Dewan Rakyat · 21 July 2022

15th Parliament, session 5, meeting 2 · 570 turns · 41,972 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Menteri Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Ahmad Fahmi bin Mohamed FadzilPKR · PHLembah Pantai · question

1. Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil [Lembah Pantai] minta Perdana Menteri menyatakan perancangan kerajaan berkaitan dasar menangguh atau membatalkan projek-projek baharu, serta menamakan projek-projek tersebut dengan kos yang dijimatkan.

Dato’ Sri Mustapa bin MohamedUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) · Jeli

Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Keluarga Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek yang akan ditangguhkan adalah seperti berikut: (i) projek-projek baharu dan sedia ada yang belum dimulakan proses perolehan dan belum diiklankan; (ii) projek-projek bukan keutamaan yang telah dikenal pasti kecuali projek yang mempunyai impak segera kepada kesejahteraan rakyat; dan (iii) projek-projek baharu dan sedia ada yang menghadapi masalah pelaksanaan seperti isu tapak tanah. Projek-projek yang sedang dalam pelaksanaan yang telah dikeluarkan iklan tender surat setuju terima akan diteruskan. Selain itu, projek-projek yang dibiayai DanaInfra serta semua projek penyelenggaraan yang mustahak dan telah diluluskan akan terus dilaksanakan. Ini penting bagi menyokong usaha kerajaan untuk merancakkan pemulihan ekonomi pasca-COVID-19. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat sejumlah 7,243 projek pembangunan dengan jumlah peruntukan RM75.6 bilion telah diluluskan untuk dilaksanakan pada tahun ini 2022. Hasil sesi libat urus antara Kementerian Kewangan, Kementerian Kerja Raya, Unit Perancang Ekonomi (JPM), juga Unit Penyelarasan Pelaksanaan (JPM) dan Jabatan Kerja Raya, setakat ini beberapa projek telah dikenal pasti untuk ditangguhkan pada tahun ini 2022 antaranya termasuklah: (i) pembinaan pusat pemprosesan getah bersepadu di bawah Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi; (ii) perolehan peralatan bagi memodenkan bengkel dan bidang electrical di bawah Kementerian Sumber Manusia; (iii) projek kerjasama Pusat Latihan Teknologi Tinggi dengan institusi pendidikan latihan luar negara dengan Kementerian Sumber Manusia; dan

Dato’ Sri Mustapa bin MohamedUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) · Jeli

(iv) Projek dan Penyelidikan Strategik di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Tuan Yang di-Pertua, pihak Unit Perancangan Ekonomi, Kementerian Kewangan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (JPM) dan Jabatan Kerja Raya sedang mengadakan sesi libat urus dengan semua kementerian, jabatan-jabatan sebelum keputusan muktamad mengenai projek-projek yang akan dilaksanakan oleh kerajaan. Kerajaan akan memastikan langkah-langkah penjimatan yang akan dilaksanakan berikutan surat pekeliling bertarikh 14 Julai lalu tidak akan menjejaskan usaha pemulihan ekonomi negara serta kesejahteraan rakyat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Lembah Pantai. Selama 30 saat, soalan tambahan.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya alu-alukan jawapan yang telah diberikan. Cuma saya mohon sekiranya boleh diberikan kepada setiap Ahli Parlimen projek-projek yang terkesan bagi kawasan masing-masing dengan penyenaraian tajuk projek, jumlah kos, bila akan dimulakan semula. Soalan saya tadi adalah daripada 7,240 projek yang telah diluluskan, berapakah banyak yang akan ditangguhkan? Saya tahu Yang Berhormat Menteri kata belum dimuktamadkan. Bila akan dimuktamadkan dan apakah penjimatan yang dijangka? Adakah projek-projek besar seperti MRT line 3, ECRL, HSR ataupun mana-mana projek yang besar, projek mega − Adakah projek-projek seperti itu akan terkesan juga? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Menteri, dua minit 20 saat.

Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama kita telah mulakan sesi libat urus pada 19 Julai lalu, saya pengerusikannya antara Kementerian Kewangan, Unit Perancangan Ekonomi, ICU dan juga JKR. Setakat ini hasil libat urus tersebut kita telah mengenal pasti 30 projek yang melibatkan kos kira-kira RM100 juta, kecil sahaja bilangannya. Jadi, seperti yang saya sebutkan tadi, projek-projek yang belum diiklankan, belum apa-apa pun persiapan. Itu kriterianya. jadi, sesi libat urus akan berterusan minggu hadapan seperti yang disebut dalam jawapan tadi, EPU, MOF, ICU dan juga JKR akan mengadakan pertemuan dengan semua kementerian untuk memastikan bahawa mana- mana projek yang perlu menjamin kesejahteraan rakyat akan diteruskan. Itu yang pertama. Setakat ini cuma 30 projek bernilai kira-kira RM100 juta, tetapi this is work in progress dengan izin, kita teruskan libat urus minggu lepas. Kedua, berkaitan dengan spesifik, projek-projek MRT 3 dan ECRL. Projek-projek ini akan diteruskan. Saya beri jaminan bahawa projek-projek MRT3 seperti yang dirancang termasuklah Kereta Api Pantai Timur, termasuklah lebuh raya di Sabah dan Sarawak, Pan-Borneo Highway. Jadi, yang ditangguhkan, saya hendak ulang kerana ini penting. Yang pertama projek-projek baharu dan sedia ada yang belum dimulakan proses perolehan dan belum diiklankan. Jadi, skopnya cukup jelas. Cumanya, apabila saya menyebut projek-projek belum dimulakan, dalam kerajaan yang belum mula ini, jelas pada kami.

Akan tetapi, bagi orang awam, takrif bermula mungkin berbeza mula kerja. Belum korek lubang lagi. Maka, mungkin itu bagi mereka- bagi orang awam ditakrifkan sebagai ‘projek belum mula’ walaupun surat niat sudah diterima. Bagi kerajaan, definisi di bawah ICU apabila dipantau di bawah MyProjek, ‘belum mula’ bermakna projek-projek yang belum pun ada proses perolehan, belum diiklankan lagi.

Jadi, itu sebagai membetulkan- mungkin salah tafsiran tentang projek-projek yang belum dimulakan. Apa pun, saya harap pencerahan pagi ini akan menjernihkan keadaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan kedua, saya jemput Yang Berhormat Beaufort yang berdiri dahulu. Sila Yang Berhormat Beaufort.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Alhamdulillah. Saya ingin bertanya, apabila ada tindakan dan hasrat kerajaan untuk menangguhkan, membatalkan projek-projek baharu yang tentunya akan melibatkan seluruh negara- bagi kami di negeri Sabah pula, sebagai sebuah negeri yang masih lagi ketinggalan dan memerlukan banyak projek-projek baharu dilaksanakan untuk- yang pertama; membasmi kemiskinan- memastikan ada accessibility dalam kawasan yang begitu besar sekali- sebagai sebuah negeri yang kedua terbesar dalam negara kita Malaysia. Maka, ini merupakan satu khabar berita yang tentunya menyakitkan hati kami di Sabah. Jadi, saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Menteri, bagaimana keadaannya di Sabah? Adakah kami juga terlibat dengan apa yang akan dilakukan oleh kerajaan ini? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Menteri, dua minit teruskan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Kita mohon maaflah jika pengumuman ini menyakitkan hati mana-mana pihak. Saya ada baca respons Kerajaan Negeri Sabah. Surat Pekeliling yang diedarkan Kementerian Kewangan meliputi seluruh negara- semua negeri tidak terkecuali. Kedua, yang ditangguhkan merupakan projek-projek spesifik, iaitu yang belum adapun apa-apa proses perolehan, belum pun iklan. Mana yang dapat surat, sudah lulus tapi belum mula kerja, tidak ada masalah, kena teruskan. Itu jaminan yang kita berikan. Jadi, kita bercakap sekarang ini untuk 2022. Mungkin Yang Berhormat sebut tadi antaranya ialah tahun 2023 iaitu projek-projek baharu Yang Berhormat menyebut, dalam soalan tadi. Bagi projek-projek baharu, proses libat urus sedang berjalan setiap hari antara Unit Perancangan Ekonomi dengan kementerian-kementerian berkaitan. Kita jangka bulan September akan ada satu angka yang kasar tentang peruntukan-peruntukan yang dapat diluluskan bergantung kepada kedudukan kewangan negara. Jadi, yang kita cakap sekarang ini sekali lagi tahun 2022, yang terlibat cuma sebahagian kecil sahaja projek-projek di Sabah. Kalau ikut senarai yang kita ada ini, belum lagi terlibat- satu pun tidak terlibat. Yang 30 saya kata, yang sudah dikenal pasti setakat ini kecil sahaja- satu pun tidak ada pada Sabah.

Kecil bagi Yang Berhormat Menteri tetapi besar bagi kami di Sabah.

Akan tetapi, satu pun tidak ada di Sabah- daripada 30 tadi. Terima kasih.

Ya, ada masa baki, boleh? Ada masa baki sedikit.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Ada masa, pergi sini?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Lagi, saya beri yang sebelah sini pula... [Merujuk kepada Blok Pembangkang] Yang Berhormat Kota Kinabalu. Ringkas.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua. Saya minta, bolehkah kita dapatkan satu komitmen daripada Kerajaan Persekutuan di mana keenam-enam buah negeri yang dikatakan termiskin di Malaysia ini seperti Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan, Kedah ini dikeluarkan daripada sebarang projek-projek yang akan terhenti? Ini kerana, memandangkan kesemua negeri ini memerlukan catch-up, supaya kita boleh mencapai tahap kemajuan yang setara dengan negeri-negeri lain mengikut falsafah Kemakmuran Bersama?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih pada Yang Berhormat Kota Kinabalu. Sila Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kota Kinabalu. Komitmen kerajaan seperti yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa membentangkan RMKe-12 di Dewan yang mulia ini 27 September yang lalu, 50 peratus daripada jumlah peruntukan pembangunan asal adalah untuk negeri- negeri yang kurang maju iaitu Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Itu janji kerajaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Dewan ini 27 September yang lalu. Keduanya, berkaitan dengan perkara yang kita bincang hari ini. Kita bercakap tentang projek-projek yang hendak ditangguhkan dan skopnya sudah pun kita jelaskan iaitu yang belum pun ada, belum pun dimulakan apa-apa kerja. Jadi munasabah lah ditangguhkan. Kalau hendak buat pun tidak boleh buat kerana belum iklan, belum ada design dan tapak tidak ada. Jadi, daripada kita teruskan pada butiran dalam projek itu, maka elok kita tangguhkan tahun depan, mungkin. Ini supaya penjimatan itu boleh digunakan untuk membiayai sebahagian daripada peningkatan subsidi yang lebih daripada RM40 bilion peningkatan daripada RM30 bilion yang dibelanjakan yang dimasukkan dalam Anggaran Belanjawan naik kepada RM77 bilion. Ini peningkatan yang amat ketara. Itulah sebabnya kenapa kerajaan perlu melihat semula Perbelanjaan Mengurus dan juga sebahagian kecil kepada Perbelanjaan Pembangunan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih. Pertanyaan Yang Berhormat Menteri seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Tuan Che Alias bin Hamid, Kemaman.

Che Alias bin HamidPAS · PNKemaman · question

2. Tuan Che Alias bin Hamid [Kemaman] minta Perdana Menteri menyatakan, pembaharuan dan inisiatif-inisiatif terkini yang telah diperkenalkan oleh Tabung Haji dalam menjaga kebajikan jemaah haji yang menunaikan ibadah haji semasa fasa endemik.

Datuk Haji Idris bin Haji AhmadUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) · Jerantut

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih pada Tuan Yang di-Pertua. Tabung Haji amat mengambil berat mengenai kebajikan jemaah haji bagi memastikan mereka berada dalam keadaan yang sihat ketika menunaikan ibadah haji. Justeru itu, kerjasama yang erat terutamanya dengan Kementerian Kesihatan diberikan perhatian yang lebih. Antaranya ialah ketika kita menghantar jemaah haji waktu endemik ini. (i) kita mengekalkan bilangan petugas haji rombongan perubatan Malaysia yang tinggi walaupun kuota rasmi haji dikurangkan pada tahun ini; (ii) mematuhi sepenuhnya syarat kelayakan pemilihan bakal haji yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi iaitu umur tidak

Datuk Haji Idris bin Haji AhmadUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) · Jerantut

melebihi 65 tahun, sihat tubuh badan, lengkap vaksinasi COVID-19 serta ujian PCR negatif sebelum bertolak ke tanah suci; (iii) kriteria lebih ketat diguna pakai di mana bakal haji mempunyai penyakit kronik yang obes yang dikenal pasti sebagai berisiko tinggi dan tidak lulus peperiksaan kesihatan; (iv) pematuhan kepada tatacara penjagaan kebersihan dan kesihatan diri melalui penggunaan pelitup muka serta hand sanitizer serta mengelak kawasan yang sempit dan bersesak- sesak; (v) pengesanan bakal haji yang bergejala melalui lawatan ke bilik- bilik penginapan oleh Unit Kesihatan Awam Rombongan Perubatan Malaysia; dan (vi) prosedur operasi standard bagi Rombongan Perubatan Malaysia dalam rawatan penyakit berjangkit termasuk penggunaan dua buah ambulans yang khusus untuk COVID-19. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu juga kita menyediakan beberapa kemudahan yang baharu, iaitu: (i) aplikasi THiJARI untuk menawarkan kepada jemaah haji kemudahan urusan bayaran dam dan korban secara atas talian menjadikan jemaah haji tidak perlu lagi untuk beratur dengan menunggu giliran di Kaunter Tabung Haji; (ii) aplikasi e-Bimbingan. Para jemaah haji boleh mengulangi mengulang kaji ilmu-ilmu ibadah umrah dan haji serta boleh merujuk hukum hakam yang berkaitan ibadah umrah dan haji; (iii) aplikasi THhujjaj. Aplikasi ini menawarkan info-info penting berkaitan jadual-jadual pergerakan haji seperti jadual penerbangan pergi dan balik, jadual pergerakan semasa berada di tanah suci, serta maklumat-maklumat lain yang berkaitan dengan bangunan penginapan jemaah haji di tanah suci, tarikh- tarikh penting serta senarai nota telefon penting sepanjang berada di tanah suci; dan (iv) e-TAIB iaitu satu kemudahan talian komunikasi kepada jemaah haji untuk berhubung secara terus dengan pembimbing ibadah haji tanah suci iaitu guru agama. Apa sahaja pertanyaan berkaitan ibadah haji dan umrah boleh dirujuk secara perbualan langsung tanpa perlu bersemuka dengan guru agama yang bertugas. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan pertama, sila Yang Berhormat Kemaman.

Tuan Che Alias bin HamidPAS · PNKemaman

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan. Soalan tambahan saya, apakah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pihak Tabung Haji, khususnya bagi membantu menyelesaikan isu penipuan visa furada yang menjadi masalah jemaah haji saban tahun ia nya berlaku? Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat, dalam menangani isu penipuan visa furada ini sebenarnya Tabung Haji setiap tahun mengingatkan kepada ibadah haji untuk berurusan dengan Tabung Haji dan agensi-agensi pelancong yang dilesenkan oleh Tabung Haji iaitu yang

disebut sebagai syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) dan anak syarikatnya TH Travel & Services Sdn. Bhd. Bagi musim haji tahun 2022, Tabung Haji telah memberi lesen untuk mengendalikan pakej haji untuk 22 syarikat PJH. Rata-rata syarikat ini berpengalaman dalam menguruskan jemaah haji dan juga jemaah umrah. Berkenaan dalam mengatasi perkara ini, maka sebab itu dalam hal seperti begini, perkara-perkara yang kita ingatkan kepada mereka yang hendak pergi dengan visa furada ini. Untuk makluman, visa furada ini ialah visa yang diberikan oleh Kerajaan Saudi melalui hubungan-hubungan baik yang tertentu yang tidak mempunyai kaitan langsung dengan Tabung Haji. Maka dengan sebab itu kita mengharapkan supaya orang ramai memilihlah syarikat-syarikat yang berlesen. Keduanya, Tabung Haji terus mengambil tindakan sekiranya ada hal-hal yang berkaitan dengan perkara yang ditawarkan tadi berkenaan dengan haji. Ini kerana baru ini, sebelum isu ini berlaku sebenarnya, sebelum daripada Kerajaan Saudi membuka berkenaan kota haji telah pun ada disebarkan berkenaan dengan iklan furada ini. Maka kita telah pun menghantar surat tunjuk sebab kepada syarikat travel tersebut. Ketiganya, Tabung Haji telah berusaha untuk memberikan kesedaran kepada umat Islam mengenai risiko, mengenai tawaran visa furada dan syarikat yang tidak berlesen ini. Seterusnya pula ialah sila uar-uarkan perkara ini sekiranya ada maklumat untuk diambil tindakan. Seterusnya ialah kita mengharapkan repot polis dibuat terutama kepada mereka yang terlibat ataupun yang terkena dengan syarikat-syarikat yang menipu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan yang kedua, saya menjemput Yang Berhormat Pasir Gudang.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, soalan saya ada kaitan dengan jawapan Yang Berhormat Menteri sebentar tadi. Saya amat sedih dan simpati jemaah-jemaah haji yang terkandas beratus orang di KLIA baru-baru ini. Gagal menunaikan haji di bawah agensi di luar Tabung Haji. Di Dewan Parlimen ini, pada hari ini, bolehkah Yang Berhormat Menteri beri jaminan kerajaan Tabung Haji dan Jabatan Perdana Menteri di bawah pimpinan Yang Berhormat Menteri memastikan kejadian ini tidak boleh berlaku lagi? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Sila, dua minit 30 saat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Gudang yang concerned berkenaan dengan hal-hal yang berkaitan dengan soal kes penipuan yang pada saya amat saya kesal sangat kerana kes menipu ini ialah menipu yang melibatkan orang-orang yang hendak pergi ke tanah suci. Maka sebab itu perkara ini perkara yang kita pandang serius. Maka oleh sebab itulah hal-hal yang berlaku sebenarnya ini luar daripada pengetahuan kita. Oleh sebab itu kalau ada atas pengetahuan kita, maka macam saya sebut tadi, sebelum syarikat ini ada satu syarikat yang lain menawarkan, maka terus kita menghantar surat show cause letter. Kenapa tawaran ini dibuat sedangkan waktu itu Kerajaan Saudi belum lagi membuka berkenaan dengan kuota Tabung Haji tadi. Maka sebab itu kalau ada kes-kes seperti begini kita segera untuk bekerjasama sama ada dengan pihak polis sendiri ataupun dengan pihak Tabung Haji ataupun dengan syarikat-syarikat, kalau mereka daftar dengan MOTAC, maka kita boleh ambil tindakan berdasarkan pada undang-undang ini tadi. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertanyaan seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Bukit Bendera, Tuan Wong Hon Wai.

Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera · question

3. Tuan Wong Hon Wai [Bukit Bendera] minta Menteri Kanan Pertahanan menyatakan apakah bentuk perancangan kerjasama ketenteraan trilateral (trilateral cooperative arrangement) TCA antara Filipina, Indonesia dan Malaysia dan sama ada kerjasama ketenteraan akan dilanjutkan kepada negara-negara asian lain.

Dato’ Seri Hishammuddin Tun HusseinUMNO · BNMenteri Kanan Pertahanan · Sembrong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Penubuhan Trilateral Cooperative Arrangement (TCA) ialah bagi mewujudkan situasi keselamatan yang lebih baik khususnya di Laut Sulu dan Sulawesi. Di peringkat awal penubuhan kerjasama ini, saya dan dua lagi rakan sejawat pada masa itu Menteri Pertahanan Indonesia, Ryamizard Ryacudu dan Setiausaha Pertahanan Filipina Voltaire Gazmin senada untuk melaksanakannya secara pendekatan serantau. Di bawah kerangka TCA, terdapat beberapa pendekatan penting bagi memastikan kerjasama tiga negara ini dapat dilaksanakan secara strategik dan berkesan. Pertama, ketiga-tiga negara bersetuju untuk mewujudkan Maritime Command Center (MCC) dengan izin di Tawau Sabah, Tawi Tawi Filipina dan Tarakan Indonesia. Kewujudan MCC ini bertujuan sebagai saluran komunikasi meningkatkan koordinasi operasi dan kerjasama perisikan bagi menyokong aktiviti rondaan laut dan udara melalui inisiatif Trilateral Maritime Patrols (TMP) dan juga Trilateral Air Patrol (TAP). TNP dan TAP merupakan rondaan terkoordinasi yang dilaksanakan dengan melibatkan aset Tentera Laut dan juga Tentera Udara dari ketiga-tiga buah negara. Kedua, ketiga-tiga negara ini telah bersetuju untuk melaksanakan operasi hot pursuit iaitu mengejar merentasi sempadan perairan melibatkan angkatan tentera dan agensi keselamatan masing-masing. Melangkah ke hadapan, baru-baru ini pada bulan Mac, di sampingan Defence Services Asia, pertemuan peringkat Menteri antara saya Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto dan Setiausaha Parlimen Pertahanan Filipina, Delfin Lorenzana telah diadakan buat kali pertamanya sejak COVID-19 melanda. Hasil pertemuan tersebut, ketiga-tiga negara telah sepakat untuk melaksanakan satu lagi pendekatan iaitu meneroka potensi kerjasama antara Tentera Darat. Ketiga-tiga negara memandangkan buat masa ini TCA lebih berfokus kepada laut dan udara sahaja. Berhubung sama ada kerjasama ketenteraan akan dilanjutkan kepada negara- negara ASIAN yang lain. Pertama, trilateral yang kita wujudkan dengan Filipina, Indonesia akan diperluaskan ke Brunei Darussalam. Perkara ini telah pun dimaklumkan kepada Pehin Halbi di Jabatan Perdana Menteri dan menunggu perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Tuanku Sultan Brunei Darussalam. Akhir kata, ada satu lagi usaha iaitu rondaan maritim Selat Melaka untuk menjamin keselamatan di Selat Melaka yang telah pun mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri Singapura dan juga Timbalan Perdana Menteri Thailand, Prawit Wongsuwan pada 26 Mei di mana empat negara ASEAN akan bekerjasama untuk memastikan keselamatan di Selat Melaka. Insya-Allah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan pertama. Sila Yang Berhomat Bukit Bendera.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Menteri tersebut. Dua hari lalu Dewan Rakyat telah meluluskan pembubaran Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) sebagai coordination Minister untuk security. Apakah perancangan Menteri Kanan Pertahanan kita untuk memperketatkan lagi kawalan sempadan sama ada darat ataupun maritim ataupun air, udara dan bukan sahaja di Laut Sulu, Sulawesi, Selat Melaka, Laut China Selatan?

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Apakah usaha tambahan untuk kawalan sempadan memandangkan AKSEM akan dibubarkan secara undang-undang?

Kita mempunyai pelbagai platform untuk memastikan jenayah atau perkara-perkara yang menjejaskan keselamatan negara

merentasi sempadan dan TCA yang merupakan jawapan kepada soalan asal tadi merupakan satu-satunya platform. Akan tetapi daripada segi pelaksanaan contohnya TCA sendiri, kita mengambil pendekatan whole-of-government approach di mana Majlis Keselamatan Negara bertindak sebagai agensi yang bertanggungjawab untuk merangka dasar, menyelaras dan memantau semua pelaksanaan aktiviti seperti port visit, join maritime patrol, join air patrol, intelligence information sharing. Saya beri jaminan kepada Dewan yang mulia ini bahawa apa yang kita lakukan ini melibatkan pelbagai kementerian dan agensi seperti Kementerian Pertahanan sudah tentunya, Kementerian Luar Negeri, Jabatan Peguam Negara, Eastern Sabah Security Command, Polis Diraja Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia, Markas Angkatan Bersama, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Jabatan Laut Malaysia. Yang paling penting ialah diplomasi di antara negara-negara yang berjiran di ASEAN. Jika sekiranya kita dapat perkukuhkan platform seperti TCA dan Malacca Straits Patrol, ini akan membantu tidak ada perkara-perkara yang boleh menjejaskan keselamatan bukan sahaja negara kita tetapi di negara jiran. Apa yang kita lakukan melalui deklamasi pertahanan, ianya ada hubung kait dengan usaha kita supaya apa yang kita pantau di sempadan-sempadan kita ini dapat setakat mana yang kita mampu jamin dan juga sekat aktiviti-aktiviti yang tak diingini. Perkara-perkara sebegini merupakan sesuatu yang bukan baru sekarang dan pada masa COVID-19 dahulu mungkin ia tak menular sangat tetapi saya tahu dan saya sedang pantau bersama-sama dengan MINDEF dan ATM, dengan pembukaan sempadan melalui fasa endemik kita ini, apa gerakan-gerakan pihak-pihak yang tidak diingini ini. Insya-Allah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan yang kedua, saya tengok ada tiga Yang Berhormat yang berdiri. Saya jemput Yang Berhormat Jerantut.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Yang Berhormat Menteri, saya ingin mendapat jawapan, saya ingin Yang Berhormat Menteri menyatakan sama ada kerjasama pertahanan ketiga-tiga negara di bawah platform TCA ini turut melibatkan agensi-agensi keselamatan yang lain dalam negara kita selaras dengan konsep whole- of-government approach yang digariskan dalam Kertas Putih Pertahanan. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Sememangnya yang ada kaitan juga jawapan saya kepada soalan tambahan pertama tadi, di mana whole-of-government approach yang saya jawab tadi berhubung kait dengan tindakan kita yang merentasi kementerian dan agensi di negara kita. Akan tetapi baru-baru ini pada 28 Mac 2022, kita telah pun berbincang di peringkat Menteri-menteri Pertahanan cara bagaimana kita dapat perluaskan TCA ini kepada agensi-agensi dan kementerian-kementerian di negara-negara yang terlibat dan agensi- agensi mereka yang ada kepentingan dan tanggungjawab untuk melihat bagaimana ianya dapat ditangani. Maksud saya bahawa persetujuan di antara Menteri-menteri di tiga buah negara ini dan insya-Allah termasuk juga Brunei. Saya harap bahawa agensi-agensi yang mungkin tidak berada di bawah Kementerian Pertahanan juga dilibatkan secara langsung. Contohnya, agensi dan perisikan di bawah Kementerian Dalam Negeri dan juga perisikan ketenteraan di bawah MINDEF dilibatkan dengan research. Kita libatkan kastam, imigresen dan juga agensi-agensi lain. Ini perlu mendapat kerjasama dan juga perancangan yang boleh kita perluaskan di peringkat Menteri,

peringkat command centres yang telah saya maksudkan dalam jawapan asal saya, tetapi juga di antara agensi-agensi dan kementerian-kementerian yang ada kepentingan di tiga negara dan insya-Allah empat termasuk Brunei, di negara masing-masing. Jadi, itu merupakan the way forward di mana whole-of-government approach bukan sahaja government kita tetapi kita harap dengan apa yang kita telah rintis ini dapat diperluaskan kepada whole-of-government approach kepada keempat-empat negara yang menjadi anggota kepada TCA yang disebutkan tadi, insya-Allah.

Ada masa sikit lagi, lapan saat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sedikit, soalan ringkas. Sila.

Ya. Masalah kita Yang Berhormat Menteri Pertahanan ialah penyeludupan yang merugikan negara ratusan juta kalau tidak bilion dan kita tahu bahawa kecekapan agensi-agensi kita itu di tahap yang maksimum. Bagaimana peranan tentera untuk membantu mengurangkan penyeludupan sebagai contoh selatan Thailand berkaitan minyak masak dan macam-macam? Bagaimana peranan tentera ke arah itu?

Ini tidak ada kaitan dengan soalan asal di mana kita melihat kepada isu keselamatan dan pertahanan serantau. Akan tetapi penyeludupan dan apa yang berlaku merentasi sempadan, saya nak beri jaminan bahawa MINDEF dan ATM bekerjasama rapat dengan KDN dan PDRM kerana kuasa untuk membanteras aktiviti sebegini berada di atas bahu agensi-agensi di bawah KDN, kastam dan imigresen, pihak polis tetapi kita di ATM sentiasa bekerjasama rapat. Kalau perlu bantuan daripada kita, saya rasa mereka tak teragak-agak untuk maklumkan kepada kita. Keduanya, cara untuk mengkoordinasi usaha ini, saya rasa juga dilihat oleh Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri, dianggotai oleh Menteri-menteri yang berkaitan. Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pontian tadi, saya faham bahawa ianya merupakan sesuatu yang agak current dan perlu dipantau secara dekat dalam beberapa bulan yang akan datang ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. [Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Idris bin JusohUMNO · BNBesut · question

1. Tan Sri Haji Idris bin Jusoh [Besut] minta Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi menyatakan strategi kementerian dalam menggalakkan penggunaan teknologi disruptif sebagai pemacu inovasi dalam industri sawit khasnya berkaitan mesin untuk menuai.

Datuk Willie anak MonginPBB · GPSTimbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi II · Puncak Borneo

Selamat pagi dan salam sejahtera. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Besut dan tahniah juga atas penerimaan gelaran Tan Sri baru-baru ini. Yang Berhormat Besut memang selalu bertanya mengenai industri sawit yang mana beliau amat prihatin mengenai industri ini dan saya ucapkan terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi mengambil maklum bahawa kos penggunaan teknologi disruptif masih tinggi dan tidak ramai pemain industri sawit mampu menggunakannya dan menjadi kekangan apabila melibatkan kos tambahan yang tinggi.

Datuk Willie anak MonginPBB · GPSTimbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi II · Puncak Borneo

Namun begitu, kerajaan sentiasa berusaha menggalakkan penggunaan teknologi disruptif kepada industri sawit melalui penganjuran seminar ataupun latihan seperti Seminar Transfer of Technology (TOT), Labour and Mechanisation in Plantation yang dikenali sebagai LAMP dan juga MPOB International Palm Oil Congress and Exhibition (PIPOC) dan pelbagai lagi anjuran Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi dan MPOB pada setiap tahun. Kerajaan juga mewujudkan Mechanisation and Automation Research Consortium of Oil Palm (MARCOP) pada tahun 2021 bagi mengenal pasti dan merancang dan melaksana strategi mekanisasi dan automasi perladangan sawit serta pembiayaan pembangunan teknologi penuaian yang bersesuaian. MARCOP juga bertujuan untuk mengatasi isu berkenaan kekurangan tenaga buruh di dalam sektor perladangan sawit yang telah memberi impak kepada industri perladangan sawit negara kita.

Datuk Willie anak MonginPBB · GPSTimbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi II · Puncak Borneo

Melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia ataupun MPOB, pelbagai kajian teknologi penuaian telah dan sedang dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai pihak industri dan beberapa buah agensi penyelidikan di dalam negara. Oleh yang demikian, usaha kajian dan pembangunan terhadap teknologi termaju termasuk komponen revolusi industri 4.0 ataupun IR 4.0, sedang giat diusahakan oleh banyak pihak bagi memastikan penuaian pokok sawit tinggi dapat dihasilkan dan berdaya maju untuk diterima oleh industri perladangan sawit negara. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat. Soalan tambahan pertama, Yang Berhormat Besut.

Terima kasih kepada kementerian atas tindakan-tindakan yang telah dibuat untuk menggalakkan penggunaan teknologi destruktif di dalam industri sawit. Sekarang kita lihat isu yang utama dalam perladangan antaranya ialah isu buruh. Adakah usaha-usaha yang sedang dilaksanakan oleh kementerian untuk menggalakkan penggunaan mekanisasi di sektor perladangan, saya katakan tadi terutamanya untuk mengurangkan isu buruh masa kini?

Datuk Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

Terima kasih Yang Berhormat Besut. Soalan tambahan yang begitu baik dan untuk makluman semua Ahli-ahli Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua, sehingga kini MPOB telah menghasilkan lebih daripada 50 R&D, ataupun research and development mekanisasi untuk dikomersialkan bagi meningkatkan produktiviti dan juga dalam sektor perladangan sawit. Antara mekanisasi yang telah dikomersialkan dan berjaya adalah seperti mesin menuai sawit ataupun Cantas, dan mesin pengangkut buah tandan segar ataupun Beluga, Rhyno dan juga Hydroporter dan juga mesin khas untuk penyelenggaraan ladang ataupun CT Sprayer Spreader dan juga mesin penyembur hibrid. Selain itu, bagi mengurangkan kebergantungan tenaga buruh dan aktiviti penunaian adalah dengan pengenalan mesin pemotongan kuasa elektrik yang dikenali yang sebagai Cantas Elektro di mana cantas elektro mampu meningkatkan produktiviti sehingga 30 peratus berbanding kaedah manual. Teknologi ini juga lebih mesra pengguna dan mudah diselenggarakan. Selain daripada itu, kerajaan juga telah memperkenalkan skim bantuan bagi mengurangkan kos pemilikan teknologi berkenaan antaranya ialah seperti skim diskaun Cantas iaitu sebanyak diskaun diberikan sebanyak RM1,000 untuk satu unit Cantas yang dibeli. Harga komersial bagi seunit Cantas adalah antara RM6,000 ke RM7,000 dan dengan adanya sedikit diskaun, skim diskaun ini dapat mengurangkan bebanan pembeli- pembeli Cantas Elektro ini. Kita juga sentiasa melakukan R&D dan membangunkan produk-produk mekanisasi untuk diguna pakai. Namun begitu, saya memang akur kadang-kadang penggunaannya, kosnya terlalu tinggi banyak yang tidak mampu untuk memilikinya. Namun begitu, kerajaan juga memberi skim diskaun untuk mengurangkan bebanan mereka. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Okey, terima kasih. Soalan tambahan kedua, sila Kota Melaka.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Masalah utama dalam industri ini salah satunya ialah cukai yang terlalu tinggi. Selain daripada pengusaha perlu bayar cukai korporat, mereka perlu bayar cukai durian runtuh, perlu bayar cukai jualan di Sabah dan Sarawak sehingga mereka perlu bayar 35 peratus cukai. Jadi, apabila cukai yang begitu tinggi perlu dibayar, sudah pasti modal sedikit sahaja untuk pengusaha ambil dalam R&D dan untuk pembaharuan teknologi. Apakah pandangan kerajaan dan cadangan kerajaan?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih pada Kota Melaka. Sila Timbalan Menteri.

Datuk Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Saya rasa soalan ini tersalah alamat. Mungkin boleh ditujukan khas kepada pihak MOF. Kita di Kementerian MPIC memang faham di mana cukai kita sekarang ini banyak cukai yang dibayar, cukai ‘durian runtuh’ ataupun cukai komersial dan sebagainya. Selain daripada itu, mereka juga dikenakan levi apabila mereka mengeksport minyak sawit kita ke negara luar. Mungkin saranan peribadi saya, mungkin kerajaan boleh mempertimbangkan sebab baru-baru ini juga kerajaan Indonesia telah mengurangkan levi di mana mereka mencadangkan untuk mengurangkan levi eksport. Semestinya kalau mereka mengurangkan levi eksport, harga mereka lebih kompetitif daripada harga yang kita offer kepada market, dengan izin. Dengan itu, saya juga boleh beri detil kepada Yang Berhormat Kota Melaka. Setakat ini saya tidak ada banyak maklumat yang saya boleh kongsi. Saya rasa soalan ini perlu dijawab oleh pihak Kementerian Kewangan.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Maksud saya kalau itu jawapan individual Timbalan Menteri, apa pendirian kementerian Yang Berhormat Menteri?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Kota Melaka, soalan saya tak benarkan. Saya nak teruskan soalan seterusnya. Saya menjemput Yang Berhormat Puan Yeo Bee Yin, Bakri.

Yeo Bee YinDAP · PHPuchong · question

2. Puan Yeo Bee Yin [Bakri] minta Menteri Alam Sekitar dan Air menyatakan, status terkini rangka pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (ataupun akta baharu yang menggantikannya).

Dato’ Mansor bin OthmanPKR · PHTimbalan Menteri Alam Sekitar dan Air · Nibong Tebal

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bakri atas soalan ini. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) sedang melaksanakan pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] secara berfasa. Pindaan pada fasa satu melibatkan elemen kompaun, penalti dan standard bagi memastikan tindakan tegas dapat diambil ke atas pelaku dan pesalah yang menyebabkan pencemaran alam sekitar. Pindaan bagi fasa satu ini telah selesai disemak oleh Jabatan Peguam Negara pada 6 Julai 2022 dan dijangka akan dibentangkan di sesi parlimen pada Oktober 2022. Inti pati utama pindaan Akta 127 fasa satu antara lain adalah pengukuhan seksyen 22 iaitu berkaitan dengan udara, 23 berkaitan dengan bunyi, 24 tanah-tanih, 25 air, 27 pencemaran minyak di perairan Malaysia, dan 29 pencemaran buangan di perairan Malaysia, yang melibatkan standard pelepasan yang merujuk kepada seksyen 21, Akta 127, dengan meminda rujukan seksyen 21 kepada peraturan.

Dato’ Mansor bin OthmanPKR · PHTimbalan Menteri Alam Sekitar dan Air · Nibong Tebal

Bagi pindaan fasa kedua pula yang akan memperkasakan Akta 127 secara keseluruhan masih sedang diperhalusi dan di teliti bersama pakar undang-undang dan alam sekitar. Berdasarkan penelitian kementerian, draf pindaan fasa kedua akan melibatkan sesi libat urus bersama pihak-pihak berkepentingan dan pemegang taruh yang berkaitan seperti agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, pihak penggerak projek pembangunan dan pihak industri. Pindaan ini dijangka akan siap pada tahun 2025. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Timbalan Menteri. Soalan tambahan, Yang Berhormat Bakri.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua, sebenarnya saya telah bertanyakan soalan ini sejak 3 November 2020. Saya tanya sekali lagi Oktober 2021. Saya tanya sekali lagi Mac 2022 dan sentiasa saya dapat jawapan yang hampir sama tapi kali ini sikit perbezaan. Akan tetapi saya nak tanya, kenapa ada delay yang begitu panjang. Dari dua tahun lagi kita telah buat pindaan, kita telah ada draf. Kenapa sampai sekarang pun fasa pertama pindaan tidak boleh dibentangkan di Dewan ini? Kedua, saya nak tanya, di manakah peraturan e-waste? Ketiga adalah, di manakah saya dapat jawapan di mana Sesi Libat Urus akan diadakan untuk dua tahun, tetapi tidak ada Ahli Parlimen yang telah dijemput, ataupun saya tak pernah dijemput untuk Sesi Libat Urus untuk Akta Kualiti Alam Sekeliling. Saya nak tanya, apa rancangan kementerian untuk mempercepatkan lagi pembentangan ini. Adakah kita gerenti Oktober ini pindaan akan dibentangkan di Parlimen?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Bakri. Sila Timbalan Menteri. Satu minit.

Dato’ Mansor bin OthmanPKR · PHNibong Tebal

Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Saya pun sama seperti Yang Berhormat Bakri juga, memang hendak perkara ini disegerakan kerana ia memang memberi kepentingan kepada negara dan juga rakyat kita.

Dato’ Mansor bin OthmanPKR · PHNibong Tebal

Memang kita harap pada bulan Oktober ini kita akan bentangkan sebab dahulunya tersangkut di pelbagai jabatan dan sekarang ini proses itu telah pun clear di peringkat yang pertama dan insya-Allah akan di ini. Berkenaan dengan libat urus bersama Ahli-ahli Parlimen dan juga dengan agensi-agensi lain yang terlibat dan juga stakeholders yang berkaitan, saya percaya akan diuruskan. Terima kasih Yang Berhormat Bakri.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Soalan peraturan e-waste?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Soalan tambahan kedua, saya jemput Yang Berhormat Kepong.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya kerajaan, bila kali terakhir kualiti air dan udara di Kuala Lumpur diambil oleh kerajaan? Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengawal kualiti air dan udara di Kuala Lumpur? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Dato' Mansor bin OthmanPKR · PHNibong Tebal

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kepong tetapi soalan itu terkeluar sedikit dari yang ini. Saya ingat boleh diberi jawapan secara bertulislah kepada Yang Berhormat.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Kualiti air dan udara terkeluar? Apa tugas kementerian?

Dato' Mansor bin OthmanPKR · PHNibong Tebal

Kita bagi jawapan bertulis kepada Yang Berhormat. Insya-Allah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan. Seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari, Pasir Mas.

Ahmad Fadhli bin ShaariPAS · PNPasir Mas · question

3. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah peruntukan bagi bantuan banjir yang telah disalurkan ke negeri-negeri yang terkesan bagi mangsa banjir Monsun Timur Laut (MTL) 2021/2022.

