaupun di kawasan itu juga telah dibuat, direfurbished dan dijadikan kawasan seni. Antaranya sudah ada banyak aktiviti seperti wayang kulit dan aktiviti-aktiviti berkaitan seni yang bertujuan untuk memberi impak ataupun kesan kepada tarikan pelancongan di Kampung Laut. Baik, selanjutnya saya ingin merujuk kepada pembahas kedua, Yang Berhormat dari Sepang sebentar tadi. Ada banyak. Yang Berhormat Sepang ada kah dalam Dewan? Tidak ada? Tidak ada tetapi saya jawab ringkas dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya jawab ringkas. Berkenaan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sepang tadi, berkenaan kesan FDI ataupun foreign direct investment, yang ini sebenarnya bukan di bawah tanggungjawab untuk menyelaraskan perkara ini ataupun perkara-perkara yang berkaitan dengan FDI ini diletakkan di bawah MOF. Jadi, berkenaan isu pelabur-pelabur yang berpindah ke Vietnam dan Filipina. Pembahas kedua juga tidak membentangkan secara terperinci sejauh mana yang dikatakan peningkatan pelaburan di negara-negara yang berkaitan berbanding dengan pelaburan di negara kita. Jadi, perkara-perkara yang tidak di detailed kan secara fakta ini saya beranggapan sebagai andaian yang tidak berasas sama sekali. Walau bagaimanapun, untuk makluman, untuk rekod bahawa EPU mempunyai beberapa pendekatan dan sasaran seperti trade mission yang dibuat oleh Korea dan juga
German, yang telah mengumpulkan pelabuhan. Sejumlah lebih kurang RM5 bilion ringgit yang telah pun ditandatangani – melalui MoU yang telah ditandatangani dengan pelabur- pelabur ataupun prospek pelabur luar yang ingin melabur ke negara ini. Ini menunjukkan bahawa negara ini masih lagi mempunyai tarikan pelaburan untuk pelabur-pelabur luar. Walau bagaimanapun, soalan lain yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sepang sebentar berkenaan kesan 1MDB. Yang itu tidak memberikan kesan besar memandangkan perkara itu sedang diuruskan dengan baik oleh sistem keadilan yang ada di negara ini. Adalah terlalu awal untuk kita prejudicial berkaitan dengan kesan kes 1MDB ini. Selanjutnya, pembahas yang ketiga, Yang Berhormat dari Pasir Mas sebentar tadi berkenaan pendapatan isi rumah miskin. Saya ingin menjelaskan bahawa kerajaan melalui program ECER ini telah mengetengahkan Program Agropolitan. Agropolitan yang telah dibuat di beberapa buah tempat, contohnya di Kelantan ada dibuat melalui program pertanian dan juga penanaman kelapa sawit, yang mana di Pekan telah dibuat penternakan dan juga di Terengganu sekarang pertanian dan penternakan. Yang di Pahang ini telah melibatkan seramai 370 orang peserta dan di Setiu juga seramai 85 orang dan di Kelantan juga ada seramai lebih kurang 585. Jadi, melalui Program Agropolitan ini, mereka yang mempunyai pendapatan miskin tegar ditempatkan semula di kawasan pertanian secara berkelompok yang mana di dalam kawasan tersebut mereka dapat hidup dengan selesa dan diberikan rumah dan juga mempunyai surau untuk mereka menjalankan aktiviti sosial termasuklah premis- premis kedai yang disewa untuk menjalankan aktiviti perniagaan. Yang ini telah berjaya melalui program-program pertanian dan bimbingan yang telah diberikan kepada mereka ini, telah berjaya meningkatkan pendapatan ataupun memberikan perolehan pendapatan sebanyak antara RM1,500 hingga RM2,700. Ini menunjukkan bahawa Program Agropolitan ini telah berjaya memberikan kesan yang sangat positif kepada para peserta sehingga mampu untuk menarik mereka ini keluar daripada berada di bawah garis kemiskinan tegar seperti yang dialami oleh sesetengah daripada mereka. Contoh-contoh Program Agropolitan ini satu perkara yang baik dan akan diguna pakai di kawasan-kawasan lain yang berkaitan. Jadi, EPU juga ada menjalankan program untuk membasmi kemiskinan yang dibuat secara berperingkat di antara lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti. Ini antara usaha-usaha kerajaan untuk membantu mereka yang berada di bawah garis kemiskinan supaya dapat keluar dan dapat hidup selesa seperti orang yang lain. Jadi, selanjutnya berkenaan loji rawatan air yang di Klang. Loji rawatan air ini ada dua fasa. Fasa yang pertama telah pun siap. Manakala fasa yang kedua sedang dalam proses pembinaan. Walau bagaimanapun, fasa yang kedua ini telah pun mempunyai bajet ataupun peruntukkan, yang mana kontraktor akan dilantik, tawaran akan dikeluarkan secara tender pada Februari 2023. Walau bagaimanapun, peruntukkan sudah ada dan design telah pun disiapkan, hanya untuk melantik kontraktor pada bulan Februari nanti. Bajet-bajet ini telah pun diluluskan dan dimasukkan menjadi sebahagian daripada bajet ECER untuk diguna pakai bagi menjalankan projek loji rawatan air di Klang untuk fasa yang kedua. Maknanya rakyat di negeri Kelantan ini perlu bersabar sedikit sehingga fasa yang kedua ini di tender kan pada bulan Februari nanti. Kontraktor akan dilantik pada bulan Februari nanti. Walau bagaimanapun, buat sementara waktu ini saya ingat tidak ada masalah untuk mendapatkan kemudahan air melalui fasa kedua yang telah disiapkan. Jadi, berkenaan Pasar Terapung di Pulau Suri pula, ini sebenarnya diuruskan oleh kerajaan negeri oleh agensi yang berkaitan. Walau bagaimanapun, di masa akan datang sekiranya bersesuaian tidak ada masalah untuk ECER bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi sama-sama memajukan dan membangunkan industri pelancongan di Pulau Suri ini.
Manakala berkenaan kedudukan LPT3, itu di bawah kuasa KKR. ECRL tidak mempunyai sebarang kaitan berkenaan status pelaksanaan projek ini. Walau bagaimanapun, ECRL melalui insentif percukaian yang telah ditawarkan telah berjaya meningkatkan pelaburan sebanyak RM1.8 bilion berbanding dengan RM0.7 bilion pada tahun sebelumnya dan ini juga sekali lagi menjadi petanda yang sangat positif untuk mempertingkatkan pelaburan di negeri Kelantan dan juga negeri Terengganu. Selanjutnya saya berpindah ke pembahas yang keempat iaitu Yang Berhormat Pontian sebentar tadi berkenaan kedudukan food security, dengan izin dan juga keutamaan untuk menjadikan Segamat sebagai hab pertanian yang penting dan utama. Untuk makluman Yang Berhormat Pontian iaitu pembahas yang keempat, ada kah Yang Berhormat Pontian?
Tak ada.
Tak ada ya? Saya ringkaskan ya sebab beliau tak ada. Jadi untuk Segamat ini, melalui ECER, kerajaan menyasarkan Segamat bakal diketengahkan sebagai lembah bioagro ataupun bioagro valley dengan memanfaatkan sektor bioteknologi dan perniagaan tani bagi meningkatkan aktiviti perniagaan di sana. Cadangan untuk menjadikan Segamat sebagai sebahagian daripada ECER ini akan memberikan keutamaan kepada aktiviti pertanian. Selanjutnya...
Yang Berhormat Timbalan Menteri, perlu masa?
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon masa tambahan dibenarkan untuk saya menyudahkan.
Lima minit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selanjutnya, Segamat telah dikenal pasti juga sebagai hab perniagaan tani dengan pelbagai inisiatif seperti Program Agro Mix Farm, Nucleus Orchard dan telah diperkenalkan pada tahun 2017. Model perniagaan syarikat induk bagi projek perniagaan tani telah berjaya dilaksanakan di kawasan-kawasan lain di ECER yang akan turut diperkenalkan di Segamat di mana ia akan meningkatkan kecekapan sektor pertanian tempatan melalui penggunaan teknologi moden dan perladangan kontrak serta pelantikan peladang satelit dan usaha pemasaran yang berkesan untuk memperkukuhkan dan mengoptimumkan sumber melalui penyelarasan rancangan perniagaan tani, bioteknologi dan biomas serta agropelancongan. Selanjutnya saya pergi ke Yang Berhormat Jerantut iaitu berkenaan isu ECER yang keseluruhan projek yang berkaitan dengan penanaman padi di kawasan Jerantut yang dicadangkan untuk dimasukkan di dalam aktiviti ECER dan juga berkenaan cadangan-cadangan kawasan di Ulu Tembeling atau pun kawasan-kawasan pertanian yang terpencil, kawasan-kawasan pedalaman yang terpencil yang mana ECER ini adalah satu projek-projek pertanian yang bertaraf koridor yang menyasarkan pulangan pelaburan yang agak besar ataupun memberikan tumpuan kepada aktiviti pertanian yang mempunyai kesan impak dan pulangan yang besar. Walau bagaimanapun, aktiviti-aktiviti di kawasan-kawasan yang kecil seperti di Ulu Tembeling dan juga kawasan-kawasan penanaman padi di sekitar Jerantut ini juga boleh dipertimbangkan pada masa yang akan datang selepas memberi priorities ataupun keutamaan kepada projek-projek yang lebih menarik kepada pelabur-pelabur luar untuk melabur di kawasan yang berkenaan. Jadi, mungkin pada masa yang akan datang, kita boleh uar-uarkan ataupun boleh mempromosikan kawasan-kawasan yang kecil ini supaya penglibatan pelabur-pelabur luar itu akan lebih ramai dari semasa ke semasa. Jadi, Yang Berhormat Jerantut ada dalam Dewan ya? Tiada ya. Jadi, itu jawapan saya untuk Yang Berhormat Jerantut. Selanjutnya, kita pergi ke Yang Berhormat Bachok, yang keenam. Pembahas yang keenam tadi, keluasan keseluruhan kawasan ECER selepas kemasukan Segamat ini adalah sejumlah 69,587 kilometer persegi berbanding dengan 66,736 kilometer
persegi. Jadi, ini telah menambah kepada kawasan ECER dan aktiviti-aktiviti yang dibuat dalam tempoh dua tahun PKP ini adanya aktiviti promosi secara domestik yang mana dilakukan program-program promosi melalui webinar secara online untuk menarik pelabur-pelabur. Selain itu, mempromosikan kawasan-kawasan yang berkaitan di dalam ECER dan ada juga dibuat tawaran-tawaran seperti tawaran dengan izin, tax incentive yang memberi galakan kepada pelabur-pelabur luar untuk datang melabur di kawasan-kawasan dalam ECER ini. Manakala selepas tempoh PKP ini, telah dibuat promosi secara third mission di negara-negara luar seperti Korea dan Germany yang telah berjaya menarik pelaburan sejumlah lebih kurang RM5 bilion.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sila gulung jika tidak dapat menjawab, sila bertulis.
Ya. Ada tiga lagi, ada empat lagi soalan yang saya tak sempat. Kalau diizinkan saya ringkaskan sedikit Tuan Yang di-Pertua dalam tempoh satu dua minit dan selebihnya saya akan jawab secara bertulis.
Baik.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan Yang Berhormat Dungun, kawasan-kawasan yang dikatakan high-impact economy. Secara keseluruhannya, ECER ini telah menyebabkan wujudnya peluang pekerjaan sebanyak 30,600 manakala banyak program ataupun aktiviti-aktiviti ekonomi yang memberikan kesan ataupun impak dan peluang dari segi pulangan pelaburan dan juga peluang pekerjaan yang terhasil sejumlah 30,600 yang saya sebutkan. Seperti antaranya Jambatan Angkat dan juga Farm Fresh di syarikat induk ECER, projek penternakan lembu di Pahang yang banyak memberikan peluang pekerjaan. Selanjutnya, saya pergi ke pembahas yang kelapan. Yang Berhormat Dungun tadi, akibat PKP, kita memang - semua aktiviti ekonomi adalah terjejas.
Walau bagaimanapun, usaha-usaha untuk mempertingkatkan ekonomi ini banyak dibuat sama ada secara online, dan selepas tempoh PKP, ia dibuat secara terus dengan mempromosikan negara kita kepada pelabur-pelabur luar. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, apakah sekarang ini ada- okey, tempoh sudah tamat Tuan Yang di-Pertua. Untuk Yang Berhormat Kulim- Bandar Baharu dan Yang Berhormat Kuantan serta Yang Berhormat Setiu, saya akan sediakan jawapan bertulis yang memperincikan setiap isu dan persoalan yang dibangkitkan oleh ketiga-tiga pembahas tersebut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 dan 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang]
[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (Dato' Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff) dan diluluskan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG KAWALAN PADI DAN BERAS (PINDAAN) 2022 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon mencadangkan rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522] dibacakan kali yang kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Kawalan Padi dan Beras (Pindaan) 2022 yang dicadangkan bagi meminda Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522] dengan tujuan untuk menambah baik peruntukan yang sedia ada terutamanya berhubung pelantikan Timbalan Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras dan memberi kuasa kepada Menteri untuk menetapkan apa-apa peraturan bagi menetapkan kesalahan yang boleh dikompaun bagi sesuatu kesalahan. Pelantikan Timbalan Ketua Pengarah adalah bagi membantu Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras bagi maksud melaksanakan kewajipan-kewajipan dan fungsi- fungsi yang ditugaskan kepadanya di bawah Akta 522. Pelantikan Timbalan Ketua Pengarah akan memperkukuhkan bidang penguatkuasaan dalam mengawal selia industri padi dan beras. Pada masa ini, semua jenis kesalahan di bawah Akta 522 diperuntukkan untuk didakwa di mahkamah dengan peruntukan yang baharu iaitu kesalahan yang boleh di kompaun, tempoh proses penyelesaian kepada sesuatu kes kesalahan boleh dikurangkan di samping menjimatkan masa dan kos pengurusan. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menghuraikan beberapa fasal dalam Rang Undang-undang Kawalan Padi dan Beras (Pindaan) 2022 ini. Rang undang-undang ini mempunyai empat fasal seperti berikut. Fasal 1 mengandungi “Tajuk ringkas” dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan. Fasal 2 dan 3 masing-masing bertujuan untuk meminda seksyen 2 dan 3 Akta 522. Fasal 3 bertujuan untuk memberi kuasa kepada Menteri untuk melantik seorang atau apa-apa bilangan pegawai awam menjadi Timbalan Ketua Pengarah untuk membantu Ketua Pengarah dalam melaksanakan kewajipan dan fungsi yang diberikan kepadanya di bawah Akta 522, manakala fasal 2 adalah pindaan berbangkit daripada pindaan yang dibuat kepada seksyen 3, Akta 522. Fasal 4 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu iaitu seksyen 28A ke dalam Akta 522. Cadangan seksyen baharu 28A memberi kuasa dengan kelulusan Pendakwa Raya untuk menetapkan melalui peraturan-peraturan kesalahan yang boleh dikompaun dan kaedah dan tatacara bagi mengkompaun kesalahan. Fasal ini selanjutnya mengadakan peruntukan mengenai kuasa Ketua Pengarah untuk mengkompaun kesalahan, dengan izin bertulis Pendakwa Raya. Keempat, fasal-fasal lain yang tidak dinyatakan secara khusus adalah pindaan bersifat kecil dan berbangkit.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan. Mengikut senarai, terdapat sejumlah 22 orang pembahas. Majlis menetapkan setiap pembahas sebanyak lima minit. Senarai adalah seperti berikut: (i) Yang Berhormat Pasir Mas; (ii) Yang Berhormat Bayan Baru; (iii) Yang Berhormat Sik; (iv) Yang Berhormat Bakri; (v) Yang Berhormat Baling; (vi) Yang Berhormat Pokok Sena; (vii) Yang Berhormat Setiu; (viii) Yang Berhormat Kubang Pasu; (ix) Yang Berhormat Parit; (x) Yang Berhormat Hang Tuah Jaya; (xi) Yang Berhormat Dungun; (xii) Yang Berhormat Kota Melaka; (xiii) Yang Berhormat Jerai; (xiv) Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu; (xv) Yang Berhormat Bachok; (xvi) Yang Berhormat Kota Kinabalu; (xvii) Yang Berhormat Tampin; (xviii) Yang Berhormat Kuala Kedah; (xix) Yang Berhormat Permatang Pauh; (xx) Yang Berhormat Alor Setar; (xxi) Yang Berhormat Wangsa Maju; dan (xxii) Yang Berhormat Pulai.
Dimulakan, dipersilakan Yang Berhormat Pasir Mas.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bercakap tentang beras adalah merupakan kita sedang bercakap tentang sumber makanan utama negara. Saya ingin merujuk kepada berita pada bulan lepas, di mana sejumlah 61 pengilang beras di Kedah diberi amaran tidak terbabit dalam kegiatan pasaran gelap menjual benih padi tidak sah bagi mengelak dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa. Pejabat Kawalselia Padi dan Beras Negeri menyatakan bahawa pihaknya tidak menolak kemungkinan ada pengilang beras terbabit dalam kegiatan salah itu berikutan mereka mempunyai keupayaan dan peralatan dalam menghasilkan benih padi. Saya sangat khuatir Tuan Yang di-Pertua, jika ada pengilang beras mengambil kesempatan menjual benih di pasaran gelap kerana harganya boleh mencapai lebih RM40 bagi satu beg 20 kilogram berbanding benih padi sah yang bersubsidi cuma RM35. Soalan saya adalah, mengapakah masih wujud pengilang dalam bilangan yang besar sehingga mencecah 61 buah pengilang di Kedah? Contohnya tanpa segan silu menjual benih padi yang tidak sah. Sejauh manakah penguatkuasaan telah dibuat oleh pihak kementerian terhadap pengilang dalam memastikan perkara ini tidak berulang lagi? Adakah kementerian juga memantau harga benih di pasaran yang berkemungkinan dihasilkan dengan tidak sah demi menjaga kepentingan rantaian pembekalan beras?
Persoalan berikutnya saya juga difahamkan bahawa berlaku ketidakadilan kepada pesawah kerana harga beras dan padi tidak dinaikkan seiring dengan harga kos walaupun kos bersawah naik berkali ganda setiap tahun. Bahkan pesawah padi menampung 100 peratus kenaikan kos dan ia tidak termasuk faktor potongan pemutuan iaitu potongan untuk mendapatkan berat bersih yang semakin tinggi oleh kilang beras. Dalam erti kata lain, beras di pasaran naik harga jika kita beli tetapi padi yang dihasilkan oleh pesawah tidak dinaikkan harga menyebabkan mereka berada di takuk yang sama. Ini bermakna beras murah yang dinikmati rakyat negara ini sebenarnya ditanggung oleh pesawah 100 peratus. Hal ini tidak berlaku kepada sayuran, ikan dan makanan lain yang harganya naik apabila kos meningkat iaitu kenaikan kos ditanggung juga oleh pemborong dan pengguna. Ia tidak bermaksud supaya kita menaikkan harga beras di pasaran tetapi kerajaan perlu untuk memikirkan sesuatu untuk kebajikan para pesawah. Selama ini harga beras dikawal pada RM2.60 sekilogram, manakala harga minimum terjamin padi sudah jadi harga tetap di peringkat kilang masih RM1.20 sekilogram. Hakikatnya, selama ini pesawah terpaksa menanggung kos sawah yang naik berkali ganda setiap tahun. Namun, jumlah subsidi – isunya ialah jumlah subsidi yang diterima setiap tahun ialah masih lagi sama. Umum mengetahui subsidi diberikan kepada pesawah supaya rakyat dapat menikmati harga beras tempatan yang murah berikutan sudah dikawal harganya. Oleh itu, saya ingin utarakan bahawa pernah ada cadangan dari Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) agar kerajaan melaksanakan sistem apungan harga beras jika sudah tidak mahu lagi memberikan subsidi yang jugalah balasan ganti kepada kawalan harga padi dan beras. Soalan saya, adakah syor ini kita boleh pertimbangkan dan jika dipertimbangkan, jangan sampai ia memberikan kesan pula kepada rakyat terbanyak di dalam menikmati harga beras yang murah. Merujuk kepada satu artikel pada 23 Mac 2022, pengeluaran padi di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda iaitu (MADA) di Kedah dianggarkan semakin berkurangan sebanyak 28,307 tan setahun iaitu RM44.16 juta berikutan perubahan syarat kepada perumahan dan pembangunan domestik. Di samping itu, kita boleh lihat sendiri sudah menjadi trend di kalangan pesawah pada hari ini apabila yang menjual tanah sawah mereka kerana anak-anak mereka sudah tidak berminat untuk meneruskan kerja padi, kemudian yang dibeli itu ialah orang-orang kaya kerana tanah sawah yang murah di kampung itu untuk akhirnya dibina rumah. Ditambah pula isunya tanah-tanah sawah ini sudah dilaburkan infrastrukturnya oleh kerajaan untuk pengairan yang baik untuk sawah namun pada akhirnya tidak digunakan untuk pertanian. Ia menjadi satu trend pada hari ini, sawah dijual kemudian dipecahkan lot dan dibangunkan perumahan. Orang-orang tua di kampung, petani-petani, anak-anak mereka sudah tidak berminat, mereka menjual tanah mereka. Dalam masa yang sama dan ini terbukti kalau kita rujuk ringkasan Eksekutif Dasar Agromakanan Negara 2.0 menyatakan bahawa dasar penggunaan beras perkapita di Malaysia telah turun daripada 79.6 kilogram setahun pada tahun 2010 kepada 76.5 kilogram setahun pada tahun 2020. Tahun 2010 adalah sebanyak 79.6 kilogram setahun dan tahun 2020 sebanyak 76.5 kilogram setahun. Jadi, penggunaan beras sudah menurun mungkin disebabkan diet masyarakat ataupun apakah faktornya wallahu a’lam. Akan tetapi dalam erti kata lain penggunaan beras yang semakin menurun ini adakah ia juga berkadar langsung dengan tanah sawah yang dijual? Adakah kerajaan tidak bimbang dengan isu pengurangan tanah yang dibangunkan sawah ini? Ia merupakan satu kerisauan yang akhirnya menyebabkan tanah sawah ini semakin lama semakin berkurangan kerana dibangunkan rumah-rumah oleh rakyat dan menyebabkan pada akhirnya kita bergantung dengan negara-negara luar dalam isu beras. Saya bagi contoh di tempat saya Pasir Mas, Rantau Panjang di Kelantan khususnya, hampir keseluruhannya bergantung dengan beras daripada Siam sama ada masuk dengan cara yang halal ataupun masuk dengan cara yang haram. Itulah yang
menyebabkan ancaman kepada food security di Malaysia pada hari ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat, sila menggulung. Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Dipersilakan Yang Berhormat Bayan Baru.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bangkit untuk membahaskan suatu akta untuk meminda Akta Kawalan Padi dan Beras 1994. Saya tidak ada masalah untuk memberi lebih kuasa kepada MAFI dan juga ketua pengarah untuk melaksanakan tanggungjawab untuk mengawal sektor padi dan beras. Kuasa diberikan kepada kerajaan dan juga pegawai-pegawai tetapi kita harus ingat bahawa kuasa yang besar itu harus diambil dan dilaksanakan secara bertanggungjawab. Ini kerana kita tahu bahawa sektor padi dan beras merupakan sektor yang paling regulated dalam negara kita. Daripada keluaran sampai ke penghantaran sampai ke pemborong, pengilang dan sebagainya semua highly regulated. Ini menyebabkan sektor – overregulated mungkin menyebabkan sektor ini tidak boleh berdaya maju. Ini kerana kita tahu bahawa kalau too much regulation maka berlaku red tapes, berlaku pelbagai obligation untuk lapor dan sebagainya. Akhirnya ia tambah cost of production. Production cost tinggi maka rakyat pun terpaksa tanggung kos yang tinggi ini dan kerajaan pula terpaksa – kalau terlalu banyak regulation, kerajaan pun terpaksa melakukan pelbagai stock-keeping, file keeping dan sebagainya ia ada kos kepada kerajaan juga. Jadi, saya harap bahawa kementerian boleh adakan satu task force untuk look into all the regulations sebab saya tahu bahawa banyak regulations yang lama-lama yang sudah lapuk. Itu zaman komunis supaya tidak ada penghantaran beras dari satu negeri ke satu negeri, itu sudah dalam era sekarang tahun 2022 itu tidak terpakai lagi. Contohnya, saya ambil satu contoh dulu ada petani dari Sarawak dan Sabah ingin hantar Borneo Rice untuk ke market di Semenanjung. Kalau kita lakukan, mereka sebenarnya boleh mendapat keuntungan yang lebih tinggi tetapi regulation kata tidak boleh. Maka petani di Sabah dan Sarawak kekal sangat miskin. Jadi, saya rasa perlu look into all this regulation, kalau yang sudah lapuk tolong buang. Itu isu pertama. Kedua adalah soal tentang food security. Kita tahu bahawa food security sekarang terutamanya untuk padi dan beras dengan Ukraine War dan sebagainya, ia telah naik. Harga atau cost of production sudah naik, baja sudah naik. Jadi, saya minta MAFI memberi implikasi. What is the implication kenaikan cost of input price terutamanya baja, terutamanya racun serangga dan sebagainya kepada industri padi dan beras. Ini kerana seperti Yang Berhormat Pasir Mas kata tadi, ia masih kekal harga siling sudah, harga beras RM2.60 sekilogram telah ditetapkan selama 11 tahun. Jadi, sekarang dengan input cost yang lebih tinggi, adakah ia menyebabkan kerugian kepada petani? Petani boleh tanggungkah dan kerana kita tahu bahawa subsidi kepada petani tidak meningkat.
Jadi, macam mana petani survive? Saya rasa sangat kasihan kepada petani- petani yang menaruh segala-galanya untuk menanam padi dan mereka ialah B40. Dua ratus ribu orang petani, pesawah di Malaysia ini B40 kerana mereka hanya dapat lebih kurang RM2,500 sebulan dengan subsidi. Kalau tidak ada subsidi, keuntungan mereka RM360 satu bulan sahaja. Jadi, how to survive? Kerajaan harus ingat bahawa sepatutnya kita kena membantu petani menjadi kaya.
Yang Berhormat Bayan Baru.
Kalau...
Mencelah sedikit.
Ya, ya. Sila.
Bagi data sedikit. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Bayan Baru, tahun 2013 kerajaan menggunakan sejumlah RM13 bilion untuk import makanan. Tahun 2015, jadi RM45 bilion. Tahun lepas, RM55 bilion. Ini untuk— Apa pandangan Yang Berhormat Bayan Baru?
Betul. Jadi, isunya adalah bagaimana kita meningkatkan production dalam Malaysia. Kalau kita hendak meningkatkan production dalam Malaysia, kita kena mengayakan petani kita. Kalau petani boleh buat untung, dia boleh rasa this is a good business, maka dia akan tanam dengan lebih giat lagi. Jadi, please change the mindset. Akhir sekali, saya ingin menegur supaya kerajaan harus look into the entire supply chain daripada upstream, midstream sampai ke downstream. Upstream itu apa? Kita ada selalu menghadapi masalah benih padi. Isu ini sudah lama. Petani dapat lambat benih, hendak tanam pun tidak dapat. Jadi, selepas BERNAS diberikan extension monopoly sebanyak 10 tahun, salah satu komitmen kepada kerajaan adalah stockpile untuk benih. Adakah ia sudah dijalankan? Ini kerana mereka sudah mula konsesi baru mulai 1 Januari. Jadi, saya hendak tanya MAFI bagi 10 komitmen itu, satu per satu. Adakah mereka telah melakukan, menunaikan komitmen tersebut, termasuk stockpile benih, nombor satu. Kedua, menambahkan iron stockpile yang baharu. Komitmen iron stockpile yang baharu dan sebagainya. Sepuluh komitmen itu saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Saya— sedikit lagi ya, Tuan Yang di-Pertua. Kita harap bahawa extension service daripada MAFI ini perlu dipertingkatkan. Petani-petani ini, mereka memerlukan bantuan daripada extension service kita. Contohnya, MADA, KADA, AIDA dan Jabatan Pertanian Malaysia. Walau bagaimanapun, selalunya KADA, MADA, mereka buat kerja masing- masing. Tidak ada coordination. Jadi, perlu ada satu jabatan atau satu— sekarang diuruskan oleh SUB Industri Padi dan Beras.
Sila gulung.
Perlukan satu jawatankuasa atau organisasi yang lebih kuat untuk menyatupadukan semua ini dan memberi extension service yang lebih baik kerana mereka menghadapi masalah baja lambat, kualiti baja yang selalu dipertikaikan, benih padi lambat, masalah air dan pengairan dan juga penyakit yang tidak ditangani. Jadi, saya harap bahawa kerajaan, terutamanya Yang Berhormat Menteri, look into isu-isu petani yang susah. Akhirnya, adalah food security negara. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Berikutnya dipersilakan Yang Berhormat Sik.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya bersama dalam perbahasan pindaan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994. Pertama, bagi pihak saya, bersetuju atas pindaan yang dibuat ini bagi melancarkan urusan berkaitan seliaan padi dan beras. Untuk pelantikan pegawai bagi memangku tugas-tugas Ketua Pengarah, saya mencadangkan pelantikan seorang pegawai sebagai Timbalan Ketua Pengarah diperlukan bagi memangku tugas-tugas Ketua Pengarah sekiranya Ketua Pengarah belum dilantik atau berada di luar kawasan. Kedua, daripada segi mengkompaun kesalahan berkaitan, khususnya dari segi benih padi. Satu keperluan atau pun mekanisme khusus perlu diwujudkan bagi mengawal pengeluaran dan penggunaan benih padi tidak sah. Pada ketika ini, kawalan dan kuat kuasa ke atas pematuhan harga siling benih padi sah telah ditetapkan di bawah Perintah Tetap Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras.