Datuk Mastura binti Tan Sri Dato' Mohd YazidUMNO · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) · Kuala Kangsar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Salam Keluarga Malaysia semua. Tuan Yang di-Pertua, bagi kejadian bencana dalam tempoh Monsun Timur Laut (MTL) 2021/2022, kerajaan telah menyalurkan peruntukan Bantuan Wang Ihsan termasuk Bantuan Kematian kepada kerajaan negeri dan Bantuan Barangan Keperluan Asas serta Bantuan Pembaikan Rumah maksimum RM5,000 kepada Pejabat Pembangunan Negeri di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri untuk disampaikan kepada mangsa-mangsa yang layak. Sehingga 8 Julai 2022 Yang Berhormat, jumlah peruntukan bagi bantuan bencana yang telah disalurkan ke negeri-negeri yang terkesan bagi mangsa bencana semasa musim Monsun Timur Laut adalah sebanyak RM887,860,500. Penyaluran ini adalah bagi bantuan seperti berikut: (i) Bantuan Wang Ihsan – RM259,880,000; (ii) Bantuan Barangan Keperluan Asas (BBKA) – RM487,172,500; (iii) Bantuan Pembaikan Rumah (BPR) hingga ke maksimum RM5,000 – RM141,208,000. Seperti saya umumkan tadi mengenai jumlahnya iaitu RM887,860,500. Untuk makluman Yang Berhormat, saya mempunyai senarai penuh jumlah penyaluran peruntukan Monsun Timur Laut untuk setiap negeri yang terlibat. Sekiranya saya membaca kesemuanya Yang Berhormat, ia akan mengambil sedikit masa. Walau bagaimanapun, untuk negeri Kelantan jumlahnya adalah sebanyak RM50,652,500, khusus untuk negeri Kelantan. Kalau hendak dibaca semua, boleh. Yang Berhormat?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Bertulis, bertulis.

Saya boleh sampaikan, boleh saya sampaikan senarai ini kepada Yang Berhormat? Ya, bertulis ya. Saya teruskan. Saya juga ingin berkongsi dengan Yang Berhormat dan semua Ahli Dewan satu perkara. Permohonan Bantuan Wang Ihsan perlu mendapat pengesahan daripada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dan kemudiannya akan mengangkat senarai permohonan Bantuan Wang Ihsan kepada kerajaan negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri. Kemudian, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seterusnya akan meneliti dan menyelaras semua permohonan Bantuan Wang Ihsan dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dan mengemukakan pula permohonan peruntukan itu untuk dipertimbangkan untuk kelulusan ICU, kemudian kepada NADMA dan NADMA pula akan menghantar permohonan tersebut kepada MOF. Tempoh masa yang diambil bagi agihan bantuan kepada mangsa-mangsa bencana adalah bergantung pada perancangan yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri di negeri-negeri yang berkenaan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Soalan tambahan, sila Yang Berhormat Pasir Mas.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan tadi. Saya mengucapkan terima kasih atas bantuan yang telah diberikan kepada kami terutama di Pasir Mas yang terkesan dengan teruk akibat banjir pada bulan Mac lepas.

Namun masalahnya sekarang, sampai ke hari ini ramai lagi yang belum menerima bantuan tersebut sedangkan banjir sudah hendak datang pula pada hujung tahun ini, sehingga kadang-kadang bila kita turun, kita malu hendak berdepan dengan orang kampung Tuan Yang di-Pertua. Walaupun saya faham isunya ialah isu untuk meneliti data satu persatu, yang berpindah ke PS, alhamdulillah semua hampir settle tetapi yang tidak berpindah, ini isunya mereka yang tidak berpindah yang jumlahnya masih lagi mencecah ribuan orang. Jadi soalan saya, bilakah kerajaan meletakkan sasaran untuk menyelesaikan semua isu bantuan kepada mangsa banjir yang terlibat? Setakat ini, berapakah kalau saya boleh minta secara khusus data untuk Pasir Mas kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh memberikan jawapan? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat minta dua perkara. Satu mengenai yang tidak berpindah, apa penyelesaiannya dan bila semua bantuan itu akan sampai. Keduanya mengenai Pasir Mas, apakah data-datanya. Saya juga bagi untuk negeri Kelantan juga Yang Berhormat. Bagi negeri Kelantan, jumlah peruntukan bagi bantuan bencana dalam tempoh Monsun Timur Laut (MTL) ini adalah RM50,652,500 seperti disebut sebelum ini merangkumi Bantuan Wang Ihsan, Bantuan Barangan Keperluan Asas dan juga Bantuan Pembaikan Rumah. Bagi negeri Kelantan, kalau dari segi peratusannya 46 peratus dari jumlah mangsa yang layak telah menerima Bantuan Wang Ihsan, 95 peratus telah menerima Bantuan Barangan Keperluan Asas dan 100 peratus mangsa yang layak untuk menerima Bantuan Pembaikan Rumah telah menerimanya. Pemberian bantuan MTL kepada mangsa dilaksanakan secara berfasa Yang Berhormat. Tempoh masa untuk menyelesaikan semua bantuan ini adalah bergantung kepada betapa cepatnya kita menerima semua maklumat daripada peringkat daerah, kemudian disalurkan pula pada kerajaan negeri dan terus ke Pusat. Selepas itu akan dibuat pula saringan supaya tidak ada berlaku pertindihan dan juga mungkin salah fakta. Buat masa ini, semua penyaluran daripada MOF telah dibuat awal bulan Julai ini dan sekarang telah sampai ke peringkat negeri dan juga daerah. Insya-Allah ia akan sampai kepada penerima dalam masa terdekat. Antara masalah-masalah Yang Berhormat, saya ingin sampaikan bukan hanya untuk Yang Berhormat tetapi semua sahabat yang mengalami bencana di kawasan masing-masing. Antara masalah yang kami terima untuk pemberian Bantuan Wang Ihsan dan Bantuan Barangan Keperluan Asas— Tuan Yang di-Pertua, beri saya masa sedikit supaya saya dapat menyelesaikan permasalahan dan persoalan ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Ya, satu minit lagi.

Mengenal pasti mangsa yang layak mendapat keseluruhan atau sebahagian bantuan, permohonan bertindih daripada ketua isi rumah yang sama, permohonan daripada mereka yang tidak layak dan maklumat permohonan yang tidak lengkap dan tidak tepat. Tidak adil sekiranya kita memberi kepada yang tidak patut menerima Yang Berhormat. Kedua, bagi pembaikan rumah pula, peningkatan kos bahan binaan telah menjadi satu masalah. Kos baik pulih melebihi kos siling yang ditetapkan, isu pemilikan tanah bagi pelaksanaan pembinaan baharu dan kerja baik pulih telah dilaksanakan awal oleh pemilik rumah dan justifikasi perlu dibuat terhadap kos bersesuaian yang perlu ditanggung oleh kerajaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Soalan tambahan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila soalan tambahan. Sila Yang Berhormat Kuala Kedah.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dengan fenomena iklim sekarang dan perubahan iklim, banyak tempat yang mengalami banjir, mengalami lebih kerap banjir dan bukan sahaja lebih kerap tetapi lebih teruk. Soalan saya ialah apakah peruntukan kewangan untuk membantu mangsa- mangsa banjir ini telah ditingkatkan? Kalau ditingkatkan, berapa peratus? Itu satu. Keduanya, apakah kita melihat kembali SOP yang kita gunakan untuk membantu mangsa-mangsa banjir ini secara berkala dari semasa ke semasa sebab nampak ada perubahan patennya, coraknya dahulu dan sekarang? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit.

Terima kasih Yang Berhormat dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Fasal perubahan iklim yang kini sedikit sebanyak telah memberi tekanan yang baru kepada NADMA dan juga Jawatankuasa Bencana Daerah dan juga Jawatankuasa Bencana Negeri. Kami sedang melihat perkara itu secara tuntas dan cepat.

Akan tetapi dalam masa yang sama Yang Berhormat, kita perlu juga lihat arahan- arahan yang kami terima, yang masih belum kami tukarkan sebab mereka adalah Arahan MKN 20 seperti banjir kilat misalannya yang berlaku begitu besar sekali di kawasan- kawasan bandar. Jadi kami juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas ihsan beliau dan juga pertimbangan sifat Keluarga Malaysia beliau. Bantuan wang ihsan dan lain-lain bantuan yang tidak meliputi kejadian banjir kilat kerana tidak ditakrifkan dalam Arahan Majlis Keselamatan Negara Nombor 20 misalannya. Sekiranya kejadian memenuhi kejadian, memenuhi takrifan bencana, ia boleh dipertimbangkan. Pemberian bantuan atas syor Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Negeri, terpulang kerajaan negeri untuk mengesyorkan bahawa bencana yang timbul itu walaupun tidak meliputi walaupun ia itu banjir kilat tetapi disaster ataupun kesannya amat tinggi sekali. Ia boleh dipertimbangkan berdasarkan impak kejadian tersebut terhadap harta benda serta keperluan mangsa untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Ya, itu sahaja. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Pertanyaan Jawab Lisan seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Tuan Kesavan a/l Subramaniam, Sungai Siput.

Kesavan a/l SubramaniamPKR · PHSungai Siput · question

4. Tuan Kesavan a/l Subramaniam [Sungai Siput] minta Menteri Kanan Pertahanan menyatakan rumah merupakan keperluan asas penting bagi sesiapa pun termasuk warga ATM dan veteran ATM. Kerajaan Pakatan Harapan umumkan Blueprint Perumahan 2.0 pada tahun 2019. Nyatakan status terkini blueprint tersebut.

Dato’ Seri Hishammuddin Tun HusseinUMNO · BNMenteri Kanan Pertahanan · Sembrong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seperti yang saya selalu tekankan agenda membela kebajikan anggota ATM, warga awam MINDEF dan juga veteran ATM serta ahli keluarga mereka sentiasa menjadi keutamaan. Kementerian apatah lagi dalam soal kediaman ini bagi kita di MINDEF merupakan sesuatu yang dekat di hati saya sendiri dan juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Oleh sebab itu lah usaha menambah baik aspek perumahan warga pertahanan tidak pernah berhenti.

Dato’ Seri Hishammuddin Tun HusseinUMNO · BNMenteri Kanan Pertahanan · Sembrong

Untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat, Blueprint Perumahan ini dimulakan pada tahun 2017 yang dicadangkan oleh saya sendiri kemudiannya ia berkesinambungan dan diteruskan kepada Blueprint Perumahan 2.0 pada tahun 2019 dan kini ia ditambah baik kepada Blueprint Perumahan 3.0 yang baru dilancarkan pada 13 Julai minggu lalu. Alhamdulillah suka untuk saya kongsi kan menerusi Blueprint Perumahan 1.0 dan Blueprint Perumahan 2.0, kira-kira 4,200 rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT) telah dibina baharu. Ini termasuklah RKMAT di Bukit Jalil, Pangkalan Udara Sendayan, Pangkalan Udara Subang, Kem Segamat, Kem Semenggoh, Kem Pakit Sarawak, Pangkalan Udara Kuantan dan Kem Orang Perlis. Malah 552 unit RKMAT lagi dijangka siap dan boleh diduduki selewat-lewatnya pertengahan dan penghujung tahun 2022 ini. Terbaru pada minggu lalu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri telah merasmikan Blueprint Perumahan 3.0 yang mana menerusi blueprint ini kita telah berusaha bersungguh-sungguh menambah baik dua blueprint sebelum ini dengan matlamat menjadikannya lebih holistik. Terdapat empat program utama di bawah blueprint ini iaitu: (i) selenggara dan naik taraf; (ii) pembinaan RKMAT; (iii) rumah Mampu Milik; dan (iv) inisiatif perumahan veteran ATM. Secara keseluruhannya di bawah program RKMAT, sebanyak 12,733 unit RKMAT baru bakal dibina menerusi lima fasa bermula tahun 2023 hingga tahun 2030. Di bawah program selenggara dan naik taraf, disasarkan 80 peratus daripada 7,292 unit RKMAT yang sedia ada akan dinaiktaraf termasuk mengubah suai daripada dua unit kepada satu unit dan perabot lama yang rosak juga akan digantikan dengan perabot baru. Di bawah program pemilikan rumah mampu milik di bawah inisiatif Satu Anggota, Satu Rumah (SASaR) sebanyak 6,400 unit di Kem Genting Klang, 974 unit di Kem Wardieburn dan 3,500 unit yang sedang dibina di Kem Sungai Besi.

Tuan Kesavan a/l SubramaniamPKR · PHSungai Siput

Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang telah memberikan perincian Blueprint Perumahan 1.0, 2.0 dan terbaharu 3.0. Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, di Parlimen Sungai Siput ada hampir 500 veteran ATM dan keluarganya. Kerap kali saya turun padang ziarah mereka, mereka meluahkan perasaan mereka, kekecewaan mereka apabila didapati hampir 65 peratus mereka ini berada di bawah paras kemiskinan setelah tamat perkhidmatan mereka. Di antara isu-isu adalah berkenaan dengan perumahan. Rumah mereka yang sudah usang yang perlu diperbaiki dan juga pencen yang tidak selaras dan juga masalah-masalah kesihatan mereka, kebajikan mereka.5 Jadi persoalan saya kepada Yang Berhormat Menteri. Apakah perancangan ataupun kaedah yang segera boleh dibuat khususnya kepada keluarga veteran ATM yang mereka duduk dalam rumah yang tidak selesa dan selamat khususnya di Parlimen Sungai Siput. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput. Apa yang diluahkan memang merupakan sesuatu yang di bawah perhatian kita dan untuk menjawab perkara yang ada kaitan dengan soalan asal. Saya sentuh berhubung kait dengan kemudahan dan agenda pembelaan kediaman dan perumahan veteran. Bezanya Blueprint Perumahan 3.0 ini dengan 1.0 dan 2.0 ialah kita memberikan fokus bukan sahaja baru tetapi lebih tertinggi dan lebih berfokus. Seperti saya sebut dalam jawapan asal tadi di bawah 3.0 ini, Inisiatif Perumahan Veteran ATM merupakan sesuatu yang telah pun termaktub di dalam agenda perumahan kita. Itu satu. Keduanya kekangan-kekangan yang terpaksa kita hadapi bukan sahaja berkisar kepada bagaimana pembelaan kepada veteran di bawah kajian kita Blueprint Perumahan 1.0 dan 2.0 kekangan yang kita hadapi termasuklah sumber kewangan yang terhad,

ketersediaan dan kesesuaian tapak pembangunan, permohonan RKMAT tanpa kem, kompetensi kontraktor yang dipilih, kenaikan kos bahan mentah dan perubahan polisi kerajaan semasa ke semasa. Akan tetapi insya-Allah, dengan termaktubnya agenda pembelaan veteran dalam konteks perumahan di bawah Blueprint Perumahan 3.0 ini, insya-Allah kita akan fikirkan mungkin perkara-perkara yang sebelum ini tidak difikirkan. Contohnya tidak sempat saya tadi jawab dalam jawapan asal tadi. Kerjasama rapat dengan agensi-agensi dan kementerian-kementerian lain di mana Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merupakan kementerian yang paling awal yang telah tampil ke hadapan. MINDEF sedang berinteraksi dengan mereka dan percayalah apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Siput tadi berhubung kait dengan veteran, kita cuba posisikan pembelaan kepada mereka melalui pendekatan-pendekatan baru di bawah 3.0 ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan yang kedua. Saya kena pergi sebelah sini dahulu Yang Berhormat. Saya minta Yang Berhormat Parit dahulu. Silakan.

Datuk Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Tidak boleh. Hulu Rajang tidak boleh kah?

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tahniah saya ucapkan kepada Yang Berhormat Menteri yang telah pun menjelaskan dan juga perancangan konsisten khususnya daripada segi infra perumahan kepada warga angkatan tentera kita. Kita sedia maklum bahawa blueprint yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi itu ada beberapa perkara yang dijadikan sebagai aspek penting iaitu pembinaan, penyelenggaraan dan juga pemilikan bagi melestarikan kebajikan dan keselesaan warga ATM untuk masuk veteran. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri apakah terdapat sebarang cabaran atau masalah yang dihadapi sepanjang pelaksanaan Blueprint Perumahan 1.0 dan Blueprint Perumahan 2.0 sebelum ini?

Sekiranya ada, adakah semua masalah yang dihadapi dapat diselesaikan ataupun dikurangkan agar segala bentuk perancangan itu akan memberi manfaat dan juga keselesaan kepada warga ATM. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Parit. Cabaran yang terpaksa kita lalui, saya sudah sebut secara ringkas tadi. Cabaran sumber kewangan yang terhad, ketersediaan dan kesesuaian tapak pembangunan, permohonan RKMAT tanpa kem, kompetensi kontraktor yang dipilih, kenaikan kos bahan mentah, perubahan polisi kerajaan dari semasa ke semasa. Akan tetapi bezanya mungkin dengan pelancaran Blueprint 3.0 kita sekarang, ada beberapa pendekatan baharu yang kita cuba perkenalkan. Pertama, ia mempunyai pelan pengurusan risiko dari sudut sumber, tadbir urus dan kumpulan sasar. Ini bermakna sekiranya terdapat kekangan pada masa hadapan dari sudut kewangan, tanah, ketidakpatuhan kontraktor, perubahan polisi dan pelbagai lagi bentuk risiko seperti apa yang kita lalui sebelum ini, pelan pengurusan risiko ini telah pun dikenal pasti di bawah Pelan Induk Ketiga ini. Dua lagi perkara saya sebut baharu secara ringkas iaitu kaedah pembiayaan RKMAT di mana semua proses perancangan, pembinaan dan sehinggalah ke penyerahan unit RMKAT kepada MINDEF dicadangkan untuk dilaksanakan oleh LTAT, ini sedang dirundingkan. Akhir sekali, Blueprint Perumahan 3.0 akan melibatkan kerjasama kementerian- kementerian yang lain, dan seperti saya sebut tadi, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang mana telah tampil ke hadapan untuk membantu kita menjayakan dan cuba menyelesaikan kekangan-kekangan yang kita hadapi sebelum ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik, terima kasih Yang Berhormat Menteri Kanan Pertahanan. Masa sudah agak panjang tetapi saya bagi satu lagi.

Tuan Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

Satu lagi, ini penting ini, bekas Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Tambahan yang ketiga, sila, Yang Berhormat Kota Raja. Maksimum tiga.

Tuan Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

Bekas Menteri.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Veteran ini, Veteran ini mustahak ini. Menteri Pertahanan pun susah hendak jumpa. Macam mana ini?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Kota Raja.

Tuan Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

Yang Berhormat Menteri, isu veteran ini menjadi panas apabila Titah Yang di-Pertuan Agong dalam bulan Mac yang lalu, diikuti dengan demonstrasi veteran. Pada zaman saya pun ada, ia kecil tetapi kini makin besar. Bila veteran buat demonstrasi, imej negara menjadi kurang baik. Hendak jaga veteran ini antara yang baik kita ambil contoh- Australia, Kanada, UK. Mereka ada special status sebab itu dia ada Majlis Angkatan Tentera. Bajet akan ada bulan Oktober ini, Yang Berhormat Menteri mohonlah bajet yang lebih dan meletakkan veteran ini status yang lain daripada pesara lain kerana kita tahu fungsi mereka tidak perlu dihuraikan sebab ia telah menarik perhatian Titah Diraja. Bila veteran itu turun ke jalan raya, tidak baik pada imej negara. Kita harap kerajaan mengambil perhatian serius dan memberi peruntukan sebaik mungkin pada Bajet yang akan datang. Minta Yang Berhormat Menteri beri penjelasan sedikit.

Insya-Allah, mantan Menteri Pertahanan yang juga terpaksa berdepan dengan isu-isu veteran semasa Yang Berhormat dipertanggungjawabkan untuk memimpin dan insya-Allah, saya akan bincang dengan Yang Berhormat sendiri. Semasa Yang Berhormat Menhan dahulu, apa agaknya yang telah pun dilakukan oleh Yang Berhormat...

[Dewan riuh]

Keduanya, isu-isu demonstrasi jalanan yang juga berlaku semasa mantan kita memegang kementerian, dan sebenarnya perkara yang dibangkitkan bukanlah satu perkara yang baharu yang saya sudah teliti secara dekat dan libat urus- perjumpaan dengan stakeholders sedang berterusan. Kalau sekiranya cadangan Yang Berhormat tadi berkisar kepada apa mungkin kita boleh umumkan dalam Bajet yang akan datang, biarlah saya diberikan sedikit masa untuk mendengar. Jumlah veteran sekarang ini lebih daripada 300 ribu, yang turun jalanan tidak sampai 1,000 pun- Yang Berhormat pun tahu. Akan tetapi yang penting ialah untuk mencari penyelesaian yang dapat memenuhi kesemua 300 ribu ahli veteran. Ini merupakan satu cabaran dan Yang Berhormat sendiri tahu, bukan merupakan satu perkara yang mudah. Ia memerlukan sumber kewangan yang besar tetapi komitmen dan kesungguhan kita untuk membela veteran tidak pernah pudar, insya-Allah.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Bukan- veteran semua mahu datang dekat KL, Yang Berhormat Menteri. Veteran tidak ada duit naik bas mari sini. Itu sahaja problemnya. Mereka tidak ada duit. Kalau ada duit, semua akan turun sini.

Xavier Jayakumar a/l ArulanandamPKR · PHKuala Langat · question

5. Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam [Kuala Langat] minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan, projek-projek jangka masa pendek dan jangka masa panjang yang dirancang untuk mengatasi masalah banjir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Berapa jumlah bajet yang diperuntukkan dan adakah apa-apa Jawatankuasa Khas diwujudkan untuk tujuan ini? Jika ya, siapakah ahli dalam Jawatankuasa ini?

Dato' Seri Dr. Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri Wilayah Persekutuan · Arau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan yang baik daripada Yang Berhormat Kuala Langat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek-projek bagi mengatasi masalah banjir di Kuala Lumpur adalah di bawah seliaan Jabatan Perparitan dan Saliran Wilayah Persekutuan. Ini kerana JPSWP bertanggungjawab menyenggara 10 buah sungai utama dan 20 buah Kolam Takungan Banjir di Kuala Lumpur. Bagi tujuan tersebut, JPS di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) telah menerima peruntukan tahun 2022 bagi menyenggara dan mengatasi masalah banjir di Kuala Lumpur sebanyak RM83.62 juta yang merangkumi pemulihan sungai, pemeliharaan sungai, kerja-kerja kecemasan luar jangka, kerja-kerja penyelenggaraan kolam takungan, program ramalan dan amaran banjir, rancangan tebatan banjir dan juga penyelenggaraan sungai. Walau bagaimanapun, susulan daripada masalah-masalah banjir kilat yang berlaku, Jemaah Menteri pada 27 April 2022 telah memutuskan supaya DBKL menggunakan rizab sedia ada DBKL bagi melaksanakan kesemua projek dan program mitigasi banjir. Pembayaran balik akan dilakukan kemudian. Projek-projek jangka pendek yang dirancang dan dilaksanakan oleh DBKL termasuk menaik taraf sistem saliran terutama di kawasan hotspot banjir, memasang floodgate, dengan izin, di parit induk yang di salur ke sungai dan membina tembok penahanan banjir. Perbelanjaan bagi projek-projek jangka pendek dianggarkan RM160 juta. Bagi projek-projek jangka sederhana, DBKL bercadang untuk melaksanakan lapan projek mitigasi banjir, antaranya di Jalan Sultan Salahuddin, Bulatan Dato’ Onn, sekitar Jalan Raja Mahdi, Sungai Toba, Segambut dan sistem saliran Jalan Kuching. Cadangan ini melibatkan kerja-kerja pembinaan kolam takungan bawah tanah dan kolam takungan terbuka, menaik taraf infrastruktur sistem perparitan sedia ada dan perbelanjaan bagi projek-projek jangka sederhana dianggarkan RM345 juta. Manakala bagi projek jangka panjang, DBKL telah melantik juru perunding untuk melaksanakan kajian kesesuaian terhadap cadangan membina terowong simpanan air bawah tanah berskala besar. Takungan air bawah tanah ini telah dibina di beberapa buah bandar besar seperti Tokyo, Bangkok, Singapore dan Amsterdam. Kita mengambil contoh terbaik bandar-bandar tersebut dalam mengatasi masalah banjir di tempat mereka. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, bagi memastikan projek- projek mitigasi banjir kilat ini dapat dilaksanakan dengan mantap dan berkesan, satu task force mitigasi banjir kilat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh saya sendiri, Timbalan Menteri, Ketua Setiausaha, Datuk Bandar, pegawai-pegawai kanan Kementerian Wilayah Persekutuan dan juga jabatan-jabatan teknikal DBKL serta Pengarah JPS. Selain itu wakil-wakil agensi lain turut menganggotai task force ini seperti Kementerian Alam Sekitar dan Air, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, APM, JKR, JPS, Jabatan Metrologi Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, RELA, Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Kesihatan Malaysia. Terima kasih.

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Akan tetapi saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, untuk projek-projek yang immediate ataupun jangka pendek di dalam Kuala Lumpur, apa yang dicadangkan- dalam katakan enam bulan ataupun satu tahun ini- jangka panjang itu, ya that is a working in plan, working in progress, work in progress, so, itu tidak apa, kita boleh tunggu, tetapi untuk sekarang, apakah cadangan-cadangan oleh kementerian untuk mengatasi masalah banjir yang kita akan hadapi dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, setelah kita memperkenalkan projek-projek serta-merta, kita telah diuji dengan tiga kali hujan lebat luar jangka dan syukur alhamdulillah kita dapat melepasinya. Banjir kilat dengan izin Allah tidak berlaku di 25 lokasi yang saya sering sebutkan. Jadi di antara projek-projek ini yang kita laksanakan ialah menaik taraf longkang, lubang dan pemasangan sandbag. Kerja-kerja lain seperti pembersihan kolam takungan, kolam Jalan Travers, kolam Universiti Malaya, Jalan Maarof Bangsar dan sungai-sungai sekitar Kuala Lumpur. Visual inspection, floodgate, pemasangan kamera bawah tanah, flood wall, pembinaan infrastruktur, inspection chamber, pengurusan sumber manusia, pembelian portable pump, water jet, tangki dan perbelanjaan dalam pelbagai jenis saiz. Pembelian 18 unit pam berkapasiti besar, pembelian kenderaan, pembelian lori water tanker dan juga lain-lain lagi. Ini adalah langkah jangka pendek yang kita laksanakan serta-merta dan insya- Allah walaupun ada yang nampak seolah-olah agak konservatif bagi pandangan sesetengah orang tetapi ianya berjalan dengan lancar. Itu sebab wakil rakyat, Ahli-ahli Parlimen Wilayah Persekutuan ini nampak berpuas hati sedikit. Tapi kawan-kawan kita di luar mungkin tidak nampak kesannya. Jadi kita umumkan apa yang telah kita buat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Soalan tambahan kedua. Sila Yang Berhormat Lembah Pantai.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Bila kita lihat hujan berterusan dengan average recurrence interval (ARI) yang tinggi iaitu hujan sebulan dalam masa sehari, bukan setakat banjir kilat yang berlaku tapi seperti Yang Berhormat Menteri tahu, di Kuala Lumpur juga menghadapi masalah tanah runtuh. Tanah-tanah runtuh ini berlaku akibat daripada saliran yang sudah lama tidak dibaiki. Soalan saya, apakah usaha kementerian dan khususnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk mengenal pasti berapa kilometer saliran yang perlu dibaiki? Adakah dana mencukupi disediakan daripada rizab yang Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi kerana di Lembah Pantai contohnya, pada Disember yang lalu ada lima hingga enam kawasan tanah runtuh. Sehingga hari ini, masih ada kawasan-kawasan tanah runtuh yang tidak dibaiki akibat daripada antara lainnya, sama ada isu bajet ataupun masalah di antara pemilik- pemilik tanah. Jadi saya pohon dan juga kalau saya boleh bagi satu cadangan, mereka yang duduk di hotspots ini. Bila keadaan tidak hujan, mungkin Yang Berhormat Menteri boleh meminta mereka untuk membuat visual inspection saliran-saliran yang ada di keliling mereka untuk mereka bersihkan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik terima kasih Yang Berhormat Lembah. Sila Yang Berhormat Menteri, satu minit.

Ya. Terima kasih Yang Berhormat. Dengan bantuan Yang Berhormat dan juga kawan-kawan lain termasuk MPP, sekarang ini perhatian diberi kepada 25 hotspots dan juga tambahan yang enam lagi, menjadikan 31. Tapi yang 25 ini sering kali banjir. Kita telah kenal pasti dan telah tahu apa yang harus dilaksanakan. Cuma ada beberapa kekangan sikit, seperti tanah runtuh, kita harus mendapat maklum balas daripada IKRAM. Kita akan tengok bagaimana boleh laksanakan ataupun diusahakan untuk memperbaikinya. Sebahagian besar dari kawasan tanah runtuh ini adalah di bawah JKR. Walau bagaimanapun, DBKL mengambil tanggungjawab untuk menyelesaikan semua perkara yang berlaku di sini sebab ianya telah menjadi perhatian umum. Kita telah berbincang dengan semua jabatan supaya dilaksanakan dulu projek ini agar ianya tidak berulang lagi, termasuklah di Lembah Pantai.

Terima kasih.

Yang Berhormat sering kali berada di tempat yang saya melawat dan kita telah selesaikan hampir kesemua. Tapi ada tempat- tempat yang kita tidak dapat besarkan longkang. Kita buat gerakan sementara dalam bentuk menyediakan pam dan juga mencuci kawasan yang wajar.

[Bangun]

Walau bagaimanapun di tempat hotspot yang telah kita kenal pasti, insya-Allah banjir kilat tidak berlaku.

Yang Berhormat Menteri tambah bajet untuk Jabatan Kejuruteraan Awam dan Saliran (JKAWS).

Di situ saya lihat boleh bantu, JKAWS.

Ya, insya-Allah. Bajet yang dibenarkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk dibelanja itu mencukupi untuk mengatasi apa yang dihadapi sekarang.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih.

Yang Berhormat Bukit Bintang.

Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik, terima kasih.

Puan Hannah YeohDAP · PHSegambut

Soalan tambahan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang kedua, soalan tambahan. Cuma saya boleh bagi satu saja lagi. Saya kena ambil sebelah sini, Yang Berhormat Bintulu. Sila.

Terima kasih.

Puan Hannah YeohDAP · PHSegambut

Tapi ini isu Kuala Lumpur. Boleh bagi pertimbangan tidak. Satu lagi soalan tambahan selepas Yang Berhormat Bintulu.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Peraturan mesyuarat, tiga.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua....

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Bintulu.

Tanya elok-elok.

...bagi peluang sama saya bagi soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi saya dengar jawapan daripada Menteri kata hendak buat terowong, hendak buat ini, itu. Tetapi kita ada lihat kah tidak, kalau terowong buat sini sana, simpan air bawah tapi akhir sekali air mahu pam pergi mana? Sungai mesti mahu didalamkan, perparitan mesti dinaik taraf. Kita ada tengok kalau satu taman, kita pun sama saiz perparitan. Kalau sepuluh taman, sana pun sama juga saiz. Bila air turun, hujan lebat, semua air overflow. Masuk sungai, sungai sudah penuh. Inilah kementerian, ada lihat kah atau tidak masalah ini. Jangan kata sudah lantik konsultan, atas punya konsultan memang kongkalikung juga. Dia sudah dapat dia punya fi, dia peduli apa. Tapi akhir sekali, functional or not functional, is another issue.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Bintulu.

Minta penjelasan daripada Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila.

Terima kasih. Kalau Yang Berhormat lihat saya bagi detail tadi. Saya ingat Yang Berhormat tidak dapat, tidak perhatikan. Saya bagi detail satu, satu, demi satu dengan terperinci. Jangka pendek ini dia, jangka pendek dan serta-merta kita laksanakan dan kita sedang laksanakan dengan hebat dan dahsyat. This one no more kongkalikung, okey. Kemudian, jangka sederhana kita telah namakan lapan projek untuk jangka sederhana yang boleh kita laksanakan di antara setahun sehingga dua tahun, begitu ya. Ini termasuklah kolam takungan bawah tanah dan juga kolam terbuka. Termasuk yang lain itu ialah mendalamkan sungai, mencuci kolam takungan dan sebagainya. dan yang ketiganya jangka panjang. Yang Berhormat, untuk jangka panjang ini ialah membina kolam takungan bawah tanah dan bawah tanah ini bukan bawah bangunan. Ini di bawah sungai ataupun di bawah jalan raya. Air ini akan disimpan di sana sementara waktu. Selepas sungai sudah surut, kita keluarkan air itu balik. Sistem ini cukup menarik, Yang Berhormat tidak pernah tengok lagi, ini yang dilaksanakan di beberapa negara, bandar-bandar raya besar di dunia. Jadi, kalau Yang Berhormat lihat jawapan saya tadi, saya bagi detail dan Ahli-ahli Parlimen Wilayah Persekutuan saya bawa melawat ke tempat ini satu demi satu dan saya terang kepada mereka. Sejak dari tarikh yang mana Kerajaan Pusat telah meminta kita berbuat demikian, Yang Berhormat tidak dengar lagi banjir berlaku di Kuala Lumpur. Mungkin di Bintulu saya tidak tahu. Tapi di Kuala Lumpur, insya-Allah di bawah kawalan yang hebat dan dahsyat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Jadi kalau Yang Berhormat lain daripada, keluar dari Kuala Lumpur ingin melawat tempat ini, saya bisa saja bawa Yang Berhormat Bintulu untuk...

Menteri pun duduk Perlis.

...melawat tempat yang berkenaan. Oleh sebab itu Yang Berhormat Shah Alam, bekas Menteri dia melihat bahawa ini satu pendekatan yang hebat yang dibuat oleh Menteri sekarang. Terima kasih.

Mohd Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHLumut · question

6. Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [Lumut] minta Menteri Kanan Kerja Raya menyatakan langkah yang diambil bagi menangani isu 50,000 kontraktor Bumiputera yang akan gulung tikar akibat kenaikan harga barangan binaan.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Pensiangan

Selamat pagi dan salam sejahtera. Berdasarkan statistik Laporan Pendaftaran Kontraktor daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk tempoh 2020 hingga ke 30 Jun 2022, sebanyak 25,481 kontraktor baru bertaraf Bumiputera telah berdaftar dengan CIDB. Semakan mendapati hanya sebanyak 6,918 kontraktor yang sedia ada bertaraf Bumiputera tidak memperbaharui pendaftaran. Ini menunjukkan sebenarnya berlaku penambahan jumlah kontraktor bertaraf Bumiputera sebanyak 18,563.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Pensiangan

Sehingga kini, jumlah keseluruhan kontraktor gred G1 hingga ke G7 yang memiliki sijil bertaraf Bumiputera adalah sebanyak 71,163. Saya yakin penambahan kontraktor bumiputera ini adalah hasil usaha kerajaan yang sentiasa membantu dan prihatin kepada kontraktor Bumiputera. Pertama antara usaha untuk membantu kontraktor Bumiputera kerajaan telah melaksanakan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia atau PK 2.2, Kaedah Pelaksanaan Perolehan, Projek Kerajaan Tahun 2022 (Pindaan 1 Mac 2022) yang telah membuka lebih banyak peluang perolehan untuk membantu kontraktor G1 hingga ke G3 untuk mendapatkan projek kerajaan:

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Pensiangan

(i) kaedah perolehan secara sebut harga dinaikkan daripada RM500,000 hingga ke RM800,000; dan (ii) kerja sehingga RM100,000 dipilih melalui cabutan undi. Pada tahun 2021, sebanyak 1,825 kontraktor Bumiputera G1 hingga ke G4 telah diamanahkan untuk melaksanakan kerja dengan nilai sebanyak RM4.27 bilion. Manakala bagi kontraktor bumiputera G5 hingga ke G7, sebanyak 2,176 kontraktor telah merekodkan pelaksanaan kerja bernilai RM3.1 bilion. Kesemua kerja ini melibatkan projek awam dan juga swasta. Kedua, sebagai langkah proaktif menangani masalah kenaikan kos harga bahan binaan, kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan syarat perubahan harga atau dengan izin variation of price atau VOP dalam kontrak kerja untuk memastikan projek kerajaan tidak terjejas dan dapat disiapkan mengikut jadual. Merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan Malaysia (PK 2.4), pelaksanaan VOP dalam kontrak kerja pindaan 15 Julai 2022 dilanjutkan lagi tempoh sehingga 30 Jun 2023 dengan penambahan 11 bahan binaan. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Ketiga, bagi memberi peluang kepada kontraktor baharu serta menggalakkan penyertaan belia bumiputera dalam melaksanakan projek-projek berskala kecil perolehan kerajaan, CIDB telah mewujudkan accelerator program khusus kepada kontraktor belia yang baharu dalam gred G1 hingga ke G4 melalui kursus peningkatan kapasiti dan on-the- job training yang mana peruntukan sebanyak RM10 juta telah disediakan. Kontraktor golongan belia yang baru tamat dengan jayanya dalam accelerator program ini akan ditawarkan untuk menyertai projek-projek kerajaan di mana keseluruhan projek adalah bernilai RM200 juta yang dilaksanakan dengan kerjasama tujuh rakan strategik. Sekian dan terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan pertama.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya, ya kita menghargai jawapan yang telah diberikan. Statistik yang saya kemukakan dalam soalan yang saya perolehi daripada maklumat pada bulan Jun mengenai kedudukan kontraktor-kontraktor yang tidak berupaya untuk mendaftar renew their license kerana masalah kewangan. Saya gembira kerana VOP ini diteruskan dan dilanjutkan. Cuma saya berpandangan dan saya berharap kementerian dapat menimbang supaya bahan-bahan binaan yang diberikan VOP ini ditambah, bukan sekadar 11 bahan ditambah dengan yang asal beberapa sahaja tetapi selengkapnya segala bahan yang diperlukan untuk membina dalam suasana hari ini harus dipertimbangkan untuk diberikan VOP ini. Kalau tidak, kita jangka harga ataupun kos pembinaan akan meningkat. Maka mangsanya juga adalah rakyat biasa yang terpaksa menanggung harga yang lebih mahal untuk mendapatkan bangunan-bangunan yang mereka tunggu-tunggu. Saya harap mohon pertimbangan kementerian.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan Yang Berhormat.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Terima kasih Yang Berhormat Lumut. Sebenarnya itu adalah cadangan yang baik untuk dipertimbangkan. Untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat juga, VOP yang dilaksanakan sebelum ini hanya termasuk empat bahan sahaja iaitu besi bertetulang, crush aggregate ataupun crusher run, mild steel pipe iaitu paip air dan paip pembentung dan juga copper. Akan tetapi sejak pindaan yang terbaru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memasukkan 11 bahan tambahan iaitu 15 bahan binaan bagi kerja-kerja binaan bangunan, tujuh komponen bagi kerja-kerja mekanikal dan elektrik dan termasuk juga lanjutan pelaksanaan VOP ini sehingga ke Jun tahun hadapan.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat juga terdapat dua lagi tambahan inisiatif dalam VOP yang baharu ini. Pertama kita juga akan membenarkan lanjutan masa atau pun EOT, extension of time sehingga enam bulan untuk projek yang telah mencapai lebih 60 peratus kemajuan kerja dan juga kita boleh bagi pelepasan bon pelaksanaan dan juga wang jaminan untuk projek yang juga telah melebihi ataupun mencapai 60 peratus kemajuan siap. Sekian dan terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Jempol.

Ya, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya melihat jawapan daripada Yang Berhormat Menteri sebentar tadi. Ia berkaitan dengan satu VOP, satu lagi soal pekerja. Kita tahu demand untuk pekerja ini terlalu tinggi. Jadi orang ini minta harga yang tinggi. Jadi dalam VOP 11 bahan yang disebutkan tadi, ia tidak termasuk daripada segi gaji untuk pekerja asing contohnya. Tambahan lagi kesukaran untuk kemasukan pekerja asing sampai hari ini. Jadi ini juga memberi impak kepada kenaikan harga pembinaan. Kedua juga, ditambah dengan Menteri EPU baru-baru ini menyebut bahawa dibatalkan projek. Ini juga memberi impak kepada kontraktor yang hendak gulung tikar ini. Jadi, mana satu yang hendak dipakai ini soal harga barang, soal pekerja dan soal kenyataan Yang Berhormat Menteri ini? Apa pandangan dan penjelasan Yang Berhormat Menteri ini? Terima kasih.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Isu tentang sektor pembinaan ini yang menghadapi pelbagai cabaran akibat daripada PKP yang berpanjangan dan juga ketidakstabilan ekonomi ini memang memberi impak yang boleh dikatakan memberi cabaran kepada sektor pembinaan. Jadi, ini ada beberapa faktor. Pertama, kenaikan harga bahan binaan yang sedang sudah diaddressed oleh kerajaan melalui VOP, EOT dan sebagainya. Kedua adalah tentang tenaga kerja di mana sejak dari PKP dan juga pasca daripada COVID-19, sektor pembinaan kita ini belum lagi dapat membekalkan tenaga kerja yang mencukupi untuk sektor pembinaan kita bergerak secara optimum. Jadi, baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan bahawa kemasukan tenaga kerja atau pun pekerja asing untuk sektor pembinaan kali ini akan dikendalikan khusus oleh CIDB iaitu lembaga yang berkaitan khusus dengan sektor pembinaan. Jadi saya yakin bahawa dalam masa yang terdekat CIDB akan mengambil langkah- langkah yang tertentu untuk memastikan bahawa kerja-kerja pembinaan di sektor pembinaan tidak akan terjejas apabila kita boleh laksanakan beberapa langkah yang akan datang untuk memastikan sektor pembinaan kita ini dapat berjalan dengan baik. Ketiga Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin jawab tentang isu projek-projek. Sebenarnya projek ini projek pembinaan. Mungkin ia berkaitan dengan pengumuman yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri EPU baru-baru ini. Bagi kita daripada KKR, kita akan berusaha untuk memastikan projek-projek dalam sektor pembinaan masih akan berjalan sebaik yang mungkin selaras dengan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh EPU sebab sektor pembinaan ini ia sangat penting untuk memastikan nilai penggandaan ekonomi kita dapat berjalan untuk usaha pemulihan ekonomi kita dapat dicapai untuk kebaikan Keluarga Malaysia. Sekian dan terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Kota Kinabalu ringkas ya.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Tuan Yang di-Pertua. Okey ini soalan tambahan untuk kontraktor-kontraktor untuk Bumiputera yang dikatakan CIDB ini menyukarkan golongan kontraktor untuk memperbaharui lesen mereka kerana mereka terpaksa mengambil kursus, selepas itu ujian dan kalau ujian gagal, mereka terpaksa kena bayar sekali lagi untuk kadar. Kadar yuran dikatakan tinggi RM300 untuk satu kelas. So, kesemua kritikan ini bukan daripada saya tetapi dari Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F. So, apakah pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk mempermudahkan mereka untuk memperbaharui lesen mereka?

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Terima kasih Yang Berhormat Kota Kinabalu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberi banyak ruang untuk soalan-soalan tambahan. [Ketawa] Pertama, peranan CIDB yang pertama adalah memudahkan sektor pembinaan.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Akan tetapi, apabila kita memudahkan sektor pembinaan, kita perlu pastikan bahawa syarat-syarat dan peraturan undang-undang itu mesti dipatuhi. Jadi, apabila kontraktor memperbaharui lesen mereka ataupun mendaftar, mereka diperlukan untuk memenuhi beberapa syarat seperti pendaftaran. Memastikan mereka tidak dikenakan tindakan tatatertib dan sebagainya. Mungkin Yang Berhormat Kota Kinabalu merujuk ini adalah di mana baru-baru ini kita telah meminta kontraktor-kontraktor Kelas F yang telah berpengalaman lebih daripada 20 tahun untuk menaikkan dan meningkatkan gred mereka pada Kelas G2. Syarat ini hanya untuk mereka yang sudah berpengalaman lebih daripada 20 tahun. Tujuan dasar ini sebenarnya adalah untuk memberi peluang kepada generasi baharu untuk menceburi bidang pembinaan yang sudah lama dalam kategori itu, yang berpengalaman, yang sudah ada kapasiti bolehlah meningkat kepada peringkat yang lebih tinggi. Berilah peluang kepada kontraktor-kontraktor baharu, orang-orang muda untuk masuk juga ke kategori rendah dan mudah untuk diceburi. Sekian, dan terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Jelutong dan Yang Berhormat Sepang belum serang saya, jadi saya pemurah hari ini. Seterusnya, Yang Berhormat Kuala Krai.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sekuriti makanan penting tak terperi; Semoga bertambah hasil produktiviti. Soalan nombor tujuh saya beri; Jawapan Timbalan Menteri saya nanti.

Abdul Latiff bin Abdul RahmanPAS · PNKuala Krai · question

7. Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan, apakah perancangan kementerian dalam usaha membantu memperkukuh lagi sistem sekuriti makanan negara memandangkan dunia kini memperlihatkan produktiviti boleh ditingkatkan dengan memperkukuhkan kemahiran teknologi moden yang cekap.

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ HashimPAS · PNTimbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Kuala Terengganu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya menjawab bersekali pertanyaan ini bersama dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Kangar bertarikh 21 Julai 2022 dan Yang Berhormat Kemaman bertarikh 2 Ogos 2022 kerana menyentuh isu yang sama iaitu berkaitan dengan usaha memperkukuhkan sistem sekuriti makanan negara dan penghasilan serta pengaplikasian teknologi terkini dalam industri pertanian daripada MOSTI. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sebagai kementerian peneraju agenda STI negara sentiasa mengutamakan penggunaan dan pengadaptasian teknologi dalam membantu negara memperkukuhkan lagi sistem sekuriti makanan. Sehingga kini sebanyak 46 penyelesaian teknologi telah dikenal pasti oleh MOSTI dan sebanyak 27 daripada jumlah tersebut adalah tersedia untuk dilaksanakan segera roll out di dalam membantu menangani isu sekuriti makanan. Dari segi pecahan teknologi itu bolehlah dibahagikan beberapa kluster iaitu: (i) berkaitan dengan biji benih;

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ HashimPAS · PNTimbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Kuala Terengganu

(ii) berkaitan dengan bio baja dan baja penggalak;dan (iii) perkhidmatan ujan dan aplikasi penggunaan dron dan robotik, kebun komuniti, akuakultur dan makanan ternakan. Senarai tersebut telah pun dikongsikan dengan pihak Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) untuk penelitian dan juga tindakan. Mengenai perancangan kementerian dalam usaha membantu memperkukuhkan lagi sistem sekuriti makanan negara, MOSTI turut bekerjasama bersama dengan UKM, UiTM, Jabatan Pertanian dan MARDI yang kini sedang melaksanakan R&D untuk membangunkan variety baharu tanaman padi selaras dengan arahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang mahukan variety padi baharu yang bakal dihasilkan mestilah: (i) tidak mudah rosak jika ditenggelami banjir; (ii) tidak perlu banyak menggunakan air; (iii) tempoh kematangan yang lebih cepat; dan, (iv) supaya sangat toleran terhadap perubahan iklim seperti perubahan suhu dan kemarau yang melampau yang mengehadkan produktiviti tanaman. Seterusnya, bagi memastikan isu keselamatan sumber makanan, MOSTI juga sedang bekerjasama dengan MAFI bagi membangunkan sistem pengesanan produk daging halal import berasaskan teknologi blockchain menerusi agensi MIMOS Berhad. Pembangunan sistem tersebut mampu meningkatkan dan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap produk-produk daging yang diimport ke Malaysia. Sistem tersebut dijangka akan siap dibangunkan pada tahun 2024. Bagi menjawab Yang Berhormat Kangar pula, sejak tahun 2017, MOSTI melalui jabatan dan agensi di bawahnya telah membiayai, membantu, berkolaborasi dan terlibat secara langsung dalam penemuan rekaan dan inovasi baharu di dalam bidang pertanian, sekurang-kurangnya melibatkan 53 projek. Senarai tersebut akan saya kongsikan dengan Yang Berhormat Kangar. Bagi menjawab Yang Berhormat Kemaman pula, suka untuk saya kongsikan di sini terdapat sekurang-kurangnya tujuh buah agensi di bawah MOSTI dengan kerjasama pelbagai pihak terutamanya MAFI berjaya menghasilkan produk atau kaedah penyelesaian berasaskan teknologi. Pertama, NanoMalaysia Berhad ini berkait dengan vertical farming dan aquaponic, penternakan burung walet pintar, yang ini di Kuala Terengganu sejak tahun 2010. Ini melibatkan eksport sarang burung yang bernilai- mengikut tahun 2020 sehingga RM1.3 bilion. Ketiga, baja yang berasaskan teknologi nano. Keempat dan seterusnya, Agensi Nuklear, penghasilan benih padi IS21 yang dapat menghasilkan hasil sembilan tan sehingga 11 tan setiap hektar berbanding yang ada sekarang dan Agensi Angkasa Malaysia melalui Sistem Maklumat Geospatial Tanaman Padi (MakGeoPadi) yang telah dibangunkan secara kerjasama dengan MAFI yang mana ini merupakan sistem aplikasi berteraskan teknologi angkasa, menggunakan teknologi remote sensing bagi membolehkan pemantauan 100 peratus keseluruhan jelapang padi di Malaysia. Penjimatan masa turun ke lapangan sebanyak 57 peratus. Penjimatan subsidi kerajaan sehingga 10 peratus dan memanfaatkan 152,663 orang pesawah di seluruh Malaysia. Selain daripada itu, ia turut melibatkan agensi-agensi lain di dalam membantu teknologi di dalam food security melibatkan Yayasan Inovasi Malaysia, Agro- Biotechnology, National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM), Cradle Fund dan sebagainya. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Soalan tambahan pertama.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang telah pun

diberikan. Antara sektor utama negara yang terkesan akibat kekurangan pekerja asing dan tempatan merupakan sektor pertanian. Penggunaan teknologi dalam sektor-sektor utama negara seperti pertanian, perladangan dan pembuatan semestinya dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga asing dan mencipta pekerjaan baharu. Persoalan saya ialah bagaimanakah MOSTI akan membantu menangani masalah kebergantungan kepada pekerja asing dengan teknologi-teknologi sedia ada di bawah MOSTI? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih atas soalan tambahan yang baik itu. Saya ingin menegaskan bahawa MOSTI sangat komited untuk memanfaatkan sains dan teknologi di dalam menangani isu dan cabaran seperti mana yang disebut, termasuklah masalah kekurangan tenaga buruh dalam sektor utama negara. Sebagai contoh, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) terlibat dalam pembangunan dan pengoperasian sistem aplikasi berteraskan teknologi angkasa khususnya remote sensing, Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang mana antara inovasi yang sedang dipakai iaitu Sistem Maklumat Geospatial Tanaman Padi (MakGeoPadi) dan sistem penentuan lokasi penangkapan ikan yang membolehkan lokasi keberadaan ikan dapat di kesan menggunakan teknologi satelit. Seterusnya melalui program National Technology and Innovation Sandbox (NTIS), pelaksanaan projek meranti dengan kerjasama FELDA telah mengenal pasti sebanyak lima buah syarikat penyedia teknologi untuk menjalankan ujian pelbagai kemudahan dron dan robot di dalam menambah baik aspek penuaian, penyelenggaraan dan pembajaan ladang kelapa sawit di lokasi FELDA yang terpilih. Di mana dalam usaha ini, sasarannya sebanyak 50 peratus pengurangan tenaga buruh, sebanyak 30 peratus peningkatan produktiviti dan sebanyak 20 peratus pengurangan kos operasi dapat dicapai. Selain daripada itu, projek penyediaan biak baka mutasi dihasilkan oleh Agensi Nuklear melalui benih IS21 sepertimana yang telah disebut tadi dapat menghasilkan antara sembilan tan hingga 11 tan sehektar dan diuruskan dengan baik yang sehingga sekarang telah memanfaatkan sebanyak 14 ribu orang pesawah daripada kumpulan isi rumah B40 bagi tahun 2022. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Kuala Nerus, selepas ini. Yang Berhormat Rasah dahulu.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri ketika menjawab soalan asal tadi berkenaan dengan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh MOSTI. Saya rasa itu satu yang sangat baik. Cuma saya hendak kemukakan satu masalah. Perkara ini pernah dibincangkan dengan MAFI. Saya rasa kepakaran MOSTI dalam hal ini amat berguna. Apabila kita menghadapi masalah harga ayam tempoh hari, sebab dedak ayam atau makanan ayam banyaknya diimport. Kalau soya, kita fahamlah, cuaca negara ini tidak mungkin kita hendak tanam. Akan tetapi, macam mana dengan jagung, sebab saya percaya cuaca di negara kita sesuai tetapi dengan ada benda-benda, perkara tertentu dari segi sains dan teknologi yang memerlukan kepakaran daripada MOSTI. Jadi, apa pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri, ataupun apakah yang bakal dilakukan, dirancang dan direncanakan oleh MOSTI dalam membantu MAFI supaya makanan ayam yang jagung itu dihasilkan secara tempatan untuk mengurangkan kebergantungan kepada barangan import. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dalam perbincangan dengan MAFI, antara yang dibincangkan adalah tentang usaha untuk melakukan tanaman

secara besar-besaran bijirin jagung ini kerana ayam daging yang diternak di dalam Malaysia ini secara umumnya yang jenis yang pemakanannya bergantung pada dedak bijirin jagung. Apabila melibatkan penanaman secara besar-besaran sudah tentulah elemen teknologi banyak perlu digunakan. Di sini peranan yang mainkan oleh MOSTI bagi memperkenalkan teknologi yang sepertimana yang telah disebut tadi mekanisasi dan sebagainya. Selain daripada itu berkait dengan pemakanan ayam itu sendiri, MOSTI telah membuat kajian tentang black soldier fly yang mana ia merupakan satu alternatif bagi protein ayam pedaging ini yang sedang dalam proses penyelidikan dan tidak lama lagi insya-Allah sedia untuk dilaksanakan pelaksanaannya. Terima kasih atas soalan itu tadi.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya tertarik dengan apa yang telah dilaksanakan dan ditawarkan oleh MOSTI sebanyak 46 penyelesaian teknologi untuk menangani isu sekuriti makanan. Cuma persoalan kita ialah sejauh mana penglibatan anak muda kerana yang celik teknologi dan inovasi ini adalah anak-anak muda. Maka adakah di peringkat kementerian sendiri mempunyai perancangan menyediakan skim latihan anak muda untuk terlibat dan unjuran bilangan yang akan terlibat dalam tempah tiga tahu ke hadapan. Kalau tidak boleh jawab penuh pun bertulis tidak apa. Terima kasih Timbalan Menteri.

Satu yang menarik adalah kebanyakan daripada penyelidikan berkait dengan teknologi baharu daripada start-up yang dibiayai melalui dana MOSTI kebanyakannya adalah datang daripada syarikat melibatkan anak-anak muda. Ini satu berita yang baik yang menunjukkan ketersediaan di kalangan generasi muda bagi menggunakan teknologi baharu di dalam bidang pertanian. Bagi pelaksanaannya sudah tentulah melalui perbincangan dengan MAFI di peringkat akar umbi, MAFI yang akan melaksanakannya. Saya bagi contoh misalnya bagaimana tanaman sayur menggunakan kaedah biasa untuk satu tapak yang sebelum ini kita dapat hasilkan satu batang sawi sahaja. Melalui vertical farming, tapak yang berkenaan boleh menghasilkan sehingga 100 batang sawi. Ini juga termasuk kajian yang mendapati kalau sebelum memerlukan masa 40 hari untuk penuaian, dalam tempoh 20 hari dapat dituai. Jadi ini sudah tentunya akan meningkatkan tarikan untuk anak muda terlibat dalam sektor pertanian yang menghasilkan pulangan yang lebih tinggi dengan produktiviti yang lebih tinggi. Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, salam sejahtera. Menteri MITI banyak berjalan, Atas alasan cari pelaburan, Soalan Hang Tuah Jaya nombor lapan, Mohon jawapan daripada kementerian.

Tuan Yang di-Pertua

[Ketawa] Sempat lagi. Yang Berhormat Timbalan Menteri, silakan.

Shamsul Iskandar bin Mohd AkinPKR · PHHang Tuah Jaya · question

8. Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin [Hang Tuah Jaya] minta Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan jumlah kelulusan Lesen Pengilangan secara 'fast track' melalui platform digital e-Manufacturing License (e-ML) dan apakah mekanisme yang dilakukan oleh kementerian ini berjaya menambah prestasi pelaburan di dalam negara.

Datuk Lim Ban HongTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Platform digital e-Manufacturing License (e- ML) diperkenalkan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA). Bagi permohonan yang diterima oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mulai 1 Jun 2020 bagi mempercepatkan kelulusan lesen pengilang dalam tempoh masa dua hari bekerja untuk projek pengilangan yang bukan sensitif. Bagi tempoh 1 Jun 2020 hingga 7 Julai 2022, sebanyak 1,517 projek telah diluluskan lesen pengilangan melalui platform ini. Inisiatif e-ML ini bertujuan untuk menambah baik dan memudah cara para pelabur menjalankan operasi perniagaan di dalam negara seterusnya meningkatkan prestasi pelaburan. Ia juga selaras dengan Dasar Pendigitalan Kerajaan bagi mempertingkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam. Berkaitan mekanisme ataupun pendekatan yang telah dilaksanakan oleh MITI untuk menarik lebih banyak pelaburan ke dalam negara adalah seperti berikut. Pertama, penggubalan Dasar Pelaburan Baharu Negara yang berteraskan Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) bagi menyasarkan pelaburan berkualiti tinggi, berintensifkan modal dan teknologi dengan berteraskan elemen-elemen alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG). Kedua, penubuhan unit yang dinamakan dengan izin, Project Acceleration and Coordination Unit (PACU) di MIDA dan pelbagai digital platform seperti InvestMalaysia yang dapat mempercepatkan kelulusan dan pelaksanaan projek pelaburan di setiap peringkat. Projek-projek pelaburan terutamanya projek-projek baharu mengambil masa antara 12 hingga 24 bulan untuk dilaksanakan kerana syarikat perlu mendapatkan pelbagai kelulusan dan lesen daripada pihak berkuasa tempatan yang berkaitan seperti pemilihan dan pemilikan tapak, permohonan keperluan utiliti dan permohonan agensi teknikal. Bagi tahun 2019 sehingga Mac 2022 daripada 2,923 projek pengilangan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Nasional Mengenai Pelaburan (NCI) sebanyak 1,755 projek ataupun lebih kurang 60 peratus telah dilaksanakan. Ketiga, pelaksanaan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia bagi membina ekosistem digital yang lengkap serta dasar 4IR negara untuk melengkapi Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia bagi merancakkan pembangunan ekonomi digital. Keempat, penubuhan Pejabat Pelaburan Digital (DIO) dengan kolaborasi digital sepenuhnya antara MIDA dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) bertujuan untuk mengkoordinasi, memantau dan mempercepatkan pelaburan digital di negara ini. Peranan DIO ini adalah sejajar dengan rangka tindakan MyDIGITAL untuk menarik pelaburan bernilai RM70 bilion dalam sektor digital menjelang tahun 2025. Terakhir kelima, pengenalan Pakej Pengecualian Cukai Istimewa bagi menggalakkan syarikat asing memindahkan operasinya atau menubuhkan operasi baharu di Malaysia dan menjadikan Malaysia sebagai pusat rangkaian bekalan antarabangsa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tanya tentang tadi disebut mengenai pelaburan berkualiti tinggi. Akan tetapi kita tengok masih banyak pelaburan yang berkualiti tinggi misalnya Tesla yang bypass Malaysia dengan izin, walaupun kita tahu tadi pihak MITI telah mengadakan banyak misi pelaburan ke luar negara. Antara perkara yang mungkin tidak disentuh tetapi saya percaya ada dalam pembentangan bajet yang lepas iaitu berkait tentang reinvestment allowance tambahan sebanyak lapan peratus yang diperkenalkan kerajaan. Sejauh mana usaha ini dapat menarik minat pelaburan asing dan apakah pencapaian RA setakat ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat Hang Tuah Jaya sebut tentang pelaburan yang mungkin jenama besar. Saya hendak maklumkan bahawa dalam beberapa tahun kebelakangan ini sebenarnya sekiranya kemunculan syarikat jenama besar merupakan pengukuran kepada suasana pelaburan dalam negara,

saya hendak menyebut bahawa Malaysia juga menerima projek-projek yang mempunyai profil yang tinggi. Contohnya dalam senarai kita syarikat AT&S iaitu pengeluaran IC, syarikat Intel, syarikat Risen Energy, syarikat ‘Nexferior Malaysia’ dan begitu juga ada syarikat automotif seperti syarikat Porsche, Mercedec Benz dan juga syarikat Taiyo Yuden yang merupakan pengeluaran kapasitor seramik. Begitu juga dengan syarikat Microsoft dan juga syarikat dari Korea SK Nexilis yang semua ini merupakan syarikat-syarikat berprofil tinggi yang telah sama ada menambah pelaburan ataupun memulakan pelaburan di Malaysia. Ini menunjukkan bahawa Malaysia tetap menjadi pilihan utama kepada pelaburan-pelaburan berjenama tinggi dan sekali gus menunjukkan suasana pelaburan di Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih kepada Timbalan Menteri atas jawapan itu. Soalan tambahan saya adalah apa SOP yang ditetapkan untuk memproses satu permohonan? Apa tempohnya yang ditetapkan dari penerimaan satu permohonan sehingga ia diluluskan? Apa jangka masa yang ditetapkan. Sekiranya pada masa yang ditetapkan untuk memproses habis itu tidak diselesaikan apa prosedur supaya ini tidak akan membuat pemohon berasa kecewa dengan kerajaan kita. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua saya fikir soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Tebrau adalah berkenaan dengan jangka waktu yang berkaitan dengan soalan yang dikemukakan tadi ialah permohonan e-ML. Saya telah sebut dalam jawapan saya tadi sekiranya semua dokumen lengkap, maka tempoh waktu yang diperlukan untuk memproses permohonan lesen pengilangan ataupun ML ini adalah dua hari bekerja. Ini kerana kita mempunyai digital platform, maka segala urusan termasuk informasi ataupun maklumat tambahan yang diperlukan akan disampaikan melalui digital platform ini.

Tambahan pula, kita mempunyai Unit PACU yang saya sebutkan dalam jawapan saya tadi, ini merupakan satu unit ataupun satu platform yang digunakan untuk berurusan dengan para pelabur, termasuk mendapat atau memberi maklumat yang diperlukan oleh para pelabur di Malaysia. Terima kasih.

Kubang Pasu.

Tuan Yang di-Pertua

Sekarang tamatlah sesi— Ada lagi? Sedikit sahaja bercakap.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya peratus pelaburan yang diluluskan dengan realised yang sebenarnya kemudian dilaksanakan. Peratus mungkin untuk tahun sebelum ini dan tahun semasa. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, tadi juga saya sebut dalam jawapan saya berkenaan dengan penubuhan Unit PACU di mana dalam jawapan saya tadi saya memaklumkan bahawa dari tempoh 2019 sehingga Mac 2022 Unit PACU ini yang ditubuhkan di bawah MIDA untuk memberi fasilitasi kepada para pelabur telah menerima 2,923 projek pengilangan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Nasional Mengenai Pelaburan (NCI). Daripada 2,923 buah projek ini, sebanyak 1,755 buah projek telah dilaksanakan, iaitu lebih kurang 60 peratus. Baki 40 peratus ini sedang dalam pelaksanaan kerana tempoh 2019 sehingga Mac 2022 ini ada yang diterima lebih awal, ada yang diterima kemudian. Maka sedang dalam proses. Itu lebih kurang Yang Berhormat dapat tahu dari segi jumlah yang telah dilaksanakan berbanding dengan yang dimohon. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Sekarang tamat sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pada hari ini. Terima kasih Ahli Yang Berhormat semua. [Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

Puan Fuziah binti SallehPKR · PHKuantan

Peraturan mesyuarat.

Tuan Yang di-Pertua

Siapa dahulu tadi?

Puan Fuziah binti SallehPKR · PHKuantan

Kuantan. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya hanya ingin membangkitkan satu peraturan mesyuarat berkenaan dengan sesi soal Jawab Lisan. Dalam sidang yang lepas, telah dibangkitkan bahawa tidak banyak soalan yang dapat dijawab. Pada hari ini saya tunggu dengan tekun dan kita hanya sampai soalan nombor lapan. Telah pun dibahaskan dalam sidang Parlimen yang ketiga belas, berkenaan dengan perkara ini. Oleh sebab itu kita ada timer itu supaya Yang Berhormat Menteri disiplin sedikit. Jangan ambil masa lama sangat untuk menjawab. Sampaikan kita yang menunggu ini tidak dapat hendak tanya soalan. Selalunya kita sampai – kalau kita ikut betul-betul, kita sampai 13,14 soalan. Soalan sampai 14 ataupun 15 kadang-kadang. Ini kita soalan tujuh, lapan. I mean what is the point? Why Ministers take so long tidak kira apa benda ada timer atau tidak, selepas itu yang kita dok tunggu ini, tidak dapat hendak tanya soalan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Shah Alam sekali? Serupa?

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Lain.

Tuan Yang di-Pertua

Oh! Lain. Sekejap. Saya hendak jawab sekejap. Itulah saya sudah banyak kali cakap, mukadimah itu kita kurangkan sedikit. Ini bukan Yang Berhormat Menteri sahaja. Sebelah sini pun serupa. Hendak tanya soalan itu, tanya terus soalan. Mukadimah itu the la-di-das itu cut lah. Terus ke soalan. Jawapan pun serupa. Terus ke jawapan. Ini adalah supaya kita boleh buat yang terbanyak kalau boleh sebab bila yang panjang sangat yang kemudian itu tidak berapa adil bagi saya. Itu sebab saya sudah banyak kali seru tetapi nampak gayanya kurang efektif saya punya pesanan itu. Saya harap selepas ini kalau boleh yang bertanya soalan pun kurangkan mukadimah, yang menjawab pun kurangkan mukadimah. Terus ke isi soalan dan jawapan masing-masing. Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Ya, Peraturan Mesyuarat 36(2). Berhubung dengan persoalan sub judice yang telah dibangkitkan semalam. Yang Berhormat Sepang telah menyerahkan kepada Tuan Yang di-Pertua penghakiman yang telah dibuat oleh Tan Sri Ariff berhubung dengan perbahasan isu yang sub judice, di mana dikatakan bahawa ia bukan satu blanket order, sampai langsung tidak boleh sentuh tajuk itu. Akan tetapi hanya kiranya ia menyentuh ia punya merit dan demerit. Saya perlukan satu keputusan daripada Tuan Yang di-Pertua sama ada takrif yang dikemukakan itu boleh diguna pakai yang mana sekiranya kita hendak dengar dia punya merit dan demerit bererti bahawa kita kena benarkan perbahasan dan selepas itu baru kita tegur. Itu poin yang pertama. Kedua, Tuan Yang di-Pertua, semalam menyebut bahawa tidak mahu dibahas isu Sulu kerana kita tidak mahu dedahkan strategi kita and that the first principle of litigation is the element of surprise. Kalau tidak silap, lebih kurang begitu. Saya hendak jelaskan kepada Tuan Yang di-Pertua mungkin Tuan Yang di-Pertua tersilap. Bukan kita hendak Yang Berhormat Menteri dedahkan kepada kita strateginya. Kita hanya nak penjelasan mengenai fakta-fakta berhubung dengan kes itu. Not to dedahkan strategi. Saya merasakan pelik di mana Ahli Kabinet dan backbenchers sokong kenyataan yang dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua sedangkan kita sebagai pembangkang, kita yakin bahawa Yang Berhormat Menteri cukup pandai dan mampu memahami bahawa bila dia menjawab dalam sini, tak payahlah dia dedahkan strategi, dia hendak bawa ke mahkamah untuk perbicaraan. Kalau dia hendak bawa strategi pun mungkin sebagai decoy. Dia hendak bawa isu lain tetapi dia jawab perkara lain. Itu terpulang kepada Yang Berhormat Menteri. We

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

are confident, dengan izin that the Minister knows how to answer the question and I would implore the Chair. Jangan preempt ataupun presume that the Minister is not capable of answering the questions without exposing the legal strategy that he is going to use semasa dalam mahkamah. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Sepang kerana memberikan saya satu salinan keputusan Yang Arif Tan Sri Ariff.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Sepang tidak mahu bangun hari ini fasal tadi Tuan Yang di-Pertua sebut kacau, serang Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

[Ketawa] Okey, sebenarnya sub judice ini ialah apabila sesuatu perkara itu berada di dalam proses litigation ataupun di dalam undang-undang jenayah, apabila sesuatu perkara itu sudah pasti akan ke mahkamah, walaupun di peringkat siasatan tetapi sudah pasti. Sure sudah hendak ke mahkamah, maka sesuatu discussion secara awam yang boleh dalam apa cara pun mempengaruhi yang mungkin pun mempengaruhi keputusan mahkamah ataupun yang memberikan— yang boleh mencederakan kepentingan orang-orang yang terlibat, maka itu sub judice. Tidak kira, merit kah, atau demerit kah ataupun perkara-perkara lain. Itu dari segi fakta. Itu secara amnya. Akan tetapi di dalam Parlimen, dia pun clear dalam sebagai mana Peraturan Mesyuarat yang saya refer semalam itu, kalau sub judice dan juga pada pendapat saya berkemungkinan mengganggu kepentingan pihak yang terlibat, maka saya tidak boleh benarkan. Bukan saya kata kalau kita bincangkan perkara itu, strategi akan diserlahkan. Akan tetapi maksud saya mungkin akan diserlahkan sebab bila kita bincang, maka perbincangan itu terbuka. Apa yang pihak Yang Berhormat katakan dan apa yang pihak Yang Berhormat Menteri katakan, mungkin akan mengeluarkan strategi, kritikan terhadap strategi itu, mengapa kita buat begitu, mengapa tidak buat begini, mengapa kita tidak buat begini awal lagi, mengapa lambat. Semua ini mengenai strategi Yang Berhormat. Jadi atas dasar itulah, atas sebab itu saya reject.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan penjelasan itu. Akan tetapi seperti mana yang saya sebutkan tadi, akhirnya Yang Berhormat Menteri yang menjawab. Lalu apa isu yang ditimbulkan Yang Berhormat Menteri kena pilihlah. Dia kena pandai. Macam mana dia hendak jawab isu yang mana – apa yang kita hendak tahu, the facts of the case. Kenapa benda ini berlaku? Adakah tindakan Yang Berhormat Pekan menghentikan bayaran yang RM5,300 setahun itu adalah punca segala masalah ini? Mengapa beliau mengambil tindakan itu, atas nasihat siapa? So the Yang Berhormat Menteri dia mesti merupakan seorang yang berwibawa dan mampu memahami apa soalan yang boleh dijawab dan cara hendak jawab dan sebagainya. I would implore kalau boleh isu-isu yang dibawa walaupun di mahkamah, secara umum there should not be a blanket order dan tidak boleh sentuh sama sekali.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Akan tetapi biarlah kita tanya kerana benda ini is of public importance. Semua orang sedang membincangkannya dan inilah tempat yang terbaik untuk mendapatkan penjelasan dan kita serah kepada kebijaksanaan Menteri. Pihak pembangkang, kita yakin Menteri bijak. Pihak sebelah sana nampak macam dia tidak begitu yakin. Itu yang dia sokong penjelasan yang diberikan oleh Tuan Yang di-Pertua berhubung pendedahan strategi itu. Kita yakin Menteri bijak. Menteri daripada Santubong dia tahu apa boleh jawab, apa yang tidak boleh jawab dan sebagainya, insya-Allah. I hope that you will give us some freedom on these issues.

Tuan Yang di-Pertua, sedikit sahaja.

Tuan Yang di-Pertua

Tidak apa, cukup, cukup, cukup.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua, sedikit sahaja.

Tuan Yang di-Pertua

Kita ada Akta Racun ini.

Tuan Yang di-Pertua, sekejap sahaja.

Tuan Yang di-Pertua

Menteri Kesihatan tunggu dari semalam.

Saya rasa, saya ucapkan tahniah kepada kerajaan kerana strategi mereka menyebabkan kita berjaya melihat satu keadaan di mana harta PETRONAS disita. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, saya harap...

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai, sekejap, sekejap. One minute. Saya harap Yang Berhormat Shah Alam pun mempunyai keyakinan terhadap saya... [Ketawa] Jadi saya buat keputusan, so janganlah yakin kepada...

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Tuan Yang di-Pertua, hari ini kita banyak suka sama Tuan Yang di-Pertua, banyak lembut. Kalau hari-hari ini macam, lagi bagus. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua... [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Can we start?

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Ya, Point of Order 36(4). Ini berkaitan dengan kesalahan Ahli-ahli Dewan yang menggunakan bahasa biadab atau membuat penyataan yang seksis.

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan 30?

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Peraturan Mesyuarat 36(4). Saya terpanggil untuk menimbulkan point of order ini kerana ia memang sesuatu yang amat memalukan kepada Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua

Apakah itu?

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Lebih-lebih lagi apabila perkataan kesat dan juga vulgar, dengan izin, dikeluarkan oleh Yang Berhormat Pasir Salak ke atas Ahli Parlimen wanita yang didengar dengan jelas sehingga semua Ahli Parlimen bangun meminta beliau...

Tuan Yang di-Pertua

Bila, bilakah?

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

...Menarik balik kenyataan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua

Bila, bila, bila...?

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Sehingga sekarang beliau tidak menafikan. Beliau ada mengeluarkan perkataan kesat tersebut.

Tuan Yang di-Pertua

Bila, bila- when?

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

I think semalam, semalam.

Tuan Yang di-Pertua

Oh!

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

No. The day before, kelmarin. The day before. Kelmarin.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Yesterday.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Yesterday, a day before. Yes.

Kelmarin, kelmarin.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Yes, a day before, yes. Sehingga Tuan Yang di-Pertua perkara ini dipaparkan dalam muka hadapan The Star. Di mana dalam tajuk, “A nasty Din” dengan izin, “...over bill”. The Anti-sexual Harassment Bill has finally been passed, 10 years after it was first proposed, but not before Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman caused a ruckus, harassing female MPs and even uttering an expletive in the House. Dengan izin, “expletive” ialah bahasa kesat. A rash of criticism against the outspoken MP shows exactly while the bill is badly needed. So, di sini ini adalah muka hadapan The Star. The Star saya ingat Tuan Yang di- Pertua pun tahu, bukanlah surat khabar pembangkang. Ia jelas menunjukkan bahawa Yang Berhormat Pasir Salak ada mengeluarkan satu perkataan lucah dan kesat yang tidak harus didengar dalam Dewan yang mulia ini... [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya harap Tuan Yang di-Pertua boleh panggil dia. Janganlah main-main dalam perkara ini. Kalau ada sebut, silap, tarik balik, minta maaf. Sekiranya dia tidak mengeluarkan kenyataan tersebut, nyatakan dengan jelas bahawa dia tidak keluarkan kenyataan dan kita akan cabar dia. Kalau dia berani, angkat sumpah bahawa dia tidak keluarkan kenyataan kesat kerana semua dengar di sini. Saya minta Tuan Yang di-Pertua, kalau ada sesuatu yang berlaku yang salah, ini mesti dibetulkan kerana anda merupakan Pengerusi. A right- you must right the wrong. Kalau tidak, saya rasa tidak ada makna untuk kita mengambil bahagian dalam Dewan yang mulia ini di mana seorang Ahli Parlimen boleh keluarkan kenyataan kesat dan dia pula hendak mewakili negara untuk menjadi duta bagi Malaysia. Malu betul.

Tuan Yang di-Pertua

Okey Yang Berhormat Bagan. Baik, Yang Berhormat Bagan.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bagan, cukuplah.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

...Seorang duta yang keluarkan bahasa kesat, ini tidak akan memperbaiki hubungan yang penting bagi Malaysia dengan Indonesia.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Secara terang- terangnya bukan sayalah waktu itu yang pengerusi kan ya. Saya tidak tahu sama ada waktu itu Yang Berhormat Timbalan Speaker, Dato’ Rashid Hasnon atau Dato’ Ramli. Biar saya bincang dengan Pengerusi Majlis pada waktu itu untuk mengetahui, apa sebenarnya yang terjadi.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Please call him up, dengan izin, please call him up urgently, Yang Berhormat Pasir Salak. This is no laughing matter. Itu satu perkara yang penting untuk martabat Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua

Okey, okey. Ya, martabat.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Juga untuk wanita. How can he have used it against the female MPs? Kita kena hormati wanita.

Tuan Yang di-Pertua

Okey Yang Berhormat. Akan tetapi hormat itu is a double- edged sword, ya.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Ya.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Tidak, tidak, tidak. It was unprovoked.

Tuan Yang di-Pertua, it was unprovoked.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Cukup, cukup. Duduk, duduk. Okey, cukup. Cukup, cukup, cukup. Saya akan tanya kepada Yang Berhormat Pengerusi Majlis pada waktu itu Yang Berhormat ya. Biar saya tangani perkara ini. Okey. Cukup-cukup...

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua, saya saksi.