Pada ketika ini, kalau dilihat daripada segi harga benih padi, di peringkat pengeluar atau pemborong, maksimum RM32 kepada peruncit, termasuk pengangkutan. Di peringkat runcit, yang kita tetapkan RM32 sehingga maksimum RM35 dijual kepada pesawah. Namun demikian, ada kesan di bawahnya iaitu berlaku peningkatan harga yang sangat mendadak apabila berlaku manipulasi di sesetengah pihak yang menyebabkan harga benih padi itu naik sehingga RM50 untuk satu beg. Jadi, cadangan saya perlunya penguatkuasaan yang berkesan dan penambahbaikan penguatkuasaan yang sedia ada, termasuk kakitangan yang mencukupi dan mekanisme yang terbaik di pelbagai peringkat, khususnya pada musim penanaman padi. Terdapat rungutan di peringkat pesawah, berlaku manipulasi harga di peringkat pasaran. Begitu juga daripada segi harga benih padi tidak dapat dinikmati sepenuhnya oleh pesawah apabila berlaku penyalahgunaan subsidi harga benih padi oleh pengeluar benih yang mereka mengambil kesempatan atas subsidi yang diberikan oleh kerajaan. Jadi, saya cadangkan untuk mengawal penyalahgunaan kuota pengeluaran benih padi sah yang diberikan kepada pengeluar. Seterusnya, daripada segi baja subsidi iaitu pada ketika ini, aktiviti pembelian baja subsidi untuk dijual kepada semua. Namun, wujud pasaran gelap yang menyebabkan kerugian di pihak kerajaan. Penjualan semula baja tersebut juga menyebabkan pembeli tertipu ekoran ketidakpastian kualiti dan kandungan baja. Jadi, saya cadangkan pihak kerajaan perlu mewujudkan satu peraturan yang jelas bagi menangani aktiviti pembelian secara pasaran gelap ini. Daripada segi jentera pertanian, yang berlaku di peringkat bawah sana, penggunaan jentera berat pertanian seperti jentuai telah mengakibatkan berlaku keadaan tinggalan sisa tanah tuaian di jalan raya, jalan-jalan kampung dan sebagainya yang menyebabkan gangguan kepada para pengguna dan berisiko menyebabkan kemalangan. Jadi, pembekal perkhidmatan terlibat boleh dikenakan kompaun sekiranya tidak menangani isu yang berlaku. Jadi, ini sangat baik untuk kita laksanakan. Seterusnya, yang terakhir daripada segi kualiti input dan penghasilan benih perlu diberi keutamaan bagi menjamin hasil peningkatan padi oleh para pesawah. Ada cadangan daripada pelbagai pihak untuk dilaksanakan subsidi output. Saya lihat ada kewajarannya jika dilaksanakan dengan kebijaksanaan oleh pihak kementerian, di mana kita hendak memastikan bahawa para petani menerima subsidi itu secara maksimum, langsung kepada mereka. Kaedah pemberian secara kupon yang dilaksanakan ketika ini dalam aspek subsidi jentera dan sebagainya itu sangat berkesan dan ia juga boleh dilaksanakan untuk subsidi benih, racun dan sebagainya. Daripada segi peningkatan yield padi itu juga, saya lihat kerajaan perlu dengan serius bersama-sama agensi yang ada untuk kita memastikan penanaman padi sebanyak lima musim untuk dua tahun seperti yang dilontarkan cadangan oleh Kerajaan Negeri Kedah itu dapat dipertimbangkan melalui penyelidikan dan usaha-usaha bersama, termasuk daripada MARDI dan sebagainya untuk penghasilan variety yang terbaik. Melihat satu hasil yang telah pun nampak, kita boleh mengambil contohnya, termasuk di negara Vietnam. Mereka telah berjaya meningkatkan hasil padi mereka iaitu penanaman padi sebanyak enam kali. Selama dua tahun itu, setahun sebanyak tiga kali apabila mereka berjaya menghasilkan variety yang terbaik, cepat dan berkualiti dan sebagainya. Jadi, saya melihat ini juga antara usaha yang boleh kita lakukan bersama bagi meningkatkan penghasilan padi kita dan meningkatkan aset-aset padi sehingga 100 peratus pada satu masa nanti. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, sekian, terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang akan berbahas, saya ingin mengingatkan Perkara 36(1). Ini adalah pindaan kepada rang undang-undang ibu.
Please dengan izin, stick to the topic itself. Jangan melain-lainkan benda itu. We are concise. Untuk makluman Peraturan Mesyuarat 36(1). Berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Bakri. Silakan. Lima minit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana izin Bakri mengambil bahagian dalam perbahasan dasar pindaan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994. Kita sentiasa bangga bahawa Malaysia diberi keistimewaan Tuhan dengan alam semula jadi yang baik, tanah kita subur. Akan tetapi Malaysia telah menjadi nett importer of food sekian lama, dengan izin. Pada tahun 2020 jumlah nilai import makanan Malaysia adalah RM55.5 bilion berbanding dengan eksport RM33.8 bilion dengan defisit perdagangan makanan RM21.7 bilion. Untuk 10 tahun dari tahun 2010 sehingga tahun 2020 defisit perdagangan Malaysia mencecah RM186 bilion. Kita perlu mula berfikir apa telah terjadi. Kenapa negara subur seperti Malaysia menjadi net importer makanan? Krisis inflasi makanan baru-baru ini harus menjadi wake-up call kepada kita dan juga kepada kerajaan bahawa Malaysia perlu ada strategi dan yang paling penting political will untuk melaksanakan strategi tersebut untuk menjamin keselamatan makanan negara. Tuan Yang di-Pertua, hari ini kita bincang beras. Nasi ialah staple food rakyat Malaysia. Hampir setiap rakyat Malaysia makan nasi setiap hari. Akan tetapi Jabatan Statistik Negara telah menunjukkan self-sufficiency ratio (SSR) ataupun kadar sara diri beras Malaysia hanya adalah dalam lingkungan 60 hingga 70 peratus. Self-sufficiency ratio adalah indikator yang digunakan oleh Food and Agriculture Organization United Nations (FAO) untuk menilai sejauh mana pengeluaran komoditi pertanian dalam memenuhi permintaan domestik. Jika mencecah 100 atau lebih menunjukkan pengeluaran lebih daripada permintaan. Jika sebaliknya kita perlu import pertanian komoditi itu. Untuk beras SSR Malaysia hanya pada kadar purata 63 peratus untuk tahun 2016 hingga tahun 2020. Mungkin Yang Berhormat sekalian kata bahawa tanah ini kita guna untuk industri dan tidak guna untuk menanam padi. Saya hendak ambil satu statistik daripada Our World in Data dengan yang menggunakan sumber data daripada FAO yang berkenaan dengan rice yield yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sik. Saya telah membuat satu analisis daripada data tersebut. Saya mendapati bahawa walaupun dengan tanah yang kita gunakan untuk menanam padi sekarang rice yield iaitu pengeluaran beras dalam tan per hektar tanah di Malaysia adalah rendah. Saya telah membuat perbandingan rice yield Malaysia dengan negara-negara ASEAN kecuali Singapura yang tiada padi dengan China, Korea Selatan dan juga Jepun untuk tahun 1961 sehingga 2018. Antara sebelas buah negara yang saya buat perbandingan, Malaysia terletak di tangga ketiga pada tahun 1961. Akan tetapi jatuh ke tangga kelpaan daripada 11 buah negara pada tahun 2018. Negara-negara jiran kita telah meningkat produktiviti tanam mereka dalam penanam padi. Malaysia ada peningkatan tetapi kadar peningkatan kita sangat rendah kalau kita banding dengan negara-negara jiran. Saya bagi satu contoh. rice yield negara China pada tahun 1961 adalah satu tan per hektar berbanding dengan Malaysia lebih tinggi pada masa itu iaitu 1.14 tan per hektar. Akan tetapi pada tahun 2018, rice yield China telah meningkat lima kali ganda, 5.37 tan per hektar manakala Malaysia hanya meningkat dua kali ganda sahaja ke 2.97 tan per hektar. Mungkin cuaca berbeza anda kata. Sekarang kita banding Indonesia dengan Vietnam pula. Rice yield Indonesia dan Vietnam adalah 1.11 tan per hektar dan 1.26 tan per hektar pada tahun 1961. Lebih rendah daripada kita. Akan tetapi pada tahun 2018 rice yield mereka meningkat hampir empat kali ganda ke sekitar empat tan per hektar. Rice yield mereka sekarang adalah 40 peratus lebih tinggi daripada Malaysia.
Negara jiran kita meningkat empat kali ganda produktiviti mereka. Kenapa kita hanya dua kali ganda? Tuan Yang di-Pertua, we need to ask the hard question today. Why? Adakah tanah Malaysia kurang subur dari Indonesia dan Vietnam? Adakah cuaca kita kurang baik? Ataupun kita telah pun jauh tertinggal? Kalau kita telah jauh tertinggal, kita perlu memandang isu ini dengan serius...
Yang Berhormat Bakri, sila gulung.
...Dan kita perlu bekerja semula. Satu minit lagi. Kita harus membangunkan variety padi yang baharu dengan potensi hasil serta resillient perosak dan perubahan iklim yang lebih tinggi. Kita juga harus mengurangkan kerugian selepas tuaian padi dan menggalakkan R&D yang boleh dikomersilkan untuk proses menambah baik kualiti beras bagi meningkatkan keuntungan pesawah dan banyak lagi. Kerajaan telah meletakkan sasaran untuk meningkatkan SSR beras negara ke 75 peratus menjelang tahun 2025 dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Bakri ingin tahu, apakah status sekarang dan apakah rancangan Kerajaan Malaysia pada jangka masa panjang. Bakri berharap bahawa Malaysia akan mencapai 100 peratus self-sufficient dalam bekalan makanan yang paling basic di negara kita iaitu nasi satu hari nanti.
Yang Berhormat Bakri.
Apakah pandangan kementerian dan juga rancangan MAFI terhadap self-sufficiency untuk beras.
Yang Berhormat Bakri.
Itu sahaja yang saya hendak bangkitkan. Terima kasih.
Terima kasih. Berikutnya dipersila Yang Berhormat Baling. Yang Berhormat Baling satu, dua, tiga. Tidak ada. Kita move ke Yang Berhormat Pokok Sena.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama, saya hendak sentuh sedikit berkaitan dengan akta ini. Ada satu dalam seksyen 2 dan 3 memberikan kuasa kepada Yang Berhormat Menteri untuk melantik apa-apa bilangan timbalan ketua pengarah. Saya fikir bahawa seharusnya kena disebut berapa sebenarnya timbalan ketua pengarah yang diperlukan? Kalau dilihat seperti yang terkandung dalam akta ini seolah-olah tidak ada had bilangan yang boleh diberikan kepada Yang Berhormat Menteri untuk melantik sejumlah bilangan timbalan ketua-ketua pengarah. Ini suatu yang sangat malang bagi saya sedangkan kita memerlukan kepada pengurusan yang lebih berjimat sedangkan baru-baru ini ada keluar pekeliling daripada Kementerian Kewangan untuk penjimatan. Jadi, ini harus diambil perhatian. Ini adalah sebab bagi saya bahawa tugas Ketua Pengarah ialah sepertimana disebut dalam akta ibu ialah untuk memastikan harga padi yang adil dan stabil untuk para petani. Sedangkan kalau kita lihat dalam hal ini, pengurusan padi kita dalam negara kita sekarang ini tidak melihat kepada kepentingan untuk mengangkat petani kita ini menjadi petani yang lebih baik dengan mendapat sumber pendapatan yang lebih besar daripada yang ada. Ini adalah kerana bergantung kepada kedudukan harga dan juga subsidi. Harga yang sudah tidak pernah naik sejak berapa lama, kemudian subsidi yang diperolehi oleh petani pun tidak mencukupi untuk membantu meningkatkan kedudukan mereka. Seperti mana yang disebut oleh rakan saya tadi dari Bayan Baru. Ini bermakna petani ini dia tergolong dalam golongan B40. Ini bermakna bahawa ini agak satu benda yang agak menyukarkan kita. Kalau dia hendak jual goreng pisang pun dia tidak boleh beli minyak masak yang paket, kata Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semalam untuk hendak menambahkan pendapatan. Bagaimana untuk dia hendak menambahkan pendapatan selain daripada petani padi untuk dia mencari sumber-sumber pendapatan
yang lain melalui perniagaan kecil seperti mana goreng pisang sedangkan dia terpaksa membeli minyak masak yang lebih mahal daripada itu. Oleh sebab itu saya minta supaya pihak kerajaan melihat kembali apa usaha- usaha yang boleh dilakukan untuk mengangkat petani-petani ini. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Bagi saya bahawa satu perkara yang hendak dapat saya penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Dalam Mesyuarat Agung NAFAS pada November yang lalu, 2021, Mesyuarat Agung NAFAS telah sebulat suara menerima usul perwakilan dari Kedah untuk menolak estet padi ini.
Mereka menolak Projek Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB). Jadi, saya tidak tahu apakah NAFAS telah mengambil tindakan untuk memanjangkan perkara ini kepada pihak kerajaan dan ini menunjukkan seolah-olahnya kerajaan tidak berbincang dan berunding dengan petani-petani sebenarnya sehingga menyebabkan mereka tidak boleh menerima projek Projek Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB). Saya melihat bahawa sekarang ini— saya pun boleh bersetuju dengan pendapat mereka bahawa tidak ada keperluan kepada Projek Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) ini kerana kita perlu melihat kepada bagaimana untuk mengangkat usahawan-usahawan petani individu, koperasi, persatuan dan syarikat-syarikat local yang kecil-kecil ini yang sudah pun mengusahakan banyak sawah terbiar ataupun yang tidak diusahakan oleh tuan-tuan tanah. Ini mereka telah berjaya. Saya ada seorang dalam kawasan saya, seorang kakitangan penjara di Pokok Sena. Dia bekerja di penjara tetapi dalam masa yang sama dia telah menyewa sawah- sawah padi sampai lima ke 60 gelung di Kedah dan dia berjaya mendapat satu pendapatan yang lebih besar. Maknanya mereka telah berjaya. Ada satu kumpulan di kawasan...
Yang Berhormat Pokok Sena, boleh saya mencelah sedikit.
Di seluruh Malaysia.
Boleh Pokok Sena.
Ada satu kumpulan dalam FB ini semangat padi, kumpulan ini diketuai oleh seorang pesawah di kawasan-kawasan saya.
Pokok Sena bagi sedikit.
Mereka telah menunjukkan bagaimana kumpulan-kumpulan usahawan-usahawan tani yang berjaya dalam berbagai- bagai sama ada dalam pertanian padi itu sendiri ataupun dalam produk-produk yang lain yang berkaitan dengan pertanian padi. Ini menunjukkan kepada saya bahawa suatu yang sangat memberikan galakan kepada usahawan-usahawan petani yang kecil ini untuk mereka diangkat dan untuk menyertai estet padi ini, bukannya diberikan macam mana disebut pada 19 syarikat besar yang akhirnya akan menjadikan mereka-mereka syarikat kecil ini akan ketinggalan.
Yang Berhormat Pokok Sena. Yang Berhormat sebut tadi ada usahawan padi yang mengusahakan padi dalam skala yang besar, luas sehingga mereka berjaya. Jadi, adakah Yang Berhormat faham bahawa Projek Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) itulah yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan yang mana secara implementasinya sudah pun mendapat kejayaan kepada petani itu sendiri.
Baik. Tidak apa.
Bagaimana Yang Berhormat Pokok Sena kata SMART SBB itu tidak sesuai tetapi dalam masa yang sama Yang Berhormat Pokok Sena sebut ada pengusaha padi yang berjaya menanam secara berskala besar. Jadi, nampak ada perbezaan di situ.
Ya, mereka usahawan-usahawan padi Tuan Yang di-Pertua, yang tidak masukkan dalam SMART SBB ini diambil 19 syarikat besar. Ini memorandum daripada kumpulan petani padi yang dihantar kepada Menteri. Saya sebut ini apa yang terkandung dalam memorandum padi. Dalam memorandum yang dihantar oleh kumpulan-kumpulan petani iaitu Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia dan ini menunjukkan bahawa mereka berjaya dan saya sebut salah seorangnya ialah anggota Jabatan Penjara di Pokok Sena. Dia berjaya, dia sendiri yang kumpul. Jadi, apa salahnya kita berikan kepada syarikat-syarikat kecil seperti mereka ini untuk mengusahakan, bukannya kita membawa kepada sekumpulan syarikat-syarikat besar. Jadi ini antara yang harus dilihat kembali oleh pihak kerajaan supaya berbincang dengan kumpulan tani sebab kalau tidak mereka tidak bawa usul sehingga usul itu diterima sebulat suara dalam Mesyuarat Agung NAFAS pada November 2021. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, ada dalam akta ini dia memberikan kuasa kepada ketua pengarah untuk mengenakan kompaun kepada mereka ini dan ini kebimbangan saya ialah kuasa kompaun yang besar yang diberikan kepada ketua pengarah ini. Dia akan boleh membawa kepada konflik kepentingan ataupun penyelewengan ataupun rasuah. Ini sangat dibimbangkan. Saya melihat bahawa ini ekoran daripada apa kenyataan yang telah pun dibuat oleh bekas KSN dalam mahkamah yang dia menyatakan, dia seolah-olahnya telah menutup bahawa 1MDB itu adalah bukan syarikat untuk kepentingan negara tetapi untuk dana politik UMNO dan Barisan Nasional. Saya hendak sebut bahawa ini menunjukkan berlaku dalam peringkat sektor perkhidmatan awam ini, pada pegawai-pegawai kedudukan tertinggi ini, boleh melakukan satu eksploitasi yang akhirnya menyebabkan kerugian kepada negara kita. Jadi, saya mohon penjelasan, di manakah kawalan terhadap peruntukan ini untuk mengelak daripada berlakunya soal salah guna kuasa sehinggakan melepaskan mereka sepatutnya didakwa di mahkamah tetapi sebaliknya hanya sekadar untuk diberikan kompaun dan kompaun itu bukan boleh berlaku kata Yang Berhormat Bintulu kongkalikung. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Silakan Yang Berhormat Setiu.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bijirin merupakan antara makanan yang membekalkan sumber karbohidrat yang tinggi dan lazimnya ia dijadikan makanan ruji di sesebuah tempat sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran menerusi peristiwa Nabi Yusuf a.s. yang mentafsirkan mimpi Raja Mesir yang melihat dalam mimpinya tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus dan tujuh tangkai biji-bijian yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Maksudnya, setelah ia berjumpa dengan Nabi Yusuf berkata lah ia “Yusuf, wahai orang yang benar, tafsirkan kepada kami seorang mimpi melihat tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus dan tujuh tangkai biji-bijian yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering. Tafsirkanlah supaya aku kembali kepada orang-orang mengutus ku itu semoga mereka dapat mengetahui tafsirannya”.
Tuan Yang di-Pertua, beras dan padi merupakan bahan makanan asasi kepada rakyat Malaysia. Sektor pertanian, khususnya wajar dimantapkan sehabis baik bagi memastikan soal jaminan keselamatan bekalan makanan negara terpelihara. Dalam industri padi dan beras, BERNAS memainkan peranannya sebagai penjaga utama industri ini. BERNAS diberi tanggungjawab untuk menyelenggarakan dan mengurus stok penimbang negara. Membeli padi daripada petani dengan harga minimum dan terjamin serta bertindak sebagai pembeli terakhir petani. BERNAS juga mengurus pembayaran subsidi kepada petani di bawah skim subsidi harga padi, selain menguruskan skim pengilang bumiputera. Oleh itu wujudnya monopoli BERNAS dalam sektor padi dan beras di negara ini menyebabkan sektor ini tidak dapat dimajukan dan dibangunkan sebaik mungkin. Perkara ini memerlukan pembaharuan. Kerajaan seharusnya menghapuskan segala bentuk monopoli dalam sektor padi dan beras khususnya dalam aspek pemusatan agihan baja dan monopoli import. Oleh itu, secara tidak langsung kita mampu mewujudkan persaingan sihat dalam sektor ini. Tuan Yang di-Pertua, kehadiran warga asing ke negara ini lazimnya untuk mengisi peluang pekerjaan dalam sektor pembinaan, perkilangan dan pembuatan. Namun, tiada siapa menyangka terdapat di kalangan mereka mampu bergelar tauke dalam sektor padi dan beras di tujuh kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) di seluruh negara sejak beberapa tahun lalu sehingga ada di kalangan mereka mampu hidup mewah hasil berkecimpung dalam aktiviti agronomi di negara ini. Semakan terakhir pada akhir tahun 2021 mendapati jumlah warga asing yang bekerja sebagai pesawah paling lama di IADA Barat Laut Selangor iaitu 116 orang, Perak dan Pulau Pinang seramai 34 orang, Rompin seramai 15 orang, Seberang Perak seramai lapan orang dan KETARA Besut, Terengganu seramai dua orang. Jika selama ini negara kita bergantung kepada sebahagian besar sumber import untuk mencukupkan keperluan makanan ruji negara, maka tidak mustahil dalam beberapa tempoh akan datang, rakyat di negara ini yang akan bergantung pula para petani import ini untuk mengusahakan jelapang padi yang ada sekiranya perkara ini tidak dibendung dan dikekang langkah sewajarnya oleh pihak kerajaan.
Justeru, saya mohon penjelasan kerajaan, apa jaminan kerajaan dalam menangani permasalahan ini daripada terus membarah dan sejauh mana mekanisme sedia ada yang dilaksanakan bagi mengekang aktiviti daripada terus wujud berjaya mencapai sasaran dan objektif yang ditetapkan? Tuan Yang di-Pertua, produk rintis Program Pengurusan Tanaman Padi Bersepadu (PTPB) melibatkan kerjasama antara Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dengan PETRONAS yang dijalankan di Kampung Nam Dam, Kedah sekitar April tahun lepas berjaya meningkatkan pengeluaran padi hampir dua kali ganda berbanding musim sebelumnya iaitu daripada 2.95 metrik tan kepada tujuh metrik tan. Hasil ini melibatkan keluasan tanah sebanyak 70 hektar. Oleh itu, saya mohon bertanya, sejauh mana komitmen kerajaan untuk meluaskan program ini ke negeri-negeri lain selain Kedah, khususnya negeri-negeri yang kaya dengan jelapang padi seperti Terengganu, Kelantan, Perlis dan lain-lain? Saya juga difahamkan bahawa kerajaan menyasarkan sekurang-kurangnya 5,000 hektar tanah akan digunakan untuk program tersebut. Oleh itu, sehingga kini, berapakah keluasan tanah yang telah berjaya dimanfaatkan melalui program ini? Sekian, Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Yang Berhormat Kubang Pasu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk turut berbahas peringkat dasar rang undang-undang yang kita bincangkan pada hari ini. Melihat kepada kuasa yang saya kira sangat besar kepada Ketua Pengarah ini, antaranya kalau saya hendak sebut- saya minta maaf, Tuan Yang di-Pertua, dengan izin ya. Saya cari teks yang bahasa Melayunya tak jumpa. Ada yang bahasa Inggeris sahaja sini. Antara duty and functions Director General ini ialah “Conserve and maintain adequate supply of padi and rice”. Eh! Tidak kecil kerja itu. Kedua, “Ensure a fair and stable price of padi for farmers”. Juga suatu kerja yang sangat besar. “Ensure a fair and stable price of rice for consumers.” Untuk pengguna-pengguna juga pastikan harga itu baik. “Ensure sufficient supply of rice to meet all emergencies.” Juga satu kerja yang sangat besar dan “Making recommendations to the Government on policies designed to promote and development of the padi and rice industries and, where approved by the Government to coordinate and assist in the implementation of the same”. Jadi, kerjanya sangat besar. Jadi, kalau dilihat inilah tugas yang perlu ditanggung oleh Ketua Pengarah di bahagian beras dan padi ini, saya kira wajar kita boleh pertimbangkan seorang Timbalan Ketua Pengarah tetapi tidaklah beberapa orang atau, “Apa-apa bilangan pegawai awam menjadi Timbalan Ketua Pengarah”. Saya rasa kalau setakat seorang itu, saya ingat okeylah kot. Tidak perlu ada beberapa pula Timbalan Ketua Pengarah untuk melakukan kerja yang saya kira sangat besar. Keduanya, apabila kerjanya ini besar dan melibatkan petani padi, pengilang beras, pengilang padi dan beras, kemudian diswitching channel yang ada sampailah kepada consumers, saya minta supaya segala polisi yang hendak dijalankan ini pastikanlah kita consult stakeholders ini sebaik mungkin. Saya ingat usaha untuk membuat padi dalam skala yang besar, estet padi dalam skala yang besar yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena dan dibangkitkan juga oleh Yang Berhormat Sik tadi, saya ingat sangat wajar tetapi dalam polisi itu biarlah yang akhirnya mendapat manfaat itu adalah petani itu sendiri dan tidak corporations, big corporations yang besar-besar ini yang kontrol rantaian daripada benih pun dia kontrol, kemudian penanaman pun dia kontrol, selepas itu pengilangan padi pun dia kontrol. Jadi, biarlah segala polisi yang hendak dijalankan ini consult the stakeholders. Tidak ada ruginya dengar keluhan mereka. Sekarang ini, apakah keluhannya bila hendak tanam padi ini? Ini cerita lima kali dua tahun ini. Tanam padi ini ceritanya saya mula joined MADA tahun 1984 sudah cerita sudah. Ada masalah-masalah yang tertentu. Tidak apa, kita boleh tengok. Sekarang ini alhamdulillah. Variety padi kita sudah dapat kurangkan antara 100 ke-105 hari. So, it is possible, even hendak buat tiga kali setahun. Akan tetapi, adakah kita mempunyai bekalan air yang mencukupi, water resource yang mencukupi? Northern area, kita tahu bahawa there is a water sludge area. Kalau untuk domestic industry no problem tetapi untuk penanaman padi, ya kita ada masalah itu. Mungkin kita hendak kena tengok itu. Kemudian, kalau sawah padi ini, Tuan Yang di- Pertua- Tuan Yang di-Pertua pun tahulah orang Pilah- Pilah berapa, Tuan Yang di-Pertua?
Pida Tengah.
Maknanya, kalau tidak sempat kita biarkan sawah padi itu dikeringkan, bearing capacitynya itu tidak sempat hendak recover- orang Bagan Serai tahulah. Oleh sebab itu kita dengar tanah jerlus, mesin padi kita besar-besar masuk, jerlus. Tidak boleh tanam. Terpaksa pula kementerian buat, okey, kita buy over, tiga musim tidak payah buat, kemudian kita bagi pampasan. Jadi, saya minta polisi-polisi ini consultlah the stakeholders.
Benih padi. Kenapakah saban tahun kita mendengar keluhan ini? Kenapakah petani padi perlu mencari yang luar? Sebab, yang diberikan di bawah Skim Subsidi Padi ini tidak sampai pada masa yang dikehendaki. Baja pun sama, Tuan Yang di-Pertua. Racun meningkat dengan harga yang out of this world tetapi harga belian padi masih sama. Jadi, income mereka itu kekal. Bukan kekal. Makin mengecil. Jadi, saya harap perkara-perkara ini dapat diberi- Allah, masa pun habis. Okey, Tuan Yang di-Pertua, saya ambil sedikit yang last sekali iaitu tentang pindaan yang hendak berikan kuasa untuk kompaun. Tidak payahlah leceh-leceh hendak bawa pergi dakwa dan sebagainya untuk kompaun. Saya juga echo benda yang sama dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena, sebab penalti kompaun ini RM15 ribu ataupun penjara tidak lebih dua tahun untuk personel, second or subsequent RM25 ribu dan tidak lebih lima tahun. Kalau corporate body, RM25 ribu fine, second or subsequent RM50 ribu. Amaun ini, Tuan Yang di-Pertua- sangat, dengan izin, sap sap soi bagi mereka yang berada dalam industri ini. Mereka boleh langgar segala peraturan, make a lot of money tiba-tiba kena bayar not more than 50 percent daripada apa yang saya sebutkan tadi. Jadi kalau betul-betul kita hendak pastikan mereka tidak sorok, mereka tidak buat benda-benda yang tidak sepatutnya buat, saya ingat dakwa di mahkamah dan kalau boleh kenakan, kalau hendak bagi dia belajar, kenakan dia hukuman penjara sama. Baru dia tahu langit tinggi rendah. Jadi, saya harap perkara ini juga dapat diberi pertimbangan supaya tidak ada kemungkinan berlakunya penyelewengan dan rasuah dan dalam masa yang sama untuk kita pastikan bahawa hukuman yang dikenakan itu memberi kesan yang sebenarnya iaitu mereka tidak akan mengulangi perkara tersebut. Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih.
Terima kasih. Lama tidak dengar “jerlus”. Silakan, Yang Berhormat Parit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama, saya hendak ucap terima kasih atas ruang untuk saya juga turut berbahas dalam Rang Undang-undang Kawalan Padi dan Beras (Pindaan) 2022 di Dewan Rakyat yang mulia ini. Pindaan bagi rang undang-undang ini sangat penting kerana ia melibatkan padi dan beras, makanan ruji utama bagi negara kita. Saya juga mengalu-alukan langkah pindaan ini yang bertujuan memasukkan seksyen baharu iaitu seksyen 28A yang memberi Menteri kuasa untuk menetapkan melalui peraturan kesalahan yang boleh dikompaun dan kaedah serta tatacara bagi mengkompaun kesalahan. Isu kekurangan bekalan benih padi yang sah bukanlah satu isu yang baharu sebagaimana yang disebut ramai yang bercakap sebentar tadi. Kita sering kali timbul rungutan dalam kalangan petani yang tidak dapat memulakan musim tanaman baru padi kerana tidak mendapat bekalan benih padi sah berikutan kekurangan bekalan. Wujud kebimbangan sekiranya terdapat pengilang padi yang mengambil kesempatan menjual benih sah di pasaran gelap. Hal ini kerana harga benih padi ini boleh mencapai lebih daripada RM40 bagi beg 20 kilogram di pasaran gelap berbanding benih padi sah yang bersubsidi cuma berharga RM35.
Justeru itu, saya ingin mengetahui adakah wujud sindiket yang besar atau kartel yang menjual benih padi sah di pasaran gelap serta apakah tindakan penguatkuasaan kementerian terhadap perkara ini? Apakah terdapat penglibatan orang tertentu dalam isu penjualan benih padi sah ini? Sejauh manakah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) ada kuasa menjual benih ini secara sah melalui Pertubuhan Peladang Kawasan
(PPK) dan telah mengambil maklum dan memantau secara serius dan adakah disebabkan faktor inflasi atau ada pihak tertentu yang hendak mengaut keuntungan dengan cepat? Kita tidak mahu perkara-perkara ini menjejaskan supply chain dengan izin, kepada pemborong dan pembeli. Baharu-baharu ini pihak berkuasa telah berjaya mengesan kegiatan penyeludupan beras tidak sah dari Bangladesh yang kian meningkat ke negara kita. Setiap bulan dianggarkan sejumlah beras dari Bangladesh dibawa masuk melalui beberapa laluan di negara ini dipercayai atas permintaan warga Bangladesh dan pelarian Rohingya di negara kita. Kemasukan beras pelbagai jenama dari Bangladesh ini memberi kesan kepada pasaran beras tempatan sebanyak tiga hingga empat peratus. Hal ini juga turut menjejaskan kutipan cukai negara. Saya ingin mengetahui, apakah penguatkuasaan berterusan yang telah dilaksanakan oleh kementerian bersama dengan agensi berkaitan bagi membanteras kegiatan penyeludupan beras ini? Sejauh manakah tindakan yang telah diambil terhadap segelintir peniaga yang dikesan menukar pembungkusan beras seludup atau beras tidak sah kepada paket yang lebih kecil untuk mengaburi pihak berkuasa? Apabila kita menyebut pemborong, ada juga kes yang melibatkan pemborong yang telah pun digantung lesen. Jadi, saya hendak tahu sejauh manakah serius kes melibatkan pemborong kerana kesalahan menyimpan stok beras lebih daripada yang dihadkan. Malah saya dimaklumkan ada kes yang melibatkan pembungkusan gred beras rendah sebagai gred tinggi. Ini betul- betul menganiaya pembeli. Adakah sehingga sekarang saya hendak tahu pemborong beras ini masih dibenarkan membungkus dan mengedar beras Super Tempatan 15 peratus hancur (ST15) atau adakah benar dakwaan membungkus beras gred lain daripada pemborong ST15 dan apakah bentuk penguatkuasaan yang telah pun dibuat? Saya menyokong penuh langkah kerajaan untuk meningkatkan pengeluaran beras tempatan kepada 75 peratus daripada keperluan negara dalam tempoh lima tahun akan datang. Namun begitu, melihat kepada situasi inflasi yang sedang melanda negara dan seluruh dunia, saya lihat usaha ini masih tidak mencukupi kerana negara masih perlu mengimport beras sebanyak 25 peratus bagi memenuhi keperluan penduduk. Saya berharap agar pihak kerajaan akan terus memperkemas infrastruktur dan subsidi dalam industri penanaman padi negara sehingga tidak perlu lagi mengimport beras dari negara lain. Jadi, saya hendak tahu apakah benar-benar MAFI mampu menyasarkan untuk berusaha membantu pesawah terutama di negeri-negeri utama pengeluar padi untuk menanam padi lima kali dalam tempoh dua tahun. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Parit. Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Dewan, Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 ini ketika dibentangkan oleh Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian pada tahun 1994, jelas di dalam Hansard menjelaskan bahawa kerajaan pada ketika itu merasakan satu kuasa yang tepat dan jelas perlu diberikan kepada kerajaan, khususnya untuk mengawal segala aspek berkaitan industri padi dan juga beras. Di mana dalam hal itu, ketika Setiausaha Parlimen membentangkan rang undang- undang ini, peranan undang-undang ini adalah untuk memastikan kepentingan golongan petani, pengilang, pemborong, peruncit, pengguna dan juga kerajaan adalah terjamin. Saya ingin bertanya kepada kementerian kepada Menteri hari ini, bagaimana pindaan yang terkini ini boleh memastikan tujuan asal rang undang-undang ini dibentangkan dapat dijaga? Kerana pada saya pindaan ini begitu kecil tetapi implikasinya juga luas dalam keadaan kita berhadapan dengan satu realiti bahawa makanan ruji negara harus dipastikan mencukupi.
Tuan Yang di-Pertua, tadi saya dimaklumkan oleh Timbalan Yang di-Pertua bahawa kita dipandu dengan peruntukan ataupun Peraturan 36(1). Ini adalah rang undang-undang meminda akta induk. Akan tetapi saya meminta sedikit leeway dan juga kawan-kawan yang lain kerana kita membahaskan tentang aspek yang amat penting dan mustahak. Kita berhadapan dengan keadaan yang menuntut kementerian Yang Berhormat Menteri hari ini untuk menceritakan kepada Dewan ini langkah-langkah yang sedang dan akan dilakukan untuk memastikan beras kita mencukupi untuk rakyat Malaysia. Kenapa saya membangkitkan perkara ini, kerana saya lihat jawapan tahun lepas, kalau tidak silap saya Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab. Mengungkapkan Dasar Agromakanan Negara 2.0 dan juga Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara. Sebahagian telah disentuh oleh Yang Berhormat wakil rakyat yang lain tetapi secara khususnya saya ingin bangkitkan tentang supply kita. Saya difahamkan bekalan beras negara ini mencukupi hanya satu bulan supply berbanding dengan negara jiran, mereka mempunyai stockpile untuk tiga bulan. Saya percaya Yang Berhormat Menteri boleh memberikan penjelasan dengan lebih lanjut, apakah benar perkara ini? Apakah benar negara kita hanya mempunyai stockpile satu bulan sahaja? Kita berhadapan dengan satu keadaan yang begitu kritikal. Tadi disebut soal inflasi, disebut soal kos fertilizer, baja dengan izin, disebut soal bekalan yang mungkin kita berhadapan dengan shortage dengan izin dan juga harga beras. Kalau ikut data daripada Food and Agriculture Organization (FAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, harga eksport beras ini telah meningkat sebanyak lima kali sehingga Mei 2022. Jadi, bagaimana kementerian khususnya Yang Berhormat Menteri menangani perkara ini dalam konteks secara keseluruhan berkaitan tentang bekalan beras dan padi negara kita? Yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, ialah berkaitan dengan peruntukan yang dibentangkan kepada kita. Walaupun ini mungkin boleh saya bangkitkan nanti dalam perbahasan di peringkat Jawatankuasa tetapi saya ingin bangkitkan di sini supaya mungkin boleh terus dijawab. Iaitu berkaitan dengan pengkompaunan kesalahan dan dalam undang-undang ini diberikan suatu pendekatan dan pada saya mungkin satu kemudahan di mana ketua pengarah ini boleh mengkompaun apa-apa kesalahan sebelum dituduh, sebelum dibawa untuk pihak pendakwa raya mengemukakan pertuduhan. Soalan saya mudah, apakah dalam konteks ini kalau seseorang itu di kompaun tetapi yang dituduh atau yang di kompaun itu tidak mengaku salah. Adakah perkara ini akan terus dibawa ke perhatian pendakwa raya ataupun ada berlaku negotiation dengan izin, perundingan dengan ketua pengarah? Apabila berlaku perundingan yang sebegini dan amaun yang boleh dikenakan di bawah undang-undang atau cadangan pindaan undang-undang ini adalah tidak melebihi 50 peratus daripada amaun denda maksimum. Ini satu jumlah wang yang agak banyak dan saya fikir harus ada mekanisme semak dan imbang di sini supaya tidak ada elemen-elemen suapan dan corruption dan sebagainya. Perkara ini Yang Berhormat Menteri orang yang lama dan berpengalaman, sudah pasti perkara-perkara ini kita harus anticipate supaya undang-undang yang kita pinda ini dapat mengekang perkara-perkara yang tentunya akan menghalang kita punya kawalan padi dan beras negara ini daripada disabit dengan perkara-perkara yang memalukan dan bobrok di dalam sistem kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Saya jemput Yang Berhormat Dungun. Yang Berhormat Dungun tidak ada. Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Yang di-Pertua, dalam ketika kita membincangkan tentang memberi kuasa kepada Timbalan Pengarah, kita harus melihat kepada dasar padi dan beras ini.
Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat apabila harga ayam meningkat maka jawapan yang diberikan oleh kerajaan ialah kononnya adalah kartel penternak yang memanipulasi stok dan harga. Akan tetapi apabila kita lihat kepada industri padi ini, kita sangat hairan kenapa kerajaan memberi monopoli pengimportan kepada BERNAS sahaja. Hanya BERNAS sahaja yang boleh import beras dan BERNAS ditugaskan untuk mengagihkan subsidi. Ini satu yang tidak masuk akal. Subsidi sepatutnya tanggungjawab kerajaan, bukannya bagi kepada satu syarikat swasta. Kita tahu syarikat swasta ini mereka bermotifkan keuntungan. Siapa pemiliknya? Tan Sri Syed Mokhtar. Saya lihat kepada financial statement. Setiap tahun mereka mengaut keuntungan yang begitu besar. Tahun 2019, keuntungan mereka ialah RM135 juta dan tahun 2020 keuntungan mereka meningkat kepada RM170 juta. Akibat daripada setiap tahun mereka untung besar, saya lihat pada tahun 2020, mereka boleh declare dividend sebanyak RM670 juta kepada shareholdersnya. Siapa yang untung? Sedangkan Tuan Yang di-Pertua, rakan seperjuangan saya Yang Berhormat Sekinchan, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor beritahu kepada saya, kawasannya banyak yang menanam padi. Penanam padi di sana hanya sekadar mendapat pendapatan bulanan mereka hanya sekadar RM1,000 sahaja sebulan. Akan tetapi kita lihat di sini BERNAS untung begitu banyak sekali sedangkan penanam padi di Sekinchan hanya dapat RM1,000 sebulan. Apa konsep Keluarga Malaysia yang kamu kerajaan katakan itu. Oleh sebab itu kita lihat subsidi yang diberikan kepada petani hanya sekadar RM360 per tan sahaja. Itu tidak mencukupi. Oleh sebab itu kita minta supaya kerajaan harus melihat bagaimana dapat meningkatkan subsidi per tan untuk petani dan pesawah padi ini. Tuan Yang di-Pertua, harga beras tempatan yang dihasilkan oleh petani adalah berkualiti tinggi dan hanya dibenarkan dijual dengan kawalan harga siling sebanyak RM2.60 sekilo sedangkan BERNAS boleh import beras dari luar negara dan menjual di sini dengan harga RM3.20. Kualiti tempatan lebih baik daripada kualiti yang diimport. Jadi, apa yang dinamakan sebagai Keluarga Malaysia? Oleh sebab itu kita harap supaya kerajaan boleh membantu petani dan pesawah padi ini supaya dapat meningkatkan pendapatan mereka, supaya mereka boleh terus menanam padi, dapat hidup untuk menjamin keselamatan makanan yang kita sebut. Jadi, saya harap Yang Berhormat Menteri dapat menjawab soalan-soalan yang saya kemukakan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Yang Berhormat Jerai, silakan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk ikut serta dalam perbahasan pindaan Rang Undang-undang Kawalan Padi dan Beras 2022 kali ini. Saya ingin untuk menyertai perbahasan pada kali ini kerana di Parlimen saya Jerai boleh dikatakan hampir 70 peratus kawasan tanaman padi. Saya juga sentiasa menerima rungutan daripada petani berkaitan masalah pengagihan baja, benih dan kos upah. Pertama berkenaan dengan baja. Masalah baja yang menjadi kelewatan yang amat ketara pada musim pertama ini disebabkan kilang tidak dapat beroperasi selama 40 hari. Kadang-kadang rungutan yang berlaku kepada pak tani di kampung-kampung, padi sudah hijau, sudah kuning daunnya tetapi baja masih belum sampai-sampai. Jadi, apabila pembelian bahan mentah mempunyai kontrak pembekalan selama setahun yang melibatkan kuantiti 60,000 meter tan hingga 70,000 meter tan disebabkan peperangan yang berlaku di Ukraine dan Rusia, bekalan potash tidak dapat diperolehi dan menyebabkan operasi penaburan baja terhenti selama 40 hari. Setelah itu, setelah NAFAS HQ mendapat bekalan yang lain, kilang mula beroperasi sehingga sekarang namun kelewatan ini menjejaskan bekalan baja subsidi
kepada petani-petani di seluruh kawasan utara Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan sebahagian Perak. Justeru itu, saya berharap pihak MARDI perlu mengkaji formula yang menggunakan bahan mentah yang diperolehi dalam negara atau jiran terdekat supaya jaminan makanan ini tidak terganggu dengan suasana sekarang. Sekarang ini pihak HQ NAFAS mendapat potassium dari Kanada. Harganya juga begitu meningkat sehingga dua kali ganda kerana permintaan yang tinggi. Ukraine antara pengeluar potash yang tertinggi di dunia. Saya berharap supaya MARDI dapat mengubah formulasi baja subsidi sekarang dengan menggunakan bahan yang boleh diperolehi dalam negara atau mengurangkan jumlah peratusan kandungan baja sekali gus mengurangkan kuantiti potash yang diimport dan seterusnya bekalan baja dapat dibekalkan mengikut tempoh yang sudah ditetapkan agar tidak mengganggu jadual tanaman. Jika bekalan baja tidak diuruskan dengan baik, bagaimana kita hendak mendapat hasil mengikut sasaran yang ditetapkan dan bagaimana kawalan boleh dilaksanakan. Hasrat Menteri Besar Kedah juga untuk melaksanakan tanaman padi empat kali setahun yang boleh meningkatkan ekonomi rakyat tempatan juga boleh terbantut sekiranya pengurusan baja tidak dilaksanakan dengan lebih berkesan. Kedua, saya ingin memohon Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Malaysia untuk memberi kebenaran khusus dengan menjadikan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda iaitu MADA sebagai pengeluar benih tunggal utama di Kedah. MADA perlu menghasilkan benih padi keluaran sendiri untuk kawalan yang sistematik. Ketiga, kerajaan juga perlu melihat ataupun mengambil tindakan segera untuk mengatasi masalah kenaikan melampau harga input pertanian, racun dan baja. Selain itu bagi mengimbangi kos input, subsidi pengeluaran padi mentah mesti dinaikkan daripada RM360 satu tan metrik kepada RM500 satu tan metrik. Setiap kali persidangan, inilah yang dicadangkan. Moga-moga mendapat perhatian daripada kerajaan. Difahamkan selama ini pesawah terpaksa menanggung kos bersawah yang naik berkali-kali ganda setiap tahun. Namun jumlah subsidi yang diterima mereka masih di tahap yang sama. Keempat dan yang terakhir berkaitan harga siling benih padi yang dilaporkan pengilang menjual di pasaran gelap sehingga harga bagi 20 kilogram boleh mencecah sehingga RM68 sedangkan harga siling yang ditetapkan adalah RM35. Pemantauan yang lebih tegas perlu dilaksanakan terhadap pengilang beras kerana terdapat dakwaan kegiatan ini dilakukan oleh pengilang beras demi meraih keuntungan berlipat kali ganda berbanding menjualnya kepada agensi yang membekalkannya kepada petani. Kompaun sebanyak RM15,000 mengikut seksyen 22(1) Akta Kawalan Padi dan Beras wajar dinaikkan ke satu jumlah yang lebih tinggi dan dilihat wajar dikenakan kepada pengilang yang terlibat dengan aktiviti tidak bermoral dan menyusahkan semua pihak ini agar kejadian yang sama tidak berulang di masa hadapan. Kawalan ke atas anak benih padi dapat dilakukan dengan lebih baik dan semua petani dapat membeli dengan harga siling yang sudah ditetapkan serta mengurangkan tekanan yang terpaksa ditanggung oleh para petani. Saya dengan ini menyokong penuh Rang Undang-undang Kawalan Padi dan Beras (Pindaan) 2022. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Yang Berhormat Kulim- Bandar Baharu. Yang Berhormat Bachok, silakan.
Bismillahi Rahmani Rahim... [Membaca selawat] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua untuk beri saya peluang bahaskan Rang Undang-undang Kawalan Padi dan Beras (Pindaan) 2022. Kita ada 300 ribu orang pesawah padi yang terlibat secara langsung dalam menyumbang kepada keselamatan dan jaminan makanan utama negara kita. Sudah pasti kita tidak boleh menerima hakikat bahawa kumpulan yang begitu komited dalam menjamin keselamatan makanan negara, tiba-tiba mereka sendiri tidak selamat dan sering
berhadapan ketidaktentuan dalam jaminan sumber pendapatan dan rezeki mereka sendiri. Kerajaan mestilah mengambil segala langkah ke hadapan bagi menjamin industri padi negara terus maju dan menarik minat rakyat untuk terlibat secara proaktif. Jika tidak generasi muda hari ini sudah pasti tidak lagi bersedia untuk mengambil alih peranan generasi lama di dalam menyambung tugas besar ini. Saat itu kita akan berhadapan pula dengan isu sumber manusia yang akan lebih sukar. Jadi harapan saya, segala isu-isu yang ditimbulkan di Dewan yang mulia ini berkaitan industri padi ini mestilah ditangani secara holistik dan segera oleh pihak kerajaan. Antara isu yang boleh saya sentuh, yang ditimbulkan oleh para pesawah adalah berkaitan SOP pembaharuan buku subsidi padi yang melibatkan pertukaran pesawah yang dilaksanakan oleh pihak BERNAS. Saya berharap agar ia dikaji semula agar dipermudahkan urusan tersebut. Para pesawah akan berhadapan dengan kos yang tinggi akibat kelewatan kelulusan bagi mendapatkan subsidi tersebut. Pihak BERNAS boleh sahaja bekerjasama dengan pihak MADA atau KADA, contohnya untuk rujukan atau rekod yang telah ada tanpa perlu kepada carian-carian baharu yang sudah pun berekod. Kedua, adakah kerajaan bercadang untuk menyemak semula pemberian baja organik yang telah dihentikan suatu ketika dahulu. Pemberian baja organik ini terbukti mampu meningkatkan hasil padi pesawah. Dengan kos tinggi dan kesukaran menghasilkan baja akibat kesukaran mendapatkan bahan mentah dan pembuatan baja oleh pihak NAFAS, saya mencadangkan pemberian baja organik ini kepada para pesawah dapat dikembalikan semula. Ketiga, saya berharap kerajaan dapat menimbangkan cadangan kenaikan kadar subsidi padi daripada RM360 kepada RM500 bagi satu tan metrik. Ini akan membantu dan menggalakkan pesawah untuk meningkatkan lagi pengeluaran padi mereka. Ini amat wajar sejajar dengan kenaikan kos pengeluaran padi yang kita tidak dapat elakkan. Antara isu yang dibangkitkan dan yang amat merugikan pesawah dan pengeluaran padi juga yang kelewatan pemberian baja kepada para pesawah. Saya ingin bertanya, apakah yang dihadapi oleh pihak kerajaan sehingga isu kelewatan pemberian baja ini tidak dapat diselesaikan dengan segera. Ini sudah pasti menggagalkan usaha mencapai pengeluaran padi yang disasarkan oleh pihak petani. NAFAS mestilah berusaha lebih segera ke arah mencari dan mendapatkan alternatif baharu bagi mengatasi masalah bahan mentah untuk menghasilkan baja. Itu beberapa isu yang boleh saya bangkitkan dalam tempoh yang pendek ini selain banyak lagi isu yang dibangkitkan Dewan yang mulia ini. Kita doakan agar pihak kerajaan berjaya menemui solusi terbaik bagi menjamin keselamatan makanan negara dan menjamin sumber rezeki pesawah yang menjadi pemain utama industri padi ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bachok. Yang Berhormat Kota Kinabalu.
Ya, terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua. So, hari ini saya datang panggil sini untuk berdebat untuk Rang Undang-undang Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 dan pindaannya. Memang saya tiada masalah untuk pindaan kerana mengambil kira industri yang semakin dinamik, pindaan tertentu perlu dibuat untuk memastikan peraturan terus relevan dan fungsi penguat kuasa cepat diperkukuhkan. Namun, sebelum kita hendak mengadakan untuk memperkukuhkan penguat kuasa, kita juga kena faham dengan rintihan atau masalah yang dihadapi oleh pesawah- pesawah kita. Salah satu NGO, Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia atau dengan short-form PeSAWAH. Mereka sering mengatakan banyak masalah dan telah dikemukakan melalui memorandum pada bulan Mac yang lalu kepada MAFI tetapi apakah status terhadap kesemua rayuan mereka. Seperti yang apa yang mereka katakan ini,
antaranya untuk bantuan wang ehsan sementara menunggu padi dituai yang pernah diterima sebelum ini oleh pesawah, dikembalikan semula. Penetapan potongan pemutuan padi melalui potongan pemutusan sebenar dengan had tidak melebihi 17 peratus dan kawal seliaan pegawai-pegawai penguat kuasa daripada pihak kerajaan. Wujudkan tiga gred harga padi iaitu harga minimum terjamin yang berbeza bagi padi gred ‘A’, ‘B’ dan ‘C’. Bajet infrastruktur dan penyelenggaraan yang akan dipotong dalam belanjawan sebelum ini dikembalikan semula dan penetapan jadual pengairan yang dinamik dibuat secara bersama. Perkasakan unit lapangan kawalan penyakit dan rosak serta agronomik tanah dengan mengambil lebih banyak pegawai di satu-satu kawasan supaya unit ini berfungsi dengan lebih baik. Penstrukturan semula pentadbiran agensi dalam industri padi dan beras dengan menubuhkan semula sebuah agensi atau entiti kerajaan iaitu Lembaga Padi dan Beras Negara. Batalkan konsesi BERNAS sebagai pengimport tunggal dan LKPN diberikan tanggungjawab mengimport beras dan membekalkan kepada pemborong tempatan. Utamakan beras tempatan dalam penyediaan beras stockpile negara. Mewujudkan kuota pembelian padi oleh kilang-kilang beras berdasarkan kapasiti breakeven kilang masing-masing. Kerajaan Persekutuan menghalang pertukaran syarat guna dana pertanian padi kepada status lain yang kini dilihat sering dilakukan oleh kerajaan negeri. Ini adalah antara rayuan daripada pesawah ini. Selepas ini saya hendak masuk kepada satu isu untuk menceritakan untuk keselamatan makanan. Ini food security ini, kita tidak lari daripada membincangkan tiga perkara utama iaitu: (i) kecukupan makanan; (ii) mudah didapati pada setiap masa; dan (iii) selamat untuk dimakan. Ini ada satu parameter yang SSL ini- tahap sara diri yang sering kali kita dikatakan Malaysia mempunyai SSL ternakan ayam yang melebihi 100 peratus, telur pun lebih daripada 100 peratus. Namun, SSL untuk padi untuk peringkat kebangsaan cuma 63 peratus. Akan tetapi, masalahnya kalau kita zoom in, kita tengok Sabah dan Sarawak. SSL di Sabah sekarang merosot daripada sejak tahun 1980-an sampai ke-23 peratus sahaja pada tahun 2020. Negeri Sarawak pun, kalau saya tidak silap setakat 38 peratus. Sabah dan Sarawak ini merupakan dua buah wilayah yang terletak di tanah besar Malaysia ini. Akan tetapi, SSL untuk beras di Sabah dan Sarawak tidak lebih 50 peratus. Di Sabah 23 peratus, di Sarawak 38 peratus. So, macam mana kita hendak memajukan industri penanaman padi di Sabah dan Sarawak dan terutamanya di Sabah kerana Yang Berhormat Menteri pun berasal dari Sabah. Sabah sekarang, kita perlukan 74 ribu tan metrik beras satu tahun. Bukan- kita cuma dapat pengeluaran 74 ribu tan metrik. Sebenarnya, kita perlukan 400 ribu tan metrik beras di Sabah. So, macam mana kita hendak mengoptimumkan penggunaan tanah di Sabah dan Sarawak? Ini kerana, Sabah dan Sarawak tidak ada tanah yang luas. Takkan Sabah dan Sarawak, kita terpaksa untuk menanggung pengimportan padi dan beras daripada Semenanjung ataupun dari luar negara kerana kita terpaksa menanggung kos logistik, kos perkapalan yang lebih. So, saya minta Yang Berhormat Menteri juga untuk memberikan sedaya upaya yang boleh membantu untuk mempertingkatkan segala-gala kemajuan untuk industri penanaman padi dan sawah di Sabah dan Sarawak serta menjadikan Sabah merupakan jelapang padi untuk Malaysia juga. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Kinabalu. Yang Berhormat Tampin, sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk membahaskan perkara yang berhubung dengan Rang Undang-undang Kawalan Padi dan Beras 1994 (Pindaan) 2022. Itu satu rang undang-undang yang telah diluluskan lebih kurang 28 tahun yang lepas. Sudah pasti ada kemungkinan terdapat kelemahan dan tidak lagi sesuai pada masa ini. Walaupun ia dipinda beberapa seksyen yang difikirkan sesuai, saya kira pindaan ini perlu dilakukan sekiranya untuk menjaga kualiti pengeluaran dan jenama padi dan beras negara dapat terus terjamin kelestariannya berkembang dan diperkukuh. Malah lebih penting iaitu jaminan kita dalam membela kebajikan para penanam padi yang sentiasa terhimpit kesukaran dan dipermainkan oleh orang tengah.
Kita berharap dengan adanya peruntukan baharu yang dikemukakan dalam pembentangan rang undang-undang ini, ia mampu menangani permasalahan yang timbul. Jangan adanya rang undang-undang ini hanya indah dalam catatan buku tetapi daripada aspek pelaksanaan dan pemantauannya belum mencerminkan apa yang terkandung di dalam peraturan tersebut dan penggunaan kuasa yang tidak terkawal. Misalnya, dalam usaha untuk menghapuskan sindiket penjualan benih padi. Malahan telah termaklum dan tidak dinafikan oleh MAFI sendiri adanya di kalangan orang dalam terlibat dalam kes tersebut. Soalnya, sejauh mana kerajaan boleh memberi jaminan boleh mengawal perkara ini? Apakah pelebaran kuasa dan mekanisme yang boleh diguna pakai dan sejauh mana kecukupan kaki tangan penguatkuasaan dalam memastikan perkara ini tidak berulang? Malah mampu melumpuhkan kegiatan seperti itu. Saya juga ingin bertanya, berapa banyak kumpulan sindiket penjualan benih telah didakwa dan dijatuhkan hukuman? Apakah terdapat pengilang-pengilang padi yang terlibat dalam penjualan benih padi? Apakah para pengilang yang terlibat itu telah disenaraihitamkan untuk tidak lagi diberi lesen pengilangan? Kita amat khuatir sekiranya para pengilang terlibat dalam penjualan benih dan ia memberi implikasi yang besar kepada harga benih padi negara. Oleh kerana itu, rang undang-undang ini melibatkan para penanam padi di seluruh negara. Apakah mereka juga dilibatkan sama dalam mencari jalan penyelesaian dalam memastikan kelestarian sumber makanan negara dapat berfungsi dengan baik dan mampu menampung keperluan? Antara masalah yang dihadapi oleh pesawah tidak dapat untuk menanam padi mengikut jadual kerana kegagalan mereka untuk mendapatkan benih kerana tidak mendapat benih yang diperlukan. Justeru itu, petani terpaksa mencari jalan keluar dalam memastikan sawah mereka sentiasa dapat diusahakan. Mereka juga tidak dapat mengusahakan tanaman kerana sistem pengairan tidak diselenggarakan dengan baik dan sempurna. Soalnya, bagaimana kerajaan dapat memastikan para petani tidak dibebani dengan harga benih yang tinggi, yang kadang-kadang membebankan mereka disebabkan permainan orang tengah, yang meraih keuntungan secara mudah. Saya yakin dengan pelebaran kuasa ini. Saya ingin bertanya, bagaimana kerajaan dapat memastikan benih sampai kepada petani mengikut jadual yang telah ditetapkan agar tanaman padi dapat dilaksanakan mengikut musim yang telah ditetapkan? Sekiranya saya tidak ada masalah untuk menyokong pindaan akta ini, sekiranya ia memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat dengan industri padi dan beras negara. Namun, dengan kuasa yang lebih besar harus digunakan dan dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Yang Berhormat Kuala Kedah, silakan.
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang untuk saya turut membahaskan pindaan Rang Undang- undang Kawalan Padi dan Beras 1994. Tuan Yang di-Pertua, secara ringkasnya pindaan ini simple, mudah sahaja iaitu kita memberikan kuasa yang lebih kepada ketua pengarah dan boleh melantik timbalan ketua pengarah dan beberapa kuasa-kuasa lain yang disebutkan untuk memperkasakan. Saya rasa memperkasakan pihak yang memastikan berjalannya peraturan. Dengan izin, we are empowering those who have already been empowered. Kita beri kuasa kepada orang yang telah ada kuasa. Itu perlu, satu-satu industri satu sektor perlu kepada peraturan. Namun ada bahaya. Bahayanya ialah kita terlebih peraturan, overregulation Tuan Yang di-Pertua, dengan izin. Dalam sektor pertanian juga ada masalahnya. Kita hendaklah melihat isu ini secara holistik. Kita tidak harus tersesat melihat pohon-pohon dan melupakan hutan. Dengan izin, we should not mistaken the trees and the plants and forgetting the jungle, the forest. Dalam isu ini Tuan Yang di-Pertua, apakah masalah dalam sektor padi dan beras? Masalahnya ialah tenaga kerja yang tua, pendapatan yang sedikit. Hampir semua petani di kawasan saya ialah B40, sedikit sahaja yang berjaya. Kemudian tidak ada tenaga muda, tidak ada inovasi dan ada pelbagai masalah pengairan padi, benih dan segala-galanya yang semuanya tidak akan dapat diatasi oleh sesuatu badan kerajaan atau MADA dan sebagainya, tidak boleh. Maka saya rasa jalan keluarnya ialah selain daripada kita melakukan peraturan, memastikan peraturan diikuti, kita juga kena memastikan bahawa kita buka ruang untuk inovasi, untuk keusahawanan, untuk individu-individu tertentu yang berfikiran jauh dan luas yang berkebolehan membawa masuk pandangan-pandangan baharu dan idea baharu. Pandangan baharu yang berkaitan dengan teknologi baharu, internet, menggunakan internet yang sekarang ada merata-rata tempat. Menggunakan pelbagai cara di mana seluruh dunia sekarang boleh berhubung dengan mudah. Segala idea baharu dibawa masuk. Apabila keadaan sekarang berjalan tidak ada siapa yang boleh buat apa-apa. Selain daripada itu, kita juga hendaklah melihat kecenderungan. Kecenderungan masyarakat sekarang adalah untuk mendapatkan beras yang sihat Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Kuala Kedah.