Tuan Yang di-Pertua

Cukup, cukup. Tunggu lah, saya kena tanya Pengerusi dahulu. Okey. Cool. Duduk, duduk. Saya tahu harapan Yang Berhormat. Silakan Setiausaha.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Saya harap Tuan Yang di-Pertua, kita boleh buat satu keputusan hari ini, selepas Tuan Yang di-Pertua berbincang dengan Timbalan Speaker, kita buat keputusan hari ini juga ya. Terima kasih.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG RACUN (PINDAAN) 2022 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Tuan Khairy Jamaluddin Abu BakarUMNO · BNMenteri Kesihatan · Rembau

Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mengemukakan rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Racun 1952 [Akta 366]. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Keluarga Malaysia sihat sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, Akta 366 mula berkuat kuasa pada 1 September 1952 di Malaysia Barat dan 1 Jun 1978 di Malaysia Timur bertujuan untuk mengawal pengimportan, pemilikan, pengilangan, penyebatian, penyimpanan, pengangkutan, penjualan dan penggunaan racun seperti yang disenaraikan di bawah senarai racun dalam Jadual Pertama Akta 366 dan bahan-bahan psikotropik yang disenaraikan di bawah Jadual Ketiga Akta 366. Akta 366 dicadangkan untuk dipinda bagi memperkukuhkan kawalan ke atas racun dan bahan psikotropik serta memberi fleksibiliti dalam pengendalian racun untuk tujuan yang sah di samping mengemas kini Akta 366 agar selaras dengan keperluan semasa. Untuk makluman semua Ahli Dewan, akta ini dipinda kali terakhir pada tahun 1988, melalui Akta Racun (Pindaan) 1988 [Akta A695] yang antara lain memperuntukkan kesalahan berkaitan bahan psikotropik. Buat masa ini, terdapat lebih daripada 1,600 bahan disenaraikan di bawah senarai racun, Jadual Pertama Akta 366 sebagai racun. Manakala terdapat 82 bahan disenaraikan di bawah Jadual Ketiga Akta 366 sebagai bahan psikotropik. Semasa Akta 366 ini mula dikuatkuasakan pada tahun 1952, hanya terdapat 140 bahan yang disenaraikan sebagai racun. Penambahan racun baru adalah berdasarkan bahan kimia yang baru muncul dan memberi risiko kepada masyarakat sekiranya tidak dikawal sebagai racun. Penambahan lebih daripada 1,500 racun baru dalam tempoh 70 tahun dan peruntukan kawalan racun yang dipinda terakhir pada 33 tahun yang lalu, memberi bayangan terdapat keperluan untuk memperkukuhkan kawalan ke atas racun dan bahan psikotropik. Bagi memperkukuhkan kawalan ke atas racun dan bahan psikotropik, Akta 366 dipinda antara lain dengan memperuntukkan kesalahan berkaitan pembelian racun daripada pemborong yang bukan pemborong berlesen dan dengan memperkenalkan seksyen baharu 26A ke dalam Akta 366 yang memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Kesihatan untuk mengeluarkan arahan bagi pelaksanaan seksyen 26 di bawah Akta 366, yang mana keingkaran untuk mematuhi arahan tersebut merupakan suatu kesalahan.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu BakarUMNO · BNMenteri Kesihatan · Rembau

Peruntukan berkaitan pengkompaunan kesalahan juga dimasukkan serta kuasa- kuasa penguatkuasaan turut diperkemas dan diperkukuhkan agar kawalan dan penguatkuasaan ke atas racun dan bahan psikotropik dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Beberapa peruntukan penalti juga ditingkatkan bagi memastikan pesalah menerima hukuman yang setimpal dan seterusnya mencegah kesalahan ini daripada dilakukan. Bagi memberi fleksibiliti dalam pengendalian racun untuk tujuan yang sah dan memastikan pindaan Akta 366 selaras dengan keperluan semasa, beberapa peruntukan telah dikemas kini. Peruntukan berkaitan dokumen dan perekodan diberi fleksibiliti untuk dibuat dalam bentuk elektronik tertakluk kepada keperluan tertentu. Ahli Farmasi Berdaftar juga dibolehkan menjual atau membekal racun secara runcit tanpa keperluan Lesen Jenis A di premis yang telah pun mempunyai seorang ahli farmasi yang berlesen di bawah Jenis A. Beberapa takrifan juga telah diperkenalkan, dipinda atau dipotong selaras dengan pemakaian semasa. Selain daripada itu, keperluan untuk menyiarkan senarai maklumat pelesenan dalam warta turut dipotong kerana ia adalah tidak lagi praktikal. Justeru, cadangan pindaan Akta 366 yang dibuat adalah amat penting bagi memastikan kesinambungan aktiviti kawalan racun dan bahan psikotropik serta meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan Akta 366. Cadangan pindaan kepada akta ini dibuat bagi membolehkan ia kekal relevan serta kalis masa hadapan atau dengan izin, future-proof. Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Racun (Pindaan) 2022 diwujudkan bertujuan untuk meminda seksyen 237 (15), (16), (17), (18), (19), (21), (23), (24), (26), (30), (31), (32), (35) dan Jadual Ketiga memotong seksyen 28 serta menambah seksyen baharu 4A, 26A, 31A, 31B, 31C, 31D, 31E, 31F, 32A, 34A, 34B dan 34C kepada Akta Racun 1952 atau Akta 366, 23 fasal yang dicadangkan adalah seperti berikut. Fasal 1 mengandungi “tajuk ringkas” yang bertujuan untuk memberi Menteri kuasa untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan termasuk kuasa untuk menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan akta yang dicadangkan. Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 2, Akta 366 untuk memasukkan takrif baru dan meminda takrif sedia ada berkaitan dengan istilah tertentu yang digunakan dalam Akta 366. Fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 3, Akta 366 untuk menukar nama Malaysian Pharmaceutical Association kepada Malaysian Pharmacists Society agar sejajar dengan nama yang digunakannya sekarang. Fasal 4 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 4A ke dalam Akta 366 yang membolehkan ketetapan diluluskan tanpa mesyuarat, tertakluk kepada syarat tertentu. Fasal 5 bertujuan untuk meminda perenggan 7(3)(b), Akta 366 untuk mengecualikan penjualan atau pembekalan bagi mana-mana racun oleh seseorang yang bekerja di mana-mana hospital atau institusi lain yang mana penyakit haiwan dirawat daripada pemakaian Akta 366 jika penjualan atau pembekalan itu dibuat dalam perjalanan tugasnya untuk kegunaan dalam wad, bilik bedah atau bahagian lainnya. Fasal 6 bertujuan untuk meminda seksyen 15, Akta 366 untuk membolehkan pemborong berlesen untuk menjual racun kepada seseorang yang memerlukan racun itu bagi maksud pematuhan kepada mana-mana undang-undang bertulis bagi rawatan perubatan pekerjanya dalam mana-mana perniagaan atau perdagangan. Fasal ini juga bertujuan untuk memperuntukkan kesalahan kepada orang tertentu yang membeli racun daripada pemborong, selain daripada pemborong berlesen. Fasal 7 bertujuan untuk meminda seksyen 16, Akta 366 untuk membenarkan penjualan apa-apa racun secara runcit oleh Ahli Farmasi Berdaftar di premis atau dari premis yang dinyatakan dalam lesen yang dikeluarkan di bawah Akta 366 dan untuk memasukkan subseksyen (4)(a) yang baharu untuk membolehkan Ahli Farmasi Berlesen

Tuan Khairy Jamaluddin Abu BakarUMNO · BNMenteri Kesihatan · Rembau

menyimpan rekod Ahli Farmasi Berdaftar yang bertugas atau bekerja di premis yang Ahli Farmasi Berlesen itu dilesenkan untuk menjual racun secara runcit. Fasal 8 bertujuan untuk meminda subseksyen 17(1) Akta 366 untuk membolehkan mana-mana racun dijual atau dibekalkan kepada mana-mana orang yang berumur kurang daripada 18 tahun untuk tujuan rawatan pergigian. Fasal 9 bertujuan untuk meminda perenggan 18(1)(b) Akta 366 bagi memperuntukkan bahawa penjualan atau pembekalan Racun Bahagian (1) secara runcit boleh dilakukan oleh atau di bawah pemantauan secara langsung Ahli Farmasi Berdaftar di premis atau dari premis yang Ahli Farmasi Berlesen dilesenkan untuk menjual racun secara runcit dengan syarat penjualan atau pembekalan tersebut adalah dilaksanakan mengikut terma atau syarat yang terkandung dalam lesen yang dikeluarkan kepada Ahli Farmasi Berlesen itu. Fasal 10 bertujuan untuk meminda seksyen 19, Akta 366 sebagai pindaan berbangkit daripada pemasukan istilah baru iaitu “Doktor Veterinar Berdaftar”. Fasal 11 bertujuan untuk meminda seksyen 21, Akta 366 untuk memperkatakan kehendak yang dikenakan ke atas preskripsi elektronik termasuklah kehendak bagi tandatangan digital dilakukan mengikut Akta Tandatangan Digital 1997 ataupun Akta 562. Fasal 12 bertujuan untuk meminda subseksyen 23(1), Akta 366 untuk memperuntukkan bahawa Racun Kumpulan D boleh dibekalkan atau dijual secara runcit oleh Ahli Farmasi Berdaftar. Fasal 13 bertujuan untuk meminda seksyen 24, Akta 366 sebagai pindaan berbangkit daripada pemasukan istilah baharu “Doktor Veterinar Berdaftar” dan pindaan perkataan “buku” kepada “daftar”. Fasal 14 bertujuan untuk meminda seksyen 26 Akta 366 untuk memansuhkan pengeluaran Lesen Jenis C kepada penjual yang disenaraikan untuk menjual secara runcit dan menyimpan Racun Kumpulan F memandangkan lesen itu tidak lagi dikeluarkan untuk tempoh masa yang panjang dan tidak lagi digunakan. Fasal ini juga bertujuan untuk menjadikan satu kesalahan bagi mana-mana orang yang melanggar mana-mana terma atau syarat mana-mana lesen yang dikeluarkan di bawah Akta 366. Fasal 15 bertujuan untuk memasukan seksyen baharu 26A ke dalam Akta 366 untuk memberi Ketua Pengarah Kesihatan kuasa untuk mengeluarkan arahan sebagaimana yang difikirkan perlu atau sesuai manfaatnya olehnya bagi pelaksanaan Akta 366 berkaitan lesen. Fasal 16 bertujuan untuk memotong seksyen 28 yang mengehendaki senarai tahunan semua orang yang dilesenkan di bawah Akta 366 disenaraikan memandangkan di bawah seksyen 27, seorang Pegawai Pelesenan untuk setiap negeri telah pun dikehendaki untuk menyimpan Daftar Lesen yang dikeluarkan di bawah Akta 366. Fasal 17 bertujuan untuk meminda seksyen 30 Akta 366 untuk menaikkan penalti bagi kesalahan yang berhubungan dengan pengimportan, pengeksportan, pembuatan, penyebatian, pencampuran, pendispensasian, penjualan, pembekalan, pemberian pemilikan atau penggunaan mana-mana bahan psikotropik yang tidak mengikut mana- mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta 366.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu BakarUMNO · BNMenteri Kesihatan · Rembau

Pindaan dibuat dengan menaikkan penalti daripada denda tidak melebihi RM10 ribu atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya kepada denda tidak melebihi RM100 ribu atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. Fasal 18 bertujuan untuk meminda seksyen 31 Akta 366 untuk menghendaki Pegawai Penguatkuasa Dadah mengemukakan pemberian kuasa yang diberikan kepadanya secara bertulis oleh Pegawai Pelesenan jika diminta oleh orang yang terhadapnya kuasa Pegawai Penguatkuasa Dadah itu digunakan.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu BakarUMNO · BNMenteri Kesihatan · Rembau

Fasal 19 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 31A, 31B, 31C, 31D, 31E dan 31F ke dalam Akta 366. Seksyen baharu 31A yang dicadangkan bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi kuasa pegawai diberi kuasa yang berhubungan dengan penguatkuasaan pemeriksaan dan penyiasatan. Seksyen baharu 31B yang dicadangkan mengandungi peruntukan yang berhubungan dengan kuasa pegawai diberi kuasa untuk menggeledah premis dan menyita apa-apa bahan dan artikel yang disyaki telah melanggar Akta 366. Seksyen baharu 31C yang dicadangkan bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi kuasa pegawai untuk diberi kuasa untuk memasuki premis atau tanah pada bila-bila masa bagi maksud memastikan pematuhan Akta 366. Seksyen baharu 31D yang dicadangkan bertujuan untuk mengenakan obligasi ke atas mana-mana orang dikehendaki oleh pegawai diberi kuasa untuk memberi maklumat atau dokumen. Seksyen baharu 31E yang dicadangkan bertujuan untuk memberi kuasa kepada pegawai yang diberi kuasa untuk mengakses apa-apa maklumat yang direkodkan dan data berkomputer. Seksyen baharu 31F yang dicadangkan bertujuan peruntukan memperuntukkan bahawa tiada kos ganti rugi berbangkit daripada kemasukan, penyitaan boleh didapatkan kembali melainkan jika kemasukan, penggeledahan, penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah. Fasal 20 bertujuan untuk meminda seksyen 32 Akta 366 untuk meningkatkan penalti am yang diperuntukkan di bawah seksyen ini daripada denda tidak melebihi RM3,000 atau pemenjaraan selam tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya kepada denda tidak melebihi RM50 ribu atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahu atau kedua-duanya. Pindaan ini juga bertujuan untuk meningkatkan penalti bagi apa-apa perbuatan atau peninggalan yang berhubungan dengan kemungkiran, sengaja atau kecuaian salah yang membahayakan atau berkemungkinan membahayakan nyawa manusia. Fasal 21 bertujuan peruntukan memasukkan seksyen baharu 32A ke dalam Akta 366 untuk memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Kesihatan atau mana-mana Pegawai Penguatkuasa Dadah yang dilantik oleh Ketua Pengarah Kesihatan selepas mendapat keizinan bertulis daripada Pendakwa Raya untuk mengkompaun mana-mana kesalahan yang ditetapkan oleh Menteri dengan persetujuan Pendakwa Raya sebagai kesalahan yang boleh dikompaun di bawah Akta 366. Fasal ini juga menyatakan tatacara pengkompaunan kesalahan itu. Fasal 22 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 34A, 34B, 34C ke dalam Akta 366. Seksyen baharu 34A bertujuan melindungi Pegawai Pelesenan, pegawai diberi kuasa, Ahli Lembaga Racun, mana-mana orang yang lain yang bertindak atas Pegawai Pelesenan, pegawai diberi kuasa atau Lembaga Racun pada apa-apa tindakan, pendakwaan bagi apa-apa tindakan yang telah dilakukan jika tindakan itu dibuat dengan suci hati. Seksyen baharu 34B bertujuan mengadakan peruntukan bagi keterangan agent provocateur. Seksyen baharu 34C bertujuan memperuntukkan bahawa pesanan bertulis di bawah seksyen 15 atau seksyen 23 dalam bentuk mesej elektronik yang dihasilkan berdasarkan Akta Perdagangan Elektronik 2006 dan mematuhi kehendak yang ditetapkan di bawah Akta 366 hendaklah memuaskan kehendak Akta 366 berkenaan dengan mesej elektronik. Fasal 23 bertujuan peruntukan meminda seksyen 35 Akta 366 mengenai kuasa Menteri untuk membuat peraturan.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu BakarUMNO · BNMenteri Kesihatan · Rembau

Tuan Yang di-Pertua, secara keseluruhannya Rang Undang-undang Racun (Pindaan) 2022 merangkumi 23 fasal. Sebelum rang undang-undang ini dibahaskan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, izinkan saya menjelaskan beberapa pindaan kepada Akta 366. Keperluan pindaan kepada seksyen 3 adalah untuk menukar nama Malaysian Pharmaceutical Association dengan nama terbaharu pertubuhan tersebut dan tidak melibatkan perubahan kepada Ahli Lembaga Racun. Tambahan seksyen 4A baharu membolehkan ketetapan diluluskan tanpa Mesyuarat Lembaga Racun tertakluk kepada syarat yang ditetapkan di bawah peruntukan tersebut. Keperluan pindaan kepada seksyen 31 dan tambahan seksyen baharu 31A, 31B, 31C, 31D, 31E, 31F, 34A dan 34B adalah untuk memperkemaskan kuasa-kuasa yang diberikan kepada pegawai yang diberi kuasa untuk menguatkuasakan Akta 366. Manakala pindaan kepada seksyen 30 dan 32, antara lain untuk meningkatkan penalti bagi kesalahan yang melibatkan bahan psychotropic dan racun serta peruntukan berkaitan pengkompaunan kesalah juga dimasukkan melalui penambahan seksyen baharu 32A. Selain daripada itu, pindaan dibuat untuk membolehkan pembekalan, penjualan secara runcit racun kumpulan B, C dan D dibuat oleh ahli farmasi berdaftar di premis atau dari premis yang ahli farmasi berlesen dilesenkan untuk menjual racun secara runcit seperti di bawah seksyen 16, 18 dan 23 serta memberi fleksibiliti dalam pengekodan, pesanan bertulis dan preskripsi. Dalam hal ini, pindaan yang dicadangkan dalam seksyen 24 di mana istilah ‘book’ dipinda kepada ‘register’ bagi membolehkan rekod boleh dibuat dalam bentuk selain daripada buku termasuk bentuk elektronik. Selanjutnya pesanan bertulis di bawah seksyen 15 dan 23 boleh dibuat secara elektronik menurut seksyen 34C manakala preskripsi boleh dibuat secara elektronik menurut seksyen 21. Pindaan Akta 366 juga dicadangkan untuk memperuntukkan kesalahan kepada orang yang tertentu yang membeli racun daripada pemborong selain daripada pemborong berlesen seperti yang dicadangkan dalam pindaan seksyen 15 dan memperuntukkan kesalahan bagi keingkaran arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan. Tuan Yang di-Pertua, pindaan Akta 366 ini akan memberikan kesan positif seperti berikut: (i) memastikan pihak industri dan profesional kesihatan meliputi ahli farmasi pengamal perubatan, pengamal pergigian dan doktor veterinar bertanggungjawab dan berakauntabiliti dalam industri yang melibatkan pengendalian racun dan juga bahan psychotropic; dan (ii) menjamin keselamatan dan kesihatan rakyat serta alam sekitar kerana racun dan bahan psychotropic yang dikawal di bawah Akta 366 adalah bahan-bahan aktif pharmaceutical dan bahan kimia industri yang berpotensi untuk disalahgunakan dan dipesongkan untuk tujuan yang tidak sah seterusnya menggugat keselamatan dan kesihatan awam dan juga imej negara. Sebagai contoh, pseudoephedrine adalah bahan yang digunakan dalam sediaan ubat selesema atau batuk. Akan tetapi pseudoephedrine juga digunakan dalam penghasilan dadah metamfetamin ataupun lebih dikenali sebagai syabu. Sejumlah 1.5 kilogram pseudoephedrine boleh menghasilkan satu kilogram syabu mengikut kaedah sintesis yang digunakan. Dos yang sering diambil oleh seorang penagih syabu adalah antara lima miligram hingga 60 miligram, iaitu satu kilogram syabu boleh disalahgunakan oleh 200 ribu penagih dengan mengambil kira penggunaan lima miligram seorang. Merujuk kepada satu kes kira-kira empat tahun yang lepas, sebanyak 60 kilogram syabu telah dirampas di kawasan saya Rembau pada 14 Februari 2018. 60 kilogram bayangkan. Jumlah tersebut juga mampu mengakibatkan kematian sejumlah 300 ribu orang dengan mengambil kira 200 miligram sebagai dos yang boleh menyebabkan overdose.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu BakarUMNO · BNMenteri Kesihatan · Rembau

Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, syabu bukan sahaja mengakibatkan ketagihan dalam kalangan pengguna tetapi sering dikaitkan dengan keadaan psychosis sehingga ada yang sanggup membunuh ahli keluarga dan kenalan rapat seperti yang dilaporkan di akbar sejak beberapa tahu yang lalu.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu BakarUMNO · BNMenteri Kesihatan · Rembau

Sebagai contoh, seperti dilaporkan di akhbar pada 12 Mac 2022. Angkara berebut dan tidak mahu berkongsi dadah, seorang lelaki sanggup menikam adik kembarnya di Kampung Seri Cheeding, Kuala Langat dan seorang lelaki mengelar leher ibu kandung di Kampung Batu 5 di Gurun pada 10 November tahun lepas. Kejadian ini mengimbas semula beberapa kejadian pernah berlaku sebelum ini akibat penagihan dadah dan masih berterusan sehingga kini. Ini merupakan satu contoh sahaja. Banyak contoh lagi yang saya boleh kemukakan yang melibatkan racun yang lain. Ethyl ether, red phosphorus, ephedrine sulfate dan lain-lain. Keadaan ini bukan sahaja merugikan negara, malah meruntuhkan institusi kekeluargaan di negara kita. Akta ini juga penting untuk membenarkan penggunaan dokumen dalam bentuk elektronik selaras dengan perkembangan teknologi dan memantapkan penguatkuasaan dan penyiasatan yang boleh dijalankan oleh pegawai yang diberi kuasa. Justeru, terdapat keperluan yang mendesak untuk meningkatkan dan memantapkan penguatkuasaan melalui pindaan ini bagi menangani situasi semasa pada hari ini. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada yang menyokong?

Datuk Aaron Ago DagangPRS · GPSTimbalan Menteri Kesihatan II · Kanowit

Saya mohon menyokong Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Racun 1952 dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan. Saya mempunyai senarai pembahas. Perbahasan akan dimulakan oleh Yang Berhormat Pontian, diikuti oleh bekas Yang Berhormat Menteri Kesihatan Yang Berhormat Kuala Selangor dan kemudian Ahli-ahli Yang Berhormat berikut. Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Sibu, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Bandar Kuching, Yang Berhormat Sepang; dan akhir sekali Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Dipersilakan Yang Berhormat Pontian, 10 minit Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pertama saya menyokong pindaan akta ini. Sebagai contoh, kesalahan berkaitan bahan psikotropik. Peruntukan semasa denda cuma RM10 ribu, atau penjara empat (4) tahun atau kedua-duanya. Cadangan pindaan denda RM100 ribu, penjara lima (5) tahun atau kedua-duanya. Saya ingin bertanya, setakat ini jumlah kes yang telah dikenakan denda mengenai kesalahan berkaitan bahan psikotropik. Seterusnya, kesalahan menghalang tindakan penguatkuasaan. Peruntukan semasa denda RM3,000, penjara satu (1) tahun, atau kedua-duanya. Cadangan pindaan, denda RM10 ribu, penjara dua (2) tahun atau kedua-duanya. Sekali lagi saya ingin bertanya, jumlah kes yang sudah diambil tindakan? Cadangan pindaan tujuh kenaikan penalti juga kesalahan berkaitan keperluan merekodkan ini tiada pindaan. Kesalahan berkaitan racun selain daripada perekodan, maksimum RM3,000 menjadi RM50 ribu.

Kesalahan yang boleh mengancam nyawa. Ini baguslah ya daripada denda cuma RM5,000 atau penjara dua (2) tahun atau kedua-duanya, kepada maksimum denda RM200 ribu, atau penjara sepuluh (10) tahun atau kedua-duanya. Saya ingin bertanya mengenai kesalahan yang boleh mengancam nyawa itu yang denda RM5,000 dan dua (2) tahun itu, berapa jumlah kes yang sudah diambil tindakan? Tuan Yang di-Pertua, sekarang sudah ada 1,600 bahan yang disenaraikan sebagai racun sebagai mana Yang Berhormat Menteri sebut tadi. Dahulu hanya ratusan sahaja. Bererti, akta ini perlu diperkemas kerana ada keperluan untuk mengawal, mengimport, memiliki, mengilang, penyebatian, penyimpanan, pengangkutan, penjualan dan penggunaan. Bagi elemen penggunaan, akta ini baik kerana terdapat keperluan di dalam mengurus terutamanya tentang bahan-bahan di bawah kategori racun iaitu bahan atau ubat psikotropik yang boleh mengubah sikap dan emosi seseorang. Ubat ini sangat mudah disalahgunakan kerana sudah tentu mendapat permintaan yang tinggi bagi mereka yang pernah terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Perkembangan terbaharu misalnya menjadi cabaran apabila kelonggaran menggunakan ganja untuk tujuan rekreasi dan pemakanan di negara jiran. Penggunaan ketum sebagai minuman kemudiannya dicampurkan dengan elemen ubat batuk yang dibeli dari farmasi juga merupakan contoh betapa mudahnya penyalahgunaan berlaku. Pindaan ini penting untuk memastikan bahan-bahan dikendalikan oleh mereka yang berautoriti sebagai contoh jika bahan psikotropik disalahgunakan selama dua minggu, ia boleh menyebabkan kebergantungan atau ketagihan. Ini menunjukkan ubat ini sangat bahaya jika disalahgunakan. Saya juga ingin bertanya pada Yang Berhormat Menteri ubat yang mempunyai bahan yang berasaskan psikotropik dan ketum mampu menyebabkan kemudaratan itu di kalangan pengguna sekiranya pembelian dan tujuan penggunaan digunakan untuk menghasilkan bahan lain. Jadi, saya ingin bertanya mengenai ketum ini sebab Yang Berhormat Menteri tidak sebut perkataan ketum tadi ya. Seterusnya, memandangkan akta ini dipinda untuk pengurusan yang lebih cekap, saya ingin bertanya, siapakah authorized officer yang akan menguruskan data yang melibatkan pengedaran dan pembekalan bahan-bahan itu? Saya juga ingin bertanya, sekiranya pembekalan dan penggunaan bahan ini dilakukan di pelantar minyak, kapal-kapal persiaran atau perdagangan, siapakah yang terlibat untuk menguruskan bahan-bahan ini? Bagaimana kolaborasi antara ahli farmasi, penguat kuasa dan keselamatan akan berlaku untuk memastikan pengurusan dan penggunaan bahan-bahan ini boleh dilakukan di farmasi seluruh negara. Dalam pindaan seksyen 18, seksyen 21 disebut “farmasi berlesen”, “farmasi berdaftar”. Saya ingin mencadangkan agar kaedah kerjasama GLC dan swasta untuk mewujudkan farmasi berlesen dan berdaftar ini di pekan-pekan kecil dan juga di luar-luar bandar. Seterusnya, saya juga ingin menyentuh tentang perlunya kawalan pada produk- produk palsu yang diubahsuai tanpa kelulusan kementerian dan penipuan kelulusan. Setakat mana berlaku dan pembanterasan? Akhir yang saya ingin nyatakan di sini ialah kawalan harga Yang Berhormat Menteri. Kawalan harga pada ubat-ubatan yang perlu untuk rakyat perlulah dilakukan. Sebagai contoh, RTK kit- ujian kendiri asalnya RM39.90. Selepas itu dipintaskan oleh kementerian jadi RM19.90. Selepas itu kementerian- Yang Berhormat Menteri Kesihatan terima kasih bersama dengan KPDNHEP dia turun 87.7 peratus, sehingga kurang daripada RM5. Jadi dengan lain perkataan jika RTK semasa COVID-19 kita boleh turunkan bererti ubat-ubat yang perlu juga untuk rakyat boleh juga diturunkan. Itu yang ingin saya..

Yang Berhormat Pontian, ada penjelasan sedikit.

Ya, sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya pada Yang Berhormat Pontian, mohon pandangan Yang Berhormat Pontian mengenai denda-denda yang disebutkan tadi ataupun hukuman kewangan daripada RM10 ribu kepada RM100 ribu. Satu lagi tadi RM5,000 kepada RM200 ribu, kalau kes yang boleh melibatkan kematian. Adakah pada pandangan Yang Berhormat Pontian kenaikan ini munasabah kerana last sekali kita pinda ini 30 tahun yang lalu kalau kata Yang Berhormat Menteri tadi. Jadi, mungkin kenaikan daripada RM10 ribu ke RM100 ribu ini merupakan kenaikan berdasarkan inflasi bukan kerana keseriusan kesalahan tersebut. Jadi, ada kemungkinan sepatutnya lebih berat lagi hukuman kewangan ini kecuali yang tadi dari RM5,000 kepada RM200 ribu, itu nampaknya bukan kerana inflasi tetapi kerana keseriusan kesalahan tersebut. Apakah pandangan Yang Berhormat Pontian?

Ya, kalau kita melihat akta- akta lain, saya bukan Yang Berhormat Menteri tetapi saya ada nota di tangan saya ini daripada penyelidikan. Gagal patuh pada syarat lesen seksyen 19, Akta Peranti Perubatan. Ini kita lihat akta yang lain. Penaltinya RM100 ribu misalnya. Penjualan peranti perubatan tidak berdaftar, penaltinya RM200 ribu misalnya. Kemudian, akta contoh akta lain kemudahan jagaan kesihatan swasta. Jika berlaku kesihatan swasta tanpa kelulusan, klinik perubatan tanpa pendaftaran, dendanya RM300 ribu dan penjara enam (6) tahun. Jadi, saya kira apa dicadangkan oleh pihak kementerian untuk denda-denda baharu ini adalah munasabah. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Yang Berhormat Kuala Selangor selaku bekas Menteri, 15 minit Yang Berhormat.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera semua. Saya mengucapkan terima kasih banyak kepada Tuan Yang di-Pertua yang memberikan saya 15 minit walaupun saya bersedia untuk perbahasan lima minit tetapi satu tawaran yang sangat baik berdasarkan rang undang-undang pindaan yang dikatakan tadi. Akta 336 ini bukan 70 tahun lebih, tetapi 33 tahun- the last kita memindanya.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Apa pun, sepertimana yang ditegaskan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan sebentar tadi, saya kira noktah pertama, saya kira pindaan ini telah dicerakin dan telah diperhatikan dengan baik, menyeluruh, meskipun saya terpaksa akui ada perkara-perkara yang sengaja tidak mahu dimasukkan berdasarkan beberapa kali Akta Racun ini telah dibentangkan dan ditarik balik termasuklah ketika dalam pemerintahan PH yang lalu. Lalu, saya sangat memahami tujuannya adalah untuk tidak membawa polemik dan kontroversi khasnya tentang kratom ataupun ketum- mitragynine alkaloid itu, yang sehingga hari ini masih boleh ditanam beribu-ribu ekar di Kedah tetapi tidak boleh dituai dan diproses. Kesemua itu saya kira merupakan perkara yang tidak perlu kita polemikkan sehingga until the cows come home, dengan izin. Kita boleh bincang sampai bila-bila, sampai kiamat pun nampaknya tidak ada penyelesaian. Jadi, saya terima baik beberapa pindaan, bahkan pindaan-pindaan yang telah dibuat. Pindaan itu rata-ratanya adalah untuk memperkukuhkan pengurusan atau management, pengimportan, pemilikan, pengeluaran dan penjualan. Meskipun ada beberapa perkara yang saya akan bangkitkan. Saya perhatikan bahawa sepertimana Yang Berhormat Pontian sebutkan tadi, ada pihak-pihak khasnya daripada pengamal perubatan yang melihat kepada peningkatan penalti itu sebagai semacam satu isyarat untuk memberikan tekanan kepada pengamal

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

perubatan. Berbincang dengan kawan-kawan di sebelah sini khasnya di kalangan fraternity perubatan, sukar untuk kita menetapkan atau memutuskan sama ada ia sesuatu yang melampau kerana ia melibatkan nyawa, ia melibatkan kesihatan, melibatkan well- being, melibatkan health ataupun kemudaratan kepada kesihatan. Lalu, perkara itu saya yakin akan terus menjadi polemik. Ada pihak-pihak tertentu mengatakan bahawa seolah-olah ia akan menekan hal preskripsi ataupun dispensing yang dibuat oleh pengamal perubatan, mereka akan merasa sedikit takut dan tertekan. Adakah yang menuduhnya sebagai satu yang mengarah kepada amalan apa yang dikatakan sebagai dispensing separation (DS) yang mana doctors untuk selamat daripada itu hanya prescribe sebagai memberikan mandatori prescription dan akhirnya ubat-ubatan itu diambil dari farmasi. Kesemua ini saya kira masih lagi dalam alam polemik dan perbincangan tetapi saya yakin Ahli-ahli Yang Berhormat semuanya akan bersetuju dengan cadangan pindaan ini untuk mempertingkatkan hukuman demi menjaga nyawa dan juga keselamatan pesakit khasnya. Itu saya kira satu noktah yang perlu saya nyatakan. Persetujuan peningkatan hukuman itu dibuat. Adapun sangat sesuai bahawa perkara-perkara yang tidak sampai kepada perkara yang untuk dibawa ke mahkamah dibuat dalam bentuk kompaun yang telah pun diberikan peruntukan yang saya kira juga amat wajar, saya sokong. Keduanya Tuan Yang di-Pertua, beralih kepada electronic prescription ini. Saya membuat komentar sedikit. Rata-ratanya memanglah dalam dunia yang sudah beralih begitu pantas dan di sini saya menegur sedikit perkara itu dalam 11 ataupun maaf, dalam seksyen 21, fasal 11. Kita dapati keperluan kepada electronic prescription, itu adalah penting dan bersekali dengan itu ia adalah untuk bersekali dengan pembangunan telemedicine dan sebagainya. Namun, dalam konteks ini telemedicine itu dibantu seluruhnya dengan pelbagai analytics, big data, AI, scalable cloud, ekosistem dan seluruhnya itu adalah penting. Akan tetapi jangan kita hadkan hanya, dengan izin, kalau boleh saya sebutkan, saya dapat lihat semacam satu pendekatan silo, mengarah kepada satu yang bersifat hanya silo functionality, dengan izin, ataupun kita mengambil berdikit-dikit begitu ataupun runcit- runcit sahaja. Embracing ataupun penggarapan digital health dan telemedicine itu, ya penting, electronic prescription dalam konteks akta ini tetapi saya mahu melihat dalam persoalan racun dan seluruhnya terutama daripada segi online sale of ubat-ubatan terutamanya abuser dalam konteks kosmetik, supplement, ubat-ubat tradisional atau traditional medicine, semua itu perlu digarap sekali saya kira tetapi tidak ada satu yang tertera ataupun satu yang difikirkan. Mungkin dalam konteks ini ia wajar tetapi saya tidak lihat itu sebagai satu yang menyeluruh dari sudut penggarapan ataupun hendak menangani apa yang sudah hari ini menjadi satu amalan, online sale of poison, ubat-ubatan ataupun sama ada vet, dental dan pengamal perubatan. Jadi perkara itu saya mahu lihat ia tidak hanya sifatnya silo ataupun sifatnya runcit-runcit begitu. Jadi, itu teguran saya kerana kita perlu menggarap...

Yang Berhormat Kuala Selangor.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

[Bangun]

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Saya minta maaf kalau terpaksa sebutkan amalan dari sudut telemedicine kita, dari sudut regulatory framework kita, rata-ratanya tidak sepantas negara-negara lain. Ini sedikit terbelakang kita. Jadi bila saya lihat electronic prescription sahaja itu adalah baik tetapi saya kira tidak cukup dengan itu. Saya mendapati bahawa Malaysian Pharmaceutical Society mengadakan engagement dengan online seperti Lazada dan Shopee di mana penjualan-penjualan ubat-ubatan itu juga sudah dilaksanakan dan diamalkan tetapi regulatory framework oleh kementerian, itu agak terbelakang. Jadi itu sedikit teguran dan komentar saya dan saya minta supaya Yang Berhormat Menteri boleh memberikan sedikit pencerahan.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih. Ya, Yang Berhormat Kuala Kedah. Sila-sila, maaf ya.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya melihat pindaan ini lebih tertumpu pada sindiket- sindiket besar. Ia akan berkesan dan akan- rakyat kalau yang kita tekan dan kita betul- betul periksa dan kita ambil tindakan itu sedikit besar. Saya agak bimbang bahawa akhirnya yang berlaku iaitu remeh-temehnya akan terkena kepada pengamal-pengamal perubatan biasa yang kecil atau isu-isu kecil seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Selangor boleh dibeli online dan tidak ada rekod pun. Bila kita beli ini, ia jadi isu kepada pengamal perubatan. Akan tetapi kalau digunakan untuk yang besar, itu saya tiada masalah. Terima kasih.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Ya, jadikan itu sebahagian daripada ucapan saya. Tuan Yang di-Pertua.

Boleh minta penjelasan sedikit?

Minta penjelasan sedikit.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Yang Berhormat Lumut pula bangun ini. Saya belum start. Sila-sila.

Boleh sedikit dari Tuaran?

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Pendek ya.

Pendek-pendek.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Banyak point.

Okey, sedikit sahaja. Terima kasih Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat selaku mantan Menteri dan adakah Yang Berhormat sedar daripada segi regulatory framework tadi dan hal-hal yang berkaitan dengan silo di antara agensi kerajaan ini. Adakah Yang Berhormat sedar bahawa dalam hal meluluskan satu-satu produk sebagai contoh yang dibuat oleh Biro Farmasi, adakah Yang Berhormat sedar bahawa kadang-kadang Biro Farmasi ini dia punya finding lain, berbeza dengan Pusat Racun Negara di USM sebagai contoh. Ada syarikat yang ke Pusat Racun Negara di USM keputusannya lain, Biro Farmasi lain tetapi yang berkuat kuasanya ialah Biro Farmasi. Ini menyusahkan industri dan itu juga menimbulkan pelbagai persoalan mana satu yang betul dan sebagainya.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Yang Berhormat Tuaran sahabat saya. Saya mahu perkara itu diulas oleh Yang Berhormat Menteri walaupun saya yakin perkara itu tidak seharusnya berlaku begitu kerana punya guideline, dan punya protokol yang akhirnya kalau mahu didaftar ke NPRA, ia mesti melalui satu prosedur dan syarat yang tetap dan stringent. Maka tidak boleh berlaku begitu tetapi apa pun kerana Yang Berhormat Tuaran menyebutkan, saya minta penjelasan sedikit daripada Yang Berhormat Menteri. Bersabitan dengan perkara-perkara yang lain itu Tuan Yang di-Pertua, saya punya tiga, empat minit lagi. Saya kira ada juga yang membangkitkan bersabit dengan hal kuasa yang diberikan kepada DG itu. Nampak semacam kuasa yang besar tetapi kalau kita ambil dan benchmark atau ukurkan dengan akta-akta yang lain itu, saya kira tidaklah besar walaupun ada pihak-pihak, sekali lagi pengamal-pengamal perubatan yang agak sedikit sensitif ataupun komentar mereka itu agak tajam. Akan tetapi perkara itu saya kira adalah tidak melebihi akta-akta yang lain seperti Akta Jualan Dadah ataupun Sales of Drugs Act dan sebagainya. Jadi itu adalah perkara

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

administratif yang kadang-kadang memerlukan tindakan-tindakan yang pantas yang perlu dibuat oleh seorang KPK atau Ketua Pengarah Kesihatan ya. Jadi, tidak besar isunya. Adapun yang lain itu saya kira adalah in order ataupun peruntukan untuk agent provocateur untuk akhirnya dapat menjalankan tugas-tugas itu sekali lagi adalah satu yang in order, tidak perlu kita mempertikaikan dari sudut implementasi dan abusers, misuse dan sebagainya. Akhirnya, kesemua itu Tuan Yang di-Pertua, perlu digarap dalam satu pindaan untuk memberikan penguat kuasa menjalankan tugas dengan baik. Saya yakin mereka tidak datang serbu begitu sahaja ya, membuat satu serbuan itu perlu melalui penelitian, risik dan sebagainya. Jadi, mungkin juga kita kena perhatikan atas abusers itu. Kalau Yang Berhormat Menteri boleh memberikan sedikit komentar bagaimanakah complaint dari sudut pelaksanaan itu yang diperhatikan selama hari ini. Jumlah kes telah dilakukan, beberapa abusers dan sebagainya itu, mungkin Yang Berhormat Menteri boleh memberikan the cases dan data tentang perkara itu. Jadi Tuan Yang di-Pertua, kalau...

Minta penjelasan sedikit Yang Berhormat Kuala Selangor.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Ya, sila-sila.

Berkenaan dengan seksyen baharu 34B, “Evidence of agent provocateur is admissible”.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Okey.

Saya rasa ini seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor, sesuatu yang diperlukan. Saya hendak mencadangkan kepada Yang Berhormat Kuala Selangor supaya mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri untuk satu tempoh selepas akta ini dipinda, kita cuba melihat kesan daripada pemasukan fasal ini untuk melihat sama ada ia berjaya memecahkan rahsia-rahsia ataupun business trade yang berlaku sebelum daripada ini dalam bentuk pertambahan pendakwaan-pendakwaan. Ia kerana dengan adanya fasal ini, mungkin kita boleh mengesan dan memberhentikan banyak tindakan yang sebelum ini kita tidak dapat lakukan kerana kekurangan kuasa bagi pihak-pihak penguat kuasa. Apakah pandangan Yang Berhormat Kuala Selangor?

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Ya, saya sangat bersetuju dengan Yang Berhormat Lumut supaya perkara ini perlu diberikan penilaian dan assessment dari sudut pelaksanaan dan kalau benar ada abusers dan sebagainya. Akan tetapi saya yakin ia adalah untuk membantu penguat kuasa, pegawai-pegawai penguat kuasa atau enforcement officer untuk menjalankan tugasan mereka dengan jauh lebih baik dari sudut SOP. Tuan Yang di-Pertua, ada perkara-perkara kecil lain yang mungkin saya bangkitkan dalam peringkat Jawatankuasa. Akan tetapi di peringkat dasar ini, saya kira cukup sekadar itu dan perkara-perkara yang saya bangkitkan akan harapnya dapat diberikan pencerahan oleh Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas kesempatan ini.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Oleh sebab masa telah lebih pukul 1.00, saya tangguhkan Majlis ini sehingga pukul 2.30 petang. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.05 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Tuan Yang di-Pertua

[Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) mempengerusikan Mesyuarat]

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Bismillahi Rahmani Rahim. Tiba kita masa ke sesi sebelah petang, bersambung kepada pembahas- pembahas. Saya lihat di sini lima minit bagi setiap pembahas diteruskan Yang Berhormat Tebrau.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya sertai perbahasan RUU Akta Racun Pindaan 2022. Tuan Yang di-Pertua pindaan-pindaan ke atas seksyen 15, seksyen 16, seksyen 17, seksyen 18, seksyen 19, seksyen 21, seksyen 23 dan seksyen 24 adalah selaras dengan spirit of the law dengan izin iaitu melindungi kesihatan kepentingan rakyat serta melindungi alam sekitar dan negara daripada kesan mudarat akibat pengendalian racun secara salah dan tidak berintegriti. Seksyen 31A hingga seksyen 31E yang baharu diperuntukkan bagi memperincikan dan menyusun semula penguatkuasaan sedia ada sesuai dengan kerangka undang-undang terkini dan merupakan kuasa lazim yang diperuntukkan di bawah undang-undang lain. Kuasa-kuasa ini perlu dalam memastikan penguatkuasaan Akta 366 dapat dijalankan dengan berkesan dan menyeluruh. Ini kerana Akta 366 yang digubal untuk mengawal aktiviti berkaitan racun bukan sahaja melibatkan sektor kesihatan, malahan sektor industri yang lain. Oleh itu penguatkuasaan akta ini adalah merangkumi pelbagai aktiviti dan merentasi pelbagai sektor. Selain daripada itu kesalahan di bawah akta ini juga melibatkan perlakuan pengalihan racun diversion dengan izin bagi tujuan penghasilan bahan yang sering di salah guna seperti dadah berbahaya. Antara contoh racun yang biasa digunakan adalah pseudoephedrine sebagai precursor untuk menghasilkan dadah jenis Methamphetamine. Ia melibatkan modus operandi yang kompleks dan penangkapan demi penangkapan terus dilakukan oleh PDRM. Terbaru pada 3 Jun lalu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Dato' Ayob Khan bin Mydin Pitchay, semasa sidang media di Bukit Aman pada 3 Jun 2022 memaklumkan dua tangkapan di Selangor dan Kedah berjaya menahan empat suspek dan sebanyak 248.7 kilogram dadah jenis Methamphetamine bernilai RM8.95 juta dirampas yang disimpan di dalam premis kediaman. Oleh itu peruntukan kuasa-kuasa ini diperlukan dalam memastikan penguatkuasaan berkesan dapat dijalankan dan kepentingan awam dapat dilindungi. Walaupun saya sokong peruntukan-peruntukan baharu tetapi pada masa yang sama saya tidak yakin penguatkuasaan akan dilaksanakan secara profesional dan ini seperti yang biasa berlaku terbuka kepada sogokan. Cadangan memasukkan seksyen baru 31F bertujuan untuk memperuntukkan bahawa tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada kemasukan, penggeledahan atau penyitaan boleh didapatkan kembali melainkan jika kemasukan penggeledahan atau penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah. Saya ingin Yang Berhormat Menteri menjelaskan adakah seksyen baharu 31F menghalang orang awam daripada memfailkan sebarang tindakan untuk menuntut ganti rugi sekiranya mereka terkilan. Apa garis panduan yang boleh dirujuk oleh hakim atau orang awam berhubung refund atau tindakan yang di sifatkan munasabah atau tidak. Hukuman sedia ada di bawah seksyen 32 Akta Racun 1952 dipinda kali terakhir pada tahun 1980. Hukuman berhubung bahan psychotropic di bawah seksyen 30 telah diperuntukkan sejak tahun 1988 melalui Akta Racun (Pindaan) 1988 tanpa sebarang pindaan sehingga kini. Peruntukan hukuman sedia ada dilihat tidak selaras dengan perkembangan semasa serta tidak setimpal untuk menghalang pesalah-pesalah daripada mengulangi kesalahan mereka dan memberi pengajaran kepada orang lain. Sudah tiba masanya untuk meningkatkan amaun penalti serta tempoh penjara melalui pindaan seksyen 30 dan seksyen 32 Akta 366. Pindaan ini bertujuan untuk

melindungi kesihatan dan kepentingan rakyat serta melindungi alam sekitar negara daripada kesan mudarat akibat pengendalian racun secara salah dan tidak berintegriti. Oleh itu Tebrau sudi menyokong RUU ini sekiranya mendapat jawapan-jawapan kepada soalan-soalan saya. Terima kasih.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Kedah.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberikan peluang untuk saya turut sama berbahas pindaan Akta Racun 1952 Akta 366. Tuan Yang di-Pertua pindaan kali ini komprehensif dan ia memberikan kuasa besar dan agak draconian. Ada agent provocateur, ada hak untuk penguat kuasa memecah masuk, merampas komputer, merampas barang-barang dan menahan orang. Maka ia nya memang satu benda yang sangat besar, yang hebat begini kita kena guna dengan hati-hati. Begitu pun saya bersetuju ada keperluan yang sesuai dengan perubahan masa dan keperluan yang saya maksudkan ialah kalau kita hendak mengawal psychotropic, penyalahgunaan psychotropic, mengawal sindiket-sindiket, mengawal dadah, mengawal kartel-kartel ini, saya setuju. Akan tetapi kalau dipergunakan seperti yang saya sebut tadi untuk remeh-temeh, menekan general practitioner atau farmasi. Rekodnya tidak sesuai, itu kena hati-hati balik. Oleh sebab benda ini dengan izin sledgehammer. Kita guna dan kita pukul, semua dah hancur, semua tidak boleh. Kerana itu saya hendak sebut sini bahawa ada masalah tentang perlaksanaan dan penguatkuasaan oleh farmasi bagi Akta Racun.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Saya setuju tentang mengawal penggunaan psikotropik tetapi jangan sampai doktor-doktor swasta, general practitioner, pengamal perubatan swasta sampai tidak berani hendak gunakan ubat-ubat benzodiazepine untuk ubat tidur, ubat anxiety dan lain- lain lagi. Pengalaman saya menjadi pengamal perubatan dari tahun 1987 memang ada orang tidak berani. Orang yang perlu ubat tidur dia tidak berani bagi sebab rekodnya dan lain-lain lagi, itu tidak betul. Penagih dadah juga dalam proses pulih atau tidak pulih, dia ada anxiety. Kadang- kadang dia tidak dapat tidur, insomnia dia perlu ubat. Bila dia gunakan, ada polis buat laporan, JKK buat laporan dan akhirnya membuatkan raid, raiding, menyebabkan diselongkar klinik itu, itu tidak betul. Itu kena ada hikmah. Hikmah itu kena ada pada pegawai-pegawai tinggi kementerian yang memantau pekerja-pekerja mereka ini, itu yang pertama. Kedua, saya hendak sebut kepada Yang Berhormat Menteri. Saya sangat menghargai beliau berada di sini sebab isu yang saya bangkitkan daripada penggal lepas tentang Intravenous (IV) vitamin C ia dalam kategori B, racun. Okey, masalahnya begini. Apakah berbaloi penguat kuasa dari Putrajaya pergi sampai ke Labuan, ke Sabah menyelongkar klinik-klinik untuk mencari doktor yang menggunakan IV Vitamin C. Ini kerana IV vitamin C Tuan Yang di-Pertua ialah satu ubat yang telah digunakan di banyak negara lain. COVID-19 baru ini ada orang guna 60 gram sehari, ada orang perlu guna— Prof. Peng Zhiyong dari Wuhan digunakan 30 ke 40 gram dan di Australia sebanyak 60 gram dan ia bukannya eksperimental. Keluar dalam The British Medical Journal, hasil-hasil kajian mereka. Mereka mengatakan very safe, extremely safe, sedangkan kementerian menggunakan garis panduan yang tidak tahu daripada mana datang bahawa ia salah, bahaya, merosakkan jantung, merosakkan buah pinggang, tidak ada asas.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Jadi saya minta kementerian supaya bertindak berdasarkan the latest good science. Tidak berdasarkan kepada pandangan seseorang yang tidak tahu apa perkembangan. Even with medicine, Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, it’s not just medicine, surgery, pediatric macam 40 ke 50 tahun dahulu. Ada regenerative medicine, functional medicine, anti-aging dan lain-lain lagi. Ini banyak dikaji, keluar dalam banyak jurnal. Kalau yang memberikan pandangan itu baca satu page, satu muka surat tentang nutrition 40 tahun dahulu semasa dia student, sudah tidak boleh pakai lagi. Akan tetapi saya melihat pelbagai pandangan yang keluar di media daripada kementerian, orang-orang kementerian. Apa yang ironisnya Yang Berhormat Menteri, kajian mengenai vitamin C dan COVID-19 tahun 2020 dilakukan oleh the top physician, Dr. Letchuman telah bersara. Dr. Letchuman top physician Kementerian Kesihatan sendiri tetapi garis panduan Kementerian Kesihatan dikeluarkan oleh Unit Nutrisi, ia sepatutnya tidak campur tangan. Vitamin C sebagai terapeutik. Terapeutik sebagai penggunaan ubat adalah kerja pakar perubatan yang ada maklumat, the latest good science, bukan pakar perubatan yang lulus MRCP lima, enam puluh tahun dahulu tidak terpakai. Itu maklumat yang telah obsolete. Kajian itu kajian yang baik di Ipoh menunjukkan 12 gram, 15 gram vitamin C sehari membantu menyelamatkan nyawa pesakit COVID-19. Ia dibuat oleh the top physician, pakar perubatan paling top Kementerian Kesihatan sendiri iaitu Dr. Letchuman. Itu tidak dipandang langsung oleh Kementerian Kesihatan. Jadi, sangat ironis dan kita menghabiskan masa menyelongkar klinik-klinik untuk menahan dan menghalang doktor- doktor yang terlatih menggunakan vitamin C. Last sekali Tuan Yang di-Pertua, kalau kita buat akta ini kita perkasakan, kita bagi segala kuasa yang besar ini untuk menyelongkar perkara-perkara yang belum tentu berfaedah kita selongkar dan kita sekat, maka ia menyalahgunakan dan meremehkan apa yang kita lakukan di Dewan ini hari ini. Sebaliknya kalau ia digunakan untuk menyekat kartel-kartel dadah hari ini, itu saya setuju. Akan tetapi benda-benda yang masih dipertikaikan dan benda-benda yang telah terbukti selamat tetapi hanya kerana kurang membaca, kurang berfikir beberapa orang pegawai di Kementerian Kesihatan, maka kita gunakan akta ini, itu sangatlah sedih bagi saya sangat meremehkan apa yang kita lakukan hari ini. Saya minta itu diberikan pandangan oleh kita semua dan saya minta supaya Yang Berhormat Menteri Kesihatan memberikan jawapan. Terima kasih.

Dato' Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Kedah, very interesting information. Selanjutnya, kita persilakan Yang Berhormat Sibu.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan pindaan Rang Undang-undang Akta Racun 1952 ini, saya memang mengalu- alukan pindaan terhadap pengamalan, pengendalian racun di negara kita kerana sudah lama kita belum ada pindaan mengenai bagaimana kita mengendalikan racun di Malaysia sekian lama. Dahulu saya ialah seorang ahli farmasi. Dahulu saya buat praktis profesion saya di farmasi. Saya ada lima buku rekod untuk merekodkan semua secara menulis. Sekarang baru kita boleh menggunakan secara elektronik untuk membuat recording barang-barang kita dan ini memang memudahkan. Saya harap kementerian selalu akan membuat pindaan dengan bahagian pengamalan untuk kita bagaimana para pengamal perubatan untuk mengendalikan ubat-ubat kita. Saya juga ada masalah tentang akta ini untuk meningkatkan hukuman. Memang kalau kita meningkatkan hukuman, kebanyakan Akta Racun ini ialah untuk digunakan untuk memantau dan digunakan untuk memastikan para pengamal perubatan tidak menyalahgunakan ubat-ubat kita. Kalau hukuman terlalu tinggi ia memang akan memberikan satu tekanan untuk pengamal perubatan kita.

Sebagai contoh, memang selalu kita takut membuat kesalahan dalam rekod kita kerana kalau ada kesalahan buat recording ia juga dibawa hukuman criminal, dicriminalised. Jadi bolehkah kalau minor offences jangan adakan hukuman penjara, hanya kompaun sahaja cukup. Beri hukuman kompaun, hukum berapa itu sahaja. Jangan hukuman penjara kepada ahli-ahli perubatan kita. Jadi ini mungkin kementerian boleh mengambil perhatian bagaimana kita menambah baik sistem pengamalan perubatan kita di Malaysia. Akta ini sangat penting bukan sahaja ia mengawal control psikotropik. Akta ini penting kerana ia juga menentukan bagaimana pengamal perubatan mengamalkan profesion kita. Bagaimana kita sebagai ahli farmasi menjalankan tugas sebagai ahli farmasi, bagaimana farmasi dipraktikkan. Jadi ini sangat penting untuk memastikan kita selalu up-to-date. Akan tetapi dalam pindaan Akta Racun ini saya belum tengok dispensing rights. Sekarang akta yang dahulu itu yang ditarik balik, saya tengok ada compulsory preskripsi mungkin diberikan oleh doktor kepada pesakit tetapi dalam akta ini saya tidak tengok. Jadi kalau doktor tidak diberi secara wajib preskripsinya kepada pesakit, prescription memang tidak akan keluar kepada farmasi. Sebagai contoh, ramai Ahli Yang Berhormat di sini mungkin menganggap bahawa kalau saya hendak beli, sesiapa di sini hendak pergi farmasi beli ubat tekanan darah dan ubat diabetes memang boleh masuk dan beli tetapi itu anggapan sahaja. Sebenarnya kalau kamu pergi farmasi beli ubat tekanan darah, ubat diabetes, itu salah kalau tidak ada preskripsi, tidak ada prescription. Jadi sebagai seorang pesakit, saya pergi klinik, saya dapatkan ubat saya. Ramai orang tidak tahu apa ubat yang dia dapat. Kalau ubat itu hilang apabila dia pergi bercuti ke tempat lain, dia hendak beli lagi ubat itu. Hendak pergi farmasi beli lagi bolehkah? Tidak boleh. Tidak ada preskripsi, tidak ada prescription dia juga tidak tahu apa ubat yang dia makan kerana tidak ada satu preskripsi yang bertulis yang dia pegang yang menyatakan apa ubat yang dia makan. Jadi, untuk doktor mengeluarkan prescription kepada pesakit saya rasa itu amatlah penting supaya pesakit tahu ada satu secara bertulis dia tahu apa ubat yang dia makan dan apabila apa-apa berlaku dia kena pergi ke farmasi untuk belikan ubat, dia boleh beli. Kalau tidak, dia tidak boleh beli. Dia mesti pergi klinik lagi jumpa doktor baharu, mungkin doktor itu pun tidak sedar apa ubat dia makan. Dia akan berikan ubat yang lain kepada pesakit itu.

Jadi, saya rasa ini semua mesti kita timbang dan bagaimana masalah-masalah ini kita boleh ditangani dan ini saya rasa sasaran untuk pengamalan perubatan kita ialah pada masa yang akan datang, kita mesti lihat bagaimana kita boleh ikut apa yang dipraktis di luar negara. Doktor yang beri prescription, pesakit pergi farmasi beli ubat, itu praktis yang betul-betul, yang memang betul dipraktiskan dan harus dipraktiskan. Akan tetapi di Malaysia memang ini ialah Akta 1952 dulu. Pada masa itu dan pada zaman itu, tidak banyak farmasi dekat luar sana. Doktor banyak, farmasi tidak banyak. Akan tetapi sekarang farmasi sudah banyak.

Dato' Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat Sibu, sudah cukup.

Sudah cukup hendak pergi pedalaman, hendak pergi mana-mana, hendak 24 hours farmasi boleh. Asalkan ada dispensing right. Kalau tidak ada dispensing right, memang kurang business untuk mereka. Mereka tidak akan buka selama 24 jam. Itu yang saya bangkitkan. Sekian, terima kasih.

Dato' Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Sibu. Dipersilakan Yang Berhormat Setiu.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Kegiatan penjualan ubat-ubatan yang sepatutnya hanya boleh diperoleh melalui preskripsi doktor contohnya seperti pelbagai jenis antibiotik, ubat tahan sakit dan sebagainya. Kini bukan sahaja boleh dibeli dengan mudah di premis-premis farmasi di seluruh negara, malah melalui platform beli belah dalam talian atau laman web tanpa apa-apa preskripsi daripada pengamal perubatan bertauliah. Ia menimbulkan persoalan bagaimana ubat yang disenaraikan dalam Kumpulan B mengikut Akta Racun 1952 ini boleh dijual sewenang-wenangnya sekali gus turut mendedahkan pengguna kepada risiko keselamatan kesihatan. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Pertama, apakah langkah-langkah yang lebih efektif daripada kementerian untuk mendidik rakyat mengenai kesan negatif pengambilan ubat-ubatan tanpa preskripsi daripada doktor ini? Kedua, sejauh manakah penguatkuasaan dikenakan ke atas farmasi-farmasi yang menjual ubat-ubatan di bawah kumpulan B ini kepada masyarakat awam tanpa apa-apa preskripsi daripada doktor? Ketiga, pada masa yang sama adakah kementerian berhasrat untuk menghasilkan suatu perisian atau aplikasi yang lebih mudah untuk masyarakat awam untuk membuat apa-apa laporan mengenai kegiatan yang menyalahi undang-undang ini? Tuan Yang di-Pertua, berkenaan preskripsi ubat-ubatan saya turut ingin menyarankan agar diwujudkan suatu sistem preskripsi yang setara antara kerajaan dengan swasta. Pengamalan sedia ada semasa preskripsi ubatan dari premis kerajaan boleh diguna pakai untuk mendapatkan ubat daripada mana-mana premis perubatan swasta. Namun, saya mendapat maklumat bahawa preskripsi daripada pengamal perubatan swasta tidak laku untuk mendapatkan apa-apa ubatan dari hospital kerajaan. Soalan saya, adakah benar preskripsi daripada pengamal perubatan swasta tidak laku untuk mendapatkan apa-apa ubatan di hospital kerajaan ini? Preskripsi yang ada dalam sistem kesihatan kerajaan semasa telah terbukti berkesan dan selamat untuk merawat pesakit. Oleh itu, saya yakin dan percaya dan mencadangkan bahawa sudah tiba masanya kementerian berusaha mewujudkan suatu sistem preskripsi yang seragam dan boleh digunakan di kedua-dua sektor iaitu sektor kerajaan dan swasta. Hal ini kerana negara memerlukan kerjasama yang utuh daripada kedua-dua sektor ini bagi memastikan keperluan rakyat terhadap perkhidmatan kesihatan adalah mencukupi. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya penjualan suplemen sama ada yang telah berdaftar atau yang tidak mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia kini tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Bahkan kebanyakan produk yang dipasarkan turut menggunakan teknik overclaim dengan izin bagi melariskan jualan produk mereka. Fakta yang amat menggerunkan adalah suplemen tambahan yang diambil tanpa apa-apa preskripsi daripada pengamal perubatan bertauliah merupakan antara penyumbang kepada kerosakan buah pinggang kronik dalam kalangan rakyat Malaysia sehingga memerlukan rawatan dialisis. Oleh itu saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian mengenai beberapa isu. Pertama, adakah semua produk suplemen atau ubat-ubatan yang mendapat kelulusan KKM adalah selamat untuk digunakan? Dengan kata lain, apabila sesuatu produk itu berdaftar, maka ia merupakan bukti kukuh bahawa produk tersebut selamat digunakan. Kedua, bagi memastikan sama ada produk yang dijual benar-benar mendapat kelulusan KKM, rakyat boleh menyemak di laman web Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA). Persoalan saya, sejauh mana kah laman web semakan NPRA ini mesra pengguna dan mudah digunakan dan sejauh manakah langkah-langkah kementerian untuk mendidik rakyat untuk menggunakan laman web NPRA ini secara optimum bagi

memastikan rakyat lebih cakna mengenai apa-apa produk yang diambil tanpa preskripsi doktor. Sekian, Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong.

Dato' Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Padang Serai.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Salam sejahtera, salam harapan dan salam perpaduan diucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat di pihak kerajaan mahupun pembangkang. Marilah kita bersama-sama memanjat kesyukuran kerana berkat rahmat Tuhan, Malaysia kekal aman dan kita mampu bersidang pada hari ini bagi diskusi isu-isu yang menjadi perhatian rakyat jelata. Saya dengan rendah hati ingin membahaskan Rang Undang- undang Racun. RUU ini adalah tentang peraturan dan prosedur baru mengenai pembelian dan penjualan racun di pasaran Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, kita sedia maklum bahawa zaman telah berubah. Sudah banyak teknologi baharu yang dikembangkan dan digunakan dalam pelbagai aktiviti termasuk dalam penjualan dan hal ehwal kerajaan. Saya sudah meneliti RUU ini dan didapati RUU ini akan memberi fleksibiliti kepada farmasi atau organisasi untuk menggunakan dokumen dalam bentuk elektronik, sudah pasti perkara ini akan memudahkan dokumentasi oleh farmasi. Akan tetapi ada beberapa perkara yang saya rasa perlu diberikan perhatian dan penjelasan daripada pihak kementerian. Dalam RUU menjelaskan kadar hukuman telah naik daripada RM10,000 kepada RM100,000 bagi kesalahan pengimportan, pengeksportan, pembuatan, sabitan, campuran, pendispensan, penjualan, pembekalan, pemberian, pemilikan atau penggunaan mana-mana bahan psikotropik yang tidak mengikut mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta 366. Rakan-rakan Ahli Parlimen sekalian, soalan yang saya ingin tanya kepada Menteri adalah jika satu farmasi melakukan kesalahan seperti termaktub dalam RUU, adakah kesalahan mesti ditanggung oleh pihak farmasi sahaja atau mesti ditanggung oleh semua individu dalam farmasi tersebut? Ini kerana persoalan ini ditimbulkan di kalangan rakyat mengenai RUU ini. Masih tidak jelas siapa yang akan mengambil tanggungjawab terhadap kesalahan berlaku di farmasi. Saya mohon Menteri untuk menjelaskan perkara ini. Kesimpulannya, Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Parlimen sekalian, saya berdiri tegas bahawa dalam pelaksanaan sesuatu akta perlu menjaga kebajikan semua pihak terlibat. Saya faham tujuan akta ini tetapi ada beberapa perkara yang memerlukan penjelasan daripada pihak kementerian. Terdapat keperluan untuk semua perkara yang disuarakan oleh saya diambil serius dalam memastikan setiap polisi atau langkah yang dibuat oleh kerajaan akan memberi manfaat secara maksimum kepada rakyat Malaysia. Saya menyokong RUU ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Dipersilakan Yang Berhormat Subang.

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang pada saya untuk membahas Rang Undang-undang (Pindaan) Akta Racun ini.

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Ringkasnya dan pada dasarnya, saya menyokong pindaan ini. Untuk fahaman ringkas, ada dua perkara dalam pindaan ini. Pertama ialah satu langkah untuk menukar dokumen ke elektronik ataupun digital format. Rekod-rekod pesakit mengenai ubat yang diberi serta membenarkan penggunaan tandatangan elektronik. Kedua ialah mengenai psychotropic drugs yang mana kerajaan bercadang untuk meningkatkan denda terhadap penyalahgunaan psychotropic drugs ini. Tuan Yang di- Pertua, saya rasa kedua-dua perkara ini mudah diterima oleh pihak pembangkang dan

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

juga kerajaan. Namun begitu, saya ingin tekankan dua perkara dasar yang berkaitan dengan pindaan ini. Ia lari sedikit tetapi Yang Berhormat Menteri kalau boleh, tolong jawab. Paling penting saya mulakan tentang kerja-kerja digitization yang saya fahami dilakukan secara besar-besaran pada tahap nasional. Ini bermakna ada satu projek digitization. Saya ingin minta Yang Berhormat Menteri Kesihatan memberi pencerahan tentang syarikat mana yang dapat kontrak kerajaan untuk menyimpan dan menyusun kesemua data kesihatan digitization ini. Adakah kontrak ini dibuat melalui open tender? Apakah terma-terma utama kontrak ini? Pencerahan ini sangat penting kerana rakyat Malaysia berhak tahu siapa yang akan mengendalikan data-data peribadi mereka. Jika kontrak ini dibuat secara open tender, saya tiada masalah langsung untuk menyokong, sebab kalau buat open tender secara telus, pricing point akan tunjuk kepada...

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat Subang, fasal berapa ini?

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Apa dia?

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Isu yang you cakap ini fasal berapa?

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Tuan Yang di-Pertua, ini tentang data. Data elektronik dilakukan melalui pindaan ini. Jadi, apa-apa data yang dibuat oleh farmasi macam Yang Berhormat Sibu ini, akan masuk kepada– yang saya fahamlah. Masuk kepada sistem yang besar. Terdapat satu kontrak. Setahu sayalah. Kalau tidak, Yang Berhormat Menteri boleh beritahu saya memang tidak ada kontrak langsung. Kalau ada kontrak, cuba beri pencerahan sama ada ini dilakukan melalui open tender atau tidak. Isu saya, pricing point, kalau dibuat secara open tender, no issue. Tidak timbul isu tentang corruption ataupun salah guna kuasa. Sekali lagi saya minta Yang Berhormat Menteri jelaskan, berikan nama syarikat dan terma-terma penting, berapa lama kontrak syarikat tersebut dan berapa harga yang ditanggung oleh kerajaan. Kalau kita lihat isu tentang MySejahtera, dalam dunia ini Tuan Yang di-Pertua, there is no such thing as free lunch. MySejahtera cerita lain. Kononnya ada free lunch di dunia ini. Mereka kata buat corporate social responsibility (CSR) iaitu memberi secara percuma kepada Malaysia. Akan tetapi selepas itu timbul isu, siapa sebenarnya yang memiliki dan memiliki hak guna data-data di dalam MySejahtera. Yang Berhormat Menteri pernah berkata dan saya setuju data dimiliki oleh kerajaan ini. Akan tetapi dalam pemegang saham, MySejahtera menyaman...

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat Subang, I just want to know, fasal berapa yang you berdebat ini?

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Tuan Yang di-Pertua, ini tentang peringkat dasar. Isunya digitization. Digitization - satu isu yang terbesar ialah MySejahtera. Kita sudah dengar hak milik itu oleh kerajaan. Akan tetapi dalam kes saman menyaman di antara pemegang saham MySejahtera, mereka bocor katakan mereka ada hak untuk guna data ini. Ini isu penting sekarang ini. Digitization. Apa yang saya hendak cakap, kalau kita ada digitization programme yang lebih besar, jangan ikut model MySejahtera. There is no such thing as free lunch, Tuan Yang di-Pertua. There will be something to pay. Saya minta kalau boleh, perkara ini sudah panjang lebar dibincang. Can you just tell us, sebenarnya siapa yang memiliki data ini? Kalau kerajaan, adakah kerajaan memberi hak penggunaan data itu kepada MySejahtera. Saya akan ke isu kedua iaitu tentang psychotropic drugs. Sejujurnya, saya bukan doktor ataupun pharmacist dan tidak kenal pasti ubat-ubat dalam Jadual Ketiga. Dalam isu meningkatkan denda ini, saya sokong. Akan tetapi saya ingin membangkitkan isu tentang oxycodone, satu-satunya psychotropic drug. Di US, isu tentang oxycodone sangat hangat diperkatakan, lagi-lagi kes USD6 bilion settlement dengan Purdue Pharma.

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, do we have an Oxycodone problem in Malaysia atau tidak? Kalau tidak ada, bagus. Kalau ada, sila beritahu data-datanya. Berapa orang guna? Berapa yang dijual? Apakah langkah-langkah yang akan dibuat untuk menentang ketagihan opioid dan juga oxycodone. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Subang. Dipersilakan Yang Berhormat Tampin. Tidak ada? Okey jika tidak ada, seterusnya Yang Berhormat Bandar Kuching. Tiada juga. Okey, Yang Berhormat Sepang.

Assalamualaikum. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya untuk berbahas. Tuan Yang di- Pertua, saya menyokong rang undang-undang ini. Cuma saya ingin terus kepada beberapa seksyen. Antaranya seksyen 31E yang berkaitan dengan access to recorded information, computerised data dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, saya melihat pindaan yang diberikan ini bersifat extensive dan juga invasive, dengan izin in nature. Dalam erti kata, bagaimanakah kita boleh menyeimbangkan di antara keperluan untuk mendapatkan maklumat dalam bentuk elektronik dan pada masa yang sama, menjaga dengan izin, privacy ataupun hak peribadi seseorang. Ini adalah sebab dalam negara ini, masih belum ada lagi Privacy Act seperti di sesetengah negara. Akan tetapi kita ada beberapa akta yang sebenarnya berniat untuk melindungi privasi seseorang itu. Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, dalam negara kita ada Perlembagaan Malaysia, iaitu artikel 5(1) yang menyatakan, jika saya boleh baca dalam versi bahasa Inggeris dengan izin, “no one shall be deprived his liberty and life, safe in accordance with law.” Ini artikel 5(1). Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, perkataan “liberty” dan “life” itu telah pun diterjemahkan ataupun ditafsirkan oleh mahkamah dalam kes yang melibatkan Yang Berhormat Sivarasa Rasiah melawan Badan Peguam Malaysia. Mahkamah mengatakan bahawa termasuk dalam definisi liberty adalah right to privacy. Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, setelah melihat seksyen 31 ini agak luas pemakaiannya termasuk juga yang berkaitan dengan search and seizure, seksyen 31B. Kesemua seksyen ini adalah seksyen yang sedikit sebanyak menganggu ketenteraman seseorang itu dan menceroboh hak privasi seseorang, seperti mana yang berlaku baru-baru ini. Semalam, pihak polis telah melakukan satu serbuan (raid) di pejabat Parti Amanah untuk mendapatkan maklumat daripada personal computer (PC). Sebelum ini Yang Berhormat Kota Raja telah dipanggil ke Bukit Aman, diambil telefonnya untuk mendapatkan maklumat dalam handphone itu. Sedangkan apa yang dikehendaki ialah maklumat berkaitan flash mob iaitu satu kempen Parti Amanah untuk menolong rakyat supaya tahu bahawa sekarang ini mereka menghadapi masalah harga barang yang naik dan subsidi ditarik balik. Sepatutnya maklumat sebegitu boleh dapat daripada YouTube sahaja ataupun daripada maklumat lain. Akan tetapi dia ambil the whole maklumat itu. Seolah-olah tidak ada satu tapisan. Kita khuatir apabila maklumat itu dapat kepada pihak polis, kemungkinan akan disalahgunakan. Soalnya, ia menyentuh peribadi seseorang. Macam mana kita hendak seimbangkan ini? Oleh sebab saya melihat apabila ada peruntukan yang begitu luas di bawah seksyen 31B sebagai contoh dan juga seksyen 31E, ini sedikit sebanyak akan mengancam hak privasi seseorang itu.

Jadi, saya harap kerajaan cubalah fikirkan bagaimanakah supaya right kepada privasi itu tidak dicerobohi. Walaupun kita bertujuan baik, tetapi dalam pada masa yang sama kita kena faham sekarang ini semua negara di dunia ini memang kita tahu cuba untuk menggunakan maklumat-maklumat yang kronik ini dengan semaksimum boleh.

Jadi, saya harap kerajaan dapat menjamin bahawa tidak adanya pencerobohan ini berlaku. Jadi, saya harap walaupun tidak ada dalam undang-undang ini menyatakan bagaimanakah right of privacy itu dapat dilindungi, tetapi sekurang-kurangnya apabila adanya satu jaminan daripada pihak kerajaan semasa dalam mahkamah nanti, kita boleh menggunakan perbahasan dalam Parlimen untuk menunjukkan intention Parlimen tidak ingin mencerobohi hak privasi seseorang. Sekian, terima kasih.

Dato' Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Sepang.

Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Bandar Kuching, boleh?

Dato' Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat Bandar Kuching, you want to debate?

Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Yes. Sebab saya dalam select committee tadi, saya minta maaf.

Dato' Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Silakan. Lima minit.

Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Okey, saya ingin membahaskan tentang Akta Racun yang ada di tangan kita. Sebenarnya saya tak nak bercakap panjang, tetapi saya cuma hendak menyuarakan beberapa kebimbangan dan juga soalan yang ditanya beberapa pihak terutamanya dari GP, doktor dan sebagainya. Saya tahu untuk merangka akta ini banyak maklum balas telah dilakukan dengan pelbagai pemegang taruh dan saya mengucapkan tahniah kepada pihak kementerian. Namun, saya akan menyuarakan beberapa kebimbangan yang saya lihat atas akta ini. Secara dasar, memang saya memahami keperluan, kepentingan akta ini. Akan tetapi kebimbangan sama ada akta ini cukup untuk menangani isu seperti antara lain ubat-ubat tiruan, lencongan precursor, penghantaran rekod berkomputer, lesen pengguna khusus untuk mengawal dan membendung penyelewengan dan penggunaan bahan kimia untuk psychotropic dan precursor seperti yang diperlukan di bawah obligasi di Malaysia terhadap konvensyen antarabangsa dalam isu ini. Jadi, ada beberapa cadangan seperti seksyen 15(2A)(k) jualan racun secara borong. Memang seksyen 15(2A)(k) dicadangkan dalam akta ini. Saya hendak tanya, sama ada seksyen ini bercanggah atau ada konflik dengan Akta Perubatan dan Pergigian yang sedia ada. Apakah implikasi undang-undang jika ada? Apakah komplikasi timbul jika selepas majikan membeli racun untuk merawat pekerjanya dan satu komplikasi telah timbul? Jadi, siapa yang akan mengambil tanggungjawab tersebut? Kedua, cadangan seksyen 21(2A) dan (2B) preskripsi elektronik dan subseksyen 21, (2A) dan (2B) yang dicadangkan. Kita tahun bahawa seperti yang dikatakan oleh Kuala Selangor tadi, sekarang kelebihan preskripsi elektronik termasuk− banyak. Kita boleh mengurangkan ralat preskripsi, boleh ada pemberitahuan segera tentang alahan apa, ada interaksi ubat, terapi pendua, amaran klinikal dan lain-lain, dapat mengurangkan bilangan preskripsi yang hilang, memudahkan aliran kerja dan mempercepatkan penyelarasan racun. Walau bagaimanapun, pengenalan preskripsi elektronik memerlukan rangka kerja organisasi dan kawal selia yang sangat komprehensif dan baik. Sekarang mungkin saya – as far as I know, belum wujud lagi. Jadi, saya juga hendak tanya, adakah seksyen ini ada konflik dengan Akta Perubatan dan Pergigian yang juga masing-masing mengawal amalan perubatan dan pergigian serta Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Swasta. Bagi saya, bahagian ini yang dicadangkan tidak menangani penyalahgunaan perkhidmatan kesihatan dalam talian yang dikomersialkan yang semakin tidak terkawal di

Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

mana ada yang juga memberikan preskripsi dan mendispensi racun Kumpulan B tanpa pemeriksaan fizikal seseorang pesakit. Cadangan subseksyen 26A – Arahan. Kita tahu garis panduan memang berbeza dengan arahan. Pertama biasa – okeylah saya hendak rumuskan tentang kebimbangan bahawa pemberian kuasa yang tidak terhad kepada individu boleh membawa kepada penyalahgunaan dan juga rasuah. Bagi saya, apakah cadangan kerajaan untuk to limit this problem. Cadangan mengeluarkan seksyen 28 Akta Racun yang menyatakan – kita tahu bahawa Majlis Perubatan dan Pergigian memang menyediakan butiran pengamal perubatan dan pergigian berdaftar di laman web mereka untuk pengesahan. Adakah dengan mengukuhkan seksyen 28 ini, adakah ia akan memberikan – meletakkan halangan atau sesiapa yang ingin mengesahkan sama ada farmasi runcit atau ada bona fide atau tidak. Cadangan seksyen 31A hingga 31F. Ini bagi saya boleh dipertikaikan kerana ia mungkin bercanggah dengan Akta Kerahsiaan, Akta Perlindungan Data Peribadi, Kod Tingkah Laku Profesional Perubatan dan Perubatan Malaysia dan juga Majlis Pergigian. Apakah justifikasi pertambahan ini, adakah seksyen 31 tidak cukup untuk penguatkuasaan ini. Cadangan seksyen 34A Perlindungan daripada prosiding dan undang-undang. Bagi saya jika memberikan penguat kuasa terlalu banyak perlindungan mereka kebal daripada apa-apa penguatkuasaan memang ini akan – jika ada penyalahgunaan kuasa, bagaimana kita dapat membendung isu tersebut. Saya rumuskan dalam satu minit, subseksyen 34B agent provocateur. Seperti juga, apakah − how do we limit its power supaya tidak disalahgunakan? Subseksyen 32, Penalti. Kita tahu memang mempertingkatkan penalti – kalau kita bandingkan proportionality, it’s almost the same as Akta Dadah Berbahaya. Jadi, apakah rasional untuk mempertingkatkan penalti sehingga tahap begini. Memang tidak ada hukuman dan sebagainya, tetapi apakah rasional untuk mempertingkatkan dan jika ia dapat menyelesaikan masalah ini. Mungkin saya akan − nanti dalam jawatankuasa saya akan nyatakan. Dengan itu, saya harap Yang Berhormat Menteri dapat memberi penjelasan dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Dipersilakan Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua dalam rang undang-undang pindaan ini antara yang diberikan tumpuan oleh kementerian ialah soal penguatkuasaan. Kalau kita teliti fasal 31A hingga fasal 31E ini, diperincikan penguat kuasa dalam kerangka pindaan yang terkinilah. Saya ingin bertanya kepada kementerian akan dilihat daripada segi penguatkuasaan ini agak mendalam dan detail. Daripada segi kesiapsiagaan kementerian dalam memastikan bahawa jentera yang digerakkan akan dapat melaksanakan tugasan ini mengikut keperluan undang-undang dan juga kehendak kementerian. Misalnya Tuan Yang di-Pertua, saya agak tertarik fasal 31A yang menyatakan, “An authorized officer should have all the power of police officer…”. Ini tentunya perkara yang serius. Ini kerana, saya percaya daripada segi aspek penguatkuasaan ini, latihan yang diberikan kepada pegawai-pegawai mungkin tidak sedalam pegawai-pegawai polis. Jadi, sebab itu sementara kita ada undang-undang, apakah di sana terdapat kesiapsiagaan yang menyeluruh di peringkat kementerian bagi memastikan undang- undang ini apabila dipinda ini dapat dilaksanakan dengan baik dan mengikut panduan undang-undang yang sebenar.

Ini kerana kalau kita lihat, terdapat misalnya tuntutan ganti rugi iaitu fasal 31F yang bertujuan melindungi terdapat usaha-usaha penyitaan, penggeledahan yang mana tidak boleh kos ataupun ganti rugi yang berbangkit daripada kemasukan penggeledahan ini. Begitu juga dalam fasal 34A yang memberikan peruntukan perlindungan daripada tindakan mahkamah terhadap Pegawai-pegawai Pelesenan, pegawai yang diberi kuasa atau Ahli Lembaga Racun untuk menjalankan tugas mereka. Itu perkara pertama Tuan Yang di-Pertua. Kedua adalah kompaun kesalahan dalam fasal 32A ini. Daripada segi kuasa pengkompaunan ini, memang dalam undang-undang ini dilihat bukanlah kuasa mutlak pegawai. Ini kerana, ada safeguard dengan izin supaya dapat izin bertulis kepada Pendakwa Raya. Cuma, saya ingin tanya kepada kementerian, apakah mekanisme kompaun ini? Apakah mereka menggeledah dan terus beri kompaun ataupun menggeledah membuat catatan, kemudian rujuk kepada Pendakwa Raya dan sebagainya. Ini kerana, kalau itu prosesnya, sudah pasti ia akan memakan masa dan tidak keterlaluan kalau saya simpulkan ia tidak begitu efektif. Jadi, perkara ini saya percaya Yang Berhormat Menteri mempunyai jawapan daripada segi mekanisme pengkompaunan ini, supaya ia akan dapat memastikan hasrat undang-undang ini dapat dicapai.

Ketiga Tuan Yang di-Pertua, ini berkaitan tentang seksyen 30 lah ataupun fasal 30. Saya sebenarnya ingin membawa hasrat rakan-rakan. Sebahagiannya telah pun disampaikan. Secara khususnya kita lihat di bawah ini pengamalan ataupun pengambilan ketum ini Tuan Yang di-Pertua sudah jadi satu kebiasaan. Jadi saya ingin tanya kepada Menteri, apakah terdapat ikhtiar untuk menghalalkan perkara ini. Sebab kalau saya lihat misalnya kenyataan Datuk Ayob Khan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, beliau menyatakan ada mencadangkanlah bahawa perlu ada pindaan terhadap seksyen 30 Akta Racun ini. Akan tetapi yang lebih menarik itu ialah keuntungan yang boleh kita dapat daripada hasil penanaman ketum ini kalau dihalalkan kira-kira RM180 juta setahun. Kalau kita berada di bawah saya percaya Tuan Yang di-Pertua pun biasa kita turun ke kawasan-kawasan ini kan terutama apabila demam dia kata ambil air itu dalam segelas okey, clear tetapi jangan campur yang lainlah. Jadi pada saya oleh sebab ini satu tanggapan umum, saya percaya Menteri Kesihatan mempunyai idea kalau boleh perkara- perkara yang baik ini dicarikan jalan untuk memastikan agar ia dapat dilaksanakan, sesuai dengan amalan tradisional. Kita tahu bahawa always ada alternative medicine dalam kita memastikan kesihatan umum ini. Jadi saya ingin tanyakan kepada Menteri bagaimana pandangan Menteri tentang perkara ini? Mungkin ada kaitan, mungkin tidak ada kaitan tetapi ini adalah pandangan daripada akar umbi dan tentunya kalau hendak salah guna macam-macam boleh salah guna, ubat batuk pun boleh salah guna kan. Jadi, pada saya perkara ini satu perkara yang baik untuk kita sama-sama menelaah pindaan ini agar ia dapat memberi manfaat kepada rakyat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. The point of ketum itu very interesting. Mengikut senarai telah selesai, jadi saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab, 20 minit.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu BakarUMNO · BNMenteri Kesihatan · Rembau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Racun (Pindaan) 2022. Segala cadangan dan juga pandangan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah

Tuan Khairy Jamaluddin Abu BakarUMNO · BNMenteri Kesihatan · Rembau

pun dibuat, KKM sangat menghargai dan akan diberi perhati yang sewajarnya. Saya akan cuba menjawab semua pertanyaan dan juga cadangan mengikut urutan perbahasan tadi. Mana yang saya tidak sempat saya mohon Tuan Yang di-Pertua supaya saya dapat jawab secara bertulis kelak. Pertamanya, perbahasan daripada Yang Berhormat Pontian berkenaan dengan kes-kes yang berkaitan dengan kesalahan-kesalahan di bawah Akta Racun ini. Pertama adalah kes berkaitan bahan psikotropik. Dari tahun 2017 hingga 2021, sebanyak 95 kes berkaitan bahan psikotropik telah didakwa di mahkamah. Sebahagian besar 94 daripada 95 kes memang mengaku salah manakala satu kes disabit kesalahan. Jumlah denda dalam tempoh yang saya sebutkan tadi adalah RM508,900. Penguatkuasaan turut dijalankan selain daripada pihak KKM oleh PDRM dan juga Kastam Diraja Malaysia. Yang Berhormat Pontian juga telah tanya jumlah kes yang telah diambil tindakan ke atas kesalahan menghalang pegawai penguatkuasaan, sebab ini pun ada peruntukannya juga. Dari tahun 2016 hingga 2021, ada 32 kes ancaman halangan dan ugutan yang dihadapi oleh pegawai penguatkuasaan semasa menjalankan tindakan penguatkuasaan di bawah semua akta yang dikuatkuasakan oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi KKM. Manakala jumlah kesalahan bagi kesalahan yang mengancam nyawa. Untuk makluman, subseksyen 32 Akta 366 merupakan suatu peruntukan penalti am bagi mana- mana kesalahan yang tidak diperuntukkan penalti secara khusus oleh akta ini atau mana- mana peraturan di bawahnya. Selanjutnya proviso di bawah subseksyen 32(2) ini memperuntukkan sekiranya kesalahan yang melibatkan penalti am yang mana orang itu dituduh yang pada pandangan mahkamah terjumlah kepada suatu kecuaian dan disengajakan yang membahayakan atau mungkin untuk membahayakan nyawa manusia, orang itu sekiranya disabitkan boleh dijatuhkan hukuman di bawah proviso tersebut memandangkan perkara ini melibatkan budi bicara dan kuasa mahkamah ia adalah di luar skop kementerian. Yang Berhormat Pontian juga telah tanya berkenaan dengan kawalan ke atas produk-produk palsu. Secara umumnya kawalan ke ubat tidak berdaftar seperti produk palsu adalah di bawah akta lain, Akta Jualan Dadah 1952. Produk palsu juga tertakluk kepada kawalan di bawah KPDNHEP. Status ketum dalam cadangan RUU dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, Yang Berhormat Kuala Selangor dan beberapa Ahli-ahli Parlimen yang lain, untuk pindaan kali ini dibangkitkan dalam pindaan pada beberapa tahun yang lepas, tetapi untuk pindaan kali kita tidak ada cadangan kawalan ketum di bawah RUU pindaan kali ini. Walau bagaimanapun, mitragynine iaitu alkaloid yang terdapat di dalam ketum yang merupakan psychoactive substance masih tertakluk kepada kawalan sedia di bawah akta ini. Ketum plant tidak tetapi mitragynine masih terkawal di bawah Akta Racun. Berkenaan dengan soalan Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, apakah road map untuk ketum ini sama ada ketum ini dapat di legalized ataupun produk-produk ketum ini dapat dijual dan sebagainya. Untuk makluman Yang Berhormat, saya dilantik oleh Jemaah Menteri sebagai Pengerusi Jawatankuasa Induk Pembangunan Industri Kanabis dan Ketum bagi Tujuan Perubatan untuk melihat kepada evidence yang terkini berkenaan dengan ketum dan juga kanabis terutamanya bagi tujuan perubatan. Selepas jawatankuasa ini mendapat pandangan daripada pakar-pakar sama ada ketum ataupun kanabis boleh digunakan dengan selamat bagi tujuan-tujuan tertentu untuk perubatan maka kita akan keluarkan kerangka bagi pendaftaran produk-produk sedemikian. Ini juga akan memberi kesan kepada penanam-penanam ketum di Malaysia yang mungkin boleh mendapatkan hasil ekonomi daripada penjualan tanaman ketum mereka. Mesyuarat pertama akan diadakan pada 25 hari bulan, bulan ini dan saya telah memberi bayangan bahawa untuk ketum, kita masih lagi hendak melihat dia punya evidence tetapi bagi kanabis mungkin ada kemungkinan besar kita akan keluarkan kerangka bagi pendaftaran bagi produk-produk yang ada kaitan dengan CBD cannabidiol

Tuan Khairy Jamaluddin Abu BakarUMNO · BNMenteri Kesihatan · Rembau

menjelang akhir tahun ini supaya dapat dipertimbangkan pendaftarannya dan penggunaannya untuk penyakit-penyakit tertentu pada tahun hadapan. Yang Berhormat Pontian...