Minta maaf, sekejap. Untuk yang lebih sihat iaitu sekarang orang bercakap tentang beras organik, tentang makan nasi tetapi tidak terlalu banyak. Beras yang tidak digilap habis over-polishing yang hingga hilang zatnya, nutriennya dan cuma ada karbohidrat misalannya. Itu tidak akan boleh dilaksanakan dengan cara institusi-institusi besar BERNAS dan sebagainya. Oleh itu pada saya, dalam isu biji benih misalannya kenapa kita tidak memperkasakan petani kita? Kita ubah undang-undang, kita memperkasakan petani. Bagi petani hak untuk memproses, menyimpan biji benih bukan untuk komersial tetapi untuk kegunaan petani. Kalau tidak, tidak akan selesai isu biji benih. Sedangkan kita pula membawa banyak masalah, banyak peraturan baharu, kita mencari, melihat siapa yang tidak ikut peraturan kita hendak kompaun tentang biji benih. Akan tetapi kalau kita berikan petani hak itu, kita memperkasakan petani, kita cuma perlu memerhatikan petani yang buat itu mengikut peraturan. Petani terlibat ikut peraturan. Itu lebih mudah, lebih simple dan ketua pengarah ini pun tidaklah bertindak sebagai sheriff ke sana sini melihat orang tertentu, menangkap dan mengenakan kompaun dan Menteri juga kerja hendak membenarkan kompaun, menarik kompaun atau melepaskan orang dikompaun. That is not the purpose Tuan Yang di- Pertua, of us having the ministry looking after our paddy plantation.
Bukan tujuan kita untuk buat begitu. Kita hendak memperkasakan, menyejahterakan rakyat. Maka walaupun saya bersetuju dengan pindaan ini, saya berharap ia digunakan secara hikmah dan petani hendak diperkasakan. Apakah kita tidak ada contoh? Kita ada contoh. Saya minta maaf pada Yang Berhormat Sik, saya terpaksa sebut lagi sahabat saya Sri Lovely di Belantik. Beliau ialah contoh walaupun saya tidak bersetuju sepenuhnya dengan beliau tetapi beliau contoh kejayaan. Bila diberikan kebebasan untuk berinovasi, untuk berusaha, keusahawanan akan keluar dan lahir dan orang-orang lain bersama di Sri Lovely misalnya ialah jurutera, graduan-graduan sains yang ada bersama. Akan tetapi kalau kita biarkan dengan keadaan sekarang, kita letakkan lebih banyak peraturan. Kita letakkan sheriff menentukan peraturan, hatta isu biji benih pun tidak boleh selesai, maka masa depan petani dalam sektor padi dan beras kita akan bertambah muram.
[Bangun] [Ketawa]
Dengan perubahan manusia makan lebih banyak untuk nutrien, bukan makan beras banyak seperti dulu, harganya juga akan bermasalah. Naik harga racun dan baja dan lain-lain sebagainya semuanya akan memeritkan lagi kehidupan petani dan akan lebih banyak yang jatuh miskin, papa dan lebih menderita rakyat Malaysia. Jadi saya minta supaya kita melihat kembali. Ini ialah individu-individu, usahawan- usahawan individu melawan (versus) korporat-korporat besar yang sememangnya kapitalis besar seperti BERNAS. Saya minta supaya kerajaan melihat dan menyokong rakyat Malaysia yang merupakan petani-petani yang berdedikasi. Mereka juga ada inovasi, mereka juga ada keupayaan yang tidak dapat dijelmakan kerana peraturan-peraturan tertentu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Yang Berhormat Permatang Pauh.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam hormat. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya turut berbahas dalam pindaan Rang Undang-undang untuk Akta Kawalan Padi dan Beras 1994. Sebelum ini ada banyak lagi isu sudah dibawa oleh ramai Ahli Parlimen. Saya hendak bangkitkan dalam industri padi ini antara yang mendapat subsidi terbesar oleh kerajaan. Kalau lihat dari tahun 2011 hinggalah sekarang antara 33 hingga 40 peratus rangkuman bajet kepada MAFI.
Justeru, kita mahukan setiap dana yang disalurkan ini mencapai sasaran atau target nya. Saya pohon kalau kita boleh lihat secara multidimensi, sebuah Laporan Khazanah Research Institut menyatakan, kalau kita fokus sangat kepada penghasilan. That means, production ya. Sekarang ini disebut 75 peratus self-sufficient level. I think that is the target by the ministry, ada akibat yang mungkin tidak membantu golongan petani. Oleh sebab kita juga kena lihat kepada kualiti benih itu sendiri, daripada segi tracing sumbernya di mana, daripada segi sustainability, adakah mesra alam ataupun petani-petani tidak dapat akses kepada racun yang berkualiti sehingga menjadikan diri mereka mudah diracuni. Ada temu ramah juga dibangkitkan dalam laporan tersebut, disebut dari beberapa orang petani, “Kami tidak boleh baca bahasa asing dalam paket racun, maka kami gadai nyawa untuk menggunakan racun haram.” Jadi, pada saya penting untuk kementerian melihatnya secara multidimensi. Oleh kerana kalau kita tertumpu sangat, contoh target dan agenda Yang Berhormat Menteri
Besar Kedah, lima kali setahun yield, hasil, memang itu yang kita mahukan. Daripada masa yang sama, kita kena lihat secara holistik dan multidimensional. Saya rujuk kepada penglibatan, ini bukan tanggungjawab MAFI semata-mata. Saya rasa Kabinet kadang- kadang bercakap tentang jaminan, sekuriti dan kedaulatan makanan di Malaysia ini, untuk input dan R&D sahaja melibatkan MOSTI, Kementerian Alam Sekitar dan Air, Kementerian Perdagangan, Kementerian Pendidikan. Untuk stockpiling pula melibatkan bukan MAFI tetapi stok simpanan adalah di bawah MITI. Jadi, mahu tidak mahu, seluruh supply chain itu sangat rumit dan kita perlukan integrasi yang mencukupi. Saya harap melalui pindaan ini, bukan semata-mata mengambil kira kuasa yang dipusatkan oleh kementerian tetapi ada masalah lain yang kita harus selesaikan. Contohnya di sini bila kita lihat benih, Yang Berhormat Menteri juga pasti mendapat laporan di dalam China Press, 26 Jun. Dikhabarkan di Pulau Pinang padi kosong akibat penyakit hawar bulir bakteria dan mereka petani semua diberikan oleh IADA, MR297 benih ini yang telah diperkenal sejak tahun 2016. Jadi, bila kita hendak beri kompaun kepada petani, kalau IADA atau agensi kerajaan sendiri yang berikan benih yang memang bukan sahaja tidak mencapai sasaran tetapi terdedah kepada bakteria, yang akhirnya merugikan petani, who will regulate the regulators? Saya rasa ini sesuatu yang serius. Maka, perlu ada kebertanggungjawaban. At least, timbal balas kita, mengambil kira apa yang diperlukan oleh petani kerana kita sama-sama perlu menjaga sekuriti makanan. Yang Berhormat Kuala Kedah tadi bangkitkan a very crucial issue. Walaupun saya faham kita hendak mereka mengikuti garis panduan dan sebagainya tetapi benih itu, that is a crucial point yang harus kita tangani. Terakhir Tuan Yang di-Pertua, seminit terakhir ini. Saya hendak minta sangat kementerian, memandangkan isu sekuriti makanan menjadi isu nasional, kita bangkitkan, kita bimbang. Perlu juga difikirkan dengan serius, pindaan kepada- saya dapat versi bahasa Inggeris sahaja, I’ll also apologize here. Paddy cultivators’ control of land and security of tenure, Akta 1997, Akta 528 kerana kawal selia kontrak bermasalah. Rata-rata kalau di Permatang Pauh, saya pasti di negeri-negeri lain, isunya selalu pemilik tanah dan penyewa ada perjanjian kontrak mulut. Dia buat berjanji mulut sahaja, tidak ada secara bertulis hitam dan putih. Jadi, kalau ditambah lagi dengan isu faraid, lagilah susah bila masa hendak memastikan kontrak dihormati. Mereka yang hasilkan tanaman tersebut dapatlah jaga, dapat pastikan anak ataupun keluarga masih lagi berminat dengan penanaman padi dan terus bergiat aktif. Jadi, saya harap semua ini diambil kira oleh kementerian, termasuklah sudah ada saranan lanjutan. Saya faham MAFI juga melakukan libat urus tetapi Khazanah Research Institute, banyak lagi kajian-kajian yang dihasilkan, lebih-lebih lagi mahu mendukung apa yang sedang dilakukan oleh MAFI. Hanya saya juga mahukan kita mengguna pakai teknologi ini. Bukan semata-mata hendak tunjukkan daripada segi penghasilan tetapi blockchain contohnya, yang boleh membantu para petani dan juga kerajaan dan mereka yang bertanggungjawab kalau beri benih yang tidak sebaik mungkin. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya harap dapat dijawab dengan pihak MAFI.
Terima kasih. Yang Berhormat Alor Setar.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri MAFI, yang kedua-dua pun ada bersama di sini untuk kita bahas. Walaupun saya tahu pindaan hari ini khususnya untuk kompaun tetapi Yang Berhormat Menteri, saya cuba kaitkan dengan semua isu saya berkaitan dengan kompaun ini. Saya setuju dengan Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Sebenarnya tidak harus kita letakkan dalam fasal 28 ini bahawa kita letak 50 peratus daripada kompaun tertinggi ataupun dendaan tertinggi. Oleh sebab bayangkan, kalaulah dalam case-by-case, bagaimana Ketua Pengarah boleh menetapkan dalam kes begini RM1,000, kes yang kedua RM2,000 dan kes yang ketiga RM7,000? Sedangkan dia tidak menggambarkan
sesuatu konsisten yang akan lagi merumitkan daripada segi dendaan tersebut dan barangkali akan membawa imej yang agak keliru daripada rakyat kepada Ketua Pengarah dan juga pihak MAFI. Saya cadangkan kalau boleh, sebenarnya seharusnya kita letakkan satu caj ataupun kompaun yang sama. Contohnya, untuk individu RM1,000, untuk institusi RM5,000. Sekiranya kita rasa kompaun itu memang tidak berpadan, kita terus hantar kepada kes mahkamah. Berbanding dengan daripada sekarang, kita bagi satu ruang yang agak confused untuk penguat kuasa. Tuan Yang di-Pertua, kalau inilah kita hendak usahakan untuk mempercepatkan, mempermudah, saya hendak tanya kes yang tahun lepas, di mana pelaku rampasan 76 kampit benih padi di Jitra. Pada waktu ketika itu, NAFAS sebagai pembekal tunggal. Sekiranya dapat maklumat bahawa adalah berlaku penyelewengan daripada NAFAS, adakah kompaun atau pun dendaan tersebut kepada individu ataupun termasuk NAFAS sendiri? Sekiranya itu tidak merupakan satu kesalahan, maka daripada segi rampasan tersebut tidak menggambarkan sesuatu usaha kita untuk membanteraskan ini. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya seperti mana Yang Berhormat Kuala Kedah kata, oleh sebab bekalan benih padi yang kurang kualiti, sekarang sudah ramai petani mula hendak usahakan untuk buat benih padi sendiri. Akan tetapi oleh sebab ada cadangan undang-undang kualiti benih tempatan, maka campur lagi dengan kita punya pindaan bahawa Ketua Pengarah boleh ada guna kuasa untuk kompaun. Kita sengaja hendak carikan kesalahan daripada petani, sedangkan perkara tersebut terdesak daripada hasilan yang daripada kerajaan, yang tidak cukup kualiti. Maka, mereka terpaksa buat sesuatu inovasi tersebut tetapi disekat oleh undang-undang lain. Maka, kita menambahkan lagi cara kompaun ini sebenarnya tidak selesaikan masalah ini, termasuk juga baja. Kalau kita hendak kata penyelewengan baja, orang jual. Sebenarnya dia tidak boleh jual, penyelewengan. Dia dapat subsidi, dijual. Salah, kita guna kompaun dia. Apakah katanya? Kalau you orang yang sepatutnya supply ini, dihantar lewat. Adakah kita kompaun pakai ini? Sepatutnya itu kena juga. Adakah kita kompaun kan NAFAS kerana dia lewat hantarkan baja tersebut kepada petani? Ini kerana salah satu punca menyebabkan mereka walaupun sudah dapat baja subsidi kerana musim sudah lepas, dia menjual lebih baik daripada simpan. Ini yang menyebabkan penyelewengan barangkali berlaku. Akan tetapi punca ia juga bergantung kepada sejauh mana efficiency daripada apa yang kita sampaikan sepatutnya. Tuan Yang di-Pertua, subsidi harga seperti mana dalam senarai tugas ataupun tanggungjawab untuk ketua pengarah ini sebenarnya adalah memastikan harga tersebut berpatutan dan sesuai untuk kekalkan harga. Saya hendak bagi tahu, sebenarnya walaupun kita meletakkan harga siling, harga minimum sekarang RM1,200 untuk pembelian padi daripada petani tetapi sudah ada kilang yang tawarkan RM1,250. Akan tetapi BERNAS sahaja yang masih kekal RM1,200. Kalau kita tidak mahu meningkatkan harga jualan untuk pasaran supaya pengguna tidak dibebankan dengan harga tinggi tetapi apa salahnya kita minta BERNAS mengikut harga pasaran sekarang, naikkan RM50 tersebut. Sedangkan petani boleh dapat lebih dan harga pasaran untuk beras tidak naik. Oleh sebab ini, sebenarnya tidak perlukan undang-undang tetapi kita tidak usahakan. Akhirnya, menyebabkan pendapatan kurang dan wujudlah sepertimana yang kata Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kata, hendak laungkan jihad kepada orang tengah.
Saya rasa agak keliru sebenarnya, barangkali mungkin Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak berapa faham ekosistem dalam perniagaan beras ataupun padi ini. Sebenarnya orang tengah ini wujud kerana bayangkan contohnya dalam Kedah, pemilik pesawah yang hanya memiliki tanah bendang kurang daripada empat relung adalah hampir 28 peratus. Kurang daripada empat relung maksudnya satu musim barangkali dia
hanya dapat pendapatan sebanyak RM6,000 sahaja untuk satu musim, empat bulan, tidak cukup. Akhirnya terpaksa– mereka tidak mampu untuk menguruskan sendiri, sama ada sewa traktor dan lori macam– akhirnya orang tengah yang boleh ambil kesempatan ini. Itu pun orang tengah bukan dapat keuntungan daripada pesawah, tetapi daripada pengilang yang bagi komisen tidak mengganggu harga bayaran tersebut. Maka kita perlu memperbaik daripada sistem ini bukan semata-mata dengan guna cara penguat kuasa apatah lagi kalau tidak tahu ataupun tidak sedar daripada ekosistem dia, saya risau dia akan lagi merumitkan keadaan ini. Maka saya berharap, last sekali, kalaulah kita kata mana-mana yang menjejaskan bekalan ataupun pengedaran subsidi, maka kita kenakan denda, saya juga minta, kalaulah begini, subsidi yang harus diuruskan oleh MAFI sendiri contohnya subsidi putar tanah sebanyak RM80 yang setiap musim biasa sampai musim kedua, belum dapat musim pertama. Adakah ini kita perlu kompaun kerajaan ataupun MADA yang lewat untuk sampaikan subsidi? Bukan semata-mata hanya denda ataupun kompaun kepada petani sahaja. Kalaulah agensi kerajaan yang buat silap, patutlah juga dikenakan denda supaya rantaian penghasilan tersebut sempurna. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Sebelum Yang Berhormat Wangsa Maju, saya hendak menjemput Yang Berhormat Baling dahulu, sebab Yang Berhormat Baling sebenarnya nombor lima.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih banyak-banyak bagi peluang kepada Baling. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Menteri MAFI yang ada di dalam Dewan ini. saya hendak menyatakan sesuatu perkara keluar sedikit sebelum saya hendak bahas, isu Gunung Inas yang baru-baru ini telah dilanda tragedi bencana di kawasan saya 15 hari yang lalu. Hal ini menyebabkan mata pencarian masyarakat di kampung, khususnya berkaitan dengan pertanian apatah lagi hasil tanaman padi mereka lenyap 100 peratus di kawasan saya dan tanaman-tanaman lain. Mereka juga, air– masyarakat berkaitan dengan sawah padi pun tercemar dan saya harap Yang Berhormat Menteri boleh melihat sedikit, cari kaedah untuk membantu kawasan kami dalam daerah Parlimen Baling khususnya kami yang berlandaskan pertanian. Hampir 80 peratus rakyat Baling mencari makan melalui pertanian, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Perbahasan Rang Undang-undang Kawalan Padi (Pindaan) 2022 hari ini saya ingin fokuskan berkaitan dengan seksyen 28. Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di- Pertua, kalau kita tengok apa yang disebutkan oleh sahabat saya Yang Berhormat Kuala Kedah tadi ada sama lebih kurang dengan saya. Saya harap boleh wujudkan jawatankuasa kecil selain daripada Ketua Pengarah dengan keizinan bertulis pendakwa raya pada bila-bila masa sebelum pertuduhan dimulakan mengkompaun apa-apa kesalahan yang ditetapkan sebagai satu kesalahan yang boleh kompaun dengan membuat satu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan ini untuk mengkompaun kesalahan itu dan membayar kepada Ketua Pengarah satu amaun yang tidak melebihi 50 peratus daripada amaun denda maksimum. Jadi, saya difahamkan RM50,000 bayar RM25,000 yang orang itu boleh dikenakan jika dia telah disabitkan kesalahan. Dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu. Seksyen 28A(5), “jika sesuatu kesalahan telah dikompaunkan di bawah seksyen ini, (a) tiada pendakwaan boleh dimulakan berkaitan dengan kesalahan terhadap kepadanya tawaran untuk mengkompaun dibuat”. Maksudnya, Ketua Pengarah boleh mengenakan kompaun kepada orang yang hanya disyaki baru dengan munasabah
dan melakukan kesalahan itu dengan membayar sebanyak 50 peratus kepada Ketua Pengarah. Jadi, ini ada sebarang kemungkinan, boleh jadi this side or the other side. The other side contohnya dia tahu bayar 50 percent sahaja, dia boleh buat kesalahan banyak- banyak, dia serah diri, bayar 50 percent, baru disyaki belum lagi dituduh. This side kemungkinan ada pihak-pihak tertentu boleh salah guna kuasa juga. Jadi, orang yang disyaki dengan munasabah perlu membayar, tetapi sebelum pertuduhan dimulakan. Pay first or ataupun before you mulakan siasatan. Jadi, tuduh dahulu, kemudian baru siasat. Adakah perkataan sebelum pendakwaan dan pertuduhan dimulakan, “jika sesebuah pihak disyaki dengan munasabah, sudah terus boleh dikenakan hukuman, perlu dibuat pendakwaan dan sabitan dahulu”. Saya mohon Yang Berhormat Menteri memberi penjelasan apakah yang dimaksudkan dengan ‘sebelum pertuduhan dibuat”. Saya fikir Yang Berhormat Menteri perlu mengkaji semula seksyen baharu iaitu seksyen 28A. Ini kerana saya rasa wujudnya kelompangan. Saya khuatir, macam saya sebutkan tadi ada pihak-pihak salah guna kuasa. Jadi, saya juga ingin mencadangkan agar seksyen 13 dalam akta itu juga dipinda berkaitan dengan kuasa merampas Tuan Yang di-Pertua. Seksyen 13 berkaitan rampasan padi dan beras berdasarkan syak dan munasabah. Semata-mata dipinda kerana beban pembuktian yang lebih berat sebelum sesuatu rampasan itu dibuat. Jadi, kalau dalam hal ini, saya melihat yang memberi mudarat kepada pihak yang disabitkan kesalahan, tetapi hanya dengan disyaki dengan munasabah. What I’m saying is dengan izin kesan barang-barang rampasan tersebut. Katalah setelah mereka rampas, barang-barang itu terbiar dalam stor MAFI atau di mana-mana sekian lama, selepas itu mereka pergi ke mahkamah didapati orang itu tidak bersalah, hal ini akan merugikan negara. Terutamanya kes rampasan yang berskala besar itu akan bubuk beras contohnya. Akan rosak, sudah masuk ulat dan sebagainya. Adakah rampasan padi, beras itu dianggarkan beratus-ratus ribu itu kerajaan hendak tanggung lagi? Kita bawa ke mahkamah, orang itu tidak bersalah, jadi saya fikir ada lompang di sini Yang Berhormat Menteri untuk Yang Berhormat Menteri teliti balik. Memang bagus tindakan ini untuk kita pinda rang undang-undang ini memang bagus, saya setuju. Akan tetapi, I think we must check balik ada dua perkara tadi ini. Disyaki lepas itu disuruh bayar kompaun, bila disyaki saya sudah tahu, saya hanya perlu bayar sebanyak RM25,000 sahaja Yang Berhormat Menteri. So, saya buatlah kesalahan banyak-banyak selepas itu saya pergi tawar diri RM25,000. So, I will get RM25,000. That’s number one. Number two, kalau disyaki you rampas beras-beras itu dekat kilang orang itu, you bawa pergi ke seksyen 13 itu tadi. You rampas, selepas itu bawa pergi ke mahkamah, kerajaan ataupun MAFI kalah, you must give back the rice, the rice itu bukan kereta, motor yang boleh disimpan, benda ini akan rosak. Jadi, saya fikir Yang Berhormat Menteri tolong teliti balik, ada lompang di situ untuk kita menambahbaikkan rang undang-undang ini. Saya sokong Tuan Yang di-Pertua, terima kasih banyak-banyak.
Terima kasih Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Wangsa Maju, silakan.
Tuan Yang di-Pertua, Wangsa Maju tiada langsung satu inci tanah padi. Namun saya terpanggil membahaskan Rang Undang-undang ini kerana sekiranya berlaku kekurangan bekalan ataupun kenaikan harga beras, ini akan menjejaskan kehidupan ramai penduduk di Wangsa Maju yang mana 60 peratus daripada mereka adalah golongan berpendapatan rendah. Rakyat dimaklumkan bahawa kenaikan harga barangan khususnya makanan adalah disebabkan perang Ukraine dan Rusia. Saya ingin tahu sama ada terdapat satu
mekanisme ditubuhkan bagi memastikan tidak ada mana-mana pihak yang mengambil kesempatan daripada situasi untuk menjana keuntungan yang besar (profiteering). BERNAS bukan sahaja diberi kuasa monopoli pengimportan beras di Malaysia, ia juga mengawal sebanyak 45 peratus permintaan beras di negara ini. Saya ingin tahu bagaimana kerajaan dapat pastikan harga jualan beras khususnya beras import adalah harga berpatutan dan tiada profiteering semasa krisis makanan. Kerajaan bukan sahaja harus memastikan harga beras yang stabil dan berpatutan, ia juga harus memastikan bekalan beras yang mencukupi. Keperluan tahunan beras bagi rakyat Malaysia adalah sebanyak 2.5 juta tan metrik. Simpanan beras negara kini adalah kira-kira 200,000 metrik tan sahaja. Dalam erti kata lain, stok beras hanya mencukupi memenuhi keperluan negara selama sebulan sahaja. Berbanding dengan Singapura yang mempunyai simpanan selama tiga bulan.
Simpanan beras Malaysia adalah terlalu rendah. Hari ini pengumpulan stok beras di Malaysia bergantung semata-mata kepada BERNAS. BERNAS adalah syarikat swasta yang berorientasikan keuntungan dan syarikat tidak ada kepentingan untuk menambah stok kerana wang tunai akan dikunci dalam stok. Tuan Yang di-Pertua, memandangkan keadaan yang kritikal, kerajaan mesti bertindak menguatkuasakan peratusan minimum stok simpanan yang tidak boleh kurang daripada 20 peratus daripada keperluan negara atau bekalan dua bulan. Peniaga-peniaga beras harus dibenarkan mengimport beras dan mendapatkan bekalan mereka sendiri dari negara-negara berbeza secara bebas dengan persaingan dan lebih banyak sumber bekalan kuantum kenaikan harga beras import tidak lagi ditentukan oleh BERNAS sahaja. Dan pengguna akan kurang terjejas dengan kenaikan harga di pasaran dunia. Sehubungan dengan merancakkan pengeluaran beras tempatan, dua soalan menjadi pertanyaan orang ramai. Pertama, mengenai soalan subsidi. Pada tahun 2021, subsidi diperuntukkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan kepada petani adalah sebanyak RM1.53 bilion. Mengapa subsidi dengan sejumlah begitu besar ini harus diuruskan oleh BERNAS sebuah syarikat swasta dan bukan disalurkan terus kepada petani melalui agensi kerajaan? BERNAS sebagai sebuah syarikat swasta di mana letaknya mekanisme untuk kerajaan memantau prestasi mereka dan memastikan tiada leakages ataupun ketirisan dalam proses penyaluran subsidi. Soalan kedua, sejauh manakah BERNAS telah menyumbang kepada pembangunan sektor industri padi dan beras selepas BERNAS diswastakan dan diberikan monopoli pengimportan beras? Tuan Yang di-Pertua, keuntungan BERNAS pada tahun 2012 adalah sebanyak RM164 juta. Sejak de-listing BERNAS pada tahun 2014, hanya sedikit maklumat yang dapat diketahui orang awam tentang syarikat ini. Saya ingin tahu berapa peratusan keuntungan BERNAS disalurkan kembali kepada sektor pertanian, sektor penanaman padi untuk memodenkan aktiviti penanaman padi meningkatkan hasil padi dan membantu golongan petani? Minta Yang Berhormat Menteri menjawab. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju. Akhir sekali, Yang Berhormat Pulai. Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Juga terima kasih pada Menteri MAFI yang hadir pada petang ini. Saya sekadar untuk mungkin hendak update sedikit kerana saya dahulu pernah menerajui kementerian ini. Tentang self-sufficient level (SSL) dalam beras kita di pasaran, dahulu kita mendapat petunjuk bahawa kita hanya mampu bertahan sekiranya berlaku sesuatu dalam negara kita hanya 22 hari. Itu pada tahun 2019 sewaktu tahun 2020 dan mungkin hari ini ada fakta baharu yang boleh kita kongsi bersama sekira berlakunya kecemasan. Berapa harikah boleh kita bertahan? Sedangkan saya juga mendapat maklumat negara China sebagai
contoh mereka bertahan sehingga 11 bulan, Singapura enam bulan, Thailand mungkin tiga atau empat bulan. Jadi, kebergantungan kita pada beras import itu saya faham. Kita masih bergantung pada kadar 30 peratus. Daripada segi kecukupan ataupun SSL kita, kita hanya produce lebih kurang 70 peratus beras tempatan. Jadi kalau ada info baharu, harap kita boleh kongsi bersama tentang berapa harikah kita boleh bertahan dengan beras yang ada dikatakan the iron stockpile dengan beras yang ada di pasaran? Itu yang pertama. Kedua, Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mendapatkan maklumat. Adakah kalau boleh dikongsi bersama, berapakah peratusan kejayaan NAFAS? Apa yang saya teliti, Yang Berhormat Menteri telah memperjelaskan NAFAS dicadangkan untuk menjadi satu badan tunggal. Akan tetapi antara agensi yang boleh replace Jabatan Pertanian yang suatu waktu dahulu kita lihat amat terjamin daripada segi mutu padi benih. Tadi Yang Berhormat Menteri telah membuat kenyataan tahun lepas tidak silap saya bahawa NAFAS akan diberikan segala bantuan ataupun to facilitate NAFAS untuk menjadi salah satu agensi untuk mengeluarkan padi benih yang bermutu. Saya faham bahawa sebelum ini kita telah mengagihkan kepada lebih kurang tujuh ataupun lapan syarikat tetapi waktu itu kita menghadapi masalah. Ada masalah kelewatan kita benih padi sampai. Ini ongoing process. Saya tidak boleh menafikan ada masalah yang tidak boleh kita selesaikan overnight. Akan tetapi kita perlu ada satu perancangan yang saya akui 22 bulan menerajui kementerian tidak cukup. Maka Yang Berhormat mengambil alih sekarang ini. So, kalau ada progress yang ingin mendapat maklumat adakah NAFAS telah memulakan— ada ladang benih yang mencukupi. Siapakah players yang membantu menjadikan NAFAS sebagai satu-satunya pembekal benih padi yang bermutu? Ketiga Tuan Yang di-Pertua, saya juga faham tentang ini isu sekuriti makanan dan negara kita tertinggal, Tuan Yang di-Pertua. Maybe 30 years behind times daripada segi bercakap tentang food security. Kita faham negara telah fokus kepada industri 30 tahun yang lalu. Sekarang ini lah semua orang bercakap tentang food security hingga menjadikan Malaysia jangan ketinggalan dalam negara yang kita boleh jamin memberikan bahan makanan yang cukup. Akan tetapi ia tidak boleh dilakukan selama satu hari. Itu saya faham. Oleh itu, sebagai contoh jelapang padi kita, Tuan Yang di-Pertua. Ia tidak diwartakan kerana itu adalah bidang kuasa kerajaan negeri. Sebab itu kami mencadangkan dahulu supaya ada satu konsep land, dengan izin land consolidation. Tanah-tanah petani yang kecil-kecil itu, ada yang satu relung, dua relung, kata orang utara. Mungkin satu hektar, dua atau tiga hektar yang kecil-kecil ini, kita cuba dahulu untuk berbincang dengan petani-petani ini supaya kita boleh wujudkan estet padi. Kita boleh wujudkan tanah-tanah yang boleh diurus. Jadi kalau ada usaha itu, saya ingin mendapat penjelasan kepada Yang Berhormat Menteri supaya dapat diperjelaskan kerana in the long run, kita semua faham isu bijirin dunia semakin mengancam. Kita bergantung dengan beras sebagai staple food kita. Jadi, inilah isu bersama kita. Jadi, saya mohon penjelasan kalau ada update atas isu- isu yang saya bangkitkan. Terima kasih.
Terima kasih. Dengan itu tamatlah perbahasan. Maka saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab 25 minit, Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kepada seramai 20 Ahli-ahli Parlimen yang mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Kawalan Padi dan Beras (Pindaan) 2022 yang telah pun dibentangkan sebentar tadi.
Tuan Yang di-Pertua, sebahagian besar daripada perbahasan yang diangkat oleh Ahli-ahli Parlimen yang telah mengambil bahagian terkeluar daripada Peraturan Mesyuarat 36(1). [Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) mempengerusikan Mesyuarat] Ya, selamat bertugas Tuan Yang di-Pertua. Terkeluar daripada Peraturan Mesyuarat 36(1) Dewan Rakyat yang cuma membenarkan perkara-perkara yang dipinda sahaja yang boleh dijadikan sebagai bahan perbahasan dalam pindaan rang undang-undang. Namun, saya mengambil maklum bahawa isu sekuriti makanan negara seperti yang dibahaskan oleh sebahagian besar Ahli-ahli Parlimen yang mengambil bahagian adalah merupakan satu isu yang penting yang perlu ditangani secara menyeluruh oleh kerajaan yang melibatkan tentang ketersediaan kita untuk memastikan kelangsungan bekalan makanan negara sama ada beras, daging, ikan, sayuran, tenusu dan bahan- bahan makanan yang diperlukan oleh rakyat negara ini. Sebab itu sebahagian besar daripada perbahasan adalah tertumpu pada isu sekuriti makanan negara, isu SSL, isu pendekatan-pendekatan untuk meningkatkan hasil pengeluaran bekalan makanan, yang ditumpukan hari ini adalah beras dan juga beberapa masalah yang dihadapi oleh industri termasuklah pembekalan baja, soal kualiti benih padi sah yang dibekalkan, soal kepentingan pesawah, pendapatan pesawah dan sebagainya yang menjadi sebahagian besar daripada tajuk perbahasan yang dikemukakan, dibentangkan dan dibahaskan oleh Ahli-ahli Parlimen. Sebab itu saya ingin bercakap tentang isu ini secara umum kerana saya melihat bahawa pindaan ini secara umumnya dipersetujui oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, namun concern about bekalan makanan dan sekuriti makanan adalah concern yang lebih besar yang hendak dibawa oleh Ahli-ahli Parlimen pada petang ini. Kita di kementerian dan kerajaan memang amat prihatin tentang bekalan dan sekuriti makanan negara. Bila bercakap tentang sekuriti makanan negara ini, Tuan Yang di-Pertua, ada empat dimensi yang harus kita lihat secara menyeluruh seperti pengistilahan yang dibuat oleh FAO United Nations iaitu soal ketersediaan, availability, soal akses, soal safety dan nutrisi dan juga soal natural resources dan kemapanan, sustainability. Jadi, ini merupakan empat aspek yang dilihat dalam mengolah perdebatan tentang sekuriti makanan negara. MAFI adalah dipertanggungjawabkan untuk dimensi yang pertama itu iaitu availability of food. Sebab itu MAFI mengambil langkah dan tindakan untuk memastikan bekalan makanan negara ini sentiasa tersedia, ada ketersediaan tentang bekalan negara. Akan tetapi, kita tak boleh lari daripada menerima hakikat bahawa pada era ini, kos input makanan meningkat. Kesan-kesan daripada pandemik dan PKP, penutupan sempadan kini mula dirasai secara ketara oleh industri agromakanan. Kos input telah meningkat dan sekarang ini ditambah buruk lagi oleh konflik geopolitik yang sedang berlaku di Ukraine yang menyebabkan kos pengangkutan, logistik, pengeluaran dan input produk makanan, tanaman, ternakan dan sebagainya kini meningkat sedemikian rupa. Sebab itu negara kita adalah antara negara yang berhadapan dengan kos pengeluaran bahan makanan yang meningkat pada ketika ini. Namun, saya ingin katakan bahawa kerajaan mengambil tindakan dan langkah untuk memastikan kesan daripada kenaikan kos input ini dapat diminimumkan dan kesannya kepada rakyat Malaysia merupakan kesan yang minimum. Sebab itu, pelbagai bentuk subsidi dikeluarkan, diolah oleh kerajaan termasuk subsidi yang tak pernah dibuat iaitu subsidi ayam, subsidi telur yang dalam tempoh enam bulan ini akan memberi kesan RM1.2 bilion kepada kerajaan bagi memastikan harga ayam
dan harga telur di pasaran untuk pengguna rakyat Malaysia adalah pada kadar yang minimum impak kenaikan kosnya. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, sebab itu pelbagai langkah yang diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan SSL padi beras, contohnya. Sebab itu pendekatan baharu yang dibuat, Smart Sawah Berskala Besar atau pun SMART SBB semata-mata adalah untuk memastikan dalam keluasan tanah yang ada, gandingan pengurusan dan penglibatan pihak swasta dan pihak berkepentingan dapat meningkatkan SSL negara, meningkatkan pengeluaran beras padi negara daripada 3.5 metrik tan per hektar puratanya pada ketika ini kepada 7.0 metrik tan dalam tempoh 10 tahun akan datang. Dengan meningkatkan SSL ini, kita akan dapat mengurangkan kebergantungan kepada 30 peratus import beras yang ketika ini masih lagi ditanggung oleh kerajaan iaitu bekalan dari luar negara sebanyak 30 peratus daripada keperluan negara. Konsep SMART SBB merupakan satu konsep yang diolah melalui beberapa pendekatan sebelum ini. Ada berbagai-bagai-bagai pendekatan ladang- estet sawah yang dibuat sebelum ini. Dengan melihat kelemahan dan kegagalan tentang konsep peningkatan SSL padi beras negara, kita olah konsep SMART SBB bagi menentukan SSL negara dapat ditingkatkan. Jadi, merupakan harapan kita dengan pindaan ini, pengawalan dari segi industri padi beras negara melalui pemutuan benih padi, melalui pengenalan variety padi yang baru yang dibuat, dilakukan oleh pelbagai agensi di bawah kementerian ini, kita akan dapat meningkatkan SSL padi beras negara dan mengurangkan import. SBB merupakan konsep yang akan mengurangkan pengaruh orang tengah, mengurangkan beban kos modal yang ditanggung oleh pesawah kerana kos modal ini akan ditanggung oleh syarikat peneraju yang terlibat dalam program SMART SBB ini dan ini sekali gus akan dapat membuat pengurusan ladang sawah secara konsep estet yang baharu untuk menentukan peningkatan dalam pengeluaran padi beras kita. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pulai pernah duduk di sini dan faham bahawa dasar kita pada ketika ini adalah untuk mengeluarkan beras 70 peratus dan mengimport 30 peratus. Sebab itu di Dewan ini kita ada dasar 70:30. Itu merupakan dasar yang telah diambil oleh kerajaan, ditetapkan oleh kerajaan sebelum ini. Akan tetapi dalam keadaan sekarang, ada keperluan untuk kita meningkatkan 70:30 ini, mengurangkan kepada kebergantungan import beras dari luar dengan mengadakan konsep-konsep yang lebih efisien, pengurusan yang lebih efisien dalam industri padi beras untuk mengurangkan kebergantungan 30 peratus daripada keperluan beras negara. Saya ingin katakan, Tuan Yang di-Pertua, bahawa negara tidak berhadapan dengan masalah kekurangan beras negara. Komitmen yang dilakarkan dalam perjanjian BERNAS dengan kerajaan, stockpile beras yang diletakkan sebagai komitmen BERNAS dalam antara 10, 12 komitmen CSR yang perlu dilaksanakan oleh BERNAS adalah untuk meningkatkan stockpile padi beras daripada 150 metrik tan kepada 290 metrik tan pada ketika ini. Jadi, keperluan beras adalah pada kadar lebih kurang 220 metrik tan sebulan, kita ada stockpile 290 yang dipegang oleh BERNAS, ditampung ditambah dengan trading stockpile yang ada, dan juga keadaan penanaman padi 70 peratus yang dibuat harvestingnya secara bergilir, iaitu harvesting di negeri Selangor dan beberapa buah negeri, menanam di negeri Kedah dengan Kelantan, dan cycle itu berpusing. Apabila menanam di Selangor, kita harvest di Kelantan dengan Kedah.
Jadi, kita mempunyai bekalan beras yang konsisten sepanjang tahun. Jadi, kita ada bekalan yang konsisten daripada penanaman 70 peratus daripada keperluan itu. Kita ada trading stock, kita ada stockpile dan jumlah keseluruhan ini tentu lebih daripada tujuh bulan daripada keperluan beras negara.
Minta laluan.
Jadi, kita tidak berhadapan dengan kekurangan malah seperti yang dikatakan tadi bahawa stockpile beras kita melebihi daripada stok yang ada di beberapa buah negara jiran kita. Ya, Yang Berhormat Pokok Sena.
Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak dapatkan penjelasan seperti yang telah saya sebut tadi. Apakah langkah-langkah kerajaan untuk memastikan supaya usahawan- usahawan, petani, individu, koperasi, persatuan dan syarikat lokal yang kecil-kecil ini, yang mereka telah pun mengusahakan seperti mana SMART SBB ini, maknanya daripada segi kelompok tanaman secara keluasan yang lebih besar ini? Bagaimanakah mereka juga dapat menyertai seperti mana projek SMART SBB ini? Bagi saya bahawa apakah nanti bila berlaku SMART SBB ini secara menyeluruh, ia akan memberi kesan kepada mereka ini yang merupakan usahawan-usahawan yang sepatutnya diangkat untuk mereka menjadi lebih efisien.
Minta laluan.
Tadi dengar Yang Berhormat Pokok Sena macam tidak setuju SMART SBB.
Yang Berhormat Menteri.
Ya.
Saya kata bukan tidak setuju, saya kata petani tidak setuju sebab itu keputusan dalam NAFAS, dalam Mesyuarat Agung NAFAS. Saya bawa memorandum yang diserahkan kepada...
Akan tetapi Yang Berhormat tidak setujulah dengan keputusan petani yang tidak setuju itu?
Ya?
Yang Berhormat tidak setuju dengan keputusan petani yang tidak setuju dengan SMART SBB?
Saya tidak kata begitu tetapi saya kata bahawa ada logik hujah mereka sebab sudah ada petani-petani yang berjaya, usahawan-usahawan ini yang sepatutnya dilibatkan dalam program-program yang seperti ini. Jadi bagaimana masa depan mereka ini?
Yang Berhormat Menteri.
SMART SBB adalah merupakan satu konsep pendekatan yang dibuat oleh kerajaan yang tidak memaksa penyertaan.
Yang Berhormat Menteri.
Akan tetapi sekarang ini, sebab itu kita libat urus semua pesawah di negara kita. Pelbagai jabatan dan agensi di bawah kementerian terlibat dalam penanaman dan pertanian ini membuat libat urus dengan kesemua secara bergilir atau berkala kepada semua peserta, pesawah yang ada di negara kita. Tuan Yang di-Pertua, memang apa jua konsep baharu yang hendak diperkenalkan oleh kementerian ada cabaran dan ada tentangan yang dibuat kerana banyak pihak yang berkepentingan dan kepentingan mereka adalah kepentingan yang pelbagai. Tentu sekali apabila menyentuh tentang kepentingan mereka, mereka akan menghalang apa juga usaha kerajaan. Akan tetapi setakat ini program SMART SBB ini telah pun berjaya melibatkan lebih daripada 4,000 orang pesawah dan dengan keluasan lebih daripada 11,000 hektar tanah sawah setakat ini.
Yang Berhormat Menteri.
Kerjasama ini melibatkan sembilan buah negeri termasuk negeri Sabah dan Sarawak di sebelah sana. Jadi, ia merupakan satu konsep yang kini mulai dilihat sebagai the concept untuk ‘mengestetkan’ ladang pengurusan tanah sawah di negara kita.
Okey.
Ia bukan dengan paksaan kerana melihat benefit...
Ya, okey.
Sekejap, sekejap. Benefit yang telah pun ditunjukkan melalui dua musim, ada yang tiga musim, pengurusan sawah melalui konsep SMART SBB ini di Selangor dan Perak. Jadi, hasil daripada penglibatan pesawah dalam konsep SMART SBB ini, mereka berjaya meningkatkan purata hasil padi daripada 3.5 metrik tan kepada lebih 8 metrik tan, dua musim yang dilakukan di negeri Selangor dan Perak. Oleh sebab itu konsep ini kini mulai diterima oleh sebahagian besar daripada pesawah-pesawah negara kita. Ya, Yang Berhormat Pokok Sena.
Baik. Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab Yang Berhormat Menteri kata tadi bahawa ini bukan paksaan kan? Jadi bermakna bahawa kerajaan boleh menerima konsep bahawa petani-petani juga boleh menyertai usahawan-usahawan ini, maknanya kerajaan juga mesti membantu usahawan-usahawan ini supaya mereka juga mampu berdiri seperti mana SMART SBB dan malah mengatasi SMART SBB.
Ya, kita buat. Oleh sebab itu di kalangan syarikat peneraju ini ada syarikat GLC, ada pemain industri, ada lembaga zakat dari Kedah juga terlibat sebagai syarikat peneraju. Setakat ini lebih daripada 20 buah syarikat yang telah dilantik sebagai peneraju untuk program SMART SBB ini. Pelbagai syarikat, jadi kalau ada individu seperti yang dicadangkan dikatakan oleh Yang Berhormat Pokok Sena boleh datang untuk berbincang dengan kita untuk menjadi syarikat peneraju. Akan tetapi tentulah kementerian akan melihat bahawa syarikat peneraju ini mesti— adalah syarikat yang berkecimpung dalam industri padi beras. Kita tidak mahu ada syarikat A, B dan C, yang tidak ada pengalaman, yang bukan pemain industri yang sedia ada, kelak program SMART SBB akan menjadi salah satu lagi program yang dibuat sebelum ini yang tidak mencapai matlamat yang disasarkan.
Yang Berhormat Menteri, sedikit.
Minta laluan.
Yang Berhormat Menteri, Sik sedikit.
Ya.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tanya tentang stockpile. Tadi Yang Berhormat Menteri cakap tentang stockpile beras. Ada program untuk stockpile benih kah dan apakah progress? Itu soalan nombor satu. Kedua, dari segi akta ini, akta ini memberi kuasa yang sangat besar tetapi saya mohon supaya kuasa itu digunakan dengan cerdik dan kita kena cut red tapes, regulations yang lama-lama itu tolong dibuang supaya memudahkan kerana memudahkan business, memudahkan petani, ia akan merendahkan kos dan akhirnya ia akan benefit rakyat. Mohon penjelasan.
Saya setuju bahawa...
Yang Berhormat Menteri, saya lihat Yang Berhormat Alor Setar lama berdiri.
Sekejap, saya jawab ini dulu.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Saya jawab Yang Berhormat Bayan Baru dulu boleh tak?
Oh.
Okey, saya setuju dengan Yang Berhormat Bayan Baru bahawa apa juga regulation yang perlu ditambah baik, perlu ditambah baik. Jadi sebab itu apabila melihat tentang ada keperluan untuk menambah baik Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 ini, kementerian mengangkat rang undang-undang ini agar ia ditambah baik. Konsep itu merupakan konsep yang sama, sebab itu apabila kita berurusan dengan industri padi beras melalui Akta Kawalan Padi dan Beras 1994, yang tidak ada Timbalan Ketua Pengarah. Oleh sebab itu kita olah satu pendekatan baharu perlu ada Timbalan Ketua Pengarah kerana bidang tugas yang begitu mencabar dan banyak. Apabila kita melihat bahawa perlu ada fasal untuk memberi kompaun supaya kes- kes tangkapan ini dapat diselesaikan, offences yang ringan yang perlu diselesaikan dengan segera. Umpamanya, mempamerkan lesen pemborong, lesen peruncit dan sebagainya. Itu merupakan offences, kesalahan-kesalahan mudah yang perlu diselesaikan dengan segera. Jadi sebab itu melihat keperluan-keperluan ini, MAFI mengangkat rang undang-undang untuk menambah baik arahan-arahan atau regulations yang perlu ditambah baik. Jadi, saya bersetuju dengan Yang Berhormat...
Yang Berhormat Menteri, boleh saya dapatkan satu komitmen bahawa kementerian akan look into all these old regulations dan yang sudah tidak pakai, zaman Komunis itu dibuangkan.
Ya, setuju.
Mohon komitmen. Terima kasih.
Ya, kalau tidak lama pun, earlier than zaman Komunis or later than zaman Komunis pun kita akan membuat perubahan. Untuk soal pertanyaan sama ada kita mempunyai stockpile benih, ya itu merupakan antara pendekatan baharu yang dibuat oleh kementerian melalui IPB ini untuk membuat stockpile benih padi sah. Kenapakah kita buat? Ia kerana saban tahun, saban musim penanaman padi, kita berhadapan dengan masalah benih padi yang tidak mencukupi, penghantaran yang lambat disebabkan oleh benih padi. Oleh sebab itu di kementerian kita mengambil tindakan dan langkah untuk membuat stockpile. So, it is not only beras kita stockpile but now kita akan stockpile benih padi sah untuk memastikan bekalan sentiasa dapat diperoleh oleh pesawah pada ketika dan masa yang mereka perlukan. Ya.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak kembali sedikit kepada SBB SMART Farming itu. Saya faham konsepnya seperti mana yang diberi taklimat tahun lepas. Secara amnya kita nampak ada peningkatan hasil tetapi di sini ada dipertikaikan bahawa memang secara sukarela antara kilang, syarikat ataupun pesawah tetapi ada bezanya antara pesawah yang sewa tanah atas orang lain kerana ada ramai pesawah tidak ada tanah sendiri. Dia sewa ikut musim, dia siap bayar dua tahun musimnya. Selepas itu, kalaulah sekiranya SBB ini kalau katakan tuan tanahnya rasa skim ini bagus, dia boleh dapat lebih. Maka dia berhentikan sewa kepada pesawah, dia join dengan SBB. Pesawah itu sebenarnya dia tidak semesti akan dirangkumi. Kalau dia masuk dalam skim SBB dalam keadaan ini tanpa tanah sendiri, dia sebenarnya tukar daripada bekerja sendiri kepada jadi pekerja.
Adakah skim ini, walaupun kita meningkatkan hasil, adakah kita dapat memastikan bahawa mereka bertukar daripada bekerja sendiri atas tanah yang dia sewa kepada pekerja di bawah skim ini sebagai employee boleh dapat pendapatan yang sekurang-kurangnya sama ataupun tidak kurang daripada yang seperti sebelum dia jadi pesawah dalam sewa tanah ini?
Itu merupakan antara isu yang sedang dilihat dan diperincikan oleh pihak kementerian. Yang Berhormat Alor Setar, pernah berjumpa saya. Yang Berhormat ini pakar dalam industri padi beras. Saya mendapat input tambahan daripada beliau hasil perjumpaan beliau dengan saya. Saya melihat kerjasama ini dan input yang diberikan membantu kementerian untuk mengolah pendekatan-pendekatan
baharu. Jadi, antara isu yang dibangkitkan itu adalah merupakan antara isu yang sedang diperincikan bagi memastikan konsep SMART SBB ini dapat berjalan dengan lebih baik. Okey. Ahli, ahli – ya, Yang Berhormat kota Melaka ya.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, dalam jawapan anda tadi ada sebut tentang perlu kurangkan peranan orang tengah. Jadi, boleh Yang Berhormat Menteri bagi pandangan tentang BERNAS? Tadi ramai yang ambil bahagian ada sebut tentang BERNAS ini. Boleh minta pandangan?
Saya dengan Timbalan Menteri telah menjawab soal BERNAS ini di Dewan ini sejak dua tahun yang lalu. BERNAS padi beras merupakan makanan ruji yang penting. Ketika hendak membincangkan sama ada melanjutkan tempoh BERNAS sebagai pengimport padi beras tunggal negara kita—negara berada dalam keadaan pandemik, PKP, penutupan sempadan antara negara. Jadi, kerajaan telah mempertimbangkan dan telah membuat keputusan untuk melanjutkan tempoh BERNAS sebagai pengimport tunggal negara kita. Keadaan itu kekal dan saya ingin katakan bahawa keputusan kerajaan ini adalah satu keputusan yang tepat dan BERNAS telah diletakkan sepenuh tanggungjawab untuk memastikan kekurangan beras negara dapat ditampung dengan pengimportan daripada negara luar. Jadi, setakat ini kita tidak ada masalah dari segi bekalan beras. Antaranya adalah disebabkan oleh keputusan kerajaan untuk memberi sebuah syarikat tertentu sahaja untuk menjadi pengimport tunggal bagi beras. Jadi, soalnya keputusan telah dibuat dan pada ketika keputusan dibuat adalah berdasarkan kepada keadaan-keadaan yang pada ketika ini saya rasa memberi manfaat mendapatkan bahawa keputusan kerajaan itu adalah satu keputusan yang tepat untuk menyatakan...
Akan tetapi sekarang adalah kita lihat inilah monopoli. BERNAS monopoli beras ini.
Ya, soal monopoli ...
Kalau dikatakan ialah COVID-19 sekarang sudah lepas COVID-19.
Ya.
Boleh kita timbang semula?
Yang Berhormat.
Sebab kami–kerajaan bagi dia 10 tahun. Kontrak itu 10 tahun untuk monopoli 10 tahun.
Ya.
Itu tidak masuk akal.
Akan tetapi kita akan dilihat sebagai bukan kerajaan yang bertanggungjawab jika kita telah menandatangani kontrak untuk 10 tahun. Dalam keadaan sekarang ini kita katakan we don’t want you anymore, kita batalkan kontrak, kita [Tak jelas] kepada kontrak yang telah ditandatangani antara kerajaan dengan BERNAS. Jadi ...
Bukankah lebih baik ...
Soal monopoli merupakan antara soal faktor yang dibincangkan secara terperinci di peringkat Kabinet. Namun, pada akhirnya Kabinet membuat keputusan, kerajaan membuat keputusan untuk melanjutkan tempoh BERNAS. Namun, isu ini telah pun kita perjelaskan dalam sidang-sidang sebelum ini.
Saya minta supaya dipertimbangkan semula, tambah lagi syarikat untuk mereka ceburi dalam bidang sektor ini, bukannya monopoli.
Saya minta Yang Berhormat Menteri jawab soalan saya. Apakah sumbangan BERNAS bagi kerajaan dan komuniti petani selama ini?
BERNAS telah berjaya— CSR, obligasi, obligasi. Dikatakan obligasi, it’s not CSR. Obligasi yang perlu dilaksanakan. Ada 10 obligasi; satu daripadanya adalah: (i) pengurusan stockpile negara daripada 150,000 kepada 290,000 tan metrik; (ii) pembelian padi terakhir, apa juga padi yang dikeluarkan oleh pesawah sama ada kualiti tinggi ataupun rendah akan dibeli oleh BERNAS; (iii) BERNAS menguruskan pembayaran subsidi harga padi; (iv) BERNAS diminta untuk mengurus Skim Pengilang Pemborong Bumiputera dan koperasi petani; (v) membekalkan jentera dan mekanisasi padi; (vi) membangunkan sawah berskala besar – itu sawah berskala besar; (vii) menyediakan dana peruntukan stok penimbal benih padi; (viii) menyediakan dana peruntukan bantuan tabung bencana tanaman padi; (ix) menyediakan dana peruntukan pembangunan sistem maklumat padi dan beras; dan (x) menyediakan dana peruntukan bagi program pengurusan nutrien tanah sawah. Jadi, antara 10 obligasi yang perlu dipenuhi oleh BERNAS dalam kontrak BERNAS sebagai pengimport tunggal padi negara kita.
Yang Berhormat Menteri, satu Yang Berhormat Menteri. Hang Tuah Jaya.
Sebentar.
Hang Tuah Jaya.
Sebentar. Yang Berhormat perlu masa?
Saya sebenarnya hendak habiskanlah Yang Berhormat. Jadi, kalau boleh saya habiskan. Mana-mana yang tidak dijawab itu kita akan jawab mana yang perlu secara bertulis. Terima kasih.
Baik.
Boleh? Tidak boleh sudah?
Ahli-ahli Yang Berhormat, sebagaimana yang Yang Berhormat Menteri telah nyatakan, mana jawapan- jawapan yang tidak dijawab akan diberi secara bertulis. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibaca kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa]
[Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands) mempengerusikan Jawatankuasa]
Lumut.
Ya, sila.
Ya. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak menyentuh tadi tidak dapat satu jawapan berkaitan dengan seksyen 2 dan 3 khususnya berkaitan dengan Menteri diberikan kuasa untuk melantik apa-apa bilangan Timbalan Ketua Pengarah. Jadi, saya hendak dapatkan satu penjelasan apakah kementerian ini akan berbincang dengan JPA sebab bagi saya JPA sudah tentulah yang mengetahui tentang jumlah bilangan yang sepatutnya dengan bidang tugas kerja yang ada di satu-satu jabatan. Akan tetapi bila kita letakkan apa-apa bilangan ini seolah- olahnya macam satu benda yang terlalu besar. Sebab bagi saya bahawa dalam konteks hari ini macam saya sebutkan tadi bila pekeliling Kementerian Kewangan keluar untuk berjimat dan sebagainya sepatutnya kita harus melihat kepada jentera yang kecil tetapi mampu untuk buat kerja yang besar. Maknanya bilangan yang kecil tetapi punya otak yang besar. Jangan macam Kabinet, Kabinet besar tetapi otak kecil.
Yang Berhormat.
Jadi, kita tidak mampu keluar daripada krisis yang berlaku seolah-olah negara kita sedang berlaku kerajaan seperti kapal hanyut.
Yang Berhormat.
Kapal hanyut dia hanyut sahaja.
Hanyut macam Yang Berhormat Pokok Sena jugalah.
Macam kapal terbang, pilot yang sudah pengsan.
Yang Berhormat.
Pilot yang sudah pengsan.
Yang Berhormat.
Pilot sudah pengsan.
Yang bercakap itu otak besar itu.
Yang Berhormat.
Jadi, dia boleh terjun apa nama gunung. Jadi, ini yang harus dilihat oleh...
Yang Berhormat Pokok Sena, celah sikit. Celah sedikit.
Ya.
Saya ingat saya hendak minta Yang Berhormat Pokok Sena rujuk juga dekat rang undang-undang ini sebab ada implikasi kewangan di mana disebut di sini rang undang- undang ini akan melibatkan kerajaan dalam perbelanjaan wang tambahan yang amaunnya belum dapat ditentukan sekarang ini. Saya ingat ini perkara yang penting juga.
Ya. Ini juga harus dilihat sebab bila dia membabitkan implikasi kewangan ini, kita juga hendak tahu berapa banyak sepatutnya yang perlu diperjelaskan kepada kita. Tidak boleh kita buat satu perkara tanpa kita melihat berapakah anggaran yang sepatutnya kita tentukan. Kemudian, seksyen 28A ini sebab kuasa untuk mengkompaun diberikan kepada Ketua Pengarah, maknanya kuasa untuk mengkompaun. Jadi, apa mekanisme macam saya sebutkan tadi untuk memastikan supaya tidak berlaku konflik berkepentingan dan juga amalan salah guna kuasa dan rasuah ini—tawar-menawar. Tawar-menawar dengan pihak-pihak yang hendak di kompaun ini supaya kalau dia kata dia kena kompaun contoh ya kata RM50,000 okey, aku bagi RM10,000 tetapi yang RM20,000 lagi itu bagi poket aku.
Jadi ini harus ada— apa mekanisme? Kalau tadi perjawatan, mekanismenya dengan JPA...
Yang Berhormat.
...tetapi yang ini. [Disampuk]
Satu minit.
Ya?
Satu minit.
Kalau perjawatan tadi, mekanismenya dengan JPA, tetapi yang ini apa mekanismenya? Untuk pastikan supaya ia bukan hanya kuasa mutlak seorang Ketua Pengarah sahaja untuk menentukan berapa kadar kompaun. Ini akan membolehkan syarikat-syarikat besar ini yang terlepas daripada sebarang bentuk pendakwaan. Jadi, dia boleh berlaku tawar-menawar untuk dia hanya sekadar dikompaun. Terima kasih.
Satu minit.
Seminit? Hmm. Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin menyokong pertanyaan pertama Yang Berhormat Pokok Sena tadi mengenai jumlah timbalannya. Berapakah sebenarnya yang diidamkan, berapa yang sewajarnya berbanding dengan jabatan-jabatan lain yang ada timbalan- timbalan ini. Berapa sebenarnya. Jangan nanti lebih ramai timbalan daripada pegawai lain ya. Kedua, saya kurang bersetuju bahawa jumlah kompaun yang boleh dikenakan maksimumnya ialah separuh daripada jumlah maksimum kalau denda dikenakan jika sabit kesalahan. Ia membuka ruang kepada sesetengah pihak untuk mengenakan kompaun yang terlalu rendah seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Pokok Sena tadi. Jadi, saya hendak mencadangkan supaya kompaun ini adalah— minimumnya ialah separuh daripada denda yang boleh dikenakan jika sabit kesalahan. Bukannya maksimumnya separuh. Ini kerana, ini adalah tindakan punitif, tindakan untuk menghukum kesalahan walaupun kecil, kata Yang Berhormat Menteri tadi. Kalau kecil, dendanya pun di mahkamah tidaklah tinggi. Jadi kalau sudah tidak tinggi, kita pula mengehadkan separuh daripada itu, mungkin denda menjadi tidak relevan. Terlalu kecil sehingga membolehkan
kes seperti ini berulang kali. Walaupun itu pendapatan bagi kerajaan, saya rasa itu tidak wajar. Seterusnya, Tuan Pengerusi, ini fasal di jawatankuasa yang penting...
Yang Berhormat.
Saya tidak berapa faham dalam Fasal 28A yang... [Disampuk]
Yang Berhormat, sila gulung.
Seksyen 5 ni. Ya?
Sila gulung.
Ya, ya. Ini gulung ini. “(a) Tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan kesalahan terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat...” Itu saya faham. Ya, sudah dikompaun, tidak boleh buat. Sampai dia tidak bayar, baru kita boleh caj. Akan tetapi, seksyen 5(b), “apa-apa dokumen atau barang yang telah disita yang berkait dengan kesalahan itu boleh dilepaskan...”. Mestilah diletakkan syaratnya, kalau sudah bayar. Kalau belum bayar, kita tidak boleh lepaskan. Dalam ayat seksyen 5(b) ini, ia membuka ruang bahawa barang-barang kes boleh dilepaskan setelah dia dikompaun. Kalau disebut “...setelah kompaun dibayar” saya boleh terima tetapi kalau itu tidak di-state-kan, dengan izin secara tuntas, saya khuatir barang- barang kes akan terlepas kerana peruntukan ini membenarkan. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Sila, Yang Berhormat Menteri.