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Sikit kalau boleh saya celah Menteri?

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Menteri, sangat baik pencerahan ini. Cuma kalau balik kepada ketum atau kratom, apa yang diperlukan bukan lagi lab studies tetapi mesti mengarah kepada clinical studies. Saya ingat sudah banyak terbukti punya pharmacological kesan atau efek yang baik yang boleh kita teruskan kajian tetapi we require a clinical design, a clinical evidence at this stage so that’s the way to go for, walhal dari sudut medical what you want to solely establish. Terima kasih Menteri.

Ya, betul Yang Berhormat. Jadi saya setuju cara yang paling selamat adalah melalui ujian klinikal dan juga penyelidikan klinikal supaya tidak ada mudarat yang datang daripada penggunaan ketum ataupun kanabis dalam perubatan.

Yang Berhormat Pontian membangkitkan kolaborasi antara ahli farmasi, penguatkuasaan dan keselamatan akan berlaku supaya memastikan pengurusan dan penggunaan bahan-bahan ini boleh dilakukan di seluruh negara. Kementerian ini mengadakan pemantauan dan pengawasan berjadual ke atas semua premis berlesen dan juga premis tidak berlesen yang mengendalikan racun. Untuk makluman, sebanyak 41,222 premis berlesen di bawah akta. Sebanyak 15,432 premis berdaftar iaitu klinik perubatan, pergigian, veterinar dan hospital dan 31,665 premis lain yang tidak berlesen atau tidak berdaftar telah diperiksa antara tahun 2017 hingga tahun 2021. Selain itu, bagi meningkatkan pematuhan kepada akta, kementerian ini berusaha mengadakan dialog bersama pemegang taruh termasuk pemegang lesen dan pihak industri bagi memastikan pengurusan dan penggunaan racun boleh dilakukan secara teratur. Yang Berhormat Pontian juga membangkitkan kerjasama GLC dan swasta, wujudkan farmasi berlesen luar bandar. Kita akan ambil maklum tentang perkara tersebut. Kawalan ke atas harga ubat-ubatan, kita buat dari semasa ke semasa di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan dan juga dengan dialog bersama dengan industri untuk memastikan ubat itu dijual pada harga yang berpatutan. Tuan Yang di-Pertua, saya pergi kepada Ahli Parlimen Kuala Selangor yang telah bangkitkan pelbagai perkara. Pertama, kawalan berkaitan penjualan ubat-ubatan yang menyeluruh. Pendekatan silo functionality online sale perlu meliputi ubat-ubatan, termasuklah tradisional, kosmetik dan sebagainya. Peruntukan kawalan sedia ada terhadap pengimportan, pemilikan, pengilangan, penyebatian, penstrukturan, pengangkutan, penjualan dan penggunaan racun adalah di bawah Akta Racun dan telah mencakupi kedua-dua aktiviti secara fizikal dan juga atas talian ataupun online. Manakala peruntukan khas dinyatakan untuk preskripsi elektronik kerana selaras dengan keperluan semasa di mana perubatan secara online yang memerlukan preskripsi secara digital. Pihak kami juga mengambil maklum berkaitan keperluan pendekatan kawalan menyeluruh penjualan ubat-ubatan secara atas talian. Perkara ini sedang dilihat dan dikaji untuk dibawa pindaan kepada akta-akta lain seperti Akta Jualan Dadah supaya tidak ada silo functionality yang ditegur oleh Ahli Yang Berhormat Kuala Selangor. Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Kuala Kedah dan Yang Berhormat Sibu, berkenaan kenaikan penalti. Ini banyak yang dibangkitkan tentang

hukuman dan penalti. Kementerian Kesihatan Malaysia ingin menyatakan bahawa cadangan kepada kenaikan penalti ini tidaklah dibuat sewenang-wenangnya. Kuasa tambahan yang diperuntukkan dalam undang-undang ini bukan dibuat dengan ringan tetapi penuh dengan tanggungjawab dan juga dengan kesedaran bahawa kita tidak menghukum mana-mana terutamanya seperti mana yang dibangkitkan Yang Berhormat Kuala Kedah, pengamal-pengamal perubatan yang kecil dan sebagainya. Ini memang bukanlah semangat di sebalik pindaan kepada Akta Racun ini. Hukuman berhubung dengan bahan psychotropic di bawah seksyen 30 telah diperuntukkan sejak tahun 1988 tanpa sebarang pindaan selama 34 tahun. Hukuman sedia ada di bawah seksyen 32, Akta 366 dipinda kali terakhir pada tahun 1980 menerusi Akta Racun, 42 tahun. Ini pandangan setelah kita melibat uruskan bukan hanya penguat kuasa tetapi juga semua pemegang taruh. Kita dapati bahawa hukuman yang sedia ada tidak selaras dengan perkembangan semasa dan tidak setimpal untuk menghalang pesalah-pesalah daripada mengulangi kesalahan mereka. Ia tidak memberi pengajaran mahupun bersifat deterrent kepada orang lain melakukan kesalahan. Pindaan ini juga saya perlu nyatakan sekali lagi, prinsip utama di sebalik pindaan kepada Akta Racun sebenarnya adalah melindungi rakyat, alam sekitar dan negara daripada kesan mudarat racun yang sangat besar, kesan mudarat akibat pengendalian racun dan bahan psychotropic yang tidak betul, yang tidak teratur dan tidak berintegriti. Ini soal hidup dan mati. Pengendalian pembekalan dan penjualan racun yang tidak mengikut peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan boleh menyebabkan berlakunya pemesongan bahan-bahan tersebut untuk tujuan jenayah seperti pembuatan haram dadah berbahaya dan bahan psychotropic. Cadangan kenaikan penalti yang tinggi agak tinggi dibuat kerana merujuk kepada impak mudarat kepada masyarakat akibat penyalahgunaan dan pemesongan bahan yang dikawal di bawah Akta Racun. Kuantum denda ini walaupun ada yang kata agak tinggi tetapi ia agak selaras dengan denda akta lain yang dikuatkuasakan oleh KKM dan kementerian lain. Contohnya ia adalah selaras dengan denda yang ada adi bawah Akta Peranti Perubatan 2012, Medical Device Act dan juga Food Act ataupun Akta Makanan 1983. Cadangan pindaan kenaikan general penalti memperuntukkan kuasa kepada mahkamah untuk menjatuhkan hukuman denda maksimum sebanyak RM100,000 atau lima tahun penjara bagi kesalahan-kesalahan di bawah Akta Racun kecuali kesalahan berkaitan rekod dan kesalahan melibatkan psychotropic. Rekod, kita tidak sentuh. Rekod, kita kekal dia punya penalti sebab seperti mana yang dibangkitkan tadi itu kita anggap sebagai bukanlah kesalahan yang terlalu berat. Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman ada mengambil kira beberapa faktor. Antaranya fakta kes, mitigating circumstances, keseriusan kes, rekod kesalahan lampau, impak kepada mangsa dan nilai rampasan. Oleh demikian, walaupun nilai maksimum adalah RM100,000, seperti mana Ahli-ahli Yang Berhormat tahu mahkamah akan menjatuhkan hukuman yang sewajarnya setelah mengambil kira mitigating circumstances dan factors, dengan izin. Ahli Yang Berhormat Lumut bangkitkan berkenaan dengan of course kebimbangan dari segi pelaksanaan penguatkuasaan, memastikan tiada abuse kepada pelaksanaan, dengan izin. Buat masa ini, sudah pasti terdapat pelbagai mekanisme untuk memastikan tiada penyalahgunaan kuasa dan sudah pasti Kementerian Kesihatan sendiri sentiasa pantau laporan dan juga aduan yang kita terima sama ada daripada saya sebagai Menteri, sampailah ke peringkat di lapangan berkenaan dengan tindakan yang keterlaluan. Pihak yang tidak berpuas hati boleh melaksanakan aduan melalui SisPAA, SPRM dan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan. KKM memberi jaminan dalam ucapan penggulungan saya ini bahawa kita akan sentiasa menambah baik kawal selia dari aspek pelaksanaan serta penguatkuasaan, continuous improvement bagi Akta Racun ini untuk kita memastikan tidak ada tindakan yang keterlaluan oleh penguat kuasa kita.

Yang Berhormat Tuaran tidak ada. Saya bagi secara bertulis. Ahli Yang Berhormat Setiu membangkitkan langkah yang diambil kementerian untuk mendidik rakyat supaya tidak ambil ubat tanpa preskripsi, yang pertama dan juga beberapa perkara yang lain. Sejauh mana penguatkuasaan terhadap penjualan ubat tanpa preskripsi. Ketiga, adakah terdapat sebarang aplikasi untuk membuat aduan? Adakah semua produk suplemen tambahan selamat digunakan? Sejauh mana laman web NPRA mesra pengguna? Diwujudkan sistem preskripsi antara kerajaan dan swasta. Jadi Ahli Yang Berhormat Setiu, pertamanya Program Kenali Ubat Anda telah diperkenalkan pada tahun 2007 bagi menyokong strategi di bawah Dasar Ubat Nasional iaitu penggunaan ubat secara berkualiti. Ini untuk memberi kesedaran kepada rakyat apa ubat yang mereka diberi dan apakah tahap keselamatan ubat tersebut. Matlamat program ini adalah untuk mendidik dan memberi kesedaran tentang penggunaan ubat secara selamat kepada masyarakat. Seterusnya Program Duta Kenali Ubat Anda yang merupakan program community empowerment, telah dilaksanakan bermula tahun 2012 bagi memperkasakan pemimpin masyarakat yang berpengaruh untuk membantu menyebarkan maklumat asas berkaitan ubat-ubatan kepada orang awam. Program ini menggunakan kaedah pengaruh rakan sebaya, peer education dengan izin, dalam menyalurkan informasi yang lebih berkesan kepada masyarakat. Penjualan racun tanpa preskripsi merupakan satu kesalahan di bawah perenggan 21(1)(c) akta ini dari tahun 2017 hingga tahun 2021, sebanyak 129 premis farmasi yang didakwa dengan nilai denda RM289,450. Sebarang aduan berkaitan produk tidak berdaftar dan iklan ubat yang overclaim boleh dikemukakan kepada portal Sistem Pengurusan Aduan Awam, http://moh.spab.gov.my. Semua ubat adalah selamat digunakan setelah ia berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.

Ubat yang telah berdaftar perlu mempunyai nombor pendaftaran MAL dan pelekat keselamatan hologram. Orang awam boleh melatari laman web npra.gov.my untuk menyemak ubat berdaftar untuk cek sama ada ubat itu mempunyai pendaftaran dengan KKM ataupun tidak. Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil maklum cadangan Yang Berhormat supaya diwujudkan sistem preskripsi antara kerajaan dan swasta bagi membolehkan preskripsi kedua-dua sektor boleh diguna pakai di hospital mahupun di swasta. Yang Berhormat Padang Serai, siapakah yang akan bertanggungjawab sekiranya kesalahan dilakukan di farmasi? Kadar hukuman telah dinaikkan jika satu farmasi lakukan kesalahan. Adakah kesalahan ditanggung oleh farmasi itu sahaja ataupun semua patut menanggung kesalahan tersebut? Kesalahan akan dipertanggungjawabkan kepada orang yang melakukan kesalahan di premis farmasi. Sebagai contoh, seseorang yang bukan merupakan ahli farmasi yang membekalkan racun tanpa pengawasan ahli farmasi adalah melakukan kesalahan dan merupakan kesalahan kepada orang itu. Sekiranya ahli farmasi berdaftar membekalkan racun secara borong, kesalahannya adalah kepada ahli farmasi berdaftar tersebut. Menurut seksyen 32(3) sedia ada, director turut boleh didakwa sekiranya body corporate yang didakwa di mahkamah berhubung dengan kesalahan pengimportan pemilikan bahan psikoterapik. Hasil siasatan akan menentukan sama ada tuduhan itu dibuat terhadap ahli farmasi berlesen. Namun, sekiranya RUU ini diluluskan, tuduhan boleh juga dibuat kepada ahli farmasi berdaftar selaku individu atau pertubuhan perbadanan yang memiliki farmasi tersebut berdasarkan hasil siasatan depends on the investigation dan juga bukti yang diperolehi. Tuan Yang di-Pertua, saya pohon masa lima minit lagi tambahan sebab banyak isu yang hendak disampaikan.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Lima minit.

Lima minit ya. Jadi, untuk Yang Berhormat Subang saya akan bekalkan secara bertulis semua sebab banyak projek-projek yang telah pun kita buat secara tender untuk hospital information system semasa bertahun-tahun. Sama juga dengan MySejahtera yang saya sebutkan tadi pemilikan data semuanya adalah dimiliki oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Setakat ini, soalan oxycodone tiada pemesongan yang melibatkan produk oxycodone di Malaysia dan setakat ini tiada rampasan yang dibuat di Malaysia. Soalan-soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sepang sahabat saya Yang Berhormat Sepang tadi, Yang Berhormat Sepang dia keluar sekejap jadi saya akan jawab secara bertulis kepada Yang Berhormat Sepang dan yang terakhir kepada Pengerusi Jawatankuasa Terpilih Jawatankuasa Pilihan Khas Yang Berhormat Bandar Kuching yang mana saya boleh sempat jawab dalam lima minit ini. Ada tiga perkara yang dibangkitkan. Seksyen 15(2)(k) jualan racun secara borong adakah bercanggah atau konflik dengan Akta Perubatan, Akta Pergigian? Apakah implikasi undang-undang jika ada? Bagaimanakah jika ada percanggahan dengan peruntukan berkaitan? Cukup akta ini untuk kawal ubat tiruan, formulasi dan sebagainya? Bagaimanakah dengan kawal selia bagi perkhidmatan pemberian ubat dan racun dalam talian? Perlu kawal selia yang komprehensif. Setakat ini belum wujud lagi. Pembekalan racun untuk tujuan rawatan masih perlu dilakukan oleh pengamal perubatan berdaftar. Dalam pengendalian ubat-ubatan, kawalan bukan hanya tertakluk kepada Akta Racun tetapi turut dikawal di bawah Akta Jualan Dadah 1952 dan peraturan- peraturannya yang memperuntukkan bahawa semua ubat yang diguna pakai di Malaysia perlu berdaftar dengan pihak berkuasa kawalan dadah bagi memastikan keberkesanan keselamatan dan kualiti ubat tersebut. Akta 366 telah memperuntukkan kawalan ke atas pembekalan penjualan racun. Kawalan ini adalah terpakai kepada pembekal dan penjualan sama dibuat secara konvensional atau dibuat dalam talian. Sekiranya pembekalan penjualan tersebut mematuhi peruntukan yang ditetapkan, maka penjualan dan pembekalan tersebut boleh dilakukan dan sekiranya ia tidak memenuhi kehendak Akta 366, maka ia adalah satu kesalahan. Tuan Yang di-Pertua, ada satu lagi yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tebrau tadi kos penguatkuasaan.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Yang Berhormat Bandar Kuching itu punya jawapan tadi macam mana itu Yang Berhormat Menteri?

Ya, sekejap ya.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Saya pun ada satu tafsiran...

Kalau saya tidak sempat jawab dalam ini boleh dirujuk balik dalam jawatankuasa ya. Kos penguatkuasaan berhubung dengan seksyen baharu 31F bahawa tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit kepada kemasukan penggeledahan, penyitaan boleh mendapatkan kembali melainkan jika kemasukan geledahan itu dibuat dengan munasabah. Peruntukan ini tidaklah menghalang sebarang tindakan sivil, difailkan oleh orang awam untuk menuntut ganti rugi sekiranya kemasukan, penggeledahan atau penyitaan tersebut pada hemat orang awam itu dilakukan secara tidak munasabah. Namun, perkara ini perlu dibawa ke mahkamah sama ada tuntutan tersebut demerit ataupun tidak. Berhubung dengan takrifan reasonable cost, rujukan dibuat kepada kes Saul Hamid bin Pakir Mohamad versus Inspektor Abdul Fatah bin Abdul Rahman pada tahun 2007, mahkamah memutuskan bahawa reasonable cost adalah sesuatu persoalan fakta yang diperlu oleh diputuskan oleh hakim berbicara. Oleh yang demikian perkara ini akan ditentukan oleh case-by-case basis di mahkamah.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Yang Berhormat Menteri. Satu soalan, Bandar Kuching. Sebenarnya banyak perbahasan mengenai potensi bagaimana ia dapat disalahgunakan. Jadi, sebenarnya soalan asas yang saya rasa belum dijawab dengan izin what are the– who check the enforcers? I think that is a– itu soalan yang kita hendak tahu, terima kasih.

Ya, so sepertimana yang saya sebutkan tadi who check the enforcers dia ada dua di sini. Pertama, proses undang-undang boleh fail kes sivil di mahkamah sekiranya didapati bahawa tindakan itu adalah tidak munasabah. Perkara ini tetap boleh dibawa ke mahkamah. Kalau tidak mengambil langkah pergi ke mahkamah seperti mana yang saya sebutkan tadi ada Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA), ada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, ada Suruhanjaya Integriti dan Agensi Penguatkuasaan yang telah pun ditubuhkan EAIC dan juga kita juga ada sistem melalui unit integriti kementerian yang boleh membuat siasatan dalaman. Jadi dalam hal ini, ini adalah soalan pokok untuk semua penguat kuasa, untuk setiap enforcement agensi dan sepertimana menjadi dasar kerajaan sama ada civil suit, recource suitable suit, recourse through complains filed through any of the enforcement agencies, SPRM, EAIC dan juga aduan boleh dibuat melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam dan juga aduan boleh terus dibuat kepada Yang Berhormat Menteri untuk siasatan dalaman itu seperti biasa Yang Berhormat.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Sedikit kalau boleh Tuan Yang di-Pertua. Saya kalau yang saya faham tentang license wholesalers tadi Yang Berhormat Menteri ya ia adalah dibeli oleh factories, plantations yang mana akhirnya mereka beli untuk pekerja workers mereka, employees mereka. Akan tetapi, treatment otherwise masih lagi dibuat oleh medical professionals itu yang saya faham ya Yang Berhormat Menteri. Mungkin kalau Yang Berhormat Menteri boleh berikan lagi pencerahan kalau perlu. Terima kasih. Tidak ada percanggahan di sana.

Jadi, tidak ada percanggahan sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Selangor tadi. Kawalan penjualan dan pembelian racun secara borong ini adalah untuk membenarkan pembekalan racun secara borong kepada seseorang yang memerlukan racun bagi pematuhan kepada mana-mana undang-undang bertulis untuk rawatan perubatan pekerjanya. Jadi, tidak ada percanggahan. So, sebagai contoh rasional dia untuk permudahkan pematuhan kepada keperluan undang-undang lain. Contoh, ada undang- undang Yang Berhormat seperti Merchant Shipping Ordinance 1952, Factory and Machineries (Safety, Health and Welfare) Regulation 1970. Jadi, ini yang adalah untuk memastikan bahawa mereka dapat bekalan racun. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Maka, tamat sudah masa Yang Berhormat Menteri menjawab. Bagi soalan-soalan yang belum dijawab Yang Berhormat Menteri dalam lima hari sila beri jawapan bertulis. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

[Fasal-fasal 1 hingga 24 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang]

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

[Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Kesihatan II (Datuk Aaron Ago Dagang) dan diluluskan]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA (PINDAAN) 2022 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Datuk Seri Saravanan a/l MuruganMIC · BNMenteri Sumber Manusia · Tapah

Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dibacakan kali yang kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, selepas ini disebut sebagai Akta 4, yang ditadbir urus oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) merupakan satu undang-undang yang memberikan perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan orang tanggungannya menerusi skim-skim perlindungan yang diperkenalkan iaitu Skim Bencana Kerja dan Skim Keilatan. Akta 4 terpakai kepada pekerja berstatus warganegara, pemastautin tetap atau sementara dan pekerja asing. Namun, pekerja asing hanya layak kepada Skim Bencana Kerja sahaja. Melalui Akta 4, mana-mana pekerja yang mengalami hilang upaya akibat daripada kemalangan semasa menjalankan pekerjaannya boleh menikmati manfaat-manfaat yang disediakan. PERKESO akan memberi rawatan perubatan percuma, kemudahan pemulihan jasmani atau vokasional serta faedah tunai kepada pekerja tersebut tertakluk kepada terma dan syarat. Sekiranya pekerja meninggal dunia, orang tanggungan mereka akan turut menikmati faedah tunai dengan menerima pencen bulanan bagi membantu kelangsungan hidup. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, pada masa ini, Akta 4 meliputi pekerja tanpa mempunyai had gaji dan tertakluk kepada pekerja yang mempunyai hubungan, dengan izin, master and servant sahaja. Walau bagaimanapun, siling caruman tertakluk kepada siling gaji sehingga RM4,000 sebulan sahaja seperti ketetapan dalam Jadual Ketiga. Sejak mula dikuatkuasakan pada tahun 1971, siling gaji untuk caruman di bawah Akta 4 kali terakhir dipinda pada tahun 2016. Sebagaimana pengumuman Bajet 2022 oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan pada 29 Oktober 2021, kerajaan mencadangkan peningkatan siling gaji untuk caruman daripada RM4,000 kepada RM5,000 untuk menambah baik faedah bagi 9 juta pekerja yang dilindungi oleh PERKESO. Sehubungan itu, suatu pindaan ke atas Akta 4 perlu dilaksanakan kerana, Tuan Yang di-Pertua, peningkatan siling gaji bulanan RM5,000 akan mewujudkan caruman yang baharu bagi lingkungi gaji bulanan daripada RM4,000 sehingga RM5,000. Peningkatan ini seterusnya dapat menambah baik perlindungan keselamatan sosial PERKESO dengan meningkatkan faedah-faedah bagi akta ini seperti faedah hilang upaya sementara, faedah hilang upaya kekal, pencen ilat dan pencen penakat. Bagi menjelaskan lagi perkara ini, saya memberikan contoh. Sekiranya seorang pekerja yang berumur 30 tahun dan bergaji lebih daripada RM5,000 layak menerima

Datuk Seri Saravanan a/l MuruganMIC · BNMenteri Sumber Manusia · Tapah

faedah hilang upaya kekal, pengiraan bayaran pukal bagi pekerja tersebut mengikut siling gaji sedia ada adalah berjumlah RM177,252.30 sahaja. Walau bagaimanapun, berdasarkan pengiraan siling gaji yang baharu, pekerja yang sama akan menerima sebanyak RM222,126.30. Dalam hal ini, terdapat peningkatan sebanyak 25.3 peratus bagi siling gaji baharu berbanding siling gaji yang sedia ada. Dalam proses menggubal pindaan ini, terdapat beberapa sesi libat urus telah dijalankan bersama Kementerian Kewangan dan pihak-pihak berkepentingan. Tuan Yang di-Pertua, cadangan pindaan ini akan melibatkan pindaan kepada seksyen 5, Jadual Ketiga dan Jadual Keempat akta ini. Peruntukan-peruntukan sedia ada yang dipinda adalah seperti berikut— Subseksyen 5(2)— had siling gaji. Subseksyen 5(2) dipinda untuk menaikkan had maksimum, dengan izin, insurability amount gaji pekerja daripada RM4,000 kepada RM5,000. Jadual Ketiga— kadar caruman Jenis Pertama dan Kedua. Jadual ini menyatakan kadar caruman Jenis Pertama dan Kedua yang dihitung berdasarkan gaji bulanan untuk caruman. Caruman jenis pertama adalah bagi Skim Keilatan dan Skim Bencana Kerja yang dibayar oleh pihak majikan dan pekerja. Caruman Jenis Kedua adalah bagi Skim Bencana Kerja dan dibayar oleh majikan sahaja. Peningkatan siling gaji bulanan untuk caruman RM5,000 melibatkan pindaan kepada Jadual Ketiga perenggan 2 Bahagian I bagi caruman Jenis Pertama dan perenggan 4 Bahagian III bagi caruman Jenis Kedua. Jadual Keempat— faedah hilang upaya dan faedah orang tanggungan. Jadual ini menyatakan gaji bulanan anggapan bersamaan dengan caruman Jenis Pertama dan Jenis Kedua untuk maksud pembayaran faedah hilang upaya dan faedah orang tanggungan mengikut mana yang berkenaan. Tuan Yang di-Pertua, peruntukan-peruntukan baharu yang dicadangkan dimasukkan melibatkan 10 butiran baharu yang dimasukkan ke dalam Jadual Ketiga perenggan 2 Bahagian I bagi caruman Jenis Pertama dan caruman Jenis Kedua serta Jadual Keempat bagi faedah hilang upaya dan orang tanggungan. Peruntukan baharu ini menetapkan amaun caruman baharu bagi gaji bulanan RM4,100 hingga siling caruman bagi gaji bulanan melebihi RM5,000. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan berharap supaya Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2022 ini dapat memberi nilai impak yang disasarkan iaitu menjamin kesejahteraan sosial penerima faedah dan manfaat sedia ada serta baru. Selain itu, ia juga memastikan faedah dan manfaat di bawah skim ini terus dikekalkan kepada penerima tanpa menjejaskan pelaksanaannya. Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama untuk menjayakan Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2022 ini. Sekian, terima kasih. Saya mohon mencadangkan.

Dato' Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Ada sesiapa Yang Berhormat menyokong?

Datuk Haji Awang bin HashimPAS · PNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Pendang

Saya menyokong.

Dato' Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dibaca kali kedua sekarang dan dibuka untuk perbahasan. Berikut adalah senarai pembahas. Pertama, Yang Berhormat Pontian. Kedua, Yang Berhormat Ipoh Barat. Sepuluh minit. Berikutannya, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Sik dan Yang Berhormat Sungai Buloh.

Kapar mohon dimasukkan.

Dato' Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Silakan Yang Berhormat Pontian, memulakan.

Tuan Yang di-Pertua, nama saya telah dikemukakan.

Dato' Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Ada, ada.

Tapi tidak dipanggil.

Dato' Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Akan dipanggil.

Okey, terima kasih.

Jangan lupa Kapar, Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat Jelutong, senarai panjang.

Terima kasih, terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang budiman.

Jangan lupakan Kapar, Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Saya boleh baca sampai habis ini tapi saya biarkan dahulu 10, sebentar lagi Timbalan Yang di-Pertua, Dato’ Rashid akan follow. Dia akan sambung.

Sabar, sabar. Jangan ganggu mood Tuan Yang di-Pertua, tengah baik itu.

Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat Pontian, mulakan. Lima minit ya.

Terima kasih. Saya hari ini dapat yang pertama sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, rang undang- undang ini tentunya bertujuan baik iaitu untuk menambah baik liputan keselamatan sosial sebagaimana yang telah disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi, faedah bertambah dijadikan contoh dan peratusan pertambahan faedah kepada pekerja ialah sebanyak 25 peratus. Jadi, ini ialah satu perkara yang bagus kerana pekerja kita perlu diberikan faedah- faedah yang tertentu daripada segi kesihatan, keselamatan, kebajikan, kesejahteraan jika mereka menghadapi hilang upaya, hilang upaya kekal, termasuklah kepada urusan jenazah misalnya. Jadi, hal-hal mengenai kecemasan, bencana kerja dan penyakit berjangkit ini adalah satu perkara yang kita membantu pekerja di Malaysia. Saya tahu bahawa PERKESO melindungi 9 juta orang pekerja. Adakah 9 juta orang pekerja itu ialah 7 juta orang rakyat, 2 juta daripada bukan rakyat Malaysia? Kemudian, 400,000 majikan terlibat dengan PERKESO ini. Adakah 400,000 majikan itu telah yang mendaftar dan berapa lagi yang belum mendaftar? Itu pertanyaan kepada Yang Berhormat Menteri. Pertama, 9 juta itu saya kira 7:2, apakah yang kita lindungi untuk pekerja bukan warganegara dan 400,000 majikan itu yang aktif. Bagaimana tentang majikan yang tidak aktif? Adakah mereka wajib mendaftar

juga kepada PERKESO supaya pekerja-pekerja boleh mendapatkan segala faedah yang diumumkan? Kemudian, sehingga 26 Mac 2022 difahamkan bahawa ada 132,988 kes tuntutan kepada PERKESO mengenai penyakit COVID-19. Saya ingin tahu, sehingga bila tuntutan ini boleh dibuat? RM133 juta telah diberikan kepada mereka yang terlibat mengenai penyakit COVID-19. Apakah jenis bantuan yang diberikan? Berapa banyak seorang yang menerima dan sehingga bila mereka boleh menunggu tuntutan ini diberikan? Saya lihat juga PERKESO memainkan peranan penting, memberikan hubungan yang baik dengan pekerja dengan ada khidmat atas talian. Terima kasih kerana ada apps PERKESO untuk memudahkan pekerja membuat tuntutan-tuntutan, termasuk Skim Insurans Pekerjaan (SIP) yang kita mulakan oleh kerajaan yang terdahulu. Satu perkara yang menarik di PERKESO ini kerana ada satu portal MYFutureJobs. Ini ialah satu usaha yang baik dalam hal untuk memberikan kebajikan sosial pekerja. Kita ingin tahu setakat mana data yang ada dalam MYFutureJobs. Berapa data pekerja yang diberhentikan? Berapa pekerjaan baru yang boleh diperoleh? Adakah pekerjaan-pekerjaan itu bernilai tinggi ataupun tidak? [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] Apabila saya melihat Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia ini, saya tidak boleh tidak ingin bertanya kepada beliau. Apabila melibatkan kebajikan pekerja, Akta 4 ini iaitu mengenai urusan gaji minimum yang banyak dipertikaikan apabila kita pergi ke bawah. Adakah pengecualian-pengecualian yang tertentu kepada syarikat-syarikat kecil masih lagi berkuat kuasa? Adakah Makcik Kiah yang jual goreng pisang dengan minyak bersubsidi ataupun tidak itu satu masa, satu ketika perlu memberikan gaji minimum kepada pekerja yang membantu beliau? Setakat mana gaji minimum itu boleh dilaksanakan pengecualian- pengecualian terhadap PKS-PKS yang sebagaimana contoh yang kita sedia maklum. Jadi, saya menyokong pindaan ini kerana ia memberikan faedah yang bertambah. Contoh yang diberi, 25 peratus. Saya harap 25 peratus itu across the board terhadap segala gaji-gaji yang terlibat mengenai siling gaji dan faedah yang diberikan dalam pindaan akta ini. Terima kasih banyak.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Ipoh Barat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, semasa Pakatan Harapan menerajui kerajaan, kita telah mencadangkan bahawa kenaikannya bukan setakat RM5,000 contribution tetapi RM10 ribu. Ini adalah asas dan dasar di mana kajian telah dibuat dan merangkumi semua orang yang mendapat gaji sehingga RM10 ribu sebulan. Kita perlu ingat bahawa bila kemalangan atau kematian terjadi, ia tidak mengira jika seorang itu mendapat gaji RM5,000 atau seorang mendapat gaji RM10 ribu. Asas PERKESO adalah untuk meliputi, menolong semua masyarakat yang perlukan pertolongan sedemikian, insurability. Saya hairan bahawa kerajaan telah menyekat ke RM5,000 sahaja. Saya rasa ini adalah satu two steps backwards daripada apa yang ditaja oleh kita (Pakatan Harapan) semasa menerajui kerajaan yang mana kita telah mencadangkan dan ‘AKURIS’ pun telah membuat semua research dalam hal tersebut. Kedua, saya difahamkan Tuan Yang di-Pertua, ada berbilion-bilion ringgit di PERKESO sekarang. Orang ramai tanya kenapa pencet ilat, pencen dan sebagainya, semua ini sangat kurang. Mereka tak faham. Saya rasa PERKESO perlu membuat roadshow di seluruh negara berkaitan dengan orang-orang yang terlibat yang mendapat pampasan dan sebagainya.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Beritahu kepada mereka, apakah peranan dan apakah- Walaupun kita ada berbilion-bilion, bukan bermakna bahawa wang itu semua boleh diberi kepada pihak-pihak yang mendapat pencen, pencen ilat dan sebagainya. Ini perlu satu gambaran, big picture perlu diberi kepada mereka. Oleh kerana semasa saya melawat market, ramai di antara yang tercedera kata kepada saya, “Yang Berhormat, tolonglah. Tolong naikkan pencen. Sekarang banyak kurang. RM100, RM300, RM500. Tak cukup dan sebagainya”. Saya rasa ini perlu satu penerangan yang menyeluruh supaya target group mendapat faedah daripadanya. Saya hairan Tuan Yang di-Pertua, hari ini kita hanya mendengar macam mana sumbangan itu dapat ditingkatkan. Akan tetapi tidak ada apa-apa dasar yang diberitahu oleh Yang Berhormat Menteri. Apakah yang akan merangkumi the big picture untuk semua pekerja di negara ini? The social net will be extended to everybody in this country. Tidak ada dasar sedemikian yang diberitahu. Yang Berhormat Menteri telah memberitahu penerangan semacam seorang businessman. Mengatakan harga naik sekarang, sumbangan naik dan ini tak cukup. Oleh kerana apa yang kita naikkan daripada RM4,000 ke RM5,000, it doesn’t touch the people. Apa yang akan touch the people adalah the social security net yang kita masa itu sedang memperhalusi. Kita berpendapat bahawa no one must be left behind. Itu dasar PERKESO dan semua tak kisah dia kaya atau miskin atau dia bekerja atau tidak bekerja, patut dilindungi oleh PERKESO. Lagi satu Yang Berhormat adalah di mana kita tahu doktor-doktor biasa berkata dia betul-betul sakit, dia incapacitated, tak boleh kerja. Akan tetapi panel doktor PERKESO kata ‘Eh, dia boleh kerjalah’. Jadi, apa ini? Ini bukan berita baharu, semasa kita menerajui kerajaan pun ada sedemikian. Kita beritahu kepada PERKESO bahawa apa yang dibuat oleh panel doktor PERKESO itu tak masuk akal. Kalau doktor private boleh kata dia betul-betul ilat, incapacitated, tak boleh kerja. Maka, tak boleh kerjalah! Tiba-tiba doktor kerajaan pilih kasih dan sebagainya. Ini merumitkan dan membawa nama busuk kepada PERKESO. Jadi, apa yang boleh dibuat oleh Yang Berhormat Menteri, kerajaan dan sebagainya? Tuan Yang di-Pertua, hanya lebih kurang 15.5 peratus sahaja self-employed iaitu lebih kurang 369,000 yang dilindungi PERKESO.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Kita perlu satu dasar yang merangkumi semua self-employed di negara ini. Semasa menerajui kerajaan, kita yang memulakan self-employed insurance ini. Saya harap tindakan diambil untuk menolong mereka dan mereka menyumbang kepada PERKESO. Tuan Yang di-Pertua, sekarang skandal. Ini semua baik punya. Skandal. Skandal apa? Skandal penjana kerja. Dikatakan Yang Berhormat Menteri sendiri ada bagi interview dengan surat khabar dan kata ada Ahli-ahli MIC pun mungkin terlibat. Ini saya baca dengan izin. “Human Resources Minister, Datuk Seri M.Saravanan had said that the employers and training providers who have made false claims should refund the money to avoid severe actions been taken against them. He also said that there was a possibility that several individuals from MIC are involved in the PenjanaKerjaya scandal”. Saya rasa perkara ini dilaporkan di The Star online, perlu satu penerangan. Sebenarnya saya telah memohon Yang Berhormat Menteri membuat Ministerial Statement kerana kita sudah cukup skandal di negara ini. 1MDB, selepas itu Malaysian Indian Community Transformation Unit (MITRA). Di sana pun skandal. Skandal segala, macam mana. Semua menunjukkan, kalau pepatah Melayu, dia kata “percaya pagar, pagar makan padi”. Sekarang “percaya politik, ahli politik makan duit”. Jadi kita tidak mahu perkara sedemikian. Ini saya rasa perlu satu untuk membersihkan hal ini. Yang Berhormat, sekurang-kurang patut menafikan sedemikian atau adakah betul-betul Ahli-ahli MIC yang memegang jawatan-jawatan yang tinggi dalam parti terlibat dalam perkara ini. Saya rasa sangat sedih kerana ini adalah untuk menolong masyarakat miskin dan susah. Lebih RM2.34 bilion telah di-disposed oleh PERKESO dan 45 ribu majikan telah mendapat manfaat dan orang yang mendapat pekerjaan 327,789 orang.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ramai di antara mereka akan mendapat manfaat yang lebih kalau kita ikhlas dalam menjalankan tugas. Kalau Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa ini yang dijalankan oleh departments, saya tidak tahu. Kita tidak boleh terima. Tidak boleh terima kerana ini adalah kewajipan. Kerajaan mempercayai kebolehan Menteri-menteri, sebab itu wang ini diagihkan berbilion-bilion untuk satu maksud sahaja Yang Berhormat. Ini bukan duit kita, ini adalah duit rakyat. Amanah. Oleh sebab itu, kita ada Parti AMANAH di Pakatan Harapan kerana menjaga semua orang. Kita bukan macam orang lain. Akan tetapi kita nampak walaupun ada Parti AMANAH, ada pencuri. Pencuri bukan di luar Yang Berhormat, tetapi di dalam parti-parti. Saya hairan, Tuan Yang di-Pertua, bahawa ini berlarutan. Sekarang beberapa orang telah ditangkap. Penyiasatan sedang dijalankan. Sama juga dengan MITRA. Perkara yang sama juga. Wang sebanyak RM100 juta diagihkan, diguna pakai, diamanahkan kepada Menteri supaya diguna pakai untuk menolong masyarakat miskin India. Akan tetapi masyarakat India kaya itu, sapu itu wang. Apa itu amanah? Keadaan yang sama di sini. Saya petik apa Yang Berhormat. Saya baca apa yang tertera dalam online news dan sebagainya. I’m not picking from the thin air. I don't make that kind of allegations so far. Akan tetapi ini adalah perkara yang mustahak. Jadi apabila dengar macam ini, kita rasa sangat sedihlah Yang Berhormat. Ini kerana keadaan sekarang sangat tenat, dalam situasi pandemik dan sebagainya. Baru kita lompat sedikit, bermakna ekonomi mula dibuka, menolong masyarakat dan sebagainya. Akan tetapi nampaknya sasaran yang diingat oleh ahli-ahli politik adalah untuk mengkayakan diri sendiri. Adalah satu yang kita perlu faham bahawa ini merupakan satu dosa yang besar kepada masyarakat. Lebih-lebih lagi mereka yang miskin dan perlukan bantuan atau safety net daripada kita, bukan daripada orang lain. We are the leaders. We are the people who can give them. We should memberi hala tuju dan sebagainya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Minta rumuskan Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ya?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Masa 30 saat lagi. Baik.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Panjangkan sikit. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua. Apa itu? Yang Berhormat Menteri boleh terus bangun, boleh cakap. No problem Yang Berhormat. [Ketawa] Kita rela. Bukan Yang Berhormat, kita - Perkara yang lagi sekali yang saya hendak tekankan di mana Akta 4 itu yang membawa pindaan-pindaan ini. Saya telah memberitahu dulu Tuan Yang di-Pertua. Apabila kita hanya hendak menukar the basic point dari RM4 ribu ke RM5 ribu ke RM10 ribu. This boleh dibuat secara regulation. Di bawah undang-undang bagi regulation kepada Menteri. Tidak perlu beri Parlimen pegang semua orang di sini. Belanja RM1 juta satu hari untuk dengar dan meluluskan perkara ini. Kita ingat the practical side. Ada banyak undang-undang yang Ministerial Order can be made dan ini adalah mustahak.. Yang Berhormat, saya hendak correction sikit. Sebelum ini Yang Berhormat kata, master-servant relationship, itu tidak benar. Itu ada sedikit benar dan sedikit tidak benar. Semasa saya menjadi Menteri, saya membuat satu gazette order yang mana saya katakan jika seorang isteri bekerja dengan suami, dia pun dilindungi oleh PERKESO dan ini no master-servant relationship. Ini adalah special relationship. Kita perlu memberi penerangan yang penuh kepada pihak-pihak yang berkenaan. Akhir sekali, jangan kita lupa kewajipan kita. Kita di sini bukan selama-lama Tuan Yang di-Pertua. Kita hanya di sini sebagai temporary license, hanya lima tahun. Ada orang-orang yang 10 tahun, 20 tahun. Akan tetapi dalam tempoh masa itu, kita perlu membuat - leave a legacy. Orang boleh - bila nama kita, dia kata yes, this is a type of leaders that we want. Saya harap semua penyelewengan kewangan, PenjanaKerjaya

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat Menteri sendiri kata supaya pulangkan wang, tetapi bolehkah Yang Berhormat menyatakan berapa wang yang telah dicuri daripada dana ini, di mana ia disalahgunakan dan ada tohmahan ia melibatkan ahli politik. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tebrau. Lima minit.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua mengizinkan saya untuk sertai perbahasan. Tuan Yang di-Pertua, PERKESO diperkenalkan untuk melaksanakan dua fungsi utama keselamatan sosial iaitu Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan. Skim Bencana Pekerjaan memberi perlindungan kepada para pekerja daripada kemalangan industri termasuk penyakit khidmat dan kemalangan semasa perjalanan berkaitan dengan pekerjaan. Skim Keliatan pula memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja terhadap keilatan atau kematian akibat sebarang sebab yang berlaku di luar waktu kerja. Objektif skim-skim tersebut adalah untuk menjamin pembayaran faedah tunai kepada pekerja dan orang tanggungnya apabila berlaku kejadian luar jangka yang menimpa pekerja berkenaan di samping menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan dan pemulihan jasmani atau vokasional. Kemudahan pemulihan adalah bertujuan untuk membolehkan pekerja atau bencana kembali aktif dalam kehidupan harian dan dapat kembali bekerja semula. PERKESO menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja di negara ini melalui caruman mandatori. Ia sentiasa menambah baik faedah dan perkhidmatan yang boleh ditawarkan kepada pencarum masing-masing. Pelindungan keselamatan sosial di Malaysia mengalami perubahan ketara dalam memenuhi peranannya untuk memberi perlindungan kepada golongan sasar dan menyokong pembangunan negara. Ia sejajar dengan evolusi keselamatan sosial di seluruh dunia, khusus pasca pandemik COVID-19. Oleh sebab peningkatan kos hidup yang begitu ketara khususnya selepas bulan Mac tahun ini, sudah tentunya menyebabkan amaun hilang upaya sementara, amaun hilang keupayaan kekal, amaun faedah atau faedah orang tanggungan, pencen ilat dan pencen penakat yang ditetapkan, buat masa sekarang tidak mencukupi. Pindaan yang dicadangkan bertujuan untuk menambah baik liputan keselamatan sosial yang akan meningkatkan faedah tertentu yang diterima oleh pekerja. Oleh itu, saya mengalu-alukan rang undang-undang ini untuk menaikkan had maksimum boleh insuran amaun gaji pekerja di bawah seksyen 5 daripada RM4 ribu sebulan kepada RM5 ribu sebulan.