Menjawab dua huraian daripada Yang Berhormat Pokok Sena dan Yang Berhormat Lumut. Pindaan untuk menetapkan − tidak ditetapkan berapa bilangan dibuat dalam niat yang baik. Bukan niat tidak baik. Bukan Menteri hendak salah guna kuasa. Ia dibuat dalam niat yang baik. Perkara yang ini telah pun dibincangkan dengan pihak JPA dan tidak ditentukan itu adalah atas persetujuan. Mungkin satu, mungkin dua yang akan diletakkan kemudian secara pentadbiran. Okey. Begitu juga apabila diletakkan separuh daripada penalti maksimum itu adalah the maximum. It can be lower than that, walaupun asasnya adalah separuh daripada harga maksimum denda yang dikenakan. Akan tetapi itu merupakan − the maximum, separuh itu adalah the maximum dan mungkin rendah daripada itu. The wording juga adalah atas persetujuan dengan Jabatan Peguam Negara dan saya difahamkan mana-mana provision on compound, perkataan yang sama adalah digunakan oleh Jabatan Peguam Negara. Jadi niatnya baik. Apa juga kerisauan tentang loophole akan diambil perhatian oleh kementerian dan akan dibincangkan bersama dengan AG. Jadi your concern akan kita ambil perhatian dan akan kita bincang, bawa diangkat kepada AG.
Ada last part ini. Last part.
Cadangan wording ini adalah seperti yang diluluskan oleh pihak Jabatan Peguam Negara.
Tadi saya tanya, apakah mekanisme untuk dia hendak tawar − Ketua Pengarah hendak tawar kompaun. Adakah dia seorang?
Ya, seperti yang diletakkan dalam provision dan fasal-fasal ini, the amount of compound itu akan ditentukan selepas berbincang dengan
pihak AG. Jadi ada satu level lagi. AG, akan memantau how much the amount yang perlu diletakkan. Jadi itu sudah ada dalam itu, dalam fasal itu. Ya.
Tadi itu, Yang Berhormat Menteri, yang melepaskan barang-barang dokumen, barang-barang kes tadi itu, setelah dikompaun? Saya hendak mencadangkan supaya selepas kompaun dibayar.
Ya, ini soal how you understand the wording. Apa yang diangkat ini adalah atas persetujuan daripada Jabatan Peguam Negara, but your concern akan kita bawa ke pengetahuan Jabatan Peguam Negara selepas ini.
Okey. Tempoh perbahasan telah tamat. [Fasal-fasal 1 hingga 4 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang Undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff) dan diluluskan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG ANTIGANGGUAN SEKSUAL 2021 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mengemukakan Rang Undang- undang Antigangguan Seksual 2021. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli yang berhormat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua kementerian dan agensi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), akademia, Pasukan Projek Khas (SPT) Rang Undang-undang Antigangguan Seksual 2021, Jabatan Peguam Negara dan semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam proses penggubalan Rang Undang-undang Antigangguan Seksual 2021 (RUU AGS 2021). Kementerian telah mengambil inisiatif untuk menggubal RUU AGS setelah mengambil kira dengan serius aspek-aspek berikut; (i) isu gangguan seksual yang terus berlaku dalam masyarakat; dan (ii) Malaysia masih belum mempunyai undang-undang khusus berhubung gangguan seksual. Isu gangguan seksual perlu diberi perhatian khusus terutamanya kerana; Pertama, jika dibiarkan ia boleh mendorong kepada perlakuan jenayah seksual yang lebih berat dan serius seperti serangan atau keganasan seksual dan lain-lain kelakuan tidak diingini yang bersifat seksual dalam apa-apa bentuk sekalipun termasuklah rogol. Kedua, perlakuan gangguan seksual tidak wajar dianggap kecil, remeh dan tidak penting kerana ia memberi kesan negatif terutamanya kepada psikologi mangsa seperti trauma, fobia, takut dan seterusnya menjejaskan rutin harian, produktiviti, kesejahteraan dan kehidupan mangsa secara keseluruhannya.
Usaha penggubalan Rang Undang-undang AGS telah bermula sejak tahun 2011 menerusi pelbagai mesyuarat, sesi libat urus, perbincangan dan bengkel melibatkan pihak-pihak berkepentingan seperti agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, Ahli Joint Action Group for Gender Equality dan Ahli Parlimen serta dan yang lain-lain. KPWKM akhirnya membentangkan Rang Undang-undang AGS ini untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 15 Disember 2021. Selain daripada itu, Rang Undang- undang AGS ini juga merupakan manifestasi penting bahawa kesalahan gangguan seksual merupakan satu pelanggaran kepada hak asasi manusia, suatu bentuk keganasan berasaskan gender dan diskriminasi terhadap mangsa. Perkara ini juga selaras dengan komitmen Malaysia terhadap Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita, Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women (CEDAW) yang telah disertai sejak 5 Julai 1995 dan juga peruntukan di bawah Perkara 8 dalam Perlembagaan Persekutuan yang memastikan kesamarataan setiap individu serta menolak sebarang bentuk diskriminasi termasuklah berasaskan gender. Rang undang-undang ini akan menjadi suatu akta yang mengiktiraf gangguan seksual sebagai pencabulan maruah manusia. Satu bentuk diskriminasi dan keganasan berasaskan gender. Ia seterusnya mengadakan peruntukan bagi hak tebus rugi bagi mana-mana orang yang diganggu secara seksual melalui penubuhan tribunal bagi antigangguan seksual selain menggalakkan kesedaran tentang gangguan seksual dengan mengadakan peruntukan yang berkaitan dengannya. Tuan Yang di-Pertua, dan Ahli-ahli Yang Berhormat. Bagi tujuan penggubalan Rang Undang-undang AGS, KPWKM telah melaksanakan perkara-perkara berikut: (i) soal selidik; (ii) sesi libat urus; (iii) penubuhan pasukan projek khas (special project team (SPT)); dan (iv) penelitian ke atas perundangan dan dasar sedia ada. Pada tahun 2019, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Pembangunan Wanita telah melancarkan soal selidik gangguan seksual dalam talian untuk mendapatkan pandangan masyarakat berkenaan gangguan seksual. Soal selidik ini melibatkan seramai 28,852 orang responden di Malaysia. Hasil soal selidik tersebut menunjukkan sebahagian besar responden 62 peratus menyatakan bahawa undang-undang sedia ada di Malaysia tidak mencukupi untuk mengendalikan kes gangguan seksual dan majoriti 93.7 peratus responden memilih untuk tidak membuat laporan kepada pihak berkuasa. Ini kerana apa? Hal ini kerana takut atau malu untuk melaporkannya dan tidak mempunyai bukti yang mencukupi. KPWKM juga telah mengadakan beberapa sesi libat urus dan sesi penerangan dengan pelbagai pihak berkepentingan yang terdiri daripada wakil agensi kerajaan, ahli akademik, pertubuhan bukan kerajaan, Persatuan Majikan-majikan Malaysia, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia dan Majlis Perwakilan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi. Selain daripada itu, pasukan projek khas yang telah ditubuhkan dianggotai oleh agensi kerajaan, ahli akademik dan NGO yang mempunyai kepakaran, pengetahuan dan pengalaman berkenaan kes gangguan seksual untuk membantu dan membangunkan draf awal Rang Undang-undang AGS ini. Sebagai persediaan untuk bacaan kali kedua Rang Undang-undang AGS 2021, kementerian telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan platform soal selidik atau maklum balas awam menerusi laman mikro yang telah dijalankan mulai 1 Januari 2022 sehingga 15 Julai 2022 untuk mengenal pasti tahap penerimaan masyarakat awam ke atas Rang Undang-undang AGS. Hebahan mengenai laman mikro ini telah dibuat menerusi pelbagai medium. Antaranya stesen radio, stesen televisyen dan hebahan e-mel kepada kementerian,
agensi serta institusi pengajian tinggi. Hasil soal selidik awam tersebut mendapati lebih dari 87 peratus responden bersedia untuk melaporkan kes gangguan seksual kepada tribunal bagi antigangguan seksual di masa hadapan. Kementerian juga mengambil perhatian atas cadangan penambahbaikan yang telah dikemukakan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan. Susulan daripada itu, kementerian telah mengadakan beberapa siri perbincangan dan penerangan mengenai perkara ini dan mendapati sebilangan besar NGO dan wakil kerajaan negeri menyambut baik hasrat kerajaan untuk mewujudkan rang undang-undang khusus bagi gangguan seksual. Mereka bersetuju supaya Rang Undang-undang AGS ini diteruskan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat dan sebarang penambahbaikan dilakukan berdasarkan keperluan dan keadaan semasa setelah Rang Undang-undang AGS ini dikuatkuasakan kelak. Tuan Yang di-Pertua, dan Ahli-ahli Yang Berhormat, secara ringkasnya Rang Undang-undang AGS ini mengandungi empat bahagian, empat bab dan 27 fasal secara keseluruhannya. Empat bahagian tersebut merangkumi: (i) bahagian tentang perkara permulaan; (ii) bahagian berhubung penubuhan tribunal bagi antigangguan seksual; (iii) bahagian berhubung dengan pentadbir antigangguan seksual; dan (iv) bahagian mengenai peruntukan am dan pelbagai. Empat bab yang dimasukkan pula meliputi Bab I, penubuhan dan keanggotaan tribunal. Bab II, bidang kuasa tribunal. Bab III, perjalanan prosiding tribunal serta bab IV, award dan perintah tribunal. Butir-butir khusus perincian Rang Undang-undang AGS pula adalah seperti berikut. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan bertujuan untuk memberi Menteri kuasa untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan. Fasal 2 mengandungi takrif perkataan dan ungkapan tertentu yang digunakan dalam akta yang dicadangkan. Fasal 3 pula bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan tribunal. Fasal 4 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi keanggotaan tribunal, tempoh jawatan anggotanya dan elaun yang layak dibayar kepada anggota tribunal. Fasal 5 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi kehilangan kelayakan presiden, timbalan presiden dan anggota tribunal. Fasal 6 bertujuan untuk memberi Menteri kuasa untuk melantik seorang setiausaha kepada tribunal dan apa-apa bilangan pegawai dan kakitangan tribunal lain sebagaimana yang perlu untuk menjalankan fungsi tribunal. Fasal 7 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa bidang kuasa tribunal iaitu untuk mendengar apa-apa aduan gangguan seksual yang dibuat di bawah Bahagian II akta yang dicadangkan oleh mana-mana orang. Fasal 8 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pengecualian bidang kuasa mahkamah jika suatu aduan gangguan seksual dibuat oleh mana-mana orang kepada tribunal. Fasal 9 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi penentuan kaedah-kaedah dan tatacara tribunal. Subfasal 9(1) bertujuan untuk memperuntukkan bahawa prosiding tribunal hendaklah dijalankan mengikut apa-apa tatacara sebagaimana yang ditentukan oleh tribunal.
Subfasal 9(2) bertujuan untuk memperuntukkan bahawa Presiden hendaklah menyebabkan tatacara yang ditentukan di bawah sub fasal 9(1) ditulis dan disiarkan dalam apa-apa cara sebagaimana difikirkan patut oleh Presiden.
Subfasal 9(3) bertujuan untuk memberi tribunal kuasa untuk membuat perintah tertentu dalam menjalankan prosiding, antara lain untuk membuat perintah interlocutory untuk memerintahkan pemuliharaan dan jagaan interim apa-apa keterangan bagi maksud pendengaran dan untuk memanggil pihak-pihak kepada prosiding. Subfasal 9(4) bertujuan untuk memperuntukkan bahawa saman yang dikeluarkan oleh tribunal hendaklah disampaikan dan dikuatkuasakan seolah-olah saman itu merupakan suatu saman yang dikeluarkan oleh mahkamah. Subfasal 9(5) bertujuan untuk memperuntukkan bahawa tribunal hendaklah menentukan aduan gangguan seksual berdasarkan imbangan kebarangkalian- balance of probabilities bukannya mengatasi keraguan yang munasabah. Fasal 10 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa untuk memulakan satu prosiding di tribunal, mana-mana orang boleh membuat suatu aduan gangguan seksual di bawah akta yang dicadangkan dengan tribunal dalam borang yang ditetapkan bersama dengan fi yang ditetapkan. Fasal 11 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa Setiausaha kepada tribunal hendaklah memberikan satu notis dalam borang yang ditetapkan kepada pengadu dan responden tentang butir-butir tentang hari, masa dan tempat pendengaran apabila suatu aduan ganggu seksual dibuat. Fasal 12 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi persidangan tribunal. Subfasal 12(1) bertujuan untuk memperuntukkan bahawa setiap persidangan tribunal hendaklah ditentukan oleh Presiden dan hendaklah terdiri daripada suatu panel yang mempunyai tiga orang anggota tribunal yang merupakan Presiden atau Timbalan Presiden atau mana-mana anggota tribunal lain yang dilantik sebagai seorang Pengerusi dan mana-mana dua orang anggota tribunal lain yang dilantik di bawah perenggan 4(1)(c). Subfasal 12(2) bertujuan untuk memperuntukkan bahawa panel setiap persidangan tribunal hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya seorang wanita. Subfasal 12(4) bertujuan untuk memperuntukkan bahawa jika pengerusi yang mempengerusikan mana-mana prosiding berkenaan dengan satu aduan gangguan seksual meninggal dunia atau menjadi tidak berupaya atau atas apa-apa sebab lain tidak boleh menyelesaikan atau melupuskan prosiding itu, aduan gangguan seksual itu hendaklah didengar dan diteruskan dan dipengerusikan oleh mana-mana Pengerusi lain sebagaimana yang ditentukan oleh Presiden. Subfasal 12(5) bertujuan untuk memperuntukkan bahawa jika mana-mana anggota tribunal yang disebut dalam perenggan 12(1)(b) meninggal dunia atau menjadi tidak berupaya atau atas apa-apa sebab lain tidak boleh menyelesaikan atau melupuskan prosiding itu, Presiden hendaklah melantik mana-mana anggota tribunal lain kepada panel itu untuk meneruskan prosiding itu. Subfasal 12(6) bertujuan untuk memperuntukkan bahawa jika tempoh pelantikan mana-mana Pengerusi atau pun anggota tribunal habis semasa apa-apa prosiding belum selesai berkenaan dengan suatu aduan gangguan seksual, tempoh pelantikannya hendaklah disifatkan telah dilanjutkan sehingga pelupusan muktamad aduan gangguan seksual itu. Fasal 13 memperkatakan tentang peruntukan yang berhubung dengan hak untuk hadir pada suatu pendengaran di hadapan tribunal. Subfasal 13(1) bertujuan untuk memperuntukkan bahawa tiap-tiap pihak kepada prosiding berhak hadir dan didengar pada pendengaran di hadapan tribunal. Sub asal 13(2) bertujuan untuk memperuntukkan bahawa tiada pihak boleh diwakili oleh seorang peguam bela dan peguam cara pada sesuatu pendengaran di hadapan tribunal. Subfasal 13(3) dan sub fasal 13(4) bertujuan untuk memperuntukkan bahawa suatu pihak yang merupakan seorang yang belum dewasa atau mana-mana yang tidak berupaya, boleh diwakili oleh sahabat wakil atau penjaga ad litem nya dan tribunal boleh
mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan perlu oleh tribunal untuk memastikan bahawa pihak yang satu lagi kepada prosiding itu tidak diletakkan dalam keadaan yang merugikan secara substantial. Fasal 14 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa semua pendengaran di hadapan tribunal hendaklah tertutup kepada orang awam. Fasal 15 bertujuan untuk memberi tribunal kuasa untuk mendengar dan menentukan aduan gangguan seksual dalam ketiadaan mana-mana pihak kepada prosiding jika dibuktikan sehingga tribunal berpuas hati bahawa satu notis pendengaran telah disampaikan kepada pihak yang tidak hadir itu dengan sewajarnya. Sekiranya pengadu tidak hadir, tribunal AGS boleh membatalkan aduan atau memberi award tuntutan balas sekiranya responden mempunyai tuntutan balas. Sekiranya responden tidak hadir, tribunal AGS boleh meneruskan pendengaran tanpa kehadiran responden atau menangguhkan pendengaran. Sekiranya kedua-dua pihak tidak hadir, tuntutan boleh dibatalkan oleh tribunal AGS. Perkara ini akan diperincikan dalam peraturan-peraturan kelak seperti yang telah dilaksanakan di bawah seksyen 111, Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Peraturan 21, Peraturan-peraturan Perlindungan Pengguna 1999. Fasal 16 bertujuan untuk membenarkan tribunal untuk membantu pihak-pihak untuk merundingkan bagi suatu penyelesaian yang dipersetujui bila masa sesuai dan penyelesaian yang dipersetujui itu hendaklah berkuat kuasa sebagai suatu award tribunal. Fasal 17 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi rujukan kepada Hakim Mahkamah Tinggi mengenai sesuatu persoalan undang-undang. Subfasal 17(1) bertujuan untuk memberi tribunal kuasa untuk merujuk kepada Hakim Mahkamah Tinggi mengenai sesuatu persoalan undang-undang. Subfasal 17(2) bertujuan untuk memperuntukkan bahawa tribunal hendaklah membuat awardnya bertepatan dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi yang berhubungan dengan persoalan undang-undang itu. Subfasal 17(3) bertujuan untuk memperuntukkan bahawa seorang Peguam Persekutuan yang diberi kuasa oleh Peguam Negara boleh hadir bagi pihak tribunal dalam apa-apa prosiding. Fasal 18 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa tertakluk kepada akta yang dicadangkan dan mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah akta yang dicadangkan, tribunal hendaklah menerima pakai apa-apa tatacara sebagaimana yang difikirkan patut oleh tribunal jika tiada peruntukan dibuat yang berhubungan dengan tatacara tribunal. Fasal 19 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa tribunal hendaklah membuat awardnya dalam masa 60 hari dari hari pertama pendengaran di hadapan tribunal bermula dan award itu hendaklah disertai dengan sebab bagi award atau penolakan aduan gangguan seksual itu bersama dengan apa-apa dapatan fakta yang diambil maklum oleh tribunal atau syor yang telah dibuat oleh tribunal dalam prosiding itu. Fasal 20 menerangkan perintah-perintah yang boleh dibuat oleh tribunal dalam membuat award. Subfasal 21 bertujuan untuk memberi tribunal kuasa dalam membuat suatu award untuk membuat mana-mana satu atau lebih perintah yang berikut;
(i) suatu perintah bagi responden untuk mengeluarkan satu pernyataan permohonan maaf kepada pengadu; (ii) suatu perintah bagi responden untuk menyiarkan suatu pernyataan permohonan maaf; dan (iii) suatu perintah bagi responden untuk membayar pampasan atau ganti rugi yang tidak melebihi RM250,000 bagi apa-apa
kehilangan atau kerosakan yang ditanggung oleh pengadu atau suatu perintah bagi pihak-pihak untuk menghadiri apa-apa program sebagaimana yang difikirkan perlu oleh tribunal. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] Subfasal 23 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa tribunal boleh menolak apa-apa aduan gangguan seksual yang dianggap remeh atau menyusahkan oleh tribunal. Fasal 21 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi penalti jenayah bagi ketidakpatuhan apa-apa award yang dibuat oleh tribunal. Fasal 22 bertujuan untuk menjelaskan bahawa suatu award yang dibuat oleh tribunal adalah muktamad, mengikat semua pihak kepada prosiding dan disifatkan sebagai suatu perintah mahkamah dan hendaklah dikuatkuasakan dengan sewajarnya oleh mana-mana pihak kepada prosiding itu. Fasal 23 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa mana-mana pihak kepada prosiding tribunal boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk mencabar suatu award dalam prosiding itu hanya atas alasan ketidakteraturan yang serius yang menjejaskan award itu. Jika terdapat ketidakaturan yang serius yang menjejaskan award, Mahkamah Tinggi boleh mengembalikan award itu secara keseluruhan atau sebahagian kepada tribunal untuk pertimbangan semula atau mengetepikan award itu secara keseluruhan atau sebahagian. Fasal 24 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa ketua setiausaha kementerian yang bertanggungjawab bagi pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat hendaklah menjadi pentadbir anti gangguan seksual. Fasal 25 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi fungsi dan kuasa pentadbir anti gangguan seksual. Fasal 26 bertujuan untuk memberi Menteri kuasa untuk membuat apa-apa peraturan-peraturan sebagaimana yang perlu atau suai manfaat berkenaan dengan tribunal. Sehubungan itu sokongan Yang Berhormat amat penting untuk meluluskan rang undang-undang ini dahulu supaya pembangunan peraturan ini dapat diwartakan dan dilaksanakan. Fasal 27 bertujuan untuk menjelaskan bahawa walau apa pun suatu aduan gangguan seksual yang dibuat di bawah akta ini, seorang pengadu atau mana-mana orang lain tidak terhalang daripada membuat suatu laporan polis bagi apa-apa kesalahan yang berhubung dengan gangguan seksual di bawah mana-mana undang-undang bertulis. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Ada sesiapa yang menyokong?
Saya menyokong.
Terima kasih. Ahli- ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi suatu hak tebus rugi bagi mana-mana orang yang diganggu secara seksual, penubuhan tribunal bagi anti gangguan seksual, menggalakkan kesedaran tentang gangguan seksual dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubung dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk di bahas. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ada menerima senarai pembahas dan tertakluk kepada sehingga 7.30 malam ini. Senarainya adalah seperti berikut, pembahas yang pertama Yang Berhormat Segambut 20 minit. Kemudian Yang Berhormat Tebrau, kemudian Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Kulai, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Permatang Pauh
lima minit. Jadi saya ingin memulakan perbahasan ini dengan menjemput Yang Berhormat Segambut, 20 minit dipersilakan.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya mengambil bahagian dalam perbahasan untuk rang undang-undang ini dan saya hendak mulakan dengan mukadimah saya bahawa akta ini sangat diperlukan dalam komuniti kita pada hari ini dan akta ini bukan akta yang terbaik, tidak sempurna, it is not a perfect bill namun merupakan satu hakikat bahawa ada peruntukan di dalam rang undang-undang ini yang amat diperlukan untuk membantu mangsa-mangsa sekarang. Walaupun ada pindaan, saya difahamkan ada pindaan dalam Jawatankuasa yang akan dipinda oleh kementerian bahawa ia akan berkuat kuasa selepas akta ini diluluskan tetapi saya percaya ramai telah sedia lama menunggu bertahun-tahun untuk akta ini. Pertamanya adalah penerimaan bil ini telah dibuat oleh civil society, Joint Action Group dan saya juga telah menerima briefing note daripada mereka bahawa mereka juga setuju bahawa akta ini perlu diluluskan tahun ini kerana tidak banyak masa lagi dan memandangkan Joint Action Group for Gender Equality, ENGENDER Consultancy and Young Women Making Change, telah pun bersetuju dan mereka juga telah membuat beberapa gesaan dan saya akan bacakan gesaan mereka. Pertama, bahawa KPWKM perlu mendapatkan pandangan kumpulan advokasi ini termasuk organisasi masyarakat sivil yang lain dalam proses penggubalan peraturan yang berkaitan dengan organizational duty of care. Okey, yang ini sangat penting saya tidak hendak lepas rang undang-undang ini diluluskan kementerian bertindak berjalan sendiri dan menggubal peraturan yang mungkin tidak akan diterima oleh Joint Action Group dan Ahli-ahli Parlimen yang lain. Saya minta supaya ada banyak lagi consultation dengan komuniti supaya organizational duty of care yang akan diwujudkan dalam peraturan nanti tidak akan mewujudkan masalah yang baru seperti pengasingan jantina. Kalau kita kata semua organization mesti mempunyai polisi ini dan kalau kita tidak ada tatacara yang spesifik untuk membantu mereka, saya risau overzealous employers, dengan izin akan buat gender segregation dan ini tidak menepati hasrat penggubal undang-undang untuk mewujudkan rang undang-undang ini. Kita tidak hendak gender segregation, kita hendak kesedaran bahawa gangguan seksual ini tidak bagus. Keduanya, garis panduan yang akan digubal perlu dihebahkan bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan peraturan tersebut serta menggunakan khidmat NGO yang terlibat untuk membantu menguar-uarkan dan memberikan kesedaran. Ketiganya adalah pemantauan dan penilaian pelaksanaan akta ini setelah ia diluluskan dan peraturan yang akan diinstitusikan termasuk dengan penubuhan sebuah Jawatankuasa Pemantauan dan Penilaian yang terdiri daripada kumpulan advokasi mesti dibuat secara berkala dan kerap supaya pindaan boleh dibuat dengan cepat dan efektif. Kadang-kadang undang-undang kita luluskan tetapi orang di luar tidak tahu bagaimana hendak digunakan dan kalau kita tidak ada pindaan yang cepat, okey kita tidak akan dapat effect yang kita hendak melalui undang-undang ini. Keempatnya adalah KPWKM mesti menyediakan maklumat yang jelas termasuk sebuah pelan tindakan berhubung proses penggubalan peraturan dan menginstitusikan proses pemantauan dan penilaian. Dalam rang undang-undang ini juga, ada beberapa isu yang saya hendak bawah adalah pertama, fasal 4 seperti lantikan untuk ahli tribunal yang “(c) tidak kurang daripada lima orang anggota lain, sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri, yang mempunyai pengetahuan ataupun pengalaman praktikal dalam perkara yang berhubungan dengan gangguan seksual”. Saya harap lantikan ini yang akan dibuat oleh Menteri tidak bersifat lantikan berpolitik dan anggota yang akan dilantik mesti mempunyai kredibiliti yang tinggi dan mempunyai pengalaman mengendalikan kes-kes seperti ini.
Satu lagi saya hendak katakan apa yang saya suka dalam rang undang-undang ini adalah satu fasal 9(5), “Tribunal hendaklah menentukan aduan gangguan seksual berdasarkan imbangan kebarangkalian” dan salah satu sebab kenapa mangsa tidak menggunakan Penal Code kerana burden of proof itu terlalu tinggi. Jadi ini adalah bagus untuk mangsa-mangsa.
Kemudiannya untuk fasal 14, semua pendengaran di hadapan Tribunal hendaklah tertutup kepada orang awam. Ini juga bagus untuk melindungi aduan yang akan dibuat. Ramai mangsa kadang-kadang mereka status berkahwin dan mereka khuatir impak kalau mereka membuat aduan impak terhadap anak-anak mereka kalau media keluarkan laporan pelbagai. Satu lagi yang suka adalah mengenai fasal 20 perintah kerana ini banyak pengadu mereka hendak dan kerana gangguan seksual ini banyak berlaku di tempat kerja. Aduan pengadu mereka tidak hendak tukar kerja tetapi apa yang mereka hendak: (i) hanya mereka hendak satu tindakan memohon maaf (apology); (ii) public apology; (iii) untuk pampasan tidak melebihi RM250,000; dan (iv) perintah yang difikirkan sesuai oleh Tribunal. Jadi, saya rasa setakat ini memang fasal-fasal ini menepati hasrat pengadu supaya mereka mempunyai perlindungan melalui akta ini. Beberapa perkara lain yang saya hendak sentuh. Bagi fasal 25 mengenai fungsi dan kuasa pentadbir untuk mengeluarkan notis atau menggalakkan apa-apa notis yang berhubungan dengan pencegahan atau kesedaran tentang gangguan seksual. Saya berharap notis yang akan dikeluarkan tidak bersifat menghukum cara orang memakai pakaian mereka. Memang kita kerap dengar atau lihat notis-notis di agensi yang berkata kalau berpakaian seperti ini tidak boleh datang, ada banyak kes sekarang ini apabila mereka membuat laporan, pegawai penguat kuasa tengok cara pemakaian mereka dan sepatutnya mereka mengambil tindakan terhadap aduan, tetapi yang selalu terjadi adalah pengadu kena marah cara pemakaian mereka. Jadi, kita hendak pastikan bahawa notis- notis ini tidak bersifat menghukum pengadu. Untuk fasal 26, kuasa untuk membuat peraturan. Saya berharap Yang Berhormat Menteri akan juga merujuk kepada jawatankuasa pilihan. Kita ada Ahli-ahli Parlimen, kita ada women’s caucus dan isu ini bukan sahaja wanita tetapi Ahli Parlimen lelaki seperti Yang Berhormat Lembah Pantai juga sangat mengambil berat kes-kes seperti ini. Kalau boleh libatkan mereka lebih bagus. Akhir sekali adalah untuk mengatasi kes gangguan seksual ini, kita perlukan iltizam politik yang kuat. Saya hendak bagi contoh pengalaman saya mengendalikan kes gangguan seksual di Hospital Sungai Buloh bersama mantan Menteri Kesihatan iaitu Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad yang duduk di tepi saya di sini. Apabila kita mengendalikan kes tersebut dan Menteri sendiri menghadi pelbagai mesyuarat bersama mantan Timbalan Perdana Menteri pada masa itu Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan masa dan perhatian yang diberikan oleh dua orang Menteri ini untuk mengatasi kes gangguan seksual di Hospital Sungai Buloh memang first class. Mereka mengambil berat dan mereka mempunyai iltizam politik untuk memastikan ada follow through sehingga tindakan tatatertib dilakukan terhadap orang yang melakukan gangguan seksual ini. Kalau kita bandingkan dengan kes pelajar Ain di sekolah yang telah keluar dalam berita sampai pergi ke mahkamah, banyak isu yang datang. Kita tidak lihat iltizam politik ataupun azam politik yang kuat daripada Menteri yang terlibat. Jadi kalau Menteri sendiri tidak terlibat secara proaktif untuk membantu, ia akan menghantar satu signal yang tidak positif kepada pengadu ataupun mangsa lain di luar yang sedang berfikir sama ada hendak buat aduan atau tidak. Kalau mereka lihat satu mangsa dihukum, mereka tidak akan berani mengambil tindakan selanjutnya. Jadi, iltizam politik sangat penting.
Berdasarkan pengalaman tersebut juga, saya lihat kalau kementerian akan menggubal peraturan, saya rasa perlu wujudnya juga khidmat kaunseling untuk pengadu. Sebelum kita mengambil tindakan tatatertib dan tindakan untuk kes Hospital Sungai Buloh, pelbagai mesyuarat diadakan bersama pengadu untuk menjelaskan hak mereka kepada mereka dan ramai sebenarnya dalam keadaan tersebut mereka takut, mereka khuatir, mereka risau, mereka tidak berani untuk membuat aduan dan mereka perlukan banyak nasihat ataupun didikan mengenai hak mereka. Kalau mereka hendak membuat laporan polis, apa yang akan terjadi. Kalau mereka hendak pergi ke Tribunal, apa yang akan terjadi. Saya rasa KPWKM perlu wujudkan satu unit memberi kaunseling kepada yang terlibat dalam kes gangguan ini. Satu lagi untuk peraturan, saya rasa ada pentingnya untuk kita gubalkan satu garis panduan untuk pihak media. Kalau kita ada mangsa gangguan seksual yang sangat muda dan mereka mempunyai masa hadapan yang panjang, kadang-kadang laporan media yang mendedahkan banyak butiran spesifik sehingga mereka rasa tidak apalah kita tidak hendak buat aduan, saya hendak lindungi diri saya sendiri dan saya juga ada melihat mangsa yang mempunyai isu kesihatan mental selepas ini. Saya rasa khidmat kaunseling dan garis panduan untuk media, membantu media cara untuk membuat laporan kes-kes gangguan seksual sangat penting. Akhir sekali harapan saya dengan adanya akta baharu ini semua institusi kerajaan termasuk penjawat awam seperti Polis Diraja Malaysia, cikgu sekolah dan semua lapisan masyarakat akan mengambil serius dan mempunyai mindset baharu, mindset switch dalam pengendalian kes gangguan seksual. Mereka akan lihat bahawa isu ini bukan sahaja mangsa wanita, tetapi lelaki juga boleh menjadi mangsa gangguan seksual. Saya rasa kesedaran masih tidak wujud dan ada ramai Ahli Parlimen wanita merasakan kalau perkara seperti ini berlaku di Parlimen, adakah mereka boleh pergi ke Tribunal, ataupun mereka hendak jumpa Speaker ataupun mereka hendak buat kepada Menteri Wanita. Saya rasa semua ini masih kabur untuk ramai lapisan masyarakat. Kalau selepas baca berita ini sudah ada undang-undang anti gangguan seksual, tetapi untuk kesedaran ini kita perlukan banyak roadshow, kita perlu banyakan kesedaran kepada Ahli Parlimen sendiri. Kalau kita lihat kehadiran sekarang belum lagi pukul 7.00, tetapi memang kalau kita lihat untuk perbahasan anti gangguan seksual ini, kehadiran tidak begitu memberangsangkan dan walaupun isu ini adalah isu yang sangat serius. Jadi, saya harap semua isu yang telah dibahaskan akan diberi penelitian yang serius oleh kementerian ini. Saya dengan...
Yang Berhormat Segambut.
Silakan Yang Berhormat Lembah Pantai.
Terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Lembah Pantai.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Segambut. Saya ingin bertanya kerana apabila kita lihat mungkin untuk mulakan— apa pandangan Yang Berhormat Segambut apabila kita hendak mulakan sesuatu yang baharu, dia mesti aspek pendidikan itu sangat penting. Pertama, kita selalu beranggapan bahawa isu-isu gangguan seksual ini terkena kepada kaum hawa, kaum wanita sahaja. Padahal kita baca di dada-dada akhbar dan juga di berita bagaimana contohnya guru-guru di— ada beberapa kes guru maahad tahfiz yang mengambil kesempatan yang merogol yang melakukan gangguan seksual terhadap pelajar-pelajar lelaki. Jadi, ia bukan isu wanita. Jadi, ini adalah isu gangguan seksual terhadap mana-mana pihak. Jadi, adakah Yang Berhormat merasakan bahawa kita perlu wujudkan sama ada dana ataupun bagaimana untuk memastikan proses pendidikan itu secara menyeluruh dan kita boleh bermula di Parlimen ini. Kita pastikan semua Parlimen, semua Dewan Undangan Negeri mempunyai satu code of conduct. Tadi saya berjalan saya terserempak dengan salah seorang Ahli Parlimen, saya tidak sebut siapa dan beliau menyatakan satu
perkara yang sedikit janggal apabila hendak berbincang tentang rang undang-undang ini— Yang Berhormat Menteri patut tahu. Ada yang beranggapan kalau sudah ada Akta Antigangguan Seksual, maka kita tidak boleh bergurau senda. Jadi, saya merasakan ini satu perkara persepsi yang perlu kita lihat dengan serius dan ia bermula dengan pendidikan selain daripada penguat kuasa, tetapi kita semua, kita semua di sini sebab kita terima banyak kes. Kadang-kadang di pejabat-pejabat kita orang datang mengadu. That sensitization process has to begin with us dengan izin. Apa pandangan? Sila.
Sila Yang Berhormat Segambut.
Saya setuju kalau kita hendak perkenalkan undang-undang baharu, memang kita perlu belanja untuk program kesedaran dalam kalangan pembuat undang-undang dahulu, pembuat dasar kemudian penguat kuasa dan semua agensi.
Saya bagi satu contoh. Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) di Selangor dan Pulau Pinang. Selepas kita luluskan enakmen tersebut, kita kena belanja duit untuk latihan training untuk information officer. Selepas beberapa tahun kita luluskan undang- undang tersebut, kita juga ada buat pendengaran terbuka untuk Jawatankuasa SELCAT ya. SELCAT buat public hearing untuk mendengar sama ada undang-undang itu efektif atau tidak. Aduan yang telah masuk, berapa lama mereka gunakan untuk selesaikan masalah tersebut dan sama ada pengadu semua gembira tidak dengan langkah yang telah diambil melalui enakmen tersebut. Jadi, ini hanya adalah langkah pertama. This is just the first step. Sebenarnya untuk pastikan ada keadilan untuk mangsa-mangsa mendapat relieve yang mereka perlukan, latihan perlu diberikan dan kesedaran itu. Jadi saya rasa selepas ini diluluskan, KPWKM kena bergerak dengan laju kena pastikan kesedaran itu wujud. Media itu sangat penting untuk bagi kesedaran. Untuk gurauan itu, saya faham kadang-kadang memang ada gurauan tetapi kalau kita lihat kes pelajar tersebut, kalau ada gurauan yang bersifat tidak senonoh seperti rape joke, itu memang semua orang setuju tidak sesuai dan tindakan tatatertib mesti diambil dengan cepat untuk kes-kes seperti itu. Jadi, itu sebab saya kata iltizam politik, mesej daripada Kabinet dan kerajaan sangat penting untuk pastikan mesej itu tidak akan menghalang pengadu lain untuk membuat aduan. Dengan itu, Segambut menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Segambut. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Tebrau.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua mengizinkan saya sertai perbahasan Rang Undang-undang Antigangguan Seksual 2021. Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini adalah satu usaha melindungi mangsa selain memudah cara tuntutan mangsa melalui penubuhan Tribunal Antigangguan Seksual. Pembentangan rang undang-undang ini memang dinanti- nantikan rakyat dan sudah masanya ia dilaksanakan. Oleh sebab award mesti dibuat dalam 60 hari dan berdasarkan balance of probabilities.
Tuan Yang di-Pertua, maaf. Lima minit atau 20 minit? Saya tengok jam itu.
Lima minit. Minta maaf. Timer, sila pastikan tertera lima minit.
Sementara saya menyambut baik pembentangan rang undang-undang ini, saya juga terpanggil untuk bertanyakan beberapa isu yang memerlukan penjelasan daripada Menteri. Pertama, adakah penubuhan Tribunal akan dilaksanakan hanya di peringkat Kebangsaan atau ia lebih menyeluruh ke seluruh negeri dan daerah? Ini kerana sekiranya penubuhannya berpusat, maka mangsa akan terbeban oleh kos perjalanan dan logistik yang tinggi. Kedua, apabila Tribunal mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan menentukan sebarang aduan gangguan seksual yang dibuat oleh mana-mana orang, apakah garis panduan yang digunakan bagi mengelak tindakan mangsa yang berniat jahat untuk menyusahkan seseorang? Ketiga, hak untuk hadir semasa pendengaran tidak membenarkan mangsa diwakili oleh peguam bela dan peguam cara. Saya berpendapat kita perlu berikan seseorang mangsa gangguan seksual membuat pilihan sama seperti hak membenarkan seseorang di bawah umur boleh diwakili. Keempat, bolehkah seseorang pengadu atau pihak yang dituduh membuat rujukan kepada hakim mahkamah tinggi mengenai persoalan undang-undang seperti mana hak diberikan kepada Tribunal? Kelima, untuk mengelakkan penyalahgunaan undang-undang oleh orang yang berniat jahat, bolehkah satu ketetapan dilaksanakan agar kos dikenakan ke atas mereka sekiranya Tribunal berjaya mengesahkan? Keenam, saya setuju dengan Yang Berhormat Segambut bahawa peraturan- peraturan serta garis panduan mesti digariskan selepas consultation yang menyeluruh melibatkan NGO-NGO yang berkenaan. Akhirnya, kita memerlukan kesedaran yang tinggi di kalangan rakyat kerana menurut Biro Statistik Keadilan Amerika Syarikat atau US Bureau of Justice Statistics, satu kesalahan gangguan seksual tidak mungkin dilaporkan oleh seorang mangsa jika pesalah adalah pasangan intim semasa atau bekas pasangan ataupun orang perkenalan atau seorang rakan, tetapi mangsa kemungkinan besar akan melaporkan jika pesalah adalah seorang tidak dikenali. Sesetengah mangsa emosi mereka terganggu malah berdepan dengan tempoh trauma selepas mengalami penderaan dan takut untuk menghubungi polis atau melaporkan kepada mana-mana pihak berkuasa. Bagi mangsa lain, keputusan untuk tidak melaporkan pada mulanya hanya masalah kelewatan atau menunda kerana ramai yang berkerut untuk memahami bagaimana kes cabul boleh berlaku kepada diri mereka. Namun, apabila masa berlalu, mereka semakin enggan untuk menangani kejadian itu. Kesannya, mereka memutuskan untuk tidak melanjutkan perkara tersebut dan tidak melaporkan kes gangguan seksual itu dan mangsa tidak tampil ke hadapan. Sebab-sebab lain yang membuat mangsa tidak tampil ke hadapan adalah, satu, perasaan takut pelaku membalas dendam; kedua, perasaan malu; ketiga, perasaan tidak cukup penting untuk melaporkan; keempat, tidak mahu pelaku mengalami masalah dengan undang-undang; kelima, tidak mahu keluarga atau rakan tahu; dan keenam, perasaan takut kekurangan bukti. Justeru, saya memohon agar kerajaan memperuntukkan sejumlah wang kepada KPWKM untuk menganjurkan roadshow, dengan izin, di seluruh negara bagi menggalakkan kesedaran apa itu kes gangguan seksual supaya kes-kes dapat dilaporkan dan dapat diproses serta diselesaikan dalam masa yang terdekat. Itu sahaja daripada Tebrau dan saya ingin menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Sepatutnya selepas ini Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Dia tidak ada. Saya menjemput Yang Berhormat Jempol. Lima minit.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Keluarga Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Antigangguan Seksual 2021. Pertamanya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada kementerian kerana telah berjaya menggubal suatu undang-undang yang bakal meningkatkan kesejahteraan dan keselamatan keluarga Malaysia. Penggubalan undang-undang ini jelas menunjukkan keprihatinan dan keseriusan kerajaan untuk menghapuskan isu ketidaksamaan atau diskriminasi jantina yang sering berlaku sekian lama. Secara keseluruhan, saya menyokong penggubalan undang-undang supaya kita mempunyai rujukan yang jelas dan dapat meningkatkan kesedaran kepada semua pihak tentang gangguan seksual. Gangguan seksual di Malaysia tidak pernah mengenal mangsanya dan boleh berlaku kepada sesiapa dan di mana-mana sahaja sama ada di rumah, sekolah, tempat awam ataupun tempat kerja. Setiap golongan tanpa mengira jantina juga tidak terselamat sama ada orang dewasa, warga emas, kanak-kanak ataupun ibu hamil yang berisiko untuk mengalaminya. Hal ini wujud disebabkan berbagai-bagai jenis manusia dengan berbagai-bagai jenis fantasi seks yang berbeza sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk memuaskan nafsu mereka. Berdasarkan laporan PDRM, sebanyak 11,914 kes gangguan seksual telah direkodkan dalam tempoh empat tahun iaitu sejak tahun 2018 sehingga Ogos 2021 dengan 90 peratus pemangsa ialah mereka yang dikenali. Antaranya modus operandinya menampilkan watak yang baik. Manakala dalam tempoh pandemik COVID-19 iaitu antara tahun 2020 dan 2021, kes kesalahan jenayah seksual terhadap kanak-kanak juga turut mencatatkan peningkatan iaitu sebanyak 42 peratus.
Merujuk kepada laporan yang telah direkodkan, gangguan seksual telah menjadi perkara yang sangat serius dan tindakan segera perlu diambil oleh kerajaan supaya ia tidak menjadi kebiasaan. Justeru itu, saya berharap agar kementerian mempelbagaikan lagi usaha, melakukan kerjasama rentas kementerian untuk memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya kepada kanak-kanak. Gangguan seksual merupakan perbuatan yang terkutuk, mesti dihentikan dan dicegah kerana perbuatan tersebut boleh memudaratkan kehidupan mangsa sehingga ada di antara mereka yang bertindak membunuh diri. Lebih membimbangkan adalah terdapat mangsa yang merasa takut dan malu untuk melaporkannya kepada pihak yang berkuasa. Ini kerana dikhuatiri akan menjejaskan kehidupan mereka. Saya percaya, selain daripada kanak-kanak kebanyakan golongan dewasa juga enggan membuat laporan polis apabila kejadian sama menimpa mereka. Justeru itu saya ingin mengetahui, bagaimanakah strategi kementerian untuk menangani perkara ini dan apakah kaedah kementerian untuk memupuk sifat keberanian kepada para mangsa gangguan seksual di luar sana untuk membuat laporan? Hal ini kerana sekiranya laporan tidak dibuat oleh mereka, sudah tentulah undang-undang ini tidak dapat dikuatkuasakan dengan sebaiknya. Selain itu, kementerian juga hendaklah menjelaskan kepada rakyat mengenai definisi gangguan seksual dan jenis-jenis gangguan yang boleh dilaporkan oleh pihak berkuasa. Saya percaya, masih ramai rakyat di luar sana yang tidak memahami dengan jelas tentang jenis-jenis gangguan seksual dan juga menganggap ia sebagai gurauan. Kesan yang dialami oleh mangsa gangguan seksual amat membimbangkan. Selain menjejaskan fizikal dan mental ia juga boleh mengakibatkan kematian. Dengan segi kejayaan – mangsa lebih gemar mengasingkan diri dari rakan sekerja dan cuba mengelakkan diri untuk hadir ke pejabat. Hal ini akan menjejaskan prestasi kerja dan juga boleh dibuang kerja. Kesan kepada peribadi pula, mangsa akan mengalami gejala seperti sakit kepala, gangguan tidur, hilang selera makan dan emosi yang tidak stabil.
Kesannya kepada kanak-kanak adalah lebih menakutkan kerana mereka terpaksa membesar dengan memori hitam tersebut dan berkemungkinan besar untuk menjadi pemangsa pada masa yang akan datang. Secara umumnya, mangsa sememangnya sukar untuk melupakan peristiwa tersebut dan perkara ini akan mengganggu ketenangan, penumpuan dan juga kestabilan mental serta emosi mangsa. Justeru itu, saya ingin mengetahui, apakah tindakan kementerian untuk memulihkan kembali emosi dan mental individu yang pernah menjadi mangsa gangguan seksual. Sekian sahaja daripada saya setakat ini, saya harap perkara ini yang telah disampaikan sebentar tadi dapat perhatian oleh kementerian dan mohon menyokong Rang Undang-undang Antigangguan Seksual 2021. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Hulu Langat.
Terima kasih. Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, selaku Ahli Parlimen yang mempunyai Master dalam bidang kaunseling dan juga psikologi dan masih menerima klien-klien mengendalikan kes-kes seksual adalah terlalu sukar untuk saya bercakap benda yang saya minat ini dalam masa lima minit. Rang undang-undang ini sahaja setebal 22 muka surat. Jarang saya baca RUU sehabis-habis baca dan ini saya baca sebanyak tiga kali sebab saya sangat berminat dalam perkara ini. Sebenarnya Rang Undang-undang Antigangguan Seksual ini sepatutnya telah lama diwujudkan. Akan tetapi, berdasarkan maklumat yang saya dapat spirit yang ada ia terbit pada tahun 2019 dan ia menyebabkan rasa sense of belonging dengan izin bahawa ia adalah milik kita bersama Ahli-ahli Parlimen untuk memastikan bahawa rang undang- undang ini akan dapat diluluskan dan dapat dijelmakan untuk kepentingan masyarakat di luar sana. Kalau kita merujuk kepada isu yang cuba disebutkan oleh Yang Berhormat Segambut tadi tentang pakaian wanita ataupun pakaian mangsa itu sendiri. Memang kalau kita tengok dalam syariat ada menyebutkan tentang cara berpakaian. Akan tetapi saya ingin menarik perhatian kepada satu ayat dalam surah An-Nur disebutkan... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Beritahu kepada orang-orang beriman, nantinya lelaki dan wanita supaya menjaga mata mereka”. Ini menunjukkan bahawa tidak kisah yang di depan itu berpakaian atau tidak berpakaian tetapi yang penting semua orang kena menjaga matanya dahulu, baru bercakap fasal mangsa itu sendiri. [Tepuk] Saya sudah makin semangat ini. [Ketawa] Hendak bercakap fasal ini sebab apa, saya lebih suka hendak bercakap tentang spirit rang undang-undang yang kita sedang bina ini. Oleh sebab dari segi perjalanan saya sudah baca semua, saya rasa bukan senang untuk kementerian ini mengemukakan isu ini dan hendak dijelmakan sebagai undang-undang, bukan senang. Sebab apa? Kalau kita lihat ayat itu sambung lagi... [Membaca sepotong ayat Al- Quran] “Jaga kemaluan mereka, yang demikian ini dia lebih bersih”. Bagi wanita, bagi pemangsa saya sebut, tidak kisah lelaki atau wanita, sekiranya mereka melihat benda itu dan membayang-bayangkan, cuba mengilhamkan, simulasikan, buka baju orang itu, dia pegang orang, minta maaf cakap, dia sebenarnya sukar untuk kita ambil tindakan undang- undang pada mereka. Oleh sebab ia dalam diri mereka, dia tidak tunjukkan benda itu dan kita tidak boleh ambil tindakan. Kembalikan kepada poin yang disebut oleh rakan-rakan tadi ialah proses pendidikan, sangat penting pendidikan seks itu. Cuma jika dikatakan... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Dia lebih bersih” maka kita kena pastikan definisi yang telah disebutkan. Saya juga merasa sukar untuk melihat dan keberanian kementerian mendefinisikan dalam bidang tafsiran itu tentang gangguan seksual. Ertinya, apa-apa kelakuan tidak dingini yang bersifat seksual. Ini kalau hendak
komen dari segi akademik, biasanya kalau kita hendak mendefinisikan sesuatu perkataan, kita tidak akan ulang perkataan dalam definisi itu. Sebab perkataan-perkataan lain yang perlu disusun untuk menerangkan. Di sini disebutkan tentang gangguan seksual tetapi “Kelakuan tidak diingini yang bersifat seksual”. Perkataan seksual itu diulang, seolah-olah tidak menggambarkan apakah maksud seksual dalam perkara ini. Akan tetapi saya percaya rang undang-undang seperti ini akan berkembang dan kita akan sentiasa membuat pembaikan dari semasa ke semasa. Kalau kita lihat tentang perkataan gangguan seksual ini, dia ada perkataan yang cukup penting iaitu istilah ‘menggoda’ sebab perkataan menggoda ini yang akan menyebabkan berlakunya gangguan seksual. Kalau kita lihat ‘menggoda’ ini ada ketika melibatkan pakaian, ada ketika melibatkan lenggok tubuh badan seseorang, ada ketikanya melihat mata yang menggoda, suara dan juga bau badan. Perkara-perkara ini adalah merupakan perkara-perkara yang perlu diambil kira supaya kita sama-sama dapat mengawal dan memastikan apa yang berlaku ini tidak akan berkembang dan ia boleh berlaku seperti yang disebutkan oleh teman-teman Ahli-ahli Parlimen tadi, mengatakan bahawa ia tidak melibatkan satu jantina yang berpasangan sahaja, tetapi sesama jantina atau seksual itu dia boleh berlaku. Oleh sebab itu, kita ingin meletakkan bahawa spirit daripada undang-undang ini supaya tidak berlaku salah guna. Nafsu yang Tuhan berikan itu sepatutnya diatur dan disusun dengan sebaiknya. Akhir sekali, saya ingin menyebutkan bahawa dalam kita melihat perbezaan jantina ini, kadang-kadang kita akan dapati bahawa ada kumpulan lelaki, perempuan, walaupun kita tidak setuju kelompok yang mengaku golongan ketiga di antara kedua jantina, lelaki dan wanita itu tetapi sebagai Ahli Parlimen, kita tidak setuju mengiktiraf kumpulan ketiga, kelompok ketiga, mak nyah ataupun whatever they call, pondan dan sebagainya. Kita tidak menyokong pengisytiharan kewujudan mereka tetapi mereka wujud di sekeliling kita dan mereka juga terlibat dengan gangguan seksual yang kita Ahli-ahli Parlimen perlu memikirkan bagaimana untuk protect supaya tidak ada golongan yang teraniaya. Tujuan kita ialah untuk memastikan tidak ada penganiayaan dalam proses seperti ini. Kalau sudah dibagi sampai pukul 12.00 malam, saya boleh meneruskan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Sik, lima minit.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bersama dalam perbahasan Rang Undang-undang Antigangguan Seksual 2021 dan saya melihat rang undang-undang yang kita bentang ini sangat baik dalam konsep penjagaan maruah yang menjadi inti pati kepada kemuliaan manusia itu sendiri. Namun demikian, saya ada beberapa pandangan untuk pihak kementerian melihat bagi kita memperlengkap dan mengemas kini rang undang-undang kita ini supaya ia lebih menyeluruh dan dapat memenuhi hasratnya iaitu membendung gangguan seksual ini di kalangan masyarakat.
Pertama, saya mohon untuk pihak kementerian meneliti perkara-perkara kritikal yang dalam rang undang-undang ini iaitu daripada segi tanggungjawab organisasi untuk mencegah dan menangani gangguan seksual. Ia mesti diperjelaskan khususnya dalam peraturan-peraturan yang akan dibuat oleh pihak Yang Berhormat Menteri dalam kita melaksanakan rang undang-undang ini. Gangguan seksual berlaku di mana-mana suasana ataupun persekitaran termasuklah di tempat kerja, universiti, sekolah, pengangkutan awam dan sebagainya.
Oleh itu tanggungjawab organisasi merupakan komponen asas yang mesti dimasukkan supaya langkah-langkah untuk mencegah gangguan seksual ini diambil daripada awal. Kedua, seperti mana juga perbahasan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, dari segi definisi gangguan seksual ini perlu diperluaskan. Saya berpendapat bahawa definisi harus mengenali keadaan di mana gangguan tidak ditujukan kepada individu tertentu tetapi masih mewujudkan keadaan persekitaran yang menyinggung perasaan tidak selesa ataupun dalam keadaan menggugut mangsa itu. Ketiga, saya mencadangkan untuk peruntukan mengenai penganiayaan yang mesti disertakan dengan izin, prohibition of victimization iaitu penganiayaan adalah tindak balas dendam yang sering berlaku kepada mangsa gangguan seksual ini yang tampil bersuara ataupun yang tampil membuat laporan. Rang undang-undang ini perlulah mempunyai klausa yang melindungi pengadu dan memastikan mereka berasa selamat dalam melaporkan gangguan yang telah mereka alami. Klausa seperti ini boleh menggalakkan mangsa untuk membuat pengaduan sama ada melalui kementerian, melalui Talian Kasih yang ada ataupun repot polis. Seterusnya dari segi pendidikan awal yang juga disebut sebelum ini. Saya sangat bersetuju bahawa silibus pelajaran seksual harus diperhalusi dari sudut pendedahan terhadap keselamatan, dari segi maruah itu sendiri termasuklah dari segi sudut syariah ataupun sudut Islam bagi umat Islam ketika mana seorang kanak-kanak-kanak itu apabila dia akil baligh ataupun cukup umur dia ada satu tanggungjawab khusus sama ada pada dirinya sendiri dan juga kepada orang di persekitarannya. Perkara ini perlu dipupuk sejak daripada awal pra persekolahan atau tadika dan turut diperkembangkan ke peringkat pendidikan yang lebih tinggi dari semasa ke semasa. Saya juga ingin menyentuh berkaitan dengan secara umumnya penerapan konsep kesaksamaan jantina ataupun gender justice dengan izin, yang kita lihat lebih luas daripada apa yang selalu disebut oleh pelbagai pihak termasuk yang dikatakan kesamarataan jantina ataupun gender equality. Penekanan kepada pemahaman keupayaan individu bergantung kepada jantina lebih sesuai diterapkan bagi mengelakkan diskriminasi di tempat kerja ataupun di institusi pendidikan dan sebagainya. Terakhir Tuan Yang di-Pertua, saya sendiri akan membuat satu usul di peringkat jawatankuasa nanti bagi kita membantu pihak kementerian menambah baik rang undang- undang kita ini khususnya dalam usul untuk tambahan di bawah fasal 7 berkaitan Akta Had Masa yang akan terpakai bagi prosiding tribunal dan juga usul berkaitan tambahan di bawah fasal 13, iaitu hak untuk mangsa atau pemangsa itu mereka dapat diwakili oleh peguam bela dan peguam cara untuk mengadili dalam proses tribunal nanti dan akan diperhalusi lagi dalam perbahasan peringkat jawatankuasa nanti. Tuan Yang di-Pertua, sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sik. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Kulai. Lima minit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk membahas Rang Undang-undang Antigangguan Seksual 2021. Saya amat menghargai usaha kementerian untuk membentang rang undang-undang ini. Akan tetapi saya perlu cakap bahawa sepanjang saya dipilih sebagai seorang Ahli Parlimen pada tahun 2008. Sampai sekarang ialah 14 tahun. Sudah banyak kali kami nampak bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat yang duduk dalam Dewan ini membuat kenyataan yang seksis. Kebanyakan masa Ahli-ahli Parlimen yang membuat kenyataan seksis itu merupakan Ahli-ahli Parlimen yang sama. Saya berani cakap di sini bahawa antara mereka termasuklah Ahli Parlimen Kinabatangan, Ahli Parlimen Baling dan Ahli Parlimen Pasir Salak. Saya hendak tahu selepas Rang Undang-undang Antigangguan Seksual ini diluluskan, adakah kami akan nampak perbezaan berlaku dalam Dewan Rakyat ini? Itu isu yang sangat penting. Sekarang kami wujudkan satu tribunal. Akan tetapi saya hendak
tahu di sini selepas kita wujudkan tribunal tersebut, kalau dalam Dewan Rakyat ini masih ada Ahli Parlimen yang buat kenyataan seksis, bolehkah kita bawa mereka pergi ke tribunal? Ataupun mereka akan terus menikmati imuniti bahawa apa kenyataan yang dibuat dalam Dewan ini tidak boleh dibawa keluar Dewan. Itu soalan pertama yang saya hendak tanya dan menuju kepada Menteri KPWKM. Kedua saya hendak cakap di sini, apabila Ahli Parlimen yang sama kerap buat kenyataan seksis, ini tunjuk apa? Ini memang menunjukkan bahawa pertama, Ahli Parlimen itu bermasalah. Akan tetapi yang lagi penting adalah ini menunjukkan bahawa institusi ini Dewan Rakyat ini telah gagal dalam tanggungjawab mereka untuk mempertahankan maruah Ahli Parlimen wanita. Itu sebab Ahli-ahli Parlimen tersebut boleh berulang kali buat kenyataan seksis. Ahli-ahli Parlimen yang sama selalu buat kenyataan-kenyataan yang seksis, termasuklah tiga orang yang saya sebut tersebut. Saya hendak cakap bahawa pengerusi ataupun Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat ini sebenarnya dalam tempoh masa 14 tahun, bukan sangat panjang, tetapi apabila ada Ahli Parlimen yang tidak tukar sikap mereka, ini menunjukkan bahawa Dewan Rakyat ini terutamanya Tuan Yang di-Pertua telah gagal tanggungjawab mereka untuk mempertahankan maruah Ahli Parlimen wanita.
Yang Berhormat Kulai, boleh saya tanya?
Sila.
Saya tertarik dengan ucapan Yang Berhormat Kulai berkenaan dengan bagaimana Ahli Parlimen wanita boleh dilindungi oleh seksis-seksis remarks seperti ini oleh Ahli Parlimen lain? Bukankah itu merupakan kegagalan Tuan Yang di-Pertua? Kegagalan Tuan Yang di-Pertua untuk menjaga maruah Dewan ini. Bukan sahaja dalam isu seksis juga dalam isu kita hendak debat Sabah, Sulu and semua itu Tuan Yang di-Pertua tidak mahu campur tangan. What is your view?
Itu memang pendirian saya. Saya rasa kalau ada Ahli Parlimen yang gagal, yang selalu buat kenyataan seksis dan tidak pernahlah belajar daripada experience dahulu...
[Bangun]
Ini menunjukkan bahawa Dewan Rakyat ini telah gagal untuk kenakan hukuman yang sewajarnya terhadap mereka.
Yang Berhormat Kulai, Yang Berhormat Kulai...
Itu adalah tanggungjawab kegagalan – ya, Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Kulai, boleh beri Baling sikit.
Boleh.
Terima kasih Yang Berhormat Kulai. Saya terima kasih atas teguran tersebut tetapi saya pun tidak pernah. Sudah lama sudah saya hendak bercakap. Akan tetapi, saya hendak beritahu juga kepada Yang Berhormat Kulai, ia ada sebab Yang Berhormat Kulai. Kalaulah ada wanita, Ahli Parlimen wanita yang panggil Tuan Yang di-Pertua, ‘barua’. Itu macam mana? Kalau dia cakap, kalau [Tidak jelas] cakap kata-kata yang kesat dan yang kasar, jadi kita pun masa itu kita pun marahlah. Oleh sebab itu, kita pun balas balik kepada orang tersebut. Saya bukan bercakap sewenang-wenangnya.