Oleh itu amaun caruman di bawah Jadual Ketiga dan amaun faedah di Jadual Keempat dipinda sama sekali. Akan tetapi, adakah pindaan yang diusulkan munasabah dan wajar dalam keadaan sekarang? Apa kajian dan rujukan telah dibuat oleh pihak kementerian sebelum cadangan-cadangan dalam RUU ini disediakan. Saya menyokong pendirian Yang Berhormat Ipoh Barat agar perlindungan keselamatan sosial harus diperluaskan supaya lebih ramai lagi pekerja dapat perlindungan PERKESO. Saya memohon kepada Menteri untuk kemukakan statistik bilangan pekerja yang didaftarkan dalam sistem PERKESO setakat sekarang dan bilangan anggota yang sedang menerima sebarang faedah di bawah sistem PERKESO. Saya memohon juga diberi nisbah bayaran faedah kepada caruman secara keseluruhan. Saya juga difahamkan seseorang yang sudah mula bekerja dengan surat tawaran tetapi berlaku kejadian luar jangka menimpa pekerja tersebut pada bulan pertama beliau bekerja agar caruman yang pertama tidak sempat dimasukkan dalam akaun PERKESO. Isu macam ini masih boleh menerima faedah tertentu di bawah akta ini.

Jadi, saya memohon Menteri untuk mengesahkan di dalam Dewan adakah betul kerana ini banyak sudah berlaku dan pekerja tidak tahu mereka layak untuk mohon faedah di bawah sistem PERKESO. Ramai pun tidak tahu apa kaedahnya atau syarat. Jadi, saya difahamkan surat tawaran adalah satu dokumen yang sangat penting. Kalau ada surat tawaran walaupun tiada caruman di dalam sistem PERKESO, masih layak untuk menerima faedah yang ditetapkan. Jadi akhir kata...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Masa sudah tamat Yang Berhormat.

...Tebrau sudi menyokong RUU ini sekiranya diberi penjelasan kepada soalan-soalan yang dikemukakan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Pasir Gudang.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, pada pandangan saya dan pemerhatian saya, imej PERKESO sebagai sebuah agensi pada pandangan rakyat, imej yang baik. Agensi PERKESO ini satu badan yang dipercayai dan kelihatannya prihatin kepada rakyat khususnya para pekerja dan keluarga mereka. Saya pernah menyaksikan, dijemput dalam satu program di mana Jabatan PERKESO, pegawai di sana menyampaikan di Parlimen saya, Pasir Gudang sumbangan daripada PERKESO kepada sebuah keluarga yang suaminya meninggal dunia, bantu kepada isteri dan anak-anak termasuk bantuan pendidikan. Ini saya melihat peranan PERKESO ini memang perlu diperkasakan (empowerment) supaya akhirnya menjadi suatu jaringan keselamatan (safety net) yang disebut orang kepada ramai pekerja. Disebut tadi pekerja yang dilindungi oleh PERKESO ini lebih kurang 7 juta manakala jumlah pekerja kita saya dimaklumkan ada 15 juta. Jadi apa cerita yang sukses, yang baik yang saya sebutkan tadi, ini adalah pekerja-pekerja yang ada majikan Yang Berhormat Menteri. Bagaimana pula lebih 7 juta lagi yang pekerja-pekerja informal yang tidak rasmi, yang tidak ada SOCSO, yang tidak ada EPF. Saya diberitahu lebih kurang 40 peratus pekerja Malaysia ini ialah pekerja yang tidak rasmi ini. Seperti dia kerja sendiri, jual goreng pisangkah, jual nasi lemakkah. Ataupun pekerja kontrak, pekerja-pekerja kontrak ini Yang Berhormat Menteri, dia pun tidak ada caruman SOCSO. Ada juga pekerja-pekerja yang dibayar gaji hari, tolong di restoran, basuh pinggan atau bantu sana sedikit. Tidak ada majikan tetapi dia bekerja dengan orang lain. Jadi peranan SOCSO ini dalam waktu pandemik cukup bagus. Saya lihat sendiri misalnya dalam Program Subsidi Upah, untuk menjamin pekerja jangan dibuang, kerajaan ada bagi sejumlah beberapa peratus bantu kepada majikan-majikan kategori tertentu supaya pekerja ini tidak buang. Ini dilaksanakan oleh SOCSO, ini bagus. Banyak dapat selamat pekerja-pekerja ini. Jadi boleh tidak Yang Berhormat Menteri fikirkan masa depan − beransur-ansurlah iaitu bagi pekerja yang tidak formal ini, kalau mereka − memang ada program, mereka boleh mendaftar sendiri kepada PERKESO, mencarum sendiri tapi tidak mandatori. Majikan itu mencarum sebab kalau dia tidak buat, dia kena tangkap, diheret ke mahkamah. Tapi kalau rakyat biasa ini yang bekerja sendiri, RM1 pada mereka pun ada nilainya. Jadi boleh tidak kalau kerajaan bermula dengan kategori golongan miskin tegar, kerajaanlah tolong bayarkan caruman ini bagi golongan ini. Bukan semua pekerja, mulakan yang susah-susah ini. Ini supaya kalau berlaku kecederaan, sakit dan sebagainya, rakyat kita ini adalah bantuan daripada PERKESO.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Gulung.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Matlamatnya Yang Berhormat Menteri, kita semualah, di pihak sana, [Merujuk kepada Blok Kerajaan] di pihak sini. [Merujuk kepada Blok Pembangkang] Pada akhirnya kita hendak jadikanlah negara Malaysia ini sebuah negara yang berkebajikan, yang jaga rakyatnya tidak kira kaum, tidak kira agama, tidak kira kaya, tidak kira miskin, kalau susah kita bantu. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Jempol.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Keluarga Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya mengambil bahagian dalam perbahasan RUU Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2022. Pertamanya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada kementerian khususnya PERKESO yang telah mengusulkan pindaan RUU ini bagi meningkatkan kesejahteraan golongan pekerja. Umumnya, mengetahui PERKESO memberi jaminan bantuan perubatan dan juga kewangan kepada pekerja yang mengalami kehilangan serta kekurangan upaya disebabkan oleh kemalangan atau penyakit. Sekiranya pekerja meninggal dunia pula, orang tanggungan seperti isteri dan anak-anak akan diberi jaminan kewangan dengan menerima pencen bulanan untuk meneruskan kehidupan. Secara umumnya, saya menyokong segala usaha dan komitmen kerajaan untuk terus menambah baik liputan keselamatan sosial Keluarga Malaysia. Merujuk kepada fasal 2 yang bertujuan untuk meminda seksyen 5 akta ini iaitu menaikkan had maksimum kebolehinsuranan amaun gaji daripada RM4,000 kepada RM5,000 adalah selari dengan cabaran semasa. Umum mengetahui pada masa ini Keluarga Malaysia baru saja bangkit daripada cabaran pandemik dan kini sedang bergelut dengan krisis inflasi, kenaikan harga barang dan peningkatan kos sara hidup. Oleh sebab itu, pindaan wajar dilaksanakan bagi membolehkan seramai 1.3 juta pekerja yang tidak layak dilindungi sebelum ini bakal menikmati faedah perlindungan PERKESO bermula 1 September 2022.

Secara tidak langsung pindaan ini juga berjaya meluaskan jaringan keselamatan sosial golongan pekerja, yang sepatutnya dijadikan kewajipan bagi setiap pekerja. Selain itu pindaan juga bakal meningkatkan perlindungan kepada para pencarum untuk setiap jenis faedah sebanyak 25.3 peratus. Soalan saya berkaitan pindaan kenaikan siling gaji bulanan, mengapakah hanya ditingkatkan daripada RM4,000 kepada RM5,000 sahaja? Ia perlu diperluaskan daripada amaun yang disebutkan tadi. Hal ini kerana, ada sebahagian bekerja sendiri seperti yang dimaksudkan tadi. Ramai pembahas menyebutkan juga supaya ia dapat dinikmati oleh semua lapisan rakyat di seluruh negara tanpa mengira warna kulit, fahaman politik dan anutan agama. Dalam keadaan ini dapat dinikmati banyak golongan yang terkesan akibat pandemik COVID-19, inflasi dan sebagainya. Pada masa ini juga, saya difahamkan pekerja menerima pendapatan lebih daripada RM4000- bagi pekerja pertama kali, boleh membuat pilihan sama ada mahu mencarum ataupun tidak. Berdasarkan statistik tenaga buruh Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia setakat Mei 2022, jumlah tenaga buruh adalah seramai 16,000.54 juta orang manakala data PERKESO pula menunjukkan bahawa jumlah pencarum adalah seramai sembilan (9) juta orang. Data ini menunjukkan hampir 45 peratus, ataupun 7.54 juta orang pekerja tidak mencarum. Soalan saya- daripada jumlah keseluruhan pencarum, berapakah jumlah pekerja tempatan yang tergolong dalam kumpulan caruman sukarela? Apakah strategi kementerian untuk memberikan kesedaran dan meningkatkan pencarum sukarela dalam

kalangan pekerja yang tidak diwajibkan? Ini tersebutlah mereka yang tidak mempunyai majikan dan sebagainya. Apakah pekerja yang tidak mempunyai pencarum mempunyai sebarang pelindungan pendapatan bersama syarikat insurans swasta bagi menjamin kesejahteraan mereka? Kebimbangan saya adalah kepada pekerja yang tidak mencarum dan tidak mempunyai sebarang pelan pelindungan. Hal ini sudah tentulah boleh menjejaskan kehidupan mereka sekiranya ditimpa kecelakaan. Selaras dengan perkembangan teknologi yang makin maju dan revolusi industri 4.0, sebilangan besar keluarga Malaysia telah berkecimpung dalam bidang ekonomi gig. Antara sektor popular pada hari ini seperti e-hailing dan p-hailing. Golongan ini juga sepatutnya dilindungi secara komprehensif dalam undang-undang buruh negara. Hal ini kerana dalam laporan kajian World Bank pada tahun 2019, menunjukkan hampir 28 peratus tenaga kerja Malaysia terlibat dalam sektor tersebut...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Masa sudah tamat Yang Berhormat.

Sedikit lagi. Kementerian seharusnya memberi perhatian yang serius terhadap perkara ini kerana risiko dihadapi oleh mereka di bidang penghantaran adalah tinggi. Saya difahamkan pekerja gig pada masa ini hanya tertakluk kepada Akta 789 sahaja untuk dikehendaki mencarum sebelah pihak sahaja. Adakah kita hendak membiarkan perkara ini terus berpanjangan kerana semakin hari semakin ramai menyertai bidang ekonomi gig? Justeru itu, apakah perancangan kementerian untuk menjadikan pekerja gig ini mendapat hak yang sama seperti pekerja formal yang lain? Pada pendapat saya kementerian perlu berusaha untuk mencari jalan supaya mereka dapat dilindungi dengan komprehensif. Sekian terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang juga membawa perkara ini ke Parlimen dan juga Timbalan Menteri, kedua-duanya ada. Kita bagi markah penuhlah kerana mereka ini berada di Dewan sampai habis persidangan kita. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Bukit Bendera.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mengikut Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas Tahun 2019 yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia- median ataupun penengah untuk pendapatan isi rumah ialah RM5,873 dan purata untuk pendapatan isi rumah sebanyak RM7,901. Oleh itu sebenarnya anggapan pendapatan siling RM5,000 sebulan di bawah cadangan pindaan rang undang-undang ini lebih rendah daripada median dan min untuk isi rumah. Cadangan rang undang-undang ini hanya meningkatkan had maksimum ke bon insurans amaun gaji pekerja daripada RM4,000 sebulan kepada RM5,000 sebulan. Sekiranya pendapatan pekerja- sebagai contoh RM8,000 sebulan, gajinya hendaklah bagi maksud akta ini disifatkan sebagai RM5,000 sahaja. Prinsip asas keselamatan sosial pekerja sebagai satu dana solidariti di mana pekerja yang tidak mendapat apa-apa benefit sehingga bersara maka mereka sebenarnya membantu pekerja-pekerja yang lain yang menerima benefit daripada skim ini. Oleh itu potongan PERKESO ke atas pekerja berpendapatan tinggi boleh membantu juga kepada pekerja-pekerja yang berpendapatan rendah. Tadi Yang Berhormat Jempol saya dengar, juga meragui tentang harga siling gaji pekerja yang hanya RM5,000 dan Yang Berhormat Ipoh Barat mencadangkan RM10 ribu, saya setuju dengan mereka. Ia patut ditingkatkan melebihi RM5,000 dan sehingga ke RM10 ribu kerana salah satu tujuan keselamatan sosial pekerja ialah apabila pekerja diinsuranskan mengalami

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

kemalangan atau kematian dalam pekerjaan atau semasa perjalanan ke tempat kerja atau balik dari tempat kerja, maka ada satu sistem insurans untuk penggantian pendapatan untuk membolehkan defendan atau waris mendapat pencen bulanan. Oleh itu peningkatan gaji siling dan caruman juga boleh menambahkan faedah diterima oleh pekerja. Program ini juga hendaklah mengambil kira bahawa jangka hayat pekerja yang semakin panjang dan cabaran skim sosial sekuriti pekerja ialah untuk memastikan pencen ilat ini diterima oleh pekerja atau waris berpatutan memandangkan cabaran kadar inflasi dan harga barangan dan makanan yang semakin melambung. Lima cadangan saya- saya mencadangkan tadi anggapan gaji siling ditingkatkan dan dikaji setiap lima tahun dengan ambil kira median dan min kaji isi rumah daripada laporan survei. Kedua- invalidity skim hanya untuk umur 60 tahun sahaja. Saya mencadangkan second invalidity skim untuk mereka umur antara 60 tahun hingga 70 tahun yang masih bekerja. Ini kerana ramai yang telah mengeluarkan i-Sinar daripada KWSP dan terpaksa bekerja sampai lanjut usia. Buat masa ini syarat kelayakan bagi pekerja melebihi 60 tahun pada masa notis keilatan perlu menunjukkan keuzuran terjadi sebelum umur 60 tahun. Ini bukti yang tinggi. Maka ramai pekerja tua berusia yang tidak dapat benefit apabila keuzuran selepas umur 60 tahun. Ketiga- telah dilaporkan bahawa sukarelawan agensi kerajaan telah dibenarkan mencarum Skim Pekerjaan Sendiri (SPS) termasuk sukarelawan di bawah ATM, PDRM, APMM, APM, RELA, JAKIM dan JKM tetapi bomba sukarelawan di bawah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, sukarelawan ambulans tidak dimasukkan dalam skim pekerjaan sendiri, yang tadi saya sebut. Kita perlu menyediakan jaringan keselamatan sosial kepada sukarelawan bomba juga kerana mereka berdepan risiko dan cabaran. Keempat, PERKESO perlu bersama KWSP untuk berkongsi database dan merangka strategik perlindungan sosial sekuriti yang lebih menyeluruh untuk pekerja. Program i-Lindung yang diperkenalkan oleh KWSP sebenarnya menggunakan dana pencarum sendiri dan insurans premium tinggi juga. PERKESO masih menawarkan kadar caruman yang paling rendah berbanding dengan kadar premium i-Lindung EPF atau produk polisi insurans yang ditawarkan oleh mana-mana syarikat insurans. Oleh itu sosial sekuriti dan retirement security perlu go hand in hand. Terakhir Tuan Yang di-Pertua, kadar pencen ilat sebulan RM470 perlu ditingkatkan sejajar dengan dua perkembangan terbaru. Gaji minimum telah ditingkatkan kepada RM1500 dan juga garis kemiskinan pendapatan sebulan RM2,208 seisi rumah dan untuk garis kemiskinan miskin tegar RM1,169. Oleh itu untuk hanya mereka yang bergantung kepada ketua isi rumah seorang yang bekerja maka pencen ilat yang diterima sekiranya berlaku apa-apa, maka teramat kurang di bawah paras miskin tegar. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya meminta PERKESO live up to its moto- melestarikan keselamatan sosial untuk semua. Itu sahaja. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Dungun kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Sungai Buloh. Yang Berhormat Menteri akan menjawab sekitar sebelum pukul 5 nanti- pukul 4.55 petang.

Tuan Yang di-Pertua boleh umumkan pembahas-pembahas. Can you give us a list please?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik.

Kami- semua menunggu.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Selepas daripada Yang Berhormat Sungai Buloh, tadi disebut sampai setakat Yang Berhormat Sungai Buloh tetapi saya- ada permintaan, saya cuba adjust.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Selepas Yang Berhormat Sungai Buloh; Yang Berhormat Sik; kemudian Yang Berhormat Seputeh; kemudian Yang Berhormat Jelutong. Ini yang ada dalam senarai...

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Rasah? Rasah pun bagi nama juga.

Klang juga.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya tengok masa nanti ya.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya nama saya dalam senarai itu. Selepas Yang Berhormat Sungai Buloh adalah saya, Klang.

Tuan Yang di-Pertua, tidak apa, Tuan Yang di-Pertua, saya tarik dirilah. Lambat sangat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik. Terima kasih, Yang Berhormat Kapar. Yang Berhormat Kapar tidak ada nama tetapi dia minta- tetapi tidak apa, saya tengok masa nanti sebab kita kena stop 5.30 petang- maksimum plus 15 minutes untuk 5.45 petang. Baik, saya akan cuba. Sila, Yang Berhormat Dungun.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan perbahasan saya di bawah Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2022. Saya dimaklumkan bahawa tujuan utama pindaan ini bertujuan untuk menambah baik liputan keselamatan sosial yang akan meningkatkan faedah tertentu yang diterima oleh pekerja. Pindaan kali ini melibatkan kenaikan siling gaji bagi menambah baik faedah kepada individu berpendapatan RM4,000 kepada RM5,000. Soalan saya, ingin untuk mengetahui adakah kementerian pada masa hadapan bercadang untuk menaikkan siling gaji itu kepada satu jumlah yang lebih daripada RM5,000?Ini berikutan ramai rakyat M40 yang berpendapatan dalam lingkungan daripada RM5,000 dan mereka jarang menerima banyak bantuan dari kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, saya juga berminat menimbulkan beberapa persoalan lain berkenaan akta ini. Pertamanya saya difahamkan bahawa Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah melancarkan program Ops Cegah dengan pendekatan lebih mesra bagi meningkatkan kesedaran majikan dan pekerja untuk mengamalkan budaya pencegahan kemalangan pekerjaan. Berteraskan nilai kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan, inisiatif Ops Cegah dirancang untuk dilaksanakan setiap tahun dengan menyasarkan pelaksanaan aktiviti pencegahan kemalangan pekerjaan membabitkan kemalangan industri dan kemalangan semasa perjalanan pergi-balik kerja. Soalan saya yang pertama, sehingga kini berapa banyak kah kempen seperti ini telah dilaksanakan di media bercetak dan media sosial bagi meningkatkan kesedaran budaya pencegahan kemalangan pekerjaan di tempat bekerja? Kedua, adakah majikan di setiap syarikat mengadakan taklimat atau bengkel berkenaan pencegahan kemalangan pekerjaan di tempat bekerja setiap tahun? Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan bahawa PERKESO juga membuat pemeriksaan bagi memastikan pematuhan majikan terhadap Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Peraturan-peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971. Di bawah peruntukan seksyen 12, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, pegawai pemeriksa yang dilantik hendaklah menjalankan kuasanya, melaksanakan fungsinya dan menunaikan kewajipannya di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Aktiviti pemeriksaan ini dijalankan ke atas majikan dan ia dilaksanakan di seluruh Malaysia. Jadi, soalan saya adalah:

(i) sehingga Jun 2022, berapa banyak kah tunggakan caruman dan kekurangan caruman oleh majikan di seluruh Malaysia?; (ii) berapa banyak kah Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB) telah diterima?; (iii) berapakah aduan telah diterima dan disiasat oleh PERKESO berkenaan masalah caruman?; dan (iv) adakah bilangan penguat kuasa PERKESO bagi melakukan pemeriksaan di seluruh negara sudah mencukupi pada masa ini? Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin untuk diberikan perhatian. Apabila arahan caruman kepada PERKESO, mudah dan segera pengurusannya akan tetapi apabila melibatkan tuntutan, banyak kerenah birokrasi dan peraturan-peraturan kadang-kadang tidak difahami oleh pencarum. Saya pohon banyakkan penerangan-penerangan supaya pencarum memahami dalam suasana mereka sangat mengharapkan ketika mereka memerlukan bantuan daripada PERKESO. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, Yang Berhormat Dungun. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Sungai Buloh.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya mengambil bahagian dalam perbahasan. Saya ada dua, tiga, poin yang ringkas. Pertama adalah berkaitan dengan pemakaian atau pelaksanaan seksyen 17 berkenaan dengan pencen ilat, atau invalidity pension, dengan izin dan juga seksyen 17(a) yang berkaitan dengan survivor pension ataupun saya difahamkan ia pencen penakat. Ada dua pencen ini- dua-dua peruntukan ini ialah peruntukan untuk pencen penuh dalam syarat dan dalam keadaan tertentu. Pencen penuh adalah bila yang menuntut keluarga atau pekerja yang menuntut sudah bayar dua pertiga dari tempoh dia kerja, dua pertiga daripada semua tempoh itu. Maksudnya dia sudah bayar at least two-thirds of the month yang dia perlu sumbang itu. Untuk reduce pencen atau pencen yang kurang, dia kena bayar sekurang- kurangnya satu pertiga. Saya kena isytiharkan interest untuk kepentingan saya dalam fakta kes ini yang saya akan sebut. Saya baru-baru ini jadi saksi dalam kes dipanggil oleh penuntut dalam satu kes dan di mana saya dapat tahu fakta ini- di mana pekerja ini sudah bekerja 37 tahun hampirnya, telah menyumbang dalam tempoh itu. Akan tetapi menggunakan formula ini, dia terpaksa sumbang sekurang-kurang 152 bulan, maksudnya itu lebih kurang 12 tahun tetapi dia kurang satu bulan. Walaupun Tribunal belum bagi keputusan, ikut peruntukan itu dia tidak akan dapat ataupun keluarga dia sebab dia sudah meninggal dunia, keluarga dia tidak akan dapat yang survivor pension itu. Ini yang saya minta kerajaan kaji semula iaitu kita mesti elak daripada kita ada win all or lose all, daripada pencen itu yang patut dibayar dan boleh didapati sebab dia kurang satu bulan daripada 153 bulan yang patut dia membayar. Dia membayar untuk 150, dua bulan sahaja- dia hilang, I mean keluarga dia tidak dapat, dapat kosong. Ini jelas bagi saya tidak adil. Kita kena fikirkan satu formula di mana walaupun tidak sampai satu pertiga seperti yang diperuntukkan di seksyen 17 dan seksyen 17(a), patut ada satu formula di mana mungkin pencen itu boleh dikurangkan lagi. Ada beberapa peringkat lagi, bukan pergi terus daripada reduce pencen kepada zero, khususnya bila dia sudah sumbang 12 tahun lebih. Bayaran itu, saya nampak pada rekod bayaran mungkin dalam tempoh dia kerja dia sudah bayar lebih daripada RM200 ribu kepada SOCSO. Akan tetapi akhirnya lepas meninggal dunia dapat kosong, itu poin yang pertama. Jadi, ini perlu kajian semula.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Kedua, saya sokong penuh cadangan daripada rakan saya Yang Berhormat Pasir Gudang tentang kerajaan kena ambil tanggungjawab untuk bayar caruman bagi liputan insurans kepada informal sector itu. Saya rasa itu cadangan yang amat baik dan saya sokong penuh.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Point yang ketiga ialah berkaitan dengan masalah dialisis dan juga masalah dengan had umur 60 tahun yang diguna pakai dalam pemakaian perlindungan SOCSO. Maksudnya, selepas 60 tahun tidak layak. Jadi kalau tuntutan itu dibuat selepas penuntut itu umur lebih 60 tahun, bagi saya dalam keadaan sekarang di mana ramai tempoh umur kita sudah lebih panjang dan khususnya untuk satu keadaan di mana kidney failure, dengan izin, ramai sudah mengalami itu dan memerlukan bantuan. Ramai mengalami itu selepas 60 tahun, mungkin berpuluh ribu orang. Jadi saya minta SOCSO sebagai agensi yang sesuai, kementerianlah yang menjalankan agensi ini- memikirkan macam mana sekurang-kurangnya untuk kategori orang ini, SOCSO boleh memainkan peranan untuk membantu mereka khususnya kes-kes yang menuntut selepas umur 60 tahun. Itu sahaja Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Buloh. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Sik. Kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Klang.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri untuk saya sama-sama dalam membahaskan Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2022. Saya menyokong penuh pindaan akta ini bagi memastikan aspek kebajikan dan keselamatan sosial pekerja kita yang perlu menjadi keutamaan kerajaan dan pekerja sebagai tunjang kepada pembangunan negara hari ini. Saya ada beberapa persoalan yang ingin dibangkitkan. Melihat kepada masalah ekonomi tempatan dan global sekarang, ramai di kalangan pekerja terutama di kalangan anak-anak muda ataupun belia yang bekerja sampingan- part time job, dengan izin. Sebagai contoh, sekiranya seorang guru pada siang hari bekerja di sekolah, mengajar dan sebagainya. Kemudian pada malam harinya, bekerja sebagai tukang masak domestik. Ataupun dia seorang pegawai kerajaan pada siang hari, pada malamnya sebagai penjaga bayi di rumah jirannya ataupun di tempat-tempat lain, adakah mereka ini turut dilindungi di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja ini? Kedua Tuan Yang di-Pertua, adakah pihak kerajaan juga bercadang untuk memasukkan pekerja berstatus pelarian yang ramai di negara kita hari ini yang direkodkan oleh UNHCR lebih 180 ribu orang. Adakah mereka juga wajib mencarum seperti mana kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Eksekutif PERKESO bahawa warga asing juga wajib mencarum PERKESO. Jadi mereka yang berstatus pelarian ini, adakah juga wajib mencarum? Tuan Yang di-Pertua, yang ketiga, saya ingin mendapat penjelasan jika ada kes tuntutan bertindih daripada pekerja terhadap isu keselamatan. Sekiranya pekerja tersebut juga mempunyai insurans perlindungan peribadi sendiri, adakah seorang pekerja yang terbabit dengan kemalangan contohnya boleh menuntut daripada kedua-dua pihak iaitu daripada pihak insurans dan pihak PERKESO sedangkan kedua-dua pihak ini memerlukan dokumen ataupun laporan perubatan atau resit perubatan yang asal- original receipt, dengan izin. Adakah ada kelonggaran jika kedua-dua ini boleh diterima, menerima tuntutan bagi salinan dokumen? Keempat Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya berkaitan dengan status caruman di kalangan guru-guru KAFA, guru-guru Kelas Agama Fardu Ain yang mereka

hari ini juga diwajibkan untuk mencarum PERKESO. Jumlah mereka yang agak ramai iaitu lebih 35 ribu orang di seluruh negara, dan mereka ini merupakan pekerja berstatus kontrak. Jadi soalan saya, sudah berapa jumlah tuntutan ataupun nilai yang telah dibuat oleh guru-guru ini yang terlibat dengan kemalangan dan sebagainya yang mereka ini adalah pencarum kepada PERKESO? Jumlah yang telah pun diluluskan oleh pihak PERKESO. Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja soalan yang ingin dibangkitkan. Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terakhir minta maaf Tuan Yang di-Pertua, iaitu daripada segi adakah mangsa-mangsa kemalangan akibat bencana alam juga boleh dilindungi di bawah skim PERKESO ini? Contohnya seperti bencana banjir yang berlaku di Baling ataupun di tempat- tempat yang lain. Adakah mereka ini juga, kalau jika mereka seorang, maknanya boleh termasuk dalam kategori yang boleh menuntut dalam faedah-faedah dalam PERKESO ini? Tuan Yang di-Pertua, sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Sik. Selepas ini, saya perlu mengehadkan masa. I’ll set, dengan izin, three minutes tapi you can plus, plus a little bit. So, selepas daripada ini semua tiga minit. Sila Yang Berhormat Klang, kemudian Yang Berhormat Seputeh, kemudian Yang Berhormat Rasah dan saya cari masa untuk Yang Berhormat Jelutong. Sila Yang Berhormat Klang.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tajuk pertama yang akan sentuh ialah berkait dengan perlindungan sosial untuk pekerja gig- gig workers. Peningkatan ekonomi gig merupakan trend yang tidak dapat dielakkan. Berdasarkan Indeks Gig Ekonomi Global menunjukkan bahawa ekonomi gig cenderung untuk menarik lebih ramai generasi muda iaitu 25 hingga 30 tahun iaitu lebih kurang 46.2 peratus dan 35 hingga 44 tahun lebih kurang 32.5 peratus. Kini terdapat sebanyak 160 ribu orang pemandu e-hailing di Malaysia dan majoritinya di kalangan anak muda. Tinjauan yang dijalankan oleh Think-Tank The Center pada tahun 2020 meliputi lebih kurang 400 orang pemandu e-hailing dan penghantaran, mendapat hampir satu perempat- 25 percent daripada mereka tidak mempunyai sebarang bentuk jaringan keselamatan. The one-fourth of our e-hailing workers do not have any kind of social protection ataupun tidak ada any kind of insurans hayat dan juga kesihatan, tidak ada simpanan kecemasan dan tidak ada simpanan persaraan. This is very serious, Tuan Yang di-Pertua. Tahun lalu- Mac hingga Jun, sebanyak 150 tragedi kemalangan direkodkan melibatkan delivery riders GrabFood dan juga Foodpanda. Pada tahun 2020, dua pertiga daripada 2,576 kematian di jalan raya di kalangan penunggang- penghantaran ataupun pekerja gig. This is quite serious and very high. Kematian dan kemalangan ini berkaitan dengan jumlah perjalanan yang perlu dilakukan oleh pekerja gig untuk mencari pendapatan bagi kehidupan yang lebih baik akibat daripada gaji yang tidak menentu dan terlalu rendah. Kedua-dua agensi perlindungan pekerjaan iaitu KWSP dan PERKESO juga membenarkan pekerja gig mencarum secara sukarela dengan insentif persaraan dan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan sendiri masing-masing. Namun dengan gaji rendah memang tiada insentif untuk menyumbang secara sukarela. Saya ingin mencadangkan supaya pekerja gig mempunyai pendaftaran automatik dalam skim PERKESO. Negara jiran kita Singapura telah berjaya mewujudkan perlindungan sosial untuk pemandu e-hailing mereka. Sementara di Indonesia, Gojek telah bekerjasama dengan

Giggle Cover, sebuah syarikat teknologi insurans yang berpangkalan di Singapura untuk melancarkan skim insurans perlindungan pendapatan untuk pemandunya. Dalam skim tersebut, pemandu boleh menikmati perlindungan pendapatan sebanyak SD80 sehari dan akan dilindungi 21 hari cuti perubatan dan juga 84 hari cuti kemasukan ke hospital termasuk tuntutan kemalangan. Program yang sedia ada di Malaysia tidak mencukupi untuk mengurangkan kesan apabila krisis melanda- dua minit Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Ya, silakan.

...Atau pekerja hilang punca pendapatan akibat kemalangan atau sebab-sebab lain. Kerajaan mesti menangani isu ini dengan mengiktiraf status pekerja gig dengan segera dan mendaftarkan mereka dalam sistem perlindungan sosial negara kita melalui aplikasi mudah alih. Satu lagi isu yang saya hendak bangkitkan ialah berkait dengan pekerja informal. Pekerja informal yang merangkumi sekitar 5.9 juta tenaga kerja di negara, 39 percent of all Malaysian workers are in the informal sectors dan mereka tidak dilindungi oleh sistem perlindungan keselamatan sosial yang sedia ada. Pekerja tidak rasmi merupakan populasi yang besar untuk diketepikan dan memerlukan perhatian segera. Saya ingin ucapkan tahniah kepada PERKESO yang telah memperkenalkan apa yang dipanggil SPS Lindung yang sekarang meliputi lebih 145 ribu orang rakan kongsi penghantaran makanan dan bungkusan di bawah SPS Lindung.

Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, saya percaya masa sudah sampai dan juga soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri ialah, apakah cadangan kerajaan untuk meluaskan SPS Lindung kepada lebih ramai pekerja informal dan bagaimana kerajaan memastikan perlindungan sosial PERKESO kepada sektor informal? Saya juga mencadangkan agar kerajaan menerapkan pendekatan mendaftar dan mengenal pasti golongan pekerja informal seperti yang dilakukan oleh Brazil dengan mendaftar pekerja informal menerusi aplikasi online dengan menerapkan data daripada Bolsa Familia Cash Transfer program. Ada banyak program seperti ini, dan saya percaya Yang Berhormat Menteri dan juga wakil-wakil PERKESO tahu mengenai isu ini. Akan tetapi, masalah sekarang ialah, adakah kerajaan ada political will untuk memasukkan informal workers- masuk dan juga mengambil services daripada SOCSO. Ini soalan kepada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Klang. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Seputeh. Tiga minit.

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tahu saya tidak ada masa yang banyak. Saya sebenarnya masih hendak tanya Yang Berhormat Menteri. Semalam kita tahu Malaysia kekal di tahap ketiga kedudukan yang terendah dalam Laporan Pemerdagangan Manusia Amerika Syarikat 2022 untuk tahun kedua secara berturut-turut. Sampai sekarang kita tidak dengar pihak kerajaan termasuk Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia buat apa-apa kenyataan tentang perkara yang begitu serius ini kerana ia akan menjejaskan eksport negara kita. Kedua ialah Duta Indonesia telah pun marahkan Malaysia dan enggan hantar pekerja dari Indonesia ke Malaysia kerana kita masih melaksanakan maid online. Jadi, selepas kenyataan daripada Duta Indonesia, kita juga tidak dengar Perdana Menteri ataupun Menteri Sumber Manusia buat apa-apa kenyataan tentang, apa hala tuju kita dan macam mana menyelesaikan masalah ini. Ini kerana banyak industri khususnya sektor perladangan memang menghadapi masalah yang sangat serius kerana kekurangan pekerja.

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

Tuan Yang di-Pertua, secara umumnya, saya hendak katakan yang pindaan Rang Undang-undang PERKESO ini adalah suatu yang positif dan patut disokong. Saya hanya hendak sentuh beberapa perkara. Oleh sebab PERKESO juga melindungi pekerja asing dan ini mungkin satu-satunya program insurans yang boleh membantu pekerja asing. Dalam program PERKESO ini, ada banyak yang tidak kita lindung. Misalnya, penyakit jiwa dan mental dan pekerja yang tercedera bukan dalam waktu kerja dan tempat kerja termasuk kalau mereka tercedera di asrama mereka, mereka juga tidak boleh tuntut. PERKESO tidak memberi perlindungan untuk pemulangan pekerja yang gagal dalam pemeriksaan badan oleh FOMEMA. PERKESO tidak memberi perlindungan ganti rugi gaji pengangguran bagi pekerja asing yang bekerja di bawah majikan yang telah muflis. Perlindungan gejala penyakit kronik seperti tibi, meningitis, COVID-19, Ebola dan jenis penyakit virus yang tidak terlindung dan diurus mengikut kes tersabit adalah tidak jelas. PERKESO tidak beri perlindungan dan bantuan kepada pekerja asing dalam tempoh darurat. Misalnya, pekerja menghadapi pemotongan gaji dan juga waktu kerja yang dikurangkan ketika PKP ataupun lockdown pandemik COVID-19. Saya difahamkan terdapat pekerja asing yang hanya terima gaji lapan hari dalam masa sebulan dalam tempoh pandemik tetapi mereka tidak terima apa-apa bantuan daripada pihak PERKESO. Tuan Yang di-Pertua, yang lain adalah macam PERKESO tidak beri perlindungan yang cukup bagi pengiriman jenazah bagi pekerja asing. Misalnya, kos penghantaran mayat pekerja ladang di Sibu ke Lembata boleh sampai RM22 ribu tetapi yang PERKESO mungkin hanya bagi RM4,000 sahaja. PERKESO tidak beri anggaran yang cukup bagi penguburan pekerja asing bukan Islam kerana kebanyakan mereka terpaksa beli tanah kubur daripada pihak swasta di Malaysia yang mana lebih RM8,000 satu kubur. Akhirnya ialah perlindungan insurans pembedahan dan hospital bagi pekerja asing tidak cukup kerana hanya RM25 ribu maksimum tanpa subsidi diberi. PERKESO selalu tidak beri perlindungan yang cukup kepada pekerja asing dalam kes kritikal seperti kemalangan di tempat kerja dan juga tidak memberi perlindungan bagi pekerja asing untuk rawatan pemulihan yang selalunya mereka terpaksa buat di klinik swasta. Dalam banyak kes rawatan, PERKESO tidak beri peruntukan yang cukup untuk bayar bil hospital yang terbabit ICU dan juga pembedahan bagi kes pekerja asing. Jadi, saya berharap pihak kementerian akan juga melihat dan meneliti keperluan perlindungan bagi pekerja asing, khususnya apabila negara kita ini telah pun disenaraikan sebagai Tier 3 dalam isu pemerdagangan manusia. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Seterusnya yang kedua terakhir, Yang Berhormat Rasah. Memang minta tiga minit tadi. Terima kasih.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk saya turut serta dalam perbahasan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1967 yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia tadi. Satu, saya bangun bukan setakat bahas tetapi saya menyokong. Bagi saya, ia satu pendekatan yang progresif, yang bersesuaian dengan keperluan masa. Kalau boleh sebenarnya, kita kena ada satu jadual yang berkala supaya bukan setakat hari ini kita RM4,000, gaji siling dinaikkan kepada RM5,000, kalau boleh dalam masa- mungkin dua tahun dari sekarang, kita boleh naik sampai ke RM8,000 atau ke RM10 ribu. Itu merupakan keperluan yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Itu satu. Benda baik kita puji, kita sokong. Saya juga ambil kesempatan pada petang ini mohon kepada kementerian, kepada pihak kerajaan supaya meneliti ada tak mana-mana kategori pekerja- sebab, kita ada kategori pekerja yang selama ini terpinggir, tercicir yang tidak dilindungi. Sebab, ini merupakan satu skim keselamatan sosial umum untuk pekerja. Ia bukan suatu di mana ia

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

dikendalikan oleh syarikat insurans ataupun takaful di luar secara swasta yang kita kena bayar kepada syarikat swasta. Ini merupakan skim untuk awam. Jadi, saya mohon kepada Yang Berhormat Menteri dan juga kerajaan supaya meneliti ada tak mana-mana kumpulan tertentu yang selama ini tidak dilindungi disebabkan mungkin mereka ini pekerja kontrak dan sebagainya. Ini supaya pada masa akan datang, pindaan seterusnya, apabila kita meluaskan kategori pekerja yang dilindungi di bawah skim SOCSO ini, ia termasuk mereka. Jangan ada yang tercicir. Kalau selama ini mereka tercicir dan sebagainya, tidak mengapalah. Kita mulakan dengan cara yang boleh masukkan mereka dalam kumpulan sasar. Jadi, bagi saya, ia amat penting sebab ada juga pekerja yang mana gajinya mungkin bawah RM4,000, bawah RM5,000 tetapi disebabkan kategori tertentu yang menyebabkan mereka tercicir. Jadi, ada tak apa-apa pendekatan atau apa-apa perencanaan jangka panjang daripada kementerian sendiri supaya golongan ini tidak tercicir seterusnya? Jadi, saya mohon Yang Berhormat Menteri supaya lihat perkara ini yang akhirnya ia akan mewujudkan satu keadaan persekitaran pekerjaan yang lebih baik untuk rakyat kita terutamanya selepas kita masuk ke fasa pemulihan ini, selepas kita melalui pandemik yang mana banyak mengajar kita supaya keselamatan, kebajikan asas pekerja jangan kita pinggirkan. Jadi, satu point ini sahaja saya hendak utarakan pada petang ini. Saya tepati janji saya, Tuan Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Terakhir, sila Yang Berhormat Jelutong. Tiga minit.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa sungguh terharu hari ini. Walaupun hari Khamis, kita lihat Kementerian Sumber Manusia, Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri kedua-dua hadir dan tekun mendengar perbahasan yang dikemukakan oleh barisan di sebelah sini. Saya sebenarnya ingin menggunakan platform ini untuk bertanyakan beberapa soalan. Kita menghargai langkah-langkah yang diambil oleh Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pekerja dan majikan. Saya juga turut menyokong di atas pindaan yang telah dibawa. Akan tetapi, persoalan yang saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri bagi pihak pekerja dan majikan dan saya berharap Yang Berhormat Menteri akan menggunakan Parlimen sebagai platform untuk menjawab adalah kalau kita memberi sumbangan caruman dan pada masa yang sama- kita ambil kesimpulan seperti restoran di mana pada masa sekarang mereka menghadapi kekangan dalam pekerja-pekerja terutamanya pekerja-pekerja asing.

Apakah cara ataupun pendekatan yang akan diambil oleh seseorang majikan sekiranya beliau mendapati bahawa pekerja itu bekerja lebih masa dan kalau mereka tidak mempunyai cukup pekerja? Saya di sini ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Saya lihat baru-baru ini terdapat liputan luas, memberi liputan tentang Yang Berhormat Menteri telah pergi ke India, ke Tamil Nadu, di mana Yang Berhormat Menteri telah diberi penghormatan. Ini ialah perkara yang saya rasa sungguh mengagumkan. Apakah masalah yang dihadapi sebenarnya oleh kerajaan untuk membawa pekerja-pekerja dari India untuk bekerja di sini? Saya percaya Yang Berhormat Menteri sendiri pernah pergi ke restoran-restoran untuk makan restoran daun pisang dan sebagainya. Ramai yang merungut. Ada majikan- majikan yang bertanya kepada saya, meminta kepada saya untuk merayu kepada Yang

Berhormat Menteri untuk melihat perkara ini. Apakah masalah yang dihadapi sebenarnya? Saya juga difahamkan di kalangan pekerja-pekerja yang bekerja di situ, ramai yang hendak balik ke India tetapi telah dihalang- mungkin oleh majikan yang takut dan risau tidak akan mendapat cukup bilangan pekerja asing daripada negara India dan sebagainya. So, pada masa yang sama, saya juga ingin tanya. Ada yang bertanya kepada saya, kenapa kerajaan tidak menggunakan pendekatan, menggunakan PATI dari Kem Tahanan Imigresen? Kita ada ramai daripada tahanan, daripada warganegara Bangladesh, dari Myanmar, dari India juga yang sedang menjalani tahanan di kem-kem depot imigresen. Kenapa tidak kerajaan mengambil pendekatan memutihkan mereka, memberikan mereka latihan, memberikan suntikan-suntikan kesihatan dan sebagainya? Memberikan mereka peluang untuk terus berada di negara kita dan bekerja di restoran-restoran dan mana-mana tempat yang memerlukan pekerja-pekerja. Pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, saya cukup mengagumi kelantangan Yang Berhormat Menteri. Saya ingin menunjukkan satu petikan daripada portal berita, gambar Yang Berhormat Menteri pun ada di situ. “Return the money or face stern action, says the Home Affairs Minister”. Ini adalah berkenaan dengan skandal Program Penjana Kerjaya. Saya berterima kasih atas ketegasan Yang Berhormat Menteri dan keberanian. Saya cuma menggunakan kesempatan ini untuk merayu, kalau ketegasan, keberanian ini juga boleh digunakan di dalam merungkai apa yang berlaku kepada skandal MITRA, supaya pihak-pihak yang terlibat boleh dibawa ke muka pengadilan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah perbahasan, saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Saya beri masa 12 minit.

Datuk Seri Saravanan a/l MuruganMIC · BNMenteri Sumber Manusia · Tapah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

Tidak adil bagi Yang Berhormat Menteri. Masa 12 minit jawab.

Bagi pihak Kementerian Sumber Manusia, saya terlebih dahulu ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2022. Kementerian menghargai semua pandangan, saranan, cadangan mahupun teguran Ahli-ahli Yang Berhormat tersebut. Seramai 13 orang Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu berkaitan Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2022. Keseluruhan Tuan Yang di-Pertua, kita lihat keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat, khususnya seperti mana yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Pasir Gudang, mengambil kira kedudukan miskin tegar. Kerajaan perlu mengadakan satu pendekatan untuk membantu. Kita lihat keseluruhan bahas pada hari ini lebih kepada keprihatinan Ahli-ahli Parlimen terhadap rakyat Malaysia supaya mereka diberi perlindungan yang sewajarnya. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kita telah mengambil pendekatan terbaru di mana akta yang sedia ada perlu diubah untuk memperluaskan. Maka, dalam sidang ini kita akan kemukakan satu lagi rang undang-undang untuk perubahan di mana suri rumah tangga perlu diberi perlindungan. Ini ialah bukti yang menunjukkan bahawa kerajaan prihatin supaya kita sama-sama memperluaskan.

Daripada perbahasan hari ini Tuan Yang di-Pertua, ada yang berbentuk cadangan, ada yang berbentuk pandangan, ada yang berbentuk- ada yang perlukan jawapan dan ada yang perlukan masa untuk saya meneliti dan memperhalusi. Maka, saya mengambil kira masa yang singkat, saya akan jawab apa-apa perkara yang perlu dijawab berkaitan dengan Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Pekerja. Selain daripada itu, luar daripada rang undang-undang ini, saya akan bagi secara bertulis. Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan pertanyaan Yang Berhormat Pontian. Setakat Mei 2022, jumlah pekerja warganegara Malaysia yang berdaftar dengan PERKESO di bawah Akta 4 adalah berjumlah 7.78 juta orang. Manakala terdapat seramai 1.0 juta orang pekerja asing...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat yang tidak ada dalam Dewan, Yang Berhormat Menteri boleh skip, bagi bertulis.

Semua majikan adalah wajib berdaftar dengan Akta 4. Setakat Mei 2022, terdapat 1.4 juta orang majikan yang berdaftar dengan PERKESO dan daripada jumlah tersebut, seramai 464,155 orang majikan yang tidak aktif. PERKESO melindungi pekerja yang dijangkiti COVID-19 jika ia berkaitan dan terbabit daripada pekerjaan beliau. Faedah yang boleh dibayar termasuklah faedah hilang upaya sementara, faedah hilang upaya kekal, pencen ilat, pencen PENAKAT dan faedah pengurusan mayat. Setakat 16 Julai 2022, seramai 279,111 orang penerima faedah akibat penyakit COVID- 19 dan melibatkan bayaran sebanyak RM227 juta. Berhubung data dalam MYFutureJobs setakat 15 Julai 2022, jumlah kes kehilangan pekerja ialah 19,472 orang dan peluang pekerjaan dan tawaran aktif ialah sebanyak 431,544 bilangan pencari kerja dan yang aktif adalah sebanyak 922,967 orang. Bilangan penempatan pekerjaan melalui PERKESO adalah sebanyak 111,131 orang. Saya turut mengambil maklum isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat. Kementerian Sumber Manusia melalui PERKESO sentiasa mengambil tindakan proaktif untuk menambah baik social safety net yang merangkumi pekerja asing, pekerja sendiri, pekerja domestik dan sebagainya. Majlis Perlindungan Sosial Negara, Plan Social Safety Net sentiasa ditambah baik dan dikaji semula agar liputan perlindungan adalah menyeluruh dan meliputi semua lapisan masyarakat. PERKESO juga sentiasa mengkaji keperluan untuk memperluaskan perlindungan kepada semua pekerja sendiri bagi membolehkan pekerja golongan ini dapat manfaat menyeluruh faedah PERKESO. Saya juga ingin maklumkan bahawa isu berkenaan dengan Penjana Kerjaya adalah dalam siasatan pihak berkuasa dan PERKESO tidak ingin membuat apa-apa komen yang boleh menjejaskan perkara yang dalam siasatan pihak berkuasa seperti SPRM dan polis. Pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, ini operasi mengambil tindakan terhadap mereka yang menyalahgunakan ialah operasi bersama PERKESO dan SPRM. Bukan PERKESO, SPRM tangkap sendiri. Ini ialah usaha kami, kami yang mencadangkan kepada SPRM. Ramai yang tidak faham di luar, mereka ingat SPRM yang mengambil tindakan. Kebetulan ini ialah satu usaha bersama. Saya juga ingin memaklumkan bahawa isu- untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat tangkapan yang melibatkan 66 buah syarikat iaitu seramai 37 orang individu, 26 orang lelaki, dan 11 orang wanita dalam operasi pihak berkuasa. Seterusnya berhubung...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Saya ada dua...

Tuan Yang di-Pertua, biar saya habiskan dahulu, kalau ada masa baharu saya bagi.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

This topic, on this topic. Mengenai pembayaran setiap bulan oleh contributors. Kita ada e-Wages system. Adakah dalam e-

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Wages system ini PERKESO boleh dapat tahu siapa yang tidak membayar? Adakah sistem ini juga terlibat dengan semua agensi yang membuat pembayaran sedemikian?

Tuan Yang di-Pertua, e-Wages ini walaupun telah diluluskan di peringkat Kabinet, belum lagi dikuatkuasakan.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Lagi satu Yang Berhormat Menteri, saya berterima kasih kerana keikhlasan Yang Berhormat Menteri mengaku bahawa penyiasatan adalah di antara agensi dengan MACC. Akan tetapi soalan yang saya tanya adalah di mana Yang Berhormat Menteri sendiri mengatakan ada pegawai-pegawai atasan MIC yang terlibat. Maka, adakah dan berapa ramai orang yang terlibat? Adakah tindakan ini? Adakah Yang Berhormat Menteri betul-kah Yang Berhormat Menteri telah membuat rekomendasi mereka mendapat tender-tender dan that kind of benefits? Adakah ini benar atau tidak?

Tuan Yang di-Pertua, ada saya telah menafikan berita itu daripada portal itu, mungkin Yang Berhormat terlepas pandang. I can give you the press cutting.

Yang Berhormat Menteri. Terima kasih atas pengumuman, keikhlasan bahawa tindakan ini oleh pihak SPRM adalah atas langkah-langkah yang diambil oleh kementerian. Cuma saya ingin tanya, adakah Yang Berhormat Menteri juga akan betul-betul serius untuk melihat perkara-perkara yang telah kami bangkitkan berkenaan dengan penyalahgunaan dana MITRA? Adakah perkara ini juga akan disiasat?

Tuan Yang di-Pertua MITRA di bawah bidang kuasa kementerian lain akan tetapi saya akan sampaikan pandangan Yang Berhormat itu.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Akan tetapi parti yang sama terlibatlah Yang Berhormat. You are Deputy President. You cannot say you don’t know. You know but at least you kata, “Ya, okey saya akan membuat...”. You know who is involved. Kita- semua tahu Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, cukup-cukup Yang Berhormat Ipoh Barat. Baik.

Yang Berhormat semua masih dalam siasatan. Terowong pun masih siasatan. Janganlah bercakap macam...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat this is cover up. Kalau kita cakap penyiasatan, number one- there are two things. Satu kita push under the carpet, kedua senang sahajalah bila ada penyiasatan, “Okey sorry, ini dalam penyiasatan Yang Berhormat Tanjong Karang, saya tidak akan ambil tindakan kerana dengan MACC...”. Very easy way out. That is why we have Parliament di mana keikhlasan Yang Berhormat sendiri. I know you want to reply Yang Berhormat but the public outside, hundreds of people are waiting for this kind of answer.

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, minta maaf.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat...

Saya cuma hendak mengatakan bahawa, walaupun ia melibatkan kementerian lain, parti MIC telah pun dinyatakan sebagai parti yang terlibat. Saya cuma memberi platform ini untuk Yang Berhormat untuk menyiasat perkara itu dan maklumkan kenapa?

Tuan Yang di-Pertua.

Bila, sampai bilakah?

Saya rasa jawab... [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya minta bagi peluang Yang Berhormat Menteri menjawab...

Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri jawab, banyak lagi. Jempol belum jawab.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

...Hal yang dibincangkan.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Clear the act.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Switch on the mic. Mic. Yang Berhormat Menteri, mic. All right. Terima kasih.

Pindaan ini adalah wajar untuk memberikan perlindungan lebih meluas kepada mereka yang berpendapatan lebih RM4,000 sehingga RM5,000 memandangkan kos sara hidup telah meningkat. Bilangan pekerja yang berdaftar dalam sistem PERKESO adalah sebanyak 19.7 juta warga negara dan 1.94 juta untuk bukan warganegara. Bilangan penerima faedah keseluruhan adalah 678,329 orang sehingga Disember 2021. Bayaran faedah pula berjumlah RM4.334 bilion setakat 2021. Bagi tahun 2022 sehingga Mei, penerima faedah adalah berjumlah 664,265 orang pekerja dengan bayaran berjumlah RM1.958 bilion. Bagi pekerja yang ditimpa kemalangan dalam bulan pertama bekerja adalah layak untuk menerima faedah di bawah PERKESO walaupun belum ada caruman. Apabila mereka terima surat tawaran walaupun belum mencarum mereka masih layak. Untuk makluman Yang Berhormat Jempol juga, setakat 15 Julai 2022 jumlah pencarum yang didaftarkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 adalah seramai 360,576 orang bagi pencarum gig atau e-hailing pula adalah seramai 168,088 orang di bawah sektor pengangkutan penumpang dan penghantaran barang dan makanan. Mengenai perancangan untuk memberi...

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri satu soalan. Beberapa Ahli Parlimen di sini dan juga sebelah sana telah bangkit isu berkait dengan informal sector workers. Sekarang mereka tidak ada perlindungan sosial, tidak termasuk dalam kawalan SOCSO. Adakah kerajaan cadang untuk mengadakan apa-apa strategi untuk bawa mereka masuk untuk dapat protection from social, from SOCSO.

Tuan Yang di-Pertua, sepertimana yang saya sebut pandangan daripada Yang Berhormat Pasir Gudang tadi, memang ia harus menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan setiap warga kerja diberi perlindungan tidak kira sama ada dia bekerja sendiri ataupun bekerja di mana-mana agensi. Kita lihat satu isu Tuan Yang di-Pertua. Sepanjang PKP, Kementerian Sumber Manusia telah melihat satu perkara yang cukup serius adalah yang pertama sebahagian besar daripada M40 dan B40 tiada mempunyai sebarang simpanan dan tiada sebarang jaringan keselamatan. Maka memanglah dasar dan hala tuju Kementerian Sumber Manusia untuk memastikan tiada mana-mana lapisan warga kerja tercicir daripada jaringan keselamatan.

Okey Yang Berhormat Menteri.

...Ia akan dilakukan secara berperingkat.

Yang Berhormat Menteri, walaupun...

Yang Berhormat Menteri sini, sini Jempol, Jempol soalan Jempol tadi.

Kerajaan telah memberi...

Apa yang Yang Berhormat Menteri- sebut itu tadi e-hailing ini kebanyakan pekerja gig ini dia terikat dengan Akta 789. Jadi dia ini tidak boleh orang kata tidak diwajibkan kerana ia berlaku sebelah pihak. Jadi adakah ini termasuk dalam PERKESO ini mewajibkan bahawa majikan dengan juga pekerja bersama dalam ini di bawah Akta 789 ini?

Menteri berbalik kepada isu informal sectors. Saya terima baik apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri iaitu kerajaan telah memberi banyak pertolongan kepada B40 dan juga sebahagiannya. Is this true? Akan tetapi masalah itu mereka- orang yang mendapat benefit itu adalah formal sector workers bukan informal sector workers. So, question is, how do we help the informal sectors workers to become part of SOCSO, so they have social protection?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, terima kasih Yang Berhormat Klang.

Tuan Yang di-Pertua saya faham apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat. Cuma saya perlukan sedikit masa untuk meneliti dan memperhalus untuk memastikan semua lapisan warga kerja formal dengan informal diberi perlindungan dan kita sudah mula. We have started the ball rolling, dengan izin, memberi perlindungan kepada suri rumah tangga sekiranya rang undang-undang diluluskan dalam Dewan yang mulia ini dalam persidangan kali ini? Tuan Yang di-Pertua, seterusnya mengenai perancangan...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Menteri saya bagi tiga minit lagi.

Okey. Tuan Yang di-Pertua mengenai perancangan untuk memberi perlindungan lebih komprehensif kepada pekerja gig, Kementerian Sumber Manusia sedang meneliti perkara ini bagi mewajibkan perlindungan secara mandatori. Berhubung dengan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dungun, PERKESO mengadakan taklimat advokasi setiap tahun kepada para majikan dan pekerja. Kementerian Sumber Manusia akan memberi jawapan yang bertulis berkenaan dengan permintaan data berkenaan bilangan kempen media sosial yang dilaksanakan. Dengan jumlah tunggakan caruman seluruh Malaysia setakat ini, setakat Jun 2022 jumlah faedah caruman lewat bayar yang telah diterima setakat ini dan bilangan aduan yang telah disiasat berkaitan dengan caruman dan serta sama ada bilangan penguat kuasa di seluruh negara adalah mencukupi. Semuanya akan diberi secara bertulis, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik.

Susulan penularan wabak COVID-19, kerajaan harus memberi perhatian khusus menerusi penambahbaikan perlindungan keselamatan sosial bagi mereka yang ditimpa bencana kerja dan menghidapi keilatan untuk membantu kelangsungan hidup melalui kenaikan faedah atau elaun susulan peningkatan siling gaji bulan yang termasuk caruman.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Yang Berhormat Menteri. Just one simple factual question.

Let me finish it.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Okey, okey.

Pindaan ini akan menjamin kesejahteraan sosial penerimaan faedah dan manfaat sedia ada, serta yang baharu, dan juga memastikan faedah dan manfaat di bawah skim ini dapat dikekalkan kepada faedah dan manfaat di bawah skim dan dapat dikekalkan kepada penerima, tanpa menjejaskan pelaksanaannya.

Melalui salah satu prinsip perlindungan keselamatan sosial yang diamalkan oleh PERKESO iaitu penggantian pendapatan ataupun replacement of income, dengan izin, ia dapat membaharui dan mengurangkan beban penerima faedah atau waris untuk meneruskan kelangsungan hidup. Seterusnya apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong mengenai pekerja dari India. Setakat ini perjanjian MoU di antara India dengan Malaysia hanya melibatkan, membenarkan pekerja untuk sektor restoran, tukang masak dan untuk construction. Akan tetapi baru-baru ini Jawatankuasa bersama di antara KDN dengan Kementerian Sumber Manusia telah meluluskan sektor-sektor lain.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik terima kasih. Sila.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Yang Berhormat Menteri...

Terakhir.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

...Tadi dalam awal ucapan penggulungan Yang Berhormat Menteri berkata bayaran kepada penuntut-penuntut adalah lebih kurang RM230 juta, something like that. Soalan saya adalah, dalam tahun yang sama, berapakah jumlah dana yang dikutip daripada pekerja dan juga majikan untuk tahun itu? Boleh dijawab secara bertulis.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Bertulis.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Boleh saya minta untuk lima tahun kebelakangan ini? Untuk setiap tahun berapa dibayar kepada penuntut-penuntut yang berjaya memohon dan apakah jumlah sumbangan daripada majikan dan pekerja pada tahun yang sama? Untuk lima tahun kebelakangan ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, terima kasih.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Boleh dijawab secara bertulis. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Menteri, minta rumuskan.

Tuan Yang di-Pertua saya akan memberi secara bertulis. Ada juga beberapa soalan yang berkaitan dengan data, Ahli-ahli Yang Berhormat saya akan pastikan mereka akan dapat secara bertulis dalam masa seminggu.

Termasuk dari Sik tadi ya, Yang Berhormat Menteri. Boleh jawab bertulis nanti, ya.

Akhir kata sekali lagi bagi pihak kementerian saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat atas pandangan, saranan dan teguran dan Ahli-ahli Yang Berhormat akan diberikan perhatian dalam merangka dasar dan program-program dengan lebih cekap dan berkesan. Atas keprihatinan Yang Berhormat sekalian, saya mengucapkan ribuan terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua tetapi Yang Berhormat Menteri tidak jawab soalan kami.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, bertulis-bertulis.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Kesian, kesian Yang Berhormat Menteri... [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

[Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA (PINDAAN) 2022 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga — Fasal-fasal 1 hingga 4 –Bill

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ada?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ya, Tuan Pengerusi, boleh- dibenarkan?

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ya, saya bagi satu minit. A quick one. Teruskan.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Saya diberi one minute? Terima kasih. Saya bagi Yang Berhormat Menteri 10 minit, Yang Berhormat Menteri menjawab.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Masa sudah 5.30 petang.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat, soalan yang saya tujukan sebelum ini adalah di mana saya tanya, bahawa Pakatan Harapan (PH) bila kita menerajui kerajaan, kita hendak meningkatkan ke-10 ribu. Akan tetapi nampaknya di sini semua adalah hanya 5,000. Apakah sebabnya? Itu nombor satu. Nombor dua, perkara macam ini tak perlu bawa ke Parlimen. Kalau kita buat- your Legal Advisor should have told you because I told the Legal Advisor earlier. These are matters you can make by real regulation. Easy. No need to come for the whole House to sit here and go through. Because apa yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri, oleh kerajaan, bagus. I believe all of us wholeheartedly will support. So, we save a lot of time. When we agree I don’t want to go item-by-item. Kalau more Yang Berhormat, I can go item-by-item, I need about two hours...

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, terima kasih.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

But I give you three hours.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Menteri, sila menjawab.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Walaupun Yang Berhormat semasa menjawat jawatan sebagai Menteri Sumber Manusia mencadangkan untuk 10 ribu, selepas itu kita perlu mengambil kira kelembapan ekonomi dan pelbagai isu. Kita telah menghadapi- masa Yang Berhormat cadangkan kadar kelembapan ekonomi, tiada krisis kesihatan dan sebagainya. Akan tetapi baru-baru ini kita telah menghadapi kelembapan ekonomi, krisis kesihatan dan sebagainya, maka apa yang kita buat adalah secara rasional telah berbincang dengan semua pihak yang terlibat. Pada masa-masa akan datang kita masih naikkan sampai ke tahap apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat. [Fasal-fasal 1 hingga 4 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula]

[Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Menteri Perpaduan Negara (Datuk Halimah binti Mohamed Sadique) dan diluluskan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum kita tangguhkan, ada satu maklumat iaitu ada berita- takziah. Bekas Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Dr. Idris Jusi telah meninggal dunia hari ini dan akan dikebumikan di Puchong pada malam ini. Sama-sama yang Muslim kita boleh sedekah bacaan al-Fatihah. [Ahli-ahli YB beragama Islam membaca surah al-Fatihah]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin, 25 Julai 2022. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.33 petang]

Kamar KhasSpecial Chamber

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Cadangan Membina Kolumbarium dan Krematorium di Parlimen TampinSpecial Chamber

Datuk Dr. Hasan bin BahromAMANAH · PHTampin

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tajuk ucapan saya ialah ‘Cadangan Membina Kolumbarium dan Krematorium di Parlimen Tampin’.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Parlimen Tampin telah menerima memorandum cadangan daripada masyarakat beragama Buddha dan Hindu di kawasan Parlimen Tampin bagi membina kolumbarium bagi masyarakat beragama Buddha dan krematorium bagi masyarakat beragama Hindu di Parlimen Tampin.

Tuan Yang di-Pertua, Parlimen Tampin difahamkan bahawa Kerajaan Negeri Sembilan, Pejabat Daerah Tampin dan Majlis Daerah Tampin tiada halangan terhadap cadangan ini dengan memberi kelulusan dan keizinan bagi cadangan pembinaan kolumbarium di atas Lot. 343, Rezab Tanah Perkuburan Cina, No. Warta: GN794/16.3.1917, mukim Keru, daerah Tampin, Negeri Sembilan.

Manakala, cadangan pembinaan krematorium di atas Tapak Perkuburan India Repah telah diwartakan melalui WKNS No. 518/30.1.1920 dengan keluasan 2.437 hektar.

Tuan Yang di-Pertua, Parlimen Tampin menyokong penuh atas cadangan membina dua kemudahan ini di lokasi yang telah diwartakan oleh Kerajaan Negeri Sembilan. Sokongan ini berdasarkan kepada keperluan semasa yang amat mendesak kerana masyarakat beragama Buddha terpaksa mendapatkan kemudahan tersebut di Jasin dan Jelutong, Melaka.

Hal ini memberi ketidakselesaan dan membebankan masyarakat beragama Buddha di Tampin. Sementara itu, masyarakat beragama Hindu melaksanakan proses amalan pembakaran mayat secara terbuka yang boleh mempengaruhi pencemaran alam sekitar.

Tuan Yang di-Pertua, dengan pembinaan kemudahan kolumbarium ini akan dapat menyelesaikan permasalahan beban perbelanjaan bagi masyarakat

Datuk Dr. Hasan bin BahromAMANAH · PHTampin

beragama Buddha terutamanya golongan B40 manakala pembinaan kemudahan krematorium bagi masyarakat beragama Hindu dapat menyediakan keselesaan dan tempat pembakaran mayat dan mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Tuan Yang di-Pertua, justeru itu, Parlimen Tampin berharap agar Kementerian dapat mempertimbangkan cadangan pembinaan kolumbarium dan krematorium di Parlimen Tampin kerana peruntukan tanah telah disediakan oleh Kerajaan Negeri Sembilan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd MuttalibPAS · PNTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Maran

Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Keluarga Malaysia. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Dr. Hasan, Parlimen Tampin.

Tuan Yang di-Pertua, Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Majlis Daerah Tampin telah menerima Permohonan Kebenaran Merancang bagi pembinaan kolumbarium daripada Persatuan Sosial Kebajikan Cina Pulau Sebang Tampin pada 30 November 2020.

Majlis Daerah Tampin telah memberikan kelulusan bersyarat iaitu perlu mendapat pengesahan daripada Pegawai Daerah selaku Pegawai Pengawal bagi tanah rizab berkenaan. Walau bagaimanapun, sehingga kini pihak Majlis masih belum menerima Pelan Kebenaran Merancang dengan pengesahan Pegawai Daerah daripada pihak pemohon.

Bagi cadangan pembinaan krematorium di atas Tapak Perkuburan India Repah pula, pihak Majlis Daerah Tampin tidak pernah menerima permohonan pembangunan.

Merujuk kepada Draf Rancangan Tempatan Daerah (RTD) 2035, Majlis Daerah Tampin tiada halangan untuk pembinaan krematorium kerana telah dizonkan sebagai kawasan tanah perkuburan.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, kementerian dimaklumkan bahawa buat masa ini, Kerajaan Negeri Sembilan tidak mempunyai sebarang peruntukan bagi pembinaan kedua-dua pusat pengurusan mayat berkenaan.

Mengikut Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, perkara berkenaan tanah perkuburan dan tapak pembakaran adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Oleh itu, KPKT mencadangkan tiada halangan untuk menyokong dan kita mencadangkan supaya perkara ini dirujuk semula kepada Pihak Berkuasa Negeri. Sekian, terima kasih.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Memohon Kementerian Menyatakan Langkah untuk Menangani Masalah Pencemaran Mikroplastik dalam Sumber AirSpecial Chamber

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Pencemaran mikroplastik menimbulkan suatu ancaman besar kepada alam sekitar yang berpotensi menyebabkan kemudaratan kepada kesihatan awam. Penggunaan berlebihan plastik sekali guna yang tidak boleh terbiodegradasi telah menimbulkan zarah mikroplastik dalam air dan udara.

Terdapat beberapa kajian seperti Microplastics in Food: A Review on Analytical Methods and Challenges yang telah membuktikan kewujudan sisa mikroplastik daripada makanan dan minuman dalam tubuh manusia. Mikroplastik ini juga didapati merentasi saluran gastrousus ke dalam sistem peredaran darah manusia.

Walaupun kesan negatif mikroplastik terhadap kesihatan belum diketahui, sesuatu mesti dilakukan dengan kadar segera untuk mengurangkan jumlah mikroplastik yang memasuki tubuh badan warga Malaysia, khususnya golongan kanak-kanak.

Justeru, saya memohon pihak Kementerian agar mengambil tindakan segera bagi memelihara kualiti alam sekitar dan mengurangkan sebarang risiko kepada kesihatan awam. Saya juga memohon pihak kementerian menyatakan:

(i) apakah langkah-langkah yang diambil bagi menangani tahap pencemaran mikroplastik dalam sumber air;

(ii) adakah kementerian bersedia meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 untuk meliputi pencemaran mikroplastik;

(iii) adakah kementerian sanggup meningkatkan regulasi terhadap penggunaan plastik sekali guna dan pembuangan yang tidak bertanggungjawab; dan

(iv) adakah pihak kementerian akan menubuhkan suatu jawatankuasa antara kementerian yang merangkumi Kementerian Kesihatan khususnya untuk mengkaji impak pencemaran mikroplastik kepada ekosistem dan manusia.

Sekian terima kasih.

Dato’ Mansor bin OthmanPKR · PHTimbalan Menteri Alam Sekitar dan Air · Nibong Tebal

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) sedar bahawa sisa mikroplastik bukan sahaja memudaratkan alam sekitar tetapi juga mencemari sumber air dan makanan.

Bagi memantapkan usaha kerajaan dalam mengatasi pencemaran sisa plastik ini, KASA telah membangunkan Rangka Kerja Pelestarian Plastik seperti yang terkandung dalam dokumen Malaysian Plastics Sustainability Roadmap 2021-2030 (MPSR) yang berperanan sebagai panduan kepada semua pemegang taruh berkaitan untuk memastikan kelestarian plastik di sepanjang rantaian nilai berteraskan konsep ekonomi kitaran dan prinsip kitaran hayat.

Dato’ Mansor bin OthmanPKR · PHTimbalan Menteri Alam Sekitar dan Air · Nibong Tebal

Objektif pelaksanaan MPSR ini adalah untuk menangani pencemaran plastik secara mampan dalam memastikan kemakmuran ekonomi, kesihatan dan kesejahteraan sosial negara. Untuk soalan yang berkaitan dengan langkah yang diambil kementerian bagi menangani pencemaran mikroplastik.

Tuan Yang Di-Pertua, langkah-langkah yang diambil oleh kementerian bagi menangani pencemaran plastik yang menyumbang kepada mikroplastik adalah merangkumi inisiatif-inisiatif seperti berikut; Inisiatif pertama iaitu menambah baik piawaian standard bagi material dan reka bentuk dalam proses pembuatan produk;

(i) usaha mengekang penguraian plastik (degradation plastic) kepada mikroplastik seharusnya bermula daripada saat pengeluaran sesuatu produk mengambil kira jangka hayat produk, ketahanan dan kebolehgunaan semula, serta keupayaan untuk dikitar semula.

(ii) sehubungan itu, penambahbaikan piawaian standard berkaitan penggunaan bahan adalah penting agar tidak menghasilkan mikroplastik di akhir kitaran hayat; dan

(iii) KASA sedang bekerjasama dengan SIRIM untuk meneroka kaedah pengujian (test method), dengan izin yang mampu menguraikan sisa plastik dengan selamat dalam persekitaran terbuka dengan mengambil kira perkembangan inovasi, teknologi serta piawaian antarabangsa. Usaha ini akan memperkemaskan ECO 001:2018 (Eco Labelling Criteria- Biodegradable and Compostable Plastic and Bioplastic) sedia ada bagi memastikan pencemaran mikroplastik ditangani.

Inisiatif kedua iaitu mengurangkan penggunaan produk plastik sekali guna. Di peringkat Kerajaan Persekutuan dan Negeri, Surat Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2019 (Pelaksanaan Kempen Hindari Penggunaan Plastik Sekali Guna di Kementerian, Agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri) telah dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara yang mengarahkan agar setiap Kementerian, jabatan serta agensi Kerajaan Persekutuan dan negeri menghentikan penggunaan plastik sekali guna dalam setiap mesyuarat dan program rasmi anjuran organisasi masing-masing.

Manakala, inisiatif ketiga adalah pelaksanaan kutipan caj pencemaran beg plastik di peringkat kerajaan tempatan. Kementerian ini juga telah mendapatkan mandat daripada Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan ke-75, bagi setiap pihak berkuasa tempatan untuk melaksanakan kutipan caj pencemaran dengan kadar minimum RM0.20 sen bagi setiap helai beg plastik yang diperoleh di kaunter pembayaran premis perniagaan. Pengenaan caj ini adalah berpandukan kepada prinsip user-pays principle, sekali gus mendorong pengguna membuat pilihan yang mesra alam.

Inisiatif keempat pula Tuan Yang di-Pertua menggalakkan penggunaan beg dan bekas guna semula sewaktu pembelian barangan. Kementerian juga menggalakkan konsep Reduce di mana pengguna digalakkan untuk membawa beg dan bekas guna semula. Manakala konsep Reuse akan memastikan produk terutamanya daripada jenis pembungkusan digunakan semula berdasarkan model guna semula atau isian semula.

Inisiatif kelima iaitu memperkenalkan kaedah kutipan sisa plastik secara efektif dan berkesan. Ada beberapa langkah di situ seperti berikut;

Dato’ Mansor bin OthmanPKR · PHTimbalan Menteri Alam Sekitar dan Air · Nibong Tebal

(i) salah satu usaha Kerajaan Persekutuan yang wajar disokong semua pihak adalah melalui pelaksanaan Program Pengasingan Sisa Pepejal di Punca (Separation at Source-SAS) dan kitar semula melalui penggunaan teknologi moden seperti penggunaan mesin reverse vending machine (RVM) bagi pengumpulan sisa botol plastik;

(ii) selain itu, sebuah organisasi tanggungjawab pengeluar

(producer responsibility organisation) iaitu Malaysia Recycling Alliance (MAREA) telah ditubuhkan oleh 10 buah syarikat Fast-Moving Consumer Goods (FMCG) bagi melaksanakan kutipan sisa dengan efektif dan membantu meningkatkan kadar kutipan sisa pembungkusan dan kitar semula sisa di Malaysia.

Bagi soalan kedua yang dibangkitkan, cadangan pindaan ke atas Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Tuan Yang Di-Pertua, kementerian sedang melaksanakan proses pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] secara berfasa di mana fasa 1 akan memberi fokus kepada usaha meningkatkan hukuman dan penalti ke atas pesalah-pesalah alam sekitar.

Dalam hubungan ini, skop pengurusan plastik serta mikroplastik tidak terkandung dalam Akta 127. Walau bagaimanapun, kementerian sentiasa mengalu-alukan pandangan dan cadangan semua pihak bagi menambah baik tadbir urus pengurusan alam sekitar di negara ini.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pengurusan sisa pepejal termasuk sisa plastik adalah dikategorikan sebagai sisa domestik di mana tadbir urus sisa ini adalah di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 [Akta 672].

Bagi soalan ketiga, iaitu intervensi regulatory berkaitan plastik sekali guna dan pembuangan sisa. Tuan Yang Di-Pertua, intervensi yang sedang KASA laksanakan adalah berbentuk intervensi daripada aspek polisi. KASA sedang mengenal pasti jenis produk plastik sekali guna yang didapati bermasalah kepada sistem pengurusan sisa dan menyumbang kepada pencemaran sisa plastik di Malaysia.

Kaedah serta pendekatan berperingkat untuk menangani pencemaran sisa plastik yang diakibatkan oleh produk yang dibuktikan bermasalah ini akan turut dicadangkan untuk dilaksanakan. Keutamaan dalam menyenaraikan produk- produk bermasalah ini adalah berdasarkan kepada penggunaan, impak dan alternatif tersedia di pasaran.

Perluasan tanggung jawab pengeluar atau extended producer responsibility (EPR) juga telah dikenal pasti sebagai sebuah pendekatan dasar yang praktikal untuk memastikan pihak pengeluar bertanggungjawab sama ada dalam bentuk kewangan atau fizikal untuk merawat dan melupuskan sisa plastik dengan lebih berkesan dan efisien.

Sisa plastik yang dikumpul melalui skim EPR akan dimasukkan semula ke dalam rantaian nilai bagi memenuhi keperluan feedstock industri kitar semula.

Kementerian mensasarkan untuk EPR mula dilaksanakan secara sukarela bermula pada tahun 2023 dan secara mandatori pada tahun 2026.

Dato’ Mansor bin OthmanPKR · PHTimbalan Menteri Alam Sekitar dan Air · Nibong Tebal

Bagi soalan keempat, struktur governans sedia ada bagi membincangkan mengenai ekonomi kitaran plastik dan kaedah menangani pencemaran plastik.

Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha memantapkan pelaksanaan rangka kerja MPSR ini, satu Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan yang dipengerusikan secara bersama oleh KASA dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah ditubuhkan yang turut melibatkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), untuk membincangkan mengenai langkah-langkah serta inisiatif bagi menangani pencemaran sisa plastik termasuk plastik sekali guna.

Selain itu, Tuan Yang di-Pertua, KASA juga telah menubuhkan Plastics Sustainability and Circularity Think Tank yang dianggotai oleh pelbagai pemegang taruh awam dan swasta yang berkepentingan di setiap rantaian nilai plastik bagi memandu pelaksanaan MPSR. Tujuan utama penubuhan adalah untuk memberi nasihat ke atas isu-isu spesifik yang merentasi sektor. Sehingga kini, sebanyak lapan working group telah diwujudkan untuk melaksanakan gerak kerja bagi menyokong fungsi think tank dan mencapai objektif MPSR secara keseluruhannya termasuklah isu mikroplastik dan Kementerian Kesihatan Malaysia turut menganggotai salah satu working group yang telah ditubuhkan ini.

KASA juga turut menganggotai Majlis Ekonomi Kitaran Negara (MEKN) yang sedang ditubuhkan dan diselaraskan oleh KPKT untuk memastikan agenda ekonomi kitaran dapat dilaksana secara menyeluruh serta memberi manfaat kepada negara. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga hari Isnin, 25 Julai 2022, jam 2.30 petang.

Assalamualaikum dan selamat tengah hari.

[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.53 petang]