Boleh saya tanya, are you justifying sexual harassment?
Exactly.
Are you justifying sexual harassment? Are you justifying sexual harassment?
Mencarut lagi teruk daripada seksis.
[Tidak jelas]
Apabila ada Ahli Parlimen...
Are you justifying sexual harassment in this Dewan? How?
Come on lah. Kita Dewan ini kena adil. Jangan tidak adil.
Yang Berhormat Baling, daripada mana you mari?
Yang Berhormat...
Kalau wakil rakyat perempuan panggil, Tuan Yang di-Pertua ‘barua’. How? You jawab. Saya tanya.
You have... [Tidak jelas]
[Tidak jelas]
Yang Berhormat Baling, ini floor saya, minta duduk. Yang Berhormat Baling, minta duduk. Minta duduk.
[Tidak jelas] Ada Hansard, panggil Tuan Yang di-Pertua, ‘barua’.
Tuan Yang di-Pertua, he has said it before, unprovoked. [Pembesar suara dimatikan]
Baik. Ahli Parlimen, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cukup sudah.
[Dewan riuh]
. Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Bukit Gelugor. Saya minta ini floor, minta rumuskan. Baik.
Terima kasih. Saya rasa ini adalah masalah Parlimen kami...
Kenapa Yang Berhormat Batu Kawan marah? Saya tidak sebut nama you pun? Awak makan cili kah?
Sebagai seorang Ahli Parlimen...
Saya tidak cakap pun fasal Yang Berhormat Batu Kawan. Why Yang Berhormat Batu Kawan bangun? You kah yang panggil ‘barua?’
Dia pun tidak faham bahawa two wrongs don’t make a right.
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua...
Prinsip yang begitu simple. Seorang Ahli Parlimen pun tidak faham.
Provokasi. Jangan provoke. Jangan ada provokasi.
Dua, two wrongs don’t make a right, Yang Berhormat.
Kita diam-diam. Yang buat provokasi, itulah cerita dia. Cuba jangan provokasi.
Sila duduk. Ini floor saya. Okay, sila duduk, ini floor saya.
Tuan Yang di-Pertua, [Tidak jelas]...
Silalah hormati wanita apabila... [Pembesar suara dimatikan]
Baik. Yang Berhormat Kulai, masa sudah tamat.
Tuan Yang di-Pertua, dia ganggu saya. Yang Berhormat Baling yang ganggu saya.
30 saat.
Point kedua. Betul, boleh. Point yang kedua saya hendak bangkitkan di sini adalah kita ada fasal 24 dan fasal 25 di mana kita lantik KSU sebagai pentadbir dan pelbagai fungsi telah diletakkan terhadap mereka termasuklah merumuskan dasar atau mengeluarkan garis panduan berhubung dengan pencegahan dan kesedaran tentang gangguan seksual. Saya hendak bertanya di sini, bukan salah untuk kita masukkan fasal tersebut dalam rang undang-undang ini tetapi bukankah selama ini sejaklah kewujudan kementerian ini, itu merupakan tanggungjawab dan key bussines kementerian ini. Jadi, saya hendak tanya apabila berlaku seorang pelajar di sekolah menghadapi—ada seorang guru yang buat gurauan tentang rogol, mana suara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat? Apabila ada mahasiswa-mahasiswi yang buat aduan bahawa mereka menghadapi gangguan seksual daripada profesor mereka, manalah suara Yang Berhormat Menteri KPWKM? Apabila berlakulah period spot check di hostel di sekolah? Saya hendak tanya di manalah suara Yang Berhormat Menteri KPWKM kita? Kalau pada—untuk insiden-insiden seperti ini yang berlaku pada tahun yang lalu tetapi kita tidak nampak satu pendirian yang tegas datang daripada Yang Berhormat Menteri KPWKM. Saya hendak tanya memang bergunakah selepas lulusnya rang undang-undang ini —memang kita akan nampak satu perbezaan tukaran sikap daripada Yang Berhormat Menteri dan juga kementerian beliau.
Terima kasih.
Itu saya rasa soalan yang sangat penting. Apa yang kami perlukan pada hari ini bukan satu rang undang-undang sahaja, tetapi kita perlu nampak satu pendirian satu sikap yang cukup tegas daripada Yang Berhormat Menteri KPWKM. Sekian sahaja, terima kasih.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Kulai. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Kuala Krai.
Bukan mata sahaja lidah pun kena jaga [Pembesar suara dimatikan] .
Sila Yang Berhormat Kuala Krai.
Dua-dua pihak kena jaga lidah [Pembesar suara dimatikan] .
Sila.
Bismillahi Rahmani Rahim, Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi kesempatan dan ruang kepada saya untuk turut sama mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Antigangguan Seksual 2021. Tuan Yang di-Pertua, gangguan seksual ini tidak hanya terjadi daripada sebelah pihak. Ada daripada pihak lelaki dan ada juga daripada pihak wanita bahkan mungkin sesama jenis. Al-Quran memberi panduan jelas berkaitan isu ini melalui banyak ayat-ayat Al-Quran Al- Karim. Antaranya ialah [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Dan janganlah kamu mendekati zina. Zina itu sesungguhnya suatu perbuatan keji dan satu jalan yang buruk”. Firman Allah SWT di atas secara jelasnya menunjukkan Islam telah secara lumrahnya mengarahkan kepada kita supaya menjaga tatasusila dalam hubungan kita. Al-Quran tidak menyebut jangan berzina tetapi jangan menghampiri zina. Oleh itu, semua pihak perlu menjadikan panduan Al-Quran ini sebagai pegangan hidup agar semuanya selamat. Gangguan seksual merujuk kepada apa-apa kelakuan yang tidak diingini yang bersifat seksual dalam apa-apa bentuk sama ada secara lisan, bukan lisan, isyarat atau fizikal yang ditujukan kepada seseorang yang secara munasabahnya menyinggung atau menghina atau merupakan satu ancaman kepada kesejahteraan. Hari ini gangguan seksual dianggap sebagai satu ancaman yang sangat berbahaya serta menggangu-gugat terutamanya dengan adanya media sosial. Sudah menjadi trend pada hari ini ramai yang menggunakan media sosial untuk menayangkan perkara yang tidak perlu ditayangkan akhirnya mengundang suasana yang tidak harmoni sesama masyarakat khususnya antara lelaki dan wanita. Di kesempatan ini, saya ingin menanyakan beberapa persoalan berkaitan rang undang-undang yang dibentangkan ini. Pertama, apakah kekangan terhadap perundangan serta polisi sedia ada berkaitan gangguan seksual? Kedua, isu kelompangan dalam perundangan terus diperkatakan kerana tiada akta khusus berkaitan gangguan seksual walaupun sudah lebih 20 tahun diperjuangkan. Bagaimanakah perkembangan mengenainya? Ketiga, bolehkah kanak-kanak dan OKU diwakili kerana ketidakupayaan mereka? Keempat, kes telah diputuskan di mahkamah mengguna pakai Kanun Keseksaan dan pelaku didapati tidak bersalah. Bolehkah pengadu membuat aduan di tribunal? Kelima, sekiranya berlaku kes gangguan seksual, bolehkah dilaporkan kepada pihak polis dan juga tribunal pada masa yang sama? Keenam, sekiranya gangguan seksual berlaku di tempat awam seperti di dalam bas tetapi mangsa tidak mengenali pelaku bolehkah mangsa membuat aduan kepada tribunal? Ketujuh, siapakah yang akan menganggotai ahli tribunal? Kelapan, adakah memakai pakaian menjolok mata atau tidak sopan merupakan satu kesalahan gangguan seksual? Kesembilan, Fasal 8 RUU AGS mengecualikan bidang kuasa mahkamah jika aduan gangguan seksual telah dibawa ke tribunal? Tindakan ini akan memperkecilkan hak pihak-pihak untuk membawa kes ke mahkamah sivil. Tuan Yang di-Pertua, sebelum berakhir saya berharap RUU ini akan mampu menangani ataupun paling tidak mengurangkan permasalahan gangguan seksual yang berlaku pada hari ini. Dalam masa yang sama saya menyeru dan berharap masyarakat juga seharusnya lebih peka dan bersama bertanggungjawab dalam menangani masalah gangguan seksual ini.
Bagi masyarakat Islam, seharusnya garis panduan yang telah ditetapkan oleh agama seperti menutup aurat, menjaga mata, menjaga pergaulan antara lelaki dan wanita seperti menyentuh secara gurauan atau orang Kelantan sebut ‘cuit cerapek’ juga tidak dibenarkan. Dalam Al-Quran Allah SWT memberi panduan [Membaca sepotong ayat Al- Quran]. “Wahai anak Adam telah Kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik- baiknya”. Dalam isu menutup aurat, Rasulullahlah SAW juga ada menerangkan mengenai golongan yang berpakaian namun dikira sebagai bertelanjang. Maksud hadis ini “Dan wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang cenderung kepada kemaksiatan dan membuat orang lain cenderung kepada kemaksiatan”, hadis riwayat Muslim bernombor 2128. Dalam memahami maksud hadis ini, seorang ulama tafsir Sheikh Mohamad Ali-Sabouni rahimahullahu taala ada menerangkan maksud dalam hadis tersebut seperti berikut: Berpakaian namun bertelanjang pada hakikatnya kerana mereka memakai pakaian yang tidak menutupi aurat dan menyembunyikan aurat dan tujuan berpakaian ialah menutupi aurat. Maka, sekiranya pakaian itu tidak menutupi auratnya maka si pemakainya dikira bertelanjang. Tuan Yang di-Pertua, saya yakin jika amaran yang digariskan oleh Islam diikuti dengan sebaiknya ia mampu menangani masalah gangguan seksual. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Sekarang saya jemput pembahas terakhir Yang Berhormat Permatang Pauh lima minit.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam hormat semuanya. Alhamdulillah setelah berdekad lamanya kita dapat mendengar perbahasan Rang Undang-undang Antigangguan Seksual 2021 dan antara sentimen yang dibangkitkan oleh ramai Ahli Parlimen adalah kerana begitu banyak pelanggaran yang berlaku di mata kita bukan sahaja dalam kalangan masyarakat tetapi memberi kesan kepada keselamatan dan kemaslahatan masyarakat. Saya masih ingat lagi rang undang-undang ini kalau tengok kronologi yang dibekalkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sendiri bermula tahun 2011 dan izinkan saya membawa sedikit penghargaan kepada khususnya the joint action yang telah bersama untuk membawa, memperjuangkan dan mengusahakan rang undang-undang ini. Libat urus yang dilakukan oleh Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang sudah lama didesak oleh peringkat CSO, khususnya JAG sangat penting Tuan Yang di-Pertua kerana sekurang-kurangnya membawa kepada arus perdana isu dan juga melengkapkan lagi rang undang-undang tersebut. Saya fikir antara aspek yang kita bimbang adalah isu atau keperluan meletakkan bukan sahaja pindaan undang-undang semata-mata tetapi kesedaran antara kita semua. Kalau di United Kingdom sendiri mereka ada Dasar Salah Laku Seksual di Parlimen. Maksudnya di sana mereka sedar bahawa Ahli Parlimen antara pihak dan juga mereka yang harus belajar. We are always learning pada saya sudah tentu kita tidak mahu sebarang kata- kata kesat dikeluarkan. Sebagai Wakil Rakyat sudah tentu kita kena bersifat sabar dan kita kena mengutamakan ‘kepimpinan menerusi teladan’. Jadi, kalau ada seseorang yang bangun yang menyakiti hati Ahli Parlimen lain itu tidak boleh dijadikan sebab untuk melemparkan kata-kata yang jauh lebih kesat ataupun berbau seksis tetapi, kembali kepada draf ini Tuan Yang di-Pertua.
Saya ingin juga membangkitkan dalam kenyataan pihak CSO, mereka menyebut dengan jelas dan penting the concept of organizational duty of care. Saya fikir janji yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri dan seluruh kementerian adalah bagaimana apabila berlangsungnya libat urus, kita mahukan supaya ada peruntukan-peruntukan tambahan yang akan dimasukkan dalam peraturan-peraturan ataupun the regulations that are included. Saya merasakan ini sangat penting termasuklah program-program latih tubi yang melibatkan kita di Parlimen, para guru, seluruh ekosistem supaya di mana-mana tempat sentiasa cakna, sentiasa faham bahawa ia memerlukan kesedaran psikologi, memerlukan pemahaman dalam konsep yang mewujudkan suasana yang lebih selamat. Bukan sahaja untuk wanita, kanak-kanak tetapi juga masyarakat. Dalam rang undang- undang ini lelaki tidak terkecuali. Jadi apabila dibangkitkan oleh Yang Berhormat sebelumnya. Kenapakah kita hendak satu pandangan atau pendirian yang tegas? Ini kerana the media is very powerful. Jadi apabila sekali-sekala keluar kes-kes tertentu, ia sama ada membangkitkan kekeliruan ataupun memberikan lebih banyak impetus, lebih banyak menggalakkan tindakan- tindakan seksis yang kita mahu hindarkan. Kalau saya boleh rujuk kes terakhir kerana pada saya undang-undang is one part ya. Akan tetapi kalau di negara Kenya contohnya mereka melakukan intervensi di sekolah-sekolah kerana itulah bila berlaku kes-kes ataupun aduan yang dibangkitkan menerusi period spot check dan sebagainya. Ini peluang besar sebenarnya ya. Peluang kepada semua kita yang merupakan sama ada ibu ataupun mereka yang berdampingan dengan anak-anak, sesiapa pun. The children are our future. Jadi kita hendak bangkitkan kesedaran ini supaya kita boleh melahirkan suasana yang lebih cakna, menghormati wanita, menghormati dan memberikan makna kepada bagaimana kita memberi maruah ya kepada satu sama lain. Jadi saya berharap Yang Berhormat Menteri dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri, ini merupakan antara rang undang-undang yang terpenting. Saya berharap seluruh Kabinet, semua Ahli Parlimen mengarusperdanakan terhadap agenda ini. Kalau Kementerian Wanita sahaja sentiasa dipaksa untuk membawa secara keseorangan, tidak mungkin kita dapat ke mana-mana. Jadi kalau Ahli Parlimen wanita pun sudah bersatu dalam bab ini. Lebih-lebih lagi penting kita mahukan segala agenda untuk memartabatkan wanita, lebih-lebih lagi rang undang-undang anti gangguan seksual ini yang mengambil kira keperluan dan memenuhi segmen-segmen yang mungkin tidak lagi dilengkapi menerusi draf awal ini sebelum the regulations are introduced dapat dibawa oleh semua Menteri dan juga Ahli-ahli Parlimen termasuk juga Yang Berhormat Baling. Ini kerana pada saya ini bukan untuk menuding jari. Actually pada saya, kitalah kena berlapang dada, kita kena ambil tanggungjawab ini dengan baik. Ini peluang yang sangat besar. Saya mahu mengatakan bahawa apa pun apabila nampak terletak atas meja selepas penglibatan libat urus. Ini merupakan satu kejayaan kita bersama. Jadi kita ambil dengan semangat itu. Hanya nak tak nak apabila berlaku kes yang berlangsung di luar, kita kena sama-sama bangkitkan dengan penegasan untuk menolak segala elemen gangguan seksual. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Pembahas terakhir pada petang ini dan akan disambung esok. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi esok, Rabu, 20 Julai 2022. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.34 malam]
Kamar KhasSpecial Chamber
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Memohon Agar Kebanjiran Pendatang Asing di Sabah dengan Pendekatan “Selesaikan Ikut 4 Kategori Pendatang Asing”Special Chamber
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, menurut laporan Institute for Development Studies (IDS) Sabah, daripada 3.9 juta penduduk Sabah, 1.2 juta adalah orang asing.
Walaupun Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Mengenai Kebanjiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Sabah telah dibentangkan di Parlimen namun, pelaksanaan setiap rekomendasi di dalamnya sangat lemah.
Justeru, masalah kebanjiran PATI di Sabah masih berterusan.
Tuaran mencadangkan supaya masalah kebanjiran PATI di Sabah diselesaikan mengikut empat kategori secara berasingan hendaklah dilaksanakan segera demi mencapai penyelesaian tuntas.
Empat kategori itu ialah:
(i) PATI memiliki Kad Pengenalan yang diragui;
(ii) Stateless Children;
(iii) Pelarian Perang Filipina; dan
(iv) Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).
Penyelesaian ke atas satu juta PATI yang memiliki IC yang diragui. Pada tahun 1961 penduduk Sarawak ialah 744,529 orang manakala penduduk Sabah pada masa yang sama hanyalah 554,421 orang.
Pada tahun 1970, penduduk Sarawak iaitu 976,269 orang masih mengatasi penduduk Sabah iaitu 651,304 orang. Namun, setibanya tahun 2020 penduduk Sabah iaitu 3.90 juta merupakan 1 juta orang lebih ramai berbanding Sarawak iaitu hanya 2.9 juta.
Laporan RCI mengenai kebanjiran PATI di Sabah memberi bukti-bukti kukuh bahawa pemberian kad pengenalan kepada warga asing melalui salah guna kuasa dan rasuah menyebabkan pertumbuhan penduduk luar biasa di Sabah. Ada yang dirancang dan ada yang mendapat IC secara rasuah.
Hakikatnya, lebih 1 juta penduduk di Sabah yang memegang kad pengenalan yang diragui adalah satu masalah sosial yang mesti ditangani secara tuntas. Tuaran mencadangkan agar IC yang ada sekarang diganti dengan IC yang baharu yang bercirikan digital. Hanya pemilik IC yang memiliki Sijil Kelahiran sahaja yang layak dapat IC baharu tersebut.
Kedua, stateless children. Sementara itu terdapat ribuan kanak-kanak di Sabah yang berstatus ‘stateless’ akibat daripada perkahwinan rambang sesama PATI dan antara PATI dengan orang tempatan. Kehadiran mereka di Sabah mengakibatkan pelbagai masalah sosial. Tuaran mencadangkan agar satu pendataan dibuat terhadap kategori ini dan seterusnya diselesaikan mengikut kes ke kes.
Ketiga, pelarian perang Filipina. Tuaran mencadangkan agar pelarian perang Filipina yang berada di Sabah supaya pendataan dibuat dan seterusnya memberi dokumen IMM13 secara individu kepada setiap pelarian termasuk anak- anak mereka. Selepas setahun pemberian, dokumen tersebut itu jangan lagi diperbaharui dan hantarlah mereka balik ke negara asal atau ke negara ketiga.
Keempat, Pendatang Tanpa Izin (PATI). Berkenaan dengan PATI di Sabah, Tuaran mencadangkan agar pihak keselamatan menangkap mereka seterusnya dapatkan perintah mahkamah untuk menghantar mereka balik ke negara asal. Sekian dan terima kasih.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Seperti yang Ahli Berhormat sedia maklum Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing di Sabah
(JKPWAS) telah ditubuhkan oleh kerajaan susulan daripada syor Suruhanjaya Siasatan Diraja atau Royal Commission of Inquiry (RCI) Mengenai Pendatang Asing di Sabah, bertujuan untuk mengkaji dan membincangkan isu berkaitan pendatang dan warga asing di Sabah.
Bagi tahun 2022, Mesyuarat JKPWAS-Teknikal telah pun diadakan pada 24 Januari 2022. Manakala JKPWAS-Induk telah bermesyuarat pada 10 Februari 2022. Antara keputusan yang telah disepakati semasa Mesyuarat Bilangan 1 Tahun 2022 adalah:
(i) supaya pelaksanaan penguatkuasaan melalui operasi bersepadu yang diselaraskan oleh Majlis Keselamatan Negeri Sabah akan diteruskan dengan lebih giat bagi membanteras kebanjiran PATI di negeri Sabah;
(ii) supaya cadangan penempatan semula masyarakat Pala’u diteliti secara lebih lanjut di peringkat pegawai melalui sebuah jawatankuasa kerja untuk meneliti daripada aspek dasar dan perundangan;
(iii) cadangan Kerajaan Negeri Sabah untuk mewujudkan Kad Warga Asing yang bertujuan untuk pendataan warga asing di Sabah bagi memastikan pihak berkuasa dapat
mengetahui dan mengenal pasti keberadaan golongan warga asing ini. Cadangan perwujudan Kad Warga Asing ini sedang diteliti oleh sebuah jawatankuasa kerja yang diterajui oleh Kerajaan Negeri Sabah;
(iv) untuk mempertimbangkan kemudahan-kemudahan yang khusus bagi negeri Sabah bagi memastikan pembangunan di negeri Sabah tidak terjejas dan terus pesat membangun.
Ini boleh dilaksanakan dengan libat urus dan kajian Kerajaan Negeri Sabah bersama-sama semua pihak yang berkepentingan;
(v) bahawa pindaan Ordinan Kelahiran dan Kematian di Sabah atau Cap. 123 sedang diteliti di peringkat akhir untuk mempertimbangkan tempoh pendaftaran kelahiran dari 42 hari kepada 90 hari. Pada masa yang sama, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan terus mempergiatkan Program MEKAR di Negeri Sabah; dan
(vi) agar rundingan bersama kedutaan yang berkenaan diteruskan bagi membincangkan isu kelewatan pengusiran tahanan imigresen di depot-depot imigresen di Sabah terutamanya yang melibatkan tahanan yang tidak mempunyai dokumen dari negara asal.
Semua keputusan ini adalah bagi memastikan pengurusan warga asing di Sabah adalah teratur dan berlandaskan undang-undang negara. Pada masa ini, keputusan itu juga turut merangkumi cadangan dan input yang dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah.
Susulan itu, Jawatankuasa Khas Kabinet Negeri Sabah telah melaksanakan satu sesi libat urus pada 2 Jun 2022 yang melibatkan ahli-ahli politik, parti politik, ketua masyarakat dan NGO. Sesi libat urus tersebut telah mengesyorkan supaya pendataan warga asing di Sabah dilaksanakan secara digital.
Mesyuarat Khas JKPWAS-Induk yang telah diadakan pada 17 Jun 2022 telah memutuskan supaya pendataan warga asing di Sabah dilaksanakan secara digital terlebih dahulu sebelum cadangan penyeragaman dokumen dilaksanakan.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Intervensi Awal dan Rehabilitasi bagi Kanak-Kanak Berkeperluan KhasSpecial Chamber
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan. ‘Intervensi awal’ ialah istilah yang digunakan untuk menerangkan perkhidmatan dan sokongan yang tersedia untuk bayi dan kanak-kanak kecil yang mengalami kelewatan perkembangan dan kurang upaya serta keluarga mereka.
Intervensi awal berkemungkinan lebih berkesan apabila ia diberikan lebih awal dalam kehidupan dan bukannya kemudian. Ini kerana, sambungan dalam otak bayi paling mudah disesuaikan dalam tiga tahun pertama kehidupan.
Sambungan ini juga dipanggil litar saraf adalah asas untuk pembelajaran, tingkah laku dan kesihatan.
Minta Yang Berhormat Menteri menyatakan apakah jenis-jenis perkhidmatan intervensi awal untuk kanak-kanak berkeperluan khas di Malaysia dan bagaimana pelaksanaannya di Malaysia. Minta Yang Berhormat Menteri senaraikan hospital dan klinik kerajaan yang mempunyai perkhidmatan terapi cara kerja, pertuturan dan fizikal untuk kanak-kanak berkeperluan khas.
Tuan Yang di-Pertua, rehabilitasi sebagai satu set intervensi yang dirancang untuk mengoptimumkan fungsi dan mengurangkan ketidakupayaan pada seseorang individu agar dapat berinteraksi dengan persekitaran awam dalam keadaan kesihatan mereka. Kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan rawatan rehabilitasi yang berbeza kerana rawatan rehabilitasi mesti disesuaikan mengikut keperluan individu.
Minta Yang Berhormat Menteri menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan penggunaan perkhidmatan terapi tersebut serta menyatakan perbandingan bayaran perkhidmatan tersebut antara hospital kerajaan dengan pihak swasta. Minta Yang Berhormat Menteri menjelaskan juga sejauh mana pemantauan dilakukan ke atas pusat terapi dan pusat intervensi awal swasta dan sejauh mana penambahbaikan akan dilakukan pada masa hadapan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat, Program Intervensi Awal Bagi Kanak-kanak Berkeperluan Khas (KKKK) telah bermula di fasiliti kesihatan kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak awal tahun 1980-an yang meliputi aktiviti pencegahan, pendidikan kesihatan, saringan dan pengesanan awal ketidakupayaan, rawatan awal dan rehabilitasi serta rujukan ke hospital bagi rawatan susulan oleh pakar perubatan yang berkaitan.
KKM memantau pertumbuhan dan perkembangan bayi dan kanak-kanak dari semenjak bayi dilahirkan sehingga berumur 6 tahun. Di klinik kesihatan, semua bayi dan kanak-kanak akan menjalani pemeriksaan pertumbuhan dan perkembangan secara berkala seperti yang terkandung dalam Buku Rekod Kesihatan Bayi dan Kanak-kanak sehingga 6 tahun.
Kanak-kanak yang dikesan mengalami lewat perkembangan melalui saringan kesihatan di fasiliti kesihatan kerajaan dan kanak-kanak yang dikenal pasti berisiko tinggi mengalami ketidakupayaan, akan terus dirujuk untuk menjalani program intervensi awal di klinik kesihatan atau meneruskan rawatan dan intervensi rehabilitasi di hospital di bawah pengawasan pakar yang berkaitan.
Sehingga kini, kesemua 1,138 klinik kesihatan dan 1,752 klinik desa di seluruh Malaysia menyediakan program intervensi awal kepada kanak-kanak.
Sehingga kini, terdapat 432 Pegawai ataupun Jurupulih Perubatan Fisioterapi (PT), 297 Pegawai Pemulihan atau Jurupulih Perubatan Cara Kerja
(OT) dan tiga orang Pegawai Pemulihan Perubatan Pertuturan (SLT) ditempatkan di 294 klinik kesihatan di seluruh Malaysia. Ini merangkumi 30 peratus daripada semua klinik yang ada yang turut memberikan khidmat intervensi awal dan rawatan rehabilitasi secara outreach di institusi jagaan, pusat pemulihan dalam komuniti (PDK), sekolah dan di rumah pesakit.
Program intervensi awal dan rehabilitasi di fasiliti kesihatan primer adalah meliputi aktiviti stimulasi awal dan rehabilitasi asas yang dilaksanakan oleh jururawat, seperti rehabilitasi motor kasar dan motor halus asas, dan lain-lain.
Manakala, aktiviti rehabilitasi secara bersasar dilaksanakan oleh Pegawai Pemulihan atau Jurupulih Perubatan Cara Kerja, Fisioterapi dan Pertuturan mengikut tahap dan jenis ketidakupayaan individu, seperti rehabilitasi motor kasar, motor halus, komunikasi dan bahasa, aktiviti harian (activity daily living), penglihatan, pendengaran serta modifikasi tingkah laku. Sekiranya terdapat keperluan, kanak-kanak ini juga akan dirujuk ke Pakar Perubatan Keluarga di klinik kesihatan atau pakar perubatan yang berkaitan di hospital.
Perkhidmatan rehabilitasi di hospital Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) meliputi Perkhidmatan Perubatan Rehabilitasi, Fisioterapi, Terapi Cara Kerja dan Terapi Pertuturan. Perkhidmatan Perubatan Rehabilitasi boleh didapati di semua 146 hospital kerajaan terutama di hospital berpakar. Perkhidmatan ini juga semakin meluas dengan lawatan klinik pakar di hospital daerah melalui inisiatif kluster. Kanak-kanak yang dirujuk awal akan mendapat rawatan daripada Pakar Perubatan Rehabilitasi dan ini dapat memberikan hasil perawatan yang lebih baik dan mengoptimumkan kefungsian kanak-kanak tersebut.
Bagi mengoptimumkan penggunaan perkhidmatan intervensi awal dan rehabilitasi, KKM juga telah memperluaskan akses kepada perkhidmatan tersebut di komuniti seperti di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di bawah program PDK Ku Sihat, bermula dari tahun 2012. Aktiviti yang dijalankan di pusat-pusat ini meliputi aktiviti penggalakan pemakanan sihat, aktiviti fizikal, intervensi, pemeriksaan status kesihatan, promosi dan pendidikan kesihatan, rehabilitasi dan rawatan awal, serta rujukan ke anggota kesihatan pelbagai disiplin sekiranya perlu.
KKM mengambil langkah menjalankan latihan secara berterusan bukan sahaja kepada anggota kesihatan, malahan juga fokus kepada pelaksana perkhidmatan di sekolah dan institusi jagaan. Saban tahun, KKM menjalankan kolaborasi bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Pendidikan Malaysia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi melatih pelaksana perkhidmatan seperti guru tadika, guru pendidikan khas, petugas di PDK dan institusi serta sukarelawan untuk menjalankan intervensi awal di fasiliti masing-masing.
Inisiatif KKM dalam menyebar luaskan pengetahuan dan kemahiran dalam menjalankan intervensi awal kepada masyarakat adalah bagi memastikan lebih ramai pelaksana perkhidmatan dilatih untuk menjalankan intervensi awal kepada kanak-kanak yang mengalami lewat perkembangan, serta memberi tunjuk ajar kepada ibu bapa bagi meneruskan intervensi awal di rumah secara konsisten.
Caj perkhidmatan bagi terapi cara kerja, terapi pertuturan dan fisioterapi yang diberikan di fasiliti KKM adalah digariskan di bawah Perintah Fi (Perubatan)
(Pindaan) 2017, mengikut jenis tatacara perubatan yang dijalankan. Bayaran perkhidmatan di bawah Perintah Fi adalah tertakluk bagi perkhidmatan di Hospital Kerajaan sahaja dan tiada maklumat berkaitan bayaran di pihak swasta. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, kanak-kanak berkeperluan khas yang berdaftar sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM) diberikan pengecualian caj pesakit luar dan caj wad kelas 3 di bawah Perintah Fi (Perubatan) 1982.
Pemantauan ke atas pusat terapi swasta bagi perkhidmatan Fisioterapi, Terapi Cara Kerja dan Pemulihan Pertuturan dilaksanakan berdasarkan aduan
yang diterima di bawah Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016 [Akta 774].
Sekian, terima kasih.
Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga hari Rabu, 20 Julai 2022, jam 2.30 petang. Terima kasih, Ahli-ahli Yang Berhormat.
[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.51]